Dewan Rakyat · 15 July 2024
15th Parliament, session 3, meeting 2 · 718 turns · 53,920 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Silakan, kita mulakan dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Setiausaha. Baik, saya jemput Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan sesi soalan lisan kita pada pagi ini dengan serangkap pantun. Dari mana hendak ke mana, Dari Igan hendak ke Matu; ....kampung saya Dato’ Yang di-Pertua, YB Timbalan Menteri yang bijaksana, Mohon jawapan soalan satu.
Silakan, Menteri.
1. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah guru-guru di Sarawak yang telah dilatih untuk kompeten dalam mengaplikasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran dan nyatakan nama dan sekolah-sekolah yang telah memulakan Dasar Pendidikan Digital ini serta apakah keperluan dan persediaan yang dibuat oleh Kementerian untuk sekolah-sekolah berkenaan?
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memantapkan kompetensi guru secara berterusan agar guru kekal berkualiti sepanjang pendidikan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Igan, KPM sentiasa memastikan program pembangunan profesionalisme berterusan dilaksanakan kepada guru bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai murni serta ciri profesional, seiring dengan keperluan semasa pendidikan. Matlamat pembangunan profesionalisme berterusan ini adalah untuk membangunkan kompetensi guru, kompetensi yang berstruktur berdasarkan laluan kerjaya, gred dan juga jawatan agar guru sentiasa relevan sepanjang perkhidmatan. Melalui Program Pemantapan Pendidikan Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah RMKe-12, usaha membangunkan kompetensi guru dipertingkatkan dengan mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. Berdasarkan statistik dalam Sistem
Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia, sehingga 15 Jun 2024, sebanyak 774 aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan berkaitan digital ataupun ICT telah dilaksanakan melibatkan jumlah peserta seramai 81,791 orang guru di Sarawak. Selain itu, KPM dengan kerjasama Pixlr telah melatih 92 orang guru di Sarawak pada 23 Mei 2024, bagi meningkatkan kompetensi penggunaan AI dalam PdP serta telah diberikan pensijilan setelah selesai khusus. Usaha meningkatkan tahap kompetensi digital PdP diteruskan melalui Program Pemantapan Pendidikan Digital RMKe-12 iaitu lakaran lesen Sistem Pengurusan Pembelajaran (SIPP) untuk membantu guru dalam melaksanakan latihan kendiri secara dalam talian tanpa mengganggu proses PdP di sekolah. Daripada aspek penyediaan persekitaran digital kondusif, sebanyak 27 buah pusat kegiatan guru dan sektor sumber teknologi pendidikan di Sarawak telah pun dilengkapi dengan studio digital dan digital maker hub bagi memastikan latihan kepada guru berkaitan digital dapat dilaksanakan dengan baik. Pada masa yang sama, pada tahun 2023-2024, KPM turut telah melantik 19 orang guru dari Sarawak sebagai Guru Peneraju Generasi Digital. Guru Peneraju Generasi Digital ini telah diberikan latihan oleh rakan strategik bagi kesediaan mereka menyebar luas pengetahuan dan pengalaman kepada guru-guru di sekitar mereka. Seramai 8,011 orang guru telah diberikan bimbingan oleh Guru Peneraju Generasi Digital di wilayah Sarawak. KPM turut menyediakan kemudahan akses internet sebagai langkah persediaan ke arah merealisasikan platform pendidikan digital di sekolah termasuk di Sarawak. Melalui perolehan baharu, perkhidmatan internet bagi tempoh Julai 2024 sehingga Jun 2025, penambahbaikan dibuat melalui penyaluran peruntukan yang melibatkan penambahan daripada segi menaik taraf teknologi fiber dari 100 Mbps kepada 300 Mbps. Bagi sekolah yang menggunakan teknologi satelit, kelajuan ditambah dari 30 Mbps kepada 100 Mbps dengan penambah baikkan juga daripada segi kuota, 100 GB ke-1 TB dalam projek ini. Sekian, jawapan daripada saya. Terima kasih.
Sila, Igan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terperinci yang telah diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkitkan persoalan ini kerana saya agak skeptikal, maaf dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di Sarawak, khususnya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar kerana kejayaan dasar ini sangat bergantung kepada keupayaan rangkaian internet dan infrastruktur digital yang menjadi kunci untuk memastikan akses yang pantas dan canggih kepada teknologi terkini. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila kementerian melancarkan dasar ini, adakah kerajaan sedar akan cabaran utama pelaksanaannya adalah jurang digital di antara murid bandar dan luar bandar yang sememangnya telah wujud? Jadi, apa perancangan kementerian bagi memastikan pelajar di luar bandar di Sarawak ini dapat mengikuti pelajaran dan pembelajaran di bawah Program Pendidikan Digital ini agar tidak berlaku wujud kesenjangan ataupun jurang prestasi akademik di antara pelajar di luar bandar dan juga bandar kerana kalau masalah ini tidak ditangani dengan baik, pasti pelajar-pelajar di luar bandar akan tercicir dan akan tersisih dan akan ketinggalan. Terima kasih Yang Berhormat.
Silakan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Igan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih ke atas Yang Berhormat Igan atas keprihatinan beliau berkenaan dengan jurang daripada segi pembelajaran pendidikan digital bagi anak-anak kita di bandar dan juga di luar bandar. Cuma, saya hendak menyatakan di sini bahawa selain daripada usaha yang telah pun saya nyatakan sebentar tadi bahawa untuk memastikan akses internet telah pun diberikan kepada kesemua sekolah di seluruh negara biarpun di bandar dan juga di luar
bandar, dengan perolehan baharu kita ini, kita hendak meningkatkan kelajuan daripada segi internet dan juga kuota internet. Itu nombor satu. Nombor dua daripada segi pemberian ataupun penyediaan peranti kepada anak- anak kita biarpun di sekolah bandar dan juga di luar bandar. Saya ada sedikit maklumat di sini berkenaan dengan kelengkapan perkakasan ICT di makmal komputer sekolah biarpun di bandar dan di luar bandar. Bagi tahun 2023, sebanyak 68,056 unit komputer riba telah pun diedarkan kepada 3,455 buah sekolah di bandar dan di luar bandar dengan kos projek RM424,954,812. Pada tahun 2024 pula, sebanyak 3,885 buah sekolah telah pun mendapat manfaat, juga dari bandar dan luar bandar dan melibatkan jumlah komputer riba 69,604 unit dan kos projek RM451,419,488.40. Sejak pada tahun 2021 lagi, KPM melalui Yayasan Hasanah telah pun juga mengedarkan peranti digital yang lengkap dengan pelan data kepada 150,000 orang murid B40 yang dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah. Pada masa yang sama juga, berkenaan dengan projek point of presence yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi, juga ini merupakan salah satu usaha yang dapat membantu kita untuk memperluaskan rangkaian internet ke sekolah-sekolah, khasnya ke sekolah luar bandar. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Baik. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan bagi soalan 1. Bagi saya, kebelakangan ini, isu kemiskinan digital di kalangan guru dan pelajar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar menjadi polemik baharu dalam pendidikan. Persoalannya, apa perancangan, strategi dan langkah jangka pendek dan jangka panjang KPM bagi meminimumkan jumlah kemiskinan digital ini? Contohnya, JENDELA, salah satu kaedah yang diimplementasikan bagi tangani masalah ini. Contohnya, memandangkan 57.9 guru berada pada tahap asas penguasaan, 39.9 pada tahap pertengahan. Adakah kegagalan guru-guru senior menguasai digital ini antara punca mereka memohon menamatkan perkhidmatan dan juga punca kemerosotan pencapaian pelajar di luar bandar? Terima kasih Yang di-Pertua.
Baik. Sila, Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Berkenaan dengan kemiskinan pendidikan digital yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Dasar Pendidikan Digital telah pun diluncurkan pada tahun lepas, tahun 2023. Sememangnya di bawah Dasar Pendidikan Digital ini, kita ada menitikberatkan beberapa teras ataupun bahagian yang mana kita harus untuk melaksanakan usaha untuk mempertingkatkan kualiti dan juga prestasi yang ini termasuk murid fasih digital, pendidik kompeten digital dan juga daripada segi pembangunan infrastruktur dan juga infrastruktur. Sekiranya kita meneliti berkenaan dengan peratusan saringan kompetensi, setiap tahun pihak KPM ada melakukan saringan tahap kompetensi digital PPP, pendidik kita, untuk memastikan bahawa kita melahirkan pendidik-pendidik kita, warga pendidik kita mempunyai tahap kompetensi yang tinggi. Daripada analisa pengesanan tahap kompetensi, kemas kini sehingga 30 Jun 2024, sebanyak 360,365 orang pendidik telah pun disaring. Antaranya, yang memiliki tahap asas, 23.53 peratus bersamaan dengan 84,818 orang. Angka untuk tahap asas telah pun menurun. Kesemua ini telah pun melonjak ke tahap pertengahan selepas usaha- usaha diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan. Di tahap pertengahan, terdapat 74.73 peratus atau bersamaan dengan 269,301 orang. Di tahap lanjutan, 1.73 peratus bersamaan dengan 6,246 orang. Ini lah analisis setakat 30 Jun 2024. Demi memastikan guru-guru dan pendidik kita yang dihantar ke negeri-negeri masing-masing kompeten dan dapat mengadaptasi teknologi dalam PdP, maka IPGM
melaksanakan latihan kompetensi digital yang dilaksanakan menjurus kepada domain kompetensi pembelajaran digital yang digariskan oleh The European Framework for the Digital Competence of Educators. Kesemua domain tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk kurikulum program pendidikan di IPGM. Pihak KPM boleh memberikan komitmen bahawa kita dalam usaha untuk merealisasikan teras-teras seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Digital dan pada masa yang sama juga, satu pasukan petugas khas- special task force telah pun ditubuhkan khasnya untuk membangunkan pendidikan digital dan untuk mencapai hasrat dalam Dasar Pendidikan Digital negara. Terima kasih.
Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kalau Yang Berhormat Igan boleh baca pantun, saya pun mohon izin untuk pantun. Reben putih di lengan kiri, Sebagai protes berlakunya reformati; ...spesifik merujuk kepada 49A Soalan Masjid Tanah telah diberi, Mohon jawapan YB Menteri. Terima kasih... [Tepuk]
Dipersilakan.
2. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, bagaimana prestasi atau keterlibatan koperasi-koperasi dalam sektor pelancongan dalam industri pelancongan nasional memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2026 kerana koperasi lebih cenderung dengan sektor pertanian dan pemborongan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) khususnya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyokong penuh keputusan kerajaan dalam menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan memastikan keterlibatan koperasi dalam sektor pelancongan. Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 233 buah koperasi terlibat secara khusus dalam sektor pelancongan yang meliputi 39 aktiviti perniagaan berasaskan pelancongan seperti hotel dan inap desa, penjagaan diri dan kesihatan, pusat kecantikan, spa dan juga termasuklah kraf seperti batik, kraf tangan dan sebagainya. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor pelancongan ini, KUSKOP melalui SKM telah melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut. Pertama, pelaksanaan Program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) 2024-2025 untuk merangsang aktiviti koperasi yang terlibat dalam industri hospitaliti, penjagaan kesihatan dan kraf. Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh SKM bagi pelaksanaan program ini bermula Mei 2024 hingga Mei 2025 dengan menyasarkan penglibatan 160 buah koperasi dalam industri hospitaliti, penjagaan kesihatan dan kraf. Insentif bantuan maksimum sehingga RM12,500 disediakan bagi koperasi yang terlibat meliputi skop pemasaran produk dan perkhidmatan serta kos promosi. Program ini membantu meningkatkan keupayaan koperasi melalui aktiviti promosi dan pemasaran produk dan perkhidmatan.
Kedua, SKM menyediakan geran bantuan pembangunan kepada koperasi yang berkelayakan bagi mengukur dan mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi termasuk aktiviti pelancongan dengan bantuan sehingga RM300,000. Bagi tahun 2023 dan sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 13 buah koperasi telah diluluskan geran bantuan pembangunan dalam sektor pelancongan melibatkan jumlah sebanyak RM881,000. Ketiga, koperasi yang berkelayakan boleh memohon pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM sehingga RM30 juta bagi mengembangkan ataupun memperluaskan aktiviti perniagaan di sektor pelancongan. Bagi tahun 2023 sehingga 31 Mei 2024, sebanyak lima buah koperasi menjalankan aktiviti pelancongan telah diluluskan pembiayaan berjumlah RM4.2 juta. Selain itu, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) turut menganjurkan bengkel-bengkel seperti berikut: (a) COOP-Tourism mengenai dengan potensi business pelancongan koperasi; (b) interactive session with the ASEAN Edu-Tourism Workshop 2024, community-based tourism initiatives; dan (c) Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi (CODE e- Tourism). Selain daripada itu, KUSKOP juga telah menyalurkan sejumlah peruntukan sebanyak RM300,000 kepada SKM untuk membantu program pensijilan halal koperasi khususnya yang melibatkan kitchen yang diusahakan oleh koperasi-koperasi dalam sektor pelancongan tadi. Terima kasih.
Sila, Masjid Tanah.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang menurut Geoffrey dan juga Alister, industri pelancongan ini antara lima bidang ekonomi bernilai yang sepatutnya diceburi oleh pihak koperasi. Saya meneliti top hundreds koperasi yang berada di Malaysia ini, kebanyakan mereka adalah berasaskan kredit dan juga stesen minyak, tetapi tidak ada satu pun antara 100 yang terbaik itu berasaskan pelancongan. Kita faham cabaran yang dihadapi oleh koperasi pelancongan ini adalah bukan hanya dalam konteks koperasi, tetapi dalam konteks pembangunan usahawan. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apa strategi dan juga fokus perancangan kementerian dalam melipatgandakan usaha memantapkan lagi pemerkasaan koperasi, terutamanya sekali dalam koperasi pelancongan ini? Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Sebahagian strategi itu telah saya nyatakan tadi. Antaranya, program JEJAK itu baru kita lancarkan pada bulan Mei yang lepas di kampung ataupun di Homestay Banghuris, Sepang yang diuruskan oleh Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad. Ini lah satu pendekatan baharu bermula dengan pemberian insentif bagi membolehkan produk- produk dan perkhidmatan koperasi itu diketahui oleh orang awam. Kita juga melalui inisiatif SKM turut membawa bersama media-media asing termasuk influencer kita dalam negara ini untuk membantu mempromosikan produk- produk ataupun perkhidmatan-perkhidmatan koperasi pelancongan ini. Ini adalah sebahagian untuk kita mempromosi lebih awal. Mudah-mudahan pada tahun hadapan, kita dapat menyediakan sejumlah lagi peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah
Koperasi untuk membantu pula infrastruktur pelancongan di kawasan yang dioperasikan oleh koperasi-koperasi pelancongan. Mungkin untuk menyasarkan koperasi ini masuk dalam top hundreds, terutamanya dari koperasi pelancongan, itu sudah tentu mengambil masa, tetapi kita realistik. Banyak tempat di negara ini, di Sabah dan Sarawak misalnya dan di negeri- negeri di Semenanjung ini, juga mempunyai kawasan tarikan pelancongan luar bandar yang kita boleh bangunkan oleh komuniti kecil supaya mereka menjadi sebahagian daripada aktiviti keusahawanan, aktiviti ekonomi negara. Biar koperasi kecil ini bangunkan, uruskan pelancongan. Itu pada saya satu pendekatan yang wajar juga kita harus beri tumpuan. Dalam masa yang sama, kita menggalakkan koperasi-koperasi premier, koperasi- koperasi besar ini untuk turut sama terlibat ataupun mengembangkan aktiviti perniagaan mereka termasuk dalam perkhidmatan terkait dengan aktiviti pelancongan. Dengan demikian, kita melihat satu gerakan koperasi yang lebih baik lagi. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Sri Gading.
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Jawapan yang panjang berkaitan dengan pelancongan. Kalau kita lihat, bahawa Tahun Melawat Malaysia pada 2026 sangat memerlukan kepada kerjasama semua pihak. Terutamanya apabila kita lihat program JEJAK, peruntukan yang telah disediakan melalui Suruhanjaya Koperasi (SKM) adalah sebanyak RM2 juta . Jadi, bagaimanakah perancangan pihak kementerian dalam menggunakan dana ini sebaik mungkin dalam merancakkan lagi aktiviti koperasi pelancongan? Apakah sasaran pihak kementerian menjelang Tahun Melawat Malaysia dengan peruntukan sedia ada dan dari sudut perolehan hasil dan juga jumlah koperasi sektor pelancongan? Berapakah dijangkakan boleh wujud pelancongan berdasarkan koperasi-koperasi yang berada di seluruh negara? Terima kasih.
Sila, Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Pada ketika ini, kita baru melancarkan program JEJAK. Ini satu inisiatif baharu untuk kita promosikan terlebih dahulu. Kita akan buat penelitian selepas satu tahun pelaksanaan program ini, seperti mana saya sebutkan dalam jawapan saya tadi, sehingga Mei tahun 2025, iaitu satu tahun lebih awal sebelum kita melaksanakan Tahun Melawat Malaysia 2026, nanti. Dalam masa yang sama, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan supaya kedua-dua kementerian ini saling bekerjasama, saling melengkapi usaha untuk membangunkan pusat-pusat pelancongan yang dioperasikan, yang diuruskan oleh koperasi melalui gerakan koperasi ini. Saya amat yakin ini akan mencetuskan satu kehadiran pelancong yang besar kepada tempat-tempat yang diuruskan oleh koperasi ini. Sebab itu, saya memerlukan sokongan Yang Berhormat dan semua ahli mesyuarat ini, Ahli Dewan ini untuk sama-sama kita menyokong gerakan koperasi. Kalau ada ruang untuk menginap di hotel-hotel di Kuala Lumpur ini, ada Koperasi MOCCIS contohnya, yang menyediakan penginapan kepada Ahli-ahli Parlimen. Kalau kita bercakap tentang sokongan kepada koperasi pelancongan, boleh dimulakan dengan menginap di koperasi pelancongan. Dengan demikian, kita boleh membantu mempromosikan hotel-hotel mereka, restoran mereka, pelancongan luar bandar mereka. Jadi, ini saya fikir bermula dengan sokongan Ahli-ahli Dewan ini juga termasuk di kawasan Yang Berhormat juga. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau Igan dan Masjid Tanah ada berpantun, kita pun bagi pantun juga.
Anak muda mencari rotan, Rotan dicari di hutan dara; Minta Menteri bagi jawapan, Soalan saya nombor tiga.
Sila, Menteri.
3. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Kewangan menyatakan, keperluan rakyat untuk mendaftar dalam sistem data baharu bagi bantuan diesel melalui Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dan tidak mengguna pakai sistem sedia ada iaitu Pangkalan Data Utama (PADU): (a) berapa kos yang terlibat dalam membangunkan sistem BUDI MADANI; dan (b) adakah kaedah perolehannya dilaksanakan secara tender terbuka.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan komited untuk menyasarkan subsidi diesel bagi memastikan kemapanan ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan susulan aktiviti penyeludupan dan mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat. Melalui pendekatan ini, penyasaran subsidi diesel dijangka menjana penjimatan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan. Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan bagi membendung kenaikan kos sara hidup dan juga berperanan memusatkan serta memudahkan proses permohonan secara dalam talian kepada pemilik kenderaan jenis diesel merangkumi kenderaan pengangkutan darat awam, pengangkutan darat barangan, kenderaan persendirian milik individu dan golongan petani kecil serta pekebun kecil komuniti di Semenanjung Malaysia untuk terus menikmati subsidi diesel melalui kaedah fleet card di bawah MySubsidi Diesel atau bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan melibatkan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi. Untuk makluman Yang Berhormat, portal BUDI MADANI dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman daripada kalangan pegawai kerajaan tanpa menggunakan khidmat perunding luar. Oleh itu, isu tender terbuka atau tidak tidak wujud memandangkan menggunakan infrastruktur sedia ada. Pengumpulan maklumat terkini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memberi peluang kepada mereka yang terkesan mempunyai saluran yang mudah untuk mengemas kini maklumat mereka agar tidak tercicir daripada bantuan kerajaan.
Penyasaran subsidi diesel melalui BUDI MADANI juga akan menggunakan semua pangkalan data sedia ada kerajaan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bagi memastikan tiada keciciran, peluang dibuka kepada pemilik kenderaan diesel yang layak serta golongan sasaran seperti petani kecil dan pekebun kecil komoditi. Ini bagi memastikan tiada golongan yang layak tercicir. Pendaftaran BUDI MADANI juga adalah bagi memastikan pemohon memberi pengesahan bahawa telah menepati kriteria untuk melayakkan diri bagi bantuan tunai serta mendapat maklumat bank terkini untuk memastikan penyaluran bantuan dikreditkan ke akaun yang tepat. Sebarang maklumat tambah yang didapati melalui BUDI MADANI akan selanjutnya dikongsi dan diintegrasikan ke dalam pangkalan data utama.
Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa, termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dibuat dalam memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.
Ya, Libaran.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri terhadap penjelasan yang telah diberikan. Merujuk kepada kenyataan Menteri Ekonomi tempoh hari berkenaan penggunaan sistem PADU bagi penyelarasan subsidi RON95, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar kedua-dua sistem tersebut disatukan apabila penyasaran subsidi diesel dan RON95 dilaksanakan di Sabah kelak. Kerana ia akan memudahkan rakyat, terutamanya rakyat Sabah di mana masih terdapat kawasan-kawasan yang terbatas capaian internet serta pada golongan yang kurang celik IT. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah nilai bantuan BUDI MADANI sebanyak RM200 akan dikekalkan ataupun kerajaan mempunyai mekanisme bagi pengiraan bantuan tersebut sekiranya harga diesel meningkat pada masa akan datang. Adakah kadar mekanisme tersebut akan diguna pakai di Sabah atau nilai yang akan diberikan kepada rakyat Sabah kerana kita tahu, rata-rata penggunaan kenderaan rakyat Sabah adalah berasaskan kenderaan diesel. Terima kasih.
Silakan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Kerajaan mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan kami akan mengkaji dari masa-ke semasa. Berkenaan dengan ketetapan jumlah bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan adalah hasil kajian mendalam dan perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pemilik kenderaan, pakar ekonomi serta industri. Berdasarkan dasar- maaf. Berdasarkan data daripada laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan perbelanjaan bulanan bahan bakar diesel isi rumah, dianggarkan RM200 adalah jumlah yang mencukupi untuk menampung kos diesel bulanan tambahan bagi 80 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia. Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa, termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dibuat dalam memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam menepati cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Padang Terap.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Timbalan Menteri, saya nak tanya kepada kementerian. Sebelum ini, pihak Menteri ada sebut, kata kos pembangunan PADU tanpa menggunakan khidmat pihak luar, tanpa sebarang kos tahunan, tetapi laporan yang kita dapat yang terkini, kos pembangunan PADU ialah RM85.27 juta. Jadi, saya nak tanya, apa kos sebenar pembangunan BUDI MADANI yang dibuat pada hari ini. Yang kedua, kenapa sistem BUDI MADANI ini diguna pakai pada hari ini sedangkan, dulu disebut PADU adalah sistem utama untuk penyasaran subsidi diesel. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Silakan Menteri.
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berkenaan tadi, saya sudah sebutkan BUDI MADANI ini adalah daripada dalaman. Jadi, tiada kos yang terlibat. Semua adalah daripada kakitangan kerajaan yang- ini adalah internal development. Okey. Bagi- daripada segi PADU, saya tidak dalam keadaan untuk menjawab bagi segi- bagi pihak Kementerian Ekonomi.
Jadi- tadi, saya sudah sebut tentang BUDI MADANI. Ini, all internal daripada LHDN, jadi, kita mempunyai pakar. Jadi, itu tidak melibatkan apa-apa kos. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah, Indera Mahkota.
Terima kasih. Soalan nombor 4.
Silakan, Menteri.
4. Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah pendekatan holistik kementerian berhubung laporan UNICEF bertajuk "Rantau Sepanjang Jalan" yang mendapati peningkatan kos pendidikan secara ketara di mana sekitar 78 peratus isi rumah berpandangan kos pengangkutan, kegiatan kokurikulum, makanan di kantin telah meningkat di samping kegusaran kalangan ibu bapa tentang prospek masa depan anak-anak.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan UNICEF bertajuk, "Rantau Sepanjang Jalan" adalah berdasarkan kepada kajian tinjauan yang dilaksanakan oleh pihak UNICEF pada 14 Oktober sehingga 16 November 2023 iaitu pada zaman post-COVID-19. Tinjauan tersebut dilaksanakan di 16 buah perumahan awam kos rendah, low cost flat, dengan izin, sekitar Kuala Lumpur. Responden terdiri daripada 755 ketua isi rumah yang tinggal di flat tersebut. Antara perkara yang ditinjau bukan sahaja daripada aspek pendidikan, tetapi juga merangkumi perlindungan sosial, kenaikan makanan, tekanan mental dan juga lain-lain. KPM tetap mengambil berat terhadap laporan ini dan memahami kerisauan responden yang dinyatakan dalam laporan seperti kenaikan kos dalam pendidikan.
Yang Berhormat.
Ya.
Boleh tangguh sebentar, ingin saya alu-alukan tetamu kita ya. Sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari The New Zealand House of Representatives yang diketuai oleh Right Honourable Gerry Brownlee, Speaker of the House New Zealand House of Representatives... [Tepuk] Kepada The Honourable Speaker dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Right Honourable Gerry Brownlee dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan hubungan dua hala Malaysia dan New Zealand.
Boleh tak blok kami untuk mengucapkan selamat datang.
Sebentar, saya habiskan dulu. Selepas itu, boleh.
Ya.
It is with great pleasure, I would like to inform that together with us in this August House is the delegation from the New Zealand House of Representatives led by Right Honourable Gerry Brownlee, Speaker of the New Zealand House of Representatives... [Tepuk] Right Honourable Speaker and the delegation, we welcome you, your visit to this House. We hope that the visit of Right Honourable Gerry Brownlee and the delegation will further strengthen ties and relations between Malaysia and New Zealand. Thank you very much.
Tan Sri, bagi pihak blok pembangkang, kami juga ingin mengalu-alukan kehadiran The Right Honourable Speaker of the House of Representatives of New Zealand ke Parlimen Malaysia ini dan kita juga berharap agar lawatan ini akan mengukuhkan perhubungan dua hala antara Malaysia dengan New Zealand dan juga Parlimen Malaysia dengan Parlimen New Zealand. Terima kasih Tan Sri... [Tepuk]
The Honourable Speaker, that was from the opposition block. Thank you very much.
Tan Sri Speaker.
Silakan sambung. Ya.
Saya Tan Sri Speaker, juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Speaker daripada New Zealand dan kita berharap Kerajaan Malaysia dan New Zealand juga akan memperkukuhkan hubungan dagangan kedua-dua buah negara yang begitu lama... [Tepuk]
Thank you. That was from the Backbenchers Club of the ruling party. Thank you. Silakan. Teruskan, Menteri.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pohon untuk teruskan jawapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, komitmen kerajaan dalam sektor pendidikan dan juga untuk membantu anak-anak kita yang kurang bernasib baik dilihat melalui peruntukan yang disalurkan kepada KPM. Secara keseluruhan, ia meningkat setiap tahun. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] KPM komited memberikan pendidikan percuma dengan menyalurkan 18 jenis bantuan persekolahan iaitu lima jenis bantuan persekolahan umum dan 13 jenis bantuan persekolahan khusus. Bantuan persekolahan umum adalah untuk memastikan setiap murid dan sekolah di Malaysia mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Bantuan persekolahan khusus pula diberikan kepada murid yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan bagi membantu murid golongan berpendapatan rendah, murid berkeperluan pendidikan khas dan juga murid yang cemerlang dalam akademik dan juga sukan.
Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan negara terus terjamin. Inisiatif Teras 3: Memberi Perhatian Terhadap Isu Kemiskinan Multidimensi Murid Daripada Keluarga B40, bertujuan untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan sama ada dalam bentuk kewangan, keperluan, kemudahan sumber tenaga bagi menangani masalah keciciran murid khususnya dalam keluarga B40. Impak Teras 3 kepada kumpulan sasar adalah untuk menangani keciciran murid akibat daripada kemiskinan dan juga ketidakupayaan serta memberikan motivasi kepada murid untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Selain itu Yayasan Didik Negara ditubuhkan oleh KPM juga bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan setiap murid termasuk dari keluarga berpendapatan rendah. Bagi tahun 2024 sahaja, beberapa inisiatif dan sumbangan telah pun diberikan oleh Yayasan Didik Negara termasuk menyalurkan sebanyak 6,080 buah
peranti tablet kepada murid sekolah rendah bagi mengurangkan jurang pendidikan digital dan melaksanakan program-program yang lain. Pada masa yang sama, KPN turut melaksanakan inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dan dalam bidang ini, KPM telah pun melaksanakan perluasan Program Sekolah Komprehensif Khas (K9) dan juga menawarkan pendidikan selama 11 tahun dalam satu organisasi, melalui Program Sekolah Komprehensif K11. Dan Program Sekolah Komprehensif K11 ini telah bermula pada bulan Mac 2023. Secara keseluruhannya, KPM komited terhadap pemberian bantuan persekolahan bagi memastikan setiap murid di Malaysia mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka memperkembangkan potensi masing-masing. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Indera Mahkota.
Terima kasih. Akibat kos sara hidup Yang Berhormat, seorang pemilik rantaian kedai buku stationery di seluruh negeri Pahang dan beberapa buah negeri memberi tahu saya bahawa ibu bapa daripada keluarga yang tidak begitu mampu sekarang ini sudah tidak lagi membeli buku-buku tertentu. Kalau membeli pensel pun sekadar ada sahaja. Kalau membeli pensel warna, ia dikongsi oleh dua, tiga orang anak saja. Ini antara kisah sedih penderitaan rakyat sekarang. Soalan saya ada dua bahagian. Pertama, selain daripada langkah-langkah yang disebut tadi yang saya berterima kasih, apakah langkah-langkah KPM untuk membantu misalnya daripada segi peranti? Murid-murid sekarang ini bila jadi pengawas perpustakaan, jadi pengawas, kena tukar baju. Tak bolehkah masih kekal baju warna putih? Mungkin ada badge yang berbeza sahaja sebab ini kos. Ini soal kos.
Ringkaskan soalan.
Ya, dan juga pakaian untuk kokurikulum. Dan yang paling mustahak kalau ada. Ini mungkin perlu jawapan bertulis. Kita bimbang kalau ada keciciran yang meningkat dalam suasana kos sara hidup yang meningkat sekarang. Terima kasih.
Terima kasih keprihatinan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. KPM memang mengambil berat dan juga memandang serius berkenaan dengan beban kehidupan khasnya daripada keluarga-keluarga di peringkat B40. Itu sebab kenapa untuk bantuan persekolahan secara khusus, ada sebahagian bantuan persekolahan itu adalah kepada kesemua keluarga dan ada yang kepada keluarga-keluarga yang amat memerlukan bantuan iaitu keluarga B40 ataupun keluarga miskin tegar. Sebagai contoh, Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Speaker, Bantuan Awal Persekolahan telah pun diberikan kepada kesemua anak-anak kita tanpa mengira bangsa, kaum, latar belakang dan aliran sekolah. Tahun ini sebanyak RM788 juta peruntukan telah pun disediakan untuk manfaat anak-anak kita pada awal persekolahan, membeli baju, alat-alat tulis dan sebagainya. Juga pada masa yang sama, kita juga melaksanakan bantuan secara spesifik kepada anak-anak kita yang memerlukan bantuan secara spesifik kepada anak-anak kita yang memerlukan bantuan seperti bantuan pakaian seragam. Kita menyediakan pada tahun 2023, kita telah membelanjakan RM3.7 yang memanfaatkan anak-anak kita dari keluarga isi rumah dalam kategori eKasih Miskin Tegar untuk warganegara anak-anak pada Tahun 4, Tingkatan 1, Tingkatan 4. Bantuan yang sama juga kita berikan untuk kalangan anak-anak kita di asrama iaitu Bantuan Makanan Asrama. RM1.4 bilion disediakan pada tahun 2023 dan pengecualian diberikan kepada kumpulan miskin tegar yang mana pendapatan keluarga kurang daripada RM1,160.
Tadi Yang Berhormat Indera Mahkota mula soalan tambahan berkenaan dengan keluhan daripada pemilik-pemilik kedai buku dan sebagainya. Dan pada tahun ini juga, pihak Kerajaan Madani pada bulan Mei, telah pun mengumumkan pemberian voucher buku kepada anak-anak kita dari Darjah 4 sehingga ke universiti. Dari Darjah 4 sehingga Darjah 6, boleh dapat RM50, yang lain dapat RM100. Program tersebut selepas diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dalam masa 21 jam, program ini telah berjaya dilaksanakan dan anak-anak kita boleh menebus voucher, voucher buku tersebut online. Kenapa kita buat online, kerana...
Ringkaskan jawapan..
Ya. Habis dah Yang Berhormat. Kenapakah kita buat online? Adalah kerana kita hendak memastikan tidak ada ketirisan dan voucher buku itu sampai kepada matlamat iaitu untuk membeli buku-buku kepada anak-anak kita. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang nampak KPM ada 18 inisiatif, saya menyambut baik. Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif untuk membantu. Soalan saya spesifik kepada yang dirujuk dalam soalan asal berkenaan dengan makanan di kantin, harga makanan. Ada tak apa-apa mekanisme pemantauan daripada KPM melalui PPD di setiap kawasan untuk memantau harga? Ini sebab on and off ada dengar, ada kedengaran, ada rungutan, tapi bukan semua sekolah. Ada di sekolah tertentu berkenaan dengan harga. Jadi, apakah penyelesaian daripada KPM berkenaan dengan masalah ini? Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dari Rasah. Berkenaan dengan isu makanan kepada anak-anak kita ini, kita selalu dengar seperti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah berkenaan dengan harga. Harga itu adalah dipantau oleh pihak PPD untuk memastikan bahawa harga yang ditawarkan di sekolah atau pun kantin adalah bersesuaian. Itu satu. Nombor dua berkenaan dengan anak-anak kita yang berkelayakan yang miskin, maka pihak KPM juga telah meneruskan program RMT kepada anak-anak kita. Dan sedikit laporan oleh KPM di sini bahawa untuk dua tahun berturut-turut, pihak KPM telah pun menyediakan peruntukan yang paling tinggi dalam sejarah bagi Program RMT ini, yang memanfaatkan anak-anak kita daripada pendapatan isi rumah di bawah paras garis kemiskinan nasional, iaitu kategori miskin tegar dan juga murid di sekolah Orang Asli Penan, murid berkeperluan khas dan sebagainya. Jumlah peruntukan yang telah pun diperuntukkan dalam tiga tahun yang lepas pada tahun 2022, sebanyak RM616 juta, 2023, RM777 juta, 2024 RM716 juta. Kita hendak memastikan bahawa anak-anak kita bukan sahaja mendapat sarapan tetapi juga memastikan bahawa daripada segi menu atau nutrisi makanan tersebut adalah sesuai untuk pembesaran anak-anak kita. Terima kasih.
5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, langkah kementerian memitigasi permasalahan air di Langkawi sebagai destinasi pelancongan di Kedah.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua sumber utama bekalan air terawat bagi Pulau Langkawi iaitu pertama loji rawatan air ataupun LRA Sungai Baru, Perlis yang membekalkan sebanyak 54.55 juta liter sehari
Kedua, adalah empat buah LRA di Pulau Langkawi yang membekalkan sebanyak 32.74 juta liter sehari iaitu LRA Padang Saga 2, LRA Padang Saga 3, LRA Bukit Kemboja dan juga LRA Pulau Tuba. Isu utama bekalan air di Langkawi adalah berpunca daripada kebocoran paip di dasar laut sepanjang tujuh kilometer daripada keseluruhan 35 kilometer paip yang membekalkan air terawat daripada LRA Sungai Baru ke Tangki Pengimbang Penarak, Langkawi. Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan RM50 juta secara pinjaman bagi projek pembaikan paip dasar laut dari tanah besar ke Pulau Langkawi. Projek ini perlu dilaksanakan dengan segera oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA). Kini, ia sedang dalam peringkat prapelaksanaan dan Makmal Kajian Nilai Projek iaitu Value Assessment Lab yang telah pun diadakan pada 24 Jun 2024 dan dijangka sepatutnya bermula pada November 2024. Bagi penyelesaian jangka sederhana, projek meningkatkan pengepaman air mentah sebanyak 20 juta liter sehari daripada bunded storage Padang Matsirat ke Empangan Malut telah pun siap dilaksanakan pada bulan Mei 2024. Ini menerima geran daripada Persekutuan bernilai RM8 juta. Seterusnya, SPAN turut meminta pihak SADA mengemukakan pelan mitigasi untuk menangani isu bekalan air ini terutamanya dalam jangka pendek termasuk melalui penghantaran lori tangki dan tangki statik bagi mengurangkan gangguan bekalan air kepada pengguna yang terjejas di samping meneruskan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip dasar laut yang telah berjaya dikesan. Manakala penyelesaian jangka panjang pula adalah seperti berikut: (i) projek pembinaan LRA Padang Saga Fasa 4 berkapasiti 20 juta liter sehari; (ii) projek pembinaan LRA Padang Saga Fasa 5 berkapasiti 30 juta liter sehari; dan, (iii) pembinaan empangan bawah tanah (underground dam) di Padang Matsirat dengan tambahan kapasiti takungan sumber air 42.8 juta meter padu yang dijangka bermula pada Mei 2025. Di samping itu, sebanyak RM16.3 juta telah diperuntukkan di bawah RP4 RMKe- 12 di bawah program NRW Nasional Pendekatan 1. Projek NRW Pendekatan 1 Pulau Langkawi dijangka dapat mengurangkan kehilangan air tidak terhasil sebanyak 10 juta liter sehari apabila siap pada Ogos 2024. Sekian, terima kasih Puan Speaker.
Sungai Petani.
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah bekalan air di Pulau Langkawi ini adalah disebabkan oleh ketidaksepadanan antara tahap pembangunan daerah dan juga tingginya non-revenue water (NRW), dengan izin, dan juga ada kebocoran ya di sepanjang tujuh kilometer paip dan kira-kira 23 titik kebocoran. Saya ucap tahniah atas langkah daripada pihak kementerian jangka masa pendek, sederhana dan panjang, tetapi apakah langkah kontingensi daripada pihak kementerian sekiranya ketika musim pelancongan yang agak tinggi? Apakah langkah kontingensi? Kalau kita lihat bagaimana PETRA boleh membantu menambah baik dapatan Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan bahawa peratusan NRW di negeri Kedah ini sangat tinggi sehingga 51.5 peratus dan sekali gus, mungkin saya merayulah pihak kementerian Persekutuan dan juga kerajaan negeri dapat duduk sekali supaya dapat meningkatkan lagi rizab. Kalau kita lihat rizab air di negeri Kedah sendiri, kosong peratus
margin air di negeri Kedah. Jadi, saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Bagi persoalan berkaitan dengan Pulau Langkawi, pengamatan kami, jangkaan antara event ataupun majlis yang besar akan berlaku adalah LIMA pada tahun hadapan sekitar pada bulan lima. Maka, sebab itu bila kita berbicarakan soal membaik pulih paip dasar laut yang telah mengalami kebocoran, sebenarnya kebocoran ketika ini semakin parah berbanding dengan laporan dua, tiga tahun yang lalu. Maka, sebab itu keputusan yang kita minta di pihak negeri adalah untuk menyegerakan baik pulih yang mana kita boleh baik pulih dahulu di bawah peruntukan yang telah diluluskan iaitu sebanyak RM50 juta. Namun begitu, anggaran ataupun semakan yang dibuat sebenarnya kebocoran itu memerlukan kos tambahan sekitar lebih kurang RM110 juta lagi. Maka, perkara ini Kerajaan Persekutuan akan menimbang untuk membantu daripada segi pinjaman melalui di bawah PAAB. Kemudian, daripada perkara yang kedua, kalau Puan Speaker izinkan sedikit. Berkenaan dengan reserve margin di Kedah, sepatutnya perkara ini diambil serius kerana teguran itu telah berlaku oleh Ketua Audit Negara sendiri. Maka, sebab itu selagi lima projek loji rawatan air yang kita salurkan secara geran, sebanyak empat projek tersebut perlu disegerakan siap kerana selagi tak siap, reserve margin sebenarnya bukan kosong tetapi sekarang negatif di negeri Kedah. Maka sebab itu, permohonan kita walaupun negeri telah minta untuk melaksanakan projek itu pada tahun 2021, maka yang ini nak tak nak, kementerian akan cuba juga pantau walaupun beban pemantauan itu berlaku di bawah kerajaan negeri. Terima kasih, Puan Speaker.
Langkawi.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang membantu masalah air di Langkawi. Saya percaya bahawa kementerian juga menyedari bahawa paip dasar laut- submarine pipe itu sudah pun berumur 27 tahun. Sepanjang 37 kilometer itu, dari Perlis ke Langkawi, sentiasa berlaku kebocoran bukan sahaja di antara tujuh kilometer tersebut. Saya dimaklumkan bahawa apabila nak repair submarine cable ini, kena tunggu current yang betul, ombak yang betul, ketenangan laut yang betul sebelum mereka turun…
Soalan.
Dan hanya boleh dibuat dua kali dalam sebulan. Ini dah dimaklumkan kepada saya.
Yang Berhormat Langkawi, ringkaskan soalan.
Yang Berhormat Menteri, saya nak bertanya. Apakah kerajaan tidak memikirkan untuk menukar terus? Dah 27 tahun umurnya. Tentu sekali bocor di sana, bocor di sini. Manusia pun kalau dah umur 27 tahun, sakit di sana, sakit di sini. Apakah kerajaan berhasrat untuk membantu SADA untuk menukar terus submarine cable ini? Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi.
Seperti mana yang saya jelaskan sebelum ini. Kekangan sebenarnya berada di peringkat negeri yang mana daripada segi kos tanggungan itu. Bila disebut soal kebocoran yang berlaku, pengamatan yang dibuat oleh operator dan jugalah mereka yang berkaitan di sana, puncanya disebabkan oleh daripada pukat tunda. Oleh sebab itu kebocoran yang berlaku itu lebih kepada kerosakan disebabkan perkara yang ada gangguanlah. Pengacauan kerana tujuh kilometer itu sebaris di laluan yang mana di tengah-tengah tersebut. Maka, sebab itu daripada segi bagaimana untuk kita menyelesaikan jangka panjang untuk membaik pulih itu, yang saya sebut tadi RM50 juta itu tidak mencukupi. Maka, sebab itu di peringkat kementerian, kita juga mencari ruang untuk menyalurkan lagi peruntukan tambahan melalui pinjaman, melalui PAAB. Namun, perkara ini juga kita perlu memohon kepada kerajaan negeri mengambil serius perkara ini kerana walaupun daripada segi Kedah secara keseluruhan pengguna ataupun pemilik akaun air itu lebih banyak di negeri Kedah berbanding dengan Langkawi tetapi Langkawi ini merupakan pulau yang kita kena jaga. Kita kena angkat statusnya. Maka, sebab itu saya juga mohon kerjasama daripada Yang Berhormat Langkawi untuk bersuara kepada kerajaan negeri, memberi gambaran bahawa air yang menjadi tanggungjawab di bawah negeri ini perlu menjadi keutamaan bagi kelangsungan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Jamaludin bin Yahya. Pasir Salak.
Terima kasih Puan Speaker. Timbalan Menteri dan sidang Parlimen sekalian, Filem P. Ramlee “Enam Jahanam”; Pasir Salak soalan enam.
6. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Penanaman Semula Sawit yang dahulunya pinjaman menjadi geran.
Ya, Tuan Yang di-Pertua, Sawit Malaysia jenama Juara, Eksport sawit hasil yang penting; Kita ingin peladang sejahtera. Harus sediakan tanah replanting. Pihak kementerian sentiasa prihatin dan berusaha untuk memastikan kesejahteraan pengusaha sawit termasuk yang berada di luar bandar dan dikategorikan sebagai pekebun kecil. Sehingga Mac 2024, seramai 441,847 bilangan pekebun kecil sawit di Malaysia iaitu pekebun kecil tersusun seramai 233,439 dan persendirian seramai 208,408. Hanya pekebun kecil persendirian sahaja yang layak untuk menikmati bantuan inisiatif tanam semula sawit. Program ini bertujuan bagi mempercepatkan aktiviti tanam semula pokok sawit tua dan tidak lagi produktif dalam kalangan pekebun kecil dan seterusnya mengelakkan kerugian hasil komoditi sawit kepada negara dan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Kerajaan sebelum ini telah menyediakan tanah berbentuk geran bagi bantuan tanam semula dan tanam baharu sawit di bawah RMKe-10 dan RMKe-11 sebanyak RM1 bilion. Sebanyak RM20 juta- dana pinjaman pula disediakan bagi inisiatif tanam semula
sawit TSPKS 1.0 untuk tahun 2019 sehingga 2023. Pada masa ini, berdasarkan kepada kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula program tanam semula sawit secara geran. Namun begitu, bagi membolehkan lebih ramai pekebun kecil sawit mendapat manfaat daripada program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta secara hibrid iaitu dalam bentuk 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman untuk melaksanakan program tanam semula sawit TSPKS 2.0 bagi tahun 2024. Dianggarkan seramai 1,500 orang pekebun kecil sawit yang akan menerima manfaat daripada program ini yang melibati keluasan tanam semula sebanyak 5,900 hektar. Program ini telah mendapat sambutan yang baik. Sehingga 12 Julai 2024, seramai 413 orang pekebun kecil dengan keluasan tanaman 1,725 hektar melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM26.93 juta telah diluluskan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan ini, kita berharap ia akan dapat membantu pekebun kecil persendirian meningkatkan pendapatan dan produktiviti di sektor sawit secara keseluruhan. Sekian.
Pasir Salak.
Terima kasih Puan Speaker, Timbalan Menteri. Selain penyaluran dana bagi komponen geran dan pembiayaan di bawah program penanaman semula sawit yang disalurkan melalui Agrobank, soalan tambahan Pasir Salak, apa usaha proaktif untuk meringankan bebanan kira-kira 26 peratus pekebun kecil daripada 5.65 juta hektar ladang kelapa sawit seluruh negara, terutamanya di Pasir Salak misalnya melalui pembelian baja, racun, input pertanian serta pembelian alat pertanian?
Untuk makluman Pasir Salak, untuk bantuan-bantuan yang berbentuk lain yang...
[Bangun]
[Bangun]
Salah satu yang paling recently, yang paling baru diperkenalkan adalah BUDI MADANI yang untuk menolong pekebun kecil dalam menembusi tanggungan kos untuk penyasaran semula diesel ini. Selain ini, yang untuk hasil untuk bantuan daripada segi input pertanian, sekarang kerajaan ini berdasarkan kemampuan kewangan yang sedia ada, kita tak ada program yang seumpama. Walau bagaimanapun, kita sentiasa menolong daripada segi KPSM, koperasi melalui SPOC atau koperasi supaya pekebun kecil ini dapat manfaat. Seperti contoh, kita akan memberikan pusat timbang untuk KPSM dan juga untuk menolong pekebun kecil ini untuk mendaftar untuk MSPO.
Tampin.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berdasarkan pertemuan dan perbualan bersama para pemain industri sawit di kawasan saya, terdapat beberapa perkara yang menjadi keluhan mereka berhubung permohonan Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 ini. Persoalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji semula prosedur permohonan bersama pihak bank yang dikatakan agak menyusahkan daripada segi dokumentasi? Pekebun kecil sawit dan getah ini adalah masyarakat luar bandar yang susah. Timbalan Menteri, saya mencadangkan tanam semula pekebun kecil sawit ini diberi bantuan penuh, bukan pinjaman 50 peratus seperti mana Kerajaan Barisan Nasional laksanakan sebelum ini.
Ya, seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri KPK, kita- Kementerian ini sekarang tengah buat untuk review, untuk windfall tax, windfall levy yang sekarang kita kutip, cuma dia bukan dipulangkan untuk sektor perladangan. Kita nak mencadangkan kepada Kementerian Kewangan bahawa
segala yang kita kumpul daripada yang windfall levy ini akan dikembalikan untuk penggunaan sektor perladangan. Dengan itulah, baru kita boleh menangani isu di mana kemampuan kewangan yang terkekang sekarang ini. Terima kasih.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.
Speaker, satu soalan lagi boleh? Berkaitan sawit.
...Dah duduk Hulu Terengganu, duduk.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, soalan Kuala Pilah di nombor 7. Terima kasih.
Silakan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
7. Dato' Adnan bin Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan penggunaan teknologi terutamanya melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara bagi mengurangkan risiko berlakunya ancaman jenayah kepada negara.
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri sentiasa komited bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara. Justeru, bagi membanteras dan mengekang ancaman keselamatan di sempadan negara ke arah memastikan keutuhan wilayah Malaysia terus terjamin, KDN melalui agensi-agensi penguatkuasaan di sempadan iaitu Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PGA PDRM), Pasukan Polis Marin Polis Diraja Malaysia (PPM PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan ESSCOM telah mengambil langkah- langkah sewajarnya termasuk mempertingkatkan kemampuan teknologi dalam penguatkuasaan kawalan keselamatan sempadan negara. Untuk makluman Yang Berhormat, penggunaan teknologi di sempadan adalah sangat penting dalam meningkatkan kawalan keselamatan sempadan negara memandangkan penugasan kawalan sempadan negara menjadi semakin kompleks dan dinamik ekoran daripada ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan, pencerobohan pihak asing ke wilayah negara dan risiko penyeludupan barang-barang kawalan di sempadan. Oleh yang demikian, KDN sentiasa meneroka penggunaan teknologi baharu, suatu inovasi terkini sejajar perkembangan teknologi semasa dalam penugasan agensi keselamatan kawalan sempadan negara. Dalam memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negara, KDN melalui APMM telah menggunakan, mengguna pakai teknologi terkini dan yang berkemampuan untuk berhadapan pelbagai bentuk ancaman keselamatan sempadan maritim seperti SWASLA, C4ISR, Sistem Cospas-Sarsat bagi membantu operasi carian maritim. Manakala bagi pengoperasian, PGA PDRM juga turut telah menggunakan teknologi terkini kamera litar tertutup iaitu sistem pemantauan sempadan sebahagian kawasan pagar dan tembok sempadan di Padang Besar, Perlis. Pada masa yang sama, PGA PDRM dalam perancangan guna teknologi dalam kawalan risikan keselamatan di kawasan operasi, sebagai makluman, PGA telah diluluskan peruntukan untuk dron dan juga radar yang kedua-duanya dalam proses perolehan perbekalan. Sebagai usaha ke arah memperkasakan penggunaan teknologi artificial intelligence (AI) dalam kawalan keselamatan sempadan, KDN kini dalam tindakan pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan pembangunan sistem kawalan Sistem Kawalan
Sempadan Negara- National Border Control System (NBCS). Cadangan pembangunan NBCS ini adalah sebagai langkah strategik KDN untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan Malaysia melalui teknologi terkini selari dengan perkembangan teknologi semasa dunia. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan sistem NBCS yang dicadangkan ini akan dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini dan teknologi AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar- real-time dan pengawasan sepanjang masa secara berterusan- sedikit lagi Yang Berhormat. Dalam melindungi sempadan darat dan maritim Malaysia demi keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara. Penggunaan berasaskan teknologi AI ini akan membolehkan pengesanan objek dilaksanakan secara efektif di samping dapat mengelakkan penggera palsu serta ia dapat membantu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kawalan keselamatan di sempadan .
Buat masa ini, KDN dalam pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan penggunaan sistem kawalan sempadan negara, National Border Control System di bawah peruntukan Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kajian ini dilaksanakan oleh Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) KDN melalui pelantikan pasukan penyelidik dan pakar daripada universiti awam yang telah bermula pada 7 September 2023 dalam tempoh kajian selama 14 bulan dan dijangka berakhir pada November ini. Terima kasih.
Kuala Pilah.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang panjang lebar sehinggakan jawapan soalan tambahan saya pun dah dijawab dah. Namun begitu, saya ingin tanyakan di sini berdasarkan Indeks Pengawasan Global (AIGS) Carnegie, sebanyak 75 buah negara kini telah menggunakan pengawasan AI dengan sistem pengecaman muka digunakan oleh 64 buah negara. Adakah kementerian bercadang untuk menaik taraf fasiliti di pintu masuk negara daripada menggunakan sistem biometrik kepada sistem pengecaman muka bagi memudah dan melancarkan urusan kawalan sempadan negara? Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, benar melalui JIM, KDN sedang membangunkan sistem biometrik dengan keupayaan AI yang dinamakan Automated Biometric Identification System (IBIS) sebagai sebahagian komponen projek NIISe. Sistem ini dijangka sedia digunakan pada 2026. Terima kasih.
Padang Besar.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya melihat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan AI tadi dan diharap kecanggihan sistem AI dan data raya itu dapat membantu kementerian dalam pemantauan di sempadan. Soalan saya, sejauh manakah hasil kajian kebolehlaksanaan yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi tentang Sistem Kawalan Data Sempadan atau NBCS setakat ini? Adakah kementerian bersedia untuk mendigitalkan semua transaksi dan mewujudkan pusat data secara bersepadu untuk semua agensi di bawah kementerian? Terakhir, terima kasih atas inisiatif untuk di Padang Besar yang dinyatakan tadi. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya nyatakan tadi bahawa kementerian telah pun melantik pihak universiti tempatan untuk buat kajian dan kajian ini dalam dan sedang dilakukan. Apa juga teknologi terkini akan diguna pakai bagi
membolehkan kawalan sempadan kita selamat dan dapat menjamin apa juga isu-isu yang berbangkit ketika ini. Kita harap Julai ini pasukan ini akan membuat pembentangan dan September kita akan buat keputusan. Sebagaimana saya jawab tadi. Terima kasih.
[Bangun]
Saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.
Terima kasih Puan Speaker. Katak lompat atas papan; Soalan saya nombor lapan.
8. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan: (a) berapa jumlah perpustakaan digital berdaftar di seluruh negara dan perkhidmatan yang ditawarkan; dan (b) apakah inisiatif dan strategi kementerian untuk menarik minat anak muda mendekati perpustakaan digital ini.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua soalan dalam soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat yang mana saya akan menjawab satu persatu. Soalan pertama, berapa jumlah perpustakaan digital berdaftar di seluruh negara dan perkhidmatan yang ditawarkan? Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, perpustakaan digital merupakan satu rangkaian koleksi digital yang berkualiti dan diuruskan mengikut standard antarabangsa meliputi pembangunan koleksi serta boleh diakseskan dengan cara yang sistematik menggunakan sistem pengurusan perpustakaan yang bersesuaian. Antara perkhidmatan perpustakaan digital yang ditawarkan adalah seperti e-buku, e-jurnal, e- artikel, e-pembelajaran, e-majalah dan e-surat khabar, perkhidmatan pinjaman dalam talian, katalog dalam talian, buku audio, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan. Ketika ini terdapat 11 buah perpustakaan digital di bawah bidang kuasa Perpustakaan Awam Negeri dan universiti iaitu: (i) Penang Islamic Digital Library di Pulau Pinang; (ii) Padang Tembak Digital Library di Pulau Pinang; (iii) Perpustakaan Digital Tasek Gelugor di Pulau Pinang; (iv) Perpustakaan Digital Butterworth di Pulau Pinang; (v) Perpustakaan Digital Batu Maung, juga di Pulau Pinang; (vi) Perpustakaan Digital Negeri Kedah; (vii) Siti Hasmah Digital Library MMU; (viii) Tun Abdul Razak Digital Library oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia; (ix) Perpustakaan Digital UPSI, di Tanjong Malim; (x) Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Digital Library, Open University Petaling Jaya; dan (xi) Pustaka KL Digital Madani di Bandar Sri Permaisuri, Perpustakaan Kuala Lumpur DBKL.
Sehubungan dengan itu, kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menyediakan satu garis panduan berkaitan perpustakaan digital untuk rujukan oleh semua perpustakaan di Malaysia. Berkenaan dengan soalan kedua, apa inisiatif dan strategi kementerian untuk menarik minat anak muda mendekati perpustakaan digital ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini tiada sebarang perpustakaan digital secara fizikal di bawah kelolaan atau pemilikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Walau bagaimanapun, kementerian melalui PNM telah menyediakan perkhidmatan digital sejak tahun 2011 yang boleh diakses melalui portal u-Pustaka secara 24/7 oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Sehingga Mei 2024, sebanyak 903,854 kandungan digital tersedia dalam portal itu merangkumi e-buku, e-jurnal, e-artikel, e- pembelajaran, e-majalah dan e-surat khabar. Antara inisiatif bagi menarik minat anak muda mendekati perkhidmatan digital oleh PNM adalah pinjaman secara dalam talian. PNM telah menjalinkan kerjasama dengan 12 konsortium bersama Perpustakaan Awam Negeri bagi membolehkan pinjaman buku secara fizikal dan secara digital dalam talian. PNM turut berkolaborasi bersama 155 orang ahli konsortium Katalog Induk Kebangsaan (KIK) yang terdiri dari PNM, perpustakaan awam, perpustakaan khusus guna sama, perpustakaan akademik iaitu di universiti awam dan universiti pengajian tinggi swasta serta perpustakaan pihak swasta bagi memudahkan perkongsian sumber perpustakaan.
Yang Berhormat, masih panjang lagi?
Tidak. Just two paragraphs.
Bagi jawapan bertulis sahaja. Terlalu panjang jawapan.
Okey, terima kasih.
Kepala Batas.
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas dan komprehensif sebentar tadi. Soalan tambahan saya adalah dalam usaha membudayakan zaman perkongsian sumber ini, apakah usaha proaktif bagi menambah koleksi khazanah ilmu negara dalam bentuk digital yang boleh diakses pada bila-bila masa mengambil kira perubahan demografi penduduk? Adakah terdapat usaha dan cadangan daripada pihak kementerian untuk mendapatkan kembali manuskrip asal yang terdapat di luar negara secara digital?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak lima cadangan inisiatif transformasi perkhidmatan perpustakaan telah dicadangkan untuk mempromosikan ataupun memperkasakan penggunaan perpustakaan digital iaitu: (i) pendigitalan Koleksi Khazanah Warisan Negara; (ii) perkhidmatan Metaverse Space PNM; (iii) Galeri Maya Kebitaraan Malaysiana; (iv) pembangunan teknologi robotik dalam perkhidmatan perpustakaan; dan (v) pembangunan aplikasi mudah alih SuperApps PNM.
Program-program yang telah dilaksanakan bagi menarik golongan muda adalah seperti berikut: (i) Seminar Literasi Media dan Maklumat Kebangsaan 2022; (ii) Minggu Literasi Media dan Maklumat Global 2022;
(iii) Program e-Usahawan at PD Perpustakaan Desa Kampung Pancing, Pahang; dan (iv) Kembara Ilmu sempena sambutan Minggu Perpaduan. Berkenaan dengan soalan, adakah usaha-usaha sedang diambil untuk membawa balik koleksi kesusasteraan Melayu, kita akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Bukit Bintang.
Terima kasih tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya yang berhormat, adakah kerajaan bercadang untuk membuka perpustakaan digital di kawasan Bukit Bintang dalam masa terdekat oleh sebab permintaan semakin meningkat oleh pengguna-pengguna. Terima kasih.
Berkenaan dengan soalan sama ada kerajaan berhasrat untuk menubuhkan sebuah perpustakaan digital seperti mana yang telah saya terangkan tadi, di bawah pengelolaan Perpustakaan Nasional Malaysia tiada sebarang perpustakaan digital, tetapi semua perpustakaan yang dikawal selia di bawah Perpustakaan Nasional Malaysia, ada sudut ataupun ada bahagian digital. Di mana semua yang minat untuk sama ada menggunakan perkhidmatan e-digital ataupun meminjam buku-buku koleksi di bawah PNB di laman portal yang saya telah katakan tadi iaitu di portal u-Pustaka, www.u-library.gov.my, jadi sesiapa, di mana-mana juga boleh akses kepada perkhidmatan ini. Terima kasih.
Saya jemput Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9. Terima kasih.
9. Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, apakah dengan kenaikan tarif elektrik akan mengakibatkan industri yang bergantung kepada penggunaan elektrik yang tinggi seperti sektor pembuatan, pemprosesan makanan dan minuman akan terjejas dari segi pendapatan dan apakah solusi kementerian bagi membantu industri tersebut.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli- ahli yang berhormat, tarif elektrik disemak setiap 6 bulan melalui mekanisme imbalance cost pass-through ataupun ICPT, dengan mengambil kira kos bahan api dan penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang. Secara prinsipnya semua pengguna sepatutnya membayar tarif elektrik mengikut penggunaan elektrik mereka berdasarkan bahan api di pasaran dan perkara ini berada di luar kawalan kerajaan. Namun begitu, bagi memastikan indeks harga pengguna, dan juga kadar inflasi negara berada dalam keadaan terkawal, kerajaan sentiasa memutuskan supaya kadar surcharge ICPT yang dilepaskan kepada pengguna, adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat dan industri. Dalam hal ini kerajaan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM16.52 bilion pada tahun 2022, dan RM7.41 bilion pada tahun 2023, bagi membiayai subsidi elektrik ICPT kepada pengguna domestik dan pengguna bukan domestik termasuk sektor pembuatan, pemprosesan makanan dan minuman.
Kerajaan pada tahun 2023 pula, telah membuat keputusan untuk melaksanakan pemberian subsidi elektrik secara bersasar yang mana subsidi elektrik masih diberi sehingga kini kepada pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah, pertanian spesifik serta operator air dan pembetungan yang terdiri daripada perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan lain-lain seumpamanya. Pemberian subsidi elektrik kepada kategori ini adalah wajar supaya dapat mengekalkan harga semasa bahan mentah masakan di pasaran dan makanan yang siap dimasak. Selain itu, Puan Yang di-Pertua pengguna bukan domestik yang berada dalam kategori MV dan HV iaitu sederhana tinggi dan tinggi penggunaan voltage telah menikmati penurunan kadar surcharge ICPT daripada 20 sen per kilowatt jam, bagi Tempoh Januari hingga Jun 2023, kepada 17 sen per kilowatt jam bermula dari Julai 2023 hingga Jun 2024. Seharusnya penurunan kadar surcaj ini dapat membantu pihak industri meringankan beban hutang bulanan mereka kerana komitmen bulanan kos operasi utiliti elektrik telah berkurang. Untuk makluman bagi Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada 28 Jun 2024 telah bersetuju supaya tiada kenaikan dan seterusnya semua pengguna komersial dan industri di semenanjung akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen per kilowatt jam bagi tempoh Julai hingga Disember 2024. Ini bermakna, surcaj bagi pengguna bukan domestik kategori voltan rendah iaitu LV iaitu tarif B dan D. Pengguna dalam tarif kategori pertanian spesifik tarif H, H1 dan H2 dan operator air dan pembetungan telah diturunkan kepada 2.70 sen per kilowatt jam manakala surcaj bagi pengguna bukan domestik dalam kategori bagi voltan sederhana MV dan voltan tinggi HV telah diturunkan kepada 16 sen per kilowatt jam. Akhir sekali bagi melaksanakan keputusan ini, kerajaan juga telah memperuntukkan subsidi berjumlah RM871 juta khusus kepada pengguna kategori komersial dan industri tersebut bagi tempoh Julai hingga Disember 2024. Sekian, terima kasih tuan Yang di-Pertua.
Port Dickson.
Terima kasih jawapan Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adakah tarif yang kita ada ini kita mampu menarik pelabur untuk bersaing dengan negara jiran kita dan apakah hala tuju kementerian dalam menetapkan kadar tarif elektrik pada masa akan datang bagi mengurangkan beban kepada rakyat dan industri seterusnya bagi memastikan pembangunan ekonomi negara yang berkesan. Terima kasih.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson. Ketika ini kerajaan telah pun membuktikan tawaran yang diberikan kepada pelabur telah berjaya menarik minat ramai pelabur asing seperti Google dan Microsoft dan sebagainya untuk melabur di Malaysia. Salah satu daripada tarikan tersebut adalah kadar tarif di Semenanjung yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara. Seterusnya, kerajaan masih menggunakan kerangka incentive-based regulation ataupun IBR bagi penetapan kadar tarif di Semenanjung untuk masa akan datang. Kerangka ini terbahagi kepada dua- komponen utama iaitu purata tarif asas elektrik yang disemak setiap tiga tahun dan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT yang disemak pada setiap enam bulan. Dalam hal ini, kerajaan pada 5 Januari 2022, telah bersetuju supaya purata tarif asas elektrik bagi tempoh kawal selia ketiga ataupun RP3 yang bermula pada 1 Januari 2022, hingga 31 Disember 2024 ditetapkan pada kadar 39.95 sen per kilowatt jam, setelah mengambil kira unjuran harga bahan api iaitu arang batu dan gas keperluan kos modal iaitu capex, opex dan kadar keuntungan TNB yang munasabah bagi tempoh tiga tahun tersebut. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Jerantut.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Apa langkah kerajaan untuk memperluas program rebat elektrik, yang sekarang ini hanya diberikan kepada kategori miskin tegar yang di mana purata pendapatan nasionalnya adalah RM1,189 ke bawah. Boleh tak kita panjangkan kepada mereka yang berada di tahap miskin dalam program sistem eKasih? Yang kedua ialah bagi mengurangkan kos penghasilan elektrik melalui bahan bakar seperti arang batu dan juga gas, apakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan subsidi tenaga boleh baharu dalam membantu untuk merangsang pembekalan tenaga hijau elektrik di seluruh negara?
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Bagi menjawab persoalan itu, betul kita memang ada bagi rebat kepada golongan sasaran, tetapi pada masa yang sama, sementara soalan asal tadi berkaitan dengan bukan domestik, untuk kategori domestik iaitu pengguna di rumah bagi tempoh Julai sehingga Disember 2024 sebenarnya kerajaan memberi rebat sebanyak 2 sen iaitu pengurangan daripada ICPT tadi. Yang kedua bagi pengguna antara- iaitu yang mengguna bawah 600 kilowatt per jam. Bagi kategori 600 sehingga 1500 kilowatt per jam, sebenarnya tiada surcaj ICPT yang dikenakan. Selebihnya bagi mereka yang menggunakan lebih daripada 1500 kilowatt per jam barulah ada surcaj ICPT. Cuma bagi menerangkan lagi persoalan tersebut, sebenarnya dalam tempoh Julai sehingga Disember 2024 untuk pengguna domestik, kerajaan akan menanggung atau memberi subsidi sebanyak RM1.321 bilion. Maka sebab itu dari segi mekanisme cara kita membantu rakyat ada dua kaedah tadilah. Satu, rebat kepada yang miskin tegar.
Kedua, mengikut kepenggunaan yang rendah, kita memberi juga pengurangan daripada segi ICPT tadi dan akhir sekali, untuk menggalakkan TBB- tenaga boleh diperbaharui. Sememangnya tahun ini kerajaan memperkenalkan dasar ataupun pakej yang dipanggil SolaRIS, yang mana mereka yang ingin mengguna pakai solar di bawah NEM ini, untuk pengguna domestik memang akan mendapat subsidi sebanyak RM1,000 bagi setiap kilowatt, tetapi kita hadkan kepada RM4,000 untuk setiap rumah. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. Setiausaha. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan, bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 16 Julai 2024.”
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi oleh Menteri hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG TIMBANG TARA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERUBATAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perubatan 1971; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2024 dibacakan kali kedua sekarang. Puan Yang di-Pertua, sebagaimana yang semua sedia maklum, pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 11 Julai 2024 pada kira-kira pukul 6.30 petang, Dewan ini telah meluluskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 secara sebulat suara. Saya berterima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen kedua-dua blok kerajaan dan blok pembangkang atas sokongan dan juga perbahasan yang telah diberikan. Walaupun masa undi blok pembangkang telah keluar tetapi pun kita dapat undi suara, saya ucapkan terima kasih. Usaha kita ini pasti akan membuka ruang bagi saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam keadaan yang lebih kondusif kepada keperluan mereka, lantas mengurangkan trauma yang dihadapi. Puan Yang di-Pertua, melalui rang undang-undang yang telah diluluskan pada hari Khamis lalu, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676] dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi kedua-dua peruntukan substantif dan peruntukan tatacara mengenai keterangan saksi kanak-kanak dan Akta 676 akan menjadikan perundangan utama yang memberikan tumpuan bagi keterangan saksi kanak-kanak. Oleh itu pada hari ini, saya bersama-sama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri akan membentangkan rang undang-undang berhubung dengan pindaan-pindaan berbangkit kepada lima pindaan pada rang undang-undang: (i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak [Akta 2017]; (ii) Akta Keterangan 1950; (iii) Akta Sumpah dan Ikrar 1949; (iv) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; dan (v) Akta Angkatan Tentera 1972. Untuk meniadakan peruntukan yang perlu mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak dalam akta-akta tersebut. Sebagaimana yang semua tahu, usaha ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang sentiasa menambah baik perundangan yang sedia ada. Pindaan-pindaan yang dibuat ini bukanlah satu titik noktah kepada reformasi undang-undang berhubung dengan penglibatan kanak-kanak dalam sistem keadilan kita. Pada Mac 2023 lalu, Dewan Rakyat yang mulia ini telah meluluskan pindaan kepada Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak [Akta 2017] termasuklah: (i) bagi menggantikan istilah “pornografi kanak-kanak” dengan “bahan penganiayaan seksual kanak-kanak” selaras dengan global standards; (ii) untuk mengadakan peruntukan kesalahan persembahan kanak- kanak yang berunsur seksual; dan
(iii) bagi mengadakan peruntukan berkenaan dengan perintah pampasan. Pindaan ini telah pun mula berkuat kuasa pada 11 Julai 2023. Namun, rata-rata prosedur keadilan jenayah yang sedia ada tidak bersifat mesra kanak-kanak, di mana masih wujud tatacara yang tidak adil terhadap kanak-kanak yang menyukarkan kanak- kanak untuk memberi keterangan. Sesungguh pun, bila mereka merupakan mangsa jenayah, perkara ini menyebabkan kes di mahkamah terpaksa dilepaskan tanpa dibebaskan atau dengan izin, discharged not amounting to an acquittal (DNAA) dan menyebabkan keadilan tidak dapat dicapai. Sebagai contohnya, berdasarkan sampel kes dari Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Langkawi berkenaan dengan kes jenayah seksual kanak-kanak pada tahun 2020, sebanyak 19 kes jenayah seksual kanak-kanak telah didaftarkan. Namun, sebanyak 12 kes daripada jumlah itu telah mendapat perintah DNAA. Begitu juga dengan trend sampel kes bagi tahun-tahun berikutnya, di mana pada tahun 2021 terdapat 10 kes yang didaftarkan dengan tujuh kes DNAA. Bagi tahun 2022 dan 2023, masing-masing terdapat dua kes yang didaftarkan dengan satu kes DNAA. Jadi, bererti Puan Yang di-Pertua, terdapatnya satu apa yang boleh dianggap sebagai satu pattern, dengan izin. Situasi sedemikian yang telah mendorong Kerajaan Madani sentiasa cakna dengan keperluan semasa untuk mengambil langkah progresif bagi membuat pindaan sewajarnya kepada undang-undang. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang pada hari ini akan mengandungi tiga fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 pula bertujuan untuk memotong Bahagian VI, Akta 792 berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk memasukkan ke dalam akta itu peruntukan yang berhubungan dengan kekompeten saksi kanak-kanak dalam memberikan keterangan dan untuk membenarkan mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak- kanak yang diberikan dengan bersumpah atau selainnya. Dengan pindaan ini, kekompeten saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, sekiranya mangsa adalah kanak-kanak dan persabitan seseorang bagi kesalahan di bawah akta itu atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada akta itu, sekiranya mangsa ialah kanak-kanak berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak, hendaklah diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi 2007. Fasal 3 bertujuan meminda Jadual kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berbangkit daripada pindaan yang dibuat dalam fasal 2. Sebagaimana yang telah saya maklumkan pada Dewan yang mulia ini sewaktu bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 pada hari Khamis lalu, kerajaan tekad untuk meneruskan usaha dalam memartabatkan kedudukan saksi kanak-kanak dalam sistem keadilan negara kita dan tidak meremehkan peranan mereka.
Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia termasuklah di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dengan izin, Convention on the Rights of the Child. Memetik ungkapan pejuang hak asasi manusia terkemuka, Nelson Mandela semasa pelancaran Dana Kanak-kanak di Pretoria, Afrika Selatan, berkata, “There can be no keener revelation of a society’s soul than the way in which it treats its children”.
Dengan itu Puan Yang di-Pertua, reformasi undang-undang ini adalah bermatlamat untuk mengangkat kedudukan saksi kanak-kanak setara dengan kedudukan saksi orang dewasa bukan sahaja mencerminkan hasrat murni kerajaan tetapi turut menggambarkan jiwa rakyat Malaysia yang secara seluruh mempunyai elemen ihsan yang begitu tinggi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Ada sesiapa yang menyokong?
Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya dimaklumkan bahawa Tan Sri Speaker hanya membenarkan empat orang pembahas. Dua dari sebelah sini dan dua dari sebelah sana. Jadi, saya baca senarai pembahas yang saya terima iaitu YB Puchong, YB Tumpat, YB Jelutong dan YB Rantau Panjang. Setiap pembahas dibagi lima minit sahaja. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak (Pindaan). Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membawa pindaan akta-akta yang lebih melindungi hak kanak-kanak dalam keterangan saksi kanak-kanak. Ia melibatkan enam akta yang berkaitan. Puan Speaker, Puchong sudah kira ini adalah kali ketiga kalau tak silap, BHEUU membawa RUU pindaan akta supaya undang-undang di Malaysia lebih melindungi kanak- kanak kita. Hujung Mac tahun lepas, BHEUU telah membentangkan dan Dewan yang mulia ini telah pun meluluskan pindaan kepada Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dengan lebih baik daripada semua bentuk eksploitasi dan penderaan seksual. November tahun lepas, BHEUU sekali lagi membentangkan dan Dewan ini meluluskan RUU pindaan Akta 597 Akta SUHAKAM supaya mandat Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) diperkasakan dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia. Terdapat 9.13 juta orang kanak-kanak di Malaysia iaitu hampir satu pertiga populasi kita. Walau bagaimanapun, mereka tiada hak untuk mengundi. Oleh itu, mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang peka kepada keperluan dan kebajikan mereka. Dengan itu, Puchong ingin mengucapkan penghargaan kepada Menteri BHEUU dan Kerajaan Madani yang begitu prihatin kepada kanak-kanak di Malaysia dengan membawa pindaan undang-undang bukan satu kali, dua kali tetapi berbilang kali supaya undang- undang di Malaysia lebih melindungi anak-anak kita dan Puchong sangat berharap kerajaan akan teruskan usaha ini. Puan Speaker, seterusnya Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk tanya beberapa soalan yang berkaitan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak kepada kerajaan. Isu yang pertama adalah berkenaan dengan- tentang statistik tempoh perbicaraan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pekeliling Ketua Pentadbir Bil. 2/2017 telah pun memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak siap dalam tempoh 12 bulan.
Puchong ingin tahu, bagi tahun 2023 dan 2024, berapakah peratus kes yang dapat mencapai KPI ini? Untuk kes backlog semasa krisis COVID-19, adakah mahkamah telah pun clear? Berapakah masih pending lagi? Dengan izin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tempoh perbicaraan adalah sangat penting kerana makin panjang tempoh perbicaraan, makin tinggi kemungkinan mangsa kanak-kanak akan give up dalam perjalanan mereka mencari keadilan. Isu kedua adalah berkenaan dengan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak (JSKK). Berapakah mahkamah JSKK sekarang dan adakah kerajaan merancang untuk memperbanyakkan lagi mahkamah JSKK? Apa status inisiatif mahkamah bergerak melalui Belanjawan 2024 dan adakah kerajaan merancang untuk menggunakan prasarana bergerak untuk memudahkan mangsa jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka tidak perlu pergi jauh, mahkamah yang jauh dalam menghadiri perbicaraan JSKK. Akhir sekali, untuk makluman Puan Speaker, Menteri dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, kita sekarang sedang menyediakan penyata bertajuk “Sistem Keadilan Jenayah Terhadap Mangsa Seksual Kanak-kanak di Malaysia” yang merangkumi syor kepada pelbagai pihak kerajaan untuk menambah baik keadaan yang sedia ada berkenaan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Penyata ini akan dibentangkan sebelum sesi Parlimen ini habis. Saya sangat berharap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh baca dan menggunakan poin-poin dalam perbahasan YB-YB sekalian pada sesi-sesi Parlimen akan datang. Puan Speaker, dalam pernyataan tersebut juga ada syor-syor untuk meminda Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak untuk menambah baik lagi perlindungan terhadap kanak-kanak dari pelbagai aspek. Puchong telah pun baca berita bahawa BHEUU sekarang juga dalam peringkat mengkaji pindaan akta ini dan harap JKPK boleh diberi peluang semasa peringkat menyediakan draf RUU untuk membentangkan syor-syor kami. Sekian sahaja dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada keadaan yang berlaku dalam kes yang membabitkan kesalahan seksual kanak-kanak di mana dalam hal ini kita akan berhadapan dengan kesalahan ini yang melibatkan kanak-kanak sebagai saksi. Jadi bila melibatkan kanak-kanak sebagai saksi, kita harus mempunyai satu minda bahawa anak-anak ini merupakan suatu aset negara. Mereka akan mempunyai kesan kepada apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka. Jadi dalam hal ini, bagaimanakah kerajaan akan mendidik masyarakat supaya menyediakan kanak-kanak sebagai saksi ataupun mengelakkan mereka sebagai pelaku pada masa akan datang? Yang paling penting, kita lihat di sini ialah pendidikan, kefahaman, pengurusan dan pengawasan di rumah, sekolah dan komuniti di mana saya mencadangkan untuk kerajaan memperundangkan agar advokasi pendidikan dan kesaksian berkait dengan kesalahan kanak-kanak sama ada seksual dan sebagainya diberikan kepada ibu-bapa dan diwajibkan melalui pegawai kerajaan terutamanya sebagai SKT, kursus keibubapaan, hak dan tanggungjawab supaya mereka mengetahui tentang perkembangan terkini kepada keadaan kanak-kanak di Malaysia. Ini juga melibatkan pihak swasta sebagai majikan. Kita juga harus melibatkan pihak PIBG, FINAS dan juga semua pihak yang berkenaan.
Kita juga melihat bagaimana peranan yang dibuat oleh LPPKN. Sebelum ini saya dah sebut bahawa LPPKN ini adalah Lembaga di mana kalau nak hadir program LPPKN, kena bayar. Jadi saya mencadangkan untuk kes membabitkan kanak-kanak, pendidikan yang diberikan oleh LPPKN kepada ibu bapa ini diberikan secara percuma dan juga libatkan pihak-pihak yang beruniform sebagai contohnya KAGAT, BAKAT dan sebagainya untuk terlibat dalam pendidikan kanak-kanak ini kerana kita percaya bahawa ini merupakan cara paling asas untuk kita mencegah dan mendidik kanak-kanak. Dalam hal ini juga, kita juga menyeru kepada pihak KKM, boleh juga memberikan pendidikan ibu bapa hamil ini termasuk juga tentang hak kanak-kanak termasuklah kesalahan seksual dan kesaksian mereka dalam mahkamah sekiranya perlu. Pemimpin masyarakat, imam masjid dan KPM juga perlu membuat tindakan yang lebih agresif dalam mengadakan perkara ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimana kita mempunyai suatu mekanisme bagi mengatasi kesan trauma kepada kanak-kanak sebagai saksi sama ada daripada segi fizikal, emosi, psikologi, spiritual, mentally stressed, persekolahan dan juga identiti. Adakah mereka akan dikira tidak hadir sekolah dan sebagainya kerana mereka terpaksa menjadi saksi, mungkin bukan satu kali tetapi beberapa kali. Bagaimana pula bila saksi ini harus datang ke mahkamah ditemani oleh ibu bapa mereka, adakah ibu bapa mereka juga turut disepina dan mendapat cuti daripada majikan sekiranya anak mereka telah dipanggil sebagai saksi untuk kes-kes begini. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya membuat suatu jurnal keterangan ataupun jurnal mengenai kes kanak-kanak ini melibatkan kesalahan seksual ataupun kesalahan jenayah supaya menjadi rujukan yang mudah kepada ibu bapa dan juga komuniti untuk merujuk kepada keadaan-keadaan yang berlaku. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah dia punya relationship di antara kanak- kanak yang terabai contohnya kanak-kanak ini menjadi saksi tetapi mereka merupakan anak yatim dan juga anak mangsa perceraian dan anak yang miskin. Bagaimana proses aduan, siasatan dan pembuktian dapat diberikan kepada mereka kerana mereka ini mungkin tidak mendapat penjagaan yang sepenuhnya daripada pihak-pihak yang berwajib kerana mereka telah diabaikan dalam masyarakat. Jadi, kita ingin tahu perkara ini supaya ia memberikan suatu- templat bagaimana kita boleh menjaga kanak-kanak sebagai saksi khususnya berkaitan dengan kes-kes seksual ini. Kita juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan bersetuju untuk memastikan bahawa terdapat suatu sistem sokongan, special task force dan juga support group yang dilatih untuk kanak-kanak yang menjadi saksi seperti ini dan kita percaya bahawa semua yang kita buat ini sebenarnya ada kaitan dengan pendidikan, pengurusan dan pengawasan rumah tangga yang kita perlu terapkan dalam keluarga masing-masing.
Jadi, kita mencadangkan agar semua pendidik juga harus mendedahkan keperluan keluarga Islam tentang pendidikan dan pengurusan seksual dalam al-Quran. Sebagaimana kalau kita lihat Allah SWT telah menerangkan kepada kita tentang pengasingan tempat tidur, tentang aurat, bagaimana kita mengelakkan daripada zina dan sebagainya daripada segi rangsangan dan sebagainya kerana dalam Islam, sekali pun anak ini berusia 16 tahun, sekiranya dia telah pun datang haid dan telah pun cukup umur, dia dikira telah pun dewasa. Jadi dalam hal ini, mesti diterangkan dengan cara yang betul supaya mereka dapat membuat keputusan dan menjadi saksi yang benar-benar bermanfaat untuk mahkamah dan juga masyarakat. Juga saya ingin bertanya kepada kerajaan berkenaan dengan ada juga kesalahan melibatkan jenayah yang berlaku secara berkumpulan. Jadi kanak-kanak ini akan memberikan kesaksian. Jadi, bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa tidak ada sebarang penganiayaan yang berlaku?
Kita ada juga dengar satu kes di mana seorang kanak-kanak telah memberikan kesaksian yang salah kepada bapanya, sedangkan kes sebenarnya tidak berlaku. Jadi, apa perkara-perkara ini dapat kita cegah supaya tidak menganiaya mana-mana pihak kerana kesaksian kanak-kanak ini walaupun kompeten, tetap juga perlu mempunyai standard yang tinggi dalam pengawasan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya pertamanya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas undang-undang yang telah digubal dan telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Semestinya seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Puchong, undang-undang ini menunjukkan keprihatinan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun atas kesalahan-kesalahan seksual khususnya yang melibatkan kanak-kanak. Daripada laporan media saya difahamkan, 18,326 kes telah dilaporkan sejak tahun 2018 sehingga ke November tahun lalu. Daripada kesalahan-kesalahan yang telah dilaporkan, kesalahan-kesalahan yang telah dinyatakan adalah rogol, sumbang mahram, pelbagai keganasan dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Setiap hari kita baca dalam laporan surat khabar, media sosial terdapat kejadian kanak-kanak dipukul dan didera sama ada oleh bapa angkat, anak angkat ataupun menjadi mangsa seksual oleh ayah dan ibu bapa sendiri. Saya juga difahamkan bahawa kesalahan-kesalahan seksual ini telah meningkat sebanyak 9.5 peratus di Malaysia. Saya menyokong undang-undang ini. Walaupun saya merupakan seorang pengamal undang-undang, saya sedar apabila menghadiri taklimat, bahawa tujuan rang undang-undang ini digubal adalah untuk memudahkan prosiding di mana kanak-kanak itu akan memberi keterangan. Saya dengar dengan tekun pernyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri khususnya perkara bahawa, “Dengan pindaan ini, kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah akta ini dan mana-mana kesalahan yang lain akan dipermudahkan”. So, saya menyambut baik. Timbalan Speaker, pada masa yang sama, kita mengambil langkah-langkah untuk memudahkan pemberian keterangan di mahkamah terutamanya berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang melibatkan kanak-kanak. Saya juga ingin menyarankan supaya kita tidak boleh melupakan kes-kes yang telah berlaku pada masa yang lampau. Timbalan Speaker, saya minta izin untuk melencong sedikit. Hari ini di pekarangan Parlimen, kita ada keluarga Teoh Beng Hock yang hadir untuk menyerahkan memorandum, 15 tahun selepas kematian beliau. Saya berdiri di sini kerana saya juga simpati dengan- ramai yang simpati, kita- semua simpati. Kita juga ingat apa yang berlaku kepada Yang Amat Berhormat Tambun suatu ketika dahulu, ketika dibelasah sehingga beliau lebam di mata, ada mengalami kesengsaraan. So, saya di sini merayu kerana bila saya berada di luar tadi, pelbagai kenyataan yang dibuat yang mengguris hati saya. Sebagai seorang penyokong tegar Yang Amat Berhormat Tambun, saya cuma ingin memohon kepada kerajaan yang ada sekarang untuk memudahkan- mereka hanya ingin datang untuk menyerahkan memorandum sahaja. So saya menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada Menteri yang ada- semua Menteri yang ada kepada Timbalan Speaker, kalau boleh kita memudahcarakan.
Bukan sahaja kes Teoh Beng Hock, mana-mana kes yang lain yang memerlukan perhatian kerajaan kita supaya di luar sana kita tidak memberi persepsi yang salah. Saya sedar bahawa Yang Amat Berhormat Tambun merupakan seorang yang simpati tentang kes-kes begini kerana beliau sendiri pernah menjadi mangsa keganasan. Oleh sebab itu, undang-undang ini sedang digubal dan dibentangkan. Saya menggunakan kesempatan ini untuk menyokong penuh pindaan-pindaan yang telah dibuat. Pada masa yang sama, saya ingin menyarankan supaya kita memudahcarakan perbicaraan-perbicaraan ini dengan menyediakan banyak lagi mahkamah-mahkamah supaya kes-kes melibatkan kanak-kanak terutamanya jenayah seksual, keganasan, dapat dibicarakan dan diputuskan dengan seberapa cepat yang mungkin. Sekian, terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Saya ingin menekankan bahawa pentingnya rang undang-undang ini dan usaha untuk kita melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual yang semakin berleluasa. Statistik menunjukkan bahawa kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan semakin meningkat. Kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana mangsa takut atau malu untuk tampil ke hadapan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk memastikan bahawa undang-undang kita cukup kuat untuk melindungi golongan yang lemah ini dalam masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan ini dalam satu aspek yang melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak iaitu melibatkan daftar pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Daftar yang diperkenalkan pada tahun 2019 ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dengan menyimpan rekod pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak supaya pihak berkuasa boleh memantau mereka dan memastikan mereka tidak mempunyai akses kepada kanak-kanak pada masa akan datang. Saya menyokong penuh usaha ini kerana ini adalah langkah pencegahan yang amat penting. Namun, saya ingin mengajukan beberapa persoalan dan cadangan berkaitan dengan pelaksanaan daftar pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini. Pertama, pohon pihak yang bertanggungjawab untuk menyatakan statistik terkini daftar pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak sejak tahun 2019 hingga 2024. Juga setelah lima tahun daftar ini diperkenalkan, apakah penilaian kerajaan mengenai impak daftar ini dalam meningkatkan keselamatan awam dan mengurangkan kadar jenayah seksual terhadap kanak-kanak? Adakah terdapat data ataupun kajian yang menunjukkan keberkesanan daftar ini? Saya yakin, perlunya ada mekanisme yang jelas untuk memastikan bahawa setiap seorang pesalah dibebaskan dari penjara. Namun, maklumat mereka perlu dikemaskinikan dalam daftar ini. Kita juga perlu memastikan bahawa maklumat ini boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan seperti sekolah, taman asuhan kanak-kanak, organisasi, sukarela yang bekerja dengan kanak-kanak selain perlunya mewujudkan kesedaran kepada pihak yang berkepentingan untuk membuat semakan daftar tersebut mengikut keperluan.
Kedua, kita perlu memastikan bahawa daftar ini tidak disalahgunakan. Apabila daftar ini boleh diakses oleh individu dan pihak yang berkepentingan, kemungkinan terdapat risiko bahawa maklumat dalam daftar ini boleh disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh itu, perlu ada undang-undang yang ketat untuk melindungi bekas pesalah yang telah menjalani hukuman mereka dan memastikan bahawa maklumat ini hanya boleh diakses oleh pihak yang mempunyai kepentingan yang sah. Ketiga, saya ingin mencadangkan juga untuk memasukkan elemen pemulihan dalam penggubalan undang-undang jenayah seksual. Saya percaya bahawa bekas pesalah yang benar-benar insaf layak untuk diberi peluang kedua dan dibantu untuk kembali kepada masyarakat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa mereka mendapat bantuan, sokongan yang diperlukan untuk mengubah hidup mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Program pemulihan ini sangat perlu untuk diperkenalkan untuk membantu pesalah menyesuaikan diri semula dalam masyarakat dan untuk mengelakkan berlakunya pengulangan kesalahan berlaku kepada mereka.
Saya ingin juga penjelasan berkaitan dengan pengurusan kes pra perbicaraan yang mana untuk memastikan kecekapan dan keadilan prosiding. Saya ingin tahu, sejauh mana tambahan sumber diperuntukkan untuk melatih pegawai-pegawai di mahkamah dan mempertingkatkan infrastruktur di mahkamah bagi menangani keperluan pengurusan kes pra perbicaraan? Begitu juga dengan masalah transkripsi bahasa asal dalam rakaman video yang mana kita perlu memastikan bahawa keterangan tersebut masih dapat diterima dengan sah tanpa menjejaskan hak tertuduh. Saya mencadangkan agar satu mekanisme pengesahan alternatif diperkenalkan seperti pengesahan oleh pakar linguistik atau penggunaan bahasa jurubahasa yang diakui dalam menangani terutama melibatkan kanak-kanak OKU ataupun dan sebagainya. Saya mengharapkan supaya usaha terus dibuat untuk kita memastikan undang-undang yang kita gubal ini dapat memberi keadilan yang praktikal terutama kepada kumpulan yang sangat yang perlu kita lindungi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Berikut saya mempersilakan Menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada semua empat orang Wakil Rakyat yang telah memberikan perbahasan mereka, Yang Berhormat Puchong, Tumpat, Jelutong dan juga Rantau Panjang. Saya juga berterima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ada di sini ya. Saya harap jangan pula ada yang keluar. Yang Berhormat Puchong, saya ucap terima kasih sebab beliau adalah pengerusi ya, Jawatankuasa Khas berkenaan dengan wanita, kanak-kanak dan beberapa isu. Saya melihat beliau bersama jawatankuasa sentiasa memberikan komitmen dan sokongan dan tidak ada masalah bagi pihak bahagian undang-undang untuk sentiasa berkomunikasi dan bergerak bersama. Kalau kita tengok Yang Berhormat telah bertanya tentang soalan berkenaan dengan statistik.
Mahkamah kalau kita tengok- saya dah sebut tadi dalam saya punya pembentangan bacaan kali kedua tentang contoh yang berlaku di Langkawi ya Tuan Yang di-Pertua, di mana kes telah ditarik. Bila saya tanya kepada Hakim Mahkamah Seksyen, kenapa kes-kes ditarik balik, sudah tentu pelbagai alasan. Kadang-kadang betullah masalahnya isu saksi, masalahnya isu mangsa. Kita tahu bahawa pindaan yang kita buat ini yang tiga kali kita dah datang ke Dewan yang mulia ini, bukan boleh menjadi penyelesaian sepenuhnya, tetapi mesej kita dengan pindaan kepada keterangan saksi kanak-kanak pada Khamis lepas, dari hari ini dengan segala undang-undang yang berkaitan adalah untuk memberikan maklumat kepada semua di sana. Mangsa jangan khuatir, power pengsaksian akan dilihat sebagai tahap yang sama. Itu tentang isu kompetensi. Berkenaan dengan kredibiliti, itu dilihat di bawah akta pada pindaan pada hari Khamis itu ialah mahkamah memainkan peranan untuk membuatkan timbangan dan penentuan. Berkenaan dengan Yang Berhormat tadi, yang akhir sekali Yang Berhormat telah memaklumkan tentang- Rantau Panjang menimbulkan tentang kalau dalam aspek recording ataupun bahasa, semuanya memang tertakluk kepada mahkamah dan kedua- dua belah pihak boleh memohon kepada kehadiran pakar. Jadi walaupun bagi pihak kerajaan, mahkamah telah mengeluarkan guideline supaya kes diselesaikan dalam masa 12 bulan. Inilah antara isu-isu yang selalu melambatkan kes. Isu-isu di mana dengan kewujudan seolah-olah memerlukan satu aspek mengikuti proses due process kepada yang menjadi mangsa, juga yang dituduh. Itu lah sistem keadilan, tetapi sistem keadilan yang ada dalam negara kita memang kadang-kadang memakankan masa yang begitu lama. Jadi harapan daripada pihak kerajaan dengan pindaan kepada keterangan ini sebagai langkah pertama, sekurang-kurangnya kita dapat mewujudkan juga pada pindaan pada hari Khamis lepas itu, berkenaan dengan case management, dengan izin. Case management ini kita lihat antara satu strategi bagi pihak kerajaan yang dapat membantu ketiga-tiga pihak iaitu mereka yang dituduh dengan peguamnya, mereka yang menuduh dengan pendakwanya dan juga mahkamah iaitu hakim. Harapan saya Tuan Yang di- Pertua, dengan adanya perkara sedemikian, statistik yang ditanya itu pada sesi tahun depan akan memberikan satu jawapan yang lebih membanggakan bahawa banyak kes ini dapat diselesaikan dan tidak ditangguhkan lagi atas isu-isu teknikal. Kalau kita tengok berkenaan dengan mahkamah daripada segi fizikal, memang mahkamah kita sentiasa bina. Kita tahu di Sabah, Sarawak itu ada mahkamah bergerak. Tapi kalau kita nak bercakap pasal mahkamah bergerak- yang mana Yang Berhormat Puchong cakap itu betul. Isu di kawasan luar bandar, bila saksi kanak-kanak itu dia nak datang, mak bapa dia nak kena bercuti, kemudian nak tunggu. Lepas itu dah pergi ke mahkamah, kes pula ditangguhkan sebab kononnya ada banyak lagi kes yang dalam proses dan dalam perjalanan. Memanglah kadang-kadang bila kanak-kanak itu tunggu pada umur 12, 13, 14, 15 tahun, bila dia dah besar, dia tak nak datang lagi sebab dia merasakan satu proses yang memalukan. Itulah harapan daripada pindaan yang kita buat pada hari Khamis dan juga pada hari ini dengan subsequent amendment yang ada pada undang-undang, kita berharap bahawa guideline yang diberikan oleh mahkamah 12 bulan itu memang betul-betul dapat dilaksanakan. Saya telah tulis surat kepada Ketua Hakim Negara dan memaklumkan tentang apa yang berlaku di Langkawi. Saya minta beliau untuk melihat dengan sebegitu dalam, kenapa boleh kes-kes lebih kurang 50 peratus dilepaskan atas sebutan DNAA- discharge not amounting to acquittal. Jadi, inilah yang kadang-kadang memberikan ketakutan sebab kalaupun kita di Parlimen membuat undang-undang yang begitu hebat, tetapi pelaksananya di luar iaitu mahkamah dan juga Polis Diraja Malaysia dan juga pendakwa dan juga peguam-peguam memakan masa yang lama atas proses due process kerana mengikut proses mahkamah, kanak-kanak dalam negara kita menjadi mangsa bukan saja mangsa deraan, itu satu, jenayah, dua, tetapi ketiga, berulang menjadi mangsa kepada systemic injustice yang berlaku pada beliau.
Yang Berhormat.
Itu sebabnya...
Menteri.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri.
...Harapannya ialah apa pun kita letak, yang penting ialah masyarakat secara menyeluruh mesti sama-sama bertanggungjawab ya.
Yang Berhormat Menteri, ada satu persoalan.
Yang Berhormat Puchong.
Ya, terima kasih. Dengan- adakah kerajaan bercadang untuk kes-kes setelah dilepaskan tanpa dibebaskan, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan kesungguhan kerajaan untuk menuduh semula kerana pihak-pihak yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan ini boleh dituduh semula? Walaupun saya sedar bahawa pindaan ini tidak boleh digunakan secara retrospektif, saya sedar, tetapi adakah cadangan untuk kerajaan menuduh semula orang- orang yang telah pun dilepaskan dan tanpa dibebaskan itu? Terima kasih.
Yang Berhormat Puchong, pakar peguam ya, jenayah... [Ketawa] Sebagai pakar peguam, lebih tahu jawapan dia. Discharge not amounting to acquittal maknanya you not acquitted. Discharge amounting to acquittal, your acquitted, tapi dalam kes jenayah, kalau dah discharge dalam tuduhan A, memang betul, dia tak boleh berulang pada tuduhan A. Dia boleh bagi tuduhan B iaitu A 2.0. Yang Berhormat lagi pandai daripada saya dan lagi bijak bestari. Saya terpanggil nak jawab kepada isu yang dibawa oleh wakil-wakil daripada belah sana terutama Tumpat ya. Tumpat bercakap tentang beberapa isu. Saya nak sebut, saya berterima kasih pada Tumpat. Antara cabaran yang paling besar di bawah akta jenayah seksual, walaupun hari ini untuk elemen keterangan ialah seksyen 1 iaitu under- reporting dengan izin. Under-reporting ini bererti bahawa cikgu kah, masyarakat kah, jiran itu dia tahu dan dia tak nak bagi laporan. Itu sebabnya bagi pihak kerajaan, kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran mewujudkan simposium kepada guru-guru besar untuk memberikan laporan dan jangan sembunyi sebab mereka akan dianggap bersubahat secara maklumat yang dia tahu. Keduanya, kita juga telah bercakap dengan Kementerian Perpaduan. Sebagai contoh, bercakap dengan semua kepimpinan dalam kawasan perumahan, kawasan rukun tetangga untuk membantu daripada segi under-reporting. Sebab isu dalam jenayah seksual, pertama sekali mesti ada FRI- First Information Reporting. Kalau reporting, Tuan Yang di-Pertua sebagai orang Polis yang begitu berpangkat tinggi, kalau tak ada report, macam mana? Masalah yang paling besar, kalau peringkat report pun ditarik balik dan ini berlaku ya- saya nak cakap pada Tumpat. Tumpat bercakap tentang isu pendidikan dan sebagainya, saya setuju, tapi Tumpat, saya nak tanya Tumpat. Kalau yang jadi pelaku itu ahli keluarga- harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan bapa, harapkan abang, harapkan datuk. Yang paling dahsyat lagi, harapkan cikgu-cikgu dekat sekolah, ustaz- ustaz di sekolah tahfiz menjadi perpetrator yang utama, apakah nak kata mereka tak ada pendidikan? Mereka memang ada pendidikan. Takkan dia buka sekolah kalau dia tak ada pendidikan. Sebab perkara ini berlaku sebab mereka tahu kanak-kanak dulu sebelum pindaan kita hari Khamis Tuan Yang di-Pertua, bila kanak-kanak bagi laporan, persepsi umum, kanak-kanak suka membohong.
Itu sebab pada hari Khamis, Yang Berhormat semua berbahas dua-dua pihak, memberikan keyakinan kepada mereka di luar itu, bukan di dalam Dewan. Mereka di luar yang mungkin mahu mempunyai niat untuk menjadi pelaku bahawa hari ini, Kerajaan Madani, kanak-kanak buat laporan, kerajaan, agensi kerajaan, mahkamah mesti percaya kepada kanak-kanak tersebut. Itu satu cara kita nak bantu. Sebab di sini memang pendidikan. Saya tak nafi kita memerlukan pendidikan, tetapi kalau pendidik yang pelakunya begitu jijik yang berlaku sebab dia tahu takkan lah orang nak percaya pada anak-anak. Yang paling dahsyat Yang di-Pertua, bila kanak- kanak itu tidak mempunyai kapasiti yang biasa, anak-anak yang mempunyai cabaran dari segi fizikal, daripada segi mental.
Yang Berhormat. Pencelahan sedikit.
Siapakah yang boleh bercakap untuk mereka? Bukan saja sudah menjadi mangsa keadaan, menjadi mangsa lagi kepada keadaan. Jadi, itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan hari ini, memang undang-undang tidak sempurna.
Yang Berhormat, sedikit.
Tetapi, inilah langkah pertama yang saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen.
Yang Berhormat, terima kasih. Saya ingin menyokong tadi apa yang disebut oleh Rantau Panjang mengenai statistik terkini data Daftar Pesalah Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dilaksanakan pada tahun 2019. Sehingga kini, apakah dia punya keberkesanan? Kalau kita ingat, pada tahun 2007, kes Richard Huckle yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris di gereja yang dihadapkan pertuduhan di Mahkamah London 91 kes yang melibatkan juga rakyat Malaysia 23 kes, yang melibatkan jenayah kepada kanak-kanak. Jadi, perkara ini sangat penting untuk diberi perhatian oleh kerajaan kerana semua pihak yang boleh memantau daripada Daftar Jenayah Pesalah Seksual Kanak- kanak supaya tidak berulang apa yang berlaku, kes Richard Huckle tadi.
Terima kasih Pengkalan Chepa. Saya berterima kasih sangat pada soalan itu walaupun tidak ada dalam perbahasan kita kepada isu pendaftaran sebab pendaftaran kanak-kanak di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya nak sebut satu perkara. Isu yang berlaku pada Richard Huckle itu kita buat pindaan kepada kewujudan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak. Tetapi pada hari ini cabaran kita paling besar ialah cabaran teknologi maklumat iaitu cabaran AI atau artificial intelligence. Richard Huckle itu kita kenal Tuan Yang di-Pertua, kita boleh cari. Bila sekarang ini, yang berlaku bukan saja cyberbullying yang bagi pihak bahagian undang- undang akan buat pindaan pada Penal Code kepada definisi cyberbullying, insya-Allah pada sesi yang akan datang, tetapi kita lihat kepada yang berlaku dalam AI. Pertama sekali isu elemen deepfake. Kedua, isu elemen bahawa pendaftaran itu di luar seolah-olah A, tapi yang buatnya B. Ini sebenarnya menjadi cabaran bagi semua negara bukan saja di Malaysia, dengan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas. Undang-undang kita pada hari ini, penyaksian, mahkamah, jenayah, semua yang kita bercakap hari ini ialah mana Polis boleh siasat dan kita boleh cari dan kita boleh tangkap. Jadi, kita pun berikan pendidikan seperti yang dicadangkan oleh semua Yang Berhormat. Kita daftarlah sebanyaknya, tetapi bila perpetrator itu datang dari luar Malaysia melalui teknologi maklumat, yang berlaku hari ini, cabaran pertama ialah dia suruh ambil gambar. Anak-anak dia tidak faham, dia ambil gambar. Dia ambil gambar, dia nampak upahan.
Kedua pula, dia tukar kepala dengan badan, badan dengan kepala. Jadi, anak- anak pun tidak tahu. Ingatkan budak-budak muda. Kita ada satu kes di mana yang berlaku, seorang lelaki yang berada di Malaysia tetapi daripada warganegara lain. Dia telah membuatkan phishing kepada anak-anak muda di Amerika Syarikat, dalam ratusan. Mahkamah dalam negara kita, kes kita ini kita tidak boleh mengenakan tindakan kerana ia membuat daripada sistem di luar bidang kuasa kita. Jadi, apa yang berlaku pada hari ini ialah kita kena datang balik kepada Parlimen untuk melihat tentang nak samakan Undang-undang Jenayah Seksual ini berhadapan dengan kita dan juga Undang-undang Keterangan ini untuk kanak-kanak, dalam elemen AI, dalam elemen teknologi. Inilah cabaran yang akan datang yang pada saya, pada tahun depan insya-Allah, perbahasan kita akan beranjak kepada tema-tema tentang digital safety. Itu sebabnya bahagian undang-undang nak membuatkan satu konvensyen antarabangsa undang-undang dalam online harms dan bila kita bercakap tentang jenayah daripada segi teknologi Tuan Yang di-Pertua, jenayah ini bukan sahaja jenayah seksual. Kita bercakap tentang baru-baru ini kita buat pindaan kepada undang-undang perbankan, kita nak sebutlah, itu satu dunia yang baharu. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, masa pun tak mengizinkan. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan harapan saya bahawa ini bukanlah kali pertama dan kali terakhir bagi pihak bahagian undang-undang tetapi selepas ini Timbalan Menteri akan membawa pindaan seterusnya. Saya berharap bahawa Kerajaan Madani bersama semua sokongan Ahli-ahli Parlimen, kedua-dua belah pihak, tidak akan berhenti, tidak akan berganjak dan tidak akan lambat bila berbicara dalam perlindungan kanak- kanak dalam negara kita, tak kisah atas apa aspek sekalipun. Dengan itu, saya Pengerang memohon sokongan kepada pindaan pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keterangan ....
Timbalan Speaker, isu peraturan.
Baik, Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Speaker, saya merujuk kepada Peraturan 36. Saya minta maaf, 36(4)...
Teruskan Yang Berhormat.
Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan ataupun membuat pernyataan yang seksis. Peraturan 36(6), “Tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain” dan peraturan 36(12), “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis”. Pada hari Khamis yang lalu Timbalan Speaker, ketika Dewan bersidang, ada beberapa Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada sebelah Pembangkang yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Speaker dengan menggunakan istilah ‘posmen’, nombor satu. Nombor dua, saya masih ingat lagi Yang Berhormat Pendang telah merujuk kepada enam orang Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada PMX dan menggunakan perkataan “enam jahanam” kepada mereka. Ketika itu saya telah menegur beliau kerana beliau merupakan wakil parti PAS, beragama Islam. Tidak teratur dan tidak baik bagi beliau merujuk kepada enam orang...
Tuan Speaker, peraturan Dewan.
Yang Berhormat, duduk.
Yang Berhormat duduk dulu.
Peraturan Dewan.
Duduk dulu.
Yang Berhormat duduk, bagi saya selesaikan yang Jelutong dulu ya.
Sebagai seorang Ahli Parlimen...
Yang Berhormat Jelutong pendekkan.
Ya, saya akan pendekkan. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Pendang bertanding di bawah tiket PAS, beragama Islam tidak baik bagi beliau merujuk kepada enam orang yang mengisytiharkan sokongan dan menjahanamkan mereka. Pada masa yang sama, Ketua Pembangkang juga telah membuat pelbagai kenyataan yang menghina Dewan. Mengatakan bahawa Timbalan Speaker perlu bertindak secara tidak berkepentingan. Saya ingin memohon petua daripada Timbalan Speaker yang pernah memberi petua sebelum ini melarang kegunaan perkataan- perkataan enam jahanam dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana dan mereka telah terus keluar? Bolehkah mereka sengaja terus keluar tidak mementingkan persidangan?
Yang Berhormat get to the point dengan izin.
Hari-hari mereka muncul saya lihat ada mereka ada memakai satu...
[Mencelah] Lilitan putih.
Lilitan putih. Entah apa perlunya, tetapi bolehkah mereka menghina Majlis membuat kenyataan dan terus keluar Dewan? Saya mohon petua Timbalan Speaker. Terima kasih.
Baik, Yang Berhormat-yang Berhormat yang berada dalam Majlis. Peraturan ini dibangkitkan adalah 36(4), 36(6), 36(12). Daripada apa penglihatan dan pertimbangan saya, semua ini berlaku minggu lepas. Jadi, sudah lepas. Jadi, tiap-tiap Yang Berhormat berhak untuk membangkitkan isu- isu terutama sekali dalam aspek Peraturan 37(1) dan (2). Dengan demikian saya usulkan Yang Berhormat Jelutong kerana Yang Berhormat Jelutong membangkitkan tiga peraturan. Tolong be specific usulkan kepada Dewan bawah 17, 18 dan jika perlu 27(3) ya. Biar Majlis dipengerusikan oleh Speaker untuk membuat keputusan. Baik.
Terima kasih Timbalan Speaker.
Baik, kita teruskan pada perjalanan Dewan kita.
Saya hendak 36(6) peraturan untuk Jelutong...
Alamak.
..sebab dia sebut nama saya tadi. Dia ini anti Islam. Sebab itu dia. Sebab itu...
[Dewan riuh]
Timbalan Speaker.
Yang Berhormat.
Saya minta dia tarik balik kenyataan.
Sebab itu..
Tarik balik.
DAP ini...
Tarik balik Pendang...
Saya minta Pendang tarik balik kenyataan anti Islam.
Membela orang-orang main judi. Jadi termasuk pemain judi di Kedah.
Tohmahan.
Siapa yang membela pengganas.... [Pembesar suara dimatikan] .
Dia ini anti... [Pembesar suara dimatikan] .
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat Jelutong. Saya pengerusikan Dewan.
[Mencelah]
Saya pengerusikan Dewan all right. Yang Berhormat Pendang, 36(6) direct to the point. Apa benda dia? Selepas itu saya ada mendengar apa Yang Berhormat bercakap tadi ya.
Sebab dia sebut nama saya tadi. Pasal berkenaan dengan enam jahanam memang dia orang itu jahanam. Bila jahanam dia sebut dia kait dengan Islam. Hari itu pun dia kait kenapa orang Islam macam ini. Dia ini anti Islam. Dia opposite balik. Hendak bagi orang berfikir. Itu saya kata tadi dia ini anti Islam. Sebab itu dia membela orang-orang main judi di Kedah. Maknanya Islam melarang orang main judi. Hak majoriti orang Kedah lebih daripada 70 peratus. Jadi, bila dia membela benda yang telah diputuskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar...
Yang Berhormat.
...supaya tidak ada premis judi, kita tak hapus judi. Kita cuma tak beri premis judi sahaja. Premis judi hak PBT dan kerajaan negeri. Jadi, dia orang pi bela jadi maknanya...
Yang Berhormat.
...Anti orang Islam hak majoriti di Kedahlah itu yang saya hendak sebut itu.
Baik Yang Berhormat. Perkara ini senang sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat menyatakan fakta-fakta yang luar berlaku dan perkara-perkara yang ada kaitan. Yang Berhormat Jelutong tuduh Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang tuduh Yang Berhormat Jelutong. Adalah lebih sesuai untuk mendapat petua yang adil buat usul dan terus...
No, Timbalan Speaker.
Terima kasih.
Timbalan Speaker. Saya minta dia tarik balik kenyataan anti Islam. That is not proper.
Yang Berhormat.
Saya minta kenyataan itu ditarik balik. Apa yang saya nyatakan beliau telah menyatakan dalam Dewan menjahanamkan enam orang.
Baik Yang Berhormat.
Tetapi apa yang beliau nyatakan saya anti Islam itu tak betul.
Sudah, duduk.
Dato’ Speaker ini tuduhan yang amat serius sekali.
Amat serius.
Baik.
Amat serius dan berat. Saya rasa ini tidak baik untuk orang-orang di luar sana dengan keadaan...
Wahai orang-orang Islam di Malaysia, jangan undi lagi... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, saya tidak benarkan yang bercakap. Yang boleh bercakap sekarang saya. Baik duduk Yang Berhormat, dua-dua itu duduk. Yang Berhormat Pendang, bilakah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat mana tadi?
Bayan Baru.
Bayan Baru. Saya rasa ada logiknya ya. Kita kena harmonikan Dewan ini jangan menuduh satu sama lain dan jadi tontonan di luar. Yang Berhormat nampak tak atas? Nampak kan? Adakah ini kita hendak pottery kan pada masyarakat melihat? Jadi Yang Berhormat tarik balik perkataan itu, tolong.
Saya sebab apa...
Bahagian itu sahaja.
Dia selalu kaitkan dengan Islam Jelutong ini...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Dia anti Islam.
Tarik balik....
Saya tidak benarkan Yang Berhormat Pendang berucap. Saya hanya bagi arahan tarik balik bahagian itu sahaja, tolong. Yang Berhormat duduk kalau bukan peraturan.
Peraturan.
Apakah dia?
Tadi disebut.
Yang Berhormat Peraturan berapa?
Peraturan 36(4).
Okey apa dia?
Dia Jelutong selalu menyebut perkataan “Ahli PAS hendaklah berkelakuan baik.” Bermaknanya kalau bukan Ahli PAS kena berkelakuan buruk ke macam mana? Ini sudah membuat...
Baik.
...Satu perkataan yang menyakitkan hati.
Yang Berhormat. Bagi saya selesaikan..
Inilah maksudnya kah?
Yang Berhormat.
Ahli PAS kena berkelakuan baik.
Yang Berhormat.
Macam mana ni? Apakah perkataan dia guna ini?
Yang Berhormat Besut duduk. Biar saya selesaikan yang ini dahulu.
Apa tujuan ini. Jahat.
Duduk Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Pendang, tarik balik.
Yang Berhormat saya minta maaf. Saya tak akan tarik balik. Memang Jelutong anti Islam. Dia semua dia kait. Jadi, saya tak akan tarik balik lah itu sahaja jawapan.
Yang Berhormat.
Ini serius ini Dato’ Speaker.
Ini petua saya.
Dato’ Speaker kena ambil tindakan ini.
Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Speaker ke yang duduk sini saya? Biar saya selesaikan. Yang Berhormat Pendang, tarik balik.
Saya remain with my prinsiplah. I tak tarik balik.
Yang Berhormat Pendang satu, tarik balik. Yang Berhormat Pendang dua, tarik balik. Yang Berhormat Pendang tiga, tarik balik. Hendak tarik balik atau tidak? Ya? Tekan itu dan bercakap.
Saya tak tarik balik.
Dengan sedemikian Bentara, tiga hari keluarkan... [Tepuk] [Yang Berhormat Pendang keluar meninggalkan Dewan]
Baik, dengar sini Majlis. Saya tidak mahu lagi ada gangguan unnecessary…
Tuan Yang di-Pertua.
...Saya invoke- kan Peraturan 37(2). Saya teruskan...
Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah dengan perkataan yang disebutkan oleh Jelutong?
Yang Berhormat.
Juga saya katakan bahawa ini telah melanggar.
Yang Berhormat saya sudah invoke Peraturan 37(2).
Betul, tetapi masalah...
Duduk Yang Berhormat.
. ...Kalau sebelah sini kenapa salah yang sebelah sana tak salah?
Yang Berhormat duduk. Saya telah memutuskan, 37(2).
[Mencelah]
Duduk, saya hendak laksanakan tanggungjawab dalam Dewan ini supaya perjalanan beres ya. Baik, kita balik kepada peraturan aturan. Yang Berhormat Menteri teruskan.
Ya, terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keterangan- Evidence Act (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang. Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang semua sedia maklum, pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 11 Julai 2024 Dewan ini telah meluluskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Melalui rang undang-undang tersebut, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi kedua-dua peruntukan substantif dan tatacara mengenai keterangan saksi kanak-kanak dan Akta 676 akan menjadi perundangan utama yang memberikan tumpuan mengenai keterangan saksi kanak-kanak. Oleh itu, pindaan berbangkit perlu dibuat. Antara lain kepada Akta Keterangan 1950 untuk peruntukan yang perlu mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak- kanak. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan di bawah rang undang-undang ini melibatkan dua perkara utama; (i) pemotongan perkataan dengan izin ‘tender year’ dalam seksyen 118, Akta Keterangan 1950; dan
(ii) pemotongan seksyen 133A, Akta Keterangan 1950.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini mengandungi tiga fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda akta seksyen 118 Akta Keterangan 1950 untuk memotong perkataan dengan izin, ‘tender years’ yang digunakan dalam seksyen itu berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007,untuk memasukkan ke dalam akta itu, peruntukan yang berhubung dengan kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan. Dengan pindaan ini, kompetensi saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding hendaklah diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Fasal 3 bertujuan memotong seksyen 133A Akta Keterangan 1950 berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk memasukkan ke dalam akta itu, peruntukan yang berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah dan atau selainnya dan untuk membenarkan mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Pindaan ini penting untuk menambah baik kompetensi saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding dan memansuhkan kehendak mandatori bahawa keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah hendaklah disokong untuk mendapatkan sabitan dalam prosiding jenayah. Usaha ini diambil setelah mengambil kira semua maklum balas yang diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan penambahbaikan peruntukan keterangan saksi kanak- kanak dan pindaan perundangan yang dilaksanakan tidak membelakangkan pandangan mana-mana pihak. Sememangnya cadangan pindaan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan oleh Kerajaan MADANI untuk melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di negara ini sambil memberi hak tertuduh kepada perbicaraan yang adil serta memastikan suara kanak-kanak didengar dan dilindungi dalam sistem perundangan kita. Itu sahaja.
Yang Berhormat, sebelum saya ke agenda seterusnya. Yang Berhormat Rasah, saya beri peluang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya mengalu-alukan kehadiran pengunjung daripada Parlimen Rasah ke dalam Dewan yang mulia ini... [Tepuk] Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah menyaksikan ketegasan Yang Berhormat Speaker mempengerusikan mesyuarat di depan penduduk Rasah. Terima kasih Yang Berhormat.
Berikutnya. Ada sesiapa menyokong?
Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Ada sesiapa menyokong?
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Saya mohon menyokong.
Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan 1950 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Senarai pembahas yang telah diterima oleh Majlis dibenarkan empat orang sahaja untuk berbahas. Pertama Yang Berhormat Puchong, kedua Yang Berhormat Jerlun, ketiga Yang Berhormat Jelutong dan empat Yang Berhormat Besut. Membuka tirai, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong untuk membahaskan.
Terima kasih Dato’ Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Keterangan 1950. Puchong sokong kedua-dua pindaan yang dibawa. Satu adalah untuk memotong perkataan “tender years” dalam seksyen 118 supaya kompetensi saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Kedua, adalah berkenaan dengan pemansuhan seksyen 133A yang berkaitan dengan keterangan kanak-kanak yang masih mentah. Puchong sokong pemansuhan seksyen 133A dengan fahaman bahawa pindaan ini tidak menjejaskan burden of proof, tetapi hanya mengubah daripada “rule of law” di mana keterangan kanak-kanak mesti ada sokongan kepada “rule of prudence and practice” yang sama seperti yang digunakan untuk saksi dewasa. Puchong sokong pindaan ini juga atas fahaman bahawa selepas pindaan ini, keterangan kanak-kanak adalah seperti orang dewasa dan inquiry hanya akan diperlukan jika terdapat sebab untuk meragui keupayaan mereka. Walau bagaimanapun, sama ada keterangan kanak-kanak itu boleh dipercayai dan faktor yang mempengaruhi mahkamah untuk membuat keputusan mahkamah adalah satu isu kredibiliti dan bukan kompetensi. Dato’ Speaker, jika kita tengok negara-negara yang mewarisi British common law dengan izin, peraturan-peraturan keterangan sokongan mandatori dan juga keperluan untuk memberi amaran telah pun dimansuhkan mengikut undang-undang di UK, Kanada, Australia, New Zealand dan Hong Kong seawal 1980 an. India dan Singapura tidak pernah mempunyai peraturan undang-undang seperti seksyen 133A. Singapura menggunakan rule of prudence yang sama terhadap keterangan kanak-kanak tanpa sokongan seperti mereka yang lakukan kepada saksi dewasa. Manakala di India, mahkamah boleh mensabitkan kesalahan atas keterangan kanak-kanak tanpa sokongan jika keterangan kanak-kanak itu membangkitkan keyakinan, inspires confidence dengan izin. Dato’ Speaker, menurut gabungan kumpulan advokasi, kajian demi kajian telah pun menunjukkan bahawa tanggapan bahawa keterangan kanak-kanak tidak boleh dipercayai hanya kerana usia mereka adalah tidak betul. Dato’ Speaker, izinkan saya huraikan tajuk-tajuk kajian ini supaya dia direkodkan di Hansard supaya generasi akan datang tahu bahawa pindaan ini dibawa adalah berasas dan saintifik dan bukan atas whims and fancy kerajaan. Kajian-kajian ini termasuk izinkan saya dalam bahasa Inggeris iaitu: (i) Children's Testimony: A Handbook of Psychological Research and Forensic Practice by Lyon; (ii) Assessing the Competency of Child Witnesses: Best Practice Informed by Psychology and Law by Spencer and Flin; (iii) The Evidence of Children: The Law and the Psychology by Ceci & Bruck;
(iv) Suggestibility of the Child Witness: A Historical Review and Synthesis by Bala and others; (v) The Competency of Children to Testify: Psychological Research Informing Canadian Law Reform, International Journal of Children’s Rights by Myers and others; (vi) Psychological Research on Children as Witnesses: Practical Implications for Forensic Interviews and Courtroom Testimony by L. Sas; dan (vii) The Interaction Between Children’s Developmental Capabilities and the Courtroom Environment: The Impact on Testimonial Competency by Department of Justice Canada. Kajian-kajian ini secara ringkas telah pun menunjukkan bahawa satu, tiada hubungan antara umur dan kejujuran. Dua, kanak-kanak daripada usia muda dapat membezakan apa itu fantasi dan apa itu fakta. Ketiga, kanak-kanak kecil tidak mampu berfantasi tentang sesuatu yang tidak pernah dalam lingkungan pengetahuan mereka seperti perbuatan seksual dan lain-lain lagi. Puchong juga ingin memetik Ketua Hakim Negara England and Wales berkenaan dengan penolakan terhadap konsep peraturan keterangan kanak-kanak dalam undang- undang lama UK yang ada. “We emphasize that in our collective experience, the age of a witness is not determinative on his or her ability to give truthful and accurate evidence. Like adults, some children will provide truthful and accurate testimony and some will not. The purpose of the trial process is to identify the evidence which is reliable and that which is not whether it comes from an adult or a child. In trial by jury, his or her credibility is to be assessed by the jury. Taking into account, every specific personal characteristic which may bear on the issue of credibility along with the rest of the available evidence”. Dengan izin. Atas sebab-sebab ini, Puchong menyokong pindaan Akta Keterangan 1950.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bahagian dalam perbahasan RUU Akta Keterangan 1950 (Pindaan) 2024. RUU ini bertujuan untuk memotong perkataan “tender years” umur yang terlalu muda dalam seksyen 118 dan memotong seksyen 133A Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan dimasukkan ke dalam Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676].
Jerlun bersetuju dengan pindaan RUU Akta Keterangan 1950 [Akta 56] ini disebabkan sudah wujud akta khusus berkaitan kanak-kanak iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan RUU tersebut telah pun dipinda pada 11 Julai 2024 yang lalu. Ia sangat relevan dengan kanak-kanak dan tidak perlu dicampuradukkan dengan kesalahan yang melibatkan orang dewasa. Pemansuhan seksyen 118 dan seksyen 113A Akta Keterangan 1950 ini pada saya adalah wajar dan ia disesuaikan dengan peredaran zaman. Persekitaran kehidupan kanak-kanak pada zaman 50-an dan tahun 60-an dulu berbanding dengan kanak-kanak pada zaman moden yang serba canggih ini sangat jauh perbezaannya. Oleh itu, pindaan yang saya maksudkan ini membenarkan: (i) semua kanak-kanak adalah kompeten untuk memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah; (ii) kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas boleh memberi keterangan dengan mengangkat sumpah;
(iii) kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh memberi keterangan dengan syarat mesti berjanji untuk bercakap benar. Inkuiri mengenai kekompetenan, competency inquiry, dengan izin, hanya diperlukan jika kekompetenan kanak-kanak untuk memberi keterangan atau memahami sumpah dicabar oleh pihak-pihak atau pun peguam. Dalam Islam, inkuiri tentang kompeten saksi ini dipanggil tazkiyatul syuhur yang mana apa-apa keterangan yang hendak diberikan perlulah dipastikan kesahihan dan kebenarannya terlebih dahulu. Saya merujuk firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, Ayat 6 yang berbunyi... [Membaca sepotong ayat al-Qu'ran] “ Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya agar kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesal atas apa yang kamu lakukan”. Berasaskan kepada firman Allah SWT ini, saya menegaskan bahawa pindaan ini adalah wajar demi pembelaan terhadap kanak-kanak. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya juga bangun untuk menyokong rang undang-undang ini dan berterima kasih kepada Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang. Yang Berhormat atas undang-undang yang telah dibentangkan kerana kita- seperti yang telah saya ucapkan tadi, tujuan rang undang-undang ini adalah untuk memudahcarakan pengambilan keterangan melibatkan kanak-kanak dalam pelbagai kes- kes jenayah, di mana mereka menjadi mangsa, mangsa seksual, mangsa penderaan dan sebagainya. Saya berpendirian bahawa walaupun saya merupakan seorang pengamal undang-undang dan ada pandangan-pandangan di luar yang menyatakan mungkin pindaan-pindaan ini akan memprejudiskan tertuduh, saya berpendirian bahawa pindaan- pindaan ini pada dasarnya boleh disokong, boleh diterima kerana kita ingin memudahcarakan penerimaan keterangan daripada saksi-saksi yang menjadi mangsa penderaan, mangsa kes-kes seksual. Pada masa yang sama Yang Berhormat Timbalan Speaker, Timbalan Speaker pernah menjadi seorang pendakwa di mahkamah, prosecuting officer. Saya difahamkan memang handal. Apabila kita mengambil keterangan daripada kanak-kanak di mahkamah, jurubahasa-jurubahasa juga memainkan peranan yang penting, terutamanya kalau jurubahasa itu merupakan seseorang yang menterjemahkan keterangan daripada kanak- kanak kepada mahkamah supaya mahkamah mengamati keterangan itu dan boleh membuat suatu keputusan. Saya difahamkan rata-rata di seluruh negara terdapat kekurangan dalam bilangan jurubahasa dalam bahasa-bahasa khusus, terutamanya bahasa Tamil, bahasa Cina. Mungkin bahasa-bahasa Orang-orang Asli, di mana kalau kanak-kanak itu merupakan seorang kanak-kanak Orang Asli dan telah menjadi mangsa penderaan, mangsa kes seksual dan hanya boleh pada umur enam atau lima tahun pandai bercakap dalam loghat bahasa Asli sahaja. Bayangkan ia berlaku di Sabah Sarawak, di kawasan pedalaman. Kalau kita tidak mempunyai jurubahasa yang berkelayakan, yang boleh menterjemahkan keterangan itu, maka kita tidak akan mencapai matlamat walaupun undang-undang ini dipinda.
Saya difahamkan pada masa sekarang banyak daripada jurubahasa-jurubahasa yang sudah pun bersara, dipanggil balik untuk memberi perkhidmatan, on ad-hoc basis, Timbalan Speaker, dengan izin. So, apakah kerajaan mempunyai iltizam untuk kita mengambil lagi banyak jurubahasa dan salah satu faktor di mana ramai yang tidak mahu menjadi jurubahasa adalah mungkin kerana kerjaya itu tidak membawa ganjaran yang baik. Ada ramai daripada jurubahasa-jurubahasa yang senior, yang kanan, yang pernah berkhidmat banyak tahun dan tidak menerima ganjaran yang baik. Saya mengambil pendekatan ini kerana saya percaya pada masa sekarang, Timbalan Speaker yang pernah menjadi seorang pendakwa yang handal di mahkamah, terutamanya melibatkan kes-kes jenayah saya difahamkan, sedar kalau kita ingin mencapai keadilan, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting. Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Pendakwa Raya, Peguam Bela dan yang terutamanya, jurubahasa yang menterjemahkan keterangan, terutamanya kalau ia melibatkan saksi kanak-kanak, di mana beliau perlu dipujuk, diminta cara yang tersendiri. Mungkin ia juga perlu melalui satu proses training, dengan izin, untuk beliau menjadi lebih mahir. Cara bagaimana kanak-kanak itu boleh dipujuk untuk memberi keterangan. Bayangkan, pernah ada kes-kes di mana bila perkara itu dipersoalkan oleh pendakwa raya di mahkamah, kanak-kanak itu terus mendiamkan diri, mula menangis, tidak mahu memberi keterangan. So, kita perlukan seorang jurubahasa yang memang mahir, memang handal, yang perlu melalui kursus yang tersendiri dan saya menyarankan kepada Timbalan Menteri supaya perkara ini diperhalusi, di mana kerajaan yang ada sekarang boleh membuka ramai lagi peluang kepada jurubahasa-jurubahasa Tamil, bahasa Cina, Orang-orang Asli, Dayak, Iban, Kadazan, supaya mereka juga turut terlibat dalam sistem perundangan dengan ganjaran yang begitu baik supaya kita dapat menjamin agar dalam kes-kes sebegini, keadilan yang kita mahu untuk kanak-kanak yang mengalami kes-kes seksual dan penderaan tercapai. Sekian, terima kasih Timbalan Speaker.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Besut.
Terima kasih Yang di-Pertua. Izinkan saya terus kepada pindaan kepada Akta Keterangan ini iaitu 118. 118 sebelum ini menyebut perkataan tender years. Jadi, kita sedia maklum bahawa tender years ini dalam akta ini merujuk kepada kanak-kanak yang masih muda, tapi tidak ditakrifkan pada masa itu. Dalam 118 tidak ditakrifkan umur kanak-kanak. Hanya diputuskan dalam kes undang- undang. Ada yang kata 14 tahun, ada yang kata 13 tahun dan ada yang kata 12 tahun ke bawah. Jadi, saya lihat ia memberi satu panduan kepada mahkamah bahawa kanak-kanak yang masih muda ini memerlukan perlindungan khusus dalam proses perbicaraan mahkamah dengan pindaan ini.
Jadi, penghapusan perkataan tender years ini juga dalam keputusan mahkamah mempunyai satu implikasi yang signifikan terhadap bagaimana mahkamah mempertimbangkan keterangan kanak-kanak semasa perbicaraan. Jadi, sebelum ini perkataan ini memberikan panduan bahawa kanak-kanak yang masih muda atau mentah memerlukan perlindungan khusus. Namun dengan penghapusan ini, mahkamah perlu menilai kematangan atau mental dan emosi kanak-kanak itu secara individu. Persoalan saya, sedikit persoalan. Pertama, apakah pendekatan mahkamah dalam menilai keterangan kanak-kanak ini selepas pemindaan apabila perkataan tender years ini dipotong dalam seksyen 118?
Jadi, apabila ia dipotong dan dihapuskan, bagaimana dari sudut kematangan, kita nak tentukan mental dan emosi kanak-kanak itu secara individu akan dinilai oleh mahkamah ini? Adakah ini akan melibatkan pakar psikologi ataupun pakar perubatan ataupun pakar sosial kah, pekerja sosial atau sebagainya? Itu persoalan antara persoalan saya. Seterusnya, sejauh mana mahkamah akan memastikan perlindungan kesejahteraan kanak-kanak ini dijaga semasa proses perbicaraan agar tidak membahayakan emosi atau fizikal mereka apabila perkataan tender years ini dihapuskan. Jadi, oleh itu saya terus kepada 118 tadi yang dipinda tadi. Kalau mengikut 118 ini memperuntukkan bahawa semua orang adalah kompeten untuk memberi keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa mereka tidak boleh memahami soalan- soalan yang dikemukakan kepada mereka atau tidak dapat memberi jawapan yang rasional pada soalan disebabkan oleh terlalu muda. Tetapi kita mungkin lupa, dalam 118 ini ada lagi lain-lain sebenarnya. Untuk tender years, selesai. Sebab dah ada undang-undang keterangan kanak-kanak. Tetapi kalau yang lain-lain masalah- yang faktor lain seperti terlalu tua, penyakit, yang berpenyakit, semua ada, penyakit tubuh atau penyakit otak atau oleh apa-apa sebab lain yang seumpamanya, memerlukan huraian. Maknanya, dalam akta kanak-kanak dipinda tetapi yang lain-lain tidak ada akta khusus berkenaan dengan yang lain-lain, yang berpenyakit ataupun yang terlampau tua. Kalau kita lihat. Jadi, apakah ujian-ujian sebelum mereka ini boleh memberi keterangan? Saya menghadapi satu masalah dalam semasa saya berguam melibatkan seorang kanak- kanak yang dah cukup umur semasa memberi keterangan, tetapi semasa menjadi mangsa kepada satu kesalahan kes rogol, beliau masa itu berumur 18 tahun. Makna, dah lepas, tetapi masalahnya, dia punya pemikiran adalah masih budak-budak. Nak kata dia ini slow learner. Dia macam slow learner. Dia macam pemikiran budak-budak. Lembap pun kita boleh kata. Macam mana ujian-ujian yang kita nak gunakan untuk mereka tersebut? Jadi, seterusnya saya ingin bertanya juga kepada pihak mahkamah. Apakah tindakan mahkamah atau sebenarnya atau apa kaedah dalam mendapatkan keterangan bagi mereka yang tidak kompeten yang saya sebutkan tadi? Jadi akhirnya, saya ingin menyentuh sedikit fasal pemotongan 133 ini, 133A. Biasa disebut kanak-kanak yang masih mentah boleh diterima walaupun diberi dengan tidak mengangkat sumpah jika mahkamah berpandangan kanak-kanak yang masih mentah tersebut mempunyai akal yang cukup dan soalan saya, apakah bentuk keperluan sokongan ataupun keterangan bukti-bukti lain yang akan digunakan oleh mahkamah bagi mengesahkan apa yang dikatakan oleh kanak-kanak tersebut adalah benar dan sebagainya? Hal ini, saya lihat bahawa kanak-kanak yang masih muda ini atau mentah ini mungkin tidak sepenuhnya memahami kepentingan prosiding undang-undang ataupun pentingnya berikan keterangan yang jujur iaitu dengan keperluan bentuk sokongan undang-undang dan juga dalam mencapai satu keseimbangan, mengakui keterangan kanak-kanak sambil kita memastikan keadilan terhadap mereka. Akhir kata, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Berikut saya mempersilakan Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kepada empat Ahli Parlimen- Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Besut, yang telah membahaskan dalam- berkenaan dengan Rang Undang-undang Keterangan pada hari ini. Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Jerlun, terutamanya Yang Berhormat Puchong telah membawa untuk perhatian Dewan bahawa ada beberapa- pandangan-pandangan yang telah dibuat research, research itu. Itu diambil dengan ikhlas. Perkara itu akan dikaji dan tengok apa yang boleh dibuat dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Puchong dan Jerlun, perkara-perkara yang disokong itu dengan penuh diterima dengan baik. Perkara yang ketiga adalah Yang Berhormat Jelutong yang telah bangkitkan satu perkara yang kita semua tahu di mahkamah kekurangan jurubahasa dan juga jurubahasa yang fasih dalam bahasa-bahasa yang berlainan dari bahasa yang digunakan di mahkamah. Saya sendiri tahu bahawa ada banyak- kes-kes ditunda atau kita tidak dapat menjalankan kerana tidak ada jurubahasa-jurubahasa berkenaan. Ini diambil maklum dan tindakan akan diambil supaya mengisi semua kekosongan yang sedia ada dan juga memberi lebih ruang kepada jurubahasa untuk meningkatkan taraf mereka dan sebagainya. Kita mendapat banyak complaints, Dato’ Yang di-Pertua. Saya pernah bangkitkan perkara ini, khususnya bila saya Pembangkang dahulu bahawa ramai di antara jurubahasa, dia unik kerana dalam sistem yang sedia ada, nampaknya mereka terlepas pandang dalam meningkatkan pangkat mereka atau gaji dan sebagainya. Itu adalah satu perkara yang perlu diambil kira. Ya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri. Minta laluan. Boleh? Saya ingin menambah permohonan, lanjutan daripada Yang Berhormat Jelutong tadi. Selain daripada bahasa-bahasa yang ada disebutkan tadi, ibunda ya. Kita mahkamah juga perlu ada jurubahasa yang mahir kod isyarat bahasa tangan. Ini kerana kadang- kadang mangsa juga terdiri daripada OKU yang bisu dan pekak. Terima kasih. Mohon dipertimbangkan.
Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan itu akan diambil kira. Saya nak habis apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Jadi, kekosongan akan diisi tetapi yang diharapkan adalah tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah ini. Masalah yang lebih besar dalam hal ini adalah kes-kes sivil, di mana Yang Berhormat ada- kita tahu bahawa kes-kes ditunda kerana tidak ada jurubahasa dan peguam-peguam dipaksa mengambil jurubahasa mereka sendiri ke mahkamah. Itu okey, daripada segi prinsipnya, okey. Tetapi soalan yang belum ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong yang saya ingin huraikan adalah di mana ada plaintif-plaintif yang tidak berkeupayaan, dalam kesusahan kewangan dan sebagainya. Macam mana justice can reach them? Jadi, ini perlu diberi pandangan. Saya harap- saya akan membawa perkara ini untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh. Yang Berhormat Besut, mengenai keterangan saksi kanak-kanak. Peruntukan di bawah Evidence of Child Witness Act 2007. Oleh itu, seksyen 118 perlu dipotong supaya semua perkara berkaitan saksi kanak-kanak diperuntukkan dibawa semua ke under evidence act witness 2007. Berhubung dengan seksyen 118 Akta Keterangan, bagaimana lain-lain kategori yang dinyatakan. Yang Berhormat membangkitkan perkara tersebut. Kali ini kita akan fokuskan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan golongan yang memerlukan perhatian kerana keterangan mereka dianggap unreliable dan secaranya dianggap tidak kompeten. Memberikan keterangan semata-mata kerana mereka kanak-kanak.
Jadi bermakna, end of the day, dengan pindaan rang undang-undang ini, ia akan memberi kuasa kepada Hakim seperti orang dewasa. Dia- Hakim akan membuat keputusan yang bijaksanalah kita- dan dia ada experience. Yang Berhormat pun dahulu Session Court Judge. You have that necessary experience untuk- to analyze dan membuat keputusan tersebut. Lagi sekali adalah jurubahasa. Saya rasa perkara ini telah saya jawab. Itu sahaja, Dato’ Yang di-Pertua.
Baik Yang Berhormat, masa telah pukul satu dan kita - Majlis akan sambung balik pada 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SUMPAH DAN IKRAR (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang. Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana yang semua sedia maklum pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 11 Julai 2024, Dewan ini telah meluluskan Rang Undang- undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Melalui rang undang-undang tersebut, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676] dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi kedua-dua peruntukan substantif dan tatacara mengenai keterangan
saksi kanak-kanak dan [Akta 676] akan menjadi perundangan utama yang memberikan tumpuan mengenai keterangan saksi kanak-kanak. Oleh itu, pindaan berbangkit perlu dibuat. Antara lain kepada Akta Sumpah dan Ikrar 1949 untuk satu peruntukan yang perlu mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak. Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini mengandungi dua fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memotong seksyen 8 Akta Sumpah dan Ikrar 1949 mengenai keterangan orang yang umurnya belum matang. Pemotongan ini akan – berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk memasukkan ke dalam akta itu peruntukan mengenai keterangan oleh saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Sememangnya cadangan pindaan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan oleh Kerajaan Madani untuk melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di negara ini sambil mengambil kira hak tertuduh kepada perbicaraan yang adil serta memastikan suara kanak-kanak didengari dan dilindungi dalam semua perundangan kita. Terima kasih.
Baik. Ada sesiapa yang menyokong?
Saya menyokong Tan Sri Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sumpah dan Ikrar 1949 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya terima empat nama. Saya bacakan nama-nama mereka. Yang pertama Jelutong, kedua Sabak Bernam, ketiga Klang, keempat Kulim-Bandar Baharu. Saya beri lima minit setiap seorang. Mula dengan Jelutong. Silakan.
Speaker, boleh tambah seorang lagi? Pasir Salak.
Dak, dak. Kita beri empat orang sahaja hari ini sebab kita nak rush. Terima kasih. Silakan Jelutong.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Selamat petang dan saya ucapkan kepada Tan Sri Speaker yang baru saya bertemu hari ini dalam sidang. Tan Sri Speaker, saya sedar bahawa pindaan yang dibuat pada hari ini adalah susulan kepada pindaan-pindaan yang telah pun dibuat kepada Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 iaitu rang undang-undang yang telah dibahaskan sebelum ini. Juga, pindaan yang telah dibuat kepada Rang Undang-undang Akta Keterangan 1950 dan juga sebelum ini kita juga telah membincangkan pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Saya sedar bahawa pindaan yang telah dibentangkan ini adalah satu lagi formula ataupun pindaan yang akan memudahcarakan pengambilan keterangan melibatkan kanak-kanak, apabila kanak-kanak itu dipanggil sebagai seorang saksi dalam kes-kes yang melibatkan kes-kes seksual, kes-kes penderaan dan kes-kes jenayah secara amnya. Pada masa sekarang, kalau sebelum ini saya telah meminta menggunakan kesempatan ini untuk meminta Timbalan Menteri dalam Bahagian Hal Ehwal Undang- undang dan Reformasi Institusi untuk membincangkan, mengambil kira kekurangan
jurubahasa-jurubahasa di mahkamah-mahkamah, di mana mereka juga memainkan peranan penting dalam proses perundangan, perbicaraan kes-kes jenayah.
Saya, pada masa sekarang juga ingin bertanyakan mengenai satu kes yang sedang menjadi viral dua tiga hari atau seminggu yang ini dan saya difahamkan Timbalan Menteri juga memang peka tentang kes itu yang sedang berlangsung. Ini adalah yang telah berlaku, di mana Menteri Komunikasi juga telah menyatakan kesungguhan kerajaan untuk menggubal satu undang-undang baru mengenai cyberbullying. Itu lah perkara yang belum kita bincang lagi. Kita hanya berbincang tentang kesalahan seksual, keganasan dan kes-kes penderaan. Bagaimana kalau kanak-kanak itu menjadi mangsa- cyberbullying umpamanya...? Dalam konteks itu, baru-baru ini Tan Sri Speaker, berlaku satu perkara yang amat menyayat hati dan menyedihkan, melibatkan seorang gadis India yang bernama Rajeswary Appahu. Bukan kanak-kanak, tetapi beliau telah membunuh diri akibat menjadi mangsa cyberbullying. Saya mengambil maklum bahawa perkara ini sedang disiasat oleh pihak polis di mana saya difahamkan penyiasatan dilakukan oleh anggota-anggota di IPD Sentul, di mana tangkapan telah dibuat ke atas beberapa pihak. Malangnya saya lihat kelmarin atau kelmarin dulu, isteri beliau bernama Puspa Rajagopal telah membuat satu laporan polis terhadap pihak-pihak yang membuat live TikTok membincangkan tentang perkara sama ada membunuh diri itu apabila seseorang mangsa itu membunuh diri, siapa yang salah sebenarnya. Jadi saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk tanya kepada Timbalan Speaker. Siasatan sedang dijalankan. Gadis ini, Rajeswary Appahu berusia 30 tahun telah membunuh diri dan akibat membunuh diri ini masih sedang disiasat.
[Bangun]
Ketika itu, kita lihat seorang individu yang telah saya sebut Zamri Vinoth membuat live TikTok membincangkan dengan beberapa orang individu lain, siapakah yang bersalah sekiranya seseorang itu membunuh diri? Jadi dalam konteks itu, saya ingin tanya- Yang Berhormat Indera Mahkota.
Ya, Jelutong.
Silakan.
Poin yang menarik tentang cyberbully. Bolehkah Yang Berhormat Jelutong memanjangkan supaya pihak kerajaan melihat persediaan awal yang telah dilakukan oleh MMU, mengkaji dan ada skeleton draft yang sangat awal tentang keperluan suatu undang-undang anti cyberbully? Terima kasih.
Okey. Timbalan Speaker, saya menerima baik saranan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Satu cadangan yang sungguh bernas dalam konteks cyberbully. Tapi, berbalik kepada perkara yang telah saya bangkitkan, tangkapan-tangkapan telah dibuat terhadap pihak-pihak yang telah menyebabkan Esha membunuh diri. Apakah Zamri Vinoth ini kebal? Sebelum ini, beliau telah mencetuskan pelbagai polemik berkenaan dengan agama dan sebagainya. Sekarang beliau mula membuat komen terhadap- bukankah kita sepatutnya menghormati seorang yang telah pun meninggal dunia? Adakah beliau berani mencabar PDRM membuat komen tentang perkara itu dan tidak perlu ditangkap dan disiasat juga? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Baik, terima kasih. Saya jemput Sabak Bernam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. RUU Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024. Saya, Sabak Bernam menyokong RUU ini. Bagaimanapun, faham saya apabila kita berbicara tentang sumpah dan ikrar, dia melibatkan kepada dua pihak untuk terjadinya perkara yang saya sebutkan tadi, iaitu pihak yang menerima akuan sumpah dan ikrar dan satu lagi ialah pihak yang berikrar ataupun bersumpah atau lebih dikenali sebagai deponent dan pihak yang menerima sumpah ini adalah Majistret, Hakim Mahkamah, Pesuruhjaya Sumpah dan Notari Awam. Mereka ini menjalankan amalannya adalah tertakluk penuh kepada undang-undang ataupun Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Saya telah dapatkan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 ini dan saya tak baca tetapi tidak ada peruntukan khusus yang menyebut bagaimana golongan kanak- kanak ini untuk angkat sumpah ataupun berikrar. Biasanya sumpah ini sumpah Akuan Berkanun 1960 (SD) lah ya, tak ada. Bagaimanapun, Kaedah 11 Kelakuan dan Fungsi Pesuruhjaya Sumpah (1)(2), di sini ada menyebut bahawa untuk golongan kurang upaya, kanak-kanak ini lebih kurang macam itulah, dia tak berupaya sebelum ini. Jadi dianggap sebagai belum matang. Sebab itu selama ini mereka tidak dibenarkan bersumpah. Tidak diberi peluang untuk bersumpah ataupun ikrar. Begitu juga dengan OKU. Kalau ikut Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 ini, golongan OKU itu mereka boleh bersumpah dengan bantuan orang yang dikenali dan dipercayai daripada keluarga ataupun bagaimana. Peguam dia ke, tetapi selepas itu, mereka mestilah akuan sumpah ataupun ikrar itu dikepilkan jurat. Maknanya di dalam jurat itu dituliskan siapa yang membantu dia untuk angkat sumpah tadi. Kalau jurubahasa sepertimana yang disebutkan oleh Jelutong tadi, tuliskan nama dia di situ dan dia pun diterimalah dia punya sumpah. Jadi, apabila kita nak pinda RUU Sumpah dan Ikrar ini, adakah selepas ini Dewan yang mulia ini dan kementerian bersedia untuk pinda Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 ini untuk memasukkan bagaimana golongan kanak-kanak ini untuk angkat sumpah? Ini supaya dia menjadi teras ataupun panduan kepada sekalian pesuruhjaya sumpah di luar sana untuk menjalankan tanggungjawabnya. Itu yang pertama. Kedua, saya juga bersetuju dengan Jelutong, jurubahasa ini perlu ditambah. Maknanya mahkamah tidak ada masalah untuk mendapatkannya. Pada masa yang sama, kita juga kadang-kadang menerima deponent ataupun orang yang nak angkat sumpah itu terdiri daripada orang kurang upaya, bisu dan pekak. Jadi, mereka menggunakan kod tangan, kod bahasa isyarat. Jadi pegawai-pegawai yang berkemahiran dalam bidang ini patut ada juga di mahkamah. Selama ini apabila berlaku, maka mahkamah akan ambil jurubahasa daripada sekolah pendidikan khas, guru-guru yang mengajar di sekolah untuk main peranan. Akhirnya, Sabak Bernam menyokong RUU Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Klang.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya membahas Akta Sumpah dan Ikrar 1949. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan peranan kanak-kanak dalam proses mengangkat sumpah dan ikrar di mahkamah, pendirian saya adalah pihak kerajaan harus memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada seseorang kanak-kanak yang akan bersumpah. Kerisauan saya di sini adalah bahawa kanak-kanak mungkin tidak faham
kepentingan bersumpah di muka keadilan dan mungkin tidak mengambil berat tentang isu ini. Andai kata seseorang telah bersumpah dan memberi penyaksian yang palsu, mereka boleh disiasat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan. Bagaimana pula jika kanak-kanak memberi penyaksian palsu...? Adakah mereka akan disabitkan di bawah akta yang sama seperti seorang dewasa? Saya harap, kerajaan mempunyai pelan tindakan untuk kejadian sebegini. Cadangannya adalah untuk memastikan kanak-kanak yang akan bersumpah ini telah diberi pendedahan atau kaunseling sebelum prosedur mahkamah untuk mengelakkan segala kekhuatiran. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pada itu juga, saya pohon, Klang memohon agar jurubahasa, sepertimana yang telah dinyatakan tadi, jurubahasa bagi khasnya untuk bahasa isyarat, bahasa Tamil dan bahasa Cina juga perlu diambil kira dalam hal ini.
Sebab saya- didapati banyak juga kekurangan jurubahasa di mahkamah masih berlaku dengan berleluasa. Dalam pada itu juga, dalam prosiding sivil pula, dinyatakan pihak terlibat yang perlu membawa jurubahasanya sendiri. Kalau seseorang itu tidak mampu, bagaimana pula keadaan kehakiman atau keadilan dapat dicapai...? Dalam pada itu juga Tan Sri Yang di-Pertua, pagi tadi kita dengar di pintu utama, keluarga Teoh Beng Hock, 15 tahun mereka menunggu untuk keadilan. Kematian saudara Teoh Beng Hock, kita- semua tahu ramai yang telah memberi akuan bersumpah dalam mahkamah dan juga prosiding-prosiding berkaitan tentang kehakiman, masih lagi keadilan tidak tercapai. Kalaulah kita ada akta. Macam-macam rupa akta-akta ini kita ada dan Parliament House ini adalah yang mana kita nampak yang paling- tertinggi untuk menjaga keadilan dan mereka apabila datang untuk memberi memo, layanan kita itu telah mencerminkan ketidakadilan yang sangat kepada mereka. Saya pohon Tan Sri sebagai Speaker, pertimbangkanlah. Bukan sahaja keluarga Teoh Beng Hock, sepertimana Jelutong tadi menyatakan, biar sesuatu, seseorang yang hendak hantar memorandum, khasnya isu-isu yang berkaitan tentang keadilan, tolonglah kita bertimbang rasa dalam hal ini. Dalam pada itu juga, saya minta kementerian juga ambil berat tentang perkara apabila kita hendak bawa undang-undang untuk setiap kali kita nampak justice delayed is justice denied, jangan kita lupa perkara yang telah berlaku kepada keluarga Teoh Beng Hock. Begitu juga saya nampak kes-kes yang apabila berlaku tadi, kita- sedangkan apabila membawa kes berkaitan tentang Akta Keterangan dan sama dengan juga apabila kita terlibat dengan anak-anak dan juga kita hendak undang-undang yang berkaitan tentang anak-anak, kita sering terselit dengan siapa itu victim dan siapa tolong witness pula. Kita sering kata apabila tadi seksual pun saya nampak kita hendak utamakan, utarakan kes-kes yang berkaitan tentang mangsa itu sendiri, sedangkan kita kadang- kadang kita bincang kita adalah saksi, witness yang mana perlu dibezakan. Maka saya pohon Tan Sri Yang di-Pertua, pihak kementerian perlu ambil kira apa yang cadangan yang saya telah menyatakan kekhuatiran saya, apabila pindaan Akta Sumpah dan Ikrar yang berkaitan tentang kanak-kanak yang khasnya umur 12 tahun ke bawah. Mereka perlu didedah dengan akta ini dengan secara, dengan begitu dalam dengan mereka, supaya mereka memahami segala saksi ataupun kenyataan mereka keluarkan boleh menyebabkan seseorang itu dihukum dengan begitu lamanya. Terima kasih Tan Sri.
Baik, akhir sekali saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Baik, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Kulim-Bandar Baharu sekali lagi, juga menyokong akta yang dicadangkan untuk dipinda untuk bagi tahun 2024 iaitu Akta Sumpah dan Ikrar, di mana
akta ini membolehkan bahawa kanak-kanak akan bersumpah atau berikrar sebelum mereka memberi keterangan. Yang Berhormat Speaker, akta bagi meminda Akta Sumpah dan Ikrar 1949 iaitu Akta 194 di mana dalam blue bill yang diberikan, di mana Akta Sumpah dan Ikrar bagi Akta 194, di mana memotong seksyen 8 iaitu keterangan orang yang umurnya belum matang di mana, mana-mana orang yang disebabkan umurnya belum matang tidak sepatutnya pada pendapat mahkamah, dibenarkan untuk memberi keterangan atau sumpah atau ikrar. Hendaklah dibenarkan untuk memberi keterangan setelah diberikan amaran oleh mahkamah supaya bercakap benar. Cumanya, benar dan tidak lain daripada apa yang benar. Baik, saya juga ingin menegaskan di sini, walaupun seksyen 8 ataupun Akta 194 ini dimansuhkan, saya mohon supaya kanak-kanak yang diberi ataupun yang diberi sebagai saksi itu diberi layanan ketika di dalam mahkamah supaya orang kata, emosi dan juga dia tidak mendapat tekanan dari apa yang diberi oleh saksi-saksi ataupun percakapan yang diberikan di dalam mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan supaya seksyen 8 ini yang dibuang, adakah kita juga memastikan bahawa keterangan kanak-kanak ini tidak dipengaruhi oleh ibu bapa mereka sendiri, di mana kita takut keterangan yang diberi ini adalah melibat kepada ibu bapa mereka sendiri dan menyebabkan walaupun akuan bersumpah atau ikrar ini disumpah oleh kanak-kanak ini, tetapi mereka mungkin dipengaruhi oleh ibu bapa sendiri, menyebabkan keterangan yang diberikan oleh mereka ini adalah bercanggah. Mungkin kanak-kanak ini tidak mengetahui kesan dan akibat daripada apa yang disumpah ataupun diikrarkan, menyebabkan akhirnya kanak-kanak ini akan mendapat kesan daripada mungkin keterangan yang diberikan itu tidak benar. Oleh kerana ingin menjaga orang kata, waris ataupun hubungan dengan ibu bapa mereka, menyebabkan memberi keterangan yang berbeza ataupun keterangan yang tidak betul dalam mahkamah, akhirnya mereka mendapat impak yang kesan di mana mereka mungkin dipenjarakan. Baik, Tuan Yang di-Pertua juga, saya juga ingin dan juga bersetuju dengan beberapa orang pembahas yang awalnya iaitu sebelum diberikan keterangan ini ataupun akta ini dipinda, kita juga memohon supaya mahkamah menyediakan fasiliti-fasiliti yang secukupnya. Seperti juga tadi iaitu jurubahasa, supaya kanak-kanak yang memberi keterangan ini tidak faham apakah maksud ikrar dan sumpah yang diberikan itu dan mereka juga tidak terkeliru dengan lenggok bahasa mahkamah yang mungkin menyukarkan mereka memahami apa yang dikehendaki untuk mereka memberi keterangan. Saya rasa akta ini perlu dikuatkuasakan ataupun perlu diterima kerana ia juga memberi kesan kepada apa yang diberikan oleh kanak-kanak itu supaya mereka tidak- faham ini bukanlah suatu yang fantasi ataupun mereka mungkin pada ketika itu mereka agak- mungkin rasa benda itu tidak meyakinkan mereka, tetapi apabila ada akta ini, mungkin mereka lebih yakin poin yang diberikan ketika itu mestilah suatu yang betul dan bukanlah fantasi bagi mereka. Mungkin sebab mereka ini adalah di bawah umur, mungkin mereka sukar untuk membezakan antara fantasi dan fakta yang benar. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Sekarang saya minta Menteri menjawab dalam masa 10 minit.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada khususnya kepada empat Yang Berhormat,
Jelutong, Klang, Sabak Bernam dan Kulim-Bandar Baharu yang telah mengambil bahagian untuk berbahas. Nombor satu, mengenai Jelutong, pertanyaan- apa status siasatan terhadap kes mendiang Esha Rajeswari dan tindakan terhadap Zamri Vinoth. Berhubung kes Rajeswari, kes tersebut berada dalam siasatan PDRM dan saya percaya kertas siasatan akan dirujuk pada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat. Berhubung kes Zamri Vinoth, saya menyokong bahawa PDRM harus menyiasat dan mengambil tindakan. Kita- semua tahu bahawa Zamri Vinoth ini telah kerap kali bercakap dalam TikTok dan Instagram dan sebagainya, di mana beliau condemn agama lain. Ini saya rasa adalah satu perkara yang akan membawa kesusahan kepada pihak- pihak yang tertentu. Saya pohon PDRM menyiasat sedalam-dalam dan mengheret dia ke mahkamah seberapa cepat yang boleh. Penggubalan undang-undang baharu mengenai siber buli, Yang Berhormat Jelutong. Jelutong ada tidak? Ada, okey. Kerajaan sedang memperhalusi cadangan dasar berkenaan dengan isu ini selaras dengan mandat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Pandangan semua pihak, termasuk ahli-ahli akademik akan dipertimbangkan ke arah pewujudan peruntukan kesalahan yang khusus tentang buli siber yang kian menjadi-jadi.
Menteri, sedikit sahaja pandangan saya. Tan Sri Speaker, untuk makluman, perkara siber buli adalah sesuatu yang amat merisaukan kerana umpamanya saya beri kesimpulan. Kalau kita ingin membenarkan seseorang itu memandu kenderaan, kita memastikan bahawa beliau menjalani kursus supaya mengetahui daripada asas.
Kalau kereta itu terkandas, tayar tidak ada angin, bagaimana ingin menukar, apa yang perlu dilakukan di lampu isyarat dan sebagainya sebelum beliau diberi pengiktirafan untuk mengetahui the dos and don’ts iaitu apa yang berlaku semasa beliau sedang memandu untuk mengelakkan kemalangan. Mungkin kita perlu memperhalusi perkara ini. Sekarang kita- semua, semua anak- anak mempunyai handphone dan mereka menggunakan handphone itu kadangkala tanpa pengawalan dan pemantauan oleh ibu bapa. Kalau kanak-kanak itu kemurungan disebabkan oleh TikTok, bayangkan kalau ibu bapa meninggalkan rumah pergi keluar, masing-masing bekerja, sibuk, anak-anak itu mempunyai handphone. Kalau kanak-kanak itu terdedah kepada cyberbullying dan melakukan sesuatu kepada beliau, diri sendiri, bagaimana kita ingin mengelakkan...? Saya tidak mahu mencadangkan kursus dan sebagainya. I mean, sometimes, dengan izin it’s not logical, tetapi ini adalah sesuatu yang perlu kita perhalusi untuk melindungi kanak-kanak kita yang terdedah kepada penggunaan handphone. Di samping itu, pelbagai masalah gejala sosial melalui TikTok. Terima kasih.
YB Menteri, pertamanya saya sambut baik rang undang-undang ini dan keduanya, saya juga harap Dewan ini dapat memberikan penghargaan kepada delegasi daripada DAP Formosa dan juga DAPC Subang dan juga mahasiswa-mahasiswa yang hadir dengan delegasi ini yang sedang menonton perbahasan kita pada ketika ini. Terima kasih.
Saya ingat Yang Berhormat akan tanya soalan... [Ketawa] Tapi tak apalah, kita mengalu-alukan anak-anak muda. Harap esok hari akan jadi Ahli Parlimen atau macam Tan Sri Speaker dan jadi orang baik. Jangan jadi macam cyberbully ini. Yang Berhormat Jelutong, saya setuju bahawa cyberbullying ini perlu satu tindakan yang tegas diambil. Semasa Yang Berhormat berucap Tan Sri, saya baharu ingat pada this weekend saya balik, isteri saya memberi satu video, dia dapat melalui TikTok, saya pun terima. Dia kata Kula ini dengan satu- perempuan yang muda, dia macam-
macam dia enjoy. Dalam bahasa Tamil dia kata, “Ini orang dia tak ikut umur dia. Macam mana dia boleh dengan perempuan muda macam ini, tak malu kah”, macam-macam dia kata, hentam cukup-cukup, tetapi dia tak tahu perempuan muda itu saya punya isteri... [Ketawa] Saya dapat puluhan TikTok ini yang dihantar kepada saya, he said, “You must be careful. Kula, you’re in the public, people will know who you are going with”. Saya, macam mana saya hendak jawab? It is an indirect way of cyberbullying, you know. But my wife is saying, she was upset Tan Sri. Tetapi pada pandangan saya, ahli politik, they got higher resistance, tetapi macam Puan Rajeswary, it’s very, very unfair. Saya harap mereka menyiasat sedalam-dalamnya. There are very easy procedures– ada prosedur-prosedur yang tertentu, PDRM boleh mengambil penyiasatan dan ambil tindakan tegas. And also against Zamri Vinoth yang selalu mengheret a character assassination dan sebagainya.
Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih.
Yang Berhormat Klang, saya setuju bahawa mengenai jurubahasa. Saya rasa Yang Berhormat pun dulu bertugas sebagai peguam, menjadi masalah besar. Saya baru bercakap dengan pegawai-pegawai dan mereka mengatakan macam ini. Tahun ini ada diiklankan untuk 1,000 jawatan jurubahasa. Pemohonnya Tan Sri Yang di-Pertua adalah sebanyak 300 orang sahaja. Only 30 percent apply. Apabila saya tanya mengapa sedemikian, kita fahamlah, fasal kita pergi mahkamah. Dia bukan- sekarang jurubahasa is not only jurubahasa. Macam dulu, dalam 30, 40 tahun dulu dia hanya jurubahasa, sekarang jurubahasa multitasking. Multitasking, macam-macam dia buat di mahkamah, hingga ramai di antaranya tidak suka bekerja sebagai jurubahasa. Itu nombor satu. Nombor dua, gaji mereka is ridiculous. Saya telah cadangkan kepada pegawai- pegawai, mengadakan perjumpaan dengan JPA supaya meningkatkan taraf mereka. Sekarang permulaan adalah L19, mungkin dinaikkan ke satu- L22 dan sebagainya, dengan kalau katakan memperoleh Diploma. Masalah dia- saya sendiri tahu ada ramai di antara jurubahasa yang ada degree. Ada degree. Kalau dia dinaikkan ke gaji setaraf degree, dia akan seimbang dengan Majistret, itu pula. So, saya kata sama pegawai, don’t punish those who are qualified. You may be meningkatkan gaji majistret dan sebagainya. Ya, Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya teruja apabila kita dengar ada pembukaan sebanyak 1,000 kekosongan. Terima kasih, tetapi apa yang kita faham adalah memang perkara ini ramai orang di luar sana tidak faham. I tak tahu bagaimana perkara ini telah di-advertised. Kita tak tahu, kita tak faham. Satu lagi, memang gaji itu kita tengah- bukan sahaja- mereka bukan sahaja perlu kerja sebagai jurubahasa, mereka court clerk. All the perkara-perkara berkaitan tentang mahkamah, mereka perlu bekerja. So, gaji mereka tak setanding dengan apa yang mereka kerja. Saya percaya kini sudah tiba masanya. Kita banyak juga pindaan buat ini. Tolonglah, kita juga buat patut ada pindaan tentang gaji-gaji mereka ini. Jangan mereka paras garis kemiskinan lagi. Terima kasih.
Okey.
Terima kasih Klang. Saya akan merujuk kepada para pegawai supaya tindakan diambil dan mungkin kita akan beritahu kelak secara tulis, terperinci, apa tindakan dan bilakah iklan itu dibuat dan apakah kualifikasi yang perlukan. Akhir sekali Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu menanya, pastikan keterangan anak-anak tidak dipengaruhi oleh ibu bapa. Kanak-kanak tidak tahu kesan sumpah dan ikrar.
Hakim mempunyai budi bicara untuk menentukan keterangan- evidence di Mahkamah kanak-kanak dalam menentukan kes-kes tersebut. Ini akan dibuat oleh hakim- hakim, kuasa kepada mereka. Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah perkara-perkara...
Sabak Bernam, Menteri?
Yang Berhormat?
Sabak Bernam banyak juga tanya tadi.
Oh, Sabak Bernam.
Ya.
Minta maaf, minta maaf. Dalam kaedah Pesuruhjaya, tiada peruntukan khusus mengenai bagaimana kanak-kanak mengangkat sumpah, itu soalan dia ya. Jawapannya ialah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 memperuntukkan mengenai perkara yang berkaitan dengan pesuruhjaya sumpah seperti kelayakan dan pelantikan pesuruhjaya sumpah. Tatacara bagi kanak-kanak memberikan keterangan dengan sumpah atau ikrar diperuntukkan sebagaimana dokumen sumpah ikrar yang disediakan oleh pihak mahkamah. Saya juga difahamkan bahawa bila anak-anak memberi keterangan atau dokumen-dokumen disiapkan, ia akan dikawal selia oleh hakim mahkamah atau majistret, bukan ibu bapa yang terlibat dalam hal itu. Tan Sri, ini adalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Jika ada perkara- perkara yang telah dibangkit dan belum dijawab, perkara itu akan dijawab secara bertulis. Terima kasih Tan Sri.
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Nak berucap? Ya, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Speaker yang memberi peluang untuk Pasir Salak dalam ucapan perbahasan di peringkat Jawatankuasa tentang meminda Akta Sumpah dan Ikrar 1949 (Pindaan) 2024.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengetahui sumpah dan ikrar menjadi penguat kepada keterangan saksi kanak-kanak. Pengalaman saya mengajar kanak-kanak di sekolah rendah dan juga menengah selama 28 tahun, melihat penerapan kefahaman sebenar berkaitan sumpah dan ikrar ini agak rendah kerana penggunaan ikrar yang mereka biasa lakukan adalah ikrar sekolah yang diselitkan nilai-nilai murni dan Rukun Negara.
Kemudian, ia menjadi rutin perhimpunan yang sering dilafazkan di bibir sahaja. Adapun kefahaman dan pengamalannya agak kurang untuk melaksanakannya. Selain daripada itu, ada janji-janji lain yang dibuat apabila murid-murid melakukan kesalahan. Mereka berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu. Hakikatnya mereka ulang juga. Berbeza kecerdasan, berbezalah jawapan. Itulah realiti sumpah, ikrar dan janji yang berlegar di sekitar mereka.
Sebentar Yang Berhormat Pasir Salak. Kita sekarang ini di peringkat Jawatankuasa. Jadi, Pasir Salak kena zoom in isu mana yang dibangkitkan, apa cadangan atau pandangan atau minta penjelasan tambahan, tapi tak boleh berucap, Yang Berhormat.
Okey.
Terima kasih.
Justeru itu Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama, adakah kaedah sumpah seperti ini terlaksana dalam golongan berbeza di antara Muslim dan bukan Muslim dan bagaimana pula pelaksanaan kaedah sumpah ikrar itu dapat dilaksanakan dengan lebih tuntas lagi dan boleh menjadi bahan untuk bukti di Mahkamah?
Okey.
Akhir sekali sebagai penutup. Bagi saya, tiada masalah untuk meminda seksyen 8 [Akta 194] berkaitan dengan keterangan orang yang umumnya belum matang dan dimasukkan dalam Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676]. Jika benar ia lebih memudahkan urusan kehakiman dan memberi kebaikan dan keadilan kepada kanak-kanak. Terima kasih.
Baik. Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat tanya, adakah beza di antara Muslim dan bukan Muslim. Saya diberitahu tidak ada beza langsung. Ia terpakai kepada kedua-dua pihak. Ini adalah dalam semua Mahkamah di negara ini. Yang Berhormat ada kata mengenai ikrar di sekolah dan kalau ada anak-anak kita yang akan berulang mengenai kesalahan dan sebagainya, walaupun dia janji tidak akan buat, tapi, rang undang-undang yang dipinda sekarang adalah satu rang undang-undang yang bukan satu yang unik kerana di negara-negara macam Britain, Kanada, Australia, New Zealand, Hong Kong dan sebagainya. Semua pun telah meminda undang-undang tersebut dan sehingga sekarang nampaknya beroperasi biasa. Maka pindaan ini adalah untuk standardize-kan mengikut international standard. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik, terima kasih.
Tan Sri, Tan Sri. Sedikit sahaja Tan Sri.
Okey.
Satu perkara. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Law Reform (Marriage and Divorce) Act untuk makluman Tan Sri Speaker. Seorang kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun itu anggapan lebih baik dalam kawalan ibu. Kalau berlaku kes keganasan rumah tangga dan kanak-kanak itu berada dalam kawalan ibu. Bagaimana kita ingin menjamin supaya kanak-kanak itu bila hadir di mahkamah, katakan ayahnya dituduh untuk melakukan keganasan rumah tangga...? Bagaimana langkah-langkah yang akan diambil...? Kerana selalunya ada dakwaan, mungkin kanak- kanak itu dipengaruhi oleh ibu beliau. Mungkin perkara itu berlaku, mungkin tidak berlaku, tetapi memandangkan apabila berlakunya kes keganasan rumah tangga, anak-anak tersebut diserahkan kepada penjagaan ibu kerana itu merupakan anggapan di bawah
undang-undang. Jadi, apa cadangan- bagaimanakah kita ingin memastikan kanak-kanak itu akan bercakap benar, tidak akan dikongkong dan dipengaruhi oleh ibu mungkin untuk datang ke Mahkamah dan menyatakan sembarangan terhadap ayah beliau yang menghadapi pertuduhan? Terima kasih.
Sila Menteri.
Tan Sri, Jelutong hari ini lari tajuk. Ini Law Reform (Marriage and Divorce) Act jauh dari apa yang kita bahas tapi saya boleh jawablah Yang Berhormat. Ini law reform, saya sendiri ada buat banyak kes sedemikian. Di Mahkamah Tinggi, Yang Berhormat tahu bila ada kes di antara isteri dan suami, selalunya anak-anak- custodian matter, ia akan dipanggil dalam kamar hakim. Hakim akan suruh semua parties keluar dan saya sendiri dalam satu kes Tan Sri, hakim beli coklat dan beri kepada anak-anak supaya persefahaman, faham apa dia mahu, apa dia tengok. Untuk dipengaruhi, ini not so easy lah, tapi mengikut akta ini, dia kuasa sekarang beralih kepada hakim seperti dahululah. Saya harap itu dah ada jawab, jangan tanya lagi soalan. Terima kasih... [Ketawa] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang. Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana yang semua sedia maklum, pada hari Khamis yang lalu iaitu 11 Julai 2024, Dewan ini telah meluluskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Melalui rang undang-undang tersebut, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi kedua-dua peruntukan substantif dan tatacara mengenai keterangan saksi kanak-kanak dan Akta 676 akan menjadi perundangan utama yang memberikan tumpuan mengenai keterangan saksi kanak-kanak. Oleh itu, pindaan berbangkit perlu dibuat antara lain kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 untuk peruntukan yang perlu mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak. Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang- undang ini mengandungi dua fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dijalankan.
Fasal 2 bertujuan untuk memotong seksyen 19, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 mengenai sabitan seseorang tertuduh berdasarkan testimoni tanpa sokongan kanak-kanak dalam usia mentah. Pemotongan ini adalah berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak 2007 untuk memasukkan ke dalam akta itu peruntukan yang membenarkan mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Dengan pindaan ini, pensabitan seseorang bagi mana-mana kesalahan keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak, hendaklah diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.
Sememangnya cadangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di negara ini, sambil hak tertuduh kepada perbicaraan yang adil serta memastikan suara kanak-kanak didengari dan dilindungi dalam sistem perundangan kita. Terima kasih Tan Sri.
Ada siapa yang menyokong?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya akan bacakan nama mereka yang telah dihantar pada saya. Bermula dengan Besut, kemudian diikuti dengan Bangi, kemudian Jelutong dan Klang. Baik, saya jemput Besut.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ingin terus kepada penghapusan kepada seksyen 19 dalam Akta 747 ini mengenai dengan sabitan seseorang tertuduh berdasarkan kepada testimoni tanpa sokongan kanak-kanak dalam usia yang masih muda iaitu tender years. Jadi, jika sebelum pindaan ini, seksyen 19 ini memperuntukkan tentang sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak dalam usia yang mentah tersebut. Jadi, ini membawa maksud bahawa keterangan daripada kanak-kanak yang belum cukup umur atau usia terlalu muda itu memberi kesaksian di mahkamah boleh diguna pakai dalam proses perbicaraan, tetapi dengan penghapusan seksyen 19, saya kira terdapat perubahan dalam cara keterangan kepada kanak-kanak dalam usia yang mentah itu digunakan dalam kes-kes kesalahan keselamatan. Jadi, kita sedia maklum bahawa penghapusan seksyen 19 ini adalah berbangkit daripada pindaan yang dibuat daripada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 atau dikenali sebagai Akta 676 untuk memasukkan ke dalam akta itu peruntukan yang membenarkan mahkamah mensabitkan seseorang yang tertuduh berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Jadi dengan pindaan ini, pensabitan seseorang bagi mana-mana keselamatan ini dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta 747 ini berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak dan diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak yang baru dipinda hari Khamis baru ini. Sehubungan dengan itu saya ingin membangkitkan beberapa persoalan berkenaan dengan implikasi pindaan ini dibuat.
Pertama, apa jaminan kerajaan dengan penghapusan seksyen 19 ini dalam akta ini dapat memberikan perlindungan. Memberi perlindungan hak dan kepentingan kanak- kanak sepenuhnya yang terlibat dalam kes-kes kesalahan keselamatan. Keduanya, selepas pindaan dibuat, adakah akan wujud syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi sebelum keterangan diterima oleh mahkamah, memandangkan keterangan daripada kanak-kanak dalam usia yang terlalu muda tersebut tidak lagi diambil sebagai secara langsung sebagai bukti dan juga pada masa akan datang. Ketiganya, sejauh mana etika dan psikologi dalam menggunakan keterangan daripada kanak-kanak diambil kira oleh pihak mahkamah. Keempatnya, bagaimana perlindungan hak kanak-kanak dalam keperluan untuk menghadapi kesalahan keselamatan yang efektif diimbangi dan dilindungi. Bila melihat kepada psikologi, saya sarankan supaya sama ada majistret ataupun hakim-hakim yang membicarakan kes-kes yang melibatkan saksi kanak-kanak dihantar kursus untuk memahami psikologi kanak-kanak tersebut. Jadi, kalau lihat sebab yang buat inquiry adalah pihak Mahkamah. Jadi mereka perlu tahu keadaan kanak-kanak tersebut, sama ada hendak percaya ataupun tidak. Saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan- saya dah sentuh tadi sebenarnya berkenaan dengan saksi kanak-kanak ini dikeluarkan daripada 118. 118 ini menyebut pasal kompetennya seseorang saksi, kecuali kepada mereka yang tender years kanak-kanak, orang terlampau tua dan penyakit fizikal dan mental dan juga yang lain-lain yang seumpama dengannya. Jadi, bila dikeluarkan tender years daripada 118, bermaksud dia dah ada 133A. 133A merupakan sebagai satu prosedur dan dia telah dipindahkan kepada Akta Keterangan Kanak-kanak. Jadi yang lain-lain itu macam mana mahkamah hendak menentukan kompeten ke tidak saksi-saksi tersebut. Ini yang persoalan yang saya pernah timbulkan tadi. Mungkin Timbalan Menteri tak berapa dapat tangkap ya. Sekarang saya hendak pastikan macam mana. Tak ada prosedur langsung sebelum ini hendak menentukan yang saya sebut tadi ya. Selain daripada kanak-kanak, sebab kita kepada kes saksi kanak-kanak sahaja, tidak kepada saksi yang saya katakan tadi yang terlampau tua dan yang penyakit fizikal dan mental dan juga yang lain-lain yang seumpama dengannya. Itu sahaja Tan Sri, terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Bangi.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri kerana memberi peluang kepada saya Bangi untuk memberi, membahaskan rang undang-undang ini. Sebagai permulaan Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan kekecewaan saya kerana walaupun pindaan-pindaan yang merangkumi pakej kanak-kanak ini adalah penting, namun saya lihat tidak ada kenyataan atau memorandum daripada Majlis Peguam untuk menyatakan pendirian mereka tentang rang undang-undang ini. Kami, Ahli Parlimen tidak mendapat manfaat, input daripada Majlis Peguam dalam perbahasan- perbahasan kami. Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mencadangkan pindaan-pindaan consequential dengan izin, daripada pindaan-pindaan yang dibuat ke atas akta-akta lain dalam pakej keterangan saksi kanak-kanak yang dipinda sekali gus dalam mesyuarat ini. Dilihat dalam rang undang-undang ini adalah untuk mengeluarkan seksyen 19 berkenaan dengan kanak-kanak yang masih mentah.
Kita tahu Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kes law dengan izin, terutama sekali dalam satu kes yang saya ingin baca kes Zuraimi against PP, Zuraimi Bachok against PP. Yang mana berkenaan dengan kanak-kanak usia yang masih mentah ini sebenarnya tidak ditakrifkan dalam akta tersebut. Kita perlu lihat pada kes law dan kalau kita tengok apa yang kes law katakan bahawa ia bergantung kepada situasi. Dan juga kita lihat pada ketika ini sebelum pindaan-pindaan ini berkuat kuasa, saksi kanak-kanak ini dilihat sebagai saksi yang dengan izin, unreliable. Kita bila berkata tentang saksi kanak-kanak yang masih mentah, kalau kita tengok Akta Keterangan, ia masih tertakluk pada seksyen 133A dan kemudian untuk kesalahan-kesalahan berkenaan dengan kesalahan keselamatan, ia tertakluk pada seksyen 19 SOSMA yang ingin kita pinda. Dalam SOSMA, juga sama seperti Akta Keterangan. Apa itu kanak-kanak masih mentah, tidak ditakrifkan Tan Sri Yang di-Pertua. Kes law seperti yang saya nyatakan tadi juga mengatakan bahawa ia bergantung kepada keadaan. Dengan pindaan Akta 676 ini seperti yang telah diluluskan minggu lepas, semua keterangan kanak-kanak bagi apa juga jenis kesalahan akan tertakluk kepada Akta 676. Jadi, maknanya sekarang ini mana-mana keterangan yang berkaitan dengan kanak-kanak kita perlu tengok Akta 676 bukannya akta-akta lain. Jadi, hanya satu undang- undang yang akan menjadi panduan tentang saksi kanak-kanak. Ini termasuklah keterangan saksi kanak-kanak dalam kes-kes SOSMA. Perlu diingatkan di sini Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa SOSMA adalah undang- undang khas dan khusus yang mempunyai peruntukan berbeza dengan perbicaraan- perbicaraan jenayah yang kita panggil jenayah bukan kesalahan keselamatan ataupun jenayah biasalah kalau dalam erti kata lain. Banyak peruntukan dalam SOSMA ini sebenarnya dengan izin, depart daripada kaedah-kaedah keterangan. Maka, saya sambut baik penyeragaman undang-undang berkaitan saksi kanak-kanak dengan pemansuhan seksyen 19 dalam SOSMA ini, tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya merasakan bahawa sedikit kecewa kerana dalam kesempatan kita dapat kita meminda seksyen 19 ini peruntukan-peruntukan lain dalam SOSMA tidak dipinda untuk menjadikan undang-undang ini lebih adil kepada tertuduh.
Banyak pengalaman saya sendiri, Tan Sri Yang di-Pertua, mengendalikan kes- kes SOSMA sebelum ini. Melalui pengalaman saya, saya boleh katakan bahawa SOSMA ini secara natijahnya menafikan perbicaraan yang adil buat mereka yang dituduh dan dibicarakan di bawah SOSMA ini. Saya cuma nak ambil mungkin satu minit saja lagi, Tan Sri. Khususnya saya berharap kerajaan dapat melihat ketidakadilan yang termaktub dalam seksyen 18A, Tan Sri Yang di-Pertua. Seksyen 18A SOSMA yang menyatakan bahawa apa-apa kenyataan seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis boleh diterima sebagai keterangan ataupun admissible. Melalui pengalaman saya, apa yang akan berlaku adalah apabila seseorang itu ditahan di bawah SOSMA ini, mereka selalunya akan mendapat tekanan. Apabila mereka mendapat tekanan, mereka akan bersetuju untuk menandatangani satu dokumen dipanggil dokumen seksyen 18A ini dan kemudian dokumen ini akan digunakan terhadap mereka di Mahkamah. Ini sebenarnya satu departure, dengan izin, daripada apa yang termaktub dalam Akta Keterangan, yang mana pengakuan jenis ini tidak boleh digunakan terhadap tertuduh, tetapi dalam kes-kes SOSMA, ia boleh digunakan. Saya tahu bahawa pindaan substantif terhadap SOSMA ini bukan dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, bukan Timbalan Menteri yang ada bidang kuasa hal pindaan substantif SOSMA. Namun, saya difahamkan bahawa sebelum ini, kementerian ini ada membuat sesi libat urus dengan para pemegang taruh seperti tahanan-tahanan
SOSMA. Jadi, saya ingin tahu, apakah hasil perjumpaan-perjumpaan dengan tahanan- tahanan tersebut? Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, saya menggesa kerajaan supaya benar- benar melihat semula peruntukan-peruntukan SOSMA dan sama ada pindaan yang berpatutan atau wajar perlu dibuat ataupun kita nak mansuhkan terus SOSMA untuk gantikan dengan undang-undang yang lain supaya kita ada satu situasi yang mana, ya kita perlu ada undang-undang khusus untuk mengawal isu-isu keselamatan, itu tidak dinafikan, tetapi undang-undang tersebut haruslah undang-undang yang dapat mengimbangi, Tan Sri Yang di-Pertua, hak seorang tertuduh dengan keperluan untuk kita menangani isu-isu keselamatan. Dengan itu, Tan Sri Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Jelutong.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya juga bangun sekali lagi untuk membahaskan rang undang-undang ini. Pada masa yang sama, dengan penuh takzim, saya minta Tan Sri Speaker benarkan saya untuk melencong sedikit walaupun saya akan menyentuh undang-undang ini. Saya ingin mengulangi saranan Yang Berhormat Bangi untuk kerajaan- saya sedar tentang keprihatinan kerajaan menggubal rang undang-undang ini untuk memudahkan penerimaan keterangan saksi-saksi terutamanya dalam kes-kes melibatkan kes-kes keselamatan ataupun ungkapan yang selalu kita gunakan istilahnya adalah SOSMA. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk meminda, menyeru kerajaan mempertimbangkan pindaan-pindaan. Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri, dalam undang-undang ini, terdapat juga peruntukan-peruntukan yang membenarkan seseorang saksi itu memberi keterangan dari bilik yang berasingan, di mana suara beliau juga boleh ditukar, identiti beliau tidak perlu didedahkan ketika disoal balas dalam prosiding tersebut. Ini lah perkara-perkara yang tidak akan menjamin perbicaraan yang adil. Terdapat peruntukan-peruntukan tersebut. Dan isu jaminan. Berulang kali kita telah bersidang, apabila kita berbincang tentang undang-undang SOSMA, kita telah mengetengahkan keperluan bahawa dalam undang-undang ini, kerajaan pertimbangkan bahawa mana-mana orang yang dituduh dibenarkan untuk diberikan jaminan. Kita sedar kesalahan-kesalahan ini hanya segelintir sahaja yang boleh memohon. Umpamanya, kanak-kanak, wanita dan kepada orang-orang yang mengalami masalah kesihatan, yang uzur dan sebagainya. Saya di sini sedar bahawa kesalahan-kesalahan di bawah SOSMA ini adalah kesalahan yang serius kerana baru-baru ini kita sedar, kita dikejutkan berita pada bulan Mac mengenai seorang warganegara Israel yang ditahan di ibu kota dengan beberapa pucuk senjata api. Banyak sangat peluru. Ketika itu, saya baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara. Keselamatan dipertingkatkan untuk Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, untuk Perdana Menteri kita yang tersayang. Alangkah terkejutnya saya apabila saya mendapati peguam yang membela beliau adalah peguam yang bernama Naran Singh. Siapa beliau, Tan Sri Speaker? Beliau merupakan seorang calon Perikatan Nasional yang bertanding di Perak dalam Kerusi Dewan Undangan Negeri Jalong. Memang saya sedar hak peguam untuk bela... [Disampuk]
Hak dia.
Parlimen Sungai Siput. Saya di sini ketika ini terperanjat dan ingin tanya. Memang hak peguam adalah untuk membela. Memang seseorang itu, tertuduh juga adalah mempunyai hak untuk melantik peguam tetapi secara prinsipnya- kita dengar berulang kali pagi ini. Pagi tadi juga saya dituduh sebagai seorang anti-Islam. Pihak-pihak di sebelah sana selalu mengeluarkan kenyataan ini tetapi apakah patut seorang yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional menjadi peguam yang membela seorang warganegara Israel yang dituduh menyimpan pelbagai senjata dan peluru dan dihadapkan ke mahkamah? Apakah pendirian pihak-pihak di sebelah sana? Kita kecam Israel, keganasan yang dilakukan terhadap warga Palestin dan sebagainya, tetapi- saya berbalik, saya berbalik.
Jelutong, jangan terlalu jauh sangat. Datang balik.
Ya, saya akan berbalik. Saya akan balik.
[Dewan riuh]
Melencong itu, Jelutong. Keluar tajuk. Tak reti ke?
Tak habis-habis provoke.
Melencong, melencong.
Sebab itu saya katakan, undang-undang yang kita bincangkan sekarang ini adalah penting. Jadi, kita kena bersama-sama menyokong. Sebagai prinsipnya, saya percaya mana-mana pihak yang mewakili parti politik tidak sepatutnya menjadi peguam dalam perbicaraan kes tersebut. Tan Sri Speaker, saya mohon menyokong.
Keluar tajuk.
Jelutong, DAP tidak boleh mewakili juga selepas ini. Apa ini.
Besut, Besut. Speaker ada di sini. Minta izin, “Boleh saya cakap?”
Speaker, saya nak katakan bahawa- dia kata tidak boleh. Kalau peguam yang mewakili PN tidak boleh nak membela mana-mana orang yang belum didapati bersalah. Kalau macam itu, makna Jelutong ini dia peguam ini, dia tahu hak asasi manusia. Bercakap macam tidak ada undang-undang, dia ini.
Baik, terima kasih.
Kang saya cakap tak ada otak susah pula nanti.
Point taken. Point taken. Saya jemput Klang. Silakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, pemotongan seksyen 19, Akta 747 mengenai sabitan seseorang tertuduh berdasarkan testimoni tanpa sokongan kanak-kanak dalam usia mentah ini membenarkan mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.
Dengan pindaan ini, pensabitan seseorang bagi mana-mana kesalahan keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta 747 berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak hendaklah diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa inilah akta yang menjadi tulang belakang bagi kes-kes SOSMA di mana yang tertuduh itu terus ditahan tanpa bicara mahkamah. Saya sendiri pernah ditahan, Tan Sri, di bawah Akta ISA selama 495 hari. Sudah banyak kali saya bersama- sama rakan-rakan seperjuangan saya telah membangkitkan isu SOSMA ini. Tan Sri sendiri dan juga Timbalan Menteri kita juga pernah menjadi juara dalam membangkitkan isu SOSMA ini. Kita harus faham bahawa motif utama akta ini adalah untuk menahan seseorang tanpa bicara dan sedaya upaya untuk membuktikan bahawa individu itu bersalah. Ramai penahanan SOSMA ini telah dinyatakan dipukul, diseksa dan dipaksa untuk mengaku bersalah tanpa mana-mana bukti yang kukuh.
Saya sebagai seorang bekas penahanan ISA, terpanggil untuk meluahkan kerisauan saya terhadap undang-undang yang begitu menakutkan ini. Sekarang pula dengan pindaan baharu yang membenarkan kanak-kanak untuk memberi penyaksian, secara peribadi saya lebih risau. Adakah seseorang itu boleh ditahan tanpa bicara di bawah Akta SOSMA? Ini berdasarkan saksi daripada seorang kanak-kanak. Adakah kerajaan sanggup memberi jaminan bahawa susulan daripada pindaan ini, penyemakan semula terhadap akta ini akan diadakan secepat mungkin untuk memastikan ia tidak disalah guna sebagai senjata politik untuk senyapkan orang ramai? Melalui ini, saya ingin tekankan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sudah tiba masanya untuk kita menilai semula akta yang bersifat kejam. Tambahan pula dengan pindaan saksi kanak-kanak ini, ia menjadi lebih senang untuk disalah guna. Harap kebimbangan saya akan diambil kira oleh pihak kerajaan dalam hal ini. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pada itu juga, apabila kita menyatakan tentang SOSMA dan sebagainya disalah guna juga daripada pihak pendakwa, mahupun pihak PDRM itu sendiri. Tan Sri, kita pernah dengar Klang telah ditakrifkan oleh salah seorang pegawai PDRM yang tertinggi menyatakan Klang adalah Colombia, ya. Mereka pula juga apabila dalam sesi taklimat, saya telah menyatakan fakta yang dibawa oleh seseorang pegawai itu adalah salah, di mana beliau nyatakan semua kelulusan pembangunan sesuatu kawasan itu adalah oleh YB itu sendiri. Saya telah menyatakan, itulah salah faktanya. Bukan daripada ADUN mahupun MP kawasan. Kita ada pihak berkuasa tempatan dan juga kita ada pejabat tanah dan sebagainya, tapi pegawai itu masih lagi degil menyatakan pendirian beliau untuk menunjukkan beliau itu tahu segala-galanya. Inilah masalahnya, pihak-pihak pegawai- pegawai, apabila mereka telah menjadi suatu pegawai satu tahap kayangan, mereka ingat, mereka fikir, mereka jauh lebih tahu daripada yang lain. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga baru-baru ini untuk- saya telah dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis IPD Klang Selatan, disebabkan ucapan saya ketika GE15, yang mana saya telah- pada tahun 2022. Ini semua saya percaya Tan Sri, sebab pegawai yang menyatakan keterangan, yang mana mereka kurang arif, yang mana saya telah berani suarakan perkara ini, susulan ini telah menyebabkan saya telah diheret kepada yang telah mereka salah guna sekali lagi. Kalau seseorang Ahli Parlimen boleh dipakai dan boleh dibuli dan disalah guna, bagaimana pula rakyat biasa di luar sana..? Tan Sri Yang di-Pertua, itu sebab akta yang kejam begini patut kita melihat semula. Adakah ia diperlukan? Adakah kita patut beri kuasa yang begitu kuat? Kuasa yang begitu sangat tinggi kepada pegawai supaya kita boleh melihat, kita boleh menahan
tertuduh yang salah ataupun seseorang yang, adakah kita nak kekang kesalahan itu, adakah benar-benar kita inginkan kuasa yang besar diserap kepada orang yang pegang tanpa itu? Adakah mereka ini akan bertindak secara adil? Tan Sri, saya mohon agar kementerian siasat dan juga menyatakan pendirian tentang SOSMA. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Kita sudah tamat empat orang yang saya benarkan tadi. Silakan Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada empat Ahli Parlimen. Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Klang yang telah mengambil bahagian untuk membahas dalam perkara ini, hari ini, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2024. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Besut. Pindaan kepada- ini jawapannya. Pindaan kepada Akta SOSMA ini tidak mengubah kedudukan undang- undang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta SOSMA sedia ada. Seksyen 19, Akta SOSMA sememangnya memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mensabitkan tertuduh atas sesuatu kesalahan keselamatan berasaskan keterangan kanak-kanak yang tidak disokong. Pemotongan seksyen 19, Akta SOSMA ini adalah bertujuan agar peruntukan yang sama, sebagaimana seksyen 19 diperuntukkan dalam Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak 2007. Tidak perlu rujuk lagi kepada mana-mana undang-undang lain, termasuklah Akta SOSMA dalam hal keterangan saksi kanak-kanak. Berdasarkan pindaan melalui seksyen 2A, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 yang telah diluluskan, semua kanak-kanak adalah kompeten untuk memberi keterangan kecuali jika dia tidak memahami soalan yang dikemukakan kepadanya atau tidak dapat memberi jawapan yang rasional kepada soalan yang dikemukakan tersebut. Oleh itu dan syarat yang disebutkan tadi adalah syarat yang perlu dipenuhi bagi menjadikan saksi kanak-kanak itu adalah kompeten. Buat masa ini, pindaan-pindaan ini memberi fokus kepada mereka yang berumur terlalu muda, kanak- kanak. Kategori lain-lain akan diteliti selepas ini pada masa akan datang. Itu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Berdasarkan seksyen 2A baharu di bawah Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024, semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding, melainkan mahkamah mendapati saksi tersebut tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya atau tidak dapat memberikan jawapan yang rasional dalam prosiding itu. Perkara itu boleh ditentukan melalui enquiry di bawah seksyen 2C baharu di Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Yang Berhormat Bangi, mengenai libat urus dengan Majlis Peguam. Majlis Peguam telah dirundingi dan telah terlibat dalam sesi libat urus dan pihak-pihak berkepentingan telah dijemput ke konsultasi bagi membincangkan parameter cadangan pindaan ini sejak cadangan pindaan fasal 1 iaitu pada awal tahun 2023. Pada 11 Jun 2024 dan 19 Jun 2024, sesi libat urus telah juga diadakan dengan Majlis Peguam Malaysia. Yang Berhormat...
YB Timbalan Menteri. Saya faham. Maaf, kalau boleh saya berikan ya.
Siapa...?
Saya, saya, saya.
Oh, Yang Berhormat.
Bangi.
Saya tengok Jelutong.
Saya faham apa yang YB katakan bahawa sesi libat urus itu sudah diadakan antara kementerian bersama-sama dengan pihak Majlis Peguam. Apa yang saya katakan adalah kekecewaan saya, tidak ada kenyataan ataupun memorandum daripada Majlis Peguam berkenaan dengan pakej pindaan-pindaan ini. Yes, you boleh adakan engagement dengan pihak kementerian. That is memang patut dibuat tetapi untuk kami, untuk public di luar sana, kita perlu tahu apa dia pendirian Majlis Peguam? Jadi, itu yang saya katakan, tetapi sudah tentu ini bukanlah salah pihak kementerian. Saya cuma nak zahirkan kekecewaan saya. Terima kasih YB Menteri.
Mungkin Yang Berhormat, kita bila boleh jumpa dengan Majlis Peguam, Presiden dia, boleh beritahu apakah pandangan Yang Berhormat itu, ya.
Ya.
Yang Berhormat-Yang Berhormat Bangi, Klang dan Jelutong. Saya rasa dalam hati mereka, mereka tahulah bahawa SOSMA ini adalah satu akta yang kita tak boleh terima. Saya semasa di sana, I have said, it’s the most cruel act under Malaysian law dan perlu di- bukan ubahsuai, patut disingkir. Must be thrown away, tapi saya difahamkan ia masih dalam proses perbincangan dan saya harap tindakan seberapa awal yang boleh diambil, boleh diambil. Mengenai kawan saya, Jelutong. Dia bukan luar tajuk. Dia pergi ke lain negara. Banyak jauh... [Ketawa] Tapi, tapi, tapi- sekejap, sekejap, saya belum jawab. Saya belum habis, Yang Berhormat.
Sebab Menteri, saya bangun- Bagi saya peluang. Saya bangun sebab saya tahu Timbalan Menteri adalah seorang yang begitu prihatin... [Ketawa] Tambahan lagi, Presiden PAS pun hadir. Jadi, saya nak tahu pendirian Perikatan Nasional. Bolehkah mereka benarkan seorang calon untuk membela seorang Warganegara Israel?
Apa kaitan pula benda ini..?
Saya nak tahu pendirian.
Baik.
Bekas ADUN Penang pun terlibat LGBT.
Yang di-Pertua.
Bekas, apakah masalah bekas?
Saya, saya...
Apa ni Jelutong.
Ini peraturan, peraturan.
Baik, baik, baik.
Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Baik, baik.
36(1).
Baik, saya nak bagi buat keputusan. Saya tak benarkan soalan itu dimajukan oleh Jelutong dan Menteri tak payah jawab soalan itu.
Tak payah, tak payah layan. Jelutong bukan faham.
Terima kasih Tan Sri. Tak perlu jawab, okey. Tapi Presiden PAS ada di sini. Mungkin Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan oleh Jelutong itu, Yang Berhormat Presiden PAS boleh jawab.
ADUN DAP bekas LGBT di Penang pun ada.
Tak apa, hal ini...
Baik, saya ingat teruskan Menteri, Menteri teruskan.
Itu lah perkara-perkara yang dibangkitkan.
Tak perlu main politik la Menteri.
Ini ialah perkara-perkara yang telah dibangkitkan yang saya telah menjawab. Perkara-perkara yang tidak- yang telah dibangkitkan dan kalau belum dijawab ia akan dijawab secara tulis Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Angkatan Tentera (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang, dengan izin.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana yang semua sedia maklum pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 11 Julai 2024, Dewan ini telah meluluskan Rang Undang- undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Melalui rang undang-undang tersebut, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi kedua-dua peruntukan substantif dan tatacara mengenai keterangan saksi kanak-kanak dan Akta 676 akan menjadi perundangan utama yang memberikan tumpuan mengenai keterangan saksi kanak-kanak. Oleh itu pindaan berbangkit perlu dibuat, antara lain kepada Akta Angkatan Tentera 1972 untuk peruntukan yang perlu mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak. Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang- undang ini mengandungi dua fasal. Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2, bertujuan untuk memotong proviso kepada subseksyen 109(2) Akta Angkatan Tentera 1972 berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk memasukkan ke dalam akta itu, peruntukan yang berhubung dengan kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya dan untuk membenarkan mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Sememangnya, cadangan pindaan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan oleh Kerajaan Madani untuk melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di negara ini sambil hak tertuduh kepada perbincangan yang adil serta memastikan suara kanak-kanak didengari dan dilindungi dalam sistem perundangan. Terima kasih Tan Sri.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Baik terima kasih. Ahli Yang Berhormat masalah di depan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Saya menerima empat permohonan, saya bacakan keempat-empatnya. Bukit Bendera, Ketereh, Sungai Petani dan Sik. Oleh itu, saya jemput Bukit Bendera lima minit dari sekarang, silakan Bukit Bendera.
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi ruang dan juga ruang pada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Jadi Angkatan Tentera Malaysia bukan sahaja pelindung tetapi juga kebanggaan negara. Komitmen melampau medan perang menjangkau ke dalam hati masyarakat kita. Mereka terlibat dalam misi kemanusiaan memberikan bantuan bencana dan juga menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sama ada dalam masa aman ataupun konflik, ketabahan dan juga keberanian mencerminkan semangat patriotisme yang sebenarnya. Kini Angkatan Tentera kita menerima peranan baru iaitu menjadi sekutu penting dalam memerangi eksploitasi dan penyalahgunaan kanak-kanak. Penglibatan mereka dalam melindungi keutuhan dan masa depan anak-anak kita menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi pewaris tanah air kita. Pindaan kepada Rang Undang-undang Akta Angkatan Tentera menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh tentera kita dalam melindungi anak-anak kita. Perubahan ini memastikan bahawa anggota tentera kita bukan sahaja dilatih untuk
mempertahankan negara kita, tapi juga dilengkapi untuk bertindak tegas terhadap eksploitasi kanak-kanak. Jadi peranan dua hala ini menekankan pendekatan menyeluruh yang kita ambil untuk melindungi anak-anak kita daripada setiap ancaman yang ternyata. Jadi pindaan baru-baru ini bukan sekadar formaliti undang-undang ia adalah deklarasi yang mendalam tentang komitmen kita untuk melindungi anak-anak kita. Anak- anak yang tidak berdosa, anak-anak yang penuh potensi dan juga berhak mendapat limpahan kasih sayang dalam persekitaran yang selamat. Tan Sri Datuk Speaker, bayangkanlah ketidakbersalahan seorang kanak-kanak yang dicemari oleh kengerian eksploitasi seksual. Pindaan-pindaan ini membuatkan kenyataan yang kuat, eksploitasi kanak-kanak bukan hanya jenayah ia adalah penyalahgunaan yang jijik dengan izin, we will not compromise or negotiate ever. Jadi perubahan ini bukan hanya dalam kata-kata, ia juga mencerminkan pemahaman yang lebih mendalam dan juga tekad yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi anak-anak kita daripada perbuatan yang hina yang jijik. Selain itu, pindaan ini juga memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah pelaku yang disabitkan kesalahan untuk membayar pampasan kepada mangsa mereka. Ini lebih daripada sekadar peruntukan undang-undang, ini adalah mesej kepada setiap mangsa bahawa kesakitan, ketakutan yang mereka hadapi itu boleh dihentikan dan mana keadilannya bukan hanya tentang hukuman, tetapi ia juga tentang penyembuhan. Ia menyediakan tali hayat dan juga harapan bagi mereka yang berusaha untuk membina semula kehidupan mereka yang hancur. Jadi, inilah tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa mangsa-mangsa jenayah yang keji ini diberi sokongan. Jadi pindaan kepada Rang Undang-undang Angkatan Tentera lebih daripada sekadar perubahan undang-undang, ia adalah kewajipan moral.
Ia juga bukti tekad kolektif kita untuk melindungi anak-anak kita, untuk menyediakan mereka dalam satu persekitaran, satu suasana yang selamat dan juga menyokong di mana mereka boleh membesar dan berkembang dengan seelok-eloknya. Kita bukan sahaja mencipta undang-undang, kita membentuk masa depan di mana setiap kanak-kanak boleh hidup tanpa rasa takut dan juga tidak dieksploitasi. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi Bukit Bendera ingin mengambil peluang juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia. Bukit Bendera terhutang budi di mana dedikasi anda untuk melindungi negara kita melangkau medan perang. Ia mencapai ke dalam fabrik masyarakat kita. Dengan berdiri menentang eksploitasi kanak-kanak anda juga menegaskan bahawa kekuatan negara kita bukan sahaja terletak dalam kekuatan ketenteraan tetapi juga kepada integriti moral. Jadi sebagai penutup Bukit Bendera akan membaca sedikit pantun, Angin sepoi membelai rasa, Menyapa lembut di senja hari; Terima kasih Angkatan Tentera Malaysia, Pengorbanan mu kami hargai. Dengan itu Bukit Bendera sokong. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya, sebelum saya mulakan saya ingin mengalu-alukan kunjungan peserta Program Bersih, Sihat dan Trampil, Parit Best daripada rakyat Parlimen Parit.
Saya nak kena bagi tahu ubah jam tu sebelum saya mulakan... [Ketawa]
Takpe teruskan. Takpe.
Itu sudah lebih.
Saya akan bagi.
Okey. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini, bertujuan untuk meminda Seksyen 109(2) Akta Angkatan Tentera 1972. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Akta Angkatan Tentera 1972 telah diwartakan pada 4 Mei 1972 setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 28 April 1972. Akta ini hanya diguna pakai oleh ATM sahaja ke atas semua pegawai dan anggota angkatan tentera. Saya sendiri tertakluk di bawah akta ini selama 40 tahun, tetapi tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah Angkatan Tentera kerana saya seorang yang baik, berdisiplin tinggi dan beramanah... [Ketawa]
Tahniah Ketereh.
Seksyen 109(2) Akta Angkatan Tentera 1972 adalah penggunaan saksi kanak-kanak dalam Mahkamah Tentera. Mahkamah Tentera adalah mahkamah yang didirikan oleh angkatan tentera atas arahan pihak berkuasa atasan bagi membicarakan kes-kes yang melibatkan pegawai, dan juga anggota-anggota angkatan tentera dengan mengguna pakai Tatacara Akta Keterangan 1950. Ini membuktikan ATM adalah berlainan dan berbeza dengan perkhidmatan awam yang lain. Oleh itu janganlah ada pihak-pihak yang lain yang ingin menyamaratakan perkhidmatan angkatan tentera dengan perkhidmatan awam kerana ia adalah salah daripada segi undang-undang. Contohnya, dalam isu tuntutan pelarasan pencen veteran, yang berkhidmat daripada sebelum 1 Januari 2013, Majlis Angkatan Tentera berkuasa di bawah Seksyen 157 Akta Angkatan Tentera 1972 dan Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 untuk membuat peraturan gaji, pencen, ganjaran dan pemberian-pemberian lain. Jadi justeru itu saya mohonlah pihak kerajaan terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tolonglah selesaikan fasal pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013... [Ketawa] Seseorang pegawai atau anggota angkatan tentera yang melakukan kesalahan mereka akan dituduh menggunakan seksyen dalam Akta Angkatan Tentera 1972 dan akan dibicarakan di hadapan Pegawai Memerintah Pasukan. Bicara depan Pegawai Pemerintah dahulu. Kemudiannya pesalah ini akan ditanya, sama ada jika dia bersalah, dia nak terima hukuman daripada Pegawai Pemerintah ataupun nak pergi ke Mahkamah Tentera. Haa itu, itu peraturan dia. Kemudian sekiranya dia memilih untuk pergi ke Mahkamah Tentera maka pihak berkuasa pegawai atasan akan arahkan untuk didirikan Mahkamah Tentera, tetapi sepanjang perkhidmatan saya ini, saya hadir banyak jugalah Mahkamah Tentera, saya tak pernah lagi tengok saksi kanak-kanak digunakan kerana kes-kes yang selalu dibawa ke mahkamah tentera adalah kes macam tinggal tugas, kes dadah, kes absent without leave, kemudian kes judi dan macam-macam lagi.
Pada pendapat saya pindaan penggantian ‘noktah bertindih’ di hujung seksyen 109(2) itu dengan ‘noktah’ dan pemotongan ‘proviso dalam seksyen 109(2) tidak akan menjejaskan penerimaan keterangan saksi kanak-kanak di Mahkamah Tentera. Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 tetap berkuat kuasa membenarkan keterangan kanak-kanak yang tidak bersumpah diterima dengan syarat-syarat tertentu. Mahkamah juga, masih boleh menggunakan prinsip-prinsip dalam Akta Keterangan 1950 untuk pindaan. Saya tidak ada masalah rang undang-undang ini dipinda kerana ia bertujuan baik iaitu untuk menambah baikkan undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, perkara ini sepatutnya diadakan libat urus dahulu di kalangan panglima-panglima Angkatan Tentera, panglima-panglima perkhidmatan ataupun orang yang akan mengarahkan untuk didirikan Mahkamah Tentera tersebut. Contohnya kita kata kalau di ‘formasi’ misalnya jadi ‘Panglima Formasi’lah yang akan mengarahkan setelah dia tidak mahu menerima hukuman daripada CO daripada Pegawai Pemerintah kerana CO ini limitasi dia hanya hukuman dia 90 hari sahaja paling tinggi. Jadi kalau dia nak Mahkamah Tentera, jadi Panglima ini akan mengarahkan untuk didirikan Mahkamah Tentera. Di sini saya rasa kita perlu adakan libat urus terutamanya dalam Jawatankuasa Panglima-panglima- JPP jadi bagi...
Ketereh saya bangun nak sokong Ketereh, hari tu Ketereh marah dengan saya. Isu pencen ni Jelutong sokong. Lepas ni jangan marah dengan saya. Terima kasih... [Ketawa]
Okay, okay thank you. Jadi..jadi..
Sila gulung.
Jadi Timbalan Menteri, kalau boleh dibuat libat urus juga di kalangan pihak berkuasa atasan ini supaya mereka tahu adanya perubahan dalam Akta Angkatan Tentera 1972, tapi saya percaya mungkin dah dibuat. Jadi itu sahajalah yang saya ni, jadi Ketereh mohon menyokong apa akta ini.
Terima kasih yang berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mengambil langkah yang proaktif untuk menyelaraskan Akta Angkatan Tentera 1972 dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Usaha ini sebenarnya amatlah penting dalam kita memastikan sistem perundangan di dalam negara kita ini diselaraskan dengan baik. Puan Yang di-Pertua, Angkatan Tentera Malaysia merupakan benteng utama negara dan merupakan aset yang terpenting di dalam negara kita. Tidak jauh penting juga, adalah aset yang perlu kita lindungi dan perlu kita jaga dengan sebaik mungkin iaitu kanak-kanak yang merupakan pelapis masa hadapan negara kita. Sebab itu Puan Yang di-Pertua pindaan ini adalah berbangkit atau dengan izin, consequential amendment daripada pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Saya menyokong hasrat murni pihak kementerian, pihak kerajaan untuk membuat pindaan ini namun terdapat beberapa perkara yang mungkin kita perlu teliti dan perhalusi yang mana dengan pemansuhan keperluan keterangan sokongan untuk keterangan kanak-kanak. Bagaimana kita ingin memastikan bahawa pihak yang tertuduh itu juga turut dilindungi...? Kita perlu memastikan bahawa- tidak hanya pihak yang menuduh, tetapi pihak yang tertuduh juga perlu mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama.
Kedua, apakah langkah-langkah untuk kita mengelakkan penyalahgunaan pindaan ini supaya tidak disalah guna oleh pihak tertentu? Dan bagaimana kerajaan akan melatih pegawai-pegawai mahkamah, peguam dan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan keterangan kanak-kanak di bawah peruntukkan baharu ini? Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mencadangkan dan menambah beberapa penambahbaikan untuk dipertimbangkan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama supaya mewujudkan satu garis panduan jelas untuk pindaan yang dibuat ini dan memperkenalkan peruntukan khas untuk menjamin sokongan psikologi. Sebab kalau kita lihat kanak-kanak ini amat mudah untuk dipengaruhi dan segala bentuk psikologi yang ini memainkan peranan yang amat penting untuk kita buat suatu keputusan atau dijatuhkan satu hukuman. Setelah kita mengadakan pindaan ini, adakah kita mempunyai satu mekanisme yang khusus, mekanisme yang baik supaya kita boleh memantau pelaksanaan ini? Dan pada akhirnya kita melihat endgame itu jelas dan endgame itu dapat dicapai objektifnya. Seterusnya, saya mohon untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak-pihak pemegang taruh, pihak berkuasa, NGO dan pakar psikologi kanak-kanak untuk kita mengendalikan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak ini. Dan yang paling penting sebenarnya memperkenalkan program latihan khusus untuk peguam bela dan pendakwa raya dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan saksi kanak-kanak. Saya juga ingin membangkitkan beberapa persoalan tambahan, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan mahkamah khas bagi mendengar kes-kes melibatkan keterangan saksi kanak-kanak di setiap negeri? Bagaimanakah kerajaan memastikan keterangan video yang dirakam diterima sebagai keterangan tanpa memerlukan transkrip? Apakah langkah yang akan diambil untuk kita memastikan keterangan kanak- kanak yang khusus- kalau kita lihat keterangan kanak-kanak OKU, keterangan kanak- kanak autisme itu diambil kira dengan sewajarnya? Kalau kita lihat pada RUU ini saya ingin menekankan dalam konteks angkatan tentera. Akhir sekali, saya ingin menegaskan kepentingan bahawa untuk kita memastikan bahawa dalam usaha kita melindungi kanak-kanak, prinsip keadilan asas itu tidak kita abaikan. Bahawa kedua-dua pihak baik pihak yang menuduh ataupun pihak yang tertuduh itu dapat dibela, dapat diberikan kesaksamaan, dapat diberikan satu keputusan yang adil dan saksama dan pada akhirnya tidak memberikan salah satu pihak itu teraniaya. Dalam konteks ini saya tekankan khususnya kepada Akta Angkatan Tentera yang ingin kita pinda pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin perbahasan yang mendalam dan pertimbangan yang teliti kita dapat memperhalusi rang undang-undang ini memberikan manfaat kepada semua dan tidak ada kelompangan dalam mana-mana rang undang-undang yang cuba kita pinda. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama pada petang ini untuk membahaskan implikasi pindaan yang akan dicadangkan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 yang akan turut memberi kesan kepada Akta Angkatan Tentera 1972. Pindaan-pindaan ini penting untuk memastikan sistem keadilan kita lebih inklusif dan adil terutama dalam menangani kes yang melibatkan saksi kanak-kanak. Namun perlu kita teliti bagaimana perubahan ini akan mempengaruhi prosiding Mahkamah Tentera di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.
Beberapa perkara penting yang saya ingin sentuh berkenaan dengan pindaan akta ini. Pertama iaitu kekompetenan saksi kanak-kanak atau pun kelayakan saksi kanak- kanak itu. Pindaan pada Seksyen 118, Akta Keterangan 1950 dan Seksyen 113A [Akta 56] yang menetapkan bahawa semua kanak-kanak adalah berkompeten untuk memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah atau berjanji untuk bercakap benar akan turut terpakai dalam Mahkamah Tentera. Ini membolehkan saksi kanak-kanak memberikan keterangan tanpa diskriminasi umur, memastikan keadilan yang lebih kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contoh, dalam kes Mahkamah Tentera yang melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, saksi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun kini boleh memberi keterangan dan dengan lebih mudah dan tidak memerlukan inkuiri tambahan mengenai kekompetenan mereka kecuali dicabar. Ini dapat mempercepatkan proses perbicaraan dan mengurangkan trauma kepada saksi kanak-kanak. Kedua, iaitu keperluan keterangan sokongan pemansuhan keperluan keterangan sokongan mandatori bagi saksi kanak-kanak bermaksud bahawa keterangan mereka akan diterima secara sama rata dengan keterangan saksi dewasa, ini termasuklah kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tentera di mana kes-kes yang melibatkan saksi kanak- kanak tidak lagi memerlukan keterangan sokongan untuk diterima. Sebagai contoh, jika seseorang kanak-kanak menjadi saksi dalam kes jenayah yang melibatkan anggota tentera, keterangan mereka akan dianggap sah tanpa memerlukan sokongan tambahan. Mahkamah Tentera harus menilai keterangan kanak- kanak dengan cara yang sama seperti saksi lain mengurangkan halangan untuk mendakwa pesalah yang melibatkan kanak-kanak. Ketiga, iaitu pengurusan kes pra perbicaraan. Bagi pindaan ini yang memperkenalkan pengurusan kes pra perbicaraan mandatori untuk kes-kes seksual kanak-kanak yang juga akan terpakai dalam prosiding Mahkamah Tentera. Ini akan memastikan bahawa kaedah yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak memberikan keterangan dan mengurangkan kelewatan dalam proses perbicaraan. Sebagai contoh, dalam Mahkamah Tentera, jika terdapat kes yang melibatkan saksi kanak-kanak dalam kesalahan seksual, Hakim boleh memberi arahan sebelum perbicaraan mengenai cara kanak-kanak akan memberi keterangan termasuk penggunaan skrin, video rakaman atau cara penyoalan yang sesuai. Ini akan memastikan proses perbicaraan lebih lancar dan mengurangkan trauma kepada saksi kanak-kanak. Keempat, transkrip bahasa asal rakaman video. Peruntukan baharu yang membolehkan rakaman video diterima tanpa transkrip bahasa asal jika bahasa tersebut tidak boleh ditranskrip akan memudahkan penerimaan keterangan kanak-kanak dalam Mahkamah Tentera. Sebagai contoh, jika saksi kanak-kanak memberikan keterangan dalam bahasa yang tidak mempunyai bentuk tulisan, rakaman video tersebut masih boleh diterima oleh Mahkamah Tentera dengan transkrip dalam bahasa Malaysia. Ini memastikan keterangan penting tidak ditolak hanya kerana kekangan bahasa. Tuan Yang di-Pertua, secara rumusannya, kesimpulannya, pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 membawa banyak faedah dalam memastikan keadilan kepada saksi kanak-kanak. Implikasi terhadap Akta Angkatan Tentera 1972 adalah signifikan di mana ia memperkukuhkan keadilan dalam prosiding Mahkamah Tentera bagi memastikan saksi kanak-kanak diberikan perlindungan dan peluang untuk memberikan keterangan tanpa diskriminasi. Kita berharap, pindaan ini akan mempercepatkan proses perbicaraan, mengurangkan trauma kepada saksi kanak-kanak dan memastikan keadilan dilaksanakan dengan sebaik mungkin termasuklah keadilan dan kesaksamaan kepada kanak-kanak yang menjadi saksi itu. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, masa 10 minit.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kepada empat Ahli Parlimen. Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Sik yang telah mengambil bahagian hari ini dalam meminda Akta Angkatan Tentera 1972. Saya mula dengan Bukit Bendera dan Sungai Petani. Saya berterima kasih kepada kedua-dua yang telah memberi perhatian mengenai angkatan tentera, terima kasih kepada pandangan tersebut. Mengenai Ketereh ada tanya mengenai libat urus. Saya ingin beritahu bahawa libat urus dan rundingan telah diadakan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini. Akan tetapi, pandangan Yang Berhormat yang mengatakan mengadakan libat urus dengan anggota-anggota terutama akan dikaji dan tengok macam mana ia boleh diimplementasikan.
Yang Berhormat Ketereh juga membangkitkan bagaimana pasti tertuduh dapat keadilan sewajar. Yang kedua, apakah langkah-langkah memastikan tiada salah guna akta ini dan ketiga, mahkamah-mahkamah khas untuk kes-kes di setiap negeri. Untuk menjawab soalan pertama, Hakim mempunyai budi bicara menentukan weightage keterangan kanak-kanak dalam kes-kes. Nombor dua, apa perkara ini memastikan tiada salah guna itu. Hakim akan mengambil kira dan mengimplementasikan dan ini adalah dari experience beliau, mereka tahu apa nak perlu dibuat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di negara ini. Yang di-Pertua, ini adalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan perkara- perkara yang telah dibangkitkan yang belum dijawab, tidak dijawab akan dijawab secara bertulis. Sebelum habis, saya ada sedikit pantun juga untuk menjawab Bukit Bendera. Ini susah-susah saya buat tahu...
[Menyampuk]
Tapi kawan-kawan di belakang yang buatlah... [Ketawa]
Tak payah cakaplah.
Diam-diam sudahlah.
... Pokok kelapa dicari umbut, Dibuat gulai menambah selera; Sokongan YB-YB semua kami sambut, Demi kesejahteraan kita semua. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Silakan.
Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin bangkitkan mengenai fasal 2 pindaan kepada seksyen 109. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya pindaan ini diluluskan dan kita memadamkan proviso yang ada dalam seksyen 109, maknanya berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak, saya difahamkan kita akan balik semula ataupun kita akan pergi kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak yang menjadi undang-undang substantif berkenaan dengan perkara ini. Soalan saya kepada pihak Menteri, adakah dalam Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak ini, ia juga termasuk pada perbicaraan-perbicaraan dalam court martial, dengan izin. Maknanya, adakah ia terangkum sekali prosiding court martial sebab kalau saya baca Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak itu, ia pada saya, hanya melibatkan mahkamah seperti mahkamah sivil, mahkamah sesyen dan sebagainya dan tidak secara khusus mengatakan bahawa ia termasuk court martial. Itu soalan yang saya ingin utarakan, Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Yang Berhormat Bangi, betul perkara yang dibangkitkan mengenai bila memansuhkan seksyen ini, ia akan ulang ke Akta Keterangan Kanak-kanak. Itu asasnya. Mengenai adakah ia akan merangkumi court martial dan sebagainya, itu hanya termasuk kepada civil court sahaja tetapi untuk soalan yang khusus ini, saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024 Bacaan Kali Kedua dan KetigaBill
Bismilllahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan fungsi dan kuasanya yang berhubung dengan kawalan dan perlindungan sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini, urusan berkaitan pemeriksaan, kawalan, pelepasan dan penguatkuasaan ke atas pergerakan orang, barangan serta kenderaan melintasi sempadan negara dikendalikan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan kementerian yang berkaitan mengikut sektor atau fungsi tertentu. Sebagai contoh, secara asasnya pergerakan orang atau pengembara di pintu masuk negara akan melalui proses serta prosedur kawalan dan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk fungsi berkaitan dokumen perjalanan, Kementerian Kesihatan untuk fungsi berkaitan kesihatan awam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk fungsi berkaitan barangan yang dibawa serta Jabatan Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat kenderaan yang dipandu. Pelaksanaan fungsi-fungsi ini juga adalah bersandarkan kepada pelbagai punca kuasa dan perundangan yang berkuat kuasa. Selain itu, pengoperasian di suatu pintu masuk juga melibatkan arahan dan kawalan- command and control daripada punca yang pelbagai mengikut agensi-agensi yang ada. Ini menyebabkan tiada entiti tunggal yang dapat dipertanggungjawab apabila berlaku sesuatu insiden atau isu di kawasan pentadbiran pintu masuk negara. Penyelarasan dan pemurnian prosedur operasi standard (SOP) bagi pengoperasian yang melibatkan urusan pemeriksaan dan kawalan juga dilihat sukar apabila pelbagai agensi di pintu masuk mempunyai peraturan mahupun arahan atau perintah tetap daripada punca kuasa yang berbeza. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, isu-isu ini merupakan sebahagian daripada hasil dapatan kajian oleh Kementerian Dalam Negeri pada November 2018 yang dikemukakan kepada Jemaah Menteri pada 30 Julai 2021. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada tarikh tersebut telah bersetuju antara lain agar sebuah agensi tunggal bagi menjaga sempadan dan pintu masuk negara di tubuh bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan kawalan keselamatan serta penyampaian perkhidmatan kerajaan di pintu-pintu masuk dan pelabuhan dengan mengambil kira aspek-aspek berikut: (i) penguatkuasaan dan kawalan yang lebih cekap; (ii) pengoptimuman sumber manusia dan kewangan; (iii) pengurusan yang terselaras; (iv) kawalan integriti dan ketirisan; dan (v) prosedur operasi standard (SOP) yang seragam.
Jemaah Menteri pada ketika itu turut bersetuju agar sebuah Pasukan Nukleus Single Border Agency (SBA) dibentuk untuk memperincikan cadangan penubuhan agensi tunggal ini dengan fasa pertama melibatkan pengambilalihan fungsi agensi-agensi di pintu masuk negara termasuk pelabuhan dan fasa berikutnya melibatkan pengambilalihan fungsi kawalan sempadan negara.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan hasil perincian oleh Pasukan Nukleus SBA yang melaksanakan kawalan penanda aras dan sesi libat urus bersama agensi dan kementerian berkaitan termasuk Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, Jemaah Menteri pada 23 Oktober 2023 antara lain telah bersetuju agar pelaksanaan penubuhan agensi tunggal ini yang dikenali sebagai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 dengan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri. Untuk rekod, lebih 125 sesi libat urus telah dilaksanakan sehingga kini oleh Pasukan Nukleus SBA dan MCBA. MCBA akan berperanan sebagai agensi kerajaan barisan hadapan yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan dan pemeriksaan secara bersepadu dan komprehensif di pintu masuk darat, laut dan udara termasuk pelabuhan bagi pergerakan orang, kenderaan, barangan termasuk haiwan serta tumbuhan. Struktur perjawatan asas di peringkat ibu pejabat sebanyak 104 perjawatan telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2024. Butiran perjawatan di peringkat operasi di pintu-pintu masuk pula akan dipindah ke struktur perjawatan MCBA secara berperingkat mengikut fasa-fasa pengambilalihan operasi pintu masuk negara oleh MCBA. Untuk membolehkan agensi ini mempunyai punca kuasa bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya di pintu-pintu masuk negara, maka suatu rang undang- undang tubuh agensi perlu digubal dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Oleh itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Januari 2024 antara lain telah bersetuju dengan penetapan dasar untuk Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang dibentangkan melalui memorandum oleh Menteri Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan turut menyedari bahawa pengoperasian MCBA di peringkat awal kelak akan melibatkan pengambilalihan fungsi agensi-agensi daripada pelbagai kementerian memerlukan penyelarasan yang teliti untuk memastikan segala urusan di pintu masuk negara tidak terganggu. Penyelarasan ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama agensi, kementerian yang terlibat termasuklah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, bagi menangani isu ini serta perkara-perkara yang berbangkit daripada pengoperasian MCBA kelak, Jemaah Menteri pada 22 Mac 2024 antara lain telah bersetuju agar Jawatankuasa Pemantapan Dasar dan Pengoperasian MCBA ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan dianggotai oleh semua agensi dan kementerian yang berkaitan dengan pengoperasian di pintu masuk negara termasuk wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Selanjutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Jun 2024 ketika menimbang Memorandum daripada Menteri Dalam Negeri No. ML 53/2024 bertajuk Rang Undang- undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 antara lain telah bersetuju untuk RUU ini dibentangkan di Mesyuarat Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 terbahagi kepada lima bahagian yang mengandungi 25 fasal dan dua jadual. Bahagian I rang undang-undang ini memperkatakan mengenai perkara permulaan. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan memberi kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh kuat kuasa yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa akta untuk suatu bahagian di Malaysia, permulaan kuat kuasa peruntukan dalam akta atau peruntukan akta dan bahagian di Malaysia. Fasal 2 mengandungi tafsiran beberapa perkataan atau terma yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II rang undang-undang memperuntukkan mengenai penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan perkara berkaitan pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai agensi. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan agensi tersebut digunakan khidmatnya di kawasan yang ditetapkan untuk menyediakan kawalan dan pemeriksaan bagi tujuan kawalan dan perlindungan sempadan Malaysia. Fasal 4 bertujuan untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk melantik Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah serta tanggungjawab Ketua Pengarah terhadap agensi, segala perkara yang berhubung dengan agensi. Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan pegawai- pegawai agensi oleh Menteri Dalam Negeri. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Bahagian III memperuntukkan berkenaan fungsi dan kuasa agensi. Fasal 6 bertujuan untuk memperuntukkan fungsi agensi untuk menguatkuasakan undang-undang bertulis yang berkaitan di kawasan ditetapkan. Selain itu, fasal 6 turut menjelaskan fungsi agensi di negeri Sabah dan Sarawak yang mana kuasa dan hak istimewa negeri-negeri ini seperti yang digariskan dalam Bahagian IV Akta Imigresen 1959/63 akan dilaksanakan dan dipatuhi agensi mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan kepada Pengarah Imigresen Negeri. Fasal 7 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pegawai agensi punyai segala kuasa yang pihak berkuasa berwibawa boleh menjalankan tanggungjawab kepada peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan dan boleh melakukan segala perkara yang munasabah perlu bagi atau berkesampingan dengan pelaksanaan fungsi di bawah fasal 6. Fasal 8, Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memperuntukkan bahawa sebarang pertindihan fungsi antara agensi dengan pihak berkuasa berwibawa perlu diselesaikan secara pentadbiran. Bagi Fasal 9, ia memperuntukkan bahawa jika suatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di negeri Sabah dan Sarawak di kawasan yang ditetapkan, maka tindakan penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan kesalahan itu hendaklah dilaksanakan oleh pihak berkuasa berwibawa negeri Sabah dan Sarawak. Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan dalam keadaan tertentu yang mana agensi boleh menjalankan kuasa dan fungsinya di luar dari kawasan yang ditetapkan. Fasal 11 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pegawai agensi untuk mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat koperal dan lebih rendah dan seorang pegawai penjara yang berpangkat sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan agensi. Fasal 11 juga bertujuan untuk menyifatkan pejabat agensi sebagai suatu balai polis. Fasal 12 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada agensi untuk menyelaras dan bekerjasama dengan mana-mana orang atau pihak berkuasa berwibawa bagi mendapatkan apa-apa khidmat dan bantuan dalam menjalankan peruntukan akta. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV rang undang-undang ini memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan perkara-perkara am. Fasal 13 memperuntukkan bahawa pendakwaan bagi kesalahan akta yang dicadangkan boleh dimulakan dengan keizinan pendakwa raya. Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi melindungi kerajaan daripada apa-apa liabiliti yang berhubung dengan apa-apa kos atau apa-apa kerosakan
akibat daripada perjalanan tugas oleh pegawai agensi termasuk memperuntukkan kuasa kepada kerajaan untuk mendapatkan kos pengurusan barang sitaan daripada orang disabitkan. Fasal 15 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pengurusan bagi apa-apa kutipan wang yang dibuat agensi bagi pihak-pihak berkuasa berwibawa, ia hendaklah mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan serta arahan dan kehendak pihak berkuasa berwibawa itu. Bagi Fasal 16, ia bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pegawai diberi kuasa daripada liabiliti dalam melaksanakan tugasnya. Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan peruntukan yang berhubung dengan kewajipan pegawai agensi mengekalkan kerahsiaan. Fasal 18 bertujuan untuk memberikan perlindungan yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] terhadap apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding kepada agensi, pegawai agensi atau kakitangan pihak berkuasa berwibawa yang lain. Fasal 19 memperuntukkan bahawa setiap pegawai agensi hendaklah diberi kad kuasa. Fasal 20 memperuntukkan bahawa pegawai agensi hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam dan kelengkapan yang ditentukan oleh perintah tetap dan setiap pegawai agensi hendaklah memakai pakaian seragam semasa menjalankan tugas mereka kecuali dikecualikan. Bagi Fasal 21, ia bertujuan untuk membenarkan pegawai agensi membawa senjata semasa menjalankan tugas dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan dan kehendak yang diperuntukkan di bawah Akta Senjata 1960.
Fasal 22 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan dan hukuman yang berhubung dengan apa-apa amang, galangan, gangguan dan sebagainya terhadap mana-mana pegawai agensi dalam melaksanakan kuasanya. Fasal 23 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengeluarkan perintah pentadbiran yang disebut perintah tetap yang selaras dengan peruntukan akta ini tentang kawalan am, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai agensi dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau sesuai manfaat untuk pentadbiran baik agensi atau bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas dan pada amnya, untuk memastikan agensi berfungsi dengan cekap dan berkesan. Fasal 24 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berkenaan kuasa Menteri untuk meminda Jadual kepada akta yang dicadangkan selepas berunding dengan Menteri yang bertanggungjawab bagi suatu undang-undang bertulis. Tuan Yang di-Pertua, bagi Fasal 25, di Bahagian V bertujuan untuk memperuntukkan pengecualian bagi mana-mana pas permit atau dokumen lain yang dikecualikan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan sebelum akta ini mula berkuat kuasa. Hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga pas permit atau dokumen lain habis tempoh ditarik balik atau dibatalkan. Selain itu, sebarang permohonan yang belum selesai di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan sebelum akta ini mula berkuat kuasa adalah tidak terkesan oleh akta ini. Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya Jadual Pertama rang undang-undang menyenaraikan kawasan yang ditetapkan oleh agensi operasi. Manakala, Jadual Kedua pula menyenaraikan undang-undang bertulis yang berkaitan seperti yang ditafsirkan di Fasal 2 rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berkeyakinan bidang kuasa yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini. Penubuhan dan pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia di pintu masuk negara akan dapat memastikan
ekosistem dan fungsi pemeriksaan, kawalan serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Seterusnya, akan memudahkan urusan perjalanan keluar dan masuk orang, juga import eksport barangan dari atau ke Malaysia. Kewujudan dan peranan agensi ini juga sangat penting bukan kepada keselamatan awam, malah kepada ekonomi, bio sekuriti dan kesihatan awam negara. Trend atau aliran pendekatan progresif untuk mewujudkan dan mempertanggungjawabkan pengurusan sempadan kepada sebuah entiti tunggal bermula seawal tahun 2003 lagi oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat melalui US Customs and Border Protection. Australia melalui Australia Border Force dan juga Singapura melalui Immigration and Check Point Authority dan beberapa buah negara lain Justeru, kerajaan pada hari ini telah mengambil tanggungjawab dan berusaha untuk memastikan inisiatif dan keputusan-keputusan yang telah diputuskan sejak tahun 2008 untuk menubuh Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, hasrat ini sudah pasti tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan kawalan dan perlindungan sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Setiap pembahas diberi lima minit. Saya akan baca senarai pembahas. YB Miri, YB Pasir Mas, YB Bayan Baru, YB Ketereh, YB Ledang, YB Rantau Panjang, YB Bukit Bendera, YB Padang Besar, YB Pasir Gudang, YB Machang, YB Kluang, YB Gerik, YB Tebrau, YB Padang Terap, YB Shah Alam, YB Rompin, YB Sungai Petani, YB Lumut, YB Kuala Pilah dan YB Arau. Saya jemput Yang Berhormat Miri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana terus berusaha mencari jalan dari semasa ke semasa untuk menangani segala cabaran dan isu yang telah wujud di negara ini sekian lama. Termasuklah kesesakan dalam melepasi sempadan negara. Buat masa kini, terdapat kelemahan dalam penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan melibatkan proses pemeriksaan serta tempoh masa yang lama dalam urusan pemeriksaan. Dengan penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) yang akan menjadi agensi kerajaan barisan hadapan, kami percaya dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam proses keluar masuk sempadan negara. Selain meningkatkan kecekapan melalui penstrukturan semula pentadbiran agensi kerajaan di sempadan, saya juga memohon supaya kerajaan melengkapi agensi ini dengan penggunaan teknologi terkini seperti pengenalan wajah, data besar dan AI supaya dapat mempercepatkan segala proses yang diperlukan untuk memasuki sempadan negara kita. Seterusnya, bagi menyelesaikan masalah kesesakan dan tempoh
masa yang panjang dalam urusan di sempadan negara, sesetengah struktur bangunan yang sedia ada di sempadan ini juga perlu dinaik taraf atau disusun atur semula. Saya merujuk secara spesifik kepada ICQS Sungai Tujoh. Salah satu punca utama yang menyebabkan kesesakan di ICQS Sungai Tujoh adalah disebabkan oleh struktur fizikal kaunter di laluan ketibaan dan pelepasan yang berbentuk tulang ikan. Puan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri boleh merujuk kepada kaca di bawah jam di atas ini. Di antara kaca tersebut terdapat satu- kayu yang melintang yang panjang dan juga empat kayu yang menegak. Seolah-olah satu tulang ikan. So, kaunter Imigresen dia adalah wujud di setiap kayu pendek di penghujung kayu pendek. So, kalau kita lihat di atas dia ada lapan Kaunter Imigresen, okey. Bayangkan. Kaunter Kastam pula akan hanya ada di penghujung kayu panjang yang melintang tersebut. Oleh itu, apabila terdapat banyak sangat kereta pada hujung minggu atau pun cuti sekolah, yang kaunter Kastam di penghujung laluan tersebut dia akan menjadi sesak dan menyebabkan seluruh keadaan di ICQS Sungai Tujoh menjadi sesak dan tak boleh bergerak. So, walaupun puluhan Kaunter Imigresen dibuka, tetapi dia akan masih sambung ke laluan utama yang sama dan kemudiannya, stuck dekat penghujung kaunter di situ. Kapasiti pemeriksaan kaunter Kastam memang sangat terhad. Apabila peningkatan bilangan kenderaan pada hujung minggu atau cuti, semua kenderaan akan beratur panjang untuk melepasi kaunter Kastam. Ini akan membawa kesesakan yang teruk di seluruh laluan seperti tulang ikan ini. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami mencadangkan struktur kaunter yang berbentuk tulang ikan ini diubah seperti laluan tol. Tujuannya adalah sekiranya laluan ketibaan mengalami kesesakan, sebahagian kaunter pelepasan boleh divert, dengan izin, menjadi laluan ketibaan dan begitu juga sebaliknya. Pada tahun 2019, bilangan kemasukan pelawat dari Brunei ke Miri melalui ICQS Sungai Tujoh pernah mencecah sehingga 553,000. Ini lah hampir 100,000 lebih banyak berbanding dengan bilangan kemasukan pelawat dari Thailand ke Bukit Kayu Hitam pada tahun yang sama, sebanyak 456,000. Menurut statistik, nilai pendapatan yang disumbangkan oleh pelawat dari Brunei ke Miri pada tahun yang sama 2019 adalah sekitar RM2.8 bilion setahun. Jawapan yang saya terima berkenaan isu ini adalah Kementerian KDN sedang memperincikan keperluan bagi menaik taraf ICQS yang lain, termasuklah ICQS Sungai Tujoh. Sesesungguhnya terdapat keperluan yang sangat mendesak, yang sangat-sangat mendesak untuk menaik taraf ICQS Sungai Tujoh seperti naik taraf yang dibuat di ICQS Bukit Kayu Hitam. Kesesakan ini telah menjadi salah satu penghalang atau bottleneck, dengan izin, kepada perkembangan ekonomi di Utara Sarawak. Setiap hujung minggu dan cuti perayaan, pelawat terpaksa beratur sehingga berjam-jam. Ini akan menjejaskan hasrat pelawat dari Brunei untuk datang ke Miri. Oleh itu, saya memohon sangat memohon kepada pihak KDN supaya dapat memberi keutamaan kepada ICQS Sungai Tujoh dan mengangkat projek ini bagi mendapatkan peruntukan. Secara alternatif, saya juga memohon kerajaan supaya boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan projek ini secara usaha sama dengan pihak swasta. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perairan dan terletak di laluan utama perdagangan antarabangsa memberi kita satu posisi yang unik, dari satu sudut ia menjadikan kita sebagai destinasi pilihan untuk negara-negara datang dan membuka perusahaan. Dari sudut yang lain pula, Malaysia terdedah kepada ancaman keselamatan dan penyelewengan di sempadan darat, laut dan udara.
Menerusi penubuhan sebuah agensi tunggal bagi mengawal selia sempadan negara ini, sebenarnya telah menjadi azam beberapa buah kerajaan sebelum ini dan turut dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan ini menunjukkan langkah ini perlu penelitian setiap pihak bagi memastikan natijah yang dikehendaki dapat dicapai. Jika diteliti, apakah natijah yang dingin dicapai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) ini mengikut bentangan tadi bertujuan antara lain: (i) pertama untuk mendorong penguatkuasaan yang lebih cekap; (ii) memastikan sumber manusia dari pelbagai agensi dioptimumkan; dan (iii) memperkukuh integriti. Ini tiga poin utama termasuklah di antara lain ialah memudahkan urusan untuk keluar masuk terutama daripada pelancong luar negara dan juga kita yang berada dalam negara. Saya ingin menyokong apa yang disebut oleh rakan saya dari Miri tadi iaitu kesesakan di ICQS yang boleh membantutkan sebahagian perjalanan untuk keluar masuk negara terutamanya sebagai contoh kalau saya di Pasir Mas mahu bergerak ke Arau atau ke Perlis, kadang-kadang terlebih selesa untuk menggunakan perjalanan melalui Narathiwat, Hatyai dan sebagainya kerana perjalanan yang lebih selesa berbanding dengan menggunakan lebuh raya melalui di atas Bukit Gerik dan Titiwangsa yang agak lebih mencabar. Jadi di sinilah pentingnya untuk kita memikirkan bagaimana Kompleks ICQS dapat diselesaikan dari sudut kesesakannya. Tuan Yang di-Pertua, fasal 6 ada menggariskan fungsi-fungsi agensi yang meliputi kebolehterimaan orang, barangan, kenderaan, makan, haiwan dan tumbuhan. Saya mohon agar kerajaan berikan tumpuan kepada negeri-negeri dengan bilangan pintu masuk aktif yang banyak seperti Sarawak, Johor dan Selangor. Dalam masa yang sama, walaupun pintu masuk aktif ini yang secara legalnya atau secara rasminya tidak banyak tetapi pintu masuk yang tidak aktif ini juga perlu untuk diberikan perhatian. Saya tengok contohnya di Kelantan, pintu masuk darat yang aktif ialah tiga tetapi pintu masuk yang tidak aktif lebih banyak ataupun berkali-kali ganda lebih daripada tiga ini dan di sinilah berlakunya proses ataupun kerja-kerja penyeludupan dan sebagainya. Di antara sempadan saya di Pasir Mas sebagai contoh, Sungai Golok, mungkin jarak saya dengan Timbalan Menteri lebih kurang, kurang daripada 50 kaki. Itulah dia sempadan Sungai Golok yang menyebabkan banyak barang-barang seludup dibawa masuk. Lembu sebagai contoh dibawa masuk dengan menggunakan sampan. Bukan naik atas sampan Tuan Yang di-Pertua tapi dipaksa lembu-lembu itu berenang. Satu sampan, enam ekor lembu diletakkan di kanan, ia boleh berlaku dan sampai ke seberang sini dalam keadaan sukar untuk dikuatkuasakan penguatkuasaan oleh agensi-agensi. Jadi yang kedua ialah sumber manusia yang optimum. Secara amnya pengoperasian MCBA ini melibatkan pelbagai akta berkait 11 kementerian. Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian, Makanan, Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Saya ingin bertanya setakat ini, berapakah implikasi kos yang dijangka akan ditanggung oleh pihak kerajaan, sudah tentu aktiviti penguatkuasaan juga memerlukan mobilisasi, PDRM, Kastam, ATM, CAAM dan SPRM yang melibatkan ribuan perjawatan. Jadi sudah tentu libat urus yang melibatkan rentas kementerian perlu untuk diadakan dan saya mohon supaya dapat diperincikan berapakah perjawatan yang akan diwujudkan dan implikasi kos yang terlibat. Ketiga ialah memperkukuh integriti. Tidak keterlaluan jika saya katakan rakyat cukup bimbang dengan rentetan kebejatan integriti yang melibatkan penguatkuasaan sempadan negara. Penyeludupan barang terkawal, kemasukan pendatang asing tanpa izin, semua ini memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan rakyat. Kerajaan perlu memperincikan bagaimana penumpuan operasi kawalan sempadan di bawah satu agensi dapat meredakan kebejatan ini. Fasal 15 contohnya, ada menyatakan perihal wang yang dikutip atau diterima oleh pegawai agensi, adakah fasal ini memadai untuk membendung kemungkinan salah guna
kuasa? Adakah tatacara pengendalian wang dan barang sempadan, barang rampasan di sempadan? Bagaimana pula dalam soal timbang rasa dan kemanusiaan dalam contoh sempadan yang sukar untuk dikuatkuasakan sepenuhnya...? Saya ambil contoh di Pulau Sebatik, ini sebagai contoh. Bagaimana ada rumah yang ruang tamu di Malaysia, dapurnya di Indonesia? Itu belum lagi mengambil kira sempadan-sempadan yang mengandungi ataupun melingkungi ruang lingkup hubungan sehari-hari kekeluargaan dan sebagainya. Bagaimana tatacara ini dapat dikuatkuasakan sepenuhnya dan sudah tentulah kita mahu supaya kita dapat mempermudah urusan rakyat yang terlibat. Dalam isu ini, sudah pasti dalam isu ini, kita tidak mahu bertolak ansur dengan jenayah. Apa jua jenayah, kita tidak akan boleh bertolak ansur sama sekali. Namun dalam masa yang sama di sana ada timbang rasa. Di sana ada kemanusiaan yang perlu untuk kita laksanakan dan saya mahu bagaimanakah kerajaan dapat bertimbang rasa dan dapat melihat isu ini dalam aspek kita sebagai kerajaan yang berdaulat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya bangun untuk, Bayan Baru bangun untuk menyokong Rang Undang- undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 kerana ada banyak kebaikan yang boleh didapati dengan ditubuhkan MCBA ini kerana pertama sekali adalah single agency. Kerana kita tahu bahawa di pintu-pintu masuk seluruh negara, pelbagai agensi yang berlainan sekarang mengawal pintu masuk. Contohnya saya pernah pergi ke Bukit Kayu Hitam. Apabila di sana, dia ada kastam, dia ada Imigresen, dia ada MAQIS tetapi selalunya dia tidak ada koordinasi dan apabila saya berjumpa dulu, berjumpa dengan pegawai-pegawai MAQIS, mereka mengadu kepada saya bahawa ya apabila mereka ingin buat siasatan terhadap kemasukan lori-lori dan tertentu, Kastam tak ada atau tiba-tiba atau kertas tak ada sistem, walaupun MAQIS sudah ada i-MAQIS, tetapi Kastam masih mengguna pakai kertas dan sebagainya. Jadi isu inilah yang menyebabkan di kawasan sempadan itu berterabur dan penyeludupan, kemasukan daging-daging, kartel-kartel. Kita pernah dengar kartel daging. Kita pernah dengar pelbagai penyeludupan rokok dan sebagainya sehinggakan dadah kerana di sempadan itu tak ada single agency yang boleh overrule dan secara smooth untuk melaksanakan penguatkuasaan. Kedua, aset-aset. Aset-aset juga daripada pegawai masing-masing di jabatan masing-masing tidak ada koordinasi. Akhirnya, dia ada pelbagai, I mean cara untuk menyeludup dan sebagainya. Scanner contohnya. Scanner selalunya rosak tiba-tiba ya atau pada sesuatu masa lori akan tunggu syif yang tertentu baharulah masuk. Jadi inilah menyebabkan penyeludupan yang berleluasa. Ketiga, yang paling penting saya rasa adalah ease of doing business. Dengan ada satu single agency, dia akan membantu meningkatkan kecekapan di sempadan supaya business affiliated business. Contohnya di Malaysia ini, kita kalau nak eksport dari Malaysia, kita perlu- proses itu melibatkan 38 jam, tetapi di Singapura hanya 12 jam sudah boleh eksport. Untuk import pula, Malaysia mengambil proses 44 jam tetapi di Singapore 36 jam sahaja. So, kalau kita dengan single agency, saya rasa dia akan membantu ease of doing business. Walau bagaimanapun, kita pun khuatir juga tentang isu-isu rasuah dan penyelewengan. Contohnya pada bulan Mac, 20 Mac tahun ini The Star report, “MACC
arrests 15 civil servants suspected of receiving over RM2 million in bribes”. Ini berlaku ya dan contohnya 2021, skandal kartel Astro Awani melaporkan, “Skandal kartel daging: dua pegawai MAQIS Johor di tahan”. Contohnya kita pun ada isunya Straits Times 2019 itu beberapa tahun yang lalu. Pada September 2020, “Malaysia's biggest drug bust: 12 tonnes of cocaine worth RM2.4 billion”, 60 tan ya of cocaine telah ditangkap. Ini ada kejayaan tetapi saya khuatir di belakang kejayaan-kejayaan ini ada banyak lagi rasuah, penyelewengan, penyeludupan yang berlaku.
Jadi, saya ingin memberi beberapa cadangan. Nombor satu, saya harap bahawa MCBA ini boleh adakan satu moto. Moto ini saya- dilaksanakan oleh MAQIS. Dulu MAQIS dia ada satu moto. Tiada hari tanpa tangkapan. Maksudnya, penguatkuasaan terhadap illegal smuggling, penyeludupan dan sebagainya tiap-tiap hari mesti ada KPI untuk tangkap. Jadi dengan ada moto dan juga ketegasan ya, tiada hari tanpa tangkapan itu, barulah kita boleh melaksanakan penguatkuasaan dan menjaga pintu masuk kita dengan penuh integriti. Kedua adalah single window ini, dia harus ada sistem yang selaras kerana kita tidak mahu you custom satu FWCMS satu, i-MAQIS satu. Tidak ada synchronized. Masing-masing ada sistemnya yang berterabur. Jadi, kita perlu ada satu single system juga. Bukan satu single window saja tapi not only single agency tetapi satu sistem juga. Border control. Saya juga ingin tanya Menteri, adakah, bilakah fasa kedua akan dilaksanakan kerana kita tahu bahawa border control ini bukan di pintu masuk sahaja? Dia juga sempadan. Apabila APMN boleh diserap masuk ke dalam single agency ini, kita haruslah ada- saya nak tanya Menteri, bilakah the second phase itu akan dilaksanakan?
Sila gulung.
Dan akhir sekali, saya nak tanya Menteri, ada satu seksyen. Seksyen 16, perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang di mana tiada tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai agensi. “(b), Mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Ketua Pengarah, jika perbuatan kecuaian atau keingkaran itu telah dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati dan dengan mempercayai kemunasabahannya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan akta ini.” Tuan Yang di-Pertua, saya nampak ini bertujuan untuk melindungi pegawai. Walau bagaimanapun, interpretasi ini amat luas sekali dan dia mungkin akan disalahgunakan oleh pegawai atasan atau mana-mana interpretasi untuk melindungi certain cartel dalam mungkin pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab. Jadi ini lah seksyen yang saya harap bahawa Menteri boleh perjelaskan dalam Dewan yang mulia ini. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa tiada penyelewengan menggunakan seksyen ini untuk menjaga certain cartel, kartel di luar dan kartel dalaman. Kita tahu bahawa mungkin ada kelompok juga dalam penguatkuasaan, kita tahu bahawa di luar sana ada pelbagai masalah yang dihadapi.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Bayan Baru sudah ambil masa pembahas lain.
Akhir sekali adalah MCBA kerana kita tengok bahawa ini border control. Singkatan MCBA atau MBCA? Tolong terangkan kerana ini border control, tapi dia singkatannya macam tidak berapa betul. Tolong terangkan. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Timbalan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang- undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024. Saya telah mendengar taklimat mengenai agensi ini sebanyak dua kali. Satu semasa dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan satu lagi semasa libat urus dalam minggu lepas. Subjek ini amat dekat di hati saya kerana ancaman di sempadan Malaysia ini merupakan salah satu tugas hakiki saya semasa menjawat jawatan Ketua Perisikan Tentera Darat dari tahun 2010 hingga 2018. Saya juga pernah menjadi Pengarah Malaysia-Thailand Border Coordination Office pada tahun 2005 hingga 2007 yang mana bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan semua kumpulan kerja dan agensi keselamatan di Sempadan Malaysia-Thailand. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan yang akan mengambil alih tugas mengawal sempadan ini ataupun dalam masa sekarang mengawal setiap pintu masuk sangat penting kerana banyak ancaman keselamatan dan juga ancaman ekonomi berlaku di sempadan Malaysia setiap hari. Negara kita bersempadan dengan lima buah negara yang mempunyai 143 pintu masuk dan pelabuhan di seluruh negara sama ada dari laut dan juga daripada udara. Daripada pengalaman saya, terlalu banyak aktiviti penyeludupan haram sama ada barangan dari Malaysia ke negara jiran ataupun daripada negara jiran ke Malaysia. Di antaranya adalah penyeludupan bahan makanan, penyeludupan senjata api, pemerdagangan manusia, penyeludupan PATI, penyeludupan hasil hutan, penyeludupan dadah dan penyeludupan minyak kenderaan. Aktiviti ini berlaku kerana banyak kebocoran berlaku di sempadan sama ada di pintu-pintu masuk ataupun melalui lorong-lorong tikus atau pangkalan haram. Akibat daripada aktiviti haram ini, negara kita telah menanggung kerugian yang besar setiap bulan dan keselamatan negara juga terancam. Keadaan ini berlaku kerana sistem keluar masuk yang ada di pintu masuk ke Malaysia dan kawalan di sempadan banyak kelemahan dan memerlukan sistem kawalan baru yang lebih berkesan. Justeru itu, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ini merupakan model yang saya rasa terbaik untuk menentukan keselamatan sempadan negara Malaysia dengan lebih berkesan. Perlu diingatkan juga, sempadan negara ini sangat panjang dan memerlukan anggota penguat kuasa yang ramai bagi menjalankan operasi secara fizikal di sepanjang sempadan negara. Operasi ini mesti dilakukan 24 jam dalam tujuh hari seminggu bagi mengekalkan keselamatan secara berterusan. Agensi Kawalan Sempadan perlu memastikan semua anggota bertugas adalah mereka yang benar-benar terlatih dan mempunyai kuasa untuk menahan dan menangkap, seterusnya mendakwa pesalah di mahkamah. Jadi, saya faham sekarang ini peringkat pintu masuk. Mungkin lepas ini kita kena bagi kuasa kepada agensi ini juga untuk melaksanakan operasi di sempadan untuk menangkap siapa yang melalui kawasan itu yang membuat kesalahan. Perkara yang terakhir adalah keperluan perisikan yang mantap kerana ianya merupakan elemen penting dalam setiap operasi yang dijalankan. Elemen perisikan ini hendaklah diletakkan terus di bawah Ketua Pengarah Agensi Kawalan Keselamatan Malaysia bagi mengelakkan kebocoran maklumat. Perlu diingat, banyak kegagalan operasi sebelum ini akibat perbuatan orang kita sendiri. Tidak boleh nafi itu. Jadi, Unit Perisikan ini amat penting bagi memastikan semua operasi sepanjang sempadan negara dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Jadi untuk ini saya sangat- sangat menyokong. Ketereh sangat-sangat menyokong penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan ini kerana bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi dari segi keselamatan negara. Itu adalah penting bagi kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang untuk Ledang membahaskan Rang Undang- undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 atau dengan izin, Malaysia Border Control and Protection Agency Bill. Saya melihat adalah amat penting untuk kita juga kembali kepada kenapa tujuan utama rang undang-undang ini iaitu sebenarnya untuk kita mengadakan peruntukan untuk menubuhkan agensi kawalan dan perlindungan Sempadan Malaysia fungsi dan kuasanya. Dan ada lima matlamat utama iaitu untuk cekap, tambah kecekapan, untuk optimumkan, untuk selaraskan pengurusan pentadbiran, untuk ada keseragaman dan juga untuk meningkatkan integriti di samping kita tidak mengetepikan beberapa perkara teras utama iaitu daripada segi kawalan keselamatan sempadan, daripada segi fasiliti pengembara-pengembara, pengalaman mereka dan juga daripada segi fasiliti perdagangan yang boleh meningkatkan hasil negara. Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak melihat beberapa perkara yang saya nak fokus lebih sedikit kerana ini juga sambungan daripada penyertaan saya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan yang dipengerusikan pada penggal yang lepas oleh Tuan Speaker sendiri pada ketika itu. Dan antara fokus jawatankuasa pada waktu itu ialah untuk melihat kepada perihal keselamatan dan keadaan sempadan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Dan kita telah melihat, melawat beberapa pos keselamatan, mesyuarat bersama- sama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak kemudian dengan wakil Kementerian Pertahanan, dengan wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Majlis Keselamatan Negara, Jeneral Panglima Medan Timur, Angkatan Tentera dan lain- lain. Maknanya, ini adalah mereka yang terlibat terus dalam urusan pentadbiran, pengurusan dan juga pelaksanaan kawalan sempadan. Jadi, saya telah lihat sendiri dan membuka mata kepada banyak kerumitan yang timbul akibat daripada isu-isu kawalan keselamatan dan juga daripada segi sempadan. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kalau kita lihat bila dah dengar taklimat ini saya nampak memang ada kerumitan. Saya boleh simpulkan bahawa ada kerumitan daripada segi bidang tugas agensi di sempadan ini. Kalau kita tengok daripada segi ICQ, daripada segi lapangan terbang, daripada segi pelabuhan, daripada segi Tambak Johor, maknanya ada isu-isu daripada segi pemeriksaan yang lama daripada segi kesesakan, daripada segi keselamatan, penyeludupan, penyelewengan dan sebagainya. Sebab itu saya lihat kerumitan ini tidak semata-mata kita boleh maksud untuk hanya, untuk menyelesaikan daripada segi kekeliruan ataupun pertindihan sebab ada disebutkan dalam fasal 8 dan juga dalam fasal 12. Cuma saya lihat fasal 8 itu agak umum sangat ya. Maknanya diserahkan kepada pentadbiran, apabila adanya berlakunya pertindihan. Saya harap ada lebih penjelasan ataupun penelitian dibuat daripada segi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian oleh pihak kerajaan, berkenaan dengan bagaimana kita untuk menyelesaikan berlakunya pertindihan di kalangan agensi- agensi yang terlibat. Ada 36 akta, ada 11 kementerian yang terlibat. Jadi maknanya memang ada satu cabaran yang sangat besar yang saya lihat, apa yang perlu dihadapi. Walaupun kita menyokong penuh penubuhan agensi tunggal ini, tapi saya percaya ini adalah satu, ya saya setuju ini lah satu langkah yang sangat penting, permulaan yang amat penting tetapi dia mesti dimulakan dengan permulaan yang betul.
Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa siri taklimat yang saya lihat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas bersama dengan Ketereh pun ada bersama dalam jawatankuasa itu, kita melihat ada isu juga berkenaan dengan infra, infrastruktur, prasarana kawalan di sempadan, kedudukan aset jentera dan juga aset tenaga. Saya mohon penerangan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, mungkin juga boleh bawa sekali dari Kementerian Pertahanan, supaya kita tengok ada jaminan untuk kesiapsiagaan infrastruktur, aset untuk pastikan kawalan dan keselamatan sempadan mesti dititikberatkan. Sebab daripada pengamatan saya, saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, bila saya lihat ada misalnya jentera scrambler yang kita gunakan untuk mengawal sempadan tetapi akhirnya tersadai kerana tidak ada usaha ataupun dana untuk membaiki scrambler ini untuk mengawal sempadan. Begitu juga dengan mungkin dron dan lain-lain. Begitu juga dengan pos kawalan kita. Jadi, saya harap kita bergerak ke arah naik taraf supaya semua aset ini, supaya semua infra ini menjadi infra yang baik, yang moden, yang boleh menunjukkan bahawa kita maju dan jangan malu dengan jiran-jiran kita, terutamanya pada jiran-jiran sebelah Sabah, Sarawak, di sebelah utara Semenanjung dan juga di sebelah selatan Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua sebagai kesimpulan, saya percaya bahawa memang tak cukup masa untuk kita nak huraikan segala-galanya ini, tetapi saya rasa ini salah satu daripada ruang alir reformasi yang kita nak lihat berlaku dalam negara kita dan rang undang-undang ini adalah penting tapi saya menyokong. Cuma saya minta sangat dengan syarat, supaya isu-isu keselamatan di sempadan ini dan juga selain daripada isu kawalan pintu masuk. Maksudnya bukan hanya pintu-pintu, tetapi banyak lagi laluan gajah, laluan tikus yang ada sebenarnya juga perlu dikawal rapi untuk memastikan adanya kawalan keselamatan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua memberi peluang pada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024. Saya juga bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain turut bersama mengalu-alukan undang-undang untuk memperhalusi supaya kita dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan, terutama kawalan sempadan. Sebagai salah satu kawasan yang berada di sempadan, saya melihat terlalu banyak kelemahan-kelemahan berlaku, terutama di pintu masuk. Bukan soal semata-mata tenaga manusia tapi kita tengok infrastruktur yang lemah, termasuk juga peralatan-peralatan yang canggih, yang untuk mengawal penyeludupan dan sebagainya amat-amat perlu ditambah baik. Apalagi melibatkan lebih daripada 169 lorong tikus yang berada di sepanjang sempadan, yang sudah tentu memudahkan lagi penyeludupan berlaku. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana penyelarasan telah dibuat untuk memastikan bahawa dengan penubuhan MCBA ini, dapat mengatasi segala- kelemahan-kelemahan yang terdahulu supaya tidak berulang. Dalam isu penggabungan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen, kastam, MAQIS, JPJ, KKM dan sebagainya ini, sejauh mana kemampuan MCBA untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk termasuk pintu darat, udara, laut yang seharusnya dikawal dengan rapi. Begitu juga kita ingin tahu juga tentang kemasukan melalui sempadan-sempadan, lorong-lorong tikus yang banyak, yang berada di perairan dan di sempadan daratan di seluruh negara. Saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan pengoptimum sumber
manusia, iaitu penubuhan agensi ini melibatkan penyusunan semula sumber manusia daripada pelbagai agensi. Sejauh mana latihan dan pembangunan profesional telah disediakan untuk memastikan semua anggota MCBA berupaya melaksanakan tugas dengan cekap. Pengurusan dan pentadbiran yang selaras hanya boleh dicapai dengan latihan yang mencukupi dan sokongan yang berterusan daripada semua anggota terlibat. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana tambah nilai dan konsep yang seiring dengan perubahan teknologi seperti kelengkapan aset teknologi AI dan sebagainya untuk memperkukuhkan lagi operasi kawalan sempadan. Begitu juga kita melihat bagaimana sejarah menunjukkan bahawa sempadan negara kita sering menjadi sasaran aktiviti penyeludupan dan rasuah. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana MCBA mempunyai mekanisme pengawasan pemantauan yang ketat untuk memastikan bahawa integriti setiap pegawai dan operasi adalah terjamin. Ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pegawai yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jadi, kita tidak mahu perkara-perkara yang sebelum ini berulang lagi. Begitu juga saya ingin tahu tentang sejauh mana kawalan terhadap pendatang tanpa izin yang banyak bolos melalui sempadan. Sejauh mana, mekanisme yang akan dilaksanakan terutama yang melibatkan kawalan sempadan yang luas, yang banyak lorong-lorong tikus untuk mengawal kedatangan pendatang tanpa izin. Dan begitu juga sejauh mana prinsip pengoperasian MCBA di Sabah dan Sarawak, yang tidak menghakis kuasa kerajaan negeri dan hak istimewa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mesti dipegang teguh. Jadi, walaupun apa jua fasal yang ada rang undang-undang, pelaksanaannya mesti dipantau dengan teliti untuk memastikan tiada pelanggaran hak negeri-negeri tersebut. Kita perlu memastikan bahawa hasil negeri dan perjawatan tidak terjejas oleh penubuhan agensi ini. Begitu juga banyak infrastruktur yang usang, yang banyak terdapat terutama di sempadan Malaysia-Thailand, termasuk juga di Rantau Panjang yang sepatutnya diberi keutamaan. Saya ingin tahu- begitu juga penaik taraf ICQS. Jadi, setakat ini apa perancangan kerajaan untuk memastikan supaya infrastruktur yang usang ataupun peralatan-peralatan yang tidak berfungsi, CCTV dan sebagainya dan begitu juga pos kawalan, alat-alat kawalan seperti dron dan sebagainya, yang boleh mengatasi penyeludupan yang berlaku setiap hari. Begitu juga saya ingin tahu, apa strategi untuk naik taraf keselamatan terutama di kawasan hotspot yang menjadi laluan kemasukan kumpulan penjenayah yang perlu dikawal dengan berlaku dengan kawalan yang lebih baik. Dan begitu juga, saya ingin penjelasan RUU ini mempunyai- sikit lagi ya. Saya ingin tahu, apa langkah-langkah yang konkrit untuk memastikan ketelusan dalam operasi MCBA seperti laporan tahunan yang diterbitkan pada umum dan pengawasan oleh badan bebas. Jadi, apa bentuk kawalan yang akan dikenal pasti dan di mana kita ingin tahu juga penyediaan anggaran belanjawan yang terperinci untuk memastikan dana yang digunakan dengan berkesan.
Sebab kita faham apabila hendak untuk menubuhkan dan operasi MCBA ini memerlukan peruntukan kewangan yang besar. Jadi berapakah kos anggaran yang diperlukan dan bagaimanakah pelaksanaannya? Begitu juga dari sudut penggabungan pelbagai fungsi, apa SOP yang jelas yang telah disediakan untuk memastikan supaya tidak berlaku pertindihan fungsi dan kekeliruan berlaku dalam pengoperasian MCBA nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Puan Timbalan Speaker kerana memberi keizinan kebenaran pada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Jadi, RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia bagi tahun 2024 adalah lebih dari sekadar langkah perundangan. Ia adalah pengisytiharan komitmen kita untuk mempertahankan negara dengan ketegasan yang tidak goyah. Maka kita berkumpul pada hari ini untuk membahas satu perkara yang sangat penting iaitu melindungi sempadan Malaysia. Sempadan ini bukan sekadar penanda geografi. Ia adalah perisai kedaulatan kita dan juga penjaga warisan budaya kita. Malaysia adalah sebuah negara yang dibina atas keringat dan pengorbanan nenek moyang kita. Maka mereka telah berusaha keras untuk membina sebuah negara yang berdiri teguh dan megah. Sebuah mercu tanda kemajuan dalam dunia yang penuh dengan cabaran. Kini giliran kita untuk menghormati warisan mereka dengan memastikan bahawa sempadan kita kekal selamat dan sukar ditembusi. Tetapi walaupun niat di sebalik pindaan ini adalah baik, kita harus mempertimbangkan potensi kelemahannya. Memusatkan kuasa dalam satu agensi mungkin membawa kepada ketidakcekapan, birokrasi dan juga mungkin penindihan tugas dengan pihak berkuasa negeri sedia ada. Selain itu kos untuk menubuhkan dan juga menyelenggara agensi baharu ini mungkin boleh membebankan belanjawan negara. Jadi, Bukit Bendera ingin bangkitkan dua soalan. Soalan pertama, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan tiada perlanggaran hak asasi individu? Soalan kedua, apakah kesan kewangan yang dijangkakan daripada penubuhan agensi tersebut dan bagaimana ia akan dibiayai tanpa menjejaskan perkhidmatan awam penting yang lain? Sempadan kita adalah barisan hadapan pertahanan kita, melindungi kita daripada ancaman yang cuba meruntuhkan kedaulatan tanah air kita. Penubuhan agensi ini mampu merampingkan operasi kerana ia menyatukan fungsi kawalan sempadan di bawah satu agensi serta meningkatkan kemampuan kita untuk mencegah aktiviti haram seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan juga kemasukan tanpa izin. Dengan adanya satu agensi yang bertanggungjawab ke atas keselamatan sempadan kita, kita mampu memastikan respons yang- koordinasi yang baik terhadap ancaman dan juga mengurangkan risiko kelemahan dalam pertahanan negara kita. Dengan adanya satu agensi untuk yang diperuntukkan kuasa untuk memeriksa dan juga mengawal pergerakan barang dan orang, agensi ini boleh mengurangkan dengan ketara aktiviti haram yang mengancam keselamatan negara kita. Puan Yang di-Pertua, kawalan sempadan yang berkesan adalah penting untuk kestabilan ekonomi. Dengan mencegah kemasukan barang secara haram dan memastikan pengawalseliaan yang betul, Bukit Bendera yakin bahawa langkah ini mampu membantu melindungi industri tempatan dan pada masa yang sama, mengekalkan keadaan pasaran yang adil. Ini juga akan meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa Malaysia dengan memastikan sempadan kita selama dan eksport kita memenuhi piawaian antarabangsa. Jadi, ini bukan sekadar perbahasan tentang dasar ini, adalah seruan ikhlas untuk bertindak. Kita perlu memanfaatkan teknologi terkini pada masa yang sama memperkukuhkan pasukan keselamatan kita dan menggalakkan kerjasama yang lancar antara semua agensi yang berkaitan. Puan Yang di-Pertua, misi kita adalah jelas iaitu untuk mewujudkan sistem keselamatan sempadan yang kukuh, efisien dan juga tidak berkompromi. Namun di sebalik semua itu kita mesti menyemai usaha kita dengan semangat cinta kepada negara kita. Jadi, di dalam Dewan yang mulia ini, kita memegang kuasa untuk membuat perubahan untuk memastikan bahawa Malaysia kekal sebagai tanah yang berdaulat
dengan izin, patriotism is not a choice, it is our duty as Malaysian and it is our duty to guarantee that our borders remain safe. Jadi, biarlah perbahasan kita didorong dengan keinginan untuk menghormati masa lalu dan mengamankan masa kini dan juga menjaminkan masa depan yang cerah untuk Malaysia. Dengan ini Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024. Izinkan saya memberi, menceritakan tentang perkara-perkara yang dibawa sebelum ini iaitu berkenaan dengan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) pernah ditubuhkan pada 29 Disember 2017 melalui pewartaan Akta AKSEM 2017 [Akta 799]. Dengan keanggotaan oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia. Seterusnya pada 1 Januari 2018, AKSEM menerima tugasan sebagai sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Pada 12 Mac 2021, Mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu telah bersetuju untuk menstrukturkan semula AKSEM ke dalam PDRM. Pada 30 Jun 2021 pula pembubaran AKSEM telah diumumkan dengan tugas pengawalan sempadan negara diambil alih sepenuhnya oleh PDRM. Penstrukturan semula kepada PDRM ini dijalankan secara berperingkat sehingga 30 September tahun yang sama. Akta 799 turut dimansuhkan, ini lah rentetan sejarah agensi kawalan di sempadan. Sebagai salah seorang Ahli Parlimen di sempadan Malaysia-Thailand dan merupakan pintu masuk utama, besarlah harapan saya untuk melihat RUU ini dibahaskan dengan cermat dan berintegriti. Dewasa ini sekurang-kurangnya terdapat enam buah agensi kerajaan yang menyelia sempadan dan ini merupakan satu bilangan yang besar dan tidak dapat dinafikan bahawa pastinya akan berlaku situasi bekerja dengan satu, antara satu sama lain. Oleh yang demikian, secara mudahnya Malaysia memerlukan satu badan pengintegrasian yang menyatupadukan agensi pengawalan sempadan. Besarlah harapan saya dengan wujudnya Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan mampu meningkatkan pengawasan dan tiada lagi istilah, “Bangau oh bangau”, seterusnya mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan penyelarasan kawalan dan perlindungan pentadbiran sempadan. Juga memanfaatkan sumber manusia dengan lebih teratur dan lebih berintegriti. Pertama, Fasal 3 ada menyebut berkaitan tujuan mengadakan peruntukan bagi Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan (MCBA) dan memperuntukkan bahawa agensi hendaklah digunakan khidmatnya di kawasan yang ditetapkan. Persoalan saya, mohon perincian mengenai implikasi kewangan yang terlibat memandangkan RUU ini melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan? Berapa ramai bilangan pegawai dan anggota yang telah ditempatkan dan menjalankan tugasan di sempadan negara setakat ini dan pecahan mengikut agensi atau jabatan serta mekanisme pembahagian tugas merentas agensi-agensi utama penguatkuasaan? Kedua, fasal 6 berkaitan dengan peruntukan bagi fungsi agensi untuk menguat kuasa undang-undang berkaitan di kawasan yang ditetapkan berhubung pemeriksaan dan kawalan orang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia. Pemeriksaan dan kawalan
barang-barang melaksanakan pengawasan dan rondaan di kawasan yang ditetapkan untuk mengumpul maklumat dan risikan bagi maksud kawalan dan perlindungan sempadan dan mengurus dan mentadbir mana-mana kompleks pintu masuk. Adakah terdapat kajian kebolehlaksanaan ataupun perlaksanaan berkaitan sistem kawalan sempadan negara menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi menyumbang kepada usaha mempertingkatkan penguatkuasaan dan pengawasan dalam membendung jenayah rentas sempadan serta mengurangkan risiko ancaman jenayah? Manakala bagi aktiviti tinjauan risikan serta kerja-kerja mengumpul maklumat risikan melalui udara, sejauh mana penggunaan dron dan proses kawalan pintar membantu pasukan kawalan sempadan bagi mengesan sebarang pencerobohan di kawasan keselamatan sempadan, terutama di kawasan yang sukar dijangkau akibat faktor geografi dan bentuk muka bumi.
Ketiga, fasal 8 berkaitan pertindihan fungsi antara agensi dengan pihak berkuasa berwibawa di kawasan yang ditetapkan hendaklah diuruskan dan diselesaikan secara pentadbiran. Mengambil kira peranan MCBA sebagai agensi penyelaras bagi aktiviti operasi khas bersepadu penguatkuasaan berkaitan kawalan dan perlindungan sempadan negara, bagaimana aset-aset dan anggota di bawah jabatan atau agensi sedia ada seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan MAQIS dapat dioptimumkan penggunaannya agar tidak berlaku pertindihan fungsi? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Adakah terdapat kajian perbandingan yang dijalankan dengan fungsi agensi kawalan sempadan sedia ada yang lain seperti Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dan Pasukan Sempadan Australia (ABF) dan apakah wujud perbezaan daripada segi pengoperasian? Keempat, fasal 11 yang memfokuskan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa tambahan pegawai agensi. Pegawai agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang pangkat sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 apabila mengiringi dan mengawal mana-mana orang dalam jagaan. Perincian mengenai skop kepada pegawai agensi bagi tujuan menyiasat suatu perakuan kesalahan di luar kawasan ditentukan mengikut budi bicara dan apakah tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh pegawai berkenaan tanpa melangkaui batas kuasa yang diperuntukkan? Terakhir, sebagai Ahli Parlimen Padang Besar di kawasan sempadan kepala Semenanjung amatlah mengharapkan RUU ini berjaya direalisasikan dengan baik dan sempurna. Hasratnya adalah ingin melihat Malaysia yang lebih baik dan aman. Akhirnya, saya menyokong RUU ini dan diharap kerajaan serius kepada isu-isu di sempadan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan saya ini dengan mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang berjaya
membentangkan rang undang-undang yang penting ini, Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024. Ini undang-undang baru ini, bukan pindaan apa-apa. Ertinya, Tuan Yang di-Pertua, dah 67 tahun negara kita merdeka ini- kalau Malaysia, dah 61 tahun. Rupanya, kita tak ada undang-undang yang komprehensif untuk jaga sempadan kita. Itulah sebabnya berjuta-juta pendatang asing tanpa izin di negara kita. Berlaku human trafficking, peristiwa Wang Kelian. Jadi, ini satu kegagalan. Jadi, rasanya adalah berpatutan mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri dan diharap lulus hari ini, petang ini. Tak payah dibawa ke select committee apa-apa. Ini hal yang penting. Kedua, baru-baru ini, Menteri Ekonomi membentangkan di Parlimen tentang Johor-Singapore Special Economic Zone. Nampak kerjasama ekonomi itu rapat sangat antara Singapore dan Malaysia khususnya Johor itu. Baguslah. Orang business, dia nak cepat sahaja. Sebab, masa itu adalah wang. Jadi, kepada Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri, akan dilaksanakan, apa yang saya faham, hasrat di checkpoint di causeway sana, QR code. Kita pakai telefon saja, tak payah pasport apa. Yang saya faham, QR code sahaja, kita boleh masuk Singapore dan single sahaja. Tak payah nak masuk Singapore sekali scan dari Singapore, masuk ke Johor sekali scan. Dengar katanya, jawatankuasa kata buat sekali sahaja cukup. Baguslah itu. Tapi, soalnya ada dua perkara. Kepentingan ekonomi dan lagi satu, kepentingan keselamatan. Jadi, kalau faedah ekonomi, itu bagus, tapi daripada segi risiko keselamatan itu, mohonlah Menteri dapat membantu kita memahami risiko yang mungkin. Itu yang pertama. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, Pasir Gudang ini bersempadan dengan Singapura terlalu rapat. Siapa yang pandai berenang, kuat berenang, boleh berenang sahaja. Tak payah naik bot apa. Saya lihat- kalau boleh, jemput datang ke Pasir Gudang. Pesisir itu. Saya nampak bot marin Singapura sahaja yang lalu. Tak pernah nampak bot marin Malaysia atau pihak berkuasa Malaysia. Manakah tahu itu Singapura atau tidak? Nampak bendera dia. Tak ada bot yang bawa bendera Jalur Gemilang. Jadi, nampak terdedah sangat negara kita ini. Bukan sahaja Laut Selat Johor itu terdedah. Boleh pergi satu tempat, namanya Senibong. Banyak makanan seafood. Liputan internet Singapore terlalu kuat sehingga kalau kita pergi sana, saya nak telefon gunakan telefon kita, katanya canggih tapi tak boleh. Diganggu. YB Tebrau mungkin boleh sahkan ya. Jadi, ini maknanya gangguan sempadan ini. Dan satu lagi, dalam 30 saat yang terakhir...
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Di Selat Melaka, saya mintalah dengan adanya agensi ini, kementerian jaga Pulau Pisang kita. Perjanjian Kesultanan Johor dengan British dulu untuk benarkan- masa itu, British adakan rumah api, tapi sekarang, nelayan kita nak pergi Pulau Pisang diganggu oleh- dia bukan jaga rumah api, dia jaga pulau itu. Jadi, negara kita- Pulau Pisang itu dah jadi macam Pulau Batu Puteh ke? Orang kampung nak pergi ambil buah mangga, buah mempelam di kawasan itu, dilarang. Nak berkelah, dilarang. Nelayan nak berhenti di pulau itu, dilarang. Eh, macam mana? Adakah perjanjian Kesultanan Johor dengan British itu mengenai hak penggunaan rumah api di Pulau Pisang itu selagi ada matahari, ada bulan, maka perjanjian itu kekal? Sampai bilakah kita tak nak ambil balik kedaulatan kita? Ambil balik pengawalan rumah api itu. Kita jaga Selat Melaka itu.
Ingat, Pulau Falkland terletak di Amerika Selatan, jauh dari England. Pulau Falkland milik Argentina, tetapi British kuasai sampai sekarang. Dia sanggup perang kerana mempertahankan pulau itu. Jadi, akhirnya, saya memang menyokong sangat rang undang-undang ini supaya kita luluskan. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 di Dewan yang mulia ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri khususnya Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri atas pembentangan rang undang-undang ini dalam usaha memastikan keselamatan negara terutamanya kawalan di pintu sempadan terus diperkukuhkan. Rang undang-undang ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah lagi agensi penguat kuasa dengan membabitkan penyerapan perjawatan dan akta-akta yang berkaitan terutamanya Imigresen serta Kastam. Cadangan untuk menubuhkan satu buah agensi tunggal untuk mengawal pintu masuk sempadan di Malaysia telah lama diutarakan khususnya oleh rakyat Johor. Ini sebab kesesakan yang berlaku tiap-tiap hari di Bangunan Sultan Iskandar dan juga Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar. Masalahnya, banyak agensi kerajaan duduk di bawah satu- bumbung. Setiap satu ada peranan dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, tiada satu pun yang mampu memainkan peranan untuk mengetuai segala pengoperasian di kompleks atau pintu masuk ini.
Contohnya, jika jalan di dalam Kompleks CIQ yang berlubang, pengguna akan mengadu terus kepada pegawai imigresen kerana pegawai imigresen adalah orang yang mereka dapat engaged di sana. Walau bagaimanapun, imigresen biasanya akan memaklumkan bahawa penyelenggaraan bangunan ini bukan di bawah bidang kuasa mereka. Ini kerana, bangunan CIQ ini dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah JPM. Tangan kiri dengan kanan tidak bekerjasama secara lancar dan hal ini mengundang kritik daripada rakyat sendiri. Saya pernah turun padang meninjau kesesakan lalu lintas di Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar, enam tahun yang lalu. Pegawai-pegawai agensi kerajaan yang mewakili kementerian masing-masing menuding jari depan saya dan beberapa orang wakil rakyat. Masing-masing tidak tahu siapa yang seharusnya bertanggungjawab dalam masalah kesesakan lalu lintas di Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar dan masalah terus berlarutan sehingga sekarang. Masalah koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan ini amat membimbangkan kerana apa yang dilakukan oleh satu buah jabatan tidak diketahui oleh jabatan lain. Sedangkan, mereka bekerja di bawah satu- bumbung. Sebagai contoh, apabila pihak kastam menutup kaunter, semua kenderaan berat tidak dapat memasuki Kompleks CIQ mengakibatkan semua lorong dihalang oleh kenderaan berat dan pada akhirnya, kenderaan ringan juga tidak dapat memasuki Kompleks CIQ pula. Bayangkanlah di bawah satu buah bangunan Kompleks Bangunan Sultan Iskandar, tidak kurang daripada 26 buah agensi dan jabatan kerajaan yang berbeza menjalankan fungsi dan tugas. Ini sudah pasti menimbulkan pelbagai masalah dan atas sebab itu, masalah kesesakan terus berlaku di Bangunan Sultan Iskandar dan juga Kompleks Bangunan Sultan Abu Bakar sehingga sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan penubuhan MCBA ini, yang saya lihat fungsi dan skopnya amat menyeluruh, akan dapat memastikan kebajikan pegawai- pegawai yang berkhidmat di Kompleks CIQ turut dijaga. Saya amat sedih melihat keadaan pegawai-pegawai dan kakitangan imigresen yang bertugas di Kompleks CIQ kerana terpaksa duduk atas kerusi plastik dengan komputer yang kadang-kadang bermasalah. Selain alat penyaman udara yang tidak berfungsi menyebabkan mereka terpaksa bekerja dalam suasana yang langsung tidak kondusif. Suasana ini juga mengakibatkan pengguna juga merasa tidak selesa apabila terpaksa menunggu lama untuk keluar masuk di Kompleks CIQ. Isu kebajikan pegawai dan kakitangan yang bertugas di sempadan perlu diberikan perhatian dengan segera kerana mereka merupakan barisan depan negara di pintu masuk dan sempadan. Jika kerajaan tidak mengambil berat isu kebajikan ini, saya bimbang gejala rasuah mudah menular dan inilah yang akan menyebabkan berlaku kebocoran di pintu masuk sempadan kita. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu lihat perkara ini dan diharap dengan adanya MCBA ini, masalah-masalah ini akan dapat diatasi dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong, terima kasih.
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat- terima kasih Yang Berhormat Kluang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Gerik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebagai Ahli Parlimen yang berada di sempadan Malaysia-Thailand, Gerik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi laluan pada Gerik untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 ini. Tuan Yang di-Pertua, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia atau AKSEM yang telah ditubuhkan pada 2017 telah pun dibubarkan pada tahun 2021. Jadi, pada hari ini Parlimen akan membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024, dibahaskan di Dewan yang mulia ini selaras dengan penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia atau MCBA. MCBA ditubuhkan bertujuan untuk memperkuat kawalan sempadan Malaysia dan memastikan keselamatan serta kedaulatan negara kita terjaga. MCBA bertindak sebagai agensi penyelaras yang menggabungkan usaha pelbagai agensi untuk bersama-sama bertanggungjawab dalam kawalan sempadan. Antara agensi yang terlibat seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, RELA, Agensi Pengurusan Bencana atau NADMA dan juga MAQIS (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia). Betul Tuan Yang di-Pertua, MCBA bertindak sebagai pusat penyelarasan antara agensi-agensi ini untuk meningkatkan keberkesanan kawalan sempadan Malaysia, melibatkan masa untuk berurusan dan selesaikan isu kesesakan di sempadan dan sebagainya. Persoalannya, adakah sistem operasinya selaras antara semua agensi ini? Jika tidak, ia bukan sahaja tidak menjimatkan masa, takut akan jadi kelam kabut pula. Jadi, disarankan perlu dibangunkan satu sistem kastam dan imigresen yang selaras dan bersepadu supaya agenda untuk penjimatan masa itu tercapai. Tuan Yang di-Pertua, adakah ada agensi seperti MCBA di negara lain? Ya. Banyak negara mempunyai agensi yang serupa dengan MCBA yang bertanggungjawab untuk kawalan dan penguatkuasaan sempadan. Contohnya, Amerika Syarikat- Customs and Border Protection (CBP) adalah agensi penguatkuasaan yang terbesar di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Amerika Syarikat.
Tugasnya termasuk mengawasi dan melindungi sempadan negara Amerika daripada ancaman seperti penyeludupan, imigrasi haram dan keganasan. Begitu juga Australia dengan Australian Border Force, United Kingdom dengan Border Force UK, kemudian Kanada kita ada Canada Border Services Agency, New Zealand dengan New Zealand Customs Service dan yang menariknya India Border Security Force yang merupakan salah satu pasukan para military ataupun separa tentera yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan sempadan negara tersebut. Mereka menjaga sempadan daripada penyusupan, penyeludupan dan pelbagai ancaman keselamatan lain. Setiap agensi ini mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang serupa dengan MCBA, walaupun skop dan pendekatan mereka mungkin berbeza, bergantung kepada keperluan dan ancaman khusus terhadap negara masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, di sini Gerik ingin bertanya kepada Menteri. Ada beberapa isu yang mungkin perlu diberi perhatian. Memandangkan dasar yang ingin kita gubal dan laksana berbeza dengan negara-negara ASEAN lain, adakah ia akan menimbulkan masalah? Keberkesanan MCBA bergantung kepada kerjasama antarabangsa dan kerjasama dengan agensi kawalan sempadan dengan negara jiran. Pelbagai isu boleh timbul jika terdapat kekurangan koordinasi dan perjanjian antara negara yang mempengaruhi operasi kawalan sempadan. Saya bagi contoh, Thailand. Thailand masih lagi melaksanakan dasar perlindungan sempadan dengan tugasan secara spesifik, kastam dengan tugasnya, imigresen dengan tugasnya, polis ada had kuasanya dan tentera pula ada tugas tersendiri. Jadi, bagaimanakah MCBA akan berurusan secara rasmi dengan pelbagai agensi berbeza ini? Adakah pegawai tinggi MCBA layak dan sesuai untuk berbincang dengan pegawai tinggi tentera Thailand, contohnya atau pegawai tinggi polis Thailand? Adakah surat-menyurat, e-mel rasmi dan sebagainya akan mendapat imbal balas daripada badan tentera negara jiran, contohnya. Jadi, apakah komen Menteri berkenaan perkara ini? Keduanya, adakah pegawai tinggi MCBA ini dibarisi oleh mereka yang benar- benar pakar, berpengalaman atau layak mengkoordinasi pelbagai agensi berpengalaman ini? Kerajaan perlu cakna tentang pengurusan yang cekap dan betul-betul layak. Selain itu, minta Menteri nyatakan, bagaimanakah dengan bajet penubuhan MCBA ini? Ini kerana kekurangan sumber, termasuk tenaga kerja, peralatan, dana dan sebagainya akan menjejaskan keberkesanan MCBA dalam menjalankan tugasnya. Kekurangan ini mungkin menyukarkan pelaksanaan operasi pengawasan dan penguatkuasaan yang berkesan di kawasan sempadan yang luas. Akhir kata, Gerik secara dasarnya menyokong penubuhan MCBA ini dan Tuan Yang di-Pertua, sedikit mengenai isu kawasan saya. Gerik berharap agar pihak KDN memberikan lebih tumpuan terhadap pembangunan ICQS Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dalam Parlimen Gerik. Sekian, Gerik mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Dato’ Speaker. Salah satu pintu masuk ke Malaysia yang paling sibuk adalah di CIQ Johor, Bangunan Sultan Iskandar dan juga Bangunan Sultan Abu Bakar. Malah, bukan sahaja kedua-dua CIQ ini di Johor Bahru merupakan check point paling sibuk di Malaysia, malah ia adalah check point darat paling sibuk di dunia dengan anggaran hampir 400,000 orang melintas keluar masuk dalam masa 24 jam setiap hari, 365 hari tidak pernah berhenti.
Jumlah lintasan ini adalah lebih daripada checkpoint Macau-Zhuhai di China dan San Diego-Tijuana, Amerika Syarikat, Mexico. Ini bukan satu perkara yang hairan sebab dengan kadar pertukaran Sing. Dollar, Satu Sing. Dollar bersamaan RM3.50. Ramai orang, penduduk Johor yang pagi-pagi bangun pukul 4, demi nak elak kesesakan dan sampai ke Singapore, rela tidur di taman atau kedai kopi sebab ke tempat kerja belum buka. Habis kerja baharu sampai rumah pun sudah malam sebab semua nak OT. Bila sampai rumah, anak pun sudah tidur. Hidup mereka cukup susah, tapi demi nak cari rezeki yang lebih lumayan, susah pun mereka kena pergi. Kita orang Johor ini ada satu gelaran kepada mereka ini, kita panggil mereka pekerja vampire sebab ramai ini, mereka tak pernah nampak matahari di Malaysia. Pagi pergi gelap, balik pun gelap. Maka saya rasa kerajaan ada tanggungjawab untuk menyenangkan perjalanan mereka supaya mereka tak perlu sesak di causeway berjam- jam. Pada masa yang sama juga, tarikan pertukaran mata wang yang menarik juga mendorong ramai orang Singapura ke Malaysia untuk membeli-belah dan juga untuk peluang business, mereka juga amat ada harapan bahawa perjalanan mereka adalah lebih lancar. Maka dengan penubuhan MCBA ini, khususnya di CIQ BSI, Johor Bahru tentu saya rasa akan membantu menambah baik bagi pergerakan barang dan manusia, lebih efisien, lebih pantas dan tentunya lebih selamat. Sebelum kita wujudkan MCBA ini Dato’ Speaker, kira-kira ada 23 buah agensi yang terlibat dan beroperasi di CIQ, Johor Bahru. Setiap kali bila ada isu berbangkit ataupun ada keperluan untuk mengubah SOP peraturan ataupun penambahbaikan kawasan kompleks, dia perlukan penglibatan terlalu banyak agensi dan jabatan. Hakikatnya CIQ ini, dia terlalu lambat untuk bertindak dan bayangkanlah dahulu, kita di CIQ, Johor Bahru, kita pernah ada satu kali kita nak alihkan Touch 'n Go saja. Touch 'n Go itu kita nak pindah dari belakang ke depan kaunter itu pun ambil berpuluh-puluh bulan sampai tahun, barulah benda itu disiapkan sebab tiada seorang ketua yang boleh memberi arahan segera dan muktamad. Begitu juga pada Disember tahun lepas, Kompleks CIQ putus bekalan elektrik hampir setengah hari, sampai orang ramai tidak boleh masuk Malaysia dan keadaan cukup kecoh. Tak sampai dua bulan nanti, bulan Januari pula dua tahun ini, sekali lagi benda yang sama berulang. Saya yakin keadaan akan bertambah baik, sekiranya ada satu buah agensi tunggal yang menguruskan checkpoint CIQ supaya semua urusan boleh berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Dato’ Speaker, dengan penubuhan Johor-Singapore Special Economic Zone dan dengan mulanya sistem RTS yang bakal bermula pada 2026 yang kita mampu membawa 10,000 orang penumpang setiap jam, 24 jam dari Singapura ke Johor adalah amat penting demi daya saingan negara kita, CIQ kita ini kena lebih efisien dan lebih pantas untuk kita imigresen. Akhirnya, saya juga nak sebut sedikit. Kita kena pastikan agensi yang baharu ini, pastikan kaunter-kaunter untuk kenderaan kena sentiasa buka khasnya pada peak hour. Sering kali kaunter tidak dibuka sepenuhnya padahal ada banyak kereta yang beratur panjang belakang. Begitu juga dengan masa kita nak tukar syif. Saya banyak dengar ada aduan. Contohnya bila sampai masa contohnya pukul 5, tingkap kaunter akan tutup dan kaunter hanya akan dibuka balik bila staf imigresen baru sampai dan lepas itu kena tunggu dia on-kan komputer itu. Mungkin sebab itu ambil masa 15 minit kaunter itu tidak boleh buka, tak aktif. Bandingkan dengan kaunter imigresen di negara jiran kita. Kalau pukul 5, pukul 4.59 pegawai baharu dah sedia tunggu di luar pintu kaunter untuk mengambil alih syif. Kadang-kadang juga ada aduan kaunter di Malaysia ini bila buka sahaja ada bau rokok yang keluar. Bukan saya halang orang untuk menghisap rokok, tetapi pada keadaan yang tertentu, saya rasa itu tidak memberikan satu imej yang terbaik.
Akhir sekali, saya rasa autonomi yang diberi kepada MCBA ini mestilah diiringi dengan bajet yang memadai. Saya cadang di checkpoint Malaysia termasuk CIQ, Johor Bahru, kerajaan patut mengenakan atau mengutip satu levi khas bagi kenderaan negara asing yang masuk ke Malaysia dan levi yang dikutip ini akan terus disalurkan kepada MCBA untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau menaik taraf bangunan checkpoint. Levi ini berbeza dengan VEP yang kini dikenakan kerana levi khas ini hanya adalah untuk kegunaan MCBA sahaja. Saya rasa amaun RM10 adalah berpatutan. Itu pun tak sampai SGD3. Kalaulah anggaran ada 50,000 buah kereta Singapura yang masuk Johor Bahru setiap hari, maka sehari kerajaan boleh kutip hampir RM500,000. Sebulan RM15 juta. Sekira bayaran yang dikutip ini dapat mempercepatkan proses masuk keluar checkpoint CIQ, saya cukup yakin mereka akan bayar dengan rela hati. Dengan itu, sekali lagi terima kasih Dato’ Speaker memberi peluang kepada Tebrau. Tebrau mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Tebrau. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan agensi kawalan dan perlindungan sempadan Malaysia. Fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan kawalan dan perlindungan sempadan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti di dalam RUU ini supaya RUU ini dapat ditambah baik dan peranan MCBA ini dapat diperkasakan dengan lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pegawai agensi mempunyai segala kuasa yang pihak berkuasa berwibawa boleh jalankan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan dan boleh melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah fasal 6. Kita lihat kuasa yang diberikan kepada pegawai MCBA ini sangatlah umum dan kita bimbang bahawa pemberian kuasa yang luas kepada pegawai agensi boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa terutama jika tidak ada mekanisme kawalan dan pemantauan yang ketat untuk memastikan kuasa tersebut digunakan dengan beretika dan berpatutan. Tambahan pula, kes-kes rasuah yang melibatkan penjawat awam yang menyumbang kepada peningkatan kes-kes penyeludupan ini amat merisaukan. Persoalannya, apakah mekanisme yang digunakan untuk memantau penggunaan kuasa oleh pegawai MCBA ini? Dalam fasal yang sama, apa langkah proaktif untuk memastikan tindakan penguatkuasaan keselamatan sempadan dengan kerjasama antara pihak penguat kuasa secara lebih berkesan untuk membanteras kegiatan penyeludupan barangan kawalan dan barangan larangan, termasuk di persempadanan Sabah dan Sarawak, mengambil kira pembangunan ibu negara baharu Indonesia di Nusantara Kalimantan Timur. Sejauh mana keberkesanan strategi yang dirangka oleh kerajaan dalam membendung aktiviti jenayah rentas sempadan melibatkan pendatang tanpa izin di laluan tikus sempadan perairan serta tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap sindiket penyeludupan PATI termasuk mana-mana penghantar atau transporter yang didapati membawa masuk PATI ke negara ini.
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menggagalkan cubaan menyeludup 1.7 tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM52,000 ke Thailand di sempadan negara di Padang Terap. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 10 dan 11 mengenai perjalanan kuasa di luar kawasan dan kuasa tambahan pegawai. Apa strategi kerajaan untuk membangunkan dan menaik taraf jalan keselamatan sempadan terutama pada kawasan titik panas hotspot yang sering menjadi laluan kemasukan kumpulan penjenayah menjalankan aktiviti jenayah rentas sempadan serta mengenal pasti kawasan sempadan yang memerlukan pembinaan pos kawalan yang baharu. Apakah penambahbaikan terhadap pos kawal imigresen sedia ada di bawah jadual yang pertama? Saya juga ingin menyentuh tentang Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan ICQS di Kota Putra, Durian Burung di daerah saya di Padang Terap yang dibuka pada tahun 2010 yang menjadi pilihan kedua selepas ICQS Bukit Kayu Hitam untuk menyeberang Thailand. Laluan ini lebih tenang dan lebih baik, tidak sesibuk seperti ICQS di Bukit Kayu Hitam.
Kota Putra, Padang Terap bakal dijadikan bandar sempadan Kota Putra Border City pada masa akan datang. Sehubungan itu, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan untuk memberikan perhatian dan sentuhan khusus tentang penambahbaikan dan naik taraf ICQS Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap termasuklah pembinaan bangunan pentadbiran Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuklah mengadakan stor penyimpanan, merancakkan aktiviti ekonomi di sempadan tersebut dengan penambahbaikan pelbagai infrastruktur sokongan seperti naik taraf laluan empat buah lorong FT175, penambahan menara telekomunikasi, pewujudan pencawang masuk utama PMU bekalan elektrik, stesen bas. Saya harap penubuhan MCBA ini dapat diintegrasikan dengan ICQS Kota Putra, Padang Terap dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di ICQS Bukit Kayu Hitam dan merancakkan ekonomi rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di- Pertua, sejak tahun 2018, Jawatankuasa Kabinet telah mula mengkaji cadangan penubuhan badan tunggal menjaga sempadan negara dan pintu-pintu masuk termasuk pelabuhan-pelabuhan yang disebabkan oleh pertamanya wujud kelemahan dalam penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan melibatkan proses pemeriksaan serta tempoh masa yang lama dalam urusan pemeriksaan. Yang kedua, berlakunya ketirisan yang membimbangkan dari sudut angka dan jumlah kerugian yang dialami seperti contoh kes seludup diesel melalui sempadan negara mengakibatkan anggaran kerugian berjumlah RM1.2 juta sehari. Kes kartel daging pada tahun 2020 yang telah berleluasa sejak 40 tahun yang lalu, sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta pernah disita. Yang ini melibatkan satu serbuan sahaja. Jika kita teliti tentang aktiviti yang telah pun berleluasa sejak 40 tahun lalu, kita boleh bayangkan berapa banyak kerugian yang telah pun dilakukan. Sindiket kontena terbang berleluasa sejak 10 tahun yang lalu mengakibatkan anggaran kerugian berjumlah RM3.5 bilion. Ini lah contoh-contoh mengapa perlunya
kepada peningkatan pelaksanaan kawalan sempadan supaya hasil negara tidak dimanipulasi dan tidak sewenang-wenangnya diraih oleh pihak-pihak yang tertentu. Oleh sebab itu, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani pada hari ini yang telah pun membawa Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah agensi kawalan sempadan tunggal yang dipanggil sebagai Malaysia Border Control and Protection Agency (MCBA). Tujuan MCBA ini ditubuhkan adalah mengurus kawalan sempadan di negara ini seperti mana yang ternyata dalam fasal 6, rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, jika kita rujuk kepada fasal 7 dan fasal 11, pegawai agensi diberi kuasa sebagaimana kuasa seorang anggota polis malah pada fasal 11(2)(c) berlakunya ketidakselarasan atau percanggahan dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, maka akta ini akan juga diguna pakai. Lalu saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah penjelasan lanjut daripada fasal 7 dan fasal 11 ini? Adakah fasal-fasal ini membawa maksud peranan agensi MCBA ini adalah setaraf ataupun melebihi daripada anggota PDRM? Dan bagaimana peruntukan dalam akta ini dapat dikawal selia oleh pihak berkuasa supaya tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa. Oleh sebab itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu integriti. Jika dilihat kepada skop tujuan MCBA ini lah satu cara untuk mengatasi isu integriti terutamanya di sempadan negara yang sememangnya menjadi lubuk pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyeludup masuk dan keluar barang-barang atau perdagangan manusia yang ada dalam negara kita ini. Jadi saya mohon pihak kementerian menyatakan bagaimanakah perancangan dalam memerangi isu ketirisan dan integriti dalam kalangan penguat kuasa agensi itu sendiri selari dengan penubuhan MCBA ini. Siapakah yang akan menjadi badan untuk mengawal selia agensi ini nanti? Merujuk kepada kenyataan pada sesi libat urus yang lalu, pihak berkuasa dapat mengenal pasti hampir 169 lorong tikus di sempadan Kelantan-Thailand sepanjang Sungai Golok. Apakah tindakan pihak berkuasa setelah mengenal pasti kesemua lorong tikus ini? Dan bagaimanakah pihak berkenaan dapat memastikan bahawa kewujudan lorong tikus yang baru ini dapat dikesan lebih awal dan dikurangkan? Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, dalam memastikan bahawa hak istimewa Sabah dan Sarawak seperti mana yang termaktub dalam MA1963, bagaimana pihak kementerian dapat memastikan bahawa penubuhan MCBA ini dapat disinergikan secara lancar dengan agensi-agensi berkuasa pihak negeri Sabah dan Sarawak. Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah, khususnya yang mana nama mereka tidak tersenarai dalam pembahas pada kali ini seperti Tuaran dan juga Beaufort. Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua tolong pertimbangkanlah mereka. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih Dato; Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Rompin untuk mengambil bahagian bagi tujuan membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024. Saya yakin tujuan utama rang undang-undang ini dipinda adalah untuk menjadikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) bertindak sebagai agensi penyelaras bagi aktiviti operasi khas penguatkuasaan berkaitan kawalan
dan perlindungan sempadan negara yang melibatkan pegawai, aset dan undang-undang di bawah agensi sedia ada. Saya ingin menyentuh hanya satu fasal sahaja dan insya-Allah disusuli dengan cadangan untuk menambah baik rang undang-undang ini. Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi agensi untuk menguatkuasakan undang-undang bertulis yang berkaitan di kawasan yang ditetapkan yang berhubung dengan pemeriksaan dan kawalan orang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia, pemeriksaan dan kawalan barang-barang yang dibawa ke dalam atau keluar dari kawasan ditetapkan pemeriksaan. Ini termasuk kawalan dan kuarantin mana-mana tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah, mikroorganisma, kenderaan, makanan dan benda yang bersampingan dengan makanan, dadah, racun, kosmetik dan benda lain yang berkaitan dengan kesihatan hidupan liar, bahagian hidupan liar atau terbitan hidupan liar yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia. Pencegahan dan penyiasatan mana- mana kesalahan dan pengeluaran apa-apa pas, permit yang berkaitan dengannya. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memfokuskan ucapan saya berkaitan pencerobohan nelayan asing di perairan di kawasan saya iaitu di kawasan perairan Rompin dan juga kawasan laut Pulau Tioman kerana ini lah menjadi salah satu daripada keluh kesah nelayan yang kerap mengadu isu ini. Saya memetik statistik yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan baru-baru ini. Malaysia mengalami kerugian berjumlah RM823 juta akibat pencerobohan kapal nelayan asing antara 2020 hingga 2023. Manakala jumlah tangkapan kapal nelayan asing yang dibuat oleh Jabatan Perikanan bagi tempoh 2020 hingga 2023 sebanyak 19 kes. Dan saya ingin menarik perhatian pada tahun 2021 di mana sebuah bot nelayan asing yang mempamerkan nombor pendaftaran tempatan PAF4286 pada kedudukan kira- kira 40 batu nautika di Timur Laut Kuala Rompin. Bayangkanlah bagaimana bot nelayan asing boleh menggunakan pendaftaran bot nelayan tempatan. Justeru itu Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung aktiviti penglibatan warga tempatan dalam membantu nelayan asing ini? Dato’ Yang di-Pertua, selain percubaan kemasukan PATI, wujudnya aktiviti pencerobohan nelayan asing yang semakin berani menghampiri pulau di sempadan negara.
Di Pantai Timur, aktiviti pencerobohan dan pengumpulan hasil laut oleh nelayan Vietnam semakin berani turun hingga ke perairan Pulau Tioman untuk menangkap ikan. Nelayan asing bukan sahaja menggunakan pukat rawa sorong, pukat ikat tepi- ingatkan air milo saja ikat tepi, rupanya pukat ada juga ikat tepi- bubu naga, pukat hanyut dan banyak lagi yang jelas diharamkan di Malaysia kerana ia merosakkan koral serta kepupusan anak-anak ikan. Malah, semakin berani membawa senjata api dan mengugut nelayan tempatan. Nelayan asing ini menceroboh menggunakan bot yang besar dan canggih serta enjin yang berkapasiti tinggi, awak-awak yang tiada dokumen sah, malah ada yang menyeludup barangan terlarang seperti dadah, rokok dan senjata api sehingga ke tahap menyeludup PATI. Jika dikesan kehadiran penguat kuasa kita, mereka ini akan melarikan diri ke perairan antarabangsa, ZEE. Ini belum lagi menyentuh bot-bot perang negara PRC China yang sewenang- wenangnya menceroboh perairan negara kita sambil menunjukkan kecanggihan teknologi mereka dengan melakukan provokasi terhadap agensi penguat kuasa kita yang agak ketinggalan daripada aspek aset senjata dan kekuatan manpower.
Dato’ Yang di-Pertua, ini satu ancaman besar kepada keselamatan negara. Kita perlu tegas dan berani dalam menguatkuasakan sempadan perairan negara kita yang jelas semakin banyak insiden pencerobohan oleh nelayan dan kuasa besar asing. Selama ini kita terlalu berdiplomasi. Apa yang kita buat hanyalah menghantar nota diplomasi kepada negara tersebut yang, pada pandangan saya, ia hanyalah sekadar surat yang tidak diambil berat langsung oleh negara tersebut. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan. Sudah tiba masanya negara ini menggunakan kecerdasan buatan (AI), dron dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) beresolusi tinggi yang lebih canggih di lokasi strategik untuk kawalan sempadan. Kerjasama holistik dengan negara bersempadan Malaysia perlu lebih komited dalam memerangi isu IUU fishing. Kerjasama serantau untuk membanteras penangkapan ikan secara haram juga perlu diperkukuhkan melalui platform bilateral dengan negara-negara ASEAN terutamanya. Ketiga, pelupusan bot dengan kaedah penenggelaman memberikan manfaat kepada para nelayan kerana ia akan menjadi habitat perikanan yang baru, sekali gus dapat menjana ekonomi para nelayan. Bot ditenggelamkan di kawasan lingkungan lima batu nautika daripada persisiran pantai ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya pencerobohan pukat tunda. Di kesempatan ini, saya ingin memberitahu kepada Ahli Dewan ini. Baru-baru ini, Ke Bawah Duli Paduka Sultan Pahang telah mencemar duli merasmikan Malaysia Book of Record: The First LRT Coach Reef in Malaysia... [Tepuk] Tiga coach LRT diturunkan di Monkey Bay untuk dijadikan tukun dan ianya sudah pasti akan menggamit para-para penyelam. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Ini akhir sekali. Sudah sampai masanya penguatkuasaan kita yang bakal diambil alih oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) ini mempunyai taring dan kuku yang tajam dan mampu menangani isu ini. Kita tidak mahu penubuhan agensi ini hanya indah khabar daripada rupa dan selepas beberapa ketika, agensi ini gagal dan terpaksa digubal undang-undang baharu untuk menubuhkan agensi baharu pula yang jelas ia berisiko daripada aspek kewangan dan kebajikan negara. Ini kerana kita bercakap sahaja isu kedaulatan yang perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih, Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Negara Malaysia terletak secara geografinya amat strategik. Lokasinya amat baik dan sempadan negara Malaysia boleh menjadi kebaikan untuk negara kita, boleh juga menjadi keburukan untuk negara kita. Kita tidak mahu sempadan negara dicerobohi dan pelbagai tragedi sejarah hitam berulang lagi di negara kita yang tidak hanya merugikan harta, tetapi yang lebih sadis lagi adalah merugikan nyawa dan keselamatan rakyat kita. Tuan Yang di-Pertua, dengan penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), ini merupakan satu langkah yang proaktif dalam usaha kita untuk memperkasakan pengurusan sempadan negara. Saya menyokong hasrat murni kerajaan ini untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan pertindihan tugas dan mempertingkatkan keselamatan di pintu-pintu masuk negara, tetapi Tuan Yang di-Pertua, ada soalan yang penting yang perlu kita teliti. Adakah MCBA akan menerima nasib yang sama seperti AKSEM? Itu persoalan yang penting.
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Border Security Agency yang ditubuhkan pada 2017, kemudian dimansuhkan pada 2021. Segala kekurangan AKSEM itu kita perlu mengambil iktibar dan jangan kita ulangi dengan penubuhan MCBA ini. Beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada kegagalan AKSEM perlu diambil kira. AKSEM mempunyai skop yang lebih terhad iaitu kawalan di darat semata- mata, tetapi MCBA ini skopnya lebih luas. Tidak hanya di darat tetapi juga di udara dan di lautan. MCBA juga akan ditubuhkan melalui rang undang-undang khusus yang memberikan mandat dan kuasa yang lebih jelas dan menyeluruh berbanding dengan AKSEM. Selain itu, MCBA juga dicadangkan untuk dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 22 pintu masuk antarabangsa. Pendekatan ini yang lebih tersusun mungkin membantu dalam mengenal pasti apakah permasalahan-permasalahan yang berlaku. Saya difahamkan juga, MCBA ini telah pun memulakan operasinya pada Mei 2024 an dilaksanakan secara pentadbiran dengan mengguna pakai akta-akta sedia ada. Namun, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengutarakan beberapa perkara yang mungkin perlu diberikan perhatian. Sebab apa? Sebab kita ingin menubuhkan satu- agensi ini, kita tidak hanya ingin membuat sambil lewa sahaja, tetapi kita ingin tahu objektif yang jelas yang pada akhirnya menguntungkan rakyat Malaysia dan sempadan negara Malaysia. Kita perlu lihat bahawa integrasi pelbagai agensi sedia ada. Penggabungan dan integrasi agensi-agensi ini perlulah diteliti dengan baik dan diperhalusi dengan secara teratur. Kita boleh melihat contoh negara yang telah pun melaksanakan single agensi ini, contohnya Australia, Singapura dan Kanada. Ini yang bagi saya perlu kita pelajari. Saya ingin bertanya, apakah pelan terperinci kerajaan untuk memastikan peralihan ini berlaku secara teratur? Kedua, ingin saya tanyakan mengenai latihan dan pembangunan kapasiti. Kita adanya rang undang-undang yang baik, kita adanya MCBA dan sebagainya, tetapi kualitinya itu perlu kita pertanyakan. Apakah perancangan kerajaan untuk menyediakan latihan yang komprehensif untuk semua- pegawai-pegawai kita supaya lebih siap siaga dan dibekali dengan equipment yang mantap supaya dapat menjadi benteng di sempadan negara? Ketiganya, penggunaan teknologi dan AI. Sekarang ini kita lihat bagaimana banyak- teknologi-teknologi yang baharu ya. Pengimbas muka, QR code dan sebagainya. Ini perlu diambil kesempatan oleh kerajaan. Adakah kerajaan willing untuk invest kepada teknologi ini dan AI ini supaya sempadan negara ini dapat lebih kukuh lagi? Seterusnya, kerjasama antarabangsa juga amat penting untuk menangani isu pemerdagangan manusia dan juga penyeludupan yang pada akhirnya merugikan banyak pihak termasuklah harta benda. Saya juga ingin bertanya tentang perlindungan data privasi. Apakah jaminan kerajaan terhadap perlindungan data dan privasi kita yang disimpan negara itu sendiri? Keenam, impak terhadap ekonomi tempatan. Kita lihat di Bukit Kayu Hitam, Kedah, bagaimana proses ekonomi itu berlaku dengan baik. Namun begitu, terjadi congestion atau kesesakan yang agak parah sebenarnya. Jadi, bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa MCBA ini dengan adanya kawalan sempadan yang efisien tanpa merugikan sempadan negara itu sendiri? Bagaimanakah lebih efisien dan lancarnya tanpa menjejaskan keselamatan negara kita? Terakhir yang ingin saya tanyakan. Merujuk kepada Jadual seksyen 2 undang- undang bertulis yang berkaitan, sebanyak 36 akta dinyatakan di dalam RUU ini. Adakah terdapat pindaan-pindaan berbangkit atau, dengan izin, consequential amendment akan dibuat terhadap 36 akta-akta ini selaras dengan penggubalan RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024?
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh penubuhan MCBA ini dengan syarat bahawa kita tidak hanya melakukan perkara yang setengah-setengah. Kita buat secara holistik, komprehensif dan pada akhirnya, apa sahaja yang kita tubuhkan itu, dapat memberikan kebaikan kepada keselamatan negara dan kita mengurangi atau kita menghapuskan segala- sejarah-sejarah yang dulu. Kita cuba tidak untuk mengulangi sejarah pencerobohan sempadan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Lumut.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ataupun MCBA. Daripada taklimat yang telah diberikan berkaitan jumlah kakitangan, saya ingin bertanya bagaimana angka 13,720 kaki tangan telah ditentukan? Adakah ini mencukupi untuk melaksanakan tugas MCBA dengan berkesan? Memandangkan sebanyak 577 pewartaan pintu masuk agensi meliputi darat, laut dan udara di negara kita dan 115 darinya adalah pintu masuk aktif. Saya ingin membangkitkan persoalan penting mengenai keberkesanan penubuhan MCBA berbanding dengan sistem sedia ada. Adakah dengan penubuhan MCBA ini benar-benar akan lebih efisien? Berbanding adanya beberapa buah agensi kerajaan sebelum ini. Adakah unit-unit dan bahagian-bahagian agensi-agensi kerajaan yang terlibat akan dimansuhkan dan anggotanya akan diserap ke dalam MCBA? Contoh, antara agensi-agensi penting yang terlibat seperti Pasukan Gerakan Am, PDRM, Rejimen Sempadan Angkatan Tentera, Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan serta lain-lain agensi berkaitan. Saya juga ingin mencadangkan veteran-veteran angkatan tentera yang akan dan telah menamatkan perkhidmatan ditawarkan untuk penugasan di MCBA. Di mana mereka telah lengkap dilatih daripada segi disiplin dan penggunaan senjata. Seterusnya, dalam konteks kerjasama antarabangsa, bagaimanakah MCBA merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan sempadan negara jiran? Akhir sekali, saya ingin bertanya tentang pelan jangka panjang untuk MCBA, adakah kerajaan mempunyai sasaran prestasi yang jelas untuk agensi ini? Bagaimanakah kejayaan MCBA akan diukur dan dinilai? Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju penubuhan MCBA ini di mana ia adalah langkah yang berpotensi untuk mengukuhkan keselamatan sempadan negara. Namun, adalah penting untuk kita memastikan struktur organisasi dan operasinya adalah kukuh dan berkesan. Kos penubuhannya adalah munasabah dan ia benar-benar membawa peningkatan berbanding sistem sedia ada. Saya mencadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan dengan teliti aspek keberkesanan operasi dan implikasi jangka panjang. Selain itu, saya ingin menekan pentingnya ketelusan dan akauntabiliti dalam operasi MCBA, terutama dalam penggunaan dana awam. Adalah penting bagi MCBA untuk memastikan bahawa setiap sen wang rakyat dibelanjakan adalah berbaloi dan memberikan hasil yang diharapkan. Adalah penting untuk memastikan MCBA dapat berfungsi dengan optimum dalam mencapai objektif penubuhannya dan demi keterjaminan keselamatan dan kesejahteraan negara. Sambil tetap berhemah dalam perbelanjaan dana awam dan tidak mengganggu fungsi-fungsi penting yang sedia ada. Sepohon pantun- serangkap pantun.
Pohon kenanga harum bunganya, Bunga dipetik si anak dara; Amanah rakyat besar maknanya, Jaga dengan bijaksana demi negara. Sekian, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kuala Pilah terus menyambut baik Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 bagi menubuhkan agensi pintu masuk dan sempadan negara ataupun MCBA. Penubuhan agensi ini sesuai dengan keperluan negara bagi mencari penyelesaian tuntas dan segera kepada isu kewujudan pelbagai agensi di pintu masuk dan sempadan. Jika dilihat hari ini, sebanyak lebih daripada 20 buah agensi penguat kuasa berfungsi di kesemua pintu masuk di seluruh negara. Kesemua agensi ini telah memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang sekali. Namun begitu, akibat jumlah agensi penguat kuasa terlalu banyak ini, kita tidak boleh nafikan wujud kelemahan daripada segi penyelarasan gerak kerja antara agensi- agensi, terutamanya dalam proses pemeriksaan dan penguatkuasaan undang-undang, memandangkan masing-masing mempunyai prosedur dan kerenah birokrasi yang tersendiri. Justeru itu Timbalan Speaker, bagi memastikan penyelesaian isu ini, penubuhan MCBA haruslah dibuat dengan teliti, berhati-hati agar dapat berfungsi dengan berintegriti, cekap dan pantas supaya dapat melancar dan memudahkan pengurusan kawalan di sempadan dan pintu masuk negara demi keselamatan dan kedaulatan negara ini. Kuala Pilah seterusnya merujuk bahagian dua, penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan pelantikan pegawai. Timbalan Yang di-Pertua, fasal 4- pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah. Agensi kawalan ataupun MCBA akan menjadi agensi tunggal yang mengawal selia sempadan negara. Maka, ketua pengarah yang dilantik memegang tanggungjawab yang amat berat, di samping mempunyai kuasa yang amat besar dengan mengetuai koordinasi pelbagai agensi penguatkuasaan di pintu masuk negara. Oleh itu, pelantikan mana-mana individu-individu haruslah disaring dan dipilih secara teliti dan berhemah bagi memastikan individu yang dilantik ini benar-benar berkelayakan serta haruslah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang keselamatan dan ketenteraman negara serta penguatkuasaan dan kawalan undang- undang. Menyentuh fasal 4(3), yang menyatakan selepas ketua pengarah ini mencapai umur persaraan wajib, dia boleh dilantik semula secara kontrak selama apa-apa tempoh pelantikan secara kontrak, Ini dikhuatiri akan menimbulkan budaya tidak baik dalam pengurusan tertinggi agensi ini. Kita perlu menutup segala ruang lompong ataupun lakuna yang ada bagi memastikan tiada ruang untuk berlaku kes salah guna kuasa di dalam MCBA. Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah mencadangkan sekiranya terdapat keperluan untuk melantik semula jawatan ketua pengarah secara kontrak, kementerian harus tetapkan tempoh maksimum perkhidmatan secara kontrak yang dibenarkan. Kementerian perlulah memikirkan formula yang bersesuaian untuk menentukan tempoh
masa yang rasional bagi perkhidmatan kontrak ini, di samping mempertimbangkan peluang kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai kanan yang lain. Seterusnya, Kuala Pilah merujuk fasal 5 - pelantikan pegawai agensi yang lain. Kuala Pilah minta juga kementerian kongsi kan, berapakah kekuatan sumber manusia yang dimiliki MCBA setakat ini? Apakah mekanisme pelantikan yang bakal digunakan serta adakah terdapat keperluan untuk membuat pelantikan baharu bagi mengisi jawatan pegawai-pegawai agensi ini? Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah terus merujuk kepada bahagian tiga, fungsi dan kuasa agensi, fasal 6. Kuala Pilah merujuk kepada Jadual Pertama rang undang- undang ini, MCBA akan berfungsi di 22 pintu masuk negara yang telah ditetapkan iaitu di empat pintu masuk darat, lapan pintu masuk udara dan 10 pintu masuk laut. Bagi fasa pertama, MCBA hanya akan beroperasi di lima buah lokasi. Soalan Kuala Pilah, adakah fasa ini hanya sekadar kajian rintis untuk menguji kaedah dan mekanisme operasi MCBA? Seterusnya dalam fasa satu ini, MCBA bergerak sebagai sebuah entiti baharu sebelum beralih kepada fasa dua untuk kolaborasi dengan agensi-agensi penguasaan yang lain. Jika dilihat kepada fungsi MCBA Timbalan Yang di-Pertua, ia melingkungi fungsi-fungsi agensi yang lain seperti kastam, imigresen, MAQIS dan sebagainya. Oleh itu, bagi memastikan MCBA dapat menjalankan fungsi utamanya untuk bertindak sebagai agensi tunggal mengawal sempadan dan pintu masuk negara, apakah mekanisme gerak kerja bagi fasa satu ini sebelum berlakunya kolaborasi dengan agensi- agensi lain? Seberapa lama garis masa yang telah ditetapkan sebelum MCBA beralih kepada fasa seterusnya? Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah seterusnya merujuk kepada fasal 8 iaitu pertindihan fungsi. Seterusnya bagi fasal 8, rang undang-undang ini hanya menyatakan jika perlu sebarang pertindihan- jika berlaku sebarang pertindihan fungsi di antara MCBA dengan agensi penguatkuasaan yang lain di kawasan operasi yang telah ditetapkan, pertindihan itu akan diurus dan diselesaikan secara pentadbiran. Difahamkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 2024 telah memutuskan penubuhan Jawatankuasa Pemantapan Dasar dan Operasi MCBA yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN. Namun begitu, adalah tidak relevan untuk membawa semua isu pertindihan ini ke mesyuarat jawatankuasa, terutamanya bagi isu keselamatan yang memerlukan keputusan segera. Oleh itu, Timbalan Pengerusi- Timbalan Yang di-Pertua, apakah platform yang akan digunakan dan siapakah yang layak untuk memberikan kata pemutus apabila berlakunya pertindihan fungsi ini agar dapat diselesaikan dengan segera dalam keadaan yang harmoni? Memandangkan fungsi utama penubuhan agensi ataupun MCBA ini ialah untuk memudah cara dan menyelesaikan segala apa juga permasalahan yang melibatkan agensi-agensi yang di dalamnya. Kuala Pilah yakin isu pertindihan fungsi ini pasti akan berlaku, terutamanya di peringkat awal penubuhan ini.
Oleh itu, kementerian harus menyediakan sebuah garis panduan yang jelas bagi pengagihan peranan dan fungsi tugas MCBA dan agensi-agensi penguat kuasa yang lain bagi memastikan kelancaran operasi ini. Timbalan Yang di-Pertua, kemajuan teknologi yang semakin pesat mendesak MCBA dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain untuk bergerak dengan lebih efisien dalam mengawal selia segala pergerakan keluar masuk di seluruh pintu masuk dan sempadan negara. Oleh itu, penubuhan MCBA ini haruslah seiring dengan kemajuan teknologi yang wujud kini. Dalam kita berusaha untuk menghasilkan sebuah model gerak kerja operasi yang inklusif dan holistik kementerian harus turut memberi penekanan terhadap kekuatan aset
selaras dengan kemajuan teknologi terkini untuk memastikan pegawai agensi dapat melaksanakan tugas dengan lebih bijak dan cekap. Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah dengan ini menyokong. Terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Arau dulu. Tidak apa. Minta laluan Arau. Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya baru bertemu dengan saudara Mythreyar Mutturamalinggam yang telah buat protes mogok lapar selama enam hari sudah. Beliau protes berdekatan dengan Parlimen kerana beliau tidak bersetuju kerajaan menjual saham MAHB kepada GIP- BlackRock yang pro-Zionis. Kata beliau kepada saya tadi, bila saya berjumpa beliau, dia kata kenapa dia protes sebab dia tidak percaya dengan kemampuan pro-Zionis ini menguruskan keselamatan dan operasi lapangan terbang kita. Lapangan terbang kita seperti digariskan dalam rang undang-undang ini ada tujuh hingga lapan pintu masuk udara...
Timbalan Speaker, isu peraturan. Peraturan Dewan.
Berkenaan dengan sempadan kita.
Sebentar, sebentar Yang Berhormat...
Dan kemampuan...
Timbalan Speaker, peraturan Dewan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, peraturan, peraturan. Ya.
36(1), “Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap”...
[Dewan riuh]
Apakah yang tidak berkaitan ini Jelutong?
No, saya belum habis baca, saya belum habis baca.
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk.
Tadi bila saya berbahas, Timbalan Speaker telah memberi teguran kepada saya apabila saya membangkitkan isu seorang warganegara Israel yang dibela oleh seorang peguam yang dahulunya mewakili Perikatan Nasional. So, dalam isu itu juga saya menerima teguran dan terus kembali kepada isu yang telah dibahaskan. Kita membahaskan isu keselamatan sempadan tanah air kita.
Baik.
Apakah kena mengena dengan BlackRock?
Baik, Yang Berhormat Jelutong, ini keputusan saya ya. Ini nombor satu, 36(1) Yang Berhormat is not correct. Ini rang undang-undang baharu.
[Ketawa] Minta maaf Jelutong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bagilah saya bercakap.
Baik, baik. Silakan Tuan Yang di-Pertua.
[Mencelah]
Kalau nak cakap- baik 36(1) adalah amendment to the law. Ini undang-undang baru. Baik, untuk Yang Berhormat Machang saya benarkan kerana ia melibatkan pintu masuk, tapi saya minta maaf cukup time saya akan stop. Masa, kekangan ya. Saya invoke 37(2) ya. Saya boleh lewatkan hanya dalam 15 minit. Itu sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaflah Tuan Yang di-Pertua, Jelutong kacau saya, tapi betul, saya hanya bagi mukadimah dan berkaitan rapat dengan undang-undang ini. Apa yang saya hendak bangkit di sini ialah Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia tidak yakin. Kita bersetuju dengan rang undang-undang ini kalau mana MAHB ini dikawal penuh oleh pemiliknya iaitu rakyat Malaysia, tidak dijual kepada pegangan asing kerana kita dapat tahu bahawasanya dengan menjual saham ini kepada GIP dan BlackRock, MAHB akan dikuasai secara pengurusannya oleh entiti asing yang pro-Zionis. Ini menimbul tanda tanya Tuan Yang di-Pertua, kerana senarai lapangan terbang yang digariskan dalam rang undang-undang ini bukan semua lapangan terbang tersebut membuat keuntungan yang sewajarnya seperti khususnya di Sabah dan Sarawak. Jadi, apa jaminan daripada pihak kerajaan, khususnya Khazanah dan KWSP bahawasanya dengan penswastaan MAHB ini akan mampu meningkatkan keselamatan dan kemampuan pengurusan lapangan terbang ini yang akan membantu rang undang-undang ini mencapai matlamat dan objektifnya. Jadi, ini yang kami cuba persoalkan dan bangkitkan bahawasanya rakyat Malaysia tidak yakin dengan penjualan saham ini kerana ia akan menggugat kemampuan sehingga border agensi ini untuk menjalankan tugasnya dengan baik. Ini menimbulkan tanda tanya juga Tuan Yang di-Pertua kerana persoalan ini bukan sahaja dibangkitkan oleh rakyat Malaysia malah di Turki kerana MAHB memiliki saham Istanbul Sabiha Gokcen, rakyat Turki juga mempersoalkan kenapa MAHB, kenapakah Kerajaan Malaysia membenarkan penjualan saham ini kepada entiti pro- Zionis? Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, soal pintu masuk udara ini bukan main-main. Kalau kita silap bagi orang yang milik saham kepada MAHB, kita khuatir ia boleh digunakan untuk penyeludupan dan penyalahgunaan data yang boleh merugikan kedaulatan negara. Kita mahu rang undang-undang ini mencapai objektifnya. Jadi, bagi saya Tuan Yang di-Pertua dan bagi rakyat Malaysia Tuan Yang di- Pertua, kita mahu kerajaan batalkan penjualan saham MAHB kepada GIP dan BlackRock... [Tepuk] kerana ia akan menggagalkan rang undang-undang yang kita akan bincang pada petang ini. So, itu sahaja. Saya minta Jelutong turun tengok saudara Mythreyar ini di Dataran Merdeka. Dia menunggu-nunggu mana Ahli-ahli Parlimen kerajaan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah. Duduk Yang Berhormat.
Machang, dia mogok lapar enam hari itu makan ke tak makan Machang?
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran. Lima minit. I have no time.
Terima kasih Yang...
Memandangkan tidak ada wakil dari Sabah, saya bagi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang wakil dari Sabah untuk membahas Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024. Pada prinsipnya Tuaran menyokong adanya satu- agensi untuk mengendali kawalan sempadan kita sebab semua pun disebut tentang pelbagai cabaran-cabaran yang kita hadapi. Di Sabah yang paling banyak PTI, lepas itu hal-hal penyeludupan dan sebagainya, memang. Saya menyokong. Cumanya Tuan Yang di-Pertua, apabila dibangkitkan perkara-perkara seperti pertindihan, apabila dibangkitkan hal-hal melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam proses penguatkuasaan dan kawalan itu apakah lebih baik, adakah lebih berkesan agensi ini jika dia ditubuhkan sebuah Lembaga berbanding dengan hanya agensi. Kalau lembaga, semua- agensi-agensi keselamatan yang terlibat boleh menjadi Lembaga pengarah dan boleh bertindak di sana, termasuklah wakil daripada kerajaan Sabah dan Sarawak. Itu pandangan saya Yang Berhormat. Saya sebenarnya agak khuatir, sama ada agensi ini berkesan apabila dalam kes- kes yang lalu, di mana hal-hal kewarganegaraan yang sepatutnya dirujuk kepada kerajaan Sabah, ada Menteri pada ketika itu berkata bahawa tidak perlu merujuk pada Sabah dan Sarawak. Hal-hal begitu boleh berlaku tetapi jika kita membuat lembaga, setiap- kes-kes yang diambil boleh dirujuk kepada lembaga ini dan Yang Berhormat Menteri KDN sendiri boleh menjadi pengerusi lembaga ini, agensi ini. Itu cadangan saya. Yang keduanya berkenaan dengan jalan-jalan tikus yang disebut oleh beberapa orang rakan tadi. Di Sabah ini telah diumumkan oleh mantan Menteri KDN, Yang Berhormat Larut pada tahun 2020 pada ketika Ops Benteng telah dilaksanakan iaitu memperkasakan bagaimana kita mempertahankan negara kita daripada dibolosi oleh pendatang asing tanpa izin yang membawa COVID pada ketika itu. Telah diisytiharkan sebanyak 37 buah jalan tikus di Sabah iaitu terdapat empat di Lahad Datu, lima di Sandakan, 11 di Sandakan, lima di Lahad Datu, empat di Tawau, empat di Kudat, empat di Beluran, tiga di Kundang, dua Kota Marudu, dua Kinabatangan, satu di Semporna dan satu- jalan tikus di Pitas. Kita tahu semua ini malah kerajaan sendiri, pihak KDN pun tahu intelligence kita sudah tick di mana tempat ini tetapi masih lagi dibolosi kerana ini tempat cari duit. Tempat cari duit, dia datang sini dan cari duit. Saya ingin mencadangkan supaya dalam rang undang-undang ini kesemua- tempat-tempat 37 itu diwartakan sebagai tempat kawalan seperti yang sembilan yang sudah dicadangkan dalam rang undang-undang ini. Walaupun tidak semua lapan fungsi dalam rang undang-undang dinyatakan, tidak perlu dikuatkuasakan semua, fungsi pertama pun cukup iaitu kebolehterimaan seseorang yang masuk. Jika semua- jalan-jalan tikus ini tidak diwartakan, sampai tempat kawalan, saya fikir sia-sia. Kita tidak boleh mengawal kemasukan orang-orang dari luar ini, jika jalan- jalan tikus ini tidak diatur.
Saya juga sangat prihatin Tuan Yang di-Pertua kerana dalam senarai pelabuhan- pelabuhan yang sudah pun mendapat legal landing place yang disiarkan dalam rang undang-undang ini. Semua ditulis di sini. Kenapakah Pelabuhan POIC Lahad Datu tidak tersenarai? Adakah itu terlepas pandang atau sengaja ataupun ada masalah daripada segi pengisytiharan di antara Pelabuhan Lahad Datu dengan Pelabuhan POIC Lahad Datu?
Yang Berhormat, 40 seconds.
Okey. Jadi, saya mohon supaya Pelabuhan POIC Lahad Datu ini dimasukkan dalam- diwartakan juga di sini sebab di sana memang sudah mendapat legal landing place. Saya bentang dulu. Sebab apa? Sebab saya Timbalan Ketua Menteri. Kenapakah tidak dimasukkan di sini? Jadi, ini bererti bahawa memang ada kelompangan yang belum lagi dimasukkan di sini dan saya mohon supaya langkah-langkah seperti mana yang saya katakan tadi, hal-hal yang berkaitan dengan jalan-jalan tikus tadi. Akhir sekali, oleh sebab dia mengambil kakitangan baharu walaupun disebut beberapa orang sudah kakitangan mahu diambil. Saya mohonlah kalau di Sabah itu, di tempat-tempat pedalaman itu, ambillah kakitangan daripada orang-orang tempatan Sabah. Sebab bukan senang mahu jaga sempadan. Di tempat-tempat yang jauh itu, ya. Jadi, itu cadangan saya. Saya memohon. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Arau. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekarang 6.41. Saya dibenarkan lima minit dan speaker tak boleh lebih daripada empat minit daripada sekarang. Jadi, saya harap saya boleh sambung satu minit lagi esok Yang Berhormat... [Ketawa] Kalau ikut peraturanlah sebab Yang Berhormat tak boleh lebih. Saya juga- kita ingat kita dapat landing ya, landing time, tapi ini tak dapat langsung nampaknya. It’s okay. Tak ada masalah. Yang paling penting ialah yang pertama sekali rang undang-undang ini bagus Yang Berhormat, ya. Lebih bagus sebab saya kenal dia punya Ketua Pengarah. Ketua pengarah itu bagus, tapi dengar cerita ketua pengarah ini nak pencen bulan dua. Jadi, agensi yang bagus dan dikendalikan oleh orang yang bagus, saya ingat mungkin tak sempat dia buat apa-apalah. Saya cadangkan supaya dia disambung lagi tiga tahun, empat tahun supaya dia boleh laksanakan tanggungjawab dengan lebih baik. Okey, yang pertama sekali pintu masuk ada 115 Yang Berhormat. Rakyat Malaysia, orang-orang muda, warga emas- tap, tap screen guys. 115, tapi yang dia nak ambil alih, saya dapat makluman enam, tapi kawan saya Shah Alam tadi kata lima, tapi, yang paling penting di sini ialah selepas diambil alih yang utama di Subang dan juga di Johor Bahru, selepas itu, dia kata akan pergi ke fasa yang kedua. Fasa yang kedua, ketiga ini sudah pasti nak capai 115. Barulah dia boleh ambil kawasan yang disebut lubang tikus. Jalan tikus ini ataupun jalan masuk tak rasmi ini dia bukan masuk bawah kawalan dia ini. Contohnya, Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam terletak di bawah PGA. Dia nak ambil alih fasa berapa ini? Jadi, saya cadangkan supaya fasa ini tidak boleh dibiarkan mengikut kehendak mereka. Kita bagi syarat. Fasa 1 tiga bulan, fasa 2 tiga bulan dan seterusnya. Saya percaya fasa ini akan lagi cepat. Sebab, bila orang tengok pengurusan telah dibuat dengan baik di KLIA, sudah pasti banyak tempat meminta supaya mereka dipercepatkan.
Jadi, saya minta selamat berjaya kepada agensi ini dan juga Ketua Pengarah untuk memastikan supaya agensi ini berjalan dengan hebat dan lancar. Keduanya, pelancong Yang Berhormat. Pelancong saya pergi tanya. Setiap kali saya sampai airport, dia orang kata- saya kata macam mana kerja? Bagus. Selepas itu, saya tanya pelancong macam mana? Pelancong masuk ramai Yang Berhormat, tapi keluar dia kata kurang. Jadi, kita tahu mereka ini setengahnya dibenarkan sebulan duduk di sini, tapi dia kata orang keluar kurang. Jadi, apakah orang yang masuk sebagai pelancong ini- dia punya definisi pelancong macam mana? Setengah datang bawa periuk belanga pun ada. Adakah itu pelancong? Jadi, nak minta supaya agensi ini tengok pelancong. Timbalan Menteri Dalam Negeri tengok pelancong ataupun nak jalan tugas seperti biasa kena berhati-hati sebab ini lah soal keselamatan. Agensi ini dia jaga keselamatan. Kita tak nak orang yang masuk terlampau ramai, keluar kurang. Di manakah mereka pergi? Kita tak tahu. Yang paling penting ini merupakan ancaman kepada negara. Kemudian, yang ketiganya Yang Berhormat. Seperti yang sahabat saya sebut tadi ialah berhubung dengan MAHB. Agensi ini bagus, tapi airport ini telah dipegang oleh orang lain selepas ini. Jadi, Yang Berhormat. Saya nak mencadangkan supaya masa hadapan KWSP dengan Khazanah jangan beli saham-saham strategik kerajaan sebab niat dia nak buat keuntungan. Dia terpaksa buat keuntungan sebab pelabur-pelabur juga nak keuntungan. Dia terpaksa jual. Jadi, kalau kita bagi KWSP dengan Khazanah, dia akan jual habis. Kalau negara pun dia ada syer dalam negara dia akan jual sebab dia baginya ialah keuntungan. Yang Berhormat, tak boleh lagi KWSP dan juga Khazanah pegang saham-saham strategik. Kita bagi kepada Menteri Kewangan Incorporated ke dan sebagainya supaya saham sebegini tak boleh jual. Sahabat saya sebut tadi MAHB, orang-orang Turki protes, Presiden Turkiye protes. Kenapakah saham ini dijual kepada yang pro-Zionist? BlackRock!
Betul!... [Tepuk]
Kenapa...?
Yang Berhormat, 1 minit.
MAHB sedang menguruskan airport yang terbesar di Turki. Jadi, airport yang terbesar ini diuruskan oleh MAHB. Maka, MAHB ini terbaik, dia uruskan terbaik, untungnya bagus, tapi kita nak jual. Nak jual itu, juallah, tapi tak perlu BlackRock. Banyak lagi kalau hendak ambil nama rock, white rock pun ada, yang boleh kita jual. Jangan pergi seronok-seronok jual macam itu sahaja. Jadi Yang Berhormat...
Yang Berhormat ,30 saat.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Machang tadi, dia sebut bahawa Dr. John Brian Anthony, bekas Pengerusi Bintulu Airport, dia pun menyatakan kebimbangannya, kenapa kerajaan berbuat demikian. Jadi, kalau hal ini berterusan, ia merupakan ancaman keselamatan itu, bukan akan datang...
Masa 10 saat.
...Tapi yang telah bermula, yang telah pun ada sekarang ini ancaman keselamatan yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Yang Berhormat, saya akhir sekali, saya hendak sentuh tentang orang-orang yang mengkhianati, ada orang yang mengkhianati negara semua ini, kita sebut pengkhianat ya.
Yang Berhormat...
Jadi...
Yang Berhormat, masa telah tamat. Duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 16 Julai 2024.
Saya boleh sambung esok Yang Berhormat?
Speaker, nanti tanya.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.47 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — PENIAGA WARGA ASING DI SEKITAR PASAR BORONG KUALA LUMPUR Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: YangSpecial Chamber
Berhormat dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dato Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, Isu mengenai peniaga warga asing di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kerap kali saya ajukan ke Dewan Rakyat, namun jawapan yang diterima setiap kali begitu mengecewakan serta tidak menyelesaikan isu pokok yang masih berleluasa.
Untuk ke sekian kalinya, saya menerima aduan dari Gabungan Persatuan- Persatuan Pemborong Pasar Borong Kuala Lumpur mengenai masalah peniaga- peniaga warga asing yang menyalahgunakan peluang perniagaan di kedai sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dengan menggunakan lesen orang tempatan dengan sewa sehingga RM10,000 sebulan setahu saya bagi membolehkan mereka beroperasi di deretan premis luar pasar borong itu.
Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan penguatkuasaan, sitaan barangan, namun langkah itu dilihat gagal mematahkan usaha mengusir penjaja warga asing terdiri pemegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian. Keadaan ini mengakibatkan persaingan perniagaan yang tidak sihat sekali gus menyebabkan perniagaan peniaga tempatan semakin merosot. Lebih membimbangkan para peniaga tempatan terdapat khabar berita akan terdapat penambahan gerai yang akan dibangunkan oleh pihak swasta.
Peniaga-peniaga warga asing ini telah banyak mendatangkan masalah kebersihan sekitar pasar borong akibat pembuangan sampah yang tidak terurus sekali gus menyebabkan pencemaran bau dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Selain itu, mereka sering memberhentikan atau meletak lori-lori mereka sesuka hati sehingga menyebabkan kesesakan di sekitar pasar borong berkenaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga warga asing di sekitar pasar borong tersebut, tetapi hairan mereka masih berniaga seperti biasa pada keesokan hari. Perbuatan mereka ini seolah-olah mencabar peruntukan undang-undang sedia ada. Apakah pandangan kementerian mengenai perkara ini dan sejauh manakah ianya telah diambil tindakan?
Dalam sesi pertanyaan lisan saya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelum ini, beliau memaklumkan tindakan yang boleh diambil terhadap isu lambakan pekerja asing ini adalah di bawah tanggungjawab DBKL. Tetapi apabila DBKL memberi respons, katanya pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa pihak Imigresen. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, apakah atau siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini dan apakah intervensi terbaharu yang telah dilaksanakan bagi mengatasi isu ini secara mutlak?
Selain dari itu, pertanyaan saya ialah apakah kementerian mempertimbang untuk menyemak semula pemilik-pemilik lesen perniagaan yang bersubahat memberikan tapak perniagaan kepada warga asing secara tidak sah sebelum terus membuka pula peluang kepada pihak swasta menambah lebih banyak gerai yang boleh menjejaskan sumber pendapatan golongan peniaga warganegara Malaysia di sini. Jika tidak, saya ingin mencadangkan kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk segera mengambil tindakan yang lebih efektif bagi menyelesaikan isu ini daripada terus berpanjangan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri beri jawapan.
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Yang di-Pertua saya memahami isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong Piai adalah sebenarnya isu legasi yang perlu kepada tekad yang tinggi untuk kita menyelesaikannya. Beberapa tindakan di bawah kuasa PBT atau DBKL telahpun dan sedang dan akan terus kita ambil bagi memastikan permasalahan yang dibangkitkan ini dapat kita atasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula daripada tahun 2021 lagi, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dengan membekukan permohonan baharu bagi lesen premis di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kecuali bagi aktiviti seperti bank, pejabat urusan dan restoran atau kedai makan. Tindakan ini diambil bagi membendung aktiviti di sekitar kawasan itu yang berisiko menjejaskan urus niaga Pasar Borong Kuala Lumpur.
Malahan Perkara 27(2), Undang-undang Kecil (Pasar Borong WPKL) 2002 juga jelas menyatakan tiada lesen yang boleh dikeluarkan bagi pasar borong persendirian yang terletak dalam lingkungan satu kilometer daripada pasar borong awam. Dalam hubungan tersebut, DBKL sentiasa melakukan pemantauan terhadap pemilik-pemilik lesen sedia ada agar premis-premis tersebut mematuhi lesen-lesen yang berkuat kuasa.
Syarat yang paling tegas dipantau oleh DBKL adalah jumlah pekerja mestilah sekurang-kurangnya 50 peratus mesti warganegara. Manakala, penggunaan pekerja warga asing hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bagi maksud ini,
ianya adalah tertakluk kepada dasar semasa sub-sektor pekerjaan yang membenarkan penggunaan warga asing oleh Agensi Kawal Selia.
Sekiranya ada pemilik premis yang melanggar syarat dan lesen mengenai penggunaan warga asing ini, tindakan penguatkuasaan yang tegas termasuk sitaan barang jualan dan pembatalan lesen premis akan diambil, apatah lagi ke atas pemilik yang bersubahat memberikan tapak kepada warga asing.
Dalam hal ini, saya ingin menyatakan statistik, Jabatan Penguasa DBKL telah mengambil tindakan penguatkuasaan di sekitar Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur terutamanya di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Berdasarkan statistik Januari sehingga Jun 2024, sebanyak 435 kes sitaan terhadap warga asing telah pun dilaksanakan di sekitar pusat bandar utara ini. Selain itu, DBKL juga telah mengeluarkan sebanyak 20 notis kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 di atas kesalahan mengambil mana-mana pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan sebanyak 1,723 notis kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pelbagai kesalahan lalu lintas.
Isu Kamar Khas ini sebenarnya mirip juga dengan isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tanjung Piai ketika perbahasan Titah Diraja pada mesyuarat yang lalu. Disebabkan masa yang terhad, jawapan yang saya berikan ketika ini mungkin agak umum, terutamanya mengenai agensi yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah lambakan warga asing di sekitar kawasan pasar borong ini. DBKL mempunyai bidang kuasa yang terhad, tertakluk kepada aktiviti yang dijalankan tanpa lesen serta premis yang mengajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan juga Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian
(WPKL) 2016.
Lawatan turun padang saya baru-baru ini Yang di-Pertua ke Pasar Borong Kuala Lumpur pada 13 Julai, pagi-pagi kita ke sana, lebih kurang pukul jam 2.30 pagi saya sampai di sana dan kita dapati majoriti warga asing yang berniaga di sekitar kawasan pasar borong ini merupakan individu pemegang kad UNHCR, dan sebahagian kecil pula adalah warga asing tanpa izin. Jadi tindakan yang hendak diambil terhadap kedua-dua kategori warga asing ini memerlukan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa JIM dan juga MKN-lah iaitu Majlis Keselamatan Negara.
Atas dasar ini, saya telah bersetuju dengan penubuhan yang kita lakukan baru-baru ini iaitu KL Strike Force. Ini dilakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024 pada 27 Mei yang lalu dan task force ini ditubuhkan bagi menangani isu-isu yang melibatkan keselamatan termasuklah isu-isu lambakan peniaga jalanan, penjaja, peniaga kecil, pengemis, gelandangan dan apa-apa sahaja isu semasa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan, terutamanya disebabkan oleh warga asing.
Saya mohon sedikit masa lagi untuk kita melihat pembaharuan dalam penguatkuasaan ke atas isu ini, sementara KL Strike Force ini masih dalam proses untuk diaktifkan dan beberapa agensi penguatkuasaan akan dilibatkan secara bersepadu dalam menjalankan operasi membanteras pekerja dan peniaga warga asing sama ada pemegang kad UNHCR atau pun mereka-mereka yang tanpa dokumen secara besar-besaran sehinggalah selesai, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, once and for all-lah, insya-Allah.
Jadi terakhir, saya juga menerima cadangan daripada Gabungan Pengerusi
Persatuan- dan Operator Pasar Borong Kuala Lumpur supaya kawasan pasar borong dan radius sekitarnya dijadikan kawasan kuat kuasa atau pun enforced-area bagi permit membawa ikan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yakni di bawah KPM ya, lesen keluaran pertanian daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan juga dokumen pemindahan ternakan dan penyembelihan luar daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Melalui cadangan ini, semua jenis keluaran pertanian yang masuk ke Kuala Lumpur perlu diturunkan di pasar borong terlebih dahulu sebelum diedarkan. Secara tidak langsung, cadangan ini membolehkan Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan
(FoSAC) di bawah DBKL yang berpangkalan di pasar borong sendiri menjamin keselamatan dan kualiti makanan warga kota Kuala Lumpur melalui perkhidmatan- perkhidmatan analisis saintifik, sampel makanan, bahan mentah dan juga air.
Cadangan ini insya-Allah akan kita bincangkan di peringkat pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terlebih dahulu bagi melihat kebolehlaksanaannya. Sekian, terima kasih.
Soalan Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya patut puji Yang Berhormat Menteri sebab turun padang sendiri melihat 2.30 − tengah malam bukan main. Jadi inilah sikap proaktif.
Saya ucap tahniah dan melihat sendiri, turun padang, terima kasih kerana dalam video saya melihat akan naik taraf bangunan yang lama, begitu lama wujud tidak dibaiki. Jadi terima kasih tapi minta jasa baik mempercepatkan tindakan untuk naik taraf itu.
Yang kedua berkaitan isu yang utamanya, isu warga asing ini. Tadi Menteri bagi satu jawapan saya tahu. Cuma masalah sekarang tindakan − atau katakan license satu kilometer tak boleh dikeluarkan license untuk tujuan pasar borong itu jelas tetapi mengapa di luar itu masih ada lagi license perniagaan seperti pasar awam juga. Satu.
Kedua, apabila sitaan barangan itu hendak dilakukan, saya tahu pelbagai cara dilakukan tapi cuma hairan ialah mengapa hari kedua mereka kembali untuk meniaga. Apakah jenis kelulusan license DBKL kepada mereka sebab kata Menteri ada akta ataupun license ditentukan jenis perniagaan. Tetapi mengapa mereka dibenarkan? Katakan – saya terima kasih license dibekukan tetapi mereka dah melanggar akta atau melanggar jenis license dikeluarkan. Dan apabila sitaan barang dilakukan, mengapa pekerja di situ hari kedua boleh balik semula? Adakah tanpa pengetahuan kementerian atau pegawai kita?
Saya nampak kalau sitaan barang sahaja tidak cukup. Apakah tindakan kementerian − bagaimana mereka yang bekerja di situ patut juga ambil tindakan.
Kalau mereka pekerja asing memang tidak dibenarkan untuk berniaga. Apakah tindakan kepada mereka? Sebab mereka yang ini kembali masih orang yang sama.
Adalah mereka ini tidak diambil tindakan? Saya tahu untuk pekerja asing tak benar untuk meniaga. Jadi kita nampak ini berulang-ulang. Kita tidak boleh membenarkan undang-undang kita dicabar. Orang kita patut dijaga, tetapi mereka ini berlaku tidak pernah berhenti sekali pun.
Jadi saya harap tindakan bersepadu. Maksudnya bukan setakat kalau saya tanya Kementerian Dalam Negeri kata pihak berkuasa tempatan, DBKL. DBKL kata saya tidak ada kuasa tangkap orang tetapi sitaan barang saya berkuasa. Macam mana keadaan ini berlaku sehingga begitu lama sekian lama tidak pernah diatasi.
Cuma saya hendak bertanya Menteri ialah boleh tak Menteri kalau perlu pinda akta perundangan untuk selesai, alhamdulillah, kita kena uruskan. Tetapi kalau katakan adakah pasport itu...
Yang Berhormat pendekkan soalan.
Ya saya. Sekejap. Ini penting ya. Jadi yang saya hendak tahu ialah kalau boleh pindah, pindahlah. Tapi saya hendak tahu tempoh penyelesaian. Kalau dah berlaku begini apakah tempoh − kalau tidak nanti keadaan ini berlaku sehingga mungkin setahun, dua tahun, tiga tahun masih berlaku begitu.
Jadi mungkin kita tentukan apakah cara kita boleh bekerjasama, bersepadu, ambil tindakan dan tempoh penyelesaian mungkin setengah tahun kah, setahunkah, tidak apa ya. Kita cuba lakukan tapi jangan berlarutan sehingga tak selesai-selesai.
Itu saja, sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ada beberapa perkara yang kita kena tengok dalam isu ini.
Yang pertamanya, kadang-kadang kita lihat sikap orang tempatan pun kita kena perhatikan juga sebab kebanyakan lesen yang kedai-kedai di luar itu adalah premis- premis yang dimiliki oleh persendirian. Jadi mereka memberikan lesen. Itu kalau kita dapat tahu memang kita akan ambil tindakan seperti mana saya sebutkan tadi.
Tapi ada juga mereka menggunakan cara lain contohnya lesen menggunakan nama orang tempatan tetapi yang berniaga sebenarnya orang warga asing. Yang ini adalah juga satu perkara yang memang kita akan ambil tindakan yang tegas terhadap mereka-mereka yang melakukan sedemikian ya. Tetapi seperti Yang Berhormat sebut juga tadi, tindakan bersepadu itu memang penting sebab dalam banyak hal yang saya sebut tadi ialah akta-akta itu tidak berada dalam kuasa PBT atau kuasa DBKL sendiri.
Jadi sebab itu kita menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan KL Strike Force di bawah Jawatankuasa Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan di mana KL Strike Force akan berperanan untuk melihat kes-kes seperti ini yang melibatkan keselamatan, kacau ganggu daripada warga asing dan sebagainya. Supaya apabila tindakan itu kita laksanakan dengan bersepadu, maka masing-masing agensi yang terlibat akan mengambil tindakannya.
Tetapi, sudah tentu penyelesaian jangka panjang itu perlu kita fikirkan juga.
Sama ada kita untuk menukarkan kawasan itu kepada kawasan yang lebih kondusif untuk perniagaan. Kita ada sekatan perniagaan kepada warga-warga asing dan sebagainya dan sebagainya. Itulah perlu kepada penyelesaian tuntaslah. Jadi yang ini saya yakin dia tidak mengambil masa yang pendek tetapi kita telah pun memulakan perbincangan untuk menyelesaikannya. Insya-Allah, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Gangguan Sistem Unit Peranti Bimbit Dalam Kalangan NelayanSpecial Chamber
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Negeri Johor Darul Ta’zim merupakan negeri yang menjadikan tempat para nelayan berteduh dan tempat para pelabur untuk menabur bakti. Negeri Johor yang dikurniakan dengan limpahan hasil lautan yang tinggi menjadi sumber pendapatan utama bagi para nelayan pesisir pantai.
Masyarakat di Parlimen Tanjung Piai yang sebahagian besarnya bergantung kepada pendapatan hasil sumber laut segar, menggunakan bot berenjin petroleum dan diesel sebagai pengangkutan utama mereka mencari rezeki di laut. Terdapat sebanyak 50 jeti pendaratan ikan segar, dan seramai 2,506 nelayan menggunakan enjin bot petrol serta 571 nelayan menggunakan enjin bot diesel di seluruh negeri Johor yang mana sebahagian besarnya berada di daerah Pontian dan di Tanjung Piai.
Satu skim bantuan telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkaitan pemberian Bantuan Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan sejak tahun 2006. Skim ini bertujuan bagi meringankan beban serta menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh para nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran.
Justeru, terdapat beberapa persoalan yang ingin dibangkitkan berkaitan isu ini yang saya memohon intervensi menyeluruh dari pihak kementerian. Pertamanya, sejauh mana pemantauan pihak kementerian terhadap isu sistem Unit Peranti Bimbit
(PDA) yang bertujuan untuk memudahkan para nelayan mendapatkan subsidi minyak petrol ini sering mengalami gangguan dan tergendala.
Sebagai contoh, sebelum ini para nelayan mendapatkan petrol di stesen minyak Petronas di Permas Kukup yang jaraknya sekitar dua hingga tiga kilometer sahaja dan saya dimaklumkan bahawa PDA di stesen tersebut sering rosak dan nelayan terpaksa mengambil minyak petrol di stesen terdekat di BHP Rambah yang jaraknya antara dalam 10 hingga 15 kilometer. Perkara yang sepatutnya meringankan dan memudahkan urusan para nelayan kini akhirnya telah menyusahkan mereka.
Lebih malang lagi, PDA di stesen tersebut hanya dimaklumkan rosak baru- baru ini sahaja dan para nelayan ini terpaksa pergi ke stesen yang terdekat yang jaraknya dalam lingkungan 20 hingga 25 kilometer. Persoalan saya seterusnya, apakah pendekatan pihak kerajaan bagi memastikan penggunaan sistem teknologi PDA ini lebih efisien dan berkesan?
Adakah akan ada alat PDA yang baharu akan digantikan ataupun satu sistem yang lebih baharu dan mudah sedang dipertimbangkan oleh kementerian susulan isu ini? Saya mohon pertimbangan sewajarnya dari pihak kementerian berkaitan permasalahan yang memerlukan tindakan segera ini kerana sepatutnya perkara ini dapat memudahkan urusan para nelayan dan bukannya untuk membebankan lagi untuk mereka. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Di bawah Skim Subsidi Diesel Nelayan, pemilik vesel perikanan Zon A
yang berdaftar di dalam Sistem e-Nelayan Subsidy Management System ataupun Sistem e-Nelayan yang layak menerima subsidi petrol adalah berdasarkan syarat berikut:
(i) mereka memiliki MyKad warna biru;
(ii) memiliki lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, atau
(iii) bagi vesel yang ada di Sabah mereka memerlukan lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta lesen perikanan menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Dalam proses penjualan petrol bersubsidi, stesen minyak yang dilantik oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan dibekalkan dengan peranti bimbit (PDA) yang akan diselaraskan dengan Sistem e-Nelayan yang telah dibangunkan sejak tahun 2006. Penggunaan PDA ini adalah sebagai langkah kawalan dalam penyaluran petrol bersubsidi di mana PDA ini akan membaca MyKad nelayan dan membuat semakan kelayakan penerima, keaktifan lesen vesel, kuota vesel dan juga pengisytiharan pendaratan ikan.
Justeru, pemilik stesen minyak bertanggungjawab untuk menjaga peralatan yang dibekalkan sepertimana yang telah dimaklumkan dalam sijil kelulusan, selain syarat dan tanggungjawab dalam mengendalikan urusan penjualan petrol bersubsidi.
Sebanyak 155 buah stesen minyak telah dilantik sebagai pusat jualan petrol bersubsidi di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 buah stesen minyak telah dilantik sebagai pusat jualan petrol bersubsidi di negeri Johor bagi menerima kemudahan pembelian petrol bersubsidi kepada kira-kira 2,055 orang nelayan. Sehingga Jun 2024, sebanyak tujuh buah stesen minyak dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai dilantik sebagai pusat jualan petrol bersubsidi bagi memudahkan urusan pembelian petrol bersubsidi kepada kira-kira 777 orang nelayan yang berdaftar dalam Sistem e- Nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan.
LKIM sentiasa memantau keperluan penggunaan PDA di stesen petrol dari masa ke semasa dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan kerosakan PDA bagi memastikan nelayan menerima subsidi petrol. Kerosakan yang dialami, sama ada kerosakan yang memerlukan pembaikan ataupun penggantian.
Dalam isu kerosakan PDA di Stesen Minyak Petronas Permas Kecil di Kukup, LKIM telah membuat penggantian pada 3 Januari 2024. Walau bagaimanapun, aduan kerosakan kali kedua telah diterima pada 5 Mei 2024 dan hasil semakan mendapati kerosakan tersebut tidak lagi boleh dibaiki. Maka perkara ini telah diambil tindakan oleh LKIM dan penggantian PDA baharu telah dilaksanakan pada 13 Julai 2024.
Dan di sini, saya menunjukkan gambar kepada Yang Berhormat Tanjong Piai di mana Pengurus Besar Persatuan Nelayan Johor Selatan telah menyerahkan PDA baru kepada pengurus stesen pada 13 Julai 2024.
[Sambil menunjukkan gambar] Pada masa yang sama, Bagi menangani isu kerosakan PDA, KPKM melalui LKIM sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam penjualan minyak bersubsidi dan mengambil perhatian ke atas perubahan teknologi terkini.
Seiring dengan keperluan dan cabaran dalam industri teknologi, LKIM mempunyai perancangan untuk menggantikan penggunaan PDA ini kepada penggunaan aplikasi mobile. Pada masa ini, kajian berkaitan keperluan teknologi yang bersesuaian untuk aplikasi mobile telah selesai dilaksanakan bagi proses
pembangunan sistem aplikasi mobile ini. Spesifikasi kerja dalam peringkat akhir sebelum proses perolehan bagi membekal, membangun, menguji dan mentauliah sistem aplikasi mobile pembelian minyak bersubsidi nelayan boleh dilaksanakan.
Sekian dan terima kasih.
Soalan Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Memang benar aduan dibuat. Baru-baru ini, 13 Julai, di Permas Kukup, baru dapat satu PDA yang baharu. Terima kasih tapi sebelum itu memang satu jangka masa yang cukup panjang sehingga apabila rosak sampai setengah tahun.
Ini satu keadaan yang menyusahkan termasuk baru-baru ini saya datang − ini daripada nelayan Pontian juga yang mengatakan bahawa sentiasa berlaku sistem PDA ini. Bukan hari ini, bukan sebab saya hari ini ada buat aduan tetapi dikatakan apa yang berlaku ialah kerosakan connector, chargers, telah patah, motherboard, PDA end-of-life, dia tidak boleh guna pakai. Yang masalah sekarang ialah kerosakan pun kalau ada gantian dengan cara yang buat masa terdekat, alhamdulillah, tapi masalah sekarang ini kalau setengah tahun, bayangkan nelayan ini, dia memerlukan bantuan PDA ini. Kalau tidak dia dari satu kawasan ke satu kawasan mengambil masa yang saya katakan 10 hingga 20 kilometer jauhnya. Dan nelayan ini orang yang dikatakan golongan B40, apa yang mereka gunakan, basikallah, motosikalkah, bayangkan, apa yang mereka boleh gunakan? Jadi, ini satu perkara.
Kedua, apabila ini berlaku pun mungkin mereka ini kumpul untuk bantu – daripada kawan-kawan mungkin gunakan Hilux contohnya, untuk bantu sebab jauh sangat. Tapi apa yang terjadi ialah apabila berlaku sedemikian, ada juga pihak berkuasa, contoh PDRM, dia tahan. Dia kata ini tidak betul. Cara ini memang salah di sisi undang-undang. Jadi, mereka hadapi masalah juga. Jadi maksud saya kalau PDA ini rosak, sistem itu patut diganti dengan segera.
Saya dimaklumkan bahawa mungkin sistem ini akan diganti dengan sistem baharu tapi sebelum gantian itu sepatut memastikan bahawa apabila kerosakan sesuatu itu boleh diganti dengan kadar yang segera. Sebab mereka tidak ada masa atau mereka tidak mampu untuk ke tempat yang begitu jauh. Jadi harap masalah ini di Pontian, masih berlaku. Mereka perlu ke lima, 10 meter untuk dapatkan. Cuma di Kukup sana, alhamdulillah selesai tapi di sebelah Pontian ini masih tidak selesai. Jadi harap boleh mempercepatkan proses itu untuk kemudahan nelayan-nelayan di kawasan daerah Pontian ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tanjung Piai. Bagi isu di stesen Petronas Permas Kecil, pihak stesen minyak sebenarnya telah melaporkan kerosakan PDA ke dalam sistem tersebut dan telah menghantar PDA yang rosak itu balik kepada pihak vendor untuk menyelenggara alat PDA itu untuk diperiksa dan dibaiki.
Dan pada 23 Mei 2024, LKIM telah mengenal pasti kerosakan pada alat peranti tersebut. Walau bagaimanapun, penggantian PDA baru di stesen minyak berkeadaan menghadapi sedikit kelewatan kerana terdapat kekangan stok PDA di pasaran. Maka penggantian PDA baharu akan dilaksanakan secepatnya apabila sampai stok PDA yang baharu. Tetapi seperti mana yang disebutkan tadi sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang, LKIM memberi komitmen untuk
menggantikan penggunaan PDA ini kepada aplikasi mobile sepenuhnya untuk menambahbaikkan lagi sistem dalam masa yang akan datang dan tidak terlalu bergantung kepada kaedah PDA itu. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Menteri.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Lampu Jalan Di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-JasinSpecial Chamber
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam.
Pembinaan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin atau dikenali sebagai Lebuh AMJ adalah Jalan Persekutuan yang dibina bermula pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2007 dengan kos RM505 juta.
Ia telah memberikan impak positif kepada negeri Melaka dari segi kelancaran trafik, memudahkan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain dan juga membantu secara tidak langsung peningkatan ekonomi setempat.
Namun begitu, masalah ketiadaan lampu jalan di Lebuh AMJ khususnya ke arah Jasin bermula daripada persimpangan Umbai sehingga ke Sungai Rambai adalah amat dikesali walaupun Lebuh AMJ menjadi laluan utama kenderaan untuk perjalanan ke bandar Muar dan juga ke selatan.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, lampu jalan hanya dipasang di persimpangan dan kawasan untuk kenderaan membuat pusingan ‘U’ sahaja, manakala jalan selebihnya tiada lampu jalan. Jalan yang gelap mengundang bahaya seperti kemalangan yang melibatkan nyawa dan harta, juga mengundang bahaya seperti samun dan lain-lain. Malah telah berlaku beberapa kemalangan di laluan yang dinyatakan.
Jabatan Kerja Raya Melaka telah membuat permohonan untuk lampu jalan di Lebuh AMJ pada tahun 2018, 2021 dan 2022, tetapi tiada perubahan signifikan yang berlaku untuk lampu jalan ini. Kita yakin permohonan tersebut bukanlah dibuat sesuka hati tetapi sudah pasti ada keperluan yang penting sehingga tiga kali permohonan telah dibuat. Antara kekangan yang dinyatakan ialah kos untuk menaikkan lampu jalan yang melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari segi pembinaan tapak bekalan saluran elektrik untuk lampu jalan. Walaupun kos menjadi faktor utama, seharusnya ia tidak dijadikan sebagai alasan untuk tidak menaikkan lampu jalan kerana faktor keselamatan, hendaklah diberi keutamaan kerana tiada amaun duit yang boleh menggantikan nyawa.
Maka saya memohon dan amat berharap Kementerian Kerja Raya dapat memberikan perhatian dan pertimbangan yang serius terhadap permohonan lampu jalan ini sebagai langkah pencegahan sebelum berlakunya kemalangan-kemalangan yang lain disebabkan ketiadaan lampu jalan ini. Sewajarnya satu dasar dibuat yang
mana pembinaan jalan hendaklah disertakan sekali dengan lampu jalan tanpa memisahkan perkara tersebut. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.
Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang Di-Pertua. Untuk makluman YB Jasin, kementerian ini amat mengambil berat akan isu keselamatan jalan raya khususnya di Jalan Persekutuan seluruh negara. Kementerian ini melalui Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya dan Peruntukan Khas Kementerian Kewangan Tahun 2023, ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap.
Pada tahun 2023, sejumlah RM15.03 juta telah dibelanjakan untuk pemasangan lampu jalan di 106 lokasi terpilih di jalan Persekutuan. Berdasarkan rekod dari tahun 2021 sehingga 2023, sebanyak 16 lokasi Jalan Persekutuan negeri Melaka telah dipasang lampu di bawah skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko akibat jalan gelap dengan kos RM1.4 juta.
Kementerian ini mengambil maklum terhadap isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat iaitu di Lebuh AMJ, khususnya ke arah Jasin bermula dari persimpangan Umbai sehingga ke Sungai Rambai yang terletak di Lebuh AMJ, FT19 dari seksyen 1 hingga 20.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan rekod, dua lokasi di lebuh AMJ, FT19 telah dipasang lampu jalan pada tahun 2022 dengan kos berjumlah RM200,000 iaitu di Lebuh AMJ, FT19, seksyen 23.4, Kampung Balik Bukit dan Lebuh AMJ, FT19, seksyen 18, Kampung Solok Fajar. Kementerian ini ingin memaklumkan bahawa bagi tahun 2024, sebanyak 13 lokasi Jalan Persekutuan di negeri Melaka sedang dalam pemasangan lampu jalan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.3 Juta.
Kerja-kerja yang berkait dengan daerah Jasin:
(i) daerah Jasin, Jalan Kandang ke Jasin FT 144 nombor seksyen 12, kos projek RM100,000;
(ii) daerah Jasin, Jalan Kandang Jasin, persimpangan asrama Putra Sekolah Menengah Tun Perak PPD Jasin FT144 nombor seksyen 21.7, kos projek RM100,000; DAN
(iii) daerah Jasin, Jalan Kandang Jasin FT 144, seksyen 12.7, kos projek RM100,000.
Bagi permohonan Ahli Yang Berhormat seterusnya, saya ingin mencadangkan agar dirujuk kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri atau untuk dimasukkan dalam Senarai Keutamaan Negeri dalam Rolling Plan yang akan datang.
Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Minta Menteri di Kementerian Kerja Raya Malaysia, nyatakan apakah tindakan untuk isu lampu jalan di Lebuh AMJ kawasan Jasin akan dapat diselesaikan dalam tahun ini dan penggunaan alternatif lampu jalan solar untuk penyelesaian jangka masa segera? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan ini iaitu pencahayaan di sepanjang Lebuh AMJ, saya ingin memaklumkan bahawa kita telah melakukannya walaupun tidak mencukupi. Itu masalah sekarang ini. Kita memanglah kalau boleh seluruhnya berlampu. Seluruh jalan-jalan di Jalan Persekutuan berlampu, jalan negeri berlampu, jalan kampung berlampu, jalan bandaran berlampu dan jalan-jalan lain berlampu semuanya.
Saya pernah melalui jalan yang disebut ini, banyak kali. Ketika kita berlawan, kita syor parti Yang Berhormat bersama kami hari itu tapi menolak maka putuslah Muafakat Nasional di negeri Melaka. Sebab Yang Berhormat menolak. Kalau Yang Berhormat tak menolak kita dah sama geng. Itu kisah lainlah. Itu kisah lain. Tapi ini kisah lampu jalan solar LED ni, kita dah pasang di pusingan ‘U’ Serkam Utara Jasin FT19 seksyen 13.9, 14 batang. Kemudian, pusingan ‘U’ Serkam Selatan daerah Jasin FT19, 11.4 nombor seksyen, 14 batang.
Kemudian pusingan ‘U’ Merlimau Jasin FT19 ,seksyen 8.7, 14 batang. Empat belas. Empat belas. Empat belas. Empat belas kali tiga, 42 batang di kawasan pusingan ‘U’ Serkam Utara, Serkam Selatan, Merlimau. Saya banyak kali pergi Jasin dua minggu sudah pun saya berada di Jasin dengan pakaian baju Melayu. Kali pertama seumur hidup saya naik steam roll dan menambak tambahan jalan kawasan Yang Berhormat.
Sepatutnya kawasan Yang Berhormat saya tak perlu tambak, saya perlu tambak kat Pontian, dekat Cameron Highlands sebab Yang Berhormat kita ni tak bergaduh sangat jadi kita baiki juga. Itu sebab ini jumlah RM 331,800. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, saya kena panggil ‘Dr.’ sebab dia baru dapat PhD. Bukan senang nak dapat PHD. RM331,800, 42 batang, satu batang RM7,800. Lampu solar LED tu yang murah. Yang agak baik RM 10,000. Kita dah pasang.
Dan satu lagi, yang ini yang berhormat, tak minta pun tapi kita nak maklumkan sebab kita ada data-data dari kementerian lain. KPKT pada tahun ini akan memasang lampu solar LED di kawasan Yang Berhormat, Kampung Baru Parit Keliling, Kampung Baru Rangkaian Kongsai, Kampung Baru Emas Asahan berjumlah RM261,000. Dan itulah yang saya nak maklumkan. Terima kasih atas pertanyaan yang diberikan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jasin. Soalan selanjutnya?
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Tanah Runtuh Dan Cerun Di Taman Lipat Kajang, JasinSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Kejadian tanah runtuh dan cerun di Taman Lipat Kajang, Jasin telah berlarutan selama dua tahun bermula daripada runtuhan kecil pada tahun 2022 dan kini telah menjadi kawah gergasi sedalam kira-kira lebih 10 meter dengan keluasan lebih 3,000 meter persegi.
Sebelum ini juga di kawasan tanah runtuh itu mempunyai jalan yang dilalui oleh lori ke ladang kelapa sawit tetapi kini tiada lagi disebabkan tanah runtuh yang berlaku. Kejadian tanah runtuh ini telah mengancam lebih daripada 100 orang penduduk yang tinggal hampir dengan kawasan tanah runtuh yang tidak sampai 10 meter dari rumah mereka yang terdekat dengan tempat runtuhan tersebut.
Manakala jumlah penduduk pula di taman tersebut dalam anggaran 2,000 orang yang tidak mustahil juga akan terancam jika dibiarkan secara berterusan tanpa penyelesaian. Kawasan runtuhan juga telah menghampiri padang permainan di taman tersebut yang boleh membahayakan nyawa jika berlaku runtuhan lain secara tiba-tiba ketika ada kanak-kanak yang bermain di padang tersebut.
Untuk makluman YB Menteri, perkara ini telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ADUN kawasan berkenaan tetapi sehingga hari ini tiada penyelesaian yang konkrit daripada pihak-pihak berkenaan.
Perkara ini juga telah dipanjangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan sebanyak empat kali oleh MPJ tetapi tiada penyelesaian dan jawapan yang benar-benar membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Untuk makluman YB Menteri juga, bukan sahaja penduduk di Taman Lipat Kajang yang terlibat dalam masalah tanah runtuh ini, tetapi beberapa buah agensi penjaga aset lain juga terkesan dengan kejadian tanah runtuh ini seperti JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Saya amat berharap agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian khusus dan penyelesaian yang sebenar kepada masalah cerun dan tanah runtuh di Taman Lipat Kajang, Jasin bagi mengelakkan kemalangan yang berterusan tanpa kemalangan jiwa dan harta jika dibiarkan masalah ini berterusan tanpa tindakan yang sewajarnya.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Menteri Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan bantuan dan juga pertolongan serta memenuhi aduan-aduan yang telah disampaikan kepada Kementerian beliau sebagaimana dinyatakan tadi. Saya ucapkan sangat-sangat berterima kasih. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan. Sila jawab.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.
[Membaca Selawat] Dato’ Dr. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan amat komited dan fokus memantau keberkesanan mekanisme pengurusan cerun
oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam kawasan pentadbiran masing-masing agar teratur dan menyeluruh.
Sehubungan itu, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah pun membangunkan Garis Panduan Pengurusan Cerun di Kawasan PBT (Edisi 2021) ke arah memperkasakan kaedah pengurusan cerun yang komprehensif dengan mengintegrasikan kesemua garis panduan sedia ada dan memperjelas secara terperinci bagi semua peringkat merangkumi pertama perancangan pembangunan, kedua reka bentuk, ketiga pembinaan, keempat pendaftaran dan juga penyenggaraan cerun agar menjadi panduan yang seragam di peringkat PBT.
Untuk makluman Tuan Yang Di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat juga, apabila berlaku isu tanah runtuh, KPKT akan menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan yang berlaku sama ada berpunca daripada utiliti ataupun paip bekalan air, paip kumbahan yang pecah mungkin dan lain-lain. Dan keduanya, sama ada keadaan cerun yang tidak diselenggara.
Dan ketiga, sistem saliran atau bencana alam, hujan luar jangka. Bagi isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat iaitu kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun di Taman Lipat Kajang, Jasin, JKT bersama Jabatan Kerajaan Tempatan dan juga bersama dengan Majlis Perbandaran Jasin telah pun mengadakan lawatan ke tapak pada 20 Julai dan 5 Disember 2023. Saya difahamkan bahawa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi telah ada lima makluman kepada KPKT tetapi tidak ada tindakan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, pada saya ini ada lima tarikh yang bermula dari 18 Julai 2022 dan 7 Oktober 2022, di mana parti Yang Berhormat adalah sebahagian daripada kerajaan pada ketika itu dan tidak dapat menguruskan perkara ini sebab tidak ada peruntukan. Tetapi kemudian pada tahun 2023, 3 Mac kemudiannya juga dibangkitkan kepada kami, kali yang ketiga, dan pada waktu itu Unit Perancang Ekonomi memang telah pun memberikan peruntukan, malangnya Melaka tidak dalam kategori telah diperuntukkan itu. Cuma pada 17 November dikemukakan semula oleh Jasin. Barulah kita ada tindakan.
Tuan Yang di-Pertua, hasil lawatan yang kami sebutkan tadi, 20 Julai dan 5 Disember, telah mendapati kawasan tersebut merupakan kawasan saliran keluar ataupun discharge outflow, milik Indah Water Konsortium dan aliran air permukaan daripada kawasan perumahan. Selain daripada itu, punca kegagalan cerun juga didapati disebabkan oleh sistem saliran sedia ada tidak berfungsi dengan baik yang menyebabkan hakisan dan mendapan tanah berlaku di lokasi tersebut. Saliran keluar ataupun Onsite Detention Pond (OSD) ke Pusat Koreksional Jasin telah pun gagal berfungsi dan mengakibatkan hakisan, seterusnya membawa kepada runtuhan susulan terdapat tebing dan juga cerun dalam kawasan Taman Lipat Kajang.
Majlis Perbandaran Jasin telah pun melaksanakan pemasangan paip sementara untuk saliran keluar atau pun discharge daripada longkang perumahan untuk mengelakkan hakisan susulan dengan peruntukan projek kecil BP1 sebanyak RM48,950 yang telah pun diperuntukkan pada tahun 2023 oleh pihak KPKT. Pihak IWK juga telah pun mengambil tindakan pembaikan pada tahun 2023 dengan mengalihkan saliran tersebut jauh daripada kawasan runtuhan.
KPKT melalui JKT bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan projek- projek BP1 berskala kecil kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuklah Majlis Perbandaran Jasin dalam cita-cita dan usaha Kerajaan Madani untuk mengutamakan dan menangani permasalahan rakyat di peringkat kerajaan tempatan.
Bagi tahun 2024, Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, KPKT telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Perbandaran Jasin untuk pembaikan cerun di Taman Lipat Kajang Perdana sebagai salah satu inisiatif meningkatkan taraf dan kualiti infrastruktur PBT yang kritikal dalam masa yang terdekat.
Majlis Perbandaran Jasin telah pun melaksanakan perolehan kerja pada bulan Jun 2024 baru-baru ini dan Surat Setuju Terima (SST) akan ditawarkan kepada kontraktor terpilih pada bulan Ogos 2024 tahun ini dengan jangkaan siap pada Disember 2024. Baki skop kerja-kerja pembaikan cerun yang belum dapat dilaksanakan dalam tahun ini akan dan telahpun dimasukkan dalam senarai permohonan Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas kementerian ini untuk pertimbangan dan juga kelulusan daripada Kementerian Ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Soalan Yang Berhormat Jasin.
Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang sangat jelas dan terperinci dan saya juga berterima kasih yang amat di atas respons yang telah diberikan oleh pihak kementerian pada masalah yang dihadapi di tempat yang saya nyatakan tadi.
Soalan saya iaitu minta Menteri Kementerian Perumahan ini telah disebut juga, cuma saya ingin memberikan penekanan semula, minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan nyatakan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam menangani hakisan dan runtuhan tanah di Taman Lipat Kajang, Jasin agar tidak berulang dan berterusan serta nyatakan tindakan KPKT dalam pemulihan kawasan runtuhan yang sudah berlaku, yang telah dinyatakan sebahagian tadi.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, jawapan.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, buat masa ini KPKT telah pun meluluskan seperti mana yang saya sebutkan tadi, RM1 juta kepada Majlis Perbandaran Jasin untuk pembaikan cerun di Taman Lipat Kajang, Perdana, Jasin sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan taraf dan kualiti infra PBT yang kritikal. Pada masa ini juga MP Jasin yang seperti mana saya sebutkan telah selesai melaksanakan perolehan kerja pada bulan Jun 2024 dan SST pun telah pun ditawarkan kepada kontraktor – akan ditawarkan pada bulan Ogos 2024.
Untuk perinciannya supaya meyakinkan lagi Yang Berhormat bahawa gerak kerja ini telah pun berjalan. Proses kerja ini telah pun berjalan. Tarikh iklan sebut harga telah pun dibuat pada 5 Julai 2024. Tarikh lawatan tapak kita pun telah buat pada 12 Julai 2024. Tarikh jual sebut harga 15 Julai 2024. Tarikh tutup sebut harga 21 Julai. SST confirmed pada 2 Ogos nanti dan tempoh kerja akan mengambil masa 18 minggu. Itu sebabnya kita kata boleh disiapkan dalam tahun ini juga by December 2024. Kos projek yang semua kita peruntukkan adalah RM1 juta.
Kerja-kerja pembaikan cerun ini dijangka siap pada bulan Disember dan Majlis Perbandaran Jasin juga telah mengemukakan permohonan bagi melaksanakan. Yang akhirnya sebab permohonan awalnya adalah dalam lingkungan RM2 juta lebih tetapi yang kita luluskan baru ini sebab peruntukan BP1 kita hanya boleh silingnya RM1 juta. Selebihnya kita akan bawa dalam Rolling Plan yang kelima dan Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Yang selebihnya Tuan Yang di-Pertua, dari masa ke semasa seperti mana yang saya sebutkan tadi, garis panduan kita telah pun berikan dan garis panduan itu menjadi tugas dan tanggungjawab pihak PBT dan semua yang terlibat untuk mematuhinya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamat sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) pada hari ini. Kamar Khas pada hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 16 Julai 2024, jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.27 petang]