Dewan Rakyat · 28 July 2025
15th Parliament, session 4, meeting 2 · not final · 654 turns · 48,931 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Saya jemput Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Sektor pembinaan berjaya, negara maju. Soalan Tanjong Manis nombor 1.
1. Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kategori projek pembinaan yang dikecualikan daripada dikenakan cukai SST. Apakah langkah Kementerian dalam memastikan projek-projek sedia ada tidak terkesan dengan pengenaan cukai SST ini. Apakah Kerajaan MADANI akan memberi tempoh tangguh atau grace period sebelum mengenakan cukai SST ke atas sektor pembinaan.
Pantun, ya. Membina jalan berbatu-batu, Ke kawasan sini yang banyak paya; Kepada soalan nombor satu, Dengarkanlah ini jawapannya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan faham akan pentingnya memastikan sektor pembinaan tidak terjejas secara negatif dengan pelaksanaan cukai SST, Sales and Service Tax. Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk memperincikan dan memastikan pengecualian tertentu diberikan pada kategori projek yang layak, termasuk pengecualian ke atas perkhidmatan kerja pembinaan bagi bangunan kediaman dan kemudahan awam seperti rumah ibadah, tandas awam, taman rekreasi. Seterusnya, aktiviti perniagaan pada perniagaan B2B terpilih tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang tertentu sebagai contoh, kontraktor utama dikenakan SST tetapi tidak kepada subkontraktor di bawah RM1.5 juta. Seterusnya, bahan-bahan binaan asas seperti
simen, batu kerikil dan pasir yang kini kekal berkadar sifar atau zero rated di bawah cukai jualan sebagai langkah menyokong keperluan industri pembinaan. Seiring dengan komitmen kerajaan untuk melaksanakan SST yang secara adil dan berkesan serta untuk memastikan transisi lancar pada semua pihak, syarikat dan kontraktor yang menjalankan kontrak tanpa peluang untuk dikaji semula akan diberikan pengecualian selama setahun. Galakan ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan dalam memastikan industri pembinaan mempunyai masa yang mencukupi dan menyesuaikan sistem, memperkemas proses pendaftaran dan mendapatkan penjelasan tepat mengenai pelaksanaan SST yang bermula pada 1 Julai baru-baru ini. Kerajaan turut komited untuk tidak mengambil tindakan pendakwaan atau penalti sehingga 31 Disember 2025 bagi memberi ruang dan peluang kepada semua pihak untuk bersedia secara holistik. Terima kasih.
Tanjong Manis.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Untuk satu projek bernilai RM100 juta, kenaan cukai SST adalah RM6 juta yang akan dibayar oleh kontraktor kepada kerajaan. Tidak mengambil kira lagi cukai korporat untung dan ruginya projek tersebut. Cukai SST ini sudah semestinya akan membantu kewangan kerajaan tetapi ia juga boleh membantut perkembangan sektor pembinaan yang terkesan oleh kenaikan gaji, harga binaan, minyak diesel dan bermacam-macam lagi. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk terus membantu sektor pembinaan? Terima kasih.
Ya, terima kasih Tanjong Manis. Cukai ini memang kenalah dibayar ya. Kalau tidak, bagaimana kerajaan boleh mendapat segala wang untuk pembangunan, untuk membantu rakyat. Jadi, cukai itu adalah sesuatu yang pasti di hampir semua negara dalam dunia ini. Apa yang berlaku ialah jika cukai kepada profesional seperti jurutera, arkitek, itu adalah lapan peratus tetapi cukai untuk kontraktor pembinaan ini setakat ini ialah enam peratus. Itu satu cara bantuan. Yang kemudiannya kontraktor-kontraktor kecil seperti kontraktor G1, G2, G3, G4 yang tidak melepasi nilai ambang RM1.5 juta, kontraktor berkenaan tidak dikenakan cukai sebab nilai ambang untuk pembinaan ialah RM1.5 juta. Satu lagi ialah kita sentiasa mengadakan dialog berterusan dengan industri dan kita memberi penekanan kepada produktiviti dan inovasi dan kita mengadakan pengecualian terhadap projek-projek tertentu seperti membina rumah untuk rakyat. Ini dikecualikan daripada SST untuk sektor pembinaan. Selain daripada itu, mungkin insentif SST untuk IBS iaitu kita boleh runding dengan kerajaan. Terima kasih.
Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bersedia untuk menimbang cadangan yang dikemukakan oleh pihak industri agar ambang pendaftaran perkhidmatan bercukai di bawah SST dinaikkan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta khusus bagi kategori pembinaan dan sewaan ataupun pajakan. Dan bagaimana pula dengan projek-projek yang mengalami kelewatan atas pelbagai faktor kemudian diberikan alasan isu utiliti dan sebagainya kemudian memohon tambahan kos daripada kerajaan dan memohon EOT sedangkan kecuaian mungkin daripada pihak kontraktor sendiri. Yang Berhormat pernah sebut sebelum daripada ini, kerajaan ini bukan kerajaan EOT tetapi kerajaan tepat masa. Saya bagi contohlah, satu projek di Sungai Durian.
Yang Berhormat.
Jambatan penggantian Jambatan Sg. Durian, FT008, yang sudah tiga kali mendapat EOT. Bulan 10 ini tamat EOT ketiga, adakah akan dapat EOT yang keempat dan seterusnya dan sedangkan satu lorong pun belum siap lagi. Dia akan bina satu lorong, kemudian akan dirobohkan lorong asal, kemudian akan bina lorong yang kedua. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Setakat ini tidak ada perbincangan untuk meningkatkan nilai ambang dan saya tidak nampak ia akan berlaku. Bererti, nilai ambang RM1.5 juta kekal RM1.5 juta dan tidak ada rancangan untuk dinaikkan kepada RM3 juta. Yang ini kerja Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan ada di hadapan tentu mengetahui dan memahami tentang keperluan jika perlu dinaikkan.
Setakat ini kita tidak ada minta untuk menaikkan nilai ambang kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Sungai Durian, lewat. Kita memang tidak suka projek lewat, kita tidak suka EOT, kita tidak suka extension of time, kita suka AOT, ahead of time ya. Oleh itu, jika selepas tiga EOT atau dua EOT, masih lagi tidak siap, syarikat-syarikat yang berkaitan akan dikenakan LAD, akan dikenakan denda mengikut hari-hari yang telah diputuskan berapakah dendanya. Projek yang lewat kadang-kadang sampai berpuluh ribu Ringgit denda sehari. Ia menjadi satu halangan kepada mereka. Jika mereka selalu kena denda, untuk masa- masa hadapan mereka tidak akan diberikan projek lagi. Terima kasih.
Saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah dasar semasa kementerian berhubung kebebasan
warga asing membuka perniagaan di Malaysia, khususnya dalam sektor peruncitan serta apakah tindakan terhadap premis yang didaftarkan atas nama warganegara tetapi dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing termasuk kes melibatkan penggunaan nama isteri warganegara.
Salam Malaysia MADANI Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, sentiasa prihatin dan cakna terhadap suara rakyat dan justeru amat menyokong segala usaha di bawah Kerangka Ekonomi MADANI untuk memperkukuhkan keupayaan serta daya saing perniagaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan kestabilan ekonomi negara. Dalam hal ini, KPKT amat memandang serius sekiranya ada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk manfaat warganegara Malaysia sebagai inisiatif pemerkasaan ekonomi rakyat, diambil kesempatan ataupun diragut oleh warga asing melalui pelbagai cara tipu helah. Perlu ditegaskan, kementerian dan PBT tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar, selaras dengan dasar dan peraturan sedia ada, iaitu Undang-undang Kecil Penjaja serta Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Di bawah Undang-undang Kecil Penjaja, PBT tidak mengiktiraf dan membenarkan warga asing sebagai penjaja atau peniaga kecil. Malahan, PBT juga tidak membenarkan penggunaan warga asing sebagai pekerja pembantu di bawah lesen penjaja di premis PBT. Ini adalah kerana Kerajaan MADANI amat prihatin untuk membantu rakyat kita melalui peluang perniagaan dan memastikan kelangsungan ekonomi peniaga-peniaga ini dengan mengenakan kadar sewaan premis sangat murah di bawah harga pasaran. Justeru, sudah semestinya kemudahan ini tidak boleh disalah guna untuk manfaat warga asing. Tidak sekali kerajaan membenarkan situasi di mana “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Di bawah UKK Tred, Perniagaan dan Perindustrian pula, pengeluaran lesen perniagaan hanya untuk warga Malaysia sahaja dan membenarkan warga asing diambil sebagai pekerja pembantu dengan syarat memiliki pas kerja ataupun permit dagang yang sah. PBT tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh mana- mana perniagaan dan pemegang lesen, melalui tindakan tegas seperti sitaan, kompaun, penutupan premis serta pembatalan lesen. Melalui pendekatan proaktif Kerajaan MADANI yang menjadi penggerak agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan PBT telah meningkatkan operasi bersepadu pemantauan serta penguatkuasaan perniagaan secara berterusan bagi mengekang isu penyalahgunaan lesen dan premis perniagaan di kawasan pentadbiran PBT.
Bagi tahun 2023 sehingga kini, PBT telah melaksanakan sebanyak 3,703 kali operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan telah mengeluarkan 14,834 kompaun, membatalkan 23 lesen, menyita 2,880 premis perniagaan atas sebab pelbagai kesalahan pelanggaran syarat yang ditetapkan oleh PBT, termasuk kesalahan peniaga tempatan yang memindah lesen permit mereka kepada warga asing secara haram. Demi memastikan rakyat Malaysia terus menerima limpahan manfaat melalui inisiatif, Kerajaan MADANI, KPKT dan PBT sentiasa terbuka untuk bekerjasama secara konstruktif dengan agensi lain dalam menyokong usaha penguatkuasaan PBT. Mengambil kira bahawa bidang kuasa PBT hanya terhad kepada pemeriksaan lesen premis dan perniagaan sahaja, maka kerjasama bersepadu adalah amat dialu-alukan bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Sehingga kini, operasi penguatkuasaan dan pemantauan adalah yang dijalankan termasuk yang berikut: (i) memantau secara berkala premis perniagaan dan penjaja di kawasan PBT, terutama yang menjadi tumpuan warga asing; (ii) membuat sitaan dan rampasan barangan penjaja warga asing; (iii) membatal lesen kepada pemegang lesen yang didapati memindah milik atau salah guna lesen permit kepada warga asing secara haram; (iv) syarat permohonan baru serta pembaruan lesen perniagaan PBT telah diperketatkan mengikut negeri masing-masing untuk mengekang operasi perniagaan oleh warga asing; dan (v) memperbanyakkan lagi operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia, memandangkan sebarang tindakan penahanan warga asing atau pendatang asing tanpa izin adalah di bawah bidang kuasa dan pengurusan jabatan tersebut. Sekian, terima kasih.
Hulu Selangor.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada YB Menteri di atas penjelasan yang saya kiranya cukup jelas juga sebenarnya penjelasan itu. Cuma sepertimana yang kita sedia maklum, di mana-mana pun sekarang ini, masalah yang YB Menteri nyatakan itu cukup jelas. Kita melihat bahawa warga asing memang merata- rata. Cuma sekarang ini, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan. Apakah tindakan yang lebih jitu apabila melibatkan, menggunakan isteri sebagai dia punya ni lah, proksi iaitu warganegara untuk, untuk buka perniagaan?
Hakikatnya di dalam kedai itu, runcit — kalau runcit ini kebanyakan semua adalah warga asing. Ya, silakan, terima kasih.
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Sebenarnya, memang seperti jawapan saya tadi, PBT telah keluarkan hampir 15,000 kompaun. Kita telah sita hampir 3,000 premis. Barangan pun disita, lesen pun dibatalkan. Cuma, kita perlukan warganegara ini haruslah menghayati betul-betul Prinsip Rukun Negara supaya identiti warganegara kita tidak disalahgunakan. Bagaimanapun, seperti orang putih kata, “it takes two to tango”. Itulah sebabnya, sebagai warganegara Malaysia, haruslah menghargai sebarang jasa bakti dan dasar baik kerajaan untuk membantu dan merancakkan ekonomi tempatan, bukannya untuk memberikan manfaat kepada warga asing, khususnya pendatang asing tanpa izin. Tapi saya, sekiranya ada kes-kes, ada bukti yang kukuh, saya mengalu-alukan Yang Berhormat, serah kepada pihak kementerian, kami akan mengambil tindakan segera untuk mencegah kejadian sedemikian daripada berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.
Tanjong Piai.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri kata tindakan diambil termasuk sitaan, pembatalan lesen perniagaan. Tetapi apakah berlaku di Kuala Lumpur, Pasar Borong Awam Kuala Lumpur? KL Strike Force telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi pada ketika ini kita melihat, dah lama kita bincang tapi masih lagi bertambah buruk. Dan hari ini kita boleh nampak sitaan diambil, tindakan diambil tapi hari ini dah ambil tindakan, esok akan kembali untuk berniaga. Lambakan warga asing di Pasar Borong Awam Kuala Lumpur. Apakah tindakan boleh diambil oleh kementerian?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai atas soalan yang tambahan tadi. Seperti yang saya katakan, saya telah gariskan lima tindakan bersepadu, di mana bukan sahaja penguatkuasaan, tapi kesedaran masyarakat itu penting. Tapi bagaimanapun untuk kes spesifik seperti di Pasar Awam, Kuala Lumpur adalah di mana kita akan pakai juga CCTV untuk pastikan — tapi seperti Dewan, saya jelaskan kepada Dewan yang mulia tadi, sebenarnya di bawah UKK Tred, Perniagaan dan Perindustrian, kadang-kadang pekerja itu dia warga asing, tapi pemilik itu adalah warganegara Malaysia. Maka — tapi dia menimbulkan persepsi seolah-olah warganegara asing itu membanjiri. Cuma kita perlulah, it's a case-to-case basis untuk pastikan ini akan mengambil a-whole- nation approach supaya semua pihak bekerjasama untuk memastikan perniagaan itu dijalankan secara tertib, bersih serta mensejahterakan rakyat. Terima kasih.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah terdapat rancangan untuk memperhebat penganjuran acara sukan Muay Thai di Malaysia bagi menarik lebih ramai penyertaan anak muda serta adakah kementerian akan bekerjasama dengan World Boxing Council (WBC) untuk terus memartabatkan sukan ini.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan Melalui Majlis Sukan Negara sentiasa jalinkan kerjasama dengan Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) yang diiktiraf sepenuhnya oleh International Federation of Muaythai Associations (IFMA). IFMA juga merupakan badan sukan muaythai yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC).
Jadi, bagi memastikan perkembangan sukan muaythai terus diperkukuh, sehingga bulan Jun 2025, KBS telah pun memberikan bantuan masing-masing berjumlah RM55,000 melalui Dana Sukan Komuniti, RM1.585 juta melalui Geran Padanan Sukan dan RM247,000 melalui Geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara Kawasan bagi tujuan penganjuran pertandingan- pertandingan muaythai dalam negara ini. Tidak terkecuali, kelab-kelab muaythai di seluruh negara juga telah pun mendapat bantuan daripada KBS. Contohnya, Kelab Muay Thai Rentap dari Sarawak. Ini kelab yang dinaungi oleh Jojo Ghazali. Telah menerima bantuan sebanyak RM95,000 bagi penganjuran Rentap Fighting Championship 6 yang berlangsung pada 11 dan 12 Julai 2025 yang lalu. Untuk tahun 2024, kementerian melalui MSN juga telah memperuntukkan sejumlah RM170,000 untuk sukan muaythai. Bantuan ini adalah penyertaan atlet kebangsaan ke kejohanan-kejohanan anjuran badan dunia IFMA, terutama Kejohanan Muaythai Dunia di Greece 2024 serta sirkit pro seperti kejohanan berprestij King’s Cup di Thailand. Selain penghantaran atlet-atlet combat untuk berlatih di luar negara bagi persiapan ke kejohanan-kejohanan dunia, peruntukan diberikan adalah untuk pembiayaan bayaran tiket kapal terbang, yuran penyertaan, yuran latihan, kos makan minum dan penginapan di kejohanan-kejohanan ini. Sukan muaythai juga merupakan sukan berfasa di bawah program MSN kerana ianya bukan sukan teras dan bukan sukan yang dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik atau Sukan Asia di mana bantuan hanya diberikan kepada persatuan untuk menghantar atlet-atlet kita yang memenuhi kriteria pencapaian kejohanan yang memenuhi kriteria MSN, Majlis Olimpik Malaysia. Atlet-atlet disiplin combat yang memenangi pingat di kejohanan-kejohanan anjuran badan dunia IFMA juga mendapat Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Pada tahun 2024, KBS melalui Geran Padanan Sukan juga telah membantu persatuan dan kelab muaythai di seluruh Malaysia dalam penganjuran kejohanan muaythai sport amatur
dan juga profesional bagi memperhebatkan penganjuran sukan muaythai di Malaysia. Antaranya seperti Persatuan Muaythai Sarawak – RM200,000 bagi penganjuran Piala Premier Sarawak; Persatuan Muaythai Melaka – RM215,000 bagi penganjuran Kejohanan Muaythai Antarabangsa Melaka; Persatuan Tomoi Perak – RM200,000 untuk Kejohanan International Muay Championship; dan Muay Thai Sabah – RM75,000 bagi Sabah Muaythai Championship. Ini semua adalah geran-geran dan juga bantuan yang telah pun diperuntukkan bagi tujuan untuk memastikan bahawa sukan muaythai di Malaysia ini terus dapat penyertaan lebih ramai anak-anak muda selain dapat kita terus memartabatkan sukan ini dengan memastikan atlet-atlet kita dapat bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
Lubok Antu.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan dua, dia sudah jawab. Tapi, soalan tambahan saya, seperti yang kita sudah maklum bahawa kita telah melahirkan ramai atlet-atlet muda di persada antarabangsa. Jadi, soalan saya kepada Timbalan Menteri, apakah pihak kementerian bercadang untuk mengangkatkan sukan muaythai ini lebih menarik minat golongan muda terutama melakukan aktiviti-aktiviti sukan tersebut di sekolah-sekolah menengah?
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, menerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang turut dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, satu penyelarasan telah pun dilakukan, terutama sekali bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan bahawa sukan-sukan tempur termasuklah sukan seperti muaythai dapat dipertanding dan juga dapat dijadikan sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang dikategorikan sebagai sukan. Untuk pengetahuan, kalau sebelum ini kita lihat sukan-sukan tempur yang mana telah pun memberi banyak pulangan pingat pada negara dikategorikan sebagai badan beruniform, sekarang telah pun diselaraskan semula untuk dikategorikan sebagai sukan. Dan ini yang membolehkan pembangunan sukan tempur termasuk muaythai ini dapat dianjurkan dan dapat kita rancakkan di peringkat akar umbi termasuk di peringkat sekolah.
Hulu Terengganu.
Terima kasih Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Sehubungan soalan itu ― saya fikir soalan ini dijawab oleh ‘duta Tuhan’, rupanya dijawab oleh Timbalan Menteri. Okey. Sehubungan dengan soalan yang dibuat oleh itu, apakah kementerian ada cadangan khusus untuk memastikan muaythai ini dikembangkan sejak daripada rebung, ertinya daripada sekolah rendah diberikan peruntukan khusus? Kerana kita nampak bahawa Jojo Ghazali telah pun menaikkan nama negara. Jadi, benda ini saya yakin dan saya pasti jika dibentuk daripada
awal, dia akan dapat melahirkan ramai lagi Jojo Razali di Malaysia ini. Terima kasih Yang di- Pertua.
Terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau kita lihat untuk tahun 2025 dan 2026 ya, ini adalah salah satu perancangan yang dibuat bersama dengan Persatuan Muaythai Malaysia (PMM). Antara lainnya, kita akan adakan daripada 24 hingga 27 Julai di Axiata Arena, kejohanan kebangsaan. Kemudian, ada juga Kejohanan ASEAN Junior dan juga Senior Championship (Pra Sukan SEA) 27 hingga 30 Ogos di Paradigm Mall, Petaling Jaya serta IFMA World School Muaythai Championship. Jadi, ini menunjukkan bahawa kerjasama kita bersama dengan Persatuan Muaythai inilah yang sebenarnya yang boleh menjamin bahawa lebih banyak penganjuran dan penglibatan anak-anak kita. Untuk pengetahuan, kita tidak boleh hanya tertumpu kepada apa yang dianjurkan oleh kementerian. Termasuk dalam konteks ini, kalau kita lihat ― kita bercakap soal anak sekolah. Di peringkat sekolah, kebanyakannya adalah dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan menerusi sekolah-sekolah itu sendiri. Di sini, kita menuntut supaya ada kerjasama yang lebih baik bersama dengan persatuan-persatuan. Dan ini yang telah pun dibuat perancangannya kerana kebanyakannya akan dipertandingkan termasuk ke dalam SUKMA. Dan kalau kita lihat, atlet-atlet di dalam SUKMA itu adalah atlet-atlet baharu yang berada di peringkat pelapis awal dan inilah antara avenue ataupun antara cara kita bangkitkan atau kita beri tumpuan kepada pembangunan sukan termasuk sukan muaythai ini.
Saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Puan Speaker. Soalan saya nombor 4.
4. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan: (a) perincikan jumlah tanah milikan Kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang; dan (b) apakah tindakan kepada pihak penceroboh dan adakah terdapat rancangan pembangunan tanah milikan Kerajaan Persekutuan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat, berdasarkan rekod dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan ataupun JKPTG, terdapat 465 pencerobohan di atas tanah milik Persekutuan dari tahun 2015 hingga Mei 2025. 465 pencerobohan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan ialah 215,406 hektar.
Untuk kes di Pulau Pinang, daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 aduan adalah melibatkan pencerobohan tanah milik Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang yang melibatkan 18 lot tanah. Bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah milik Persekutuan, JKPTG akan melaksanakan penyelarasan bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan dan kementerian serta jabatan pengguna. Dalam hal ini, notis penguatkuasaan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara akan dikeluarkan kepada penceroboh bagi tujuan pengosongan tapak. Seterusnya, KJP di atas tanah tersebut hendaklah mengambil tindakan mengawal bagi mengelakkan pencerobohan berulang. Setiap tanah milik Persekutuan telah mempunyai perancangan pembangunan berdasarkan Rancangan Malaysia. Walau bagaimanapun, pembangunan tanah-tanah tersebut adalah berdasarkan keutamaan dan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi memastikan tanah milik Persekutuan digunakan secara optimum, JKPTG melaksanakan kaedah tukar guna kepada kementerian dan juga agensi Persekutuan lain yang memerlukan serta melaksanakan kaedah sewa dan pajakan tanah. Terima kasih.
Kepala Batas.
Terima kasih di atas jawapan yang komprehensif dan terperinci sebentar tadi. Dan kesempatan ini, saya ucapkan tahniah kepada kementerian di atas keterlibatan dalam menyelesaikan isu di tanah Raub baru-baru ini. Persoalan tambahan saya, apakah langkah pencegahan ataupun pemantauan secara berkala yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan tanah milik Kerajaan Persekutuan, khususnya di bawah urus tadbir, tidak terus diceroboh seterusnya di negeri-negeri yang berisiko tinggi terutamanya di negeri Pulau Pinang?
Selalunya Kerajaan Persekutuan akan memastikan bahawa setiap tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan ini, kita pastikan kementerian atau jabatan pengguna akan mengambil tindakan seperti pacak signboard, pagar, higher security guard. Dan, sekiranya struktur yang telah dibina oleh penceroboh akan di-demolish strukturnya. Ada satu ― ada juga tindakan-tindakan yang kita very extreme. Mereka tidak mahu keluar, ada structure, maka kita akan bawa ke mahkamah dan kalau dia didapati bersalah dia punya fine can be more ― not exceeding RM500,000. Itu adalah salah satu daripada tindakan- tindakan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan. Dan, kebanyakan daripada mereka ini menggunakan Tanah Persekutuan ini ialah macam rumah setinggan, kadang bisnes-bisnes yang diguna masuk Tanah Persekutuan untuk buat meniaga gerai makan dan juga car wash. Terima kasih.
Kuala Pilah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat, kegagalan mengurus aset milik Kerajaan Persekutuan termasuk bangunan kerajaan lama yang dibiarkan terbiar telah membuka ruang kepada pencerobohan dan pembaziran sumber negara. Soalan saya, apakah pelan strategik jangka panjang dengan tuntas sedang dijangka oleh kementerian untuk mengatasi ketirisan ini dan apakah tanah serta aset tersebut akan dimanfaatkan bagi kepentingan rakyat khususnya melalui projek seperti perumahan mampu milik? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Mana-mana tanah kerajaan yang telah ada jabatan pengguna atau kementerian, apabila dia abandon projek itu atau abandon bangunan yang lama ini, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap kementerian yang mempunyai tanah daripada Kerajaan Persekutuan ini, dia mesti memastikan bahawa bangunan- bangunan yang di bawah jagaan kementerian tersebut untuk mengusahakan balik bangunan. Kalau tidak, kalau dia biarkan terbengkalai ataupun tidak diguna pakai kerana bangunan itu dah tak sesuai, dah mungkin berumur lebih daripada 40,50 tahun, maka dia kena pergi balik kepada Kerajaan Federal, beritahu bahawa dia tidak mahu lagi tanah ini maka kita akan cari alternatif untuk kita guna pakai untuk ― seperti apa yang Yang Berhormat cadangkan mungkin di kawasan-kawasan itu lebih sesuai untuk buat rumah-rumah mampu milik. Terima kasih.
Saya jemput Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.
Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah keseluruhan jalan raya di Malaysia yang menggunakan teknologi Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dan adakah ianya lebih efisien dari segi kos dan keselamatan berbanding kaedah sedia ada.
Ehem. Bunga selasih pohon tebu, Bahan minuman petang bersama; Terima kasih MP Jelebu, Bertanyakan soalan nombor lima. Datuk Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya menerusi agensi utama iaitu Jabatan Kerja Raya amat komited untuk memastikan rangkaian Jalan Persekutuan berada dalam keadaan yang selamat dan selesa oleh semua pengguna jalan raya. Sehubungan itu, pelbagai aspek teknologi telah diterokai sama ada berkaitan kaedah pembinaan mahupun bahan. Berkaitan teknologi bahan, polisi penggunaan specialty mix dengan izin, telah dimulakan di dalam kerja-kerja berkala pavement penyenggaraan Jalan Persekutuan pada tahun 2018. Antara bahan yang telah digunakan adalah cup lump modified asphalt dengan izin, CMA, seperti
yang diutarakan oleh MP Jelebu. Penggunaan getah beku sebagai teknologi turapan jalan dikenali sebagai CMA telah digunakan dalam kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan bermula pada tahun 2019. Sehingga kini sejumlah 142 lokasi kerja berkala pavement melibatkan kos sebanyak RM140.9 juta bagi Jalan Persekutuan, Semenanjung Malaysia adalah menggunakan cup lump modified asphalt sebagai bahan turapan. Program ini merupakan usaha bersama agensi Lembaga Getah Malaysia dalam usaha melihat dan memastikan potensi getah di dalam industri pembinaan jalan raya. Kementerian Kerja Raya difahamkan pembangunan bahan CMA ini masih berterusan di pihak LGM. Berdasarkan kajian dilaksanakan oleh pihak CREaTE JKR, prestasi turapan CMA ini didapati setara dengan asphalt conventional dan aspek luaran, aluran, keretakan sepanjang tempoh pemantauan selama 38 bulan bermula tahun 2019. Oleh itu, pemantauan prestasi jangka panjang akan diteruskan bagi membuat perbandingan di antara CMA dan turapan konvensional. Selain daripada itu, yang juga melibatkan getah ialah crumb rubber modified asphalt (CRMA) merupakan campuran khas yang menggunakan tayar terpakai untuk menguatkan turapan jalan. Ia mematuhi piawaian ESG, MyHijau dan SIRIM Eco-Label. Dia tahan rutting, cracking, mengurangkan karbon dan sisa pepejal selaras dengan NIMP 2030 untuk pembinaan lestari. CRMA ini 100 peratus buatan Malaysia, menyokong industri tempatan dan teknologi hijau, berdaftar dengan MOSTI. Dan, kita sedang menggalakkan kerjasama strategik untuk infrastruktur yang lebih mampan bagi memperluaskan penggunaan CRMA. Data SKVE menunjukkan penjimatan kos 26.27 peratus selepas lima tahun untuk kos penyenggaraan dan turapan yang lebih tahan lama. Terima kasih.
Jelebu.
Terima kasih Datuk Speaker. Saya nak ucapkan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Datuk Speaker, sekarang ini akhir-akhir ini kita banyak berlaku kemalangan di seluruh negara sama ada laluan Federal ataupun laluan state. Persoalan saya Datuk Speaker, kebanyakan kerja-kerja pembaikan jalan raya ini tidak tahan lama dan kita kena terima hakikat realitinya ialah kerosakan jalan raya itu adalah penyebab kepada kemalangan yang berlaku. Mungkin kecuaian pengguna jalan raya tetapi masalahnya ialah ada beberapa spot kemalangan yang kerap kali berlaku di tempat yang sama ini. Ini dari segi rasionalnya ialah kemungkinan kerana kondisi jalan itu tidak baik. Jadi soalan saya Datuk Speaker, adakah pihak kementerian mempunyai beberapa tindakan untuk melakukan forensic study dengan izin, kepada jalan itu? Kenapa ada berlaku kemalangan yang begitu kerap? Yang kedua, jawapan Menteri tentang penggunaan CPA ini telah membuktikan bahawa boleh membuatkan jalan raya itu bertahan lama. Adakah ― sejauh mana pihak kementerian
menggunakan teknologi CPA ini untuk jalan-jalan raya di peringkat Persekutuan dan juga negeri, terutamanya bagi kawasan luar bandar? Terima kasih Speaker.
Datuk Speaker, telah disebut di sini beberapa kali bahawa punca kemalangan 80 peratus adalah pada kecuaian, 13 peratus pada keadaan jalan dan tujuh peratus daripada keadaan kenderaan. Oleh itu, kami bertanggungjawab terhadap 13 peratus keadaan jalan. Memang betul disebut oleh Yang Berhormat Jelebu bahawa jika kemalangan itu tempat yang sama, maka kita akan memastikan kawasan itu dirawat dan kita anggap ia sebagai black spot. Satu-satu kawasan black spot yang selalu berlaku kemalangan, ia berlaku tiga kemalangan yang sama, sama jenis atau lima kemalangan yang tidak sama jenis selama tiga tahun di kawasan 100 meter panjang atau 50 meter radius. Itu kawasan black spot yang kita akan jadikan tumpuan dan untuk kita laksanakan apa yang disebut YB Jelebu forensic study dan sebagainya. Dan, saya dah sebut tadi bahawa CMA ini, cup lump tadi telah dilaksanakan di tempat- tempat ― tadi saya tak sebut tempatnya mana, Jalan Persekutuan Tampin, Negeri Sembilan. Kita telah mencuba di situ, Jalan Persekutuan Baling, Jalan Persekutuan Temerloh, Jalan Persekutuan Kota Bharu dan kita menggunakan cup lump modified asphalt ini. Saya juga ingin memaklumkan bahawa ada 12 lagi jenis. Ada dua jenis sahaja yang buatan negara Malaysia iaitu crumb rubber modified asphalt daripada tayar terpakai dan satu lagi ialah PETRONAS polymer modified binder. Ini dilaksanakan oleh PETRONAS menggunakan plastik-plastik yang terpakai, kemudian plastik-plastik itu dibersihkan dan diracik-racikkan, kemudian dicampur dengan bitumen, maka jadilah specialty mix di bawah PETRONAS. Kita cuba ingin memperluaskan penggunaan ini dan saya telah melawat kawasan yang ditampal dengan PETRONAS polymer modified binder ini. Dan, dia pada ketika yang sama boleh membantu alam sekitar dari segi mengurangkan pencemaran plastik. Terima kasih.
Langkawi.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan tahniah kerana Malaysia adalah negara pertama yang menggunakan CMA di dunia. Dan pada 2017, Labis, laluan dua hala 10 kilometer antara Kampung Temu Jodoh ke Kampung Kwong Sai, Johor Bahru Yang Berhormat telah diadakan pilot project dan dijangka laporan akan disiapkan pada 2020.
Laporan dari segi aspek seperti keselamatan pengguna, kos selenggara dan bentuk kerosakan pada jalan tersebut akan dibentang. Apakah Yang Berhormat boleh memberi laporan- laporan tersebut sama ada secara bertulis dan kita nak tahu juga pilot project itu berapa banyak kah accident yang berlaku di situ dan kesesuaian kereta-kereta yang menggunakan jalan tersebut?
Yang Berhormat, pada satu ketika...
Yang Berhormat.
...JKR mempunyai — saya pendekkan.
Sila gulung.
JKR mempunyai kuari sendiri yang menghantar batu dan premix. Adakah kerajaan akan mengambil balik daripada swasta untuk kita kenal pasti bahawa kualiti premix dan juga batu yang di-supply itu berkualiti tinggi? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Langkawi. Saya ada di hadapan tangan saya ini laporan akhir Research Collaboration on Cup Lump Modified Asphalt in Road Pavement Construction. Langkawi minat? Lepas ini saya minta Bentara bagi dekat Langkawi baca, panjang ini. Saya tak adalah nak membacakannya. Cuma saya ingin maklumkan oleh kerana cup lump modified asphalt ini adalah suatu yang baik untuk negara kita, maka kita telah mengadakan di Selangor 9.6 juta, Pahang 33.79 juta, Terengganu 12.6 juta, Kelantan 13.4 juta, Perak 14.7 juta, Pulau Pinang 3.1 juta, Kedah 9.9 juta, Perlis 1.6, Negeri Sembilan 13.9, Melaka 2.8, Johor 25.1 termasuklah jalan yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi, menjadikan jumlahnya 140.9 menggunakan CMA. Kuari sendiri JKR ini, dulu JKR memang melaksanakan penyelenggaraan jalan. Itu sebab kita ada kuari sendiri. Kita ada banyak kenderaan sendiri. Tapi sekarang kenderaan itu sudah dijual atau dilupuskan. Kuari juga begitu kerana kita tidak lagi menyelenggarakan sendiri oleh JKR untuk penyelenggaraan jalan dan telah diberikan kepada konsesi-konsesi mengikut terma- terma dan mengikut tahun-tahunnya. Terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan usaha kerajaan dalam menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Thailand bagi mempermudah laluan keluar masuk barangan melalui pintu masuk Durian Burung, khususnya bagi membolehkan pelabur di Kedah Rubber City (KRC) menggunakan Pelabuhan Songkhla sebagai hab eksport yang lebih efisien.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Padang Terap. MITI sentiasa komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Thailand bagi memudah cara pergerakan barangan merentasi pintu-pintu sempadan termasuk melalui pintu masuk Durian Burung. Usaha
ini memerlukan kerjasama erat daripada kementerian dan agensi berkaitan. Antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Immigration Malaysia, Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan dan Badan Pelaksanaan Koridor Utara ataupun dengan izin, Northern Corridor Implementation Authority. Untuk makluman, pada masa ini, kemudahan infrastruktur kompleks ICQS Durian Burung masih belum mencukupi untuk menyokong urusan perdagangan berskala besar khususnya yang melibatkan penggunaan container. Sehubungan itu, kerajaan melalui NCIA sedang melaksanakan pelbagai inisiatif strategik antaranya termasuk: (i) kajian kebolehlaksanaan Zon Ekonomi Sempadan mengenal pasti potensi ekonomi yang boleh dibangunkan di kawasan sempadan termasuk kawasan Kedah Rubber City dan kawasan sekitar Durian Burung; dan (ii) kerjasama serantau di peringkat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Joint Development Strategy. Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan dalam industri seperti halal, logistik, getah dan pelancongan. Sementara itu, JDS pula bertujuan untuk menambah baik dasar perhubungan dan perdagangan antarabangsa bagi meningkatkan kesalinghubungan dan sinergi antara kedua-dua negara. Selain itu, Kerajaan Malaysia kekal komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Thailand melalui platform sedia ada seperti Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Thailand (Malaysia-Thailand Joint Trade Committee). Kedua-dua pihak dalam hal ini telah bersetuju untuk mempertingkat kemudahan perdagangan termasuk melalui penambahbaikan infrastruktur, sistem logistik dan prosedur di pintu sempadan. Langkah ini dijangka dapat mempercepat proses pelepasan kastam serta mengurangkan masa dan kos penghantaran barangan rentas sempadan. Walaupun terdapat cadangan untuk menggunakan Pelabuhan Songkhla sebagai laluan eksport alternatif, kerajaan pada masa ini memberi penekanan kepada usaha mengoptimumkan penggunaan pelabuhan-pelabuhan tempatan khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis. Langkah ini juga sejajar dengan strategi kerajaan untuk memperkukuh daya saing pelabuhan- pelabuhan dalam negara di samping memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati sepenuhnya oleh penggiat industri dan masyarakat tempatan. Terima kasih.
Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada kementerian untuk short-term ataupun dalam masa yang pendek ini, sudah tentulah kalau kilang di Kedah Rubber City ini dibina dalam masa setahun, dua tahun akan menggunakan pelabuhan domestik, Port Penang, Port Klang ataupun di Perlis ataupun di Bukit Kayu Hitam.
Jadi, soalan saya kepada kementerian, apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menggalakkan para pelabur untuk menggunakan pelabuhan domestik untuk melaksanakan kilang ataupun eksport produk ke negara-negara luar? Terima kasih.
Kementerian MITI bersedia untuk mengkaji dan juga memberikan cadangan kepada MOF untuk memberikan insentif ataupun pelbagai cara untuk meningkatkan kegunaan pelabuhan-pelabuhan tempatan. Terima kasih.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Tenggara.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Tenggara nombor 7. Terima kasih.
7. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu pencemaran bau dan air yang sering kali berlaku diakibatkan dari tapak pelupusan sampah yang tidak dikawal selia dengan baik sehingga mengakibatkan tapak pelupusan sampah itu terpaksa menampung kapasiti sampah yang berlebihan daripada sepatutnya.
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang mendukung aspek kebertanggungjawaban semua pihak ke arah mencapai kelestarian alam dan kebersihan awam, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa komited untuk memperkukuhkan agenda pengurusan sisa pepejal negara secara sistematik, mampan dan mesra alam. Pendekatan ini merangkumi pelaburan strategik dalam teknologi hijau, pemerkasaan penguatkuasaan di lapangan serta pelaksanaan pelan pemulihan tanah tercemar secara inovatif. Cakna terhadap isu pencemaran dan prihatin dengan keluhan rakyat, KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sentiasa memberi keutamaan terhadap transformasi secara progresif daripada tapak pelupusan sampah tidak sanitari kepada tapak pelupusan sampah sanitari yang dilengkapi dengan loji rawatan leachate berfungsi untuk merawat air larut resap yang dihasilkan daripada sisa buangan di tapak pelupusan. Sehingga kini, sebanyak 23 tapak pelupusan tidak sanitari telah berjaya ditutup selamat. Melalui pelan penutupan dan pemulihan tapak pelupusan tidak sanitari, sebanyak 155 lagi tapak terbuka di seluruh negara akan ditutup selamat secara berfasa, berperingkat-peringkat. KPKT turut memperkenalkan kaedah guna semula tapak yang ditutup dengan melaksanakan pemulihan tapak tersebut agar dia selamat dan kemudiannya dibangunkan sebagai taman awam Lestari Park, ladang solar serta facility community untuk manfaat masyarakat setempat. Inovasi ini bukan saja memperindahkan landskap setempat, malah membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta pencemaran tanah dan air di bawah tanah.
Sebagai contoh, kejayaan projek rintis Lestari Park adalah di tapak pelupusan sampah FELDA Bandar Tenggara Johor. Sebelum ini, menyimpan lebih 360,000 metrik tan sampah sejak tahun 1999. Sekarang, dengan keluasan 7.56 hektar, ia telah menjadi sebuah taman rekreasi yang berkonsepkan stroller garden dilengkapi dengan komponen landskap seperti wakaf, pergola, pagar, tandas, sudut informasi, dataran, walkway, serta windmill yang telah pun direka bentuk dengan menarik selain komponen pemulihan alam sekitar terhadap tapak pelupusan. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, KPKT juga sedang membangunkan 18 buah loji waste-to-energy secara berperingkat-peringkat menjelang tahun 2040. Teknologi WtE ini mampu mengurangkan sehingga 85 peratus sisa pepejal ke tapak pelupusan serta menjana sehingga 600 megawatt tenaga boleh diperbaharui di mana secara tidak langsung akan turut menangani isu pencemaran bau air mahupun tanah daripada sisa terkumpul.
Pendekatan inovatif ini selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI ke arah sifar sisa, sisa toksik serta menjana ekonomi kitaran yang lebih mampan dan berdaya tahan. Walaupun Kerajaan MADANI berusaha ke arah penyelaras — penyelesaian isu serta pengurusan sisa pepejal yang sistematik dan berteknologi tinggi melalui strategi jangka masa panjang. Usaha untuk menangani isu semasa pencemaran air di tapak pelupusan tidak sanitari tetap dipergiatkan. Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kaedah rawatan air larut resap yang cost effective iaitu secara recirculation telah dipraktikkan di mana pengumpulan air larut resap yang terhasil dalam kolam takungan khas akan dipam semula secara berterusan ke sel pelupusan. Selain itu, air larut resap yang berada di dalam kolam takungan tersebut dibiarkan tersejat secara semula jadi di mana pendekatan ini terbukti berkesan dalam mengurangkan kapasiti air larut resap yang terhasil serta mengelakkan pelepasan ke sungai-sungai berdekatan. Bagi menangani isu pencemaran bau pula seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat, semburan effective microbes (EM) dilaksanakan tiga kali sehari di kawasan pelupusan yang aktif. Kaedah ini terbukti berkesan mengurangkan bau terutamanya pada waktu pagi dan malam. Selain itu, JPSPM juga telah menambah baik Key Performance Indicator (KPI) dalam pemantauan prestasi operator dengan mengehadkan kawasan pelupusan aktif yang luas. Sebelum itu, hampir 100 peratus kini dikurangkan kepada 20 peratus daripada keluasan sel pelupusan manakala baki 80 peratus kawasan yang tidak aktif ditutup menggunakan lapisan tanah setebal 300 milimeter atau lapisan high-density polyethylene (HDPE) setebal 1.5 milimeter. Hasil pemantauan di lapangan oleh SWCorp mendapati bahawa langkah mengehadkan kawasan pelupusan yang terdedah ini telah berjaya mengurangkan pencemaran bau secara ketara serta mengurangkan kapasiti air larut resap yang terhasil sebanyak 50 peratus disebabkan oleh perlindungan kawasan tertutup daripada air hujan.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, penguatkuasaan pematuhan kepada prosedur operasi standard di tapak pelupusan turut dilaksanakan secara berterusan oleh SWCorp merangkumi aspek kawalan bau menerusi penutupan harian dan semburan EM, pengurusan air larut resap melalui sistem rawatan leachate bersepadu serta pemantauan kenderaan dan juga sistem saliran. Sekian, terima kasih.
Tenggara.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma sikit. Lestari Park itu Yang Berhormat Menteri, di FELDA Sungai Sibol berhampiran Bandar Tenggara, bukan FELDA Bandar Tenggara. Terima kasih. Soalan tambahan daripada Tenggara. Adakah KPKT bersama-sama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ada membangun pelan strategik bersepadu untuk hal-hal pengurusan sampah ini? Tadi telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri banyak perkara yang telah dilaksanakan untuk pengurusan sisa pepejal dan sampah juga, tetapi ada tak pelan bersama- sama dengan Kementerian Kelestarian Alam ini dan mungkin penggunaan teknologi-teknologi lain seperti insinerasi terkawal, gasifikasi dan pirolisis untuk mengawal pencemaran ini? Termasuk apa yang berlaku seperti di Parlimen Tenggara di tapak pelupusan sampah PTD 7678, Batu 4, Kota Tinggi, Johor. Walau bagaimanapun, usaha KPKT membina Taman Lestari Park bernilai RM23 juta didahului dengan ucapan terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang membina. Memang, Kerajaan MADANI bekerja sebagai satu pasukan. KPKT akan sentiasa menjalin kerjasama strategik bersama dengan NREC, di mana kita bangunkan garis panduan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan untuk menetapkan piawaian dalam pengurusan sisa pepejal di tapak. Prosesnya secara ringkasnya ada merangkumi empat aspek iaitu: (i) kita menimbang sisa yang sampai ke tapak; (ii) compact-kan sisa pepejal itu; (iii) meletak lapisan plastik sebagai daily cover untuk mengurangkan 20 peratus kawalan aktif daripada keseluruhan tapak; dan (iv) mengalirkan air larut resap itu ke dalam takungan yang dirawat sebelum boleh dilepaskan ke punca air. Menjaga kelestarian alam adalah tanggungjawab kita semua. Maka, menerusi Majlis Ekonomi Kitaran Semula Negara (National Circular Economy Council) di bawah KPKT, pelbagai inisiatif telah pun dijalankan. Dan, saya ambil peluang di Dewan mulia ini, mengajak seluruh rakan-rakan Dewan yang mulia ini turut ambil bahagian dalam Hari Cuci Malaysia pada 27 September tahun ini. Sekian, terima kasih.
Pendang.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya mulakan soalan saya dengan pantun. Waktu malam sangat kelam, Berhatilah berdiri tepi jalan; Tak sampai tempoh dua belas jam, Hebat Menteri DAP dapat sukat sampah 20 tan. [Tepuk] Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa 20 tan sampah ditinggalkan selepas Himpunan Turun Anwar di Kuala Lumpur. Jika benar, jumlah itu menggambarkan kelemahan ketara dalam sistem pengurusan sistem awam yang sedia ada. Sebab satu: dalam data 2023, RM1.9 bilion untuk kutipan sisa pepejal dibelanjakan. Hanya 21 peratus daripada 137 tapak pelupusan – hanya memenuhi piawaian sanitari. Oleh sebab itu, adakah ini bermaksud kementerian gagal menyediakan pelan pengurusan sisa yang bersesuaian bagi acara berskala besar ini?
Ringkaskan soalan.
Adakah tindakan Menteri ini bertentangan dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika ini, di mana pihak polis telah menyatakan 18,000 yang hadir figura dalam himpunan ini, tetapi Yang Berhormat Menteri kata 20 tan bersamaan dengan 20,000 kilo iaitu kalau seorang 10 kilogram bawa yang botol kosong ni — ini botol kosong ni [Sambil menunjukkan sebotol air mineral] Yang Menteri kata itu — ha, ha, satu gram. Satu kilogram...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Satu kilogram.
Yang Berhormat, jangan bazir masa.
Jadi, kalaulah sama dengan 20,000 kilogram, maknanya yang hadir 400,000. Yang mana kenyataan rasmi ni? Menteri bila bercakap mesti official statement daripada kerajaan. Begitu juga dengan Ketua Polis Kuala Lumpur.
[Dewan riuh]
Cukup, cukup.
Apakah ini tidak ada — janganlah menipu. Kalau tidak — saya tahu Menteri ni seorang yang amanah, tidak pernah fitnah dan tidak pernah bercakap bohong, tetapi dalam bab ni— [Sambil menunjukkan sebotol air mineral] Dalam masa 12 jam saja...
Cukup.
...Boleh buat 20,000 tan. Terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih. Saya faham nawaitu Yang Berhormat. Sebagai Kerajaan MADANI Yang Berhormat, Perlembagaan serta menjulang prinsip demokrasi, kami
mengalu-alukan perhimpunan aman, tapi perhimpunan itu wajib dijalankan secara aman dan tertib termasuk menjaga kebersihan. Yang saya tegur itu sikap pengotor. Siapa makan cili, dia rasa pedas. Saya tak pernah kata Yang Berhormat yang buang sampah. Lagipun... [Tidak jelas]
Tapi Yang Berhormat, 20 tan tu tak betul Yang Berhormat – 20 tan tu tak betul. Sangat tidak betul.
Hulu Terengganu. Yang Berhormat Hulu Terengganu, jangan berdiri berucap tanpa kebenaran.
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang bertanya, saya menjawab. Bila saya menjawab, bagilah laluan. Itulah baharu caranya sebagai seorang Ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Yang dikatakan itu sampah 20 tan bukan dari saya. Itu adalah laporan daripada SWCorp yang saya terima di lapangan sehingga ratusan pekerja kita dikerah untuk membersihkan sampah selepas Perhimpunan Baju Hitam. Saya tidak nafi ada sekumpulan anggota Unit Amal yang membantu membersihkan sampah. Saya ucap terima kasih, tapi tidak boleh dinafikan juga – 20 metric ton sampah bersepah di Sogo, di Dataran Merdeka, di Jalan Petaling. Itu adalah laporan SWCorp. Gambar, video...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Speaker...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kata tak betul itu Speaker. Tak betul dah tu Menteri ini. Menteri, tak betul. Kita check semua selepas perhimpunan. Sangat bersih. [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat. Pendang...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Perhimpunan oleh — [Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Pendang, sila duduk.
Tanya soalan, tak boleh terima jawapan. Ha...
Yang Berhormat, sebab itu saya katakan...
Bohong!
...Jika, jika — sebab itu jika tak mau dengar, jangan tanyalah. Jika, jika... [Tidak jelas]
[Dewan riuh]
Jawapan bohong!
...Tanya pula. Jika nak tanya, dengarlah jawapan.
Jawapan bohong! Menipu! Takkan seorang Menteri menipu?! [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah untuk soalan ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya juga cuma tegaskan...
Dia kira hat yang dekat Kepong, Jinjang. Jinjang, tempat buang sampah Jinjang.
...Jaga kebersihan adalah separuh daripada keimanan.
Dulu dia tuduh saya fitnah. Sebenarnya berlaku. Ini... [Tidak jelas] Adalah penipu! [Tidak jelas] DAP ini. [Pembesar suara dimatikan]
...Itu adalah fardu kifayah yang wajib dilaksanakan.
Yang Berhormat Pendang.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik balik, tarik balik.
Saya jemput Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Pokok Sena.
Menteri 20 tan. Menipu. DAP.
Yang Berhormat Pendang.
Yang tipu ialah... [Pembesar suara dimatikan]
Saya nak bangkit. 36(6)...
Tuan Yang di-Pertua, tarik balik. Baik...
Yang bohong itu ialah hadir hanya 20,000, tapi kata 500,000... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang berhormat, sila duduk dulu.
Peraturan mesyuarat.
Peraturan mesyuarat. Saya nak bangkitkan peraturan mesyuarat. Tadi siapa yang teriak tanpa izin daripada Yang di-Pertua, katakan ‘penipu’? Sila tarik balik. Siapa?
Pendang, Pendang, Pendang.
Berani kata tapi tak berani mengaku. Ini lah sikap dia.
You tunjuklah fakta. Kata itu dua puluh kilo - apa ni, dua puluh tan, you tunjuk fakta. Saya kalau betul ada fakta, saya akan tak kata you menipu. Sekarang you tak boleh tunjuk fakta, you ni memang menipu.
Yang Berhormat.
Puan Yang di-Pertua, saya tadi telah tegaskan. Fakta yang saya perolehi adalah daripada Laporan SWCorp. SWCorp, termasuk CEO telah kerja sampai larut malam. Kesianlah kepada pekerja-pekerja pembersihan kita.
Bila dia timbang?
Saya tak kata Yang Berhormat jadi pengotor. Tapi kita kutuk dan tegur sikap pengotor. Jika YB nak jadi pengotor, biarlah. Itu saja.
Yang mengotor kamu, bukan kita. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pendang, kalau berdiri sekali lagi, sila keluar. Pokok Sena.
Okey. Bismillahirrahmanirrahim. [Ketawa] Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.
8. Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Kesihatan menyatakan, pendirian kementerian terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik dan vape dalam negeri masing- masing.
Terima kasih Timbalan Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Maaf Yang Berhormat Pokok Sena. Assalamualaikum dan salam MADANI Puan Yang di-Pertua. Saya pohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar pada tarikh 31 Julai; Kuala Nerus dan Tasik Gelugor, 6 Ogos; Batu Kawan, 12 Ogos; dan Hulu Terengganu, 18 Ogos; dan juga begitu Yang Berhormat Labis pada 21 Ogos.
Silakan.
Keseluruhannya, Pokok Sena dan enam lagi. Saya pohon untuk diberikan sedikit masa untuk membuat penjelasan ini.
Tak boleh terlalu panjang, ya.
Ya, baik. Terima kasih. Baik. Kementerian Kesihatan mengambil maklum tindakan enam kerajaan negeri. Yakni Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan ataupun memperbaharui lesen penjualan rokok elektronik atau vape. Itu posisinya. Bukan pengharaman vape di negeri-negeri ini, tetapi tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen- lesen penjualan rokok elektronik atau vape. Kementerian menyambut baik keputusan tersebut memandangkan kuasa perlesenan premis perniagaan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), di bawah
kerajaan negeri masing-masing. Pendekatan ini juga sejajar dengan aspirasi untuk melindungi kesihatan awam. Namun begitu, kawalan yang dilaksanakan pada masa ini hanya melibatkan larangan penjualan produk merokok di premis tertentu. Seperti kedai khas dan tidak sebenar-benarnya merangkumi kedai-kedai runcit dan serbaneka yang lain. Ambil perhatian perkara itu. Bagi mencapai kawalan yang lebih menyeluruh, khasnya pengharaman sepenuhnya seperti dibangkitkan soalan oleh YB Kapar ya, pengharaman sepenuhnya terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape ini, penelitian terperinci serta tindakan susulan di peringkat Kerajaan Persekutuan masih diperlukan. Seiring dengan itu, Kementerian Kesihatan sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu ini secara lebih berkesan dan menyeluruh. Ya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pengharaman ini perlu dibuat secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Khasnya aspek perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam. Penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai keberkesanan langkah kawalan sedia ada serta keperluan dasar yang lebih komprehensif dan melindungi kepentingan kesihatan rakyat secara keseluruhan. Mentelahan, kita telah pun menguatkuasakan [Akta 852] Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 itu, Timbalan Yang di-Pertua. Mesyuarat Jawatankuasa Kepakaran Rokok Elektronik atau vape, yang kita tubuhkan, telah diadakan pada 22 Julai 2025 bagi meneliti isu-isu terkait strategi pengawalan vape dan pengukuhan kawalan terhadap rokok, terhadap produk-produk merokok. Ya. Jawatankuasa ini turut mencadangkan kajian penilaian terhadap aspek perundangan, industri, hasil kerajaan, ekonomi dan perlesenan sekiranya penjualan dan penggunaan rokok vape, rokok elektronik atau vape ingin diharamkan. Ya. Susulan itu, Kementerian Kesihatan merancang untuk mengadakan perbincangan terperinci bersama-sama empat kementerian yang lain. Ya, MOF, KPDN, MITI dan juga Jabatan Peguam Negara (AGC). Buat masa ini, Kementerian Kesihatan memberi keutamaan kepada pendekatan kawal selia yang ketat, ya, terhadap produk merokok melalui pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yakni Akta 852, yang merangkumi keperluan antara lainnya, pendaftaran produk, larangan pengiklanan, promosi dan tajaan, kawalan terhadap penjualan, khasnya OBD’s kepada OBD’s serta larangan merokok di tempat kawasan - kawasan larangan merokok, termasuklah penguatkuasaannya dan hukumannya. Melalui pendekatan whole-of-nation, penggemblengan seluruhnya rakyat ya, dan negara, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan antara lainnya operasi penguatkuasaan bersepadu yang dinamakan Operasi Selamat Paru-paru ataupun Ops Selamat Papa. Ops Selamat Papa ini sangat penting Timbalan Yang di-Pertua, bukan hanya untuk menyelamatkan papa-ayah, tetapi Ops Selamat Mama juga. Akibat daripada papa yang merokok,
akhirnya kita dapati sumber, ya - maaf, dari segi faktanya, 2022-2023 daripada kes-kes paru- paru, CA of the lung, dengan izin, 8,091 jumlahnya. Di kalangan kaum lelaki adalah 5,251, kaum wanita 2,840. Jadi, Ops Selamat Papa ini juga akan menyelamatkan mama yang akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Ogos 2025.
Yang Berhormat Menteri.
Operasi ini bertujuan memastikan penguatkuasaan 852 dapat dijalankan secara menyeluruh. Ya, boleh saya teruskan?
Cukup. Yang lain boleh bagi jawapan bertulis.
Enam tambah satu, jadi tujuh soalan yang saya cuba rangkumkan dalam jawapan ini.
Tapi soalan yang sama?
Tidak juga.
Boleh bagi jawapan bertulis?
Tak boleh juga. Kalau boleh, saya…
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, masih lagi banyak soalan yang kena dijawab.
Saya hormati Timbalan Yang di-Pertua, tapi aspek-aspeknya adalah tentang pengharaman, tentang e-dagang, tentang keberkesanan akta dan sebagainya.
Boleh bagi jawapan bertulis?
Boleh. Tak apa, kalau saya dapat satu lagi, satu para lagi.
Tak apa, nanti mungkin soalan tambahan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya perhati, perkara yang berkait dengan rokok, terutamanya rokok elektronik ini. Pertamanya, sudah ada berapa negeri melalui jawatankuasa fatwa negeri telah putuskan pengharaman vape, itu yang pertama. Yang kedua, bila kerajaan-kerajaan negeri sudah mengambil langkah untuk memastikan lesen perniagaan rokok elektronik ini dihentikan. Ini menunjukkan satu sokongan secara tidak langsung untuk kementerian kembali menggubal suatu dasar yang lebih tegas.
Jadi soalan saya, apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula dasar GEG iaitu generasi penamat rokok sebagaimana pada awalnya, bagi memastikan langkah kawalan kesihatan tanpa rokok dan e-rokok dalam kalangan rakyat dapat benar-benar dilaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih Pokok Sena ya, soalan yang sangat baik, saya kira. Kalau Ahli Yang Berhormat ingat ketika kita meluluskan Akta 852 ini, ya, kedudukan GEG ataupun Generational End Game itu tidak dapat kita bawa bersama. Dan saya pernah menyebutkan, andainya yang berlaku dan apabila kita telah mendapat evidence-based dengan kajian yang berterusan, berselanjar, kita akan dapat kembali untuk menilai dan review. Andainya evidence bagi medical dan clinical evidence berkehendakkan kita kembali untuk menimbang ataupun kembali untuk revisit, menziarahi kembali peruntukan GEG itu.
Namun pada saat ini dan ketika kita telah meluluskan, membentang dan meluluskan Akta 852, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, kita mengambil sikap bahawa kita akan mengawal selia segala produk- produk merokok termasuk vape atau e-cigarette dengan kawalan yang sangat ketat. Hari ini kita telah melaksanakannya – bermula 1 Oktober yang lalu dan oleh kerana itu kita mahukan keberkesanan ya, keberkesanan, keberkesanan pengawalan ataupun keberkesanan kuasa yang ada pada Akta 852 ini perlu diperhatikan dahulu...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Antara lainnya kita perhatikan kalau dulunya sebelum pelaksanaan Akta 852, di sana wujud dalam pasaran 3,200 jenama produk merokok, dengan lebih 600 maaf 6800 varian. Hari ini setelah kita laksanakan akta ini, ia telah berkurangan sehingga hanya 390 jenama dengan varian 2,794 ya yang mana kita dapat perhatikan dengan kawalan yang ketat kita telah mahukan tuntut atas mereka berdaftar, kehilangan banyak ya yang mana produk-produk dan varian itu telah tidak ada dalam pasaran. Kita mahu ia tidak juga masuk dalam black market ya . Keduanya, begitu juga hasil penguatkuasaan itu, Timbalan Yang di-Pertua, kita lihat dalam akta penguatkuasaan ini menunjukkan sehingga 30 Jun sebanyak 15,775 operasi telah dilaksanakan dan sebanyak 78,424 notis telah kita keluarkan. Ini adalah komitmen untuk kita melaksanakan 852. Andainya ya hal yang terkait dengan EVALI, contohnya e-cigarette atau dengan izin, e- cigarette lung induced injury dan sebagainya, fakta-fakta itu sedang kita perhatikan. Maka kalaulah ya, ia menuntut supaya kita kembali untuk menziarahi peruntukan EG-EG itu, saya telah
menyatakan bahawa kita akan sedia untuk mempertimbangkannya. Buat dengan sebelum penguatkuasaan itu 852. [Pembesar suara dimatikan] Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Bukan saya yang tutup mic ya. [Ketawa] Bentong.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, tadi saya mendengar bahawa jika banyak penguatkuasaan maka banyak kita dapat kurangkan produk-produk vape tersebut. Jadi, soalan saya adalah adakah kerajaan bercadang secara segera atau serta-merta untuk menghalang ataupun penjualan open system, khususnya kepada isu rokok elektrik ini bagi kita menangani isu dadah dalam vape? Dan juga saya ingin tahu berapa banyak kes yang telah dijumpai dan disiasat berkaitan dengan vape yang dimasukkan dadah? Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bentong, sangat baik soalan itu ya. Kita tahu bahawa ada tiga bentuk ataupun peranti atau device yang digunakan dalam delivery ya, dalam mereka membentuk apa yang ini, vapes atau e- cigarette ini. Pertama adalah dalam bentuknya botol. Botol itulah yang masalah ada yang close tertutup, ada yang open. Yang open system itulah yang terdedah kepada pencemaran, Timbalan Yang di-Pertua ya. Jadi, itu yang akan kita mahu perhatikan untuk kita haramkan segera the open system bottle yang mengendali cecair vape itu. Kedua adalah dengan cara cartridge dan ketiga adalah pod pakai buang ya. Jadi untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Bentong ya, kita sedang – pelaksanaan dari sudut ini memang kita mahukan ianya diberikan penguatkuasaan yang segera bahkan the open system itu mahu kita haramkan dalam waktu yang sesegera. Soalannya tadi adalah apa lagi yang mahu saya sebutkan ya, siasatan ya PDRM. Ya, sebenarnya memang kalau kita, saya ambil sedikit Timbalan Yang di-Pertua, 2024 PDRM daripada ya 64 kertas siasatan tentang dakwaan ya pencemaran ataupun yang dikatakan sebagai dengan izin, adulteration of spiking yang menyuntik apa pun bahan-bahan terlarang. Kita dapati daripada 64 kertas siasatan, 80 peratus mengandungi dadah-dadah yang terlarang ya, yang termasuklah methamphetamine dan synthetic cannabinoids itu ya... [Tidak jelas] Macam marijuana that – the alkaloid is cannabinoids ya. Dan 2025 pula kita sehingga Jun, 58 kertas siasatan dibuka dan hampirnya – hampir 70 peratus mendapati positif bahan-bahan terlarang dalam vapes yang sama ada closed system ataupun open system. Justeru, saya menekankan mustahaknya kami ke arah akhirnya untuk pengharaman vape ini tetapi kita mahu lakukan dengan teliti, dengan ketelitiannya dan kita mahukan penguatkuasaan Akta 852 ini, kawal selia ini untuk kita pastikan keberkesanannya. Sebab kita
tidak mahu sekadar boleh mengharamkan atau sekadar boleh menarik lesen di enam kerajaan negeri itu, tetapi vape ya ataupun e-cigarette masih berleluasa sepertimana yang saya dengar dalam Jawatankuasa Pilihan Khas daripada Kuala Nerus menyebutkan vape masih lagi berleluasa di negeri Terengganu contohnya, walaupun lesen tidak dikeluarkan untuk memberikan izin mereka berniaga vape secara dedicated premis dengan izin, khas untuk dijual vape. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bentong
Saya jemput Tuan Wong Cheng, Subang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan: (a) adakah kementerian akan memperkenalkan satu rangka kerja kebangsaan yang menyeluruh untuk menangani penderaan haiwan terbiar; dan (b) adakah kementerian akan bekerjasama dengan NGO, pihak berkuasa tempatan dan pakar kebajikan haiwan untuk melaksanakan pendekatan yang bersepadu dan komprehensif.
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Pertamanya, saya ingin untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan daripada Sabah yang datang daripada jauh merentas Laut Cina Selatan untuk melawat ke kita di Parlimen Malaysia. Selamat datang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau DVS amat mengambil berat tentang isu penderaan dan pembunuhan haiwan di negara ini khususnya yang berkaitan dengan haiwan terbiar. Berdasarkan laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari tahun 2020 sehingga Jun 2025, sebanyak 1,766 aduan berhubung pengabaian dan penganiayaan haiwan telah disiasat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kes telah berjaya untuk disabitkan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Sehubungan itu, bagi menangani kes-kes penderaan dan pembunuhan haiwan yang berlaku di negara ini, DVS telah membangunkan Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021 hingga 2030. Pelan ini merupakan satu rangka kerja jangka panjang bertujuan untuk memastikan pengurusan haiwan yang dijalankan di negara ini mengikut piawaian kebajikan
haiwan serta memupuk masyarakat di negara ini supaya mempunyai sifat sayang dan ihsan kepada haiwan. Selain itu, KPKM dan DVS juga sentiasa bekerjasama dengan NGO, pihak berkuasa tempatan dan pakar kebajikan haiwan bagi pembangunan berterusan untuk memperkukuhkan kebajikan haiwan. Bagi tujuan tersebut, antara aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya ialah yang pertama, program libat urus Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan pihak berkuasa kerajaan tempatan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu-isu kawalan pembunuhan haiwan dan pengurusan haiwan terbiar. Yang kedua, pengukuhan pengurusan aduan kebajikan dan penganiayaan haiwan melalui sistem My Animal Welfare. Yang ketiga, program kesedaran pendidikan dan promosi kebajikan haiwan kepada semua lapisan masyarakat. Yang keempat, kerjasama dengan pihak media bagi mengawas kini isu-isu terkini berkaitan penderaan, pengabaian dan kebajikan haiwan. Dan yang kelima, pembangunan Pek Sumber Kebajikan Haiwan at Prasekolah dalam bentuk bahan pendidikan untuk memberi kesedaran awal tentang penganiayaan dan kebajikan haiwan sejak dari awal pendidikan kanak-kanak. Sekian dan terima kasih.
Subang.
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya lebih spesifik ya. Saya – pertama, saya gembira dengan ada pelan nasional dan juga langkah- langkah akan diambil. Saya nak tanya spesifik tentang isu garis panduan, boleh tak kita buat satu garis panduan bersama dengan PBT untuk mengurus haiwan terbiar dan juga pandangan Timbalan Menteri tentang isu yang spesifik iaitu program trap, neuter, vaccinate dan return (TNVR)? Boleh tak kita pakai program ini untuk PBT dan Menteri membuat satu garis panduan yang jelas? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Puan Yang di- Pertua. Pada masa ini, Kementerian Pertanian melalui DVS sentiasa bekerjasama dengan KPKT iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membincangkan isu yang berhubung dengan pengurusan haiwan terbiar.
Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di mana jawatankuasa ini dianggotai pegawai- pegawai dari jabatan kerajaan tempatan dan DVS bagi membincangkan perkara khusus berkenaan isu ini sebagai rujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pengurusan haiwan di dalam negara ini. Lembaga Kebajikan Haiwan telah pun mengeluarkan satu garis panduan yang dinamakan Kod Amalan Kebajikan Haiwan untuk Aktiviti Pelupusan Haiwan.
[Menunjukkan senaskhah buku] Ada copy di sini dan saya boleh bagi satu naskhah kepada Yang Berhormat Subang. Ini menjadi rujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pelupusan haiwan termasuk kepada pelupusan haiwan terbiar dengan memberi penekanan kepada piawaian kebajikan haiwan. Sekian dan terima kasih.
Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kementerian merancang untuk mewujudkan satu sistem kawalan populasi haiwan terbiar secara sistematik seperti program Trap Neuter Release (TNR) yang disokong oleh pakar veterinar bagi mengelak kejadian haiwan liar menjadi agresif akibat populasi yang tidak terkawal yang menimbulkan ketidakselesaan penduduk setempat. Dari sudut keselamatan dan kesihatan, termasuklah persekitaran di kaki Gunung Keriang seperti Kampung Gelong Air, Kampung Sungai Baru Gunung dan kampung- kampung yang berada di persekitaran dalam DUN Anak Bukit, Parlimen Kuala Kedah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama berkaitan dengan program Trap Neuter Vaccinate Return. Ini sebenarnya melibatkan libat urus dan juga perbincangan di antara KPKM, DVS dan juga KPKT. Pandangan KPKM adalah kita tidak mengambil TNVR ini sebagai satu dasar disebabkan selepas haiwan itu secara terbiar, dia diberikan vaksin, dia perlu dikembalikan kepada kawasan persekitaran di mana haiwan itu dijumpai, walaupun menjadi haiwan terbiar maka susahlah untuk kita mengawal populasi, tetapi mungkin pandangan KPKM kita boleh menyokong Trap and Rehome Scheme, di mana kita hanya akan mengembalikan haiwan itu sekiranya ada pemilik. Itu satu kaedah untuk kita mengawal populasi. Berkaitan juga untuk pelupusan haiwan terbiar, sekali lagi kita kena merujuk kepada Kod Amalan Kebajikan Haiwan di mana setiap PBT itu bolehlah ada SOP-nya tersendiri dalam mengurus populasi haiwan di bawah kawasan jagaannya. Sekian dan terima kasih.
Saya jemput Datuk Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.
Terima kasih, Tuan Speaker. 20 juta tan sampah berselerak menjadikan Malaysia berpeluh, soalan saya nombor 10.
10. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, keputusan punca letupan paip gas PETRONAS di Putra Heights yang lalu dan apakah jaminan kerajaan bahawa kawasan dan sistem paip gas Malaysia masih lagi selamat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Kuala Langat. Saya mohon keizinan untuk menjawab secara bersekali enam soalan berkaitan status letupan paip gas PETRONAS di Putra Heights, Subang Jaya dan saya memerlukan sedikit masa lebih kerana enam soalan.
Sedikit.
Sedikit. Enam soalan dikemukakan. Soalan daripada Yang Berhormat Kuala Langat bertarikh 28 Julai, Yang Berhormat Maran bertarikh 6 Ogos, Yang Berhormat Petaling Jaya bertarikh 18 Ogos, YB Kepala Batas bertarikh 21 Ogos, YB Shah Alam bertarikh 21 Ogos dan YB Kepong bertarikh 27 Ogos. Terlebih dahulu saya ingin memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan fungsi dan peranan Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA dalam siasatan insiden punca kejadian kebocoran dan kebakaran talian paip gas di Putra Heights, Subang Jaya. KESUMA melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merupakan salah satu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan teknikal bagi tujuan mengenal pasti punca insiden ini berlaku. Siasatan teknikal menjurus kepada siasatan untuk mengenal pasti punca kegagalan paip gas tersebut termasuk bagaimana ia patah dan menyebabkan letupan serta kebakaran. Untuk makluman Dewan yang mulia, JKKP bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah menjalankan siasatan menyeluruh selama hampir tiga bulan. Skop siasatan JKKP KESUMA menjurus kepada peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] dan Akta Petroleum Langkah-langkah Keselamatan tahun 1984. Proses siasatan ini melibatkan pemerhatian visual di lokasi kejadian, pengukuran dan semakan komponen paip gas, pengambilan sampel paip untuk analisis ujian makmal, semakan sistem kawalan dan analisis pengkomputeran. Hasil siasatan mendapati paip gas yang terlibat memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan. Analisis — kedua analisis mendapati paip gas ini patah setelah bahagian sambungan kimpalan mengalami chemical fatigue atau kelesuan mekanikal. Apabila paip gas kekurangan daya sokongan tanah, ia mengalami pergerakan berulang atau cyclic loading seterusnya menyebabkan berlaku fatigue yang tertumpu di bahagian sambungan kimpalan. Paip telah mengalami pergerakan ketara dan tanah disebabkan oleh perubahan fizikal. Keadaan ini turut dipengaruhi oleh pengumpulan air setempat dalam tempoh masa yang lama yang menyebabkan kehilangan sokongan tanah di sekeliling paip. Keempat, di samping itu, aktiviti anthropogenic di sekitar kawasan kejadian yang mengubah topografi asal turut menyumbang kepada ketidakstabilan tanah di mana terdapatan,
kedapatan ia konsisten dengan laporan oleh Jabatan Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Yang Berhormat Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan berkaitan piawaian prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan talian paip gas milik PETRONAS pula. Ingin saya tegaskan di sini bahawa siasatan mendapati tahap keselamatan talian paip gas milik PETRONAS tersebut adalah mengikut standard yang ditetapkan piawaian antarabangsa yang diiktiraf. Berdasarkan langkah yang telah diambil oleh pemeriksaan yang dijalankan oleh JKKP, paip gas di seluruh jajaran Malaysia masih lagi selamat. KESUMA melalui JKKP sentiasa komited memastikan tahap keselamatan yang tinggi, bukan sahaja kepada pekerja malah turut memberi keutamaan kepada keselamatan orang awam. Justeru, JKKP telah menggerakkan pihak operator paip gas supaya segera melaksanakan langkah kawalan dan penambahbaikan bagi memastikan operasi paip gas kekal selamat dan berintegriti tinggi. Antara tindakan yang telah diambil, menjalankan penilaian teknikal paip gas menggunakan teknologi tarikh seperti Geo-pipeline inspection (GOS) dan electromagnetic locator terutama di kawasan berpenduduk padat seperti yang ditetapkan dalam piawaian antarabangsa ASME B31.8. Meningkatkan kekerapan rondaan paip gas, khususnya di kawasan berisiko tinggi dan padat penduduk. Mengemas kini penilaian risiko geotechnical dan sistem saliran di kawasan paip untuk mengenal pasti potensi bahaya awal. Memasang sistem pemantauan masa nyata untuk mengesan sebarang perubahan luar biasa dalam operasi paip. Menambah bilangan peranti pengesan di lokasi kritikal dan pemantauan keselamatan berterusan. Meningkatkan latihan dan kesiapsiagaan kecemasan termasuk mengkaji semula pelan tindakan kecemasan yang sedia ada. Melaksanakan kempen kesedaran keselamatan kepada orang awam supaya masyarakat lebih peka dan dapat melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar paip. Berdasarkan prinsip pengawalseliaan kendiri yang digariskan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP94), adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap terbaik. Sekiranya siasatan didapati berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang yang di kuat kuasa oleh JKKP, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Kuala Langat.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira sehingga kini belum lagi ada satu laporan yang konklusif yang menyebutkan punca dia. Kerana kalau dalam Sidang Dewan Negeri Selangor, kerajaan menyebutkan bahawa akan ada satu jawatankuasa akan dibentuk, diwakili oleh tujuh profesional untuk menyiasat.
Apa yang disebutkan soal tanah longgar dan lembut menjadi punca kepada keretakan, ini adalah penyumbang utama, tetapi dalam laporan itu menyebutkan bahawa punca utama adalah berkaitan disebabkan oleh cyclic loading dan juga perubahan sekitaran yang mana saya kira adalah disebabkan oleh faktor aktiviti yang berada di kawasan itu yang menyebabkan ini berlaku dan ini perlu satu siasatan.
Adakah kerajaan akan melihat bahawa akan tidak dibenarkan di kawasan ataupun reserved kepada paip gas ini untuk sebarang aktiviti? Kerana saya melihat bahawa Koridor Utiliti Selangor dan juga siapa-siapa yang — PBT yang memberi dan juga PETRONAS yang memberikan kelulusan itu adalah sepatutnya bertanggungjawab di atas apa juga aktiviti yang menyebabkan akhirnya berlaku letupan ini. Mungkin Menteri boleh komen. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat sebentar tadi bahawa siasatan telah selesai dan tinggal lagi kita memerlukan beberapa masa yang diperlukan yang seperti saya nyatakan bahawa mempunyai berbagai-bagai agensi. Salah satu yang kita lakukan akan pastikan bahawa sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat, laluan paip PETRONAS ini banyak melibatkan agensi-agensi tertentu di atas kelulusan tersebut. Tetapi kami di bawah Kementerian Sumber Manusia di bawah JKPP, kami menentukan bahawa keadaan tersebut mestilah selamat. Kita ketahui bahawa pipeline ini pipeline PETRONAS yang dibekalkan kepada seluruh masyarakat adalah mempunyai kawasan tumpuan yang kawasannya kepadatan penduduk, sudah pasti zon yang ditetapkan ada bersyarat. Kita dapati bahawa yang berlaku dalam kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bahawa segala pelaksanaan tersebut sewaktu jawapan saya tadi adalah mengikut piawaian standard dunia dan ini berlaku adalah disebabkan oleh bukan aktiviti setempat, pengukuran excavator umpamanya. Tiga line paip utama berada di kawasan tersebut, yang berlaku runtuhan adalah yang di tengah. Kalau mengikut pengiraan, enam meter dalaman. Tidak mungkin excavator itu sampai untuk mengadakan kerja-kerja korekan. Ia berpunca daripada — saya terpaksa menggunakan tangan, Yang Berhormat. [Sambil menunjukkan gerakan jari] Kerana kejatuhan disebabkan ada aliran tanah di bawah, maka dia jatuh dan spark ataupun berlaku pergeseran di mana kebocoran berlaku dan berlaku letupan. Maka dalam hal ini, sudah pastilah masa mendatang ini kita akan lebih teliti untuk pastikan bahawa ia akan dijadikan sebagai panduan kepada kita dalam proses tersebut dan didapati bahawa kerja-kerja pada hari ini sedang membuat kerja-kerja penggantian sedang dilakukan. Kita menentukan perkara tersebut supaya kontraktor yang melakukan pembaikan
tersebut mengikut piawaian antarabangsa tersebut. Yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa...
Ringkaskan jawapan. Ringkaskan jawapan.
...Okey, baik. Terima kasih. Sudah pastilah kita akan melakukan dan sedang sebagaimana juga jawapan di Dewan Negeri Selangor, sedang dalam usaha mengumpulkan segala maklumat dan segala bentuk-bentuk bantuan yang akan diteruskan lagi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Saya bagi Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang cukup terperinci. Saya terpanggil untuk bangun kerana yang pertamanya, saya juga mengajukan soalan. Yang keduanya, kerana kawasan kediaman yang saya tinggal ini juga adalah berhampiran dengan jajaran...
Terus kepada soalan, masa sudah tamat.
Murphy’s Law mengatakan bahawa anything that can go wrong will go wrong, ya. Jadi maknanya, perkara yang boleh berlaku kesilapan akan berlaku kesilapan. Jadi, tugas kita sebagai pengawal selia, manusia inilah memastikan kita mengurangkan damage kepada kemusnahan harta awam ataupun jiwa. Persoalan saya ialah berkenaan dengan kawasan perumahan yang berstrata iaitu pangsapuri dan sebagainya yang berkedudukan berhampiran dengan jajaran ini, apakah langkah-langkah yang mungkin perlu dilakukan ataupun sedang dirancang oleh kementerian untuk memastikan jika berlaku kemalangan seumpama ini, dianya tidak menyebabkan kemusnahan ataupun kemalangan jiwa? Sebab yang berlaku sebelum ini adalah di bawah, landed houses. Jadi, dia orang boleh lari, terjun sungai dan sebagainya. Tetapi kalau berlaku kepada rumah berstrata, di kawasan tinggi, saya tak boleh imagine apa yang akan berlaku kepada penduduk yang berada di kawasan perumahan tersebut. Jadi, kita nak pastikan bahawa kawasan-kawasan yang berstrata ini, yang berhampiran dengan jajaran ini ada langkah-langkah daripada pihak kerajaan untuk memastikan meminimumkan kalau ada berlaku kemalangan seumpama ini. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Shah Alam. Apa yang dibangkitkan oleh Shah Alam sebentar tadi bahawa kerajaan sentiasa serius dalam hal tersebut. Sebab itu saya katakan tadi bahawa piawaian standard adalah standard antarabangsa yang kita lakukan. Sudah pastilah kita akan mengambil langkah keselamatan untuk menjaga rakyat dan harta benda.
Semasa saya di Kementerian Kerja Raya, pernah juga kita — saya nak menceritakan gambaran ya, di KKR. Pernah paip air ini...
Ringkaskan jawapan ya.
...Ya, ya. Saya cuba sebenarnya, tapi kalau dalam kes ini, memang dah satu dunia tahu, terpaksa satu dunia saya bagi tahu juga sebenarnya. [Ketawa]
Tak apa, jawapan bertulis pun boleh.
Berlaku di bawah highway pun ada pipeline seperti ini. Ini sebenarnya kita mengambil kepentingan dan ini masih dalam siasatan sebenarnya untuk menambah baik dari segi pastikan langkah kawalan, pemulihan, dan pencegahan dilaksanakan bagi secara menyeluruh. Kerajaan akan memberi jaminan bahawa dari kementerian kami, memastikan bahawa kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya perkara-perkara kita dapati kesilapan daripada yang melaksanakan projek tersebut. Insya-Allah, kita mengambil pandangan segala semua pihak dalam hal ini. Terima kasih ,Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025, Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 seperti yang di Nombor 1 hingga Nombor 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 29 Julai 2025.” Terima kasih.
Mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan termasuk akses kepada mahkamah oleh wakil asing dan perkhidmatan asing, pengiktirafan prosedur asing, pemberian relif berhubung dengan pengiktirafan prosedur asing, kerjasama dengan mahkamah asing dan wakil asing, penyelarasan prosiding serentak dan perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan Wong Kah Woh]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG FI (FERI PENGKALAN KUBOR) (PENGESAHAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Datuk Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 adalah bertujuan untuk mengesahkan kutipan fi perkhidmatan feri di Terminal Feri Pengkalan Kubor, Kelantan yang telah dikutip bermula 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024, tetapi tidak diwartakan di bawah Akta Fi 1951.
Untuk makluman, perkhidmatan feri Pengkalan Kubor–Takbai mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1990 hasil memorandum persefahaman antara Malaysia dan Thailand yang ditandatangani di Hatyai. Kadar fi permulaan yang dikenakan telah diwartakan di bawah seksyen 3 Akta Fi 1991 melalui Perintah Fi 1990 pada 1 April 1990. Kemudian, berdasarkan mesyuarat Joint Management Committee (JMC) pada tahun 1998, kadar fi baharu telah diluluskan dan mula berkuat kuasa oleh kedua-dua negara pada 1 Januari 1999. [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Mesyuarat] Selanjutnya, pada 6 Ogos 2020, Jabatan Kerja Raya Feri Pengkalan Kubor di bawah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah membuat permohonan pelarasan harga tiket feri Malaysia dan feri Thailand berdasarkan Mesyuarat Pelarasan Harga Tiket Feri Seri Tanjong, JKR Feri Pengkalan Kubor yang telah diadakan pada 17 Julai 2019. Pada 6 Oktober 2022, KKR telah dimaklumkan bahawa Presiden Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Narathiwat, Thailand telah bersetuju dengan permohonan pelarasan harga tiket berkenaan dan mengangkat permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan kelulusan. Walau bagaimanapun, Pejabat Penasihat Undang-undang KKR mendapati pindaan kadar fi yang bermula pada 1 Januari 1999 ini perlu diwartakan. Pihak Jabatan Peguam Negara berpandangan berdasarkan Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan, tiada cukai atau kadar levi boleh dikenakan atau bagi maksud Persekutuan kecuali melalui atau di bawah kuasa undang-undang. Oleh itu, kutipan fi yang dikutip mulai 1 Januari 1999 itu, selepas kadar itu dinaikkan, perlu disahkan melalui satu rang undang-undang pengesahan yang hendaklah dibentang dan dilulus oleh Parlimen. Rang undang-undang ini bukan sahaja bertujuan mengabsahkan kutipan fi terdahulu tetapi juga bertujuan memastikan
pematuhan undang-undang, mengurangkan liabiliti kewangan kerajaan, memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti. Perkhidmatan feri ini juga kekal relevan sebagai laluan utama rentas sempadan bagi penduduk Malaysia dan Thailand, terutamanya sebelum jambatan dibina. Rekod menunjukkan lebih 100,000 pengguna mengguna feri ini setiap tahun sebelum COVID merentas pelbagai kategori dari pejalan kaki, motosikal, kenderaan berat dan kargo. Namun, kos penyelenggaraan feri terus meningkat. Misalnya, kos setahun penyelenggaraan mencecah RM1.6 juta pada tahun 2019 sedangkan pungutan hasil jauh lebih rendah. Ini menunjukkan beban kewangan ditanggung oleh kerajaan tanpa pewartaan yang sah sebelum ini. Selain pengesahan kadar lama, kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar fi baharu mulai 1 Januari 2025 seperti berikut ― penumpang dari 60 sen kepada RM1; kereta daripada RM5 kepada RM8; lori 10 tayar dari RM10 kepada RM13; dan lain-lain kategori turut diselaraskan. Kenaikan ini disandarkan kepada peningkatan kos operasi, harga diesel pasaran, kos alat ganti feri serta kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya. Kajian keputusan pelanggan juga menunjukkan penerimaan yang positif. Indeks kepuasan melebihi 85 peratus sejak tahun 2018 menunjukkan bahawa rakyat menyambut baik usaha kerajaan memperbaiki perkhidmatan ini. Susulan kelulusan dasar oleh Jemaah Menteri, perintah fi baharu bagi 2025 telah ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan pada 24 Disember 2024. Selain itu, usaha sedang dijalankan bersama Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Malaysia untuk memperkemas kawal selia dan pengurusan sektor feri termasuk penyaluran subsidi bahan bakar, peralihan pentadbiran kepada agensi lebih baik, lebih sesuai, penggunaan sistem tiket elektronik serta penubuhan Taskforce Feri Pengkalan Kubor yang akan menilai semula struktur tambang dan tadbir urus secara menyeluruh. Datuk Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati, pengesahan akta ini akan memperkukuh sistem tadbir urus kewangan kerajaan, menghormati prinsip keluhuran Perlembagaan, menzahirkan komitmen kerajaan. Datuk Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati, Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 melibatkan pengesahan pungutan fi berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dan Takbai. Fasal 1 mengandungi “tajuk ringkas” akta. Fasal 2 bertujuan untuk mengesahkan fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Kerja Raya dan telah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dengan perkhidmatan feri yang berkaitan. Fasal 2 juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai
Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang telah dikenakan atau dipungut semasa tempoh mulai 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024. Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, rang undang-undang ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Ke-15 Bilangan 5 Tahun 2025 pada 24 Julai 2025. Kementerian Kerja Raya amat menghargai segala komitmen, saranan serta teguran yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa persidangan jawatankuasa berkenaan. Segala pandangan dan cadangan tersebut telah diperhalusi dengan teliti oleh pihak kementerian bagi tujuan penambahbaikan rang undang- undang ini secara bersama. Justeru, saya berharap Ahli Dewan Rakyat sekalian dapat memberikan pertimbangan sewajarnya serta bersama-sama mengesahkan rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand yang ditadbir dan dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia semasa tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2024. Saya ada senarai pembahas ― empat orang. Saya akan bacakan senarai tersebut dan setiap pembahas akan diberikan masa lima minit. Pertamanya ialah Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Machang sebagai pembahas yang terakhir. Jadi, sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Tumpat. Lima minit, Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kerajaan kerana membentangkan rang undang-undang untuk Akta Fi bagi Feri Pengkalan Kubor (Pengesahan) 2025 yang kita bentangkan pada hari ini. Yang kita bahaskan ialah bukan berkenaan hanya berkenaan dengan tambang. Tambang yang dinaikkan dan yang nak disahkan ini adalah membabitkan jumlah 10 sen sahaja, tapi bukan 10 sen atau 40 sen yang menjadi isu tetapi kita melihat dari segi accountability. Kita berharap agar perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang kerana walaupun nampak 10 sen,
ia nya mungkin memakan ataupun telah pun menelan belanja ataupun kutipan melebihi RM1 juta bagi melibatkan masa melebihi 20 tahun. Jadi, dalam hal ini, kita mengharapkan bila berlaku satu pindaan, satu pengesahan, ia nya tidak akan menjadi SOP pada masa depan. Dan dari segi feri yang kita bincangkan di sini ialah feri di Pengkalan Kubor. Soalnya, kenapa ada feri di Pengkalan Kubor? Berapa luas sungai di Pengkalan Kubor ke Takbai? Sungai Pengkalan Kubor-Takbai ini luasnya hanyalah 400 meter persegi ― meter sahaja. Dan dalam kes ini, dia telah pun guna feri sejak 70 tahun yang lepas. Lama dah guna feri. Dan, siapa naik feri? Tadi dia sebut lebih daripada 100,000 ketika sebelum COVID. Apa kesan bila feri ada, apa kesan bila feri tak ada? Dalam hal ini, nak naik feri itu, feri melintas lima hingga 10 minit, tetapi nak naik feri setengah jam, nak turun feri setengah jam. Jadi, sekarang ini bila harga tambang naik, kita naikkan sejajar dengan keperluan ― kerana tadi dimaklumkan bahawa jumlah untuk maintenance pun RM1.6 juta setahun, kadang-kadang jauh melebihi daripada kutipan. Apakah isu yang kita nak bawa di sini? Isunya ialah kepentingan rakyat. Berapa ramai rakyat yang terlibat? Adakah ini menyambungkan antara Kelantan dengan Thailand ataupun Malaysia dengan Thailand? Apa peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk menghubungkan dua negara? Dan bagaimana, sekiranya feri tak dapat bergerak, ia nya akan mengendalakan dan menangguhkan banyak perkara. Saya suka nak sebut bahawa feri di Tumpat ataupun di Pengkalan Kubor ini merupakan feri yang terakhir di sungai yang paling hujung daripada Semenanjung Malaysia. Kita nak tengok apakah perbezaan di antara sempadan di hujung Malaysia di sebelah sini dengan sempadan di hujung Malaysia di sebelah sana. Kalau di Johor, kita ada Tambak Johor. Di sebelah Sungai Golok, kita ada jambatan Rantau Panjang. Di Pengkalan Kubor, langsung tidak ada sebarang jambatan. Jadi, the only option yang ada hanyalah feri. Jadi, dalam hal ini, sebelum ini kita ada feri lama, 34 tahun, baru sekali ini ditukar. Dan kita faham bila ia nya ditukar, ia nya membawa teknologi baharu. Soalnya, walaupun teknologi baru, kita dapati banyak juga terpaksa ditangguhkan perjalanan kerana perlu kepada semakan, perlu pada check defect, perlu pada pemeriksaan berkala dan ia menyebabkan perjalanan juga tertangguh kerana dia memakai teknologi yang baharu. Soalnya, adakah selepas defect ini, penyerahan sepenuhnya feri ini, siapa yang akan menanggung kos-kos ini pula? Kerana kita tahu bahawa orang yang akan menyelenggara ini datang daripada Ipoh, Perak. Ia nya akan makan masa dan saya kira ini bukan perkara yang solusi terakhir kepada warga Pengkalan Kubor dan juga warga Tumpat dan juga orang Malaysia.
Jadi, kita nak tahu sekarang kenapa ia nya feri ini masih lagi berada di bawah JKR bukan MOT. Adakah dia ingat perkara disebutkan sebahagian daripada perubahan yang perlu dibuat oleh pihak agensi kerajaan. Dan, kita nak tahu juga dari segi signifikan kalaulah feri ini kita benarkan berjalan, lancar tetapi bilakah janji daripada PM yang ketujuh, PM yang kesembilan dan dimasukkan dalam Belanjawan MADANI 2025 bahawa akan ada Jambatan Pengkalan Kubor-Takbai dan kita dimaklumkan bahawa akan ada hasil kajian awal yang telah pun siap di meja ataupun dalam pengetahuan JKR tentang bilakah akan dimulakan projek ini. Kerana kita dah ― saya dah tanya dengan pihak JKR dimaklumkan bahawa keluasan jambatan ini hanyalah 5.5 kilometer di mana 1.5 kilometer berada dalam kawasan Malaysia, empat kilometer berada dalam kawasan Thailand. Jadi, kita kena ingat bahawa kesan daripada feri ini sama ada finya murah ataupun mahal ia akan membabitkan paling tidak satu kawasan yang namanya Zon Bebas Cukai yang membabitkan 150 lot kedai, yang membabitkan 390 orang keluarga pekedai dan juga pembantu kedai yang sebelum COVID, perjalanan yang berlaku pendapatan mereka antara RM100 hingga RM500,000 setahun, tapi selepas COVID, bila aktiviti dan masalah feri dan sebagainya pendapatan sekarang sangat berkurang menjadi RM50,000 hingga RM200,000 sahaja maksimum. Jadi, sekarang ini kita melihat dari segi impak ekonomi bagaimana nak sambungkan di antara Semenanjung Malaysia dengan Thailand sampai ke Indochina yang sebenarnya perlu. Sebab sebelum ini kita lihat ada perancangan kerajaan untuk sambungkan sampai LPT3, untuk sambungkan ECRL, tapi hari ini sekalinya berhenti di Kota Bharu. Jadi, kenapakah kawasan ini menjadi kawasan yang diabaikan, ditinggalkan? Dan sekiranya ― saya tidak menolak kepentingan untuk membuat jambatan di Rantau Panjang tetapi mesti ada perancangan kerana kalau di sebelah utara kita ada di Padang Besar, kita ada di Bukit Kayu Hitam. Kenapa di sini hanya di Rantau Panjang, tidak ada di Pengkalan Kubor sedangkan kawasan yang kita perlu liputi hanyalah 1.5 kilometer sahaja. Perkara ini sangat perlu kerana ia akan memberikan spill of effect banyak kepada rakyat dari sudut perikanan, keselamatan, ekonomi, silaturahim antara dua negara. Dan kita lihat hari ini akibat berlaku ketidakseimbangan daripada sudut perjalanan ini, aktiviti perikanan di Pengkalan Kubor dari segi maritim, dari segi LKIM telah pun hampir terhenti. Dan yang saya nyatakan ini bukan pendapat kita seorang tapi ini merupakan hasil suara hati dan hak 200,000 penduduk di Tumpat di kawasan antara Parlimen paling padat di Kelantan. Dan kita mengharapkan ia nya menjadi satu simbol dan jawapan kepada Malaysia menjadi Pengerusi
ASEAN agar jawapan pada hari ini akan memberikan masa dan juga harapan yang lebih tinggi kepada rakyat bahawa ia nya dapat disiapkan dengan segera. Dan feri ini hanya menjadi batu loncatan sahaja untuk kita merapatkan hubungan silaturahim. Saya juga mengharapkan agar nama feri ini diubah sebaik sahaja selesai waktu defect supaya tidak mengelirukan masyarakat dari segi nama yang terpapar di badan feri. Dan sebelum saya akhiri, saya nak beri sedikit pantun kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pergi ke Takbai dengan feri, Pulang nanti membawah buah; Kalau dibina jambatan ini, Insya-Allah masalah AKPS lintas sempadan pasti lagi lebih mudah. Doa dipohon di pagi hening, Feri bergerak moga dilancar, Sekalian lama jambatan ter-pending, Warga Tumpat berharap kali ini ia nya akan bersinar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis. Lima minit Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Fi Feri Pengkalan Kubor (Pengesahan) 2025. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, RUU ini telah dibentang dan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi pada 24 Julai yang lepas. Saya ingin menyatakan bahawa saya menyokong penuh RUU ini kerana ia bukan sahaja menyelesaikan isu perundangan dan teknikal yang telah berlarutan sekian lama malah membawa pencerahan terhadap pengurusan hasil negara serta memberi perlindungan undang- undang kepada kutipan fi feri yang telah dilakukan oleh kerajaan sejak lebih dua dekad yang lalu. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada kronologi dan latar belakang mengenai isu ini. Berdasarkan taklimat pembentangan yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya, kutipan fi di Pengkalan Kubor telah bermula secara sah sejak tahun 1990 melalui pewartaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Namun, selepas pindaan undang-undang pada tahun 1999 yang menyenaraikan fi tersebut di bawah Akta Fi 1951, tiada pewartaan semula dibuat menyebabkan kutipan fi dari Januari tahun 1999 hingga Disember 2024 tidak selari dengan keperluan undang-undang. Justeru, RUU ini adalah satu usaha untuk mengesahkan semula secara retrospektif kutipan fi yang telah dibuat dan memastikan tiada lagi ketidakpatuhan undang-undang berlaku
pada masa hadapan. Ia memperlihatkan satu pendekatan tanggungjawab fiskal dan tadbir urus yang telus daripada pihak Kerajaan MADANI. Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang perbezaan kadar fi yang telah ditetapkan pada tahun 1990, 1999 dan kadar semasa yang dicadangkan untuk tahun 2025. Kadar ini telah melalui penyesuaian secara berkala mengikut keperluan semasa, kos operasi dan penyelenggaraan. Namun, ia masih berada pada kadar yang sangat berpatutan. Kita tidak bercakap tentang kenaikan fi secara mendadak ataupun membebankan rakyat, sebaliknya satu bentuk pemantapan sistem fi yang lebih berakauntabiliti dan sah di sisi undang-undang. Dari sudut hasil Kerajaan Persekutuan saya dimaklumkan bahawa kutipan fi di Pengkalan Kubor sejak tahun 1999 hingga kini melibatkan jumlah mencecah hingga jutaan ringgit. Namun begitu, saya dimaklumkan bahawa kos sebenar pengoperasian perkhidmatan feri setiap tahun adalah jauh lebih tinggi daripada hasil kutipan fi yang diperolehi. Maka Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya sebenarnya terus menanggung sebahagian besar daripada kos operasi ini demi memastikan perkhidmatan awam ini kekal berjalan dan dapat dinikmati oleh rakyat tempatan. Dalam masa yang sama saya ingin menyarankan agar penyelenggaraan teknikal bagi kemudahan feri ini dibuat secara berkala, secara berjadual dengan pemantauan rapi dari masa ke semasa. Perkhidmatan feri adalah nadi penghubung kepada masyarakat setempat dan sebarang kelewatan atau kerosakan boleh memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan seperti kelancaran pergerakan rakyat. Justeru, keutamaan harus diberikan kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan dan ketahanan aset-aset berkaitan feri. Sebagai Ahli Parlimen dari kawasan yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan feri ya — Tanjong Manis banyak feri, untuk menyeberang sungai saya amat memahami pentingnya keperluan perkhidmatan feri dan infrastruktur sokongan lain kepada rakyat di kawasan yang memerlukannya. Kita mahu perkhidmatan yang selamat, berkualiti, mengikut jadual dan dibiayai melalui sistem kutipan fi yang berpatutan. YB Yang di-Pertua sebagai penutup saya sekali lagi menyokong penuh RUU ini dan berharap ia dapat diluluskan dengan sebulat suara oleh Dewan yang mulia ini. Ia bukan sahaja menyelesaikan kelompongan undang-undang malah memperkukuhkan integriti pentadbiran kewangan negara. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang. Lima minit YB.
Ya. Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Fi Feri Pengkalan Kubor (Pengesahan) 2025 yang mana kita mengharapkan RUU ini tidak hanya semata-mata menjadi alat untuk menambah pendapatan kerajaan semata-mata tetapi berpaksikan keadilan kepada rakyat, kecekapan kepada perkhidmatan dan keselamatan kepada pengguna. Dan kita berterima kasih di atas inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk melihat, untuk keperluan rakyat di Pengkalan Kubor untuk memastikan supaya kedua – rakyat kedua-dua negara ini mendapat perkhidmatan yang lebih baik. Saya juga amat menyokong RUU ini dan mengharapkan supaya dengan RUU ini dapat menambahkan lagi kecekapan dari sudut perkhidmatan feri. Sepatutnya perkara ini dilihat lebih awal lagi sebelum ini. Apa yang kita inginkan ialah supaya ketelusan dari sudut kutipan fi itu supaya tidak ada berlaku salah guna kuasa dan sebagainya. Begitu juga subsidi kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Sebab kita tahu di antara pengguna utama adalah golongan B40, golongan nelayan, pelajar-pelajar sekolah. Mereka ini ada di kalangan mereka pekerja-pekerja tetap yang bekerja antara dua negara.
Jadi, perkara ini perlu dilihat supaya mereka diberi diskaun khas, terutama para pelajar supaya dapat keistimewaan dari sudut tambang feri ini. Dan saya ingin tahu, apakah inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan memastikan perkara ini dapat sama-sama kita lihat untuk kebajikan rakyat yang menggunakan feri ini setiap hari. Yang kedua ialah dari sudut bayaran, sistem bayaran. Apakah cara sistem bayaran yang dibuat untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dan memudahkan lagi transaksi? Begitu juga tentang pembinaan jambatan, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi. Saya sangat mengalu-alukan supaya disegerakan pembinaan jambatan rentas antara Sungai Golok dan Takbai sebab kawasan itu bukannya luas. Kalau di Rantau Panjang, boleh dibina Jambatan Muhibbah kedua, maka di Takbai menghubung dengan Pengkalan Kubor juga sangat perlu disegerakan pembinaan jambatan rentas yang menghubung antara dua negara. Dan saya juga ingin menekankan supaya pembangunan Zon Ekonomi Sempadan ini disegerakan. Sebab kita melihat hasil daripada — kita lihat suasana yang ada di sebelah negara Thai termasuk juga di Golok, di kawasan saya juga. Jauh ketinggalan negeri kita, negara kita. Jadi, saya ingin supaya kerajaan memberi inisiatif yang khas termasuk juga pembinaan stesen ECRL yang menyambung antara Malaysia dengan Thailand melalui sama ada Pengkalan Kubor dengan Takbai ataupun Rantau Panjang dengan Golok sebab ini amat penting dalam pembinaan ekonomi sempadan. Jadi, saya harapkan perkara ini diberi perhatian untuk menambahbaikkan lagi dari sudut perkhidmatan pengangkutan negara kita dan yang paling penting adalah pengangkutan yang
diberi ini pengangkutan yang benar-benar selamat untuk rakyat dalam kita sama-sama membina negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Seterusnya pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Machang. Lima minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mewakili rakyat Kelantan ingin menyokong rang undang-undang ini yang sebenarnya bukan sahaja bercakap, menyentuh berkenaan fi, sebaliknya ia nya juga memberi satu legitimasi kepada tindakan pentadbiran yang selama ini membantu melicinkan hubungan rentas sempadan dan mobiliti rakyat. Lebih penting, pemungutan fi ini di kawasan sempadan juga merupakan manifestasi kedaulatan wilayah dan kuasa perundangan Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan berkaitan sempadan, pengangkutan dan hubungan antarabangsa. Sebagai wakil rakyat Kelantan, saya ingin mengangkat prinsip Salus populi suprema lex bahawa kebajikan rakyat adalah undang-undang tertinggi. Sudah tiba masanya pembangunan di kawasan sempadan Pengkalan Kubor-Takbai tidak hanya dilihat dari sudut perkhidmatan feri semata-mata, tetapi sebagai pemangkin kepada ekosistem pembangunan ekonomi rentas sempadan yang mampan. Ini membuktikan bahawa laluan ini telah lama berfungsi sebagai pintu masuk penting antara dua negara. Namun, persoalannya, apakah nilai tambah ekonomi yang telah dihasilkan untuk rakyat Kelantan? Umum diketahui, pada tahun lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah bertitah sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda, menekan keperluan mempercepat pembangunan prasarana dan ekonomi di kawasan sempadan, khususnya di Tumpat dan jajahan berdekatan. Titah Baginda menzahirkan harapan agar negeri Kelantan tidak terus menjadi wilayah transit, tapi mampu bangkit sebagai gerbang perdagangan serantau dan hab pelaburan halal serta logistik. Saya teringat dengan apa yang Almarhum Tun Daim Zainuddin pernah bercerita kepada saya. Beliau antara negarawan yang telah banyak berfikir dan cuba membantu merealisasikan visi rakyat Kelantan menjadi sebuah hab ekonomi yang menghubungkan Malaysia dan Indo- China. Sebenarnya, dalam Perikatan Nasional, kita ada banyak pakar-pakar. Sepertimana yang Ketua Pembangkang perkatakan, “We have enough flying hours” dengan izin, untuk membangunkan negeri-negeri Melayu yang ketinggalan khususnya SG4. Syaratnya, perlu ada honesty and sincerity, dengan izin antara Kerajaan Persekutuan dengan kita supaya penglibatan, wishlist kami dihormati dan dibincangkan dengan matang.
Dan saya yakin dengan menyokongnya rang undang-undang ini, kita akan buka peluang lebih banyak untuk kerjasama strategik antara kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan dalam membangunkan wilayah-wilayah yang ketinggalan akibat politics of patronage, dengan izin yang diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional puluhan tahun dahulu. Jadi, Kelantan antara mangsa yang masih lagi perlu dibantu. Dan untuk ekonomi masa depan, kita sudah melihat bagaimana BRI- Belt and Road Initiative yang mana ECRL adalah sebahagian daripada pakejnya telah membuka peluang yang lebih besar untuk Malaysia masuk dalam wilayah ekonomi yang lebih besar yang mana Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis antara pemangkin-pemangkin penjanaan kekayaan wilayah ekonomi masa depan Malaysia. Jadi, saya sarankan yang Kerajaan Persekutuan memikirkan bukan sekadar kita meluluskan rang undang-undang ini melibatkan fi feri, tetapi juga sebagai titik permulaan kepada keikhlasan untuk membuka lembaran baru pembangunan negeri Kelantan menjadi sebuah wilayah ekonomi yang berdaya saing. ECRL adalah salah satu infrastruktur yang penting untuk kita jadikan teras pemangkin kepada pembangunan ekonomi sempadan yang ada disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Tumpat dan Rantau Panjang. Dua-dua ini kampung sayalah. Dan tak ketinggalan juga Machang. Machang di bawah pentadbiran Yang Berhormat Pagoh, ketika mana kami memerintah dahulu telah pun meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, membangunkan Machang menjadi hab logistik yang mana kita ada Taman Perindustrian IBS di Labok. That was a very visionary plan, yang mana kita ingin bangunkan Kelantan menjadi pintu gerbang pembangunan industri yang menghubungkan ekonomi di sebelah utara. Jadi, kita harap dalam membangunkan, meluluskan rang undang-undang ini, pelan pembangunan strategik wilayah-wilayah yang saya sebutkan tadi tidak terabai dan saya yakin, nikmat yang dapat kita jana melalui pelan-pelan sebegini akan turut dikongsi bersama oleh Kerajaan Persekutuan, tak kira parti mana yang memerintah. Yang penting, rakyat Kelantan menang, rakyat Kedah menang, rakyat Terengganu menang, rakyat Perlis menang dan seluruh rakyat Malaysia menang. Jadi, insya-Allah saya yakin dan dengan rendah diri, saya menyokong rang undang- undang ini dan saya minta rang undang-undang ini disusuli dengan satu pelan pembangunan sempadan nasional merangkumi pelan induk pembangunan sempadan Kelantan-Thailand dan juga penubuhan Zon Ekonomi Khas rentas sempadan di Pengkalan Kubor yang mendapat insentif cukai dan pelaburan. Insya-Allah, Yang Berhormat Senator Saifuddin Nasution mencabar kita semua di blok ini, minggu depan suruh bahasa Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kita akan bahas dan tunjuk kepada rakyat, Perikatan Nasional bukan sembang kosong, we are government innovating. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Baiklah itu sahaja pembahas-pembahas yang disenaraikan. Seterusnya saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selama tujuh minit. Yang Berhormat Menteri, boleh ya?
Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Parlimen Tumpat, Tanjong Manis, Rantau Panjang dan juga Machang. Ahli Parlimen Tumpat menyatakan bahawa dalam Kepengerusian ASEAN ini tentunya perkara yang penting tentang jambatan. Begitu juga Rantau Panjang, meminta tentang pembinaan jambatan. Tapi sebelum itu saya nak balas pantun daripada Tumpat. Pantun berbunyi begini; Hari petang, senja yang pasti, Di tepi bukit kawasan Takbai; Jambatan Pengkalan Kubor yang dinanti, Jika ada bajet semua selesai.
[Dewan riuh]
Mengenai jambatan ini, saya kira eloklah saya nyatakan apa yang sedang dirancang. Kementerian Ekonomi sebenarnya telah meluluskan kerja awalan pembinaan jalan dan jambatan baharu menghubungkan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan ke Takbai, Narathiwat pada tahun 2023 dalam Rolling Plan Tiga (RP3) Rancangan Malaysia Kedua Belas. Berikut adalah maklumat kajian awalan projek tersebut. Kos siling diluluskan RM8 juta. Skop kerja awalan kajian trafik TIA dengan izin, traffic impact assessment. Kemudian, juga dibuat dengan izin, initial environment and social impact evaluation (IESIE). Seterusnya, reka bentuk konsep, kerja ukur tanah, kerja siasatan tapak, SI iaitu site investigation dan reka bentuk awalan.
Kerja awalan ini melibatkan sebagaimana yang saya sebut tadi dan Jabatan Kerja Raya selaku agensi pelaksana dalam peringkat pelaksanaan kerja awalan. Status terkini adalah dalam peringkat reka bentuk awalan dan pelaksanaan kerja siasatan tanah dan juga kerja siasatan tapak dijangka selesai pada Disember 2025. Pelaksanaan kajian trafik dan kajian penilaian impak alam sekitar dan sosial telah selesai. Oleh itu, keseluruhan skop kerja awalan termasuk reka bentuk jalan dan jambatan dijangka selesai pada awal 2026. Kerja pembinaan sebenar bagi pembinaan ini akan dirancang dan diangkat semula kepada agensi pusat setelah tamat kerja awalan. Kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan dan kita akan tunggu nanti apabila kita mohonkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 melalui dua kementerian — tiga kementerian, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk kita mendapatkan bajet yang sebenar. Oleh itu, saya tidak boleh
nak sebut bahawa ia suatu yang pasti tetapi yang telah pasti ialah kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan. Saya harap ia dapat, kata orang itu menjawab sebahagian daripada apa yang telah dinyatakan oleh Tumpat dan juga Rantau Panjang. Kita tahu juga apa yang berlaku selepas COVID-19, tidaklah seramai mana sebelum COVID-19 yang melalui feri yang berkaitan. Kos feri lebih kurang RM9 juta. Saya yang melancarkan feri itu daripada, daripada apa ini, Perak iaitu Lumut, ya. Feri itu saya lancarkan, kemudian feri bergerak dan sekarang ini telah ada feri baru. Sebelum ini dalam tempoh sepanjangan tahun 1990 itu dah tiga kali Kerajaan Thailand menukar feri, kita baru sekali menukar feri dan kos itu tentunya ditanggung oleh Kementerian Kewangan untuk pembinaan feri baru. Penyelenggaraannya juga akan ditanggung oleh kerajaan. Adakah perkara feri ini terus-terusan akan diurus oleh JKR? JKR Ini jaga bangunan, jaga jalan, jaga feri ini di Semenanjung agak kurang berlaku tapi selalunya berlaku di Sarawak. Ada — kita menjaga feri di Sarawak, JKR menjaga feri di Sarawak. Usaha sedang kita jalankan bersama Kementerian Pengangkutan untuk memperkemaskini pengurusan sektor feri termasuk penubuhan Task Force Feri Feri Pengkalan Kubor yang akan melihat semula tadbir urus secara menyeluruh. Mesyuarat Task Force pertama telah diadakan pada 17 Mac 2025 yang dihadiri oleh MOT, KKR, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen Malaysia, MAQIS, Jabatan Kastam dan JPJ untuk kita melihat bagaimana kita boleh memperbaiki sama ada selepas ini akan terus diurus oleh JKR. Kita tunggu apakah keputusan Kabinet seterusnya. Setakat ini masih lagi JKR. Belum kita pindahkan kepada MOT. Satu lagi yang disebut untuk mengubah nama feri. Sekarang ini nama feri itu ialah Sri Tanjung, Pelabuhan Klang. Kenapa kita letak Pelabuhan Klang di situ? Kerana lesen, lesen dikeluarkan oleh Pelabuhan Klang. Yang mengeluarkan lesen ini Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Jadi, lesen itu kena letak di nama feri. Saya tadi berbincang dengan pegawai-pegawai agar jika boleh ya feri nama Sri Tanjung. Seri Tanjung itu nama Tumpat yang lama, dalam kurungan kecil letaklah Pelabuhan Klang tapi tulisan yang lebih besar ialah Pengkalan Kubor, Feri Pengkalan Kubor, dalam kurungan di tengah-tengah...
Terima kasih YB.
Ya. Dalam kurungan di tengah-tengah itu nama, apa ini Pelabuhan Klang, untuk memenuhi syarat lesen. Saya harap ia boleh dilaksanakan dan saya minta pegawai-pegawai untuk menguruskan dengan pihak-pihak yang berkaitan. Jika tidak dia rasa lain, ya, orang-orang Tumpat, kenapa ada nama Pelabuhan Klang di situ. Kemudian, Tanjong Manis ada menyebut tentang hasil kutipan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa hasil kutipan daripada tahun 2015–2024 cuma satu bulan, 3 juta aje Ahli-ahli Yang Berhormat, sikit aje sebenarnya sebab tambangnya tidak mahal ya. Dan kos daripada tahun 2015
hingga tahun 2024, 12 bulan, 3 juta. Meniaga apa ini dapat 1.3, kos 12.3. Rugi 11 juta lebih kurang. Jadi, kita mengadakan banyak subsidi ya Rantau Panjang bertanya tentang subsidi. Sebenarnya kita subsidi yang begitu tinggi dan tidak ada kenaikan yang tidak munasabah terhadap fi yang dikenakan. Itu mengenai Tanjong Manis. Saya nyatakan kos dan juga hasil dan fi sangat berpatutan. Mengenai Machang, kedaulatan wilayah, rentas sempadan yang mampan, percepat pembangunan. Saya telah pergi ke tempat Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang iaitu Taman Perindustrian IBS. Bagaimana kita nak menjadikan tempat itu satu tempat Industrialised Building System secara bersepadu di Labok, Machang dan saya juga telah pergi ke Taman Hab Halal Pasir Mas ketika saya menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Di situ juga adalah sempadan yang berada di Rantau Panjang. Taman Hab Halal itu diusahakan oleh ECER di Rantau Panjang. Nama Taman Hab Halal Pasir Mas. Dan saya juga telah pergi satu lagi usaha untuk meningkatkan kebajikan dan juga rentas sempadan yang mampan untuk mempercepat pembangunan sebagaimana yang diminta oleh Machang iaitu di CIQ baru, tidaklah berapa baru ya. Ada jambatan baru dirasmikan oleh dua-dua Perdana Menteri, Malaysia dan Thailand, di Bukit Bunga, Jeli, Tanah Merah, Jeli. Ada satu kawasan yang cukup bagus dan kita juga mengetahui PMX dan Perdana Menteri Thailand, dah beberapa Perdana Menteri bertukar-tukar ini. Perdana Menteri itu keduanya telah meluluskan satu jambatan baru tambahan di Rantau Panjang. Kita nak siapkan dulu jambatan itu yang dikendalikan oleh JKR. Jadi kalau kita campurkan semua itu, hab halal, logistik, jambatan maka usaha untuk meningkatkan pembangunan di sempadan itu boleh kita capai dengan lebih baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang Racun — (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Racun 1952 [Akta 366] dibacakan kali kedua sekarang. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, Akta Racun 1952 atau Akta 366 merupakan akta yang mengawal pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyebatian, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan racun dan bahan-bahan psikotropik. Akta ini yang sebelum ini dikenali sebagai Ordinan Racun 1952, Ordinan nombor 29 of 1952, dengan izin, telah diwartakan pada 24 Julai 1952 dan mula berkuat kuasa pada 1 September 1952 di Tanah Melayu. Kemudiannya, Ordinan Racun 1952 telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dan berkuat kuasa pada 1 Jun 1978. Ordinan Racun 1952 telah disemak pada tahun 1989 dan diwartakan sebagai Akta Racun 1952 [Akta 366] berkuat kuasa pada 13 April 1989. Kali terakhir Akta 366 ini dipinda adalah pada tahun 2022 melalui Akta Racun (Pindaan) 2022, Akta A1666 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Racun dalam konteks Akta 366 ini merujuk kepada bahan-bahan yang disenaraikan di bawah senarai racun Jadual Pertama, Akta 366. Racun yang disenaraikan merupakan bahan kimia yang biasanya digunakan bagi tujuan perubatan dan farmaseutikal serta turut mempunyai kegunaan dalam industri tertentu. Sehingga hari ini, terdapat 1,780 bahan disenaraikan di bawah senarai racun, Jadual Pertama, Akta 366 sebagai racun. Manakala, bahan psikotropik adalah racun khusus yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga, Akta 366, di mana selain dari digunakan dalam rawatan perubatan, bahan psikotropik ini mempunyai sifat psikoaktif yang berpotensi tinggi untuk disalahgunakan kerana kesannya yang boleh menyebabkan ketagihan atau kebergantungan. Setakat ini, terdapat 80 bahan disenaraikan di bawah Jadual Ketiga, Akta 366 sebagai bahan psikotropik. Semasa Akta 366 ini dimulakan, dikuatkuasakan pada tahun 1952, hanya terdapat 140 bahan yang disenaraikan sebagai racun. Penambahan racun baharu adalah
berdasarkan bahan kimia yang baharu muncul dan memberikan risiko kepada masyarakat sekiranya tidak dikawal. Akta 366 ini tidak sekadar mengawal penggunaan racun dan bahan psikotropik untuk tujuan sah, malah menetapkan kawal selia yang ketat untuk memastikan racun dan bahan psikotropik tidak disalah guna bagi maksud jenayah atau aktiviti yang boleh mengancam kesihatan awam dan keselamatan negara. Sebagai contoh, pseudoephedrine adalah sejenis racun yang digunakan dalam sediaan ubat selesema dan batuk. Namun, pseudoephedrine juga disalah guna sebagai bahan utama dalam penghasilan dadah methamphetamine atau dikenali sebagai syabu. Mengikut kaedah sintesis tertentu, sebanyak 1.5 kg pseudoephedrine boleh menghasilkan kira-kira 1 kilo syabu. Selain pseudoephedrine, terdapat beberapa lagi bahan yang turut dikawal di bawah Akta 366 yang sering digunakan dalam proses penghasilan syabu. Antaranya asid sulfurik, asid hidroklorik dan sodium hidroksida. Bahan-bahan ini walaupun mempunyai kegunaan sah dalam industri dan perubatan, boleh di manipulasi dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sekiranya tidak dikawal rapi. Dengan dos penggunaan syabu yang lazimnya sekitar 5 mg hingga 60 mg bagi setiap penagih, hanya satu kilogram syabu sahaja berpotensi untuk disalah guna oleh sehingga 200,000 penagih. Menjadikan penghasilan dadah ini satu ancaman besar kepada kesihatan awam dan keselamatan negara sekiranya akses kepada bahan-bahan ini tidak diperketatkan. Selain itu, satu lagi bahan psikotropik yang sering disalahgunakan dalam aktiviti penagihan dadah adalah mitragynine ataupun lebih dikenali sebagai ketum. Walaupun pada asalnya daun ketum sering digunakan sejak turun-temurun untuk kesihatan, penyalahgunaan ketum, terutamanya dalam bentuk air rebusan atau campuran dengan bahan lain seperti ubat batuk telah menjadi satu isu sosial dan kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Yang Berhormat Ahli Dewan sekalian, masalah penyalahgunaan dadah dan bahan- bahan kawalan di negara ini terus menunjukkan trend yang membimbangkan. Bukan sahaja dari sudut kesihatan awam tetapi juga dari sudut aspek sosial dan keselamatan negara. Menyedari keperluan untuk memperkukuhkan mekanisme kawalan terhadap situasi ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia dan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kawalan dan keberkesanan penguatkuasaan, termasuklah meminda undang-undang. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan, buat masa ini, pihak-pihak yang diberi kuasa untuk menguat kuasa Akta 366 atau, dengan izin, authorized officer adalah pegawai penguat kuasa dadah iaitu pegawai farmasi dalam perkhidmatan awam yang dilantik oleh pegawai pelesenan. Kedua, pegawai polis berpangkat tidak kurang daripada inspektor dan pegawai kanan Kastam.
Secara pelaksanaannya, pihak-pihak yang diberi kuasa menjalankan penguatkuasaan Akta 366 berdasarkan kepada skop dan fungsi jabatan masing-masing, di mana pegawai penguat kuasa dadah memberi fokus bagi memastikan pengendalian racun dan bahan psikotropik, terutamanya yang melibatkan produk ubat dan kimia industri bagi tujuan yang sah. Pegawai polis memantau dan mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti haram seperti penyalahgunaan dan pemesongan bahan-bahan kawalan seperti ketum atau pil-pil psikotropik dan pegawai Kastam menjalankan kawalan pengimportan dan pengeksportan racun dan bahan psikotropik di pintu masuk negara. Kesalahan-kesalahan melibatkan racun dan bahan psikotropik didapati semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini jelas ditunjukkan dari statistik tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan trend peningkatan melalui statistik kes siasatan seperti berikut: (i) 4,737 kes pada tahun 2021; (ii) 6,872 kes pada tahun 2022; (iii) 7,251 kes pada tahun 2023; dan (iv) 7,395 kes pada tahun 2024. Dari segi rampasan ketum dan bahan psikotropik, data PDRM dari tahun 2015 sehingga kini adalah seperti berikut: (i) 1,092,335.03 liter bagi cecair ketum; (ii) 1,300,666.24 kilogram dari daun ketum; dan (iii) 53.05 kilogram bagi pil-pil psikotropik. Berdasarkan trend kes jenayah melibatkan racun dan bahan psikotropik yang meningkat dan berleluasa ini, kekuatan pihak yang menguat kuasa Akta 366 wajar diperluaskan agar tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efisien untuk membanteras gejala penyalahgunaan bahan ini. Justeru, cadangan pindaan Akta 366 kali ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan akta ini terhadap aktiviti haram yang melibatkan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik dan seterusnya, meningkatkan keberkesanan serta kelancaran tindakan agensi penguatkuasaan yang berkaitan, khususnya PDRM, di kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas jenayah. Seperti lokasi terpencil yang sering digunakan untuk penagihan dadah, kelab malam dan kawasan industri terbiar yang sesuai untuk aktiviti makmal haram. PDRM perlu melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih ketat di lokasi- lokasi ini kerana ia merupakan pusat utama bagi aktiviti pengedaran, pengeluaran dan penyalahgunaan dadah yang memberi kesan besar terhadap keselamatan awam dan kesejahteraan masyarakat. Tindakan tegas di kawasan-kawasan ini dapat membanteras
rangkaian sindiket, mencegah penularan gejala sosial serta melindungi generasi muda daripada terjebak dalam kancah jenayah dan ketagihan.
Bagi pemantauan dan penguatkuasaan ke atas aktiviti yang sah yang melibatkan profesion kesihatan seperti ahli farmasi, pengamal perubatan dan pengamal pergigian yang menjalankan amalan di fasiliti yang sah seperti premis farmasi, klinik dan hospital ia masih dikekalkan di bawah pelaksanaan Pegawai Penguatkuasa Dadah di bawah seliaan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2025 ini mengandungi lima fasal seperti berikut. Fasal pertama, fasal satu mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh pemulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan melalui pemberitahuan dalam warta. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 366 berhubung takrif authorized officer dan premis seperti berikut. Dalam takrif Authorized Officer berhubung pegawai polis dengan menggantikan kepada mana-mana pegawai polis yang ditakrif di bawah Akta Polis 1967 Akta 344 dan dengan memasukkan mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan di bawah seksyen 31A dan dalam takrif premis dengan menggantikan dengan takrif yang baru iaitu termasuklah mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan apa-apa pemasangan di atas tanah, pemasangan luar pesisir atau pemasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air dan mana-mana struktur boleh alih atau tidak dan takrif itu hendaklah terpakai bagi keseluruhan Akta 366. Fasal 3 bertujuan menomborkan semula seksyen 31A Akta 366 sebagai seksyen 31AA. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 31A sebelum seksyen 31AA yang telah dinomborkan semula untuk memberikan kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk melantik mana-mana orang sebagai orang yang diberi kuasa di bawah Akta 366. Fasal 5 bertujuan untuk memotong subseksyen 31B(1) Akta 366 yang mengandungi takrif premis berbangkit daripada pindaan kepada takrif premis yang dibuat di bawah seksyen 2 Akta 366. Tuan Yang di-Pertua, sebelum rang undang-undang ini dibahas oleh ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menjelaskan berkaitan pindaan Akta 366. Pindaan takrif authorized officer di bawah seksyen 2 melibatkan dua pindaan utama. Pindaan pertama adalah untuk meminda daripada pegawai polis berpangkat tidak kurang daripada inspektor kepada mana-mana pegawai polis yang ditakrif di bawah Akta Polis 1967 iaitu Akta 344. Ini adalah bagi melancarkan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan Akta 366 oleh anggota PDRM.
Pelaksanaan kuasa oleh PDRM dilaksanakan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). Dari segi penjawatan pegawai polis, bilangan pegawai kanan polis iaitu polis berpangkat inspektor dan ke atas adalah jauh lebih rendah berbanding pegawai rendah polis. Berdasarkan maklumat penjawatan JSJN PDRM sehingga Mei 2025, peratusan penjawatan pegawai kanan polis adalah sebanyak 19 peratus berbanding peratus penjawatan pegawai rendah polis iaitu sebanyak 81 peratus. Akta 366 yang memberi kuasa hanya kepada pegawai polis berpangkat tidak kurang daripada inspektor telah membebankan pegawai penyiasat berpangkat inspektor ke atas kerana mereka juga perlu memberi tumpuan kepada siasatan kes-kes lebih serius atau kompleks. Ini seterusnya mengekang pelaksanaan tindakan penguatkuasaan yang berkesan oleh pihak polis. Walaupun cadangan pindaan ini akan membolehkan semua pegawai polis tanpa mengira pangkat menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta 366, namun dari segi pelaksanaan tugasnya, setiap pegawai polis juga adalah tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Akta 593, Perintah Tetap Ketua Polis Negara di bawah seksyen 97 Akta 344 dan garis panduan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh PDRM. Pindaan kedua berhubungan takrif authorized officer adalah dengan menambah orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan di bawah seksyen 31A. Fasal 4 RUU ini adalah bagi memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk melantik mana-mana orang sebagai authorized officer selain daripada pihak-pihak yang sedia ada diberi kuasa di bawah Akta 366 ini. Menteri juga boleh menetapkan terma dan syarat dalam lantikan tersebut bagi memastikan pelaksanaan kuasa teratur serta mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Dengan adanya peruntukan ini, Menteri Kesihatan boleh mempertimbangkan untuk melantik mana-mana pegawai termasuk daripada agensi atau kementerian lain yang memerlukan kuasa di bawah Akta 366 untuk pelaksanaan tugas masing-masing. Ini juga penting sebagai persediaan sekiranya terdapat keperluan dalam memperkukuhkan lagi penguatkuasaan Akta 366 terutamanya dalam keadaan atau kawasan yang terdapat kekangan pelaksanaan oleh pegawai penguatkuasa sedia ada. Semasa mempertimbangkan pelantikan ini, perbincangan secara menyeluruh merangkumi semua aspek akan diadakan bersama semua kementerian atau agensi penguatkuasa dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan satu ketetapan dasar dicapai dalam memastikan pelaksanaan kuasa yang teratur dan berkesan. Perkara ini juga penting untuk mengelak sebarang pertindihan dan kelompangan dalam pelaksanaan kuasa masing-masing. Berhubung fasal 5, pindaan takrif premis adalah bagi pemeluasan takrifan di bawah seksyen 2 dan penyelarasannya dengan takrif premis yang diperuntukkan subseksyen 31B(1). Takrif Premis di bawah seksyen 2 dipindah dan digantikan dengan takrif premis seperti yang
diperuntukkan di bawah subseksyen 31B(1) sedia ada agar pemakaian satu takrif yang selaras pada keseluruhan Akta 366. Takrif premis di bawah subseksyen 31B(1) seterusnya dipotong selaras dengan pindaan di bawah seksyen 2 ini. Tuan Yang di-Pertua, kawalan racun dan bahan psikotropik yang berkesan bukan saja melindungi nyawa dan kesihatan masyarakat, malah memperkukuh sistem perundangan, ekonomi dan keselamatan negara. Pindaan Akta 366 ini akan memberikan kesan positif seperti berikut: (i) tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan teratur dalam mengekang penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik terutamanya ketum; (ii) pemerkasaan aktiviti penguatkuasaan di lapangan dan memberi kuasa kepada agensi kerajaan yang terlibat untuk bertindak tegas dan pantas terhadap pelanggaran undang-undang; dan (iii) menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat dari risiko penyalahgunaan bahan yang boleh menggugat kestabilan sistem kesihatan awam. Pindaan akta ini mencerminkan komitmen berterusan KKM dan agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam menangani ancaman penyalahgunaan bahan kawalan dan melindungi kesejahteraan awam menerusi pendekatan undang-undang yang lebih responsif dan efektif. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih YB Menteri. Ada siapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Racun 1952 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya ada senarai pembahas, 12 orang pembahas, semua pembahas diberikan lima minit. Saya bacakan nama senarai pembahas ini. Pertamanya Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Temerloh dan yang terakhir Yang Berhormat Kuala Krai. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Bentong untuk membuka tirai perbahasan, lima minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh fasal 2 untuk meminda seksyen 2 Akta 366 ini bagi memperluaskan skop authorized officer dengan izin untuk memasukkan pegawai polis daripada apa-apa pangkat dan mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan di bawah seksyen 31A sebagai pegawai yang berkuasa. Walaupun saya memahami keperluan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap akta ini, saya berharap pegawai yang berkuasa ini turut melalui latihan klinikal dan pertauliahan yang jelas bagi maksud menjalankan tugasnya.
Ini bagi mengelakkan serbuan yang — serbuan yang penyiasatan serta serbuan yang tidak wajar, yang boleh menjejaskan industri kesihatan yang berdaftar khususnya sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan semula cadangan Timbalan Ketua Polis Negara awal Mac lalu supaya mengemas kini senarai jadual racun di bawah akta ini dengan memasukkan jenis bahan kimia baru bagi memudahkan urusan pendakwaan di mahkamah. Menurut beliau, setakat ini di bawah jadual Akta Racun, hanya terdapat sekitar 110 bahan terlarang tetapi jumlah sebenar yang diiktiraf wujud di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah adalah hampir 1,000 bahan. Kini, para penjenayah dan pengedar dadah semakin bijak untuk membawa masuk bahan-bahan terlarang baru dengan ramuan sintetik yang lebih kompleks bagi menyukarkan penguatkuasaan. RUU ini tidak dapat tidak mestilah dibaca dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024. Walaupun akta ini telah pun dikuatkuasakan dan melarang penjualan kepada orang belum dewasa, akan tetapi mereka tetap mendapat akses yang mudah kepada vape ini. Baru-baru ini tular beberapa pelajar sekolah sekitar umur 11 hingga 13 tahun yang berkongsi vape. Kementerian Pelajaran juga telah memberitahu pada Februari yang lalu bahawa sebanyak 19,450 murid dilaporkan terbabit menggunakan vape pada tahun 2024. Ini sangat merisaukan. Walaupun jumlahnya hanya 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan murid di bawah KPM, akan tetapi impaknya sangat besar terhadap pelajar dan masyarakat. Kini, para pelajar juga boleh menggunakan bahan cecair dadah sintetik yang dicampur di dalam vape ini menyebabkan ketagihan dan komplikasi kesihatan yang lebih teruk. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mencadangkan agar sudah sampai masanya agar produk cecair atau gel nikotin vape dimasukkan semula dalam ‘Akta Senarai Racun’ ini. Ini kerana, undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mengekang permasalahan vape yang semakin berleluasa pada hari ini. Keputusan kerajaan untuk mencukaikan vape ini di bawah duit eksais tidak memberikan pulangan yang memadai, tidak memberikan pulangan yang memadai. Kalau kita lihat
mencukaikan vape ini di bawah duit eksais tidak memberikan pulangan yang memadai berbanding dengan kerosakan yang ditanggung oleh masyarakat dan negara. Menurut KKM, kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM8.77 bilion pada 2030 untuk merawat tiga penyakit utama berkaitan dengan rokok. Manakala, RM369 juta untuk merawat komplikasi disebabkan penggunaan rokok elektronik ataupun vape ataupun e-cigarette atau vaping product use-associated lung injury ini. Kalau kita lihat atau ditakrifkan sebagai EVALI. Kalau lihat pada tahun 2020 sahaja, kerajaan belanja sebanyak RM6.2 bilion untuk merawat penyakit berkaitan rokok berbanding cukai produk tembakau yang hanya mengutip sebanyak RM3 bilion. Ini satu pulangan yang tidak munasabah dan merugikan negara. Ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan rakyat, akan tetapi menyumbang kepada kerosakan seluruh rantaian ekonomi dan budaya masyarakat. Masyarakat yang tidak sakit, boleh bekerja dan masyarakat yang sakit, tidak boleh bekerja dan akan membantutkan keupayaan pendidikan. Bagi saya, menambah kapasiti penguatkuasaan juga tidak cukup untuk menangani isu ini. Kalau kita lihat jumlah kedai vape di Malaysia pada tahun 2023, mencecah 7,500 kedai runcit am yang menjual produk vape dan 2,500 kedai runcit. Apakah pegawai penguatkuasaan yang ada mencukupi untuk mengawal seliaan ribuan kedai runcit yang menjual produk vape ini? Setakat ini, berapa banyak kah kedai yang telah dikenal pasti menjual vape kepada orang yang belum dewasa khususnya kepada pelajar sekolah dan juga berapa yang telah dikenakan tindakan dan ditarik lesennya? Bagaimana pula dengan iklan-iklan penjualan vape yang masih berleluasa di media sosial? Berapa banyak kah akaun dan kedai yang menjual secara online yang telah di-banned dan apakah mereka juga telah dikenakan tindakan undang-undang? Kita memerlukan data-data ini bagi mengkaji semula keberkesanan penguatkuasaan terhadap vape ini. Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi. Di Singapura, mereka telah mengharamkan vape sejak 2018. Akan tetapi, penggunaan vape telah meningkat mendadak sebanyak 60 peratus antara tahun 2022 ke 2023. Sudah tentu mereka mempunyai cara haram untuk memperoleh vape ini melalui aktiviti penyeludupan. Di Malaysia, Jun lalu, pihak polis Selangor telah menumpaskan sindiket penjualan cecair rokok elektronik yang...
Satu minit lagi, YB.
Ya, satu minit lagi. Di Selangor, pihak polis Selangor telah menumpaskan sindiket penjualan cecair rokok elektronik yang disyaki mengandungi dadah bernilai RM5 juta. Walaupun penjualan vape di Malaysia dikawal selia undang-undang tetapi tidak menghalang sindiket untuk membekalkan bahan terlarang kepada pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, maka ini memerlukan pendekatan the whole-of-nation dalam menangani permasalahan ini. Kita perlukan kempen kesedaran berterusan dan menyekat sebarang bentuk promosi penggunaan vape di mana-mana platform. Saya memuji pendekatan sebarang bentuk promosi penggunaan vape ini di — saya memuji pendekatan beberapa negeri yang mengumumkan untuk pengharaman penjualan vape ini. Di Kerajaan Negeri Pahang telah menyambut titah Sultan Negeri Pahang, untuk mengharamkan penggunaan vape. Di Terengganu dan Perlis, mereka akan kuatkuasakan penggunaan vape, larangan penjualan vape pada 1 Ogos nanti. Kedah pula akan memberi tempoh sehingga Disember 2025. Jadi, Selangor pula telah mula menyita dan menghentikan semua bentuk iklan vape sama ada fizikal ataupun digital. Jadi, saya harap Penang dan Melaka juga akan memuktamadkan keputusan untuk pengharaman vape dan diikuti negeri-negeri lain. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan persoalan produk pengganti tembakau selain vape. Saya lihat platform di online ada yang menjual produk menghisap yang menggunakan minyak pati dan juga cengkih yang dipasarkan sebagai produk untuk berhenti merokok. Ada yang mendakwa, mereka mendapat kelulusan KKM. Akan tetapi, ramai rakyat tidak maklum bahawa produk yang didaftarkan di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan dimasukkan di bawah produk bernotifikasi juga ada jurang antara produk yang didaftarkan dengan KKM dengan produk yang ditambah dengan bahan-bahan terlarang tersebut. Jadi, KKM pula hanya melakukan ujian secara rambang kepada produk-produk yang mendapat aduan sahaja. Maka, saya ingin bertanya, bagaimana pihak KKM boleh memperbaiki SOP pendaftaran produk ini agar yang dijual, agar yang dijual di pasaran khususnya online adalah produk untuk berhenti merokok yang benar-benar selamat dan terbukti.
YB.
Dan pastinya Bentong menyokong akta ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. Akta RUU, Akta Racun 1952, tujuannya adalah untuk meminda akta ini khususnya untuk memberikan tumpuan kepada seksyen 2 [Akta 366] dan takrifan authorized officer untuk memasukkan pegawai polis daripada apa-apa pangkat dan juga orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan di bawah seksyen 31A sebagai pegawai yang diberi kuasa. Dan juga fasal ini bertujuan untuk meluaskan skop takrifan premises.
Tuan Speaker, saya kira kita dimaklumkan bahawa buat masa ini pun, sebagai kelaziman penguatkuasaan di lapangan dilakukan oleh pegawai polis berpangkat rendah berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan dia juga, pindaan ini adalah berdasarkan kepada pegawai kanan polis iaitu sebagai berpangkat inspektor dan ke atas adalah kurang berbanding dengan pegawai rendah polis yang mana ini mengehadkan pelaksanaan tugas penguatkuasaan di bawah Akta 366 ini. Kalau kita lihat, saya kira kerajaan sudah tentunyalah harus melihat bagaimana latihan- latihan dan juga beberapa program-program supaya penguatkuasaan itu dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Kalau kita lihat juga, ada pandangan daripada Pejabat Peguam Negara yang mencadangkan supaya ia nya sehingga ke pangkat sarjan kerana ini juga adalah berdasarkan kepada had tugas penguatkuasaan pihak pegawai polis rendah. Jadi, saya ingat juga mohon dapatkan respons daripada pihak kerajaan. Pandangan daripada pihak Peguam Negara ini dan saya kira, di peringkat kuasa yang diberikan oleh Menteri untuk melantik authorized person ini daripada agensi dan juga daripada kementerian- kementerian yang tertentu juga ada pandangan yang dilihat bagaimana KKM akan mengambil kira pemberian kuasa tangkapan kepada ATM dalam melaksanakan penguatkuasaan ini. Jadi, saya juga melihat bagaimana premis-premis yang dicadangkan iaitu juga mungkin akan melibatkan premis-premis kesihatan termasuklah hospital-hospital swasta dan mungkin klinik-klinik swasta yang saya kira di peringkat kementerian sendiri, kita sudah mempunyai penguat kuasa-penguat kuasa. Sebagai contoh, di bawah CKAPS, kita ada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta yang saya kira ia tidak memerlukan mungkin penguat kuasa-penguat kuasa daripada jabatan ataupun kementerian-kementerian luar, termasuklah pihak polis dan sebagainya kerana saya melihat ia akan memberikan satu persepsi yang cukup berbeza.
Kalau kita lihat pada hari ini bagaimana seriusnya rampasan racun dan bahan psikotropik oleh PDRM dengan jumlah yang begitu besar. Tahun 2024 sendiri kalau air ketum, daun ketum sudah melibatkan lebih daripada jumlah daun ketum sahaja lebih daripada 30 juta kilogram dan pil psikotropik menghampiri kepada 20,000 kilogram. Saya kira ini jumlah yang cukup besar dan isunya adalah bagaimana kawalan daripada kita yang akhirnya dengan kuasa-kuasa yang diberikan ia dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Saya ingat saya nak mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya apa juga polisi-polisi dan juga dasar-dasar yang akan dibentangkan dan akan diluluskan harus mempunyai pendekatan melibatkan penerangan kepada semua stakeholder. Hari ini kita sudah dapat mendengar respons daripada Persatuan Perubatan Malaysia sebagai contoh dan juga NGO- NGO mempertikaikan mereka tidak mendapat maklumat daripada apa juga yang akan dilakukan oleh kerana termasuklah RUU meminda Akta Racun 1952 ini, kerana kegusaran mereka kesan
kepada premis-premis terutamanya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga kesannya kepada perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita. Jadi, itu antara beberapa perkara yang saya ingin bahaskan dan saya mengharapkan apa juga pindaan yang berlaku ini akhirnya memberikan sesuatu kebaikan kepada negara kita dan institusi yang berkaitan dengan racun dan juga bahan psikotropik ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sri Aman, lima minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta membahaskan rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Racun 1952 ataupun RUU Racun (Pindaan) 2025. Tuan-tuan, saya cuma akan fokus kepada seksyen 2 Akta Ibu ataupun Akta 366 yang dipinda serta peruntukan baharu iaitu seksyen 31A. Pindaan terhadap seksyen 2 dan penambahan seksyen 31A, saya lihat Tuan di-Pertua, bertujuan memperluaskan definisi ataupun takrif pegawai diberi kuasa or authorized officer dengan izin kepada bukan sahaja pegawai penguatkuasa dadah tetapi juga pegawai kanan kastam, pegawai polis dan mana-mana individu yang dilantik oleh Menteri. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa points atau perkara di dalam RUU ini yang saya rasa masih menimbulkan sedikit kebimbangan dan keresahan, maka wajar diberi perhatian yang serius. Pertama, pelantikan oleh Menteri. Pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, pelantikan ini jika tanpa kriteria jelas akan menimbulkan risiko pelantikan individu yang tidak layak atau tiada kepakaran. Dan jika tanpa mekanisme tapisan dan pemantauan yang telus ia juga akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa termasuk pelantikan atas dasar kepentingan politik atau peribadi. Maksud saya, kita kena ada guideline-lah, terma dan syarat bagi menentukan pertama, apakah latar belakang yang diperlukan? Dua, apakah mekanisme pengesahan dan semakan terhadap individu yang dilantik? Kerana tanpa mekanisme pemantauan yang telus, kita seolah- olah membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa. Malah pelantikan atas dasar politik pun boleh terjadi. Saya bukan hendak bersangka, Tuan Yang di-Pertua, tapi perkara ini lebih baik diteliti dengan mendalam dan diberi perhatian terlebih dahulu. Kedua, iaitu takrif definisi pegawai diberi kuasa. Kuasa yang diberi ini jika terlalu luas, Tuan Pertua, boleh mewujudkan pertindihan kuasa antara agensi khususnya antara polis, antara
kastam dan penguat kuasa farmasi dan apakah had kuasa mereka ini apabila menjalankan siasatan, serbuan atau pemeriksaan. Saya rasa kita perlu dan mesti elakkan konflik. Konflik bidang kuasa yang boleh menjejaskan proses keadilan dan menjatuhkan imej penguatkuasaan. Ketiga, dari sudut pelaksanaan. Saya rasa banyak kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai pegawai berpangkat inspektor atau pegawai kastam kanan yang mencukupi. Dalam senario ini, bagaimana akta ini boleh dilaksanakan secara menyeluruh? Apakah sandaran operasi penguatkuasaan di kawasan tiada pegawai berpangkat? Apakah tindakan sekiranya berlaku penyalahgunaan racun di kawasan seperti ini? Keempat, saya ingin juga bangkitkan tentang kebajikan rakyat biasa. Dengan terlalu ramai kategori individu diberi kuasa, bagaimanakah orang awam boleh membezakan siapa pegawai sah dan siapa yang tidak sah dan siapa yang menyamar? Saya bangkitkan ini kerana ini berisiko membuka ruang kepada extortion, Tuan Yang di- Pertua, maksud saya pemerasan dan penyalahgunaan kuasa lebih-lebih lagi dalam operasi pemeriksaan yang berlaku tanpa pengesahan terbuka. Jadi, apakah langkah atau perancangan kementerian bagi mengelakkan perkara ini berlaku? Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan jika boleh supaya garis panduan pelantikan di bawah seksyen 31A digazetkan atau diwartakan secara rasmi dan mungkin juga ditubuhkan sebuah panel pemantau bebas bagi memastikan integriti pelantikan serta pematuhan operasi di suatu tempat atau lapangan. Bagi saya ini penting agar ada ketelusan dan accountability dalam pelantikan pegawai kuasa di bawah pindaan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tiada masalah untuk semua Ahli Dewan yang mulia ini menyokong penguatkuasaan yang tegas terhadap penyalahgunaan racun dan dadah. Namun, apa yang kita sokong itu mestilah berbaloi. Jangan sampai kita memberikan kuasa yang terlalu luas tanpa sempadan yang boleh mendatangkan implikasi kepada rakyat dan sistem penguatkuasaan itu sendiri. Saya amat mengharapkan Tuan Yang di-Pertua agar keresahan kebimbangan yang saya bangkitkan ini dapat diberi perhatian serta dipertimbangkan demi sebuah undang-undang yang betul-betul mantap dan efektif. Dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong. Sekian,
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Baiklah, pembahas terakhir sebelum kita rehat, Yang Berhormat Langkawi, lima minit.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi laluan kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Racun yang mempunyai hanya tiga muka surat tetapi elaboration yang diberi oleh Menteri tanya sungguh lama. Walaupun tiga muka surat,
perbahasan rang undang-undang ini telah pun dibahas pindaan pada 2022 yang memperkukuhkan kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik serta memberi fleksibiliti dalam pengendalian untuk tujuan sah. Pindaan takrif premises, maaf. Pindaan kali ini membabitkan seksyen 2 yang menggantikan authorized officer kepada pegawai polis di bawah Akta Polis 1967 dan juga individu yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 31A. Pindaan ini juga membabitkan takrif premis yang termasuk juga mana-mana tanah, bangunan, tempat terbuka dan tertutup binaan dan struktur. Pindaan ini boleh membantu mengatasi kekangan tenaga penguat kuasa, terutamanya dalam isu pemantauan di pelabuhan sempadan dan kawasan industri. Seperti mana kita tahu Akta Racun ini mengawal selia aktiviti pengimportan, pemilikan, penghilangan, kompaun, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan-bahan racun yang disenaraikan dalam akta. Pindaan takrif premises ini amat penting dalam konteks penyimpanan, pemindahan dan pelupusan racun yang mungkin berlaku di lokasi tidak konvensional seperti pelantar minyak atau kontena kapal. Bagaimanapun, Langkawi ingin mendapat penjelasan Menteri mengenai pelantikan mana-mana individu sebagai pegawai yang diberi kuasa. Langkawi ingin mendapatkan kriteria yang lebih lanjut mengenai siapakah individu yang layak dan apakah garis panduan yang ada dalam pelantikan ini. Ia bagi mengelak risiko salah guna kuasa atau ketidakperjelasan peranan. Tiada garis panduan yang disebut dalam akta tentang kelayakan latihan atau mekanisme pemantauan ke atas individu yang dilantik akan mengakibatkan kelompongan dalam akta ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini memperkasa penguatkuasaan, ia tidak langsung menyentuh aspek kelemahan dalam pengawal seliaan pengimportan bahan kimia berbahaya dari luar negara. Laporan-laporan terdahulu termasuk audit Jabatan Alam Sekitar dan siasatan media menunjukkan kelemahan dalam pemantauan kontena berisi sisa toksik yang bahan kimia berbahaya yang masuk ke Malaysia atas nama bahan kitar semula terutamanya selepas larangan China terhadap import plastik sisa pada 2018. Justeru, saya fikir Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar perlu bekerjasama. Justeru, saya fikir Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar perlu bekerjasama dan membentuk task force untuk menangani isu tersebut. Langkawi juga ingin menyentuh bahawa pindaan ini tidak mempunyai peruntukan untuk mewajibkan laporan tahunan kepada Parlimen ataupun orang awam mengenai aktiviti penguatkuasaan, statistik rampasan atau status siasatan kes racun. Dalam era ketelusan dan accountability, penggubalan undang-undang sebegini perlu disertakan dengan mekanisme audit dan pelaporan yang boleh dipantau oleh masyarakat sivil. Langkawi ingin membawa sedikit
konteks dalam masalah pengimportan racun ini. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, negara kita sering menjadi sasaran negara luar untuk membuang bahan toksik akibat kelonggaran, penguatkuasaan dan ketelusan sistem pelesenan import. Kes pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 2015. Saya nak bertanya, apa jadi dengan kes tersebut. Ada berita yang menyatakan bahawa nak di-settle outside the court dengan pembayaran 30 juta yang disaman oleh Kerajaan Negeri Johor dan juga beberapa individu yang terlibat. Saya perlu penjelasan daripada Menteri berhubung dengan perkara tersebut. Saya juga ingin mendapat statistik daripada Jabatan Kastam, Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan mengenai berapakah ribu, berapa ribu tan kah sisa yang dikesan mengandungi bahan berbahaya yang telah masuk ke Malaysia dengan label yang boleh mengelirukan.
YB, satu minit ya.
Malaysia juga adalah antara negara-negara pengguna utama racun perosak dan bahan kimia pertanian dalam ASEAN namun pengawalan terhadap jenis racun yang dibenarkan dan digunakan masih lemah. Ini di bawah Akta Racun Perosak 1974. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Langkawi ingin mencadangkan beberapa perkara. Pertama, sediakan peruntukan khas mengenai kelayakan minimum, latihan berkala dan mekanisme selamatkan ke atas pelantikan authorized officer. Kedua, tambahkan klausa dalam akta ini berkaitan dengan penapisan dan larangan import bahan kimia atau racun yang telah dilarang di negara asalnya. Ketiga, sediakan portal yang membolehkan pengguna, petani dan industri mengenai senarai racun yang diluluskan yang dilarang serta lokasi-lokasi. PEMADAM menolak vape sebagai salah satu bahan yang dijual di Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Parlimen Malaysia akan menganjurkan program Walkabout Khas Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW 2025-2030) di pekarangan Lobi Blok Utama, Parlimen sepanjang minggu ini bermula hari ini hingga Khamis 31 Julai 2025. Majlis perasmian program tersebut akan diadakan pada hari ini, Isnin 28 Julai 2025 jam 1.00 tengah hari — maksudnya, dah mula dah. Ahli-ahli Yang Berhormat telah dijemput untuk hadir ke majlis perasmian tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Kita mulakan sambungan perbahasan. Saya persilakan Yang Berhormat Sibu. Lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan bahawa pindaan Akta Racun 1952 ini terutamanya cadangan untuk memberi kuasa kepada semua pegawai polis tanpa mengira pangkat sebagai pegawai diberi kuasa di bawah akta ini harus dikaji semula supaya tidak merumitkan bidang kuasa penguat kuasa dalam Akta Racun ini. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menolak keperluan untuk menangani penyalahgunaan dadah dan racun yang berlaku di luar kerangka undang-undang sama ada oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sindiket atau mana-mana pihak yang menyalahgunakan bahan terkawal untuk tujuan jenayah. Namun, jika ini matlamat sebenar pindaan ini, maka pindaan ini harusnya digubal secara lebih khusus dan terperinci. Ia tidak sepatutnya terlalu umum dan terbuka sehingga boleh menyebabkan pengamal perubatan pula menjadi mangsa penguatkuasaan yang melampau atau tersasar. Penguatkuasaan terhadap racun dan ubat terkawal adalah satu bidang yang memerlukan kefahaman teknikal yang tinggi termasuk konteks klinikal, interaksi ubat dan pematuhan kepada garis panduan perubatan. Pegawai polis, walaupun memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan undang-undang, tidak terlatih secara profesional dalam bidang ini. Memberikan kuasa ini kepada mereka tanpa batasan yang jelas boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan intimidasi terhadap pengamal perubatan yang sah. Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan kami adalah benar dan berasas. Adakah klinik-klinik kecil dan doktor-doktor swasta, terutamanya yang beroperasi secara persendirian, akan menjadi sasaran mudah? Adakah mereka akan dikenakan tekanan siasatan berlebihan atau gangguan semata-mata kerana adanya kuasa yang terlalu luas tanpa sempadan jelas? Lebih membimbangkan, FPMPAM melaporkan bahawa mereka tidak pernah dirujuk atau dirunding sebelum pindaan ini dibentangkan. Bukankah mereka sebagai pengamal utama dalam pindaan ini patut dilibatkan dalam proses penggubalan undang-undang yang secara langsung menyentuh kerja dan tanggungjawab mereka? Tuan Yang di-Pertua, jika benar masalahnya ialah penyalahgunaan oleh pihak luar, maka sasarlah kepada pihak itu. Jangan hukum seluruh sistem kesihatan swasta dan profesional yang bekerja dengan jujur dan penuh etika. Saya dengan ini mencadangkan supaya peruntukan kuasa kepada polis dikaji semula dan diperjelaskan secara khusus dan juga supaya konsultasi terbuka dengan pihak perubatan
dan farmasi dijalankan dengan segera dan juga pindaan ini tidak diluluskan selagi wujud keraguan terhadap kemungkinan penyalahgunaan kuasa. Undang-undang yang tidak tepat sasarannya hanya akan melahirkan ketidakadilan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sibu. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus. Lima minit.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk turut sama berbahas rang undang-undang bagi meminda Akta Racun 1952 atau Akta 366. Saya menyambut baik hasrat untuk memperkemas pentadbiran penguatkuasaan undang-undang berkaitan racun ini. Namun, saya ingin mengangkat beberapa kebimbangan dan teguran yang perlu diberi perhatian serius. Pertama, pindaan fasal 2 yang memperluaskan takrif “pegawai diberi kuasa” kepada pegawai polis dari mana-mana pangkat dan mana-mana individu dilantik oleh Menteri Kesihatan. Walaupun ianya bertujuan untuk memantapkan penguatkuasaan, ia juga perlu diimbangi dengan isu kepakaran. Kita sedia maklum bahawa akta ini dalam jadual pertama merangkumi lebih 1,780 jenis racun ― 1,000 lebih, hampir 2,000 ― termasuklah bahan-bahan kimia berbahaya, dadah terkawal dan pelbagai ubat-ubatan termasuk ubat psikotropik. Oleh itu, pengetahuan teknikal serta kecekapan saintifik diperlukan untuk mengenal pasti, mengendalikan dan mengambil tindakan ke atas bahan-bahan tersebut. Adakah semua pegawai yang akan dilantik nanti benar-benar mempunyai kelayakan dan latihan yang mencukupi? Jangan kita hanya memperluaskan kuasa di atas kertas tapi akhirnya membuka ruang kepada penguatkuasaan yang lemah atau salah guna kuasa akibat daripada kekurangan kefahaman teknikal. Kedua, pindaan seksyen 2 yang melibatkan penggantian definisi “premises” yang menimbulkan pelbagai isu yang perlu diperincikan. Definisi baharu memperluaskan makna “premises” kepada semua jenis tempat dan struktur termasuklah mana-mana tanah atau bangunan, tempat terbuka atau tertutup, kenderaan, pemasangan di atas tanah, luar posisi atau di atas air dan struktur sama ada mudah alih atau kekal. Peluasan definisi ini bermakna penguatkuasaan boleh dilaksanakan di mana-mana ruang di atas bumi ini yang sangat luas dan pelbagai. Namun, persoalannya, adakah agensi penguasaan kita benar-benar bersedia dengan sumber latihan dan kepakaran yang mencukupi? Lebih penting lagi, bagaimana dengan hak dan
privasi rakyat? Apakah jaminan kerajaan bahawa peruntukan ini tidak akan disalah guna sehingga menjejaskan kebebasan dan privasi individu yang dilindungi oleh Perlembagaan? Adakah kerajaan akan mewujudkan mekanisme tertentu bagi mengatasi kebimbangan ini? Jika tidak, saya khuatir pindaan ini akan menjadi pintu kepada penyalahgunaan kuasa yang menyusahkan rakyat pada masa yang akan datang. Yang ketiga, Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan isu nikotin yang telah dikeluarkan daripada senarai racun pada 1 April 2023. Walaupun sebelum ini telah beberapa kali saya dan beberapa rakan yang lain bahas dalam Dewan yang mulia ini supaya nikotin tidak dikeluarkan dari senarai racun tetapi pihak Menteri Kesihatan sebelum ini dan kerajaan masih berkeras untuk meneruskan kononnya untuk kerajaan dapat mengenakan cukai ke atas bahan tersebut yang boleh menambah hasil kerajaan. Akibat dari itu, rakyat kita khususnya golongan remaja terdedah kepada bahaya nikotin vape ini. Sehingga kini, kita belum melihat garis panduan yang jelas berkenaan had atau kepekatan nikotin yang dibenarkan dalam produk seperti vape.
Ketiadaan ketetapan ini amat membimbangkan. Ia membuka ruang kepada produk yang mengandungi paras nikotin yang tinggi yang secara saintifiknya telah membuktikan bahawa ia boleh menyebabkan ketagihan yang lebih pantas terutama di kalangan anak muda berbanding dengan rokok. Dato' Yang di-Pertua, akibat pengeluaran nikotin daripada senarai racun, industri vape telah menjadi satu wild west dengan izin, tidak terkawal, tidak berlesen dan tiada piawaian keselamatan yang jelas. Kini kita menyaksikan lambakan produk vape dengan pelbagai perisa menarik dan harga yang murah yang menyasarkan kepada golongan remaja dan pelajar sekolah. Statistik terkini menunjukkan peningkatan ketara penggunaan vape di kalangan remaja bawah umur dan kita perlu akui bahawa ia adalah kesan langsung daripada keputusan yang tidak dibuat secara menyeluruh dan bertanggungjawab. Maka saya mencadangkan agar pindaan terhadap akta racun ini perlu ditangani secara holistik bukan sekadar menambahkan kuasa tapi dengan memberi fokus kepada yang pertama, pelantikan pegawai yang benar-benar terlatih dan berkelayakan dalam aspek farmasi, toksikologi atau kawalan bahan kimia. Kedua, memasukkan semula nikotin ke dalam senarai racun atau paling kurang menetapkan semula paras nikotin maksimum yang dibenarkan dalam produk komersial. Yang ketiga, memperkenalkan undang-undang kawal selia khususnya untuk produk vape dan e-rokok agar tidak terus menjejaskan kesihatan awam dan masa depan generasi muda kita. Dato' Yang di-Pertua, kita bukan menentang, kami bukan menentang pindaan ini tapi ingin memastikan bahawa setiap pindaan membawa kebaikan yang sebenarnya kepada rakyat, bukan
sekadar menambah kuasa tanpa kawalan. Sekian, saya menyokong penambahbaikan yang sewajarnya. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berikutnya Yang Berhormat Bandar Kuching, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendengar perbahasan daripada rakan-rakan dalam Dewan ini dan saya setuju dengan kebimbangan dan juga kelompongan yang telah dibangkitkan dan saya menyeru agar pindaan ini dapat dibawa kepada Jawatankuasa Khas Kesihatan untuk dinilai dan diperhalusi oleh semua pihak yang berkepentingan dalam isu ini. Namun, izinkan saya Yang di-Pertua untuk membawa satu isu juga berkenaan dengan pindaan terhadap Akta Racun yang saya rasa adalah satu ancaman kesihatan yang baru muncul tetapi amat membimbangkan iaitu penyalahgunaan etomidate melalui vape yang sering dipasarkan sebagai Kpods. Kalau kita tahu ini bukan satu teori atau jangkaan saja tapi kita melihat realiti berdarah telah meragut nyawa di negara jiran kita di Singapura dan jika Malaysia tidak bertindak pantas dan tegas, kita akan menghadapi satu mungkin gelombang kematian yang boleh dicegah terutamanya di kalangan belia kita. Apa itu etomidate? Ia satu sebenarnya ubat bius intravena tetapi telah disalahgunakan sebagai satu dadah yang rekreasi, satu dadah rekreasi yang tidak harus digunakan. Ia tidak selamat. Ada risiko mati mengejut jika kita menyedut etomidate ini. Ada kemurungan pernafasan yang teruk. Ada tiba-tiba pengsan serta-merta dan juga mengalami kecederaan. Ada krisis adrenal yang menyebabkan keupayaan badan menghasilkan hormon yang –– maaf ada orang call saya dalam telefon. Ia akan menghasilkan hormon stres atau cortisol selama beberapa hari menyebabkan tekanan darah jatuh berbahaya dan kegagalan organ kita. Jadi, Kpods yang sering dipasarkan selalu disasarkan kepada golongan belia dan kita haruslah lakukan yang terbaik untuk memastikan mereka dilindungi. Kalau kita lihat contoh yang di Singapura, mereka telah mengesan ancaman ini dan mereka bertindak pantas untuk mengawal isu ini secara menyeluruh. Saya boleh membawa contoh. Contohnya, memang dalam Akta Racun di Singapura, mereka ada menyenaraikan etomidate ini dalam ― tetapi mereka juga menaikkan taraf ke dadah, sebagai dadah berbahaya dalam –– sorry ya, banyak orang call saya. Jadi, mereka telah meminda Akta Dadah Berbahaya di Singapura untuk memastikan hukuman lebih berat kepada etomidate ini. Jadi, saya rasa kita haruslah belajar dan tidak boleh menunggu sehingga anak-anak kita terkesan dan mungkin ada kematian. Jadi, saya menyeru kerajaan untuk senaraikan etomidate ini sebagai dadah berbahaya. Saya rasa Kementerian Kesihatan dan Agensi Antidadah
Kebangsaan dan juga KDN haruslah memastikan Akta Racun dan juga Akta Dadah Berbahaya ini dapat dipinda untuk mengawal etomidate secara eksplisit sebagai bahan haram dengan hukuman yang setimpal dengan kesan ia terhadap anak kita. Kita juga haruslah kuatkuasakan undang-undang vape sedia ada. Kita haruslah tingkatkan pemeriksaan dan serbuan terhadap pengedar vape haram, pertimbangan kawalan lebih ketat ke atas cecair vape dan peranti. Kita juga kena membina keupayaan dan pengesanan dan forensik. Bekalkan maklumat dan latihan. Peruntukan dana segera kepada Jabatan Kimia, Forensik, PDRM dan makmal AADK ataupun Kementerian Kesihatan untuk memperoleh peralatan khusus seperti GC-MS/MS untuk mengesan dan juga membangunkan protokol ujian yang sah untuk mengesan etomidate ini dalam cecair vape dan juga sampel biologi seperti air kencing dan darah. Saya juga menyeru agar Kementerian Kesihatan agar memberikan amaran yang keras dan juga pendidikan yang agresif. Kempen nasional mendesak agar anak-anak kita tahu kesan dan bahayanya racun ini. Malah kita harus ada promosi bahawa vape Kpods boleh menghentikan nafas anda dan membunuh anda semata-mata. Etomidate ini bukan mainan. Kpods ini bukan mainan dan saya rasa kempen ini haruslah diteruskan kepada ― dan di-target kepada ibu bapa dan anak-anak kita. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya harap kementerian dapat mempertimbangkan untuk meminda Akta Racun untuk memastikan etomidate ini diberikan perhatian yang sewajarnya dan juga holistically meminda Akta Dadah Berbahaya untuk memastikan ada holistic approach ataupun approach terhadap isu ini. Dengan itu, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Berikutnya Yang Berhormat Rantau Panjang, lima minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Racun 1952 ataupun Akta 366 (Pindaan) 2025. Saya juga mengambil kesempatan ini menyokong untuk memperkasakan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan racun dan bahan berjadual dan kita mengharapkan dengan akta ini supaya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan kita mengharapkan supaya ada garis panduan yang jelas tanpa had, begitu juga tentang pemantauan dan serta semakan terhadap semua risiko dalam pelaksanaan rang undang-undang ini. Saya ingin tahu juga apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kementerian untuk menangani ― sebagaimana yang kita maklum ribuan senarai racun yang ada dalam penggunaan
masyarakat hari ini yang mana yang disenaraikan dalam akta ini hanya 100 lebih sahaja terutama dalam penggunaan penyalahgunaan nikotin dalam vape dan sebagainya. Dan saya juga bersama dengan rakan-rakan yang lain ingin menyeru supaya kerajaan segera mengambil tindakan supaya meletakkan pengharaman terhadap vape ini yang kita semua tahu memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat terutama remaja pada hari ini. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkenaan dengan fasal 4 seksyen 31A iaitu kuasa pelantikan pegawai yang diberi ruang terlalu terbuka. Saya ingin tahu apakah sebarang syarat minimum kelayakan profesional ataupun piawai pelantikan sebagaimana yang disebutkan dalam rang undang-undang ini. Dan apakah mekanisme semak dan imbang untuk pelantikan supaya perkara ini dapat dipantau dengan bebas? Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan peluasan takrif “authorized officer”’ tanpa sekatan pangkat fasal 2(a)(i) yang mana takrifan ini seharusnya jelas supaya takrif ini menghapuskan perincian hak pangkat ataupun peranan sekali gus memberi kuasa kepada semua pegawai dan pelaksanaan yang tidak seragam ini boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota yang tidak terlatih terutama dalam isu racun dan bahan berjadual.
Jadi, seharusnya diperhalusi pegawai polis yang berstatus macam mana yang diperakui dan latihan macam mana yang berkaitan dengan Undang-undang Racun. Yang ketiga, saya ingin juga minta penjelasan yang berkaitan dengan iaitu pemotongan subseksyen 31B(1) yang mana kita melihat dimansuhkan fasal 5 kononnya kerana takrif premis. Jadi, saya ingin tahu apakah tiada lagi rujukan semula atas konteks pelaksanaan kuasa dalam seksyen 31B ini? Pemotongan ini boleh memberi ruang taksiran bebas dan pelaksanaan kuasa garis tanpa sempadan fungsi. Jadi, saya ingin penjelasan tentang pemotongan ini. Begitu juga saya ingin penjelasan tentang premis sebagaimana yang disebutkan dalam akta ini. Sejauh mana dia memberi ruang supaya tidak berlaku penyalahgunaan hak asasi sebab rang undang-undang ini meletakkan takrif premis ini terhadap bangunan, tempat terbuka, kenderaan, pemasangan luar pesisir, struktur boleh alih dan sebagainya. Jadi, dengan takrif ini, mana-mana lokasi termasuk rumah, premis perniagaan kecil, bot nelayan, lori dan sebagainya boleh diperiksa dan disiasat tanpa perlindungan sewajarnya terhadap hak asasi. Jadi, sejauh mana perkara ini dapat memastikan supaya tidak berlakunya pelanggaran hak asasi? Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya semua perkara ini dapat ditelitikan terutama di sudut pelantikan pegawai, begitu juga tentang hak pangkat dan latihan, termasuk juga tentang premis tadi. Dan adakah rang undang-undang ini telah dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ataupun sudah dirunding dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk memastikan supaya rang undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan
teliti dan pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan baik selepas rang undang-undang diluluskan. Itu saja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Berikutnya Yang Berhormat Machang, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang — Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan kebimbangan yang serius terhadap rang undang-undang ini kerana ianya kelihatan cuba di-bulldoze, dengan izin tanpa ada rundingan atau konsultasi awam, tanpa libat urus bersama kumpulan perubatan profesional yang terlibat secara langsung dengan penguatkuasaan akta ini. Empat pertubuhan perubatan profesional terdiri daripada pakar-pakar amalan klinikal telah mengemukakan satu memorandum bantahan. Mereka menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang perubatan tidak boleh disamakan dengan siasatan jenayah. “Kami bukan penjenayah,” kata doktor-doktor ini. “Kami adalah pengamal kesihatan.” Tindakan memperluas definisi “pegawai diberi kuasa” kepada semua pegawai polis tanpa pengecualian adalah tidak wajar dan berisiko menjejaskan kerahsiaan pesakit, menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengamal kesihatan serta mencemar profesionalisme perubatan. Seksyen 31A yang baharu memberi kuasa kepada menteri untuk melantik mana-mana orang sebagai pegawai diberi kuasa tanpa sebarang kriteria kelayakan, tanpa latihan, tanpa akauntabiliti. Ini membuka ruang kepada lantikan politik, kronisme dan penyalahgunaan kuasa ke atas sektor kesihatan swasta serta NGO yang menjalankan kerja-kerja kesihatan awam. Kami ingin bertanya kepada kerajaan. Di manakah prinsip good governance dan check and balance, dengan izin? Mengapa kuasa pelantikan dibiarkan terbuka tanpa syarat? Takrif baharu premis yang sangat meluas dan terlalu umum membuka banyak masalah kepada penguatkuasaan yang boleh saja menyerbu mana-mana lokasi kesihatan NGO di bazar Ramadan, klinik bergerak sukarelawan semata-mata atas tafsiran kabur premis. Bukankah ini membuka ruang penganiayaan dan intimidasi terhadap kerja-kerja kesihatan komuniti yang selama ini mengisi jurang kelemahan sistem kesihatan awam? Tuan Yang di-Pertua, terlalu jelas rang undang-undang ini datang serentak dengan pelancaran entiti Rakan KKM Sendirian Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diwujudkan dengan alasan kononnya untuk bantu tambah dana kesihatan. Namun, semalam, Menteri Kesihatan sendiri mengaku, hutang negara telah pun melepasi siling statutori 65 peratus KDNK. Ini bermakna tiada ruang lagi untuk menambah belanja awam termasuk dalam sektor kesihatan. Orang tanya beliau kenapa tak boleh tambah belanjawan? Doktor-doktor kita,
petugas-petugas kesihatan kita sedang merana di hospital-hospital, di Sabah, di Sarawak, di seluruh negara. Malah, baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Singapura, head hunting, dengan izin doktor-doktor kita, nurses kita, openly. Dokumentari CNA mempersoalkan taraf dan tahap kemampuan kita mentadbir KKM. Jadi, saya nak tanya kepada Menteri, adakah rang undang- undang ini sebenarnya untuk membuka jalan kepada penswastaan penguatkuasaan? Adakah akan datang pegawai diberi kuasa ini yang sebenarnya lantikan korporat melalui KKM, melalui Rakan KKM? Siapa mereka? Bagaimana Rakan KKM ingin menjana pendapatan setara bajet KKM yang kini berjumlah RM85 bilion sedangkan KPJ Healthcare yang kendali 29 hospital pun hanya untung RM407 juta setahun? Adakah kita memperdagangkan kesihatan awam demi keuntungan swasta? Betulkah Rakan KKM akan beli barangan perubatan daripada KKM dengan harga kos dan kemudian mark-up kepada pesakit? Adakah KKM akan peruntukkan Bajet 2026 untuk pembekalan kepada Rakan KKM? Kalau ya, ini jelas satu bentuk subsidi kepada syarikat swasta guna wang pembayar cukai. Ini meniaga jenis apa ini, madani ini kalau ini cara KKM nak kendalikan kesihatan awam? Jadi, cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, hantar balik blue bill ini ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Tengok balik dan teliti balik semua bantahan dan pandangan yang dibuat oleh pemegang taruh, doktor-doktor dan juga semua Ahli Parlimen kita, termasuk di- backbenchers. Saya rasa ini bil yang separuh masak, tak layak diluluskan pada petang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan berikutnya Yang Berhormat Pulai, lima minit.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih kepada Speaker memberikan ruang pada Pulai untuk membahaskan pindaan undang-undang racun ini. Sepertimana saya meneliti ucapan-ucapan daripada Ahli Parlimen yang begitu bimbang berkenaan dengan racun ini, penyalahgunaan racun, utamanya banyak disebut dalam vape tadi dan sebenarnya penggunaan racun yang salah ini juga boleh juga berada di sektor pertanian yang menyebabkan kawasan bekalan air kita mungkin terjejas akibat daripada racun tersebut. Bermakna di sana ada masalah. Masalah dari segi penguatkuasaan itu kerana kurangnya kakitangan kita di peringkat penguatkuasaan untuk melaksanakan tugas yang penting ini dan ianya memberikan kesan kepada kesihatan negara kita ini. Apabila racun ini tidak dikawal dengan baik, maka dia akan
menjejaskan kesihatan awam negara kita dan akhirnya menyebabkan kos kesihatan kita semakin meningkat. Sebab itulah dari segi rang undang-undang ini — sebelum itu saya sebut dulu bahawa KKM memang pernah berjumpa dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan pada tahun lepas untuk melihat perkara ini dan kita pun dah lihat sama-sama apa yang dibentangkan pada waktu itu ya. Sebenarnya, saya nak sebut sebenarnya kita hanya pegawai polis, inspektor ke atas ini, hanya ada 19 peratus saja. Maknanya, ada 81 peratus lagi adalah kakitangan pegawai biasa dalam anggota polis. Jadi, 19 peratus ini yang sekecil itu untuk melaksanakan tugas yang banyak terutamanya kes-kes yang lebih berat lagi, maka mereka tak sempat untuk menguatkuasakan undang-undang ini kalau hanya semata-mata kumpulan inspektor ke atas.
Maka itu, dia luaskan lagi kepada pegawai-pegawai rendah polis ini untuk menguatkuasakan perkara tersebut. Dan di sana juga sebenarnya kita kena ingat bahawa bukan sahaja polis sahaja yang melaksanakan fungsi ini. Antara lain adalah yang akan melaksanakan fungsi penguatkuasaan ini adalah Pegawai Penguatkuasa Dadah di bawah pengawasan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM, dia juga bersama-sama dengan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Juga, di sana ada pegawai polis. Jadi, penguat kuasa dadah ini di Bahagian Farmasi, KKM ini dia akan mengendalikan isu-isu racun, ubatan dan bahan-bahan kimia ini. Makna dia expert dalam bidang ini untuk menentukan betul atau salah perkara tersebut. Dan pihak polis ini pula, dia akan mengekang aktiviti haram dari segi penyalahgunaan dan pemesongan penggunaan racun ubatan dan bahan kimia ini. Saya bagi contoh umpamanya, kalau ada makmal yang haram dilaksanakan di sebuah kondominium sebagai contoh. Tak padan untuk seorang Pegawai Penguat Kuasa Dadah di KKM ini nak melaksanakan penguatkuasaan itu. Dia perlukan polis. Polis pula hanya 19 peratus saja sebagai pegawai atasan. Yang selama ini, pegawai bawahanlah yang melaksanakan tugas-tugas ini. Tetapi dia tidak ada kuasa. Macam mana dia nak laksanakan tugas dengan sempurna kalau dia tak ada kuasa? Sebab itulah kuasa itu diberikan keluasan. Itu pun di bawah kawalan Menteri Kesihatan bukannya suka-suka. Dan pihak polis juga dia bukan mudah-mudah saja untuk melaksanakan tugas dia. Dia terikat juga dengan peraturan mematuhi arahan daripada Ketua Polis Negara. Dan bayangkan, kalau pihak polis ya bukan macam dulu. Mudah-mudah untuk menguatkuasakan dan berlaku abuse di situ. Sekarang ini semua orang boleh complain ya, netizen pun ramai. Dan bukan mudah pihak polis nak melakukan abuse dalam perkara ini. Tambahan lagi dengan penguatkuasaan yang apa nama semua netizen ini menjadi mata kepada kerajaan ya. Jadi, di situ saya fikir
bahawa ruang itu telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk meluaskan lagi kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang ini dengan lebih sempurna lagi. Dengan itu insya-Allah, masalah-masalah racun ini yang saya sebut tadi, apa yang disebut oleh Parlimen, umpamanya Kuala Nerus tadi sebut juga ya perkara ini. Dia kata itu satu kebimbangan itu dapat dikawal, insya-Allah, kalau kita luaskan lagi, pegawai-pegawai kita yang melaksanakan tugas ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikutnya Yang Berhormat Temerloh, 5 minit. Yang Berhormat Temerloh.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mulai dengan satu pantun. Kalau rebah bangkit semula, Jangan lemah hadapi gelora; Dadah durjana racun negara, Ayuh lawan tindakan bersama. Pindaan rang undang-undang — pindaan rang undang-undang Akta Racun 1952 yang melibatkan fasal 2 dengan tiga perkara: (i) pindaan pangkat pegawai polis; (ii) kuasa Menteri Kesihatan untuk melantik sesiapa bagi penguatkuasaan Akta 366; dan (iii) takrif premis. Yang pertama, pindaan pangkat pegawai polis dalam Akta Racun 1952. Tuan Yang di- Pertua, pertama, pindaan ini adalah wajar bagi memastikan keselarasan dengan struktur hierarki semasa dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Ada pangkat dalam akta asal yang mungkin sudah tidak relevan atau tidak disebut dengan tepat berdasarkan struktur organisasi polis pada masa kini. Kedua, pemutihan dan pengemaskinian akan memastikan bahawa hanya pegawai yang mempunyai kelayakan berautoriti pengalaman tertentu diberi kuasa, menjalankan siasatan atau mengambil tindakan penguatkuasaan berkaitan kesalahan di bawah akta ini termasuk penyalahgunaan dan pengedaran racun terkawal serta bahan terlarang. Namun, saya ingin menekankan bahawa kuasa yang diberikan kepada pegawai ini mestilah diseimbangkan dengan mekanisme pemantauan dan akauntabiliti yang jelas. Ini penting supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses siasatan atau penguatkuasaan. Yang kedua, kuasa Menteri Kesihatan melantik sesiapa untuk menguatkuasakan Akta 366. Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang — memberikan kuasa pada Menteri Kesihatan mesti
mengambil pandangan dari pakar-pakar dalam bidang berkenaan untuk melantik mana-mana individu sebagai pegawai penguat kuasa bagi Akta 366. Ada — ini adalah satu langkah yang memerlukan penelitian rapi. Pertama, pindaan ini membuka ruang fleksibiliti kepada Menteri untuk memperluas barisan penguat kuasa. Termasuk melibatkan agensi-agensi lain dan individu yang mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang farmasi, toksikologi dan juga kawalan bahan kimia. Namun dalam memberikan kuasa sedemikian luas, terdapat beberapa kebimbangan yang perlu diambil kira. Siapakah individu yang layak dan apakah kriteria pelantikan? Adakah pelantikan ini memerlukan kelulusan Parlimen atau semata-mata keputusan Menteri? Bagaimana pengawasan terhadap individu yang dilantik? Adakah mereka tertakluk kepada prosedur tatatertib awam? Kita tidak mahu pelantikan ini menjadi ruang kepada politicking atau pelantikan berdasarkan kepentingan luar yang akhirnya mengkompromi integriti penguatkuasaan undang- undang. Justeru, saya mencadangkan agar peruntukan ini disertai dengan peraturan atau kod etika pelantikan yang jelas dan perlu dikemukakan kepada Parlimen sebagai bentuk semak dan imbang. Mengapakah penguatkuasaan tidak melibatkan Pegawai AADK yang terlatih berkaitan operasi? Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan pindaan ini harus dilihat bukan saja sebagai usaha untuk mengukuh sistem kawalan racun dan bahan berbahaya, tetapi juga sebagai komitmen untuk mewujudkan tadbir urus yang berintegriti, profesional dan telus. Yang kedua, perluasan takrif ‘premises’. Fasal ini juga memperluaskan takrif ‘premises’ atau ‘premise’ dalam konteks penguatkuasaan undang-undang agar tidak terhad kepada bangunan fizikal semata-mata, tetapi meliputi kawasan atau tempat lain yang berkaitan dengan perhimpunan awam atau aktiviti berisiko. Takrif baharu ini amat relevan, lebih-lebih lagi dalam era pasca COVID-19 di mana, lokasi penyebaran penyakit berjangkit tidak terbatas kepada tempat tertutup sahaja. Perluasan ini akan membolehkan pegawai penguat kuasa memasuki, mengambil tindakan di tempat awam terbuka, khemah, tapak binaan, tempat ibadat mahupun kawasan tidak berpagar yang dijadikan lokasi aktiviti melibatkan orang ramai. Sebelum ini, takrif ‘premise’ mungkin terlalu sempit dan hanya merangkumi tempat perniagaan fizikal yang berlesen atau premis tetap. Antaranya, terdapat kekangan dari sudut undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap individu atau pihak yang menjalankan aktiviti secara haram, tidak konvensional seperti gudang tidak berdaftar, rumah kediaman dan kedai minuman, kenderaan yang diubah suai, ruang dalam talian dengan stor fizikal tidak berlesen.
Dengan pindaan ini, penguat kuasa kini boleh bertindak terhadap mana-mana tempat, struktur atau ruang. Termasuk yang bersifat sementara atau bergerak, selagi digunakan untuk aktiviti yang dikawal di bawah akta ini. Kedua, dalam konteks semasa, penyalahgunaan dan pengedaran racun atau bahan pharmacies, fiskal atau tidak sah semakin canggih termasuk dijalankan melalui e-dagang, aplikasi pesanan dan penghantaran segera. Oleh itu, pindaan takrif ‘premise’ amat relevan dengan cabaran realiti lapangan hari ini. Namun ingin saya sarankan, garis panduan penguatkuasaan yang telus dan profesional, latihan kepada pegawai penguat kuasa tentang batas dan prosedur ketika memasuki premis tidak konvensional serta perlindungan terhadap hak individu agar tidak berlaku pencerobohan tanpa asas yang kukuh. Namun, penguatkuasaan mesti sentiasa berpandukan prinsip kesaksamaan, profesionalisme dan kebertanggungjawaban. Cadangannya, ketelusan dan akauntabiliti. Semua tindakan yang diambil oleh authorised officer di premis mesti di rekod dan diaudit bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Pematuhan hak asasi perlulah dipastikan bahawa dalam melaksanakan kuasa ini tidak berlaku pencabulan hak peribadi seperti hak ke atas harta persendirian, melainkan dalam keadaan darurat kesihatan awam yang nyata. Ketiga, peranan masyarakat. Kerajaan juga perlu memperkukuh aspek pendidikan awam dan kerjasama komuniti, bukan hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 2, Akta 366 ini amat perlu bagi memastikan keberkesanan pengawalan. Namun, pelaksanaannya mesti berpaksikan prinsip keadilan, profesionalisme dan pengawasan yang beretika. Saya menyokong fasa ini dengan harapan akan mengambil kira mekanisme kawalan dan pemantauan yang ketat. Pengawalan mesti disertai dengan langkah pengharaman vape dan juga pengharaman rokok. Khususnya, kepada semua pelajar dari peringkat rendah, menengah dan universiti. Akhirnya. Dadah haram jalan derita, Musnah iman runtuh keluarga; Kembalilah pada jalan agama, Hidup berkat, selamat di dunia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kuala Krai, 5 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Indera Yang di-Pertua…
Lima minit, Yang Berhormat.
…Kerana memberikan kesempatan dan ruang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan RUU Racun (Pindaan) 2025. Saya berdiri bagi menyentuh pindaan fasal 2, Akta Racun 1952 ataupun Akta 366, yang bertujuan memasukkan pegawai polis daripada apa-apa pangkat dan orang dilantik oleh Menteri Kesihatan di bawah seksyen 31A sebagai pegawai diberi kuasa. Melalui pindaan ini, Menteri Kesihatan diberi kuasa melantik individu sebagai pegawai kawalan tanpa sebarang syarat semak imbang atau pun pendedahan awam. Kuasa pelantikan ini boleh terdedah kepada ketirisan dan potensi konflik kepentingan. Menurut Transparency International, Malaysia mencatatkan skor 50 per 100 dalam Corruption Perception Index (CPI) 2024, mengekalkan kedudukan ke-57 daripada 180 negara. Ini menunjukkan tahap integriti sektor awam negara berada sedikit di atas purata dunia iaitu purata 43, tetapi masih jauh dari golongan negara bersih yang memperoleh skor di atas 80. Pegawai bertambah tapi dibimbangi wujud risiko penyalahgunaan. Contoh, isu ketum. Tuan Yang di-Pertua, isu penyalahgunaan kuasa sering kali dikaitkan dengan kes penanaman dan pemilikan daun ketum. Ketum seperti yang diketahui dan tadi pun disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, termasuk dalam Jadual Racun di bawah akta ini. Dan dengan pindaan ini, kuasa pegawai untuk bertindak ke atas mereka yang didakwa memiliki ketum kini lebih luas dan lebih berstruktur. Namun, pengalaman rakyat di desa mengajar satu perkara. Kuasa yang tidak dibimbing dengan budi bicara akan membawa ketidakadilan. Ada kes seorang petani ditahan hanya kerana menyimpan air ketum untuk kegunaan sendiri. Rumahnya digeledah, anak kecilnya menangis, reputasi keluarganya tercemar. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini wajar, tapi perlu disertai kawalan kuasa yang adil. Saya tidak menolak perlunya tambahan penguat kuasa bagi menjalankan tugas dengan lebih efisien, termasuk pegawai kesihatan dan polis, tetapi saya mendesak agar garis panduan penguatkuasaan diwujudkan segera. Agar kuasa yang diberikan melalui pindaan ini pertama, tidak digunakan sewenang-wenangnya terhadap orang kecil ataupun orang kampung yang tidak berniat jenayah. Yang kedua, digunakan secara berbeza ke atas pengedar ketum ataupun cecair racun lain berskala besar, dengan mereka yang hanya guna secara tradisional ataupun perubatan keluarga, ini mungkin dalam isu ketum lah. Atau lebih parah lagi, jika ada yang diperangkap. Yang ketiga, melibatkan latihan khas kepada pegawai agar penguatkuasaan lebih berhemah dan tidak mencemarkan imej agensi.
Pindaan undang-undang ini memberikan senjata sah kepada pegawai. Maka, kerajaan perlu memastikan ia tidak digunakan untuk menekan orang kecil, sebaliknya untuk melindungi rakyat dan mengenal pasti penjenayah yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, fasal 2 RUU ini juga bertujuan memperluaskan definisi premises, termasuk struktur alih premis luar pesisir, kawasan tanaman dan bangunan. Hampir merangkumi semua ruang operasi racun. Tiada keperluan audit atau pun pelaporan terbuka mengenai siri pelantikan pegawai, lokasi pemeriksaan serta pengecualian bahan akan mengabaikan aspek ketelusan. Saya mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan RUU ini berjalan secara saksama, antaranya: (i) dapat mengadakan audit tahunan tentang tindakan dan pelantikan pegawai, dipamer secara terbuka; (ii) konsultasi berskala dengan pengamal perubatan, farmasi dan NGO berkaitan sebelum pelantikan pegawai atau perubahan prosedur; dan (iii) laporan status pelantikan dan aktiviti pelaksanaan kepada Parlimen. Sebagai penutup Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong niat kerajaan untuk memperkukuh penguatkuasaan Akta Racun, tetapi saya menentang sebarang rang undang- undang yang memberi kuasa tanpa mekanisme semak dan imbang. Undang-undang bukan sekadar kawalan, ia perlulah adil dan juga dilihat adil, tertib dan bertanggungjawab. Jika tidak, undang-undang ini boleh menjadi racun kepada rakyat, bukan perlindungan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih…
Yang Berhormat. Kuala Krai ada lagi 13 saat. Boleh saya tanya, Kuala Krai? Berhenti dah?
Saya ingat dah selesai, Yang Berhormat. Yang Berhormat, dah selesai Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam tempoh 20 minit. Silakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam MADANI semuanya, ya. Timbalan Yang di-Pertua, pertama sekali saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada berapa jumlahnya - 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Rang Undang-undang Racun 2025 ini. YB Bentong, Kuala Langat,
Sri Aman, Langkawi, Sibu, Kuala Nerus, Bandar Kuching, Rantau Panjang, Machang, Pulai, Temerloh dan akhir tadi, Kuala Krai yang sempat saya dengar di penghujungnya. Pandangan dan soalan-soalan yang dikemukakan adalah sangat penting dan baik yang saya kira - saya dengar tadi beberapa cadangan-cadangan yang saya kira bernas untuk kita, ya, mewujudkan aspek tadbir urus, governance, semak imbang, oversight, committee dan sebagainya. Adalah penting untuk kita memperkukuhkan ya, pemahaman kita bersama mengenai keperluan dan matlamat pindaan ini ya. Rang undang-undang ini disediakan dengan tujuan besarnya atau pun tujuan yang jelasnya adalah untuk memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap aktiviti haram yang melibatkan penyalahgunaan racun dan bahan psikotrofik ya dan seterusnya, meningkatkan keberkesanan serta kelancaran tindakan agensi penguatkuasaan yang berkaitan, khususnya PDRM, demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Mustahaknya untuk kita fahami bahawa inilah juga bahan yang punya potensi ya - potensi therapeutics, tetapi pada waktu yang sama, andainya dos, ya – andainya dos itu adalah berlebihan, dia menjadi racun. Jadi, ubatan pada definisinya adalah satu yang sifatnya therapeutics, tetapi andainya berlebihan, dia menjadi racun. So, dalam bahasa – dalam bahasa falsafahnya, toxicology ini dia kata, everything is a poison, except by the dose. Segalanya adalah racun, kecuali dosa atau dosage-nya – dos nya itu yang menentukan sama ada ia adalah penawar, mahupun pencetus toksiti penyakit. Itu mustahak untuk difahami dan bahan – dan bidang toxicology adalah bidang yang bercakap tentang hal racun dan segalanya yang telah disebutkan, di samping bahan-bahan psikotrofik yang disebutkan ya, dalam perbahasan ini. Timbalan Yang di-Pertua, ya, dalam penggulungan ini, saya menjawab isu-isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan dibahagikan kepada beberapa fokus utama. Ya, ada kurang lebih tujuh. Isu salah guna kuasa dan pertindihan kuasa dibahas oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan, istilahnya authorize officer. Dan kedua adalah, latihan kepada orang yang dilantik sebagai authorize officer dan pemantauan ke atas authorize officer ini. Ketiga adalah, aspek penyenaraian racun yang - ya - yang sebenarnya adalah satu - yang sebenarnya adalah cerminan ya, kepada ratifikasi ataupun konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kita telah menjadi sebahagian daripada negara yang meratifikasi.
Ya, apa yang dikatakan sebagai konvensyen-konvensyen ini contohnya Convention – Single Convention on Narcotic Drugs awal tahun 1961, Convention on Psychotropic Substances 1971 dan United Nations Convention Against Illicit Traffic dengan izin in narcotic drugs ataupun Psychotropic Substances 1988. Kesemua ini, hari ini sudah kita cerna dan ke cerakinkan dalam
kita membangunkan ya, apa yang dikatakan undang-undang di mana semua bahan ini disenaraikan dalam konvensyen yang tadi itu , kita telah letakkan dalam Akta Racun 1952 sebagai ya racun dan bahan psikotropik sama ada jenis A dan juga tiga itu dan juga Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagai dadah berbahaya. Mungkin ada yang memberikan teguran mengapa banyak sangat undang-undang seperti ini. Kita ke arah satu yang ke arah satu yang diistilahkan sebagai konsolidasi ya. We are working towards dengan izin consolidate and istilahnya to regularize-ya. Dan kita mahu kan akhirnya kalau dapat kita hanya ada satu undang-undang yang all and come pursuing, menyeluruh ya – secara menyeluruh dan secara tuntas dikawal selia penggunaan racun ataupun ubat-ubatan dan dadah termasuklah psychotropic drugs ini ya. Jadi, itu adalah penyeliaan racunnya. Keempat adalah kawalan vape dan nikotin menjadi bahan perbincangan di seluruh negara. Ia telah menjadi satu izin national conversation, perbualan nasional sudah di mana pun. Justeru, kerana salah penyalahgunaan vape khususnya yang didapati kini mengandungi secara kejutan kepada ibu bapa ya adalah mengandungi antara lain sintetik cannabinoids, itu bahan ganja, that is marijuana, ada dalam vape dan telah terbukti ya. Dan juga methamphetamine atau syabu pun juga. Sintetik methamphetamine ini juga berada, racun ini berada dalam vape yang digunakan oleh pelajar-pelajar kita dan sangat berleluasa hari ini. Ini semua telah menimbulkan ya satu tekanan untuk pengharaman vape sepertimana soalan pertama – soalan nombor 8 pagi tadi yang saya jawab ya. Jadi, kalau boleh saya teruskan. Yang kelimanya adalah, hal yang terkait dengan kuasa Menteri Kesihatan yang dianggap luas ya, untuk melantik mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah Akta 366. Itu adalah satu yang saya rasa munasabah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ketika duduk sebelah sana pun, itulah antara perkara yang saya kerap menyebutkan supaya tidak disalah guna kuasa, diberikan kuasa dengan oversight-nya, dengan kawalan-kawalannya. Kita ada apanya safeguard-nya ataupun ya, ada dia punya had-hadnya, keterbatasannya supaya salah guna kuasa itu tidak berlaku. Ini selalunya dibangkitkan oleh semua legislator, Ahli- ahli Yang Berhormat yang merupakan pembikin undang-undang ataupun lawmakers ya. Akhir sekali yang lebih sikit lebih menjurus kepada hal-hal yang teknikal ataupun editorial sifatnya ataupun pengistilahan premis itu yang di – tafsiran premis yang terlalu luas itu. Kita juga gabung, jalinkan apa yang ibu – akta ibu itu menjadi satu yang lebih tuntas ya, lebih cogent, lebih cekap lagi ataupun lebih terang dan jelas ya. Baik, seterusnya saya membahaskan isu salah guna kuasa dan pertindihan kuasa oleh authorized officer ya merujuk kepada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Aman ya dan juga mungkin ada yang lain yang bangkitkan perkara ini berhubung salah guna kuasa dan pertindihan kuasa kepada mana-mana pegawai polis. Ini selalu menjadi pertikaian yang
dibimbangi, dikhuatiri ya akan salah guna kuasa. Jadi, persoalan siapa pegawai, peringkat apa ya dan lah pangkatnya dan sebagainya kerap menjadi perbahasan ya bahawa penguatkuasaan oleh pegawai penguat kuasa dadah ataupun yang diistilahkan sebagai Drug Enforcement Officer (DEO) ya. Jadi, berhubung salah guna kuasa dan pertindihan kuasa kepada mana-mana pegawai polis bahawa penguatkuasaan oleh DEO, pegawai polis dan pegawai kastam telah dilaksanakan sejak sekian – sejak Akta Racun azali lagi 1952 lagi. Akta 366 ini dikuatkuasakan pada tahun 1952 lagi Timbalan Yang di-Pertua. Jadi, walaupun perkara itu kerap dibangkitkan begitu tapi daripada rekod on record historical record ya dengan kata lain dari segi pengalaman yang sekian lama melepasi enam dekad ya, dia tidak wujud sebarang pertindihan kuasa, at least sejak inception, sejak bermulanya akta ini. Jadi, tidak ada walaupun nampak macam akan ada pertindihan, bertembungan tetapi mengikut pengalamannya tidak ya. Itu going by the records ya dengan izin. Pihak-pihak yang diberi kuasa akan menjalankan penguatkuasaan berdasarkan skop dan fungsi jabatan masing- masing ya . Penguatkuasaan oleh contohnya penguatkuasaan oleh pegawai penguat kuasa dadah contohnya drug enforcement officer, pegawai polis contohnya dan juga pegawai kastam telah dilaksanakan sejak akta ini 1952 ya. Penguatkuasaan ini berlaku tanpa sebarang isu pertindihan pelaksanaan kuasa ya . Contoh yang sebaik, kalau boleh saya sebutkan secara lebih khusus. Pihak-pihak yang diberi kuasa akan menjalankan penguatkuasaan berdasarkan skop dan fungsi masing-masing. Contoh pegawai penguat kuasa dadah ya memberi fokus yang terkait dengan pengendalian racun dan bahan psikotrofik terutamanya melibatkan produk ubat dan kimia industri bagi tujuan yang sah. Itu tugas mereka, that their term of reference. Kedua, pegawai polis memantau dan mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti haram. Ya, itu tugasannya polis melibatkan penyalahgunaan dan pemesongan racun, the abuse dan bahan psikotrofik terutamanya-terutamanya mitragynine. Mitragynine adalah alkaloid dalam ketum ya, ketum itu sendiri. Orang tak tahu apa kesannya tetapi dia ada kesan psikotrofik. Nama alkaloid itu adalah mitragynine ya dan mitragynine inilah bahan psikotrofik di bawah Akta 366. Jadi, dengan mitragynine itu tak ada dalam akta itu istilah ketum tapi ditulis atau tertera di situ adalah mitragynine. Mitragynine itulah the active pharmacological constituent of ketum namanya mitragynine. Dia dikawal oleh Akta 366 ya. Dan pegawai kastam menjalankan contohnya pegawai kastam pula ya menjalankan kawalan pengimportan dan pengeksportan racun dan bahan psikotrofik di pintu-pintu masuk negara.
Menteri sikit boleh Menteri penjelasan soal berkaitan dengan tekun pula masalah – ketum, ketum tadi tu. Maksudnya bahasa mudahnya tekun – ketum ni maksudnya bahayalah? Saya nak tahu itu je sebab orang kampung tanya.
Ya, ketum itu – ia menjalani banyak yang telah pun istilah yang mereka mahukan adalah ketum, apakah boleh digunakan secara perubatan? iaitu telah menjadi apanya tumpuan clinical investigation ataupun ujian-ujian klinikal tapi di situ jugalah yang kita mahukan untuk kita establish ketum, apakah membawa kebergantungan ataupun adiksi. Ya, ini menjadi bahan yang...
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit ?
...Kalau saya boleh habiskan ya,sahabat saya Yang Berhormat Hulu Langat bangkitkan. Jadi ya, dia ada kesan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Semua racun ada kesan penawar dan ada kesan racun. Pada dos yang tertentu dia boleh jadi penawar dan pada kebergantungan dan penggunaan secara excessive dia menjadi satu yang sifatnya berbahaya kepada kesihatan. So, satu bahan itu dia akan menjadi penawar dan juga racun pada waktu yang sama ditentukan oleh dos. Itu yang mungkin Ahli Yang Berhormat belajar petang ini. That is the first lesson in toxicology. Terima kasih. Kuala Nerus, maaf.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Terima kasih Datuk Speaker. Sebelum saya mahu penjelasan tentang kuasa polis pelbagai peringkat, adakah tadi Menteri sebut ada pembahagian, pharmasist ataupun KKM ada tempat yang dia boleh masuk, yang apa ni bahagian kastam ada tempat dia. Adakah polis ini boleh beri buat pemeriksaan di klinik-klinik ataupun di hospital dengan kuasa yang ada itu? Minta penjelasan.
Di situlah sahabat saya Yang Berhormat Kuala Nerus, di situlah pentingnya ya, bidang-bidang penguatkuasaan itu secara jelas dapat kita tentukan ya. Sama ada sifatnya penguatkuasaan dadah kita tahu dia adalah pengendalian- pengendalian racun yang melibatkan ubat-ubat ini dalam dan juga bahan kimia industri dengan tujuan – yang itu adalah DE ataupun Drug Enforcement Officer.
Polis tidak berperanan dalam premis-premis apa yang jadi — dalam premis-premis klinik dan service hospital sebab di situ kita mendapat, kita ada enforcement pharmacy kita. Jadi di situlah agihan tugasan itu ya. Kalau kita perhatikan penguatkuasaan juga adalah dilakukan oleh Bahagian Farmasi dari segi penguatkuasaan ya dan dijalankan dengan begitu baik. Polis...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Cuma yang saya nak pastikan tadi, ya lah bila diberi kuasa itu dia boleh masuk mana-mana premis. Dalam bumi ini, ke udara semua dia boleh gi.
[Ketawa]
Cuma saya nak kepastian supaya dihadkan jawatan-jawatan ini untuk premis mana. Sebab apa, kalau polis pergi klinik, minta maaflah saya — orang, persepsi masyarakat seolah-olah jenayah doktor itu.
Betul.
So, harap Menteri ambil satu perkara yang penting inilah untuk difahamkan.
Ya. Dalam bahasa mudahnya kalau saya ambil kesimpulanlah, di setiap lapangan itu ada penguat kuasanya. [Berucap dalam bahasa Arab] Dalam setiap lapangan itu ada tuannya, ada tugas enforcement-nya kalau saya sebutkan begitu. Jadi mudah, dalam konteksnya, dalam konteksnya hospital dan services facility ini dia pharmacies enforcement yang akan mengendalikan ya. Jadi dari segi itulah tidak pernah ada bertindihan dan pertembungan kuasa antara polis, bergaduh dengan kastam, bergaduh pharmacist. Tidak pernah ada laporan tentang pergaduhan dan pertelingkahan itu sebab mereka tahu bagaimana menjalankan tugas mereka masing- masing. Jadi sangat harmoni dan sangat murni. Sangat harmonis kegiatan itu dan saya membaca. Saya cuba cari kalau-kalau ada pertembungan kuasa, tak ada pula. Ya, mereka tahu bahawa mereka — setting, setting itu adalah khas untuk mereka dan bukan untuk yang lain. Kalau mereka bukan ahlinya di situ jangan mengambil, campur tanganlah. Jadi itu menjadikan pegawai kastam, polis dan drug enforcement officer ini dengan izin, sangat tahu untuk berperanan dengan baik. Sejak 1952, saya tanya adakah pertindihan ini? Adakah pergaduhan, tak ada pula Timbalan Yang di-Pertua. Kuala Nerus, terima kasih atas soalan itu. Seterusnya, Timbalan Yang di-Pertua...
Speaker, penjelasan sikit...
Boleh.
...Menteri. Berkaitan dengan yang Menteri kata tadi satu bahan itu ada penawar dan ada racun. Okey, bergantung pada tahap penggunaan. Cuma persoalan saya, dengan adanya enakmen atau akta ini, bilakah nak dikuatkuasakan ia menjadi racun untuk nak didakwa? Sebab masa dia makan itu mungkin jadi ubat dan ketika itu jadi racun. Jadi ketika mana nak membezakan suasana tersebut. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ambil sahajalah morfin ya. Morfin itu adalah drug of abuse. Morfin, ketagihan morfin itu sangat bahaya dan sangat berleluasa, tapi morfin
dalam clinical used especially kepada apa yang dikatakan towards the end of di panggil dah terminal stage cancer patient, morphine is the best, it’s the first line of analgesia ataupun narcotic analgesia, penahan sakit yang paling mujarab. Mungkin ada yang tahu, juga may have experience this, tindakan morfin itu sangat pantas, tetapi morfin pada waktu yang sama dalam tangan seorang penagih menjadi substance abuse yang memang disalahgunakan dan boleh berakhir dengan pelbagai masalah termasuklah psikosis, boleh jadi gila dan sebagainya. Itu adalah nyatanya. Dalam bidang perubatan ya, sekali lagi saya sebutkan antara penawar dan racun itu pemisahnya adalah dos. Di situlah pentingnya yang saya mengajar pharmacologist dah — suatu masa dulu. Kita tahu bagaimana untuk menentukan kesan dipanggil effective dose dan toxic dose. Dos yang membawa kepada kebaikan, dos yang membawa kepada keracunan. Dia kalau satu bahan itu sifatnya safe, dua itu adalah jauh, tetapi kalau drug – drug atau ubat-ubatan yang sangat toksik antara effective dose dengan toxic dose itu sangat rapat. Terapeutiknya, terapeutik indeksnya sangat rendah. Jadi itu adalah bahan — itu adalah disiplin ilmu toksikologi dan farmakologi. Jadi kita mengawal semua ini kerana kita tahu it’s a very established. Setiap satu, setiap satu bahan- bahan psikotropik dan juga ubat-ubatan ini kita tahu apa dia terapeutik indeksnya, apa toxic dose- nya dan sebagainya. Bagaimana ia boleh disalah guna. Sebab itu kawalan itu sangat penting dan menjadi seluruhnya bidang Akta Racun ini adalah untuk mengawal kategorinya dan senarai- senarai yang telah pun disebutkan berapa jumlahnya. Kalau saya telah — saya ingat saya dalam apa tadi, dalam perbahasan ataupun pembentangan tadi, pada masa ini sebanyak 1,780 bahan kimia telah disenaraikan sebagai racun di bawah Senarai Racun, Jadual Pertama Akta Racun 1952, 79 daripada disenaraikan itu adalah sebagai bahan psikotropik di Jadual Ketiga. So, all these are very established dan kesemua ini saya sebutkan tadi adalah sebahagian daripada — dia dibina di atas tiga konvensyen yang kita sama-sama menjadi, memeteraikan perjanjian itu. Single Convention on Narcotic Drugs, Convention on Psychotropic Substances dan juga UN Convention Against Illicit Traffic ya, perdagangan drug narcotic ini dan psikotropik 1988. Jadi, kita sendiri punya satu yang tercerakin dalam Akta Racun 1952 sebagai racun dan bahan psikotropik dan Akta Dadah Bahaya, Dangerous Drug Act di panggil, DDA ya, Dangerous Drug Act 1992 sebagai dadah merbahaya. Dadah tak ada yang tak berbahaya. [Ketawa] As important as simple as Panadol itu juga punya kesan toxicity yang kita perlu tahu. Jadi tak ada bahan kimia yang kita masukkan dalam badan kita itu bebas daripada apa yang dikatakan side effect. Tentunya adalah, penentuannya adalah dos. Kalau 20 pil kita makan Panadol, kita akan dapat toxicity yang boleh juga membawa
maut andainya kita cuba membunuh diri dengan segenggam Panadol atau PCM itu ya, paracetamol itu.
Ya, Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Ya, seorang pengamal perubatan dahulunya...
Sikit.
Kuala Langat, apa lagi mahu bicara, mahu diangkat... [Tidak jelas] Pula...
Saya yakin...
Saya banyak benda yang saya nak bahas ini tapi tidak boleh di...
Saya percaya dengan kebijaksanaan Menteri yang diberikan kuasa untuk melantik, authorized officer. Apakah garis panduan ataupun rujukan yang mungkin kita boleh lihat juga? Sebagai contoh mungkin, kalau anggota tentera diberikan kuasa untuk menangkap sebagai contoh di luar bidang kuasa Angkatan Tentera Malaysia, makna ada term of reference ataupun garis panduan-garis panduan yang kita boleh lihat. Terima kasih
Baik. Saya yakin dalam pembentukan dan pembangunan akta-akta ini, mereka telah juga membawa kepada benchmarking…
Yang Berhormat Menteri.
...Ataupun mengkaji perbandingan jurisdiksi negara-negara, tetapi...
Yang Berhormat Menteri.
...Yang saya mahu tekankan dalam pindaan ini...
Yang Berhormat Menteri.
Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tak dengar.
Berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri perlukan?
Saya ingat dalam beberapa minit lagi. Tak boleh habis pun kalau saya nak cuba sebab banyak perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tak menjawab soalan...
...Yang saya kira sangat penting, sangat mustahak sebab ini...
Berapa minit lagi Yang Berhormat?
...Adalah sebenarnya pencerahan juga kepada Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri perlukan berapa minit lagi?
Beri saya dalam kurang lebih 5, 10 minit lagi kalau boleh?
Saya bagi 5 minit Yang Berhormat
Lima minit. Terima kasih atas sangat-sangat dermawan Timbalan Yang di-Pertua yang memberikan saya. Very gracious of you, terima kasih. Saya kembali kepada persoalan penguatkuasaan, ya. Penguatkuasaan tadi ya, saya telah sebutkan betapa ya peraturan, regulation, orders, perintah. Apabila kita telah bina satu akta dia perlu datang dengan regulation dan akta, perintah dan sebagainya. Maka kesemua itu saya kira adalah satu yang telah pun melalui apa yang dikatakan sebagai stringent, ya, rigorous ataupun penelitian yang sangat teliti bagaimana untuk kita mengelakkan. Contoh, sebagai contoh, ya, penguatkuasaan yang dipindah ini adalah kalau kita lihat kepada pindaan yang dipinda tentang pegawai authorized polis itu sendiri ya. Kalau kita meletakkan ya, kalau kita meletakkan bahawa pindaan itu buat hari ini, ya dalam akta ini, kita telah pindah untuk kembali, ya. Kalau apa yang di — ya, yang bersabitan dengan pegawai ya, latihan dan ini semua sudah saya sebutkan merujuk kepada authorized officer tadi ya. Saya ambil ringkas sebab tak ada, authorized officer. Kalau andainya diletakkan authorized officer itu adalah inspektor dan atas, kita dapati bahawa inspektor atau lebih tinggi daripada inspektor, kita dapati bahawa jumlah pegawai-pegawai ya. Maaf. Jumlah pegawai- pegawai yang berperanan ataupun yang mempunyai, yang mempunyai pangkat inspektor ke atas ya, adalah hanya 19 peratus daripada jumlah yang banyak authorized.
Kalau lah inspektor yang mahu diambil sebagai boleh membuat penguatkuasaan bahagian yang dikatakan bahagian jenayah narkotik ini, jenayah siasatan ini yang membuat siasatan jenayah-jenayah narkotik ini hanya ada 19 percent, less than 20 percent. Maknanya, kalau kita mahukan seorang inspektor sahaja yang boleh membuat penguatkuasaan Timbalan Yang di-Pertua, maka pegawai-pegawai lain yang who are always on the road, on the move di ground zero, di mana di lapangan, mereka walaupun tidak layak, tidak eligible kerana letak inspektor, mungkin mereka sarjan ataupun pegawai-pegawai rendah sahaja, itu akan menjadikan penguatkuasaan akta ini menjadi tergendala.
Justeru kerana itu, kami mengambil sikap memberikan kembalikan hal ini balik kepada Akta Polis [Akta 344] yang menetapkan bahawa yang dikatakan pegawai itu adalah seseorang yang sebahagian daripada anggota PDRM. Semua anggota PDRM itu adalah pada takrifnya pegawai polis mengikut takrif Akta Polis itu sendiri, seksyen berapa saya kurang ingat. Ini menjadikan penguatkuasaan seksyen 2 mungkin saya silap itu, tapi ini menjadikan penguatkuasaan itu menjadi lebih mampu dilakukan. Saya mahukan perkara itu jelas mengapa kami telah mengambil sikap untuk meminda itu untuk kita bersekali ataupun in sync, bersejajar dengan takrif pegawai polis itu adalah semua anggota polis yang berdaftar ataupun yang bekerja sebagai dalam PDRM itu sendiri. Jadi dengan itu, lebih mampu pelaksanaan akta-akta ini dilakukan kerana semua pegawai polis itu ataupun anggota polis dapat melaksanakan penguatkuasaan Akta 366 ini. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya kira banyak lagi nak saya sebutkan hal yang terkait dengan pemantauan produk bantuan berhenti merokok contohnya dan juga hal yang terkait dengan kawalan vape dan nikotin itu pun juga sangat mustahak, tapi tak apa, saya ingat saya boleh berikan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bersungguh untuk membahaskan perkara ini. Saya tahu hal nikotin itu adalah sangat penting. Hal nikotin yang dikeluarkan pada Akta Racun itu adalah sangat penting tetapi saya mahu sebutkan bahawa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] itu telah pun meletakkan nikotin di dalam peruntukan erti dan maksud produk merokok itu. Jadi, ada yang mempertikaikan, ada yang meminta supaya mendesak supaya kita kembalikan nikotin ke dalam Akta Racun yang mungkin sahaja boleh kita pertimbangkan. Justeru, kerana sikap kementerian sendiri dan sikap saya sendiri ia adalah untuk ke arah pengharaman vape. Ini saya bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan baru- baru ini dan juga dengan jawapan yang telah pun saya berikan tidak silap saya pagi tadi. Jadi, kita ke arah itu. Kita tidak akan berlengah, cuai dan culas mengizinkan vape berleluasa begini. Kita mahukan segalanya diambil dengan sikap dan dengan perhitungan dan pertimbangan pada akhirnya adalah untuk kemaslahatan awam khususnya kesihatan dan kesejahteraan khasnya Orang Belum Dewasa (OBD) yang menjadi sasaran (target) pengusaha-pengusaha vape ini. Jadi, itu yang saya kira boleh kita ziarahi kembali. We can revisit dengan izin. Apabila kita dapat sokong ataupun kita dapat memberikan sokongan, evidence sama ada dari sudut EVALI ataupun yang dikatakan e-cigarette lung induced injury itu dan juga siasatan-siasatan daripada PDRM yang menunjukkan bahawa vape itu sangat dicemari dengan bahan-bahan yang saya sebutkan sebentar tadi sama ada synthetic cannabinoid situ, marijuana itu dan juga methamphetamine dan yang lain. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab selebihnya secara bertulis, insya-Allah.
Boleh.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Boleh, Yang Berhormat Menteri. Jawapan secara bertulis yang isu-isu yang lain. Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan (Dato Lukanisman bin Awang Sauni) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang Racun — Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025Bill
Timbalan Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang- undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 dibaca kali kedua sekarang.
Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, perintah kehadiran wajib di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] merupakan suatu perintah yang boleh diberikan oleh mahkamah kepada mana-mana pesalah sebagai ganti kepada hukuman pemenjaraan yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh
dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau hukuman pemenjaraan bagi kegagalan membayar denda atau hutang. Perintah kehadiran wajib di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sejak 1 September 2010 manakala Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660] berkuat kuasa pada 30 September 2022. Rekod Jabatan Penjara Malaysia menunjukkan bahawa seramai 8,210 pesalah telah menjalani perintah kehadiran wajib sejak 2010 sehingga 14 Julai 2025. Jemaah Menteri pada 21 Februari 2024 semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri M82/2024 bertajuk Kelulusan Dasar Pindaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] antara lain telah bersetuju dengan cadangan penetapan dasar supaya suatu Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] dipinda, bertujuan untuk meminda seksyen 5 dan seksyen 8 dalam Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660] . Bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti.
Selanjutnya, Jemaah Menteri pada 9 April 2025 semasa menimbangkan Memorandum daripada Menteri Dalam Negeri Nombor M85/2024 telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 dibentang di mesyuarat Parlimen. Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 ini telah dibentangkan pada Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi masing-masing pada 25 dan 26 Februari ‘2026’ yang lalu. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah memberi maklum balas secara bertulis kepada Kementerian Dalam Negeri pada 16 Julai 2025 yang berpandangan bahawa pindaan akta ini adalah wajar dan bersetuju dengan pindaan- pindaan yang dikemukakan oleh KDN terhadap rang undang-undang ini. Kementerian Dalam Negeri berhasrat untuk meminda seksyen 5, Akta 461 bagi meluaskan kuasa mahkamah untuk memberi suatu perintah kehadiran wajib terhadap mana- mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi 10 tahun dan tidak lagi mengambil kira tempoh had masa tiga tahun. Dalam hal ini, perintah kehadiran wajib ini boleh diberikan bagi kesalahan yang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dalam mana-mana akta yang berada di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab semua kementerian dan jabatan. Selain itu, subseksyen baharu 5(1A) dalam Akta 461 memperuntukkan mengenai perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum membuat suatu perintah kehadiran wajib seperti berikut:
(a) orang itu sewajarnya dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan (b) adalah tidak wajar untuk menghukum orang itu dengan hukuman pemenjaraan dengan mengambil kira watak orang itu, sifat atau keseriusan kesalahan itu, keadaan kegagalan orang itu untuk membayar, sekiranya berkenaan, atau sebarang keadaan lain kes itu. Sementara itu, terdapat keperluan bagi meminda seksyen 8 Akta 461 untuk meluaskan punca kuasa kepada pihak mahkamah dalam mengurus pesalah yang melanggar perintah kehadiran wajib yang sebelum ini tidak dinyatakan secara jelas tindakan oleh pihak mahkamah di dalam akta terhadap proses kerja sekiranya pesalah melanggar perintah. Pindaan juga mengambil kira prinsip di dalam seksyen 97B Akta Kanak-kanak iaitu Akta 611, iaitu kegagalan mematuhi perintah khidmat masyarakat. Pindaan seksyen 8 Akta 461 akan meluaskan kuasa mahkamah dalam pengurusan mana-mana pesalah yang melanggar perintah kehadiran wajib iaitu untuk mengeluarkan saman atau waran tangkap untuk memaksa pesalah hadir di hadapan mahkamah selepas menerima laporan daripada Komisioner Jeneral dan untuk mengarahkan pesalah ditahan di suatu tempat tahanan sehingga suatu masa dia boleh dibawa ke mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan. Secara keseluruhan, Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 ini mengandungi tiga fasal dan tiga subfasal di dalamnya. Fasal-fasal pindaan adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 5 Akta 461 seperti yang berikut. Subfasal 2(a) bertujuan untuk meminda subseksyen 5(1) Akta 461 bagi memberi mahkamah kuasa untuk memerintahkan mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak lebih dari 10 tahun untuk menjalani perintah kehadiran wajib sebagai ganti kepada pemenjaraan. Pada masa ini, perintah kehadiran wajib hanya boleh diberikan kepada mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Dengan pindaan ini, perintah kehadiran wajib boleh diberikan kepada mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi 10 tahun tanpa mengambil kira tempoh had masa tiga tahun.
Subfasal 2(b) pula bertujuan untuk meminda subseksyen 5(1A) Akta 461 bagi mengadakan peruntukan supaya pertimbangan yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum membuat suatu perintah kehadiran wajib. Dan subfasal 2(c) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 5(1B) ke dalam Akta 461 bagi memberikan mahkamah kuasa untuk menyatakan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pesalah dalam perintah kehadiran wajib. Fasal ini juga bertujuan untuk memberi mahkamah kuasa untuk menghendaki pesalah itu untuk menyempurnakan suatu bon dengan atau tanpa penjamin bagi memastikan pematuhan wajar terhadap perintah kehadiran wajib oleh pesalah itu. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 8 Akta 461 dengan memasukkan subseksyen baru (1A) dan (1B) untuk meluaskan kuasa mahkamah dalam pengurusan mana- mana pesalah yang melanggar perintah kehadiran wajib seperti yang berikut: (i) subseksyen (1A) yang dicadangkan bertujuan untuk memberi mahkamah kuasa mengeluarkan saman atau waran tangkap untuk memaksa pesalah hadir di hadapan mahkamah selepas menerima laporan daripada Komisioner Jeneral di bawah subseksyen 8(1); dan (ii) subseksyen (1B) yang dicadangkan bertujuan untuk memberi mahkamah kuasa untuk mengarahkan pesalah ditahan di suatu tempat tahanan sehingga suatu masa dia boleh dibawa ke hadapan mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan. Dengan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 ini akan membolehkan lebih ramai pesalah dijatuhkan perintah kehadiran wajib di luar tembok penjara bagi memperkasa inisiatif hukuman di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa yang bersetuju?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas ada 13. Yang pertama, Yang Berhormat Kepong; Yang Berhormat Sabak Bernam; Yang Berhormat Sri Gading; Yang Berhormat Padang Rengas; Yang Berhormat Pasir Gudang; Yang Berhormat Jeli; Yang Berhormat Lubok Antu; Yang Berhormat Machang; Yang Berhormat Jelutong; Yang Berhormat Dungun; Yang Berhormat Besut; Yang Berhormat Batu Gajah; dan yang terakhir, Yang Berhormat Gerik. Semua diberikan masa lima minit. Saya
menjemput pembahas yang pertama... [Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Lima minit. Saya jemput pembahas yang pertama, Yang Berhormat Kepong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan saya menyokong sepenuhnya RUU meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah- pesalah 1954 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada 24 hari bulan Julai lalu bahawa jumlah penghuni penjara di Malaysia kini mencecah 83,808 orang. Sedangkan kapasiti maksimum yang dibenarkan hanyalah 76,311 orang. Ini bermakna penjara negara kita beroperasi pada kadar melebihi iaitu 110 peratus kapasiti. Satu angka yang amat membimbangkan dan menuntut tindakan kerajaan segera. Lebih menggerunkan, 30 peratus daripada jumlah ini merupakan tahanan reman yang belum dibuktikan bersalah, manakala 70 peratus daripada keseluruhan banduan pula terlibat dalam kes berkaitan pemilikan dan penggunaan dadah.
Sebahagian besarnya merupakan pesalah kecil dan penagih, bukan pengedar atau penjenayah ganas. Ini membuktikan bahawa sistem kita terlalu bergantung kepada pemenjaraan sebagai penyelesaian tunggal walaupun untuk kesalahan rendah risiko sedangkan pendekatan ini terbukti bukan sahaja membebankan sistem, malah tidak menyelesaikan masalah sosial secara menyeluruh. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Puan Yang di-Pertua, reformasi yang diperlukan dan dibuktikan berkesan di peringkat global. Yang pertama, peluasan penggunaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954, RUU ini. Akta ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk mewajibkan pesalah melaporkan diri secara berkala tanpa dipenjarakan. Ini sesuai untuk pesalah bukan ganas seperti pengguna dadah, pesalah ekonomi kecil yang tidak melibatkan pencurian wang berbilion-bilion atau pelaku jenayah yang tidak berulang. Ia memberi ruang pemulihan tanpa membebankan penjara. Yang kedua, reformasi dasar dadah. Pendekatan kesihatan awam bukan penghukuman. Negara seperti Portugal telah menyahjenayahkan (decriminalized) pemilikan dadah dalam jumlah kecil sejak tahun 2001. Hasilnya yang pertama, penagih Heroin menurun daripada 100,000 ke- 25,000 menjelang tahun 2018. Yang kedua, pendekatan Portugal terbukti menurunkan kadar penagihan dan mengurangkan beban sistem kehakiman dan penjara.
Puan Yang di-Pertua, reformasi yang ketiga, mempercepat dan memperkemas proses siasatan serta elak reman berlebihan. Tahanan reman haruslah menjadi langkah terakhir, bukan normal. Kelewatan dalam siasatan dan pendakwaan menyumbang kepada reman yang tidak perlu. KPI harus ditetapkan untuk agensi siasatan dan pendakwa bagi mempercepatkan proses. Yang keempat, asingkan tahanan reman daripada banduan sabit kesalahan. Mereka yang belum disabitkan kesalahan tidak wajar ditempatkan bersama banduan yang telah dihukum. Negara maju seperti Norway, Kanada telah lama mengamalkan pengasingan ini sebagai prinsip asas hak asasi. Yang kelima, pemantauan elektronik dan tahanan di rumah secara terhad dan bersasar. Walaupun bukan penyelesaian utama, pemantauan elektronik boleh dipertimbangkan secara terhad bagi pesalah bukan ganas. Sepanyol, melaksanakan tahanan di rumah dan pemantauan elektronik terhadap lebih 15,000 pesalah setiap tahun berjaya mengurangkan kesesakan penjara. Belanda, berjaya menurunkan populasi banduan lebih 10 peratus dalam lima tahun melalui pendekatan ini. Kajian di Florida, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pemantauan elektronik mengurangkan risiko jenayah berulang sebanyak 94 peratus berbanding tahanan rumah tanpa pemantauan. Secara akhir, penutup, kita tidak boleh terus mengurung rakyat untuk setiap kesalahan termasuk bagi mereka yang sebenarnya boleh dipulihkan atau diberi peluang kedua. Malaysia perlu melaksanakan pelan reformasi sistem keadilan jenayah yang menyeluruh dan berasaskan data. Kita mesti beralih daripada sistem menghukum semata-mata kepada sistem yang memulih, mendidik dan melindungi masyarakat secara berkesan. Reformasi ini bukan sahaja akan mengurangkan kos dan kesesakan, malah akan menjadikan Malaysia lebih adil, manusiawi dan progresif dalam menangani isu sosial serta keselamatan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah RUU Perintah Kehadiran Wajib (PKW) 2025 yang melibatkan pesalah-pesalah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah selama ini tiga tahun dilanjutkan kepada 10 tahun. Sabak Bernam menyokong pindaan ini, tetapi beberapa perkara perlu saya lontarkan dalam Dewan yang mulia ini untuk diperhalusi. Puan Yang di-Pertua, saya mendapat sumber yang berbeza. Jadi, dalam Dewan inilah saya nak dapat kepastian daripada Menteri sendiri seperti mana yang Menteri sebut masa libat urus bahawa pindaan ini melibatkan kepada pesalah-pesalah yang tidak dipenjarakan. Sebagai
ganti, mereka tidak menjalani hukuman fizikallah di penjara. Mereka dikehendaki untuk mengikuti siri Perintah Kehadiran Wajib dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan. Tetapi, saya agak keliru kesalahan yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah sehingga 10 tahun pun boleh untuk dikenakan Perintah Kehadiran Wajib ini. Saya ambil contohlah, kalau saya memandu kereta di jalan raya dan berlaku gesel kereta, berlaku pergaduhan saya dengan seseorang sehingga melibatkan apa namanya, pergaduhan. Saya menggunakan alat-alat yang keras untuk mencederakan dan merosakkan harta benda awamlah. Kereta yang bergesel, kereta saya ya. Akhirnya, saya dikenakan Perintah Kehadiran Wajib dengan mengikut kesesuaian yang ditetapkan oleh mahkamah. Contohnya, kalau mangsa adalah seorang tua, saya mungkin akan diminta untuk buat khidmat di pusat perlindungan orang-orang tua kan. Macam itu, yang saya faham itu. Tapi kalau 10 tahun ini, kita biasa dengar kesalahan-kesalahan yang besar. Contohnyalah, kalau saya telah dijatuhkan hukuman — saya tak mengambil contoh orang lainlah, nanti sensitif. Diri sayalah, ini contoh saja. Contohlah, kalau saya dijatuhkan oleh mahkamah 10 tahun di atas kesalahan meliwat. Ini contoh saja. Pasir Salak jangan takut pula dengan saya. Ini contoh ya. Adakah saya berpeluang untuk mendapatkan Perintah Kehadiran Wajib? Itu yang pertama. Okey. Yang kedua, mereka, mereka yang mengikuti program Perintah Kehadiran Wajib ini perlu melaporkan diri kepada polis, kepada parol dan sebagainya. Saya ingin menambah, saya ingin menambah, berilah peluang kepada mereka ini untuk melaporkan kepada pemimpin setempat, wakil rakyat umpamanya, ya. Mahkamah arahkan. Ini budi bicara mahkamah nak melapor kepada siapa. Libatkan wakil rakyat kerana wakil rakyat ini dia ada banyak program, program-program kemasyarakatan. Bersihkan kawasan masjid, Ziarah Kasih kan... [Dicelah] Gotong-royong kan. Jadi, mereka, mereka ini boleh dilibatkan dalam program seperti ini ya terutamanya wakil rakyat yang ada peruntukanlah. Dia ada banyak projek, ada banyak program. Kami tak ada peruntukan, tapi buat jugalah, mesra rakyat kan, begitu ya. Saya cadangkan begitu. Dan saya nak tahu juga, berapakah peratus recidivis yang dicapai hasil daripada Perintah Kehadiran Wajib ini? Maksudnya, berapa peratus yang kembali kepada tabiat asal hasil daripada hukuman ini? Kita harap dengan adanya RUU baru ini, kadar residivisme di negara ini menjadi kosong. Tidak ada lagi yang kembali kepada tabiat asal. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Sri Gading berdiri untuk menyatakan
sokongan yang penuh terhadap Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah ini di mana di sini kita ada satu sistem yang dinantikan untuk keadilan yang lebih insaniah dan juga menyeluruh. Pertama sekali kalau kita lihat tentang akta yang di bawah seksyen 5 Akta 461 ini di mana hukuman penjara sebelum ini dijatuhkan daripada tiga tahun kepada 10 tahun yang bermaksud bahawa kadang-kadang hukuman itu dijatuhkan lebih daripada tiga tahun, maka orang ini tak boleh nak dijatuhkan ataupun diberikan kepada PKD iaitu Perintah Kehadiran Wajib ini tak dapat dilaksanakan kerana apa, kerana hukuman itu lebih daripada tiga tahun.
Jadi, dalam bab inilah kalau kita lihat bagaimana pemulihan untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara di mana kalau kita lihat kemampuan dalam penjara adalah lebih kurang 74,000 sedangkan banduan-banduan yang ada dalam sistem negara kita lebih daripada 80,000. Jadi, sekurang-kurangnya hasil daripada kelulusan ataupun apa yang kita bincangkan pada petang ini, di mana PKW ini memberikan satu sistem perubahan yang pastinya yang pertama sekali kepada mereka yang bukan berulang-ulang. Kalau berulang, itu cerita kedualah. Maknanya, kalau orang yang melakukan kesalahan yang sama, setiap kali, banyak kali dan sebagainya, itu kita kena kekalkanlah mereka dalam penjara, tetapi kalau mereka baru pertama kali terlibat ataupun kesalahan itu kesalahan kecil. Sebagai contohnya, kalau kita lihat seorang pemuda yang mencuri handphone dijatuhkan hukuman yang kurang daripada 10 tahunlah. Maknanya, kesalahan itu mungkin boleh memberikan dengan kehadiran mereka — kehadiran wajib ini, perkhidmatan ini, maka dia dengan sendirinya dia akan boleh insaf dan berubah. Itu yang pertama. Yang kedua, contoh. Contoh yang kalau kita lihat kadang-kadang ibu tunggal yang ada kes di mana mencuri barang keperluan keluarga dia, tiba-tiba dijatuhkan hukuman tiga tahun dua bulan. Dia terus dimasukkan dalam penjara, dia tak boleh diberikan tindakan kepada PKW ini. Jadi, ini juga adalah menyebabkan keluarga dia ataupun anak-anaknya yang memerlukan makanan tadi...
Sri Gading, tanya sikit boleh Sri Gading?
Silakan.
Kalau curi subsidi minyak masak macam mana? Nak tanya dengan Sri Gading. Curi subsidi minyak masak, macam mana jawapan daripada Sri Gading? Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Bab mencuri subsidi dan sebagainya, kalau dikatakan dibawa ke mahkamah dan hukuman itu lebih daripada 10 tahun, ikut keadaan dialah. Hukuman ini nak dipinda daripada tiga tahun kepada 10 tahun ke bawah. Seandainya
bawah 10 tahun, maka wajar untuk diberikan PKW iaitu Perintah Kehadiran Wajib ini untuk berkhidmat kepada masyarakat. Itu antara perkara yang penting. Yang keduanya, yang seterusnya untuk kita — kalau kita lihat juga, mengapa perlu dipinda, sebab tujuannya pertama sekali keberkesanan dan juga ini melihatkan kepada Kerajaan MADANI yang cuba dengan seriusnya untuk melakukan pemulihan kepada mereka yang bukan kekerapan, bukan berulang-ulang sepertimana yang saya sebut tadi. Yang keduanya, orang yang pertama kali dan juga insan yang tadi apabila mereka yang ada masalah tentang keluarga ataupun masalah kehidupan mereka itu sendiri. Sebab itulah apa yang kalau kita lihat, pindaan 2022 belum cukup jauh dari segi keberkesanan pelaksanaan. Jadi, kerajaan pada hari ini secara serius untuk meletakan pemulihan sebagai dasar keadilan sejagat khususnya kepada mereka dan pada waktu yang sama dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara. Akhir sekali, dengan RUU ini, cerminan kepada pendekatan MADANI yang berasaskan nilai ihsan, keadilan, reformasi dan keinsafan. Mudah-mudahan dengan terbukanya pendekatan ataupun RUU in diterima, maka rakyat dapat melihat bahawa sesuatu kesalahan ada caranya untuk kita baiki bukan sahaja melalui dalam penjara, tetapi pendidikan masyarakat yang mereka telah berkhidmat dan menyedarkan mereka untuk kembali kepada masyarakat dengan cara yang lebih baik. Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Padang Rengas untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perintah Kehadiran Wajib (Pindaan) 2025. Saya ingin menyatakan sokongan bersyarat terhadap pindaan ini dengan beberapa penegasan dan penambahbaikan yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini merupakan langkah ke hadapan dalam reformasi keadilan jenayah negara dari pendekatan yang terlalu menghukum kepada satu pendekatan yang lebih berfokus kepada pemulihan, pemasyarakatan dan tanggungjawab sosial. Perintah Kehadiran Wajib ini memberi ruang kepada pesalah kesalahan ringan untuk membayar kesalahan mereka melalui kerja komuniti dan bukan melalui pemenjaraan yang sering kali membawa kepada kemusnahan masa depan mereka khususnya anak muda dan pesalah kali pertama.
Namun demikian, saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada empat perkara utama. Pertama, soal pelaksanaan dan pemantauan yang telus. Kita menyambut baik cadangan pelaksanaan sistem pemantauan elektronik, tetapi sistem ini mesti bebas daripada manipulasi dan mesti diaudit secara berkala. Saya mencadangkan agar laporan tahunan mengenai pelaksanaan PKW ini dibentangkan ke Parlimen secara rasmi supaya kita dapat menilai keberkesanannya secara objektif. Kedua, berkaitan dengan garis panduan pemilihan pesalah yang layak. RUU ini memberi ruang kepada mahkamah untuk menentukan pesalah yang sesuai namun mekanisme ini mesti berdasarkan kriteria yang ketat, adil dan telus. Kita tidak mahu pendekatan ini digunakan untuk memberi layanan istimewa kepada golongan tertentu yang sepatutnya menerima hukuman setimpal. Ketiga, saya ingin menekankan keperluan memasukkan elemen pemulihan rohani dan nilai Islam dalam modul pelaksanaan PKW ini. Kita mencadangkan supaya pesalah menjalani sesi tazkirah, kaunseling akhlak dan aktiviti kerja komuniti di masjid atau pusat kebajikan Islam. Kita mahu pemulihan bukan sekadar kerja fizikal, tetapi membentuk jiwa dan akhlak. Keempat, saya menyokong cadangan memperluaskan bentuk kerja komuniti, tetapi perlu dipastikan ia tidak menjatuhkan maruah ataupun mendedahkan pesalah kepada aib awam. Kita mahu mereka dipulihkan, bukan dihina. Tuan Yang di-Pertua, Islam mengajar kita bahawa setiap manusia yang melakukan kesilapan wajar diberi peluang untuk bertaubat dan berubah. Prinsip ini selari dengan konsep islah dan rahmah dalam Islam. Maka, saya menyokong dasar ini dengan syarat ia dilaksanakan secara telus berasaskan prinsip keadilan dan memberi kesan positif kepada pesalah dan masyarakat. Saya mohon mencadangkan supaya kerajaan memasukkan satu peruntukan khas dalam RUU ini yang mewajibkan pemantauan bebas dan laporan tahunan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Dengan pindaan dan penambahbaikan tersebut, saya menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan saya ini dengan merujuk kepada huraian yang terdapat dalam rang undang-undang ini. Saya baca. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 461. Subfasal 2(a) berbunyi, “Bertujuan untuk meminda subseksyen 51 Akta 461 untuk memberi mahkamah kuasa
untuk memerintahkan mana-masa pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak lebih dari 10 tahun untuk menjalani Perintah Kehadiran Wajib sebagai ganti kepada pemenjaraan.” Pada masa sekarang ini dan sebelum ini, Perintah Kehadiran Wajib hanya boleh diberikan kepada mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Ertinya, sekarang telah dilonggarkan lagi sampai tidak melebihi 10 tahun.
Jadi, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini secara hipotetikal secara contoh sekiranya ada seseorang VVIP dihukum penjara 12 tahun, kemudian terdapat tribunal pengampunan mengurangkan hukuman penjaranya kepada enam tahun. Kalau enam tahun ertinya di bawah 10 tahun. Adakah ini bermakna daripada tafsiran huraian itu, VVIP itu layak mendapat hukuman Perintah Kehadiran Wajib sebagai ganti kepada pemenjaraan dan saya hadir tadi dalam taklimat pukul 1.00 tadi. Taklimat Kementerian Dalam Negeri mengenai rang undang-undang ini. Apakah tafsiran kerja wajib? Disebut dalam dokumen ini — [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] “Apa-apa kerja, tugas atau kursus pengajaran yang ditetapkan oleh pegawai pusat kehadiran wajib untuk diakui janji oleh pesalah.” Ada dua jenis contoh kerja wajib. Yang pertama, kerja khidmat masyarakat seperti membersihkan masjid, surau, kuil dan sebagainya. Yang kedua, mengikuti program pembelajaran antaranya dalam mengikuti program pembelajaran ialah kursus. Bagaimana sekiranya VVIP itu yang dianggap layak untuk di bawah pelaksanaan hukuman ini yang diringankan ini, dia untuk kerja wajibnya dia beraku janji untuk mengikuti program pembelajaran. Misalnya untuk mengambil kurus PhD. Jadi ini persoalan saya, adakah — boleh jadi andaian saya ini salah tetapi saya membaca sebagai seorang peguam. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri dalam Parlimen ini. Apakah niat Parlimen ini, intention dia? Adakah rang undang-undang ini, yang diringankan ini untuk memberi peluang supaya hukuman house arrest, tahanan rumah boleh dilaksanakan sama ada pada sesiapalah kan ya? Jadi, saya tiada bersangka apa-apa, natijahnya minta penjelasan. Adakah rang undang- undang ini ada kaitannya dengan perintah house arrest, tahanan di rumah kepada sesiapa sahaja? Itu sahaja, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.
Terima kasih Yang di-Pertua dan saya menyokong pindaan ini Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954. Cadangan pindaan ini sesuai dan tepat pada masanya ke arah pendekatan pemulihan pesalah dalam komuniti dan ke arah mengurangkan kebergantungan terhadap hukuman pemenjaraan selaras dengan reformasi dalam sistem keadilan negara. Cadangan pindaan ini memberi kuasa kepada mahkamah memberi perintah untuk kesalahan yang boleh dipenjara 10 tahun sedangkan sebelum ini hanyalah tiga tahun. Saya bersetuju dengan cadangan ini kerana yang pertama, ia boleh mengurangkan kesesakan dalam penjara seperti mana yang dibincangkan oleh sahabat-sahabat yang sekejap tadi. Dan yang keduanya ia boleh mengurangkan akan kos operasi penjara. Pada 25 Jun 2025, Yang Berhormat Menteri KDN menyatakan Jabatan Penjara mampu menjimatkan sebanyak RM24 juta apabila kesesakan di penjara dapat dikurangkan. Sebagai satu proses pemulihan kepada pesalah bukan semata-mata untuk menghukum. Untuk mengubah pesalah daripada seorang yang pernah melakukan kesalahan ataupun perbuatan yang menyalahi undang-undang kembali menjadi manusia ataupun ahli masyarakat yang berguna. Memberi keinsafan yang benar-benar insaf atas kesalahan atau perbuatannya dan tidak akan mengulangi perbuatan yang menjadi kesalahan di masa-masa yang akan datang. Saya mencadangkan — tadi saya mendengar taklimat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sekejap tadi, tempoh masa untuk pemulihan ini ialah selama 12 bulan. Masa selama empat jam satu hari. Untuk tempoh 12 bulan itu, bagi saya tidak ada masalah tetapi yang menjadi masalah kepada saya ialah empat jam satu hari. Empat jam satu hari ini pada saya tidak mencukupi dan ia harus diselaraskan dengan masa bekerja iaitu lapan jam satu hari. Bayangkan kalau kita bagi untuk empat jam satu hari bermakna kalau 12 bulan iaitu setahun, 365 hari kali dengan empat jam ia hanya menjalani perintah ini, Perintah Wajib Hadir ini hanyalah selama sebanyak 1,460 jam sahaja. Maka itu saya rasa lebih sesuai kalau kita panjangkan tempoh itu kepada lapan jam supaya proses pemulihan itu ataupun perkhidmatan itu dalam masyarakat itu akan dapat dijalankan dengan lebih — yang lebih saksama. Yang ketiga, saya mengharapkan supaya akta ini juga dapat mempertimbangkan dan mengutamakan terhadap pesalah-pesalah muda. Siapakah pesalah muda? Di bawah seksyen 2 Kanun Acara Jenayah. Mendefinisikan pesalah muda sebagai seorang yang telah disabitkan ataupun atas satu kesalahan yang boleh dihukum denda ataupun penjara yang berumur 18 tahun ke atas atau lebih dan di bawah 21 tahun. Remaja seperti ini tidak sesuai berada di penjara apatah lagi jika ia ditempatkan berada bersama-sama dengan banduan-banduan lain yang lebih berumur ataupun atas kesalahan yang lebih berat.
Satu lagi ialah cadangan saya ialah saya melihat apabila seseorang itu yang, yang disabitkan atas satu kesalahan yang boleh dihukumkan sehingga 10 tahun penjara, sesuai diletakkan sebagai satu proses pemulihan bersama masyarakat. Tetapi masalah besarnya ialah bagaimana pula jika kesalahan-kesalahan itu dilakukan di bawah Akta Kecil 1955 kerana di bawah Akta Kecil ini hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 14 hanyalah denda sebanyak RM100 sahaja. Apakah mereka yang hanya didenda RM100 sahaja ini dilepaskan begitu tetapi tidak diletakkan di bawah Akta Kehadiran Wajib ini? Maka saya harap untuk berlaku keadilan ini supaya akta ini, Akta keadilan — Kesalahan Kecil ini dipinda semula supaya — supaya denda ataupun hukuman itu diberatkan supaya mereka dapat bersama memastikan ataupun hadir dalam di bawah akta yang kita hendak pinda pada hari ini. Jadi pengharapan saya ialah semoga dengan kelulusan pindaan akta ini, pesalah- pesalah yang selesai menjalani perintah ini keluar sebagai seorang warganegara yang benar- benar insaf, menyesal di atas perbuatannya dan kita mengharapkan mereka akan berubah dan menjadi individu yang tidak hanya bermanfaat kepada dirinya bahkan untuk keluarganya juga lebih penting untuk agama, bangsa dan juga negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya mewakili Lubok Antu untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025. Saya melihat bahawa pindaan kepada rang undang-undang ini merupakan salah satu langkah proaktif ke arah memperkasakan inisiatif pemulihan untuk pesalah di samping menambah baik pengurusan sistem pemenjaraan di Malaysia. Puan Yang di-Pertua, peningkatan jumlah banduan saban tahun menunjukkan bahawa pendekatan pemenjaraan semata-mata tidak lagi mencukupi untuk menangani kesalahan jenayah khususnya bagi kesalahan-kesalahan kecil. Kesesakan penjara bukan sahaja menjejaskan fungsi pemulihan institusi tersebut malah menyulitkan proses reintegrasi sosial banduan apabila mereka dibebaskan kelak. Tuan Yang di-Pertua, hukuman pemenjaraan tidak semestinya menjamin pemulihan. Banduan yang dipenjara sering berhadapan pelbagai kesukaran untuk kembali menyesuaikan diri dalam masyarakat. Keadaan ini juga berpotensi menyumbang kepada peningkatan kadar recidivism atau pengulangan jenayah dalam kalangan bekas banduan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini penting untuk kita memahami bahawa tidak semua hukuman perlu dalam berbentuk deterrence atau punitif semata-mata. Dalam banyak keadaan khususnya bagi pesalah yang melakukan kesalahan yang pertama atau pesalah yang melakukan kesalahan bukan ganas atau kesalahan kecil, pendekatan yang lebih reformative adalah jauh lebih berkesan.
Lubok Antu, boleh beri laluan sekejap?
Baru saya start. Boleh, boleh, boleh.
Sikit saja, beri ruang sekejap. Saya nak minta pandangan Lubok Antu.
Apa pandangan Lubok Antu kepada mereka yang sebenarnya menghadiri satu perhimpunan aman, walaupun mereka tak faham mengapa mereka hadir tapi mereka membuang sampah sehingga 20 tan. Patutkah akta ni sekarang nak memberi pembelaan kepada mereka tak? Kuat kuasa tak rasanya, Lubok Antu?
Saya masukkan sekarang juga dalam hujahan saya. Baik, saya sambung, Puan Yang di-Pertua. Keadaan ini juga berpotensi menyumbang kepada peningkatan…
Point of order, Yang Berhormat Speaker. 36(12), mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan. Tadi yang keluarkan kenyataan orang lain. Tapi Sri Aman kata, masuk sebagai sebahagian daripada ucapan. Jadi, ucapan ini jadi ucapan Yang Berhormat. Mana ada bukti 20,000 tan? Siapa boleh buktikan 20,000 tan? [Tepuk] Saya orang yang berada di padang yang terakhir pukul 7.00 malam. Tidak ada apa lagi. Orang pun tak ada, sampah pun tak ada. Bagaimana datang 20,000 tan?
Menteri sudah jawab, Arau.
Kita biarkan Menteri menjawab, Arau.
Saya minta tarik balik perkataan itu. Jadi kalau tidak, kita juga akan rujuk Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kejap lagi. [Tepuk]
Baik, saya teruskan. Hukuman yang mendidik bersifat pemulihan dan membina semula jati pesalah — memberi peluang sebenar kepada mereka untuk berubah dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Pendekatan seperti ini bukan sahaja lebih berperikemanusiaan, malah memberi pulangan jangka panjang kepada negara dari sudut keselamatan sosial dan ekonomi. Oleh itu, saya berpandangan bahawa Perintah Kehadiran Wajib merupakan salah satu alternatif terbaik kepada hukuman pemenjaraan. Melalui RUU ini, di bawah subseksyen 5(1), mahkamah diberi kuasa untuk mengenakan Perintah Kehadiran Wajib ke atas pesalah yang disabitkan dengan kesalahan membawa hukuman pemenjaraan tidak melebihi 10 tahun, berbanding hanya tiga tahun sebelum ini. Setakat
14 Julai 2025, seramai 8,200 orang pesalah telah dikenakan PKW. Dengan pindaan ini, saya berharap lebih ramai pesalah yang layak akan menjalankan pemulihan di luar tembok penjara, sekali gus mengurangkan kesesakan dan beban kepada sistem penjara kita. Puan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa hukuman yang menumpukan kepada pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat adalah lebih berkesan untuk memastikan pesalah benar-benar berubah dan tidak mengulangi kesalahan mereka. Pada masa yang sama, saya ingin menekankan bahawa walaupun pindaan ini memberi ruang kepada mahkamah untuk mengenakan Perintah Kehadiran Wajib, pelaksanaannya tetap bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara pihak mahkamah. Mahkamah lebih arif akan menilai kesesuaian untuk bentuk hukuman berdasarkan fakta dan keadaan setiap kes yang dibicarakan. Tuan Yang di-Pertua, di bawah peruntukan PKW ini, mahkamah boleh mengarahkan pesalah untuk hadir setiap hari ke pusat kehadiran wajib dan menjalankan kerja wajib. Saya difahamkan, antara komponen pembelajaran yang dilaksanakan di bawah kerja wajib adalah sesi kaunseling, kelas-kelas keagamaan serta kursus kemahiran. Saya menyambut baik usaha ini kerana ia merupakan satu langkah pembinaan sahsiah dan pemulihan yang lebih menyeluruh untuk pesalah yang diperintahkan untuk menjalankan PKW. Malah, untuk pesalah dalam kalangan warga emas atau pesalah yang uzur, kelas keagamaan merupakan alternatif yang lebih sesuai menggantikan khidmat masyarakat yang memerlukan kudrat fizikal. Puan Yang di-Pertua, mengambil contoh negara Jepun, saya juga ingin mencadangkan agar kementerian dapat mewujudkan skim mentor komuniti bagi pesalah yang diperintahkan untuk menjalankan PKW. Setiap pesalah dipadankan dengan seorang mentor yang merupakan individu yang berwibawa dan dihormati dalam komuniti yang boleh membimbing dan memantau perkembangan mereka sepanjang tempoh PKW. Saya yakin pendekatan ini mampu memberi sokongan moral dan nasihat secara one-on- one dengan pesalah, mencegah pengulangan kesalahan dan mengukuhkan proses pemulihan dalam komuniti. Dalam masa yang sama, pada pandangan saya, pelaksanaan pemulihan dalam komuniti perlu disokong dengan pengawasan pemantauan yang lebih efektif oleh pihak PDRM sebagai satu bentuk deterrent atau pencegahan. Tuan Yang di-Pertua, realitinya masih wujud stigma dalam kalangan masyarakat apabila berbicara mengenai soal bekas pesalah atau banduan. Ini membantutkan proses pemulihan dan integrasi mereka. Oleh itu, untuk meredakan keresahan masyarakat dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, PDRM juga perlu memainkan peranan proaktif dalam memantau pesalah yang dikenakan di bawah perintah PKW, terutamanya setelah tempoh kerja khidmat masyarakat tamat pada setiap hari. Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib pesalah-Pesalah ini sebagai satu langkah ke hadapan dalam
memperkukuhkan sistem keadilan jenayah negara kita yang lebih progresif, inklusif dan berperikemanusiaan. Harapan saya agar pelaksanaannya disusuli dengan pemantauan berkesan serta sokongan masyarakat dan agensi berkaitan secara objektif pemulihan benar- benar dapat dicapai. Semoga pendekatan ini menjadi titik tolak kepada perubahan persepsi masyarakat terhadap bekas pesalah dan membuka ruang kepada mereka untuk kali yang kedua. Sekian, Lubok Antu mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun hari ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap masa depan sistem keadilan jenayah kita. RUU ini pada asasnya bertujuan baik, memperluas ruang kepada hukuman alternatif berbentuk Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan tertentu agar tidak semua dihumban ke penjara. Ini adalah satu bentuk reformasi penal yang telah lama kita bincangkan. Restorative justice dan community-based sentencing, dengan izin. Namun Tuan Yang di-Pertua, niat yang baik sahaja tidak memadai sekiranya pelaksanaannya membuka ruang kepada penyalahgunaan. Pertama, skop yang terlalu luas dan berisiko dimanipulasi. Fasal pindaan kepada seksyen 5 Akta 461 kini membolehkan pesalah yang disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun untuk dikenakan PKW, asalkan mahkamah berpendapat hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun adalah memadai. Ini sangat subjektif dan membuka ruang budi bicara yang terlalu luas. Saya ingin bertanya, sekiranya seorang tokoh besar negara disabitkan kesalahan pengubahan wang haram di bawah AMLA yang membawa hukuman kurang 10 tahun, adakah beliau boleh hanya dikenakan kerja wajib empat jam sehari di pusat komuniti. Bagaimana pula dengan kes gangguan seksual seperti yang didakwa oleh saudara Yusoff Rawther yang jika disabit, boleh dihukum bawah seksyen 354 atau 377D di bawah Kanun Keseksaan kerana kelakuan tidak senonoh? Kesalahan yang secara literal layak di bawah RUU ini. Apakah mesej yang kita ingin sampaikan kepada rakyat? Begitu juga dengan Jho Low, pelarian kewangan skandal 1MDB yang tak pulang-pulang. Yang kalau kita lihat, pendedahan oleh Bradley Hope minggu lalu, masih bersenang-lenang. Seperti billion one di China.
Machang, Machang.
Silakan.
Berkaitan dengan isu Rawther tadi itu. Apakah ada ruang dalam PKW ini, Perintah Kehadiran Wajib ini untuk pesalah-pesalah ini memohon imuniti untuk tidak disabitkan? Terima kasih.
Itu wajar kita tanya kepada Menteri yang berkaitan sama ada wajar diperlukan imuniti. Sebab saya rasa kalau imuniti, Raja-raja pun tak pernah minta imuniti kalau ada dibicara atas kesalahan tertentu. Jadi, saya rasa ini tidak wajar dan sepatutnya kes tersebut dibicarakan segera untuk kepentingan ramai. Terima kasih. Masukkan ucapan saya.
YB Machang, YB Machang.
Ya, silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Pasir Gudang. Ada pembetulan, saya rasa kes Yusoff Rawther itu bukan kes jenayah, kes sivil. Saman sivil, bukan criminal. Terima kasih.
Saya masukkan ucapan Pasir Gudang dalam pembetulan saya. Terima kasih Pasir Gudang. Namun Tuan Yang di-Pertua, niat baik sahaja tidak memadai, saya katakan tadi dan ianya — sepatutnya RUU ini diperkemas kini. Antara kebimbangan kita ialah macam mana rakyat akan menilai sistem keadilan kita kalau elit korporat atau politik yang menyeleweng dana negara bernilai jutaan ringgit boleh disalurkan ke pusat komuniti untuk sapu daun atau cuci surau. Rakyat tidak buta, mereka sedar wujudnya sistem dua darjat dan dengan pindaan ini, ia semakin nyata di sisi undang-undang. Saya ingin mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan penambahbaikan berikut sebelum RUU ini diluluskan. Pertama, nyatakan secara jelas dalam akta ini bahawa kesalahan-kesalahan serius berikut tidak layak untuk PKW: (i) rasuah; (ii) pengubahan wang haram (AMLA); (iii) gangguan seksual dan jenayah seksual; (iv) pecah amanah melibatkan penjawat awam atau GLC; dan (v) keganasan dan keselamatan negara.
Yang Berhormat Machang, sedikit lagi. Minta mohon pandangan Yang Berhormat Machang.
Silakan Sik.
Bahawa RUU ini makna niatnya perlu jelas, perlu jujur dan tidak berselindung untuk kita mengenepikan kepentingan rakyat itu sendiri. Jadi,
yang penting pihak kementerian perlu jawab, data terkini tentang keberkesanan program PKW ini tidak disebut dan kadar kegagalan bersalah yang mematuhi yang sebelum ini, yang kita tidak ada data daripada kementerian ini perlu dijawab oleh kementerian.
Saya setuju dan masukkan ucapan Sik dalam ucapan saya. Ya, terlampau banyak persoalan yang tidak dibangkitkan oleh pihak kementerian. Bagaimana mekanisme semak dan imbang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan keadilan ditegakkan? Dan ketiga, cadangan saya ialah pastikan terdapat pelaporan awam berkala kepada Parlimen berkenaan statistik PKW yang Sik bangkitkan tadi dan identiti pesalah-pesalah berprofil tinggi yang diberikan hukuman tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya nak gulung. Kita mahu sistem keadilan jenayah yang adil dan berperikemanusiaan tetapi keadilan yang tidak telus dan berat sebelah bukan keadilan. Itu manipulasi. Jangan sampai rakyat melihat bahawa RUU ini hanyalah escape clause, dengan izin untuk mereka yang berada di atas. Saya mohon agar RUU ini diteliti semula dengan lebih mendalam sebelum diluluskan dan saya menggesa ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk disemak dengan teliti demi kepentingan rakyat dan keluhuran undang-undang negara. Jadi, mintalah Kerajaan MADANI berterus terang why you table this bill for public understanding. Terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Speaker yang saya hormati, dengan izin saya berterima kasih di atas peluang telah diberikan kepada saya untuk membahas rang undang-undang ini. Saya mohon menyokong dan saya fikir bahawa ini adalah pindaan yang wajib dilaksanakan kerana kita ingin mengurangkan kesesakan yang berlaku di semua penjara di Malaysia. Rata-rata kita difahamkan bahawa semua penjara-penjara di Malaysia ini penuh dan sesak di mana kita menerima rungutan daripada kakitangan penjara bahawa kadangkala terpaksa mereka menahan lebih daripada orang yang boleh dimuatkan dalam sesuatu sel. Jadi, saya cuma ingin memberi penekanan kepada pesalah-pesalah yang boleh ditafsirkan sebagai pesalah pertama dipertimbangkan first offender istilah undang-undang dan keduanya pesalah muda di mana umur mereka adalah di antara 18 hingga 21 tahun dan saya juga ingin menyokong rang undang-undang ini kerana sering kali kita mendapati bahawa ada wanita yang dituduh di bawah kesalahan-kesalahan seperti kesalahan 309A, kesalahan membunuh anak.
Di sini saya ingin beri satu kesimpulan. Saya perlu menyatakan kepentingan peribadi saya iaitu dalam Peraturan 35(6) di mana saya sendiri sekarang sedang membela seorang gadis yang berusia 18 tahun. Saya tidak mahu menyebut nama beliau tetapi beliau telah mengandung selepas mengadakan perhubungan dengan teman lelakinya. Teman lelakinya tidak dituduh di mahkamah tetapi gadis itu telah menyembunyikan fakta bahawa beliau mengandung dan bila ibu bapa beliau tidak hadir di rumah, tiba-tiba anak bayi itu telah terjatuh dari rahim dan beliau telah membuang bayi itu daripada pangsapuri beliau dan cuba membunuh diri. Pada asalnya, gadis ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan membunuh. Tetapi selepas perbicaraan, di mana ada saksi-saksi yang mengesahkan bahawa keadaan mindanya tidak tenteram ketika itu dan dalam keadaan jasadnya yang berlumuran dengan darah, pihak polis mengesahkan bahawa beliau dalam keadaan di mana fikirannya tidak tenteram dan pertuduhan dipindah dari seksyen 302 ke 309A dan beliau bakal dihukum dan juga dikenakan denda. Jadi, dalam kesalahan-kesalahan seperti ini, kita pernah dengar ada gadis-gadis yang mengadakan perhubungan sulit dengan teman lelaki mereka tanpa pengetahuan ibu bapa, dalam keadaan mengandung, tiba-tiba bayi itu dilahirkan dan bayi itu mungkin dibuang oleh gadis tersebut dan mungkin selepas itu beliau dituduh di mahkamah. Jadi, dalam kesalahan-kesalahan seperti ini, permintaan saya adalah kita wajib pertimbangkan satu hukuman di bawah peruntukan yang bakal kita luluskan nanti iaitu Perintah Kehadiran Wajib. Dan juga kesalahan-kesalahan yang melibatkan pesalah muda di mana mereka melakukan kesalahan seperti mencuri makanan-makanan ataupun wanita-wanita. Kita pernah dengar di mana seorang ibu yang mempunyai lima atau enam orang anak mungkin telah diceraikan oleh suami atau mungkin telah ditinggalkan oleh suami, jadi beliau terpaksa mencuri makanan-makanan asas daripada sesebuah pasar raya. Dan dalam kesalahan-kesalahan seperti ini, saya berfikiran bahawa kita perlu melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib di mana keutamaan bagi pesalah-pesalah wanita perlu diberi tekanan untuk kita melaksanakan hukuman Perintah Kehadiran Wajib. Saya pada masa yang sama ingin juga menyarankan bahawa kita perlu menerap konsep pemulihan dan pindaan yang dibuat oleh kerajaan sekarang adalah sesuatu reformasi yang baharu, perlu disokong kerana kita perlu mengambil pendekatan barat di mana reformasi melalui cara pemulihan daripada menghumban mereka ke penjara adalah sesuatu pendekatan yang begitu baik, yang perlu kita puji kerajaan pada masa sekarang. Jadi, penekanan saya adalah kepada tiga perkara: (i) hukuman kehadiran wajib perlu diamalkan ataupun dilaksanakan ke atas pesalah pertama; (ii) pesalah muda di antara 18 hingga 21 tahun; dan
(iii) kalau boleh, ke atas pesalah-pesalah wanita yang dituduh di mahkamah tak kira apa kesalahan mereka, kalau boleh dipertimbangkan dikenakan Perintah Kehadiran Wajib. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Melihat kepada rang undang-undang yang dipinda, seksyen 5(1) yang mana mahkamah kini boleh kenakan Perintah Kehadiran Wajib kepada pesalah-pesalah yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun yang sebelum ini hanya untuk kesalahan lebih kurang tiga tahun. Jadi, peluasan skop ini secara teorinya ialah bermaksud pemulihan yang lebih aktif daripada program pemulihan pesalah luar penjara. Tapi persoalan yang timbul, apakah kesalahan berat seperti pecah amanah, penyalahgunaan kuasa atau ugutan jenayah masih wajar diberi alternatif kepada pemenjaraan. Saya juga pohon garis panduan jelas tentang jenis kesalahan yang tidak wajar diberi PKW supaya ianya konsisten apabila ada garis panduan yang jelas apakah kesalahan-kesalahan yang dibenarkan di bawah PKW. Seterusnya, saya juga ingin untuk mengetahui bagaimana dalam melihat peluasan kuasa mahkamah untuk tetapkan bentuk kehadiran dan kerja wajib berasaskan pindaan seksyen 5(1B). Mahkamah boleh tetapkan kehadiran harian ke pusat kerja wajib sehingga 12 bulan, maksimum empat jam sehari. Ini adalah satu langkah dari segi memperkenalkan elemen pembinaan semula disiplin dan tanggungjawab sosial dalam hukuman selari dengan semangat pemulihan. Namun, perlu penjelasan. Adakah kemudahan logistik, tenaga kerja dan kapasiti pusat pemulihan yang mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah pesalah yang tidak menjalani hukuman penjara?
Bagaimana pula jika pesalah tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari pusat kehadiran wajib? Adakah mereka akan dikenakan ketidakadilan daripada segi mobiliti dan kos ulang-alik dan adakah bermaksud bahawa pesalah boleh terus bekerja dalam komuniti dan masyarakat tempat tinggalnya? Seterusnya ialah berkait dengan pindaan seksyen 8(1A) dan (1B) iaitu mahkamah kini boleh terus keluarkan saman atau waran tangkap terhadap pesalah ingkar PKW dan tahanan, tahan sementara di tempat tahanan atau beri jaminan? Pindaan ini memperkukuh kecekapan mahkamah dalam bertindak terhadap pesalah ingkar. Namun, ia membuka ruang persoalan iaitu
bagaimana perlindungan hak pesalah termasuk tempoh tahanan sebelum dibawa ke mahkamah dan syarat jaminan boleh dipastikan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi. Jika niat asal pindaan adalah untuk mengelak pemenjaraan berlebihan yakni membantu mengurangkan kesesakan penjara, adakah menahan pesalah yang gagal hadir ke pusat merupakan tindakan yang selari dengan prinsip tersebut? Adakah terdapat statistik menunjukkan kadar ketidakpatuhan terhadap PKW pada masa lalu sehingga memerlukan tindakan penahanan semata-mata? Dan yang akhirnya Timbalan Yang di-Pertua, saya pohon supaya keadilan diberikan kepada semua. Sama ada yang melibatkan tindakan saman sivil ataupun yang berkaitan dengan jenayah kerana penting, keadilan itu mestilah diasaskan kepada ianya adalah tepat dengan maksud perundangan. Kalau kita melihat kepada neraca pertimbangan logo perundangan, ia melambangkan iaitulah berkait dengan adanya bagaimana kaedah yang digunakan untuk memastikan semua pihak mendapat pertimbangan yang wajar dan keadilan yang wajar. Sebab itu logo dan lambangnya adalah neraca. Apabila neraca menimbang, ianya mesti tepat. Kalau 20 kilo sebelah kanan, maka neraca penimbang sebelah mestilah 20 kilo. Jangan hanya yang kecil sahaja yang diambil tindakan tetapi orang-orang yang berkuasa kadang-kadang dilepaskan. Jadi, saya pohon supaya melibatkan pertimbangan keadilan, mestilah yang kita bincang ini hanya satu pihak yang telah didapati salah. Bagaimana yang belum didapati salah, ada saman sivil? Maka tentulah yang mengatakan, yang mengemukakan saman itu mengatakan ia benar dan ada pihak yang diserahkan saman sivil kepadanya dan pihak itu juga mengatakan ia benar. Tidak kedua-duanya benar, mesti ada salah satu yang benar. Maka, mahkamahlah tempatnya untuk menentukan bahawa dengan perbicaraan yang adil, dengan fakta yang tepat akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Saya pohon supaya jangan berlindung di sebalik imuniti ataupun penangguhan untuk membawa keadilan kepada semua pihak melalui jalur undang-undang. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya terus kepada yang isu pertama ini iaitu berkenaan dengan pindaan seksyen 5(1) iaitu dia telah memperluaskan kelayakan untuk menerima Perintah Kehadiran Wajib ini. Sebelum ini, dia terhad hanya kepada kesalahan yang hukuman tidak lebih daripada tiga tahun tetapi sekarang dah dinaikkan sehingga 10 tahun.
Jadi inilah satu pindaan yang saya rasakan bahawa ia nya agak drastik kerana hukuman penjara yang tidak lebih tiga tahun ini biasanya kesalahan yang tak serius sangat dan kalau yang sehingga 10 tahun hukuman ini, dia agak serius. Kalau kita lihat, mungkin dalam kes-kes seksyen 130ZA Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan. Ini kesalahan-kesalahan yang serius dan bawah ATIPSOM. Penjara boleh sampai lima hingga 10 tahun dan soalan saya — persoalan saya, apakah sebenarnya rasional kerajaan ini memperluaskan kelayakan untuk mendapatkan PKW ke tahap ini. Dan walaupun pindaan seksyen 5(1A) bertujuan mengadakan peruntukan bagi pertimbangan yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum memberi PKW ini. Peruntukan- peruntukan ini masih bersifat rawak tambahan pula melihat kepada item, “(iv) any other circumstances of the case.” Jadi, fasal sebegini membuka ruang tafsiran yang terlalu luas dan tidak terkawal, menjadikan keputusan mahkamah mungkin bergantung pada budi bicara tanpa sedikit sempadan yang jelas. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan tentang rasional menjadikan PKW ini sebagai ganti hukuman pemenjaraan dan juga tak bayar denda dan juga hutang. Jadi, saya tak berapa faham sangatlah kenapa ada perkataan “in lieu” itu, ada hutang pula itu, ya. Sepatutnya hutang dalam kes-kes sivil sahaja. Jadi, sebagaimana disebut dalam RUU ini, perkataan, “The court may consider such person to be ordered Compulsory Attendance Order in lieu of such sentence.” Jadi, walaupun matlamat PKW ini seperti mengurangkan kesesakan penjara, saya faham dan menggalakkan pemulihan adalah sesuatu yang positif. Menjadikan ia sebagai ganti mutlak kepada hukuman penjara dirisaukan akan berpotensi, bukan pelaburan ya. Ini berpotensi melemahkan prinsip pencegahan dan juga keadilan terhadap mangsa itu sendiri. Ada kesalahan jenayah, biasanya ada mangsa. Jadi, falsafah perundangan dalam Islam pun mengandungi elemen zawajir bermaksud pencegahan. Menyerupai juga konsep deterrent dalam undang-undang ini iaitu memberikan pengajaran untuk melakukan atau mengulangi perbuatan jenayah. Jadi, kita risau elemen ini akan terhakis jika PKW tidak dilaksanakan dengan penelitian pada tahap yang agak tinggi. Jadi, selain itu, dalam kes yang melibatkan kesan jangka panjang kepada mangsa, menggantikan hukuman penjara dengan PKW tanpa sebarang elemen hukuman tambahan mungkin akan menafikan hak moral mangsa terhadap pembalasan yang setimpal terhadap pesalah. Jadi, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk satu, menjadikan PKW ini sebagai tambahan kepada hukuman penjara yang dibuat di dalam kes sisa pepejal dan sebagainya, tambahan ya. Contohnya, selepas dibebaskan lebih awal dengan parol sebab dalam kes, biasa parol ini selepas menjalani hukuman setengah daripada hukuman sepenuhnya, dia boleh di-consider
parol. Jadi, menjadikan ia sebahagian daripada hukuman campuran. Contohnya, pesalah menjalani tempoh minimum penjara dan kemudian dikenakan PKW. Ini adalah penting bagi memastikan tetap ada elemen hukuman sebelum bermulanya frasa pemulihan melalui PKW dan tidak cukup dengan itu, selaras dengan prinsip keadilan Islam yang menyeimbangkan antara keadilan, islah iaitu pemulihan dan juga zawajir, pencegahan jenayah. Jadi, saya mencadangkan agar inisiatif PKW ini turut memasukkan unsur pendidikan, kaunseling dan juga penyeliaan agama terutama kepada pesalah-pesalah Muslim dengan kerjasama badan agama seperti JAKIM ataupun NGO dakwah. Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang kapasiti penjara dan juga persediaan infrastruktur sokongan untuk PKW. Antara justifikasi kerajaan melaksanakan PKW adalah untuk mengurangkan kesesakan penjara. Jadi, saya mohon pihak Menteri menyediakan satu statistik yang mewajarkan keperluan ini.
Adakah ia melibatkan seluruh negara ataupun hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu saja? Jadi, seterusnya, tentang pusat PKW ini, selepas pembinaan sebelum ini pada tahun 2022 dulu, Ketua Pengarah Penjara ada mengatakan bahawa menyebut tentang kekangan bilangan pusat PKW ini di seluruh negara tidak meluas di semua daerah. Ketika itu, Jabatan Penjara hanya menyebut ada 52 pusat PKW dan diharapkan supaya jumlahnya dapat ditingkat dengan lebih banyak lagi, mungkin 100 lebih di daerah di seluruh negara bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PKW. Jadi, saya ingin bertanya juga, dalam masa tiga tahun ini, berapa banyakkah pusat KW yang sudah dibina atau ditambah di seluruh negara bagi menyokong pelaksanaan akta ini. Adakah sasaran tersebut sudah berjaya dicapai memandangkan bahagian implikasi rang undang-undang ini menyebut tidak akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan pada pihak kerajaan? Mohon penjelasan. Dan yang betul-betul akhir ini, bila menyebut fasal pengajaran — saya sebut pengajaran ini. Kita sebenarnya dah mengajar ya ahli-ahli kita ini, pihak pembangkang terutamanya, dan juga mereka yang menghadiri, demonstrasi tempoh hari, hari Sabtu lepas, kita mengajar mereka, kena buat secara aman dan tidak membuang sampah merata-rata. Alhamdulillah, tidak ada lagi berlakunya. Kita lihat, mana ada kereta terbalik, kena semburan daripada water cannon.
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Just untuk beritahu kepada yang tak faham, yang bercakap tadi dia tak faham.
Dan ini pun sudah keluar tajuk.
Jadi, saya nak beritahu kita dah mendidik awal-awal ahli-ahli kita supaya tidak...
Terima kasih, sila duduk. Terima kasih, Yang Berhormat Besut.
...Menjalankan perkara yang buruk.
Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Kereta terbalik ya.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruangan untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025. Saya menyokong penuh pindaan ini kerana ia selaras dengan pendekatan baharu yang lebih progresif, berperikemanusiaan dan berfokus terhadap fasa pemulihan dan bukan semata-mata hukuman. Pindaan terhadap subseksyen 5(1) Akta 461 ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk menggantikan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan Perintah Kehadiran Wajib atau Compulsory Attendance Order. Tuan Yang di-Pertua, Perintah Kehadiran Wajib merupakan satu bentuk hukuman alternatif yang signifikan kerana ia membolehkan pesalah menjalani program pemulihan dalam komuniti di bawah pemantauan Jabatan Penjara Malaysia. Pesalah tidak perlu dipenjarakan, malah mereka boleh terus tinggal bersama keluarga dan bekerja seperti biasa. Mereka hanya perlu menjalani kerja-kerja wajib dalam komuniti. Pendekatan ini bukan saja membantu proses pemulihan pesalah, malah mengurangkan kesan sosial dan ekonomi terhadap keluarga mereka. Seperti yang sering ditekankan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, statistik menunjukkan bahawa hanya seorang daripada 800 pesalah yang menjalani pemulihan dalam komuniti akan kembali ke penjara. Ini membuktikan bahawa kaedah ini jauh lebih berkesan berbanding pemenjaraan, terutama bagi pesalah yang melakukan kesalahan yang kurang serius. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga menetapkan kriteria yang jelas untuk dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum mengeluarkan Perintah Kehadiran Wajib, termasuklah watak pesalah, tahap keseriusan kesalahan dan alasan kegagalan membayar denda. Pendekatan ini memastikan keputusan yang dibuat adalah adil dan berasaskan pertimbangan menyeluruh. Selain itu, pengenalan subseksyen (1B) juga amat penting kerana ia membolehkan mahkamah menetapkan syarat tanggungjawab serta bon atau jaminan kepada pesalah bagi
memastikan pematuhan terhadap perintah ini. Sekiranya pesalah gagal mematuhi perintah tersebut, mahkamah berkuasa untuk mengarahkan penahanan atau tindakan selanjutnya. Namun begitu, saya ingin menyuarakan sedikit kebimbangan. Saya khuatir, sekiranya pendekatan ini turut terpakai kepada kesalahan-kesalahan yang berat, ia boleh mengakibatkan hukuman yang terlalu ringan diberikan. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa dengan pertimbangan wajar oleh mahkamah, sistem ini masih boleh memberikan peluang kedua kepada pesalah untuk kembali ke landasan yang betul. Malah, ia juga dapat mengurangkan kos dan beban kerajaan dalam menangani isu kesesakan penjara dan perbelanjaan tanggungan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat bahawa seksyen 30 hingga 37 di bawah Sentencing Act 2020 di UK wajar dirujuk bagi menambah baik pelaksanaan pindaan kepada seksyen 5(1A) akta ini. Sebagai tambahan, kita juga boleh meneliti seksyen 92A Crime (Sentencing) Act 2005 di Australia sebagai rujukan perbandingan antarabangsa. Peribahasa Melayu yang menyebut "alah bisa tegal biasa". Jika sistem keadilan kita dibiasakan dengan pendekatan pemulihan dan pembinaan semula masyarakat juga akan terbiasa melihat keadilan sebagai satu proses yang menyeluruh dan bukan semata-mata menghukum tetapi juga memberi harapan. Rang undang-undang ini selari dengan semangat Malaysia MADANI yang mengangkat nilai belas ihsan, tanggungjawab sosial dan peluang kedua. Ia mencerminkan usaha untuk membina masyarakat yang lebih adil, inklusif dan berdaya pulih. Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini. Sekian,
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan bagi perbahasan Rang Undang-undang Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954. Puan Yang di-Pertua, pindaan ini dilihat sebagai satu usaha murni untuk kita memulihkan pesalah tanpa perlu — mereka pesalah-pesalah melalui proses pemenjaraan yang panjang. Namun demikian, izinkan saya mengangkat satu sudut pandang yang jarang diketengahkan iaitu perspektif maqasid syariah dalam keadilan sosial. Yang pertamanya Puan Yang di-Pertua, dalam Islam, hukuman bukan semata-mata untuk membalas, tetapi ia adalah satu islah, iaitu pembaikan dan pemulihan. Dalam surah al- Ma'idah ayat 38, hukuman bagi pencuri memang ditetapkan tetapi tafsiran ulama seperti Imam Al-Ghazali menekankan supaya pemulihan dan pengampunan juga menjadi salah satu daripada sebahagian daripada prinsip pemulihan.
Bahkan jika pindaan RUU PKW ini benar-benar bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada pesalah-pesalah, kita harus pastikan PKW ini bukan sekadar menjadi program teknikal, tetapi haruslah menjadi proses tarbiah dan kerohanian. Adakah model kehadiran wajib ini memasukkan elemen kaunseling, elemen sokongan moral dan pendidikan rohani? Jika tidak, ia akan menjadi sekadar mekanisme melapor diri semata-mata. Puan Yang di-Pertua, keduanya Islam menekankan keadilan yang menyeluruh. Dalam surah an-Nahl ayat 90, Allah menyeru kita berlaku adil dan melakukan ihsan. Maka saya ingin bertanya, adakah keadilan ini akan dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Adakah pesalah-pesalah anak muda dari kampung, dari B40 contohnya, dari kawasan luar bandar mendapat keadilan yang sama? Atau adakah PKW ini akan menjadi lorong pintas untuk pesalah- pesalah elit, korporat atau mereka yang mampu membayar khidmat guaman yang terbaik? Jadi, adakah akta ini akan membenarkan pesalah-pesalah melakukan kesalahan berulang contohnya di bidang gengsterisme dan juga jenayah seperti dadah? Puan Yang di-Pertua, ketiganya berkenaan pelaksanaan e-tagging ataupun pemantauan elektronik yang dicadangkan. Dari satu sisi, ia adalah satu keadaan yang moden, tapi dari sisi yang lain, ia boleh mencetuskan stigma sosial dan melabel pesalah secara kekal.
Kita tidak mahu pesalah yang mahu berubah ini terus dicop dan dimalukan di khalayak. Siapa yang nak kena hukuman e-tagging ni perlu kita kaji betul-betul dan kesalahan jenis apa kerana Islam tidak menganjurkan aib yang kekal, tetapi menggalakkan taubat dan pemulihan maruah. Di Malaysia, e-tagging telah pun dilaksanakan oleh AADK dan kemudian Jabatan Parol bagi kesalahan-kesalahan terpilih, dan pindaan ini adalah untuk memperluaskan skop penggunaan e-tagging. Antara negara yang telah pun melaksanakannya seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan, Australia dan Singapura. Dan di sesetengah negara tersebut, pesalah perlu membayar kos alat ini. Jadi, persoalannya, adakah ― bagaimanakah mekanismenya di Malaysia? Adakah pesalah perlu membayar, atau bagaimana, jika ia dilaksanakan nanti? Dan e-tagging ini juga perlu diingat bukanlah penyelesaian masalah tetapi ia nya adalah alat. Alat pelengkap dalam reformasi sistem keadilan di Malaysia. Puan Yang di-Pertua, yang keempatnya, jika kita serius ingin membawa pendekatan bukan pemenjaraan, maka kita perlu juga fikirkan tentang penglibatan secara serius institusi- institusi. Institusi Islam dan keagamaan seperti masjid, surau dan NGO, pusat dakwah dan pusat kaunseling. Atau mengapa tidak diwujudkan satu model rehabilitasi komuniti berteraskan masjid atau mengikut keperluan agama masing-masing? Ini bukan saja boleh memulihkan individu, tetapi ia akan mengukuhkan komuniti. Malah, tidak keterlaluan jika Gerik cadangkan juga
pemulihan secara belajar termasuk dalam program PKW ini. Padankan dengan universiti, kolej dan TVET yang sesuai bagi pesalah-pesalah muda untuk membina semula kehidupan mereka. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong prinsip asas RUU ini, tetapi menuntut supaya ia diperhalusi. Ia diperhalusi semula melalui lensa maqasid syariah perlindungan nyawa, akal, maruah dan keturunan. Kita mahu pesalah dibina semula, bukan dikekalkan dalam kitaran keaiban. Moga pindaan ini bukan sekadar memperkemaskan sistem kita, tetapi benar-benar membawa rahmat dan perubahan dalam jiwa pesalah dan masyarakat. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah.
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang dikasihi. Okey, yang ini, saya menyokong dengan beberapa pertanyaan. Tadi, antara alasannya ialah untuk mengurangkan masalah penjara. Alhamdulillah. Sekarang ni, apakah ― ini pertanyaan sebab ini tak termasuk dalam. Saya cari merata tak jumpa. Dia tak termasuk rang undang-undang ni. Bagi mereka yang sekarang ni ― katalah dia dihukum sepuluh tahun, sekarang dia tinggal lapan tahun, ataupun tinggal enam tahun. Apakah mereka ini boleh dimasukkan bersama dengan kesalahan ― makna, kesalahan yang lepas. Adakah ini untuk kesalahan baru? Untuk kesalahan baharu, tapi bagaimana yang lama? Kalau yang lama boleh, bererti separuh penjara kosong. Ramai orang berpusu-pusu untuk dihukum empat jam satu hari dan dengan itu ― kita boleh beri syarat, mereka ini mesti bekerja wajib lapan jam satu hari dan empat jam hadir kursus. Dengan cara begitu, kita akan mengurangkan import, apa tu, warga asing. Yang Berhormat Timbalan Menteri kena lihat aspek ini. Apakah boleh pesalah yang telah menjalani lapan tahun penjara dan sebagainya boleh diberi pertimbangan? Saya tahu Simpang Renggam tadi menyebut VIP. Saya rasa dia nak menyebut Dato’ Najib, Dato’ Seri Najib, tapi dia tak berani untuk sebut. Saya sebut – sekarang ni Dato’ Najib telah dihukum enam tahun. Adendum sedang diperbincangkan dengan hebat. Tak tahu nak bincang apa lagi. Saya pun dah naik keliru tentang perkara ini, tetapi sekarang ni melalui akta ini, dia secara automatik dia boleh keluar, bukan tahanan dalam rumah. Dia hadir sehari empat jam untuk buat PhD. ataupun untuk berada di masjid. Bagi orang Islam, saya minta disyaratkan mesti hadir masjid – maghrib dengan isyak. Dengan itu, mereka bukan sahaja menjalani hukuman, tetapi membina diri. Dia tak boleh kompelin. Kalau dia kompelin dan sebagainya, mereka menghadapi perkara yang kedua: mereka
ini boleh dibawa ke mahkamah semula dan mereka boleh dijatuhkan hukuman kalau sekiranya mereka tak hadir perintah wajib. Jadi, apakah boleh, Yang Berhormat – dipertimbangkan supaya mereka yang menjalani kurang daripada sepuluh tahun di penjara sekarang ini, dibebaskan dan hanya dikeluarkan perintah wajib? Kalau Yang Berhormat pening kepala, tapi rang undang-undang ini akan dipertikai. Kenapa yang baharu saja? Jadi, kenapa yang lama tu ― yang baharu, sepuluh tahun. Yang lama lagi tinggal enam tahun. Jadi, kalau nak – betul-betul nak kurangkan jumlah dalam penjara, kita boleh benarkan mereka yang bawah sepuluh tahun dibenarkan untuk, apa tu, dibenarkan merayu supaya mereka dikenakan perintah wajib. Jadi, Yang Berhormat tentu seronok. Kami pun seronok, rakyat Malaysia seronok melihat separuh daripada penjara kita sekarang ni kosong dan mereka ni bekerja di mana-mana yang kita bagi syarat mesti bekerja. Tak boleh mereka duduk saja. Dan empat jam itu, kita tahu antara hukuman ni dia kira apa-apa kesalahan. Kalau dia luku kepala orang pun, kalau dia kena kata dua tahun ― dia empat jam, tapi mungkin perangainya tak berubah, tapi kita nak cari jalan supaya bila kita kenakan perintah wajib empat jam ni, pengisian empat jam tu apa? Dan kalau kita masukkan syarat untuk orang Islam untuk hadir maghrib dengan isyak, itu ialah yang terbaik. Saya tidak mahu mempersoalkan apa-apa kesalahan. Sebab apa? Kalau tidak, kita akan tentukan khusus yang mana satu. Ini kita bagi pada mahkamah. Apa-apa kesalahan, apa itu, yang dia dihukum di sepuluh tahun. Ini sesuatu yang cukup luar biasa. Ini sama ― kalau ikut negara maju ― Yang Berhormat Speaker, kalau ada peluang, kita boleh pergi Holland. Di Holland, dia bukan saja penjara, dia boleh cuti pula. Seminggu, dua hari dia boleh cuti, sebagai contoh. Boleh cuti. Demikianlah bila mereka masuk penjara, bukan mereka menghukum, tetapi memberi pengajaran. Seperti yang sahabat saya sebut tadi, memberi pengajaran iaitu – “Ini Kerajaan MADANI yang adil dan saksama pada rakyat.” Cakap bolehlah, adil dan saksama. Peruntukan Ahli Parlimen minta bagi yang adil, macam mana ya? Selagi peruntukan ini tak dibagi, kamu tidak akan tidur malam, sebab kami akan iringi dengan doa. Saya sembahyang tahajud, saya masuk yang itu, supaya berlaku adillah kepada semua. Saya tanya dulu ustaz-ustaz saya, “Apakah boleh saya masuk dalam solat tahajud saya, solat witir saya?” Supaya kita masuk: supaya orang yang berlaku zalim kepada kami ini berlaku adil. Mad Maslan pun zalim, Timbalan Menteri pun zalim, ya. Dengan memperjuangkan banyak perkara, tetapi yang peruntukan Ahli Parlimen tidak dipertimbangkan langsung. Ini adalah, satu kezaliman – yang kamu tidur senang lenang dalam keadaan kami: kerajaan berhutang kepada kami tiga kali ― RM12 juta. Bayangkan, kalau RM12 juta itu dibagi kepada
tiap-tiap Ahli Parlimen. Saya akan bagi kepada tiap-tiap orang 18 tahun di kawasan saya – 70,000 orang: tujuh kali 1,000, baharu 7 juta.
Arau, Arau, saya minta laluan, Arau.
Saya akan bagi satu orang 1,000, bukan 100.
Minta laluan boleh, Arau?
Akhir sekali…
Arau..
Yang Berhormat, saya nak bagi matematik ya.
Arau, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sudah kata, kalau nak peruntukan, boleh runding, tetapi Ahli Parlimen Perikatan Nasional tak mahu runding. Boleh terangkan tak kenapa tak mahu runding? Kalau untuk kepentingan rakyat – dan Kerajaan MADANI sedia untuk berikan peruntukan, kenapa tak nak...?
Mengelirukan. Mengelirukan Dewan.
Tak nak runding?
Kau tahu mana tak runding?
Siapa kata tak runding? Mengelirukan Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
36(12).
Saya mahu landing.
Tak perlu landing lagilah. Masa sudah tamat. Cukuplah. Saya beri ― minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya bagi pihak Kementerian Dalam Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Sabak Bernam, Sekijang, Padang Rengas, Pasir Gudang, Yang Berhormat Jeli, Lubok Antu, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jelutong, Dungun, Besut, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Gerik dan juga Yang Berhormat Arau. Cuma, Arau tadi banyak keluar tajuk, Yang Berhormat. Jadi, terima kasih diucapkan kerana
memberi pelbagai pandangan dan juga syor. Segala pandangan-pandangan itu sangat baik untuk diberikan perhatian. Suka saya jelaskan bahawa Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 ini mengambil kira banyak perkara untuk kepentingan rakyat dan negara.
Saya merujuk kepada statistik bilangan banduan yang berada di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia, pada 22 Julai 2025, ada seramai 89,586 orang di mana seramai 83,827 orang berada di dalam fasiliti penjara. Manakala selebihnya, 5,759 orang sedang menjalani pemulihan dalam komuniti PDK. Walau bagaimanapun, kalau kita lihat kapasiti ideal sebenar yang dapat ditampung oleh fasiliti Jabatan Penjara Malaysia adalah, seramai 76,311 orang banduan sahaja. Perbezaan kapasiti atau lebihan kapasiti yang ditanggung oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah sebanyak 7,516 orang bersamaan dengan 9.85 peratus. Maknanya, isu kesesakan banduan yang dihadapi oleh penjara Malaysia akan ― Yang Berhormat, menyebabkan persekitaran dalam penjara menjadi tidak kondusif dan boleh memberi implikasi negatif seperti risiko penyebaran penyakit dalam kalangan banduan, serta kakitangan penjara itu sendiri, penurunan tahap keberkesanan program pemulihan penjara kerana kesesakan, program-program yang dibuat tidak dapat dilaksanakan dengan begitu baik dan berkesan, risiko keselamatan dan juga kejadian luar biasa boleh berlaku. Misalnya rusuhan, mogok, bergaduhan. Malah, kita juga meningkatkan bebanan dari segi kewangan kerajaan. Sebab itulah antara usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia bagi mengurangkan kesesakan penjara adalah dengan memperkasakan rang undang-undang berkaitan hukuman alternatif iaitu Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta 461] (Pindaan) tersebut yang dibahaskan hari ini. Jadi, Perintah Kehadiran Wajib di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 [Akta Kehadiran Wajib] ini merupakan perintah yang boleh diberikan oleh mahkamah kepada mana-mana pesalah sebagai ganti kepada hukuman pemenjaraan yang disabitkan dengan apa- apa kesalahan yang dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau hukuman pemenjaraan bagi kegagalan bayar denda atau hutang. Ahli Yang Berhormat, saya nak sebut di sini apakah Perintah Kehadiran Wajib? Perintah Kehadiran Wajib adalah perintah yang dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah sebagai hukuman alternatif kepada hukuman pemenjaraan tanpa menjejaskan kehidupan pesalah dalam masyarakat. Saya nak jawab juga persoalan. Tadi banyak yang dibangkitkan. Apakah itu kerja wajib? Kalau kita lihat berdasarkan seksyen 2 Akta 461, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954, kerja wajib ertinya apa-apa kerja buruh, tugas, kerja atau kursus pengajaran yang diperintahkan oleh pegawai pusat kehadiran wajib untuk diaku janji oleh pesalah.
Kita lihat pula apakah konsep sebenarnya kerja wajib. Tadi juga banyak dibangkitkan tadi. Kalau kita nak konsep kerja wajib, dia terbagi kepada empat perkara. Pertama ialah, kerja buruh – tugas atau kerja. Yang ini melaksanakan kerja-kerja khidmat bakti kepada masyarakat seperti membersihkan rumah ibadah, rumah kebajikan, rumah orang tua, rumah anak yatim, rumah jagaan anak-anak atau orang kelainan upaya, kawasan kemudahan awam, tanah perkuburan, dan lain-lain kerja khidmat masyarakat yang bersesuaian. Juga termasuk ialah kursus dan pengajaran, yakni aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembelajaran atau kemahiran jangka pendek yang bersesuaian. Selain dari itulah intervensi iaitu modul intervensi melalui protokol pemulihan dalam komuniti yang ditetapkan. Yang keempat ialah, khidmat sumbangan kepakaran. Itu menyumbang perkhidmatan kepada masyarakat mengikut bidang kemahiran atau kepakaran yang dimiliki. Untuk makluman, sebenarnya Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah ini sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak 2010 lagi. Kalau kita lihat dari jumlah komuniti sebagaimana kita bentangkan tadi, pesalah dikenakan Perintah Kehadiran Wajib sehingga 25 Julai 2025 ialah, sebanyak 8,224 orang. Ini menunjukkan bahawa perkara ini telah pun lama dilaksanakan, cuma pindaan dibuat mengambil kira beberapa- perkembangan-perkembangan terkini untuk menyesuaikan perubahan yang berlaku. Saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Kepong tadi yang menyokong rang undang-undang ini. Dia juga menyebut dan mencadangkan peluasan Perintah Kehadiran Wajib sesuai untuk pengguna dadah dan pencuri kecil dan juga berkaitan dengan isu berkaitan tahanan reman sebagai pendekatan terakhir. Ia juga mempersoalkan soal berkaitan dengan tahanan reman dengan tahanan sabitan, soal-soal apakah perlu diasingkan atau tidak? Saya nak nyatakan sini bahawa Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kita telah meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi mengimbangi keperluan rawatan dan pemulihan dadah dan bahan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara. Maknanya kerajaan dalam hubungan ini tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan-kesalahan pemilikan dan penawaran dadah, selaras dengan peruntukan perundangan semasa yang sedang berkuat kuasa sepertimana terkandung dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 serta akta-akta lain yang berkaitan. Namun begitu, perintah kehadiran wajib masih boleh dipertimbangkan oleh mahkamah yang menilai status kesalahan tersebut berdasarkan pada fasal 5 dan fasal (A1) rang undang-undang ini. Berkaitan dengan isu asingan tahanan reman dengan tahanan sabitan, sukacita saya maklumkan bahawa Jabatan Penjara telah pun mengasingkan antara tahanan reman dan banduan sabitan. Ini menunjukkan komitmen terhadap prinsip keadilan kerajaan dan pemeliharaan hak asasi tahanan. Pengasingan ini penting bagi memastikan bahawa individu yang masih dalam proses perbicaraan tidak terdedah kepada pengaruh negatif atau risiko
keselamatan daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan. Makna pengasingan ini telah pun kita lakukan sejak sekian lama. Yang Berhormat Kepong juga bangkitkan soal pemantauan elektronik. Saya nak maklumkan bahawa Jabatan Penjara mengambil maklum cadangan ini. Untuk makluman semua, jabatan sedang meminda Akta Penjara 1995 yang mana terdapat cadangan penggunaan peranti pemantauan elektronik (EMD) sebagai suatu kaedah tambahan kepada pengurusan kawalan keselamatan dan pengawasan banduan sedia ada memandangkan fungsi dan skop Jabatan Penjara Malaysia yang telah diperluas kepada pemulihan di luar tembok penjara. Yang Berhormat Sri Gading juga terlibat dalam membicarakan rang undang-undang ini, soalkan kenapa perlu pindaan kepada Perintah Kehadiran Wajib ini. Sukacita saya maklumkan bahawa Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025 ini telah ― ini akan membolehkan lebih ramai pesalah dijatuhkan Perintah Kehadiran Wajib di luar tembok penjara bagi kita perkasakan inisiatif hukuman di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti. Ini saya sebutkan tadi kerana keberkesanan dia lebih besar lagi. Dibangkitkan tadi juga hukuman berkaitan 10 tahun adakah layak atau tidak? Saya nak sebut bahawa kita rujuk kepada seksyen 5(1)(a) rang undang-undang ini iaitu (Pindaan) 2025, “...hanya pesalah yang disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun sahaja layak dipertimbangkan untuk diberi perintah kerja wajib.” Dan kita tengok pula, seksyen 5 (1)(a)(A), kesalahan yang dilakukan itu memadai untuk jatuhkan hukum penjara tidak melebihi tiga tahun oleh mahkamah. Ini yang sangat jelas. Saya harap kita, semua memahaminya. Yang Berhormat Jeli mencadangkan untuk memanjangkan tempoh kerja daripada empat jam sebagaimana dicadangkan kepada lapan jam sehari. Juga disebut dari dicadangkan tadi ialah kita utamakan Perintah Kawalan Wajib ini terhadap pesalah-pesalah muda. Tuan Yang di- Pertua, kalau kita lihat selaras dengan peruntukan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 ini, yang memperuntukkan tempoh bagi menjalani perintah kehadiran wajib adalah, ditetapkan maksimum 12 bulan dan maksimum empat jam sehari.
Seksyen 5(1A) Rang Undang-undang PKW (Pindaan) 2025 ini memperuntukkan bahawa pesalah yang disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun sahaja layak dipertimbangkan untuk diberikan Perintah Kehadiran Wajib tanpa mengira kategori umur. Walau bagaimanapun, bagi pesalah muda sebenarnya telah ada peruntukkan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah yang dikendalikan oleh JKM. Ini sangat jelas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong yang menyokong rang undang- undang ini dan faham apa maksud dan juga hasrat rang undang-undang ini dibuat pindaan. Walau bagaimanapun, sebahagian pertanyaan-pertanyaan yang beliau bangkitkan tadi juga telah pun saya jawab sebentar tadi. Sabak Bernam menyebut kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 377B membawa hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan yakni kesalahan meliwat tadi. Saya nak nyatakan bahawa buat masa ini Jabatan Penjara Malaysia belum menerima pesalah PKW yang terlibat dalam jenayah seksual di bawah seksyen 377C yang dimaksudkan. Dalam hal ini, Perintah Kehadiran Wajib boleh diberikan bagi kesalahan yang boleh dikenakan sebagaimana saya sebutkan tadi. Dan berdasarkan rekod Jabatan Penjara, dari tahun 2010 — ini berkaitan dengan kadar residivis yang dibangkitkan, soal keberkesanan akta ini. Saya nak nyatakan di sini, berdasarkan rekod kita, rekod Jabatan Penjara, dari tahun 2010 hingga kini, jumlah keseluruhan pesalah PKW adalah 8,227 pesalah. Peratus kejayaan adalah, sebanyak 94.75 peratus, manakala peratus — peratusan batal perintah hanyalah sebanyak 5.25 peratus sahaja. Ini menunjukkan keberkesanan apa yang kita lakukan. Tuan Yang di-Pertua…
Yang Berhormat Timbalan Menteri, nak tanya. Boleh mencelah? Yang berkesan itu bagi kesalahan apa? Jenayah jenis apa?
Baik. Saya nak sebut ke sini bahawa kita telah nyatakan bahawa kalau kita tengok kes-kes, saya bagi contoh sebagaimana yang dinyatakan tadi dalam waktu sesi libat urus tadi. Kesalahan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, misalnya. Kes yang viral: Kiki misalnya, yang mana beliau mengalami kemalangan jalan raya dan akibat kemalangan tersebut beliau telah melakukan kesalahan dengan menggunakan alat dan memecahkan kenderaan. Jadi, akhirnya mahkamah menghukumkan Perintah Kehadiran Wajib tiga bulan selama kerja empat jam sehari. Jadi, kes-kes seumpama ini yang dibuat, yang menunjukkan bahawa ada keberkesanan. Banyak lagi kes-kes seumpama ini yang boleh kita lakukan dan sebab itu kalau kita rujuk dan juga saya nak jawab ada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut, apakah rasional kepada pindaan ini dan dia juga bangkitkan soal cadangan hukuman campuran. Saya nak sebutkan di sini dan nak nyatakan bahawa rang undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2020 ini akan membolehkan lebih
ramailah Perintah Kehadiran Wajib di luar tembok penjara dan memperkasakan inisiatif hukuman di luar tembok melalui program-program pemulihan dalam komuniti, program-program yang saya nyatakan tadi. Jabatan Penjara Malaysia komited dalam merealisasikan hasrat dua per tiga banduan menjalani hukuman dan pemulihan dalam komuniti melalui sistem parol, PKW, PSPL dan lain-lain program atau hukuman-hukuman di luar penjara. Dibangkitkan juga tadi, Yang Berhormat Gerik bangkitkan soal modul PKW. Apakah dimasukkan pendidikan rohani, kaunseling dan sebagainya. Memang banyak, program-program dimasukkan dan saya nyatakan tadi di peringkat awal tadi, program-program ini turut memberikan — diberikan diversi sebagaimana yang telah dilaksanakan di bawah program-program pemulihan dalam komuniti yang merangkumi program-program berbentuk kerohanian, keagamaan, kaunseling dan kursus-kursus berkaitan. Ia dilaksanakan sesuai dengan tuntutan agama pesalah berkenaan.
Timbalan Menteri…
Jadi, maknanya memang kita…
…Sik mohon sikit penjelasan boleh?
…Maknanya kita berikan penekanan dalam soal-soal seumpama ini.
Boleh? Ya, Timbalan Menteri. Tadi disebut antara tujuan PKW ini ialah, untuk kita mengurangkan kesesakan di penjara-penjara. Dalam laporan, disebut lebih 70 peratus penghuni penjara kita ialah kesalahan jenayah dadah itu. Dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Akta Dadah Berbahaya 1952 itu juga perlu kita meneliti kembali selepas ia diwujudkan, sebelum merdeka lagi? Isu besarnya ialah keseluruhan penggunaan dadah itu dianggap sebagai jenayah dan perlu dilihat bagaimana sebahagian pengguna dadah ini secara sendiri sebagainya itu disebut sebagai dikriminalisasi iaitu mereka perlu dipulihkan dan bukan terus dihukum di penjara. Dan ini perlu dilihat bahawa akta dadah ini juga perlu disemak supaya tujuan kita PKW juga dapat diselaraskan untuk tujuan besar tadi, mengurangkan kesesakan di penjara-penjara kita. Terima kasih, Yang Berhormat.
Soalan — jawapannya saya dah jawab tadi berkaitan dengan isu berkenaan. Saya ingat rujuk jawapan saya tadi. Saya tak mahu jawab dua kali takut kesilapan berlaku. Yang Berhormat…
Yang Berhormat Menteri. Menteri, Besut, Besut.
Tak sampai lagi Besut. Sekejap sampai yang Besut punya.
Oh, belum habis lagi?
Jauh, panjang lagi ni. Bagi saya habiskan, boleh? Gerik tadi saya dah jawab apa yang dibangkitkan tadi. Makna, dari segi modul kita memang menekankan soal-soal ini. Ia memang dititikberatkan dalam soal-soal berkaitan. Yang Berhormat Arau membangkitkan apakah PKW ini terpakai untuk banduan dihukum 10 tahun dan berada enam tahun di penjara. Apakah banduan tersebut layak untuk PKW. Sebenarnya sebahagian saya jawab tadi. Rang Undang-undang PKW memperuntukkan hanya pesalah yang disabitkan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun sahaja layak dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, bagi pesalah yang telah dihukum penjara, terdapat program-program pemulihan dan sistem komuniti yang dilaksanakan oleh penjara seperti sistem parol, pelepasan banduan berlesen sebagainya. Ini berbeza, Yang Berhormat. Okey, ya? Okey.
[Bangun]
Yang Berhormat…
Yang Berhormat, sikit ja. Yang Berhormat, sikit ja.
Pasir Gudang, YB.
Yang Berhormat Arau.
Contohnya, dia sedang dihukum penjara lagi lapan tahun. Yang lapan tahun itu bawah 10. Apakah dia boleh dipertimbangkan untuk perintah baru ini? Itu maksud saya ya. Kalau, sebab — sebab kalau Yang Berhormat tengok perkara yang seksyen 2A yang dipinda 51, dia kata, “Apa-apa kesalahan...” Dunia sahaja. Jangan sebut — yang bersebab kata kecuali dadah, tak. Dalam pindaan ini dia sebut, “Apa-apa kesalahan.” Luku kepala orang, bohong orang. Jadi, semua boleh diberi hak untuk — yang dihukum 10 tahun, diberi hak untuk perintah di bawah perintah baru ini.
Yang Berhormat, saya…
Jadi, saya tanya, apakah boleh mereka yang sedang menjalani penjara lapan tahun itu boleh memohon untuk mereka dimasukkan ke bawah kategori perintah baharu sekarang?
Itu berbeza, Yang Berhormat. Saya ada sebutkan tadi, bagi pesalah-pesalah yang telah dihukum penjara dia ada program-program lain untuk program pemulihan dalam komuniti yang kita laksanakan seperti sistem parol.
YB Menteri...
Makna dia kategori lain yang dimasukkan.
YB Menteri, ada jawapan untuk Pasir Gudang?
Tak sampai Yang Berhormat. Saya jawab yang Pasir Gudang sekejap. Baik. Yang Berhormat sebut, adakah rang undang-undang ini ada kaitan Akta Tahanan Rumah. Jawapannya tak ada kaitan, tak ada kaitan langsung dengan Akta Tahanan Rumah. Ini sangat berbeza. Itu jawapan yang Yang Berhormat inginkan. Jadi, Yang Berhormat, saya ada banyak lagi. Oleh kerana masa tak mengizinkan, saya mohon untuk memberikan jawapan-jawapan yang lain secara bertulis. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat...
Saya bersetuju, silakan nanti jawab dalam secara bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat menjawab.
Banyak kali Menteri kata nak beri jawapan bertulis. Tak ada Yang Berhormat, tak ada pun. Jadi, saya minta jawapan bertulis ini benar-benar dia boleh jawab. Saya tahu, Timbalan Menteri menghadapi masalah, beberapa soalan yang ditimbulkan yang Timbalan Menteri terpaksa menerima banyak kertas dari belakang, tak sempat baca. Kami bersimpati, kami tak kejam. Orang lain kejam dekat kami. Jadi, saya minta Yang Berhormat jawab betul-betul apa yang kami tanya. Jadi, tahanan rumah dengan perintah baharu ini tidak sama. Itu sebagai contoh. Jadi benda ini akan diperusulkan, akan diperbahaskan. Jadi Yang Berhormat, kami bersimpati Yang Berhormat terpaksa baca banyak saranan pegawai-pegawai di belakang, tak sempat jawab, tapi Yang Berhormat Menteri, boleh tak bagi sebelum pukul 5 besok? Terima kasih.
Baik Yang Berhormat Menteri — Menteri, dah komitmen yang telah saya nyatakan tempoh hari dalam lima hari. Jadi, pastikan benda itu disampaikan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang memohon jawapan, yang telah diarahkan untuk memberi jawapan bertulis. Kita balik kepada urusan Majlis. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa]
[Bangun] Tak apa, tak apa... [Tidak jelas]
Yang Berhormat, nak berbahas?
Ya.
Baik, 2 minit. Silakan.
Menteri ya, saya terus rujuk kepada seksyen ‘5B’. Kalau ikut bahasa asal dia, “Subject to subsections (1A) and (1B), where a person who resides within the prescribed distance from a Centre is liable to be sentenced to imprisonment for failure to pay a fine or debt.” Jadi, kalau yang pertama dan kedua tu okeylah, imprisonment, okeylah, kita fahamlah, ini bawah akta dan juga kalau gagal bayar itu, in default itu, okeylah, kita faham, tapi yang debt itu, maksudnya bawah kesalahan mana, sivil ke, jenayah ke? Itu yang saya minta penjelasan daripada pihak Menteri sebab kalau debt tak ada dalam, dalam undang-undang jenayah ini. Dan yang kedua, seksyen 8, yang (a) – (a)(1A)(a), yang dia kata kalau selepas menerima report daripada — daripada siapa ini? Subseksyen — bawah subseksyen (1) ini, Commissioner General ya. Mahkamah dia kata boleh bawa isu summon, isu summon untuk offender, pesalah, offender itu hadir. Satu saman, keduanya, or a warrant for his arrest. Kalau saman biasa, kes saman. Kalau arrest, biasa kes jenayah. Yang mana satu? Kes boleh ditangkap ataupun kes saman? Macam kes yang kesihatan kah apa semua itu, boleh isu saman, tapi sekarang ini boleh pilih saman ataupun tangkap. Jadi, kesalahan kalau mengikut...
Yang Berhormat, sila.
Ya. Saya bagi penjelasan daripada kalau melihat huraian, kita lihat huraian yang 4 itu, maknanya melanggar Perintah Kehadiran Wajib. Makna boleh isu saman mahkamah, tapi masalah sekarang ini, kesalahan melanggar perintah ni adalah merupakan kes saman ataupun kes jenayah. Itu maksud saya. Jadi, kena, kena — Menteri pun kena, kena faham juga tentang undang-undang ini. Ini yang saya bercakap ni kerana dia bagi pilihan nak keluar saman ataupun nak keluar waran tangkap. Jadi, pohon penjelasan.
Okey.
Yang Berhormat Pengerusi, Dato’ Pengerusi...
Yang Berhormat, saya tidak benarkan berucap. Kalau peraturan, baru saya, saya benarkan.
Ya peraturan.
Sudah, dah tutup ini.
Peraturan –– saya tak pernah –– saya ini orang kira boleh kata pakar ini setelah berpuluh tahun di Parlimen. Saya tak — untuk...
Yang, Yang Berhormat...
Untuk Jawatankuasa, nak pinda. Sekarang saya minta dipinda ya. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya dah tutup dah. Terima kasih. Menteri jawab.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya bangun sekali.
Saya dah menyatakan tadi seorang pembahas ya.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tak bahas, saya nak minta pindaan.
Tahu. Saya dah nyatakan tadi, seorang. Jadi, sekarang ni saya menggunakan kuasa saya bawah 43 itu membenarkan seorang dan saya nak menyerahkan kepada Menteri untuk menjawab soalan Besut.
Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkit tadi tentang summary. Ia bermaksud mahkamah boleh memanggil pesalah untuk hadir ke mahkamah. Debt untuk kes-kes sivil iaitu hutang, kegagalan untuk membayar hutang, mahkamah juga akan commit dalam PKW ini. Baik, Yang Berhormat. Kalau saya tidak menjawab dengan detil, saya akan bagi bertulis. Terima kasih.
Selepas jawab, secara bertulis?
Kalau tak menjawab lagi soalan yang Besut bangkitkan tadi.
Yang Berhormat nak menjawab...
Yang Berhormat — belum. Saya pohon bertulis. Jawapan biar lengkap sikit.
Baik. Baik. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat. [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]
Alhamdulillah, sesi pada hari ini telah tamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 29 Julai 2025. [Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Mengenai Peniaga Warg Asing Di Sekitar Pasar Borong Kuala LumpurSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Isu mengenai peniaga warga asing di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kerap kali saya ajukan ke Dewan Rakyat, namun jawapan yang sering kali saya terima begitu mengecewakan serta tidak menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.
Saya ingin menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap keberadaan warga asing yang terus berniaga tanpa permit yang sah di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Situasi ini bukan sahaja membawa persaingan tidak sihat kepada penjaja tempatan, malah menimbulkan risiko kepada keselamatan dan ketenteraman awam Isu ini telah saya bangkitkan dalam sesi Julai dan Oktober 2024 di Kamar Khas, dan dimaklumkan bahawa satu pasukan khas, KL Strike Force yang terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen dan Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan bagi menangani lambakan peniaga asing tanpa permit. Namun begitu, keberkesanan pasukan ini nyata dipersoalkan apabila operasi yang dijalankan tidak memberi impak jangka panjang.
Saya dimaklumkan oleh Gabungan Persatuan Pemborong dan Operator Pasar Borong Kuala Lumpur (GPPO) bahawa walaupun beberapa siri tangkapan dan sitaan telah dilakukan, peniaga warga asing masih kembali berniaga keesokan harinya seolah-olah tiada sebarang tindakan dikenakan. Sebagai contoh, satu operasi tangkapan warga asing telah dijalankan pada 29 Mei 2025 baru-baru ini dilihat hanya bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang berkekalan. Keadaan ini kembali seperti sedia kala pada hari berikutnya.
Ini menimbulkan persoalan tentang sama ada terdapat kelemahan dalam prosedur penguatkuasaan, kekurangan tindakan susulan atau ketirisan dalam
sistem pemantauan di lapangan. Saya ingin menegaskan bahawa isu ini bukan lagi sekadar soal pelesenan atau permit semata-mata, tetapi ianya telah menjadi isu integriti dan kedaulatan undang-undang negara. Ketegasan serta pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu perlu diambil segera.
Sehubungan itu, pihak GPPO ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak YB Menteri, apakah langkah strategik yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan masalah ini diselesaikan secara tuntas.
Adakah terdapat perancangan jangka panjang untuk memperketatkan penguatkuasaan, memperkukuh kerjasama antara agensi dan memastikan tindakan yang dikenakan benar-benar berkesan serta mempunyai elemen pencegahan yang jelas?
Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama. Rakyat menuntut penyelesaian sebenar, bukan sekadar jawapan rasmi yang tidak membawa perubahan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri silakan menjawab.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai atas keprihatinan yang berterusan dalam membangkitkan isu peniaga warga asing tanpa permit di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
Sekitar Selayang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai dua premis iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang. Pihak DBKL tegas dalam memastikan premis DBKL bebas dari pekerja warga asing. Walau bagaimanapun, keberadaan warga asing di premis dan turut menjual di tempat awam sering menyebabkan aduan dari warga kota. Isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga tempatan dari segi persaingan tidak sihat, malah turut membangkitkan kegusaran berkaitan keselamatan, integriti penguatkuasaan serta kedaulatan undang-undang negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Wilayah Persekutuan melalui DBKL sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur. Antara tindakan yang diambil termasuklah menyita barangan dan peralatan perniagaan serta membongkar struktur sekatan dalaman haram yang digunakan oleh peniaga warga asing. Pemantauan dan rondaan juga dilaksanakan setiap hari oleh pasukan penguat kuasa yang ditempatkan di lokasi bagi mengelakkan aktiviti perniagaan haram berulang.
Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa kuasa DBKL adalah terhad kepada tindakan penguatkuasaan berkaitan aktiviti penjajaan atau perniagaan seperti sitaan dan pemantauan terhadap aktiviti penjajaan. DBKL tidak mempunyai kuasa untuk menahan individu yang berniaga tanpa dokumen sah atau memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNHCR). Golongan ini sering kali kembali berniaga sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dilaksanakan. Oleh itu, tindakan penahanan dan
siasatan lanjut terhadap warga asing hanya boleh dilakukan oleh agensi yang berautoriti seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Dalam hal ini, DBKL sentiasa bekerjasama dengan memanjangkan laporan lengkap kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas setiap operasi dijalankan. Pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyarankan agar JIM dapat mempertimbangkan penubuhan pondok kawalan atau stesen pemantauan tetap di lokasi tumpuan seperti Pasar Borong Kuala Lumpur agar tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan secara lebih berkesan, berterusan dan segera di lapangan.
Selain itu, punca-punca lain penglibatan warga asing di dalam aktiviti perniagaan adalah disebabkan oleh pemegang kad UNHCR yang meneruskan kehidupan dengan mengambil peluang melakukan aktiviti perniagaan. Selain itu, terdapat segelintir warga tempatan yang melindungi warga asing, menyebabkan tindakan penguatkuasaan sukar dapat dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, isu ini memerlukan tindakan bersama oleh agensi-agensi berkaitan yang lain seperti pihak JIM, Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa tempatan.
Bersebelahan itu, iaitu Majlis Bandaraya Selayang kerana isu ini turut melangkaui sempadan PBT bersebelahan.
Walau bagaimanapun, DBKL juga telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan beberapa siri operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain termasuk JIM, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Agensi-agensi ini memainkan peranan penting dalam menangani pencerobohan warga asing dan pengedaran barang yang tidak mengikut peraturan.
KL Strike Force telah diaktifkan bagi mempertingkatkan lagi tindakan penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti haram yang melibatkan warga tempatan mahupun warga asing di Kuala Lumpur., merentasi pelbagai agensi jabatan yang terlibat. Sebelum penubuhan KL Strike Force, tiada penyelarasan bagi operasi-operasi bersepadu agensi penguatkuasaan dan keselamatan di Kuala Lumpur. Dalam hal ini, KL Strike Force telah mengambil alih tanggungjawab menjalankan operasi bersepadu secara mikro dan makro bertindak secara aktif terhadap isu-isu yang menyentuh hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam sama ada tular di media sosial atau/dan aduan awam.
Berdasarkan statistik tindakan penguatkuasaan sepanjang tahun 2024, sebanyak 287 notis am dan 2,711 notis trafik telah dikeluarkan serta 721 tindakan sitaan telah dilaksanakan ke atas warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur. Manakala dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025, Januari hingga Jun, DBKL telah melaksanakan tiga tindakan khas berkaitan pasar. Dua tindakan khas terhadap premis yang dikendalikan oleh warga asing, dan satu operasi bersepadu bersama agensi lain. Daripada operasi yang dijalankan, sejumlah 56 notis am telah dikeluarkan selain 929 notis trafik terhadap pelbagai kesalahan di lokasi serta 447 tindakan sitaan ke atas barangan dan peralatan perniagaan warga asing yang melanggar peraturan.
Mengikut rekod Jabatan Imigresen Kuala Lumpur telah melaksanakan operasi penguatkuasaan sebanyak lima kali dan 120 pemeriksaan sepanjang tahun 2024 dan 2025. Melalui operasi tersebut, seramai 43 orang asing yang terdiri dari pelbagai negara yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen
1959 [Akta 155] telah ditahan. Bilangan statistik tangkapan mengikut warganegara adalah:
(i) Bangladesh –27;
(ii) Myanmar – sembilan;
(iii) Indonesia – enam ; dan
(iv) India – satu.
Bagi menangani isu ini secara berterusan, DBKL juga sedang melaksanakan inisiatif penambahbaikan termasuk menaiktarafkan struktur perniagaan serta semakan semula garis panduan dan zon perniagaan di kawasan berkenaan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan kawasan perniagaan strategik seperti Pasar Borong Kuala Lumpur kekal teratur, selamat dan bebas daripada dominasi perniagaan tidak sah.
Akhir sekali, pihak Jabatan Wilayah Persekutuan komited untuk terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan, meningkatkan kerjasama rentas agensi dan memastikan penyelesaian yang menyeluruh serta berimpak tinggi dapat dicapai. Pandangan dan cadangan Ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diambil kira dalam usaha berterusan memperbaiki keberkesanan kawalan di lapangan serta menjamin kesejahteraan masyarakat. Terima kasih.
Yang Berhormat, soalan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, ini soalan standard jawapan, ya. Dah lima kali saya bawa ke Dewan Rakyat untuk berbincang dan keadaan tidak menyelesai, tak ada perubahan. Yang Berhormat, tadi pagi saya ada kesempatan semasa Menteri KPKT berkaitan juga dengan soal ini. Jadi, saya tanya juga, kalau ada perundangan sedia ada, mengapa perkara ini berlaku bertambah buruk di kawasan terutama pasar awam di Kuala Lumpur itu. Katanya, ada sitaan, pembatalan lesen, CCTV. Saya nampak kesemua ini, memang jawapan yang diberi oleh Menteri, tapi tiada hasil yang positif. Ya, satu.
Kedua, kita tahu bahawa memang ada undang-undang kecil. Ada dua undang-undang kecil yang boleh diguna pakai ataupun punca kuasa yang di mana satu, dia boleh ada lesen — ada peniaga dia tidak boleh menggaji pekerja asing.
Kedua, kepada mereka yang menjual barangan yang sama di radius satu kilometer, mereka tidak boleh diberi lesen untuk menjaga di kawasan tersebut.
Tapi malang yang berlaku ialah kesemua ini dah gagal. Kita lihat dah setahun lebih, dua tahun. Saya bawa empat, lima kali dah. Kita cuma agak, bolehkah kementerian membuat satu keputusan? Contohnya, buat tambahan daripada segi akta ataupun undang-undang kecil ini. Contoh, boleh tak memotong air atau electricity? Sebab mereka tidak, hari ini dah sita, besok dia datang balik meniaga berterusan. Kalau ada CCTV, takkan pegawai kita tak nampak? Satu.
Kedua, KL Strike Force memang kata ditubuhkan termasuk JIM, termasuk Majlis Keselamatan Negara. Sebelum ini saya tanya kepada Menteri Dalam Negeri, JIM sepatut mainkan peranan. Kata beliau, pihak PBT, DBKL dan MAMPU. Lepas itu tubuh KL Strike Force. Tapi kita nampak peranan ini juga gagal. Tak dapat atasi isu ini.
Jadi, saya berharap kerajaan kena kaji semula apa yang boleh dilakukan sebab kita kerajaan ini. Rakyat kita dapat lesen berniaga di kawasan tersebut mengikut segala peraturan. Kesalahan dikompaun, disaman. Orang luar tanpa
pekerja asing ini, dia berada di sebelah sahaja pasar awam ini dan mereka boleh menjalankan perniagaan.
Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan dan orang kita ini patut dibela.
Mereka tidak boleh mencabar kedaulatan undang-undang kita. Kita melihat bahawa kita kerajaan tak mampu selesai masalah ini. Jadi, kita melihat. Gambar jelas.
[Sambil menunjukkan sehelai kertas bergambar] Takkan penguatkuasaan kita tak nampak. Tiap-tiap hari. Tak ada tindakan yang boleh diambil. Ini yang kita mempersoalkan mengapa KL Strike Force ditubuhkan. Tapi apabila ada isu, mengapa kita nampak, semua orang nampak — tapi tak ada tindakan yang boleh selesai isu. Jadi, mereka tidak puas hatilah dengan cara begini. Memang satu perkara yang patut diambil berat oleh kerajaan.
Jadi, saya berharap cadangan terutama kementerian ataupun kerajaan selalu mesti berlibat urus dengan Persatuan GPPO.
Mereka juga buat banyak cadangan termasuk boleh tak bekukan lesen kepada mereka yang sepatutnya itu mengikut peraturan sedia ada, bagi saman ataupun maksudnya bagi bukan saman — kompaun yang lebih tinggi untuk pastikan mereka ini taklah berulang-ulang lagi menjalankan kesalahan. Jadi, bagi saya penting ya kesemua ini, cuma saya nak komitmen daripada kerajaan bila boleh selesai sebab saya setiap penggal saya bawa isu ini jawapan standard tapi tindakan itu tak ada hasil.
Takkan kita kerajaan tak boleh buat apa. Ini secara kalau kita pandang orang marah kita, rakyat marah kita. Jadi saya harap kerajaan bagi tempoh.
Contoh, satu tahun, setengah tahun, selesai isu ini. Apa yang boleh dilakukan?
Saya harap kerajaan ambil tindakan.
Dan satu lagi saya harap pelbagai masalah di Kuala Lumpur kita tak dapat selesai dengan cara yang berkesan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Kita menuju ke arah pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan Kuala Lumpur ini.
Adakah Yang Berhormat bersetuju? Terima kasih.
Semua pun boleh setuju. Yang Berhormat, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebelum ini saya ada bincang dengan Yang Berhormat. Saya juga ada arahan dari pegawai- pegawai di sini di mana mengatakan bahawa mereka pun mencari jalan untuk menyelesaikan 100 percent dalam hal ini.
Tapi saya telah bercadang kepada mereka supaya Yang Berhormat boleh mengambil tindakan susulan. Bukan saja setakat membawa perkara itu ke Parlimen tetapi juga mengadakan sesi dialog dengan mereka sendiri. Satu, saya mahu dapat pengesahan bahawa mereka setuju dan mungkin NGO yang dikatakan GPPO itu dan Yang Berhormat boleh pergi terus berjumpa dengan mereka. Ini bukan perkara yang baharu bila ada kejadian besar dulu di mana seorang rakyat India terjatuh di lubang itu kan. Saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak dan kita cari jalan untuk menyelesaikan. Saya rasa itu adalah satu perkara yang boleh diambil tindakan oleh Yang Berhormat.
Yang kedua, saya ada sedikit maklumat mengenai garis panduan aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan di pusat bandar utara. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada masa ini DBKL sedang menyedia garis panduan aktiviti
perniagaan yang tidak dibenarkan di pusat bandar utara yang merangkumi kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
Draf garis panduan ini masih di peringkat akhir untuk diwartakan dengan mengambil kira dasar-dasar yang ditetapkan melalui Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 yang dijangka akan diwartakan seawal suku tahun pertama 2026.
Menerusi garis panduan ini, DBKL berharap isu berkaitan penjaja, peniaga, warga asing dapat dibanteras secara holistik bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan PDRM, JIM, MKN dan KPDN yang terlibat.
Tindakan holistik penentuan persempadanan aktiviti perniagaan borong tidak dibenarkan dalam radius satu kilometer dari kompleks. Sekiranya tiada aktiviti borong, maka secara tidak langsung aktiviti penjaja kecil melibatkan pekerja warga asing juga turut dapat dikurangkan. Pemilikan lesen perniagaan hanya dibenarkan kepada aktiviti selain daripada borong.
Pada masa ini, tiada perancangan untuk menubuhkan satu agensi pemantauan memandangkan isu warga asing adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen Malaysia. Oleh itu, pihak Jabatan Wilayah Persekutuan menyarankan agar JIM dapat mempertimbangkan penubuhan pondok kawalan atau sistem pemantauan tetap di lokasi tumpuan seperti Pasar Borong Kuala Lumpur agar tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan secara lebih berkesan, berterusan dan segera dilapangkan. Yang Berhormat, ada satu perkara yang bangkit mengenai CCTV. Saya difahamkan bahawa ada CCTV di sana dan saya juga diberitahu ini akan ditingkatkan will be further enhance. More CCTV will be — tetapi Yang Berhormat kita semua setuju bukan saya setakat CCTV tapi enforcement part of it. Mungkin itu boleh dikaji oleh Yang Berhormat tetapi yang mustahak oleh pegawai-pegawai.
Yang mustahak, Yang Berhormat mengadakan perjumpaan dengan mereka dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa tak jauh dari sekarang. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Mengenai Projek Jalan Pintas Jalan Sawah (J133), Pontian Ke Jalan Ulu Choh (J7)Special Chamber
Yang Berhormat silakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Seiring dengan pembangunan pesat, isu kesesakan jalan raya kini menjadi antara kebimbangan utama rakyat. Kawasan Pekan Nanas khususnya, Jalan Sawah merupakan laluan utama yang menghubungkan ke Lebuhraya PLUS di Kulai. Kehadiran kenderaan berat dan bersaiz besar yang menuju ke Johor Bahru menyebabkan kenderaan ini perlu melalui kawasan Pekan Nanas, sekali gus menjadi punca utama kesesakan. Situasi ini turut mendatangkan risiko keselamatan yang tinggi, terutamanya laluan tersebut berdekatan dengan dua buah sekolah menengah, sebuah sekolah rendah dan dua buah sekolah agama.
Keadaan ini menjadi semakin kritikal pada waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang terutama apabila ramai pelajar menggunakan laluan ini, sekali gus ianya meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka. Sehubungan itu, satu cadangan pembinaan laluan alternatif telah dikemukakan dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menghubungkan Jalan Sawah (J133) ke Jalan Ulu Choh (J7). Jalan pintas sepanjang empat kilometer ini akan merentasi tiga daerah, iaitu Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Projek ini telah diumumkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 22 Oktober 2022 dalam satu Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Pekan Nanas, dengan kos asal berjumlah RM56 juta.
Pelaksanaan projek ini telah dimulakan melalui proses pengambilan balik tanah yang melibatkan tanah milik persendirian dan disempurnakan oleh ketiga-tiga pentadbiran daerah terlibat. Namun begitu, akibat peningkatan kos bahan binaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri mendapati peruntukan asal tidak mencukupi untuk menampung kos semasa projek ini, yang kini dianggarkan mencecah RM65 juta.
Justeru, projek ini telah dirujuk kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk pertimbangan pelaksanaan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah apakah status terkini pelaksanaan projek ini dan apakah punca yang mengekang daripada pelaksanaan projek ini berjalan dengan efisien.
Saya ingin menegaskan bahawa pelaksanaan projek ini amat mendesak memandangkan kesesakan di laluan sedia ada di Pekan Nanas semakin meruncing dari hari ke hari. Isu ini juga sering dibangkitkan dalam sesi pertemuan bersama penduduk tempatan. Tambahan pula, sekiranya ditangguhkan, kos pelaksanaan dijangka akan semakin meningkat. Oleh itu, saya memohon agar projek ini diberikan keutamaan untuk dilaksana demi kesejahteraan rakyat serta memanfaatkan jangka masa panjang kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih YB Tanjong Piai ya, atas soalan.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil maklum dan amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat mengenai isu kesesakan jalan raya yang sedang berlaku di kawasan Pekan Nanas, Pontian, Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, KKW telah menerima cadangan membina jalan perhubungan Pekan Nanas dari persimpangan Jalan Pekan Nanas, Tanjong Piai (J238) ke Jalan Sawah (J133) Daerah Pontian, Johor daripada Kerajaan Negeri Johor sebagai permohonan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, rolling plan yang pertama tahun 2026.
Skop projek yang dicadangkan adalah membina jalan sepanjang empat kilometer dengan spesifikasi JKR R2 dan sebuah jambatan dengan kos projek bernilai RM65 juta. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, cadangan projek
ini bertujuan untuk menangani isu kesesakan jalan raya yang sedang dihadapi khususnya di kawasan Pekan Nanas yang mempunyai kepadatan yang tinggi.
Selain daripada itu, cadangan pembinaan jalan baharu ini juga bertujuan menyediakan laluan alternatif yang lebih menjimatkan dari segi jarak dan masa perjalanan bagi penduduk setempat ke bandar-bandar yang berdekatan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, permohonan projek tersebut tidak dapat dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dalam tempoh yang telah ditetapkan disebabkan masalah teknikal pada sistem permohonan dalam talian.
Susulan itu, KKW telah meletakkan projek berkenaan dalam kategori dalam perhatian. Ini status projek ya. Dalam perhatian dan akan mengemukakan semula untuk pertimbangan dalam rolling plan seterusnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Projek ini kekal sebagai keutamaan Kerajaan Negeri Johor memandangkan manfaat yang begitu besar kepada masyarakat setempat dari segi aspek keselamatan, keselesaan dan juga taraf hidup serta dapat menyelesaikan isu kesesakan yang sedang dihadapi. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Soalan Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya dengar jelas teliti jawapan. Olah-olah, bukan saja tak dapat, tapi cukup kecewa. Kalau hari ini kita melihat kos RM56 juta, kini meningkat kepada RM65 juta. Saya ingin tahu kalau kerajaan bagi jawapan standard, tak ada komitmen. Hanya kata dalam perhatian, mana tak tahulah sampai bila. Mungkin lepas lima tahun, enam tahun, saya tak tahu. Maka, saban tahun kos akan meningkat dari semasa ke semasa. Tapi masalah bukan sebab projek ini.
Projek ini memang kritikal, ya. Satu. Kritikal sebab di jalan utama itu kini sempit, satu klinik dekat situ — tak, perumahan dekat situ. Sekolah menengah dua, sekolah agama dekat situ. Jalan tetap tak dilebarkan, ya. Kenderaan berat masa kini sebab pembangunan melalui jalan masuk ke pekan Pekan Nanas dan ia menjadi satu kesesakan laluan ini. Jadi, saya tak faham mengapa sejak tahun 2022 — bukan hari ini saya bangkit untuk permintaan dengan kerajaan. Ini dah dibuat perancangan 2022. Bukan hari ini. Sampai hari ini ada masalah teknikal, tak boleh diatasi. Apa sebenarnya berlaku? Jadi, saya tak setuju. Kalau boleh, timbang semula. Sebab ini akan memberi kesan yang amat kritikal.
Kawasan ini memang pesat. Penduduk menghadapi — masyarakat ini menghadapi risiko yang tinggi dalam kesesakan jalan raya tersebut. Jadi, saya berharap kerajaan bagi — kadangkala bagi jawapan mudah dengan cara, “Saya tengah timbang, saya tengah buat projek, saya tengah ambil tindakan, saya tengah ambil permohonan.” Saya rasa itu bukan jawapan yang rakyat nak dengar.
Saya kena jawab di kawasan. Saya cuma jawab saya kerajaan bagi jawapan kata ada teknikal. Tapi orang tahu 2022.
Saya harap pihak kementerian ambil satu tanggungjawab. Kalau boleh, mungkin sebab dia buat jalan bukan satu hari selesai, mungkin dia kena dua peringkat. Jadi, mohon jasa baiklah masuk sebagai Rolling Plan Pertama — itu pun bukan tahun akan datang baru nak bincang RMKe-13 ni. Jadi, harap ada tiap- tiap tahun ada bajet. Ini bajet belum sampai. Mengapakah RMKe-13 saja? Bajet tahun ini, insya-Allah, masuklah dalam, dalam projek supaya sebahagian kecil itu mulakan pun. Itu pun cukup memandailah.
Terima kasihlah untuk mohon jasa baik daripada kementerian untuk bantu selesaikan isu ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB atas soalan tambahan.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat, sebenarnya KKW amat komited dalam usaha kita membantu masyarakat luar bandar khususnya dalam usaha kita memberi kesejahteraan, keselesaan kepada masyarakat. Apatah lagi projek-projek yang boleh memberi impak yang tinggi kepada kehidupan masyarakat berkenaan.
Berkaitan dengan jalan yang dimohon tadi. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita memang memberi orang kata keutamaan yang tinggi selaras dengan permohonan Kerajaan Negeri Johor. Ini pertama kali ya dimohon di bawah KKW tahun lepas. Kita menerima cadangan pada Disember tahun lepas, dan apa nama — kita telah pun memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa projek ini perlu diangkat dan menjadi keutamaan yang tinggilah untuk permohonan RP1 RMKe-13.
Namun begitu, KKW pun ada kekangan. Niat kita memang nak bantu tapi KKW juga ada kekangan sebab sistem permohonan projek sekarang dimestikan menggunakan online. Menggunakan online system yang mana kita lihat perkara ini perlu dimohon oleh Kerajaan Negeri Johor. Kita terima copy, maksudnya hardcopy. Tetapi Kerajaan Negeri Johor perlu mengemukakan permohonan itu secara online dalam sistem yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi yang mana sistem ini kita telah beri taklimat, kita dah buat libat urus dengan semua negeri. Maksudnya semua Unit Perancang Negeri (UPEN) dan kalau Johor, Bahagian Perancangan Ekonomi (BPEN).
Kita dah beri taklimat dan kita dah buat libat urus sebaik yang mungkin memaklumkan kaedah-kaedah pengisian borang, maksudnya dokumen tersebut di dalam online. Cuma ada setengah-setengah projek yang dimohon ini tidak mempunyai brief project yang jelas. Sebab itulah agak sukar untuk mengisi borang online berkenaan.
Borang online ini, dia ada tiga step. Borang online ini, Kerajaan Negeri Johor, contoh saya ambil di sini. Kerajaan Negeri Johor perlu isi untuk step yang pertama. Maksudnya kriteria-kriteria projek, kos projek dan sebagainya. Dalam sistem, baru masuk — Dia akan masuk dalam sistem dan akan diterima oleh jawatankuasa teknikal kita. Jawatankuasa teknikal kita akan, apa orang kata, melihat, menilai projek-projek endorse, baru ketiga masuk ke bahagian prasarana kita untuk di-submit ataupun di — maksudnya di-submit kepada Kementerian Ekonomi.
Jadi dalam hal ini, project submission ini walaupun libat urus kita dah buat, apa nama, cara pengisian dah buat dan juga — namun orang kata cadangan itu belum sampai ke bahagian prasarana. Belum sampai bahagian prasarana yang menyebabkan kita tak dapat untuk submit kepada Kementerian Ekonomi. Namun begitu, Yang Berhormat, bahagian kita KKW amat komited nak membantu bukan saja Johor ni, banyak lagi negeri lain yang orang kata tersekat dari sudut permohonan secara online. Kita minta tarikh sebenar penutupan ataupun tarikh tutup 31 Mac 2025 untuk submission project RP1. RP1 untuk 2026.
Tamat. Banyak negeri yang tak dapat submit disebabkan kemungkinan project brief itu tak clear, tak jelas. Sebab banyak kriteria yang diminta dalam itu, salah satunya tanahlah, jajaran dan sebagainya. Dan apa nama — dan KKW telah merayu kepada Kementerian Ekonomi untuk dilanjutkan lagi tempoh berkenaan sehingga pada tahun, sehingga 18 hari bulan April. Dan bila tarikh tutup itu, banyak juga negeri-negeri lain, banyak projek lain yang tak dapat juga fit dalam sistem berkenaan, termasuk projek ini.
Jadi secara teknikalnya, kita komited, kita bantu, cuba bantu. Tapi maklumat projek ini, sebab bukan KKW punya projek, itu kerajaan negeri punya projek. Kalau sebelum ini, KKW Bahagian Prasarana yang bantu buat brief project tu. Tetapi, tahun ni very strict. UPEN ataupun BPEN mesti mengisi sendiri apa nama, online berkenaan yang kita sebut sebagai step yang pertama sebagai apa nama, dalam sistem online MyProjek perlu diisi dalam MyProjek yang perlu dilengkap adalah modul Value at Entry (VAE) maksudnya setiap projek perlu mempunyai VAE tersendiri. Jadi, kalau lah step tu tak lepas, dia takkan sampai kepada last step tu untuk kita submit. Sebab itu kita telah berunding dengan apa nama, BPEN Negeri Johor untuk orang kata untuk meletakkan lagi sebagai prioriti untuk RP2.
KKW tak ada isu, dalam — selagi orang kata, sebab kelulusan prioriti projek di bawah KKW adalah berdasarkan prioriti daripada UPEN ataupun BPEN kerajaan negeri. Kita tak ada isu. Dan berkaitan dengan kos itu, peningkatan kos — kita memang, orang kata, kita — maksudnya pihak kita memang akan sentiasa mengkaji kos berkenaan. Sebab kita tak terikat sebenarnya sebab kita tak mahu juga kos lama itu menyebabkan projek itu tidak dapat dilaksanakan. Jadi every year sebelum submission itu, kos itu untuk jalan berkenaan itu akan di-review dan pihak JKR perlu memberi maklumat yang up to date kepada KKW bagi memastikan kos yang mencukupi berdasarkan tahun berkenaan untuk cadangan projek baru berkenaan.
Jadi memang kita akan sentiasa review berkaitan, sebab itulah salah satu, kenapa di peringkat kementerian kita, pelaksanaan projek itu untuk start itu, memang agak orang kata, lambat sikit, memandangkan value ataupun brief project itu perlu dinilai semula berdasarkan tahun semasa. Jadi kita, Yang Berhormat, kita amat prihatin. Kita bersungguh dalam membantu. Sebab kita tahu perkara ini pun dah di-endorse oleh kerajaan negeri, dah di-announce juga. Dan kita juga secara verbal macam ini kita dah minta dengan Kementerian Ekonomi.
Tapi Kementerian Ekonomi telah finalise projek-projek RP1 ini berdasarkan listing dalam MyProjek — permohonan dalam MyProjek kepada MOF.
Walau bagaimanapun, kita masih lagi cuba selit-selitkan tetapi setakat ni apa yang kita dapat memang tak boleh tetapi kita mohon agar dia ditimbangkan semula dalam RP2 2027, maksudnya submission-nya tahun depan. Dan skop projek pun termasuk lampu jalan sebab prinsip jalan luar bandar KKW kawasan- kawasan kritikal. Kita akan supply dengan lampu jalan, kita akan tak seluruhnya jajaran lah tetapi tempat-tempat kritikal kita akan supply-kan dengan maksudnya kita buat masukkan dalam skop projek untuk apa nama, pembinaan lampu jalan dan sebagainya.
Saya harap Yang Berhormat memahami kita cuba sebaik yang mungkinlah untuk memenuhi dan ini merupakan first cadangan untuk jalan ini dari kerajaan negeri Johor dan kita akan ambil perhatian sebab itu kita masukkan
dalam kategori projek dalam perhatian yang perlu diberi prioriti utama dalam next permohonan kepada Kementerian Ekonomi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sebentar. Ini Ahli Parlimen kena tahu juga ini. Saya kena tahu juga.
Ya.
Yang Berhormat. Ini bermaksud setiap-tiap Ahli Parlimen jika memikir bahawa sesuatu projek itu perlu dilaksanakan, Ahli Parlimen itu — ada tak aturan bagaimana nak angkat? Sama ada dia angkat terus ke KKW dan benda-benda ini diisi oleh UPEN dan sebagainya atau Ahli Parlimen itu terus ke kerajaan negeri?
Untuk permohonan projek baharu, sepatutnya terus kepada UPEN.
UPEN? Bawah negeri?
Dan boleh di-cc kepada kerajaan negeri ataupun kepada menteri sebab dalam libat urus kita akan pastikan permohonan KKW kita return kepada negeri untuk diberi prioriti.
Bermaksudnya jika seorang Ahli Parlimen itu mengangkat satu projek, dia memikirkan jalan ini perlu diangkat kepada pihak KKW, jangka masa sama negeri pun kena diangkat juga.
Kena diangkat juga.
Yang mengisikan borang-borang ni yang [Tidak jelas] apa semua ni semua, UPEN.
UPEN — dan untuk…
Diangkat ke ekonomi oleh pihak UPEN negeri.
UPEN negeri — Dan untuk makluman sebenarnya, dihantar dekat KKW, memang masuk dalam senarai cadangan dalam RP-RP itu. Tapi prioriti dia.
Prioriti negeri
Prioritinya should be daripada UPEN.
Negeri UPEN akan mengatakan, bagi negeri Pahang, kami mahu ini projek nombor satu, dua, tiga. Jadi, Ahli Parlimen kena pastikan prioriti negeri. Kalau Pahang, saya, di Cameron Highlands, memohon negeri mengangkatkan ke KKW, jalani prioriti negeri Pahang nombor satu.
Ya, tapi dalam hal itu, kita ada, maksudnya, komunikasi dua hala. Kalaulah MP itu dapat convince Menteri kita dan Menteri kita mendapati projek itu memang penting, memang mendapat memberi impak yang tinggi dalam pembangunan kawasan luar bandar, dia akan memaklumkan kepada UPEN negeri supaya meletakkan dalam senarai prioriti.
Tetapi dari sudut penyediaan dokumen brief masih lagi daripada UPEN.
UPEN negeri kena isi?
UPEN negeri kena isi.
Makna Ketua Pengarah Negeri Pahang tu kena alert-lah.
Ya, sebab tu libat urus dengan UPEN dengan BPEN tadi telah kita laksanakan. Sebab Kementerian Ekonomi dah enforce bahawa permohonan secara online saja yang akan diambil kira. Bermula tahun ni, enforcement yang tak boleh rondeng-rondeng.
Projek- projek yang lepas, yang dah lepas.
Yang lepas tu kita boleh rondeng lagi.
Okey.
Yang tahun ni tak boleh rondeng- rondeng lagi. Dia guna online semua.
Terima kasih Menteri. Sekurang-kurangnya — YB kita dengar Menteri cakap ya. Baik.
Maaf YB. Saya kena ambil tahu.
Ya. Ya. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Permohonan Agar Jejantas Merentasi Laluan Rel Keretapi Di Kampung Paya Sok Dapat DibinaSpecial Chamber
Silakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam.
Menarik juga tadi soalan daripada Tuan Speaker. Bagi manfaat pengetahuan pada semua kita...
Betullah ia Ahli-ahli Parlimen semua.
Betul. Pertama sekali, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang ini. Jadi, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini, keadaan semasa penduduk di sekitar Parlimen Kuala Krau yang sentiasa melintasi landasan rel kereta api di Kampung Paya Sok secara harian, ya.
Kesusahan hidup lima buah kampung di Parlimen Kuala Krau iaitu Kampung Paya Sok, Kampung Orang Asal Sungai Mai, Taman Perumahan Kos
Rendah, Kampung Baru Gong dan Kampung Batu 100 yang sentiasa melintasi secara haram rel kereta api Kuala Krau ini. Terpaksa dilakukan walaupun laluan ini membahayakan, demi mengelak kesesakan dan menempuh jarak yang jauh untuk keluar daripada kawasan tersebut. Laluan tidak rasmi ini sudah menjadi laluan harian penduduk di kampung yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, melalui laluan ini, jarak dari kampung-kampung yang saya sebutkan tadi dengan sekolah berdekatan hanyalah satu ke tiga kilometer, namun sekiranya melalui jalan negeri iaitu melalui jalan Kampung Gong Halt dan Felcra Gong, Kuala Mai, Kampung Seboi dan Pekan Kuala Krau yang jaraknya menjadi lebih kurang 25 kilometer. Jadi, saya amat memohon agar cadangan saya ini membina jejantas melintasi landasan rel kereta api Kuala Krau ini dapat direalisasi.
Buat pengetahuan Yang Berhormat Menteri, perkara ini sudah pun saya bawa ke Kementerian Pengangkutan agar dapat direalisasikan. Juga di dalam Kamar Khas dalam sesi yang lalu. Penyediaan struktur jejantas bukanlah sebahagian daripada fungsi khusus Kementerian Pengangkutan iaitu dalam aspek pengoperasian perkhidmatan kereta api. Namun, besarlah harapan saya selaku yang bertanggungjawab di kawasan ini agar cadangan ini dapat direalisasikan melalui KKW.
Saya bersedia untuk berbincang dengan terus bersama dengan pihak kementerian sekiranya ada cadangan yang perlu dibincang dan diperhalusi demi menjayakan cadangan ini. Semoga mendapat perhatian positif dari pihak kementerian. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.
Okey, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Kuala Krau terhadap soalan berkenaan.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil maklum dan amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat terhadap kesejahteraan penduduk di Kampung Paya Sok, Kampung Orang Asal Sungai Mai, Taman Perumahan Kos Rendah, Kampung Baru Gong dan juga Kampung Batu 100 yang terlibat dalam isu keperluan infrastruktur lintasan rel kereta api di kawasan Kuala Krau.
Untuk makluman Yang Berhormat, KKW amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung terbabit, khususnya berkaitan keperluan infrastruktur yang lebih selamat dan cekap bagi menghubungkan kawasan penempatan dengan sekolah, kemudahan asas dan pusat kegiatan ekonomi. Ketiadaan laluan rasmi yang selamat telah menyebabkan penduduk mengambil risiko menggunakan lintasan haram sekali gus mewujudkan potensi ancaman keselamatan kepada nyawa dan juga harta benda.
Berdasarkan maklumat awal yang diterima, cadangan pembinaan jejantas melintasi rel kereta api Kuala Krau ini merupakan satu langkah proaktif dan munasabah. Memandangkan penggunaan harian laluan oleh penduduk dan jarak perjalanan yang boleh dipendekkan secara signifikan berbanding laluan sedia ada iaitu sejauh 25 kilometer. Namun begitu, semakan kementerian mendapati
bahawa cadangan projek ini tidak pernah dimohon oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada kementerian di bawah projek jalan luar bandar. Sebab kita tak ada projek jejantas. Tetapi jejantas itu boleh masuk dalam apa nama, spec jalan luar bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat dua projek pembinaan jalan dan jambatan melintasi rel kereta api yang telah diluluskan kepada KKW di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos berjumlah RM45,604,700. Projek-projek tersebut adalah projek membina jalan dan jambatan melintasi rel kereta api dari Kampung Kok Keli ke Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan projek membina jalan dan jalan melintas rel kereta api dari Kampung Kelar ke Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan. Status terkini kedua-dua projek berkenaan sedang dalam peringkat pembinaan dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Justeru itu, kementerian ini mengesyorkan supaya Yang Berhormat dapat memanjangkan cadangan ini kepada Bahagian Perancang Ekonomi Pahang untuk pertimbangan dan dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri bagi tujuan permohonan projek baharu kepada kementerian dalam rolling yang akan datang.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Kuala Krau [Tidak jelas]
Terima kasih atas penjelasan itu. Cuma selain daripada jejantas yang mungkin terpaksa kita submit atau buat permohonan melalui kerajaan negeri, ada tak langkah apa tu jangka pendek untuk mengatasi — masalah sekurang-kurangnya ada gate kah yang boleh menjadi memudahkan cara. Sebab dia bukan saja hubungan ke sekolah tapi juga membabitkan kematian.
Ada satu kampung, kubur dia sebelah sana. [Sambil menunjukkan arah kiri dan kanan] Baru ini kebetulan saya pergi, apa tu, dia bawa dengan lori, berhenti seberang sini, pikul pula jenazah itu untuk ke kubur yang jaraknya begitu jauh. Jadi, adalah — perancangan jangka pendek cadangan, sekurang- kurangnya ada gate pun tak apa dah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Okey. Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, sekali lagi saya ingin nak menyuarakan kementerian ini memahami kebimbangan dan keperluan yang mendesaklah kepada jalan dan lintasan rel kereta api seperti Yang Berhormat bangkitkan. Bagi pihak kementerian, ini kita dah dengarlah maksudnya cadangan kita dah, dah, dah perolehi.
Namun untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini, kawasan ini, maksudnya laluan kereta api ini bukan di bawah jurisdiction Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Sepatutnya cadangan ini, Yang Berhormat bawa kepada jawatankuasa tindakan daerah. Jawatankuasa tindakan daerah untuk dibincangkan bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan khasnya kementerian pengangkutan dan juga kereta api KTM, kereta api supaya langkah- langkah orang kata jangka pendek dapat diambil, diambil perhatian.
Dan, saya percaya kalau perkara ini diangkat di peringkat Jawatankuasa Tindakan Daerah, perkara ini menjadi keutamaan yang tinggi sebab dia
melibatkan keselamatan, dia melibatkan keselesaan dan aspek orang kata penggunaan jalan ni walau bagaimana kita larang pun susah sebab laluan yang, yang jauh sebenarnya. 25 kilometer, Dato’ Yang di-Pertua. Jauh untuk dia orang nak buat keliling ini. Memandangkan orang kata program harian itu memang aktif di kawasan tersebut.
Oleh itu, di pihak kementerian, kalaulah projek itu dah diluluskan di bawah kementerian, baru kita ada tanggungjawab di situ. Baru kita ada orang kata, kuasa kita di situ, Ya. Maksudnya, maksudnya sebelum pembinaan itu kita boleh buat kerja-kerja pra sampingan dulu untuk menangani isu berkenaan. Sebab suka saya maklumkan kepada seperti yang contoh yang saya bagi tahu tadi.
KKW memang ada experience dalam projek seperti ini. Projek ini bukan saja jejantaslah tetapi juga melibatkan jajaran daripada main jajaran yang sebelum ini kepada jajaran yang baharu nantilah dan dimasukkan sekali di dalam jejantas berkenaan. Jadi, untuk penyelesaian jangka pendeklah bagi saya, eloklah Yang Berhormat bawa perkara ini kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk perhatian dan tindakan pihak yang berwajib bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan penduduk-penduduk yang terlibat. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Ya, Yang Berhormat bawa dalam mesyuarat JKTD. Baik, silakan.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perkembangan Terkini Projek Menaik Taraf Stesen Keretapi Kuala KrauSpecial Chamber
Assalamualaikum, Assalamualaikum warahmatullah. Pertama sekali, sekali lagi terima kasih kepada Yang di-Pertua atas peluang ini. Saya akan buat usul tempatan Kamar Khas saya ingin membawa perhatian bagi Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berkenaan dengan status projek menaik taraf Stesen Keretapi Kuala Krau yang pernah dibangkitkan oleh saya sewaktu siri perbahasan Dewan Rakyat sebelum ini.
Pada Perbahasan Titah Diraja tahun 2023, Yang Berhormat Menteri menjawab persoalan saya pada waktu itu dan izinkan saya sebutkan kembali kenyataannya daripada Hansard Parlimen Malaysia bertarikh 8 Mac 2023.
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Perbadanan Aset Kereta Api RAC telah memulakan kerja reka bentuk untuk menaik taraf infrastruktur serta kemudahan awam di Stesen Keretapi Kuala Krau, Pahang. Antara komponen yang terlibat adalah membina platform kereta api baharu sepanjang 100 meter bagi service train DMU yang dilengkapi kemudahan OKU.
Kedua, meningkatkan pencahayaan kawasan pelaksanaan kerja pembinaan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini iaitu tahun 2023 ya, setelah kerja reka bentuk dan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) selesai.
Sebanyak 1.3 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek ini dalam tempoh pembinaan selama lapan bulan.
Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri pada Penggulungan Perbahasan Titah Diraja tahun 2024, kenyataan dari Hansard Parlimen Malaysia
bertarikh 11 Mac adalah seperti berikut: “Jangkaan pelaksanaan fasa pembinaan ini adalah pada suku ketiga 2024 dengan mengambil kira isu teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dengan pembinaan platform tersebut, dia dapat memberi kemudahan kepada penumpang untuk naik dan turun, memandangkan platform sedia ada tidak kondusif bagi golongan rentan.” Namun sekarang ini, kita berada pada suku kedua 2025, namun masih tidak ada kerja yang dilaksanakan di stesen tersebut.
Untuk pengetahuan Yang di-Pertua, Stesen Keretapi Kuala Lumpur — eh, Kuala Krau sudah pun berumur lebih 80 tahun dan stesen kereta api ini telah uzur dengan fasiliti asas seperti surau pun tiada, kantin, tempat duduk penumpang pun kerusi kayu lama, tempat parking kereta juga yang tidak mencukupi.
Jadi, kerja-kerja menaik taraf infrastruktur Stesen Keretapi KTMB ini amat- amat diperlukan. Sebagai wakil rakyat, saya amat berharap agar adanya tindak balas positif daripada pihak kementerian berkenaan perkara ini. Dan sekiranya sudah pun diluluskan, mohon agar pihak kementerian menyegerakan pelaksanaannya kerana bakal memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Parlimen Kuala Krau. Sekian, terima kasih, Yang di- Pertua.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan sedia maklum bahawa infrastruktur serta kemudahan awam di Stesen Keretapi Kuala Krau, Pahang yang telah beroperasi lebih 80 tahun berada dalam keadaan uzur dan serba kekurangan. Fasiliti asas seperti tempat duduk dan kawasan meletak kenderaan adalah sangat terhad dan memerlukan peningkatan segera.
Menyedari keperluan asas di stesen kereta api tersebut perlu dinaik taraf demi keselesaan pengguna, MOT melalui agensinya Perbadanan Aset Keretapi
(RAC) telah merancang untuk melaksanakan kerja naik taraf di stesen kereta api berkenaan sejak tahun 2023, sebagaimana dinyatakan dalam Hansard Parlimen pada 8 Mac tersebut. Memang betul ya. Untuk makluman Yang di-Pertua, pihak kementerian telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan stesen dan perhentian di sepanjang jajaran pantai timur, negeri Pahang dan Kelantan, terutamanya penyediaan platform DMU termasuklah skop pencahayaan, tempat duduk berbumbung serta kemudahan orang kurang upaya. Sehingga kini, sebanyak 20 perhentian dan stesen telah disiapkan dengan kemudahan platform ini secara berfasa sejak tahun 2023 lagi dengan peruntukan sebanyak RM14 juta.
Projek naik taraf Stesen Keretapi Kuala Krau ini pula dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta akan merangkumi pembinaan platform baharu sepanjang 100 meter bagi melengkapi perkhidmatan train Diesel Multiple Unit (DMU) lengkap dengan kemudahan mesra OKU dan sistem pencahayaan lebih baik, insya-Allah.
Tempoh pembinaan dijangka mengambil masa lapan bulan dan pada peringkat
awal pelaksanaannya dirancang bermula pada suku keempat tahun 2023 sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat, tertakluk pada kelulusan reka bentuk dan Kebenaran Merancang.
Namun begitu, seperti yang dimaklumkan dalam Hansard Parlimen bertarikh 11 Mac 2024, pelaksanaan kerja naik taraf terpaksa dianjak ke suku ketiga tahun 2024 berikutan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan termasuk penyiapan projek Klang Valley Double Track (KVDT 1) Fasa 1 dalam suku kedua tahun 2025 serta pengalihan kabel utiliti yang memerlukan penyelarasan bersama dengan agensi-agensi berkaitan. Walau bagaimanapun, pihak JKR selaku agensi pelaksana menghadapi kekangan dalam memulakan kerja naik taraf tersebut atas sebab pertindihan tempoh tanggungan kecacatan kerja projek KVDT Fasa 1 itu.
Dalam hal ini, bagi memastikan projek ini dapat disiapkan, pihak kementerian telah mengambil inisiatif untuk mencadangkan agar kerja pembinaan platform DMU tersebut dilaksanakan RAC sekiranya diberi pengecualian selaras dengan Pekeliling AP182 yang diguna pakai. Yakni, artinya projek ini peruntukannya ada di bawah DE dan ianya mestilah dibuat oleh JKR. Jadi, memandangkan apa nama, kalau JKR tolak barulah kita boleh mengambil alih buat sendirilah.
Jadi, CPC untuk KVDT 1 ini telah pun dibuat pada 5 Mei tahun ini. Dan kita telah pun menulis ke JKR untuk minta pengecualian dalam bulan Jun tahun ini, dan kita sebenarnya baru mendapat maklum balas daripada JKR pada awal bulan Julai tahun ini — supaya kita kalau boleh kami nak buat sendirilah di bawah internal tak payah guna DE lagi, ertinya peruntukan RAC itu sendiri. Jadi itu, jadi apa nama, itu kira detail dia lah. Ya, mengikut, mencadang supaya membuat pembinaan ini, mengikut — oleh RAC, sekiranya dapat pengecualian. Tapi itulah jawapannya lah, kita baru dapat kelulusan ini.
Berdasarkan semakan awal, perancangan projek dan proses perolehan secara tender dijangka bermula pada suku keempat tahun 2025 ini tertakluk kepada kelulusan Kebenaran Merancang serta kelulusan teknikal lain daripada pihak berkuasa tempatanlah. Itu sudah menjadi kemestianlah ya dalam kawasan- kawasan PBT.
Sehubungan dengan permohonan Ahli Yang Berhormat pula, pihak kementerian melalui RAC juga akan melaksanakan kerja-kerja penyediaan dan pembinaan fasiliti asas seperti surau dan kantin bagi stesen Kuala Krau dalam — insya-Allah dalam tempoh enam bulan yang akan datang dengan menggunakan peruntukan dalaman RAC juga, sendiri untuk kemudahan dan keselesaan penumpang dan komuniti penduduk Kuala Krau keseluruhannya.
Jadi, mungkin secara detail-nya, termasuk yang platform tadi yang JKR buat ni pun kita dapat pengecualian, kita pun nak gunakan peruntukan dalaman juga. Tak payah lagi inilah — kalau tidak kena ikut proses tu lagi panjang. Jadi, insya-Allah kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan menaik taraf stesen kereta api di bawah di kawasan luar bandar dengan matlamat menyediakan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan mesra pengguna khususnya penduduk luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatan rel sebagai mod pengangkutan utama. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Sebagaimana yang saya dapat dengar
jawapan tadi, cuma ah — pemakluman awal prosesnya begitu, itu tidak dimaklumkan secara detail kepada saya. Cuma hari ini baru saya tahu begitu akhirnya terpaksa pula kementerian menggunakan wang dalaman untuk nak mulakan projek. Ini menimbulkan masalahlah untuk kita jawab kepada masyarakat itulah.
Jadi, saya minta supaya selepas ini jawapan-jawapan yang diberikan itu lebih mendasar, boleh memberi kefahaman dan untuk kita dapat jawab rakyat dan rakyat memahami situasi keadaan itu. Itulah harapan saya. Hal lain saya tak nak tanya apalah. Itu saja, Dato’ Speaker.
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguh sehingga hari Selasa, 29 Julai 2025, jam 2:30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.38 petang]