Dewan Rakyat · 26 March 2024
15th Parliament, session 3, meeting 1 · not final · 633 turns · 54,806 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan Menteri dengan menjemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya membuat sedikit pindaan terhadap soalan asal saya dengan menambahkan perkataan ‘jangkaan’ selepas ‘berapa’.
1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Perdana Menteri menyatakan kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai SST dari 6 peratus kepada 8 peratus dan berapa jangkaan jumlah tambahan kutipan hasil negara daripada pelaksanaan semua langkah cukai baru bagi tahun 2024.
Sila, Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Dalam pelan perancangan, dalam usaha kita untuk meningkatkan darjat hidup termasuk pendapatan yang lebih meyakinkan, kita telah memberikan, memperkenalkan beberapa prakarsa ekonomi baru. Tetapi prinsip kita adalah untuk mengurangkan tekanan dan beban kepada rakyat. Sebab itu, kita berjaya pada peringkat awal, memperkenalkan penyesaran semula subsidi elektrik. Dan pada tahun 2023 umpamanya, kita telah melaksanakan tarif baru tetapi 85 peratus daripada rakyat tidak terkesan. Hanya 15 peratus tertinggi, kumpulan pendapatan tertinggi, yang maha kaya, termasuklah yang maha kaya dan juga mengeluarkan subsidi daripada – kepada 3.5 juta bukan warganegara. Hasilnya ialah RM4 bilion, 2023. Begitu juga pendekatan yang sama dibuat dalam Cukai Keuntungan Modal (CGT). Hasilnya RM800 juta dan pada 1 Mac 2024, kita naikkan cukai perkhidmatan, enam peratus hingga lapan peratus yang berkuat kuasa 1 Mac dan menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan discretionally, kemahuan dan aktiviti antara perniagaan. Perbelanjaan bagi makanan dan minuman serta telekomunikasi tidak dinaikkan. Kekal pada enam peratus. Perbelanjaan utiliti seperti air, petrol kekal dan tidak dikenakan cukai perkhidmatan. Ini harus jelas kerana banyak kekeliruan. Jadi, kebimbangan kita ialah
inflasi. Kita tidak nafikan bahawa ada juga kesan tetapi setakat ini, mengikut Jabatan Statistik, kesannya sekitar 0.2 peratus. Skop kenaikan berkenaan cukai perkhidmatan kecil iaitu ke atas 41 peratus dan banyak pengecualian diberikan. Saya tidak berhasrat membacanya kerana telah disebut. Umpamanya, pendidikan, kesihatan termasuk hospital kerajaan, hospital swasta, pengangkutan penumpang darat, pengangkutan rural air services Sabah, Sarawak, telekomunikasi prabayar, perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, sewaan rumah kediaman, bangunan komersial, gudang, penyenggaraan rumah kediaman, pembersihan rumah, bekalan air, bekalan elektrik di bawah 600k megawatt bagi rumah kediaman dan bekalan elektrik pada premis perniagaan. Semua itu dikecualikan. Ini yang saya sebutkan, tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas. Dan melalui skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan ini, kerajaan menjangkakan akan mengutip hasil berjumlah RM3 bilion. Terima kasih.
Saya jemput Paya Besar.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, atas jawapan kepada soalan saya. Tan Sri Yang di-Pertua, kos sara hidup rakyat pada perspektif kerajaan terkawal tetapi saya yakin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga tahu rakyat di luar sana amat terkesan dengan kos sara hidup. Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, ada menyentuh berkaitan pengecualian terhadap elektrik. Walaupun tarif dia naik tetapi 85 peratus akaun tidak terkesan. Tetapi, adakah kementerian sedar, kerajaan sedar bahawasanya peningkatan inflasi naik daripada 2.0 peratus kepada 2.7 peratus di antara Januari 2024 kepada Februari 2024?
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya faham kita menggunakan CPI sebagai kayu ukur untuk menunjukkan bahawasanya adakah harga kita ini meningkat atau tidak. Cumanya, izinkan saya memberikan pandangan supaya kita juga melihat apakah instrumen yang telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017 menggunakan instrumen EP dan PP, everyday price index dan perceived price index, yang mungkin boleh kita tambah baik CPI yang kita guna pada hari ini supaya polisi yang kita buat ini menyeluruh, bukan hanya pandangan kerajaan. Walaupun kita tahu perception is real even if it’s not reality daripada kerajaan, tapi rakyat yang menanggung kesusahan. Itu yang pertama, Tan Sri Yang di-Pertua. Kedua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita hanya dapat kutip RM3 bilion tambahan dengan kenaikan cukai yang kita buat. Bagi saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kecil RM3 bilion, nak dibandingkan dengan apa belanja yang telah kita peruntukkan. Saya nak minta pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kenapa kita hanya tumpukan kepada hasil cukai, kita tak tumpukan kepada hasil bukan cukai? Saya ambil statistik, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tahun 2022, hasil bukan cukai kita 29.08 peratus, 2023 turun 24.4 peratus dan jangkaan 2024, turun 20.8 peratus. Hasil bukan cukai, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, salah satunya adalah pelaburan daripada syarikat GLC dan GLIC.
Saya minta sangat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pengupayaan kepada tata kelola di GLC ini, dapat kita pertingkatkan supaya bleeding cost yang ada di GLC dan GLIC ini dapat dikurangkan dan ia akan memberi pulangan yang baik kepada hasil negara dan kita tidak perlulah lihat kepada hasil cukai sahaja sebagai langkah untuk kita menambah hasil untuk negara kita. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Terima kasih. Pertamanya, soal apakah ada kesan kenaikan inflasi. Saya setuju memang ada. Cuma, kalau dia sekitar dua peratus, ia masih terkawal, masih rendah. Ada pandangan bahawa ada juga kesan di kalangan rakyat. Sebab itu kita cuba bantu dengan menambah, umpamanya STR dan beberapa tambahan untuk― kerana, faham, bahawa ada kesan kenaikan kos sara hidup. Cara mengurangkan tekanan itu adalah menambah STR kepada rakyat terbanyak. Sepertimana kita tahu, ia dah mencecah― jumlah bantuan kerajaan sudah RM10 bilion tahun ini. Dari segi harga, kita juga akui bahawa ada sedikit kenaikan tetapi relatif ketimbang dengan negeri-negeri lain, termasuk yang kontroversi soal beras baru-baru ini. Alhamdulillah, beras tempatan sudah di pasaran, walaupun tidak sepenuhnya tetapi masih jauh lebih rendah dari Indonesia dan Thailand. Umpamanya kalau di Indonesia, bagi kadar yang sama, RM14.15 satu kilogram. Thailand, RM3.50. Malaysia, kita ada di antara RM2.60 dengan RM3.50 bagi beras import. Jadi, keadaan itu terkawal. Cuma, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu benar. Dalam kos begitu, harga gula lebih rendah, harga minyak masak lebih rendah, harga beras lebih rendah, tetapi kos penjualan lebih tinggi. Ini terutama kalau kita lihat dari segi angka di tempat makanan, restoran umpamanya. Tidak barang keperluan di pasar yang naik kecil, ketimbang harga di restoran. Itu yang pertama. Soal sama ada kita gunakan CPI ataupun everyday price index. Everyday price index itu digunakan untuk membantu kita melihat kesan kepada rakyat tetapi CPI digunakan kerana ini masih lagi digunakan di seluruh negara di dunia. Jadi, kita gunakan keduanya. Tapi dari segi rasminya, masih tidak boleh elak daripada indeks CPI. Soal hasil bukan cukai, saya setuju sekarang ini, umpamanya, kita beri keutamaan. Kerana hasil bukan cukai, kalau yang tinggi sekarang ini daripada pendapatan pelaburan termasuk dividen PETRONAS, Bank Negara Malaysia, Khazanah yang purata memperoleh hasil sekitar 50 peratus daripada hasil bukan cukai. Pada tahun 2023, pendapatan pelaburan mewakili 65 peratus daripada hasil bukan cukai. Saya setuju usaha tambahan termasuk transformasi GLIC untuk memastikan ada peningkatan pelaburan domestik. Bila pelaburan domestik lebih rancak, hasil bukan cukai pun harapnya boleh dapat ditingkatkan.
Sila, Kota Bharu.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang telah diberikan pada soalan MQT pada hari ini. Saya ingin mendapat penjelasan secara tuntas dan juga secara jelas daripada pihak kerajaan impak daripada kenaikan SST yang dikuatkuasakan 1 Mac yang lalu. Kita melihat, tidak dapat dinafikan, bahawa tekanan yang dihadapi oleh rakyat nampaknya amat besar terutamanya kesan negatif dari segi daya beli pengguna itu sendiri yang akibatnya akan melemahkan dan akan mempengaruhi aktiviti ekonomi secara keseluruhannya. Jadi, apakah formula yang hendak diberikan, hendak dibuat oleh kerajaan untuk mengekang kesan rantaian ekonomi secara umum yang dihadapi? Sebagai contohnya, pada bulan puasa ini sendiri, rungutan yang amat ketara daripada peniaga-peniaga bazar Ramadan, yang mereka bukan sahaja kerugian tetapi malahan tidak dapat membayar kos modal. Kos sewa itu sendiri pun belum dapat. Ini kesan daripada yang dapat dilihat di hadapan mata kita sendiri. Saya mohon penjelasan yang tuntas daripada Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Silakan Menteri.
Terima kasih. Kalau secara spesifik, soal bazar Ramadan yang saya dapat lawati empat, lima tempat, pertamanya, kos sewa itu pun terlalu tinggi. Jadi, kita telah memberi arahan, kalau kos itu dikendali oleh majlis perbandaran, jangan tekankan dalam keadaan sekarang. Kemudian, di sebahagian daripada majlis perbandaran, itu diberikan kepada ejen- ejen. Jadi, akhirnya penyewa tidak sewa secara langsung dari majlis perbandaran. Jadi, kos meningkat. Daripada, umpamanya termasuk semalam di Tambun, saya dapati bahawa sekiranya kos sewa itu lumayan, dia tidak sangat mengesankan. Ada beberapa kedai daripada ratusan yang ada― kita ada 180 semalam yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan, tetapi saya akui ada impak kecil kenaikan harga tetapi saya tidak fikir oleh kerana SST itu menyebabkan meningkat naik. Dari segi kajian Jabatan Perangkaan, kenaikan itu sekitar 0.2 peratus kerana― dan bazar Ramadan tidak ada kena mengena langsung dengan SST ini. Dia tidak juga dapat dinafikan, Yang Berhormat Kota Bharu tahu, bahawa kadang-kadang ada syarikat-syarikat besar yang ambil kesempatan. Kita ada pilihan. Tidak berbuat apa-apa. Maknanya, keadaan ekonomi akan lebih menjunam. Hasil tidak bertambah, hutang akan melonggok. Kita terpaksa ambil tindakan. Apakah cukai harus dikenakan kepada rakyat biasa? Kita elak, seperti mana kita lakukan elektrik. SST itu kita bagi pengecualian dengan maksud tidak mengenakan kesan negatif kepada kebanyakan rakyat. Tetapi, seperti kita tahu, ada kesan sampingan kecilan yang mesti dikawal. Saya setuju bahawa kita harus terus pantau. Tapi kalau secara khusus perniagaan bazar Ramadan ini, kebanyakan yang mengeluh adalah kerana kadar sewa yang tinggi dan pada pendapat saya, majlis-majlis perbandaran tidak ada sebab mengapa mengenakan sewa yang tinggi kepada bazar Ramadan.
Baik. Saya jemput Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2. Terima kasih.
2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Perdana
(a) nama syarikat-syarikat dari Australia dan Jerman yang akan melabur di Malaysia masing-masing berjumlah RM24.5 bilion dan RM45.4 bilion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri serta nyatakan sektor-sektor industri yang akan dibangunkan; dan (b) strategi dan langkah kerajaan bagi mempertingkatkan nilai dagangan, khususnya eksport bagi tahun 2024.
Silakan Perdana Menteri.
Terima kasih Kubang Pasu yang lebih arif dalam soal pelaburan ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Kita sudah umumkan bahawa peningkatan membanggakan pada tahun 2023 tapi kebimbangannya, apakah dapat dilaksanakan? Maka, kalau kita lihat Australia RM24.5 bilion. Apa dia syarikatnya? AirTrunk, NEXTDC, Latrobe Magnesium, kumpulan Arnott’s, Cochlear dan Lynas. Dia juga melibatkan juga potensi jualan eksport produk Malaysia ke Australia. Masa kita pergi, kita jual, kita dapat hampir RM1 bilion. Lagi RM962.1 juta itu selesai. Mengenai Jerman, RM45.4 bilion industri tenaga, pembuatan, semikonduktor dan semikonduktor seperti kita tahu, Malaysia sudah menjadi hab yang penting di rantau ini dan diterima oleh kebanyakan negara, termasuk Jerman sendiri. Jadi, daripada jumlah itu, yang besar ialah Siemens Energy, Infineon Technologies, Airbus, B. Braun, BMW, Nexperia, X- FAB dan DELO Chemical. Potensi pembelian tambahan dalam konteks kejayaan kita jual ialah RM1.4 bilion daripada syarikat Airbus. Soal yang terkait perkara dua ialah— sebelum itu ya, soal semikonduktor sepertimana yang disebut, Malaysia sekarang mendapat pasaran dunia mencecah tujuh peratus pasaran dunia itu dikuasai oleh Malaysia dan sekarang sepertimana yang kita tahu, negara-negara Eropah, Amerika dan beberapa negara lain menjadikan— dan China menjadikan Malaysia ini sebagai hab untuk semikonduktor, terutama cip yang high end bagi rantau ini. Ini akan memberikan harapan kita meningkat. Umpamanya, sekarang ini kita eksport cip ke Amerika, kita itu 23 peratus daripada keperluan Amerika dan kita masih kuasai. Trend peningkatan dari segi prestasi Januari-Februari tahun ini, ini memang sangat menggalakkan, ya. Januari-Februari 2024, dua bulan pertama 2024, pertumbuhan 8.3 peratus kepada RM446.3 bilion, ketimbang tahun 2023. Eksport Januari-Februari meningkat 3.9 peratus kepada RM233.74 bilion dan ini turut mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.4 peratus kepada RM196.75 bilion.
Kita selaraskan ini melalui Majlis Pelaburan tentunya dan Menteri MITI dan juga Invest Malaysia Facilitation Centre seperti mana maklumat yang kita dapat Yang Berhormat sedia maklum, selalunya kritikannya, kebimbangan syarikat-syarikat ialah kerana kelewatan kelulusan. Sebab itu dia sebut ease of doing business tapi masih tersangkut. Maka, tahun yang lalu kita bentuk di bawah MIDA - Invest Malaysia Facilitation Centre yang menjamin mempercepatkan. Ini antara strategi yang dilakukan untuk menjamin supaya misi-misi yang dihantar keluar, kebanyakannya dipimpin oleh Menteri MITI dan ada— kalau saya ada kunjungan rasmi sama ada Mesyuarat ASEAN atau mesyuarat-mesyuarat lain, saya manfaatkan untuk memberikan fokus kepada pelaburan. Jadi, misi-misi ini sebagai strategi untuk memberi penjelasan, termasuk isu-isu baru seperti pelan perindustrian, soal transisi tenaga dan juga transformasi digital. Disebabkan itulah, dengan penjelasan ini dapat menambah pelaburan dari Germany. Terima kasih.
Sila Kubang Pasu.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberikan jawapan-jawapan yang jelas. Saya nak puji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi ini sebab rajin pi cari pelabur, pi keluar negeri 2in1. [Tepuk] Dua-dua sekali buat. Kira save cost dan time. Tahniah. Soalan tambahan saya ialah Tan Sri Yang di-Pertua. Minta sikit masa. Sikit na, pasai nak perjelas sebelum saya tanya soalan. Berhubung dengan pelaburan dalam sektor industri pembuatan, khususnya dalam E&E semiconductor chips, satu perkara yang amat penting untuk diberikan perhatian ialah talents atau human capital dalam bidang sains dan kejuruteraan. This is our major concern and one of the biggest challenge for the future, dengan izin. Talents untuk bidang ini berkait rapat dengan keperluan anak muda Malaysia memilih aliran, khususnya sains tulen, maths tambahan, fizik, kimia dan sebagainya. Sehubungan itu, kerajaan perlu memastikan lebih ramai anak-anak muda Malaysia berminat dan memilih sains di peringkat Tingkatan 4. Soalannya, apakah langkah, perancangan dan strategi kerajaan untuk mempercepatkan matlamat nisbah mencapai 60:40 (sains:sastera) supaya lebih ramai saintis dan jurutera dalam pelbagai bidang jurutera E&E mekatronik, mekanikal komputer dan sebagainya. Namun sekarang ini, nisbah hanyalah 30:70 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sains:sastera. Ia mengambil masa yang berapa lama, sekurang-kurangnya enam, tujuh tahun untuk menjadikan, mewujudkan talent ini bermula daripada Tingkatan 4. Seterusnya kedua, perdagangan Malaysia masih lagi dalam keadaan ups and down. Bagi tahun 2024 iaitu Januari dan Februari. Setelah mengalami penurunan 7.3 peratus pada tahun 2023, jumlah perdagangan negara meningkat 3.3 peratus ataupun RM211.8 bilion pada bulan Februari 2024 tetapi eksport jatuh 0.8 percent iaitu RM111.3 bilion dan import naik 8.4 peratus RM100.4 bilion.
Trade surplus menurun kepada RM10.87 bilion. Ini sebenarnya kita faham, mencerminkan fragile state of global demand, dengan izin. Soalannya, apakah langkah kerajaan untuk menangani keadaan ini dan adakah kerajaan bercadang untuk pelbagaikan ataupun diversify pasaran luar negara seperti negara Amerika Latin, Timur Tengah dan sebagainya? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri.
Silakan Perdana Menteri.
Terima kasih. Bahagian akhir dulu ya, Yang Berhormat Kubang Pasu iaitu tentang angka yang membimbangkan tahun lalu dari segi pelaburan dan perdagangan. Tapi ini saya telah jawab kerana untuk Januari-Februari, saya nampak ke peningkatan yang mendadak. Peningkatan yang sangat meyakinkan, ketimbang mana-mana dua bulan sebelumnya. Jadi, saya tidak sangat risau walaupun kesan daripada politik global, kepincangan di Rusia-Ukraine dan juga Gaza. Kita telah ambil tindakan, umpamanya memastikan negara-negara bukan sahaja yang traditional allies banyak melabur tetapi ada peningkatan yang ketara dari China, Jerman, Amerika, umpamanya. Ini saya yakin akan memberikan jaminan kelangsungan kegiatan itu dalam negara kita. Soalan yang awal yang dibangkitkan itu memang satu soalan yang sangat relevan. Minat anak-anak— pelajar-pelajar dalam STEM merosot dan ini membimbangkan.
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah termasuk dengan juga beberapa kumpulan pendidikan lain untuk menggesa ibu bapa memberikan tumpuan semula kepada Matematik dan Sains. Ini sedang diusahakan secara lebih serius lagi. Dalam semua perjumpaan kita dengan syarikat-syarikat asing Yang Berhormat, kita tekankan soal yang sama iaitu mesti ada Centre of Excellence di Malaysia, mesti ada latihan di sini kerana kita sekarang ini memang kekurangan jurutera. Jurutera yang kita lahirkan walaupun baik dan diterima baik, dia masih menganggap ada kekurangan di peringkat yang tertinggi. Kemahiran atau keterampilan peringkat tertinggi. Jadi, ada gap tentang niche yang diperlukan. Oleh itu umpamanya, penumpuan kepada TVET kejuruteraan ini diberikan. Umpamanya – sebentar lagi saya akan ke untuk bersama dalam Centre of Excellence Blackberry yang akan menekankan training. NVIDIA umpamanya dalam tentunya satu kebanggaan kita di antara pelaburan besar yang dijalankan di Johor di high-end AI, artificial intelligent peringkat tertinggi dan untuk itu latihan segera telah kita tetapkan supaya dapat dilakukan – dijalankan oleh syarikat itu sendiri bersama dengan beberapa kerjasama dalam TVET dan universiti tempatan. Semua syarikat seperti Siemens iaitu mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan. Geely akan mewujudkan universiti kejuruteraan dan untuk tahun ini permulaan mengambil 300 jurutera dikirim ke negara China untuk persiapan tambahan. Jadi, saya setuju kalau Malaysia tidak lakukan apa-apa yang segera, mendesak. Kita akan kerugian kerana tumpuan sekarang ini bukan lagi low-end industry tetapi high-end.
High-end ini atau front itu memerlukan kecekapan yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang. Sebab itu saya minta universiti-universiti bermula dengan UTM mengadakan Fakulti AI dan Fakulti AI itu harus selaras kegiatan mereka dengan semua universiti yang menjalankan kegiatan AI. Ini untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan. Dalam perbincangan kita dengan Siemens, dia terus beritahu, kita punyai tenaga mahir jurutera dan lulusan TVET yang cukup berdisiplin dan cukup baik. Kekurangannya ialah latihan itu tidak memenuhi keperluan tinggi, kemahiran tinggi yang diperlukan. Jadi, saya jawab saya kata, boleh tak dia terima beberapa pelajar kita ke sana ataupun supaya lebih efisien dan murah untuk dipastikan kemudahan Siemens di sini memberi ruang kepada pelajar-pelajar kita terdedah dengan perjalanan syarikat dan latihan in situ. Terima kasih.
Sila, Tebrau.
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Mohon maaf kalau soalan panjang sikit sebab bukan senang dapat Perdana Menteri jawab soalan saya. Pertama saya ingin mulakan dengan mengucapkan tahniah dulu kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Kerajaan Perpaduan Madani kerana pada tahun lepas kita telah berjaya mendapat RM329.5 bilion dalam investment kita. Satu pencapaian yang baik dan kalau tidak silap saya adalah pencapaian yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Maka, saya harap Yang Berhormat Tambun boleh berikan sedikit perincian, penjelasan bagaimana kita boleh dapat jumlah investment begitu tinggi, satu. Kedua, moving forward, macam mana kita nak memastikan momentum itu kita terus ada untuk pada tahun yang akan datang, kita boleh lebih daripada jumlah itu? Seterusnya, soalan kedua saya, dengan persaingan yang kita ada di rantau Asia dan Asia Tenggara ini juga, apakah kelebihan Malaysia untuk kita menarik lebih banyak lagi pelaburan? Seterusnya, sekarang kita ada perang perdagangan di antara Amerika dengan China, trade war. Adakah trade war ini akan menjejaskan penumbuhan ekonomi Malaysia, memandangkan China dan Amerika dua-dua adalah major trading partner kita ataupun Malaysia sebenarnya boleh mengambil kesempatan dalam trade war ini? Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Terima kasih. Silakan, Menteri.
Terima kasih. Kejayaan yang dicapai ini ialah kerana usaha sama MITI, Kementerian Luar, seluruh jentera kerajaan, itu betul. Bukan sahaja dari satu, dua kunjungan yang kita lakukan yang cuma menjadi pemangkin kepada perubahan dan peningkatan jumlah pelaburan. Kita akui bahawa Malaysia dapat tempat kerana politiknya stabil. Keduanya, Dasar Ekonomi MADANI itu jelas. Ada keadaan yang disebut clarity dasar-dasar. Pelabur sama ada domestik atau asing, bila dia nak datang dia nak tengok jelas atau tidak. Jadi, kita ada pelan perindustrian yang jelas. Kita ada transisi tenaga dan
transformasi digital, program sekuriti makanan. Jadi, dia tahu sebelum bertemu kita, beberapa kerangka kebijakan ekonomi yang telah kita jelaskan. Kemudian, tentu yang saya sebut tadi tentang kepantasan dan kecepatan kelulusan kerana Malaysia ini ada tiga peringkat. Federal, Persekutuan, kemudian negeri, kemudian perbandaran. Selama ini beberapa teguran ialah kerana terlalu banyak kerenah pentadbiran birokrasi. Ini kita jelaskan kalau peringkat Persekutuan, kita tumpukan satu agensi di MITI untuk menyelaraskan. Soal trade war Amerika-China, itu ada kesan dia kerana menurunnya permintaan di negara China terutama tahun lalu sedikit. Ini mengesankan bagi negara-negara yang eksport dari negara China termasuk Malaysia. Tetapi kalau kita lihat umpamanya dasar luar Jerman. Setelah pengalaman mereka dengan Rusia, dia perkenalkan dasar yang disebut de-risk. De-risk maknanya mengurangkan risiko negara Jerman daripada bergantung pada satu negara China maka, dipilih negara lain. Jerman setakat ini memilih Malaysia sebagai hub selain daripada eksport dan perdagangan dengan negara China. Jadi, ini akan membantu kita. Sebab itu sudah lihat dalam beberapa bulan ini mendadak kehadiran. MITI menerima kehadiran Menteri-menteri Perdagangan hampir– kalau minggu ini dua, tiga Menteri Perdagangan luar negara yang datang untuk minta supaya dipercepatkan, umpamanya FTA dengan EU dan begitulah keadaannya. Kita pun masih dapat pelawaan daripada kesungguhan daripada negara-negara Arab, khususnya Arab Saudi dan UAE dan Qatar yang dulu ada pelan melabur tapi agak tahap yang lebih rendah. Peningkatan pelaburan dari Saudi, UAE dan Qatar – Saudi dengan UAE umpamanya itu, puluh kali ganda daripada apa yang mereka telah catat setahun sebelumnya. Sebab itu saya fikir kita perlu terus beri tumpuan ini dan berikan latihan seperti mana yang susulan daripada soalan awal daripada Kubang Pasu kerana kelemahan kita ialah latihan, Matematik, Sains dan TVET dan kejuruteraan dan AI di peringkat yang tertinggi. Kita mampu lakukan kalau kita berikan tumpuan dan peruntukan tambahan sepenuhnya.
Baik, terima kasih. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan Menteri pada hari ini. Silakan, Setiausaha. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Baik, kita mulakan dengan menjemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor 1.
1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan status kekurangan pekerja asing, jumlah yang masih diperlukan dan usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang bangkit termasuk rombakan dalam agensi-agensi kementerian.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua dan kepada Yang Berhormat Bagan. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan bilangan pekerja asing dalam negara tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025. Sehingga 15 Mac 2024, berdasarkan kepada rekod Jabatan Imigresen Malaysia jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang, jadi lebih kurang 2.17 juta orang. Buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan keputusan untuk membekukan kelulusan kuota baharu, ini kerana bilangan pekerja asing dalam negara telah menghampiri sasaran yang telah ditetapkan di bawah RMKe-12. Selain itu, kerajaan juga masih dalam proses untuk memuktamadkan saringan ke atas pendatang asing tanpa izin pati (PATI) di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri. Justeru, sebarang keputusan berkenaan pembukaan semula kuota pekerja asing akan ditetapkan setelah kerajaan mendapat perincian penuh berkaitan jumlah kuota pekerja asing yang masih belum memasuki negara sebelum atau pada 31 Mei 2024 dan hasil daripada RTK 2.0 yang akan berakhir prosesnya pada Jun 2024. Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada agensi kawal selia mengikut sektor, anggaran tenaga kerja yang diperlukan adalah seramai 308,000 ribu orang lebih kurang. Kuota baru hanya akan dipertimbangkan mengambil kira baki kuota yang masih ada dari unjuran 15 peratus yang saya sebut tadi, selepas pengemaskinian jumlah kuota pekerja asing yang aktif dan selepas RTK 2.0. Baki kuota yang tinggal akan disalurkan kepada sektor atau subsektor kritikal dan mempunyai impak yang tinggi kepada hasil ekonomi negara. Kerajaan melalui Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 16 Januari 2024 telah menyediakan satu mekanisme penggajian pekerja asing secara sistematik dan dengan pengurangan proses birokrasi masa kini. Melalui pembaharuan ini, tempoh masa permohonan kuota sehingga kemasukan pekerja telah dikurangkan dari 29 bulan kepada 15 bulan. Dasar baharu ini akan bermula selepas kerajaan menarik balik pembekuan kelulusan kuota baru. Selain itu, kerajaan juga
bertekad dalam memperkasakan aspek tata kelola dan pentadbiran entiti yang menguruskan proses permohonan dan kelulusan pekerja asing. Kerajaan juga akan memantapkan lagi rangka kerja pengambilan pekerja asing melalui MoU atau memorandum persefahaman dengan negara sumber berdasarkan prinsip dengan izin accountability, responsibility and transparency. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas soalan saya dan juga jawapan lengkap yang diberikan. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri, sama ada pihak kementerian sedia untuk menyemak semula iaitu dasar sekarang di mana pekerja asing yang tinggal di negara untuk satu tempoh masa yang lama akan dihantarkan pulang? Sungguhpun mereka sudah menjadi pakar dalam bidang masing-masing, khususnya sebagai contoh dalam bidang pembinaan. Mereka menjadi master builder dalam pelbagai aspek-aspek pembinaan, kerana apabila ini berlaku yang kita hantar balik ialah mereka yang sudah jadi pakar dalam bidang masing-masing. Tapi yang ambil balik ialah mereka yang tidak ada sebarang kemahiran langsung. Adakah ini akan dikaji semula supaya kita tidak kehilangan mereka yang berkemahiran tinggi. Selepas dilatih oleh majikan-majikan tempatan. Kedua ialah tentang agensi-agensi dalam Kementerian Sumber Manusia di mana ada tiga badan berkanun– ada syarikat, apakah hasil daripada rombakan dan juga penyemakan semula yang dibuat oleh Pihak Kementerian ke atas kelima-lima agensi ini khususnya HRD Corp di mana sebelum ini timbul, ada timbul beberapa isu yang bangkit?
Yang Berhormat Menteri.
Dia ada dua soalan. Dua komponen. Soalan pertama tentang tempoh yang dibenarkan oleh pekerja asing untuk bekerja di negara ini dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, tempoh penggajian pekerja asing pada masa ini adalah selama sepuluh tahun dan diberikan tambahan selama tiga tahun. Seharusnya, pekerja asing ini bukan satu penyelesaian jangka panjang. Tempoh masa sepuluh tambah tiga, campur tiga atau ten plus three ini diberikan kepada syarikat- syarikat tempatan untuk upscale dan upskill agar kita boleh memberikan peluang yang lebih baik untuk perniagaan Malaysia berkembang dan kemudiannya menggaji ataupun mengambil pekerja tempatan. Jadi, seharusnya tempoh sepuluh campur tiga ini harus digunakan untuk memupuk dan membangunkan tenaga kerja tempatan. Namun, kita sedar bahawa memang ada tuntutan-tuntutan, permintaan pada sektor-sektor tertentu dan perkara ini saya rasa untuk saya ia lebih kepada apa itu, usaha upskilling ataupun menaikkan kemahiran tenaga kerja setempat agar mereka boleh memenuhi keperluan sektor berkemahiran. Soalan kedua tentang lima agensi yang berada dalam Kementerian KESUMA ataupun Kementerian Sumber Manusia secara spesifiknya HRD Corp telah dibangkitkan.
Untuk makluman, HRD Corp sekarang ada siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC). Jadi unsur-unsur dalam penyiasatan itu saya rasa tidak harus dikemukakan di sini. Tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita telah melakukan beberapa pembaharuan dalam HRD Corp termasuk untuk mengasingkan akaun-akaun di mana akaun levi, pengambilan levi diasingkan daripada akaun-akaun lain sebab untuk kita levi merupakan hak syarikat ataupun hak majikan yang mencarum levi tersebut. Jadi levi tidak harus digunakan untuk tujuan lain selain untuk memanfaatkan majikan dalam memberikan latihan kepada pekerja mereka. Keduanya, beberapa buah jawatankuasa baharu juga telah ditubuhkan bagi mengukuhkan lagi tata kelola HRD Corp. Contohnya jawatankuasa risiko yang akan menganalisis risiko dan sebagainya dan keduanya jawatankuasa tender. Ketiga, kita juga telah melakukan pembaharuan seperti untuk memudah cara penggunaan levi oleh majikan dan memperluaskan lagi perkara-perkara yang boleh mengguna pakai levi tersebut. Semua ini saya rasa adalah pengukuhan tata kelola bukan saja di HRD Corp tetapi di KESUMA secara amnya tapi sama ada isu-isu sebelum ini, saya rasa saya biarkan kepada hasil siasatan yang akan datang, tanpa membuat sebarang penilaian untuk masa kini. Terima kasih.
Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Sebenarnya, apa yang saya nak tanya semalam kita dah tahu, dah dijawab. Namun demikian, Dato’ Yang di-Pertua, walaupun target atau had kita, siling pekerja asing ini 15 peratus sepertimana yang disebutkan oleh Menteri dah hampir-hampir mencecah 15 peratus. Tapi kalau kita pergi ke bawah, kita lihat banyak, ramai pekerja-pekerja asing ini terdiri dari pendatang asing tanpa izin. Jadi, ini realitinya. Jadi, saya ingin tahu berapa ramai, berapa banyak tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangkap pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin yang bekerja di bawah sana yang dihantar pulang balik? Sebahagian besar mereka ini adalah terlibat dalam sektor 3D. Jadi, apakah langkah kerajaan ini untuk menarik– sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi, pekerja tempatan bagi melibatkan diri lebih besar dalam sektor 3D ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Sememangnya, dasar pekerja asing adalah untuk memenuhi permintaan sektor 3D dan juga sektor-sektor yang mempunyai keperluan buruh yang tinggi ataupun labor-intensive sector. Justeru, saya rasa bagi dalam aspek ini memang kita benarkan pekerja asing. Untuk rakyat Malaysia, saya rasa kalau kita nak kan rakyat Malaysia untuk berkecimpung atau bekerja dalam pekerjaan-pekerjaan 3D ini mungkin agak sukar ya, memandangkan ini merupakan pekerjaan yang amat asas dan berkemahiran
rendah. Aspirasi kita ialah untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja kita sehingga mencapai sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2030.
Jadi, untuk pekerjaan-pekerjaan asas ataupun berkemahiran rendah, antara usahanya ialah untuk menggalakkan syarikat-syarikat, majikan-majikan tersebut upskill mungkin melalui automasi, melalui digitalisasi supaya kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja kemahiran rendah terutamanya pekerja asing, waima pekerja tempatan itu sendiri. Dan pada masa yang sama, melalui usaha peningkatan kemahiran TVET, latihan kemahiran dan sebagainya kita berharap akan memupuk pekerja-pekerja tempatan kita menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat mendapat pekerjaan yang lebih berkualiti dan mendapat pekerjaan dengan pampasan gaji yang lebih baik. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat.
Soalan yang kedua. Saya mempersilakan Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato’ Yang di-Pertua. Nampak ceria, Soalan nombor dua.
2. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan rancangan kementerian memposisikan industri elektrik dan elektronik (E&E) negara sebagai hab utama pengeluaran semikonduktor bagi mengambil kesempatan daripada persaingan antara Amerika Syarikat dengan China dalam 'Perang Cip'.
Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Persaingan perdagangan dan teknologi antara China dengan Amerika Syarikat di dalam industri semikonduktor telah memberi peluang secara tidak langsung kepada Malaysia. Perkara ini dapat dilihat apabila syarikat-syarikat semikonduktor multinasional membuat keputusan strategik untuk membina rantaian bekalan kedua dan tidak lagi tertumpu pada satu negara sahaja sebagai langkah untuk memastikan rantaian bekalan yang selamat dan berdaya tahan. Seperti apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi, bahawa syarikat-syarikat multinasional mengambil langkah de-risking untuk membina second supply chain. Malaysia mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara yang lain kerana wujudnya ekosistem industri semikonduktor yang matang di negara kita yang diwujudkan sejak tahun 1970-an, terutamanya di kluster E&E di wilayah utara iaitu Pulau Pinang dan Kulim. Limpahan pelaburan seperti dijangka mampu untuk terus meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan penting di dunia dalam memajukan industri cip global.
Malaysia perlu mengambil peluang keemasan ini untuk mengembangkan lagi industri semikonduktor negara dan menjadikan negara pengeluar semikonduktor bernilai tambah tinggi dengan aktiviti di sepanjangan rantai iaitu the whole supply chain, the whole value chain seperti reka bentuk IC, fabrication wafer, pemasangan dan ujian dan pemasaran teknikal. Fokus juga perlu diberi kepada aktiviti penyelidik dan pengembangan (R&D). Sepanjang tahun 2023, MIDA telah meluluskan 120 projek dengan jumlah pelaburan sebanyak RM85.4 bilion dalam industri E&E iaitu 56 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan. Sebagai perbandingan, jumlah pelaburan dalam industri E&E yang diluluskan pada tahun 2023 adalah jauh lebih besar daripada yang telah diluluskan pada 2022 dengan perbezaan kira-kira RM55 bilion. Dari segi eksport, industri E&E telah menyumbang sebanyak 47.3 peratus daripada keseluruhan eksport barangan negara bernilai yang bernilai lima peratus RM75.45 bilion pada tahun 2023. Untuk memacu hala tuju pembangunan ekosistem industri semikonduktor di dalam negara, kerajaan juga telah menubuh Pasukan Petugas Strategik Semikonduktor Kebangsaan untuk memastikan kita ada strategi secara koheren dan konsisten dan kita mengambil kesempatan perubahan di antarabangsa. Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih atas jawapan yang baik. Dato’ Yang di-Pertua, saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Perdana Menteri tadi, dan juga jawapan yang telah diberi oleh Menter − pelbagai usaha yang dibuat. Tetapi satu perkara yang saya apa ini agak tertanya-tertanya kita dulu kita ada MIMOS. Dalam Roadmap E&E 2021-2030 yang diterajui bersama oleh MITI, MOSTI. MIMOS ini diberi peranan menjalan R&D untuk semikonduktor dan juga melatih bakat dengan fasiliti-fasiliti sedia ada. Jadi, apa keberhasilan MIMOS ini sebenarnya? Dan jawapan tak disebut dan sebagainya. Kalau dulu, kalau disebut MIMOS ini advance. Kita ini paling ke depan tetapi sekarang ini tak tahu di mana. Kalau boleh MITI juga melihat tentang keberhasilan MIMOS ini iaitu tujuan asal ditubuhkan untuk menjadi anchor dalam elektrikal dan elektronik, terutamanya semikonduktor setelah 40 tahun. Sepatutnya kita ada ramai talent berhubung dengan perkara ini. Begitu juga bagaimana pula dengan syarikat-syarikat Startup yang ada sekarang ini dalam bidang semikonduktor yang sebahagiannya sangat berjaya dan ada yang telah apa ini dalam perjalanan untuk menjadi status syarikat unicorn. Misalnya Syarikat Infinix berpangkalan di Pulau Pinang. Saya difahamkan syarikat itu sedang saya rasa yang ini perlu dibantu selain daripada syarikat antarabangsa yang banyak datang melabur di dalam Malaysia. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang di-Pertua. Apa yang MIMOS peranan MIMOS memang penting tetapi E&E ini rantaian E&E ini panjang. The value chain is long and
huge. Memang kita perlu apa yang kita perlu buat sebagai satu negara dan juga hasrat kerajaan ialah untuk memastikan pelaburan yang datang ke negara kita sekarang ini bukan sahaja dia dapat dia datang, tetapi dia juga hasilkan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi dan dengan pekerjaan-pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan bukan pekerjaan-pekerjaan rendah. Dan apa yang kita nak wujudkan juga satu rantaian bekalan dan satu rantaian nilai yang merangkumi syarikat-syarikat tempatan. Saya pernah apa ini apabila saya gulung saya sebut hasrat kami – hasrat kami ialah untuk mewujudkan menjelang tahun 2030 mewujudkan 100 syarikat yang dengan hasil RM1 bilion setiap tahun. Syarikat teknologi Malaysia yang berhasil RM1 bilion setahun. Ini bukan mudah kerana hanya kita hanya ada sembilan syarikat, sekarang ini syarikat teknologi Malaysia yang berhasil RM1 bilion setahun dan lagi sepuluh syarikat di mana hasil mereka di antara RM100 juta sehingga RM1 bilion setahun. Wave ataupun gelombang kali ini yang – yang disebutkan pagi ini gelombang derisking, gelombang persaingan di antara China dengan Amerika harus beri dan akan beri peluang untuk negara kita dan kita mesti mengambil kesempatan ini supaya kita ada dasar untuk mewujudkan suasana, di mana syarikat tempatan boleh jadi champion, boleh jadi syarikat yang berhasil tinggi. Unicorn itu terlalu besar mungkin buat setakat ini tetapi syarikat- syarikat bernilai ataupun hasil setiap tahun dengan hasil RM1 bilion adalah sasaran yang tepat. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Yang di-Pertua. saya difahamkan sektor elektrik & elektronik memerlukan sekurang-kurangnya 50, 000 orang jurutera. Namun pada masa ini hanya terdapat 5,000 graduan jurusan tersebut. Dan lebih parah lagi apabila ramai dalam kalangan mereka memilih untuk bekerja di Singapura kerana yang lebih lumayan. Persoalan saya, apakah perancangan kementerian untuk mengatasi isu ini yang boleh menyebabkan negara berdepan dengan masalah rantaian bekalan pada masa akan datang? Dan apakah usaha rentas kementerian bersama agensi kerajaan yang lain untuk membangunkan bakat tempatan bagi memenuhi keperluan industri elektrik dan elektronik? Terima kasih.
Terima kasih Tampin. Dia ada dua bahagian. Sebahagian ialah seperti apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi, apabila syarikat melabur, kita memberi teguran, kita memberi cadangan supaya mereka mewujudkan Centre of Excellent dan kita juga cuba melipatkan gandakan usaha untuk mewujudkan TVET yang lebih bersesuaian dan juga TVET yang memberikan pendidikan ataupun apa ini latihan yang – yang hampir ataupun apa ini memberikan apa yang diperlukan oleh industri. Universiti juga disaran memberikan apa ini pendidikan yang lebih diperlukan. Bahagian kedua ialah sebenarnya, sebagai satu kerajaan kita harap syarikat bayar lebih gaji yang lebih tinggi. Dan untuk menyelesaikan masalah kekurangan engineer.
Salah satu jawapan ialah syarikat perlu memberi gaji yang hampir sama dengan Singapura kerana mereka yang pergi ke Singapura, kalau mereka dapat gaji dua pertiga daripada gaji di Singapura, mereka akan kekal di Malaysia. Ini adalah mesej kita kepada syarikat juga dengan saingan begitu banyak syarikat masuk ke negara kita. Syarikat perlu bayar gaji yang lebih tinggi. Terima kasih.
Baik. Kepada – masuk ke soalan yang ketiga. Saya mempersilakan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.
3. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah mekanisme untuk meningkatkan dan mempercepatkan pendaftaran rakyat Malaysia terhadap Pangkalan Data Utama (PADU) yang mana setakat Januari 2024 hanya 1.3 juta sahaja yang telah mendaftar dan apakah langkah-langkah kawalan data PADU daripada disalahgunakan.
Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Bandar Tun Razak. Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) telah dipersetujui di dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2023. Selain daripada manfaat utama yang kita sedia maklum iaitu untuk memastikan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan sistem bantuan yang lebih terancang dan bersasar berdasarkan data. PADU juga merupakan satu daripada anjakan besar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menjadi asas kepada inisiatif pendigitalan dan inovasi perkhidmatan kerajaan ke arah GovTech. Jadi, Yang Amat Berhormat Tambun ada menyebut tentang teras-teras utama yang menjadi daya tarikan oleh pelabur asing. Satunya ialah peralihan tenaga. Keduanya ialah agenda pendigitalan ekonomi kita yang mana satu anjakan utama itu ialah ke arah GovTech dan itu tidak boleh dilaksanakan tanpa wujudnya satu pangkalan data bersepadu kerajaan. Sebab itu PADU dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Digital Negara yang sebelum ini dikenali sebagai MAMPU dengan sokongan dan kerjasama pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan- kerajaan negeri. Setakat jam 11.59 malam semalam. Seramai 8,093,336 warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas telah pun mendaftar iaitu sebanyak 36.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pada kadar pendaftaran antara 350,000 ke 400,000 sehari dengan tempoh berbaki sekitar enam hari, kami mengunjurkan bahawa kita akan berjaya menghampiri kadar pendaftaran 50 peratus menjelang 31 Mac 2024. Selain daripada itu, seperti yang telah dilakukan, kerajaan telah membuka pelbagai kaunter dan juga pelbagai inisiatif khusus untuk kawasan-kawasan pedalaman terutamanya.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang keselamatan seperti yang dibawa oleh Bandar Tun Razak tadi. Dari segi keselamatan sistem PADU, pasukan pembangunan sistem PADU yang diketuai oleh Jabatan Digital Negara bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi yang menguruskan keselamatan siber dan privasi data negara iaitu Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) serta Kementerian Komunikasi dan juga Kementerian Digital. Kerjasama strategik ini untuk memastikan bahawa kita mengurangkan risiko kebocoran data dan memastikan perlindungan privasi data PADU itu diberikan keutamaan yang tinggi. Dari segi keselamatan, ada tiga komponen utama melibatkan keselamatan data. Selalu disebut tentang keselamatan data. Saya sebelum ini tidak mengulas kerana sebaiknya kita tidak mahu memberi terlalu banyak maklumat mendalam tentang sesuatu sistem. Kalau kita telah membina pelbagai lapisan keselamatan kemudian kita umum kepada dunia dengan izin, it defeats the purpose Dato’ Yang di-Pertua. Pun begitu, saya boleh maklumkan bahawa ada tiga komponen utama yang diberi tumpuan. Pertama ialah komponen keselamatan data. Melibatkan pelaksanaan kawalan akses capaian serta penyulitan dengan izin, encryption. Saya tidak pernah sebut sebelum ini bahawa sebenarnya setiap data yang didaftarkan di PADU adalah encrypted. Maksudnya kalaupun ada yang berjaya memecah masuk dan memuat turun fail seperti yang selalu disebut security breach. Fail yang didapati perlu decrypt dan kecualilah hacker itu ada super computer yang boleh menjalankan program untuk decrypt setiap data itu dengan izin adalah gibberish kerana it is encrypted. Jadi, saya tak pernah maklum sebelum ini tetapi kita dah sampai ke penghujung. Jadi, sebab itu kita memastikan bahawa perkara itu walaupun tugas itu menjadi lebih panjang kerana kita perlu encryption tetapi itu telah pun dilakukan. Dari segi keselamatan sistem pula, pematuhan ciri-ciri keselamatan menepati piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa. Contohnya OWASP Top Ten, piawaian daripada National Institute of Standards and Technology dan juga Center for Internet Security. Selain daripada itu, komponen-komponen keselamatan rangkaian, network security yang kita sedia maklum termasuklah dari segi firewall, dari segi sistem pengesanan dan pencegahan, pencerobohan, auditory dan sebagainya. Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bahawa walaupun rekodnya terutamanya pada bulan yang pertama ada cubaan akses sebanyak lebih dua juta akses setiap hari. Itu semua berjaya dipatahkan dan masih lagi tidak berjaya ditembusi. Sudah tentu ada perkara-perkara yang kita kena imbangi. Contohnya sebab itu kita mengadakan geofencing dan kita tidak membenarkan akses daripada luar negara kerana setakat ini rekod yang banyak yang cuba akses adalah daripada luar negara, daripada IP atau pun lokasi-lokasi yang kita rasa berisiko. Insya-Allah kaedah yang dinyatakan akan memastikan keselamatan sistem PADU daripada penyalahgunaan selain memastikan tiada keciciran berlaku dalam pendaftaran PADU. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Soalan tambahan.
Terima kasih banyak Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri kerana jawapan yang begitu complete dan alhamdulillah. Saya nak tanya soalan susulan. Apakah usaha untuk outreach jangkauan kerana kalau ada ralat pengecualian dengan izin, exclusion error? Sebab ini adalah ditubuhkan untuk menolong rakyat-rakyat kita yang susah kan. Ini adalah niat yang baik dan murni. Kalau boleh, kita buatkan dengan baik. Satunya adalah apakah kos untuk mendaftar dan mengoperasi – anggaran kos untuk pengendalian PADU? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Bandar Tun Razak. Saya jawab yang soalan kedua dahulu iaitu anggaran kos untuk pengendalian PADU. PADU dibangunkan sepenuhnya oleh kakitangan kerajaan. Jadi, dia tidak ada bayaran atau pun anggaran kendalian kos selain daripada kendalian biasa kalau kita ada sistem pelayan yang besarlah iaitu kena bayar elektrik. Kita kena bayar bandwidth kepada internet dan kita kena bayar langganan API-API tertentu yang melibatkan contohnya firewall, yang melibatkan keselamatan dan sebagainya. Apabila sistem itu dibangunkan, oleh kerana ia adalah satu pangkalan data, sudah tentu kita memerlukan operating system (OS), kita memerlukan firewall dan sistem-sistem keselamatan. Ini dibayar kepada penyedia-penyedia perkhidmatan. Seperti biasa. Samalah seperti kalau kita ada Google account kita sendiri. Tiap-tiap bulan kita kena bayar RM20 dan sebagainya. Tetapi berbeza dengan sistem yang dibangunkan oleh kerajaan sebelum ini yang mana ia melantik kontraktor luar. Sistem selalunya pembayaran itu melibatkan pelbagai bayaran lain termasuklah keuntungan, khidmat tenaga dan terutamanya man-hours yang dibuat oleh konsultan luar.
Jumlah berapa banyak yang perlu dibayar itu saya boleh jawab secara bertulis setelah saya dapatkan tetapi pada ingatan saya ia tidak melebihi beberapa juta setahun sahaja. Mengenai apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memastikan kita mengurangkan exclusion error. Kalau tengok kepada pola pendaftaran, ia sebenarnya agak terbalik daripada yang kita jangka kerana kawasan yang negeri yang lebih banyak pendalaman itu sebenarnya yang lebih tinggi pendaftaran. Contohnya negeri-negeri yang paling tinggi pendaftaran termasuklah Kelantan, termasuklah Sabah, termasuklah Sarawak dan sebahagiannya ialah kerana memang pasukan DOSM dan pasukan PADU telah menyediakan apa yang kita panggil sebagai flying squad. Selepas satu bulan pendaftaran dibuka, kita telah berjaya mengenal pasti kawasan- kawasan pendalaman dan lebih ramai kakitangan yang berada di bawah digerakkan di kawasan-kawasan pendalaman ini kerana kita juga berharap di kawasan bandar itu oleh
kerana dari segi celik digital itu lebih tinggi, mereka lebih berpeluang untuk mengemas kini secara peribadi. Bermula Mac untuk kita memastikan kita mengurangkan risiko keciciran ini, kita telah memadankan semua pangkalan data bantuan kerajaan sedia ada daripada eKasih, daripada JKM, daripada STR dan sebagainya kemudian dipadankan dengan geo pin lokasi-lokasi untuk kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko keciciran dan ini telah dimaklumkan kepada orang ramai dan lebih 50 peratus daripada 4,752 lokasi yang berisiko keciciran itu sebenarnya berada di Lembah Klang. Oleh sebab itu, saya sendiri dan juga kementerian dan Kerajaan Negeri Selangor dan juga Jabatan Wilayah Persekutuan telah pun berjumpa dengan wakil-wakil penduduk daripada kawasan-kawasan yang berisiko ini supaya mereka pula boleh balik dan menguar- uarkan dan cuba untuk meningkatkan pendaftaran. Insya-Allah kalau kita berjaya menghampiri pendaftaran 50 peratus menjelang 31 Mac 2024 dengan data sedia ada sebanyak 30 juta yang diambil daripada data pentadbiran dan dengan proses pemetaan yang telah berlaku, saya yakin sebenarnya data yang kita ada dan tersedia untuk penyasaran semula subsidi itu adalah lebih baik daripada yang pernah kita ada sebelum ini. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Berhubung dengan pendaftaran PADU Yang Berhormat Menteri, isunya ialah apabila kerajaan-kerajaan negeri sendiri kelihatan seolah-olah tidak mempunyai kepercayaan terhadap pendaftaran PADU terutamanya apabila kita mendengar daripada laporan ataupun kenyataan daripada pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak, Sabah yang secara rasminya memohon meminta rakyat mereka supaya tidak mendaftar PADU. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan di bawah Perikatan Nasional yang tidak mempunyai sebarang masalah tentang PADU. Jadi isunya di sini ialah isu bagaimana kerajaan membuat runding libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam isu pendaftaran PADU sehingga seolah-olah orang melihat tidak ada keseragaman dalam kepercayaan dalam kerajaan itu sendiri. Yang Berhormat Menteri juga beberapa hari lepas mengeluarkan kenyataan bahawa bukan Melayu di antara golongan yang paling tinggi yang tidak mendaftar PADU. Apa sebenarnya sebab yang dapat dikesan oleh Yang Berhormat Menteri punca kenapa bukan Melayu seolah-olah tidak menyambut dengan baik hasrat kerajaan dalam hal ini. Adakah kerana trust deficit itu yang begitu tinggi di kalangan mereka? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Kalau sebut tentang trust deficit bukan Melayu saya dengan yakin boleh menyebut bahawa lebih 90 peratus pengundi bukan Melayu ada keyakinan yang penuh dengan Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang. Kalau ada trust deficit itu trust deficit dengan pembangkang bukan dengan kerajaan. Apa yang kita tengok...
Bukan isu pengundi, Yang Berhormat Menteri, isu pendaftaran.
Sekejap. [Ketawa] Sebab ditanya tentang soal...
Kita bukan bercakap soal mengundi politik pilihanraya ini.
Yang Berhormat.
Baik, bagilah saya jawab. Bila Pasir Mas cuba untuk mempolitikkan isu ini maka bolehlah dijawab apa yang cuba disebut oleh Pasir Mas seolah- olah pendaftaran dan kemas kini oleh bukan Melayu yang rendah itu melambangkan ada ketidakpercayaan kepada kerajaan. Itu pandangan Pasir Mas yang tidak tepat. Sebabnya ialah kerana sebahagian besar daripada warganegara bukan bumiputera dan Melayu di negara ini memang tidak biasa mendapat bantuan-bantuan kerajaan secara bulanan sebelum ini. Sebab itu mereka tidak banyak yang berada di dalam sistem kerajaan, mereka juga banyak yang merasakan mereka berada dalam golongan M40 ke atas maka mereka tidak layak apa-apa bantuan, itu sebab dia bukan sebab trust deficit. Sebab itu kita cuba meyakinkan kepada kumpulan penduduk bukan Melayu bahawa di kalangan mereka pun sebenarnya ada yang berisiko keciciran yang M40 di dalam penduduk dan warganegara bukan bumiputera sebenarnya bukan semua kaya, ada yang layak mendapat bantuan dan bahayanya jika mereka tidak mendaftar di dalam PADU, oleh kerana mereka memang tidak pernah mendapat bantuan sebelum ini. Baik di dalam STR, baik di dalam eKasih, maka kalau mereka tidak mendaftar, mereka akan tercicir. Saya ingat kita belum lagi melihat pecahan secara terperinci tetapi sejak seminggu yang lepas memang ada peningkatan pendaftaran yang mendadak setiap hari sebab itu kita telah berjaya melepasi lapan juta pendaftaran setakat semalam.
[Bangun]
Kepada soalan Pasir Mas mengenai rundingan. Proses libat urus, tata kelola ke arah melaksanakan PADU telah berlaku lebih setahun lamanya. Keputusan awal dibuat di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang ada wakil daripada Kerajaan Sarawak dan juga daripada Sabah. Setelah ia diluluskan ia dibawa pula kepada Kabinet, sama juga ada wakil daripada Sabah dan Sarawak. Kemudian ia dibawa ke peringkat Majlis Data dan Statistik Negara yang dianggotai oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri daripada seluruh negara dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Kedua iaitu daripada Sarawak. Kemudian ia dibentangkan pula ke dalam Mesyuarat Menteri Besar yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri. Saya boleh maklumkan Pasir Mas dan Dewan bahawa ia tidak timbul sebarang isu daripada awal sehinggalah ke minggu lepas. Malah Kerajaan Negeri Sarawak kalau lihat kepada pendaftaran, Kerajaan Negeri Sarawak adalah antara yang tertinggi sekali kerana sebelum itu Kerajaan Negeri Sarawak menggerakkan seluruh jenteranya.
Yang berlaku, saya dimaklumkan ialah timbul beberapa persoalan di dalam Kabinet Sarawak yang merasakan bahawa data yang diambil itu mungkin terlalu banyak dan tidak diperlukan dan pandangan mereka ialah kalau kita hendak bagi bantuan, tumpu kepada yang miskin sahaja bukan orang ramai. Itu perkara yang ditimbulkan dan arahan yang dikeluarkan saya ingat Pasir Mas pun tersalah baca sedikit.
[Bangun]
Arahannya bukan rakyat Sarawak tidak dibenarkan untuk mendaftar malah pendaftaran daripada rakyat Sarawak daripada negeri-negeri lain itu terus berlaku kerana yang mendaftar secara peribadi itu hak mereka masing-masing cuma Kerajaan Negeri Sarawak mengarahkan supaya kakitangan mereka tidak lagi melaksanakan pendaftaran besar-besaran seperti yang berlaku sebelum itu. Itu akan diberi penjelasan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan mereka juga telah- Pendang hendak tanya, Dato' Yang di-Pertua hendak bagi ke tidak sebab Pendang ada perangai suka mencelah tanpa minta izin.
Yang Berhormat, duduk. Duduk.
Tidak boleh. [Ketawa] Jadi itu akan dimaklumkan dalam mesyuarat kita kepada Kerajaan Negeri Sarawak minggu ini tetapi pada pandangan saya melihatkan kepada pendaftaran telah pun menghampiri 50 peratus, insya-Allah saya tidak nampak bahawa itu memberi gambaran seperti yang cuba diuar-uarkan oleh pembangkang.
Malah kalau tengok kepada negeri-negeri, yang paling tinggi― kalau ikut logik pembangkang ya. Kalau dikata oleh kerana pendaftaran bukan Melayu itu rendah, maka ada trust deficit dengan kerajaan oleh bukan Melayu, bagaimana pula bila pendaftaran paling tinggi ialah di negeri-negeri pembangkang? Adakah itu bermakna bahawa...
Saya kata tak ada kaitan dengan pilihan raya. Ini bukan politik.
Pasir Mas, duduk.
...Rakyat di negeri pembangkang lebih percaya kepada Kerajaan Madani sekarang berbanding dengan kerajaan mereka sendiri?
Yang Berhormat Menteri, gulung.
Kerana pendaftaran paling tinggi adalah di negeri- negeri seperti Kelantan, di Terengganu, di Perlis, di Kedah. Jadi, sebenarnya― saya nak tutup, Dato' Yang di-Pertua. Sebenarnya saya mengambil pendirian bahawa rakyat memahami apa yang kerajaan cuba buat melalui PADU. Sebab itu di negeri-negeri yang lebih ramai penduduk B40, yang lebih ramai merasakan mereka patut berada di dalam sistem bantuan, negeri-negeri itulah yang menunjukkan pendaftaran yang lebih tinggi. Di negeri-negeri yang lebih bandar, yang merasakan mereka tidak perlu mendapat bantuan, kita lihat memang ada sekitar lima ke 10 peratus lebih rendah
berbanding dengan negeri-negeri di Pantai Timur dan di utara. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Di kesempatan itu, ingin saya mengingatkan cara pengeluaran pertanyaan dan menjawab pertanyaan. Sila lihat 24(4). “Sesatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah untuk berbahas”. Ambil maklum ya. I will apply this strictly, dengan izin. Berikutnya, saya mempersilakan Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Yang Berhormat Bukit Gantang untuk soalan nombor empat.
Terima kasih Dato’ Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Bila tiba Aidilfitri, Hidangan utama ialah ketupat, Sahabat saya Timbalan Menteri, Sila jawab soalan empat.
4. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan senarai lampu solar laluan persekutuan (FT) yang diluluskan bagi tahun 2024 dalam Parlimen Bukit Gantang, terutama kawasan kemalangan dan laluan binatang lembu/kerbau yang melintas terutamanya di DUN Trong, Mukim Trong.
Sila Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Bila berjalan hendaklah cepat, Sampai di sini tepat waktunya, Untuk soalan nombor empat, Dengarkan ini jawapannya. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian amat mengambil berat tentang isu keselamatan jalan raya. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya meliputi lima aspek iaitu pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, persekitaran, penilaian atau 5E, dengan izin― education, enforcement, engineering, environment and evaluation. Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi teknikal negara melaksanakan penambahbaikan dalam aspek kejuruteraan dalam meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Kementerian ini melalui program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya dan peruntukan khas Kementerian Kewangan tahun 2023 ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap. Bagi skop ini, kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan, persimpangan, selekoh, jambatan serta kawasan yang mempunyai kemalangan akan dikenal pasti dan pemasangan lampu jalan akan dibuat. Pada tahun 2023, sejumlah RM15.03 juta telah dibelanjakan untuk pemasangan lampu jalan di 106 lokasi terpilih di jalan persekutuan seluruh Malaysia termasuk 38 lokasi
yang mempunyai rekod kemalangan hidupan liar. Pada tahun 2023, sebanyak 25 lokasi di jalan persekutuan negeri Perak telah dipasang lampu jalan dengan kos RM3 juta. Kementerian ini juga ada melaksanakan rawatan di lokasi kerap berlaku kemalangan ataupun blackspot di jalan persekutuan seluruh Malaysia. Di bawah skop ini, lokasi kerap berlaku kemalangan disebabkan oleh faktor kejuruteraan akan dikenal pasti dan audit keselamatan jalan raya kemudiannya dilaksanakan bagi mencadangkan kaedah rawatan yang terbaik bagi jangka pendek dan jangka panjang. Berdasarkan rekod pembaikan lokasi blackspot, sebanyak 55 lokasi pembaikan telah dilaksanakan di jalan-jalan persekutuan seluruh negara pada tahun 2023 dengan kos berjumlah RM19 juta. Pembaikan yang dilaksanakan ini adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui rekod pembaikan kawasan kemalangan di negeri Perak, sebanyak 19 lokasi telah dilaksanakan pembaikan antara tahun 2020 hingga 2023. Kementerian ini mengambil maklum terhadap cadangan oleh Ahli Yang Berhormat dan akan mempertimbangkan pemasangan lampu jalan di kawasan Yang Berhormat. Pelaksanaan ini juga tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan dan jalan persekutuan yang berada di bawah bidang kuasa kementerian ini. Tepat waktunya.
Soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Apakah perancangan kerajaan untuk masa depan dalam penggunaan lampu solar ini? Dan berapakah peruntukan untuk tahun ini disediakan? Secara khususnya saya ingin memohon bagi kawasan Bukit Gantang, 11 batang lampu sepanjang laluan FT.060, Changkat Jering – Batu Hampar iaitu melalui kawasan Batu Sembilan, Sungai Limau, Kampung Wawasan, Air Trong dan Padang Gajah. Sepanjang jalan ini, banyak selekoh yang tajam dan laluannya gelap menyebabkan berlaku kemalangan, malahan lintasan lembu dan kerbau juga menyebabkan kemalangan. Minta perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Menteri untuk menjawab.
Mengenai peruntukan untuk lampu jalan dan juga lampu jalan LED, lampu jalan solar dan traffic light untuk tahun ini, jumlahnya RM100 juta. Khusus untuk lampu solar, ataupun istilah di KKR kita panggil solar LED, sebanyak RM15.5 juta untuk tahun 2024. Di manakah kita pasang? Kawasan tinggi vandalisme, kawasan selekoh persimpangan dan kawasan yang jauh daripada bekalan elektrik TNB. Itu kawasannya. Untuk kawasan Yang Berhormat di kawasan Bukit Gantang, kita memperuntukkan RM100,000 pada tahun ini dan RM100,000 itu untuk 10 batang lampu solar. Satu lampu solar ialah RM10,000. Terima kasih.
Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Dato’ Speaker. Selaku Ahli Parlimen Pontian, Johor juga, saya harap Timbalan Menteri Kerja Raya boleh ambil perhatian kepada tahap keselamatan jalan raya khususnya di Lebuhraya Pasir Gudang di mana sering kali ada kemalangan. Termasuklah semalam sahaja baru ada satu kemalangan satu treler lori menghempap 11 kenderaan di Pasir Gudang Highway dan jalan ini selalu jammed. Keduanya, saya nak tanya Menteri tentang isu jejambat di Cahaya Baru. Siap bina 2020, Oktober. Sekarang sudah 2024, masih tidak buka lagi. Sebab tidak buka, ini bermakna traffic jammed melalui Kota Masai, Pasir Putih sampai Pasir Gudang, Tanjung Langsat. Tiap- tiap hari, berpuluh-puluh ribu orang kompelin sebab kena jammed di Pasir Gudang dan Tebrau. So, saya harap apakah cadangan atau pun tindakan kerajaan untuk memastikan jejambat di Cahaya Baru ini boleh dibuka dengan segera? Sekian, terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah menjawab di sini bahawa ada tiga faktor kemalangan, tiga sebab. Ini angka daripada MIROS. Yang pertama, 80 peratus adalah akibat daripada kecuaian manusia itu berlakunya kemalangan. Yang kedua, 13 peratus sebab keadaan jalan dan di persekitaran. Itu 13 peratus. Dan tujuh peratus adalah disebabkan oleh keadaan kenderaan. Jadi, kemalangan Yang Berhormat sebut di Tebrau itu, saya kira tidak jauh daripada perkara yang 80, 13 dan tujuh ini. Mengenai jejambat Cahaya Baru, saya akan memberi jawapan bertulis. Terima kasih.
Baik, sekarang saya jemput Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah status terkini usaha kementerian untuk memperluas penanaman padi di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan di Sabah.
Selamat pagi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Libaran. Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan telah diperkenalkan pada bulan Mei 2023. Sehingga kini, program ini telah dilaksanakan di enam buah lokasi di lima buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang melibatkan usaha sama strategik syarikat peneraju kerajaan negeri dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).
Pada tahun 2024, SMART SBB Ala Sekinchan telah dilancarkan di IADA Pekan Pahang pada 22 Januari 2024 dan di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kelantan pada 28 Januari 2024. Seterusnya akan diikuti di kawasan IADA Batang Lupar, IADA Kemasin di Semerak, Langkawi, IADA Seberang Perak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, IADA Barat Laut Selangor dan IADA Kota Belud Sabah. Sejak diperkenalkan program ini telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil padi. Ini terbukti dengan peningkatan hasil padi daripada empat tan metrik kepada tujuh tan metrik di kawasan seliaan MADA iaitu Kampung Tok Mengkula Kedah dan kawasan di bawah Seliaan IADA Ketara di Kampung GH, Kampung Grai. Manakala di Kampung Lat Seribu, Perlis telah mencatatkan kenaikan pengeluaran padi sehingga 50 peratus daripada tujuh tan metrik per hektar kepada 10 tan metrik perhektar. Antara ciri-ciri SMART SBB ala Sekinchan yang menyumbang kepada peningkatan hasil adalah dengan mengaplikasikan amalan penanaman padi terbaik di kawasan Sekinchan Selangor melalui penggunaan jentera dan automasi terkini terutamanya jentanam dan dron. Selain itu pembangunan kawasan sawah secara berkelompok berdasarkan jadual kerja ladang yang lebih sistematik turut menyumbang kepada peningkatan hasil padi yang lebih baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai status program SMART SBB ala Sekinchan di Sabah, ianya akan dimulakan pada Julai 2024 dengan keluasan sebanyak 27.81 hektar di Kampung Kesampang Tengah, Kota Belud yang melibatkan 15 orang peserta menggunakan variety Tuaran Rice ataupun TR8 dan diterajui oleh Syarikat Padi Beras Nasional Berhad iaitu BERNAS. KPKM yakin pelaksanaan Program SMART SBB Ala Sekinchan di Sabah akan dapat membantu meningkatkan hasil padi bagi menampung permintaan pasaran tempatan. Sekian dan terima kasih.
Sila Libaran.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga Timbalan Menteri. Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya pada 2021 hingga 2025 menggariskan pelbagai inisiatif yang dicadang oleh kerajaan negeri untuk membantu para pesawah padi. Namun hasil daripada pelaksanaan pelan pembangunan SMJ ini tersebut, nampaknya tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Justeru itu bagaimana peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan industri padi terus berkembang dan membolehkan para pesawah untuk meningkatkan dan mendapatkan hasil yang lumayan? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sektor padi dan beras merupakan satu sektor yang amat penting bagi negara kita khususnya dalam soal keterjaminan makanan dan kita dari kementerian persekutuan sentiasa bersedia untuk membantu dan juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan industri padi akan terus berkembang dan membolehkan para pesawah dapat pendapatan yang lebih lumayan.
Pertama, kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan di peringkat negeri yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi untuk mencari kaedah terbaik untuk mempertingkatkan dan memperluaskan kawasan baharu penanaman padi. Kedua, kita menggalakkan penggunaan variety benih padi sah bagi meningkatkan hasil dengan membawa masuk benih dari Semenanjung yang berhasil tinggi dan rintang kepada penyakit. Sebab selama ini kerajaan negeri belum membenarkan kita membawa variety yang lebih baik untuk digunakan di negeri Sabah. Ketiga, kita menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi ataupun SSHP daripada RM360 kepada RM500 bermula pada Ogos 2023 untuk seluruh negara termasuk negeri Sabah. Keempat kita telah menaikkan harga lantai belian padi di Sabah daripada RM900 kepada RM1,300 per tan metrik berkuat kuasa Februari 2024 dan ini yang pertama telah menyeragamkan harga belian lantai padi di antara Sabah dan Sarawak. Bererti, tidak ada lagi perbezaan harga belian lantai padi di antara Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung. Apa yang dibayar di Semenanjung juga akan dinikmati oleh pesawah Sabah dan Sarawak. Kedua, ini akan meningkatkan pendapatan para petani padi dan ketiga menggalakkan lebih ramai petani untuk menanam padi. Usaha yang keempat adalah untuk memperluaskan Program Ala Sekinchan di negeri Sabah yang dijadualkan untuk dilancarkan pada Julai tahun 2024. Sekian dan terima kasih.
Setiu, silakan.
Terima kasih Tan Sri di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Apakah perancangan kerajaan untuk membolehkan lebih banyak kawasan jelapang padi menghasilkan benih tanaman bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga dan kenaikan kos input selain menangani cabaran seperti kelewatan bekalan benih dan sejauh manakah hasil kajian penyelidikan terkini berhubung penghasilan benih padi berkualiti dan boleh dituai dalam jangka masa pendek melalui kolaborasi MARDI serta agensi penyelidikan yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama kita daripada Kementerian Persekutuan sentiasa membuat kajian khususnya di MARDI untuk menghasilkan benih variety padi yang lebih berdaya tahan kepada penyakit, kepada kemarau dan sebagainya dan juga boleh meningkatkan hasil yang lebih tinggi. Kini di MARDI kita mempunyai 53 variety benih padi yang digunakan oleh para pesawah kita dan majoriti daripada para pesawah di Malaysia sedang menggunakan variety padi daripada MARDI. Kedua, adalah untuk memastikan bahawa infrastruktur khususnya saliran air dan sebagainya pam sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya bekalan air tidak terganggu untuk sawah-sawah padi supaya kita boleh memastikan bahawa kita dapatlah memastikan tuaian itu secara konsisten dan kita dapat memastikan pengeluaran padi dan beras yang konsisten di negara kita. Sekian, terima kasih.
Baik, sekarang saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor enam.
6. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Ekonomi menyatakan status terkini secara terperinci 130,000 rakyat yang telah dijanji akan dibantu kerajaan dalam usaha memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di Malaysia akhir tahun 2023 .
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Arau. Kerajaan Perpaduan terus beriltizam untuk menoktahkan kemiskinan tegar tanpa mengira latar belakang kaum dan wilayah menerusi pendekatan baru yang memberi penekanan kepada keupayaan menjana pendapatan tambahan secara mampan. Kerajaan menyedari bahawa keberkesanan usaha membasmi kemiskinan turut berkait rapat dengan sumber data utama yang dijadikan rujukan. Pada masa ini sumber data utama yang diguna pakai adalah contohnya Survei Pendapatan Isi Rumah (HIES), Bank Data Kemiskinan Nasional ataupun eKasih dan Sistem Informasi Data Maklumat Masyarakat Orang Asli (iDamak) bagi masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan HIES yang terkini yang dilaksanakan untuk tahun 2022 dan untuk makluman Dewan, pelaporan kemiskinan rasmi negara adalah berdasarkan pelaburan HIES ini. Bukannya daripada data eKasih dan pelaporan rasmi menunjukkan kadar kemiskinan tegar telah berkurang kepada anggaran satu peratus pada tahun 2020 dan seterusnya kepada 0.2 peratus sahaja atau hanya 18,445 isi rumah pada masa ini. Soalan yang ditanya oleh Arau ialah bersabit dengan angka yang pernah disebut daripada eKasih iaitu sekitar 130,000 isi rumah. Sebab itu isunya ialah isu data dan dalam sistem kerajaan, baik di ICU, baik di jabatan-jabatan lain memang usaha untuk memutihkan data ini telah pun berjalan buat sekian lama, tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh berlaku secara automatik dan dia mengambil masa dan kos yang tinggi.
Pun begitu, pengurangan yang sama bila kita tengok pada pelaporan rasmi, ada pengurangan. Sebenarnya, di dalam data eKasih pun yang diselenggarakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, sebenarnya setakat 15 Mac 2024, setelah pemutihan dan semakan dan pemetaan terus berlaku sejak setahun yang lalu, jumlah isi rumah miskin tegar di dalam eKasih telah pun berkurang daripada 130,000 kepada 83,622 ketua isi rumah. Sebabnya ialah bila kita putihkan dan kita turun dan semak di bawah, banyak yang masih lagi berada di dalam data eKasih itu sebenarnya telah didapati telah keluar daripada garis kemiskinan tegar iaitu pendapatan isi rumah melebihi RM1,098 sebulan. Kalau saya minta dua minit lagi.
Silakan.
Memandangkan terdapat kelemahan dari sudut kesahihan sumber data eKasih yang kadangkala didapati tidak selari dengan maklumat sebenar di lapangan, sebab itulah kerajaan telah memutuskan tahun lepas untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang berperanan sebagai pangkalan data komprehensif untuk membantu kerajaan merangka dasar dan program kemiskinan. Bagi
menoktahkan kemiskinan dengan segera, kerajaan bertungkus-lumus membantu ketua isi rumah miskin tegar untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan melalui beberapa tindakan intervensi yang bersifat jangka masa pendek dan sederhana, dan dasar menoktahkan kemiskinan itu meletakkan sasaran kepada jabatan-jabatan kerajaan. Setiap kali pelaporan kemiskinan tegar negara meletakkan jumlah isi rumah yang berada di bawah miskin tegar, sebanyak itu jugalah yang perlu dikeluarkan daripada garis kemiskinan miskin tegar pada tahun itu. Berikut adalah beberapa contoh kaedah-kaedah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi jangka masa pendek. Pelbagai langkah diambil, termasuklah seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil serta projek pembaikan melibatkan infrastruktur luar bandar dan program- program pembasmian kemiskinan yang dipetakan kepada setiap isi rumah itu. Selain itu, kita juga mengambil tindakan secara makro untuk mengurangkan tekanan sara hidup, termasuklah yang dilaksanakan oleh KPDN seperti inisiatif Payung Rahmah dan jualan terus daripada ladang. Bagi strategi jangka masa sederhana, tumpuannya ialah untuk mewujudkan aktiviti penjanaan pendapatan rakyat dan aktiviti-aktiviti ini termasuklah yang telah disedia maklum melalui IPR, melalui program-program di bawah agensi-agensi seperti TEKUN, seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain. Untuk strategi jangka masa panjang, melalui reformasi yang digariskan di bawah rangka ekonomi Madani, kerajaan selain daripada memperkenalkan modul gaji progresif, akan terus memberi tumpuan kepada dasar-dasar dan pewujudan kerja yang boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada penduduk. Supaya dalam satu-satu isi rumah itu, yang berada di dalam miskin tegar, kalau dilihat daripada PADU contohnya, dia tergolong sebagai isi rumah miskin tegar dan walaupun ketua isi rumah dia itu mungkin tidak berkemahiran tetapi dia ada anak lepasan sekolah ataupun ada anak yang TVET, ini akan terus dipadankan dengan kerja-kerja berbentuk teknikal TVET dan sebagainya untuk memastikan pendapatan isi rumah miskin tegar itu boleh keluar daripada RM1,098 sebulan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya jemput Arau.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tan Sri Speaker, soalan saya, apakah perincian sumber data miskin tegar mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan telah mencapai 100 peratus? Semua data yang saya tengok dalam– daripada DOSM bahawa kayu ukur miskin tegar ini RM1,169 tetapi Yang Berhormat sebut tadi RM1,098. Dua-dua tadi tidak ada masalah tetapi saya nak tanya pada Yang Berhormat. Miskin tegar, saya ambil contoh Kuala Lumpur sebab ini dimulakan zaman saya. Sumber pendapatan untuk membolehkan dia tidak menjadi miskin tegar ialah daripada Baitulmal, Jabatan Kebajikan dan juga pihak kerajaan ataupun Wilayah Persekutuan. Jadi, oleh kerana bantuan ini dia bagi ikut masa kehendak jabatan, Baitulmal mungkin bagi berapa hari bulan, kebajikan berapa hari bulan.
Jadi makna kata, dia sebelum mendapat angka RM1,098, dia tegarlah. Kita 25 hari bulan, kawan ini bagi. Dia tak cukup lagi. Sampai semua cukup, baru dia jadi tak tegar. Jadi, apakah kerajaan bercadang untuk satukan sumber ini? Baitulmal, kebajikan disatukan untuk membolehkan dia dapat sekali gus. Yang keduanya, ini ialah sumber data daripada 2022, mungkin ataupun 2020. Kenaikan harga barang yang tinggi ini, apakah kerajaan telah kaji semula kayu ukur ini kerana RM1,189 di Perlis boleh beli motor. Jadi, di Kuala Lumpur tak boleh. Jadi, apakah ia diselaraskan ataupun dia ikut negeri? Kerana bila Perdana Menteri sebut miskin tegar di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur ini, apakah negeri ini berbeza dari segi sumber daripada jabatan dan juga kos hidup? Terima kasih.
Silakan, Menteri.
Terima kasih Arau. Semua soalan-soalan yang sangat baik. Yang sebenarnya menunjukkan bagaimana mencabarnya untuk kita membasmi kemiskinan ini. Saya jawab yang pertama tadi tentang penghapusan kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan, di Negeri Sembilan dan Melaka, macam mana seperti yang ditanya oleh Arau. Apa yang dibuat oleh kerajaan ialah berdasarkan angka daripada DOSM, kita tahu berapa jumlah isi rumah miskin tegar yang ada di Wilayah Persekutuan, yang ada di Negeri Sembilan dan juga yang ada di Melaka. Kemudian, seperti yang Arau sebut, bantuan-bantuan yang diberikan dan disalurkan oleh pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri dan zakat ini, kemudian dicantumkan untuk kita melihat sebenarnya berapa jumlah isi rumah yang telah mendapat bantuan, yang membawa mereka keluar daripada garis miskin tegar iaitu RM1,098. Yang itulah bila dibandingkan jumlah mengikut laporan rasmi dengan jumlah yang menerima bantuan yang disepadukan ini, kalau berdasarkan itu Arau, sebenarnya telah dihapuskan. Adakah ia bermakna tidak ada orang miskin? Itu tak betullah kerana kita ada risiko keciciran. Ada orang yang tak ada dalam sistem. Ada orang yang belum dilaporkan dan itulah usaha-usaha yang berterusan untuk memastikan kita mempunyai kemudahan dan keupayaan data yang lebih baik supaya tak ada orang tercicir. Tetapi secara pelaporan rasminya, itu yang telah dibuat ya. Kepada soalan Arau mengenai bagaimana garis kemiskinan tegar ini akan disemak semula. Ada beberapa cara dan ini memang sudah menjadi aturan pentadbiran negara. Setiap dua tahun sekali, kerajaan akan melaksanakan survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah yang melibatkan sekitar 100,000 isi rumah di seluruh negara. Bagaimana perkara ini dibuat? Sepanjang satu tahun, keluarga-keluarga yang disampelkan ini mengikut seluruh kawasan, akan diberi satu buku. Mereka akan mencatat tiap-tiap bulan berapa pendapatan. Dia daripada semua, daripada zakat, daripada anak, daripada gaji. Mereka juga mencatatkan perbelanjaan harian dan mingguan mereka selama setahun dan yang inilah kemudian, digabungkan mengikut kaedah survey dan pensampelan yang akan menjadi dapatan di dalam kajian survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah negara dan berdasarkan yang itulah, yang akan ditetapkan garis kemiskinan tegar dan garis miskin, kerana ada definisi-definisi tertentu.
Miskin tegar ini contohnya ialah keupayaan untuk berbelanja makanan mengikut kalori yang minimum, untuk bayar sewa sedikit, kesihatan sedikit. Kalau untuk miskin itu dia ada tinggi sedikit. Malah, kerajaan juga sekarang ini untuk membangunkan kaedah penyasaran semula subsidi, kerajaan telah pun beralih pun daripada kaedah melihat kepada keperluan minimum semata-mata tetapi melihat kepada keperluan untuk mempunyai kehidupan waja. Mempunyai kehidupan waja ini definisi perbelanjaan itu lebih tinggi untuk setiap isi rumah keluarga. Jadi, seperti yang Arau tanya tadi, memang garis kemiskinan itu akan naik setiap tahun. Sebab itu bagi saya kita jangan tertukar bila kata menoktahkan kemiskinan ini, ini adalah dasar kerajaan untuk memastikan sasaran itu tetap setiap tahun mengikut jumlah yang ada. Tetapi, kalau kita nak kata menoktahkan kemiskinan tidak ada orang miskin, tiap- tiap tahun garis kemiskinan itu akan naik dan akan naik dan akan naik. Akhir sekali, Arau juga bertanya tentang sama ada kerajaan bercadang untuk menyatukan semua bantuan? Itulah sebahagian daripada usaha yang sedang dibuat melalui PADU kerana bantuan daripada agensi Persekutuan, agen negeri, zakat dan sebagainya sekarang ini dibuat masing-masing. Oleh sebab itu, kita ada risiko keciciran, inclusion dan exclusion error yang besar. Ada satu keluarga, lima-lima orang dapat dan bukan sahaja dia dapat daripada satu jabatan, zakat pun dia dapat, yang ini pun dia dapat, itu dia dapat. Sebab itu bila dia berada di dalam eKasih, dia tak nak keluar. Kalau tengok sampai bila-bila, kita makin lama makin ramai orang, makin ramai orang miskin. Sebenarnya, dia dah lama keluar daripada garis kemiskinan. Kalau kita tidak satukan, itu akan menyebabkan selain daripada keciciran dan ketidakadilan begitu, kos bantuan sosial negara akan terus meningkat kerana dia berterabur. Insya-Allah, dengan data yang tepat, perkara-perkara yang dicadangkan dan ditimbulkan oleh Arau itu akan dapat dibuat dengan lebih baik supaya penyelarasan bantuan pun dapat dibuat dengan lebih baik ke arah memastikan mereka mendapat pindahan tunai seolah-olah gaji bulanan kepada keluarga- keluarga ini secara bulanan di masa akan datang. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Paya Besar.
Yang Berhormat, saya minta jawab bertulis perincian Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan juga Melaka. Saya minta jawab bertulis sebab ini saya minta angka berapa di Kuala Lumpur?
[Bangun]
Saya nak beritahu Yang Berhormat, baitulmal ini bagi pada orang Islam. Kepada orang bukan Islam saya minta tolong bagi jawapan bertulis juga. Terima kasih.
Baik. Dipersilakan, Paya Besar.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri Ekonomi sebentar tadi. Banyak
sebut pasal Household Income Survey. Cuma saya nak minta pandangan Yang Berhormat, kita cakap kita ada bantuan, kita bagi bantuan. Tetapi PGK itu yang menyebabkan mereka yang patut dapat tetapi tidak dapat disebabkan Paras Garis Kemiskinan yang telah ditetapkan. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat, setiap dua tahun House Income Survey akan dilakukan. Adakah pada tahun ini 2024 selepas HIS 2022, adakah peningkatan kalori juga akan meningkat, 7,820 kilo kalori? Sebab saya lihat seperti mana Yang Berhormat Arau sebutkan tadi, 1,169 pada tahun 2019 meningkat hanya RM30 pada 2022 walaupun dalam kalori yang sama. Bagaimana penentuan nilai kadar pertukaran tersebut? Dahulu kita hanya berasaskan kategori kepada harga. Sekarang, kita berasaskan ... [Tidak jelas] ..kepada harga. Adakah mengambil kira inflasi? Kalau kita tidak selesaikan PGK paras ini Yang Berhormat Menteri, sudah pasti ramai lagi yang akan terkeluar daripada bantuan kerajaan. Keduanya, saya nak minta pandangan Yang Berhormat dari segi polisi ekonomi. Adakah kita perlu membawa orang miskin ke tempat yang ada pembangunan ataupun membawa orang pembangunan kepada kawasan yang perlu kita bantu? Terima kasih, Yang Berhormat.
Sila, Menteri.
Terima kasih, Paya Besar. Dari segi berapa jumlah kalori, kriteria, definisi dan penentuan itu, ia sebenarnya tertakluk kepada piawai-piawai antarabangsa. Jadi, kalau kita menggunakan piawai yang memang diterima di dalam amalan statistik antarabangsa, memang sudah ada pecahan-pecahan itu. Ini banyaknya memang telah pun ditetapkan di peringkat antarabangsa. Sudah tentu elemen inflasi itu akan masuk kerana untuk mendapatkan sesuatu kalori contohnya daripada satu tahun ke satu tahun akan datang harga ikan, harga beras itu dia naik. Jadi, maka sudah tentu ada elemen pertambahan itulah. Tapi kalau dari segi garis untuk mendapat bantuan, yang ditumpukan oleh kerajaan sekarang selain daripada garis kemiskinan tegar yang ditetapkan oleh survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah ini ialah konsep perbelanjaan asas kehidupan waja yang telah pun dibentangkan oleh Bank Negara sejak beberapa tahun yang lalu. Definisi dan juga keperluan-keperluan perbelanjaan untuk mencapai kehidupan waja ini lebih tinggi daripada yang ditetapkan di dalam menentukan garis miskin tegar. Oleh itu, sebenarnya kita bergerak ke arah garis yang lebih tinggi selepas ini daripada semata-mata garis miskin tegar. Pada perkara kedua Paya Besar iaitu konsep dan juga pendekatan pentadbiran. Sebaik-baiknya dan itulah yang kita sedang usahakan di dalam beberapa program kerajaan. Sebaik-baiknya ialah kita membawa aktiviti penjanaan ekonomi kepada ke tempat orang susah. Cuma, bukan semua orang susah berada di tempat yang serumpun. Kalau contohnya – sebab itu kalau macam pelaksanaan IPR itu terutamanya INTAN. Ia hanya boleh dibuat di kawasan yang berpendudukan cukup yang penerima dan dia ada tanah untuk melaksanakan pertanian bersepadu. Yang ini memang kita cuba bawa kepada
mereka supaya mereka boleh bekerja. Sebaik - bukan bekerja di kilang tetapi bekerja di tapak pertanian bersepadu. Tetapi daripada semakan kami di Kementerian Ekonomi, bila kita tengok kepada profil miskin tegar yang ada, dia tak sampai 40 peratus yang berada dalam kategori itu. 60 peratus ini ialah yang dia duduk jauh ataupun dia tidak ada keupayaan dan dia tidak sekelompok. Kalaupun ada dia nak menyertai aktiviti sekompok begitu, dia kena belanja lebih jauh. Jadi, nak tak nak kita masih lagi juga mencari jalan untuk memberi bantuan yang dipetakan kepada profil di situ. Sebab itu sebahagian juga daripada belanja untuk membasmi kemiskinan termasuklah juga kepada infrastruktur-infrastruktur asas, jalan-jalan kecil, menghubungkan kawasan-kawasan kampung kerana dia juga berkaitan dengan kesalingterhubungan infrastruktur. Kalau tidak kita, mereka akan terus terpisah daripada kegiatan ekonomi yang munasabah dan yang mampan untuk menjana pendapatan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Saya jemput Dato’ Adnan bin Abu Hassan, Kuala Pilah.
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Soalan Kuala Pilah di nombor 7.
7. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Kesihatan menyatakan perkembangan transformasi kesihatan digital yang akan dilaksanakan pada tahun ini agar setiap individu mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta dan bagaimanakah rekod-rekod lama ini dapat diisi semula bagi memudah cara pekerja kesihatan memantau kesihatan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kuala Pilah atas soalan ini. Kuala Pilah mahukan. Saya berikan akan perkembangan transformasi digital ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama, yang ingin saya tekankan untuk melancarkan dan melaksanakan transformasi kesihatan digital ini, Kementerian Kesihatan menyasarkan tempoh empat hingga lima tahun, Tan Sri untuk melaksanakan transformasi ini di mana pada akhirnya kita akan mencapai apa yang diistilahkan sebagai satu individu atau satu warga, satu rekod. Bermula dengan penggunaan rekod perubatan elektronik ataupun diistilahkan dengan izin, electronic medical record ataupun dengan bahasa yang lain lifetime health record (LHR) di setiap fasiliti kesihatan di seluruh negara sebagai the backbone of the digital transformation, nadinya. The heartbeat of this transformation, dengan izin. Kementerian sedang mengambil beberapa perspektif baru, pelaksanaan transformasi ini. Antara lainnya kita telah mewujudkan satu Bahagian Kesihatan Digital dengan izin, Digital Health Division yang akan bertanggungjawab antara lain merangka pelan pendigitalan kesihatan secara holistik, future ready dan future proof, dengan izin insya-Allah. Pembaharuan dengan pendekatan 4R, reform, relook, recalibrate dan realise ataupun pembaharuan, ketelitian dan penyelarasan dan pelaksanaan.
Ini antara lain pastinya merangkumi aktiviti konsolidasi unit-unit digital di KKM yang terdahulu mungkin sudah bertindak secara in silo– melihat ia nya kepada satu yang dirangkumkan sekali gus melihat kembali semua sistem digital di KKM, menetapkan strategi pendigitalan baharu mengikut arus teknologi terkini dan seterusnya mengimplementasi serta memantau implementasinya yang telah dirancang. Kajian pemetaan ataupun dengan izin mapping the entire digital architecture. Keseluruhan architecture kesihatan digital negara serta penambahbaikan strateginya sedang kita laksanakan. Insya-Allah akan menjadi lebih pantas dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dan berkualiti. Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, untuk saya tekankan lagi transformasi kesihatan digital. Antara fasiliti ini juga merangkumi yang dikatakan sebagai seamless berselancar ataupun connected kepada fasiliti-fasiliti kerajaan dan swasta yang juga merupakan salah satu matlamat KKM dalam meningkatkan accessibility, keselamatan, kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang antara lain dapat sedikit dismantle ataupun meruntuhkan dikotomi antara public dan private ataupun di antara awam dan swasta. Jadi dengan itu Tan Sri Yang di-Pertua, mustahak adalah antara lainnya untuk kita capai apa yang sebenarnya merupakan tujuan digital ini. Pada akhirnya untuk kita merealisasikan yang diistilahkan hari ini sebagai dengan izin precision patient care ataupun ketepatan penjagaan kesihatan pesakit yang mempunyai beberapa ciri antara lainnya adalah ia nya bersifat low cost sebagai contoh yang telah kami lakukan CCMS, 50 klinik yang kita belanja hanya lah dalam jumlah kurang lebih RM116,000 atau kurang lebih hanya membayar fi sebanyak RM15,000 lebih setahun. Itu adalah why it is low cost Tan Sri Yang di-Pertua dan juga ia nya adalah mempunyai the speed, scalability dengan semuanya terangkum dalam satu seamless ataupun connected semuanya facilities kita public dan swasta, Tan Sri Yang di-Pertua. Maka juga sementara dapat capai precision patient care, kita juga akan akhirnya dengan data itu, akan dapat melakukan big data analytics, digital health dan juga apa yang dikatakan sebagai precision medicine dengan mengambil kira segala yang lain, genomic dan sebagainya– untuk kita capai juga precision patient health. Begitu dahulu Tan Sri Yang di- Pertua.
Baik saya jemput Kuala Pilah.
Terima kasih. Saya yakin usaha pembinaan sistem yang inklusif ini amat rumit dan memerlukan sumber tenaga dan kepakaran yang tinggi serta sudah pasti menelan belanja yang tinggi. Adakah kementerian mereka bentuk dan membina sistem ini sendiri atau membeli aplikasi sedia ada dari pembekal serta apakah persediaan dibuat dalam menghadapi ancaman penggodaman bagi memastikan keselamatan sistem dan data. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri, terima kasih sahabat saya Kuala Pilah. Ya pastinya persoalan cyber security dan data protection adalah paling mustahak untuk dijamin Tan Sri. Kuala Pilah kalau boleh saya sambung sedikit. Sememangnya pada awal dahulu menyebutkan tentang– mewujudkan satu national EMR ataupun LHR itu disebut-sebut sebagai berbilion perbelanjaannya. Pendekatan yang sedang kami lakukan dan kami sedang membuktikan keupayaan itu dengan kita kembali untuk melihat kepada Hospital Selayang kita. Ia menjadi satu contoh model di mana kita boleh kembalikan Selayang yang dulunya end-to-end. Boleh kita sebutkan sebagai the Rolls-Royce of EMR yang dibekalkan oleh Cerner daripada US. Hari ini sudah hampir– selepas itu iSolve, kemudian itu sudah hampir tidak dapat berfungsi hari ini. Kita mahu kembalikan untuk menjadikan ia satu contoh bagaimana kita boleh lakukan di peringat hospital. Ini sedang kita lakukan dan kita akan membuktikan bahawa keupayaan untuk get satu end-to-end EMR itu boleh kita lakukan kembali di Hospital Selayang kita. Sementara itu, kita sedang melakukan EMR daripada skala yang agak kecil, telah pun kita lakukan 50 klinik– yang kita lakukan dengan hanya berbelanja RM19,300 sebulan kerana kita menggunakan subscription dan kita sekarang ini melihat semuanya daripada perspektif baharu. Dengan itu apabila kita merangkumkannya semua dan mengambil pendekatan yang lebih terkini dan teknologi terkini, selama kita dapat mencerakinkan atau membangunkan ini dengan pendekatan yang lebih kontemporari ataupun menggunakan interoperability contohnya– dengan LH7 contohnya dan juga FHIR, kita akan dapat melakukan satu masa dahulu yang kita sebut-sebut sebagai satu yang berbelanja besar. Tidaklah seperti mana yang pernah kita sebutkan itu– the billions Ya, ia mempunyai satu perbelanjaan yang juga besar tetapi tidaklah seperti mana yang pernah disebutkan dulu dan kita fasakan. Kita fasakan dalam empat atau lima tahun, penggal Parlimen Kelima Belas ini kita bercita-cita untuk lakukan. Kita hari ini hanya punya 20 peratus hospital yang sedikit sebanyak ada EMR dan daripada klinik 3,876 klinik, kita hanya punya 236 klinik yang punya EMR. Maknanya dalam kata lain enam peratus setelah 10 tahun lebih kita melaksanakannya . Semua ini adalah terkait dengan persoalan kelemahan-kelemahan yang hari ini kita kembali melihat, analyze balik, relocate balik, reassess balik dan kita mempunyai satu pendekatan yang saya kira punya keupayaan dan kemampuan termasuklah kita punya human capital, digital health division kita untuk kita lakukan ini. Pada tahun ini yang kelima Tan Sri, kita mahu deliver our national EMR ataupun The National Lifetime Health Record dengan izin, Insya-Allah. Terima kasih Tan Sri, terima kasih Kuala Pilah
Saya jemput Padang Rengas.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya mengenai EMR juga. Dalam usaha kementerian memperluas sistem rekod perubatan elektronik (EMR) di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, apakah langkah khusus yang diambil bagi menambah baik serta mempercepat proses perkongsian maklumat kesihatan
seperti pendaftaran, temu janji pesakit bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap? Dalam hal ini, sejauh mana kah kadar penggunaan aplikasi MySejahtera ketika ini termasuk urusan pendaftaran, temu janji dan usaha kementerian supaya penggunaannya dapat dioptimumkan? Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Padang Rengas. Sangat baik soalan itu. Cukup peka dengan perkembangan ini, digital health kita ini. Satu yang mungkin saya terus jawab adalah pelaksanaannya– kerana kita pernah ada cubaan itu. Dalam contohnya kita punya sistem yang dikatakan Teleprimary Care and Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) yang pernah kita lakukan dan kita ada 106 klinik-klinik kesihatan dan juga 55 buah klinik pergigian yang menggunakan TPC-OHCIS tapi sistem ini tidak scalable, tidak dapat kita rollout the entire nation dan kita juga ada sekarang ini CCMS, apa yang sebut sebentar tadi yang dikatakan cloud base clinical management system juga adalah sebenarnya EMR pada peringkat klinik kesihatan. Kita sekarang ini tidak bercakap hanya di klinik-klinik kesihatan dengan CCMS. Kita juga bercakap tentang EMR di seluruh hospital-hospital kita. 149 hospital kita kalau yang awam. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi dengan kata lain, persoalan yang nak saya sebutkan tadi adalah bagaimana kita nak rollout– tentang data sharing. Sebenarnya tidak ada yang lebih baik untuk kita lakukan perkongsian data kecuali dengan mewujudkan untuk negara ini, apa yang diistilahkan sebagai The National Electronic Medical Record atau dalam bahasa yang lain The Lifetime Health Record. Hanya dengan kita punya perkongsian– hanya dengan kita punya EMR inilah, maka setiap warga, setiap patient, setiap citizen akan membawa dengan dirinya itu sama ada through his smartphone atau perkakasan yang lain on the– di atas EMR ini. EMR ini dia punya apa dikatakan sebagai Master Patient Index.
Di mana segala hal tentang diri, kesihatan dan perubatannya, tentang sama ada dia pernah dilakukan any surgical, medical intervention, imaging, alahan ubat-ubatan dan sebagainya itu semua ada. Setiap seorang patient itu apabila dia pergi ke mana-mana fasiliti, dia dapat— dan doktor yang merawatnya itu dapat berkongsi dengan segala, dengan kata lain dengan segala maklumat klinikal dan perubatan itu langsung membawa kepada apa yang saya sebutkan tadi. Di situlah berhasilnya precision patient care dengan kelajuannya, kepantasannya, ketepatannya dan kalau kita bayangkan kalau itu satu patient, kalau population pula, ia akan mengambil data yang dikatakan sebagai big data analytics. Kita sekali gus telah dapat melakukan apa yang hari ini disebutkan sebagai precision public health ataupun population management tentang health. Jadi, itu caranya Padang Rengas untuk kita – perkongsian yang paling baik adalah apabila kita mampu menghasilkan untuk negara ini. Orang lain semua, jiran-jiran ramai dah yang punya ini. Kita tertinggal ke belakang ya. Jadi, kita mahu lakukan pantas dalam empat
lima tahun ini untuk mewujudkan National EMR ataupun Lifetime Health Record (LHR) dengan izin, insya-Allah. Terima kasih Dato’. Terima kasih Padang Rengas. Soalan yang baik.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Terima kasih Tuan Speaker. Ini rang undang-undang pertama saya sebagai Menteri KESUMA. Minta izin Tuan Speaker untuk juga mengalu-alukan tetamu dari Bukit Mertajam dari Persatuan Kwong Waai Siew ataupun Guang Hui Zhao.
Silakan.
Selamat datang kawan-kawan dari Bukit Mertajam. [Tepuk]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PINDAAN) 2024. Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Dato’ Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga dibahas dan diputuskan rang undang-undang seperti Nombor 1 hingga 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 27 Mac 2024.”
Ada yang menyokong?
Dato’ Speaker, saya mohon untuk menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2004 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)] mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2004 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 Jawatankuasa — Kepala B.33 [Jadual] Kepala P.33 [Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024] –Bill
Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Dalam senarai yang berada dalam tangan saya, seramai empat orang pembahas yang saya akan bacakan nama-nama mereka. Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Batang Lupar. Saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Rompin, pembuka tirai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan peruntukan semula peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Merujuk kepada Kertas Perintah 7 Tahun 2024 di bawah maksud P.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air iaitu kementerian baharu yang ditubuhkan selepas rombakan Kabinet. Saya merujuk kepada Butiran 03400 – PPP/PFI, Public-Private Partnership/Private Finance Initiative di mana tambahan peruntukan ialah sebanyak RM30,131,900. Saya memahami bahawa ini adalah kementerian baharu. Soalan saya bagaimanakah kaedah pembahagian ratio antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan kementerian baharu ini berdasarkan kepada peruntukan asal? Seterusnya, saya memohon kementerian menyenaraikan perancangan pelan pembangunan bagi kementerian baharu ini berdasarkan kepada butiran-butiran yang dibentangkan. Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara dan Rancangan Air Negeri-negeri. Saya ingin mendapat penjelasan benarkah maklumat bahawa projek-projek menaik taraf loji rawatan air yang dikendalikan di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) lebih tinggi kosnya berbanding diuruskan sendiri oleh operator air negeri-negeri yang terlibat dengan migrasi air di bawah SPAN? Kos yang tinggi ini menyebabkan beban hutang ditanggung semakin meningkat oleh negeri. Maka, saya mencadangkan projek-projek di bawah PAAB ini dibuat secara tender terbuka agar kos projek yang lebih kompetitif dapat diperoleh kerana hutang tetap ditanggung oleh kerajaan negeri. Seterusnya saya pergi kepada Butiran 95000 – NRW National. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian berkenaan kaedah dan pendekatan bagi mengurangkan air tidak terhasil (NRW) di negara ini. Adakah kerajaan bersedia untuk mengutamakan kaedah pemberian geran persekutuan kerana negeri-negeri tidak mampu untuk menanggung kos projek yang tinggi. Sebagai contoh, bagi menggantikan paip-paip uzur yang sudah berusia 40 tahun lebih. Seterusnya, Butiran 030500 – Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian apakah perancangan jangka masa panjang
berkenaan bekalan air ke pulau-pulau termasuk Labuan dan Langkawi? Saya berpandangan sudah tiba masanya kerajaan membina loji rawatan air (LRA) dibina di pulau tersebut agar ia dapat dirawat terus di situ dengan kos yang lebih murah berbanding menyalurkan air yang sudah dirawat menggunakan saluran paip-paip dasar laut sedia ada yang semakin uzur dan ia menjadi masalah apabila berlaku kebocoran paip di dasar laut kerana kos untuk membaik pulihnya adalah tinggi. Akhir sekali saya menyentuh Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang di mana peruntukan asalnya adalah sebanyak RM807 juta dan berlakunya peruntukan semula perbelanjaan sebanyak RM14.7 juta dan terdapat pinjaman sebanyak RM13.5 juta. Persoalan saya, adakah pertambahan peruntukan ini termasuk sekali usaha menaik taraf paip-paip lama yang sudah terlalu usang? Di Pahang, terdapat 12,000 kilometer panjangnya paip dan kalau hendak dibandingkan jarak antara KL dan London, 10,909 kilometer. Maknanya, lagi panjang paip di negeri Pahang. Daripada 12,000 kilometer ini, 3,618 kilometer masih lagi menggunakan AC Pipe (asbestos cement). Makna masih menggunakan paip lama. Jadi, kerap berlakunya kebocoran.
Saya ingin mengambil contoh di kawasan saya iaitu di Kota Shah Bandar. Baiki pagi, petang bocor. Baiki petang, pagi esok bocor. Paling lama tiga hari mengkarak bocor balik. Jadi, soalan saya bilakah baki untuk menukarkan 3,618 kilometer paip air yang menggunakan paip AC di negeri Pahang ini akan dilakukan? Saya rasa Yang Berhormat...
Saya mohon Rompin, sikit laluan.
Boleh, silakan.
Sikit sahaja. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan tentang banyaknya paip AC ini seluruh negara. Apakah Rompin bersetuju bahawa Kerajaan Persekutuan menanggung kos untuk penukaran semua paip-paip AC ini? Sebab kalau operator negeri saya yakin mereka tidak akan mampu dan kadar NRW akan terus meningkat. Masalah besar kita kebanyakan negeri lebih daripada 50 peratus NRW dan ini kerugian yang terpaksa tanggung bilion ringgit setahun oleh kerajaan. Jadi kita cadangkan supaya Kerajaan Pusat menanggung kos untuk penukaran untuk keseluruhan paip-paip AC yang lama lebih daripada 40 tahun. Minta pandangan Rompin.
Saya bersetuju dengan pandangan Kubang Kerian dan saya mohon masukkan dalam perbahasan saya. Jadi saya rasa masa dah tamat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut berbahas bagi maksud P.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah 95,000 NRW Nasional. Tuan Pengerusi, dalam perancangan bekalan air Sabah dalam rang undang-undang ini telah diperuntukkan RM258,050,000. Saya ingin bertanya apakah peruntukan yang disebut dalam RM258 juta ini, adakah ini adalah peruntukan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa di Sabah dahulu iaitu RM300 juta dan ada lagi peruntukan secara langsung RM2.3 juta. Adakah ini juga sebahagian daripada yang RM300 juta yang telah diumumkan atau bagaimana? Saya ingin tahu apakah butiran-butiran projek-projek yang akan dilaksanakan daripada projek ini? Daripada peruntukan yang telah dinyatakan di sini. Saya juga ingin bertanya, apakah kriteria-kriteria yang telah digunakan untuk menentukan sama ada peruntukan itu dijadikan sebagai pinjaman ataupun peruntukan secara langsung? Contohnya dalam peruntukan RM2.3 juta ini. Apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan yang ini adalah peruntukan secara geran? Saya ingin tahun apakah ini peruntukan yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi semasa berada di UMS dulu untuk menyelesaikan masalah bekalan air di UMS atau di mana kah, apakah yang digunakan untuk RM2.3 juta ini. Saya juga ingin tahu, suatu ketika dahulu, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Peralihan Tenaga telah melawat kawasan saya di Tuaran dan antara yang telah dilihat dan cuba diselesaikan ialah mencari peruntukan untuk pemasangan paip daripada Loji Rawatan Telibong Fasa Dua ke tangki storage – storage tank di Telipok yang memerlukan peruntukan sebanyak RM138 juta. Apakah peruntukan ini, apakah RM258 juta termasuk di sana ataupun apakah keperluan RM138 juta itu peruntukan lain? Saya ingin tahu apakah kementerian telah berjaya mendapatkan peruntukan itu? Sebab sememangnya di kawasan Parlimen Tuaran dan kawasan Parlimen Sepanggar, kita tertunggu-tunggu pemasangan paip itu kerana pada ketika ini air yang dirawat daripada Loji Rawatan Telibong Fasa Dua ini hanya 30 peratus yang boleh masuk dalam paip yang sedia ada. 70 peratus lagi dia tidak ke mana-mana dan memang memerlukan pemasangan paip. Jadi saya ingin tahu sama ada pihak kementerian telah berjaya mendapatkan peruntukkan itu ataupun pinjaman itu. Dalam hal ini saya juga ingin menyatakan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian sebenar tadi tentang paip-paip yang bocor itu berkenaan dengan non-revenue water ini. Di Sabah, purata khususnya di kawasan di Parlimen Tuaran non-revenue water ada 60 peratus – 60 peratus dan kalau kita lihat peruntukan diberikan di sini RM154 juta. Saya ingin tahu di mana kah peruntukan ini dibelanjakan? Apakah Sabah mendapat apa-apa peruntukan daripada sini untuk menangani hal non-revenue water ini sebab kalau Tuan Pengerusi kalau di Tuaran dan kawasan Parlimen Sepanggar ini tiga rawatan – loji rawatan Telibong Satu 80 juta liter sehari, Telibong Dua fasa satu 80 juta liter sehari dan fasa dua juga 80 juta. Semuanya lebih kurang 240 juta liter.
Demand dia 219 juta liter sehari tapi oleh kerana non-revenue water dia itu sampai 60 peratus, yang sampai kepada pengguna baru berapa? Kita masih apa nama kekurangan defisit lebih kurang hampir 100 juta liter sehari. Sebab itu saya ingin tahu apakah Sabah diperuntukkan untuk menangani hal-hal non-revenue water ini? Seterusnya Tuan Pengerusi, saya beralih ke Butiran 41000 iaitu bekalan elektrik Sabah. Terima kasih di atas peruntukan ini dan saya andaikan peruntukkan RM285 juta ini adalah untuk tarif support subsidi kepada Sabah. Saya ingin tahu sama ada adakah ini merujuk kepada tarif support subsidi? Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, hal-hal elektrik sudah di bawah regulated Sabah sendiri tetapi masalah penjana elektrik Sabah ini masih lagi berterusan dengan reserve margin sekarang di bawah paras 12 peratus. Sebab itu kita perlu penjanaan dan apabila kita membuat penjanaan dan untuk address base load ini kita memerlukan gas dan gas ini daripada PETRONAS. Apakah pihak kementerian mahu menyokong supaya diberi keutamaan pemberian gas untuk menjana elektrik Sabah sebab pada ketika ini, saya difahamkan gas yang telah diberikan kepada Sabah lebih diutamakan kepada pelabur untuk mereka menjana elektrik sendiri dan bukan untuk keseluruhan Sabah. Jadi dalam hal ini, cabaran kita ialah untuk menjana elektrik mencukupi untuk mencapai reserve margin yang mengatasi 30 peratus. Pada ketika ini keadaan yang panas, penggunaan bekalan elektrik begitu tinggi dan sebab itu kita sering mengalami load shedding di Sabah. Itu saja Tuan Pengerusi yang saya ingin bahaskan. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Butiran 06500, 03400. PETRA menerima peruntukan semula peruntukan perbelanjaan sebanyak RM340 juta untuk menampung perbelanjaan program yang telah dipindahkan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Sebanyak RM3,146,700 adalah untuk menampung keperluan bagi Program Tenaga Lestari. Saya ingin meminta penjelasan kepada kementerian mengenai program-program tenaga lestari ini, apakah perinciannya dan saya ingin tahu jika ia turut dijalankan di seluruh negara atau hanya lokaliti tertentu sahaja? Saya ingin menyentuh juga Butiran 06500 secara spesifik. Membabitkan rancangan bekalan air negeri Kedah dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion. Apakah pecahan pembangunan spesifik perbelanjaan ini? Sejauh manakah ia berkesan untuk memastikan semua taman, kampung, daerah di Kedah boleh menerima bekalan air yang bersih dan mencukupi? Setelah 60 tahun merdeka, sebenarnya tidak wajar jika ada penempatan yang tidak mendapat akses air yang cukup. Butiran 03400 mengenai pembangunan sumber air negara. Tidak dinafikan lagi sumber air adalah sumber paling penting di dalam negara ini. Sebagai sebuah negara
maritim, tanah kita dikelilingi perairan. Begitu juga dengan sungai-sungai kita yang mengalir dari kawasan pendalaman sehingga ke muara.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bera mengenai sumber air bawah tanah. Dalam satu laporan, beliau menyatakan bahawa Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah 5,000 bilion meter padu dengan keupayaan penjanaan semula sebanyak 64 bilion meter padu setahun. Penggunaan sumber ini dikatakan bawah tiga peratus setahun. Justeru itu, saya ingin mengetahui, sejauh manakah jumlah dalam peruntukan itu akan digunakan untuk memanfaatkan sumber air ini dan sumber air lain dalam negara? Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjamin penggunaan sumber ini dengan cekap? Saya juga ingin bertanya, berapa banyakkah lokaliti dan kawasan yang telah dikenal pasti tidak mempunyai sumber air yang cukup atau berkualiti? Apakah rancangan kerajaan untuk menangani isu bekalan air yang tidak berkesudahan ini? Di Langkawi, Dato’ Pengerusi, masalah gangguan bekalan air bersih mula berlaku sekitar bulan Januari 2024, baru-baru ini yang lalu. Pengeluaran air bersih daripada loji-loji rawatan turut berkurangan sebanyak 13 peratus melibatkan 3,010 akaun pengguna terjejas hingga mencapai 23 peratus melibatkan 4,732 akaun pengguna terjejas pengurangan. Kekurangan sumber air mentah disebabkan aras sungai menurun. Loji-loji hanya bergantung kepada air mentah daripada Empangan Malut. Jika Empangan Malut turun ke paras minimum― terkini, paras empangan menghampiri minimum 40 peratus takungan― pengeluaran air bersih akan lagi berkurang sehingga 59 peratus melibatkan anggaran hampir 20,000 akaun pengguna akan terjejas termasuk hotel-hotel. Kebocoran paip dasar laut antara 25 hingga 30 MLD. Permohonan peruntukan segera bagi penambahan jajaran paip kedua projek baharu anggaran sekitar RM1.5 hingga RM2 bilion. Paip sedia ada telah mendapat peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dibaik pulih, namun masih dalam kajian pengukuran dan proses tender. Kita sedia maklum bahawa perubahan cuaca merupakan satu isu yang membelenggu dunia. Ini bermakna cuaca akan menjadi sangat ekstrem pada masa-masa mendatang, yang mana ia akan memberi kesan kepada kitaran hujan sekali gus mempengaruhi kehidupan seharian. Berhubung dengan paip dasar laut, Dato’ Yang di-Pertua, seperti mana juga Rompin berkata tadi, tampal pagi, petang bocor. Bayangkan di dasar laut. Boleh tampal kalau mengikut cuaca, mengikut current air ombak itu hanya dua kali sebulan, divers boleh turun untuk buat repair. Sama juga kalau kita bayangkan belon. Kita masukkan air, kita repair lubang pertama, lubang kedua akan bocor. Dia akan keluar begitu. Nelayan mengetahui perkara ini kerana kalau kita lepas belon dalam kolam, contohnya, bila air itu bocor, dia akan meletup di atas. Jadi, mereka akan tahu bahawa ada paip yang bocor di bawah. Perkara ini sudah berlaku begitu lama. Repair cost adalah amat mahal. Lebih baik kita mencadangkan supaya ditukar terus submarine cable ini.
Dato’ Pengerusi, isu ini berkait dengan Butiran 15300 – Rancangan Pengurusan Sungai. Saya ingin bertanya mengenai senarai sungai manakah yang akan terlibat dalam projek ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM2,044,625,000. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya juga mohon turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 untuk Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di bawah Kepala B dan P.33. Dengan sedikit masa yang ada ini, saya akan terus kepada beberapa butiran yang melibatkan peruntukan yang amat besar di bawah PETRA, iaitu Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar, RM1.1 bilion; Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, RM216.6 juta; dan Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai, RM248.7 juta. Dato’ Pengerusi, dari segi geografi, kawasan Parlimen Batang Lupar merangkumi beberapa muara sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar dan Sungai Rimbas serta Sungai Saribas. Kawasan ini juga merupakan sebuah kawasan pesisiran pantai yang sering di badai ombak daripada Laut China Selatan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kawasan penempatan utama di kawasan ini yang berdepan dengan ancaman hakisan pantai dan banjir air laut. Penduduk di sekitar kawasan ini terdedah dengan masalah hakisan disebabkan fenomena air pasang besar dan disertai dengan ombak dan hujan yang lebat yang menyebabkan berlakunya limpahan air laut dan kejadian banjir pantai yang merosakkan rumah, harta benda, tanaman dan infrastruktur penting termasuk jalan raya. Saya difahamkan buat masa ini, terdapat tiga projek yang telah diluluskan untuk membina struktur perlindungan yang kukuh dan efektif bagi mengatasi masalah banjir pantai di Parlimen Batang Lupar iaitu projek-projek di Kampung Semarang, Kampung Batang Maro dan Kampung Maludam. Kawasan perkampungan yang terjejas ini melibatkan sekitar 3,000 orang penduduk yang telah sekian lama berdepan dengan masalah banjir air masin dan hakisan pantai yang mengancam keselamatan dan harta benda mereka. Maka, dengan terbentuknya Kementerian PETRA sebagai sebuah kementerian baharu yang bertanggungjawab ke atas perkara yang melibatkan transformasi air, besarlah harapan kami agar ketiga-tiga projek mengatasi hakisan banjir dan banjir air laut ini dapat dilaksanakan dalam tempoh RMKe-12 ini agar penduduk-penduduk yang terjejas dapat menarik nafas lega dan hidup dalam keadaan yang lebih selamat. Pada masa yang sama, saya juga berharap agar cadangan projek untuk membina benteng bagi menahan hakisan tebing Sungai Batang Lupar yang akan turut berfungsi sebagai struktur tebatan banjir bagi Pekan Lingga juga dapat diluluskan dapat tempoh RMK-
12 ini juga. Saya difahamkan projek ini berada di peringkat pemilihan dan saya khuatir ianya akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Hal ini kerana keadaan hakisan tebingan Sungai Lingga yang kini semakin teruk dan membahayakan keselamatan nyawa serta harta benda penduduk setempat. Dengan adanya benteng ini kelak, ianya diharap dapat meningkatkan keselamatan penduduk setempat di sepanjang tebingan Sungai Lingga serta mengelakkan kerosakan harta benda awam akibat masalah hakisan tanah setiap kali fenomena benak dan air pasang besar yang amat terkenal di kawasan ini. Dato’ Pengerusi, akhir sekali, saya ingin menyentuh secara ringkas Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir, RM63.4 juta dan Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri, RM227.3 juta. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mencadangkan kepada PETRA supaya suatu kajian di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat dilaksanakan bagi mengkaji kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir semasa pasang besar di Kampung Maludam dan Kampung Pusa serta satu kajian proper drainage system, dengan izin, bagi menaik taraf sistem perparitan di kedua-dua kampung ini. Selain daripada hasil laut, Dato’ Pengerusi, kebanyakan daripada penduduk di kawasan ini bergantung kepada aktiviti pertanian untuk menjana pendapatan. Justeru, terdapat keperluan untuk menaik taraf sistem perparitan sedia ada dan menyelesaikan masalah banjir air masin di kawasan ini bagi membolehkan aktiviti pertanian dapat diteruskan secara produktif. Justeru itu, saya berharap agar PETRA sebagai kementerian yang bertanggungjawab akan dapat mengambil kira cadangan dan saranan saya berkenaan isu hakisan pantai dan banjir yang menjadi lumrah dan masalah utama penduduk di kawasan ini demi keselamatan dan keselesaan penduduk setempat. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Berikut saya mempersilakan Menteri untuk menjawab sepuluh minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat, ada lima yang bermula daripada semalam. Yang Berhormat Lubok Antu, Rompin, Tuaran, Langkawi dan Batang Lupar yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun singkatannya PETRA. Dato’ Pengerusi, izinkan saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap isu- isu yang dibangkitkan sebanyak mungkin. Walaupun lima pembahas, bila saya rekodkan, ada
30 isu yang ditimbulkan. Jadi, saya cuba lah semampu mungkin untuk memberi penjelasan terhadap perkara yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Perkara pertama yang disebut oleh Lubok Antu semalam berkaitan dengan lambakan panel solar. Dalam kita melaksanakan Inisiatif Peralihan Tenaga Negara yang mana sumber solar akan menjadi antara sumber penjanaan utama, bahan sisa dari sistem solar, termasuk panel solar dijangka akan meningkat secara mendadak apabila tempoh hayat ataupun bila tempoh pengoperasian sesebuah loji jana kuasa solar itu telah sampai ke penghujungnya. Jadi sehubungan itu, bagi memastikan pengendalian sisa panel solar yang menyeluruh, ketika ini kerajaan melalui agensi kawal selia yang berkaitan akan meneroka aspek pengurusan sisa tersebut seperti berikut iaitu pertama, untuk cadangan pembangunan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali ataupun, dengan izin, buy back yang khusus atau berpusat untuk panel solar. Yang kedua adalah untuk kita menetapkan syarat extended producer responsibility, dengan izin, terhadap komponen serta panel solar yang digunakan. Cuma perkara ini seperti yang kita sedia maklum, agensi yang menyelia berkaitan soal sisa berjadual sebelum ini ialah Jabatan Alam Sekitar ataupun JAS di bawah Kementerian NRES. Perkara kedua ialah berkaitan pemasangan sistem solar di pedalaman dan luar bandar. Kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat supaya PETRA bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk memperluaskan penggunaan solar di kawasan luar bandar untuk menggantikan penggunaan genset yang mempunyai kos penjanaan dan jejak karbon yang tinggi. Perkara ini insya-Allah kita akan susuli dengan KKDW selaku Kementerian yang bertanggungjawab dalam merancang dan membangunkan infrastruktur luar bandar. Jadi sebagai contoh, walaupun elektrik dan juga air di bawah- secara dasarnya di bawah Kementerian PETRA tetapi pelaksanaan bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar itu terletak di bawah KKDW. Seterusnya, ada isu spesifik yang dibangkitkan mengenai kejadian sungai yang mana untuk asalnya adalah mengenai kerja-kerja pemuliharaan sungai di bawah Projek Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM35 juta untuk negeri Sarawak dan RM31 juta di negeri Sabah. Sehingga 2023, sebanyak 463 telah dilaksanakan dengan jumlah kos RM58.4 juta. Pada tahun ini, JPS merancang untuk melaksanakan 43 kerja dengan jumlah kos RM7 juta. Manakala, bagi baki kos akan diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja pada 2025. Isu spesifik yang dibangkitkan mengenai sungai adalah mengenai kejadian sisa kayu balak yang hanyut di Sungai Kerang, Sungai Deluk dan Ulu Batang Ai yang telah mengakibatkan laluan bot menjadi sempit. Bila saya tengok gambar tu memang macam dah tak boleh lalu bot nya. Jadi, di sini JPS akan melaksanakan kerja pemuliharaan di kawasan terjejas dengan anggaran jumlah kos RM 500,000 pada tahun ini. Berkaitan dengan isyarat dan amaran banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membangunkan Program Ramalan dan Amaran Banjir ataupun PRAB bagi lembangan sungai utama di Malaysia. Di bawah program ini, hebahan amaran banjir yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan Amaran Banjir Negara ataupun PRABN akan dipanjangkan ke Agensi Pengurusan Bencana
Negara (NADMA) selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) nombor 20. NADMA akan menjadi penyelaras, menyelaras hebahan amaran ini ke agensi penyelamat di peringkat negeri dan daerah terlibat. Medium hebahan adalah melalui e-mel, web portal, media massa, cetak dan elektronik dan media sosial. Melalui kerjasama antara syarikat telekomunikasi dan kerajaan, hebahan amaran banjir melalui khidmat pesanan ringkas ataupun SMS turut digunakan sebagai salah satu medium hebahan kepada penduduk di kawasan diramal akan mengalami banjir. Sebagai rekod, sebanyak 5,034,286 hebahan SMS amaran banjir telah dikeluarkan semasa Operasi Ramalan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) bagi tahun 2023-2024. Selain itu, PRABN juga turut membangunkan stesen siren amaran banjir di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspots banjir, termasuk di bahagian pedalaman sebagai salah satu langkah isyarat awal banjir. Berkenaan cadangan daripada Lubuk Antu mengenai dana kecemasan khas ataupun tabung khas untuk bencana banjir, segala perbelanjaan bagi mengurus dan menyelenggara sungai adalah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan sungai bagi mengatasi pelbagai masalah yang berkaitan seperti banjir, pencemaran, pembaikan, pemulihan, pemuliharaan dan pembaikan muara sungai. Cabaran utama kerajaan untuk mengekalkan persekitaran sungai pada tahap kualiti dan kuantiti sumber air bersih adalah peruntukan yang terhad berbanding dengan jumlah panjang sungai perlu dipulihara. Oleh itu,cadangan penubuhan tabung amanah hanya salah satu daripada strategi membiayai kos pemuliharaan sungai. Kerajaan juga akan mengkaji mekanisme lain yang sesuai, khasnya dengan keperluan peruntukan besar peningkatan kos pada setiap tahun dan juga sungai yang banyak di seluruh negara. Seterusnya, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin, saya mungkin akan sentuh dulu berkaitan dengan kaedah untuk kita kurangkan NRW atau air yang tidak berhasil dan adakah pertambahan peruntukan ini termasuk naik taraf paip-paip usang serta soalan mengenai kos bagi penukaran paip-paip AC. Pengurangan kadar NRW merupakan tanggungjawab operator air di bawah KPI yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN. Ini merupakan sebahagian daripada pelan perniagaan yang perlu dikemukakan kepada SPAN untuk kelulusan. Bagi membantu operator air, kementerian telah melaksanakan Program Pengurangan NRW Kebangsaan di bawah pendekatan satu secara geran dan pendekatan dua secara geran sepadan bermula daripada RMKe-11 dan disambung di dalam RMKe-12. Pendekatan satu ini ketika itu yang dipersetujui adalah negeri yang memiliki NRW melebihi 40 peratus. Di antara negeri yang mendapat pendekatan satu secara geran penuh adalah sebagai contoh negeri Kelantan, Kedah dan sebagainya. Cuma, program ini secara keseluruhannya melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.907 bilion. Bagi negeri Pahang, sebanyak RM26.6 juta pakej satu dan RM40.05 juta pakej dua telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Program NRW Kebangsaan Negeri Pahang.
Kementerian pada masa ini juga sedang meneliti beberapa pendekatan untuk mengurangkan kadar NRW yang akan turut melibatkan penukaran paip-paip lama di seluruh Malaysia, termasuk negeri Pahang. Perkara ini adalah tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri kelak. Yang mana maksudnya, kementerian sebenarnya pun telah mengemukakan cadangan untuk diangkat ke peringkat Jemaah Menteri untuk pertimbangan pakej ataupun pendekatan yang lebih komprehensif. Berkaitan dengan persoalan mengenai sama ada- mengenai pembangunan projek-projek naik taraf LRA bawah PAAB.
Buat ketika ini, projek-projek bekalan air yang dilaksanakan di bawah pembiayaan PAAB sememangnya dilaksanakan secara tender terbuka dan binaan kompetitif. Jadi, secara amnya, kos yang terlibat adalah optimum seperti yang sepatutnya. Datuk Pengerusi, boleh saya teruskan ya?
Teruskan.
Saya teruskan, saya cuba sentuh juga kepada Yang Berhormat lain yang bangkitkan tadi. Contohnya daripada Yang Berhormat Tuaran, mengenai pengumuman ataupun jumlah peruntukan. Terdapat 10 projek sambungan dan tiga projek baharu yang diluluskan secara pinjaman di bawah Butiran 28000 berjumlah RM258.05 juta dan satu projek baharu berjumlah RM2.3 juta secara geran. Jadi, kalau antaranya projek sambungan itu adalah pembinaan loji rawatan air baru di Lahad Datu, penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong. Seterusnya menaik taraf Sistem Bekalan Kota Marudu, pembinaan Loji Rawatan Air Baru Semporna, Skim Bekalan Air Tawau Fasa 3, pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang, menaik taraf sistem saluran agihan utama termasuk pembinaan tiga buah tangki simpanan utama Sandakan, penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon dari 45 juta liter ke 80 juta liter, ini di Kogopon. Kemudian, kajian dan reka bentuk konsep bagi bekalan air Kota Kinabalu dan seterusnya pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2. Manakala untuk projek baharu secara pinjaman adalah projek mengurangkan kadar kehilangan air tidak terhasil untuk kita gantikan paip-paip di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Jumlahnya RM58.9 juta. Kedua, penggantian pam penggalak, pembinaan rumah pam penggalak dan penggantian pam air bagi muka sauk dan loji rawatan air di daerah Kota Kinabalu dan di kota raya Telipok dan seterusnya projek peningkatan kapasiti bagi muka sauk dan Loji Rawatan Air Sabah dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Manakala untuk yang geran yang disebut tadi adalah untuk penggantian alat jana kuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan Beaufort 1 dengan peruntukan sebanyak RM2.3 juta. Empat projek baharu dengan kos projek berjumlah RM300 juta telah diambil kira di bawah Butiran 28000. Seterusnya adalah untuk berkaitan dengan isu sama ada bagaimana peruntukan itu diturunkan secara pinjaman ataupun geran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negeri Sabah tidak memasuki Skim Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air dan ianya masih tertakluk kepada enakmen
ataupun ordinan negeri. Jadi sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan tidak memperuntukkan geran bagi projek sumber air di negeri Sabah. Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Isu Bekalan Air Kelantan dan Sabah Bil.1/2023 pada 21 Jun tahun lalu telah memutuskan untuk memberikan geran sebanyak RM2.3 juta kepada Sabah secara one off sebagai penyelesaian jangka pendek bagi membantu menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah. Manakala yang ditanya mengenai peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu bekalan air di UMS. Peruntukan RM3 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Universiti Malaysia Sabah pada 31 Mei 2023 yang lalu disalurkan terus kepada UMS bagi penyelesaian isu bekalan air di universiti tersebut. Seterusnya, kalau saya boleh? Panjang lagi ini, Tuan Pengerusi.
Berapa minit, Yang Berhormat? Berapa minit?
Saya cuba sentuh beberapa perkara yang penting, mungkin lagi dua tiga minit kalau dibolehkan?
Silakan, teruskan.
Pasal paip itu, Yang Berhormat.
Yang pasal projek tadi, saya dah sebut yang peruntukan untuk Sabah. 10 projek sambungan dan kemudian empat projek yang baru. Manakala untuk berkaitan dengan paip di Sabah, untuk bawah RMKe-11 hingga RMKe-12, kementerian telah meluluskan peruntukan dan melaksanakan projek NRW Pendekatan 1 Negeri Sabah dengan kos sebanyak RM171 juta secara geran bagi menyediakan fasiliti asas pengukuran NRW yang lebih tepat di Sabah.
Okey. Yang maksud saya tadi, yang pemasangan paip itu yang cuba diselesaikan oleh Menteri hari itu?
Yang itu saya akan rujuk kembali kerana Yang Berhormat sebutkan tadi pun kosnya memang tinggi.
Ya. Sebab itu yang sebab dia telah turun padang, dia tak datang ke Tuaran hari itu... [Tidak jelas]
Sebab saya rasa itu termasuk dengan cadangan projek sambungan yang saya umumkan tadi, 10. Dia yang antara penambahan antara kapasiti Loji Rawatan Air Telibong. Jadi, saya kena teliti butiran di bawah projek tersebut.
Okey.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, mungkin saya boleh sentuh sedikit daripada Yang Berhormat Langkawi mengenai - Pertama, Yang Berhormat bertanya dengan Butiran 020200 berjumlah RM3.1 juta untuk Program Tenaga Lestari. Itu sebenarnya hanyalah untuk tujuan pembayaran emolumen, kos operasi pengurusan Program Tenaga Lestari serta bayaran tetap kepada agensi antarabangsa.
Mengenai cadangan ataupun masalah bekalan air di Langkawi iaitu sama ada kita boleh menilai ataupun meneliti sumber air di bawah tanah. Kementerian melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dan Bahagian Bekalan Air (BBA) telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan pembinaan empangan bawah tanah di Lembangan Sungai Melaka, Langkawi pada tahun 2019. Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi dan kesesuaian penggunaan kaedah inovatif dalam mengatasi cabaran pengurusan sumber dan bekalan air di kawasan yang kritikal seperti di Pulau Langkawi yang sebahagian bekalan air yang diperoleh dari tanah besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Bahagian Bekalan Air juga dalam proses pra pelaksanaan untuk kita mengangkat cadangan pembinaan underground dam ataupun UGD di Padang Matsirat, Pulau Langkawi.
[Bangun]
Jadi, perkara ini kita akan cuba pastikan supaya kita akan laksanakan tender secara pra kelayakan tahun ini jugalah, tengok masalah air... [Tidak jelas] .
Timbalan Menteri, Timbalan Menteri. Masa dah habis, cuma ini isu yang saya rasa penting. Berkaitan dengan bekalan air di UMS. Kalau boleh jawab bertulis ke sebab isu ini kritikal.
Masa dah cukup.
Apakah status projek bekalan air di UMS, universiti itu sehingga kini? Kalau boleh, jawab bertulis pun tak apa. Terima kasih.
Sebab itu tadi saya dah jawab, Yang Berhormat Hulu Terengganu yang mana peruntukan yang diumumkan RM3 juta itu disalurkan terus kepada UMS. Jadi, masalah yang berlaku itu bukan di pihak bekalan di luar. Jadi, perkara itu, penyaluran itu dibuat kepada universiti. Jadi, sebab itu untuk mengatasi masalah itu, teguran yang diberikan sebelum ini pun supaya pihak universiti mengambil tindakan yang segeralah bagi mengatasi masalah tersebut. Saya rasa cukup sekadar itu. Kalau nak ulas semua ini, memang menarik. Insya- Allah kita akan bicara lagi dalam sesi yang seterusnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM340,870,300 untuk Kepala B.33 Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.33 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Majlis beransur ke kementerian yang berikutnya. Kementerian Komunikasi.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2004 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 Jawatankuasa — Kepala B.47 [Jadual] Kepala P.47 [Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024] –Bill
Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi terbuka untuk dibahaskan.
Senarai yang telah diberi kepada saya hanya tiga orang pembahas, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Arau. Saya mempersilakan Yang Berhormat Machang untuk membuka tirai.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Butiran B.47 Kepala 060500 – MyGCC – My Government Call Centre yang dahulunya terletak di bawah MAMPU kini dipindahkan di bawah Kementerian Komunikasi. Cuma dalam semakan saya berkenaan dengan semua platform media sosial MyGCC, kelihatan MyGCC kurang efektif dari segi memainkan peranannya sebagai agensi yang menjadi barisan hadapan komunikasi kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Kenapa saya begini? Kerana kalau kita lihat dalam semua capaian, posting-posting dalam semua platform media sosial MyGCC– yang likes, yang dari segi statistiknya amat- amat rendah. Jadi saya ingin mempersoalkan apakah butiran RM11 juta ini dari segi emolumen khususnya berbaloi untuk kita mempertahankan, mewujudkan operasi MyGCC ini? Bukan MyGCC sahaja kalau kita lihat juga kepada JKOM, laman rasmi JKOM dalam semua platform pun begitu. Kedua-dua agensi ini dalam semua platform-platform media sosial mereka yang rasmi, tidak ada pun dengan izin, ads buying. Bermakna tidak ada pembelian iklan untuk mempromosi kewujudan platform ini untuk rakyat tahu dan gunakan untuk salur aduan dan sebagainya. Ini berbeza dengan apa yang kita lihat pada laman-laman media sosial Menteri- menteri Madani. Saya ambil contoh semalam, Yang Berhormat Pandan punya laman Facebook. Semalam beliau belanjakan untuk beli iklan RM2,135.00.
MasyaAllah. [Berucap tanpa pembesar suara]
Dalam tempoh seminggu, RM9,680.00 dan dalam tempoh sebulan Yang Berhormat Pandan di laman
Facebook-nya membelanjakan iklan sebanyak RM33,223.00 untuk dia promosi PADU lah, dia bantai PASTI lah tetapi sampai la ni PADU masih tak PADU lagi. [Tepuk] Jadi saya rasa selain daripada dia bazirkan duit untuk iklan laman rasmi dia, Facebook dia kenapa Kementerian Komunikasi tidak belanjakan peruntukan ini untuk membantu mempromosi platform media sosial MyGCC dan JKOM yang lebih independent, dengan izin yang lebih mandiri daripada tidak dipercayai oleh rakyat. Jadi ini saya persoalkan butirannya. Kedua, Butiran 060600 – berkenaan dengan Jabatan Komunikasi Komuniti. Dahulu masuk JPM lepas skandal Wahab dengan Agus pindah masuk Kementerian Komunikasi. Saya pun hendak tanya kepada Kementerian Komunikasi, apa status siasatan terhadap mantan KP JKOM ini? Rakyat masih bertanya-tanya, ini sexual harassment terhadap lelaki antara majikan dan pekerja. Kena ada jawapan daripada JKOM. Saya hendak tanya tentang emolumen. Kenapa dipisahkan emolumen JKOM ini ke Butiran 040200, lebih kurang RM12 juta ini untuk kakitangan kontrak. Adakah ini digunakan untuk membayar laskar-laskar siber yang mempromosikan agenda Madani dan apakah emolumen di bawah Butiran 10000 di bawah JKOM ini, RM6 juta ini digunakan untuk membayar gaji Ketua Pengarah JKOM yang bertaraf JUSA? Jadi saya perlu penerangan penelitian daripada kementerian dan juga saya hendak tanya apakah perincian perbelanjaan JKOM sepanjang 2023 yang mana program Jabatan Komunikasi Komuniti ini dibuat di 144 lokasi di seluruh negara. Hendak tahu juga perincian daripada itu dan saya tertanya-tanya jugalah sebabkan JKOM ini terkenal dengan peranan laskar sibernya walaupun tak nak mengaku tetapi kita pun tahu. Kita pun pernah duduk dalam kerajaan dan kita pun tahu. Saya tengok minggu lepas terdapat concerted effort, dengan izin di media sosial untuk memburuk-burukkan saudara Firdaus Wong yang dikira antara orang yang mendedahkan insiden stoking kalimah Allah itu.
[Bangun] .
Jadi yang ditanya dalam media sosial berkenaan ini dikatakan– malah Menteri sendiri, Menteri tak ada tadi dia, ada telah menyumbang kepada penyebaran propaganda palsu untuk memburukkan saudara Firdaus Wong. Jadi saya hendak tanya apakah JKOM kakitangan kontrak ini terlibat untuk menguar-uarkan berita-berita yang tidak baik ini, berkenaan dengan saudara Firdaus Wong? [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sedangkan perniagaan beliau tentang pasar raya– padahal tak ada kaitan pun dengan KK Mart, dia bukan nak sabotaj KK Mart. Jadi...
Machang.
Saya hendak tanyalah apa sebenarnya peranan kakitangan kontrak di bawah JKOM ini? Apa butiran pekerjaan...
Machang.
Ya, silakan saudara Hulu Terengganu.
Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih, Machang. Berkenaan dengan Firdaus Wong ini saya pun kasihanlah dengan apa yang dikatakan dan satu tindakan daripada Menteri dia repost apa yang belum pasti tetapi dia bawa tagline apa..
Jangan kongsi. Tak pasti jangan kongsi.
“Tidak pasti jangan kongsi” tetapi sekarang ini dia tidak pasti dia pun kongsi. Jadi apa tindakan yang perlu diberi kepada Menteri sebegini. Terima kasih.
Betul, itulah saya hendak tanya juga. Kalau Menteri yang buat silap, Menteri yang buat fitnah siapa yang hendak ambil tindakan kepada Menteri? Jadi tolonglah saya hendakkan ketelusan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab pada petang ini. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi. Saya juga merujuk kepada Maksud B.47 Butiran 040200, 060500 dan Maksud P.47 Butiran 10600. Saya ingin bertanya apakah relevannya apabila dua kementerian dipecahkan iaitu Kementerian Komunikasi dan Digital dan apakah penyelarasan yang telah dan akan dibuat apabila peruntukan agensi telah berpindah kementerian? Saya bagi contoh, MCMC berada di bawah Kementerian Komunikasi namun agensi seperti DNB, projek JENDELA yang mana belanjawan yang berada di bawah Kementerian Digital. Siapa yang akan memantau projek-projek tersebut? Ini terlalu jelas menyalahi tata kelola yang dilaung-laungkan selama ini. Sejauh mana DNB boleh bertahan apabila sebahagian punca kuasa masih berada di bawah MCMC yang masih di bawah Kementerian Komunikasi. Ini ada kecelaruan. Saya mendapat maklumat terdapat beberapa kontraktor JENDELA yang masih tidak mendapat bayaran kerana walaupun projek sudah siap namun bayaran terpaksa dibayar di bawah Kementerian Digital akibat pengasingan kementerian. Nampak ada kecelaruan di sini Yang Berhormat, jadi saya mohon penjelasan. Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 060600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sebanyak RM25,578,000.00 diperuntukkan untuk JKOM dalam penguntukan semula ini. Semua kita tahu asal usul JKOM, ia adalah penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dilakukan oleh kerajaan PH 1.0 pimpinan Perdana Menteri Ke-7 pada tahun 2018. Apakah tumpuan kerajaan PH 2.0 ataupun Kerajaan PH-BN pada hari ini? Apakah sebenar-benarnya tanggungjawab dan peranan mereka? Apakah misi, visi dan objektif yang ingin dicapai oleh JKOM dalam pentadbiran kerajaan campuran pada hari ini?
Apakah tidak berlaku pertindihan tugas dengan Jabatan Penerangan yang juga berada di bawah Kementerian Komunikasi? Saya minta agar perkara ini diperjelaskan supaya peruntukan yang diberikan ini adalah peruntukan yang efektif dan bermanfaat untuk rakyat. Saya juga mohon penjelasan apakah perancangan dan modul yang JKOM akan lakukan kerana nampaknya tidak terlalu jelas dan juga tidak juga terlalu menonjol. Adakah tidak JKOM ini, sedangkan bajetnya ada. Tahun lepas pernah viral dan rakyat menyedari kewujudan JKOM tetapi bukan sebab kerja JKOM tetapi sebab lain yang telah mencemarkan imej JKOM iaitu isu skandal A&W. Adakah JKOM ini menjadi lidah rasmi kerajaan ataupun menjadi lidah rasmi parti politik kerajaan ataupun parti-parti politik dalam kerajaan? Perlu diingat supaya JKOM tidak menjadi lidah rasmi parti politik atau menjadi alat propaganda semata-mata bagi berdepan dengan rakyat kerana peruntukan yang diberikan ini adalah duit rakyat dan juga duit pembayar cukai. Saya juga ingin bertanya berapakah jumlah kakitangan JKOM? Apakah mereka merupakan lantikan politik? Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri perincikan jumlah lantikan politik dan juga bukan lantikan politik dan pecahan mengikut kaum. Saya pernah sebut dalam perbahasan saya pada 6 November 2023 tahun lepas sewaktu perbahasan peringkat belanjawan berkaitan persoalan yang sama. Jadi saya ulang balik, saya ulang balik adakah kerajaan bersetuju JKOM tidak memainkan peranan dan fungsi dengan baik dan dilihat gagal menaikkan imej Kerajaan Madani serta menerangkan beberapa permasalahan terutamanya dalam isu kenaikan harga barang, kos sara hidup termasuk isu Palestin dan pembelaan kepada mereka.
Oleh itu sekali lagi saya cadangkan saya ulang balik J-KOM perlu dibubarkan. [Tepuk] Cukuplah dengan Jabatan Penerangan yang telah sedia ada juga berada di bawah Kementerian Komunikasi, kementerian yang sama kerana J-KOM gagal menjalankan tugas dengan sempurna serta tidak berfungsi dengan baik. Kerajaan boleh jimatkan perbelanjaan sebanyak RM25,578,000. Jumlah ini Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh disalurkan dalam bentuk subsidi kepada rakyat terutama pada zaman semua mahal ini ataupun mahaldani. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Kuala Krai.
Ok, sila ada masa lagi.
Terima kasih Kuala Krai, terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak tanya perkataan ‘MADANI’ ini adakah sesuai dengan tindakan-tindakan kerajaan sekarang ini yang mana semuanya tidak bertepatan dengan apa yang saya faham perkataan MADANI? Sila minta penjelasan daripada Kuala Krai.
Semua boleh letak nama, boleh gelarkan nama apa-apa, tetapi tindakan itu perlu dizahirkan dengan nama yang baik itu. Jadi MADANI perlu dizahirkan sebagai betul-betul madani, sebagai negara yang bertamadun tidak menzalimi rakyat dan tidak mengkhianati rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Puan Pengerusi. Rakyat Malaysia, orang muda, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang pertama sekali komen. Nampaknya macam dia orang ini tidak seriuslah, tiga orang daripada PH yang berucap. Sepatutnya ramai yang berucap sebab benda ini melibatkan kepentingan orang ramai. Tetapi kenapa orang lesu tak mahu bercakap? Ini tak bagus.
Arau, saya tak akan bagi masa tambahan nanti ya.
Ini bukan, Yang Berhormat nak mula, takkan tak boleh mula? Sesuatu mesti ada permulaan, lepas itu baru isi ya. MyGCC seperti yang disebut oleh Machang tadi. Kita buat panggilan suara, sistem pesanan ringkas, e-mel, Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi chatbox, CT @MyGCC. Ini semua kita boleh buat. Saya nak tanya berapa yang telah dicapai sehingga kini? Berapa? Berapa orang? Apa yang saya tahu saluran biasa kita ini, itu lebih baik. Sepatutnya kerajaan menggunakan saluran kita untuk menyampaikan berita pada rakyat. Tetapi yang kerajaan buat sendiri berapa yang telah dicapai sehingga kini dan apakah tindakan telah diambil dan telah diselesaikan? Jadi Yang Berhormat, saya dapati seperti Machang saya setuju bahawa walaupun dipinda tetapi apakah dia mampu untuk mengerakkan sesuatu yang baik? Yang kita tahu Menteri PADU, Menteri Ekonomi terpaksa menggunakan iklan. Kenapa tidak gunakan MyGCC untuk mengiklankan apa yang patut? Kedua, Yang Berhormat Pengerusi, seperti kawan-kawan sebutkan tadi iaitu berhubung dengan J-KOM. J-KOM kita tahu ialah satu agensi yang sewajarnya diguna dengan baik. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kalau kita cakap benar, rakyat akan seronok, Allah merestui kita. Tetapi kalau kita bohong, kita fikir kita selamat, tak selamat. Orang yang gunakan agensi ini untuk membohongi fakta, tidur mimpinya macamlah, mimpi kena tindih dan sebagainya. Jadi kalau sekiranya kita bercakap benar, sudah pasti tuan-tuan, Allah merestui kita. Cakap benar. Rakyat ini tak perlu guna propaganda. Rakyat nak dengar cakap benar jer, rakyat puas hati. Contohnya, macam barang naik. Bagitahu pada rakyat, barang naik. Kerajaan sedang cuba untuk mengatasinya, itu bagus. Tetapi dengan menyebut bahawa rakyat sekarang menyukai Kerajaan MADANI, dia sebut nama tadi, negeri-negeri pembangkang termasuk Perlis. Rakyat menyukai Kerajaan MADANI berdasarkan PADU. Saya nak bagi tahu sekali lagi, ini yang syok sendiri ini. Kerajaan sekarang berada dalam suasana syok sendiri. Dia kata rakyat gembira. Pergilah tanya rakyat, saya tanya pegawai Parlimen ‘kamu seronok tak sekarang?’ Dia kata ‘seronoklah kerja, tetapi tak seronok sebab barang mahal’. Tanya Pengerusi dia balik Lanang, dia balik tanya rakyat. Rakyat juga tak puas hati barang naik dan sebagainya.
Tetapi kerajaan kata rakyat bagus, gembira. Ini mana rakyat gembira? Kenapa di kawasan mereka, indeks kegembiraan jatuh? Padahal indeks kegembiraan naik di negeri yang lain. Jadi J-KOM ini patut diperbetulkan...
Arau.
Ya.
Sedikit mencelah, boleh?
. Lima saat.
Setujukah bahawa menteri-menteri kerajaan hari ini berada di planet lain bukan berada di bumi kerana tidak menyedari apa yang berlaku? Setuju atau tidak?
Bolehlah ini masuk dalam ucapan saya. [Ketawa] Sebab saya tidak boleh bercakap sendiri, saya takut hilang pahala saya. Jadi saya setujulah supaya masuk sebahagian daripada ucapan saya. Jadi sekarang ini J-KOM ini supaya membetulkan keadaan. Hari ini sebab kita minta J-KOM tolong betulkan. Menteri kata, dulu saya ada bawa benda ini, bahawa orang miskin patut dibawa kepada pembangunan, bukan pembangunan pergi kepada orang miskin. Saya bagi contoh, membina jalan di Sarawak Yang Berhormat, RM100 juta. Penduduk di sana 100 orang. Kalau you bawa jalan pergi RM100 juta, yang untung bukan dia, dia cuma tanam dan sebagainya. Kerajaan kena fikir zaman sekarang sudah berubah, tanam pokok lepas itu dia nak jual. 100 kilometer nak jual apa? Bagi dia satu orang RM1 juta pindah kepada pembangunan ke bandar, lepas itu kita bagi dia peluang pekerjaan di bandar. Lebih mudah, lebih menguntungkan kita bagi wang tertentu kepada mereka daripada kita bawa jalan pergi sana. Apabila kita bina jalan, kiri kanan akan ada hutan yang telah diterokai.
Arau, satu lagi saya nak tanya. Kalau lihat pada perbahasan yang dibawa tiga-tiga daripada pihak Perikatan Nasional, seolah-olah kerajaan tidak serius terhadap isu ini sedangkan permohonan yang dimohon ini sangat besar. Apakah Arau setuju bahawa peruntukan ini sepatutnya tidak perlu sebenarnya, tetapi kita tidak ada pilihan kerana nak simple majority sahaja untuk lulus. Tetapi sebenarnya peruntukan ini sangat tidak munasabah diluluskan sepatutnya kerana kita lihat tiada serius pihak yang mohon untuk memperuntukkan sedangkan yang dibahas ialah perkara-perkara yang di luar daripada apa yang sepatutnya. Minta pandangan.
Sila gulung Arau.
Terima kasih. Itu sebahagian daripada ucapan saya. Akhir sekali Puan Pengerusi. Saya nak balik sekali lagi. Saya pernah bawa dulu tentang cerita pembangunan pergi kepada orang miskin ataupun orang miskin datang kepada pembangunan sebab membina 100 kilometer jalan, katalah RM100 juta. Dia akan merugikan, kiri kanan jalan orang akan teroka hutan, kita rugi. Tetapi apa yang ditanam di sana tidak menjamin untuk memberi ekonomi yang bagus. Menteri Ekonomi, dia ada pemikiran macam itu. Bercucuk tanam dan sebagainya.
Arau, Arau.
Ini zaman moden, kita kena ingat...
Yang Berhormat Arau...
... Nak bagi mereka berjaya, mereka kena datang pada pembangunan. Terima kasih Pengerusi kerana telah memberi amaran kepada saya.
Tetapi Arau keluar tajuk. Ini Jawatankuasa Kementerian Komunikasi.
Arau, minta jalan Arau.
Silakan. Dah habis dah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sila jawab dalam masa 10 minit.
Terima kasih Puan Pengerusi. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Machang, Kuala Krai dan juga Arau atas perbahasan mereka. Pertama, saya nak sentuh tentang isu MyGCC yang telah disebut oleh ketiga-tiga orang Ahli Yang Berhormat. Saya nak jelaskan di sini bahawa MyGCC adalah Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia. Jadi sosial media hanya salah satu daripada lapan platform yang telah disediakan oleh MyGCC. MyGCC ditubuhkan pada tahun 2012 dalam usaha untuk mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan. MyGCC mempunyai hala tuju untuk menjadi pusat rujukan berpusat yang membekalkan maklumat berintegriti berkaitan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Orang awam boleh berhubung dengan MyGCC melalui pelbagai jenis saluran yang disediakan dengan hanya satu nombor tunggal iaitu 03- 80008000. Ini secara tidak langsung menjadikan MyGCC sebagai barisan hadapan komunikasi kerajaan dengan pihak awam. MyGCC adalah salah sebuah bahagian yang ada di bawah Kementerian Komunikasi. Sebelum ini MyGCC berada di bawah MAMPU, Jabatan Perdana Menteri sehingganya diletakkan di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi berkuat kuasa pertengahan Disember 2023. Sehingga kini terdapat 45 agensi yang berkoperasi dengan MyGCC dan agensi-agensi ini menggunakan 3080008000 sepenuhnya sebagai saluran perhubungan dengan orang awam.
Kerjasama antara MyGCC dan juga agensi melalui program libat urus yang dinamakan sebagai Strategic Partner for Actions, Relations and Knowledge (SPARK) diwujudkan bagi memastikan maklumat perkhidmatan kerajaan disebar luaskan dengan lebih cekap dan berkesan kepada umum. Secara keseluruhan, MyGCC telah berjaya mencatatkan transaksi perkhidmatan berjumlah 12,882,602 transaksi sejak ia beroperasi mulai 12 November 2012 sehingga 31 Disember 2023. Berikut adalah perincian transaksi MyGCC pada tahun 2019 sehingga 2023.
Pada tahun 2019, transaksi yang direkod oleh MyGCC adalah sebanyak 1.124 juta. Hotline panggilan adalah 1.1 juta, interactive voice respond adalah 3,000, SMS 1,421, e-mel 4,300 dan AP 149. Pada tahun 2020, transaksi yang direkod oleh MyGCC adalah sebanyak 1.376 juta. Tahun 2021, transaksi yang direkod adalah 1.14 juta dan pada tahun 2022, transaksi yang direkod adalah sebanyak 913,207. Tahun 2023, transaksi yang direkod adalah sebanyak 970,625. Jadi untuk secara keseluruhan sepanjang sejak 2015 hinggalah 2023, transaksi yang telah direkodkan adalah sebanyak 5.526 juta iaitu 3,028 transaksi setiap hari. In social media yang dirujuk oleh Yang Berhormat Machang, sebenarnya peratusannya memang rendah tetapi kita perlu faham bahawa MyGCC adalah talian hotline. Jadi mereka punya main business memang adalah panggilan call. Jadi saya rasa tak adil kalau kita menilai keberkesanan MyGCC hanya merujuk kepada sosial media mereka kerana kebanyakan masa adalah apabila rakyat ada isu tentang MyJPJ, tentang Imigresen, tentang bagaimana nak buat pasport. Kalau mereka tak tahu, mana satu nombor untuk panggil, mereka akan hubungi MyGCC, ini adalah untuk menjelaskan pertanyaan-pertanyaan daripada Yang Berhormat Machang. Selain daripada itu, Yang Berhormat Machang juga tanya tentang siasatan terhadap mantan Ketua Pengarah JKOM. Saya nak tegaskan di sini bahawa siasatan itu dilaksanakan oleh PDRM. Jadi saya rasa lebih patut bahawa soalan itu dipanjangkan kepada Menteri Dalam Negeri dan bukanlah kementerian saya kerana apabila KP JKOM ini letak jawatan, kami tidak terlibat dalam apa-apa siasatan terhadap beliau. Selain daripada itu, Yang Berhormat-Yang Berhormat juga tanya sama ada Machang, Kuala Krai dan juga Arau. Semua tanya tentang sama ada kenapa di bawah JKOM kami ada dua bayaran gaji. Satu adalah sebanyak 11,000 – sekejap, sorry, minta maaf. Satu adalah emolumen sebanyak RM6.1 juta. Satu lagi adalah emolumen kontak, kakitangan kontrak sebanyak RM12 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, perjawatan yang ada di dalam JKOM adalah sebanyak 155 perjawatan. Perjawatan yang telah diisi setakat ini adalah sebanyak...
Menteri...
...99. Sekejap, biar saya habiskan ayat ini. Pada masa yang sama, memang ada perjawatan kontrak di bawah JKOM. Perjawatan yang diwujudkan sebanyak 307 perjawatan dan setakat ini yang telah isi adalah sebanyak 239. Sebab itu dalam butiran ada dua. Satu adalah gaji dan upahan iaitu emolumen 10000 dan pada masa yang sama kita juga ada OS29 iaitu emolumen kakitangan kontrak yang sebanyak RM12 juta.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan MyGCC tadi. Apa yang saya dengar tadi kalau tak silap saya dengar bahawa berlaku penurunan penggunaan daripada 2019, 2020, 2021, 2022. Sehingga 2022 itu, sehingga 500,000 sahaja. Persoalan saya apakah punca penurunan tersebut dan jika rakyat dah tak berminat menggunakan MyGCC ini, adakah kerajaan untuk nak hapuskan MyGCC untuk masa-masa akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang betul bahawa pada tahun 2020 dan pada juga tahun 2021, kita memang nampak bahawa transaksi yang direkodkan oleh MyGCC sangat-sangat tinggi tetapi saya percaya bahawa itu adalah sebab pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, kita seluruh Malaysia kami berada dalam PKP, MCO. Jadi pada masa itu, memang MyGCC diminta oleh MKN untuk menjadi saluran untuk menyampaikan informasi kepada rakyat jelata. Setakat hari ini, sepanjang tahun 2023 untuk maklumat Yang Berhormat, setiap hari secara purata MyGCC masih menerima panggilan ataupun transaksi sebanyak lebih daripada 2,600. Jadi memang kami akan teruslah mengkaji sebagaimana kita boleh meningkatkan lagi keberkesanan MyGCC. Kami akan bekerja rapat dengan agensi-agensi yang lain tetapi kalau sampai masa kita rasa bahawa MyGCC, walaupun mereka terima panggilan atau transaksi pertanyaan sebanyak 2,600 lebih setiap hari, kita rasa mereka boleh memainkan peranan yang lebih. Tiada peranan untuk mereka, jadi saya rasa kami boleh jugalah mengkaji apa peranan yang lebih sesuai untuk dimainkan oleh MyGCC.
Yang Berhormat.
Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tahun 2023, transaksi yang direkodkan adalah 970,595 iaitu 2,659 transaksi setiap hari.
Yang Berhormat soalan. Yang Berhormat.
Biar saya jawab tentang JKOM.
Saya jawab...
Sila.
Yang Berhormat. Yang Berhormat menyebut tentang 2,000 lebih panggilan satu hari. Apakah termasuk juga panggilan berulang? Jadi panggilan berulang ini ada orang ulang dua tiga kali. Itu satu. Keduanya apakah kecapaian – bagaimana nak mengukur kecapaian daripada panggilan yang dibuat ini. Contohnya dia minta tanya pasport, dah selesai. Dia minta – dia tanya kenapa barang naik harga. Adakah dia selesai. Bagaimana nak ukur kejayaan? Dia panggil 2,000, berapa ribu yang dia berjaya? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Arau. MyGCC telah meletakkan pencapaian tahap perkhidmatan ataupun kita panggil service level dengan izin pada paras 90 peratus dan pencapaian service level sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak 98.41 peratus. Bagi indeks kepuasan pelanggan ataupun kita panggil Customer Satisfaction Index (CSI), tahap yang ditetapkan ialah 90 peratus sehingga Disember 2023 dan MyGCC berjaya mencapai 97.06 peratus. Kedua-dua kayu ukur ini digunakan bagi memastikan perkhidmatan MyGCC berada di tahap optimum. Saya nak – masa sudah...
Rumuskan jawapan.
Ya. Masa sudah habis. Jadi saya hanya nak sebut tentang JKOM. Yang Berhormat-Yang Berhormat Machang, Kuala Krai dan Arau, semua tanya sama ada JKOM adalah didapati politik, sama ada orang-orang yang dilantik adalah lantikan politik dan sama ada JKOM wajarlah dibubarkan.
Tapi saya nak tanya dan saya nak ingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa JKOM ini ditubuhkan pada 1 Februari 2021. Masa itu saya duduk di sebelah sebagai Ahli Parlimen pembangkang. Jadi ini bukan agensi baru yang baru ditubuhkan oleh kerajaan sekarang tetapi sudah tubuh pada tahun 2021. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun parti-parti politik yang berada dalam Dewan ini pernah jadi kerajaan. Jadi janganlah tanya saya sama ada JKOM yang ditubuh apabila Ahli-ahli Yang Berhormat duduk di sana adalah kerajaan pada masa itu. Sekarang tanya saya sama ada JKOM adalah didapati politik, sama ada orang-orang yang dilantik adalah lantikan kontrak.
Yang Berhormat, jadi makna kata...
Yang Berhormat Arau, sila duduk.
Walau bagaimanapun, saya nak menyatakan di sini...
Arau, bagilah Menteri jawab, Arau.
Saya nak menyatakan di sini bahawa kami...
Hulu Langat, sila duduk.
Arau itu, Speaker kena suruh duduk.
Sila duduk.
...Kami Kementerian Komunikasi akan...
Bagi dia duduk. Bagi Menteri jawab. Kita nak dengar Menteri jawab.
... Akan pastikan bahawa JKOM akan mainkan peranan mereka dan tidak ada pertindihan fungsi...
Bila dia dapat jawatan jadi ini?
...Dengan mana-mana satu agensi lagi di bawah Kementerian Komunikasi.
Kau pegang jawatan pengawal peribadi ke?
Terima kasih.
Yang Berhormat, minta penjelasan sikit, Yang Berhormat.
Terima kasih, Puan Pengerusi. Terima kasih, Arau.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sikit saja.
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah ...
Jadi, JKOM ini untuk alat politik.
Yang Berhormat Arau!
Thank you. Taklah, saya nak bertanya soalan.
Sila duduk.
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM37,382,400 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.47 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Yang Berhormat, persetujuan tak ramai. Yang Berhormat kata, “Lebih suara bersetuju”. Saya diminta diulang. Kami tak mahu minta belah bahagi tapi suara orang tak bersetuju lebih ramai daripada yang bersetuju. Yang Berhormat, cuba Yang Berhormat tengok sendiri. Sebab, kami tak mahu minta belah bahagi. Kami tak mahu kacau.
Kalau tak minta belah bahagi, sila duduk.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2004 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 Jawatankuasa — Kepala B.50 [Jadual] – Kepala P.50 [Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024] –Bill
Kepala Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian Digital terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut― YB Batang Lupar, YB Pasir Mas, YB Bukit Bendera dan YB Kuala Krau. Saya minta YB Batang Lupar.
Terima kasih Puan Pengerusi. Sekali lagi saya bangkit untuk masuk ke gelanggang perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 di bawah Kepala B dan P.50 – Kementerian Digital. Puan Pengerusi, saya meneliti bahawa antara program yang kini berada di bawah tanggungjawab Kementerian Digital adalah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang tersenarai di bawah Butiran 31003. Di bawah butiran ini, sebanyak RM800 juta telah diperuntukkan untuk Pelan JENDELA di mana ianya merupakan peruntukan yang terbesar di bawah Kementerian Digital. Puan Pengerusi, umum maklum bahawa objektif asal pelaksanaan Pelan JENDELA ini adalah bagi menyediakan infrastruktur digital untuk memberi perkhidmatan internet tetap dan mudah alih yang berkualiti kepada pengguna.
Pertamanya, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian berkenaan dengan isu-isu melibatkan menara telekomunikasi di Sarawak. Adakah ianya berada di bawah tanggungjawab Kementerian Digital atau di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi? Ini kerana walaupun butiran Pelan JENDELA di bawah RUU ini berada di bawah Kementerian Digital tetapi soalan lisan saya yang turut menyentuh tentang liputan internet dan Pelan JENDELA telah dijawab oleh pihak Kementerian Komunikasi. Maka, saya mohon sedikit pencerahan berkenaan pertindanan tanggungjawab antara kedua-dua kementerian ini. Puan Pengerusi, melalui jawapan kepada pertanyaan lisan saya pada 19 Mac lepas, saya dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pelan JENDELA ini merupakan usaha yang berterusan oleh kerajaan yang dijangka akan dapat diselesaikan secara berperingkat menjelang akhir tahun 2025. Menurut jawapan ini juga, antara kekangan yang menyebabkan liputan internet yang tidak memuaskan adalah kekurangan kapasiti rangkaian dan struktur menara bagi menampung keperluan pengguna sedia ada. Pertanyaan saya ialah apakah terdapat usaha dan kerjasama dengan pihak syarikat penyedia perkhidmatan untuk menambah baik kapasiti rangkaian agar kualiti dan kelajuan internet terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak dapat dipertingkatkan? Adakah akan ada tindakan kepada pihak syarikat penyedia perkhidmatan yang gagal menyedia liputan internet yang berkualiti kepada pengguna? Ini kerana, Puan Pengerusi, saya telah beberapa kali membangkitkan berkenaan masalah telekomunikasi dan capaian internet yang amat lemah di Daerah Lingga, Sebuyau dan Pusa. Di rumah saya sendiri, sebagai contoh, walaupun terletak hanya lebih kurang 500 meter daripada menara pemancar, kualiti internet-nya amat kurang memuaskan. Saya juga memahami kerajaan sedang giat mendirikan sebanyak mungkin menara telekomunikasi bagi menambah baik liputan internet dan jaringan komunikasi di Sarawak. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyeru pihak kementerian agar penekanan dapat diberikan kepada kualiti perkhidmatan internet yang disediakan. Dalam hal ini, saya menyambut baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan inisiatif SMART600 bagi membina 600 menara di seluruh Sarawak. Besarlah harapan saya agar kesemua menara yang dirancang ini kelak dapat beroperasi sepenuhnya dan bukan hanya sekadar naked tower semata-mata. Puan Pengerusi, saya juga difahamkan setakat 31 Januari 2024, sebanyak 299 daripada 872 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi di Sarawak, manakala sebanyak 3,803 daripada 3,873 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf. Saya mohon mendapatkan perincian mengenai berapakah daripada jumlah menara komunikasi dan stesen pemancar tersebut yang berada di Parlimen Batang Lupar. Saya juga ingin mendapatkan senarai point of presence (PoP) iaitu hab gentian optik yang ada di Parlimen Batang Lupar serta bagaimanakah penduduk setempat dapat melanggan perkhidmatan tersebut pada kadar yang berpatutan. Mohon jawapan bertulis sekiranya masa tidak mengizinkan.
Justeru, saya berharap agar pihak Kementerian Digital dapat mengambil maklum dan menjawab isu, cadangan dan saranan yang telah saya kemukakan. Puan Pengerusi, hari ini merupakan hari kedua terakhir persidangan Parlimen pada kali ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Polis, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, salam 15 Ramadan juga untuk seluruh umat Islam. Semoga kita diketemukan dengan satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Dan tidak terlalu awal jika saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Parlimen muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin. Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
♪ Selamat Hari Raya ♪
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kementerian Digital adalah merupakan kementerian yang saya sifatkan lahir dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia lahir selepas daripada pembentangan Belanjawan 2024 pada hujung tahun lepas. Apabila selepas bentang belanjawan, kemudian Perdana Menteri umumkan reshuffle Kabinet dan kemudian dilahirkan Kementerian Digital menyebabkan akhirnya Menteri pun terpaksa pikul amanah secara tergesa-gesa. Saya tidak salahkan Menteri. Tetapi, KSU hanya diumum 9 Januari berkuat kuasa 12 Disember. Ertinya, sebulan Menteri tidak ada KSU. Jadi, ini saya sifatkan satu perkara yang agak dikesali, memperlihatkan kerajaan tidak mempunyai perancangan yang panjang, yang sepatutnya apa jua pembubaran ataupun perubahan Kabinet ini patutlah dibuat sebelum daripada pembentangan belanjawan supaya gerak kerjanya dapat berjalan dengan lancar. Puan Pengerusi, di bawah Butiran 020500 – Digital Negara yang mana emolumennya RM45 juta dan perkhidmatan RM43 juta. Saya mohon Menteri jelaskan secara terperinci, apakah projek yang dilaksanakan di bawah Digital Negara yang menelan belanja yang besar seperti ini? Setakat manakah kaitan kementerian ini dengan MyDIGITAL, di mana ia merupakan satu inisiatif yang melambangkan aspirasi kerajaan yang mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi? Jadi, setakat manakah kaitan MyDIGITAL yang di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia ini dengan Kementerian Digital? Di bawah Butiran 00900 – Bantuan Teknik dan Perunding, diperuntukkan RM43.6 juta. Pihak manakah yang akan dirunding ini? Kenapa bayaran ini terlalu besar? Apakah kementerian tidak mempunyai kepakaran dalaman? Sebagaimana PADU yang disebut oleh Menteri Ekonomi tadi, dibangunkan menggunakan tenaga dan kepakaran dalaman sehingga tidak perlukan kos. Tetapi untuk MyDIGITAL untuk Kementerian Digital ini, RM43.6 juta untuk bantuan teknik dan perunding.
Di bawah 01600 - Cyber Security, diperuntukkan RM236 juta untuk pembangunan dan RM11 juta untuk mengurus. Saya semak di dalam Belanjawan 2024 yang dibentang tahun lepas, diperuntukkan RM60 juta sahaja. Itu pun saya baca kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia bahawa peruntukan itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk ekosistem keselamatan siber. Tiba-tiba dalam peruntukan semula ini, berlipat kali ganda— empat kali ganda. Apakah projek yang akan dilaksanakan di bawah Projek Cyber Security ini? Di bawah Cyber Security ini yang mana saya lihat tidak ada lagi perancangan- perancangan ataupun tidak ada lagi butiran rasmi yang dimaklumkan kepada rakyat. Bahkan, sekejap tadi kalau saya tekan page rasmi Kementerian Digital, kalau tekan di bawah Cyber Security, tak keluar apa-apa. This page is not working. Jadi, kalau page di kementerian lain, bolehlah kita maafkan tapi dalam page Kementerian Digital, kalau ada lagi kelemahan seperti ini, ia tidak sesuai lagi bernama Kementerian Digital. Tukar jadi Kementerian Analog lebih sesuai. Di bawah Butiran 94000 - Perkhidmatan Kerajaan Digital. Sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan oleh kerajaan. Apakah projek di bawah Kerajaan Digital ini sehingga sejumlah yang sangat besar diperuntukkan? Saya semak tadi di bawah Kementerian Komunikasi ada perbelanjaan untuk kerajaan elektronik sebanyak- kalau tidak silap saya ialah sebanyak RM46 juta. Itu Kementerian Komunikasi. Soal lain. Tetapi datang kepada Kerajaan Digital ini, RM3.7 bilion. Apa projek yang dibuat di bawah kerajaan— perkhidmatan Kerajaan Digital ini sehingga RM3.7 bilion? Di bawah JENDELA Digital Negara, saya nak berkongsi kekeliruan yang sama oleh Batang Lupar tadi. Sebenarnya JENDELA ini di bawah siapa sebenarnya? Di bawah komunikasi atau di bawah digital? Kalau di bawah digital, ya. Saya sifatkan ia satu langkah yang bagus dan tepat. Cuma, kerajaan bolehkah letakkan sasaran? Bilakah liputan 5G akan dinikmati sepenuhnya di Malaysia pada hari ini yang kadang-kadang kalau kita berada di tempat liputan 5G sekarang ini pun masih lagi bertukar signal. Kadang-kadang 4G, kadang-kadang 5G. Jadi, liputan 5G di Malaysia pada hari ini seolah-olah berada dalam keadaan yang masih terumbang-ambing. Saya mahu kerajaan meletakkan— menyatakan sasaran bilakah 5G ini dapat dinikmati sepenuhnya di negara kita Malaysia? Terima kasih Puan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang kepada Bukit Bendera untuk membahas. Jadi, kerana masa yang terhad, Bukit Bendera akan terus ke Butiran 0200 dan juga 0300. Jadi, di Malaysia seperti di banyak negara di seluruh dunia, kemajuan pesat teknologi telah membawa peluang yang baharu untuk pertumbuhan dan juga pembangunan. Jadi, walau bagaimanapun, seiring dengan kemajuan ini, datang cabaran yang mendesak dalam aspek keselamatan siber.
Jadi, salah satu cabaran utama ialah sifat ancaman yang semakin berleluasa. Jadi, penjenayah siber kita tahu, semakin canggih dan juga menggunakan teknik seperti ransomware, pancingan ataupun phishing dan malware dan sebagainya, dengan izin, untuk eksploitasi kelemahan dan juga kelemahan dalam infrastruktur digital. Jadi, ancaman ini bukan sahaja menyasar agensi kerajaan dan juga infrastruktur kritikal tetapi juga memberi kesan kepada perniagaan, organisasi dan juga individu dan menimbulkan risiko besar kepada keselamatan negara dan juga kestabilan ekonomi. Jadi, tanggapan Malaysia yang dilabelkan sebagai “syurga penggodaman” adalah satu label yang cukup membimbangkan kerana ia seolah-olah menggambarkan usaha bersepadu negara dalam memerangi jenayah siber dan juga mempromosikan keselamatan siber. Jadi, di sini Bukit Bendera rasa peruntukan sebanyak RM182 juta diperlukan untuk menampung kos-kos penting supaya warga Malaysia dilindungi dari sebarang kemudaratan yang bakal berlaku. Jadi, dengan pendigitalan perkhidmatan yang semakin meluas, Malaysia masih lagi bergelut dalam pelbagai cabaran keselamatan yang menimbulkan risiko besar dan juga landscape keselamatan siber sedang mengalami perubahan yang ketara. Ya, apabila organisasi berhadapan dengan lonjakan dan ancaman tersebut. Jadi, menurut tinjauan baharu oleh IDC mengenai keadaan operasi keselamatan ataupun sect ops ya, dengan izin, di rantau Asia Pasifik, pancingan data atau phishing juga menimbul kebimbangan yang utama dan di sini 54 peratus organisasi meletakkannya sebagai ancaman utama. Jadi, antaranya lima ancaman teratas di Malaysia, termasuklah ransomware, dengan izin, unpatched formabilities, kecurian identiti dan juga serangan yang menyasarkan internet of things, dengan izin. Jadi, di sini berkenaan dengan pembendungan ancaman tersebut, saya ingin kongsikan sebuah artikel yang menyatakan [Menunjukkan salinan artikel] 48 organisasi di Malaysia merasakan kurang kelengkapan dan juga menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuhkan keupayaan untuk melindungi ancaman-ancaman tersebut. Dan juga di sini kementerian telah bercadang untuk memperuntukkan wang sejumlah RM22 juta untuk program-program khusus. Jadi, Bukit Bendera mohon pencerahan terperinci mengenai apakah program-program yang ingin diwujudkan? Jadi, berbalik kepada serangan phishing khususnya, telah muncul sebagai vektor ancaman yang kita tahu mengeksploitasi kelemahan manusia. Dan di sini Bukit Bendera ingin mendapatkan pencerahan juga mengenai program-program perlindungan peribadi dan khususnya, apakah strategi kementerian? Jadi, keadaan keselamatan siber kita tahu, semakin teruk di Malaysia dan ini memerlukan usaha bersepadu untuk mengukuhkan pertahanan siber dan juga meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan juga memupuk kerjasama dalam kalangan semua pihak. Dengan ini, Bukit Bendera ingin menyuarakan sokongan terhadap fokus yang diberikan oleh kementerian dalam memperbanyakkan lagi program-program dasar kawalan dan juga pematuhan, program-program digital negara dan sebagainya. Jadi, dengan mengutamakan keselamatan siber yang menunjukkan bahawa kita boleh mengurangkan ancaman yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh penjenayah
siber dan juga pada sekali gus, dapat melindungi infrastruktur dan juga aset digital. Jadi, memang penting untuk menjamin sistem supaya memastikan daya tahan terhadap ancaman- ancaman tersebut dapat kita tangani. Jadi, dengan mengutamakan keselamatan siber sebagai kepentingan negara dan juga menjalinkan perkongsian kerjasama, Malaysia boleh melindungi aset digitalnya dengan lebih baik dan juga pada masa yang sama, dapat melindungi warga tempatan kita dan juga memupuk ruang siber yang lebih selamat dan juga daya tahan untuk generasi yang akan datang. Jadi, sebagai penutup, Bukit Bendera ingin mengambil peluang untuk merakamkan syabas dan juga tahniah kepada Kementerian Digital ke atas inisiatif-inisiatif yang dilakukan dan akan diteruskan. Jadi, demi negara yang tercinta, Bukit Bendera sokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau. Tidak ada dalam Dewan? Jadi, saya minta Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Pengerusi— Puan Pengerusi. So, bagi pihak Kementerian Digital, saya ingin mengucapkan salam sejahtera, selamat petang, salam Malaysia Madani dan salam segulai sejalai. Kementerian Digital ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa RUU Peruntukan Tambahan 2024. Puan Pengerusi, ingin saya jelaskan sedikit mengenai tentang penubuhan Kementerian Digital. Kementerian Digital telah ditubuhkan oleh Kerajaan Perpaduan sejajar dengan fasa pelaksanaan pelan tindakan digariskan dalam rangka tindakan blueprint Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, transformasi digital telah menjadi teras kepada semua perniagaan di seluruh dunia tanpa mengira industri. Selain daripada itu, jabatan dan agensi kerajaan juga perlu menjalankan transformasi digital sejajar dengan perkembangan teknologi baharu yang pantas. Rakyat juga turut terkesan daripada transformasi digital dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu, sebuah kementerian yang berdedikasi amat diperlukan bagi menyokong usaha menjadi Malaysia sebagai sebuah negara digital melintasi sektor perdagangan kerajaan dan rakyat. Saya mohon untuk menjawab isu-isu di bawah Butiran-butiran berkaitan sahaja, sama ada peruntukan bahagian di bawah Kementerian Digital Negara (JDN) yang dahulunya dikenal sebagai MAMPU dan Cyber Security Malaysia (CSM), MyDigital Corp., Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Selain daripada itu, NUKLEUS, GoTech iaitu sebuah unit di bawah Kementerian Kewangan telah juga diletakkan di bawah Kementerian Digital.
Untuk rakan dan sahabat saya, Pasir Mas yang bertanya tadi – eh, bukan. Batang Lupar iaitu JENDELA. Batang Lupar, saya ingat mengenai menara komunikasi dan Internet iaitu di bawah JKOM dan MCMC, Batang Lupar.
Batang Lupar, projek JENDELA. Projek JENDELA yang telah dipindahkan kepada Kementerian Digital adalah merupakan projek point of presence (PoP) untuk memastikan keterhubungan Internet di kawasan sekolah dan kawasan industri yang terpilih. Projek ini dilaksanakan, dibiayai oleh kementerian tanpa melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Projek ini penting untuk memastikan aplikasi digital dapat dimanfaatkan oleh organisasi kerajaan sektor swasta di seluruh negara. Dengan itu, wajar diterajui Kementerian Digital. Untuk tahun 2024, peruntukan belanjawan pembangunan (DE) sebanyak RM800 juta telah disediakan iaitu untuk mencukupi membayar tuntutan kontraktor berdasarkan kemajuan kerja yang disahkan. Dengan itu, pihak kementerian atau pihak kerajaan akan menyusuli rungutan kontraktor yang belum menerima bayaran. Bagi pembayaran itu, Yang Berhormat, saya ingat pada tahun, kalau tak silap saya, pembayaran kepada kontraktor JENDELA bagi tahun 2024 Yang Berhormat – apa nama tadi – sebanyak RM67,147,369 telah dibuat di bawah KKD pada – dan juga pada RM41,602,499 sedang dalam proses pembiayaan untuk kelulusan. Untuk menjawab Pasir Mas, kawan sahabat saya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM24 juta bagi kos penyenggaraan pembaharuan lesen ICT serta khidmat sokongan teknikal untuk empat Pusat Data Sektor Awam (PDSA) di bawah pengurusan Jabatan Digital Negara di Kementerian Digital. Kerajaan juga komited dalam usaha memperluaskan, memperkasakan inisiatif cloud computing dengan pelaksanaan projek peluasan dan juga pengukuhan perkhidmatan MyGovCloud bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan selari dengan perubahan teknologi semasa di bawah agenda nasional kerajaan melibatkan kos sebanyak RM319,100,000, Yang Berhormat. Dalam masa yang sama, kerajaan sedang membangunkan perkhidmatan ‘government hybrid cloud’ yang dijangkakan dalam meningkatkan penggunaan cloud oleh agensi kerajaan, sekali gus melonjakkan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat secara dalam talian dengan kos sebanyak RM500,000. CyberSecurity Malaysia, Yang Berhormat ingin bertanya tadi. CyberSecurity Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Digital selari dengan hala tuju kementerian untuk menerajui agenda pendigitalan negara secara holistik dan inklusif. CyberSecurity Malaysia sebagai agensi teknikal digital teras dan keselamatan digital negara memikul tanggungjawab menerajui pembangunan dasar kebolehpercayaan digital. Sokongan kawal selia, bimbingan teknikal dan inisiatif pembinaan keupayaan dari aspek teknologi dan kepakaran modal insan. CyberSecurity Malaysia bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan ekosistem digital Yang Berhormat, yang lebih selamat dan berdaya tahan untuk meningkatkan keselamatan negara, kemakmuran ekonomi dan keharmonian sosial. Keselamatan digital juga Yang Berhormat, yang komprehensif ini di peringkat nasional amat perlu sebagai langkah pencegahan proaktif dan responsif dalam menangani insiden digital. Adalah menjadi komitmen CyberSecurity Malaysia untuk terus
memperkasakan dan menangani insiden keselamatan digital yang semakin scattered dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Tindakan serta pendekatan keselamatan digital yang komprehensif dan bersepadu perlu dipacu dan difikirkan bagi memastikan kebolehpercayaan digital, keselamatan, sistem rangkaian yang berdaya tahan serta sentiasa bersiap-siaga dalam mendepani ancaman dan serangan digital yang semakin super scattered, Yang Berhormat. Bagi – buat masa sekarang Yang Berhormat, KKD beroperasi dengan 1,130 perjawatan. 120 daripada jumlah tersebut adalah perjawatan baru, diwujudkan di KD manakala 876 perjawatan yang merupakan perjawatan sedia ada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan baki 134 perjawatan adalah dipindahkan butiran kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). KD juga telah mengemukakan cadangan menyusun semula fungsi dan penstrukturan Kementerian Digital untuk pertimbangan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertujuan untuk mengukuhkan fungsi-fungsi KD dalam melaksanakan inisiatif pendigitalan negara, di samping mengoptimumkan tadbir urus dan tata kelola kementerian serta penyelarasan ke atas agensi dan jabatan di bawahnya. Untuk Bukit Bendera, Yang Berhormat Bukit Bendera, sejak tahun 2019, statistik phishing semakin menurun. Seperti yang telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia, pada 2019 sebanyak 7,225 insiden phishing dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia. Pada 2020, 6,422 insiden. 2021, 6,257 insiden. Pada tahun 2022, 4,385 insiden. Pada tahun 2023, 3,168 insiden yang dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia. Kementerian Digital, Yang Berhormat, melalui agensi CyberSecurity sentiasa merangka strategi dan mengambil langkah-langkah berterusan bagi menangani serangan digital yang semakin berleluasa. CSM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan regulatory seperti PDRM, BNM, SKMM dan Suruhanjaya Sekuriti, DPDP dan sebagainya sehingga kini. CSM tidak terlibat untuk kes yang melibatkan insiden phishing, Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat, CyberSecurity Malaysia telah mengambil langkah memperkenalkan perlindungan terhadap keselamatan ekosistem di ruang siber melalui Program Pemerkasaan Keselamatan Siber yang lebih dikenali SiberKASA. SiberKASA yang telah dilancarkan pada 23 Mac 2021 untuk bertujuan membangun, memperkasa, melestari dan memperkukuhkan prasarana dan ekosistem keselamatan siber Malaysia agar sentiasa mampan, terpelihara, berdaya tahan. SiberKASA adalah pendekatan secara holistik dan merangkumi tiga komponen untuk keselamatan siber iaitu people (insan), proses dan teknologi dan program ini mengandungi lebih 40 produk dan perkhidmatan keselamatan digital yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia untuk menangani ancaman dan serangan siber.
Masa sudah tamat.
Okey. Dengan itu, kalau jawapan saya tidak mendapati keikhlasan Yang Berhormat, saya akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM182,265,600 untuk Kepala B.50 Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.50 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.50 Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.50 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Masalahnya ialah masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Masalahnya ialah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 (Akta A1697) untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah
wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
UsulMotion
Terima kasih. Puan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbang Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan: “BAHAWASANYA, berikutan penyusunan semula Kabinet pada 12 Disember 2023, beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula, beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian-kementerian lain: DAN BAHAWASANYA Perbelanjaan Pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024: DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian: DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan itu akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] : DAN BAHAWASANYA menurut subsekyen 4(2), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian- kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Usul yang diluluskan oleh Dewan ini: BAHAWA DEWAN INI, mengikut subsekyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang sebanyak enam bilion lima ratus enam puluh satu juta enam ratus enam belas ribu tiga ratus ringgit (RM6,561,616,300) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2024, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan
kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun 2024 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang ketujuh dan kelapan Penyata tersebut dan Usul ini disifatkan telah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.”
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong.
Masalahnya ialah Usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Usul — RANG UNDANG-UNDANG WANG TAK DITUNTUT (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) dibacakan kali kedua sekarang. Puan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Akta Wang Tak Dituntut (WTD) 1965 (Akta 370) telah digubal pada 1965 dan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 1975. Menteri Kewangan Malaysia telah melantik Akauntan Negara Malaysia sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan Akta 370. Tujuan pelantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut adalah sebagai pemegang amanah yang diserah kepadanya seperti berikut: (i) mempertingkatkan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab individu serta syarikat atau firma terhadap Akta 370; (ii) mempertingkatkan pematuhan syarikat atau firma yang tertakluk di bawah Akta 370; dan (iii) memastikan sistem pengurusan maklumat WTD di selenggara dengan baik dan melaksanakan proses pembayaran WTD dengan cekap dan tepat kepada empunya yang berhak. WTD diperuntukkan di bawah seksyen 8 Akta 370 seperti yang berikut: (i) subseksyen 8(a). Semua wang yang kena dibayar di sisi undang- undang kepada empunya dan tetap tidak dibayar bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun selepas wang itu menjadi kena dibayar seperti gaji, bonus, komisen, upah, dividen, deposit dan insurans; (ii) subseksyen 8(b). Semua wang dalam kredit suatu akaun yang tidak dikendalikan dalam apa jua cara oleh empunya bagi tempoh tidak
kurang daripada tujuh tahun seperti akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap; dan (iii) subseksyen 8(c). Semua wang dalam kredit suatu akaun perdagangan yang berterusan tidak aktif bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun seperti pemiutang dagangan serta penghutang dagangan berbaki kredit. Akta 370 subseksyen 10(1) dan subseksyen 10(2) mewajibkan kepada setiap syarikat atau firma yang mempunyai WTD untuk menyelenggara suatu daftar WTD dan menyerahkan kepada pendaftar WTD pada tempoh yang ditetapkan. Selaras dengan tugas- tugas di atas, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dalam usaha menambah baik pengoperasian dan pengurusan WTD telah membuat kajian perbandingan dengan beberapa negara seperti United States of America, Emirate Arab Bersatu, Singapura, New Zealand, Ireland, Australia dan Switzerland lalu mencadangkan untuk meminda beberapa perkara berkaitan selaras dengan keperluan semasa.
Puan Yang di-Pertua, adalah dimaklumkan Akta Wang Tak Dituntut 1965 terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian satu, wang dalam mahkamah dan bahagian dua, wang dalam syarikat dan firma. Bahagian I mengandungi tiga seksyen dan Bahagian II mengandungi sebelas seksyen. Bilangan pindaan yang dicadangkan adalah terdiri daripada tujuh daripada 18 seksyen di dalam akta. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal yang terlibat seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Akta ini akan dinamakan Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 yang akan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh menteri melalui pemberitahuan dan dalam warta. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 370 bagi memperuntukkan takrif “prescribed” dengan izin “registrar” dan “unclaimed moneys” dalam pindaan ini takrif “prescribed”, “registrar” dan “unclaimed moneys” pada masa ini terpakai bagi Bahagian II Akta 370 akan terpakai bagi keseluruhan Akta 370. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 2A bagi memperuntukkan skop WTD berbangkit daripada pemotong takrif unclaimed moneys di bawah seksyen 8 Akta 370. Seksyen baharu 2A yang dicadangkan ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa WTD perlu dibayar kepada pemunya selepas wang tersebut menjadi kena dibayar daripada satu tahun kepada dua tahun. Dengan pindaan ini, peruntukan yang berhubungan dengan unclaimed moneys yang pada masa ini terpakai bagi Bahagian II Akta 370 akan terpakai bagi keseluruhan Akta 370. WTD yang kena dibayar kepada pemilik WTD oleh syarikat dan firma dalam tempoh tidak kurang satu tahun didapati singkat serta membebankan syarikat dan firma menyelenggara data serta mematuhi kehendak undang-undang. Pindaan kepada tempoh tidak kurang dari dua tahun ini akan memberikan lebih masa kepada syarikat dan firma untuk membuat bayaran kepada empunya.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukan seksyen baharu 4A berbangkit daripada pemotongan seksyen 9 Akta 370 yang berhubungan dengan pendaftar wang tak dituntut. Seksyen baharu 4A yang dicadangkan juga bertujuan untuk membenarkan menteri untuk melantik mana-mana pegawai dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut dan seorang atau lebih pegawai dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut dan Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut. Pindaan yang dicadangkan juga bertujuan untuk menjelaskan bahawa apa-apa yang diberi kuasa atau dikehendaki untuk dilakukan atau ditandatangan oleh Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut dan Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut tertakluk kepada arahan am dan kawalan pendaftar dan juga sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 370 hendaklah menjadi sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar. Fasal 5 dan 6 bertujuan untuk meminda seksyen 5 dan 6 Akta 370 bagi memperuntukkan bahawa hanya Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik oleh menteri sebagai orang yang bertanggungjawab bagi menguruskan WTD dan Sekuriti Tak Dituntut (STD) di bawah Akta 370. Pindaan seksyen 5 dan 6 ini adalah bertujuan untuk memastikan Pendaftar WTD dan orang yang diberi kuasa sahaja yang dibenarkan untuk menguruskan STD termasuk menjual, melupus, membayar dan memindahkan ke Akaun Hasil Disatukan yang masih perlu melalui kuasa Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat Perintah Letak Hak. Fasal 7 bertujuan untuk memotong takrif prescribed, registrar dan unclaimed moneys di bawah seksyen 8 Akta 370 berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 2 dan seksyen baharu 2A yang dicadangkan. Fasal 8 bertujuan untuk memotong seksyen 9 berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 2, 2A, 4A, 5 dan 6 yang dicadangkan. Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 10A(1) Akta 370 bagi memperuntukkan daftar wang tak dituntut yang mengandungi butir-butir tentang WTD yang dipegang oleh syarikat atau firma yang kekal tidak dibayar sehingga ke hari terakhir bulan Disember tahun yang sebelumnya hendaklah disiarkan melalui perantara elektronik atau secara penyampaian...
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pendang, sekarang tak boleh celah.
Kaedah perwataan sedia ada ini membebankan kerajaan di mana purata kos perwataan adalah RM10.5 juta setahun dan kos terkini telah mencecah sehingga RM15.5 juta pada tahun 2023 dapat dijimatkan dengan pindaan subseksyen 10A(1) ini. Bagi menambah baik kaedah pemakluman WTD, JANM telah mula menggunakan kaedah dalam talian menggunakan sistem eGUMIS pada tahun 2020 sebagai medium pemakluman, semakan dan permohonan tuntutan bayaran balik WTD. Penggunaan aplikasi
dalam talian ini telah pun diamalkan oleh negara lain seperti New Zealand, Australia, Ireland, Singapura dan Switzerland. Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 11(2) Akta 370 bagi mengurangkan tempoh WTD yang dikreditkan ke Akta Akuan Disatukan setakat yang WTD itu belum dibayar kepada Akaun Amanah Disatukan di bawah Bahagian II Akta 370 daripada 15 belas tahun kepada 10 tahun. Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membolehkan WTD dipindahkan ke Akta Hasil Disatukan apabila luput tempoh sepuluh tahun dan tarikh wang itu dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan. WTD yang dipindah ke Akuan Hasil Disatukan dapat menyumbang kepada keperluan perbelanjaan kerajaan terutamanya dalam memenuhi objektif sosial ekonomi negara serta langkah pemulihan ekonomi. Walaupun pemindahan WTD dibuat ke Akaun Hasil Disatukan, tuntutan masih boleh dibuat. Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan jumlah WTD yang akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan mencecah RM1.98 bilion pada awal pelaksanaan. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 15 berbangkit daripada pindaan yang dibuat dalam seksyen 2 Akta 370 berhubung dengan takrif prescribed. Dengan pindaan ini, peruntukan ini yang pada masa ini terpakai bagi Bahagian II Akta 370 akan terpakai bagi keseluruhan Akta 370. Fasal 12 mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan. Puan Yang di-Pertua, kesimpulannya Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan 2024) di bawah Kementerian Kewangan ini adalah perlu dan penting untuk kelancaran operasi pengurusan WTD supaya lebih cekap, efisien dan dapat meningkatkan pematuhan syarikat atau firma terhadap Akta 370 serta mempamerkan mesej yang jelas mengenai komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan tadbir urus WTD. Selain itu, pindaan ini juga akan selaras dengan keperluan semasa demi menjaga kepentingan orang awam terutamanya empunya WTD. Cadangan pindaan ini juga akan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk tempoh jangka sederhana dan jangka panjang. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Tebrau, YB Rompin, YB Sabak Bernam, YB Bayan Baru, YB Padang Serai, YB Gerik, YB Jempol, YB Kuala Kedah, YB Arau dan YB Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau. Lima minit.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana membenarkan Tebrau untuk terlibat dalam perbahasan RUU meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965. Puan Speaker, Tebrau amat menyokong pemindaan ini dan saya rasa ini adalah satu pindaan yang tepat masa dan relevan dengan keadaan sekarang. Puan Yang di-Pertua, wang tidak dituntut ini sekiranya kita terus simpan dalam Kumpulan Wang Amanah WTD, sebenarnya itu boleh dikategorikan sebagai idle money atau wang yang hanya dia duduk sana sahaja. Saya rasa dalam keadaan ekonomi sekarang, adalah lebih wajar kalau wang ini dapat digunakan dengan lebih proaktif dan lebih bermakna oleh kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan ataupun untuk memberi lebih banyak manfaat dan kebajikan kepada rakyat.
Saya ada beberapa komen, pandangan dan soalan yang saya ingin menujukan kepada Menteri. Pertama, saya merujuk kepada Bahagian 2 pemindaan subseksyen 11(2) daripada 15 kepada 10 tahun untuk memindahkan wang tak tuntut daripada Kumpulan Wang Amanah (WTD) kepada Akaun Hasil Disatukan. Saya cukup tertarik dengan angka yang disebut oleh Menteri bila dikatakan dengan pemindahan 15 kepada 10 tahun sahaja, sebanyak RM1.98 bilion wang akan dimasukkan kepada akaun hasil. Saya rasa ini adalah satu matlamat yang baik, yang mulia. Saya dalam libat urus juga saya ingat pernah disebutkan walaupun duit ini telah dipindahkan ke Akaun Hasil tetapi pemunya masih boleh menuntut, saya harap Menteri boleh memberi penjelasan dan perincian adakah itu betul dan saya rasa ini kena dijelaskan kepada rakyat lah nanti orang ingat kalau duit itu telah pindah ke Akaun Hasil maknanya tidak ada orang lagi boleh tuntut balik duit ini. Saya juga hendak tanya kepada Menteri, adakah kita ada jangka masa maksima ataupun limitation berapa lama seorang boleh tuntut wang tak dituntut ini? Adakah lima tahun, sepuluh tahun atau sepanjang hayat dia? Bolehkah beneficiary dia, wasiat dia kalaulah dia meninggal adakah anak-anak dia atau isteri dia atau suami dia juga boleh menuntut daripada Akaun WTD ini juga? Puan Speaker, Kementerian Kewangan juga perlu menumpu lebih usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam wang tak tuntut ini supaya lebih ramai rakyat boleh menuntut balik duit ini sekiranya ada. Ini termasuklah sistem eGUMIS yang kini diamalkan dan digunakan, dipraktikalkan tetapi saya ada satu cadangan dan satu komen fasal eGUMIS ini. Saya pernah try satu kali di mana saya letak IC saya dan keluar jumlah saya ada berapalah mungkin RM10, RM20, RM100 atau RM200 itu sahaja Arau, RM200 sahaja. Tetapi rupanya Puan Speaker, saya ada dua akaun, saya guna IC lama lagi ada satu akaun lagi. Ramai ingat you letak IC satu sahaja akan keluar semua, rupanya ada satu akaun lagi kalau guna IC lama. Rakyat di sana mungkin tidak tahu. So, saya harap kementerian boleh menyatukan, jangan susahkan rakyat bagilah mereka kesenangan satu akaun sahaja check. Mungkin orang muda sini tidak ada akaun lama, IC lamalah, ada tetapi orang lama macam
kita ini Kampar pun hampir umur dengan saya, kita mungkin ada chance lagi sedikit. Arau pun muda lagi. Satu lagi saya hendak bawa kepada perhatian Puan Speaker ialah saya hanya hendak tanya sahajalah Menteri. Baru-baru ini kita ada satu berita, ada terjumpa satu bagasi, satu beg ada RM500,000 di satu shopping mall di Damansara, Petaling Jaya. Rupanya tidak ada orang berani hendak tuntutlah, RM500,000 ini. Saya hanya tertanya sahaja adakah RM500,000 ini pada suatu hari juga akan masuk kepada wang tidak dituntut juga. Kita tahulah mana tahu mungkin lima tahun, sepuluh tahun nanti ada orang berani hendak tuntut juga RM500,000 ini. Itu sahaja yang saya ingin bahaskan, terima kasih Puan Speaker. Akhir sekali Tebrau menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua..
Pengerusi.
Pengerusi.
Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua, betul ini. Salah rakan saya di sebelah. Saya sebut betul. [Ketawa] Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang WTD. Berdasarkan jawapan di sesi Dewan Rakyat pada Mei 2023, sejumlah RM11.2 bilion dikategorikan sebagai wang tak dituntut namun hanya RM3.2 bilion sahaja yang telah dilunaskan kepada empunya dengan baki hampir RM8 bilion WTD dalam Kumpulan Wang Amanah WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia akta ini memerlukan pindaan agar sejumlah wang ini dapat dibayar dengan lebih cepat kepada empunya yang sah di samping boleh disalurkan demi pembangunan negara. Objektif cadangan pindaan ini ialah untuk menambah baik pelaksanaan Akta Wang Tidak Dituntut 1965 [Akta 370] Akta Ibu selaras dengan keperluan semasa demi menjaga kepentingan awam dan negara. Subseksyen 8(a) takrif “unclaimed money” bagi menggantikan perkataan “one year” dengan “two years”. Syarikat firma akan memberi tempoh yang mencukupi dua tahun untuk menyediakan daftar rekod yang teratur dan lengkap di samping memberi ruang kepada empunya menuntut pembayaran dari syarikat atau firma berlesen. Soalan saya apakah jaminan syarikat atau firma tersebut mampu menyediakan data rekod empunya secara teratur dan lengkap dalam tempoh dua tahun kerana tempoh dua tahun masih lagi pendek. Suka saya mencadangkan agar untuk subseksyen 8(a) ini diberikan maksimum lima tahun agar maklumat lengkap dapat disediakan oleh pihak syarikat. Seksyen 10A(1) bertujuan untuk memansuhkan keperluan warta dan menggantikan dengan kaedah digital melalui eGUMIS dalam menyampaikan maklumat WTD dan menggantikan perkataan “Gazette” dengan keperluan “medium to be determined by Registrar” untuk hebahan kepada orang ramai mengenai WTD.
Bagi tujuan hebahan kepada orang ramai mengenai WTD di mana kaedah akan ditetapkan oleh pendaftar dan ia akan dapat menjimatkan kos kerajaan dan memudahkan dan memendekkan masa kerana proses semakan dan tuntutan akan dibuat secara talian selaras dengan Pelan Transformasi Digital Sektor Awam. Soalan saya, kenapa Malaysia agak ketinggalan dalam pelaksanaan sistem online berbanding dengan negara luar? Contohnya New Zealand, Singapura dan Australia. Meminda subseksyen 11(2) Akta 370 bagi mengurangkan tempoh wang tak dituntut yang dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan daripada 15 tahun kepada 10 tahun. Dari jumlah anggaran kutipan hasil sebanyak RM1.98 bilion dijangka dipindahkan kepada Akaun Amanah Disatukan bagi tahun 2024, berapakah pecahan amaun dalam bentuk simpanan tetap serta apakah langkah susulan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan agar segala hasil WTD dipantau serta diguna untuk manfaat pembangunan dan bantuan rakyat. Apakah perancangan dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menjejaki pemilik WTD mengambil kira wang tak dituntut yang mencecah RM8 bilion sehingga Disember lalu. Apa jaminan WTD ini senang dikeluarkan rakyat setelah tempoh dipendekkan ke 10 tahun selepas WTD dimasukkan ke dalam Akaun Hasil yang Disatukan. Adalah diharapkan akta ini bakal memberi kelebihan kepada empunya untuk menuntut WTD dengan lebih cepat dan efisien. Di samping itu pihak kerajaan dapat mengawal selia WTD ini agar dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara. Masa sedikit lagi ada saya nak iklan sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, di luar ada kaunter Wang Tak Dituntut, jadi kepada Yang Berhormat boleh semak mana tahu macam Sabak Bernam ada RM65.00 jadi tidak payah tuntutlah. Masukkan sahaja ke dalam Wang Yang Disatukan. Terima kasih. [Ketawa]
[Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Ya, RM65.. Terima kasih, Puan Yang di- Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Wang Tidak Dituntut, selepas ini saya sebut sebagai WTD sahaja. Saya berpandangan pindaan ini merupakan satu langkah yang perlu dalam memastikan lebih ramai lagi rakyat di luar sana sedar akan hak mereka terhadap Wang Tidak Dituntut (WTD) ini memandangkan seperti yang dilaporkan ketika ini wang tersebut berjumlah RM11.7 bilion setakat 31 Disember. Sekiranya tidak tepat angka ini mohon Yang Berhormat Menteri betulkan nantilah. Saya lihat angka ini semakin meningkat berbanding hampir RM9 bilion pada tahun 2019. Maknanya makin banyak. Kebanyakan daripada wang yang dituntut ini adalah daripada akaun bank, insurans, dividen yang tidak dituntut saya pasti ramai yang masih terlepas pandang atau kurang diberi pendedahan tentang wujudnya wang tidak dituntut ini. Justeru itu saya ingin membangkitkan persoalan apakah kerajaan berhasrat untuk
mewujudkan taklimat ataupun bengkel berkaitan wang tidak dituntut ini di seluruh negara, di peringkat parlimen-parlimen termasuk Parlimen Pembangkang.
Seterusnya, saya memuji pindaan yang dicadangkan iaitu memansuhkan keperluan warta yang agak ketinggalan dan menggantikan dengan pemakluman secara digital melalui eGUMIS yang saya kira bertepatan dengan era digitalisasi pada hari ini, selain selaras dengan transformasi digital sektor awam yang diterapkan oleh penjawat awam. Malah langkah ini juga dilihat setanding seperti pengalaman negara-negara lain seperti Singapura dan Australia. Namun begitu, saya ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak kementerian, iaitu sejauh mana pemansuhan warta ini memberi impak daripada segi kos kepada kerajaan dan berapakah jumlah kos warta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan sejak akta ini berkuat kuasa? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Berkaitan itu, saya juga dimaklumkan, sehingga April 2023, hanya RM3.2 bilion sahaja bayaran semula yang telah dibuat kepada penuntut seperti akaun simpanan, pendeposit insurans sedangkan jumlah yang masih belum dituntut masih terlalu tinggi. Oleh yang demikian, persoalannya ialah apakah langkah seterusnya yang akan dilaksanakan oleh kerajaan terhadap wang-wang yang masih tidak dituntut pada masa hadapan? Adakah kerajaan akan bercadang untuk meneroka wang-wang tersebut untuk dijadikan sebagai satu sumber pendapatan yang berpotensi dan boleh digunakan secara sah di sisi undang-undang oleh kerajaan? Setelah mengambil kira juga pandangan daripada pejabat mufti negeri-negeri, kedudukan wang tidak dituntut ataupun WTD ini di sisi agama Islam sekiranya digunakan tanpa izin daripada pemiliknya atau pemunya. Melihat dari sudut lain, saya juga mengambil maklum bahawa sebahagian besar daripada wang tidak dituntut ini telah dilaburkan kepada simpanan tetap di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 dan faedah yang diperoleh pada pelaburan itu akan diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan. Ini satu langkah yang baik dalam meningkatkan dana kerajaan. Soalan saya ialah, sejauh manakah faedah yang telah diperoleh negara hasil daripada pelaburan tersebut sejak 20 tahun yang lalu? Saya ingin mendapatkan perincian iaitu ke manakah hasil pelaburan dari wang tidak dituntut ini digunakan oleh kerajaan? Saya ingin menyampaikan serangkap pantun. Anak monyet demam selesema, ― kena hujan Termakan pil perancang keluarga, Wahai Menteri saya nak tanya, Jumlah wang tidak dituntut ini sebenarnya berapa? Dengan ini, saya menyokong pindaan Rang Undang-undang Wang Tidak Dituntut 1965. Sekian.
Baik, saya jemput Bayan Baru.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Bayan Baru bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024. Sebenarnya tak banyak yang saya hendak bahaskan. Cuma dua poin sahaja. Saya menyokong bahawa pemendekan daripada 15 tahun kepada 10 tahun. Sebenarnya saya rasa ia harus dipendekkan lagi supaya duit yang idle ini, yang tidur di sana, tidak digunakan dengan lebih bermanfaat. Kerana kalau kita tahu, bahawa sejumlah RM8 bilion itu di-release kepada market, maka ia akan menjana ekonomi yang lebih baik dan boleh pergi― walaupun ia kebanyakannya duit itu sangat kecil tetapi― macam saya pun ada. Ada lebih kurang RM60 satu akaun, satu akaun lagi RM100. Tapi boleh pergi belanjalah makan-makan ke mana- mana. Jadi itu akan membantu meningkatkan ekonomi. Jadi, saya juga amat terkejut kerana 70 peratus daripada wang yang tidak dituntut itu melebihi daripada tujuh tahun. Ini bermaksudnya kesedaran di luar sana memang amat rendah dan kebanyakannya ingat mereka tak ada. Jadi, kita haruslah untuk memudahkan pembayaran balik wang tak dituntut ini. Jadi, saya ingin mencadangkan cadangan kedua di sini. Kita nampak bahawa eGUMIS ini dibangunkan, baik. Tetapi, dia masih penuh dengan birokrasi. Maksudnya, orang kena apply, dia kena ikut, kena IC dan sebagainya. Sebenarnya saya nampak bahawa kerajaan membangunkan banyak sistem. Sekarang ada eGUMIS dan sebagainya. Tetapi, kita sudah ada PADU, kita sudah ada database. Dulu ada eKasih, sekarang ada PADU. LHDN pun ada semua database yang membayar cukai dan syarikat. Kita harus― saya nak cadangkan bahawa rang undang-undang ini dibawa semula balik untuk membayar terus, membenarkan kerajaan direct deposit kepada semua rakyatlah yang mempunyai wang yang tak dituntut ini. Sebab kita sudah tahu, ICnya ada. Dia punya IC lama pun ada dalam database. Duit ini kepunyaan mereka dan kerajaan tidak ada hak untuk kekal dalam bank. Kalau boleh, secepat mungkin dibayar balik dengan sistem yang ada. Kalau sekarang kerajaan boleh bagi e-wallet, kerajaan boleh bagi pelbagai subsidi, sekarang membangunkan subsidi bersasar melalui PADU― semua database rakyat ada.
Bayan baru, Bayan Baru. Nak sokong.
What is holding the government from paying back them directly? Just give them back. Menggunakan satu akta― bawa balik akta ini, membenarkan direct deposit kepada rakyat. Pendang.
Terima kasih Bayan Baru. Saya setuju sangat dengan apa yang diberi pandangan oleh Bayan Baru. Cuma, saya nak tambah lagi satu. Duit yang ada dalam unclaimed money ini, di bawah RM100, kita semua bersetuju untuk kita pindahkan bagi kepada hospital untuk membantu orang-orang miskin yang tak cukup duit dalam pembedahan dan sebagainya. Yang bawah RM100 ataupun yang bawah RM500 ke. Kita semua pun tak tuntut dah. Kita pindahkan bagi bantu orang miskin di hospital-hospital untuk mendapat perubatan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya rasa ini cadangan yang baiklah. Pendang baik hati. Tapi, problem-nya adalah itu duit hak masing-masing. Dia nak
pakai macam mana, itu hak dia. Kalau kita bagi direct deposit kepada rakyat, dia nak derma kepada hospital, itu boleh. Dia nak derma zakat pun boleh. Jadi, ini adalah isu bahawa― Saya rasa kerajaan kena ada forward thinking-lah ya. Kita jangan tubuhkan satu sistem eGUMIS dan expect rakyat pergi daftar pelbagai jenis dan dapatlah balik. Imagine orang yang daripada luar bandar, mungkin di pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka nak dapat, you know, nak daftar dan sebagainya untuk nak dapat balik, saya rasa susahlah ya. Lebih baik kita luluskan satu akta, bayar balik terus, direct deposit. Habis cerita. Release the RM8 billion kepada negara, dia akan menjana pertumbuhan ekonomi. Ini sedikit daripada saya. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Serai.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua Speaker. Padang Serai ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk bersama-sama membahaskan secara dasar pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965. Jumlah wang tak dituntut yang direkodkan oleh Jabatan Akauntan Negara sepanjang tahun lepas dianggarkan mencecah RM11.7 bilion. Banyak itu, Tan Sri Speaker. Jumlah yang tinggi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kesedaran rakyat untuk menuntut wang berkenaan ketika ini masih lagi rendah. Keratan akhbar dari Utusan Malaysia pada 24 Januari 2024 menyatakan kementerian akan mengambil suatu inisiatif bagi menguar-uarkan perkara tersebut kepada rakyat. Projek inisiatif ini akan dimulakan di Pulau Pinang melalui penubuhan satu bengkel oleh Jabatan Akauntan Negara bersama semua pusat khidmat Ahli Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Kerajaan Madani iaitu pada 6 Februari tahun ini. Persoalannya, setakat ini, sejauh manakah progress inisiatif ini yang telah dilaksanakan dan bagaimana keberkesanan projek ini terhadap masyarakat? Adakah Timbalan Menteri Kewangan sudah berjaya membangkitkan satu kesedaran rakyat terhadap rakyat Pulau Pinang?
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu ini juga, saya ingin menyentuh berkenaan fasal 12, peruntukan pengecualian Akta 370. Apa-apa wang yang tak dituntut yang kena bayar di sisi undang-undang kepada pemunya dan tetap tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang dari satu tahun selepas ia menjadi kena dibayar sebelum permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini diuruskan seolah-olah akta ibu tidak dipinda oleh akta ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk perjelaskan, apakah yang dimaksudkan di dalam Fasal ini supaya mudah difahami di mata umum dan adakah ia akan memudahkan proses tuntutan oleh bakal penerima tuntutan? Berkenaan dengan tempoh tuntutan, menurut pindaan seksyen 11, subseksyen 11(2), akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan 15 years dengan perkataan 10 years. Apakah justifikasi utama di sebalik pindaan tempoh wang tidak dituntut daripada 15 tahun
kepada 10 tahun? Adakah pindaan ini membawa implikasi tertentu kepada pemilik akaun atau pemunya wang dari segi prosedur tuntutan? Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat kes di mana wang atau baki akaun tertentu tidak dituntut oleh pemiliknya dalam tempoh masa yang lama, ada yang sehingga 10 tahun lebih. Apakah prosedur standard yang diamalkan oleh institusi kewangan untuk menguruskan wang yang tidak dituntut tersebut setelah melepasi tempoh tertentu? Adakah wang tersebut akan dipindahkan ke akaun atau tabung khas atau dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan? Sila jelaskan prosedur dan prosedur yang terlibat serta dasar dan peraturan yang mengawal selia pengendalian wang tidak dituntut ini untuk memastikan ia diuruskan dengan teratur dan telus. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Jabatan Akauntan Negara, di luar ada kaunter Wang Tidak Dituntut. Jadi, kami ada duit lebih-lebih sikit ini sudah boleh tuntut. Ini memudahkan Ahli Parlimen. Saya ada sedikit duit, bayar duit rumah, ada lebih yang tidak dituntut lagi. Jadi, memudahkan. Sebab di luar sana Tuan Yang di-Pertua, ada ejen yang menawarkan, kenakan bayaran sehingga 25 ke 30 peratus daripada jumlah wang tidak dituntut. Maknanya, kalau ada RM4,000, ejen itu nak mengenakan antara RM700 ke RM800. Jadi, memudahkan urusan untuk pengeluaran ini. Terima kasih Yang di-Pertua Speaker.
Baik, saya jemput Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada Gerik untuk membahaskan Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024. Ia juga membabitkan perubahan daripada Fasal 1 hingga Fasal 12. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Kementerian Kewangan, setakat 31 Disember 2023, wang tidak dituntut yang telah terkumpul berjumlah RM11.7 bilion, satu jumlah yang besar. Jumlah ini bertambah dari tahun ke tahun daripada tahun sebelumnya ke tahun ini. Oleh yang demikian, usaha untuk meningkatkan kesedaran oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Akauntan Negara kepada umum adalah sangat dialu- alukan. Setiap sen yang direkodkan mempunyai pemiliknya. Wang tidak dituntut sebagai sumber baru kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (Akta 370) yang asal, wang yang tidak dituntut setelah 15 tahun akan dimasukkan ke dalam akaun hasil disatukan. Dalam pindaan yang kita nak usulkan ini adalah untuk mengubah tempoh yang daripada 15 tahun kepada 10 tahun. Hal ini membenarkan jumlah wang yang tidak dituntut yang telah terakru selama lebih 10 tahun untuk digunakan, dikreditkan ke akaun hasil wang disatukan, sekali gus membenarkan kerajaan untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan bagi Gerik, ia adalah sangat baik dan cadangan ini di sokong kerana ia akan menjadikan wang yang tidak dituntut ini mampu berfungsi untuk negara.
Tuan Yang di-Pertua, namun pemilik wang tak dituntut ini ada pemiliknya dan dia tetap berhak ke atas wang dia. Meskipun ia telah dikreditkan ke akaun khas yang disatukan. Jadi, perkara ini perlu dititikberatkan oleh pihak kerajaan dan sebarang tuntutan balik ke atas wang tersebut mestilah selepas tempoh atas 10 tahun tidak tuntut. Jadi, selepas tempoh itu tak tuntut, jadi selepas tempoh itu kalau dituntut, perlu dilunaskan dengan cekap dan adil dan tanpa sebarang prejudis. Selanjutnya, wang ini perlu disedari oleh rakyat, kerajaan kerana ia seolah-olah dipinjam daripada rakyat dan sentiasa ada pemiliknya. Maka, kerajaan harus membelanjakan wang ini dengan berhemah dan bertanggungjawab. Setiap unjuran perbelanjaan serta hasil tahunan perlu mengambil kira faktor sekuriti wang tersebut dan simpanan kerana wang ini ada pemilik yang akan dituntut pada satu hari nanti dan kerajaan perlu mengembalikan semula kepada pemiliknya. Tuan Yang di-Pertua, jika pindaan ini diterima, penambahan daripada wang tak dituntut ini ke dalam akaun hasil disatukan akan meringankan beban fiskal kerajaan dan selari dengan hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemah. Jadi, sedar dan faham akan kedudukan fiskal negara sekarang, maka saya berharap agar setiap Ringgit diperuntukkan dan disalurkan dengan adil dan saksama kerana setiap Ringgit yang dibelanjakan ada objektifnya. Jadi pada akhirnya, Gerik menyokong penuh pindaan RUU ini. Sekian, terima kasih.
Baik, saya jemput Jempol.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang undang-undang Wang Tidak Dituntut (Pindaan) 2024 yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan. Jempol menyokong pindaan ini supaya usaha menambah baik pelaksanaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 ini demi menjaga kepentingan orang awam. Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol mohon merujuk kepada pindaan kepada Akta Ibu, seksyen 5 dan seksyen 6, dengan meminda perkataan Officer of the Court kepada Registrar of Unclaimed Monies, deputy registrar dan assistant registrar yang dilantik oleh Menteri. Memandangkan pegawai asal pada Akta Ibu adalah Officer of the Court iaitu Pegawai Mahkamah, adakah kerajaan bercadang meletakkan syarat pelantikan registrar tersebut daripada pegawai skim L iaitu di bawah Perundangan dan Kehakiman atau skim W iaitu kewangan, memandangkan wang tak dituntut adalah melibatkan isu pengurusan kewangan dan perakaunan. Jempol juga mohon merujuk pindaan seksyen 10A(i) yang bertujuan menghentikan gazet dengan perkataan medium to be determined by the registrar. Jempol difahamkan, kementerian akan menjadikan sistem atas talian e-gumis sebagai medium utama menyebar wang tak dituntut. Jempol mendapati bahawa sistem e-GUMIS ini boleh didaftar di atas talian oleh sesiapa sahaja menggunakan nombor kad pengenalan. Jadi persoalannya, apakah
tindakan kerajaan bagi memastikan tiada isu pencerobohan data berlaku dalam sistem e- GUMIS ini? Seterusnya, Jempol juga ingin tahu, berapa ramai yang mempunyai wang tak dituntut yang melebihi RM10,000 di seluruh negara ketika ini? Begitu juga, adakah terdapat risiko scammer menyamar untuk memohon bagi mengeluarkan wang tak dituntut ini? Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol juga merujuk pindaan seksyen 11(ii) yang memendekkan tempoh pindahan wang tak dituntut kepada akaun hasil disatukan daripada 15 ke 10 tahun. Perbandingan tempoh di luar negara seperti Hong Kong lima tahun, Singapura tujuh tahun dan Kanada lima tahun jelas menunjukkan pindaan ini sesuai dengan praktis antarabangsa. Jempol ingin bertanya, adakah benar bahawa sekiranya wang tak dituntut telah dimasukkan kepada akaun hasil disatukan, pembayaran balik kepada penuntut memerlukan kelulusan mahkamah? Persoalannya, bagi cash- wang yang telah dimasukkan kepada akaun hasil disatukan, adakah terdapat proses pengeluaran yang lebih mudah berbanding proses mahkamah? Memandangkan kos guaman kebiasaannya lebih tinggi daripada jumlah wang tak dituntut tersebut. Kita nak claim, contohnya lebih kurang RM1,000, belanja peguam sampai RM5,000. Jadi, ini yang Jempol mohon penjelasan. Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol merujuk seksyen 13(i) yang memperuntukkan pendaftar hendaklah membayar pihak menuntut yang sah. Walau bagaimanapun, tiada dinyatakan berkaitan faedah terkumpul dalam peruntukan ini. Yakni, kalau dia ada RM10,000 hampir berapa tahun tidak dituntut, jadi sudah tentu ada kadar faedahnya.
Persoalannya, berkaitan faedah terkumpul sepanjang bertahun-tahun yang tidak dituntut ini, adakah kerajaan akan mengembalikan jumlah wang tak dituntut berserta faedah kepada penuntut? Sekiranya tidak, apakah yang terjadi kepada jumlah faedah terkumpul wang yang tak dituntut tersebut? Sekian, terima kasih. Jempol mohon menyokong.
Baik. Saya jemput Kuala Kedah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan Kuala Kedah untuk turut serta membahaskan RUU bagi beberapa pindaan termasuklah pada nama Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 berdasarkan akta ibu iaitu Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370]. Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Kedah mendapati terdapat beberapa bahagian yang disyorkan iaitu yang berbentuk pertama, pindaan seksyen merangkumi seksyen 2, 5, 6, 8, 10A, 11 dan 15. Kedua, kemasukan seksyen baharu 2A dan 4A. Ketiga, pemotongan iaitu pemotongan seksyen 9 dan yang keempat, terakhir adalah kecualian dan peralihan. Tan Sri Yang di-Pertua, setelah meneliti seksyen-seksyen berkenaan, Kuala Kedah ingin mendapatkan penjelasan mengenai skop kebertanggungjawabannya Menteri serta
struktur administrative ke atas pengendalian wang tak dituntut sesuai dengan pemakaian yang akan terpakai ke atas keseluruhan Akta 370 seperti yang disyorkan dalam seksyen 2. Seperti yang tertulis di dalam rang undang-undang ini, fasal 3 memasukkan seksyen 2A bagi memperuntukkan wang tidak dituntut perlu dibayar kepada pemunya selepas ia menjadi kena bayar daripada satu tahun kepada dua tahun agar syarikat dan firma dapat menyelenggara data berhubung wang tak dituntut dalam tempoh yang mencukupi untuk penyediaan daftar dan rekod empunya. Persoalannya, apakah mekanisme yang diambil oleh pihak berkenaan sekiranya berlaku kes kematian di antara pihak-pihak yang mempunyai kepentingan, memandangkan ia hanya akan menjadi kena bayar apabila pertelingkahan tersebut selesai? Apakah pihak pentadbir wang tak dituntut bersedia untuk mengadakan satu sesi pertemuan dengan pihak bertelingkah atau menjadi fasilitator bagi menyelesaikan masalah tersebut? Adakah hal ini juga akan terpakai ke atas wang tak dituntut di dalam akaun kredit personal yang tidak bergerak dalam satu period tidak lebih tujuh tahun seperti yang dinyatakan dalam pindaan seksyen baharu 2A(b) wang tak dituntut? Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Kuala Kedah ingin membangkitkan fasal 4 rang undang-undang ini yang memasukkan seksyen baru 4A untuk membenarkan Menteri untuk melantik pegawai dalam perkhidmatan kerajaan sebagai pendaftar wang tak dituntut dan seorang atau lebih dalam perkhidmatan sebagai timbalan pendaftar wang tak dituntut dan penolong pendaftar wang tak dituntut. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin mengetahui dengan lebih lanjut, apakah terdapat kriteria pemilihan pemegang jawatan-jawatan berkenaan? Sekiranya ada, apakah kriteria tersebut? Selain itu, apakah terdapat satu badan atau portfolio yang akan bertindak sebagai check and balance kepada penjawat jawatan berkenaan? Hal ini dilihat penting bagi memperlihatkan kedudukan, pengurusan tata kelola yang efisien serta berintegriti dalam mengurus sekuriti tidak dituntut termasuk penjualan, pembayaran dan pemindahan wang tak dituntut ke Akaun Amanah Disatukan. Tan Sri Yang di-Pertua, fasal 9 iaitu meminda subseksyen 10A(1) Akta 370 bagi memperuntukkan bahawa Pendaftar Wang Tak Dituntut yang mengandungi butir-butir tentang wang tak dituntut yang dipegang oleh syarikat atau firma yang kekal tidak dibayar sehingga ke hari terakhir bulan Disember tahun yang sebelumnya, hendaklah disiar melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik. Sehubungan dengan itu, apakah bentuk mekanisme pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan syarikat atau firma berkaitan mematuhi arahan penyiaran menerusi perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik? Berapa lamakah tempoh sesuatu notis itu disiarkan dan apakah terdapat remedi bagi pihak yang melanggar arahan tersebut? Selain itu, apakah terdapat mekanisme bagi memastikan informasi yang disiarkan itu sampai kepada mereka yang berkaitan? Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir merujuk kepada fasal 10 iaitu pindaan subseksyen 11(2) Akta 370 bertujuan memendekkan tempoh wang tak dituntut yang dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan daripada 15 tahun kepada 10 tahun. Bagi tahun
semasa, berapakah anggaran kutipan wang tak dituntut sebenar yang dipindah masuk ke Akaun Amanah Disatukan berakhir penghujung Disember 2023? Setakat ini, apakah bentuk mekanisme yang diambil bagi menjejaki waris atau pemilik wang tak dituntut? Tan Sri Yang di-Pertua, demikian perbahasan Kuala Kedah yang merangkumi fasal 1, 2, 3, 4, 9 dan 10 bagi undang-undang yang disyorkan sebagai Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 yang merujuk kepada akta ibu Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370]. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Arau.
Tan Sri Yang di-Pertua, apa khabar Tan Sri? Sihat ya?
Alhamdulillah.
Sebab saya tengok macam – walau bagaimanapun saya akan buat yang terbaik kepada Tan Sri, rakyat muda, rakyat Malaysia. Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut, perbahasan di peringkat dasar. Yang Berhormat, saya ini banyak rang undang-undang kita berkecualilah. Hat ini saya sokong sebab berdasarkan pengalaman. Jadi yang pertama sekali, kebanyakan daripada kita ini memang mungkin sifat rakyat Malaysia kah apa, kita tak tahu. Kita tak pergi tanya sangat. Kita tak tahu. Banyak orang yang tak tahu tentang perkara ini. Tetapi yang beritahu kita, ejen. Ejen ini kita tak tahu sama ada ejen ini rasmi ataupun tidak. Sekarang ini, saya minta kerajaan rasmikan ejen itu. Dia daftar Kementerian Kewangan, dia jadi ejen dan kita kena tetapkan bayaran. Tadi ada Padang Serai sebut 25 peratus tapi dalam kes saya itu, ejen minta 10 peratus. Saya kata 10 peratus banyak. Saya kata, “lima peratus boleh?”. Dia kata, “Lima peratus pun okey”. Jadi, makna kata tidak ada satu ketetapan dibuat. Saya cadangkan supaya ejen ini ditetapkan. Bagilah rakyat Malaysia nak cari makan sekarang. Sekarang pekerjaan susah, barang mahal tapi Menteri Ekonomi kata semua bagus. Wallahualam. Paling penting sekarang ini, ini ada ejen yang nak buat kerja. Dia itu buat semua sebab nak buat itu dia ada sikit beberapa perkara kena berlaku pergerakan, Tan Sri. Kawan- kawan itu berminat, saya boleh tunjuk caranya. Sekejap saja saya buat. Saya buat, pergi dua tempat, kemudian setelah saya check dan bank bantu saya, akhirnya benda itu telah berjalan dengan lancar. Pertama, saya nak puji Akauntan Negara, Yang Berhormat. Ini benda ini bukan berlaku zaman sekarang. Sebelum ini pun berlaku. Cuma Akauntan Negara kata, “Tiga bulan boleh”. Macam Stampin banyaklah kan duit. Tiga bulan tapi itu maksimum. Tan Sri, sebulan boleh. Tak sampai sebulan pun dia terjadi. Saya kata, “Kenapa cepat sangat?”. Saya pula tanya sebab dia janji kata tiga bulan Dato’, barulah dapat maklumat. Sebulan, tak sampai sebulan pun. Jadi, kita ucap terima kasihlah dan tahniah sebab mereka telah mempermudahkan.
Tapi yang ejen ini, saya minta supaya disahkan sebab mereka mendapat maklumat dan mereka telah mengingatkan kita tentang ada wang tak dituntut. Wang tak dituntut ini macam-macam. Ada yang bermain saham, saham tak dapat hantar kat kita kut ada dividen sikit RM10 ke RM20. Jadi, kita tak tahu wang tak dituntut terkumpul di sana. Jadi, sekarang ini jumlah wang tak dituntut seperti pantun daripada Sungai Besar, Kalam tadi iaitu berapa jumlah sebenarnya? Kalau ikut jumlah saya sini, RM11.3 bilion telah meningkat kepada RM11.7 bilion. Tapi ada kawan saya tadi beritahu kata RM8 bilion. Tapi jumlah sebenarnya? Itu nombor dua. Nombor satu Yang Berhormat, oleh kerana kalau kita pindahkan kepada Akaun Amanah Disatukan, 10 tahun baru kita nak pindah. Kenapa 10 tahun? Sebab apa, wang ini akhirnya kalau orang nak tuntut juga, kita boleh bagi. Sekarang 15 tahun. Selepas 15 tahun, ia dimasukkan dalam Akaun Amanah Disatukan tetapi kita masih boleh tuntut. Saya percaya yang saya punya itu mungkin dah 20 tahun. Tapi masih boleh tuntut. Oleh kerana ia boleh dituntut, kenapa kita tidak boleh dituntut walaupun telah dipindahkan?
Saya cadangkan diturunkan lagi kepada lima tahun. Kenapa 10 tahun? Ya Tan Sri, kenapa 10 tahun? Sebab apa? Macam mana pun wang ini akan dapat dituntut. Sekarang ini kalau kita pindahkan, kita jadi kurangkan kepada lima tahun, kerajaan untung. Kerajaan boleh bayar macam-macam. Tuan Pengerusi, boleh bayar peruntukan dekat kami yang– saya akan repot supaya wang yang tak bayar kepada kami ini dimasukkan wang tak dituntut, kami boleh dituntut kemudian hari. Kalau tidak boleh tuntut di dunia, kita akan tuntut di akhirat, tak ada masalah. Besok penghabis– saya banyak usul lagi ya Tan Sri. Nuzul al-Quran ini, kita boleh berdoa kepada Allah, langit terbuka. Kita tuntut di akhirat sekiranya mereka tidak mahu bayar peruntukan yang telah diluluskan tetapi mereka tak bayar. Jadi, saya ingat boleh juga masuk wang tak dituntut ataupun guna itu duit yang wang tak dituntut itu masuk ke akaun sana, bayar dekat kami. Ini saya cadangkan, daripada 10 tahun turun lima tahun. Kerajaan- dia ini adalah sinking account, sinking fund Tan Sri, tak ada interest. Jadi, kalau kita ikut pendekatan EPF– EPF saya kerja dulu caruman saya ingat tak sampai RM10,000 caruman dulu. Tetapi setelah dekat 30 tahun atau mungkin 40 tahun, tiba-tiba wang itu telah berpuluh kali ganda. Tetapi wang tak dituntut, kalau dulu ada RM10,000 sekarang RM10,000. Kenapa wang itu tidak diuruskan seperti yang diuruskan oleh EPF? Sebab macam mana pun, wang ini dijamin oleh kerajaan. Jadi, saya minta supaya wang tidak dituntut– walaupun pihak kerajaan telah menetapkan 10 tahun, lima tahun Yang Berhormat. Saya menyokong dengan pindaan daripada 10 tahun kepada lima tahun dan wang ini hendaklah dilaburkan sebab ada fasal 5 dan 6 itu ada menyebut perkataan– maaf, perkara 5 dan 6 itu ada menyebut perkataan penjualan, pembayaran dan sebagainya. Jadi, wang ini harus diuruskan bukan dalam bentuk sinking fund atau sinking account dengan izin tetapi boleh diperniagakan supaya terutamanya dalam perniagaan yang terjamin– membeli bon kerajaan dan sebagainya.
Jadi, dengan itu kerajaan dapat untung dan mungkin wang yang untung ini tak perlu bagi kepada orang yang wang tak dituntut, kerajaan boleh ambil. Tetapi kalau kerajaan memikirkan ia harus di-share dengan adil, pun boleh berbuat demikian. Dia kena fikir perkara tersebut. Saya bagi contoh kerajaan buat apa Tan Sri, yang masa itu pembangkang. Tan Sri pembangkang masa itu, Tan Sri persoalkan kenapa KWAP Tabung Wang Amanah Pencen (KWAP), kenapa KWAP itu diambil? Saya kata wang RM4 bilion itu telah diambil daripada KWAP untuk dilaburkan dalam 1MDB. Jadi, wang KWAP kita tidak boleh sentuh. Kalau KWAP kita boleh ambil, sudah pasti wang tak dituntut (WTD) ini juga boleh kita buat demikian. Jadi, tak banyak benda, saya kata sikit saja. Saya menyokong dengan pindaan daripada 10 tahun turun lagi lima tahun. Saya mencadangkan supaya ejen-ejen itu disahkan dan ditentukan supaya mereka ini hanya boleh tuntut 2.5 persen. Bukan 10 persen ataupun lima persen. Akhir sekali supaya wang ini boleh diuruskan. Saya mahu seperti yang diuruskan oleh EPF. Terima kasih Tan Sri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Saya jemput pembahas terakhir, Rasah.
Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 iaitu pindaan terhadap akta induk, Akta 370 pada hari ini. Ada beberapa perkara yang saya dapat daripada pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Memang nampak ada keperluan selaras dengan perkembangan terkini supaya akta kita boleh melaksanakan tugas dengan lebih baik. Pertama, saya hendak memuji kerajaan sebab memasukkan seksyen 2A yang baharu yang memberikan definisi terhadap unclaimed money ya, iaitu wang tidak dituntut yang pada asalnya tidak ada definisi untuk ini. Saya rasa ia amat mustahak supaya tiada kekeliruan ataupun tiada yang salah faham berkenaan dengan takrifan wang tidak dituntut. Perkara kedua adalah berkenaan dengan seksyen 4A yang baharu yang dimasukkan. Sebenarnya, kalau kita meneliti akta induk ya, akta induk Akta 370, ia berada di seksyen 9 dengan ayat yang lebih kurang sama tetapi skop untuk seksyen 9 yang kali ini kita buang, kita potong dan diganti dengan seksyen 4A yang baharu ini. Bezanya cuma sebelum ini registrar kuasa dia hanya untuk Bahagian II sahaja. Jadi, saya hendak tanya, apakah justifikasi ataupun keperluan untuk meluaskan skop pendaftar, registrar tersebut? Sebab itu saja beza. Saya nampak ayat dia daripada sub (1) hingga sub– ya, 4A (1) hingga (4) berbanding dengan seksyen 9 yang asal yang dipotong pada pindaan kali ini hampir sama. Jadi, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Benda ketiga adalah seksyen 10A(1) iaitu memansuhkan keperluan untuk diwartakan dalam gazet kerajaan. Ya, ia part of the pendigitalan, sebahagian daripada proses pendigitalan yang kita lakukan. Memang saya tahu ia selaras dengan keperluan semasa dengan diperkenalkan eGUMIS yang boleh dibuat semakan secara online. Cuma satu kata orang, apakah jaminan keselamatan? Sebab kalau gunakan nombor MyKad ataupun nombor
IC lama, mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan saya rasa jaminan sebegitu penting. Saya faham, dengan ini nampak dalam setahun itu kerajaan boleh jimat dalam RM15 juta dan sebagainya. Ya, betul. Satu, untuk keperluan semasa. Kedua, boleh jimatkan wang. Cuma, apakah surety jaminan daripada kerajaan tentang keselamatan data. Terakhir, seksyen 11 (2) iaitu mengurangkan, memendekkan tempoh 15 tahun ke 10 tahun. Saya dengar rakan-rakan tadi dah sebut ada Yang Berhormat Arau kata dikurangkan kepada lima tahun. Nampak gaya Arau dia suka ikut banyak negara luar yang lima tahun. Tetapi ini cara Malaysia. Jadi, saya hendak tanya kenapa 15 dikurangkan kepada 10 dan saya tahu apabila kita luluskan RUU ini dan lepas digazetkan, sebanyak RM1.98 bilion tidak silap saya akan dimasukkan ke dalam kumpulan ataupun Akaun Hasil Disatukan, hampir RM2 bilion. Apakah wang ini selepas dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan masih boleh dituntut oleh pemilik asal? Sebab wang tidak dituntut ini saya kena sebut secara terbuka ini. Saya sendiri hari itu saya buat semakan. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, saya pun ada dua akaun. Ini saya kena sebut secara terbuka. Saya rasa rata-rata Yang Berhormat yang ada di sini pun ada akaun. Ada yang kita buka zaman kita masuk universiti, Tan Sri. Rupanya ada akaun CIMB saya yang asalnya Bank Bumiputera dulu, zaman saya masuk universiti pinjaman kena masuk dalam akaun itu. Lepas dah kerja itu, majikan gunakan akaun lain, bank lain, kita buka akaun. Lepas itu tukar. Kita pun terlepas pandang. Jumlahnya tak besar tetapi itu adalah hak yang memang sepatutnya ada. So, kadang-kadang along the way memang kadang memang terlepas pandang dan sebagainya. Tidak kiralah mungkin ada yang jumlahnya besar, ada yang kurang. Jadi, apakah jaminan selepas wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun hasil yang disatukan masih boleh dituntut oleh pemilik asal. Itu saya rasa jaminan yang amat mustahak dan apakah kebaikan kepada fiskal kewangan negara dengan memendekkan tempoh ini? Saya hendak tanya juga dengan negara-negara jiran kita, terutamanya macam Thailand, Vietnam dan Indonesia. Apakan mereka juga dalam tempoh yang sangat singkat sepertimana Singapore tujuh tahun ataupun mereka masih mengamalkan tempoh masa yang lebih jauh, lebih panjang ya. Jadi, saya hendak tanya juga wang yang kita masukkan dalam Akaun Hasil Disatukan ini, apakah kegunaannya? Sebab ia ada kemungkinan masih dituntut oleh pihak pemilik. Jadi, itu saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila gulung nanti. Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan.
Baik. Menteri, sila.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
15 minit Menteri ya.
15 minit. Okey. Terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang menyokong. Semua menyokong tentang pindaan ini. Jadi, saya akan beri
Ahli Yang Berhormat dari Tebrau tentang sama ada boleh tak– masih boleh membuat tuntutan? Tidak. Walaupun dah dipindah kepada Akaun Hasil Disatukan.
Di sini, empunya WTD yang berhak masih boleh membuat tuntutan bayaran balik walaupun wang mereka telah dipindah ke Akaun Hasil Disatukan. Jadi, ini tidak jadi masalah. Dari segi yang waris, waris juga boleh menuntut bagi pihak empunya iaitu pasangan, anak atau ibu bapa atau pentadbir yang dinyatakan tetapi dalam surat pentadbir harta pusaka. Yang ini mesti dilakukan. Juga berkenaan dengan ada tak had masa untuk membuat tuntutan, tidak ada had. That means bila-bila masa, tidak kata ada had. 10 tahun atau 20 tahun, tidak ada had. Empunya itu boleh buat tuntutan sepanjang hayat mereka. Jadi, komen tentang eGUMIS dan semakan melalui dua kad pengenalan. Ini serahan daripada syarikat dari tahun 1977 sehingga sekarang. Ada yang menggunakan IC lama atau IC baharu ataupun nombor badan tentera atau polis sebagai nombor pengenalan semasa membuat pendaftaran. Manakala bagi bukan warganegara, nombor pasport digunakan sebagai nombor pengenalan. Serahan WTD adalah berdasarkan maklumat yang diserahkan oleh entiti serahan. Semakan boleh dilakukan dengan mengunci masuk satu nombor pengenalan pada satu masa. Bermaksud jika Yang Berhormat seperti boleh buat semakan di luar, ada kaunter. Jadi, jika IC lama, IC baharu, juga ada nombor polis atau nombor tentera. Sekurang-kurangnya akan ada tiga. Tapi memang juga tadi ada Yang Berhormat minta tentang kenapa tak disatukan. Ini adalah satu cadangan yang baik tetapi ini kita mesti bekerjasama dengan JPN. Okey, tentang RM500,000 yang dijumpai di Damansara. Ini, kita kena tahu siapalah empunya tetapi kita boleh buat– kita boleh pertimbangkan untuk membuat serahan di bawah subseksyen 14(1) selain apa-apa wang selain daripada WTD. Dari segi...
Menteri, boleh minta pencelahan sedikit sahaja?
Tebrau belakang ya.
Belakang ini. Belakang ini ya.
Okey, boleh.
Tentang IC yang dua itu, sekiranya buat masa kini tidak dapat dibuatkan untuk menyatukan, sekurang-kurangnya saya harap kementerian boleh uar-uarkan kepada orang ramai bahawa perlu check dua IC sekiranya– sekurang-kurangnya mereka kena tahulah. Terima kasih.
Saya amat setuju dengan satu fakta yang semua telah sebut iaitu kesedaran rakyat. Ini adalah merupakan satu langkah yang kita mesti beritahu, kita mesti uar-uarkan. Okey. Kita pergi ke Yang Berhormat Rompin. Berkenaan dengan apakah jaminan syarikat mampu dalam data empunya itu dari satu tahun kita panjangkan kepada dua tahun. Pemeriksaan WTD akan memastikan serahan dibuat oleh syarikat mengikuti format yang telah ditetapkan. Ia adalah dia ada item bayaran yang sepatutnya selesai dalam secara tahunan. Sepatutnya mereka mesti selesai dalam sesi satu tahun tetapi untuk
menyelaraskan, ada faktor-faktor yang lain. Kita panjangkan ke dua tahun. Ini selaras dengan perbandingan dengan tempoh lain di luar negara, Juga tentang eGUMIS, bagaimana– gantikan dengan gazet. Bahagian sedang membuat penambahbaikan sistem eGUMIS supaya setanding dengan sistem di luar negara. Betul, kita memang sedikit belakang dan ada negara-negara lain sudah menggunakan ini tetapi kita akan terus menambahbaikkan. Juga tentang RM1.9 bilion dijangka akan ke Kumpulan Amanah. Ini jumlah yang semua amat-amat minat. Ini– sekiranya tuntutan dari Akaun Hasil, pembayaran akan dibuat dengan menggunakan Akaun Hasil. Jika tuntutan dari Akaun Amanah, kita akan buat daripada Akaun Amanah. Seterusnya adalah dari Yang Berhormat Sabak Bernam berkenaan dengan kesedaran ke seluruh negara. Pemakluman melalui Jabatan Akauntan Negara, negeri dan juga cawangan di seluruh negara sentiasa dilaksanakan sepanjang tahun. Kita– Ribuan semakan WTD juga diadakan pada setiap tahun terutama di pinggir bandar dan juga di kawasan pedalaman sekurang-kurangnya tiga ke empat kali setiap negeri. Kita memang sedar juga tak cukup kesedaran bukan hanya di luar bandar, juga di bandar. Pemansuhan– dan juga kita akan lebih giat lagi membuat mungkin roadshow untuk kesedaran ini. Pemansuhan keperluan warta dan pemakluman secara digital di portal eGUMIS boleh menjimatkan kos warta yang boleh mencecah sehingga RM15 juta setahun. RM15 juta setahun kerana ini melibatkan banyak percetakan. Ini kita jimat dari segi ini. Faedah yang telah diperoleh hasil daripada pelaburan sejak 20 tahun yang lalu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan pelbagai projek pembangunan. Kita hanya gunakan hasil atau faedah yang kita dapati daripada yang labur. Yang the original atau asal itu, kita tidak sentuh langsung. Bermaksud, semua kepunyaan empunya memang tidak disentuh. Hanya faedah yang kita dapat daripada pelaburan kita gunakan untuk projek-projek atau bayaran insentif. Seterusnya, kalau tak salah yang keempat, Bayan Baru.
Boleh saya tanya?
Yes.
Boleh saya tanya tentang...
Okey, silakan.
...Tentang kesedaran public berkenaan dengan wang yang tidak dituntut ini. Pengalaman bagi orang ramai ialah kalau mereka sedar oh, mungkin ada duit yang disimpan di satu bank akaun dulu-dulu, tak tahu berapa puluh tahun yang lepas pernah buka dan sebagainya. Biasanya mereka akan pergi ke bank. Pegawai bank biasanya kata, “Oh, ini sudah jadi– kerajaan sudah sapu. You pergi tanya Bank Negara”. So, mereka tidak sedar sebenarnya Bank Negara tak menangani isu seperti ini. So, kesedaran ini mungkin juga harus diberi kepada pegawai-pegawai bank supaya mereka tahu macam mana mereka boleh ambil balik wang ini.
Terima kasih YB Seputeh. Ini satu cadangan yang baik. Bukan hanya kita uar-uarkan atau kita buat kempen kesedaran kepada rakyat, juga kepada di bank.
Seterusnya dari Yang Berhormat Bayan Baru tentang sistem secara terus. Data yang dikemukakan oleh entiti penyerah dari tahun 1977 dan masih disimpan dan diselenggara dengan baik oleh kerajaan. Data serahan ini ada yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap dari segi maklumat empunya dan terdapat juga maklumat empunya yang sudah meninggal dunia. Justeru itu, pembayaran secara terus kepada melalui data-data daripada sistem lain yang dibangunkan amatlah berisiko tinggi di mana boleh membuka ruang kepada penipuan dan pemalsuan dokumen. Perkara yang dicadangkan memerlukan integrasi dengan sistem kerajaan yang lain. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dipertimbangkan selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem yang diguna pakai ke arah pendigitalan perkhidmatan awam. Buat masa sekarang, kekangan jabatan adalah dari segi maklumat empunya yang diberikan semasa serahan wang tak dituntut kepada pendaftar oleh syarikat yang kadang kala tidak lengkap atau tidak sepadan dengan maklumat dalam MyKad. Selain daripada itu, terdapat juga permohonan wang tak dituntut yang memerlukan dokumen sokongan tambahan. Dari segi cadangan di bawah RM100 terus kepada hospital. Wang tak dituntut ini adalah milik empunya yang berhak dan empunya sahaja yang berhak ke atas WTD yang diserahkan kepada kerajaan. Justeru itu, WTD perlu dipulangkan semula kepada empunya yang berhak.
[Bangun]
Untuk makluman, tuntutan yang paling rendah diproses oleh Jabatan Akauntan Negara adalah sebanyak satu sen.
Yang Berhormat Menteri.
Ada yang masih minta, kita tulis cek satu sen untuk pulangkan kepada empunya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Saya masih lagi concerned.
[Bangun]
Yang pertama saya tanya, apakah perancangan kerajaan dengan unclaimed money yang ada sekarang ini. Yang keduanya, saya masih concerned lagi. Saya rasa kita mesti cari satu kaedah untuk tubuh satu tabung untuk kita letakkan di hospital supaya bantu orang-orang miskin dan kita dapat consent daripada nama-nama nominee dalam pemegang– dalam unclaimed money ini untuk mereka serahkan, yang bawah RM100 kah, bawah RM200 kah, terus sumbang kepada tabung itu untuk bantu orang miskin. Saya ingat lebih baik daripada dormant fizikal yang duk simpan dekat unclaimed money ini. Ini cadangan sayalah sebab saya rasa saya pun ada dan saya willing to donate that money to the, dengan izin, to that tabung. Okey.
Menteri.
Untuk bantu orang miskin. Sebab kami wakil rakyat, orang bila kena nak tukar stent kah, nak tukar tulang kah, nak operation kah, selalu
mari minta duit dekat kami wakil rakyat untuk mereka yang tak ada duit. Ini orang-orang miskin.
Jadi, apa salahnya unclaimed money yang tak digunakan, kita cari satu kaedah. Kita sumbang kepada tabung di hospital untuk bantu B40 ini. Sekian, terima kasih.
Menteri, sedikit sahaja. Saya nampak bahawa eGUMIS ini, kalau nak register, dia ada 10 step. Lepas itu, kalau nak tuntut balik ada 12 step. Maksudnya dia amat – bukan rumitlah. Senang juga tetapi problem-nya adalah birokrasi. Jadi, itu sebab saya cadangkan direct debit. Kalau kita bawa perundangan untuk– kalau dia punya nama, dia punya IC betul, kita direct debit sahaja. Yang ada kerumitan, dokumen tak cukup itu, kita lain. Dia kena datang untuk menyelesaikan masalah. Cadangan kami – saya adalah untuk direct debit. Senang cerita, senang untuk semua. Terima kasih.
Baik.
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Bayan Baru. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Serai, tentang program yang bermula di– oh, baik. Bagan Serai – yang bermula di Pulau Pinang, yang telah mendapat sambutan baik dan kita akan teruskan program bengkel seperti ini. Berhubungan dengan soalan yang ditanyakan berkenaan dengan fasal 12(1) mengenai klausa kekecualian dan peralihan, apa-apa yang tidak dituntut telah dikategorikan di bawah takrifan 8A di bawah Akta Ibu. Apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan, status quo bagi wang tersebut akan kekal dan akan diuruskan selaras dengan Akta Ibu. Tempoh ini berkenaan dengan 15 ke 10 tahun, yang ramai sudah sebut. Tempoh ini relevan dalam memastikan peruntukan yang ideal dapat digunakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan yang memenuhi objektif sosial ekonomi. Berkenan dengan SOP, ya. Prosedur dalaman berkaitan serahan WTD dan bayaran balik WTD yang telah ditetapkan oleh pendaftar dan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut ketetapan dan keperluan semasa, namun masih mesti mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa secara pentadbiran. Seterusnya, dari Yang Berhormat Gerik, berkenaan dengan serahan WTD bertambah. Okey. Semua serahan WTD akan direkod dan disimpan dalam sistem kerajaan. Empunya WTD masih berhak membuat tuntutan walaupun amaun WTD telah dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan, seperti saya telah sebutkan tadi. Peruntukan bayaran balik hasil akan dimohon ke Kementerian Kewangan bagi pembayaran balik WTD. Justeru itu, tiada isu pembayaran balik walaupun amaun WTD dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan dan kita akan pastikan perbelanjaan akan dilaksanakan dengan berhemah dan memastikan amaun peruntukan hasil cukup untuk pembayaran balik WTD. Seterusnya, Yang Berhormat Jempol berkenaan dengan registrar. Pelantikan pendaftar adalah berdasarkan PUB 220. Ketetapan semasa kerajaan adalah melantik Akauntan Negara Malaysia sebagai pendaftar selaras PUB. Mengenai tentang
pencerobohan. Sistem eGUMIS telah dibangunkan dan diguna pakai sepenuhnya mulai bulan Januari tahun 2020 dengan mengambil kira kawalan-kawalan yang sepatutnya. Namun begitu, dengan kepintaran scammer online, akan ada ruangan untuk mereka membuat tuntutan bagi pihak empunya. Oleh itu, pihak jabatan telah membuat perancangan bagi meningkatkan tahap keselamatan ke atas sistem sedia ada dengan mewujudkan kawalan preventilation akaun bank, kesahihan dokumen pengenalan, kematian dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dan menggabungkan sistem eGUMIS dengan teknologi robotik process automation. Berkenaan dengan faedah. WTD yang dibayar adalah tidak termasuk faedah terkumpul seperti mana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 11(3). Untuk makluman, faedah yang diperolehi daripada pelaburan Akaun Amanah Disatukan telah disalurkan kepada rakyat bagi tujuan pembangunan. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Kedah. Skop kebertanggungjawaban...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jempol. Jempol.
Oh, Jempol.
Sekejap ya.
Yes.
Ada satu lagilah iaitu wang yang telah pun dimasukkan kepada Akaun Hasil yang Disatukan. Bila nak keluarkan balik oleh penuntut, dia memerlukan satu kelulusan mahkamah ke?
Tidak.
Jadi, kalau ada kelulusan mahkamah– jadi, kalau melibatkan kelulusan mahkamah, sudah tentu dia memakan masa yang lebih rumitlah. Jadi, mungkin ada kaedah lain yang lebih mudahlah untuk kita membantu mereka yang menuntut ini. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Kedah tentang skop kebertanggungjawaban Menteri adalah untuk melantik pendaftar, timbalan pendaftar dan penolong pendaftar di bawah seksyen 9, di samping membuat pembayaran kepada empunya di bawah seksyen 13. Jadi, kriteria untuk pelantikan baharu adalah dari Akauntan Negara Malaysia. Tentang makluman disiar secara elektronik, mekanisme pemantauan pemakluman data empunya secara elektronik adalah lebih selamat kerana ia tidak dapat diakses selain daripada pengguna pendaftar yang berdaftar. Tempoh notis data empunya WTD yang disiarkan secara elektronik akan dibuat dalam tempoh satu hingga tiga bulan. Maklumat ini akan disampaikan kepada empunya yang telah berdaftar di eGUMIS. Kita juga melalui hebahan dan booth WTD yang diadakan di seluruh negara. Banyak program untuk meningkatkan kesedaran. Jadi, dari Yang Berhormat Arau tentang terkumpul – jumlah yang terkumpul di WTD. Jumlah terkumpul, baki WTD setakat 29 Februari 2024 ialah RM11.64 bilion1 dan di sini saya 1 Pindaan oleh YB. Timbalan Menteri Kewangan melalui surat bertarikh 27 Mac 2024.
juga ingin nak tekankan, kerajaan pada masa sekarang tidak memberi – tidak ada sebarang ejen untuk membuat tuntutan untuk sesiapa. Okey? Yang Berhormat Rasah, tujuan meluaskan skop pendaftar adalah supaya pemakaian pendaftar adalah terpakai bagi Bahagian I dan Bahagian II. Maklumat WTD dari sistem eGUMIS adalah selamat kerana tiada sebarang pindaan boleh dilaksanakan ke atas maklumat WTD yang telah diserahkan oleh entiti serahan. Pengguna eGUMIS dikehendaki mendaftar di portal eGUMIS menggunakan alamat e-mel yang sah sebelum memulakan carian WTD atau membuat permohonan tuntutan WTD, dan setiap pengguna yang sudah berdaftar, dalam satu hari dia hanya boleh membuat semakan dua kali sahaja. Sehubungan ini, kaedah pemakluman secara digital di portal eGUMIS adalah lebih selamat kerana ia boleh dituntut oleh empunya yang berhak sahaja. Setakat ini, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Datuk Ewon Benedick) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 bertujuan untuk mengukuhkan lagi rangka kerja undang-undang sedia ada
bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dalam membanteras perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen atau hawalah dan ketidakpatuhan undang- undang oleh pemegang lesen. Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (APPW) telah dikuatkuasakan bermula 1 Disember 2011 bagi memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk mengawal selia perniagaan perkhidmatan wang. Ia merangkumi tiga jenis perniagaan iaitu perniagaan pengurupan wang atau money changing business, dengan izin, perniagaan pengiriman wang atau remittance business dan perniagaan mata wang borong atau currency wholesaler, dengan izin. APPW ini bertujuan antara lain untuk meningkatkan perlindungan pengguna dan memperkukuhkan keutuhan industri supaya ianya tidak disalahgunakan bagi pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan, money laundering and terrorism financing, (ML) atau (TF), dengan izin, atau aktiviti-aktiviti haram yang lain. Sejak APPW diperkenalkan, industri perniagaan perkhidmatan wang telah menjadi lebih dinamik dan berjaya menghasilkan pemegang lesen tempatan yang lebih profesional dan berdaya saing. Keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan APPW kini boleh dilihat melalui pertumbuhan ketara sektor pengiriman wang sebanyak lebih dua kali ganda sejak rejim pengawalseliaan APPW diperkenalkan. Selaras dengan perkembangan positif dalam industri ini, kajian semula terhadap pendekatan penguatkuasaan adalah wajar bagi mencerminkan tahap pematuhan industri yang lebih baik. Meskipun APPW telah memberi kesan positif dalam kalangan pemegang lesen, industri ini terus dibelenggu operasi perniagaan tidak berlesen. Menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen bukan sahaja sesuatu kesalahan di bawah APPW, malah juga suatu kesalahan berat (serious offence), dengan izin, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) memandangkan hubung kait aktiviti ini dengan MLTF. Walaupun usaha-usaha untuk memerangi aktiviti-aktiviti sedemikian telah dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasaan termasuk Bank Negara, masih terdapat keperluan untuk menangani kekangan sedia ada yang menghalang keupayaan BNM untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mencegah penawaran perkhidmatan PPW tidak berlesen dengan lebih berkesan. Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ke atas rang undang-undang ini dicadangkan berdasarkan empat asas pertimbangan utama, iaitu: (i) keperluan untuk memperkukuhkan usaha membanteras perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen kerana kesan negatif yang ketara ke atas ekonomi negara; (ii) keperluan untuk mengambil kira pelbagai modus operandi hawalah bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya diambil ke atas aktiviti hawalah; (iii) memastikan hukuman yang dikenakan dapat memberi kesan pencegahan yang efektif ke atas pesalah; dan
(iv) pendekatan penguatkuasaan terhadap pemegang lesen perlu setimpal dengan tahap ketidakpatuhan dan mengambil kira tahap pematuhan industri yang semakin baik. Asas pertama― perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen masih berleluasa. Meskipun pelaksanaan aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan berterusan, Bank Negara masih menerima bilangan tip off yang tinggi daripada orang awam mengenai operasi perniagaan wang tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai hawalah. Secara purata, Bank Negara menerima bilangan tip off sebanyak 187 setahun sepanjang lima tahun kebelakangan ini iaitu dari 2018 sehingga 2022. Aktiviti tidak berlesen ini bukan sahaja mendedahkan industri kepada risiko ML dan TF, malah membawa pelbagai kesan negatif lain termasuklah kehilangan pendapatan negara rentetan daripada kerugian cukai aliran keluar wang tanpa rekod, kehilangan keyakinan orang awam terhadap integriti sistem kewangan serta potensi reputasi negara menjadi negatif akibat hubung kait dengan risiko MLTF. Memandangkan Malaysia akan melalui penilaian bersama (mutual evaluation), dengan izin, yang diterajui Pasukan Petugas Tindakan Kewangan, Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2025, langkah-langkah membanteras aktiviti hawalah perlu diambil agar ianya tidak terus berleluasa dan seterusnya menjejaskan tahap penarafan negara. Ini termasuk pindaan ke atas RUU yang bertujuan meningkatkan keberkesanan menangani risiko MLTF. Asas kedua― tindakan penguat kuasa ke atas perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen perlu diperkukuh untuk membolehkan tindakan yang lebih pantas dan berkesan. Walaupun usaha penguatkuasaan terus dipertingkatkan, Bank Negara masih menghadapi cabaran dalam proses pendakwaan di mana berdasarkan rangka kerja undang-undang sedia ada, pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai niat untuk memindahkan dana kepada penerima dan juga terdapat hubung kait langsung antara dana yang dihantar dan diterima dalam sesuatu transaksi haram. Mendapatkan bukti ini adalah sukar memandangkan modus operandi hawalah selalunya tidak disertakan dengan niat yang jelas atau tidak melibatkan pemindahan dana sepadan (corresponding movement of funds), dengan izin, di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam sesebuah transaksi rentas sempadan. Ini kerana penyelesaian dibuat melalui kaedah-kaedah seperti penyelesaian bersih (net settlement), dengan izin, atau set-off dalam kalangan penyedia-penyedia hawalah. Asas ketiga― memastikan hukuman yang dikenakan memberikan kesan pencegahan ke atas pesalah. Berdasarkan statistik Bank Negara, jumlah keseluruhan penalti yang pernah dikenakan sebagai hukuman pesalah adalah amat kecil iaitu hanya 0.02 peratus berbanding dengan nilai anggaran aktiviti hawalah. Ini memandangkan hampir separuh atau 45 peratus daripada keseluruhan kes-kes perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen dikenakan hukuman denda berjumlah RM50,000 atau kurang. Pada masa yang sama, tempoh penjara yang dikenakan oleh mahkamah kepada pesalah adalah selama satu hingga tiga hari sahaja.
Hukuman yang sedemikian tidak memadai dalam mewujudkan kesan pencegahan yang efektif terutamanya bagi kes-kes pemindahan dana yang skala yang besar dan bersindiket. Tambahan lagi, mahkamah juga tidak diberikan kuasa di bawah APPW 2011 untuk melucuthakkan (forfeit), dengan izin, apa-apa exhibit yang dibentangkan semasa perbicaraan bagi menghalang pesalah daripada mengambil manfaat daripada aktiviti tidak berlesen berkenaan dan mengulangi kesalahan mereka. Bank Negara juga sukar untuk mengambil tindakan ke atas sebarang entiti yang bersubahat dengan perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen kerana definisi subahat sedia ada yang kurang jelas dalam APPW. Ini memudahkan aktiviti tanpa lesen untuk beroperasi semula selepas menjalankan hukuman. Keempat, keperluan untuk pendekatan penguatkuasaan yang lebih sesuai ke atas ketidakpatuhan oleh pemegang lesen. Pada masa ini, terdapat 37 peruntukan di bawah APPW 2011 yang dianggap kesalahan berat dan hanya boleh dikenakan tindakan jenayah. Ini termasuk 10 peruntukan yang lebih bersifat operasi seperti tidak mengeluarkan resit atau tidak memaklumkan kepada Bank Negara tentang penukaran pegawai utama. Hal ini bukan sahaja melambatkan proses tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi tahap pematuhan peserta industri, malah tidak setimpal dengan kesalahan kecil yang dilakukan. Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan asas-asas pertimbangan yang dijelaskan, usaha pindaan APPW ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut: (i) memastikan tindakan penguat kuasa yang lebih berkesan bagi membanteras perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen; (ii) memastikan hukuman yang lebih setimpal dan dalam masa yang lebih singkat diambil ke atas ketidakpatuhan oleh pemegang lesen; dan (iii) mempertingkatkan lagi imej dan tahap profesionalisme industri. Secara keseluruhan, penambahbaikan ini dijangka akan mempercepatkan proses penguatkuasaan ke atas perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen serta memupuk budaya pematuhan yang lebih mantap dalam kalangan pemegang lesen. Ini sekali gus menyumbang kepada objektif rangkuman kewangan melalui peningkatan penggunaan perkhidmatan wang melalui saluran yang sah serta terus menjamin perlindungan pengguna. Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan beberapa fasal penting di dalam Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024. Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am kepada Akta 731 dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “money-changing business” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “currency exchange business”, dengan izin.
Pindaan ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan orang awam mengenai terma money changing business dengan money lending business yang bukan di bawah bidang kuasa akta ini dan pada masa yang sama, meningkatkan imej industri. Fasal 4 bertujuan untuk memindakan seksyen 2, Akta 731. Subfasal 4(b) bertujuan untuk memasukkan takrif baharu memudahkan pemindaan dana dan subfasal 4(g) bertujuan
untuk menggantikan takrif perniagaan pengiriman wang untuk memudahkan pendakwaan bagi kesalahan menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen dengan menstrukturkan semula takrif sedia ada dan memotong perkataan dengan tujuan untuk menjadikan dana itu tersedia bagi seorang benefisiari di dalam atau di luar Malaysia. Bagi menunjukkan penglibatan langsung tertuduh dalam menyediakan dana kepada benefisiari, fasal 5 bertujuan untuk meminda subseksyen 4(4) Akta 731 untuk mengenakan hukuman pemenjaraan mandatori dan denda minimum sebanyak RM50,000 bagi kesalahan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 66A ke dalam Akta 731 untuk memberikan kuasa kepada mahkamah yang di hadapannya pendakwaan telah dijalankan untuk membuat perintah pelucuthakan apa-apa harta yang disita di bawah Akta 731. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan subseksyen (3) ke dalam seksyen 86, Akta 731 untuk menjelaskan maksud bagi perenggan 1(c) dan untuk mengadakan peruntukan bagi misalan bagi kesalahan yang berhubungan dengan komplot jenayah dan subahat dalam penyediaan perkhidmatan wang tidak berlesen. Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 89A ke dalam Akta 731 untuk mengadakan peruntukan bagi kebolehterimaan keterangan yang didapatkan oleh bank, pemeriksa atau pegawai penyiasat di bawah Akta 731 dalam apa-apa prosiding mahkamah. Fasal 13 bertujuan untuk meminda jadual kepada Akta 731 untuk membolehkan bank mengambil tindakan pentadbiran ke atas pelanggaran beberapa peruntukan dalam Akta 731. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini adalah pindaan kecil atau berbangkit. Ahli-ahli Parlimen sekalian boleh merujuk pindaan-pindaan tersebut di dalam RUU yang telah diedarkan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Baik. Ada sesiapa yang menyokong?
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memindahkan— meminda Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menerima lima nama. Saya bacakan nama-nama Yang Berhormat yang akan berbahas. Tebrau, Rompin, Rasah, Gerik, Petaling Jaya dan Arau. Untuk itu, saya jemput Tebrau, lima minit. Silakan.
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana membenarkan Tebrau terlibat dalam perbahasan petang ini. Tan Sri Speaker, saya ingin mulakan dengan satu isu yang ada kaitan rapat dengan money changer di Johor Bahru. Kebelakangan ini saya telah menerima banyak aduan tentang satu polisi baharu yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu mulai 6 Februari, setiap individu perlu mendedahkan maklumat peribadi seperti IC dan tarikh lahir, sekiranya mengguna
perkhidmatan menukar wang dibanding dengan dulu bila hanya perlu dedah kalau tukar lebih RM3,000. Sekarang satu sen pun dia kena dedah. Saya nak bawa perhatian kepada kementerian ini sebab dalam satu laporan daripada The Star [Menunjukkan salinan artikel] bertarikh 8 Mac 2024. Banyak rintihan yang dinampak dalam laporan ini. Jelas polisi ini telah menyusahkan bukan sahaja business money changer di Johor Bahru dan juga kepada mereka yang menukar wang setiap hari. Saya rasa Menteri tentu faham dan maklum Johor-Singapura ini setiap hari ada hampir 350,000 orang yang criss-cross border Johor-Singapura. Kebanyakan mereka ini adalah pekerja Malaysia yang kerja di Singapore balik ke Johor. Ada juga orang Singapore yang melawat Johor dan kesemua ini memerlukan servis atau perkhidmatan money changer. Saya nak petik sini, dengan izin, apa yang dikatakan di sini, “Another worker Wendy Tan, 35 has started changing money in Singapore too.” Maknanya, sekarang mereka tak nak tukar lagi di Johor Bahru. Mereka tukar di Singapore. “Because she is worry her particular maybe misused. I was shocked when the money changer asked for my details just to change SGD200.” Ataupun RM700. “There are many scam these days. I do not want my personal details to be leaked anywhere.” Sekarang kalau nak pergi tukar wang di Johor Bahru, kena beri maklumat peribadi, semua takut. Hakikatnya apa jadi? Semua tukar di Singapore. Ada juga yang tulis sekarang, “Dulu untuk tukar wang di Johor Bahru, 20 saat. Sekarang lima minit.” Hakikatnya, business money changer Johor Bahru ni sekarang under severe pressure dan kalaulah dia tutup kedai ataupun dia kurang pendapatan, maknanya kerajaan juga rugi sebab kita tak boleh kutip cukai daripada mereka. So, saya harap kementerian boleh mengambil maklum isu ini yang sangat- sangat tidak popular di Johor Bahru. Berkenaan dengan RUU ini, saya ingin membawa perhatian Menteri kepada satu poin sahaja yang saya nak bawa, 89A. Saya akui isu halawa ni— eh, isu dark money ini memang satu isu yang serius tetapi kita kena juga adil. Bila kita nak cari yang salah, kita juga kena adil kepada mereka yang mungkin tak salah. Saya mengambil isu dengan pemindaan kepada penambahan seksyen 89A ini. Kenapa? Sebab- saya baca ya. “Walau apa pun yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa dokumen komputer atau keterangan lain yang didapat oleh bank, pemeriksa atau pegawai penyiasat menurut akta ini yang relevan dalam prosiding di bawah akta ini, hendaklah diterima dalam prosiding ini.” Ini adalah bertentangan direct dengan Akta Keterangan 1950 Malaysia, khususnya seksyen 90A(2) di mana telah dinyatakan, kalaulah contohnya untuk dokumen komputer pun, perlu ada satu perakuan yang telah ditandatangani oleh seorang yang sama ada sebelum atau selepas pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu yang bertanggungjawab. Maknanya, kita kena pastikan kesahihan dokumen itu sebelum mahkamah boleh terima. Sekarang, Menteri— kementerian nak kuat kuasa satu hukuman yang lagi berat. Contohnya, seksyen 66A yang dipinda ini boleh lucut- sita dan lucut bila ada pendakwaan. Sebelum orang itu dijatuh hukum salah, sudah boleh sita dan lucut. Boleh forfeit. Itu satu hukuman yang sangat berat. Tentulah kita kena ada safeguard Tan Sri Speaker, untuk kita
memastikan orang itu betul-betul bersalah. Dokumen itu kena sahih. Takkanlah dokumen itu boleh macam ni, bagi sahaja dan diterima bulat-bulat. Dalam era sekarang, begitu banyak dokumen yang palsu. Nak reka satu dokumen tak susah. Ada ChatGPT, ada AI, tak susah. Maka, adalah sangat tidak adil bagi saya, kalaulah kita ini cuba nak tangkap orang yang salah sahaja. Kadang-kadang 10 orang salah tu, mungkin ada satu yang tak salah. Tapi kalau safeguard yang kita ada di dalam undang- undang seperti dalam Akta Keterangan itu, pun dia boleh bulldoze, saya takut nanti kita ada orang yang dizalimi ataupun disalah pendakwaan oleh kerajaan. Disebabkan seksyen 89A ini, memang senang sahaja. Dokumen itu masuk sahaja, dia akan diterima. So, saya harap Menteri boleh take note of my concern on this matter.
Walau bagaimanapun, saya faham matlamat kerajaan adalah kita nak stop black market dan juga wang haram keluar negara. So, dengan itu saya harap Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya tapi walau bagaimanapun, Tebrau menyokong dan saya harap bolehlah juga isu yang saya bangkitkan tadi dengan money changer itu juga boleh ditengokkan sekali. Sekian, terima kasih.
Baik saya jemput Rompin.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan RUU Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024. Saya percaya rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk meminda serta menambah baik Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 iaitu Akta 731, akta ibu yang mengawal setiap perniagaan perkhidmatan berunsurkan transaksi wang dengan lebih terperinci serta telus, memastikan kepatuhan setiap syarikat dan individu yang terlibat dalam aktiviti perniagaan ini serta mengurangkan risiko penipuan dan penyalahgunaan urusan perkhidmatan termasuk sebarang aktiviti haram yang berkaitan dengan perkhidmatan wang. Objektif utama pindaan rang undang-undang ini ialah pertamanya untuk memperkukuhkan perlindungan pengguna. Kedua mencegah penyalahgunaan industri pengiriman wang (PPW) seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang serta aliran wang masuk dan keluar secara tidak sah serta memastikan perkembangan industri dengan lebih tersusun melalui kehendak perlesenan dan pengawalseliaan yang progresif dan bersesuaian. Saya terus pergi kepada fasal 5 meminda subseksyen (4) Akta 731 untuk mengenakan hukuman pemenjaraan mandatori dan denda minimum sebanyak RM50,000 bagi kesalahan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen dan tidak melebih RM5 juta. Apakah strategi khusus kerajaan dalam menangani sindiket penggubahan wang haram warga asing ataupun keldai wang yang didapati menjalankan operasi perniagaan perkhidmatan wang? Ini termasuk usaha mencegah trend aktiviti kiriman wang tidak sah khususnya pengendali perkhidmatan wang haram yang menjalankan kegiatan di sebalik
perniagaan kedai runcit dan perniagaan telekomunikasi di kawasan tumpuan pekerja asing sekali gus menyebabkan berlakunya aktiviti kiriman wang secara haram ke negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina. Implikasi secara ekonomi bayangan. Sejauh manakah langkah mitigasi telah diambil mengambil kira implikasi pemindahan wang dana secara haram ke luar negara terhadap ekonomi terutama saiz ekonomi bayangan negara? Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2023, secara puratanya saiz ekonomi bayangan berbanding jumlah KDNK dianggarkan kira-kira 21.2 peratus antara 2010 hingga 2019. Malaysia diunjurkan kehilangan sekitar RM70 bilion setiap tahun dalam bentuk hasil cukai akibat aktiviti ekonomi bayangan ini. Sehubungan dengan itu, adakah soalan saya, adakah terdapat perancangan untuk membangunkan manual prosedur operasi standard (SOP) berasaskan teknologi data raya bagi mengesan aktiviti ekonomi bayangan secara lebih berkesan dengan kerjasama agensi antarabangsa menerusi automatic exchange of information (AEOI) dalam memantau perniagaan berasaskan urusan niaga tunai tidak sah. Seterusnya pindaan bagi seksyen 86 fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen 3 ke dalam seksyen 86 Akta 731 untuk menjelaskan maksud bagi perenggan 1(c) dan untuk mengadakan peruntukan bagi misalan bagi kesalahan yang berhubung dengan komplot jenayah dan subahat dalam penyediaan perkhidmatan wang tidak berlesen. Pindaan ini meluaskan skop bagi membolehkan mana-mana syarikat atau individu yang bersubahat dalam aktiviti haram. Contoh tuan tanah, majikan, penyedia sistem yang menyokong aktiviti haram boleh turut didakwa dan dikena hukuman. Saya difahamkan Bank Negara telah mengenal pasti beberapa modus operandi yang digunakan peniaga bagi melakukan aktiviti jenayah penggubahan wang haram. Pertama, memasukkan hasil haram ke dalam akaun perniagaan atau individu yang dicampuradukkan dengan hasil perniagaan yang sah. Mewujudkan shell company, syarikat cangkerang atau syarikat yang diwujudkan hanya di atas kertas. Membeli aset atau membuat pelaburan, membayar pinjaman insurans dan lain-lain secara berstruktur. Ketiga, pembabitan badan profesional seperti akauntan dan setiausaha syarikat sebagai individu atau organisasi yang menyediakan aktiviti penggubahan wang haram dan kelima penggunaan transaksi aktiviti haram secara tunai dan tidak melalui sistem perbankan atau menggunakan mule account atau akaun keldai. Soalan saya, apakah jaminan Bank Negara dan kerajaan dalam usaha menangani isu ini kerana hari ini kita melihat aktiviti ini semakin berleluasa dan ditambah pula dengan teknologi tanpa sempadan. Sewajarnya pemantauan perlu dilakukan bagi memastikan wang yang dibawa keluar dilakukan secara sah supaya ia nya tidak mendatangkan kerugian kepada pendapatan negara dan saya mengharapkan agar RUU ini mampu menyekat sebarang aktiviti perkhidmatan wang secara tidak sah dan sekali gus melindungi kedudukan kewangan dan kedaulatan negara. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Rasah.
Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 yang akan membuat beberapa pindaan terhadap akta induk, Akta 731. Saya menyambut baik pembentangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan ataupun memaklumkan empat asas utama terhadap pindaan ini. Saya menyokong sepenuhnya sebab ia bukan setakat menaikkan ataupun memberikan hukuman yang lebih berat kepada pesalah. Bukan setakat untuk kita mengawal aktiviti perniagaan wang tidak berlesen, hawalah. Malahan ia memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Jadi, saya sambut baik. Cuma ada beberapa persoalan yang saya nak kemukakan di sini. Pertama, selepas pindaan yang kita bahaskan hari ini diluluskan dan diwartakan untuk dilaksanakan kelak, apakah unjuran cukai yang boleh dikutip tambahan? Mesti ada tambahan. Cuma, berapakah banyak tambahan? Sebab saya rasa ia penting sebab saya difahamkan jumlah hawalah sebenarnya lebih 2.3 peratus daripada jumlah keseluruhan KDNK kita. Satu jumlah yang sangat besar. Sudah pastinya kutipan cukai yang boleh kita kutip juga tinggi. Itu yang pertama. Kedua, selain daripada KDNK, apakah impak positif yang boleh kita dapat? Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut ketika pembentangan tadi bahawa kita perlu menjalani pengauditan daripada FTAF, badan audit antarabangsa berkenaan dengan penggubahan wang dan sebagainya. Jadi, saya rasa bukan akta ini saja. Saya difahamkan bahawa banyak akta yang terbabit dengan urusan perniagaan penghantaran wang dan sebagainya yang berkaitan juga akan dipinda selaras dengan keperluan FTAF ini. Jadi, ada berapa lagi akta atau RUU yang akan dibawa oleh Kementerian Kewangan berkenaan dengan perkara ini? Saya anggap – satu persoalan. Selepas kita menambahkan hukuman di bawah akta ini, apakah ia akan menyebabkan ada pertindihan di antara akta ini dengan AMLA yang telah dilaksanakan? Ada tak pertindihan? Sebab kita pun tak mahu nanti ada dua set undang- undang yang bertindih antara satu sama lain. Kita nak undang-undang itu dilaksanakan dengan jelas dan mudah untuk dilaksanakan. Tan Sri Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak sebut adalah kita sudah ada AMLA. AMLA itu kita tidak ada pindaan kali ini. Jadi, kenapa hawalah ini masih berleluasa kalau ikutkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Jadi, apakah AMLA itu tidak berkesan dan perlukan pindaan hari ini? Sejauh manakah pindaan pada hari ini berfungsi, berperanan untuk membanteras, menangani pemindahan wang tidak berlesen yang menjadi subjek utama kita pada hari ini? Saya nak sebutkan satu perkara di sini berkenaan dengan hukuman. Saya setuju boleh ada kuasa untuk melucut hak kepada pesalah oleh mahkamah iaitu di bawah seksyen 66A. Saya bersetuju. Cuma saya nak tanya di bawah seksyen itu, b, dikatakan “Perlu pelucutan hak harta itu adalah secara keseluruhan atau sebahagian”. Apakah ini berdasarkan jumlah nilai yang terbabit untuk pesalah tersebut? Ini sangat penting sebab kita tak mahu lucut
hak lebih daripada jumlah kesalahan value, nilai kesalahan tersebut agar tidak nanti harta lain pula dilucut hak kan.
Berkenaan dengan seksyen 4 akta induk yang dibuat pindaan dengan menggantikan perkataan ‘boleh’ kepada ‘hendaklah’. Maknanya, mandatori untuk dipenjarakan. Saya mohon– saya nak tanya bukan mohon, kepada kerajaan kenapa kita tak letakkan minimum penjara. Ini tak letak minimum penjara. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut ada yang dipenjara satu hingga tiga hari. Maknanya yang dipenjara satu hingga tiga hari tu akan berterusan. Sebab yang sini adalah selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, tak lebih dari 10 tahun. Tapi boleh jadi satu hari, boleh jadi dua hari. Sebab kita ada akta yang ada menetapkan minimum. Jatuh saja, hakim jatuh saja hukum dia bersalah, disabitkan kesalahan wajib. So, saya nak tanya kenapa tak dibuat ini. Sebab ini suatu yang bagi saya bukan setakat merugikan negara dari segi ekonomi dan juga hasil kutipan kita tetapi reputasi negara kita. Kita tak mahu negara kita dilabelkan dengan kata-kata bahawa, “oh nak pindah wang haram dan sebagainya. Malaysia ini senang, kita gunakan Malaysia sebagai laluan, sebagai transit sebagainya.” Sesuatu yang sangat tidak baik untuk negara kita, untuk masa depan dan juga perniagaan antarabangsa negara kita. Jadi, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila menggulung nanti. Itu saja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Di kesempatan ini, Gerik ingin membahaskan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang. Rang undang-undang kali ini akan meminda Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah pinjaman wang tidak berlesen atau along ini semakin menular dalam kalangan masyarakat kita. Kita sering dengar dalam berita berkenaan keluarga yang diganggu dan sebagainya kerana gagal membayar hutang atau mereka yang mohon pinjaman dan diminta bayar balik berkali-kali ganda. Puan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya untuk kerajaan memandang serius perkara ini dan pindaan akta ini adalah sangat baik dan dialu-alukan kerana ia memberi lebih kuasa untuk mendakwa mereka yang memberikan pinjaman wang tidak berlesen pada pindaan pada fasal 5 meminda subseksyen 4(4) Akta 731 akan menyebabkan hukuman penjara menjadi mandatori dan denda minimum sebanyak RM 50,000 minimum bagi kesalahan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen. Gerik menyokong perkara ini dan kalau lagi berat pun lagi bagus. Jadi pindaan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan lah untuk pastikan pematuhan peniaga untuk mematuhi akta yang diluluskan. Ianya sangat baik, namun jika saya boleh tekankan di samping undang-
undang yang jelas ini penguatkuasaan juga harus dipertingkatkan. Buka lebih banyak ruang dan saluran bagi rakyat untuk mengadu. Kadang-kadang kita tengok bab-bab rakyat mengadu ini juara dia adalah NGO ya. Jadi kalau boleh, kerajaan lah yang sepatutnya yang jadi tempat pertama rakyat mengadu, kan?Jadi bila rakyat dah adu itu kena segerakan lah juga untuk ambil tindakan penguatkuasaan. Puan Yang di-Pertua, pada pindaan fasal 11 pula, ia memberi ruang dan peruntukan akan kebolehterimaan keterangan yang didapatkan oleh pihak terlibat untuk dipertimbangkan dalam prosiding mahkamah. Ia juga akan memberi kuasa yang lebih baik pada pihak pendakwaan. Hal ini membenarkan pendakwaan yang dijalankan akan didatangkan dengan bukti dan fakta kes yang jelas. Seterusnya Puan Yang di-Pertua, pindaan fasal 12 yang menggantikan sebutan, merujuk kepada akta yang telah dimansuhkan berhubung peruntukan undang-undang kawalan pertukaran wang yang kini digubal dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759). Ini juga baik kerana melalui rujukan kepada Akta 759, melalui kreativiti dan kecerdasan para peniaga, ia akan membuka banyak lagi ruang dan peluang untuk bidang perniagaan wang dirangka dari jenama-jenama baharu yang patuh syariah. Ini secara peribadi, Gerik sangat menyokong kerana ianya akan buka peluang lah untuk syarikat yang berlesen yang patuh syariah sebab banyak juga– kebanyakan syarikat yang ada ini bersifat konvensional. Jadi, pada keseluruhannya, Gerik menyokong usul yang dibentangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan di Dewan yang mulia ini. Puan Yang di-Pertua, pertamanya saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memperketat urus tadbir serta kawal selia industri PPW dengan tujuan untuk memperkukuh pelindungan pengguna serta apa-apa aktiviti pengubahan wang haram. Namun, saya ingin menyentuh beberapa pindaan dengan memulakan seksyen 2B yang menambah baik tafsiran perniagaan pengiriman wang dengan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan skop memudahkan pemindahan dana. Saya ingin memuji kementerian kerana dengan adanya peruntukan ini, tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat akan mempertingkat imej Bank Negara Malaysia dan kematangan industri PPW untuk lebih patuh kepada undang- undang baru yang ditetapkan. Kedua, subseksyen 4(4) Akta 731 yang mengenakan hukuman pemenjaraan mandatori dan denda minimum sebanyak RM50,000 dan maksimum RM5,000,000 dan atau 10 tahun penjara bagi kesalahan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen. Seperti yang kita maklum, aktiviti PPW tidak berlesen ataupun hawalah masih berleluasa
dalam pada pasaran dan telah mengakibatkan negara kehilangan sumber pendapatan negara sebanyak 2.3 peratus KDNK pada tahun 2022. Dalam pada itu, penghantaran luar ataupun remittance outflow ke luar negara kian meningkat dan mencecah RM34 bilion pada tahun 2022. Jika penghantaran wang tidak rasmi dimasukkan, anggarannya mungkin mencecah RM70 bilion. Trend ini khususnya yang melibatkan jumlah penghantaran wang pekerja asing kembali kepada negara asal mereka ianya akan melemahkan ringgit kita. Wajar kita memperketatkan proses tersebut supaya ianya telus melalui saluran rasmi dan cekap. Persoalannya, dengan penambahbaikan penguatkuasaan bagi perkhidmatan PPW ini, adakah sebenarnya ianya akan meningkatkan lagi aktiviti hawalah dan bukan mengurangkannya. Inilah yang sering diperkatakan sebagai unintended consequences dengan izin, dalam proses pembuatan dasar. Persoalannya, bagaimanakah kerajaan boleh memantau perkara ini dan melalui kaedah apa? Puan Yang di-Pertua, selain itu saya juga bimbang bahawa adakah kaedah baharu ini akan menaikkan kos perniagaan pemegang lesen PPW? Bagaimanakah kerajaan boleh membantu dari segi menyediakan sistem pemantauan yang baik? Di Singapura sendiri, pengguna tidak perlu mendedahkan apa-apa maklumat untuk pertukaran wang nilai kurang daripada SGD5,000 atau bersamaan dengan RM17,750. Mengambil contoh dekat sekitar 350,000 penduduk yang harian berulang-alik dari Johor Bahru dan Singapura, yang juga disentuh oleh Tebrau tadi. Polisi baru ini mungkin menjejaskan peniaga perkhidmatan wang di Malaysia kerana penduduk lebih rela menggunakan perkhidmatan di Singapura oleh sebab tiada keperluan mendedahkan maklumat peribadi. Ini akan merugikan kita. Adakah lebih baik nilai RM3,000 dipertingkatkan kepada RM5,000 contohnya? Dari segi pendedahan maklumat peribadi dan lain-lain, bagi saya Puan Yang di-Pertua, saya kurang bimbang ianya akan menjadi satu masalah dalam zaman data ini dan melalui pelaksanaan PADU oleh kerajaan, rakyat telah membiasakan diri dengan pemberian data serta hak dan undang-undang yang melindungi mereka. Dalam pada kita ingin memastikan industri lebih berdaya saing, kepenggunaan maklumat dan data adalah satu perkara yang tidak boleh dikecualikan atau diabaikan. Sementara ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang memperlekeh dan mengelirukan rakyat tentang keselamatan PADU, saya yakin Kerajaan Perpaduan adalah on the right track dengan izin untuk memanfaatkan data dan maklumat demi keperluan pembangunan negara bangsa semasa. Puan Yang di-Pertua, akhir sekali pindaan seksyen 17 untuk memperluas skop kebolehterimaan keterangan ataupun admissibility of evidences di mahkamah. Interpretasi klausa ini sepertinya meletakkan beban untuk memberikan bukti terletak di tangan individu yang dipanggil, didakwa, sedangkan kapasiti ini seharusnya terletak atas tanggungjawab pendakwa raya untuk membuktikan suatu kesalahan. Apakah relevannya beban bukti terletak di bahu orang yang didakwa? Saya pohon pihak kementerian memberi pencerahan berkenaan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam prosedur berkaitan undang- undang. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Puan Yang di-Pertua. Rakyat Malaysia, orang muda. Saya terima kasih diberi peluang. Pada hari ini kita melihat Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024. Ini lagi sekali saya sokong. Saya orang yang tidak berdasarkan kehidupan kepada pembohongan. Fakta. Kita boleh sokong. Cumanya kita dalam pengenalan akta ini, kita tidak dimaklumkan tentang jumlah lebih kurang. Berapa jumlah wang hitam? Wang pasaran gelap yang sedang berlegar. Dimaklumkan setengahnya berkata, lebih daripada separuh ekonomi negara. Setengah berkata sampai ke tahap RM20 bilion. Wang ini bergerak dalam pasaran haram. Jadi, saya, kalau tanya saya, sekarang ini kita buat kuat kuasa undang-undang. Kita mungkin mengambil masa untuk mengambil tindakan dan sebagainya. Benda ini berjalan. Berjalan terus. Jadi, kita minta bagaimana kepada kerajaan, bagaimana cara untuk menghalalkan sesuatu keadaan bagi membolehkan kerajaan dapat sumber pendapatan. Mereka tak payah cukai. Jadi, ini adalah wang haram yang kita lihat kerajaan sedang bagi perhatian juga sekarang ini. Saya minta kerajaan juga bagi perhatian kepada wang halal. Jangan kita tengok wang haram, wang halal kita lupa. Royalti minyak Terengganu tak dibayar. Kelantan tak dibayar. Itu yang halal Yang Berhormat. [Tepuk] Jadi, di samping bincang yang haram, yang halal jangan lupa termasuk peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen, halal tetapi tak dibagi ya. Fasal 5 meminda subseksyen 4(4) Akta 731 untuk mengenakan hukuman pemenjaraan mandatori dan denda minimum sebanyak RM50,000 bagi kesalahan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen dan tidak melebihi RM5 juta. Ini saya sokong. Ini adalah sesuatu yang cukup baik. Timbalan Menteri walaupun baru, telah bawa usul ini. Akhirnya kesalahan yang lepas itu orang lupa. Orang tengok orang baharu sekarang. Masa jadi Timbalan Menteri Pendidikan itu, ada kesalahan sedikit. Sekarang sudah perbetulkan dengan memperkenalkan dua rang undang-undang yang saya sokong secara terbuka. Jadi Yang Berhormat, kita tahu bahawa kita semua orang tahu tentang pengurup wang haram dan juga ekonomi bayangan. Sindiket pengurup wang yang didalangi oleh warga asing beroperasi di negara ini. Saya bimbang dengan warga asing Yang Berhormat. Mereka ini biasanya berselindung di sebalik perniagaan, restoran dan juga kedai runcit yang banyak beroperasi di Lembah Klang, termasuk Petaling Jaya. Proses penghantaran wang ke luar negara seperti Petaling Jaya sebut tadi dikenali sebagai hawalah iaitu tanpa melalui lingkungan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi. Mereka mengenakan bayaran yang rendah. Semua sudah pasti kita seronok untuk buat penghantaran apa-apa melalui mereka kerana rendah dan mereka ini banyak membuat kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia.
Kita hairan. Ini adalah warga asing buka kedai runcit dan mereka, kita tengok tak penah rugi. Orang tutup pukul 12, dia sampai ke pagi. Dia ikut keadaan. Jadi, sekarang ini warga asing bukan sahaja menguasai perniagaan tetapi mereka juga terlibat dalam pengubahan wang haram. Jadi, kita minta supaya tindakan tegas diambil tetapi dalam masa yang sama, tolong fikir Yang Berhormat Menteri, bagi bincang, supaya mereka bincang bagaimana nak mengesahkan yang haram ini supaya kita dapat sumber pendapatan balik. Kalau RM20 bilion, kita dapat katakan 30 peratus sudah banyak. Jadi, dah dekat RM6 bilion Yang Berhormat yang kita dapat balik. Jadi, di samping mengenakan kuat kuasa hukuman, denda dan sebagainya. Kita jangan lupa bahawa cara tertentu untuk mendapatkan balik sumber ini. Saya tahu caranya. Saya ada cadangan. Kalau kita memerintah itu, sudah pasti kita akan dapatkan wang ini balik dengan cepat sebab orang akan berlumba-lumba untuk menyokong dasar kerajaan. Tetapi kerajaan tak pernah tanya kami. Dok tanya puak-puak yang bodek itu tentulah tak dapat apa- apa. Ketua bodek hanya menceritakan benda yang baik. Benda yang buruk tak diceritakan. Macam Menteri Ekonomi, keadaan susah jadi senang sebagai contoh. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong dan supaya kerajaan memikirkan cara menghalalkan dan juga fikirkan halalnya royalti minyak Kelantan, Terengganu itu bagi termasuk negeri-negeri yang lain dan juga yang halalnya peruntukan kepada Ahli Parlimen. Itu Yang Berhormat tak boleh bagi tak apalah. Kami cuma nak bersuara. Jangan lupa kami ada dua mahkamah. Mahkamah dunia, mahkamah akhirat. Bagi orang Islam, kalau tak dapat di dunia, kita jumpa di akhirat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab 10 minit.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang berbahas. Pertama, kepada Yang Berhormat Tebrau berkenaan dengan informasi data. Penambahbaikan yang dibuat kepada keperluan saringan senarai sekatan pelanggan dalam dokumen polisi pengubahan wang haram atau Anti-Money Laundering (AML), pencegahan pembiayaan keganasan, countering financing terrorism, pencegahan pembiayaan percambahan, countering proliferation financing adalah untuk memberi pencerahan bahawa keperluan sekatan kewangan bersasar adalah terpakai ke atas semua pelanggan tanpa mengira amaun transaksi. Data minimum yang diperlukan bagi saringan senarai sekatan adalah tiga. Nama penuh, nombor kad pengenalan atau dokumen rasmi dan tarikh lahir. Keperluan sekatan kewangan bersasar yang digariskan adalah dalam dokumen tersebut bertujuan untuk mematuhi keperluan revolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di samping memastikan penyelarasan dengan saranan pasukan petugas tindakan kewangan. Langkah yang diambil oleh Bank Negara adalah selari dengan keperluan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan, pencegahan
pembiayaan pencambahan antarabangsa. Kita faham tentang akan membawa ketidakselesaan atau merumitkan tetapi ini adalah untuk faktor-faktor keselamatan. Berkenaan dengan Yang Berhormat Tebrau juga. Berkenaan dengan seksyen 89A. Objektif pindaan berkenaan skop kebolehterimaan keterangan adalah bagi memudahkan pendakwaan dalam membuktikan kes-kes berhubung pengiriman wang tidak berlesen. Ketika ini, pendakwaan dikehendaki untuk memanggil pembuat keterangan or maker of the evidence untuk menghadiri mahkamah bagi memastikan keterangan-keterangan tersebut diterima oleh mahkamah. Memandangkan pembuat keterangan bagi kes-kes pengiriman wang tidak berlesen kebanyakannya melibatkan wang asing yang telah pulang ke negara asal mereka pada masa kesalahan-kesalahan ini didakwa. Pegawai penyiasat menghadapi kesukaran bagi mendapatkan pembuat-pembuat keterangan ini untuk hadir ke mahkamah. Pindaan ini juga membenarkan keterangan ini diterima oleh mahkamah tanpa keperluan untuk memanggil pembuat keterangan tersebut. Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seksyen 61A Akta Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 adalah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan memandangkan keadaan unik kes-kes ATIPSOM di mana ianya melibatkan mangsa-mangsa wang asing yang dibawa masuk ke negara ini melalui cara yang salah. Keseluruhannya, mahkamah perlu menimbang kesemua keterangan dalam membuat keputusan dan tidak bersandar semata-mata kepada keterangan yang diterima melalui seksyen 80A sahaja. Juga pertanyaan terakhir daripada Yang Berhormat Tebrau tentang seksyen 66A. Ini juga mahkamah masih lagi mempunyai budi bicara dalam mengeluarkan Perintah Pelucuthakan di bawah seksyen 66A, sekiranya kesalahan ini dibuktikan terhadap tertuduh. Hanya harta yang berkaitan dengan kesalahan itu atau telah digunakan dalam perakuan kesalahan itu boleh dilucuthakkan di bawah seksyen 66A. Kepada Yang Berhormat Rompin. Berkenaan dengan menggunakan saluran PPW. Jadi, Bank Negara telah dan akan terus mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengguna menggunakan pengendali yang sah bagi aktiviti, termasuk meningkatkan kebolehcapaian pelanggan ke saluran formal dan juga melaksanakan program pendidikan dan kesedaran untuk mendidik dan memperkenalkan pengguna kepada rangkuman saluran PPW yang formal. Juga berkenaan dengan mengawal kegiatan penyeludupan wang keluar dari negara melalui pengurup wang terutamanya di sempadan Johor dan Singapura. Berdasarkan pengawasan Bank Negara dan siasatan ke atas tip off yang diterima daripada peserta industri dan orang awam, aktiviti penyeludupan wang haram aktiviti penyeludupan wang keluar dari negara kebanyakan melibatkan pengendali tidak berlesen.
Justeru, pengukuhan APPW adalah penting dalam meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan Bank Negara bagi membendung industri daripada disalahgunakan sebagai saluran untuk aktiviti ML atau TF dan aktiviti haram, termasuklah penyeludupan
wang. Untuk makluman, dari tahun 2017 hingga 2022, sejumlah 155 kes aktiviti PPW tidak berlesen telah diambil tindakan penguatkuasaan. Ini termasuk melibatkan entiti yang mempunyai kes pendakwaan yang masih berlangsung, entiti yang telah dikeluarkan perintah mahkamah sivil dan entiti yang telah disabitkan kesalahan. Bagi membendung aktiviti penyeludupan wang di kalangan pengendali pengurupan wang berlesen, Bank Negara telah memperkenalkan langkah pencegahan dengan memperketatkan syarat pelesenan seperti keperluan memenuhi kriteria minimum, layak dan sesuai bagi individu yang bertanggungjawab atas peniagaan tersebut. Juga berkenaan Yang Berhormat Rompin, berkenaan dengan disebut tentang ilustrasi okey, berkenaan dengan kita mesti pastikan bahawa mereka berurusan dengan pengendali PPW yang sah. Okey. Pihak- pihak yang disebut di dalam ilustrasi perlu memastikan bahawa pengendali PPW adalah sah apabila berurusan dengan mereka. Pihak-pihak tersebut boleh merujuk senarai pemegang lesen dan ejen peniagaan perkhidmatan wang yang disediakan dalam laman sesawang Bank Negara untuk mengenal pasti pengendali PPW yang sah. Nama-nama syarikat yang tidak lagi beroperasi di bawah APPW juga akan disenaraikan dalam laman sesawang Bank Negara untuk rujukan pengguna. Penipuan tentang penipuan kewangan di kalangan rakyat, kita telah Bank Negara juga telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk mencegah kes-kes penipuan kewangan atas talian terutama yang melibatkan langkah-langkah pencegahan dan pendidikan dan kesedaran. Sebagai langkah pencegahan, Bank Negara telah menetapkan keperluan untuk bank-bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tinggi – tertinggi pada setiap masa. Terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih selaras dengan pengumuman Bank Negara pada September 2022. Yang Berhormat Rasah, berkenaan dengan tempoh masa minimum hukuman penjara mandatori. Cadangan hukuman penjara mandatori mengambil kira prinsip kesetimpalan, prinsip proportionality, di mana mahkamah boleh menggunakan kuasanya untuk menetapkan hukuman yang sewajarnya dan bersesuaian. Maka cadangan ingin tidak menetapkan tempoh masa minimum untuk hukuman penjara mandatori. Tentang harta yang boleh dilucut hadkan, ini tafsiran perkataan harta meliputi aset yang didapati telah digunakan dalam perlakuan sesuatu kesalahan. Contohnya, wang kertas dan komputer yang digunakan dalam pelaksanaan perniagaan pengiriman wang tidak berlesen. Ia juga merangkumi duit atau hasil daripada aktiviti PPW tidak berlesen seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 APPW. Juga Yang Berhormat Rasah, mengenai siasatan tidak dijalankan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram. Tujuan penguat kuasa di bawah AMLA adalah bagi membendung penggubahan wang haram manakala penguat kuasa di bawah APPW pula lebih fokus bagi membendung aktiviti pengiriman wang tidak berlesen (hawalah). Terdapat banyak kes pengiriman wang tidak berlesen yang tidak melibatkan pengubahan wang haram, terutamanya aktiviti-aktiviti runcit dan kesalahan kerap kali hanya
melibatkan jumlah yang kecil. Kes-kes ini selalunya tidak melibatkan kesalahan yang perlu dibuktikan bawah AMLA. Justeru lebih praktikal bagi membuktikan elemen-elemen di bawah APPW bagi tujuan pengiriman wang tidak berlesen. Yang Berhormat Gerik, untuk maklumat Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan bukan di bawah Kementerian Kewangan. Akta Pinjaman Wang adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT. Berkenaan dengan pinjaman wang seterusnya. Yang Berhormat Petaling Jaya tentang menaikkan kos kepada pemegang lesen, kita memang ada mengkaji tetapi adakah kita mengenakan beban pengawalan berlebihan? Tidak. Cadangan pindaan APPW tidak akan mengenakan beban pengawalan yang berlebihan atau kos tambahan yang signifikan ke atas peserta industri. Ini adalah kerana pindaan tersebut hanya melibatkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pihak penguat kuasa dalam mengambil tindakan yang lebih cekap ke atas aktiviti PPW yang tidak berlesen dan ketidakpatuhan oleh pemegang lesen. Yang akhirnya Yang Berhormat Arau, Bank Negara telah dan akan terus mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengguna menggunakan pengendali yang sah. Okey, termasuk seperti saya telah tadi ulang kan, meningkatkan kebolehcapaian pelanggan ke saluran formal dan juga pendidikan ini amat penting. Secara keseluruhan, saiz aktiviti PPW formal merangkumi aktiviti pengurupan wang, pengiriman wang dan mata wang borong adalah kurang daripada lima peratus KDNK bagi tahun 2022. Manakala aktiviti PPW melalui saluran tidak formal untuk pengiriman wang pekerja adalah dianggarkan berjumlah kira-kira dua peratus KDNK negara pada tahun 2022. Namun ini tidak mengambil kira aktiviti pemindahan dana bagi tujuan aktiviti haram yang sukar dikesan. Buat sementara ini, sekian terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN(PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Puan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang. Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 yang dicadangkan adalah bagi melaksanakan pindaan bersifat penambahbaikan terhadap dasar pentadbiran cukai dan pindaan berbangkit ke atas Akta Cukai Pendapatan 1967. Akta Kewangan (No.2) 2023 telah diwartakan pada 29 Disember 2023 bertujuan meminda akta-akta cukai langsung dan cukai tidak langsung, antaranya Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi memperuntukkan pengenaan cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan dan meliputi cukai keuntungan modal sebagai pendapatan bercukai dari sumber luar negara, dengan izin, foreign source income, e-Invois dan pelbagai isu percukaian lain. Hasil penelitian lanjut isu-isu berkaitan pelaksanaan dasar, didapati beberapa penambahbaikan ke atas Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Kewangan (No.2) 2023 perlu dilaksanakan segera yang melibatkan pindaan ke atas Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut: (i) pindaan berkaitan pelaksanaan cukai keuntungan modal dan cukai keuntungan modal dari sumber luar negara (foreign source income), dengan izin; (ii) pindaan berkaitan pelaksanaan e-Invois; dan (iii) pindaan berkaitan pentadbiran cukai. Hasrat pelaksanaan cukai keuntungan modal adalah untuk memperluas asas cukai serta selaras dengan amalan terbaik antarabangsa. Selain itu, pelaksanaan cukai keuntungan modal juga penting untuk menyokong satu reformasi percukaian secara adil dan saksama selaras dengan aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung prinsip keadilan sosial yang menjadi tunggak Kerajaan Madani. Manakala pelaksanaan e-Invois adalah bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai dalam menangani cabaran ekonomi bayangan serta mengekang ketirisan hasil cukai negara secara berterusan. Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi sembilan fasal yang meminda Akta Cukai Pendapatan 1967. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta iaitu dikenali sebagai Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024. Fasal 2 bertujuan untuk meminda takrif “capital asset” di bawah subseksyen 2(1) untuk menerangkan perbezaan skop bagi mana-mana aset tidak alih (contohnya, harta tanah) serta aset alih (contohnya, saham, kenderaan dan harta intelek) yang terletak di luar
Malaysia dengan skop saham tidak tersenarai syarikat tempatan yang terletak di Malaysia yang boleh dikenakan cukai keuntungan modal. Fasal 3 bertujuan membuat pindaan yang bersifat editorial ke atas seksyen 15C berbangkit daripada pengenalan seksyen 15C baharu. Pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut: (i) menggantikan perkataan “a person” dengan “a company, limited liability partnership, trust body of co-operative society”, dengan izin, untuk menjelaskan bahawa pelupusan syer syarikat terkawal di bawah subseksyen 15C(1) merujuk kepada pelupusan yang dibuat oleh syarikat, badan amanah, perkongsian liabiliti terhad dan koperasi; dan (ii) menggantikan perkataan “subseksyen (2)” dengan “subseksyen (4)” dalam takrifan “defined value” dalam subseksyen 15C(5) untuk menjelaskan bahawa nilai tertentu adalah nilai pasaran harta tanah atau harga perolehan syer syarikat terkawal lain sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen 15C(4). Fasal 4 bertujuan untuk memotong takrif “shares” di dalam seksyen 65C. Saham tidak tersenarai yang tertakluk kepada cukai keuntungan modal adalah yang bersifat ekuiti sahaja. Oleh itu, takrifan “shares” adalah merujuk kepada takrifan sedia ada di bawah subseksyen 2(1). Fasal 2, 3 dan 4 disifatkan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini. Fasal 5 bertujuan untuk meminda subseksyen 82(2B) dengan memotong perkataan “printed” bagi memperuntukkan bahawa resit perniagaan boleh dikeluarkan dengan apa-apa cara dan tidak terhad kepada resit yang dicetak sahaja. Fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 82C(6) bagi memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan platform perdagangan elektronik (e-commerce platform), dengan izin, perlu mengeluarkan invois bil kendiri mengikut syarat dan spesifikasi sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Invois bil kendiri yang dikeluarkan oleh penyelia platform perdagangan elektronik akan membantu pelaksanaan e-Invois di mana transaksi melibatkan penjual (merchant), dengan izin, dan penghantar (rider), dengan izin, dapat direkodkan. Fasal 5 dan 6 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024. Fasal 7 bertujuan meminda subseksyen 107C(12) untuk menggantikan takrif “revised estimate” dengan takrif baharu bagi memperjelaskan bahawa peruntukan “revised estimate” juga merujuk kepada pindaan yang dibuat dalam bulan ke-11. Susulan pewartaan Akta Kewangan (No. 2) 2023, pembayar cukai dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai yang dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pada bulan keenam, kesembilan dan kesebelas. Sebelum ini, pindaan kepada anggaran cukai hanya boleh dibuat pada bulan keenam dan bulan kesembilan. Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2024 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Fasal 8 bertujuan meminda Bahagian XXI Jadual 1 untuk menjelaskan bahawa hanya aset modal yang merupakan harta alih termasuklah suatu kepentingan atau hak mengenainya yang terletak di Malaysia dan syer yang dirujuk dalam seksyen 15C tertakluk di bawah kadar cukai keuntungan modal yang ditetapkan. Fasal 9 bertujuan memotong perenggan 38 Jadual 6 kerana tiada keperluan untuk mengekalkan peruntukan ini memandangkan skop aset modal yang tertakluk kepada cukai keuntungan modal telah diperjelaskan dalam takrif “capital asset”, dengan izin, di bawah seksyen 2 akta ini. Fasal 8 dan 9 disifatkan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut― Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Saya berpendapat memang sudah sampai masanya Akta Cukai Pendapatan 1967 ini dipinda supaya lebih baik, lebih berkesan. Saya melihat dalam rang undang-undang ini iaitu fasal 2, menggantikan takrif “capital asset” dalam subseksyen 2(1) akta ini. Maknanya, tafsiran atau takrif “capital asset” itu diperjelaskan lagi. Di bawah subseksyen yang sama, fasal 2 itu memperuntukkan bahawa takrif “capital asset” di bawah Akta 53 ini adalah merujuk kepada harta alih, movable property atau harta tak alih yang terletak di luar Malaysia. Ini antara pindaan yang hendak dilakukan. Perkara ini penting bagi saya dan untuk Malaysia kita kerana dua tahun, tiga tahun yang lalu, International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah mendedahkan penyiasatan mereka mengenai kegiatan ekonomi gelap, ekonomi bayangan, underground economy di seluruh dunia. Termasuk dalam pendedahan itu, yang dipanggil Pandora Papers, termasuk apa yang berlaku di Malaysia.
Maknanya, dalam Pandora Papers itu ada menyebut Malaysia dan dua, tiga tahun yang lalu, isu ini telah dibangkitkan dalam Parlimen ini. Perkara yang kita tahu, di negara kita ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengutip cukai pendapatan. Peranan cukai pendapatan ini sangat penting untuk belanjawan negara kita, ekonomi negara kita.
Jadi, rupa-rupanya ada pihak- tak salah menyimpan atau membuat pelaburan di dalam pusat-pusat offshore di luar negara seperti di British Virgin Islands, Cayman Islands itu yang merupakan tax heaven, offshore heaven. Tak salah. Pada umumnya, ada yang sah ikut peraturan tetapi juga ada yang lari daripada cukai. Lari daripada cukai negara mereka. Daftar perniagaan syarikat mereka di pusat-pusat tax heaven ini. Di Malaysia sahaja, pendedahan dalam satu tempoh yang disiasat oleh ICIJ itu lebih RM1 trilion wang berasal dari Malaysia ini. Harta ini, alih tak alih ini, berjumlah lebih RM1 trilion. Jadi, saya melihat takrif capital asset itu sama ada harta alih atau harta tak alih yang terletak di luar Malaysia, ini satu perkara yang memang tepat masanya dipinda. Diberi takrifan yang sebenarnya apa itu capital asset. Hal ini kerana saya terpaksa puji kerajaan. Dulu dia pembangkang, sekarang jadi kerajaan. Tentang Pandora Papers ini dah disiasat, dah disiasat. Ramai pihak yang disiasat. Ada yang okey, ada yang bermasalah. Ada yang telah dituduh di mahkamah. Hanya saya berharap kerja yang baik ini, yang jenayah disiasat, dituduh tetapi mesti bersikap adil. Jangan musuh politik kita sahaja yang terlibat dalam Pandora Papers itu yang disiasat dan didakwa tetapi sekutu-sekutu dan kawan-kawan sendiri tak dakwa. Ini tak boleh. Jadi, kalau betul-betul nak dapatkan hasil negara, ekonomi kita berjalan baik, buat dengan yang baik. Dengan itu Puan Speaker, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, Bismilllahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang yang mana saya juga terlibat untuk perbahasan RUU Cukai Pendapatan dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Pendang melihat hal berkaitan cukai pendapatan ini perlu kita berikan perhatian sepenuhnya agar sebarang pindaan yang dilakukan oleh kerajaan perlulah mengambil kira aspek menyeluruh kerana ia melibatkan sumbangan rakyat kepada negara. Pindaan RUU ini kalau diluluskan, rakyat tidak dapat terkecuali akan menerima kesan daripada pindaan ini. Pindaan RUU ini diharapkan berjaya untuk menambah baik dan memperkemaskan pentadbiran cukai langsung dan tidak langsung, di samping mencari sumber baru dalam menggantikan cukai sebagai main source of income kepada kerajaan. Kita tengoklah baru-baru ini dengan kenaikan cukai dua persen daripada enam ke lapan persen yang memberi kesan kepada inflasi secara tidak langsung. Seterusnya, kita melihat ia akan memberi juga kesan langsung kepada kos produktiviti yang mana sudah semestinya harga barang akan meningkat. Isi rumah yang akan menanggung hasil daripada kenaikan dua persen ini yang mana kita melihat ini ialah satu daripada elemen inflasi yang memberi kesan langsung kepada rakyat, yang rakyat akan menanggung. Walaupun dua persen dan kita tengok statement daripada Yang Amat Berhormat Tambun pada hari ini, “Tidak memberi kesan yang sangat
berat kepada rakyat dengan kenaikan daripada enam ke lapan persen yang berjumlah pendapatan negara akan bertambah RM3 bilion”. Dalam keadaan kita menghadapi inflasi dan juga inflasi dalam dunia sekarang, bukan takat Malaysia, saya harap sebuah negara dengan RM3 bilion pendapatan tambahan ini, ia sepatutnya akan dilihat supaya tidak lagi ditingkatkan kerana ia akan memberi kesan rangkaian kepada kos pengangkutan. Macam hari ini disebut juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Tambun yang menyebut tidak ada kesan langsung kepada pasar Ramadan dengan kenaikan dua persen. Tak betul. Sebab di situ, kos pengangkutan akan meningkat kerana kos produktiviti yang ditanggung oleh pemain-pemain industri ini. Jadi kalau macam itu, akibatnya barang-barang juga akan- bila kos pengangkutan yang mengangkut ini akan meningkat, kos terakhir, barang terakhir ataupun end user inilah yang akan menanggung daripada hasil kenaikan. Walaupun kita tengok sikit, dua persen dan unjuran pendapatan daripada dua persen inilah tambahan RM3 bilion. Bagi sebuah negara, RM3 bilion bukan satu pendapatan yang besar. Makna, kita tengok bajet kita pun hampir RM400 bilion, lebih RM380. Pendapatan negara pun dah meningkat menjadi hampir dekat RM300 bilion setahun. Jadi, kalaulah ini kerajaan melihat untuk kepentingan rakyat, kesan daripada apa yang kita hadapi iaitu ekonomi, kerajaan tidak akan naikkan lagi buat masa ini cukai daripada enam persen ke lapan persen. Saya dah sebut banyak kali. Mana yang lebih baik di antara SST dengan GST sebab SST dicukai di awalan dan akhirnya, proses rangkaian ini sampai ke end user, kita tak ada kawalan. Peniaga boleh main harga ikut suka hati tapi kalau GST, dia akan dicukaikan di akhir. Dimula dengan RM10, di akhirnya dikenakan dengan RM10.60. Kita tahu bagaimana kita nak kawal cukai negara daripada pemain-pemain industri ini yang mengeksploitasi cukai-cukai negara.
Pendang, minta laluan sikit.
Tuan Yang di-Pertua, kita melihat- saya ingin membangkitkan persoalan yang ingin merujuk kepada fasal 3, Perenggan 3A yang mana menjelaskan pelupusan share dalam syarikat terkawal di bawah seksyen 15C, merujuk kepada pelupusan yang dibuat oleh satu syarikat iaitu perkongsian liabiliti terhad badan amanah atau koperasi. Bermula 1 Januari 2024, suatu syarikat perkongsian liabiliti terhad iaitu badan amanah dan koperasi yang menerima laba keuntungan daripada pelupusan aset modal adalah tertakluk kepada capital gain tax, dengan izin, iaitu- ataupun CGT, termasuklah saham syarikat tidak tersenarai yang diperbadankan di Malaysia atau syarikat terkawal diperbadankan di luar Malaysia yang memiliki harta tanah di Malaysia di bawah seksyen 15C. Jadi, kita melihat yang ini, adakah strategi baru kerajaan ini nak melihat dengan melantik seorang yang bekas setiausaha politik, bekas pegawai kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diberi peranan menjadi lembaga pengarah dan juga chairman syarikat-syarikat. Apakah ini privilege? Satu syarikat yang disebut sebagai satu- yang dikatakan, diletakkan di satu tempat highly strategic and privilege, dengan izin, di beberapa buah syarikat yang saya sebut seperti
APEX Equity Holdings, 7Eleven Malaysia Holdings, Excel Force MSC dan berapakah share nya di dalam HeiTech Padu yang disebut-sebut ada perkongsian dengan beberapa pihak lain. Tetapi berapakah yang dimiliki oleh bekas setiausaha politik kepada Yang Amat Berhormat Tambun ini ataupun pegawai Yang Amat Berhormat Tambun ini? Berapakah share yang dia pegang di dalam syarikat HeiTech Padu ini dan adakah ini salah satu cara yang digunakan oleh Kerajaan Madani ini untuk mendapat new income kepada negara ataupun cukai baru kepada negara yang disebut letak seorang, dia dapat banyak, dia pun bayar cukai kepada negara. Dia dapat banyak income, beberapa syarikat yang memberi dia elaun dan juga apa-apa lagi peruntukan dan dia akan dikenakan cukai. Adakah ini satu kaedah baru untuk Kerajaan Madani ini mendapat hasil baru negara?
Masa sudah tamat.
Jadi saya... last sekali...
Masa sudah tamat.
Okey, bagi saya. Saya harap perkara- perkara begini - saya ada banyak lagi Puan Yang di-Pertua, tetapi dah masa tak ada. Saya nak gulunglah. Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan hal yang berkaitan dengan pindaan yang berkaitan dengan pelaksanaan invois elektronik. Saya merujuk kepada fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 82C(6) Akta 53 yang meletakkan syarat kepada penyedia platform perdagangan elektronik untuk mengeluarkan invois bil kendiri mengikut syarat dan spesifikasi sebagaimana yang ditentukan oleh ketua pengarah. Persoalannya, sejauh manakah invois elektronik ini akan diintegrasikan dengan sistem e-invois yang akan dilaksanakan mengikut nilai ambang hasil jualan perniagaan mulai 1 Ogos 2024 serta sejauh mana ia berkesan dalam meningkatkan tahap pematuhan cukai sebagai usaha bagi memperkukuhkan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian. Selanjutnya, berapakah kos pelaksanaan sistem invois termasuk pindaan kepada sistem percukaian semasa bagi memenuhi keperluan invois, e-Invois ini? Apakah sistem ini berkesan dalam membantu menangani ketirisan hasil yang di samping meningkatkan elemen ketelusan dengan memberikan penilaian risiko pematuhan secara telus. Seterusnya apakah strategi kerajaan untuk mencapai sasaran kutipan cukai langsung bagi 2024 iaitu RM185 bilion atau 75.9 peratus daripada jumlah hasil cukai berdasarkan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024.
Terima kasih, Pendang.
Serta kegiatan ekonomi bayangan ataupun black economy Malaysia yang kini dianggarkan menyumbang sekitar 21.2 peratus daripada KDNK atau RM330 bilion.
Terima kasih, Pendang. Masa sudah tamat.
[Bangun]
Tak payah bagi, ya?
Tak perlu. Saya jemput Yang Berhormat Bagan.
Speaker tak bagi, saya nak buat macam mana? Sorry. Saya bagi. Terima kasih.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 yang jelas adalah satu usaha untuk melaksanakan pindaan bersifat penambahbaikan terhadap dasar pentadbiran cukai dan pindaan yang berbangkit. Di sini jelas sekali ini adalah pindaan susulan ke atas dasar-dasar yang telah pun ditentukan dan dikuatkuasakan sebelum ini. Saya ingin bertanyakan sama ada dari segi penyediaan rang undang-undang. Bolehkah ia diperbaiki dengan menyatakan implikasi kewangan positif kepada pihak kerajaan? Kerana jelas sekali rang undang-undang ini berlandaskan kepada pindaan dasar yang dibuat sebelum ini telah memperluaskan asas percukaian dan juga mengenakan cukai yang baru ke atas penjualan aset-aset khususnya untuk aset alih dan aset yang tidak alih. Di sini saya nak tanya kerana yang saya difahamkan ada tambahan pendapatan ekoran daripada pindaan dasar dan juga pindaan tindakan susulan ini. Sebagai satu contoh kalau kita lihat dari aspek seksyen 2 iaitu takrifan kepada aset dipinda untuk merangkumi mana-mana aset alih dan aset tidak alih yang terletak di luar Malaysia serta saham tidak tersenarai syarikat tempatan. Ini saya rasa memang memperluaskan asas percukaian kerana sebelum ini seperti yang sedia dimaklumkan oleh pihak kementerian bahawa semua pendapatan daripada luar negara tak kira individu ataupun syarikat diberikan pengecualian. Tetapi selepas PKPP iaitu Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) telah pun ditarik balik. Maka, semua pendapatan yang berpunca dari luar negeri dikenakan cukai. Selepas bantahan dibuat maka ia telah pun diselaraskan. Ini dibuat oleh kerajaan lama Ia diselaraskan untuk mengecualikan individu daripada dikenakan cukai pendapatan, cukai yang mereka perolehi daripada luar negeri. Ini penting untuk penduduk di Johor. Kalau mereka kerja kat Singapura, apa pendapatan yang mereka bawa balik boleh dikenakan cukai, tetapi akhirnya atas bantahan dikecualikan daripada membayar cukai. Tetapi untuk syarikat kena kecuali dividen, kecuali pendapatan dividen. Ini ialah satu capital gains tax kerana sebarang penjualan untuk aset-aset pendapatan ini apabila dibawa balik akan dikenakan cukai, termasuk saham. So, sekiranya anda membeli saham di luar negara, anda ada untung, bawa balik ke cukai. Inilah yang saya rasa kita tengok sama ada boleh menimbang untuk melanjutkannya kerana kalau kita nak galakkan lebih ramai yang ada pelaburan di luar negara untuk bawa balik pendapatan, kita
harus galakkan mereka. Kalau kita kenakan cukai, saya rasa mungkin sukar sikit untuk galakkan mereka bawa balik wang, sebaliknya mereka akan terus melabur di luar negara. Dalam keadaan kedudukan sekarang di mana kita lihat nilai mata wang ringgit begitu mendesak, mendesak bukan kerana ekonomi tidak baik. Ekonomi kita baik, fundamental dia bagus, tetapi oleh kerana faktor luaran iaitu interest rate differential di antara Amerika Syarikat dan Malaysia terlalu besar. Maka, nilai mata wang ringgit tidak mencerminkan fundamentals ekonomi negara sebaliknya ditentukan oleh pasaran yang melihat hanya arbitrage iaitu keuntungan yang mereka perolehi daripada melabur di Amerika Syarikat. Tentu nilai mata wang ringgit begitu terdesak. Itu lah sebabnya kalau kita benarkan perkara ini iaitu kenakan cukai sekarang, ini akan menyebabkan wang daripada luar negara tidak digalakkan untuk pulang ke negara. So, itulah sebabnya saya cadangkan kalau boleh kita lambatkan. Bukan kita tidak bersetuju dengan perkara ini, hanya melambatkan dari segi penguatkuasaan supaya pendapatan daripada luar negara. Apa-apa keuntungan daripada penjualan aset-aset kita lambatkan, pengenaan cukai supaya lebih banyak wang boleh masuk kembali ke Malaysia dan ini juga sekali gus akan mengukuhkan nilai mata wang ringgit. Di sini juga kita pun tahu bahawa capital gains tax untuk shares dengan izin saham tidak tersenarai dan pada masa yang sama kita sebut tentang moveable property di mana sepuluh sen atau sepuluh peratus dikenakan untuk setiap ringgit pendapatan bercukai daripada penjualan, keuntungan daripada penjualan ataupun dua peratus kasar untuk harga penjualan untuk aset mudah alih. So, ini adalah satu cukai baru. Ini sebelum untuk 2024 selepas 1 Januari 2024 ialah 10 peratus. Apa jua pun kadar cukai, tetap ada cukai. Di sini saya hanya minta bahawa kalau boleh kita timbang dasar ini yang telah diluluskan tahun lepas, kalau boleh dilambatkan sehingga ekonomi bertambah baik. Ini perkara yang kedua. Ketiga ialah berkaitan dengan apakah...
Sila gulung, masa telah tamat.
Ya, ya saya nak landing dah, Puan Yang di-Pertua. Ketiga ialah berkaitan dengan tambahan pendapatan yang boleh atau tambahan hasil yang boleh diperolehi oleh negara. Sehingga sekarang kita hanya ada satu angka iaitu kira-kira RM800 juta tambahan hasil daripada penjualan capital asset tetapi untuk yang lain kita belum dapat anggaran hasil tambahan yang boleh diperolehi di negara dan saya harap perkara ini mungkin untuk masa depan kita boleh sebutkan. Jangan hanya sebut tidak ada implikasi kewangan tambahan kepada negara. Kita pun nak tahu apakah hasil tambahan yang boleh diperolehi oleh negara? Saya rasa ini akan membantu kita untuk memastikan ketelusan akauntabiliti dalam laporan penyata-penyata kewangan.
Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai kementerian yang jalankan tugas ini kerana mereka hanya buat secara procedural. Ini ialah satu pindaan procedural.
Dasar pun dah ditetapkan. o ini tak ada kaitan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang– GST tak ada kaitan langsung. This is a procedural amendment, procedural amendment. [Disampuk] So, saya hanya sebut sajalah. So tak ada kaitan. Ini boleh sebut lain kali tapi procedural amendment ini kita harap timbang dasar ini supaya apabila ekonomi bertambah baik, barulah kita laksanakan cukai tambahan ataupun memperluaskan asas percukaian. Dengan izin, widening the tax-based. So di sini saya harap isu-isu ini boleh diberikan pertimbangan oleh Yang Berhormat Menteri– Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya jawab dari segi procedural. Dari segi dasar ini serah kepada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967. Tuan Yang di-Pertua, pertama, fasal 3, perenggan 3(a) menjelaskan pelupusan syer dalam syarikat terkawal di bawah seksyen 15Cmerujuk kepada pelupusan yang dibuat oleh satu syarikat perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi. Bermula 1 Januari 2024, CGT telah dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan aset modal. Dengan pelaksanaan CGT mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun berdasarkan trend pindah milik saham semenjak beberapa tahun terkini. Saya mohon kerajaan perincikan hasil anggaran perolehan hasil tersebut berdasarkan kategori syarikat. Dalam pada itu, kerajaan telah meletakkan pengecualian CGT ke atas unit amanah untuk memastikan ia terus kekal sebagai pilihan pelaburan yang menarik pada masa hadapan di samping untuk melonjakkan prestasi pasaran modal. Pengecualian-pengecualian berkenaan sudah pastinya memberikan kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperolehi daripada pelaksanaan CGT. Persoalan saya adalah, sejauh manakah impak pengecualian CGT ke atas unit amanah terhadap unjuran hasil pendapatan negara terutama dalam memastikan pasaran modal terus berkembang bagi syarikat-syarikat tersenarai selari dengan usaha untuk mengekalkan keyakinan pelabur? Saya juga ingin menyatakan kegusaran saya dengan pelaksanaan CGT ini. Di dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa CGT akan dikuatkuasakan kepada syarikat sendirian berhad di Malaysia tetapi bukan untuk syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Apakah justifikasi kerajaan mengenakan CGT kepada syarikat sendirian berhad? Sudah tentu pelaksanaan CGT ini akan membimbangkan syarikat-syarikat Startup, syarikat-syarikat yang baru nak bermula.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua ialah isu ketirisan cukai yang membabitkan individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai serta pendapatan dari Malaysia yang disimpan di dalam akaun luar, bukan lagi benda asing. Di luar sana, masih terdapat syarikat gergasi yang masih culas membuat pembayaran cukai kepada kerajaan. Jumlah pembayar cukai juga masih rendah iaitu kira-kira 435,000 daripada 1.5 juta syarikat berdaftar di Malaysia. Kurang daripada 29 peratus. Persoalan saya, apakah tindakan tegas kerajaan dalam memastikan syarikat yang dikehendaki membayar cukai dalam masa yang sama memastikan sasaran kutipan cukai RM197 bilion dapat dicapai? Saya tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri yang akan memburu gergasi, naga yang culas untuk membayar cukai. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang bekas setiausaha politik telah membeli saham syarikat yang di senarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion. Heitech Padu sebanyak 6.1 juta unit, dianggarkan bernilai RM40 juta. Ini saham yang dia beli ini. Anggaran dia RM40 juta melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners. Ini juga dikira gergasi, naga yang perlu diperhatikan dan diburu. Tambahan pula, aktiviti ekonomi bayangan mewujudkan kesan yang besar terhadap jurang cukai di negara. Negara dianggarkan kehilangan kira-kira RM70 billion setiap tahun dalam bentuk hasil cukai daripada aktiviti perniagaan yang tidak didaftarkan dan kegiatan haram. Ia juga termasuk perniagaan dalam talian, pempengaruh, urus niaga tanpa rekod dan pekerja sambilan yang tidak melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Justeru itu, apakah bentuk perundangan yang diaplikasikan bagi meminimumkan impak daripada ekonomi bayangan? Apakah usaha kerajaan bagi mengurangkan ketirisan ekonomi bayangan? Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Shadow Economy bagi mengesan, memantau penguatkuasaan berkaitan ekonomi bayangan. Persoalan saya adalah sejauh mana penubuhan jawatankuasa tersebut telah berjaya menangani isu berkenaan ekonomi bayangan? Bukan itu sahaja, warganegara asing yang terbabit di dalam ekonomi bayangan sama ada menjalankan perniagaan atas nama sendiri atau atas nama rakyat tempatan sepatutnya tidak terkecuali daripada membayar cukai. Ia merupakan suatu kewajaran bagi warga asing yang turut sama menikmati segala kemudahan, infra, keselamatan dan pembangunan di Malaysia, menyumbang kepada hasil negara. Sekiranya mereka gagal mematuhi undang-undang percukaian dan melaporkan jumlah pendapatan, penalti yang berat wajib dikenakan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 6 yang bertujuan untuk meminda subseksyen 82C(6) Akta 53 untuk mengehendaki penyedia platform perdagangan elektronik untuk mengeluarkan invois bil kendiri, mengikut syarat dan spesifikasi sebagai mana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Aspek penggunaan teknologi amat penting [Disampuk] kerana mampu– sikit saja. Kerana mampu meningkatkan kecekapan LHDN dalam memahami tingkah laku pembayar cukai, memeriksa pengelakan dan melaksanakan audit cukai yang ketat. Saya mengharapkan, kerajaan memberi penekanan di dalam pengaplikasian teknologi untuk
memastikan kelancaran sistem percukaian. Kerajaan akan melaksanakan sistem invois elektronik (e-Invois) secara berperingkat mulai dengan projek rintisnya yang akan dijalankan pada Mei ini dengan penyertaan 90 syarikat menjalankan transaksi menerusi sistem tersebut. Persoalannya adalah apakah langkah yang diambil untuk memudah cara dan membantu adaptasi syarikat-syarikat khususnya PMKS yang mengalami kesukaran daripada segi beban, kos operasi, penerapan teknologi dan jurang kesediaan? Selain itu, berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk membangunkan sistem e-Invois agar memenuhi kesesuaian sistem percukaian? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Okey, assalamualaikum warahmatullahi dan selamat petang. Bismillahi Rahmani Rahim. Puan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang kepada Temerloh membahas RUU Akta Cukai Pendapatan 1967 (Pindaan) 2024. Pertama sekali, bagi pindaan definisi “capital asset” seksyen 2. Pindaan ini melibatkan penggantian takrif “capital asset” untuk merujuk kepada harta alih atau tak alih di luar Malaysia dan syer syarikat tidak tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Temerloh melihat terdapat dua implikasi terhadap sistem cukai di negara ini. Peluasan skop cukai. Pindaan ini memperluas skop cukai pendapatan untuk merangkumi harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Kedua, peningkatan pendapatan cukai. Dengan pemilikan harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai dikenakan cukai, kerajaan dapat mengalami peningkatan pendapatan cukai dari sumber-sumber ini. Sementara itu Temerloh mendapati akan ada kesan kepada pembayar cukai, baik pelabur tempatan mahupun pelabur asing. Pertama, mereka akan terdedah kepada pembayaran cukai tambahan atas keuntungan yang diperolehi daripada harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai. Kedua, pindaan ini mungkin menyebabkan pematuhan cukai yang lebih kompleks bagi pembayar cukai terutama dalam mengira dan melaporkan pendapatan dari harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai. Ketiga, pelabur tempatan akan terdedah kepada beban cukai tambahan atas keuntungan yang diperolehi daripada pemilikan-pemilikan harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai. Selain itu, yang keempat, Temerloh melihat pelabur asing mungkin menghadapi ketidakpastian dalam melabur pelaburan mereka di Malaysia kerana pindaan ini boleh mempengaruhi keuntungan dan pulangan pelaburan mereka. Pelabur asing juga mungkin
perlu menilai semula strategi pelaburan mereka di Malaysia untuk mengambil kira implikasi cukai yang baharu.
Terdapat juga implikasi kepada pasaran kewangan tempatan seperti pindaan ini boleh mencetuskan ketidakstabilan dalam pasaran kewangan tempatan kerana pelabur tempatan dan asing mungkin membuat penyesuaian dalam portfolio pelaburan mereka. Saham syarikat tempatan yang tidak tersenarai di Bursa Saham Malaysia mungkin mengalami perubahan dalam nilai dan liquidity akibat pindaan ini. Jadi, berdasarkan implikasi-implikasi dan kemungkinan-kemungkinan yang dinyatakan, adakah pindaan ini dijamin tidak menjejaskan perkembangan ekonomi yang melibatkan penduduk ataupun syarikat luar Malaysia? Adakah kementerian mahupun LHDN telah merangka apa-apa pelan dan strategi untuk mengelak pindaan ini menjadi penghalang untuk kemasukan syarikat luar ke negara kita? Temerloh juga ingin bertanya, bolehkah kita dapatkan data berkenaan, pertama, berapakah anggaran jumlah pelaburan tempatan dan pelabur asing akan terkesan dengan perubahan definisi ini? Berapakah anggaran syarikat luar yang terlibat? Kita tahu sebelum ini sebanyak 64,748 kes menyimpan aset di luar negara tanpa membayar cukai yang pendapatannya hampir RM500 juta pada 31 Januari 2024. Berapakah anggaran cukai yang boleh dikutip dalam jangka masa satu tahun daripada pengenalan definisi baru ini? Apakah kaedah terbaik yang digunakan untuk mengelakkan individu atau syarikat dari mengelak cukai pendapatan yang telah dipinda? Adakah kementerian telah memikirkan risiko pindaan ini menyebabkan sektor perniagaan terbeban dengan kos percukaian yang tinggi dan semua beban cukai akan dialihkan kepada pengguna kelak? Temerloh bimbang bahawa pindaan ini mengurangkan lagi pendapatan boleh guna pembayar cukai kita yang juga memberi kesan kepada kuasa beli pengguna rakyat Malaysia. Tambahan dalam situasi di luar sana, rakyat kita hari ini lebih memilih untuk mengecilkan peruntukan bajet pelaburan mereka untuk menghadapi komitmen kos hidup yang semakin tinggi ataupun mereka lebih memilih untuk menabung dan berjimat-cermat. Seterusnya Yang di-Pertua, berkenaan dengan pindaan pelupusan syer seksyen 15C. Pindaan ini merangkumi pelupusan syer oleh entiti tertentu dalam mengubah takrif “defined value” dalam konteks pelupusan tersebut. Temerloh berpendapat pindaan ini boleh menyebabkan perubahan dalam struktur pemilihan syer di syarikat tempatan kerana entiti tertentu yang terlibat dalam pelupusan syer akan perlu menyesuaikan strategi pemilihan mereka. Implikasi pindaan ini terhadap cara pelupusan syer oleh syarikat terkawal juga boleh mempengaruhi kestabilan pasaran saham tempatan. Perubahan dalam struktur, pemilikan syer dan cara pelupusan syer yang diakibatkan oleh pindaan ini boleh memberi impak kepada harga saham, liquidity pasaran dan kestabilan pasaran kewangan tempatan. Puan Yang di-Pertua, yang ketiga, pindaan pengeluaran resit seksyen 82c. Pindaan ini mengenai pengeluaran invois bil kendiri dalam perdagangan elektronik dan syarat yang dikenakan. Pindaan ini menetapkan keperluan untuk mengeluarkan invois bil kendiri dalam
perdagangan elektronik mengikut syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah LHDN. Ini merupakan langkah yang diperkenalkan untuk memastikan pematuhan syarat pengeluaran invois bil kendiri dalam perdagangan elektronik dan menyesuaikan proses perakaunan dengan perkembangan teknologi dan inovasi dalam sektor perdagangan elektronik e- Dagang. Terdapat beberapa persoalan yang Temerloh ingin ajukan. Pertama, apakah langkah-langkah yang akan diambil...
Rumuskan. Masa sudah tamat.
Sikit. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa syarat-syarat e-Dagang, syarikat-syarikat e-Dagang di Malaysia dapat mematuhi syarat pengeluaran invois bil kendiri yang ditetapkan oleh pindaan ini? Bagaimanakah kementerian merancang untuk memantau dan menilai kepatuhan syarikat e-Dagang terhadap syarat pengeluaran invois bil kendiri yang baru ditetapkan? Ketiga, adakah kementerian mempunyai strategi khusus untuk mengendalikan isu-isu keselamatan data dan kesahihan transaksi elektronik yang berkaitan dengan pengeluaran invois bil kendiri dalam perdagangan elektronik? Akhirnya, berkenaan dengan pindaan kadar cukai Jadual 1. Temerloh ingin bertanya, bagaimana perubahan ini akan memberi impak kepada individu atau syarikat yang mempunyai aset modal di Malaysia? Kedua, apakah kesannya terhadap kecekapan perniagaan, daya saing dan kestabilan pasaran kewangan tempatan? Terima kasih. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyatakan cadangan, pandangan masing-masing atas RUU ini. Kepada Yang Berhormat dari Pasir Gudang, untuk makluman Yang Berhormat, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat atas sokongan dan pandangan yang dikemukakan bertujuan memperjelaskan takrifan capital assets, dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengenakan cukai ke atas keuntungan daripada pelupusan semua jenis aset modal yang terbit dari luar negara (capital gains tax on foreign source income), dengan izin, yang dibawa masuk ke Malaysia mulai 1 Januari 2024 pada kadar cukai korporat semasa iaitu antara lima peratus sehingga 24 peratus. Hasrat utama kerajaan mengenakan cukai ini adalah bagi memenuhi komitmen antarabangsa bagi menangani isu situasi transaksi rentas sempadan (double non-taxation), dengan izin, di bawah European Union Code of Conduct Group.
Pelaksanaan CGT, FSI adalah dalam bentuk peluasan skop kepada foreign source income, dengan izin, sedia ada yang selama ini meliputi pendapatan, dividen, faedah, sewa dan royalti oleh syarikat dan tidak melibatkan individu. Pematuhan kepada amalan terbaik percukaian di peringkat antarabangsa termasuk komitmen di bawah EU akan terus menjadi rujukan Malaysia dalam menangani isu pelarian cukai dan double non-taxation, dengan izin. Yang Berhormat Pendang. Soalan Yang Berhormat Pendang tentang adakah strategi baru kerajaan yang melantik pengurusan tertinggi. Minta maaf Yang Berhormat, persoalan ini dibangkit tidak berkaitan dengan pindaan RUU ini. Jadi, saya tidak akan jawab. Berkenaan dengan MyInvois. Sebagaimana dibentangkan dalam Belanjawan 2024 yang lepas, pengenaan cukai ke atas keuntungan dari pelupusan saham tidak tersenarai adalah bagi meluaskan asas cukai. Skop pengenaan yang tidak meluas ini adalah bagi mengurangkan impak kepada individu dan pada masa yang sama, pihak korporat. Bagi mengambil kira keperluan para peniaga dari pelbagai jenis dan saiz, MyInvois system disediakan secara percuma dan boleh diakses oleh semua pembayar cukai. Bagi pembayar cukai yang menggunakan mekanisme API, kos adalah bergantung kepada kompleksiti sesebuah perniagaan. Kos adalah meliputi integrasi API serta kos menaik taraf dan pengurusan sistem. Pelaksanaan e-Invois merupakan suatu mekanisme baharu yang meningkatkan pematuhan cukai. Langkah ini akan memberikan pelbagai manfaat kepada kerajaan, pentadbir cukai dan perniagaan iaitu dari segi meningkatkan kecekapan perniagaan, menangani shadow economy atau ekonomi bayangan dan mengekang ketirisan hasil cukai negara. Selaras dengan pelaksanaan TIN, e-Invois yang menyalurkan data invois secara real- time dapat meningkatkan kecekapan pengesahan trend aktiviti ekonomi, analisa risiko dan fokus audit atau siasatan secara lebih tepat dengan keberhasilan yang tinggi. e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen invois tradisional. Contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai dan jumlah keseluruhan sesuatu transaksi jualan. Hasil kajian LHDN seperti yang dilaporkan dalam LHDN Medium-Term Revenue Strategy menjangkakan pelaksanaan e-Invois akan menjana hasil tambahan kepada kerajaan sebanyak RM2.2 bilion bagi setiap tahun setelah pelaksanaan mandatori sepenuhnya. Yang Berhormat Bagan, kerajaan mengambil maklum atas keprihatinan Yang Berhormat berkenaan pelaksanaan cukai keuntungan modal ke atas foreign source income. Seperti yang ditekankan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, semua ini adalah skop kepada foreign source income yang sedia ada selama ini meliputi pendapatan dividen, faedah, sewa dan royalti oleh syarikat dan tidak melibatkan individu. Malaysia mengambil pendekatan yang sama seperti Singapura dan Hong Kong dalam melaksanakan CGT, FSI sepertimana ditetapkan, dipersetujui oleh pihak EU CoCG di mana pengecualian cukai akan diberi kepada mana-mana syarikat residen Malaysia, termasuk unit amanah yang memenuhi syarat substantif ekonomi iaitu menggaji bilangan pekerja yang mencukupi dan mempunyai perbelanjaan operasi yang mencukupi.
Syarat ekonomi substantif ini mudah dipatuhi oleh mana-mana syarikat dan dikenakan semata-mata bagi memastikan syarikat residen Malaysia yang menerima FCI CGT bagi memastikan entiti yang menikmati pengecualian mempunyai physical presence dengan izin dan bukan shell company dengan izin seterusnya menyumbang semula kepada ekonomi Malaysia. Pada masa yang sama, syarikat masih lagi boleh mengguna pakai peruntukan kredit cukai di bawah perjanjian bilateral percukaian atau kredit cukai unilateral. Adalah penting bagi kerajaan melaksanakan cukai keuntungan modal ke atas pendapatan sumber luar negara kerana pematuhan kepada amalan terbaik percukaian di peringkat antarabangsa termasuk komitmen di bawah EU akan terus menjadi rujukan Malaysia dalam menangani isu pelarian cukai atau double non-taxation. Penglibatan Malaysia dalam amalan terbaik percukaian akan memberikan impak dan imej positif kepada negara. Malaysia perlu keluar daripada grey list dengan izin EU Code of Conduct Group, di mana Malaysia dianggap harmful sekiranya memberi pengecualian cukai ke atas FSI tanpa mengenakan sebarang syarat substantif. Implikasi sekiranya Malaysia kekal atau lebih buruk dimasukkan ke dalam senarai blacklist Kesatuan Eropah iaitu Malaysia boleh dikenakan preventive measure dengan izin oleh Kesatuan Eropah yang boleh dilaksanakan oleh negara Ahli Kesatuan Eropah sama ada melalui tindakan percukaian iaitu pengenaan cukai lebih tinggi kepada syarikat yang berdagang dengan Malaysia atau bukan percukaian halangan perdagangan melalui pengenaan syarat ketat ke atas perdagangan antara negara Ahli Kesatuan Eropah dan Malaysia. Seterusnya yang keempat itu adalah dari Kuala Terengganu. Yang Berhormat Kuala Terengganu ada sebut tentang anggaran hasil dan juga impak pengecualian hasil terhadap syarikat unit amanah dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dengan pelaksanaan cukai keuntungan modal atau CGT mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun. Sudah pasti pengecualian ke atas unit amanah ini akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT. Namun demikian, kerajaan berpandangan bahawa kesan hasil adalah tidak ketara malah pengecualian CGT ke atas unit amanah akan membantu melonjakkan lagi prestasi pasaran modal di samping memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 90 peratus pelabur individu yang membuat pelaburan dalam industri tersebut. Kerajaan mengambil maklum pertanyaan Ahli Yang Berhormat sama ada akan diperkenalkan cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham tersenarai. Namun begitu, kerajaan berpandangan pengenaan cukai keuntungan modal masih belum sesuai dikenakan ke atas saham tersenarai pada masa ini. Pendekatan ini diambil bagi memastikan Bursa saham tempatan dapat terus kompetitif dan berdaya saing dengan negara asing. Berkaitan dengan isu e-Invois telah pun saya menjawab bersama dengan Yang Berhormat Pendang tadi. Selain itu, kerajaan juga sedang melaksanakan inisiatif untuk menangani shadow economy seperti berikut..
Yang Berhormat.
Satu, menjalin kerjasama strategik dan pintar...
Yang Berhormat. Ada soalan saya tentang pengenaan kepada CGT kepada syarikat Sdn. Bhd.
Okey, nanti ya. Saya habiskan ini dulu akan tentang shadow economy dulu ya. Menjalin kerjasama terhadap – dan pintar bersama agensi-agensi penguat kuasa serta badan-badan profesional tempatan dan antarabangsa di mana jalinan kerjasama di antara LHDN dengan agensi penguat kuasa lain dan badan-badan profesional ini telah terbukti dapat memberikan pendedahan yang luas serta memantapkan pengetahuan dan tindakan penguatkuasaan dalam menangani isu jenayah kelak. Juga, mewujudkan aplikasi platform pertukaran maklumat dalaman dan antarabangsa secara efektif sebagai langkah jangka masa panjang untuk menangani shadow economy. LHDN juga terus komited dalam memantapkan pembangunan modal insan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengendalian pendidikan cukai dan penguat kuasa pematuhan cukai dalam konteks menangani shadow economy. Juga, selain itu, LHDN juga telah mewujudkan parameter yang lebih berkesan bagi memastikan pemilihan dan penyaluran kes yang berkualiti untuk tindakan audit dalam membuat data matching dengan sumber maklumat dalaman dan luar. Secara keseluruhan, kerajaan berpotensi untuk mengutip cukai tambahan berikutan inisiatif dan pendekatan yang holistik bagi menangani shadow economy iaitu dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun. Berkenaan dengan lagi satu soalan – sebentar ya. Saya telah – nanti. Tentang syarikat Sdn. Bhd.
Tadi kita kata syarikat tersenarai tidak dikenakan tetapi syarikat yang Sdn. Bhd. yang baru hendak bermula kita kenakan. Jadi, ini yang jadi kegusaran di kalangan banyak syarikat Sdn. Bhd.
Kita ambil cukai keuntungan modal itu atau pelupusan itu hanya dikenakan kepada syarikat yang tidak tersenarai. Betul? Okey. Jadi, untuk pengecualian atas unit ada empat kategori. Unit amanah satu daripadanya dan juga venture capital dan unit amanah yang venture capital yang ada satu adalah IPO. Ini tidak termasuk dalam CGT itu. Terakhir. Terakhir ya dari Yang Berhormat Temerloh. Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Kalau tidak saya akan – kita boleh bincang di luar.
Bagi bertulislah. Okey.
Okey. Untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, pindaan ke atas cukai keuntungan modal tidak melibatkan pembayar cukai individu dan hanya melibatkan syarikat perkongsian liabiliti tahap koperasi dan badan amanah. Kerajaan berpandangan pengenaan cukai keuntungan modal adalah wajar memandangkan tiada cukai keuntungan modal yang menyeluruh diperkenalkan selain dari layanan cukai ke atas keuntungan modal di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 di mana cukai
dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh syarikat daripada pelupusan semua jenis harta tanah dan saham dalam syarikat harta tanah. Jadi, pengenaan cukai di – keuntungan modal adalah selaras dengan amalan terbaik percukaian antarabangsa di mana pengenaan cukai keuntungan modal ini dapat menangani isu amalan percukaian yang tax practices dengan izin dan menggalakkan tadbir urus serta sistem percukaian terbaik seterusnya dapat memperluaskan lagi akses cukai. Kerajaan turut memahami keperluan untuk meminimumkan kesan cukai ke atas sektor sensitif seperti pasaran saham dan mata wang. Justeru, bagi fasa pertama pengenaan cukai keuntungan modal hanya ke atas saham tidak tersenarai dalam syarikat tempatan. Bagi terus membantu perniagaan mengurangkan kos menjalankan perniagaan, pengecualian cukai keuntungan modal akan diberikan kepada pelupusan saham tidak tersenarai bagi aktiviti-aktiviti perniagaan seperti tawaran awam permulaan iaitu IPO, penstrukturan syarikat dalam kumpulan yang sama (internal restructuring), syarikat modal teroka dan unit amanah. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 yang dicadangkan adalah bertujuan melaksanakan pindaan susulan yang berkaitan pelaksanaan e-Invois di bawah akta ini sepertimana pindaan yang telah dibuat di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967. Rang undang-undang ini mempunyai dua fasal yang meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 yang disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024. Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 22DA(6) bagi memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan platform perdagangan elektronik (e- commerce platform), dengan izin, perlu mengeluarkan invois bil kendiri mengikut syarat dan spesifikasi sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Invois bil kendiri yang dikeluarkan oleh penyedia platform perdagangan elektronik akan membantu pelaksanaan e-Invois dengan lebih menyeluruh di mana transaksi melibatkan penjual (merchant), dengan izin, dan penghantar (rider), dengan izin, dapat direkodkan. Pindaan kepada subseksyen 22DA(6) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 ini adalah berdasarkan semakan semula ke atas peruntukan undang-undang mengenai invois bil kendiri. Walaupun pindaan kepada subseksyen 22DA(6) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 telah dibuat melalui Akta Kewangan (No.2) 2023 bagi memperuntukkan pengisuan invois bil kendiri sebagai invois elektronik, berdasarkan syarat dan ketetapan KPHDN, peruntukan sedia ada tidak menjelaskan secara khusus kepada penyedia platform perdagangan elektronik untuk mengeluarkan e-Invois bagi mana-mana transaksi yang melibatkan good sold or service perform, dengan izin, melalui transaksi perdagangan elektronik. Sehubungan itu, pindaan kali ini bertujuan memperjelaskan keperluan untuk penyedia platform perdagangan elektronik mengeluarkan invois bil kendiri mengikut syarat dan spesifikasi yang ditetapkan. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada yang menyokong?
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk perbahasan. Senarai pembahas ada tiga orang Yang Berhormat. Dimulakan dengan Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Arau. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran untuk membuka tirai.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua memberi peluang kepada Tuaran untuk membahas Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 ini. Pindaan ini bagus sebab ia adalah suatu langkah untuk mendigitalkan aktiviti perniagaan di Labuan dan tentunya rakyat Labuan mengalu-alukan ini yang baik kepada negara kita. Saya memang menyokong langkah yang telah diambil oleh kerajaan ini. Apa yang saya ingin nyatakan dalam perbahasan ini ialah kenapakah setelah sekian lama Labuan ini diserahkan kepada Persekutuan dan lepas itu dibina Labuan ini sebagai Pusat Kewangan Pesisir Pantai atau International Offshore of Financial Center dan pelbagai akta telah diluluskan di Dewan yang mulia ini untuk membawa pembangunan ke Labuan termasuklah Labuan Financial Services Authority Act 1996 dan sebagainya, walaupun demikian, hari ini Labuan adalah di antara wilayah di Malaysia di mana kadar pengangguran tinggi. Sampai lebih tujuh peratus dan sebagainya. Walaupun dari segi GDP di Labuan per kapita sampai 85,000 dan di antara juga yang tertinggi barangkali selepas Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi ini adalah kerana aktiviti-aktiviti oil and gas di Labuan. Aktiviti oil and gas di Labuan ini sebahagian besar daripadanya adalah langkah oleh Kerajaan Sabah sebenarnya, iaitu di bawah Asian Supply Base. Asian Supply Base Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Sabah Energy Corporation Sdn Bhd. Ini adalah inisiatif Kerajaan Sabah, bukan Kerajaan Persekutuan. Kalau Asian Supply Base, kita keluarkan daripada Labuan, kita akan kehilangan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan di Labuan. Sebab itulah rakyat Labuan, rakyat Sabah mahu bertanya, apakah berbaloi Labuan ini telah dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan? Apakah yang telah dapat kebaikan? Apa keuntungan kepada orang Labuan, kepada orang Sabah yang Labuan ini dijadikan Wilayah Persekutuan? Apa yang telah kita dapat? Apabila kita lihat dari segi syarikat-syarikat yang berdaftar melalui Labuan Financial Services Authority Act 1996 untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat di Labuan kononnya, tetapi dia hanya berdaftar di sana, beroperasi di Kuala Lumpur. Kenapakah kita benarkan dia berdaftar di sana, lepas itu di Kuala Lumpur? Kalau dia dapat menarik pelabur-pelabur ataupun apa pun kegiatan, barangkali bagus juga, tetapi kenapa di Kuala Lumpur? Kenapa bukan di Labuan? Kenapa bukan di Labuan? Jadi, sebab itu, hari ini suara lebih semakin lantang semakin kedengaran. Elok Labuan ini balik sahaja ke asal. Balik ke Sabah sahaja. Kenapa? Barangkali Kerajaan Sabah
lebih baik dia membawa pembangunan ke Labuan. Bekalan air pun daripada Beaufort, daripada Sabah. Bekalan elektrik pun dibekalkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd. Semuanya Sabah. Jadi, apa dia punya kebaikan? Yalah, memang kita yang setelah saya berada sekian lama di Dewan Rakyat ini, pelbagai akta telah dibuat untuk membina Labuan, semuanya berkaitan dengan kewangan, seperti hari ini percukaian, tetapi akhirnya Labuan begitu sahaja. Baru-baru saya datang di Labuan mengiringi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan SESB dan saya di lapangan terbang. Dia macam malaplah. Labuan malap. Begitu besar lapangan terbangnya tetapi tidak ada kapal terbang. Jadi, sebab itu Labuan tidak maju. Jadi, apa kebaikan? Itu apa yang ditanya. Apa yang saya ingin tahu, apakah langkah- langkah yang sedang dan akan diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan Labuan ini maju seperti mana yang dicita-citakan? Kalau tidak, elok serahkan balik kepada Sabah, Kerajaan Sabah supaya benda-benda lain seperti hal-hal kebudayaan, hal-hal adat istiadat dapat kita bina balik. Di Sabah, kita ada mahkamah anak negeri. Di Labuan, ada mahkamah anak negeri. Tetapi apakah pentadbir-pentadbir dalam Kementerian Wilayah Persekutuan ini memahami tentang hal-hal mahkamah anak negeri? Sebagai contoh ya. Jadi, itulah, kalau tidak dapat membawa maju, elok bawa kepada asal. Saya menyokong rang undang-undang ini, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Tuaran kerana telah menyentuh banyak isi yang hendak saya sentuh.
Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, pindaan Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 ini jika dibaca dan dihalusi, ianya baik untuk kerajaan kerana kalau kita lihat sekali gus melalui sistem e-invoicing, e-electronic, tidak ada lagi ruang untuk mereka mengelak daripada membayar cukai. Ini bagus. Saya sokong kerana kerajaan perlukan dana pendapatan untuk terus membangunkan negara. Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, berapakah hasil cukai kerajaan jangka dapat dikutip daripada syarikat Labuan melalui inisiatif ini? Bolehkah kerajaan nyatakan jumlah terkini kutipan cukai dari syarikat bukan offshore dan syarikat perniagaan offshore dan berapa peratus kah dari jumlah yang dikutip dari entiti perniagaan Labuan yang diperuntukkan semula kepada Labuan bagi maksud memajukan pembangunan Labuan dan menambah daya saing Labuan sebagai offshore center? Seterusnya, berhubung dengan pindaan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, saya juga ingin mengemukakan beberapa serius berkaitan IBFC Labuan. Apabila
peraturan-peraturan Bahan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Keperluan Aktiviti Perniagaan Labuan) 2021 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 yang memerlukan bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Labuan dan jumlah minimum perbelanjaan mengurus tahunan di Labuan dan apabila aktiviti perdagangan am dan perkhidmatan perundingan dikecualikan lebih dari 1,500 entiti Labuan telah sama ada ditutup atau berhijrah ke bidang kuasa yang lain yang lebih mesra, yang mana mengakibatkan kerugian perniagaan, bukan sahaja syarikat amanah di Labuan tetapi juga entiti yang menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan perakaunan, pengauditan kepada entiti ini. Pemergian mereka dari Labuan juga menyebabkan LHDN kurang mengutip hasil cukai daripada entiti perdagangan dan perundingan ini. Syarikat perdagangan ini pernah juga menggaji ramai pekerja tempatan yang telah diberhentikan apabila mereka ditutup atau berhijrah. Oleh yang demikian Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merayu kepada Kementerian Kewangan untuk memulihkan semula dan membenarkan pusat perdagangan pengedaran dan pusat perundingan perkhidmatan dijalankan di Labuan dengan memasukkan semula ke dalam peraturan-peraturan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Keperluan Untuk Aktiviti Perniagaan Labuan) 2021. Dengan kemasukan perkhidmatan perdagangan dan perundingan, bukan sahaja LHDN boleh mengutip lebih banyak hasil tetapi juga akan mewujudkan permintaan untuk lebih ramai kakitangan tempatan untuk diambil bekerja, bukan sahaja untuk syarikat amanah tetapi juga oleh entiti perdagangan dan penyedia perkhidmatan ini untuk mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan di atas. Seterusnya, langkah ini akan membantu dalam memulihkan ekonomi Labuan yang sedang diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menyarankan lawatan pelbagai Menteri dan kementerian setiap bulan. Pemulihan perkhidmatan perdagangan dan perundingan kepada sektor kewangan Labuan akan menjadi elemen penting dalam pemulihan dan merancakkan semula ekonomi Labuan.
Boleh tanya?
Okey.
Ya. Yang Berhormat Labuan, saya pernah pergi ke Labuan pada tahun lepas yang mana bagi saya, walaupun kali pertama saya pergi sana, saya rasa Labuan ada potensi yang sangat baik untuk dijadikan sebagai macam pusat pelancongan. Jadi, saya terima banyak aduan daripada penduduk sana, mereka kata yang kerajaan haruslah mengembalikan duty free status kepada Labuan, khususnya penjualan rokok, sekarang sudah tidak ada duty free lagi. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang rayuan penduduk sana berkenaan dengan duty free status?
Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Seputeh dan minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan perbahasan saya. Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir sebelum saya mengakhiri ucapan saya. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada YB Menteri Kewangan, adakah kerajaan mempunyai inisiatif-inisiatif baru seiring dengan pindaan rang undang-undang ini untuk
menarik lebih pelabur-pelabur offshore baru datang ke Labuan? Saya juga dimaklumkan bahawa sudah ada syarikat-syarikat luar pesisir Labuan yang telah berhijrah ke offshore center yang lain. Adakah melalui pindaan ini, kerajaan berkeyakinan ia mampu menarik semula mereka kembali ke Labuan? Yang terakhir, saya ingin tahu berapakah jumlah syarikat yang telah menutup operasinya di Labuan? Sekian Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Arau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam.
Dato’ Speaker yang dikasihi, Yang Berhormat Menteri yang telah maraton daripada pukul 4 tadi, 3.30. Ini kira Menteri yang terlamalah yang telah membentangkan rang undang-undang, menjawab dan sebagainya. Dan hari ini orang tak berapa ganggu sangat sebab Yang Berhormat telah menjawab okey dengan baik, boleh bagi markah tinggi. Kalau boleh Yang Berhormat dinaikkan pangkat jadi Menteri Kewangan, ganti PMX, wallahualam. Yang pertama sekali Yang Berhormat, saya tahu kadang-kadang ada sentimen ucapan di Dewan ini, kononnya Labuan ni tak maju, kembali balik ke Sabah. Kalau tanya orang Labuan, sudah pasti mereka tak setuju. Walaupun belum maju tetapi peruntukan yang terbesar lebih daripada mana-mana kawasan ialah pada Labuan kerana di sanalah terletaknya- ketua-ketua jabatan berada di sana. Perbelanjaan yang besar berlaku di sana. Kerajaan belanjakan yang banyak untuk tujuan pengurusan. Yang penting, Labuan ni bukan soal kembali balik kepada siapa. Soalnya, bagaimana kita nak majukan Labuan? Bukan ni saja. Kawasan duty free, dengan izin, Langkawi, Labuan. Ada beberapa perkara yang kerajaan telah tarik, kerajaan kena fikirkan apakah kesan penarikan balik bebas cukai kepada setengah-setengah barangan di Labuan dan juga Langkawi sebab perbuatan tersebut akan menimbulkan masalah kepada rakyat yang berniaga di sana. Jadi, kerajaan kena fikir balik kesan daripada pelaksanaan beberapa syarat duty free di Labuan. Saya setuju bila Seputeh tanya Labuan, Labuan jawab sebahagian daripada ucapan tapi saya nak juga sentuh benda ini kerana saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, saya tahu sangat masalah yang berbangkit di sana. Kita hampir, hampir Speaker, menyelesaikan masalah, kerajaan kena tukar, pilihan raya. Kalau tak tukar hari itu, sudah pasti perubahan yang besar dan dahsyat boleh berlaku di sana. Yang keduanya, barang-barang Labuan mahal. Kita bagi syarat sebab barang- barang Labuan mahal sebab barang-barang kena dibawa dengan kapal ke KK, daripada KK datang Labuan. Sepatutnya daripada kawasan Federal, Port Klang datang ke Labuan. Labuan edarkan ke Sabah. Ini bila pergi ke KK, KK hantar ke Labuan, sudah pasti barang di Labuan mahal dan kita tahu pendapatan orang-orang Labuan bukan ke tahap yang
memuaskan. Jadi, di antara PPRT yang ramai ialah di Labuan. Yang ni kita kena bagi perhatian. Tidak wajar sebuah pulau yang memberi sumbangan pendapatan yang besar, bukan sahaja Wilayah Persekutuan, kalau dibanding dengan negeri-negeri, saya rasa saya tak tahu, kalau Yang Berhormat boleh jawab memang terbaik, kalau tidak, jawab bertulislah iaitu berapakah sumbangan cukai syarikat-syarikat offshore, dengan izin, kepada kerajaan? Sumbangan cukai ini bukan orang Labuan minta balik.
Sumbangan cukai ini nak difikirkan bagaimana nak bantu balik Labuan. Sekarang ini, syarikat-syarikat ini, berapakah syarikat yang beroperasi di Labuan sekarang, Yang Berhormat Menteri? Yang ini kena jawab. Saya nak jawab tak payah bertulis sebab pegawai boleh jawab sekarang. Saya nak tanya, bila mereka tubuhkan syarikat bank ini, adakah mereka beroperasi di Labuan? Kebanyakan mereka berada di Kuala Lumpur dan kita telah bagi syarat dahulu, sekurang-kurangnya dia ada kakitangan minima. Contohnya, macam tiga orang satu syarikat supaya mereka ada pejabat di sana, sewa pejabat dan bagi peluang pekerjaan kepada orang tempatan. Jadi, walaupun kebanyakan tauke dia ada di Kuala Lumpur, tetapi di Labuan, kena ada staf yang minima dan disyaratkan mesti orang Labuan yang diberi peluang pekerjaan. Kalau tidak, jadi orang Labuan hanya melihat pembangunan, melihat kehebatan, melihat cukai yang dikutip begitu banyak tetapi mereka tidak mendapatnya semula. Saya minta kerajaan bagi perhatian yang serius bila Wilayah Persekutuan dikatakan sudah tidak ada miskin tegar, di Putrajaya sebab tak ramai. Tak sampai beberapa puluh orang tetapi di Labuan, bagaimana? Kita kena pastikan tidak ada miskin tegar lagi di Labuan. Jadi, dengan itu, barulah orang Labuan rasa dapat menikmati perkataan, suasana yang Labuan ini ialah apa itu? Aktiviti perniagaan pesisir pantai yang terhebat. Dia yang terhebat di wilayah sini tetapi orang Labuan tidak menikmati dengan sepenuhnya. Saya minta Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula beberapa cadangan dahulu supaya orang Labuan dapat manfaat daripada sumber cukai yang begitu banyak, yang telah dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih. Lagi sekali, yang akta ini saya sokong lagi sekali. Dato’ Pengerusi, saya menyokong akta ini dengan pindaan tadi. Kena bagi balik kepada orang-orang Labuan, sekurang-kurangnya 10 peratus ataupun 20 peratus sumber cukai pesisir pantai yang telah dikutip. Terima kasih.
Yang Berhormat Arau, kalau dia tak berpolitik dalam Dewan, ucapannya begini. [Mengangkat ibu jari isyarat bagus] [Ketawa] Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang berbahas, yang mengambil bahagian dalam perbahasan, dalam isu, dalam rang undang-undang ini.
Yang Berhormat Tuaran, untuk makluman Yang Berhormat, rejim percukaian Labuan telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan tujuan untuk membangunkan hab kewangan antarabangsa bagi sektor perkhidmatan kewangan di Malaysia. Di bawah rejim percukaian Labuan, syarikat perdagangan Labuan diberikan kadar preferential, dengan izin, pada kadar tiga peratus ke atas keuntungan audit bersih atau pembayaran cukai pada kadar RM20,000. Pada tahun 2019, rejim percukaian Labuan telah ditambah baik bagi memastikan hanya aktiviti yang layak bagi pusat kewangan antarabangsa diberikan kadar cukai preferential, dengan izin, iaitu pada kadar tiga peratus ke atas keuntungan audit bersih bagi aktiviti perdagangan Labuan. Selain itu, bagi memastikan entiti Labuan mempunyai economy presence, dengan izin, di Labuan, syarat substantif telah dikenakan seperti pekerja sepenuh masa dan perbelanjaan operasi tahunan di Labuan. Penetapan syarat substantif ini bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan di Labuan, seterusnya meningkatkan pembangunan Labuan. Labuan juga masih kekal sebagai pulau bebas cukai, seperti mana Langkawi, Tioman dan Pangkor. Kerajaan tidak pernah menarik balik status bebas cukai Labuan yang telah diwartakan pada tahun 1956. Hanya pada tahun 2021, kerajaan telah mengambil langkah tegas dengan menjadikan rokok dan produk tembakau sebagai barangan bercukai di semua pulau bebas cukai, termasuk Labuan. Langkah ini bertujuan untuk membanteras aktiviti penyeludupan rokok tidak sah ke dalam negara, khususnya dengan memanipulasi status pulau bebas cukai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain rokok dan produk tembakau, lain-lain barangan masih kekal bebas cukai di Labuan sehingga ini. Justeru, tidak berbangkit isu untuk mengembalikan semula status bebas cukai kepada Labuan. Kepada Yang Berhormat Labuan, tentang hasil cukai kerajaan yang dapat dikutip dari syarikat Labuan, melalui inisiatif ini, saya minta data ini saya akan beri secara bertulis. Selain itu, untuk– okey. Lagi, adalah– nanti ya. Sebentar lagi. Ada lagi saya tertinggal tentang– Yang Berhormat Arau, saya pun sudah dari jawapan tadi tentang substantif. Syarat- syarat substantif itu memang adalah untuk penetapan syarat itu adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada Labuan, kepada orang-orang di Labuan. Bermaksud, perbelanjaan operasi dan kakitangan mesti adalah dari Labuan. Yang soalan Arau yang lain, saya juga akan jawab secara bertulis sebab...
Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta jawab secara bertulis sebab saya tanya, berapakah jumlah syarikat, berapa orang kakitangan yang diletakkan di sana sebab kebanyakan mereka ini beroperasi dari Kuala Lumpur. Tetapi mesti ada minimum staf yang boleh diambil dari orang tempatan. Hat ini juga bertulis. Tidak ada masalah.
Saya akan jawab.
Di hari-hari terakhir nak dekat berbuka ini, saya insya-Allah.
Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10.00 pagi, hari Rabu keesokannya, 27 Mac 2024.
[Dewan ditangguhkan pada jam 5.59 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — NAIK TARAF KOMPLEKS PASAR BISIK IKAN KUALA MUDA Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor]: YangSpecial Chamber
Berhormat silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri terkait Kompleks Pasar Bisik Ikan Kuala Muda atau lebih dikenali sebagai Pasar Bisik. Pasar ini merupakan pasar ikan yang terletak di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda di bawah kawasan Parlimen Sungai Petani.
Ia merupakan satu pasar yang amat unik kerana urusan jual belinya hanya dilakukan secara bidaan dan secara berbisik. Pembeli akan berbisik kepada penjual dan nelayan harga yang mereka tawarkan dan penjual dan nelayan akan memilih yang tertinggi menjadi harga pasaran ketika itu. Ini merupakan mekanisme jual beli yang sangat unik dan telah menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negeri Kedah.
Kawasan Pasar Bisik juga merupakan kawasan tepian laut, yang mana Pantai Merdeka yang menjadi satu lagi tarikan pelancong berada tidak jauh. Berdekatan situ juga terdapat Dataran Tsunami yang menjadi memorial peristiwa tsunami pada tahun 2004 yang menyebabkan kerosakan yang teruk di samping kehilangan nyawa.
Sebuah tugu memorial turut didirikan bagi mengingati peristiwa tersebut.
Jelas, Pasar Bisik mempunyai daya penarik yang kuat bagi para pelancong.
Ikan yang segar yang baru ditangkap para nelayan turut menjadi sebab pelancong mengunjungi pasar tersebut. Walau bagaimanapun, lawatan saya ke Pasar Bisik sebanyak beberapa kali, saya melihat keadaan pasar yang serba kekurangan.
Nelayan yang juga penjual hanya meletakkan bakul yang dipenuhi tangkapan di atas lantai simen dan mula berniaga.
Di sekitar kompleks tersebut juga hanya ada sejumlah kecil kedai makanan laut. Pada pandangan saya, pelancong pastinya akan lebih ramai berkunjung sekiranya kompleks tersebut mengintegrasikan kedai-kedai makanan laut yang boleh dikunjungi setelah membeli hasil tangkapan di Pasar Bisik tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar Kompleks Pasar Bisik dapat dinaik taraf secara menyeluruh. Antara aspek yang boleh diberi perhatian adalah infrastruktur kompleks tersebut. Antara yang boleh diberikan perhatian adalah,
(i) pembaikan semula laluan gelincir untuk membaiki bot;
(ii) satah konkrit bagi pemunggahan hasil tangkapan;
(iii) peluasan kompleks untuk mengintegrasi kedai-kedai makanan laut;
(iv) melebarkan jalan akses masuk dan keluar; dan
(v) sistem perhubungan dua hala Pasar Bisik Kedah dan Pasar Bisik Pulau Pinang untuk merancakkan lagi industri di kawasan tersebut.
Semoga dengan penaiktarafan ini, kawasan pesisiran laut di Parlimen Sungai Petani dapat dibangunkan terutamanya dengan mempromosi keunikan Pasar Bisik sebagai pusat tarikan ekopelancongan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, Kompleks LKIM Kuala Muda yang turut dikenali sebagai Kompleks Pasar Bisik Kuala Muda, Kedah – pasar ini lama, pasar tradisi.
Saya datang ke pasar ini ketika Yang Berhormat Sungai Petani belum beranak lagi.
[Ketawa] Memang kawasan ulang-alik saya untuk bertemu kawan-kawan, rakan-rakan dan para nelayan di situ. Telah dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada tahun 2007, sebelum itu dia bisik di tepi pantai pasir itu. Sekarang ini dah ada kompleks di situ. Di bawah Projek Rancangan Tambatan Banjir (RTB) Sungai Muda Pakej 2 Hilir.
Pada tahun 2013 pihak JPS telah menyerahkan komponen kompleks kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk diuruskan iaitu bangunan Pasar Bisik, bangunan utiliti dan wakaf. Mungkin Datuk Tuan Speaker tak berpengalaman Pasar Bisik ini.
Yang Berhormat Menteri, saya sekolah di Baling.
Oh.
Sekolah Alor Setar. Sudah biasalah.
Alhamdulillah biasa.
[Ketawa] Bagi memaju dan mengoptimumkan penggunaan kompleks dan kemudahan nelayan serta pengguna di situ, LKIM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM327,300 bagi
kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf kompleks serta RM400 ribu bagi pembinaan mini slipway di tepi kompleks tersebut.
LKIM juga telah membina sebuah pasar nelayan di dalam kawasan kompleks dengan kos peruntukan sebanyak RM150 ribu dan sebanyak RM287 ribu untuk kerja- kerja naik taraf pasar nelayan tersebut.
Selain itu, bagi memastikan keterjaminan makanan, pada tahun 2022, LKIM turut membina dua buah bilik sejuk berkapasiti lima tan metrik setiap satu di dalam kompleks untuk penyimpanan stok penimbal ikan dengan peruntukan sebanyak RM160 ribu.
Justeru, keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan oleh LKIM untuk membaiki dan membina baharu infrastruktur serta menambah baik komponen kompleks adalah sebanyak RM1.29 juta.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LKIM turut menyediakan peruntukan bagi Persatuan Nelayan yang berhasrat untuk menambah pendapatan di bawah Projek Ekonomi Berkluster.
Pada tahun 2023, LKIM telah menyalurkan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Muda untuk menambah baik projek ekonomi kedai runcit di dalam Kompleks LKIM Kuala Muda. Kedai runcit ini menyediakan barangan kepada penduduk setempat termasuk produk makanan laut seperti keropok keping, ikan bilis dan ikan masin termasuk agak terkenal juga Belacan Tanjung Dawai.
Tuan yang di-Pertua, kementerian amat menyambut baik cadangan daripada YB Sungai Petani berkaitan cadangan untuk menaik taraf kompleks secara menyeluruh terutama yang melibatkan aspek seperti yang dinyatakan. Kementerian melalui LKIM akan memastikan kompleks sentiasa berada di dalam kesiapsiagaan untuk beroperasi dan akan meneliti cadangan-cadangan tersebut berdasarkan keperluan dan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sudah kita buka cerita Pantai Merdeka, kan?
Ya.
Saya ingat lagi 1973 saya kena sengat dengan obor-obor dan saya dimasukkan ke Hospital Sungai Petani. Itulah berapa jauh. Yang Berhormat Menteri pun tidak lahir lagi. Baik Yang Berhormat Sungai Petani untuk aju soalan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rupanya banyak cerita-cerita manis, suka duka di kawasan ini yang dilalui oleh Tuan Yang di-Pertua dan Menteri.
Tetapi kalau kita lihat Yang Berhormat Menteri, saya bersembang dengan nelayan di situ depa kata penjualan itu dok tara itu sahaja. Maknanya puluhan tahun dahulu pun macam itulah juga sama.
Jadi, saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri. Contohnya infrastruktur yang tadi katakan untuk pembaikan laluan gelincir untuk membaiki bot.
Walaupun dana itu sudah turun tetapi sekarang ini tidak boleh hendak digunakan sebab ada projek sakitlah. Maknanya ada perkara-perkara yang tidak betul sehingga sekarang ini tidak digunakan. Mohon perhatian kementerian.
Saya juga ingin bertanya keunikan ini mungkin boleh diperluaskan lagi. Apa yang lebih penting adalah marketing dan bagaimana kita hendak menaiktarafkan supaya perkara ini boleh menjadi tempat pelancongan.
Jadi, soalan saya apakah usaha kementerian untuk bekerjasama dengan kementerian yang lain termasuklah Kementerian Komunikasi, Kementerian Pelancongan agar tempat ini lebih marketing-nya lebih baik dibanding dahulu terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Memang kawasan Kuala Muda ini setelah dibuat jambatan daripada Penaga melintasi Sungai Kuala Muda − dahulunya orang sebelah Seberang Perai hendak datang ke situ melalui Jambatan Merdeka sahaja dan masuk melalui Tikam Batu dan pergi ke Kuala Muda.
Dengan adanya jambatan yang dibina lebih kurang 10 tahun dahulu, maka tempat ini sudah menjadi kekerapan penduduk sebelah Seberang Perai, Pulau Pinang datang ke Kuala Muda ini. Memang dahulu Pantai Merdeka salah satu destinasi pelancongan yang agak tinggi kehadiran orang ramai. Tetapi kebelakangan ini agak berkurangan.
Barangkali dari segi tarikan ke Langkawi dan ke lain-lain tempat maka Pantai Merdeka ini tidak menarik perhatian. Oleh itu kita perlu − kementerian perlu bersama dengan Kementerian Pelancongan dan sebagainya untuk menguar-uarkan dan mengembalikan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan.
Untuk menaik taraf tempat itu dan jalan-jalan ke tempat itu insya-Allah kita akan melihat jikalau ada lagi ataupun perumahan baharu untuk kita mohon supaya kawasan − memang hendak ke Kuala Muda ini agak berlaku sedikit kesesakan.
Terutama sekali hendak melintasi Tikam Batu itu memang di situ ada kesesakan jalan dan sebagainya. Kita harap untuk memajukan kedua-dua tempat itu, Pantai Merdeka dan juga Kuala Muda perlu kepada penambahan penambah baik infrastruktur di kawasan tersebut.
Adapun tradisi berbisik itu memang tidak ada di tempat lain melainkan di situ dan tradisi itu masih diguna pakai. Dan barangkali Yang Berhormat belum biasa berbisik lagi. Saya memang selalu berbisik di situ terutama bila musim sekarang iaitu musim panas ini ikan kembungnya amat murah dan memberi pendaratan di situ.
Harganya akan berunsur bila datang hujan nanti musim tengkujuh, ikan kembung akan berkurangan pendaratan di situ. Jadi di sini di antara tempat pendaratan ikan kembung yang popular. Segala cadangan daripada Yang Berhormat tadi, pegawai-pegawai kita mengambil catatan dan kita akan cuba mencari jalan terbaik untuk mempopularkan − Beli ikan secara berbisik dan juga tempat pelancong yang perlu boleh dipopularkan bersama dengan Pantai Merdeka yg berdekatan.
Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Sungai Petani.
Yang Berhormat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penyelenggaraan Sungai Petani Di Belakang SJKC Min Terk, Batu DuaSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin membawa kepada perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai isu Sungai Sungai Petani atau Sungai Petani River yang berada di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Terk (SJKC Min Terk), Sungai Petani. Sungai yang berukuran panjang 15 kilometer serta lebar dari tiga ke enam meter menjadi punca banjir bagi kawasan sekitarnya, terutamanya Kampung Bukit Belah, Batu 2.
Tuan Yang di-Pertua, daripada 15 kilometer panjang sungai tersebut, tujuh kilometer merupakan kawasan yang sering mengalami limpahan air terutamanya apabila air pasang atau hujan lebat. Kawasan banjir ini hanyalah 50 meter sahaja dari SJKC Min Terk dan kawasan Kampung Bukit Belah pula merupakan kawasan yang rendah, iaitu berhampiran cerun bukit. Kawasan tersebut juga dilengkapi dengan sistem perparitan yang tidak sempurna dan kian uzur dek masa.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar memberikan perhatian kepada penyelenggaraan sistem perparitan ini kerana rimbunan pokok dan belukar menyukarkan aliran air seperti sepatutnya. Penduduk yang mendiami dan membina rumah di kawasan sekitar sungai tersebut telah menyempitkan kawasan rizab sungai. Malah, tanah yang runtuh dari tebing sungai akibat pembinaan tersebut telah menjadikan sungai bertambah cetek lalu meninggikan risiko limpahan air.
Rumah-rumah di sekitar sungai juga dipagar menjadikan aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan menghadapi kesukaran.
Tuan Yang di-Pertua, Pada bulan Oktober 2023, Sungai Petani dilanda banjir kilat yang dahsyat akibat hujan lebat. Sungai di belakang SJKC Min Terk ini melimpah dan memberi kesan kepada beberapa keluarga di Kampung Bukit Belah. Perkara yang merisaukan saya ialah apabila paras air naik, jalan utama yang menghubungkan kawasan kampung dan jalan besar iaitu sebuah titi turut sama tenggelam yang memberi kesan kepada kerja-kerja membawa keluar penduduk ke pusat penempatan sementara.
Saya harap isu ini dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian untuk diselesaikan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Saya tidak pandai bermadah macam Menteri Pertanian. Jadi saya terus menjawab straight to the point-lah dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau kejadian banjir kilat termasuk di kawasan Sekolah Kebangsaan Jenis
(Cina) Min Terk, Batu 2, Sungai Petani. Banjir kilat dengan kedalaman maksimum mencecah 0.6 meter berlaku sekiranya tempoh hujan melebihi tiga hingga empat jam dengan rekod curahan hujan sehingga 94.5milimeter.
Kawasan terjejas adalah sekitar bahagian belakang sekolah sehinggalah ke Kampung Bukit Belah yang jaraknya sekitar 700 meter ke bahagian hilir sungai.
Terdapat dua jambatan di kawasan ini iaitu di belakang sekolah dan Kampung Bukit
Belah. Kedua-dua jambatan ini akan tenggelam apabila berlakunya banjir kilat, menyebabkan jalan terputus hubungan.
Berdasarkan siasatan, kawasan terjejas tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna. Selain itu, banjir kilat juga berlaku akibat aras tanah kawasan lebih rendah berbanding kawasan sekeliling yang telah dibangunkan untuk tujuan perumahan, komersial dan sebagainya. Ketika hujan lebat, kadar alir dalam Sungai Petani meningkat mendadak menyebabkan sungai tidak dapat menampung kapasiti air dan melimpahi tebing.
Sebagai langkah bukan struktur, JPS telah menyiapkan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Sungai Petani pada tahun 2022. Kajian ini telah memperincikan keperluan pembangunan saliran dan perparitan di seluruh Sungai Petani.
Berdasarkan syor kajian, JPS akan memohon Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Petani Fasa 1 dalam Rancangan Malaysia seterusnya. Walau bagaimanapun, mengambil kira kos pengambilan tanah yang tinggi – seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, memang banyak kawasan perumahan dan sebagainya.
Projek ini dirancang untuk dilaksanakan secara berfasa mengikut keutamaan.
Namun demikian, sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, JPS sentiasa memulihara sungai di kawasan terjejas dalam memastikan aliran air sentiasa lancar, khasnya pada musim hujan. Pada tahun 2022, satu projek dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM100 ribu. Manakala, pada tahun ini satu projek dengan peruntukan berjumlah RM100 ribu juga telah dirancang untuk dilaksanakan. Sekian, terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Yang Berhormat untuk ajukan soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang agak cukup komprehensif diberikan.
Cuma, soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian mempunyai cadangan bagi mendalamkan atau melebarkan sungai tersebut dan apakah ini akan memberi satu impak yang besar, positif atau negatif, kepada penduduk sekeliling terutamanya di kawasan penduduk Kampung Bukit Belah.
Dan saya juga ingin bertanya dari RM100 ribu yang diterima pada tahun 2022, apakah – secara detilnya, projek yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan dan tahun ini juga diberikan sebanyak RM100 ribu yang diperuntukkan pada tahun ini.
Apakah ini termasuk untuk mendalamkan atau melibatkan sungai tersebut? Atau fokus utamanya adalah sistem saliran?
Dan ini, bagi saya RM100 ribu ini mungkin untuk short-term untuk long-term mungkin kementerian boleh bagi satu jaminan supaya perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. Dan saya juga ingin – di kesempatan ini ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk turun sendiri melihat situasi sebenar di kawasan tersebut.
Terima kasih.
Jawapan Yang Berhormat.
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Untuk berkaitan perkara yang pertama tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PETRA melalui JPS sememangnya sedang merancang untuk mengurangkan impak banjir di kawasan ini. Sebab itu yang kita sebut tadi, perkara ini dimasukkan di bawah Perancangan untuk Rancangan
Tebatan Banjir (RTB), Sungai Petani, Fasa 1. Yang kita akan cuba mohon pada RMK Ke-13, tetapi itu tertakluk kepada kelulusan agensi Kerajaan Persekutuan. Jadi, projek yang dirancangkan ini melibatkan beberapa perkara. (i) cadangannya adalah untuk pelebar dan pedalamkan sungai; (ii) penstabilan tebing sungai; (iii) pembinaan ban (iv) pembinaan drainage outlet; (v) pembinaan sistem pam termasuk MNE dan rumah pam; (vi) menaik taraf lintasan Medium Traffic Bridge iaitu MTB; dan (vii) pembinaan kolam takungan banjir. Jadi, kalau kita nak selesaikan masalah di situ – sebab itu kita perlukan satu perancangan di bawah RTB tadilah, yang merangkumi beberapa kaedah. Seterusnya, untuk melalui pelaksanaan projek ini, JPS akan membina dan menaik taraf sistem saliran di kawasan Kampung Bukit Belah dan Perkampungan Jalan Seruling. Itu untuk dari segi lokasi yang dicadangkan. Dengan adanya sistem saliran sempurna, air larian akan mengalir dengan lebih sempurna ke Sungai Petani dan mengurangkan kesan banjir kilat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem saliran di kawasan bandar adalah di bawah tanggungjawab beberapa pihak iaitu sebagai contoh, pihak berkuasa tempatan (PBT), JKR Jabatan Kerja Raya, JPS dan juga Pejabat Tanah dan Daerah. Berkenaan perkara kedua Yang Berhormat bangkitkan tadi, untuk peruntukan tahun 2024, itu adalah tujuannya untuk penyelesaian kerja jangka pendek. Fokusnya adalah untuk tingkatkan aliran sungai di antara Kampung Bukit Belah dan perumahan bersebelahan SJKC Ming Terk pada jarak satu kilometer. Kerja tersebut adalah memulihara sungai termasuk membuang kelodak, lumpur dan sampah. Manakala, perkara ketiga insya-Allah saya akan ke Kedah, tapi banyak isu yang di Kedah nanti kita tengoklah, terutamanya dari segi pembekalan air. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Baik, Setiausaha. Silakan Yang Berhormat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Inisiatif Kemudahan Rakyat Di Parlimen Sri GadingSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading mengambil maklum dengan pelaksanaan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Perpaduan pada tahun 2023 yang bertujuan untuk mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam.
Saya juga percaya inisiatif ini sememangnya untuk kepentingan rakyat semata-mata dalam mempelbagaikan saluran untuk dana-dana kerajaan disalurkan kepada masyarakat awam. Oleh itu, saya memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Ekonomi, berapakah projek dan nilai projek IKR yang telah dilaksanakan untuk Daerah Batu Pahat secara amnya dan di Parlimen Sri Gading secara khususnya pada tahun 2023?
Senaraikan projek yang telah dilaksanakan di Parlimen Sri Gading dan Batu Pahat pada tahun 2023. Siapakah badan pelaksana bagi projek IKR di Batu Pahat?
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat. Saya mohon kebenaran daripada Speaker untuk saya menjawab bagi pihak Kementerian Ekonomi.
Baik, saya telah dimaklumkan.
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, saya akan jawab tiga persoalan tadi.
Untuk soalan yang pertama, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak empat projek telah dilaksanakan dalam daerah Batu Pahat dengan kos, ataupun anggaran kos sebanyak RM535,551.00.
Daripada kelulusan tersebut, sebanyak dua projek telah dilaksanakan dalam Parlimen Sri Gading dengan anggaran kos berjumlah RM316,551.00 pada tahun 2023. Senarai projek – ini untuk soalan yang kedua, senarai projek yang dilaksanakan di Parlimen Sri Gading dan daerah Batu Pahat adalah seperti berikut, yang pertama, nama projek ya adalah kerja-kerja membaik pulih Masjid Jamek Kampung Parit Yaani Tengah, Yong Peng. Skop projek, baik pulih surau ataupun masjid.
Agensi pelaksana, Majlis Daerah Yong Peng. Kawasan Parlimen Sri Gading.
Kedua, membina hentian bas di Pekan Parit Besar, Bagan iaitu skop projek, bina baharu hentian bas, Parlimen Parit Sulong, Majlis Perbandaran Batu Pahat sebagai agensi pelaksana.
Yang ketiga, baik pulih taman permainan ataupun riadah dan pendawaian elektrik Taman Orkid, Parit Imam, Jalan Kluang Batu Pahat, Johor. Skop projek, baik pulih gelanggang sukan Parlimen Sri Gading, agensi pelaksana, Majlis Perbandaran Batu Pahat. Dan yang keempat, baik pulih Surau Ainul Yakin, Kampung Banjir Bersatu, Kangkar Baru. Skop projek, baik pulih surau atau masjid, Parlimen Ayer Hitam, agensi pelaksana, Majlis Daerah Yong Peng.
Bagi persoalan yang terakhir, Kementerian Ekonomi telah melantik Majlis Perbandaran Batu Pahat (MBBP) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) sebagai agensi pelaksana IKR di daerah Batu Pahat dan Parlimen Sri Gading.
Sekian, Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Yang Berhormat untuk ajukan soalan.
Alhamdulillah, jawapan yang baik dan maklumat yang tepat. Di mana, dalam Parlimen saya ada dua lah.
Satu di kerja baik pulih Masjid Parit Yaani Tengah dan juga riadah Parit Imam dalam Parlimen Sri Gading.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini, iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan ini nampak macam tidak berapa dapat sambutan daripada rakyat. Sebab kalau tengok dari segi daerah Batu Pahat pun Cuma ada empat projek sedangkan dalam Parlimen – dalam daerah Batu Pahat itu ada empat Parlimen. Dan kalau kita lihat di sini juga, bahawa dalam Parlimen saya saja ada dua.
Adakah – soalan saya, adakah maklumat ini tak – ataupun maknanya, agensi yang nak memandu itu macam mana keadaannya? Adakah mudah nak dapatkan kerjasama daripada pihak yang berkenaan.
Sebab saya ada kebimbangan sebab permohonan-permohonan daripada rakyat mungkin melalui pihak yang berkenaan iaitu Kementerian Ekonomi tetapi, mungkin agensi yang hendak menjadikan pelaksana itu. Sebab di peringkat pelaksana ini pun banyak juga kerja-kerja lain. Macam contohnya di PMR untuk Parlimen kita itu pun agak ya la maklum dia banyak kan? Ada empat Parlimen di situ.
Jadi, adakah diperlukan? Kalau katakan tadi Majlis Batu Pahat dan juga Majlis Yong Peng sahaja yang beri tanggungjawab mengapa tidak terlibatkan macam pejabat daerah ataupun berkaitan kalau katakan PPD dan sebagainya. Itu antara persoalan sayalah. Kalau boleh tambah sedikit lagi berkaitan dengan peruntukan.
Pada tahun ini kementerian letakkan kalau dahulu kata RM200 juta kali ini berapa ratus juta? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.
Berkaitan dengan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Projek IKR, mungkin kalau saya boleh kongsikan data daripada Kementerian Ekonomi untuk gambarkan. Sebenarnya jumlah permohonan yang diterima secara keseluruhannya adalah 1,745 projek. Manakala jumlah kelulusan yang diberikan itu sebanyak 565 projek.
Jadi kalau kebimbangan Yang Berhormat tadi saya rasa kalau kita lihat daripada keseluruhannya sebenarnya kalau tengok dari segi aspek yang menyeluruh lebih terjawablah bahawa bila dipecah-pecahkan mengikut agensi pelaksana itu maka sebenarnya projek itu juga dapat disalurkan ke pihak-pihak PBT untuk melaksanakannya.
Cuma, berkaitan dengan kekangan ataupun cabaran yang dihadapi dalam menguruskan permohonan daripada IKR, pemahaman saya IKR ini sesiapa pun boleh mohon Tuan Yang di-Pertua. Cuma, ada juga yang salah faham bila mohon itu dia ingat dia yang buat. Sebenarnya bila kita mohon pihak Kementerian Ekonomi perlu semak dengan agensi pelaksana dan agensi pelaksanalah yang akan menguruskan projek tersebut. Jadi, sebab itu antara kekangan yang dihadapi adalah sebagai contoh:
(i) permohonan projek itu berada di luar skop seperti yang ditetapkan garis panduan daripada IKR ini. Contoh yang diberikan oleh pegawai Kementerian Ekonomi disebut
contohnya ada yang mohon di luar projek infrastruktur. Ada yang juga yang mohon untuk buat kedai dobi sebagai contoh.
Itu di luar kerangka cadangan yang boleh diuruskan di bawah Program IKR;
(ii) cadangan tapak projek yang diangkat itu adalah milik persendirian dan melibatkan pengambilan tanah yang menyebabkan kalau kita hendak proceed hendak teruskan dengan izin projek itu tidak dapat diluluskan hasil dari semakan agensi;
(iii) kita sebenarnya ada had cost iaitu had yang kita benarkan tidak boleh melebihi RM200,000. Jadi mana-mana projek permohonan itu lebih daripada RM200,000 tidak boleh diteruskan; dan
(iv) projek yang dimohon berada di luar kawasan operasi agensi yang dilantik. Kita tahu juga antara kekangan yang ada mungkin di luar kawasan operasi maka pihak berkuasa tempatan mungkin tidak dapat meneruskannya.
Cuma, bila Yang Berhormat sebut sekiranya memang mungkin pihak berkuasa tempatan juga perlu menguruskan peruntukan yang lain-lain. Dahulunya saya pun di KPKT saya faham kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan.
Jadi sebab itu buat ketika ini dasar di peringkat Kementerian Ekonomi bila ada pihak agensi pelaksana yang dicadangakan itu tidak dapat memberikan komitmen, Kementerian Ekonomi akan memanjangkan permohonan tersebut kepada Agensi Kerajaan Persekutuan atau negeri berkaitan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Cuma, cadangan Yang Berhormat tadi saya akan bawa kepada Kementerian Ekonomi-lah. Kalau ada agensi lain yang boleh dipertimbangkan.
Akhir sekali, bagi tahun 2024 peruntukan untuk Inisiatif Kemudahan Rakyat
(IKR) adalah sebanyak RM350 juta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat dengan itu tamat sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) pada hari ini. Kamar Khas hari ini di tangguh sehingga hari Rabu, 27 Mac 2024 jam 2.40 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.24 petang]