Dewan Rakyat · 27 August 2025
15th Parliament, session 4, meeting 2 · not final · 1,239 turns · 72,405 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Saya jemput Engineer Technologist Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Burung pipit terbang ke pantai, Hinggap sebentar di atas batu; Soalan pertama ingin disantai, Moga jawapan membawa mutu.
[Dewan bersorak]
1. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah perkembangan penyelesaian projek sakit residensi hektar yang sehingga kini masih tiada kelihatan kerja-kerja penyiapan projek dimulakan sungguhpun kementerian telah memaklumkan jangkaan bermulanya pada 15 Februari 2025 dalam Kamar Khas Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas?
Saya persilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk jawab.
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sentiasa komited dan cakna untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat tinggal, shelter for all. Dalam hal ini, KPKT sentiasa berusaha untuk memelihara hak pembeli dengan memastikan pengurusan projek perumahan dilaksanakan dengan baik agar projek tidak tergolong dalam kategori sakit atau terbengkalai, termasuklah Projek Residensi Hektar
Gombak yang sentiasa dekat di hati Yang Berhormat. Ini adalah sejajar dengan hasrat prinsip MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, di bawah Kerajaan MADANI, KPKT telah menubuhkan Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST), satu pasukan khas yang sentiasa berusaha gigih untuk selesaikan masalah yang tergendala sekian lama ini. Maka setakat hari ini, pencapaian TFST menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan di mana sebanyak 1,171 projek perumahan swasta yang sakit ataupun terbengkalai telah berjaya dipulihkan melibatkan dan membantu 139,848 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar GDV setinggi RM113.55 bilion. Bagi tahun ini saja, TFST telah berjaya memulihkan 244 projek perumahan swasta melibatkan 27,101 unit rumah dengan GDV berjumlah RM21.07 bilion. Bagi melindungi pembeli terjejas, KPKT turut menyediakan bantuan penstrukturan semula pinjaman melalui LPPSA dan institusi kewangan serta mengeluarkan surat pengesahan untuk penamatan perjanjian jual beli. Untuk makluman Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, setelah melalui pelbagai cabaran dan rundingan teknikal yang sangat rumit dan kewangan yang kompleks. Inisiatif berterusan dan campur tangan proaktif oleh KPKT melalui TFST, alhamdulillah, akhirnya membuahkan hasil apabila KPKT telah berjaya memperolehi suntikan dana baru sebanyak RM125 juta daripada sebuah institusi kewangan tempatan untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Projek Residensi Hektar Gombak. Dengan adanya suntikan modal ini, kerja-kerja pembinaan telah mula pada 30 Julai tahun ini dan ia dijangka siap pada bulan Jun 2027. Kerja-kerja penyiapan ini akan diteruskan oleh kontraktor utama baru iaitu Syarikat Bina Permai Sendirian Berhad. Perlu diingatkan bahawa Residensi Hektar Gombak sebenarnya adalah projek rumah WIP di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2018 dan gagal disiapkan mengikut jadual asal iaitu pada 2022. Tetapi dengan usaha dan campur tangan KPKT dan Kerajaan MADANI, kini nasib 2,400 pembeli rumah akan terbela. Di bawah Kerajaan MADANI, KPKT terus komited untuk membantu memulihkan projek-projek yang bermasalah bagi memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah untuk mendapat kediaman yang selesa, selamat, berdaya huni, selaras dengan slogan kita “Baiti Jannati, Rumahku, Syurgaku”. Sekian, terima kasih.
Wangsa Maju.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, atas jawapan dan terima kasih kepada kerajaan yang telah dapat menyelesaikan at least, sekurang-kurangnya fasa satu Projek Residensi Hektar ini dengan bantuan daripada task force yang telah ditubuhkan. Penyelesaian masalah ini bukan saja menyelesaikan masalah 2,400 pembeli tetapi 2,400 keluarga yang sebenarnya. Puan Yang di-Pertua, apabila YB Menteri buat lawatan tapak pada 30 Julai yang lepas, saya kira kalau YB Menteri di masa-masa keadaan kalau dapat ajak saya sekali, ia lebih baiklah oleh kerana saya tahu pun daripada berita akhbar dan memang betul pada 30 Julai yang lepas, gerak kerja, pergerakan kerja di tapak memang begitu hebat sekali.
Soalan.
Jadi, pada hari itu memang banyak pergerakan kerja tetapi keesokan harinya dan sehingga sekarang, gerak kerja di tapak amat minima. Jadi persoalan di sini, apakah strategi pendekatan kerajaan untuk memastikan bahawa obligasi yang telah dipersetujui oleh pemaju dan juga kontraktor itu dapat dipantau dan memastikan mereka laksanakan obligasi mereka? Satu daripada kaedah mungkin boleh berkongsi dengan saya — recovery, recovery plan works programme. Kalau dapat kongsi dengan saya, boleh kita sama- sama bantu untuk memantau dan memastikan pelaksanaan obligasi mereka. Terima kasih.
Terima kasih... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Memang kerajaan akan sentiasa memantau untuk makluman di mana pada 20 — 30 Julai, kerja-kerja pembersihan tapak dimulakan semula. Dan pada 20 Ogos, mesyuarat penyelarasan utiliti bersama dengan Indah Water Konsortium, penyambungan paip GKL, Pakej D44, TNB dan lain-lain DJ dan juga JWP.
Maka, pada 1 September selepas Hari Kemerdekaan, kerja-kerja pembinaan di tapak akan dilancarkan supaya dia dapat selesai dan dalam tempoh 21 bulan dan jangkaan CCC akan diperolehi pada 27 Februari 2027 dan saya menaruh harapan yang tinggi di mana jangkaan serahan milikan kosong akan berlaku pada 31 Mei 2027. Kita teguh bersama, mari-mari kita sama-sama untuk membantu rakyat di bawah sana. Sekian, terima kasih.
Maran.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Yang Berhormat Menteri, sekarang terlalu ramai pembeli rumah, kedai yang sengsara kerana rumah mereka tidak dapat siap akibat projek terbengkalai ini. Dan saya minta Yang Berhormat tak salah sibuk tentang RUU Pembaharuan Semula Bandar ini. Sebelum lebih banyak bencana-bencana seperti ini berlaku, kalau boleh Yang Berhormat tarik lagi bagus lepas ini. Saya — soalan saya, berapakah bilangan rumah terbengkalai setakat ini dan berapakah pembeli yang terlibat. Dan yang kedua, kalau tahun lepas kita tengok, lebih kurang 22 bilion hartanah siap tidak terjual. Jadi, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan? Sehingga rumah ni buruk, esok kita gunakan RUU untuk menyelesaikan masalah pembaharuan bandar ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat selaku mantan Timbalan Menteri KPKT, memang arif dalam soal ini. Cuma saya tadi harap mengapa bila saya bantu 2,400 pembeli kebanyakannya semua pemuda Melayu pun, YB tak pernah puji pun. Bagaimanapun…
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, kalau beri masa, saya puji panjang-panjang.
Terima kasih.
Kita berjaya, kita berjaya sebab rumah ni bukan buat macam roti. Roti pun kena satu malam.
Yang Berhormat.
Saya jawab di mana dua soalan tambahan. Yang pertama tentang pemilik kedai. Yang Berhormat pun sedar juga sebenarnya kedai itu adalah premis komersial di luar skop Akta 118. Sebab itu kementerian sedang membuat kajian supaya kita akan kemukakan rang undang-undang baru, supaya apabila pembeli kedai juga akan dilindungi oleh akta. Dan yang kedua itu tentang bilangan projek sakit. Sukacita dimaklumkan jumlah bilangan projek sakit kini telah menurun, tinggal 109 sahaja selepas kita berjaya menyelamatkan 1,171 projek. Itu memang merupakan satu usaha gigih yang banyak memakan masa dan langkah-langkah proaktif. Saya mengambil kesempatan ucap ribuan terima kasih kepada Jabatan Perumahan Negara. Pasukannya memang cukup komited, profesional untuk membantu. Okey, kita sama-sama selesaikan projek terbengkalai. Sekian, terima kasih.
RM22 bilion.
Okey, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, selepas pengumuman bajet oleh Yang Amat Berhormat pada 10 Oktober, insya- Allah di mana KPKT akan umumkan beberapa lagi inisiatif dan langkah-langkah menuju ke projek terbengkalai sifar menjelang 2030. Saya memang menaruh harapan yang tinggi sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita sama- sama jayakan misi agenda pembangunan negara ini. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.
Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan usaha kementerian dalam mengenal pasti dan menyusun semula lot-lot kebun getah terbiar milik pekebun kecil di Baling yang tidak lagi produktif serta sejauh mana pendekatan integrasi tanaman kontan atau agrokomoditi lain telah dimanfaatkan untuk meningkatkan pendapatan pekebun.
Silakan Timbalan Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian melalui RISDA telah mengenal pasti seluas 205,209 hektar kebun getah matang tidak bertoreh di seluruh negara berdasarkan dapatan Banci Pekebun Kecil Getah 2023. Bagi menangani isu ini, sebanyak RM32.4 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan di bawah Program Getah Terbiar bagi tahun 2025 yang bertujuan mengaktifkan semula kebun-kebun tersebut agar kembali mengeluarkan hasil. Peruntukan ini dijangka memanfaatkan kawasan seluas 10,000 hektar serta memberi manfaat kepada seramai 6,700 pekebun kecil. Di daerah Baling, sebanyak RM900,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan dengan melibatkan keluasan 281 hektar dan 187 orang penerima manfaat. Sebagai langkah pelaksanaan, RISDA turut untuk mengusahakan kebun bagi pihak pemilik yang tidak berupaya melakukannya sendiri, sekali gus memastikan potensi pengeluaran hasil getah dapat dimaksimumkan. Pendekatan integrasi tanaman kontan dan agrokomoditi lain seperti pisang, nanas, jagung serta ternakan turut dilaksanakan oleh RISDA sebagai satu strategi mempelbagaikan sumber pendapatan tambahan. Bagi tahun 2025, RISDA telah diperuntukkan sebanyak RM28.2 juta bagi melaksanakan program agromakanan yang melibatkan 1,400
pekebun kecil. Bagi Daerah Baling, sebanyak RM680,000 telah diperuntukkan dengan seramai 34 orang penerima manfaat. RISDA turut menyediakan bimbingan khidmat nasihat, latihan serta bantuan input pertanian bagi memastikan pelaksanaan program ini lebih berkesan dan memberi impak yang tinggi kepada komuniti pekebun kecil. Inisiatif ini juga seiring dengan dasar ekor makanan negara yang menekankan aspek keterjaminan makanan negara. Terima kasih.
Baling.
Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya. Isu utama pekebun kecil di luar bandar seperti Baling bukan sahaja soal mengusahakan tanaman kontan seperti pisang, nanas, serai, jagung dan sebagainya, tetapi juga bagaimana memastikan hasil tanaman mereka ada pasaran dan mendapat harga yang stabil. Apakah peranan kerajaan dalam mewujudkan pasaran tetap atau penubuhan pusat pengumpulan dan menjamin pendapatan pekebun kecil dan juga pengusaha tanaman? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Baling atas soalan tambahan. Dalam usaha kita membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, RISDA telah pun memperkenalkan beberapa program. Antaranya program agromakanan, yang mana ia memperkenalkan tanaman-tanaman kontan yang boleh meningkatkan pendapatan. Selain memberi khidmat nasihat, bantuan peralatan dan juga sistem penanaman, RISDA juga memastikan tanaman-tanaman yang dipilih itu mempunyai kadar pasaran yang tinggi. Maksudnya, RISDA juga mempunyai hubungan dengan agensi-agensi pemasaran, misalnya seperti FAMA. Begitu juga dengan market, market yang ada di dalam negara kita, khasnya untuk tanaman-tanaman seperti serai dan sebagainya. Di samping ada setengah tanaman ini, kita proseskan menjadi bahan ataupun produk hiliran yang boleh dijual dan meningkatkan lagi pendapatan. Bukan saja dijual secara mentah malah juga diproses menjadi makanan tambahan yang lain. Jadi in term of pemasaran, RISDA mempunyai sistem dalam usaha membantu pekebun memasarkan produk-produk yang telah dihasilkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sungai Petani.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, menurut laporan Lembaga Getah
Malaysia, lebih daripada 300,000 hektar kebun getah kurang produktif di seluruh negara. Dan pertanyaan saya adalah apakah langkah kementerian dalam memastikan pasaran yang mampan bagi hasil tanaman alternatif ini dan adakah pekebun-pekebun kecil, khususnya di luar bandar ini akan turut disertakan dan tidak hanya bergantung pada pasaran domestik yang lebih terhad, khususnya pekebun- pekebun muda. Dan yang kedua, apakah usaha kementerian dalam memperkenalkan teknologi pertanian moden seperti sistem fertigasi, drone untuk pemantauan tanaman dan contohnya projek integrasi tanaman cili fertigasi di Perak yang membuktikan pekebun boleh memperoleh pendapatan sehingga enam ke RM8,000. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini ada hubung kait juga dengan soalan tambahan YB Baling tadi berkaitan dengan pemasaran produk-produk ataupun jualan tanaman-tanaman yang dikeluarkan oleh RISDA melalui program agromakanan. Suka saya maklumkan di sini selain daripada apa nama RISDA mempunyai kerjasama dengan agensi-agensi ya, pemasaran dalam negara kita khususnya FAMA, RISDA juga seperti yang saya maklumkan tadi juga, kita juga memproses produk-produk berkenaan menjadi produk-produk hiliran yang boleh di-market dengan lebih luas lagi menggunakan sistem pemasaran yang ada pada RISDA. Sebab, RISDA selain daripada agromakanan, kita ada AET yang mana melalui program AET ini kita memperkenalkan apa nama usahawan-usahawan produk, yang mana produknya bukan sahaja dijual ataupun dipasarkan melalui program-program khas KKDW, online contohnya Desa Mall, kita ada KUD, Karnival Usahawan Desa. RISDA sendiri ada program karnival dia sendiri untuk marketing barang-barang keluaran RISDA. Baru-baru ini RISDA telah menubuhkan RisSMart, yang mana satu apa nama kedai retail yang kita letakkan di seluruh negara sebenarnya. Kita dah ada lebih daripada 20 lebih RisSMart seluruh negara dan baru-baru ini kita ada kerjasama dengan PLUS untuk menempatkan RisSMart-RisSMart ini untuk menempatkan produk-produk hasil jualan bukannya produk hiliran, malah juga apa nama tanaman. Dan RISDA sebenarnya, dalam usaha kita memperkenalkan program agromakanan ini, kita — kebanyakannya kita menggunakan teknologi moden yang mana kita apply program yang berbentuk IoT dan juga program contohnya fertigasi
yang digunakan secara meluas dalam program-program agromakanan RISDA. Dan kita nampak melalui program penanaman menggunakan teknologi ini hasilnya lebih, lebih, lebih, lebih baik ya. Lebih, lebih banyak lagi. Dan antara tanaman-tanaman selain daripada cili yang menjadi orang kata pilihan pekebun-pekebun kecil adalah tanaman nanas, khasnya MD2 yang mana…
Ringkaskan jawapan.
…yang ini telah memberi pendapatan yang begitu baik kepada pekebun-pekebun RISDA, selain daripada bergantung kepada pendapatan getah semata-mata. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya jemput Tuan Chong Zhemin, Kampar.
Terima kasih Timbalan Speaker. Dari Kelantan menuju ke Perak, gaji tiada tak mampu dibayar; Masa lawan mudah jadi sesat. Kalau berkawan, pendirian sesat. Soalan saya soalan nombor 3.
3. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan jumlah kawasan hutan simpan yang telah dinyahwartakan sejak 2018 hingga kini di Negeri Perak.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, berdasarkan rekod daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak, jumlah pewartaan keluar hutan simpan kekal ataupun HSK di negeri Perak pada tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak 13,402 hektar. Pewartaan keluar ini antaranya melibatkan keperluan kawasan untuk tujuan pertanian, penempatan Orang Asli, pembinaan lebuh raya dan pembinaan utiliti lain seperti di kawasan jana kuasa. Namun begitu, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak secara aktif giat melaksanakan pewartaan semula bagi menggantikan kawasan yang telah dinyahwarta tersebut. Sehingga tahun 2024, jumlah keluasan HSK yang telah diwartakan semula di negeri Perak adalah sebanyak 6,149 hektar. Terima kasih.
Kampar.
Terima kasih kepada jawapan Menteri. Saya nak tanya, sejak 2018 sehingga kini, apakah baki hutan simpanan yang
tinggal? Kerana saya tahu, kalau kita ada nyahwartakan hutan simpanan, kita juga akan wartakan hutan simpanan baharu. Jadi, apakah baki sekarang yang kita ada?
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di Perak ini, kita ada tiga kategori tanah di Perak. Yang pertama, hutan simpan kekal setakat hari ini, di Perak ada 986,000 hektar. Kemudian kita ada hutan tanah kerajaan, 24,500 hektar. Dan kita juga ada kawasan perlindungan 5,100 hektar. Jadi, ketiga-tiga ini adalah hutan yang masih kekal di Perak. Terima kasih.
Bagan Serai.
Assalamualaikum. Terima kasih kepada Puan Speaker. Terima kasih kepada Menteri. Jadi setiap penyahwartaan hutan simpan ini, dia memerlukan kepada penggantian semula. Pemahaman saya dari segi enakmennya hanyalah dari segi penggantian, dari segi keluasan. Namun begitu, ia tidak mengambil kira dari segi spesifik kriteria berkenaan dengan ekologi, yakni nilai biodiversiti dan juga perlindungan habitat serta penilaian berkenaan dengan saintifik, yakni indeks terhadap penilaian ekosistem terhadap penjagaan alam sekitar tersebut, penjagaan kawasan penggantian tersebut. Persoalan saya ialah dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar ini, terutamanya selepas daripada pasca penyahwartaan ini, sejauh manakah kriteria ekologi dan juga penilaian saintifik dibuat dalam proses penggantian kawasan agar ia setara ataupun yang lebih baik daripada itu? Terima kasih Puan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ia sebarang tanah hutan simpan kekal yang diguna pakai untuk pembangunan, ia mesti diganti balik tanah tersebut dan ia mesti datang daripada hutan simpan, hutan tanah kerajaan. Makna, setiap kerajaan negeri dia ada hutan yang tidak diusik. Kemudian, ada hutan simpan kekal. Tetapi dalam hutan simpan kekal ini, dia ada dia punya prasyarat. Apabila kita nak guna pakai, kena ganti. Apa yang kerajaan kita buat hari ini ialah kita juga menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan iaitu under ecological fiscal transfer for biodiversity conservation ataupun dipanggil EFT. Setiap tahun kita akan bagi duit kepada kerajaan-kerajaan negeri, yang menyahkan hutan dan menjaga hutan supaya tidak diguna pakai untuk tujuan lain. Contohnya, setakat ini EFT ini berjumlah 800 juta. Tahun ini saja kita telah bagi 250 juta.
Maka apabila kita nak memberi kelulusan untuk dia gunakan hutan simpan kekal ini untuk buat pembangunan, bila dia nak ganti, dia kena ganti serentak. Dia tak boleh — dulu, sebelum ada akta mewartakan ini, ialah apabila dia pakai hutan simpan kekal, dia berjanji nak ganti. Sekarang tak boleh. Dia kena, bila nak keluar, katakan 2,000 hektar, dia kena ganti dengan hutan yang ada dalam kerajaan ini untuk dia gazetkan sekali ataupun diwartakan sekali. Dan kemudian kita juga bagi insentif kepada kerajaan negeri, bantuan untuk menjaga hutan-hutan ini supaya tidak diguna pakai untuk pembangunan. Terima kasih.
Saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan jangka panjang kementerian bagi menangani kejadian runtuhan cerun dan lubang benam yang berulang di jalan Gua Musang-Cameron Highlands dan adakah kementerian bercadang untuk membuat road alignment bagi kawasan jalan yang berisiko.
Menteri Kerja Raya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Gua Musang-Cameron Highlands yang dimaksudkan adalah FT185 iaitu Jalan Simpang Pulai-Blue Valley ya. Laluan ini merupakan laluan penting yang menghubungkan negeri Kelantan dan Pahang serta menjadi nadi kepada aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat. Jalan ini merupakan salah satu daripada 13 laluan kritikal pemantauan cerun yang dipantau rapi oleh Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya bersama agensi berkaitan telah merangka beberapa perancangan jangka panjang yang komprehensif bagi menangani isu ini secara berkesan dan antara projek pembaikan cerun yang telah diluluskan di Kementerian Kerja Raya ialah satu, kerja pembaikan cerun di laluan FT185 Seksyen 44.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Daerah Kinta, Perak pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos pembaikan RM122 juta. Yang kedua, pembaikan cerun. Membina perangkap debris flow, pembinaan saliran di laluan FT185, Seksyen 61, Jalan Simpang Pulai-Gua Musang, Daerah Gua
Musang, Kelantan pada Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos pembaikan RM10.4 juta.
Dan ketiga, pembaikan cerun di laluan FT185, seksyen 42.70, Jalan Simpang Pulai Blue Valley, daerah Kinta, Perak pada Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos pembaikan RM19.995 juta. Jadi, pelaksanaan projek-projek ini akan memastikan kestabilan cerun yang optimum di kawasan tersebut sekali gus mengurangkan risiko runtuhan tanah atau gelongsoran dan langkah-langkah pengukuhan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya tetapi juga untuk menjamin keselesaan pengguna jalan raya semasa melalui kawasan ini. Selain kerja pembaikan ataupun korektif ke atas cerun yang mengalami kegagalan, kemudian juga turut melaksanakan kerja-kerja pencegahan ataupun preventive ke atas cerun berisiko sangat tinggi dan tinggi bagi mengelakkan runtuhan yang besar. Malah, kerja-kerja penyenggaraan rutin ke atas cerun-cerun berisiko sangat tinggi dan tinggi turut dilaksanakan di laluan ini. Dan bagi insiden kejadian tanah jerlus di Seksyen 78.6 laluan FT185, penyiasatan awal oleh JKR mendapati sistem perparitan ataupun longkang telah terkambus dan sistem pembetungan culvert jalan telah patah kemungkinan disebabkan oleh kesan penyusupan air yang tidak terkawal. Dan keadaan ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh aktiviti kerja tanah bagi pertanian di cerun potong bersebelahan jalan. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bilangan arahan kerja yang telah dikeluarkan bagi kerja pembaikan di laluan FT185 di Daerah Gua Musang adalah sepertimana berikut: (i) tahun 2025, enam arahan kerja bernilai RM11.27 juta; (ii) tahun 2024, lima arahan kerja bernilai RM3.322 juta; (iii) tahun 2023, tujuh arahan kerja bernilai RM14.51 juta ringgit; dan (iv) tahun 2023 juga, sebanyak dua arahan kerja bagi kerja pencegahan bernilai RM8.01 juta telah dilaksanakan di laluan yang sama. Jadi justeru, JKR akan meneruskan pemantauan ke atas cerun-cerun di laluan ini dan diperhebatkan semasa musim timur laut bagi memastikan cerun-cerun
berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan pengguna jalan. Sekian, terima kasih.
Gua Musang.
Okey, terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang cukup komprehensif dan sebagaimana Yang Berhormat Menteri beritahu memang terlalu banyak peruntukan telah disalurkan untuk menaik taraf ataupun menyelenggara jalan tersebut. Kita faham, jalan tersebut memang betul adalah merupakan nadi utama kepada masyarakat negeri Kelantan. Selain daripada ke negeri Pahang, dia juga ke negeri Perak. Jadi, kalau dilihat kepada sejarah ataupun sejak penubuhan jalan tersebut, memang selalu boleh dikatakan sepanjang tahun berlaku kejadian-kejadian runtuhan cerun ataupun lubang benam. Cuma kalau kita bandingkan dengan negara maju seperti negara China sepertinya, kalau nak diukur dari segi ketinggian di jalan tersebut ialah kawasan berbukit yang merentasi Banjaran Titiwangsa...
Soalan, soalan.
...Dan ketinggian pun taklah tertinggi, sebagaimana yang kita nak banding dengan negara lain. Jadi soalan tambahan saya, untuk memastikan perbelanjaan kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya, adakah kementerian bercadang untuk membina terowong ataupun teknologi seperti kaedah AI di jalan-jalan berbukit dan tanah tinggi bagi memastikan ataupun mengurangkan kes runtuhan jalan dan lubang benam tersebut? Terima kasih Menteri.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.
Mic.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, soalan tadi ialah adakah kerajaan untuk nak buat alternatif pembinaan terowong. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, bagi kaedah pembinaan alternatif seperti terowong, ia turut dipertimbangkan berdasarkan keperluan geoteknikal dan kesesuaian lokasi. Jadi, pembinaan terowong memerlukan kajian teknologi yang mendalam termasuk analisis batuan, tekanan tanah, dan juga sistem saliran bawah tanah. Jadi, walau bagaimanapun, buat masa ini, kementerian tidak mempunyai perancangan untuk membina terowong di FT185. Belum lagi Yang Berhormat. Jadi, berkenaan dengan penggunaan teknologi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Jabatan Kerja Raya sentiasa komitedlah dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan infrastruktur negara, termasuk jalan FT185 ini. Pada masa ini, teknologi dron telah dimanfaatkan secara meluas bagi tujuan pemetaan topografi serta penilaian kaedah atau keadaan jalan raya dan cerun dengan lebih tepat dan efisien. Jadi, seiring dengan kemajuan teknologi digital, pelbagai inovasi seperti analitik data, pemprosesan imej dan sistem pemantauan berasaskan sensor telah juga mula digunakan dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur. Jadi, dalam hal ini penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan AI akan dapat membantulah agensi di bawah kementerian, khususnya Jabatan Kerja Raya dalam usaha memantau keadaan jalan raya dan cerun secara berterusan. Jadi, banyaklah kita dah gunakan teknologi sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Sekian terima kasih.
Tampin.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Izinkan saya, Tampin mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan pelajar- pelajar Tingkatan 6 SMK Tunku Abdul Rahman, Gemas, Tampin [Tepuk] yang diketuai oleh Cikgu Siti Helina. Selamat datang ke Dewan Rakyat. Semoga sekolah dan juga pelajar-pelajar terus cemerlang untuk menaikkan nama Tampin. Soalan saya, Puan Yang di-Pertua. Kami di Tampin juga tidak terkecuali daripada isu keadaan jalan raya yang memerlukan perhatian pihak kementerian iaitu di Jalan Bukit Putus, Jalan Tampin Gemas. Di sana terdapat kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan blackspot sejak sekian lama dengan kadar kemalangan maut yang tinggi tetapi kelihatannya seperti tiada tindakan yang drastik dan serius daripada pihak kementerian. Soalan saya, apakah tindakan yang pernah diambil sebelum ini oleh kementerian ataupun agensi yang berkaitan terhadap jalan dimaksudkan? Dan apakah strategi kementerian untuk menyegerakan kerja-kerja menaik taraf atau membaik pulih sesuatu jalan yang telah dikelaskan sebagai kawasan blackspot? Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Jadi Yang Berhormat Tampin, yang isu yang spesifik mungkin saya mohon kerjasama daripada Yang Berhormat Tampin, kami akan teliti dulu, semak dan akan saya bagi maklumat secara bertulis kepada Yang Berhormat Tampin. Tapi yang
ditanya tentang bagaimana kementerian ini menangani masalah di mana yang berleluasa berlakunya di kawasan-kawasan yang kata di blackspot ini. Kita ada buat pemantauan. Di seluruh negara kita kurang lebih ada kenal pastikan ada lebih 2,000 blackspot yang boleh dikatakan kritikal. Jadi, perlu dibuat kerja membaiki blackspot itu. Sebab itu program ini adalah secara berterusan. Kalau kita semak dalam bajet kita memang dengan jelas tetapkan di sana ada tajuknya untuk menangani masalah blackspot. Jadi, kerajaan atau kementerian dan JKR juga memang tahu akan masalah blackspot ini sebab itu jadi keutamaan apabila peruntukan yang terhad kami dapati di situlah kita buat keutamaannya di kawasan yang dikatakan blackspot. Kalau dari persimpangan bagaimana kalau tak ada lampu, kita pasangkan lampu untuk kita cahayakan tempat itu supaya yang lebih selamat digunakan lebih- lebih lagi malam dan selekoh kita buat apa sepatutnya. Blackspot ini memang dikaji dengan teliti untuk kita mengetahui bagaimana nak kerja-kerja yang patut dibuat. Sebab itu kita buat juga yang kita panggil PCA (pavement condition assessment) supaya kita mengetahui lebih teliti apa sebenarnya kerja rawatan perlu kita buat. Bukan sekadar tampal dan begitu yang kita buat juga tapi itu secara apa kata, temporary ataupun bukan secara yang kita buat sebagai rawatan kekal. Terima kasih,
Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Tampin.
...Saya FOM KKR, minta utamakan Tampin.
Yang Berhormat Tampin, ikut peraturan. Saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.
Soalan Batang Sadong nombor 5.
5. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Kesihatan menyatakan status pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan sistem Pengurusan Maklumat Penjagaan Pesakit Bersepadu (CCMS) di fasiliti kesihatan kerajaan serta sejauh mana keberkesanannya dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan.
Silakan, Timbalan Menteri.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong atas soalan berkenaan tentang sistem Rekod Perubatan Elektronik yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi mencapai impak maksimum dalam transformasi penjagaan kesihatan, sistem Electronic Medical Record (EMR) sedia ada berasaskan pengkomputeran awan sedang dilaksanakan secara berfasa dengan skala yang besar, kecepatan yang tinggi dan kos yang rendah. Menerusi inisiatif ini, Kementerian Kesihatan merancang untuk memperluaskan sistem EMR ke 200 buah klinik kesihatan menjelang tahun 2025, manakala 16 buah hospital akan didigitalkan pada tahun 2026. Pelaksanaan ini merupakan satu langkah strategik ke arah merealisasikan visi ‘satu individu, satu rekod’ dan mempercepatkan pendigitalan sektor kesihatan negara ke tahap yang lebih tinggi. Sehingga kini, status pelaksanaan EMR menunjukkan sebanyak 22 daripada 150 hospital, 275 daripada 1,118 klinik kesihatan dan 78 daripada 682 klinik pergigian telah menggunakan sistem sepenuhnya. Bagi klinik kesihatan, pelaksanaan Cloud-based Clinic Management System (CCMS) telah merekodkan peningkatan sebanyak 150 peratus pendigitalan hasil daripada strategi pelaksanaan menggunakan EMR sedia ada berasaskan pengkomputeran awan yang pantas, berskala besar, kos rendah dan berimpak tinggi. Dengan pelaksanaan CCMS, masa menunggu untuk berjumpa pegawai perubatan telah berkurang dengan ketara. Data menunjukkan 70 peratus pesakit kini dapat berjumpa pegawai perubatan dalam tempoh purata 30 minit, manakala baki 30 peratus dalam masa 60 sehingga 90 minit bergantung kepada tahap kes dan beban kerja klinik. Kejayaan ini membuktikan keberkesanan CCMS dalam mempercepatkan proses pendaftaran, triage dan pengurusan pesakit, sekali gus mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kepuasan pesakit. Selain mempercepatkan perkhidmatan di kaunter, CCMS turut memudahkan perkongsian maklumat antara fasiliti kesihatan, memastikan kesinambungan rawatan pesakit yang lebih baik, mengurangkan risiko kehilangan rekod perubatan manual serta meningkatkan ketepatan data perubatan yang direkodkan. Keselamatan data pesakit juga terjamin kerana semua maklumat disimpan dan
disandarkan di-server, dengan izin, berasaskan awan yang mematuhi piawaian keselamatan siber kerajaan. Kementerian akan terus memantau keberkesanan pelaksanaan CCMS, mendapatkan maklum balas daripada pengguna serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan agar manfaat sistem ini dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat, sekali gus memperkukuhkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan negara. Sebagai sebahagian daripada pelan pendigitalan menyeluruh, KKM telah merangka strategi berfasa di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk baki klinik kesihatan dan hospital. Pelan ini menyasarkan pendigitalan 588 klinik kesihatan bermula seawal tahun 2026 dan 112 hospital pula akan dilaksanakan menjelang tahun 2029. Sekian, terima kasih.
Batang Sadong.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu detail saya dengar, dan mungkin ada juga soalan yang saya usulkan selepas ini mungkin dah terjawab. Saya dengar tadi kadar penggunaan EMR di hospital mungkin masih dikatakan rendah. Saya ingin bertanya, apakah inisiatif ataupun action plan kementerian dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk mempercepatkan pendigitalan fasiliti kesihatan, khususnya di Sabah dan Sarawak yang berdepan dengan cabaran capaian Internet dan infrastruktur? Juga, soalan saya adalah ― kita tahu semasa pandemik COVID-19 dahulu, timbul isu tentang kebocoran data peribadi, maklumat individu dikatakan dijual dan disalahgunakan. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah konkrit yang telah ataupun akan diambil oleh kementerian bagi memastikan sistem EMR, CCMS, ia nya benar-benar selamat, mematuhi standard keselamatan siber antarabangsa serta menjamin kerahsiaan dan hak privasi maklumat pesakit. Terima kasih.
Satu soalan yang sangat komprehensif daripada Batang Sadong. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat kepada Yang Berhormat Batang Sadong berkenaan tentang inisiatif pendigitalan di Sarawak. Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier kerana telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta
kepada KKM untuk pelaksanaan program pendigitalan. Melalui RM10 juta ini, kita akan membekalkan desktop dan juga laptop kepada klinik-klinik kesihatan. Sebanyak 142 klinik yang kita akan bekalkan dan sedang dilaksanakan. Dan juga, kita akan melaksanakan CCMS di kesemua klinik ini menjelang Disember 2025. Ketika ini, kita mempunyai beberapa buah klinik, antaranya adalah klinik KK Buntal, KK Santubong, KK Petra Jaya dan juga di KK Sibu Jaya juga kita melaksanakan CCMS. Ini adalah merupakan inisiatif kerjasama kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Berkenaan tentang isu pelaksanaan, KKM memperuntukkan sebanyak peruntukan dua bilion untuk pelaksanaan ‘satu individu, satu rekod’ menjelang 2029. Berkenaan tentang isu keselamatan, sememangnya penggunaan aplikasi telah pun melalui satu proses, apa itu, di bahagian digital KKM di mana kami menubuhkan satu bahagian khusus, Bahagian Digital Kesihatan, untuk melihat risiko-risiko cyber security, dengan izin. Isu ini adalah sangat besar. Negara seperti Singapura dan Australia juga melihat selepas pelaksanaan electronic medical record ini, kita akan melihat isu cybersecurity kerana kita ingin menjaminkan isu data peribadi pesakit-pesakit kita selamat di bawah Kementerian Kesihatan. Itu saja jawapan saya, Puan Yang di-Pertua.
Tanjong Karang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang ingin bertanya, sejauh manakah usaha kementerian memastikan kebolehoperasian, interoperability antara pelbagai sistem EMR dan CCMS yang diguna di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta agar rekod perubatan pesakit dapat diakses dengan lancar oleh petugas kesihatan tanpa halangan teknikal, seterusnya mengelak berlakunya kelewatan rawatan, pengulangan ujian yang tidak perlu serta memastikan kualiti rawatan yang lebih baik kepada rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya ingat di dalam ucapan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Yang Berhormat membangkitkan isu yang sama. Berkenaan tentang CCMS, kenapa KKM memilih CCMS, kerana kita memerlukan proses masa yang cepat untuk installation, dengan izin. Kalau kita lihat berdasarkan data yang kita perolehi, kita dapat mendigitalisasikan sesebuah klinik dalam tempoh tiga hari berbanding tiga ke enam bulan sebelum ini. Dan juga, kaedah — kita juga menggunakan teknologi pengkomputeran awan.
Berkenaan tentang keboleh ― interoperability antara public system dan juga swasta, kita sedang melihat kesesuaian dan kita akan melakukan satu libat urus yang lebih komprehensif bersama pihak swasta. Tetapi, untuk daripada klinik kesihatan primer kepada hospital awam, kita juga mempunyai kajian-kajian yang telah berjaya. Antaranya yang sedang berlaku di Pulau Langkawi, di mana klinik kesihatan dan juga hospital dapat bersaling berhubung. Juga, faktor keselamatan adalah merupakan faktor penting di dalam kajian kami. Dan juga, mengapa kita ke arah pendigitalan ini adalah kita memerlukan satu rekod yang selamat dan juga kita ingin rekod-rekod ini dapat diakses di seluruh negara, di fasiliti-fasiliti yang berlainan. Bermaksud, Hospital Tanjong Karang, kita pergi ke Hospital Tanjong Karang, kita dapat menggunakan rekod kita di Hospital Umum Sarawak. Itulah idea umum yang ingin kita perkenalkan. Dan juga, berkenaan tentang maklumat-maklumat yang lain, kita akan berikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih.
Saya jemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
Puan Yang di- Pertua, soalan Paya Besar nombor 6.
6. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan bagaimana langkah kerajaan menggunakan deposit sumber mineral negara sebagai perundingan diplomasi untuk mengurangkan kesan geopolitik terhadap aktiviti perdagangan global.
Silakan.
Terima kasih, Paya Besar. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Malaysia sentiasa memanfaatkan kerjasama strategik dengan negara-negara yang memiliki teknologi dan kepakaran dalam pemprosesan unsur nadir bumi (REE).
Pendekatan ini penting kerana walaupun Malaysia dikenal pasti mempunyai deposit REE, negara masih tidak mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk memproses REE tempatan. Sehubungan itu, pembangunan R&D dalam teknologi tempatan perlu dipercepatkan agar Malaysia boleh memperoleh manfaat daripada penghasilan produk berteknologi tinggi dari sumber bahan mentah di bumi sendiri.
Antaranya strategi yang dilakukan termasuk meneroka peluang kerjasama dengan negara-negara yang memiliki teknologi terkini REE melalui pendekatan secara pertemuan peringkat tertinggi kerajaan, kunjungan hormat, misi perdagangan dan pelaburan dan rundingan perdagangan bebas serta mesyuarat dua hala antara Malaysia dan rakan dagang yang strategik. Untuk makluman, satu jawatankuasa induk iaitu Special Taskforce Hala Tuju Pembangunan Industri REE telah ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu dan hala tuju pembangunan industri tersebut di semua peringkat. Di samping itu ia juga meneliti aspek pelaburan, teknologi dan insentif termasuk Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (RDCI) perkaitan industri REE di Malaysia. MITI sebagai pengerusi kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Industri REE Peringkat Pertengahan dan Hiliran komited dalam membangunkan dan menarik lebih ramai pelabur berpotensi dalam memperkasakan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan REE di Malaysia. MITI berpandangan bahawa pembangunan REE tempatan adalah penting dan selari dengan pelaksanaan dasar nasional terutamanya Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan National Advanced Material Technology Roadmap 2021–2030. Dasar-dasar ini berkesinambungan dalam menyokong usaha kerajaan ke arah pembangunan advanced material termasuk sumber bijih mineral REE yang bernilai tinggi. Di bawah NIMP 2030, industri mineral dikenal pasti sebagai salah satu industri penting dalam pertumbuhan aktiviti perindustrian berteknologi tinggi serta menggalakkan aktiviti R&D, terutamanya dalam sektor berkeutamaan. Industri hiliran mineral tempatan yang berdaya maju dan holistik akan menyokong pelaksanaan pelan tindakan di bawah NIMP 2030. Terima kasih.
Paya Besar.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Saya melihat sektor perlombongan dan kuari menyumbang besar kepada sektor ekonomi negara lebih kurang enam ke tujuh peratus. Daripada sektor ini, majoritinya adalah mineral hidrokarbon. Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, Puan Yang di- Pertua, bagaimana sistem pengurusan mineral bukan hidrokarbon seperti emas, bijih yang akan meneruskan kesinambungan agar dasar mineral negara dan NIMP ini dapat disokong.
Yang keduanya, Puan Yang di-Pertua, saya minta sangat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dah ada kepakaran midstream technology yang ditunjukkan oleh Lynas dan kenapa kita masih kekal hanya ada satu sahaja, kita tak banyakkan syarikat-syarikat untuk berada di negara kita. Saya minta supaya moratorium ini di REE ini diteruskan sehingga kita betul-betul mempunyai kepakaran tempatan yang tersendiri. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Paya Besar. Memang betul kerajaan telah melaksanakan moratorium untuk eksport bahawa eksport bahan mentah REE tidak dibenarkan selain daripada selepas diproses dan ini memang satu langkah yang penting. Memang betul juga kita belum ada satu struktur di mana kita –– seperti struktur dalam petroleum. Kita mungkin perlukan struktur yang lebih jelas supaya kita boleh memproses dan juga memiliki teknologi ataupun menjemput mereka yang ada teknologi supaya memproses dan juga menjaga seluruh rantaian nilai. Terima kasih.
Soalan tambahan Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya nak kemukakan soalan tambahan, saya nak apa ni buat sedikit pengumuman. Selamat datang guru-guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya di bawah Parlimen Temerloh ke sidang Parlimen pada hari ini. [Tepuk] Puan Yang di-Pertua, Menteri sudah menjawabkan, memberi jawapan mengenai REE ini dengan baik sekali. Tapi dalam pemerhatian saya berjumpa dengan ramai orang dan terlibat dalam banyak committee, nampaknya kedudukan Malaysia dalam membangunkan REE ini tempohnya nampak masih jauh lagi.
Terus kepada soalan.
Satu- satunya negara yang...
Yang Berhormat terus kepada soalan ya.
...Benar- benar ada teknologi untuk membangunkan REE ini daripada upstream ke downstream ialah China. Terdapat negara-negara Amerika seperti Amerika, Australia juga berminat. Persoalan saya ialah apakah strategi kerajaan sebenarnya merentasi semua kementerian terlibat untuk kita percepatkan pembangunan REE ini daripada upstream sehingga downstream sebab kita banyak bahan ini tapi kita tak dapat buat apa-apa hari ini. Kita tidak dapat mengeksploitasi
nilai wang yang boleh kita perolehi ataupun ekonomi yang boleh kita perolehi dari REE ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Kubang Pasu. Memang saya akui bahawa kita jauh daripada keupayaan untuk memproses REE. Bukan saja kita jauh daripada itu, banyak negara juga jauh dari realiti itu kerana sekarang ni, buat setakat ini hanya China yang menguasai 90 peratus keupayaan untuk pemprosesan dan juga REE telah jadi senjata dalam perang dagang. Untuk ke hadapan, memang kerajaan berunding dengan semua negara, China, Amerika Syarikat dan semua negara supaya mencari jalan untuk mendapat keupayaan untuk memproses tetapi ini tertakluk kepada pemilik teknologi dan kerajaan memang akan berusaha. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Sik. Tak ada dalam Dewan.
[Soalan No. 7 – YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) tidak hadir]
Saya jemput Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.
Terima kasih. Soalan Pekan, soalan nombor 8.
8. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan statistik kes ketirisan dan penyelewengan subsidi LPG yang direkodkan. Apakah pelan mitigasi kementerian dalam memastikan pematuhan kepada penguatkuasaan peraturan sedia ada terutamanya melibatkan penggunaan tong gas bersubsidi oleh peniaga kecil kerana penegasan penggunaan tong gas tidak bersubsidi meningkatkan potensi kenaikan harga barangan kepada pengguna.
Terima kasih Yang Berhormat Pekan di atas soalan. Puan Yang di-Pertua, Gas Petroleum Cecair memang merupakan barang kawalan yang diwartakan melalui Akta Kawalan Bekalan 1961 di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan diberikan subsidi oleh kerajaan. Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas industri yang berurus niaga dan menggunakan LPG ini telah dilaksanakan oleh KPDN semenjak ia disenaraikan sebagai barang kawalan berkuat kuasa pada 21 Oktober 1974. Yang Berhormat, 1974 dia disenaraikan sebagai barang kawalan ya.
Kemudian pada 21 Oktober 1979 pula –– pada 10 November 1979 kita meletakkan permit, keperluan memohon permit untuk barang-barang kawalan berjadual ke atas LPG ini. Tadi disenaraikan mulanya, kemudian perlu pohon permit. Kemudian seterusnya pada tahun 2015, Puan Yang di-Pertua, LPG ini diwartakan sebagai diwartakan harga kawalannya di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan, iaitu penentuan harga maksimum dii mana harga maksimum telah ditentukan untuk 10 kilogram LPG bersubsidi ialah RM19, untuk 12 kilogram LPG bersubsidi adalah RM22.80 dan bagi 14 kilogram adalah RM26.60. Manakala LPG bagi kegunaan industri adalah tertakluk pada harga pasaran. Kita tidak meletakkan harga maksimum. Puan Yang di-Pertua, kita akui bahawa berlaku ketirisan dan oleh kerana itu pada 1 Januari 2024 sehingga sekarang Ops Tiris 3.0 telah pun dimulakan. Telah pun bermula dan terus berjalan. Nilai subsidi pada tahun 2024 bernilai 3.4 bilion subsidi barang LPG ini dan 2023 ialah 3.01 bilion. Jadi, menyedari bahawa ada kemungkinan ketirisan berlaku, Ops Tiris ini melihat kepada semua ketirisan.
Maksudnya semua barang kawalan. Khusus untuk LPG sehingga 25 Ogos ada terdapat 494 kes penyelewengan subsidi LPG dan nilai keseluruhannya ialah 3.1 million. Manakala Yang Berhormat, kita juga ada satu operasi khas untuk LPG ini yang bermula pada 1 Mei 2025 yang dinamakan Ops Gasak. Ops Gasak ini Yang Berhormat memberi tumpuan kepada aktiviti decanting. Decanting ini — izinkan saya Puan Yang di-Pertua untuk menerangkan di mana gas LPG ini dipindahkan daripada tong-tong gas bersubsidi kepada tong gas tidak bersubsidi dan dijual dengan harga tidak ada subsidi. Maksudnya harga tak ada subsidi tong gas ini tak ada limit, tak ada harga maksimum. Maka, bayangkan kalau 14kg RM26.60 boleh dijual dengan RM70. Jadi, Ops Gasak ini memberi tumpuan kepada —khusus ya kepada decanting ini. Jadi, nilai rampasan, nilai rampasan ya, nilai — rampasan keseluruhan daripada 1 Mei ni ialah dalam RM7 juta Yang Berhormat, khusus untuk Ops Gasak, decanting. Manakala Yang Berhormat juga bertanya...
Ringkaskan jawapan. Ringkaskan.
So, bahagian kedua Puan Yang di-Pertua, persoalan Yang Berhormat Pekan berkenaan dengan kerisauan Yang Berhormat
Pekan berkenaan dengan peniaga-peniaga yang tidak dibenarkan menggunakan gas tanpa subsidi. Saya nak maklumkan bahawa 5 Jun 2025 dalam Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun memperakukan bahawa sepanjang tempoh Ops Gasak ya, tidak akan dikuatkuasakan. Tidak ada tindakan undang-undang terhadap perniagaan jualan dan makanan berskala mikro dan kecil berkaitan penggunaan silinder LPG bersubsidi bagi keperluan premis perniagaan sendiri Yang Berhormat. Dan, keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri juga para peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman dibenarkan untuk mendapatkan bekalan tong LPG bersubsidi tanpa keperluan permit barang kawalan berjadual. Ini sementara Ops Gasak ini berjalan dan kita mengumpulkan data Yang Berhormat sehinggalah hujung tahun di mana kita boleh berikan maklum balas berkenaan dengan langkah yang seterusnya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Pekan.
Terima kasih atas penjelasan Timbalan Menteri tersebut tetapi sebenarnya saya cukup yakin antara masalah utama kerajaan dalam mengurus subsidi ini adalah ketiadaan data yang wibawa dalam menjelaskan keperluan sebenar industri. Contoh apa keperluan sebenar LPG sebuah warung, restoran, kedai makan, kedai mamak, kantin dan lain- lain. Kita tak ada data yang tepat. Soalan saya, apakah ada penyelidikan data keperluan sebenar LPG di kalangan peniaga mikro dan kecil? Siapa sebenarnya ada data ini? Apakah YB setuju kita perlukan usaha-usaha rentas kementerian untuk memastikan ketepatan data sektor ini? Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Pekan. Saya setuju bahawa kita perlu data. Saya juga setuju bahawa kita perlu rentas kementerian untuk mendapatkan maklumat tersebut. Justeru itu Yang Berhormat, Puan Yang di-Pertua — KPDN telah pun menganjurkan sesi-sesi libat urus bersama persatuan-persatuan, persatuan peniaga makanan, persatuan restoran mamak, persatuan apa tu restoran tomyam, persatuan kedai-kedai layan diri dan sebagainya. Dan kita juga menjemput, KPDN juga menjemput pihak bomba, pihak DOSH dan untuk membantu kita di dalam mengumpulkan data. Sebanyak lapan sesi libat urus telah pun diadakan setakat ini. Saya juga terlibat Yang Berhormat di dalam sesi-sesi tersebut. Ada yang dikendalikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, ada yang saya kendalikan, ada yang KSU kendalikan sesi libat urus ini di seluruh negara Yang Berhormat. Data ini penting
kerana dalam libat urus itu kita nak tengok juga — katakanlah dobi layan diri berapa banyak tong gas yang diperlukan setiap hari. Kalau dia nak buat permit, berapa banyak sebab lebih daripada 40 kilogram Yang Berhormat Pekan perlu ada permit, perlu pohon permit untuk industri. Jadi, kita nak tengok apakah kesannya kepada pengguna. Ini untuk industri-industri seperti lobi layan diri, kedai-kedai makan. But setakat ini untuk kedai makan, memang kita tak, kita tak kuatkuasakan lagi selagi kita tak dapat data yang, yang tepat ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Padang Terap.
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya nak bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan cadangan Pindaan Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) yang dicadangkan untuk dipinda kemungkinan bulan Oktober nanti. Jadi dalam cadangan pindaan nanti ini adakah pihak kerajaan boleh memberikan jaminan kepada peniaga kecil dan peniaga mikro untuk terus menikmati tong gas yang bersubsidi? Dan apakah kriteria sebenar untuk mentakrifkan peniaga mikro, dan peniaga kecil ini? Adakah dalam pindaan itu nanti ada ditetapkan had penggunaan bagi peniaga kecil dan mikro ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Start pada ketika ini Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan ini menetapkan bahawa dia punya maksimum ialah 42 kilogram, 42 kilogram — atas daripada itu perlu pohon permit walaupun menggunakan tong gas bersubsidi. Alasannya ialah kerana keselamatan Yang Berhormat, kalau kita simpan tong gas banyak-banyak kita mungkin berlaku keadaan yang kita tidak inginkan seperti kita letak tempat tidak selamat dan sebagainya, perlu ada permit. Akan tetapi kajian ini sedang berlangsung Yang Berhormat. Dan ia akan berterusan sehingga hujung tahun sehingga 31 Disember 2025, maka tak benarlah kalau kita nak pinda peraturan ini pada bulan Oktober. Jadi, setakat ini memang boleh guna. Memang boleh guna LPG bersubsidi ini Yang Berhormat Padang Terap. Kita tak ada buat pun sekatan ataupun kita tak ada buat pun Ops Gasak dengan peniaga-peniaga kecil mikro ini. Jual goreng pisang, jual keropok lekor ini memang kita langsung tak usik dan gerai-gerai, warung- warung pun kita tidak usik seperti saya katakan tadi. Kita banyak beri tumpuan kepada aktiviti decanting ini, yang di mana mereka ambil gas bersubsidi itu masuk dalam tong tidak bersubsidi untuk mereka jual.
Dan, ada banyak data-data yang menunjukkan kita telah berjaya — apa orang kata mendapat tangkap, membuat tangkapan, membuat tangkapan , ada yang kita dah nak sita. Ada yang kita telah buat syor supaya — tiga kita syorkan supaya digantung lesen mereka dan sebagainya. Jadi kita mengambil tindakan tegas kepada aspek ketirisan melalui proses decanting ini Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya jemput Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh.
Terima kasih Yang di- Pertua. Tengah hari letih berjalan; Soalan saya nombor sembilan. Terima kasih.
9. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perancangan kerajaan dalam menangani krisis kekurangan doktor dan jururawat di hospital-hospital awam termasuk Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.
Silakan Timbalan Menteri Kesihatan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji keperluan pertambahan pegawai perubatan dan jururawat di hospital KKM. Dalam pada itu KKM kekal komited untuk meningkatkan pengambilan pegawai perubatan dan jururawat bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan sumber manusia hospital KKM termasuk Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Sehingga 30 Jun 2025 seramai 2,398 petugas kesihatan sedang berkhidmat di HOSHAS. Daripada jumlah tersebut seramai 399 adalah pegawai perubatan dan 856 jururawat dengan kekosongan masing-masing sebanyak 17, 17 dan 51 orang. Secara keseluruhan pengisian di HOSHAS melebihi perjawatan sebenar sebanyak 106 peratus yang mana kekurangan pegawai perubatan telah ditampung dengan pengisian 206 pegawai perubatan kontrak. KKM berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dan komitmen berterusan untuk terus menambah baik sistem penjagaan kesihatan negara dengan meningkatkan perjawatan bagi melantik tetap pegawai perubatan kontrak. Sejak tahun 2023 sehingga kini seramai 13,902 pegawai
perubatan kontrak telah ditawarkan pelantikan tetap yang mana telah melebihi 8.6 peratus daripada sasaran asal sebanyak 12,800. Dalam usaha meningkatkan bilangan pegawai perubatan dan jururawat di hospital KKM beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut bagi pegawai perubatan memperkemaskan proses pengiktirafan kepakaran melalui program sarjana ataupun parallel pathway menerusi pindaan Akta Perubatan 1971 [Akta 50] pada Julai 2024. Menyegerakan pengisian 4,352 pegawai perubatan lantikan tetap secara berfasa.
Pegawai perubatan ini akan melapor diri seawal 2 Oktober 2025 ke facilities kesihatan KKM di seluruh negara dan dijangka akan selesai pada akhir Oktober 2025. Mengadakan sesi jerayawara dan libat urus di IPTA dan IPTS menerusi pemberian surat tawaran bersyarat kepada bakal graduan perubatan bagi menarik mereka meneruskan kerjaya di sektor kesihatan awam. Bagi jururawat, melaksanakan pengambilan tetap jururawat Gred U5 selaras dengan pengecualian lantikan kontrak interim di bawah SSPA oleh agensi pusat bagi skim perubatan jururawat. Penawaran secara lantikan tetap disasarkan akan menarik minat lebih ramai graduan kejururawatan memohon untuk berkhidmat di KKM. Meningkatkan pengambilan pelatih diploma kejururawatan ILKKM daripada 2,000 pelatih pada tahun 2023 kepada 3,000 pelatih mulai tahun 2025. Mulai 1 Ogos, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menamatkan moratorium program Diploma Kejururawatan IPTA dan IPTS yang membolehkan lebih banyak institusi pengajian menawarkan bidang kejururawatan. Menerusi Lembaga Jururawat Malaysia, KKM telah melonggarkan syarat kemasukan ke Program Diploma Kejururawatan untuk pelajar lepasan SPM bagi meningkatkan pengambilan dalam bidang kejururawatan di ILKKM, IPTA dan IPTS. Mengadakan sesi taklimat kepada pelajar semester akhir dalam bidang kejururawatan di IPTA dan IPTS bagi menarik graduan menyertai profesion di KKM. KKM dari masa ke semasa akan mengadakan sesi libat urus dengan agensi pusat dan pihak berkepentingan untuk merangka penyelesaian jangka panjang kepada isu kekurangan petugas kesihatan di facilities kesihatan KKM. Sekian, terima kasih.
Temerloh.
Okey, terima kasih Speaker. Soalan tambahan saya adalah adakah dasar kerajaan untuk
mengurangkan hijrah doktor dan jururawat ke luar negara yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Apakah dasar asas kementerian dalam urusan penempatan perjawatan pegawai perubatan bertaraf tetap untuk mengimbangi kekurangan pegawai perubatan dan juga kes duka lara PJJ dalam kalangan pegawai perubatan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sehingga sekarang, kita tidak menghalang mana-mana jururawat-jururawat kita yang ingin berhijrah ke luar negara. Ini adalah dasar yang kita amalkan, memandangkan kita melihat ke arah keperluan untuk mereka meningkatkan pendapatan dan juga memilih untuk keluar daripada KKM. Dan juga kita merasakan bekalan jururawat kita sebelum ini mencukupi. Walaupun demikian, apabila kita berdepan dengan pandemik COVID-19, kita terpaksa memberhentikan pengambilan latihan kejururawatan. Dan juga untuk meningkatkan kapasiti KKM, ILKKM telah pun meningkatkan daripada pengambilan 2,000 kepada 3,000 pelatih menjelang tahun 2025 dan juga untuk memberikan galakan kepada jururawat-jururawat, kita juga menyediakan laluan kerjaya yang lebih baik sama ada di fasiliti-fasiliti baharu yang dibuka dan juga kita sedang giat berbincang kepada pihak agensi pusat untuk memberikan fleksibiliti kepada laluan kerjaya jururawat ini, di mana terdapat sebahagian jururawat- jururawat ini telah dilatih oleh doktor-doktor pakar untuk membantu di dalam operation theater, dengan izin. Selain daripada itu juga, berkenaan tentang pengambilan pegawai-pegawai MO kontrak kepada tetap, sememangnya kita mempunyai sejumlah kelulusan pegawai-pegawai tetap. Walaupun demikian, kita tidak dapat mengguna pakai penetapan atau penempatan pegawai-pegawai mengikut cita rasa pegawai tersebut. Walaupun demikian melalui e-placement 2.0 kita telah memberikan tiga pilihan iaitu pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga adalah mandatori kepada Sabah dan Sarawak memandangkan tidak ramai pegawai-pegawai perubatan yang memilih Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan, untuk pembukaan jawatan tetap di Sabah dan Sarawak, di Sarawak hanya tujuh pegawai perubatan memilih untuk ditempatkan secara tetap dan juga di Sabah, kita hanya mempunyai 15 walaupun jawatan tetap yang terdapat di Sarawak hampir 1,000 jawatan. Maka, kita ingin memastikan jawatan-jawatan tersebut diisi walaupun tidak secara maksimum tetapi sekurang-kurangnya jawatan tetap yang ditawarkan kepada
pegawai perubatan itu diambil, diterima dan juga mohon datang melapor diri dan juga rayuan akan datang kemudian untuk kembali semula ke stesen-stesen pilihan. Berkenaan tentang perjawatan-perjawatan tetap yang lain, kita sedang giat memohon kepada agensi pusat untuk meningkat lagi kapasiti memandangkan banyak fasiliti-fasiliti kesihatan kita akan dibuka daripada masa ke semasa. Semalam saya baru saja merasmikan Hospital Parit Buntar dan juga pengoperasian hospital ini akan bermula pada 2 September. Maka, kita memerlukan jururawat dan juga pegawai-pegawai perubatan untuk mengoperasikan hospital-hospital kami. Sekian, terima kasih.
Tanjong Karang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan beberapa faktor, terutamanya kelewatan pengambilan pegawai kontrak ke jawatan tetap, skim gaji dan elaun yang tidak kompetitif serta beban kerja yang melampau merupakan antara faktor utama berlakunya brain drain ke sektor swasta dan luar negara yang akhirnya mengancam kelangsungan serta daya tahan sistem kesihatan awam itu sendiri. Jadi saya ingin bertanya, adakah KKM telah bersedia untuk melaksanakan suruhanjaya perkhidmatan kesihatan dan sejauh mana status tentang SP kesihatan ini untuk mengatasi masalah yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sememangnya suruhanjaya perkhidmatan kesihatan ini merupakan salah satu isu yang sering dicanang-canangkan dan juga ditanya oleh masyarakat ataupun fraternities kesihatan tersebut. Walaupun demikian, kita di peringkat saya dan juga Yang Berhormat Menteri Kesihatan sedang berusaha untuk berbincang dengan agensi pusat adalah adakah menjadi satu kewajaran Kementerian Kesihatan untuk mencadangkan penubuhan suruhanjaya. Dan juga di dalam Kertas Putih Kesihatan juga terdapat item yang mencadangkan satu suruhanjaya berkenaan tentang kesihatan ini wajar ditubuhkan. Walaupun demikian, kajian perlu dilaksanakan secara teliti dan komprehensif dan juga di pihak PUU kami, dasar dan juga undang-undang melihat kebolehan pelaksanaan suruhanjaya ini. Melalui suruhanjaya ini kelak juga kita merasakan akan dapat memberikan satu gambaran yang jelas apakah kapasiti keperluan pegawai- pegawai perubatan dan juga jururawat yang diperlukan di dalam sistem perkhidmatan kesihatan ini.
Saya berharap agar pihak Yang Berhormat dan juga melalui Jawatankuasa Khas Kesihatan dapat menyokong hasrat untuk menubuhkan suruhanjaya ini. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) status terkini pembangunan lebuh raya Pan-Borneo Kota Kinabalu ke Kudat; dan (b) bilakah jangkaan lebuh raya tersebut akan siap sepenuhnya.
Silakan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran jalan pesisiran pantai dari Kota Kinabalu ke Kudat seperti yang dinyatakan adalah sebahagian daripada pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah. Secara keseluruhan, projek LPB Sabah melibatkan pembinaan lebuh raya sepanjang 706 kilometer dan kini sedang giat dilaksanakan di tapak. Sehingga kini, sebanyak empat daripada 35 pakej kerja telah berjaya disiapkan dan dibuka kepada pengguna. Bagi pelaksanaan pembinaan LPB Sabah dari Kota Kinabalu ke Kudat, jajaran tersebut merujuk kepada pembinaan jalan persisiran pantai (coastal highway) yang melibatkan lapan pakej kerja iaitu pakej kerja 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14. Pelaksanaan projek ini dipantau secara berterusan dengan teliti oleh agensi pelaksana projek iaitu Jabatan Kerja Raya Sabah di mana kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilaksanakan di tapak dengan status kemajuan terkini adalah seperti berikut: (i) Pakej 7, Inanam ke Sepanggar. Jajaran panjang 15.9 kilometer. Status kemajuan 87.91 peratus dan tarikh jangka siap 2 November 2026; (ii) Pakej 8, Sepanggar ke Bulatan Burungis. Panjang 13.2 kilometer. Status kemajuan 84.24 peratus. Tarikh jangka siap 10 Disember 2025;
(iii) Pakej 9, Serusop ke Pituru. Panjang 30 kilometer. Status 6.52 peratus. Tarikh jangka siap 19 Julai 2028;
(iv) Pakej 10, Pituru – Rampayan Laut, 30 kilometer. Status kemajuan 97.11 peratus, tarikh jangka siap 14 November 2025; (v) Pakej 11 Rampayan Laut – Sarang, 19.4 kilometer panjang. Status sekarang 23.28 peratus dan tarikh jangka siap 29 September 2026; (vi) Pakej 12 Sarang ke Temuno. Panjang 15.6 kilometer, 9.51 peratus siap dan dijangka siap tarikhnya 31 Mac 2027; (vii) Pakej ke-13 Temuno ke Bingolon 20 kilometer, 11.46 peratus siap dan tarikh jangka siap 20 Februari 2028; dan (viii) Bingolon ke Simpang Mengayau 20.2 kilometer dan sekarang 17.84 peratus siap. Tarikh jangka siap sepenuhnya 30 September 2027. Jajaran dari Kota Kinabalu ke Kudat ini dijadualkan dapat disiapkan secara berperingkat, selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun 2028 nanti. Jadi, projek LPB Sabah adalah projek berimpak tinggi yang merupakan projek keutamaan KKR. Justeru itu, KKR komitedlah untuk memastikan projek ini dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual dan seterusnya dapat menambah baik jaringan infrastruktur jalan raya di Persekutuan, di negeri Sabah. Sekian, terima kasih.
Kudat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Sepertimana Yang Berhormat Menteri tahu, jalan Pan-Borneo ke Kudat ini hanya sampai ke Simpang Mengayau dan tidak terus ke bandar Kudat. Jadi, adakah pihak KKR mempunyai perancangan untuk membina jalan untuk menghubungkan hujung Pan Borneo daripada Simpang Mengayau ke bandar Kudat melalui jalan pesisir pantai yang dianggarkan lebih kurang dalam lebih 20 kilometer lagi? Sebab ini, jalan ini akan memberikan impak yang besar terutama sekali untuk menghidupkan ekonomi melalui pelancongan di kawasan tersebut, melalui jalan pesisir pantai menuju ke bandar Kudat ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, merujuk kepada rancangan pembinaan jalan pesisir yang menghubungkan
simpang Mengayau ke bandar Kudat yang dibangkitkan, jadi Kementerian Kerja Raya buat masa ini tiada perancangan untuk melaksanakan projek ya. Jadi, fokus utama kementerian pada masa ini adalah untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1A dan Fasa 1B yang melibatkan pembinaan infrastruktur jalan raya sepanjang 706 kilometer merangkumi 35 pakej kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, cadangan projek yang dibangkitkan akan diteliti pada masa akan datang, sekiranya dimohon oleh kerajaan negeri melalui penyelarasan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan JKR Negeri serta dimasukkan ke dalam senarai keutamaan negeri. Penilaian seterusnya akan dibuat oleh agensi pusat berdasarkan keperluan semasa dan kemampuan kewangan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Tumpat.
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita difahamkan bahawa pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo sedia ada ini dibuat berdasarkan kepada dasar infrastruktur asas dan keselamatan sempadan melalui ESSCOM. Jadi, oleh kerana ini merupakan projek yang sangat besar, adakah kerajaan mempunyai dasar dan mekanisme khusus untuk menjadikan Lebuhraya Pan-Borneo ini sebagai lebuh raya beridentiti Malaysia Borneo dan sebagai pintu masuk berprestij dan perlukan satu dasar? Dan yang kedua, untuk memberikan impak yang terbaik daripada lebuh raya ini kepada anak tempatan, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan Akademi Penyelenggaraan Pan-Borneo supaya projek ini benar-benar dapat diberi khidmat dan memberikan impak yang terbaik kepada dari segi ekonomi, keselamatan dan juga maruah negeri dan negara kepada anak Sabah, terima kasih.
Wah, terima kasih Yang Berhormat, memperjuangkan Sarawak dan Sabah. Jadi, cadangan Yang Berhormat itu untuk mungkin adakah dibangunkan sebuah akademi ya, itu pun bagi saya pandangan yang sangat baik. Kalau kita hendak tubuhkan satu akademi, tak perlulah hanya untuk Sabah dan Sarawak sahaja sebab keperluan di seluruh Malaysia ini memang ada. Jadi, cadangan itu kalau kita pertimbangkan nanti Yang Berhormat, kita perlu secara lebih menyeluruh. Of course, memanglah kita bangga dengan projek mega Pan Borneo Sarawak dan Sabah. Jadi, yang sudah semestinya dah jadi ikon, jadi
identiti dan sebagainya. Ia sangat dibanggakan oleh kami di Sarawak dan Sabah ya. Bila dah berpuluh tahun dah merdeka dan jadi siapnya nanti, jadi kuranglah kita berpolitik tentang Sarawak dan Sabah ini agak jauh ketinggalan, sebab yang mega ini akan membantu untuk kita memberi lebih keyakinan kepada Sarawak dan Sabah supaya apa yang asas yang penting yang begitu apa dekat dengan hati rakyat, kita dah dapat sepertimana rakan-rakan kita di Semenanjung pun dapat. Akademi itu mungkin seluruh Malaysia sepatutnya manfaat daripada itu. Cadangan yang baik. Terima kasih.
Saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.
Terima kasih Timbalan Speaker. Pantun sikit. Kompleks Rakan Muda Sementa itu luas, Belia Kapar tunggu dah puas; Wahai Menteri bertindak lebih pantas, Soalan Kapar nombor sebelas.
11. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah pelan menyeluruh kerajaan bagi pembangunan belia di kawasan luar bandar dan pinggir bandar seperti Kapar yang mempunyai peratusan belia yang tinggi tetapi berdepan cabaran peluang pekerjaan terhad, kurangnya kemudahan komuniti belia serta peningkatan masalah sosial.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Fokus utama Kementerian Belia dan Sukan adalah kita bentuk Malaysia lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan juga pembudayaan sukan. KBS — kita beriltizam untuk memastikan tiada belia yang akan tercicir, termasuklah belia di luar bandar dan pinggir bandar. Untuk kita lahirkan belia yang berdaya saing dan juga sejahtera, kita laksanakan pelbagai inisiatif berlandaskan kepada beberapa dokumen nasional. Antaranya seperti Dasar Belia Malaysia yang berfungsi sebagai kerangka asas bagi pembangunan belia termasuklah belia luar bandar. Dasar Belia Malaysia ini menekankan pembangunan holistik yang merangkumi aspek intelektual, emosi, sosial, spiritual dan fizikal. Dasar belia ini juga memberi penekanan terhadap akses saksama terhadap pendidikan, latihan kemahiran, peluang keusahawanan, sukarelawan dan serta pengiktirafan terhadap sumbangan mereka.
Kemudian kita ada Model Pembangunan Belia MADANI 2030. Model ini adalah untuk kita pastikan belia luar bandar mendapat peluang yang sama rata melalui empat teras utama strategik pembangunan iaitu pendidikan dan latihan berkualiti, penciptaan pekerjaan dan transformasi keusahawanan, kecergasan dan kesejahteraan serta penglibatan dan suara belia. Serta kita juga baru lancarkan Pelan Pembangunan Sosioekonomi Belia 2030, di mana Pelan Pembangunan Sosioekonomi Belia 2030 ini merupakan pelan khusus yang bersifat intervensi sosioekonomi, termasuk untuk belia luar bandar yang memberi fokus kepada tiga matlamat utama iaitu menjana ekonomi belia, memperkukuh kesejahteraan dan inklusiviti belia dan mempergiat pembangunan mapan. Dalam konteks ekonomi belia, Jabatan Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi belia melalui beberapa inisiatif. Antaranya Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) yang dilaksanakan dengan tujuan untuk membangunkan keusahawanan sosial, terutamanya pembangunan belia luar bandar. Ambil contoh antara impak yang boleh dibanggakan adalah seorang belia dari Sabah yang telah muncul sebagai pemenang dengan projek Borneo Fertilyst berjenama Microbella iaitu baja organik berasaskan kulit pisang. Ini di Kota Marudu. Beliau telah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa iaitu 7th Giving Economy Award 2024, Crowdera Foundation, Young Social Entrepreneurs 2024, Regional Winners Singapore Foundation dan juga SE Kinabalu Award 2023 SEWF Hab Sabah. Pendapatan bulanan beliau sekarang mencecah RM28,000 hingga RM30,000 sebulan. Ini — kita juga susulkan dengan beberapa program lain termasuk Genta Belia iaitu sebuah program berbentuk seminar yang bertujuan untuk bagi pendedahan berkait dengan inisiatif pembekal — ekonomi sedia ada kerajaan, agensi dan NGO swasta kepada belia. Kita juga ada intervensi pemerkasaan ekonomi iaitu sebuah Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE) oleh Jabatan Belia dan Sukan juga melalui JBS negeri iaitu platform untuk jana dan tambah pendapatan khusus bagi belia akar umbi di pelbagai latar belakang keluarga. Kita juga laksanakan beberapa program termasuk Agrobelia Lestari khusus untuk kita fokuskan penglibatan golongan belia seperti pertubuhan belia, belia masa, belia orang asli dan orang kurang upaya dalam program-program agrokultur.
Dan literasi kewangan khusus untuk kita pastikan golongan belia kita celik dan cerdik dalam menguruskan kewangan mereka. Dan jangan lupa yang terakhir kita juga sentiasa memperkasa dan memperkukuhkan program TVET kita menerusi ILKBS yang mana menjadi saluran utama dan tawaran utama Kementerian Belia dan Sukan kepada belia-belia di luar bandar bagi mereka mendapatkan latihan dan juga kursus yang mencukupi agar mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di luar sana. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
Bismillahirrahmanirrahim. [Membaca sepotong doa] Baik Yang Berhormat, soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi Menteri, seperti pantun saya tadi, kami belia berpuluh-puluh ribu di Kapar ini menunggu bila agaknya Kompleks Belia Tok Muda itu siap kerana kita lihat masalah sosiallah, gangsterisme, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Mereka perlukan sesuatu yang — kompleks belia itu sangat-sangat penting bagi mereka. Lagi-lagi dengan apa aktiviti ekstrem yang dan sebagainya yang sudah ada pun tapi tidak digunakan sebab belum habis repair sebelum PKP pun. Nak-nak bertahun-tahun dah. Dan yang TVET-TVET yang Menteri sebut tadi, kalau boleh saya nak dengarlah di Kapar ini adalah yang menjuruskan kepada membantukan belia sebab kami ini di industrial zone dan dekat Pelabuhan Klang. So sangat-sangat relevan bagi TVET ini down to earth solusi. Terima kasih. So, bila kompleks belia nak siap?
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Terima kasih. Baik, yang pertama soal TVET dahulu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita ambil data 2024 dan 2025. Kalau daripada daerah Klang, iaitu antara kawasan dalam kawasan Yang Berhormat sendiri, kita ada enrolmen pelajar menerusi ILKBS seramai 270 orang 2024 dan 2025. Ini menerusi enrolmen keseluruhan negeri Selangor iaitu 2,100 orang. Keseluruhan negara kita ada 10,000 lebih kurang. Jadi, kemasukan pelajar daripada kawasan Klang, Kapar itu sebenarnya adalah sentiasa diberi perhatian juga. Yang
kedua, Kompleks Rakan Muda Kapar. Itu antara fasiliti pertama yang saya lawat sewaktu kita bermula beberapa tahun lepas.
Jemput pun.
Ya?
Tak Jemput pun saya.
[Ketawa]
Yang Berhormat, peraturan.
Ya, dan memang kita beri peringatan bahawa ada isu utamanya bukan sekadar soal ianya boleh dibaik pulih atau tidak. Sebaliknya juga masalah tanah yang mana kawasan tersebut tanahnya telahpun dikenal pasti oleh JKR sebagai tidak sesuai untuk kita lakukan sebarang bentuk penambahbaikan ataupun pembaikan kerosakan selagi mana isu tanah mendap tersebut tidak diselesaikan. Dan sekarang kita telahpun masukkan ke dalam permohonan menerusi Rancangan Malaysia kerana ianya melibatkan perbelanjaan yang sangat tinggi. Tapi dalam erti kata lain, betul kita akui bahawa dalam bukan sekadar di Kapar atau di Klang, sebaliknya seluruh negeri Selangor, kompleks Rakan Muda di Kapar itu sebenarnya adalah kompleks Rakan Muda utama yang mana perlu dihidupkan semula supaya kita boleh perbanyakkan lagi dan rancakkan lagi aktiviti-aktiviti oleh golongan belia. Kita sekarang masih menggunapakai beberapa kompleks sukan ataupun kompleks belia yang berdekatan. Antara lainnya kalau sekitar Lembah Klang ini sama ada Bukit Jalil, Bukit Kiara ataupun juga di Puchong. Yang kedua adalah kita juga manfaatkan Stadium Panasonic di Shah Alam sebagai salah satu hab utama untuk kita gunakan bagi aktiviti yang melibatkan belia-belia di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Batu Pahat, silakan.
Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Apakah mekanisme pemantauan dan penilaian yang akan digunakan untuk menilai keberkesanan pelan pembangunan belia luar bandar ini serta bagaimana kerajaan memastikan suara belia luar bandar sendiri dijadikan input utama dalam rangka dasar dan program. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Pemantauan kita lakukan dari masa ke semasa tidak terhad hanya kepada soal penyertaan. Sebaliknya juga impak. Seperti yang saya sebutkan tadi, kadang-kala ada program yang kita perlu lihat pada impak sebenar termasuk impak ekonominya dalam program seperti social entrepreneurship itu memang kita ukur daripada segi kejayaan bagaimana kita berjaya atau berhasil melahirkan golongan belia yang boleh multiply dengan izin pendapatan mereka daripada kecil pada lebih besar ataupun daripada penyertaan yang sedikit kepada lebih ramai menerusi aktiviti-aktiviti yang berbentuk keusahawanan sosial. Begitu juga kita pastikan bahawa kita lihat kepada jumlah program yang kita adakan meliputi seluruh negara supaya kita tidak ada daerah yang tertinggal. Termasuklah program-program yang saya sebut tadi intervensi pemerkasaan ekonomi, literasi kewangan dan sebagainya, kita harus beri sasaran kepada semua, kita harus letakkan sasaran bahawa semua program ini harus dilaksanakan sekurang-kurangnya di setiap negeri meliputi keperluan dari masa ke semasa. Jika ada data tambahan, saya akan tambah menerusi jawapan bertulis supaya Yang Berhormat boleh lihat kepada angka sebenar, impak dan juga penyertaan serta hasil-hasil dan juga result, keputusan-keputusan daripada program-program kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Yang Berhormat Speaker, peraturan mesyuarat boleh?
Silakan.
54(1), sesuatu rang undang-undang boleh diserahkan kepada satu jawatankuasa pilihan sebelum bacaan kali kedua. Jadi hari ini kalau mengikut Aturan Mesyuarat, Bacaan Kali Kedua Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan akan dilaksanakan kalau ikut perancangan. Dan rang undang- undang ini saya selaku Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, ini
baru hari Isnin lepas tengok rang undang-undang ini buat kali pertama diletakkan di Dewan dan tidak dibawa ke jawatankuasa. Jadi, saya mohon supaya kerajaan tangguhkan rang undang-undang ini dahulu, bawa kepada jawatankuasa untuk dibincangkan kerana terlalu banyak perkara dalam rang undang-undang ini yang melibatkan kepentingan awam. Dan sepertimana juga yang selalu ditekankan oleh Tan Sri Speaker bahawa jawatankuasa pilihan khas hendaklah diberi kuasa dalam memastikan jawatankuasa tersebut diperkasa. Jadi, dalam konteks ini saya amat memohon supaya kerajaan menangguhkan dahulu Bacaan Kali Kedua Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan, bawa dulu ke jawatankuasa dan juga bincang dengan pemegang- pemegang taruh yang lain sebelum dibaca untuk kali kedua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat atas pemakluman dan mengangkat isu peraturan. Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan, mengikut buku peraturan ini, urusan kerajaan adalah diutamakan. Hanya cadangan Yang Berhormat itu, jika dipertimbangkan oleh pihak sebelah kanan, mungkin boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, mengikut aturan mesyuarat dan peraturan mesyuarat, urusan kerajaan adalah utama. Itu petua saya.
Saya mohon Datuk Speaker dan juga Tan Sri Speaker bawa kepada kerajaan segera supaya ditangguhkan bacaan ini. Ini demi kepentingan negara secara keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat, saya duduk sini, saya kena neutral. Saya tak boleh pakai topi Cameron Highlands, saya tak boleh pakai topi belah kanan, saya tak boleh pakai topi belah kiri. Jadi, kata putusnya adalah Yang di-Pertua Dewan Rakyat sama ada dipersetuju atau tidak, wallahualam. Saya tidak dapat memutuskan. Hanya saya berpandukan kepada peraturan. Baik, kita balik ke urusan aturan mesyuarat. Yang Berhormat Menteri, usul. Kalau tidak, kita habis pukul 5.30. Baik.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 seperti di No. 1 dan No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 28 Ogos 2025.”
Ada Yang Berhormat menyokong?
Saya menyokong. Terima kasih.
Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(ia)
Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat tiga penerangan mengenai penyata daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang akan dibuat iaitu Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak- kanak dan Pembangunan Masyarakat, Jawatankuasa Pilihan Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Puchong, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk, “Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Malaysia”
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(ia) — JAWATANKUASA PILIHAN WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah di Malaysia
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat. Dato’ Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pilihan ini telah pun membentangkan dua penyata pada sidang Parlimen ini. Penyata pertama ialah penyata berkenaan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, di mana jawatankuasa telah pun mengemukakan lapan syor utama untuk tindakan kementerian- kementerian yang berkaitan. Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah pun kami bentangkan iaitu penyata berkenaan isu buli dalam kalangan pelajar sekolah. Tuan Yang di-Pertua, tragedi yang menimpa Zara adalah satu wake-up call kepada kita bahawa isu buli di sekolah semakin berleluasa. Persoalan besar ialah kenapa kes Zara boleh berlaku? Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia telah pun meratifikasikan United Nations Convention on Rights of the Child (CRC) pada 1995. Selaras dengan Artikel 19, Malaysia secara rasmi terikat untuk melindungi anak-anak kita daripada segala bentuk penderaan termasuk fizikal, emosi dan seksual serta pengabaian. Selain itu, Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan KPM juga telah pun dikemas kini pada November tahun 2023. YB-YB, jika berminat, boleh Google dan download untuk membaca garis panduan ini. Jika kita baca garis panduan ini dengan teliti, walaupun ada sedikit kelemahan, ia secara keseluruhannya adalah komprehensif. Ia merangkumi definisi buli, jenis-jenis salah laku buli, punca, kesan serta tatacara pengurusan kes, termasuk SOP- SOP pengendalian aduan buli bagi kes dengan dan tanpa laporan polis. Semua SOP ini siap dengan flow chart lagi dan penjelasan peranan dan tanggungjawab pihak sekolah, guru, murid, ibu bapa dan komuniti. Sebagai contoh, kalau kita tengok muka surat 15, 4.3 – tatacara pengendalian aduan salah laku buli― (a), apabila pengetua ataupun guru besar mengetahui mengenai kejadian salah laku buli tersebut, beliau hendaklah dalam tempoh 24 jam mengambil tindakan seperti menghubungi ibu bapa ataupun penjaga murid yang
terlibat, menghantar dan mengiringi murid ke klinik ataupun hospital kerajaan yang berdekatan untuk pemeriksaan sekiranya murid itu mengalami kecederaan fizikal ataupun gangguan emosi dan lain-lain lagi. Selain itu, garis panduan ini juga turut menyediakan panduan intervensi, baik dari segi pencegahan, perkembangan, pemulihan mahupun krisis. Secara keseluruhannya, Jawatankuasa berpendapat bahawa jika garis panduan ini dipatuhi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, kes Zara tidak akan berlaku. Jika garis panduan ini dipatuhi di sebuah sekolah asrama di Sabak Bernam, adik Ahmad Irfan tidak akan terjatuh dari tingkat tiga dan sekarang masih berada dalam keadaan kritikal di hospital. Persoalannya, berapa lagi sekolah KPM yang tidak mengikut garis panduan? Berapa lagi mengambil sikap denial dengan hasrat untuk menutup kes dengan cepat? Apa gunanya jika kita ratifikasikan CRC, kita mewujudkan garis panduan yang komprehensif tetapi hakikatnya semua ini hanya menjadi kosmetik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kita telah buat yang terbaik dalam melindungi kanak-kanak kita? Hakikatnya, we have not done enough, Tan Sri Speaker― eh, Dato’ Yang di- Pertua. This August House can do more for to protect our children. Bukan hanya untuk Zara, tetapi juga untuk setiap anak di luar sana yang menjadi mangsa buli dalam senyap, di mana suara mereka terkunci oleh ketakutan ataupun kekeliruan. Mereka yang berani bersuara sering kali berdepan dengan ancaman dendam si pembuli ataupun lebih menyedihkan lagi, tidak menerima bantuan dan sokongan yang sewajarnya daripada pihak sekolah, malah ada juga yang diarahkan untuk diam. Semua anak-anak ini akhirnya hanya boleh menanggung derita mereka dalam kesunyian. This August House must protect them. Dato’ Yang di-Pertua, sehubungan itu, Jawatankuasa Khas telah pun membentangkan 17 syor kepada kerajaan bagi menangani isu buli, khususnya untuk KPM. Antara syor-syor yang Puchong ingin mendapatkan perhatian Dewan yang mulia ini ialah pertama, Jawatankuasa mengesyorkan KPM untuk mewujudkan talian aduan buli khas yang mesra kanak-kanak dengan fungsi seperti chat, bahasa yang mudah dan disesuaikan dengan usia serta keupayaan mereka. Ini adalah kerana Jawatankuasa mendapati, melalui sesi libat urus, bahawa saluran aduan buli yang sedia ada sekarang masih tidak mesra kanak-kanak dan menggunakan bahasa yang sangat birokratik. Bagi sekolah asrama pula, oleh sebab mereka mungkin tak ada akses kepada handphone ataupun Internet, kotak aduan wajib diwujudkan.
Dato’ Yang di-Pertua, ada kanak-kanak yang rasa takut nak buat aduan buli kerana mereka rasa takut dibalas dendam oleh pembuli. Oleh itu, Jawatankuasa berpendapat bahawa pilihan untuk buat aduan secara anonim perlu diberi kepada kanak-kanak. Maklumat peribadi perlu dirahsiakan dan perlindungan yang sewajarnya perlu diberi.
Speaker, minta laluan. Boleh?
Minta daripada floor.
Minta laluan sikit, boleh?
Sorry. Saya nak habiskan dulu.
Tak. Saya nak sokong apa yang dibuat oleh Pengerusi.
Saya ada banyak muka surat lagi. Nanti kalau Dato’ Yang di-Pertua bagi lebih masa, saya bagi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Saya ada banyak muka surat lagi.
Yang Berhormat, sebentar, Yang Berhormat. Peraturan untuk minta laluan ini ada, 37 itu. Kalau dibenarkan oleh orang floor, baru boleh.
So, dia tak bagi ya?
Dan untuk makluman ― sebentar.
Kalau boleh, saya dapatkan sikit masa.
Yang Berhormat, saya bercakap dengan Yang Berhormat. Menghadap saya, ya.
Tak. Saya nampak Speaker tengok dia.
Yang Berhormat, nak dengar cakap saya atau tidak?
Saya dengarlah ini.
Baik. Dengar apa saya nak cakap. Yang Berhormat, selepas ini, saya akan bagi ruang untuk perbahasan. Jadi, masa itu, Yang Berhormat ― saya akan bagi ruang.
Ada perbahasan ya?
Ya. Akan saya bagi. Yang Berhormat tak nak bahas?
Okey, insya-Allah. Terima kasih.
Baik. Okey, Yang Berhormat, sila teruskan.
Saya teruskan. Secara keseluruhannya, kanak-kanak perlu rasa selamat apabila mereka membuat aduan mereka dan mereka perlu rasa mereka dibantu dan disokong oleh pihak sekolah selepas mereka membuat aduan. Seterusnya, Jawatankuasa mengesyorkan supaya KPM memastikan bahawa garis panduan salah laku buli ini dipatuhi di setiap sekolah. Kami telah mencadangkan untuk mewujudkan jawatankuasa khas anti-buli yang terdiri daripada individu berkelayakan dan berpengalaman tempatan untuk memantau pematuhan sekolah. Ia juga boleh menjadi satu saluran rayuan bagi kes-kes yang belum selesai tetapi telah pun ditutupkan oleh pihak sekolah. Dato’ Yang di-Pertua, pada masa ini, dasar perlindungan kanak-kanak dan garis panduan pengurusan salah laku buli masih belum dijadikan modul wajib dalam latihan guru di institut pendidikan guru (IPG). Justeru, Jawatankuasa menyarankan agar KPM mewajibkan modul ini di IPG. Guru-guru perlu dilatih dan diberi sokongan untuk mengendali kes salah laku buli secara holistik. Bukan sahaja dari sudut melindungi dan memulihkan mangsa tetapi juga melaksanakan intervensi yang komprehensif terhadap pembuli dan bukan hanya tindakan disiplin. Ini adalah untuk mencegah mereka daripada mengulangi lagi tingkah laku buli.
Seterusnya, bagi sekolah berasrama. Jawatankuasa mengesyorkan KPM untuk membuat pelantikan warden dari kalangan bekas anggota tentera dan polis di sekolah asrama, dengan saringan ketat dan latihan perlindungan kanak-kanak yang bersesuaian serta ujian psikologi. Akhirnya, jawatankuasa mengesyorkan KPWKM untuk mewujud semula talian khas untuk kanak-kanak seperti ChildLine yang telah pun dihentikan pada 2015. ChildLine adalah sangat-sangat diperlukan untuk memberi sokongan emosi kepada kanak-kanak yang hadapi krisis hidup dan tiada saluran untuk meluahkan perasaan mereka. Dato’ Yang di-Pertua, oleh sebab Jawatankuasa hanya ada dua minggu untuk membuat sesi libat urus, supaya kita boleh siapkan dan bentangkan penyata
pada sesi ini juga kerana isu ini adalah sangat urgent. Kebanyakan syor-syor yang kita ajukan untuk kali ini adalah bersifat syor jangka masa pendek. Secara keseluruhannya, Jawatankuasa mendapati budaya buli kini menular di Malaysia dari peringkat persekolahan ke institusi pengajian tinggi, sehingga ke dunia pekerjaan mahupun di siber. Jangan kita lupa tragedi kematian adik Zulfarhan Osman Zulkarnain di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Di mana dia dibuli dengan kejam sampai mati. Jangan kita lupa Dr. Tay Tien Yaa, seorang doktor muda yang berpotensi, yang ditemui meninggal dunia akibat bunuh diri ketika berkhidmat di Hospital Lahad Datu, Sabah. Di mana beliau menghadapi tekanan yang tinggi, hasil budaya buli tempat kerja. Dato’ Yang di-Pertua, dalam menangani isu buli di sekolah, kita bukan sahaja perlu fokuskan tindakan buli, membuli di kalangan pelajar. Tetapi juga budaya buli di Malaysia secara keseluruhannya. Ini memerlukan perancangan yang sangat komprehensif dan tentunya memerlukan input yang banyak di peringkat akar umbi, agar ia benar-benar berkesan. Justeru, saya telah pun membincangkan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa. Dan kami telah pun memutuskan untuk mengadakan sesi townhall antibuli dan juga sesi-sesi libat urus yang lebih menyeluruh bagi mendengar suara akar umbi, suara rakyat. Selepas itu, kami akan membentangkan satu lagi penyata untuk memberi syor dan membantu kerajaan dalam usaha memerangi budaya buli di Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, Dewan Yang Mulia ini merupakan badan pembuat dasar tertinggi di Malaysia. Kita berupaya untuk mengubah budaya buli kepada budaya empati dan kasih sayang. If not us, who? If not now, when? Sekian sahaja daripada Puchong pada hari ini. Naib Pengerusi JKP, YB Ampang akan menggulung nanti. Puchong ingin mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun. Anak bermain di tepi pantai; Jaga hati, jangan biar terluka; Kalau bukan kita yang peduli; Siapa lagi yang boleh menyelamatkan mereka? Sekian sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan
memberi pandangan. Saya telah memilih empat orang untuk membahas apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Puchong sebentar tadi. Mereka adalah Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Temerloh. Setiap pembahas diberi tiga minit. Silakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Yang di-Pertua, kerana berpeluang dan kesempatan kepada saya. Sebenarnya dalam senarai sekarang ini saya tak termasuk. Tapi, terima kasih beri ruang kepada saya. Terima kasih banyak-banyak. Amat menghargai peluang tersebut. Dengan pembentangan yang dibuat oleh JPKP Wanita, Kanak-kanak dan sebagainya itu, adalah suatu perkara yang perlu kita sokong. Tapi apa yang berlaku, Yang Berhormat di-Pertua, ada dua kes kematian jatuh dulu tingkat tiga. Adik Zara dan juga semalam di Sabak Bernam juga. Cuma, persoalannya sejauh mana peranan dan juga fungsi dimainkan oleh pihak Kementerian Pendidikan khususnya, dalam menangani masalah buli ini di sekolah? Kerana apa yang diungkapkan oleh Menteri, Yang di-Pertua, “Jangan ganggu guru saya, jangan ganggu sekolah saya, jangan ganggu pelajar saya”. Menampakkan kepada kita bahawa kementerian ini bekerja dan bertindak dalam keadaan silo, untuk tidak memberi ruang dan kesempatan kepada masyarakat, rakyat untuk mencadangkan. Ataupun buat sesuatu untuk menangani masalah yang semakin sehari, semakin parah dalam negara kita. Dalam pada itu, kita berharap agar dengan apa yang dicadangkan oleh JPKP ini untuk diberi perhatian serius. Dan ditambah lagi, Menteri dengan egonya apabila ditanya oleh Ketereh untuk melantik bekas askar pencen, bekas polis pencen untuk jadi warden, dia kata tak setuju. Sedangkan ia nya telah dilaksanakan di peringkat MRSM. Jadi, ini benda-benda yang kita berharap selepas pada ini Menteri jangan emosi, jangan penuh bekerja dalam keadaan silo. Kerana apa yang berlaku atau anak-anak ini, pelajar-pelajar, anak-anak kita. Mereka adalah bakal pemimpin masa depan negara. Jadi, kalau perkara-perkara ini tidak ditangani sekarang, maka malanglah nasib kita. Satu lagi Yang di-Pertua berkaitan dengan buli ini juga. Pada pendapat Hulu Terengganu, ia nya juga berkaitan dengan filem-filem yang disiarkan. Sama ada melalui pawagam ataupun Netflix. Saya nampak cerita-cerita yang berasaskan buli
dan juga ragging yang berada di asrama-asrama ini sedikit sebanyak mempengaruhi pelajar-pelajar dan anak-anak kita di sekolah. Lantaran itu, peranan dalam menangani masalah buli ini tidak semestinya terletak daripada sekolah saja. Ia terletak kepada ibu bapa, kepada masyarakat. Dan saya mencadangkan supaya hukuman rotan kepada pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin agar diperkenalkan semula. Kerana kita ingat, mungkin Tuan Yang di- Pertua masih ingat. Masa kita sekolah dulu, rotan diadakan di sekolah. Tapi hari ini, nampaknya pihak kementerian lebih mengutamakan ibu bapa. Ibu bapa complain saja, kementerian ambil tindakan. Jadi, menyebabkan guru-guru tidak ada hak untuk mendidik. Kerana saya bukan guru Yang di-Pertua. Saya tahu bahawa dalam kelas ada pelajar cerdik, ada pelajar sederhana dan ada pelajar lemah. Jadi, untuk nak mendidik mereka, ada pelbagai cara. Kita tak boleh one size fits for all, tak boleh. Jadi, kita ada cara pedagogi untuk mendidik mereka. Dan alhamdulillah, kesan daripada pendidikan dulu, maka jadilah kita hari ini. Jadilah Speaker hari ini, didikan tersebut. Jadi, kita berharap kita kembali kepada asal dulu. Mana pelajar yang salah kena rotan. Rotan dalam bentuk mendidik. Dan Islam sendiri pun menggalakkan penggunaan rotan yang tidak mencederakan. Satu sahaja pandangan saya Yang di-Pertua. Terima kasih banyak atas peluang yang diberi. Terima kasih. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Isu buli sekolah telah sampai tahap krisis nasional. Kes tragis adik Zara Qairina Mahathir bukan sahaja meruntun jiwa rakyat, tetapi juga mendedahkan kelemahan sistem pentadbiran pendidikan serta penyiasatan kita. Daripada perlindungan pelajar sampai ke komunikasi awam. Kematian adik Zara tidak boleh lagi menjadi satu angka. Kehilangan satu nyawa kerana kegagalan sistem, itu sudah lebih daripada cukup. Ini bukan satu kes terpencil. Dalam bulan Julai sahaja, 20 hari bulan Julai, pelajar Tingkatan 1 di Kedah ditemui terikat di tandas sekolah. 22 Julai, pelajar Tingkatan 3 di Kedah cedera parah dipukul. Julai, Ogos, pelajar 10 tahun pesakit kanser dibuli secara fizikal di Johor. Dan bulan ini, pelajar wanita 22 tahun di Kuala Lumpur maut terjatuh dari
kondominium. Ibu bapanya menyatakan anaknya tertekan dibuli rakan sekelas. Jadi, kes-kes membuktikan buli semakin berulang dan ganas. Orang Sabah saya bilang, kalau ada banyak kali sudah jadi begini, itu bukan nasib. Itu memang sistem yang gagal. Kemarahan rakyat terhadap kes Zara terpunca daripada kerajaan lambat bertindak. Dua minggu senyap dan hanya keluarkan kenyataan siasatan sedang dijalankan menyebabkan media sosial penuh dengan khabar angin, keyakinan rakyat hilang. Selepas satu bulan, barulah kenyataan diberikan di Dewan yang mulia ini. Dinampakkan kerajaan lambat menangani krisis serta lembab. Kerajaan gagal dalam komunikasi awam. Sampai sekarang masih guna cara yang lama. Masih guna arahan daripada atas, arahan dari Putrajaya. Sedangkan di bawah, kami di Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar, orang sudah mula turun menjalankan himpunan menegakkan keadilan. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya minta kerajaan hentikan budaya reactive dan mulakan sistem preventif dan accountable. Dengan langkah-langkah tersebut, pengusiran automatik dan pemulihan wajib untuk pembuli tegar dengan rekod berpusat KPM, supaya tiada lagi pindah senyap-senyap.
Panel penyiasatan bebas, bukan lagi siasatan dalam yang tutup kes. Undang-undang anti-buli induk yang komprehensif, fizikal, lisan, sosial, siber, semua termasuk. Portal laporan selamat dan anonim, serta terus ke polis dan kaunselor, serta perlindungan pemberi maklumat, saringan mental berkala dan latihan guru wajib untuk kesan awal mangsa dan bimbing pelaku. Setiap kes mesti disiasat secara menyeluruh, termasuk kemungkinan keganasan rumah tangga, supaya punca sebenar tidak terlepas pandang. Tiada lagi post-mortem dilangkau atas alasan ditolak permintaan keluarga. Tiada lagi pegawai kerajaan gagal ikut SOP. Tindakan tegas perlu diambil terhadap semua yang gagal menjalankan tanggungjawab secara profesional. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, kita berhutang kepada adik Zara dan semua anak- anak yang berpulang dari sekolah, sembunyi lebam di lengan. Semua remaja yang menangis senyap-senyap di bilik, rasa hidup tidak berharga. Jangan sampai rakyat di Sabah atau rakyat Malaysia bilang, “Dewan ini cuma pandai cakap, tiada buat apa- apa”. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kerana diberi kesempatan untuk membahaskan isu buli di kalangan murid-murid sekolah berdasarkan Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak- kanak dan Pembangunan Masyarakat. Buli — yang kuat akan buli yang lemah, yang kuat akan buli yang lemah. Di rumah kita pun, abang akan buli adik. Di sekolah, yang besar akan buli yang kecil. Di dunia, kuasa yang kuat akan buli kuasa yang kecil seperti Israel dengan penduduk Gaza dan sebagainya. Jadi, sebenarnya terlalu banyak cadangan atau solusi pada setiap tahun bagi menangani isu buli. Namun, lagi banyak cadangan, lagi banyak kejadian buli didedahkan. Jadi, berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid, saya suka guna murid, saya tak suka guna pelajar sebab sekolah ni dia lebih pada murid. Ha, KPM. Timbalan Menteri, murid atau pelajar? Jadi, tengok apa yang, perkataan yang sesuai. Jadi berdasarkan SSDM, sebanyak 3,887 kes buli tahun 2022, meningkat kepada 5,319 kes pada Oktober 2023. Dan soalan untuk KPM, apakah hasil laporan Jawatankuasa Khas KPM ketika tahun 2022 dipengerusikan oleh mantan KPM, Dato’ Dr. Habibah Abdul Rahim? Adakah terdapat laporan itu disebar, disebarkan kepada umum? Seterusnya, saya ingin ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa. Jawatankuasa apa, Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat kerana sentiasa mencari solusi-solusi bagi menangani isu buli di kalangan murid-murid. Saya setuju semua cadangan. [Dicelah]
Yang Berhormat. boleh minta sikit? Sikit saja.
Sikit sahaja.
Apakah Yang Berhormat mungkin ingin mencadangkan kepada kerajaan, bahawa buli ini perlu disifarkan di semua sekolah-sekolah di Malaysia ini dan tidak berlaku lagi pada bila-bila masa? Terima kasih.
Ya, saya setuju. Tapi buli ini akan terus berlaku sampai kita mati.
[Dewan ketawa]
Tak habis. Kita hanya boleh, kita tak boleh
membasmi buli. Kita tidak boleh membasmi buli, tapi kita hanya boleh menangani buli. Kita sekarang, apa yang kita buat sekarang ni ialah menangani isu buli. Nak — nak basmi tak boleh. Macam kemiskinanlah. Jadi, tahniah lah kepada jawatankuasa yang — yang mencadangkan beberapa perkara seperti talian buli, kotak aduan buli dan sebagainya. Saya sokong. Saya sokong yang tu. Namun Tuan Yang di-Pertua, apa yang tidak kena dengan masyarakat kita? Apa yang tidak kena dengan institusi keluarga kita? Adakah peranan ibu bapa semakin luntur? Adakah ibu bapa sekarang ni semakin sibuk? Siang malam keluar rumah. Tak duduk rumah — bapa keluar, anak pun keluar. Ha, macam wakil rakyat. Jadi, adakah dasar-dasar sosial negara menjerumus kepada kes-kes buli? Sebagai guru, sebagai ibu bapa, sebagai pentadbir di KPM, Menteri KPM, Timbalan Menteri KPM, sebagai anggota masyarakat, kita kena tepuk dada. Kita tanya, kita ni apa peranan kita sebagai, sebagai anggota dalam masyarakat. Jadi, sebagai bekas guru, ha, la ini saya declare dah, saya memang bekas guru, saya mengajar 30 tahun lebih. Saya bekas guru dan terlibat dengan pelbagai masalah murid, termasuk kes buli. Saya terlibat lebih daripada 30 tahun. Jadi, apa yang kita perlu buat? Kita perlu menyayangi murid. Perlu menyayangi murid. Saya rasa KPM pun dah buat kempen sayang kanak-kanak. Tunggu kat pagar sekolah, “selamat datang”, “selamat datang”. Okey. Jadi, kita — kanak-kanak ni, murid-murid ni, kita perlu sayang dia macam anak kita. Jangan anggap dia tu anak orang lain. Anggap dia macam anak kita. Bila anggap dia macam anak kita, kita ambil tindakan pun, lepas kita ambil tindakan, kita kena counter balik. Kita kena counter balik budak-budak tu. Kalau kita tak counter balik, kita dok marah lagi esok, marah lagi lusa. Kita masih lagi dok geram lagi kat budak tu, dendam, rosak budak tu. Jadi, kepada guru-guru muda. Guru-guru muda, kena kutip pengalaman yang macam ni. Pembuli boleh berubah kerana mereka disayangi oleh guru mereka. Pembuli, kita duk baik, baik dengan dia, dia akan berubah. Tapi kalau kita duk lawan, duk oh hang lagi, hang lagi, awak lagi, awak lagi... [Dicelah]
Yang Berhormat Kangar, satu minit.
Satu minit? Okey.
[Dewan ketawa]
Jadi, jika murid-murid beragama Islam, ajaklah mereka bersolat jemaah, insya-Allah hati
mereka akan lembut. Jika murid-murid bukan beragama Islam, mereka ada kelas pendidikan moral, uruslah kelas tersebut dengan, dengan baik. Jadi, sebagai ibu bapa, apakah tanggungjawab kita? Sama ada kita yakin atau tidak jika anak kita masuk asrama ketika Tingkatan 1. Ini selalu dibangkit oleh Kinabatangan. Adakah anak kita akan kena buli, atau akan jadi pembuli? Adakah sesuai murid Tingkatan 1 masuk asrama? Adakah mereka lebih sesuai tinggal bersama ibu bapa, berbanding dengan asrama? Kita tidak mampu mengawal tingkah laku anak kita secara fizikal. Tak mampu ah, kita tak mampu. Apa yang kita boleh buat? Kita didik secara, secara mental. Kita bagi nasihat, bagi nasihat, bagi nasihat. Itu yang kita boleh buat. Kita tak boleh halang anak naik motosikal. Kita kena pesanlah, bawa motor elok-elok. Itu saja yang kita boleh buat. Yang lain tu kita serah pada anak-anak tersebut untuk berfikir. Jadi, akhirnya, hanya guru yang efisien dan murid yang mampu menyelesaikan isu buli, sebab mereka adalah berada di sekolah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Berikut. Saya mempersilakan Yang Berhormat, Temerloh.
Okey. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Temerloh sangat menyokong dan bersetuju laporan Jawatankuasa Pemilih Pilihan Khas Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menyelesaikan isu buli berserta semua pembahas yang sebelum ini. Temerloh berpandangan kes buli lahir daripada sikap pelajar yang kurang memiliki sahsiah terpuji. Oleh itu, penyelesaian mesti berfokus untuk melahirkan generasi dan pelajar yang memiliki akhlak mulia. Sudah pasti jalan penyelesaian melalui kehidupan beragama yang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai Islam untuk mendidik akhlak mulia, bersikap adil serta kasih sayang sesama manusia. Oleh itu, Temerloh mencadangkan lapan perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa, guru, sekolah dan juga KPM, untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bebas dari menjadi pembuli yang membentuk persekitaran sekolah yang sejahtera. Pertama, pendidikan akhlak dan ihsan dari usia muda. Islam menekankan pendidikan akhlak sejak kecil melalui ajaran al-Quran dan Sunnah. Pelajar dididik
agar berbuat baik, menghormati orang lain dan menjauhi sifat sombong, hasad dengki atau suka menyakiti orang lain. Dalilnya, “sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa” – Surah al-Hujurat, ayat 13. Yang kedua, larangan menyakiti dan menghina orang lain. Islam melarang segala bentuk perbuatan menyakitkan hati, mencaci atau memalukan orang lain, termasuk dalam bentuk buli fizikal atau mental. Dalilnya, “dan janganlah kamu mempersendakan satu sama yang lain” – Surah al-Hujrat ayat 11.
Konsep ukhuwah dan Islamiah yang ketiga, persaudaraan. Islam menanam nilai persaudaraan dan kasih sayang sesama Muslim. Pelajar diajar bahawa setiap orang adalah saudara seagama yang perlu disayangi dan lindungi, bukan dibuli. Begitu juga bagi kaum lain, mereka adalah saudara kita. Hadisnya, “Tidak beriman seorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. Riwayat Bukhari dan Muslim. Yang keempat, amar makruf nahi mungkar, mencegah kemungkaran. Pelajar dididik untuk mencegah perbuatan buli, bukan hanya mengelakkannya tetapi juga menegur atau melaporkannya dengan hikmah. Dalilnya, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran” – Surah al-Imran, ayat 104. Menjaga maruah dan aib sesama Muslim, yang kelima. Islam melarang mendedahkan aib orang lain atau mempermalukan mereka secara terbuka. Prinsip ini mendidik pelajar untuk tidak memalukan atau menjauhkan maruah rakan. Yang keenam, hukuman dan didikan dalam Islam. Islam tidak hanya menghukum tetapi mendidik. Dalam kes pelajar yang membuli, pendekatan Islam ialah memberi peluang untuk berubah melalui nasihat, kaunseling dan teguran yang berhikmah. Yang ketujuh, menanam nilai tanggungjawab dan takut kepada Allah iaitu takwa. Islam mengajar setiap individu bahawa Allah Maha Melihat semua perbuatan, termasuk yang tersembunyi. Pelajar yang bertakwa akan menjaga kelakuan walaupun tiada guru, walaupun tiada ibu bapa yang melihat mereka. Dalilnya, “Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” – Surah al-Baqarah, ayat 110. Yang kelapan, doa dan perlindungan. Islam juga mengajar untuk berdoa agar dijauhkan daripada kezaliman dan diberikan kekuatan menghadapi sebarang pajak — cabaran termasuklah buli. Pelajar boleh diajar doa-doa harian dan perlindungan
daripada kejahatan makhluk. Sebab itulah fokus kita bukan pada sistem yang dibentuk tetapi kita kena mengisi sistem itu dengan ajaran agama kerana di sanalah pembentukan pelajar yang berakhlak mulia dan insya-Allah akan jauh daripada malapetaka buli yang semakin kita lihat menjijikkan. Akhirnya, Temerloh menegaskan bahawa buli hanya dapat diselesaikan oleh KPM melalui sukatan pelajaran yang menekankan hidup beragama berpandukan kepada al-Quran dan sunah semata-mata. Mengejar kepada kecemerlangan akademik tidak akan menjayakan dunia dan akhirat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Seterusnya, saya silakan — Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Ampang, Ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan juga salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada empat pembahas, Yang Berhormat yang berbahas dan ambil bahagian. Sewajarnya penyata ini Dato’ Yang di-Pertua, perlu dilihat secara serius terutama oleh KPM kerana harapan kami adalah apa yang dicadangkan 17 daripada syor yang ada ini, sebenarnya adalah benda yang perkara, yang sebenarnya segera yang boleh dilakukan. Oleh itu, kita harap KPM mengambil tindakan yang serius lihat tentang penyata yang ada ini kerana kami dalam Jawatankuasa, sebenarnya cuba untuk melihat isu-isu yang dibangkitkan sebab ada di luar ataupun di semasa pendengaran itu dalam konteks untuk semak dan imbang. Adakah keperluan-keperluan yang telah pun tercicir ataupun tidak diambil bahagian dengan baik? Jadi, kita mohon bukan sahaja pihak kementerian tetapi semua yang dalam Dewan ini untuk membaca dengan teliti dan yang penting kat sini, saya harap sangat supaya ia nya dapat diambil orang kata, perhatian perkara- perkara yang ada. Kita sebenarnya Yang di-Pertua, terikat dengan beberapa konvensyen, terutama konvensyen luar negara iaitu CRC, yang mana mengatakan ada beberapa perkara yang tidak boleh kita lakukan, terutama sebagaimana yang Hulu Terengganu sebut tadi supaya kita lakukan semula sebatan ataupun rotan — minta maaf. Rotan
untuk tindakan disiplin kerana kita tahu dalam OCC memang hukuman rotan ini tidak dipersetujui. Tetapi saya yakin pihak KPM boleh mencari pendekatan yang lain, yang berbeza yang lebih orang kata apa lebih efektif kerana pertentangan prinsip yang kita dalam masa kita nak melindungi hak kanak-kanak. Dalam masa yang sama juga, kita tak boleh berkeras ataupun melakukan kesalahan dalam konvensyen ataupun perkara-perkara yang telah pun kita bagi komitmen. Dan saya dapati apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sandakan tadi, jika perkara ini terlalu rampant atau terlalu banyak, kemungkinan besar memang ada kegagalan sistem yang perlu kita perbaiki. Oleh itu, saya — kami dalam Jawatankuasa, bimbang kerana bila kita lihat ada garis panduan buli yang telah dikeluarkan pada tahun 2023, ia satu — sebagaimana yang Pengerusi sebut tadi begitu komprehensif. Tetapi kita tengok di sini tindakan tidak secara tuntas, walhal telah ada KPI-KPI. Yang sepatutnya ada di situ juga perlu diberi perhatian kerana kalau tindakan tidak diambil dengan cepat, maka banyak lagi perkara lain yang tidak akan diundang. Oleh itu saya juga ingin mengatakan di sini, perkara yang penting adalah supaya dalam perkara 17, KPWKM juga perlu memperbetulkan sistem talian yang ada sekarang ini. Kerana sistem talian yang ada ini bercampur dengan semua aduan-aduan. Kita mencadangkan supaya ada talian-talian khas yang direct kepada kanak-kanak yang mereka begitu orang kata children-friendly, dengan izin dan dia boleh mengadu dengan sebaik mungkin. Itu adalah perkara yang penting juga. Dan kita dapati di sini dapatan daripada libat urus, kita dapati kita kena ya, kerajaan kenalah mengambil pendekatan supaya inisiatif buli ini kena merentasi kementerian dan agensi. Kita mencadangkan supaya duduk bincang secara serius, mingguan ataupun bulanan supaya ia nya dapat kita dapat pendekatan yang lebih baik. Dan saya nak nyatakan sini Yang di-Pertua, selain daripada yang dicadangkan oleh penyata ini, kita mohon juga supaya kita ambil pandangan daripada OCC dan juga SUHAKAM kerana bagi kami, apa yang dicadangkan juga adalah perkara yang baik dan kita mohon juga supaya warden-warden yang ada ini supaya diberikan pengkhususan, tidak lagi bercampur antara tugasan sebagai warden dan juga tugasan sebagai guru. Oleh itu, saya juga mengharapkan supaya akhirnya kita bercakap sebagai orang dewasa, sepatutnya kita mengambil juga pandangan kanak-kanak di dalam — input-input, dalam memastikan bagaimana perasaan mereka, bagaimana harapan
mereka dan bagaimana gesaan mereka bagi perkara ini boleh diselesaikan. Oleh itu, saya harap akhirnya kegagalan berbuat demikian adalah kegagalan kita nanti sebagai negara menunaikan tanggungjawab undang-undang antarabangsa dan amanah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh saya celah sedikit? Boleh, Yang di-Pertua?
Boleh ke, Yang di-Pertua?
Ada masa sedikit ni.
Yang Berhormat Ampang, ini floor Yang Berhormat. Terpulang kepada Yang Berhormat.
Okey, silakan.
Saya — terima kasih Yang Berhormat. Saya nak ambil peluang untuk menyokong pandangan Yang Berhormat mengenai keperluan mewujudkan jawatan warden yang khas. Saya ditemui oleh beberapa orang Pengetua yang memaklumkan bahawa memang tidak cukup warden sekarang. Kerana apabila dia ambil tanggungjawab sebagai warden, elaun naik sikit, tanggungjawabnya besar sekali. Jadi, ia memerlukan satu tanggungjawab, satu peranan yang khas, jawatan yang khusus dan kita minta supaya Yang Menteri yang berkenaan mengambil maklum dan mengambil tindakan atas cadangan Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih. Itu yang juga perkara yang diteliti, selain daripada kita yakin dengan pengkhususan tugasan sebagai warden itu. Sebenarnya selama ini pun kita daripada dapatan kami warden juga sebenarnya tidak diberikan kebajikan yang sepatutnya. Jadi, sebab itu bukan sahaja dalam konteks allowance tetapi sebenarnya kesihatan mental dan juga kesihatan diri kepada semua petugas-petugas daripada gurunya, daripada wardennya perlulah juga diambil kira. Oleh itu, saya juga mengharapkan supaya cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerusi iaitu Yang Berhormat Puchong tadi, yang kami akan buat satu town hall untuk mendengar secara langsung keluhan rakyat kerana saya yakin akhir- akhir ini mungkin kita telah pun membuka satu dimensi baharu supaya penglibatan orang ramai boleh kita dapatkan bukan saja melalui saluran sedia ada.
Oleh itu, kita harapkan dengan adanya bukan saja town hall, dengan talian yang saya mohon supaya dibuat segera diperbetulkan, kerana ia nya akan boleh menjadi akses maklumat-maklumat tambahan daripada yang luar. Saya juga nak mencadangkan talian itu bukan sahaja yang mesra tetapi saya ambil satu contoh di Ampang, kita ada buat sandbox ataupun satu peti yang khas yang anak-anak ini tulis masuk sahaja dalam peti tersebut tetapi peti ini tidak boleh dibuka oleh guru. Ia adalah tanggungjawab PIBG untuk memantau dan melihat dan membaca. Dengan ini, barulah mereka akan bersama dengan pihak sekolah bagaimana nak menanganinya.
Jadi, inilah beberapa perkara yang ingin saya gulung. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Saya harap sangat lepas ini kita tiada lagi tidak mengikuti KPI terutamanya di sekolah-sekolah kerana ia telah ada satu garis panduan yang khas. Dan yang akhirnya saya nampak di sini, Yang di-Pertua, kita nampak buli ini makin menular bukan saja di sekolah tetapi di semua peringkat. Saya yakin kalau kita dapat menangani isu buli di sekolah ini secara tuntas dan cekap, mendidik dengan baik dan betul, saya yakin insya-Allah negara kita akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan baiknya insya-Allah. Itu saja daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang Ahli Jawatankuasa. Berikutnya, saya seterusnya meminta Yang Berhormat Pulai, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Penggunaan Vape Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Silakan Yang Berhormat.
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(ia) — JAWATANKUASA PILIHAN KESIHATAN Penggunaan Vape Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih Speaker kerana telah membenarkan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk membentangkan Penggunaan Vape Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Penggunaan rokok elektronik atau vape telah muncul sebagai ancaman baharu terhadap kesihatan awam di Malaysia. Fenomena ini tidak boleh dianggap
terpencil, sebaliknya telah menjadi masalah nasional yang merentasi generasi, lapisan sosial dan struktur institusi negara. Pertumbuhan pesat pasaran produk ini memperlihatkan bagaimana faktor teknologi, komersial dan persepsi masyarakat telah digembleng oleh industri untuk memperluas penerimaan khususnya dalam kalangan golongan muda. Sejak awal pengenalannya, perdebatan mengenai rokok elektronik sering tertumpu kepada naratif pengurangan kemudaratan berbanding dengan rokok konvensional. Namun, naratif semasa menunjukkan bahawa naratif tersebut telah di manipulasi manakala mekanisme kawalan dan kesedaran awam masih jauh daripada memadai. Situasi ini telah membawa kepada peningkatan kebimbangan di kalangan pakar perubatan, penggubal dasar dan pihak berkuasa kerana ia berkait rapat dengan aspek kesihatan, keselamatan, sosioekonomi serta kestabilan sistem penjagaan kesihatan negara. Dalam konteks ini, cabaran yang dihadapi bukan sahaja berkisar kepada aspek kesihatan individu pengguna tetapi juga melibatkan dimensi lebih luas seperti implikasi terhadap keluarga, produktiviti ekonomi, keberkesanan peraturan sedia ada serta keberhasilan program pendidikan dan intervensi pencegahan. Sehubungan itu, penyata ini menghimpunkan analisis menyeluruh dan hasil dapatan perbincangan pakar-pakar rujuk, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan bagi memperkukuh strategi negara dalam menangani isu rokok elektronik secara tuntas, bersepadu dan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus pertama bersama dengan pakar-pakar rujuk Jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa isu. Pertamanya adalah penggunaan rokok elektronik atau vape ini menjadi isu kesihatan awam yang sangat membimbangkan. Peranti ini terdiri daripada beberapa komponen asas seperti cartridge, atomizer, battery dan sensor yang memanaskan cecair mengandungi nikotin serta pelbagai bahan kimia yang lain. Peranti dicipta dengan pelbagai bentuk untuk menarik remaja dan mengelirukan penguat kuasa seperti bentuk pen, USB dan permainan kanak-kanak seperti pensil warna. Di depan saya ini ada tiga jenis, Speaker. Satu berbentuk open yang boleh dimasukkan sebarang cecair di dalamnya. Ini adalah refill-nya. Yang kedua adalah yang close, boleh pakai buang tetapi bentuknya bagai-bagai, Speaker. Ini bentuk marker umpamanya. Ini boleh hisap, tiba masa boleh buang bila habis tetapi ini pun boleh di-modify untuk masuk chemical. Chemical yang lain. Dan lagi satu, ini juga bentuk refill yang boleh ditukar, peranti yang ada refill, boleh tukar bila selesai
digunakan. Walau bagaimanapun, yang menariknya dia ada pelbagai warna, ada warna pink. Ini tentunya menarik minat anak-anak sekolah. Ada yang berbentuk pen begini. So, ini pada waktu ini dan lepas ini inovasi akan berlaku untuk menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menghisap vape ini. Inilah yang membimbangkan. [Sambil menunjukkan peralatan vape] Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa vape mengandungi logam toksik seperti nikel, kromium, plumbum, kuprum, zink dan antimoni. Ini masuk dalam tubuh badan anak-anak kita, Speaker. Kandungan plumbum misalnya boleh mencapai ribuan kali ganda lebih tinggi berbanding dengan rokok konvensional. Selain itu, kepekatan nikotin dalam e-liquid boleh berlipat kali ganda mengatasi rokok biasa, sekali gus meningkatkan ketagihan. Wap yang dihasilkan mengandungi zarah ultra halus yang boleh menembusi paru-paru lalu meningkatkan penyerapan toksin dan nikotin ke dalam darah. Tambahan pula, bahan perisa seperti mentol dan pudina menjadikan produk ini lebih mudah diterima khususnya di kalangan remaja. Hal ini menambahkan risiko toksik termasuk kematian janin dalam kandungan ibu mengandung. Risiko kesihatan akibat vape amat besar yang merangkumi peningkatan risiko kanser paru-paru, COPD, penyakit kardiovaskular serta komplikasi kehamilan. Pendedahan pasif juga berbahaya kerana wap yang dihembus. Wap ini ia tak ada asap, dia wap saja ya. Wap yang dihembus mengenai zarah toksik yang melekat pada persekitaran sehingga dua tahun. Keracunan vape juga dilaporkan termasuk simptom sawan, muntah, halusinasi, terutamanya melibatkan remaja. Trend penggunaan semasa menunjukkan peningkatan ketara. Global Adult Tobacco Survey 2023 menunjukkan 1.4 juta orang rakyat dewasa Malaysia menggunakan rokok elektronik. Manakala NHMS 2022 merekodkan 370,000 pelajar berumur 13 hingga 17 tahun menjadi pengguna kepada vape ini. Sebagai peniaga, vape di kalangan remaja sekolah ini adalah market yang terbaik kerana dia boleh menjadi pengguna yang lama dan sangat setia. Selain itu, kes keracunan meningkat lima kali ganda sejak 2019 dengan 41 peratus kes melibatkan remaja. Vape juga semakin disalah guna untuk mengedar, menghisap dadah terlarang seperti ganja dan ketamin. Serbuan awal tahun 2024 hingga Mac 2025, terdapat 96 kes siasatan dibuka, 70 peratus mengandungi unsur dadah. Impak ekonomi dan sistem kesihatan amat membimbangkan. Kos rawatan EVALI boleh mencecah RM150,000 setiap penyakit manakala kos luka paru-paru akibat vape dijangka RM369 juta menjelang 2023.
Kerajaan Singapura telah mengharamkan vape pada 2018. Kerajaan Thailand telah mengharamkan vape pada 2014 dan kerajaan-kerajaan negeri melalui PBT juga mengharamkan vape ini. Kita sudah terbeban dengan kos perubatan yang meningkat, pesakit yang semakin ramai dan tenaga kesihatan yang tidak mencukupi. Ini adalah satu yang serius dalam negara kita. Ini adalah syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa. Pertamanya, Jawatankuasa mengesyorkan agar KKM memperhebatkan kempen kesedaran awam berkaitan bahaya kandungan toksik dalam produk vape. Keduanya, Jawatankuasa mengesyorkan KKM dan Kementerian Komunikasi melaksanakan strategi komunikasi yang lebih agresif melalui media. Ketiganya, Jawatankuasa mengesyorkan agar KKM memperkasakan provokasi kesedaran melalui agenda nasional sihat mengenai kemudaratan vape. Keempatnya, Jawatankuasa mengesyorkan agar KKM melaksanakan langkah pencegahan awal yang lebih menyeluruh untuk melindungi kanak-kanak dan remaja kita daripada ketagih vape. Kelimanya, Jawatankuasa mengesyorkan agar KKM mengumpul data dan bukti saintifik serta klinikal secara sistematik dan kukuh. Keenamnya, Jawatankuasa mengesyorkan agar KKM dan KPDN mempertimbangkan untuk membenarkan hanya penggunaan vape jenis pakai buang sebagai langkah kawalan terhadap peranti berisiko yang mudah di manipulasi. Dan terakhir adalah Jawatankuasa…
Pulai, boleh celah sikit?
Saya nak kena habiskan dulu ni, kejap.
Sikit sahaja.
Yang Berhormat, saya tak benar buat penjelasan, duduk.
Okey, yang terakhir sekali Speaker minta maaf. Yang terakhir, Jawatankuasa mengesyorkan agar Kerajaan mewartakan penggunaan rokok elektronik secara jelas melalui undang-undang baharu bagi menutup kekosongan peraturan yang membolehkan penjualan vape berlaku tidak terkawal. Dan akhir sekali sebagai langkah jangka panjang, Jawatankuasa mengesyorkan agar Kerajaan mempertimbangkan larangan menyeluruh terhadap
penggunaan vape sebagai langkah tepat dalam menangani isu kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Terima kasih, Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Tadi saya dah risau dah, ingat Yang Berhormat nak hisap dah tadi. Baik. Berikutnya, Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan. Yang Berhormat bolehlah bertanya nanti semasa Yang Berhormat memberi penjelasan nanti. Baik. Pilihan Kesihatan ini terbuka untuk ahli- ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan. Saya mengehadkan kepada empat orang. Walau bagaimanapun, membenarkan pencelahan pada masa dan ketika itu. Baik. Senarai yang mereka yang akan berbahas dan meminta penjelasan, saya senaraikan di sini― YB Kota Melaka, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Yang Berhormat, Yang Berhormat lain boleh mencelah berpandukan Peraturan 37. Dan saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka untuk mulakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama sekali, saya menyokong syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa, di mana agar pelaksanaan larangan menyeluruh terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektrik termasuk vape dikuatkuasakan di Malaysia sebagai langkah paling wajar untuk melindungi kesihatan awam. Dato’ Speaker, kita lihat hari ini negara jiran kita seperti Singapore dan Thailand, mereka telah mengharamkan vape ataupun e-cigarette. Jadi, di Singapore pula, sebenarnya mereka akan meng-classified-kan vape ini sebagai dadah berbahaya. Jadi, di dalam negara kita, kita lihat beberapa negeri termasuk Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, mereka juga haramkan vape. Malahan, di Johor, mereka telah mula haramkannya sejak tahun 2016. Jadi, saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan peringkat Persekutuan supaya kita haramkan vape dan juga e-cigarette ini, di mana kita lihat ada respons yang positif daripada Menteri Kesihatan apabila beliau buat dalam gulung sewaktu
Rancangan Malaysia Ketiga Belas mengatakan not if, but when, dengan izin. Bukannya jika nak larangkan, tetapi bila nak larangkan. Dan Menteri ada mengatakan bahawa dia akan bawa paper tersebut ke dalam Kabinet. Jadi, saya harap supaya semua Menteri akan sokong apabila pembentangan oleh Menteri Kesihatan untuk kita ban-kan vape ini.
Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Terima kasih. Yang Berhormat, ada yang berkatakan kalaulah melarang secara menyeluruh, ia akan membuka ruang kepada pasaran yang gelap. Tapi, secara jujurnya, adakah sistem kawalan sekarang ini berkesan? Jadi, kita nampak vape sekarang ini dijual terbuka. Malah, ada di kedai runcit yang bersebelahan dengan sekolah-sekolah rendah. Jadi, saya faham memang kerisauan pengkritik bahawa larangan menyeluruh ini mungkin membuka ruang pasaran gelap. Tapi, nak tahulah, apa pandangan Yang Berhormat? Sebab, kita tahu, ada juga yang menyatakan bahawa vaping ini adalah alternatif yang selamat, dengan izin. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat?
Ya, Timbalan Speaker, masukkan hujah Bukit Bendera dalam hujah saya. Timbalan Speaker, sebenarnya kita lihat ― sebab itu saya kata, saya minta supaya Menteri-menteri, semua Menteri akan sokong cadangan daripada Menteri Kesihatan, sebab kita tahu industri ini menjana pendapatan yang tinggi, keuntungan yang besar dan industri ini selalu mereka buat lobi supaya benarkan produk ini dijual di Malaysia. Jadi, saya harap apabila mereka dilobi, kita harus tegas menolak semua lobi tersebut. Dan saya ingin cadangkan supaya kita, rata-rata 222 Ahli Parlimen dalam Dewan ini, kalau boleh, kepimpinan melalui teladan, kita hentilah merokok, kita hentilah menghisap vape.
Boleh mencelah sedikit? Tanjong Karang.
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Adakah Kota Melaka bersetuju bahawa bahan asas atau bahan yang sentiasa ada dalam vape adalah nikotin dan tambah dengan bahan- bahan lain? Jadi, saya ingin bertanya, pengeluaran nikotin oleh KKM daripada Akta
Racun pada tahun lalu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh industri vape dan sekarangnya kita semua kompelin dan ini memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat. Terima kasih.
Okey, saya setuju. Masukkan dalam ucapan saya. Dan cadangan kita ialah supaya rang undang-undang perlu digubal untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh Tanjong Karang tadi. Begitu juga, Timbalan Speaker, di mana sering kali mereka yang tidak setuju dengan larangan vape ini, mereka akan mengatakan bahawa kita tidak dapat menyelesaikan masalah kalau kita larangkan vape ini. Tapi, kita nak tegaskan bahawa kita nakkan supaya di-ban-kan, dilarangkan supaya kita ingin memberi satu signal terutamanya kepada anak-anak kita, yang di mana hari ini begitu mudah untuk mereka dapat membeli di kedai serbaneka. Di kedai serbaneka, di mini market sekarang boleh begitu berleluasa mereka jual. Dan ada kedai yang berhadapan dengan sekolah sahaja, opposite sekolah sahaja, dengan izin. Dan murid-murid mudah untuk beli. Kalau mereka mudah untuk mereka beli, untuk dapatkan, maka mereka akan pergi cuba. Apabila mereka cuba, akhirnya mereka akan ketagih. Jadi, saya harap ban itu memang penting supaya kita dapat memastikan anak-anak kita tidak akan cuba produk ini. Silakan, Simpang Renggam.
Terima kasih, Kota Melaka. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya ini bersetuju tentang tagline bahawa ‘If you don't smoke, don't start; if you start, quit; but if you cannot quit, change’. Salah satu daripada kaedah pertukaran kepada orang yang merokok ini ialah alternatif. Jadi, adakah Yang Berhormat setuju bahawa isu yang ada di hadapan kita ialah penyalahgunaan oleh pengeluar-pengeluar vape ini ataupun peruncit-peruncit ataupun pengusaha-pengusaha yang menyalahgunakan? Kalau teknologi vape itu adalah serupa dengan inhaler kepada orang yang ada masalah paru-paru, sebagai contoh, tapi inhaler itu juga boleh disalahgunakan. Sebagai contoh, Yang Berhormat. Jadi, kalau kita menyatakan bahawa― saya sokong, kita tidak perlu bersetuju tentang usaha penjualan vape ini secara berleluasa di negara kita. Kita harus banteras kepada pihak-pihak yang menyalahgunakan vape ini, menambah cecair di dalam vape dengan kandungan-kandungan yang boleh memudaratkan kesihatan. Itu bersifat enforcement. Kita kena fikirkan bagaimana enforcement.
Saya orang teknikal. Jadi, bila berdepan dengan sesuatu persoalan, saya lebih cenderung untuk memikirkan apakah kaedah teknologi yang boleh digunakan untuk membolehkan, sama ada at the point of sale atau at the point of use, kita dapat gunakan teknologi supaya tidak disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Negara yang jauh lebih maju, Yang Berhormat, seperti Amerika telah menggunakan melalui FDA meluluskan penggunaan vape. Di UK juga, pada waktu dan ketika ini sedang dibaca peringkat ketiga tentang penggunaan vape di negara seperti United Kingdom. Jadi, adakah kita juga akan merujuk kepada negara-negara maju dalam mereka menangani cabaran ini dan melihat di mana kedudukan kita, di mana keupayaan kita dalam nak menangani penyalahgunaan vape ini? Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih kepada Simpang Renggam.
Yang Berhormat Kota Melaka, jawab dan gulung.
Ya, baik, Timbalan Speaker. Jadi, ya, memang ada yang kata kita boleh buat kawalan, tetapi masalah sekarang kita ialah kelemahan dari segi penguatkuasaan. Itulah adalah masalah dia, di mana hari ini kita lihat sebenarnya ada banyak larangan merokok tetapi― kita boleh lihat even dekat Bangunan Parlimen kita yang larang 100 peratus merokok, tetapi juga ada kes yang mereka merokok dalam Bangunan Parlimen.
Jadi, dalam penguatkuasaan ini, kita ada kelemahan. Kita tak boleh gunakan USA, Amerika Syarikat ataupun UK ya. Barangkali mereka dah maju ke depan, tetapi kita masih belum lagi sampai tahap tersebut. Jadi, bagi saya, formula yang terbaik ialah kita banned vape dan juga rokok elektrik ini. Ya, Segamat, Segamat ada nak celah?
Tak dibenarkan. Duduk.
Boleh sikit Timbalan Speaker, sedikit.
Duduk, gulung. Berhenti, saya dah bagi masa lebih. Terima kasih.
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker, Timbalan Speaker. Ada sedikit...
Rupanya saya...
Saya berdiri atas Timbalan Pengerusi BBC. Sebab tadi yang laporan yang pertama, dari pihak kita hanya seorang pembahas. Jadi, saya nak minta pertimbangan daripada Timbalan Speaker, bolehkah untuk laporan ini kita tambah satu pembahas iaitu Segamat dimasukkan?
Baik.
Minta pertimbangan Timbalan Speaker.
Baik, saya akan pertimbangkan.
Terima kasih.
Saya ada lagi tiga lagi ini. Kalau ada masa kang, saya akan tambah sebelah Yang Berhormat.
Okey, terima kasih.
Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas. Sebentar, sebentar. Yang Berhormat Kota Melaka, siapa yang nak berbahasa itu?
Segamat, Segamat.
Segamat?
Ya, ya.
Okey.
Terima kasih Timbalan Speaker.
Baik, Kepala Batas. Yang Berhormat, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama untuk kita lihat berkenaan perkara ini berkenaan dengan trend penggunaan rokok elektronik yang semakin membimbangkan dan lihat perkara ini sebagai satu normalisasi dan cool sekiranya seseorang menghisap rokok elektronik. Trend penggunaan rokok elektronik ini melihat kadar peningkatan yang mendadak sejak mula ia diperkenalkan.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Pulai sebentar tadi, bahawasanya dalam kalangan anak-anak kita, adik-adik kita berumur Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 menggunakan e-rokok, bahkan hampir 370,000 pelajar. Yang paling menyedihkan adalah mereka adalah kanak-kanak yang masih berada dalam kalangan sekolah menengah. Secara peribadi, Kepala Batas pernah berpengalaman menangani isu ini semasa bertugas sebagai seorang guru besar di sebuah sekolah rendah, dapat menangkap ataupun mendapat aduan berkenaan dengan pelajar-pelajar sekolah rendah yang menghisap vape ini, bahkan apa yang sangat menyedihkan apabila seorang ibu menyatakan tak apa ustazah, tak apa guru besar, anak saya hisap vape nampak dia kurus lagi, sebelum ini nampak gemuk sikit. Sehingga ke tahap apabila ada seorang ibu boleh tidak menghalang anaknya untuk menghisap vape itu adalah sesuatu yang sangat memudaratkan. Malahan, Pusat Racun Negara telah merekodkan sebanyak 152 kes keracunan berkaitan e-rokok antara tahun 2015 hingga 2024 dan melihat kepada peningkatan lima kali ganda kes kecemasan sejak 2019 yang melibatkan remaja dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun. Lebih membimbangkan, sebanyak 81 peratus kes disyaki menggunakan e-rokok yang bercampur dadah. Dan persoalannya, adakah vape ini benar-benar instrumen yang berhenti merokok ataupun sekadar pintu masuk kepada ketagihan nikotin dalam kalangan generasi baru? Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, impak kesihatan kepada remaja dan ibu mengandung. Kalau lihat kepada bukti saintifik dan juga toksikologi, e-rokok sebenarnya boleh menyebabkan kesan mudarat kepada kesihatan. Antaranya, penyakit yang berisiko tinggi ialah serangan jantung yang mempunyai 1.44 kali ganda berisiko berdasarkan meta-analisis 2023 yang melibatkan 984,764 peserta. Dan apa yang menyedihkan sebagai seorang ibu, sebagai seorang wanita, kesan ataupun implikasi kesihatan daripada e-rokok ini boleh memberi kesan kepada proses kehamilan dan juga bayi. Perisa menthol ataupun pudina turut dikaitkan dengan risiko kematian janin sebanyak tiga kali ganda. Dan kalau kita lihat daripada jurnal, American Journal of Obstetrics and Gynecology menunjukkan wujudnya risiko gangguan dengan izin, neurodevelopment bayi. Bayangkan sekiranya ibu yang mengandung ini adalah orang-orang rapat kita, isteri kita, adakah kita sanggup merisikokan ibu dan bayi yang sedang dikandungkan kerana kita ingin mendapat ataupun mengikut trend e-rokok ini. Tiada bukti kukuh yang membenarkan dakwaan e-rokok adalah selamat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya kongsikan, dalam laporan pada 10 Jun 2025, portal atas talian New Straits Times edisi bahasa Inggeris melaporkan, Ispire Malaysia telah menafikan penjualan e-rokok jenis vape adalah untuk pasaran eksport sahaja. Kenyataan Ispire juga menyatakan bahawa mereka hanya mengeluarkan peralatan separuh siap dan tidak melibatkan pengeluaran sebarang produk berkaitan nikotin ataupun kanabis yang dikenali sebagai ganja dalam kalangan negara. Namun baru-baru ini, persoalan lisan kepada Menteri Dalam Negeri, Kuala Langat ada bertanyakan status operasi syarikat tersebut sama ada terdapat pelanggaran Akta Dadah Berbahaya 1952. Respons balas yang diberikan ialah pengilangan peranti rokok elektronik termasuk vape dengan cecair ataupun jel mengandungi nikotin untuk pasaran domestik sahaja. Kita lihat jawapan ini daripada pihak Menteri bercanggah dengan kenyataan dibuat oleh pihak Ispire. Jadi, mohon penjelasan berkenaan perkara ini. Hatta, dalam portal atas talian CodeBlue menyatakan bahawa pembinaan fasa kedua milik syarikat tersebut dianggarkan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, bahkan mempunyai 80 barisan pengeluaran. Operasi kilang tersebut bakal mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 61 juta peranti ataupun 107 juta pod sebulan. Biarpun ia bakal dieksport ke luar negara seperti yang dilaporkan oleh NST, adakah bermakna polisi negara secara dasarnya masih menyokong e-rokok ini secara global kerana ianya adalah pasaran antarabangsa? Inikah dasar yang ingin kita zahirkan kepada dunia tentang kepentingan kesihatan sejagat? Tuan Yang di-Pertua, dalam Islam prinsip maqasid syariah menjelas...
Yang Berhormat, tolong — saya dapat pemakluman, kita terpaksa habiskan secepat mungkin, ada kekangan masa ya. Tolong gulung ya.
Maklum. Tuan Yang di- Pertua, prinsip maqasid syariah tekankan penjagaan nyawa, akal dan juga harta. Kaedah fiqh, ‘la darrar wa la dirar’, tak boleh memudaratkan diri dan orang lain. Maka, dasar ini haruslah konsisten dengan nilai-nilai yang ada. Cegah sebelum mudaratnya lebih besar. Sedangkan kalau kita lihat disebutkan oleh Kota Melaka tadi, ada beberapa negeri telah melarang penguatkuasaan penjualan ini. Dan tahniah juga saya ucapkan kepada negeri-negeri SG4, yang dijenamakan seperti Kelantan telah menguatkuasakan pada tahun 2015; Kedah, Perlis dan Terengganu sudah menguatkuasakan larangan tersebut. Dan insya-Allah,
kita melihat kepada negeri Pulau Pinang pun saya lihat masih lagi mengkaji dan saya sebagai orang Pulau Pinang mengharapkan supaya Pulau Pinang turut melarang penjualan vape ini. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, jangka masa yang ada ini dipertimbangkan cadangan dua perkara. Pertama sekali, penguasaan penuh Akta 852 secara optimum. Dan kedua, peluasan perkhidmatan berhenti merokok. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, pembahas lagi dua, tiga yang ada ini. Saya akan had masa ya, pasal kekangan masa. Petang ini ada benda, urusan aturan mesyuarat yang penting perlu dilaksanakan. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Lupar, tiga minit ya. Saya rekod, kita akan bagi kepada Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Saya juga mohon untuk turut serta membahaskan laporan oleh Jawatankuasa Pilihan Kesihatan berkenaan penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia. Dato’ Speaker, saya menyambut baik syor jawatankuasa ini untuk melaksanakan larangan menyeluruh terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik termasuk vape demi melindungi kesihatan awam. Dato’ Speaker, sebelum ini kita berhadapan dengan masalah dadah konvensional, datang pula dadah sintetik dan sekarang kita berhadapan dengan masalah vape. Saya lihat, menyedari kemudaratan penggunaan vape kepada masyarakat. Baru-baru ini Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk mengharamkan vape secara berperingkat di seluruh Sarawak. Dato’ Speaker, masih kita ingat pada satu ketika dulu, penggunaan rokok elektrik ataupun vape digembar-gemburkan sebagai alternatif untuk membantu perokok berhenti merokok, tetapi hari ini lain pula jadinya. Rokok pun dia hisap, vape pun dia hisap. Malah difahamkan, ada di kalangan cecair, ada di antara cecair vape ini dicampur dengan kandungan merbahaya yang terlarang seperti magic mushroom, ganja, dadah sintetik dan nikotin yang jauh lebih tinggi apa nama, kuantitinya daripada rokok konvensional. Apa yang lebih membimbangkan saya Dato’ Speaker, adalah trend penggunaan vape dalam kalangan remaja yang kian meruncing. National Health and
Morbidity Survey 2022 melaporkan anggaran seramai 370,000 pelajar berumur 13 hingga 17 tahun menggunakan rokok elektronik meningkat kira-kira 50 peratus sejak tahun 2017. Dato’ Speaker, rokok-rokok elektronik ini juga sering...
Batang Lupar, boleh bagi mencelah?
Okey, sila.
Dato’ Timbalan Speaker, apakah Batang Lupar bersetuju kerajaan memperkenalkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang melanggar undang-undang kerana menjual vape kepada pelajar sekolah? Adakah Batang Lupar setuju?
Terima kasih Batu Pahat, masukkan dalam ucapan saya. Tuan dan Pertua, rokok-rokok yang elektronik ini juga sering diiklankan dengan pelbagai warna, reka bentuk dan perisa-perisa yang mampu menarik perhatian anak-anak. Malahan, ada juga produk vape yang diuar-uarkan sebagai tidak akan mengakibatkan ketagihan.
Walaupun trend penggunaan rokok elektronik boleh dikatakan sesuatu yang baru, kita telah dapat melihat kesan negatif penggunaan vape di mana ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit paru-paru dan kardiovaskular. Kalau kita lihat dalam penyata yang dibekalkan kepada kita, ada enam kesan penggunaan vape iaitu kanser, penyakit paru-paru, kardiovaskular, risiko mengandung ibu, janin, pendedahan pasif dan simptom keracunan. Walaupun begitu...
Yang Berhormat, dalam satu minit.
Okey, Speaker. Kita tidak dapat menjangka, ha, ini yang paling penting, kita tidak dapat menjangkakan apa lagi kesan lain penggunaan vape untuk tempoh masa 20 hingga 30 tahun yang akan datang. Sekiranya vape ini tidak dibendung, saya khuatir ianya akan melumpuhkan sistem kesihatan negara. Difahamkan KKM menjangkakan kos rawatan luka paru-paru akibat vape boleh mencecah 369 juta setahun menjelang 2030 jika tiada tindakan tegas diambil. Oleh itu, sebagai kesimpulan, Dato’ Speaker, tidak kiralah rokok elektronik ataupun
rokok konvensional, sebagai penggubal undang-undang, kita harus dilihat adil dan tegas dalam usaha untuk mengurangkan tabiat merokok dalam rakyat Malaysia. Dalam usaha untuk mengharamkan penggunaan vape, kita juga wajar mempergiatkan usaha untuk mengurangkan penggunaan rokok konvensional. Saya faham ia bukan satu perkara yang mudah tapi sekiranya dimulakan sekarang, sedikit sebanyak kita akan dapat membendung kesan jangka panjang penggunaan rokok untuk vape ke atas masyarakat dan sistem kesihatan negara mungkin akan lebih baik. Terima kasih atas kesempatan.
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua.
Waalaikumsalam.
Terima kasih juga kepada Jawatankuasa Pilihan Kesihatan atas laporan yang dibentangkan dan saya baca laporan ini dengan teliti. Saya juga mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum ini yang ada kaitan dengan laporan yang dibentangkan yang mana dalam jawapan yang diberi oleh Menteri Kesihatan semasa menjawab isu-isu berkait dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan bahawa dia bimbang kalau sekiranya vape ini diharamkan, maka akan ada tindakan undang-undang dilakukan kepada kerajaan. Ini satu kebimbangan yang ya mungkin ada benarnya tetapi janganlah kebimbangan itu menjadi sebab untuk tidak ada apa-apa tindakan langsung yang diambil oleh pihak kerajaan. Kalau kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Don't let perfection be the enemy of the good. Bagi saya, ada beberapa tindakan yang boleh diambil secara segera tanpa menunggu pengharaman kalau pengharaman ini susah sangat untuk dibuat oleh kerajaan. Yang pertama, bagi saya dalam Belanjawan 2026 Yang di-Pertua, saya minta pihak jawatankuasa dan kita semua dalam Dewan ini mendesak kementerian supaya menaikkan cukai vape melalui Belanjawan 2026. Hari ini cukai yang dikenakan kepada vape ialah sebanyak 40 sen per mililiter.
Maksudnya 80 sen kalau dua mililiter. Sedangkan dua mililiter itu Yang di- Pertua, sama kandungan nikotinnya dengan satu kotak rokok. Satu kotak rokok, cukainya RM8. Kenapa satu 80 sen, satu RM8 dan ini adalah satu jurang yang terlalu amat besar. Sepatutnya cukai ini dikenakan berdasarkan kandungan nikotin yang dipadankan atau benchmark-nya sepatutnya ialah nilai cukai yang dikenakan terhadap rokok. Pada masa yang sama kita juga kena umumkan bahawa kenaikan cukai vape dan juga cukai rokok patut dijalankan secara berkala. Katalah kita buat a tax calendar, setiap tahun naik berapa persen, tiga, empat persen ataupun setiap dua tahun diumumkan naik. Maka rakyat akan tahu bahawa dalam masa 10 tahun ini harga rokok ini, harga vape ini akan naik dan mungkin itu boleh mencegah permulaan mereka mengambil — menghisap vape ini. Seterusnya, saya juga pelik kenapa tidak ada harga minimum yang dikenakan kepada vape. Rokok harga minimumnya saya pun tak tahu berapa yang tepat tapi saya dengar-dengar RM12. Kalau betul rokok satu kotak RM12, kenapa vape boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada itu? Di kawasan saya, budak-budak sekolah, cikgu-cikgu datang bagi tahu masalah utamanya ialah penggunaan vape di kalangan anak murid. Kalau kita kenakan bukan sahaja cukai yang sesuai dan dipadankan dengan kandungan nikotin ini sama dengan rokok dan naikkan juga harga lantai, harga minimum vape selari dengan harga rokok, maka bagi saya itu baru kita tunjuk sikap tegas kerajaan untuk mengawal penggunaan vape. Pada masa yang sama ini Yang di-Pertua, ada beberapa saat saya minta. Pengukuhan penguatkuasaan akta yang sedia ada, Akta 852. Ini kerana produk- produk yang tidak berdaftar, promosi terbuka, penjualan kepada pengguna bawah umur, semuanya berleluasa. Saya tak payah ulas sebab ramai kawan-kawan dah ulas sebelum ini. Saya tertarik tadi bila YB Pulai tunjuk contoh-contoh vape. Tadi yang mula- mula tadi open tank system kan. Saya sebenarnya yang paling bimbang ialah yang open tank system ni, Yang di-Pertua. Kalau tadi YB Pulai dia buka sikit, dia tunjuk. Kat sinilah macam-macam benda boleh campur dengan apa, ubat nyamuknya, dengan ketumnya, macam-macam benda. Open tank system ini bagi saya yang paling bahaya yang memerlukan tindakan segera dan tindakan serta-merta. Sedikit mengenai cukai tadi, dalam menjawab soalan saya minggu lepas, ini Menteri Kewangan ada mengatakan bahawa dari jumlah kutipan hasil cukai bagi
peranti cecair atau gel bernikotin dan tidak bernikotin yang digunakan dalam rokok elektronik dan vape bagi tempoh dari tahun 2021 hingga Julai 2025, maksud ini data terkini, adalah sebanyak RM288.45 juta. Jumlah kutipan hasil bagi rokok bagi tempoh yang sama adalah sebanyak RM15.02 bilion. Ini maksudnya cukai vape hanya mengumpulkan 1.9 peratus daripada jumlah cukai yang dikenakan terhadap rokok. Ini gap yang saya minta dikecilkan ataupun disamaratakan supaya tidak ada gap antara — tidak ada jurang antara cukai yang dikenakan kepada vape dan rokok. Tadi ada beberapa kebimbangan mengenai kalau sekiranya diharamkan maka ada black market. Yang ini saya pun kongsi kebimbangan ini. Sebab itulah bagi saya kalau kita menuju ke arah pengharaman sekarang ini, Yang di-Pertua, kita kena pastikan penguatkuasaan dijalankan dengan tegas supaya tidak berlaku penyeludupan sepertimana kegagalan kita mengawal rokok seludup. Rokok seludup sekarang kalau ada dua rokok, satu tu rokok seludup. 50 persen lebih adalah rokok seludup. Takkan kita nak tengok vape macam itu. Kalau vape diharamkan dan tidak ada penguatkuasaan tegas...
Yang Berhormat 30 saat, gulung.
Terima kasih. Kalau sekiranya vape diharamkan dan tidak ada penguatkuasaan tegas terhadap yang seludup ini, maka lagi bahaya kalau kita haramkan sekarang sebab bila tidak dikawal penyeludupan maka apa yang akan berlaku ialah jumlah kandungan ataupun benda-benda yang terkandung dalam vape itu, akan jadi lebih berbahaya daripada apa ada sekarang sebab tidak boleh dikawal. Jadi dengan itu, Yang di-Pertua, saya melihat kerajaan ini jangan hilang fokus. Jangan jadikan obsesi kita ialah kepada pengharaman sehingga tak mahu buat apa-apa sekarang. Saya nak lihat ada tindakan tegas yang dilakukan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2026 dan saya harap akan dilakukan penaikan cukai, pengenalan harga minimum dan juga penguatkuasaan yang lebih tegas, bukan pada vape dan juga kepada rokok. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir, saya tidak benar pencelahan ya. Saya persilakan Yang Berhormat Segamat, tiga minit.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Kota Melaka kerana mencadangkan nama. Saya ingin memetik tentang latar belakang jawatankuasa pilihan ini adalah fokus kepada beban kerja di kalangan petugas awam, penggunaan vape di dalam kalangan masyarakat Malaysia, kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan juga Agenda Nasional Malaysia Sihat dan rata-rata rakan-rakan telah menyebut tentang pengharaman vape. Saya mencadangkan supaya tidak perlu merunding, membincang kerana ia telah — sudah sampai masanya di mana kita tidak perlu bincang pasal kenaikan cukai, kita tidak perlu bincang pengawalan. The ultimate di sini adalah untuk kita haramkan seterusnya kerana ia memberi kesan yang besar. Kalau kita melihat laporan WHO, 74 peratus kematian premature death ini adalah punca daripada non-communicable disease. Non-communicable disease ini adalah daripada penyakit jantung, penyakit kencing manis, kanser, penyakit paru- paru dan juga strok. Dan kalau kita melihat di Malaysia, 72 peratus ini premature death is come from non-communicable disease. Ini menunjukkan bahawa gaya hidup Malaysia ini dah sampai ke tahap yang begitu tinggi yang kita perlu memberi perhatian. Yang di-Pertua, saya rasa kita sekarang memberi tumpu bahawa kita perlu naikkan gaji pekerja kesihatan kita, perlu bina hospital baru, kita kekurangan staff nurse dan doktor but the problem here is kita masih produce the sick community. Apakah hala tuju, matlamat yang kita perlu tumpu, itu adalah sangat penting. Kita tidak boleh nak bina hospital baru sedangkan — disebabkan kita ada penyakit. Masalah di sini adalah penyakit itu, setiap hari ada penyakit baru, setiap hari ada pesakit baru dan we have — must have a strong will membuat keputusan bahawa kita harus menangani isu NCD ini. Yang di-Pertua, baru-baru ini, pesakit jantung ya, heart attack mati umurnya 19 tahun tiga minggu lepas.
Ini adalah antara pesakit ataupun kematian yang melibatkan umur yang begitu rendah. Young age. Ini menakutkan sebenarnya. Kalau kita melihat — dulu kita melihat kalau dengar ada orang mati because of heart attack umur 70, 80. Now 19, 20. Dan ini adalah sudah sampai masanya we have to be very serious di mana
kalau kita perlu ambil tindakan tegas, undang-undang sangat penting untuk kita menekankan. Kalau kita melihat kematian ini adalah punca daripada pesakit paru-paru ini. Antaranya adalah vape di kalangan remaja, semakin hari semakin meningkat. Dan kalau kita melihat vape ini Yang di-Pertua, pembuangan vape ini bateri litium ini akan memberi kesan kepada alam sekitar. After next 10 years, 20 years, we will have a very serious problem on this matter. Kita perlu tangani. Keduanya apabila kita telah bersedia untuk mengharamkan, maka perlu ada pelan tindakan untuk ketatkan persempadanan supaya tiada berlaku penyeludupan. We have to do planning from now. Bukan pelan lepas tiga bulan, empat bulan, it’s going to have a big impact. Oleh itu saya bersetuju syor-syor yang diangkat oleh Jawatankuasa, Pengerusinya bahawa kita harus ada pelan tindakan yang tegas supaya kita mengharamkan vape tanpa perbincangan apa-apa kerana we have to give priority to our komuniti rakyat yang lebih sihat, cergas dan kita boleh mengurangkan bebanan kewangan yang kita letak pada Kementerian Kesihatan. Oleh itu saya menyokong. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Segamat.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat. Ahli Jawatankuasa Pilihan Kesihatan untuk menjawab. Tujuh minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya nak memulakan dengan memetik ayat al-Quran surah al-Imran ayat 104. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang yang beruntung”. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada pembahas-pembahas daripada Kota Melaka, Kepala Batas, Batang Lupar, Tasek Gelugor dan Segamat yang secara umumnya mereka semua menyokong di atas cadangan ataupun syor supaya larangan menyeluruh vape di dalam negara kita. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa menegaskan bahawa isu rokok elektronik termasuk vape telah melepasi tahap bukan sebagai sekadar gaya hidup yang moden tetapi sebagai krisis kesihatan awam yang kompleks. Fenomena ini bukan sahaja berpunca
daripada kemunculan teknologi baharu, tetapi diperkukuhkan dengan petikan komersial dan strategi pemasaran yang agresif. Dalam menghadapi situasi ini, Malaysia berdepan keperluan mendesak dan untuk merangka strategi yang tidak hanya menumpu kepada aspek kawalan undang- undang tetapi juga merangkumi advokasi awam pendidikan generasi muda dan mekanisme pemantauan pasaran yang lebih rapi. Penggunaan rokok elektronik bukan sahaja memberi implikasi kepada kesihatan individu tetapi juga membawa kesan jangka panjang terhadap masa depan negara. Peningkatan penyakit kronik akibat produk ini akan menjejaskan tenaga kerja, produktiviti ekonomi serta menambah beban kos yang besar kepada negara. Ada kajian daripada sudut ekonomi yang menyebutkan bahawa sekiranya kita tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap NCD (non-communicable desease) ini termasuklah daripada sudut vape ini sendiri, negara akan kehilangan lebih kurang dalam 4.2 peratus daripada GDP Malaysia. Dan ini lebih kurang dalam 64.2 bilion setahun. Dan ini sebahagiannya adalah secara kos secara langsung kesihatan 12.4 bilion dan kehilangan produktiviti tenaga kerja kita sejumlah RM51.8 bilion. Kalau kita dengar tadi ya, kalau kita lihat bahawa kutipan daripada cukai rokok elektronik daripada tahun 2021 sehingga 2025, kita hanya berjaya mengutip tidak mencapai 300 juta atau secara tepatnya 288.45 juta sedangkan rawatan paru- paru ataupun rawatan luka paru-paru yang disebabkan oleh vape ini, dijangkakan akan mencecah sehingga 360 juta setahun menjelang tahun 2030. Dalam konteks [Tidak jelas] negara-negara lain telah mengambil langkah drastik. Antaranya ada negara yang telah mengharamkan terus dan ada yang mengawal ketat melalui preskripsi perubatan. Malaysia tidak boleh berada di persimpangan terlalu lama. Keputusan dasar yang tidak tegas akan menyebabkan generasi muda terus terdedah kepada risiko ketagihan nikotin yang membawa kesan kepada sepanjang hayat. Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa berpandangan bahawa pengawalan rokok elektronik memerlukan pelarasan yang lebih mantap antara kementerian, agensi penguat kuasa, pihak berkuasa tempatan, sektor pendidikan dan masyarakat. Tiada satu kementerian yang mampu menangani masalah ini secara bersendirian. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menjadi teraju dasar tetapi Kementerian Pendidikan, pihak polis, pihak berkuasa tempatan, agensi perdagangan malah komuniti ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti berganding bahu. Ini menuntut kerjasama whole-of-goverment ataupun whole-of-society.
Jawatankuasa merumuskan bahawa hala tuju negara terhadap isu ini perlu dipaksikan kepada lima terus utama. Pertama, Malaysia perlu menyatakan pendirian jelas bahawa kesihatan awam adalah keutamaan mengatasi kepentingan komersial. Hal ini mesti dizahirkan melalui perundangan dasar dan tindakan. Kedua, akta yang sedia ada mesti diterjemahkan kepada operasi di lapangan secara konsisten. Ia termasuk pemantapan rapi di pintu keluar masuk negara, pasaran fizikal dan juga platform e-dagang. Ketiga, kempen kesihatan mesti bersifat berterusan, kreatif dan seiring dengan cara komunikasi generasi muda. Ini tidak cukup sekadar memberikan amaran tetapi perlu membina aspirasi masyarakat bebas rokok dan bebas nikotin. Keempat, Malaysia perlu memperkukuhkan bukti saintifik melalui kajian klinikal pemantauan kesihatan awam serta mengumpulkan data yang sistematik bagi menyokong sebarang tindakan larangan pada masa depan. Yang kelima, setiap agensi perlu jelas dengan peranan, tanggungjawab dan saluran koordinasi masing-masing. Hanya dengan sinergi rentas kementerian, maka kawalan produk ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Jawatankuasa ini turut menekankan bahawa isu ini tidak boleh dilihat dari lensa kesihatan semata-mata. Kes sosial akibat kehilangan produktiviti, keupayaan tenaga kerja serta implikasi terhadap institusi keluarga adalah sama penting juga untuk diambil kira. Sekiranya Malaysia gagal mengekang gelombang penggunaan vape, negara akan menanggung kehilangan hasil produktiviti generasi muda. Kos pampasan sosial yang tinggi dan peningkatan jurang kesihatan antara golongan bandar dan luar bandar. Dengan erti kata lain, kegagalan bertindak tegas hari ini akan menghasilkan kos berganda pada masa hadapan. Dalam pemasaran persekitaran antarabangsa, Malaysia sedang diperhatikan. Negara jiran seperti Thailand dan Singapura telah melaksanakan dasar larangan yang tegas, manakala Australia meletakkan kawalan preskripsi perubatan. Jika Malaysia kekal dengan pendekatan separa tegas, ia akan memberikan mesej bahawa negara kita menjadi pasaran terbuka dan mudah dimanipulasi oleh industri. Jawatankuasa menegaskan bahawa isu rokok elektrik ialah ujian besar terhadap keupayaan negara melindungi rakyatnya. Malaysia tidak boleh lagi berada dalam keadaan menunggu keputusan dan hasil mesti segera menyeluruh dan tanpa kompromi. Kesihatan awam tidak boleh digadaikan demi kepentingan ekonomi
jangka pendek, malah generasi muda tidak boleh dibiarkan terdedah kepada ketagihan nikotin yang akan merantai hidup mereka. Sistem kesihatan negara pula tidak boleh terus dibebani dengan kos penyakit kronik yang semakin, yang sebenarnya boleh dicegah. Penyata Jawatankuasa ini dengan segala dapatan dan syor yang terkandung di dalamnya merupakan seruan kepada tindakan nasional yang konkrit. Jawatankuasa menggesa agar cadangan ini tidak hanya menjadi dokumen rujukan tetapi diangkat sebagai asas dasar negara. Malaysia mesti berani mengambil langkah bersejarah untuk melaksanakan larangan menyeluruh dan membentuk generasi yang benar-benar bebas daripada rokok elektronik. Inilah komitmen moral, sosial dan politik yang perlu kita sama-sama pikul. Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak mencadangkan supaya penyata Jawatankuasa ataupun Jawatankuasa yang kita wujudkan dalam Parlimen ini adalah satu yang baik yang perlu kita sokong. Pembentangan penyata ini adalah satu yang sangat menarik dan penglibatan perbahasan daripada Ahli Parlimen. Cuma saya nak mencadangkan kalau dapat pihak kementerian, Menteri ataupun Timbalan Menteri akan menggulung supaya apa juga syor-syor yang kita utarakan dan juga perkara-perkara yang saya dengar tadi daripada kelima-lima Ahli Parlimen yang berbahas tadi, banyak isu yang harus dilihat ataupun diambil kira oleh kerajaan untuk membuat sesuatu tindakan. Saya kira dengan itu walaupun mungkin sebahagiannya tidak terpulang kepada Jemaah Menteri untuk memutuskan tetapi saya kira ada benda-benda baik yang boleh kita lihat. Saya melihat contohnya kalau di peringkat Dewan Undangan Negeri, contohnya di Selangor. Kita bahaskan dan EXCO menjawab, menggulung. Dan ia memberikan impak yang cantik dan dia ada respons daripada kerajaan kepada syor-syor daripada Jawatankuasa dan juga apa cadangan juga daripada Ahli Parlimen yang membahas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Dengan sedemikian, Dewan ditangguh untuk berehat dan 2.30 akan dibuka. [Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.10 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(ia) — JAWATANKUASA PILIHAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEUSAHAWANAN, KOS SARA HIDUP DAN PERTANIAN Isu Subsidi dan Insentif serta Penguatkuasaan
Saya seterusnya meminta Yang Berhormat Rasah, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk, “Isu Subsidi dan Insentif serta Penguatkuasaan Sektor Perikanan Laut”. Silakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membentangkan secara lisan dalam Dewan yang mulia ini penyata Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian yang bertajuk, “Isu Subsidi dan Insentif serta Penguatkuasaan Sektor Perikanan Laut”. Penyata D.R.18 Tahun 2025 telah dibentangkan secara dengan meletakkan di atas meja semua Yang Berhormat pada semalam, hari ini saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil beberapa poin utama penting untuk disebutkan secara lisan ini. Jadi sepanjang kami menyediakan penyata ini kami telah berjumpa dengan banyak pihak sebab kami memikirkan bahawa sektor perikanan merupakan satu sektor yang sangat mustahak apabila kita menyebut bukan berkenaan tentang keterjaminan makanan. Sebab sektor perikanan bukan sahaja menyumbang hampir 90.7 peratus, peratus kadar sara diri (SSR) ikan ataupun makanan laut di negara kita malah ia juga menjamin bahawa aliran wang keluar kita sangat kurang kalau di banding dengan jenis makanan yang lain. Jadi sebelum saya membentangkan cadangan daripada kami, kami sebenarnya telah mengadakan beberapa siri libat urus dengan banyak pihak yang terbabit termasuk daripada NGO-NGO, saya boleh namakan di sini Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Pusat Perusahaan-perusahaan Ikan Malaysia (MFIGA) dan Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Malaysia (JARING). Selain itu, pihak jawatankuasa pilihan juga telah mendengar maklum balas daripada beberapa agensi kerajaan yang terbabit antaranya termasuk Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Selain daripada itu, kami juga telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Johor dan bertemu dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor, Jeti Perikanan Pentas Laut di Gelang Patah dan wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Johor bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan sektor perikanan ini. Dan secara rangkumannya, daripada komuniti nelayan yang kami temui termasuk nelayan yang kami temui di Jeti Perikanan Pentas Laut tersebut ada beberapa kebimbangan daripada mereka yang saya utarakan di sini. Pertamanya, kebimbangan terhadap penarikan balik kuota subsidi diesel yang akan meningkatkan kos operasi khasnya untuk nelayan di Zon C2. Kedua, masalah ketirisan subsidi diesel yang berlaku selama ini yang mengakibatkan isu penyelewengan dan dana kerajaan hilang begitu sahaja dan diguna pakai oleh mereka yang tidak sepatutnya ataupun tidak layak. Ketiga, kekangan dan kelewatan proses lesen bot dan kru asing sehingga menjejaskan operasi nelayan, ini melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri. Yang keempat, pencerobohan nelayan asing yang menggunakan teknologi yang lebih canggih yang mengancam kedaulatan negara kita dan keselamatan nelayan-nelayan tempatan dan yang kelima isu penggunaan peralatan tangkapan terlarang seperti bubu naga dan pukat tunda di zon yang tidak dibenarkan yang menyebabkan penindasan kepada nelayan tepi pantai. Persatuan nelayan ketika berjumpa dengan kami telah mencadangkan beberapa tambah baik yang boleh membantu industri ini. Yang pertamanya termasuk teknologi pemantauan digital yang lebih canggih yang membolehkan pemantauan yang sistematik dilakukan. Yang kedua, penangguhan pelaksanaan e- Invois ini melibatkan MOF dan kami telah panjangkan perkara ini kepada MOF supaya pelaksanaannya hanya dilakukan apabila semua pemain industri benar- benar bersedia dengan kelengkapan yang ada. Ketiga, kajian semula had kuasa kuda enjin bot serta pertimbangan menaik taraf vesel laut dalam. Keempat, perancangan strategik keselamatan sempadan laut yang lebih menyeluruh dengan kerjasama yang erat antara semua agensi termasuk APMM, TLDM dan Polis Marin dan yang kelima penstrukturan semula lesen dan permit nelayan baharu bagi mengawal hasil tangkapan dan mengelakkan aktiviti yang tidak berdaftar ataupun gagal dipantau oleh agensi-agensi yang terbabit.
Dato' Yang di-Pertua, sepanjang siri sesi libat urus kami juga telah jumpa beberapa kali dengan Jabatan Perikanan Malaysia termasuk pengurusan tertinggi untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat penting yang berkaitan. Antaranya ialah berkaitan dengan subsidi diesel untuk nelayan Zon A, B dan C yang mencecah 70 juta liter setiap bulan namun wujud isu ketirisan. Benda ini memang diakui dan penyalahgunaan kuota. Manakala subsidi untuk Zon C2 telah dihentikan sejak tahun 2019. Jabatan Perikanan Malaysia juga menekankan bahawa dasar merasionalisasikan subsidi sekarang sedang dirangka dengan pendekatan apungan harga dan subsidi bersasar. Pada masa yang sama, RUU Perikanan (Pindaan) 2025 yang telah diluluskan dalam Dewan yang mulia ini pada 29 Julai yang lepas juga diharapkan boleh meningkatkan tindakan penguatkuasaan khususnya menangani isu IUU illegal unreported dan unregulated fishing. Jawatankuasa turut bukan sahaja dengan KPKM dan agensi di bawah KPKM turut mengadakan sesi dengan KDN sebab ia melibatkan penguatkuasaan dan juga perairan negara, kedaulatan negara dan ia satu cabaran yang saya rasa perlu ditangani dengan lebih tegas supaya kedaulatan kita, kedaulatan negara, tanah air sempadan kita tidak terjejas. Jadi kami juga — satu kami hendak merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang telah memberikan perolehan peralatan baharu kepada agensi terbabit sepanjang RMK12 dan harapan kami supaya peralatan tersebut akan meningkat pada RMK13. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa tambahan untuk saya bacakan secara jelas lapan cadangan syor daripada Jawatankuasa Pilihan bagaimana untuk memperbaiki masalah subsidi dan juga insentif dan penguatkuasaan sektor ini.
Yang pertama, mengukuhkan mekanisme subsidi diesel bagi memastikan penyaluran yang telus dan mengurangkan ketirisan. Sebab, kita tak nak ada dana ataupun dana negara disalahgunakan oleh pihak yang tidak layak. Kedua, memodenkan sektor perikanan melalui penggunaan teknologi seperti vessel monitoring system (VMS), AI dan blockchain. Yang ketiga, pindaan Akta 317 yang baru diluluskan diharapkan dapat membantu pihak berkuasa untuk menangani aktiviti pencerobohan daripada negara asing dan pelanggaran domestik yang berlaku selama ini.
Yang keempat, mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk NEKMAT, JARING, MFIGA dan semua pemegang taruh yang berkaitan termasuk nelayan-nelayan di, tak kira Pandai Barat ataupun Pandai Timur, agar semua peruntukan dalam Akta Perikanan 1985 [Akta 317] boleh diteliti dan dikaji semula mengikut keperluan semasa― sebab, ada yang tak dikaji sejak 40 tahun dulu ― untuk memastikan keberlangsungan sektor perikanan. Seterusnya, yang kelima, memperkasakan keselamatan perairan dengan mempertingkatkan rondaan, mempercepatkan perolehan aset. Sebagaimana yang saya sebutkan, saya harap ada penambahan aset yang banyak di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dengan negara- negara jiran. Keenam, melindungi nelayan-nelayan kecil dengan mempercepatkan proses perlesenan, menyediakan kemudahan jeti komuniti serta memperketatkan penguatkuasaan peralatan tangkapan haram. Ketujuh, menggalakkan sektor akuakultur termasuk proses menyediakan pendanaan, kemudahan teknologi, latihan TVET kepada generasi muda agar sektor akuakultur boleh menjadi alternatif yang berkesan. Dan yang kelapan, kami berharap ada agensi yang boleh membantu diversify ekonomi para nelayan melalui sokongan kepada pembangunan produk hiliran. So, ini lapan cadangan daripada kami dengan harapan ― beberapa harapan kami. Yang pertamanya, supaya SSR untuk makanan laut dan ikan kekal lebih daripada paras 90 percent sepertimana sekarang ada. Yang kedua, kami juga berharap sumbangan daripada akuakultur lebih meningkat dan boleh menyumbang kepada sustainable untuk perikanan dan menggalakkan golongan generasi muda menyertai sektor perikanan kita. Sebab, kita kena mengakui hakikat bahawa makanan laut ataupun ikan merupakan sumber protein yang paling popular dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Ia tanpa mengira latar belakang ataupun di mana. Jadi, SSR itu perlu dipertingkatkan supaya semua rakyat boleh menikmati ataupun makan makanan laut ini dalam keadaan yang lebih baik. Dan harapan saya supaya sektor perikanan ini terus maju, terus mengekang aliran wang keluar, Ringgit Malaysia keluar dan seterusnya memberikan pendapatan ataupun pekerjaan kepada semua yang terlibat. Dan di akhir, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat sepanjang sesi libat urus. Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan semua agensi yang terbabit dalam menyediakan Penyata D.R.18 ini. Dan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan terbuka kepada cadangan. Saya mohon, saya minta ada cadangan daripada pembahas nanti yang boleh tambah baik laporan ataupun cadangan daripada kami supaya akhirnya semua ini akan dapat didengar dan dilaksanakan oleh agensi atau kementerian yang terbabit. Dan selepas perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota JKP kami, YB Gopeng akan memberikan ulasan dan reply yang seterusnya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Senarai pembahas adalah seperti berikut ― YB Beruas, YB Sik, YB Bayan Baru dan YB Mersing. Setiap pembahas diberi masa tiga minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas penyata Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian. Kalau saya mohon untuk lima minit, kalau boleh. Tuan Yang di-Pertua, saya gembira melihat jawatankuasa ini prihatin tentang isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan. Tetapi, saya nampak banyak lagi masalah-masalah nelayan yang tidak diliputi dalam laporan kenyataan ini. Saya berharap jawatankuasa ini akan mengadakan satu lagi mesyuarat untuk perkara-perkara yang akan saya bangkitkan dan saya juga berharap kementerian akan mengambil langkah-langkah serta-merta untuk menangani isu-isu berikut. Perkara pertama, undang-undang yang tidak adil terhadap nelayan-nelayan dan saya meminta pindaan dibuat dengan segera. Ada lima peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985 yang tidak berlaku adil kepada nelayan-nelayan. Peruntukan pertama, seksyen 49(1). Vesel dan peralatan nelayan yang disita dan tidak dituntut dalam satu bulan, apabila tidak ada pendakwaan, akan dilucutkan haknya.
Kedua, seksyen 50(2). Apabila menunggu perbicaraan untuk mengambil balik vesel dan peralatan, buat sementara waktu, tuan punya dikehendaki memberi sekuriti atau jaminan sama nilai atau lebih daripada nilai vesel dan peralatan. Peruntukan ketiga, seksyen 51. Tuan punya mesti membayar kos penahanan dan penjagaan vesel dan peralatan yang ditahan oleh pihak perikanan. Keempat, seksyen 52(1). Mahkamah dimestikan melucutkan hak ke atas vesel dan peralatan apabila didapati ada mana-mana kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah diberikan budi bicara kerana setiap kes, faktanya berlainan. Yang kelima, pindaan yang terbaru yang memperkenalkan seksyen 51A di mana tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap pegawai kerajaan atau kerajaan sungguhpun mereka telah melakukan kesalahan. Dalam pepatah orang Cina yang bermaksud dalam bahasa Inggeris, ingin saya nyatakan peruntukan sedemikian tidak boleh diterima. Dalam bahasa Inggeris dikatakan, people cannot light a lantern but government officials can burn down a house. Inilah undang-undang yang memihak kepada kerajaan yang tidak patut kita gubalkan. Perkara kedua, penyelesaian menyeluruh isu vesel pukat tunda Zon B. Memandangkan kerajaan telah membuat keputusan untuk menghapuskan pukat tunda menjelang tahun 2030, saya menggesa kerajaan supaya membuat satu penyelesaian menyeluruh dan saya cadangkan lesen diberikan kepada mereka untuk tempoh lima tahun yang akan datang dan selepas itu kerajaan membeli balik vesel-vesel yang tidak boleh digunakan lagi. Ini penting kerana baru-baru ini selepas saya berbahas dalam RMK13, saya difahamkan pihak perikanan mengatakan mereka akan memberikan satu tahun lagi untuk nelayan-nelayan ini menukar enjin dan juga memasang AIS atau MTU untuk mengesan kedudukan GPS vesel berkenaan. Bagi saya, untuk membuat satu enjin baharu, dia sangat mahal dan peralatan AIS dan MTU ini juga merupakan perbelanjaan yang agak banyak. Saya mengesyorkan kepada Menteri supaya ― selama ini, Menteri dan perikanan telah membenarkan lesen diperbaharui sungguhpun kuasa kuda enjin berkenaan melebihi yang dinyatakan dalam lesen. Jadi, saya mohon Menteri menaikkan kuasa kuda dalam lesen supaya mereka dapat beroperasi secara sah. Ketiga, vesel yang dibeli dari tempat atau negeri lain perlu dihantar ke tempat asal untuk sukatan sebelum lesen diperbaharui. Ini sangat menyusahkan.
Saya meminta perikanan tempatan diberikan kuasa untuk menyukat dan mengesahkan butir-butir vesel berkenaan dalam proses pembaharuan lesen. Akhir sekali, keempat, kementerian tidak memohon kepada Kementerian Sumber Manusia untuk kuota menggaji pekerja asing. Untuk industri perikanan ini, pekerja asing memang diperlukan dan saya bagi contoh...
Ringkaskan, masa sudah tamat.
Ya, one last sentence. Kementerian Perladangan dan Komoditi telah memohon kepada Kementerian Sumber Manusia dan mereka telah diberikan kuota dan difahamkan, kementerian ini tidak memohon agar kementerian ini dengan segera memohon kepada KESUMA, Kementerian Sumber Manusia untuk mendapat kuota agar kita dapat pekerja yang sah kerana kalau tak ada pekerja langsung, mereka akan gunakan pekerja yang tidak ada permit. Sekian, terima kasih atas keprihatinan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum warahmatullah, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut serta dalam perbahasan berhubung penyata Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian berkaitan isu subsidi, insentif serta penguatkuasaan sektor perikanan laut. Tuan Yang di-Pertua, laporan ini amat penting kerana ia menyentuh soal kelangsungan hidup lebih 112,000 orang nelayan berdaftar dengan Jabatan Perikanan serta melibatkan keselamatan makanan negara. Justeru, saya ingin membawa lima perkara pokok untuk perhatian Dewan yang mula ini. Pertama, isu ketirisan subsidi diesel nelayan. Laporan menyebut kerajaan membelanjakan lebih RM1.06 bilion pada tahun 2024 untuk 688 juta liter diesel bersubsidi. Namun, wujud kebimbangan mengenai ketirisan apabila sebahagian subsidi disalah guna oleh pihak yang tidak berkelayakan. Tuan Yang di-Pertua, kegagalan kita membendung ketirisan ini menyebabkan nelayan tulen terus terhimpit, sementara mereka yang tidak turun ke laut menikmati subsidi ini. Saya ingin tegaskan sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan sistem
kawalan digital sepenuhnya termasuk vessel monitoring system (VMS) dengan izin, integrasi pangkalan data nelayan dan penggunaan e-wallet khusus supaya setiap liter diesel bersubsidi benar-benar sampai kepada nelayan yang berhak. Kedua, pendapatan dan taraf hidup nelayan. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pendapatan purata isi rumah negara ialah RM7,354 sebulan pada tahun 2022. Tetapi realitinya, pendapatan purata nelayan pantai hanya sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Jurang ini amat membimbangkan walaupun kerajaan menyalurkan subsidi dan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada 35,000 nelayan. Hakikatnya, kehidupan mereka masih dalam kategori miskin relatif. Saya ingin menyatakan masalah ini berpunca daripada struktur pasaran ikan yang tidak adil di mana orang tengah mengaut untung besar, manakala nelayan mendapat bahagian yang sangat kecil. Kerajaan perlu segera memperkukuhkan sistem pemasaran ikan nasional melalui koperasi nelayan, pemerkasaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta platform digital supaya harga yang diterima nelayan adalah lebih adil. Ketiga, isu pencerobohan nelayan asing dan illegal, unreported and unregulated fishing (IUU) fishing, dengan izin. Laporan menyebut antara tahun 2020 hingga 2024, 515 kes pencerobohan vesel nelayan asing ditahan, majoritinya daripada Vietnam. Kerugian hasil laut akibat IUU dianggarkan mencecah RM6 bilion setahun. Terbaru, seperti yang sedang di-viral di media sosial, pencerobohan nelayan Indonesia di kawasan perairan nelayan tempatan di Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, angka ini bukan kecil. Nelayan tempatan bukan sahaja bersaing dengan kos operasi tinggi, malah berhadapan ancaman rompakan, kekerasan dan kehilangan hasil akibat nelayan asing yang menceroboh. Saya ingin tegaskan bahawa kelemahan utama ialah kekurangan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan koordinasi dengan pasukan Polis Marin. Kerajaan wajar menambah bot ronda berkelajuan tinggi, radar dan dron serta memperluas rondaan bersama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Keempat, ketidakselarasan dasar subsidi dan peranan LKIM. Subsidi diesel, insentif tangkapan dan elaun sara hidup diagih oleh pelbagai kementerian dan agensi, namun tiada penyelarasan tunggal. Akibatnya, wujud fenomena nelayan atas kertas, mereka yang berdaftar untuk mendapat subsidi tetapi tidak turun ke laut. Laporan juga menunjukkan 316 diesel tertangguh pembaharuan lesen yang menyebabkan kelewatan saluran subsidi. Saya mendesak kerajaan agar
mewujudkan pangkalan data nasional nelayan tunggal menghubungkan Jabatan Perikanan, LKIM, KPDN, APMM dan LHDN supaya tiada lagi penipuan dan ketirisan. LKIM juga mesti diperkasa semula agar benar-benar menjadi benteng kebajikan nelayan. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, kita juga jangan lupa bahawa sektor perikanan menyumbang hampir 90 peratus kadar sara diri, SSR negara dengan pengeluaran lebih 1.4 juta tan metrik ikan setahun. Namun, Malaysia masih mengimport sekitar 25 peratus bekalan ikan untuk menampung keperluan rakyat. Jika masalah subsidi, ketirisan, penguatkuasaan dan pendapatan nelayan tidak diselesaikan, maka sekuriti makanan negara akan terancam. Nelayan bukan sekadar penerima bantuan tetapi sebenarnya adalah frontliner keselamatan makanan negara. Kerajaan mesti mengubah pendekatan daripada subsidi jangka pendek pada pelaburan strategik seperti pemodenan vesel, industri hiliran perikanan dan pengembangan akuakultur moden. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, laporan JKPK ini memberi isyarat jelas bahawa kerajaan perlu bertindak lebih serius, hentikan ketirisan, tingkatkan penguatkuasaan, selaraskan dasar dan perkasakan nelayan. Mereka adalah wira laut, wira makanan negara. Jangan biarkan mereka terus hidup di laut yang kaya. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Puan Speaker, saya nak minta izin untuk welcome pelawat at the back. Selamat datang kepada pasukan DEFC Wilayah Persekutuan dan juga kawan saya CK. [Tepuk]
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya, Bayan Baru, sangat bangga untuk membahaskan isu subsidi dan insentif serta penguatkuasaan sektor perikanan laut oleh JKPK Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian. Terlebih dahulu, Bayan Baru ingin memberi penghargaan yang tertinggi kepada para nelayan yang mengharungi laut yang bergelora, membawa tangkapan balik, menjadikan satu, menjaga food security negara dan akhirnya rakyat Malaysia menikmati makanan ikan dan juga laut yang begitu berkualiti demi
kesejahteraan negara. Saya ada sedikit pengalaman dalam Kementerian Pertanian, jadi saya ingin fokus kepada beberapa isu utama. Nombor satu adalah tentang sustainability. Kita tahu bahawa lautan kita sekarang overfishing, jadi kita sudah dalam red zone. Jadi, itu sebab nelayan keluar ke laut pun, mereka tidak mendapat tangkapan yang mencukupi dan memang sara hidup mereka sangat rendah kerana overfishing. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya harap bahawa kementerian dan juga JKPK untuk mempertimbangkan bahawa closed season and open season kerana kita tahu bahawa di negara lain termasuk negara maju, termasuk juga Thailand dan Vietnam, mereka mempunyai closed season dan open season. Kalau kita tengok di Pantai Timur, apabila selepas musim tengkujuh atau musim monsun, lepas itu tangkapan ikan naik. Jadi, ini bermaksud bahawa closed season dan closed season itu memang memulihkan stok ikan. Jadi di Pantai Barat pula, kita tidak melaksanakan closed season itu yang menyebabkan bahawa kita tangkapan rendah. Kedua, isu adalah tentang Zon B. Saya difahamkan bahawa kementerian mempunyai rancangan untuk memansuhkan Zon B. Saya ingin melahirkan kekhuatiran saya kepada pemansuhan Zon B menjelang selepas 2030 kerana ini adalah isu food security. Zon B, dia membawa hasil lebih kurang 40 peratus ikan, tangkapan ikan, landing. Kalau kita memansuhkan zon itu, maka tangkapan akan berkurangan dan ini akan menyebabkan harga ikan naik. Jadi, kalau kita tidak ada penyelesaian yang tuntas atau yang baik kepada Zon B, kalau memansuhkan begitu sahaja, dia akan menyebabkan masalah food security. Ketiga adalah tentang subsidi diesel. Saya, kita tahu bahawa kerajaan berbelanja lebih daripada satu bilion tiap-tiap tahun dari segi subsidi tetapi kita tahu bahawa apa yang berlaku di laut adalah out of control dan selalunya ada ketirisan. Jual diesel dan sebagainya. Ini berlaku dan sebenarnya saya rasa subsidi itu telah menyebabkan kita telah menghabiskan atau membazirkan duit berbilion-bilion ringgit pada tempat yang tidak betul kerana kalau kita menggunakan subsidi satu bilion tersebut dan betul-betul digunakan untuk meningkatkan vesel, pemodenan vesel, bagi kepada nelayan-nelayan yang ingin maju ke depan.
Saya percaya, saya yakin dengan RM1 bilion itu kita punya vesel, nelayan- nelayan di tepi pantai semuanya itu sudah maju. Semua bot baharu, semua enjin baharu. Kenapa kita nak bagi subsidi diesel? Tetapi apa yang berlaku adalah
sebahagian itu telah dibazirkan dengan penyeludupan, ketirisan yang berlaku. Jadi saya rasa it’s a wrong investment. Yang penting adalah pemodenan vesel, bagi vesel yang baharu dan mereka boleh keluar ke laut yang lebih dalam untuk mendapatkan ikan tangkapan yang lebih banyak. Tangkapan ini sudah semestinya meningkatkan sara hidup mereka. Tak payahlah kita selalu subsidi. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya kita kena secara, you know, berperingkat-peringkatlah, bukan sekejap sahaja. Tetapi duit itu kena di had — disalurkan kepada tempat yang betul, pemodenan vesel bagi semua nelayan bot yang berdaya maju. Itu yang saya harapkan.
Masa sudah tamat.
Ya. Akhir sekali adalah aquaculture. Kita tahu bahawa aquaculture ini amat penting dan kerajaan menyasarkan 50 peratus aquaculture. Hanya negeri Pulau Pinang berjaya mendapat, mencapai 50 peratus SSR untuk aquaculture. Saya harap bahawa di negeri lain, sebab aquaculture ini lain, nelayan itu, dia perlukan modal, dia kena modal pusingan untuk menceburi industri aquaculture dan dia macam satu kilang, dia kena ada monitoring, dia kena tengok dan sebagainya. Jadi, perlu ada training yang betul. Kalau negara ingin memajukan industri aquaculture, dia kena ada another set of skill set dan juga dari segi management. Jadi saya harap bahawa, kursus-kursus aquaculture ini dan terutamanya dari segi business, running of the operation itu, harus ditunjuk ajar kepada nelayan yang ingin menceburi aquaculture. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput, Yang Berhormat Mersing.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai subsidi, insentif serta penguatkuasaan sektor perikanan laut yang amat dekat dengan rakyat khususnya nelayan di kawasan saya, Mersing. Pertama, isu subsidi diesel. Laporan telah mendedahkan masalah besar berkaitan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi. Kuota diesel nelayan Zon C telah diturunkan daripada 20,000 liter kepada 17,000 liter, manakala Zon C2 tidak menikmati subsidi langsung. Bagi nelayan Mersing khususnya di Endau, keadaan ini
sangat menekan. Mereka terpaksa mengurangkan jumlah trip ke laut, sedangkan kos operasi tetap tinggi. Saya mendesak kerajaan memastikan subsidi bersasar hanya kepada nelayan aktif dan jangan sampai mereka yang benar-benar bergantung hidup pada laut menjadi mangsa. Saya juga mohon agar kerajaan mengkaji semula isu ketidakcukupan kuota dan memberi kuota minyak mengikut keperluan operasi sebenar bot laut dalam, bukannya pengiraan pukal. Kedua, isu penguatkuasaan dan keselamatan laut. Laporan ini mengesahkan bahawa aset dan anggota APMM tidak mencukupi untuk mengawal keluasan perairan negara yang besar. Di Mersing sendiri, nelayan ada melaporkan pencerobohan daripada bot nelayan asing. Saya cadangkan, kerajaan menambah aset rondaan, memperkukuh operasi bersama APMM, TLDM dan PMM, PPPM, serta memperluas penggunaan teknologi seperti vessel monitoring system dan drone laut untuk memantau perairan secara real-time. Selain itu, di Mersing, nelayan juga merungut bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap bot tempatan kadangkala terlalu keras di mana bot ditahan hingga setahun lamanya yang akhirnya menjejaskan periuk nasi keluarga dan pekerja mereka. Saya cadangkan agar hukuman berbentuk penggantungan lesen sementara atau kompaun berpatutan diperluas, bukannya penahanan lama yang menjerut nelayan kita sendiri. Ketiga, isu lesen dan birokrasi. Proses pembaruan lesen bot terlalu lama, mengambil masa sehingga dua ke tiga bulan. Nelayan khasnya di Mersing memohon supaya sistem dipermudah kerana kelewatan ini menyebabkan mereka tidak boleh turun ke laut. Kerajaan perlu segera mempercepatkan pelaksanaan sistem eLesen 2.0 agar nelayan tidak terikat dengan birokrasi yang melambatkan rezeki mereka. Dan keempat, isu tenaga kerja dan PLKS. Kelewatan dalam pengeluaran pas lawatan kerja sementara bagi kru asing juga membebankan pengusaha bot. Tempoh menunggu terlalu panjang hingga operasi bot tergendala dan gaji kru tetap perlu dibayar. Saya menggesa agar Jabatan Imigresen bersama kementerian berkaitan dapat menyegerakan kelulusan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gopeng, Ahli Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian untuk menjawab.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Sebelum saya mulakan ucapan, izinkan saya dengan suka citanya mengalu-alukan kesampaian kumpulan komuniti MADANI, FELDA Palong 4, 5 dan 6 daripada Parlimen Jempol.
[Dewan tepuk]
Terima kasih. Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk memberikan ucapan penggulungan bagi sesi penerangan penyata yang dibentangkan oleh Pengerusi pada pukul dua setengah tadi. Dan isu yang dibawakan oleh empat orang Yang Berhormat termasuk Beruas, termasuk Sik, termasuk Bayan Baru dan Mersing, saya memang alu-alukan. Dan, ada beberapa isu yang dibangkitkan juga — sebenarnya kami pernah membawa dalam mesyuarat jawatankuasa. Dan seperti YB Beruas, YB Mersing, kawasan adalah kawasan yang ada ramai nelayan, yang sudah tentu cakna dalam isu ini. Saya alu-alukan aspek teknikal yang dibawakan oleh YB Beruas tadi. Dalam banyak-banyak seksyen yang disebutkan oleh beliau tadi, sebenarnya saya ada maklum balas daripada kementerian, tetapi saya rasa mungkin bukan bawah bidang kuasa saya pun untuk memberikan jawapan secara rasmi mewakili kementerian, tetapi saya rasa penting untuk dibangkitkan. Dan Yang Berhormat Beruas telah pun dimasukkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas dan mesyuarat ini boleh kita terus dipanggil untuk sesi kedua, ketiga dan keempat. Saya harap bagi Timbalan Menteri Pertanian pun ada di sini, dia dengar secara bersungguh-sungguh dan gigih. [Dicelah] Menteri pun ada juga, ha, dan sudah tentu kementerian akan memaklumkan perkara ini dan akan kita terus berbicara dalam jawatankuasa pilihan khas kemudian dalam sesi-sesi yang lain. Tapi, sebenarnya isu yang dibicarakan dalam jawatankuasa sudah tentu isu ini bukan sesuatu isu yang baru. Tetapi isu yang penuh dengan pelbagai konflik ini, bagaimana kita nak cari satu jalan keseimbangan. Daripada aspek nelayan, daripada aspek penguatkuasaan untuk mengawal, memastikan sumber protein hasil laut kita mencukupi dan dari aspek rakyat keseluruhan boleh menikmati hasil laut pada harga yang mampu milik, berpatutan itu selalunya dia akan ada konflik. Itu sebab apabila kita bertemu dengan nelayan, bertemu dengan NGO, bertemu dengan agensi-agensi kerajaan dan juga wakil-wakil yang berkaitan itu, dia ada satu percanggahan yang sangat jelas. Dan kita harus mencari satu keimbangan dalam tiga asas yang penting iaitu:
(i) kehidupan dan pendapatan nelayan yang bergantung kepada kos operasi yang terkawal; (ii) kedaulatan perairan negara yang terancam oleh pencerobohan nelayan asing; dan (iii) adalah kepentingan rakyat untuk mendapatkan bekalan ikan yang stabil pada harga yang berpatutan. Dan jawatankuasa telah pun mendengar pandangan-pandangan semua pihak dan dengan itu, kita telah pun mengemukakan beberapa syor yang utama yang merangkumi beberapa perkara yang berkaitan. Pertamanya, adalah tentang isu yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat tentang penyaluran subsidi insentif yang lebih telus, bersasar dan berasaskan data yang lebih tepat bagi mengelakkan ketirisan berlaku sewaktu penyaluran subsidi insentif dan sebagainya. Dan ia merangkumi syor-syor untuk mempertimbangkan subsidi berdasarkan kepada produktiviti ataupun hasil tangkapan. Kita pernah bicarakan dalam perkara ini, bukan hanya berdasarkan kepada lesen yang ada, tetapi kita boleh lihat kepada kalau pendekatan rasionalisasi semula subsidi itu boleh mengambil kira daripada sudut itu supaya betul-betul yang dapat hasil tangkapan laut itu akan diganjarkan dengan subsidi dan insentif yang berkaitan.
Dan keduanya adalah termasuk juga memohon pihak kementerian untuk mengambil kira permohonan pemegang lesen untuk vesel C2 itu dapat permohonan kuota subsidi kepada mereka. Dan untuk kedua adalah pemodenan sektor perikanan melalui teknologi digital dan pemantauan satelit. Kita merangkumi juga cara untuk menambah baik skim pembelian balik dan galakan naik taraf vesel serta pampasan. Sebab dikatakan tadi YB Bayan Baru dibimbang Zon B akan dihapuskan walau pun sekarang kami tahu untuk penghapusan Zon B ini hanya untuk pukat tunda saja tetapi adalah baik dalam jangka panjang sebenarnya kerajaan perlu lebih menggalakkan kepada nelayan-nelayan untuk menerokai ke kawasan-kawasan yang lebih daripada C untuk lihat kepada hasil laut yang lebih premium dan bernilai tinggi. Itu sebab agak penting untuk kita ada skim pembelian balik, galakan naik taraf serta pampasan yang menggalakkan kepada nelayan-nelayan yang sedia ada. Dan keduanya adalah permudahkan permohonan melalui sistem dalam talian. Dan ketiga, menambah baik kemudahan di jeti perikanan seperti tempat penyimpanan ikan dan sebagainya.
Untuk ketiga, sudah tentu tentang pindaan undang-undang bagi maksud memperkukuhkan kerja-kerja penguatkuasaan. Kalau kita lihat Rang Undang- undang (RUU) Perikanan (Pindaan) 2025 telah pun dibentangkan dan kita anggar dia boleh mengatasi masalah yang mana kita dianggarkan kerugian RM823 juta ekoran daripada pencerobohan nelayan asing bagi tempoh 20 hingga 2024. Sebenarnya selalu menjadi pertikaian dalam isu nelayan dan penguatkuasaan itu selalunya dia bukan setakat hanya timbul isu dalam akta saja, sebenarnya banyak technical aspect yang berbangkit dia asalnya daripada peraturan-peraturan ataupun kaedah-kaedah yang berkaitan dalam sektor perikanan. Kalau lihat yang berkaitan peraturan itu yang berkaitan dalam pertanian — perikanan dia lebih kurang 30 peraturan perikanan yang selalunya akan ada controversial diperdebatkan seperti peraturan pelesenan, vesel penangkapan ikan tempatan, peraturan larangan cara menangkap ikan dan sebagainya. Keempat, peningkatan aset untuk pasukan keselamatan laut negara dan pasukan penguat kuasa. Kita syorkan pengisian jawatan pasukan penguat kuasa serta perolehan aset-aset baru bagi tujuan penguatkuasaan dipercepatkan. Dan kita juga syorkan supaya sistem pengawasan perairan negara yang berteknologi tinggi dan disepadukan. Kelima adalah perlindungan kepada nelayan-nelayan kecil serta menggalakkan diversifikasi ekonomi melalui akuakultur serta produk hiliran yang berkaitan. Dan — Timbalan Speaker, saya minta dalam dua minit lagi, sedikit lagi. Kejap lagi.
Sila gulung.
Baik. [Ketawa] Kami menghargai usaha KPKM dalam melanjutkan tempoh setahun bagi mereka yang ingin menangani isu had kuasa kuda enjin vesel Zon B. Akan tetapi memang kami dimaklumkan juga masih ada masalah-masalah teknikal di bawah seperti mereka yang nak perbaharui lesen, dia punya kuasa enjin kena dinyatakan dalam buku lesen, itu kena tambah dia kena dapat kelulusan daripada HQ dan sebagainya. So, selalunya dasar itu sudah ada tetapi technical aspect itu dia belum take order on the ground. Tidak berlaku apabila kerja-kerja itu dijalankan di lapangan. So, perkara-perkara itu pun selalu akan menjadi pertikaian. Saya rumuskanlah. Sebenarnya ada panjang lagi tapi saya ingin nak rumuskanlah. Jawatankuasa berpandangan bahawanya syor-syor yang dikemukakan dalam penyata ini dan setelah mendengar perbahasan tadi,
sememangnya kita perlu mencari satu jalan keseimbangan jalan tengah yang terbaik untuk mengimbangi kepentingan fiskal negara dan kebajikan nelayan serta sudah tentu tentang kelestarian sumber laut dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar Dewan Yang Mulia ini memberikan perhatian yang serius terhadap cadangan jawatankuasa dan Menteri ada, Timbalan Menteri ada dan pengarah DOF pun ada kat belakang. Saya harap perkara ini tidak boleh terus dibiarkan dan berlarutan supaya kita boleh mengambil langkah lebih awal memastikan sektor perikanan ini akan terbela dalam masa depan dan pada masa yang sama kita harus mempertahankan kedaulatan perairan negara kita. Akhir kata saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YB-YB yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan sudah tentu kepada semua agensi yang membantu dan kepada pihak-pihak berkepentingan yang sudi datang untuk sesi pendengaran dalam Jawatankuasa Pilihan Khas ini merupakan nilai ataupun jasa yang baik yang menyumbangkan kepada sektor perikanan. Sekian, terima kasih, Timbalan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada pengerusi-pengerusi jawatankuasa pilihan pada hari ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN NEGARA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [26 Ogos
Saya akan baca senarai pembahas kerana ada sedikit perubahan pada senarai semalam. YB Pulai, YB Pokok Sena, YB Tebrau, YB Pematang Pauh, YB Betong, YB Maran, YB Rasah, YB Kuala Krai, YB Hulu Selangor, YB Sandakan, YB Merbok, YB Jempol, YB Kulim- Bandar Baharu, YB Tampin, YB Tumpat, YB Kluang dan YB Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Pulai, masa lima minit.
Terima kasih, Timbalan Speaker kerana izinkan Pulai untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Pendaftaran Negara 1959. Pendekatan biometrik adalah pendekatan yang baik di mana pengenalan diri dalam kad pengenalan akan ditingkatkan. Sebelum ini hanya menggunakan pengenalan ibu jari saja di mana kita maklum bahawa penggunaan pengenalan ibu jari ini sebenarnya ataupun thumb print ini mudah diselewengkan dan ada sebahagian daripada kita yang mungkin bekerja berat dan sebagainya tidak boleh dikesan melalui ibu jari ini kerana telah mengalami kerosakan pada jalur-jalur di dalam ibu jari itu. Jadi sekarang penambahan melalui wajah, iris dan 10 jari ini ia akan dapat mengelakkan daripada pemalsuan. Dan maknanya IC itu benar-benar nanti mewakili kepada individu yang terbabit di situ, tidak ada lagi pemalsuan, insya- Allah. Yang keduanya, Pulai ingin menyentuh banyak juga disentuh oleh Ahli Parlimen yang lain berkenaan dengan keselamatan dan kebocoran data ini. Dan kes MySejahtera juga pernah menimbulkan keraguan apabila wujud isu akses luar kawalan kepada data pengguna selain cubaan serangan sebanyak 1.12 juta untuk memasuki MySejahtera. Data JPN ini tentulah akan dikongsi bersama dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan untuk tujuan pengesahan. Mungkin pergi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, mungkin pergi ke agensi-agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya. Tapi soalnya bagaimana ia nya boleh ada satu jaminan di sana tidak adanya kebocoran maklumat ini kerana bila ada kebocoran maklumat ini, dia dah berbeza dengan apa yang sebelum ini. Kalau sebelum ini menggunakan thumb print ini, kita tidak begitu besar kesannya. Tapi kalau menggunakan wajah dan iris ini ia nya memberi kesan lebih serius lagi kerana dalam — umpamanya dalam teknologi yang terkini ini penyakit itu sebenarnya boleh dikesan melalui anak mata ini. Contohnya macam penyakit diabetes ataupun penyakit tekanan darah tinggi, kanser dan sebagainya boleh dikesan melalui mata ini. Jadi, kalau kebocoran itu maklumat itu berlaku maka sebenarnya penyakit- penyakit ini, penyakit rakyat Malaysia ini akan dapat diketahui oleh penggodam ini pula. Ini satu yang merbahaya kepada negara kita. Sebab itu Pulai ingin satu jaminan
daripada JPN bagaimana ia boleh mengelakkan daripada data ini bocor dan dapat digodam oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Ketiganya, dari segi pemalsuan kad pengenalan ini, sebelum ini pernah berlaku dan ini menzalimi rakyat. Sepanjang tahun 2021 hingga April 2025 sebanyak 756 tangkapan telah dibuat melibatkan pelbagai kesalahan di bawah JPN ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 40 peratus telah didakwa atas kesalahan di bawah peraturan 25(1)(e) melibatkan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.
Soalannya adalah ― apa ciri-ciri baru kad pengenalan ini bagi generasi baharu ini yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan dan apakah kelebihan-kelebihan MyKad yang― berbanding dengan MyKad yang sedia ada sekarang? Tentulah ada ciri-ciri baharu yang akan ada ini. Apakah ciri-ciri baharu itu yang boleh digunakan untuk mengelakkan daripada pemalsuan ini? Keempatnya dari segi ― mengikut Akta 78, memasukkan seksyen baru melibatkan kesalahan yang boleh dikompaun. Dan antaranya adalah apabila pemilik kad pengenalan ini tidak update, tidak mengemas kini alamat itu. Jadi, ini sebenarnya perkara yang biasa berlaku di kalangan rakyat Malaysia ini kerana, pada mereka, untuk update maklumat itu bukan sesuatu yang penting. Jadi, bagaimana ya, bagaimana kita nak mempastikan bahawa proses update ini berlaku dengan baik dan rakyat yang dikompaun itu tak terlalu ramai? Kerana ini adalah perkara biasa yang pernah berlaku sebelum ini. Tentulah ada mekanisme untuk mengelakkan daripada rakyat tidak meng-update data mereka. Dan yang kelimanya, yang terakhir, adalah satu soalan daripada saya, daripada Pulai adalah teknologi DNA ini telah digunakan oleh banyak negara-negara maju seperti UK, USA, China dan sebagainya. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk menggunakan DNA pula sebagai satu identifikasi kepada pengenalan seseorang individu? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, saya mempunyai beberapa isu yang ingin disentuh berkenaan dengan RUU ini.
Walaupun soal jaminan terhadap risiko keselamatan, pencerobohan data dan sebagainya telah dijelaskan, namun kebimbangan awam terhadap salah guna data ini tetap tinggi. Itu satu perkara yang mustahak untuk diteliti. RUU ini penting demi keselamatan negara. Pada saya, tidak ada masalah untuk kita menyokong. Namun, timbul kesangsian ketika ini ialah ia boleh membawa kepada pengawasan berlebihan. Rakyat mahu keseimbangan antara hak privasi rakyat dan kepentingan keselamatan nasional mesti betul-betul jelas serta dijamin bahawa penggunaan data ini hanya untuk tujuan yang sahih dan tidak boleh disalahgunakan. Selain isu keselamatan dan pencerobohan data yang membimbangkan kebelakangan ini, apa yang saya ingin bangkitkan juga adalah mengenai penyelarasan platform data dalam kalangan agensi itu sendiri. Saya meneliti pelaksanaan MyDigital ID pada fasa-fasa awal ini yang menyasarkan kepada pelaksanaan subsidi bersasar, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya. Persoalannya, bagaimana pula dengan PADU dan BUDI yang telah dilaksanakan sebelum ini? Bagaimana penyelarasan dalam kalangan agensi dilakukan supaya setiap fungsi itu tidak bertindih? Mengapa fungsinya bersimpang siur dan tidak dioptimumkan dengan terancang? Dan apa yang ironinya di sini juga adalah ketiadaan koordinasi dan perancangan yang lebih sistematik. Dalam satu masa, kita memperkenalkan PADU dan memaksa rakyat serta semua pihak mengisi PADU kerana kononnya akan digunakan sebagai pangkalan data asas rakyat. Tiba-tiba, kementerian perkenalkan pula BUDI. Sekarang seolah-olah mengundur ke belakang pula dengan MyDigital ID yang bersifat lebih menyeluruh. Dalam hal ini, saya juga ingin mengetahui kos perolehan keseluruhan yang diberikan kepada syarikat dalam membangunkan data MyDigital ID ini. Puan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang saya ingin sentuh adalah berkenaan perlindungan terhadap AI generator yang digunakan dalam pemalsuan wajah dan platform AI yang lain. Baru-baru ini, Kerajaan Denmark memperkenalkan suatu undang-undang hak cipta yang memberikan fokus khusus kepada perlindungan data peribadi terhadap tubuh badan, bentuk muka, suara dan sebagainya, bagi menangani video-video AI-generated. Kalau kita tengok kebelakangan ini, banyak video-video AI diterbitkan yang menggunakan penampilan perseorangan dan suara yang menggunakan suara- suara orang tertentu. Jadi, undang-undang hak cipta ini ibaratnya melindungi setiap
rakyat Denmark daripada dijadikan mangsa penampilan dalam AI-generated video dan sebagainya. Saya ingin tahu jika kementerian juga mempunyai hasrat ke arah yang sama seiring dengan data biometrik yang disentuh dalam pindaan akta ini. Apa yang penting, kita tidak mahu data-data ini disalah guna oleh pihak yang berkepentingan kelak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tebrau berdiri hari ini untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang- undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025. Pindaan ini bukan sekadar penambahbaikan kepada sistem pendaftaran negara yang sedia ada, tetapi merupakan langkah penting ke arah Malaysia yang lagi cekap, moden dan berdaya saing dalam era pendigitalan global, merupakan satu langkah untuk kita menuju ke MyDigital ID. Hari ini kita hidup dalam zaman di mana kekuatan sesebuah negara bukan lagi hanya bergantung kepada sumber asli atau kedudukan geografi, tetapi juga kepada keupayaan negara itu untuk mengurus dan memanfaatkan data. Digital ID ialah kunci utama untuk membuka pintu transformasi pentadbiran awam yang lebih pantas, selamat dan responsif. Tuan Yang di-Pertua, ramai di sana akan bertanya kalaulah kita sudah ada MyKad, kenapa kerajaan perlukan kita ada satu MyDigital ID Nasional. Persoalan ini wajar tetapi penting untuk kita fahami dan akui bahawa MyKad ini dia hanyalah satu kad statik fizikal sahaja. Sebaliknya, digital ID adalah sistem pengesahan identiti atas talian yang membolehkan rakyat berinteraksi dengan kerajaan dan perkhidmatan digital dengan selamat dan, paling pentingnya, pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Kita tengok negara-negara seperti Estonia, Denmark, Singapura telah membuktikan keberkesanan sistem ini. Menurut Laporan Indeks Pembangunan Kerajaan Digital oleh PBB pada tahun 2022, negara-negara ini konsisten berada di kedudukan teratas kerana mereka telah mengintegrasikan digital ID ke dalam seluruh sistem pentadbiran mereka. Contohnya di Estonia, 95 peratus perkhidmatan kerajaan kini dilakukan secara digital termasuk urusan Parlimen, cukai dan kesihatan.
Maka, di Malaysia, sudah tiba masanya kita bergerak ke hadapan. Dengan adanya digital ID, kita berpeluang, bagi saya, untuk kita membina satu platform nasional yang boleh menyatukan semua perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi mudah alih yang kita boleh panggil super app national. Bayangkan, Yang di-Pertua, kalaulah kerajaan mempunyai satu app rasmi kerajaan, di mana rakyat boleh mengemas kini alamat pada kad pengenalan, membayar cukai, memohon bantuan kewangan dan membuat janji temu hospital. Bayangkanlah ada satu app di mana hanya boleh diakses melalui satu national ID. Kini, kerajaan kita ada beberapa app berasingan. Contohnya, MyJPJ. Contohnya, MyBorderPass di bawah imigresen. Bayangkanlah kalau kita ada satu app sahaja yang hanya boleh dimasuk melalui my national ID untuk kita mengawal kesemua apps ini. Lebih baik. Kita boleh contohi Singapura yang mempunyai aplikasi rasmi mereka, LifeSG, yang telah menggabungkan lebih 70 perkhidmatan kerajaan. Melalui aplikasi ini juga, baucar CDC mereka diagihkan secara automatik kepada rakyat yang layak tanpa perlu isi borang, tanpa pengesahan manual. Sistem terus mengenal pasti kelayakan dan mensalurkan bantuan terus ke tangan rakyat. Prosesnya cekap, cepat dan bebas daripada apa-apa penipuan.
Super app ini bukan sahaja boleh memudahkan rakyat, malah memberi manfaat juga kepada kerajaan. Dengan data yang tepat, kerajaan boleh merancang dasar awam atau dasar polisi yang lagi baik untuk rakyat. Kita boleh mengagihkan bantuan dengan lebih adil dan memberi respons segera dalam keadaan kecemasan. Bayangkanlah maklumat-maklumat yang penting, contohnya seperti dasar kerajaan, bantuan kerajaan seperti SARA, kita boleh tujukan dalam super app ini yang hanya boleh akses oleh national ID supaya maklumat yang sahih dan betul boleh sampai ke tangan rakyat dan tidak ditipu oleh scammer di luar. Tapi saya juga sedar, Yang di-Pertua, langkah ini akan datang dengan risiko juga. Isu kebocoran data, penyalahgunaan maklumat peribadi dan kehilangan kepercayaan rakyat turut menjadi kebimbangan saya. Maka saya haraplah kerajaan boleh mengetatkan sistem sekuriti itu dan kita kena pastikan semua data yang kita dapat melalui my national ID dan super app ini, dia kena dibangunkan dan dia kena dikendalikan oleh kerajaan. Data-data ini kena milik kerajaan dan tidak boleh dimiliki oleh pihak ketiga atau syarikat swasta.
Saya cukup yakin dengan adanya national ID ini, Malaysia boleh bergerak ke depan dan dengan adanya super app ini, saya haraplah Malaysia boleh berdiri depan di negara dan kita boleh bangga dengan usaha-usaha kerajaan ini. Dengan itu, Tebrau mohon untuk menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang kepada Permatang Pauh untuk perbahasan petang ini. Tuan Yang di-Pertua, pada kefahaman saya, tujuan utama pindaan Akta 78 ini adalah untuk menjadi punca kuasa kepada pelaksanaan MyDigital ID yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun lepas. Sejak dasar MyDigital ID ini diumumkan, pelbagai persoalan telah dibangkitkan oleh banyak pihak termasuklah isu keselamatan data, privasi, potensi penyalahgunaan maklumat serta peruntukan undang-undang yang mengawal selia pelaksanaannya seperti yang disebut oleh rakan-rakan sebentar tadi. Dalam perbahasan kali ini, saya akan menyentuh dua perkara sahaja. Yang pertama, fasal 2 yang memindah seksyen 2 Akta 78 untuk memasukkan takrif baharu biometrik data. Takrifan baharu ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat berkaitan dengan isu privasi dan juga risiko wujudnya kecenderungan ke arah corak pemerintahan yang lebih autokratik. Namun pada hemat saya, tafsiran ini juga boleh dilihat secara positif. Saya optimis bahawa dengan strategi dan pendekatan yang betul, ia boleh menjadi peluang untuk menyelesaikan beberapa masalah besar yang sedang membelenggu negara. Tuan Yang di-Pertua. MyDigital ID digagaskan sebagai satu platform sehenti yang menyimpan identiti rakyat Malaysia untuk tujuan akses kepada pelbagai perkhidmatan awam dan swasta termasuk JPJ, PDRM, imigresen, Kementerian Kesihatan dan lain-lain. Dengan adanya tafsiran baharu yang turut melibatkan aspek tingkah laku individu, saya berpandangan kerajaan berpeluang untuk membangunkan satu sistem pemantauan yang lebih proaktif terhadap keselamatan dan kepatuhan undang-undang. Sebagai cadangan, saya mencadangkan agar setiap kali MyDigital ID diakses di mana-mana premis kerajaan atau swasta, pegawai bertugas diberikan ruang untuk membuat catatan tambahan melalui portal berpusat berkenaan transaksi
individu tersebut. Contoh, jika seorang lelaki hadir ke klinik swasta dalam keadaan mencurigakan, seperti memandu dalam keadaan mabuk atau mencurigakan, pihak klinik boleh memasukkan catatan ke dalam portal tersebut dan maklumat tersebut kemudian boleh diintegrasikan terus ke pangkalan data PDRM. Kaedah ini secara tak langsung menjadikan pegawai-pegawai khidmat pelanggan sebagai barisan hadapan, sebagai mata dan telinga tambahan kepada pihak berkuasa, khususnya PDRM. Ini meringankan tugas PDRM, membolehkan tindakan proaktif diambil dan sekali gus membantu mengurangkan kes kemalangan akibat pemandu mabuk itu sebagai contoh. Selain itu, saya melihat tafsiran ini juga boleh membantu mengurangkan sentimen dan persepsi negatif antara kaum yang sering menimbulkan kecurigaan. Sebagai contoh setiap kali seorang warganegara membuat transaksi di premis tertentu, pegawai khidmat pelanggan boleh merekodkan taraf ataupun tahap kefasihan bahasa Melayu individu berkenaan. Rekod yang terkumpul ini dapat memberikan gambaran data yang lebih konkrit berbanding hanya bersandar kepada persepsi ataupun andaian. Berdasarkan rekod tersebut, kerajaan boleh memanggil individu tersebut untuk memberikan keterangan ataupun membuat tindakan susulan. Langkah ini bukan saja membantu dasar integrasi nasional tetapi juga memastikan setiap isu yang timbul berlandaskan data yang sahih bukan berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata. Tuan Yang di-Pertua yang terakhir, saya ingin menyentuh subfasal 3(b) bertujuan meminda perenggan 6(2)(e) Akta 78 dan fasal 4 pula memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 6A. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan. Yang pertama, mengapa Menteri diberikan kuasa begitu luas untuk menetapkan peraturan dan kawalan terhadap penggunaan setelah maklumat dalam kad pengenalan? Adakah peruntukan sebegini tidak membuka ruang kepada risiko penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih ataupun campur tangan yang boleh menggugat keadilan? Soalan yang kedua, adakah wujud mekanisme semak dan imbang terhadap kuasa yang diberikan ini selain daripada kelulusan pendakwa raya? Apakah jaminan bahawa setiap keputusan yang dibuat benar-benar bersandarkan prinsip integriti, ketulusan dan keadilan?
Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan segala hasrat baik dan tujuan utama pindaan ini akan gagal dicapai sekiranya persoalan-persoalan besar yang menyentuh sifat, sikap, integriti pemegang kuasa tidak ditangani dengan baik. Kesimpulan, Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini digubal dengan hasrat yang baik, kerajaan mesti memberi perhatian serius kepada isu integriti, ketelusan dan semak imbang kuasa. Tanpa jaminan ini, rakyat akan terus melihat pindaan ini sebagai instrumen yang berpotensi disalahgunakan bukannya sebagai reformasi yang memberi manfaat kepada rakyat. Saya mohon mencadang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sekarang aya jemput Yang Berhormat Betong.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, pindaan ini amat penting untuk masa depan transformasi digital negara. Betong menyokong RUU ini, Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025, tetapi perlu diberi perhatian dan penekanan kepada beberapa perkara khususnya yang berhubung isu perlindungan data peribadi rakyat, keselamatan sistem MyDigital ID dan keberkesanan pelaksanaan identiti digital di Malaysia. Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai perlindungan data peribadi dan biometrik. Data biometrik seperti cap jari, imbasan wajah dan data pengenalan lain merupakan maklumat yang sangat sensitif. Jadi jika data ini bocor, implikasinya adalah sangat besar. Identiti rakyat akan terdedah kepada penipuan, kebocoran data dan sukar diganti. Dan RUU ini memperkenalkan konsep data biometrik dalam seksyen 2 Akta 78. Namun, saya lihat tiada definisi yang jelas tentang jenis-jenis data biometrik yang akan dikumpul. Kedua, ketiadaan mekanisme perlindungan khusus untuk data sensitif ini. Ketiga, risiko keselamatan siber yang tinggi jika data biometrik bocor dan diretas. Keempat, ketiadaan jaminan bahawa data ini tidak akan disalahgunakan. Puan Yang di-Pertua, Betong menekankan bahawa RUU ini mesti ada jaminan bahawa pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan data biometrik dilakukan dengan penuh keselamatan. Prinsip data minimum dan tempoh penyimpanan terhad mesti diterapkan supaya maklumat yang benar-benar perlu sahaja disimpan. Dan dicadangkan supaya terdapat audit bebas yang dilaksanakan secara berkala oleh pihak ketiga dari kalangan profesional dan hasil audit ini pula
mestilah tertakluk kepada pengawasan Parlimen ataupun Pesuruhjaya Perlindungan Data agar kerajaan sentiasa dipertanggungjawabkan. Selain itu, Betong ingin mengesyorkan pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) supaya data biometrik dikategorikan sebagai data sensitif dan semua agensi kerajaan tertakluk pada standard perlindungan yang sama dengan sektor swasta. Puan Yang di-Pertua, Betong juga ingin mohon penjelasan mengenai beberapa persoalan berkaitan privasi dan perlindungan data. Pertamanya, bagaimanakah kerajaan akan memastikan data biometrik rakyat Malaysia dilindungi daripada pencerobohan siber dan kebocoran data? Kedua, apakah langkah-langkah keselamatan khusus yang akan dilaksanakan untuk melindungi data biometrik memandangkan data ini tidak boleh ditukar seperti kita menukar kata laluan. Dan bagaimanakah kerajaan akan menangani isu pencurian identiti sekiranya data biometrik rakyat jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab?
Adakah wujud mekanisme untuk rakyat menolak penggunaan teknologi biometrik atas alasan agama, kesihatan atau keselamatan peribadi? Justeru, Betong ingin mencadangkan penambahbaikan untuk perlindungan data yang komprehensif seperti masukkan klausa perlindungan khusus untuk data biometrik, wujudkan mekanisme enkripsi dan keselamatan berlapis dan sediakan prosedur pemadaman data apabila tidak diperlukan. Puan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah mengenai keberkesanan pelaksanaan MyDigital ID. MyDigital ID berpotensi untuk menjadi platform utama seperti yang telah disebut oleh ramai yang bahas tadi dalam pengesahan identiti digital rakyat melalui integrasi dengan pelbagai sistem kerajaan dan swasta yang mampu memudahkan urusan rakyat, meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam dan mengurangkan karenah birokrasi. Namun, cabaran yang kita hadapi kini adalah tahap keyakinan rakyat. Ramai masih ragu-ragu kerana bimbang tentang keselamatan data mereka. Liputan pengguna masih rendah tanpa jaminan keselamatan serta nilai tambahan jelas, rakyat masih teragak-agak menggunakan sistem ini. Maka, MyDigital ID ini mesti mesra pengguna, selamat dan stabil. Maka, perlu ada juga pelan kontingensi sekiranya berlaku kegagalan teknikal atau serangan siber supaya perkhidmatan rakyat tidak terjejas.
Dan perkara yang ketiga, kita juga boleh belajarlah daripada pengalaman antarabangsa seperti yang disebut tadi Estonia misalnya telah berjaya bangunkan ekosistem identiti digital yang telus dan selamat dengan garis panduan jelas mengenai audit akses, enkripsi data dan mekanisme pemusnahan maklumat yang sudah tidak relevan. Dan di India juga melalui sistem Aadhaar juga memberi contoh bagaimana identiti digital boleh digunakan untuk pengagihan subsidi secara telus walaupun turut berdepan dengan cabaran besar mengenai privasi. Dan berdasarkan kepada amalan atau kaedah di kedua-dua negara ini, dicadangkan supaya kementerian atau agensi yang mengawal selia ekosistem MyDigital ID ini memastikan ianya lebih teliti, telus dari berasaskan prinsip perlindungan data yang kukuh. Dan sebagai penutup, Puan Yang di-Pertua, RUU ini adalah salah satu langkah penting dalam transformasi digital negara. Maka, Betong menyokong penuh RUU ini tetapi mesti disertai dengan perlindungan data yang kukuh, audit bebas secara berkala, pelan mitigasi, risiko teknikal dan mekanisme inklusif bagi rakyat kurang akses digital. Dan diharapkan dengan pendekatan yang menyeluruh ini, MyDigital ID dapat berfungsi sebagai identiti digital yang benar-benar selamat, dipercayai dan berkesan sekali gus mengangkat Malaysia ke tahap baharu dalam ekonomi digital global. Sekian, terima kasih. Betong mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Walaupun saya kurang sihat tetapi kerana isu ini penting, saya ingin turut membahaskan rang undang- undang ini dan terima kasih kerana memberi peluang saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025. MyKad atau identity card, kad pengenalan adalah sebuah dokumen yang penting sepenting seseorang dan nyawa sesebuah negara. Seseorang pemilik mendapat berbagai faedah kerana memilikinya, malah membawa kepada menjadi seorang pemimpin negara. Jika tidak dikawal dengan serius, tidak mustahil suatu hari nanti semua pemimpin negara ini terdiri daripada pemimpin bukan sahaja semasa bercakap, berkempen atau berjanji tetapi identiti dirinya sebenarnya penipu besar. Malah,
dalam erti kata yang lain, penipuan, pemalsuan dalam pemilikan MyKad ini boleh dianggap kita boleh menghidupkan dan membunuh seorang warganegara kerana pemiliknya adalah melalui penipuan pemalsuan kad pengenalan diri. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin tahu sehingga hari ini berapakah jumlah pemalsuan MyKad dapat dikesan? Dimaklumkan 717 tangkapan telah dilakukan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Pendaftaran Negara bersama berbagai agensi penguat kuasa sejak 2020 hingga 2024. Daripada jumlah itu, 320 individu telah didakwa di mahkamah. Berapa kes yang melibatkan bukan warganegara dan berapa pula kes yang melibatkan bukan rakyat Malaysia — warganegara dan berapa kes yang melibatkan bukan warganegara? Berapa ramai pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara serta penguat kuasa yang terlibat dan menjadi dalang sindiket penyelewengan sijil kelahiran dan MyKad ini? Bagi kes yang melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara sendiri, apakah tindakan yang dikenakan oleh kerajaan kepada mereka? Manakah pesalah lain? Apakah tindakan yang telah mereka terima? Kesalahan ini berat, ia nya sama seperti menjual negara termasuk menjual kita semua kepada orang lain. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada seksyen baru 6A yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini. Seksyen ini memperkenalkan mekanisme kompaun bagi kesalahan di bawah peraturan Akta Pendaftaran Negara. Cadangan ini dilihat memberikan fleksibiliti kepada pihak berkuasa khususnya kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyelesaikan kesalahan kecil tanpa perlu melalui proses pendakwaan yang panjang dan bebankan mahkamah. Namun, perlu ada garis panduan yang jelas mengenai kategori kesalahan yang boleh dikompaun. Kesalahan kecil seperti kelewatan melapor, kehilangan kad mungkin wajar dikompaun. Saya mohon penjelasan Menteri apakah jenis-jenis kesalahan yang boleh dikenakan kompaun? Dato’ Yang di-Pertua, subseksyen (5)(b) membenarkan Ketua Pengarah melepaskan mana-mana dokumen atau barang yang dirampas berkaitan dengan sesuatu kesalahan setelah kes tersebut dikompaun. Saya ingin menegaskan bahawa dokumen atau barang yang terlibat ini bukanlah barang biasa. Jadi, perlu ada masa bertenang dalam tempoh tertentu sebelum ia nya dilupus dan dilepaskan. Jika ia dilepaskan kembali tanpa kawalan yang ketat, kita bimbang ia akan membuka
ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi maklumat jika ia menjadi perkara yang berbangkit. Oleh yang demikian, saya menggesa agar garis panduan yang lebih jelas dikeluarkan bagi menetapkan keadaan di mana dokumen atau barang sitaan boleh dilepaskan. Buat masa ini, Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Jika kita dirujuk kepada negeri lain, kadar denda yang dikenakan lebih besar dan berat. Contohnya di Singapura, kadar denda bagi kesalahan memiliki kad pengenalan palsu, denda tidak melebihi SGD10,000 iaitu lebih kurang RM30,000 ke RM40,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Oleh yang demikian, saya menggesa agar kadar hukuman bagi kesalahan ini perlu diketatkan lagi. Dan kita harap supaya penjenayah-penjenayah yang menyalahgunakan kad pengenalan palsu ini dapat kita banteras. Oleh yang demikian, Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulannya, kad pengenalan bukan sekadar sekeping plastik, tetapi ia adalah simbol hak warganegara. Demikian juga bendera Jalur Gemilang, simbol negara yang perlu dipertahankan. Sempena bulan kemerdekaan ini, saya nak ajar kepada semua rakyat Malaysia, jika nak pasang bendera tapi tak tahu cara pasang, ambil IC kita. Ambil IC kita dan tengok IC masing-masing ada di sebelah atas bendera negara kita. Di situlah, lengkap dan jumlah jalurnya, ada jumlah bintangnya, ada bulan sabitnya dan ada juga warna yang cara dan cara kedudukannya. Jika masih sudah salah lagi, persoalannya adakah pelaku atau majikan kepada pelaku tidak mempunyai IC atau pelaku tidak bersyukur dengan anugerah IC yang telah diberikan kepada mereka? Dalam erti kata lain, kalau juga masih silap ini, mungkin kita boleh tangkap pelakunya adalah bukan mempunyai kad MyKad sebenar dan mungkin mereka memalsukan MyKad yang mereka miliki. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya turut serta dalam Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 iaitu untuk meminda akta induk Akta 78.
Ya, kita nampak tak banyak klausa ataupun peruntukan yang dipinda tetapi sangat membawa makna sebabkan pengenalan MyDigital ID yang juga bagi saya ia selaras dengan keperluan semasa.
Jadi, syabas kepada Kementerian Dalam Negeri yang membawa pindaan RUU ini ke dalam Dewan Yang Mulia. Dan saya, sebelum saya mengulas berkenaan dengan tafsiran biometric data di bawah tafsiran seksyen 2, izinkan saya sebut sedikit berkenaan dengan compounding of offenses, iaitu kesalahan yang boleh dikompaun. Saya nak tanya kepada pihak kementerian, apakah jenis kesalahan-kesalahan? Sebab dalam huraian dalam blue bill ini tak disebut dengan jelas apakah jenis kesalahan yang boleh dikompaun. Sebab biasanyalah ikut pengalaman saya sebagai seorang peguam, dia lebih kepada kesalahan-kesalahan yang kecil yang mana sekiranya bersalah, mereka yang terlibat membayar kompaun, mereka tidak akan disabitkan ke mahkamah. Jadi, apakah itu? Kalau boleh, ketika Timbalan Menteri nak menggulung nanti, boleh senaraikan apakah jenis kesalahan yang berkaitan. Yang bagi saya ya, kalau ada yang tak sengaja dia buat salah dan sebagainya dan kesalahan itu taklah berat, kompaun itu adalah satu penyelesaian yang bagi saya boleh jimatkan masa pegawai pendakwaan, masa mahkamah dan sebagainya. Dato’ Yang di-Pertua, kembali kepada tafsiran untuk biometric data. Bagi saya, ia sesuatu yang sangat baik selaras dengan keperluan semasa sebab kita tahu dunia pendigitalan yang kita alami sekarang mencabar kita supaya melakukan sesuatu perubahan. Jadi, pindaan ini tepat pada masanya yang mana merangkumi semua aspek termasuk cap jari, iris mata kita, ibu jari kita dan gambar kita yang mana membolehkan elemen-elemen pemalsuan ataupun penyamaran dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Kalau boleh, kita nak sama sekali kita nak hapuskan. Jadi, ini satu langkah yang baik. Cuma ada beberapa perkara yang saya nak sebutkan. Yang pertama, saya nak tanya kepada kementerian, setakat ini berapa ramaikah yang sudah daftar untuk MyDigital ID? Saya difahamkan lebih tiga juta. Boleh tak kita laksanakan macam ini? Untuk rakyat Malaysia yang mencapai umur 12 tahun, apabila mereka memohon MyKad, terus wajibkan kumpulan ini, kumpulan yang mohon MyKad itu terus daftar MyDigital ID. Jadi kalau macam itu, saya rasa itu antara langkah yang boleh membantu.
Yang kedua, ada tak apa-apa tempoh masa, had tempoh masa tertentu? Katakan mungkin tiga tahun, lima tahun dari sekarang untuk mewajibkan semua pemegang MyKad supaya daftar. Ada tak kerajaan tetapkan perkara ini? Dan yang seterusnya, sebab pada 31 Ogos, hujung minggu depan, kita akan menyambut Hari Kebangsaan dan kerajaan telah mengumumkan SARA untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan hanya perlu gunakan MyKad. Sebab ada rakyat di luar itu, dikatakan bahawa kalau MyKad itu dah lebih 15 tahun dan sebagainya, dia tak dapat nak akses, nak dapat RM100 itu. Jadi, saya mohon penjelasan ataupun jawapan yang jelas daripada kerajaan, sebab dalam seminggu lagi. Inisiatif ini sangat baik untuk semua rakyat Malaysia, kerajaan membelanjakan 2.2 billion tak silap untuk perkara ini. Jadi, kita tak mahu ada pihak-pihak tertentu yang nanti dia cuba sebutkan benda-benda yang tidak berkaitan. Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan. Dan saya nak tanya berkenaan dengan jaminan keselamatan pada MyDigital ID. Saya dengar rakan-rakan tadi ada yang sebut sebab kita tahu, di dunia yang penuh dengan teknologi, AI dan sebagainya, maklumat ataupun data peribadi kita, privasi kita, sentiasa dalam keadaan yang kata orang, terdedah kepada bahaya, terdedah kepada risiko didedahkan kepada umum ataupun diambil big data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi, macam mana kerajaan boleh memastikan jaminan MyDigital ID ini, semua data peribadi setiap rakyat Malaysia terjamin dan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dan saya nak tanya juga, sama ada dengan adanya MyDigital ID ini, ia akan membolehkan semua kementerian ataupun agensi di bawah kerajaan tak kira kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan mempunyai akses, cross access data yang ada. Maknanya, data yang digunakan untuk kementerian tertentu, kementerian lain boleh akses. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menggulung nanti berkenaan dengan beberapa persoalan ini. Tapi secara pokoknya, secara prinsipnya, bagi saya, ini satu langkah ke hadapan, langkah selaras dengan pendigitalan yang wajar disokong. Jadi, saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong ya, RUU ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Daftar rakyat asas negara, Data terakur elak sengketa; RUU dipinda biar sempurna, Hak warganegara jangan terleka. [Tepuk] Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang pada hari ini untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 yang amat penting bagi kelangsungan pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat. Yang di-Pertua, berkaitan dengan biometric data. Isu yang paling besar ialah pengendalian data biometrik dalam sistem pendaftaran negara. Memang benar, di era digital dan keselamatan semasa, biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris mata boleh meningkatkan ketepatan identiti serta mengurangkan risiko pemalsuan MyKad. Namun, pihak kementerian perlu menjelaskan beberapa perkara. Yang pertama ialah berkaitan dengan keselamatan data dan kebocoran. Kita sudah melihat pelbagai pendedahan tentang kebocoran data rakyat di internet termasuk kes melibatkan pangkalan data agensi kerajaan. Jika data asas seperti nombor telefon dan alamat boleh bocor, bagaimana pula dengan data biometrik yang jauh lebih sensitif dan tidak boleh diganti? Jika MyKad hilang, boleh diganti. Tetapi, cap jari ataupun retina tidak boleh ditukar. Adakah kerajaan sudah menyediakan mekanisme enkripsi terhadap tahap tertinggi, audit keselamatan bebas serta undang-undang perlindungan data yang setara dengan global data protection regulation di Eropah? Isu yang kedua Yang di-Pertua, berkaitan dengan hak privasi rakyat. Dengan pindaan ini, Menteri mempunyai kuasa besar untuk mengambil dan menyimpan biometrik rakyat. Tetapi setakat ini, Malaysia masih ketinggalan dari segi Akta Perlindungan Data Peribadi yang tidak meliputi agensi kerajaan. Maka persoalannya, bagaimana rakyat boleh yakin bahawa data ini tidak akan disalah guna? Contohnya, untuk pemantauan politik, diskriminasi atau tujuan komersial oleh pihak ketiga seperti scammer dan sebagainya. Isu yang ketiga Yang di-Pertua, ialah kesalahan yang boleh dikompaun. Saya ingin menyentuh isu seksyen baharu 6A mengenai kesalahan yang boleh dikompaun. Perkara ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk
mengkompaun kesalahan dengan keizinan pendakwa raya. Dari sudut pentadbiran, ia mungkin mempercepatkan penyelesaian kes, tetapi saya bimbang wujud ruang budi bicara yang terlalu luas. Ia nya boleh membuka ruang kepada pilih kasih. Apakah mekanisme semakan semula yang boleh menjamin rakyat kecil di bawah tidak ditindas, manakala golongan berpengaruh terlepas hanya dengan membayar kompaun? Isu yang keempat Yang di-Pertua, ialah kawalan penggunaan maklumat MyKad. Pindaan ini juga menyentuh soal kawalan penggunaan maklumat dalam MyKad. Saya ingin bertanya, dengan adanya teknologi AI dan big data analytics, sejauh mana maklumat dalam MyKad akan digunakan oleh agensi selain JPN? Adakah terdapat had yang jelas? Misalnya, bolehkah data biometrik ini diakses oleh pihak swasta seperti bank, syarikat telekomunikasi atau syarikat insurans? Jika ya, apakah perlindungan undang-undang terhadap eksploitasi data rakyat? Dalam konteks semasa, dunia sedang menyaksikan kesedaran yang tinggi terhadap hak digital. Negara jiran seperti Singapura telah melaksanakan kerangka perlindungan data biometrik yang ketat. Saya ingin tegaskan, rakyat di Kuala Krai, contohnya khususnya di kawasan luar bandar, sering terkesan dengan dasar sebegini. Mereka bukan saja bimbang tentang keselamatan data, malah juga soal akses dan kefahaman digital. Adakah kerajaan sudah menyediakan penerangan jelas tentang bagaimana biometrik akan diambil, disimpan dan digunakan atau adakah ia hanya dilaksanakan secara top-down tanpa libat urus awam? Dan akhir sekali Yang di-Pertua, saya menyeru agar pindaan ini disemak semula dengan menambah pertama, satu kerangka undang-undang perlindungan data biometrik khusus. Yang kedua, proses audit keselamatan tahunan oleh pihak bebas. Yang ketiga, hak rakyat untuk mengakses, menyemak dan membetulkan data biometrik mereka. Yang keempat, garis panduan jelas mengenai pihak ketiga yang boleh mengakses data ini.
Dalam masa yang sama, sudah tersedia platform-platform tersendiri yang disediakan oleh kementerian dan agensi masing-masing seperti MyJPJ, MySejahtera, termasuk PADU. Adakah tidak berlaku pertindihan dengan fungsi pelbagai aplikasi tersendiri dan boleh merugikan wang negara? Tanpa langkah- langkah ini, pindaan ini berisiko menambah kuasa kerajaan tetapi mengurangkan hak rakyat.
Saya tidak menolak teknologi biometrik ini, malah saya sendiri sebenarnya telah mendaftar di kaunter di luar Dewan ini untuk mencuba. Tetapi, saya bimbang RUU ini tanpa ketelusan, akauntabiliti dan jaminan hak rakyat, ia tidak lebih daripada jerat yang berlapik baldu, indah di luar, namun bisa memerangkap rakyat dalam cengkaman pengawasan tanpa batas. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di- Pertua memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025. Puan Yang di-Pertua, saya meneliti beberapa perubahan signifikan yang diperkenalkan dalam pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] ini. Perkara pertama, saya nak menyentuh berkaitan pindaan kepada seksyen 2, iaitu menetapkan tafsiran data biometrik yang membolehkan pengumpulan maklumat pengenalan diri dengan lebih mendalam. Apa yang menjadi kebimbangan sekarang ini adalah sejauh mana data ini benar-benar selamat dan dilindungi. Data biometrik ini kebiasaannya melibatkan cap jari, imbasan iris, pengecaman wajah dan sebagainya. Jika data biometrik ini bocor atau disalahgunakan, kesannya jauh lebih besar berbanding nombor kad pengenalan biasa. Ia boleh mengancam keselamatan individu dan juga negara. Jadi, saya mohon pindaan ini mesti diiringi dengan prosedur keselamatan siber yang ketat seperti enkripsi, batasan akses, jangka hayat data serta audit menyeluruh oleh pihak berkecuali bagi memastikan sistem selamat dan telus. Puan Yang di-Pertua, perkara kedua merujuk kepada seksyen 6 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan khususnya melibatkan pengambilan data dan juga penggunaan kad pengenalan. Saya melihat kuasa yang diberikan kepada Menteri terlalu luas. Undang-undang ini akan kekal berdekad- dekad dan akan digunakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah. Adakah kita mahu menyerahkan kuasa seperti ini kepada seorang Menteri sahaja tanpa semak dan imbang? Menteri boleh bertukar ganti. Apa jaminan yang ianya tidak akan disalahgunakan pada masa akan datang? Saya harap perkara ini betul-betul diteliti semula kerana ia melibatkan jutaan rakyat Malaysia.
Saya mencadangkan agar sebarang peraturan baharu yang melibatkan data biometrik ataupun kawalan penggunaan maklumat MyKad mestilah dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen untuk penelitian, bukan hanya dikeluarkan melalui warta. Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perkongsian data mestilah dimaklumkan dan mendapat persetujuan jelas daripada rakyat. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kita tidak mahu data rakyat yang asalnya dikumpul untuk satu tujuan, kemudian digunakan pula untuk tujuan lain tanpa rakyat sedar. Jika ini yang berlaku, rakyat hilang kawalan ke atas data peribadi mereka sendiri. Tan Sri Yang di-Pertua, perkara ketiga iaitu peruntukan seksyen baharu 6A yang memberi kuasa kepada Menteri dengan kelulusan pendakwa raya untuk menentukan kesalahan yang boleh dikompaun serta memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk melaksanakan kompaun dengan keizinan secara bertulis. Saya faham tujuan asal penambahan ini adalah bagi memudahkan proses penguatkuasaan dijalankan. Namun, perkara ini juga menimbulkan persoalan seperti apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, bagaimana kadar kompaun ini ditentukan. Perlunya ada perincian yang jelas senarai kesalahan dan kadar kompaun yang perlu dimaklumkan secara terbuka kepada rakyat. Kadar kompaun juga mestilah ditetapkan secara munasabah mengambil kira jenis kesalahan yang dilakukan. Namun, kesalahan besar seperti pemalsuan dokumen dan identiti tidak boleh hanya dikompaun dan mestilah dihadapkan ke mahkamah sebagai kesalahan jenayah yang lebih berat. Saya juga melihat kuasa yang besar di tangan Ketua Pengarah tanpa garis panduan yang jelas boleh menimbulkan risiko ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. Setiap pelaksanaan kuasa kompaun mestilah tertakluk kepada audit dalaman, audit bebas, sebagai contoh Jabatan Audit Negara, bagi memastikan ketelusan. Tan Sri Yang di-Pertua, apa pun bentuk pindaan yang dibuat, ia mestilah tidak sekali-kali membebankan rakyat khususnya golongan rentan, warga emas, orang kurang upaya serta mereka yang tinggal di pedalaman. Sistem ini mesti dipermudahkan, bukan menyulitkan. Akta ini juga akan menentukan sejauh mana identiti dan maruah rakyat Malaysia terpelihara. Jika ia tidak dibuat dengan teliti, ia akan menjadi alat penindasan kepada rakyat.
Jadi, saya mohon semua perkara yang disebutkan dapat diberikan perhatian yang serius. Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih. Sekarang saya jemput...
Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, saya tahu saya sebagai front bench tetapi saya ada satu perkara yang saya nak minta petua daripada Tan Sri Speaker. So, I want to raise a standing order now.
Standing order berapa itu?
Saya nak bincang tentang Standing Order 41(f). Kerana pada hari Isnin yang lalu semasalah penggulungan YB Pengerang, kami ada seorang Ahli Parlimen, Hulu Terengganu, yang berdiri dan tanya tentang pakaian seseorang Ahli Parlimen wanita. Tapi, kalau kita rujuk kepada Standing Order 41(f), sini hanya cakap bahawa, “Ahli-ahli wanita hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan, sarung atau blaus berlengan panjang, atau skirt yang sekurang- kurangnya paras lutut atau blaus berlengan panjang.” Dia tak sebut tentang kolar. Jadi, hari itu nampaknya round neck adalah salah, ada Ahli-ahli Parlimen lelaki yang berdiri dan bawa isu. Saya hari ini pakai V- neck. Jadi, saya minta satu petua daripada Tan Sri Speaker kerana kalau saya rujuk kepada standing order, dia hanya cakap blaus. Ada kolar, tak ada kolar tidak sepatutnya menjadi satu isu. Tetapi, ada Ahli-ahli Parlimen lelaki yang tiada isu yang lagi penting boleh bawa dalam ke Dewan ini tapi nak buat an issue out of nothing, cari kutu. Saya rasa kalau ada sikap yang nak tunjuk pandai ini...
Baik.
...Saya harap bahawa Tan Sri Speaker boleh buat satu petua di sini sama ada, ada kolar atau tak ada kolar adalah satu yang telah diwajibkan di bawah standing order. Dan kalau boleh, kalau tidak ada kewajiban seperti itu, silalah bagi nasihat kepada Ahli-ahli Parlimen lelaki yang duduk di sana...
Baik, baik.
...Janganlah selalu nak tunjuk ataupun ajar wanita bagaimana kita sepatutnya pakai.
Okey. Baik. Ini jarang berlaku, apa nama, Yang Berhormat daripada front bench bangkitkan. Baik. Satu lagi ingatan saya, Yang Berhormat, kalau nak bawa standing order itu, jangan sampai dah dua, tiga hari
berlaku. Sepatutnya dia bangkitkan immediately ya, because you can’t go back. Okey. Namun begitu, saya ambil ingatan bahawa ini pandangan pejuang wanita yang merasakan mereka ― saya tak mahu sebut buli. Tetapi dilihat bahawa ada pihak yang tidak merasakan, apa nama, memberikan sesuatu yang lebih penghormatan pada mereka. Untuk itu, saya juga nasihatkanlah benda-benda kecil macam ini, selagi ia nya tidak bertentangan dengan standing order, saya rasa soal yang begitu tidak patut dibangkitkanlah. Okey, kita teruskan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Baik.
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Speaker...
Oh, Indera Mahkota. Sebentar ya.
Saya ― sebab Jelutong pun ada. Saya nak merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana merujuk isu Jelutong ingin merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa tidak wujud prima facie terhadap perkara yang saya bangkitkan. Jadi, terima kasih.
Baik, terima kasih. Silakan, Sandakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima...
Ya, ya.
Saya juga nak...
Baik, baik.
Saya juga nak rujuk kepada isu yang telah dibangkitkan dan saya berterima kasih di atas satu keputusan yang adil. Dan saya nak bangun untuk berterima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana saya yakin dan percaya Tan Sri Speaker selalu bertindak adil di Dewan yang mulia ini. Dan saya nak menangkis apa-apa tuduhan dan salah tanggapan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang selalu menuduh Tan Sri Speaker berat sebelah. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Baik, terima kasih. So, kosong-kosong ya?
[Ketawa]
Okey. Baik, Sandakan silakan.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sandakan menyokong usaha kerajaan untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 selaras dengan keperluan semasa khususnya apabila semakin banyak urusan kerajaan dan masyarakat dijalankan secara dalam talian. Namun, kejayaan digitalisasi hanya akan bermakna jika ia disokong oleh rangka kerja keselamatan siber yang berkesan. Sebarang kelemahan akan buka ruang kepada jenayah siber, kecurian identiti serta menjejaskan keselamatan negara secara keseluruhan. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dengan pelaksanaan Malaysia Digital ID (MyDigital ID) yang bakal diperkenalkan. Adakah undang-undang sedia ada mencukupi untuk melindungi data dan identiti rakyat? Apakah mekanisme kawalan seperti pemantauan keselamatan, audit bebas dan rang undang-undang perlindungan data peribadi yang telah disediakan agar Digital ID tidak disalahgunakan atau menjadi sasaran penjenayah siber? Jadi Tan Sri Speaker, isu pemalsuan dokumen pengenalan diri dan projek IC terus menjadi ancaman terhadap kedaulatan negara. Saya difahamkan bahawa unit khas Sabah di bawah Jabatan Pendaftaran Negara telah ditubuhkan untuk menyemak kad ID, kad MyKad yang meragukan di Sabah. Justeru itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlah kes yang telah dirujuk kepada unit khas ini, jumlah kes yang telah disahkan sebagai pemalsuan dan juga tindakan undang- undang yang telah diambil terhadap pemegang kad palsu dan pihak yang terlibat. Saya sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya ingin menekankan bahawa isu pendatang tanpa izin dan juga penduduk tanpa kerakyatan adalah isu keselamatan negara yang serius, bukan sekadar isu tempatan. Keadaan ini telah memberi implikasi yang besar kepada integriti sempadan, demografi, ekonomi dan juga keselamatan awam. Kita memerlukan pelan tindakan yang jelas dan berskala nasional dan bukan sekadar penyelesaian sementara. Berdasarkan data daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun 2024, terdapat 136,055 pemegang IMM13, kad banci dan juga Kad Burung di Sabah. Persoalan yang perlu dijawab ialah apakah status sah mereka? Adakah mereka dibenarkan bekerja, bersekolah, menikmati kesihatan bersubsidi dan juga bagaimana pula generasi kedua dan ketiga yang masih belum berstatus tidak jelas?
Jadi, saya juga ingin mengetahui hasil daripada Jawatankuasa Pengurusan Negara Warga Asing Sabah (JKPWAS) dan juga Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sabah (JKKSK). Apakah cadangan dasar yang telah diputuskan, berapa kes yang telah berjaya diselesaikan dan juga apakah pelan penyelesaian komprehensif yang akan dibentangkan dan dilaksanakan kepada rakyat di Sabah? Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya telah berkali-kali menyatakan bahawa isu migran di Sabah adalah satu ibu kepada semua masalah, the mother of all problems, dengan izin. Sepertimana kerajaan komited dalam isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), komitmen yang sama diperlukan untuk menangani isu migran ini secara tuntas. Hanya dengan menyelesaikan masalah ini, keselamatan dan kedaulatan Sabah serta Malaysia dapat dijamin. Dengan itu, Sandakan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Merbok.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan pindaan rang undang-undang yang melibatkan Akta 78 iaitu Akta Pendaftaran Negara 1959. Saya ingin mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan ini yang dikemukakan oleh kerajaan bagi membolehkan data biometrik ditambah ke dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara khususnya sebagai langkah penguatkuasaan kepada pelaksanaan MyDigital ID. Akta ini bukan undang-undang biasa, ia digubal pada tahun 1959, tidak lama selepas negara mencapai kemerdekaan. Tujuan asalnya ialah untuk memastikan semua penduduk didaftarkan demi keselamatan negara pada waktu itu yang sedang berdepan dengan ancaman darurat komunis. Kad pengenalan diperkenalkan sebagai mekanisme kawalan keselamatan untuk mengawal sempadan, menyekat penyusupan musuh dan memastikan hanya warganegara sah yang dilindungi. Ertinya, sejak awal lagi kad pengenalan adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara, bukan sekadar dokumen birokrasi. Hari ini, setelah lebih 60 tahun, kita masih berdepan dengan cabaran besar berkaitan MyKad moden. Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara, antara tahun 2022 hingga tahun lalu, sebanyak 778,500 MyKad hilang akibat kecuaian, manakala 34.2 juta kes kerosakan cip MyKad dilaporkan. Angka ini mengejutkan, hampir 4.2 juta kes dalam tempoh yang hanya dua tahun.
Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa kita tidak menolak keperluan kerajaan bergerak ke arah pendigitalan. Kita akui bahawa negara memerlukan sistem pengenalan digital yang lebih cekap, teratur dan selari dengan perkembangan teknologi semasa. Namun begitu, pindaan yang dicadangkan ini tidak boleh dilihat secara sempit semata-mata soal teknikal, tetapi mestilah dinilai dari sudut keselamatan data, hak privasi, keberkesanan kos dan implikasi politik jangka panjang. Isu yang pertama iaitu perlindungan data peribadi. Kita diminta menyokong pindaan untuk membolehkan lebih banyak data biometrik disimpan termasuk cap jari, pengecaman wajah, iris, malah mungkin suara. Persoalan besar yang timbul, sejauh manakah sistem kerajaan hari ini benar-benar bersedia untuk menjaga kerahsiaan maklumat rakyat? Kita pernah lihat kebocoran data yang besar daripada pangkalan data JPN, syarikat telekomunikasi sehinggalah insiden 2022 yang mendedahkan jutaan data peribadi rakyat Malaysia di forum gelap. Jika sistem sedia ada pun tidak mampu dipertahankan, bagaimanakah rakyat boleh diyakinkan bahawa data biometrik yang jauh lebih sensitif ini akan dapat dilindungi? Isu yang kedua, asas perundangan dan hak rakyat. Pindaan ini nampak seperti memberi kuasa luas kepada kerajaan untuk mengumpul dan menyimpan data biometrik. Tetapi, kita tidak nampak mekanisme semak yang imbang yang kukuh. Timbul pertanyaan, apakah had kepada kuasa ini? Pihak agensi manakah yang boleh mengakses kepada data-data ini? Jika ia tidak dikawal dengan jelas, ia mungkin membuka ruang kepada penyalahgunaan. Kita bimbang rakyat akan kehilangan kawalan terhadap identiti digital mereka sendiri. Isu yang ketiga, keberkesanan pelaksanaan MyDigital ID. Kerajaan menggambarkan MyDigital ID sebagai kunci untuk semua transaksi dalam talian. Daripada urusan dengan kerajaan, bank, sehinggalah kepada pembelian biasa. Tetapi, adakah sistem ini benar-benar bersedia untuk diguna pakai secara menyeluruh? Jika kita ingin melihat pelaksanaan sistem MyDigital ID ini betul-betul berkesan dan bermanfaat kepada rakyat dan kerajaan perlulah lebih berhati-hati dalam proses perolehan isu penyimpanan dan keselamatan data. Kerajaan perlulah meyakinkan rakyat bahawa pelaksanaan yang kelak tidak akan menimbulkan banyak masalah serta mendapat sokongan yang baik daripada rakyat. Kita tidak mahu
MyDigital ID ini dibuat secara tergesa-gesa dan rakyat dipaksa guna kemudian timbul masalah kebocoran dan pembaziran. Isu yang keempat ialah implikasi kos. Dalam rang — pindaan rang undang- undang ini disebut tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Soalan saya, adakah keseluruhan perlaksanaan MyDigital ID ini tidak akan melibatkan kos? Apa yang saya faham ialah kos untuk menyimpan data dan menjaga keselamatan data ini boleh mencecah ratusan juta Ringgit. Apakah pihak kerajaan berhasrat untuk melantik vendor atau memberikan tender kepada syarikat-syarikat luar untuk menguruskan pelaksanaan MyDigital ID ini kelak ataupun kerajaan sendiri yang akan menguruskannya? Isu yang kelima, kita tidak menolak digital ID, malah kita faham negara- negara lain seperti Singapura telah melaksanakannya dengan berjaya tetapi mereka membina asas kukuh dari segi infrastruktur undang-undang perlindungan data dan keyakinan rakyat sebelum melaksanakannya. Malah Malaysia harus mengambil pendekatan serupa. Sebelum data biometrik dikembangkan, kita memohon kepada kerajaan untuk meluluskan rang undang-undang perlindungan data peribadi yang lebih kukuh termasuk mekanisme penguatkuasaan dan penalti jelas terhadap pihak yang cuai. Menyediakan audit keselamatan siber berkala yang terus dengan dibentangkan di Parlimen bukan hanya disimpan dalam kementerian. Menjamin bahawa MyDigital ID bersifat sukarela, bukan paksaan. Sekurang-kurangnya pada peringkat awal, rakyat mesti diberi pilihan. Yang keempat ialah menjelaskan kos sebenar. Siapakah vendor, bagaimana proses perolehan agar tidak ada unsur kronisme dan monopoli? Tan Sri Yang di-Pertua, kesimpulannya, pindaan Akta 78 ini bukan perkara kecil yang menyentuh soal identiti dan hak peribadi rakyat Malaysia. Saya berpandangan bahawa tanpa pelan perlindungan data yang menyeluruh tanpa jaminan keselamatan siber yang kuat dan tanpa ketelusan dan kos serta perolehan, pindaan ini boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada rakyat. Kita menyokong agenda pendigitalan tapi kita tidak menolak sebarang usaha yang meletakkan rakyat sebagai bahan uji kaji atau mangsa kebocoran data. Kerajaan mestilah mendahulukan dengan keyakinan rakyat sebelum melangkah lebih jauh. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, saya jemput seterusnya Jempol.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengalu- alukan kesampaian kumpulan Komuniti MADANI FELDA Palong 4, 5, 6 dari Parlimen Jempol. Selamat datang. Terima kasih kerana sabar menunggu. [Tepuk]
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78]. Jempol melihat pindaan kali ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi membina ekosistem digital yang teguh dan mampan bagi merancakkan transformasi digital Malaysia. Fokus — Jempol fokus kepada data biometrik MyKad. Jempol menyokong pindaan rang undang-undang ini terutama seksyen 2 dan juga seksyen 6 berkaitan pengambilan dan perekodan data biometrik selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Takrifan data biometrik pada seksyen 2 agak luas. Persoalan Jempol adakah pengumpulan data biometrik ini hanya terhad kepada data asas seperti cap jari, wajah dan ciri fizikal atau adakah ia akan membuka ruang kepada pengumpulan data DNA pada masa hadapan? Seterusnya, Jempol ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan dan kementerian berkenaan jaminan bahawa segala pengumpulan dan penyimpanan data biometrik ini dilakukan dengan piawaian keselamatan siber yang tertinggi. Adakah terdapat mekanisme audit berkala dan pengawasan bebas untuk memastikan sistem penyimpanan data ini kalis penggodam daripada hacker, hacker dengan izin, dan tidak jatuh ke tangan pihak ketiga sama ada sindiket jenayah ataupun pihak asing. Tan Sri Yang di-Pertua, di kesempatan ini Jempol ingin membangkitkan juga masalah ketahanan fizikal MyKad. Kita menerima banyak aduan daripada rakyat bahawa MyKad mudah rosak, cip tidak dapat dibaca atau lapisan kad mengelupas selepas beberapa tahun digunakan. Malahan, kerajaan kini merancang untuk menggunakan MyKad sebagai platform tunggal bagi pelbagai bentuk bantuan kerajaan termasuk subsidi kesihatan dan kemudahan digital. Jika MyKad rosak atau gagal berfungsi, rakyat akan terputus akses bukan saja kepada pengenalan diri, malahan juga bantuan asas seperti yang saya sebutkan tadi. Justeru, isu ketahanan MyKad ini mesti ditangani segera.
Sudah sampai masanya kerajaan melabur dalam penghasilan MyKad generasi baru yang lebih tahan lasak menggunakan teknologi cip yang lebih moden, kalis air dan mampu bertahan sekurang-kurangnya 10 tahun. Persoalan Jempol, apakah status pengeluaran MyKad generasi baharu dan sekiranya belum dilancarkan bilakah rakyat Malaysia akan menikmati kad pengenalan generasi baharu ini? Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan kad pengenalan disimpan selain pihak berkuasa. Jempol juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai amalan yang masih berlaku di premis-premis tertentu termasuk kondominium dan pejabat di mana pengawal keselamatan meminta dan menyimpan MyKad pelawat sebagai syarat masuk. Jempol merujuk Peraturan 8A Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan bahawa memegang simpan kad pengenalan orang lain adalah suatu kesalahan. Apabila MyKad dipegang oleh pihak ketiga tanpa kawalan, risiko pendaftaran palsu, pencurian identiti, malah transaksi tidak sah boleh berlaku. Keadaan ini jelas bercanggah dengan tujuan utama pindaan akta ini yang mahu memperkukuh perlindungan maklumat rakyat. Sebaliknya, penggunaan sistem imbasan sementara ataupun kad pelawat alternatif wajar diwajibkan. Jika pindaan ini benar-benar mahu meningkatkan integriti sistem pendaftaran negara, maka isu pengendalian fizikal MyKad di lapangan perlu diurus dengan serius agar dokumen pengenalan rakyat tidak terus diperlakukan secara cuai. Persoalan Jempol, apakah usaha kerajaan dalam menetapkan garis panduan tegas dalam melarang sama sekali penyimpanan MyKad oleh pengawal keselamatan atau mana-mana pihak selain pihak berkuasa. Tuan Yang di-Pertua, Jempol menyokong dasar rang undang-undang ini kerana ia membawa pembaharuan penting dalam memperkukuh sistem pendaftaran negara selaras dengan cabaran semasa. Jempol mohon menyokong.
Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Baik, terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi masa juga kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Pendaftaran Negara 2025. Tan Sri Yang di- Pertua, kita sedar maklumat bahawa kali terakhir Akta 78 ini dipinda adalah pada tahun 2001.
Justeru setelah lebih dua dekad, saya kira langkah kementerian dalam mengemukakan pindaan terbaru ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan cukup responsif terhadap cabaran semasa termasuk perlindungan data biometrik, integrasi bersama MyDigital ID dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem pendaftaran negara. Tan Sri Yang di-Pertua, namun begitu dalam menghayati sokongan terhadap pindaan ini, terdapat beberapa perkara yang lebih saya teliti secara mendalam dengan implikasi yang bakal timbul dan ingin saya dapat penjelasan lanjut daripada pihak kementerian. Pertamanya, RUU ini telah memperkenalkan takrif baru berhubung data biometrik dalam seksyen 2 Akta 78 yang merangkumi cap jari, iris, mata dan juga imej wajah. Takrif ini turut diperkukuhkan melalui peruntukan baharu di bawah subfasal 3(a) dan juga (b) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan mengenai pengambilan serta perekodan data biometrik. Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun langkah ini amat penting untuk meningkatkan ciri keselamatan kad pengenalan, ia juga menimbulkan persoalan besar berkaitan risiko kebocoran maklumat, salah satu data dan juga pencerobohan siber yang semakin canggih pada hari ini. Rakyat pasti ingin diyakini bahawa setiap maklumat biometrik yang direkodkan bukan saja dikumpul dengan selamat tetapi juga dipelihara dengan piawaian keselamatan digital bertaraf antarabangsa. Tan Sri Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu juga, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian apakah langkah konkrit yang akan dilaksanakan bagi memastikan data biometrik rakyat benar-benar terlindung? Adakah kerajaan turut bercadang untuk menggubal garis panduan terperinci mengenai tempoh penyimpanan data, mekanisme penghapusan selepas tamat kegunaan serta audit keselamatan yang dijalankan secara berkala? Jaminan terhadap aspek ini amat penting kerana tanpa kawalan ketat ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem pendaftaran negara dan akhirnya melemahkan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan agenda mendigitalkan melalui MyKad ID. Tan Sri Yang di-Pertua, selain itu saya juga melihat pindaan ini juga menyentuh soal pemansuhan perenggan 6(2)(j) iaitu peruntukan yang sebelum ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan caj maksimum bagi pengambilan gambar. Dalam pemansuhan ini jelas bahawa tiada lagi caj dikenakan kepada rakyat untuk tujuan tersebut. Langkah ini secara tidak langsung menyahut hasrat rakyat
dalam mengurangkan beban kos yang tidak perlu ketika membuat ataupun memperbaharui kad pengenalan. Namun begitu, persoalan ini timbul. Adakah pemansuhan caj ini akan diganti dengan peruntukan belanjawan khusus pada masa akan datang bagi menampung kos operasi pengambilan gambar di semua pejabat JPN? Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai justifikasi bajet dan juga unjuran kos pelaksanaan keseluruhan pindaan ini. Kita maklum bahawa integrasi data biometrik, pembangunan infrastruktur keselamatan digital serta pelaksanaan sistem pendaftaran baru memerlukan perbelanjaan yang besar bukan saja dari segi pembangunan teknologi tetapi juga penyelenggaraan jangka panjang. Tan Sri Yang di-Pertua, apakah anggaran kos yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk fasa awal pelaksanaan ini? Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan ia nya tidak akan menimbulkan kos tersembunyi yang akhirnya membebankan rakyat sama ada melalui caj barhau pada masa depan atau melalui implikasi fizikal yang besar kepada kerajaan?
Tan Sri Yang di-Pertua, menerusi pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan pada tahun lalu, kementerian telah memberi jaminan bahawa pelbagai mekanisme dan peraturan kewarganegaraan akan dikemas kini termasuk pengenalan borang baru serta proses permohonan secara dalam talian dan dijangka siap menjelang pertengahan hujung tahun 2026. Langkah ini saya lihat membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk menyesuaikan undang-undang kewarganegaraan dengan realiti semasa yang sekali gus memberikan kemudahan serta ketelusan kepada rakyat yang berurusan dengan kementerian itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, justeru, adalah wajar untuk kita melihat sejauh manakah pindaan Akta 78 ini melibatkan pendaftaran rakyat Malaysia dan pengurusan identiti benar-benar selari dengan pembaharuan tersebut. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada kementerian mempunyai perancangan jangka panjang bagi menyelaraskan kedua-dua aspek besar ini iaitu pendaftaran kewarganegaraan dan identiti nasional. Tuan Yang di-Pertua, malah isu kewarganegaraan, khususnya yang melibatkan kanak-kanak tanpa kerakyatan dan permohonan status kewarganegaraan melalui perkahwinan campur masih menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Apakah pihak kementerian dapat menjelaskan bagaimana
pindaan Akta 78 ini boleh membantu memperkukuhkan ketelusan serta keberkesanan proses pemberian kewarganegaraan, supaya ianya benar-benar dilihat adil, konsisten dan selari dengan agenda pendigitalan negara menerusi MyDigital ID. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pada itu, saya juga menyambut baik inisiatif progresif daripada JPN yang kini berada dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan MyKad generasi baru. MyKad berkenaan yang dikatakan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan canggih seperti cip berkapasiti storan tinggi, torehan laser dan lapisan hologram yang dipertingkatkan mampu membendung isu pemalsuan serta penyalahgunaan kad pengenalan yang dilaporkan masih berlaku secara bersindiket.
Okey. Kulim-Bandar Baharu, landing.
Baik. Terima kasih Tan Sri. Seminit lagi. Berkaitan itu, sedikit sahaja pernyataan saya iaitu bagaimanakah pengenalan MyKad generasi baru ini akan diintegrasikan secara sistematik ke dalam kerangka undang-undang melalui pindaan Akta 78, terutamanya aspek pelaksanaan dan kawalan selia? Adakah terdapat pelan pelaksanaan berperingkat yang menyatupadukan teknologi kad baru ini termasuk penukaran MyKad lama bagi memastikan peralihan kepada sistem baru ini berjalan lancar? Akhir kata, saya percaya bahawa pindaan ini adalah satu langkah penting ke arah memperkukuhkan keselamatan identiti rakyat Malaysia seiring dengan cabaran keselamatan siber dan transformasi digital yang sedang berlaku di seluruh negara. Marilah kita bersama-sama memastikan bahawa pindaan ini bukan sahaja menjadi perisai kepada kedaulatan negara tetapi juga benteng keselamatan terbaik buat identiti setiap rakyat Malaysia. Dengan ini, saya menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Baik. Saya jemput Tampin.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Speaker atas keizinan untuk membahas. Saya bangun untuk menyokong penuh cadangan pindaan RUU Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025. Pindaan kali ini amat penting dan wajar disokong bagi memperkukuh sistem pendaftaran negara serta sebagai asas kepada transformasi digital identiti rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif MyDigital ID. Namun, dalam menyokong usaha
pemodenan ini, terdapat beberapa isu yang perlu diperhalusi agar RUU ini benar- benar dapat melindungi rakyat dan memelihara integriti negara. Tan Sri Speaker, merujuk kepada cadangan pindaan seksyen 2 untuk memasukkan takrif baru iaitu biometric data ataupun data biometrik, saya berpandangan definisi data biometrik dalam RUU ini masih terlalu umum dan dibimbangi boleh ditafsir secara meluas hingga merangkumi DNA atau tingkah laku. Peluasan definisi tanpa had ini dibimbangi bakal menimbulkan kontroversi dan risiko pelanggaran hak privasi rakyat pada masa akan datang. Adakah kementerian mempunyai mekanisme yang jelas untuk memastikan data-data ini tidak disalah guna? Dan adakah pihak Jabatan Pendaftaran Negara turut tertakluk kepada piawaian keselamatan data yang sama ataupun lebih ketat daripada Akta Perlindungan Data Peribadi iaitu Akta 709? Selain itu, Tan Sri Speaker, umum mengetahui rakyat masih trauma dengan pelbagai kes kebocoran maklumat dan data peribadi. Bezanya kali ini, data yang terlibat adalah data jenis biometrik yang tidak boleh ditukar ganti seumur hidup. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah pelan kementerian untuk memastikan pangkalan data yang akan digunakan benar-benar selamat? Dan adakah audit bebas keselamatan siber bakal diwajibkan setiap tahun? Serta apakah pelan tindak balas kementerian jika berlaku sebarang kebocoran data? Perkara ini perlu dijelaskan agar tidak timbul isu keraguan atau ketidakpercayaan kerana hal ini melibatkan kepentingan orang ramai. Seterusnya, Tan Sri Speaker, merujuk kepada cadangan pengenalan seksyen baharu 6A, yang antara tujuannya untuk memperkenalkan kuasa kompaun kepada Ketua Pengarah JPN dengan keizinan pendakwa raya. Persoalan utama saya, apakah jenis kesalahan yang boleh dikompaun? Adakah hanya melibatkan kesalahan teknikal kecil atau juga melibatkan kesalahan serius? Dan bagaimanakah pula dengan hak rayuan jika rakyat berasakan wujudnya isu ketidakadilan terhadap kompaun yang dikenakan kepada mereka? Serta berapakah amaun kompaun yang dimaksudkan sebagai penalti atau denda bagi sesuatu kesalahan itu? Saya mohon agar kementerian juga dapat menyenaraikan semua jenis salah laku yang boleh dikompaun oleh KP JPN. Yang terakhir, Tan Sri Speaker, iaitu mengenai isu keterangkuman rakyat mengenai usaha kerajaan ini. Saya fikir tidak semua rakyat berkemampuan dan bersedia atau sesuai untuk menyerahkan data biometrik. Akses rakyat pedalaman, warga emas dan OKU atau mereka yang mengalami kecederaan mungkin
menghadapi kesukaran. Sehubungan dengan itu, apakah mekanisme alternatif yang bakal disediakan oleh kementerian? Kita hendaklah memastikan tiada seorang pun rakyat Malaysia tercicir daripada sistem identiti digital rasmi negara. Sebagai penutup, Tan Sri Speaker, RUU ini penting bagi memodenkan sistem pendaftaran negara, tetapi ia juga membawa implikasi besar kepada privasi, kebebasan, kos rakyat dan keselamatan data nasional. Maka, saya menggesa agar beberapa safeguard dimasukkan, termasuklah perlindungan data yang jelas, audit bebas keselamatan siber dan prosedur alternatif bagi mereka yang tidak mampu menyerahkan biometrik. Dengan pindaan dan jaminan yang wajar, barulah rakyat akan yakin bahawa transformasi identiti digital negara ini benar-benar memberi manfaat, bukannya membawa mudarat. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Baik. Saya jemput Tumpat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim... [Membaca selawat] Dalam membincangkan tentang RUU pindaan untuk Akta Pendaftaran ini, wujud kerisauan di kalangan ramai rakyat berkenaan dengan sistem pengenalan ID digital berpusat yang berkemungkinan mendedahkan risiko penyalahgunaan data oleh kerajaan semasa atau pada masa akan datang yang mana boleh dimanipulasi seolah-olah sistem social credit akan mula berjalan, memberikan leverage yang besar kepada pihak kerajaan dan ini banyak disebut oleh rakan-rakan kita tadi. Saya merujuk kepada seksyen 6 di mana kuasa Menteri pengambilan data biometrik yang menyebut, dalam libat urus, bahawa bagi menambah baik ciri-ciri keselamatan pada kad pengenalan struktur baru yang melibatkan data biometrik rakyat Malaysia. Di mana dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Maka, perelokkanlah nama kamu”. Dalam Surah Al- Hujurat, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.” Lita'arufu. Tuan Yang di-Pertua, inilah dalil bahawa identiti manusia mesti jelas, bernama, direkod, dilindungi dan dikenali. Hari ini dalam pindaan Akta Pendaftaran Negara, saya ingin menarik perhatian Dewan, ada empat poin utama yang mesti
diberi penekanan berkaitan dengan tulisan jawi dalam kad pengenalan, iaitu dari segi legasi, sinergi, identiti dan sekuriti. Pertama, tulisan Jawi adalah bahasa kebangsaan yang telah dimuktamadkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan. Kita bukan bercakap soal sentimental semata- mata tapi soal dokumen asas negara. Dalam ini kita melihat di mana bila mana ini dibuat, kita seharusnya menggunakan masa ini untuk mengintegrasikan tulisan Jawi dalam identiti pengenalan nasional iaitu dalam kad pengenalan fizikal dan juga dalam dokumen bentuk digital yang membawa makna sebenar nama seseorang dalam satu dokumen rasmi yang boleh dirujuk untuk nama versi Jawi yang tidak dapat dipenuhi oleh aksara Rumi semata-mata.
Hari ini jika bukan Malaysia yang mempertahankan Jawi, siapa lagi? Negara mana lagi dan bila lagi? Yang kedua, sinergi. Tulisan Jawi dikemaskini dan diintegrasi dalam kad pengenalan fizikal digital tentu memberi nilai tambah dalam hubungan antarabangsa khususnya dengan negara-negara Arab yang menggunakan huruf hampir sama dengan pertuturan rasmi. Malaysia akan lebih disantuni dan dihormati dengan langkah ini berdiri dengan negara Islam dengan identiti sendiri. Tambahan pula kini wujud percanggahan ejaan nama Jawi dalam sijil nikah di semua negeri, dalam Sijil Menengah Agama, Sijil Tinggi Agama di Malaysia. Tulisan sendiri jika dilihat, kalau tidak ada rekod rasmi kita akan lihat perbezaan di antara cara-cara nama ini dieja. Jadi kita perlukan satu rekod rasmi kerajaan yang tunggal supaya kita mencapai sinergi dan uniformity. Yang ketiga, identiti. Ini isu Perlembagaan. Kalau yang mahu mengisi borang rasmi dengan tulisan Jawi sama ada digital atau fizikal, mereka wajar ada hak itu kerana ini dijamin di bawah Akta Bahasa Kebangsaan. Maka mesti ada rekod identiti sebagaimana seseorang itu dalam tulisan Jawi yang disimpan dan diperakui oleh JPN. JPN dengan mandat mendaftar kelahiran, kematian dan merekod serta menyimpan identiti warganegara, adalah penjaga tunggal yang wajar mengangkat Jawi dalam dokumen rasmi negara. Malah saya sudah sahkan bahawa kad pengenalan Singapura juga membenarkan tulisan Jawi. Semakan atas talian menunjukkan untuk nama Batman bin Superman tulisan Jawi tetap dipaparkan dalam IC Singapura. Jadi, seharusnya Malaysia mengambil langkah lebih ke hadapan untuk memperkukuhkan identiti rasmi kita.
Yang keempat, sekuriti. Jawi bukan saja soal warisan, ia juga soal keselamatan. Font Jawi lebih terhad dengan huruf seperti nga, pa, cha, ga dan lain- lain lagi. Ia lebih sukar dimanipulasi berbanding Rumi. Dari sudut keselamatan lapisan pertama, first tier security, ini kelebihan yang tak boleh kita abaikan. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu juga kita berhubung dengan pendaftaran, saya juga ingin menyentuh kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa KDN akan mula mendaftarkan pelarian dalam sistem sendiri berasingan daripada UNHCR. Bagi Tumpat tiada pendaftaran kerana pendaftaran bermaksud kita telah mengakui dan akur, sedangkan Malaysia tidak pernah meratifikasikan UNHCR. Kita lihat dalam kes bila mana pelarian bersalin di mana-mana hospital kerajaan, maka mereka akan mendapat surat beranak walaupun di surat beranak tersebut menulis bukan warganegara tetapi mereka telah mempunyai satu dokumen rasmi daripada kerajaan kita. Jadi, ini akan mengelirukan kerana mereka ini boleh disalahfahamkan. Kita tegaskan dalam Perkara 92, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak bergerak bebas hanya kepada warganegara. Pelarian tidak mempunyai hak ini. Pelarian tidak sepatutnya bergerak bebas dalam Persekutuan, malah mereka ini tiada rekod identiti rasmi dari kerajaan dan pantauan biometrik yang konsisten. RUU ini sudah memberi kuasa untuk mengambil dan merekodkan biometrik warganegara. Tapi pelarian masih tiada rekod konsisten, tiada pantauan pergerakan dan tiada audit trail, tiada rekod biometrik dan mustahil untuk kerajaan pantau keselamatan dalam negeri. Perkara yang disebut ini adalah simptom. Umpama demam, indikator, prosedur tak kena dalam negara kita. Pindaan ini nampak lengkap di bahagian warganegara tapi kita masih tempang bila menyentuh isu pelarian yang berlaku dalam negara kita. Jadi Tumpat cadangan kita bukan lagi rawat simptom. Langkah pencegahan harus dibuat di seluruh sempadan negara. Perhebatkan dan perkasakan lagi tindak kerja AKPS. Tiada lagi pintu sempadan yang bocor dan dengan tiada bocor dan tembus sempadan, kita berharap isu berkenaan pendaftaran pelarian tidak menjadi keutamaan kita lagi dengan izin no entry, no paperwork. Lainlah jika kita ini men-rectify-kan UNHCR. Oleh kerana saya hanya menyebut dua perkara, saya mengharap ini memberikan fokus kepada kerajaan dan mohon jawapan yang tuntas daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Baik, saya jemput Kluang.
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-Undang bagi meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 ini. Pindaan ini amat penting kerana ia bertujuan memperkukuh integriti sistem pendaftaran negara, menutup ruang kelemahan undang-undang sedia ada, serta meningkatkan ketelusan dan keselamatan dokumen pengenalan diri. Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi tumpuan kepada beberapa isu pokok. Pertama, soal biometrik. Pindaan ini membolehkan kerajaan merekod bukan sahaja cap jari tetapi juga pengecaman wajah dan imbasan iris. Saya bersetuju bahawa langkah ini dapat meningkatkan ketepatan identiti, mengurangkan risiko pemalsuan dokumen serta memperkukuh keselamatan negara. Namun, pada masa yang sama, kerajaan perlu memberi jaminan kukuh bahawa keselamatan data rakyat benar-benar dilindungi. Kita sudah ada rekod kebocoran data yang menimbulkan keresahan. Rakyat tidak boleh sekali lagi berdepan dengan episod yang menghakis keyakinan mereka terhadap institusi negara. Dalam konteks pengecaman wajah, saya ingin membangkitkan isu rakyat yang menjalani pembedahan plastik atau rekonstruktif. Sebagai contoh, seorang mangsa kebakaran yang melalui pembedahan besar sehingga wajahnya berubah. Bagaimana sistem ini akan mengurus identiti mereka? Adakah proses kemas kini biometrik akan mudah dan mesra rakyat supaya mereka tidak terbeban untuk mengakses perkhidmatan asas kerajaan? Isu ini mungkin nampak kecil tetapi inilah persoalan manusia sebenar yang mesti ditangani dengan penuh empati. Tan Sri Yang di-Pertua. Kedua, berhubung kesalahan yang boleh dikompaun. Saya melihat langkah ini sebagai mekanisme praktikal bagi mengurus kesalahan ringan tanpa perlu mendakwa di mahkamah. Contohnya, kegagalan mendaftar semula, menukar alamat ataupun menukar kad pengenalan pada usia 18 tahun. Namun, kerajaan mesti pastikan garis panduan jelas supaya pelaksanaan tidak menjadi beban tambahan. Terutamanya kepada mereka di kawasan pedalaman yang menghadapi kekangan untuk hadir ke pejabat JPN. Isu ketiga, keterangkuman. Golongan rentan seperti anak angkat, anak tanpa dokumen ibu bapa, buat sementara, masyarakat orang asli dan komuniti pedalaman tidak boleh tercicir daripada hak asas mendapatkan pengenalan diri. Saya menyokong usaha kerajaan melalui program pendaftaran mudah alih seperti Mekar
tetapi ia mesti benar-benar dilaksanakan dengan konsisten, bukan sekadar program atas kertas. Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang isu MyDigital ID. Saya mengakui potensi besarnya dan saya sendiri pun sudah daftar. MyDigital ID betul-betul mempercepatkan perkhidmatan, memudahkan pengesahan identiti dan mengurangkan risiko penipuan dalam talian. Namun, kebimbangan rakyat tetap besar. Soal privasi dan keselamatan data. Filem tahun 2002, Minority Report dengan izin, juga pernah membayangkan realiti sebegini. Seseorang boleh menukar identiti melalui pembedahan. Persoalan kita, bagaimana kerajaan memastikan semua ciri-ciri biometrik yang dirakam, sama ada cap jari, wajah, atau imbasan iris, tidak akhirnya menjadi data yang bocor, digunakan atau dimanipulasikan oleh sindiket jenayah. Ini bukan sekadar persoalan teknologi, tetapi persoalan integriti dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara. Kerana kita tak mahu ciri-ciri peribadi khasnya itu, ini semua yang akhirnya boleh mengecamkan ini adalah saya sendiri. Akhirnya jadi identiti dicuri dan diguna oleh orang ketiga, keempat untuk buat kelakuan yang salah atau melakukan jenayah yang bahayakan masyarakat kita. Jadi saya mohon kerajaan memberi jaminan jelas bahawa data MyDigital ID tidak akan disalah guna, tidak akan dijual dan hanya digunakan dengan kebenaran rakyat. Teknologi sepatutnya memudahkan hidup rakyat, bukan membebankan mereka yang tidak mahir menggunakannya. Oleh itu, kita perlukan kerangka dasar yang betul supaya penggunaan teknologi benar-benar membawa manfaat kepada semua. Bukan hanya golongan celik digital. Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya menyokong pindaan akta ini. Namun, dalam pelaksanaannya, kita perlu memastikan sistem pendaftaran negara bukan sahaja cekap dan selamat tetapi juga mesra rakyat, inklusif dan berperikemanusiaan. Identiti adalah hak asas setiap warga negara dan melindungi hak ini adalah tanggungjawab negara. Sekian, terima kasih.
Baik, saya jemput pembahas terakhir, Labuan.
Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Pendaftaran Negara 1959.
Akta ini adalah tunjang kepada sistem pendaftaran negara kita yang memastikan setiap warganegara dan penduduk diiktiraf secara sah. Namun sudah tiba masanya untuk kita menilai semula beberapa peruntukan bagi memastikan ia kekal relevan dan adil. Saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada beberapa pindaan yang dicadangkan terutamanya seksyen 6 dan kemasukan seksyen baharu 6A. Tan Sri Yang di-Pertua, seksyen 6 yang sedia ada mempunyai kelemahan yang ketara terutamanya dari segi tempoh masa pendaftaran yang terlalu singkat. Tempoh 14 hari bagi pendaftaran kelahiran dan 24 jam bagi kematian sering kali menimbulkan masalah, khususnya di kawasan luar bandar dan terpencil di mana akses kepada pejabat pendaftaran negara adalah terhad. Ini bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk mendaftarkan peristiwa penting ini dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan ini seterusnya boleh menyebabkan denda dan kesulitan lain. Saya ingin mencadangkan bagi mengatasi masalah ini agar pindaan kepada seksyen 6 dilanjutkan kepada 60 hari bagi pendaftaran kelahiran. Ini memberikan tempoh yang lebih munasabah kepada ibu bapa untuk menguruskan pendaftaran tanpa tertekan oleh kekangan masa. Bagi pendaftaran kematian, tempoh pendaftaran bolehlah dilanjutkan kepada 48 jam untuk memberikan masa yang mencukupi kepada ahli keluarga untuk menguruskan jenazah dan hal-hal berkaitan. Ini lebih realistik dan praktikal terutamanya dalam keadaan kesedihan dan trauma. Tan Sri Yang di-Pertua, kemasukan seksyen baharu 6A adalah langkah yang sangat positif. Seksyen ini membenarkan pendaftaran lewat dengan proses yang lebih jelas, namun ia juga boleh diperbaiki. Saya mencadangkan agar seksyen 6A ini tidak hanya menetapkan denda tetapi juga memperjelaskan proses verifikasi yang lebih mesra rakyat. Jabatan Pendaftaran Negara perlu diberikan sumber dan latihan yang mencukupi untuk mengendalikan kes-kes pendaftaran lewat dengan lebih cekap dan empati. Selain itu perlu ada mekanisme sokongan bagi mereka yang tidak mampu membayar denda terutamanya golongan miskin dan terpinggir. Mungkin satu pengecualian atau pengurangan denda boleh dipertimbangkan berdasarkan status ekonomi individu yang terlibat.
Selain daripada itu, saya juga ingin bangkitkan berhubung nasib anak-anak yang lahir di Malaysia tetapi tidak diberikan kad pengenalan kerana ibu bapa mereka tidak mempunyai sijil nikah bukan yang sah tetapi yang nikah secara kampung ataupun secara adat. Fenomena ini berlaku khususnya dalam masyarakat luar bandar di pendalaman bahkan di kawasan bandar di mana pasangan hanya bernikah secara nikah kampung atau di luar negara tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama. Akibatnya anak-anak ini menghadapi masalah serius. Pertama, kesukaran mendaftar sekolah kerana status dokumen yang tidak lengkap, tersisih daripada bantuan kebajikan dan kesihatan. Trauma sosial dan statement masyarakat kerana dianggap tidak sah taraf ataupun PATI. Tan Sri Yang di-Pertua, kes ini berlaku di Sabah, di Labuan. Kita harus melihat isu ini daripada sudut hak kanak-kanak dan bukannya hanya dari aspek teknikal pentadbiran. Mereka lahir di bumi Malaysia, bertutur dalam bahasa kita, membesar dalam budaya kita, maka adalah tidak adil untuk menghukum mereka atas kesilapan, kecuaian ataupun kelalaian ibu bapa mereka. Justeru, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan satu mekanisme khas pengesahan nikah di mana pasangan yang bernikah tetapi gagal mendaftar boleh melalui proses pemutihan melalui mahkamah syariah atau pejabat agama dengan sokongan bukti saksi dan dokumen. Kedua, memberikan dokumen pengenalan sementara kepada anak-anak agar anak-anak tersebut tidak terhalang daripada hak pendidikan dan kesihatan semasa proses semakan status perkahwinan ibu bapa yang dijalankan. Saya juga mencadangkan untuk menggubal garis panduan yang lebih inklusif di bawah Jabatan Pendaftaran Negara supaya kanak-kanak tidak menjadi mangsa birokrasi sebaliknya diberikan ruang untuk disahkan kerakyatannya jika terbukti lahir daripada ibu ataupun bapa warganegara Malaysia. Kerjasama yang erat dan rapat antara JPN, jabatan agama dan mahkamah syariah supaya isu sijil nikah ini dapat diselesaikan secara bersepadu tanpa membebankan rakyat juga harus dilaksanakan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya cadangan ini bukan sahaja akan membantu ribuan anak yang terperangkap dalam masalah ini bahkan ia akan melahirkan generasi yang lebih terjamin masa depan mereka. Undang-undang kita mesti tegas tetapi dalam masa yang sama mesti bersifat adil dan berperikemanusiaan.
Secara kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah penting untuk memastikan Akta Pendaftaran Negara 1959 kekal relevan dan berkesan. Namun saya menyeru agar pindaan yang dicadangkan ini dinilai semula dengan mengambil kira realiti dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat. Dengan pindaan yang lebih komprehensif dan adil, kita dapat memastikan setiap warganegara dan penduduk mendapat pengiktirafan dan perlindungan yang sewajarnya. Saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat saya Yang Berhormat untuk menyokong rang undang-undang ini. Ia bukan sahaja berkaitan dengan undang- undang tetapi juga dengan belas kasihan, keadilan dan janji kita kepada warganegara kita sendiri. Marilah kita sama-sama memastikan bahawa tiada seorang pun anak yang dilahirkan di negara ini akan hidup tanpa identiti. Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang Pendaftaran ini dapat diperkukuhkan dengan memasukkan peruntukan penyelesaian bagi anak kelahiran Malaysia yang terkesan akibat ketiadaan sijil nikah sah ibu bapa mereka. Sekian, terima kasih.
Baik. Terima kasih Labuan. 20 orang Ahli Parlimen telah pun mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini. Sekarang saya jemput Menteri menjawab.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Menteri ada 15 minit, 15 minit.
Baik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Rang Undang- undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 [Akta 78] ini merupakan suatu akta berkaitan pendaftaran individu dan pengeluaran kad pengenalan di Malaysia. Sebagaimana kita sedia maklum, akta yang mengandungi lapan seksyen yang merangkumi seksyen berkaitan tafsiran, pelantikan orang yang menjalankan kuasa pendaftaran, prosedur pendaftaran dan daftar peraturan-peraturan bidang kuasa mahkamah majistret kelas 1 serta obligasi milik dokumen perjalanan. Pindaan ini perlu dilaksanakan pertama bagi menambah baik ciri-ciri keselamatan kad pengenalan fizikal rakyat Malaysia, terdapat keperluan penambahan pengambilan perekodan, penggunaan jenis data biometrik yang bersesuaian dengan keadaan dan tahap keselamatan serta kerahsiaan maklumat
pengenalan diri. Selain itu ia juga perlu bagi memastikan ia selari dengan beberapa inisiatif dan dasar baharu kerajaan termasuklah dalam pelaksanaan MyDitigal ID. Untuk makluman, pindaan ini tidak bermaksud untuk mewajibkan pendaftaran MyDigital ID tetapi memberi punca kuasa untuk menggunakan maklumat dan fungsi kad pengenalan fizikal dalam bentuk digital. MyDigital ID tidak akan menggantikan kad pengenalan fizikal. Ini fakta yang saya harap kita semua faham. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri merakamkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh pelbagai isu berkaitan Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 ini. KDN menghargai pandangan, setiap cadangan yang dikemukakan dan insya-Allah hari ini saya akan memberi maklum balas kepada penyataan-penyataan dan cadangan-cadangan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat. Cuma saya hendak sebut bahawa perkara-perkara yang saya akan sentuh ini ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang sahaja, manakala perkara-perkara yang lain selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(1) hanya saya akan jawab perkara-perkara yang berkaitan sahaja, yang lain saya akan beri secara bertulis. Jadi saya ucapkan banyak terima kasih kepada lebih daripada 22 Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan perkara ini berkaitan dengan kebocoran maklumat oleh agensi, jabatan kerajaan dan langkah-langkah atau tindakan kawalan yang diambil oleh kerajaan bagi mengekang kebocoran maklumat oleh sektor awam.
Ini dibangkitkan oleh Besut, Jerlun, Bukit Bendera, Yang Berhormat Pulai, Pokok Sena, Tebrau, Pematang Pauh, Betong, Kuala Krai, Hulu Selangor, Sandakan, Merbok, Jempol, Kulim-Bandar Baharu dan Yang Berhormat Tampin, membangkit perkara ini. Saya nak sebut bahawa bagi mengekang kebocoran maklumat oleh Agensi Jabatan Kerajaan, terdapat peruntukan perundangan dan peraturan yang telah digubal bagi mengawal dan mencegah kebocoran maklumat iaitu. Pertama, Akta Rahsia Rasmi 1972, Arahan Keselamatan yakni semakkan dan pindaan 2017, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Keselamatan Siber 2024, Akta Perlindungan Data Peribadi 2021 [Akta 709] dan Akta
Jenayah Komputer 1997. Sekiranya mana-mana penjawat awam daripada mana- mana kementerian atau jabatan atau agensi membocorkan data JPN. Maka, mereka boleh dikenakan pertuduhan di mahkamah atau tindakan tatatertib. Jika pegawai membocorkan maklumat terperingkat, maka penjawat awam tersebut boleh dituduh di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Selain itu, pertuduhan juga boleh dikenakan di bawah peruntukan 25(1)(k) dan 25(1)(f) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Sekiranya maklumat dalam daftar di bawah akta — di samping itu, mana-mana kesalahan yang melibatkan aktiviti-aktiviti penggodaman ke atas sistem JPN, maka pesalah boleh didakwa di bawah Akta Jenayah Komputer 1997. Bagi memastikan pindaan ini dapat dikuatkuasa dengan berkesan, kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara telah merangka beberapa langkah. Pertama, kita meningkatkan kesiapsiagaan infrastruktur digital. Termasuk menaik taraf sistem teknologi maklumat, pangkalan data serta ciri-ciri keselamatan siber. Selain daripada itu, kita memberi latihan dan pembangunan kompetensi secara berterusan kepada pegawai JPN agar sentiasa bersedia dengan keperluan semasa. Termasuk pengesanan penipuan dokumen. Ketiga, kita melaksanakan mekanisme pemantauan dan audit berkala supaya sebarang kelemahan dapat dikenal pasti lebih awal. Selain daripada itu, kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Kita sentiasa perkukuhkan bagi memastikan pelaksanaan akta ini benar-benar berkesan. Ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh berkaitan dengan pengambilan data biometrik ke atas pemegang kad pengenalan ini. Dan apakah membantu kerajaan dalam pendataan dan keselamatan negara ini. Yang Berhormat Pulai, Permatang Pauh dan ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat sebut. Saya nak sebut Yang Berhormat, biometrik ini merupakan kaedah untuk pengecaman individu berdasarkan ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu tersebut. Walau bagaimanapun peruntukan semasa dalam Akta 78, hanya menyatakan mengenai pengambilan kaedah gambar foto, cap jari, ibu jari sahaja. Sebab itu pindaan perlu dibuat. Sehubungan itu, terdapatlah keperluan kepada penambahbaikan pengambilan perekodan dan penggunaan jenis data-data biometrik yang
bersesuaian dengan keadaan semasa dan tahap keselamatan dan kerahsiaan maklumat. Terutamanya bagi pendaftaran dan rekod pengenalan diri rakyat Malaysia. Pengambilan dan perekodan data biometrik yang dicadangkan ini adalah imej 10 cap jari, anak mata dan imbasan imej muka bagi menambah ciri-ciri keselamatan serta menyediakan data biometrik alternatif bagi data biometrik yang mempunyai masalah akses di daftar dan rekod. Di samping itu juga, ia selaras dengan cadangan untuk melaksanakan pengeluaran kad pengenalan struktur baru bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Saya nak sebut bahawa perkara di sini yang berkaitan dengan sejauh mana pengambilan data biometrik tadi ke atas pemegang kad pengenalan ini akan membantu kerajaan dalam pendataan dan keselamatan negara. Satu ialah ketetapan identiti. Dengan pengambilan rakaman biometrik CIJ, imej dan iris ini, terdapat pengurangan risiko pemalsuan identiti serta pengeluaran dokumen pendiri tepat dan sahih. Keduanya, keberkesanan kepada perkhidmatan kerajaan. Pengesahan biometrik yang lebih teratur, tepat dan cepat memudahkan proses semakan identiti individu dalam perkhidmatan kerajaan. Seperti pemberian subsidi, pendidikan, perubatan dan proses pilihan raya. Ia juga berlaku peningkatan kepada tahap keselamatan negara. Ini merupakan –– memudahkan pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan mengesan jenayah setempat dan juga rentas sempadan. Jadi, dengan adanya data biometrik, ia akan memudahkan agensi kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang bagi menggunakan pengesanan biometrik untuk tujuan keselamatan negara, kawalan sempadan dan pencegahan jenayah. Pengecaman cap jari dan pengecaman wajah digunakan secara lebih meluas untuk mengesan identiti individu semasa pemprosesan pasport, visa atau dokumen pengenalan diri lain. Ini membantu pengesanan pemalsuan dokumen dan mengelakkan kemasukan yang tidak dibenarkan dalam negara ini. Dalam penyiasatan jenayah pula, pangkalan data biometrik seperti pangkalan data cap jari atau DNA ini digunakan untuk mengenal pasti suspek atau menghubungkan individu dengan bukti di tempat kejadian. Ada juga Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan berkaitan dengan pindaan Akta 78, adakah memasukkan seksyen baru melibatkan kesalahan- kesalahan yang boleh dikompaun? Apakah kesalahan-kesalahan yang dicadangkan
untuk di kuat kuasa di bawah seksyen ini? Ini banyak juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat sekalian, selaras dengan pindaan rang undang-undang Akta 78, kerajaan mencadangkan untuk memasukkan seksyen baru di bawah kesalahan yang boleh dikompaun. Sebenarnya langkah ini bertujuan untuk memudah cara pengurusan suatu kes tanpa perlu dibawa di mahkamah atau didakwa di mahkamah. Kesalahan-kesalahan yang dicadangkan untuk ditawarkan kompaun adalah seperti berikut: (i) orang yang gagal mendaftar dan mendaftar semula seperti ditetapkan; (ii) penganjur yang tidak mahu atau cuai atau gagal menganjurkan permohonan kad pengenalan mana-mana individu di bawah jagaannya; dan (iii) mana-mana orang yang gagal untuk menukar kad pengenalan miliknya apabila mencapai usia genap 18 tahun. Ini mengikut Peraturan 18 Pejabat Pendaftaran Negara 1990, atau apabila diarahkan oleh Menteri mengikut Peraturan 28 PPN 1990. Seterusnya, mana-mana orang yang gagal menunjukkan kad pengenalan miliknya apabila disemak oleh orang yang dibenarkan. Selain daripada itu ialah, mana-mana orang yang memiliki lebih daripada satu kad pengenalan tanpa sebab yang munasabah. Selain daripada itu ialah mana-mana orang lain yang gagal hadir untuk siasatan atau semakan yang diminta pegawai pendaftaran. Selaras dengan Peraturan 21 Pejabat Pendaftaran Negara 1960 dan mana-mana orang yang tidak menukar alamat di mana dia bermastautin pada kad pengenalannya. Ini sebahagian daripada perkara yang dicadangkan. Ahli Yang Berhormat, ada juga ditanyakan berkaitan dengan status Laporan RCI mengenai pendatang tanpa izin di Sabah. Ini dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tuaran. Perkara ini tidak berkaitan dengan apa yang kita bincangkan. Kita akan pergi secara bertulis Yang Berhormat. Ada juga yang membangkitkan, bertanya sejauh mana JPN menguatkuasakan peraturan yang berkaitan kesalahan miliki kad pengenalan palsu atau kad pengenalan milik orang lain? Serta apakah tindakan yang dibuat bagi mengesan sindiket seperti ini?
Untuk makluman Dewan, sepanjang tahun 2021 sehingga Ogos 2025, sebanyak 795 tangkapan telah dibuat melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 326 individu telah didakwa atas kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) melibatkan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain. Dalam hal ini Ahli Yang Berhormat, mana-mana kes khususnya yang berkaitan dengan kesalahan penggunaan kad pengenalan palsu, kad pengenalan yang dikeluarkan atau diperolehi secara tidak teratur. JPN akan merampas kad pengenalan tersebut dan menyenaraihitamkan dokumen tersebut ataupun menarik balik serta-merta tanpa kompromi.
Selain itu, untuk makluman, KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara turut melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan termasuk penjualan kad pengenalan palsu atau perkhidmatan pemalsuan identiti secara atas talian di semua platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok atau yang lainnya. KDN dan JPN komited dalam penguatkuasaan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 bagi membendung kes pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri serta dokumen-dokumen lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi pastikan keselamatan dan kedaulatan negara benar-benar terjamin. Dibangkitkan juga berkaitan dengan status terkini kad pengenalan generasi baru yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan dan apakah kelebihan serta ciri-ciri keselamatan yang ada berbanding dengan MyKad sedia ada. Ahli Yang Berhormat, KDN dan JPN dalam perancangan untuk mengeluarkan kad pengenalan generasi baru yang bakal mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi menggantikan generasi sedia ada yang telah diguna sejak 2012. Kelebihan MyKad generasi baru antara lain adalah untuk membendung isu pemalsuan dan penyalahgunaan kad di samping memastikan pengeluaran kad pengenalan baru ini adalah selari dengan perkembangan teknologi terkini. Dalam hal ini, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat dalam kad pengenalan tersebut antara lain ialah bahan poli karbonat berkualiti tinggi. Kad ini dibuat daripada bahan poli karbonat yang telah diuji ketahanan di makmal bertauliah lebih tahan lama dan sukar dipalsukan. Banyak lagi ciri-ciri lain yang kita telah uji dan kita yakini reka
bentuk yang moden dengan elemen keselamatan tambahan yang kita masukkan ini akan pastikan kad ini lebih selamat dan lebih terjaga. Ahli Yang Berhormat, saya ― Tan Sri, saya mohon maaf, banyak soalan- soalan yang saya tak sempat nak jawab. Tapi, saya janji, Kementerian Dalam Negeri janji, kita akan bagi secara bertulis semua pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Sebagai kesimpulannya, secara keseluruhan, Kementerian Dalam Negeri mengucapkan banyak terima kasih kerana Rang Undang-undang Pendaftaran Negara ini penting untuk pastikan pendaftaran rakyat Malaysia dilaksanakan seiring dengan perkembangan teknologi semasa yang melibatkan elemen pendigitalan. Ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan dalam pastikan perundangan berkenaan pengurusan pendaftaran dan dokumen pengenalan diri rakyat dapat dilaksana mengikut dasar yang diadaptasi dengan perubahan-perubahan semasa. Pindaan ini juga adalah untuk pastikan pengurusan dokumen rekod pengenalan diri dapat ditingkatkan ciri-ciri keselamatan serta pelaksanaannya lebih tersusun dan efektif. Kementerian Dalam Negeri mengucapkan banyak terima kasih atas sokongan Ahli Yang Berhormat semua terhadap Rang Undang-undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025. Terima kasih, Tan Sri.
Baik. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan dipersetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pertahanan (Tuan Haji Adly bin Zahari) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025Bill
Sekarang, saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk kemukakan rang undang-undang ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 dibacakan kali kedua sekarang.
Silakan.
Sidang Dewan yang mulia, sejarah panjang negara kita perlu dipelajari kerana ada kekuatannya, ada juga zaman gelap dan pahitnya. Di antara keterlanjuran masa lalu sama ada skandal Maminco sekitar awal 80-an hinggalah kejatuhan Bank Bumiputera, kerugian besar akibat urus niaga forex, PERWAJA, pelbagai keputusan penswastaan hinggalah tragedi 1MDB, perolehan LCS, perolehan ketenteraan serta yang terbaru skandal Jana Wibawa telah menjadi bukti nyata bahawa persoalan ketelusan, pertanggungjawaban bukan lagi pilihan malah tuntutan yang wajib dilaksanakan. Budaya penganugerahan kontrak secara rundingan terus tidak boleh diteruskan. Kita harus mengambil keputusan dan di antara langkah yang diusulkan ialah dengan perkenalkan Rang Undang-undang Perolehan kerana ia akan membatalkan semua hak dan keputusan Menteri Kewangan dan semua pihak yang berwajib untuk menganugerahkan mana-mana kontrak tanpa mengikut prosedur yang telus, maklumat kepada awam dan juga proses tender yang terbuka. Selain daripada tender ini, kita juga melihat pengalaman hegemoni dan monopoli seperti kartel dalam isu sekecil-kecil telur ayam, ayam, sayur-sayuran, minyak masak hinggalah perolehan perubatan dan, yang besarnya, seperti perolehan perkakasan ketenteraan. Inilah keputusan yang selari dengan apa yang kita janjikan dalam Kerajaan MADANI iaitu sepertimana dalam teras dan prakarsa kita membawa perubahan, menyusul tindakan-tindakan seperti pengukuhan institusi
Parlimen, penggubalan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen, memperluas kuasa audit yang juga disebut follow public money yang ada kaitan dengan ketelusan, prosedur, sama ada kontrak, tender ataupun pengurusan kewangan keseluruhannya. Kita juga telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada badan- badan penguat kuasa SPRM, PDRM, LHDN dan lain-lain selaras dengan strategi pembanterasan rasuah nasional. Sebelum ini, Ahli-ahli Yang Berhormat telah meluluskan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Maknanya, kuasa Menteri Kewangan yang hampir mutlak sebelumnya menentukan arah dasar dan unjuran itu telah dikembalikan semula untuk pemantauan Parlimen.
Hari ini reformasi ini diteruskan, iaitu cuba diperbaiki walaupun ini telah dibincangkan awal tapi tidak dilaksanakan oleh pentadbiran-pentadbiran sebelum. Apakah maksudnya? Ia ini maknanya proses tender, kaedah perolehan mesti dipatuhi sepenuhnya dan kegagalan ini membatalkan kuasa dan budi bicara berlebihan kepada Menteri Kewangan, terutamanya. Dan sekiranya ini ingkar dilakukan, maka yang bertanggungjawab termasuk Menteri Kewangan, pegawai- pegawai perbendaharaan selain daripada jabatan-jabatan lain, dianggap melakukan jenayah dan akan didakwa. Kita meletakkan asas kuasa ini pada Akta Tatacara Kewangan 1957. Tetapi maksud dan tujuan RUU ini adalah untuk menyemak, mengimbangi kuasa yang pada Menteri Kewangan dan jabatan-jabatan lain, Ketua Pengarah atau Pengarah, KSU di mana-mana kementerian yang boleh dicabar melalui Panel Kajian Semula dan Tribunal Rayuan Perolehan. Tapi ini pun tidak sekuat, kuasa yang diberikan kepada badan-badan penguat kuasa untuk menjalankan pendakwaan sekiranya ada kesalahan. Penggubalan ini adalah kesinambungan daripada FRA dan juga Akta Tatacara Kewangan 1957. Sekali lagi saya tekankan, Tan Sri Yang di-Pertua, maksud kita ada lah mengangkat integriti dan pertanggungjawaban dalam urusan Perolehan Kerajaan. Tidak banyak negara, apalagi Menteri Kewangan yang sanggup melepaskan kuasanya
[Dewan tepuk]
supaya disemak imbang dan meletakkan Menterinya dan penguasa yang bertanggungjawab untuk tanpa perlindungan undang-undang. Ini juga mengelakkan daripada saya sebut tadi, pengalaman lalu keterlanjuran kerana sebaik sahaja keputusan itu dibuat, proses pembatalan atau
tender semula itu sangat sukar. Sebab itu, di sini dibetulkan dari peringkat awal proses dan kaedah yang telus. Ada yang mengatakan bahawa ini akan menyebabkan kelewatan proses. Tapi saya tidak fikir itu akan berlaku sekiranya tahap ini dilakukan bersama dengan kecekapan. Apakah kesalahan-kesalahannya? Ini termasuk memindah satu pemberian perolehan atau kontrak tanpa izin kepada pihak ketiga, ataupun tidak menzahirkan kepentingan dalam mengurus perolehan kerajaan atau campur tangan yang mengganggu proses perolehan kerajaan. Ini berat, kerana campur tangan ini maknanya sebaik saja keputusan dibuat ada arahan baru sebelum dimuktamadkan. Atau yang lebih serius ialah pemalsuan dokumen serta maklumat. Jadi, RUU Perolehan Kerajaan 2025, mengandungi 12 bahagian, 93 fasal dengan matlamat meletakkan pertanggungjawaban sepenuhnya kepada mana- mana pihak yang melaksana perolehan yang menggunakan dana kerajaan. Jadi, ia berkuat kuasa bukan saja kepada Kerajaan Persekutuan tapi terpakai kepada semua entiti di bawah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mengikut peruntukan, sumber peruntukan yang sedia. Jadi, ini juga terpakai bagi semua badan berkanun Kerajaan Persekutuan, badan berkanun negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan mana-mana entiti yang menerima geran atau pinjaman dari kerajaan. Dan kita mengharapkan langkah ini boleh menoktahkan, mengawal amalan rasuah dan ketirisan yang kita lihat dari laporan Ketua Audit Negara hampir saban tahun. Ketiga, bagi mengenakan tindakan punitif yang tegas ke atas mana-mana pesalah. Ini tidak mengira sama ada penjawat awam atau menterinya yang terlibat telah bersara atau kontraktor atau mana-mana pihak, sekiranya didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara. Ini Tan Sri Yang di-Pertua, ada pengalaman kerana inilah satu peruntukan yang dulunya sangat kontroversial dalam pindaan awal yang saya lakukan dalam badan pencegah rasuah kerana ramai yang takut. Dia boleh simpan dana untuk berapa tahun, sehingga dia bersara, kemudian sekonyong-konyong keluar. Itu maknanya masih boleh didakwa sekiranya dapat dikenal pasti ia berlaku akibat daripada pelanggaran peraturan. Ini, umpamanya kesalahan pemberian perolehan kontrak perolehan termasuk mencegah gejala rent seeking, ini denda tidak kurang tiga kali ganda nilai pemberian atau kontrak perolehan kerajaan atau RM1 juta, yang mana lebih tinggi atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kalau dia gagal menzahirkan kepentingan termasuk kepentingan mana- mana pemunya beneficial boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya. Ataupun campur tangan yang selalunya ditohmah, ada benar, ada tidak. Kalau benar campur tangan yang mengganggu proses perolehan kerajaan, itu boleh disabit kesalahan dan dihukum denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Jadi, penjawat awam mempunyai peranan penting dan wajib untuk melapor. Ini satu hal yang juga kadang-kadang tidak berlaku. Dia ada maklumat tidak melapor mana-mana pelanggaran atau potensi pelanggaran kepada badan-badan penguat kuasa SPRM atau PDRM atau MyCC. Keempat, mengekang amalan perolehan yang tidak adil dan sering disalah guna. Perolehan terbuka ini boleh mengekang kesalahan ini. Ini dengan mewajibkan penubuhan dan pentadbiran panel kajian semula dan tribunal rayuan. Kelima, ini tentunya bertepatan dengan amalan baik, good governance, peringkat antarabangsa. Jawatankuasa di perbendaharaan telah meneliti umpamanya laporan United Nations Commission on International Trade Law, Model Law on Public Procurement, WTO, Government Procurement Agreement, UNDP, Chartered Institute of Procurement and Supply dan juga Peraturan Perolehan Bank Dunia. Kita juga teliti pengalaman-pengalaman di beberapa negara, termasuk Australia, Eropah dan China, Singapura. Keenam, RUU ini tetap punyai ruang untuk terus menyokong dasar utama dan keperluan semasa. Ini juga yang dibangkitkan kebimbangan tentang apa yang disebut pengecualian. Pengecualian itu pertama, ialah sepertimana yang sedia, ada iaitu beban keselamatan atau kerahsiaan yang terkait dengan perolehan, intelligence, maklumat intelligence dan keselamatan negara. Keduanya, kesegeraan. Umpamanya kalau darat banjir, umpamanya, tentunya dituntut supaya menyegerakan. Kemudian ada hal-hal di mana disebut tentang pembekal tunggal. Ada bagi contoh, umpamanya kalau kita gunakan window yang sedemikian ataupun produk sedemikian. Bedanya, Tan Sri Yang di-Pertua, dia mesti juga telus, dia tidak boleh kerahsiaan, melainkan perolehan yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera atau Majlis Keselamatan Negara.
Ada juga yang dianggap penerusan projek pakej pertama dah dibuat dengan kaedah-kaedah tertentu, jadi pakej kedua itu nampak terpaksa digunakan kaedah
yang sama. Yang penting ialah sepertimana kita menolak syarat dalam perbincangan dengan Amerika Syarikat iaitu tentang dasar bumiputera. Jadi, itu kita bagi pengecualian, kalau umpamanya masih tender tapi di kalangan syarikat bumiputera, masih pertahankan kepentingan bumiputera ataupun syarikat-syarikat tempatan, tender yang terbatas kepada kepentingan perubatan ataupun syarat memenuhi produk keperluan input tempatan. Ini yang disebut tentang penerusan dasar menyokong pembuat tempatan ataupun dalam beberapa kes negeri, di mana kerajaan negeri meminta supaya tender — masih tender tetapi tertakluk kepada syarikat-syarikat di sekitar negeri tersebut. Itu beberapa pengecualian diberikan tapi harus telus. Maknanya, kalau syarikat di Perak dalam peringkat yang kecil mahu tender itu dibuat di kalangan syarikat di Perak atau Sarawak atau di Sabah, itu diberikan sedikit kelonggaran. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dato’ Speaker, penggubalan RUU ini juga telah dibentangkan kepada semua pegawai-pegawai negeri — kewangan negeri dalam Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri — Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang saya pengerusikan dan dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dan juga kepada Majlis Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan kerana sebab terpakai di peringkat Persekutuan, terpakai di peringkat negeri, terpakai juga di peringkat kerajaan tempatan. Maka sebab itu, prosesnya itu dipatuhi sepenuhnya. Dato’ Yang di-Pertua, saya harap dengan penjelasan ini, dapat persetujuan rakan-rakan dari semua untuk memberi sokongan langkah yang tentunya dari segi kerajaan ini satu yang agak berani kerana tidak — sepertimana yang saya sebut tadi, tak banyak kerajaan yang sanggup melepaskan tanggungjawab dia daripada outright grant ataupun outright apa yang disebut negotiated, proses rundingan terus itu dengan digantikan dengan proses tender. Masalahnya ialah tidak membolehkan sama sekali meluluskan projek tanpa cara kaedah yang telus melalui proses tender. Jadi, saya mohon mencadangkan. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tambun. Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewajiban, kebertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan dalam perolehan kerajaan, penubuhan tribunal rayuan perolehan kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 20 orang Ahli Yang Berhormat akan berbahas. Senarai adalah seperti berikut, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Sandakan dan akhirnya Yang Berhormat Arau. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo untuk memulakan perbahasan.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua Speaker kerana memberi ruang untuk saya turut berbahas dalam RUU Perolehan Kerajaan 2025 ini. Dalam Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 yang dibentangkan sebagai pembaharuan untuk memperkukuhkan ketelusan dan akauntabiliti dalam perolehan awam. Ini merupakan satu langkah yang amat berani dan baik. Namun begitu, saya ingin memberi sedikit pandangan dan juga teguran, di mana pada hakikatnya rang undang-undang ini melalui pengamatan saya, saya melihat ada banyak kelompangan dan juga kelemahan. Ia bakal mengukur budi bicara Menteri, melindungi pembuat keputusan daripada penelitian dan menyerah kuasa yang tidak seimbang kepada pegawai tanpa perlindungan yang mencukupi. Daripada memberikan pembaharuan yang tulen, RUU ini berisiko memburukkan lagi keadaan dan penyalahgunaan dalam sistem perolehan negara kita.
Lembaran fakta ini menyerlah kelemahan paling serius dalam rang undang- undang yang mesti ditangani sebelum sebarang undang-undang ini diluluskan. Seperti kawalan kementerian, jika kita melihat dan meneliti seksyen 10(1)(a), Schedule 1, Menteri meluluskan kontrak mega tanpa siling kewangan dan ini merupakan salah satu punca masalah yang bakal mengundang. Jika kita lihat seksyen 13(2) sehingga (4), Menteri tidak terikat dengan syor lembaga perolehan dan kita melihat seksyen 12(8), Menteri memutuskan sekiranya berlaku kebuntuan lembaga dan seksyen 11(1), Schedule 2, Menteri mempengaruhi pelantikan lembaga. Jadi, apabila Menteri mempengaruhi pelantikan lembaga, saya khuatir kalau Menteri itu mempunyai integriti yang teguh, dia akan okey. Kalau misal katanya Menteri ini banyak kroni-kroni dan ini akan menjadi masalah. [Tepuk] Jadi, saya amat khuatir kerana Menteri akan menjadi amat berkuasa dan bakal bertindak secara berkesan sebagai pengawas selia dan juga peserta dalam keputusan perolehan. Dua peranan ini bakal menjejaskan perlindungan asas terhadap konflik kepentingan dan menumpukan perbuatan keputusan di pejabat yang sepatutnya dihalang oleh peraturan perolehan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita juga melihat kepada aspek rayuan tanpa kebebasan. Jika kita meneliti seksyen 61(6), Menteri menetapkan prosedur aduan dan seksyen 61(2), aduan mesti disalurkan melalui entiti perolehan. Contoh, kementerian, badan berkanun, agensi pelaksana sendiri sebelum peningkatan. Ini akan membukakan ruang dan kelompangan yang amat besar yang harus kita khuatiri. Jika kita meneliti seksyen 63 dan seksyen 74, ahli Setiausaha dan Pegawai Tribunal Rayuan dilantik oleh Menteri sendiri. Jadi, ini juga merupakan keraguan kita. [Tepuk] Rang undang-undang ini menubuhkan tribunal rayuan perolehan kerajaan tetapi ia dikompromi secara struktur kerana semua pelantikan dikawal oleh Menteri dan tribunal tidak boleh dianggap sebagai bebas, lebih-lebih lagi memaksa pengadu untuk mengemukakan rungutan dengan agensi yang mereka cabar adalah tidak bermakna. Daripada fungsi sebagai hakim neutral, pihak tribunal berisiko menjadi lanjutan kuasa Menteri menawarkan lebih daripada pengawasan simbolik semata- mata. Jika kita melihat kepada kuasa pendaftaran dan juga akses pasaran, dalam seksyen 17, hanya pembekal berdaftar boleh mengambil bahagian dalam perolehan. Seksyen 26, pendaftar boleh menolak permintaan untuk semakan tanpa sebab dan
ini merupakan dan menjadikan pejabat pendaftaran menjadi penjaga pintu yang boleh juga dan tidak boleh bersaing untuk kontrak.
Tanpa kriteria atau pengawasan yang jelas, ini membuka pintu kepada naungan politik dan kronisme dan juga pengecualian pembekal yang sah. Ia secara berkesan membenarkan kartel perolehan dibina mengikut budi bicara pentadbiran. Selain daripada itu, kita juga melihat pengecualian dan juga loophole dalam seksyen 2(2). Menteri boleh mengecualikan seluruh program daripada prosedur perolehan. Seksyen 12(7), keputusan lembaga tetap sah walaupun prosedur dilanggar. Jika kita melihat seksyen 28, Menteri mempunyai kuasa untuk mengecualikan sesiapa daripada pendaftaran. Seksyen 25, tiada kewajipan untuk mendedah maklumat perolehan seperti siapa yang dikecualikan. Ini menyebabkan orang yang dikecualikan itu boleh di protected, dengan izin. Jika kita melihat kepada seksyen 30, Menteri menetapkan peraturan perolehan semasa kecemasan. Seksyen 32, Sijil Kepentingan Awam boleh mengisytiharkan perolehan penting untuk kepentingan awam untuk mengatasi kelewatan dan penggantungan oleh sebarang bantahan ataupun rayuan di bawah akta ini. Maka dengan itu, peruntukan ini mewujudkan kelemahan struktur yang menjadi semak dan imbang rang undang-undang tidak akan menjadi bermakna. Dengan itu, Menteri-menteri mempunyai kuasa pengecualian yang luas. Rang undang-undang tersebut membenamkan cara untuk memintas prosedur dan juga ketelusan apabila sesuai dari segi politik. Kita juga melihat overreach penguasaan, dengan izin. Seksyen 45, Menteri atau pihak berkuasa kewangan negeri boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai...
Yang Berhormat.
...Di bawah bidang kuasa...
Sila gulung.
...Mereka untuk menjalankan kuasa penyiasatan dan juga penguasaan. Seksyen 47 sehingga 50 dan 53. Kuasa termasuk carian dan rampasan, akses kepada data berkomputer dan rampasan.
Seksyen 49...
Yang Berhormat, satu minit.
...Warannya kekal sah walaupun rosak dan seterusnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan tetapi memandangkan tidak banyak masa. Maka dengan itu Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan dalam bentuk semasa ini saya berharap agar kita dapat meneliti dengan lebih baik lagi sebab banyak perkara yang mempunyai kelemahan. [Tepuk] Maka dengan itu, saya dengan penuh rendah diri saya menuntut agar kerajaan mempertimbangkan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang- undang Perolehan Kerajaan, [Tepuk] menyediakan masa dan peluang yang mencukupi untuk pihak berkepentingan menyemak dan juga memberi maklum balas yang secukup-cukupnya sebelum kita melaksanakan. Selain daripada itu, saya juga menuntut dan merayu agar menyemak Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan ini untuk memenangi kelemahan struktur ataupun structure weaknesses dan jurang akauntabiliti yang telah...
30 saat, Yang Berhormat.
...Saya kenal pasti dan rungkai satu persatu tadi. Dengan itu, saya sekali lagi memohon dan merayu kepada pihak kerajaan khasnya Kementerian Kewangan untuk mendengari apa pandangan dan juga hujahan yang saya telah bentangkan. Dengan itu, sekian, terima kasih. [Tepuk]
Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan soal proses pembentangan RUU ini. Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 ini. Ia bukan kecil. Mengandungi 93 fasal yang akan mengawal berbilion ringgit wang rakyat setiap tahun. Tapi cara ia dibawa ke Dewan ini sangat pelik, terlalu tergesa-gesa. Saya bentangkan kronologinya. 12 Ogos 2025, white bill ataupun kertas putih diserahkan oleh AGC dan diedarkan kepada MJM untuk ulasan.
20 Ogos 2025, kertas dibawa ke bahagian Kabinet. 22 Ogos 2025, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan draf. 23 dan 24 Ogos, cetakan blue bill. 25 Ogos, bacaan pertama di Dewan Rakyat. 26 Ogos, sesi taklimat bersama dengan BBC penyokong kerajaan sahaja, kami tak terlibat. 27 Ogos, hari ini terus bacaan kedua dan ketiga di Dewan Rakyat. Ia sangat- sangat cepat, sangat ekspres. Maknanya dalam masa hanya 15 hari daripada serahan awal AGC sehingga kelulusan bacaan ketiga, RUU sebesar ini terus diluluskan. Lebih parah lagi hanya dua hari selepas mesyuarat Jemaah Menteri 22 Ogos, ia sudah dibawa ke Dewan untuk bacaan pertama 25 Ogos. Hanya dua hari selepas bacaan pertama terus dibawa untuk bacaan kedua dan ketiga. Ia sangat pelik dan pada saya, kelahiran RUU ini merupakan kelahiran songsang dan tak cukup bulan. Perbandingan dengan RUU lain. Saya bandingkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal diumumkan ketika Belanjawan 2022 dibawa ke Dewan hampir setahun kemudian selepas konsultasi dengan IMF, Bank Dunia, NGO dan pakar. RUU Anti Lompat Parti 2022 dibincangkan lebih setahun melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, lulus dengan sokongan bipartisan. Akta SPRM 2009 dibincang sejak 2007, lulus pada 2009. Ini lebih ke belakang. Ini sebahagian kecil yang saya nak sebutkan bagaimana akta-akta yang penting yang mengikut katanya Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi suatu akta yang akan melakar sejarah tetapi dilahirkan dalam keadaan tergesa-gesa. Dan lebih parah Tuan Yang di-Pertua, dia tidak dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas. RUU ini tidak dihantar ke Jawatankuasa Pilihan Khas, walaupun Tan Sri Speaker sendiri berulang kali menekankan pemerkasaan Parlimen bermula dengan menghantar RUU penting ke jawatankuasa untuk diteliti lebih mendalam [Tepuk] sebelum dibawa ke Dewan. Kalau RUU Lompat Parti, Akta Lompat Parti yang jauh lebih ringkas boleh dihantar ke Jawatankuasa Pilihan Khas, mengapa RUU ini yang menyentuh berbilion dana rakyat tidak diberi ruang yang sama? Membawa RUU ini ke Dewan ini tanpa membentang ke Jawatankuasa Khas Parlimen ialah penghinaan terhadap Tan Sri Speaker sendiri. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita bahaskan rang undang-undang besar, 93 fasal yang kononnya mahu membawa reformasi dalam tatakelola perolehan kerajaan. Tapi selepas saya teliti, kita dapati RUU ini bukan mengikat kuasa eksekutif, malah membuka ruang kuasa mutlak kepada seorang Menteri untuk override hampir semua peruntukan.
Saya mendengar ucapan pembentangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi seolah-olah Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan membaca peruntukan yang lain dan dalam undang-undang lain. Seolah-olah ia tidak dibaca daripada blue bill ini sendiri. Boleh jadi kerana kesibukan Yang Berhormat beliau tidak sempat diberikan taklimat oleh Menteri-menteri dan pejabat Menteri. Saya ambil contoh. Seksyen 2(2). Kuasa mengecualikan undang-undang. Teks penuh berbunyi “Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana program, aktiviti, projek, atau mana-mana orang atau kelas orang daripada pemakaian mana-mana peruntukan akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri”. Jadi, kita bincang banyak-banyak tiba-tiba Menteri boleh untuk mengecualikan mana-mana program daripada pemakaian akta ini. Apa maknanya? Menteri boleh kecualikan sesiapa, apa sahaja program atau projek daripada undang- undang ini. Dengan satu tanda tangan keseluruhan undang-undang ini boleh dipintas. Dulu saya pernah dengar Kota Raja berceramah. Najib cadang, tanya Najib. Najib lulus, Najib laksana. Sekarang saya bimbang takut perkataan itu sudah bertukar. Tambun cadang, Tambun lulus. Tambun tanya dan Tambun laksana. [Tepuk] Seksyen 24, Dato’ Yang di-Pertua. Kuasa mengecualikan pendaftaran. Menteri boleh jika difikirkan patut mengecualikan mana-mana orang atau kelas orang...
Pasir Mas. Pasir Mas.
...Daripada kewajipan untuk berdaftar di bawah akta ini.
Pasir Mas, sekejap.
Sila.
Pasir Mas, pencelahan boleh?
Boleh, boleh.
Tadi Pasir Mas kata Tambun lulus, Tambun cadang dan Tambun buat. Ini tidak betul kerana ini adalah terletak dalam akta. [Sambil menunjukkan dokumen] Ada suruhanjaya okey. Ada suruhanjaya untuk menyiasat semua. Jangan kita memfitnah. Dalam Dewan ini, cakap yang betul. Jangan semata-mata politik, mempolitikkan isu ini.
Okey, terima kasih.
Kalau kita boleh berbeza pendapat tapi janganlah mempolitikkan. Ini, ini...
Terima kasih. Terima kasih Bayan Baru.
Benda ini bagus. RUU yang menjadikan akta supaya semuanya telus. Perolehan kerajaan telus. Tak ada hanky-panky lagi.
Okey.
Boleh kena denda, boleh masuk mahkamah, boleh dipenjara.
Terima kasih. Terima kasih Bayan Baru.
Yang betul, yang baik, tolong sokong.
Dato’ Yang di-Pertua, saya...
Yang tidak baik you boleh tolak. Tapi yang baik itu tolong sokong.
Saya dah faham. Saya dah faham pencelahan...
Ini tidak betul ya. Tidak... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat ya, ikut peraturan. Baik, teruskan. Satu minit, saya akan hitung.
Bayan Baru kata ada suruhanjaya. Barangkali kita tak baca seksyen 71(2), kuasa menyingkirkan tribunal. Menteri boleh menyingkirkan mana-mana ahli tribunal... [Tepuk] Jika ahli itu, pertama, menjadi bankrap; yang kedua, tidak siuman; yang ketiga, disabitkan kesalahan jenayah; yang keempat, pada pendapat Menteri berkelakuan tidak wajar atau tidak sesuai untuk berkhidmat.
Pasir Mas.
Sila.
Yang tadi Pasir Mas kata Najib putus, Najib buat keputusan, siapa yang kata dulu itu?... [Ketawa]
Semua suruhanjaya macam itu. Kalau yang tidak siuman, memang dipisahkan, disingkirkan.
Kota Bharu, itu memang sudah termaktub dalam sejarah dan...
Yang Berhormat, jangan ganggu. Yang Berhormat bangun lagi sekali, lima hari dalam tangan.
[Dewan riuh]
[Tepuk]
Yang berkata itu, Kota Bharu, ada di dalam Dewan sebagai Ahli Dewan pada hari ini. Menjawab... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas, saya bercakap. Dengar. Yang Berhormat, 30 saat lagi tutup.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Baik. Kuasa untuk melantik tribunal dan menyingkir tribunal ini kuasa penuh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada hari ini. Jadi, ia sama sekali tidak terlibat dengan soal tatakelola yang baik dan sebagainya. Dato' Yang di-Pertua, dengan itu, bagi pihak pembangkang pada hari ini, begitu juga saya dengar ucapan Puncak Borneo tadi, kita mengajak semua Ahli Dewan pada hari ini supaya kita menolak rang undang-undang ini dan mohon supaya dibawa ke Jawatankuasa Parlimen. Saya mohon untuk tidak menyokong. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua... [Tepuk]
Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 yang telah lama dinanti-nantikan kerana ia mula diusahakan semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada tahun 2018... [Tepuk] Dan ini adalah untuk ― seperti yang disebutkan dalam akta ini, rang undang- undang ini adalah untuk memastikan kewajipan, kebertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan dalam perolehan kerajaan serta penubuhan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan lain yang berkaitan
dengannya khususnya pertama, mendukung budaya kebertanggungjawaban supaya dapat memastikan mekanisme semak dan imbang; kedua, memastikan komitmen kepada ketelusan; ketiga, mengoptimumkan manfaat daripada penggunaan sumber awam untuk memberikan nilai untuk wang yang terbaik atau value for money, dengan izin; yang keempat, pelaksanaan maksimum kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing di samping memastikan akses yang adil dan saksama kepada perolehan kerajaan. Kesemua ini adalah amat penting kerana memenuhi asas-asas dan teras untuk memastikan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan dalam perolehan kerajaan. Dan ini juga memenuhi piagam-piagam Transparency International. Kalau melihat dan membaca dan menilai Transparency International, ini semua termaktub di situ. Oleh itu, ini memang satu usaha yang baik untuk memastikan bahawa prinsip- prinsip Transparency International dapat dipenuhi. Dan saya yakin selepas penggubalan rang undang-undang ini, maka kita punya ranking dalam Transparency International, saya percaya akan bertambah baik. Seperti yang saya sebut tadi, ini adalah usaha yang dimulakan pada tahun 2018, Tuan Yang di-Pertua, tetapi malangnya dihentikan apabila kerajaan bertukar. Nasib baik bertukar balik supaya akta, Rang Undang-undang Perolehan bolehlah dibentangkan semula... [Tepuk] Saya hendak tegaskan di sini bahawa bukanlah semua rang undang-undang adalah sempurna. Tidak. Malah, ini adalah usaha yang harus disambut baik dan disanjung kerana sekurang-kurangnya memastikan bahawa kuasa untuk menentukan perolehan dikembalikan kepada Parlimen. Dan saya memang rasa apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawa beliau serahkan kuasa Menteri ini kepada Parlimen. Ini adalah prinsip demokrasi... [Tepuk]
[Dewan riuh]
Inilah prinsip akauntabiliti. Itulah prinsip kecekapan. Itulah prinsip transparensi...
[Dewan riuh]
Sepertimana yang termaktub dalam Transparency International. Ini tidak bercanggah dengan Transparency International. Ini memenuhi Transparency International. Saya cabar mana-mana pihak yang menyatakan ini melanggar prinsip Transparency International. Tentu dari segi aspek, seperti yang dinyatakan tadi, tentang beberapa hujah yang menimbulkan kebimbangan terhadap kuasa sama ada pengecualian, sama ada dari segi lantikan, sama ada dari segi menentukan nilai ambang, tetapi ini adalah satu perkara normal dalam mana-mana kerajaan. Perlu disebut di sini kuasa Menteri
Kewangan amat luas. Sebagai Menteri Kewangan, Menteri Kewangan boleh meluluskan pinjaman berbilion-bilion ringgit... [Tepuk] Hanya dengan tandatangannya sahaja. Perdana Menteri pun tak ada kuasa. Hanya Menteri Kewangan sahaja yang ada kuasa. Dan saya sebut sebagai seorang bekas Menteri Kewangan. So, saya tahu tentang perkara ini. So, Dato' Yang di-Pertua, kita harus mengakui inilah satu usaha di mana kuasa diserah balik kepada Parlimen. Mengapa ia jadi masalah? Ya, kalau ada apa- apa perkara yang rasa perlu mendapat sekatan supaya tidak disalahgunakan, kita boleh cadangkan. Kalau ada mana-mana pengecualian, kita boleh bentangkan senarai ini kepada jawatankuasa pilihan khas. Tak jadi masalah. Saya percaya Menteri Kewangan pun sedia berbuat demikian. Betul tidak? Kalau perlu, serah kepada jawatankuasa pilihan khas untuk menyatakan, “Oh, itulah kontrak-kontrak atau perolehan di mana nilai ambang, sepertimana yang ditetapkan, diberikan pengecualian”. Ini tak jadi masalah. Tetapi dari asasnya, dari prinsipnya, ini adalah satu rang undang-undang yang harus dialu-alukan kerana, seperti yang saya cakap, ia meningkatkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan. Yang penting sekali ialah kita tahu memang ada banyak masalah dengan sistem perolehan. Bukan sahaja di peringkat Kerajaan Persekutuan, malah di peringkat kerajaan negeri pun. Ini bukan hanya kuasa Menteri. Ini juga kepada kuasa Menteri Besar di mana ada negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah di bawah pembangkang, adakah pihak pembangkang mempertikaikan kuasa yang diberikan kepada Menteri Besar? Tidak. Mereka harus kuasa tetapi mesti digunakan secara bijak, digunakan secara integriti, digunakan secara baik supaya tidak melanggari undang-undang. Kalau melanggari undang-undang, tidak bermakna bahawa Menteri ada kekebalan, bahawa Menteri Besar ada kekebalan. Tidak. Mereka terus akan didakwa seperti yang disebut tadi. So, di mana timbul masalahnya? Masalahnya ialah macam mana kita boleh mengenakan sistem internal control. Mana-mana sistem urus tadbir, mana-mana sistem pengurusan, yang paling penting ialah IC ― internal control. Kalau tak ada internal control, macam mana you nak pastikan tak ada penyalahgunaan atau penyelewengan? Ia tak akan berjaya. Tetapi, dengan adanya satu sistem kawalan dalaman, internal control system, mana-mana penyelewengan dan salah laku yang berlaku akan dikesan dan akan diambil tindakan. Dan inilah usaha ke arah ini.
Kalau tak ada rang undang-undang ini, bukankah ini bermakna bahawa sumber kerajaan terus akan dibazirkan? Seperti yang disebut tadi, perolehan kerajaan biasanya lebih tinggi daripada harga pasaran, kadang-kadang 100 peratus lebih mahal. Kita pun tahu. Dan ini menjadi satu isu di mana kita bangkit berulang- ulang. Dan saya percaya Kementerian Kewangan akan berusaha untuk memastikan perkara ini dapat diatasi.
Satu minit, Yang Berhormat, gulung.
Ya, saya akan landing, Dato' Yang di-Pertua, tetapi ini perkara penting kerana ini dekat dalam hati saya. Sekiranya boleh berjaya, kita boleh jimatkan 35 peratus daripada perolehan ataupun perbelanjaan kerajaan... [Tepuk] Bayangkan kalau kita boleh selamatkan 35 peratus ini, berapa banyak projek yang kita boleh laksanakan untuk rakyat supaya kita boleh pastikan value for money. Akhirnya, Dato' Yang di-Pertua, apa-apa sistem yang dikenal pasti, apa-apa internal control system tertakluk kepada keberhasilan dan juga prestasi. Outcome- based budgeting and performance based. Kalau tidak memenuhi keberhasilan dan juga prestasi, maka ini tak bermakna takkan berjaya. So, kalau dengan rang undang-undang ini, sekurang-kurangnya akan pastikan dari segi keberhasilan, belanjawan keberhasilan dan juga prestasi, kita akan melihat penambahbaikan.
Tanpa rang undang-undang ini, tak ada harapan langsung. Itulah perbezaan di antara Pakatan Harapan dan pembangkang. Kita bagi harapan kepada rakyat khususnya dari segi perbelanjaan. Perbelanjaan ada akauntabiliti. Dan sekiranya ada apa-apa kekurangan, tak jadi masalah. Ini boleh diberikan perhatian dan juga pembetulan yang sewajarnya. Don’t be a lying ostrich in the sand. Kalau ada ostrich in the sand, semua tak akan jadi.
Yang Berhormat, tamat.
Semua tak akan berjaya. Perbelanjaan akan terus dibazirkan. Dan saya mohon untuk menyokong rang undang-undang ini. Dan kalau ada apa-apa yang perlu diperbetulkan, kita betulkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Serahkan kuasa balik kepada Parlimen. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terpegun melihat Bagan. Semangat betul.
Senyum, senyum. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
IC, internal control. Boleh juga bermakna I control. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, RUU ini…
Dato’ Yang di-Pertua, saya sebut internal control. Dia tak boleh putar belitkan apa yang saya sebut. Internal control is a basic auditing system.
My floor.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
So, kalau Yang Berhormat tak faham, jangan bangkit. Saya tak sebut I control, saya cakap internal control. Tolong faham…. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan, tolong…
Accounting.
Dia putar belitkan apa yang saya sebut.
Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat Indera, silakan.
[Dewan riuh]
Bahasa Melayu ini dia ada seni dia.
Ya.
Jadi, kalau faham bahasa Melayu, dia faham seninya.
No, this all right lah.
Saya tak bagi laluan.
Ini bukan bahasa. Ini ialah technical term. What is internal control?
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Please...
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, Yang Berhormat dua-dua ini very senior. Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan. Please ya.
Ya, saya harap betulkan, Tuan Yang di- Pertua, tolong.
Tuan Yang di-Pertua…
Sementara itu, yang lain itu, peraturan 41 itu ada. Saya tengok, ya. Okey, tak apa. Teruskan.
Orang menaruh harapan kepada tujuan yang tercatat dalam RUU ini. Harapan untuk reformasi sistem perolehan dari segi ketelusan, accountability dan sebagainya. Tetapi realitinya tidak begitu. Dimulakan oleh Puncak Borneo tadi, realitinya ialah pemusatan kuasa Menteri, realitinya ialah wujud perisai yang melindungi sesetengah pihak daripada penelitian atau pemantauan. Realitinya ialah ada kuasa yang diberikan kepada pegawai tanpa safeguard dengan izin dan hasilnya ialah ia boleh disalah guna dan ia boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk daripada yang dijangkakan. [Tepuk] Kuasa Menteri yang dipusatkan dari segi pengaruh untuk melantik lembaga perolehan, pengaruh dari segi yang lain-lain, termasuk sebagai contohnya perkara 13. Ini berkaitan dengan syor daripada lembaga perolehan. 13(3) menyebutkan selepas menimbang syor yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) seterusnya boleh bersetuju dengan syor itu atau boleh membuat keputusan berlainan yang difikirkannya patut. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu tak payahlah ada lembaga perolehan. Sambung lagi (4), apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri atau berhubung dengan sesuatu negeri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan seterusnya mengikut mana-mana yang berkenaan adalah muktamad dan hendaklah dilaksanakan sewajarnya. Jadi, dia tidak tertakluk sebenarnya kepada syor lembaga perolehan yang dia kata, itu adalah cara untuk ada lebih ketelusan dan accountability. Pendaftar akan menjadi gatekeeper kerana dia yang menentukan siapa boleh daftar, apa kriterianya, apa oversight-nya. Bukankah ini memberi kelonggaran atau ada window dengan izin, untuk berlakunya patronage, kronisme atau bahasa mudahnya kartel, Tuan Yang di-Pertua?
Pengecualian-pengecualian yang diberikan kuasa kepada Menteri dan sebagainya itu semua menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa RUU ini memberikan pemusatan kuasa kepada Menteri boleh menimbulkan salah tafsir dan salah guna. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya perkara ini dirujuk dulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang berkenaan kerana ada perkara lain juga yang perlu dimasukkan. Kalau Bagan sebut tentang Transparency International, saya nak sebut tentang checklist for supporting the implementation of OECD Recommendation of the Council on Public Procurement Transparency. Ini ada kaitan dengan soal e- procurement secara langsung dan secara tak langsung. Soal importance of transparency, kepentingan ketelusan dalam proses procurement ada tiga peringkat. Sebelum tender ataupun pra-tender, ketika tender dan selepas award ataupun anugerah diberikan. Dari segi e-perolehan, itu harus diperkukuhkan. Sama ada dari segi latihan kepada pegawai-pegawai yang terlibat ataupun dari segi infra, dari segi equipment, dari segi apa namanya ya peralatan yang terbaru supaya kita boleh laksanakan sebagai contohnya MyProcurement dengan cara yang sebaik-baiknya. Itu kalau kita betul-betul hendak memperkukuhkan ketelusan dan kalau kita hendak memperkukuhkan accountability. 30 peratus, ha dah Bagan tak ada pula dah. 30 peratus saya setuju. Kalau dia bekas Menteri Kewangan, saya juga pernah terlibat dengan syarikat yang buat e-perolehan pada awal tahun 2000. Memang kita boleh selamatkan wang rakyat sampai ke tahap 30 peratus daripada perbelanjaan itu tetapi caranya ialah melalui e- perolehan yang digunakan sepenuh dan seutuhnya. Ini tak ada dalam RUU ini. [Tepuk] Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya nyatakan di sini bahawa tujuannya baik tetapi apa yang ditulis di dalamnya itu tidak meyakinkan bahawa ia boleh mencapai tujuan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, cakap mudahnya beginilah. Tebal RUU ini, 90 muka lebih kurang.
Yang Berhormat, satu minit.
Baik tulis satu muka ja kuasa Menteri, selesai masalah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua…
Kuasa Menteri. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Yang jadi masalahnya, di luar cantik, di dalam tidak. Ini yang pepatah Melayu kata, “pepat di
luar, rencong di dalam, telunjuk lurus, kelingking berkait”. [Tepuk] Jadi saya cadangkan tangguh dulu, bawa ke jawatankuasa, perbaiki dulu termasuk yang saya katakan tadi, perkukuhkan soal e-perolehan. Terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Indera Putera. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Rang undang-undang ini adalah rang undang-undang yang penting kerana kita nak menggubal satu undang- undang baru. Selama 68 tahun negara kita telah merdeka, selama itulah kita tidak ada undang-undang perolehan kerajaan. Apa akibatnya? Saya bagi dua contoh. Pertama, portal rasmi Kementerian Kewangan bertarikh 17 Januari 2023 menyatakan sebanyak RM10 bilion boleh diselamatkan dari ketirisan dalam perolehan kerajaan. Contoh yang kedua, EMIR Research bertarikh 25 Mei 2023 juga melaporkan dalam tempoh 26 tahun, ditaksirkan kerugian kewangan secara langsung terhadap ekonomi Malaysia disebabkan rasuah dan ketirisan adalah sebanyak RM2.2 trilion.
Saya ulang semula, sebanyak RM2.2 trilion hingga RM2.3 trilion. Tuan Speaker, jadi saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan RUU Perolehan Kerajaan ini. Satu pujian kepada kerajaan kerana RUU Perolehan Kerajaan ini adalah satu bentuk reformasi untuk memperkasakan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pemerolehan kerajaan. Selepas saya secara ikhlas, secara bona fide memuji usaha kerajaan dalam usaha mengatasi masalah ketirisan dan rasuah dengan pembentangan- pembentangan RUU ini, maka izinkan saya selaku Ahli Parlimen melakukan semak dan imbang ke atas RUU ini yang terletak di atas meja Ahli Parlimen sejak Isnin 25 Ogos untuk kita bahaskan, yang sedang kita bahaskan.
Tuan Speaker, secara ikhlas juga saya nyatakan bahawa rang undang- undang ini banyak kelemahan dan kepincangan dan tidak wajar diluluskan secara terburu-buru dan tergesa-gesa. [Tepuk] Tuan Speaker, saya bagi contoh konkrit kelemahan rang undang-undang ini. Saya ambil satu aspek saja, banyak aspek lain yang lemah. Aspek yang saya pilih ialah berkenaan kuasa yang terlalu luas diberi kepada seorang Menteri. Sila rujuk RUU ini. Lihat seksyen 10(1)(a) Jadual Pertama menyatakan Menteri boleh meluluskan kontrak mega tanpa ada paras siling, tak ada siling. [Disorak] Ini bahaya, bahaya, Tuan Speaker. Saya sayangkan kerajaan ini tapi saya lebih sayangkan negara dan rakyatnya. [Tepuk] Yang kedua, tolong rujuk seksyen 13(2) hingga (4), Menteri tidak terikat oleh cadangan atau recommendation lembaga pemerolehan, besar kuasanya. Kemudian, seksyen 12.8, Menteri akan memutuskan dalam kes di mana ada kebuntuan. Dalam lembaga pemerolehan itu, kalau mereka bincang mesyuarat, tak putus, Menteri datang, satu orang sahaja boleh putuskan. Bagaimana ini? Seksyen 11(1) Jadual 2, sila rujuk. Menteri boleh mempengaruhi pelantikan lembaga pemerolehan. Jadi, apakah pemerhatian saya dalam perkara ini? Saya melihat Menteri secara jelas bertindak dalam dua kedudukan iaitu pertama sebagai regulator, beliau sebagai melakukan kawal selia dan juga sebagai peserta, participant dalam keputusan pemerolehan. Ini conflict of interest. [Tepuk] Dua peranan ini, Tuan Speaker, dua peranan ini melemahkan, menjejaskan kawalan asas, basic safeguard terhadap pertentangan kepentingan conflict of interest. Akhirnya, Tuan Speaker yang saya hormati, saya melihat RUU ini dalam keadaan yang ada sekarang bahaya kerana ia menyebabkan, saya ulangkan, kerana ia menyebabkan pemusatan excessive discretion, kuasa budi bicara yang begitu meluas di tangan Menteri dan paling bahaya. Dulu kita ada Perdana Menteri, beliau juga Menteri Kewangan. Kini kita ada Perdana Menteri dan beliau juga Menteri Kewangan. Saya tidak merujuk kepada individu tertentu tetapi untuk selamatkan negara kita, berbilion Ringgit ini, saya berdiri di sini menyatakan bahawa kita tangguh dulu.
Yang Berhormat, sila gulung.
Kita tangguh dulu. Biar lambat asal selamat.
[Dewan riuh]
Begitulah sahaja bahasan saya, Tuan Speaker. Terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Dungun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Apa yang saya nak ingatkan satu, ialah berkait dengan rang undang- undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Asasnya kerana kita melihat apabila peruntukan kewangan, ia melibatkan daripada hasil negara iaitu daripada bajet tahunan yang dicadangkan untuk diagihkan. Apabila melibatkan perkara berkenaan dengan wang ini, saya nak peringatkan sebelum saya masuk dalam perbahasan, “Wahai pemimpin, ingatlah setiap sen yang diambil dari rakyat akan ditanya. Jika tak adil di dunia pasti dituntut di akhirat”. Cukai bukan beban bila diagih dengan adil tetapi jadi kezaliman bila diagih untuk tembolok sendiri. Oleh itu, saya ingin untuk masuk dalam perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, kuasa pengecualian yang diberikan kepada Menteri dan pihak berkuasa perolehan melalui fasal 28(2), 30, 31 dan 32 adalah terlalu luas. Alasan keterdesakan kepentingan awam boleh ditafsirkan mengikut sesuka hati. Undang-undang yang sepatutnya mengangkat prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban akhirnya menjadi perisai untuk melindungi pembuat dasar. Secara tegasnya, sepatutnya setiap kali pengecualian digunakan, ia mesti disertakan alasan bertulis yang kukuh. Kerana dalam soal yang melibatkan perkara yang berkait dengan apa yang diucapkan, kadang-kadang tidak boleh dipercayai kerana lidah tidak bertulang, apatah lagi kalau datangnya dari orang yang suka berbohong. Oleh itu, mestilah dilihat kepada perkara yang benar. Kerana ditanya kepada seorang alim, "Apa tanda seseorang berbohong?". “Lihatlah kepada janji-janjinya”. Terhad dengan tempoh masa dan wajib diaudit oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tetapi, di dalam apa yang saya lihat daripada fasal yang disebutkan ini, ia nya tidak mempunyai kuasa untuk dilihat, diaudit oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Jika tidak, fasal ini hanyalah lesen besar untuk terus mengekalkan budaya yang selama ini menjadi punca ketirisan.
Yang di-Pertua, berkait dengan keterusan pemilikan benefisial dan konflik kepentingan. Fasal 37 yang memperuntukkan tentang kewajipan untuk menzahirkan kepentingan dan hakikatnya serta realitinya, kita tahu banyak kontrak jatuh kepada syarikat yang berlapis-lapis, dikawal oleh individu atau rangkaian yang sama yang menimbulkan amalan kartel dan nepotisme. Jika sekiranya diluluskan rang undang- undang ini, lebih-lebih lagi melibatkan politik dengan kuasa penuh yang diberikan kepada Menteri, akhirnya ia menjadi seperti yang disebut daripada SPRM iaitu ketujuh kesalahan yang ada, yang sedia ada ini. Nombor enam, datang arahan yang merupakan wahyu apabila kuasa diberi kepada Menteri, akhirnya ia nya menyebabkan arahan-arahan yang dengan sebulat suara dan yang diputuskan di peringkat jawatankuasa pun boleh dirungkai dan dirombak. Oleh itu, penting bagi kita untuk melihat kepada amalan yang penting ini. Yang ketiga ialah berkait dengan penciciran bidang kuasa mahkamah iaitu rayuan berkait dengan pelantikan tribunal rayuan. Menteri yang melantik ahli tribunal ini dan apakah jaminan bahawa mereka bebas dari pengaruh eksekutif? Kita tidak mahu tribunal rayuan ini hanya menjadi alat kepada pihak kerajaan tanpa keupayaan sebenar untuk menilai secara bebas.
Persoalan kedua, apakah ruang lingkup bidang kuasa rayuan tribunal? Fasal ini menyebut isu dipertikaikan dalam rayuan itu tetapi tidak memperincikan isu apa yang layak dipertikaikan. Adakah ia merangkumi salah guna kuasa, pelanggaran prosedur atau hanya aspek teknikal semata-mata? Jika tafsirannya terlalu sempit, maka tribunal ini tidak lebih daripada rubber stamp yang menghalalkan keputusan eksekutif. Kedua, merujuk kepada fasal 70(1)(a) dan (b), apakah maksud sebenar peruntukan ini? Adakah ia bermaksud suatu keputusan hanya boleh dibawa ke tribunal dan selepas itu ia muktamad? Atau adakah masih ada ruang untuk dirujuk semula ke mahkamah? Persoalan lain, apakah kedudukan kuasa Menteri dalam menentukan atau mempengaruhi bidang kuasa tribunal? Jika benar, maka kita sedang menyerahkan terlalu banyak kuasa, bahkan pemusatan kuasa kepada Menteri tanpa sebarang semak imbang. Saya cadangkan supaya rang undang- undang ini disemak dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dibincangkan dengan terperinci. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU Perolehan Kerajaan 2025. Dato’ Yang di-Pertua, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana ini adalah kali ketiga kementerian membawa undang-undang baru ataupun pindaan undang-undang ke Parlimen ini untuk memperkukuh institusi akauntabiliti kerajaan dalam mengendali wang rakyat. Tadi saya mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat pembangkang dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya rasa saya boleh conclude kenapa saya akan sokong RUU ini. Adalah RUU ini, jika diluluskan di Parlimen ini, adalah lebih baik daripada status quo. Saya nak menggunakan perkataan dan ayat YB Gelugor petang ini. Dia kata apa? Dia kata, “Don’t let perfection be enemy of the good”. Ini adalah progress yang baik, yang lebih baik daripada status quo. Apa yang dibangkitkan kuasa besar Kementerian Kewangan? Sebenarnya YB-YB, ini adalah kuasa yang sedia ada Kementerian Kewangan... [Tepuk] Tetapi, RUU ini memperuntukkan apa? Satu Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan. Ada yang mempertikaikan bahawa tribunal ini anggota dilantik oleh kementerian, oleh Menteri. Tetapi, kita kena baca fasal 63(3)(f). “Dia tidak boleh dilantik sebagai anggota tribunal jika dia merupakan orang berdaftar ataupun mempunyai kepentingan dalam mana-mana orang yang berdaftar.” Jika kita bayangkan orang yang berkelayakan ini dilantik oleh Kementerian Kewangan masuk tribunal rayuan, dia dapat mungkin gaji atau elaun sikit, dia tak ada apa-apa benefit. Kerana apa? Kerana undang-undang ini, seksyen ini telah pun memberi― dia tidak layak menjadi anggota jika dia ada kepentingan. Maksud, dia tidak boleh mendapat apa-apa benefit daripada Menteri Kewangan melalui undang- undang ini. Kalau kita tengok lagi peruntukan 63(5) bagi maksud apa itu ‘kepentingan’, “Termasuk satu kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan dirinya, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, dan mana-mana pemunya
benefisialnya.” Anggota keluarga dan sekutu mempunyai erti yang ― di tempat yang lain dengan tafsiran. Dan saya juga nak mengingatkan Yang Berhormat, Yang Berhormat pembangkang dan juga Yang Berhormat Puncak Borneo dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang, di mana seksyen 79 memperuntukkan bahawa semua prosiding di hadapan tribunal rayuan hendaklah terbuka kepada orang awam... [Tepuk] That means this is better than status quo. Sebelum ini, Kementerian Kewangan ada semua kuasa yang telah pun dibangkitkan oleh YB-YB, tapi sekarang ada tribunal rayuan di mana dia akan dianggotai oleh orang yang independent dan juga ada prosiding yang terbuka. Untuk pengetahuan, Dato’ Yang di-Pertua, prosiding terbuka ini adalah lebih progresif daripada jawatankuasa pilihan Parlimen yang sekarang masih lagi prosiding kita masih lagi tertutup.
Puchong, saya nak celah sikit. Tadi Puchong petik nama saya. Sebenarnya saya tidak mengatakan ini backwards tapi saya harap dia dapat diperhalusi kerana ada kelompangan-kelompangan. I don’t say it’s a bad RUU. So, saya nak perbetulkan fakta itu.
Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo. Sekali lagi saya nak memetik apa yang dikatakan oleh YB Gelugor. “Don’t let perfection be enemy of the good”. Kita perlu buat progress. Memang langkah seterusnya memang bukan perfect, tetapi dia sekurang-kurangnya lebih baik daripada status quo sekarang. Dato’ Yang di-Pertua, kerana saya ada 30 saat lagi, saya nak katakan ini adalah kali ketiga. Sebab apa? Sebab Kerajaan MADANI sebenarnya telah pun membawa institusi reformasi yang banyak dalam memperkukuhkan akauntabiliti kewangan kerajaan. Kali yang pertama, kita perlu ingat, kali pertama adalah pada Oktober 2023 di mana Dewan ini meluluskan Akta Tanggungjawab Fiskal. Akta ini menetapkan kadar minimum peruntukan pembangunan bagi belanjawan setiap tahun, kadar maksimum fiskal defisit, kadar hutang berbanding KDNK. Ia juga menekankan pengurusan risiko fiskal dengan mengawal jaminan kerajaan dan komitmen kewangan terutamanya yang timbul daripada public-private partnership (PPP). Kali kedua reformasi institusi yang dibawa oleh Kerajaan MADANI dalam mengukuh akauntabiliti kewangan kerajaan ialah pada Jun 2024, di mana kerajaan sekali lagi membawa pembaharuan kepada Akta Audit 1975 yang lebih daripada 30
tahun tidak dikemas kini. Pindaan ini membawa pendekatan baru follow the public money. Dato’ Yang di-Pertua, Ketua Audit Negara baru-baru ini telah berkongsi, mengumumkan bahawa Jabatan Audit Negara telah berjaya mendapatkan semula 159.54 juta dari Januari 2024 hingga 31 Julai 2025 melalui audit susulan yang diperkasakan oleh pindaan akta ini. Ini yang saya dimaksudkan dengan...
Yang Berhormat, satu minit lagi.
...Pindaan yang membawa kebaikan, akan membawa kebaikan kepada rakyat. Sebab tak ada masa, saya perlu landing ya, Dato’ Yang di-Pertua. Hanya satu cadangan untuk kerajaan. Saya perhatikan bahawa rang undang-undang ini tidak ― mungkin ya, tidak merangkumi projek PPP. Saya nak mendapat penjelasan daripada kerajaan kerana saya amat memerhati kepada Projek Lebuh Raya MEX 2 yang sudah tertunda enam tahun dan sekarang ini mereka mengumpul 1.3 bilion melalui bon tetapi projek terhenti. SPRM telah pun menyiasat dakwaan tuntutan palsu berjumlah 416 juta dengan beberapa individu telah pun ditahan.
Yang Berhormat, 30 saat, saya tutup mic.
Okey. Saya nak kata The Edge telah pun melaporkan bahawa 560 juta diperlukan untuk menyiapkan baki 11 peratus projek ini. Kerajaan sekarang sedang mencari kaedah penyelesaian terbaik. Apa-apa penyelesaian, pada akhirnya, wang rakyat akan akhirnya dikorbankan kerana penyelewengan ini. Dengan ini, Puchong sokong RUU ini dan saya sokong pindaan seterusnya supaya dia juga merangkumi PPP. Saya sekali lagi memetik apa yang YB Gelugor kata, “Don’t let perfection be enemy of the good”. Thank you, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Machang. Sebelum itu, saya nak mengingatkan Peraturan 41(e) dan 37 itu. Silakan, Yang Berhormat Machang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sejarawan Roman, Tacitus pernah mengatakan, “The more corrupted the state, the more numerous the law”.
“Negara yang korup, pasti menghasilkan lebih banyak undang-undang.” Agak paradoks kenyataan beliau di situ. Tapi bagi saya, kenyataan Tacitus ini sebenarnya cukup menggambarkan hakikat sebenar rang undang-undang yang mempunyai 93 fasal. Kalau saya boleh ringkaskan kepada orang awam, apa sebenarnya rang undang-undang yang kita bahas pada hari ini? Sebenarnya, it can be reduced to one- liner. Bukan untuk Parlimen, bukan untuk kerajaan, bukan untuk rakyat, tetapi untuk Yang Berhormat Tambun, selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. [Tepuk] Pemusatan kuasa yang cukup besar berjela-jela kita bahas dan pelbagai andaian yang dibuat oleh Bagan, oleh Puchong tapi itu tidak dapat menafikan hakikat sama sekali bahawasanya kuasa Menteri akan dipertambahkan dan ini bukan penambahbaikan yang kononnya non-perfection tetapi it is legalizing the status quo. Itu yang membahayakan sebenarnya. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, di hadapan saya ini pejuang-pejuang reformasi. Saya nampak Yang Berhormat Lembah Pantai. Beliau lantang dahulu memperjuangkan LCS. Rang undang-undang ini sebenarnya akan membawa igauan dan mimpi ngeri yang sama. Lembah Pantai perjuangkan dulu.
Machang, boleh...
Kuasa Menteri masih diberikan...
...mencelah?
...untuk meluluskan perolehan tanpa had siling. Dan ini sebenarnya perkara yang merugikan perjuangan Pakatan Harapan. Saya masih ingat video Yang Berhormat Segambut dahulu berkempen untuk para pengundinya, “Pakatan Harapan dan DAP akan memastikan pemisahan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.”
Machang, boleh mohon penjelasan?
Tapi bila dah jadi Menteri, hah, halal belaka. Dan Tuan Yang di-Pertua, kita dah lulus banyak rang undang-undang, dah jadi undang-undang pun, seperti contoh Rang Undang-
undang Whistleblower, (Pemberi Maklumat). Dan di bawah Kerajaan MADANI, bila mana orang laporkan salah laku, salah guna kuasa, yang dilaporkan itu yang kena siasat. Jadi, rang undang-undang ini pun akan jadi seperti rang undang-undang yang saya sebutkan tadi. Kerana apa? Kerana janji parliamentary oversight yang Tambun cakap tadi itu sebenarnya tak ada, memang tidak ada sama sekali dalam rang undang-undang ini.
Machang, boleh dapat penjelasan?
Tak boleh, ini floor saya, ya. [Ketawa]
Takut dah. Itu...
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, saya dengar dengan teliti perbahasan Bagan dan Puchong tadi. Sebenarnya, mereka kata-kata itu, dalam bahasa Arab, kata Saidina Ali... [Berucap dalam bahasa Arab]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dengan izin.
Ya, “Kata- kata yang macam benar, tapi makna yang batil.” Saya katakan tadi tentang Bagan. Saya kena jawab sebab dia ini bekas Menteri Kewangan. Dia menjadikan jawatan Menteri Kewangan itu perisai dia nak meyakinkan rakyat. Bagan kata Menteri Kewangan ini biasa luluskan berbilion-bilion perolehan, pinjaman, bon dan sebagainya. Tapi ya, Yang Berhormat Tambun tadi kata dia nak kecilkan kuasa Menteri Kewangan, nak serah pada Parlimen. Jadi kedua-dua pihak, cakap secara bertentangan, memahami rang undang-undang ini secara berbeza. Sangat pelik. Dan dikatakan tadi, sepertimana, Yang Berhormat Indra Mahkota tanya, internal control celah mana, ada dalam undang-undang ini? bila mana banyak escape clause melibatkan kuasa menteri. Saya bagi contoh fasal 22.
Ada fasal 6.
Fasal 22. Walau apa pun dalam seksyen ini, Menteri atau berhubung dengan suatu negeri, Menteri Besar dan sebagainya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengecualikan daripada pemakaian akta ini, mana-mana peruntukan dana sekali beri, yang diuntukkan melalui akta perbekalan atau enakmen perbekalan. Maknanya apa, Tuan Yang di-Pertua? Menteri Kewangan dan Menteri boleh buat pengumuman one-off kepada rakyat mana-mana dia pergi
tanpa perlu lalui proses yang dikatakan lebih baik daripada apa yang ada pada hari ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagitau kepada rakyat kebanyakan, rang undang-undang ini hanya akan menambahkan lagi peluang-peluang korupsi dan skandal besar-besaran yang telah berlaku sama hari ini dan yang masih dan sedang berlaku dalam Kerajaan MADANI yang ada pada hari ini. [Tepuk] Jadi saya menyeru...
Machang, boleh senaraikan...
...Semua Ahli-ahli Parlimen...
Machang, boleh senaraikan...
Hei, kamu nak tahu kan? Boleh!
Boleh senaraikan penyelewengannya?
Boleh, boleh.
Ha, senaraikan sekarang. Senaraikan sekarang! Jangan buat tuduhan dalam Parlimen.
LCS, Skandal Perlombongan Sabah... [Pembesar suara dimatikan]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat. Duduk, Yang Berhormat Hulu Langat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Hulu Langat, duduk. Yang Berhormat, peraturan 41E, peraturan 37.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, sila diri. Kenapa arahan saya tidak diikuti? [Tepuk]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya dah duduk ni.
Sebelum itu saya dah panggil tiga kali, Yang Berhormat. Bagi jawapan. Kalau jawapan...
Saya tak berapa nak dengar. Sekarang ni saya duduk, saya duduk Speaker. Sebab tuduhan jahat, sebab buat tuduhan jahat tadi tu.
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, bangun lagi sekali, 10 hari. Saya tak melawak ni. Saya tak peduli kerajaan atau pun sebelah pembangkang. Saya hendak perjalanan Dewan ini lancar. [Tepuk] Yang Berhormat Machang, satu minit. Gulung.
Speaker, Tan Sri Speaker, Timbalan Speaker, saya mohon bangkitkan isu peraturan Dewan.
Silakan.
Ya, 36(6). Menggunakan sangkaan – seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat. Speaker telah dengar tadi, kita dengar Yang Berhormat Machang. Memang kita diberi ruang dan peluang untuk bahas rang undang-undang tersebut tetapi mengatakan bahawa rang undang-undang yang sedang dibahaskan ini hanya akan meningkatkan lagi rasuah dalam Kerajaan MADANI, itu adalah sesuatu yang keterlaluan.
[Dewan riuh]
Jadi, saya...
Yang lain, Yang Berhormat lain, tolong diam.
Bolehkah kita menggunakan kekebalan Dewan ini untuk membuat tuduhan semberono seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi? Kita ada ruang dan peluang, boleh berbahas tetapi mengatakan bahawa undang-undang ini akan membenarkan rasuah berleluasa di bawah Kerajaan MADANI itu adalah sudah keterlaluan. Jadi saya mohon dengan segala hormatnya, kalau begitulah kita pun boleh buat tuduhan. Sebab itulah masalah berlakunya kekecohan dalam Dewan. Kita mendiamkan diri dan mendengar.
Yang Berhormat, straight to the point.
Jadi, saya minta kalau Speaker tidak mahu kami respond, backbencher respond...
Yang Berhormat yang lain tu, tolong.
...Kami minta supaya pihak sebelah sana pun adillah dalam perbahasan. Minta mohon ruling, Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Okey, baik. Atas dasar perkataan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Machang, saya overruled Yang Berhormat Jelutong. Teruskan, satu minit, tutup. [Tepuk]
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut tadi, skandal perlombongan di Sabah. Kenapa orang yang buat aduan disiasat? Bila Pasir Mas tanya Yang Berhormat Tambun, dia kata bukti tak cukup. Jadi rakyat tak percaya apa saja undang-undang reformasi dibawa. Kalau tindakan tidak selari dengan semangat reformasi, memanglah rakyat tak percaya dan kami pun tak percaya. Nak tanya lagi skandal apa? Batu Gajah, SPRM?
Yang Berhormat 30 saat.
Apa jadi pada siasatan? Ini kes terowong, apa jadi? Ini semua contoh-contoh PH bukan bersih. Jangan ingat PH bersih.
Saya...
Timbalan Speaker, isu peraturan.
Peraturan.
Tuan Yang di-Pertua...
Peraturan.
...Saya mewakili rakyat Machang dan rakan-rakan kami tolak rang undang-undang ini diluluskan pada hari ini.
Yang Berhormat.
Terima kasih.
Baik, Yang Berhormat...
Saya nak bangkitkan peraturan.
Biar Yang Berhormat Jelutong dulu. Dia bangun dulu.
Tan Sri Speaker, Machang merujuk kepada Batu Gajah. Dalam kes Batu Gajah, Ketua Pengarah SPRM telah mengatakan bahawa kes beliau telah disiasat dan tidak ada sebarang keterangan untuk membuat apa-apa tuduhan, satu.
Dua, dalam isu kes Yang Berhormat Bagan. Kes itu masih sedang dibicarakan di mahkamah dan itu melarang peruntukan 36, melanggar peruntukan 36(2). Jadi, membuat tuduhan semberono merujuk kepada Batu Gajah, merujuk kepada Bagan, adalah sudah keterlaluan. Kita diam dan dengar dengan sabar, tapi jangan uji kesabaran kita dengan membuat pertuduhan-pertuduhan seperti itu. Kalau saya kata Pagoh juga terlibat dalam kes rasuah, adakah mereka akan dengar? Anak Pagoh pun lari.
Baik, saya, get your point. Yang Berhormat.
Jadi Speaker, saya minta supaya kawal. Kalau tak mahu kita respond, minta mereka berhujah dengan cara berhemah. Terima kasih.
Baik. Okey, saya selesaikan apa yang Yang Berhormat Jelutong menyatakan itu. Baik. Yang Berhormat Machang, bangun. Kalau benar kes itu masih dalam pertimbangan mahkamah, sila tarik balik bahagian itu.
Ya, baik. Disebabkan saya menghormati proses perundangan di mahkamah, saya tarik balik, merujuk pada kes terowong Bagan. Terima kasih.
Saya minta tarik balik terhadap Batu Gajah juga.
Kalau melibatkan juga kes Batu Gajah itu yang masih dalam mahkamah pun, saya arahkan tarik balik.
Tak — Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Speaker, itu bukan kes mahkamah. Saya hanya sebut fakta, siasatan berlaku. Siasatan berlaku oleh SPRM, bukan?
Speaker, saya telah nyatakan tadi.
Sebentar, sebentar, sebentar, sebentar. let me get this clear. Is the case melibatkan Yang Berhormat Batu Gajah masih dalam perbicaraan atau belum?
Tiada.
Speaker, dalam kes Batu Gajah, dalam kes Batu Gajah, Ketua Pengarah SPRM telah menyatakan telah disiasat dan tidak ada keterangan untuk dituduh di mahkamah.
Baik, saya, hendak. Bagi saya bercakap, saya beranggapan kes itu berdasarkan pemikiran saya, ia masih dalam mahkamah.
Betul.
Kalau, jika ia di dalam mahkamah dan kalau ikut peraturan, tidak boleh kita bincangkan di dalam Dewan ini. Kalau katakan benda itu belum berlaku, teruskan. Duduk, Yang Berhormat.
Ya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bangi.
Sebenarnya sama tadi yang telah dibangkitkan oleh Jelutong.
Baik. Ingat ya Yang Berhormat, apa-apa yang Yang Berhormat berbahas, kalau masih dalam pertimbangan mahkamah, kita tak boleh touch, ya. Baik.
Terima kasih Speaker.
Baik. Baik, berikutnya saya silakan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan membawa senario yang berlaku di dalam Dewan ini
sendiri. Yakni berbagai perbahasan telah kita lalui, berbagai hujah telah kita bincang di sini, bahas di dalam Dewan ini. Dan kita lontarkan beberapa persoalan kepada pihak Kabinet, Menteri untuk menjawab. Di antara lainnya adalah projek-projek yang mengalami kelewatan siap, yang mendapat EOT berkali-kali, projek-projek yang sakit, projek-projek yang tak siap- siap, projek-projek yang berkali-kali tender, retender, retender dan seterusnya. Kita bincang dalam Dewan ini. Dan saya kira perkara itu akan terus berlaku kalau kita tak mengadakan satu intervensi yang tepat, yang betul untuk kita menangani keadaan ini. Dato’ Yang di-Pertua. Dalam kita bincang, bahaskan berkenaan dengan projek-projek, rasa saya di semua kawasan kita, mengalami projek-projek yang sakit, lewat siap, EOT demi EOT yang kita lalui. Kadangkala kita perlu juga menanya diri kita, kenapa keadaan itu berlaku? Kenapa keadaan itu berlaku? Dan di antara sebab, saya bukan kata satu-satunya sebab, tetapi di antara sebabnya adalah perkara- perkara yang juga kita sebut dalam Dewan ini yakni perkara-perkara tentang total sub, perkara-perkara tentang Alibaba, kita sebut dalam Dewan ini. Dan kalau kita sebut demi, berulang-ulang kita sebut. Kalau tidak ada satu tindakan yang proaktif, tindakan-tindakan yang tepat, yang berkesan untuk diambil, perkara itu akan terus kita berulang dalam Dewan ini. Dan inilah perkara yang rasa saya, perlu kita lebih sensitif, lebih objektif dalam kita nak menangani keadaan ini. Dan kita tidak boleh lagi membenarkan projek-projek yang sakit di kawasan-kawasan kita, projek-projek yang tak siap-siap, projek-projek yang terus mendapat EOT dan sebagainya. Jadi, pada hemat saya, di antara sebabnya adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan sub-contracting. Di mana kontraktor — kontraktor utama dapat projek. Melalui proses dan sebagainya, mendapat projek. Tetapi pengendalian, pelaksanaan projek itu diserahkan total sub kepada syarikat yang lain. Dan total sub satu tingkat tak apa lagi, total sub bertingkat-tingkat telah berlaku, kita tahu benda ini semua berlaku, apa patut kita buat? Nak terus benarkan keadaan ini, ataupun kita perlu ambil tindakan. Dan itu sebabnya, saya kira kita perlu berlaku adil terhadap rang undang-undang ini. Kalau kita lihat seksyen 35, larangan pindah kontrak perolehan kerajaan. Ini akan insya-Allah menangani isu pasal subcontracting. Dan inilah dia, rasa saya, kita perlu berlaku adil pada RUU ini dan kebaikan ini perlu kita recognize, iktiraf dengan adanya rang undang-undang ini untuk kita menangani isu itu.
Yang kedua, isu Alibaba. Kita sebut juga dalam Dewan ini berulang-ulang. Apa patut kita buat? Jadi saya kira, rang undang-undang ini telah menangani isu ini. Perkara 37. Gagal, ya. Tindakan punitif akan diambil. Kegagalan membuat penzahiran kepentingan. Dan ini di antara penambahbaikan atau perkara-perkara yang kita lihat permasalahan itu dan kita menangani keadaan itu. Dan inilah dia keadaan di mana kita perlu melihat berlaku adil pada rang undang-undang ini kerana ini adalah pembaikan yang keperluan kita yang sebenarnya. Dan isu, berbagai-bagai isu yang kita tahu yang berlaku yang kita, saya sendiri mengalaminya dalam bidang industri ini, ya, di mana kontraktor utama itu bila kita tanya, dia tak tahu sebiji butir pasal kontrak itu, kerana apa? Total sub. Kerana apa? Alibaba. Dan itu menyebabkan industri pembangunan di negara ini dah berpuluh tahun tidak membangun.
[Dewan tepuk]
Dan ini satu pendekatan, satu way forward dengan izin, untuk memastikan bahawa industri ini dapat terus bergerak ke hadapan. Industri ini dapat memajukan, memacukan negara kita. Dan dengan penggubalan undang-undang ini yang tak, belum lagi dibuat sebelum ini, saya kira dan saya percaya, ya, ini adalah satu way forward yang baik, yang perlu kita beri sokongan dan melihat rang undang-undang dari sudut yang baik yang boleh membawa kebaikan rakyat dan negara. Terima kasih Yang di-Pertua.
[Dewan tepuk]
Berikut, saya mempersila Yang Berhormat Tangga Batu. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Tangga Batu menyambut baik hasrat kerajaan dan Kementerian Kewangan untuk melakukan reformasi institusi dengan memperkenalkan RUU Perolehan Kerajaan 2025. Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 ini dirangka dengan matlamat menjadikan proses perolehan kerajaan sebagai suatu tanggungjawab undang-undang, bukan sekadar berdasarkan pekeliling atau tatacara pentadbiran semata-mata. Ia dikatakan sebagai langkah reformasi institusi. Mencakupi penetapan kuasa pihak berkepentingan, sistem semak dan imbang, serta memenuhi amalan terbaik antarabangsa dalam perolehan. Walaupun begitu, terdapat beberapa kelompongan yang perlu diperbaiki. Secara ringkasnya, RUU Perolehan Kerajaan 2025 ini memberikan kuasa yang terlalu besar kepada Menteri seperti tercantum dalam seksyen 10(1)(a) Schedule 1,
Menteri boleh meluluskan kontrak mega tanpa ada financial ceiling. Seksyen 13(2)(4), Menteri tidak terikat dengan apa-apa cadangan dan procurement board dari procurement board. Seksyen 12(8), Menteri mempunyai kuasa pemutus bila berlaku date lock dalam board procurement . Tuan Yang di-Pertua, di sebalik hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti dan tatakelola tadbir urus kerajaan, namun penggubalan RUU Perolehan Kerajaan 2025 ini dilihat mengandungi banyak kejanggalan dalam peruntukan- peruntukan dalam RUU ini, yang mana ianya perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk meneliti dan membaiki kelemahan yang ada. Sebagai contoh, seksyen 10(1)(a), RUU ini menyatakan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan dalam perolehan kerajaan boleh diberikan oleh Menteri atau berhubung dengan suatu negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, atau mana- mana pihak berkuasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh kerajaan negeri mengikut mana-mana yang berkenaan.
Sementara seksyen 10(2) pula menyatakan nilai ambang kelulusan bagi setiap pihak berkuasa yang meluluskan di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Di mana, dalam Jadual Pertama, Menteri Kewangan boleh meluluskan nilai perolehan barangan atau perkhidmatan melebihi RM50 juta, sementara bagi perolehan kerja pula boleh melebihi nilai RM100 juta iaitu adalah nilai minimum. Ini bermakna Menteri, iaitu dalam konteks RUU ini adalah Menteri Kewangan, mempunyai kuasa tidak terbatas dari segi nilai perolehan tersebut. Nilai yang boleh diluluskan oleh Menteri Kewangan tiada had siling. Ini memberi suatu kuasa yang sangat luas kepada Menteri Kewangan dan boleh menjurus kepada pelanggaran tatakelola dan salah laku. Tuan Yang di-Pertua, jika melihat kepada seksyen 10(1)(a), Jadual Pertama dalam RUU ini, kita boleh melihat bahawa peringkat pihak yang boleh memberikan kelulusan berdasarkan nilai ambang, masing-masing kita boleh dapati bahawa kedudukan Menteri Kewangan lebih tinggi daripada lembaga perolehan. Menteri Kewangan boleh meluluskan nilai perolehan barangan RM50 juta dan kerja RM100 juta. Tuan Yang di-Pertua, sementara dalam seksyen 12(8) dalam RUU ini pula menyatakan bahawa Menteri Kewangan akan membuat keputusan jika lembaga perolehan gagal mencapai keputusan, maka mereka akan merujuk kepada Menteri untuk membuat keputusan. Adakah memberi seorang individu Menteri kuasa
meluluskan suatu perolehan lebih besar daripada kuasa lembaga bertepatan dengan matlamat mengurangkan peluang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan? Bahagian V – Perjalanan Perolehan berkaitan dengan perolehan terbuka dan berdaya saing. Seksyen 28(1) menyatakan tertakluk kepada peruntukan akta ini, kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing hendaklah menjadi kaedah utama dalam menjalankan perolehan kerajaan. Walaupun apa pun subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kaedah selain daripada kaedah perolehan terbuka yang berdaya saing mengambil kira objektif akta ini. Kuasa besar yang ada pada Menteri untuk membenarkan kaedah rundingan terus digunakan dilihat sebagai suatu yang bercanggah dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk membendung penyelewengan dan salah guna kuasa sangat berkait rapat dengan soal ketelusan dalam maklumat perolehan. Antara isu yang selalu terkait dengan perolehan kerajaan ialah tentang syarikat- syarikat yang memperoleh tender itu sama ada ia berkaitan dengan mana-mana individu berkuasa dalam kerajaan, sama ada syarikat yang sama yang kerap dianugerah tender, sama ada wujud manipulasi terhadap harga yang dimenangi itu, atau sama ada tender bersifat rundingan terus itu mengenakan harga yang tidak masuk akal dan terlalu tinggi.
[Bangun]
Sebagai penutup, Tangga Batu melihat bahawa dalam RUU ini memberikan kuasa yang besar kepada individu tertentu kerana kita bimbang― saya ulang, kita bimbang kerana ada pepatah bahasa Inggeris yang mengatakan more power, more corrupt, absolute power, corrupt absolutely. Jadi, kami Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Tangga Batu khususnya, mendesak agar RUU Perolehan Kerajaan 2025 ini dikembalikan kepada jawatankuasa khas parlimen untuk ditambahbaikkan dan dilakukan perbaikan. Sekian, terima kasih.
Tangga Batu, boleh dapat penjelasan?
Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Pukul 7, saya akan turun. Hanya saya ingin membangkitkan, Yang Berhormat Putrajaya. Yang Berhormat Putrajaya tadi ada bertanya dengan saya belah sesi pagi tadi, betul tak?
Peraturan, ya.
Okey. Baik. Dalam isu peraturan berkaitan perkara ini, pertamanya lihat peraturan 15(1) yang menyebutnya, “Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain”. Okey, satu. Yang Berhormat sebut 54(2) itu. Kita ada pindaan baharu. Yang Berhormat tahu cerita itu? Bermaksud, selepas bacaan kedua, mana-mana Ahli Parlimen boleh usulkan, kena ada satu hari notis. Itu kena ambil maklum ya. Selainkan Majlis sendiri mengusulkan satu perkara, kalau yang lain-lain nak usulkan, kena bagi notis satu hari. Faham ya? Baik. Ini pagi tadi Yang Berhormat Putrajaya ada bertanya. Saya hanya clear tentang 15(1) tapi yang 42(2) itu, adanya lim pindaan yang baharu itu. Baik ya, jelas ya? Baik. Berikut, saya silakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di- Pertua, Pengkalan Chepa sini. Peraturan Mesyuarat juga.
Sebentar, Kota Melaka.
Semalam saya ada masukkan satu usul, sebagaimana ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, untuk merujuk Menteri Agama kepada 36(12) kepada Select Committee. Dan saya terima notis pada hari ini ― dan beberapa Ahli Parlimen lain yang bawa usul yang sama. Dalam notis ini tercatat bahawa Menteri Agama ― ini salinan kepada Ahli-ahli Parlimen termasuk saya... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Bahawa usul yang dikemukakan pada 20 Ogos perlu dijawab oleh Menteri Agama selewat- lewatnya 28 Ogos. Jadi, sedangkan usul yang saya masukkan semalam, sebagaimana ruling yang dibuat oleh Speaker, adalah maklumat tambahan dan bukannya usul baharu. Ia usul berkaitan dengan usul asal 20 Ogos. Adakah juga bermaksud Menteri Agama perlu menjawab yang dimasukkan semalam bersekali dengan yang 20 Ogos itu?
Kalau apa yang difaham, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, kalau dalam ingatan saya, Yang Berhormat ada― pada mulanya, usul yang pertama. Yang Berhormat ingin menambah kepada apa fakta-fakta dalam usul yang pertama. Betul? Pertambahan usul ya. Jadi, dengan sedemikian, notis itu apply. Jadi, notis berapa hari itu kena bagi. Baik ya? Itu pandangan saya, ya.
Tapi, walau bagaimanapun, peraturan 43 itu, lim kedua itu, apa-apa keputusan pun sekali, you ada 48 jam untuk buat rayuan ya. Faham? Jika Speaker telah buat keputusan, you tidak ― Yang Berhormat tidak puas hati, ada lim kedua itu, dalam 48 jam buat rayuan. Itu kata putus ya. Baik ya?
Sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya ialah surat ini kepada Menteri Agama daripada Tan Sri Speaker untuk menotiskan Menteri Agama menjawab usul dikemukakan pada 20 Ogos sebelum― iaitu pada 28 hari bulan, esok. Sedangkan ada maklumat tambahan dan usul yang berkaitan juga sebagaimana ruling yang dibuat oleh Timbalan Speaker untuk dimasukkan bersekali. Pada hemat saya, maknanya Menteri Agama juga perlu menjawab yang dimasukkan semalam bersekali dengan yang ini.
Tambahan. Yang Berhormat, dalam buat pertuduhan dan orang menjawab, dari segi konvensyen dan juga dalam peraturan juga, you kena bagi tempoh. Bila you dah bagi tambahan fakta sebagai pertuduhanlah katakan, you kena bagi ruang juga kepada Menteri untuk menjawab. Jadi, pada pandangan saya, tempoh untuk menjelaskan fakta yang kedua itu daripada Speaker, dia akan bagi tempoh juga. Itu pada pandangan saya. To be fair to the Minister. Baik ya? Baik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sabak― Kota Melaka, teruskan. Silap. Terlepas.
Terima kasih, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, musuh utama negara kita ialah rasuah, di mana kita lihat terutamanya projek-projek kerajaan sebelum ini banyak ketirisan, kebocoran keranalah rasuah. Jadi, saya lihat hari ini apabila Kerajaan MADANI dengan begitu berani membentangkan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan ini merupakan satu reformasi institusi. Di mana, seperti yang kita tahu, Ekonomi MADANI yang kita tekankan ialah memperkasa rakyat. Kita inginkan satu tatakelola yang terbaik. Maka, hari ini kita lihat kerajaan telah menunjukkan satu keberanian melakukan satu reformasi dengan membentangkan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan ini. Sering kali kita lihat bila kita berkait dengan projek kerajaan, beberapa situasi selalu berlaku. Antaranya, mungkin projek nilai tersebut ialah RM100,000 tetapi apabila akhirnya kerja yang dilakukan, barangkali hanya tinggal RM20,000. Itu adalah yang disebut sub-sub kontrak. Sub kontrak main-con kepada sub-con, sub- con kepada sub-con yang lain. Jadi, kita perlu mengatasi masalah ini.
Contoh Dato’ Speaker, kita nak kata kita nak memperbaiki tandas. Guru besar beritahu saya, minggu ini yang dapat, syarikat yang dapat syarikat, kontraktor yang dapat award itu datang, dengar daripada guru besar, apa yang nak diperbaiki. Minggu kedua, orang –– satu lagi kontraktor datang. Beritahu dia lagi tapi tak buat kerja. Minggu ketiga kontraktor yang sebenarnya datang. Sebab itu akhirnya kita boleh lihat, kerja yang dilakukan dengan award yang diberi itu berbeza. Situasi yang lagi satu pula ialah di mana selalu projek kerajaan dikatakan lebih mahal daripada harga pasaran. Ya, mungkin projek tersebut RM1 juta tetapi kalau melalui perolehan kerajaan dia menjadi RM1.5 juta ataupun RM2 juta. Jadi, benda-benda sedemikian kita perlu atasi. Jadi, saya lihat dalam peruntukan rang undang-undang ini, dia dapat mengatasi masalah-masalah sedemikian di mana ia nya dapat meningkatkan integriti dan juga memperkenalkan langkah punitif. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dahulu kalau seorang pegawai tadbir dia salah laku. Kalau dia bersara ataupun dia tahu akan diambil tindakan, dia letak jawatan, maka tidak boleh ambil tindakan. Ataupun kalau didapati salah, dia hanya boleh dipindah ke jabatan yang lain tanpa boleh ambil tindakan mendakwa mereka. Tapi dengan rang undang- undang ini kita boleh lakukan dakwaan sungguhpun dia sudah bersara. Ini satu yang baik. Sebab kita lihat semalam, Pegawai DBKL, gred JUSA B disyaki terima suapan. Sudah berlaku lebih 10 tahun. Pegawai SPRM siasat dia ada satu orang ada 19 akaun bank, mempunyai wang tunai RM7 juta. Saya pun tidak faham bagaimana Bank Negara boleh benarkan seseorang itu mempunyai 19 akaun, sedangkan kita Ahli Parlimen kalau nak pergi buka akaun, nak tunggu tiga hingga enam bulan baru dibenarkan untuk buka akaun. Tetapi kenapa orang biasa boleh buka sehingga 19 akaun? Jadi, saya minta supaya Bank Negara perlu ambil berat tentang benda ini. Lagi satu, Tan Sri Speaker. Kita lihat kepada Jadual Kadar Kerja yang sering disediakan sebagai satu rujukan untuk tender kerajaan. Di mana saya lihat, sudah tiba masanya kita harus membuat kajian dari masa ke semasa dengan lebih kerap. Saya nak bagi satu contoh. Ini adalah Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan Tahun 2023 yang disediakan oleh JKR tetapi kita hari ini masih gunakan.
Barangkali kita perlu semak dengan lebih kerap supaya harga-harga yang ditentukan oleh JKR ini dapat setara sama dengan harga pasaran supaya kita dapat penjimatan. Kalau saya percaya dengan lulusnya rang undang-undang ini, sudah pasti kita boleh dapat buat penjimatan daripada projek perolehan ini dan akhirnya kita dapat beri lebih banyak manfaat kepada rakyat. Mungkin jika kita jimat daripada kita bina 125 sekolah baru dengan penjimatan tersebut, barangkali kita dapat bina 200 sekolah baru dengan peruntukan yang sama. Jadi akhirnya, Tan Sri Speaker, saya nak landing iaitu saya lihat Perikatan Nasional, pembangkang mereka bantah rang undang-undang ini. Barangkali mereka ingat mereka nak balik jadi kerajaan dan mereka nak boros kekayaan rakyat. Nak boros kekayaan negara.
Ini sangkaan jahat.
Ya. Kenapa saya kata begitu, Tan Sri?
36(6).
Kota Melaka. Kota Melaka.
Saya beri keterangan, Tan Sri.
Kota Melaka, itu agak melebih.
Tuan Yang di- Pertua, 36(6).
Saya faham. Saya faham. Kota Melaka, tarik baliklah. Tarik balik.
Saya kata mungkin. Saya tak tuduh.
[Dewan riuh]
No, no, no. Please. Please.
Tariklah.
Saya kata mungkin.
Tarik balik.
Kota Melaka. Please, please, please.
Barangkali. Saya guna perkataan ‘barangkali’, Tan Sri. Saya bukannya tuduh, mesti.
[Dewan riuh]
Baik. Landing teruslah, terus, terus.
Ya, saya landing. Sebab itu ....
Yang di-Pertua, dia belum tarik balik, Yang di-Pertua.
...Saya harap supaya semua boleh sokong ...
Dia belum tarik balik.
Kita boleh sokong rang undang ini, kita boleh sokong rang undang-undang ini supaya kes seperti anak menantu Pagoh, yang disiasat oleh SPRM...
Speaker.
...Yang telah sah. SPRM telah sahkan bahawa kertas siasatan...
Yang Berhormat Speaker
...Telah lengkap.
Okey.
Dan termasuk dakwaan pecah amanah.
Yang Berhormat Speaker.
Tetapi dia telah melarikan diri ke luar negara.
Baik.
Tak berani balik untuk menghadapi dakwaan.
Okey, landing. Cukup.
Jadi saya harap supaya kita semua sokong.
Tan Sri Speaker.
Kota Melaka. Kota Melaka menyokong Bagan. RM2 juta.
[Dewan ketawa]
Saya, saya.
Boleh saya cakap, barangkali. Barangkali dia sokong.
Baiklah. Baik, baik. Sit down.
Boleh?
Itu kes mahkamah, Besut.
Baik. Semua, semua.
Tan Sri...
Kota Melaka, semua sit down.
...Kes mahkamah, Besut.
Dah point taken. Point taken, Kota Melaka. Tak payah ulang dan ulang dan ulang.
Tapi point taken belum ditarik balik, Yang di-Pertua.
Banyak kali dah. Sit down.
Point taken belum ditarik balik.
Dah. Duduk, duduk. Duduk. Dah. Dah.
Tadi, tadi Timbalan Speaker minta tarik balik.
Saya kata cukup. Duduk. Duduk satu, Kota Melaka. Duduk.
Itu saja daripada saya, Tan Sri.
Ha, baik. Terima kasih. Sabak Bernam.
Tapi Tan Sri Speaker tak ada ruling lagi.
Dah cukup.
Garang
Cukup.
Apa ruling dia?
Saya dah kata kat dia cukup tadi. Dia dah tarik balik dah.
Dia belum tarik balik, Yang di-Pertua.
I am saying now to you sit done. Okay, done.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Tak ada nyanyi hari ini. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya
untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan (Pindaan) 2025 ini. Pertama kali saya ingin menyatakan bahawa saya menghargai usaha kerajaan membawa rang undang-undang ini. Niatnya baik mahu menegakkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan kewangan awam. Perolehan kerajaan melibatkan perbelanjaan berpuluh bilion ataupun lebih. Maka, apa-apa undang-undang yang menyentuh perkara ini sememangnya amat penting, Tan Sri Yang di-Pertua. Namun begitu, setelah meneliti dan mendengar hujah-hujah daripada rakan- rakan saya sebelum ini –– sebelah sana dan sebelah sini, saya berpandangan masih ada banyak kelemahan yang wajar diberi perhatian. Masih banyak tingkap-tingkap yang terbuka untuk rundingan terus diamalkan walaupun RUU ini mungkin diluluskan di Dewan yang mulia ini. Yang pertama, Tan Sri Yang di-Pertua, saya perhatikan RUU ini masih mempunyai ruang kepada pengecualian daripada tatacara perolehan tertentu. Benar, ada keadaan di mana pengecualian diperlukan misalnya bencana alam, kecemasan mendesak atau urusan keselamatan negara. Tapi jika ruang ini terlalu longgar, ia boleh membuka peluang kepada salah guna kuasa. Kita sudah ada contoh-contoh dalam sejarah skandal kapal tempur LCS dan sebagainya. Kesemua ini berbilion ringgit tetapi asal usulnya sama, ruang rundingan terus dan kaedah khas yang tidak dipantau dengan teliti. Maka jika kita tidak berhati-hati, RUU ini berisiko mengulangi sejarah yang sama. Kedua, ketelusan maklumat sepanjang kontrak. Dari segi pendedahan maklumat RUU ini menekankan ketelusan tapi apa yang sebenarnya didedahkan masih terlalu terhad. Rakyat hanya mahu tahu siapa yang mendapat kontrak dan jumlah kos asal. Tapi selepas itu kita tidak tahu sama ada kos meningkat, projek ditangguh atau kontrak dipinda. Sering kali projek diumum dengan harga tertentu tetapi akhirnya kos menjadi dua kali ganda. Rakyat hanya tahu setelah laporan audit dikeluarkan bertahun-tahun kemudian. Saya berpendapat untuk benar-benar telus, RUU ini mesti mewajibkan laporan berkala. Kos sementara, kos semasa, tarikh siap, perubahan skop, supaya Parlimen dan rakyat dapat membuat semakan dari semasa ke semasa. Tan Sri Yang di-Pertua, soal pengawasan RUU ini memang memerlukan peruntukan hukuman bagi pelanggaran tatacara perolehan. Itu satu langkah positif. Tapi pelaksanaannya masih bergantung kepada pihak dalam kerajaan sendiri.
Soalan saya mudah saja. Siapa yang akan memastikan pelanggaran itu benar-benar dikesan dan diambil tindakan? Jika hanya kementerian atau agensi pelaksana, maka ia umpama bermain bola dan dia jugalah pengadil. Untuk menjamin akauntabiliti, kita perlu mekanisme yang lebih bebas. Contohnya, laporan tahunan wajib dibentang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau pemantauan oleh badan-badan bebas rasuah selaras dengan amalan baik antarabangsa.
[Bangun]
Dari sudut libat urus, saya difahamkan ada sesi konsultasi awal bersama agensi kerajaan dan pihak kepentingan. Itu langkah yang baik.
Tapi RUU sebesar ini saya fikir konsultasi perlu diperluas. Masyarakat sivil, pakar akademik, badan antirasuah, semua ini perlu diberi ruang memberi pandangan secara formal...
Sabak Bernam, Beruas bangun. Nak bagi jalan tak?
Saya tak bagi.
Tak bagi Beruas, sila duduk. Terima kasih.
Saya nampak, tapi saya tak bagi. Minta maaf ya.
Teruskan Sabak Bernam. Walaupun berjiran ya?
Ya. Pandangan secara formal melalui jawatankuasa, barulah kita yakin bahawa undang-undang yang lahir benar- benar mantap dan diterima semua. Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini menyentuh soal duit rakyat. Setiap Ringgit yang dibelanjakan melalui perolehan kerajaan adalah hasil titik peluh rakyat yang membayar cukai. Kalau sistem ini lemah, duit itu boleh bocor ke projek sakit, pembaziran dan lebih teruk, rasuah. Pepatah Melayu ada menyebut, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Lebih baik kita teliti dulu sekarang, sebelum meluluskan sesuatu yang longgar dan hanya akan kita sesali pada masa ke depan. Cadangan saya Tan Sri Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, dengan penuh hormat saya mencadangkan supaya RUU Perolehan Kerajaan (Pindaan) 2025 ini ditangguhkan dahulu dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Di peringkat jawatankuasa, kita boleh meneliti fasal demi fasal,
memastikan setiap klausa jelas, mengelak ruang salah tafsir dan menutup pintu kepada penyelewengan. Ini proses semak imbang yang sebenar. Dan saya yakin semua pihak, kerajaan, pembangkang dan rakyat akan mendapat manfaat daripada perbahasan yang lebih teliti itu. Tan Sri Yang di-Pertua, kita semua ini berkongsi matlamat yang sama iaitu memastikan pengurusan kewangan negara berlangsung dengan penuh amanah. Kalau kita berjaya mengukuhkan undang-undang perolehan ini, maka keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan meningkat. Tetapi kalau kita gopoh dan terburu-bulu, terburu-buru — terbulu-bulu pula. Macam pernah dengar je.
[Dewan ketawa]
Dan meluluskan undang-undang yang masih longgar, maka risiko kepada negara terlalu besar. Justeru, saya sekali lagi merayu supaya RUU ini ditangguhkan, dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan diperhalusi dengan teliti. Biarlah undang- undang ini menjadi satu legasi reformasi yang benar-benar meningkatkan integriti negara. Terima kasih Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Shah Alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, Shah Alam bangun menyokong Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 ini yang saya sifatkan sebagai reformasi kewangan kedua selepas kita meluluskan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 sebelum ini. Selama ini urusan perolehan kerajaan sama ada tender terbuka, sebut harga atau rundingan terus hanya digerakkan melalui dasar pentadbiran dan pekeliling kementerian. Hari ini dengan rang undang-undang ini, kita mengangkat dasar pentadbiran itu ke tahap perundangan yang mengikat, sekali gus mewujudkan prinsip semak dan imbang serta kebertanggungjawaban yang lebih tinggi. Kita harus akui Tan Sri Yang di-Pertua, usaha menggubal undang-undang ini sudah lama dirangka sejak tahun 2018, namun kerajaan bertukar. Malangnya, malangnya, kerajaan bertukar ketika itu dan..
Tebuk atap.
...Kerajaan sebelum ini tidak cukup berani untuk menyerahkan kuasa ini ke Parlimen untuk dijadikan dasar undang- undang. Saya nak berlaku adil sikitlah kepada kerajaan sebelum ini yang sekarang menjadi pembangkang. Dia berani juga, tapi dia berani hanya ketika menjadi pembangkang, bukan menjadi kerajaan untuk melakukan satu reformasi. [Tepuk]
Shah Alam, boleh saya mencelah sikit?
Tak boleh. Saya — masa tak cukup.
Bolehkah Shah Alam confirm-kan bahawa 2018 itu Shah Alam pun dengan partinya pun duduk dalam kerajaan juga.
Hari ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita menoktahkan penantian itu dan rakyat berhak melihat bahawa urusan perolehan yang melibatkan berbilion Ringgit dana awam ini lebih telus dipantau dan dipertanggungjawabkan.
Shah Alam, Shah Alam. Sikit, sikit.
Jasin ke...
Nak bagi tak?
Shah Alam, sikit. Sebenarnya pada tahun 2018 apabila kita jadi kerajaan, memang kita nak bentangkan rang undang- undang ini tetapi, Sheraton Move daripada sebelah sana yang telah menjejaskan usaha tersebut. Dan hari ini kita kembali menjadi kerajaan, kita bentangkan rang undang-undang ini. Setuju dengan saya? [Tepuk]
Ya. Itulah yang saya sebutkan tadi, tapi dalam bahasa yang lebih mudah. Betul Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini memusatkan tanggungjawab secara jelas kepada Menteri Kewangan dan Ketua Perbendaharaan Negara. Ada dua layer, Ketua Perbendaharaan Negara dan Menteri Kewangan. Maknanya segala keputusan dasar dan pelaksanaan perolehan kerajaan tidak boleh lagi dilaksanakan tanpa arah yang wajar, tetapi ditumpukan kepada dua pihak utama yang boleh dipertanggungjawabkan dalam Dewan ini dengan kuasa undang-undang. Ini sebenarnya yang memperkukuhkan sistem semak dan imbang dan memastikan ada pihak yang benar-benar boleh disoal dan dipertanggungjawabkan. Kita harus juga melihat satu lagi dimensi yang penting. Sebelum ini sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan perolehan hanya ditangani melalui tindakan disiplin pentadbiran, surat tunjuk sebab, amaran, tindakan tatatertib, pindah jabatan dan sebagainya. Namun dengan adanya RUU ini, kita meletakkan kerangka kaedah punitif yang lebih berkesan. Ini bermakna perlanggaran undang-undang perolehan boleh dikenakan tindakan undang-undang yang lebih tegas.
Dan sebagaimana yang disebutkan oleh ramai daripada kalangan rakan- rakan Ahli Parlimen, RUU ini — ini layer yang ketiga. RUU ini memperuntukkan bahawa sebarang ketidakpuasan hati atau pertikaian dalam proses perolehan boleh diajukan kepada Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan. Tak kiralah jawatankuasa ke, lembaga perolehan ke, Ketua Perbendaharaan ke, Menteri ke, semuanya boleh tertakluk kepada Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan jika terdapat ketidakpuashatian ataupun ketidakadilan. Dan inilah sebenarnya Tan Sri Yang di-Pertua, dengan apa yang kita lakukan sekarang ini, kalau Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang kita luluskan dahulu adalah penjaga pintu kewangan negara, maka Akta Perolehan Kerajaan 2025 ini adalah kunci untuk memastikan wang rakyat tidak lagi bocor di tengah jalan. Saya menyokong penuh RUU ini kerana ia menetapkan akauntabiliti yang jelas, kuasa yang tertumpu, penguatkuasaan yang tegas, mekanisme tribunal yang adil, dasar yang seimbang, serta hala tuju pembangunan industri tempatan kita. Tidak ada manusia yang lahir dia boleh terus berlari. Tidak ada insan yang lahir, anak yang lahir, dia boleh terus bercakap. Begitu juga dengan Rang Undang- undang Perolehan Kerajaan ini. Pasti ada kekurangan tetapi ia boleh diperbaiki. Tetapi, kelahirannya ditunggu-tunggu semua pihak yang mahukan negara diurus dengan penuh tanggungjawab dan integriti...
Yang Berhormat, boleh mencelah?
...Shah Alam mohon menyokong. Terima kasih.
[Tidak jelas] Masa. Okey, terima kasih. Saya jemput Bachok. [Tepuk]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk membahaskan RUU Perolehan Kerajaan 2025 iaitu suatu akta yang bertujuan untuk mendisiplinkan Putrajaya dalam urusan perbelanjaan dan kewangan kerajaan. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu yakni kedekut. Dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya yakni boros. Kerana akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan yang tercela serta kering keputusan." Surah Al-
Isra', ayat 29. Ayat ini memberikan suatu panduan yang amat penting kepada kita semua sama ada individu mahupun keluarga, apatah lagi kepada pemerintah dan pihak kerajaan berkenaan tatacara menguruskan harta dan perbelanjaan dengan sebaiknya iaitu bersederhana, tidak terlalu boros dan tidak terlalu kedekut. Tuan Yang di-Pertua, masalah di hadapan kita ialah niat yang baik sepatutnya disusuli dengan tindakan yang baik. Dan amat malang sekiranya sesuatu tindakan yang diambil bercanggah dengan niat baik yang telah ditetapkan. Saya mengikuti perbahasan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, di samping kebimbangan yang disuarakan oleh beberapa pertubuhan masyarakat sivil di luar sana yang menggesa RUU ini diperhalusi dan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Kewangan dan Ekonomi bagi membolehkan kajian menyeluruh dibuat serta mendapatkan input daripada semua pihak berkepentingan.
Antaranya gesaan daripada Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) agar RUU ini ditangguhkan menyifatkan kandungannya ketika ini berbahaya kerana memberikan kepada Menteri budi bicara yang berlebihan dan ruang percanggahan kepentingan yang amat luas sekali gus bertentangan dengan objektif asal RUU ini iaitu meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Malah beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan individu berpengaruh antaranya Rasuah Busters, IDEAS dan Transparency International (TI) Malaysia membuat seruan yang sama dan menyatakan Malaysia memerlukan undang-undang perolehan yang benar-benar menzahirkan integriti, bukannya undang-undang yang memberi ruang kepada keraguan dan budi bicara berlebihan.
Bachok, Beruas bangun...
Bachok boleh minta penjelasan.
...Bagi ruang tak?
Sama macam kawan- kawanlah tak bagi ruang.
Dia tak bagi Beruas.
Saya kira Tuan Yang di-Pertua, sebab masa sangat ringkas.
Bachok.
Saya kira perkara ini wajar diteliti, khususnya peruntukan kuasa yang sangat luas kepada Menteri di bawah fasal 2 (2), fasal 10, fasal 13(3) di samping tatacara berhubung perolehan
terbuka dan penzahiran kepentingan di bawah fasal 28, fasal 30 dan fasal 37 RUU ini. Perkara-perkara berkaitan bidang kuasa Menteri sudah banyak disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat sebelum ini dan wajarlah perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang senior, very learned. Kelompangan paling ketara ialah apabila Menteri sebagai regulator, Menteri sebagai player, Menteri jadi pengadil, Menteri jadi pemain. Ini sangat peliklah, kalau main bola macam ini, minta maaflah Tan Sri Speaker, menang sokmolah menang Manchester United.
Ya, Bachok boleh dapat penjelasan?
Dia ref, dia player, jadi tak ada fair play macam ini, Tuan Yang di-Pertua.
Bachok dalam hal ini boleh dapat penjelasan.
Dalam hal ini saya...
Dia tak bagi Beruas.
...Ingin beralih kepada agenda pembangunan bumiputera.
Seksyen 6.
Wangsa Maju ada bangkitkan sebentar tadi. Salah satu perkara penting yang perlu diperhalusi dalam RUU Perolehan Kerajaan ialah kedudukan dasar keutamaan kepada syarikat bumiputera. Selama ini dasar ini berfungsi sebagai mekanisme untuk memperkukuh penyertaan bumiputera dalam ekonomi arus perdana khususnya melalui peluang kontrak kerajaan. Namun, RUU ini tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut pematuhan sahaja, ia mesti menjamin bahawa dasar pembangunan bumiputera terus menjadi sebahagian daripada ekosistem perolehan negara tanpa di kompromi oleh tuntutan liberalisasi atau desakan pihak tertentu. Justeru persoalan utama di sini ialah bagaimana akta ini dapat menyeimbangkan antara keperluan memastikan keterangkuman bumiputera dengan keperluan ketelusan dan tadbir urus yang baik. Akhir, Tuan Yang di-Pertua, akta ini mesti digubal dengan ketegasan yang benar-benar menjamin integriti dan ketelusan perolehan kerajaan. Bukan sekadar alat kosmetik untuk kerajaan mendabik dada kononnya telah melakukan reformasi, tetapi gagal mencegah ketirisan, kronisme dan pemusatan kuasa yang sangat besar
kepada Menteri yang telah merosakkan urusan perbelanjaan dan kewangan kerajaan. Bukan mudah berladang padi, Ladang padi wajib dibakar; Bukan mudah berhutang janji, Hutang janji wajib dibayar. Sekian, terima kasih daripada Bachok. [Tepuk]
Baik, saya jemput Rasah.
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025 yang dibentangkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat PMX kita. Sudah tentunya saya bangun untuk membahaskannya dan menyokong RUU ini sebab bagi saya ia antara reformasi institusi yang amat penting khususnya dalam memastikan tatakelola kewangan negara boleh diangkat ke satu tahap yang lebih baik daripada apa yang kita ada pada ketika ini. Jadi sudah tentunya ia merupakan sesuatu yang boleh memastikan ketelusan dana kerajaan digunakan untuk kepentingan dan manfaat rakyat. Dan ia juga bagi saya sebagai RUU kedua selepas Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 diluluskan dan kini telah diwartakan untuk pelaksanaannya ketika ini. Jadi sudah tentu Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada pada hari ini amat menitikberatkan perkara ini. Saya nak sebutkan beberapa perkara yang pertamanya berkenaan dengan seksyen 35, larangan untuk pemindahan ataupun pemberian ataupun kontrak perolehan kerajaan. Saya menyambut baik seksyen ini sebab bagi saya ialah antara perkara yang sering kali berlaku. Dari dulu lagi berpuluh tahun dia berlaku, tak kira projek yang bilion ataupun berjuta ataupun projek kecil selalu ada sub yang mana ia mewujudkan satu persepsi bahawa rent seeking, konsep rent seeking itu selalu berlaku. Apa itu rent seeking itu? Ia adalah membolehkan pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan diri boleh mengaut keuntungan peribadi, secara peribadi tanpa mewujudkan ataupun memberikan peluang ekonomi kepada negara dan secara awam. Jadi kita nak hapuskan elemen-elemen yang kurang sihat dalam ini. Seksyen 37, kewajipan untuk menzahirkan kepentingan.
Kalau dulu, ada pegawai tertentu, ada individu tertentu, tidak menzahirkannya, dia senyap dan selepas itu, diketahui. Hanya boleh ambil tindakan secara administratif, pentadbiran tetapi kini adalah punitif boleh dihukum dianggap sebagai satu kesalahan jenayah, jadi ini sudah tentunya mengangkat ketelusan dan tatakelola yang baik. Begitu juga dengan seksyen 38, larangan campur tangan terhadap perkara yang tidak sepatutnya seseorang itu terlibat dalam perolehan kerajaan. Jadi saya anggap klausa-klausa ini apabila dilaksanakan nanti sudah tentunya ia akan memastikan keadaan kewangan negara diangkat ke dalam keadaan yang lebih baik untuk menjamin integriti di bawah kerangka Malaysia MADANI yang kita ada pada hari ini. Tan Sri Yang di-Pertua, satu perkara yang saya rasa sangat mustahak adalah Indeks Persepsi Rasuah ataupun CPI kita. Ketika ini, yang terkini pada tahun 2024, kita di ranking 57 iaitu dengan skor 50. Saya nampak satu laporan mengatakan bahawa kerajaan mempunyai harapan supaya ranking kita boleh dilonjakkan pada sekitar 25 dengan skor dalam 68 mata, sekarang ini 50. Kalau banding dengan Singapore dia lebih jauh lebih tinggi dia top five. Tapi saya nak tanya kerajaan, saya difahamkan kerajaan ada letakkan sasaran untuk lonjak ke ranking 25 pada tahun 2033 maknanya lapan tahun dari sekarang. Saya nak tanya kenapa lama sangat? Sepatutnya kita letakkan – kalau kita boleh laksanakan apa yang ada diperuntukkan di bawah RUU ini sepatutnya kita boleh mencapai sasaran 25 terbaik dalam masa yang lebih dekat mungkin empat, lima tahun menjelang tahun 2030. Jadi saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Rasah...
Okey. Akta ini, RUU ini – Beruas saya minta maaf, walaupun Beruas sahabat saya sebab masa tinggal berapa saat. Okey, RUU ini melibatkan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, PBT, GLC, badan kanun dan juga entiti. Saya dengar tadi pembentangan oleh Yang Amat Berhormat PMX, entiti yang terima geran ataupun dana kerajaan. Persoalan saya di sini kalau ada mana-mana persatuan, kelab, NGO, terima dana daripada kerajaan, apakah mereka juga tertakluk dengan sini? Saya mohon penjelasan. Sebab dari segi prinsipnya baik tetapi kalau setakat dana tu mungkin kita bagi satu token, mungkin jumlah yang kecil, adakah ia tertakluk? Saya mohon daripada kerajaan.
Dan saya yakin, Tan Sri Speaker mohon satu minit tambahan. Saya yakin, sekiranya apa yang kita ini, kita bahaskan dan diluluskan selepas ini, keadaan kewangan kita akan jauh lebih baik. Saya memberikan satu contoh. Saya mohon kalau waktu Menteri jawab nanti mungkin boleh berikan sedikit ulasan. Dalam Belanjawan 2025 ketika ini jumlah besar 421 bilion. Daripada 421 bilion itu 86 bilion adalah peruntukan pembangunan, ia lebih kepada projek dan sebagainya. Sekiranya RUU ini besok dikuatkuasakan, daripada 86 bilion, saya yakin kalau ada penjimatan 30 persen, kita akan tambahan value untuk 26 bilion. Tan Sri bayangkan, daripada 86 bilion, kalau penjimatan 30 percent, kita akan dapat tambahan 26 bilion yang boleh memanfaatkan rakyat Malaysia. Jadi saya mohon kepada rakan-rakan semua, saya dengar ada tadi, ada kata tak setuju kenapa nak buat. Kalau kita ni telus, kita ni tak ada masalah, go ahead kita buat saja.
Okey.
Jangan nak lengah-lengahkan, jangan nak tangguh-tangguhkan. Benda yang baik untuk rakyat Malaysia yang sepatutnya dah mula 2018, 2019, tapi Langkah Sheraton membantutkannya. Dan ia juga memberikan peluang kepada Tan Sri Speaker. You chair the meeting for us to approve it dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, sudah tentu saya menyokong RUU ini. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Baik. Terima kasih. Saya jemput Masjid Tanah.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tapi, Masjid Tanah nak sebut dulu, YB Beruas jangan cuba- cuba nak bangun sebab Masjid Tanah takkan bagi. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Bukan salah ibu mengandung, Beruas. Bukan salah ibu mengandung.
Kenapa takut? Kebenaran dah takut kalau dapat pencelahan.
Okey. Okey.
Tan Sri Speaker, sepatutnya Masjid Tanah lah gembira apabila Rang Undang-undang Perolehan ini nak dibawa ke dalam Parlimen. Tetapi, apabila ia dibawa secara tergesa-gesa dan ia tidak dibawa melalui sesi libat urus, ini macam sesuatu sangat.
Jadi, saya memang setuju dengan apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi. Jadi, sebab itulah ini sangat penting sekali supaya dapat dilakukan sesi libat urus dan juga dapat diberikan sesi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen, terutama sekali untuk Ahli Parlimen pembangkang supaya kita boleh memberikan input. Tetapi, ianya tidak ada. Sepatutnya patut dibawa dalam Jawatankuasa Kecil Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi sebagaimana yang telah pun dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen. Dan saya nak menyentuh juga sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Puchong. Kenyataan Yang Berhormat Puchong, “Ini better than status quo”. Yang Berhormat Puchong, ini sebenarnya lagi teruk sebab ia akan menghalalkan status quo. Dengan semua skandal yang sedia ada, ia akan berlaku secara sah. Masjid Tanah menggesa, Tan Sri Speaker, untuk kita tangguh dulu rang undang-undang ini daripada dibentangkan. Bukan apa. Saya juga gembira kalau sekiranya tatacara perolehan dapat dibuat dengan baik dan juga dengan betul, dengan adanya sesi libat urus supaya senang kerja PAC. Ini tidak. Asyik-asyik PAC menghadap ― apa benda? Tadbir urus. Apa bendanya? Pembaziran. Apa bendanya? Ketelusan dan sebagainya. Asyik-asyik nak menghadap PAC. Dapat surat layang dan sebagainya minta PAC untuk siasat. Pening kepala PAC. Sebab itulah, saya nak mencadangkan atas Kerajaan MADANI ini, janganlah nak kejar reformasi, jangan nak kejar sangat akauntabiliti, jangan nak kejar sangat ketelusan tetapi apa yang nak dilakukan hari ini hanya sahaja sekadar kata-kata tetapi apabila pelaksanaannya tidak adapun semangat sedemikian rupa. Sebab itulah RUU ini sangat bahaya dan ia terdedah kepada konflik kepentingan. Ia terbuka luas kepada isu rasuah, kecurangan, penyalahgunaan kuasa sebagaimana saya selalu sebut dalam PAC, 3P1K― pembaziran, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan juga ketirisan. Tuan Speaker, kuasa mutlak Menteri diberikan bawah rang undang-undang ini cukup besar. Yang mana, kalau kita tengok seksyen 10(1)(a), Jadual satu, Menteri boleh lulus kontrak mega tanpa ada had kewangan. 13(2)(4), Menteri tak terikat dengan syor lembaga perolehan. Masya-Allah, ini dalam PAC selalu banyak berlaku. Kita tengok apa yang berlaku tak ikut tatakelola yang baik selalu dinyatakan. Seksyen 12(8), Menteri jadi penentu mutlak jika berlakunya kebuntuan. Seksyen 11(1), Jadual dua, Menteri boleh pengaruhi pelantikan lembaga.
Jadi, saya sebagai Pengerusi PAC, Tan Sri Speaker, saya amat bimbang dengan apa yang ada di bawah rang undang-undang ini. Macam mana kita nak tahu, macam mana kita nak percaya kalau sekiranya tidak ada check and balance, sekiranya kuasa itu dikunci dalam satu tangan? Cukup-cukuplah dengan apa yang telah pun dipanggil dalam prosiding oleh PAC. Dan kita tengok rang undang-undang ini juga memperlihatkan terdapat kuasa penguatkuasaan yang melampau seolah-olah beri kuasa polis kepada pegawai perbendaharaan. Seperti contoh, kuasa geledah, rampas data komputer, sita dokumen. Bahkan ia boleh dibuat walaupun tanpa waran. Sebagaimana dalam fasal 48, Tuan Yang di-Pertua, memberikan kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memasuki dan menggeledah mana-mana premis tanpa waran. Sekiranya pegawai tersebut berpuas hati kelewatan untuk dapat waran boleh menjejaskan siasatan atau menyebabkan bahan bukti dipindah dan sebagainya, maka tak ada waran pun boleh jalan. Fasal 49 memperuntukkan bahawa walaupun waran itu cacat pun boleh selesaikan. Jadi, sebab itulah, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat juga seksyen 55, mahkamah tak boleh beri relief kecuali dalam keadaan yang amat sempit. Dalam ini, kita melihat bahawa ia melebihi kuasa yang terdapat dalam Kanun Tatacara Jenayah. Malah, ia boleh berlaku keadaan bagaimana salah laku dilaporkan oleh pegawai perbendaharaan mungkin akan siasat kementerian mereka sendiri. Jadi, oleh itu, boleh berlaku konflik kepentingan yang begitu ketara. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebab itulah sebagaimana yang telah disebut oleh Pasir Gudang, sebagaimana telah disebut oleh sahabat saya YB Bachok, kita tak nak Menteri Kewangan ini, maka dialah yang jadi regulator, dialah yang jadi gatekeeper, dialah yang jadi arbitrator, tapi akhirnya tohmahan akan diberikan kepada dia, dialah diktator. Kita tak nak. Kerana apa? Kita tak ada lah berapa sayang sangat dengan Menteri Kewangan ini tapi kita lebih sayang negara kita. Sebab itulah, tuan-tuan dan puan-puan, Masjid Tanah menggesa untuk tangguh dulu. Tangguh dulu, bukan kita tak setuju. Kita setuju untuk dibuat tambah baik dan sebagainya dari segi tatacara perolehan dan sebagainya. Kita setuju. Saya setuju. Masjid Tanah setuju. Tetapi, tolonglah tangguh dulu, bawa ke dalam jawatankuasa dapatkan input. Kita tengok daripada Rasuah Busters, apa mereka cakap, daripada IDEAS, apa mereka cakap, daripada C4, apa mereka cakap,
daripada Transparency International Malaysia, apa mereka cakap, Undi 18, apa mereka cakap. Sebab itu, perkemaskan dalam jawatankuasa, bawa semula ke dalam Dewan yang mulia ini selepas dah diteliti, dibuat sesi engagement dan dibuat pelbagai sesi libat urus, barulah Yang Berhormat Menteri Kewangan bawa dalam Dewan dengan begitu confident. Itu sahaja dan dapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen. Itu sahaja. Sekian daripada Masjid Tanah... [Tepuk]
Baik. Terima kasih. Saya jemput Bakri.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk membahaskan RUU Perolehan Kerajaan tahun 2025. Saya lihat ini merupakan satu langkah kerajaan untuk menegakkan lagi prinsip integriti. Saya kurang faham ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana mengatakan bahawa mereka setuju dengan semangat dan prinsip RUU ini tapi mereka tidak melihat kelebihan di mana RUU ini sebenarnya adalah selaras dengan piawaian antarabangsa khususnya dalam prinsip-prinsip yang digariskan dalam UNCITRAL Model Law on Public Procurement 2011. Prinsip utama UNCITRAL ini adalah ketelusan, persaingan terbuka, layanan adil dan integriti. Malah, RUU ini turut menetapkan bahawa kaedah utama perolehan kerajaan mestilah melalui persaingan terbuka dan adil sebagaimana yang terkandung dalam seksyen 28, sekali gus membawa Malaysia lebih dekat dengan standard global. Tan Sri Yang di-Pertua, ramai Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi dan saya rasa rakyat Malaysia juga ingat tentang projek-projek yang kontroversi yang dianugerahkan secara rundingan terus tanpa proses tender terbuka. Apatah lagi setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan, didedahkan dengan pelbagai projek-projek sakit seperti sekolah, hospital, jalan yang lewat siap hanya kerana kontraktor yang tidak berkelayakan dilantik dan mereka berulang-ulang kali menerima kontrak tanpa proses kompetitif. Ada juga kes di mana syarikat yang menggunakan dokumen palsu bagi membuktikan kelayakan mereka dan kontrak yang diberikan dengan wujudnya campur tangan politik tanpa rekod rasmi. Malah, kontrak utama yang akhirnya diserahkan kepada sub, sub, sub, sub, sub, sub ― banyak kali subkontraktor sehingga kos yang berlapis-lapis ini menyebabkan mutu kerja jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan akibat budaya Alibaba ini.
Jangan kita kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Walaupun kita faham bukan semua projek kerajaan berlaku sebegini tetapi sebelum ini, kita tak boleh buat apa-apa. Isu ini telah banyak Ahli-ahli Yang Berhormat telah utarakan dalam perbahasan mereka. Tetapi, kini, dengan adanya RUU ini, proses perolehan akan ditambah baik.
Dan sesiapa yang bersalah akan disabit dan dihukum di bawah peruntukan RUU ini. Apa lagi yang dia orang nak? Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, ramai yang mempertikaikan bahawa kuasa yang terlalu besar diberikan kepada Menteri dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Namun pada hemah saya, saya lihat semakin besar sesuatu kuasa yang diberikan itu, maka semakin besar tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.
[Dewan riuh]
Lebih penting lagi, RUU ini juga telah meletakkan beberapa mekanisme kawalan. Antaranya, kewajipan untuk menjalankan tender terbuka sebagai kaedah utama. Penubuhan tribunal rayuan perolehan sebagai saluran semakan serta peruntukan hukuman yang lebih berat termasuk denda sekurang-kurangnya tiga kali ganda nilai kontrak atau tidak kurang daripada RM1 juta. Malah, penjara sehingga lima tahun terhadap mereka yang menipu atau memalsukan dokumen. Penalti pentadbiran turut diperkenalkan termasuk denda harian sehingga RM500 bagi pelanggaran yang berterusan. Ini membuat satu mesej yang jelas bahawa sistem perolehan kerajaan bukan lagi ruang untuk dimanipulasikan sebaiknya satu proses yang berintegriti dan bagi mereka yang cuba menyalahgunakannya, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi. Apatah lagi rang undang-undang ini juga memperkenalkan beberapa elemen baru yang seiring dengan amalan terbaik antarabangsa termasuklah penggalakan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana, penggunaan produk tempatan serta perolehan hijau. Penubuhan tribunal rayuan perolehan juga menyediakan mekanisme semakan dan aduan yang lebih jelas sepertimana kehendak UNCITRAL agar setiap negara mempunyai saluran remedi yang berkesan.
Okey Bakri, landing.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, sebenarnya sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2022, Kerajaan MADANI komited dalam menegakkan prinsip integriti. Dengan segera, kita telah meminda
arahan perbendaharaan sebagai bukti komitmen kita. Dan kini kita telah membentangkan RUU ini. Bermaksud, kita mengangkat daripada standard peraturan, kini menjadi satu akta Parlimen. Apa lagi yang pihak sana mahu sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam menegakkan prinsip integriti ini?
Okey.
Ada beberapa cadangan sekiranya diizinkan...
Tak payah.
Yang Berhormat Tan Sri, iaitu...
Eh, masa. Kena landing dah.
Tambah sikitlah
Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh.
Jadi saya rasa itu je lah. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Baik. Sama. Putrajaya, silakan. [Tepuk]
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, saya dengar perbahasan Bagan tadi. Bagan sebut apa yang dibentang oleh kerajaan pada hari ini memenuhi piagam-piagam Transparency International dan akan diterima baik oleh Transparency International. Saya nak kongsikan dengan Bagan, satu kenyataan media dari Transparency International Malaysia. Tajuknya “Transparency International Malaysia decries rush Procurement Bill 2025”. [Tepuk] Antara yang disebut dalam artikel ini kalau Bagan ada dia boleh dengar elok-elok. “Pushing through all three readings of a far-reaching procurement law in just one week is reckless and unacceptable [Tepuk] such a break neck process silences meaningful debate and undermines the credibility of the reform”. Ini bukan kami cakap. Ini juga disebut oleh Bachok tadi, pertubuhan masyarakat sivil menyentuh tentang perkara ini. Dan begitu juga Pasir Mas sebut bagaimana prosesnya di- bulldoze ke dalam Dewan ini untuk diselesaikan juga pada hari ini. Dan saya selaku Ahli Jawatankuasa Pilihan Kewangan dan Ekonomi langsung tidak dibentangkan di jawatankuasa pilihan. Tan Sri Speaker, [Tepuk] kami ingat apa Tan Sri Speaker kata nak perkukuhkan jawatankuasa pilihan. Kami langsung tidak dibentangkan, tidak dijelaskan. Apa yang nak kejar sangat rang undang-undang ini?
Sebab itu Tan Sri Speaker, saya nak bawa seluruh sahabat-sahabat tak kiralah daripada kerajaan atau pembangkang. Kita letakkan politik di tepi. Kita ajak seluruh rakyat Malaysia melihat bahawa kita perlu belajar dari sejarah. Sejarah 1MDB merupakan sejarah pahit, sejarah hitam negara. Dan kita semua tahu antara puncanya adalah apabila seseorang individu itu terlalu berkuasa bukan kerana body tetapi kerana institusi. Apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan, maka kuasanya cukup besar. Dan kali ini saya tengok sebelah pembangkang atau sebelah kerajaan, menyentuh tentang perkara yang sama. Rang undang-undang ini ada kelemahan, banyak kelemahan tapi tak apa bagi lulus dulu. Macam mana kita nak luluskan benda yang tidak betul? Tanggungjawab kita nak jawab di akhirat kelak, amanah kita. [Tepuk] Sekiranya berlaku kerosakan kepada negara dalam tempoh undang-undang ini diluluskan, siapa nak bertanggungjawab? Sebab itu permintaan kami mudah, permintaan masyarakat sivil di luar sana mudah. Bawa ke jawatankuasa pilihan dan kita bincang, kita bincang elok-elok, kita teliti satu persatu. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang hendak kita tekankan, kita tahu, saya masih ingat Pandan, Kota Raja, Segambut bercakap tentang keadaan di mana Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan. Walaupun Perdana Menteri tak jadi Menteri Kewangan, rang undang-undang ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan jauh lebih besar daripada Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam konteks rang undang-undang ini, kalau kita baca rang undang-undang ini di mana fasal 2 subseksyen (2), “walau apapun dalam seksyen ini Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan daripada pemakaian akta-akta ini mana-mana peruntukan dana sekali beri yang diuntukkan melalui Akta Perbekalan bagi apa-apa perolehan kerajaan oleh mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, entiti Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri atau mana-mana entiti lain berhubung dengan apa-apa program baru”. Ini merupakan satu kuasa yang cukup luas, yang cukup besar. Tak kisahlah siapa jadi Menteri Kewangan, kalau kita biarkan perkara ini diteruskan, maka kita dedahkan negara kita kepada keadaan yang cukup-cukup bahaya sepertimana yang disebut oleh Pasir Gudang tadi. Saya nak sebut apa yang disebut oleh Bagan. Bagan kata biasalah ratus- ratus juta ini Menteri Kewangan luluskan kerana Menteri Kewangan boleh sign hutang berbilion-bilion. Kalau Menteri Kewangan yang luluskan hutang, Menteri
Kewangan yang kutip cukai dari rakyat, Menteri Kewangan yang uruskan perbelanjaan segalanya, dekat mana separation of duties? Saya nak kena tanya Bagan. Bagan bercakap tentang internal control. Basic internal control adalah separation of duties. Kat mana separation of duties Bagan? [Tepuk] Seterusnya, saya nak menyentuh Jadual Pertama. Ini Menteri Kewangan ada depan saya. Jadual Pertama. Saya nak tanya Menteri Kewangan. Dalam konteks ini, kalau bawah 50,000 jawatankuasa luluskan, pegawai pengawal luluskan. Kemudian lembaga perolehan untuk perolehan bagi barangan dan perkhidmatan lebih daripada 500,000 hingga 50 juta dan untuk perolehan bagi kerja lebih daripada 500,000 hingga 100 juta. Kemudian Menteri, untuk perolehan barangan dan perkhidmatan lebih daripada 50 juta dan untuk perolehan kerja lebih daripada 100 juta. Tak ada siling. Saya nak tanya Menteri Kewangan. Menteri Kewangan seorang korporat. Dalam konteks sebelum ini, siapakah yang meluluskan perkara ini dalam konteks tatacara yang ada pada hari ini? Kerana apa Tuan Yang di-Pertua, tak masuk akal jumlah yang lebih rendah ini dibuat oleh lembaga walaupun Menteri yang lantik. Tetapi jumlah yang lebih tinggi dibuat oleh seorang individu. Di mana internal control? Saya nak tanya, bercakap secara profesional. Kat mana internal control? Dan kita perlu ingat bahawa jika kita lihat berkaitan dengan lembaga perolehan pun, jika lembaga perolehan gagal mencapai keputusan sebulat suara, maka kena bawa kat Menteri. Dan apabila bawa kat Menteri, Menteri boleh bersetuju dengan syor itu atau boleh membuat keputusan berlainan yang difikirkannya patut.
Lagi kuasa Menteri dalam konteks ini.
Putrajaya.
Dan saya nak sentuh satu lagi.
Beruas bangun lagi sekali lagi.
Ada kawalan. Tadi...
Tak payah, tak payah, tak payah.
Difitnah ini. Gambaran yang tak tepat.
Saya nak sentuh satu lagi. Fasal...
Beruas, sila duduk.
Saya habis-habis bersopan dah ini Tan Sri Speaker. Tak payahlah kacau. Saya nak sentuh satu lagi. Di bawah fasal 12(5). “Seseorang ahli lembaga perolehan yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa
kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh lembaga perolehan hendaklah menzahirkan kepada lembaga perolehan fakta dan jenis kepentingan tersebut. Suatu penzahiran di bawah subseksyen 5 hendaklah direkodkan dan tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam – semasa mana- mana pertimbangan telitian”. Itu yang ditulis. Saya nak tanya di sini, kalau lembaga perolehan ada syarat, kalau ada conflict of interest, ahli lembaga perolehan tidak boleh terlibat. Kalau Menteri, dekat mana syarat dia Yang Berhormat Menteri? Dekat mana dalam akta ini kata kalau Menteri, bila Menteri ada conflict of interest, Menteri tak boleh nak proceed. Dekat mana? Sebab itu saya kata, sahabat-sahabat semua, kita berada di sini dengan tanggungjawab yang besar, ketepikanlah politik, kita tak perlu nak bercakap politik panjang. Ini berkaitan dengan masa depan negara dan saya mohon supaya perkara ini dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi. Seterusnya, sedikit lagi Tan Sri Yang di-Pertua. Boleh sikit ya?
Landing, landing sahaja. Bukan seterusnya.
Okey, landing. Landing.
Landing sahaja.
Okey, landing. Nak landing ini, saya nak sentuh tentang perkara berkaitan dengan perolehan terbuka dan berdaya saing.
Okey.
Last lah ini. Nak perolehan terbuka. Kita bercakap tentang perolehan terbuka, tidak ada direct nego dan sebagainya. Ini kita dengar eh. 28(1). “Tertakluk kepada peruntukan akta ini, kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing hendaklah menjadi kaedah utama dalam menjalankan perolehan kerajaan”. Oh, ini ramai baca ini. Tapi baca yang dua, “Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kaedah selain daripada kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing mengambil kira objektif akta ini”. Maknanya, kot mana pun kuasa Menteri adalah terlalu besar. Sebab itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon Tan Sri Yang di-Pertua.
Putrajaya.
Berlaku adillah kepada generasi masa depan negara. Kerajaan perlu berlaku adil kepada mereka.
Putrajaya. Sikit sahaja.
Kasihanilah anak-anak kita, generasi masa depan. Tangguhkan dahulu, bawalah ke jawatankuasa untuk kita bincangkan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Putrajaya, ada COVID dulu. Terpaksa kita adakan...
Baik.
You know, you been in a Minister as in COVID time. Terima kasih.
Bayan Baru. Bayan Baru.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
[Bangun]
Sandakan.
Oh.
Sorry ya, Arau. Terkejut saya nampak kau berdiri. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya menyokong usaha kerajaan untuk letakkan satu piawaian prosedur perolehan. Tetapi, saya juga mahu tekankan rang undang-undang ini mesti menjadi alat perubahan sebenar dan bukan sekadar dokumen sahaja. Sebab rakyat di Sabah juga sangat penat dengar dengan janji, penat dengan tunggu projek siap dan juga penat lihat duit mereka hilang tanpa hasil. Di Sabah, kami sudah cukup rasa peritnya. Disember lalu, lebih daripada 400 projek dilaporkan sakit. 400 Tan Sri Speaker, pakej WP33, Pan Borneo Sabah, disubkontraktorkan dua kali. Sampai sekarang orang tanya, bila jalan ini akan siap? Di Sandakan, Libaran Bypass dan jambatan, Jambatan jalan Tamparuli, Sandakan bertahun-tahunnya lambat. Jadi, anak-anak sekolah terpaksa lalu satu jalan yang sangat bahaya. Peniaga-peniaga juga rugi kerana sebab akses yang lambat dan juga rakyat tunggu sampai sekarang dari tahun-tahun lalu dan berapa lagi kami di Sabah harus menjadi mangsa kelemahan sistem perolehan ini. Jadi, saya minta dengan tegas ubah undang- undang ini supaya benar-benar berkesan. Hapuskan kuasa mutlak. Kontrak mega tak boleh hanya sesiapa pun yang putuskan oleh seseorang. Ini adalah duit rakyat, bukan duit peribadi. [Tepuk] Jadi, semua kontrak besar mesti lalui lembaga perolehan dan Menteri dan Ketua Menteri pun wajib mahu dedahkan konflik kepentingan. [Tepuk] Tiada sesiapa pun boleh ke bawah daripada
akauntabiliti. Jadi, pengecualiannya mesti ada sempadan. Menteri Kewangan juga tidak boleh guna kuasa untuk beri pengecualian sesuka hati. [Tepuk] Rakyat perlu tahu prosesnya.
Sandakan.
Jadi, kami jangan sisihkan Sabah dan Sarawak.
Sandakan, Beruas bangun.
Boleh ya?
Ya.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Bagi ya.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Okey, Sandakan bagi.
Pihak pembangkang memberi gambaran bahawa Menteri Kewangan kuasanya yang mutlak, bunyi bicaranya mutlak. Sebenarnya tak betul. Kita kalau baca perenggan enam, “Pentadbiran perolehan kerajaan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran, kawalan dan pengawasan semua perkara yang berhubungan dengan akta ini”. Begitu juga seksyen 6(4), “Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan usaha wajar dan mengadakan proses dan tatacara secukupnya bagi mengelakkan percanggahan kepentingan semasa menjalankan kuasanya”. Begitu juga dengan seksyen 7 tentang kewajipan dan kuasa Pegawai Pengawal dan seksyen 8 mesti ikut Akta Tatacara Kewangan 1957. Jadi, ingin saya nyatakan di sini, sebenarnya Ketua Setiausaha Perbendaharaan...
Beruas minta pandangan Sandakan?
Ya.
Sandakan, setujukah Sandakan dengan saya? Ayatnya kena gitu.
Dia, dia memang ada...
Dak, dak, dak. Kena tanya dia.
Okey, setuju tak?
[Dewan ketawa]
Memang dalam ada internal control, ada internal check and balance.
Ya, sebab floor ini floor Sandakan.
Setuju juga tapi perlu pendekkan sikit ya, Beruas. Saya setuju tapi perlu pendekkan sikit sebab perbahasan saya ada lagi. Okey, jadi Tan Sri, Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya inginkan adalah kami jangan sisihkan Sabah dan Sarawak. Tender pusat di Putrajaya tidak akan faham realiti di pedalaman. Jadi, saya desak tubuhkan satu lembaga perolehan di Sabah dan Sarawak. Biar kami yang tentukan projek di tanah kami untuk rakyat kami. [Tepuk] Peluang untuk Sabahan akan menjadi lebih besar. Jika kamu selalu bandingkan semua kontraktor besar di Semenanjung dengan yang Sabah, sememangnya kontraktor yang di Semenanjung akan lebih hebat lagi, lebih besar lagi. Tetapi, ini adalah sebab peluang di Sabah adalah kekurangan untuk kami punya kontraktor. Jadi, sekurang-kurangnya juga adalah apabila ada masalah dengan projek, kami masih dapat cari siapa kontraktor tersebut dan bukan ada subkon- subkonnya yang seterusnya. Jadi, seperti projek sakit di Jambatan Merah, Sandakan, selepas 24 bulan baru diisytiharkan projek sakit dan sampai sekarang kami tidak dapat cari kontraktor dan juga tidak tahu siapa kontraktornya dan diberitahu adalah dari Semenanjung. Jadi, ini semua seharusnya tidak berlaku jika kami ada lembaga tender di Sabah dan Sarawak sendiri. Tan Sri Speaker, VO dan EOT mesti dikawal. VO dan EOT ini selalu menjadi alasan projek sakit. Kos melambung tanpa kawalan, ia ibaratkan cek kosong dan kami gunakan duit rakyat juga. Satukan semua perolehan. Jangan ada pengecualian dalam badan berkanun. Satu sistem, satu platform yang telus untuk semua. Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, kita bercakap tentang amanah rakyat. Setiap jalan lambat siap, setiap projek yang terbengkalai, ia bukan sekadar angka dalam laporan, ia akan menyebabkan rakyat derita di lapangan. Jadi, saya mohon kita jangan lagi biarkan kelemahan ini berulang. Kami mahu undang-undang yang betul- betul boleh jaga duit rakyat, siap projek ikut masa dan juga hentikan budaya asal boleh dalam perolehan. Sekian dan terima kasih.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Arau. [Tepuk]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang-orang muda, Tan Sri yang saya kasihi. Kalau Tan Sri masuk itu, hati seronok ya. Jadi, keseronokan ini akan berakhir dengan tak seronok.
Lima minit ya Arau.
Okey.
[Dewan ketawa]
Jadi, Yang Berhormat Tan Sri, cuba tengok, rang undang-undang ini cukup besar, rang undang-undang baru. Tetapi, notisnya dua hari, dibuat pula di waktu petang, menganggap bahawa kami dah tak ramai yang ada. Tetapi, kami tetap setia walaupun makan kuih kering sebab kami tak ada peruntukan tadi di Parlimen. Mujur ada kuih kering yang saya simpan. Kawan-kawan boleh makan. Tapi, kami setia dengan Parlimen. Kami terus berada di sini. Menteri-menteri banyak yang telah tidak berada di sini. Jadi, Tan Sri, semua seksyen ini perkara rang undang-undang baru. Semua seksyen akan menyebutkan Menteri boleh mengetepikan — boleh menetapkan perkara baru. Yang Berhormat, perkara 2, perkara 2(2). Yang Berhormat, kalau ada rang undang-undang depan Yang Berhormat, cuba tengok. Dia bagi tahu kita boleh tetapkan dan sebagainya, tetapi Menteri, Menteri ini Menteri Kewangan, boleh menetapkan apa-apa tatacara yang sewajarnya.
Perkara 10(4) – Menteri tetapkan tatacara. Jadi semua ada disebut peraturan lepas itu Menteri dibagi hak mutlak. Kemudian, Perkara 28 yang Bakri sebut. Dia baca tak habis. Saya harap Yang Berhormat baca bagi habis. Iaitu 28(1) tender terbuka, Yang Berhormat. Tender –– rundingan terus. Tak boleh lagi. Tender terbuka. Menteri boleh mengetepikan, menetapkan 28(2). Baca bagi habis. Menteri ada kuasa untuk overrule. Yang terakhir sekali, saya tak mahu sentuh banyak sebab saya sentuh perkara lain juga. Perkara 90. Yang Berhormat boleh buka Perkara 90. Dalam kita duk baca ni banyak orang tak sampai Perkara 90 sebab baru dapat. Buka tengok Perkara 90. Menteri boleh pinda jadual, jadual yang RM500 juta, Menteri boleh pinda. Jadi, saya tanya Menteri Kewangan walaupun Menteri Kewangan –– sepatutnya Perdana Menteri dia bentang, dialah kena jawab tapi Menteri Kewangan jawab dan terimalah apa yang kami sedang bagi ini.
Perkara 90, Yang Berhormat. Menteri boleh ubah jadual. Hat yang lain Menteri boleh ubah tatacara. Hat 90, Menteri boleh ubah jadual. Apa nak jadi dunia ni? Kita sebut bahawa –– Menteri semasa pembentangan tadi Perdana Menteri telah menyebut bahawa tidak ada rundingan terus. Dengan itu, kita boleh banteras rasuah. Tetapi tidak ada rundingan terus 28(2) boleh Menteri tetapkan. Jadi, apakah bila Menteri boleh tetapkan itu bukan rasuah? Jadi, ada kawan-kawan timbul pasal rasuah ni dia timbul bawah 36(6) sangkaan buruk dan sebagainya. Ini kita jangkakan bahawa tak boleh buat rundingan terus tapi Menteri boleh tetapkan atau atur cara seterusnya. Jadi dengan ini, menjadikan Menteri Kewangan, Menteri yang paling berkuasa di dunia mungkin. Sebab apa? Yang berkuasa mutlak ni raja tapi sekarang ni kita lihat Menteri Kewangan mempunyai kuasa mutlak bukan Perdana Menteri, Menteri Kewangan. Kalau tiba-tiba Menteri Kewangan bagi kepada orang lain Menteri Kewangan itu ada kuasa mutlak, absolute power. Yang mana kita tak mahu kuasa absolute power ni sebenarnya dalam sistem Presiden adalah — Kalau sistem Perdana Menteri tidak ada kuasa absolute sebab di atasnya ada gabenor ataupun raja. Tapi dalam hal ini kita lihat Perdana Menteri, Menteri Kewangan mempunyai kuasa mutlak yang hebat dan dahsyat yang inilah. Saya, kalau saya jadi duduk belah kerajaan pun...
Tan Sri Speaker.
...Di antara benda yang saya akan tolak ialah Menteri Kewangan.
Peraturan tetap.
Sebab kita ada kuasa mutlak tapi di akhirat kita tak mutlak.
Tan Sri Speaker, peraturan tetap.
Peraturan-peraturan Mesyuarat, bukan peraturan tetap.
Jadi, kita tidak ada kuasa...
Arau, sebentar. Sebentar. One minute. Peraturan mesyuarat.
36(12).
36(12).
Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifat menghina Majlis. Saya rasa apa yang dikatakan oleh Arau tadi adalah mengelirukan Dewan. Dia samakan fasal 90, Menteri boleh membuat jadual sebagai kuasa mutlak. Sebenarnya di banyak rang undang-undang, Menteri boleh mengubah perintah, mengubah jadual di schedule. Untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lebih daripada satu penggal anda yang membaca rang undang-undang sudah tentu setiap rang undang-undang memberi kuasa kepada Menteri untuk mengubah jadual. Itu sangat mengelirukan Dewan.
Baik.
Yang Berhormat. Ini atur cara kewangan. Kalau nak pinda hisap vape tak apalah. Ini aturan – kewangan. Perbelanjaan negara. Fahamlah sikit. Takkan saya kelirukan Dewan. Ini memberi kuasa mutlak. Kuasa-kuasa lain. Kalau Menteri nak ubah, ubahlah. Tapi kewangan ni dia bukan saja boleh ubah – kita kata tidak boleh tender terbuka, tetapi dia boleh ubah.
Tan Sri Speaker, 36(12). Saya nak tanya.
Sebentar, sebentar Kampar.
Kita nak pinda jadual.
Baik, baik. Saya baca. Arau, Arau, sebentar Arau. Kampar.
36(12).
Kalau dia bawa salah...
Kampar nanti kejap. Nanti kejap. Arau kejap. Kampar duduk dulu. Tadi Arau cite Perkara 90 ya.
30(12).
Tak, tak. Yang 90 Arau kata mengubah.
Ya. Perkara 90.
Baik, saya baca terus supaya jangan keliru semua. 90 berbunyi “Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta meminda jadual kepada kita”. Maksudnya..
Memang boleh.
Sebut kena sebut habis, “Yang disiarkan dalam warta”.
Yang Berhormat, semua seksyen disebut ‘Yang disiarkan dalam warta’. Yang Berhormat maksud seksyen mana? Semua disebut disiar dalam warta. Dia tak boleh bagi mulut. Dia kena wartakan. Tetapi dia boleh pinda, Yang Berhormat. Semua seksyen ni Menteri boleh melalui warta. Melalui warta. Jadi 90 juga melalui warta. Bacalah buku bagi habis. Kalau belajar undang-undang pun belajar bagi habis. Jangan sekerat-sekerat ya. Jadi Yang Berhormat jangan marah saya.
Dak. Tak marah, tak marah.
Jadi, saya nak beritahu, masukkan warta ini...
36 perintah tetap. 36(12) juga.
Baik.
Jadi orang hebat. Kalau kita nak buat apa, kita kena ada wartalah. Tapi ini syaratnya saja. Melalui warta ialah perintah mulut. Sekarang aku nak ubah jadual ni. Memang dia keluarlah warta. Warta pun dibuat.
Ya.
Jadi, saya tak kelirukan Dewan. Saya mungkin kelirukan fikiran anda yang sudah pun terkeliru. Jadi...
Perintah tetap 36(12).
Baik.
Saya minta kawan-kawan daripada Sabah, Sarawak seperti Puncak Borneo...
Beruas, sekejap.
...Sabah Sarawak.
36(12)
Beruas bangkitkan berapa?
Rang undang-undang ini...
36(12).
Standing order, Arau. Kejap, kejap. Standard apa?
Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan. Saya sudah baca kepada pihak pembangkang tadi. Kuasa untuk mentadbir, menguruskan akta ini adalah tanggungjawab bagi pentadbiran, kawalan dan pengawasan semua perkara yang berhubung dengan akta ini adalah di –– kuasanya ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, bukan Menteri.
Jadi, untuk kata Menteri ada kuasa mutlak itu tak betul. Sebenarnya pentadbiran akta ini adalah oleh pegawai kerajaan. Jadi tak betullah. Harap dia
Arau, baik Arau. Ya, Arau kalau boleh landing, Arau.
Yang Berhormat saya kasihi, sebab saya ni penyokong setia PMX. Jadi, kena bagi dua minit lagi ya. Yang Berhormat, dia orang ni tak baca buku bagi habis ya. 28(2), “Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan kaedah selain daripada kaedah perolehan terbuka dan berdaya saing mengambil kira objektif akta ini”. Baca bagi habis. Bahawa siapa menyokong rang undang-undang ini menyokong kepada satu kuasa mutlak. Dulu saya nak beritahu, Najib Perdana Menteri, Najib Menteri Kewangan. Dia minta, dia lulus, dia laksana. Tapi kuasa tidak mutlak. Tapi sekarang ini kalau kita lulus, bererti kuasa Menteri Kewangan kuasa mutlak. Ini dia boleh pada bila-bila masa untuk menetapkan apa yang patut. Kalau kita kata ini badan-badan tertentu boleh menyiasat SPRM. SPRM yang melantik SPRM siapa dia? Yang melantik SPRM ialah Perdana Menteri. Jadi, bukan Parlimen. Kalau Parlimen boleh melantik SPRM, okey. Okey, balik pada tajuk ini bahawa...
Dah, tak balik dah. Habis.
Saya minta supaya –– akhirnya, landing-nya, tanpa gangguan, kawan-kawan Sabah, Sarawak, rakyat Malaysia melihat bahawa rang undang-undang ini saya menyokong untuk ditangguh atau ditolak. [Tepuk] Terima kasih, assalamualaikum.
Baik. Pembahas terakhir Hulu Langat. Hulu Langat, sebelum cakap, sat. Ini pesanan saya, Hulu Langat. Sekarang ni dah maghrib dah. Dah maghrib, jadi cakap pelan-pelan.
Speaker, cara saya nak bercakap tu maksudnya Speaker tak boleh nak tegur lah.
Jangan lagu tu Hulu Langat.
Sebab cara saya bercakap memang macam tu.
Hulu Langat, saya belum habis cakap lagi. Jangan masuk campur.
Sebab saya dah tahu dah.
Baik.
Saya dah tahu apa benda yang Speaker nak cakap tu.
Hulu Langat, saya sebut cakap.
Hulu Langat. Hulu Langat.
Arau, Arau, Arau.
Arau, Duduk.
Ini speaker.
Arau, Arau, duduk.
Saya tak pernah tengok rakyat Malaysia tengok orang tak hormat Speaker.
Baik, baik, baik.
Arau, duduk.
Orang tak hormat Speaker, 10 hari.
Hulu Langat, Hulu Langat. Arau, duduk, duduk.
Okey.
Hulu Langat, saya bercakap sebagai Speaker, bukan sebagai kawan. Saya kata minta Hulu Langat pelan-pelan. Sebab maghrib nak habis. Jadi, jangan timbulkan kekecohan. Cakap secara elok. Silakan Hulu Langat.
Ish, macam mana pula Speaker boleh tahu saya nak timbulkan kekecohan ni?
[Dewan ketawa]
Tak. Tak ada. Yang pertamanya, saya bangkit ini sebab saya nak lawan Arau dan saya nak betulkan Arau juga tadi tu. Dia sebut SPRM ini bukan Perdana Menteri yang lantik. Yang lantik ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebab itu kita nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan kerana berani membawa Rang Undang-undang Perolehan ini. Bukan senang sebenarnya kita ini. Tan Sri Speaker, dengan kuasa yang kita ada ini kita nak serahkan kuasa yang kita ada ini kepada satu badan khususnya Parlimen ini untuk menentukan kuasa yang selama hari ini kita ada kita serahkan kepada Parlimen. Inilah dia keberanian yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merupakan Menteri Kewangan, Kerajaan MADANI.
Sebab itu sebelah sana dulu kalah pilihan raya tahun 2018. Nakkan kuasa, bertanding pilihan raya tak menang, kalah. Ha, tapi curi kerajaan yang ada pada masa itu. [Tepuk] Tebuk atap pada masa tersebut nakkan kuasa. Tetapi hari ini Tan Sri Speaker, kita tengok Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, dia sanggup bagi kuasa yang ada kepada dia. Dia memperlihatkan satu jiwa besar seorang pemimpin yang nak dipamerkan kepada seluruh masyarakat, warga dan juga rakyat yang terdapat dalam negara kita, Malaysia yang kita cintai ini.
Sebab itu, Tan Sri Speaker... [Dicelah] Belum lagi. Jangan banyak-banyak cakap sangat. Kalau nak cakap, bangkit. Ini pun baru dapat wahyu je tadi ini, minta berucap akhir ini. Sebab nak lawan Arau itu. Tetapi― tetapi, yang penting kepada saya...
Yang Berhormat.
Yang penting kepada...
Yang Berhormat.
Ha?
Saya nak minta...
Baru nak naik syeikh, baru nak naik betul ni.
Minta sedikit.
[Bangun]
Okey, okey, saya bagi. Saya bagi Jelutong.
Yang Berhormat, setuju dengan saya, Yang Berhormat, bahawa inisiatif kerajaan...
Point of Order 36(6). Dia suruh kami― dia tuduh kami curi kerajaan. Dia ini lapan kerusi ― Amanah ini. Cakap besar pun. Kurang-kurang, PMX ada 30 kerusi. Kami ada 43 kerusi, Bersatu ada 31 kerusi. DAP 40 lah.
[Dewan riuh]
Baik. Baik.
[Bangun]
Yang Berhormat...
Tak kisahlah ada 60 kerusi ke tapi tidak boleh tubuhkan kerajaan sebab jumloh tak cukup. Jumloh tak cukup.
Walaupun Amanah ini kami ada lapan orang sahaja Ahli Parlimen tapi kami Ahli Parlimen yang berkualiti, yang ada standard kami ini...
[Dewan riuh]
Ha, itu yang kita hendak sebutkan. Ada kualiti, ada standard. Bukan macam sebelah sana itu main tuduh, main fitnah sahaja. Adu domba, penghasut. Ha, itu dia yang kita hendak beritahu kepada Ahli-ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional dan juga daripada pembangkang.
Hulu Langat, bagi Sik, Hulu Langat.
Hulu Langat bagi dekat Jelutong tadi.
Hulu Langat, belum habis lagi. Belum habis lagi.
Oh, Jelutong. Jelutong ke Bentong?
Saya dahulu.
Ha?
Saya dahulu. Saya belum habis lagi.
Okey, okey. Kalau Jelutong, saya bagi.
Terima kasih, Hulu Langat. Setuju dengan saya. Setuju dengan saya bahawa pembentangan rang undang-undang ini menunjukkan ketelusan Yang Amat Berhormat Tambun dan kerajaan? Sekurang-kurangnya kita bahaskan dengan secara terbuka berbanding dengan masa Yang Berhormat Pagoh di mana Sidang Parlimen pun digantung.
Nasib baik hidup.
Sidang Parlimen pun digantung, tak dibenarkan untuk kita bersidang bincangkan masalah rakyat.
36(6).
Sekarang Yang Amat Berhormat Tambun membentangkan rang undang-undang ini untuk kita bahaskan menunjukkan ketelusan kerajaan kita. Setuju, tidak setuju?
Hulu Langat.
Hulu Langat.
Peraturan mesyuarat.
Speaker. Speaker, sebenarnya..
Hulu Langat, bagi Sik, Hulu Langat.
Sekejap. Sebenarnya...
Sik nak tanya ni.
Sebenarnya yang menimbulkan provokasi ini bukan saya, sebab saya ini memang beradab... [Dewan riuh]
Peraturan mesyuarat.
Ha...
Hulu Langat.
Hulu Langat, bagi Sik.
Saya beradab dan juga berdisiplin.
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.
Hei Arau, tadi saya tak kacaulah, Arau.
Tak. Peraturan mesyuarat.
Saya hendak beritahu, Speaker, kalau Perdana Menteri buat benda tak betul, kalau Menteri Kewangan ini buat benda tak betul, eh, dalam negara kita ini ada SPRM lah, ada polis lah. Pergi siasatlah, pergi dakwalah maksudnya.
Hulu Langat, Hulu Langat, sedikit.
Kalau Perdana Menteri ini buat benda yang tak betul. Masa sebelah sana dulu jadi kerajaan, apa dia buat? Ha, ini nak jawab Jelutong ni.
Hulu Langat, bagi Sik hendak tanya ini.
Hulu Langat, Bayan Baru sedikit.
Yang ini mana? Bayan Baru?
Ya, terima kasih. Sedikit sahaja. Hulu Langat, setujukah dengan saya bahawa PMX buat ini..
Eh, setuju, setuju. Setuju... [Ketawa]
Sebab, kita tidak mahu ada Jana Wibawa lagi. Pagoh yang buat ya. Macam-macam. Jana Wibawa, direct nego, kita tak mahu lagi. Itulah usaha PMX untuk membetulkan keadaan yang teruk ini. Terima kasih.
Hulu Langat, Hulu Langat setuju kita tak curi masuk pintu belakang? Kita buat secara terbuka, bincang di Parlimen, sidang di Parlimen.
Ha, ha, ha.
Hulu Langat, Hulu Langat, Hulu Langat.
Bukan curi kerajaan. Bukan macam sebelah sana.
Hulu Langat, satu.
Hulu Langat.
Apa?
Yang dikatakan curi tadi ada dalam kerajaan sekarang.
Duduk, duduk. Tak benar, tak benar.
Nak tanya sikit pun tak boleh.
Hei, tak benar, tak benar, tak benar. Duduk, duduk.
Hulu Langat takut.
Ini hakim apa ini? Duduk, duduk, duduk. Tak ada adab. Duduk, duduk. Duduk, duduk.
Berdiri.
Eh, duduk. Duduk.
Demikianlah kualiti anggota Parlimen kerajaan... [Ketawa]
Eh, tak apa.
Malulah, malu.
Tetapi, yang pentingnya, yang pentingnya kita nak bawa satu benda yang baik dan kita bincangkan di dalam Parlimen ini, Dewan yang mulia ini. Betul?
Betul.
Ada keberanian, ada ketelusan, ada bertanggungjawaban kita daripada Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan ini untuk menjaga setiap sen duit rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Sebab itu saya rasa, Tan Sri Speaker, kita kena menyokong Rang Undang- undang Perolehan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia ini. Yang sokong, cakap sokong.
Sokong.
Ha, tak payah Tan Sri Speaker, saya sahaja. Yang sokong, cakap sokong.
Sokong.
Sekian, Tan Sri Speaker. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Arau kalah, tumpas... [Ketawa] [Tepuk]
Yang Berhormat, bagi saya cakap sepatah, Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat.
Dah, dah.
Macam mana pun, saya hendak ucap tahniah kepada...
Arau, Arau.
Tahniah. Rakyat Malaysia lihat ini dia kualiti Ahli Parlimen kerajaan.
Arau, Arau.
Dahlah, Arau. Dahlah, Arau. Dah duduklah, Arau. Duduklah, Arau. Arau, duduklah. Duduk, duduk, duduk. Arau, duduk. Duduk.
[Tidak jelas]
SPRM tadi bukan Perdana Menteri yang lantik. Yang lantik, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Itu pun tak reti. Itu jadi masalah. Baca buku lain kali. Lain kali baca buku ataupun datang
rumah saya, saya ajar Arau tentang soal berkaitan dengan hierarki, protokol, tatacara soal berkaitan dengan pentadbiran negara kita ini. Belajar dengan saya dulu, Arau.
Hulu Langat.
Baik. Saya dimaklumkan Menteri ada usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Ya, Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 28 Ogos.” [Tepuk]
[Dewan riuh]
Ada yang menyokong?
Saya menyokong.
Kerajaan takut.
Kalah, kalah, kalah.
Tak berani undi. Tak berani undi.
Terbaik, terbaik, terbaik.
[Dewan riuh]
[Mengetuk tukul]
Steady, Hulu Langat.
Steady, Hulu Langat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 28 Ogos 2025. [Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.16 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kebimbangan Dan Klarifikasi Terhadap Dakwaan Ipta Malaysia ‘Dikuasai’ Pelajar Antarabangsa Dari Negara China Serta Langkah Memperluas Peluang Pelajar TempatanSpecial Chamber
[Membaca doa]
Terima kasih yang Berhormat Speaker. Sejak kebelakangan ini, timbul dakwaan liar bahawa Universiti Awam di Malaysia semakin dikuasai oleh pelajar antarabangsa dari tanah besar China sehingga menjejaskan peluang pelajar tempatan, khususnya anak-anak keluarga pembayar cukai untuk melanjutkan pengajian di kursus-kursus popular di IPTA.
Tuduhan ini turut dikaitkan dengan dakwaan pengambilan pelajar antarabangsa secara besar-besaran melalui saluran terus atau open channel yang mengenakan yuran tinggi, serta kononnya menurunkan kadar kemasukan pelajar Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, adakah dakwaan ini benar?
Mohon kementerian mengemukakan statistik rasmi di Kamar Khas, termasuk pecahan bilangan pelajar mengikut:
(i) warganegara Malaysia versus antarabangsa, khususnya daripada People's Republic of China (PRC);
(ii) etnik dan kumpulan pendapatan pelajar Malaysia;
(iii) peringkat pengajian iaitu ijazah pertama versus pascasiswazah; dan
(iv) kursus pengajian terutamanya yang tinggi permintaan seperti perubatan.
Apakah dasar dan mekanisme sedia ada bagi memastikan pengantarabangsaan pendidikan tinggi tidak mengorbankan prinsip akses
saksama kepada rakyat Malaysia? Adakah Kementerian bersetuju bahawa keperluan meritokrasi mesti diseimbangkan dengan had kuota lebih adil mengikut etnik dan kumpulan pendapatan untuk pelajar Malaysia, penambahan pengambilan pelajar tempatan bagi kursus popular, tawaran biasiswa atau geran kerajaan atau agensi kepada pelajar STPM berkelayakan dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengisi tempat direct intake? Penambahbaikan proses temu duga bagi kursus perubatan supaya lebih telus dan berasaskan kompetensi.
Apakah rancangan pembaharuan yang sedang dipertimbang oleh kementerian bagi meningkatkan jumlah pelajar Malaysia yang layak tanpa menjejaskan usaha menarik pelajar antarabangsa? Isu ini menyentuh kepentingan awam kerana ia melibatkan keseimbangan antara pendapatan universiti, keterbukaan kepada dunia dan hak rakyat Malaysia untuk mendapat peluang pendidikan tinggi yang adil.
Oleh itu, jawapan terperinci daripada pihak kementerian akan membantu menjernihkan persepsi dan merangka penambahbaikan dasar yang lebih telus, saksama, dan berprinsip. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Silakan.
Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Yang Di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur di atas keprihatinan tentang isu-isu semasa dan memberi peluang kepada kementerian untuk menjelaskan beberapa perkara fakta penting untuk diketahui bersama supaya tidak timbul kekeliruan lagi selepas ini dan ditimbulkan di Dewan kita yang mulia ini.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik sistem MyMoheS bagi Januari hingga Disember 2024, jumlah keseluruhan enrolmen pelajar peringkat pascasiswazah di Universiti Awam adalah 100,792 orang di mana 61,456 pelajar iaitu 60.97 peratus merupakan warganegara Malaysia dan 39,336 iaitu 39.03 peratus orang pelajar antarabangsa. Itu pascasiswazah.
Manakala, jumlah keseluruhan enrolmen pelajar di Universiti Awam pada peringkat prasiswazah pula adalah seramai 511,006 orang dan daripada ini 497,020 orang atau lebih 97.3 peratus adalah pelajar warganegara Malaysia dan bagi pelajar antarabangsa hanyalah 13,986 orang iaitu sekitar 2.7 peratus sahaja.
Daripada jumlah pelajar antarabangsa peringkat prasiswazah ini pula, pelajar daripada Republik Rakyat China hanya berjumlah 7,495 orang iaitu 1.46 peratus daripada keseluruhan enrolmen pelajar prasiswazah di Universiti Awam. Ini membuktikan bahawa ada dakwaan kononnya Universiti Awam ini dikuasai oleh pelajar PRC adalah tidak benar dan jauh tersasar faktanya.
Berhubung dengan latar belakang pelajar Malaysia pula, daripada 497,020 pelajar tempatan di peringkat prasiswazah yang seperti yang saya sebut tadi, 440,421 adalah bumiputera dengan pecahan dari segi pendapatan, 279,033 orang golongan B40, 107,806, golongan M40 dan 53,582, golongan T20. Jadi, majoritinya adalah B40. Manakala 56,599 orang adalah bukan bumiputera.
Seramai 43 — pecahannya 43,299 golongan B40, 10,305, golongan M40 dan 2,995 golongan T20. Bukan bumiputera pun ramai golongan B40.
Untuk kursus permintaan tinggi seperti perubatan, contoh satu sahaja kita nyatakan di sini, perubatan. Jumlah pelajar ijazah pertama perubatan pada tahun 2024 adalah seramai 7,825 orang iaitu 97.92 peratus warganegara Malaysia, Dato’ Yang di-Pertua, berbanding hanya 162 orang iaitu 2.07 peratus pelajar antarabangsa. Ini sekali lagi menegaskan bahawa tempat bagi bidang kritikal sentiasa diberikan keutamaan kepada anak-anak tempatan.
Perlu untuk difahami bahawa pengambilan pelajar antarabangsa di peringkat prasiswazah di universiti awam ini hanya dilaksanakan melalui saluran terbuka atau komersial. Berdasarkan prinsip over and above dengan izin tanpa menjejaskan unjuran kemasukan yang diperuntukkan di bawah Saluran Perdana.
Saluran Perdana dikhususkan hanya kepada pelajar warganegara Malaysia sahaja. Dasar ini jelas memastikan akses pelajar warganegara kepada pendidikan tinggi yang berkualiti terus terpelihara. Maksudnya, Dato’ Yang di-Pertua, unjuran kita untuk Saluran Perdana ini tidak akan dikompromi kepada mana-mana kuota.
Kita penuhkan dulu untuk pastikan bahawa anak-anak tempatan kita dapat memenuhi kuota, barulah kita buka kepada yang lain. Itu point penting yang kami ingin nyatakan bagi pihak kementerian.
Dato’ Yang di-Pertua, dasar pengambilan pelajar yang dilaksanakan oleh KPT adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi. Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang sama rata untuk pengajian di IPTA. Kejayaan calon mendapat tempat pengajian bukan hanya melihat kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga tertakluk kepada kedudukan merit memenuhi keperluan syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh universiti.
Untuk bidang kritikal dan profesional juga akan ditetapkan oleh badan profesional, bilangan tempat yang disediakan serta lulus temu duga dan atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan syarat keperluan berkenaan. Merujuk kepada had kuota mengikut etnik dan kumpulan pendapatan untuk pelajar Malaysia, unjuran atau kapasiti tempat saluran perdana ke IPTA melalui UPUOnline sentiasa bertambah iaitu 136,146 pada tahun 2017 kepada 168,769 pada tahun 2024.
Pertambahan unjuran kemasukan ke IPTA dalam tempoh tujuh tahun tersebut telah menunjukkan peningkatan sebanyak 23.96 peratus meliputi semua bidang pengajian. Peningkatan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi menambah ruang dan peluang pendidikan tinggi negara kepada rakyat Malaysia.
Bagi calon bumiputera lepasan STPM seramai 22,449 orang ditawarkan ke universiti awam pada sesi akademik 2024/2025 pula adalah seramai 6,743 orang.
Berhubung dengan pertambahan kuota mengikut kumpulan pendapatan untuk pelajar Malaysia pula, ketika ini kementerian telah menawarkan laluan khas bagi kategori kumpulan B40, orang kelainan upaya (OKU), atlet dan juga orang asli. Calon dalam kategori golongan ini hanya perlu bersaing dalam kelompok mereka sahaja bagi membolehkan mereka mendapat akses pendidikan tinggi dan tidak terpinggir. Untuk makluman juga, pertimbangan untuk meningkatkan bilangan tempat di IPT, terutamanya kursus popular atau kritikal, wajar dilaksanakan secara berhati-hati, berpandukan keseimbangan antara unjuran
demografi, kapasiti institusi dan keperluan tenaga kerja negara. Maknanya, kita tidak akan sesuka hati meningkatkan kapasiti ya, jika tidak bersandarkan kepada unjuran-unjuran yang disebutkan tadi.
Bagi calon-calon di peringkat STPM, KPT juga ada menyediakan Program Dermasiswa B40 TVET, yang dikhususkan kepada pelajar B40 yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang TVET. Program ini menyediakan penajaan, yuran pengajian dan elaun sara hidup kepada pelajar.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, seramai 1,108 orang pelajar yang telah ditawarkan dan mendapat manfaat penajaan di bawah program ini.
KPT juga ada menyediakan penajaan kepada pelajar lepasan STPM melalui program MyBrainSc yang khusus untuk pelajar bidang sains tulen yang melibatkan fizik, kimia, matematik dan biologi dari peringkat ijazah sarjana muda hingga ke peringkat ijazah kedoktoran. Menerusi program ini, pelajar turut berpeluang melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dunia bertaraf Ivy League di Australia, United Kingdom dan Kanada. Penajaan yang disediakan meliputi yuran pengajian serta elaun sara hidup bagi memastikan pelajar dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajian tanpa beban kewangan.
Selain itu, Program Pembangunan Siswa Sulung yang dikenali sebagai program SULUNG diteruskan melalui pembiayaan pendidikan kepada generasi pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarganya melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi di peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam. Sehingga kini, seramai 6,794 pelajar telah menerima manfaat di bawah program SULUNG di 20 universiti awam sejak diperkenalkan mulai sesi akademik 2022-2023.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi program-program kompetitif seperti perubatan, pergigian dan farmasi, ia nya bukan sekadar diukur dari pencapaian akademik dan kokurikulum semata-mata, akan tetapi calon perlu juga melalui ujian khas kemasukan. Contohnya, ujian Medical Students Admission Test (MSAT) oleh Universiti Malaya. Dan seterusnya, jika lulus ujian tersebut, calon perlu melalui tapisan temu duga yang dikendalikan oleh panel dalam kalangan profesor dan pensyarah pakar dari fakulti perubatan di universiti awam yang berkenaan dan proses temu duga dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira banyak domain. Contoh dari segi dengan izin ethical values, resilience, self-care enthusiasm, awareness, an awareness in medicine, self-direction, self- awareness, self-acceptance dan juga motivation. Jadi maknanya untuk kursus- kursus kritikal ini memang very, very competitive. Jadi pelajar-pelajar kita perlu bersedia untuk — banyak menjadi isu sekarang ini dia ingin meletak sebagai priority yang pertama, yang pertama. Tetapi disebabkan mereka tidak bersedia melalui proses ini, itu yang kadang-kadang mereka terpaksa ditawarkan pilihan kedua, ketiga dan seterusnya.
Dato’ Yang di-Pertua, antara usaha KPT dalam meningkatkan jumlah permohonan pelajar Malaysia yang layak mendapat akses dari pendidikan tinggi, beberapa program kita buat sebagai contoh program outreach ke sekolah- sekolah, kita juga buat acara tahunan kita Karnival Jom Masuk U di beberapa zon di seluruh negara. Kita mempromosikan melalui saluran media sosial rasmi KPT dan juga kita juga melantik pempengaruh kita pendidikan, edufluencer kita.
Setakat ini, sebanyak 16 orang yang turut mempromosikan, promosikan UPUOnline dan juga produk-produk kita.
Selain usaha yang dinyatakan di atas, kementerian juga telah membuat semakan silang pelajar cemerlang yang memohon dan layak untuk memastikan mereka mendapat tempat melanjutkan pengajian ke peringkat tertiary.
Permohonan tersebut diteliti mengikut dasar dan kriteria pemilihan termasuk kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian mengikut pakej yang diambil dari sekolah, matrikulasi dan asasi dengan program pengajian ijazah pertama yang dipohon.
Dato’ Yang di-Pertua, ini pun penting dari sudut pengantarabangsaan, KPT turut mempunyai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dan kita sambung lagi dengan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 yang bakal dilancarkan untuk melaksanakan agenda pengantarabangsaan di semua IPTA dan IPTS. Kini Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara yang mampu menarik minat dan menjadi destinasi pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian tinggi berdasarkan kepada kualiti program pendidikan yang ditawarkan di samping keterlihatan dan kepakaran tenaga akademik di universiti tempatan.
KPT juga ingin menegaskan bahawa semua pelajar antarabangsa dikenakan yuran penuh tanpa sebarang subsidi oleh pihak kerajaan dan kemasukan ke mana-mana program harus melalui proses saringan serta menepati syarat am dan khusus yang ditetapkan. Di samping itu, hasil daripada yuran pelajar antarabangsa ini telah digunakan oleh universiti awam bagi menambah baik dan meningkatkan lagi fasiliti universiti untuk dinikmati secara bersama oleh semua pelajar. Kehadiran pelajar antarabangsa tidak hanya memberi nilai tambah yang besar kepada warga kampus, malah mencetus persekitaran pembelajaran yang dinamik dan reflektif dengan keperluan semasa bagi memperluas horizon pemikiran pelajar tempatan tanpa perlu keluar negara.
Justeru, dasar pengantarabangsaan ini dapat membuka peluang terbaik kepada pelajar tempatan untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta mempelajari silang budaya sekali gus mempersiap mereka untuk bersaing di peringkat global.
Secara kesimpulannya, KPT sentiasa memantau pengambilan pelajar antarabangsa di semua universiti tempatan bagi memastikan pelajar tempatan harus diberi keutamaan dalam sektor pendidikan tinggi negara. Sekian, terima kasih.
[Masalah mikrofon]
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak rujuk dan baca Hansard, “Dan satu perkara, sebagai anak Cina or rakyat Malaysia, bila saya masuk ke universiti yang terkemuka seperti MU, USM, UPM, UKM, apa yang berlaku? Tuan Speaker, saya nampak pelajar Cina daripada tanah besar China, jauh lebih besar daripada jumlahnya daripada kita, rakyat Malaysia yang bayar cukai”. Ini telah disebutkan dalam Dewan induk tempoh hari oleh salah seorang Ahli Dewan. Saya nak minta sesuatu ketetapan yang jelas. Adakah apa yang disebutkan tadi, seperti yang telah diulas panjang lebar dengan statistiknya oleh Ahli Parlimen tersebut, adakah apa yang dia sebut itu benar atau adakah ia tipu dan bidaah? Berbanding dengan Ahli Parlimen tersebut juga telah merujuk saya
kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menuduh mendakwa bahawasa saya fitnah kepada dia atas usul — atas hujah yang telah saya sampaikan.
Maka, kita wujud satu keadaan di mana hanya ada dua — ada satu kebenaran atas dua kenyataan. Dia kata saya tipu dan dia kata saya fitnah dia atau dia telah tipu seperti yang saya tuduh dia. Jadi, saya nak satu penjelasan.
Adakah dia yang tipu atau saya yang tipu? Okey dan sekiranya Yang Berhormat boleh saya mohon fakta dan angka diberi secara lebih mendalam untuk mengabsahkan jawapan Yang Berhormat.
Keduanya, selain itu berapakah jumlah enrolmen pelajar antarabangsa di Malaysia termasuk pelajar di Universiti Awam dan swasta berbanding pelajar tempatan? Okey. Ini termasuk IPTS lah. Dan benarkah dakwaan pihak tertentu juga bahawa pelajar antarabangsa di lima research university dengan izin, telah mencecah angka — disebut angka spesifik tau, 27 peratuih dan mengambil tempat pelajar tempatan. Okey.
Bab cultural war ni saya tak pandai, tapi ada pihak yang memang sangat pandai nak main cultural war inilah. Kenapa pentingnya, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Mengapa begitu pentingnya pelajar antarabangsa ini belajar di universiti penyelidikan di Malaysia kita dan mengapakah Malaysia — saya dapat tahu statistik sebanyak 150, mencecah atau melebih 150 negara, pelajar daripada 150 negara memilih untuk Malaysia sebagai destinasi pengajian tinggi mereka. Mengapa?
Mengapa kita begitu menarik sehingga begitu ramainya, banyaknya negara yang nak datang belajar ini? Adakah ia begitu teruknya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sehingga 150 negara nak datang ke Malaysia?
Jadi, saya mohon ulasan dan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor atas soalan yang tambahan. Dato' Yang di-Pertua, memang sebenarnya kita pun sudah menjangka persoalan yang telah timbulkan. Jadi sebenarnya yang jawapan ini sepatutnya disebut semasa penggulungan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri pada minggu lepas tetapi mungkin kesuntukan masa. Jadi, saya akan bentangkan sedikit tentang fakta-fakta yang berkaitan dengan persoalan tersebut. Nak kata siapa salah, siapa benar, saya pulangkan kepada Dato' Speaker, tapi yang kementerian ingin membentangkan fakta. Jadi, kita boleh fikir siapa benar dan juga siapa yang salah.
Okey, seperti yang saya sebut dalam jawapan utama tadi dari segi peringkat prasiswazah yang daripada Republik Rakyat China hanya 7,475 orang sahaja. 100 — iaitu 1.46 peratus daripada keseluruhan enrolmen pelajar prasiswazah di Universiti Awam iaitu seramai 511,006 orang. Jadi, maknanya hanya 1.6 peratus sahaja. Jadi, di mana fakta yang kata ‘dikuasai’ ini? Saya — kami pun pelik jugalah bila, maknanya ‘dituduh’ bahawa universiti awam kita ‘dikuasai’. Hanya 1.46 peratus sahaja. Jadi, makna itu adalah tuduhan yang tidak benar dan jauh tersasar.
Dan juga untuk makluman berdasarkan data pada 31 Disember 2024, keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa di Malaysia adalah seramai 155,986 orang sahaja. Itu pelajar antarabangsa berbanding dengan lebih kurang 1.25 juta
enrolmen pelajar di IPT awam dan juga swasta. Jadi, itu hakikatnya. Okey, di Universiti Awam khusus ya, kita lihat Universiti Awam yang disebut ‘dikuasai’ ini.
Terdapat seramai 53,322 orang pelajar antarabangsa untuk kedua-dua kategori iaitu prasiswazah dan pascasiswazah dengan peratusan hanya 8.7 peratus sahaja.
Yang ini melibatkan pelajar antarabangsa di Universiti Awam kita. So, maknanya hanya less than 10 percent. Pelajar antarabangsa di peringkat prasiswazah ini adalah meliputi mereka mengambil ijazah pertama dan juga menyertai program mobiliti pelajar ya.
Dan untuk makluman semua, di Dewan yang mulia ini, dasar pengambilan pelajar antarabangsa di institusi pendidikan tinggi dia dibenarkan itu berbeza.
Universiti awam kita memang kurang tidak lebih pun 10 peratus tapi di Universiti Awam boleh melebihi boleh sehingga 80 peratus itu universiti swasta, bukan awam. Dan ini adalah seperti Garis Panduan dan Piawaian Pengambilan dan Pengurusan Pelajaran Antarabangsa yang telah dikeluarkan pada 1 Mei 2022.
Mungkin kawan-kawan kita pun terlibat sama dalam penggubalan garis panduan ini.
Dan satu lagi yang menjadi kerisauan apabila mereka ada tuduhan mengatakan bahawa universiti penyelidikan tadi itu — kita, UM, UKM, USM, UPM dan UTM telah mencecah angka 27 peratus. Jadi ini pun kurang tepat dan untuk makluman, bilangan pelajar tempatan dan antarabangsa di lima buah RU adalah seramai 180,024 orang. Dan dengan perincian seramai 141,636 merupakan pelajar tempatan dan hanya 38,388 atau 21.3 peratus merupakan pelajar antarabangsa. Daripada jumlah tersebut, 15.8 peratus adalah pelajar pascasiswazah dan bakinya 55 peratus adalah pelajar prasiswazah. Jadi ini kenyataan yang sebenar.
Dan satu yang kita kena maklum, kenapa kita Malaysia menjadi ini sebut tadi, kenapa ia menjadi tempat untuk pelajar antarabangsa kita. Sebab sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga dengan ramainya pelajar yang ingin memilih Malaysia sebagai destinasi untuk mereka melanjutkan pendidikan. Antara sebab, antaranya lima universiti penyelidikan kita berada dalam ranking top 200.
Kualiti sistem pendidikan kita termasuk memudahkan cara sistem kemasukan pelajaran antarabangsa hasil kolaborasi kementerian bersama Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri. Maknanya, kita mempermudahkan urusan dan juga faktor keharmonian dan keselamatan negara, alhamdulillah dengan kita ada Yang Amat Berhormat Menteri yang terkenal seantero dunia. Ada yang mengatakan dia seperti Nelson Mandela di Timur. Walaupun di dalam negara ramai yang agak skeptikal...
[Ketawa] Skeptikal dengan beliau tapi ini, ini yang sebenarnya menjadi daya penarik. Kami ada tokoh terkemuka peringkat dunia.
Jadi mereka ingin belajar dengan Malaysia dengan juga — dengan penghormatan kepada Perdana Menteri kita. Dan juga kos sara hidup yang berpatutan dan kestabilan politik. Jadi kita harap, ini juga akan banyak menarik ramai lagi pelajar-pelajar dari negara datang ke negara ini
Dan, seperti contoh UIA, bayangkan UIA ini, Dato’ Yang di-Pertua telah melahirkan ramai graduan-graduan — yang ini ada [Sambil menunjukkan ke arah Timbalan Menteri Pendidikan] [Ketawa] tapi maksud ini yang dalam negara tapi yang luar negara itu sekarang ini mereka menjadi antaranya pemimpin-pemimpin negara mereka, pengurus, CEO, CEO di merata. Jadi, sepatutnya kita berbangga melahirkan pimpinan-pimpinan yang bertaraf dunia ini. Jadi sepatutnya kita berfikir begitu. Jadi. lantaran itu KPT tidak menghadkan sebarang peratusan bagi pengambilan pelajaran antarabangsa di peringkat pascasiswazah terutamanya.
Jadi mana kesimpulannya, Dato’ Yang di-Pertua, KPT sentiasa cakna dan komited dalam menyediakan tempat kepada calon pelajar tempatan dan tiada sebarang diskriminasi kepada warganegara tempatan untuk mengikuti pengajian di universiti awam. Jadi, saya harap Ipoh Timur, raise assured, ini faktanya. So, saya leave it to Dato’ Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua untuk melihat kebenarannya. Sekian terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Pembayaran Tertunggak, Potongan Tidak Sah Dan Tindakan Tidak Adil Oleh Kontraktor Utama Terhadap Subkontraktor Kecil Dalam Projek-Projek Di Bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)Special Chamber
Yang Berhormat.
Terima kasih Timbalan Speaker.
Sejak kebelakangan — oh sorry. Maaf, usul salah.
[Ketawa] Minta maaf, Speaker.
Latar belakang sesebuah aduan, itu syarikat Top Tunnel Sendirian Berhad dan saya ringkaskan sebagai TT, sebagai sub-sub kontraktor, sub satu, dua ya, sub-sub kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja di bawah beberapa projek JPP, antaranya cadangan pembinaan Langat Centralised Sewage Treatment Plant dengan izin, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Assam Kumbang dan pakej Papan 1 ini kat Ipoh.
Nilai kerja siap berjumlah jutaan ringgit telah disahkan, namun pembayaran penuh tidak diterima. Sebahagian kontraktor utama atau subkontraktor utama telah gagal berkomunikasi dan didakwa sengaja mengelak daripada menyelesaikan pembayaran dengan alasan seperti potongan ganti rugi kerosakan atau LAD, potongan diskaun secara unilateral atau pemindahan tanggungjawab kepada entiti yang lain. Ada kontraktor utama yang memaklumkan bahawa mereka sendiri sedang berdepan tindakan potongan atau tuntutan kerosakan daripada pihak yang lain, lalu menahan bayaran kepada TT. Ada juga ancaman mengenakan LAD charges dan penggantian kerja oleh pihak ketiga yang akan dituntut balik daripada TT walaupun TT telah menghentikan operasi kerana risiko kewangan.
Keduanya, pasal kedudukan JPP. Berdasarkan surat balas JPP kepada TT, JPP mengakui wujudnya isu pembayaran tetapi menyatakan bahawa JPP hanya berkontrak dengan kontraktor utama dan tidak bertanggungjawab secara langsung terhadap subkontraktor. Walaupun begitu, JPP adalah pihak pemilik
projek yang mempunyai kuasa pengawasan terhadap pelaksanaan dan integriti rantaian pembayaran projek awam, justeru tidak wajar melepaskan tanggungjawab memastikan subkontraktor tidak dizalimi.
Ketiganya, pasal kepentingan orang ramai. Kelewatan dan kegagalan pembayaran kepada subkontraktor memberi kesan langsung kepada kelangsungan syarikat tempatan, pekerja, pembekal, serta kredibiliti ekosistem pembinaan negara. Kegagalan menangani isu ini secara sistemik akan melemahkan keyakinan pemain industri kecil terhadap projek-projek kerajaan, sekali gus menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek infrastruktur kritikal. Isu ini melibatkan kepentingan nasional dari sudut integriti perolehan, perlindungan kontrak tempatan dan keberkesanan perbelanjaan awam.
Saya nak masuk bab tindakan yang dimohon ini. Kerajaan melalui JPP dan agensi berkaitan segera mencari penyelesaian yang adil, termasuk mekanisme intervensi pembayaran terus atau direct payment dengan izin kepada subcon yang sahih menuntutnya. Kajian semula terma kontrak kerajaan bagi memastikan perlindungan lebih baik kepada subkontraktor kecil khususnya dalam projek reka dan bina. Menubuhkan saluran aduan khas dalam JPP untuk kes-kes pembayaran tertunggak dan penindasan rantaian subkontraktor dengan kuasa untuk mengesyorkan tindakan kepada kementerian dan agensi penguatkuasaan.
Mengkaji semula klausa yang membolehkan kontraktor utama cuci tangan dengan menutup syarikat projek tanpa melunaskan bayaran kepada subkontraktor.
Sehubungan itu, saya memohon perkara ini dibahaskan di dalam Kamar Khas yang mulia ini demi mencari jalan penyelesaian segera memelihara kepentingan subkontraktor kecil dan menjaga nama baik projek-projek awam negara. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timor.
PETRA mengambil maklum bahawa syarikat Top Tunnel Sendirian Berhad, sini kita refer sebagai syarikat TT merupakan subkontraktor kepada subkontraktor maksudnya sub kepada sub kepada sub bagi beberapa projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP). Untuk makluman, pihak kerajaan melalui JPP tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dengan syarikat TT dan syarikat ini juga bukan subkontraktor yang dinamakan bagi projek.
Semua urusan pelantikan syarikat TT juga tidak melalui proses semakan di peringkat pihak kerajaan. Pihak JPP selaku agensi pelaksana projek telah bertindak sebagai pemudah cara kepada pihak kontraktor utama dan subkontraktor yang berkaitan supaya isu ini dapat diselesaikan sewajarnya.
Untuk makluman, semua bayaran kepada kontraktor utama telah diselesaikan dengan teratur, sebagaimana ditetapkan dalam kontrak dan tiada bayaran interim yang masih tertunggak di pihak kerajaan. Projek yang disebut pun telah selesai sebenarnya.
Berhubung aduan daripada syarikat TT berkenaan isu bayaran tertunggak daripada subkontraktor yang melantik syarikat TT, setiap aduan tersebut telah diberikan maklum balas oleh JPP. JPP juga menyarankan agar syarikat TT membuat tuntutan kepada syarikat yang melantik mereka bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan selaras dengan perjanjian yang termaktub di dalam kontrak antara pihak syarikat TT dan subkontraktor tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada beberapa cadangan tindakan yang diutarakan oleh Yang Berhormat, berikut adalah maklum balas berkaitan.
Mekanisme pembayaran terus atau dengan izin direct payment adalah kaedah pembayaran yang dibenarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan.
Memandangkan ikatan kontrak yang wujud adalah antara pihak kerajaan dengan kontraktor utama, maka mekanisme ini boleh dilaksanakan sekiranya pihak kontraktor utama membuat permohonan agar pihak kerajaan membuat pembayaran terus kepada subkontraktor domestik lantikan kontraktor utama dan dipersetujui oleh pihak kerajaan sekiranya bayaran bagi skop kerja tersebut belum dilaksanakan dan dibayar oleh pihak kerajaan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan bayaran terus bagi skop kerja yang telah siap dilaksanakan dan telah dibayar penuh kepada kontraktor utama ataupun perjanjian bayaran terus kepada subkontraktor dibuat tanpa persetujuan kontraktor utama maka ini boleh mendatangkan risiko kepada pihak kerajaan dari segi perundangan sivil. Terma kontrak yang digunakan oleh pihak kerajaan adalah terma kontrak piawaian PWD 203A Rev. 2010 bagi projek-projek konvensional dan PWD 203 DB bagi projek-projek reka dan bina. Terma kontrak piawaian ini telah melalui proses semakan di peringkat Jabatan Peguam Negara
(AGC) sebelum diguna pakai oleh pihak kerajaan dan menjadi rujukan bagi semua projek-projek fizikal kerajaan.
Justeru, sekiranya terdapat sebarang penambahbaikan ke atas terma dan syarat kontrak piawai tersebut, maka ia perlu melibatkan semua pihak yang terlibat dan melalui proses semakan perundangan semula sebelum diguna pakai oleh agensi kerajaan bagi mengelak ketidakseragaman pemakaian terma dan syarat kontrak yang boleh memberi risiko tindakan saman sivil kepada pihak kerajaan kelak.
Kedua, berhubung aduan yang dikemukakan oleh syarikat TT berkaitan isu bayaran tertunggak, syarikat tersebut disarankan untuk menggunakan saluran yang disediakan di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 atau lebih dikenali sebagai CIPAA 2012 bagi membuat tuntutan.
CIPAA 2012 telah diperkenalkan dan mula berkuat kuasa pada 15 April 2014 sebagai satu mekanisme alternatif untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran dalam industri pembinaan selaras dengan perjanjian yang telah dimeterai antara pihak-pihak yang terlibat. Tujuan utama CIPAA 2012 adalah untuk menangani masalah aliran tunai ataupun cash flow dengan izin yang sering dihadapi oleh firma-firma pembinaan akibat pertikaian pembayaran.
Proses adjudikasi di bawah CIPAA 2012 adalah lebih mudah, cepat, efisien dan efektif bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan bayaran kerja kontrak, pembekalan bahan serta perkhidmatan yang telah disempurnakan. Oleh itu, syarikat TT disarankan untuk mengambil tindakan melalui CIPAA 2012 bagi
menuntut bayaran tertunggak melalui saluran undang-undang yang sah dan diiktiraf.
Mengenai untuk mewujudkan saluran aduan khas di peringkat kementerian atau jabatan merupakan satu cadangan yang boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian atau jabatan tidak mempunyai punca kuasa untuk mengambil tindakan kerana tidak wujud kontrak yang nyata antara pihak kerajaan dengan subkontraktor kepada kontraktor utama berkaitan. JPP boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara sahaja bagi memastikan kontraktor utama menyelesaikan bayaran tertunggak kepada subkontraktor yang dilantik. Selain itu, JPP juga bersedia membuat aduan kepada pihak berkuasa yang boleh mengambil tindakan seperti CIDB, PKK dan Kementerian Kewangan dalam membantu isu subkontraktor yang tidak dibayar oleh kontraktor utama.
Dan yang keempat, tiada maklumat yang menunjukkan kewujudan klausa dalam kontrak yang membolehkan kontraktor utama melepaskan tanggungjawab ataupun cuci tangan dengan menutup syarat, syarikat projek tanpa melunaskan bayaran kepada subkontraktor. Walau bagaimanapun, dalam kontrak kerajaan terdapat keperluan untuk kontraktor utama mengemukakan Surat Akuan Sumpah ataupun Akuan Sumpah yang mengesahkan bahawa semua bayaran tertunggak kepada pekerja dan subkontraktor yang dilantik telah diselesaikan sepenuhnya.
Dokumen ini merupakan prasyarat wajib kepada perakuan muktamad boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Dato’ Yang di-Pertua, PETRA memandang serius dan komited dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu dan permasalahan yang timbul di kalangan subkontrak tempatan. PETRA melalui JPP akan sentiasa berusaha untuk lebih peka dan mendengar sebarang masalah yang timbul khususnya melalui mesyuarat pemantauan projek yang diadakan secara berkala dan laporan-laporan di tapak bina agar sentiasa permasalahan dapat diselesaikan di peringkat awal lagi.
Kalau ada maklumat tambahan pun, ya lah, dia sebab ada tiga projek yang dinyatakan tadi, sedikit update yang saya dapat secara tidak rasmi bila kita berjumpa dengan syarikat tersebut, iaitu berkaitan dengan projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan di Assam Kumbang di Taiping, Perak. Berdasarkan maklumat syarikat TT telah menuntut bayaran sejumlah RM250,000 kepada syarikat YTC iaitu subkontraktor yang melantik syarikat TT. Namun, perkara ini tidak dipersetujuilah. Dan difahamkan isu ini telah dibawa ke mahkamah untuk penyelesaian secara perundangan dengan pihak YTC.
Yang kedua, maklum balas untuk Projek Pembinaan Langat Centralised Sewage Treatment Plant (CSTP) dan juga penyambungan rangkaian paip pembetungan di kawasan tadahan lembangan Sungai Langat secara reka dan bina. Ini pun ada dispute mengenai harga sama ada dikira sebagai harga batu ataupun tidak dan ini juga saya difahamkan secara tidak rasmi bahawa syarikat juga telah membawa ke peringkat mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian.
Sekian, terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Yang Berhormat...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih, Timbalan Menteri.
Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya rasa, mujur, Ahli Parlimen Taiping, ada di sini untuk dengar pasal Asam Kumbang. Dan saya nak nyatakan bahawasanya, mangsa, syarikat mangsalah, dia turut bersama di sini untuk mendengar. Dia tidak akan bercakap. Dan ini bukan mahkamah, saya tahu. Tetapi apa yang dilibatkan, kenapa saya bawa isu ini, kerana salah satu projek yang saya saksikan dengan kepala mata saya sendiri, iaitu di Jalan Sultan Azlan Shah di Ipoh yang merupakan trunk road untuk kawasan saya.
Projek itu ambil masa empat tahun, lima tahun, begitu lamanya kerana ada satu seksyen saja, saya tak nak masuk teknikalnya secara kesimpulannya dia jek satu tunnel masuk vertical, lepas tu ke bawah dia kena drill dia. Dalam proses nak drill mengikut alignment dari Ipoh ke Papan itu dia memang kena lurus betul kalau dia lari satu milimeter, dua milimeter memang larilah tapi masalah dengan stretch itu, memang maincon kenapa dia nak sub. Kerana dia tak ada technology. Kenapa subcon dia nak sub? Sebab kepentingan komersial dia adalah kalau dia hanya ada lima mesin. Kalau satu mesin dia sangkut di sana kerana dia tahu jalan itu akan ambil masa yang lebih panjang dan lebih lama dia akan memakan kos masa.
Jadi dia sub dengan tahu dan jelas dalam kepala mereka ni rugi kerana apa sebab dia ada, dia ada, apa ini ada batu besar yang kalau dia nak drill dia bukan saja drill tanah, dia kena drill batu dan kelazimannya ada batu juga ada cavity. Bila ada cavity ni dia ada, di situ akan ada tambahan kos, kos ekstra — Kerana dia tak boleh nak drill ada kosong. Eh, cantik, kita langgar terus. Dia kena kekosongan atau kelompongan atau lubang cavity itu, dia kena isi dengan simen, bagi dia kering, baru dia drill sekali. Jadi kos itu naik melambak. Di situlah, telatah- telatah oleh maincon ke, oleh subcon ke, yang memang mencuci tangan dengan melepas tangan kepada sub, subcon ini, suruh dia membuat kerja, tapi tahu confirm akan rugi. Tapi tak apa, mereka buat juga.
Itu belum cukup lagi. Lepas korjoh dah selesai. Duit dia pun dah songlap, bukan songlap saya tarik balik. Duit dia pun dah ambil, Dah claim semua dah dapat balik dah. Maincon dapat — Tapi ada isu-isu jalan. Sebab ada kemendapan dia atau memang lori pergi balik, hari-hari jalan tu teruklah. Jadi saya sebagai Wakil Rakyat — Kaunselor saya, ADUN saya memang korjoh Majlis Bandar Raya Ipoh dengan JPP. Macam manalah kita nak hidup dengan jalan yang begitu rosak macam ni. Lepas tu, kejar-kejar rantaian dia. Tanggungjawab untuk menurap semula jalan itu, pergi kat mana? Bukan kepada maincon, bukan kepada subcon.
Maincon tekan subcon, subcon tekan sub, subcon, yang korjohnya, yang hanya sebenarnya, saya nak tunjuk gambar ini. Jalan asalnya dah teruk macam ni.
[Sambil menunjukkan sehelai dokumen bergambar] Tapi, disebabkan ada aduan daripada kami, Wakil Rakyat tempatan, suruh maincon yang dah dapat bayaran untuk selesaikan masalah jalan, dia tak bayar, dia tekan sub, subcon ni untuk buat. Udahlah rugi. Saya nak, nak, nak sebut di sini, ya...
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, so soalan dia, soalan dia — Saya, saya kena bagi sedikit konteks lagi. Sebab yang dikenakan, keseluruhan ada lima projek. Yang tertunggak ni, sekarang, mencecah RM1.72 juta yang dia tahu dia boleh kira sekarang. Ini sebelum nak kira kerugian yang dia, dah nak
tanggung, berapa juta? Empat juta, lima juta. So, soalan dia, di papan satu, papan tiga, di — apa nama, di pembetungan Langat, projek Pangkor, projek Taiping, projek D44, projek D54 di Ampang, kesemua ini adalah contoh-contoh kes yang punya cukup konflik di antara maincon dengan subcon, tapi duit semua dah bayar kepada maincon, tapi subcon dihutang tertunggak RM1.7 lebih juta.
Jadi, sekiranya bagi saya, sistem JPP yang sekarang wujud, dia ada lapisan dia. Utama, sub, sub, sub. Lapisan ni, tiada tujuan kejuruteraan, ia wujud semata- mata untuk, saya kasar cakaplah, menyedut peruntukan kerajaan oleh maincon dan subcon buat korjoh tanpa dapat bayaran. Wang kerajaan telah dibelanjakan tapi apabila sampai kepada pelaksana sebenar seperti sub, subcon ini, dana sudah kering. Jadi, projek kerajaan tersekat ambil masa tiga, empat tahun.
Subkontraktor dipaksa biayai dengan aliran tunai peribadi.
Orang awam terjejas dengan kelewatan, reputasi JPP terjejas. Jadi kami di lapangan ni dihantam, diserang, kata apa punya kerajaan ni ambil masa empat lima tahun pun tak selesai punya kes. Jadi kerajaan tetap berkata, kalau yang didengar respons tadi saya tahu ada mekanismanya. Tetapi kekhuatiran saya kalau terus menerus kita dengar tiada kontrak antara kerajaan dengan dia orang.
Saya nak tanya, adakah ia wajar di samping nak melindungi dan mempertahankan kerajaan Malaysia daripada dikenakan civil suit dengan izin, ada — bukankah kontraktor-kontraktor ini yang buat kerja walaupun dia tak ada direct contract dengan kerajaan, adakah kita tidak punya tanggungjawab untuk menjaga kepentingan dan melindungi mereka daripada kerugian sebegini?
Jadi, saya, saya rasa ini adalah satu kelompongan tadbir urus yang perlu ditangani. Dan sering kali saya tengok dengan kontraktor besar macam Mangkubumi lah, Pintas Utama lah, Puncak Niaga. Ini memang tukang mengeksploitasikan benda ni dan saya nak tanya pendirian kementerian, adakah kerajaan punyai sebarang hasrat, niat dan juga rancangan untuk menutup lubang, menutup masalah pengeksploitasian ini dengan mungkin cadangannya, ini satu cadangan.
Saya bukan orang teknikal, saya bukan orang kaunter, saya bukan peguam. Tapi adakah kementerian mempertimbangkan untuk mewujudkan mekanisme di mana semua maincon yang dapat kontrak berbilion-bilion, beratusan juta ini dia harus wajib mengisytiharkan setiap satu maincon — subcon ke subcon ke sub, sub, sub, subcon itu mewajibkan setiap subcon diisytihar dalam rantaian dan lapisan kontraktor ini, supaya bila ada wujudnya maincon tak bayar sub, sub, subcon, atau maincon tak bayar subcon dan dia sub tak nak bayar, boleh di-trace, dan boleh disekat, dan boleh disepina dan boleh diambil balik bayaran yang telah dibayar kepada maincon bila ada dispute. Kerana kalau tidaknya, memanglah hancurlah small businesses yang punya teknologi, punya keberanian untuk buat benda-benda, kerja-kerja, kontrak-kontrak yang maincon pun tak kuasa dan tak hendak nak buat.
Jadi, inilah soalan dan pandangan saya mohon sedikit respons daripada kementerian.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya cuba memahamilah.
[Ketawa] Sebab Dato’ Speaker pun nampak bahawa isu ini memang rumit tetapi di mana punca ataupun ruang yang boleh dimainkan
peranan sama ada di Kementerian PETRA ataupun di peringkat agensi seperti JPP atau konteks di mana yang kita tengok isu ini.
Satu, apabila kita bercakap dalam mana-mana projek termasuk projek kerajaan, saya kira pengalaman dulu di KPKT dan PETRA sekarang ini, sudah pasti apabila sesuatu kerja itu diberikan kepada kontraktor ada tujuan kenapa perlu dilantik subcon itu kerana ada kerja-kerja yang spesifik mengikut kepakaran masing-masing. Maka sebab itu dari segi apa yang dibenarkan atau dibolehkan memang nama subcon yang kepada maincon itu dikemukakan kepada kerajaan supaya kerajaan sedar siapa sebenarnya menjadi subcon kepada maincon tersebut.
Tapi perkara yang kedua, kalau dinilai pula isu ini bukan sekadar di peringkat jabatan tetapinya berkaitan dengan perundangan Akta Kontrak. Akta Kontrak itu Akta Kontrak 1950 itu yang menetapkan perjanjian antara dua pihak yang mana apabila masuk perjanjian tersebut selalunya ada tukar gantilah. Kalau kita sediakan perkhidmatan ada bayarannya ataupun kita sediakan jual barang ada juga dia punya bayarannya. Jadi, Akta Kontrak itu sebenarnya di mana terletaknya Akta Kontrak itu. Itu yang sebenarnya Yang Berhormat kena cuba memahami dan melihat daripada sudut bahawa kerajaan memasuki kontrak dengan kontraktor maincon itu untuk menyiapkan projek tersebut. Maka, kat situlah apa segala dispute, pertikaian yang timbul yang mana perlu diselesaikan sama ada melalui proses bagaimana mediasinya ataupun sehingga ke mahkamah. Sebab itu sebagai contoh dalam kes yang berlainan, bahawa kerajaan juga berdepan dengan tindakan sivil.
Biasanya bila berlaku penamatan kontrak. Kita hentikan kontrak tersebut, syarikat tersebut akan bawa ke mahkamah dispute kenapa boleh terminate dia sedangkan dia telah dilantik dan sebagainya. Jadi sebab itu dalam proses ini, proses perundangan itu membenarkan apa-apa contractual yang dimasuki ada governance. Maksudnya kalau kita masuk antara pihak ketiga dan keempat itu, kontrak itu yang perlu dilihat dan teliti dan dipegang sepenuhnya.
Kalau dalam bercakap soal bagaimana untuk kita memperkasakan syarikat-syarikat kecil PKMS, yang ini sebenarnya ada kelompongan pandangan peribadi saya yang kita kena tingkatkan. Kadang-kadang syarikat ni baik, dia nak buat kerja sampai masa rujuk kepada kontrak sebab bila bawa masuk ke mahkamah apa-apa asas dengan kontrak itulah yang akan menjadi ketetapan sama ada wajaran untuk dibayar dan sebagainya bergantung kepada kekuatan kontrak tersebut. Jadi sebab itu di peringkat kerajaan sebagai contoh kontrak yang kita tandatangani yang dipanggil 203A semua ini puncanya daripada JKR.
Jadi, daripada dulunya sejarahnya, kerja-kerja itu diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya, tetapi bila industri itu semakin rumit, semakin kompleks, perkara- perkara itu mula dipindahkan kepada agensi-agensi tertentu untuk laksanakan.
Contohnya macam Jabatan Bekalan Air di bawah PETRA asalnya dulu adalah satu jabatan dalam JKR. Tapi bila industri itu semakin berkembang, maka diwujudkan daripada bahagian menjadi jabatan. Maka, jabatan itu pula diletakkan di bawah PETRA. Jadi sebab itu, kalau tanya pandangan dari segi bagaimana untuk kita memperkasakan, melindungi pihak-pihak terutamanya syarikat-syarikat kecil ini, saya rasa ada keperluan pemahaman untuk memastikan contractual yang dimasuki itu benar-benar melindungi pihak berkenaan.
Malah kalau di peringkat kementerian sebagai contoh, sehingga hari ini kita perlu menghantar para pegawai yang terlibat dalam proses perolehan, proses
kontrak ini untuk mengikuti bengkel dan kursus kerana inilah dispute yang selalu kerajaan perlu berdepan dengan pihak syarikat apabila timbul pertikaian sama ada ketika terma masih dalam tempoh kontrak ataupun selepas kontrak kerana ada pelbagai tuntutan dan sebagainya.
Cuma apa yang Yang Berhormat bangkitkan soal sekiranya berlaku kecacatan dan sebagainya ini kalau ada perkara yang munasabah minta sampaikan sebab kami akan semak sama ada masih di bawah Defect Liability Period (DLP), kalau ada ruang untuk kita ikat pihak berkenaan sebab memang kalau masih dalam tempoh DLP inilah tujuannya adalah untuk kita baik pulih mana-mana kerosakan yang timbul. Maka sebab itu, cabarannya juga bila dispute contohnya yang disebut tadi bila korek jumpa ni — tapi sebab tu saya kata harga dia sama ada dia korek jumpa batu ke tidak, ada dispute di situ. Sebab daripada sudut daripada laporan yang kita terima daripada syarikat perunding mengatakan kawasan situ tidak ada, tapi melalui kerja yang dibuat katanya ada. Maka sebab itu untuk memutuskan sama ada, ada ataupun tidak proses itu kena diteliti ataupun ditentukan kalau dah dibawa ke mahkamah perlu diuruskan dengan sebaik mungkinlah.
Jadi sebab itu, pihak JPP sememangnya selain kalau [Tidak jelas] surat tadi pun sebenarnya yang dikatakan kita hanya mengambil maklum akan masalah pembayaran yang dihadapi oleh pihak tuan bukan mengatakan kita ada masalah bayar kepada maincon tapi kita ambil maklum bahawa syarikat subcon memaklumkan ada masalah. Jadi yang itu yang surat dikatakan yang bila kami balas kepada syarikat niatnya memang untuk membantu cuma dalam membantu tujuan tersebut, kita juga kena berlaku adil kepada semua. Dan, kerajaan sebenarnya tidak ada punca kuasa secara langsung ataupun yang terkait melalui ikatan apa-apa dengan syarikat berkenaan. Tetapi kalau ada ruang memang kita akan cuba membantu supaya tidak menganiaya mana-mana pihak apabila kerja itu telah terlaksana.
Jadi, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Setiausaha.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Mendesak Reformasi Sistem Pendidikan Dan Ketelusan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina MahathirSpecial Chamber
Yang Berhormat.
Ah bendera.
[Dicelah] Oh, Zara. Okey. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di hadapan Dewan dengan penuh kesedihan dan kebimbangan atas tragedi kematian Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1 SMK Tun Datuk Mustapha, Papar, Sabah pada 16–17 Julai 2025 yang mendedahkan kelemahan serius dalam prosedur keselamatan berasrama serta pengurusan siasatan.
Pertama, kegagalan prosedur forensik awal amat membimbangkan apabila tiada bedah siasat dijalankan sejurus kematian. Pakaian mangsa tidak disimpan untuk analisis forensik, dan bukti lebam hanya dikenal pasti selepas kubur Zara Qairina digali semula pada 9 Ogos 2025.
Sebaliknya cerminan kegagalan kerajaan menyediakan latihan kecemasan, protokol penyelamatan dan SOP wajib seperti latihan kebakaran dan anti-buli di semua sekolah berasrama. Jika SOP ini wujud dan dikuatkuasakan, mengapa guru atau murid tidak tampil membantu menyelamatkan nyawa yang terancam? Ini secara jelas memperlihatkan longgarnya kawalan KPM dalam memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan pelajar terpelihara — kesan kesejahteraan pelajar terpelihara.
Respons KPM dan Kementerian Dalam Negeri juga sangat mengecewakan apabila sepanjang Julai hingga awal 2025, tindakan mereka hanyalah janji tanpa pelaksanaan konkrit. Walaupun Menteri Pendidikan memberi jaminan siasatan sedang dijalankan pada 25 dan 26 Julai 2025, ia tidak diikuti dengan tindakan berkesan. Menteri Dalam Negeri pula hanya menyatakan kertas siasatan polis telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara tanpa tarikhnya. Proses bedah siasat awal selepas kematian pada 17 Julai 2025 diabaikan, bukti penting seperti pakaian mangsa gagal disimpan, dan kubur Zara hanya digali semula pada 9 Ogos untuk bedah siasat kedua keesokan harinya pada 10 Ogos 2025.
Tambahan, gangguan disiplin dan kegagalan menangani buli, termasuk kes kematian Zara Qairina serta insiden pelajar menumbuk guru yang mencerminkan kelemahan mekanisme disiplin di sekolah. Nilai moral pelajar semakin merosot dengan kealpaan adab dan sopan santun terhadap guru.
Motivasi dan prestasi akademik turut merudum akibat tekanan media sosial dan kekurangan sokongan emosi.
Kekeliruan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) yang menggantikan UPSR dan PT3 menyebabkan tumpuan dan motivasi pelajar melemah. Beban tugas bukan mengajar yang bertambah ke atas guru menjejaskan kualiti pengajaran. Sementara tiada strategi berkesan untuk mengurangkan keciciran murid yang semakin meningkat gangguan teknikal dalam sistem pendaftaran atas talian, akses sukar ke sekolah pedalaman, kadar kegagalan SPM yang meningkat, kontroversi pengurusan kantin, dan kekurangan penilaian risiko serta penyelenggaraan berjadual turut menjejaskan kualiti pendidikan dan keselamatan pelajar secara menyeluruh.
Memandangkan keperluan warden sepenuh masa perlu dilantik di semua asrama menggantikan guru yang selama ini dipertanggungjawabkan sebagai warden, selaras dengan permintaan daripada warden-warden demi memastikan keselamatan pelajar terjaga dengan lebih efektif. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Boleh saya sambung terus Yang Berhormat. Persoalan. Saya menunggu jawapan.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sabar ya untuk soalan nanti. Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Arau kerana prihatin berkenaan dengan isu reformasi pendidikan serta ketulusan siasatan kes kematian seorang murid sekolah di Sabah.
KPM merakamkan rasa dukacita dan simpati atas pemergian almarhum adik Zara Qairina binti Mahathir, murid Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah. KPM memandang serius insiden ini dan menegaskan bahawa pihak KPM tidak sekali-kali akan melengahkan sebarang siasatan yang melibatkan keselamatan murid. Dalam kes ini, pihak sekolah telah pun membuat laporan polis pada hari yang sama serta menyediakan laporan berdasarkan operasi standard SOP 1 3 7, satu hari, tiga hari dan tujuh hari.
Selain itu, pihak pengurusan tertinggi KPM juga telah menziarahi dan juga memberikan sokongan kepada murid tersebut sejurus selepas kejadian berlaku.
KPM memberikan kerjasama penuh dan keyakinan penuh kepada pihak PDRM sejak awal, termasuk memastikan semua maklumat dan dokumen berkaitan diserahkan segera mengikut SOP. KPM meletakkan seluruh keyakinan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan yang profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat — untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa komited memastikan institusi pendidikan kekal berada dalam persekitaran yang selamat dan juga sejahtera bagi menjamin akses pendidikan yang berkualiti kepada semua murid. Menegaskan — kami menegaskan bahawa kementerian tidak akan kompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli. Usaha membanteras gejala ini dilaksanakan secara berterusan yang memerlukan penglibatan semua pihak dengan hasrat membentuk karakter murid yang beradab, berakhlak mulia dan berdaya tahan.
Selama ini, sepanjang masa ini, KPM telah mempunyai mekanisme yang jelas membentuk, membendung salah laku buli.
Antaranya, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002 – Pelaksanaan Program Sekolah Selamat, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2011, Pelaksanaan SOP 1 3 7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.
Dan komitmen ini diperkukuhkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2023, iaitu Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan bertarikh 3 November 2023. Garis panduan ini menjadi rujukan rasmi semua pihak di sekolah untuk memahami definisi buli, tata cara pengurusan kes serta implikasi terhadap pembuli dan juga mangsa.
Selain itu, KPM melaksanakan langkah pencegahan seperti Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI. Program ini bertujuan membangunkan karakter murid yang seimbang dari aspek intelektual, sahsiah dan juga spiritual.
Nombor dua, pelantikan duta sahsiah, pembimbing rakan sebaya dan juga pembimbing murid untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran murid mengenai kepentingan disiplin.
Nombor tiga, saringan minda sihat memberikan tumpuan kepada peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan diri. Untuk maklumat
Yang Berhormat, antara langkah yang telah dan juga sedang dilaksanakan oleh KPM bagi menangani salah laku buli di kalangan murid termasuklah:
(i) melaksanakan audit keselamatan;
(ii) menambahbaikan SOP keselamatan dan disiplin;
(iii) melaksanakan reformasi sistem aduan buli;
(iv) menubuhkan jawatan kuasa reformasi keselamatan dengan melibatkan pakar akademik, NGO, pakar kanak- kanak, PDRM, PIPKS, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pihak yang lain;
(v) menegaskan pendekatan tiada kompromi terhadap buli terhadap hukuman tegas;
(vi) program intervensi bangkit bermaruah;
(vii) mengenakan tindakan ke atas pentadbir, guru dan juga pegawai jabatan pendidikan daerah yang cuai dan gagal menguruskan aduan buli mengikut garis panduan;
(viii) memantapkan sokongan psikososial dengan memperkukuh peranan guru bimbingan dan kaunseling; dan
(ix) bekerjasama dengan semua pihak dalam memupuk ekosistem sekolah yang selamat.
Pada masa yang sama, KPM juga mengadakan lawatan mengejut, spot check terhadap kesemua sekolah, termasuklah pada waktu malam. Dan pada masa yang sama juga, kita menambah baik ciri keselamatan fizikal di asrama dengan pemasangan kamera litar tertutup dengan satu peruntukan RM3 juta.
Cadangan perjawatan warden tetap, berhubung dengan cadangan pelantikan warden sepenuh masa di semua asrama sekolah — di semua asrama sekolah KPM. Ia melibatkan pertambahan bilangan jawatan serta implikasi kewangan kepada kerajaan. Bagaimanapun, KPM mengambil inisiatif untuk mengutamakan, meningkatkan pemantauan dari segi aspek keselamatan murid yang sekali gus memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan juga masyarakat.
Buat masa kini, guru akan diutamakan sebagai pemegang portfolio warden asrama memain — memandangkan peranan ini berkait rapat dengan pendidikan, disiplin dan pembentukan sahsiah murid. Pelantikan guru sebagai warden juga diyakini dapat meningkatkan kepercayaan serta penerimaan dari kalangan murid dan ibu bapa. Pelantikan tersebut dibuat berasaskan konsep in loco parentis iaitu guru bertindak sebagai penjaga kepada murid merangkumi aspek kebajikan, keselamatan, pembelajaran dan juga disiplin.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau, ada beberapa perkara yang disebut dalam ucapan iaitu sama ada berkenaan dengan nilai moral belajar semakin merosot dengan kealpaan adab dan juga sopan, motivasi prestasi akademik turut merudum akibat tekanan media sosial, kekeliruan pelaksanaan, pentaksiran berasaskan bilik darjah yang menggantikan UPSR dan PT3, beban tugas guru dan juga strategi untuk mengurangkan keciciran, akses ke sekolah pedalaman, kadar kegagalan SPM yang meningkat dan sebagainya.
Banyak isu telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau. Suka untuk saya nyatakan di sini bahawa KPM sentiasa peka terhadap cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik, termasuklah warga pendidik dan juga anak-anak, dan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang bersifat holistik dan progresif untuk menangani isu yang berbangkit.
Dan dalam landscape pendidikan yang sentiasa berkembang adalah lumrah timbul pelbagai pandangan dan juga kebimbangan daripada masyarakat.
Namun demikian, setiap kenyataan setiap dakwaan yang dibangkitkan wajar diteliti dengan adil tanpa paksikan fakta. KPM tidak akan hidup dalam satu denial sindrom dengan izin. Namun demikian, KPM juga tidak akan membiarkan persepsi semata-mata membentuk naratif umum apatah lagi apabila ia melibatkan usaha dan juga komitmen warga pendidik serta dasar-dasar yang telah pun dirangka.
Berkenaan dengan isu-isu yang terbabit, sememangnya isu keciciran akses pendidikan ke sekolah pedalaman, isu berkenaan dengan beban tugas guru telah pun banyak kali KPM jawab dalam Dewan Rakyat dan saya pohon izin supaya saya tidak ulang ke semua inisiatif yang ada di sini pun telah pun ada dalam rekod pun, telah pun ada dalam rekod Parlimen dan juga Dewan yang mulia ini. So dengan itu, sekian jawapan saya. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Arau.
Ya, Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jawapannya itu bagus tapi pelaksanaannya itu berlainan sikit.
Yang pertama, Yang Berhormat pasal warden ni saya cakap warden ni bukan sebarang cakap. Ni hampir semua guru-guru warden dia terjumpa, dia kata “Dato’ tolong cakap di Parlimen, kami tak boleh pegang dua tugas. Kami ada — pada waktu malam kami kena menyelesaikan tugas sekolah, kemudian dalam masa yang sama nak kena jaga student”. Jadi, kita kena bagi warden sepenuh masa.
Ini permintaan. Kalau sekiranya Yang Berhormat kata ini masalah kewangan, apakah kita mampu melihat masalah kewangan untuk mengorbankan lebih ramai orang di masa akan datang?
Kalau Yang Berhormat kata tak mampu, mulakan dulu, mulakan dulu di sekolah-sekolah tertentu, selepas itu kita buat terus dari masa ke semasa. Tetapi warden mestilah warden sepenuh masa, dan bukan kepada guru. Ini permintaan guru dengan merayu-rayu sebab mereka dapat elaun, kalau tak silap saya RM300 — lebih kurang, saya tak pasti lebih kurang 300 . Tetapi beban tugasnya ialah cukup berat. Dia kena jaga tugasnya sekolah, tugas sekolah dalam masa sama juga, tugas apa tu student. Kita merayu sekali lagi, kalau kewangan tak cukup supaya dilantik dulu, mana-mana sekolah yang kita rasa wajar kita berbuat demikian.
Yang keduanya Yang Berhormat, yang ni yang saya bawa, ini juga ke Kamar Khas. Kenapa Menteri tak jawab kes buli di Parlimen? Menteri tak jawab dan Menteri telah melarikan diri untuk menjawab. Ini telah ditimbulkan oleh kawan-kawan saya dan kemudian akhir sekali, Yang Berhormat, saya nak tanya ialah Tuan Speaker, saya telah tanya kepada Parlimen yang telah menganjurkan Sekolah Parlimen ini adalah untuk melatih generasi akan datang untuk menjadi pemimpin yang hebat dan dahsyat. Tetapi kalau kita tengok paparan video yang dipamerkan — Kelmarin saya duduk depan lift, saya kena tengok bagi habis.
Pertama gambar Speaker, wah okeylah handsome-lah okey. Lepas tu gambar Menteri, lepas tu gambar PMX. Lepas tu gambar beberapa orang Ahli Parlimen termasuk Syed Saddiq pun ada. Jadi, kalau betul nak bentuk masa depan dan juga demokrasi, itu bukan demokrasi. Itu hanya untuk kerajaan.
Bagaimana kami pembangkang? Sebab itu demokrasi itu digambarkan bahawa dalam Parlimen ini ada kerajaan, ada pembangkang. Jadi, sekolah Parlimen itu hanya sekolah Parlimen Kerajaan MADANI, bukan masa depan rakyat Malaysia.
Akhirnya, kita akan bentuk satu bentuk rupa bangsa rakyat Malaysia yang memandang rendah kepada kami. Tetapi bila keluar daripada tempat taklimat, semua datang ambil gambar dengan kami, macam mereka merindui kami.
Patutnya kami juga bukan nak suruh pergi kempen, pergi ambil gambar cukup untuk membolehkan dia nampak bahawa ada kerajaan, ada pembangkang.
Dan akhir sekali Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri telah memberi tiga conclusion iaitu kes buli, gangguan seksual dan juga kelambatan.
Saya nak tanya, apakah kementerian ambil [Tidak jelas] atau mengambil kira semua teguran Kementerian Dalam Negeri, ini adalah melibatkan sekolah, melibatkan polis satu, hal yang melibatkan sekolah. Saya minta kerajaan ambil tindakan yang wajar. Bila saya timbulkan benda ini bukan saya nak cari gaduh, saya nak sama-sama kita menegur dan saya nak beritahu yang amat masa depan Malaysia yang sekarang akan jadi masalah. Sekolah kami tak boleh pergi, cuma pihak kerajaan yang pergi. Akhirnya, sekolah ini dia sebut sekolah apa satu aliran, demokrasi satu aliran. Bukan demokrasi yang sebenarnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, empat soalan daripada Yang Berhormat Arau. Cuma saya ambil soalan ketiga terlebih dahulu, Sekolah Parlimen. Isu dia adalah apabila kita bersikap negatif, apa-apa perkara positif pun akan dinampak sebagai negatif. Sekolah Parlimen ini satu inisiatif yang baik daripada Tan Sri Speaker dengan kerjasama oleh KPM dan sememangnya saya sendiri apabila kita kata penglibatan peranan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang.
Saya sendiri pernah menghadiri salah satu sesi Parlimen yang mana 60 orang anak-anak kita, top student dari sekolah-sekolah dari Putrajaya telah pun hadir.
Yang hadir untuk memberikan taklimat pada hari itu, selain daripada saya, termasuklah Yang Berhormat Putrajaya sendiri. Jika pun, mungkin Yang Berhormat Arau dah ada dalam Dewan Negara pada hari itu tak apa, tapi dalam TikTok Putrajaya tetap ada. So, kenalah, kita kena prihatin apa yang berlaku di luar, apa yang sebenarnya berlaku, jangan asyik saja.
[Bangun]
Ini floor saya, tak apa. Tuan Yang di-Pertua, saya minta untuk sambung ya.
Yang Berhormat dalam paparan TV tak ada Putrajaya.
Peraturan 17(4), tiada pembahas kedua. Tidak ada pencelahan dalam Kamar Khas.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ok, ok, tak apa lah ok.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. So, oleh itu, nasihat dan pandangan saya, biarlah kita nampak setiap perkara itu dengan satu sikap yang lebih positif, itu satu. Nombor dua, dikatakan bahawa Menteri tidak jawab, Menteri lari. Itu merupakan satu fitnah, satu perkara yang tidak betul.
Sekiranya Yang Berhormat Arau juga ada perhatikan pada Isnin ini sahaja, Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab berkenaan dengan isu buli di Dewan Negara 14 ataupun 15 soalan bersekali dan adalah dari kalangan senator-senator Pembangkang pun adalah mengajukan soalan-soalan tambahan. Boleh semak berkenaan dengan, boleh semak berkenaan dengan Hansard ataupun rekod daripada Parlimen.
Balik pada isu pertama, warden, isu warden. Bagi KPM ia bukan semata- mata isu berkenaan dengan kekangan kewangan. Yang Berhormat Arau pernah menjadi kerajaan, Yang Berhormat Arau tahu, kadang-kadang apabila kita sebut berkenaan kekangan kewangan ini, ini salah satu faktor. Tetapi, pihak KPM prihatin. Kerajaan lepas, kerajaan ini pun sama-sama prihatin. Kita nampak bahawa bagaimana perkembangan ataupun pembangunan dari segi — penambahan dari segi bilangan warden yang kita ada, Dato’ Speaker.
Pada Ogos 2022, sememangnya pada ketika itu bilangan warden telah pun bertambah, bilangan warden telah pun bertambah oleh kerana kita telah — Kementerian Pendidikan pada ketika itu pun telah pun menukar cara pengiraan warden yang ada. Warden yang sebelum ini 50 orang murid, satu orang warden dan selepas itu kita dibahagikan kepada telah pun ditambah satu orang hingga 50 orang, tiga orang warden dan sebagainya. Dan, dari situ juga ditambah dengan elaun bulanan daripada RM280 kepada RM350 bagi ketua warden asrama dan bagi warden asrama 260 sehingga sehingga 300 orang. So, jumlah warden yang telah pun ditambah saya ada di sini bahawa sebelum ini kita ada sekolah yang mempunyai lima orang murid warden, murid asrama menerima satu warden.
Dengan penambahbaikan bilangan warden asrama ditingkatkan menjadi tiga orang dan itu menjadikan jumlah keseluruhan bilangan warden asrama bertambah dari 6,055 orang kepada 10,204 orang. Peningkatan 68.5 peratus.
Mulai tahun 2019 juga, apabila kita kata sama ada kita kena adakan — kena lantik warden kita dari kalangan guru.
Mulai tahun 2019, KPM memperluaskan pelantikan warden asrama kepada semua kakitangan bukan guru, gred satu dan ke atas di sekolah-sekolah di bawah KPM. Dengan perluasan ini, bukan sahaja guru boleh dilantik sebagai warden asrama, tetapi sekolah juga boleh melantik warden asrama dalam kalangan bukan guru yang merupakan kakitangan dalam sekolah masing-masing.
Ini pembaharuan yang kita buat dan kita akan teruskan usaha untuk memastikan bahawa warden yang ditempatkan ini adalah efektif dan juga dapat melaksanakan tugas dengan baik.
Dan kenapa pihak KPM nyatakan bahawa warden yang dilantik itu sebaik mungkin datang dari kalangan guru. Kerana warga pendidik dan guru ini memainkan satu peranan yang berlainan. Warga pendidik dan guru mereka boleh menjadi pembimbing, mereka boleh menjadi seseorang yang boleh dipercayai oleh anak-anak kita dan memainkan, memainkan tanggungjawab dan peranan selaku in loco parentis iaitu memainkan peranan sebagai ibu bapa. Ini adalah penting kerana all our teachers are actually trained dengan izin dan mereka
mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengendalikan isu-isu yang terbangkit.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh kementerian, oleh Menteri Dalam Negeri dalam tempoh hari penerangan Menteri, KPM tetap mengambil maklum terhadap kesemua cadangan, input dan juga pendapatan, ah dapatan daripada Kementerian Dalam Negeri dan tindakan-tindakan tetap akan diambil.
Bukan sahaja daripada penerangan Kementerian Dalam Negeri tetapi pada masa yang sama pada pagi ini telah pun diadakan penerangan berkenaan dengan Penyata Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat — 17 syor telah pun dikemukakan, empat orang Ahli Yang Berhormat telah pun berbahas, kita dengar kesemua perbahasan, kita catat dengan teliti dan pihak KPM sedia untuk mendengar dan sedia untuk membaiki segala garis panduan dan peraturan yang ada.
Apa pun, apabila kita menyentuh berkenaan dengan isu buli ini, isu buli ini kesemua pihak memainkan peranan. KPM, kesemua peringkat warga pendidik di KPM, JPM, PPD, pihak sekolah, ibu bapa, bagaimana kita nak membimbing anak- anak kita? Bagaimana nak, kita nak membina karakter anak-anak kita yang berdisiplin dan juga tidak terlibat dalam gejala ataupun isu salah laku buli ini.
Usaha ini adalah usaha berterusan. KPM sedang mengambil tindakan progresif dan aktif untuk memastikan keselamatan, biarpun dalam sekolah ataupun di peringkat asrama sekolah. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Yang Berhormat. Tidak dibenarkan orang lain mengikut peraturan... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Minta izin pun [Tidak jelas] .
Tidak boleh
Okey.
Yang Berhormat Arau. Jelas baca peraturan [Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya. Bacakan.
Maafkan Dato'. Tak. Takut ada budi bicara.
Yang Berhormat Arau.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Menangani Isu Jalur Gemilang Terbalik Dan Ancaman Kepada Perpaduan NasionalSpecial Chamber
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia, orang muda sejak kebelakangan ini...
Untuk makluman ya, Peraturan 16(9), waktu Kamar Khas adalah 2.30 hingga 4.30.
Paling kuat maksud saya boleh tambah 15 minit.
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, Sejak kebelakangan ini, pelbagai laporan media dan media sosial mencatatkan puluhan kejadian bendera dipasang secara songsang di sekolah, premis perniagaan dan premis awam.
Kekeliruan ini bukan sahaja mencemar maruah simbol kedaulatan negara, malah mencetuskan tafsiran negatif bahawa ada pihak yang sengaja melakukan provokasi terhadap semangat perpaduan kita.
Malah sikap berdiam diri Kementerian Perpaduan menambahkan persoalan, apakah tindakan segera sudah diambil? Atau, adakah wujud jurucakap lain yang mewakili suara kerajaan sedangkan kementerian yang diberi mandat utama seolah-olah terkulai? Arau mencadangkan agar Kementerian Perpaduan memberi penjelasan terperinci berhubung langkah dan aliran proses yang telah dijalankan sejak isu ini mula timbul.
Pertama, nyatakan dengan jelas adakah terdapat garis panduan khusus kepada agensi kerajaan, sekolah dan pihak swasta berhubung dengan tatacara pemasangan dan penjagaan Jalur Gemilang.
Kedua, jelaskan sama ada wujud pasukan pemantau yang melakukan rondaan berkala dan tindakan kawal selia, termasuk tindakan disiplin terhadap kecuaian.
Ketiga, rumuskan prosedur aduan awam, bagaimana rakyat biasa boleh menyampaikan maklumat kesalahan pemasangan, dan dalam tempoh berapa hari aduan itu akan diambil tindakan. Selain itu, rakyat ingin memahami sama ada insiden-insiden ini berlaku kerana kekurangan pengetahuan atau niat provokasi.
Jadi, kementerian perlu menubuhkan satu jawatankuasa fakta dan pendidikan patriotik yang akan menyelaras modul pendidikan Jalur Gemilang dalam kurikulum sekolah dan program komuniti. Mengadakan kempen kesedaran berterusan melibatkan media massa, influencer dan NGO untuk menerangkan makna setiap elemen jalur gemilang dan kepentingan hormatkan lambang negara dan berkaitan.
Tambahan pula, kegagalan Kementerian Perpaduan memperkukuh, memperkukuhkan saluran komunikasi langsung dengan rakyat berpotensi menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan keprihatinan kerajaan dalam menangani isu-isu perpaduan. Tanpa adanya laman web khas yang memaparkan statistik kes, laporan kes, dan langkah susulan secara telus, rakyat mungkin merasa tidak mendapat maklumat yang cukup, mencukupi dan timbul persepsi bahawa kerajaan tidak cakna atau lambat bertindak.
Keadaan ini berisiko mencetuskan rasa tidak puas hati, salah faham, malah ketegangan antara kaum boleh meningkat. Lebih membimbangkan, tanpa keterbukaan dan dialog yang inklusif serta suara masyarakat dan persatuan kaum mungkin terpinggir, membuka ruang kepada elemen negatif untuk menyemarakkan perpecahan yang boleh mengancam keharmonian dan keamanan negara. Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, Jalur Gemilang adalah lambang negara, kedaulatan negara serta simbol perpaduan rakyat yang wajib dihormati oleh setiap warga negara Malaysia. Sehubungan itu, kedudukan dan martabat Jalur Gemilang dilindungi melalui akta lambang, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memperincikan kesalahan serta hukuman terhadap sebarang perbuatan yang dianggap menyalahgunakan atau merendahkan martabat bendera kebangsaan.
Mengenai isu jalur gemilang yang dikibarkan secara terbalik atau disalahgunakan, kerajaan telah mengambil tindakan secara bersepadu melalui pendekatan whole-of-government approach. Pendekatan ini bukan hanya menjadi tanggungjawab satu-satu kementerian sahaja, khususnya Kementerian Perpaduan Negara, tetapi turut melibatkan kerjasama erat antara pelbagai kementerian, agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa tempatan serta badan- badan bukan kerajaan bagi memastikan martabat Jalur Gemilang sentiasa dipelihara sebagai lambang kedaulatan negara dan simbol perpaduan rakyat Malaysia.
Kementerian-kementerian yang terlibat adalah Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan undang-undang serta pemantauan kes berkaitan penghinaan Jalur Gemilang. Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan pendakwaan berasaskan Akta 414 dan undang-undang lain yang relevan. Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan jika terdapat laporan mengenai penyalahgunaan bendera. Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perpaduan Negara bersama melaksanakan kempen kesedaran mengenai tatacara penggunaan Jalur Gemilang.
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan mendidik generasi muda tentang kepentingan menghormati bendera kebangsaan. Berhubung soalan mengenai garis panduan kepada agensi kerajaan, sekolah dan pihak swasta, pada masa ini terdapat dua garis panduan yang sedang berkuat kuasa.
(i) Jabatan Perdana Menteri turut mengeluarkan Surat Perkeliling Am Bilangan 3 Tahun 1994 bertujuan untuk memaklumkan tentang arahan kerajaan supaya bendera Malaysia dikibarkan di bangunan Persekutuan di seluruh negara pada hari bekerja dan hari cuti am tertentu peringkat Persekutuan dan negeri; dan
(ii) Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia juga telah mengeluarkan buku Garis Panduan Pengurusan Jalur Gemilang pada Jun 2017 yang menerangkan mengenai latar belakang lagu Jalur Gemilang, kaedah pemasangan bendera di kenderaan, majlis rasmi, majlis-majlis rasmi kerajaan, susunan dan penentuan arah pandangan pengibaran Jalur Gemilang.
Garis panduan ini dihasilkan bagi memastikan bendera kebangsaan sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan diurus dan dihormati dengan cara yang seragam dan betul. Saya ada satu salinan garis panduan, saya boleh serahkan
kepada Yang Berhormat selepas sesi ini. [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah berkongsi poster dan video garis panduan cara pemasangan Jalur Gemilang yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia kepada pihak sekolah untuk rujukan dan pematuhan.
Manakala, berhubung persoalan mengenai pasukan pemantauan, perkara ini sentiasa dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam masa yang sama, peranan komuniti juga amat penting, khususnya ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang perlu sentiasa memainkan peranan lebih proaktif dalam melaporkan serta menegur sebarang kesalahan berkaitan penggunaan Jalur Gemilang.
Bagi memudahkan, memudahkan urusan pelaporan, Kementerian Perpaduan Negara pada tahun ini telah melancarkan Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN). RAKAN merupakan sebuah platform digital bagi membolehkan orang awam melaporkan sebarang isu atau ancaman yang berpotensi menggugat keharmonian serta keselamatan komuniti termasuk isu-isu kesalahan pemasangan Jalur Gemilang. Inisiatif ini memperdayakan komuniti untuk berperanan sebagai mata dan telinga di peringkat akar umbi, di samping membolehkan pengurusan data serta maklumat aduan dilakukan secara sistematik, digital dan berpusat.
Orang awam boleh mengakseskan platform ini melalui laman web rasmi di pautan https://rakan.jpnin.gov.my. Saya boleh bekalkan pautan ini kepada Yang Berhormat [Sambil menunjukkan tangan secara adab kepada Yang Berhormat] selepas sesi ini. Melalui dashboard orang awam yang disediakan dalam sistem RAKAN, pengguna juga dapat melihat statistik isu pengikut, mengikut negeri dan kategori yang dilaporkan, sekaligus meningkatkan tahap ketelusan serta membolehkan intervensi yang lebih berkesan dilaksanakan oleh pihak berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Fakta dan Pendidikan Patriotik, saya ingin maklumkan bahawa pada masa ini telah wujud sebuah Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Rukun Negara yang merangkumi aspek patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan generasi belia dan rakyat. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dengan keanggotaan terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Komunikasi.
Selain itu, Jemaah Menteri juga meluluskan telah — turut meluluskan, minta maaf ya. Selain itu, Jemaah Menteri turut meluluskan cadangan Kementerian Perpaduan Negara untuk menubuhkan Majlis Sejarawan Negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dalam usaha memastikan fakta sejarah negara tidak dimanipulasikan oleh pihak- pihak tidak bertanggungjawab dan menyemak kembali fakta-fakta sejarah.
Bagi mengelakkan berulangnya insiden bendera terbalik, Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan gabungan usaha pendidikan di peringkat akar umbi dan kempen kesedaran bagi memelihara keharmonian dan imej negara di mata dunia. Tindakan-tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:
Kempen Malaysia Ku Merdeka, Kibaran Jalur Gemilang melibatkan Kawasan Rukun Tetangg, Tabika Perpaduan, Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun
Negara. Pendekatan melalui libat urus bersama pemilik premis serta komuniti bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan teknikal atau kecuaian dalam pemasangan Jalur Gemilang.
Pembudayaan Rukun Negara bermula di peringkat awal persekolahan, kelab Rukun Negara, sekretariat Rukun Negara dan komuniti bagi meningkatkan semangat patriotisme. Pelaksanaan program untuk anak muda seperti Gerak Interaksi Perpaduan (GRIP), Konvensyen Sekretariat Rukun Negara dan Citra Negaraku sebagai platform untuk pendidikan patriotisme. Kementerian akan terus memastikan setiap lapisan masyarakat memahami bahawa Jalur Gemilang bukan sekadar bendera tetapi simbol penyatuan negara bangsa yang wajib dihormati, dijaga dan diangkat martabatnya oleh semua rakyat Malaysia. Sekian terima kasih
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat.
Soalan tambahan? Yang Berhormat, pada 17 April 2025, “Jalur Gemilang, bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil tindakan yang serius”, PM Anwar, PMX.
Kemudian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, 13 Disember, “isu bendera terbalik adalah kesilapan ketara pihak yang bertanggungjawab”. Dan hari ini adalah hari yang cukup terbaik dalam dunia, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini Donald Trump telah umumkan dan telah sign apa ni surat eksekutif bahawa di Amerika tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang menghina bendera Amerika dan juga apa tu membakar bendera Amerika dan sebagainya. Dan kerajaan Donald Trump janji bahawa diarahkan AG untuk ambil tindakan dan Amerika akan pindah Perlembagaan berhubung dengan Jalur Gemilang. Ini benda ini serius dan Donald Trump adalah merupakan orang yang dikecuali kes Palestinelah, orang yang dihormati oleh PMX sebab apa?
Bila dia berjaya mendamaikan Cambodia dengan Thailand, Donald Trump telah telefon dan mengatakan perkataan ‘fantastic’ kepada PMX. Jadi PMX cukup suka Donald Trump. Hari ini hari yang berbahagia, di hari kita mengumpulkan soalan, Trump, Donald Trump, walaupun saya benci kat dia sebab kes Palestine, [Ketawa] telah sign surat eksekutif untuk AG ambil tindakan dan memindah Perlembagaan Amerika. Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tak boleh jawab, Yang Berhormat kata jawab tulis pun tak apa. Apakah kerajaan ingin memindah Perlembagaan berhubung dengan perkara ini untuk ikut cara Amerika ya, dan saya akan beri gelaran kepada PMX. Tadi dia beritahu bersamaan Nelson Mandela, kemudian Jelutong sebut dalam Parlimen macam Mahatma Gandhi, saya juga akan bagi gelaran berhubung dengan ulama-ulama ternama dalam Islam. Selepas ni, selepas dilaksanakan benda-benda ni.
Jadi akhir sekali Yang Berhormat, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, mengapa — Yang Berhormat sebut ada garis panduan, Alhamdulillah. Bagaimana kementerian menjawab keraguan rakyat bahawa tiada saluran aduan berkesan bagi memantau dan menjejaki laporan bendera songsang, apabila saya yakini masih tidak ada laman web khas atau nombor telefon hotline dilancarkan.
Yang Berhormat kena berbaik dengan influencer-influencer. Di kalangan Ahli Parlimen pun ada influence. Buat baik dan boleh salurkan maklumat melalui maaf, melalui kami dan sebab kami ada pengikut. Saya tak banyak, saya cuma
ada 10 juta saja.
[Ketawa] Jadi, Yang Berhormat boleh cuba orang lain yang lebih berpengaruh.
Kemudian yang keduanya, bolehkah menteri jelaskan mengapa statistik 38 laporan bendera terbalik —17 di Pulau Pinang dan 21 di negeri lain tidak dijadikan asas melancarkan operasi pemantauan berkala sejak 2025? Apakah perkara ini sengaja dilakukan? Kerana kalau satu dua kes tak apa, ini berlaku sepanjang masa. Dan saya nak beritahu Yang Berhormat, yang ini saya tak patut beritahulah tapi saya nak beritahu. Banyak insiden-insiden yang berlaku di pusat- pusat pelancongan, peranginan yang melibatkan warga luar merosakkan bendera, merosakkan harta kita seperti yang berlaku di sebuah pulau, pulau baru- baru ini tetapi tindakan tegas tidak diambil cuma dihantar pulang. Kerajaan kena ambil tindakan yang tegas. Salah di Malaysia mesti hukum di Malaysia, jangan hantar pulang macam tu. Sebab apa? Menghina bendera Malaysia ialah menghina kedaulatan Malaysia dan kita kena ambil tindakan yang tegas. Ikut cara Donald Trump kecuali kes Palestin. Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Menteri, sila menjawab. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Yang Berhormat.
Berkenaan dengan pemindahan akta ataupun perlembagaan di Amerika Syarikat.
Walaupun saya tidak boleh memberi pandangan berkenaan dengan pemindahan akta di sebuah negara yang lain. Apa yang saya boleh katakan adalah, daripada apa yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat di Dewan ini bahawa pemindahan adalah untuk mereka yang menghina bendera ataupun bendera negara Amerika Syarikat.
Jadi, kita perlu meneliti setiap kes sama ada ia adalah berpunca daripada kecuaian ataupun ia adalah satu penghinaan yang telah dilakukan dengan niat untuk menghina Jalur Gemilang. Dan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak- pihak yang saya telah menyebutkan tadi sama ada oleh pihak PDRM ataupun oleh pihak polis ataupun KDN adalah berasaskan kepada, apakah setiap kes akan diteliti dan disiasat dan hukuman akan dikenakan mengikut serius, mengikut niat dan perbuatan yang telah pun dilakukan. Dan, saya percaya kita mempunyai undang-undang yang mencukupi.
Saya boleh juga terangkan bahawa di bawah Akta Hasutan tahun 1948 kita masih mempunyai undang-undang yang boleh menghukum mereka yang cuba untuk menghina bendera ataupun Jalur Gemilang dengan niat untuk menghina ataupun membuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai satu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk yang, dengan niat untuk menghina yang boleh menimbulkan perasaan benci atau tidak setia kepada kerajaan. Ia diboleh, ia boleh dianggap sebagai sesuatu perbuatan hasutan dan boleh dihukum di bawah Akta Hasutan 1948.
Jadi, saya bagi diri saya sebagai seorang peguam yang bekas peguam, saya rasa kita mempunyai undang-undang yang secukupnya untuk menghukum mereka yang benar-benar ingin untuk menghina dan juga kita ingin mahukan rakyat bukan apa ini, terselindung di belakang menyatakan bahawa itu adalah satu kecuaian. Jadi, walaupun ia dilakukan tanpa sebarang niat untuk menghina seperti yang telah, di suatu klinik telah diminta untuk tutup untuk 30 hari.
Walaupun mereka kata itu adalah bukannya satu niat untuk menghina. Jadi, satu pendekatan yang cukup keras diambil terhadap sesiapa yang membuat
kesalahan. Sama ada dengan niat untuk menghina ataupun tidak. Tetapi kalau didapati ada niat untuk menghina, ada hukuman yang lebih berat di bawah Akta Hasutan dan sebagainya.
Dan, berkenan dengan soalan kenapa terdapat terlalu banyak aduan tetapi tidak ada tindakan? Untuk makluman Yang Berhormat, saya boleh nyatakan bahawa kes-kes yang diadukan telah pun disiasat satu persatu dan ada kemungkinan, macam saya boleh katakan di kes di SJKC Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan telah disiasat di bawah seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 iaitu Akta 414 yang saya telah sebutkan. Kes di kedai perkakasan Jinly, Kepala Batas, Pulau Pinang telah pun disiasat di bawah seksyen yang sama.
Klinik Pergigian Pontian, Johor, bendera telah diperbetulkan namun telah diminta untuk tutup 30 hari juga telah disiasat di bawah seksyen 5 dan premis di ibu kota Dang Wangi, Kuala Lumpur, di premis, ya, juga telah disiasat — premis Bukit Bintang, Kuala Lumpur juga telah disiasat. Jadi, apa yang saya ingin maklum kepada Yang Berhormat adalah walaupun ada, tiada laporan berkenaan dengan apakah tindakan yang diambil untuk sesuatu kesalahan yang dilaporkan tetapi tindakan memang sedang diambil tetapi oleh pihak-pihak yang berlainan mengikut kesalahan itu.
Seperti yang saya telah terangkan, sekiranya kesalahan itu adalah menggunakan secara digital, ia oleh pihak digital dan sekiranya ia melibatkan secara seperti yang dipaparkan yang digantung di rumah di bawah seksyen 5, di bawah Akta 414, jadi ia mengikut bidang kuasa yang mereka yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan. Dan, PBT juga mengambil tindakan dengan menegur dan menurunkan ataupun memperbetulkan kesalahan- kesalahan.
Jadi, saya percaya, seperti yang saya telah terangkan tadi, sebagai satu pendekatan whole-of-government approach, bila berlakunya kesalahan ada beberapa pihak yang memainkan peranan masing-masing. Dan di pihak Kementerian Perpaduan Negara saya boleh katakan peranan kementerian adalah seperti ibu yang mendidik supaya daripada — dengan bekerjasama KPN, KPM dan juga pengajian tinggi kita memberi didikan dan kita juga memberi, mendidik mereka berkenaan dengan nilai dan bagaimana kita harusnya menghormati kemegahan kita dan juga lambang-lambang kemegahan kita. Jadi saya percaya saya telah menjawab semua soalan yang, soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Sekiranya tidak, saya boleh, ah menggunakan usaha influencer. Seperti yang saya telah katakan tadi, pihak kementerian telah melancarkan banyak kempen-kempen kepada — bagi pengetahuan untuk kesedaran dan juga untuk mendidik orang ramai. Dan, dalam usaha ini kita juga ada menggunakan influencer dan juga kita menggunakan pelbagai cara supaya kita boleh menarik minat remaja dan juga generasi muda supaya mereka boleh lebih faham dengan apa-apa usaha yang diambilkan oleh kementerian.
Dan berkenaan dengan warganegara yang dihantar pulang, saya, saya percaya sekiranya ia telah pun dilakukan dengan niat untuk menghina bendera, mereka mesti akan disiasat dan dihukum di bawah Akta Hasutan tetapi ia sekiranya telah berlaku kerana kecuaian mereka, mereka dihantar pulang dan saya percaya itu adalah satu caranya kita menghukum mereka untuk memulangkan mereka ke negara asal. Dan, saya percaya saya telah menjawab
semua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sekiranya tidak, semana- mana soalan tambahan yang tidak dijawab nanti saya boleh terangkan di luar Dewan nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu Kamar Khas pada hari ini ditangguh sehingga hari Khamis, 28 Ogos 2025, jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 4.20 petang]