Dewan Rakyat · 28 October 2024

15th Parliament, session 3, meeting 3 · not final · 724 turns · 67,994 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Akta-Akta Yang Telah Diperkenankan

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut: 1. Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024; 2. Akta Keterangan (Pindaan) 2024; 3. Akta Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024; 4. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2024; 5. Akta Angkatan Tentera (Pindaan) 2024; 6. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2024; 7. Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024; 8. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024.

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan pertanyaan-pertanyaan pagi ini dengan menjemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Speaker selamat kembali, Dewan ini tak sama tanpa Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Baiklah, soalan nombor 1, Tan Sri.

Syahredzan bin JohanDAP · PHBangi · question

1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Digital menyatakan permainan digital (komputer, video atau mudah alih) tempatan yang telah menerima dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak tahun 2014 sehingga kini, jumlah dana yang diterima bagi setiap permainan dan hasil jualan bagi setiap permainan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Mencelah]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, menurut Laporan Pasaran Permainan Global Newzoo, hasil permainan global dianggarkan bernilai sebanyak USD187.7 bilion pada tahun 2024. Ianya dijangka akan meningkat sehingga sebanyak USD213.3 bilion pada tahun 2027, dengan kompaun annual growth rate sebanyak 31 peratus iaitu bagi tahun 2022 sehingga 2027. Newzoo adalah penyedia utama perisikan pasaran dan analytic global dalam sektor permainan e-Sukan dan juga mudah alih. Dari tahun 2014 sehingga tahun 2024 Tuan Yang di-Pertua, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerima peruntukan dana kandungan digital sebanyak RM163 juta, bagi menjalankan dan menyelia bantuan kewangan kepada industri animasi, industri permainan digital, industri komik digital dan juga industri kandungan teknologi kreatif. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, sejumlah 62 projek telah diluluskan oleh MDEC dengan jumlah keseluruhan dana sebanyak RM36.7 juta bagi pembangunan permainan digital yang meliputi platform komputer, konsol dan mudah alih. Kesemua projek ini Tuan Yang di-Pertua juga telah berjaya mewujudkan lebih daripada 700 peluang pekerjaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara permainan digital tempatan yang telah pun menerima Bantuan Dana Kandungan Digital daripada MDEC adalah seperti berikut: (i) Tiny Guardians oleh Kurechii Sdn Bhd; (ii) Re-Legend oleh Magnus Games Studio Sdn Bhd; (iii) No Straight Road oleh Metronomik Sdn Bhd; (iv) Rhythm Doctor oleh 7th Beat Games Sdn Bhd; dan (v) Giga Bash oleh Passion Republic Games Sdn Bhd. Tuan Yang di-Pertua, industri permainan digital Malaysia telah mencatat hasil jualan dan juga eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Ini sekali gus membuktikan bahawa industri-industri permainan digital di Malaysia memiliki potensi yang besar untuk dimajukan melalui sokongan daripada kerajaan dalam akses pasaran inkubator, persidangan bengkel, program upskilling dan reskilling serta lain- lain. Bagi meningkatkan promosi dan pemasaran permainan digital tempatan, MDEC juga telah menyediakan platform dan peluang bagi syarikat-syarikat untuk meneroka akses pasaran. Antara pasaran permainan digital yang sering disertai termasuk Games Developers Conference di Amerika Syarikat, Tokyo Game Show di Jepun, ChinaJoy di China, Gamescom di Eropah dan juga lain-lain.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Syarikat-syarikat permainan digital juga berpeluang untuk mempromosikan produk mereka serta juga menjalinkan hubungan perniagaan dengan penerbit dan pengedar permainan digital di peringkat serantau dan juga peringkat antarabangsa. Permainan digital tempatan turut dipromosikan dalam acara-acara tempatan seperti Jelajah Saya Digital, Malaysia Digital Content Festival, Comic Fiesta dan sebagainya. Malaysia Digital Content Festival Tuan Yang di-Pertua, yang merangkumi LEVELUP KL, Kre8tif! dan IMMERSE KL merupakan acara tahunan penting bagi rangkaian perniagaan industri kandungan digital di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara. Animasi juga merupakan salah satu komponen penting dalam produksi permainan digital yang didukung oleh kementerian ini melalui agensi MDEC. Terdapat berapa syarikat animasi yang telah berjaya di dalam bidang ini. Salah satu daripadanya adalah Syarikat Kucingko Berhad yang telah menjadi syarikat produksi animasi tempatan pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada bulan Julai tahun ini. Sekian Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Bangi.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih YB Menteri atas jawapan tersebut. Tan Sri Speaker, bila game ini dibangunkan matlamatnya bukan hanya untuk menyiapkan game tersebut. Tapi bila game itu dah disiapkan, kita kena pastikan bahawa ada orang main game tersebut. Game ─ jadi, kena dipasarkan dan kemudian dipromosikan supaya orang tahu dan kemudian orang beli atau orang langgan. Jadi soalan saya Tan Sri Speaker, untuk game yang mendapat dana daripada MDEC, apakah langkah-langkah Kementerian Digital, khususnya MDEC untuk membantu dari segi pemasaran dan juga promosi permainan digital yang dibangunkan secara tempatan untuk memastikan bahawa permainan digital ini mendapat sambutan antarabangsa? Saya rasa kita bukan hanya mahu memastikan bahawa ianya pergi ke conference- conference ini tetapi pada masa yang sama kita kena harus ─ Kita mahu lihat bahawa suatu hari nanti game yang dibangunkan secara tempatan dapat menjadi satu game yang bertaraf antarabangsa dan dimainkan. Contohnya pertandingan e-sports dan sebagainya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Tan Sri, saya setuju dengan pendapat yang telah pun diketengahkan oleh Yang Berhormat Bangi tadi. Kita mengambil langkah-langkah yang serius untuk kita dapat membangunkan industri permainan ataupun gaming di Malaysia dan selepas daripada itu kita kena pastikan bahawa hasil daripada tindakan yang kita ambil itu dapat dilihat oleh pasaran daripada serantau dan juga pasaran antarabangsa. Jadi soal yang berbangkit adalah apakah langkah-langkah yang kita ambil untuk memastikan bahawa interaksi wujud dan juga ada platform yang wujud supaya kita boleh memasarkan produk-produk kita kepada pasaran serantau dan juga antarabangsa. Untuk

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

kita memastikan bahawa kita memang seiring dan selari dengan masa, kita lihat kepada perkembangan industri permainan di seluruh dunia dan kita adakan banyak acara di mana kita membawa bersama pemain-pemain industri yang utama daripada peringkat ataupun pentas global ke Malaysia. Kita juga membawa syarikat-syarikat kita daripada Malaysia ke pentas antarabangsa. Contohnya, kita ada Game Developers Conference di Amerika Syarikat dan juga Tokyo Game Show di Jepun Tuan Yang di-Pertua dan juga ChinaJoy di China sepertimana saya sebut tadi. Ini menjadi platform-platform di mana kita boleh membawa bakat kita dan kita boleh memasarkan produk-produk yang kita telah pun membina ataupun bangunkan di Malaysia. Ia telah pun menunjukkan hasil yang cukup baik kerana apabila kita buat sedemikian, kita lihat bahawa bukan saja peluang pemasaran tetapi juga bakat-bakat daripada Malaysia dapat melihat apakah sebenarnya hala tuju dunia atau peringkat global di dalam bidang ini dan mereka juga dapat memastikan bahawa produk-produk mereka ini adalah selari atau seiring dengan apakah kehendak dunia digital di dalam bidang permainan ini. Di peringkat negara Tuan Yang di-Pertua, kita juga adakan beberapa acara yang besar seperti Malaysia Digital Content Festival. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hadir di dalam festival tersebut dan kita adakan dua acara yang besar ini setiap tahun dan juga ada acara- acara kecil yang sampingan, kita lihat sambutan yang cukup baik. Banyak daripada syarikat- syarikat antarabangsa datang ke Malaysia kerana mereka nak lihat apakah sebenarnya latest games yang kita telah pun wujudkan, ciptakan dan sebagainya. Kita lihat bahawa terdapat, lot of interest dengan izin yang ditunjukkan oleh negara-negara serantau. Malaysia menjadi tempat di mana kita kumpulkan semua bakat ini dan kita tonjolkan kepada masyarakat sedunia sebenarnya apakah keupayaan bakat-bakat kita dan itu telah pun menunjukkan hasil yang cukup baik Tuan Yang di-Pertua dan saya cukup yakin bergerak ke depan, kita mungkin akan meluaskan lagi acara-acara sedemikian rupa kerana ini ialah satu aspek yang telah pun menunjukkan bahawa ianya boleh membawa kesan yang cukup positif kepada ekonomi digital negara kita. Terima kasih Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan tambahan daripada Kulim, apakah strategi baharu MDEC untuk merintis perkongsian pembangunan bakat digital negara dengan kerjasama swasta bagi mengetengahkan lebih ramai bakat pencipta kandungan digital kreatif menghasilkan produk kreatif sehingga menembus pasaran global seperti contohnya Upin dan Ipin dan juga Ejen Ali? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih Kulim-Bandar Baharu atas soalan itu. Saya rasa apabila Kulim-Bandar Baharu membuat penekanan kepada Upin dan Ipin dan Ejen Ali tadi, Kulim kita dapat lihat bahawa sebenarnya apa yang kita cipta di Malaysia itu mendapat tarikan daripada pasaran global kerana Upin Ipin dan Ejen Ali salah satunya animasi yang telah pun menunjukkan kecemerlangan Malaysia dalam bidang itu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Keadaan dia sama Kulim-Bandar Baharu dengan bidang permainan ataupun gaming ini, di mana kita ada bakat-bakat di Malaysia yang mempunyai keupayaan yang cukup hebat. Produk-produk yang kita lihat seperti yang saya senaraikan tadi Tiny Guardians, Re-Legend No Straight Road, Rhythm Doctor dan Giga Bash dan sebagainya. Ini telah pun mendapat sambutan yang cukup baik daripada masyarakat serantau dan juga antarabangsa. Jadi, keperluan pada pihak kita dan kementerian adalah untuk melihat bagaimana kita boleh membawa bersama seluruh industri daripada dalam negara, daripada serantau dan juga global. Di situ kita ada peluang untuk memastikan bahawa produk-produk tempatan kita mendapat perhatian pasaran global dan juga kita boleh memastikan bahawa apa yang diperlukan oleh pasaran global itu dapat bakat-bakat kita juga nilaikan dan mereka buat persediaan supaya kita boleh menyediakan produk-produk yang boleh mendapat pasaran itu dalam masa depan. So, ia merupakan satu inisiatif di mana kita membawa bersama semua pemain- pemain yang paling utama di dalam bidang ini dan sepertimana saya sebut dalam jawapan saya awal tadi, kita ada Malaysia Digital Content Festival dan sebagainya, Kre8tif! dan IMMERCE KL dan sebagainya di mana kita menyediakan platform supaya interaksi tersebut dapat berlaku dan kita lihat banyak hasil daripada interaksi tersebut dan pasaran produk- produk tempatan kita dapat berjaya menerusi langkah-langkah tersebut. Itu jawapan saya Kulim. Terima kasih untuk soalan Kulim itu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli, Dungun.

Terima kasih Yang di-Pertua, Ketimbang sudah masuk Kamus Dewan edisi Kedua, Pohon Menteri jawapan nombor dua.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan inisiatif memanfaatkan biojisim daripada sektor agrikomoditi bagi mencipta peluang pekerjaan baharu kepada anak muda dan menggalakkan amalan ekonomi kitaran (circular economy) untuk mengelakkan bahan buangan berkenaan dibazirkan menjadi gas rumah hijau (GHG).

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri. Pantun kah apa itu tadi? Silakan Menteri.

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Titiwangsa

Itu pantun satu kerat. Bukan dua kerat. Yang pertama itu, tak pakai. [Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana soalan ini jarang saya dapat soalan dari segi yang melibatkan sekular ekonomi. Seiring dengan komitmen negara terhadap agenda kemapanan global, penerapan konsep ekonomi kitaran dalam sektor agrokomoditi berpotensi memberi negara peluang untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, ataupun green house gas (GHG) sambil meningkatkan kecekapan operasi untuk menjana pulangan yang lebih tinggi kepada ekonomi negara. Kementerian Perladangan dan Komoditi dan beberapa agensi di bawah kementerian yang terlibat secara khusus dengan industri perladangan dan komoditi ini secara konsisten

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Titiwangsa

melaksanakan aktiviti kajian dan penyelidikan R&D dalam teknologi hijau. Ianya bertujuan mengenal pasti bahan sisa sawit yang sebelum ini dianggap sebagai bahan buangan. Contohnya untuk diintegrasikan semula ke dalam nilai rantaian sejajar dengan konsep ekonomi kitaran (circular economy). Sebagai contoh, kita mempunyai empty fruit bunch, mesocarp fiber dan palm kernel. Ini adalah palm kernel shell adalah merupakan sisa biojisim sawit yang boleh kita jana semula tenaga yang boleh dihasilkan dengan membakar barang-barang ini melalui satu pembakaran yang control, iaitu melalui boiler. Kemudian dia akan boleh menghasilkan wap dan akhirnya wap ini boleh kita gunakan untuk masuk ─ Kita letak turbine, dia boleh menghasilkan,menjana tenaga elektrik yang boleh dimanfaatkan oleh kilang tersebut. Apabila banyak kilang-kilang ini menggunakan waste daripada kelapa sawit ini, secara tak langsung dia akan mengurangkan penggunaan kita punya electricity yang dikeluarkan oleh TNB. Seterusnya, proses penghasilan minyak sawit mentah ini juga di kilang sawit akan menghasilkan air buangan dikenali sebagai effluence kilang minyak ataupun dalam bahasa Inggeris nya palm oil mill effluent (POME). POME ini pula akan melepaskan gas methane dan kalau setiap kilang ini kita capture gas methane ini, kilang-kilang sawit ini dapat membangunkan infrastruktur untuk memerangkap biogas daripada POME ini dan juga boleh menghasilkan energy yang dikeluarkan.

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Titiwangsa

Hasil usaha kerajaan, menjelang tahun 2030, industri biojisim ini dijangkakan akan menjana ekonomi bernilai RM17 bilion dan pelaburan sebanyak RM7 bilion. Hal ini juga dijangka dapat mewujudkan sebanyak 33 ribu peluang pekerjaan baru dalam sektor biojisim menjelang tahun 2030 dengan hanya menggunakan waste yang kita produce dalam aktiviti- aktiviti perladangan dan komoditi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dungun.

Terima kasih Menteri atas jawapan yang sangat memberikan makna kepada perkara yang berkait dengan agrikomoditi yang melibatkan manfaat biojisim. Saya ingin untuk kita rujuk dokumen Pelan Tindakan Biojisim Negara 2030 (NBAP 2030). Di antara sasarannya ialah pengurangan import makanan haiwan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan di samping itu mewujudkan sekitar 33 ribu peluang pekerjaan. Soalan tambahan saya, minta Menteri nyatakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dalam NBAP 2030 yang mana Kerajaan Terengganu sekarang ini sedang dalam usaha menghasilkan makanan ternakan bagi mengurangkan kebergantungan negara pada import bahan tersebut. Dan daripada 33 ribu peluang pekerjaan tersebut, berapa banyakkah yang akan diwujudkan di negeri-negeri di Pantai Timur, Pahang, Kelantan dan khususnya Terengganu, bagi golongan belia di negeri-negeri Pantai Timur? Terima kasih Yang di- Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat ini memang satu soalan yang bagus kerana dalam proses kita menggunakan sebahagian daripada hasil produk-produk waste ini yang boleh menyebabkan kita boleh buat makanan haiwan. Sebenarnya pihak agensi MPOB dia telah mengadakan satu kilang, what they called it, prove of concept. Tapi masalah dia, sebahagian daripada produk yang kita hasilkan makanan haiwan ini, dia terletak dalam kawasan yang agak jauh daripada industri penternakan tersebut. Oleh kerana jauh, maka logistik kos yang dihasilkan yang perlu ditanggung untuk pemain-pemain industri ini, bawa keluar barang itu dia menyebabkan harga tidak kompetitif kalau dibandingkan dengan makanan biasa. Jadi apa yang berlaku pada kilang yang kita buat dulu, 2, 3 tahun lepas akhirnya kilang tu tutuplah. Fasal apa? Ada dia punya manfaat, tetapi salah tempat. Jadi sebab tu saya beritahu pada masa akan datang, mana-mana kerajaan negeri yang nak bekerjasama dengan agensi-agensi ini saya akan alu-alukan, saya personally akan involve tetapi sebelum kita meletakkan apa sahaja pelaburan yang kita nak buat, saya nak nasihatkan bahawa dia mestilah kita berbincang dengan pemain industri tersebut. Kalau dia menternak ayam, kita nak tengok dalam kawasan tu berapa banyak ayam atau broiler yang dibuat dekat dalam kawasan tersebut. Dan kita bincang dengan mereka dan kita encourage dia untuk gunakan bahan-bahan sisa ini sebagai supplement kepada bahan makanan yang dibeli, yang dibeli daripada luar negara seperti corn, soy bean, itu memang makanan asas untuk kalau kita cerita untuk ternakan ayam. Jadi apa yang kita nak buat, bagi insentif supaya kalau dia pakai 5 peratus, 10 peratus daripada bahan ini, dia akan dapat insentif dari segi pengeluaran ayam ini dan kita mungkin kita nak galakkan. Kalau ini ada satu penerimaan yang berleluasa dalam negara, maka banyak daripada import kita itu dapat dikurangkan daripada menggunakan asas kelapa sawit ini untuk makanan ayam. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

Terima kasih Tan Sri Speaker, usaha- usaha yang sedang digerakkan oleh kementerian untuk mencapai sasaran pelaburan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2030 dijangka akan meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung dalam negara di dalam industri biojisim. Dan saya ingin mengetahui apakah isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri sawit dalam melaksanakan ekonomi kitaran biojisim di semua kilang sawit di seluruh negara. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Datuk Seri.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita tengok, setiap lima tan buah yang kita masukkan dalam proses untuk mengeluarkan minyak sawit ataupun CPO – crude palm oil, dia akan menghasilkan bahan buangan sebanyak 75 ataupun 80 peratus. Kita dapat minyak 20 peratus selain daripadanya itu adalah hasil buangan.

Jadi hasil buangan ini, kalau saya sebut tadi macam empty fruit bunch, mesocarp fiber, kemudian apa ni kita punya palm kernel shell. Ini adalah satu bahan bakar yang boleh mewujudkan electricity. Saya kira kalau kita ada sekarang ni ada 446 palm oil mill, kalau kita ambil 400 sahaja. Kalau 400 ini mengeluarkan bahan-bahan sisa kelapa sawit ini dan kita gunakan untuk wujudkan bahan bakar, dia boleh memberi satu kilang sawit yang ada kapasiti 60 tan satu jam, dia boleh menghasilkan 5 megawatt satu tahun. Jadi kalau 5 megawatt satu tahun, kalau kita ada 400 kilang yang buat benda ini secara konsisten, bermakna negara ada electricity melalui renewable energy ini sebanyak 2000 megawatt. Kalau 2000 megawatt, kalau kita nak buat IPP biasa, dia akan cost kerajaan lebih kurang dalam RM9 billion. Jadi, yang ini kita tak payah keluar RM9 billion, tetapi kita nak galakkan kilang-kilang sawit ini untuk membakar semula dan gunakan energy ini. Jadi, ada banyaklah isu constrain. Saya baru ni jumpa dengan TNB dan beritahu dengan dia, banyak investor nak datang nak buat renewable energy ni. Tetapi kalau TNB tidak menyediakan transmission line untuk lebihan daripada energy ini untuk dimasuk dalam grid, maka dia orang tidak akan datang untuk invest kerana kalau tidak dia jadi waste sahaja bila kita bakar. Jadi, yang ini yang saya nak tekankan dan kita dalam proses buat engage dengan TNB supaya TNB boleh mengira ataupun mengambil pendekatan lebih friendly untuk letakkan transmission line ini. Akhirnya dia dapat mewujudkan 2000 megawatt untuk sisa-sisa kelapa sawit ini. Ini tak masuk kilang yang kita buang air buangan itu yang mana kita capture maintain, kita boleh dapat lagi 2 megawatt. 2 megawatt ini kalau 400 kilangm makna kita ada 800 megawatt. Makna 2000 campur 800 jadi 2800 megawatt. Yang ni kalau kita buat consistent for the next ten years kilang-kilang ini dimestikan mempunyai tenaga yang boleh diperbaharui. Terima Kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Datuk Seri Aminuddin bin Harun, Port Dickson.

Terima kasih Tan Sri, soalan nombor 3.

Aminuddin bin HarunPKR · PHPort Dickson · question

3. Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson]: minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan perancangan kementerian untuk program pendidikan dan kesedaran yang dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan peralihan tenaga dan bagaimana kementerian melibatkan golongan muda dalam usaha memperkasa peralihan tenaga dan kelestarian.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Program pendidikan dan kesedaran untuk meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan peralihan tenaga, dilaksanakan melalui program Literasi Tenaga Secara Bersepadu di bawah Malaysia Energy

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Petra Jaya

Literacy Programme dengan izin, atau singkatannya MELP. Program flagship ini menyediakan access pada maklumat yang tepat dan dipercayai mengenai tenaga serta menjelaskan kepada masyarakat, terutamanya generasi muda mengenai peranan dan kepentingan peralihan tenaga. Di bawah platform MELP, kesemua program literacy berkaitan tenaga diselaraskan dan melibatkan kerjasama daripada pelbagai jabatan kerajaan dan institusi seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ataupun SEDA dan syarikat-syarikat utiliti. Setakat ini 4 program telah dilaksanakan di bawah MELP pada tahun ini. Yang pertamanya menyediakan modul dan sukatan pelajaran subjek literasi tenaga untuk ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam/swasta. Setakat ini Universiti Tenaga Nasional ataupun UNITEN, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan telah menawarkan kursus ini kepada para pelajarnya. Yang kedua, melaksanakan program energy efficiency (EE Challenge) oleh ST dengan melibatkan sekolah-sekolah di seluruh negara. Sepanjang 10 tahun pelaksanaannya EE Challenge telah merekodkan penyertaan terkumpul sebanyak 1,157 buah sekolah dan seramai 7,017 peserta dalam pelbagai kategori. Berdasarkan kaji selidik, lebih 70 peratus daripada peserta menunjukkan peningkatan dari aspek pemahaman mengenai cara-cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga di rumah dan sekolah.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji YusofPBB · GPSTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Petra Jaya

Yang ketiga, mengadakan program kerjasama di antara TNB dan The Star Media Group, dengan izin “Powering the Future” Workshops yang melibatkan sebanyak 60 buah sekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai penjimatan tenaga serta peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui. Dan, yang keempat, merancakkan aktiviti kempen dan promosi mengani kelestarian tenaga melalui media sosial dan saluran komunikasi lain seperti kempen “Pesan Mak”. Program ini merupakan kempen kesedaran secara santai yang bertujuan untuk menggalakkan amalan jimat tenaga di rumah dan tempat kerja serta menyokong usaha kerajaan dan mengurangkan pembaziran tenaga dan menangani perubahan iklim. Tan Sri Yang di-Pertua, dengan menggunakan pendekatan edutainment dan kreatif, program-program ini mampu menarik lebih ramai penyertaan awam terutamanya generasi muda dalam menyokong agenda peralihan tenaga dan kelestarian negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Port Dickson.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Apakah cabaran utama pada masa kini yang dihadapi dalam usaha peralihan ke sumber tenaga boleh diperbaharui ini khususnya dari aspek ekonomi dan sosial? Bagaimana usaha peralihan ini memberi impak terhadap keselamatan tenaga negara? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson. Pendekatan kita ialah untuk memastikan bahawa the trilemma, dengan izin, iaitu bagaimana kita hendak imbangi, pertama sekali, di antara kemapanan dan kelestarian alam sekitar dengan komitmen kita untuk net zero menjelang 2050; yang kedua ialah keterjaminan bekalan tenaga; yang ketiga iaitu kemampuan ataupun mampu biaya oleh pengguna. Kalau kita melihat keadaan kita sekarang, base load ataupun beban asas tenaga kita ialah berasaskan arang batu dan juga gas. Bekalan tenaga boleh baharu yang kita beri tumpuan sekarang ini yang paling cepat, yang paling mampu milik ialah berasaskan solar. Cabarannya ialah solar ia ada intermittency ataupun ketidakseimbangan bekalan disebabkan keadaan bergantung kepada keadaan cuaca. Begitu juga tenaga angin dan sebagainya. Ini menyebabkan kita kena pastikan grid system kita ini terpelihara. Sebab itu cabaran yang utama kita ialah bagaimana kita hendak melabur memastikan grid kita ini dapat ditingkatkan kemampuannya. Ini pelaburan yang pertama yang harus kita buat di mana pelaburan ini agak besar. Yang kedua ialah, untuk pelaburan grid ini, kita bukan sahaja memastikan grid system yang baik tetapi juga sistem yang berasaskan digital yang juga smart system dan sebagainya supaya, masa depan, ia akan memastikan keterjaminan, kestabilan dan ianya mampu untuk kalis masa depan. Yang ketiga ialah bagaimana kita hendak pastikan tarif supaya ia lebih fair and just, ataupun adil dan saksama di kalangan para pengguna. Ini cabarannya. Sebab, pelaburan baharu, sudah pasti akan meningkatkan kos dari segi tarif dan sebagainya. Ini kita kena imbangi di antara pelaburan tetapi pada masa yang sama imbangi keperluan rakyat dan keterjaminan bekalan. Dan yang lebih penting ialah kestabilan ataupun kelestarian alam sekitar kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, YB.

Okey, terima kasih. Kita tahu bahawa negara letakkan satu sasaran untuk net zero 2050. Cabaran besar ialah tentang panel solar yang akan tamat tempoh life dia, tempoh hayat dia dan dia akan menjadi pemangkin kepada pelepasan karbon yang agak besar pada waktu itu bila panel solar ini yang dah expired dan berdepan dengan cabaran besar bagaimana untuk pelupusan dan sebagainya. Itu dia akan berulang balik apa yang kita alami sekarang. Persoalan saya dua. Yang pertama, tahniah, kerajaan telah melanjutkan tempoh net energy metering (NEM) sehingga Disember 2024. Persoalan saya ialah berapa peratus pencapaian di kalangan golongan B40 yang mengambil kesempatan di atas program tersebut? Keduanya, apakah kerajaan berhasrat untuk mewajibkan industri perumahan untuk memasang panel solar di rumah-rumah mampu milik ataupun projek perumahan bagi membantu kerajaan mencapai net zero 2050? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk solar, bila habis hayat ― yang kita fokuskan sekarang ini ialah recycle economy. Maknanya, kitaran

semula di mana alat-alat tersebut mana yang boleh dikitar semula akan dikitar semula dan hanya beberapa peratus sahaja yang mungkin akan diuruskan secara yang boleh diterima dari segi kemampuan untuk mematuhi kehendak alam sekitar kita. Kalau kita belajar daripada China, mereka sekarang ini kitar semula lebih kurang 80 peratus peralatan itu boleh dikitar semula. Jadi, itu yang kita lihat the recycling economy ini akan diberi tumpuan. Berhubung kait dengan solar di bumbung, memang kita galakkan. Di bawah NETR sekarang ini, memang perumahan, Sime Darby sebagai contoh, untuk meletakkan solar di atas bumbung di mana pemilik-pemilik itu nanti akan mendapat sewaan dan diuruskan oleh syarikat perumahan itu sendiri. Ini salah satu pendekatan kita untuk meletakkan solar di bumbung dan akhirnya mereka akan bekalkan kembali kepada grid dan hasilan itu akan dikongsi, termasuklah biayai kepada pemilik-pemilik rumah. Itu untuk perumahan-perumahan baharu yang dilaksanakan. Itu sedang dibuat sebagai pilot project di bawah program Sime Darby. Insya-Allah, diharapkan berjaya nanti akan dijadikan dasar untuk digunakan di seluruh negara. Untuk B40, peratusannya sebagaimana kita tahu, B40 sebenarnya di bawah program kerajaan, mereka mendapat peruntukan di mana mereka dapat rebat tarif elektrik. Jadi, kita tidak memberilah khususan untuk mereka meletakkan solar di rumah dan sebagainya sebab penggunaan mereka sebenarnya agak kecil. Untuk melabur dengan solar, ianya tidak memberi pulangan yang baik. Jadi, kita lebih sesuai memberi rebat kepada mereka dan tidak memberikan fokus untuk mereka meletakkan solar di bumbung-bumbung rumah mereka. Jadi, pendekatan kita sekarang ini melingkupi ataupun merangkumi keseluruhan lapisan masyarakat kita. Pendekatannya ialah perbezaan dari segi apakah bantuan kerajaan kepada setiap kumpulan itu tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sementara kita atas tajuk itu, saya juga nak umumkan bahawa mulai 1 Oktober tahun ini, Parlimen ini sendiri, tenaga digunakan ialah tenaga solar.

Tahniah, Tan Sri. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kita ialah di antara Parlimen yang terawal di dunia yang menggunakan solar system. Terima kasih kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air...

Tan Sri, Tan Sri. Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

...Dan juga terima kasih kepada Kementerian Kewangan.

Boleh tanya satu soalan tambahan lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

Sebab tajuk ini, Tan Sri pun minat tajuk ini. Boleh saya tanya soalan tambahan satu lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh.

[Dewan riuh]

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Pasal bekas Speaker.

Tan Sri Speaker nampak berminat dengan tajuk NETR ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sebab mantan Speaker. Saya berikan.

Tan Sri Speaker, terima kasih banyak-banyak. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tadi kita bercakap tentang energy efficiency. Saya nampak kerajaan nak bagi rebat kepada mereka B40. Tak bolehkah kerajaan memikirkan langkah yang lagi jauh ke hadapan untuk kita melihat mereka yang B40 ini dapat menggunakan produk-produk energy efficiency? Sebab, bagi saya, Tan Sri Yang di-Pertua, energy consumption itulah yang menyebabkan kita terpaksa menjana elektrik dan akhirnya memberikan carbon footprint dan akhirnya melepaskan carbon emission. Boleh tak kalau kerajaan memikirkan supaya produk-produk yang energy efficiency ini kepada B40 ini kita dapat bagi yang affordable? Sebab, apa yang di market sekarang, Tan Sri, bila produk-produk yang energy efficiency, dia akan lagi mahal berbanding dengan yang konvensional. Kalau ini kita dapat lihat sepertimana Jepun buat di supermarket-supermarket mereka ada LED-LED yang murah dan akhirnya dia akan memberikan kesan. Sebab, kita bercakap tentang NETR, pillars yang pertama ialah energy efficiency. Produk yang dihasilkan itulah yang akan memainkan peranan untuk kita ada energy consumption. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sememangnya program ini sedang berjalan di bawah program SEDA di mana mereka yang membeli peralatan yang diluluskan pada kadar lima dan empat bintang akan diberi rebat untuk membeli peralatan tersebut.

Mereka boleh tuntut dekat SEDA. Malahan untuk tahun depan, sudah pun diluluskan, diumumkan dalam bajet, RM70 juta diperuntukkan untuk kita teruskan program ini. Diharapkan dengan program ini, bukan sahaja kesedaran dari segi energy efficient tetapi juga diharap dalam membantu khususnya kumpulan-kumpulan yang memerlukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Dr. Abdul Ghani bin Ahmad, Jerlun.

Hari Raya makan ketupat, Jawab soalan saya nombor empat.

Abdul Ghani bin AhmadPAS · PNJerlun · question

4. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bersedia membenarkan pencarum KWSP yang terpilih untuk menunaikan haji boleh mengeluarkan simpanan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. KWSP merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta 452 dan diberi mandat untuk melindungi dan mengurus simpanan ahli bagi menyediakan pendapatan persaraan melalui caruman mandatori daripada dua pihak iaitu sebahagian upah atau gaji pekerja dan sebahagian lagi dicarumkan oleh majikan setiap bulan. Caruman yang diterima akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu akaun persaraan 75 peratus, akaun sejahtera 15 peratus, akaun fleksibel 10 peratus. Untuk maklumat Yang Berhormat, pengeluaran haji telah diperkenalkan sejak tahun 2013 bagi ahli beragama Islam di bawah umur 55 tahun dan terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji boleh menggunakan simpanan akaun sejahtera atau kita sering rujuk sebagai akaun dua untuk membiayai perbelanjaan asas bagi mengerjakan haji. Amaun yang boleh dikeluarkan daripada akaun sejahtera adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Tabung Haji ahli pada masa menerima tawaran haji tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau bagi akaun sejahtera mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya ahli memerlukan pembiayaan tambahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun fleksibel atau akaun tiga. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Jerlun.

Merujuk Tinjauan Fiskal 2025, menyebut terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia untuk KWSP tahun 2024 ini, berjumlah RM162,558 juta. Ini ada peningkatan pelaburan berbanding tahun lepas, menunjukkan ada keuntungan di situ. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mengubah polisi, untuk membenarkan pesara yang belum mencapai umur persaraan ─ pekerja yang belum mencapai persaraan mengubah polisi kepada mengeluarkan akaun satu? Sebab akaun satu ini adalah berjumlah 75 peratus dan banyak, dalam keadaan dia sudah pun terpilih pada tahun sebelum dia pun mencapai umur persaraan? Kedua, berapakah jumlah ahli KWSP yang mencarum itu yang telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun kedua atau pun akaun ketiga? Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat, KWSP adalah merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan untuk pendapatan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup di hari tua. Akaun persaraan atau kita selalu sebut sebagai akaun satu adalah bertujuan sebagai simpanan persaraan dan terdiri daripada 75 peratus caruman. Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 55 tahun. Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada akaun ini bagi memastikan ahli sekurang-kurangnya mempunyai simpanan asas iaitu sebanyak RM240,000 bagi memastikan kelangsungan hidup semasa persaraan. Meskipun begitu, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran-pengeluaran bagi tujuan lain seperti pengeluaran

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

perumahan, insurans hayat dan penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan, penyakit kritikal dan kesuburan dan umur 50 tahun melalui akaun sejahtera. Akaun fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa. Berkenaan dengan jumlah, sejak diperkenalkan pada tahun 2013, sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran haji daripada akaun sejahtera telah diluluskan dengan jumlah amaun pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan dengan purata sebanyak RM2,759 bagi setiap permohonan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih. Saya ada satu soalan tambahan iaitu selain daripada pengeluaran-pengeluaran KWSP di bawah akaun sejahtera dan juga akaun fleksibel, apakah pula langkah-langkah yang akan diambil oleh KWSP untuk meningkatkan semula simpanan kepada ahli yang terjejas?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Untuk maklumat Yang Berhormat, pelbagai langkah dan inisiatif telah, sedang dan akan dijalankan oleh KWSP bagi membantu ahlinya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan mereka. Dalam usaha membantu ahli membina simpanan persaraan, KWSP telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarumkan ke KWSP. Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa. Setakat Ogos 2024, seramai 263,000 atau 3.3 peratus daripada jumlah ahli aktif formal, ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja. Selain itu, mereka juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa melalui caruman sukarela bagi menambah simpanan mereka. Tertakluk kepada had caruman tahunan sebanyak RM100,000 setahun mulai 1 Jun 2023. Caruman sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa melalui saluran aplikasi mudah alih, perbankan internet, BSN, kaunter agen bank dan kaunter KWSP. Pada tahun 2024, seramai 872,000 ahli atau 10.2 peratus daripada ahli aktif telah membuat caruman sukarela. Setakat 31 Ogos 2024, dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM9.39 bilion. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, KWSP membenarkan individu untuk berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun. Ini adalah sebahagian daripada usaha KWSP untuk menggalakkan simpanan dan memanfaatkan gandaan dividen lebih awal. Walaupun mereka yang berusia di bawah 16 tahun biasanya tidak bekerja secara formal, mereka boleh membuat caruman sendiri atau caruman daripada pihak lain seperti ibu bapa ke dalam akaun KWSP. Tiada amaun minimum ditetapkan, namun caruman sukarela adalah tertakluk kepada had maksimum RM100,000 setahun. Ini adalah langkah yang baik bagi golongan muda untuk mula menyimpan dan memupuk kesedaran tentang pentingnya simpanan jangka panjang. Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan dua peratus daripada caruman

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

KWSP bulanan syer pekerja secara sukarela ke akaun KWSP isteri mereka. Sejak program ini dilancarkan pada Mac 2023, lebih kurang 86,000 suami telah menyertai Program i-Sayang yang melibatkan jumlah caruman atau pindaan caruman sebanyak RM22.1 juta setakat Ogos 2024. Kerajaan dalam Belanjawan 2025 telah mengumumkan untuk menambah baik Program i-Saraan dengan menaikkan insentif padanan daripada 15 peratus kepada 20 peratus tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had umur seumur hidup sebanyak RM5,000 bagi setiap individu. Kerajaan juga memberi kadar insentif padanan kerajaan bagi Program i-Suri untuk ahli yang berdaftar di bawah Program eKasih sebanyak 50 peratus daripada jumlah caruman tahunan turut dilanjutkan pada tahun 2025. Inisiatif ini adalah tertakluk kepada had maksimum insentif padanan kerajaan sebanyak RM300 setahun dan RM3,000 untuk seumur hidup. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 5.

Mohamad Shafizan bin KepliPBB · GPSBatang Lupar · question

5. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh manakah pengurangan penerbangan Malaysia Airlines mendatangkan kesan kepada pengguna dan apakah terdapat alternatif serta pemantauan bagi memastikan kos tiket penerbangan tidak membebankan pengguna khususnya penduduk Sabah dan Sarawak yang banyak bergantung kepada pengangkutan udara.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, mungkin jawapan ini panjang sikit, Tan Sri. Jadi mungkin minta masa lebih sikitlah sebab...

Tuan Yang di-Pertua

Tetapi, jangan panjang sangat ya.

...Banyak soalan dirangkum sekali.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Batang Lupar bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Miri bertarikh 28 Oktober 2024 dan Yang Berhormat Kinabatangan bertarikh 5 November 2024 kerana pertanyaannya adalah mengenai isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod buat masa ini, syarikat-syarikat penerbangan negara telah menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 1.42 juta tempat duduk bagi bulan Oktober 2024 sahaja. MAB telah mengurangkan sebanyak 95,906 tempat duduk bermula Ogos sehingga Disember 2024. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan AirAsia, AirAsia X dan

Batik Air telah menambah kapasiti sebanyak 139,578 tempat duduk bagi menampung kekurangan tersebut. Bagi pengguna yang terjejas akibat daripada pembatalan penerbangan MAB telah ditawarkan peruntukan semula tiket penerbangan meliputi: (i) penumpang akan diperuntukkan semula tiket penerbangan pada sehari sebelum atau selepas penerbangan asal atau penerbangan berikutnya yang tersedia; (ii) pilihan pertama peruntukan semula yang ditawarkan adalah kepada mana-mana penerbangan Malaysia Airlines yang tersedia. Sekiranya penerbangan Malaysia Airlines tidak tersedia, maka peruntukan tiket baharu menggunakan syarikat penerbangan yang lain akan disediakan; dan (iii) setelah penumpang dimaklumkan tentang pelan peruntukan semula berkenaan, penumpang masih mempunyai pilihan sama ada untuk menerima, mengubahsuai atau meminta bayaran balik. Pembatalan sementara bagi penerbangan yang terjejas dari bulan Ogos sehingga Disember tahun ini sudah pun dimaklumkan kepada penumpang dan segala proses pemakluman sudah – ada yang selesai dan sedang dalam proses lagi. Kini, Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa dan hanya membatalkan penerbangan apabila berlaku force majeure dengan izin, iaitu apabila keperluan untuk membatalkan penerbangan jika ia melibatkan keselamatan berpunca dari cuaca buruk atau nasihat dari penguat kuasa penerbangan tempatan dan antarabangsa di antara laluan udara tertentu. Berdasarkan data Januari hingga Ogos 2024, sejumlah 24 peratus atau 61,014 daripada 258,116 penerbangan yang dioperasi oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia telah ditangguhkan. 55,024 daripada jumlah 61,014 penerbangan tersebut telah ditangguhkan kurang daripada dua jam dari waktu pelepasan yang dijadualkan dan baki selebihnya, 5,990 penerbangan telah ditangguhkan melebihi dua jam. Manakala, sebanyak 20 peratus atau 90,669 penerbangan daripada 444,234 jumlah penerbangan berjadual telah dibatalkan pada tahun 2023 dan sebanyak 18 peratus atau 57,276 penerbangan daripada 315,388 jumlah penerbangan berjadual telah dibatalkan pada tahun ini setakat Ogos. Ini menjadikan bilangan penerbangan yang beroperasi pada 2023 berjumlah 353,838 penerbangan dari bilangan penerbangan yang beroperasi pada tahun 2024 setakat Ogos adalah berjumlah 258,112. Antara punca kelewatan penerbangan adalah disebabkan oleh operasi syarikat penerbangan seperti penggiliran pesawat dan anak kapal serta keadaan luar biasa dan isu teknikal. Manakala, punca pembatalan penerbangan adalah disebabkan komersial seperti muatan rendah (poor load) dengan izin, masalah operasi syarikat penerbangan seperti kekurangan anak kapal, ketibaan lewat pesawat, putaran pesawat (aircraft rotation) dengan izin, keadaan luar biasa seperti cuaca kawalan trafik udara dan masalah teknikal seperti aircraft on ground, dengan izin.

Berhubungan kos penerbangan pula, harga tambang penerbangan ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Secara amnya, harga tiket akan meningkat pada musim cuti dan perayaan disebabkan permintaan yang tinggi untuk tempoh perjalanan yang sama. Untuk tempoh puncak ini, permintaan adalah melebihi kapasiti yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi semasa musim puncak, kementerian telah pun mengadakan perbincangan dengan MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan ditawarkan adalah kompetitif. Hasil perbincangan, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menambah kapasiti penerbangan dari masa ke semasa bergantung kepada permintaan. Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan ini terutamanya di antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Bagi mendapatkan harga tiket yang murah khususnya semasa musim perayaan, penggunaan adalah digalakkan untuk membeli tiket penerbangan seawal mungkin. Kebiasaannya, syarikat penerbangan akan mula menjual tiket seawal sembilan bulan sebelum tarikh penerbangan. Apabila harga tiket disemak satu atau dua minggu sebelum tempoh perjalanan, harga tiket kebiasaannya sudah tinggi. Ini adalah kerana harga tiket di bakul yang murah sudah habis dijual dan harga tiket di bakul yang tinggi sahaja yang tinggal. Secara purata, harga tiket sehala di bakul yang tertinggi adalah 10 peratus daripada seluruh tiket yang dijual semasa musim puncak. Secara purata, harga tiket sehala di bakul yang lebih rendah ialah RM559 ke bawah adalah sehingga 60 peratus daripada keseluruhan tiket yang dijual semasa musim puncak. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Perpaduan pada tahun 2023 telah memperkenalkan inisiatif FlySiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan serta pelajar matrikulasi dan serta pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini telah diteruskan pada tahun ini juga untuk memanfaatkan hampir 60,000 mahasiswa terutamanya di Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian kredit Shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Seterusnya, Jemaah Menteri pada 13 Disember tahun ini – tahun 2023 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan harga maksima RM599 bagi tiket penerbangan sehala ekonomi daripada Semenanjung ke Sabah,

Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh pelaksanaan inisiatif ini adalah pada tiga hari sebelum tarikh sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Krismas tahun ini. Melalui inisiatif ini, harga maksimum tiket penerbangan ke atas – ke kelas ekonomi sehala ditetapkan pada harga RM599, tidak termasuk cukai dan fi. Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 ini, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum tersebut. Manakala, tiket penerbangan yang berharga kurang daripada RM599 bagi laluan-laluan berkenaan akan dijual pada harga asal yang telah ditetapkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Ini tidak melibatkan sebarang subsidi bantuan tiket penerbangan oleh kerajaan. Dalam hubungan ini, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 September tahun ini antara lain telah bersetuju supaya FlySiswa serta inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sempena musim perayaan diluluskan di bawah inisiatif Belanjawan 2024 dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang amat teliti. Daripada penelitian dan pengalaman saya sendiri yang sering berulang-alik menggunakan kapal terbang, masalah flight delay dengan izin, ini tidak hanya terhad kepada Malaysia Airlines sahaja. Malah, turut melibatkan syarikat penerbangan lain seperti AirAsia. Setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa perlu ada rombakan ke atas sistem penerbangan di Malaysia termasuk memberi lebih perhatian kepada kebajikan kakitangan syarikat penerbangan supaya kualiti perkhidmatan dapat diperbaiki setaraf dengan syarikat penerbangan lain di dunia dan apakah status pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak? Adakah rural air services (RAS) akan diteruskan apabila MASwings dijual? Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Sebagaimana yang saya jawab tadi, memang usaha tentang ini, kelewatan ini adalah secara umum, bukan hanya MAS. It is an overall airlines kita tapi di sini saya sebutkan MAS.

Tetapi memang usaha-usaha untuk kebajikan pekerja, kru dan sebagainya ini memang diperhatikan oleh airline ini dan juga isu-isu teknikal yang berlaku. Sebagaimana yang mungkin menjadi persoalan, belum lama ini, di mana MAS khususnyalah ya secara spesifiknya telah pun memberhentikan 400 lebih penerbangan. Tujuannya tidak ada lain. Disebabkan kapal terbang ini kira stress lah, overuse. Jadi terpaksa dibatalkan untuk maintenance, demi untuk keselamatan penumpang. Usaha-usaha ini

memang diteruskan. Namun insya-Allah, by Disember ini nanti, bila kerja-kerja maintenance kapal terbang-kapal terbang ini sudah pastinya things will be back to normal, insya-Allah. Daripada segi tambangnya sebagaimana tadi saya perincikan tentang usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memberi terutamanya kepada pelajar-pelajar kita yang belajar di antara Sabah, Sarawak, Semenanjung, semua ini diambil kira. Rasanya sudah disebut tadi. Tentang MASwings pula, the latest yang perbincangan di antara Kerajaan Sarawak dengan MAG adalah on the last miles. Keduanya, tentang MOT iaitu rural air services (RAS), insya-Allah subsidi untuk rural air services akan diteruskan. I think dalam bajet tahun depan pun memang sudah ada tertera di sana berapa subsidi untuk rural air services. Jadi benda ini memang diteruskan. Insya- Allah, mungkin dengan adanya tambahan lagi airline kita ini, sudah pastinya insya-Allah. Mungkin sebagai maklumat sahaja Tan Sri, seluruh kita di negara kita ini kita hanya ada 258 airlines sahaja. MAG ada 104 buah kapal terbang, AirAsia ada 107, Batik ada 47, 258 sahaja. Memang tidak cukup. Apatah lagi apabila ada permasalahan maintenance dan sebagainya, sudah pastinya ini akan menjejaskan sedikit. Airline kita masih lagi dalam mengatur strategi untuk menambah airline ini. Mungkin melihat bukan hanya Boeing, Airbus, mungkin juga dari negara-negara lain. Mereka dalam proses untuk membeli, menambah lagi fleet kita dan sudah pastinya insya-Allah, takkan berlaku overstress dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Setiu.

Okey, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, baru-baru ini kita digemparkan dengan insiden yang mencemaskan yang melibatkan Malaysia Airlines di mana ada pesawat yang terpaksa berpatah balik disebabkan masalah teknikal macam enjin dan ada pesawat yang terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain. Jadi soalan saya, sejauh manakah kes-kes seperti ini menjejaskan permintaan pengguna terhadap MAS, terhadap Malaysia Airlines? Adakah disebabkan kekurangan kepakaran di negara kita menyebabkan berlaku kes seperti ini? Sebab kita digemparkan juga dengan banyak jurutera ataupun pilot daripada MAS yang telah beralih ke syarikat lain. Kedua soalan saya berkait, adakah MAS ataupun Malaysia Airlines bercadang untuk menetapkan – adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan harga siling bagi waktu musim – waktu bukan perayaan. Sebagaimana kita maklum hari ini, sewaktu musim perayaan, ditetapkan kadar harga silingnya pada harga RM599, tiga hari sebelum berlepas. Sewaktu musim bukan perayaan, adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan harga siling yang sama juga dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat yang sudah pastinya ada kisah-kisah yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu KL-Jeddah, Kolkata- KL, KL-Hyderabad.

Jadi mungkin saya nak bagi sedikit maklumatlah. Sebenarnya itu hanyalah yang diumumkan. Perkara begini semua disebabkan oleh cuaca dan ada juga isu-isu teknikal dan ada sebagaimana saya katakan tadi, dengan izin under force major. Mungkin tentang keselamatan dan sebagainya. Arahan untuk permitnya. Kalau nak diikutkan saya boleh bagi data sahajalah. Dalam tahun 2023, dia panggil return to chock (RTC). Ertinya return to chock ini, kapal belum naik lagi, belum airborne lagi. Sepanjang tahun 2023 – 248 dan 2024 – 181. Yang dah terbang ke atas, ATB. Dia panggil ATB ini air turn back. Air turn back ini kapal dah di atas udara dah. Tahun 2023 ada 13 dan 2024 ada 18. Jadi di sini kita melihat ya mungkinlah bagi kita melihat perkara ini alhamdulillah, tidak berlakunya kemalangan disebabkan oleh mungkin teknikal, cuaca dan sebagainya. Tetapi alhamdulillah, kita yakin dengan kebolehan jurutera-jurutera kita di airline ini. Dia orang memberikan keselamatan ini top priority, tidak mengambil kata orang don’t take chances lah. Untuk pengalaman sendiri, kita Sabah, Sarawak, kapal terbang dah macam bas. Saya sendiri direct ATR Kuching ke Limbang. Dalam perjalanan ke Limbang sepatutnya landing terus, dalam udara Miri. Kita panik, 10 minit ya ke Limbang itu. Dia kata kita tak boleh landing Limbang. Kita kena balik, kita landing Miri juga, 10 minit. Tasbih tak kiralah, macam machine gun lah, 10 minit. Saya cakap betullah. Apabila sampai ke bawah, saya tanya pilot itu sendiri. Inilah sikap juruterbang- juruterbang kita, jurutera-jurutera kita. Saya tanya, “Apa berlaku?” Mula-mula tak nak bagi tahu. Saya cakap saya Timbalan Menteri Pengangkutan. Rupanya pilot punya skrin hilang. “Jadi macam mana you landing? Ini siang”. Rupanya yang skrin sebelah co-pilot masih hidup. Dia gunakan itu landing. Alhamdulillah, dia tak paksa nak pergi ke Limbang. Inilah tahap penjagaan airline kita tentang [Tepuk] tahap keselamatan yang harus bagi saya rasa bangga. Kita puji. Jadi ertinya bila kita patah balik ini, they don’t take chances. Dia orang pastikan, tak nak meneruskan, pergi balik, check lagi balik. Bukan ertinya bila balik itu dah ada masalah. Ini kita kena bagi penghormatan. Kita tak memperjudikan. We don’t compromise on safety. Itulah saya melihat dari sudut itu. Bukan semestinya kita – memang ada, memang betul profesional-profesional kita ya lah yang mungkin mencari greener pasture di negara lain dan sebagainya. Bukan semestinya juga disebabkan kita tak mampu nak bagi atau melayan yang tak baik dari segi kebajikan mereka tetapi they themselves also want to look for their greener pasture. Tapi dalam negara kita sendiri, kita berusaha untuk melahirkan lebih banyak lagilah, sentiasa lah melatih profesional-profesional baru untuk memastikan kita tidak ketandusan our local talent, our local professional untuk menjaga keselamatan penerbangan- penerbangan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput...

Harga siling bagi waktu musim bukan perayaan, tak, belum jawab lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Putatan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor enam.

Shahelmey bin YahyaUMNO · BNPutatan · question

6. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [Putatan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan terkini yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu-isu keselamatan di kawasan sempadan Sabah dengan negara jiran termasuk masalah pencerobohan dan keselamatan perairan.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim. Tan Sri Yang di-Pertua, sahabat saya Putatan. Kedudukan strategik negeri Sabah yang bersempadan dengan negara Philippines dan Indonesia serta secara langsung ia mendatangkan ancaman keselamatan seperti penyeludupan barangan dan senjata, kemasukan pendatang haram, kumpulan ekstrem, ancaman penculikan untuk tebusan. Maka dalam hal ini, kerajaan melalui pasukan keselamatan negara seperti PDRM, APMM dan ESSCOM, kita sentiasa komited untuk memelihara kedaulatan dan meningkatkan keselamatan serta ketenteraman awam di negeri Sabah.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Secara keseluruhan, saya nak tegaskan bahawa situasi semasa ancaman keselamatan di Sabah adalah terkawal dan aman. Menerusi atur gerak pengoperasian aset dan anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dibuat dalam aspek keselamatan seperti berikut. Antaranya ialah pelaksanaan Operasi Sanggah di bawah seliaan ESSCOM yang melibatkan operasi besar APMM, PDRM dan juga ATM. Kita ada Operasi Gasak. Ini gabungan pelbagai agensi keselamatan laut dan juga darat bagi membanteras elemen- elemen yang mempunyai kaitan dengan anasir asing, militan dan juga tali barut. Kita ada operasi bersepadu dan operasi bersepadu khas bagi menguatkuasa undang-undang terhadap elemen-elemen jenayah rentas sempadan. Ada operasi pusat pemeriksaan darat dan road check point (RCP) di Kalabakan, di Sapi Nangoh, di Beluran, di laluan utama menghubungkan kawasan Pantai Timur dan barat Sabah Yang Berhormat bagi membasmi aktiviti penyeludupan dan penyusupan PATI di kawasan daratan ESSZONE. Kita ada juga operasi pangkalan pemeriksaan di laut atau sea check point melalui penguatkuasaan ke atas pergerakan kapal-kapal bukan konvensional dan bot-bot nelayan negara jiran di laluan khas yang ingin menjalankan aktiviti perdagangan barter trade di Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu, pemantauan pemeriksaan di kawasan kawalan pergerakan PKP di ESSZONE juga kekal dikuat kuasa di enam buah Daerah Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Ini di bawah ESSCOM. Selain itu, kita juga ada APMM menjalankan operasi berjadual, Operasi Sejahtera, Operasi Pluto Timur dan sebagainya. Kita juga membuat pengukuhan dan perluasan

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

kerjasama, pertukaran perkongsian maklumat perisikan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dan pihak berkuasa Philippine dan juga Indonesia. Saya nak sebut bahawa pasukan gerak am (PGA), kita telah menambah dua batalion PGA baru di Sabah. Satu iaitu Batalion 21 di Keningau dan duanya ialah Batalion 22 di Kunak bagi memastikan kawalan keselamatan negara terus terkawal, dipantau secara holistik. Secara umum dan kesimpulan saya nak sebut bahawa PDRM, APMM dan ESSCOM kita kekal menjadi tulang belakang yang utuh dan akan terus melaksanakan usaha bagi meningkatkan prestasi agensi dengan meluaskan jalinan kerjasama dengan jabatan, agensi Persekutuan dan negeri dalam kluster keselamatan, penguatkuasaan dan pertahanan negara bagi mencapai objektif kementerian dan juga kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Putatan.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Usaha mengekang pencerobohan sempadan sudah pasti melibatkan saiz perbelanjaan yang besar di samping memerlukan sokongan teknologi dalam meningkatkan kecekapan tugas anggota penguat kuasa khususnya yang melibatkan penjejakan penceroboh. Soalan tambahan saya, bagaimanakah penggunaan kecerdasan buatan atau artificial intelligence berupaya mengintegrasikan kesiagaan fizikal anggota penguat kuasa di lapangan dengan kepintaran teknologi dalam membina kredibiliti penguatkuasaan di setiap zon sempadan negara, khususnya di sempadan negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita sedar bahawa ancaman sudah berbeza, teknologi makin meningkat dan sebab itu dari masa ke semasa, kita sentiasa meningkatkan keupayaan teknologi kita. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat berkaitan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mengintegrasi kesiapsiagaan fizikal anggota penguatkuasaan di lapangan dengan terbitan teknologi dalam membina kredibiliti dan juga penguatkuasaan di setiap zon sempadan negara, khususnya di sempadan Sabah Yang Berhormat. Jadi, selaras dengan perkembangan teknologi ini, jabatan dan agensi di bawah KDN juga kita tidak ketinggalan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dalam teknologi termasuk AI. Antara penggunaan AI dalam memastikan soal-soal keselamatan negara terjamin ialah seperti analisa data untuk kita kesan pola dan juga potensi ancaman yang ada di Sabah. Selain itu, teknologi AI juga telah diguna untuk melaksanakan pengesanan ancaman awal melalui algorism system yang diguna pakai oleh APMM menerusi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) yang mana boleh mengesan tanda awal aktiviti dan yang mencurigakan. Data-data ini kita akan kongsi dengan pelbagai pihak supaya pengesanan awal dapat dilakukan. Dengan bajet tambahan yang kita ada ini, kita akan terus meningkatkan keupayaan kita bagi menghadapi ancaman yang sudah begitu berbeza. Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Pendang.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tahniah Tan Sri Speaker, hari ini pakai neck tie. Kemas dan protokol pakai neck tie hari ini. Kemas, tahniah.

Lawa, lawa.

Lawa, lawa. Saya balik kepada soalan saya. Kita faham pengurusan sempadan negara ini satu yang rumit, memerlukan kepada diplomasi diplomatik yang tinggi. Jadi, oleh sebab itu saya nak mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah status terkini pelaksanaan sistem kawalan sempadan negara ataupun NBCS yang dimulakan sejak September 2023? Sejauh manakah sistem ini akan dioptimumkan bagi kawasan ESSCOM yang mensasarkan misi tiada pencerobohan bagi kali kedua serta sifar penculikan yang mana berlaku penculikan sebelum ini dan di mana di situ juga berlaku tawar menawar wang tebusan di kawasan ESSZONE ini. Oleh sebab itu, sejauh manakah pelan pengukuhan keupayaan aset serta aspek penguatkuasaan ESSCOM dalam mendepani ancaman keselamatan sempadan baharu, terutamanya penggunaan teknologi data raya dan juga AI di sebalik kecanggihan teknologi kawalan keselamatan di sempadan-sempadan kita yang ada sekarang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tan Sri, sebahagian persoalan tadi sudah pun saya jawab. ESSCOM dia punya peranan yang cukup besar dalam pastikan keselamatan zon selamat Sabah Timur sebagaimana disebutkan tadi. Sebagai think-tank, kita juga koordinator, advisor dalam soal-soal keselamatan dalam kita nak mengukuhkan, meningkatkan keselamatan di kawasan terbabit. Saya nak sebut di sini bahawa kalau kita ukur dari segi kejayaan kita, segala inisiatif yang dilakukan oleh pasukan keselamatan ini telah bawa kejayaan-kejayaan penting dalam basmi elemen pencerobohan asing dan militan di Sabah. Ini dalilnya ada, kita boleh buktikan dengan tiada insiden penculikan yang berlaku di kawasan ESSZONE semenjak 15 Januari 2020. Makna, segala inisiatif yang kita buat itu ada kesan yang berlaku melalui pemantauan sistem-sistem SWASLA yang saya sebutkan tadi. Kalau saya nak sebutkan di sini, sehingga 31 Ogos 2024 juga telah merekodkan sebanyak 11,180 pengesanan, 184 sasaran curiga, 21 tangkapan. Maklumat pengesanan yang diperolehi melalui SWASLA ini, saya sebutkan tadi kita salurkan terus kepada aset-aset yang beroperasi untuk mengambil tindakan awal. Jadi, secara umumnya saya sebut bahawa kita akan terus meningkatkan keupayaan kita walaupun kejayaan kita telah perolehi. Namun dengan ancaman yang ada, kita sentiasa berwaspada dan ingin saya jelaskan bahawa kesiapsiagaan kita berada pada tahap yang cukup tinggi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.

Azahari bin HasanBERSATU · PNPadang Rengas · question

7. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini penerusan projek lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini, termasuk unjuran tarikh pengoperasian serta implikasi kos tambahan yang terlibat berbanding unjuran asal.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pembinaan lima stesen di bawah projek LRT3 iaitu Stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik telah ditangguhkan pada tahun 2018 susulan langkah penjimatan.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Pelaksanaan projek ini akan diteruskan bagi skop reinstatement dengan izin, lima stesen tersebut tertakluk kepada kelulusan projek dan penyaluran dana daripada Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Ekonomi. Pada masa ini, pihak Prasarana Malaysia Berhad sedang memuktamadkan butiran teknikal dan kewangan perjanjian kontrak tambahan. Skop kerja reinstatement dengan izin, melibatkan skop reka bentuk dijangka akan bermula pada suku pertama 2025. Manakala kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada suku keempat 2025 bagi tempoh dua tahun. Pembinaan lima stesen ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2027 dan dijangka akan beroperasi bermula pada suku kedua tahun 2028. Kos asal projek LRT3 yang diluluskan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM31.65 bilion. Namun begitu, selaras dengan langkah penjimatan tersebut oleh kerajaan, kos tersebut telah dikurangkan menjadi RM16.63 bilion melalui pengurangan skop projek. Penambahan RM5.3 bilion bagi skop reinstatement menjadikan kos keseluruhan projek LRT3 ini adalah sebanyak RM21.93 bilion dan masih lagi jika dibandingkan dengan kos asal projek LRT3 berjumlah kos terkini masih rendah dengan penjimatan sebanyak RM9.72 bilion. Sumber pembiayaan bagi skop reinstatement sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Rengas.

Kapten Azahari bin HasanBERSATU · PNPadang Rengas

Terima kasih di atas jawapan Timbalan Menteri. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah unjuran terkini sasaran pengguna harian bagi LRT3 untuk menampung keperluan dan unjuran penumpang di Lembah Klang yang semakin padat dan adakah terdapat kajian perbandingan antara penggunaan tren tiga gerabak daripada segi kekerapan tren ketika waktu puncak berbanding tren enam gerabak dan sama ada ia dapat memenuhi keperluan semasa penumpang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Unjuran untuk memulakan projek sudah pastinya unjuran ini dibuat, dikaji daripada segi pelbagai sudut termasuk untuk menangani masalah puncak dan juga penambahan gerabak dan sebagainya. Jadi untuk minta figures itu, I don’t have the figures exactly tetapi usaha-usaha ini sudah

pastinya kajian ini mesti dibuat. So, technical thing sebelum buat kena unjuran keperluan, skop projek dan sebagainya YB. Itu yang saya dapat jawab. Mungkin yang detailnya itu mungkin boleh bagi secara bertulislah kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya adalah kerap kali apabila kita membina LRT yang baru, kita gagal daripada segi melengkapkan first mile and last mile connectivity, dengan izin. Jadi, persoalan saya adalah ─ adakah perancangan awal turut diadakan oleh Kementerian Pengangkutan daripada segi penyediaan perkhidmatan bas yang berkala, lorong basikal, lorong pejalan kaki serta kelengkapan-kelengkapan lain yang memerlukan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan tersebut. Yang sebenarnya dalam projek ini, last mile dan the first mile itu memang diambil kira. Boleh bagi sedikit di sini detail dia iaitu tentang kita menyediakan pembelian 150 bas elektrik. Ini juga untuk compliment as a first mile and the last mile for this project, dengan izin. So, perkara ini memang diambil kira semua. Laluan-laluan dan sebagainya itu sudah pasti. Bas ini adalah di antara yang sudah pasti termasuk dalam skop projek ini. Apabila ianya siap, this thing will be insya-Allah comes along together lah dengan projek ini. Begitu juga mungkin keperluan laluan-laluan lain itu di mana mungkin seperti mobiliti yang mikro mobiliti yang digunakan dalam tren dan sebagainya, perkara ini sedang dikaji di bawah kalau tak silap saya, di bawah MyPLAN sebab membabitkan bukan hanya Kementerian Pengangkutan tetapi juga agensi lain. Terima kasih YB.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya sudah risau soalan saya tidak naik. Betullah kata orang, nombor lapan ini ada ong. Soalan saya Datuk Yang di-Pertua, nombor lapan.

Ahmad Johnie bin ZawawiPBB · GPSIgan · question

8. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah kemasukan pelajar ke aliran STEM di Sarawak sejak tahun 2014 hingga kini. Nyatakan perbezaan enrolmen di antara sekolah luar bandar dan bandar serta apakah perancangan kementerian untuk memastikan pelajar meminati aliran STEM dan tahap kesediaan guru dari segi pengetahuan dan sikap dalam melaksanakan program STEM di Sarawak.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Igan. Soalan lapan soalan ong, saya cuba bagi jawapan yang ong kepada Yang Berhormat Igan ya. [Ketawa] Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan bilangan murid bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM), selaras dengan sasaran dasar 60:40 sains teknikal berbanding dengan sastera. Melalui Task Force Pendidikan STEM

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

bagi memperkasakan haluan pendidikan STEM negara, pelbagai usaha telah pun dilakukan dan digerakkan untuk menyemarakkan minat murid sekolah rendah dan sekolah menengah terhadap bidang STEM termasuk murid kita di luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan pilihan pakej mata pelajaran bidang STEM di peringkat menengah atas iaitu pakej STEM A, STEM B dan STEM C yang merangkumi mata pelajaran Sains Tulen, Sains Gunaan dan Teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Pakej-pakej mata pelajaran disediakan bagi memberikan peluang kepada murid untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian mengikut kecenderungan minat dan kebolehan masing-masing. Perkara ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai pakar berkemahiran tinggi dalam bidang STEM. Selepas pakej mata pelajaran ini diperkenalkan pada tahun 2020, saya akan menyatakan peratusan enrolmen daripada tahun 2020 untuk memudahkan perbandingan antara peratusan enrolmen setiap tahun. Bagi Sarawak, peratusan enrolmen murid STEM pada tahun 2021 adalah 30.50 peratus. 2022, 33.91 peratus. 2023, 34.66 peratus. Bagi tujuan pengelasan mengikut lokasi bandar dan juga luar bandar, data adalah dianalisis berdasarkan murid yang memilih aliran sains, mata pelajaran vokasional, program vokasional menengah atas, teknologi teknik, kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia Tahun 1 dan program Sijil Vokasional Malaysia. Peratus enrolmen murid STEM di Tingkatan 4 di Sarawak mengikut lokasi bandar dan luar bandar. Berdasarkan analisis tersebut adalah seperti berikut: |TAHUN|BANDAR (%)|LUAR BANDAR (%)| |----:|---------:|--------------:| | 2021| 32.67| 25.16| | 2022| 32.34| 25.09| | 2023| 32.17| 24.74|<END_TABLE_MARKER> Komitmen KPM untuk meningkatkan minat murid dalam STEM bagi menyediakan bakat STEM yang mencukupi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan keperluan dasar berkaitan sains, teknologi, inovasi seperti Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan pelbagai langkah proaktif sebagai usaha meningkatkan peratusan penyertaan murid dalam bidang STEM. Usaha-usaha di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, telah memberikan penekanan terhadap meningkatkan minat STEM melalui pemantapan kurikulum, meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru, meningkatkan kesedaran STEM dalam kalangan murid, ibu bapa, orang awam dan sebagainya.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Terkini Tan Sri Speaker, langkah strategik KPM bagi meningkatkan minat murid dalam bidang STEM telah pun dibincangkan dan dipersetujui oleh MJM pada 29 Mac 2024. Antara langkah strategik: (i) menggalakkan pembelajaran STEM yang bermakna; (ii) menyediakan peluang untuk murid mengembangkan bakat dan potensi melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum bidang STEM;

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

(iii) mengutamakan pembangunan kompetensi pimpinan sekolah termasuk guru bidang STEM, guru bimbingan dan kaunseling, anggota kumpulan pelaksana; (iv) mereka bentuk semula ruang pembelajaran yang inklusif; (v) membangunkan pentaksiran pembelajaran STEM; dan (vi) menubuhkan pusat pendidikan STEM. KPM sentiasa menyokong guru dengan menyediakan program pembangunan profesionalisme berterusan untuk guru bidang STEM. Sejak tahun 2019, KPM mula menumpukan kepada pembangunan kompetensi guru dengan memperkenalkan inquiry- based science education dan inquiry-based mathematics education. Di Sarawak, seramai 1,534 orang guru telah menerima latihan dalam IBSE dan 44 orang guru menerima latihan IBME. Pada masa yang sama, KPM turut menjalin kerjasama dengan Yayasan PETRONAS dalam melaksanakan Program Duta Guru Yayasan PETRONAS-KPM. Program ini bertujuan untuk memperkasakan 4,500 orang guru STEM menjelang tahun 2030. Setakat ini, seramai 1,393 orang guru telah pun terlibat dalam Program Duta Guru. Antaranya, 183 orang adalah dari Sarawak. Tambahan, sebuah hab STEM telah pun siap dibina di Pusat Kegiatan Guru Miri, Sarawak. Hab STEM ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada guru bidang STEM menjalankan aktiviti bersama komuniti pembelajaran setempat serta berkongsi amalan terbaik dalam penyampaian kurikulum STEM. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Igan.

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu jelas dan begitu terperinci sekali. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ialah bilangan pelajar Sarawak yang mengambil program Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau STEM ini adalah yang terendah di Malaysia. Namun begitu, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Abang Zo, Premier Sarawak, mensasarkan 60 peratus kemasukan pelajar aliran STEM menjelang 2030. Mendengar jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang ini sudah lebih kurang 56 peratus aliran STEM ini di Sarawak. Apakah inisiatif dan langkah-langkah yang bakal diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan sasaran 60 peratus Sarawak ini dapat direalisasikan?

Khususnya bagaimana untuk menarik minat para pelajar yang ada di luar bandar supaya mengambil aliran STEM ini? Ini kerana kalau melihat jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, memang ada perbezaan pelajar di bandar dan di luar bandar. Adakah kerana hilangnya minat para pelajar terhadap STEM ini atau pun kurangnya kemudahan-kemudahan labs yang ada di sekolah-sekolah di Sarawak? Ataupun adakah kerana guru tidak mempunyai pendekatan mengajar aliran STEM ini? Supaya minat para pelajar itu dapat ditarik, mereka lebih suka untuk belajar aliran STEM ini. Kerana dari segi jangka masa panjang, kita mahu semakin ramai pelajar yang mengikuti aliran STEM ini khususnya di luar bandar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Igan yang selalu amat prihatin berkenaan dengan isu pendidikan. Tan Sri Speaker, cuma untuk berkenaan dengan peratusan enrolmen STEM di Sarawak, tadi mungkin saya ada sebut adalah sebanyak 34.66 peratus. Bukan 50 lebih. 34.66 peratus setakat 2023. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Igan, Sarawak sememangnya mempunyai satu peratusan enrolmen yang rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Bagi pihak KPM, untuk menyemarakkan lagi minat anak-anak kita khasnya di kalangan B40, tadi dalam jawapan asal saya, saya ada sebut berkenaan dengan Program Duta Guru Yayasan PETRONAS-KPM, yang mana setakat ini kita telah pun berjaya memperkasakan 1,593 orang guru dalam seluruh negara untuk Program Duta Guru. Antaranya, 183 adalah dari Sarawak. Program ini adalah khas untuk cikgu-cikgu dan guru-guru kita dari sekolah yang majoriti murid dari golongan B40. KPM mengucapkan terima kasih ke atas komitmen daripada Kerajaan Sarawak untuk mencapai hasrat 60 peratus ini. KPM akan terus bekerjasama dengan kesemua pihak termasuk Kerajaan Sarawak untuk memastikan program-program pemerkasaan ini dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kini KPM turut ada menyokong Program Kembara Sains Borneo 2024 anjuran Kementerian MOSTI yang bertujuan untuk membawa program pembudayaan sains ke kawasan luar bandar. Kembara ini telah pun menjelajah ke Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching. Seramai 17,916 murid di Sarawak telah pun terlibat dalam program ini. Pada masa yang sama, tadi saya ada sebut berkenaan dengan hab STEM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hab STEM ini, kita ada tiga sahaja di seluruh negara. Satu di Terengganu, satu di Selangor dan satu lagi di Miri. Ini adalah usaha daripada KPM untuk membantu Sarawak dalam mencapai peratusan enrolmen 60 peratus tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat terakhir yang saya bagi di sini adalah pada tahun 2024 dan 2025, pihak KPM juga ada menyediakan peruntukan untuk

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

perbekalan bahan dan peralatan sains baharu untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi Sarawak, peruntukan yang diperolehi adalah yang paling tinggi daripada 16 JPN yang kita ada. Untuk sekolah menengah, RM7.7 juta untuk kedua-dua tahun. Pada tahun 2024, RM500 ribu diturunkan. Tahun hadapan, dijangka akan diturunkan RM7.2 juta. Jumlah untuk sekolah menengah adalah sebanyak RM43.5 juta. Antaranya, RM7.7 juta adalah untuk Sarawak. Bagi sekolah rendah pula, JPN Sarawak akan diperuntukkan RM3.7 juta untuk tujuan perbekalan bahan dan juga peralatan sains yang baharu bagi sekolah rendah di Sarawak. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Terima kasih, Tan Sri. Selain daripada mengenal pasti jurang bakat STEM yang telah dimaklumkan tadi untuk mencapai 60 peratus melalui Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025, apakah kementerian tidak ingin mempromosikan laluan pendidikan dan pilihan kerjaya berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI) seperti pendedahan murid kepada agro STEM bagi melahirkan lebih ramai petani-petani sains? Yang kedua, apakah kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan pusat sumber sehenti STEM yang khusus menyediakan kaunseling kerjaya serta memperluaskan inisiatif peningkatan kemahiran pada STEM ini? Terima kasih, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuala Krau. Terima kasih juga atas komen dan juga input yang telah pun diberikan semasa Yang Berhormat Kuala Krau mengajukan soalan berkenaan dengan STEM ini. Sememangnya pihak KPM sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan kesemua pihak termasuk pihak swasta, rakan-rakan strategik kita bagi meningkatkan pembudayaan STEM. Di sini, saya juga boleh menamakan beberapa inisiatif yang telah pun diambil bersama-sama dengan pihak swasta dan rakan strategik. Program Sime Darby Young Innovators Challenge bersama-sama dengan syarikat Chumbaka Sdn. Bhd. Program Shell NXplorers Malaysia dan The Learning Curve bersama-sama dengan syarikat Shell. Program Shell NXplorers Malaysia bersama dengan syarikat Shell. Program Sarawak Physics, Astronomy and Computer Engineering bersama-sama dengan The Learning Curve. Dan juga program-program yang lain yang telah pun dilaksanakan bersama- sama dengan rakan-rakan strategik. Kami percaya bahawa dengan usaha sebegini, khasnya apabila kami mengadakan program bersama-sama dengan rakan-rakan strategik kita, sememangnya kesedaran berkenaan dengan laluan kerjaya STEM turut akan dipromosikan. Dalam jawapan asal saya, saya ada sebut tadi berkenaan dengan satu inisiatif lagi daripada KPM yang telah pun dipersetujui oleh MJM pada Mac 2024 iaitu untuk menubuhkan Pusat Pendidikan STEM. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa kesemua urusan

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

berkenaan dengan pendidikan STEM dapat dipusatkan dan dari situ, dari segi pempromosi, pembudayaan dan juga laluan kerjaya pada masa hadapan. Kesemua ini dapat dilaksanakan atau pun dipertimbangkan dan dikendalikan oleh pusat pendidikan STEM juga. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan hari ini. Menteri. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tan Sri...

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

...Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa?

Terima kasih Tan Sri. Peraturan Mesyuarat 44(5) pada muka surat 60 dalam standing order.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Silakan.

Yang Berhormat Tan Sri, dengan hormatnya, saya pada 21 Oktober yang lepas, beberapa hari lepas, saya telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang sama semasa sidang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Speaker Cameron Highlands, tetapi beliau telah mengarahkan saya membangkitkan semula perkara ini di hadapan Yang Berhormat Tan Sri kerana ianya berkaitan direct dengan Tan Sri. Perkara ini berkaitan dengan satu surat yang telah diutuskan oleh Yang Berhormat Tan Sri sendiri kepada Yang Berhormat Machang, pada 15 Oktober 2024 berkaitan dengan penggantungan perkhidmatan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ke atas beliau yang telah dibuat pada 18 Julai 2024, beliau digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Majlis Mesyuarat. Saya merujuk kepada 44(5) yang mengatakan bahawa, “Jika seseorang Ahli telah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat. Dia hendaklah diarah keluar daripada Mesyuarat dan tidak boleh mengambil bahagian dalam Mesyuarat sehingga tempoh penggantungan itu tamat.” Dua perkara di sini. Satu “diarah keluar daripada Mesyuarat”; yang kedua, “tidak boleh mengambil bahagian dalam Mesyuarat.” Atas arahan itu, sebagaimana biasa, Machang telah diarah keluar daripada Dewan ini, tetapi apabila persidangan Mesyuarat yang ketiga yang sedang berlangsung sekarang ini, berlangsung pada 14 Oktober yang lalu, pada tarikh tersebut, 14 dan 15 Oktober beliau telah hadir, tetapi beliau telah duduk di Public Gallery, di Galeri Awam dalam Dewan ini. Kami pihak Pembangkang merasakan bahawa arahan Tan Sri melalui surat ini adalah pada pandangan kami tidak berpatutan dan tidak berperaturan kerana Galeri Awam, sama juga

Galeri Awam di hadapan Dewan ini adalah tempat awam. Tempat orang yang tidak menjadi Ahli Dewan ini sama ada Ahli Dewan ini sepanjang masa atau digantung perkhidmatannya. Saya telah memberikan contoh, seorang pemain bola sepak yang telah dibuang padang, di-sent off, kad merah, buang padang. Beliau tidak boleh duduk di atas padang, tapi beliau boleh duduk di Public Gallery. Walaupun Yang Berhormat sebut dalam surat ini, beliau boleh berada di perkarangan Kompleks Parlimen, mengikuti siaran langsung yang dipaparkan. Dia berbeza duduk dalam stadium dengan mengikuti persidangan siaran langsung. Apa pun kami berpandangan, Yang Berhormat masa mengarahkan Machang keluar, tidak pernah menyatakan, “Yang Berhormat tidak boleh berada di dalam Dewan ini, termasuk di Public Gallery atau pun di mana-mana dalam Dewan ini.” Itu bagi saya satu keadaan yang disebut “benefit of the doubt.” Benefit of the doubt should be given to the accused person. Accused person dalam hal ni adalah Machang-lah. Yang Berhormat tak sebut pun pada masa itu, hanya keluar daripada Dewan ini dan saya menyebut, “Duduk dalam Public Gallery, apa yang dia boleh ambil bahagian?” Dia boleh tengok jer. Tak boleh bercakap, cakap kuat pun tak boleh dan sebagainya. Jadi, saya bagi pihak Pembangkang, kami melihat, Yang Berhormat, kami merayu bahawa Yang Berhormat menilai kembali. Review balik arahan ini. Sekurang-kurangnya beliau boleh duduk dalam Public Gallery. Enam bulan, Yang Berhormat. Itu satu penyeksaan yang cukup besar. Tak padan dengan hukumannya. Jadi, saya mohon satu ruling daripada Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Supaya boleh Yang Berhormat mengkaji semula arahan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ini ialah- terima kasih.

Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Besut nak cakap apa?

Perkara yang sama...

Tuan Yang di-Pertua

Benda yang sama?

...Cuma untuk perkongsian.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau benda yang sama, tak ada apa yang nak dicakapkan.

Tak, perkongsian. Ini perkongsian.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah buat keputusan dah.

Tak, perkongsian. Sabar dulu...

[Dewan riuh]

Perkara yang sama sebenarnya, 44(5) ni saya pernah bawa pada tahun 2017 semasa saya dalam kerajaan terhadap Tan Sri sekarang, Tan Sri Lim Kit Siang dan arahan daripada Speaker pada masa itu dan Tan Sri pun berada dalam Dewan pada masa itu dan keputusannya dia boleh duduk. Saya minta diambil tindakan di bawah 44(7) supaya mengeluarkan, tapi tak diambil. Bermakna ikut convention-nya, perkara yang sama sepatutnya Tan Sri mengkaji dan membenarkan Machang berada dalam Dewan tanpa mengambil bahagian. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ini keputusan saya. Sementara saya menjadi Yang di- Pertua hari ini. Mulai 15 Oktober 2024, mana-mana Ahli yang diarahkan keluar atau pun diperintahkan mengikut peraturan mesyuarat ini, maksud ‘keluar’ itu ialah keluar daripada Chamber ini... [Tepuk] Dia boleh ikuti dari luar, tetapi tidak boleh masuk dalam Chamber kerana ini akan menimbulkan banyak masalah. Jadi saya buat keputusan, tidak boleh masuk dalam Chamber, termasuklah di kawasan ini... [Menunjuk tempat duduk Pegawai Bertugas] [Tepuk] Itu keputusan saya. Baik, terima kasih. Baik, Setiausaha. Oh, sorry. Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 29 Oktober 2024.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam · Sarikei

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalah ialah Usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan dipersetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion Ringgit

(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [24 Oktober 2024]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum kita menyambung perbahasan. Saya difahamkan oleh kerana saya tidak ada dalam Dewan pada 21 Oktober yang lalu, hari Isnin pada 7.30 malam, Pengkalan Chepa telah mohon untuk call kuorum pada 7.30 malam. Saya tahu ini ialah hak Ahli Yang Berhormat untuk call kuorum, tapi saya mohon, oleh sebab waktu itu waktu Maghrib, waktu Maghrib itu sangat sempit... [Tepuk] Jadi, kalaulah boleh, kalau boleh, saya tidak kata tidak boleh. Kalau boleh, janganlah call kuorum waktu Maghrib...

Tuan Yang di-Pertua

...Sebab kawan-kawan tengah sembahyang sana, bila bunyi loceng, dia rasa terganggu.

Tuan Yang di-Pertua

Betulkah dia tinggalkan sembahyang atau dia masuk? Jadi, saya mohon. Saya tak perlukan jawapan, saya tak, saya mohon sangat-sangat, janganlah call kuorum waktu Maghrib sebab waktu Maghrib tu, waktunya amat sempit...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, saya mohon itu sahaja. Terima kasih Pengkalan Chepa.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tan Sri Yang di-Pertua, sikit. Saya menghormati nasihat daripada Tan Sri dan saya pun bersama dengan naratif itu, tetapi apa yang berlaku pada hari tersebut, di surau itu hanya ada seorang Ahli Parlimen. Jadi, kalau dikatakan ramai di surau kerana menunaikan Maghrib, waktu itu pukul... [Dicelah]

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

...Ada yang dekat biliklah. Bukan semua dekat surau. Apa loghat- tandas ker, apa ker...

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

...7.40 petang. Dah lama dah Maghrib, dah nak masuk Isyak dah.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak perlukan apa-apa jawapan. Saya cuma minta, saya minta... [Dicelah]

Ada yang pergi masjid, Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

...Jangan call waktu Maghrib. Itu sahaja.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Jelutong tak tahu, dia tak pernah pergi sembahyang.

Tuan Yang di-Pertua

Sebab sembahyang tak semestinya berlaku di surau. Ada sembahyang di bilik dan surau kita banyak...

[Dewan riuh]

Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, waktu itu ialah waktu Maghrib, saya minta- Cukup! Done! Cukup! Saya nak panggil sekarang.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Dia hanya ada pada waktu tu jer. Lain hari memang tak ada.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya tak benarkan lagi... [Dicelah]

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

...Saya sahkan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak benarkan lagi.

Ini sangkaan jahat!

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak benarkan lagi. Duduk semua! Cukup! Baik, saya ada long- panjang 32 orang yang akan berucap. Oleh kerana masa kita makin singkat, saya akan panggil semua mereka yang akan berucap, tetapi diberikan masa 13 minit sahaja...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, akan bermula dengan Kalabakan. Lepas itu Kemaman, Sibu, Kuala Langat, Balik Pulau, Bukit Gantang, Baram, Arau, Klang, Sabak Bernam, Tenggara, Besut, Putatan, Rasah, Pasir Puteh, Jempol, Bentong, Merbok, Sungai Petani, Batang Lupar, Kuala Terengganu, Julau, Kepong, Padang Serai, Beaufort, Gopeng, Temerloh, Tenom, Kulim- Bandar Baharu, Petaling Jaya, Kuantan, Batang Sadong. Sekarang saya jemput Kalabakan, silakan.

Tan Sri Speaker, sebelum itu cuma nak merakamkan ucapan terima kasih. Saya melihat ada pengumuman oleh kerajaan bahawa pelepasan tol diberikan pada hari Selasa dan Rabu... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik.

Di mana ia akan melibatkan kos sebanyak RM38 juta. Jadi sebagai seorang Ahli Parlimen India yang menyambut perayaan Deepavali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada PMX dan juga kerajaan pimpinan PMX dan Kerajaan Perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cuti Tanpa Rekod yang diberikan kepada kakitangan penjawat awam pada masa yang sama. Terima kasih Tan Sri Speaker, saya mohon mengucapkan terima kasih kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Kalabakan. Baik, Kemaman silakan... [Tepuk]

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Terima kasih sekali lagi kepada- dah bertukar dah- kepada Timbalan Yang di-Pertua di atas ruang untuk Kemaman bersama dengan semua Ahli Dewan bagi membahaskan RUU- Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang juga dikenali sebagai Belanjawan 2025. Saya yakin rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain sudah membangkitkan berbagai- bagai perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan keadilan untuk semua golongan rakyat seperti isu peluasan cukai SST, penyasaran subsidi petrol, pendidikan serta kesihatan, gaji minimum dan sebagainya. Saya juga bersetuju dan menyokong semua cadangan-cadangan yang baik untuk rakyat tak kira dari sebelah sini atau dari sebelah sana. Jika ianya merupakan suatu kebaikan untuk negeri dan negara kita dan mana-mana yang merupakan teguran kepada kerajaan, anggaplah itu tandanya kita sebagai manusia biasa. Sebagaimana satu ungkapan "To err is human” dengan izin, bahawa kita senantiasa berusaha untuk menyediakan bajet terbaik, tetapi tentunya ada kelemahan yang kerajaan perlu akui dengan hati terbuka dan ianya masih boleh diperbaiki. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang pernah saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini dan juga disebut oleh semua Ahli-ahli Dewan yang lain, sesebuah kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap semua peringkat dan golongan rakyat tak kira latar belakang mereka, agama, kaum, tua, muda, miskin, hatta orang berada dan kaya sekali pun ada hak yang wajar ditunaikan oleh negara kepada mereka dan vice versa. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menambah sumber kewangan negara demi pembangunan ekonomi dan sosial, kerajaan mestilah cermat dan berhati-hati agar dalam masa yang sama ia turut mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan turut berlaku adil kepada semua. Inilah inti pati maksud firman Allah Taala dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ma'idah ayat lapan yang bermaksud, “Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu hampir kepada takwa”. Sebagai contohnya, apabila disebut mengenai T15 yang dirujuk sebagai maha kaya, kita terpinga-pinga kerana T15 yang tidak jelas perinciannya ini sebenarnya jauh daripada ungkapan maha kaya yang sebenarnya ditulis dalam teks Bajet sebanyak tiga kali dan diulang dalam ucapan sebanyak lapan kali semasa pembentangan. Perkara threshold sama ada T15, T10, atau T5 ini wajar ditentukan lebih awal dengan cermat dalam merangka sesuatu bajet dan bukannya disuaikan definisinya apabila sedar kelompok ini bukanlah daripada kelompok maha kaya. Apa pun alhamdulillah, kerana kerajaan bersifat responsif dalam hal ini untuk menentukan threshold baharu kelompok ini sebagaimana yang dilaporkan oleh media pada hari semalam sebagai T10. Kita pun tak tahu betul atau tidak lagi. Penentuan yang baharu ini juga kerajaan juga mesti bersifat adil kepada mereka tak kiralah sama ada daripada golongan T10 atau T5 kerana golongan ini juga akan bertanya

motivasi dan perkhidmatan apa yang akan kami dapat dengan membayar cukai yang paling banyak ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara, ia sering terkait dengan kesan sampingan terutama berkaitan dengan kelestarian sumber- sustainability resources, dengan izin. Atas kesedaran ini, usaha membangunkan ekonomi dan teknologi hijau semakin menjadi penting untuk diusahakan. Sebuah kajian antarabangsa yang bertajuk Motivation for a Sustainable Ethos, dengan izin yang diterbitkan oleh SpringerLink pada Januari 2023 membuktikan bahawa penerapan prinsip pembangunan mampan dalam sesebuah polisi mampu untuk memberikan manfaat dan kesan positif kepada ekonomi dan masyarakat awam terutama ianya akan menjadi satu keperluan kepada syarikat-syarikat besar luar negara. Justeru, dalam membangunkan sektor ekonomi dan teknologi hijau ini, selain menjadikan matlamat pembangunan mampan SDG sebagai kayu ukur prestasi, indeks prestasi alam sekitar, Environmental Performance Index (EPI) dan Indeks Masa Depan Hijau, The Green Future Index (GFI) wajar juga dijadikan sandaran oleh kerajaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, EFI, EPI dan GFI ini diasaskan oleh Yale University dan MIT Technology Review Insights. Selain mempunyai indicator yang menyeluruh ia juga mendapat pengiktirafan daripada forum ekonomi dunia (WEF). Tuan Yang di-Pertua, ramai yang khuatir pembangunan mampan ini hanya layak dilaksanakan di negara maju kerana ia melibatkan suatu kos yang tinggi. Namun, saya percaya di sana terdapat pelbagai cara yang boleh diterokai untuk mengatasi cabaran ini antaranya ialah pihak kerajaan membentuk satu kerjasama awam swasta yang dirangka melalui Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta yang bukan saja memanfaatkan negara di peringkat antarabangsa bahkan turut memberikan peluang kepada negeri-negeri untuk melaksanakan pembangunan yang lebih berdaya saing. Kita perlu menyedari bab pembangunan negara ini tidak akan terlaksana dengan jayanya jika kita bersikap pasif di peringkat antarabangsa. Justeru itu dalam hal ini, saya menyokong kedudukan Malaysia yang telah pun dipilih sebagai rakan negara di dalam blok pakatan BRICS yang kini dipengerusikan oleh Rusia. Bukan saja ia memberikan pilihan kepada negara kecil seperti Malaysia dalam menentukan naratif geopolitik antarabangsa, bahkan turut memberikan peluang ekonomi yang luas terutama dalam aspek perdagangan, pelaburan dan perkongsian sumber. Apa yang penting ialah Malaysia mestilah memanfaatkan peranan strategik dalam BRICS ini untuk memajukan pembangunan mampan, inovasi teknologi dan kemakmuran inklusif di samping mengukuhkan rangka perdagangan yang berdaya tahan. Mempelbagaikan kerjasama global dan meletakkan Malaysia di kedudukan hadapan dalam sektor ekonomi hijau dan pembangunan digital supaya penyertaan kita dapat dioptimumkan, saya menggesa pihak kerajaan untuk membentangkan pada Dewan yang mulia ini mengenai objektif yang boleh dicapai ataupun achievable objectives, dengan izin, petunjuk prestasi yang boleh dinilai atau measurable performance indicators, dengan izin, dan langkah-langkah

strategik yang mungkin diambil untuk menunjukkan tindakan serius penyertaan ini akan memberi hasilnya dan bagaimana pihak di negeri-negeri yang ada dalam negara kita ini, bagaimana pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat tempatan boleh sama-sama mengambil manfaat daripada penyertaan dalam BRICS ini. Pada masa yang sama, negara kita juga perlu memanfaatkan dan mengusulkan supaya kerjasama spesifik bidang tertentu seperti ekonomi, perdagangan, teknologi iaitu di kalangan negara Islam tertentu dapat kembali di meja rundingan untuk dilaksanakan seperti pembentukan D-8 Organization for Economic Cooperation (D-8) yang pernah diwujudkan pada tahun 1996 selain daripada berusaha untuk menggerakkan kembali organisasi sedia ada seperti OIC yang tidak begitu berdaya pada waktu ini. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, sebagai sebuah rantau yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya, agama dan bangsa, Malaysia seharusnya memainkan peranan penting sebagai pengerusi ASEAN. Dalam ruang yang diberikan ini, wajarlah beberapa isu berbangkit seperti kedaulatan Laut Cina Selatan diselesaikan secara diplomasi dengan mengambil pendekatan win-win situation, dengan izin, selain memaksimumkan manfaat untuk kepentingan bersama terutamanya dalam hal keterjaminan makanan dan perluasan pasaran perniagaan.

Saya mengharapkan agar Malaysia dapat memimpin ASEAN dengan visi yang jelas dalam menggerakkan integriti serantau, pertumbuhan mampan dan transformasi digital. Kita seharusnya memperjuangkan dasar yang saksama, ketahanan alam sekitar dan memperkukuhkan kerjasama strategik di luar rantau ini untuk memastikan ASEAN menjadi blok yang padu dan inovatif serta bersedia menghadapi cabaran global. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Larut selaku Ketua Pembangkang yang membangkitkan isu berkaitan royalti petroleum untuk Terengganu. Tuntutan kami di Terengganu walau sesetengah pihak menjadikannya sebagai keputusan dan penderaan politik. Kemaman bersama dengan rakan-rakan yang lain akan terus menyampaikan pendirian dan hasrat rakyat... [Tepuk] Supaya royalti petroleum pada negeri dipulangkan terus kembali ke akaun negeri seperti mana yang diamalkan sejak sekian lama. Inilah antara contoh yang berlaku apabila tujuan politik mengatasi segalanya maka ditimbulkan dan digunakanlah pelbagai alasan seumpama mengalih tiang gol dan pelbagai syarat baharu untuk menidakkan tindakan penyaluran wang royalti petroleum secara terus kepada kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri kerana terdapat beberapa projek diumumkan secara langsung untuk negeri Terengganu dalam ucapan pembentangan belanjawan baru-baru ini. Ia adalah berkait dengan ikhtiar: (i) pembangunan terangkum; (ii) menangani musibah bencana; (iii) kerangka insentif pelaburan baharu;

(iv) pembaikan kemudahan pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026; (v) berkaitan peralihan tenaga; (vi) pemerkasaan TVET; dan (vii) pendidikan anak-anak autistik. Terima kasih daripada kami. Namun begitu, apa yang menarik perhatian saya adalah terdapat syarat yang diletakkan bagi peruntukan sesetengah negeri seperti berdasarkan prestasi. Namun, tiada syarat ini pada sesetengah negeri yang lain. Saya mencadangkan agar satu kaedah atau formula yang lebih jelas diperkenalkan agar negeri yang dikategorikan ini tidak dipinggirkan. Namun, pada masa yang sama negeri maju terus menerima geran serta peruntukan yang lebih tinggi. Tambahan pula bagi memastikan elemen ketelusan dalam setiap pemberian kepada negeri-negeri. Maka, amat wajarlah Kerajaan Persekutuan melaksanakan fungsi pelaporan terhadap semua peruntukan yang disalurkan termasuklah peruntukan istimewa atau special allocation, dengan izin. Yang paling penting juga memastikan setiap laporan tersebut boleh diakses oleh masyarakat awam di negara ini.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Kalau boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bagi.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Kemaman, setuju kah dengan apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang supaya ada dasar fiskal- federalism yang lebih adil dan saksama untuk negeri-negeri.

Terima kasih kepada Indera Mahkota. Sangat bersetuju dan minta itu dimasukkan... [Tepuk] Dalam ucapan saya. Maka, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan mekanisme baharu. Contoh, seperti Independent Grand Council dengan izin, sebagaimana yang diamalkan di Australia dan Pakistan agar pemberian kepada negeri diberikan secara berobjektif dan tidak dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian yang akhirnya rakyatlah yang menjadi mangsanya. Selain daripada itu juga, dalam mencapai keseimbangan dan keadilan dalam perkara yang melibatkan federalism fiskal yang disebutkan dalam soalan tadi. Maka, adalah lebih baik dilaksanakan reformasi juga di peringkat dalam fungsi dan operasi Majlis Kewangan Negara supaya ia menjadi forum dan ruang untuk negeri-negeri bagi terus berkembang maju. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin menyentuh beberapa perkara secara sedikit berkenaan dengan sektor pendidikan tinggi. Daripada aspek peruntukan, Kementerian Pendidikan Tinggi menerima peningkatan hingga 10.4 peratus iaitu kepada RM18 bilion dan merupakan antara kementerian yang menerima peruntukan tertinggi. Justeru itu, saya mengharapkan pertambahan peruntukan ini dapat menyediakan solusi terhadap isu-isu besar dalam sektor pendidikan tinggi seperti under employment, dengan izin, yang masih menghantui para graduan kita, ketidakseimbangan gender di sektor pengajian tinggi, isu ketahanan mental yang menyusut dan sebagainya.

Geran-geran pendidikan untuk pensyarah muda khususnya haruslah dikembalikan dengan lebih meluas tanpa mengetepikan pensyarah dan penyelidik kelompok pertengahan yang wajar juga ditambah sediakan dengan jumlah yang munasabah di semua sektor, bidang pengajian. Jika tidak ditangani secara efektif, isu seperti ini dikhuatiri akan merencatkan fokus utama dalam pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia seperti penyediaan bakat terbaik negara serta perkongsian dan pemindahan ilmu pengetahuan...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

[Minum air] Mengakhiri ucapan saya pada hari ini, suka untuk saya sampaikan beberapa permintaan dari kawasan Kemaman bagi mendapatkan perhatian kerajaan untuk diteliti dan diambil tindakan. Bagi sektor kesihatan, dicadangkan menaiktarafkan beberapa buah klinik iaitu Klinik Batu 2 1/2, Klinik Chukai, Klinik Kuala Kemaman dan Klinik Kemasik. Permintaan ini mengambil kira faktor pertambahan jumlah pesakit dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik. Kedua, disebabkan pertambahan penduduk dan penempatan di kawasan tertentu yang memerlukan pertambahan kekuatan anggota keselamatan dan dengan kewujudan pertambahan kawasan industri, saya mohon perhatian dan tindakan kerajaan untuk menaik taraf pondok-pondok polis di Kemaman, menaik taraf perjawatan Ketua Polis Balai dan Ketua Polis Daerah kepada jawatan hakiki yang lebih tinggi. Saya akhiri ucapan perbahasan saya ini dengan potongan ayat 134 Surah An-Nisa yang bermaksud. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan dan menjadi saksi kebenaran kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu atau ibu bapa dan kaum kerabat mu. Semoga ia menjadi pedoman kita bersama. Sekali lagi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin memohon maaf sebentar tadi kerana menghadiri Mesyuarat Select Committee. Saya teruskan dengan perbahasan saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat tengah hari, salah sejahtera kepada sidang Dewan. Secara dasarnya saya melihat belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan satu belanjawan progresif ke arah mewujudkan masa hadapan lebih berdaya tahan, inklusif dan juga mapan. Tuan Yang di-Pertua, saya senada dengan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang menuntut agar hak kuota 1/3 daripada jumlah kerusi Parlimen dapat

dikembalikan semula pada Sabah dan Sarawak seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian 1963 atau MA63. Pada hemat saya, ini wajar dikembalikan bagi memastikan hak dan juga kepentingan Sabah dan Sarawak terus terjamin di dalam Persekutuan Malaysia. Oleh itu, saya meminta agar perkara ini dipandang serius dan dapat dilaksanakan sebelum PRU16 menerusi persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksanakan kelak. Tuan Yang di-Pertua, kesungguhan kerajaan di dalam membantu mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup rakyat menerusi pengumuman kenaikan gaji minimum daripada RM1500 kepada RM1,700 merupakan satu langkah yang positif. Namun, kadar kenaikan gaji baharu ini seharusnya tidak memberikan kesan domino kepada rantaian perkhidmatan dan barangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selaku pengguna. Hal ini kerana terdapat keluhan daripada majikan yang terpaksa menaikkan kadar perkhidmatan dan barangan mereka bagi menampung kos operasi yang meningkat. Misalnya sebagai contoh, para pengusaha taska juga menyuarakan bahawa mereka terpaksa meningkatkan kadar bayaran bulanan bagi menampung kenaikan gaji minimum yang sudah pastinya akan dirasai dan memberi kesan kepada ibu bapa. Selain daripada itu juga, mungkin pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan untuk menanggung kos operasi. Justeru itu, pada hemat saya langkah proaktif perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu pertama, menyediakan insentif cukai terutamanya kepada syarikat kecil dan sederhana bagi menampung kos tersebut. Kedua, membantu meningkatkan kemahiran para pekerja melalui inisiatif latihan berterusan agar para pekerja dapat menyumbang kepada nilai tambah bagi meningkatkan produktiviti syarikat dan menerusi kaedah-kaedah ini, kenaikan gaji minimum ini akan meningkatkan kualiti hidup sebenar rakyat tanpa menekan majikan berbanding kenaikan gaji minimum yang menekan majikan dan seterusnya dipindahkan kos ini kepada pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat makluman juga daripada guru-guru bahawa mereka dibebankan dengan pelbagai tugasan lain seperti dokumentasi, mengisi laporan, program dan sebagainya. Kalau sebelum ini tugas guru hanya daripada Isnin sampai Jumaat, tetapi dengan keadaan sekarang ini, hujung minggu mereka terpaksa dikorbankan untuk membuat segala yang dikehendaki. Justeru itu, saya ingin bertanyakan, apakah komitmen pihak Kementerian Pendidikan untuk memastikan setiap sekolah akan mempunyai pembantu guru yang mencukupi bagi meringankan beban guru, serta apakah mekanisme lain yang dirangka untuk mengatasi masalah ini? Juga saya memohon elaun guru di kawasan terutamanya yang mengajar di pedalaman dapat dikaji semula dengan mengambil kira kesusahan dan kepayahan mereka untuk mengajar di kawasan tersebut. Sebagai contoh ya, saya ingin mencadangkan penambahbaikan BILTK ataupun Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan. Sekolah-sekolah yang berada di pulau mahupun yang menggunakan laluan sungai untuk pergi ke sekolah itu yang jaraknya 20 kilometer dari pusat bandar hendaklah diberikan

automatik klasifikasi P2 dan ke atas iaitu indikator utama yang perlu digunakan ialah faktor risiko, kos sara hidup dan sumber air minum dan penentuan kategori sekolah P2 dan P3 hendaklah berada di bawah kuasa kerajaan negeri. P1 mungkin kita boleh berikanlah kepada Kerajaan Pusat, ya. P1 ini maknanya elaun berjumlah RM500, P2 RM1,000 dan P3 RM1,500. Kita kena pertimbangkan risiko dan juga kepayahan yang dihadapi oleh guru-guru untuk pergi ke sekolah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon perhatian kepada kerajaan juga untuk memberi bantuan kewangan kepada atlet-atlet terutamanya dari Sabah dan Sarawak yang ingin bertanding di Semenanjung dalam usaha mereka menyertai kejohanan-kejohanan sukan disebabkan oleh kos perjalanan yang tinggi, belum kira lagi tempat tinggal dan sebagainya. Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga menggalakkan ya, lebih ramai atlet-atlet dari Sabah dan Sarawak untuk terus maju dalam bidang sukan dan seterusnya dapat meningkatkan lagi pencapaian sukan negara secara keseluruhan. MSSM, sukan MSSM baru-baru ini telah dimenangi dari Sabah tapi bayangkanlah ya, kos yang terpaksa ditanggung untuk mendapat kejayaan tersebut bukannya sedikit. Jadi perlulah juga keprihatinan daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan sedikit beban terutamanya pada segi kos pengangkutan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan isu-isu yang melibatkan sektor kesihatan. Kita telah mendengar belanjawan bahawa sektor kesihatan akan memperoleh bajet kedua tertinggi. Jadi persoalan saya, adakah isu berkaitan kekurangan doktor disebabkan oleh peningkatan jumlah Doktor yang berhenti awal daripada perkhidmatan disebabkan oleh faktor-faktor seperti beban kerja yang berat, tekanan mental dan fizikal serta kekurangan peluang kenaikan pangkat. Perkara ini dapat dilihat apabila hampir semua Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah, housemen, bekerja lebih masa setiap hari hingga mengakibatkan mereka burn out. Kesannya, ada yang mengambil jalan pintas akibat tekanan yang dihadapi dengan membunuh diri. Saya faham bahawa isu ini adalah sensitif. Namun, inilah hakikat yang terjadi dalam sektor kesihatan tahun demi tahun. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada keseluruhan sistem kesihatan awam. Oleh itu, langkah-langkah proaktif perlu diambil oleh pihak berwajib untuk menambah baik suasana kerja dan menyediakan insentif yang lebih menarik demi mengekalkan para Doktor kita ini kekal dalam kesihatan negara. Saya ingin menyentuh juga kenaikan elaun tugas atas panggilan, on call antara RM55 dan RM65. Saya ingin mendapatkan kepastian bilakah tarikh ianya akan dikuatkuasakan. Ketiga, adakah usaha daripada pihak kementerian untuk memastikan jumlah tenaga kerja kakitangan perubatan khususnya di Hospital Tawau memandangkan dianggarkan lebih kurang 1,000 orang kakitangan diperlukan untuk menampung keperluan Hospital Tawau.

Yang saya bimbang, adakah keperluan itu mencukupi kerana kalau kita lihat mereka yang berhenti daripada sektor perkhidmatan awam, yang berhenti daripada Doktor ini lebih ramai daripada mereka yang ingin memohon terutamanya di Daerah Tawau sebagai contoh. Ini kita bimbang kerana kerajaan membelanjakan banyak wang untuk mereka ini melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara, tetapi apabila mereka kembali berkhidmat, oleh kerana burn out, tidak tahan dan sebagainya, mereka mengambil jalan berhenti menjadi doktor dan sebagainya. Jadi ini merupakan satu kerugian kepada kita, kepada keseluruhan terutamanya dalam kesihatan awam inilah, menyebabkan hospital sesak, menyebabkan perkhidmatan tidak dapat dijalankan dengan lebih baik. Kelima, saya ingin membangkitkan persoalan iaitu benarkah dakwaan bahawa pihak Kementerian Kesihatan ada membuat pengambilan para pelajar bidang perubatan lepasan UKM dan UM untuk berkhidmat dalam sektor kesihatan di dalam Kerajaan Singapura? Ini pun kita punya graduan terutamanya yang daripada UKM, UM dirisik lebih awal dari luar negara dengan menawarkan gaji yang lebih lumayan, dengan menawarkan jadual yang lebih bersesuaian, menyebabkan kekurangan Doktor di negara kita. Ini pun seharusnya menjadi perhatian oleh pihak kementerian untuk memastikan Doktor-doktor kita ini dapat kita kekalkanlah untuk berkhidmat di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, statistik menunjukkan bahawa kerugian yang diakibatkan oleh aktiviti scammer dari tahun 2021 hingga 2024 adalah berjumlah RM3.18 bilion. Justeru itu, melihat kepada statistik yang dikemukakan, hukuman yang lebih tegas seperti denda yang lebih tinggi dan hukuman penjara yang lebih lama perlu dikenakan bagi memberikan mesej yang jelas bahawa aktiviti penipuan tidak akan di toleransi oleh pihak kerajaan. Hukuman ini juga perlu dikenakan kepada individu-individu lain yang bersubahat, berkongsi data peribadi dan melindungi penjenayah scammer ini. Saya yakin, mungkin ramai di antara kita ini yang data peribadi kita itu sudah tidak rahsia lagi, menjadi perkongsian oleh syarikat-syarikat ataupun individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, hukuman perlu lebih keras dan kita perlu memperkukuhkan kerjasama antara pihak berkuasa dan platform digital dalam mengesan serta membanteras aktiviti penipuan. Tuan Yang di-Pertua, dalam era digital ini, keperluan untuk mewujudkan pusat pangkalan data usahawan belia adalah amat penting untuk mempromosi dan menyokong inisiatif keusahawanan di kalangan golongan muda. Pusat ini bukan sahaja akan memberikan akses kepada maklumat dan sumber yang relevan, tetapi juga membantu membina rangkaian di antara usahawan belia, mentor dan juga pelabur. Jadi kita mengharapkan dengan adanya pangkalan data ini, para usahawan muda dapat mengenal pasti peluang pekerjaan, mengikuti perkembangan industri serta mendapatkan latihan dan bimbingan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Tuan Yang di-Pertua, saban hari kita digemparkan dengan pelbagai isu yang tidak enak dikaitkan dengan madrasah dan pusat tahfiz seperti isu penderaan, penyelewengan agama, liwat dan sebagainya. Jadi pada hemat saya, kerajaan perlu mengambil maklum dan

memantau serta mengawal selia aktiviti di madrasah dan pusat tahfiz secara berpusat memandangkan berdasarkan perlembagaan kuasa pentadbiran agama Islam terletak di negeri masing-masing yang mana agak menyukarkan proses pemantauan secara komprehensif dan juga holistik. Hal ini penting bagi mengelakkan kes yang sama ya, seperti GISB tidak berulang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan apabila bersetuju melaksanakan projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos RM253 juta. Daripada jumlah tersebut, RM130 juta diperuntukkan oleh Lapangan Terbang Tawau sahaja yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ketika lawatan beliau ke Lapangan Terbang Tawau pada 7 Oktober yang lalu. Jadi, ini sering menjadi kerisauan dan sering menjadi igauan ya. Kita harapkan agar kerajaan dapat menetapkan had siling untuk kadar harga tiket penerbangan yang dibeli oleh Warganegara Malaysia.

So, mungkin kita ada dua harga, warganegara Malaysia dengan bukan warganegara. Warganegara, kita kena bagi had silinglah untuk tidak menyusahkan dan juga membantu mereka-mereka yang tidak berkemampuan terutamanya daripada Sabah mahu pergi ke Semenanjung, Kuala Lumpur sebagai contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

Last, Yang di-Pertua. Saya- hal kawasan. Sikit sahaja, sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung. Masa sudah tamat.

Okey. Terus. Saya terus kepada kawasan, ya. Kawasan- menyentuh isu infra, fasiliti dan kemudahan asas. Pertama, pembinaan projek Empangan Cinta Mata. Kita harapkan kerajaan dapat mengambil perhatian; menaik taraf kemudahan dan fasiliti di Kompleks Sukan Tawau seperti trek dan kolam renang; meningkatkan aset milik agensi penguatkuasaan unit Maritim, APMM terutamanya di sebelah Pantai Timur ini yang terdedah kepada ancaman. Keempat, memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf sekolah-sekolah daif, ya. Bina baharu SMK Kalabakan, pembinaan asrama di SK Ulu Kalabakan. Mewujudkan- ini penting juga ini, Sekolah Menengah Agama di Parlimen Kalabakan kerana ada demand, tetapi memandangkan infranya tidak ada, terpaksa kita pergi ke tempat yang lebih jauh. Menyegerakan pembinaan jambatan Kampung Pasir Putih ke Tanjung Batu Log Pond; mempercepatkan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan di Serudong, Kalabakan dan akhirnya, mengakhiri ucapan ya- diharapkan isu- isu yang diutarakan mendapat pertimbangan sewajarnya oleh pihak kerajaan demi kepentingan semua.

Akhir kata, saya menyokong Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Sibu.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua untuk memberikan saya untuk membahas dalam Belanjawan 2025. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 adalah satu belanjawan yang berani dan berpandangan jauh termasuk pembaharuan subsidi, meningkatkan bantuan kepada rakyat, memperluaskan percukaian, memperkukuhkan kecekapan perkhidmatan awam dan juga mengurangkan defisit fizikal. Walaupun golongan berpendapatan tinggi kelihatan seperti menjadi sasaran kepada kerajaan supaya mengurangkan subsidi kepada mereka, namun dalam jangka masa panjang, pertumbuhan ekonomi yang kukuh akan memberikan manfaat besar kepada golongan ini juga. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri menyatakan bahawa golongan T15 akan dikategorikan sebagai golongan berpendapatan tinggi supaya mereka dinafikan bantuan subsidi petrol dan pendidikan, bantuan subsidi pendidikan tinggi di IPTA dan juga subsidi dalam kesihatan awam. Saya berpendapat, definisi golongan berpendapatan tinggi perlu diselaraskan semula dan lebih sesuai jika pendapatan yang lebih daripada RM30,000 ke atas baru didefinisikan sebagai golongan berpendapatan tinggi. Ini kerana dalam keadaan inflasi sekarang, definisi golongan berpendapatan tinggi perlu mengambil kira harga barangan dan perkhidmatan semasa. Kalau tidak, kos bagi pendidikan tinggi di IPTS adalah amat tinggi dan juga, kalau kos kesihatan sekarang juga sangat tinggi. Kalau pendapatan mereka kurang dari RM30,000, ini akan menjadikan beban kepada golongan ini. Selain itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan aspek sosioekonomi kawasan yang berbeza ketika melaksanakan gaji minimum RM1,070. Di Sarawak, terdapat banyak kawasan yang tidak mempunyai banyak aktiviti ekonomi. Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 di kawasan tersebut mungkin akan meningkatkan kadar pengangguran kerana peniaga akan mengurangkan pengambilan pekerja bagi mengurangkan kos. Saya berharap, pelaksanaan gaji minimum ini dapat dibahagikan mengikut kawasan seperti bandar, pekan dan pekan pendalaman. Malaysia bukan sahaja mempunyai kepelbagaian daripada segi kaum dan agama, tetapi juga kepelbagaian daripada segi keadaan sosioekonomi yang berbeza di kawasan-kawasan tertentu. Saya mencadangkan bahawa agar kerajaan mengambil kira keadaan sosioekonomi kawasan apabila menaikkan gaji minimum secara beransur-ansur supaya kesan dasar ini tidak berbeza mengikut keadaan kawasan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap dan meminta kerajaan untuk mempercepatkan usaha menaiktarafkan hospital di Sibu, Sarawak. Hospital di Sibu dan Miri

telah dirancang oleh Kementerian Kesihatan sekarang untuk dinaiktarafkan sebagai hospital wilayah, regional hospital, dengan izin. Hospital Miri sedang giat bergerak ke arah itu, tetapi hospital di Sibu masih sunyi tanpa sebarang perkembangan. Malah, Bilik Pembedahan Jantung- Intensive Cardiac Unit juga masih tiada sebarang berita lanjut. Saya berharap, Kementerian Kesihatan dapat melihat Sibu sebagai bandar penting di kawasan Zon Tengah, Sarawak, khususnya institusi perubatan seperti Hospital Sibu yang menjadi satu-satunya hospital yang menyediakan perkhidmatan pakar kepada penduduk-penduduk di Kawasan Tengah, Sarawak. Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan, untuk membina sebuah hospital baharu atau hospital kedua di Sibu. Ketika sekarang, di Kuching mempunyai Hospital Umum Kuching, Hospital Petra Jaya, Kuching, Hospital UNIMAS Kuching, Pusat Jantung Sarawak dan juga Pusat Kanser yang akan dibina tidak lama lagi. Jadi, pembinaan hospital kedua di Sibu adalah wajar pada masa sekarang untuk menampung kesesakan yang semakin teruk di kawasan Sibu. Saya juga berharap kepada kerajaan dapat mengkaji semula juga projek Tanjung Manis Halal Hub. Berdasarkan pemerhatian saya, projek tersebut nampaknya telah gagal. Tambahan pula, sebagai perancangan ekonomi utama di kawasan Zon Tengah, Sarawak, kegagalan ini membawa kesan besar kepada kawasan tersebut dalam jangka masa panjang. Saya berharap, Kerajaan Persekutuan dapat mengkaji semula projek ini dan mengambil tindakan segera untuk memastikan ekonomi di kawasan tengah Sarawak dapat terus dijamin. Jika tidak, lebih ramai anak-anak muda kita akan terpaksa meninggalkan Sarawak untuk bekerja di Semenanjung Malaysia ataupun Singapura. Kami memang berharap agar kawasan Zon Tengah, Sarawak mempunyai kekuatan ekonomi sendiri untuk mengekalkan anak muda kita dan menyumbang kepada ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak dan Sabah sedang- Kerajaan Sabah dan Sarawak sedang menuntut satu pertiga Kerusi Parlimen daripada Kerajaan Persekutuan. Ini adalah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura mesti mempunyai satu pertiga Kerusi Parlimen sebagai hak veto. Walau isu ini mempunyai pandangan yang berbeza, ada yang menyatakan bahawa hak Kerusi satu pertiga untuk Sabah dan Sarawak boleh diberikan melalui Dewan Negara sebagai asas hak veto. Namun, kerana Dewan Negara tidak mempunyai hak penuh untuk menolak rang undang-undang daripada Dewan Rakyat, cadangan ini telah ditolak oleh sesetengah pihak juga. Ada juga pihak berpandangan bahawa pemberian satu pertiga Kerusi Parlimen ke Sabah dan Sarawak bukan sekadar hak veto. Ini kerana Dewan Rakyat adalah tempat yang menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Jadi, jika satu pertiga Kerusi diberikan pada Sabah dan Sarawak, ini juga bermakna memberikan lebih banyak kuasa politik kepada mereka kerana di Dewan Rakyat, kita dilantik melalui pilihan raya. Saya bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak mesti mempunyai hak veto satu pertiga, yang boleh dilaksanakan di Dewan Negara. Melalui pindaan Perlembagaan, kita boleh

memastikan Dewan Negara mempunyai kuasa penuh untuk menolak rang undang-undang daripada Dewan Rakyat. Saya juga bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak mesti mempunyai peratusan Kerusi Parlimen yang bersesuaian untuk memastikan status mereka sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. Namun, sebelum semua dapat dicapai atau direalisasikan, Kerajaan Persekutuan mesti mempunyai iltizam politik atau political will, dengan izin, yang kuat untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang adil, bersih dan bebas. Ini penting untuk memastikan pengagihan semula Kerusi Parlimen tidak disalahgunakan sebagai alat eksploitasi demokrasi dan hanya untuk kepentingan parti-parti tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak, sentimen wilayah ataupun regional sentiment, dengan izin, kini semakin kuat terutamanya disebabkan oleh isu-isu perkauman dan agama di Semenanjung Malaysia yang mengakibatkan rakyat Sarawak berasa tidak selesa. Sebagai negeri yang majoritinya adalah bukan Muslim dengan lebih daripada 60 peratus penduduknya bukan Muslim, manipulasi isu perkauman dan agama yang kerap berlaku di peringkat Persekutuan telah mengakibatkan rakyat Sarawak berasa sangat tidak selesa. Saya berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak boleh lagi mengabaikan sentimen regional ini di Sarawak. Kerajaan perlu mengakui kewujudan isu ini dan membuat penyesuaian dasar untuk meredakan ketidakpuasan rakyat Sarawak terhadap dasar-dasar pusat demi keharmonian negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Malaysia telah sampai ke-satu tahap di mana kita perlu mengkaji semula pengagihan kuasa dalam sistem Persekutuan kita. Masalah utama Sabah dan Sarawak adalah kuasa terlalu tertumpu di Kerajaan Pusat mengakibatkan pembangunan di Sarawak dipinggirkan. Dalam Perjanjian Malaysia 1963, dinyatakan dengan jelas bahawa sistem Persekutuan perlu dikaji semula setiap 20 tahun. Saya berharap di bawah pimpinan Kerajaan MADANI sekarang, pengkajian semula pengagihan kuasa dalam sistem Persekutuan kita dapat direalisasikan supaya Sarawak dan Sabah boleh mendapat lebih banyak kuasa autonomi dan kedudukan rakan kongsi yang sepatutnya dalam Pembentukan Malaysia dijamin. Sekian. Itu sahaja perbahasan saya pada hari ini. Saya memohon untuk menyokong Rang Undang-undang Belanjawan 2025.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Sibu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua.

Saya akan menyentuh beberapa perkara dalam perbahasan saya. Perkara-perkara yang berkaitan dalam sektor perkhidmatan kesihatan negara terutamanya yang mana saya amati masih lagi memerlukan reformasi dan transformasi secara menyeluruh memerlukan peruntukan yang besar. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapat peruntukan perbelanjaan yang kedua tertinggi, RM45.2 bilion berbanding RM41.2 bilion pada tahun yang lalu. Bagi saya, ia bukan sahaja perlu dilihat daripada jumlah peruntukan, tetapi perancangan dan pelaksanaan program dan projek dan hasil daripada peruntukan itu memberikan impak kepada kesejahteraan rakyat. Penyasaran subsidi kesihatan awam, pengecualian subsidi golongan berpendapatan tinggi dijangka akan menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Pertanyaan saya. Adakah apa-apa kajian yang dilakukan? Berapa ramai T15 yang datang mendapatkan rawatan di hospital KKM dan berapa jangkaan pendapatan daripada hospital KKM dengan pelaksanaannya? Isu perkhidmatan kesihatan masih lagi membelenggu KKM. Kesesakan di klinik dan juga hospital KKM, kekurangan tenaga kerja pakar, Pegawai Perubatan, Jururawat dan kumpulan sokongan yang lain termasuklah prasarana dan infrastruktur klinik dan hospital yang masih belum lagi sempurna dan daif, peralatan yang tidak mencukupi, yang usang dan sebagainya. Saya ingin bertanya, apakah status program rintis lanjutan masa di pusat kesihatan dan Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan kesesakan pusat kesihatan dan hospital KKM? Kerana saya lihat pada buku belanjawan pada kali ini, diuntukkan lagi RM100 juta untuk program Skim Perubatan MADANI yang mana pada tahun ini telah diberhentikan disebabkan kekurangan peruntukan untuk menampung program tersebut. Adakah skim emolumen dan juga elaun sektor kesihatan dikaji bagi membendung penghijrahan tenaga kesihatan keluar termasuklah elaun on call yang dikatakan meningkat, dinaikkan sehingga RM55 hingga RM65? Apakah detilnya? Sama ada per jam atau pun sehari ataupun bagaimana? Saya juga mempunyai satu fail permohonan daripada Jururawat-jururawat yang saya kira mereka memohon untuk dikaji emolumen gaji dan elaun mereka sebab sebahagian daripada mereka kini sudah memiliki ijazah. Apakah usaha untuk mengelakkan penghijrahan mereka ini keluar dari Malaysia termasuklah ke Timur Tengah? Dengan ihsan kerajaan meningkatkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700, saya harapkan ini dapat dipertimbangkan. Isu buli di kalangan penjawat awam. Situasi yang berlaku ini boleh menjadikan suasana kerja yang tegang, merosakkan emosi dan juga kerja yang menekan. Ini yang memungkinkan kejadian-kejadian kes buli di kalangan petugas-petugas kesihatan. Ekoran daripada isu buli yang saya bangkitkan dalam soalan MQT yang lalu, saya mendapat beberapa lagi maklumat yang melibatkan isu buli yang dikatakan di salah sebuah hospital

KKM di Semenanjung Malaysia, di Jabatan Patologi yang melibatkan microbiologist yang mempunyai idea untuk membunuh diri dan mendapat rawatan psikiatri. Saya dimaklumkan ada Laporan Polis dan juga laporan ke Pejabat PMX dan juga Pejabat Menteri Kesihatan seawal Julai 2023. Apakah tindakan yang diambil dan bagaimanakah ia diuruskan? Saya mengharapkan Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu buli ini membuat siasatan secara menyeluruh. Selenggaraan dan naik taraf prasarana kesihatan. Sejumlah peruntukan RM1.35 bilion bagi tujuan membaiki tandas hospital yang uzur dan wad yang usang pada tahun 2025. Naik taraf klinik daif, RM300 juta pada tahun 2025, dinaikkan berbanding dengan tahun 2024. Saya ingin tahu, apa status projek baharu yang dirancang dibangunkan pada tahun ini termasuklah baik pulih 400 buah klinik uzur dengan peruntukan RM300 juta, RM766 juta untuk perolehan peralatan perubatan beyond economic repair dan lain-lain? Sebagai contoh- saya nak memberi contoh di sini. Lawatan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ke Hospital Bau, kita mendapati bangunan Pejabat Kesihatan Bau yang berusia 72 tahun kini dalam keadaan yang uzur dan tidak selamat dan perlu diganti. Kita mendapat maklumat bahawa ada peruntukan RM500,000 diuntukkan untuk baik pulih. Kekhuatiran kita, dalam keadaan yang uzur ini, mungkin ia akan menyebabkan pembaziran kerana ia memerlukan satu- pejabat kesihatan yang baharu. Begitu juga lawatan ke Pusat Jantung Sarawak yang menghadapi masalah dengan peralatan dan mesin perubatan yang usang. Seperti kebanyakan mesin eko yang digunakan berusia lebih daripada 14 tahun perlu diganti dan autoclave dan heart-lung machine yang memerlukan penggantian untuk memastikan proses sterilisasi dan pembedahan jantung berjalan dengan lancar dan selamat. Berkaitan dengan Akta Produk Merokok Demi Kesihatan Awam. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan juga KKM yang telah menguatkuasakan Akta Produk Merokok Demi Kesihatan Awam [Akta 852] pada 1 Oktober yang lalu. Tahniah kepada kementerian kerana mengeluarkan 89,054 notis melibatkan nilai kompaun RM24.5 juta pada tempoh sembilan bulan pada tahun ini bagi kesalahan merokok di tempat larangan, meningkat berbanding dengan Notis yang dikeluarkan pada tahun yang lalu. Soalan saya. Adakah ini bermakna program advokasi rokok selama ini gagal? Saya harap bukan hanya RM kompaun yang menjadi fokus matlamat akhir, tetapi pendidikan dan kesedaran rakyat yang kita dambakan. Isu advokasi atau pendidikan kesihatan ini bukan satu perkara yang mudah yang sekian lama telah dilakukan oleh KKM. Saya mohon mencadangkan kepada kerajaan, sekiranya kita boleh berhemah dengan pemain industri dalam penguatkuasaan pendidikan yang akan dilaksanakan secara berfasa, kenapa kita tidak melakukan secara berhemah dalam memberikan kesedaran dan pendidikan kepada rakyat terutamanya pengamal vape dan rokok? Tumpukan kepada penguatkuasaan dan pemasangan logo-logo yang baharu di semua 28 premis kawasan larangan yang baharu dan pendidikan kesihatan bahaya merokok, vape, kesan kepada NCD

dan promosi Akta 852 secara besar-besaran, baharulah penguatkuasaan, pendidikan, kompaun dilakukan. Pada perhatian saya, kesedaran rakyat ini masih terlalu rendah di dalam negara kita.

War on sugar. Dalam belanjawan, kerajaan mencadangkan untuk dinaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter. Ini bukan perkara yang baharu kerana dalam Belanjawan yang lalu, kerajaan telah mencadangkan untuk menaikkan duti eksais daripada 40 sen kepada 50 sen. Persoalan saya, berapa sebenarnya duit eksais yang dikenakan ke atas minuman bergula? Hasil ini dimaklumkan akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam seperti penambahan bekalan ubat SGLT2 inhibitors untuk diabetes dan rawatan peritoneal dialysis dan pusat dialisis. Cuma saya ingin bertanya, apakah sebenarnya pendekatan kita dalam memerangi penggunaan gula- war on sugar ini? Kekhuatiran saya, kerajaan memberikan persepsi yang tidak betul kepada rakyat di luar sana, terutamanya apabila di Parlimen ini, Yang Berhormat Tuan Speaker mengumumkan hari Rabu, no sugar day di Parlimen. Bagi saya, ini tidak tepat dan agak ekstrem. Saya khuatir ada Ahli Parlimen kita, terutamanya yang mengidap diabetes, tak cukup gula, mengalami episod hipoglisemia semasa di dalam Dewan ini. Ini kita mempunyai pengalaman sama ada mungkin di Dewan Undangan Negeri Selangor, yang mana mantan Menteri Besar ketika itu pernah mengalami episod ini dan dalam keadaan yang tidak berapa sedar. Saya juga tidak pasti kalau tempoh hari juga ada berlaku Ahli Parlimen Nibong Tebal yang rebah, sama ada juga ada kaitan dengan ini ataupun tidak. Yang penting dalam penjagaan pengawalan diabetes ini adalah penggunaan gula kerana gula ini juga diperlukan di dalam badan kita, Cuma bukan dalam keadaan kadar yang berlebihan. Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan IKHTIAR 8 dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan perangi rasuah. Kebebasan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas. Peruntukan SPRM bagi memperkasakan aktiviti pencegahan rasuah dan integriti sebanyak RM360 juta. Saya menghormati pendirian PMX dalam meletak posisi penting dalam entiti kerajaan, GLIC dan juga GLC berdasarkan kepada kelayakan profesional, bukan berasaskan politik semata-mata dan perlu dilihat juga dari sudut integritinya. Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa ada pemimpin sebuah parti yang didakwa menyalahgunakan kuasa untuk menggunakan dana pusat khidmat bagi tujuan peribadi, walaupun sumbernya bukan dana kerajaan. Isu dalaman ini sebenarnya saya tidak berminat untuk campur tangan. Namun, apa yang merisaukan saya, walaupun beliau adalah pemegang kepada Ijazah Pentadbiran Perniagaan yang telah dilantik di dalam satu entiti kerajaan, Lembaga Pelabuhan Klang sebagai Pengerusi. Juga dimaklumkan bahawa SPRM telah selesai membuat siasatan dan failnya sudah berada di Pejabat Peguam Negara.

Mengenali beliau, saya tidak yakin dakwaan tersebut, tetapi biarlah ia dibuktikan dan diadili. Saya ingin bertanya kepada kerajaan dan mungkin Menteri Pengangkutan sendiri, apakah status kepada kes ini? Untuk yang terakhirnya, saya ingin menyentuh beberapa isu di Parlimen Kuala Langat. Pertama, kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melihat isu kesesakan sekolah-sekolah di Kuala Langat, termasuklah di Sekolah Kebangsaan Kebun Baru, Sekolah Kebangsaan Jenjarom, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Sekolah Kebangsaan Saujana Putra dan lainnya. Sekolah Saujana Putra ini baharu sahaja dibuka dan saya kira keperluannya begitu besar. Sebahagian daripada anak-anak yang berada di Bandar Saujana Putra ini sekarang belajar di sekolah-sekolah persendirian dan jumlahnya bukan sedikit, hampir kepada 1,000 pelajar di sana. Saya juga melihat bagaimana keperluan-keperluan kerusi meja untuk mereka, terutamanya apabila menghadapi sesi pendidikan pada tahun hadapan. Saya juga menyampaikan hasrat daripada warga pendidik di sana agar ada penebat bunyi di antara Sekolah Kebangsaan Bandar Saujana Putra kerana terlalu berhampiran dengan lebuh raya dan juga tol di situ yang saya kira mengganggu pembelajaran kepada anak-anak kita di sana. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang daripada atlet yang berasal daripada Sijangkang, Kuala Langat yang menjadi Ratu Pecut SUKMA Sarawak 2024 iaitu Nur Afrina Batrisyia Rizal yang memenangi juara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan pecah rekod SUKMA 100 meter dan 200 meter. Saya mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan dapat melihat bagaimana hasil daripada anak- anak ataupun keterlibatan di Kuala Langat dalam bidang sukan ini supaya ada inisiatif untuk membantu menaik taraf Stadium Jugra di Kuala Langat. Jadi untuk akhirnya, saya nak juga mendapat respons daripada kementerian yang terlibat berkaitan dengan projek tebatan banjir iaitu naik taraf Pantai Morib dan projek pemecah ombak di situ. Saya dimaklumkan ada pindaan kepada pelan pembangunan. Apa puncanya dan apakah kesan kepada kos projek yang dijalankan ini. Terima kasih Puan Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Balik Pulau untuk membahaskan Belanjawan MADANI 2025 di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya mula, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang pasti akan menjadi instrumen penting bagi tahun 2025 bagi kesinambungan berterusan menjadikan Malaysia antara ekonomi negara terkemuka pada peringkat global. Izinkan saya membaca dua rangkap pantun.

Ramuan digaul berisi kentang, Dibentuk seketul daging disiat; Biar bertaakul dalam membentang, Membugar mahsul untuk rakyat. Dibentuk seketul daging disiat, Dibalut kasa kukus segera; Membugar mahsul untuk rakyat, Impian prakarsa demi negara... [Tepuk] Puan Yang di-Pertua, saya menyokong inisiatif kerajaan dalam merancakkan industri kreatif negara kita. Industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Kerajaan prihatin ini menyedari bahawa rakyat negara ini ada kredibiliti dan talent untuk menjadikan industri kreatif sebagai sumber kerajaan yang dapat menjana pendapatan negara. Penggiat seni dan industri kreatif pula perlu mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan untuk meneruskan agenda seni dan kreatif negara bagi memelihara tradisi kesenian dan budaya pelbagai negara Malaysia. Melalui Dana Kandungan Digital, inisiatif Kerajaan Malaysia MADANI, Pusaka dapat membawa persembahan seni budaya warisan Malaysia iaitu Main Puteri dan muzik tradisional Kelantan ke Festival de I’Imaginaire di Paris pada Jun 2023. Seorang yang hadir, Algerian poet- Habib Tengour menyatakan, izinkan saya dalam bahasa Inggeris, “For me, it was a completely new and unexpected experience. I was impressed with Tok Puteri. They were so energizing and invigorating. The performance was extremely professional. The rhythm of music, the intonation of the voice, the movement for the bodies all came together beautifully and poetically.” Ini menunjukkan ramai orang luar negara yang melahirkan apresiasi terhadap budaya warisan kita, termasuk Mak Yong, Dikir Barat, Boria dan lain-lain. Saya cadangkan mereka ini terus disokong bersesuaian dengan ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menarik hampir 60,000 anak muda untuk menceburi bidang seni di bawah Program Belia Kreatif MADANI, termasuk aktiviti seperti bengkel, kemahiran videografi, kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek. Saya ucap tahniah dan menyokong inisiatif terbaharu ini kerana usaha ini menunjukkan sokongan Kerajaan MADANI terhadap bakat seni dan menggalakkan anak muda mengembangkan bakat dalam bidang seni. Puan Yang di-Pertua, usaha ini juga akan membawa ruang dan peluang kepada kelompok masyarakat yang berbakat, terutamanya generasi muda untuk berkarya sama ada dalam aspek multibudaya, seni budaya dan warisan budaya dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. Ada satu kumpulan yang bernama Zimi’J adalah kumpulan pemuzik yang disertai oleh lima orang anak muda Salvador Lim, Maxx Lim, Ilyas Wong, Wan Zareef Lokman dan Joshua Johnson – pelbagai bangsa, yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia dan di dunia. Apa yang menjadi kebanggaan kita ialah kesemua mereka ini adalah anak-anak

istimewa, neurodivergent ataupun autisme. Mereka mendapat banyak undangan dan persembahan yang baharu ini mendapat jemputan ke Shambas 2025 di Delhi, India.

Bantuan dana dari kerajaan membolehkan mereka untuk mengembangkan bakat mereka dan terus berjaya dalam karier muzik mereka. Zimi’J sedang memohon dana pemasaran dan promosi antarabangsa dan diharapkan dana ini diluluskan memberi keyakinan kepada kumpulan muzik anak istimewa ini. Saya juga amat mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk memperuntukkan sebanyak RM25 juta kepada MyCreative Ventures untuk menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif. Saya percaya bagi usaha ini, Kerajaan MADANI komited untuk merangsang pertumbuhan industri dan seni untuk berkembang dengan pesat. Inilah masanya untuk usahawan-usahawan sosial kreatif melangkah ke hadapan bagi memperkukuhkan ekonomi jingga negara Malaysia. Saya ingin menarik perhatian mengenai beg yang diguna oleh Yang Amat Berhormat Tambun membawa dokumen belanjawan yang berasaskan songket itu. Ianya telah diasaskan oleh Adiguru Rasiah binti Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan dan songket ini pula dijahit dengan rapi sebagai sebuah beg oleh seorang anak muda di Penang, Kai Hung. Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai ramai bakat dalam kraf tangan dan jika cadangan Yang Amat Berhormat Tambun yang mahu setiap acara kerajaan seperti ASEAN 2025 mengambil produk-produk kraf kita yang bermutu tinggi, maka secara tidak langsung meningkatkan permintaan untuk produk kraf tempatan. Saya berharap pengusaha kraf menyahut cabaran ini dengan menyediakan produk kraf yang berkualiti tinggi. Puan Yang di-Pertua, industri kreatif berpotensi besar untuk dimajukan dan menjadi sumber aktiviti ekonomi baharu negara kita. Izinkan saya berkongsi sedikit data dari UNCTAD yang melaporkan pada 2021, anggaran nilai eksport global industri kreatif berjumlah kira-kira RM2.5 trilion dengan Malaysia mengeksport lebih kurang dua peratus daripada jumlah itu ataupun RM46 bilion. Namun begitu, masih banyak yang perlu dibuat untuk merealisasikan potensi ini. Saya ingin memberikan beberapa cadangan. Pertamanya, sebagai permulaan ingin saya cadangkan kepada Kementerian Ekonomi supaya definisi industri kreatif Malaysia dikaji semula dan dilihat melalui spektrum pandangan yang lebih besar dan menyeluruh. UNCTAD misalnya mentakrifkan industri kreatif sebagai kitaran penciptaan, pengeluaran dan pengedaran yang memanfaatkan kreativiti dan modal intelektual. Industri ini merangkumi aktiviti berasaskan pengetahuan yang memberi tumpuan kepada budaya dan warisan termasuk produk kreatif yang nyata atau tangible dan tidak nyata itu intangible dengan nilai ekonomi. Ini merangkumi 21 sektor kreatif yang telah dikenal pasti oleh UNCTAD. Kedua, jika dibandingkan dengan Malaysia dengan negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai industri kreatif yang lebih maju dan berkembang pesat, persamaan yang ketara di antara negara ini

berbanding Malaysia adalah mereka mempunyai satu badan kawal selia yang khusus yang mentadbir untuk industri kreatif mereka. Untuk mendaya dan membolehkan industri kreatif negara berkembang pesat dan maju, saya ingin mengesyorkan supaya kerajaan mengkaji kesesuaian untuk menubuhkan atau menaik taraf agensi sedia ada sebagai pusat khusus di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu menyelaras dan mentadbir urus aktiviti-aktiviti pembangunan, perancangan jangka panjang serta memperkenalkan strategi-strategi dan dasar baharu bagi memantapkan industri kreatif negara. Ketiga, pendidikan iaitu satu elemen penting dalam membina kemapanan jangka panjang bagi industri kreatif negara. Pendedahan, penghayatan dan apresiasi seni perlu dipupuk daripada peringkat awal melalui pendidikan. Ianya adalah satu infrastruktur asas yang perlu diperkukuhkan untuk membina rantaian nilai iaitu value chain dan permintaan masa hadapan, dengan izin, future demand ataupun future consumption bagi produk seni dan kreatif. Ketika ini pendidikan berteraskan STEM- Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik menjadi tunjang atas dasar pendidikan negara ini. Sehubungan itu, saya ingin mengusulkan kepada Kementerian Pendidikan untuk mengkaji kesesuaian untuk memperkenalkan dasar pendidikan berdasarkan STEAM- Sains, Teknologi, Engineering, Arts and Mathematics bagi silibus baharu pendidikan dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Saya terus ke topik seterusnya iaitu perumahan rakyat. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI kerana mengiktiraf kepentingan menyokong golongan miskin bandar ataupun vertical slump khususnya mereka yang tinggal di perumahan awam. Kepimpinan PM dalam menangani keperluan rakyat kita dalam projek perumahan rakyat amat dipuji terutamanya dalam masa yang mencabar ini di mana ketidaksamaan dan kemiskinan bandar mesti ditangani secara berterusan. Namun begitu kita harus ingat bahawa apa yang masyarakat ini perlukan bukan sahaja infrastruktur fizikal, tetapi infrastruktur lembut iaitu soft infrastructure. Walaupun pelaburan dalam lif, jalan raya dan kemudahan asas adalah penting, pelaburan awam dalam pembangunan sosial dan membina perpaduan sosial adalah sama penting. Transformasi sebenar perumahan awam kita terletak pada mewujudkan komuniti yang diperkasa, bersatu padu dan berdaya tahan. Kita telah melihat bagaimana faedah pendekatan seperti Program K2K yang disokong oleh Perdana Menteri tahun lepas telah membuahkan hasil yang ketara dan positif. Masyarakat seperti di PPR Lembah Subang 1 dan PPR HICOM telah menunjukkan kepada kita yang apa yang boleh dicapai apabila penduduk menjaga alam sekitar mereka. Mereka telah mengubah lobi lif yang diabaikan sebelum ini menjadi ruang sosial yang meriah, memupuk interaksi yang lebih baik dan perpaduan sosial. Ini bukan sahaja menaikkan semangat mereka, tetapi juga telah menyebabkan penurunan ketara dalam isu pembuangan sampah dan kebersihan.

Saya ingin terus menyentuh pendidikan. Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM64.1 bilion pada tahun ini. Cuma saya nak- dalam keghairahan kita untuk memperkenalkan beberapa inisiatif baharu dalam sistem pendidikan kita, jangan kita lupa beberapa asas penting dalam pendidikan dan objektif Dasar Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi. Saya mempunyai dua orang cucu yang belajar di sekolah di Jepun dan mereka ini pun rakyat Jepun sebab mak dia Malaysia tidak dapat kerakyatan Malaysia dan tertarik dengan sistem pendidikan awal di Jepun yang menekankan tentang nilai-nilai yang baik seperti menghormati orang tua, kebersihan dan tanggungjawab praktikal. Cucu saya mengatakan dalam waktu lunch, mereka makan dalam bilik darjah sendiri dengan membersihkan semula apa yang kotor dalam bilik darjah. Mereka tidak harap kepada makcik cleaner, tidak harap kepada orang membasuh, mencuci kelas mereka, tapi tanggungjawab itu dibawa oleh pelajar-pelajar ataupun murid-murid sekolah di sekolah rendah Jepun. Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar ke sekolah anak-anak mereka sebaliknya mereka berjalan ke sekolah. Ini secara tidak langsung menunjukkan tanda hormat, menunjukkan bahawa equality, kesaksamaan apabila pelajar-pelajar semua datang dengan method yang sama. Saya terus- masa tidak mengizinkan. Saya ingin terus kepada satu lagi perkara iaitu tentang pelancongan digital- booking engine. Pada tahun 2023, Airbnb telah mengumumkan pendapatan sebanyak RM5 bilion dan saya mengetahui bahawa melalui MPC, Nexus dah lebih enam tahun mereka bincang untuk memperkasakan ataupun regulate Airbnb, dengan izin. Sehingga sekarang penyewaan tuan punya rumah tidak ada kawal selia daripada segi undang-undang. Bayangkan betapa banyak ketirisan daripada segi cukai SST dan corporate tax yang terlepas. Kalau berdasarkan RM5 bilion SST sahaja, kita boleh kutip hingga RM400 juta. Saya harap Kementerian Kewangan dapat melihat tentang booking engine, Airbnb juga booking.com dan sebagainya yang telah pun mengambil secara tidak langsung ketirisan daripada rakyat Malaysia jumlah komisen yang saya rasa berjumlah berbilion-bilion ringgit. Masa tidak cukup, biar saya pergi kepada isu-isu kawasan. Saya ingin ulangi lagi permintaan saya untuk kerajaan memperuntukkan sejumlah wang bagi pembesaran jalan FT004 yang menghubungi Teluk Kumbar ke simpang Kampung Matahari Naik di mana jalan ini masih sesak setiap kali waktu puncak dengan percambahan penduduk di kawasan ini. Sejak saya menjadi Ahli Parlimen, inilah permintaan saya sejak setiap kali adanya perbahasan di Dewan ini. Kedua, cadangan jajaran LRT Pulau Pinang- destinasi akhir di daerah terletak di Pulau Silikon, pulau buatan. Mengapakah tidak sampai ke Balik Pulau sedangkan Balik Pulau wujud dahulu sebelum adanya Pulau Silikon? Saya ingin cadangkan untuk mengelakkan kesesakan, adakan BRT yang boleh disepadukan dengan pembesaran jalan Teluk Kumbar. Ketiga, baru-baru ini kawasan rendah seperti Taman Nelayan, Kuala Jalan Baru dan Kuala Pulau Betong terkesan dengan peristiwa air pasang besar. Adakah pihak JPS

mempunyai resolusi bagaimana kawasan-kawasan rendah ini tidak terkesan lagi dengan fenomena air pasang besar dan banjir di kawasan yang rendah tersebut? Akhirnya isu kawasan iaitu di Hospital Balik Pulau yang kita perlukan naik taraf segera kerana penduduk semakin ramai dan Hospital Pulau Pinang terlalu jauh untuk kes- kes kecemasan. Jadi, jam pukul 1 saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun lagi untuk menutup sesi pagi ini. Susun sirih petik di desa, Bawa bidara di dalam sampan; Sedikit diagih sama dirasa, Makmur negara ekonomi mampan... [Tepuk] Gigih petani menyusur segera, Koleknya sarat ke Tanjung Dahan; Membugar ekonomi masyhur negara, Sejahtera rakyat jana perubahan. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam MADANI dan selamat petang. Sebelum saya memanggilkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan atas satu peraturan iaitu Peraturan 42. Sila ambil maklum bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh mencelah dan sebagainya tetapi bila diarahkan oleh Yang Berhormat Speaker yang mempengerusikan Majlis. Jika ini tidak diikuti akan menjadi cacamarbalah Dewan ini. Orang ini tak habis bercakap, orang ni masuk mencelah, orang ni akan menambah lagi. Jadi, bacalah Peraturan 42, itu amat jelas. Dengan ini, saya mulakan balik perbahasan kita berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Gantang.

Bismillahi Rahmani Rahim. Dato’ Yang di-Pertua serta rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi taa’la wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih di atas kesempatan untuk Bukit Gantang membahaskan Belanjawan 2025 ini. Ucapan

perbahasan saya akan memberi fokus kepada isu kos sara hidup dan kaedah-kaedah praktikal dan workable dengan izin, untuk membantu meringankannya. Saya yakin – saya ingin memulakan perbahasan ini dengan memetik pengajaran yang diperolehi dari Surah Yusuf, ayat 47 dan 48. Ayat 47 yang bermaksud “Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.” Ayat 48 yang bermaksud “Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan”. Melalui ayat ini, ada dua ibrah yang paling besar yang kita dapat belajar mengenai pelan pengurusan Nabi Yusuf a.s. menghadapi krisis ekonomi Mesir. Pertama ialah keperluan stockpile makanan. Yang kedua ialah kepentingan teknologi penyimpanan stockpile. Dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, Malaysia berhadapan dengan pelbagai risiko. Saya berpandangan kerajaan perlu bersedia untuk menghadapi krisis makanan sekiranya berlaku ketidakstabilan geopolitik dunia. Ini kerana barang-barang makanan asas hanya diperdagangkan mengikut keperluan tanpa ada usaha stockpile yang strategik. Di antara makanan asas yang perlu menyimpan stockpile adalah beras, ikan, ayam, daging, tepung, minyak masak, gula dan beberapa yang lain lagi. Sepanjang pengamatan saya, belum ada agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan stockpile jangka panjang bagi ayam dan daging. Mungkin kerajaan perlu pertimbangkan badan strategik untuk makanan asas ini. Untuk stockpile ikan, pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menjalankan penyimpanan stok ikan melalui kaedah pembekuan. Namun ia perlu ditambah kerana stockpile ikan itu belum mencukupi untuk menjamin kestabilan bekalan dan kestabilan harga waktu musim tengkujuh dan sekiranya berlaku konflik dunia. Buat masa ini, hanya beras sahaja diberikan peruntukan undang-undang agar disediakan stockpile bekalan. Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di dalam Dewan yang mulia ini telah memaklumkan bahawa sehingga Oktober 2024 jumlah keseluruhan stok beras termasuk stok simpanan ialah 1.1 juta tan matriks. Mencukupi untuk sekitar enam bulan. Kenyataan ini melegakan rakyat. Baru-baru ini saya menyertai lawatan negara Yang Amat Berhormat ke Pakistan. Kerajaan Pakistan menawarkan bekalan beras yang berkualiti dengan harga yang lebih murah. Saya ingin bertanya kepada BERNAS. Bilakah BERNAS bercadang mengumumkan harga beras import baru yang lebih rendah memandangkan harga beras import telah turun berikutan pembukaan sekatan pasaran India dan nilai Ringgit Malaysia yang telah mengukuh berbanding US Dolar? Dato’ Yang di-Pertua, penyimpanan stockpile ini juga amat penting kerana ia boleh membantu menstabilkan harga dan mengekang manipulasi kartel. Sebagai contoh, di dalam industri ayam, kos makanan ayam menyumbang 72.8 peratus daripada keseluruhan kos.

Pihak kartel telah berpakat menaikkan harga makanan ayam. Oleh itu, penternak tiada pilihan, terpaksa meningkatkan kos atau pun tutup reban. Yang merana adalah rakyat sebagai pengguna. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah membuat siasatan dan mendapati lima syarikat telah membentuk kartel kawal harga makanan ayam dan kesemua syarikat tersebut telah dikenakan tindakan bayaran penalti sebanyak RM415 juta. Mereka sanggup bayar denda RM415 juta kerana turnover industri ayam adalah cukup, jauh lebih besar dari itu, melebihi RM18 bilion setahun mengikut statistik tahun 2022 yang dikeluarkan Persatuan Penternak Ayam Malaysia. Bayangkanlah, berapa banyak duit rakyat yang terpaksa berbelanja lebih untuk ayam hanya kerana manipulasi kartel.

Oleh itu, kerajaan mestilah berupaya serta bersedia untuk memecahkan supply chain ayam yang dikawal oleh kartel dan mewujudkan supply chain alternatif. Hasil dari pemberhentian subsidi ayam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah dapat menjimatkan RM100 juta sebulan atau RM1.2 bilion setahun. Oleh itu, saya mencadangkan kepada KPKM agar memperuntukkan penjimatan tiga bulan subsidi ayam itu, bersamaan dengan RM300 juta, sebagai satu dana one-off untuk mewujudkan satu supply chain ayam yang baru. Cadangan mewujudkan satu supply chain yang baru ini adalah sama sepertimana idea Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hampir 40 tahun yang lalu untuk membuka supply chain baru produk pertanian dengan membawa sumber hasil tani terus dari petani ke pengguna. Beliau yang ketika itu merupakan Menteri Pertanian telah melancarkan Program Pasar Tani yang pertama di Johor Bahru, Johor pada 31 Januari 1985. Berasaskan falsafah tersebut untuk membantu rakyat dengan cara membawa sumber pertanian terus ke pengguna, banyak jualan murah telah dijalankan bertujuan memecah supply chain yang dikawal oleh kartel. Ini termasuklah inisiatif Jualan Rahmah dan jualan termurah model Bukit Gantang. Jualan termurah model Bukit Gantang telah dilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu untuk membantu masyarakat di Parlimen Bukit Gantang. Hampir semua rumah di Bukit Gantang telah merasai penjimatan perbelanjaan hasil dari berbelanja di jualan yang dibawa ke semua kampung dalam Parlimen Bukit Gantang. Jualan termurah kemudiannya dikembangkan ke beberapa kawasan Parlimen yang lain termasuklah di Tambun dan Permatang Pauh. Di dalam interaksi Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bersama masyarakat yang membeli barangan di dua jualan termurah, banyak respons positif diterima khususnya kepuasan mereka yang membeli barangan basah dengan harga yang lebih rendah, 30 ke 60 peratus lebih murah daripada pasaran. Beliau juga tertarik apabila mendapati harga barangan di jualan termurah jauh lebih murah dari pasaran tanpa melibatkan sebarang peruntukan subsidi daripada kerajaan.

Justeru, beliau meminta agar jualan termurah ini diperluaskan di lebih banyak kawasan Parlimen. Atas permintaan tersebut, Jualan Termurah MADANI telah diperluaskan ke kawasan Parlimen-parlimen yang lain. Dan yang terkini, semalam, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan hadir di Jualan Termurah MADANI Padang Rengas. Alhamdulillah, jualan di semua tempat mendapat respons positif. Ini menawarkan penjimatan yang besar sekiranya mereka berbelanja di Jualan Termurah MADANI. Dato’ Yang di-Pertua, keberkesanan Jualan Termurah MADANI adalah manifestasi bahawa ada kaedah yang boleh dibuat untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat sekiranya semua pihak dapat duduk semeja mencari penyelesaian yang workable. Tidak semua penyelesaian untuk kos sara hidup rakyat perlu dibebankan ke atas bahu kerajaan semata-mata. Kadangkala apa yang diperlukan adalah sedikit pengiktirafan dan kerjasama dari penjawat awam dan agensi kerajaan untuk memudahcarakan inisiatif-inisiatif yang membantu mencapai sasaran kerajaan. Keterbatasan waktu yang tinggal, saya mohon beberapa kementerian mengambil maklum tentang kesenjangan aspek pembangunan kawasan Parlimen Bukit Gantang yang perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2025 ini. Yang pertama ― ini isu di Bukit Gantang, Dato’ Speaker. Yang pertama, projek ‘gajah putih’ Laman Changkat Jering yang perlu peruntukan besar untuk dibangunkan semula untuk manfaat rakyat. Pembangunan sekolah pendidikan khas yang telah lulus dua tahun yang lepas masih belum tender lagi. Yang ketiga, penyelenggaraan jalan persekutuan FT010, FT060, FT074 yang masih banyak lagi seksyen-seksyen yang belum dibaiki segera dan diberi keutamaan. Bina baru jalan perhubungan desa dan ameniti sosial yang perlu dinaik taraf masih banyak untuk diberikan perhatian oleh kerajaan. Pengubahsuaian dan naik taraf sistem saliran dan perparitan di lima mukim dalam Parlimen Bukit Gantang bagi atasi masalah banjir yang kerap berlaku. Dan yang terakhir, melibatkan pelbagai pihak kerajaan dan swasta dalam pelan pembangunan ekonomi mampan yang menyeluruh agar Pekan Trong yang terkesan dari aspek ekonomi ekoran pembinaan WCE tidak terpinggir dan terbiar. Saya, sekali lagi, mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang telah membentangkan Belanjawan 2025 dengan penuh komprehensif demi perjuangan nasib rakyat. Saya mohon menyokong. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Baram.

Dato Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana sudi untuk meluangkan peluang ini untuk saya untuk bahas dalam Bajet 2025 yang terbesar bernilai

Dato Anyi NgauPDP · GPSBaram

‘RM431’ bilion di mana RM86 bilion adalah untuk peruntukan pembangunan dan RM2 bilion untuk peruntukan luar jangkaan. Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Perpaduan kerana telah memperuntukkan dan berjaya untuk meluluskan peruntukan yang besar ini untuk bajet tahun depan khusus― kerana telah pun saban tahun ― meluluskan ataupun membentangkan satu peruntukan yang cukup besar yakni RM5.9 bilion untuk pembangunan infrastruktur di Sarawak dan juga RM6.6 bilion lebih untuk Sabah dan Sarawak. Sudah pasti peruntukan-peruntukan khas ini, di samping ‘RM600’ untuk peruntukan khas juga, adalah satu peruntukan yang sangat ditunggu-tunggukan oleh rakyat di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sudah pasti dengan peruntukan yang besar ini ― kalau kita tengok pada tahun lepas, juga ada peruntukan yang begitu besar yakni dalam RM5.7 billion was allocated, dengan izin, for Sarawak for 2024 dan sudah pasti rakyat di kawasan pedalaman kawasan Sabah dan Sarawak ini sudah pun menunggukan peruntukan yang besar ini. Ini sejajar dengan semangat MA63 dan juga untuk merapatkan lagi jurang pembangunan di kawasan luar bandar dan di antara wilayah. Yang saya nak tanya berkenaan dengan peruntukan khas ini ialah sama ada peruntukan RM5.9 billion ini, dengan izin, adalah untuk peruntukan yang diberi melalui kementerian-kementerian yang lain?

Dato Anyi NgauPDP · GPSBaram

Harapan kita ialah agar peruntukan RM5.9 bilion ini untuk Sarawak dan RM6 perpuluhan lebih bilion untuk Sabah ini adalah khusus dan untuk the actual budget which are being distributed through the other agencies in - for the kementerian, dengan izin Yang di- Pertua. Kedua, yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan projek-projek yang saya rasa memakan masa yang begitu lama untuk dilaksanakan. Saya ambil contoh di kawasan saya sendiri, di kawasan Baram, Jalan Belasui yang telah pun diluluskan dua, tiga tahun ataupun hampir empat, lima tahun yang lepas, sampai hari ini belum lagi dilaksanakan. Begitu juga saya percaya di kawasan-kawasan lain, termasuk bekalan air ataupun sistem solar yang di sekolah ini juga masih lagi kita tunggu-tunggu, khususnya di kawasan Baram. Saya cadangkan supaya dengan adanya insentif ataupun tatakelola yang telah dibentangkan dalam bajet ini, semua projek-projek yang lambat ini, yang sakit ini dapat dipercepatkan pelaksanaan kerana rakyat di kawasan luar bandar masih lagi ketagihkan pembangunan-pembangunan, baik jalan raya, mahupun bekalan elektrik dan air dan juga kemudahan-kemudahan yang lain. Satu lagi isu yang saya hendak bangkitkan dalam pembahasan saya kali ini ialah berkenaan dengan kurang publisiti, saya ingat. Berkenaan dengan program-program yang ada dengan kementerian-kementerian tetapi tidak disalurkan di kawasan-kawasan luar bandar yang merupakan juga mungkin antara yang paling layak untuk menerima bantuan- bantuan daripada kementerian-kementerian tertentu.

Dato Anyi NgauPDP · GPSBaram

Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana telah pergi ke kawasan pendalaman, khususnya di Baram untuk menyantuni rakyat dan juga untuk menerangkan program ataupun aktiviti-aktiviti yang ada dengan kementerian masing-masing untuk dimanfaatkan oleh rakyat di kawasan-kawasan luar bandar. Dato’ Speaker, saya balik kepada satu isu yang saya rasa banyak diperkatakan di Dewan ini dan saya sendiri telah pun banyak kali menyebutkan perkara ini. Inilah berkenaan dengan kemudahan asas di luar bandar, khususnya jalan-jalan balak ataupun bekas-bekas jalan balak di kawasan pendalaman. Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini disebabkan oleh bekas jalan-jalan balak ini tidak diselenggarakan dan ditambahkan lagi dengan cuaca yang tak menentu, hujan yang berterusan. Ini menyebabkan jalan-jalan balak di kawasan pendalaman, khususnya di kawasan Baram ini terbengkalai dan rakyat terputus hubungan dan ini melibatkan bukan sahaja rakyat, bahkan kakitangan-kakitangan kerajaan juga terputus hubungan dengan bandar ini. Saya merayu sekali lagi kepada Kerajaan MADANI ini supaya memperuntukkan satu peruntukan khas untuk penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan luar bandar. Sebab kita tahu pada kebelakangan ini akibat oleh sebab hujan yang lebat, jambatan terputus, jalan tertimbus, soil erosion dan ini menyebabkan terputus hubungan dan ini menyulitkan kehidupan harian rakyat di kawasan luar bandar. Saya harap dan saya mohon supaya kementerian yang berkenaan, yang ada kaitan dengan jalan-jalan di kawasan luar bandar ini memperuntukkan peruntukan yang secukupnya untuk memperbaiki jambatan yang rosak, jambatan yang terputus ataupun jalan-jalan yang tertimbus oleh kerana soil erosion ini perlu diperbaiki dengan segera. Kalau tak, ini akan terus menjadi rintihan dan menjadi masalah yang besar kepada rakyat di kawasan luar bandar. Saya mohon ini dinoktahkan, seperti juga kita mahu menoktahkan kemiskinan di kawasan- kawasan luar bandar ini. Dato’ Yang di-Pertua, yang kedua berkenaan dengan pendidikan. Kita tahu pendidikan merupakan is one of the main issues yang boleh mengubah nasib rakyat di kawasan-kawasan tertentu ini, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Kita juga tahu bahawa selama ini kita menyebut berkenaan dengan sekolah daif dan juga tempat kediaman guru-guru yang begitu daif. Saya mohon supaya kita noktahkan juga perkara-perkara macam ini untuk menentukan supaya rakyat di kawasan luar bandar tidak terus ketinggalan daripada kemajuan ataupun pembangunan yang kerajaan hendak laksanakan untuk mereka. Sudah pasti klinik kesihatan juga menjadi satu masalah yang besar di kawasan luar bandar. Saya hendak bertanya dengan Kementerian Kesihatan berkenaan dengan status pelaksanaan projek kesihatan di Long San yang saya percaya telah pun diluluskan dalam tahun 2019 tetapi sampai hari ini belum lagi dilaksanakan. Begitu juga dengan klinik-klinik daif yang lain ini.

Dato Anyi NgauPDP · GPSBaram

Mohon supaya birokrasi-birokrasi yang ada ini dapat dikikiskan untuk memastikan supaya projek-projek yang belum dilaksanakan ini dilaksanakan dengan segera. Sebab kita tahu di kawasan-kawasan pendalaman, yang di mana jaringan jalan ataupun keadaan jalan yang begitu teruk ini memang susah untuk mereka berulang-alik untuk mendapatkan rawatan. Jadi, saya ingin mengakhiri perbahasan saya ini dengan mengatakan bahawa ini merupakan bajet yang terbesar dan kita ini Malaysia MADANI dan saya mohon supaya masalah-masalah hubungan, connectivity, jalan, klinik, sekolah di kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak ini dinoktahkan dengan secepatnya. Kalau tak pun, keadaan hidup mereka adalah seperti yang kita kata lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Ini harapan dan inilah doa kita supaya semua projek yang kita ada ini dapat juga dinikmati dan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan luar bandar. Dengan itu Yang di-Pertua, saya mohon sokong penuh Bajet 2025. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Arau.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda, Ahli Parlimen, terima kasih. Yang pertama, saya ─ Bagi pandangan saya, waktu maghrib 7.00 sampai 7.30, Parlimen boleh Tangguh. Bukan kita bagi ─ kita waktu maghrib, jangan panggil kuorum. Kita kena ingat, orang bukan Islam lebih ramai dalam PH. Jadi, jangan kita sebut peristiwa sembahyang. Saya ada di situ. Bila loceng habis bunyi, saya pun siap, saya nak datang balik, dah dia orang dah kata dah, dah habis. Jadi, 6 orang yang bersembahyang sana semua orang PN. Jadi, pada pandangan saya, elok dengar dua belah pihak sebelum kita mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengelirukan Dewan dan negara ya. Saya ingat yang tepatnya, Dewan tangguhkan setengah jam. Okey, yang pertama sekali kita ucap tahniah PMX yang telah memberi ucapan dua jam setengah dan kita nak bagi tahu bahawa bajet ini kita akan menyokong dengan pembetulan dan juga penambahbaikan. Sikitlah. Kita telah menyokong pindaan Perlembagaan berhubung dengan kewarganegaraan dan kita tidak ada masalah untuk menyokong bajet ini, terutama bajet Jabatan Perdana Menteri. Saya akan angkat dua belah tangan, bajet Jabatan Perdana Menteri. Tapi saya nak tanya, apa yang kerajaan telah lakukan kepada peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang yang telah dibelanjakan. Habis duit dibelanjakan. Kami tak tau. Jadi, yang ni kita akan sokong sekali lagi bajet iaitu peruntukan dibagi kepada Ahli Parlimen, RM3.8 juta. Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dapat tapi kami tak dibagi. Tapi sokong. Tapi bagilah hak kami. Tak bagi pun takpa tiada masalah. Ini kira permintaan kami

kita jumpa di akhirat. Semoga Allah boleh menentukan bahawa duit inilah duit amanah, sama ada kita pecah amanah atau pun tidak ya. Yang keduanya, yang saya nak cakap ialah pasal isu padi Yang Berhormat Speaker ya. Isu padi ya, pengeluaran padi sekarang ini meningkat. Kos untuk satu relong ─ kita relong la Kedah dengan Perlis pakai relong ataupun 0.3 hektar telah meningkat. Kosnya telah meningkat, traktor meningkat, tebas padi meningkat, kos tabur benih meningkat, kos tabur pakai dron pun kos tabur baja dan juga racun meningkat. Semua meningkat. Ini dalam kiraan yang kita buat, ialah dalam 1,250 satu relong. Kemudian, apa tu harga kilang padi beli. Kilang padi masa mula-mula padi keluar, dalam masa minggu yang pertama, kilang swasta ambil RM1,800. Kilang ─ harga lantai kerajaan RM1,300. BERNAS ambil ─ beli RM1,400 ya. Tiba-tiba bila sampai musim peak yang kedua, kata yang kedualah. Tiba-tiba harga swasta telah turun kepada RM1,450. Di Kedah yang paling teruk sebab Kedah keluar lambat sikit. Memang kata semua orang Kedah dapat harga padi RM1,450. Jadi, dalam keadaan kos RM1,250 ─ Padi kita tau, padi bukan oleh kerana sistem saliran yang tidak sekata, di kawasan MADA, terutamanya. Padi ada yang keluar 2 tan, ada yang 1 tan pada puratanya ialah 1.5 tan. 1 tan, kalau RM1,800, RM3,600 Yang Berhormat, tapi kalau 1 tan RM1,400 hanya RM1,000 ─ RM2,800. Jadi, kita lihat kos ini termasuk kalau orang menyewa tanah, sewa tanah sekarang ialah RM1,000 ataupun RM1,200. Ada yang RM1,300. Mereka betul-betul berani. Kita lihat kalau campur semua, kalau sendiri, lainlah tapi orang yang menyewa, dia hanya dapat RM500 satu relong bagi satu musim. Makna setahun dua kali, dapat RM1,000. Bayangkan kalau dia nak mula sewa padi pula, harganya mungkin dalam RM2,000. Jadi saya mencadangkan, saya tak mau kritik. Saya mencadangkan supaya kerajaan meletakkan harga lantai daripada RM1,300 sekarang kepada RM1,800. Gaji minima RM1,700, tapi kita langsung tak perhati bahawa harga lantai padi cukup penting, diberi perhatian kerana kos pengeluaran padi yang tinggi, dalam masa yang sama, petani complaint di mana beras kami. Kami mengeluarkan beras, beras tempatan tidak ada. Petani juga terpaksa beli beras import. Ini satu keadaan yang jarang berlaku di dunia ini, hanya di Malaysia. Petani keluarkan beras, dia kena beli beras import dengan harga yang begitu mahal. Maka saya cadangkan Yang Berhormat, untuk selesai masalah, sebab masalah telah diutarakan tapi sampai sekarang tak tau apa dia cadangan penyelesaian. Saya nak cadangkan, jangan apungkan beras import. Dengan itu bila beras tidak naik, beras turun start distabilkan, barang-barang lain akan ikut. Cara nak ─ kita nak lihat apa tu paten kenaikan harga barang, dia ikut harga barang utama, beras yang tu kalau dia tak naik, maka orang lain pun turun harga barang. Jadi, ini cadangan yang telah dibuat ratusan kali, tidak berapa didengar. Kalau tak mau dengar tak apa. Kalau kami memerintah, yang ini kita akan buat, dengan itu harga barang akan turun.

Laporan Audit 2018, ini saya nak bagi Tampin dengar ya. Duit di bawah Audit 2018, siri yang kedua ya. Siri yang kedua menunjukkan bahawa Audit telah komen bahawa pengurusan warga asing ini, lemah. Siri yang ketiga, Audit bagitahu lebih 100 ribu orang, masuk ─ pelancong masuk, tak keluar. Takkan ampa sokong! Inilah masalah keselamatan rakyat Malaysia. 2017, 2018, 2019, 2020, 21, 22, 23, 24. Berapa ratus ribu? Kalau ikut perkiraan ini, sudah hampir 1 juta yang datang tak keluar. Di mana mereka? Di mana mereka? Dan lebih-lebih lagi, saya tabik Azam Baki. Tahniah Azam Baki Tan Sri, yang telah menangkap pegawai-pegawai imigresen yang terlibat dengan kaunter setting ataupun kaunter yang dipermudahkan untuk orang-orang asing tertentu, bagi mereka meloloskan diri masuk ke negara ini. Hat ini kita ucapkan tahniah, tapi kena ingat ini yang dibuat di KLIA. Bagaimana di pintu masuk yang lain? Di Perlis, di Kedah, di Kelantan, di Perak, ini kena kita bagi perhatian supaya perkara ini tidak berlaku. Dalam masa yang sama Yang Berhormat, kita lihat fake IC ataupun IC tipu, juga berleluasa. Kita tau IC ni tipu, tapi tak dapat kita buat apa-apa dan ianya berleluasa. Maka macam kad UNHCR. Kuatnya UNHCR kononnya mereka ini di bawah perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ha, pergi Chow Kit Road. Kalau Stampin nak, ha Stampin pulak, maaf. Kalau Tampin nak, pergi ke Chow Kit Road sekarang RM50 boleh beli kad. Tambah muka depa ada iras-iras, boleh beli kad…

Itu menghina namanya tu Arau.

Okey, kalau gitu muka saya iras-iras, saya dapat kad tu dulu masa saya jadi Menteri. Dia sebenarnya handsome, hero Hindustan. Okey tapi dia kata hina, takpa lah kita tak puji dah lain kali. Okey, mari tajuk ni balik. Ganggulah kamu ya. Okey, tajuk ni balik. Fake IC, apa tu UNCHR kad UNCHR yang apa tu, yang diselewengkan. Saya mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan IC baru selama setahun, tahun depan, supaya kita dapat kesan orang yang mengeluarkan kad pengenalan tipu. Dibimbangi pelancong yang tak keluar ni pun juga di antara orang yang membeli kad tersebut. Jadi, Laporan Audit ini, kita nak tanya kepada kerajaan apa yang telah dibuat, untuk memastikan apa ni pengurusan orang asing, warga asing ini dibuat dengan baik. Menteri Dalam Negeri, mesti apa tu memberi jawapan. Saya mencadangkan kalau ini serius, kertas putih atau pun RCI untuk menyiasat apa ni pengeluaran kad tipu ini dan juga tentang pengurusan orang asing yang telah tidak dibuat dengan begitu baik. Dan saya pasti sudah Tampin setuju dengan saya. Tak payah buka peraturan mesyuarat, saya akan tolong kamu, kalau kamu nak ya. Kemudian yang berikutnya Yang Berhormat ialah pengurusan apa tu, apa ni saya minta kerajaan perjelaskan balik. Bagi kertas putih sekali lagi, supaya penjualan saham MAHB kepada BlackRock ini, dicerita pada orang ramai, sebab orang ramai ni kadang- kadang tak berapa faham. Sebab kita dok sebut MAHB. Sebab ini ialah airport. Malaysia Airport. 39 airport yang telah diuruskan sekarang, sebahagian daripada sahamnya yang besar telah dijual kepada BlackRock. Faham? Keluarkan kertas putih.

Kemudian, yang berikutnya saya cadangkan Yang Berhormat ya berhubung dengan GISB, kita minta supaya kerajaan melihat tentang anak-anak yang telah dipelihara oleh Jabatan Kebajikan, bilalah mereka nak ditemukan dengan keluarga mereka. Yang keduanya, orang yang menjadi mangsa, terima kasih, tahniah SPRM, apa tu polis yang telah menyiasat perkara ini tetapi orang yang menjadi mangsa itu, di manakah mereka? Di manakah mereka bekerja sekarang? Kerana bila GISB ini membuat perniagaan, kena ingat perniagaan mereka itu melibatkan rangkaian perniagaan.

Mereka orang yang supply barang kepada mereka, adakah dibuat bayaran dan sebagainya. Saya minta supaya orang yang dimanipulasi oleh GISB ini tidak mendapat kezaliman yang kedua. Kemudian, kenyataan Timbalan Menteri. Saya sudah sebut dan Yang Berhormat telah bagi jawapan tapi saya tidak dapat jawapan yang terang iaitu Timbalan Menteri daripada Alor Gajah ini berkata bahawa Laut China Selatan selamat, terkawal dan terbuka. Tidak faham, selamatkah Laut China Selatan sekarang? Terkawalkah atau pun tidak? Apa maksud terbuka? Terbuka yang saya tahu ialah laluan tanpa di-anchor, sauh. Tapi apakah benda ini berlaku? Kita lihat baru-baru ini Indonesia telah menghalau kapal-kapal nelayan China yang cuba masuk ke Indonesia. Indonesia kita ucap tahniah sebab dulu menterinya lagi hebat iaitu dia bom habis semua kapal-kapal yang masuk ke Indonesia dan orang tidak berani masuk. Tetapi sekarang mula mereka masuk ke kawasan Natuna dan mereka telah kejar. Berikutnya ialah berhubung lot jari. Saya minta lot jari ini Kerajaan MADANI mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat lot jari sebab lot jari menyebabkan – dia bukan ada kelulusan bangunan dan kumbahan dan dalam masa yang sama orang yang beli lot jari tidak dapat memasukkan nama mereka dalam geran. Kemudian yang berikutnya aset TH. Saya minta supaya yang telah diswastakan dikembalikan balik kepada TH. Persaraan tentera. Saya menyokong Ketereh yang bertempik tidak berhenti supaya kerajaan kaji semula iaitu dibawa sebelum 1 Januari 2013, tentera tidak dibuat pelarasan pencen. Pelarasan gaji dibuat tetapi pencen tidak dibuat. Ini bukan sahaja berlaku kepada tentera termasuk Ahli Parlimen. Ahli Parlimen nombor dua, yang penting tentera supaya kerajaan memberi perhatian kepada perkara-perkara ini dan jawapan yang diberi, saya nampak tidak tegas. KWSP akaun 3 yang telah diperkenalkan tetapi pencarum-pencarum minta supaya akaun kedua yang masih berbaki minta dibenarkan untuk dikeluarkan. Kemudian harga makanan kantin sekolah Yang Berhormat Speaker akan dinaikkan tahun depan 50 peratus. Dalam keadaan harga barang mahal, ibu bapa miskin, makanan kantin akan dinaikkan. Ini baru keluar sekejap tadi, 50 peratus. Akhir sekali Speaker sebab saya orang yang sentiasa mematuhi masa dengan hebatnya iaitu bendera. Bendera yang berlaku di Teluk Intan dan juga Johor Bahru. Bendera China telah dikibarkan dan orang yang kibarkan bendera itu menjerit-jerit. Saya tengok video

daripada seorang Tiong Hua menyebutkan ancaman kepada kedudukan ekonomi di Malaysia dan juga Singapura. Dia sendiri menyebut, apakah orang Malaysia yang kibar bendera Malaysia di negeri China akan boleh balik ke Malaysia? Silap-silap mungkin seumur hidup di sana. Apakah orang Malaysia boleh kibarkan bendera kita di negeri lain? Bayangkan orang kibar bendera di Malaysia. Kita mesti mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, Stampin. Stampin, kita rakyat Malaysia, sayang kepada Malaysia. Siapa mengancam negara ini, kita harus tentang. Kita tidak boleh ...

Arau, yang ini saya setuju dengan Arau. Orang luar mesti ikut undang-undang di negara kita.

Ya, bagus. Stampin bagus. Sabarnya sabar berbatas, bagus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, gulung.

Dia bagus. Orang Stampin yang sokong dia, masa pilihan raya sokong dia.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Arau, Arau, Arau, boleh tanya penjelasan?

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Apakah pendapat Arau tentang ucapan yang diberikan oleh PAS, Encik Razman itu yang berbau perkauman menyentuh 3R? Adakah itu satu kenyataan yang harus dikeluarkan di negara yang berbilang kaum dan berbilang bangsa?

Yang itu kita jawab kemudian tapi saya nak kena...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Tak ada masa, sila jawab sekarang. Adakah ini pendirian PAS? Adakah ini pendirian Perikatan Nasional?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Tapi saya nak beritahu, semua orang kena sayang negara ini. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebentar. Peraturan 42 itu jelas. Kalau rasa lupa, bacalah ya Yang Berhormat dua-dua ini. I’m going to enforce it strictly, right. Saya bagi 30 saat, gulung, stop.

Terima kasih Speaker. Janganlah bagi amaran keras sangat. Saya orang baik Yang Berhormat, tidak elok buat macam itu. Buat tindakan pada orang baik, nanti terkena doa dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

10 saat.

Terima kasih kerana telah bagi peluang untuk berucap dan saya minta rakyat Malaysia marilah kita semua punyai semangat patriotisme yang tinggi seperti yang kita tunjukkan kepada sukan. Badminton, bila ada pemain

yang main di sana, semua kita sokong. Bola, macam itu kita hendak. Ini kalau bendera, kita kena tentang. Semua orang Malaysia ..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

10 saat.

.... Kena tentang perbuatan mereka ini. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kerana bagi peluang beri ucapan yang agak terbaik pada petang ini. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat-Yang Berhormat, dengan izin please read 42, peraturan. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke atas pengumuman Bajet 2025 yang bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahterakan Rakyat’ yang menumpukan kepada pembangunan realiti negara Malaysia. Terima kasih juga diucapkan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengumumkan Bajet 2025 yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Saya juga mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana telah mendengar rintihan saya sebagai Ahli Parlimen Klang dengan memberi peruntukan untuk menaik taraf kemudahan jalan dan lain- lain fasiliti bagi Parlimen Klang. Ini telah memberikan suntikan yang positif kepada pembangunan ekonomi negara secara khususnya bagi negeri Selangor. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian terhadap konsep MADANI yang diutarakan oleh Kerajaan Perpaduan. Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. Saya menyokong penuh konsep ini namun pelaksanaannya semakin pudar dan semakin menjauhi daripada realiti sebenar. Adakah Bajet 2025 merupakan refleksi MADANI? Kita masih mengekalkan bajet berasaskan kaum dan agama. Saya masih menyokong konsep ini memandangkan setiap masyarakat perlu diberi perhatian yang berbeza berdasarkan dengan status sosioekonomi masing-masing tetapi bukanlah ia sepatutnya diagihkan secara seimbang dan saksama. Dalam Bajet 2025, masyarakat Bumiputera telah diperuntukkan lebih RM1 bilion. JAKIM menerima peruntukan lebih daripada RM2 bilion, masyarakat Orang Asli menerima hampir RM350 juta, masyarakat India hanya menerima RM100 juta peruntukan di bawah MITRA dan RM30 juta di bawah program pinjaman TEKUN. Apa yang lebih menyedihkan adalah masyarakat Cina yang mendapat lebih kurang RM78 juta sahaja. Keadaan ini menunjukkan sedikit ketidakseimbangan dan saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi perhatian khusus dalam agihan sumber hasil bumi Malaysia dengan lebih saksama iaitu juga akan memberi makna yang mendalam bagi teras keenam iaitu ihsan.

Tuan Yang di-Pertua, MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur. Namun saya berpendapat, Bajet 2025 tidak mengambil kira sebarang cadangan atau hasrat masyarakat terutamanya masyarakat India. Pelbagai wacana telah digunakan untuk memberikan input bajet bagi masyarakat India daripada pelbagai pemimpin masyarakat. Antaranya ialah bajet untuk MITRA. Adakah adil kerajaan mengekalkan peruntukan RM1 juta kepada MITRA selama sembilan tahun tanpa sebarang peningkatan? Populasi dan kehendak serta keperluan masyarakat India kian meningkat tetapi peruntukan untuk pembangunan sosioekonomi India dikekalkan atau menjadi stagnant dengan izin, semasa Dialog Bajet 2025. Keseluruhannya, masyarakat India meminta supaya peruntukan MITRA dinaikkan kepada RM300 juta. Maka, kenaikan sehingga RM300 juta adalah sangat adil dengan mengambil kira ketiadaan kenaikan selama sembilan tahun. Sama juga keadaan bagi peruntukan TEKUN Nasional. Masyarakat India hanya diperuntukkan RM30 juta. Ini pun sudah sembilan tahun. Saya yakin lebih ramai usahawan India yang menunggu giliran mereka untuk mendapatkan pembiayaan TEKUN. Masyarakat India telah menyuarakan supaya peruntukan ini dinaikkan kepada RM100 juta. Mohon diberi perhatian terhadap perkara ini.

Dalam ucapan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memetik Tirukural yang berbunyi, [Bercakap dalam bahasa Tamil] Yang bermaksud adalah untuk membangun sebuah negara yang bukan sahaja komited mengangkat martabat kehidupan rakyat yang miskin dan daif bahkan untuk membasmi wabak penyakit dan musuh yang membinasakan. Maka keadilan untuk semua rakyat patut dibela secara sama rata. Susulan itu, saya juga harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjelaskan data berkenaan bilangan masyarakat yang diangkat daripada garis kemiskinan pada tahun ini khususnya di antara masyarakat India yang dikatakan sebagai bangsa yang paling mengalami isu kemiskinan di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan untuk Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina juga harus diteliti semula. Sememangnya peruntukan ini dimasukkan dalam peruntukan untuk membaik pulih sekolah-sekolah namun saya berpendapat satu jumlah peruntukan dikhususkan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti mana yang dipraktikkan sebelum ini memandangkan kebanyakan sekolah jenis kebangsaan ini adalah sekolah bantuan modal. Saya cadangkan supaya RM250 juta diperuntukkan untuk sekolah- sekolah jenis kebangsaan bagi membaik pulih kemudahan sekolah-sekolah ini termasuk untuk tujuan pemindahan Sekolah-sekolah Jenis kebangsaan Tamil yang telah dikenal pasti bagi kesinambungan pembelajaran yang lebih mudah untuk diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, saya juga ingin mengetengahkan cadangan untuk kerajaan mengusahakan program biasiswa khas bagi pelajar-pelajar India di peringkat pengajian tinggi dengan sebanyak RM200 juta. Peruntukan juga perlu dinaikkan bagi meningkatkan kuota kemasukan pelajar-pelajar India, Cina dan lain-lain ke universiti awam Malaysia. Apabila pelajar-pelajar ini tamat pengajian di peringkat STPM atau matrikulasi atau diploma atau asasi, mereka sering kali gagal memasuki universiti awam kerana ketidakcukupan kuota bagi sesetengah bidang pengajian. Perkara ini juga telah diutarakan sebagai cadangan sejak beberapa tahun yang lalu tetapi tidak pernah diambil perhatian. Saya akui mungkin kerajaan akan menjawab supaya masyarakat India dan Cina mahupun yang lain-lain supaya tidak hanya bergantung atau menumpukan perhatian kepada bajet khusus atau masyarakat malah harus mengambil bahagian dalam peruntukan yang telah disediakan secara keseluruhan. Tetapi saya ingin bertanya kepada semua pihak, adakah begitu mudah untuk seorang yang bukan bumiputera untuk memohon geran atau pinjaman atau mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan? Projek-projek kerajaan atau bantuan yang disediakan melalui mainstream initiative. Sebagai contoh, kerajaan telah membangunkan Program Pembangunan Vendor atau Vendor Development Program. Satu usaha yang baik tetapi mengapakah program ini hanya disediakan untuk masyarakat bumiputera sahaja? Kenapa tidak melibatkan masyarakat lain? Sama juga kepada program-program pembangunan atau pendaftaran kontraktor G1 hingga G4. Bagi projek kerajaan yang hanya dibuka untuk masyarakat bumiputera sahaja tidak juga disediakan untuk masyarakat lain. Masyarakat India sejak beberapa tahun yang lalu semasa Dialog Bajet pernah mengutarakan cadangan supaya kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman modal bagi membeli amanah saham khususnya untuk kaum India seperti mana yang terdapat untuk masyarakat bumiputera supaya lebih ramai masyarakat India dapat memiliki saham yang seterusnya akan meningkatkan ekuiti kaum India. Namun, inisiatif ini tidak pernah wujud pada mana-mana bajet walaupun pernah dinyatakan beberapa kali oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri yang sebelum ini. Kita perlu akui bahawa terdapat banyak inisiatif dan peluang dalam Bajet 2025 kepada semua masyarakat tetapi adakah inisiatif atau peruntukan umum ini sampai kepada semua lapisan masyarakat? Terdapat polisi-polisi dalaman yang berteraskan kaum atau agama yang menjadi kekangan untuk semua masyarakat Malaysia menikmati bajet ini. Perkara ini harus diperbetulkan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk membandingkan kemudahan yang dinikmati oleh mana-mana kaum tetapi saya memohon supaya kerajaan berlaku saksama dalam mengagihkan kekayaan negara. Saya sokong segala inisiatif untuk masyarakat bumiputera namun saya juga meminta kerajaan untuk menyediakan inisiatif-inisiatif yang seumpama kepada masyarakat lain. Umpamanya, kerajaan memiliki 10 biji guli. Saya tidak meminta kerajaan agihkan guli itu sama banyak iaitu tiga biji setiap masyarakat atau tujuh biji guli kepada satu golongan masyarakat dan tiga lagi kepada lain. Matematik saya adalah agihkan empat biji guli kepada

masyarakat bumiputera, tiga biji guli kepada masyarakat Cina, dua biji guli kepada masyarakat India dan sebiji kepada yang lain-lain. Masyarakat India semakin tenat, seolah- olah kita telah kehilangan kaki. Jangan meminta kami lari bersama-sama dengan mereka yang hanya cedera parah atau kehilangan tangan. Keperluan adalah berbeza-beza. Pastikan masyarakat India yang telah kehilangan kaki diberi kaki palsu. Yang cedera parah dirawat terlebih dahulu sebelum meminta semua berlari daripada garisan permulaan yang sama. Inilah saksama yang saya hasratkan. Cadangan saya adalah sekurang-kurangnya sebanyak RM600 juta boleh diperuntukkan untuk pembangunan masyarakat India bukan sahaja melalui MITRA tetapi daripada program-program pembangunan sosial ekonomi melalui inisiatif-inisiatif tambahan. Jumlah sebanyak RM600 juta yang saya cadangkan ini hanya lebih kurang 0.14 peratus daripada bajet keseluruhan atau 0.8 peratus sahaja daripada jumlah peruntukan pembangunan. Ini menunjukkan kerajaan kita hanya memerlukan sedikit lagi kehendak politik untuk membantu pengundi India yang telah menzahirkan sokongannya kepada perpaduan kita pada hari ini. Selain itu, saya ingin menyentuh sedikit sebanyak tentang keperluan-keperluan penduduk Klang. Seperti yang sedia diketahui oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Bandar Raya Klang menjadi antara penyumbang ekonomi yang terkuat bagi kerajaan negeri mahupun Persekutuan. Maka, kepentingan yang diberi untuk pembangunan menaik taraf Bandar Raya Klang juga mesti diselaraskan dengan sumbangan ekonominya. Dalam ucapan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, perkara ke-231 di bawah Ikhtiar 46: Pengangkutan Awam – menyatakan bahawa sebanyak RM2.8 bilion disediakan untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan dan untuk jalan negeri pula sebanyak RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan. Ini adalah suatu langkah yang saya sambut baik dan alu-alukan. Walau bagaimanapun, permasalahannya bukan dari segi peruntukan tetapi dari segi pengagihan peruntukan. Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Kementerian Kewangan mengenai pecahan peruntukan yang akan dibelanjakan untuk menaik taraf jalan raya di Klang dan menampung pergerakan kenderaan yang begitu banyak, berat, sering mengalami kerosakan jalan raya di Klang. Pihak kementerian juga harus memastikan bahawa peruntukan untuk menaik taraf jalan raya di Bandar Raya Klang dipertingkatkan berbanding dengan tahun lepas. Memandangkan insiden kerosakan jalan raya semakin meningkat, pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke atas persetujuan untuk membina dan menaik taraf Jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang, Selangor dengan kos RM107 juta. Dalam pada itu Yang di-Pertua, disebabkan masa saya singkat, bagi saya sedikit sahaja. Berkenaan tentang perbelanjaan yang telah dinyatakan dalam Bajet 2025 berkenaan tentang tebatan banjir. Projek-projek tebatan banjir yang telah diumumkan bagi Selangor khasnya Lembah Klang. Apa yang saya difahamkan, pada dua tahun berturut-turut ada

pengumuman tetapi tiada pergerakan di bawah. Kita tak nampak projek itu telah diselenggarakan ataupun telah dimulakan. Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi. Sekiranya hanya kita umum tanpa pelaksanaan, tanpa sebarang kemajuan, adalah ia seperti menipu rakyat. Saya harap sebarang pengumuman dalam Bajet 2025 khasnya projek-projek berkenaan yang dekat dengan rakyat seperti tebatan banjir dan juga jalan raya dan juga hospital dan sebagainya, harap segera disiapkan dan juga dimulakan. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu luar daripada konteks Belanjawan 2025 iaitu ini adalah berkaitan tentang isu anjing bernama Kopi yang telah ditembak mati semasa operasi penangkapan dan pelupusan anjing yang tidak ada tuan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Besut pada 6 Oktober lepas. Tindakan sebegini tidak mengambil kira sentimen masyarakat awam, harus dikawal dan pihak penguat kuasa yang terlibat harus diarahkan untuk bertindak dengan lebih beretika.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

Gulung, last, last. Saya faham bahawa operasi ini dibuat berdasarkan undang-undang namun mereka perlukan latihan. Kembali ke Belanjawan 2025, kesimpulan saya secara peribadi, bangga dan kagum akan segala pencapaian dan kemajuan yang telah dicapai daripada segi pentadbiran dan mikroekonomi oleh Kerajaan MADANI ini sejak mengambil alih kepimpinan di Putrajaya. Walau bagaimanapun terdapat sedikit sebarang penambahbaikan yang perlu diteliti oleh kita untuk terus mara ke hadapan sebagai suatu kerajaan yang lebih kompeten dan adil. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu Sabak Bernam ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu dan seluruh rakyat Malaysia amnya dengan ucapan Happy Deepavali, Vatukel. Rumunandri. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025, “membugar ekonomi, menjana perubahan, mensejahterakan rakyat” adalah belanjawan terbesar ketimbang yang sebelumnya iaitu sebanyak RM421 bilion. Besar itu baik. Sangat baik kerana tujuannya untuk mensejahterakan rakyat tetapi kita perlu ingat orang tua dulu-dulu ada berpesan dan berkata, “Semakin besar periuk, maka semakin teballah keraknya”. Saya ingin merujuk kepada maksud kerak iaitu ketirisan, penyelewengan, pembaziran, orang tengah dan sebagainya. Besar mana pun bajet yang diluluskan sekiranya tiada mekanisme mengesan setiap perbelanjaan dan

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

penguatkuasaan yang lemah, maka akan berlaku banyak ketirisan terhadap belanjawan yang diluluskan itu dan akhirnya tidak sampai kepada manfaat rakyat jelata. Izinkan Dato’ Yang di-Pertua, Sabak Bernam membawa isu tempatan iaitu isu ternakan lembu secara lepas. Tiada kandang, tiada diikat dengan tali, tiada padang ragut yang mana pengusaha penternak lembu ini dia melepaskan lembunya merayau-rayau dan hanya memantau sekali sekala. Kira, kalau ada yang hilang. Apa yang menjadi masalah ialah lembu ini dia makin lama makin banyak kerana dia membiak. Jadi apabila dah terlalu banyak, dia masuk ke kawasan-kawasan penempatan, kediaman, kampung-kampung. Dia makan tanaman penduduk kampung, membuang najis merata-rata. Begitu juga di taman perumahan, di hospital juga di Sabak Bernam, Hospital Tengku Ampuan Jemaah. Pagarnya dah runtuh! Saya dulu Pengerusi Lembaga Pelawat. Kami ada inisiatif pasang kawat berduri, pun runtuh! Jadi lembu inilah yang menceroboh pada skala yang besar. Satu kawan, kumpulan itu adalah dalam dua tiga ratus. Masuk kawasan hospital. Jadi saya minta Kementerian Kesihatan sekali lagi supaya memberikan peruntukan untuk membina pagar Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam yang banyak berjasa kepada masyarakat setempat dan sekitarnya supaya pagarnya dinaik taraf. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sejak daripada mula dibuka 30 tahun dahulu sampai sekarang tidak pernah dibaiki. Kalau di depan itu pagarnya elok, pagar besi tapi tolak dengan jari pun dah boleh runtuh sebab dah reput. Kalau kita masuk pun...

Yang Berhormat.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Ya.

Hendak tanya sikit boleh?

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Boleh. Silakan.

Tadi saya dengar tentang lembu ini. Jadi lembu itu Yang Berhormat dia boleh makan pagar itu, dia boleh robohkan pagar tu? Kuat betul lembu tu. [Ketawa]

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, jangan masukkan ucapan Bangi ke dalam ucapan saya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Lembu itu dia masuk nak makan rumputlah dalam hospital tu. Dia redah pagar semua tu. [Tepuk] Jadi kalau kita hendak masuk hospital, pesakit-pesakit ini, dia hendak mendapat layanan yang bagus daripada jururawat, doktor dan sebagainya tetapi hospital Sabak Bernam ini masuk sahaja sebelah pondok jaga dah ada lembu. Dua, tiga ekor, sepuluh ekor makan rumput. Parking di tempat parking kereta, sebelahnya ada asrama jururawat, pun tak nampak jururawat, nampak lembu juga. Makan rumput. Masuk dekat unit kecemasan pun nampak lembu. Maksud saya bukan lembu duduk dekat kecemasan. Kita duduk di unit kecemasan itu tunggu giliran, nampaklah lembu kat luar tu makan rumput. Begitu banyak lembu berkeliaran masuk kawasan hospital dan ini sudah bertahun-tahun berlaku.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Saya dalam belanjawan yang lepas pun saya ada sebut perkara ini tetapi masih pagar tidak berubah juga. Saya rasa sangat bersyukur nasib baiklah Kompleks Parlimen Malaysia ini dibina dekat Kuala Lumpur. Kalau dibina di Sabak Bernam, Tuan Yang di-Pertua pergi ke Dewan pun mungkin boleh terlanggar lembu. Minggu lepas berlaku satu kemalangan maut. Seorang penunggang motosikal, lelaki berusia 31 tahun, anak empat orang, isteri seorang, dia naik motor sorang-sorang terlanggar lembu. Dijumpai sudah tidak bernyawa di tepi jalan. Di sebelah sana pula, lembu pun tidak bernyawa. Dua-duanya. Mangsa meninggal. Lembu mati. Berlaku di jalan Kampung Batu Tiga Sepintas. Di situ ada ladang, ladang Sabak Bernam, kawasan sunyi. Inilah kawasan- kawasan yang selalu dia menjadi kemalangan jalan raya selain daripada kawasan lain seperti di Sungai Lang dan sebagainya. Di depan MITS Bagan Terap pun selalu berlaku kemalangan. Minta pihak yang berkuasa pasang lampu sepanjang jalan itu supaya setidak-tidaknya terang. Mungkin kemalangan ini berlaku sebab tidak ada lampu. Kita ini kalau berlaku wabak denggi kah, malaria kah, COVID-19, kita jaguh menangani masalah ini. Selesai! COVID yang tak dapat nampak di mata kasar pun boleh selesai tapi lembu yang besar-besar tidak boleh selesai sampai sekarang. Jadi...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Yang Berhormat. Boleh bagi pandangan sikit? Hendak minta pandangan juga tentang isu ini.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Boleh, boleh.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Kerana kes yang sama bukan berlaku di Sabak Bernam sahaja. Kawasan saya pun pernah berdepan dengan isu yang sama iaitu pada pandangan YB sama ada penternak sebenarnya bertanggungjawab atas kemalangan sebegini dan perlu dak kita – bukan buat pindaan undang-undang di Parlimen tetapi undang- undang kecil di kesemua PBT itu perlu dikemaskinikan supaya penternak held responsibility- lah, dengan izin. Ini kerana kalau tidak apabila berlaku kemalangan, penternak katanya “Eh! Bukan lembu saya. Dia lari jer”. Tetapi apabila tidak ada kemalangan, dia nak kick semua lembu tersebut. Apa pandangan YB?

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Cukup, cukup. Sila duduk. [Ketawa] Masukkan dalam ucapan saya. Saya pun berpandangan sama. Macam Majlis Daerah Kuala Selangor, dia ada seksyen 5(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971. Kita hendak peringkat pusat ni. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan – makanan terjamin tapi nyawa tidak terjamin. Jadi kena kaji. Buat satu undang-undang khusus supaya penternak ini tidak membiarkan ternakannya berkeliaran. Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ada dua perkara tajuk yang sama diulang seperti mana yang lepas. Ketimbang yang lepaslah. Yang pertama, reformasi subsidi. Yang kedua, cukai baharu. Saya nampak reformasi subsidi diesel mensasarkan kerajaan telah berjaya menjimatkan RM8 bilion. Banyak! RM8 bilion. Alhamdulillah, tahniah. Belanjawan kali ini yang terbesar, RM421 bilion. Satu kejayaan lagi iaitu 20.1 peratus daripada KDNKK.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Kemudian RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus. RM86 bilion untuk pembangunan. Hebat! Saya ceritakan dari akar umbi, pada rakyat di kawasan saya terutamanya petani. Kehebatan pentadbiran sekarang ini. Mereka jawab, “YB, untung berbilion-bilion sasar subsidi diesel tapi YB tahu tak apa yang kami petani padi ini alami? Dulu sebelum penyasaran diesel, untuk tiga ekar sawah, kami hanya memerlukan RM1,150 sahaja untuk kerja-kerja penanaman padi. Sekarang sudah naik RM1,670. Maknanya naik kepada RM520. Bayangkan saya ada 10 ekar, berapa banyak saya hendak bayar” dia kata.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Potong jerami dulu RM100, sekarang RM180. Rotor yang pertama RM130, sekarang dah RM210. Rotor ketiga, RM110 dulu, sekarang RM190. Sisir ataupun merata tanah, dulu RM200, Sekarang RM250. Labelkan tanah supaya tanahnya sama, tak tinggi rendah supaya semua kawasan sawahnya dapat air ya, kita label dulu. Dulu RM350, sekarang RM430, Tuan Yang di-Pertua. Kemudian, tolak tanah dengan ‘briquette’ dulu RM80, sekarang RM90. Menuai dulu RM60, sekarang RM90. Dulu RM1,150 sahaja kos untuk tiga ekar, sekarang sudah naik RM1,670, beza RM527. Ini yang rakyat rasa. Kita ini sebagai bapa, kalau kita cerita kat anak- anak kita, bapa sekarang gaji besar. Bapa buat Foodpanda, buat kerja macam-macam sebulan RM500, RM600 tetapi anak makan nasi lauk ikan kering, hendak buat apa? Untung negara berjuta-juta, berbilion-bilion sampai susah hendak menyebut angkanya, besar sangat tapi petani rugi terpaksa menambah kos RM520. Ini patut dipertimbangkan. Kejayaan kita bukan nak mengumpul angka yang besar-besar ini, kita hendak rakyat dapat nikmat. Kemudian, saya mencadangkan supaya keluhan daripada penggiat seni lah, yang saya jumpa seorang artis. Dia menyatakan kepada saya, dia juga seorang concert organizer, penganjur konsert. Dia kata, konsert tempatan dianjurkan oleh tempatan, cukainya 25 peratus. Maknanya jualan tiket itu kalau dapat RM1 juta, dia bayar RM250 ribu kepada kerajaan sebagai cukai. Tetapi konsert dari luar 10 percent sahaja, kenapa berbeza? Artis luar ini bayaran lebih dan persembahan mereka pun kadang-kadang tidak menepati dengan kehendak masyarakat Malaysia sehingga ditutup konsert mereka, diberhentikan serta-merta kerana melakukan aksi-aksi yang tidak molek di atas pentas, tahniah penguat kuasa. Tetapi artis tempatan terpaksa membayar lebih cukai berbanding mereka dan artis tempatan juga. Saya secara peribadi lah ingin ─ terutamanya yang mencipta lagu supaya kementerian yang berkenaan membuat tapisan kepada lagu-lagunya ya. Kadang-kadang lagu-lagu yang dia punya seni katanya tak sesuai, terkeluar di corong-corong radio, jadi siulan anak-anak muda. Contohnya lah, lagu apa tajuk tu. [Menyanyi] “Sakit hatiku memikirkan kamu, sakit mataku melihat wajah mu” Ini orang bercinta biasa, tapi selepas tu, lirik selepasnya. [Menyanyi]

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

“Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya”. Itu pun boleh dikeluarkan radio Malaysia. Budak ini, saya pergi melawat Tuan Yang di-Pertua. Melawat, ziarah orang susah, pegawai saya cakap. Saya pun pergi melawatlah. Bila saya melawat, mak ayah tengah marah, “kamu ini tak pergi sekolah nanti susah tak ada pelajaran macam mak ayah, nak jadi apa?” Sekali anaknya jawab. [Menyanyi] “Terpulanglah mahu jadi apa, jadi hantu, jadi buaya”. Budak ini besok sekolah menengah. Habis sekolah menengah, umur 18 tahun boleh mengundi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

...Saya takut dia jadi pengundi hantu nanti. Jadi, cubalah, buatlah lagu-lagu yang ada nilai-nilai nasihat macam lagu-lagu dulu-dulu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ya, berpuluh-puluh tahun tetapi masih sedap didengar, ya. [Menyanyi] “Malam bulan di pagar bintang, makin indah jika dipandang, Bagai gadis beri senyuman, pada bujang idaman” Orang dulu-dulu cipta lagu, dia tidak direct jadi hantu, jadi buaya, jadi biawak, jadi tikus, ular senduk, semua sebut, lagu-lagu sekarang. Dia dulu berkias-kias tetapi kesannya bertahun-tahun jadi teladan. Bulan, indah bulan di pagar bintang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, 30 saat.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Sebab itu sekarang ini ramai yang orang suka tengok bulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberikan sedikit masa kepada saya. Terlebih tadi ya. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya bagi pendapatlah. Baguslah kerana realiti yang berlaku di kawasan daripada retorik politik ya. Ini pandangan saya. [Tepuk] Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi ruang kepada Tenggara bahas Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang bertemakan, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”. Tuan Yang di-Pertua, Tenggara mulakan dengan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana laksana Ikhtiar SejaTi MADANI, sewaan bot dan aktiviti memancing, berkayak dan ATV yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Sayong Pinang di kawasan Tenggara ini, kaum Jakun telah menambah pendapatan RM15 ribu sebulan. Yang keduanya, saya ingin memberitahu bahawa usaha kerajaan melalui ikhtiar SejaTi MADANI ini amat baik dan dinanti-nantikanlah oleh masyarakat kampung di tempat

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

saya, termasuk di Gugusan Batu 4 melibatkan Temenin, Temenin Baru, Lukut, Bukit Lintang, Sungai Telor, Sungai Redan dan juga dua lagi kampung Orang Asli yang ada di Tenggara. Mudah-mudahan boleh sampai juga Ikhtiar Sejati MADANI ini ke sana. Keduanya, saya nak ucap terima kasih kerana salur peruntukan sebanyak RM2.6 bilion kepada FELDA, RISDA dan FELCRA. FELDA, sebab saya anak peneroka FELDA. RISDA, sebab saya pengerusi dan FELCRA, kerana saya ramai kawan di FELCRA. Saya harap mudah-mudahan amaun yang diberikan ini mampu mensejahterakan masyarakat luar bandar, petani dan peladang. Tuan Yang di-Pertua, mengimbau masa lalu dan melihat Belanjawan 2025 ini, kita mungkin kena belajar dari era lima tahun sebelum COVID-19. Setuju dengan pandangan pengerusi backbencher sebelum ini masa membahas bahawa kerajaan memerlukan satu pandangan yang agak terlajak jauh sedikit supaya kita boleh memberitahu kepada generasi kita, apakah bentuk ataupun bayangan negara pada suatu masa yang akan datang dan belanjawan serta Rancangan-rancangan Malaysia yang diatur ke arahnya itu adalah untuk negara memberitahu kepada masyarakat tentang bentuk negara kita pada masa yang ditentukan. Kita pernah ada pelan Transformasi Nasional (TN50) dan pada ketika itu juga, ketika diperkenalkan 2016, ia telah memacu negara menjadi negara 20 yang teratas. Di situ jugalah diperkenalkan IR4.0 dan di sebalik pelaksanaan TN50 ini, disokong oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular itu. Tetapi angka yang ada pada saya ini RM27.1 bilion dikutip pada 2015, RM41.2 bilion dikutip pada 2016 dan RM44 bilion dikutip pada 2017 dan dilaksanakan di banyak negara, 170 negara. Saya kira, dengan keadaan yang ada sekarang ini, mungkin boleh dipertimbangkan. Kita kena perlu sedar bahawa ketika TN50 itu dilaksanakan, kita mendengar tentang KPI, KRA, outcome-based budgeting dan national blue ocean strategy. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, pada pelaksanaan belanjawan ini juga, kita perlu merangka satu pandangan yang lebih jauh dan jelas supaya Belanjawan 2025 ini yang kita boleh katakan adalah belanjawan terakhir, sebelum habisnya Rancangan Malaysia Ke-12, kerana pada 2026 kita sudah diambang untuk mengorak langkah ke Rancangan Malaysia Ke-13. Jadi soalan Tenggara, adakah bajet ini melangsungi apa yang telah kita rangkakan pada 2024 dan melengkapkan pillar-pillar yang telah ditentukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Saya berharap Belanjawan 2025 ini mampu menjadi seumpama VForce dan Tuti747 dalam tangki 125Z. Bagi pecutan terakhir RMKe-12 ini, sekiranya ada adjustment-adjustment tertentu yang perlu dilakukan, yang telah pun dilakukan dalam midterm review RMKe-12 itu boleh juga ditengokkan. Seperkara lagi, secara umumnya ketika berkhidmat di Majlis Tindakan Ekonomi, di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, saya melihat Majlis Tindakan Ekonomi Negara ini ada peranannya yang tertentu untuk melakukan alignment dan mensiagakan ekonomi apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Saya kira juga dalam Belanjawan 2025 ini, saya harap boleh diberi penghakupayaan dan dimanfaatkan sepenuhnya. Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang terdiri daripada kalangan-kalangan Menteri yang terlibat, Gabenor Bank Negara, KSP dan juga KSU Kementerian Ekonomi supaya boleh menjadi sumber permuafakatan ekonomi bagi keputusan-keputusan negara dalam pesanan dasar-dasar MASA yang terbaik, termasuk untuk menjayakan Belanjawan 2025. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan industri sawit dan getah. RM100 juta telah diperuntukkan bagi bantuan tanam semula. Ia memberi nafas lega kepada pekebun kecil sawit. Ia melibatkan 5,900 hektar dan bantu pekebun kecil tanam semula pokok sawit yang telah tualah. Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) daripada RM3,000 ke RM3,150 satu tan bagi Semenanjung, RM3,500 kepada RM3,651 tan bagi Sabah dan Sarawak juga adalah langkah yang amat positif. Langkah ini memberikan ruang kepada syarikat perladangan beroperasi dengan lebih efisien, mendepani cabaran persaingan pasaran minyak sayuran global. RM65 juta yang diperuntukkan untuk menangkis salah tanggapan mengenai minyak sawit juga adalah berbaloi diletakkan dalam belanjawan ini. Walau bagaimanapun, Tenggara ingin mencadangkan kerajaan perlu wajar dan mesti membangunkan atau melaksanakan eTrace system ataupun Digital Commodity Tracing System bagi ketelusan kepada rantaian bekalan, integrasi sistem bersangkutan ESG dan gig economi. Kerana kita bimbang daripada Eropah ini dia menghentam dan menghenyak industri sawit kita ini kerana kita tak comply dengan apa yang mereka perlukan. Jadi kalau perlu, di pihak kerajaan mungkin memberikan dana sedikit supaya boleh diperkenalkan ataupun diwajibkan eTrace system ini kepada pengeluar-pengeluar sawit, termasuk juga pekebun-pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, bagi industri getah kita terima beberapa perkara ini, RM60 juta untuk laksana Program Galakan Pengeluaran Lateks Pekebun Kecil RISDA dan penyaluran untuk merawat pokok getah yang luruh daun ini pestalotiopsis RM10 juta. Walau bagaimanapun, saya suka untuk memaklumkan di sini, apabila saya bertemu dengan pekebun-pekebun getah di kawasan saya Tenggara, terutamanya di Sungai Redan, Kampung Temenin dan Rantau Panjang, termasuk juga Kampung Orang Asli Sayong Pinang. Mereka selalu meminta-minta klon RRIM 600 diperkenalkan semula. Saya pun buat penyelidikan bahawa klon 600 ini memang dulu masa kita mula-mula tanam, buka estet getah ini, termasuk juga di kawasan-kawasan FELDA memang kita pakai klon 600. Tapi pada tahun 2009, ia telah tidak dibenarkan semula. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan mengambil peranan untuk mengkaji semula penggunaan klon RRIM 600 ini kerana selain daripada getahnya yang banyak, kayunya juga cantik, bagus untuk komoditi balak, kayu kayan supaya boleh menambah hasil kepada kerajaan. Saya difahamkan 65 peratus daripada getah yang ditanam di negara Thailand, yang suatu masa belajar daripada kita menguruskan getah ini adalah klon 600.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Jadi, Tenggara mencadangkanlah supaya kerajaan buat kajian dan saya difahamkan juga di RISDA ini tiada dibenarkan untuk membuat R&D sendiri berkaitan dengan baka ini. Jadi, saya mencadangkan supaya boleh pihak RISDA ini yang menjadi single custodian kepada pekebun kecil getah, memiliki ruang untuk mengadakan penyelidikannya sendiri berkaitan dengan baka. Kerana kalau kita tengok bagi industri sawit, MPOB tak dictate pun benih apa yang nak ditanam. In fact, FELDA pun menghasilkan Yangambi di makmalnya sendiri. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan TVET. Peningkatan peruntukan daripada RM7.5 bilion daripada berbanding RM6.8 bilion tahun lepas adalah satu komitmen yang jelas kerajaan dan ia merupakan satu gamechanger lah yang boleh memacu utama melahirkan tenaga kerja mahir tempatan di samping mensiagakan talent kita untuk berhadapan dengan dunia industri. Peruntukan untuk TVET perlu memberi tumpuan yang RM7.5 bilion ini, cadangan Tenggara memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran kecekapan tenaga pengajar dan gabungan kajian SEED case dunia lapangan sebenar, pengalaman praktikal ke dalam kurikulum dan bagi membantu tenaga pengajar TVET menunjukkan kepentingan kecekapan tenaga dalam tetapan teknikal dan vokasional yang berbeza. Pendidikan TVET juga dengan kemahiran kecekapan tenaga lanjutan termaju, kerajaan perlu pastikan generasi akan datang bersedia menangani cabaran kemapanan tenaga yang semakin meningkat dalam tenaga kerja. Satu hal yang paling mustahak, kepentingan pemetaan pensijilan profesional antarabangsa dengan pensijilan kebangsaan, korelasi yakni kaitan timbang balik hubung kait pemetaan pensijilan profesional antarabangsa, pensijilan nasional, penting untuk memupuk pendekatan yang padu, piawaian kepada pembangunan dan pengiktirafan profesional. Dengan mengiktiraf dan mengesahkan kesetaraan pensijilan antarabangsa dan piawaian kebangsaan, profesional boleh meningkatkan mobiliti, kredibiliti, kebolehpasaran dalam pasaran kerja yang kompetitif dan telah tiba masanya sistem TVET Malaysia melahirkan profesional yang menerima manfaat. Kesempatan ini juga saya mengambil untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan RM20 juta kepada usaha untuk menubuhkan Malaysia-China Institute di Bagan Datuk. Saya difahamkan oleh pihak Malaysia-China Institute, bilangan keseluruhan bakat TVET tempatan telah menerima manfaat melalui inisiatif Malaysia-China Youth TVET Training digerakkan bersama belia mahir dan Tang International telah mencecah angka 1,841 orang. MCI telah menjalinkan hubungan dengan 225 institut TVET China. Jadi justeru peruntukan yang diberikan untuk TVET ini diharap dapat menala lagi kemaraan usaha kita mendekatkan jurang TVET itu dengan negara China. Saya ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada PMX atas hubungan baik dengan Kerajaan China dan juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Pengerusi MTVET, Timbalan Perdana Menteri kerana merintis jalan TVET bersama China melalui manfaat BRI.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Akhirnya adalah berkaitan dengan pendidikan. Kita sedia maklum pendidikan pada tahun depan 2025 mendapat peruntukan yang besar RM64.1 bilion. Ada banyak perkara yang hendak dibuat tapi bagi Tenggara pun kita memang memerlukan lagi sekolah. Sekarang dah ada 11 sekolah menengah, 40 sekolah rendah. Namun pendidikan digital itu masih ada lagi tuntutan, rungutan dan permintaan daripada pihak-pihak sekolah. Jadi, saya harap pihak Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan boleh mengambil langkah daripada peruntukan yang besar ini untuk melengkapkan ekosistem pendidikan digital di sekolah-sekolah yang sedia ada. Termasuk juga dengan akses internet. Seperkara lagi juga adalah berkaitan kemudahan sukan. Kita tahu antara matlamat Falsafah Pendidikan Nasional ialah melahirkan generasi yang JERI yang bagus daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun kita lihat kemudahan-kemudahan sukan juga di peringkat sekolah-sekolah ini amat kurang. Jadi kita bimbang nanti generasi yang kita asuh dan kita nak lahirkan hanya cerdas satu bidang, itu pun kalau dia cerdas. Tapi sekurang- kurangnya untuk pembangunan sukan juga mesti disediakan sekurang-kurangnya ada norma. Ada norm mungkin 10 sekolah rendah, dua, tiga sekolah menengah ada satu kompleks sukan. Seperkara lagi selain daripada sibuk kita untuk membina bangunan baharu sekolah baharu, memang Tenggara pun memerlukannya. Tetapi kita perlu juga kepada usaha untuk melihat sekolah-sekolah yang melebihi usia 40 tahun mestilah diberi peruntukan untuk diselenggara maintenance secukupnya supaya masyarakat ataupun masyarakat pendidik dan murid-murid dapat belajar dalam suasana dan situasi yang sewajarnya. Terakhir adalah berkaitan dengan industri halal. Industri halal, pasaran global industri halal mencecah RM22.34 trilion menjelang 2030. Pada September 2022, berjaya tarik RM9.5 bilion atau 59 peratus daripada FDI. Menurut State Global Islamic Economy 2022, Malaysia di tempat pertama daripada 81 negara perolehan produk halal tertinggi. Ia potensi besar untuk negara. Saya khuatir persaingan negara luar seperti Indonesia yang mempunyai Master Plan Industri Halal 2023 — Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sila.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

2023-2029, mampu gugat kedudukan kita. Pada pandangan saya, baru-baru ini diumumkan untuk meng-MATRADE-kan HDC. Kita punya Halal Development Corp. ini. Jadi, saya rasa ia sebenarnya sepatutnya perlu diperkasakan lagi. Dalam usaha, dalam keadaan yang sekarang ini HDC pun saya lihat dah mampu menjadikan kita nombor satu daripada 81 negara. Jadi, seharusnyalah dan sementelah pula ya negara sedang memacu Halal Industry Master Plan 2030 dengan matlamat supaya Malaysia menjadi pusat rujukan halal dunia. Dengan itu wujud keperluan HDC dikukuhkan sebagai agensi yang menyelaras pemajuan ekosistem industri halal negara. Oleh itu, Tenggara mencadangkan agar HRD dibawa kembali ke Jabatan Perdana Menteri, sebagaimana asal lahirnya pada tahun 2006 di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, kemudian di Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri. Ini

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

akan menghantar mesej yang jelas keseriusan Malaysia kepada rantau dan dunia, bahawa kita mahu terus kekal jadi nombor satu di kalangan 81 negara lain yang terlibat halal. Sesuai atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan insya-Allah untuk lead Halal ASEAN.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Yang terakhir sekali adalah berkaitan dengan Tahun Melawat Johor. Saya kira Tahun Melawat Johor 2026 ini serentak dengan Tahun Melawat Malaysia juga. Jadi, dicadangkan kepada MOTAC, kita bukan sahaja perlu menyediakan dana yang cukup untuk mempromosikan tetapi juga kena ada usaha pada tahun 2025 bajet ini memunculkan produk pelancongan baru, menggilap produk pelancongan sedia ada. Infrastructure fasiliti pelancongan juga perlu diperbaik, akses capaian sepertimana yang disebut tentang jalan, jambatan juga perlu dilihat supaya boleh memberi manfaat kepada usaha dan cita-cita Malaysia untuk mencapai jumlah yang disasarkan pelancong daripada luar ke negara kita dalam perancangan besar Tahun Melawat Johor 2026 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, Tenggara mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Besut. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya terus kepada isu yang pertama ialah berkenaan dengan isu pengkelasan kategori T15 yang menjadi persoalan sekarang. Jadi, saya nampak kerajaan masih terkial-kial lagi. Masih lagi dalam kajian memastikan penyesaran subsidi terutamanya. Persoalan saya di sini, apakah sebenarnya status terkini tentang sistem PADU? Mengapa tidak perkara ini, pengelasan T15 tidak dirujuk kepada sistem PADU untuk menyelesaikan secara tuntas ya? Saya lihat kos pembangunan dan operasi sistem PADU ini dah mencecah RM85 juta. Jadi, adakah pengkelasan T15 nanti juga akan memakan belanja yang sama? Mungkin RM85 juta atau RM90 juta atau sebagainya? Ini akan menggunakan duit kerajaan. Jadi, saya tak nampaklah sistem PADU yang selama ini dibuat melainkan Menteri dialah yang bercakap, sembang ― dipanggil sembang padu. Jadi, seterusnya saya ingin menyentuh kepada tentang isu kenaikan gaji minimum. Persoalan yang pertama saya, adakah pekerja asing juga terlibat dalam kenaikan gaji tersebut? Jadi, kita sedar bahawa kenaikan gaji ini adalah tidak seimbang sebenarnya

yadengan situasi semasa yang dihadapi oleh pekerja dan juga majikan terutamanya pada mereka dalam sektor swasta dan juga peniaga-peniaga kecil dan juga yang sederhana. Jadi, saya ingin bertanya, sama dengan kenaikan RM200 ini, ketimbang RM200 ya mampu memberi nafas lega kepada rakyat yang sedang berperang dengan kenaikan kos sara hidup yang kita ketahui semua. Apakah nasib mereka terutama yang tinggal di bandar, sama ada mereka mampu untuk survive dan juga sustain? Jadi, berkenaan dengan majikan pula. Kalau saya bagi analogi. Katalah sesebuah syarikat tu ada 1,000 orang pekerja, kenaikan RM1,700 bermakna RM200,000 sebulan dia akan berbelanja. Kalau setahun, lebih kurang RM2.4 juta. Jadi, kita lihat majikan ini yang akan terbeban kerana kos operasi meningkat terutama syarikat industri kecil yang saya sebut tadi. Jadi, adakah kerajaan sebenarnya bersedia untuk memberikan insentif dan sebagainya supaya pengusaha syarikat-syarikat kecil ni dapat meneruskan perniagaan mereka? Kita lihatlah ya apabila gaji dinaikkan maka segala kos operasi syarikat perlu dinaikkan. Begitu juga dengan kos produk dan juga perkhidmatan. Jadi pada akhirnya, rakyat yang merupakan watak pengguna ni dan juga pembeli juga bakal menjadi mangsa kerana terpaksa menanggung kos pembelian yang agak tinggi. Jadi, kita lihat pada sektor perniagaan mikro, situasi ini sudah pasti menekan majikan yang baru membangun lalu menyebabkan perniagaan mereka tidak berdaya maju dan akhirnya berkemungkinan akan “gulung tikar”. Jadi berapa ramai pekerja tempatan yang akan terkesan dengan situasi ini? Pengumuman ini sebenarnya saya lihat mungkin hendak mengaburi mata rakyat atau sebagainya. Seterusnya saya ingin merujuk kepada teknologi kecerdasan buatan iaitu AI (artificial intelligence). Jadi, dalam Belanjawan 2025 ini diumumkan ada lebih kurang RM50 juta untuk universiti-universiti penyelidikan untuk memperluaskan penyelidikan dan sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber juga diperuntukkan. Contohnya kita tengok pengaplikasian teknologi AI ini kita merentasi pelbagai bidang, mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, asal sahaja seseorang itu celik IT. Jadi, saya nampak usaha ini ke arah positif. Namun, isunya kini adalah sejauh mana pihak kerajaan mampu mengawal penggunaan AI ini, supaya ia tidak disalahgunakan dan menjadi ancaman buat individu dan juga negara? Jadi, kita boleh lihat sekarang melalui gambar kita, orang sudah mampu buat boleh bercakap, kita tengok hari tu Tun Mahathir boleh bercakap Jepun. Akhir-akhir ni ada Tun Mahathir pun menyanyi, Dato’ Najib Razak pun nyanyi, PMX pun menyanyi lagu Laksana Bulan, Lagu P. Ramlee tapi melalui AI. Rasa Tan Sri pun biasa tengok. Jadi, ke arah-arah — itu baru dari segi nyanyian, belum lagi yang lain-lain. Kita takut. Jadi, persoalan saya sebenarnya apakah pemantauan ke atas sistem dibuat bagi mengelak tingkah laku yang tidak diingini seperti kandungan yang memudaratkan, bias, salah guna dan risiko lain yang tidak dikehendaki?

Jadi, saya lihat kita boleh — sekarang ini kita kalau lihat melalui gambar kita sahaja orang sudah mampu buat benda bercakap, alih suara dan sebagainya dan di dalam erti kata lain, situasi ini pada hakikatnya membuka ruang untuk berlakunya perbuatan sabotaj terhadap sesiapa yang tidak menyukai kita. Jadi, sekiranya ianya ke arah kebaikan, okey saya tak kisah. Tapi kalau ia mempunyai unsur-unsur khianat dan dendam, maka kesannya amat buruk kerana ia melibatkan reputasi, akauntabiliti, seterusnya imej dan juga maruah diri akan tercabar. Seterusnya saya ingin merujuk kepada peruntukan mengenai isu nadir bumi. Jadi, kita lihat seperti diketahui umum, baru ini satu kajian telah dikeluarkan oleh Jabatan Mineral berkenaan dengan nadir bumi di Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa negeri Terengganu mempunyai taburan super magnet sebanyak 500,000 dan dapat mengeluarkan hasil lebih kurang 7 bilion. Cuma masalah saya sekarang, apa sebenarnya ― namun apakah syarat dan SOP tuntas yang ditetapkan oleh kerajaan sebenarnya? Saya tidak hendak kuasa import-eksport ni terletak pada Persekutuan. Jadi, dia akan menyekat ― di mana akan mendatangkan kerugian kepada kedua-dua belah pihak sebenarnya kalau tidak berjalan dengan secara tuntas. Saya juga menyebut dari segi polemik federalisme. Sampai bila sebenarnya isu royalti ini hendak dipolitikkan oleh kerajaan sekarang? Sebab saya lihat banyak dah yang belum dibayar, RM1.52 bilion lagi belum dibayar, sedangkan kita lihat kontroversi ini sebenarnya bermula daripada titik pertemuan yang tidak sihat kerana perbezaan dari segi politik. Yang jadi masalah ialah Kerajaan Terengganu. Untuk seterusnya, saya cadangkanlah supaya isu federalism ini disepakatilah dan dilihat supaya ketempangan terhadap isu ini dapat diperbaiki. Jadi, kena rentasi sebenarnya parti. Kita tidak boleh melihat kerana dia diperintah oleh pembangkang, maka kita sekat dia punya royalti minyak dan sebagainya.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada apa yang disebut – ramai yang menyebutlah tentang kenapa pihak kita ini tidak menerima MoU daripada kerajaan? Saya nak beritahu sekarang, okey. MoU sebenarnya, bukannya kontrak. Apa yang kita terima selama ini adalah berbentuk kontrak. Sebab kalau kita nampak – dia benda nampak macam sama tapi sebenarnya tak sama. Nampak macam sama, tapi bukan dia. Faham-faham sahajalah ya. Ia tidak mengikat dari segi undang-undang sebenarnya. Jadi, tujuannya adalah untuk matlamat yang sama dan dikongsi bersama. Bukan dengan menghantar satu tawaran berbentuk kontrak dengan obligasi-obligasi di pihak kita. Obligasi yang menekan pihak-pihak kita. Bukan kita takut untuk isytihar harta. Sebab kalau MoU, semua kena isytihar harta. Okey, let’s go. Kita teruskan. Tapi, yang kita terima bukannya MoU. Sepatut MoU ini berbincang antara dua-dua belah pihak, dua orang sana, dua orang sini kah, diturunkan ke dalam dokumen dan itu yang ada persetujuan bersama. Jadi, mungkin kita boleh sebut kalau di Australia dia ada dua MoU dan MoA. Satu,

memorandum of understanding dan memorandum of agreement. Dua benda berbeza. Yang itu mengikat, yang ini tidak mengikat. Nak bagi faham kepada yang tak fahamlah. Itu semalam saya tengok Jelutong ini, bising, mengatakan pihak kita takut. Tapi, yang kontrak datang itu hanya kepada kita, kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan juga PN. Itu yang masalah. Buat betul-betul kalau nak bagi. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi, cakaplah tak sudi. Akhirnya, saya ingin merujuk kepada satu benda yang agak tular melalui TikTok tempoh hari dan diulangi oleh Jelutong juga. Tak ada dalam – masa saya nak berucap ini. Jelutong ulang balik, mengatakan bahawa tindakan kakitangan Majlis Daerah Besut ini rakus dan tidak berperikemanusiaan kerana membunuh seekor anjing liar. Jadi kita kena tengok. Sebenarnya, banyak dah aduan tentang anjing liar di Besut ini. Dia ada 800 ekor anjing. 131 aduan dah ada. Ha, jangan jadi macam Jelutong, liar macam itu. Cakap pun. Jadi, sebenarnya, justifikasi dah ada. Haiwan terbiar ini, dia memberi kesan negatif. Masalah kacau ganggu di kawasan dan ancaman penyakit zoonosis dipanggil atau rabies, ancaman kecederaan kepada orang ramai dan juga kotoran najis di kawasan-kawasan sekitar dan juga atas jalan raya, boleh menyebabkan kemalangan dan sebagainya. Banyak justifikasi, bukan semberono. Maknanya...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Besut, Besut.

...Jumpa, terus tembak.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

36(12).

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh minta penjelasan? Boleh?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Peraturan mesyuarat.

Tak boleh. Tak sempat.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Peraturan mesyuarat. “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kata yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”. Tadi Besut telah buat kenyataan yang amat mengelirukan dan salah. Dia katakan pembunuhan anjing itu boleh dijustifikasi. Tuan Yang di-Pertua, menurut seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, tak boleh bunuh anjing macam itu, mesti ikut SOP. Walaupun itu anjing liar, mesti tangkap secara berhemah. Tak boleh cederakan anjing itu. Jadi, jangan cakap ini boleh dijustifikasi. Walaupun anjing itu liar tapi itu...

Okey, okey.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Besut, Besut.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

...Bukan anjing liar. Saya nak beritahu. Itu anjing ada yang penjaganya. Mana boleh buat macam itu.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Besut, saya...

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Kampar, Kampar.

Ini saya rasa dia dah guna 37(2).

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Jadi, sila tarik balik. Ini tak ada apa-apa yang boleh dijustifikasi.

Dia saja mengganggu. Saya kata...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Bukan. Ini Akta Kebajikan Haiwan.

Dengar betul-betul! Saya cakap...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ini law. Tadi you cakap boleh dijustifikasi.

...Justifikasi.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Tak boleh justifikasi.

Sebelum dibuat...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Apa-apa pun tak boleh justifikasi untuk bunuh anjing.

...Kita dah ikut prosedur. You jangan cakap main-main.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Mana boleh bunuh anjing macam itu.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Besut, Besut.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Besut.

Guna 37(2).

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh saya...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ini telah melanggar...

Ini mengganggu.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

...Telah melanggar undang-undang.

Ini tujuan dia mengganggu.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Besut saya bagi...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Besut, Besut Ahli Parlimen tahu?

Awak yang tak faham!

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Besut Ahli Parlimen, kena pertahankan undang- undang negara. Mana boleh macam itu.

Apa justifikasinya? Awak faham?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Mana boleh buat. Tak boleh buat macam itu.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Besut, Besut. Saya bagi penjelasan yang jelas.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ini memang salah. Salah dari segi undang-undang.

Okey. Saya jemput kamu Kampar...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Tak boleh bunuh. Tak boleh bunuh.

Kampar, saya jemput kamu pergi ke Besut, minta lesen...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Besut.

...Kita ada keluarkan lesen. Undang-undang kecil ada.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Betul.

Kamu pun pergi sana...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Kalau tak ada lesen, boleh tangkap, tak boleh bunuh.

...Ambil anjing tersebut...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Besut, balik baca undang-undang, Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Okey. Saya cadangkan...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Okey, okey. Okey.

37(2) ini.

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk. Semua duduk.

Kecuali saya.

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk, semua duduk.

Saya berbahas ini.

Tuan Yang di-Pertua

Termasuk Besut. Duduk. Ini nak sampai dah ini. Okey, terima kasih. Besut, last word.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi, secara last-nya saya... [Tidak jelas]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, word last-nya terima kasih sahaja?

Saya ingin merujuk kepada bantuanlah, kepada macam kita nak ada rahmah ini, Jualan Rahmah. Cuma persoalan saya, Jualan Rahmah ini, dia adakah melibatkan ditentukan siapa yang terlibat membeli barang- barang yang dijual sebulan sekali sahaja?

Dia tak buat secara setiap minggu kah sebagainya? Sebulan sekali sahaja. Siapa sebenarnya yang betul-betul terkesan atau yang menerima faedah daripada – ini persoalan saya. Adakah melibatkan orang asing? Melibatkan juga T15? Kemungkinan. Mana dia tahu apa yang digunakan, modul dan sebagainya. Kita tak tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Masa dah, dah.

Itu soalan saya Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

Okey. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Putatan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua,

terima kasih kerana atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat dasar. Sebelum memulakan inti pati pertama perbahasan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas kelulusan 17 pakej Projek Pan Borneo Fasa 1B dengan nilai kontrak sebanyak RM9.7 bilion yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan MADANI 2025. Berita baik tersebut diyakini akan menjadi pengukuh kepada keakraban yang terjalin di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam merealisasikan sepenuhnya agenda Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang akan memacu lebih banyak lagi pertumbuhan yang progresif dalam setiap segmen pembangunan di negeri Sabah. Saya mulakan perbahasan dengan isu pendidikan. Kedaifan infrastruktur pendidikan merupakan antara cabaran yang merencatkan pembinaan masa depan anak-anak kita. Di negeri Sabah, ramai pelajar sekolah masih lagi diselubungi dengan masalah sekolah daif yang sehingga ke hari ini menjejaskan aturan pembelajaran harian mereka. Pembangunan semula sekolah di negeri Sabah perlu diberi extra attention oleh Kementerian Pendidikan. Perhatian tersebut perlu meliputi mekanisme penyaluran peruntukan yang lebih lancar serta saiz pembiayaan yang lebih signifikan. Agenda untuk merealisasikan reformasi pendidikan secara menyeluruh seharusnya digalas dengan penuh bertanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu diukur dengan impak yang realistik menerusi peruntukan RM1 bilion yang didedikasikan untuk dua Wilayah Borneo, khususnya Sabah yang masih dibelenggu dengan senario jurang infrastruktur berbanding dengan di Semenanjung Malaysia. Selain mengundang cabaran kepada persembahan akademik pelajar, masalah kedaifan infrastruktur sekolah juga boleh menduga motivasi setiap warga kerja sekolah untuk meneruskan bakti kepada anak-anak pelajar. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, ramai dari kalangan guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Petagas sudah lama mengharapkan bangunan pentadbiran yang baru bagi sekolah mereka. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri juga telah melawat tapak sekolah tersebut pada tahun ini. Menyentuh pula tentang bilik darjah, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk meneliti keperluan-keperluan semasa yang diperlukan oleh kebanyakan sekolah termasuklah di kawasan Parlimen Putatan yang merangkumi: (i) keperluan membina bangunan tambahan untuk mewujudkan ruang tambahan untuk pembinaan sejumlah bilik kelas yang baru; (ii) untuk memeriksa dan melihat semula kerja-kerja pendawaian elektrik bagi sekolah-sekolah yang telah melebihi 15 tahun umur; dan

(iii) keperluan menggantikan serta menambah kerusi meja pelajar dan kemudahan-kemudahan asas bilik kelas yang lain.

Setiap satu keperluan yang diperincikan tersebut saya sifatkan sebagai top priority yang perlu diberi pertimbangan serius oleh kementerian dalam aspek pembiayaan pembangunan, pembangunan semula atau penaik taraf bilik kelas serta penggantian kemudahan-kemudahan lain yang saya sebutkan tadi untuk dilaksanakan secara berfasa bagi menyelesaikan krisis bloated classroom. Kesesakan bilik kelas merupakan senario berdekad yang perlu ditangani dengan pragmatik menerusi peruntukan yang tersedia bagi tahun 2025. Senario kelas sardin tersebut telah membawa kepada pewujudan sekolah dua sesi yang selama ini menimbulkan kerumitan kepada perjalanan akademik yang turut dibebani dengan isu kekurangan guru. Tambahan pula, golongan ibu bapa juga turut berdepan dengan kekangan masa kerana terpaksa mencuri masa kerja untuk menghantar anak mereka ke sekolah pada sesi sebelah petang. Menyentuh soal pelan pelaksanaan pula, adalah menjadi harapan saya bahawa, sepertimana yang dibentangkan di dalam ucapan Belanjawan 2025, pembinaan SMK Lok Kawi berserta 44 buah sekolah yang lain benar-benar dapat dimulakan pada tahun perancangannya. Isu-isu pengurusan seperti isu tanah, kesediaan tapak dan proses perolehan perlu diurus dengan tuntas. Seterusnya, saya beralih kepada isu kesihatan. 160 ─ Itulah angka yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan dalam satu sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Zon Sabah pada 12 Oktober lalu. Itulah angka klinik yang dikategorikan sebagai daif di negeri Sabah. Walaupun 77 klinik dikatakan sedang menjalani proses pembangunan semula dan penaikan taraf, namun kewujudan klinik daif di negeri Sabah masih lagi menjadi masalah turun temurun yang diwarisi daripada satu pentadbiran kepada pentadbiran yang lain. Tragisnya, kesemua klinik yang berstatus daif tersebut merupakan klinik dengan asas binaan kayu yang masih menggunakan kemudahan serta peralatan yang sudah menjangkau belasan hingga puluhan tahun. Bagi maksud peruntukan pula, saya meletakkan harapan agar Klinik Kesihatan Putatan akan turut menerima manfaat khusus bagi tujuan penaik taraf infrastruktur yang antaranya meliputi penggantian katil serta kemudahan asas yang lain, pemerolehan peralatan perubatan berteknologi, pembinaan bilik atau ruang tambahan dan juga ruang letak kereta. Selain dibebani dengan kekurangan jumlah doktor, hospital-hospital awam di seluruh negeri Sabah juga berdepan dengan kekurangan tenaga pakar dalam bidang-bidang rawatan. Penyampaian perkhidmatan kesihatan awam akan menjadi lebih berimpak sekiranya hospital serta klinik kesihatan dilengkapi dengan peralatan perubatan berteknologi. Sehubungan dengan itu, saya ingin menegaskan agar Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menitikberatkan soal pemerolehan peralatan perubatan yang berteknologi tinggi untuk menyokong agenda pembangunan setara bagi sektor kesihatan awam di seluruh negeri Sabah.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga sewajarnya mewujudkan apa yang dipanggil bank vaksin negara yang boleh dijadikan sebagai pusat penyimpanan bagi pelbagai jenis vaksin yang diimport mahupun yang dibangunkan secara domestik. Bercakap tentang vaksin, ada dari kalangan pengamal perubatan telah menyuarakan keperluan untuk pelaksanaan program vaksinasi secara berfokus untuk rakyat di negeri Sabah termasuk di kawasan Parlimen Putatan. Antara penyakit yang memerlukan perhatian vaksinasi ialah penyakit campak, tuberkulosis, demam denggi dan juga Mpox. Seterusnya, isu tentang Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta Kementerian Kerja Raya. Kerajaan diminta mencari jalan bagi menangani masalah banjir kilat yang saban tahun melanda di negeri Sabah. Selagi sistem pengairan tidak lancar, selagi itu masalah banjir kilat akan terus menambah gelisah rakyat. Oleh sebab itu, menerusi peruntukan yang dikhaskan untuk kerja pembersihan dan penaik taraf longkang dan parit, saya menyarankan agar Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan dapat mengutamakan penyaluran peruntukan tersebut untuk negeri Sabah. Di samping itu, Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog juga merupakan projek penting yang saya ingin diberikan perhatian oleh Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Saya telah difahamkan oleh JPS Sabah bahawa dua daripada empat pakej projek tersebut telah pun mula dibina dan dijangka siap pada akhir tahun hadapan. Dua pakej tersebut adalah Pakej 1 dan Pakej 3. Di kesempatan ini, saya minta pertimbangan agar Pakej 3A yang melibatkan Sungai Putatan dapat diletakkan sebagai keutamaan teratas untuk dilaksanakan menerusi peruntukan yang tersedia bagi tahun 2025. Pakej itu akan memerlukan kerja pelebaran jambatan, jalan raya dan jambatan kereta api dibuat merentasi Sungai Putatan. Pelebaran tersebut penting untuk dilaksanakan secara berfasa bagi mengurangkan risiko banjir kilat di Putatan. Keutamaan seterusnya perlu diletakkan untuk pelaksanaan projek ataupun Pakej 2A yang melibatkan Sungai Petagas. Pelaksanaan pakej tersebut juga penting kepada usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk mengurangkan impak banjir kilat ke kawasan sekitar memandangkan ia akan berfungsi sebagai infrastruktur kawalan banjir yang lebih berkesan. Isu jalan raya pula adalah untuk meningkatkan kelancaran lalu lintas di jalan raya persekutuan yang bertrafik tinggi. Kementerian Kerja Raya diharap dapat menyokong pembiayaan pembangunan yang signifikan bagi kerja pelebaran jalan dan traffic improvement di seluruh negeri Sabah secara umumnya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, jalan Tamparuli-Ranau memerlukan penambahan lorong memotong. Jalan persekutuan itu yang menghubungkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sering menghadapi kesesakan, terutamanya ketika musim cuti. Penambahan lorong memotong akan membolehkan laluan tersebut digunakan dengan lebih selesa dan selamat. Saya berharap agar peruntukan di bawah Kementerian Kerja Raya bagi tahun 2025 akan dikhususkan bagi tujuan pembangunan tersebut sementara menunggu jajaran Fasa 2

Lebuhraya Pan Borneo dimuktamadkan. Begitu juga di laluan jalan persekutuan Kota Kinabalu-Kudat, khususnya di kawasan Tempasuk, Kota Belud yang amat memerlukan kerja penambahbaikan trafik untuk mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku. Untuk Kementerian Dalam Negeri, secara ringkasnya, saya ingin memohon pertimbangan untuk dimasukkan peruntukan bagi membangun semula Balai Polis Tanjung Aru di Parlimen Putatan. Para anggota polis yang bertugas di situ juga memerlukan kelengkapan pejabat yang baharu serta kuarters yang lebih kondusif untuk keselesaan mereka dan keluarga. Menerusi peruntukan yang akan dikhususkan untuk menaik taraf balai polis, saya pohon agar Kementerian Dalam Negeri dapat meluluskan sejumlah peruntukan yang signifikan bagi membolehkan segala urusan untuk menaik taraf balai polis tersebut dapat dilaksanakan pada tahun 2025. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menutup tirai perbahasan saya bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2025 ini, saya akhiri dengan serangkap pantun. Projek Pan Borneo nadi pembangunan, Memacu negeri Sabah ke arah kemajuan, Belanjawan 2025 memangkin pertumbuhan, Moga didukung dengan semangat perpaduan. Sekian. Saya mohon menyokong... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Putatan. Saya jemput Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tan Sri atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan pada hari ini. Yang pertama, saya hendak ucapkan tahniah kepada Tan Sri dahulu yang menjadi Pengerusi AIPA tahun 2025... [Tepuk] Saya percaya AIPA akan terus maju mengorak langkah ke hadapan di bawah pimpinan Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia MADANI atas kejayaan membentangkan belanjawan yang paling besar dengan jumlah RM421 bilion belanjawan untuk 2025. Ia menunjukkan bahawa komitmen kerajaan untuk memacu negara ini ke hadapan untuk membawa pembangunan dengan impak ekonomi yang lebih besar untuk negara kita. Beberapa petunjuk yang baik telah ada kepada kita sejak kebelakangan ini berbanding dengan tahun lepas.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang pertama, kita boleh lihat pertumbuhan ekonomi untuk suku kedua tahun ini adalah 5.9 peratus berbanding dengan suku pertama hanya 4.2 peratus. Kadar pengangguran 3.2 peratus adalah yang paling rendah sejak Januari 2020. Inflasi kekal pada tahap yang rendah 1.9 peratus iaitu pada bulan Ogos ini dan yang paling dinanti-nantikan adalah pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan mata wang asing utama. Petanda

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

sebegini menunjukkan bahawa ekonomi negara di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun menuju ke arah yang betul untuk pembangunan mampan masa depan Malaysia. Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan institusi Parlimen. Ini Tan Sri mesti boleh bersetuju dengan saya ya. Yang Amat Berhormat ketika membentangkan bajet mengatakan bahawa untuk Parlimen ada lonjakan daripada RM166 juta kepada RM180 juta. Saya menyambut baik penambahan ini kerana ia memberikan peluang ataupun ruang yang lebih kepada Parlimen, dengan saya memetik kata-kata daripada Yang Amat Berhormat Tambun bahawa ia membolehkan pemerkasaan terhadap peranan PAC dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) untuk Parlimen. Saya menyambut baik. Cuma, saya nampak satu perkara Tan Sri. Saya mohon – ini Tan Sri mungkin boleh sebutkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sebab saya nampak RM166 juta kepada RM180 juta, ada tambahan RM14 juta. Kita menyambut baik. Cuma, ada satu butiran baru. Butiran baru ini sebab kita jadi Pengerusi AIPA, okey, iaitu di bawah Butiran 040200. Butiran ini sahaja RM12 juta. Kalau butiran ini ambil RM12 juta, maknanya hanya tambah RM2 juta untuk perkara yang lain, PAC dan JKPK yang saya kena minta maaf lah, tak cukup. Saya sebut secara terbuka, tak cukup. Tanjong Manis setuju? Setuju ya?

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Setuju, setuju. Setuju. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ini Pengerusi JKPK semuanya mohon Tan Sri Speaker supaya bincang dengan Menteri Kewangan supaya Menteri Kewangan boleh bincang dengan Perdana Menteri untuk tambahkan lagi bajet untuk Parlimen Malaysia pada tahun hadapan. Berkenaan dengan jadi Pengerusi ASEAN ini, saya nampak di bawah Kementerian Luar sahaja, jumlah dia RM560 juta untuk Kementerian Luar. Khas untuk jadi Pengerusi ASEAN. Itu belum lagi banyak kementerian, masing-masing ada bajet sendiri yang jumlah besarnya beratus juta. Jadi, saya nak tanya kepada kerajaan, terutamanya kepada MITI. Apakah impak ekonomi dia? Apakah akan ada aliran pelaburan asing? Sebab kita jadi pengerusi, kita nak bawa satu lonjakan dan kita menjadi centre, pusat di ASEAN dan pelabur asing akan pandang Malaysia lebih berbanding dengan negara yang lain. Jadi, apakah impak ekonomi? Apakah unjuran pelaburan asing (FDI) untuk negara kita pada tahun hadapan? Saya mohon MITI boleh memberikan jawapan perkara ini. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga memuji dan mengucapkan syabas kepada agensi yang terbabit kerana hasil rampasan lebih RM2 bilion sejak tahun 2022 sehingga September 2024, khasnya KPDN dan juga kastam. Tahniah. Kerajaan Yang Amat Berhormat menyebutkan RM60 juta diberikan untuk agensi penguat kuasa untuk memperkasakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan ketirisan. Kita menyambut baik. Saya harap ia boleh memperkasakan pasukan penguatkuasaan kita. Tan Sri Speaker, seterusnya berkenaan dengan subsidi. Ya, subsidi. Penyesaran subsidi menjadi tajuk yang sangat diperbahaskan, diperbincangkan di semua tempat. Kita

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

tahu pada 2023 kerajaan membelanjakan hampir RM80 bilion untuk subsidi sahaja, yang mana kalau kita banding dengan belanjawan ketika itu, ia lebih 20 peratus. Satu jumlah yang sangat besar. Jadi, penyasaran subsidi menjadi satu topik yang patut diberikan tumpuan. Kita nampak penyasaran subsidi terhadap diesel telah menunjukkan tanda-tanda yang positif, di mana jualan diesel bersubsidi di pam stesen minyak telah berkurangan 30 peratus, yang mana menunjukkan bahawa ketirisan dan penyeludupan berjaya dikekang. Satu langkah yang baik dengan penjimatan lebih RM600 juta subsidi setakat ini. Sesuatu yang kita puji. Next, RON95. Dalam teks ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dikatakan bahawa warga asing dan 15 peratus teratas pengguna – ayat ini telah memberikan berbagai persepsi. Ada yang kata T15 akan terjejas dan sebagainya. Saya menyambut baik ucapan ataupun komen daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam yang katakan bahawa beliau bersedia untuk menyemak semula yang dikatakan 15 peratus itu sekiranya ada pandangan. Saya secara peribadi, saya nak menyatakan bahawa saya sokong penyasaran RON95 tetapi bukan untuk T15 yang diuar-uarkan. Sebab T15 kita kena tahu setakat kalau gaji seisi keluarga dalam ataupun pendapatan seisi keluarga dalam RM12,000, terbeban. Kalau boleh – kalau nak dikatakan maha kaya itu mungkin 0.5 peratus ataupun satu peratus. Itu golongan yang dikatakan maha kaya dan juga warga asing. Jadi, saya mohon kerajaan walaupun secara dasarnya saya rasa semua dalam Dewan ini boleh bersetuju dengan penyasaran subsidi RON95 tetapi kategori ataupun golongan yang akan terlibat kena dikaji semula, dipertimbangkan semula supaya rakyat di peringkat pertengahan tidak terjejas dengan mekanisme baru ini. Saya juga nak sebutkan satu lagi, subsidi pendidikan. Saya minta maaf. Saya tak bersetuju dengan penyasaran subsidi pendidikan iaitu dikurangkan subsidi pendidikan secara berperingkat kepada golongan berpendapatan 15 peratus teratas. Saya nak sebutkan, yang pergi universiti, yang pergi institut pendidikan adalah anak- anak. Jangan kita beza-bezakan anak-anak ini. Anak-anak ini atas kesungguhan dan ketekunan mereka. Sebab itu mereka boleh masuk IPTA. Mereka layak. Kelayakan itu kena diberikan pengiktirafan dan kita tak nak mahasiswa kita, pelajar kita, belajar ada yang bayar yuran lebih, ada yang bayar yuran kurang. Itu menunjukkan ketidakadilan. Saya minta kerajaan supaya penyasaran subsidi untuk pendidikan ditarik balik. Tak sepatutnya dilaksanakan. Yang RON95, yang diesel, itu okey. Tetapi bukan untuk pendidikan. Kita kena layan semua anak-anak Malaysia, anak-anak muda yang masuk ke universiti dengan sama rata supaya minda dan juga psikologi mereka tidak terjejas. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya nak sebut beberapa perkara berkenaan dengan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Yang pertama, saya menyambut baik RM800 juta diberikan untuk bantuan awal persekolahan. Semua orang dapat. Ha, ini cara dia pendidikan. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah dapat. Tahniah. Cuma saya nak sebut, mekanisme dia mungkin kena ditambah baik. Kalau sekarang ini secara fizikal, ibu

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

atau bapa kena pergi sekolah. Macam mana dengan ibu atau bapa yang kerja dengan orang? Kena ambil cuti pergi sekolah. Sebaiknya kena ada online, sepatutnya dah ada online. Kalau online, awal tahun ini dikatakan hanya BSN. Saya nak cadangkan, bukan setakat BSN. BSN boleh. Tetapi campur dengan semua bank-bank tempatan. Kalau bank asing itu tak apa lah. Bank tempatan, tak kira lah RHB kah, Public kah, Maybank kah. Semua bank boleh, janji ada akaun, kita masuk sahaja. Kita tak nak menyulitkan ibu atau bapa yang kerja dengan orang. Berkenaan dengan KPM juga, dikatakan RM1 bilion akan diberikan untuk penyelenggaraan semua jenis sekolah. Saya menyambut baik dan saya harap KPM boleh buat satu pengagihan secara jelas ikut aliran sekolah. Sekolah kebangsaan dapat berapa, SJK(C) dapat berapa, SJK(T) dapat berapa, sekolah agama dapat berapa, sekolah dalam kem tentera dapat berapa supaya agihan tersebut jelas dan rakyat tahu. Itu adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan mana-mana pihak mempunyai persepsi yang tidak baik berkenaan dengan perkara ini. Sebab ini perkara yang baik, perkara yang untuk pembangunan sekolah dan pendidikan masa depan anak-anak kita. Saya juga difahamkan, selain daripada RM1 bilion penyelenggaraan tersebut, ada tambahan RM100 juta khas untuk memperbaiki ataupun menyelenggara kantin sekolah. Sangat baik. Kalau tahun sebelumnya tandas, tahun ini kantin. Inilah kemudahan asas yang paling banyak digunakan oleh anak-anak sekolah kita. Jadi, saya nak tanya, RM100 juta ini macam mana pengagihan dia? Saya cadangkan sebegini, kalau sekolah yang baru, kantinnya elok, mungkin tak perlulah kita agih. Mana yang dalam keadaan uzur, bangunan dia usang, kita bagi lebih. Kena bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Kedua-dua aliran ini janji mereka menggunakan sukatan mata pelajaran daripada KPM, wajar dilayan sama rata dengan adil mendapat peruntukan yang mengikut keperluan masing-masing. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan ini untuk membicarakan sedikit berkenaan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atas kapasiti sebagai Pengerusi JKPK Pertanian.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya nampak ikhtiar daripada kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan. Satu ikhtiar yang baik. Pertambahan peruntukan daripada RM150 juta kepada RM300 juta untuk menjalin kerjasama projek dengan kerajaan negeri. Saya nampak ada tiga kerajaan negeri. Macam mana dengan negeri lain? Sebab yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika pembentangan bajet hanya tiga. Macam mana dengan negeri lain? Secara spesifik saya nak tanya, di Negeri Sembilan dikatakan tanam padi, ya betul. Khususnya di Daerah Kuala Pilah, kita sudah ada beras perpatih di pasaran. Saya nak tanya, apakah status dia? Sebab anak Negeri Sembilan amat bangga akhirnya ada beras perpatih di pasaran Negeri Sembilan itu sendiri. Kedua, berkenaan dengan penanaman bawang di Perak. Satu yang sangat baik. Kalau dahulu semua bawang kita import dari luar. Ini yang saya nak tanya apakah status dia

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

selepas ini dan saya nak tanya dua perkara lagi yang berkaitan dengan keterjaminan makanan. Bagaimana dengan jagung bijirin? Jagung bijirin ini adalah antara makanan utama untuk ayam ternakan kita. Apakah status penanamannya ketika ini dan juga sayur-sayuran? Sebenarnya, kita import banyak sayur-sayuran daripada negara luar. Tak kira daripada China kah, Vietnam kah ataupun Thailand, yang mana kita boleh tanam jenis sayur- sayuran tersebut dengan cuaca iklim yang sesuai di tempat kita. Jadi, apakah ada perancangan? Adakah usaha daripada KPKM berkenaan dengan perkara ini? Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak ─ mohon sedikit tambahan masa berkenaan dengan pertanian. Sebab, lepas ini nak cerita fasal lembu sado. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan padi. Berita terkini amat membimbangkan. SSR kadar saraan diri beras putih tempatan turun kepada 56.2 peratus. Sebelum itu, 62. Sebelum itu, 65. Sebelum itu, 70. Apa masalah dia? Apa sebab dan punca dia? Saya mohon KPKM memberikan satu penjelasan yang jelas. Sebab rakyat semua ini amat bimbang perkara ini. Kita tahu nasi itu makanan ruji untuk semua rakyat Malaysia. Kalau ini pun kita tak boleh nak jaga, tak boleh nak memastikan kadar SSR kita meningkat, sebaliknya berkurangan. Ini masalah. Ini berkaitan dengan bukan setakat keterjaminan makanan, keselamatan untuk negara kita. Sesuatu yang kita perlu usahakan apa yang terjadi. Saya nak sebutkan secara terbuka dalam Dewan yang terbuka ini. Saya rasa semua Ahli Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya. Kita pergi kedai tak kira di bandar atau di desa, semua plastik apa yang beg beras putih itu. Mana ada yang tempatan. Semuanya import. Jadi, mana perginya 56 peratus ini? KPKM, saya nak tanya ada tak apa-apa mekanisme khas untuk memastikan mana perginya beras putih tempatan? Ada tak kita boleh bezakan? Ada machine kah, ada kaedah tertentu. Penternakan Tan Sri. Lembu sado. Untuk makluman, saya telah pergi ke Rembau dua hari lepas. Bukan sahaja di Bachok, Kelantan. Semua negeri mempunyai kemampuan untuk ternak lembu. Lembu sado ini pentingnya apa? Dia boleh hasilkan daging premium. Harga pasaran dia tinggi dan saya dapat statistik bahawa kita import daging ini lebih RM1 bilion setiap tahun. Bayangkan RM1 bilion aliran ringgit kita keluar. Sekiranya kita perkembangkan industri ini, bukan sahaja kita jimatkan RM1 bilion, anak-anak di kampung tak perlu hijrah ke bandar. Boleh kerja di kampung. Boleh majukan industri penternakan di kampung. Jadi, saya mohon KPKM supaya ambil maklum perkara ini. Kita ada potensi yang besar. Pasaran sudah tersedia. Cuma, apakah perancangan? Saya berkenaan perkara ini saya kena puji Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker antara yang memberikan, apa kata orang galakan dan momentum kepada JKPK Pertanian supaya memberikan fokus terhadap perkara ini dan saya memberikan komitmen secara terbuka kepada Tan Sri. Saya bersama dengan team JKPK, kami akan lakukan yang terbaik bersama dengan KPKM supaya industri ini boleh dimajukan. Berkenaan dengan penternakan juga Tan Sri, berkenaan dengan penternakan khinzir. Untuk masyarakat Islam, mungkin ya tak sesuai.

Tuan Yang di-Pertua

Dah Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tetapi ia adalah industri yang sudah lama dan mempunyai kata orang merupakan sumber protein utama untuk masyarakat bukan Islam. Cuma saya tak nampak ada usaha daripada KPKM sendiri untuk membantu ataupun kesungguhan. Dana mungkin kita kerjasama dengan swasta. Tak perlukan dana kerajaan. Tetapi yang perlu ada adalah komitmen dari kerajaan. Sebenarnya, sejak PRU yang ke-14, 2018 sehingga hari ini, sama ada Menteri ataupun Timbalan Menteri, sepanjang masa di KPKM ada seorang itu bukan Islam. Sahabat saya, Bayan Baru pernah jadi Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian. Selepas itu, Beluran pernah jadi Menteri. Lepas itu, siapa lagi Kota Kinabalu pernah jadi Timbalan Menteri KPKM. Sekarang ini, Pensiangan. Semuanya non-Muslim. Saya mohon supaya KPKM dan DVS memberikan tumpuan terhadap industri ini. Sebab industri ini pun sama macam lembu sado. Banyak aliran wang keluar. Takkan dengan daging khinzir pun kita nak import dengan Sepanyol, dengan Denmark. Benda yang kita boleh buat. Industri ini pernah ada di Malaysia. Satu ketika, Malaysia adalah pengimport ─ kita keluarkan eksport. Eksport daging yang utama kepada Singapore. Sekarang ini tak ada lah. Semua itu tinggal sejarah sahaja. Jadi, ini sudah tinggal masanya untuk kita lakukan dan perkara terakhir Tan Sri. Ini bersempena dengan Deepavali. Saya nak sebutkan MITRA. Walaupun saya bukan keturunan India, saya nak sebut. RM100 juta tak cukup. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak sebut dalam pembentangan tetapi saya tengok buku bajet RM100 juta seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya dari kerajaan sebelum ini lagi, saya sebut RM100 juta tak cukup untuk membantu penumbuhan sosioekonomi masyarakat India dan saya cadangkan sekurang- kurangnya kena RM300 juta. Sebab ini, kita nak melonjakkan kemampuan mereka. Kebolehan mereka bersaing untuk meningkatkan, untuk membolehkan mereka berdikari dan berkenaan dengan MITRA ini juga Tan Sri, ada satu berita yang saya baru dapat. Tadika yang telah menandatangani perjanjian dengan MITRA, guru-guru tadika belum dibayar elaun sejak bulan tiga sehingga kini. Tiga hari lagi kita akan sambut Deepavali. Apa sudah jadi?

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kalau nak tunggu Menteri gulung itu dah lepas Deepavali lah. Jadi, saya minta...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

...Supaya siapa yang dengar itu, tolong ambil tindakan segera dan saya ambil kesempatan pada petang ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali, [Berucap dalam Bahasa Tamil] kepada semua masyarakat India di Malaysia khususnya di Rasah. Sekian, terima kasih Tan Sri kerana peluang memberikan masa tambahan yang cukup panjang.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, panjang ya. Pasir Puteh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk turut berbahas dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang dibentangkan baru-baru ini. Pertamanya, saya rasa bangga apabila Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang dibentangkan itu sebanyak RM423 bilion. RM335 bilion adalah untuk mengurus dan RM88 bilion untuk pembangunan. Apabila saya meneliti secara terperinci bagaimana agihan-agihan yang akan diagihkan ini, boleh saya simpulkan bahawa perbelanjaan yang diuntukkan kali ini walaupun besar, ada satu perkara yang perlu dinilai dengan baik oleh pihak kerajaan demi masa depan negara kita. Saya lihat perbelanjaan ini tidak membentuk sebuah negara maju di masa hadapan. Ini kerana perbelanjaan yang besar ini kalau kita lihat dia tidak membentuk sesuatu yang memberi gambaran negara kita akan menjadi sebuah negara maju. RM88 bilion untuk pembangunan, waktu saya nilai dengan teliti di sana tidak ada satu peruntukan yang besar yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar. Tidak. Bahkan, kalau kita lihat kepada pertumbuhan import berbanding dengan eksport. Pertumbuhan import jauh lebih subur berbanding dengan pertumbuhan eksport. Maknanya, negara kita ini hanya sekadar kita beli dan saya ingin sebut di dalam ucapan saya ini bahawa negara kita sudah tiba masanya untuk kita menjadi negara pengeluar.

Antara punca yang besar Malaysia ini tidak dihormati sebenarnya di mata dunia, apabila kita bercakap isu yang menyentuh kedamaian antarabangsa. Kita menyentuh isu pencerobohan Israel sebagai contoh. Orang tidak hormat kepada Malaysia sebab Malaysia tidak ada industri pertahanan. Malaysia tidak memiliki kepakaran yang hebat sehingga kita dapat mengeluarkan senjata kita sendiri yang memberi kekuatan untuk negara kita dan memberi mesej kepada negara-negara lain bahawa this is Malaysia. Maknanya, paling kurang kita setanding dengan Jepun. Kita setanding dengan Korea. Kita setanding dengan Iran. Kita setanding dengan Turki. Ke arah itu barulah kita dihormati dan kalau kita dihormati ini, insya-Allah para pelabur akan datang di negara-negara yang mereka yakin kita dihormati. Tapi hari ini kalau kita lihat, negara kita lebih banyak kita bercakap. Kalau berlaku pencerobohan, kita kata kita bincang dengan damai. Ya, saya terima baik perbincangan dengan damai tapi kita kena ingat orang lain tidak akan menghormati kita. Kalau hari ini mereka menceroboh, selepas daripada ini mereka akan menceroboh lebih banyak lagi sebab kita tidak ada kekuatan. Saya ingin mengajak kepada pihak kerajaan supaya industri pertahanan ataupun kilang pembuatan kepada aset-aset yang lain mesti dimulakan oleh negara kita selari, kalau kerajaan sebut dia MADANI, di sana ada ayat Allah SWT. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Hendaklah kamu bersiap-siaga untuk membentuk kekuatan dalam kalangan kamu kerana kekuatan ini akan meletakkan negara kita di paksi yang sebenar”. Kedua, saya nak sebut berkenaan dengan agihan yang adil, RM423 bilion. Persoalan saya, berapa bilion untuk negeri-negeri dikuasai oleh pembangkang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis? Kalau peruntukan yang lepas RM388.1 bilion, kita lihat negeri Kelantan antara negeri yang memberi cukai, antara yang besar dalam Malaysia tapi daripada RM388.1 bilion, Kelantan hanya menerima kurang lebih RM1 bilion sahaja dengan alasan-alasan yang tak boleh diterima sebenarnya. Masalah infra dan seumpamanya. Apa salahnya kalau kita bantu? Apa salahnya kalau kita bertindak adil dalam perkara ini? Dalam isu pertanian, saya sangat sokong apa yang disebut oleh Rasah. Negara kita ini entah apa nak jadi. Semakin hari semakin menggelusur. SSL semakin hari semakin menggelusur. Saya nak sebut SSL ini dalam sejarah yang panjang. Waktu kami menjadi kerajaan duduk sebelah sana, itu sahaja tempoh SSL negara ini melonjak naik sehingga ke pada 72 peratus. Itu sahaja. Kemudian selepas daripada itu menurun. Ini sangat membimbangkan dan semua ini sebagai mana yang saya sebut tadi. Negara kita perlu menjadi sebuah negara industri. Kita mesti mengeluar bajanya, peralatan-peralatan yang kita lihat untuk pertanian. Jangankan kita nak buat traktor. Nak buat enjin, mesin untuk tarik air sahaja daripada parit ke sawah, terpaksa kita kena beli ke sana, beli sini. Mesin kita made in negara luar. Bukan made in Malaysia. Kita kena bangkit. Kalau kita tak angkit, inilah nasib kita sepanjang zaman. Petani- petani kita kalau di Kelantan saja jumlahnya lebih daripada 6,000 keluarga. Ini jumlah petani tetapi mereka dianaktirikan, sedangkan Kelantan adalah pengeluar beras yang sangat besar. Di Kelantan, 3.5 metrik tan sahaja untuk satu hektar. Bukan kerana salah petani. Kalau kita lihat dalam bulan Ramadan, mereka solat terawih di atas traktor. Bekerja siang dan malam. Tapi oleh kerana tanah mereka ini tanah yang sudah lama, tanah yang ada kesan kimia macam-macam, yang sepatutnya pemulihan tanah ini diambil tanggungjawab oleh Menteri Pertanian. Saya ucap terima kasihlah. Dia pergi ke Kelantan kelmarin, dia pergi. Pergi ke kawasan saya tapi tak ada salam, tak ada apa. Pakai masuk dengan begitu je. Tak apalah, kawan saya. Tapi sepatutnya bantuan untuk pertanian ini diagih secara teratur, secara yang paling baik. Seterusnya, saya ingin sebut sikit berkenaan dengan AI negara, artificial intelligence. Kalau kita lihat artificial ini, kita kena ingat, pelajar kita ada kepakaran. Pensyarah-pensyarah universiti ada kepakaran dalam bidang ini tapi saya nak mengkritik bagaimana kerajaan yang sepatutnya menyediakan satu bekas untuk diisi oleh para pensyarah, untuk diisi oleh mahasiswa dan mahasiswi. Dia balik kepada apa yang saya sebut negara kita perlu menjadi negara pengeluar. Kita ada nadir bumi yang menjadi bahan yang sangat penting untuk kita memperkasakan AI di dalam negara kita. Kita sudah ada bahan mentah. Saya setuju apabila Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan nadir bumi dalam negara kita dieksport. Yes, saya sokong tapi dalam waktu yang sama kerajaan seharusnya

menyediakan satu bekas ataupun menyediakan tempat serta peruntukan dan ada kementerian-kementerian yang khusus menjaga perkara ini termasuk industri pertahanan. Kalau kita nak harap kepada Menteri Pertahanan sahaja begitu, dia akan jadi sebagai mana hari ini. Tapi kalau kita wujudkan ada kementerian yang khusus untuk menjaga kekuatan ataupun teknologi pertahanan di dalam negara kita. Sebab itu saya harap kerajaan akan mencipta satu pelan yang strategik untuk menjayakan perkara ini dan insya-Allah negara kita ini mempunyai kemampuan yang baik untuk kita lonjakkan negara kita menjadi sebuah negara maju dalam masa akan datang. Bajet kita dah besar tapi hala tuju bajet kita ini tidak mencerminkan begitu. Jadi, mudah-mudahan insya-Allah Perdana Menteri yang baharu ini, mudah-mudahan akan pacu dengan baik. Tapi maaf sebut, saya rasa kalau Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri di Malaysia, benda ini sudah menjadi kenyataan. Saya tahu bukan saya nak laga-lagakan tetapi kita perlukan kepada Perdana Menteri, Menteri-menteri yang mempunyai wawasan yang jelas, hala tuju negara kita dan di mana kita nak letak negara kita di mata negara-negara yang lain. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak sambut baik apa yang disebut oleh Perdana Menteri berkenaan dengan membanteras rasuah. Syabas dan tahniah, cuma pandangan daripada kami pembangkang ataupun Perikatan Nasional, rasuah ini kalau kita tidak terapkan dia mengikut lunas-lunas agama, dia tidak akan terbanteras. Hanya permainan, hanya ucapan-ucapan yang memaniskan mulut. Sebagai contoh kalau saya sebut sebelum daripada ini kalau kita baca dalam Malaysiakini dalam TV Selangor, tempoh 13 tahun yang lepas, 10 Disember 2010, ketika mana kerajaan meluluskan peruntukan RM2 bilion kepada seorang individu di Malaysia. Perdana Menteri kita sekarang ini menghentam habis-habisan mengatakan seorang ahli UMNO yang duduk di Bukit Gantang, yang dapat peruntukan RM2 bilion... [Tidak jelas] ini adalah penyelewengan. Macam-macam disebut. Hari ini apa yang berlaku? Yang Berhormat Bukit Gantang, dia tidak ada di sini. Dia mohon permohonan melalui sebuah syarikat Komatra Sajian Sdn. Bhd. daripada Bukit Gantang untuk membekalkan bekalan makanan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan bertembung dengan permohonan D’Saji, syarikat milik kerajaan, syarikat yang begitu berjaya. Syarikat yang telah ada model dia. Bukan sahaja dalam negara termasuk di Makkah al- Mukarramah, di Madinatul Munawwarah dan banyak lagi negara lain.

Sepatutnya diberi keutamaan kepada D’Saji yang menguruskan bekalan makanan kepada pasukan ketenteraan. Tetapi, wallahua'lam saya tidak nak sebut, ura-ura yang berlaku, diberi balik. Dulu dia hentam, orang yang sama, tapi bila orang yang sama ini duduk di bawah ketiak dia, dia nak bagi. Sama sebagai mana Timbalan dia barangkali. Macam mana Arau boleh setuju ya? Jadi bila duduk bawah ketiak ini, yang salah pun jadi tak salah, yang dulu dihentam begini, begini. Sekarang ini jadi betul. Sebab itu saya mengatakan kalau kita nak banteraskan

rasuah, paksi dia agama. Kalau tidak ada agama sebagai paksi, kita nak hentam, nak banteraskan rasuah tentunya kita akan banteras mengikut hawa nafsu kita. Kalau pembangkang, tak rasuah pun tuduh rasuah. Tidak ada apa-apa lagi diisytihar kepada umum. Mahkamah tak dan putus lagikan lagi, diisytihar begitu, begini, macam- macam. Saya bimbang takut-takut, bukan takut-takutlah confirm lepas daripada ini kerajaan bertukar. Kalau kebetulan bertukar ini ada orang nak balas dendam. Balas dendam ini dilarang dalam agama. Orang boleh balik, orang boleh buat benda yang sama. Jadi sebab itu, saya mengajak kepada semua supaya kita balik kepada agama dan rasuah ini kita banteras sehabis mungkin kerana rasuah ini adalah penyakit negara dan dalam isu ini, Komatra Sajian ini, saya ada satu mesej yang dimesej di antara Bukit Gantang dengan seorang pegawai di waktu malam. Kalau saya nak baca ini ada, tapi makan masa. Tapi saya nak sebut bahawa akhir dalam mesej itu, “bahagian Datuk pun ada”. Ini satu benda yang tidak sepatutnya wujud dalam konsesi tender dan seumpamanya, benda ini adalah benda yang sangat keji, sangat baik dan saya harap D’Saji ini akan diberi peluang oleh kerajaan untuk mengendalikan perkara ini. Mudah-mudahan D’Saji yang di bawah dia ini peneroka-peneroka FELDA yang begitu ramai yang akan mendapat syafaat daripada tender ini. Bukan kepada individu – kalau dia individu ini tak ke mana-mana akan dapat manfaat kepada dia seorang tetapi peneroka FELDA ini dia lebih ramai. Jadi saya rasa terima kasih banyak...

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Apa dia?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Peraturan, peraturan Dewan Yang Berhormat. Saya ingin membangkitkan Peraturan Dewan 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain”. Tadi berkenaan dengan kenyataan Yang Berhormat Pasir Puteh...

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Berkenaan WhatsApp dan sebagainya. Itu adalah satu sangkaan jahat dan tidak ada satu dokumen yang sah yang mungkin saya perlukan penjelasan dan perlu tarik balik Yang Berhormat untuk kenyataan tersebut.

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat yang sebut ucapan saya tak habis lagi, tak habis lagi. Tunggu dulu. Saya dapat laporan WhatsApp, saya tak habis lagi. Saya minta kepada pihak kerajaan supaya meneliti, lihat dengan baik kerana walaupun dia WhatsApp dia datang daripada sumber yang sangat kuat. Sumber yang sangat kuat. Dan saya minta supaya diteliti dengan baik, di-check dengan baik. Maknanya saya tidak menuduh secara membabi buta tetapi harap...

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tetapi kenyataan Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa kalau duduk di bawah ketiak orang ini, menyokong sebagainya. Itu adalah sangkaan jahat Yang Berhormat. Itu ada. Ada tadi.

Tidak jahat, tidak jahat. Tengok Timbalan Perdana Menteri disabitkan dengan kesalahan – Jelutong sokong tidak?

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Ucapan Yang Berhormat tadi. Dak, dak.

Jelutong dulu waktu Timbalan Perdana Menteri nak cakap dia minta supaya duduk, orang yang disabit di mahkamah tak layak bercakap dalam Dewan yang mulia.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Sekarang duduk dulu.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang semua duduk dulu. Yang Berhormat Pasir Puteh, saya mencadangkan kalau Pasir Puteh ada semua maklumat, sila ke SPRM. Teruskan buat laporan, buat laporan kepada polis untuk tindakan diambil kerana kalau berucap di sini sahaja itu melihatkan kita tidak, ya lah, kita tidak gentleman-lah.

Okey, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Bawa ke polis supaya siasatan...

Ada pihak yang bawa, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, itu yang terbaik.

Okey. Terima kasih.

Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, saya – memandangkan nama saya disebut saya terpaksa bangun. Tiap-tiap kali bila di sebelah sana berucap, walaupun Jelutong duduk diam-diam dan dengar nama saya dibangkitkan. Pertamanya, Tan Sri Speaker, saya tak nak respons. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat di sebelah sana tadi, pertamanya membuat tuduhan serius terhadap Yang Berhormat Bukit Gantang. Nombor satu. Nombor dua, beliau juga Yang Berhormat juga membuat tuduhan yang serius terhadap Tan Sri Speaker sendiri. Nombor dua. Nombor tiga, tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi berunsurkan satu fitnah. Hanya sekiranya dibuktikan, ditunjukkan kepada Dewan yang mulia ini, saya cabar sekarang. Kalau ada WhatsApp itu, bekalkan WhatsApp itu kepada Dewan yang mulia ini melalui satu usul. Sekiranya Yang Berhormat tidak berbuat demikian dan hanya pakai hentam, pakai buat tuduhan sahaja, saya menuntut supaya Tan Sri Speaker, Yang Berhormat beliau menarik balik kenyataan tersebut.

Ini adalah satu penghinaan. Kenapa perlu – kita sekarang membahaskan belanjawan. Apakah kena mengena hujahan-hujahan perbahasan itu dengan belanjawan sehingga...

Eh, ini bukan floor you bukan sebab ceramah ini. You tanya soalan sudahlah.

Saya membangkitkan isu peraturan, Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk dulu.

Tanya soalan sudahlah. Peraturan apa?

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Puteh.

Saya belum habis lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Puteh, dia bawa standing order.

Isu peraturan.

Ya, standing order tapi berjela.

Tuan Yang di-Pertua

Itu hak saya. Saya nak berhentikah tidak? Dengar dulu.

Okey, tak apa.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, jalan keluar begini. Jalannya keluar. Kalau sekiranya Bukit Gantang rasa dia teraniaya disebabkan oleh fakta-fakta yang tidak betul, saya minta Bukit Gantang masukkan usul untuk hadapkan Pasir Puteh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Okey, saya terima.

Tan Sri Speaker, saya akur dan menerima.

Tuan Yang di-Pertua

Itu jalan keluar.

Saya akur dan menerima. Kita ada precedent. Machang telah digantung kerana beliau membawa satu surat yang tak ada usul.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebab itu saya katakan tadi. Saya minta Bukit Gantang mengambil tindakan, okey. Kalau tidak, kita tak akan habis di sini sebab Bukit Gantang pun tidak ada di sini. Sebab itu, saya minta Bukit Gantang, kalau sekiranya berasakan bahawa dia teraniaya disebabkan oleh maklumat-maklumat yang tidak betul, masukkan usul kepada saya esok. Terima kasih.

Tan Sri Speaker sebelum saya berundur, saya juga cabar Yang Berhormat Pasir Puteh kalau berani betul, buat laporan SPRM.

Jangan dok cabar orang lah.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya dah beri tahu tadi. Saya dah beri tahu tadi.

Tan Sri Speaker, 36(4) peraturan.

Tuan Yang di-Pertua

Apa lagi?

Saya nak bangkitkan apa yang dibangkitkan oleh Jelutong itu masa beliau dulu masa penggal yang lepas dia pernah membangkitkan menuduh UMNO celaka, pencuri...

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada isu, dah, dah.

Tarik balik. Saya tidak pernah menuduh.

Lepas itu Dato’ Najib tengah dibicarakan di mahkamah. Dia bangkit benda itu. Dia maki UMNO cukup-cukup...

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Saya tak benarkan.

Tan Sri Speaker, saya minta Pendang tarik balik kenyataan saya menuduh UMNO celaka.

...sekarang dia duduk dengan UMNO.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kalau saya nak ungkit cerita ini 18 tahun dulu lagi lah, kita boleh korek itu.

[Ketawa] Dia lawyer.

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah, tak payah, duduk! Duduk semua.

Okey baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk semua.

Dia lawyer patut disiplin dengan lawyer dia.

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata duduk. Duduklah. Baiklah sekarang saya jemput Jempol.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam perpaduan, salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Jempol untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2025. Pada hemat Jempol, Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar- benar menyasarkan kepada peningkatan daya saing ekonomi negara ke arah mewujudkan ekosistem ekonomi rakyat yang lebih konstruktif. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat prihatin dengan memperuntukkan hampir RM40 bilion dengan pelbagai insentif menyantuni rakyat. Ini tidak termasuk dengan pelbagai bantuan dan geran daripada kementerian-kementerian. Dato’ Yang di-Pertua, saya fokus kepada projek berkepentingan rakyat. Jempol mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengumumkan projek naik taraf Jalan Bahau-Keratong, Jempol dalam Belanjawan 2025. Jalan ini agak sempit dan merbahaya ya, kepada pengguna jalan raya terutama apabila melibatkan kenderaan besar dan sering berlaku kemalangan.

Jalan Bahau-Keratong ini merupakan jalan alternatif utama kenderaan dari Pantai Timur dan Pantai Barat dari kedua-dua hala. Pengumuman projek ini amat dinantikan oleh rakyat Jempol dan pengguna jalan raya sekali gus meningkatkan keselamatan dan memberikan keselesaan kepada para pengguna. Seterusnya, pendidikan. Jempol juga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengumumkan pembinaan pra sekolah baru di Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 1, Jempol bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak selamat. Tidak dilupa juga terima kasih kepada Kementerian Pendidikan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Semasa membahaskan Belanjawan 2023 yang lepas, Jempol telah memperjuangkan harga-harga lantai getah dinaikkan daripada RM2.50 pada ketika itu kepada jumlah yang lebih tinggi untuk membantu pekebun kecil getah. Alhamdulillah, harga getah cup lump telah meningkat kepada RM3.66 sekilogram setakat hari ini. Jempol ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan membela warga penoreh getah di seluruh negara. Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol ingin fokus kepada isu FELDA iaitu isu perwarisan tanah FELDA yang menjadi polemik di kalangan warga peneroka FELDA pada hari ini. Isu perwarisan tanah FELDA berpunca dari Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta 530 yang hanya memperuntukkan dua penama boleh didaftarkan sebagai tuan punya berdaftar atau pelantikan pentadbir di kalangan ahli keluarga arwah peneroka bagi menguruskan pembahagian hasil kebun. Ini menjadi punca pelbagai masalah keluarga terutamanya apabila berlaku tidak amanah, kecurangan pembahagian hasil kebun dan sebagainya. Untuk makluman Dewan, kali terakhir Akta 530 dipinda ialah pada tahun 2002 memastikan ia bersesuaian dengan perubahan pada waktu tersebut. Setelah 22 tahun berlalu, perubahan ketara struktur masyarakat FELDA menyebabkan berlakunya krisis kepunyaan terhadap harta warisan peneroka asal kepada waris mereka. Beberapa sesi libat urus telah pun dilakukan dengan pihak yang berkepentingan, namun sehingga hari ini belum ada keputusan muktamad untuk penyelesaian perkara ini. Justeru itu, memandangkan isu perwarisan ini amat serius di kalangan peneroka, Jempol mencadangkan agar Akta 530 ini dipinda dengan kadar segera. Mohon maklum balas daripada pihak kerajaan. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Jempol juga ingin menyentuh sistem kawalan diesel bersubsidi iaitu Jempol merujuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 yang mana hanya kenderaan pengangkutan darat awam yang menerima subsidi iaitu bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan juga bomba. Manakala dalam SKDS 2.0 menggunakan kaedah fleet card diberikan kepada kenderaan logistik berkelayakan. Isunya, pengangkutan bas dan

lain-lain kenderaan yang menggunakan diesel di institut pengajian tinggi swasta tidak termasuk di dalam kedua-dua kategori sistem kawalan diesel bersubsidi ini. Justeru itu, Jempol mengusulkan dipertimbangkan khas mengusulkan pertimbangan khas agar SKDS dapat diperluaskan kepada kenderaan institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara. Langkah ini akan dapat membantu IPTS dalam mengurangkan kos operasi yang berkaitan dengan penggunaan pengangkutan bas dan lain-lain kenderaan yang menggunakan diesel, seterusnya membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar. Jempol mohon, pandangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ke permohonan-permohonan dari Parlimen Jempol. Sukacita Jempol menarik perhatian, ini kali yang kedua saya sentuh, saya bahaskan di Dewan yang mulia ini iaitu permohonan lebuhraya Madani Seremban-Jempol yang telah pun dua tahun lepas saya usulkan. Tan Sri Yang di-Pertua, keperluan mendesak pembinaan lebuh raya madani Seremban-Jempol ini adalah untuk menyuraikan kesesakan trafik yang sangat teruk di laluan Seremban-Kuala Pilah-Jempol dan juga menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan timur yang bersempadanan dengan negeri Pahang dan Johor. Sebagaimana kita sedia maklum, akses infrastruktur dan juga jalan ini menjadi pemangkin utama untuk kita membangun dan juga memajukan satu-satu kawasan itu. Jadi, dalam hal ini cadangan pembinaan lebuh raya madani Seremban-Jempol ini telah pada dasarnya telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa beliau ke Jempol pada 20 Julai 2023 tahun lalu. Oleh yang demikian, Jempol mohon maklum balas Kementerian Kerja Raya berkenaan status permohonan cadangan pembinaan lebuh raya madani Seremban-Jempol. Dato' Yang di-Pertua, seterusnya juga saya ingin menyentuh tentang jalan utama Palong FT1283. Pada tahun lepas, Jempol telah membangkitkan isu jalan utama Palong FT1283 yang sempit, kecil, gelap dan banyak berlaku kes kemalangan. Saya jelaskan, saya maklumkan dengan statistik kes-kes maut dan juga kemalangan yang berlaku di laluan tersebut. Jempol mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya atas keprihatinan terhadap isu ini dan telah turun melawat jalan utama Palong, FT1283 sejauh 32 kilometer untuk tindakan seterusnya. Persoalan Jempol, apakah perancangan dan tindakan pihak Kementerian Kerja Raya berhubung projek naik taraf jalan FT1283 tersebut? Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya ialah menyentuh tentang kemudahan penjaja dan juga peniaga kecil. Jempol menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperuntukkan RM100 juta untuk membina gerai-gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di semua PBT di seluruh negara. Di kesempatan ini Jempol memohon pertimbangan pihak kerajaan supaya dapat membina baru gerai Simpang Empat Bandar Seri Jempol bagi menggantikan gerai sedia ada yang telah lama dan uzur, yang telah beroperasi sejak tahun 1983. Imej gerai Simpang Empat

ini perlu dijaga kerana terletak di tempat yang amat strategik berhampiran dengan Dataran Seri Jempol yang meriah dengan pelbagai program sepanjang tahun. Antaranya ialah acara PETRONAS Cub Prix Championship yang telah pun berlangsung di Litar Seri Jempol sejak 12 tahun yang lalu. Untuk makluman Dewan, surat permohonan membina gerai tersebut telah dikemukakan Majlis Perbandaran Jempol kepada KPKT bertarikh 20 Januari 2023. Oleh yang demikian, Jempol memohon jawapan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan terhadap permohonan tersebut. Seterusnya, kemudahan sukan. Jempol juga mengucapkan syabas, tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah pun meluluskan untuk pembangunan sukan dengan peningkatan peruntukan RM230 juta berbanding RM50 juta tahun lepas. Justeru itu, Jempol memohon pertimbangan kerajaan untuk menaik taraf Kompleks Sukan Batu Kikir yang kini begitu uzur. Kompleks sukan ini berkeluasan di tapak lapan ekar dan terletak di kawasan strategik Pekan Batu Kikir yang berhampiran dengan 20 buah kawasan taman perumahan, 18 buah kampung tradisi dan juga empat buah sekolah. Penaiktarafan kompleks sukan ini akan meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti sukan dan riadah bagi Daerah Jempol di samping menyediakan balapan untuk latihan atlet-atlet muda dari Jempol. Untuk rekod Tan Sri Yang di-Pertua, atlet-atlet olahraga sekolah dari Daerah Jempol telah beberapa kali muncul sebagai juara keseluruhan di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, Jempol memohon pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan untuk meluluskan permohonan ini. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya tentang keselamatan iaitu Balai Polis Palong. Untuk makluman Dewan yang mulia, kawasan Palong terdiri daripada 16 skim FELDA dengan anggaran jumlah penduduk sekitar 25,000 orang, terdapat 14 buah sekolah serta 14 buah masjid dan beberapa buah rumah ibadat bukan Islam yang memerlukan perhatian dari segi aspek keselamatan. Menurut PDRM, dari Januari hingga Oktober 2024, terdapat 2,480 laporan polis dan juga 27 kes jenayah indeks direkodkan di kawasan Felda Palong 1 hingga Palong 16, yang mana 16 skim FELDA ini di bawah kawalan pentadbiran Balai Polis Rompin dan juga Balai Polis Kampung Geddes. Berdasarkan data dan statistik berkenaan, Jempol mencadangkan sudah sampai masanya dibina sebuah balai polis baru di kawasan Palong untuk keselamatan dan juga kesejahteraan penduduk. Jempol mohon pertimbangan khas pihak Kementerian Dalam Negeri berhubung perkara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, alhamdulillah, alhamdulillah setelah 61 tahun kita mencapai kemerdekaan, kita hidup dalam keadaan aman, damai, sejahtera di negara yang tercinta ini. Teras utama kita berjaya membangunkan dan memajukan negara dan rakyat negara ini ialah melalui perpaduan rakyat berbilang kaum dan juga kestabilan politik di negara kita sejak kita merdeka. Beginilah, daripada sebuah negara pertanian, negara yang miskin, kita berjaya membangun, memajukan negara dan juga rakyat kita sampai ke tahap yang ada pada hari ini.

Jadi, mestilah yang penting di sini nilai perpaduan yang kita dukung bersama dalam pembentukan Kerajaan Malaysia MADANI hari ini seharusnya menjadi pedoman kepada pembinaan Malaysia yang lebih harmoni. Oleh sebab itu, sebarang tindak-tanduk yang bersifat provokasi yang boleh mengundang kepada ketegangan antara kaum perlu dikekang dengan lebih tegas tanpa kompromi. Saya yakin, pihak-pihak yang berkenaan, pihak keselamatan yang bertanggungjawab lebih arif tentang hal ini. Jangan biarkan percikan-percikan api ini menjadi besar dan akhirnya takut nanti terbakar kita semua. Jadi, sayanglah kepada negara kita ini. Sebelum apa-apa yang kita buat, fikirkan dahulu kesannya. Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali Jempol ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia atas ketegasan dan keberanian dalam menyuarakan pendirian Malaysia menentang kezaliman Zionis Israel yang melakukan pembunuh puluhan ribu rakyat Palestin hingga hari ini. Juga penghargaan khusus kepada Menteri Luar yang menyuarakan pandangan Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengehadkan kuasa veto yang tidak terkawal kerana ia berupaya menjadi penghalang kepada usaha damai khususnya dalam melibatkan isu Palestin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Jempol mohon menyokong. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Bentong.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pekan Bentong jauh ke tengah, Di Janda Baik kita bersua, Menabur bakti tanpa lelah, Belanjawan MADANI untuk semua. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta warga kerja pentadbiran yang telah berhempas pulas dalam menyediakan Belanjawan 2025 ini yang mengangkat martabat rakyat dalam menggapai aspirasi cita sempurna negara ini. Belanjawan yang menelan belanja sehingga RM421 bilion ini yakni yang tertinggi dalam sejarah negara, sudah tentu memerlukan kerajaan untuk memastikan kutipan hasil pendapatan yang lebih makmur serta pengagihan hasil pendapatan serta pengagihan semula kekayaan negara yang lebih adil kepada semua lapisan masyarakat. Belanjawan ini membawa satu wacana bahawa keadilan itu bukanlah satu kesamarataan bahkan ia sebuah upaya memberikan hak kepada mereka yang berhak. Ia bukan tentang memusuhi golongan maha kaya akan tetapi menyemangati kebersamaan dalam memanfaatkan mahsul dan khazanah negara.

Bak kata pepatah, “Adat pulau limburan pasang”. Kita dapat lihat, hasil daripada penyelarasan subsidi diesel dan upaya membanteras rasuah dan penyelewengan, kerajaan bukan sahaja mampu melakukan penjimatan dan mengurangkan ketirisan akan tetapi dapat menarik keyakinan pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia. Tan Sri Yang di-Pertua, keputusan kerajaan untuk meneruskan subsidi petrol untuk 85 peratus rakyat yang layak adalah satu keputusan yang baik. Ia memerlukan iltizam politik yang tinggi dan keberanian dalam melakukan sesuatu transformative dan berupaya memberikan lebihan peruntukan kepada negara. Banyak yang boleh dilakukan dengan penyelarasan ini. Misalnya, sektor pendidikan dan kesihatan kita memerlukan belanja yang besar bagi menaik taraf prasarana, meningkatkan peluang pekerjaan, memberikan gaji yang berpatutan, menambahkan kelengkapan serta membaiki mutu perkhidmatan. Walau bagaimanapun, mekanisme penyelarasan subsidi ini haruslah dibuat dengan cermat dan teliti agar tidak mengesampingkan mereka yang benar-benar layak. Ini termasuklah pendefinisian T15 yang memerlukan penelitian yang jelas ketimbang jumlah isi rumah, wilayah yang diduduki sama ada di luar atau dalam bandar serta kos sara hidup yang perlu ditanggung. Saya berharap, kerajaan dapat menambah baik dan memanfaatkan sistem PADU yang telah dilancarkan sebelum ini dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus mendaftar. Sudah tiba masanya ukuran kemiskinan kita tidak berpandukan kepada pendapatan semata-mata. Kemiskinan pelbagai dimensi harus menjadi teras dalam pengagihan subsidi. Dalam pada kita menyantuni golongan terbawah, jangan juga kita lupa dilema yang ditanggung oleh golongan pertengahan (middle income class), dengan izin. Golongan M40 ini merupakan kumpulan pembayar cukai yang paling ramai daripada lebih 17.2 juta pekerja, 4 juta daripadanya adalah pembayar cukai aktif, manakala 70 peratus daripada pembayar cukai ini adalah datangnya dari golongan kelas menengah. Mereka tidak mendapat apa-apa bantuan tunai dari kerajaan, malah tidak mendapat manfaat daripada gaji minimum. Malah mereka akan terhimpit dengan bebanan kos sara hidup yang meningkat kesan daripada inflasi berikutan pelarasan subsidi yang akan dilaksanakan kelak. Jadi, saya mengesyorkan agar kerajaan untuk membuat penaakulan semula bagi mengurangkan cukai pendapatan sebanyak dua peratus bagi golongan ini. Kendatipun, pelarasan gaji minimum kepada RM1,700 ini merupakan upaya memberikan gaji yang bermaruah kepada golongan pekerja. Jangan pula kita lupa bebanan yang terpaksa ditanggung oleh perusahaan kecil dan sederhana sekiranya ia dilaksanakan. Kita tidak mahu perniagaan mereka terjejas serta mengakibatkan pemberhentian pekerja demi mengurangkan kos. Oleh itu, saya sarankan agar kerajaan mengurangkan kadar cukai yang dikenakan kepada syarikat PKS ini.

Seterusnya, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan peruntukan untuk penyakit jarang jumpa. Melalui belanjawan ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa. Namun persoalan saya ialah, bagaimanakah dana ini diuruskan dan diagihkan? Ini kerana terdapat sejumlah 7,000 lebih penyakit jarang jumpa yang diketahui dan sebanyak 490 jenis daripadanya adalah didaftarkan di bawah senarai KKM. Apakah jenis penyakit yang paling diperlukan dan perlu dijadikan keutamaan? Sebagai contoh, salah satu penyakit jarang jumpa yang perlu diberi keutamaan ialah penyakit hemofilia yang mana dianggarkan seorang daripada 30,000 rakyat Malaysia mewarisi penyakit ini dari keluarga. Ia memerlukan terapi berkala yakni terapi profilaksis yang diperlukan bagi mengekalkan faktor pembekuan darah dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan badan. Oleh itu, saya mengesyorkan agar kementerian dapat menambah baik sistem perolehan pembekalan perubatan supaya dapat menjamin bekalan yang berterusan untuk pesakit. Peruntukan juga perlu diberikan untuk menambah bekalan perubatan khususnya bagi ubat-ubatan inovatif dengan kesan jangka masa panjang yang tidak memerlukan kekerapan suntikan. Ini termasuklah rawatan baru dengan kos yang agak tinggi tetapi bebas risiko komplikasi rencatan (inhibitor) bagi pesakit yang mempunyai tindak balas sistem imun badan terhadap penggunaan plasma manusia. Dalam marcapada ini, kes kanak-kanak yang disahkan autisme telah meningkat dari hanya 183 kes pada tahun 2013 kepada 1,681 kes pada tahun 2023. Oleh itu, saya menyambut baik perancangan kerajaan untuk menubuhkan 11 Pusat Permata baharu yang akan dibina di setiap negeri serta menubuhkan pusat perkhidmatan autisme dengan dana sebanyak RM5 juta. Ini sangat penting untuk menyebarluaskan kesedaran tentang autisme ini kepada masyarakat khususnya ibu bapa. Saya mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat memperbanyakkan lagi kursus-kursus bersijil di kolej-kolej terpilih bagi menggalakkan lebih ramai lagi jurupulih perubatan cara kerja ini. Juga kalau kita lihat tempoh menunggu untuk kelas terapi yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan memakan masa yang berbulan-bulan. Adalah lebih baik sekiranya pihak kementerian dapat menubuhkan satu jabatan khas autisme yang diberikan dana tambahan bagi menambah baik fasiliti dan melantik jurupulih perubatan cara kerja secara kontrak. Tan Sri Yang di-Pertua, saya teruskan kepada perhatian kementerian terhadap prasarana kesihatan yang menjadi tunjang kepada negara. Saya menyambut baik peruntukan untuk naik taraf klinik-klinik daif di seluruh negara yang meningkat kepada RM300 juta. Oleh itu, Bentong memohon supaya klinik desa di Janda Baik dan Bukit Tinggi turut juga dimasukkan dalam senarai pada tahun hadapan kerana kita amat memerlukan untuk menaik taraf klinik desa tersebut kepada klinik yang lebih baik.

Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan pertimbang untuk menyegerakan pembinaan hospital baru di Bentong bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan. Ini kerana, walaupun Hospital Bentong telah mempunyai pakar yang mencukupi, kemudahan perubatan serta kelengkapan yang terhad telah membataskan peranan hospital untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang lebih baik.

Saya turut menyarankan agar isu penukaran nama geran tanah kepada KKM dapat diselesaikan dengan segera antara pihak Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Misalnya hasil lawatan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan di Hospital Kuantan mendapati isu pemilikan tanah masih lagi tidak selesai selepas berpuluh-puluh tahun yang melibatkan kos bayaran premium tanah beratusan juta ringgit. Jadi, saya fikir perbincangan ini perlu disegerakan bagi memastikan bahawa memudahkan kerja-kerja baru untuk menambah bangunan ataupun fasiliti baru di dalam kawasan hospital. Puan Yang di-Pertua, selain itu saya berharap agar isu bebanan kerja petugas kesihatan kita dapat ditangani segera bagi mengelakkan kejadian-kejadian tidak diingini akibat persekitaran kerja yang toksik serta kekurangan petugas untuk menangani jumlah pesakit yang kian bertambah. Kita tidak mahu lagi kes-kes bunuh diri yang melibatkan kes buli ataupun keletihan fizikal dan emosi yang kritikal yang mengganggu gugat mutu perkhidmatan mereka. Mereka juga adalah wira negara yang menjadi barisan hadapan mempertahankan sistem kesihatan kita untuk terus berdaya tahan menghadapi sebarang bentuk krisis kesihatan seperti wabak penyakit berjangkit. Dari sudut pendidikan pula, saya memuji pihak kerajaan yang telah menyediakan dana sebanyak RM1 bilion khusus untuk menyelenggarakan semua jenis sekolah dalam keadaan daif dan uzur. Walaupun 8,300 tandas sekolah telah berjaya dibaik pulih tetapi masih ada isu-isu di beberapa tempat seperti masalah kontraktor dan sebagainya dan sebut harga. Jadi, saya mencadangkan agar dana-dana projek seperti ini terus disalurkan kepada pihak sekolah bagi memudahkan pihak sekolah memantau terus kerja-kerja yang telah dibuat. Seterusnya, infrastruktur jalan raya yang baik dan selamat adalah nadi penting dalam pembangunan ekonomi. Saya menegaskan keperluan untuk menaik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak adalah amat penting dan saya difahamkan pada tahun hadapan akan dilebarkan lagi Lebuhraya Karak. Namun begitu, adalah amat penting juga untuk pemasangan lampu jalan di sepanjang Lebuhraya Karak. Ini kerana kerap berlaku kemalangan pada waktu malam, kerap berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa dan juga kalau kita lihat pada tahun hadapan ada peruntukan sebanyak RM178 juta yang akan diperuntukkan untuk memasang lampu jalan di jalan Persekutuan dan saya harap Lebuhraya Karak dan juga di Lebuh Raya LTU yang memerlukan perhatian daripada sudut pemasangan lampu jalan serta penyelenggaraan jalan dan papan tanda yang lebih baik. Lebuh raya LTU ini adalah Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama.

Seperti yang kita sedia maklum, hampir setiap minggu berlaku kemalangan di kawasan lebuh raya-lebuh raya ini terutamanya Lebuhraya Karak. Jadi, saya berharap juga kes-kes ini dapat diringankan dengan adanya fasiliti yang lebih baik seperti lampu jalan dan juga menambah baik sistem seperti keadaan selekoh-selekoh yang berbahaya di kawasan lebuh raya tersebut. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Ini kerana kalau kita lihat, kebanyakan kemalangan ini berlaku adalah kerana akibat daripada lori-lori besar yang menggunakan lebuh raya tersebut. Kebanyakan pemandu ini dikatakan mengejar trip untuk mendapatkan sebanyak mungkin komisen yang diberikan oleh syarikat logistik akibat mendapat gaji pokok yang rendah. Jadi, saya harap Kementerian Pengangkutan juga dapat menyemak semula dasar dan tindakan yang sewajarnya bagi menangani isu ini. Untuk kementerian JKR, saya berharap agar perancangan untuk pemasangan High-Speed Weigh-In-Motion bagi mengekang nahas jalan raya dapat diberikan keutamaan dan dipasang di Lebuhraya Karak yang menjadi laluan utama rakyat ke Pantai Timur. Yang terakhir sebelum saya mengakhiri ucapan juga, amat penting dan sekali lagi saya meminta. Saya kira setiap kali dalam perbahasan, saya membangkitkan isu ini iaitu betapa pentingnya satu-satunya jalan daripada Pelangai ke Bentong adalah keadaannya pada hari ini dengan jalan yang gelap, jalannya sangat belok kiri kanan yang putar belit seperti ular. Jadi, saya sangat berharap akan ada bajet untuk menaik taraf jalan tersebut serta meneruskan projek Lebuhraya CSR dari Mempaga ke Pelangai. Ini amat penting untuk warga Pelangai. Ini amat penting juga untuk warga Bentong dan saya percaya dengan meneruskan projek Lebuhraya CSR dari Mempaga ke Pelangai ini juga akan memberikan kemudahan kepada penduduk di Negeri Sembilan. Begitu juga Puan Yang di-Pertua, tahun hadapan merupakan tahun yang sangat penting buat negara iaitu selain memikul peranan yang besar sebagai Pengerusi ASEAN, kita juga harus memanfaatkan posisi Malaysia sebagai Pengerusi AIPA untuk melonjakkan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa. Saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, apakah persediaan kerajaan dalam memastikan inisiatif pelancongan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026? Saya berpendapat inilah peluang yang terbaik untuk kita mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik di Asia Tenggara. Oleh itu, saya juga mohon agar kementerian turut mengangkat beberapa lokasi pelancongan yang strategik di Bentong seperti Gua Cinta Manis, Kampung Janda Baik sebagai destinasi pilihan memandangkan jaraknya tidak jauh daripada Kuala Lumpur. Sudah tentu lokasi-lokasi ini memerlukan dana yang mencukupi untuk menaik taraf prasarana serta

membaik pulih kemudahan-kemudahan asas bagi menampung pertambahan penduduk dan peningkatan jumlah pelancong kelak.

Bentong, minta laluan sikit. Bentong, minta laluan sikit. Saya nak sokong Bentong. Pendang.

Pendang, saya tak ada masa ini.

Ini benda betul. Apa yang you cakap itu untuk pembangunan rakyat.

Okey, cepat. Cepat.

Cuma saya nak minta kalau boleh cadangan daripada Bentong supaya nama Janda Baik itu ditukar bagi sedap sikit sebab itu nampak kita heret discriminate kepada perempuan.

Terima kasih Pendang.

Okey, terima kasih. Sama-sama.

Saya rasa nama Janda Baik itu sedap sahaja, dia catchy sikit.

Saya ingat Puan Seri Speaker pun setuju dengan saya.

Baiklah.

[Dewan riuh]

. Yang terakhir Puan Yang di-Pertua. Selanjutnya, dalam usaha kita meningkatkan taraf hidup rakyat, jangan kita lupa tentang hak Orang Asli yang perlu kita tunaikan dalam menghormati mereka sebagai peribumi. Selagi isu pewartaan tanah Orang Asli tidak diselesaikan, selagi itulah pelbagai masalah seperti keciciran mereka dalam ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial akan terus berlaku. Dalam pada kita mengejar kemajuan dan pembangunan kita mesti memastikan dengan izin, we leave no one behind. Akhir sekali, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah meningkatkan jumlah peruntukan untuk memperkasakan institusi Parlimen kepada RM180 juta untuk tahun hadapan yang sebahagiannya digunakan untuk memperkukuhkan peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh itu, saya mohon agar peruntukan khusus Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dinaikkan bagi memastikan proses semak dan imbang yang lebih berkesan dalam memantau dan menyemak semula dasar-dasar kerajaan. Ini termasuklah lawatan-lawatan terhadap kawasan yang terkesan dengan dasar- dasar yang dibuat seperti kemudahan pendidikan, kesihatan serta reformasi pentadbiran yang perlu dilakukan bagi memastikan tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab. Bentong menyokong belanjawan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Timbalan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Belanjawan 2025 ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen mewakili suara rakyat dan sebagai wakil kepada pembangkang, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menilai, menyemak dan memberikan pandangan alternatif terhadap belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan. Ini penting untuk memastikan bahawa perancangan ekonomi negara benar-benar selari dengan kepentingan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’ memaparkan niat yang baik namun setelah meneliti perinciannya, terdapat beberapa isu utama yang kita perlu bahaskan. Rata-rata rakyat mahukan belanjawan yang realistik dan tidak terlalu bergantung pada janji-janji manis tanpa pelaksanaan yang berkesan. Saya ingin mengutarakan beberapa perkara utama yang memerlukan penjelasan lebih mendalam daripada Menteri Kewangan. Yang pertama, pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya menyentuh semua lapisan masyarakat. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan tegar melalui program seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) termasuk projek rintis INTAN dan INSAN. Namun saya ingin menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak boleh dilihat hanya pada statistik besar. Pembangunan yang adil mestilah memastikan manfaatnya sampai ke semua lapisan masyarakat. Kita masih melihat jurang ketidaksamaan yang ketara di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Peruntukan kepada NCER dan NCIA dalam Belanjawan 2025 yang berjumlah sekitar RM130 juta adalah satu langkah penting dalam usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan di antara wilayah. Namun, terdapat beberapa isu perlu diperhalusi untuk memastikan keberkesanan peruntukan ini. Soalannya, adakah peruntukan ini mencukupi untuk merapatkan segara jurang pembangunan ekonomi di antara wilayah-wilayah di Malaysia terutamanya di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang masih ketara? Walaupun RM130 juta adalah satu jumlah yang signifikan, ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan jurang dalam sektor-sektor penting seperti infrastruktur, pendidikan, perindustrian dan ekonomi digital di Wilayah Utara khususnya. Menurut laporan mengenai Koridor Ekonomi ini, NCER menghadapi cabaran besar daripada segi pembangunan infrastruktur yang melibatkan kawasan luar bandar terutama dari aspek teknologi digital dan akses ke fasiliti perniagaan. Jurang ini memerlukan pelaburan yang jauh lebih besar. Yang kedua, dasar subsidi yang tidak menindas golongan rentan. Kami menghargai usaha kerajaan dalam memperkenalkan subsidi bersasar tetapi kami risau terhadap pelaksanaan dasar ini. Penghapusan subsidi menyeluruh tanpa persediaan yang mencukupi boleh membebankan rakyat berpendapatan rendah khususnya dalam aspek kos bahan api dan kos barangan keperluan harian yang akan meningkat keseluruhannya.

Golong B40 dan M40 sudah terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup. Oleh itu, kami mencadangkan agar langkah subsidi bersasar ini dilaksanakan secara berperingkat dengan memantau ketat bagi memastikan ia benar-benar memanfaat mereka yang memerlukan. Sebelum ini, saya pernah mendengar, sekarang ini sudah menjadi Menteri Ekonomi. Sewaktu menjadi pembangkang pernah berkata, “Harga minyak naik, habis harga barang lain naik. Tak cukup dengan harga minyak naik, dikenakan pula cukai-cukai lain. Harga minyak murah, harga barang lain pun murah. Harga minyak murah, elektrik pun murah. Harga minyak murah, maknanya segala kos yang lain insya-Allah juga akan murah kerana harga minyak ini adalah kos asas dalam semua aktiviti kehidupan. Business pun pakai minyak, hantar anak pi sekolah pun pakai minyak. Sebab itu kalau harga minyak naik 20 sen, roti canai pun naik 20 sen juga. Kalau harga minyak naik 20 sen, karipap pun naik 20 sen juga. Jangan marah pakcik yang jual karipap, dia pun nak hidup juga, saudara-saudari. Siapa boleh jual karipap boleh hidup kalau harga minyak terus naik, harga barang lain terus naik, harga karipap dia tak naik, saudara-saudari? Sebab itu kita pertahankan subsidi ini kerana subsidi dan kekayaan negara boleh terus sampai kepada rakyat”. Adakah kerajaan sekarang sudah ketandusan idea untuk menjana pendapatan negara sampai semuanya nak letak di atas kepala rakyat? Ketiga, kebajikan pekerja dan gaji progresif. Kerajaan mengumumkan Dasar Gaji Progresif untuk membaiki isu gaji yang rendah di negara ini. Ini merupakan langkah positif, namun kami mempersoalkan bagaimana dasar ini akan dilaksanakan secara efektif di sektor swasta. Walaupun gaji minimum akan dikuatkuasakan pada Februari tahun hadapan, pelan tindakan yang lebih konkrit perlu disediakan oleh kerajaan dan insentif buruh harus diberikan kepada majikan supaya kos barang keluaran mereka tidak akan dipindahkan kepada pengguna. Keempat, pendidikan dan modal insan. Pendidikan adalah tulang belakang kepada kemajuan negara. Walau kerajaan memperuntukkan belanjawan yang paling besar kepada sektor pendidikan pada setiap kali belanjawan, saya dapati masih belum mencerminkan keperluan sebenar bagi memperkukuhkan kualiti pendidikan di Malaysia. Kita masih melihat isu infrastruktur sekolah khususnya di kawasan luar bandar dan isu beban kerja guru yang semakin bertambah. Kerajaan perlu memastikan dana pendidikan digunakan dengan lebih efisien untuk memperkasakan tenaga pengajar dan membaiki fasiliti pendidikan dengan menitikberatkan penggunaan teknologi moden seperti AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukanlah dengan cara mencadangkan untuk menghapuskan subsidi sekolah berasrama penuh kepada golongan T15. Bukankah dulu Menteri Kewangan telah berkata untuk memperjuangkan pendidikan percuma kepada semua lapisan masyarakat. Nah, sekarang bila ada berkuasa melakukannya, kenapa tidak dilakukan? Malah, melakukan sebaliknya. Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan pemberian Program Geran SejaTi MADANI yang akan ditambah peruntukannya kepada RM1 bilion pada tahun hadapan. Pemberian

Geran SejaTi MADANI yang merupakan sebahagian inisiatif Kerajaan MADANI bertujuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mempromosikan inovasi melalui sokongan kewangan kepada sektor tertentu yang layak yang memohon– untuk memohon adalah di antaranya Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Komuniti Rumah Panjang, Komuniti Kampung Orang Asli, Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan dari pejabat daerah, pejabat residen atau Pejabat Wilayah Persekutuan atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau Bahagian Perancang Negeri (BPEN) dan persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan status pendaftaran yang masih sah. Walaupun geran ini mempunyai matlamat yang baik untuk menyokong usahawan dan perniagaan kecil, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperhatikan dalam pelaksanaannya pada tahun ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya bahaskan berkenaan geran ini iaitu penyaluran yang tidak sekata. Kemungkinan bahawa geran ini lebih banyak memberi manfaat kepada golongan tertentu yang mempunyai akses lebih mudah kepada maklumat atau hubungan rapat dengan institusi yang memberi bantuan. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan di kalangan penerima terutama bagi usahawan kecil atau individu di kawasan luar bandar yang mungkin tidak dapat akses yang sama. Kurang fokus kepada golongan yang paling memerlukan. Sesetengah pihak berpendapat bahawa pelaksanaan geran tidak betul-betul menyasarkan golongan yang paling memerlukan seperti usahawan dalam sektor B40 atau yang terkesan teruk oleh pandemik. Sekiranya dana tidak digunakan untuk tujuan yang disasarkan,impak positif yang diharapkan tidak akan tercapai. Walaupun geran dapat memberikan sokongan segera kepada usahawan atau projek tertentu, tanpa bimbingan lanjut atau pelan pengembangan perniagaan yang mampan, kesan jangka panjang geran ini mungkin terhad. Geran yang diberikan secara one-off tanpa susulan dalam bentuk latihan, sokongan teknikal atau pemantauan prestasi boleh menyebabkan usahawan perniagaan tidak bertahan lama. Perbandingan dengan bentuk bantuan yang lain. Golongan yang tidak layak untuk menerima geran ini mungkin merasakan bahawa mereka terpinggir terutamanya jika mereka tidak tergolong dalam sektor atau kategori yang diberikan keutamaan. Ini boleh menimbulkan rasa ketidakadilan dalam kalangan masyarakat. Saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memperkemaskan pemberian Geran SejaTi MADANI ini. Kerajaan boleh memperkenalkan mekanisme pemantauan yang lebih ketat dan berkala bagi memastikan dana yang digunakan dengan betul dan efektif. Proses permohonan perlulah dijadikan lebih mudah, telus dan adil untuk memastikan semua golongan yang layak mendapat akses yang setara kepada geran. Geran yang diberikan perlu disertakan dengan program bimbingan atau khidmat nasihat berterusan bagi membantu penerima mengembang perniagaan atau projek mereka secara lebih mampan. Walaupun Geran SejaTi MADANI berpotensi memberi manfaat kepada penerima, kelemahan dalam pelaksanaan itu perlu ditangani agar ia dapat mencapai

matlamat utamanya dalam merangsang ekonomi dan membantu golongan yang memerlukan. Tindakan tegas terhadap penyelewengan, memperkenalkan undang-undang atau dasar yang lebih ketat untuk mengawal penggunaan geran. Jika terdapat penyelewengan atau penyalahgunaan dana, tindakan tegas perlu diambil seperti menghentikan aliran dana, meminta pulangan geran yang telah diberikan, mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat. Untuk memperkemaskan mekanisme pengawalan pemberian Geran SejaTi MADANI 2025, pendekatan yang bersepadu, telus dengan menggunakan teknologi perlu diterapkan. Dengan menggunakan platform digital, audit berkala, penglibatan masyarakat dan pelaporan awam, kerajaan boleh memastikan bahawa dana yang disalurkan melalui program ini digunakan dengan efisien dan mencapai impak yang dikehendaki. Pemantauan yang teliti dan tindakan tegas terhadap sebarang ketidakpatuhan adalah kunci untuk memastikan kejayaan program ini. Sebelum saya menamatkan perbahasan ini, saya ingin menyentuh berkenaan pembangunan di kawasan saya di Parlimen Merbok. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peruntukan untuk Projek Menaik Taraf Jambatan Semeling yang akan ditender pada tahun hadapan dan satu lagi Projek Pembinaan Benteng Penahan Ombak di Kampung Huma, Tanjung Dawai. Cuma, saya ingin kepada kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan benteng penahan ombak di Kampung Huma ini kerana hakisan yang berlaku pada masa sekarang amatlah serius sehingga mengakibatkan kerosakan kepada rumah- rumah dan harta benda. Jika air pasang sahaja, dah tentu air laut akan masuk ke rumah- rumah penduduk. Bulan ini sahaja, dah tiga kali penduduk terpaksa berdepan dengan musibah ini. Oleh itu, saya menyeru kepada kementerian dan kerajaan untuk meneliti keluhan saya ini dan kalau boleh mempercepatkan pembinaan benteng penahan ombak tersebut. Saya juga ingin memohon kepada Kementerian Kewangan agar memperuntukkan sejumlah belanjawan yang mencukupi kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaikkan taraf Jalan K152 yang menghubungkan kawasan Sungai Lalang dengan Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok. Jalan ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan komuniti tempatan dan kawasan perusahaan berat Bukit Selambau serta menjadi laluan alternatif bagi penduduk yang bergerak di antara kedua-dua kawasan tersebut. Jalan ini agak merbahaya, gelap, sempit dan sibuk dan sering dilalui oleh banyak kenderaan berat sehingga berlaku banyak kemalangan. Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 ini mempunyai niat yang baik. Namun, pelaksanaannya perlu lebih teliti dan berfokus kepada keberkesanan serta kepentingan jangka panjang. Rakyat mengharapkan belanjawan yang dapat memberikan manfaat sebenar kepada mereka. Bukan hanya janji yang dilihat baik di atas kertas. Pihak kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan yang kami utarakan ini untuk memastikan belanjawan yang lebih seimbang, berdaya tahan dan adil untuk semua lapisan masyarakat. Kita mahukan masa depan yang lebih cerah dan sejahtera bagi Malaysia.

Akhir kata, sebelum saya menamatkan perbahasan ini, izinkan saya melafazkan kalam metafora yang berbunyi begini – “Kumpul lidi rapat-rapat, ikat bagi ketat sebab banyak sangat sampah di tanah rumah yang perlu disapu. Pokok sirih nak kena siram bagi subur sebab daun kaduk dah sibuk memanjat bumbung. Kejut kaum keluarga, sanak saudara dari lena sebab panas mentari makin lama, makin tinggi. Jangan terus lena dibuai mimpi, takut-takut esok hari, anak-beranak meminta-minta di kampung sendiri.” Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Pertama sekali, Sungai Petani ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan seluruh pasukan Kementerian Kewangan atas pembentangan dan persediaan Belanjawan 2025 yang secara keseluruhannya dilihat amat komprehensif dan menyentuh pelbagai aspek keperluan rakyat. Saya percaya bahawa kita Malaysia berada di landasan yang betul dan tepat dalam usaha membangunkan Malaysia yang lebih inklusif dan berdaya saing. Melalui langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan MADANI selama ini, kita telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pelbagai aspek ekonomi. Namun, untuk memastikan keberhasilan ini terus memberi impak jangka panjang, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan di samping mengakui kejayaan yang telah pun dikecapi. Pertama, kalau kita lihat pada tahun 2023, pertumbuhan ekonomi mencatat 5.6 peratus pada suku pertama dan merosot kepada 2.9 peratus pada suku kedua menunjukkan penurunan yang amat ketara. Sebaliknya, pada tahun 2024, pertumbuhan ekonomi meningkat kepada 4.2 peratus pada suku pertama dan melonjak kepada 5.9 peratus pada suku kedua. Ini menggambarkan sebuah pertumbuhan ekonomi yang pesat. Puan Yang di-Pertua, walaupun inflasi pada Ogos 2024 menurun kepada 1.9 peratus, tetapi isu kos sara hidup ini masih membelenggu sebahagian masyarakat. Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Sungai Petani, saya juga menerima aduan dan keluhan tentang peningkatan kos sara hidup yang amat membebankan ini. Justeru, saya amat menyokong inisiatif-inisiatif bantuan seperti, contohnya, Geran SejaTi MADANI. Telah pun diterima RM50,000 sehingga RM100,000 bagi setiap desa. Kalau kita lihat, pelbagai inisiatif atau pelbagai projek yang telah pun dilaksanakan oleh komuniti setempat. Antaranya, di kawasan saya sendiri ada yang membuat sewa khemah, kemudian ada yang membuat dron dan ada yang juga menggunakan geran tersebut untuk membuat

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

printing baju, banner dan sebagainya. Pada akhirnya, ini akan menjana ekonomi rakyat setempat itu sendiri. Perkara ini amat-amatlah perlu diteruskan dan ditambah baik lagi di masa-masa yang akan datang. Mengenai pelaburan, RM329.5 bilion yang diluluskan tahun lalu adalah satu rekod baharu yang patut dibanggakan dan separuh pertama 2024 juga menunjukkan angka pelaburan yang cemerlang. Namun, pelaburan ini perlu disertakan dengan usaha yang lebih strategik dalam menarik pelaburan yang menyumbang kepada pembangunan yang mampan seperti sektor hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, kita juga harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih hijau dan mesra alam. Ini memberi peluang kepada Malaysia untuk menjadi peneraju di dalam sektor hijau di rantau ASEAN. Ditambah pula pada tahun 2025, kita merupakan Pengerusi ASEAN. Melalui strategi pelaburan yang diselaraskan dengan keperluan alam sekitar dan sosial, kerajaan dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang adil serta memberi manfaat kepada generasi yang akan datang. Tenaga hijau ini berpotensi besar untuk menarik lebih banyak foreign direct investment (FDI) ke Malaysia. Seiring dengan komitmen global terhadap sumber tenaga yang lestari, program seperti RE100 di mana syarikat-syarikat antarabangsa berikrar untuk menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui menjadi pendorong utama bagi negara yang mampu menyediakan sumber tenaga bersih ini. Puan Yang di-Pertua, dalam mengejar agenda hijau, kita mesti mengatasi kekurangan kedoktoran dan penyelidik dalam bidang STEM. Ini amat-amat penting. Mungkin persoalan kini adalah kenapa kita kekurangan tenaga STEM ini. Salah satunya adalah sebab minat golongan belia itu sendiri terhadap ekonomi gig yang mana menjanjikan pulangan yang lebih lumayan, yang lebih cepat dibanding dengan STEM dan sebagainya. Jadi, ini adalah salah satu hal yang perlu diperhalusi oleh kerajaan bahawa kita perlu menitikberatkan lagi penglibatan anak-anak muda terhadap STEM dan juga bidang-bidang penyelidikan ini. Puan Yang di-Pertua, bidang seperti pembuatan semikonduktor juga sangat memerlukan tenaga kerja mahir daripada TVET yang berpotensi menjadi penggerak utama dalam industri hijau. Dengan menyediakan lebih banyak biasiswa dan laluan pendidikan untuk pelajar dalam bidang TVET, Malaysia bukan sahaja dapat membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk teknologi hijau tetapi juga dapat menyelesaikan isu pengangguran belia. Ini kerana peluang pekerjaan dalam industri hijau dan teknologi seperti semikonduktor ini semakin berkembang. Kalau kita lihat― saya berasa lega apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan kadar pengangguran telah menurun kepada 3.2 peratus setakat Ogos 2024, terendah sejak Januari 2022 atau sebelum COVID. Namun begitu, ini adalah amat-amat perlukan perhatian juga oleh pihak kerajaan. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu tentang pendidikan anak-anak di sekolah. Ketika saya turun ke kawasan, saya berjumpa dengan guru-guru, saya berjumpa dengan ibu bapa. Banyak keluhan yang mengatakan ketika berada di dalam bilik darjah itu,

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

guru-guru mungkin melihat bahawa tahap pelajar-pelajar atau murid-murid itu tidak sebanding dengan yang sepatutnya. Ada yang mungkin Tingkatan 4 masih lagi belum boleh untuk membaca dan mengira. Ini adalah satu perkara yang amat-amat merisaukan khususnya untuk kita melahirkan generasi cerdik pandai untuk kita menjaga aset masa depan negara. Kenapa? Kerana tidak ada satu sistem atau ujian yang khusus untuk anak-anak di peringkat sekolah ini seperti dulunya kita ada UPSR, PMR atau PT3 dan sebagainya. Tetapi, sekarang kita tidak ada perkara tersebut dan ini amat-amat menyukarkan para guru untuk menilai murid-murid. Jadi, saya mohon Kementerian Pendidikan supaya meneliti perkara ini. Apakah solusi terbaik yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan supaya kita tidak melahirkan generasi- generasi yang mungkin akan menjadi merosot dan menyebabkan negara kita akan rugi di masa yang akan datang. Puan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa pengukuhan Ringgit sebanyak 14.4 percent berbanding Dolar Amerika adalah satu pencapaian yang luar biasa, terutamanya dalam suasana geopolitik yang tidak menentu. Namun, kita perlu memastikan kekuatan ini tidak hanya bersifat sementara. Kalau kita lihat, kerajaan perlu memastikan bahawa langkah- langkah ekonomi yang menyokong Ringgit adalah konsisten termasuk menambah baik dasar fiskal dan mengurangkan kebergantungan kita terhadap import terutamanya bahan makanan. Kalau di kawasan saya, kawasan Sungai Petani, masih banyak golongan petani- petani yang bergantung kepada sektor ini dan langkah ini boleh memberikan manfaat besar kepada komuniti tempatan. Dengan kita mengurangkan import makanan, kerajaan dapat memberikan peluang kepada petani tempatan untuk meningkatkan pengeluaran mereka, seterusnya menyokong ekonomi tempatan dan mengurangkan kos import. Di Sungai Petani, masih ada keluarga dan petani kecil yang bergantung kepada hasil pertanian tradisional. Saya menyokong inisiatif kerajaan dalam Bajet 2025 yang menjanjikan peruntukan yang meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM6.17 bilion untuk sektor pertanian. Sebagai seorang wakil kawasan yang bergantung pada pertanian, saya amat menghargai langkah kerajaan ini. Tetapi, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan mempertingkatkan sokongan terhadap sektor ini menerusi pelaburan dalam digital agriculture technologies (DAT). Puan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh beberapa hal khususnya dalam langkah kerajaan menyasarkan subsidi kepada golongan-golongan 85 percent, kemudian ada timbulnya T15, T10 dan sebagainya. Ini adalah perkara yang baik. Namun, kerajaan perlu menyegerakan klasifikasi dan definisi dari T15 atau T10 ini agar tidak ada kegusaran atau kekeliruan dalam kalangan kita semua. Namun begitu, kalau kita lihat― saya ingin menyentuh mengenai pendidikan. Pendidikan ini amat perlu sama rata. Tidak kiralah dia golongan kaya ataupun golongan yang rendah, pendidikan ini tidak boleh didiskriminasikan.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tetapi, apa yang lebih penting sebenarnya, selain daripada kita sering membahas tentang golongan-golongan T15 dan sebagainya, kita lupa dan alpa bahawa ada 85 peratus sehingga 90 peratus rakyat Malaysia yang memerlukan subsidi. Ini yang perlu diberikan perhatian. Kita perlu berikan perhatian kepada 90 peratus ini. Bukan hanya semata-mata ingin champion kepada golongan yang kecil ini. Ini yang perlu kita fokuskan dan kita perlu perhatikan khususnya kepada mereka yang selalu menghentam kerajaan kononnya zalim. Kerajaan tidak zalim tetapi kerajaan cuba untuk menyelamatkan 85 hingga 90 peratus rakyat Malaysia yang selama ini menikmati subsidi ini.

Betul, betul.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Puan Yang di-Pertua, sedikit, saya juga ingin menyentuh selain- dan dana ini kemudiannya akan dikembalikan semula kepada rakyat. Sebagai contoh, saya ingin- di Paya Nahu, contoh. Flat Paya Nahu, kalau kita lihat di kawasan saya, penyaluran dana yang dijimatkan daripada subsidi ini ke arah pembangunan sosial dan pemulihan. Flat Paya Nahu ini merupakan satu tempat yang penuh dengan gejala sosial dan sebagainya. Saya mohon supaya kerajaan dapat memperuntukkan sebahagian dana untuk membantu anak-anak kita di kawasan ini. Selain itu juga, dana ini dapat membuat, membina lebih banyak infrastruktur yang lebih kritikal lagi. Puan Yang di-Pertua, sedikit saya ingin masuk masalah kesihatan. Saya ingin merakamkan penghargaan atas pembinaan Kompleks Kesihatan Awam Daerah Kuala Muda dan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani dan sebagai Ahli Parlimen kawasan yang mempunyai populasi yang agak padat dan berkembang pesat, saya akan terus cakna akan kepentingan penduduk di kawasan ini. Saya melihat bahawa isu di Sungai Petani adalah Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Sungai Petani yang padat dengan pesakit (patient) kemudian kekurangan tenaga medis, kekurangan doktor. Ini perlu amat-amat perlu diberikan perhatian oleh kerajaan kerana ia tidak hanya melibatkan Sungai Petani tetapi juga secara keseluruhannya Kuala Muda, termasuk sahabat saya daripada Parlimen Merbok. Ini amat-amat penting, kita tidak boleh memberikan beban yang teruk kepada hospital tersebut, khususnya kepada tenaga-tenaga medis dan juga kita perlu memberikan penghargaan dengan menaikkan insentif kepada tenaga-tenaga medis ini. Termasuklah jururawat, doktor, MO dan sebagainya dan ini perlukan penyelesaian yang segera. Kita juga perlu memperkasakan primary healthcare supaya tidak ada kepadatan pesakit di Hospital Sultan Abdul Halim dan juga di hospital-hospital besar yang lain. Puan Yang di-Pertua, sedikit sebelum menutup, saya juga ingin menyatakan bahawa bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini amat-amat komprehensif, sangat menyeluruh, yang akan menjadikan masyarakat Malaysia ini sebagai sebuah masyarakat MADANI. MADANI ini maksudnya tamadun, sebab itu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita ingin membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun, bukan sahaja perilakunya tetapi mental

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

dan juga kelakuannya. Itu amat-amat penting. Kalau kita lihat, kita- kerajaan telah meluluskan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka dan kalau kita lihat, ini semua perlukan pelaksanaan yang baik. Kita perlu berbahasa dengan baik, kita perlu menyantuni orang dengan baik dan siapa yang akan memulakan perkara ini kalau bukan kita yang berada dalam Dewan ini. Kalau kita lihat, kerajaan hari ini cuba mengangkat martabat bahasa Malaysia kita, banyak bahasa-bahasa yang cuba diperkasakan.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Tapi apa yang berlaku, ada Ahli- ahli Yang Berhormat cuba memperolokkan bahasa.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Cuba membuat jenaka-jenaka atau lawak bodoh dalam Dewan ini tentang bahasa. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau bukan kita Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa lagi yang akan merubah negara kita. Bahasa ini amat dinamik, bahasa ini hidup, bahasa ini boleh berubah dari masa ke masa. Tetapi adakah kita menghargai bahasa ataupun tidak, itu adalah yang lebih penting. Kalau bukan kita yang ingin membentuk bangsa yang intelektual, siapakah yang akan membentuk bangsa yang intelektual? Kita perlu menunjukkan satu contoh yang baik sebagai Ahli Yang Berhormat

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Bukannya buat jenaka memperolok ketimbang dan sebagainya. Ini adalah yang amat-amat menjengkelkan bagi saya.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Amat-amat malu untuk kita nak bercerita pada orang luar, Ahli-ahli Yang Berhormat berpelaku seperti perkara tersebut. Jadi, sebab itu Puan Yang di-Pertua, terakhir.

Tindakan dangkal.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Last, last. 30 seconds saja, Puan Yang di-Pertua. Mungkin kita terlupa bahawa politik bukan hanya tentang membangkang atau mengkritik tetapi politik adalah untuk mencari solusi. Saya juga ternanti- nanti, selain daripada perbahasan ahli-ahli pembangkang, apakah solusi dan alternatif atau buku bajet yang cuba untuk dibentangkan dan diberikan kepada rakyat. Jadi, saya harap kita dapat bekerjasama untuk membangunkan sebuah negara yang bertamadun Malaysia MADANI ini. Sekian, terima kasih. Sungai Petani mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam segulai sejalai.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan Batang Lupar peluang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar untuk Belanjawan 2025. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan MADANI yang berpaksikan tiga rumpun utama iaitu membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahterakan rakyat. Sesungguhnya pembentangan belanjawan telah menjadi acara tahunan yang amat dinanti-nanti oleh rakyat di luar sana kerana ianya merupakan cerminan pencapaian dan aspirasi Kerajaan MADANI yang mentadbir negara pada hari ini. Puan Yang di-Pertua, walaupun Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan keseluruhan yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM421 bilion. Jika hendak dibandingkan dengan belanjawan-belanjawan sebelum ini, jelas terdapat sedikit pengurangan untuk peruntukan pembangunan berbanding peruntukan mengurus yang meningkat saban tahun. Untuk Belanjawan 2025, hanya sekitar RM86 bilion sahaja diperuntukkan bagi belanja pembangunan berbanding RM99 bilion untuk Belanjawan 2023 dan RM90 bilion untuk tahun 2024. Namun demikian, di sebalik penguncupan peruntukan pembangunan tersebut, saya tetap berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan sebanyak RM5.9 bilion untuk tujuan pembangunan di Sarawak di bawah Belanjawan 2025 ketimbang RM5.8 bilion untuk tahun 2024. Di samping itu, suka saya mendengar bahawa kadar pemberian khas kepada Sarawak juga akan ditingkatkan sekali ganda iaitu daripada RM300 juta kepada RM600 juta tahun hadapan. Semoga formula khas berkenaan pemberian khas kepada Sarawak dapat dimuktamadkan kerana saya percaya dana daripada pemberian khas ini akan dimanfaatkan sepenuhnya ke arah membangunkan Sarawak. Seperti yang sering dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abang Zohari, kalau Sarawak maju, Malaysia pun maju. Insya-Allah dengan penambahan peruntukan untuk Sarawak ini ianya akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan jurang pembangunan sedia ada demi kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama, tidak dinafikan bahawa pengurangan peruntukan pembangunan di bawah Belanjawan 2025 sedikit merisaukan kerana saya yakin masih banyak lagi projek-projek pembangunan penting di bawah Rancangan Malaysia Yang Kedua Belas yang perlu diteruskan seperti pembinaan jalan dan jambatan, penyambungan bekalan air dan elektrik, menara telekomunikasi, balai polis dan balai bomba serta menaik taraf klinik-klinik dan sekolah- sekolah daif. Justeru, saya ingin mendapatkan jaminan daripada kerajaan bahawa walaupun perbelanjaan pembangunan di bawah Belanjawan 2025 kali ini menurun, pembangunan infrastruktur-infrastruktur penting, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman akan tetap diberi keutamaan dan tidak lagi dilengah-lengahkan demi mencapai kesemua sasaran yang ditetapkan di bawah RMKe-12. Bukan apa Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Batang Lupar juga masih ada banyak kemudahan serta prasarana penting yang

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

perlu dibina dan dinaik taraf, malahan ada projek yang telah lama tertangguh semenjak RMKe-11 seperti pembinaan gantian baharu SMK Sebuyau yang sering kali saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Alhamdulillah, baru-baru ini sudah ada tanda-tanda positif bahawa projek ini akan diteruskan. Saya dimaklumkan bahawa sekolah gantian penuh SMK Sebuyau ini akan dibina ditapak baru di Bandar Baharu Sebuyau. Saya berharap agar pihak kementerian akan dapat menetapkan tarikh siapnya pembinaan sekolah gantian SMK Sebuyau ini agar penduduk tidak lagi ternanti-nanti dan tertanya-tanya. Sementara menunggu sekolah SMK Sebuyau baharu ini siap dibina, bangunan sekolah di SMK Sebuyau sedia ada masih perlu dibaiki untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk para guru dan pelajar. Sebahagian daripada bangunan tersebut telah pun berusia puluhan tahun. Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Tambun ada mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah di Sabah dan Sarawak.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Saya ingin mendapatkan perincian mengenai berapa banyakkah daripada sekolah tersebut yang terletak di Parlimen Batang Lupar. Adakah SMK Sebuyau turut termasuk dalam kategori ini dan berapakah kos peruntukan yang akan disalurkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat? Seterusnya Puan Speaker, saya ingin membangkitkan mengenai soal kesihatan. Saya menyambut baik inisiatif Kerajaan MADANI untuk membangunkan sebuah pusat kanser di Kuching, Sarawak dengan kos sebanyak RM1 bilion. Semoga ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu pesakit kanser dari seluruh Sarawak yang memerlukan rawatan khusus daripada pakar onkologi dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya ingin mendapatkan perincian berkenaan peruntukan RM300 juta untuk menaik taraf klinik-klinik daif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2025. Adakah ia akan melibatkan klinik-klinik di bawah Parlimen Batang Lupar terutama klinik lama yang masih diperbuat daripada kayu seperti Klinik Kesihatan Lingga dan Klinik Kesihatan Meludam. Apakah usaha terkini kementerian dalam menambah baik peralatan dan khidmat perubatan di klinik-klinik kesihatan di Parlimen Batang Lupar seperti menyediakan lebih banyak mesin dialisis, mesin X-ray, alat funduskopi, autoclave dan sebagainya untuk kegunaan penduduk setempat. Puan Speaker, dengan kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan melalui jawapan lisan kepada pertanyaan saya bahawa pihak kementerian akan membuat permohonan di bawah Rolling Plan Kelima RMKe-12 untuk kerja-kerja awalan tapak untuk pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Pusa dan Sebuyau. Saya percaya pembinaan kedua-dua BBP ini akan mengambil sedikit masa untuk dibina. Namun, besarlah harapan saya agar pihak KPKT akan dapat merangkumkan

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

pembinaan BBP ini di Pusa dan Sebuyau ini bawah RMKe-13 yang akan datang. Sekurang- kurangnya ada sedikit sinar harapan untuk merealisasikan pembinaan sebuah BBP di kawasan terpencil seperti Busa dan Sebuyau yang terletak jauh daripada BBP utama di Betong, Simunjan dan Saratok. Seterusnya Puan Speaker, saya juga menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan sebanyak RM50 juta untuk kerja-kerja pembersihan parit dan longkang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, kawasan muara sungai seperti Parlimen Batang Lupar sering terdedah dengan risiko banjir. Keadaan longkang dan parit yang tersumbat menjadi penyumbang utama kepada masalah banjir kilat yang merosakkan harta benda dan hasil pertanian penduduk di kawasan ini. Justeru, saya berharap agar kerja- kerja pembersihan parit dan longkang dapat dilakukan secara berkala di masa akan datang oleh pihak PBT dan bukan sekadar secara one-off sahaja dengan izin. Puan Speaker, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan sebanyak RM100 juta yang akan diperuntukkan untuk membina gerai-gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di semua PBT di seluruh negara. Saya melihat terdapat keperluan untuk menaik taraf pasar awam di Pekan Pusa serta gerai-gerai kecil di Lingga, Maludam dan Sebuyau. Sebagai antara sebuah kawasan pertanian dan perikanan yang utama di Sarawak, wajarlah sekiranya facility pasar awam di Parlimen Batang Lupar dinaik taraf untuk keselesaan peniaga dan pengunjung. Menyentuh sedikit mengenai pertanian khususnya sektor padi dan beras. Di sini saya sekali lagi ingin membawa suara Sarawak untuk memohon penambahan peruntukan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan pusat dalam usaha untuk membangunkan kawasan jelapang padi di Sarawak bagi memenuhi permintaan dan keperluan beras domestik. Buat masa ini, Tuan Yang di-Pertua, Sarawak masih perlu mengimport sekitar 68 peratus beras dari luar. Justeru, langkah segera perlu diambil bagi meningkatkan penghasilan beras tempatan demi memperkukuh keterjaminan makanan di Sarawak. Dalam hal ini, kerajaan Sarawak telah bersedia melabur RM500 juta untuk membangunkan sektor padi dan beras dan memerlukan imbuhan sebanyak RM500 juta lagi daripada kerajaan pusat. Maka, saya berharap agar kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan hasrat ini. Beralih kepada isu-isu dasar antara topik yang hangat dibangkitkan oleh rakyat adalah berkenaan penyasaran subsidi petrol RON95. Dalam soal ini, saya sejujurnya ingin menggesa supaya pihak kerajaan mengambil pendekatan yang lebih teliti berkenaan kaedah pelaksanaan serta implikasi penyasaran subsidi petrol RON95 terutamanya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini kerana Puan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa hanya golongan T15 yang akan terkesan, saya khuatir akan ada kesan secara tidak langsung seperti kenaikan harga barang dan makanan yang

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

pastinya akan membebankan golongan berpendapatan sederhana dan rendah terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak. Masih banyak lagi penduduk rumah panjang, nelayan, petani dan orang-orang kampung yang bergantung pada penggunaan petrol RON95 bersubsidi untuk mencari nafkah dan meneruskan kehidupan harian mereka. Saya memahami kerajaan cuba berjimat cermat tetapi harus dilihat juga daripada segi pelaksanaan sama ada ia praktikal dan adil untuk semua pihak. Justeru, saya ingin bertanya adakah Sabah dan Sarawak akan turut dikecualikan daripada penyasaran subsidi RON95 seperti mana subsidi diesel? Adakah kerajaan benar-benar yakin bahawa penyasaran subsidi petrol seperti ini tidak akan mewujudkan pasaran gelap yang akhirnya membawa lebih banyak kerugian kepada negara. Point yang terakhir, Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan mengenai hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 63. Dalam hal ini, kami berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas sikap keterbukaan dan komitmen beliau untuk berunding mengenai pengembalian hak-hak Sabah dan Sarawak seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 63. Saya juga berasa terpanggil untuk menyokong hujahan yang dibawa oleh rakan- rakan seperjuangan saya seperti YB Seri Aman dan YB Puncak Borneo mengenai pembahagian satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen kepada wilayah Sarawak dan Sabah. Terbentuknya Persekutuan Malaysia adalah atas semangat equal partners dengan izin dan perkongsian kuasa antara pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian Malaysia 1963 iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak. Ia termeterai atas fahaman bahawa tidak ada satu pun daripada mana-mana pihak ini yang mempunyai lebih kuasa daripada yang lain. Keseimbangan kuasa ini terganggu setelah keluarnya Singapura daripada persekutuan di mana agihan kerusi Parlimen untuk Singapura kemudiannya diserap oleh Semenanjung Malaysia. Hari ini kita dapat lihat bahawa Semenanjung Malaysia kemudiannya memiliki 166 atau sekitar 75 peratus kerusi di Dewan Rakyat. Keadaan ini jelas bertentangan dengan semangat equal partnership dengan izin, yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia 63. Justeru itu, memandangkan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya sedang giat dijalankan, inilah masanya untuk mengembalikan satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat kepada Sarawak dan Sabah. Kalau bukan sekarang, bila lagi. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada suara-suara sumbang di luar sana yang cuba memperlekehkan usaha pemimpin Sarawak dan Sabah untuk mengembalikan satu pertiga kerusi Dewan Rakyat. Individu tersebut gagal memahami niat dan semangat pemimpin Sarawak dan Sabah terdahulu yang telah bersetuju membentuk Malaysia. Dengan harapan agar Sarawak dan Sabah kekal sebagai rakan sekutu dalam Persekutuan Malaysia. Kami di Sarawak dan Sabah bukanlah opportunists ataupun playing victim dengan izin. Kami hanya menuntut apa yang sememangnya hak kami yang terhakis selama ini. Akhir kata, Puan Speaker, saya juga bersetuju dengan YB Sri Aman bahawa perlu ada penekanan kepada elemen perpaduan dan penyatuan kaum dalam merencana

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

pelaksanaan Bajet 2025. Sebagai rakyat Malaysia, tidak perlulah kita melabel satu sama lain sebagai type C, type I, type M. Kita semua adalah type Malaysian. [Tepuk]

Betul. [Tepuk]

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, kita seharusnya seperti yang pernah dikatakan oleh Allahyarham Tok Nan. Kita boleh duduk sama-sama, kita boleh minum sama-sama, makan sama-sama, cari amoi pun sama-sama. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan, [Bercakap bahasa India] . Betul tidak, Jelutong?

Betul, betul.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Betul. Ha, kepada rakan- rakan sahabat handai saya yang berbangsa India, semoga Deepavali tahun ini memberikan 1000 makna kepada mereka dan juga semoga pengumuman di bawah Belanjawan 2025 ini membawa sinar harapan buat segenap lapisan rakyat Malaysia. Sekian, Puan Speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan perbahasan saya dengan petikan daripada ayat Al-Quran Surah Hud ayat 61 yang berbunyi. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang maksudnya, “Dialah yang menciptakan kalian daripada bumi yakni tanah dan menjadikan kalian bagi memakmurkannya”. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat 18 Oktober yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyebut tentang isu antara matching buruh dan produktiviti. Antara inti pati penting dalam Belanjawan 2025 adalah berkenaan dengan kadar gaji minimum RM1,700. Pengumuman tersebut memang membawa implikasi besar kepada majikan terutama dari segi peningkatan kos operasi. Kenaikan gaji ini akan menyebabkan majikan terpaksa meningkatkan harga buruh atau perkhidmatan untuk menampung kos tambahan yang secara langsung memberi kesan kepada daya saing dalam pasaran. Dalam masa yang sama, isu matching kadar buruh dan produktiviti menjadi lebih kritikal dalam konteks ini. Sekiranya pekerja tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk memenuhi expectation dari segi produktiviti yang diharapkan pada kadar gaji yang baru, majikan mungkin merasakan beban tambahan. Hal ini boleh menyebabkan mereka mengambil langkah drastik seperti mengurangkan pekerja untuk menyesuaikan dengan kos yang lebih tinggi ataupun mungkin juga membawa kepada memindahkan kos itu yang akan meningkatkan kadar kos kepada –

dalam produk dan juga perkhidmatan. Justeru itu, amat penting untuk meningkatkan latihan dan pembangunan kemahiran, reskilling and upskilling dengan izin. Sekiranya pekerja dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan memberi nilai tambah yang setara dengan kadar gaji yang lebih tinggi maka isu ini dapat diatasi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyebut tentang isu berkaitan dengan unsur nadir bumi yang sering diperkatakan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sangat perlu percepatkan semua inisiatif di dalam memacu industri nadir bumi. Sejak kita mengumumkan kita ada khas – kita mempunyai sumber nadir bumi sehingga bernilai lebih daripada RM800 bilion, setakat ini kita masih asyik berbincang tentang kerangka ini, kerangka itu. Yang saya takut dalam industri ini sekiranya kita perlahan, peluang akan direbut oleh negara-negara lain yang juga mempunyai unsur yang sama. Nanti kita cuma dapat tulang sahaja. Kerangka, kerangka, kerangka, akhir sekali kita tinggal rangka kerana negara lain yang mempunyai unsur nadir bumi sangat agresif memikat pelaburan, memudahkan urusan pelesenan, hak untuk mengusahakan perlombongan.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Kuala Terengganu.

Sila.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Laluan.

Mana dia?

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Belakang, belakang. Padang Serai.

Ya. Sila, sila.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Terima kasih Kuala Terengganu. Berkenaan dengan isu deposit nadir bumi yang ada dalam negara kita pada hari ini. Kebanyakan deposit ini berada di dalam negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Adakah SOP sengaja dilambat-lambatkan untuk memperlahankan ekonomi di negeri-negeri tersebut?

Saya tidak pasti tetapi kerajaan lebih mengetahui. Sedangkan di dalam proses ini, saya difahamkan projek berkaitan dengan lombong perintis yang dilaksanakan di apa ini? Kenering, Perak telah melampaui kejayaan. Dah sampai ke tahap hasil itu terpaksa terkumpul begitu sahaja. Tidak dapat dijual ke mana-mana. Maka kerana itu, lagi lambat kita bertindak lagi ramai akan membuat secara haram. Melombong secara haram, menyeludup keluar REE ini. Jadi, apa status sebenarnya kesediaan syarikat seperti Lynas untuk memproses nadir bumi secara tempatan? Apa status kesediaan teknologi tempatan untuk memproses secara tempatan? Bagaimana keputusan kerajaan berhubung dengan permohonan syarikat yang saya sebut tadi? Melaksanakan perlombongan secara perintis MCRE yang telah menghasilkan begitu banyak tapi tak dapat jual keluar di Kenering, Perak untuk mengeksport ini di lombong mereka kerana tiadanya pembelian di dalam negara kerana belum lagi kita pasti tentang kesediaan untuk memproses di dalam negara.

Seterusnya saya ingin menyebut tentang isu tentang federalisme fiskal. Kita sudah 67 tahun mengecap kemerdekaan dan setiap negeri mempunyai hasil negeri dan potensi masing-masing. Negeri-negeri ini sepatutnya mula dibenarkan untuk meneroka hak untuk lebih berdikari di dalam menguruskan hasil negeri. Kita sendiri menyaksikan perbelanjaan negeri-negeri melebih pendapatan yang diperoleh yang akhirnya menyebabkan negeri-negeri kebanyakannya mengalami defisit dalam belanjawan. Kita pula mula desentralisasi, memberi kepercayaan kepada negeri-negeri untuk menguruskan hasil negeri, bukannya semakin memusatkan yang mana antara lain yang kita khuatirkan termasuklah nadir bumi ini. Takut adanya usaha untuk memusatkan yang akhir sekali peluang untuk negeri yang ketinggalan dari segi kemampuan untuk berdikari ini mengusahakan mencapai kejayaan, disekat kerana oleh birokrasi yang kita sendiri menetapkan yang akhirnya merugikan negara kita sendiri. Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula jumlah geran per kapita selaras peruntukan Bahagian I, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah hampir 20 tahun yang lalu, agar nilai yang diterima setimpal dengan perbelanjaan di setiap negeri. Seterusnya, saya ingin menyebut sedikit tentang tenaga negara. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyentuh mengenai masa depan tenaga di negara ini. Kita hendaklah terbuka tentang potensi daripada sumber-sumber lain tenaga. Sekarang ini, kita menggunakan tenaga elektrik, banyak dijana melalui pembakaran arang batu dan sebagainya. Mengapa kita perlu mengambil sikap tertutup tentang teknologi-teknologi misalnya berkaitan dengan even teknologi nuklear? Sekiranya teknologi yang ada pada masa sekarang adalah lebih bersih dan selamat. Malah sekarang ini negara seperti Korea Selatan dan Perancis telah lama menggunakan tenaga nuklear sebagai sebahagian besar daripada tenaga mereka. Dengan teknologi reaktor modular kecil atau small modular reactors (SMR), nuklear kini lebih selamat, skala kecil dan lebih mudah diurus. Baru-baru ini Menteri menjawab tentang potensi torium menggantikan uranium yang mempunyai potensi tenaga yang lebih bersih, selamat dan kita mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya di dalam negara kita insya-Allah, suatu hari nanti. Selain daripada itu, Malaysia mempunyai banyak potensi untuk memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui. Minta maaf, tenaga solar, angin, kita ada ombak, sungai, arus bawah laut. Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima pancaran mata hari sepanjang tahun, menjadikan tenaga solar sebagai sumber berpotensi tinggi untuk kita memanfaatkan. Di samping itu, terdapat beberapa kawasan persisiran pantai ataupun pulau yang boleh dimanfaatkan untuk penggunaan kincir angin seperti di Pulau Perhentian. Penghasilan hidrogen secara komersial juga antara industri yang kerajaan perlu titik beratkan. Terengganu kini sedang berusaha meneroka potensi hidrogen yang terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Sarawak yang kini menjadi peneraju di dalam penghasilan hidrogen.

Selain daripada itu, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu berkaitan dengan carbon capture, utility storage. Karbon yang ditangkap melalui teknologi penangkapan dan penyimpanan dapat menghasilkan kredit karbon. Nilainya boleh diukur dan ditukar menjadi unit kredit sesuai dengan bilangan pokok yang setara ditanam. Kedudukan Malaysia di atas Pentas Sunda yang tidak dalam, tidak terlalu dalam di Pentas Sunda ini berbanding dengan perairan lain seperti Atlantic, Pacific ataupun North Sea di mana terletaknya telaga minyak kita yang banyak, yang telah dikeluarkan hasil, yang menjadi kosong, gas telah dikeluarkan, petroleum dah dikeluarkan. Ia merupakan tangki simpanan semula jadi yang selamat yang perlu kita manfaatkan. Maka – jadi kerana itu, saya mengharapkan supaya kerajaan meninjau potensi ini kerana kita mempunyai kelebihan berbanding negara-negara lain yang sedang mengorak langkah ke arah apa ini – sisi US yang serupa. Seperti Indonesia, kita tidak berapa di lingkaran gunung berapi. Ia menjadikan perairan kita adalah selamat selain kedudukan yang sebenarnya jauh lebih daripada 200 kilometer daripada persisiran pantai.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu kewarganegaraan. Sekarang, banyak IC palsulah. Ada IC yang memang betul, IC itu betul tetapi tuan punya dah meninggal lama. Seolah-olah sengaja tidak dilaporkan, IC yang berkenaan terus dipakai untuk pelbagai tujuan. Jangan-jangan mengundi pun ada. Kerana itu ini adalah bahaya. Kita kena tapis balik semua IC yang pernah dikeluarkan ini. Maka, elok jugalah kalau ada cadangan supaya mungkin kita boleh mula mempunyai IC digital supaya semua pemilik IC ini perlu kembali ke JPN, disahkan balik identiti mereka ini. Kerana saya bimbang ramai yang dok pegang IC ini sebenarnya mereka bukan rakyat kita yang sebenar pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu scammer sikit. Minta tolong kerajaan sangat-sangat menyiasat tentang masalah scammer ini. Berlindung dengan identiti palsu, menggunakan nama, foto individu lain, imej dan sekarang ini ada teknologi AI. Ramai yang menjadi mangsa. Jawapan setakat ini yang diberikan oleh kerajaan adalah skema. Tidak banyak yang dapat diselesaikan. Saya ini adalah antara mangsa. [Ketawa] Foto saya digunakan oleh – dalam media sosial palsu. Lebih daripada 60 yang saya dah kira sekarang ini dan memang ada yang tertipu. Ribuan, puluh ribu. Buat laporan kepada SKMM, buat laporan kepada polis. Akhir sekali, letih, malas. Saya harap kerajaan bersungguh dalam menangani masalah ini. Sekiranya perlu pada kerjasama antarabangsa, INTERPOL kah apa kah, minta tolong selesaikan masalah ini. Ramai rakyat kita yang menjadi mangsa. Dato’ Yang di-Pertua, tinggal lagi satu minit. Biarlah saya sentuh tentang isu tempatan di kawasan saya. Tidak lengkap, saya ingin mengucapkan tahniah, terima kasih kepada KPKT, kejayaan pembinaan Pasar Payang baharu yang dimulakan di era Perikatan Nasional pada hari ini telah siap dibina. Cumanya, saya ingin maklumkan masa pembinaan yang lalu untuk tujuan mengurangkan kos, banyak spesifikasi ditiadakan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Maka, kerana itu ada sedikit kelemahan yang saya minta supaya diambil kira. Sebahagian kawasan itu tidak ada akses, terlalu jauh daripada tangga utama menyebabkan kedai-kedai yang ada ini lebih 60 penjual batik dan sebagainya duduk di belakang. Mereka ini sepatutnya kalau ikut pelan asal, dia ada tangga eskalator. Saya harap pihak yang berkenaan sila ambil perhatian perkara ini supaya dapat ditambah baik bangunan yang siap yang sudah cantik ini. Selain daripada itu, Pasar Borong Gong Pauh merupakan pusat pengedaran barangan keperluan utama di Negeri Terengganu kini berada di dalam keadaan serba daif yang perlu perhatian daripada KPKT. Saya pernah sebut ini beberapa kali kepada Menteri yang berkenaan dan pernah disebut juga oleh Exco PBT Terengganu kepada Menteri berkenaan berkaitan dengan Pasar Borong Gong Pauh. Seterusnya, saya ingin menyebut tentang tiga lagi projek. Saya baca sahaja nama tajuk projek ini. Minta supaya kementerian yang berkenaan mengambil perhatian. Pertama, berkaitan dengan pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat di Bandar Baru Bukit Besar. Yang ini penting untuk memacu pertumbuhan Bandar Baru ini yang setelah sekian lama tertangguh. Kemudian, yang kedua projek sistem saliran mesra alam di Kampung Kubang Parit atau dikenali sebagai RTB Gong Kiat Fasa II dan seterusnya Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering. Saya minta dinyatakan apakah status pelaksanaan ketiga-tiga ini? Semoga mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak kementerian. Itu sahaja perbahasan saya pada kali ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Kepong.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya cuma nak bangkit dua isu secara ringkas. Pertama, semua negeri di Malaysia ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan sistem pelantikan Ahli Majlis. Di Negeri Terengganu ada, Kedah ada, Kelantan juga ada, kecuali di Kuala Lumpur. Apabila dicadangkan untuk melatih Ahli-ahli Majlis di Kuala Lumpur, pembangkang protes. Mereka kata tidak boleh sebab sistem ini tidak adil. Sedangkan tadi saya sudah sebut, di negeri-negeri pembangkang semua ada melantik Ahli-ahli Majlis. Diterima baik, di tempat mereka boleh tapi di Kuala Lumpur mereka kata tak boleh. Oleh itu, saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menerima dan membenarkan pelantikan Ahli-ahli Majlis di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini supaya semua keputusan yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, semua kontrak yang dibeli, semua polisi yang dirancang boleh disemak dan diimbang oleh Ahli-ahli Majlis. Check and balance. Ini juga demi good governance (tata kelola) yang baik.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tan Sri Speaker, isu yang kedua. Izinkan saya mengemukakan perenggan mengenai Rang Undang-undang Tahanan di Rumah sebagai alternatif kepada hukuman penjara di Malaysia seperti yang disebut dalam pembentangan belanjawan tempoh hari. Tan Sri Speaker, tahanan di rumah bukanlah satu konsep baharu. Kita lihat di negara-negara seperti Mesir, Hong Kong, Iran, Amerika Syarikat dan banyak lagi dan penahanan rumah menjadi pilihan hukuman dengan beberapa kelebihan tersendiri. Pertama, tahanan di rumah mampu mengurangkan masalah kesesakan penjara yang kian meruncing. Penjara kita kini beroperasi melebihi kapasiti yang menyebabkan keadaan tidak kondusif dan membahayakan kesejahteraan dan kebajikan banduan. Dengan membenarkan pesalah bukan kekerasan menjalani hukuman di rumah, kita dapat meringankan beban sistem penjara dan mewujudkan persekitaran yang lebih berperikemanusiaan bagi mereka yang ditahan. Kedua, tahanan di rumah mendorong proses pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat. Pesalah yang dibenarkan tinggal di dalam komuniti mempunyai akses kepada sokongan keluarga, sumber komuniti dan peluang pekerjaan yang semuanya amat penting untuk pemulihan dan mengelakkan pengulangan jenayah. Malah, program perintis tahun lalu yang melibatkan 5,000 banduan telah menunjukkan hasil positif dari segi kadar residivisme yang lebih rendah. Ketiga, dari segi kos tahanan di rumah adalah pilihan yang lebih menjimatkan berbanding hukuman penjara. Mengurangkan keperluan terhadap infrastruktur penjara dan kakitangan akan membebaskan sumber yang boleh dialihkan kepada perbelanjaan awam yang lain yang lebih kritikal. Tan Sri Speaker, namun begitu, walaupun tahanan di rumah sesuai untuk pesalah non-violent crimes, dengan izin, warga emas, ibu mengandung dan Orang Kurang Upaya, terdapat juga non-violent crimes yang lebih keji dan memberi kesan buruk yang luar biasa berbanding beberapa jenayah kekerasan. Izinkan saya mengemukakan contoh yang relevan. Kes bekas Perdana Menteri kita, Najib Razak. Berbilion ringgit yang diseleweng daripada negara oleh beliau dan rakan subahatnya merupakan pengkhianatan besar terhadap kepercayaan rakyat serta tamparan hebat terhadap ekonomi kita. Sekiranya jenayah ini tidak dihentikan pada tahun 2018, Malaysia mungkin kini berada di ambang kebankrapan. Jenayah kewangan yang melibatkan kecurian jumlah yang besar dari perbendaharaan awam atau dari individu adalah kesalahan berat yang memerlukan tindakan tegas dan jelas. Kita perlu menghantar mesej bahawa pemimpin korup dan fraudster, dengan izin Tan Sri, tidak akan dilepas dari hukuman penjara walaupun jenayah mereka tidak melibatkan kekerasan. Oleh itu, saya menyeru kerajaan dalam pengumuman akan datang berhubung RUU Tahanan di Rumah untuk secara jelas bahawa mereka yang disabitkan kesalahan jenayah kewangan yang melibatkan berjuta-juta ringgit termasuk kesalahan rasuah, penipuan, scam, ponzi, pelaburan palsu dan skim cepat kaya adalah tidak layak untuk tahanan di rumah. Kita tidak boleh membiarkan pesalah-pesalah ini lepas dari akibat tindakan mereka dengan

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

berselindung di sebalik status jenayah bukan kekerasan. Kita mesti memastikan keadilan ditegakkan dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Sudah tentu akan ada bantahan besar daripada masyarakat sekiranya ahli politik, pegawai awam yang korup dan pihak yang telah menipu berjuta-juta ringgit layak untuk menjalani hukuman di rumah. Tidak adil membiarkan mereka ini menjalani hukuman di rumah sedangkan rakyat biasa mengeluh dengan kehidupan harian. Tambahan pula, kelonggaran sebegini akan memberi mesej yang salah kepada orang yang korup dan penipu pada masa hadapan bahawa mereka masih boleh menikmati kehidupan mewah di rumah walaupun selepas ditangkap dan disabit kesalahan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Justeru, biarlah cuma mereka yang disabitkan kesalahan ringan bukan kekerasan, bukan kesalahan rasuah dan juga bukan penipuan berjuta-juta ringgit menjalani hukuman di rumah di bawah jagaan keluarga dengan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya. Pendekatan ini akan membolehkan kita menangani isu kesesakan penjara, mempromosikan pemulihan dan memastikan sistem keadilan kita kekal adil dan berkesan. Sekian sahaja, saya mohon menyokong Belanjawan 2025.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh tanya Kepong?

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi dia kata.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, ya.

Tuan Yang di-Pertua

Dia kata silakan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh ya. Yang Berhormat Kepong berkenaan dengan hukuman pemenjaraan. Kadang-kadang saya mendapati sesetengah majistret, sesetengah hakim, mereka suka jatuhkan hukuman yang sangat berat kepada pesalah yang membabitkan kesalahan yang ringan. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat bahawa adakah hakim-hakim dan majistret kita ini haruslah juga dinasihati supaya jangan kenakan hukuman yang terlalu berat sehingga kerana penjara kita ini sudah penuh, sesak. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya saya mohon ucapan YB Seputeh dimasukkan dalam perbahasan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Serai.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Padang Serai untuk turut berbahas dalam perbahasan Bajet 2025 pada kali ini. Tan Sri Yang di-Pertua, saya turut ambil bahagian membahaskan Belanjawan 2025 yang kelihatan menakjubkan pada permukaannya. Namun, setelah dilihat dengan teliti, ia seumpama fatamorgana di padang pasir, indah dipandang tetapi hampa apabila untuk didekati. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ketua Portfolio Perikatan Nasional

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Wilayah Persekutuan saya ingin membangkitkan beberapa perkara. Baru-baru ini, sidang Parlimen terpaksa ditangguhkan atas masalah banjir di Kuala Lumpur yang kini menjadi tradisi yang lebih konsisten berbanding janji-janji penyelesaian dari pihak kerajaan. Pembangunan pesat yang lebih mementingkan keuntungan daripada kelestarian telah menghakis kawasan tadahan air, manakala sistem perparitan usang yang dibina sejak zaman dahulu masih diharapkan untuk menampung beban air di ibu kota. Malah Projek Sungai Nadi Kehidupan ataupun River of Life yang diuar-uarkan dengan peruntukan berbilion ringgit seakan-akan menjadi nadi kematian apabila banjir kilat masih meragut harta benda rakyat. Yang lebih merisaukan fenomena tanah jerlus pula boleh muncul sebagai hadiah tambahan kepada penduduk ibu kota. Projek-projek mega yang diluluskan bagaikan memberi lesen kepada pemaju untuk mengali kubur di bawah kaki penduduk kota. Hakikatnya, penggalian bawah tanah yang tidak terkawal untuk pembinaan terowong dan projek-projek infrastruktur telah menjadikan tanah di Kuala Lumpur lebih berlubang dari sarang anai-anai. Ironinya, kerajaan masih berbangga dengan pembangunan moden ini. Walaupun kerajaan telah memperuntukkan dana untuk menangani kedua-dua isu ini dalam Belanjawan 2025, namun ia sekadar menampal lubang pada lubang dengan kertas. Penyelesaian sementara yang tidak menangani punca sebenar masalah kajian geo teknikal yang sepatutnya dilakukan sebelum sebarang pembangunan kini hanya menjadi prosedur di atas kertas, sementara pemantauan dan penguatkuasaan masih lemah. Tanpa perancangan bandar yang holistik dan mesra alam, Kuala Lumpur akan terus tenggelam dalam masalah yang sama, tahun demi tahun. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada isu belanjawan. Seperti mana yang sedia maklum, belanjawan kali ini tidak memperkenalkan cukai baru yang besar dan hanya memperluaskan cukai SST, Sales and Service Tax kepada makanan mewah seperti salmon dan avokado. Fokus utama adalah pengukuhan sistem pencukaian melalui e-invoicing dan langkah untuk memastikan kutipan cukai lebih cekap dan telus. Walaupun tiada pengenalan cukai baru, pengembangan SST ke atas makanan mewah mungkin tidak cukup untuk menangani defisit fiskal yang lebih besar. Sementara itu usaha untuk meningkatkan tabir urus percukaian seperti e-invoicing masih memerlukan masa untuk dilaksanakan dan mungkin menghadapi rintangan birokrasi yang akan melambatkan keberkesanan pelaksanaan. Lagipun peningkatan hasil cukai daripada cukai korporat dan petroleum mungkin tidak mampan dalam jangka masa panjang jika harga komoditi global kekal tidak stabil. Pengembangan SST dan rasionalisasi subsidi juga dapat menjadi penyebab kenaikan harga inflasi dan mengurangkan pendapatan yang boleh dibelanjakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketidakjelasan rangka percukaian kerajaan seakan-akan ditulis dengan dakwat yang tidak kelihatan. Bagaimana mungkin sektor industri dapat merancang dengan lebih efektif apabila

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

asas percukaiannya sendiri lebih kabur dari air keruh. Tidak hairanlah jika akhirnya rakyatlah yang akan menjadi mangsa kepada kenaikan kos operasi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu kekaburan tentang kategori T15 seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan. Definisi T15 ini seperti yang dibentangkan seolah-olah ditulis dalam bahasa Sanskrit. Susah hendak faham apa yang ingin dimaksudkan. Adakah pendapatan RM8,000 hingga RM21,000 itu adalah merupakan pendapatan isi rumah atau individu? Jika dikatakan sebagai pendapatan isi rumah wajarkah kita mencampurkan segala pendapatan suami dan isteri atau jika mereka ada anak yang bekerja pendapatan dari anak itu adakah dikira sekali? Menurut sumber pendapatan T15 di Kedah lebih kurang dalam RM8,400 sebulan. Persoalannya, jika si ayah bergaji RM3,000, si ibu bergaji RM3,000 dan si anak bergaji RM2,500 adakah mereka semua dikira sebagai golongan T15 dan tidak layak menerima subsidi petrol. Kerajaan sepatutnya memberikan penjelasan bukannya teka teki silang kata supaya rakyat lebih jelas dan faham mengenai hal ini. Baru-baru ini, Perdana Menteri menyebut pula tentang kemungkinan ada T10 pula. Jadi dasar yang tidak jelas ini tapi diumumkan kepada rakyat. Kerajaan masih lagi bertindak seperti pembangkang dengan pelbagai janji yang diulang dulu tetapi tidak ditunaikan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan apa yang saya faham daripada ini cara pengelasan T15 kali ini tidak sama dengan cara pengelasan T20, M40 dan B40. Sebelum ini hanya mengambil kira pendapatan isi rumah sahaja dan yang lebih menarik ia tidak menggunakan data sedia ada dan akan ada pemboleh ubah lain selain daripada pendapatan isi rumah. Jadi adakah yang dimaksudkan data sedia ada itu merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, DOSM yang sedang viral sekarang. Jika begitu tidak boleh berpandukan grafik T15 berdasarkan DOSM. Harapan saya agar kali ini pendapatan isi rumah diambil kira sekali dengan tanggungan, jumlah anak, negeri dan sebagainya untuk lebih adil dan saksama. Biar betul-betul golongan maha kaya yang pendapatan mungkin sehingga RM500,000 satu tahun sahaja yang dikenakan cukai petrol RON95 ini. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan subsidi dan retorik belas ihsan. Perdana Menteri pernah menyebut subsidi seperti sedekah yang agak sedikit janggal. Kerajaan seakan-akan mengharapkan tepukan gemuruh apabila mengumumkan pemberian subsidi, seolah-olah wang tersebut datang dari poket mereka sendiri. Izinkan saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa setiap sen subsidi adalah wang rakyat, ia bukanlah satu bentuk derma ihsan daripada pihak kerajaan. Jadi dengan ini, saya ingin fokus kepada subsidi minyak petrol. Adakah kerajaan dapat menjamin pelaksanaan penarikan subsidi minyak RON95 tidak akan membebankan para peniaga PMKS sedangkan realitinya banyak terdengar keluhan para peniaga PMKS yang terpaksa menanggung kenaikan kos minyak diesel selepas Kerajaan MADANI menarik subsidi atau membuat penyasaran subsidi diesel yang lepas. Sebabnya bukan semua PMKS mendapat bantuan subsidi minyak diesel.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Saya risau ketidakcekapan mekanisme pelaksanaan penarikan subsidi minyak diesel ini juga terjadi pada penarikan ataupun penyasaran RON95 ini pada masa akan datang menyebabkan PMKS terbeban dan kenaikan harga barang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Walaupun subsidi disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah, ada kebimbangan bahawa perubahan ini akan meningkatkan kos sara hidup bagi kumpulan pendapatan sederhana M40 yang juga menghadapi tekanan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun tentang penggunaan petrol oleh warga asing yang kononnya menjadi punca pembaziran subsidi. Mari kita lihat fakta. Majoriti warga asing di Malaysia adalah pekerja Indonesia, Bangladesh dan lain-lain yang kebanyakannya menunggang motor bukan kereta mewah atau ... [Tidak jelas...] besar. Ramai yang berjalan kaki sahaja. Jika benar mereka menggunakan petrol bersubsidi hingga berbilion ringgit seperti yang didakwa, ini bukanlah masalah warga asing. Tetapi, masalah penguatkuasaan yang lemah di bawah pentadbiran sekarang. Jadi, kita kena perbetulkan mekanisme penyasaran subsidi ini supaya subsidi ini dapat dirasai oleh rakyat Malaysia yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang beberapa isu berkaitan negeri dan kawasan. Baru-baru ini Yang Berhormat Paya Besar ada menyebut tentang sektor logistik yang perlu dirancakkan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Paya Besar kerana menyebut kepada sektor logistik yang mahu dirancakkan. Apa yang berlaku sekarang ialah kelebihan itu berada pada perancangan Kedah Aerotropolis ataupun KXP berbanding Penang Airport. Kedah Aerotropolis berkeluasan 9,800 ekar. Satu kawasan hijau yang luas terbentang yang menghubungkan Kulim Hi-Tech. Boleh menghubungkan dengan Kulim Hi-Tech, Batu Kawan dan Juru. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi saya kerajaan kena segera untuk melihat kepada kesegeraan meluluskan projek KXP ini disebabkan oleh Penang Airport itu walaupun telah pun diluluskan pembangunan untuk pembesaran dan sebagainya tetapi KXP ini boleh merancakkan industri logistik yang ada di utara negara. Sebab, di Pulau Pinang keadaannya sudah tepu walaupun ada pertambahan pulau buatan tetapi ia hanyalah boleh menyediakan landasan satu hala sahaja. Tetapi, kalau di KXP kita boleh buat empat hala. Maknanya, empat landasan lapangan terbang yang boleh memberikan kelebihan kepada pesawat-pesawat yang lebih besar sebab industri logistik ini boleh memberikan kelebihan kepada negeri Kedah dan juga ekonomi di sekitarnya. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon disegerakan pembinaan North Corridor Expressway untuk mengurangkan kesesakan di Jalan FT169 Kulim Hi-Tech ke Sungai Kob dan juga FT136 dari Kulim ke Bandar Baharu. Dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini, telah pun disebutkan bahawa akan diluluskan projek Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Projek Lebuh Raya Bertingkat di antara Sungai Dua dan juga Juru. Jadi, saya minta kerajaan untuk mempertimbangkan segera kelulusan pembinaan projek North Corridor Expressway yang saya dimaklumkan telah pun berlaku open tender

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

dan sebagainya dan saya minta perkara ini disegerakan untuk menyuraikan trafik yang agak sesak. Sangat sesak ketika ini di bandar Kulim di kawasan Kulim Hi-Tech dan sebagainya. Ketiga Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu UTC di Kulim sebab di daerah Kulim ini meliputi dua daerah. Kulim dan juga Bandar Baharu. Kesesakan di pejabat-pejabat Imigresen, Jabatan Pendaftaran, JPJ dan lain-lain agensi memerlukan kepada mewujudkan satu UTC yang baharu di daerah Kulim. Di Sungai Petani kita ada satu UTC di Sungai Petani. Kita perlukan satu lagi UTC di daerah Kulim. Antara tempat yang boleh dicadangkan ialah Pusat Perniagaan Kilang Lama boleh di naik taraf untuk dijadikan UTC dan juga bolehlah dijadikan sebagai pusat perniagaan peniaga- peniaga kecil dan sederhana. Tuan Yang di-Pertua, saya nak ucapkan terima kasih dalam bajet yang baru ini setelah diulang-ulang beberapa kali tentang projek menaik taraf Hospital Kulim. Alhamdulillah, daripada 2025 ini naik taraf Hospital Kulim akan dilakukan. Saya harap kita semua berharap agar projek hospital naik taraf ini dapat dilakukan dengan baik dan dapat disegerakan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang terakhir. Saya ingin menyebut sedikit tentang T15 tadi. Nak kaitkan dengan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen. Kalaulah kami Ahli-ahli Parlimen Pembangkang ini dengan pendapatan yang kita dapat pada hari ini, semua yang kita dapat ini tak balik rumah pun. Dapat bawa balik sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kami ini pun boleh digolongkan dalam M40 juga ini.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] B40.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

B40. Yang Berhormat Hulu Selangor kata B40. MOU-MOU itu tak payah lah dipersulitkan. Kerajaan ini Kerajaan MADANI. Kerajaan yang menjanjikan perubahan. Kerajaan yang menjanjikan reformasi dan Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini sudah mempunyai majoriti dua pertiga. Jadi, apalah salah kiranya walaupun disebut berulang kali, saya ingin menyebut sekali lagi kepada kami Ahli Parlimen Pembangkang ini yang dapat elaun sama banyak dengan sebelah sana tetapi kami terpaksa membelanjakan hampir keseluruhannya untuk rakyat, untuk pusat khidmat dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada Padang Serai untuk membahaskan Belanjawan 2025 pada kali ini. Sekian, Wabillahihaufiq walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Belanjawan 2025 penuhi harapan, Semarak watan tekad perpaduan,

Malaysia MADANI penyambung warisan, Kerajaan terbilang sepanjang zaman. Sekalung apresiasi saya ucapkan kepada Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut membahaskan Belanjawan Negara 2025 dengan tema, ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera'. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 merupakan belanjawan terakhir dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu daripada tahun 2021 sehingga 2025. Maka, Belanjawan 2025 ini merupakan dokumen terpenting dalam memastikan agenda pembangunan negara yang di rencana dalam RMKe-12 tercapai dan menjadi asas kepada pelan perancangan RMKe-13. Melihat kepada inti pati Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI berusaha keras untuk merapatkan jurang ekonomi rakyat dengan bertekad menoktahkan kemiskinan sekali gus memperkasa infra di kawasan pedalaman yang mampu mengatasi kesenjangan rakyat. Selaku Ahli Parlimen kawasan pedalaman Sabah, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas tekad dan komitmen yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Tan Sri Yang di-Pertua, Beaufort mengharapkan agar pemerkasaan infra ini menjadi satu fokus utama Kerajaan MADANI dalam mengatasi kesenjangan yang begitu ketara terutama di negeri Sabah. Peruntukan pembangunan RM6.7 bilion kepada negeri Sabah dalam Belanjawan 2025 seharusnya berada di paksi kepentingan rakyat secara menyeluruh. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini setiap kali saya bangkitkan isu berkenaan keperluan untuk mewujudkan balai bomba atau mini balai bomba di kawasan Menumbok iaitu kawasan Parlimen saya. Saya yakin Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan begitu komited dalam memperkasakan khidmat bomba dan penyelamat di seluruh negara. Ini terbukti apabila kerajaan telah memperuntukkan RM53.8 juta kepada Belanjawan 2024 termasuk, plus tiga fasiliti bomba baru di Sabah. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, jawapan yang saya terima daripada kementerian apabila mereka merujuk kepada kajian perlindungan kebakaran melalui aplikasi Fire Cover Mapping System menyatakan bahawa Menumbok mempunyai markah lapan yang diklasifikasikan sebagai kawasan mempunyai risiko kebakaran tetapi dalam kategori yang amat-amat terendah.

Sebagai alternatif, KPKT telah mewujudkan tiga pasukan bomba sukarela iaitu PBS di Kampung Sangkabok, Kampung Berangkok dan juga Kampung Mansud. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, ketiga-tiga kampung ini juga adalah merupakan satu kampung yang amat jauh jaraknya daripada kawasan Menumbok. Maka dengan itu, saya mencadangkan agar kawasan ataupun di kawasan Menumbok ini perlu dibina sebuah mini bomba bagi memastikan kesiapsiagaan mereka dalam menghadapi sebarang bencana kebakaran dan juga apa-apa musibah yang berlaku di Menumbok. Tragedi 2018 tiga sekeluarga ditemukan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jungkun, Menumbok. Seorang lelaki ditemukan rentung dalam

kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Malikai, Menumbok pada tahun 2021. Pada 25 November 2023, empat buah rumah lagi terbakar di Kampung Seberang, Menumbok. Tragedi hitam ini sangat menginsafi saya dan saya akan terus merayu kepada KPKT agar dapat mewujudkan mini bomba di kawasan Menumbok iaitu di kawasan Parlimen saya. Tan Sri Yang di-Pertua, pendidikan merupakan elemen yang mampu meningkatkan keupayaan ekonomi sesebuah keluarga sekali gus mengubah taraf hidup ke tahap yang lebih baik. Apa yang saya harapkan agar dalam belanjawan ini, Kementerian Pendidikan dapat memfokuskan permasalahan pendidikan negara terutama dalam menyediakan fasiliti dan suasana kondusif dalam sekolah. Tambahan lagi Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Parlimen Beaufort terdapat 35 sekolah daif, 23 adalah berskala enam dan 12 adalah berskala tujuh. Saya maklum bahawa dalam RMKe-12 RP1 sehingga RP4 tahun 2024, sebanyak tujuh sekolah daif telah diluluskan. Namun begitu Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga amat mengharapkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menyegerakan lima lagi sekolah daif yang berskala tujuh dan dapat memindahkan sekolah-sekolah yang kerap dilanda banjir ke tapak yang baharu seperti SK Kebulu, SJK(C) Lian Hwa dan juga SK Batu 60 kerana bencana banjir ini bukan sahaja merugikan aset kerajaan tetapi ia juga turut memberikan risiko nyawa kepada anak-anak dan juga guru-guru. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan Kementerian Kesihatan. Projek menaik taraf Hospital Beaufort Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bernilai RM32.81 juta adalah sebagai persediaan untuk menjadikan Hospital Beaufort sebagai hospital pakar minor. Mengikut laporan yang diterima, perlaksanaan projek ini masih lagi dalam 20 peratus sahaja pembinaannya di mana kontraktor sebelum ini telah memohon EOT sebanyak empat kali dengan jumlah kelewatan selama 952 hari. Pada masa ini juga kementerian telah mempersiagakan hospital tersebut dengan menempatkan pakar obstetrik dan ginekologi dan juga pakar pembedahan dan juga radiologi. Namun kelewatan kontraktor dalam menyiapkan projek ini amatlah mendukacitakan. Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah inisiatif yang telah diambil untuk memastikan kontraktor yang bakal dilantik akan dapat menyiapkan projek ini tanpa gagal. Saya juga memohon kepada kementerian untuk memasukkan cadangan pelebaran jalan laluan utama dan laluan ke bahagian kecemasan Hospital Beaufort bagi memudahkan urusan lalu lintas yang pada masa ini laluannya hanyalah ada satu hala sahaja. Begitu juga dengan cadangan rumah transit dan kantin hospital, di mana kedua-dua fasiliti ini belum ada lagi diadakan dan ianya sangat perlu lebih-lebih lagi apabila projek naik taraf ini siap sepenuhnya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan pemerkasaan ekonomi rakyat di bawah dua kementerian iaitu Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Beaufort merupakan kawasan yang membangun dalam proses merancakkan ekonomi rakyat melalui perladangan, pertanian dan juga nelayan. Dalam konteks ini, Beaufort amat mengharapkan dua kementerian ini dapat berfungsi sebagai booster dalam merancakkan ekonomi rakyat.

Beaufort amat mengharapkan agar pihak kerajaan dapat menyalurkan peruntukan kepada Beaufort untuk menaik taraf dan membina jalan ladang pertanian di kawasan Beaufort bagi memudahkan pekebun kecil mengangkat hasil tanaman mereka. Ini kerana banyak ladang sawit dan getah yang telah pun terabai dan tidak diusahakan disebabkan faktor jalan yang agak sukar, terutama sekali apabila musim hujan ataupun musim tengkujuh. Perkara ini amat merugikan kerana hasil tanaman tidak dapat dikomersialkan dalam pasaran. Saya juga memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk dapat membina agromarket di tepi jalan Pan Borneo Beaufort dan Membakut yang berupaya membantu petani menjual hasil tanaman mereka dengan harga yang berpatutan tanpa ditindas oleh orang tengah. Saya juga memohon kepada kementerian agar dapat membina sebuah pasar tani yang mempunyai kemudahan fasiliti lengkap seperti stor simpanan, tandas awam bagi memudahkan pekebun kecil untuk membawa hasil tanaman mereka untuk dijual. Saya juga memohon kepada kementerian lagi agar memberikan peruntukan untuk membina dua buah jeti nelayan di Parlimen Beaufort iaitu di Daerah Menumbok dan juga Daerah Kuala Penyu untuk memudahkan aktiviti para nelayan di kawasan Parlimen saya. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya memohon kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar dapat melaksanakan segera projek pembinaan Kolej Profesional MARA yang telah lama diluluskan peruntukannya tetapi terbantut disebabkan masalah pemilikan tanah. Saya difahamkan bahawa pihak MARA negeri Sabah juga telah berusaha untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah tersebut dan sekarang ianya sudah dalam pun proses yang hampir selesai. Saya berharap agar pembinaan Kolej Profesional MARA ini dapat disegerakan demi untuk memperkasakan pendidikan dan juga kemahiran para pelajar, terutama sekali masyarakat di Parlimen Beaufort. Kedua, saya juga ingin mengangkat cadangan daripada pejabat MARA Daerah Beaufort agar mewujudkan kawasan mini industri halal di Daerah Beaufort bagi kegunaan usahawan dalam industri makanan dan minuman serta memproses hasil ternakan agar dapat mewujudkan produk daerah yang boleh dipasarkan di peringkat domestik dan juga antarabangsa. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya juga memohon agar kementerian dapat memberikan peruntukan untuk pembinaan jalan-jalan kampung di Parlimen Beaufort. Terdapat banyak jalan-jalan kampung yang telah rosak dan tidak diselenggarakan dengan baik. Ada juga jalan kampung yang tidak pernah dibina sehingga menyebabkan kenderaan biasa tidak dapat melalui jalan tersebut terutama sekali semasa musim hujan. Maka dengan itu, saya merayu agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan permohonan- permohonan jalan perhubungan desa di Parlimen Beaufort. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kepada kementerian Jabatan Kerja Raya agar dapat melihat keperluan JKR Beaufort dalam menambah peruntukan untuk membina dan menyelenggara aset-aset JKR, terutamanya jalan raya dan jambatan. Yang

kedua, saya juga memohon kepada kementerian JKR untuk melihat semula permohonan jalan raya Seberang ke Kampung Batu 62.5 melalui jalan Kampung Tobobon-Binunuk. Permohonan jalan ini adalah sangat penting untuk meningkatkan sosial ekonomi penduduk kampung dan masyarakat sekitarnya. Untuk makluman pada masa ini penduduk kampung tersebut hanya menggunakan pengangkutan melalui perahu, enjin bot dan kereta api sebagai pengangkutan harian mereka. Saya minta lagi masa Tan Sri Yang di-Pertua ya.

Tuan Yang di-Pertua

Satu minit.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh berkenaan Jabatan Perairan dan Saliran yang berada di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Beaufort adalah daerah yang sering kali mengalami masalah banjir sehingga menjejaskan harta dan keselamatan penduduk. Saya mohon kepada kementerian untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung di Kampung Melati dan belakang Hotel River Park yang mengalami masalah tanah runtuh disebabkan tiada gabion yang dipasang di tebing Sungai Padas untuk memudahkan laluan air keluar. Kedua, saya juga memohon agar di Skim Saliran Sungai Melabau sehingga ke Sungai Kota Klias, Beaufort yang sudah lama tidak diselenggara dan menjadi punca berlaku banjir kilat apabila musim hujan diambil perhatian untuk diberikan peruntukan agar penyelenggaraan sungai tersebut dapat dilaksanakan. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya mohon perhatian juga daripada Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama agar dapat memberikan peruntukan kepada daerah Beaufort untuk membina sebuah sekolah KAFA di Kampung Tanjung Aru Menumbok yang mempunyai jumlah pelajar lebih daripada 100 orang memandangkan bangunan yang mereka gunakan sekarang ini terlalu usang dan tidak selamat untuk digunakan. Tan Sri Yang di-Pertua, Kompleks Sukan Beaufort telah dibina pada 1 Julai 2009 dan mula beroperasi pada 31 Julai 2011. Saya mohon agar kerajaan dapat memberikan peruntukan kepada kompleks sukan ini untuk memasang lampu limpah dan membina fasiliti seperti dewan serba guna untuk kegunaan masyarakat di sekitar Parlimen Beaufort dengan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Beaufort.

Tan Sri Yang di-Pertua, minta lagi sikit? Saya juga ingin menyentuh berkenaan isu housemanship. Dewasa ini kita sering kali mendengar penderaan mental dan budaya persekitaran yang tidak sihat terhadap doktor pelatih di hospital-hospital kerajaan. Perkara ini seharusnya tidak berlaku dalam bidang profesional. Doktor pelatih seharusnya dilatih dengan baik dan bukannya dibuli sesuka hati kerana tempoh housemanship selama dua tahun yang perlu mereka lalui, golongan itu adalah waktu yang paling penting dan amat kritikal. Doktor pelatih berkenaan perlu mengaplikasikan

ilmu yang dipelajari di sekolah perubatan pada dunia pekerjaan sebenar dan terpaksa bekerja dalam keadaan yang tertekan serta waktu bekerja yang panjang. Saya memuji langkah Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah mengeluarkan arahan pematuhan Garis Panduan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan tindakan kepada pengarah-pengarah hospital untuk memastikan persekitaran yang tidak sihat ini dapat dibanteras. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, perlu ada jawatankuasa pemantau terhadap salah laku doktor pakar, pegawai perubatan yang dengan sengaja membuli doktor pelatih dengan bebanan tugas yang tidak relevan, memarahi doktor pelatih menggunakan kata-kata yang kesat dan menjatuhkan maruah mereka di hadapan pesakit. Jawatankuasa pemantau ini perlu dianggotai oleh SUHAKAM agar pelanggaran terhadap hak asasi manusia membabitkan doktor pelatih dapat dipantau dengan ketat. Mereka yang dengan sengaja melanggar arahan pematuhan terhadap pelatih perubatan siswazah perlu dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman agar salah laku ini dapat dibanteras. Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit berkenaan isu penerbangan yang masih lagi membelenggu rakyat Sabah dan juga Sarawak. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, apakah punca jadual penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu telah dikurangkan oleh Malaysia Airlines dan AirAsia sehingga menyebabkan kenaikan harga tiket yang tidak masuk akal? Untuk penerbangan sehala saja boleh mencecah sehingga RM2,000. Selain daripada isu ini, penerbangan transit juga menjadi salah satu pilihan yang terpaksa diambil oleh rakyat kerana jadual penerbangan telah dikurangkan. Ini secara jelas menyusahkan rakyat kerana penerbangan transit ini mengambil masa yang panjang untuk mereka sampai kepada destinasi yang dituju. Situasi ini telah berlaku semasa bulan September sehingga awal Oktober. Ramai ibu bapa di kawasan saya yang mengeluh berkenaan perkara ini kerana mereka amat terbeban dengan kos penerbangan anak mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti di Semenanjung Malaysia. Saya mencadangkan kepada kementerian agar dapat mengkaji semula harga tiket penerbangan ke...

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

...Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur bagi kelas ekonomi dengan meratakan siling maksimum yang rendah dan mampu bagi memastikan rakyat tidak terbeban. Secara tuntasnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon pertimbangan yang sewajarnya daripada kementerian yang terlibat untuk mengambil tindakan dan perhatian terhadap semua masalah dan keperluan yang saya kemukakan untuk Parlimen Beaufort. Saya mengharapkan agar Belanjawan 2025 ini dapat memberikan keutamaan kepada Beaufort dalam memperkasa infrastruktur yang mampu memacu pembangunan dan ekonomi rakyat. Adakah perisai bertali rambut, Rambut dipintal akan cemara,

Ucapan Beaufort rakyat sahut, Mohon PMX laksanakan segera. [Tepuk] Sekian, Beaufort mohon menyokong. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Beaufort bernasib baik kerana Menteri dan Timbalan Menteri Pengangkutan berada dalam Dewan ini. Jadi, dua-dua orang dengar. Dua-dua orang akan jawab sebentar lagi. Baik, seterusnya saya jemput Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas tentang Belanjawan 2025. Adalah wajar apabila kita melihat kepada belanjawan tahun depan, kita imbas kembali apakah pencapaian dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas dan Rancangan Malaysia Kedua Belas dan pada tahun depan adalah pada tahap RP kelima. Kalau kita lihat kembali kepada RMKe-11 pernah pentadbiran terdahulu sasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Namun, matlamat ini tidak tercapai dan apabila ketika RMKe-12 dibentangkan, pernah juga sebut Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik dan negara yang berteknologi tinggi menjelang tahun 2025. Tan Sri Speaker, memang saya lihat kemungkinan besar hasrat ini sekali lagi akan tertangguh terutamanya dalam bab pendapatan tinggi. Tetapi, saya ingin mengajak rakan- rakan Ahli Parlimen yang ada supaya kita lihat apakah sebabnya tidak tercapai hasrat sama ada target yang kita pada peringkat awal yang kita nak tetapkan itu tidak realistik ataupun ada masalah dari segi gagal dalam pelaksanaannya ataupun isu keborosan, ketirisan yang berlaku dan adakah yang paling penting, political will yang tiada, yang tidak dapat melaksanakan rombakan dalam struktur ekonomi negara kita. Tan Sri Speaker, saya lihat dalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2025, kita lihat sebenarnya kita masih lagi selari dengan hasrat Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu meningkatkan siling ekonomi negara dengan pembangunan sektor ekonomi yang berteknologi tinggi ke arah negara berpendapatan tinggi. Keduanya adalah meningkatkan lantai pendapatan rakyat iaitu keadilan sosial untuk merapatkan jurang pendapatan rakyat. Saya ingin membawa satu data supaya kita bagi tumpuan sepenuhnya apakah hasrat kerajaan dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan pendapatan rakyat secara umumnya. Tan Sri Speaker, pendapatan dalam negara kita, kita ukurkan dengan indikator yang penting untuk melihatkan taraf kehidupan dan kesaksamaan sosial. Pengelasan ikut T20, M40, B40 ini menjelaskan agihan pendapatan dalam negara. Kalau kita lihat angkanya, jumlah isi rumah untuk B40, RM3.16 juta; M40, RM3.16 juta juga dan T20 adalah RM1.58 juta. Tetapi, jumlah pendapatan untuk isi rumah T20 telah merangkumi 66.3 peratus; sejumlah besar M40, 37.6 peratus dan B40 hanya sekitar 16.1 peratus.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Apa maksudnya? Maksudnya, jurang itu masih jauh dari segi pendapatan isi rumah. Kalau kita lihat sejak tahun 2014 hingga tahun 2022, Pekali Gini kita berlegar sekitar 0.6 peratus dan tiada perubahan yang besar dan signifikan dan hanya di sekitar kedudukan yang sederhana kalau berbanding dengan negara-negara jiran kita.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Kesemua tanda-tanda ini telah pun menunjukkan, jika kita teruskan dengan dasar dan pelaksanaan yang sama, maka kita akan kekal keadaan yang sedemikian. Malah, ia mungkin akan mengundangkan hutang yang lebih besar dan kedudukan fiskal negara yang lebih sempit berbanding dengan sebelum ini. Maka, saya lihat ada beberapa perkara yang kita telah pun meletakkan sasaran pada tahun depan atau menyambung kesinambungan pelaksanaan dasar di bawah Kerajaan MADANI. Ada empat perkara yang saya ingin bagi pujian kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI. Pertamanya, kita masih lagi kekal menarik pelaburan berteknologi tinggi ataupun high growth, high value industry. Keduanya, meningkatkan gaji penjawat awam dan pelarasan gaji minimum serta melaksanakan gaji progresif. Ketiga, rasionalisasi subsidi dengan memastikan sebahagian besar 85 peratus rakyat tetap menikmati subsidi bagi pengagihan semula kekayaan dan sumber negara berasaskan kepada keperluan ataupun need-based. Keempat, peningkatan bantuan kebajikan bulanan kepada penerima-penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada sebahagian besarnya 60 peratus dewasa dalam negara kita serta kawalan inflasi bagi meminimumkan impak ke atas kenaikan kos sara hidup. Cuma, dalam perbahasan pada hari-hari yang lepas, saya melihat ada beberapa perkara yang mungkin kita perlukan perincian ataupun penjelasan daripada Menteri yang berkaitan. Pertamanya, rasionalisasi subsidi. Rasionalisasi itu kesan kepada siapa? Ramai yang bicara tentang T15, T20, T10, T5, T2 dan sebagainya. Kalau kita lihat kepada teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan setakat rasionalisasi subsidi untuk RON95 tetapi tentang pendidikan tinggi. Sebelum ini diesel, sebelum ini pernah juga kita buat elektrik, air dan sebagainya dan sekali lagi, tahun depan akan buat pelarasan untuk minyak petrol RON95. So, maksudnya, kita perlu perjelaskan apakah kerajaan dalam menetapkan kategori pendapatan seperti dulu ― T20, M40, B40 dan hanya mengambil kira pendapatan. Saya berpandangan bahawa perkara ini perlu kita kaji semula dan ada ketetapan supaya bukan berdasarkan kepada pendapatan isi rumah tetapi berdasarkan kepada pendapatan boleh guna bersih untuk setiap isi rumah. Cabaran sekarang yang lebih ketara, kalau kita lihat kepada golongan menengah khususnya kepada mereka yang berada di antara B40 dan M40, golongan menengah ini,

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

mereka ini tidak menerima bantuan-bantuan yang banyak seperti mana B40. Mereka tidak hidup mewah seperti golongan T20 yang mendapat gaji bulanan berpuluh-puluh ribu seperti mereka. Mereka inilah golongan kena bayar cukai dan apabila berdepan dengan kecemasan seperti kenderaan, kesihatan, akan memberikan kesan besar terhadap perbelanjaan isi rumah ini. Jika kita tidak memberikan tumpuan kepada golongan menengah ini, ia akan terus memberikan kesan dalam soal keyakinan pengguna bagi golongan ini dan seterusnya ia akan menyinggung soal perbelanjaan isi rumah yang berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara kita. Saya harap tiba masa kerajaan untuk kaji semula pengklasifikasi kategori ini dan tidak hanya mengambil kira faktor tunggal iaitu pendapatan isi rumah sahaja tetapi beralih kepada pengukuran kemiskinan dan kelayakan menerima bantuan berdasarkan kepada jumlah tanggungan, jumlah perbelanjaan asas, jumlah komitmen pinjaman, kedudukan geografi, sama ada bandar ataupun luar bandar dan angka itu sudah tentu akan lebih dapat mencerminkan realiti sebenarnya di lapangan. Keduanya adalah apabila kita cerita soal menarik pelaburan asing ke dalam negara kita, memang kita sangat-sangat mengalu-alukan pelaburan asing ke dalam negara kita. Kalau kita lihat kepada angka dalam tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini, pelaburan dalam tahun ini setakat bulan Jun 2024, pelaburan diluluskan sebanyak RM160 bilion. Daripada jumlah itu, RM74.6 bilion adalah FDI dalam bidang perkhidmatan, perkilangan dan komoditi utama. Kalau kita lihat daripada angka dalam pelaburan digital, daripada tahun 2021 hingga tahun 2024, jumlah itu adalah sangat memberangsangkan juga ― RM185.3 bilion. Selalunya kita akan persoalkan bilakah projek itu akan take off, bilakah pelabur- pelabur asing itu akan betul-betul mendarat dan boleh menjalankan perniagaan mereka, seterusnya membantu dalam pertumbuhan dalam ekonomi negara kita. Namun, saya ingin membawa pandangan dalam satu sudut yang lain iaitu adakah dalam kita menikmati lambakan kemasukan pelaburan asing, sama ada negara kita, ataupun rantau ASEAN, ataupun kita katakan emerging economy ini, perlu menetapkan kerangka yang boleh melindungi industri-industri tempatan, ataupun lebih tepat, mewujudkan persekitaran perniagaan yang boleh memberikan persaingan setara (level of playing field) kepada usahawan tempatan yang berjenis PMKS? Jika ketidakseimbangan berlaku, peniaga, pemborong, peruncit, pembekal, kontraktor dan pembina-pembina tempatan akan mengalami masalah yang besar dalam penawaran harga yang kompetitif dan struktur kos yang rendah berbanding dengan pelaburan-pelaburan luar daripada sesetengah negara-negara yang maju dan membangun. Maka, saya ingin menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan dasar ataupun initiative of local content requirement. Bermaksudnya, kita harus mewajibkan penggunaan sejumlah peratusan yang signifikan untuk bahan mentah dan pekerja-pekerja tempatan dalam segala pelaburan asing ke dalam negara kita, seperti mana negara-negara jiran telah

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

pun memulakan usaha ini dalam sektor pembinaan, telekomunikasi, tenaga boleh baharu dan lain-lain lagi. Ketiga adalah dalam kita mengejar negara ke arah negara pembangunan dalam teknologi tinggi ataupun sektor high growth, high value, sudah tentunya ia berkaitan dengan pendidikan dalam TVET dan STEM. Kalau kita lihat kepada TVET, sekarang yang menjaga TVET di bawah Majlis TVET Negara. Kita ada 12 kementerian yang berkaitan yang melibatkan 669 institusi TVET awam, 24 institusi TVET negeri, 652 TVET swasta. Tetapi, soalan saya adalah adakah kita dapat selaraskan kesemua program-program di bawah semua kementerian ini dalam satu sistem jaminan kualiti? Ini untuk memastikan kualiti program pendidikan dan latihan TVET ini dalam keadaan yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa mahupun pemain-pemain industri. Kita perlu perincikan sistem jaminan kualiti ini untuk memastikan semua penyedia program-program TVET mengikut standard dan kualiti yang konsisten dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Kalau tidak, mustahil pelabur-pelabur asing akan memilih ke negara kita pada masa akan datang. Akhirnya, adalah berkaitan dengan STEM, tentang TVET juga. Saya ingin membawa beberapa cadangan. Saya tak akan huraikan satu demi satu. Tapi, saya ingin cadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dalam task force, kita perlu ― apa ini. Kurikulum STEM awal di sekolah rendah lagi. Pertama. Keduanya adalah program STEM bersepadu dan aktiviti hands-on perlu diwujudkan di sekolah rendah lagi. Dan kerjasama dengan agensi dan industri perlu diwujudkan dan penerapan pembelajaran berasaskan masalah perlu diwujudkan. Dan akhirnya, kita perlu ada inisiatif-inisiatif khas seperti Code for Fun dan Young Engineering Award sepertimana negara jiran kita Singapore telah pun laksanakan. Saya nak ambil contoh. Anak saya, dia berminat dalam bidang robotik. Dia telah mengambil bahagian dalam pertandingan robotik. Tetapi, sekolah dia membantu untuk membawa anak saya pergi mengambil bahagian dalam pertandingan. Tetapi, oleh kerana ada kekangan dari segi tenaga pengajar, oleh kerana dia tak ada satu dana yang signifikan yang mencukupi untuk sekolah dan guru-guru, maka kita susah untuk mengembangkan bidang STEM ini secara lonjakan.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

So, saya harap dalam taskforce STEM ini kita boleh ada satu jumlah peruntukan yang mencukupi, boleh bagi pendedahan ataupun kualiti pengajaran kepada tenaga-tenaga pengajar kita. Sebab saya lihat ramai guru-guru yang passion untuk terlibat dalam bidang ini tetapi atas kekangan kerja hakiki mereka, mereka cuba membantu tetapi susah kita nak adakan lonjakan kalau keadaan ini berterusan. So, inilah beberapa cadangan yang saya ingin nak bawakan. Memandangkan masa tidak mencukupi, soalan-soalan untuk kawasan saya akan kemukakan kepada Menteri-menteri kemudian. Sekian saja. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Gopeng. Saya jemput Temerloh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang dan peluang untuk membahaskan Belanjawan 2025. Bajet 2025 berjumlah RM421 bilion dengan perbelanjaan pembangunan RM86 bilion dan RM335 bilion untuk perbelanjaan pengurusan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam menghadapi cabaran global dan ketidaktentuan ekonomi pasca pandemik, kita perlu memperkukuh ekonomi domestik sambil memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. Tiada manfaat nilai inflasi 1.8 peratus yang kononnya stabil dan rendah jika rakyat tetap berhadapan dengan harga barang yang mahal dan rakyat terus terbeban dengan kos hidup yang tinggi. Belanjawan 2025 memperuntukkan RM64 bilion untuk pendidikan. Peruntukan tertinggi yang diharapkan dapat menepati keperluan infrastruktur pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar, kemudahan teknologi seperti internet berkelajuan tinggi, makmal komputer dan bahan pembelajaran digital juga perlu dipertingkatkan untuk menyokong pembelajaran digital yang semakin penting. Namun begitu, Temerloh sangat terkesan dengan situasi beberapa buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di Temerloh yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid. Mempunyai murid kurang 100 orang seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Mentakab, Ladang Edensor, Ladang Semantan. Apakah perancangan KPM terhadap sekolah-sekolah ini dengan kemudahan infrastruktur yang sangat terbatas dalam jangka masa panjang? Jalan masuk ke sekolah ini masih menggunakan jalan tanah merah yang tidak berturap dan jalan yang terlibat dengan banjir, menyebabkan para pelajar tidak ke sekolah dalam musim banjir. Tambahan pula, kedudukan sekolah berada dalam ladang-ladang yang dibina hampir 100 tahun, sedangkan tiada seorang pun pelajar yang tinggal di dalam ladang tersebut. Para pelajar berada di penempatan yang berada di luar daripada ladang dan terpaksa ke sekolah menempuh jalan yang tidak berturap lebih daripada 10 kilometer. Dicadangkan supaya sekolah-sekolah ini dipindahkan di kawasan yang lebih strategik dan sesuai. Temerloh juga ingin penjelasan tentang status UEC. Adakah Kerajaan MADANI mengiktiraf untuk kemasukan ke universiti awam dan sektor awam dalam negara ini? UEC adalah sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia dengan menggunakan kurikulum berdasarkan sistem pendidikan Taiwan dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.

Ini bermakna, kurikulum UEC berbeza di bawah kerangka Dasar Pendidikan Kebangsaan. Temerloh meyakini kerajaan pasti melihat kesan jangka panjang terhadap sebarang keputusan. Dalam masa yang sama, Temerloh mencadangkan agar sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan diajar mata pelajaran bahasa Tamil dan juga bahasa Cina supaya anak-anak dihantar ke sekolah kebangsaan dan dalam masa yang sama, para pelajar dapat mempelajari bahasa ibunda masing-masing dan menguasai bahasa Melayu. Selain itu, Temerloh mencadangkan sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan juga menyediakan mata pelajaran bahasa Arab untuk pelajar Islam supaya mereka dapat menguasai bahasa ini kerana bahasa ini merupakan bahasa Al-Quran. Pendidikan bukan sekadar menyediakan pelajar dengan ilmu teori tetapi juga kemahiran praktikal yang relevan. Oleh itu, kurikulum perlu ditingkatkan agar seiring dengan keperluan industri dan perubahan teknologi. Pada masa ini, banyak bidang-bidang yang disediakan di IPTA tidak mengikut keperluan pekerjaan industri dan keperluan sumber manusia di pasaran. Walaupun kadar pengangguran dikatakan 3.4 peratus, ramai graduan yang bekerja tidak selaras dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki. Ini adalah merupakan satu kerugian bagi negara kita. Temerloh mencadangkan agar KPT melihat dan menyusun semula bidang-bidang yang disediakan di IPTA dan di IPTS mengikut keperluan sumber tenaga semasa di pasaran buruh. Temerloh juga tidak bersetuju cadangan kerajaan untuk menghapuskan subsidi pendidikan untuk IPTA yang melibatkan golongan maha kaya tanpa ada kajian yang terperinci. Temerloh ingin tahu, berapakah jumlah bilangan pelajar maha kaya yang terlibat, yang digolongkan sebagai T15 di seluruh IPTA di negara ini? Kita juga tidak boleh mengabaikan pelajar daripada golongan berkeperluan khas dan mereka yang datang dari latar belakang B40. Bantuan kewangan dan program biasiswa perlu diperluas agar lebih ramai pelajar berpotensi dari golongan ini dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Program sokongan psikososial perlu ditingkatkan bagi memastikan pelajar dapat berdepan dengan cabaran pembelajaran dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, Temerloh ingin menyuarakan rungutan guru-guru yang mengajar pendidikan khas supaya tidak dilibatkan untuk mengajar para pelajar dalam kelas aliran perdana. Mereka terbeban dengan dua tanggungjawab. Bajet untuk KKM meningkat menjadi RM45.3 bilion. Sebahagian untuk menaik taraf prasarana kesihatan dan perkhidmatan hospital. Temerloh mohon Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh tidak ditinggalkan untuk memenuhi keperluan prasarana, terutama dibina parking bertingkat akibat kesesakan yang sangat teruk kerana Hospital Temerloh mempunyai perkhidmatan doktor pakar dan semua pesakit dari Daerah Jerantut, Bentong, Maran, Bera, Raub, Lipis, Cameron Highlands akan dirujuk ke Hospital Temerloh.

Oleh itu, bajet yang diperuntukkan ini juga dicadangkan untuk membesarkan lagi hospital ini dan menaik taraf perkhidmatannya supaya tidak menyusahkan pesakit kerana terpaksa menunggu dan mengambil masa yang panjang bagi mendapatkan rawatan. Temerloh juga ingin bertanya, apakah status Klinik Kesihatan Temerloh yang sepatutnya sudah dipindahkan ke tempat baharu kerana kedudukannya berhampiran dengan Sungai Pahang yang menerima risiko banjir mengakibatkan banyak peralatan rosak. Temerloh mohon Klinik Desa Kuala Kaung dinaik taraf prasarana yang sepatutnya memandangkan keadaan yang daif dan keperluan masyarakat sekitar. Tuan Speaker, Temerloh dikenali memiliki kelebihan masakan ikan patin. Namun, dalam masa yang sama juga memiliki kelebihan dalam seni kebudayaan, Seni Silat Sendeng Asli Pahang yang melibatkan banyak persatuan silat tempatan dan boleh menjadi tarikan pelancong. Bajet untuk Kementerian Kesenian, Kebudayaan sebanyak RM160 juta diperuntukkan diharapkan dapat memajukan penggiat seni silat warisan di Temerloh dengan membantu pembinaan gelanggang Seni Silat Sendeng Asli Pahang, dengan prasarana yang lengkap di Kampung Sanggang, Temerloh. Ini akan menarik lebih ramai golongan belia untuk terlibat dalam seni silat mempertahankan diri. Semua ini sangat bermanfaat kepada penduduk sebagai aktiviti seharian mereka. Temerloh ingin menyampaikan suara syarikat bas pelancongan kecil-kecilan yang minta Menteri Pelancongan mengkaji semula dan membatalkan Akta Industri Pelancongan, melibatkan arahan daripada Kementerian Pelancongan 1992 di bawah seksyen 6(1), yang mewajibkan setiap bas persiaran menggunakan khidmat pemandu pelancong. Ini kerana ia membebankan pengguna dan pengusaha bas persiaran domestik yang beroperasi secara kecil-kecilan dan tidak melibatkan pelancong asing. Pengguna atau penyewa bas terpaksa membayar kos sewa bas yang kadang- kadang melibatkan murid-murid sekolah kerana menggunakan khidmat pemandu pelancong. Walaupun bas tersebut ada kalanya hanya digunakan oleh rombongan pelajar sekolah dan rombongan makcik Kiah untuk kenduri kahwin. Temerloh ingin tahu, berapa jumlah tenaga pemandu pelancong yang terlibat dalam sektor ini? Temerloh tidak menafikan kebaikan arahan ini tetapi mohon supaya bas yang membawa rombongan domestik dikecualikan dan hanya melibatkan pelancong luar negara. Berkaitan isu cukai, Temerloh ingin bertanya tentang cukai barang mewah yang diumumkan pada Belanjawan 2024. Berapakah jumlah pungutan cukai? Selain itu, Temerloh ingin mengingatkan Kerajaan MADANI bahawa rakyat negara ini semua terlibat membayar cukai sama ada cukai langsung atau pun tidak langsung.

Namun mengapakah kerajaan menafikan hak untuk peruntukan Ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk dimanfaatkan kepada rakyat yang memerlukan di Parlimen masing- masing? Temerloh ingin menyatakan bahawa tindakan Kerajaan MADANI yang menafikan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sebagai sikap tidak adil, tidak rasional dan seolah- olah menafikan hak demokrasi rakyat memilih wakil mereka dalam pilihan raya.

Kerajaan adalah entiti yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat dan meringankan beban hidup mereka. Kerajaan bukan syarikat perniagaan yang mengutamakan keuntungan maksimum. Oleh itu, pemberian subsidi adalah tanggungjawab asasi sebuah kerajaan terutama melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan. Namun Kerajaan MADANI menyebutkan golongan T15 tidak layak menerima subsidi. Temerloh ingin menyatakan kebimbangan ada golongan yang tidak memberi maklumat benar tentang pendapatan mereka kepada LHDN kerana bimbang termasuk sebagai golongan yang tidak layak mendapat subsidi sama ada subsidi pendidikan mahupun subsidi kesihatan. Bukankah golongan ini juga banyak membantu negara sebagai pembayar cukai pendapatan, cukai korporat dan syarikat? Sebahagian golongan ini bukan sahaja menjadi penjawat awam tetapi juga mereka adalah sebagai majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sepatutnya kita mahu semua rakyat negara ini menjadi golongan berpendapatan tinggi kerana kelebihan ini dapat dikongsi melalui pembayaran zakat dan cukai pendapatan. Sebahagian golongan ini pendeposit di Tabung Haji dan menjadi pembeli saham syarikat- syarikat. Temerloh mendengar rintihan daripada golongan ini yang mengatakan bahawa kos ke Tanah Suci Makkah begitu jauh berbeza antara golongan B40 dan T20 sedangkan mereka menyumbang sebagai pendeposit Tabung Haji dalam menjalankan perniagaan. Tahun 2009 hingga 2018, semua golongan dikehendaki membayar kos yang sama iaitu RM9,980 tetapi mulai tahun 2023, kos menunaikan fardu haji jauh berbeza antara golongan B40 iaitu RM10,980 dan T20 RM30,850. Ia terus meningkat pada tahun 2024 iaitu RM12,356 untuk B40 dan RM33,300 bagi T20. Adakah mereka juga dinafikan menerima subsidi dalam menunaikan haji? Masalah kemiskinan yang tiada penghujung. Walaupun Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2024 menyatakan kemiskinan boleh dinoktahkan namun pada sampai hari ini, kita lihat kemiskinan tegar masih lagi wujud dan Temerloh ingin mengetahui apakah faktor yang menyumbang kepada situasi kemiskinan tegar tidak dapat dinoktahkan? Isu banjir di Temerloh. Baru-baru ini Sultan Pahang, Sultan Ahmad – Al-Sultan Abdullah menggesa agar projek tebatan banjir di Sungai Semantan dipercepatkan bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sekitar terkesan banjir. Temerloh menyokong penuh gesaan ini dan projek tebatan banjir harus disegerakan dan menjadi keutamaan kerana cuaca yang tidak menentu. Adalah juga diharapkan kerja-kerja mendalamkan Sungai Semantan turut dilaksanakan sebagai usaha mengurangkan masalah banjir. Bajet RM380 juta pada tahun 2025 meningkat sebanyak RM50 juta untuk JAKOA. Temerloh ingin menyuarakan isu kebajikan masyarakat Orang Asli yang tidak jauh berubah walaupun bajet agak besar dan meningkat. Adakah kerajaan membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah tanah di perkampungan Orang Asli berserta tanah ladang dengan memberikan geran? Banyak penempatan mereka tiada geran hak milik menyebabkan

penempatan mereka terdedah kepada pengusiran dan kehilangan tanah apabila ada projek pembangunan. Masalah puluhan tahun ini perlu diselesaikan. Belanjawan tahun 2025 termasuk RM10 juta untuk peruntukan tersebut dimasukkan untuk membina rumah dengan bekalan elektrik dan air bersih. Temerloh memohon Kampung Sungai Leleh, Kampung Paya Mengkuang yang rata-rata tinggal...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

...Sebuah rumah untuk dua atau tiga keluarga serta menaik taraf prasarana termasuk jalan dan longkang. Yang terakhir iaitu berkaitan dengan SPRM yang diperuntukkan RM360 juta. Temerloh mengharapkan SPRM berfungsi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan dan laporan terutama yang melibatkan masalah rasuah tanpa memilih kes tertentu. Temerloh ingin tahu, apakah garis panduan dan kriteria dalam memilih kes untuk disiasat. Temerloh ingin tahu siapakah yang berhak untuk menyiasat pegawai SPRM yang terlibat salah laku dalam melaksanakan tanggungjawab? Temerloh yakin penyelesaian isu rasuah hanya berjaya melalui kaedah pembangunan insan yang beriman dengan yakin mengenai pembalasan dosa dan pahala. Akhirnya, sekadar itu. Temerloh sebelum mengundur diri mengucapkan terima kasih kepada JKR yang membina jambatan kedua Temerloh walaupun jambatan itu belum lagi selesai atau boleh digunakan sepenuhnya. Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah. Jambatan yang panjang 1,700 meter dibina tanpa tiang amat penting untuk melancarkan pergerakan warga Temerloh dan semua pengguna jalan raya untuk mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tenom.

Assalamualaikum. Kaansayan Ra Londom dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan di atas reformasi Bajet 2025 yang berani dan kompetitif ini. Tuan Yang di- Pertua, salah satu syarat utama yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ialah pemberian satu pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat kepada Sabah dan Sarawak. Seiring dengan perjalanan masa, bilangan kerusi Parlimen pada masa kini telah meningkat kepada 222 pada hari ini dengan Malaysia Barat mendapat majoriti sebanyak 166 kerusi manakala Malaysia Timur merangkumi Sabah dan Sarawak hanya diberikan 56 kerusi. Jika dilihat dari segi peratusan iaitu sejak pemisahan Singapura dalam Persekutuan Malaysia, peningkatan kerusi Parlimen di Malaysia Barat iaitu Semenanjung Tanah Melayu ialah 79 peratus iaitu 62 kerusi tambahan berbanding Malaysia Timur Sabah dan Sarawak

yang hanya menerima 21 peratus sahaja iaitu 16 kerusi tambahan sepanjang 59 tahun ini dan ini dapat dilihat wujud satu jurang perbezaan yang sangat besar dalam konteks ini. Justeru itu, tuntutan satu pertiga kerusi ini harus dilihat sebagai langkah kritikal untuk mengekalkan keseimbangan politik antara wilayah-wilayah dalam Malaysia. Tambahan pula, tuntutan peruntukan kerusi satu pertiga ini juga penting dari segi pelaksanaan autonomi dan penghormatan terhadap hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan diharapkan ianya dipandang serius bagi melahirkan Malaysia MADANI yang sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM6.7 bilion kepada negeri Sabah di dalam Bajet 2025 bagi membangunkan infrastruktur di Sabah. Namun demikian, saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Tambun mengenai kekangan yang dihadapi oleh Sabah untuk mengoptimumkan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Hal ini adalah disebabkan Sabah hanya mampu membelanjakan sekitar 70 hingga 80 peratus sahaja daripada keseluruhan peruntukan yang diberikan. Contohnya RM6 bilion yang diterima, hanya RM4 bilion sahaja yang mampu dibelanjakan. Maka bakinya RM2 bilion terpaksa dipulangkan semula kepada Kerajaan Persekutuan pada hujung tahun apabila tidak berjaya dihabiskan. Sekali pun Sabah diberi jumlah yang sama pada tahun berikutnya, ia sebenarnya adalah kesinambungan daripada kerja yang tidak disiapkan pada tahun lepas. Bermaksud, dalam masa dua tahun bukan RM13 bilion yang Sabah dapat tetapi hanya dapat lebih kurang RM8 bilion sahaja. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah pertama, faktor jarak jauh di antara Putrajaya dan Sabah berbanding negeri-negeri di Semenanjung bagi proses lawatan dan mendapatkan kelulusan.

Kedua, geseran birokrasi melampau daripada kementerian dan agensi. Misalnya permohonan bagi sesuatu projek dibuka pada bulan April dan tutup permohonan pada bulan September yang mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk proses menghantar dokumentasi projek dan permohonan. Ketiga, peruntukan yang lambat untuk diluluskan. Peruntukan hanya akan diluluskan pada bulan Julai dan Ogos. Jadi sempatkah peruntukan yang diberikan tersebut hendak dibelanjakan dalam tahun yang sama? Jawapannya adalah tidak. Jika diteliti secara kasarnya, jika Sabah mengembalikan RM2 bilion setiap tahun, maka dalam tempoh 20 tahun Sabah mengalami kerugian berjumlah RM40 bilion untuk melaksanakan projek pembangunan di Sabah. Oleh itu, saya mencadangkan agar lebihan tersebut tidak dikembalikan dan disimpan ke dalam tabung amanah negeri agar projek tersebut dapat diteruskan. Untuk makluman, cadangan ini pernah disuarakan oleh saya ketika sesi perbahasan Bajet 2023 dan ia disambut baik oleh Kerajaan Negeri Sabah dan telah diluluskan di dalam

sidang Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, besarlah harapan agar cadangan ini diterima bagi memastikan usaha untuk membangunkan infrastruktur di Sabah berjalan dengan lancar. Tuan Yang di-Pertua, antara fokus utama yang harus diberikan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah adalah dengan memberikan tumpuan kepada aspek meningkatkan pembangunan infrastruktur dan jaringan jalan raya serta komunikasi. Justeru itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini khususnya kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Ekonomi serta Jemaah Kabinet Malaysia untuk mempertimbangkan supaya ketidakadilan yang berlaku dalam pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo ini dapat diatasi dengan segera, ditambah pula kelewatan projek daripada jadual asalnya. Menyentuh berkenaan ketidakadilan yang berlaku, saya mohon agar Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI di bawah kepimpinan dinamik Yang Amat Berhormat Tambun yang dikasihi untuk mempertimbangkan dengan segera supaya wilayah pedalaman atas iaitu Keningau, Tenom, Kemabong, Tambunan, Sook, Nabawan, Pagalungan dan Kalabakan dimasukkan dalam senarai projek pelaksanaan Pan Borneo dan ianya harus dilaksanakan serentak seperti di wilayah-wilayah lain. Hal ini telah menyebabkan rakyat di wilayah pedalaman merasakan berlaku diskriminasi dalam pelaksanaan Pan Borneo, seolah-olah menafikan hak mereka di kawasan pedalaman yang dihuni oleh majoriti suku kaum saya iaitu suku kaum Murut dan kaum lain yang terdiri daripada Dusun, Cina, Lundayeh dan lain-lain. Jika diteliti sejak dahulu, wilayah pedalaman atas telah menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi menerusi hasil hutan dan pembalakan. Malah pada ketika ini wilayah pedalaman atas ini juga turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi menerusi sektor perladangan dan pertanian seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, kopi dan sebagainya. Di samping itu, kaum saya juga iaitu Murut telah menyumbang kepada sektor pelancongan terutamanya pelancongan budaya menerusi pameran adat resam dan kebudayaan yang unik bagi menarik pelancong untuk melawat ke Sabah dan Malaysia yang kita cintai. Justeru itu, saya mohon agar permohonan kami di kawasan pedalaman dimasukkan dalam jajaran Lebuhraya Pan Borneo mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan kerana sekiranya kami disuruh untuk menunggu, berapa lama lagikah kami harus menunggu? Sudah pasti puluhan tahun lagilah baharulah ianya dilaksanakan. Selain itu, saya juga memohon agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi terutamanya di kawasan pedalaman bagi merapatkan jurang digital. Dengan ini lebih ramai penduduk luar bandar dapat mengambil bahagian dalam ekonomi digital sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya akan membahaskan isu-isu berkepentingan rakyat melibatkan infrastruktur dan kemudahan asas di Parlimen Tenom. Menyentuh isu pendidikan di kawasan Tenom, pertama, saya memohon agar pembinaan SMK Kuala Tomani dan SMK Melalap dipercepatkan.

Kedua, menaik taraf sekolah-sekolah daif termasuk melibatkan sekolah-sekolah daif yang berkeluasan kurang enam ekar daripada binaan kayu kepada binaan konkrit bagi memastikan ianya kondusif dan selesa untuk kegunaan pelajar memandangkan pada ketika ini sekolah-sekolah hanya boleh dinaik taraf sekiranya sekolah mempunyai keluasan enam ekar dan ke atas. Mengikut peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah yang kurang enam ekar ini layak hanya menerima gantian one-to-one sahaja. Justeru itu, prosesnya memakan masa yang lama. Oleh itu pengecualian harus diberikan kepada sekolah yang mempunyai keluasan kurang dari enam ekar ini. Keempat, cadangan untuk mewujudkan Kolej Tingkatan Enam di Tenom atau memperbanyakkan lagi kelas Tingkatan 6 di Tenom. Saya juga ingin menyentuh berkenaan isu berkaitan akses bekalan air bersih di Parlimen Tenom iaitu pertama, kerajaan melalui KKDW harus menyegerakan projek naik taraf loji air di Parlimen Tenom termasuk DUN Melalap dan Kemabong. Kedua, mewakili rakyat Tenom, kami tidak bersetuju sekiranya sumber air daripada Sungai Pegalan dijadikan sebagai sumber bekalan air bersih untuk disalurkan bagi kegunaan rakyat di Tenom disebabkan oleh kualiti air yang diragui tidak selamat digunakan kerana sering tercemar dan dijangkakan akan lebih tercemar disebabkan sungai ini mengalir daripada dua buah daerah yang sedang pesat membangun iaitu Tambunan dan Keningau yang juga melalui beberapa perumahan setinggan dan kawasan perindustrian yang menyalurkan sisa kotoran ke dalam sungai. Justeru itu, saya mohon agar kebimbangan kami ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya memandangkan di Parlimen Tenom kami turut mempunyai sumber air yang bersih berbanding daripada Sungai Pegalan. Walaupun kos yang diperjelaskan kepada kami, Sungai Pegalan lebih murah berbanding dengan sumber air lain di Sungai Tenom, tetapi kami tidak mahu generasi akan datang mewarisi bekalan air daripada sumber tercemar akibat daripada keputusan yang dibuat pada hari ini. Saya juga merayu kepada Kementerian KKDW dan Ekonomi agar memberikan peruntukan bagi membaik pulih jambatan gantung yang musnah akibat bencana alam atau yang telah usang dan membina baharu rumah-rumah kebudayaan serta dewan serba guna yang sudah daif yang digunakan oleh penduduk tempatan. Saya juga memohon agar pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menyelesaikan isu permasalahan yang dihadapi oleh Kompleks Sukan Tenom yang sehingga kini belum dapat dibuka dan selamat digunakan oleh orang awam. Tuan Yang di-Pertua, bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah, kerajaan juga perlu memberikan keutamaan untuk memperkasakan sektor pelancongan berasaskan ekopelancongan dan pelancongan komuniti. Justeru itu, saya mencadangkan agar pihak kerajaan memperkenalkan insentif rebat cukai dan pakej pelancong bajet untuk merangsang pelancongan domestik. Bahkan kerajaan juga boleh menawarkan pakej pelancongan murah

kepada kakitangan awam. Sudah pasti ianya akan menggalakkan rakyat kita untuk melancong di dalam negara berbanding luar negara. Tuan Yang di-Pertua, Sabah juga mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Dengan sumber tenaga seperti hidroelektrik, solar, angin dan sisa biomas seperti bahan buangan sawit yang boleh dieksploitasi, kita mampu menjadikan Sabah sebagai hab tenaga hijau di rantau ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik peruntukan kerajaan berjumlah RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian di seluruh negara. Oleh itu pada hemat saya, peruntukan tersebut perlu dilaburkan dalam aspek pembangunan infrastruktur pertanian moden di negara ini. Tenom turut mencadangkan agar kerajaan meningkatkan peruntukan bagi menyokong keterjaminan makanan negara kita melalui program penyelidikan dan pembangunan pertanian dengan sekurang-kurangnya meningkatkan peruntukan kepada 1.5 peratus daripada KDNK mengikut saranan daripada World Bank iaitu 1.5 peratus sehingga 2 peratus berbanding peruntukan 0.9 peratus pada ketika ini. Pada masa yang sama juga melihat kepada potensi yang dimiliki di Parlimen Tenom, saya melihat adalah wajar sekiranya Tenom dijadikan hab pusat pembangunan pertanian bersepadu. Tuan Yang di-Pertua, saya menerima keluhan daripada guru-guru yang beragama Kristian agar cuti penggal ketiga sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula dari 21 Disember sehingga 29 Disember 2024 agar dilanjutkan sehingga ke awal Januari memandangkan ramai guru-guru ini yang beragama Kristian terutamanya daripada Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung untuk meluangkan masa yang lebih dengan keluarga bagi menyambut perayaan Krismas dan menjalani ibadah bersama keluarga mereka.

Mohon pertimbangan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar sesi persekolahan yang berlangsung tersebut boleh digantikan ke hari lain agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan mengikut syllabus yang telah ditetapkan. Mengakhiri ucapan, saya menyokong Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi. Deepavali Valthukkal kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Yang di- Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

yang memberi peluang dan masa untuk saya berbahas Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024 lalu yang bertemakan “Membugar Ekonomi, Menjana Pendapatan, Mensejahterakan Rakyat.” Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion merupakan satu belanjawan yang cukup besar, walaupun negara sedang menanggung beban hutang yang cukup besar iaitu RM1.17 trilion merangkumi 64.3 peratus daripada KDNK negara. Oleh itu, belanjawan ini perlulah dibelanjakan dengan semaksimum dan tanpa ada sebarang ketirisan bagi memastikan rakyat dapat merasai setiap sen daripada belanjawan yang cukup besar ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan kali ini, Kulim-Bandar Baharu akan membawa isu-isu setempat dan juga isu-isu semasa bagi memastikan rakyat terbela serta mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, Kulim-Bandar Baharu ingin membawa beberapa isu kawasan. Antaranya, Kulim-Bandar Baharu ingin memohon daripada Kementerian Kesihatan iaitu berkaitan Klinik Kesihatan Kulim yang perlu dinaik taraf segera kepada type 2 atau pun jenis 2 memandangkan Klinik Kesihatan Kulim ini di mana struktur bangunannya menjangkau lebih daripada 60 tahun dan 70 peratus daripada bangunannya daripada kayu yang semakin mereput dan tidak selamat untuk digunakan. Klinik Kesihatan Kulim juga menjadi tumpuan orang ramai di mana dianggarkan pada setiap hari biasanya menerima kunjungan tidak kurang daripada 800 orang pesakit, dan pada hujung minggu mencecah hampir 1,000 orang pesakit. Sebagai maklumat awal kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bangunan Klinik Kesihatan Kulim ini terlalu daif, peralatan yang lama, tempat rawatan yang sempit, berkongsi bilik, tidak selesa disebabkan kehadiran pesakit yang ramai pada setiap hari serta tempat meletak kenderaan yang terhad. Oleh itu, saya mencadangkan supaya klinik kesihatan ini disegerakan pembinaannya dinaik taraf kepada type 2 bagi keselesaan dan bersesuaian dengan jumlah pesakit yang ramai pada setiap hari. Selain itu, saya juga meminta Kementerian Kesihatan Malaysia supaya dapat menaik taraf Klinik Desa Kampung Badlishah dan Klinik Desa Kampung Sedim kepada klinik kesihatan agar penduduk setempat mendapat lebih banyak kemudahan rawatan memandangkan jumlah pesakit yang semakin bertambah. Seterusnya, ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas kelulusan penambahan bangunan Hospital Kulim yang dianggarkan bermula pada tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Belanjawan 2025, tiada perincian khusus mengenai projek pembinaan Lebuhraya Kedah Selatan (LEKAS) dari Sungai Petani ke Kulim- Bandar Baharu sebagai jalan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuh raya sepanjang kira-kira 102 kilometer ini akan melalui beberapa kawasan utama termasuk Serdang, Kulim dan Terap. Kos pembangunannya, anggaran sebanyak RM3.2 bilion dan ianya akan disiapkan dalam tempoh pembinaan sekitar 36 bulan. Projek ini bertujuan

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

mempercepatkan perjalanan dan meningkatkan akses ke utara-selatan serta menyokong pertumbuhan ekonomi di kawasan Kedah Selatan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status lebuh raya LEKAS ini? Bagi jalan FT.136 Kulim-Bandar Baharu, saya sekali lagi ingin merayu kepada KKR supaya menyegerakan dan memberi peruntukan yang secukupnya bagi menurap semula jalan yang boleh dikategorikan sebagai jalan daif sepanjang 45 kilometer, memasang lampu- lampu di sepanjang jalan bagi keselesaan pengguna serta membina lorong-lorong memotong dan membina beberapa buah jambatan baharu bagi menggantikan beberapa jambatan yang uzur dan amat diragui dari segi keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, Kulim Hi-Tech Park adalah satu kawasan perindustrian yang begitu pesat membangun dan berkembang. Isunya sekarang ialah kawasan Kulim Hi-Tech Park menjadi kawasan yang cukup sesak terutamanya pada waktu puncak. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mencari satu kaedah bersesuaian bagi mengurangkan kesesakan, contohnya lebuh raya bertingkat atau pun pengangkutan awam. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon supaya Pondok Polis Bandar Baharu yang terlalu daif dan terlalu tua supaya dapat diperbaharui dan dibina semula supaya memberi keselesaan kepada anggota-anggota yang bertugas di sana. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan skim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa bulan Disember 2024. Namun, skim perkhidmatan pembantu tadbir atau dikenali dengan gelaran Kerani Gred N19 hingga N28 terus ketinggalan dan mengalami keciciran gred dalam skim SSPA. Antara paling terkesan ialah pembantu tadbir yang bertugas di sekolah, PPD dan JPN yang kebanyakan pembantu tadbir mempunyai kelayakan akademik diploma hinggalah ijazah sarjana. Kementerian Pendidikan seharusnya melihat kebajikan pembantu tadbir yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dengan memberikan elaun khas yang bersesuaian. Ini kerana beban tugas pembantu tadbir di sekolah yang bekerja siang, malam dan pada hari minggu untuk membantu perjalanan pengurusan sekolah terutamanya pengurusan SSPA yang mana ada sekolah yang mempunyai kerani yang mengurus semua urusan perkhidmatan dan kewangan di sekolah tersebut. Malah, ada sekolah bertaraf Pusat Kos (PTj) di kawasan saya hanya mempunyai seorang kerani sahaja. KPM juga harus memperkenalkan jawatan Ketua Pembantu Tadbir Gred N2 dan N3 yang sebelum ini dikenali sebagai Pembantu Tadbir Gred N22, N26, N28 hakiki. Isu yang seterusnya berkaitan bantuan per kapita sekolah. Memandangkan banyak sekolah mempunyai penghawa dingin, kos servis ditanggung oleh sekolah dengan peruntukan LPBT yang agak terhad. Sehubungan dengan itu, Kulim-Bandar Baharu mencadangkan agar KPM menyalurkan terus bantuan penyelenggaraan servis penghawa dingin ke akaun kerajaan sekolah untuk memudahkan urusan sekolah bagi keselesaan warga sekolah.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Kulim-Bandar Baharu juga menyokong langkah KPM dalam Bajet 2025 untuk menyelenggarakan surau dan kantin sekolah. KPM perlu melihat keperluan sekolah yang mempunyai masalah atap bocor atau bumbung yang bocor di surau dan masalah kantin yang uzur, termasuk meja dan kerusi pelajar.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, peranan PIBG di sekolah perlu diperkasakan Kulim-Bandar Baharu mencadangkan agar KPM menyalurkan geran sekurang-kurangnya RM10,000 untuk PIBG menjalankan aktiviti, menyokong aktiviti di sekolah, terutamanya sekolah kerajaan. Kemungkinan mungkin keutamaan boleh diberi kepada sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, pembentangan perbelanjawan 2025 memberi pelbagai reaksi daripada pelbagai golongan masyarakat. Salah satunya dibimbangkan oleh ramai orang ialah berkaitan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan SST yang secara tidak langsung memberi kesan kepada rakyat. Kesan perluasan SST ini walaupun dapat meningkatkan pendapatan kerajaan, membantu mengimbangkan kewangan negara dan mengurangkan kebergantungan pada hutang luar negara, namun impak kepada kos sara hidup rakyat akan meningkat. Di mana perluasan SST juga membawa kepada kenaikan kos barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai. Kesan ini akan dirasai secara langsung oleh pengguna, terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah yang mempunyai kebergantungan lebih tinggi kepada barang keperluan harian. Perluasan SST ini juga memberi kesan secara- kepada sektor perniagaan, di mana boleh menambah beban kepada syarikat yang perlu menyerap atau memindahkan kos cukai tersebut kepada pengguna. Oleh itu, perluasan SST ini walaupun bertujuan untuk memperkukuhkan struktur kewangan negara, tetapi ia perlu disertai dengan pelbagai langkah sokongan bagi memastikan kesannya adalah positif dan adil kepada semua pihak serta tidak memberi tekanan kepada rakyat dan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, siapakah golongan T15? Adakah T15 yang digolongkan oleh kerajaan ini adalah golongan yang mempunyai simpanan berjuta, puluh juta, ratusan juta, usahawan, ahli korporat atau memiliki aset yang banyak, tetapi T15 ini ada juga yang merangkumi golongan bukan jutawan, misalnya pasangan yang mempunyai pendapatan yang lebih daripada RM14,000. Mereka dikategorikan golongan T15. Mengikut takrifan kerajaan dalam sistem DOSM T15 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, T15 bermula daripada pendapatan RM13,295 dan ke atas. Jadi, mereka digolongkan sebagai golongan maha kaya. Ramai misalnya golongan guru-guru yang akan termasuk dalam golongan maha kaya ini adalah sangat tidak adil. Golongan ini akan hilang subsidi petrol, perubatan, pendidikan dan sebagainya lagi. Hanya kerana pendapatan mereka mencecah lingkungan RM14,000, tetapi telah pun digolongkan dalam kumpulan maha kaya. Mohon kerajaan pertimbangkan keadaan bagi menentukan golongan T15.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, kenaikan gaji minimum ke RM1,700 memberi beberapa kesan yang ketara kepada majikan. Terutamanya dalam sektor awam dan swasta. Berikut adalah beberapa kesan yang boleh dihuraikan; (i) kenaikan kos operasi. Majikan perlu menanggung kos tambahan untuk membayar gaji pekerja. Ini mungkin memberi tekanan kepada perniagaan kecil dan sederhana yang mungkin menghadapi cabaran mengekalkan kos operasi yang stabil; (ii) kesan kepada produktiviti dan efficiency. Dengan kos yang lebih tinggi, majikan mungkin mengharapkan peningkatan produktiviti daripada pekerja untuk memastikan pelaburan dan gaji serta hasil. Ini boleh membawa kepada latihan tambahan dan intensif produktiviti, tetapi juga mungkin meningkatkan tekanan kepada pekerja; dan (iii) pengurangan bilangan pekerjaan. Bagi sesetengah majikan, terutamanya dalam sektor yang bergantung pada tenaga kerja besar, tetapi mungkin margin keuntungan rendah. Mereka mungkin terpaksa mengurangkan jumlah pekerja dan mengurangkan waktu kerja bagi menampung kos gaji yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, kenaikan gaji minimum ini boleh memberi kesan positif dan menambahkan baik taraf hidup pekerja, tetapi memerlukan strategik adaptasi daripada majikan untuk kekal...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

...Berpotensi. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata berkaitan Belanjawan 2025 ini, secara keseluruhannya, walaupun terdapat banyak aspek positif dalam Belanjawan 2025, namun beberapa cabaran dan kesan negatif perlu juga diambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan yang mulia ini. Sedikit pantun dulu. Belanjawan 2025 sudah dikemuka, Arah globalisasi kami menuju; Raihlah dengan hati terbuka, Tanda ekonomi negara maju.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Untuk bangunkan kita sedikit... [Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh kenyataan Hulu Terengganu sebelum ini tentang perkataan “ketimbang” tempoh hari yang sepertinya membuat beliau kelihatan agak bingung sehingga mengandai-andaikan maksudnya. Saya kira pujian harus diberikan kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana pembentangan Belanjawan pada 18 Oktober lancar dan jelas. Dan perkataan “ketimbang” mungkin terlalu luar biasa kosa katanya sampai Hulu Terengganu tidak mampu berhenti memikirkannya. Diharapkan dengan penjelasan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tentang maksud “ketimbang” tersebut iaitu menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu dapat menjernihkan semula fikiran Hulu Terengganu ketimbang kenyataan Belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari. Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2025, 90 peratus ekonomi di negara ini melibatkan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan ia menyumbang hasil 40 peratus kepada KDNK dan 49 peratus ke atas jumlah pekerjaan. Jelas, PMKS adalah antara tiang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Namun, saya ingin terus fokus kepada sistem PMKS daripada segi sokongan yang sepertinya kurang sistematik dan berintegrasi. Menurut Laporan World Bank, “Malaysia’s SME Program Efficiency Reviewed.”, ianya didapati bahawa program sokongan PMKS di Malaysia tidak dikawal selia oleh satu bumbung dan laporan tahun 2019 pula mengatakan terdapat 71 agensi, jabatan, kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan yang berbeza menyelia pelaksanaan program sokongan PMKS dan usahawan di seluruh Malaysia. Malah, entiti seperti Bank Negara Malaysia juga diberikan mandat khusus untuk menjaga PMKS di bawah bidang kuasanya. Pemecahan segmen seperti ini Dato’ Yang di- Pertua, pastinya mendorong cabaran penyelarasan yang besar dan memberi kesan langsung membangunkan ekosistem sokongan PMKS yang cekap. Justeru, saya berpendapat kerajaan perlu menggubal agensi tunggal bagi pemerkasaan PMKS bagi mengintegrasikan struktur dan inisiatif PMKS agar diselaraskan dengan baik. Oleh itu, cadangan saya adalah kerajaan terus memperkasakan SME Corp sebagai badan tertinggi untuk pembangunan PMKS. SME Corp boleh mengawal selia pertumbuhan PMKS dalam segmen yang berbeza, termasuk pertanian, pembuatan, perdagangan, pelancongan, perkhidmatan tempatan dan lain-lain. Dari sisi yang lain, tahap produktiviti PKS kita juga jauh lebih rendah berbanding bukan dengan dunia, tetapi dengan purata negara ASEAN, Dato’ Yang di-Pertua. Seperti Indonesia, Singapura dan lain-lain yang berjumlah sekitar 49 peratus sumbangan GDP mereka. Hal ini menuntut dasar yang lebih berkesan bagi meningkatkan produktiviti melalui automasi dan teknologi kepada PMKS. Sebagai contoh, Malaysia kaya dengan sumber pelancongan. Namun, tidak ada dasar holistik dari kerajaan, PBT negeri dan Persekutuan

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

untuk membangunkan ekosistem ataupun ekopelancongan kita. Industri mengeluh bahawa tempoh pertukaran tanah pertanian bagi tujuan pelancongan, ekopelancongan mengambil masa selama tiga tahun dengan harga yang di luar kemampuan iaitu RM25,000 setahun untuk tanah seluas lima ekar sahaja. Sama dengan industri sektor pendidikan awal kanak-kanak yang sedang menghadapi cabaran yang ketara dengan satu hingga tiga buah pusat jagaan kanak-kanak ditutup setiap bulan, Dato’ Yang di-Pertua. Ini satu trend yang amat membimbangkan. Sedia maklum bahawa proses permohonan berhadapan dengan kerenah birokrasi yang terlalu banyak. Pemeriksaan juga hanya bermula daripada pihak kementerian selepas semuanya disiapkan, tetapi walaupun selepas enam bulan, sering kali tiada kemas kini.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Sementara itu, mereka masih perlu membayar sewa, tetapi tanpa perjanjian penyewaan, surat permohonan pun tidak dapat dikeluarkan. Ketelusan dan ketentuan dalam memudah cara kan pembangunan industri seperti ini perlu diadakan bagi memudah cara kan PMKS dan merendahkan kos pembiayaan pendidikan awal kita. Dato’ Yang di-Pertua, idea yang kedua adalah tentang cara untuk mengatasi isu kesalinghubungan first and last mile. Pelbagai kaedah telah diguna pakai seperti penambahan perkhidmatan bas, pembinaan lorong pejalan kaki dan lain-lain. Saya pun turut mengemukakan soalan tambahan pada sesi pagi tadi. Namun, jika kita bertanyakan kepada para pengguna keluhan bahawa capaian pengangkutan awam di seluruh Malaysia masih jauh ketinggalan. Di kebanyakan negara Asia Tenggara, motosikal e-hailing digunakan untuk menyokong usaha FMLM. Berdasarkan laporan International Transport Federation, ia menunjukkan bandar seperti Bangkok dan Jakarta dapat meningkatkan prestasi consumer welfare, dengan izin, dan memperkasa daya tahan pengangkutan awam negara dengan pelaksanaan e-hailing. Di Malaysia sendiri, ekonomi gig sedang mengalami perkembangan merentasi pelbagai industri e-hailing dan p-hailing. Secara umum, ekonomi gig ini dijadikan satu pilihan mencari pendapatan sampingan yang baik, yang lebih didorong dengan fleksibiliti waktu dan tempat kerja. Justeru, saya ingin ulang dan ulang sekali lagi menumpukan cadangan kepada memperluas konsep e-hailing ini sebagai dual income penjanaan ekonomi rakyat dan dari hanya menghantar makanan seperti apa yang dilakukan oleh Grab, Foodpanda, Bungkusit dan sebagainya kepada pilihan membuat tempahan untuk menghantar penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Namun, saya faham ada pihak mungkin pula mengandaikan isu keselamatan jalan raya. Saya mengambil contoh Grab pemilikan Singapura slash Malaysia, industri e-hailing mereka mempunyai kadar kemalangan yang rendah di rantau ini. Ini adalah hasil Grab menjadikan peraturan pengangkutan di bawah Land Transport Authority dan Quality of Services, dengan izin, sebagai penanda aras keselamatan penunggang. Kemudian, diintegrasikan dalam aplikasi Grab dengan ciri-ciri notifikasi seperti amaran pemantauan perjalanan.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Kedua, laporan keselamatan memandu dan ketiga, peringatan keperluan berehat bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku. Maka, penunggang-penunggang ataupun pengguna ini, prestasi mereka boleh dipantau dan juga tingkah laku mereka turut akan di bawah radar sistem tersebut. Di Thailand pula Dato’ Yang di-Pertua, misalnya pengguna yang menggunakan e- hailing penumpang lebih lima kali kekerapan seminggu jika berbanding dengan e-hailing kereta dengan hanya tiga kali seminggu kerana ia lebih mudah, menjimatkan masa menunggu di trafik yang sesak. Justeru, saya berpandangan bahawa syarikat e-hailing di Malaysia boleh mengisi ruang kekangan yang ada dengan kerajaan membenarkan ruang untuk servis e-hailing penumpang bertapak di samping terus menyokong usaha memperkasa FMLM di negara ini. Saya juga ingin bertanya bahawa apakah hasil sandbox yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan dan adakah kerajaan kita mempunyai political will ataupun keazaman politik untuk mendorong dan menguar-uarkan e-hailing untuk penumpang. Tidak kurang juga bahawa Malaysia wajar melihat ekonomi gig sebagai potensi untuk mengisi ruang sebagai pendapatan sumber yang kedua dan sebagai satu mekanisme penjanaan ekonomi dan pendapatan. Ketiga, tentang rasionalisasi subsidi. Dato’ Yang di-Pertua, suka untuk saya imbas semula pada Jun 2024. Kerajaan MADANI telah memulakan langkah berani dengan melaksanakan subsidi bersasar di Semenanjung Malaysia dengan pada awalnya berbekalkan perbelanjaan subsidi diesel sebanyak RM14 bilion. Kini, kerajaan berjaya menjimatkan sekitar RM4 bilion setahun hasil subsidi bersasar yang diambil daripada golongan kaya ataupun maha kaya dan dipulangkan semula kepada golongan dan rakyat yang memerlukan. Ketirisan jualan aktiviti penyeludupan diesel dari negara jiran dan penjualan secara haram pula berkurang sekitar 40 peratus hasil kejayaan pelaksanaan subsidi bersasar diesel tersebut. Seperti perkongsian Yang Amat Berhormat Tambun pada 18 Oktober, kerajaan menanggung subsidi pukal, insentif dan bantuan hampir RM80 bilion pada tahun lalu di mana ia turut dinikmati golongan kaya dan warga asing. Hari ini Kerajaan MADANI sekali lagi mengambil sikap yang berani dan bertanggungjawab dengan memperkenalkan pula subsidi bersasar bagi RON95 yang dijangka bermula pada pertengahan tahun 2025 dengan meneruskan subsidi ke atas 85 peratus rakyat Malaysia dengan jumlah RM12 bilion dan mengecualikan pula RM8 bilion subsidi dari golongan atas dan warga asing. RM8 bilion penjimatan ini dijangka akan dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam. Dari sudut yang berbeza, saya percaya usaha rasionalisasi subsidi ini akan membantu komitmen kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan. Menurut pendapatan garis kemiskinan PGK Malaysia, ketua isi rumah miskin tegar ialah RM1,198 sebulan. Oleh yang demikian, saya kira usaha kerajaan yang turut meningkatkan peruntukan bantuan tunai di

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM2.9 bilion merupakan salah satu usaha untuk membantu juga kumpulan berpendapatan rendah yang lain. Saya percaya ini hasil penjimatan daripada subsidi bersasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berperingkat. Pindahkan sumber daripada mereka yang tidak perlukan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Dengan peningkatan bantuan sebegini, ini akan melipat gandakan usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Malah, dapat membantu rakyat agar lebih mampu berbelanja dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat di samping turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Saya di sini Dato’ Yang di-Pertua, dengan adanya sistem PADU, saya menganggap bahawa dan yakin bahawa bantuan boleh dilaksanakan secara lebih bersasar. Bukan lagi berdasarkan kategori kasar tetapi mengikut pendapatan boleh guna pakai lokasi, pemilikan harta dan lain-lain. Saya juga berpendapat bahawa PADU merupakan satu pangkalan data yang lebih dinamik dan boleh menyelesaikan masalah jurang maklumat yang dihadapi dahulu. Penghantaran tunai merupakan cara yang paling berkesan berbanding dengan penggunaan MyKad ataupun Fleet Card di tempat pam minyak. Selain isu kerosakan cip, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau cip rosak, tidak boleh pam minyak yang bersubsidi ataupun salah guna kad. Kalau A pinjam MyKad dengan B, bagaimana kita hendak sahkan? Kita juga akan terlihat isu perdagangan MyKad mungkin akan berlaku kalau kita gunakan MyKad sebagai mekanisme untuk memberikan subsidi bersasar kepada mereka. Saya berharap agar kerajaan dapat mengintegrasikan PADU secepat mungkin supaya majoriti rakyat tidak keciciran mendapat akses kepada bantuan-bantuan kerajaan khususnya mereka yang memerlukan. Dato’ Yang di-Pertua... Tanam ubi tanam keladi; Buku anggaran tersusun rapi. Bangun pagi gosok baju; Di Dewan Rakyat kita bersatu. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Petaling Jaya menyokong. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 29 Oktober 2024.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.28 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perancangan Holistik Pahang Technology Park, Gambang Halal Park Dan Projek Ecrl Dalam Peningkatan Ekonomi Di Pahang Dan Pantai TimurSpecial Chamber

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perancangan holistik Pahang Technology Park, Gambang Halal Park dan ECRL dalam peningkatan ekonomi di Pahang dan Pantai Timur.

Tuan Yang di-Pertua, seperti kita sedia maklum Pahang Technology Park dan Gambang Halal Park memiliki fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam memajukan ekonomi dan industri di Pahang. PTP pada asasnya dibina menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan teknologi, dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat, bioteknologi, dan kejuruteraan. PTP juga berperanan menyediakan kemudahan untuk syarikat berteknologi dan start-up, menyokong pertumbuhan perniagaan.

Manakala, GHP memfokuskan kepada industri halal iaitu kepada pengeluaran dan pemprosesan produk halal, membantu syarikat dalam mematuhi piawaian halal yang ditetapkan. Selain itu, GHP menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan melalui pendekatan industri halal dan menarik pelaburan dalam sektor ini serta membangun rantaian bekalan yang berkesan untuk produk halal, dari pengeluaran hingga pemasaran. Kedua-dua fasiliti ini bertujuan untuk memajukan ekonomi Pahang dengan memberi tumpuan kepada teknologi dan industri halal, serta mencipta peluang pekerjaan dan pertumbuhan perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, kini kemajuan di kawasan berhampiran kedua-dua fasiliti tersebut terus diperkukuh dengan projek perhubungan mega yang sedang dibangunkan iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semestinya memberi nilai tambah kepada PTP dan GHP untuk lebih maju.

Untuk makluman yang Tuan Yang di-Pertua, projek ini berada dalam kawasan Parlimen Paya Besar dan rakyat Paya Besar sangat mengharapkan projek ini dapat mempertingkatkan sumber pendapatan, peluang pekerjaan dan seterusnya menjamin pertumbuhan ekonomi setempat.

Tuan Yang di-Pertua, pada asasnya, kesemua fasiliti yang disebutkan tadi, dibangunkan dengan penuh harapan agar fungsi-fungsi dan hasil dapatan tersebut dapat dicapai. Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak seperti yang dirancang.

Oleh yang demikian, menjadi kegusaran saya sebagai Ahli Dewan Rakyat di kawasan berkenaan jika kemudahan dan fasiliti yang telah dibangunkan oleh kerajaan ini tidak dirancang dengan penuh holistik sekali gus merugikan seluruh pihak yang terlibat.

Persoalan saya, apakah perancangan pihak kerajaan untuk merancakkan kembali peranan PTP dan GHP? Kedua, apakah insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi menarik pelaburan di PTP dan GHP? Ketiga, berapa syarikat yang telah melabur dan memberi komitmen di PTP atau GHP?

Keempat, apakah peranan ECRL dalam merancakkan lagi peranan PTP dan GHP? Akhir sekali, adakah kerajaan sudah mempunyai blueprint yang holistik bagi menghubungkan kesemua fasiliti dan projek tersebut dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Pahang dan Pantai Timur?

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dan pendirian pihak kerajaan berkenaan perkara yang dibangkitkan agar setiap projek yang telah dibangunkan kerajaan mendapat manfaat besar kepada rakyat dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di- Pertua, Pahang Technology Park (PTP) dibangunkan sebagai hab teknologi bagi negeri Pahang melibatkan aktiviti berasaskan teknologi seperti pusat data, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi pintar.

PTP dibangunkan di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang seluas 149 ekar dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Asia (ECRDC). Taman industri ini terbahagi kepada plot industri dan bangunan cyber center. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur PTP telah siap pada tahun 2018 dengan 13 lot industri atas keseluruhan kawasan seluas 78 ekar.

Gambang Halal Park (GHP) pula hab pembuatan halal untuk FNB, kosmetik, penjagaan diri dan farmaseutikal. Pembangunan GHP terletak di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan dibangunkan melalui kerjasama dengan ECRDC. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur GHP telah siap pada tahun 2015 dengan keluasan lot industri seluas 94 ekar. Kerajaan melalui ECRDC akan terus menumpukan usaha untuk menarik pelaburan swasta dan merealisasikan projek pelaburan bernilai tinggi di wilayah ekonomi Pantai Timur ECER terutama di PTP dan GHP.

Dalam hubungan ini ECRDC akan memanfaatkan inisiatif dan melaksanakan kerajaan termasuk Pelan Induk Perindustrian Baru (NiNP), Pelan Hala Tujuh Peralihan Tenaga Negara (NEGR), Pelan Tindakan KL20 dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 35 bagi meningkatkan peluang dan potensi pelaburan di PTP dan GHP.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Synapse Network Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang berpangkalan di Toronto, Canada telah

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

menandatangani perjanjian pajakan selama 10 tahun untuk memindahkan operasi sedia ada mereka dari Hong ke PTP.

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

Syarikat tersebut merancang untuk memulakan pembangunan di atas tanah seluas tiga ekar di PTP pada suku keempat 2024. Serta telah pun mengemukakan permohonan insentif kepada ECRDC dan dalam pertimbangan Kementerian Kewangan (MOF). Perbincangan bersama dua lagi syarikat pelaburan berpotensi sedang giat dilaksanakan oleh ECRDC.

Syarikat pertama yang berbekalan di Singapura sedang mengendalikan enam pusat data di tiga buah negara di Asia termasuk Malaysia. Syarikat ini sedang meneliti pelan perniagaan di PTP untuk membina dan mengoperasi pusat data berkapasiti 250 mega watt dan dijangka akan memuktamadkan keputusan pelaburan mereka pada suku ketiga 2025.

Syarikat kedua merupakan usaha sama sebuah syarikat swasta tempatan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang bercadang untuk membina pusat data berkapasiti tiga mega watt. Syarikat ini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang dijangka akan selesai pada suku pertama 2025.

Antara faktor utama bagi menarik pelaburan di dalam sektor pusat data adalah ketersediaan infrastruktur struktur seperti tenaga elektrik air dan telekomunikasi serta kadar utiliti yang komprehensif. Tenaga Nasional Berhad juga akan terus memberikan komitmen untuk menyokong keperluan infrastruktur bagi pelaburan-pelaburan yang akan datang.

Selain itu, PERODUA Malaysia merancang untuk membangunkan pusat logistik dan pemasaran kenderaan di ECER di atas tanah seluas 22 ekar serta menggunakan Stesen Kereta api Pantai Timur ECRL iaitu Stesen Paya Besar sebagai mod pengangkutan. Bagi mengedarkan pengedaran kenderaan mereka di ECER. PERODUA juga bercadang untuk menggunakan Pelabuhan Kuantan bagi penghantaran kenderaan mereka ke Sabah dan Sarawak.

Perbincangan antara ECRDC dan PERODUA sedang berjalan. Pihak PERODUA kini sedang meneliti pelan perniagaan dan pembangunan mereka yang dijangka akan dimuktamadkan pada tahun 2025. Bagi status pelaburan di Cyber Center ECRDC melalui anak syarikatnya Asia Centre of Excellence for Smart Technologies (ACES) bekerjasama dengan gentari pengusaha charge point operator terkemuka di Malaysia bagi operasi empat tapak pengecasan kenderaan elektrik EV.

Sekali gus menyokong Agenda Nasional untuk meningkatkan penggunaan EV.

ACES juga telah bekerjasama dengan CS MedTech. Sebuah syarikat teknologi tempatan yang berkursus dalam bidang perubatan melalui inovasi pencetakan 3D untuk berpindah dari Singapura dan Thailand ke Malaysia khususnya ke Cyber Centre. Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan pemasaran tempatan yang semakin meningkat dalam industri perubatan.

Seterusnya adalah Midcard. Sebuah syarikat teknologi penyelesaian perubatan tempatan telah mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di ECER dengan menubuhkan cawangan utama di Cyber Center sejak Januari 2024 untuk memenuhi keperluan pasaran di rantau0 ini. Fokus seterusnya adalah untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan dalam bidang teknologi tinggi dengan tujuan menggalakkan penubuhan dan pengembangan operasi mereka di ECER menggunakan Cyber Centre sebagai pangkalan operasi. Manakala, bagi GHP ECRDC sedang melaksanakan perbincangan dengan tiga syarikat berpotensi.

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

Syarikat pertama, merupakan pengeluaran terbesar kenderaan rekreasi di Europa. Bercadang untuk membangunkan pusat pemasangan kenderaan rekreasi bagi pasaran Asia. Syarikat tersebut telah mengumumkan permohonan pengecualian cukai import kepada Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MArii) dan telah diusahakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk pertimbangan dan kelulusan. Keputusan ini adalah penting bagi pihak syarikat untuk merealisasikan pelaburan di PTP.

Syarikat kedua, merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang menjalankan aktiviti perdagangan, makanan dan perkhidmatan pengangkutan. Syarikat ini telah bersetuju dengan terma yang ditawarkan oleh ECRDC untuk memajak tanah seluas enam ekar dan sedang dalam proses menandatangani perjanjian pajakkan yang dijangka akan dimuktamadkan pada suku ke empat 2024. Pembangunan jangka akan dimulakan pada suku kedua 2025.

Syarikat ketiga pula, bercadang untuk membangunkan Taman Penyelidikan Benih Tropika Pusat Pertanian Bersepadu dan pengkomersialan. Syarikat sedang memuktamadkan pelan perniagaan dan pembangunan dan dijangka akan membuat keputusan pelaburan pada suku kedua 2025. ECRDC bekerjasama rapat dengan agensi seperti Halal Development Corporation (HDC) dan kerajaan negeri untuk membawa masuk pelaburan-pelaburan halal ke GHP. Terutamanya untuk industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Antara aktiviti pelaburan yang telah dikenal pasti adalah untuk mendirikan sebuah pusat penyembelihan moden di GHP.

Untuk maklumat ada Ahli Yang Berhormat, Projek ECRL merupakan projek yang akan meningkatkan keter hubungan dan merangsang pertubuhan ekonomi di Wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. ECRL bertujuan untuk memudahkan pengangkutan barang dan penumpang sekali gus mempromosikan pembangunan industri komersial logistik dan pelancongan. Projek ini dijangka mewujudkan peluang besar untuk menarik pelaburan swasta dan memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan antarabangsa.

Penubuhan hab logistik di Stesen Paya Besar yang terletak kurang daripada satu kilometer dari PTP dan GHP akan meningkatkan akses kepada pasaran dan sumber serta dijangka menjadi pemangkin untuk menarik lebih banyak pelaburan.

Dalam hubungan ini, ECRDC berperanan untuk memudah cara dan merealisasikan pelaburan dengan mewujudkan ekosistem ekonomi yang menjadikan kereta api sebagai pemacu utama Pertubuhan ECER terutama kepada PTP dan GHP. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Paya Besar untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang saya kira baik sekali kerana ada usaha di pihak kerajaan. Saya ada empat persoalan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Satu pertanyaan sahaja.

Ya, saya rangkumkan sekali. Pertamanya Timbalan Menteri, di kawasan yang disebutkan GHP, PTP dan ECRL Paya Besar merupakan kawasan yang sedang dibangun untuk membentuk sebuah Bandar Baru Paya Besar. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri lihat apa yang ada di Cyberjaya ada juga di kawasan yang sedang dibangunkan Bandar Baru Paya Besar. Dia ada universiti, ada pelbagai institusi pendidikan di sana.

Persoalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 nanti, akan dimasukkan infrastruktur seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Nampak banyak syarikat nak datang, tetapi jalan di sana jalan mati. Sampai sahaja di PTP saya amat faham sangat Tuan Yang di-Pertua sebab kawasan saya. Saya masuk setiap bulan ke sana nak melihat perkembangan. Jadi saya rasa gembira. Cumanya kalau kita nak extend tanah tersebut Tuan Yang di-Pertua, dia memerlukan satu lagi bridge untuk menjangkaui atau dipanggil apa Tuan Yang di-Pertua untuk pergi ke sebelah sana.

Kerana di sebelah sana ada tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri. Yang hampir 1,000 ekar lagi untuk kita extend-kan.

Saya harap sangat supaya Rancangan Malaysia Ke-13 boleh mengambil Pelan Tindakan Khas Bandar Baru Paya Besar sebagai salah satu input dalam membangunkan ekosistem. Kerana apa? Kerana saya yakin ECRL yang dibuat oleh kerajaan ini akan memangkinkan ekonomi. Terutamanya menjadi game changer kepada Pantai Timur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan Yang di-Pertua, ia adalah satu cadangan dan pelaksanaan yang harus dilaksanakan. Tetapi waktu sekarang saya tidak mempunyai maklumat jikalau ia akan berlaku. Tetapi memang dari segi kepentingan ekosistem, kita harus merangkumi dari semua aspek supaya ia dapat memajukan dari segi pelaburan dan kemudahan. Bukan saja untuk dari segi pelabur- pelabur kita tetapi dari segi menambahkan ekonomi kita untuk kawasan tempatan dan keseluruhan negara.

Insya-Allah. Saya akan memastikan bahawa ia adalah satu cadangan yang kita cuba utamakan tetapi ia mengambilkan waktu memasti bahawa ia selari dengan pembangunan yang akan dilanjutkan. Supaya misalannya, ada juga yang kawasan walaupun dia sudah ada electricity, ada air dan telekomunikasi.

Nak perlebarkan jalan raya adalah satu utama supaya dia dapat memudahkan dari segi pengangkutan untuk kegunaan kereta api nanti. Insya-Allah. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Memperkukuh Daya Tahan Dan Menangani Cabaran Pertanian Di Malaysia Melalui Pelaburan Langsung Domestik (Ddi) Dan Pelaburan Langsung Asing (Fdi)Special Chamber

Tuan Yang di-Pertua, keperluan memperkuhkan daya tahan dan menangani cabaran pertanian di Malaysia melalui Pelaburan Langsung (DDI) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI). Tuan Yang di-Pertua, sektor pertanian menyumbang kira-kira 6.4 peratus kepada keluaran dalam negara kasar KDNK negara pada tahun 2023.

Ini menonjolkan peranannya terhadap kestabilan ekonomi namun kedudukan itu dipengaruhi oleh pengeluaran komoditi pertanian bernilai tinggi seperti getah asli dan sawit. Jumlah import makanan pertanian Malaysia mencecah RM71.6 bilion pada tahun lalu.

Bijirin dan produk bijirin merupakan nilai import tertinggi, berjumlah RM10.84 bilion. Selain itu, import bahan makanan haiwan berjumlah RM7.85 bilion, manakala daging dan produk daging berjumlah RM6.61 bilion.

Banjir dan kemarau yang disebabkan oleh perubahan iklim dan bencana alam lain, ditambah pula dengan kekurangan tenaga buruh yang berterusan turut memberi kesan yang kepada sektor pertanian negara. Pada tahun 2023 sahaja, banjir menyebabkan lebih RM120 juta kerosakan, menonjolkan keperluan mendesak untuk langkah penyesuaian iklim. Saya memuji langkah kerajaan dengan penyaluran sebanyak RM2.6 bilion dalam Bajet tahun ini 2024 untuk mengurangkan risiko ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya, wujud peluang untuk menangani cabaran ini. Dengan memanfaatkan tanah Malaysia yang banyak dan iklim yang baik dengan mempelbagaikan tanaman, dan mempromosikan makanan berasaskan tumbuhan yang diproses secara minimum, negara boleh meningkatkan keselamatan makanan dan mengurangkan pergantungan kepada import.

Persoalan saya, adakah Kerajaan bercadang menjadikan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) sebagai satu mekanisme bagi merancakkan sektor pertanian negara?

Apakah inisiatif telah, sedang dan akan dilakukan syarikat berkaitan kerajaan

(GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLiC) agar dapat membantu kerajaan memainkan peranan yang penting dalam melindungi ekosistem pertanian domestik? Selain itu, adakah pihak Kementerian beranggapan pelaburan kepada sektor pertanian satu strategi yang berdaya maju untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dan keterjaminan makanan negara?

Sehubungan itu, apakah cabaran dan implikasi menggunakan FDI dan DDI sebagai pemangkin sektor pertanian negara? Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta yang berhormat menteri untuk menjawab.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Menyedari kepentingan pelaburan dalam sektor agromakanan sebagai satu strategi berdaya maju dalam memastikan keterjaminan makanan melalui pembangunan agromakanan yang mampan.

Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Dasar AgroMakanan Negara 2021 hingga ke 2030 (DAN 2.0) telah menekankan usaha bagi memperkukuh peranan KPKM dalam menerajui pelaburan berkaitan pertanian dengan fokus kepada pemudahcaraan yang lebih lancar untuk pelabur.

Perkara ini termasuklah menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menggalakkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik

(DDI) terutamanya dalam mengadaptasi penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian. Pelaburan DDI dan FDI terutama dalam teknologi moden ini secara langsung akan meningkatkan produktiviti pengeluaran, menggalakkan pemindahan pengetahuan dan menggalakkan pembangunan sektor agromakanan yang kalis cabaran global seperti risiko perubahan iklim, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan permintaan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Dalam menggalakkan pelaburan DDI dan FDI ini KPKM sedar akan pelbagai cabaran fiskal dan teknikal yang dihadapi oleh pelabur di dalam sektor agromakanan sepanjang rantaian nilai pengeluaran dan pemasaran. Selain memerlukan suntikan model yang besar dalam melaksanakan projek AgroMakanan, syarikat pelabur juga menghadapi cabaran berkaitan isu teknikaliti seperti risiko serangan penyakit dan perosak, pensijilan serta prospek pemasaran.

Dalam hubungan ini, bagi membantu syarikat pelabur sektor agromakanan di peringkat pengeluaran ataupun upstream, KPKM telah menyediakan insentif dan perkhidmatan seperti berikut menawarkan insentif galakan cukai berbentuk pengecualian cukai pendapatan perniagaan dan potongan cukai pendapatan berdasarkan perbelanjaan model yang layak melalui insentif galakan bagi projek pengeluaran bahan makanan.

Bagi lima tahun terkini iaitu 2011 sehingga ke 223 sejumlah RM1.47 bilion pelaburan baru telah direkodkan berdasarkan permohonan insentif cukai yang dibuat oleh 109 buah syarikat.

Daripada jumlah tersebut 75 peratus adalah pelaburan dalam sektor tanaman, 20 peratus dalam sektor akuakultur dan selebihnya sektor ternakan perikanan tangkapan dan apikultur. KPKM juga turut melaksanakan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa koridor ekonomi yang berkaitan bagi menggalakkan pelaburan dalam bidang AgroMakanan. Sebagai contoh pada tahun in,i sejumlah RM633 juta pelaburan dalam bidang agromakanan telah direkodkan daripada bulan Januari hingga suku ketiga tahun 2024.

Kedua, untuk menawarkan insentif berbentuk dana pembiayaan bagi memberi suntikan kepada pemain industri untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran seperti Dana Pembiayaan Pertanian untuk Pelaburan (D3P) dan Dana Pembiayaan AgroMakanan ataupun DPA melalui Agrobank.

Bagi dana D3P sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2023 hingga 2025 untuk membangunkan syarikat peneraju yang seterusnya memberi kesan limpah kepada pembangunan usahawan bimbingan di bawah mereka. Bagi DPA pula, sejumlah RM500 juta diperuntukkan di bawah rancangan Malaysia yang ke-12 melalui Agrobank sebagai pemboleh atau enabler kepada pembangunan sektor agromakanan merangkumi tanaman ternakan perikanan dan industri sokongan yang seterusnya dapat membantu memastikan keterjaminan makanan negara.

Selain itu, bagi membantu meringankan kos belia yang ingin menceburi bidang pertanian KPKM turut menawarkan geran permulaan Agropreneur Muda dalam bentuk in-kind. Ketiga, untuk memberi fasilitasi khidmat nasihat teknikal berkaitan agronomi seperti amalan pertanian baik, quality surney, soil profiling, pengurusan penyakit dan kajian melalui jabatan dan agensi di bawah kementerian termasuk pusat-pusat kajian seperti MARDI, Institut Kajian Perikanan dan Institut Kajian Veterinar.

Keempat, memudah cara pematuhan dan perolehan pensijilan seperti Skim Persijilan Amalan Pertanian Baik (myGAP) bagi memastikan petani mengamalkan pengurusan amalan pertanian baik dan lestari yang seterusnya meningkatkan kebolehpasaran produk.

Kelima, melaksanakan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa koridor ekonomi dan kerajaan negeri bagi memudah cara urusan berkaitan tanah pertanian bagi tujuan pelaburan agromakanan dan keenam menyediakan tenaga kerja mahir dan profesional di dalam pelbagai bidang pertanian termasuk kejuruteraan melalui

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan yang berteraskan kepada National Occupational Skills Standard.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Selain insentif di peringkat huluan, penekanan turut diberi pada peringkat pemasaran. Bagi memastikan kebolehpasaran produk-produk agromakanan. Antara inisiatif dan usaha mudah cara yang disediakan oleh kementerian adalah seperti:

(i) menyediakan platform dan fasilitasi maklumat berkaitan prospek pasaran domestik dan antarabangsa,data harga dan maklumat berkaitan keperluan dagangan serta akses pasaran melalui sistem dan fasilitasi oleh jabatan dan agensi di bawah kementerian serta Pejabat Penasihat Pertanian Luar Negara.

(ii) menyediakan ruang pasaran dan outlet pemasaran termasuk ruang pasaran alternatif kepada petani untuk memasarkan hasil pertanian terus kepada pengguna melalui pelaksanaan Program Jualan Terus Dari Ladang atau kini dikenali sebagai Program Jualan Agro MADANI;

(iii) menggalakkan penglibatan pengusaha Agro makanan dalam Program Khidmat Pemasaran Ladang Kontrak. Di mana peserta diberi jaminan bahawa setiap hasil pengeluaran mereka akan dibeli oleh pemasar berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui melalui perjanjian jual beli; dan

(iv) memberi fasilitasi dalam meningkatkan daya saing pasaran produk di peringkat global melalui Program Promosi dan Galakan Pasaran, Program Padanan Perniagaan serta penyediaan fasiliti berkaitan dengan pengeksportan produk keluar negara.

KPKM dengan kerjasama jabatan dan agensi juga, sentiasa menyokong kerjasama strategik dengan semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan atau GLIC melalui fasilitasi pelaburan di atas bagi meningkatkan penglibatan dan pelaburan GLC dan GLIC dalam sektor agro makanan. Sekali gus menyumbang kepada keterjaminan makanan, kestabilan ekonomi dan kemakmuran masyarakat setempat.

Antara kerjasama yang dilaksanakan adalah melalui pelaksanaan program seperti:

(i) pelaksanaan Program Smart Sawah Berskala Besar atau dikenali sebagai SMART SBB melibatkan kerjasama strategik antara KPKM dan 25 buah syarikat peneraju seperti Bernas, FGV, Integrated Farming Holding Sdn. Bhd, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Agro Sdn.

Bhd. bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran beras;

(ii) penglibatan FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd dan Genting Plantations Berhad melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan KPKM untuk membangunkan industri jagung bijian dengan matlamat mencapai 30 peratus pengeluaran dalam negara bagi mengurangkan kebergantungan jagung import dalam industri makanan ternakan haiwan; dan

(iii) penglibatan Khazanah Nasional Berhad dalam meningkatkan pengeluaran susu tempatan melalui pelaburan dalam Syarikat Farm Fresh. Pelaburan daripada sektor swasta adalah penting untuk kelestarian pembangunan sektor agromakanan dan

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

seterusnya menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Walau bagaimanapun, pelaburan sama ada secara FDI dan DDI di dalam sektor agromakanan ini bergantung kepada motivasi pihak industri penilaian risiko terhadap pelaburan dan juga model perniagaan di organisasi masing-masing.

Melihat kepada perkara ini, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan kerjasama dan kolaborasi bersama pelbagai kementerian, agensi dan juga pihak industri bagi menggalakkan FDI dan DDI di dalam sektor agromakanan negara.

Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Paya Besar untuk mengajukan pertanyaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Tuan Yang di-Pertua, isu makanan negara merupakan isu yang amat penting untuk memastikan kita ada kedaulatan. Cumanya, ada dua perkara yang saya nak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertamanya adalah bagaimana dari segi sektor pengeluaran ini? Dengan penglibatan FDI dan DDI yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, adakah ia mencukupi untuk kita ada kedaulatan makanan? Disebutkan tadi Khazanah bagi tumpuan untuk susu. Tetapi susu itu bukanlah makanan asas yang perlu kita beri tumpuan.

Isu risiko oleh syarikat-syarikat GLC. Itu tidak sepatutnya diutarakan oleh GLC.

Kerana mereka mempunyai strategik mandat untuk memastikan negara kita ini ada keperluan dari segi pelaburan. Kerana apa? Kerana kita yang wujudkan GLC ini.

Sebab kalau rugi pun, mereka rugi kerana mereka menjalankan mandat asas penubuhan tersebut. Itu dari segi pengeluaran.

Dari segi pemasaran pula Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat? Adakah kita memastikan pemasaran ini? Kita terlupa bahawasanya yang input tu masuk telah merencatkan proses pemasaran atau strategik pemasaran di dalam negara. Kita harapkan cili itu dapat memberi nafas baru kepada pengusaha-pengusaha. Tetapi dengan import cili tersebut, telah merencatkan pemasaran dan menghilangkan motivasi anak-anak muda untuk terlibat dalam pertanian. Kerana apa? kerana ia memberi kesan yang besar.

Saya harap sangat Rancangan Malaysia Ke-13 nanti, isu logistik juga Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti di-address sebaik mungkin. Terutamanya di port- port besar sea port ini supaya ada cold storage yang mencukupi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat di dalam Kementerian Pertanian, kita ada satu slogan dengan izin ya Puan. “Food Security is a Shared Responsibility”. Food security is a shared responsibility bermaksud bahawa “Keterjaminan Makanan Negara Itu Adalah Tanggungjawab Kita Bersama” daripada semua kementerian, semua pemegang taruh.

Maka, kita bernasib baik juga sebab kita ada beberapa GLC dan juga GLIC.

Walaupun dikatakan bukan dalam mandat mereka secara spesifik, tetapi mereka ada beberapa kelebihan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

(i) boleh melabur. Melabur untuk membantu kita meningkatkan hasil; dan

(ii) mereka pun mungkin ada banyak tanah. Tanah-tanah yang mungkin belum dibangunkan. Sementara menunggu itu, kita boleh buat projek-projek pertanian supaya kita boleh menyumbang kepada keterjaminan makanan kita.

Sebab kesemua ini adalah ke arah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Lagipun, ini juga selaras dengan saranan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Supaya kita mengoptimumkan semua aset yang ada termasuk GLC, GLIC.

Termasuk juga tanah-tanah yang terbiar belum lagi dibangunkan, tidak bangunkan tanah-tanah tersebut.

Daripada segi pasaran Ahli Yang Berhormat, kita ada pasaran daripada segi lokal dan juga antarabangsa. Bagi segi daripada peringkat tempatan:

(i) kita kena bantu kepada pengeluar hasil-hasil pertanian kita.

Pekebun petani dan sebagainya;

(ii) di dalam rantaian itu kita ada juga pengusaha yang memproses masuk ke kilang dan selepas itu jual. Jual produk-produk agromakanan;

(iii) Kita ada beberapa agensi seperti FAMA, LPP yang bantu:

(iv) meningkatkan kapasiti mereka; dan

(v) bantu supaya mereka dapat memasarkan produk-produk.

Mula daripada tahun yang lalu, kita telah mula satu inisiatif yang dinamakan Jualan Agro MADANI. Di mana kita tidak lagi melibatkan pihak tengah. Agensi kita akan mengenal pasti pengeluar dan juga pengusaha untuk hasil-hasil pertanian kita jual terus kepada pengguna. Jadi ini adalah keadaan menang-menang.

Pertama pengusaha dapat memasarkan produk mereka terus kepada pengguna dan yang kedua pengguna dapat menikmati harga yang lebih rendah berbanding dengan kedai-kedai yang lain. Jadi kita dapat memberi penjimatan kepada mereka.

Tetapi mandat FAMA juga mempunyai mandat untuk bantu pengusaha yang berpotensi memasarkan produk itu kepada pasaran antarabangsa. Termasuk mendapat pensijilan dan sebagainya. Harap itu dapat membantu jawab soalan Yang Berhormat. Sekian dan terima kasih.

Ahli Yang Berhormat yang berhormat bagi kawasan Pokok Sena.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Belian Padi Yang Menekan Para PesawahSpecial Chamber

Puan Yang di-Pertua, langkah drastik daripada para pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,800 per tan kepada RM1,450 per tan bermula 10 Oktober yang lalu meresahkan para pesawah ketika ini.

Apa yang dihujahkan di peringkat pengilang ketika ini adalah kerana harga jual RM2.60 per kilogram tidak lagi memberikan keuntungan kepada mereka. Ia juga

dikatakan susulan operasi yang dijalankan Kementerian bagi menguatkuasakan larangan campuran Beras Putih Tempatan (BPT) dengan Beras Putih Import (BPI).

Situasi ini menjelaskan bahawa sememangnya BPT yang telah ditukar sarung ke beras putih import mendorong beras tempatan yang rendah di pasaran selepas hampir satu tahun. Penurunan harga belian padi ini menjejaskan mata pencarian ribuan pesawah yang berada di kawasan fasa tiga tanaman padi dengan anggaran 5 ribu sehingga 6 ribu hektar yang belum dituai kerana menunggu giliran jentera.

Walhal, pesawah di kawasan lain yang lebih awal telah menjual padi pada harga RM1,800 per tan. Keadaan ini menyebabkan ada pesawah yang menikmati harga belian yang tinggi, manakala ada pesawah yang terpaksa menjualnya pada harga yang rendah dan tidak menguntungkan. Oleh yang demikian, saya memohon penjelasan kementerian supaya menyediakan pelan tindakan segera bagi mengatasi isu ini;

(i) langkah segera bagi memastikan pengilang mengekalkan harga belian padi pada RM1,800 per tan sekurang-kurangnya sehingga habis musim ini;

(ii) isu bekalan beras tempatan dengan harga kompetitif wajar ditangani dengan komprehensif; dan

(iii) sistem sokongan kewangan kepada pesawah yang terjejas berikutan bencana banjir yang teruk sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Seba. Soalan Yang Berhormat ini dia ada tiga bahagian, merujuk kepada isu pertama yang dibangkitkan oleh YB Pokok Sena berkaitan langkah segera bagi memastikan pengilang mengekalkan harga belian padi pada RM1,800 per tan sekurang-kurangnya sehingga habis musim ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan harga minimum terjamin padi atau dengan izin Guaranteed Minimum Price (GMP) iaitu harga minimum belian padi yang perlu dibayar oleh pengilang padi kepada pesawah dan penetapan ini juga tertakluk kepada pemutuan sebenar padi. Pelaksanaan GMP ini adalah bagi melindungi kepentingan pesawah supaya mendapat hasil jualan padi pada harga yang berpatutan.

Kadar GMP semasa telah dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,300 per tan metrik di Semenanjung dan pelaksanaannya telah diseragamkan bagi Sabah dan Sarawak berkuat kuasa pada 15 hari bulan Februari 2024. Pada masa ini, pengilang padi komersial atau pemegang lesen membeli padi bebas menawarkan harga belian padi yang terbaik kepada pesawah namun, perlu mematuhi harga minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Turun naik harga belian padi adalah keputusan perniagaan yang dibuat oleh pengilang bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran. Buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan harga minimum terjamin padi pada kadar yang telah ditetapkan. Keduanya, berkaitan isu bekalan beras tempatan dengan harga kompetitif yang wajar ditangani dengan komprehensif.

Mengenai isu bekalan dan harga beras tempatan pula, kementerian sentiasa memberi perhatian terhadap isu bekalan beras putih tempatan di pasaran yang melanda negara sejak tahun 2023. Dalam hal ini, KPKM sentiasa berusaha dengan

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

pelbagai pendekatan bagi memastikan keberadaan bekalan beras putih tempatan di pasaran mampu untuk memenuhi keperluan pengguna walaupun berdepan dengan pelbagai faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi produktiviti padi dan beras negara.

Antara pendekatan yang diambil adalah mengedar beras putih tempatan melalui program jualan dan outlet di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta rantaian pasar raya terpilih. Bermula dari bulan Jun 2023 sehingga 19 September 2024, sebanyak 6 juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram telah diedarkan oleh FAMA, LPP dan pemborong.

Namun, KPKM tidak menafikan terdapat premis-premis runcit seperti kedai runcit dan pasar raya yang tidak memperolehi bekalan beras putih tempatan. Situasi ini perlu diberi perhatian agar rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mendapat akses kepada bekalan beras putih tempatan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat selanjutnya, harga maksimum beras putih tempatan telah ditetapkan pada kadar RM 2.60 sekilogram sejak tahun 2018 bagi memastikan rakyat mendapat beras pada harga yang berpatutan ekoran peningkatan mendadak harga beras di pasaran global pada ketika itu.

Namun selepas enam belas tahun, harga maksimum beras puji tempatan tersebut belum lagi disemak dan ini telah memberi kesan langsung kepada pesawah pengilang yang menghadapi kenaikan kos di peringkat pengeluaran padi dan beras.

Pada masa ini, cadangan penyelarasan harga baru beras putih tempatan masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang berjalan serta akan turut mengambil kira hasil kajian yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Ketiga, berkaitan isu sistem sokongan kewangan kepada pesawah yang terjejas berikutan bencana banjir yang teruk sebelum ini. Terdapat dua bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada pesawah yang terkesan akibat banjir iaitu bantuan dalam bentuk dana diberikan melalui tabung bencana tanaman padi atau TBDP kepada pesawah yang mengalami kemerosotan pengeluaran padi akibat daripada banjir serta bencana lain.

Bantuan ini adalah berbentuk touch point iaitu penyaluran bantuan secara tunai khusus kepada pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam. Yang kedua bantuan dalam bentuk khidmat nasihat teknikal kepada pesawah mengenai pengawalan bencana yang disebabkan oleh pesawah dan perosak serta menggalakkan pembangunan Standard Operating Procedure atau Pakej Pengurusan Penyakit bagi penyakit bawaan banjir oleh jabatan teknikal di peringkat daerah dan negeri.

Pemberian bantuan kewangan kepada pesawah yang terjejas adalah tertakluk kepada penilaian boleh jawatankuasa penilaian teknikal tabung bencana tanaman padi. Kadar bantuan yang diberikan kepada pesawah adalah mengikut keluasan yang musnah iaitu bagi peringkat tanaman satu hingga 70 hari kadar bantuan adalah sebanyak RM876 per hektar manakala bagi peringkat tanaman 71 hingga 120 hari adalah sebanyak RM1,800 per hektar.

Jumlah maksimum bantuan kepada setiap pesawah yang layak adalah terhad kepada kawasan yang musnah seluas tiga hektar sahaja dalam satu musim penanaman. Selain itu, Skim Takaful Tanaman Padi (STDP) turut diperkenalkan bagi tujuan melindungi pesawah individu yang berdaftar di seluruh negara daripada bencana alam yang boleh menjejaskan pengeluaran padi.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Dari segi pelaksanaan STDP telah dilancarkan pada bulan September 2024 dan akan dilaksanakan kepada pesawah yang akan mula bertanam pada Oktober 2024. Skim ini akan dilaksanakan secara berfasa bagi tempoh dua musim iaitu bermula pada Oktober 2024 hingga September 2025. Kadar perlindungan yang disediakan di bawah STTP ini adalah sehingga RM3,000 per hektar pemusim dan tidak ada had tuntutan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Skim ini akan memberi perlindungan kepada pesawah yang terlibat dengan bencana seperti banjir, kemarau, kebakaran semula jadi, kilat, petir, letupan, ribut taufan, ribut angin hujan batu, gempa bumi, letusan gunung berapi, tanah runtuh, tsunami, penyakit tanaman dan serangan makhluk perosak.

Pesawah yang terkesan dengan bencana perlu memaklumkan kepada agensi berkaitan atau yang diiktiraf oleh kementerian dengan menyertai dokumen berkaitan dengan mematuhi proses tuntutan dilaksanakan seperti mana yang ditetapkan dalam menual Operasi Tuntutan Program STTP. Pelaksanaan skim ini akan membolehkan pesawat terlibat mendapat pampasan yang setimpal. Sekian dan terima kasih saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Pokok Sena untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Suka untuk saya bangkitkan lagi ialah berkaitan dengan realiti pesawah di bawah sana yang agak meruncing sekarang ini. Ini bermula daripada Dasar Penyasaran Subsidi Diesel yang menjadi salah satu sebab kepada kenaikan kos input pertanian 30 hingga 40 peratus.

Kos jentera, benih sewa tanah sawah dan sebagainya. Apabila isu timbul isu belian padi yang rendah daripada pengilang sebagaimana yang saya bangkitkan, saya mengira kementerian perlu menilai secara menyeluruh dan berangkai dan mungkin ada isu berangkai antara satu masalah dengan satu masalah lain. Jadi apa yang suka untuk saya kemukakan soalan tambahan adalah apakah tindakan bersepadu untuk keluar daripada kemelut industri padi dan beras negara?

Kedua, bagaimana pula kerajaan mahu memastikan permasalahan isu besar seperti belian padi, kos input pertanian, bekalan beras tempatan dapat diselesaikan secara tuntas? Saya terima kasihlah dengan jawapan diberi tadi. Tetapi rakyat ini sebagaimana pak tani, mereka mengharapkan supaya kalaulah isu belian isu penetapan harga lantai belian padi. Jadi diharapkan ada usaha untuk pergerakan naik bukan pergerakan turun. Jadi jangan berlaku penurunan tapi sebaliknya ada peningkatan kerana kos yang semakin meningkat.

Di samping itu, sebagaimana yang dibangkitkan iaitu masalah sawah yang terkesan rosak kerana banjir. Jadi harapan yang amat tinggi daripada para pesawah ialah mengharapkan bantuan segera pampasan segera. Kerana itulah akan dijadikan modal untuk mengusahakan sawah pada musim yang akan datang, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat sepertimana kita sedia maklum, isu padi dan beras ini memang isu yang sangat dekat di hati rakyat dan juga satu isu dan industri yang diberi tumpuan yang khusus daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Datuk Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Mula daripada tahun ini, industri padi beras telah menjadi satu industri fokus.

Kita telah mula satu program yang dinamakan sebagai “Gelombang Padi”. Sebab ada beberapa isu yang kita kena menangani sekiranya kita ingin memastikan bahawa ada keterjaminan daripada segi bekalan beras kepada rakyat di negara kita yang mengambil atau pun makan beras seperti makanan ruji mereka tiap-tiap hari.

Maka beberapa minggu yang lalu, kementerian telah mengumumkan beberapa langkah reformasi khususnya dalam industri beras. Pertama, kita sedang membuat kajian untuk memperkenalkan peraturan melarang campuran beras putih tempatan bersama dengan beras putih import. Untuk memberi penguatkuasaan kepada larangan tersebut, mungkin akan ada garis panduan ataupun akta-akta undangan yang baru yang akan diperkenalkan nanti.

Kedua, untuk menggabungkan kuasa di bawah agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian. Sebagai contoh di bawah kawal selia padi dan sebagainya, kita akan menggabungkan kuasa penguatkuasaan supaya kita boleh membuat kerja seperti siasatan dan sebagainya dengan lebih cekap.

Ketiga, adalah untuk mengasingkan kuasa di antara Bahagian Kawal Selia Padi dan juga Bahagian Pembangunan Padi. Untuk mengelakkan conflict of interest di antara dua. Conflict of interest dengan izin di antara kedua bahagian itu.

Keempat, adalah untuk mereformasikan agensi seperti NAFAS. Untuk meningkatkan lagi kecakapan khususnya dan daripada bekalan bahan-bahan input kepada pesawat-pesawah kita.

Berkaitan pula dengan macam mana kita mahu meningkatkan lagi industri padi kita? Kita nampak di sini yang pertama kita telah memberikan fokus kepada keperluan infra yang diperlukan oleh pesawah-pesawah. Baru-baru ini kita telah mengumumkan pembinaan seperti telaga tiub, kerja penyelenggaraan di sistem-sistem pengairan dan sebagainya. Ini semua untuk meningkatkan keperluan dan saluran air kepada pesawah-pesawah.

Antara masalah yang kita hadapi di negara kita adalah bila berlakunya banjir, kebanyakan air itu mengalir ke laut. Sedangkan air itu diperlukan oleh pesawah- pesawah. Kita bilang, pesawah bilang saliran air dia tidak cukup. Tetapi bila ada hujan yang lebat, banjir hari tu hilang ke laut. Maka kita tidak ada catchment dengan izin bagaimana kita boleh menangkapkan air itu dan menyalurkannya kepada bahagian yang diperlukan khususnya kepada sawah-sawah pertanian.

Jadi dalam belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam mengumumkan beberapa inisiatif khususnya berkaitan dengan infra di kawasan jelapang padi dan juga infra seperti pengairan pam haul saliran dan sebagainya. Yang akan diberikan tumpuan oleh kementerian untuk meningkatkan lagi kemudian infrastruktur kepada pesawah-pesawah kita.

Berkaitan pula dengan pelaksanaan ataupun penyerahan bantuan-bantuan kepada pesawah yang terjejas. Kita mohon supaya pesawah yang terjejas cepatlah berhubung dan memberikan laporan kepada Jabatan Pertanian di daerah dan juga kepada jabatan-jabatan teknikal supaya kertas itu boleh diangkat kepada pihak kementerian. Supaya bantuan itu boleh disalurkan secepat mungkin. Supaya tidak menjejaskan cashflow pesawat tersebut untuk memulakan lagi penanaman dalam musim yang akan datang. Sekian dan terima kasih.

Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Sena.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Hala Tuju Perkembangan Dasar Tahfiz NegaraSpecial Chamber

Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Tahfiz Negara yang dirangka bagi membentuk suatu suasana yang lebih sistematik, teratur dan kondusif terhadap ekosistem pendidikan tahfiz negara. Kemudian, Dasar Tahfiz Negara 2.0 pula diperkenalkan sebagai suatu bentuk peneguhan terhadap dasar tahfiz sebelumnya serta berusaha menangani isu kebolehpasaran pelajar tahfiz.

Perkembangan ini menyaksikan cabang tahfiz dalam negara ini dibentuk dengan strategik bagi memastikan para pelajar lepasan tahfiz tidak terpinggir, bahkan boleh menjadi penyumbang utama tenaga kerja pasaran kepada industri dalam negara melalui Tahfiz TVET.

Pokok Sena menyokong perkembangan Dasar Tahfiz Negara ketika ini yang menjadi tulang belakang penting kepada institusi tahfiz dalam negara. Namun, wujud kebimbangan terhadap keciciran segelintir institusi tahfiz yang tidak menepati piawaian sebenar yang diharapkan, bahkan lebih malang lagi menjadi tempat sindiket tertentu mendapat laba. Oleh yang demikian, Pokok Sena ingin mendapatkan maklum balas Kementerian mengenai beberapa perkara.

Pertama, statistik maahad tahfiz yang telah berdaftar dan masih belum berdaftar dengan JAKIM. Apa galakan yang dirancang bagi memastikan lebih banyak maahad tahfiz berdaftar dengan Kerajaan.

Kedua, mekanisme kawalan dan penguatkuasaan maahad tahfiz selaras dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Dasar Tahfiz Negara. Bagaimana strategi Kerajaan supaya maahad tahfiz mematuhi piawaian yang ditetapkan. Ketiga, pemantauan dan penilaian terhadap silibus dan pengajian tahfiz supaya ia tidak sekadar bersandarkan modul hafazan Al-Quran, bahkan juga silibus lain yang menyeluruh.

Hal yang demikian termasuk juga soal kelayakan guru yang mengajar di maahad tahfiz berkenaan. Mohon jawapan kementerian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Alhamdulillah. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara merupakan dasar yang menjadi rujukan dalam memacu hala tuju dan memperkasa pendidikan tahfiz di Malaysia.

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) mengandungi lima teras yang merangkumi aspek pemantapan undang-undang, pembangunan modal tahfiz pembinaan kurikulum tahfiz arus perdana, pemerkasaan tadbir urus dan kewujudan sistem pengiktirafan kepada huffaz dan institusi tahfiz.

Kelima-lima teras ini menetapkan dua puluh strategi dan tiga puluh dua inisiatif.

Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, belum lagi ada Dasar Tahfiz Negara 2.0. Yang ada cuma Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 telah pun

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

dibangun sebagai kerangka tindakan bagi agensi-agensi pelaksana yang terlibat di peringkat persekutuan dan negeri.

Sehingga kini JAKIM mendapat sokongan dan kombinasi yang bersepadu selari dengan hasrat pemerkasaan pendidikan tahfiz negara. Bagi menangani isu pendaftaran institut tahfiz swasta, DPTN menggariskan di dalam Teras Pertama Strategi Pertama iaitu menyeragamkan dan mengemas kini kaedah penubuhan institusi-institusi tahfiz negeri-negeri.

Teras Pertama Strategi Kedua iaitu menguatkuasakan pendaftaran institusi tahfiz. Menerusi kedua-dua strategi ini maka garis panduan penubuhan dan pendaftaran institusi tahfiz telah dibangunkan dan dijadikan rujukan. [Menunjukkan senaskhah dokumen] Yang Berhormat Pokok Sena, garis panduan penubuhan dan pendaftaran untuk menyelaras prosedur-prosedur penubuhan dan pendaftaran institusi tahfiz swasta.

Penubuhan dan pendaftaran institut tahfiz juga turut tertakluk kepada enakmen peraturan dan kaedah yang berkuat kuasa di negeri-negeri dan perlu juga dilihat bersama Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Sehingga kini, pelaksanaan DPTN dan garis panduan penubuhan dan pendaftaran institusi tahfiz ini mendapat kerjasama penuh daripada pihak berkuasa agama negeri. Agensi persekutuan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya dan agensi-agensi berkaitan.

PBAN ataupun pihak berkuasa agama telah bekerjasama erat dengan agensi terlibat dan berkepentingan dengan pendaftaran institusi tahfiz dan terdapat juga pihak berkuasa agama negeri yang melaksanakan mesyuarat jawatankuasa teknikal dengan agensi berkaitan. Menerusi data setakat 2024, dikongsikan dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SEMPENI).

Terdapat 1,263 institusi tahfiz telah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri berbanding hanya 936 pada tahun 2019. Peningkatan yang ketara ditunjukkan setelah dilakukan program pemutihan pendaftaran dilaksanakan di negeri-negeri.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran terhadap program pemutihan pendaftaran ini iaitu;

(i) kekangan kewangan di pihak institusi tahfiz itu sendiri;

(ii) kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan dengan syarat-syaratnya yang perlu dipenuhi; dan

(iii) kesukaran institusi untuk memenuhi syarat-syarat penubuhan dan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan dan kesedaran oleh pengurusan institusi tahfiz itu sendiri.

Namun begitu, kita cuba untuk bantu JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri terus komited dan melaksanakan inisiatif untuk memastikan institusi tahfiz ini berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri bagi menjamin keselamatan pelajar- pelajar dan keseluruhan sekolah-sekolah tersebut. Antara langkah proaktif yang telah diambil;

(i) program pemutihan institusi tahfiz;

(ii) perbincangan bersama dengan pihak PBT;

(iii) bantuan kewangan untuk program pemutihan; dan

(iv) lanjutan pendaftaran dengan syarat-syarat yang telah dilonggarkan libat urus dengan institusi berkepentingan

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

termasuk pemantauan bersama dengan PBT, PTG, PDRM dan juga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia termasuk pejabat kesihatan daerah.

Manakala merujuk kepada mekanisme kawalan. Mekanisme kawalan dan penguatkuasaan institusi tahfiz adalah tertakluk kepada enakmen peraturan dan kaedah yang berkuat kuasa di negeri-negeri tersebut. Selaras dengan garis panduan yang dibangunkan yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara kerajaan komited dalam memfokuskan tindakan secara strategik.

Selain itu, kurikulum pendidikan tahfiz juga turut diberi penekanan. Jadi kurikulum diberi penekanan di dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara menerusi teras kedua iaitu mewujudkan kurikulum tahfiz yang sesuai dan selari dengan pendidikan arus perdana. Jadi JAKIM telah membina Modal Pendidikan Tahfiz Malaysia yang daripada empat division.

Empat bahagian iaitu empat bahagian iaitu Tahfiz Sains, Tahfiz Turath, Tahfiz TVET dan Tahfiz Intervensi bagi mengarusperdanakan pendidikan tahfiz yang lebih holistik dan kompetitif. Manakala bagi peningkatan tadbir urus institusi tahfiz khususnya pengupayaan guru-guru, teras keempat DPTN menerusi strategi pertama iaitu mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan guru melalui latihan.

Seterusnya bagi mengiktiraf huffaz yang cemerlang dalam hafalan dan akademik, JAKIM menyediakan dana skim pembiayaan tahfiz. Alhamdulillah. SPH sejak tahun 2012 kepada lulusan tahfiz seluruh Malaysia yang berkelayakan.

Dikongsikan di sini, sehingga tahun 2023 seramai 1,488 huffaz, Alhamdulillah telah berjaya mendapat pembiayaan SPH di pelbagai peringkat pengajian dan RM397 daripadanya telah menyambung pengajian di luar negara, di United Kingdom, di Mesir, Jordon dan Indonesia.

Strategi kerajaan telah menjamin laluan huffaz adalah turut mencakupi aspek pensijilan dan pengiktirafan. Aspek ini sangat penting sebagai mana yang digariskan dalam teras kelima strategi kedua, memperakukan pencapaian tahap hafal dan murid mengikut penguasaan nuzul Al-Quran.

Justeru, bagi memastikan lulusan huffaz memperoleh pensijilan yang diiktiraf, JAKIM melalui Darul Quran telah melaksanakan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) sebagai pensijilan yang mengiktiraf huffaz yang telah menghafal 30 juzuk al-Quran.

Sijil ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan sehingga kini, Alhamdulillah seramai 2,723 orang calon daripada seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan STM. Selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara untuk menambah baik pensijilan dan pengiktirafan huffaz, STM perlu dijenamakan semula kepada Sijil Tahfiz Malaysia 2.0.

Dan akhir sekali, pada 2024, JAKIM telah memperkenalkan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) dan sijil ini mendapat sambutan yang sangat hebat daripada huffaz-huffaz kita sebagai peperiksaan yang terbuka penyertaannya kepada mana-mana calon yang telah menghafal al-Quran secara bertahap.

Inisiatif SPHB ini adalah selaras dengan agenda melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang tahun 2050. Demikianlah sedikit pencerahan berkenaan dengan persoalan berkenaan dengan tahfiz dan juga Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Pokok Sena untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih yang berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan dan langkah-langkah yang sudah dilaksanakan. Cuma apa yang suka saya bangkitkan, apakah langkah untuk memperkukuh lunas perundangan bagi memastikan tahfiz yang dibangun menepati kriteria sebagai mana yang digaris oleh Dasar Tahfiz Negara? Itu yang pertama.

Yang kedua, persoalan berkaitan dengan lanjutan. Yang kedua, persoalan berkaitan dengan lanjutan pelajar tahfiz kerana saya dapat kenal pasti ada juga di kalangan pelajar tahfiz yang berjaya menamatkan hafalan ketika usia muda. Usia yang masih remaja, jadi timbul masalah ke mana untuk mereka lanjutkan pengajian atas asas ataupun alasan usia yang masih terlalu muda? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Soalan ada dua bahagian iaitu pertama berkenaan lunas undang- undang. Berkenaan dengan lunas undang-undang kita lihat bahawa berkenaan dengan isu pendidikan tahfiz ini ia merangkumi beberapa undang-undang yang berkaitan.

Namun begitu, terdapat juga enakmen yang mengawal sekolah-sekolah agama ini yang terdapat di negeri-negeri. Bukan semua negeri mempunyainya tetapi ada beberapa negeri yang mempunyai enakmen khas seperti Selangor, enakmen pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Selangor.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Buat pengetahuan Yang Berhormat Pokok Sena, pindaan telah pun dibuat dengan memasukkan penguatkuasaan penutupan atau langkah penguatkuasaan boleh dikenakan kepada institusi tidak berdaftar. Ini merupakan di antara satu perkembangan yang baik iaitu undang-undang bagi mengawal sekolah-sekolah agama ini agar mereka dapat mematuhi semua peraturan dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Namun begitu, sekali lagi saya ingin tekankan bahawa ianya perlu juga dibaca dengan beberapa akta yang lain. Termasuk juga dengan bidang kuasa agensi-agensi yang pelbagai iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga pihak berkuasa agama negeri.

Namun begitu, dari aspek enakmen pengawalan ini. Kita melihat bahawa ada juga perkara-perkara lain yang kita boleh gerakkan ya selain daripada lunas undang- undang. Kerana kita mengambil maklum bahawa undang-undang ni bukanlah satu- satunya langkah ataupun ubat yang mujarab untuk menyelesaikan isu ini. Kita telah pun melakukan libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri dan juga agensi- agensi yang berkaitan.

Selain daripada itu, kita juga menyediakan bantuan kewangan untuk program- program pemutihan dan juga program-program yang berkaitan dengan pendidikan tahfiz ini. Termasuk juga kita juga ada buat pertemuan dengan pengetua-pengetua dan juga sekolah-sekolah agama untuk mendengar dan berbincang apakah yang boleh kita bantu? Selain daripada menguatkuasakan undang-undang. Kerana kita merasakan bahawa penguatkuasaan undang-undang ini merupakan mungkin langkah terakhir setelah adanya libat urus dan usaha-usaha lain dijalankan.

Merujuk kepada soalan yang kedua, iaitu berkenaan dengan lanjutan ataupun peluang yang diberikan kepada pelajar-pelajar tahfiz yang muda yang awal ini. Sekali

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

lagi ingin saya kongsikan. Sebentar tadi kita memaklumkan bahawa ramai yang telah pun mendapat skim yang telah pun mendapat bantuan dan telah berjaya menyambung pengajian di Mesir, di United Kingdom dan berapa negeri yang lain.

Kita akan meneruskan program ini.

Cuma kita ada beberapa skim di antaranya tadi adalah Skim Sijil Tahfiz Malaysia, kita ada SPHB, kita ada SPH. Yang ini kita boleh gerakkan dan boleh kita lihat aspek ini untuk menjurus kepada peluang kepada anak-anak yang hafaz dalam usia yang awal. Buat masa ini, saya tidak mempunyai maklumat tersebut secara spesifik. Sekiranya ada, kita akan maklumkan secara bertulis.

Namun, apa yang saya ingin kongsikan bahawa kita punya kerangka, kita punya garis panduan dan kita punya skim yang boleh membantu pelajar-pelajar ini.

Sebagai contoh, untuk SPH itu. Kalau saya boleh kongsikan SPH yang kita sediakan, kita telah memperuntukkan untuk membantu hufaz-hufaz ini yang mencecah jutaan ringgit bagi membantu mereka dapat membayar yuran dan juga sedikit bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar ini.

Jadi insya-Allah, point ataupun perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu akan kita pertimbangkan dan kita akan ambil tindakan. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 29 Oktober 2024 jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.43 petang]