Dewan Rakyat · 25 August 2025
15th Parliament, session 4, meeting 2 · not final · 530 turns · 48,801 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat. Yang Berhormat dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sesi pada hari ini dimula dengan soalan lisan. Kalau mengikut senarai, saya difahami Yang Berhormat yang pertama tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya terus ke soalan yang kedua. Dan dengan ini mempersilakan Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Yang Berhormat Permatang Pauh.
[Soalan No. 1 - YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) tidak hadir]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah kaedah pemantauan dan penalti yang dikenakan kementerian terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal memberi liputan memuaskan khususnya di kawasan luar bandar.
Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau kualiti perkhidmatan syarikat
pemberi perkhidmatan komunikasi bagi memastikan rakyat mendapat liputan dan perkhidmatan yang memuaskan, termasuk di kawasan luar bandar. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti liputan Internet, MCMC menjalankan audit kualiti secara berkala di seluruh negara bagi memastikan pematuhan berterusan oleh pemberi perkhidmatan terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah ditetapkan. Lokasi-lokasi audit dikenal pasti melalui sumber aduan dan data pengujian orang awam yang merekodkan banyak keputusan di bawah piawai MSQoS. Berdasarkan hasil audit tahun 2024, sebanyak 268 arahan suruhanjaya melibatkan 219 lokasi telah dikemukakan di bawah subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588 kepada pemberi perkhidmatan kerana ketidakpatuhan MSQoS. Pemberi perkhidmatan yang terlibat diwajibkan untuk melaksanakan penambahbaikan kualiti perkhidmatan di kawasan yang terbabit berdasarkan arahan suruhanjaya yang telah dikeluarkan. Dari 1 hari bulan Januari tahun ini sehingga 31 hari bulan Julai tahun ini, sebanyak 2,781 ujian kualiti telah dijalankan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 1,684 ketidakpatuhan Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS), yang melibatkan 815 lokasi keseluruhannya. Pemberi perkhidmatan telah berjaya membuat penambahbaikan pada 462 ketidakpatuhan sehingga patuh terhadap standard mandatory. Baki 1,222 ketidakpatuhan masih dalam proses penilaian untuk pengeluaran arahan Suruhanjaya. Kerana melibatkan naik taraf menara sedia ada atau pembinaan menara baharu yang mengambil masa yang lebih panjang. MCMC akan menjalankan pemeriksaan susulan bagi memastikan pematuhan dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pihak pemberi perkhidmatan. Ketidakpatuhan arahan Suruhanjaya tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-dua sekali di bawah seksyen 53 Akta 588. Selain itu, kegagalan mematuhi arahan tersebut juga boleh dikenakan penalti kewangan sehingga setengah juta ringgit selaras dengan subseksyen 105(5) Akta 588. Pengguna adalah digalakkan untuk membuat aduan secara terus kepada pihak pemberi perkhidmatan sekiranya perkhidmatan yang disediakan tidak memenuhi piawaian MSQoS, agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Sekiranya aduan tersebut tidak dapat diselesaikan, pengguna boleh juga mengemukakan aduan kepada MCMC melalui https://aduan.mcmc.gov.my.
Selain itu, orang awam juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan lokasi-lokasi yang mengalami masalah kualiti perkhidmatan melalui aplikasi MCMC NEXUS, N-E-X-U-S. Ujian yang menunjukkan kelajuan muat turun di bawah 10 Mbps secara konsisten akan disalurkan kepada penyedia perkhidmatan untuk disiasat dan diselesaikan. Sekiranya isu tersebut masih gagal ditangani, MCMC akan menjalankan audit MSQoS bagi memastikan tindakan penambahbaikan dilaksanakan sewajarnya. Sekian jawapan saya. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pematang Pauh, soalan tambahan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma di sini, apakah indikator ataupun KPI khusus yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menilai kejayaan liputan pengendali rangkaian ini? Termasuklah 5G yang diuruskan oleh DNB dan juga U Mobile. Adakah KPI tersebut sama dari sudut kedua- duanya ataupun ada perbezaan? Dan kalau kita tengok U Mobile ini dilantik oleh kerajaan dan mereka mensasarkan 80 peratus liputan populated areas menjelang pertengahan 2026. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk memastikan U Mobile ini tidak hanya tertumpu di kawasan bandar? Sedangkan DNB ditugaskan meliputi kawasan luar bandar dan pedalaman. Mungkin boleh beri sikit pandangan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat, atas soalan tambahan tersebut. Saya rasa soalan tambahan ini kalau kami rujuk kepada soalan pokok, iaitu tentang standard mandatory quality of service, kualiti perkhidmatan.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Memang ada piawaian yang telah ditetapkan oleh MCMC. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2024, mulai lah satu hari bulan April, purata kelajuan muat turun ia tidak boleh kurang daripada 7.7 Mbps iaitu bagi tahun 2024. Tetapi sejak 1 hari bulan Januari tahun ini, purata kelajuan muat
turun yang kita tetapkan, oleh MCMC adalah tidak kurang daripada 10 Mbps Jadi, ini adalah kita rujuk sebagailah satu piawaian tentang kelajuan — purata kelajuan muat turun. Selain daripada itu, juga ada pelbagai piawaian yang telah ditetapkan seperti kadar kehilangan paket tidak boleh melebihi 0.5 peratus dan tahap accessibility perkhidmatan tidak kurang daripada 90 peratus dan purata tempoh laman sesawang selesai dimuat turun pada dan tidak melebihi lima saat, dan purata tempoh akses penyiaran, penstriman video hinggalah video mula dimainkan pada dan tidak melebihi enam saat. Jadi, ini adalah piawaian-piawaian yang kita telah tetapkan dari segi kualiti perkhidmatan. Yang apabila saya rujuk kepada jawapan saya yang cakap bahawa ini adalah tidak berpatuhan dari segi MSQoS, kita rujuk kepada ini. Tetapi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sebenarnya lebih kepada perkhidmatan 5G, khasnya tentang rangkaian kedua. Memang kita telah tetapkan satu KPI untuk U Mobile dan kami akan pastikan bahawa mereka buat yang terbaik untuk memastikan bahawa kita bolehlah capai KPI yang akan ditetap — yang telah ditetapkan dan sekiranya mereka ada apa-apa kegagalan, tindakan akan diambil oleh MCMC. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Pada bulan lalu telah dilaporkan bahawa kerajaan dijangka akan melepaskan sepenuhnya pegangan dalam Digital Nasional Berhad (DNB), iaitu syarikat rangkaian tunggal 5G negara menjelang akhir tahun ini. Keputusan tersebut bakal menandakan pengunduran penuh kerajaan daripada pemilikan DNB, sekali gus menyaksikan peralihan pemilikan penuh kepada syarikat telekomunikasi swasta. Soalan saya, adakah langkah ini akan memberi kesan kepada kadar harga langganan perkhidmatan 5G untuk pengguna dan perniagaan? Dan bagaimanakah kementerian ingin memastikan kawasan luar bandar dan pedalaman tetap mendapat akses setara memandangkan pihak swasta mungkin lebih memfokuskan kepada kawasan yang menguntungkan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri diminta menjawab.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Pertama, kerana DNB sebenarnya adalah di bawah Kementerian Digital. [Ketawa] Pemegang saham adalah dari MOF. Jadi, saya rasa [Ketawa] —
saya tak mahu sentuh banyak, tentang panjang tentang hal ehwal DNB kerana dia bukan sebuah syarikat yang di bawah Kementerian Komunikasi, tetapi MCMC adalah sebenarnya regulator. Tetapi tentang bagaimana kita nak pastikan bahawa pengguna-pengguna yang di luar kawasan bandar tidak diabaikan. Saya rasa untuk menjaga kebaikan dan juga kepentingan pengguna- pengguna di luar bandar. Oleh sebab itu, kita pastikan bahawa, pertama, kami ada projek JENDELA. Di mana kita fokus kepada yang kawasan-kawasan yang tak ada commercial value. Untuk fasa satu — JENDELA fasa satu, kita mempunyai — rancangan adalah 4,574 tapak menara baharu dan pada hujung tahun ini kita percaya pada quarter empat tahun ini, kami juga akan launch-kan JENDELA fasa dua yang kami akan meliputi kawasan yang lebih banyak daripada itu. Dan ini adalah untuk memastikan bahawa untuk kawasan-kawasan luar bandar, terpencil yang memang tak ada commercial value untuk service provider, memberi perkhidmatan untuk pergi ke sana, untuk menaikkan menara mereka sendiri, kita boleh guna dana USV untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan terpencil ini tidak juga tidak terabai. Dan untuk memastikan bahawa harga untuk sama pakej untuk 5G, pakej untuk 4G, ini adalah berpatutan. Oleh sebab itu, kita wujudkan second network untuk pastikan bahawa ada persaingan yang sihat antara syarikat-syarikat telco. Jawapan setakat sini sahaja. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketiga. Dipersilakan, Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih, Dato’ Speaker. Soalan saya, nombor 3.
3. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, menyatakan strategi kementerian bagi menjadikan Forum Tenaga ASEAN 2025 sebagai medan utama menarik pelaburan hijau berimpak tinggi dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab tenaga bersih serantau.
Dipersilakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Forum Tenaga Perniagaan ASEAN ataupun dengan izin, ASEAN Energy Business Forum (AEBF 2025) yang akan dianjurkan bersempena
Kepengerusian Malaysia ASEAN 2025 pada 15 hingga 17 Oktober 2025, dijangka memainkan peranan penting dalam menyokong agenda integrasi tenaga serantau, pembiayaan lestari dan peralihan tenaga yang adil dan inklusif dalam mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju pelaburan tenaga bersih di rantau ini. Selaras dengan tema sektor tenaga ASEAN 2025, iaitu “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”, yang turut menjadi tema AEBF pada tahun ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA committed untuk menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian strategik yang merentas sempadan, bukan sahaja dari sudut kerjasama dasar dan teknologi, tetapi juga dari segi pelaburan dan juga rantau ataupun rantaian nilai serantau. AEBF dijangkakan akan menghimpunkan kira-kira 1,500 delegasi, terdiri daripada pemegang taruh dan pihak-pihak lain, yang berkaitan dengan industri tenaga di rantau ASEAN, termasuk rakan-rakan dialog dan badan-badan tenaga antarabangsa untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan sektor tenaga secara holistik di rantau ASEAN. Malaysia akan memanfaatkan forum ini untuk mengetengahkan peluang pelaburan dalam tenaga boleh baharu, hidrogen, teknologi rendah karbon, grid pintar serta penyimpanan tenaga. Dalam usaha kita memacu peralihan tenaga di rantau Asia Tenggara, Malaysia sebagai hos berpandangan bahawa forum ini ada lah platform terbaik bagi kita mempercepatkan usaha mewujudkan Grid Tenaga ASEAN, ataupun dengan izin ASEAN Power Grid (APG). Seterusnya untuk kita tingkatkan daya tahan tenaga, keterjaminan bekalan elektrik, serta menggalakkan tenaga boleh baharu (TBB) bersepadu di seluruh rantau Asia Tenggara. Dan forum ini juga menjadi satu landasan kukuh untuk Malaysia memacu agenda peralihan tenaga semasa 47 ASEAN Summit dengan izin, yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober di Kuala Lumpur. Maksudnya forum ini dan perjumpaan AMEM diadakan seminggu sebelum ASEAN Summit. Jadi, kita harapkan ini jadi landasan supaya perbincangan peralihan tenaga itu menjadi topik antara yang utama ketika ASEAN Summit. Jadi, ia nya turut menyokong usaha negara ASEAN dalam menjadi hab bekalan elektrik hijau, selain menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran kapasiti TBB atau tenaga boleh baharu 70 peratus menjelang tahun 2050. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Simpang Renggam. Soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Simpang Renggam turut menyokong usaha untuk menjadikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ini yang akan diadakan bulan Oktober ini sebagai landasan, sebagai kesempatan untuk kita meningkatkan lagi pencapaian usaha ke arah National Energy Transition Roadmap ini. Walau bagaimanapun, tadi Yang Berhormat menyentuh bahawa kita menyasarkan energy mix ini pada tahun 2050 mencapai 70 peratus, tetapi dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita dapat melihat bahawa kita masih jauh lagi ke belakang. Kita masih hanya 29 peratus sepertimana dalam rancangan RMK13 dan juga kita selain daripada meletak 70 peratus sasaran pada tahun 2050. Tahun 2040 kita harap dapat capai 40 peratus energy mix ini. Jadi Yang Berhormat, mungkin agaknya dapat dikongsikan dengan kita strategi yang dibuat memandangkan dalam RMK13 pun kita masih jauh ke belakang untuk nak mencapai — mungkin bukan 70 peratus untuk tahun 2050, apa kata untuk capai 40 peratus dulu sepertimana NETR sasarkan. Mohon pandangan Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Simpang Renggam yang sememangnya peka dengan perancangan kita untuk beralih kepada tenaga boleh baharu. Seperti mana Yang Berhormat nyatakan, sudah pasti untuk mencapai 70 peratus TBB menjelang tahun 2050 itu merupakan satu cabaran tetapi juga ada jalan yang kita kena rangka dengan sejelas-jelasnya. Jadi, sebab itu, susulan daripada rancangan NETR yang telah kita bentangkan dua tahun sebelum ini, kalau kita lihat sebagai contoh dalam pembentangan Yang Amat Berhormat dalam RMK13, ada dinyatakan komitmen kita untuk explore satu lagi sumber tenaga baharu ataupun tenaga bersih iaitu melalui tenaga yang daripada nuklear, sebagai contoh. Malah, sebagai contoh juga, MyPower telah pun dilantik sebagai NEPIO untuk mengemudi usaha ke arah tersebut. Jadi, kita dalam proses eksplorasi sama ada kekuatan negara ini boleh mencapai ke arah tersebut. Perkara yang kedua ― sebab Yang Berhormat juga nyatakan bagaimana pula dengan rancangan yang lebih terdekat, 2040 sasarannya. Jadi, sebab itu,
apabila kerajaan roll out atau pun, dengan izin, kita deploy lebih banyak LSS, large scale solar sehingga hari ini yang mana LSS yang sedia ada ini cukup atau mampu ditampung oleh grid sedia ada. Tetapi, untuk meningkatkan keanjalan grid iaitu supaya dalam keadaan tenaga solar ini intermittent, maksudnya dia hanya boleh dijana ketika siang hari, untuk fasa seterusnya memang kita telah pun atau pun sedang untuk deploy BESS, Battery Energy Storage System bagi meningkatkan keanjalan grid kita untuk menampung lebih banyak kemasukan TBB daripada solar mahupun hidro, sebagai contoh. Dan, yang ketiga, kalau Yang Berhormat Speaker benarkan, iaitu bila kita bercakap soal ASEAN Power Grid, ASEAN Power Grid ini juga akan membuka ruang untuk kita melihat dari sudut, satu, untuk meningkatkan daya tahan grid tersebut. Bermaksud, bahasa mudahnya, apabila berlaku sebarang cabaran di sesebuah negara, negara lain boleh tampung untuk bekalan sementara dan sebagainya. Dan, pada masa yang sama, sebagai contoh bila kita nak explore ASEAN Power Grid ini, kita melihat potensi untuk menyambung connectivity dengan negara, sebagai contoh Vietnam yang ada potensi untuk menjana daripada tenaga berasaskan sumber angin. Jadi, sebab itu untuk mencapai sasaran 70 peratus TBB tersebut, sudah pasti kerajaan atau pun negara perlu menilai dari segi campuran tenaga boleh baharu yang kita boleh jana, yang kita boleh dapatkan dan seterusnya, insya-Allah, kita boleh mencapai sasaran net carbon zero atau pun zero ― sifar karbon ini menjelang 2050. Terima kasih Simpang Renggam. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Silakan, Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Merbok.
Bukan kita sahaja yang berlumba-lumba untuk menarik pelaburan tenaga hijau berimpak tinggi ini, seperti yang diberitahu oleh Menteri tadi. Soalan saya, adakah ― apakah kelebihan daya saing Malaysia dalam menarik minat pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berdaya saing ― untuk lebih berdaya saing berbanding negara-negara Asia
yang lain seperti Indonesia, Vietnam seperti yang dimaklumkan tadi, dan juga Thailand yang kini giat menawarkan pelbagai insentif menarik pelaburan hijau? Dan adakah ― apakah pelaburan sasaran berimpak tinggi ini yang ditetapkan oleh Kementerian menjelang tahun 2030 serta untuk memastikan sasaran ini realistik dan selari dengan agenda peralihan tenaga serta komitmen Malaysia terhadap net zero 2050? Sekian.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Bila dibicarakan apakah kelebihan negara berbanding dengan jiran-jiran kita dari segi untuk menarik pelaburan ke negara ini, pertama, kalau pandangan yang saya ada ketika ini, satu adalah dari segi campuran tenaga kita ini sebenarnya pelbagai. Jadi, Malaysia ini tidak hanya bergantung harap kepada satu jenis sumber tenaga. Maka itu membolehkan, dengan kepelbagaian yang ada ini, meningkatkan ruang dan juga bagaimana sama ada pelaburan itu boleh masuk di peringkat pengeluaran atau pun permintaan di penghujungnya. Jadi, sebab itu, sebagai contoh, apabila kita lancarkan Net Energy Transition Roadmap (NETR) ― National Energy Transition Roadmap, yang mana itu membuka mata dan juga membuka ruang kepada Malaysia menarik pelaburan yang memerlukan tenaga boleh baharu, kita sudah lihat hasilnya hari ini banyak pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh kerajaan sama ada melalui PM, melalui MITI yang menunjukkan pelaburan masuk kerana minatnya dengan usaha kita ke arah tenaga boleh baharu. Yang kedua, apabila kita lancarkan NETR, sebenarnya ada satu komponen yang mengubah persepsi antarabangsa kepada Malaysia ini iaitu kita memang bersifat terbuka dalam membolehkan industri tenaga ini lebih bersifatkan pasaran, market centric, dengan izin. Sebagai contoh, apabila kita menggalakkan penggunaan tenaga solar ― kalau sebelum ini, kaedah pakej yang dilaksanakan oleh kita melalui LSS iaitu kerajaan membuka peluang untuk pelabur-pelabur ataupun syarikat membida untuk produce atau pun untuk menghasilkan tenaga berasaskan solar. Walaupun kompetitif tapi masih ada peranan kerajaan di situ. Kini, kita ada program yang kita panggil CRESS sebagai contoh, iaitu mereka yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga boleh baharu ini boleh procure
ataupun mendapatkannya secara terus atau pun secara langsung dengan pengeluar ataupun producer tenaga boleh baharu ini melalui third party access.Jadi, sebab itu, dalam kita merangka dan memastikan industri tenaga ini terus ke hadapan dan kompetitif di peringkat rantau ini, kita kena sentiasa ada interaksi dengan pelabur, dengan juga pemain industri supaya mereka ada peluang, opportunity untuk masuk ke dalam pasaran kita. Dan, yang ketiga, Dato’ Yang di-Pertua, sebagai contoh, bila kita bercakap soal ASEAN Power Grid, Malaysia bukan hanya bercakap tetapi juga kita ― eksplorasi itu sampai ke tahap kita telah pun wujudkan satu pasaran yang dipanggil ENEGEM yang mana pilot project itu membolehkan tenaga boleh baharu itu dibeli secara bidaan daripada Singapura untuk kita hantar ke sana. Yang mana, ini sebenarnya satu konsep yang akan membolehkan Malaysia ini dilihat bukan lagi ditentukan semata-mata dengan rancangan hanya daripada satu sudut tapi kita melihat kepada keseluruhan pasaran itu. Dan juga, bila kita bercakap soal APG dan sebagainya, Malaysia juga merancang atau pun merencanakan supaya connectivity dalam ASEAN ini dipertingkatkan dan Malaysia ada kelebihan kerana kita juga boleh menjadi penyambung antara beberapa negara dalam rantau benua ini. Jadi, bagi saya, insya-Allah, industri tenaga ini akan terus ada dia punya minatnya, akan terus ada daya saingnya supaya ini juga boleh menjana keupayaan kita untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Mempersilakan Tuan Kalam bin Salan, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan pertimbangan penggunaan kenderaan roda tiga Pakej Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan kegunaan petani serta pekebun kecil mengangkut hasil pertanian dan lain-lain. Cabarannya pada masa ini adalah untuk mendapatkan kelulusan pihak kementerian.
Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI kepada Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, seksyen 66(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan bahawa kaedah-kaedah boleh ditetapkan berhubung pembinaan, penyelenggaraan, penggunaan, usia dan kelengkapan sesuatu kenderaan, termasuk syarat-syarat bagaimana kenderaan motor boleh digunakan di jalan raya. Selaras dengan peruntukan ini, Kaedah 121A, Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 telah menetapkan peraturan secara terperinci mengenai penggunaan kenderaan motor termasuk motosikal roda tiga. Antaranya, kaedah ini menetapkan syarat-syarat penggunaan motosikal roda tiga sama ada untuk tujuan persendirian atau membawa barangan. Sekiranya motosikal roda tiga digunakan untuk membawa barangan, peraturan tersebut mewajibkan motosikal berkenaan dilengkapi ruangan atau kotak khas yang memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, motosikal roda tiga jenis sidecar atau pun kategori L4 merupakan antara contoh motosikal tiga roda barangan yang telah didaftarkan dan dilesenkan untuk kegunaan di negara kita.
Motosikal jenis ini dibenarkan digunakan di atas jalan raya dan hanya boleh didaftarkan sebagai kenderaan barangan. Selain itu, kenderaan ini juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala setiap enam bulan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan dan kelayakan teknikal kenderaan. Peraturan semasa menetapkan bahawa sekiranya motosikal roda tiga digunakan untuk membawa barangan, kenderaan tersebut hendaklah didaftarkan, dilesenkan dan dipastikan selamat digunakan di jalan raya mengikut ketetapan berikut: (i) mematuhi ketetapan pembinaan, spesifikasi dan ciri keselamatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 121A, Kaedah-kaedah Kenderaan Motor; (ii) memperolehi sijil Kelulusan Jenis Kenderaan, Vehicle Type Approval daripada JPJ dengan mematuhi peraturan United Nations dan syarat lain seperti mana ketetapan semasa
termasuk peraturan asap dan bunyi yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar; (iii) mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi motosikal berdaftar yang telah dilakukan pengubahsuaian teknikal; dan (iv) hendaklah didaftarkan sebagai kenderaan barangan bagi tujuan kegunaan komersial dan penunggang motosikal tiga roda barangan memerlukan lesen memandu kelas C dan lesen vokasional GDL. Kementerian Pengangkutan sentiasa terbuka untuk membantu mana-mana pihak termasuk petani dan pekebun kecil yang berhasrat menggunakan kenderaan roda tiga bagi tujuan pengangkutan hasil pertanian ataupun kegunaan lain. Melalui JPJ, kementerian juga bersedia memberikan penerangan dan bantuan teknikal berkaitan proses kelulusan vehicle type approval bagi model motosikal baharu yang ingin digunakan atau diubahsuai. Terima kasih.
Yang Berhormat Sabak Bernam, soalan tambahan.
Yang Berhormat Menteri, saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat dengan teliti dan saya amat berpuas hati. Semoga jawapan itu memberi manfaat kepada pengguna-pengguna kenderaan tersebut tetapi saya ingin merujuk kepada kenderaan roda tiga, custom made yang motosikal belakang di ubah suai ada gerabak untuk angkat barang-barang pertanian yang sekarang ini sangat popular. Kenderaan inovasi ini dihasilkan di kampung-kampung luar bandar untuk kegunaan mereka mengangkut pertanian. Jadi, sejauh mana kerajaan bersedia untuk memberi garis panduan supaya kenderaan ini juga tidak dianggap sebagai kenderaan haram yang tidak boleh melalui jalan-jalan raya kerana tidak ada insurans, tidak ada road tax dan sebagainya? Adakah kerajaan sedia untuk halalkan kenderaan ini dengan lunas undang-undang yang ada?
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertamanya memang kita tahu bahawa ada kegunaan-kegunaan seperti ini. JPJ memang sedia tahu ada motosikal yang telah dibuah suai.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Namun begitu, kalau mana-mana motosikal yang diubah suai ini yang tidak menepati syarat-syarat kelayakan ini ataupun tidak mendapat kelulusan VTA dan sebagainya, ia seperti yang dikatakan penggunaan itu tidak mengikut undang-undang. Maka ia tidak boleh ada insurans, tidak boleh membayar cukai jalan dan sebagainya dan sudah tentu kalau berlaku apa-apa, risikonya ditanggung sendiri oleh pengguna tersebut. Jadi, kita hendak menasihatkan pengguna ataupun para petani dan sebagainya supaya mendapatkan kelulusan supaya mereka dilindungi dan menggunakan kenderaan itu dengan mengikut undang-undang secara sah. Jadi Ahli Yang Berhormat, kita seperti yang saya katakan, kita bersedia untuk memberikan penerangan bagaimana mendapatkan VTA. Jadi, ini adalah tugas para pembekal. Sudah tentu mereka ada pembekal kepada kenderaan-kenderaan ini dan adalah tanggungjawab kepada pembekal ataupun pengeluar kenderaan-kenderaan seperti ini yang mengubah suai kenderaan-kenderaan ini supaya mendapatkan kelulusan daripada JPJ dan kita sedia memberikan nasihat teknikal bagaimana kelulusan itu boleh diperolehi. Jadi, saya berharap Yang Berhormat boleh menasihatkan para pengguna terutamanya yang berada di luar bandar supaya mereka mendapatkan kelulusan sebelum sesuatu kenderaan itu diubah suai. Terima kasih.
Hulu Langat.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Alamak, tak dapat.
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kepada soalan tambahan kepada Menteri. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menyelaras penggunaan kenderaan roda tiga ini dengan agensi lain seperti Kementerian Pertanian dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar ia dapat memberi manfaat lebih luas kepada petani, pekebun kecil dan usahawan desa? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Ya, Yang Berhormat. Memang, seperti yang saya katakan semangat kita dalam Kementerian Pengangkutan kita sentiasa nak
memudahcarakan. Kita tak ada masalah untuk menyelaras dengan mana-mana pihak kementerian, agensi lain dan sebagainya untuk kegunaan lain. Seperti yang saya katakan memang saya tahu kenderaan ini penting untuk pelbagai sektor termasuklah pertanian, ada yang digunakan untuk pelancongan dan sebagainya tetapi syarat kita, ia mesti mematuhi peraturan demi keselamatan. Jadi, kalau mana-mana pihak merasakan bahawa ada kepentingan, ada keperluan kenderaan seperti tiga roda ini digunakan ataupun diubah suai untuk kegunaan spesifik untuk sektor-sektor tertentu. Jadi, saya berharap pihak tersebut boleh menghubungi Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ untuk berbincang bagaimana ia boleh dipasarkan, dapat boleh diluluskan dari segi penggunaannya. Itu yang kita harapkan sebab ada perkara-perkara yang kita amat titik beratkan iaitu dari segi keselamatan. Umpamanya, kalau ada motosikal tiga roda ini ia membawa penumpang. [Sambil menunjukkan sekeping kertas bergambar] Ini untuk sektor pelancongan. Ini macam tuk-tuk dekat Thailand, dekat Bangkok. Jadi, dalam negara kita ini, memang perkara ini tak ada, tak pernah ataupun tidak diluluskan. Jadi, kalau ada kegunaan spesifik untuk kawasan-kawasan pelancongan umpamanya, biarlah bincang, dapatkan VTA, dapatkan kelulusan supaya kita boleh benarkan. Kita bantu sebab saya tahu bahawa ada kawasan-kawasan yang dia tertentu, mungkin ada kenderaan-kenderaan lain dia tak sesuai. Dia perlukan kenderaan- kenderaan yang lebih agile ini. Jadi, saya harap bahawa mana-mana pihak yang hendak menggunakan kenderaan seperti ini, dia mesti berbincang dengan kita supaya kita bantu untuk mereka luluskan supaya aspek keselamatan itu dapat dijaga. Saya tak nak nanti kata kalau kita benarkan penggunaannya, kalau berlaku apa-apa kemalangan pula kerajaan disalahkan membenarkan kenderaan-kenderaan ini. Sebab saya tak nak ada apa-apa kemalangan yang melibatkan kegunaan motosikal tiga roda ini. Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat bantu kita supaya uar-uarkan mesej ini. Mana-mana penggunaan seperti ini ia dapat dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rancangan atasi kesesakan Penjara Sibu yang melebihi kapasiti asal, jangka masa penjara baharu Sibu akan siap dibina dan status terkini projek penjara baru di Sibu dan jumlah kos keseluruhan.
Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sibu, Jabatan Penjara Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap isu kesesakan penjara di Sibu yang telah melebihi kapasiti asal iaitu sebanyak 57 peratus. Kesesakan ini memberi impak kepada kesejahteraan banduan serta operasi harian institusi penjara berkenaan. Maka, kerajaan telah meluluskan projek pembinaan penjara baharu Sibu yang bakal menggantikan fasiliti sedia ada yang sudah berusia dan tidak lagi mampu menampung jumlah penghuni semasa. Penjara baharu ini akan mempunyai kapasiti 1,000 orang banduan yang merangkumi blok kediaman moden, kemudahan kawalan keselamatan terkini yang menepati piawaian antarabangsa berasaskan nilai kemanusiaan. Tempoh pembinaan dijangka mengambil masa tiga tahun dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember 2028, tertakluk kepada kelulusan teknikal dan peruntukan tahunan yang diterima. Kos keseluruhan bagi projek ini dianggarkan melebihi RM300 juta meliputi kos pembinaan, penyediaan infrastruktur sokongan, sistem keselamatan elektronik serta pelbagai kemudahan lain yang diperlukan. Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara komited untuk laksanakan dan pastikan projek ini berjalan lancar dan mampu memberi impak positif kepada sistem kepenjaraan khususnya di Zon Tengah Sarawak. Terima kasih, Dato'.
Yang Berhormat Sibu, soalan tambahan dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Jadi, apakah reformasi penjara Malaysia yang akan dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri pada masa yang akan datang? Sebagai contoh, adakah kerajaan berhasrat untuk memperluaskan penggunaan hukuman alternatif selain penjara untuk kesalahan kecil? Dan juga bagaimana keberkesanan program latihan kemahiran dalam Penjara Malaysia dalam mengurangkan kadar jenayah berulang dan juga usaha untuk mengatasi persepsi masyarakat terhadap banduan
setelah menjalani hukuman penjara dan sejauh mana ia mempengaruhi proses integrasi sosial?
Yang Berhormat Menteri
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat KDN melalui Jabatan Penjara Malaysia, kita sentiasa berusaha untuk melakukan reformasi penjara secara keseluruhan. Reformasi ini bersifat progresif dan inklusif, bukan hanya membantu banduan berubah ke arah yang lebih baik tetapi juga memberi impak kepada persepsi positif masyarakat terhadap banduan melalui pengurangan kadar jenayah berulang. Kalau kita lihat antara pendekatan yang diambil oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah melalui pemerkasaan program pemulihan, latihan kemahiran dan pendidikan yang bertujuan memberi peluang kepada banduan untuk membina semula kehidupan selepas mereka dibebaskan. Kita ada program peningkatan program latihan kemahiran dan kebolehpasaran banduan. Kita menyediakan program-program teaching, factory dan work-based learning yang memberi pengalaman pembelajaran dalam persekitaran industri sebenar. Antara program adalah melalui program TVET, program upskilling, Agromas, PeKa MADANI, kita ada program FSTEP industry. Kalau kita lihat dari segi data kita, sehingga Julai 2025, Program Corporate Smart Internship (CSI) yang bermula sejak 2026, kita telah disertai oleh 789 syarikat aktif dengan 7,051 peluang pekerjaan ditawar kepada prospek pemulihan terutama dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan juga perdagangan. Kita ada banyak lagi program lain termasuk usaha mengatasi persepsi negatif masyarakat terhadap banduan bagi memastikan kejayaan proses reintegrasi sosial mereka, kebolehterimaan mereka kepada masyarakat. Banyaklah program-program dari PERKESO dan lain kalau saya nak senaraikan terlalu panjang, Yang Berhormat. Saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Kita ada program-program lain. Reformasi struktur institusi penjara pun kita buat. Jadi, yang penting kita mahu jadikan penjara ini pusat memberi peluang kedua pada banduan yang ditempatkan di sini. Terima kasih.
Sebelah kiri, jika tidak ada, saya teruskan. Memandangkan tidak ada di sebelah kiri, saya
teruskan soalan keenam. Mempersilakan Tuan Chow Kon Yeow Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan nombor 6.
6. Tuan Chow Kon Yeow [Batu Kawan] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan berkongsi hasil cukai negeri dalam usaha menyokong pembangunan serta program-program kebajikan dan sosial yang dilaksanakan. Jika tidak, apakah pendekatan yang akan diambil sebagai pulangan kembali kepada hasil kutipan yang dikutip?
Menteri Kewangan untuk menjawab.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Batu Kawan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa menyokong pembangunan serta program-program kebajikan dan sosial yang dilaksanakan di negeri-negeri. Pendekatan yang diambil sebagai pulangan kembali kepada hasil kutipan yang dikutip negeri adalah melalui mekanisme pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan peruntukan tahunan berdasarkan belanjawan yang diluluskan. Pemberian ini disediakan secara geran tahunan dan disalurkan terus kepada kerajaan negeri masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Hasil yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan disalurkan kembali kepada semua negeri melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan meliputi aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan dan sebagainya. Sebagai contoh, pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, projek membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Kelantan, Central Spine Road di Pahang dan Kelantan dan Projek Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2025. Antara projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang adalah projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dengan anggaran kos sebanyak RM16.82 bilion. Pembesaran empangan Mengkuang dengan anggaran kos sebanyak RM1.2 bilion, serta projek menaik taraf loji rawatan kumbahan dan
pembinaan rangkaian paip pembentungan di Mak Mandin dengan anggaran kos sebanyak RM667 juta. Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada negeri Pulau Pinang juga telah meningkat. Pada tahun 2025, sebanyak RM360 juta berbanding dengan tahun 2024 sebanyak RM352 juta. Pemberian penyelenggaraan jalan negeri atau MARRIS kepada negeri Pulau Pinang antara menerima peruntukan terbesar di bawah pemberian Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM225 juta bagi tahun 2025 berbanding dengan RM222 juta bagi tahun 2024. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan ini kita memang faham dan ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana melaksanakan projek-projek di negeri-negeri. Akan tetapi perlu faham juga bahawa negeri-negeri memang hadapi sumber cukai yang terhad kerana Perlembagaan dan pungutan cukai yang tidak mencukupi untuk kendalikan sebuah kerajaan negeri. Jadi, soalan tambahan adalah Kerajaan Persekutuan akan semak semula Perlembagaan Malaysia untuk mengongsikan hasil katakan 20 peratus atau 30 peratus on top of what we are getting now supaya dapat membantu negeri. Jika ya, bila semakan akan dibuat jika tidak, nyatakan mengapa.
Menteri, untuk menjawab.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Kerajaan Persekutuan berpandangan sistem federalism yang diamalkan di Malaysia pada masa ini seperti mana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan dengan pengurusan hal ehwal kewangan termasuk perkara mengenai percukaian sewajarnya diteruskan buat masa kini. Pembahagian kuasa percukaian yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu ciri fundamental dalam struktur federalism Malaysia yang bertujuan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi dan pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan pembangunan yang seimbang di antara wilayah dan negeri di Malaysia. Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan bahawa hasil cukai yang dikutip oleh Persekutuan diagihkan semula kepada semua negeri termasuk negeri- negeri yang mempunyai sumber ekonomi terhad melalui pemberian tahunan
Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan juga melalui pelaksanaan projek- projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang dibiayai melalui anggaran perbelanjaan pembangunan DE yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap tahun. Jadi pada masa sekarang, kita akan kekalkan kaedah ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Baiklah, terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertua. Berdasarkan pertanyaan YB Batu Kawan tadi dan juga jawapan daripada Timbalan Menteri, kita dapati negeri seperti Pulau Pinang yang mempunyai asas perindustrian yang kukuh dan semangat ekonomi besar kepada negara juga masih membangkitkan isu sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan program-program kebajikan dan sosial. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam hal ini, bagaimanakah pula kerajaan memastikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan juga Perlis yang ekonominya lebih bergantung kepada pertanian dan pelancongan turut mendapat agihan pembangunan yang adil supaya pembangunan antara negeri maju dan negeri yang masih mundur dapat diseimbangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memastikan peruntukan diagihkan secara seimbang dan tidak meminggirkan mana-mana negeri dalam aspek pemberian peruntukan. Kaedah agihan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah ditetapkan seperti yang saya pun sudah sebut tadi berasaskan kepada formula pengiraan yang telah dinyatakan di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, akta, keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dan juga Mesyuarat Jemaah Negeri. Untuk maklumat Yang Berhormat, peruntukan bagi maksud pemberian yang termaktub dalam perundangan telah disediakan sewajarnya kepada negeri-negeri. Sebagai contoh, pemberian mengikut bilangan penduduk atau capitation grant dihitung mengikut laporan banci penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Juga ada pembiayaan pemberian penyelenggaraan jalan negeri iaitu MARRIS yang saya sebutkan tadi. Juga kita akan telitikan dari segi tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup atau kita sebut sebagai pemberian tahap dan juga pemberian pertambahan hasil. Jadi, kita di sini memang komited tidak akan pinggirkan mana-mana negeri dan kita memang ada kita mengikut satu formula atau satu amalan yang kita memberikan peruntukan yang adil kepada setiap negeri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan berikutnya. Dengan ini dipersilakan Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gunung berdiri gagah teguh, Akar menghunjam tak mudah luruh; Mahasiswa menanti nasib yang utuh, Maka terbitlah soalan nombor tujuh. Silakan Yang Berhormat Menteri.
7. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta
(a) perancangan dan peranan Majlis Penasihat Industri-Universiti dalam menyusun kurikulum yang lebih berorientasikan pekerjaan; dan (b) bagaimana kementerian menangani isu ketidakpadanan atau mismatch antara bidang pengajian dan peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor teknologi, perkhidmatan dan industri baru muncul.
Dipersilakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Dato’ Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Machang. Minta maaf, tidak dapat menjawab pantun. [Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, Majlis Penasihat Industri universiti atau Industry Advisory Panel (IAP) merupakan satu majlis yang wajib ditubuhkan di semua universiti awam. Dari segi keahlian, ahli Panel Penasihat Industri adalah terdiri daripada badan profesional, industri, kerajaan, alumni dan sebagainya yang
mempunyai pengalaman luas atau latar belakang yang relevan dalam bidang pengkhususan program. Ahli Panel Penasihat Industri ini akan memastikan program yang ditawarkan oleh universiti awam adalah berkualiti, relevan dan menepati kehendak pasaran. Selain itu, mereka turut berperanan untuk mencadangkan aspek penambahbaikan kursus-kursus dalam struktur kurikulum agar selari dengan keperluan industri dan standard antarabangsa. Kedua, menilai dan memastikan pencapaian objektif program dan hasil pembelajaran program adalah di tahap yang baik. Yang ketiga, memberi maklum balas tentang keberkesanan khusus-khusus tertentu dalam struktur kurikulum berdasarkan keperluan industri yang berkaitan. Yang keempat, memberikan cadangan penambahbaikan berterusan kualiti program untuk memastikan graduan yang dilahirkan oleh program tersebut berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Yang kelima, membantu dalam mengenal pasti bidang penyelidikan dan potensi penyelidikan yang boleh dilaksanakan bersama industri. Dan yang keenam, membantu dalam mengenal pasti peluang bagi penglibatan industri dalam universiti seperti peluang latihan industri, penerapan work-based learning dengan izin, dalam program akademik bagi pengalaman immersive industri kepada pelajar dan akhirnya, mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama ahli akademik atau pelajar untuk mempertingkat kefahaman tentang bidang pengkhususan program akademik yang berkaitan. Justeru, IAP ini memainkan peranan penting dalam memastikan program akademik yang ditawarkan oleh universiti awam adalah relevan dan dapat menghasilkan graduan yang mempunyai keboleh pasaran yang tinggi. Selaras perkara ini juga, KPT turut mempergiat usaha dalam membendung isu ketidaksepadanan penawaran bidang di universiti dengan keperluan semasa industri. Usaha-usaha ini antaranya dilaksanakan melalui langkah-langkah seperti berikut. Pertama, kerjasama bersama industri melalui pelaksanaan program seperti CEO@Faculty, CEO@PolyCC, industry on campus, on job training di kampus, industry education center, industry at university dan juga Structured Internship Programme (SIP). Program-program ini bertujuan untuk mempersiapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan seiring dengan keperluan industri semasa.
Untuk makluman juga, kementerian telah menandatangani beberapa memorandum persefahaman dengan pihak industri dan agensi berkepentingan. Antara contoh kerjasama KPT melalui universiti awam bersama pihak industri adalah dengan kerjasama seperti syarikat Intel, Infineon, Nvidia Corporation, Huawei, Sky Global Apprentice Program dan juga Turkish Aerospace Industry di Ankara, Turkiye. Terkini pada 7 Ogos 2025, USM, contoh, telah bekerjasama dengan Sandisk Storage Malaysia untuk melancarkan Makmal Inovasi dan Automasi, CiA Lab, Makmal Universiti Dalam Industri, universiti industri yang pertama di Malaysia yang terletak di kemudahan Sandisk di Batu Kawan. Batu Kawan ada di sini. Di Pulau Pinang. Makmal ini menyediakan akses kepada ekosistem pembuatan teknologi tinggi untuk pelajar dan penyelidik USM, fokus kepada inovasi dalam automasi dan perindustrian yang selaras dengan keperluan industri. Jadi, kita harap dengan MOU dan kerjasama ini akan memastikan bahawa memang mahasiswa kita memang future ready dan juga dikehendaki oleh industri. Okey, terima kasih.
Yang Berhormat Machang, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sempat berdialog dengan Yang Berhormat Menteri minggu lalu dalam perbahasan dan saya masih belum jelas bagaimana KPT khususnya dan apakah strategi kerajaan, amnya untuk kita memastikan kita dapat melahirkan bukan sekadar graduan yang kalis masa depan dari segi pekerjaannya tapi juga yang mampu mencipta, menjana idea, inventors, thinkers. Jadi, kita bukan sekadar nak cari kerja tapi nak cipta peluang pekerjaan. Jadi, apa dasar KPT ke arah itu dan cuma satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak bagi sedikitlah aduan. Rakyat mahasiswa di bawah ini susah, ramai yang susah sekarang ini, mereka tak ada masa nak cari pekerjaan baharu dan sebagainya. Apa bentuk bantuan yang KPT boleh bantulah nak melegakan kesengsaraan mahasiswa di bawah? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
[Bangun]
[Bangun]
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Machang fasal di atas keprihatinan tentang mahasiswa kita. Memang seperti yang saya sebut tadi, kita sudah gariskan, kita mahu pastikan bahawa kurikulum yang kita sediakan di universiti ini memang kalis masa hadapan, maknanya it’s a future ready untuk kita lahirkan future ready mahasiswa. Dan pada masa yang sama juga, saya setuju sebab di dalam kita punya pelan strategik kementerian sekarang ini, kita akan cuba ubah daripada yang kita panggil dengan izin, job seeker kepada job creator. Kita akan fokus kepada isu-isu tersebut dan ini seperti yang kita sedia maklum dalam keadaan sekarang ini, jawatan, even di peringkat perkhidmatan awam dan juga di peringkat swasta ini semakin limited. Jadi kita kena pastikan bahawa mahasiswa kita ini, yang kita lahirkan ini bukan saja boleh bekerja tetapi mencipta pekerjaan. Jadi, itu yang kita cuba buat. Dan di peringkat universiti, kita memang ada kursus-kursus keusahawanan yang kita cuba buat sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan dan juga kita galakkan supaya mereka mengambil short courses di universiti dan ini akan memastikan mereka apabila mereka berada di alam pekerjaan sebenar, dia ada niche add value kepada ijazah mereka. Jadi kita harap yang ini akan dapat memastikan mereka akan mendapat pekerjaan dengan lebih cepat. Okey, terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Menteri, dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya rasa Kuala Pilah bangun dua kali nak welcome I think isteri dia ke Dewan kut?
Jika diizinkan oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Silakan.
Terima kasih, Dato’ Dr. Speaker, Timbalan Speaker. Saya mengambil kesempatan ini mewakili Parlimen Seremban bagi mengalu-alukan kehadiran ketibaan warga kerja daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad di atas galeri sana bersama dengan para pelajar yang hebat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad. Terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Kuala Pilah. Timbalan Menteri, dalam QS Graduate Employability Index ataupun ranking yang lebih reliable daripada mana-mana survey, menunjukkan lima universiti yang ranking-nya tinggi dari segi employability index. Pertama ialah UM. Second, kedua ialah Taylor’s University. Ketiga, UCSI. Keempat, UTAR dan kelima, MSU. So, dia ada satu saja IPTA dalam top five ranking untuk dari segi kebolehpasaran graduate. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPT untuk merapatkan jurang universiti awam ataupun mencontohi IPTS ini dalam kebolehpasaran graduan dan bagaimanakah KPT menyarankan supaya IPTA ini menyemak semula kurikulum setiap setahun ataupun dua tahun untuk ataupun dapat input langsung daripada industri bagi menaikkan indeks kebolehpasaran graduan? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Terima kasih sahabat saya daripada Ahli Parlimen Balik Pulau. Memang kita amat concern dengan kebolehpasaran graduan- graduan kita. Tapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, yang pertama sekarang ini di peringkat UPU, kita sudah upgrade ya, kita naik taraf sistem tersebut, di mana pelajar-pelajar kita boleh memilih — ada indikator dalam UPU itu, kita boleh memilih mana-mana kursus yang kebolehpasarannya tinggi. Jadi, kita haraplah mahasiswa kita, bakal mahasiswa kita akan memilih yang kursus-kursus yang ada masa hadapannya. Yang kedua, untuk kita memastikan ya bahawa kurikulum kita ini memang diperlukan oleh industri dan juga meningkatkan kebolehpasaran. Di peringkat kementerian kita ada dua peringkat kelulusan program akademik iaitu mesyuarat saringan awal (MSA) dan juga mesyuarat jawatankuasa pengajian tinggi. Dan, untuk makluman semua, panel yang kita libatkan dalam membentuk saringan dan kurikulum kita ini terdiri daripada wakil-wakil daripada TalentCorp, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancangan Ekonomi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), MIDA, Jabatan Perangkaan, MQA, MDEC dan juga badan-badan profesional yang lain. Jadi, kita harap dengan kerjasama ini, kita akan dapat bersaing dengan juga universiti-universiti swasta yang mungkin agak ke depan dari sudut kebolehpasaran ini, tetapi kita mahu pastikan juga graduan yang
kita lahirkan ini juga akan dapat bersaing dengan rakan-rakan mereka di universiti swasta. Okey, terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang kelapan, Yang Berhormat Pasir Gudang tidak dapat hadir, ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya terus ke soalan yang kesembilan, dipersilakan Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat. [Soalan No. 8 – YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) tidak hadir]
Assalamualaikum. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah bentuk sokongan, biasiswa dan persekitaran yang disediakan Kerajaan bagi membolehkan suri rumah menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD dan polisi/dasar pekerjaan yang mesra kepada ramai wanita dalam usia pertengahan 30-an yang telah melalui fasa awal keibuan dan bersedia kembali berkerjaya apabila anak-anak memasuki alam persekolahan.
Dipersilakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, dasar pembelajaran sepanjang hayat memastikan peluang pembelajaran berterusan kepada semua rakyat, termasuk para suri rumah. Laluan pembelajaran sepanjang hayat termasuk kemasukan melalui APEL ataupun Accreditation of Prior Experiential Learning, skim-skim pembiayaan pembelajaran serta tajaan biasiswa yang ditawarkan menerusi pelbagai agensi kerajaan, program executive modular melalui kolej komuniti atau universiti dapat mengurangkan halangan untuk kembali belajar. Menyokong pemulihan keyakinan diri dan membolehkan peningkatan kemahiran, selari dengan keperluan pasaran kerja semasa dan semua inisiatif ini turut boleh diakses oleh suri rumah yang layak. Program MyBrain15 kini dikenali sebagai MyBrain 2.0 juga telah diperkenalkan semula oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pemegang ijazah lanjutan di
Malaysia dan kumpulan sasarnya adalah mereka yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap. Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang telah dilancarkan pada 8 Mac 2025 menggariskan lima strategi di bawah bidang keutamaan ekonomi. Antaranya adalah untuk meningkatkan penyertaan dan mengekalkan wanita dalam sektor pekerjaan serta memperkukuh ekosistem pekerjaan kondusif seperti pusat penjagaan dan tempat kerja yang mesra keluarga. Bagi sektor penjagaan kanak-kanak pula, pelbagai insentif termasuk galakan penggunaan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak telah disediakan, termasuklah pelepasan cukai oleh majikan yang memberikan elaun atau subsidi kepada pekerja yang menghantar anak ke taska, geran bagi membantu meringankan kos penubuhan taska di tempat kerja sektor awam, pengecualian pendapatan bagi tempoh lima tahun kepada pengusaha taska serta elaun bangunan industri. Pelepasan cukai pendapatan individu telah dinaikkan sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika mulai taksiran 2025 hingga tahun taksiran 2027. Dan, bermula tahun 2023, KPWKM meningkatkan tumpuan kepada pembangunan industri penjagaan, merangkumi kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Kerajaan juga telah menggubal akta baru seperti Akta Antigangguan Seksual 2022 dan menubuhkan Tribunal Antigangguan Seksual bagi meningkatkan keyakinan dan rasa selamat, khususnya kepada wanita. Selain itu, pindaan kepada Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023, telah memberi impak positif kepada kesejahteraan wanita yang bekerja dan keluarga mereka. Sementara itu, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah membangunkan program Career Comeback dan program WANITA MyWIRA yang diterajui oleh TalentCorp serta program EmpowerHer Career di bawah PERKESO dalam menyokong sokongan kepada para wanita untuk kembali bekerja. Dan, akhirnya insentif lain seperti potongan cukai kepada majikan juga diberikan untuk kos pembangunan kapasiti perisian bagi melaksanakan aturan kerja fleksibel dan penawaran sehingga 12 bulan gaji bercuti kepada pekerja yang menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya. Terima kasih.
Yang Berhormat Tumpat, soalan tambahan.
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Negara kita memerlukan kadar kelahiran yang tinggi. Dalam masa yang sama, kita juga memerlukan ibu-ibu yang bijaksana. Jadi, dalam konteks ini, dalam konteks persaraan pelan tindakan dasar wanita yang disebut tadi, serta penggubalan RMK13, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim ibu bijaksana bagi memberikan sokongan kepada ibu muda dan suri rumah untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam fasa keibuan. Sebagai contohnya tadi disebut tentang insentif cukai tetapi yang saya cadangkan ialah insentif cukai kepada pasangan dan juga pendidikan untuk pelepasan cukai pendidikan untuk suami yang menyokong isteri menyambung belajar atau pelepasan bersama kos penjagaan anak, parenthood tax rebate, supaya ia benar-benar menjadi dasar yang praktikal dengan sokongan kerajaan, suami dan keluarga. Dan yang kedua, bilakah timeline jelas program re-entry untuk golongan ini? Berapakah sasaran ditetapkan menjelang 2030, kerana kita tengok hari ini umur persaraan mungkin akan meningkat kepada 65 tahun. Jadi, kalau mereka ini bersalin ketika umur — masuk balik kerja ketika umur 30, dia masih ada 35 tahun untuk berkhidmat kepada negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang telah diberikan. Dan, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kami memang sentiasa memberi sokongan kepada wanita yang hendak kembali bekerja. Tadi, Yang Berhormat ada memaklumkan ataupun memberi pelbagai cadangan, yang itu perincian dia, kita akan bawa ke pihak kementerian untuk kemudian dibincangkan kepada kementerian yang lebih bertanggungjawab iaitu Kementerian Kewangan. Tapi dari sudut perlindungan pekerjaan di Malaysia ini, kita ada Akta Kerja 1955, iaitu telah diberikan cuti bersalin berbayar sehingga 98 hari. Lepas itu, pelepasan cukai seperti yang saya katakan. Dan, kita faham juga kos sara hidup untuk keluarga muda ini dan majikan juga digalakkan untuk menyediakan kemudahan taska di tempat kerja ini akan mendapat pelepasan. Dan, untuk wanita yang berusia 18 hingga 35 tahun, memang usia produktif dan melahirkan anak juga menerima pelbagai bentuk insentif kewangan. Dan, seperti yang setelah saya maklumkan, mendapat pelepasan cukai dan juga taska juga disiapkan kalau sekiranya mereka bekerja di pihak atau kerajaan. Yang lain-lain
seperti yang saya katakan pada peringkat awal, kita akan bawa dan kita akan bincangkan dengan kementerian yang berpatutan. Terima kasih banyak, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan tersebut. Tapi soalan yang saya nak kemukakan adalah pada 8 Mac yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Dasar Wanita Negara serta Pelan Tindakan Pembangunan Wanita bagi tahun 2025-2030. Jadi, dokumen ini seperti yang kita tahu, memberi penekanan kepada empat perkara yang besar iaitu ekonomi, kepimpinan, keselamatan dan kesejahteraan bagi wanita dalam pelbagai sektor.
Jadi, persoalan saya, apakah sebenarnya fokus utama kerajaan dalam tempoh lima tahun ini dan apakah hasil nyata yang boleh rakyat khususnya kaum wanita harapkan daripada dasar serta pelan yang telah diumumkan ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Bukit Bendera di atas soalan yang telah diberikan. Memang betul Dasar Wanita Negara dan juga pelan tindakan juga memberi tumpuan kepada empat bidang keutamaan iaitu ekonomi, kepimpinan, keselamatan dan kesejahteraan. Kalau kita nak pastikan fokus ini dicapai, kita ada 12 pemaju perubahan strategik seperti menambah baik akses, pelaksanaan dan sokongan masyarakat. Itu juga penting dengan enabler dia ataupun pemboleh daya utama dia adalah — data itu kita perlu jadikan dia berasaskan kepada gender. Bajet juga berdasarkan kepada gender dan penilaian. Impak juga penting. Itu pun perlu kita laksanakan melalui ataupun berasaskan daripada gender juga. Dan antara tumpuan yang kita nak fokuskan terutamanya adalah meningkatkan kadar penyertaan wanita ini dalam tenaga buruh. Tapi yang lebih penting sekali yang difokuskan oleh kementerian adalah untuk meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus pembuat keputusan terutamanya di dalam bidang yang ketinggalan seperti di dalam bidang politik ini Yang Berhormat, sebab — agar ia nya menjadi lebih seimbang nisbah lelaki dan juga wanita. Dan untuk makluman
Yang Berhormat, sekarang juga kita nak fokuskan dalam sektor pertahanan, keselamatan dan ketenteraan. Yang itu juga ketenteraman. Yang itu juga masih lagi kurang di kalangan wanita. Itu antara fokus utama kami. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan ke-10. Dipersilakan Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-10.
10. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Ekonomi menyatakan senarai projek yang bernilai RM50 juta atau lebih di kawasan Parlimen Rasah dalam RMK13 serta menjelaskan kriteria pemilihan bagi projek-projek tersebut.
Bagi menjawab soalan ini, saya membenarkan Timbalan Menteri Pengangkutan untuk menjawab bagi pihak Menteri Kementerian Ekonomi. Silakan.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih YB Rasah. Pertama sekali saya difahamkan Timbalan Menteri sedang MC lah, ya. Jadi, kita bantu untuk on behalf untuk menjawab. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rolling Plan 5 tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah meluluskan sebanyak 334 projek pembangunan bagi Negeri Sembilan yang melibatkan pelbagai kementerian. Kos keseluruhan bagi projek tersebut adalah RM11.54 bilion dengan peruntukan sebanyak RM1.28 bilion. Daripada jumlah tersebut, 28 projek pembangunan telah diluluskan khusus bagi Parlimen Rasah. Kos keseluruhan RM924.43 juta dan peruntukan RM103.71 juta. Sebanyak 16 projek dalam peringkat prapelaksanaan, manakala 12 projek dalam pelaksanaan antaranya adalah: (i) menaik taraf Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia Fasa 2 dengan kos RM63.97 juta; (ii) naik taraf kerja-kerja mekanikal dan elektrikal Hospital Tuanku Ja’afar dengan kos RM172.26 juta; (iii) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Labu dengan kos RM67.1 juta; dan
(iv) perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan serta ICT bagi projek pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara dengan kos RM178.02 juta. Kementerian Ekonomi kini sedang meneliti dan memuktamadkan senarai cadangan projek pembangunan baharu yang dikemukakan oleh pelbagai kementerian di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Bagi Parlimen Rasah, sebanyak 27 projek melibatkan kos sebanyak RM880.57 juta telah dicadangkan. Setiap permohonan projek sedang dinilai secara holistik berdasarkan impak sosioekonomi, keperluan setempat, keupayaan pelaksanaan serta keseimbangan pembangunan wilayah. Penyediaan ini turut mengambil kira keutamaan strategik negara dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan di seluruh negara. Keterangkuman rakyat, nilai untuk wang sejajar dengan keutamaan nasional yang digariskan dalam RMK13. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri MOT yang dapat menjawab dengan baik tadi. Cuma saya minta Yang Berhormat Kementerian Ekonomi membekalkan kesemua 28 projek yang sedang berlangsung dan 27 projek yang dicadangkan untuk RMK13 secara bertulis. Itu tak payah nak sebut, tapi bertulis kepada saya supaya kita tahu apa yang dicadangkan. Dato' Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah dalam pelaksanaan projek-projek ini, kita menghargai keputusan kerajaan untuk membangunkan kawasan Rasah. Cuma, boleh tak dia melibatkan di peringkat pelaksanaan, melibatkan Ahli Parlimen. Sebab kalau rakyat ada apa-apa aduan, pandangan, komen, dia biasa diluahkan melalui wakil rakyat. Jadi, mohon penyertaan Ahli Parlimen, ADUN dalam projek tersebut supaya apa-apa masalah boleh dipermudahkan. Dan satu lagi, ada tak keutamaan diberikan kepada cadangan daripada wakil rakyat kawasan tersebut? Sebab sekarang ini saya difahamkan, banyak cadangan daripada kerajaan negeri tapi kerajaan negeri sebab dia jaga satu negeri. Jadi, mungkin ada yang terlepas pandang. Jadi kalau wakil rakyat kawasan itu, dia lebih menjurus, lebih khusus kepada kawasan tersebut. Jadi, apa pandangan daripada pihak kementerian? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat.
Terima kasih YB Rasah. Kita mengambil perhatian tentang apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Rasah. Dan saya yakin Kementerian Ekonomi akan menjawab semua pertanyaan atau akan memberi penerangan oleh Kementerian Ekonomi secara bertulis kepada YB. Terima kasih.
Baik. Silakan Yang Berhormat.
Ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua..
Rantau Panjang.
Ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga Belas, saya ingin tahu apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan setiap kawasan Parlimen mendapat agihan projek pembangunan secara adil terutama di Parlimen luar bandar yang masih jauh ketinggalan terutama di sudut infrastruktur dan pasaran asas. Jadi, macam manakah penentuan dibuat? Dan kalau di Rasah dapat 27 projek baharu, 28 projek yang sedia ada, macam mana juga dengan kawasan kami terutama di kawasan saya di Rantau Panjang? Mohon penjelasan.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam melihat sebagaimana yang dijawab dalam soalan asal tadi bahawa Kementerian Ekonomi kini sedang meneliti dan memuktamadkan senarai cadangan pembangunan dan baharu yang dikemukakan oleh pelbagai kementerian dan juga negeri dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini dan ia nya belum lagi dimuktamadkan. Dan tadi juga saya sebut dalam jawapan asal, setiap permohonan projek ini sedang dinilai secara holistik berdasarkan impak sosioekonomi, keperluan setempat, keperluan pelaksanaan serta keseimbangan pembangunan wilayah. Jadi saya yakin semua wakil rakyat yang pentingnya adalah mengemukakan mana projek-projek yang ingin disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis soalan yang ke-11. Dengan ini, dipersilakan Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanafi (B), Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pagi hening burung berkicau, Terbang bersama menuju awan; Isu graduan jadi persoalan, Soalan nombor 12 saya ajukan. Terima kasih.
11. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) [Tanjong Karang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan pelan tindakan kementerian bagi menangani isu pengangguran siswazah dalam bidang kritikal seperti STEM dan TVET serta cadangan untuk memperluas lagi kerjasama dengan industri yang berkaitan.
Dipersilakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Okey Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjung Karang. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membangunkan bakat yang berdaya tahan, adaptive dan bersedia menghadapi perubahan pesat landskap teknologi yang melibatkan bidang STEM dan TVET. Selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan, KPT telah melaksanakan pelbagai usaha strategik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui penerapan teknologi terkini dan pendekatan TVET yang lebih inklusif.
Antara inisiatif utama yang sedang digerakkan oleh kementerian adalah seperti berikut. Yang pertama, memperkasa program intervensi dan pembangunan dengan memperkenalkan Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP) bertujuan memberi nilai tambah serta peluang kepada graduan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan memperoleh kemahiran baru (reskilling). Program ini merupakan program jangka masa pendek yang akan menambah nilai kepada pengetahuan dan kemahiran graduan bagi menghadapi perubahan ekonomi dan keperluan industri semasa termasuklah STEM dan TVET. Yang kedua, memperkenalkan Kurikulum Tersedia Masa Hadapan, dengan izin, Future Ready Curriculum. Proses pengemaskinian kurikulum secara berkala
antara tiga hingga lima tahun dengan pelaksanaan elemen kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan. FRC ini merupakan model pembelajaran yang lentur dan organik bagi melahirkan graduan yang adaptive dan kalis masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21. Proses transformasi kurikulum akan diperkasa melalui pelaksanaan inisiatif Experiential Learning and Competency-based Education Landscape, atau ringkasnya EXCEL, yang membantu menerapkan elemen FRC dalam aktiviti akademik. Yang ketiga, memperkukuh kerjasama industri pendidikan tinggi (IPT) dan juga industri, mempergiat kolaborasi bersama industri melalui platform-platform seperti Majlis Pekerjaan Negara dan Majlis TVET Negara yang bertujuan membincangkan isu-isu ketidaksepadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja yang menyediakan ruang dan peluang bagi membincangkan isu-isu keboleh pasaran graduan. KPT juga menggerakkan Government-Industry TVET Collaboration Body atau GITC yang berperanan sebagai badan perantara yang menghubungkan pihak kementerian dengan industri bagi melaksanakan kerjasama IPT dan merancang keperluan sumber tenaga buruh yang memenuhi kehendak pasaran semasa. Kementerian juga turut memperkukuhkan kerjasama dengan industri melalui program seperti Industry@University, CEO@Faculty, Employability Advisory Committee dan juga Industry Advisory Council. Pada masa yang sama juga, seperti yang saya sebut dalam soalan sebelum ini, kita menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat global, multinasional yang berteraskan teknologi terkini. Dan pada masa yang sama juga, kita menjalankan MOU dengan syarikat-syarikat tempatan, contohnya Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga yang lain-lain. Jadi, ini kita memastikan bahawa graduan ini selari dengan keperluan industri dan kita harap keboleh pasaran graduan kita terutama dalam bidang STEM dan TVET ini akan dipertingkatkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat. Soalan tambahan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Realitinya, hari ini industri kita masih memerlukan tenaga mahir. Namun, pada masa yang sama, ribuan graduan STEM dan TVET tempatan terus menganggur atau sekadar menjadi pemandu Grab. Persoalannya, adakah
kementerian bersedia untuk memperkenalkan satu skim insentif pengambilan graduan yang lebih tegas, termasuk dengan meletakkan syarat kuota wajib kepada industri-industri strategik, khususnya GLC ataupun syarikat multinasional, supaya peluang pekerjaan bernilai tinggi ini tidak saja dibolot oleh tenaga kerja asing sedangkan anak muda kita terpinggir? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini memang antara tumpuan hala tuju negara kita ialah untuk memperkasakan TVET. Dan jika kita lihat dari segi keboleh pasaran, memang TVET ini antara yang mendapat pekerjaan yang lebih cepat dan aktif. Mungkin yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang itu ada beberapa bidang tertentu yang berasaskan STEM tetapi kurang mendapat tawaran pekerjaan. Jadi, antara beberapa inisiatif yang kita cuba buat, seperti yang saya sebut sebentar tadi, bahawa kita mahu pastikan bahawa pelajar-pelajar kita ini akan diberikan short courses, kursus-kursus pendek sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan supaya ini akan menambah nilai tambah kepada kepakaran mereka. Jadi, memang kita amat concern dan saya fikir Kementerian Sumber Manusia, Menterinya ada di sini, begitu giat ― sebagai Timbalan Menteri, saya tahu mereka amat giat memastikan bahawa mana-mana graduan kita yang tidak mempunyai pekerjaan tapi banyak insentif yang telah dibuat untuk memastikan bahawa mereka akan dapat diserap dalam sebagai tenaga mahir di negara ini. Kita memang amat memerlukan tenaga mahir. Dan dengan whole-of- government approach ini, kita akan pastikan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan juga yang lain-lain ini akan memastikan bahawa graduan kita akan diserap dalam sebagai tenaga mahir di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih. Walaupun Yang Berhormat Batu Pahat dah bangun, Yang Berhormat ini kali kedua ya. Jadi, saya berikan pada Ayer Hitam.
Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat tadi tentang TVET. Memang betul, satu haluan yang betul.
Kedua, tentang STEM. Pertanyaan saya kepada MoHE. STEM ini sebenarnya ada 38 subjek komponennya, tetapi ini yang diambil oleh kerajaan kita. Tetapi, empat sahaja adalah sains tulen. Saya nak tanya definisi ‘universiti awam’ MoHE. Apakah kita melihat STEM itu, daripada 38, ada sahaja komponen, kita anggap sebagai subjek yang ada kena mengena dengan STEM? Ataupun sebenarnya banyak negara melihat kepada lebih kepada pure sciences. Saya rasa ini adalah satu definisi kerana dia akan memberi jawapan yang berlainan tentang angka iaitu berapa peratusan yang telah kita capai dari segi STEM di peringkat universiti khususnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Okey, terima kasih kepada Ayer Hitam yang membawa― cuba membawa kita berfikir tentang definisi STEM ini. Yang itu mungkin kita akan apa― kita akan bincang secara terperinci nanti. Cuma, buat masa ini, TVET yang kita fahami ini maknanya yang berkaitan dengan STEM― science, technology, engineering dan maths. Ini juga merangkumi pelbagai bidang yang kita tawarkan di peringkat universiti, politeknik dan juga institusi-institusi TVET kita. Tapi, saya ambil maklum dengan saranan daripada Ayer Hitam supaya kita dapat define secara terperinci supaya kita boleh memastikan bahawa graduan kita terutama TVET dan STEM ini akan diperlukan oleh industri dan akan menjadi tenaga mahir di negara ini. Sekian, terima kasih.
Baik. Majlis ke soalan yang terakhir sebelum ditamatkan soalan ini, soalan jawab lisan. Saya mempersilakan ― Majlis mempersilakan Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Yang Berhormat Klang.
Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya 12.
Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.
12. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk membina suatu Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandaraya Klang memandangkan kepadatan populasi yang agak tinggi dan penduduk daripada kawasan Klang, Kota Raja dan Kapar terpaksa ke Shah Alam untuk UTC yang berdekatan.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang. Pusat Transformasi baru atau Urban Transformation Centre, dengan izin, UTC merupakan saluran tambahan atau berperanan untuk melengkapi perkhidmatan sedia ada agensi kerajaan berkenaan yang beroperasi di kawasan tersebut. Ia bertujuan memudahkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu bumbung pada Isnin hingga Ahad, kecuali cuti umum, dengan waktu operasi yang melangkaui waktu operasi biasa pejabat kerajaan. Sehingga tahun 2025, terdapat sebanyak 24 pusat transformasi bandar di seluruh negara yang mana setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu UTC. Bagi negeri Selangor, UTC telah ditubuhkan di bangunan Anggerik Mall, Shah Alam. Lokasi ini dipilih atas faktor strategik dengan akses mudah melalui lebuh raya utama dan kedudukan yang dekat dengan pusat pentadbiran negeri. Dalam konteks Bandar Klang pula, telah terdapat beberapa pejabat agensi utama kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia di Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, Jalan Depoh, Pelabuhan Klang, dua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara masing-masing di Wisma Persekutuan Pelabuhan Klang dan Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang, Jalan Kapar serta Jabatan Pengangkutan Jalan di Kompleks JPJ Padang Jawa, Jalan Padang Jawa, Klang. Pada masa ini, fokus utama Kementerian Kewangan adalah untuk memperkukuhkan keberkesanan UTC sedia ada termasuk penambahbaikan kemudahan dan penyelenggaraan serta pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan.
Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi transformasi penyampaian perkhidmatan awam demi memberikan manfaat maksimum kepada rakyat secara amnya dan pelanggan UTC, secara khasnya. Sekian, terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Klang.
Terima kasih Yang di-Pertua. Memandangkan Klang menjadi tumpuan dan kawasan sempadan bagi Parlimen Kota Raja, Parlimen Kuala Langat, Parlimen Shah Alam, Parlimen Kapar, serta Parlimen Kuala Selangor yang berdekatan, rakyat dari seluruh kawasan ini sering menjadikan Klang sebagai destinasi utama bagi pelbagai urusan harian. Jika diambil kira, jumlah keseluruhan penduduk daripada Parlimen-parlimen tersebut, bilangannya hampir 10 peratus daripada penduduk negara. Sehubungan itu, rakyat amat berharap agar sebuah Urban Transformation Centre (UTC), diwujudkan di Klang bagi memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi yang strategik. Soalan saya, adakah kerajaan akan meneliti dan mengkaji keperluan penubuhan UTC di Klang pada masa akan datang?
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang. Kerajaan sedar kepentingan UTC bagi masyarakat setempat. Setelah lebih sedekad UTC beroperasi, terdapat keperluan yang mendesak untuk menyemarakkan semula imej dan perkhidmatan UTC bagi memenuhi ekspektasi tinggi pemegang taruh dan arus perubahan semasa. Ini memerlukan satu kajian mendalam berhubung hala tuju dasar operasi UTC melibatkan waktu operasi optimum, kebajikan, petugas, infrastruktur, peralatan dan sebagainya. Kementerian Kewangan sedang memberi tumpuan ke atas pengukuhan dasar dan operasi UTC sedia ada dengan mengambil kira kekangan agensi melaksanakan penempatan semula pegawai sedia ada atau dengan izin, redeployment, serta usaha untuk melaksanakan pendigitalan perkhidmatan yang akan mengubah corak pengoperasian UTC secara keseluruhan. Di samping faktor-faktor yang dinyatakan, kerajaan perlu melihat kedudukan kewangan dan keutamaan kerajaan dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu ekoran perkembangan geopolitik dunia. Selain itu juga, bagi memastikan cadangan penubuhan sesebuah UTC dikaji dan diteliti secara menyeluruh serta berterusan, adalah penting kerajaan negeri memainkan peranan aktif bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan. Hal ini demikian kerana penubuhan UTC seharusnya dilaksanakan sebagai satu tanggungjawab bersama dan bukan semata-mata dipikul oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam proses ini, kerajaan dari semasa ke semasa akan meneliti cadangan penubuhan sesebuah UTC, mengambil kira secara teliti pelbagai cabaran yang
dihadapi termasuk aspek kewangan, logistik serta kesediaan agensi pelaksana agar pelaksanaan UTC benar-benar memenuhi keperluan rakyat dan mampu beroperasi secara mampan. Sekian, terima kasih.
Temerloh.
Terima kasih, Timbalan Speaker. Sebelum saya mengajukan soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor yang diketuai oleh Puan Hajah Hanizam Kassim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, iaitu sekolah kepada YB Ahli Parlimen Kuala Langat. Okey, terima kasih. Okey, soalan tambahan daripada Temerloh. Saya ingin mengetahui apakah kesan projek UTC sedia ada yang disebut tadi di Shah Alam kepada perkembangan ekonomi setempat termasuk peluang pekerjaan dan juga pembangunan sektor kecil di kawasan sekitar daripada hasil adanya UTC. Terima kasih.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Atas data yang saya ada, sekurang-kurangnya seperti saya sebutkan tadi, sekurang-kurangnya setiap negeri ada sebuah UTC. Tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari segi perjawatan atau dari segi peluang pekerjaan, pegawai-pegawai yang bekerja yang di-deployed to, yang bertugas di UTC tidak akan menambahkan perjawatan hakiki. Sebab ini hanya merupakan daripada, sebagai contoh, dari immigration, mereka hanya akan deploy atau menghantar kakitangan mereka atau pegawai yang memang dalam bekerja di jabatan. Jadi, tidak ada tambahan perjawatan. Sebab itu, ini adalah merupakan satu cabaran kepada kita kerana pegawai tersebut mungkin terpaksa. Sebab ini tujuh hari tiada rehat, tujuh hari kita beroperasi UTC. Ini merupakan banyak susunan dalaman dari segi perjawatan. Jadi, betul dari segi ekonomi kita memberikan fleksibiliti kepada rakyat untuk dapat pergi ke satu tempat di bawah satu bumbung untuk melakukan apa-apa perkara berkenaan dengan agensi atau jabatan kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 dan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 seperti di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul- usul hari ini dan selepas itu, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 26 Ogos 2025”. Terima kasih
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Puan Pengerusi, boleh? Saya hanya nak bagi satu cadangan. Ini adalah aturan mesyuarat yang kita ada tapi di belakangnya dulu ada yang senarai rang undang-undang yang akan dibahas dan sebagainya, sekarang tak ada. So, kita perlu dengar daripada pihak kerajaan. Saya nak cadangkan ini dilampirkan semula untuk semua Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat — Okey, silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang di- Pertua. Tanpa pekerja, tiada istana megah, Tanpa pekerja, negeri tidak terbela; Tanpa pekerja, ekonomi tak berjaya.
Selepas penantian bertahun-tahun 1.2 juta pekerja gig yang merupakan daya tenaga yang membangunkan ekonomi negara, memberi keselesaan kepada kehidupan kita, berhempas-pulas bermandi keringat mencari sesuap nasi rezeki halal. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, untuk mengemukakan Rang Undang- undang Pekerja Gig 2025.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PEKERJA GIG 2025 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk melindungi hak pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak, untuk mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dan pekerja gig, untuk mengadakan peruntukan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan majlis perundingan, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan tribunal pekerja gig dan untuk mengadakan peruntukan yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PEROLEHAN KERAJAAN 2025 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan, kebertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan dalam perolehan kerajaan, penubuhan tribunal rayuan, perolehan kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebab YB Bukit Mertajam berpantun, saya pantun sikit. Ke pasar lama membeli ikan, Singgah sebentar di Warung Senja; Bantuan guaman jadi sandaran, Agar keadilan milik bersama.
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang- undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 dibacakan untuk kali kedua sekarang. Puan Yang di-Pertua, akses kepada keadilan adalah hak asasi setiap rakyat. Namun pada hari ini, perkhidmatan bantuan guaman di Malaysia masih terpisah antara beberapa entiti iaitu Jabatan Bantuan Guaman, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam Malaysia. Walaupun setiap pihak telah memberikan sumbangan yang sangat besar, ketiadaan satu kerangka undang-undang induk untuk menyelaras keseluruhannya telah menimbulkan cabaran dari segi keseragaman, keberkesanan dan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26], skop perkhidmatan bantuan guaman adalah terhad khusus dalam kes-kes jenayah, antaranya hanya meliputi mitigasi apabila tertuduh mengaku salah, prosiding di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta kesalahan-kesalahan kecil. Kekosongan ini sebahagiannya telah diisi oleh YBGK yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan menyediakan perkhidmatan guaman jenayah yang menyeluruh dari peringkat tangkapan, reman, ikat jamin serta perbicaraan sehingga ke peringkat rayuan. Namun, YBGK beroperasi sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan tanpa asas perundangan khusus dan masih bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan. Struktur sedia ada jelas tidak lagi memadai untuk memenuhi tuntutan semasa.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan komitmen kerajaan untuk meneliti kewajaran menggubal satu akta khusus berhubung dengan perkhidmatan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah. Pengumuman ini menjadi titik tolak kepada usaha reformasi undang-undang yang kini kita lihat terjelma dalam bentuk Rang Undang- undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang sedang dibentangkan. Berdasarkan mandat tersebut, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Akta Pembelaan Awam (JAPA) dan jawatankuasa ini dipimpin oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan turut melibatkan ahli-ahli akademik dari lapan buah Fakulti Undang-undang dalam negara termasuk penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta wakil-wakil daripada JBG. Mesyuarat yang pertama diadakan pada 4 Januari 2024. Jawatankuasa ini telah menjalankan pelbagai sesi libat urus, perbincangan meja bulat dan konsultasi bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk kementerian dan jabatan kerajaan, badan kehakiman, pengamal undang-undang, pertubuhan masyarakat sivil dan ahli-ahli akademik. Melalui engagement yang begitu luas, pandangan dan kepakaran pelbagai pihak telah berjaya dihimpunkan bagi memastikan cadangan reformasi yang digarap bersifat inklusif dan menyeluruh. Setelah melalui penelitian dan perbincangan yang mendalam, jawatankuasa telah merumuskan hala tuju dasar serta memilih model pelaksanaan yang paling sesuai. Daripada deliberasi tersebut, lahirlah cadangan untuk memansuhkan Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] dan menggantikannya dengan satu rang undang- undang yang lebih holistik dengan memperluaskan kuasa serta memperkukuh fungsi dan bidang tugas JBG. Inilah asas yang akan menjadi arah tuju kepada penggubalan Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang kita bentangkan pada hari ini. Model yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini merupakan model yang paling sesuai untuk dilaksanakan memandangkan ia tidak melibatkan penubuhan satu jabatan baharu serta dapat dilaksanakan melalui pindaan undang- undang yang sedia ada. Cadangan model ini juga turut diamalkan oleh beberapa buah negara maju, negara membangun dan progresif di luar negara. Model ini akan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan pada tahap kos minima memandangkan ia tidak akan melibatkan perwujudan organisasi atau
pejabat baharu. Dari segi perjawatan pula, ia akan melibatkan penambahan beberapa jawatan baharu dan juga lantikan pegawai pembela awam yang bukan dari kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan melalui tatacara pelantikan berdasarkan peraturan dan pekeliling berkaitan dengan kuat kuasa. Bagi kemudahan pejabat dan kelengkapan pula, ia akan menggunakan kemudahan pejabat, peralatan dan kelengkapan sedia ada di semua cawangan-cawangan Jabatan Bantuan Guaman. Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bukan sahaja mengekalkan fungsi utama Jabatan Bantuan Guaman dalam menyediakan bantuan guaman sivil dan jenayah, tetapi turut memperluaskan mandat jabatan untuk merangkumi pembelaan awam dalam kes jenayah. Ini bermakna individu yang menghadapi pertuduhan jenayah dan tidak mampu mendapatkan khidmat guaman akan mempunyai akses kepada khidmat pembelaan awam di bawah rang undang-undang ini. Ini adalah satu langkah yang sangat progresif ke arah memastikan prinsip keadilan substantif dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat khasnya rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang sosial ekonomi. Selaras dengan dasar ini, rang undang-undang ini akan memperuntukkan penubuhan jawatan baru iaitu ketua pembelaan awam serta penubuhan jabatan — maaf. Penubuhan jawatan pembelaan awam dengan izin, bahasa Inggeris, public defender. Bagi melancarkan penggubalan Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam ini, Jabatan Bantuan Guaman telah mengadakan beberapa sesi libat urus, taklimat dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti: (i) Taklimat Pemberian Bantuan Guaman Jenayah kepada Majlis Peguam, 14 Ogos 2024; (ii) sesi libat urus bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 5–9 Disember 2024; (iii) sesi libat urus bersama Kementerian Sumber Manusia, 12 Oktober 2024; (iv) sesi libat urus bersama Mahkamah Perindustrian, 21 November 2024; (v) bersama — sesi libat urus bersama Sabah Law Society, 23 Januari 2025; (vi) sesi libat urus bersama Advocates Association of Sarawak, 24 Januari 2025;
(vii) Taklimat Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, 4 Februari 2025; (viii) sesi libat urus rang undang-undang ini bersama kementerian, jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan pada 20 Februari 2025; (ix) sesi libat urus bersama Badan Peguam, Sabah Law Society, Advocates Association of Sarawak dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan pada 11 April 2025; (x) mesyuarat bersama Majlis Peguam, Sabah Law Society dan Advocates Association of Sarawak berhubung dengan undang-undang ini; dan (xi) mesyuarat bersama Majlis Peguam yang paling akhir pada 21 Ogos 2025 iaitu minggu lepas. Selain daripada itu, JBG juga telah mengadakan sesi libat urus dengan Mahkamah-mahkamah Syariah dan Pejabat Mufti serta Majlis Agama Islam Negeri- negeri berhubungan dengan pengurusan litigasi syariah dan usaha-usaha penggalakan penyelesaian kes di luar mahkamah melalui khidmat perantaraan yang ditambah baik. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang- undang ini dicadangkan mengandungi enam bahagian, 83 fasal dan lima jadual sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru. Bahagian I rang undang-undang mengandungi dua fasal, fasal 1–2, yang memperuntukkan mengenai tajuk ringkas dan memperuntukkan mengenai permulaan kuat kuasa rang undang-undang yang dicadangkan dan peruntukan mengenai takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang diguna dalam rang undang- undang. Bahagian II, rang undang-undang mengandungi 12 fasal daripada 3–14, berhubung dengan pentadbiran yang memperihalkan tentang pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman dan pegawai-pegawai lain yang membantunya. Selain itu, bahagian ini juga
memperkatakan tentang pelantikan ketua pembelaan awam dan pegawai pembelaan awam, panel peguam fi dan akaun amanah. Bahagian III pula mengandungi 37 fasal daripada 15–51 berkenaan dengan khidmat bantuan guaman yang diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman. Melalui undang-undang ini, khidmat bantuan guaman yang disediakan adalah terdiri daripada berikut: (i) nasihat guaman; (ii) bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah; (iii) khidmat pendampingan guaman; dan (iv) khidmat pengantaraan. Perincian berkenaan dengan khidmat bantuan guaman ini adalah sebagaimana dihuraikan dalam fasal 15–51. Bahagian IV pula rang undang-undang ini mengandungi 10 fasal 52–61 yang memperkatakan tentang penyediaan khidmat pembelaan awam yang antaranya merangkumi ruang lingkup permohonan bagi khidmat pembelaan awam, pengeluaran perakuan khidmat pembelaan awam dan batas khidmat pembelaan awam. Perincian berkenaan dengan khidmat pembelaan awam ini adalah sebagaimana yang dihuraikan di bawah fasal 52–61. Bahagian IV — maaf. Bahagian V pula rang undang-undang ini mengandungi 12 fasal daripada 62–73 yang memperuntukkan mengenai perkara am antaranya penggunaan khidmat elektronik, pernyataan palsu atau mengelirukan, komunikasi terlindung dan kewajipan untuk mengelak percanggahan kepentingan. Perincian berkenaan dengan peruntukan am ini adalah sebagaimana yang dihuraikan di bawah fasal 62–73. Bahagian VI pula, rang undang-undang ini mengandungi 10 fasal daripada 74 hingga kepada 83 yang memperuntukkan mengenai pemansuhan, kecualian dan peralihan berbangkit daripada pemansuhan Akta Bantuan Guaman 1971. Selain itu, rang undang-undang ini turut mengandungi lima jadual seperti berikut. Jadual Pertama, Jadual Pertama rang undang-undang memperuntukkan mengenai perihal perkara yang boleh diberikan khidmat nasihat.
Dalam hal ini, khidmat nasihat boleh diberikan terhadap semua perkara yang berhubung dengan undang-undang Malaysia. Jadual Kedua adalah memperuntukkan mengenai perkara yang boleh diberikan bantuan guaman bagi prosiding sivil dan syariah. Bagi prosiding dalam
mahkamah sivil, berdasarkan kepada perubahan yang dibuat kepada Jadual Kedua daripada aspek bidang kuasa bantuan guaman, sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan pekerja khususnya yang berpendapatan rendah dan vulnerable daripada aspek kewangan dan pengetahuan undang-undang, bantuan guaman akan diberikan pada mereka untuk diwakili di peringkat Mahkamah Tinggi, sama ada dalam bentuk tindakan rayuan atau semakan kehakiman yang mencabar keputusan mahkamah perusahaan atau perburuhan di mana pekerja yang dijadikan pihak kepada mana-mana tindakan di mahkamah itu boleh diwakili oleh Jabatan Bantuan Guaman. Selain itu, lanjutan daripada keprihatinan kerajaan juga berhubungan kepentingan hak-hak pengguna seperti yang digubal dalam Akta Bantuan Guaman 1971 yang sedia ada. Dua aspek yang menyentuh hak-hak pengguna yang ditambah baik ialah bantuan guaman untuk mewakili pengguna berhubung dengan tindakan penguatkuasaan award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Manakala satu lagi aspek bantuan guaman yang boleh disediakan ialah untuk mewakili pengguna untuk dijadikan pihak kepada peniaga di peringkat semakan kehakiman di mahkamah tinggi yang dibuat oleh peniaga untuk mencabar keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tersebut. Inilah contoh-contoh yang sangat penting yang digagaskan oleh Kerajaan MADANI dalam memelihara kelestarian dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia yang berhadapan dengan pertikaian undang- undang yang melibatkan perbelanjaan guaman yang sangat tinggi bagi menjamin akses kepada keadilan. Bagi prosiding kepada Mahkamah Syariah pula, perubahan yang dibuat dalam jadual melibatkan peluasan kepada prosiding yang berhubung dengan rujuk, harta dom, permohonan bagi pengesahan nasab anak dan permohonan bagi pengesahan nikah. Jadual Ketiga pula memperuntukkan mengenai perihal kesalahan yang boleh diberikan khidmat pendampingan guaman. Dalam hal ini khidmat pendampingan guaman boleh diberikan kepada semua mangsa kanak-kanak bagi semua yang kesalahannya diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis. Jadual Keempat pula memperuntukkan perihal kesalahan yang boleh diberikan khidmat pembelaan awam kepada tertuduh yang dibantu dan Jadual Kelima pula memperuntukkan perihal kesalahan yang berkenaan dengan khidmat pembelaan awam tidak boleh disediakan kepada tertuduh yang dibantu.
Puan Yang di-Pertua, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada barisan kerajaan dan juga pembangkang untuk memberikan sokongan penuh pada rang undang-undang ini kerana rang undang-undang ini bukan sahaja memastikan tertuduh dibantu mendapat pembelaan tetapi memastikan negara kita mempunyai kerangka undang-undang yang kemas kini selaras dengan cabaran semasa bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat keadilan yang sepatutnya. Dengan sokongan dan komitmen semua pihak, kita mampu membina sebuah negara yang lebih adil dan saksama yang melindungi hak serta kebajikan setiap warganegara termasuklah golongan rentan. Dengan itu saya memohon mencadangkan rang undang-undang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Ada sesiapa yang menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama sewaktu akta untuk memperkukuhkan khidmat bantuan guaman di Malaysia dengan mengadakan peruntukan bagi pemberian bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam kepada orang tertentu, mengadakan peruntukan bagi pelantikan Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan pegawai yang lain berhubung dengan penyediaan khidmat bantuan guaman kepada orang yang dibantu dan pelantikan ketua pembela awam dan pegawai pembela awam berhubung dengan penyediaan khidmat pembelaan awam kepada tertuduh yang dibantu untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Jelutong, YB Besut, YB Selayang, YB Jerlun, YB Jempul, YB Tumpat, YB Bangi, YB Masjid Tanah, YB Pasir Gudang, YB Sri Gading, YB Pengkalan Chepa dan YB Rasah. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mendengar dengan tekun tadi pembentangan rang undang-undang ini dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kerajaan
kerana melalui rang undang-undang ini, kali pertama dalam sejarah negara kita, kita akan menubuhkan dalam bahasa Inggeris The Office of Chief Public Defender ataupun seorang pembela awam. Dalam konteks ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana rata-rata kita lihat selalunya ada rungutan daripada rakyat di luar sana bahawa hanya segelintir sahaja yang mampu mengambil peguam-peguam yang –– untuk membela mereka di mahkamah apabila dihadapkan ke mahkamah. Dalam konteks ini, saya menyokong penuh semua seksyen-seksyen yang telah diperuntukkan. Cuma saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan ingin melontarkan beberapa soalan. Dalam Jadual Kedua telah dinyatakan perihal prosiding yang berkenaan dengan khidmat bantuan guaman yang boleh disediakan dan saya menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada ruangan nombor 20, permohonan bagi suatu perintah anggapan kematian. Soalan saya kepada Menteri adalah bagaimana pula dengan kes-kes melibatkan inkues kematian? Bolehkah seorang public defender atau pembela awam turut serta untuk membantu keluarga-keluarga yang terlibat? Dalam konteks ini, kita lihat dewasa ini terdapat banyak sangat kejadian yang melibatkan individu-individu yang dikatakan telah membunuh diri akibat kes-kes buli. Bolehkah public defender atau pembela awam ini juga memberi khidmat bantuan guaman kepada keluarga-keluarga yang terlibat? Di sini Timbalan Speaker, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mencadangkan kalau pihak kerajaan boleh menyediakan satu hotline melalui undang-undang ini untuk pihak-pihak yang terlibat seperti Befrienders yang menghidapi masalah tekanan jiwa boleh berhubung untuk mendapatkan bantuan kaunseling. Pada masa yang sama, bolehkah kerajaan menyediakan satu hotline untuk mereka memperolehi bantuan guaman, bukan saja untuk kes-kes yang melibatkan mangsa-mangsa buli tetapi kalau bagaimana pula kalau mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk kes-kes reman? Bolehkah mereka terus menghubungi mana-mana individu atau peguam-peguam, public defender, pembela awam? Dan di sini saya ingin menggunakan kesempatan ini memandangkan kita dalam peringkat dasar untuk menarik perhatian kerajaan kepada berbagai kes-kes buli yang telah berlaku seperti kes Zara Qairina Mahathir. Kalaulah beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan guaman ataupun keluarganya mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan guaman.
Dan satu lagi kes yang telah saya adakan sidang akhbar baru-baru ini melibatkan mendiang adik Tavanesh Vary yang juga saya difahamkan menjadi mangsa buli. Beliau merupakan seorang pelajar di kolej bernama kolej Goon International College, di mana saya difahamkan bahawa beliau telah pun mengalami insiden buli sehingga menyebabkan beliau mengambil nyawa sendiri dan laporan polis telah dibuat tetapi sehingga ini tidak ada sebarang maklum balas. Saya menggunakan kesempatan ini juga untuk bertanya kepada Menteri dalam kes-kes begini, bolehkah kerajaan juga memastikan the public defender atau pembela awam menghulurkan bantuan guaman? Dan saya di sini ingin juga tanya sekali lagi kepada Menteri sama ada khidmat guaman ataupun khidmat public defender atau pembela awam ini boleh juga memberi tumpuan kepada kes-kes melibatkan reman kerana kita lihat bahawa kes- kes yang melibatkan reman ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri kadangkala berlaku pada hari cuti umum, cuti awam, pada hari Sabtu dan hari Ahad ataupun hari-hari di mana ada terdapatnya cuti di mana kadangkala reman itu dilakukan bukan di mahkamah tetapi juga di ibu pejabat polis. Jadi, bagaimana public defender atau pembela awam ini boleh menghulurkan khidmat guaman beliau untuk memastikan bahawa individu-individu yang dihadapkan ke mahkamah semasa prosiding reman ini mendapat perwakilan atau diwakili oleh peguam-peguam yang handal? Terima kasih Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Okey, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya terus kepada satu seksyen yang dilihat di sini 23(1)(b).
Dia tentang kelayakan pemohon iaitu ada disebut, memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. Kalau kita lihat, sebelum ini ada dalam YBGK ini, dia ada macam ditetapkan pendapatan bulanan, tahunan. Tapi yang sebenarnya, kita kena lihat kepada realiti kos sara hidup sekarang ya. Jadi, adakah ujian kemampuan yang disebutkan dalam akta ini akan dibuat dengan mekanisme yang lebih menyeluruh, seperti mengambil kira faktor
pendapatan boleh guna ya pemohon itu sendiri? Dan persoalan paling utama, mengapa ujian kemampuan ini diletakkan di bawah kuasa Menteri — besarnya kuasa Menteri ini ya, dan bukan di bawah satu badan atau mekanisme bebas bagi menjamin ketelusan. Dan selain dalam ujian kemampuan ini juga, rang undang-undang ini turut memusatkan kuasa yang terlalu besar kepada Menteri juga dalam hal-hal, hal lain. Daripada kadar bayaran kepada peguam panel, fi dan juga sumbangan pemohon hingga tindakan disiplin, semuanya bergantung kepada budi bicara Menteri. Sebagai contoh kita tengok bawah seksyen 67, memberikan kuasa kepada Menteri untuk — kuasa veto ya. Apa-apa keputusan Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam secara muktamad jika terdapat rayuan — jika terdapat rayuan dan sepatutnya adalah lebih baik jika proses rayuan dikendalikan oleh satu badan bebas ya, bagi menjamin semak dan juga imbang yang telus. Bukan itu saja, masalah yang dikesan ada juga bawah seksyen 67 ini. Keputusan pengarah boleh dirayu kepada Menteri. Persoalan dia, dirayu oleh siapa? Kalau berkenaan keputusan menafikan bantuan — menafikan bantuan, maka logiklah oleh pemohon. Tapi, akan tetapi (a) itu sendiri, mengimplikasikan bahawa ‘keputusan memberikan’ itu, bantuan guaman juga boleh dirayu. Siapa yang boleh merayu ini? Adakah logik pemohon sendiri yang merayu untuk membatalkan bantuan guaman tersebut? Jadi, siapa pula yang dibenarkan merayu terhadap keputusan yang memberi tadi? Dan, adakah pihak lawan ataupun pihak luar juga boleh membuat rayuan? Dan seterusnya, saya rujuk kepada seksyen 13 dan juga 19 yang menyebut tentang fi ataupun sumbangan yang perlu dibayar oleh pemohon. Peruntukan ini adalah berbeza dengan semangat asal YBGK iaitu akses percuma kepada keadilan buat rakyat yang tidak berkemampuan. Jika rang undang-undang ini untuk membantu rakyat mendapatkan khidmat guaman, maka ini ialah satu langkah yang agak regresif ya, yang terhadap objektif yang ada. Jadi, tambahan pula mengambil kira YBGK ini mungkin adakah akan dimansuh ya? Maka, tiada lagi saluran alternatif untuk rakyat marhaen ya, mendapatkan bantuan guaman secara percuma. Dan, saya rujuk kepada 13(2) juga, berkenaan dengan fi ya. Fi ini dibuat sebelum perakuan dikeluarkan. Jadi, 13(2) itu perakuan sebelum perakuan. 13(3), dideposit ke dalam akaun amanah. Jadi, 14(2) juga menyebut, semua wang dalam akaun amanah hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir bantuan guaman
dan pembelaan awam. Jadi, macam mana yang dah masuk itu, kalau tak dikeluarkan perakuan, adakah akan di-refund balik, dibayar balik kepada pemohon? Jadi, di sini tak berapa jelas ya. Jadi oleh demikian, saya memohon kerajaan mempertimbangkan semula perkara ini dengan mengekalkan elemen khidmat percuma. Dan seterusnya, saya rujuk juga kepada seksyen 7 dan 8 ini, ayat memohon dan didaftarkan untuk seorang peguam dilantik dalam panel. Tiada langsung penekanan khusus kepada pengalaman, kemahiran atau kewajipan menjalani latihan berterusan. Ini satu lagi langkah yang saya rasa regresif juga ini, berbanding inisiatif yang sedia ada dalam YBGK, di mana para peguam yang mendaftar diberikan latihan untuk menjamin kualiti perkhidmatan. Jadi, saya juga ingin bangkitkan tentang pelantikan Peguam Syarie satu lagi, dalam panel. Bagaimana Ketua Pengarah itu menilai kelayakan Peguam Syarie untuk didaftarkan, memandangkan seksyen 3(2) itu tidak merangkumi kelayakan dalam undang-undang syariah untuk melayakkan seseorang dilantik sebagai Ketua Pengarah. Hanya undang-undang sivil dan jenayah biasa. Dan saya rujuk juga kepada ada sedikit kelompangan saya lihat dalam — kalau kita lihat dalam YBGK ini ada jawatankuasa audit dan disiplin. Dan kalau kita lihat seksyen 10 dan 11 ini, rang undang-undang ini perlu hanya memberikan kuasa memotong nama peguam ya, dari panel disebabkan salah laku dan tak ada sijil amalan. Jadi, jawatankuasa disiplin pun hanya ditubuh atas syor Ketua Pengarah kepada Menteri untuk memberi prosiding yang dikatakan after the fight, dengan izin. Secara ringkasnya, YBGK ini lebih fokus kepada pemantauan prestasi dan latihan berterusan dalam YBGK. Jelutong boleh sahkan ya, Jelutong ya? Boleh ya? Okey. Jadi...
Yang Berhormat, ringkaskan.
...YBGK lebih fokus kepada pemantauan prestasi dan latihan, manakala RUU ini pula hanya menekankan hukuman. Makna, nak, nak potong terus ya. Jadi, kelemahan ini menjadikan kita khuatir rang undang-undang ini akan melahirkan panel peguam yang tidak konsisten, malah mungkin ada yang sekadar masuk untuk dapatkan elaun yang dibayar ya, tetapi tanggungjawab guaman dibuat secara ala kadar sahaja. Oleh yang demikian, rang undang-undang ini perlu ditambah baik ya...
Yang Berhormat, ringkaskan.
...Dengan mewajibkan latihan guaman serta menubuhkan unit audit kualiti guaman sebagaimana model YBGK. Dan saya rujuk satu lagi...
Ringkaskan, masa sudah tamat.
...Tentang seksyen 9 itu, 9 itu, amaun itu saya tak pasti amaun ditetapkan berapa banyak amaun. Sebab berdasarkan kepada mungkin kalau nak lantik YB Jelutong ke yang dah senior, Jelutong ya, kalau bayar 1,000 boleh terima ke? [Dicelah] Tak boleh. Ha, itu masalah. Jadi, kita tentukan dari segi kelayakan dia ke ataupun pengalaman ataupun dia panggil apa, kehebatan dia ke macam mana? Jadi, kita kena tentukan. Menteri yang tetapkan ini. Ha, Menteri kena beritahu ya, berapa tahap pembayaran. Kalau dalam kes bunuh dan lain kes dadah yang hukuman mati, dia ditetapkan berdasarkan 3,000 kalau tak silap saya, dan setiap appearance itu di mahkamah 300. Ha, jadi kita nak tahu juga di sini macam mana cara penetapan bayaran kepada peguam.
Masa sudah tamat.
Ha, jadi akhirnya, penutuplah ya. Jadi, perbahasan ini bukan sekadar soal teknikal undang-undang saja, tetapi soal prinsip bahawa setiap rakyat miskin atau kaya berhak mendapat pembelaan di muka pengadilan. Hakikatnya, rakyat tidak kisah pun tentang penjenamaan semula, rebranding ini. Apa yang mereka peduli adalah, sama ada mereka akan mendapat pembelaan sewajarnya apabila berdepan dengan undang-undang. Pastikan roh asal YBGK dikekalkan iaitu menjamin akses rakyat marhaen mendapatkan khidmat peguam itu, guaman dan pembelaan yang walaupun percuma, tetapi berkualiti, telus dan bebas daripada pengaruh politik. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Hak kepada bantuan guaman merupakan suatu hak asasi penting yang menjadi benteng kepada perkhidmatan hak-hak yang lain. Bantuan guaman diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai tonggak kepada satu sistem keadilan jenayah yang adil dan berperikemanusiaan. Ia berperanan memastikan bahawa keadilan dapat dicapai oleh semua pihak, lantas memastikan bahawa setiap individu tanpa mengira lapisan pendapatan mahupun kaum. Oleh yang demikian, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan atas inisiatif yang diambil untuk menaik taraf khidmat bantuan guaman melalui penubuhan sistem pembelaan awam yang lebih tersusun, berkesan dan inklusif. Langkah ini jelas selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh perkhidmatan bantuan guaman serta memperkasakan nilai keadilan demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya. Namun begitu, ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh. Antaranya, saya sokong cadangan oleh Yang Berhormat Jelutong untuk memberikan perkhidmatan pembelaan awam kepada kes di peringkat reman iaitu adalah penting.
Selain daripada reman juga, bila siasatan pre-remand dibuat, di mana hak kepada mereka yang disiasat juga perlu diberikan nasihat oleh peguam. Selain daripada itu, kita juga telah melihat tentang masalah oleh mereka yang hendak membuat laporan kepada polis di mana mereka mengalami beberapa masalah. Satu kes adalah Tuan Ong Ing Keong yang kita semua ingat adalah pemandu e-hailing yang juga merupakan OKU pendengaran. Beliau dilaporkan telah ditumbuk oleh seorang pegawai pengiring kenamaan dan kemudiannya beliau mendakwa telah diintimidasi oleh pihak polis untuk menarik semula laporan yang dibuat. Malah beliau juga mendakwa bahawa beliau diugut dengan rampasan telefon bimbitnya yang merupakan sumber mata pencarian jika beliau meneruskan dengan laporannya. Untuk menjaga kepentingan rakyat untuk serata, equal before the law, mereka yang mengalami masalah bila membuat laporan polis untuk siasatan juga perlu diberikan perkhidmatan. Selain daripada itu, adalah beberapa perkara yang saya hendak sentuh. Pertamanya ialah adakah wajar bahawa khidmat membela awam dapat diperluaskan kepada mereka yang berdepan siasatan pada peringkat pre-remand? Kedua, adakah wajar seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah dipinda bagi mengharmonikan
peruntukan RUU ini dengan menetapkan bahawa sekiranya seorang tidak mempunyai peguam bela dan tergolong dalam kategori Jadual Keempat, maka pihak polis sendiri hendaklah memanggil pembelaan awam untuk hadir semasa sesi soal siasat dijalankan? Yang ketiga, di bawah seksyen 56, khidmat pembelaan awam tidak boleh disediakan untuk prosiding jenayah yang dinyatakan dalam jadual. Apakah alasan untuk seksyen ini yang kita melihat di dalam Jadual Kelima adalah kes yang sungguh serius? Mengapa tidak selaraskan RUU ini untuk memberikan perkhidmatan kepada kes-kes seperti ini? Akhirnya, saya sekali lagi menghargai inisiatif yang telah dibuat di dalam RUU ini. Saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. RUU ini membatalkan Akta Bantuan Guaman 1971 dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) sebelum ini. Oleh kerana Akta Bantuan Guaman 1971 sudah dimansuhkan, saya juga nak sampaikan keluhan klien Jabatan Bantuan Guaman kepada saya sebelum-sebelum ini iaitu peguam JBG sukar ditemui di pejabat untuk perbincangan dengan klien. Ini mungkin di sesetengah negeri, peguam JBG tidak ramai. Peguam JBG terpaksa mengendalikan kes yang banyak pada hari perbicaraan sehingga tak sempat nak bincang dengan klien sebelum bicara. Ada ketika tertentu, peguam JBG tak sempat balik ke pejabat semula disebabkan ada kes pada sesi pagi dan petang di mahkamah yang berasingan dengan jarak yang jauh. Ini menyebabkan klien JBG terpaksa juga mencari peguam swasta walaupun terpaksa membayar kos guaman yang agak tinggi. Jadi, saya harap keluhan ini akan dapat diberi perhatian selaras dengan RUU yang akan dibentangkan ini akan dapat menyelesaikan masalah khidmat peguam JBG. Antaranya, perlu menempatkan bilangan peguam yang munasabah sama ada peguam sivil atau peguam syarie. Berbalik kepada RUU ini, saya merujuk fasal 3(2) dan fasal 4(2) pelantikan ketua pengarah bantuan guaman dan ketua pembela awam yang menyebut kelayakan mereka hendaklah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan yang mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan dan pengalaman dalam kepeguaman dan litigasi. Dalam taklimat 21
Ogos 2025 menyebut, jawatan ini adalah terbuka, tidak tertakluk kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) saja. Oleh itu, saya mencadangkan agar jawatan Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau Ketua Pembela Awam, mana-mana satu daripadanya, dilantik di kalangan Pegawai Syariah setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. Dengan pelantikan ini, ia memberikan suatu pengiktirafan kepada Pegawai Syariah untuk menjadi ketua jabatan pada tahap hierarki paling tinggi. Sebelum ini di JBG, Pegawai Syariah hanya menjadi Timbalan Ketua Pengarah (II) sahaja. Fasal 9, bayaran kepada panel peguam. Adakah ada persamaan atau perbezaan tentang bayaran fi kepada panel peguam yang mengendalikan sesuatu kes? Sama ada jenayah, sivil atau syariah? Saya merujuk jadual di belakang blue bill ini, tidak dinyatakan. Jadi, berapa lama tempoh bayaran fi kepada peguam panel selepas selesai kes dan setelah laporan lengkap kes diberikan mengikut peraturan yang ditetapkan? Berapa lama tempoh akhir? Sama ada sebulan, dua bulan, tiga bulan atau sebagainya? Fasal 13, fi khidmat guaman dan pembelaan orang yang layak mendapat bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam perlu membayar fi. Saya juga merujuk jadual di belakang bil ini, tidak juga dinyatakan. Jadi, berapakah had maksimum pendapatan yang dibenarkan untuk memohon bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam ini? Bagaimana kaedah pengiraan dan penetapan fi ini dilakukan? Kategori penjawat awam, swasta, berapa? Orang bekerja sendiri, berapa? Suri rumah yang tiada sumber pendapatan, berapa? Ini perlu dinyatakan. Oleh itu, saya mencadangkan agar dimasukkan jadual fi orang yang layak mendapat bantuan guaman dan khidmat pembelaan untuk memudahkan pihak-pihak. Fasal 20, bantuan guaman dan prosiding sivil dan syariah. Dalam Jadual Kedua, tidak disebut secara khusus kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) warganegara dan kanak-kanak OKU bukan warganegara. Jika dilihat Jadual Keempat, menyebut pula secara khusus kanak-kanak, orang kurang upaya, warganegara dan kanak-kanak OKU bukan warganegara boleh mendapat pembelaan awam. Ada perbezaan di situ. Satu perkara lagi, bagaimana pula dengan bukan warganegara yang berkahwin dengan pasangan di Malaysia? Terdapat kes kesalahan rumah tangga melibatkan keputusan sivil, kes mal di Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil. Adakah pasangan bukan warganegara tidak boleh mendapat bantuan guaman jika
melihatkan kes kesalahan jenayah sama ada sivil atau syariah atas mereka, ada yang menunjukkan pasangan ini terlibat dalam kes-kes yang berkaitan. Fasal 46. Pengantara atau mediator. Sebelum ini JBG ada panel peguam persendirian yang membantu pegawai JBG dalam keadaan tertentu. JBG juga ada mediator yang boleh merundingi kes bagi mencapai persetujuan. Dalam RUU ini, mengapa JBG tidak ada mediator persendirian yang boleh merundingi kes JBG jika JBG ada konflik kepentingan atau kes yang sukar atau complicated? Apakah latihan yang diberikan kepada mediator JBG? Selama ini mereka hanya dilatih oleh universiti dan JKSM yang agak kurang berpengalaman dalam kemahiran mediasi. Fasal yang akhir, fasal 52. Pembelaan awam bagi prosiding jenayah. Adakah jenayah syariah termasuk di bawah seksyen ini? Saya lihat dalam Jadual Keempat, hanya menyebut prosiding jenayah saja. Tidak ada prosiding jenayah syariah. Bila lihat Jadual Kedua disebut secara nyata prosiding di mahkamah sivil dan prosiding di Mahkamah Syariah. Jadual empat, prosiding jenayah syariah tak dinyatakan sebagaimana prosiding kes mal seperti Jadual Kedua. Saya bimbang dan saya khuatir pegawai dan kakitangan JBG boleh membuat tafsiran tersendiri tentang maksud yang terkandung di dalam jadual-jadual ini. Bagi kesalahan tahanan reman pula, OKT perlukan khidmat peguam. Bagaimanakah proses pelantikan peguam untuk kes permohonan reman ini? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025. Jempol melihat akta baharu ini adalah manifestasi reformasi institusi bagi menambah baik perkhidmatan pemberian bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan. Tahniah. Jempol juga menyokong hasrat kerajaan mewujudkan struktur pentadbiran yang lebih tersusun
termasuk pelantikan Ketua Pengarah Bantuan Guaman serta Ketua Pembela Awam sebagaimana yang termaktub dalam RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, di kesempatan ini, Jempol ingin bertanyakan fakta dan data berkaitan perkhidmatan bantuan guaman dan pembelaan awam. Berapakah jumlah kes yang didaftarkan dari tahun 2020 sehingga kini di bawah Jabatan Bantuan Guaman? Dan berapa ramaikah sumber tenaga pegawai undang-undang yang berkhidmat di bawah JBG seluruh negara? Berapakah jumlah kes yang diwakili oleh peguam di bawah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan semenjak penubuhnya sehingga kini? Dan berapakah ramai peguam Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan yang berdaftar dan aktif sehingga kini? Memandangkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan dimansuhkan di bawah RUU baharu ini, adakah tenaga kerja pengurusan YBGK akan diserap kepada suatu skim perkhidmatan baharu atau bagaimana? Tuan Yang di-Pertua, dalam menyokong rang undang-undang ini, Jempol ingin menimbulkan beberapa persoalan penting untuk perhatian Yang Berhormat Menteri, iaitu batasan pembelaan awam. Di bawah rang undang-undang ini, kes jenayah― Bab VI, kesalahan terhadap negara. Bab VIA, kesalahan berkaitan keganasan dan Bab VIB, kesalahan jenayah terancang di bawah Kanun Keseksaan serta kesalahan jenayah melibatkan mangsa kanak-kanak adalah dibataskan daripada pembelaan awam berdasarkan Jadual Kelima. Persoalan Jempol. Apakah justifikasi kerajaan membataskan pembelaan awam terhadap kesalahan-kesalahan ini sedangkan setiap tertuduh adalah, dengan izin, innocent until proven guilty? Bukankah proses perbicaraan akan lebih lancar apabila tertuduh diwakili oleh peguam dan seterusnya membawa kepada sistem keadilan yang saksama? Seterusnya, perkhidmatan peguam pembelaan awam. Jempol ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan perkhidmatan peguam di dalam rang undang-undang ini. Pertama, apakah terdapat garis panduan khusus berhubung nisbah jumlah kes kepada setiap peguam panel atau peguam Jabatan Bantuan Guaman? Tanpa kawalan yang jelas, kita bimbang akan timbul situasi di mana seseorang peguam terpaksa mengendalikan banyak kes serentak lalu tidak mampu memberi tumpuan yang optimum kepada setiap klien. Kedua, bagaimana kerajaan merancang memantau mutu perkhidmatan guaman yang diberikan? Adakah satu mekanisme audit kualiti atau panel pemantau
bebas akan diwujudkan untuk menilai tahap profesionalisme, keberkesanan hujah serta kepuasan orang yang dibantu? Ketiga, sebelum ini, segala fi bayaran guaman bagi pembelaan awam ditetapkan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Persoalan Jempol, adakah kerajaan akan mengkaji semula bayaran guaman yang agak rendah kepada panel peguam sesuai dengan kos sara hidup pada hari ini? Jempol juga ingin bertanya, dalam keadaan peguam bantuan guaman menerima bayaran lebih rendah daripada pasaran, adakah insentif yang ditawarkan supaya peguam ini kekal bermotivasi untuk berkhidmat? Begitu juga, apakah bentuk latihan berterusan yang akan disediakan bagi memastikan kualiti guaman setara dengan piawaian guaman berbayar? Ini penting kerana rakyat yang kurang berkemampuan tidak seharusnya mendapat khidmat kelas kedua semata-mata kerana status kewangan ataupun masalah mereka. Seterusnya, dari segi kesedaran masyarakat, Jempol dapat mengesan tentang soal kesedaran di kalangan masyarakat kita. Masih ramai lagi rakyat tidak tahu yang mereka berhak mendapat bantuan guaman percuma atau berpatutan. Oleh itu, rang undang-undang ini perlu disokong dengan strategi advokasi dan pendidikan kepada masyarakat. Dan, akhir sekali, sebelum mengakhiri perbahasan ini, izinkan Jempol menekankan bahawa rang undang-undang ini bukan sahaja tentang perundangan tetapi tentang maruah rakyat. Tiada siapa yang patut dinafikan hak membela diri di mahkamah kerana mereka kurang berkemampuan ataupun mempunyai pendapatan yang rendah. Terima kasih atas segala bantuan guaman kepada masyarakat di seluruh negara selama ini. Oleh yang demikian, Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang telah lama ditunggu-tunggu. Saya merujuk kepada seksyen 4(1) iaitu pelantikan Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam di mana di bawah subseksyen 4(3) menyebut bahawa
boleh dilantik ― mempunyai pengalaman praktikal, pengetahuan dan pengalaman dalam kepeguaman dan litigasi. Jadi, di sini dicadangkan supaya pengalaman yang dipunyai ataupun yang dimiliki oleh seseorang yang hendak dilantik sebagai Ketua Pembela Awam itu hendaklah melebihi tujuh tahun sebagaimana syarat yang ditetapkan kepada mana- mana peguam yang ingin menjadi master untuk dapatkan pelajar chambering kena tujuh tahun ke atas. Jadi, untuk dia menjadi Ketua Pembela Awam pun sekurang- kurangnya pengalaman job juga mestilah melebihi tujuh tahun supaya dapat benar- benar memantau kerja yang dibuat oleh orang bawahan, ataupun oleh orang-orang yang dibantu oleh pihak peguam dan juga anak guam mereka. Itu yang pertama. Yang kedua, di bawah seksyen 8(3) menyebut tentang kepakaran. 8(3) ini menyebut tentang kepakaran. Di sini, kita hendak tahu, apakah kriteria yang perlu dimiliki oleh pembela awam ini? Sebab, tiada perincian. Jadi, kalau boleh, minta dinyatakan perincian apakah latihan dan kelayakan yang perlu dimiliki oleh pembela awam tersebut. Yang kedua. Yang ketiga di bawah seksyen 17 menyebut tentang seorang itu boleh memohon kepada Ketua Pengarah supaya dianya layak mendapat bantuan guaman ataupun pembelaan awam. Cuma, dalam hal ini, segala-galanya bergantung kepada Ketua Pengarah. Saya dapat banyak aduan daripada orang awam bahawa mereka ini walaupun bekerja kerajaan ataupun mereka ini bekerja tetapi kadang-kadang mereka tidak mampu juga hendak bayar peguam. Jadi, dalam hal ini, kita cadangkan supaya diwujudkan supaya satu jawatankuasa penilai untuk membantu Ketua Pengarah dalam menilai kelayakan seseorang klien itu sama ada layak atau tidak untuk menjadi klien kepada bantuan guaman dan pembelaan awam kerana kita percaya, sebagaimana dalam kes-kes lain, ada benda yang dibuat oleh pendaftar, ada inkuiri. Dalam hal ini juga, mereka ini juga terdedah kepada seksyen 63 iaitu kalau mereka menipu, tetap mereka ini kena fraud, tetapi kerana kita percaya bahawa beban akan banyak. Jadi, dengan adanya jawatankuasa ini membantu Ketua Pengarah kita untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Yang seterusnya berkenaan dengan keutamaan dalam penilaian kes. Bila kita buka kepada pembelaan awam, banyak kes akan masuk. Permohonan daripada rakan-rakan peguam supaya diberi keutamaan untuk kes jenayah bagi kes reman kerana amalan setakat ini, permohonan daripada penjara kepada pihak JBG adalah sangat lambat. Mungkin kerana banyak birokrasi ataupun proses tertentu. Jadi,
mereka minta supaya diberikan keutamaan kepada kes-kes reman supaya dapat memberikan keadilan kepada orang yang dibantu. Yang seterusnya ialah berkenaan dengan Jadual Keempat di Bahagian I ― sivil ― di mana antara yang boleh dibantu ini adalah kanak-kanak bukan warganegara. Isu yang berlaku di sempadan di Tumpat, Rantau Panjang, di Jeli khususnya, kita melihat ramai kanak-kanak anak warganegara mereka tidak punya IC, mereka tidak ada surat beranak kadang-kadang. Jadi, dalam kes ini, mereka merupakan orang yang sangat perlu dibantu kerana ini masa depan negara. Dalam kes ― banyak kita lihat, mungkin sampai ribu-ribu kes. Saya mencadangkan kepada pihak JBG agar membentuk taskforce khas bagi membantu anak-anak, kanak-kanak di bawah sivil dan dicadangkan supaya dimasukkan dalam jadual ini kes warganegara, bukan daripada yang langsung tak ada ― stateless, tetapi daripada anak warganegara supaya proses ini dapat dipermudahkan. Kerana pengalaman saya sendiri, bila kita melakukan kes untuk mendapatkan IC ini memerlukan bantuan peguam secara khusus.
Jadi, perlu kepada bantuan daripada pihak bantuan guaman dalam kes ini. Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan kepada penubuhan suruhanjaya bantuan guaman dan pembelaan awam yang bebas supaya tidaklah segala-galanya terletak kepada kuasa Menteri tanpa dibantu oleh suruhanjaya. Jadi, dalam hal ini kalau boleh biar ada independent legal aid dan public defender commission ini. Yang seterusnya berkaitan dengan jadual bayaran kepada panel di bawah. Sekarang ini, segala-galanya terletak kepada ketua pengarah tapi antara negeri- negeri mungkin berbeza. Jadi, dicadangkan supaya ada jadual yang dikeluarkan oleh ketua pengarah kepada semua negeri supaya selaras dan kita ingin tahu apakah — negara manakah yang kita gunakan model untuk yang kita buat RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam ini? Dan juga saya juga mencadangkan bahawa sekiranya dalam keadaan- keadaan lain, semua pihak kehakiman dan judiciary, mereka boleh merujuk kepada dapat latihan daripada ILKAP. Tapi untuk bantuan guaman dan pembelaan awam ini kita tak nampak satu yang proper. Sekarang ini, YBGK ada silibus 1, 2, 3 dan 4 tapi tidak ada diperincikan dalam hal ini. Jadi, kalau boleh kita cadangkan supaya ada ILKAP untuk JBG. Dan yang seterusnya berkenaan dengan pendamping. Saya ingin bertanya antara kemahiran atau perbincangan yang dibuat di bawah JKPK Wanita ialah perlu
kepada latihan dan pengkhususan kemahiran kepakaran hak kanak-kanak kepada mana-mana peguam yang ingin menjadi pendamping. Cuma dalam kes ini kita tak lihat sebarang perincian kepada perkara tersebut dan kalau ini perlu dibuat, sepatutnya diperincikan di bawah undang-undang. Dan yang seterusnya lagi, zaman sekarang adalah bukan zaman AI. Jadi, kita cadangkan ada orang yang mampu dapatkan khidmat guaman secara semuka tapi ramai akan merujuk kepada AI. Jadi, adakah boleh pihak JBG menyediakan klinik guaman AI yang ada validation supaya khidmat nasihat yang diberikan oleh JBG ini secara online ini dapat dinikmati sepenuhnya oleh semua orang awam? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, semua orang berhak untuk mendapatkan keadilan melalui proses undang-undang. Ini termasuklah menuntut hak mereka dengan membawa saman ataupun menegakkan hak mereka dengan membela diri daripada saman ataupun pertuduhan. Hak ini terpakai untuk semua, Puan Yang di-Pertua, sama ada Menteri mahupun marhaen. Setiap orang mesti diberi akses kepada keadilan ataupun dalam bahasa Inggeris, access to justice. Namun, realitinya Puan Yang di-Pertua, adalah orang yang berada boleh melantik peguam yang terbaik. Manakala orang yang miskin, orang yang tidak ada, bukan saja tak ada pilihan, malahan jika tidak dibantu, mereka langsung tidak ada akses kepada perwakilan guaman. Mereka ini, Puan Yang di-Pertua, mereka nak cari peguam pun mereka tak tahu apatah lagi untuk mampu melantik peguam. Atas dasar ini, Puan Yang di-Pertua, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan telah ditubuhkan. Dengan YBGK ini rakyat Malaysia boleh mendapat perwakilan guaman secara percuma jika memenuhi kriteria dan mereka akan diwakili oleh peguam yang akan dibayar secara nominal oleh pihak kerajaan. Saya pernah, Puan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini membahaskan mengenai keperluan untuk memastikan bahawa YBGK ini mendapat peruntukan yang mencukupi. Dan pada ketika itu, iaitu pada bulan Mac 2023, kita tengah membahaskan untuk Belanjawan 2023. Dan saya sebut, YBGK memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta setahun, Puan Yang di-Pertua.
Kerajaan MADANI untuk tahun 2023 telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM12.4 juta. Maknanya, lebih daripada apa yang diperlukan. Itu untuk tahun 2023 yang paling tinggi dalam sejarah pada ketika itu. Untuk tahun 2024, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta untuk YBGK bukan hanya untuk operasi pada tahun itu tetapi juga untuk melangsaikan tuntutan-tuntutan lama, Puan Yang di-Pertua. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana mendukung prinsip akses kepada keadilan ini. Dan hari ini juga, Puan Yang di-Pertua, sejarah sekali lagi akan tercipta insya- Allah dengan lulusnya rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini akan mengekalkan, Puan Yang di-Pertua dan juga mengekalkan apa yang ada dalam Akta 26 dan lebih penting lagi ia akan memaktubkan fungsi dan tanggungjawab YBGK dalam undang-undang. Apa signifikan dia, Puan Yang di-Pertua? Signifikannya sekarang, YBGK tidak mempunyai satu punca kuasa khusus dalam undang-undang. Ia nya adalah hanya satu Syarikat Berhad Menurut Jaminan atau CLBG. Jadi, kalaulah kata ada satu kerajaan yang tidak menyokong atau mendukung akses kepada keadilan, dia boleh bila-bila menutup YBGK ini atau tidak memberi dana. Tak ada obligasi langsung untuk memberi dana kepada YBGK. Tetapi apabila termaktub dalam akta, maka kerajaan mahu tak mahu terpaksa menyalurkan dana kepada bantuan guaman ini seperti yang termaktub dalam akta. Jadi, dalam erti kata lain Puan Yang di-Pertua, dengan lulusnya rang undang-undang ini, bantuan guaman dan pembelaan awam akan menjadi sebahagian daripada undang-undang negara. Puan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan dan dijawab oleh pihak kerajaan mengenai pengoperasian rang undang-undang ini. Pertama, apakah nilai ambang ataupun dengan izin, threshold yang akan digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat bantuan guaman atau pembelaan awam? Untuk YBGK pada ketika ini, Puan Yang di-Pertua, nilai ambangnya ialah pendapatan tidak melebihi RM36,000 setahun. Oleh itu, untuk khidmat pembelaan awam di bahagian enam, maaf, bahagian empat rang undang-undang ini, ia nya mestilah setara ataupun tidak kurang daripada jumlah ini. Kedua, dalam rang undang-undang ini, Menteri boleh menetapkan fi untuk mendapat bantuan guaman dan pembelaan awam. Saya ingin mendapatkan panduan daripada pihak kerajaan supaya termasuk dalam Hansard nanti, berapakah
fi yang akan ditetapkan sebagai permulaan? Sekarang ini, di bawah YBGK, Puan Yang di-Pertua, mereka tidak dikenakan apa-apa fi. Jadi, saya sarankan bahawa ini dikekalkan ataupun kalau nak perlu minta fi pun, mungkin satu fee nominal seperti RM1. Ketiga, saya ingin mencadangkan supaya golongan pertengahan juga diberi peluang untuk mendapat perwakilan guaman di bawah rang undang-undang ini. Sekarang ini, Puan Yang di-Pertua, ramai yang pendapatan mereka lebih daripada RM36,000. Maknanya, mereka tak layak bawah YBGK, tetapi pada masa yang sama, mereka pula tak mampu untuk melantik peguam. Walaupun mereka tidak cukup miskin untuk dapat bantuan, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak cukup kaya untuk melantik peguam. Golongan ini selalu tercicir. Maka, saya ingin cadangkan, Puan Yang di-Pertua, bahawa golongan ini kerajaan bantu mereka juga. Mereka mungkin boleh diminta untuk membayar satu fi guaman yang lebih tinggi daripada golongan miskin, tetapi pada masa yang sama masih dalam kemampuan mereka. Dan fi yang dibayar ini, saya cadangkan bahawa ia nya kurang daripada harga pasaran untuk peguam. Jadi, ini membolehkan golongan pertengahan ini untuk juga mendapat akses kepada peguam dengan subsidi kerajaan. Keempat, saya sambut baik cadangan penubuhan Akaun Amanah bawah fasal 14 rang undang-undang ini. Akaun ini akan mengasingkan dana untuk tujuan rang undang-undang ini daripada Kumpulan Wang Disatukan. Ia memberikan fleksibiliti kepada kerajaan untuk menerima wang daripada pihak ketiga bagi tujuan bantuan guaman atau pembelaan awam. Saya nak cadangkan Puan Yang di-Pertua, mana-mana syarikat atau entiti yang menderma kepada Akaun Amanah di bawah rang undang-undang ini, diberi pelepasan cukai oleh pihak LHDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri, untuk menggalakkan sektor swasta membantu bagi mendukung prinsip akses kepada keadilan ini. Puan Yang di-Pertua, saya nak landing sekarang, maaf sedikit panjang. Sebab apa? Sebab saya sendiri pernah menjadi peguam YBGK. Jadi, saya dengan izin, passionate tentang isu ini. Sejak 1982, Bar Malaysia sudah pun mewujudkan Skim Bantuan Guaman yang dibiayai oleh para peguam sendiri. Kemudian, barulah diwujudkan YBGK pada tahun 2010. Tahun lepas, dengan pindaan akta profesion guaman, Parlimen telah memaktubkan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam dalam akta. Kini, kita pula ada satu Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan
Pembelian Awam yang akan memasukkan dalam undang-undang khidmat ini. Sebagai seorang peguam yang seperti saya katakan tadi, pernah berkhidmat dengan YBGK, saya berbangga, Puan Yang di-Pertua, dapat membahaskan rang undang- undang ini pada pagi ini. Rang undang-undang ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dan memberi makna kepada prinsip akses kepada keadilan. Dan saya menyeru, Puan Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Dewan di sini untuk kita sama-sama memberi sokongan kepada rang undang-undang ini demi memastikan bahawa keadilan itu benar-benar untuk semua tanpa mengira pangkat mahupun harta. Sekian Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Seterusnya, Yang Berhormat Masjid Tanah tak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Pasir Gudang tak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Sri Gading.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Pertama sekali, kita memahami bahawa RUU ini adalah langkah reformasi yang besar dalam sistem perundangan negara kita. Ia memastikan akses kepada keadilan. Tidak hanya menjadi hak orang yang berada tetapi meliputi golongan miskin, orang kurang upaya dan wanita serta kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] digubal lebih 50 tahun yang lalu. Ia hanya menyediakan bantuan guaman dalam kes sivil dan jenayah sahaja. Tetapi realiti hari ini jauh lebih kompleks. Isu perundangan melibatkan pekerja, pengguna, kanak-kanak dan komuniti rentan. RUU ini memperluaskan skop termasuk pembelaan awam, sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat marhaen. Dalam — dengan adanya Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam, tertuduh yang tidak mampu membayar peguam akhirnya berpeluang dibela. Namun, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengangkat beberapa contoh kes dan persoalan yang boleh memperkukuhkan lagi RUU ini. Senario jika kes tertuduh B40 tanpa peguam. Bayangkan seorang pemuda B40 dituduh mencuri kerana desakan hidup. Tanpa peguam, beliau mungkin terus mengaku salah walaupun ada faktor yang
meringankan. Persoalannya, adakah kerajaan sedia memastikan peruntukan kewangan mencukupi untuk membayar peguam panel supaya khidmat pembelaan ini benar-benar berkualiti dan bukan sekadar formaliti? Yang kedua, andaian kanak-kanak di mahkamah. Jika seorang pemuda remaja 16 tahun dituduh di Mahkamah Kanak-kanak, hadir tanpa peguam dan hanya ibu bapa sahaja yang hadir tanpa memahami undang-undang. Persoalannya, bagaimana prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak dapat dijamin? Mengapa masih ada pengecualian dalam Jadual Kelima yang menafikan khidmat pembelaan awam bagi kes tertentu, sedangkan ia melibatkan kanak-kanak? Contoh yang ketiga, andai kata OKU ditahan reman disebabkan bisu pekak kerana dituduh mencuri motosikal. Tanpa pembelaan awam, komunikasi di mahkamah boleh gagal. Persoalannya, bagaimanakah kerajaan memastikan ada pembela awam yang mahir berkomunikasi dengan OKU pekak bisu? Adakah latihan khusus disediakan kepada peguam yang terbabit? Seandainya kes yang keempat berlaku tuntutan pengguna dan perburuhan. Ramai pekerja bawahan dipecat tanpa notis, tidak mampu membawa kes ke mahkamah. RUU ini membuka ruang untuk semakan kehakiman. Persoalannya, bagaimanakah kerajaan memastikan capaian di luar bandar? Adakah akan diwujudkan pejabat satelit JBG atau kerjasama dengan NGO guaman dan klinik guaman? Contoh bagi mahasiswa untuk memperluaskan akses. Selain kes praktikal, ada beberapa perkara struktur yang perlu diperhalusi. Peranan Ketua Pembela Awam. Adakah jawatan ini jelas dipisahkan daripada Ketua Pengarah JBG? Bagaimana kerajaan menjamin ketelusan pelantikan, supaya ia bukan sekadar lantikan politik tetapi benar-benar berdasarkan kepakaran. Berkenaan penggunaan teknologi, RUU membenarkan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh. Tetapi bagaimana kerajaan menjamin kerahsiaan maklumat dan kemudahan untuk rakyat B40 yang mungkin tiada peranti ataupun Internet yang tidak stabil? Hak kuasa pembelaan awam. Mengapa kes hukuman mati dikecualikan? Bukankah kes-kes yang melibatkan nyawa sepatutnya paling memerlukan pembelaan profesional? Adakah kerajaan bersedia menilai semula pengecualian ini? Sekurang-kurangnya untuk kanak-kanak dan OKU. Prinsip access to justice. Apakah langkah-langkah yang digariskan dalam rang undang-undang ini untuk memastikan prinsip access to justice benar-benar
dapat dilaksanakan dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang sosioekonomi? Kewajipan peguam kepada tertuduh. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan peruntukan baru, di mana setiap tertuduh dalam kes jenayah diwajibkan diwakili oleh seorang peguam sepertimana amalan di Amerika Syarikat, bagi memastikan keadilan tidak hanya terpakai kepada mereka yang mampu. Penutup, Tuan Yang di-Pertua. RUU ini adalah satu langkah bersejarah ke arah keadilan inklusif. Ia membuktikan Kerajaan MADANI serius memastikan keadilan bukan milik orang kaya sahaja tetapi hak setiap insan, hak setiap mereka yang miskin, OKU dan kanak-kanak warga Malaysia. Saya menyokong penuh RUU ini tetapi dalam masa yang sama, menyeru kerajaan menjawab persoalan-persoalan yang saya bangkitkan, demi memperluaskan dan memperkukuhkan pelaksanaan. Justice delayed is justice denied tapi justice denied kerana kemiskinan adalah ketidakadilan yang sangat besar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Seterusnya Pengkalan Chepa tak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Rasah pun tak ada dalam Dewan. Jadi saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Speaker, di atas peluang untuk Masjid Tanah sama- sama berbahas dalam isu Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan juga Pembelaan Awam 2025. Dan kita tahu bahawa hari ini, yang kita bahaskan ini adalah pengenalan kepada khidmat pembelaan awam dan ini diperkenalkan untuk mendapatkan perkhidmatan pembelaan awam, khusus bagi kes jenayah dan juga ini adalah merupakan satu inisiatif yang baik untuk memastikan ada akses keadilan buat mereka yang kena tuduh. Begitu juga dengan terdapatnya jawatan baru bagi jawatan Ketua Pembela Awam dan juga pegawai pembela awam yang akan diwujudkan secara rasmi oleh Yang Berhormat Menteri bagi mengendalikan perkhidmatan ini. Dan saya melihat bahawa ini adalah tepat pada masanya dan kita tengok sebelum ini banyak saja isu di luar sana dan apabila kita berada di pusat khidmat Parlimen, ramai yang datang ke Yang Berhormat Ahli Parlimen untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman dan apabila mereka cuba, apabila kita nasihatkan untuk mereka dapatkan bantuan
daripada JBG ini, dan antara masalah yang kita hadapi adalah mereka skop yang sangat terhad. Begitu juga dengan kes yang pada masa tersebut yang di — maksudnya kes yang agak padat oleh pihak JBG. Dan saya ingin membangkit tentang beberapa perkara. Yang pertamanya berkenaan dengan akses kepada keadilan mestilah ia nya kekal inklusif dan juga responsif. Hari ini kalau kita tengok, YBG ini akan diperkemaskan dan akan menggantikan YBGK apabila JBG ini menjalankan fungsi pembelaan awam dan fungsi YBGK ini akan terhenti apabila RUU ini dikuatkuasakan oleh Yang Berhormat Menteri. Hari ini kita tengok YBGK turun ke mahkamah setiap hari mengendalikan kes reman dan juga pertuduhan, termasuklah terdapat di kawasan-kawasan di dalam negara kita, yang mana kita boleh lihat reman dan juga pertuduhan dibuat di mahkamah yang berasingan. Ini berlaku dan Jabatan Bantuan Guaman pula hanya mengendalikan kes pertuduhan dan bukannya reman. Jadi, siapa yang akan membela individu miskin sekiranya mereka baru saja ditahan oleh polis? Kerana apa? Kini kita risau tanpa Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, ramai akan terperangkap di dalam lokap tanpa pembelaan, sekali gus ini akan meningkatkan kos kerajaan dalam isu penahanan. Dan yang keduanya, saya ingin mencadangkan penyelarasan semula iaitu saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk serap semula peguam YBGK di dalam panel Jabatan Bantuan Guaman jika kerajaan mahu menyusun semula sistem. Jadi, jangan dihapuskan secara total peranan yang dimainkan oleh YBGK ini. Sebaiknya seraplah peguam YBGK yang sedia ada ke dalam panel Jabatan Bantuan Guaman. Kerana mereka ini telah pun terlatih, mereka ini telah lama berkhidmat dan juga komited serta telah lama menjalankan kerja-kerja kebajikan ini sejak sekian lama.
Jadi, ini bukan soalnya mana-mana pihak tetapi tentang soal keberkesanan sistem keadilan di negara kita. Dan ketiganya, saya ingin bertanya tentang isu bajet dan juga ketelusan lantikan. Jadi, kalau dulu kita lihat bajetnya yang agak terhad dan juga pembayaran yang dibuat kepada YBGK ini juga agak lambat, pending. Peguam-peguam dah buat kerja, masih lagi belum dapat bayaran daripada pihak kerajaan. Jadi, saya yakin dan percaya akan datang juga, masalah bajet juga akan menjadi masalah utama.
Jadi kita akan tengok kerana kita perlu bayar lebih ramai panel peguam tetapi kita kena lihat juga pulangan sosialnya bagaimana. Lebih ramai rakyat yang terbela, lebih ramai peguam muda yang akan diberikan peluang serta kepercayaan terhadap sistem keadilan kita juga akan meningkat. Jadi, saya lihat kalau isu bajet ini dapat diatasi, saya yakin dan percaya apa juga yang dihasratkan di bawah Akta 26 ini akan dapat direalisasikan. Namun begitu Yang Berhormat Speaker, sistem kelayakannya haruslah dilihat, mestilah lebih ketat dan juga telus. Jadi, jangan sampai ada individu yang tidak sepatutnya tak layak tetapi mereka dapat dengan…
Masjid Tanah, tambah sikit. Boleh?
Boleh.
Nampaknya apa yang dikatakan oleh Masjid Tanah ini bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Bangi. Bangi mengatakan bahawa ada tambahan terhadap bajet YBGK ini — Yayasan Bantuan Guaman ini. Tapi hari ini dikatakan bahawa masih belum dibayar. Ada mana, di mana kesilapan tersebut? Terima kasih.
Saya tidak pasti sama ada yang sekarang ni bagaimana. Tapi sewaktu saya berada dalam kumpulan peguaman ini, ini antara isu yang dibangkitkan, pending pembayaran yang tidak dibayar kepada peguam. Jadi, saya harap isu bajet ini dapat diangkat dan juga ini juga sebenarnya menjadi peluang kepada peguam-peguam kecil, peguam-peguam muda yang baru nak berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam-peguam cara untuk menjadi landasan pertama mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan juga kepada –– kerana firma kecil ini sebenarnya bergantung kepada kes-kes bantuan guaman ini. Jadi, jangan abaikan mereka sebab kita nak sistem yang adil dan juga adil juga pada peguam yang lain. Jadi, kalau sistem ini dimansuhkan ataupun dikurangkan, siapa yang rugi? Peguam kecil juga pasti antara mereka yang terkesan. Itu saja daripada Masjid Tanah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit.
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dan saya mengucapkan sangat- sangat terima kasih kerana point-point yang dinyatakan itu memang menunjukkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat daripada dua-dua buah pihak memang mempunyai banyak kepekaan tentang isu bantuan guaman dan pembelaan awam. Yang mana saya tak sempat jawab, Puan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulislah. Sebab saya dimaklumkan, kita kena selesai sebelum pada tahap ini sebelum lepas 12 –– 2.30 akan ada rang undang-undang yang baru. Seramai 12 Ahli Yang Berhormat Jelutong, Besut, Selayang, Jerlun, Jempol, Tumpat, Bangi, Masjid Tanah, Pasir Gudang, Sri Gading, Pengkalan Chepa dan Rasah. Puan Sri Yang di-Pertua — eh Puan Sri pula, Puan Yang di-Pertua, penggubalan rang undang-undang ini amat signifikan kerana ia merupakan sebahagian daripada agenda reformasi institusi Kerajaan MADANI, khususnya dalam memperkukuh akses kepada keadilan, access to justice bagi semua rakyat. Akta Bantuan Guaman yang saya sebut dalam mukadimah saya tadi dalam bacaan kedua tadi ialah Akta 26 iaitu pada tahun 1971. Kalau kita tengok tahun 2025 dengan 1971 itu, kita boleh lihat lebih kurang, lebih daripada 35 tahun bahawa kita nak langkah ke hadapan ataupun lebih daripada 30 tahun untuk membawa kepada perubahan. Kita harus menerima bahawa skop di bawah Akta 26 terlampau terhad seperti yang saya sebut dan ia hanya meliputi…
Menteri, sekejap Menteri. Speaker ya. Ini nak penjelasan daripada — petua daripada Speaker lah. Peraturan Dewan 41(f) iaitu minta maaf Pengerang, pakaian Menteri. Apakah cara pakaian Menteri tersebut mengikut etika yang diluluskan oleh Dewan. Kerana 41(f) ini dikatakan bahawa ahli lelaki hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan, lounge suit. Ahli wanita hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan, sarung, blaus berlengan panjang atau skirt yang sekurang- sekurangnya paras lutut dan blaus berlengan panjang dan semua ahli boleh juga memakai pakaian istiadat atau apa sahaja pakaian lain, sebagaimana dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya nampak Pengerang pakai round neck. Apakah itu mengikut etika berpakaian Dewan? Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya rasa tak ada masalah.
Round neck saya ada kolar.
Ya.
Mungkin Yang Berhormat tak nampak, lepas ni saya tunjuklah.
[Dewan riuh]
Bahaya tu.
Bahaya? Okey saya pakai tudung, tak tahulah mungkin very pre-end, tengok round neck tak tahan ke.
[Dewan riuh]
wallahualam. Boleh Puan?
Silakan.
Boleh Yang Berhormat? Okey, sebenarnya saya — maaf terlupa saya pasal cerita round neck. Okey. Puan Yang di-Pertua, saya nak menyatakan bahawa rang undang- undang ini lebih pada 30 tahun eh. Dan dia mewujudkan format, yang mana pada dulu Akta 26 itu nasihat guaman, bantuan sivil, syariah tertentu dan jenayah kecil. Dan keadaan sekarang ini mewujudkan satu jurang keadilan, khususnya bagi golongan miskin dan kanak-kanak dan orang kurang upaya dan juga yang tertuduh, yang tidak mampu untuk mendapatkan peguam sendiri. Justeru itu, dengan rang undang-undang baru ini yang digubal, ia akan memodenkan kerangka undang-undang untuk meliputi bukan sahaja guaman sivil dan syariah, tapi juga pengantaraan dan pendampingan guaman dan buat pertama kalinya khidmat pembelaan awam iaitu public defender services. Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian ada banyak bercakap tentang isu YBGK. Saya rasa mungkin saya nak memainkan sedikit pengetahuan kepada semua dalam Dewan ini bahawa sebenarnya YBGK sepertimana Yang Berhormat Bangi bercakap itu memang betul. Ia bukanlah satu agensi, ia satu syarikat –– limited by satu syarikat. Syarikat yang ditubuhkan sebagai satu yayasan. Dan kalau kita tengok daripada fungsi yang dimainkan oleh YBGK ini, pengerusinya ialah selalunya yang ditetapkan dalam ahli lembaga ialah Peguam Negara. Dan Timbalan Pengerusinya adalah — Pengerusinya pada kali ini ialah Naib Pengerusinya adalah Presiden Majlis Peguam Malaysia. Kemudian juga diwakilkan ialah ahli lembaganya Dato’ KSP, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Ketua Pengarah BHEUU dan juga Ketua Pengarah Bantuan Guaman dalam YBGK,
termasuk juga wakil daripada Sabah, Sarawak dan ahli lembaga. Jadi, dalam rumusannya terdapat 10 orang dalam ahli lembaga YBGK. Jadi, yang mana Yang Berhormat kata tadi termasuk juga Masjid Tanah yang cakap tentang isu kewangan. Memang kalau kita tengok daripada senarai bantuan yang telah diberi oleh kerajaan daripada tahun 2011 bila YBGK diwujudkan, jumlah 2011 hingga tahun 2024 jumlah bantuan kewangan yang didapati oleh YBGK adalah RM100,524,400. Bermaknanya perbelanjaan cukup besar dan cukup banyak. Disebabkan YBGK adalah satu syarikat, YBGK juga tidak terikat kepada isu Laporan Audit. Sebab hanya melalui pentadbiran Kerajaan ataupun agensi jabatan kerajaan yang mana Ketua Audit Negara boleh terlibat dan walaupun sekarang ini ada pindaan pada Akta Audit, mereka boleh masuk. Tetapi daripada tahun 2011 hingga tahun 2024, itu maknanya yang mana banyak Yang Berhormat berkatakan bahawa adakah YBGK ini dengan adanya Jabatan Bantuan Guaman ini akan diketepikan? Tidak. Saya nak rujuk pada kenyataan daripada Majlis Peguam Malaysia. Di mana Majlis Peguam Malaysia memahami dan mengalu-alukan dengan wujudnya akta yang baru ini, Puan Yang di-Pertua. Kerana apa yang akta baru ini akan lakukan, ialah akta baru ini akan menaikkan tahap YBGK menjadi satu macam agensi kerajaan secara tidak langsung. Di mana di dalam tahap baru ini, YBGK akan mempunyai skop yang sama pelaksanaan tugasnya. Dan peguam-peguam yang kita pakai di bawah YBGK akan dipakai bersama. Sebab dalam negara kita Puan Yang di-Pertua, kita tak boleh ada pakai peguam lain, kecuali peguam yang diberikan sijil kepeguaman oleh Majlis Peguam Malaysia. Jadi, certification itu hanya satu lorong sahaja iaitu lorongnya apa yang disebut ialah lorong yang disebut Bar Council, di mana di peringkat negeri ia adalah Bar Committee. Jadi, YBGK akan –– apa yang disebut fungsi khidmat bantuan guaman oleh YBGK akan diambil alih oleh Jabatan Bantuan Guaman iaitu yang disebut sebagai Ketua Pembelaan Awam di bawah rang undang-undang ini. Dan kemudian, fungsinya bukan diambil secara automatik eh Puan Yang di- Pertua, sepertimana Yang Berhormat Masjid Tanah bercakap tentang isu kewangan. YBGK tak akan ditutup secara automatik tapi akan diselesaikan semua yang dihutang oleh kerajaan. Kalau kerajaan masih berhutang kepada peguam-peguam yang telah diberikan perkhidmatan di bawah YBGK, akan diselesaikan dulu.
Kemudian, dari segi pengoperasiannya, the operation of YBGK, yang mana dalam JBG ini, dia akan ditadbir oleh agensi kerajaan yang baru yang disebut Jabatan Bantuan Guaman yang ada memang sekarang di peringkat negeri-negeri. Kemudian, diikuti pula dengan apa yang disebut sebagai Pejabat Pembelaan Awam. Jadi, maknanya, di peringkat negeri, Jabatan Bantuan Guaman itu dia ada dualah, two in one― Pejabat Bantuan Guaman dengan Pejabat Pembelaan Awam. Jadi, kalau kita tengok, orang berkata bahawa kita menafikan hak pembelaan di segi jenayah, itu tidak betul. Sebab, dalam negara kita, kalau pun kerajaan memberi bantuan guaman di segi beberapa tafsiran, di segi jenayah pun, yang mana kita beri kepada kanak-kanak, memang secara automatik, orang kurang upaya pun secara automatik, kita tengok bahawa di bawah syarat-syarat peguam melalui sistem YBGK yang akan kita pakai di bawah pembelaan awam, peguam-peguam sama juga yang didaftarkan akan dipakai. Jadi, sudah tentu perbincangan banyak tentang isu membayar mereka sebagai peguam-peguam. Dan saya memang pasti, Puan Yang di-Pertua, Jabatan Bantuan Guaman yang ada sekarang, walaupun dia adanya pegawai-pegawai pembelaan awam, memang tidak akan mencukupi. Sebab, kita tahu bila kes berlaku di bawah kes jenayah, sebagai contoh, mereka memerlukan bantuan guaman, banyaknya state bar committee yang ada di bawah dengan legal aid center yang ada di bawah itu akan sentiasa merujuk kes-kes yang berlaku ― yang sedang berlaku dalam segi real-time. Itu sebabnya kalau kita tengok bagi akta ini, kita nak menentukan yang mana saya terima kasih kepada Bangi. Bangi mengatakan ia akan menjadi komitmen bagi mana-mana kerajaan selepas ini bahawa di negara Malaysia bukan sahaja kita memberi bantuan guaman, kita juga memberi pembelaan awam di aspek jenayah. Bantuan guaman, kalau kita tengok di segi akta ni, kita beri di segi sivil, syariah. Dan kalau kita tengok pada jadual, banding dengan Akta 26 dengan sekarang, jadualnya ada tambahan. Dulu, kalau kita tengok dalam kes sivil, kita hanya ada 23, tapi saya percaya dalam jadual yang kita ada, kita tambah lagi satu iaitu prosiding mahkamah sivil. Dulu, sampai 23. Sekarang, kita tambah iaitu 24 semakan kehakiman atas rayuan ke atas satu keputusan yang dibuat berhubung dengan undang-undang perburuhan dan perhubungan industri yang menamakan pekerja sebagai responden oleh majikan dan bekas majikannya dalam tindakan guaman. Maknanya, di sini kita tambah pada satu.
Dan kalau kita tengok di segi syariah pula, jadual syariah itu, saya pun nak sebut tentang perkara baru yang dipanggil dom, tuntutan dom. Tuntutan dom itu ― mana Yang Berhormat sebelah sana mesti tahu. Maknanya, mana-mana pihak yang bersama mempunyai harta kebawaan. Maknanya, dengan izin, membawa harta itu sekali. Maknanya, contohnya macam SUDR kan, dia baru bernikah tahun lepas, jadi semua harta dia dengan harta isteri baru dia dilihat sebagai harta dom. Sebab, harta sepencarian itu bila dia sekarang lepas dia nikah, semua yang dia cari itu harta sepencarian. Selepas dia nikah. Jadi, sebelum. Kereta dia, rumah dia, ASN dia, ASB dia, itu dilihat sebagai harta dom. Jadi, dari segi syariah itu, kita tambah. Tetapi, yang begitu menarik dalam rang undang-undang ini, Puan Yang di- Pertua, ialah aspek memberikan bantuan pendampingan pada kes kanak-kanak, yang mana banyak Yang Berhormat ada tanya tentang isu kanak-kanak itu dalam kes-kes buli. Saya memang melihat bahawa dengan kemungkinan, insya-Allah, kalau kerajaan mewujudkan satu akta anti buli, yang mana kemungkinan ― katakan, contohnya kes-kes di bawah 18 tahun atau kanak-kanak yang terlibat dalam kes ini, saya cukup yakin bahawa pendampingan kanak-kanak dan juga bantuan guaman ini akan banyak dipakai, sebab dia tidak mengatakan bahawa membezakan antara bawah 18 dengan atas 18. Jadi, di sini saya juga nak menyatakan bahawa bila kita tengok, saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada YBGK, terutama sekali Majlis Peguam Malaysia sebab daripada tahun 2011, banyak mengendalikan kes-kes membantu masyarakat yang berhadapan dengan kes-kes jenayah dalam negara kita. Jadi, inilah kesinambungan yang nak diperluaskan dengan adanya akta ini. Dan saya juga ingin menyatakan bahawa yang sangat baru dalam akta ini ialah penerimaan secara elektronik, online. Dan kalau kita tengok dalam bab untuk memberikan, apa yang disebut sebagai bukan hanya bantuan guaman tetapi nasihat guaman, nasihat guaman itu dalam Bab 2 disebut sebagai legal advice. Saya sebut pada Bab 2. Kalau kita tengok kepada legal advice ini, kadang-kadang dia tak nak pergi ke mahkamah tetapi dia nak tanya legal question, dan kita boleh bagi secara elektronik. Dan ini, bagi saya, sangat-sangat penting sebab kita menerima persepsi bahawa kecanggihan teknologi perlu juga menjadi satu penekanan. Dan kita tak nak situasi yang mana selalunya dalam kes-kes yang berlaku untuk bantuan guaman, dahlah mereka tak mampu nak dapat peguam, mereka juga tak mampu nak pergi jumpa peguam pun, kekadang tak mampu. Dia nak pergi, dia
nak pergi naik bas ke, dia naik kereta api ke, dia nak tumpang orang ke, dia nak sampai, kemudian tunggu di pejabat memakan masa yang lama. Sekurang- kurangnya dalam perkara ini, kita tahu bahawa mereka juga boleh menggunakan servis ini yang mana, bagi saya, sesuatu yang baik bagi rakyat. Inilah sebenarnya pendekatan yang nak dibuat oleh kerajaan pada hari ini iaitu Kerajaan MADANI menentukan bahawa mereka-mereka yang perlu mendapat khidmat nasihat sama ada...
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit.
Sila.
Kalau tadi Yang Berhormat menyebut tentang keperluan ataupun kesukaran orang untuk mendapatkan khidmat guaman. Dalam kes tertentu, adakah dibolehkan panel peguam yang disetujui oleh JBG untuk mewakili seseorang itu, dia sendiri bertindak untuk turun ke lapangan berjumpa, memberi khidmat nasihat secara fizikal berbanding dengan elektronik yang dicadangkan tadi? Ini bukan turun mencari kes, tapi telah pun dikenal pasti untuk mendapat khidmat. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang sudah tentulah. Sebab, kalau dia nak jumpa peguam, mungkin dikatakan definisi legal aid services, legal advice, mendapat legal aid service in syariah proceeding, civil proceeding, kemudian dengan dikatakan pendampingan kanak- kanak, memanglah kalau kita tengok di sini bercakap tentang seorang peguam. Maknanya, peguam ini memang peguam, kategori dia peguam, tetapi dia dibayar oleh kerajaan. Itu je beza dia. Sudah tentu kerajaan tak akan bayar lebih tinggi daripada swastalah. Tapi, macam mana Yang Berhormat di sebelah sana, juga sebelah sini yang memang pernah menjadi peguam ataupun masih menjadi peguam, mungkinnya Yang Berhormat Besut, mungkin charging dia satu jam mungkin RM1,000, saya tak tahu, sebab dia sangat pengalaman sebagai hakim, mantan hakim mahkamah sesyen, sebagai contoh. Tapi, yang beza sekarang ialah kerajaan yang bayar. Tapi, walaupun kerajaan bayar ― yang saya baca tadi untuk YBGK. Cuba Puan-puan ― Yang Berhormat sekalian dan juga Puan Yang di-Pertua ya, kalaulah daripada 2011 sampai 2024, fees yang dibayar kepada proxy yang YBGK, RM100 lebih juta. Maknanya, cuba Yang Berhormat bayangkan, berapa agaknya kalau kita kiralah berapa Ringgit sekalipun charging, memang ― walaupun
pada tahap yang tak mahal, memang banyak kes yang telah dilaksanakan oleh pihak YBGK, sebagai contoh. Dan ini akan diambil alih oleh pihak kerajaan. Dan yang lebih, apa yang disebut sebagai satu, apa ni, bukan kata jaminan tetapi yang dilihat sebagai satu benda yang sangat-sangat positif dan progresif, kerajaan bila dia lantik peguam itu, dia tak boleh hutang. Takkanlah kerajaan nak hutang? Kalau dalam kes YBGK, walaupun dia tak hutang, dia bayar, tapi makan masa lama. Peguam, saya tahu, ramai peguam di sana akan kata mereka kena tunggu. Tapi, di sini, syarat dia, dia kena bayar. Dan dia tak boleh lari. Jadi, beza dia ialah kita dah negotiate-kan harga, fees yang perlu dibayar ataupun kepada peguam yang menjalankan. Tetapi, yang lebih penting Puan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan, dengan ada akta ini, kita nak memberikan kefahaman kepada rakyat bahawa kalau kita ada hospital kerajaan, sekurang-kurangnya rakyat adalah peguam kerajaan untuk mewakili rakyat. Tetapi, dalam kes yang saya nak sebut di sini untuk pembelaan awam itu, kalau kita perhati dalam fasal ini, dia tak semestinya datang daripada judicial legal service daripada pihak kerajaan. Dia boleh datang daripada pihak swasta yang bekerja sebagai pembela awam, yang mana kerja tetap sebagai pembela awam di bawah jabatan. Tetapi, peguam-peguam seterusnya yang akan diambil itu boleh juga diambil daripada kewujudan peguam-peguam yang di bawah senarai YBGK. Jadi, di sini saya ingin menyatakan bagi pihak kerajaan, kita melihatkan bahawa means test itu, yang mana Yang Berhormat tanya itu, sebenarnya means test itu memang sesuatu yang kita guna pakai dalam Akta 26 dulu juga dan juga dalam akta ini. Dan, buat masa ini, nilai ambang yang ditetapkan ialah pendapatan tahunan permohonan hendaklah tidak melebihi RM50,000 setahun. Ada juga Yang Berhormat tanya tentang kuasa Menteri. Kuasa Menteri ini terlampau kuat sangat dan sebenarnya kuasa menggubal peraturan dalam banyak rang undang-undang, undang-undang atau akta dalam negara kita, amalan seragamnya, penentuan kemampuan berdasarkan pada jenis pendapatan, perbelanjaan dan semua peraturan memang terletak pada Menteri. Yang sangat penting, Puan Yang di-Pertua, bila Menteri yang tetapkan, Menteri dia boleh dipanggil ke Parlimen untuk menjawab soalan. Kalau tidak, kita berhadapan dengan situasi yang mana, bila sekarang ini Ketua Pengarah ke, Ketua Pengarah, kalau fi ― Menteri, hanya Menteri boleh menjawab bagi pihak. Tetapi, sekarang, Menteri yang bertanggungjawab. Jadi dalam 27 fasal yang — ada 27
perkara yang disenaraikan mana kuasa Menteri, Menteri kena bertanggungjawab untuk menjawab tentang isu-isu yang telah disenaraikan di bawah rang undang- undang ini.
Jadi kesimpulannya, Puan Yang di-Pertua, penggubalan rang undang- undang ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem perundangan, memastikan akses pada keadilan dinikmati oleh semua rakyat, khususnya golongan miskin, kanak-kanak...
Yang Berhormat Menteri.
...Orang kurang upaya.
Bagi YB Menteri? Boleh tak, sikit je?
Lima minit je sebab...
Saya cuma mungkin — saya ada tanya soalan ini tentang jumlah dana yang diberikan kepada YBGK tapi mungkin ada peluang ini mungkin YB Menteri boleh maklumkan setakat ini untuk tahun 2023, 2024 dan 2025, berapa jumlah yang diberikan oleh kerajaan kepada YBGK?
Sekejap eh. Saya ada senarai. Pada 2022, 2023?
2023 sehingga 2025.
2023, RM12,439,200. 2024, RM21,500,000. 2025 belum habis tahun lagi, saya tak dapat selesai...
Terima kasih.
Bila rang undang-undang ini dilepaskan? Mungkin kita akan tengok dia punya shift ataupun absorption, dengan izin Puan Yang di-Pertua. Jadi, kesimpulannya kepada semua Yang Berhormat, kalau saya tak dapat jawab secara teknikal, pandangan dan nasihat Yang Berhormat akan saya terima dan juga input-input dan semua yang saya tak dapat jawab, ke saya terlepas untuk jawab, saya akan memberi jawapan secara bertulis dalam masa kurang daripada lima hari seperti diarahkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih dan saya berharap kita semua akan beri sokongan kepada rang undang-undang, akan memberikan definisi dan persepsi baru kepada apa yang disebut sebagai pembelaan awam dan juga kepada apa ni yang disebut sebagai nasihat guaman dan juga bantuan guaman kepada
rakyat Malaysia. Dengan itu, saya mengucapkan sekali lagi sokongan. Terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 83 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.15 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Baik Ahli Yang Berhormat, pada 26 dan 27 Ogos 2025, iaitu esok dan lusa, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan akan diberi ruang untuk membuat penerangan mengenai penyata-penyata Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memberikan pendedahan dan liputan luas kepada rakyat, berkenaan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan dalam
membincangkan isu-isu semasa. Penerangan penyata oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan ini dilaksanakan melalui Peraturan Mesyuarat 14(1)(ia) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Setiap penerangan Pengerusi diberi masa tujuh minit dan empat orang pembahas yang terdiri daripada dua ahli kerajaan dan dua ahli pembangkang. Setiap pembahas diberi masa tiga minit dan kemudian pengerusi akan menjawab selama lima minit. Untuk itu, saya mohon keperluan wakil daripada kementerian iaitu Menteri atau Timbalan Menteri atau pegawai kanan untuk berada dalam Dewan semasa penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dibuat dalam Dewan ini. Ini bagi menunjukkan kepekaan daripada pihak kementerian terhadap isu-isu yang dibangkitkan semasa penerangan tersebut. Ini respons kepada permohonan-permohonan Yang Berhormat juga supaya apabila Pengerusi memberikan penerangan berkenaan satu laporan yang telah pun disediakan oleh Jawatankuasa, supaya pihak kerajaan respons kepada apa yang telah pun dibentangkan. Silakan SU.
Speaker, sebelum itu sedikit boleh Speaker. Sebelum itu Speaker?
Ya.
Boleh ke dalam Jawatankuasa Pilihan Khas pembentangan itu digulung oleh daripada kementerian? Makna, kita bagi kementerian untuk menggulung apa yang kita telah bahaskan di Parlimen semasa pembentangan Jawatankuasa Pilihan Khas itu.
Baik — ya, saya akan berhubung dengan kementerian sebab ini ialah kali pertama amalan itu kita lakukan. Maknanya ini saya akan bincang. Saya kira masa dan itu bersesuaian, kita akan — namun begitu, pandangan Yang Berhormat itu saya ambil kira, insya-Allah. Baik, saya jemput Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi. Silakan.
Rang Undang-Undang — PERLESENAN TENAGA ATOM (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon mengemukakan rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Salam sejahtera dan selamat petang, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang. Rang Undang- undang ini bertujuan meminda Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 atau lebih dikenali sebagai Akta 304 bagi memperkukuh dan menambah baik kerangka perundangan negara dalam mengawal selia aktiviti tenaga atom. Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penglibatan Malaysia dalam tenaga atom bermula sejak 1960-an, dengan penggubalan Akta Benda-Benda Radioaktif 1968 yang pada ketika itu tertumpu pada penggunaan isotop dan sinaran dalam bidang penyelidikan serta perubatan. Pada 15 Januari 1969, Malaysia telah menyertai International Atomic Energy Agency (IAEA) sebagai negara anggota ke-101. Keanggotaan ini membuka laluan kepada pembangunan teknologi nuklear dalam pelbagai bidang, melangkaui aspek perubatan semata-mata. Bagi menampung perkembangan ini, Akta 304 telah digubal pada tahun 1984 untuk menggantikan akta terdahulu sebagai satu kerangka kawal selia yang lebih menyeluruh. Namun, setelah lebih 40 tahun berkuasa, berkuat kuasa, akta ini masih belum dipinda walaupun cabaran baharu telah timbul, seiring dengan perubahan teknologi dan piawaian antarabangsa. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah mengenal pasti keperluan menambah baik Akta 304 melalui kajian menyeluruh. Pindaan ini bertujuan memperluaskan skop kawal selia daripada aspek keselamatan (safety) dengan izin, sahaja kepada juga merangkumi aspek security dan kawal guna ataupun safeguard, dengan izin, atau lebih dikenali sebagai 3S. Langkah ini akan memastikan perundangan Malaysia lebih komprehensif selaras dengan piawaian serta amalan terbaik antarabangsa. Tan Sri Yang di-Pertua, antara pindaan penting yang dibawa melalui rang undang-undang ini adalah pertama, penyusunan institusi kawal selia. Kuasa perlesenan dan penguatkuasaan akan diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Atom ataupun Atom Malaysia, manakala Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) akan
dinamakan semula sebagai Majlis Penasihat Tenaga Atom, dengan fungsi yang lebih berfokus untuk menasihati kerajaan dalam perkara dasar dan strategik. Kedua, penubuhan Kumpulan Wang Sisa Radioaktif. Tabung Khas akan ditubuhkan khusus untuk mengurus kutipan ses daripada industri bagi pengendalian sisa radioaktif serta mengurangkan beban kerajaan. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban pihak industri dalam aspek pengurusan sisa radioaktif. Ketiga, pengukuhan aspek 3S, termasuk pelan kesiapsiagaan kecemasan, kawalan eksport dan import serta larangan terhadap pembangunan atau penggunaan senjata nuklear. Keempat, liabiliti dan perlindungan awam. Pengenalan peruntukan baharu mengenai penyahtauliahan, jaminan kewangan, had liabiliti insiden nuklear serta pelindungan pekerja orang awam dan alam sekitar. Selaras dengan perluasan skop ini, Akta 304 yang sebelum ini dinamakan sebagai Akta Perlesenan Tenaga Atom akan ditukar namanya kepada Akta Tenaga Atom bagi menggambarkan skopnya yang lebih meluas. Tan Sri Yang di-Pertua, huraian penuh fasal demi fasal telah terkandung dalam naskhah biru yang telah dibacakan kali pertama pada 21 Ogos 2025. Oleh itu, izinkan saya untuk meringkaskan pindaan-pindaan ini mengikut bahagian selanjutnya. Dimulai dengan pindaan Akta 304 melibatkan struktur kerangka perundangan dan institusi kawal selia.
Antaranya ialah pindaan kepada tafsiran istilah-istilah dalam seksyen 2 serta pemansuhan sepenuhnya Bahagian II berhubung Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Sebagai gantinya, diperkenalkan Bahagian IIA yang baharu dengan memperkenal peruntukan baharu seksyen 2A hingga 2D untuk menubuhkan Majlis Penasihat Tenaga Atom dengan fungsi yang jelas dan lebih berfokus. Peruntukan baharu lain termasuk seksyen 1A dan 1B. 1A hingga 1B mengenai pemakaian akta ini ke atas Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dan pemakaian luar wilayah. Pindaan juga memberi tumpuan kepada perlesenan, kawalan dan keselamatan nuklear. Antara pindaan penting ialah ke atas seksyen 12 hingga 16 yang mengukuhkan syarat lesen, memperuntukkan kuasa memberikan tempoh sah lesen yang boleh menjangkau sehingga 40 tahun serta mewujudkan mekanisme rujukan kepada Majlis Penasihat.
Turut diperkenalkan seksyen baharu 12A mengenai permit import-eksport, seksyen 16A tentang permohonan permit serta seksyen 17A mengenai syarat permit. Pindaan juga melibatkan keperluan tambahan meliputi seksyen 18 jaminan kewangan, seksyen baharu 18A hingga 18B. Turut ditambah baik adalah pindaan kepada seksyen 20 hingga 21 mengenai penyata milikan dan kawalan dan peruntukan baharu seksyen 21A tentang pelan kecemasan. Aspek pengurusan sisa radioaktif di bawah seksyen 26 hingga 28 turut diperkasakan dengan memperkenalkan peruntukan baharu seksyen 26A hingga 28D, 27A hingga 27B dan seksyen 28A hingga 28D berhubung larangan import sisa serta penubuhan Kumpulan Wang Sisa Radioaktif. Akhir sekali, pindaan utama juga dibuat melibatkan kuasa penguatkuasaan, penalti dan liabiliti. Antara yang dipinda ialah seksyen 32 dengan perwujudan lembaga rayuan melalui seksyen baharu 32A hingga 32B serta pengukuhan kuasa siasatan dalam seksyen 33 hingga 36 dan seksyen baharu 34A hingga 34B, 35A, 36A. Penalti turut ditingkatkan melalui pindaan seksyen 39 hingga 40 dan diperkenalkan mekanisme kompaun kesalahan (seksyen 40A). Hukuman penalti am dinaikkan daripada denda RM100,000 kepada RM500,000 iaitu pindaan seksyen 40. Kesalahan keselamatan nuklear diperluas melalui Bahagian VIIIA (seksyen 41A hingga 41J). Di bawah liabiliti nuklear, pindaan penting termasuk seksyen 55 hingga 63 mengenai pengendali pepasangan, insiden nuklear dan had liabiliti minimum RM12 juta. Turut ditambah kuasa baharu seperti seksyen 67A tentang kuasa memberikan arahan bertulis, seksyen 68A mengenai kuasa pindaan jadual dan seksyen 69A hingga 69B berhubung notis pendedahan maklumat serta perlindungan undang-undang. Secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini menyentuh perkara- perkara utama seperti yang berikut: (i) peluasan takrif dan kuasa kawal selia; (ii) penamaan semula LPTA kepada Majlis Penasihat; (iii) pengenalan permit import dan eksport bahan nuklear; (iv) pengurusan sisa radioaktif melalui lesen dan tabung khusus bagi kutipan ses; (v) pelan kesiapsiagaan kecemasan;
(vi) penekanan liabiliti penyahtauliahan dan kawalan penggunaan bahan nuklear; dan (vii) peruntukan lebih tegas terhadap kesalahan sekuriti dan ancaman keselamatan. Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, pindaan Akta 304 ini akan memperkukuh kawal selia tenaga atom di Malaysia dengan pendekatan yang lebih menyeluruh, moden dan selaras dengan piawaian antarabangsa. Melalui rang undang-undang ini, kerajaan beriltizam memastikan aspek keselamatan, sekuriti dan kawal guna sentiasa terjamin demi melindungi rakyat, alam sekitar dan kepentingan negara. Oleh itu, saya menyeru sokongan penuh daripada semua Ahli Yang Berhormat supaya rang undang-undang ini dapat diluluskan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik. Ada siapa yang menyokong?
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menerima 14 nama dan saya akan bacakan nama-nama Yang Berhormat yang akan berucap dan setiap Yang Berhormat akan diberikan lima minit. Bermula dengan Yang Berhormat Batu Pahat, diikuti dengan Kuala Terengganu, Shah Alam, Machang, Bukit Bendera, Kubang Kerian, Tuaran, Padang Rengas, Bakri, Sabak Bernam, Sungai Siput, Jerantut, Ipoh Timor dan Padang Besar. Untuk itu saya jemput Batu Pahat, lima minit dari sekarang. Silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Batu Pahat bangun hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] yang dibentangkan. Pindaan ini adalah langkah penting ke arah memastikan kawal selia tenaga atom di negara kita menjadi lebih efektif, telus dan selaras dengan piawaian antarabangsa, terutamanya dalam aspek keselamatan awam dan penerimaan alam sekitar. Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali, pindaan bagi memperkasakan punca kuasa kompaun adalah sangat dialu-alukan. Dengan adanya kuasa ini, pihak
berkuasa boleh mengenakan tindakan serta-merta terhadap pelanggaran peraturan tanpa perlu melalui proses pendakwaan yang panjang. Ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, malah mampu memberikan kesan pencegahan yang lebih berkesan kepada pelesen serta pihak berkepentingan. Soalannya, selain dari Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Atom dan anggotanya, siapakah yang lebih — siapakah lagi yang diberi kuasa untuk tujuan ini berdasarkan Akta 304? Kedua, saya menyokong cadangan ini untuk menetapkan penalti berdasarkan kos tanggungan akibat dan liabiliti semasa. Dalam sektor tenaga atom, sebarang kecuaian atau pelanggaran undang-undang boleh membawa kesan besar kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Maka adalah wajar pihak yang bertanggungjawab menanggung kos pemulihan, pembaikan serta pampasan kepada mangsa atau komuniti yang terjejas. Ini juga akan menanamkan rasa tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan pelesen. Tan Sri Yang di-Pertua, soalannya juga, apakah yang akan berlaku jika pesalah mengabaikan kompaun tersebut atau mengulangi kesalahan tersebut kerana menganggap kompaun itu tersebut terlalu kecil? Bagaimana pula jika pesalah mencabar kesahihan kompaun tersebut di mahkamah? Ketiga, pindaan yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk melupuskan barangan yang disita adalah satu langkah yang sangat praktikal. Dalam banyak kes, barangan yang disita mengandungi bahan radioaktif atau bahan berbahaya lain yang boleh mendatangkan risiko jika tidak dikendalikan dengan betul. Dengan kuasa pelupusan ini, pihak berkuasa boleh mengurus barangan tersebut dengan cara yang selamat dan terkawal dan mengelakkan risiko kepada orang awam. Oleh itu, Batu Pahat ingin mencadangkan dalam kes melupuskan barangan yang disita tetapi memerlukan kos yang tinggi, maka pihak pesalah perlu menanggung keseluruhan kos pelupusan tersebut. Tan Sri Yang di-Pertua, sungguhpun begitu, masih ramai sering bimbang terhadap risiko kebocoran radiasi, kesan kesihatan jangka panjang, keselamatan loji, pengurusan sisa radioaktif serta kemungkinan pencemaran alam sekitar akibat kegagalan sistem atau kecuaian dalam pengendalian bahan radioaktif. Kebakaran di Putra Heights pada hari raya yang lepas sangat memberi kesan psikologi kepada rakyat.
Ingin dinyatakan di sini, banyak negara maju telah membuktikan bahawa dengan kawal selia yang ketat dan teknologi yang moden, tenaga atom boleh dimanfaatkan dengan selamat dan berkesan. Sebagai contoh, Perancis. Negara Perancis menjana lebih 70 peratus dari bekalan elektriknya melalui tenaga nuklear, menjadikan antara negara paling berjaya dengan penggunaan tenaga atom secara lestari. Negara ini mengekalkan rekod keselamatan yang tinggi dengan pematuhan berterusan dan sistem perlindungan radiasi yang mantap. Begitu juga Korea Selatan dan Kanada yang mengendalikan loji nuklear dengan piawaian antarabangsa serta pelan pengurusan sisa radioaktif yang cekap. Ini membuktikan bahawa tenaga atom bukan sahaja selamat, malah memberi manfaat besar kepada negara jika dikendalikan secara profesional dan bertanggungjawab. Tan Sri Yang di-Pertua, di sini juga Batu Pahat ingin mencadangkan tentang pertambahan ahli Lembaga Atom Malaysia dari lima orang kepada tujuh orang. Penambahan ini amat perlu kepada industri yang telah berkembang secara lebih rencam. Ia perlu mengukuhkan kepelbagaian kepakaran dari sudut keselamatan nuklear, undang-undang alam sekitar, kesihatan awam, pengurusan risiko, pemain industri tenaga atom serta mempastikan tadbir urus yang lebih baik. Penambahan ini bukan semata-mata soal bilangan tapi soal nilai. Dengan tujuh ahli lembaga yang tepat, Atom Malaysia akan menjadi lebih mantap, telus, bersedia menangani cabaran teknologi dan keselamatan tenaga atom masa hadapan. Tan Sri Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin menyokong.
Baik. Terima kasih, Batu Pahat. Sekarang saya jemput Kuala Terengganu.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuala Terengganu untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang ini amat penting di dalam memacu pertumbuhan di dalam industri berkaitan tenaga dan utiliti, industri mineral, perubatan dan kesihatan, pertanian dan makanan dan keselamatan dalam negeri yang sangat penting dan berimpak tinggi kepada negara. Justeru, saya ingin
mengangkat beberapa perkara kritikal yang memerlukan penjelasan lanjut daripada pihak kerajaan. Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang ini menekankan keperluan pematuhan kepada piawaian Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Ini adalah langkah positif kerana ia menunjukkan keseriusan di dalam memastikan kawal selia nuklear setara dengan standard antarabangsa. Namun, hakikatnya, Malaysia masih belum menandatangani dan meratifikasi beberapa protokol antarabangsa seperti Convention on Nuclear Safety dan protokol additional to safeguard agreements. Juga penting untuk mengelakkan prasangka antarabangsa yang boleh menekan Malaysia sekiranya kita tidak meratifikasi protokol-protokol antarabangsa. Persoalannya, adakah Malaysia sememangnya compliance ready atau masih ada jurang pematuhan? Selepas RUU ini diluluskan, adakah kerajaan mempunyai garis masa yang jelas, bilakah semua protokol tersebut akan diratifikasi? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan penyelidikan pengekstrakan torium daripada pekatan lantanid dan residue water leach purification yang dijalankan oleh UKM, UTM dan UMPSA. Laporan menunjukkan bahawa UKM telah berjaya menurunkan tahap keradioaktifan sisa tersebut ke bawah 0.5 becquerel per gram iaitu di luar had kawalan akta ini. Hal ini menimbulkan persoalan, apakah apabila teknologi berjaya menurunkan paras keradioaktifan sesuatu bahan, adakah ia bermakna bahan tersebut tidak lagi dikawal selia di bawah akta ini? Dan apakah mekanisme baru dalam RUU ini bagi memastikan keselamatan tetap dipantau walaupun bahan tersebut tidak lagi berada di bawah kawalan undang-undang? Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan penambahan lesen, tempoh lesen kerana undang-undang sedia ada yang memperuntukkan maksimum tiga tahun adalah tidak sesuai bagi pelaburan dalam sektor yang melibatkan perlesenan oleh Jabatan Atom, terutamanya yang melibatkan pelaburan yang besar. Ia menyebabkan para pelabur ragu-ragu untuk melakukan pelaburan yang besar. Lebih-lebih lagi kerajaan mengumumkan hasrat untuk meneroka tenaga nuklear yang bersih dan selamat di masa akan datang. Kami di Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan juga telah meneliti keperluan ini dan memasukkan syor di dalam penyata JKP berhubung nadir bumi supaya tempoh lesen dipanjangkan sehingga 15 tahun. Walaupun bagaimanapun, RUU ini meletakkan tempoh lesen sehingga maksimum 40 tahun, yang saya difahamkan antara lain ia berkaitan dengan tempoh hayat sesuatu reaktor atom nuklear sekitar 40 tahun. Malaysia cuma ada satu reaktor pendidikan, TRIGA
PUSPATI, yang beroperasi sejak tahun 1982 di Bangi. Yang ini pun telah berusia 43 tahun. Teknologi sentiasa berubah dengan pelbagai kemajuan dibuat berkaitan tahap keselamatan. Pengurusan sisa radioaktif jenis bahan api nuklear termasuk torium yang banyak diperkatakan ― teknologi reaktor bersaiz kecil, small modular reactors. Kerajaan perlu memastikan kawalan berterusan terhadap aktiviti pihak yang dilesenkan yang sehingga 40 tahun ini. Sebarang perkembangan dalam teknologi, insiden-insiden semasa yang berlaku, yang memerlukan kepada penambahbaikan syarat, kerajaan tidak boleh terhalang daripada melakukan sebarang penambahbaikan di dalam 40 tahun syarikat yang berkenaan telah dilesenkan dan kerajaan perlu berupaya melaksanakan kawalan yang berkenaan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan tentang inisiatif pengurusan sisa radioaktif. Saya berpandangan peratusan tertentu perlu dikenakan kepada pemegang lesen untuk mencarum di dalam sebarang kumpulan wang amanah pengurusan sisa radioaktif sebagai komitmen untuk menangani sebarang keperluan yang sudah dijangka, mahupun tidak dijangka terhadap sebarang risiko pengurusan sisa berkenaan. Saya cadangkan ia bukan sebahagian daripada syarat lesen tetapi yang tertakluk kepada bawah budi bicara tetapi diletakkan sebagai sebahagian daripada rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan langkah kerajaan di dalam menyambung tempoh lesen Lynas tempoh hari, mengenakan syarat tertentu untuk mencarum di dalam dana penyelidikan yang dikenakan kepada Lynas sebagai syarat penyambungan lesen. Namun, saya, saya dapati dengan pelbagai kajian yang dilakukan, tempoh masa contohnya torium, mengambil masa yang sangat panjang. Dan saya yakin ia berkaitan dengan kemampuan kerajaan menyediakan dana secukupnya. Saya rasa dengan cara yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenakan syarat caruman tertentu boleh membantu kerajaan mempunyai dana secukupnya untuk mempercepatkan kajian. Sebab, kita tidak mampu tunggu 10 hingga 20 tahun lagi baru kita boleh mengusahakan apa ni, teknologi yang kita ada dan sumber yang kita ada. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, saya ingin menyeru supaya kerajaan meningkatkan komunikasi kepada rakyat awam berhubung dengan perkara ini. Saya dapati dalam contohnya Lynas, oleh kerana kan oleh kurang kefahaman di peringkat rakyat walaupun disediakan dengan pelbagai fakta-fakta yang jelas, rakyat
mempunyai psikologi tertentu berkaitan dengan nuklear, yang saya rasa proses ini memerlukan kepada pendidikan dan kefahaman yang bermula daripada peringkat usia muda lagi. Semoga dengan cara itu, kita dapat mempersiapkan rakyat kita untuk menjadi rakyat yang bersedia untuk berkembang maju, berteknologi tinggi di masa akan datang. Saya mohon menyokong, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Shah Alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Shah Alam bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bekalan Atom (Pindaan) 2025. RUU ini amat penting kerana ia memperkukuh asas undang-undang negara dalam mengawal selia penggunaan tenaga atom dan teknologi nuklear, bukan sahaja untuk keselamatan tetapi juga untuk pembangunan negara kita. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 ataupun Akta 304 sudah 40 tahun berkuat kuasa. Banyak perkara sudah tidak relevan, terutama dari segi teknologi, keselamatan dan juga kawalan. Dalam dunia yang semakin moden dan kompleks, undang-undang yang dikira lapuk ini boleh sahaja menjadi titik kelemahan kepada sesebuah negara. Oleh kerana itulah, RUU Tenaga Atom ini bukan sekadar pindaan teknikal tetapi pada saya, ia merupakan suatu reformasi institusi yang sangat menyeluruh, terutama kerana terdapat beberapa perkara yang penting di dalamnya seperti penubuhan Majlis Penasihat yang meningkatkan elemen semak imbang, perluasan skop kawal selia kepada aspek keselamatan, sekuriti dan juga kawal gunaan serta pelaksanaan pelan komunikasi bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkembangan tenaga atom ini.
Ini memperkukuh sistem check dan balance, memastikan Malaysia terus selari dengan piawaian antarabangsa, khususnya IAEA iaitu International Atomic Energy Agency. Yang pentingnya Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat mesti diyakinkan bahawa apa juga penggunaan teknologi atom di negara ini, ia mesti berada di bawah kawal selia yang ketat, telus dan bertanggungjawab. Ia bukan sekadar safety, keselamatan, tetapi juga sekuriti dan juga kawalan.
Apa bezanya, akta lama lebih fokus kepada keselamatan fizikal seperti kebocoran radiasi, tetapi sekarang ini dunia sudah berubah, ancaman keselamatan merangkumi isu seperti penyeludupan bahan radioaktif. Kita kaya dengan bahan- bahan mineral-mineral radioaktif ini. Barangan dwiguna boleh jadi bahan untuk keamanan, tetapi juga boleh menjadi bahan untuk membuat senjata, sabotaj ataupun pengganas nuklear. Oleh kerana itulah Shah Alam sangat menyokong tentang pindaan reformasi yang diwujudkan dalam pindaan tahun 2025 ini. Tan Sri Yang di-Pertua, kenapa kita harus peduli dengan pindaan ini, yang pertamanya kerana kita tidak ada loji nuklear, tetapi industri kita banyak menggunakan bahan radioaktif. Contohnya, dalam bidang perubatan, pembinaan, minyak dan gas. Tanpa undang-undang yang kukuh, Malaysia boleh dikenakan sekatan antarabangsa jika berlaku kebocoran atau kesalahan penggunaan bahan yang berbahaya. Seterusnya berkenaan dengan tempoh lesen. Saya amat memahami tujuan pelanjutan ataupun peningkatan tempoh lesen ini daripada tiga tahun kepada 40 tahun. Sudah tentulah kerana kita sedang menuju ke arah teknologi nuklear yang bermodalkan industri yang besar, melibatkan pelaburan ratusan juta hingga bilion Ringgit dengan tempoh pembinaan yang beroperasi panjang. Namun, teknologi nuklear juga semakin berkembang daripada loji-loji yang besar kepada loji modular yang lebih kecil. Jadi saya ingin bertanya, adakah, apakah kewajaran 40 tahun tersebut? Adakah dengan perkembangan teknologi yang semakin moden, dengan teknologi nuklear yang boleh dikecilkan skopnya, adakah ia masih memerlukan kepada tempoh 40 tahun tersebut? Dan yang terakhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan pendidikan dan advokasi awam. Kita memang menyedari bahawa timbul keraguan di kalangan masyarakat. Apabila disebut tentang nuklear, ia berkaitan dengan radioaktif. Apabila disebut tentang nuklear, ia mudah dikaitkan dengan senjata, peristiwa-peristiwa seperti Hiroshima, Nagasaki, Chernobyl dan seumpamanya mungkin banyak menghantui generasi, terutamanya generasi yang awalan. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh manakah kita sudah mungkin melakukan kajian ataupun dapatan-dapatan tentang penerimaan rakyat dalam negara kita ini tentang perkembangan teknologi nuklear dan hasrat kerajaan, hala tuju kerajaan untuk bergerak ke arah tersebut kerana kita tidak mahu ketinggalan.
Nuklear bukan sekadar bom, tetapi merupakan sumber tenaga bersih yang rendah karbon. Ia telah pun selamat digunakan di lebih daripada 30 buah negara, tetapi apakah persepsi masyarakat dalam negara kita ini? Itu perkara yang penting dan sudah tentulah memerlukan kepada advokasi pendidikan dan pemahaman yang berterusan oleh kerajaan dalam negara kita. Sebagai penutupnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya sangat yakin bahawa rang undang-undang tenaga atom ini melonjakkan tahap keselamatan, ketelusan serta keyakinan pelabur, di samping mempersiapkan Malaysia untuk meneroka teknologi tenaga nuklear yang lebih yakin pada masa hadapan. Nuklear bukan bom, ia adalah teknologi dan sumber tenaga masa depan negara kita. Shah Alam mohon menyokong. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Shah Alam. Sekarang saya jemput Machang.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Izinkan saya Tan Sri Yang di-Pertua, untuk mengalu- alukan ke sidang ini perwakilan ataupun rombongan daripada Dewan Muslimat PAS kawasan Wilayah Persekutuan. [Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berbahas rang undang-undang pindaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 ini. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang ingin saya bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan niat sebenar pindaan ini dibuat. Akta ini bernama perlesenan tenaga atom, bukan perlesenan kuasa nuklear. Maksudnya, fokus utama ialah kawal seliaan bahan radioaktif, nuklear, sisa keselamatan dan sekuriti, keselamatan. Tidak ada peruntukan spesifik mengenai penjanaan tenaga elektrik daripada nuklear ataupun dengan izin, nuclear power plant. Walau bagaimanapun, kita lihat RUU ini sedikit sebanyak menjurus kepada ke arah itu ya. RUU ini tidak menyebut langsung dalamnya istilah teknikal penjanaan kuasa nuklear sebagai aktiviti yang boleh diberi lesen. Juga, tiada klausa yang menetapkan pihak berkuasa kompeten dengan izin, competent authority untuk meluluskan pembinaan atau operasi loji jana kuasa nuklear. Yang ada hanyalah lesen atau permit untuk urusan bahan radioaktif, nuklear, pengurusan sisa, pelan kecemasan dan lain-lain.
Jadi, jika Malaysia mempunyai niat untuk menuju ke arah pembinaan nuclear power plant kita yang pertama dengan izin, RUU ini tidak cukup lengkap sebagai kerangka undang-undang. Perlu ada klausa yang jelas yang mana disebut dalam rang undang-undang atau akta ini atau akta yang akan datang berkenaan dengan jana kuasa tenaga nuklear di bawah akta tersebut, kuasa melesenkan dan mengawal selia jana kuasa nuklear oleh Ketua Pengarah ataupun suruhanjaya khas dan standard keselamatan dan tanggungjawab liabiliti jika berlaku kemalangan. Jadi, saya nak bertanyalah kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, walaupun RUU ini bernama perlesenan tenaga atom, ia tidak langsung menyentuh tentang penjanaan kuasa nuklear. Kerana kita tahu, Malaysia dah lama ada kepakaran dan juga kemampuan untuk kita membina jana kuasa nuklear. Cuma, perkara ini tidak pernah direalisasikan atas banyak faktorlah. Antaranya ialah persepsi masyarakat, not in my backyard dengan izin. Sebut saja jana kuasa nuklear, semua orang suka tenaga yang bersih, tapi bukan di belakang rumah kita. Itulah ringkasnya. Dan kedua, sebenarnya salah faham umum nak bina tenaga jana kuasa nuklear ini bukan sangat di bawah MOSTI. MOSTI adalah salah satu pemegang taruh. Tenaga nuklear ini kalau kita ada NPP ini pun, untuk the energy mix, sangat sedikit. Jadi, pertimbangan dan perkiraan sebenar yang Dewan Rakyat perlu tahu bila kita nak buat keputusan nak bina jana kuasa nuklear, ianya adalah yang pertama tentang sekuriti iaitu keselamatan. Kalau ditanya tentang askar-askar kita, panglima tentera kita, mereka akan kata nuclear power plant adalah poor man defense. Okey, tak apa. It’s a defense anyway. Kita pun tahu, negara-negara yang kaya dengan minyak seperti UAE pun ada jana kuasa nuklear, walaupun dia tak perlukan langsung pun. Dia minyak dan gas banyak, tapi disebabkan UAE berada di Teluk Parsi yang begitu bergolak, maka dengan adanya satu jana kuasa nuklear, ia memberi satu dimensi keselamatan yang baru. Begitu juga dengan Malaysia, kalau kita mahu bina jana kuasa nuklear kita yang pertama, pertimbangan pertahanan kita adalah untuk mengawal dan mempertahankan Selat Melaka kerana inilah selat yang memberi nafas dan nyawa kepada peradaban Melayu dan Malaysia kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuhlah rang undang-undang ini kerana ia satu permulaan yang baik, tapi belum cukup lengkap untuk kita bawa, menghasilkan impian kita, cita-cita kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara nuklear. Jadi, untuk ke arah itu, kita perlu ada persiapan yang lebih rapi, yang melebihi daripada rang undang-undang ini. Saya akan menyokonglah kalau kerajaan bawa rang undang-undang yang ke arah itu. Kerana apa, kerana nak buat jana kuasa nuklear ini perlu masa yang cukup lama, sekurang-kurangnya lebih kurang separuh abad. Mungkin kita pun dah meninggal dah, tapi hasil usaha Yang Berhormat Tanjong Malim...
Machang.
...Mungkin akan jadi legasi terindah buat beliau sebagai Menteri MOSTI. Sebab apa, dia mulakan, dia merintiskan.
Kalau dulu, Yang Berhormat Menteri MOSTI, kalau dulu 1MDB ini tidak jadi seperti apa yang berlaku hari ini, saya yakin 1MDB juga merupakan salah satu operator, our first nuclear power plant.
Machang, mohon laluan sikit, Machang. Gerik, Gerik.
Masa, ya.
Gerik, silakan.
Bila Machang sebut pasal nuklear tadi kan, setujukah Machang supaya negara kita melalui TNB, mulakan dulu jana kuasa elektrik kita ini guna nuklear, sebagai langkah permulaan. Kalau kita tengok negara kecil-kecil macam Bangladesh pun dah mulakan guna SMR nuklear yang kecil itu kan?
Ya.
Setuju tak Machang?
Setuju, Gerik. Mohon masukkan ucapan beliau dalam ucapan saya. Benar, untuk kita memulakan langkah kita menjadi sebuah negara nuklear, kita perlu ada rakan kongsi strategik di kalangan five veto nations, sama ada Rusia, Amerika, China, Perancis, dan satu lagi? Saya pun tak ingat dah, Britain. Ya, Britain. Jadi, kalau kita kena buat keputusan, kerajaan perlu buat keputusan siapa yang kita nak jadi rakan kongsi sebab mereka yang ada kuasa dalam IAEA untuk regulate dengan izin, pembinaan jana kuasa ini. Sebab itu saya kata tadi
baguslah, saya setujulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi Rusia jumpa Putin dan sebagainya, jumpa Presiden Xi Jinping tapi kita nak lihat hasil lebih konkrit dalam hal ini. Jadi kalau ada sebarang urusan, pertimbangan ke arah itu, saya sebagai Ahli Parlimen Machang menyokong dan akan membantu kerajaan merealisasikan. Sebab nak buat benda ini saya kata tadi, amat lama dan lambat dan rang undang- undang ini adalah permulaan ke arah itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bukan semua benda kita bangkang, benda baik untuk masa depan anak cucu cicit saya, saya sokong. Terima kasih. Machang menyokong.
Baik, terima kasih. Saya jemput Bukit Bendera.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Jadi, pindaan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom ini sebenarnya sudah lama kita menanti-nantikan. Sebelum, disebabkan undang-undang sedia ada ini sebenarnya telah digubal pada tahun 1984. Era sebelum Chernobyl, sebelum Fukushima dan juga sebelum ancaman keganasan nuklear menjadi sebuah realiti. Hari ini, Malaysia memerlukan kerangka kawal selia yang lebih kukuh dan rang undang-undang ini memberi kita satu alat baharu yang lebih tegas dalam aspek keselamatan, sekuriti dan juga pematuhan piawaian antarabangsa. Namun, sejarah mengajar kita bahawa undang-undang di atas kertas sahaja tidak mencukupi. Chernobyl pada tahun 1986 bukan semata-mata kegagalan teknologi. Ia adalah kegagalan pengawalseliaan apabila suara keselamatan dibisukan oleh campur tangan politik. Fukushima pada tahun 2011 pula bukan semata-mata bencana alam. Ia adalah akibat kelemahan pengawasan yang meremehkan risiko. Jadi saya ingin bertanya, dengan penghapusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan semua kuasa kini terletak pada seorang ketua pengarah, bagaimana kita boleh menjamin kebebasan mutlak badan penguatkuasaan ini daripada tekanan politik atau komersial, khususnya jika Malaysia melangkah ke arah tenaga nuklear. Kebebasan pengawal selia bukan perkara sampingan, ia sebenarnya adalah asas keselamatan nuklear. Jadi, rang undang-undang ini juga menyentuh soal liabiliti. Ia menetapkan had minimum pampasan sebanyak 12 juta Ringgit bagi insiden nuklear.
Tetapi realitinya, kerosakan akibat Fukushima mencecah ratusan bilion. Jadi bayangkan, sekiranya malapetaka berlaku di tanah air kita, adakah 12 juta Ringgit mencukupi untuk melindungi semua warga Malaysia? Atau akhirnya, beban ditanggung oleh pembayar cukai? Mengapa had minimum liabiliti hanya ditetapkan pada 12 juta Ringgit sedangkan sejarah seperti Fukushima menunjukkan kerosakan yang mencecah ratusan bilion? Jadi adakah kerajaan bersedia untuk naikkan jumlah ini agar rakyat tidak menjadi penanggung terakhir? Rakyat kita berhak mendapat jaminan bahawa operator bukan rakyat akan menanggung risiko sebenar teknologi nuklear. Kemudian, timbul persoalan penguatkuasaan. Rang undang-undang ini memberikan Jabatan Tenaga Atom kuasa yang sangat luas dari meluluskan pelan kesiapsiagaan kecemasan hingga memantau penyelidikan berkaitan nuklear. Namun, undang-undang hanya sekuat pihak yang melaksanakannya. Jadi, apakah jaminan bahawa Jabatan Tenaga Atom mempunyai kapasiti, kepakaran dan juga dana mencukupi untuk melaksanakan peruntukan baharu ini? Tanpa penguatkuasaan yang mantap, undang-undang ini hanya akan jadi cantik di atas kertas sahaja. Tanpa pegawai penguat kuasa yang terlatih, kelengkapan moden dan juga bajet yang sewajarnya, segala peruntukan baharu ini mungkin hanya tinggal orang kata, aspirasi sahaja. Jadi akhir sekali, saya ingin menyentuh soal hukuman. Rang undang-undang ini memperuntukkan hukuman mati dan sebatan bagi kesalahan yang tertentu. Saya faham niatnya untuk menghalang keganasan nuklear. Itu kita faham tapi persoalan tetap timbul. Adakah kerajaan yakin bahawa memperkenalkan hukuman mati dan juga sebatan selaras dengan pendirian Malaysia yang sedang bergerak meninggalkan hukuman mati mandatori? Adakah tidak wajar kita menekan pemenjaraan seumur hidup sebagai sebuah alternatif yang lebih konsisten? Ketegasan dalam keselamatan nuklear tidak seharusnya bercanggah dengan komitmen hak asasi negara kita. Tan Sri Yang di-Pertua, saya sebenarnya memang menyokong rang undang- undang ini kerana Malaysia tidak boleh kekal terikat pada undang-undang tahun 1986 sedangkan cabaran nuklear tahun 2025 jauh beza. Tetapi saya mendesak kerajaan, jangan sekadar meluluskan undang-undang ini, kita perlu tegakkan dengan kebebasan, sokong ia dengan sumber dan pantau ia dengan ketulusan. Seperti kata pepatah lama, kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita sebaliknya kita meminjamnya daripada anak-anak kita.
Jadi, rang undang-undang ini bukan sahaja mesti dilindungi tetapi juga perlu menjadi perisai kepada generasi yang akan datang daripada risiko yang tidak mampu kita wariskan. Terima kasih. Dengan itu, Bukit Bendera menyokong.
Baik, terima kasih Bukit Bendera. Seterusnya, saya jemput Kubang Kerian.
Bismilllahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. Semua kita rasa setuju bahawa rang undang-undang yang sedia ada, yang diperkenalkan tahun 1984, 41 tahun. Ia nya satu tempoh yang sangat lama untuk kita teliti balik, kita nilai semula dan kita mengangkat beberapa perkara yang penting dalam rang undang-undang ini. Meneliti pada tujuan asal rang undang-undang ini ialah untuk memastikan kawalan, keselamatan, keberkesanan penggunaan teknologi atom, khusus dalam bidang perubatan, industri dan pendidikan. Namun, kita sedar dunia terus berubah. Teknologi turut berkembang dan memungkinkan pelbagai perkara perlu diteliti semula. Kerana kelewatan kita dalam meneliti aspek ini, negara akan ketinggalan bila kebanyakan negara dunia mula beralih kepada perkembangan teknologi yang lebih efektif dan lebih selamat. Saya melihat beberapa perkara yang kita bincang bersama ialah isu keselamatan global, ancaman sekuriti nuklear, pengurusan sisa radioaktif, kesiapsiagaan bencana dan keperluan piawaian antarabangsa semakin mendesak. Maka, saya lihat rang undang-undang ini satu rang undang-undang yang sangat tepat pada masanya dibentang untuk kita sama teliti dan kita dokong bersama. Cuma saya setuju dengan beberapa pandangan sebelumnya termasuk juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Machang, ialah isu-isu bagaimana kita nak didik masyarakat kita memahami implikasi yang melibatkan sisa-sisa radioaktif. Sebagai contoh, isu Lynas. Sebahagian besar Ahli Parlimen kita sendiri di antara yang bantah isu Lynas dahulu sehingga Lynas berdepan dengan pelbagai kemelut untuk menyambung lesen. Pelbagai demonstrasi dibuat, bantahan dibuat, rakyat Kuantan pula ditakutkan dengan Lynas. Tapi akhirnya hari ini kita harus mengakui bahawa maklumat yang diberi pada waktu itu tidak betul dan tidak tepat. Maka kerana itu saya mencadangkan supaya mekanisme pendidikan pada
masyarakat itu perlu diberi dan mereka yang punya kepakaran dalam ini harus tampil memberi jaminan pada rakyat, bukan yang dibiar, yang disebar oleh media-media yang tidak ada kepakaran. Akibat daripada itu, kita tengok pertembungan itu agak serius. Hampir-hampir Lynas dibatalkan lesen dan sekarang kita harus mengakui bahawa pandangan itu adalah pandangan yang silap dan perlu diperbetulkan. Tuan Yang di-Pertua, teknologi tenaga nuklear ini merupakan pembawa manfaat besar, khususnya teknologi atom.
Kita lihat bahawa risiko juga sangat tinggi walaupun negara kita, sebagai contoh saya ambil Iran. Iran ini telah membangunkan negara dia dalam tahun 1950- an. Pada waktu itu dia di dokong oleh Amerika dan rakan-rakan dari Eropah tetapi kita lihat bagaimana Iran kemudian diserang pusat kajian nuklear dia walaupun dia memberi jaminan bahawa dia termasuk negara yang –– negara ahli kepada non- proliferasi nuklear atau NET. Secara rasmi dia dibenarkan untuk buat penyelidikan bagi teknologi tenaga yang bersih, yang aman tetapi dia terus diserang, bahkan negara dia diancam semata-mata kerana atas alasan bahawa dia telah pun memperkayakan uranium dia ke tahap 60 peratus tetapi itu dakwaan daripada pihak luar yang tak setuju. Saya fikir ini di antara mekanisme yang kita kena urus kalau tidak kita bangun, kita bina pusat penyelidikan tiba-tiba jadi mangsa, negara akan terperangkap dengan situasi tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kita juga kita mahu rang undang-undang ini jadi undang-undang yang menjaga rakyat, memperkukuhkan dasar negara dan memastikan Malaysia berada, bersedia menghadapi cabaran teknologi atom secara selamat dan berdaya saing. Oleh kerana itu bukan sahaja soal pusat keselamatan bagi loji tetapi di mana dia dibina? Berapa radius dengan kawasan penempatan penduduk? Bagaimana proses penyimpanan? Saya ambil pengalaman sedikit dengan LYNAS. Isu besar dia ialah mana sisa hendak dibuang. Terpaksa mencari bertahun-tahun, hampir bertahun mencari tempat untuk tapak pelupusan. Jadi, akhirnya bila dicadang satu tempat penduduk bantah, dicadang tempat lain penduduk bantah. Saya fikir di antara isu besar. Masa tak panjang saya beralih kepada soal kelemahan tadbir urus. Saya lihat Akta 304 sedia ada hanya menekankan aspek keselamatan (safety), manakala aspek perlindungan (security) hanya disentuh secara kecil. Saya minta ini juga diberi perhatian saya tidak detilkan.
Seperkara lagi ialah tentang Malaysia perlu menjadi negara yang mampu berdaya saing di peringkat global dan bidang teknologi atom serta boleh mencapai jika kita memiliki sistem kawal selia yang kukuh, integriti dan diiktiraf oleh dunia. Maka RUU TA 2025 disebut sebagai langkah awal ke arah menandatangani triti antarabangsa sebagai yang dibangkitkan oleh Machang tadi. Saya menyokong usaha ini. Ini permulaan yang sangat baik ke arah masa depan negara kita. Akhir sekali tentang realiti risiko dan kos kepada negara. Saya juga merujuk kepada cadangan penubuhan kumpulan wang sisa radioaktif. Isu kita begini, radioaktif ini ambil masa yang panjang dan kosnya tidak sepatutnya dibuat oleh rakyat melalui cukai lah. Tentunya pihak pengilang yang sepatut bertanggungjawab. Isunya ialah berapa lama kilang nak bayar sebab tempoh sisa itu panjang dan tentulah cukai dikenakan kepada syarikat itu tidak mampu menampung dalam tempoh kos tempoh sisa yang begitu panjang. Jadi, ini perlu juga diambil kira dalam soal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja pandangan saya. Terima kasih, saya menyokong.
Baik, terima kasih Kubang Kerian. Sekarang saya jemput Tuaran.
Terima kasih Tan Sri kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan Rang Undang- undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 pada hari ini. Tan Sri Yang di- Pertua, kita tahu bila dengar nuklear, cepat terbayang bom tetapi yang kita bahaskan dalam rang undang-undang hari ini bukan tentang bom. Ini tentang tenaga elektrik untuk masa depan. Kita mahu anak cucu kita hidup dalam negara yang ada bekalan tenaga bersih, lestari dan tidak cemarkan udara. Justeru, rang undang-undang ini sebenarnya bukan mahu bina loji nuklear esok lusa tetapi lebih kepada menyediakan payung undang-undang ataupun legal framework. Maksudnya kalau satu hari nanti Malaysia betul-betul menggunakan tenaga atom ataupun tenaga nuklear secara menyeluruh, kita sudah ada undang-undang yang jelas iaitu tentang siapa yang boleh guna, bagaimana hendak mengangkut, menyimpan, mengawal selia dan kalau ada masalah, siapa yang bertanggungjawab. Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia kini sedang mengalu-alukan pelaburan dalam sektor pusat data atom, data centre terutama yang dioptimumkan untuk kecerdasan buatan ataupun AI. Pusat data ini sangat penting dalam menyokong
kemajuan teknologi dan digitalisasi yang semakin pesat. Namun ia memerlukan sumber tenaga yang sangat besar serta penggunaan air yang sangat banyak untuk mengekalkan operasi mereka yang memerlukan pengkomputeran dan storan data yang padat. Dengan perkembangan pesat dalam revolusi AI yang memerlukan infrastruktur pusat data yang lebih besar, kita akan melihat pelaburan besar dalam sektor ini. Pusat data yang mempunyai compute dan storage facility yang padat ini akan memberikan impak besar kepada permintaan tenaga, terutama untuk operasi 24 jam yang diperlukan oleh sektor AI. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk memastikan peralihan tenaga atau tenaga yang bersih, banyak negara dunia telah mula menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber utama untuk menjana tenaga elektrik bagi pusat data mereka. Sebagai contoh, Amerika Syarikat menggunakan nuklear untuk menghasilkan kira-kira 15 peratus daripada tenaga mereka yang diperlukan untuk pusat data. Manakala negara China pula menggunakan sekitar 10 peratus daripada kapasiti tenaga mereka untuk tujuan yang sama. Peratusan ini dijangka akan terus meningkat pada tahun 2030 hingga 2035 terutamanya dengan kemunculan small modular reactor (SMR) yang dijangka akan diterima secara komersial pada waktu tersebut. Tan Sri Yang di-Pertua, negara Malaysia kita sudah mempunyai dasar untuk memastikan pusat data menggunakan tenaga bersih. Pada masa ini, kebanyakan pusat data bergantung kepada tenaga suria dan kuasa hidro sebagai sumber tenaga utama walaupun kedua-dua sumber tenaga ini adalah bersih ia adalah bergantung kepada cuaca dan kurang mampan pada waktu tertentu, terutama ketika cuaca mendung atau apabila permintaan tenaga meningkat pada waktu puncak. Namun untuk memastikan operasi yang stabil, berterusan dan berkesan, negara perlu membuat persiapan untuk melabur dalam kuasa nuklear. Tenaga nuklear mampu menjadikan tenaga elektrik yang konsisten dan base load 24/7 yang sangat diperlukan oleh pusat data yang beroperasi tanpa henti, terutamanya dalam revolusi AI ini. Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia sedang berusaha untuk menjadi hab digital yang penting di rantau ini sepertimana yang telah kita luluskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan dalam kemunculan revolusi AI pelaburan dalam kuasa nuklear adalah langkah yang sangat penting dan perlu. Kuasa nuklear bukan sahaja
menyediakan tenaga yang bersih tetapi juga berdaya saing dalam memenuhi permintaan tinggi tenaga untuk pusat data yang beroperasi sepanjang masa. Oleh itu, rang undang-undang ini merupakan satu langkah penting dan perlu diberikan sokongan dan persiapan Malaysia untuk menghadapi keperluan tenaga masa depan yang lebih besar dan lebih lestari. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan usaha untuk memperkenalkan Majlis Penasihat Tenaga Atom saya ingin mencadangkan agar nama badan ini atau majlis lebih sesuai ditukar kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan Pengawalseliaan Nuklear. Ini kerana peranan utama badan ini adalah untuk memberi nasihat mengenai keselamatan nuklear dan pengawalseliaan teknologi nuklear dan ia tidak hanya tentang penggunaan tenaga atom semata-mata. Ia akan memastikan bahawa segala aspek keselamatan dan pengawalan teknologi nuklear dilaksanakan dengan telus, profesional dan berintegriti. Setelah negara memutuskan untuk melabur dalam kuasa nuklear, adalah lebih wajar untuk menubuhkan sebuah Majlis Penasihat Tenaga Nuklear Antarabangsa atau peringkat nasional yang berperanan untuk memberi nasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan berhubung dengan pembangunan dan pengurusan kuasa nuklear yang selamat, teratur dan mampan. Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup Malaysia telah menjalankan kajian menggunakan tenaga nuklear sejak tahun 70-an lagi. Dimulakan dengan penubuhan Pusat Penyelidikan Sumber Tenaga Nuklear (PUSPATI). Pada tahun 1972 Malaysia mendapat lesen daripada International Atomic Energy Agency untuk menjalankan eksperimen nuklear dan mendirikan reaktor penyelidikan pertama PUSPATI pada tahun 1982. Reaktor ini masih beroperasi hingga kini di bawah Agensi Nuklear Malaysia. Namun selepas penemuan minyak dan gas pada tahun 1974, penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik diketepikan dan negara beralih kepada tenaga fosil. Walau bagaimanapun, teknologi nuklear digunakan dalam bidang pertanian, perubatan dan sains material dan banyak kejayaan dicapai sejak tahun 1974. Kini dalam menghadapi cabaran besar dalam sektor tenaga dan teknologi pelaburan dalam kuasa nuklear adalah penting untuk memastikan Malaysia dapat memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menjadi pemain utama dalam digitalisasi serta revolusi AI. Pada masa yang sama ia juga seiring dengan usaha mencapai net zero carbon pada tahun 2050 iaitu kembali memanfaatkan potensi tenaga nuklear untuk
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fosil dan memastikan bekalan tenaga yang lebih bersih dan mampan. Tuaran menyeru semua rakan-rakan Ahli Parlimen untuk turut sama memberikan sokongan padu kepada rang undang-undang ini supaya memastikan masa depan negara yang lebih bersih, selamat dan mampan. Sekian, Tuaran mohon menyokong.
Baik, terima kasih Tuaran. Saya jemput Padang Rengas.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Padang Rengas untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. Saya ingin menumpukan perhatian kepada fasal 20 hingga fasal 25 yang pada hemat saya membawa implikasi besar dari sudut keselamatan, ketelusan pengurusan bahan radioaktif serta perlindungan rakyat dan pekerja. Pertama, fasal 20. Pindaan ini mewajibkan setiap pemegang lesen membuat penyata milikan dan kawalan mengenai bahan radioaktif atau bahan nuklear kepada pihak berkuasa. Walaupun saya bersetuju dengan keperluan rekod yang teliti, namun soalan utama ialah sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan. Kita tidak mahu hanya ada laporan di atas kertas tetapi tiada audit bebas yang menyemak ketepatan maklumat. Dalam konteks keselamatan negara, ketelusan dan pengawasan pihak ketiga adalah penting bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan bahan nuklear untuk tujuan yang tidak sah. Kedua, fasal 21. Ia memperuntukkan supaya pemegang lesen mengemukakan penyata pengeluaran tahunan. Saya ingin menekankan bahawa laporan tahunan tidak memadai jika berlaku kecuaian atau ketirisan pada bila-bila masa. Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan laporan suku tahunan atau sistem pelaporan digital secara masa nyata, real-time reporting dengan izin? Ini akan menambah keberkesanan pemantauan di samping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kawal selia industri ini. Ketiga, fasal 22. Pindaan ini memperkenankan keperluan audit radiologi. Ia satu langkah positif. Namun saya khuatir jika audit hanya dibuat oleh pihak yang berlesen atau vendor dilantik oleh industri itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, bukankah itu membuka ruang kepada konflik kepentingan? Saya
berpendapat, audit radiologi perlu dilaksanakan oleh badan bebas dengan laporan terus dibentangkan kepada Parlimen atau Jawatankuasa Pilihan Khas supaya proses semak dan imbang benar-benar berkesan. Keempat, fasal 23 dan 24. Fasal 23 menyentuh pembatalan atau penggantungan lesen manakala fasal 24 memberi kuasa kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan. Isunya di sini ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban. Adakah tindakan penggantungan lesen akan diumumkan secara terbuka atau hanya dimaklumkan secara dalaman? Rakyat berhak tahu sekiranya ada kilang, hospital atau syarikat yang melanggar syarat keselamatan radiasi. Jika maklumat ini disembunyikan, maka kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan akan semakin merosot. Akhir sekali, fasal 25. Pindaan ini menekankan kepatuhan pemegang lesen terhadap peraturan perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja daripada sinaran mengion. Saya menyokong penuh prinsip ini kerana pekerja di lapangan adalah barisan hadapan yang paling terdedah kepada bahaya radiasi. Namun ingin saya tegaskan bahawa perlindungan tidak boleh hanya bersifat arahan bertulis ataupun compliance on paper dengan izin. Perlu ada mekanisme pampasan, latihan keselamatan berskala dan pemeriksaan kesihatan yang wajib yang ditanggung sepenuhnya oleh majikan, bukan dibebankan ke atas pekerja. Tan Sri Yang di-Pertua, kesemua fasal 20 hingga 25 ini pada asasnya memberi kuasa tambahan kepada pihak berkuasa untuk memantau, mengawal dan mengambil tindakan terhadap pemegang lesen. Namun kuasa besar ini mesti disertai dengan prinsip ketelusan, accountability dan pengawasan bebas. Tanpa elemen tersebut, undang-undang ini akan hanya menjadi simbolik tetapi tidak mampu mengelak risiko kebocoran, ketidakpatuhan dan lebih buruk lagi ancaman keselamatan awam. Saya berpandangan bahawa pindaan ini wajar diperhalusi lagi dengan menambah baik aspek penguatkuasaan, audit bebas serta perlindungan hak pekerja. Jika perkara ini diabaikan, undang-undang yang kita gubal hari ini boleh menjadi liabiliti di masa hadapan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Bakri. Terima kasih Padang Rengas. Saya jemput Bakri.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua kerana peluang yang diberikan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan kali ini
dilihat begitu ketara niatnya untuk membuka ruang untuk tenaga nuklear. Dan pindaan ini dilihat selaras dengan amalan antarabangsa yang menetapkan tempoh perlesenan loji nuklear maksimum 40 tahun. Maka, saya ingin merayu kepada pihak kerajaan supaya kita jangan terlalu tergesa-gesa dan tidak sabar untuk membuka ruang kepada teknologi yang penuh dengan risiko dan kecurigaan supaya kita menyediakan benteng keselamatan yang mencukupi. Maka beberapa isu saya ingin timbulkan dan harap dapat penjelasan daripada Menteri nanti. Yang pertama, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan bukan saja menekankan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, malah turut memperkenalkan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi peralihan tenaga negara. Di bawah Strategi A1.5, tenaga nuklear akan diiktiraf sebagai sumber elektrik bersih dan dikenali oleh MyPower Corporation sebagai Nuclear Energy Program Implementing Organization (NEPIO) selaras dengan Piawaian International Atomic Energy Agency. Persoalannya ialah, mengapa kita tidak memberikan ruang yang lebih kepada NEPIO untuk menyiapkan kajian terlebih dahulu sebelum kita melangkah kepada pindaan undang-undang ini? Kedua, dari segi bekalan elektrik, sebenarnya Malaysia tidak berada dalam keadaan yang terdesak. Mengikut maklumat terkini, cakupan kapasiti terpasang Semenanjung Malaysia menjangka simpanan tenaga iaitu reserve margin sekitar 28 hingga 36 peratus antara 2024 hingga 2030. Ia jauh melebihi paras keselamatan antarabangsa sekitar 15 hingga 20 peratus. Dengan margin ini, kita masih ada masa dan ruang untuk menilai dengan lebih teliti dan masa untuk membangunkan sistem tenaga boleh diperbaharui tanpa perlu terburu-buru membina sumber baru yang berisiko tinggi. Ketiga, faktor risiko geologi mesti diberikan perhatian. Malaysia bukan lagi berada dalam zon bebas gempa bumi. Kita ada rekod gegaran di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak berpunca daripada sesar Bukit Tinggi, sesar Bentong-Raub, sesar Kuala Lumpur serta kawasan aktif di Sabah. Pada tahun 2015, Ranau digegar dengan gempa 6.0 skala richter yang meragut 18 nyawa. Malah, baru-baru ini, Segamat turut merasai gegaran. Dalam konteks nuklear, walaupun gegaran tidak merosakkan teras reaktor secara langsung, ia boleh menjejaskan sistem sokongan seperti bekalan kuasa, pam penyejuk dan talian penghantaran. Pengalaman Fukushima pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa tragedi ini bukan berpunca daripada gegaran gempa bumi
yang merosakkan teras reaktor, tetapi daripada kegagalan sistem sokongan selepas tsunami yang menenggelamkan generator kecemasan bawah tanah, memutuskan sistem penyejukan, lalu mengakibatkan leburan teras.
Jika kerajaan mahu benar-benar teliti, pindaan ini mestilah menjaminkan bahawa tapak loji nuklear tidak sekali-kali didirikan di atas atau berhampiran dengan sesar aktif dan zon retakan geologi. Keempat, isu sisa radioaktif juga masih belum ada pelan jangka panjang. Malaysia masih belum mempunyai tapak pelupusan kekal untuk sisa peringkat rendah dan sederhana. Semuanya hanya disimpan secara sementara di Bangi, bawah seliaan AELB. Usaha untuk membina tapak khas di Perak gagal kerana penolakan masyarakat. Sedangkan di peringkat global, hanya Finland hampir menyiapkan repositori geologi dalam (DGR), manakala negara lain masih mencari jalan untuk penyimpanan sisa radioaktif jangka panjang. Jika sisa berperingkat rendah pun belum dapat diurus dengan sempurna, kita mesti berhati-hati sebelum melangkah ke arah sisa radioaktif yang berintensiti tinggi. Yang kelima, isu kos. Analisis Lazard 2023 menunjukkan kos modal loji nuklear sekitar USD8.5 juta hingga USD13.9 juta per megawatt iaitu RM36 juta hingga RM59 juta. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding dengan loji gas turbin kitaran gabungan iaitu USD0.9 juta hingga USD1.3 juta per megawatt atau loji arang batu, USD3.2 juta hingga USD6.8 juta per megawatt. Ia juga lebih mahal daripada solar dan angin yang semakin murah. Risiko kelewatan projek dan lebihan bajet di negara lain telah membuktikan bahawa kos sebenar boleh jauh melangkaui anggaran ini. Tambahan pula, walaupun ada yang berpendapat bahawa Small Modular Reactor (SMR) boleh menjadi lebih murah dan fleksibel, hakikatnya teknologi ini masih di peringkat awal, belum terbukti secara komersial. Kos sebenar masih penuh ketidakpastian. Jika kosnya lebih tinggi daripada gas atau solar, rakyat akhirnya tetap akan menanggung bil elektrik yang mahal. Jika kita tidak berhati-hati, maka, beban fiskal ini akhirnya akan dipindahkan kepada rakyat melalui takrif elektrik. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, hakikatnya, tenaga boleh diperbaharui di Malaysia sedang berkembang pesat. Kapasiti solar meningkat dari hanya tiga peratus pada tahun 2018 kepada enam peratus pada tahun 2024 dan kini telah menjadi penyumbang terbesar dalam sektor renewable energy di negara kita. Selain itu, dasar baru seperti National Energy Transition Roadmap (NETR) telah
menetapkan sasaran berani untuk mencapai 70 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050. Kejayaan program Large Scale Solar (LSS), peningkatan pemasangan rooftop solar di bandar serta perkembangan biojisim dari industri sawit. Semua ini menunjukkan bahawa laluan renewable energy kita sedang terbuka luas.
Baik, sila landing.
Boleh. Walaupun tenaga boleh diperbaharui ada kelemahannya, tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan teknologi sokongan seperti bateri penyimpanan tenaga, sistem grid pintar, serta memperluaskan perjanjian pembelian tenaga maya untuk menarik pelaburan daripada sektor swasta. Maka, jika dibandingkan dengan negara maju, Malaysia masih perlu membuka lebih banyak ruang regulasi termasuk feed-in tariff bersasar, P2P trading, VPPA atau PPA yang jelas serta insentif cukai supaya solar benar-benar mampu membantu negara mencapai matlamat NETR dan kurang bergantung kepada tenaga jana kuasa nuklear yang berisiko. Maka, Tan Sri Yang di-Pertua, saya bukan menolak tenaga nuklear secara mutlak, tetapi pindaan ini mestilah bergerak seiring dengan prasyarat yang ketat. Tanpa semua ini, pindaan ini akan menambahkan kebimbangan rakyat dan fokus kita sekarang seharusnya memperkukuhkan tenaga diperbaharui, meningkatkan kecekapan grid dan memanfaatkan lebihan kapasiti sedia ada. Dengan cara ini, Malaysia dapat melangkah ke hadapan dalam peralihan tenaga dengan lebih selamat, tersusun dan diyakini rakyat. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Bakri. Saya jemput Sabak Bernam.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, membahaskan RUU Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 ini, ibarat kita sedang memegang bara api. Jika bijak dipegang, boleh jadi cahaya menyinari malam yang gelap-gelita tetapi kalau kita cuai, tangan sendiri akan terbakar. Orang kata, jangan main mercun kalau tak pandai pegang sumbu. Begitulah undang-undang ini. Kalau disusun dengan kemas, dengan teliti, ia mampu jadi benteng keselamatan negara pada masa akan datang. Tapi kalau dibuat sambil lewa, ia hanya jadi undang-undang seperti gigi yang longgar. Ada, tetapi tidak menggigit. Seperti pepatah yang mengatakan, “Seorang
wanita digigit anjing tua, dia hanya ketawa tak menjerit kerana anjing tua itu giginya sudah longgar”. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya setuju dengan rakan-rakan membahas tadi telah memberi beberapa cadangan kerana kalau teknologi ini tidak dimulakan sekarang, bila lagi kita nak mula? Walaupun bahaya, tetapi kita mula supaya kita tidak ketinggalan dalam industri ini. Oleh itu, saya suka nak memberi cadangan yang pertama, pindaan ini menubuhkan Majlis Penasihat Tenaga Atom yang bunyinya begitu gah, tetapi pada hakikatnya kita tahu Majlis Penasihat ini hanya berfungsi kalau ahlinya bebas. Kalau dilantik kroni atau kawan-kawan politik, akhirnya jadi macam majlis kenduri. Penuh makan minum tetapi keputusan sudah ditentukan oleh tukang masak, bukan tuan rumah. Kedua, pindaan mewajibkan hanya memegang lesen. Pemegang lesen boleh melupus atau guna semua bahan nuklear untuk tujuan kawalan. Tapi siapa kawal yang dapat lesen itu? Kalau lesen jatuh pada syarikat besar yang hanya mengejar keuntungan, rakyat tetap jadi mangsa. Macam lesen memandu kepada orang rabun. Lesen ada, tapi risiko tetap bahaya. Ketiga, pindaan memperkenalkan kesalahan baru iaitu guna bahan nuklear dengan niat jahat. Hukuman ini memang tegas. Bagus, tapi saya nak tanya, selama ini jenayah kecil pun susah nak selesai. Tiba-tiba kita percaya boleh tangkap penjenayah nuklear. Jangan nanti undang-undang ini sekadar jadi hiasan, macam signboard. Amaran, “Buang sampah”. Tapi, longgokan sampah semakin tinggi. Oleh itu, penguatkuasaan perlu di sini. Keempat, pindaan menetapkan had liabiliti minimum RM12 juta untuk insiden nuklear. Tan Sri Yang di-Pertua, angka ini nampak besar atas kertas, tapi untuk kemalangan nuklear, RM12 juta ini, ibarat setitik air di laut. Tan Sri, di Chernobyl, Fukushima, kosnya ratusan bilion Dolar. Kalau di sini berlaku, RM12 juta cukup — adakah cukup untuk menampung kos rawatan, pemindahan penduduk, pencemaran tanah, sungai? Jangan nanti pampasan habis seminggu, rakyat pula menanggung sakit dan derita bertahun-tahun lamanya. Tuan Yang di-Pertua, soalan pokok masih belum dijawab. Ke mana perginya sisa nuklear? Pindaan ini tak sebut pun penyelesaian jangka panjang. Jangan sampai nanti kawasan pedalaman jadi tong sampah radioaktif. Hanya rakyat di sana yang kurang bersuara berbanding di kawasan-kawasan bandar yang maju.
Pepatah Melayu, “kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Tetapi kerajaan kalau tak ambil perhatian sepertimana yang disebut oleh saya dan rakan-rakan tadi, pantai pun tak ada, ombak pun tak ada, tiba-tiba nak bina rumah di atas kawah gunung berapi, ini sangat bahawa.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tak apa nanti saya bagi pantun. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyuarakan kebimbangan besar berkaitan pindaan RUU ini. Kita bimbang kalau undang-undang ini hanya menekankan lesen atas kertas tapi menutup mata kepada pengalaman sebenar dalam lapangan ini. Apalah gunanya lesen kontraktor kalau hanya sekadar cop rasmi? Bak kata pepatah berpatah “ada rupa tiada isi, ada tajuk tiada cerita”. Bayangkan nanti kalau kontraktor yang baru sehari kenal uranium esok sudah diberi kerja mengendalikan bahan radioaktif. Itu bukan membina tenaga, itu menempah bencana Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua, atom ini juga bukannya projek cat rumah ataupun pasang longkang. Sekecil-kecil kesilapan pun padahnya boleh sebesar letupan Chernobyl. Kalau kontraktor hanya berbekalkan lesen tanpa pengalaman, pekerja terancam, masyarakat terdedah dan negara menanggung risiko kebocoran radiasi. Pantun, Kalau tidak pandai mengail, Jangan turun ke tepi paya; Kalau kontraktor tiada pengalaman mengendali, Usahlah diberi lesen yang bahaya. Justeru kerajaan perlu memastikan pindaan ini meletakkan syarat pengalaman, rekod prestasi dan pematuhan keselamatan yang ketat. Kalau tidak, lesen hanya jadi tiket untuk cari untung sementara rakyat menjadi mangsa. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Baik, terima kasih Sabak Bernam. Saya jemput Sungai Siput.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan. Saya berpandangan pembentangan Rang Undang-undang Tenaga Atom kali ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam penggunaan nuklear dalam penjanaan elektrik.
Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan menyatakan mengenai keperluan rang undang-undang ini untuk persediaan ke arah penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik. So, saya minta Menteri menyatakan apakah perjanjian yang dimaksudkan seterusnya mengenai tempoh lesen ini. Amat unik diletakkan maksimum 40 tahun. Apakah yang ingin dilesenkan sebenarnya di sini? Saya juga ingin bertanya mengenai kuasa lembaga dan ketua pengarah. Mengapa lembaga perlu dimansuhkan? Juga apakah kaedah yang akan diguna pakai sekiranya ada pihak yang terkilan dengan keputusan daripada jabatan ini? Adakah kuasa majlis penasihat ini seperti lembaga? Siapakah yang akan menganggotainya? Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada punca kuasa penguatkuasaan atau kompaun. Mengapakah peruntukan tindakan mahkamah lebih menjurus kepada denda atau kompaun? Selain itu, apakah tujuan penubuhan kumpulan wang sisa radioaktif? Adakah ini akan menggantikan jaminan kewangan yang lazim dikenakan terhadap mana-mana lesen bagi tujuan pengurusan sisa industri kelak? Saya juga ingin cadangkan supaya sekiranya kumpulan wang ini juga boleh diperluaskan untuk memastikan orang awam yang terkesan akibat insiden nuklear turut mendapat pampasan sewajarnya. Saya juga ingin turut bertanya dalam aspek perlombongan. Adakah Jabatan Tenaga Atom mempunyai kuasa untuk menyita tapak perlombongan? Bukankah kuasa di peringkat perlombongan di bawah Jabatan Mineral dan Galian? Bagaimana Jabatan Tenaga Atom terlibat? Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai PDF (permanent disposal facility). Adakah terdapat keperluan untuk PDF-PDF baharu memandangkan sisa di bawah kawal selia Jabatan Tenaga Atom akan bertambah? Apakah kaedah untuk menguruskannya? Adakah Jabatan Tenaga Atom akan menguruskan sisa atau agensi lain? Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya mengenai pengumpulan sisa radioaktif ini. Sama ada sinaran mengion radioaktif akan meningkat. Sebab saya difahamkan kepekatan radioaktif yang diproses dan keluar sebagai sisa adalah sama. Apakah penjelasannya? Ini kerana kebanyakan daripada industri-industri ini berada di lokasi berhampiran kawasan awam dan mungkin akan memudaratkan kesihatan. Kalau berbanding di negara luar, fasiliti sebegini lazimnya di luar kawasan kepadatan penduduk tinggi dan merupakan fasiliti terkawal.
Tapi di Malaysia, saya risau jika dibuat di kawasan industri biasa, apakah penjelasan Menteri dan mohon jaminan, jika boleh, apakah ada peruntukan dalam rang undang-undang atau apakah keputusan kajian R&D sebelum ini berhubung perkara tersebut? Adakah kerajaan telah memikirkan satu pelan pengurusan sisa radioaktif yang berkomprehensif berhubung perkara ini? Jika ada, saya percaya itu adalah salah satu usaha yang baik bagi memastikan pengurusan radioaktif ini adalah lebih teratur dan memangkinkan pembangunan industri berkaitan di masa hadapan. Saya menyokong. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Sungai Siput. Sekarang saya jemput Jerantut.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberikan peluang kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. Melihat kepada perkara ini, Yang Berhormat Menteri, saya teringat zaman awal-awal kerja dulu bila kita bermain dengan sumber radioaktif, mengurus dan juga menggunakan sumber radioaktif. Kalau dulu kita ada dan sehingga kini kita ada Iridium-192 dan juga Cobalt- 60. Kita buat untuk radiografi testing. Kemudiannya kita juga ada neutron backscatter techniques yang kita gunakan juga untuk melihat integriti kepada mana-mana equipment yang kita gunakan di peringkat oil and gas. Ia adalah untuk kita gunakan untuk menambah baik, memastikan integriti barang-barang kita itu berada dalam keadaan yang terbaik. Dan bila kita berbicara tentang radioaktif ini, pastinya di antara subjek yang paling penting adalah berbicara tentang half-life ataupun masa dia untuk mereput kepada semula jadi. Kalau kita berbicara tentang Iridium-192 yang paling rendah, 74 hari. Kalau kita cerita tentang Cobalt-60, lebih kurang lima tahun. Kalau kita berbicara pula tentang thorium yang mungkin menjadi sumber nuklear kita, dia berbicara tentang ribuan tahun, jutaan tahun. Jadi, apabila kita berbicara tentang bahan radioaktif yang agak kurang bahayanya pun, kita diminta untuk memakai personal protective equipment yang terbaik untuk memastikan kita dapat menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja- pekerja. Apatah lagi kalau kita berbicara tentang penggunaan bahan-bahan
radioaktif untuk penjanaan tenaga. Pastinya ia memerlukan kepada satu rang undang-undang yang komprehensif, yang holistik untuk memastikan keselamatan dan optimum penggunaan kepada sumber-sumber ini terjamin. Oleh demikian, Tan Sri Yang di-Pertua, saya…
Speaker, peraturan mesyuarat. Minta maaf sekejap Speaker. Saya faham Speaker sudah on duty agak lama, mungkin bertukar shift, tetapi selepas Jerantut berbahas, saya mohon Speaker untuk kebijaksanaan untuk buat satu ruling yang Speaker mungkin dah bertukar shift. Jadi, saya minta jasa baik Speaker untuk satu usul ini sahaja, satu peraturan mesyuarat. Boleh Speaker?
Peraturan ke berapa itu?
36(12).
Kenapa tidak dibangkitkan tadi?
Tak, bukan, bukan berkaitan dengan ini. Satu, satu benda yang berkaitan dengan usul sebelum ini dan ini agak penting. Perlu kepada wewenang Speaker lah untuk buat ruling. Saya nak minta panduan dan juga nasihat.
Okey, dah masuk dah?
Dah masuk dah, cuma ada satu maklumat baharu dan penambahan baharu.
Okey, masukkan sekali lagi kalau begitu, tambahan. Masukkan tambahan eh.
Tapi ada berapa panduan yang saya perlu minta Speaker supaya dia tidak melanggar peraturan luar dan juga peraturan ini. Saya akan sebut detail selepas daripada Jerantut. Boleh Speaker, sekejap dalam dua minit?
Okey, silakan. Habiskan Jerantut.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Harapnya tak hilang momentum ya.
Ya, saya pun terkejut juga. Tapi tak apa.
Saya pun terkejut.
Silakan teruskan.
Kita terima kasih kepada iklan yang membenarkan sebentar tadi lah.
Baik, jadi bila berbicara tentang perkara ini, ada tiga perkara asas yang saya ingin sentuh dan mohon kepada penjelasan Yang Berhormat Menteri. Pertama tentang penubuhan Majlis Penasihat Tenaga Atom yang bercerita tentang seksyen baru 2A hingga 2D. Saya melihat bila kita teliti cadangan RUU ini, keahlian majlis hanya terdiri daripada pegawai kerajaan serta tiga orang pakar saintifik yang dilantik oleh Menteri. Jadi persoalannya, di mana keterangkuman pihak-pihak berkepentingan yang lain? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Saya berpendapat dan berpandangan majlis ini perlu diperluaskan dan melibatkan taruh-taruh yang lain di antaranya akademia dan universiti. Yang kedua, industri tenaga dan teknologi (the players). Ketiga, NGO profesional seperti Malaysian Nuclear Society (MNS), atau Malaysian Radiation Protection Association (MARPA) yang mewakili kepentingan keselamatan awam. Dan cadangan saya ini ada asasnya, di mana banyak majlis penasihat di bawah kementerian lain telah pun mengamalkan model yang bersifat inklusif sebegini. Di antaranya Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN). Keahliannya melibatkan wakil NGO pengguna, industri dan ahli akademik selain pegawai kerajaan. Kedua, Majlis Pendidikan Tinggi Negara. Ketiga, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Juga mengamalkan mekanisme yang sama. Jadi, kalau majlis-majlis yang berisiko rendah ini menggabungkan pelbagai perspektif, mengapa Majlis Penasihat Tenaga Atom yang mengawal teknologi berisiko tinggi tidak mengamalkan prinsip keterangkuman yang sama? Saya mencadangkan dimasukkan peruntukan jelas dalam akta atau peraturan subsidiari bahawa majlis ini mesti merangkumi wakil NGO, akademia dan juga industri. Kedua, libatkan pakar bebas antarabangsa seperti IAEA sebagai rujukan teknikal. Dan yang ketiga memastikan laporan majlis dibentangkan secara berkala bagi menjamin akauntabiliti, seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen sebentar tadi mungkin kita boleh laporkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua, keperluan PSR mandatori 40 tahun. Saya ingin menyentuh mengenai cadangan kerajaan dalam rang undang-undang ini yang membenarkan lesen tenaga atom dikeluarkan sehingga 40 tahun yang disentuh dalam pindaan seksyen 16(6). Dari sudut tenaga global yang dimaklumkan Yang Berhormat Menteri, tempoh ini tidak luar biasa. Di Amerika Syarikat biasanya lesen
awal diberi selama 40 tahun dan di beberapa negara lesen boleh diperbarui sehingga 60 ke 80 tahun. Namun, apa yang membimbangkan saya ialah RUU ini tidak menetapkan sebarang peruntukan untuk semakan keselamatan berkala ataupun periodic safety review (PSR) secara mandatori. Sebaliknya, ia bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Ketua Pengarah untuk mengubah syarat lesen membuat pemeriksaan. Isunya ialah dalam keadaan kita masih lagi baru dalam penjanaan kuasa elektrik melalui tenaga radioaktif ini, kita tidak ada pengalaman yang luas berbicara tentang berskala besar. Infrastruktur yang sedia ada, kepakaran teknikal dan kapasiti logistik mesti dibangunkan. Maka tidak wajar kita mengikut pendekatan longgar seperti negara yang sudah matang dalam industri ini. Di peringkat antarabangsa, UK, Perancis, Jepun, lesen mereka tiada had masa tetapi PSR diwajibkan setiap 10 tahun. Kanada, lesen dikaji semula setiap 5 hingga 10 tahun dan Amerika Syarikat walaupun lesen 40 tahun, semakan penuaan, ageing management review diwajibkan sebelum sebarang lanjutan. Justeru, saya berpendapat RUU ini perlu disertakan dengan cadangan peraturan subsidiari yang mewajibkan PSR. Saya cadangkan PSR dilakukan setiap tiga hingga lima tahun, bukan 10 tahun dengan penglibatan pakar antarabangsa. Contohnya IAEA bagi mengesahkan tahap keselamatan keutuhan struktur dan prosedur pengendalian risiko. Yang terakhir Dato' Yang di-Pertua, Ketua Pengarah sebagai one-man authority. Isu ini amat kritikal kerana kuasa ini semuanya dilonggokkan kepada Ketua Pengarah iaitu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Mengikut pindaan RUU ini, Ketua Pengarah mempunyai kuasa yang amat luas. Persoalannya, mengapa segala kuasa ini diletakkan sepenuhnya di atas bahu seorang individu? Apakah mekanisme semakan yang wujud bagi mengelakkan penumpuan kuasa ataupun concentration of power dengan izin dan single point of failure dengan izin? Di antara risiko-risiko apabila kita meletakkan kepada single point of failure ini ataupun concentration of power ini ialah di antaranya konflik kepentingan jika ada tekanan politik ataupun komersial. Kedua, ketiadaan semakan teknikal bebas, semua keputusan unilateral tanpa pandangan pakar luar dan ketiga, risiko reputasi jika berlaku kecuaian atau salah keputusan. Keselamatan negara boleh terjelas. Kalau kita bandingkan negara-negara lain, United Kingdom, keputusan berkaitan lesen dan keselamatan dibuat oleh Board of Office for Nuclear Regulation. Kanada memiliki commissioner bebas yang terdiri daripada ahli profesional pelbagai
bidang, keputusan dan lesen besar memerlukan kelulusan kolektif. Jepun, Nuclear Regulation Authority Yang di-Pertua, dikendalikan oleh commissioner lima ahli, dilantik dan disahkan oleh Parlimen, bukan bergantung kepada seseorang individu. Jadi, cadangan saya kepada pihak kerajaan, mengagihkan kuasa kepada struktur kolektif. Contohnya, keputusan kritikal seperti pengeluaran lesen nuklear hendaklah disemak oleh panel teknikal bebas atau Majlis Penasihat Tenaga Atom yang mempunyai kuasa meng-endorse keputusan, bukan sekadar memberi nasihat. Kedua, mewujudkan mekanisme rayuan teknikal...
Yang Berhormat, satu minit.
Sekejap. Supaya tidak hanya tertakluk kepada Menteri yang bersifat politik tetapi juga dinilaikan berdasarkan data saintifik oleh pakar. Ketiga, penglibatan pakar antarabangsa. Contohnya rujukan kepada IAEA untuk penilaian keselamatan bagi lesen berskala besar. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, semua yang saya bangkitkan pada hari ini berkisar pada satu asas penting iaitu memastikan tadbir urus nuklear negara ini dibina di atas prinsip ketelusan, keterangkuman dan semak imbang yang kukuh. Kesemua yang saya bahaskan bertujuan untuk mengelakkan kelemahan sistemik yang boleh mengancam keselamatan negara dan menjejaskan keyakinan rakyat. Jika kita serius mahu menjadikan tenaga nuklear sebahagian daripada agenda strategik negara, maka kita mesti memastikan kawal selia yang mantap berasaskan amalan terbaik antarabangsa demi keselamatan rakyat dan integriti negara. Sekian, saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Berikutnya Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Timbalan Speaker. Disebabkan masa tak cukup, saya akan memberi latar belakang yang agak ringkas. Lepas itu, masuk terus kepada soalan yang saya ingin ajukan kepada kekanda Yang Berhormat Menteri saya. Terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom. Saya ingin nyatakan bahawa pindaan ini merupakan satu langkah penting malah wajib, bukan saja dalam memastikan kerangka perundangan kita sejajar dengan piawaian antarabangsa seperti IAEA, malah juga dalam meletakkan asas jika
Malaysia memilih untuk membuka option tenaga nuklear yang memang boleh diperbaharui dan juga sesuatu yang pada ketika ini adalah yang paling bersih sekali. Namun, sebagaimana pedang bermata dua, pindaan ini membawa manfaat tetapi juga mungkin membuka sedikit risiko yang mesti kita teliti dengan lebih halus dan luas. Satu dari segi struktur institusinya, bahagian dua dimansuhkan diganti dengan Majlis Penasihat. RUU ini memansuhkan lembaga yang telah wujud sejak 1984, digantikan dengan Majlis Penasihat Tenaga Atom yang hanya bersifat memberi nasihat. Kuasa substantif dipusatkan kepada KP. Apakah jaminan check and balance dengan izin apabila seluruh kuasa kawal selia dipusatkan kepada Ketua Pengarah tanpa sebuah lembaga kolektif seperti disebut yang saya telah dengar tadi oleh beberapa orang rakan Yang Berhormat. Mengapa tidak dikekalkan sekurang- kurangnya elemen semak dan imbang melalui kewajipan KP membentangkan laporan keselamatan tahunan kepada Parlimen. Mungkin. Kedua, berkenaan dengan lesen dan tempoh operasi. Dulu lesen nuklear hanya sahkan maksimum tiga tahun. Pindaan ini melanjutkan tempoh lesen sehingga 40 tahun. Saya setuju memanjangkannya. Saya memang setuju. Ini saya tidak pertikaikan. Pelaburan modal besarnya memang memerlukan kestabilan business plan berjangka yang sangat panjang.
Tapi, lesen yang terlampau panjang itu boleh menyebabkan lock-in effect, dengan izin, kepada teknologi yang usang. Mungkin sekarang dia baru. Mungkin dalam 10 tahun lagi, apa yang barulah dia menjadi usang dalam 10 tahun. Tapi, benda itu dah lock-in dengan syarat-syarat yang ada. Dan mungkin tidak lagi memenuhi dalam 10 tahun standard keselamatan dan keberkesanan kos tenaga di masa hadapan. Adakah kerajaan bersedia memasukkan klausa safety case setiap 10 tahun supaya mana-mana pepasangan nuklear wajib melalui penilaian semula berkala? Saya tahu memang ada syarikat-syarikat di luar sana memang kata tak apa, janji dapat saja. Tapi ini bagi pihak negara dan kepentingan Malaysia, perlu kita ada safety case dipertimbangkan. Adakah melalui peraturan, saya tidak tahu. Saya mohon kekanda saya untuk jawab. Dari segi, apa nama, seksyen 12A― permit import, eksport dan transit. Peruntukan baru ini mewajibkan permit untuk import, eksport, memindah atau membawa dalam transit bahan radioaktif nuklear termasuk barang berkaitan nuklear
dan teknologi nuklear. Hukumannya berat. Ini penting untuk elakkan salah guna. Namun, saya bimbang akan ada tindihnya dengan STA. STA itu Akta Perdagangan Strategik 2010. Kerana STA ini juga mewajibkan kawalan terhadap barang-barang yang strategik. Saya risau kalau tak adanya, dengan izin, single window, akan adanya pertindihan dengan STA. Baik, saya fast forward sebab masa tak cukup. Dari segi kesiapsiagaan dan pelan kecemasan, RUU ini mewajibkan setiap pemegang lesen menyediakan pelan kesediaan dan respons kecemasan nuklear atau radiologi. Tapi, saya nak tanya juga, adakah kerajaan akan mewajibkan latihan kecemasan awam, public emergency drills, dengan izin, melibatkan komuniti sekitar pepasangan nuklear ini? Dia bukan saja syarikat itu tetapi untuk masyarakat setempat. Mungkin untuk radiusnya 10 kilometer, 20 kilometer, 30 kilometer, saya tak tahu. Tapi, adakah kementerian telah mempertimbangkan persoalan ini? Dan jika berlaku insiden, apakah mekanisme pampasan? Itu yang paling penting. Kita ada NADMA untuk selesaikan masalah bencana alam semula jadi, tapi ini bencana besar, kalau ada jadinya, apa pampasannya? Adakah itu akan juga dimasukkan ke dalam akta? Sebagai penutup, Timbalan Speaker, RUU ini, saya ulang, adalah tonggak yang sangat-sangat penting tetapi kita mesti pastikan ia bukan sahaja membuka ruang kepada top option tenaga nuklear, malah membina tembok keselamatan, security, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Soalan yang saya bangkitkan tadi ― ada banyak lagi, tiga, empat soalan, tapi masa tak cukup. Tetapi, saya sokong kerana ini adalah satu kewajipan untuk bukan saja menjayakan NETR tetapi sesuatu yang negara perlu untuk kita memang membangun dari segi ekonomi, dari segi pelaburan yang kita nak tarik tetapi untuk sebagai opsyen kepada syarikat-syarikat yang mengejar tenaga yang bersih. Dengan itu, saya menggesa, meminta, merayu agar Yang Berhormat Menteri dan kerajaan pertimbangkan penambahbaikan di peringkat jawatankuasa atau boleh bentangkan peraturan-peraturan yang bakal dilampirkan sekali atau disekalikan dengan akta ini supaya kita tajam melindungi rakyat, kita halus menyuburkan inovasi dan benar-benar meletakkan kepentingan Malaysia di barisan hadapan peralihan tenaga serantau dan dunia. Dengan itu, sekian, terima kasih. Saya menyokong sepenuh-penuhnya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. Rang undang-undang ini amat penting kerana ia bukan saja menyentuh soal keselamatan negara, keselamatan rakyat dan juga masa depan teknologi tenaga di Malaysia. Akta asal iaitu Akta 304 telah digubal lebih 41 tahun dahulu ketika cabaran dan teknologi nuklear masih berbeza dengan keadaan hari ini. Maka, saya setuju bahawa pembaharuan ini adalah sangat wajar dan amat diperlukan. Namun begitu, saya ingin mengulas lebih terperinci dari sudut kekuatan, kelemahan, peluang dan juga cadangan penambahbaikan. Dari segi kekuatan, saya melihat pindaan ini mempunyai beberapa kelebihan yang ketara. Pertamanya, kuasa Ketua Pengarah sebagai pelesen tunggal akan memberi kejelasan dan mengurangkan kerenah birokrasi sekali gus menjadikan proses lebih cepat dan berkesan. Kedua, tempoh lesen sehingga 40 tahun pula mampu memberi keyakinan kepada pelabur kerana sektor tenaga atom memerlukan modal yang besar dan pulangan yang mengambil jangka masa panjang. Ketiga, pindaan ini juga selaras dengan piawai antarabangsa seperti ICSANT dan Convention on Nuclear Safety. Keselarasan ini memberi imej bahawa Malaysia serius dalam keselamatan nuklear di peringkat global. Walau bagaimanapun, kelemahan juga amat ketara dan tidak boleh dipandang ringan. Kuasa Ketua Pengarah yang terlalu besar tanpa mekanisme semak imbang boleh menimbulkan risiko salah guna kuasa. Lesen yang panjang sehingga 40 tahun tanpa audit berkala pula boleh memberi ruang kelalaian atau kecuaian yang hanya disedari apabila sudah terlambat. Selain itu, kapasiti teknikal negara kita masih terbatas. Kita masih kekurangan saintis nuklear, jurutera, pakar keselamatan radiasi serta pegawai penguat kuasa yang benar-benar terlatih. Jika kapasiti ini perlu diperkukuhkan, pindaan ini hanya indah di atas kertas. Saya juga ingin menarik perhatian berkenaan soal kos. Jika syarikat yang mengendalikan operasi ini gagal atau culas, akhirnya kerajaan juga yang perlu
menanggung kos pembersihan dan pampasan, dan pada akhirnya rakyat akan menanggung melalui cukai. Namun begitu, Dato’ Yang di-Pertua, saya melihat peluang besar boleh dimanfaatkan jika pindaan ini dilaksanakan dengan baik. Malaysia berpotensi menjadi pusat penyelidikan nuklear perubatan serantau, terutama dalam bidang rawatan penyakit seperti kanser dan memerlukan radioterapi dan penghasilan isotop perubatan. Kita juga boleh melahirkan tenaga pakar tempatan melalui universiti dan TVET, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar. Malah, pindaan ini membuka ruang untuk Malaysia mengukuhkan hubungan strategik dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa serta negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan Perancis. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan. Pertama, kerajaan perlu menubuhkan sebuah majlis penasihat nuklear yang benar- benar bebas melibatkan pakar akademik, masyarakat sivil dan wakil Parlimen supaya menjadi mekanisme semak imbang kepada Ketua Pengarah. Kedua, perlu diwujudkan audit keselamatan yang wajib dilakukan setiap tiga atau lima tahun walaupun lesen diberikan panjang. Audit ini juga wajar dilaporkan secara terbuka. Ketiga, kerajaan mesti merangka pelan pembangunan modal insan nuklear yang jelas melibatkan universiti dan institusi TVET agar kita mempunyai saintis, jurutera dan penguat kuasa tempatan yang mencukupi. Keempat, laporan pengurusan sisa radioaktif perlu dibentangkan di Parlimen setiap tahun supaya ada ketelusan dan rakyat tahu bagaimana keselamatan dijaga. Dan akhirnya, pengalaman saya berkaitan dengan OBTL atau orang bertanggungjawab terhadap lesen dalam peralatan x-ray. Gaji serta elaun pegawai teknikal seperti OBTL dan pegawai perlindungan sinaran perlu dinaikkan setara dengan tanggungjawab dan risiko yang mereka pikul. Cuma, saya nak tanya pada Menteri, kepakaran radiologi di bawah MOH, tidak di LPTA. Apakah solusi kerajaan? Dato’ Yang di-Pertua, tenaga atom adalah pedang bermata dua. Ia boleh menjadi rahmat besar kepada negara, membantu sektor kesihatan, industri dan penyelidikan, tetapi jika tersilap urus, ia boleh membawa malapetaka yang besar seperti mana yang sahabat-sahabat sebut tadi, seperti di Hiroshima, Nagasaki, Chernobyl dan Fukushima. Perlis pernah ada seorang pakar nuklear iaitu Dr. Che Rosli Che Mat, MP Hulu Langat, kelulusan PhD Sains Fisiologi, Kimia Sains Nuklear, Universiti Lancaster. insya-Allah, MP Hulu Langat juga pakar atom.
Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong pindaan ini dengan syarat bahawa keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, bukan hanya demi memenuhi kehendak pelabur. Akhir kata, satu pantun dari saya. Lesen panjang jangan jadi beban, Kuasa di tangan awasi teknologi; Rakyat risau jadi korban, Tersilap langkah rakyat yang rugi. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di- Pertua,
Terima kasih.
Pengkalan Chepa di sini. Saya ada sedikit...
Sekejap. Baik, tadi telah selesai 14. Sebelum saya minta Menteri untuk menjawab, silakan Pengkalan Chepa.
Saya sangat mendambakan petua daripada Speaker yang bijaksana berkaitan dengan Perkara 36(12), iaitu saya ada menerima satu maklumat yang berdokumen yang dikatakan sulit. Dan kalaulah maklumat ini benar, saya serah kepada Menteri untuk menjustifikasikannya bahawa jawapan Menteri Agama yang mengatakan bahawa 5.9 juta terlibat dengan rebranding itu sangat salah kerana dokumen ini menunjukkan ia nya adalah sekitar 20 juta, iaitu exactly dalam dokumen ini ialah 18 juta.
Jadi, itu yang saya sebut sekitar RM20 juta. Sedangkan Menteri Agama bagi tahu RM5.9 juta. Soalannya — yang kedua Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang dikirimkan oleh Menteri Agama kepada mantan Menteri Agama Bagan Serai menunjukkan ada 23 syarikat yang disebut oleh Menteri bahawa juga zaman kami pegang kerajaan diluluskan kepada non-Muslims, satu. Kedua, seolah-olah ia juga kerja rebranding secara single source ataupun direct award. Sedangkan bila diberi jawapan itu, saya telah buat semakan bahawa syarikat ada di antaranya dimiliki oleh sepenuhnya bumiputera iaitu XNARUM dan juga HeiTech Padu. Dua-dua ini dimiliki oleh Abdullah Aidid dan juga Dato’ Sri Mohd Hilmey. Dua-dua ini syarikat bumiputera, jadi tak betul.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, kemudian digambarkan bahawa itu juga kerja rebranding. Sebenarnya ini bukan kerja rebranding, ini open tender yang di zaman kami. Jadi, kalaulah ada maklumat sulit yang sampai kepada kita, sejauh mana imuniti Ahli-ahli Dewan ini untuk mendedahkan maklumat yang dikatakan sulit kalau sekiranya ia benar sulit dalam Dewan dan juga di luar Dewan. Kerana saya tak mahu nanti saya submit usul baharu yang ada maklumat tambahan akan dikira sebagai melanggar peraturan Dewan dan kalau saya sebut di luar, mungkin saya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Mohon petua daripada Speaker.
Baik, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tadi, semasa Yang Berhormat bangkitkan ketika Speaker dalam mempengerusikan Mesyuarat dan perkara itu apa yang saya difahami apa perkara yang baharu itu masukkan, sekali usulkan sekali ya. Sebentar tadi saya ada, Speaker pun ada bercakap dengan saya, minta Yang Berhormat usulkan dua perkara itu sekali, ya. Baik…
Bermakna, kalau dokumen itu…
Fakta baharu itu sekali dalam satu usul berkaitan, ya.
Kalau dokumen itu tulis confidential pun boleh di-submit?
Boleh.
Okey, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tapi, Dalam dewan lah ya, berkaitan usul-usul di dalam Dewan ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik, tapi sementara waktu itu jangan cakap luar lah ya. Terikat dgn Akta Rahsia Rasmi itu kalau di luar. Baik, kita teruskan dengan urusan aturan mesyuarat kita. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Menteri untuk menjawab 20 minit ya. Silakan Menteri ya.
Terima kasih, Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada 14 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Padang Besar. Ada mantan Menteri, ada mantan Timbalan Menteri, ada Select Committee Chair yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Pelesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 pada petang ini. Terima kasih atas keprihatinan, cadangan, komen dan saranan daripada Ahli- ahli Yang Berhormat yang amat mengambil berat dan semua ini akan diambil kira semasa sesi rangka kerja mengubah peraturan-peraturan berkaitan dengan akta ini selanjutnya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat semua, saya cuba merangkumi dalam mengikut isu Dato’, sebab nanti bercelaru pula. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 telah berkuat kuasa lebih 41 tahun tanpa pindaan dan perlu ditambah baik untuk memastikan kawal selia lebih menyeluruh dan berkesan ke arah perundangan komprehensif iaitu comprehensive nuclear law yang meliputi aspek keselamatan, sekuriti dan kawal guna selaras dengan perkembangan teknologi tenaga atom semasa. Penambahbaikan punca kuasa pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta 304 juga diperkenalkan dalam rang undang-undang ini. Antaranya adalah penambahbaikan peruntukan kesalahan am dengan meningkatkan jumlah denda dan memperkenalkan punca kuasa kompaun bagi kesalahan-kesalahan lain di bawah akta ini. Seperti juga Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sedia maklum, opsyen penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik telah mula dibincangkan secara meluas di negara ini. Saya ingin mengulangi kenyataan saya yang minggu lepas di dalam Dewan yang mulia ini iaitu penerokaan, penjanaan tenaga menggunakan nuklear diterajui oleh PETRA dan juga MOSTI. Dan peranan ataupun tanggungjawab MOSTI adalah dalam tiga aspek iaitu dari segi pembangunan bakat, dari segi R&D dan juga regulatory.
Dan untuk makluman Dewan ini, MyPower telah pun dilantik sebagai NEPIO untuk menjalankan kajian dan kajian tersebut belum lagi selesai, TPM II yang juga Petra Jaya yang juga merupakan Menteri PETRA telah pun memaklumkan kepada semua bahawa negara kita hanya akan membuat keputusan sama ada kita nak menggunakan nuklear sebagai penjanaan elektrik hanya selepas tahun 2030. Maka, ini adalah satu ketersediaan untuk kita menyediakan ataupun kesiapsiagaan ke arah sana. Belum kita buat keputusan. Tetapi kita tidak boleh membuat persediaan selepas kita buat keputusan.
[Bangun]
Silakan, Machang.
Terima kasih, Menteri. Saya nak tanya apakah nasib dan status Malaysia Nuclear Power Corporation? Dulu, di bawah JPM. Sekarang saya tak tahu di mana. Dan saya faham perbahasan nuklear dalam ruang lingkup Dewan Rakyat dan kerajaan berlegar dalam NTER punya perspektif. Tapi, tadi saya bawa perspektif defense and security. Macam mana Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Sebenarnya penjanaan elektrik menggunakan nuklear memang tidak berkenaan dengan defense. Sebab Malaysia adalah salah satu parti dalam treaty non- proliferation. Maka, kita tidak boleh apa itu, melibatkan negara kita ke arah sana. So, tu untuk makluman Yang Berhormat Machang dan saya teruskan, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
MNPC, MNPC?
MNPC telah pun dibubarkan dan sekarang NEPIO adalah MyPower. Dan MyPower adalah di bawah PETRA. Terima kasih. Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk perundangan sedia ada diperkukuh sebagai langkah persediaan kepada Malaysia untuk membangunkan program kuasa nuklear bagi kegunaan tenaga. Dan perkara ini juga penting bagi memastikan tidak timbul masalah untuk Malaysia mendapatkan teknologi dan bahan nuklear untuk pembangunan loji kuasa nuklear bagi menjana elektrik jika ada. Oleh itu, pindaan melalui RUUTA ini penting bagi membolehkan Malaysia meratifikasikan instrumen antarabangsa berkaitan keselamatan, sekuriti dan kawal guna, safeguard nuklear. Pewartaan RUUTA ini akan dapat menyediakan undang-
undang domestik untuk Malaysia, menandatangani instrumen antarabangsa dan sekali gus menunjukkan komitmen Malaysia untuk memenuhi obligasi antarabangsa dan menjadi negara pihak kepada instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan tenaga atom. Dalam hal ini, terdapat lima instrumen antarabangsa berkaitan tenaga atom yang belum ditandatangani dan dua instrumen antarabangsa yang memerlukan ratifikasi sebagai langkah persediaan ke arah penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Bakri dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, terdapat lima instrumen antarabangsa berkaitan tenaga atom yang belum ditandatangani dan dua instrumen antarabangsa yang memerlukan ratifikasi. Instrumen-instrumen adalah seperti berikut; dua instrumen yang telah ditandatangani tetapi belum ratifikasi adalah International Convention for the Suppression of Acts of Nuclear Terrorism. Yang kedua adalah Protocol Additional to the IAEA Comprehensive Safeguard Agreement (AP). Manakala instrumen yang perlu ditandatangani adalah Convention on Nuclear Safety, Convention on the Physical Protection of Nuclear Material (CPPNM) and its amendment. Ketiga, Joint Convention on the Safety of Spent Fuel Management and on the Safety of Radioactive Waste Management. Dan keempat, protocol to amend the Vienna Convention on Civil Liability. Dan terakhir adalah Amendment to the CPPNM 2005.
Sepertimana kerisauan Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Bakri, ingin saya tegaskan bahawa fokus utama RUU ini adalah bukan untuk memutuskan dasar penggunaan tenaga nuklear. Sebaliknya untuk memperkasakan kerangka perundangan di bawah Akta 304 agar selaras dengan piawaian antarabangsa. Pindaan ini memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Tenaga Atom untuk membuat penilaian komprehensif sebelum sesuatu lesen dikeluarkan. Ini termasuk kewajipan mengadakan semakan keselamatan secara berkala, penilaian tapak, penilaian teknologi dan aspek kesiapsiagaan kecemasan. Selain itu, pindaan ini memperluas kuasa pengawal selia untuk mengenalkan syarat-syarat pelesenan yang lebih ketat dan berkesan, merangkumi prinsip 3S iaitu
safety, security and safeguard. Dengan kuasa ini, Atom Malaysia boleh memastikan setiap pemegang lesen mematuhi piawaian keselamatan radiasi, langkah keselamatan fizikal, serta obligasi antarabangsa berkaitan kawalan bahan nuklear. Justeru, apa yang sedang dibahaskan hari ini bukanlah soal Malaysia akan membina loji nuklear esok atau lusa tetapi soal mewujudkan asas perundangan yang kukuh dan terkini supaya jika dasar negara pada masa depan mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai pilihan, ia hanya boleh dilaksanakan dengan kawalan ketat, pengawasan menyeluruh dan perlindungan menyeluruh kepada rakyat dan alam sekitar. Dan saya juga setuju dengan Yang Berhormat Machang, RUU ini tidak cukup sekiranya kita betul-betul kita nak membina loji penjanaan kuasa menggunakan nuklear tetapi ini sebagai satu permulaan untuk kita ke arah sana. Sepertimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Bakri juga, pindaan Akta 304 ini akan turut meliputi pindaan terhadap peruntukan mengenai tempoh sah lesen. Melalui pindaan ini, lesen boleh dikeluarkan untuk tempoh yang lebih panjang, tempoh sah lesen yang lebih panjang bertujuan untuk memfasilitasikan pelaburan dan meningkatkan keyakinan pelabur. Hal ini juga menjadikan perundangan di Malaysia lebih mesra pelabur dan ekonomi mengambil kira pelaburan yang dibuat oleh industri adalah dalam nilai atau jumlah yang besar. Penambahan tempoh sah lesen kepada maksima 40 tahun adalah satu langkah yang munasabah berdasarkan reka bentuk hidup reaktor, design life of a reactor yang juga diaplikasikan di negara-negara lain seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, Jepun dan China. Pada masa ini, kebanyakan reaktor nuklear telah direka bentuk untuk mampu beroperasi sehingga 40 tahun. Pada kebiasaannya, suatu lesen bagi loji jana kuasa nuklear boleh dikeluarkan sehingga 60 tahun berdasarkan pemeriksaan keselamatan sesuatu loji tersebut. Dan untuk — bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bakri di bawah RUU ini, dengan izin, tempoh lesen akan dinilai dari sudut risiko aktiviti tenaga atom yang — oh, sorry sebelum itu untuk menjawab soalan Shah Alam. Walaupun sekarang kita ada teknologi SMR di mana lebih kecil, lebih modular tetapi design life sama 40 tahun. That's why — maka kita tempoh untuk maksimum untuk kita bagi lesen adalah 40 tahun. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bakri, di bawah RUU ini, tempoh lesen akan dinilai dari sudut risiko aktiviti tenaga atom yang dijalankan oleh pemegang lesen. Sebagai contoh, tempoh lesen di antara 1–5 tahun bagi pemegang
lesen yang menggunakan penjana sinaran atau 30–40 tahun untuk reaktor nuklear, jika ada. Kriteria kelulusan tempoh sah lesen ini akan ditetapkan dalam suatu prosedur khusus jabatan. Untuk makluman Yang Berhormat Jerantut juga, walaupun tempoh sah lesen dikeluarkan dalam tempoh yang lebih panjang di bawah RUU ini, namun sesuatu lesen adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian semula keselamatan yang dilaksanakan secara berkala periodic safety review (PSR) yang akan ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang akan dibuat di bawah RUU ini dan syarat-syarat lesen pengoperasian yang boleh ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa mengikut kepada situasi. Fungsi dan kuasa pelesenan memang diletakkan berpusat kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom. Namun pada masa yang sama, institusi ketua pengarah sebagai regulator bukanlah satu kuasa yang absolute kerana masih terikat dengan perundangan ataupun perundangan yang ada, yang sedia ada. Bagi tujuan pepasangan nuklear, sesuatu lesen akan dikeluarkan secara berperingkat iaitu menempatkan, membina, mentauliahkan, mengendalikan dan menyahtauliahkan. Oleh itu, semasa peringkat menempatkan pepasangan nuklear, pemohon adalah dikehendaki mengemukakan maklumat antaranya seperti ciri fizikal tapak, kaji bumi, kaji hidro, kaji cuaca dan kaji gempa untuk penilaian dan kelulusan Jabatan Tenaga Atom. Kejadian luar jangka melibatkan alam sekitar seperti gempa bumi sememangnya tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu, RUU ini ditambah baik dengan memasukkan tanggungjawab kepada pemegang lesen supaya menyediakan dan mengemukakan pelan kesediaan dan respons kecemasan nuklear atau radiologi. MOSTI melalui Jabatan Tenaga Atom mengoperasikan Pusat Pengurusan Tindak Balas Nuklear Kebangsaan (PTNK) sentiasa bersedia memastikan keselamatan sinaran dan nuklear terjaga selaras dengan fungsi dan tanggungjawab yang diamanahkan di bawah arahan satu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kerajaan pada masa ini, mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi meminimumkan penghasilan sisa radioaktif dengan mengaplikasikan pelbagai konsep seperti konsep kitaran ekonomi. Bahan radioaktif yang dianggap sebagai sisa ini boleh dikitar semula untuk digunakan bagi tujuan lain. Sebagai contoh, pengekstrakan torium daripada residu WLP. Selain itu, sekiranya sisa radioaktif melibatkan bahan api terpakai ataupun spent fuel daripada reaktor nuklear, suatu
perjanjian akan dibuat dengan pembekal teknologi yang membolehkan bahan api terpakai dipulangkan semula kepada pembekal teknologi dan diproses semula. Untuk makluman Yang Berhormat yang lain juga, perkara utama yang akan dipinda dalam RUU Tenaga Atom adalah berkaitan tadbir urus JTA sedia ada. Ingin saya maklumkan di sini bahawa akta ini merupakan satu pindaan dan perlu dibaca bersama dengan Akta 304 yang asal di mana peruntukan-peruntukan tidak dipinda masih berkuat kuasa. Dalam hal ini, pindaan utama ialah lembaga dimansuhkan dan kuasa sebagai pihak berkuasa pelesenan dipindahkan kepada ketua pengarah. Sistem tadbir urus di bawah Akta 304 pada dasarnya terletak di bawah tanggungjawab lembaga, namun lembaga tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan seperti sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan peralatan bagi melaksanakan fungsi di bawah Akta 304 secara berkesan. Oleh itu, lembaga akan menurunkan kuasa-kuasa pelesenan dan penguatkuasaan kepada Ketua Jabatan Tenaga Atom. Pengalaman selama 41 tahun dalam melaksanakan kuasa perlesenan dan penguatkuasaan di bawah Akta 304 ini, Ketua Pengarah JTA telah mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam melaksanakan fungsi di bawah akta ini. Pemindahan kuasa tersebut akan mewujudkan keseragaman tadbir urus. Hal ini bagi memastikan Ketua Pengarah JTA dapat melaksanakan fungsi di bawah Akta 304 tanpa melalui perwakilan kuasa oleh lembaga. Manakala, berdasarkan kepada saranan Yang Berhormat Tuaran terhadap penubuhan dan penambahbaikan Majlis Penasihat di bawah RUUTA ini akan diambil kira dan sebagai makluman awal, fungsinya menyerupai fungsi-fungsi lembaga seperti menasihati Menteri dalam perkara dasar dan strategik akta ini dan apa-apa perkara yang dirujuk. Untuk makluman, seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut juga, di bawah RUUTA, Lembaga Rayuan akan ditumbuk — ditubuhkan berdasarkan kepada case-by-case. Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan iaitu Ketua Pengarah Tenaga Atom atau Ketua Pengarah Kesihatan, boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri. Keanggotaan Lembaga Rayuan adalah berdasarkan kepada kepakaran dan isu sama ada berhubung lesen bagi maksud perubatan atau bukan maksud perubatan. Lembaga Rayuan terdiri daripada tiga orang termasuk seorang Pengerusi yang akan dilantik dari kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang tidak kurang daripada 10 tahun dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan. Mengenai majlis, anggota Majlis Penasihat, ia adalah tetap di bawah akta sedia ada. Jumlah keseluruhan ditetapkan seramai lima orang. Namun, di bawah RUU ini, keanggotaannya telah ditambah kepada tujuh orang bagi memperkasakan barisan majlis ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya berkaitan dengan penambahbaikan kepada punca kuasa penguatkuasaan atau kompaun sepertimana yang ditanya oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat seperti Ahli Yang Berhormat Shah Alam. Di bawah Akta 304 sedia ada, tindakan mahkamah dikenakan ke atas pemegang lesen yang melanggar Akta 304. Antara kesalahan yang diambil tindakan adalah seperti memiliki bahan radioaktif, bahan nuklear ataupun radas penyinaran tanpa lesen atau kuantiti melebihi daripada yang dilesenkan atau tempoh sah lesen telah tamat. Tindakan mahkamah ini mengambil masa yang agak panjang kerana melibatkan siasatan dan pendakwaan dan dilihat tidak komprehensif bagi kesalahan-kesalahan yang tidak signifikan kepada isu keselamatan dan sekuriti nuklear seperti kesalahan yang melibatkan dokumentasi. Sehubungan itu, RUU ini ditambah baik dengan memperkenalkan jumlah denda yang lebih tinggi. Bagi kesalahan am, denda dinaikkan daripada RM100,00 kepada RM500,00 dan mengenakan kompaun bagi lain-lain kesalahan yang akan dikenal pasti bagi menyediakan kawal selia yang efektif terhadap penggunaan tenaga atom di Malaysia. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Bukit Bendera. Pada masa ini, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom adalah pihak berkuasa perlesenan yang terdiri daripada pengerusi dan empat orang anggota yang dilantik oleh Menteri dan bertanggungjawab dalam semua perkara bagi pengeluaran lesen, penggantungan dan pembatalan lesen. Fungsi bagi pengeluaran lesen, penggantungan dan pembatalan lesen dialihkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom yang mempunyai struktur tadbir urus yang lebih berkesan dengan sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan peralatan yang diperlukan. Ketua Pengarah adalah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang berkecuali dan tidak di bawah pengaruh politik. Ketua Pengarah adalah pegawai khidmat awam yang mempunyai pengalaman dan kompetensi dalam
melaksanakan fungsi-fungsi di bawah rang undang-undang melalui pelbagai latihan dari pelbagai agensi antarabangsa. Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera juga berkaitan dengan hukuman mati. Cadangan di bawah RUU ini tidak menjadikan hukuman mati sebagai mandatori selaras dengan dasar dan hala tuju negara berkaitan hukuman mati pada ketika ini. Di bawah RUU ini, mahkamah diberikan pilihan untuk menjatuhkan hukuman yang bersesuaian dengan privity of the offence, dengan izin sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan.
[Bangun]
Selain itu, hukuman sebatan juga diperkenalkan sebagai tambahan yang bertujuan untuk menegaskan hukuman yang setimpal dan setara dengan kesalahan kepada orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan niat untuk menyebabkan kematian, untuk menyebabkan kecederaan serius pada mana-mana orang atau menyebabkan kerosakan teruk.
Yang Berhormat Menteri, saya dengar jawapan tadi fasal MyPower. Saya rasa jawapan itu ya lah, mungkin ada masalah sedikit. Sebab apa? MyPower adalah agensi di bawah PETRA. NEPIO cannot be an agency, you know. It has to be an independent party. Dulu MNPC sebelum Puchong tutup, it was a CLBG by structure. Barulah NEPIO kita boleh bercakap dengan Rosatom, contohnya. Jadi, saya rasa MOSTI kena perjuangkan baliklah NEPIO ini kerana — ubah daripada MyPower ke CLBG kind of structure. Put in JPM balik. Let the Prime Minister drive it. This is my suggestion lah. And my question also, another one. Kalau neighboring countries kita, Singapore, Indonesia has their own NEPIO, then push this agenda. What’s your recommendation to the Cabinet? Are you going to expedite, accelerate this nuclear program?
Terima kasih atas cadangan Machang. Nanti saya akan — I will convey the message tentang NEPIO. Untuk penerokaan tenaga nuklear ini, I think kita perlu ikut our own pace. Kita tidak boleh dipengaruhi oleh negara- negara jiran. Walaupun ada yang mereka lebih pantas, ada yang mereka lebih kebelakang. So, I think we have to go according to our own pace. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa lagi ya. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Sabak Bernam. Dengan seksyen 26, Akta 304 sedia ada, berkenaan dengan pelupusan sisa radioaktif telah digugurkan dalam RUU ini tidak bermakna pengurusan ataupun pelupusan sisa radioaktif tidak lagi dikawal di bawah RUU ini. Seksyen 26, Akta 304 yang memperuntukkan keperluan untuk mendapatkan kebenaran bagi melupuskan sisa radioaktif telah digantikan dengan seksyen baharu 27A yang mana pelupusan sisa radioaktif masih lagi dikawal melalui mekanisme lesen. Kawalan terhadap pengurusan sisa radioaktif masih dikekalkan dan Jabatan Tenaga Atom mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan kawalan dan kawal seliaan pengurusan sisa radioaktif. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Rang Undang-undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) adalah akta untuk pengawalseliaan dan kawalan terhadap urusan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear, penjana sinaran atau kemudahan. Oleh itu, terdapat punca kuasa yang jelas dalam RUU ini yang boleh mengawal thorium molten-salt reactor iaitu kawalan terhadap bahan nuklear iaitu thorium dan juga kemudahan iaitu reaktor. Selain itu, isu yang — okey. Selain itu, Yang Berhormat Kuala Terengganu mengenai peruntukan pengurusan sisa radioaktif dan bahan api terpakai yang dijelaskan di bawah RUU ini bertujuan memastikan aktiviti tersebut tidak menambah risiko beban tanggungan kewangan kerajaan di masa depan. Rang undang-undang ini turut memperuntukkan tabung khas yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Sisa Radioaktif khusus untuk penyelidikan pengurusan sisa radioaktif dan langkah-langkah pemuliharaan untuk perlindungan alam sekitar. Sekarang, walaupun ada syarikat yang kita telah memberikan syarat untuk mewujudkan bon, tetapi itu adalah syarat. Sekarang kita masukkan dalam RUU supaya semua syarikat yang berkaitan perlu membayar ses dengan izin, ke dalam Kumpulan Wang Sisa Radioaktif ini yang menekankan tanggungjawab pemegang lesen ini dalam menanggung kos pengurusan sisa radioaktif selaras dengan polluter pays principle, dengan izin. Mengenai pertanyaan kewangan berbentuk insurans. RUU ini mengekalkan peruntukan mengenai jaminan kewangan yang perlu dikemukakan sebelum sesuatu lesen dikeluarkan. Jaminan kewangan ini boleh ditetapkan dalam apa-apa bentuk instrumen kewangan seperti insurans, wang tunai atau bon. Di samping itu, di bawah bahagian liabiliti terhadap kerosakan nuklear, jenis dan terma insurans atau jaminan kewangan lain yang perlu diselenggara oleh pengendali pemasangan akan
ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk membolehkan mana-mana orang yang terjejas akibat insiden nuklear dibayar pampasan. Seterusnya, saya ingin beralih kepada aspek perlombongan walaupun ia bukan secara langsung di bawah RoTDA. Perkara pertama, mengenai sama ada JTA mempunyai kuasa menyita tapak perlombongan yang ditanya oleh Yang Berhormat Sungai Siput.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Ya.
Sini, sini. Ipoh Timor.
Ya.
Tadi fasal pertindihan dengan STA. Ambil contohlah, Cobalt-60 yang kita guna untuk sterilisation of peralatan perubatan or food irradiation, Cesium-137 untuk — dia alat ukur tahaplah for scientific research, Iridium-192. Semua ini adalah benda-benda yang radioaktif dan kebanyakan barangkali agak kerap juga dieksport sebab kita ada yang lama atau spent nuclear fuel. Kita juga eksport dari peralatan yang lama. Adakah ada pelan sebab dalam akta tak ada untuk wujudkan single window supaya dia tak ada tindih dengan STA? Itu — sebab sebelum Yang Berhormat Menteri alih ke perlombongan.
Terima kasih Ipoh Timor atas cadangan tersebut. Sebab ini merentasi kementerian, nanti kita perlu duduk bersama dengan agensi- agensi lain untuk bincang. Tetapi ini adalah satu cadangan yang baik supaya industry player dengan izin, dia tidak confused.
Kita tak nak ceiling effect dengan apa yang sedia ada. Tak naklah sekat benda yang dah jalan lancar, kan?
Ya. Terima kasih cadangan Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kesuntukan masa, saya ingin menyimpulkan sebagai kesimpulan, kerajaan mengulangi komitmennya melalui penambahbaikan rang undang-undang ini dan kawal selia Akta 304 yang lebih komprehensif dapat diwujudkan untuk memberikan perlindungan dalam aspek keselamatan, sekuriti dan kawal guna yang lebih mampan serta komunikasi sifar yang lebih jelas dan berkesan seperti mana saranan Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Shah Alam terhadap pendidikan dan advokasi
awam untuk memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap keupayaan kerajaan dalam pengurusan sisa radioaktif negara. Ini last ya. Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Kerian, pada masa ini, terdapat beberapa universiti tempatan yang menawarkan kursus mengenai bidang sains nuklear, kejuruteraan nuklear dan keselamatan sinaran. MOSTI melalui Jabatan Tenaga Atom dari semasa ke semasa telah membuat advokasi awam dan pendidikan program jangkauan kesedaran jangka pendek dan panjang bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada golongan sasar. Selain itu, pameran kesedaran juga dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah serta institusi pendidikan tinggi dijalankan dari semasa ke semasa bagi mendekati golongan sasar bagi memupuk penerimaan positif kepada aspek keselamatan sinaran dan nuklear. Dengan itu, saya mencadang. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Satu ― selain pada Yang Berhormat Besut, ada lain? Jika tidak, saya persilakan Yang Berhormat Besut, TIGA minit dan Yang Berhormat, berkisar dalam pindaan sahaja.
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada fasal 8 berkenaan dengan penubuhan Majlis Penasihat ini. Kalau kita lihat dalam fasal 8 ini, penasihat ini ada dilantik seorang Pengerusi ya. Menteri yang melantik Pengerusi. Cuma, Pengerusi ini adakah perlu dipertanggungjawabkan kepada sains dan teknologi dan juga kesihatan? Sebab,
kalau kita tengok dalam 2A, Ketua Setiausaha Kementerian, disebut dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi. Dan juga (c), Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggung dengan tanggungjawab bagi kesihatan. Bermaknanya, Ketua Setiausaha kementerian sains dan teknologi dan juga kesihatan. Dan (d) itu letak Ketua Pengarah. Ketua Pengarah mana ini? Saya tak tahu ini. Kementerian mana? Dan (e), diletak Ketua Pengarah Kesihatan. Ini jelas. Cuma, dipertanggungjawabkan itu tak ada. Maknanya, Ketua Setiausaha ini dikira ada knowledge-lah berkenaan dengan sains dan juga kesihatan barangkali. Dan juga (f) itu, tiga anggota lain yang dilantik. Okey. Mempunyai pengalaman dan keupayaan dalam bidang sains saintifik dan juga teknik berkaitan dengan tenaga atom. Jadi, bagaimana dengan kesihatan? Ini lebih kepada saintifik dan juga teknik tenaga atom. Yang kesihatan macam mana? Perlu tak, maknanya, dilantik juga tambah? Dulu lima, sekarang tujuh, tambah lagi seorang ― lapan. Ya, boleh. Sebab, dia nak menentukan ― sebab, dia nak bagi nasihat kepada Menteri ini perkara-perkara dasar dan juga strategik. Dan juga yang akan diberi lesen kepada yang meragukan ― apa nak digunakan? Untuk kesihatan kah atau sebagai apa? Jadi, ini perlu ditambah. Dan juga kita lihat setiausaha juga. Setiausaha ini yang dilantik, macam mana? Setiausaha ini perlu ada kepakaran atau tidak? Ataupun pengetahuan tentang sains dan teknologi tadi. Dan juga yang kuasa membatal. Menteri juga ada kuasa membatal bawah ― kalau tengok (5) itu, (2)(a) dan (f). Maknanya yang dilantik tiga orang tadi, dan juga (a) tadi, Pengerusi boleh dibatalkan pada bila-bila masa yang disebabkan oleh ― sebagaimana yang disifatkan yang patut oleh Menteri. Apa yang patut? Kita tak tahu apa yang patut, ya. Maknanya, tak jelas. Jadi, perlu dinyatakan. Yang lain-lain macam mana? Yang ini boleh berkhidmat, kalau dia tak dibatalkan, tiga tahun. Yang lain-lain itu macam mana? Daripada (b) sampai ke (e) itu. Makna, dia orang kekal kalau ada apa-apa yang disifatkan patut oleh Menteri itu, adakah masih boleh dikekalkan ya? Dan seterusnya, saya terus kepada satu lagi fasal, fasal 14 tentang yang pindaan seksyen 16(4A). Ya, (4A) ini Majlis Penasihat ini ya. Maksud untuk perubatan ini, Ketua Pengarah hendaklah bertindak mengikut dapatan majlis Penasihat itu menerima ― makna, dia menerima apa yang dinyatakan oleh majlis.
Maksud, dia dah ada dalam ― Ketua Pengarah ini dah ada dalam majlis. Ketua Pengarah. Jadi, macam mana? Dia tak ada conflict of interest kah? Dia dah ada dalam itu, kemudian...
Minta maaf, Besut. Ini yang mana? Yang ― yang...
Ya? Fasal 14.
14.
Pindaan seksyen 16. Jadi, Ketua Pengarah dah ada dalam itu sebagai penasihat dan dia menerima pula apa yang dinasihat, dia sendiri nasihat barangkali. Jadi, juga tidak jelas dalam perkara ini. Pohon dijelaskan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, lima minit jawab.
Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Besut, 2A itu memang telah menyenaraikan anggota-anggota. Ada anggota tetap iaitu yang telah pun disebut dalam RUU ini. Seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri. Itu tidak tetap. Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi sains dan teknologi atau wakilnya. Itu MOSTI lah. Dan kedua, KSU Kementerian dipertanggungjawabkan bagi kesihatan. Itu KKM. Dan juga Ketua Pengarah, (d) ini, adalah Ketua Pengarah Jabatan Atom, Jabatan Tenaga Atom (JTA). Sebab, ini adalah akta-akta tenaga atom, maka Ketua Pengarah itu memang rujuk kepada Ketua Pengarah Atom. Yang (e) adalah Ketua Pengarah Kesihatan. So, yang empat-empat ini memang sebagai anggota tetap. Yang tiga lagi anggota yang boleh dilantik oleh Menteri. Sebelum itu, saya jawab soalan Besut tentang adakah kita perlu tambah seorang lagi untuk menjaga kesihatan. Sebenarnya apabila dalam takrifan ini, tiga anggota lain yang dilantik oleh Menteri yang mempunyai pengalaman dan keupayaan dalam bidang saintifik atau teknik berkaitan dengan tenaga atom itu juga termasuk pakar kesihatan, sebab dalam bidang kesihatan memang ada juga pakar yang terlibat dalam penggunaan tenaga atom. Maka, persoalan itu tidak timbul. Yang kedua adalah tentang kenapa boleh batal. Sebab, sekiranya kita perlukan pakar yang mungkin yang sangat spesifik, mungkin kita perlu batalkan seorang untuk lantik seorang pakar yang baharu dalam majlis tersebut. So, ini memberi kuasa kepada Menteri dan juga memberi fleksibiliti, dengan izin, kepada
mjlis ini supaya sekiranya ada apa-apa industri yang memerlukan kepakaran yang sangat spesifik, kita perlu lantik seorang lagi ke dalam Majlis. Dan untuk soalan, setiausaha perlu tak pengetahuan sains?
Sebenarnya, setiausaha kalau boleh memang perlulah tapi dia lebih perlu keupayaan dalam tadbir uruslah sebab memang setiausaha dia sebagai pencatit minit dan juga yang keluarkan notis dan lain-lain. So, tak semestinya perlu pengetahuan sains tetapi lebih preferred-lah. Sebab kalau setiausaha tidak ada pengetahuan sains itu memang ada, mungkin akan ada masalahlah dengan terma- terma saintifik dan lain-lain. So, saya rasa itu saja. Dan yang ke-14 tentang ketua pengarah. Memang walaupun ketua pengarah dia salah seorang anggota dalam majlis penasihat itu tetapi sebagai orang yang melaksanakan, sebagai orang yang mempunyai kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan, memang ketua pengarah hendaklah bertindak mengikut dapatan majlis penasihat ini walaupun beliau adalah salah seorang daripada anggota majlis tersebut. So, saya rasa itu saja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. [Fasal-fasal 1 sehingga 70 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Dato' Mohammad Yusof bin Apdal)] dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10.00 pagi, hari Selasa, 26 Ogos 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.03 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Pengaktifan Dan Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Ltsaas), SubangSpecial Chamber
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Usul saya nombor satu. Saya ingin membangkitkan satu isu yang semakin meresahkan penduduk di sekitar kawasan Petaling Jaya, khususnya di Ara Damansara. Berhubung dengan status pengaktifan semula operasi penerbangan dan penaiktarafan fasiliti maintenance, repair and overhaul (MRO) dengan izin Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.
Secara umum, LTSAAS akan menjadi tumpuan untuk pengembangan sektor MRO negara. Namun, dengan penaiktarafan MRO di LTSAAS serta ditambah dengan pengaktifan dan penambahan operasi penerbangan, implikasinya adalah dari aspek trafik penerbangan, pencemaran bunyi, serta waktu operasi yang melibatkan waktu malam dan awal pagi.
Malah, pihak kami dimaklumkan oleh para penduduk di sekitar kawasan tersebut bahawa masalah pencemaran bunyi yang serius dan berterusan telah dihadapi oleh penduduk kawasan ini, dianggarkan berpunca daripada Engine Ground Run (EGR) dengan izin daripada hangar, aircraft taxi, serta takeoff and landing pesawat. Masalah pencemaran bunyi ini menjadi lebih buruk apabila ia melibatkan pesawat yang menggunakan jet engine jenis low bypass.
Lebih membimbangkan, terdapat aduan bahawa aktiviti ini dijalankan pada waktu tidak munasabah termasuk seawal jam 3.00 pagi, yang mengakibatkan gangguan bunyi yang amat ketara. Ini menimbulkan kesan negatif kepada kesihatan mental dan kesejahteraan harian penduduk, terutamanya warga emas, pesakit kronik dan kanak- kanak. Justeru, soalan saya:
(i) apakah status rasmi projek penaiktarafan dan pengembangan operasi LTSAAS, termasuk pembinaan hangar MRO baharu?;
(ii) adakah kementerian telah menjalankan sebarang sesi libat urus atau sesi pendengaran awam bersama komuniti berhampiran, khususnya di Ara Damansara dan kawasan sekitarnya?;
(iii) apakah garis panduan operasi waktu malam bagi lapangan terbang ini dan adakah mekanisme pemantauan gangguan bunyi telah dilaksanakan?;
(iv) adakah sistem night flight restriction atau night quota period seperti di Lapangan Heathrow, Gatwick dan Stansted diwujudkan di LTSAAS sekarang? Jika belum, adakah pihak kementerian bercadang untuk memperkenalkannya bagi mengawal operasi malam yang mengganggu ketenteraman awam?; dan
(v) adakah sebarang pelan mitigasi pencemaran bunyi telah dirangka atau akan diperkenalkan bagi melindungi kesejahteraan penduduk setempat?
Saya berharap isu ini diberi perhatian segera dan tuntas oleh pihak kementerian demi memastikan pembangunan tidak mengorbankan kesejahteraan rakyat yang tinggal berdekatan. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 28 Jun 2023 telah bersetuju terhadap pembangunan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang yang dilaksanakan berasaskan kepada Subang Airport Regeneration Plan (SARP). Yang disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad dan polisi-polisi semasa kerajaan yang berkaitan.
Pembangunan LTSAS tersebut memberi fokus terhadap tiga komponen utama iaitu:
(i) ekosistem aeroangkasa ataupun aerospace ecosystem;
(ii) operasi penerbangan perniagaan, business aviation; dan
(iii) city airport terminal.
Dalam hubungan ini, strategi utama pembangunan LTSAAS melibatkan penyusunan semula susun atur kawasan udara atau airside dan darat, on the landside serta mengoptimumkan kawasan operasi penerbangan, perniagaan, pembangunan semula kawasan industri aeroangkasa sedia ada dengan memperkukuhkan infrastruktur dan membuka ruang baharu untuk segmen maintenance, repair and overhaul (MRO) bernilai tinggi, serta permodanan dan pembesaran LTASAAS menjadi new green city airport terminal yang lengkap bagi pengendalian, perkhidmatan penerbangan berjadual menggunakan pesawat jet.
Pembangunan new green city airport terminal melibatkan tiga fasa iaitu:
(i) fasa interim mulai tahun 2023 hingga 2024;
(ii) fasa pertama mulai tahun 2024 hingga 2027; dan
(iii) fasa kedua mulai tahun 2028 hingga 2030.
Pembangunan fasa interim bagi operasi jet di Terminal 3 sedia ada LTSAAS melibatkan peningkatan kapasiti pengendalian penumpang dari 1.5 juta penumpang setahun kepada 3.0 MPPA atau million passengers per annum. Selanjutnya pembangunan fasa pertama akan melibatkan pembinaan bangunan airside terminal yang baharu dan berupaya mengendalikan pergerakan penumpang dengan kapasiti lima MPPA. Fasa pertama jangka akan bermula beroperasi pada tahun 2028.
Fasa kedua yang merupakan fasa terakhir yang akan meningkatkan kapasiti maksimum pengendalian penumpang di LTSAAS kepada lapan MPPA menjelang tahun 2031. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad telah menyiapkan pembangunan fasa interim pada 30 Julai 2024. Dengan peningkatan kapasiti pengendalian penumpang dari 1.5 juta penumpang setahun kepada 3.0 MPPA. Antara syarikat penerbangan yang telah memulakan operasi jet di LTSAAS adalah Batik Air, Scoot Airlines, TransNusa Airlines dan HK Express.
Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan penswastaan MAHB dan penilaian semula oleh pemegang saham yang baharu, projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan diteruskan dengan mengekalkan tiga komponen utama iaitu, SARP iaitu city airport business aviation and aerospace. Perincian reka bentuk susun atur bagi keseluruhan pembangunan LTSAAS sedang dimuktamadkan bagi mengambil kira perkembangan sektor business aviation dan aerospace di LTSAAS.
Berbangkit tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ada lima perkara. Iaitu tentang sesi libat urus. Bagi memastikan pengoperasian pesawat jet di LTSAAS dapat dilaksanakan secara efisien, MOT dengan kerjasama MAHB dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) telah membangunkan garis panduan kepada syarikat-syarikat penerbangan serta pihak-pihak berkepentingan berhubung pengoperasian pesawat jet penumpang di LTSAAS. Dalam hal ini, sesi libat urus telah dibuat oleh pihak MAHB bersama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan pada 5 dan 15 Februari 2024, bagi mendapat pandangan dan input semua pihak sebelum garis panduan tersebut di-memuktamadkan. Selanjutnya, MAHB akan mengatur sesi libat urus atau sesi pendengaran awam bersama komuniti berhampiran khususnya di Ara Damansara dan kawasan sekitarnya, pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak dan mudah-mudahan dapat dilaksanakan dalam tahun ini lah.
Keduanya ialah tentang garis panduan operasi waktu malam. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menangani isu bunyi yang bakal meningkat berikutan pertambahan bilangan penerbangan serta kapasiti penumpang di LTSAAS, pihak MAHB menggariskan syarat-syarat seperti berikut. Satu ialah masa operasi LTSAAS dihadkan daripada pukul 6.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam bagi fasa interim, manakala waktu operasi bagi fasa pertama adalah dihadkan daripada 6.00 pagi sehingga pukul 12.00 malam dan mewujudkan zero noise window dan quiet windows bermula 10.01 malam sehingga 5.59 pagi.
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat penerbangan dalam memastikan pengoperasian pesawat jet di LTSAAS dapat dilaksanakan dengan lancar serta memastikan kesan bunyi dari operasi penerbangan terhadap penduduk tempatan adalah pada tahap yang minima.
Untuk maklumat Yang Berhormat juga, secara umumnya terdapat dua jenis Engine Ground Run yang dijalankan oleh pengendali MRO. Iaitu satu. ialah EGR kuasa melahu ataupun ideal power. Yang keduanya ialah EGR kuasa penuh, full power. Bagi ujian kuasa melahu ataupun ideal power test, tempoh masa bagi pelaksanaan ujian telah ditetapkan antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan dibuat di lokasi yang dibenarkan iaitu di parking bay dan taxiway sahaja. Manakala bagi ujian kuasa penuh, full power test, ujian tersebut hanya dibenarkan dibuat antara jam 12.00 malam sehingga 6.00 pagi sahaja dan atas faktor keselamatan ia nya hanya terhad di penghujung landasan 33 sahaja. Ujian EGR ini boleh dibuat jauh dari kawasan kediaman yang full power ini dan semua ujian adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pihak CAAM sebelum sebarang ujian dibuat.
Untuk makluman Yang Berhormat jua, fasiliti EGR sedia ada sedang dalam pengubahsuaian dan dijangka akan siap pada November 2025 ini. Fasiliti EGR ini akan membantu dan pengurangan bunyi yang dinyatakan. Bila ininya siap nanti semua EGR, testing will be done at this facility. Ya.
Perkara satu lagi ialah tentang night flight restriction. Pada masa ini sistem night flight restriction atau night quota period belum dilaksanakan di LTSAAS.
Walau bagaimanapun, MOT akan bekerjasama dengan CAAM bagi melihat kepada alternatif kebarangkalian untuk membangunkan noise abatement procedure seperti melihat semula kepada penggunaan landasan ia ini, runway reference procedure instrument daripada kawasan populasi rendah dan lain-lain prosedur berkaitan. Contoh noise abatement procedure yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) menambah baik perancangan laluan fasa di departure dan arrival dengan mengikut profil yang telah ditetapkan seperti ketinggian, kelajuan dan laluan;
(ii) reverse thrust juga tidak dibenarkan kecuali hanya untuk keperluan kecemasan; dan
(iii) kita akan cuba mengkaji penggunaan airport KVU untuk dikuatkuasakan.
Seterusnya ialah tentang pelan mitigasi. Susulan daripada laporan pencemaran bunyi di kawasan berdekatan LTSAAS yang telah dikeluarkan pada Januari 2025 bagi mengenal pasti tahap pencemaran bunyi yang berlaku di dalam waktu operasi, pihak MAHB akan membuat perbincangan lanjut bersama syarikat penerbangan bagi pelan mitigasi yang lebih efektif untuk menangani masalah pencemaran bunyi di kawasan penduduk setempat termasuk sesi libat urus bersama komuniti tempatan yang dijadualkan pada September 2025. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah membangunkan noise abatement procedure, seperti melihat semula penggunaan landasan, yang sebagaimana saya katakan tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini, semua pesawat jet komersial yang beroperasi di LTSAAS tidak menggunakan jet enjin jenis low bypass. Ya, tak ada yang komersial yang sekarang ini yang menggunakan low bypass. Prosedur operasi helikopter pula telah ditambah baik supaya helikopter hanya membuat pusingan satu batu ataupun one mile selepas taxiway S bagi mengelakkan merentasi kawasan populasi di Ara Damansara.
Terima kasih.
Saya persilakan, Yang Berhormat Petaling Jaya untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih atas jawapan yang komprehensif yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan susulan saya adalah berkenaan dengan aduan yang dikemukakan oleh penduduk. Sering kalinya, walaupun disertakan dengan bukti tapi tanpa satu measurement dengan izin, yang saintifik daripada para penduduk.
Jadi, persoalan saya adalah bagaimanakah pemantauan ataupun penguatkuasaan turut melibatkan penduduk yang menjadi stakeholder penting, bahkan mangsa dalam kes ini supaya dapat membuat pemantauan ataupun membuat satu penambahbaikan bersama dalam kes ini? Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat.
Satu, sebagaimana yang saya katakan tadi ialah tentang fasiliti EGR itu sendiri yang sedang di, di, apa nama, dinaik taraf sekarang ini supaya semua EGR akan dibuat di fasiliti tersebut di mana dia ada noise deflector dan sebagainya, ya.
Dan keduanya ialah tentang tadi pada bulan September ini kita akan membuat libat urus bersama dengan penduduk di kawasan dan juga mungkin ya, dengan jiran kita. Ada, apa nama. Di sana ada tentera air force base dan sebagainya. Semua ini kita akan bawa bersama-sama and all the syarikat untuk membuat libat urus dengan rakyat.
Then, over there insya-Allah we can talk about how to see things you know dan juga melihat juga tentang pembangunan di kawasan juga. Sebagaimana kita tahu juga bagaimana dengan keadaan — well the airport has been there long. Yang penduduk ini baru masuk ya. Jadi, ini ada juga sesuatu sudut yang kita mesti lihat juga.
Lainlah penduduk yang dah memang dari kecik hidup sana, dengar bunyi bising pun dia nyenyak juga tidur, ya. Ini keadaan semasalah ya. Jadi, tak apa nanti kita dalam libat urus itulah. Di sanalah kita akan bersama-sama dengan rakyat jelata ya. Dengan all those stakeholders yang semuanya mempunyai — semuanya penting dalam hal ini pada bulan September. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Menjadikan STPM Pilihan Utama Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam MalaysiaSpecial Chamber
Usul yang kedua. Puan Yang di-Pertua, isu kemasukan pelajar STPM ke Institut Pengajian Tinggi Awam sering menjadi tanda tanya masyarakat. Trend ini mencetuskan kebimbangan kerana matrikulasi dilihat menjadi antara pilihan utama pelajar berbanding STPM, khususnya aliran sains STEM. Isu ini mengakibatkan kekosongan tempat di aliran sains STEM di STPM, sehinggakan terdapat sekolah yang hanya mempunyai seorang pelajar mendaftar. Tambahan dengan wujudnya saluran baharu seperti open channel, Saluran Terbuka Universiti Awam (SATU) oleh Universiti Malaya umpamanya, menjadikan ruang kemasukan STPM ke IPTA IPTS semakin sempit.
Yang lebih mendukacitakan, terdapat pelajar-pelajar STPM yang dinafikan ruang kemasukan mereka ditawarkan dengan kursus yang sama. Tetapi di bawah SATU yang menawarkannya dengan yuran yang jauh lebih tinggi. Contohnya, ijazah perubatan yang mengenakan yuran RM15,000. Dalam kes kemasukan awam, naik menjadi RM500,000 bawah SATU.
Ini seolah-olah satu proses penswastaan yang telah menganiayai pelajar- pelajar yang datang dari keluarga miskin atau B40 khususnya dari kalangan bukan bumiputera. Kerana di samping mereka hanya diberikan kuota 10 percent kemasukan matrikulasi, mereka juga berisiko tinggi, dinafikan peluang yang adil untuk ditawarkan kursus yang diidamkan. Dan akhirnya dikenakan yuran di luar kemampuan mereka bawah sistem SATU.
Isu yang wujud ini telah mengakibatkan stigma pelajar terhadap STPM di aliran sains khususnya. Akhirnya, akan menjejaskan pengambilan pelajar-pelajar tempatan yang berbakat dan sekali gus bertentangan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu dan tangga IPTA kita berbanding dengan universiti-universiti asing di peringkat antarabangsa.
Soalan saya:
(i) pohon Kementerian Pengajian Tinggi menyenaraikan bilangan kemasukan pelajar STPM yang berjaya mendapat tawaran ijazah perubatan, undang-undang, kejuruteraan elektronik dan elektrik dan pergigian mengikut universiti, negeri dan kaum;
(ii) berapakah peratusan pelajar bukan bumiputera lepasan STPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti?; dan
(iii) bagaimanakah STPM dijadikan sebagai kayu ukur utama dalam perancangan kementerian dalam menentukan faktor kemasukan IPTA?
Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya atas persoalan.
Puan Yang di-Pertua, pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa KPT telah mengiktiraf semua peperiksaan dan keputusan seperti STPM, matrikulasi di bawah seliaan KPM, asasi di bawah IPTA mahupun IPTS, diploma setaraf dan STAM yang diproses kemasukannya melalui pelbagai kategori permohonan.
Jadi, maksudnya untuk mereka masuk ke dalam bidang-bidang di universiti berkenaan, semua kategori ini perlu bersaing untuk mendapatkan tempat.
Kesemua peperiksaan tersebut telah diiktiraf oleh badan akreditasi iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), badan profesional dan lain-lain badan berkelayakan. Untuk makluman semua Ahli Dewan, KPT sentiasa komited dalam memastikan pelajar lepasan STPM berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sama seperti pelajar-pelajar lain. Kejayaan penawaran kepada calon adalah berdasarkan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Prinsip meritokrasi ini telah dilaksanakan secara adil, telus dan sistematik serta peluang terhadap penawaran UPUOnline adalah sama rata dengan dasar dan kriteria pemilihan yang ditetapkan.
Berdasarkan sistem MyMohe S Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kemasukan pelajar warganegara Malaysia berdasarkan kelayakan STPM ke ijazah pertama di Universiti Awam bagi tahun 2024 mengikut bidang pengajian institusi dan negeri kelahiran adalah seperti berikut. Ini yang berlaku setelah mereka bersaing. Maknanya ini yang telah didaftarkan di universiti yang berkaitan dengan bidang yang ditawarkan.
Untuk bidang perubatan, seramai sembilan pelajar daripada STPM.
Mengikut institusi UNIMAS, seramai lima pelajar. UM, USM, UKM dan UMS, masing-masing satu pelajar untuk STPM. Mengikut negeri kelahiran pula, Selangor seramai tiga orang; Sarawak dua pelajar; Johor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing satu pelajar.
Untuk bidang undang-undang seramai 131 pelajar iaitu UniSZA dan UiTM 26 pelajar; UM 25 pelajar; UUM 24 pelajar; UKM 21 pelajar; USIM enam pelajar; dan UIAM tiga pelajar. Dan jika mengikut negeri kelahiran pula bagi bidang-bidang undang-undang, Johor 18 pelajar; Wilayah Persekutuan 17 pelajar; Perak 16 pelajar; Sarawak 14 pelajar; Selangor 13 pelajar; Kelantan 11 pelajar; Kedah 10 pelajar; Pahang dan Pulau Pinang masing-masing enam pelajar; Sabah lima pelajar; Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing tiga orang pelajar; Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing seorang pelajar; dan seorang pelajar warga negara Malaysia yang lahir di luar negara.
Untuk bidang kuasa elektrik dan tenaga seramai 104 pelajar. Di mana jika mengikuti institusi UMK 35 pelajar; UNIMAS 17 pelajar; USM sembilan pelajar; UTM lapan pelajar; UTHM lapan pelajar; UKM dan UTHM masing-masing tujuh pelajar; UniMAP lima pelajar; UMPSA dan UPNM masing-masing tiga pelajar; dan UM dua pelajar. Mengikut negeri kelahiran pula Sarawak 22 pelajar; Johor 19; Selangor 13; Perak dan Pulau Pinang sembilan; Kelantan dan Melaka enam; Terengganu dan Pahang lima; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah
masing-masing empat; dan Sabah dan Negeri Sembilan hanya seorang setiap satu.
Manakala untuk bidang elektronik dan automasi seramai 248 pelajar mengikut secara keseluruhannya. Iaitu USM 53; UNIMAP 48; UMT 41; UiTM 37; UTM 32; UTeM 21 pelajar; UTHM 12; UPSA dua; dan seorang pelajar masing- masing di UPM dan UMS. Mengikut negeri kelahiran pula, Pulau Pinang 46; Perak 32; Johor 30; Sarawak 22; Kelantan 19; Kedah 17; Selangor 15; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 14; Negeri Sembilan 13; Pahang dan Melaka masing- masing 12; Sabah lapan; Terengganu dan Perlis masing-masing tiga; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua pelajar.
Seterusnya, bagi bidang pergigian, hanya dua pelajar sedang mengikuti pengajian di bidang ijazah pertama di UKM di mana seorang kelahiran Johor dan seorang lagi daripada Sarawak.
Puan Yang di-Pertua berhubung pelajar bukan bumiputera lepasan STPM, yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam pada sesi akademik 2024/2025. Calon yang layak adalah seramai 7,249 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 6,743 calon yang ditawarkan tempat ke Universiti Awam dengan kadar kejayaan sebanyak 93.02 peratus. Maknanya, pelajar-pelajar STPM ini mendapat tempat universiti. Cuma, mungkin bukan pilihan pertama. Sebab mereka terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar daripada matrikulasi dan juga asasi.
Seterusnya berhubung bagaimana STPM dijadikan sebagai kayu ukur utama dalam perancangan kementerian untuk menentukan faktor kemasukan ke IPTA. KPT ingin memaklumkan bahawa STPM sememangnya dijadikan sebagai kayu ukur utama dalam perencanaan kemasukan pelajar ke IPTA. Kerana STPM merupakan peperiksaan pra-universiti yang diiktiraf setaraf dengan A Level di peringkat antarabangsa, serta standard akademik yang tinggi, telus serta mencerminkan tahap pencapaian sebenar pelajar sebelum melangkah ke menara gading. Keputusan STPM dianggap sebagai ukuran merit yang setaraf, sekali gus membolehkan pelajar bersaing secara adil untuk mendapatkan tempat di IPTA.
Selain itu, STPM dikawal selia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memastikan penilaian dijalankan secara telus. Pentaksiran yang merangkumi peperiksaan secara berpusat dan berasaskan sekolah memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, STPM juga memudahkan pihak kementerian menyusun dan menyesuaikan tawaran program pengajian di IPTA disebabkan keputusan STPM mengikut bidang seperti sains, sains sosial, sastera atau perakaunan dapat dijadikan rujukan utama dalam menempatkan pelajar mengikut kecenderungan dan keupayaan mereka.
Penggunaan STPM turut membantu dalam perancangan jangka panjang kementerian, menerusi penentuan dasar kemasukan berdasarkan merit yang adil, merancang pemberian biasiswa dan memastikan bilangan pelajar seimbang dengan keperluan pasaran kerja. Dalam masa yang sama, faktor-faktor lain seperti kokurikulum dan latar belakang sosioekonomi turut digabungkan untuk memastikan peluang pendidikan tinggi lebih inklusif.
Sehubungan dengan itu, STPM dikekalkan sebagai kayu ukur utama dalam penentuan kemasukan ke IPTA kerana ia menjamin keadilan, ketelusan
dan keberkesanan dalam Perancangan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara. Perbincangan awal juga telah diadakan bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerangkan fungsi program Tingkatan 6 dan matrikulasi di bawah KPM, sebelum cadangannya dipindahkan ke peringkat pendidikan tinggi.
Jadi, saya fikir jika ini dapat direalisasikan terutama dalam RMK13 nanti mungkin kita boleh kurangkanlah persaingan-persaingan ini dan kita akan berikan juga tumpuan kepada pelajar-pelajar STPM kita. Okey, terima kasih.
Saya persilakan, Yang Berhormat Petaling Jaya untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengemukakan jawapan yang sangat-sangat mendalam. Pada 23 Jun, kerajaan mengumumkan bahawa keputusan STPM untuk tahun 2024, catat keputusan tertinggi dalam sejarah. Namun, statistik yang diperoleh tadi menunjukkan penurunan intake yang mendadak dan tidak seimbang.
Saya bagi contoh yang seperti yang disebutkan tadi, sebenarnya tawaran bidang kursus undang-undang untuk Universiti Malaya banding dengan 2023, jumlah intake dah jatuh sebanyak 63 peratus. Dan kalau untuk elektronik dan automasi di UTM banding dengan 2023, ia nya jatuh sebanyak 58 peratus. Dan secara keseluruhannya kita nampak — ini sebelum lagi perubatan di Universiti Malaya Yang mana sebelum ini dapat penempatan lapan orang dari STPM, graduan STPM. Sekarang hanya dapat seorang saja. Jadi, penurunan sebanyak 87 peratus.
Jumlah keseluruhannya jatuh sebanyak 20 peratus bagi mereka yang mendapat — memperolehi STPM dan masuk ke universiti. Jadi, ini adalah satu ketidakadilan kepada pelajar yang mengambil STPM. Temponya lebih panjang, sukatannya lebih mencabar dan bermutu. Tapi akhirnya ditolak dari gerbang masuk universiti. Kebanyakan mereka adalah dari keluarga miskin B40 dan ini menidakkan golongan ini untuk mencapai aspirasi mereka.
Persoalan saya, apakah tindakan yang drastik dan radikal? Ini disebut dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Untuk mengatasi masalah ini, kedua, tadi disebut bahawa ia nya mengikut pengambilannya dari matrikulasi dan dari STPM dan dari kita kata asasi, mengikut kedudukan merit. Tetapi dalam keadaan ini kita nampak di mana meritnya boleh dipulihkan supaya keadilan ini dapat diberikan kepada pelajar-pelajar kita yang mengambil landasan STPM, yang sebenarnya paling terulung dalam kes ini. Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Ya. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan ke keprihatinan, Yang Berhormat Petaling Jaya tentang pelajar-pelajar STPM kita yang terpaksa bersaing dengan matrikulasi dan juga asasi. Di mana sebenarnya apabila mereka masuk kepada asasi atau matriks ini, dia lebih kepada pengkhususan. Macam asasi sains hayat. Jadi apabila mereka ditawarkan atau dan memang kebanyakan program-program kritikal seperti perubatan ini, mereka perlu melalui proses interview, temu duga. Jadi, di situ yang pelajar-pelajar STPM kita ada yang kurang dari segi, apa ini, cara mereka, sebab
dari pengkhususan itu, menyebabkan mereka agak terpinggir dan tidak dapat menempatkan diri dalam program-program yang ditawarkan oleh pihak universiti.
Dan saya ingin menarik perhatian. UM contohnya, itu yang macam mana persaingan ini berlaku. Dari segi UM, kursus perubatan perdana, kita menawarkan 120. Ini saluran perdana yang melalui UPU. Yang — saya setuju dengan satu sahaja, daripada — setelah bersaing seorang sahaja pelajar STPM. Yang daripada asasi 70 orang dan daripada matriks 49 orang. Dari segi suku kaum, bumiputera, Melayu, Sabah, Sarawak, orang asli ada 71 orang yang berjaya.
Daripada suku kaum Cina 36 dan India 13 orang. Jadi, maknanya itu yang berlaku.
Jadi saya fikir, itu yang saya sebut di akhir tadi bahawa kita dengan kerjasama KPM sedang cuba merangka satu kaedah bagaimana supaya kita boleh angkat STPM ini. Sebab saya maklum ini adalah laluan golongan B40 kita yang tidak mampu untuk pergi ke asasi, sebab mereka ini satunya dari segi keputusan tidak dapat bersaing dengan yang rakan-rakan mereka.
Yang keduanya mereka ini golongan B40 yang melalui laluan ini dan terpaksa pula bersaing dengan rakan-rakan mereka yang memang dilatih untuk very focus claim student ini untuk masuk bidang-bidang mereka. Jadi, saya harap seperti yang disebut tadi ini antara juga inisiatif dalam bold and radical RMK13 kita untuk kita satukan mereka ini. Sebab sekarang ini ada dua laluan dan mereka terpaksa bersaing. Jadi, antaranya ini yang kita cuba inisiatif yang sedang dibuat merentasi kementerian nanti supaya akhirnya nanti kita akan — mereka dapat bersaing secara sihat, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Dan Permasalahan Pengambilan Pelajar Dwi Saluran Ke Universiti Awam (Ua)Special Chamber
Tuan Yang di-Pertua, trend pengambilan pelajar ke Universiti Awam (UA), menerusi saluran Unit Pengambilan Universiti (UPU) secara merit semakin menjunam dan menimbulkan kebimbangan terutamanya dalam kalangan pelajar cemerlang STPM. Data menunjukkan bilangan pelajar STPM yang berjaya mendapat tempat jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pelajar dari laluan matrikulasi dan asasi.
Pada masa yang sama, kita juga melihat peningkatan ketara dalam tawaran kemasukan menerusi saluran terbuka yang tidak melalui proses UPU dan membolehkan Universiti Awam menjarah yuran yang lebih tinggi daripada pelajar.
Realitinya, ramai pelajar cemerlang, khususnya daripada golongan B40 dan M40, akhirnya tidak mendapat tempat bersubsidi menerusi UPU, walaupun layak secara merit. Sebaliknya, hanya ditawarkan tempat saluran terbuka dengan yuran yang mahal.
Ramai ibu bapa kecewa kerana mereka hanya diberi tempoh singkat untuk memberi maklum balas serta merta kepada pentadbir Universiti Awam untuk menerima tawaran bagi kursus perubatan melalui saluran terbuka yang jauh lebih mahal yurannya menggunakan keputusan cemerlang yang sama, tetapi telah ditolak permohonan dan rayuan menerusi UPU. Apakah ini yang dimaksudkan sebagai meritokrasi oleh kerajaan? Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa hak pelajar cemerlang daripada semua latar belakang tidak diketepikan semata-mata kerana kemampuan membayar yuran tinggi?
Saya bersimpati dengan pihak Universiti Awam yang berdepan dengan kekurangan dana yang diperuntukkan oleh kementerian sehingga dijadikan alasan oleh pihak Universiti Awam untuk mengutamakan kemasukan pelajar melalui saluran terbuka bagi menampung kekurangan ini.
Maka, kementerian perlu menjawab dakwaan Universiti Awam bahawa mereka tidak menerima dana yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan.
Sesebuah universiti yang berstatus penyelidikan perlu memberi fokus kepada pengkomersialan R&D mereka untuk meningkatkan pendapatan dan bukannya menjarah pelajar dengan yuran yang tinggi untuk menampung perbelanjaan mereka.
Apakah mekanisme sedia ada untuk menyemak sama ada saluran terbuka ini dikendalikan dengan telus dan adil serta tidak menggugat prinsip asas keadilan pendidikan awam? Kementerian juga perlu memberi data berhubung dengan jumlah tempat yang ditawarkan bagi kursus-kursus kritikal seperti undang- undang, perubatan, farmasi, pergigian dan kursus-kursus kompetitif di setiap Universiti Awam mengikut saluran UPU dan saluran terbuka serta mengikut kelayakan pelajar yang diterima ke kursus-kursus tersebut seperti matrikulasi, asasi, diploma, A Level atau SPM sejak dasar kemasukan menerusi saluran terbuka diperkenalkan.
Saya pohon pihak kementerian memberi penjelasan mengenai cadangan menambah bilangan tempat UPU secara berperingkat supaya memastikan keutamaan kepada pelajar tempatan yang layak secara merit serta menangani kecenderungan mengkomersialkan kemasukan pelajar ke Universiti Awam melalui jalan pintas yang semakin membebankan. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam.
Puan Yang di-Pertua. Sekali lagi, terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Ayer Hitam atas rangkaian soalan yang dibangkitkan berhubung pengambilan pelajar dwi saluran ke Universiti Awam. Keprihatinan Yang Berhormat dalam soal masa depan anak muda amat kita hargai. Dan saya juga amat sanjungi ya sebab Yang Berhormat Ayer Hitam selalu membangkitkan isu- isu yang kritikal seperti ini.
Untuk makluman, unjuran atau kapasiti tempat bagi calon lepasan STPM setaraf ke Program Ijazah Sarjana Muda melalui Sistem UPUOnline bagi tiga tahun terkini. Iaitu dari tahun 2022 hingga 2025 sebenarnya menunjukkan peningkatan seperti berikut:
(i) sesi akademik 2022/2023 sebanyak 71,615 tempat;
(ii) sesi akademik 2023/2024 72,772 tempat; dan
(iii) sesi akademik 2024/2025, 75,447 tempat.
Untuk makluman, untuk sesi akademik 2024/2025 ini, kita telah menerima tawaran sebanyak 105,424 permohonan dan hanya 79,844 mendapat tawaran.
Manakala, purata tiga tahun kadar tawaran berbanding permohonan yang layak mengikut kategori lepasan adalah seperti berikut:
(i) lepasan STPM 99.85 peratus mendapat tempat. Walaupun mungkin bukan bidang yang pertama, yang menjadi bidang pertama;
(ii) lepasan asasi 82.13 peratus; dan
(iii) lepasan matrikulasi 98.62 peratus.
Ambilan lepasan STPM mencatatkan peningkatan dalam bidang ekonomi, perundangan dan kejuruteraan. Dan berlaku sedikit penurunan dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan sains kesihatan, yang juga disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya tadi. Faktor ini berkemungkinan didorong oleh hanya 6.19 peratus iaitu 2,565 calon STPM yang mengambil jurusan sains berbanding dengan 93.81 peratus iaitu 38,870 mengambil jurusan sains sosial pada STPM 2024.
Kejayaan penawaran kepada calon adalah berdasarkan prinsip meritokrasi. Iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Markah akademik dan kokurikulum ini diperolehi dari agensi pembekal seperti berikut:
(i) Majlis Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi keputusan peperiksaan STPM;
(ii) Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia;
(iii) peperiksaan STAM;
(iv) Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia;
(v) pusat asasi Universiti Awam bagi keputusan peperiksaan asasi; dan
(vi) Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum untuk markah kokurikulum; dan
(vii) pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum.
Pihak KPT hanya menerima keputusan akhir dengan izin face value sahaja dan seterusnya memproses permohonan calon berdasarkan program dalam pilihan calon sendiri. Seperti dimaklumkan sebentar tadi, unjuran atau kapasiti tempat melalui saluran perdana UPUOnline bagi lepasan STPM setaraf ke program ijazah sarjana muda di IPTA sentiasa bertambah saban tahun. Angka ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan terhadap menambah ruang dan peluang pendidikan tinggi negara kepada rakyat Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, berhubung tawaran permohonan melalui saluran terbuka sesi ambilan 2024-2025, hanya 2,890 saja ataupun 1.18 peratus pelajar telah mendaftar berbanding penawaran keseluruhan saluran perdana melalui UPUOnline iaitu 245,904 bagi lepasan SPM dan lepasan STPM atau setaraf ke program akademik di peringkat sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
KPT sentiasa memastikan kemasukan pelajar saluran terbuka adalah secara over and above dan tidak pernah sama sekali mengambil kuota atau mengurangkan unjuran tempat saluran perdana. Saluran ini terbuka kepada pelajar yang berkualiti dan memenuhi syarat akademik. KPT menekankan
bahawa semua kemasukan ke saluran terbuka adalah tertakluk kepada kawalan mutu akademik dan Dasar Pendidikan Negara.
Calon saluran terbuka perlu membuat permohonan dan melepasi syarat am, khas, serta ujian serta saringan temu duga bagi program pengajian berkaitan.
Penawaran saluran terbuka juga hanya dibenarkan setelah hebahan tawaran saluran perdana UPUOnline diumumkan dan menggunakan syarat kemasukan yang sama. Ianya adalah satu bentuk kawalan pihak KPT bagi memastikan keutamaan adalah kepada memenuhi kuota saluran perdana. Disebabkan tawaran saluran terbuka adalah selepas saluran perdana, maka calon perlu mematuhi dan memastikan segala urusan pendaftaran selesai dalam tempoh waktu yang diberikan, bagi memulakan kuliah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh universiti.
Bagi program-program kompetitif seperti perubatan, ia nya bukan sekadar diukur dari pencapaian akademik dan kokurikulum semata-mata. Tetapi calon perlu melalui ujian khas kemasukan seperti Medical Students Admission Test oleh UM. Dan seterusnya jika lulus ujian, calon perlu melalui tapisan temu duga yang di kendali oleh pihak Fakulti Perubatan di Universiti Awam yang berkenaan. It’s a very competitive dalam kursus-kursus seperti perubatan ini.
Manakala bagi saluran terbuka, calon berhak untuk membuat permohonan berlainan dan perlu melalui proses penilaian semula seperti saluran perdana. Ini bererti, akan terdapat calon yang mempunyai pengalaman temu duga di saluran perdana dan mencuba sekali lagi pada saluran terbuka dan membantu lebih persediaan dalam menghadapi proses tersebut.
KPT menyambut baik cadangan agar bajet tahunan kepada Universiti Awam dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa, selaras dengan perkembangan terkini. Alhamdulillah kita ada MK2 di sini untuk juga bersama- sama memikirkan perkara ini. Universiti juga ditubuhkan sebagai badan berkanun dan bukan bermatlamatkan keuntungan.
KPT juga sentiasa komited dalam melaksanakan fungsi trust termasuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta khidmat masyarakat dan negara. Di samping itu, UA juga digalakkan melaksanakan diversifikasi sumber pendapatan seperti pengkomersialan, endowment, kerjasama industri dan dana penyelidikan luar negara agar lebih mampan dari segi kewangan.
KPT tidak pernah menganggap saluran terbuka sebagai menjarah pelajar dengan mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran. Ini kerana pelajar telah sedia maklum dalam permohonan mengenai kadar yuran pengajian yang perlu dibayar penuh tanpa subsidi tersebut. Pelajar yang melepasi semua syarat kelayakan dan berkemampuan boleh memohon dan menikmati kemudahan pengajaran dan pembelajaran di UA.
Ingin juga ditegaskan di sini, KPT tidak pernah menafikan atau mendiskriminasikan hak pelajar cemerlang.
Melalui proses UPUOnline, pelajar bebas membuat pilihan bidang yang ingin dipelajari di peringkat tertiary, namun kejayaan pelajar mendapat tempat di IPTA tertakluk kepada kedudukan merit yang memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan. Bilangan unjuran yang disediakan, serta lulus temu duga
dan atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan berkenaan, bukan hanya pencapaian akademik dan kurikulum semata-mata.
Puan Yang di-Pertua, jumlah tempat yang disediakan di Universiti Awam melalui permohonan saluran perdana berbanding tawaran melalui saluran terbuka bagi sesi akademik 2024/2025 untuk kursus-kursus kritikal adalah seperti berikut.
Yang pertama, undang-undang 1,006 berbanding 233, perubatan 1,360 berbanding 191, farmasi 640 berbanding 41, pergigian 321 berbanding 35, dan perakaunan 1,835 berbanding 217.
KPT sentiasa memastikan pertambahan bilangan tempat bagi saluran perdana saban tahun. Walau bagaimanapun, kementerian berpandangan ia nya perlu dilaksanakan dalam kawalan kemampuan yang meliputi aspek sumber manusia, tenaga pengajar, kemudahan fasiliti seperti asrama, bilik kuliah, makmal studio, penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain aspek demi memastikan keselesaan dan keselamatan semua warga kampus.
Pertimbangan untuk meningkatkan bilangan tempat di IPT wajar dilaksanakan secara berhati-hati, berpandukan keseimbangan antara unjuran demografi, kapasiti institusi dan keperluan tenaga kerja negara. Antara faktor utama yang perlu ditimbangkan termasuklah hakikat bahawa Malaysia kini menuju ke arah negara tua di mana berdasarkan takrifan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, sesebuah negara dikategorikan sebagai aging nation, dengan izin apabila lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk berusia 65 tahun ke atas.
Pada tahun 2023, penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas adalah sekitar 7.4 peratus dan berdasarkan takrifan PBB tersebut, Malaysia beralih kepada kategori negara menua. Dijangkakan trend pelajar muda turut akan menurun berkadaran dengan kadar kelahiran yang semakin berkurang. Oleh itu, tumpuan kita wajar diberikan dalam aspek meningkatkan kualiti, kompetensi dan keupayaan mengikut bidang dan kemahiran yang diperlukan negara berbanding bilangan semata-mata.
Kementerian menegaskan bahawa prinsip akses, ekuiti dan kualiti tetap menjadi tunjang dasar pengambilan pelajar ke Universiti Awam. Kementerian komited memastikan pelajar cemerlang tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, mendapat peluang yang adil untuk melanjutkan pengajian sambil membolehkan Universiti Awam terus mampan dari segi kewangan dan kompetitif di peringkat antarabangsa.
Seperti yang pernah diungkapkan oleh Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Kedua, kita dahulu dengan izin, “the future of our country depends on the quality of our people” atau “masa depan kita bergantung kepada kualiti rakyat kita.” Ungkapan ini menjadikan peringatan bahawa pelaburan terhadap pendidikan tinggi yang berkualiti, inklusif dan berprinsip meritokrasi bukan saja membentuk graduan dan tenaga mahir malah menentukan masa depan negara. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Air Hitam untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi satu jawapan panjang lebar.
Daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, saya — I beg to differ. Ada dalam laporan tahunan Universiti Malaya, 10 tahun lalu, mengatakan
pengambilan untuk perubatan, tidak seperti mana jawapan Yang Berhormat tadi.
I boleh bawa balik laporan itu, kita baca sama-sama.
Saya masih ingat lagi pada tahun 2004, ketika itu saya Ahli Parlimen, saya juga bertanya soalan tentang pengambilan tempat perubatan. Pada ketika itu, ada 907 orang yang layak dan kita cuma ada 779 tempat untuk medicine. Jadi, pertama, jawapan pihak universiti. Saya sangka, mungkin saya rasa dia tak bagi laporan betul kepada kementerian. Ini sangat serius. Kerana dalam laporan sendiri, telah menyatakan ia nya bukan 120. Saya boleh kemukakan bukti itu.
Tidak ada isu. Saya baru baca sebulan yang lalu laporan tersebut.
Kedua, saya nak menyatakan bahawa apa yang Yang Berhormat cakap tadi, yes, indah khabar dari rupa. Tapi hakikatnya saya tunjukkan hari ini, dua kes.
Pelajar telah menerima pelajar STPM yang baru habis menerima tawaran daripada MU pada Julai untuk saluran terbuka, sedangkan saluran UPU perdana hanya akan keluar pada September. Saya nak tanya apa masalahnya.
Kalau dah diminta buat keputusan, pelajar ini dapat 3.83, 3.84. Dia ditawarkan electrical engineer. Kalau bukan kerana kes OKU yang saya bawa kepada Menteri — ya terima kasih kepada Menteri dah selesaikan masalah. Saya pula tak tahu macam mana pelajar 3.84 dapat tawaran terbuka dulu. Apa yang didahulukan? Ini, terbuka. Saluran terbuka. Kenapa boleh jadi macam ini? Tapi Menteri tadi cakap, “eh, bukan macam ini?” Sepatutnya saya rasa kita kena semak. Ini satu.
Kedua, contoh itu, saya handle sendiri. Pelajar itu masuk UPU — memohon UPU, 4.0 pelajar ini. Dia dapat 4.0 dan apabila merayu melalui UPU, pelajar ini dihampakan, tak boleh. Tiba-tiba dapat satu email, kamu ditawarkan saluran terbuka dengan pembayaran RM299,200. Itu ada. UPU tidak ada. Dia tanya balik macam mana — pelajar ini dia tanya balik. Kenapa UPU saya tak layak, tetapi saluran terbuka saya layak pula? Jadi, sebab itu, saya terpaksa bawa ke Dewan yang mulia ini untuk dilihat sama ada apa yang kita — dasar kita dituruti oleh bawah. Saya kesian pada MU. Dia kata Menteri Kewangan (II) boleh bantu.
61 percent dia dapat peruntukan daripada pihak kerajaan berdasarkan apa yang dia pohon. Itu satu.
Kedua, Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi pakai data ini. Universiti Awam, MyMohe S. Saya juga pakai data ini. Tapi apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat tadi, saya dapat simpulkan di sini. Saya tengok enam tahun kebetulan dulu saya duduk dalam jawatankuasa pengajian tinggi. I was 2007, saya jadi MQA, the first director, masa itu ahli lembaga pengarah, dan Tok Pa, masa itu bagi saya peluang untuk berkecimpung dalam bidang ini.
Jadi saya tengok balik data ini, eh kenapa trendnya — apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri kata itu lain. Kenaikan pelajar asing dalam ini — saya bagi contoh UM CAGR. Boleh tanya MK(II) apa itu CAGR. Kadar pertumbuhan iaitu compound annual growth rate untuk UM, local 14 percent. Untuk UM foreigners 205 percent. Kedua, USM minus five percent, ada penurunan untuk local. Tapi, foreign 378 percent. Local UKM, 15 percent, naik.
Tapi, untuk foreign 320 percent. Kemudian UPM, local minus 12 percent turun dan foreign naik 71 percent, peratus. Ini contoh. Kalau apa yang Yang Berhormat kata tadi kita utamakan dari segi CAGR, why menunjukkan trend penurunan. Itu pertanyaan kita sebagai wakil rakyat untuk bawa tengok balik di mana salah silapnya.
Jadi, yang ini dan laporan kewangan daripada MU sendiri mengatakan saluran terbuka sebagai cara untuk kita nak mencukupkan dana yang tidak cukupi. Ini bukan saya cakap, dalam laporan ini. Jadi kekhuatirannya ialah saluran terbuka dulu, baru sampai awam. Mereka yang dapat surat bulan Julai. Dia tengah bingung ni. Nak tunggu jawapan bulan September. Tolak, takut tak ada peluang.
UPU dapat atau tidak, tak tahu. Bila dalam keadaan serba salah ini apa yang berlaku? Mereka tunggu, doa, tengok satu hari — dia 3.83 student tau. Yang tadi saya sebut 4.0 student dia dapat saluran terbuka tapi bukan UPU dia layak pula.
Jadi, saya rasa, ada keperluan. Saya tak menuding jari kata MoHE.
Memang, baik. Tapi, apabila, autonomous, diberi autonomy, semakan, pemantauan itu sangat penting dan ia nya kini menjadi saluran yang agak popular untuk semua UNISEL. Saya khuatir yang sekarang Menteri Kewangan ada juga, asasi sains yang saya tak layak, YB PJ tak layak.
Sekarang boleh diperdagangkan 19,600. Anak Cina yang berkemampuan boleh. Bila boleh, dia bayar saluran — dia bayar yuran penuh beratus ribu untuk masuk perubatan. Kalau ini cara, apa yang Yang Berhormat PJ sebut tadi, satu perkara yang kita lihat penindasan terhadap anak-anak petani di kampung. Itu saja. Permintaan saya, tengok balik kita duduk semula demi kebaikan.
Saya mintalah supaya Yang Berhormat Menteri — secara jawapan bertulis pun tidak apa. Kalau boleh jawab, jawab. Tapi apa yang saya pandukan data-data ini, dengan apa yang telah dilaksanakan berlainan. Jadi, macam mana kita nak menyelesaikan kekusutan? Saya rasa keutamaan kita pada rakyat Malaysia.
Foreign student di UM 10,227. Di USM 8,500 lebih. Di apa, UKM 8,748.
Kemudian di UPM 6,058, UTM 4,663. Sebab itulah kita sebagai rakyat Malaysia, kita terdesak. Merayulah sangat supaya berilah peluang seperti zaman kita dapat masuk gunakan UPU channel. Itu baru boleh memberi peluang kepada kita menerima pendidikan bersubsidi. Terima kasih pihak kerajaan.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam atas penjelasan, soalan, komen yang agak panjang ya. Kami amat hargai. Saya fikir beberapa usaha telah dibuat. Sama ada saya fikir pihak UM pun telah bertemu dengan Yang Berhormat untuk menerangkan serba sedikit apa yang berlaku dan Yang Berhormat Menteri dan juga saya hari ini saya sendiri cuba menerangkan.
Tapi saya fikir kita ambil maklum dan kita amat prihatin dengan point, point yang telah ditekankan oleh Yang Berhormat.
Jadi, saya fikir di sini saya nampak ada two set of data. Kita ada data kita dan juga Yang Berhormat pun ada data. So, I think kita kena buat some mitigation.
Mungkin selepas ini kita minta supaya team daripada KPT ini dapat berjumpa dengan Yang Berhormat supaya kita boleh compare notes, bagaimana — sebenarnya apa yang berlaku.
Cuma, seperti yang saya sebut tadi yang mengikut asasnya kita akan proses dulu saluran perdana. Selesai itu, barulah kita pergi saluran yang SATU.
Kalau UM lah alternatif ini. Tetapi kalau ada kes-kes yang tertentu Yang Berhormat sebut tawaran dibuat sebelum keputusan. I think itu saya fikir kita tidak
akan kompromi dengan mana-mana pihak yang dari segi governance ini. Yang ini, bagi maklumat yang ada supaya kita boleh siasat.
Dan kita kalau ada berlaku perkara-perkara yang sebegini, saya fikir pihak audit pun akan boleh pick up supaya kita boleh selesaikan. Dan kita tidak mahu perkara-perkara ini akan memberi kesan kepada bakal, bakal bakat-bakat terbaik negara kita, mahasiswa kita. Terima kasih atas huraian tersebut. Yang lain itu mungkin kita akan jawab secara bertulis. Tapi yang penting sekarang ini demi kebaikan mahasiswa kita, demi kebaikan generasi muda, let’s sit down together solve this problem. Daripada kita menyuarakan di Parlimen, saya jemput juga Yang Berhormat PJ dan juga yang lain-lain untuk kita bincang perkara ini dengan secara terperinci. Let’s solve it. Bagi saya itu yang simple. Kita boleh bermain politik tetapi yang penting yang kita selesaikan perkara ini. MK2 ada di sini. Kalau ada yang melibatkan dari segi peruntukan-peruntukan. Walaupun dasar kita, kita mahu supaya universiti kita ini dapat menjana pendapatan sini.
Tapi jika menjana pendapatan itu mengorbankan kepentingan generasi muda kita, saya fikir itu pun perlu kita fikirkan semula. Jadi, saya fikir itu sahaja setakat ini. Yang lain itu kita jawab secara bertulis dan yang paling penting saya minta kesudian Yang Berhormat berdua untuk kita sit down bersama untuk kita selesaikan perkara ini. Okey, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Dan Permasalahan Rasionalisasi Subsidi Petrol RON95 Dan Ketelusan Penentuan Katagori T15Special Chamber
Puan Yang di-Pertua, rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pada separuh tahun kedua ini, ini menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan rakyat apabila kerajaan mengumumkan satu kategori baru dikenali sebagai T15 yang dikatakan tidak lagi layak menerima subsidi. Namun, sehingga kini, tiada penjelasan rasmi diberikan berhubung definisi kategori T15, kaedah classification — kaedah pengklasifikasi dan juga mekanisme pengesahan dan rayuan bagi rakyat yang terkesan.
Persoalannya, apakah indikator ataupun asas penentuan yang akan digunakan oleh kerajaan untuk menyenaraikan individu atau isi rumah dalam T15? Adakah ia berdasarkan kepada pendapatan kasar, pendapatan boleh belanja, lokasi tempat tinggal, jenis kenderaan atau sumber data lain yang tidak dikemas kini. Jika tiada ketelusan, ramai pengguna berisiko disalah klasifikasi termasuk keluarga M40 bandar yang terpaksa berbelanja besar untuk pengangkutan harian, tetapi tidak dianggap layak menerima subsidi.
Kita tidak boleh membiarkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini berlaku dalam keadaan rakyat tidak tahu status kelayakan mereka dan tiada ruang untuk semakan atau rayuan. Ketiadaan takrifan yang jelas dan saluran komunikasi yang telus akan menjejaskan keyakinan rakyat, bukan saja terhadap mekanisme subsidi tetapi juga terhadap dasar penyasaran kerajaan secara keseluruhan.
Apakah bentuk notifikasi, saluran pengesahan dan sistem rayuan yang akan diwujudkan untuk melindungi hak rakyat?
Saya mohon agar pihak kementerian memberi penjelasan yang menyeluruh, bukan sekadar dari segi teknikal pelaksanaan tetapi dari segi prinsip keadilan sosial dan keterbukaan dasar. Jika penyasaran subsidi ingin dilaksanakan, maka ketelusan mekanisme dan ketepatan data adalah syarat mutlak, bukan pilihan. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Ayer Hitam yang membangkitkan isu penting berkaitan ikhtiar penyasaran subsidi petrol RON95 serta penentuan mereka yang tidak layak subsidi. Sememangnya, perkara ini adalah agenda besar reformasi fiskal negara yang dilaksanakan dengan penuh cermat dan berhati-hati bagi memastikan kebajikan rakyat tetap kekal terpelihara.
Sejak mengambil alih pentadbiran, Kerajaan MADANI mewarisi tahap hutang yang tinggi dan ruang fiskal yang terhad. Dengan itu, kerajaan mengambil tindakan tegas dan berani untuk melaksanakan konsolidasi fiskal. Namun, usaha konsolidasi fiskal dilaksanakan melalui pendekatan untuk menangani ketirisan perbelanjaan, termasuk dengan penyasaran subsidi supaya penjimatan tercapai tanpa menjejaskan rakyat biasa.
Ikhtiar kerajaan adalah untuk kita beralih daripada perbelanjaan bersasar — kepada perbelanjaan bersasar daripada perbelanjaan subsidi secara pukal yang hakikatnya selama ini memberi manfaat besar kepada warga asing, perniagaan dan juga golongan berpendapatan tinggi, sedangkan sumber kerajaan terhad sepatutnya ditumpukan untuk kebajikan rakyat terbanyak. Dalam melaksanakan setiap reformasi fiskal termasuk penyasaran subsidi, kerajaan tidak sekali-kali mengetepikan kesejahteraan majoriti rakyat.
Pada tahun 2023, penyasaran subsidi elektrik dilaksanakan dengan lebih 85 peratus rakyat kekal tanpa sebarang kenaikan tarif elektrik. Pengurangan subsidi hanya dikenakan kepada isi rumah dengan penggunaan tinggi serta sektor perniagaan. Penjimatan RM4 bilion diraih dan dimanfaatkan untuk menambah baik bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Mengikut penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa Julai 2025, lebih 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan kadar tarif elektrik sehingga 14 peratus.
Pada tahun 2024, penyasaran subsidi diesel dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan kita tidak membebankan rakyat. Walaupun harga pam dinaikkan, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor-sektor tertentu serta menyediakan bantuan kewangan kepada majoriti rakyat. Ini bagi mengawal kesan penyasaran subsidi diesel kepada kos sara hidup rakyat.
Sektor pengangkutan awam, nelayan, kekal dengan harga subsidi, iaitu masing-masing RM1.88 seliter dan RM1.65 seliter. Sektor logistik, meliputi 23 jenis kenderaan pengangkutan darat, barangan, turut menikmati harga bersubsidi RM2.15 seliter. Bantuan tunai RM200 sebulan turut diberikan kepada pemilik kenderaan diesel individu yang layak, serta para petani dan pekebun kecil.
Dengan pendekatan yang berhati-hati, kadar inflasi tahun 2024 terkawal pada paras 1.8 peratus berbanding 2.5 peratus tahun 2023. Kini, pada suku kedua, paras inflasi telah menurun kepada 1.3 peratus.
Selanjutnya, antara kelayakan pemilik kenderaan diesel ialah tahap pendapatan dan juga tidak memiliki kenderaan mewah berdasarkan tahun pemilikan yang telah ditetapkan. Kriteria untuk subsidi bersasar RON95 belum dimuktamadkan. Mengambil kira penggunaan RON95 oleh rakyat biasa jauh lebih meluas berbanding diesel adalah wajar pendekatan lebih terangkum diambil dalam menentukan golongan yang layak untuk subsidi. Ramai menggunakan RON95 dalam perjalanan untuk ulang-alik ke tempat kerja dan kerajaan akan memastikan rakyat biasa tidak terbeban berikutan pelaksanaan penyasaran subsidi.
Kerajaan sedang meneliti penggunaan kriteria yang telah digunakan bagi diesel bagi menetapkan kriteria kelayakan subsidi bersasar RON95. Kelayakan subsidi tidak semestinya terhad kepada 85 peratus daripada rakyat. Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan kerajaan akan mengkaji opsyen sekurang-kurangnya 90 peratus atau lebih, tidak terkesan semasa pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.
Kesan pelaksanaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel membolehkan kerajaan mempunyai ruang fiskal yang lebih luas untuk membiayai program kebajikan rakyat seperti peningkatan bantuan SARA, perlindungan sosial, serta mutu persaraan — pensaranaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam.
Peruntukan STR dan SARA 2025 ditingkatkan tertinggi dalam sejarah daripada RM10 bilion kepada RM15 bilion, iaitu peningkatan 50 peratus. Peningkatan sehingga RM13 bilion telah diumumkan dalam Belanjawan 2025, yang memberi manfaat hampir sembilan juta penerima.
Dan selanjutnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tambahan RM2 bilion, SARA secara one-off untuk semua rakyat dewasa menerima RM100 setiap individu. Peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial. Bantuan tunai ini ada lah alat utama untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat menghadapi cabaran kos sara hidup.
Dalam usaha menambahbaikan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada rakyat, peruntukan Kementerian Pendidikan mencecah RM64 bilion untuk tahun 2025 berbanding RM58 bilion tahun 2024. Manakala, Kementerian Kesihatan disediakan RM45 bilion tahun 2025 berbanding RM41 bilion tahun 2024.
Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan penghargaan untuk rakyat, kerajaan kekal untuk merancang penyasaran subsidi RON95 dengan terperinci, dengan perincian lanjut bakal diumumkan menjelang akhir 2025. Langkah ini perlu kerana sekian lama dasar subsidi pukal hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat. Maka sebab itu, atas semangat yang sama, penyasaran subsidi RON95 seperti subsidi elektrik dan diesel juga tidak akan menjejaskan rakyat terbanyak.
Pada masa ini, kerajaan dalam fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dengan semua pihak
berkepentingan. Ini termasuklah pelbagai mekanisme pelaksanaan meliputi pengujian penggunaan MyKad, e-dompet dan aplikasi syarikat minyak bagi memastikan ikhtiar ini berlaksana secara efisien tanpa merumitkan rakyat.
Mekanisme MyKad ini diaplikasikan dengan memasukkan MyKad ke dalam terminal pembaca MyKad yang disediakan oleh kerajaan. Terminal ini akan berhubung dengan pangkalan data berpusat kerajaan bagi menentukan kelayakan dan kuota. Sekiranya layak, rakyat dapat membeli minyak RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter. Sekiranya tidak, pembayaran dibuat mengikut harga pam tanpa bersubsidi.
Kaedah MyKad ini juga sedang digunakan untuk penyaluran bantuan SARA di mana setiap penerima yang dikenal pasti layak akan didaftar secara automatik dan akan menerima bantuan barangan keperluan asas melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan keperluan asas mengikut kategori produk yang diluluskan di kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
Sehingga kini lebih 4,500 kedai runcit seluruh negara boleh menggunakan sistem ini. Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan dengan penuh teliti agar rakyat tidak merasakan sebarang perbezaan ketara dalam pengalaman mereka semasa ada melakukan pembayaran secara tunai, menggunakan kad, mahupun melalui integrasi penggunaan MyKad. Kerajaan turut giat bekerjasama dengan syarikat minyak bagi mengkaji penyediaan pilihan kepada pengguna, termasuk opsyen membeli minyak bersubsidi dari pam tanpa ke kaunter pembayaran, serta penggunaan aplikasi syarikat minyak demi memastikan proses berjalan lancar dan mengelakkan sebarang kesesakan di stesen minyak atau bottleneck.
Merujuk kepada program SARA yang mula-mulanya melibatkan 700,000 orang penerima dan kemudiannya ditingkatkan kepada 5.4 juta penerima yang menggunakan MyKad mulai April tahun ini, data menunjukkan tahap penggunaan yang amat memberangsangkan, iaitu sebanyak 95 peratus telah menggunakan MyKad mulai April tahun ini.
Bermula 31 Ogos 2025, melalui pemberian penghargaan khas SARA, penggunaan MyKad akan diluaskan kepada 22 juta penerima di seluruh negara.
Pengalaman pelaksana SARA ini jelas membuktikan bahawa penggunaan MyKad merupakan kaedah dan yang berkesan dan yakini rakyat dalam menentukan kelayakan subsidi. Secara amnya, melalui penyasaran subsidi RON95, kerajaan akan mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan yang tidak layak seperti warga asing. Bagi mereka yang tidak layak, RON95 perlu dibeli pada harga tanpa subsidi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan pada 23 Julai 2025 bahawa melalui penyasaran subsidi RON95, rakyat biasa akan menikmati harga minyak RON95 lebih rendah, iaitu RM1.99 seliter. Kerajaan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam menentukan golongan wajar dikenakan harga di pam termasuk berdasarkan pendapatan tinggi atau pemilikan kereta mewah. Hasrat utama kekal untuk memastikan rakyat terbanyak yang memerlukan subsidi terus mendapat manfaat bantuan kerajaan.
Berhubung soalan mengenai penentuan kelayakan penyasaran subsidi, ingin dimaklumkan pangkalan data PADU digunakan sebagai rujukan. PADU telah memusatkan data daripada pelbagai sumber agensi kerajaan termasuk LHDN, Jabatan Penguatkuasaan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Langkah ini bertujuan memastikan pendekatan yang diambil bersifat holistik dan
bersasar. Berdasarkan data sahih dan terkini bagi menjaminkan bantuan yang disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.
Konsep penyasaran subsidi dengan dua harga berasaskan kelayakan two- tier pricing, bagi diesel telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sejak Jun tahun lalu di bawah program BUDI MADANI. Dengan harga dipam tanpa subsidi bagi pengguna yang tidak layak dan harga bersubsidi bagi kenderaan komersial dan pengguna yang layak.
Sepanjang tempoh pelaksanaan lebih setahun, bekalan kekal stabil, operasi stesen minyak berjalan lancar dan penguatkuasaan ditingkatkan untuk mengekalkan ketirisan. Pada masa yang sama, apa-apa inisiatif baharu yang membawa perubahan kepada proses akan memerlukan saluran maklum balas kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu, kerajaan akan menyediakan portal awam bagi menyemak kelayakan serta menubuhkan sebuah pusat perhubungan contact centre ataupun call centre bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan, menerima maklum balas atau membuat aduan melalui pelbagai saluran bagi memastikan penggunaan kekal lancar dan inklusif.
Sekali lagi, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam atas keprihatinan dalam isu ini. Saya beri jaminan kerajaan akan terus memastikan setiap dasar fiskal yang kita laksanakan akan mengutamakan kepentingan dan kebajikan majoriti rakyat. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Ayer Hitam untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan
(II) yang sudi datang menjawab dengan begitu baik sekali. Saya perlu mengakui bahawa kerajaan memang mengambil inisiatif untuk membantu rakyat seberapa yang boleh. Dan antara perkara yang perit yang perlu dilakukan ialah rasionalisasi RON95. Kita tahu tanggungannya berapa.
Soalan saya, dalam ucapan saya tadi, saya ada bertanya, kerana ia nya dimulakan dengan satu konsep T15. Itu yang datang keadaan kecoh kerana suami isteri, Guru DG48 setelah mengajar 12 hingga 15 tahun selepas kenaikan gaji ini, dia lebih daripada setiap orang RM6,008. Iaitu kali dengan dua sudah melepasi palang T15. Kalau mereka mengajar di dua buah sekolah dengan dua kereta, ini yang akan menjadi satu bebanan besar pada mereka.
Ini rayuan daripada pihak bawah. Kalau kita tahu apa yang Yang Berhormat cakap tadi, dari segi saraan kita bagi tambahan, itu baik. Tahniah.
Tetapi dalam kes ini, dia akan menyebabkan yang T15 ini berdasarkan kepada identiti. Kalau pendapatan adalah parameter semata-mata, maka mereka akan kena. Jadi, saya mendengar jawapan Yang Berhormat tadi belum dimuktamadkan.
Tapi rayuan itu kita tengok, kalau dulu T20, sekarang kita bicara tentang T15. Kalau T terlalu dekat single digit pun, apa yang dapat pun tak banyak. Tapi terpaksa dikawal supaya mereka yang mempunyai lebihan tunai itu, sebarang kenaikan tidak menjejaskan kehidupan harian mereka. Yang itu adalah nilai ambang yang paling ideal.
Tahniah Yang Berhormat. Dan kebetulan Yang Berhormat juga adalah Menteri Ekonomi ataupun telah dipertanggungjawabkan dalam ekonomi, Kementerian Ekonomi. Sebelum itu kita mengisi data PADU. Dan dinyatakan pada waktu — ada MOF dengan sistem PADU ada berlainan. Sebab dinyatakan bukan semata-mata melihat pendapatan. Lokaliti tempat. Contoh Jeli dengan Kuala Lumpur lain.
Kedua, dia kata net disposable income. Apabila kita lihat PADU itu pendaftaran telah diterima begitu banyak data, adakah ia nya lengkap dan ia nya juga dijadikan sebagai parameter tambahan? Atau semata-mata Yang Berhormat Menteri Kewangan sebutkan tadi. Pertama, identiti orang itu dengan pendapatan, kedua ialah jenis kereta mewah dan tahun diperbuat. Kalau ini adalah dua asas, kombinasi parameter ini, dia berlainan dengan konsep yang sebelum ini dimaklumkan kepada Dewan Rakyat.
Jadi, terima kasih kerana saya anggap begitu apa jawapan yang dapat saya sense ataupun saya dapat merasai denyutan nadi yang MOF ke arah iaitu melihat cara pelaksanaan yang lebih cepat dan tidak mendatangkan banyak pertikaian. Kalau dispose per income oh susah. Orang yang spending lebih dia diberi apa, keutamaan itu akan jadi isu.
Jadi, soalan saya. Sebelum memuktamadkan ini, kalau berdasarkan kedua, dari segi practicality, pengujian di padang. Saya khuatir bila sampai ke petrol kiosk. Duduk saja kalau Bangla itu suruh nak tengok IC, dia akan mendatangkan isu yang sangat besar. Bagaimana kita nak menghindar kalau jenis orang yang suka duduk dekat petrol kiosk, dia kata pakai IC saya, pam minyak. So, macam mana kita nak mengawal ketirisan ni? Saya hulur RM10 beli rokok contohnya. Ini juga berlaku.
Kedua, tuan punya pemilik kereta, dia tak semestinya pam minyak sendiri.
Dia boleh panggil anak dia, pemandu dia, pekerja dia buat. Jadi, bagaimana kita nak menghindar ketirisan dari segi ini? Dan saya yakin dari segi practicality bila sampai ke sana, pekerja asing nak mengusir mereka keluar akan menjadi kerana kelam-kabut. Jadi, saya tidak tahu setakat mana pengujian telah dibuat di lapangan. Dan saya rasa ini mungkin perlu dilihat secara praktikal. Kalau kerajaan kata berdasarkan kad, campur dengan jenis kereta ini tak boleh bermaksud pam lain dia kena pergi. Dia tak boleh masuk kawasan larangan ini.
Jadi, saya rasa pelaksanaan perlu dimaklumkan kepada pihak petrol station, supaya kita dapat mengawal lalu lintas dengan cepat, khususnya di Johor.
Dia silap masuk, dia tak tahu macam mana nak keluar sebab semua beratur nak pergi Singapura. Tempat itu memang warga negara asing tidak layak. Saya setuju 100 peratus.
Jadi, dalam konteks ini pengujian itu macam mana yang dibuat? Bolehkah ia dibuat pada hujung tahun? Saya rasa ini satu perkara yang mungkin dapat kepastian daripada Menteri Kewangan (II). Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam kerana kepekaan cabaran yang diadakan untuk menyasarkan subsidi dengan cara yang betul. Mungkin saya cuba jawab di mana dari segi penggunaannya dulu. Lepas itu saya balik kepada pertanyaan awal tadi.
Kalau kita tengok dari segi prinsipnya, apa yang MOF akan berbuat ialah masa kita berbincang dengan syarikat minyak. Apa kita berhasrat ialah penggunaan tak akan berbeza macam sekarang. Kalau sekarang Yang Berhormat pergi kepada stesen minyak, kalau Yang Berhormat tak mahu masuk kepada kedai dia atau Yang Berhormat boleh di pam itu membayar dengan pakai credit card ya. Dia meletakkannya kepada mesin yang ada kan, dia akan authorize pump dia. Pam untuk 95 atau 97 dia authorize.
Jadi, hasrat kita ialah bila rakyat Malaysia sampai kat pam, dia boleh juga membuat cara itu. Dia hanya menekan IC dia kepada pam. Bila dia tekan IC, dia akan memberitahu layak tak layak. Kalau dia layak, dia boleh pam RM95 ya dengan harga bersubsidi. Kalau dia tak layak, dia boleh pam RM95, tapi dia kena bayar harga penuh tanpa subsidi.
Jadi, tidak ada intervensi daripada pump attendant yang ada kat situ.
Semuanya buat dengan segala mesin ya. Kalau dia tak mahu buat dekat pam minyak, dia biasa masuk ke kedai ya. Masuk ke kedai pun dia buat cara yang sama. Dia letak IC dia dulu. IC itu akan memberitahu dia layak ke tak layak. Kalau dia layak, pam dia authorize untuk 95 ataupun 97, bersubsidi atau tak bersubsidi.
Jadi, hasrat kita ialah buat semua secara automatik. Jadi, tak ada intervensi pada orang sebanyak yang boleh.
Itulah kita buat macam SARA. SARA pun kalau you beli barang kat kedai runcit, you tap dan dia akan beritahu berapa balance yang SARA ada. You boleh beli dia touch dengan mesin, tak ada intervensi pada orang yang mengambil dia.
Jadi, kalau saya orang Singapura, saya warga asing, dia tak ada IC. Dia pergi situ dia tak boleh tap. Automatically dia akan membayar harga tanpa subsidi. Yang ini akan mengekang ketirisan yang akan berlaku. Jadi, yang itu ialah penjimatan yang banyak.
Buat masa sekarang, anggaran kita adalah lebih kurang 20 peratus daripada setiap penjualan yang ada di stesen minyak akan dijual pada warga asing, pada perniagaan ataupun digunakan segala penyeludupanlah. Dia datang kita layan dia diisi, lepas itu dia keluar ke negara lain.
Jadi, kalau kita dapat membanteras dengan menggunakan MyKad, penjimatan 20 peratus itu kita akan simpan. Seperti apa yang kita dah capai dalam diesel. Jadi, penggunaan teknologi amat membantu kita, kerana kita pun dah merasa masih boleh pakai IC dan nampak pun dengan SARA dia berkesan dan kita pun nampak dengan IC pun tak ada masalah orang tu dia pandai pakai teknologi dia tak pandai. Pasal SARA pun. 95 peratus orang boleh pakai SARA daripada mereka yang layak.
Jadi dari segi teknologi, saya rasa kita telah mencapai tahap tu dan diuji dah oleh syarikat minyak. Tiap-tiap syarikat minyak pun dah uji. Dia pun dah buat integrasi dengan dompet dia sendiri, dia pun dah buat integrasi dengan Touch ‘n Go pun. Jadi tak ada masalah bila kita mengenalkannya.
Orang tengah, orang lain untuk IC dia berdepan minyak macam mana?
Seperti saya katakan tadi dalam pembentangan saya, kita ada kuota jugalah. Dan mesti ada kuota ya, pasal kita tak nak orang dia boleh pam untuk semua orang dia jadi wakil untuk buat tu. Jadi
untuk MOF, kita akan memperhalusi di mana kita nak letak kuota. Kerana kita kena bezakan, kalau orang biasa banyak ni, tapi kalau p-hailing, e-hailing kuotanya kena lebih kerana itu pekerjaan asas dia, hakiki dia, dia kena ada cukup. Dan kita tahu siapa ada p-hailing, e-hailing, pasal dia register dengan MOT. So, kita ada kuat perbezaan macam tu. Perfect tak perfect, saya rasa memang tak ada sistem yang 100 percent perfect. Tapi kita boleh tahan dan kurangkan ketirisan yang ada, dan itulah peringkatan yang kita ambil untuk mengurangkan risiko macam tu. Dari segi proses yang kita pakai, saya katakan tadi kita juga pakai berpandukan menggunakan data kita ada dalam MOF dan juga PADU. PADU adalah satu data, pangkalan data yang dah cukup dengan semua informasi. Cuma kita kena perhalusi di mana kita nak ada cut point. Tahap mana kita rasa rakyat yang ada pendapatan lebih setakat itu boleh open market pricing yang mana kita nak tolong. Yang itu kita kena pergi ke Kabinet untuk dapat persetujuan. Itu masa dibuat. Dan juga kita boleh pakai proxy. Kalau you ada kereta mewah, you pakai Rolls-Royce, Bentley. Tak payahlah kan. Saya pun kalau saya ada, saya tak boleh pakai pun. Malulah, kita nak pergi. Kalau ada driver, kereta besar, tak usahlah pakai. Kita tolong orang lain. Dari pendekatan itu kita akan ambil. Dan mungkin, kalau seorang itu ada tiga rumah besar, dan mungkin dia exclude. Dengan menggunakan pangkalan data PADU, kita boleh identify. Mungkin kita tak pakai mekanisme yang lebih canggih. Seperti ikut daerah ke, this boleh. Mungkin kita tak pakai buat masa sekarang. Kita pakai yang simple kerana buat masa sekarang yang ini yang paling senang yang boleh diterima oleh rakyat. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 26 Ogos 2025, jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.03 petang]