Dewan Rakyat · 6 November 2025

15th Parliament, session 4, meeting 3 · not final · 719 turns · 50,905 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Julau.

1. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Julau minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan langkah serta usaha yang dilaksanakan bagi membolehkan bakat-bakat dalam bidang teknologi baharu muncul (emerging technologies) dengan izin seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik untuk diperkasakan supaya mereka diiktiraf setaraf dengan golongan profesional lain seperti profesional kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tanjong Malim

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Julau. Untuk maklumat Yang Berhormat, MOSTI sentiasa berusaha memastikan pembangunan bakat dalam bidang teknologi baharu muncul ataupun emerging technologies dengan izin seperti AI dan robotik agar bakat-bakat ini dapat diangkat serta diiktiraf setaraf dengan profesional lain seperti kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya. MOSTI melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) memainkan peranan dalam agenda memperkasa bakat-bakat ini melalui pengiktirafan profesional di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 ataupun Akta 768. Pengiktirafan MBOT melangkaui profesion yang berasaskan disiplin, tetapi juga mengiktiraf profesion yang bersifat multidiscipline dan cross-discipline, dengan izin seperti robotik dan AI. Seperti kita semua tahu, bidang-bidang terkini ini memerlukan pengetahuan dan kepakaran lebih daripada satu bidang, hands-on serta bersifat aplikasi teknologi. Sehingga Oktober 2025, MBOT telah mendaftarkan seramai 107,423 teknologis dan juruteknik, merangkumi 24 bidang teknologi dan turut memperluaskan skop pengiktirafan tersebut kepada bidang teknologi baharu muncul yang merentasi pelbagai sektor. Ini memberi laluan formal kepada bakat berkemahiran teknikal dan teknologi untuk diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).

Tuan Chang Lih KangPKR · PHMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Tanjong Malim

Dalam aspek akreditasi program-program akademik, MBOT mempunyai kerangka khusus mengenai AI yang membolehkan institusi menawarkan program-program berkaitan dengan AI seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Selain itu, untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat, MBOT turut memberi akreditasi kepada kursus-kursus jangka pendek yang bersifat teknologi termaju melalui Professional Development Certificate (PDC). Melalui PDC, MBOT memastikan kualiti kursus jangka pendek tersebut melalui kerangka penilaian yang menyeluruh, meliputi kandungan teknikal, kualiti tenaga pengajar dan aspek penilaian. Sebagai contoh, MBOT telah mengakreditasi program-program yang ditawarkan oleh penyelia latihan dalam bidang-bidang teknologi termaju berkaitan dengan IC design, semiconductor dan IoT automation. Perkara ini akan dapat membantu dan menyokong bakat-bakat berkemahiran kita untuk mendapat latihan sepanjang hayat yang berkualiti mengikut kemahiran spesifik individu tersebut. Ini sekali gus memberi peluang yang besar bagi bakat dalam bidang teknologi baru muncul untuk meningkatkan kompetensi mereka ke tahap profesional. Perkara-perkara yang dikongsikan ini membuktikan usaha signifikan yang dimainkan oleh MBOT dan juga MOSTI dapat mengangkat martabat bakat-bakat berkemahiran tinggi supaya setanding dengan profesional-profesional yang lain. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Julau.

Adakah terdapat sebarang kerjasama antara MBOT dengan badan antarabangsa supaya kualiti penilaian ini setara dengan piawaian antarabangsa? Menteri, terima kasih.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Julau. Sebenarnya MBOT merupakan penandatanganan penuh ataupun signatory kepada Seoul Accord. Seoul Accord merupakan satu perjanjian core akreditasi antarabangsa yang melibatkan negara-negara signatory bagi program pengajian dalam bidang pengkomputeran dan juga teknologi maklumat (ICT). Sebagai signatory ataupun penandatanganan penuh Seoul Accord, program-program ICT yang diakreditasi oleh MBOT meliputi tiga bidang utama iaitu...

[Bangun]

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Information and computing technology, art, design and creative multimedia technology serta cybersecurity technology. Dia diiktiraf setara dengan program-program dari negara-negara lain yang turut menandatangani perjanjian tersebut. Dan melalui pengiktirafan ini, graduan daripada program-program yang diakreditasi oleh MBOT akan diiktiraf juga oleh graduan dari negara-negara penandatanganan Seoul Accord dan juga sebaliknya.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

So, graduan daripada negara-negara tersebut juga akan diiktiraf oleh Malaysia melalui MBOT. Antara signatory penuh Seoul Accord termasuk Australia, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Selain itu, MBOT juga menjalinkan kerjasama strategik dengan BCS ataupun British Computer Society dan Chartered Association of Building Engineers (CABE) bagi membuka laluan kepada pengiktirafan global dan kesetaraan di peringkat antarabangsa. Sebagai tambahan, MBOT juga sedang menjalankan perbincangan dengan beberapa institusi bagi mewujudkan kerjasama ke arah pengiktirafan bersama. Sekian, terima kasih.

Kuala Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kuala Terengganu.

Ya. Yang Berhormat, kita ada Malaysia AI Roadmap sebagai blueprint utama membina ekosistem AI. Hingga kini, tiada laporan penilaian impak atau senarai projek yang menunjukkan kejayaan komersial yang sebenar, manakala negara jiran kita seperti Vietnam telah menubuhkan AI National Center, 2023 dah ada AI tempatan mereka. Malaysia belum ada lagi. Begitu juga Malaysia Robotics Roadmap. Belum ada syarikat tempatan yang menjadi peneraju. Laporan TalentCorp dan MOSTI sendiri menunjukkan 60 peratus graduan AI Robotics Malaysia terpaksa bekerja di luar bidang kepakaran mereka atau berhijrah ke luar negara. Mengapa syarikat tempatan seperti DF Automation and Robotics, KAT Technologies dan Robopreneur masih menghadapi kekangan untuk mendapatkan persijilan, insentif eksport, dana R&D jangka panjang berbanding pesaing luar yang mendapat kontrak besar pada kerajaan. Sebagai contoh, projek Smart Automation Grant oleh MIDA misalnya masih banyak digunakan untuk membeli robot import daripada Jepun, China dan Jerman, bukan menggalakkan pembuatan tempatan. Kalau boleh YB bantu saya.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu. Sebenarnya, kita ada juga usaha-usaha dan inisiatif yang membantu memperkasakan ekosistem emerging technology ataupun teknologi baru muncul seperti AI. Dan untuk makluman Kuala Terengganu, kita juga ada National AI Office (NAIO). Sebenarnya, roadmap AI kita sampai tahun ini, 2025. Selepas kita tamat untuk roadmap ini, kita akan membuat kajian berapa peratusan yang kita telah pun capai dan berapa peratusan yang belum kita capai. So, lepas tahun ini kita akan membuat kajian. Dan, untuk soalan tentang MIDA grant, saya tidak dapat jawab untuk kementerian lain. Cuma, saya ingin maklumkan pada Dewan yang mulia ini, sebenarnya kita ada juga inisiatif-inisiatif seperti MySTI di mana semua teknologi ― homegrown technology yang

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

berasas di sini dan merupakan teknologi tempatan oleh syarikat tempatan boleh didaftarkan di bawah MySTI dan dalam perolehan kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat ini. Ini adalah antara usaha-usaha yang kita laksanakan untuk kita membantu ekosistem kita dibangunkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Indra Dr. Suhairi bin Abdul Rahman, Labuan.

Suhaili Abdul RahmanBERSATU · PNLabuan · question

2. Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan]: Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Labuan minta Perdana Menteri menyatakan strategi serta pelan tindakan kerajaan dalam usaha menjadikan penganjuran Borneo Arts Festival ataupun BAF ringkasnya, diiktiraf sebagai salah satu program di bawah kluster pelancongan BIMP-EAGA, serta bagaimana penganjuran festival ini dapat memberi pulangan ekonomi dan manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat di Wilayah Persekutuan Labuan.

Datuk Seri Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) · Sekijang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Jabatan Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi di bawahnya akan terus berganding bahu dengan Perbadanan Labuan dalam perkukuhkan dan merancakkan lagi industri pelancongan di Pulau Labuan di bawah jenama Pesona 3W iaitu “Tiga cerita, satu jiwa”. Bermaksud, JWP menyatukan kekuatan tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan bagi menyemarakkan semangat Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui penganjuran acara-acara berimpak tinggi yang mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan juga antarabangsa sekali gus menonjolkan keunikan identiti setiap wilayah sebagai destinasi pilihan. Sehubungan itu, Borneo Arts Festival atau BAF sentiasa diberi nilai tambah bagi memastikan penganjurannya kekal relevan dan menarik. Dan, untuk edisi ke-12 pada tahun 2025 ini, festival ini bertemakan “Warisan Seni Borneo” where arts meets light dengan izin, dengan skop penganjuran yang lebih luas dan juga kreatif. Antara acara utama termasuklah pertandingan tarian kreatif Borneo, pertandingan tarian tingkah geruh dan juga pertandingan rekaan fesyen national costume creative. Tahun ini BAF turut memperkenalkan 15 zon pencahayaan lampu bertemakan pelbagai konsep seni visual menjadikannya pertunjukan cahaya kreatif pertama seumpamanya di Labuan. Tarikan baharu ini dijangka meningkatkan daya tarikan pelancongan dan juga memperkukuh kedudukan BAF sebagai acara seni budaya bertaraf serantau. Selain daripada itu, Pengerusi Perbadanan Labuan baru-baru ini telah menerima jemputan untuk membentangkan berkaitan dengan, berkenaan dengan program BAF 2025 dalam Mesyuarat Chief Ministers, Governors and Local Governments Forum (CMGLF) pada 13 November 2025 di Dusit Thani Hotel, Davao City, Filipina. Pembentangan ini bermaksud penting ya bagi memperkukuhkan usaha menjadikan BAF sebagai sebahagian daripada kluster pelancongan BIMP-EAGA dan juga memperluas jaringan kerjasama serantau.

Datuk Seri Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) · Sekijang

BAF 2025 akan berlangsung pada 13 hingga 17 November 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan tapak yang sama dengan Borneo Floral Festival baru-baru ini bagi memanfaatkan kemudahan yang lebih luas dan strategik untuk pengunjung serta juga peserta. Lebih penting lagi, kerajaan menitikberatkan limpahan ekonomi berganda kepada rakyat Labuan melalui penganjuran secara berskala besar seperti ini, dan impak ekonomi dijana melalui perbelanjaan langsung pelancong yang memberi manfaat kepada peniaga kecil, pengusaha homestay, penjaja kampung dan juga kontraktor tempatan sekali gus merancakkan ekonomi komuniti setempat. Penganjuran secara berskala besar secara berterusan juga akan memperkukuhkan jenama produk LAWA yang kita telah perkenalkan iaitu kepada barang kraf unik daripada Labuan seperti batik linut, landyard, pouch, anyaman dan juga subang manik dengan motif khas Borneo. Jadi, gross value added yang dianjurkan daripada penganjuran BAF 2025 ini dijangkakan RM10.3 juta. Angka ini diambil daripada purata realized revenue penganjuran BFF 2025 baru-baru ini. Dan sehubungan itu, JWP akan terus bekerjasama dengan PL bagi merangka lebih banyak lagi program pelancongan berimpak tinggi untuk menarik kedatangan pelancong luar, memperkukuhkan ekosistem ekonomi tempatan dan menjenamakan semula Labuan sebagai destinasi pelancongan utama serantau di bawah inisiatif BIMP-EAGA. BIMP-EAGA ini ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines – Eastern ASEAN Growth Area. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Labuan.

Terima kasih Puan Yang di- Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Mewakili warga Labuan, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih atas komitmen Yang Berhormat Menteri melaksanakan dengan jayanya Borneo Flora Festival pada bulan Julai yang lalu di mana dianggarkan lebih dari 100,000 pengunjung telah datang melawat semasa acara tersebut. Kini, Yang Berhormat Menteri sekali lagi memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan Borneo Arts Festival yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 November ini. Sudah tentu expectation penganjur serta warga Labuan sangat-sangat tinggi untuk BAF ini mencatat kejayaan. Jika tidak melebihi BFF, sekurang-kurangnya kejayaan acara BAF ini mencatatkan pencapaian yang setara dengan BFF sebelum ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan.

Soalan saya Tuan Pengerusi, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Borneo Arts Festival sebagai acara dwi tahunan dengan menyediakan dana khas atau geran agar ia nya menjadi acara pelancongan bertaraf serantau?

Dan, saya juga ingin bertanya apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil dalam memastikan penyertaan aktif negara-negara anggota BIMP-EAGA dalam penganjuran Borneo Arts Festival di Labuan? Dan akhir sekali, apakah manfaat ekonomi kepada Labuan dan rakyatnya daripada penganjuran festival ini terutama dari segi agihan kontrak-kontrak kecil untuk komuniti kontraktor-kontraktor kelas G1 dan G2? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua. Daripada pertanyaan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya ingin menjelaskan dua perkara yang berbeza iaitu program pelancongan utama Labuan antara BAF, Borneo Arts Festival dengan BFF, Borneo Flora Festival.

Jadi, kalau kita lihat kedua-dua ini, BFF adalah antara acara yang dirancang dwi- tahunan Yang Berhormat, manakala BAF kita rancang secara tahunan, maknanya dilakukan setiap tahun. Skala penganjuran juga berbeza. Kalau kita tengok BFF ini, kita bagi sasaran hari itu 50,000 pengunjung, tetapi akhirnya kita dapat melebihi 100,000 dan kalau— sebenarnya lebih kurang 124,000 pengunjung Yang Berhormat. Tetapi bagi BAF, kita unjurkan lebih kurang 35,000 orang pengunjung. Jadi, kita harapkan kesannya sama seperti BFF dan harap dapat gandaan daripada unjuran kita. Persamaan kedua-dua program ini adalah dalam kanvas strategi ekonomi jingga Labuanlah yang selaras dengan pengumuman Labuan 365 dengan peruntukan yang kita telah berikan iaitu RM3.5 juta dalam Belanjawan 2026 untuk mengukuhkan lagi sektor pelancongan Labuan. Perbadanan Labuan tidak membandingkan sasaran peningkatan pengunjung antara BAF dan BFF ini, sebaliknya membandingkan peningkatan pengunjung antara BAF bagi tahun 2025 dengan tahun sebelum itu. Kita telah tukarkan tempat penganjuran daripada Ujana Kewangan kepada Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan bagi memberikan lebih banyak ruang bagi ramai pengunjung. Selain pada pembentangan program BAF di Davao City seperti yang telah saya sebut tadi, JWP akan menyerahkan juga kit promosi dan jemputan penyertaan sebagai peserta tetap tahunan BAF kepada Sekretariat BIMP-EAGA dan juga negara-negara anggotanya. Jadi, mengenai agihan kerja kepada kontraktor pula, iaitu kontraktor G1 dan G2, walaupun mereka ini dikategorikan sebagai kontraktor kecil, pelantikan tetap perlu melalui proses perolehan kerajaan yang sah dan tidak diagihkan secara terus. Cuma keadaannya lebih ringkas dan cepat berbanding dengan projek-projek besar. Jadi, saya faham hasrat Yang Berhormat Labuan untuk utamakan kontraktor tempatan di Labuan dan di dalam hal ini Perbadanan Labuan telah pun clarify bahawa kebanyakan kontraktor bagi BAF 2025 ini adalah sebenarnya daripada Labuan kecuali

mungkin kerja-kerja yang memerlukan kepakaran yang tidak ada di peringkat Labuan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tebrau.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan satu laporan bahawa Perbadanan Labuan kini dalam perbincangan dengan delegasi pelabur dari Itali untuk menjadikan Labuan sebagai Asia Winter Berthing Hub bagi menarik kapal layar dan kapal persiaran dari negara empat musim untuk berlabuh di Labuan. Usaha ini saya nampak memang baik dan berpotensi untuk merancakkan ekonomi tempatan melalui sektor pelancongan mewah. Namun, dalam keghairahan kita untuk menarik kapal dari luar negara dan pelancong berkemampuan tinggi, jangan pula kita terlepas pandang keperluan rakyat tempatan yang kini berdepan dengan beban kenaikan tambang bot laju di laluan Menumbok–Labuan daripada RM9.50 kepada RM12.50 sehala. Maka soalan saya Menteri, apakah langkah segera yang boleh diambil oleh kerajaan bagi kita memastikan rakyat tidak terhimpit dengan kenaikan kos pengangkutan bot laju yang menjadi nadi perhubungan utama antara Labuan dan Tanah Besar Sabah? Terima kasih.

Terima kasih Tebrau. Terima kasih kerana berminat dengan Labuan. Pertama kali orang di luar Labuanlah bercakap tentang Labuan. Tapi apa pun, saya berterima kasih atas soalan itu. Kerana kalau kita lihat pada masa kini Yang Berhormat, Labuan ini telah menjadi tumpuan pelabur-pelabur utama dunia dan saya sendiri telah menerima kunjungan daripada pelbagai negara termasuklah China, Korea, Brunei, Singapura dan juga India pun ada. Jadi, Labuan kini adalah destinasi pelayaran utama. Baru-baru ini sebagai contoh, ada sebuah kapal yang dinamakan Doulos Hope yang beroperasi dibawa organisasi GBA Ships telah berlabuh juga di Jeti Labuan dan telah menarik ramai pengunjung sehingga 25,000 orang hadir ke kapal tersebutlah sebab dia ada library on ship. Jadi berkenaan dengan isu tambang ini, juga menjadi perhatian kepada JWP dan juga PL sendiri. Kita menyedari bahawa tambang bot laju daripada laluan Labuan–Menumbok tidak sebenarnya mengalami kenaikan, namun kenaikan tambang bagi laluan sebaliknya iaitu Menumbok ke Labuan tetap memberi kesan kepada penduduk Labuan yang berulang-alik ke Sabah sebab ramai di kalangan mereka yang berulang-alik ini untuk bekerja dan sebagainya khususnya mereka yang bergantung pada perkhidmatan tersebut untuk urusan harian, pekerjaan dan juga ekonomi. Jadi saya rasa mungkin ahli Yang Berhormat pun maklum, bahawa Kementerian Perdagangan KPDN baru-baru ini telah juga mengarahkan Suruhanjaya Persaingan untuk menyiasat tentang perkara ini Yang Berhormat iaitu berkaitan surcaj bahan api sebanyak RM3 yang menyumbang kepada kenaikan harga tambang bot laju Menumbok–Labuan sepertimana Yang Berhormat sebut tadi daripada RM9.50 naik kepada RM12.50.

Jadi antara inti pati siasatan KPDN ini menjurus juga kepada isu yang berkaitan dengan subsidi kerana sekiranya pengusaha bot laju ini menerima subsidi petrol yang memang betul kita memberikannya, maka tidak wajarlah bagi mereka untuk menaikkan harga tambang. Jadi ketika lawatan kerja Menteri Kewangan II baru-baru ini ke Labuan pada September tahun lalu— eh, tahun ini. Berkaitan dengan subsidi–– isu berkaitan subsidi kepada pengusaha bot pengangkutan kecil juga turut dibangkitkan. Jadi, Perbadanan Labuan pun baru dimaklumkan kepada saya bahawa ada persatuan bot dari Sipitang juga berhasrat untuk menaikkan tambang sehingga 27 peratus. Ini juga akan sebenarnya memberi kesan yang tinggi kepada penduduk Labuan untuk kerja- kerja ataupun perkara-perkara yang terkait dengan kesalinghubungan penduduk antara Labuan dan Sabah ini. Jadi saya ada berhubung juga dengan Menteri KPDN dan mengusulkan kerjasama rentas kementerian antara KPDN dan KPDN akan mempercepatkan siasatan atas perkara ini Yang Berhormat. Dan dalam masa yang sama, kita juga ada Task Force Connectivity Labuan yang telah saya tubuhkan dan kita juga minta supaya task force ini nanti untuk mengambil isu ini sebagai satu yang untuk kita lihat kembali dan melakukan perbincangan yang seterusnyalah antara persatuan, PL dan juga rakyat tempatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.

Rodziah binti IsmailPKR · PHAmpang · question

3. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan. Yang di-Pertua, Ampang minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan mekanisme untuk memastikan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial mengawal selia dan mengikhtisaskan golongan pekerja sosial sektor awam memandangkan sesebuah rang undang-undang yang tidak terpakai untuk sektor awam sukar mendapat pengiktirafan apatah lagi sokongan dari semua pemegang taruh terutama komuniti kerja sosial.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ampang. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyiapkan draf Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) yang antaranya bertujuan untuk mewujudkan satu penstrukturan atau dengan izin, institutionalisation yang jelas bagi pekerja sosial di Malaysia. Antara penetapan dasar dalam RUU tersebut adalah RUU PKS akan terpakai kepada semua pengamal kerja sosial di sektor swasta dan penjawat awam yang mengamalkan kerja sosial di luar tugas rasmi. Ketetapan ini dibuat berdasarkan hasrat kerajaan untuk memenuhi pandangan semua pihak sebaik mungkin. Ini termasuk input dan pandangan pihak-pihak berkepentingan seperti kementerian ataupun agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri,

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

syarikat korporat, ahli akademik dan badan bukan kerajaan ataupun NGO melalui beberapa siri sesi libat urus yang diadakan berkaitan draf RUU PKS. Selain daripada pihak-pihak yang disebutkan tadi, KPWKM juga telah mengadakan sesi libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang turut dianggotai oleh Yang Berhormat Ampang sendiri. Yang Berhormat pastinya masih ingat sesi tersebut yang telah diadakan pada 26 Ogos 2025 di Parlimen ini. Hasil daripada kesemua siri sesi libat urus yang telah diadakan, pelbagai maklum balas telah diterima dan dipertimbangkan oleh KPWKM. Ini termasuklah isu yang membabitkan penetapan dasar RUU tersebut seperti definisi kerja sosial itu sendiri serta persoalan pemakaian akta itu kelak kepada pengamal kerja sosial di sektor swasta— di sektor awam dan sektor swasta. Oleh yang demikian, pilihan terbaik yang diambil oleh kementerian pada masa ini adalah untuk menilai semula dan meneliti keperluan perubahan dasar dan kebolehlaksanaannya kelak.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Sesi libat urus lanjut dengan semua pihak berkepentingan seperti agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang mempunyai perjawatan kerja sosial perlu diadakan semula sekiranya kerajaan berhasrat untuk meminda perkara-perkara dasar dalam RUU PKS ini, termasuk pemakaian penuh kepada pengamal kerja sosial di sektor swasta— di sektor awam. Sementara itu, penjelasan terperinci mengenai mekanisme kawal selia dan pemakaian akta hanya boleh kita perincikan setelah keputusan dasar dimuktamadkan kelak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ampang.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas pencerahan tersebut. Sebelum ini memang saya di ataupun kami dimaklumkan bahawa rang undang-undang ini hanya akan terpakai kepada sektor swasta saja, tidak melibatkan sektor awam. Alhamdulillah, hari ini Menteri menjawab ia nya telah sedang diteliti untuk diguna pakai kepada kesemua mereka yang akan terlibat dalam profesion ini. Bagaimanapun, saya yakin dengan wujudnya rang undang-undang ini nanti insya- Allah sebab kita dah tunggu daripada 2010 lagi ia nya dicadangkan ataupun diminta untuk dilaksanakan ya. Sekadar kita— saya mencadangkan, saya merasakan bahawa kalau kita bukan sekadar untuk mengawal selia ya— saya mencadangkan ia nya bukan saja untuk dikawal selia, malah kita nak ia nya menjadi pemangkin reformasi menyeluruh sistem kebajikan dan kesejahteraan sosial negara agar perkhidmatan buat golongan rentan lebih inklusif. Sebab saya nampak Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan.

...Sebenarnya profesion ini amat penting. Sebab itu soalan saya seterusnya, adakah kementerian bercadang untuk bersedia menubuhkan Majlis Profesion Kerja Sosial ya, yang benar-benar bebas dan berautonomi? Kerana ini penting sebab ia perlu setara dengan badan profesional lain seperti Lembaga

Jurutera ya, dengan Majlis Perubatan Malaysia dan memastikan tatakelola profesion ini terpelihara. Dan juga seterusnya, saya ingin bertanya sama ada piawaian yang akan digunakan ini adalah rentas semua termasuk— kerana kalau tak ada piawaian ini, nanti akan menjadi satu perbezaan antara kompetensi antara agensi ataupun profesion-profesion yang lain. Terima kasih. Itu saja.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih juga Yang di-Pertua. Sebenarnya, memang sudah kita persetujui supaya kita akan meneliti semula. Bila kita bercakap mengenai meneliti semula, kita terpaksa start all over again dengan izin, kerana kita perlu lagi apa nama, pergi kepada pihak yang telah membuat dasar ini dan kita perlu kembali kepada pembuat dasar. Dan mengenai penubuhan majlis adalah salah satu elemen yang ada dalam RUU itu kelak dan kita terpaksa balik kepada kerajaan negeri. Sebab apa yang awalnya yang telah dipersetujui adalah kerana kerajaan negeri ataupun agensi-agensi yang lain sudah bersetuju dengan pihak yang awal itu. Yang akhir ini— kita menghormati apa yang rakan-rakan kita sebagai rakan dalam jawatankuasa mahu kita lakukan dan kita memenuhi keperluan mereka itu. Dan kalau dari dicakap mengenai kompetensi seperti apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, memang kita ini adalah daripada tahun 2010 lagi. Tetapi oleh kerana terlalu banyak yang dilakukan, diperlukan oleh mereka yang berkaitan ini, maka itulah membuatkan ia nya terpaksa delay sikit dengan izin. Tapi dari sudut kompetensi, antara perkara yang telah dilaksanakan banyak yang telah kita lakukan. Dan kita ada juga bagi pegawai JKM sendiri, kita ada panduan dan penetapan standard untuk mereka menjalankan pengurusan kes kerja iaitu kita ada Kod Etika Pekerja JKM dan Pekerja Sosial; kita ada Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial di Malaysia; kita ada Manual Sistem— Sistem Manual Pengurusan Kes Kerja Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat; Buku Panduan Penyeliaan Kerja Sosial Jabatan — JKM; kemahiran kerja sosial JKM; Penilaian dan Intervensi: Kes Kanak-kanak – Himpunan Laporan Pengurusan Kes Kerja Sosial; dan juga Panduan Pelaksanaan Persidangan Kes Kerja Sosial. Jadi di samping itu, JKM telah menjalankan Program Penyeliaan Kerja Sosial. Program ini dilaksanakan kepada pegawai dan kakitangan di 105 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 68 institusi JKM secara berstruktur. Jadi, program ini melibatkan elemen pemantauan dan penilaian bagi memastikan kompetensi pegawai dan kakitangan dipertingkatkan dan akhirnya, kumpulan sasar mendapat perkhidmatan yang efektif. Ini kita tengah— memang sudah dalam amalan kita. Yang lain itu insya-Allah, dalam kalau sudah dipersetujui oleh peringkat dasar nanti kita— sebab kita terpaksa kembali kepada kerajaan negeri dan juga agensi-agensi yang lain seperti yang awal kita lakukan. So, it will take time, dengan izin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tumpat.

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita sedar bahawa perkembangan profesion ini adalah sangat kritikal, semua pihak memandang. Jadi, saya menyambut baik cadangan untuk mengadakan majlis tadi. Cuma yang diperlukan oleh pihak masyarakat ialah apakah peratusan anggota, keanggotaan dalam majlis sama ada nisbahnya swasta lebih tinggi, NGO lebih tinggi atau kerajaan lebih tinggi kerana mereka mahu melihat kebebasan kepada majlis ini— Itu yang pertama. Yang kedua, saya juga menyambut baik bahawa cadangan untuk menjadikan sebahagian daripada pekerja JKM ini juga sebagai terlindung di bawah RUU ini. Cuma pertanyaan daripada pekerja sosial perubatan di hospital-hospital pengajar contohnya seperti USM, HUKM dan sebagainya, adakah mereka juga akan turut dikawal selia sejajar dengan peranan mereka dalam khidmat sosial? Dan kita juga melihat sekarang ini antara banyak sumbangan daripada pihak kerajaan ialah bantuan kepada penjaga pesakit terlantar. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan juga memandang mereka ini sebagai perlu dimasukkan dalam kerja sosial sebagai semi pekerja sosial kerana mereka ini dibayar oleh kerajaan. Kita bantu, tapi mereka tak ada kemahiran dan sebahagian daripada mereka mungkin dapat pendidikan. Jadi, kalau kita dapat bantu pekerja sosial kerajaan, yang swasta, tapi yang betul-betul menjaga dan datang ke rumah juga perlu diberi perhatian. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tadi pertanyaan mengenai majlis ini, oleh kerana ini belum diluluskan, maka tidak adalah komitmen kita sekarang ini. Walaupun — memang perkara mengenai majlis ini memang dimasukkan dalam RUU akan datang, insya-Allah. Mengenai bantuan pesakit terlantar ini dan juga pekerja sosial juga ini, juga bantuan pesakit terlantar memang sudah ada. Tapi pekerja sosial itu seperti yang saya nyatakan, kalau kita belum luluskan undang-undang itu, maka tak dapatlah kita commit dulu. Tapi, kita akan ambil kira itu Yang Berhormat ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Puan Speaker. Dengan kecerdasan buatan dan data, ekonomi tumbuh negara semakin maju. Soalan saya nombor 1.

Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching · question

1. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Digital menyatakan secara terperinci rancangan Malaysia untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Bandar Kuching melontarkan soalan nombor 1. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital telah pun merangka pelan menyeluruh untuk menjayakan aspirasi Malaysia sebagai Negara AI ataupun Bahasa Inggeris, AI Nation dan hab serantau menjelang tahun 2030. Bagi mencapai aspirasi ini, pelan perlaksanaan sedang digerakkan melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, National Energy Transition Roadmap (NETR), New Industrial Master Plan (NIMP) dan juga Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 yang menjadi dokumen-dokumen rujukan utama yang menetapkan sasaran utama berikut iaitu sumbangan ekonomi digital yang mencapai 30 peratus KDNK negara menjelang tahun 2030 dan menjana sehingga 500,000 pekerjaan baharu yang berkemahiran tinggi. Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai sasaran-sasaran utama ini, kementerian memfokuskan kepada beberapa perkara tertentu. Pertama, kita lihat kepada aspek digital, infrastruktur dan data. Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 mengetengahkan kepentingan memperkukuhkan ekosistem data sedia ada AI, menyediakan kapasiti high performance computing yang mampu milik yang boleh diakses kepada pelbagai pihak, serta keperluan membangunkan AI Sandbox sebagai ekosistem ujian selamat untuk sektor awam, sektor- sektor awam – swasta dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Selain daripada itu, Malaysia juga telah menerima pelaburan sebanyak RM144.4 bilion untuk membina 143 projek pusat data. Dasar Pengkomputeran Awan Negara ataupun NCCP yang telah pun dilancarkan pada bulan Ogos 2025 akan mengukuhkan lagi ekosistem awan dan meningkatkan adaptasi penggunaan AI di negara.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Untuk memperkukuhkan produk made by Malaysia, matlamat strategik utama adalah untuk membangunkan Model Bahasa Raya Kebangsaan ataupun National Large Language Model berasaskan kepada bahasa tempatan iaitu bahasa Malaysia. Bagi menjayakan Malaysia sebagai negara AI, kerajaan juga sedang membangunkan polisi pendigitalan data

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

sektor awam untuk memastikan set data yang berkualiti tinggi yang boleh diguna pakai oleh aplikasi AI dapatlah kita bekalkan kepada masyarakat ramai. Kedua, kita lihat kepada aspek bakat. Teras utama Pelan Negara AI adalah untuk pembangunan bakat tempatan secara komprehensif di semua peringkat. Portal-portal rakyat digital ialah portal pembelajaran kendiri dalam talian percuma yang direka untuk meningkatkan literasi asas AI telah berjaya mencapai lebih daripada 1.45 juta peserta yang menawarkan modul seperti AI untuk rakyat, generatif AI, AI fluency dan topik digital lain. Selain daripada itu, Puan Yang di-Pertua, AI at Work 2.0 dengan kerjasama Google telah diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan 445,000 penjawat awam dengan alat AI generatif untuk meningkatkan produktiviti. Seterusnya, aspek-aspek yang perlu lihat adalah aspek untuk memacu inovasi. Untuk tujuan tersebut, Puan Yang di-Pertua, Pejabat AI Kebangsaan ataupun National AI Office sedang melihat kepada kluster-kluster AI sektoral untuk mempercepatkan penggunaan AI dalam sektor-sektor utama seperti sektor kesihatan, sektor pengangkutan, sektor pertanian dan pendidikan. Melalui NAIO Lab yang bertujuan untuk mencipta penyelesaian AI berimpak tinggi sebagai industri ataupun bagi industri tertentu, projek-projek rintis Puan Yang di-Pertua, seperti Rakan Tani, telah pun dilancarkan di kawasan-kawasan seperti Sekinchan dan Teluk Intan pada bulan September yang lalu. Dengan perancangan rapi dan pendekatan holistik ini, Malaysia mampu muncul sebagai negara AI yang inklusif, mampan dan berdaya saing menjelang tahun 2030 dan itulah hasrat yang ingin kita capai dengan kita lihat kepada AI Nation 2030. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih jawapan Menteri yang sangat komprehensif dan saya menyokong penuh sasaran dan juga agenda kerajaan untuk mencapai negara AI. Walaupun kita mengakui potensi AI untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan awam, kita juga sedar bahawa kemajuan pesat AI membawa risiko yang besar. Jadi soalan saya, apakah peranan Malaysia dalam rangkaian AI Selamat ASEAN dan bagaimana inisiatif ini akan menyumbang ke arah mengukuhkan kerjasama serantau dalam pembangunan dan penggunaan AI yang selamat, bertanggungjawab dan boleh dipercayai dalam kalangan negara rakan anggota ASEAN? Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih Yang Berhormat. Kita lihat kepada AI sebagai satu yang akan mempunyai kesan terhadap semua negara. Bukan saja di Malaysia tapi negara-negara serantau dan juga negara-negara peringkat global. Jadi dalam keadaan tersebut, saya rasa kita kena lihat kepada apakah yang boleh dilaksanakan sebagai usaha merentas sempadan di antara semua negara supaya kita boleh menciptakan ekosistem- ekosistem yang menyediakan aspek-aspek penyelidikan dan pembangunan R&D misalnya Yang Berhormat yang juga termasuk aspek infrastruktur seperti komputeran dan sebagainya

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

di mana ada kerjasama di antara setiap negara-negara untuk kita memastikan bahawa apabila teknologi baharu itu sampai dan sedia untuk digunakan semua negara memang boleh menggunakan teknologi tersebut. Tapi dengan adanya perfahaman berkenaan dengan apakah sebenarnya perlu dilihat sebagai penerima gunaan untuk teknologi-teknologi baharu seperti itu. Jadi, Yang Berhormat kalau kita lihat dari sudut itu, kita sedia maklum bahawa AI ini akan membawa kesan positif, tapi dalam masa yang sama, ia nya juga akan membawa risiko. Dan untuk kita memastikan bahawa setiap negara bersedia untuk mengambil bahagian- bahagian positif daripada AI ini, kita juga perlu ada perbincangan berkaitan dengan apakah risiko sebenarnya yang akan kita hadapi. Dalam konteks itu, kita lihat soal pembinaan ekosistem-ekosistem tempatan itu harus dilihat dari aspek ekosistem yang selaras dengan ekosistem-ekosistem negara lain. Saya bagi contoh Yang Berhormat, kalau kita ada industri di mana kita membuat produk-produk tertentu, kita nak pastikan bahawa produk-produk tertentu itu adalah produk- produk yang mempunyai piawaian yang boleh diterima oleh negara-negara lain. Oleh itu, kita lihat produk-produk kita itu selepas kita membangunkan produk itu, kita boleh jual produk itu kepada negara lain kerana ia nya selaras dengan piawaian negara-negara tersebut. Tapi untuk tujuan tersebut, kita perlu ada perbincangan. Kita perlu bawa bersama bagaimana kita lihat untuk mewujudkan ekosistem di mana kita boleh memastikan bahawa produk-produk yang kita laksanakan atau lancarkan dengan menggunakan AI ini adalah produk-produk yang boleh diterima bukan sahaja di negara kita tapi negara-negara serantau dan juga peringkat global. Itu satu contoh, tapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan jawapan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

...Rancangan ini, perbincangan ini sangat luas. Jadi, itu sebab kita melihat perlunya untuk kita menubuhkan AI Safe. AI Safe itu membawa bersama semua negara di mana perbincangan dapat diadakan dan ia bertempat di Kuala Lumpur. Dan kita lihat kepada satu pelan yang dapat dirangkakan untuk memastikan bahawa ekosistem AI yang diwujudkan di setiap negara ini adalah ekosistem yang membolehkan kita bekerjasama untuk kebaikan semua negara bergerak ke depan, Yang Berhormat. Terima kasih. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Pasir Mas.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pasir Mas.

Okey. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Menteri menyebut berkenaan dengan perbincangan dengan negara-negara lain tetapi saya ingin membawa kepada satu halangan ataupun satu isu yang termaktub dalam Agreement of Reciprocal Trade ataupun ART yang telah pun diberitahu oleh Perdana Menteri, ia telah dibawa berulang kali di dalam Kabinet. Dan sudah tentu Yang Berhormat sebagai salah seorang Ahli Kabinet menyedari impak perjanjian ini terhadap kedaulatan digital itu sendiri. Menteri, saya bila saya teliti di

dalam perjanjian ini, tidak ada satu pun klausa yang menjamin teknologi transfer, AI capacity building atau pembangunan bakat tempatan dalam bidang kecerdasan buatan. Tetapi yang ada hanyalah memberikan ruang kepada syarikat gergasi asing mengaut keuntungan tanpa apa-apa obligasi membina— untuk membina keupayaan rakyat Malaysia itu sendiri. Dan lebih membimbangkan, ART ini menyekat kerajaan daripada berunding atau menandatangani sebarang perjanjian serupa dengan negara lain tanpa persetujuan Amerika Syarikat terlebih dahulu. Agak sedikit kontradik dengan apa yang Menteri sebut tentang perundingan dengan negara-negara lain. Jadi, soalan saya ialah kenapa kita berbeza dengan Kemboja yang terlebih dahulu menandatangani ART versi mereka, yang lebih awal memasukkan komitmen terhadap digital trade, service and investment, dan trusted data transfer framework. Itu tidak ada dalam perjanjian kita. Soalan saya, adakah kerajaan benar-benar mahu menjadikan Malaysia ini sebagai AI Nation 2030 berdepan dengan halangan di dalam ART ini? Dan adakah sebenarnya kita sedang menyerahkan kunci kedaulatan digital pada negara lain dan menjadikan Malaysia hanya sekadar makmal uji kaji algoritma syarikat Silicon Valley? Terima kasih, Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Pasir Mas, saya minta Pasir Mas baca baik-baik ya, baca baik-baik artikel-artikel yang berkaitan itu. Persetujuan itu lain, consult itu lain. Ini perkataan yang sangat basic. Saya tak faham kenapa di sebelah sana itu tak boleh faham bahasa yang mudah-mudah ini. Asyik nak bawa perkataan-perkataan— read the document carefully. Fahamlah kita ini sekarang memerintah Malaysia, kita faham aspek kedaulatan. Kabinet itu bawa bersama perbincangan berkali-kali, kita lihat semua aspek. Soalan yang saya bangkitkan hari ini yang saya jawab berkaitan dengan AI Safe. Jawapan saya berkaitan dengan perbincangan yang diadakan dengan semua Menteri-menteri Digital di serantau. Jawapan saya, ya, ada perbincangan tapi soalan yang dilontarkan itu seolah-olah tidak ada perbincangan, sekarang ada kekangan dan sebagainya. What are you talking about? Tak faham langsung ke kita sebagai Menteri-menteri Digital, every year kita ada ADGMIN, kita jumpa peringkat ASEAN. Kita bincanglah di situ apa kebaikan untuk kita sebagai rantau dan sebagainya. Saya rasa sudah cukuplah saya setuju dengan Tambun. Politik itu ada had dia. Kita nak buat baik untuk negara kita ini. Baca betul-betul dokumen itu. Tanya soalan yang cerdik, saya boleh jawab. Tapi kita nak ulang, ulang, ulang benda ini sampai bila? Saya minta maaf Yang Berhormat, tapi saya rasa ada had dia. Let us build this country together. Kita sedar berkenaan dengan kedaulatan. [Tepuk] Tapi saya lihat di sebelah sana itu memang tak nak terima hakikat bahawa dokumen itu, perkataan-perkataan itu jelas tidak menyekat kita, tidak memberikan kedaulatan kepada sesiapa. Kita kerajaan yang prihatin, kita nak kebaikan untuk negara kita. Let me tell you this.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Perbincangan yang diadakan dalam Kabinet ini dengan cukup jelas dan terperinci, kita lihat semua aspek. Jadi, kalau ada lagi apa-apa persoalan, saya sudi untuk jumpa, kita bincang. Tanyalah, tak ada masalah. Tapi dalam Dewan ini, sila baca baik-baik dan berikan penjelasan yang selari dengan perkataan yang digunakan di dalam dokumen tersebut. Puan Yang di- Pertua, terima kasih.

Tidak ada jawapan itu, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan nombor 2.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Komunikasi menyatakan sejauh mana keberkesanan program seperti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dalam meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed FadzilPKR · PHMenteri Komunikasi · Lembah Pantai

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia atau JAPEN merupakan agensi peneraju yang telah mengelola dan merancang pengisian program pada Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed FadzilPKR · PHMenteri Komunikasi · Lembah Pantai

Bagi mengukur tahap keberkesanan program, JAPEN telah melaksanakan kajian yang melibatkan 5,044 orang responden merangkumi pelbagai latar belakang, kaum dan peringkat umur. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap keberkesanan program kenegaraan dan patriotik berada pada tahap tinggi iaitu 91 peratus bersamaan dengan min 4.5 pada skala Likert. Dapatan ini adalah selari dengan objektif memperkukuh semangat kenegaraan serta jati diri rakyat Malaysia. Keseluruhan analisis yang dilaksana menunjukkan bahawa program-program yang dianjur sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan hanya berjaya meningkatkan kesedaran kenegaraan dan semangat patriotisme, malah turut menyemai rasa bangga dan sayang terhadap tanah air merentasi pelbagai lapisan masyarakat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 yang diadakan pada 31 Ogos baru-baru ini telah merekodkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung dan saya dapati ada juga yang berkhemah dan bermalam sehari lebih awal bersama ahli keluarga masing-masing di kawasan sekitar Presint 2 dan 3 di Putrajaya sebagai sokongan terhadap sambutan ini yang diadakan setiap tahun.

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed FadzilPKR · PHMenteri Komunikasi · Lembah Pantai

Justeru, program-program sempena sambutan bulan kebangsaan di seluruh negara akan terus diperhebat sebagai wahana perpaduan nasional melalui pendekatan komunikasi bersepadu dan strategi penglibatan rakyat secara menyeluruh. Kementerian Komunikasi berpendirian bahawa semangat patriotisme tidak harus diamalkan hanya pada waktu-waktu tertentu seperti ketika sambutan bulan kebangsaan dan dalam tempoh bulan Ogos-September itu. Sebaliknya, nilai cinta pada negara perlu diterapkan secara berterusan dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu, Kementerian Komunikasi melalui JAPEN telah melaksanakan inisiatif patriotisme sepanjang tahun yang bertujuan memupuk dan membudayakan semangat cinta pada tanah air melalui pelbagai aktiviti yang berterusan, inklusif serta dekat dengan kehidupan rakyat. Antara inisiatif utama yang dilaksana termasuklah Program Info on Wheels sepanjang tahun yang diadakan di semua peringkat daerah bagi menyampaikan mesej kebangsaan, perpaduan, integriti dan tanggungjawab bersama, di samping mendapatkan maklum balas rakyat secara dua hala. Kedua, Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diperluas secara modular bukan hanya sebagai konvoi pada bulan Ogos tapi juga sebagai aktiviti komuniti setempat seperti gotong royong, pengimarahan kawasan bersejarah, komuniti dan pengiktirafan ikon setempat yang menyumbang kepada negara. Ketiga, pengisian patriotik di sekolah, institut pengajian tinggi dan komuniti belia melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Belia Malaysia dan kelab kepimpinan kampus bagi menjadikan patriotisme sebahagian aktiviti kokurikulum, dialog isu semasa, program seni dan warisan serta sukarelawan komuniti. Dan yang terakhir, pembangunan kandungan digital patriotik yang berterusan melalui video pendek, dokumentari mini, animasi dan kandungan kreatif di platform media sosial agar mesej kebangsaan sampai kepada semua golongan khususnya belia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dungun.

Terima kasih. Program- program sangat penting dalam meningkatkan semangat kenegaraan. Tetapi, ada juga insiden-insiden yang melemahkan nilai sambutan seperti pemasangan bendera terbalik dan penghapusan lambang bulan sabit pada bendera, dan ini memberikan sedikit gambaran negatif khususnya kepada generasi muda.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

[Bangun]

Soalnya, apakah langkah konkrit dan jaminan kementerian yang akan diambil bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan bagi mengembalikan semula semangat patriotik masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda yang kelihatan agak sedikit jauh dari penghayatan simbol kenegaraan? Pohon penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, kalau kita lihat trend mutakhir ini di kalangan insiden kesilapan, kekhilafan sama ada pemasangan Jalur Gemilang ataupun pemaparan Jalur Gemilang dalam bahan- bahan sebaran, ia merentasi parti politik, ia merentasi di semua tempat.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

[Bangun]

[Bangun]

Kita dapati ada pihak yang mungkin terlalu mudah menghasilkan gambar, imej menggunakan kecerdasan buatan (AI) sehingga mereka tidak sempat nak kira berapa jalur yang ada, apakah susunan itu betul, bucu bintang cukup ataupun tidak. Jadi, ini satu kecuaian yang saya rasa perlu kita perbaiki. Kita semua ada peranan itu. Saya lihat di kalangan komuniti, hasrat mereka untuk memasang, mengibarkan Jalur Gemilang itu adalah hasil ataupun terbit daripada sanubari dan rasa cinta terhadap negara. Mungkin dalam kedua-dua isu pemasangan yang tersalah caranya dan penghasilan imej yang tidak betul, ini dua-dua ada aspek mekanikal yang boleh kita perbaiki bersama. Mekanikal, maksudnya dalam kes menghasilkan imej, prompt itu yang dimasukkan dan penghasilan gambar itu perlu diperbaiki. Bagi― mungkin di peringkat komuniti melalui Jabatan Penerangan, memang sebelum ini kita ada siri penjelasan, penerangan, modul untuk di peringkat komuniti. Maka, saya lihat untuk masa depan, usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang rasa cinta pada negara dan juga cara-cara mengibar Jalur Gemilang yang betul ini perlu kita awalkan bukan sekadar sepanjang bulan kebangsaan. Jadi, insya-Allah, ini akan kita rancakkan melalui Jabatan Penerangan dan pegawai-pegawai penerangan yang ada di setiap daerah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ledang.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi ada sebut berkenaan dengan kajian dan responden dari segi tahap patriotisme. Mungkin boleh juga dikongsi tahap patriotisme di kalangan Generasi Z ataupun Gen Z. Sebab, saya lihat apa yang berlaku di luar sana, termasuk dalam Dewan ini, diperhatikan oleh anak-anak muda dan mereka melihat ini sebagai contoh-contoh yang berlaku. Jadi, kalau dalam Dewan pun tidak ada semangat untuk cintakan negara, bagaimana di luar sana untuk cintakan negara? Jadi, apakah tindakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk fokus, tumpu kepada Gen Z ini? Bagaimana kita nak tingkatkan semangat patriotisme di kalangan mereka yang, pada mereka, seolah-olah tidak penting? Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau kita lihat, mungkin bukan sekadar Gen Z tapi juga Gen Alpha. Gen Alpha ini adalah anak- anak yang lebih muda, yang mungkin di peringkat bangku sekolah, Darjah 1 sampai Tingkatan 5, yang bahasa mereka sangat berbeza, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya rasa

ramai yang mungkin tak tahu apa itu six seven. Mungkin Yang Berhormat Muar tahu. Six seven― tahu ya? Tak tahu. Dia pun bukan― dia pun tak tahu. Ini adalah bahasa yang sangat berbeza. Tapi, itu menunjukkan bahawa generasi yang ada sekarang melihat dan menerima maklumat dengan pola ataupun model ataupun cara yang sangat berbeza. Maka, itulah sebabnya di peringkat Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan beberapa yang lain, kita perlu sesuaikan cara kita menyampaikan elemen-elemen dan juga maklumat mengenai aspek cinta pada negara, elemen-elemen kenegaraan ini dengan cara yang berbeza. Mungkin kalau dulu, taklimat, syarahan itu sesuai. Tapi, untuk generasi Gen Z dan Gen Alpha, mungkin kita kena bercakap dalam dengan cara mereka. Saya tahu, hangat dibincangkan baru-baru ini tentang Roblox. Tapi, mungkin bagi generasi Gen Z dan Gen Alpha, mungkin kita perlu lihat kepada penggunaan platform-platform seperti itu― contoh― untuk kita menaikkan dan menyemarakkan rasa cinta pada negara. Saya tak― saya rasa ini salah satu mungkin yang perlu kita teliti. Maksudnya, mereka tidak mungkin membaca surat khabar lagi. Bagi mereka, lebih kepada media sosial. Jadi, mungkin kita kena ke arah media sosial untuk menyampaikan mesej-mesej seperti ini. Terima kasih.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Speaker, soalan singkat. Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Soalan singkat.

Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru · question

3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Kewangan menyatakan sejak 'interim measures' dilaksanakan, berapakah kes-kes syarikat insurans yang didapati melanggar interim measures. Nyatakan jenis-jenis pelanggaran dan apakah tindakan Bank Negara ke atas syarikat-syarikat tersebut.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru berkenaan dengan isu yang amat selalu ditanyakan. Bank Negara Malaysia dan Industri Insurans dan Takaful telah mengumumkan langkah-langkah interim untuk membantu pemegang polisi yang mengalami perubahan pada premium produk insurans perubatan dan kesihatan, MHIT yang didorong oleh inflasi kos perubatan. Sebagai langkah kawalan sepanjang tempoh interim ini, insurans dan takaful operators, dengan izin atau ITO dikehendaki mengemukakan semua maklumat yang diperlukan kepada pihak Bank Negara Malaysia untuk tujuan semakan sebelum ITO melaksanakan pelarasan semula premium. Bank Negara Malaysia tidak membenarkan pihak ITO untuk melaksanakan sebarang pelarasan semula premium jika cadangan tersebut tidak mematuhi langkah interim sepenuhnya.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Untuk maklumat Yang Berhormat, sasaran awal yang ditetapkan terhadap langkah interim adalah 80 peratus dari pemegang polisi tidak akan mengalami pelarasan premium melebihi 10 peratus yang disebabkan oleh kos inflasi perubatan. Berdasarkan data terkini, lebih daripada 90 peratus pemegang polisi mengalami pelarasan premium kurang daripada 10 peratus pada tahun pertama. Ini adalah pencapaian yang lebih baik dari sasaran awal yang ditetapkan. Bagi sebilangan kecil pemegang polisi yang mengalami pelarasan premium yang lebih tinggi, ia melibatkan produk yang telah lama tidak disemak semula harganya. Bagi kumpulan ini, pihak ITO telah menyediakan pilihan pelan alternatif yang lebih mampu milik untuk dipertimbangkan oleh pemegang polisi. Tambahan pula terdapat juga pemegang polisi MHIT yang mengalami kenaikan premium disebabkan oleh peralihan umur. Pelarasan premium akibat peralihan umur telah pun dimaklumkan kepada pemegang polisi semasa pembelian dibuat. Sebarang isu berkaitan pelarasan ini akan ditangani secara berasingan oleh pihak ITO. Pemegang polisi yang mempunyai pertikaian mengenai pelarasan premium mereka disarankan untuk merujuk kepada ITO yang berkaitan terlebih dahulu. Sekiranya pemegang polisi masih tidak berpuas hati, mereka boleh menghubungi BNMLINK di mana sebarang pertikaian akan diselesaikan secara case by case basis, dengan izin. Berdasarkan data terkini, sebanyak 190 aduan mengenai MHIT daripada orang awam telah diterima oleh BNMLINK. Daripada jumlah tersebut, 94 peratus ataupun 179 aduan telah diselesaikan oleh pihak ITO. Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan langkah-langkah interim dalam tempoh tiga tahun ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak ITO yang tidak memenuhi kehendak langkah-langkah interim tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri. Selepas langkah interim dilaksanakan pelbagai isu timbul dan didedahkan berkenaan dengan ITO dan tatacara mereka. Antaranya mencampuri keputusan klinikal doktor pakar seperti yang dilaporkan oleh CodeBlue. Kedua, penarikan guarantee letter. Ketiga, penolakan tuntutan atas alasan rawatan tidak mengikut protokol. Keempat, kenaikan premium mendadak kerana age bracket. Kelima, pemotongan tempoh perlindungan. Keenam, masalah investment-link yang pelbagai dan penuh dengan pelbagai masalah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan pelarasan premium insurans MHIT adalah munasabah dan memihak kepada rakyat kerana rakyat ini mereka rasa tidak ada orang menjaga mereka mengikut undang-undang negara dan menghentikan segala praktis-praktis yang melanggar kod etika. Apakah peranan TPA serta jawatankuasa mekanisme aduan kesihatan iaitu GMC dalam menyelaraskan antara pengamal perubatan dan pihak insurans. Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Kerajaan memang mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi. Secara amnya–– sebab banyak isu yang dibangkitkan. Secara amnya cabaran kos inflasi perubatan adalah kompleks dan memerlukan pendekatan whole of nation approach, dengan izin. Reformasi jangka panjang amat diperlukan untuk menangani punca sebenar inflasi perubatan dan memastikan sistem perlindungan kesihatan swasta lebih berdaya tahan dan inklusif. Untuk isu berkaitan dengan peranan TPA atau third-party administrator, dengan izin pihak insurans dan pengendali takaful mempunyai tanggungjawab terhadap pemegang polisi untuk menyemak dan mengurus tuntutan mengikut terma kontrak termasuklah mengesahkan bahawa tuntutan tersebut berada dalam skop prosedur yang dilindungi oleh polisi serta perlu secara perubatan (medically necessary). Minta sedikit masa lagi ya, Puan Yang di-Pertua. Penyemakan ini dibuat semata- mata untuk mengesahkan apa yang dilindungi dan boleh dituntut berdasarkan protokol rawatan yang diterima pakai secara lazim, berpandukan garis panduan amalan klinikal (clinical practice guideline) termasuk yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam kes di mana rawatan tidak mengikut protokol rawatan yang lazim, ITO akan membuat semakan lanjut yang sewajarnya untuk memahami sebab klinikal bagi rawatan tersebut. Jika rawatan tersebut didapati perlu secara perubatan, tuntutan mestilah dibayar. Ini penting bagi mengawal inflasi tuntutan perubatan yang berpunca daripada pembaziran dan penyalahgunaan yang jika tidak dikawal boleh menyebabkan kenaikan premium insurans yang tidak munasabah dan menjejaskan semua pemegang polisi.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Ingin juga di sini saya tegaskan pihak ITO dan pentadbir pihak ketiga atau TPA tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penjagaan pesakit. Sebaliknya ia kekal sebagai tanggungjawab eksklusif para doktor. Jika rawatan yang disyorkan tidak dilindungi di bawah polisi insurans, bayaran boleh diselesaikan secara langsung oleh pesakit. Juga untuk maklumat, data industri menunjukkan bahawa industri ITO telah mengekalkan purata kadar kelulusan tuntutan melebihi 90 peratus. Namun begitu kerajaan bersama Bank Negara dan pihak industri perubatan, hospital dan ITO sedang mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan atau dengan izin seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi GMC atau Grievance Mechanism Committee. Jawatankuasa ini berperanan sebagai platform industri untuk menangani isu amalan operasi dan perniagaan seperti menyelaras amalan operasi bagi mengurangkan kelewatan dalam pengeluaran surat jaminan dan menyemak kes-kes di mana terdapat pertikaian berkenaan dengan rawatan yang perlu dibayar di bawah polisi MHIT.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Jadi, berdasarkan perbincangan, GMC boleh mengeluarkan panduan sebagai rujukan kepada pihak pembayar, pengamal perubatan dan penyedia perkhidmatan kesihatan untuk kes-kes serupa pada masa hadapan. Jadi, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Speaker. Sebelum saya bertanya soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli Kelab Amal Solehah Besut, Terengganu ke persidangan Dewan Rakyat pagi ini. [Tepuk] Baik mereka ini adalah NGO yang banyak menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan tanpa mengira masa dan penat...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, soalan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Saya dapat arahan macam itu, saya baca sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Itu bukan arahan saya, soalan.

[Dewan ketawa]

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Ahli Parlimen pun rasanya ada juga arahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Mahu tanya soalan atau tidak?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih, minta maaf. Baik, soalan saya Timbalan Menteri untuk soalan tiga. Adakah kerajaan bercadang untuk melanjutkan langkah interim bagi mengehadkan kenaikan premium insurans kesihatan dan apakah strategi jangka panjang bagi menangani inflasi perubatan serta memastikan daya tahan sistem insurans kesihatan swasta? Mohon jawapan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seperti yang dinyatakan tadi, Bank Negara bersama dengan industri insurans telah melaksanakan beberapa langkah interim untuk membantu pemegang polisi menangani kenaikan kos premium untuk perubatan. Untuk makluman, langkah interim hanyalah penyelesaian sementara.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Penerusan langkah interim ini selepas tiga tahun akan memberi kesan kepada daya tahan jangka panjang produk insurans kesihatan. Jadi, cabaran kos inflasi perubatan adalah kompleks dan memerlukan pendekatan seperti yang disebut tadi whole of nation approach, dengan izin. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, sebahagian daripada inisiatif di bawah strategi RESET, usaha sedang dipergiat untuk membangunkan produk asas yang dijangka akan ditawarkan pada awal tahun 2027 dan akan menyediakan pilihan perlindungan berasaskan nilai yang lebih mampan dan mampu milik. Sepanjang tempoh tiga tahun yang akan datang, Bank Negara akan menjalankan pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan langkah interim dan sekiranya pihak ITO yang

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

didapati mengabaikan atau tidak mematuhi ketetapan tersebut, tindakan tegas akan diambil. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Dr. Radzi Jidin, Putrajaya.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Putrajaya nombor 4.

Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNPutrajaya · question

4. Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) penambahbaikan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan pelaksanaan pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik bagi tempoh 2023 sehingga kini; dan (b) adakah cadangan pewujudan Bank Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik yang diumumkan pada Jun 2022 telah dilaksana. Sekiranya tidak, mohon penjelasan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Putrajaya. Pentaksiran berasaskan sekolah telah diperkenalkan lebih daripada 10 tahun yang lalu iaitu mulai tahun 2011 di sekolah rendah dan tahun 2012 di sekolah menengah. Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam konteks Pentaksiran Bilik Darjah, guru memantau perkembangan kemajuan dan penguasaan setiap murid sepanjang proses pembelajaran. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid dengan— seiring dengan keperluan semasa. KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan pentaksiran berasaskan sekolah melibatkan empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Kokurikulum dan juga Pentaksiran Psikometrik. Dalam usaha menambah baik Pentaksiran Bilik Darjah sebagai satu komponen pentaksiran berasaskan sekolah, KPM melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik yang merupakan pentaksiran sumatif dalam PBD. Ujian ini bersifat low-stakes dan mampu mengurangkan dan bersifat low-stakes dan mulai sesi akademik 2024-2025. Pelaporan Ujian Akhir Sesi Akademik telah ditukar daripada tahap penguasaan kepada bentuk markah dan juga bentuk gred bagi memudahkan kefahaman ibu bapa. Pelaporan PBD ini bagi pentaksiran berterusan dan Ujian Akhir Sesi Akademik juga boleh diakses oleh ibu bapa melalui sistem semakan keputusan pentaksiran yang akan bermula akhir sesi akademik iaitu pada tahun ini. Nombor dua berkenaan dengan UASA – Ujian Akhir Sesi Akademik. Ia telah pun diperkenalkan mulai sesi akademik 2022–2023 dan merupakan satu bentuk pentaksiran sumatif dalam komponen pentaksiran bilik darjah. Ujian ini dilaksanakan seiring peperiksaan akhir tahun yang sebelum ini dikendalikan oleh pihak sekolah di penghujung kalendar

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Taiping

akademik, melibatkan murid Tahun 4, 5, 6 bagi sekolah rendah dan juga murid Tingkatan 1, 2, 3 bagi sekolah menengah rendah. Bagi kalendar akademik 2022–2023 dan juga 2023–2024, KPM telah menyediakan Bank Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik melalui aplikasi pemasangan dan pengumpulan instrumen APPI dan ia nya boleh dimuat turun oleh pihak sekolah dalam penyediaan soalan. Dan dalam konteks pelaksanaan UASA, mulai sesi akademik 2024-2025, KPM memberikan autonomi penuh kepada sekolah dan guru dalam pelaksanaan UASA dan autonomi ini merangkumi aspek penyediaan soalan ujian, pentadbiran dan pengoperasian ujian, pemeriksaan serta pelaporan. Dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dan kualiti pentaksiran, KPM menyediakan format pentaksiran serta modul perealisasian item bagi membantu guru dalam penyediaan soalan serta panduan penskoran. Selain itu, bagi memastikan soalan yang dibangunkan selari dengan kandungan kurikulum yang ditetapkan, KPM turut menyediakan jadual spesifikasi ujian piawai sebagai rujukan utama bagi guru-guru kita. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Putrajaya.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum bertanya soalan, saya ingin bagi pihak Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kulim-Bandar Baharu ke Dewan Rakyat pada hari ini. [Tepuk] Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut dan kalau saya dengar tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa akhirnya bank soalan itu mula dilaksanakan. Kerana itulah merupakan satu perkara yang kita tetapkan dahulu apabila kita hapuskan peperiksaan UPSR ini, supaya ada bank soalan untuk memastikan soalan itu standard di seluruh negara. Satu lagi saya nak tanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada bank soalan, mengikut perancangan asal, akan ada satu sistem berpusat yang cekap, yang membolehkan guru memasukkan markah peperiksaan murid ini, yang UASA tadi sekali sahaja dan markah ini akan sampai kepada pihak Kementerian Pendidikan, daripada seluruh negara. Kementerian Pendidikan boleh menganalisa keputusan markah murid-murid ini untuk melihat sama ada perlu intervensi di mana-mana daerah atau mana-mana sekolah. Maknanya, cikgu masuk sekali keputusan, sampai ke KPM, KPM boleh buat analisa. Ini kerana kita pada waktu itu ingin menangani keadaan di mana ibu bapa rasa bahawa KPM tak tahu kat mana nak buat intervensi. Jadi, sebagai contoh, katakanlah kalau ada trend di kawasan tertentu, bahasa Inggerisnya di daerah itu pencapaiannya tidak seperti yang sepatutnya, maka KPM tahu dan intervensi akan dibuat. Jadi, saya nak tanya sama ada perancangan asal ini untuk mewujudkan sistem ini yang membolehkan guru masukkan markah sekali sahaja, sampai kat KPM telah dilaksanakan. Jika tidak, apakah pendekatan yang akan digunakan oleh KPM bagi membolehkan KPM melihat secara keseluruhan pencapaian anak-anak murid kita di seluruh

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

negara, khususnya dalam konteks membaca, menulis, mengira dan menakul. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Putrajaya. Dua perkara. Perkara pertama, berkenaan dengan bank soalan. Suka juga saya jelaskan sedikit hasil daripada soalan tadi. Berkenaan dengan bank soalan, kita guna pakai untuk dua kali. Kali pertama 2022-2023 dan kali kedua 2023–2024. Tahun ini kita sudah sampai ke tahun keempat UASA dan mulai kali ketiga iaitu tahun 2024–2025 kita memberikan autonomi kepada pihak guru-guru, jurulatih, I mean guru-guru yang telah pun dilatih untuk membina item-item soalan tersebut. So, itu adalah berkenaan dengan isu bank soalan yang mana pembinaan item itu telah pun sebelum ini disebut oleh saya dalam Dewan ini, yang mana ia haruslah mengikuti standard dan juga jadual spesifikasi ujian piawai yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Itu pertama. Nombor dua, berkenaan dengan sistem yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi. KPM sekarang sememangnya sedang menggunakan Sistem Pentaksiran Pengurusan Bersepadu, yang mana guru-guru seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya bolehlah memasukkan gred ataupun prestasi anak-anak itu ke dalam Sistem Pentaksiran Pengurusan Bersepadu ini. Dan pada masa yang sama, dalam pembaharuan bagi kita, yang mana pihak ibu bapa juga boleh menyemak keputusan pentaksiran anak-anak mereka dalam sistem semakan keputusan pentaksiran dan untuk ibu bapa ini kita mula pada tahun ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Betong, Betong.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tahun ini batch SPM merupakan batch yang pertama yang telah melalui dasar baru PBD ini dan soalan saya adalah berasas mengenai pelaksanaan dan keberkesanan dasar PBD ini iaitu pentaksiran berasaskan darjah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan keseragaman standard pentaksiran di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar agar tidak wujud jurang penilaian? Dan bagaimanakah kementerian menangani isu beban kerja kepada guru yang sentiasa diutarakan, guru-guru di sekolah-sekolah dalam mereka melaksanakan dasar PBD ini yang memerlukan pelaporan, yang memerlukan dokumentasi yang berterusan? Sekian, terima kasih.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Okey, terima kasih Yang Berhormat Betong atas soalan yang dikemukakan berkenaan dengan Pentaksiran Bilik Darjah yang berterusan dan juga mungkin pelaksanaan UASA seperti yang kita selalu sebut.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Untuk memastikan ataupun memperkasakan keupayaan guru. Puan Yang di-Pertua, KPM dalam masa dua tahun telah pun melatih seramai 259,656 orang guru dalam aspek penyediaan soalan dan juga pelaksanaan ujian dan ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran guru dalam bidang pedagogi dan juga pentaksiran pendidikan dan pada masa yang sama juga KPM melaksanakan kunjung bantu kepada sekolah-sekolah bagi memberikan bimbingan dan sokongan kepada warga pendidik kita dalam mengendalikan ujian akhir sesi akademik. Dan izinkan saya untuk menyatakan berkenaan dengan standard ataupun yang standard yang kita hendak tetapkan bagi kesemua sekolah yang mana seperti yang saya jawab sebelum ini pihak Lembaga Peperiksaan ada menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian piawai yang kita sampaikan kepada kesemua sekolah apabila guru-guru menyediakan soalan hendaklah mengikuti jadual spesifikasi ujian piawai ini yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Maksudnya, guru-guru tidak boleh sesuka hati membina soalan tetapi kita ada satu JSU yang harus diguna pakai dan panduan telah pun diberikan kepada guru-guru kita dan segala berjalan dengan lancar dalam dua tahun kebelakangan ini. Terima kasih, Yang Berhormat Betong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Terima kasih Yang di-Pertua. Betul, Hulu Langat. Soalan saya nombor 5.

Pantun tak ada?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Pantun tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak perlu.

[Dewan ketawa]

Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat · question

5. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan: (a) apakah langkah kementerian dalam Belanjawan 2026 untuk menstabilkan harga barang asas seperti beras, telur, minyak masak dan ayam agar kekal mampu milik; dan (b) adakah Belanjawan 2026 memperuntukkan dana tambahan untuk memperkukuh penguatkuasaan kawalan harga bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan.

Datuk Dr. Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat pagi, salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat di atas keprihatinan soalan ini.

Datuk Dr. Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Puan Yang di-Pertua, dalam pasaran bebas harga barangan dan perkhidmatan amat bergantung rapat kepada faktor penawaran dan permintaan dengan izin, supply and demand dan amat penting untuk kita memahami bahawa kedua-dua ini akan mengawal kestabilan harga barang dan juga akan mengawal harga barang. Jadi, ia nya terkait rapat juga dengan kemampuan KPDN yang mengimbangi kedua-dua ini. Amat penting juga kita fahami bahawa ada ekosistem dan ada faktor-faktor yang akan mempengaruhi penawaran serta juga permintaan. Contoh, apabila musim perayaan, permintaannya tinggi. Kalau supply-nya sama dengan izin, Puan Yang di-Pertua, maka harganya akan tentu sekali naik. Jadi, maka di sini ada dua akta yang merupakan memberi punca kuasa kepada KPDN untuk mengimbangi bekalan dan penawaran ini. Yang pertama ialah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kedua ialah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Menggunakan kedua-dua akta ini KPDN boleh mengawal harga barang dan menstabilkan harga barang. Contoh, apabila supply-nya kurang, faktor-faktor seperti geopolitik, faktor seperti bencana, faktor seperti climate change, di mana kalau banjir, mungkin musim tengkujuh dan banjir, barangnya supply-nya kurang. Jadi, ada kemungkinan harganya naik. Jadi kita akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk menstabilkan harga dan mengawal harga. Puan di-Pertua, di masa yang sama membanteras kartel juga merupakan langkah yang penting di dalam memastikan bahawa harga itu terkawal kerana apabila ada pakatan mengawal pakatan kartel ini maka mereka menentukan harga. Jadi, ini ada juga kesan kepada penstabilan harga. Bagi bahagian yang kedua, Puan Yang di-Pertua, soalan Hulu Langat bahagian yang kedua itu berkenaan dengan dana tambahan untuk memperkukuh penguatkuasaan kawalan harga. Bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan. Puan Yang di-Pertua, dia ada beberapa ops seperti Ops Pantau. Ops Pantau ini ialah untuk memeriksa harga setiap hari yang di bawah penguat kuasa. Ada juga Ops Menu yang akan melihat ke restoran, kedai-kedai makan dan Ops Indah, Hulu Langat khusus untuk tahun depan di mana ini adalah Tahun Melawat Malaysia. Jadi, perlu kita pastikan bahawa harga-harga ini terkawal dan tidak ada yang mengambil kesempatan. Program PATUH juga baru dilaksanakan, baru diperkenalkan untuk menjaga, untuk memastikan bahawa tanda harga itu diguna pakai di kedai-kedai, di pasar dan sebagainya. Jadi, ada peruntukan tambahan untuk tahun 2026, Puan Yang di-Pertua, sebanyak RM128 juta khusus untuk emolumen di mana ini akan diperuntukkan untuk tuntutan kerja lebih masa pegawai penguat kuasa untuk melaksanakan semua ops-ops tambahan ini pada tahun 2026 terutamanya untuk apa orang kata, menangani Tahun Melawat Malaysia ya. Saya rasa sekian, setakat ini harap dapat menjawab soalan Hulu Langat. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Terima kasih, Menteri. Saya dengar tadi dua kali Menteri sebut pakatan-pakatan. Ha, Pakatan Harapan lah itu. Cuma saya nak sebutkan begini. Sebab Menteri pun sebut tadi soal berkaitan dengan perayaan. Kita sedar tak? Maksudnya kalau dulu ini musim-musim perayaan ini kadang-kadang gula tak ada, tepung tak ada, minyak masak tak ada, ayam tak ada kadang-kadang, kan? Tapi, sekarang ni di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI ini, dah tiga tahun ini kita tengok barangan ni ada je. Dah tiga empat tahun kan kita sambut bulan puasa ke hari raya ke kan? Barangan tu ada ke?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jadi, saya nak tahu apa pendekatan dan juga strategi yang digunakan oleh KPDN dan juga Kementerian Pertanian dalam berstrategi untuk mengekalkan barangan ini ada. Kalau dulu-dulu itu kejap ini tak adalah itu, kejap ini kena sorok dan sebagainya. Cuma, soalan saya macam ini, apakah mekanisme penguatkuasaan khusus KPDN sekiranya syarikat-syarikat, contohnya, syarikat logistik yang telah pun menerima subsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), dia dapati masih menaikkan harga perkhidmatan mereka dan memindahkan kos tambahan kepada pengguna. Adakah ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta 723? Cuma, soal barangan masa musim perayaan ada itu saya nak minta juga Menteri jawab. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Hulu Langat di atas soalan tambahan yang bab Kementerian Pertanian itu saya tak boleh jawab lah ya. Tapi, saya jawab di dalam bidang kuasa saya. Puan Yang di-Pertua berkenaan dengan musim perayaan. Betul, pada musim perayaan ada peningkatan permintaan. Contohnya, masa di Deepavali ada peningkatan kacang dal, permintaan untuk kacang dal contohnya, ataupun permintaan untuk daging kambing ya. Musim raya puasa ada peningkatan permintaan untuk kacang panjang. Orang masak lodeh. Ya, orang Jawa macam apa ni Hulu Langat ini. Ya. Masak lodeh dan buat sambal. Sambal apa goreng. Ya, jadi ada permintaan yang tinggi untuk kacang panjang. Jadi, dalam hal ini KPDN memperkenalkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. Di sini kita kawal harga untuk satu tempoh yang tertentu, mungkin lima hari sebelum perayaan, sewaktu musim perayaan dan selepas musim perayaan ya. Kita kawal harga, ada harga maksimum untuk barang- barang tertentu yang digunakan sewaktu musim perayaan. Soalan yang kedua berkenaan dengan yang ambil kesempatan. Yang ambil kesempatan ini banyak ketika, Hulu Langat, ada ramai yang mengambil kesempatan. Bila ada diumumkan pelarasan gaji penjawat awam, ada yang mengambil kesempatan, bila diumumkan berkenaan dengan peluasan SST, ada yang ambil kesempatan. Bila dikeluarkan bajet untuk SARA, ada yang mengambil kesempatan. Bila ada SKPS, SKDS juga ada yang

mengambil kesempatan. Maka dalam hal ini Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan digunakan. Untuk makluman Yang Berhormat, waktu kita nak tarik apa kita nak maklumkan berkenaan dengan penarikan subsidi telur ayam, contohnya, satu bulan sebelum itu, penguatkuasa pegawai KPDN sudah pun mengumpulkan data supaya kita tahu kos pengeluaran telur itu satu bulan sebelum diapungkan harga. Dan kita boleh tahu sewaktu diapungkan harga berapa ada kenaikan, sekiranya ada kenaikan. Dan sekiranya ada kenaikan terus akan dikeluarkan notis ya, notis dan mereka perlu memberi kepada KPDN semua maklumat daripada sepanjang rantaian bekalan. Daripada kos pengeluaran, kos operasi, bayar pekerja, ya. Dan sehingga kos pengangkutan logistik terus sampai kepada peruncit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan jawapan.

Jadi Puan Yang di-Pertua, apa yang saya katakan, saya nak tegaskan bahawa KPDN menegaskan bahawa tidak wajar sesiapa mengambil kesempatan dan memindahkan kos tambahan kepada pengguna dalam apa saja keadaan. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Setiu.

Setiu. Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, soalan tambahan saya. Isu kekurangan ataupun ketiadaan barang-barang keperluan seperti gula, minyak masak ini sudah lama menghantui kita. Sehingga pembeli dihadkan pembelian di pasar raya, di kedai-kedai. Jadi, soalan saya, dalam laporan Harian Metro baru ini, melaporkan bahawa KPDN telah menerima 420 aduan berkait dengan isu minyak masak subsidi dan 37 aduan diadukan berkait dengan isu minyak subsidi yang disorok. Jadi, apakah inisiatif ataupun tindakan proaktif kerajaan dalam menangani isu ini? Dan kerajaan telah menubuhkan MyCC untuk menyelesaikan isu kartel. Apakah kayu pengukur yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur sejauh manakah ia telah dapat ditangani atau belum dan sejauh manakah penubuhan MyCC ini dapat menstabilkan harga di pasaran? Sekian, terima kasih.

Ada tiga soalan itu, Puan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

Kita beralih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya cuba jawab ya tiga soalan tu. Yang pertama berkenaan dengan ketiadaan bekalan. Sebenarnya kita mengehadkan belian bukan sebab ketiadaan bekalan. Dia sebab dia subsidi, dia ada sekian saja jumlah maka dia ada had pembelian. Ya, had pembelian. Kalau kita ada 60,000 metric ton kuota yang kita keluarkan untuk minyak masak paket, maka

had pembeliannya ialah dua minyak masak paket sekali beli. Ya, bukan sebab — sebab kita ada subsidi jadi dia ada terhad jumlahnya. Kemudian berkenaan dengan aduan kalau sekiranya disorok. Ini tentu sekali apabila disorok, ya, dia ada paniklah, orang tak jumpa barang tu dan sebagainya. Di sini antara perkara-perkara yang dilakukan oleh KPDN ialah memastikan bahawa tiada ketirisan. Ini bawah Ops Tiris, memastikan tiada ketirisan di situ. Yang ketiga berkenaan dengan MyCC. MyCC ialah berkenaan dengan satu agensi yang mempromosikan persaingan. Jadi, apabila ada pakatan, Yang Berhormat Setiu, bila ada pakatan, dia tidak ada persaingan. Dia pakat harga. Jadi, contoh kartel makanan ayam, ada lima syarikat berpakat. Ya, lima syarikat berpakat, dia tentukan sama sahaja harga. Jadi, kalau orang yang membela ayam ni, ya, ladang ni, nak pergi ke A harga sama, B harga sama, C harga sama, dan D harga sama. Jadi, di situ tak ada persaingan. Jadi, kita dah lihat dalam laporan bahawa sudah pun dibanteras. Kenyataan terkini MyCC berkenaan dengan kartel tipuan bida. Maksudnya masuk tender kerajaan sama— syarikat yang sama tapi nama lain-lain. Itu juga ada laporan terkini berkenaan, sudah pun dibanteras. Bagaimana keberkesanannya apabila kita banteras kartel ini, Yang Berhormat? Apa yang berlaku ialah mereka tidak lagi berpakat. Apabila tidak ada pakatan, tak boleh berpakat, dan dilarang berpakat, maka berlakulah persaingan. Apabila berlaku persaingan yang sihat di bawah Akta Persaingan itu, dia akan memastikan bahawa harga barang itu terkawal kerana kita boleh ada pilihan. Ya, pengguna ada pilihan untuk memilih yang mana satu yang terbaik. Jadi, setakat ini alhamdulillah MyCC telah menunjukkan taringnya Yang Berhormat, ya, dan ada banyak laporan-laporan yang terkini berkenaan dengan dakwaan-dakwaan yang dikenakan. Contoh yang terkini ialah kartel tipuan bida yang dilaporkan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Baik, majlis terus dengan jawapan soalan lisan berikut. Saya persilakan Datuk Muslimin bin Yahya, Yang Berhormat Sungai Besar.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar · question

6. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapakah kedai Koop Mart di seluruh Malaysia ketika ini, berapakah bilangan Koop Mart yang masih aktif dan apa usaha Suruhanjaya Koperasi untuk memastikan Koop Mart terus berdaya saing dan mampu memberi pulangan kepada ahli-ahli Koperasi.

Dato’ Sri Ramanan RamakrishnanPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Buloh

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengalukan kehadiran pelajar dan guru daripada sekolah Oakbridge International School...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

...Yang dipimpin oleh Guru Besar, Puan Michelle Mah Sherini. [Tepuk] Terima kasih atas soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Sungai Besar. Sehingga kini, bilangan kedai Coop Mart yang aktif beroperasi di seluruh negara adalah berjumlah 2,623. Dengan pecahan mengikut kategori koperasi berikut; kategori dewasa, 652 outlet; kategori kolej IPTA/IPTS, 120 outlet; kategori sekolah, 1,807 outlet; kategori D'Mart KPF, 39 outlet; kategori Angkasa Mart, 5 outlet. Bagi kawasan Parlimen Sungai Besar, terdapat sebanyak 13 outlet Coop Mart yang aktif merangkumi satu kategori pengguna dewasa dan 12 kategori sekolah. Dalam hubungan ini, bagi mengukuhkan aspek rantaian bekalan melibatkan koperasi, antara usaha yang dilaksanakan untuk memastikan rangkaian Koop Mart terus berdaya saing dan memberi pulangan kepada anggota koperasi adalah melalui beberapa pendekatan utama seperti yang berikut: (i) penjenamaan dan promosi imej Coop Mart sebagai kedai komuniti rakyat dengan harga berpatutan melalui penyeragaman identiti Koop Mart serta mewujudkan kedai konsep di bandar utama sebagai ikon jenama Coop Mart; (ii) pengukuhan rantaian bekalan dengan memperbanyakkan pusat pengedaran (DC) iaitu distribution center, koperasi logistik serta mewujudkan produk jenama sendiri menggunakan private label, dengan izin, pada harga yang lebih rendah; (iii) pendigitalan dan inovasi melalui penggunaan sistem Point of Sale (POS) dengan inventori yang bersepadu membangunkan aplikasi mudah alih Coop Mart dan memanfaatkan analitik data; (iv) penawaran harga berpatutan seperti pelaksanaan diskaun khas kepada anggota koperasi, kempen harga komuniti di kawasan PPR atau B40 dan memperkenalkan pakej barangan asas dengan margin rendah untuk menarik pelanggan yang setia; (v) pengukuhan, kursus, dan latihan serta bimbingan berkaitan pengurusan koperasi oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA);

(vi) pemilihan premis Coop Mart sebagai rakan niaga MyKasih Foundation bagi penebusan barangan di bawah program MySara dan MyKasih; dan, (vii) penglibatan aktif anggota dan komuniti setempat turut digalakkan melalui program promosi, jualan amal, rebat anggota dan aktiviti kemasyarakatan yang memperkukuhkan sokongan kepada Coop Mart serta peranan koperasi sebagai pemangkin pembangunan komuniti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Yang Berhormat Sungai Besar untuk soalan tambahan.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Daripada jawapan Timbalan Menteri tadi kita lihat kedai Coop Mart ini memiliki rangkaian yang agak besar, disebut tadi lebih daripada 600 koperasi dewasa dan saya dapat makluman ada lebih kurang 100 koperasi dewasa yang telah didaftarkan untuk penebusan MySara. Jadi, terima kasih, tapi tak termasuk Sungai Besar rasanya. Jadi, saya mohon selepas ini Sungai Besar dimasukkanlah. Cumanya saya rasa untuk Coop Mart berdaya saing dan berdaya maju perlu ada pelbagai strategi dari segi pengurusan. Yang pertama, pemasaran, teknologi dan paling penting adalah kerjasama komuniti di antara ahli supaya dia dapat memberi kepentingan kepada lebih tujuh juta ahli koperasi. Jadi, soalan. Apa kerjasama strategik dari segi bantuan dana, latihan, promosi yang dijalankan? Dengan siapa kerjasama strategik dijalankan? Dan berapa federasi peruncitan yang diwujudkan untuk membantu Coop Mart ini? Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya banyak bantuan yang telah disediakan.

[Bangun]

[Bangun]

Sebelum saya masuk kepada isu itu, untuk menyediakan lebih banyak Coop Mart yang diminta oleh Sungai Besar di kawasan tersebut kita akan pertimbangkan untuk dilaksanakan. Tetapi banyak bantuan diadakan, strategi kerjasama di bawah Suruhanjaya Koperasi untuk pembiayaan menggunakan Tabung Modal Pusingan (TMP) dan juga bantuan geran perniagaan juga disediakan.

Saya boleh bagi contoh khususnya kalau kita lihat bantuan TMP-SKM untuk Coop Mart dan juga distribution center bagi tahun 2025 sehingga 31 Oktober 2025 jumlah yang

telah diluluskan adalah RM1,170,000. Jumlah keseluruhan bantuan pembangunan yang telah diluluskan RM2,300,189. Selain daripada itu, promosi-promosi yang diadakan adalah melalui program- program sebagai Program Jualan MADANI Koperasi yang dijalankan dan dilaksanakan melalui SKM. Ada 96 program JMK dan JMKU yang telah dilaksanakan. Ini semua melibatkan 190 koperasi yang telah dilantik sebagai pengurus jualan dan subsidi juga disalurkan kepada mereka bernilai RM1.57 juta yang telah merekodkan nilai jualan berjumlah RM7.7 juta. So selain daripada itu, koperasi-koperasi tersebut dan peniaga-peniaga tersebut juga dapat mempamerkan barangan-barangan mereka di dalam Jualan MADANI yang disediakan di JMK dan JMKU. Selain daripada itu, kita juga menerima banyak bantuan daripada ANGKASA sebagai ejen untuk kita memberikan promosi pada mereka dan juga barangan dengan harga yang berpatutan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar tadi jawapan daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan suntikan dan insentif yang diberikan kepada Coop Mart supaya mereka ada daya saing. Sebab saya percaya antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah antara memberi insentif dan juga kendiri. Kita mahu supaya Coop Mart ini berdiri sendiri juga maju, berdaya saing dan mampu untuk meningkatkan dari segi keuntungan mereka. Tapi saya nak tanya tentang berkenaan dengan Coop Mart yang disebut oleh Timbalan Menteri baru-baru ini di kawasan-kawasan perumahan yang berpotensi tinggi seperti contohnya flat kos rendah, PPR dan juga PPAM. Apakah kriteria khusus yang digunakan untuk memilih lokasi ini dan adakah terdapat sasaran ketumpatan tertentu di mana contohnya satu Coop Mart bagi setiap jumlah penduduk tertentu ataupun ada analisis jurang berbanding dengan peruncitan swasta? Supaya perkara ini dapat diperhatikan dan dapat diteliti tidak ada kerugian ataupun ketirisan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Ramanan RamakrishnanPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya kita ada kerjasama dengan IKMa menggunakan digitalization juga pemilihan Coop Mart ini dibuat mengikut keperluan dan juga kepadatan penduduk di PPR. Tetapi kalau kita nak lihat bagaimana kita boleh membantu mereka daripada segi keuntungan mereka, ANGKASA telah melaksanakan program-program BA100, Program Bekalan ANGKASA 100 ini dia melibatkan kedai runcit-kedai runcit di bawah koperasi. Tetapi bantuan yang diberikan kepada kedai-kedai runcit yang ada di PPR ini bagi mereka untuk mendapat keuntungan yang lebih. Kedai-kedai ini digunakan sebagai DC, di distribution center. Sebab kalau diberikan mereka ruang untuk membeli, ahli-ahli koperasi ini yang menubuhkan Coop Mart ini dia hanya

Dato' Ramanan RamakrishnanPKR · PHSungai Buloh

boleh memberi barangan sebanyak RM400 hingga RM500. Jadi kita tidak boleh dapat harga runcit sebagai harga borong. Maka, apa yang telah dilaksanakan oleh ANGKASA, ANGKASA telah menubuhkan lima ANGKASA mart di mana ia digunakan sebagai distribution center. Di Kelana Jaya ada, di Tasik Gelugor Penang, di Pendang Kedah, Kota Kinabalu Sabah dan Kuching di Sarawak. Dan mereka menjual barangan asas, gula, minyak, beras, tepung, sardin dan sebagainya. Juga untuk memberikan mereka lebih banyak keuntungan, barangan OEM juga disediakan melalui ANGKASA sendiri dan keuntungan itu adalah daripada 30 hingga 40 peratus dan 20 peratus itu diberikan balik kepada Coop Mart yang berniaga, jadi boleh memberikan mereka keuntungan yang lebih. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Berikut Majlis mempersilakan Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan Beaufort nombor 7.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

Siti Aminah binti AchingUMNO · BNBeaufort · question

7. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Padas 2018 telah menggariskan 24 strategi dan 67 program tindakan untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun dengan anggaran kos sebanyak RM2.1 bilion. Apakah bentuk pembangunan yang telah dilaksanakan dalam mengatasi masalah air bersih dan banjir di Beaufort.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Padas yang disiapkan oleh JPS pada tahun 2018, menjadi mekanisme penting dalam mengurus lembangan sungai secara holistik, termasuk isu bekalan air bersih, kualiti air, risiko banjir dan pemeliharaan alam sekitar. Bagi aspek air bersih, beberapa projek telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan pinjaman dan langsung yang sedang dilaksanakan di Beaufort dan kawasan sekitar. Antaranya pertama, menaik taraf muka sauk di Loji Rawatan Air Beaufort 2 termasuk kerja-kerja berkaitan dengan kos RM29.93 juta. Projek ini telah bermula pada 4 Ogos 2025 dan dijangka siap dalam tahun 2027. Kedua, penggantian generator di muka sauk dan Loji Rawatan Air Beaufort 1 dengan anggaran kos RM2 juta. Pelaksanaan projek di jadual bermula pada penghujung Disember tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Bagi aspek banjir, kementerian melalui JPS sedang melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Padas yang bermula pada November 2024 dan

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

sehingga kini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 51.4 peratus mengikut jadual. Projek ini dijangka memberi perlindungan banjir kepada lebih 2,000 penduduk serta kawasan seluas 1,000 hektar. Selain itu, di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah diluluskan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA), Pekan Beaufort dan Pekan Sipitang, Sabah. Sebagai makluman, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 telah bersetuju supaya PISMA ini dijadikan rujukan utama kepada pihak berkuasa negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju dan pihak berkaitan. PISMA berpandukan MSMA akan memastikan pembangunan lebih terancang, sistematik dan mampan sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat serta pencemaran. Sekian terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci yang diberikan. Soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan projek rintis kerjasama Malaysia dan Belanda di bawah skim Dutch Surge Support dalam teknologi kawalan banjir Beaufort? Sebagai contoh, sistem tebatan banjir pintar boleh dipasang di pintu kawalan automatik di Sungai Padas atau anak sungainya di Kampung Lawa, Kampung Batu 66 dan kawasan Pekan Beaufort. Sistem ini berfungsi membuka atau menutup pintu air secara real time mengikut kadar aliran sungai dan ramalan cuaca METMalaysia. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort. Mengenai cadangan untuk diadakan kerjasama di bawah skim Dutch Surge Support (DSS) memang ketika ini kita ada pilot project di Sabak Bernam yang diusahakan secara bersama untuk mendapat nasihat dan juga pandangan teknikal. Tetapi untuk kes ini memang kita kena tengok kesesuaian dari segi tapak, keupayaan teknologi serta kos serta keberkesanan jangka panjang.

[Bangun]

Cuma bila disebut soal teknologi bagaimana sama ada sistem automatik pintu air dan sebagainya, sememangnya di peringkat JPS kita telah mengaplikasikan sistem kawalan dan pemantauan dalam pengurusan banjir. Sebagai contoh, ada sistem yang kita panggil SCADA, Supervisory Control and Data Acquisition dengan izin Dato’ Yang di-Pertua yang mana kita gunakan untuk operasi pintu air yang membolehkan pembukaan dan penutupan pintu air dilakukan secara automatik serta

dipantau berdasarkan keadaan semasa sungai dan juga kejadian air pasang surut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Menteri. Yang Berhormat Kuala Kedah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung pelaksanaan pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) di negeri-negeri SG4, soalan saya, apakah bentuk penilaian hasil (outcome-based evaluation) dengan izin, yang diguna pakai bagi menilai keberkesanan pelaksanaan projek IRBM setakat ini khususnya dari segi pengurangan kawasan risiko banjir, peningkatan kualiti air mentah dan keberdayaan ekosistem sungai, serta bagaimana kerajaan menangani cabaran utama seperti kekangan penyelenggaraan aset, pencemaran lembangan dan penyelarasan antara agensi serta kerajaan negeri agar pelaburan awam dalam sektor ini benar-benar memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat di negeri-negeri SG4? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kuala Kedah. Dari segi IRBM ini, sudah pasti perkara yang paling penting adalah dari segi pematuhan dan juga penggunaan pelan itu sendiri yang mana memang bila dilaksanakan IRBM ini, kita melaksanakan mengikut lembangan. Bukan sekadar di berapa negeri, hampir seluruh negara dijalankan kajian ini yang mana kita memang mengharapkan semua pihak mengangkat penggunaan IRBM ini sebagai sesuatu perkara yang mustahak kerana bila kita menguruskan lembangan sungai ini seperti yang saya sebut di soalan asal tadi, ia nya merangkumi soal bekalan air, soal pencemaran dan sebagainya. Cuma, dari segi pantauan ataupun bagaimana hasil keberkesanan IRBM ini, buat ketika ini memang kita ada peringkat jawatankuasa di peringkat Pusat dan yang ini juga kita memerlukan kerjasama daripada setiap negeri untuk memberi pelaporan yang jujur, pelaporan dari segi tahap pematuhan dan juga pelaksanaan kerana memang bila sesebuah IRBM itu dilaksanakan ataupun kita siapkan, ia nya memerlukan sesuatu tempoh 10, 15 tahun pematuhan itu supaya kita nampak hasil yang positif di dalam sesuatu kawasan. Jadi, untuk tujuan tersebut, dari segi pula bila disebut soal pencemaran, memang kalau di peringkat Kabinet ada jawatankuasa khas yang meneliti kualiti air sungai yang mana memang ini mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri PETRA yang turut melibatkan wakil-wakil dari negeri untuk kita memantau tahap kualiti air sungai kita di seluruh negara. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullah. Selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sik nombor 8.

Ahmad Tarmizi bin SulaimanPAS · PNSik · question

8. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan strategi kerajaan dalam menurunkan kadar defisit fiskal negara yang kini melebihi lima peratus KDNK, sedangkan jumlah hutang negara telah mencecah lebih RM1.2 trilion dan apakah kesan jangka panjang terhadap perbelanjaan kebajikan rakyat luar bandar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Kewangan, sila.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Kerajaan melalui Kerangka Ekonomi MADANI telah melaksanakan pelan konsolidasi fiskal yang menyeluruh yang menyeimbangkan keperluan pertumbuhan ekonomi dengan kemampanan kewangan negara. Hasil pelaksanaan reformasi ini, defisit fiskal berkurang kepada 4.1 peratus daripada KDNK pada 2024 berbanding lima peratus pada 2023 iaitu lebih baik daripada sasaran awal 4.3 peratus dan dijangka berkurang lagi kepada 3.8 peratus pada 2025, serta 3.5 peratus pada tahun 2026. Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan hutang negara terus berkurang daripada 10.2 peratus pada 2022 kepada 6.4 peratus pada 2024, serta dijangka terus berkurang kepada sekitar enam peratus bagi tahun 2025 mencerminkan keupayaan kerajaan mengurus fiskal secara berhemat dan berdisiplin tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat. Malah melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang lalu, kerajaan kekal komited untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau Akta 850 sekali gus mengekalkan disiplin fiskal jangka sederhana dan panjang. Bagi meningkatkan hasil negara, kerajaan memperkenalkan langkah-langkah seperti pelaksanaan e-Invois secara berfasa mulai 2024 serta perluasan skop cukai jualan. Namun, dengan mengambil kira kebajikan rakyat, pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, buah-buahan tempatan dan beras dikecualikan daripada cukai. Manakala, senarai pengecualian cukai jualan kini merangkumi 1,826 barangan. Langkah-langkah ini membantu mengawal tekanan harga barangan keperluan asas sekali gus menyumbang kepada kadar inflasi yang kekal rendah pada 1.8 peratus bagi keseluruhan 2024 dan 1.5 peratus pada September 2025 menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi rendah di rantau ini. Pada masa yang sama, kerajaan memperkukuh kecekapan perbelanjaan melalui penyasaran subsidi RON95 memastikan sumber fiskal diagihkan secara lebih berkesan. Penjimatan hasil penyasaran ini digunakan semula untuk memperkukuh bantuan langsung seperti BUDI MADANI iaitu BUDI MADANI diesel dan RON95.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Selain itu, peruntukan STR dan SARA meningkat kepada RMRM15 bilion pada 2025, termasuk penghargaan SARA RM100. Melalui inisiatif-inisiatif ini dan Program Payung RAHMAH seperti Jualan RAHMAH dan Bakul RAHMAH, kerajaan bukan sahaja mengekang inflasi daripada menjejaskan kos sara hidup rakyat, malah memastikan rakyat luar bandar terus menikmati manfaat pembangunan dan kesejahteraan dalam jangka panjang di samping kedudukan fiskal negara yang kekal kukuh dan mampan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Sik.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dilihat dalam apa ini, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Survey Household Income and Basic Amenities Survey 2022, kadar kemiskinan relatif kita, termasuk juga kemiskinan mutlak adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar ya, termasuk di daerah saya, di Sik, di mungkin Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Begitu juga dalam laporan UNDP EPU juga mengatakan kumpulan paling terdedah kemiskinan ini ialah termasuk petani, pekebun kecil, nelayan, dan yang bekerja sendiri dan jumlah miskin tegar kita di Malaysia sudah sekarang ini mencecah 12,625 untuk isi rumah dalam kategori miskin ini. Dan dalam bajet baru-baru ini juga, dilihat yang sangat memberi kesan apabila peruntukan pembangunan DE untuk sektor pertanian menunjukkan pengurangan ketara iaitu daripada RM2.94 bilion kepada hanya RM591 juta. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan bersedia melaksanakan yang sebut, ring fencing dengan izin, iaitu meletakkan satu paras minimum peruntukan yang dilindungi ataupun dengan izin, protected minimum allocation bagi program kebajikan dan infrastruktur di desa-desa ya, di jalan raya, klinik, hospital dan sebagainya supaya langkah pengurangan defisit ini tidak menambah jurang pembangunan bandar dan desa ini. Dan kadangkala adalah bagaimana formula itu nak dilaksanakan? Terima kasih Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Kerajaan sentiasa memberi keutamaan tinggi kepada pembangunan luar bandar dan kesejahteraan rakyat yang berpendapatan rendah. Dalam pelaksanaan konsolidasi fiskal, prinsip utama yang dipegang adalah memastikan setiap ringgit dibelanjakan dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi tanpa menjejaskan akses kepada kemudahan asas serta bantuan kebajikan di kawasan luar bandar terutamanya. Buat masa ini, kerajaan tidak menetapkan dasar ring fencing seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat secara khusus kerana pendekatan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan dengan izin, need-based allocation serta keutamaan semasa termasuk tahap

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

kemudahan asas dan keperluan sosioekonomi sesuatu kawasan. Pendekatan ini membolehkan sumber negara diagih dengan lebih saksama dan responsif terhadap keperluan sebenar rakyat di seluruh negara. Pada masa yang sama, kementerian dan agensi berkaitan sentiasa diberi panduan untuk memastikan projek dan program luar bandar seperti bekalan air bersih, jalan ladang, kemudahan kesihatan dan bantuan sara hidup nelayan serta petani terus diberikan keutamaan dalam batas kemampuan fiskal negara. Pendekatan ini adalah mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengekalkan keseimbangan antara tanggungjawab fiskal dan pembangunan inklusif agar tiada kawasan atau golongan yang tertinggal dalam arus kemajuan negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Bangi, silakan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan topik ini, saya percaya ia nya adalah satu perkara yang penting dan juga antara reformasi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI ini berkenaan dengan sasaran defisit fiskal. Jadi soalan saya adalah, Dato’ Yang di-Pertua, bagaimana kementerian akan— atau merancang untuk mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus daripada KDNK bagi tahun ini, termasuklah langkah-langkah konkrit, Dato’ Yang di- Pertua, yang akan diambil untuk memastikan sasaran tersebut dicapai tanpa menjejaskan kebajikan rakyat dan juga perbelanjaan sosioekonomi penting? Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi. Dalam hal ini, kerajaan memang berkeyakinan untuk mencapai defisit fiskal sebanyak 3.8 peratus yang disasarkan pada tahun 2025 menerusi inisiatif pembaharuan fiskal termasuk Strategi Hasil Jangka Sederhana atau kita sebut MTRS bagi menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan. Belanjawan 2025 telah memperincikan beberapa langkah hasil melalui peluasan cukai jualan atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium yang diimport, peluasan skop cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan komersial dan sebagainya. Bagi mengoptimumkan perbelanjaan awam, kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel dan RON95 serta langkah rasionalisasi badan berkanun. Di samping itu, kerajaan turut melaksanakan semakan semula perbelanjaan kerajaan atau dengan izin, public expenditure review secara menyeluruh merentasi semua kementerian dan agensi. Ini membolehkan kerajaan menguruskan kewangan dengan lebih optimum melalui pertukaran sumber atau dengan izin, trade-off dalam peruntukan belanjawan. Dan ini

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

melibatkan pertimbangan teliti antara program baharu berpotensi tinggi dengan program sedia ada yang mungkin tidak lagi relevan atau kurang berkesan. Ini akan memastikan setiap peruntukan memberikan nilai optimum dan selaras dengan keutamaan agenda pembangunan negara. Walau bagaimanapun, matlamat dasar fiskal tetap menyokong dan responsif dalam menyediakan sokongan fiskal yang mencukupi untuk melindungi kesejahteraan rakyat dan meneruskan agenda pembaharuan ekonomi tanpa menjejaskan trajektori konsolidasi fiskal. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Bagi soalan yang kesembilan, Yang Berhormat Putatan tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielak. Berikut, saya terus ke soalan yang kesepuluh. Saya persilakan Tuan Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

[Soalan No. 9 - YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) tidak hadir]

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan pantun. Rakyat terbanyak sedang mengeluh, Barang naik duit berkurangan; Kuala Krai bertanya nombor sepuluh, Berilah jawapan penuh pertimbangan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

10. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan: (a) adakah kementerian bercadang menyambung kembali inisiatif NEM 3.0; dan (b) apakah langkah kementerian dalam menggabungkan solar elektrik dengan pembangunan ekonomi desa untuk memanfaatkan tanah milik kerajaan yang terbiar bagi projek tenaga dan pelancongan lestari di kawasan Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Net Energy Metering atau NEM 3.0 yang diperkenalkan sejak tahun 2021 telah berjaya meningkatkan bilangan pemasangan sistem solar atau pun PV di bumbung bagi sektor kediaman, komersial dan juga industri. Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan karbon tetapi turut menyokong sasaran negara untuk memperkukuh tenaga boleh baharu ataupun TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara. Kuota NEM 3.0 telah dimanfaatkan sepenuhnya dan program ini telah pun berakhir pada 30 Jun 2025. Sehingga tarikh tersebut, sebanyak 2,500 megawatt kapasiti kuota solar

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

NEM telah diberikan kepada pengguna di bawah tiga kategori iaitu NEM Rakyat dengan kapasiti 700 megawatt, NEM GoMEn dengan kapasiti 100 megawatt, dan NOVA, Net Offset Virtual Aggregation dengan kapasiti 1,700 megawatt. Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk menyambung kembali inisiatif NEM 3.0 dan kerajaan telah memperkenalkan program baharu iaitu Solar Accelerated Transition Action Programme ataupun Solar ATAP sebagai kesinambungan kepada kejayaan NEM. Program ini memberi tumpuan kepada penggalakan penjanaan TBB daripada sumber solar di bumbung dengan pendekatan yang lebih meluas dan berkesan. Pelaksanaan Solar ATAP dijangka akan menjadi pemacu utama dalam menyokong sasaran negara mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu dalam bekalan elektrik menjelang tahun 2050 selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun NETR. Kerajaan juga mengambil maklum usaha mengintegrasikan solar photovoltaic ataupun PV tadi dan pembangunan ekonomi desa dengan menggunakan tanah kerajaan yang terbiar. Kerajaan mengalu-alukan penglibatan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pihak swasta bagi melihat kesesuaian potensi bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu seperti Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) atau dengan memberi insentif yang sesuai kepada syarikat yang membida di bawah program LSS. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, soalan tambahan. Silakan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah berikan. Selepas penamatan NEM 3.0, adakah terdapat permohonan baharu daripada industri kecil luar bandar ataupun individu yang tergantung tanpa ada penyelesaian sebelum daripada pelaksanaan Solar ATAP yang disebut oleh Yang Berhormat tadi? Adakah kementerian sedar kekosongan dasar ini telah menyebabkan potensi tenaga hijau desa terhenti dan sejauh mana kementerian betul-betul memastikan dasar tenaga hijau ini benar-benar berpaksikan keadilan sosial dan ekonomi rakyat dirasai di luar bandar termasuklah di Kuala Krai bukan hanya tertumpu kepada pemain industri besar agar rakyat luar bandar tidak sekadar menjadi penonton kepada ekonomi tenaga hijau selaras dengan matlamat kerajaan yang mahukan tenaga lestari ini mampu milik, inklusif dan menjana kesejahteraan desa? Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kuala Krai. Berkenaan dengan sistem NEM sebelum ini, skim NEM ini, ia nya berasaskan kepada kuota. Jadi, bermaksud sebarang permohonan itu perlu dibuka ataupun memenuhi kuota tersebut. Maka isu seperti contoh Yang Berhormat nyatakan itu mungkin tidak berlaku kerana itu di luar proses biasa yang dijalankan di bawah NEM.

Berbeza dengan pendekatan selepas ini yang dipanggil Solar ATAP, memang kita akan keluarkan garis panduan bulan depan, sebelum cukup tahun ini untuk memberi panduan kepada permohonan-permohonan yang baharu. Yang mana untuk melalui Solar ATAP ini, antara penambahbaikannya adalah kita tidak lagi perlu terikat dengan sistem kuota. Jadi, itu akan membolehkan kelangsungan dan juga program ini akan berpanjangan kerana ia akan berpandukan kepada sistem marginal price dan sebagainya. Berkaitan dengan persoalan yang kedua, untuk memahami sektor tenaga ini, sudah pasti ia adalah antara isu penjanaan dan juga penggunaan dalam menguruskan seperti contoh bila disebut di luar bandar. Ia nya tidak ada halangan sebagai contoh kalau ada pihak yang ingin menggunakan tenaga yang dihasilkan itu untuk kegunaannya sendiri. Itu yang kita panggil SELCO. Tetapi pada masa yang sama, apabila untuk membolehkan kawasan di luar bandar ataupun seperti contoh di Kuala Krai, saya semak dengan rekod yang kita ada, memang ada pembida LSS5 yang mengusahakan ladang solarnya di Kuala Krai. Maksudnya, boleh diusahakan walaupun di kawasan seperti di Kuala Krai bergantung pada radiance iaitu dari segi penjanaan tenaga daripada suria ini dan pada masa yang sama untuk disambungkan kepada sistem kita. Jadi sebab itu, cabaran dalam memastikan untuk mereka yang membekalkan tenaga ini kena masuk dalam sistem elektrik kita. Tapi pada masa yang sama, apabila kita nak bercakap soal bagaimana industri ataupun permintaan itu boleh ditingkatkan di luar bandar, ia nya bergantung kepada penggunaan. Jadi sebab itu nak tak nak dalam menguruskan isu permohonan ataupun penggunaan tenaga boleh baharu ini, kerajaan memperkenalkan Corporate Renewable Energy Supply Scheme tadi, CRESS ini untuk membolehkan penjanaan itu bila dijana dapat dibekalkan secara langsung kepada pembeli ataupun pengguna tenaga boleh baharu daripada industri sebagai contoh.

Jadi, sebab itu mengimbangi antara penjanaan dan juga permintaan terutamanya mereka yang berminat dengan tenaga boleh baharu ini kerana TBB ini memang dianggap sebagai tenaga yang premium. Maka, sebab itu bagaimana untuk kita menemui titik tengah ataupun opportunity peluang yang kita boleh lahirkan di kawasan luar bandar. Dan pada masa yang sama memberi pulangan yang setimpal atau sebaiknya kepada penjana tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih atas penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang tenaga boleh perbaharui. Jadi, saya ingin tahu bagaimana Kerajaan MADANI boleh galakkan lebih banyak ladang solar terapung diadakan di seluruh negara khususnya di negeri-negeri yang mempunyai empangan dan juga bekalan air yang terhad.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Kita kena kurangkan pengewapan air di semua empangan ini dan pada masa yang sama kita menjanakan elektrik yang renewable energy ini, green sources, green energy ini supaya kita dapat balance-kan, mengimbangkan dari segi alam sekitar dan juga kita menjanakan elektrik yang sama. Dan bagi saya, saya ambil berat isu ini kerana di kawasan saya ambil bekalan air dari empangan barat dan selalunya berdepan dengan kekurangan bekalan air. Dan pada saya, saya berasa bahawa kalau kita boleh menggunakan bukan sahaja tanah rizab kerajaan tetapi juga water resources. Kita membina lebih banyak ladang solar terapung, kita dapat win, win solution iaitu kurangkan pengewapan air, pada masa yang sama kita menjana elektrik untuk kegunaan industri dan juga domestik. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kluang. Bagi menjawab pertanyaan tersebut, sememangnya dari segi Large Scale Solar (LSS) ini, kalau sebagai contoh LSS 5 atau 5+, memang ada kategori yang kita khususkan kepada solar terapung. Yang kedua, kalau contoh-contoh solar terapung yang telah ataupun sedang dimajukan. Sebagai contoh kita ada di Danau Tok Uban di Kelantan mahupun di Empangan Tasik Kenyir yang mana perkara itu tidak melibatkan dari segi soal bekalan air. Yang ini sebenarnya memang menjadi antara fokus sama ada hasil kajian itu yang akan membolehkan untuk pemasangan solar ini di atas badan-badan air yang berfungsi untuk kegunaan bekalan air. Jadi, sudah pasti ada negara-negara yang membenarkan, ada juga pertimbangan- pertimbangan tertentu yang kita kena terlindung. Tapi buat masa ini memang untuk Malaysia ini kita memang masih di peringkat kajian kerana akan ada implikasi ataupun perkara yang kita perlu pastikan ia nya tidak akan menjejaskan sistem ataupun sumber bekalan air kita. Tapi untuk secara dasarnya di badan-badan di permukaan air ini, sememangnya dibolehkan untuk menggunakan solar terapung dan malah saya percaya perkara ini kita akan terus perluaskan dalam program LSS yang seterusnya. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, soalan yang terakhir bagi soalan lisan saya silakan Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan Jempol nombor 11. Jadi, sebelum itu sukacita saya mengalu-alukan kehadiran 40 orang pelajar dan enam guru pengiring, termasuk Pengetua dari Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2. Selamat datang ke Parlimen. [Tepuk] . Soalan Jempol nombor 11, terima kasih.

Shamshulkahar bin Mohd DeliUMNO · BNJempol · question

11. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kerajaan akan meneruskan atau menangguhkan penguatkuasaan Peraturan Cukai Eksais [P.U.(A) 402/2019] yang dijangka meningkatkan harga kenderaan sehingga 30 peratus bermula tahun 2026 dan apakah langkah mitigasi bagi memastikan harga kereta masih mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Peraturan P.U.(A) 402/2019 ini menerangkan kaedah penguatkuasaan kutipan duti eksais kepada barangan berduti eksais yang dikilangkan di kilang tempatan. Ia telah mula dikuatkuasakan pada tahun 2020 dan pemakaiannya kepada industri adalah selaras dengan Generally Accepted Accounting Principles dengan izin (GAAP). Pada ketika ini, pengecualian ke atas pelaksanaan Peraturan P.U.(A) 402/2019 diberikan eksklusif untuk pengilang bagi pemasangan kenderaan tempatan atau CKD sahaja. Pengecualian ini diputuskan susulan daripada kebimbangan pihak industri automotif tempatan mengenai kenaikan harga kenderaan secara mendadak, kesan dari penguatkuasaan peraturan tersebut dan bagi membolehkan industri bersedia dengan pelaksanaan Peraturan P.U.(A) 402/2019 kelak. Berhubung kesan pelaksanaan peraturan ini kepada peningkatan harga, ia masih belum dapat dipastikan. Memandangkan model perniagaan syarikat pemasang kenderaan tempatan adalah berbeza antara satu sama lain, menyebabkan berlakunya ketidakseragaman kenaan cukai eksais ke atas kenderaan yang dikilang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah membuat pengumpulan data dan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak industri bagi mendapatkan pandangan serta solusi kepada isu yang berbangkit. Sehubungan itu, kerajaan kini sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan, selaras dengan penguatkuasaan Peraturan P.U.(A) 402/2019. Kerajaan akan mengambil langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Jempol soalan tambahan.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan. Soalan tambahan saya, memandangkan pelaksanaan penguatkuasaan perintah tersebut secara langsung akan mengakibatkan kenaikan harga sekiranya diteruskan, adakah kementerian mengambil kira kemungkinan bahawa penguatkuasaan penuh ya peraturan tersebut akan menyebabkan harga kenderaan tempatan menjadi kurang kompetitif berbanding kenderaan import? Adakah insentif-insentif lain masih diteruskan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, model perniagaan syarikat pemasang kenderaan tempatan adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi, dalam hal ini kita seperti saya katakan, kita sedang mengumpul maklumat tetapi peraturan yang dikuatkuasakan kepada semua barang berduti eksais, kelonggaran akan diberikan kepada automotif dengan mengecualikan kos. Selain pengilang bagi kenderaan pemasangan tempatan, merangkumi kos jualan, perbelanjaan dan juga keuntungan dalam pengiraan duti eksais. Walau bagaimanapun kita akan sedaya upaya untuk mitigasi dan kita akan cuba sedaya upaya tidak akan mengadakan kenaikan yang mendadak bagi menjaga kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat daripada Temerloh.

Okey, terima kasih kepada Timbalan Speaker. Menteri, saya ingin melihat tadi disebut bahawa berusaha untuk mengekalkan dan cuba melindungi industri automotif tempatan. Tapi, apakah perancangan sebenarnya yang akan dilaksanakan untuk langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengekalkan harga tidak meningkat? Terima kasih. Apakah perancangannya? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Duti Eksais yang dikenakan dalam PU ini, kita memang adalah untuk terutamanya semua tahu untuk kenderaan, untuk rokok, untuk barangan tembakau dan sebagainya. Jadi, kita memang — untuk automotif. Untuk soalan asal ini adalah berkenaan dengan kenderaan. Kita memang tahu bagi kenderaan terutama yang dipasang atau di-assemble dalam tempatan akan dikenakan cukai eksais jika kita kuatkuasakan P.U.(A) ini. Jadi, pada masa kita memang menerima banyak tindak balas atau komen daripada industri dan juga rakyat jelata sebab dengan adanya cukai eksais ini, tentu harga kenderaan akan naik. Jadi, kita akan cuba sedaya upaya untuk seimbangkan pada masa yang sama untuk melaksanakan, menguatkuasakan P.U.(A) ini dan di sebelah satu lagi kita nak minimumkan beban kepada rakyat dan juga kepada industri automotif atau kenderaan tempatan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan lisan dan bagi jawapan lisan. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 10 November 2025.”

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ada Yang Berhormat sokong?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa — Kepala B.10, B.11, B.12 [Jadual] – Kepala P.10, P.70 [Anggaran Pembangunan 2025] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor)

Berikut Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan. Berikut adalah senarai-senarai pembahas yang telah diaturkan. Pembuka tirai Yang Berhormat Bagan, diikuti oleh Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Putrajaya dan ditutup oleh Yang Berhormat Tampin. Masa yang telah ditetapkan bagi setiap pembahas adalah lima minit. Walau bagaimanapun, terpulang atas budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan majlis. Sebelum saya memulakan perbahasan, ingin saya ingatkan Yang Berhormat-yang Berhormat berkaitan Peraturan 41(e) dan Peraturan 42 yang selalu dilanggar oleh Yang Berhormat-yang Berhormat. Selain pada itu, kuasa yang terletak pada Pengerusi adalah 41(i) dalam melaksanakan tugas ini ketika saya mempengerusikan, I will be very, very strict. Jangan langgar peraturan-peraturan 37(1)(a), (b), dan Peraturan 72. Baik, saya mulakan perbahasan dengan mempersilakan Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan. Dato’ Pengerusi, saya bangun untuk menyokong usul dan juga itu peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Sebelum saya mulakan ucapan, saya nak ucapkan tahniah ke atas kejayaan kerajaan dan rundingan tarif dengan Amerika Syarikat kerana merupakan negara terulung dalam negara ASEAN yang berjaya menikmati eksport tarif sifar yang paling besar. [Tepuk] Lebih 60 peratus daripada eksport Malaysia ke Amerika Syarikat memperolehi status tarif sifar yang merupakan peratusan eksport yang tertinggi di antara semua negara ASEAN. [Tepuk] Termasuk Vietnam dan Thailand di mana hanya 40 peratus daripada produk eksport mereka ke Amerika Syarikat adalah berbentuk tarif sifar. Dato’ Pengerusi, sungguhpun 60 peratus daripada eksport ke Amerika Syarikat adalah berbentuk tarif sifar tapi masih ada 40 peratus lagi yang terjejas dengan tarif timbal balik Amerika Syarikat sebanyak 19 peratus. Memandangkan Amerika Syarikat adalah rakan dagang ketiga terbesar untuk negara kita, banyak syarikat tempatan terkesan secara

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

langsung dengan volume perniagaan yang kurang kerana tidak dapat memasuki pasaran Amerika Syarikat dan terpaksa mencari pasaran lain. Syarikat boleh terkesan secara tidak langsung bila negara ketiga yang tidak dapat memasuki pasaran Amerika Syarikat mengamalkan lambakan barangan mereka ke negara kita dengan harga rendah, sekali gus menghancurkan pasaran tempatan perniagaan kita. Saya ingin mengesyorkan suatu petugas khas krisis tarif untuk MSME atau micro, small, medium enterprises yang terkesan baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan tujuh terma rujukan berikut. Tujuh terma rujukan adalah: (i) memastikan MSME masih dapat pesanan dan peluang perniagaan termasuk mewajibkan pembelian barangan tempatan oleh pelabur dan kontraktor domestik dan asing; (ii) tidak dihantui oleh lambakan barangan negara asing yang akan menutup pasaran barangan MSME; (iii) mengawal kenaikan kos dengan mengurangkan risiko dan impak pendedahan cukai atau peraturan dasar baharu; (iv) mengatasi kekurangan pekerja atau kesukaran diluluskan pekerja asing; (v) langkah monetari seperti mengurangkan kadar faedah untuk menjana pembangunan ekonomi secara amnya khususnya bergantung kepada pasaran domestik untuk menggantikan pasaran yang hilang di Amerika Syarikat; (vi) langkah fiskal seperti menggariskan pemberian bantuan kewangan dan subsidi kepada sektor kritikal; dan (vii) menerokai pasaran asing yang baharu. Dato’ Pengerusi, terdapat 1,086,038 buah pengusaha mikro, kecil dan sederhana atau MSME dalam Malaysia atau 96.1 peratus daripada semua bilangan perniagaan dalam negara. Pada tahun 2024, MSME menjanakan 48.7 peratus jumlah pekerjaan atau 8.1 juta pekerja di Malaysia, menyumbangkan 14.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia atau RM197 bilion dan 39.5 peratus GDP atau nilai tambahan sebanyak RM652.4 bilion iaitu kenaikan 5.8 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Kenaikan pertumbuhan MSME sebanyak 5.8 peratus pada 2024 melebihi pertumbuhan GDP negara sebanyak 5.1 peratus pada 2024. Kebanyakan daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan. Kesemua petunjuk ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ekonomi yang dimainkan oleh MSME. Pertumbuhan memberangsangkan ini berlaku pada tahun 2024 bila tarif timbal balik masih belum dikenakan oleh Amerika Syarikat. Kemungkinan besar semua petunjuk ekonomi memberangsangkan ini tidak akan diulang tahun ini semasa pelaksanaan tarif timbal balik dilaksanakan. Ini boleh dilihat dengan pesanan perniagaan yang begitu lemah sehingga

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

banyak syarikat MSME meragui survival mereka selepas pertengahan tahun 2026 bila impak kesan perang tarif dirasai sepenuhnya. Keadaan pesanan perniagaan yang agak lemah dicerminkan dengan industri pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda pengurangan aktiviti pada bulan Oktober 2025 dengan Indeks Pengurus Pembelian atau Purchasing Managers’ Index Malaysia terbaru oleh S&P Global mencatatkan 49.5 turun daripada 49.8 pada bulan September. Bacaan 49.5 untuk bulan Oktober ini merupakan yang terendah dalam tempoh empat bulan ini. Dato’ Pengerusi, ini menandakan keadaan perniagaan yang semakin sederhana. Menurut S&P Global, penurunan ini disebabkan oleh aliran masuk pesanan baharu yang lemah menyebabkan pengurangan dalam jumlah pengeluaran. Sungguhpun kos adalah faktor penting, pengawalan kos yang baik tidak bermakna langsung tanpa pesanan perniagaan baharu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Dato’ Pengerusi, pada bulan September 2025, inflasi naik 1.5 peratus berbanding dengan 1.3 peratus pada bulan Ogos, yang menunjukkan keadaan yang terkawal. Sungguhpun pelaksanaan tarif boleh menaikkan lagi inflasi— tanpa volum perniagaan, adalah agak susah untuk memastikan survival MSME kita. Demi memastikan MSME tidak menghadapi krisis tarif, maka kerajaan harus menubuhkan suatu petugas khas untuk krisis tarif bagi menyelamatkan MSME dan sumbangan mereka sebanyak 39.5 peratus GDP Malaysia yang bernilai RM652.4 bilion. Sebagai penutup, Dato’ Pengerusi, saya juga nak merujuk kepada Maksud Bekalan B.10, B.11, minta maaf― berkaitan dengan Sabah. Selepas keputusan oleh Mahkamah Tinggi Sabah, adakah perundingan diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah sepertimana yang dicadangkan? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Dato' Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamanya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” Saya nak menyentuh berkenaan dengan Kepala B.11 – Kementerian Kewangan iaitu Butiran 020500, yang menyentuh berkenaan dengan subsidi dan bantuan tunai. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini Dato’ Pengerusi, terhadap isu di bawah Butiran 020500 iaitu Subsidi dan Bantuan Tunai, khususnya berkaitan penyaluran subsidi diesel kepada dua sektor utama negara ini iaitu perikanan dan pertanian.

Kedua-dua sektor ini merupakan nadi keselamatan makanan negara dan kedua- duanya juga bergantung kuat kepada bahan api subsidi untuk kekal beroperasi. Namun, apa yang berlaku di lapangan, menunjukkan masalah ketirisan dan penyalahgunaan yang amat serius. Sebagai contoh, diesel bersubsidi dikeluarkan dari depot pada harga RM1.65 seliter, tetapi laporan di lapangan menunjukkan ada pihak yang menjualnya semula di pasaran gelap melebihi RM2.50 seliter. Tetapi, masih lagi murah berbanding dengan harga diesel dalam pasaran tanpa subsidi iaitu RM3 lebih. Hari ini, RM3.05, kalau tak silap saya. Di sini letakkan, masa saya menerima memo daripada persatuan nelayan, RM3.02. Ini bermakna, subsidi kerajaan telah dicuri dua kali. Pertama, apabila bahan api subsidi dialihkan kepada pihak yang tidak layak. Kedua, apabila hasil jualan gelap ini tidak dikenakan cukai dan tidak direkodkan secara sah. Ini yang disebutkan black economy ini, Dato’ Pengerusi. Inilah punca sebenar kebocoran fiskal yang menjejaskan keberkesanan subsidi dan akhirnya menafikan manfaat-manfaat kepada golongan sasar seperti nelayan kecil, nelayan darat serta petani, pemilik jentera pertanian. Dato’ Pengerusi, kesian. Kesan ketirisan ini amat besar. Pertamanya, golongan sasaran sebenar tidak menikmati subsidi secara adil. Nelayan darat dan nelayan muara terus ketinggalan kerana bekalan diesel bersubsidi diserap oleh jaringan pemain besar dan sindiket kartel yang memonopoli pasaran. Akibatnya, mereka yang benar-benar menangkap ikan untuk menyara hidup ini tidak dapat beroperasi dengan lebih efisien, malah ada yang meninggalkan sektor ini kerana kos operasi terlalu tinggi. Sebahagian besar daripada subsidi tertumpu kepada kumpulan ini iaitu pemilik bot besar yang beroperasi secara komersial. Tetapi, inilah sektor yang sering dikaitkan dengan penyelewengan, penjualan semula diesel subsidi dan manipulasi kuota. Apabila subsidi diagihkan bersasaran tanpa kawalan ketat, ruang penyalahgunaan terbuka luas. Banyak bantuan kerajaan bagi, tetapi harga ikan dan hasil laut tidak turun. Makanan kian meningkat, menjadi beban kepada isi rumah. Itu yang dikatakan ikan kembung sampai RM18 sekilo. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh menafikan masalah serupa juga berlaku dalam sektor pertanian. Ramai pemilik jentera pertanian seperti traktor, pam air dan combine harvester, iaitu jentera menuai padi, bergantung sepenuhnya operasi terhadap penggunaan diesel, tetapi kumpulan ini tercicir daripada mendapat bantuan subsidi untuk menjalankan kerja sawah. Dalam konteks seperti Kedah yang menjadi pengeluar utama padi negara, kegagalan memastikan diesel subsidi sampai kepada pemilik jentera sawah memberi kesan langsung kepada jadual menuai padi dan menanam padi serta turut menggugat agenda keterjaminan makanan negara. Dato’ Pengerusi, berdasarkan situasi ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berhubung dengan mekanisme pemantauan dan jejak audit; yang keduanya, ketelusan penyasaran subsidi; yang ketiga, langkah penguatkuasaan; yang keempat, keberkesanan subsidi terhadap harga pasaran.

Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan Malaysia menandatangani Agreement on Reciprocal Trade (ART) dengan Amerika Syarikat― tadi saya dengar, dia ada sentuh berkenaan dengan subsidi dan juga keperluan kita mendapat harga barangan. Kami, sebelum kami bertanya soalan, kami rujuk kepada ahli-ahli perundangan, bagaimana dengan ART ini ataupun Agreement on Reciprocal Trade. Jadi, bila kami tanya, janganlah emosi. Jawablah dengan betul. Sebab, kami skeptikal dengan apa yang kita dapat daripada perjanjian ini yang merugikan para petani, subsidi kita semua. Segala perjanjian WTO, TPPA semua-semua ini akan supersede dengan ART ini. Maknanya, kita sekarang ini sedang berada dalam kerugian. Begitu juga dengan i-digital. Menteri jawab tadi dengan penuh― menempelak balik. Kalau tak bagi kami bertanya― tugas kami sebagai Ahli Parlimen dalam negara, dalam kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, memang kena ada pembangkang check and balance. Kalau tak bagi kami bertanya, sila buat negara komunis supaya tidak ada lagi soalan. Jadi, senang. Ini kita tanya, emosi. Kita tanya, emosi. Jadi, buat komunis, jadi senang. Kita tak payah. Itu cadangan. Kalau tak mahu buat, balik kepada asal kita, Dato’ Pengerusi. Sebab, ini tugas kita― check and balance. Kita skeptikal sangat dengan ART ini, dengan pandangan yang kita rujuk kepada pengamal undang-undang yang banyak memberi satu pandangan negatif.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Pendang, boleh saya mencelah?

Okey, sila.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Adakah Pendang tadi benar-benar serius supaya kerajaan ataupun negara ini dijadikan negara komunis? Ataupun itu hanya sindiran sahaja?

Saya nak menjawab, kalaulah ini sampai tak boleh bertanya langsung, tanya― “Tanya apa?” Ha, kalau macam itu, kalau nak buat komunis, silakanlah. Kalau Shah Alam kata nak anggap serius, seriuslah. Kalau nak anggap sebagai sindiran, sindiranlah. Saya tak ada masalah. Okey? Boleh? Boleh faham jawapan saya? Jadi, Dato' Pengerusi...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Dato’ Pengerusi, boleh celah sikit, Pendang? Sikit sahaja.

Ya.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sebenarnya...

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Peraturan. Sebentar.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Pendang, sebenarnya― terima kasih Dato’ Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya benar ke atau tidak ini? Dengarlah arahan saya bercakap. Peraturan 42 itu bercakap, menyatakan, saya cakap, dengar. Alright. Yang Berhormat bangun untuk mencelah?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dalam kuasa 37(1) dan (2) itu, (1)(a) dan (b) itu, floor Yang Berhormat Pendang. Kalau Yang Berhormat Pendang benarkan, saya benarkan. Ini sekarang terpulang pada Yang Berhormat Pendang. Saya hanya beri dalam tempoh satu minit sahaja.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Dato’...

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Itu baru― sebentar. Bagi saya bercakap. Itu peraturan. Faham ya, Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Boleh? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

...37(1)(a) dan (b) itu. Silakan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Pendang. Terima kasih Dato' Pengerusi. Pendang, sebenarnya kita nak correct sedikit, sebab Menteri telah banyak kali jawab. Perdana Menteri pun banyak kali jawab tentang ART. MITI pun banyak kali jawab sampai keluar dengan FAQ lagi. Jadi, isu ini bukan kerajaan tak mahu jawab. Sudah banyak kali jawab. Jadi, janganlah tuduh kerajaan macam komunis. Ini tak betul ini. Saya nak...

Tak. Bukan tuduh, Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Bayan Baru, saya tak tuduh. Saya kata kalau tak boleh bertanya langsung, buatlah― tukar sistem. Saya tak tuduh. Minta maaflah. Saya tak tuduh. Saya hanya tukar sistem, kalau dah tak boleh bertanya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Pendang.

Okey, kita balik kepada jawapan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Last.

Sebab, kita run through ART ini, iaitu bila kita run through ART ini, kita melihat satu perjanjian yang merugikan kita dengan negara lain. Contoh, i-digital. Saya bangkit hari itu tetapi tak sempat sebab Speaker kata dah habis masa, tak boleh jawab, tak kena dengan soalan itu.

Saya bangkit iDigital. Bila kita buat perjanjian dengan Amerika kita tengok ada syarikat-syarikat yang di dalam luar daripada Amerika nak berdagang dengan kita berkenaan dengan iDigital ini tak boleh. Kita kena dapat kelulusan pasal Shell adopt kalau dengan Cambodia. Kalau Shell adopt ini adalah satu...

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dalam 30 saat.

...Mandatory compulsory, wajib dengan exit clause dia pun susah. Dia termination dengan exit clause ini satu benda yang berlainan. Dengan Cambodia, dia may adopt dalam agreement ini. May ini maknanya very loose lah. Boleh, boleh berbincang lah sebab kalau exit clause memang kita boleh berunding dan bersetuju. Kalau terminate kita bergaduh. Bergaduh memang kita akan ambil tindakan undang-undang. Ini yang ada dalam perjanjian kita. Kita tengok balik.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, masa cukup.

Okey, baik terima kasih. Untuk menggulung, akhirnya sebelum mengakhiri Dato’ Pengerusi. Sebelum mengakhiri perbahasan, saya ingin menegaskan bahawa isu kerajaan mesti memastikan setiap sen peruntukan benar-benar sampai kepada golongan sasar bukan kepada tangan-tangan yang licik memperdagangkan hak rakyat iaitu black economy, kartel-kartel ini. Jika ketirisan ini tidak ditangani secara serius, maka peruntukan besar yang diberikan ini hanya akan menambahkan kerugian bukan kesejahteraan. Oleh itu, saya memohon jawapan terperinci daripada kementerian termasuk jadual pelaksanaan sistem pemantauan baru, audit silang antara agensi serta indikator keberhasilan yang boleh diukur. Subsidi mesti dikembalikan kepada tujuan asalnya iaitu membantu nelayan dan petani kecil bukan memperkayakan mereka yang menyeleweng sistem ini. Sekian terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih yang mana kerjasama yang kita dapat hari ini mengikut peraturan yang sepertinya disebut oleh Dato’ Pengerusi. Sekian, assalamualaikum.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya persilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi Bayan Baru peluang untuk berbahas tentang Perbekalan 2026. Saya terlebih dahulu saya nak jawab Pendang sedikitlah kerana saya rasa bahawa Pendang bangkitkan banyak isu tetapi dia hanya pick and choose sedikit-sedikit isu. Kita ni loyar buruk, Pendang pun bukan lawyer juga. Jadi saya – kita mengharapkan penjawat-penjawat awam yang cerdik pandai, mereka telah banyak menjara apa ini untuk menjaga apa itu— national interest. Jadi mereka apabila merangka perjanjian ini, mereka menggunakan the whole apa itu mereka akan mempertimbangkan ya keseluruhannya. Bukan sedikit 5.1, 5.3 macam itu. Okey, saya masuk kepala B.12 iaitu 050700 minta maaf. 110000 – Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan (TBP). Saya ingin minta penjelasan daripada kementerian apakah tujuan apa ini tabung ini dan berapa penerima yang mendapat manfaat?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya bangkitkan isu ini kerana kita tahu bahawa dalam keadaan – Malaysia sekarang kita menghadapi medical inflation. Medical inflation itu menyebabkan isu kenaikan harga premium insurans perubatan, MHIT. MHIT sebenarnya sepatutnya memberi perlindungan apabila seseorang itu menghadapi kemalangan atau jatuh sakit tetapi ramai sekarang membeli insurans itu mereka merasa isu ini apabila mereka nak claim atau menghadapi kesusahan mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bantuan atau guarantee daripada insurans. Yang kita bangkitkan pagi tadi, ada banyak-banyak isu. Saya telah mendapat sedikit jawapan tapi saya hari – tapi ada isu yang belum dijawab oleh Kementerian Kewangan dan saya harap bahawa Menteri boleh jawab nanti terutamanya isu tentang investment link okey. Investment link ini selalunya apabila kita beli policy insurance biasanya kita nak beli MHIT yang Medical Health Insurance and Takaful. Tetapi selalunya disajikan dengan atau dipupuk apa ini di— dipupuk untuk membeli investment-linked insurance. Investment link insurance ini dia subject to market volatility dan biasanya ramai tidak tahu dan tidak faham dan mereka dijanjikan dengan langit dan bintang. Apabila mereka beli dikatakan boleh mendapat pulangan 20 peratus but akhirnya selalunya ada yang rugi ada yang hanya pulangan lima peratus, tiga peratus dengan dan paling teruk adalah banyak isu- isu contohnya ada agent fees, ada management fees, macam-macam. Jadi, apa yang nilai sebenar yang masuk kepada insurans itu sebenarnya sangat kurang dan akhirnya kerugian. Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah apabila kerajaan melaksanakan interim measure, syarikat insurans itu rasa rugi. Mereka nak maintain–– bukan rugi, tidak rugi pun. Syarikat insurans itu memang mereka ada macam-macam produk dan mereka boleh mendapat keuntungan yang daripada pelbagai produk. Tetapi untuk medical insurance mereka rasa tersepit sedikit. Jadi akhirnya mereka akan – kerana mereka nak maintain that kind of profit margin yang tinggi, maka mereka melaksanakan pelbagai apa ini pelbagai measures kepada rakyat yang biasa. Contohnya, ada yang dulu mereka beli insurans itu dijanjikan protection sampai 100 tahun. Sekarang dipotong mendadak ya. Ada yang potong 30 tahun atau yang potong 40 tahun. Ada pula diminta untuk top up. Kata kalau you top up you boleh maintain. Kalau you tak top up, you punya insurans sudah apa ni akan dikurangkan daripada 100 tahun hingga umur 70 tahun sahaja. Ada pula dikatakan dia potong lower down to the lower grade okey. Dulu boleh protection pelbagai tetapi sekarang protection hanya beberapa jenis sahaja. Tuan Pengerusi, ini rakyat ini tidak berdosa. Mereka beli apabila mereka rasa mahu. Mereka harap bahawa insurans itu boleh mendapat protection. Contohnya, saya. Saya beli pada umur 20 lebih okey. Saya bayar tiap-tiap bulan tanpa, tanpa apa ni, tanpa gagal. Alhamdulillah, saya tak pernah masuk hospital. Tapi ramai yang seperti saya tiba-tiba accident atau Grab— mereka accident atau mereka jatuh sakit nak masuk hospital dikena macam-macam.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sekarang selepas bayar 30 tahun, 40 tahun mereka tiba-tiba “Oh, sekarang protection dulu boleh janji sampai 100 tahun sekarang potong sampai 70 tahun”. Jadi, ini isu yang perlu diselesaikan dan saya harap bahawa Bank Negara look into this real issue. Ini isu yang real yang menjejaskan ribuan pesakit di luar sana. Kita harap bahawa Bank Negara campur tangan sebab kita tunggu interim measure. Interim measure itu berkuat kuasa tiga tahun. Tetapi kita nak tunggu selepas interim measure kita tak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi dalam dua tiga tahun ini sekarang pemegang polisi telah sengsara.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey, jadi saya...

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Bayan Baru. Bakri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey. Cepat-cepat sikit.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sebut tentang isu ini. Setuju tak sebab saya lihat pihak kami telah banyak kali berbincang dengan pihak Bank Negara termasuk berbincang dengan Kementerian Kewangan. Nampaknya pihak Bank Negara dan juga kementerian lebih berpihak kepada syarikat-syarikat insurans. Di mana saya setuju dengan Yang Berhormat sebab saya salah seorang yang seperti yang diceritakan oleh Yang Berhormat tadi yang mana insurans yang saya beli dan saya bayar selama 20 tahun tak pernah pun claim. Tiba-tiba kalau saya nak sambung, terus mendapat perlindungan itu saya perlu membayar tiga kali ganda, empat kali ganda lebih daripada premium yang pernah saya beli, bayar sebelum ini. Ini berlaku sangat tidak adil kepada pelanggan, kepada apa itu pengguna. Tetapi apabila kami berbincang dengan Bank Negara seolah-olah keuntungan syarikat insurans itu lebih penting daripada kepentingan pengguna. Apa–– bagi kes-kes seperti kami, saya dengan Bayan Baru di mana sebelum ini duit dah bayar, dah diuntung oleh syarikat-syarikat insurans. Tak pernah satu sen pun dia bagi rebat. Tak pernah satu sen pun dia kongsi keuntungan dia dengan pengguna.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, pendekkan pencelahan.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Tapi sekarang apabila dia tidak menguntungkan dia kata dia nak tambah premium. Ini saja tidak adil.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, satu minit gulung.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Boleh, terima kasih Pengerusi. Saya setuju dengan Bakri. Ramai di seluruh sana share the sentiment, dengan izin.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Mereka marah, itu sebab perlu ada satu tindakan yang tegas daripada Bank Negara, look into it. Sekarang, Bank Negara— saya tidak kita menafikan bahawa Bank Negara buat

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

kerja, mereka buat kerja tapi mereka kerja banyak. Okey. Pegawai kurang dan mereka act upon complain, satu kes demi satu kes. Jadi, kita perlu ada satu...

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, 30 seconds.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penyelesaian yang tuntas ya, yang komprehensif. Akhir sekali, saya akan terus perjuangkan isu ini dan saya harap Ahli-ahli Dewan dalam Dewan ini, sama-sama kita perjuangkan, ini isu kesihatan kita. Kita akan jatuh sakit satu hari dan sama-sama kita buat sesuatu sebelum terlewat. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Majlis ke Yang Berhormat Gerik untuk membahas.

Tuan Fathul Huzir bin AyobBERSATU · PNGerik

Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Maksud Bekalan 12, peruntukan kepada kumpulan wang terkanun Butiran 010000 hingga 240000. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa angka dan trend yang wajar diberi penjelasan oleh pihak Kementerian Kewangan. Jumlah keseluruhan peruntukan kepada pelbagai Kumpulan Wang Terkanun atau Wang Amanah bagi tahun 2026 meningkat daripada RM1.899 bilion pada tahun 2025 kepada RM1.941 bilion iaitu kenaikan sebanyak lebih kurang RM42 juta atau 2.2 peratus. Namun begitu, apabila kita teliti secara butiran, ada beberapa perkara yang agak luar biasa. Dato' Pengerusi, pertamanya, Butiran 080000 – Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara, melonjak secara mendadak daripada RM50 juta pada tahun 2025 kepada RM160 juta. RM160.3 juta, lebih tepat ya pada tahun 2026. Ia adalah peningkatan yang tinggi, lebih RM110 juta iaitu lebih tiga kali ganda. Jadi persoalan saya, apakah justifikasi sebenar peningkatan ini? Adakah ia bagi menampung apa-apa program penganjuran kejohanan antarabangsa atau ia terlibat dalam program pembangunan atlet atau kos pengurusan sukan yang semakin meningkat? Jika ia, bagaimana ukuran hasil dan impak prestasi sukan negara akan dinilai melalui dana ini? Keduanya, Dato' Pengerusi, Butiran 060000 – Kumpulan Wang Amanah Lembaga Peperiksaan turut naik secara mendadak daripada RM200 juta kepada RM300 juta iaitu peningkatan sebanyak RM100 juta. Jadi apakah sebabnya? Apakah reformasi sistem peperiksaan atau ada pembaharuan kurikulum atau yang sedang dijalankan, yang kita tak dimaklumkan oleh kementerian ya, sehingga berlakunya lonjakan sebegini? Kita setuju pendidikan perlu ditambah baik tapi perbelanjaan tambahan mesti disertai dengan laporan keberhasilan dan prestasi. Manakala yang ketiga adalah, Butiran 120000 bagi Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera yang kekal pada kadar RM10 juta. Tiada peningkatan. Jadi, tanpa sebarang peningkatan sejak tahun lalu. Jadi soalannya, kenapa dana untuk memperkasa

Tuan Fathul Huzir bin AyobBERSATU · PNGerik

penyertaan bumiputera dalam industri automotif yang kini menjadi antara sektor yang berimpak tinggi dan strategik dalam negara. Jadi, kenapa dia tidak, kita tak tambah dana bagi ini, sedangkan yang lain itu kita tambah? Kenapa ia nya tidak diperkuatkan dan dalam masa yang sama kita bercakap tentang industri EV, vendor tempatan dan sebagainya dan ekosistem automotif nasional dan kursus- kursus dan macam-macamlah, sama ada kecil, statik atau besar ya. Jadi, adakah ia nya mencerminkan keutamaan ataupun dasar kerajaan terhadap agenda ekonomi bumiputera? Itu satu persoalan, Dato' Pengerusi. Yang keempat, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 230000 iaitu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pustaka P. Ramlee, yang baru diwujudkan, peruntukannya sebanyak RM1 juta. Jadi persoalannya, apakah objektif sebenar dana ini dan bagaimana ia memberi manfaat kepada industri seni dan budaya negara? Dan saya berharap ia bukan sekadar gimik atau simbolik tapi mestilah benar-benar memberi kesan kepada pembangunan naratif dan juga pengkaryaan nasional kerana kita tahu Tan Sri P. Ramlee adalah satu budayawan yang paling agung di Malaysia dan Singapura. Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah Sabah dan Sarawak, Butiran 240000. Peruntukan RM20 juta pada tahun 2025 kini menjadi kosong. Butirannya pada tahun 2026, dengan catatan bahawa ia dipindahkan ke maksud Bekalan 11 di bawah Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP). Dan persoalannya adakah jumlah keseluruhan bantuan untuk Sabah dan Sarawak ini masih kekal sama atau berkurang selepas ia nya dipindahkan? Kerana kita tidak mahu rakyat di kawasan luar bandar seperti Borneo menjadi mangsa perubahan perakaunan dan penyusunan semula bajet oleh pihak kerajaan. Dan akhir sekali Dato' Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kewangan, berapakah jumlah baki terkumpul sebenar bagi semua Kumpulan Wang Terkanun ini? Dan adakah laporan audit serta prestasi setiap dana dibentangkan secara telus kepada Parlimen? Kerana tanpa keterusan kita tidak dapat menilai sejauh mana keberkesanan nilai Ringgit yang kita telah peruntukkan kepada pelbagai kumpulan wang amanah ini. Sekian Dato' Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk turut membahaskan Bajet 2026, Kementerian Kewangan peringkat Jawatankuasa bagi maksud Tanggungan 12 – Perbendaharaan, Butiran 010000 – Pemberian dan Serahan kepada Negeri-Negeri, khususnya Butiran 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah.

Dalam butiran ini, RM600 juta telah diperuntukkan untuk Sabah, yang diberikan berasaskan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2025 melalui warta Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Mulia ini pada 27 Ogos 2025. Bahawa bermula tahun 2025 hingga tahun 2029, Sabah akan menerima RM600 juta setahun dalam bentuk apa yang dinaratifkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian khas. Pewartaan ini dibuat selepas Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah berunding, apa yang dinaratifkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian khas, interim atau sementara, seperti juga apa yang kedua-dua pihak buat pada tahun 1971, 2019, 2021, 2022 dan tahun 2023. Tuan Pengerusi, umum sudah mengetahui bahawa dalam penghakiman perbicaraan judicial review, terhadap perlaksanaan pelaksanaan 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dalam kes Sabah Law Society (SLS) versus Kerajaan Persekutuan. Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025 telah mengisytiharkan bahawa langkah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah merundingkan jumlah pemberian khas yang diberikan kepada Sabah secara interim di bawah perkara 112D kerana tidak mengambil perkara 112C sebagai prinsip perundingan adalah satu Constitution breach ataupun satu pelanggaran undang-undang. Sebab sepatutnya asas perundingan di bawah perkara 112D adalah perkara 112C, seksyen (1)(a), seksyen 2(1)(a), (b) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Apabila perkara 112C dijadikan asas perundingan, maka formula untuk menetapkan geran khas itu ialah geran khas sama juga 40 peratus kali hasil bersih Persekutuan daripada Sabah pada tahun semasa, tolak hasil bersih Persekutuan dari Sabah pada tahun 1993, hendaklah digunakan. Sejujurnya, mahkamah telah affirm atau mengesahkan bahawa perkara 112C itu adalah entitlement ataupun hak kelayakan Sabah, sekali gus menjadikannya sebagai hak Perlembagaan Sabah. Oleh itu, Tuaran meminta kerajaan supaya menghentikan naratif yang mengelirukan dan atau naratif yang menghalalkan tindakan yang salah seperti penggunaan perkataan “komitmen” untuk menggantikan perkataan “pematuhan.” Penggunaan perkataan “pertimbangan khas” untuk menggantikan frasa “hak kelayakan undang-undang” dan penggunaan frasa “peraturan sementara” atau interim untuk menggantikan perkataan “tunggakan.”

Dengan lain perkataan, Kerajaan Persekutuan sepatutnya akur dan menerima baik keputusan mahkamah tinggi tersebut kerana asas pertimbangan undang-undang adalah sangat jelas. Keputusan Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu tersebut adalah kemenangan Perjanjian Malaysia 1963, sebab itu asas.

Itulah syarat pembentukan Malaysia. Singapura ketika itu meminta 60 peratus Sabah, cuma minta 40 peratus dan keduanya telah dipersetujui dan perjanjian pun sudah dimeterai. Silakan, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuaran. Berkenaan dengan keputusan mahkamah tinggi tersebut, apakah pandangan Tuaran berkenaan dengan rundingan yang boleh diadakan sekarang. Oleh kerana mengikut judgement mahkamah tersebut, rundingan perlu dibuat dalam masa 180 hari dan apakah pandangan Tuaran, sekiranya rundingan itu dapat mencapai satu penyelesaian antara pihak- pihak. Apakah pandangan Tuaran?

Yang Berhormat, Perkara 11D sangat jelas dari segi apa yang akan dirunding. Boleh runding dengan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Jika sekiranya ada tentangan tidak persetujuan kedua-dua pihak boleh melantik accessor. Ada dia punya perundingan baik. Sebenarnya, mahkamah telah memberi masa 90 hari untuk berunding, tiga bulan. Boleh selesai. Kalau tidak boleh selesai dalam 90 hari boleh kedua-dua pihak minta supaya dipanjangkan. 90 hari. Boleh dipanjangkan. Sebenarnya Yang Berhormat, dalam perundingan itu Perkara 112D itu sangat jelas. Jadi, runding sahaja sebab ini sudah hak Perlembagaan. Tidak perlu lagi appeal. Jadi, setelah perkhidmatan tersebut maka sudah jelas lagi bersuluh bahawa perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah itu adalah yang dulu. Apa yang telah dibuat dari tahun 71 yang saya sebut awal tadi semuanya tidak sah. Perintah Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat semua tidak sah. Mahkamah sudah mengisytiharkan itu. Jadi, sebagai layman, saya bukan seorang peguam pun memahami dengan jelas di bawah Perkara 112 subseksyen (1)(a) seksyen 2(1) Bahagian VI Persekutuan yang menyatakan dalam hal Sabah, pemberian yang amalnya sama banyak setiap tahun dengan dua perlima ataupun 40 peratus daripada amal yang hasil yang didapati oleh Persekutuan dari Sabah itu melebihi hasil bersih yang akan dikutip sedemikian dalam Persekutuan dalam tahun 1963 adalah asas kepada apa yang akan dirundingkan di bawah Perkara 11D. Ini sangat-sangat jelas. Sangat jelas ya. Jadi, berasaskan fakta tersebut sangat jelas lagi bersuluh bahawa sungguh tidak wajar pihak Kementerian Kewangan berkali-kali menggunakan naratif jumlah perbelanjaan Persekutuan untuk menjalankan operasi Kerajaan Persekutuan di Sabah yang dikatakan berjumlah RM17 bilion pada tahun 2026 seperti membayar gaji kakitangan, perbelanjaan mengurus untuk menafikan hak Perlembagaan Sabah untuk menerima 40 peratus daripada jumlah hasil pungutan Persekutuan daripada Sabah. Begitu juga naratif mengatakan bahawa jumlah hasil pungutan Persekutuan daripada Sabah hanya RM10 bilion sedangkan perbelanjaan Persekutuan di Sabah adalah RM17

bilion tetapi pertanyaan. Pertanyaan kita di Dewan yang balik-balik kita tanya ialah. Berapakah, apakah komponen-komponen pungutan hasil...

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

...Sabah kepada Persekutuan dan berapakah pungutan hasil itu setiap komponen tidak pernah dijawab. Ini yang kita minta. Jadi, jangan tanya mengatakan kenapa mahkamah tidak mengumumkan amount yang harus dibayar sebab tidak ada yang tahu. Yang tahu hanya Kerajaan Persekutuan. Jadi, pada kali ini Tuaran meminta supaya Kementerian Kewangan, kerajaan tolong beritahu Dewan yang mulia berapa sebenarnya amaun? Jangan sebut RM10 bilion sahaja. Tanya dan beritahu apa komponen-komponen itu. Sebagai contoh, sebagai contoh, bagaimana kita mengira supaya pungutan...

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, 30 saat.

Supaya pungutan— ya?

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

30 saat saya akan tutup mic.

30 saat lagi? Alamak. Sebagai contoh, pungutan daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah dalam kelapa sawit. Beratus ribu keluasan kelapa sawit tapi beroperasi di Kuala Lumpur. Cukai dipungut di Kuala Lumpur. Apakah itu sebahagian daripada pungutan hasil? Pungutan hasil Persekutuan? Begitu juga dengan royalti yang PETRONAS bagi kepada Persekutuan sebanyak RM1.3 bilion.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masa ihsan 30 saat.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ihsan.

Boleh bagi satu minit kah?

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, ini dah masuk waktu rehat. Saya bagi ihsan itu.

Ihsan? Jadi, tidak apa lah. Saya berpantu lah. Pantun cukuplah. Panjang saya nak cerita tapi apa boleh buat. Ini pun salah satu juga. Dalam lima minit kita berbahas perkara yang sangat penting pun tak boleh. Jadi, kita pun tak berapa penting. Saya berpantun. Cukuplah janji jadi mainan, Cukuplah alasan tidak berhenti; Maruah Sabah bukan pertaruhan, Ingatlah manifesto PH laksanakan MA63. 40 peratus hak mutlak Sabah, Termaktub jelas dalam Perlembagaan; Jangan dirayu keputusan mahkamah, Ingkar sahaja rakyat bangkit menghukum kalian.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat akan berbahas selepas 2.30.

Allahuakbar.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sekarang dah masuk rehat dah ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ini pun dah langgar enam minit dah ini, kalau ikut.

Ya. Ya. Sengsara lah tunggu ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat-Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Bentara. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor] mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Mesyuarat dengan ini ditangguh dan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Arau.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda, Ahli Parlimen. Butiran 03000 – Strategi Pelaburan KWSP. Tajuk ini sudah dicakap berulang kali, Yang Berhormat, tetapi jawapannya ialah kerajaan akan melaksanakan libat urus. Jawapannya ialah libat urus. Maka hari ini, saya membuat cadangan baharu kepada pihak kerajaan supaya Akaun 3 KWSP ini yang dipindahkan kepada Akaun 1 diberi nama bersasar. Bersasar ini adalah bagi golongan yang memerlukan, contohnya pencarum yang

berpendapatan bawah RM5,000 yang menghadapi masalah kesihatan kronik, mangsa bencana atau kehilangan pekerjaan. Jadi, sekarang ini Akaun 3 bersasar. Saya minta maaf kalau Menteri nak jawab kita akan libatkan urus. Saya ingat tak perlu jawab perkara tersebut. Tanya, nak bagi ataupun tak bagi. Sebab kalau tidak, kita menghadapi masalah sebab kita juga ada rakyat. Rakyat bertanya kepada, kita ulang balik di Parlimen ini. Menteri jawab akan libat urus tapi libat urus tiga tahun dah saya timbul perkara ini masih melibatkan atau menguruskan. Jadi, saya nak tahu bahawa apakah kerajaan bersetuju bahawa pengeluaran Akaun 3 ini secara bersasar? Menteri tak ada untuk mendengar. Saya harap pegawai tolong ambil ingatan bahawa cadangan saya supaya Akaun 3 ini ialah bersasar. Yang keduanya ialah berhubung dengan pengambilan litar F1. Kerajaan di bawah 990200. Kerajaan membuat bayaran tetap kepada MAHB untuk mengambil alih litar F1 iaitu RM46 juta setahun selama lapan tahun, Yang Berhormat Pengerusi. Jadi, kita nak tahu bahawa apakah bila kerajaan ambil alih dengan membayar kepada MAHB, apa yang kita lakukan kepada litar ini? Kita tahu semasa litar ini diadakan pertandingan pada masa yang lepas, dia mendapat sambutan luar biasa, seluruh dunia orang bercakap. Yang Berhormat pun selalu pergi ke luar negara. Saya pun kadang-kadang pergi ke luar negara, kadang-kadang dia sebut, F1 Sepang. Dia ingat perkataan itu. Dia hanya datang di Malaysia untuk tengok F1 di Sepang. Jadi, orang bercakap tapi kita kata ini merugikan kerajaan. Jadi, kita nak angka yang setepatnya. Apakah sebenarnya dia merugikan penganjuran Formula 1, termasuk kita kena bayar lesen kepada Formula 1 management dan sebagainya? Tetapi dulu kita boleh buat. Jadi, sekarang ini kita dah ambil alih, apa yang kita lakukan kepada litar tersebut? Adakah kita nak anjur pertandingan-pertandingan yang lebih rendah? Tetapi kena anjur sebab dah jadi hak kita dan kita dah tahu bahawa sukan ini mendapat sambutan dunia di samping bola sepak. Ini ialah Formula 1 di antara sukan yang mendapat perhatian semua orang. Kemudian yang berikutnya ialah berhubung dengan B.10 – 020400 Antarabangsa, iaitu memberi khidmat nasihat dan menyenarai isu-isu berkaitan kewangan dan ekonomi bagi kerjasama dua hala serantau dan pelbagai hala. Saya tengok Menteri Digital ini adalah menteri yang kami cukup hormatlah sebab dia jawab steady sahaja dan dia jawab berdasarkan fakta tapi hari ini dia emosional. Yang Berhormat pun ada tadi saya melihat, dia emosional. Tak perlu emosional, kami nak kerajaan jawab apa yang kami tanya. Masa PMX— PMQ pun tidak memberi jawapan. Masa Tengku Zafrul lagi tak beri jawapan hanya menuduh kami tidak menghormati pegawai kerajaan. Kita nak jawapan apa yang kita tanya. Ya, jawapannya ialah kita tanya pasal 5.2 fasal REE; fasal 3.3, digital trade; pasal 7.5, termination. Jadi, kita nak jawapan itu. Dia orang kata kita tak pandai bahasa. All right, kami dah hubungi semua pihak, semua pakar, semua peguam-peguam yang terkenal di negara ini, semua memberi

pandangan yang sama. Apakah kami ini lekeh sangat sampai tak faham bahasa? Ya, bahasanya ialah 3.3 Yang Berhormat, 3.3. Ini bahasa mudah, 3.3. Saya baca, dengan izin, “Malaysia shall consult with the United States before entering into a new digital trade agreement with another country that jeopardize essential US interest”. “Malaysia shall consult”, makna kata kita hendaklah. Jadi, kita nak tanya yang ini, apakah ini merugikan negara? Dan kalau kita kata ada exit clause, exit clause perkara berapa? Yang kita tahu ialah 7.5 ialah termination clause. Jadi, kita nak tanya bahagian pelaburan ni adakah menasihat apa tu kementerian trade berhubung dengan ART? Kita tahu bahawa rang undang-undang kecuali satu Rang Undang-undang Perolehan tidak dibawa kepada select committee tapi semua rang undang- undang lain dibawa pada select committee dan dibincangkan. Ini perjanjian yang melibatkan maruah negara.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat...

Sewajarnya kalau tak boleh bawa di Parlimen pun bawalah kepada select committee supaya kita sama-sama memerhati.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat.

Akhirnya saya nak beritahu Yang Berhormat bahawa kita berharap kerajaan memberi perhatian dan jawab soalan kita berhubung dengan ART. Tak payah emosional, tak payah melompat, tak payah melambung. Kita nak jawab— saya nak jawab 5.2, 3.3, and then 7.5. Jawab yang tu sahaja, yang lain banyak kawan-kawan saya timbulkan, mereka menjawab apa yang kami tanya. Tak payah emosional. Kalau nak emosional, kami pun boleh emosional.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih.

Tapi kalau jawab dengan cara fakta, itu yang kita hormati. Terima kasih, Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

Puan Pengerusi, minta maaf isu peraturan. Saya tak mahu bangun tadi apabila Yang Berhormat Arau sedang berbahas. Nanti dia kata saya ganggu. Saya gunakan Peraturan 36(6), sangkaan jahat. Saya rasa tidak teratur bagi Yang Berhormat Arau mengatakan bahawa Menteri Digital emosional. Menteri Digital hanya menyatakan pandangan dan jawapan beliau. Jadi, saya cuma nak minta perkara ini tidak diulangilah, beberapa kali diulangi. Saya tidak mahu bangun, nanti bangun kecoh tapi saya katakan bahawa tidak betul untuk Arau menuduh Menteri Digital sebagai emosional. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak apalah. Saya jemput Yang Berhormat Puchong untuk berucap. Itu pandangan Yang Berhormat Arau.

Ya Yang Berhormat, ini pengganggu- pengganggu negara ini. Kami semua ini, kami beri bahas, bahaslah. Kalau hak kamu bahas, kamu bahaslah.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, sila duduk.

We are done with this people. Tak payah. Kami tak akan ganggu kamu, kamu jangan ganggu kami. Menyibuk. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Terima kasih Puan Pengerusi kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan. Hanya satu isu sahaja Puchong ingin bangkitkan pada hari ini iaitu merujuk kepada Kepala 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Puan Pengerusi, MyKasih dan SARA RM100 telah pun mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, perniagaan yang mendapat manfaat daripada MyKasih hanya terhad kepada kedai-kedai runcit, terutamanya syarikat-syarikat kedai runcit rantaian, chain store seperti 99 Speedmart dan sebagainya, serta hypermarket seperti Mydin dan Lotus’s. Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk meluaskan penggunaan MyKasih untuk merangkumi peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil lagi bukan sahaja barangan runcit tetapi makanan dan juga perkhidmatan tempatan. Puchong ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada skim voucher, CDC voucher di Singapura. Kerajaan Singapura memberi cash handouts mereka melalui voucher di mana ia boleh digunakan bukan sahaja di kedai-kedai runcit tempatan seperti yang dilaksanakan oleh MyKasih, tetapi mereka juga boleh beli makanan di penjaja-penjaja kecil, di medan selera ataupun memberi perkhidmatan seperti gunting rambut dan sebagainya di tempatan. Puan Pengerusi, Puchong ingin cadangkan sebagai langkah utama untuk meluaskan penggunaan MyKasih seperti CDC vouchers kepada penjaja-penjaja kecil kita iaitu mereka, makcik yang menjual goreng pisang, nasi lemak, cendol, rojak, kuih-muih dan sebagainya. Penjaja-penjaja yang berdaftar dan ada lesen daripada PBT akan boleh layak memohon menjadi merchant untuk MyKasih dan kerajaan juga boleh bekerjasama dengan KPKT. Penjaja-penjaja MyKiosk boleh layak untuk menyertai MyKasih. Ini adalah kerana saya rasa kalau kita membuat begitu meluaskan MyKasih kepada penjaja-penjaja kecil, lebih banyak duit mereka akan mendapat lebih banyak pendapatan dan apabila penjaja mendapat lebih pendapatan, mereka akan belanja di ekonomi tempatan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Ini berlainan dengan kalau kita bagi lebih perniagaan dan lebih cash kepada seperti 99 Speedmart kerana keuntungan mereka yang dibuat akan bagi shareholder, shareholder mereka yang sudah kaya raya. Oleh itu, duit tak masuk balik kepada ekonomi. Kalau kita bagi lebih banyak pendapatan MyKasih, peruntukan masuk ke poket-poket penjaja-penjaja kecil, peniaga-peniaga tempatan, maka ini akan ada multiplier effect yang lebih banyak kerana mereka akan membelanja lebih banyak duit di ekonomi tempatan. Oleh itu, saya sangat percaya bahawa ini akan bukan sahaja membantu rakyat untuk mendapat makanan dan bukan sahaja barangan dapur, makanan boleh dapat dan juga membantu peniaga-peniaga kecil kita dan yang paling penting it creates a better multiplier effect to the economy. Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan kerajaan untuk meluaskan saluran untuk mendaftar merchant MyKasih. Di Singapura, peniaga kecil boleh memohon menyertai skim baucar CDC mereka secara talian, melalui persatuan peniaga atau persatuan penjaja, melalui penasihat perniagaan di SME centers mereka dan juga melalui duta CDC iaitu mereka melantik orang untuk mempromosikan menjadi merchant CDC. Oleh itu, saya juga rasa kerajaan ada program dan skim yang begitu baik dengan MyKasih. Saya sangat percaya kita juga boleh mendapatkan lebih banyak duta MyKasih supaya kita mendaftarkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang membuat perniagaan di luar sana supaya mereka mendapat lebih banyak, mereka faham dan sedar tentang program ini dan mereka boleh daftar dan seterusnya mendapat manfaat daripada itu. Puan Pengerusi, saya sendiri pergi medan selera di Singapura dan saya sangat tertarik dengan bagaimana orang Singapura, rakyat Singapura boleh menggunakan digital voucher mereka untuk membeli daripada penjaja-penjaja apa-apa sahaja. Beli mi ke, beli char kuetiau ke dan lain-lain. Ini adalah satu saya rasa kalau kita boleh melangkah, ini adalah langkah yang baik untuk kerajaan untuk kita contohi. Itu sahaja cadangan saya daripada Puchong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberikan laluan kepada Bachok untuk membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan (MOF), kementerian terpenting dalam urusan fiskal dan kewangan negara. Terlebih dahulu perlu dipertegaskan Puan Pengerusi, antara fungsi terpenting MOF ialah memastikan pengurusan fiskal yang cekap dan efisien, memastikan sistem dan dasar cukai yang saksama, memastikan pengagihan sumber kewangan atau belanjawan secara berkesan dan termasuklah yang keempat, merangka strategi dan pendirian Malaysia

berhubung isu-isu ekonomi dan kewangan bagi kerjasama dua hala serantau dan pelbagai hala untuk memastikan kepentingan negara terpelihara. Oleh itu Puan Pengerusi, Bachok ingin menyentuh Butiran 020200 – Cukai dan Butiran 020500 – Kastam Diraja Malaysia dibaca sekali dengan fasal-fasal terkandung dalam Perjanjian Dagangan Timbal Balik Amerika Syarikat dan juga Malaysia. Mengapa saya bangkitkan perkara ini kerana saya berpandangan terdapat beberapa fasal yang terkandung dalam perjanjian tersebut sedikit sebanyak berkait dengan butiran kutipan cukai, anggaran hasil dan strategi pelaburan di bawah maksud Bekalan B10 dan B11 bagi Belanjawan 2026 ini. Pertama, SST. Saya baca dalam perjanjian Perkara 1.2, seksyen 1, Lampiran 3 Komitmen Khusus. Malaysia hendaklah mengecualikan eksport barangan pertanian dan hasil laut Amerika Syarikat daripada cukai kepenggunaan Malaysia pada masa ini SST. Soalan saya, bukankah langkah ini secara jelas bercanggah dengan tujuan asal SST iaitu untuk mengenakan cukai ke atas produk import barangan maha kaya apatah lagi untuk melindungi industri pertanian dan perikanan tempatan? Selain cukai SST, kerajaan turut bersetuju untuk tidak mengenakan cukai digital ke atas mana-mana firma Amerika Syarikat walaupun cukai digital telah berkuat kuasa sejak tahun 2020. Saya baca dalam perjanjian Perkara 3.1, Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia tidak akan mengenakan cukai perkhidmatan digital atau cukai yang serupa, yang mendiskriminasi Amerika Syarikat dalam apa-apa jua undang-undang. Ini adalah kerugian fiskal, Puan Pengerusi. Untuk rekod, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tempoh hari, kerajaan mengutip RM1.6 bilion daripada 464 entiti asing dari 29 buah negara pada tahun 2024. Adakah kita akan memberikan pengecualian yang sama kepada mereka? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Pada masa sama Puan Pengerusi, perjanjian tersebut turut mendiskriminasi kepentingan syarikat berkaitan kerajaan GLC kita sendiri. Merujuk kepada Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan. Saya baca dalam perjanjian Perkara 6.2, Malaysia hendaklah memastikan syarikat milik atau dikawal kerajaan yang beroperasi di pasaran tempatan apabila terlibat dalam aktiviti komersial tidak mendiskriminasi barangan atau perkhidmatan dari Amerika Syarikat. Disambung lagi, Malaysia hendaklah memastikan padang permainan yang sama rata, a level playing field dengan izin bagi syarikat-syarikat Amerika Syarikat dalam pasaran Malaysia berbanding dengan SOE dari negara ketiga. Persoalannya, apakah implikasi terma ini terhadap kebebasan komersial syarikat berkaitan kerajaan, GLC kita dan apakah kesannya terhadap pemberian geran dan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutamanya terhadap syarikat bumiputera tempatan? Apa akan jadi kepada Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 PuTERA35 yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan sebagai peneraju utama

pelaksanaan pelan ini untuk memacu agenda pembangunan ekonomi bumiputera? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Lebih membimbangkan Puan Pengerusi ialah Perkara 5.1.Saya rujuk kepada Butiran 020400 – Antarabangsa. Saya baca dalam perjanjian, Perkara 5.1 menegaskan jika AS mengenakan tarif larangan import, sekatan atau langkah-langkah lain terhadap mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan ekonomi atau keselamatan nasionalnya, Malaysia hendaklah menerima pakai atau mengekalkan langkah yang mempunyai kesan sekatan yang setara dengan langkah yang diambil oleh AS. Sudah terang lagi bersuluh peruntukan ini jelas sedikit memaksa Malaysia supaya akur dengan tindakan sekatan yang dilakukan oleh AS walaupun kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia adalah berbeza. Semua ini Puan Pengerusi menuntut kepada penjelasan di pihak Yang Berhormat Menteri, selaras dengan fungsi-fungsi kementerian yang telah saya nyatakan di awal tadi. Dua rangkap pantun. Negara kaya, negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Teguh berdiri, pantang menyerah. Putik berkembang di taman merdeka, Amat indah si mawar putih; Negara Malaysia tanah pusaka, Tempat mencurah taat dan kasih. Sekian dari Bachok. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk terus kepada Perbelanjaan Pembangunan, P.10 Butiran 50000 – PPP/PFI. Jumlah anggaran harga projek berjumlah RM1.778 bilion. Tiada perbelanjaan pada 2024 dan tiada perbelanjaan juga pada 2025, manakala perbelanjaan pada 2026 telah dianggarkan berjumlah RM110 juta . Makanya, ada projek PPP yang akan dimulakan sebaik kita melangkah kepada permulaan RMK13. Belanjawan 2026 menyebut Public Private Partnership (PPP) akan dilaksana di antaranya ya, di antaranya disebutkan sistem Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Wilayah Iskandar Malaysia, Pembangunan Hospital Sultanah Aminah 2 Johor, perolehan dan penyelenggaraan peralatan perubatan di klinik kesihatan Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu. Wah. banyak ni Pantai Timur dengan Utara. Skim Pemindahan Air Jeniang di kawasan Muda, Utara lagi. Projek Lebuhraya Laluan Istana-Kiara (LIKE).

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Saya sangat mengalu-alukan langkah kerajaan yang mengambil pendekatan PPP ini sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam aspek-aspek pembangunan. Soalan saya, dalam projek PPP seperti ini, berapakah elemen ataupun peratusan komitmen kewangan daripada kerajaan untuk membolehkan kaedah ini boleh dilaksanakan? Selain daripada itu, saya juga ingin memohon kerajaan melihat kepada dua aspek pembangunan yang melibatkan Parlimen Shah Alam yang pada hemat saya memang sesuai dilakukan melalui kaedah PPP ataupun PFI. Yang pertama, Skyway ataupun Elevated Highway, Jalan Subang dari Bukit Jelutong ke Persiaran Jubli Perak. Yang keduanya, parkir bertingkat secara mekanikal bagi mengatasi masalah kesesakan parkir di Hospital Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Bandaraya Shah Alam telah mewujudkan Shah Alam Traffic Master Plan (SATMAS) 2035. Ini unjuran sehingga 10 tahun yang akan datang. Sebahagian daripada pelan ini ialah untuk mewujudkan inner ring road yang turut mengambil kira beberapa missing link termasuk beberapa flyover untuk mengurangkan kesesakan. Termasuk dalam jajaran inner ring ini ialah lebuh raya bertingkat di Jalan Subang sepanjang 1.3 kilometer dari Bukit Jelutong hingga ke Persiaran Jubli Perak. Berdasarkan kepada beberapa pembinaan lebuh raya bertingkat terkini seperti Kinrara Damansara Expressway (KIDEX) dan Damansara–Shah Alam Elevated Expressway (DASH) dan mengambil kira faktor inflasi, kenaikan harga barang, mungkin kosnya akan mencecah sehingga RM500 juta ataupun lebih. Oleh kerana ia merupakan jalan alternatif untuk mengurangkan kesesakan, menyuraikan trafik dan sebagainya, maka saya berpandangan kaedah yang paling sesuai memang kaedah PPP dan juga ataupun PFI kerana jumlah pendanaan yang sangat besar jika kita menggunakan sepenuhnya dana kerajaan. Yang keduanya kerana ketidakpastian bila dana seperti ini boleh disalurkan jika menunggu giliran keutamaan. Di Selangor ni macam-macam pembangunan yang akan dilaksanakan banyak highway, banyak penyuraian lalu lintas dan seumpamanya, jadi ada keutamaan-keutamaan yang akan diberikan oleh pihak negeri. Saya tidak yakin ia nya boleh dilakukan dalam masa yang, kaedah yang cepat. Sebab itu kaedah PPP/PFI boleh dilaksanakan dengan segera dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah saya sebutkan tersebut. Satu lagi aspek yang penting ialah bangunan tambahan Hospital Shah Alam. Saya tidak lihat dalam projek pembangunan dalam negeri Selangor berkenaan dengan bangunan tambahan Hospital Shah Alam. Yang ada ialah Hospital Banting. Tak apalah, yang itu saya akan tanya dengan Kementerian Kesihatan. Tetapi sementara menunggu bangunan tambahan itu dibangunkan, ada keperluan untuk mewujudkan kawasan parkir secara mekanikal ataupun bertingkat untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Shah Alam ya

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

kerana sekarang ini dia mengundang bahaya dan juga menyebabkan kesesakan di jalan utama yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Bila bangunan tambahan hospital nanti dibangunkan iaitu di kawasan parkir yang sedia ada, memang akan diperlukan juga. Hendak ataupun tidak hendak memang diperlukan juga kawasan parkir yang bertingkat ini. Jadi, kenapa kita nak tunggu yang mungkin tidak akan berlaku pendanaan daripada kerajaan untuk membina bangunan ataupun kawasan parkir bertingkat itu? Maka pada saya, kaedah PPP ataupun PFI inilah yang paling sesuai. Oleh kerana kita tahu masalahnya, kita tahu jalan penyelesaiannya, pada saya tidak perlu lagi kita nak tunggu nak mengharapkan buah yang akan gugur daripada dana kerajaan. PPP/PFI ialah solusinya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

Okey. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan lawatan Komuniti MADANI daerah Gua Musang yang diketuai oleh Puan Nur Hayati, Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang ke Parlimen Malaysia. Terima kasih. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Temerloh meneliti dan ingin mendapat penjelasan beberapa perkara penting di bawah butiran B.10 iaitu Perbelanjaan Mengurus dan P.10 Perbelanjaan Pembangunan bagi Kementerian Kewangan. 020200 – Cukai. Tuan Pengerusi, peruntukan cukai menurun hampir 37.3 peratus. Penurunan ini agak besar dan Temerloh ingin bertanya, adakah ini menunjukkan kementerian sedang mengurangkan aktiviti penguatkuasaan cukai? Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa penurunan 37.3 peratus ini tidak menjejaskan kecekapan kutipan cukai dan tidak melemahkan penguatkuasaan LHDN dan tidak menimbulkan risiko kepada hasil negara secara keseluruhan? Temerloh juga ingin tahu apakah perancangan kementerian untuk mendapatkan hasil pendapatan negara selain daripada cukai. Mohon penjelasan juga, adakah kementerian bersedia meneliti semula pelaksanaan GST versi baharu dengan kadar lebih rendah misalnya empat peratus atau lima peratus dan dengan pengecualian barang keperluan asas supaya tidak membebankan rakyat tetapi masih menambahkan hasil negara? 020400 – Antarabangsa. Tuan Pengerusi, Temerloh meneliti penurunan yang lebih drastik iaitu hampir 72 peratus. Temerloh ingin penjelasan, apakah punca penurunan ini? Temerloh juga ingin penjelasan, berapakah anggaran perbelanjaan untuk lawatan PMX ke luar negara dan berapa ramai team yang terlibat setiap kali lawatan yang dibuat bermula tahun 2022 hingga 2025? Temerloh juga ingin tahu, berapakah jumlah pendapatan dari pelaburan asing yang diperoleh daripada hubungan dagang termasuk timbal balas antara

Amerika Syarikat dan Malaysia baru-baru ini? Dan sepanjang lawatan PMX ke negara luar, mohon nyata dan senaraikan. 060600 – Pusat Transformasi Bandar (UTC). Peruntukan bagi UTC meningkat hampir 100 peratus. Temerloh tidak menolak kepentingan UTC kepada rakyat. Tetapi apakah justifikasi kenaikan mendadak ini? Adakah kerajaan bercadang menambah lebih banyak UTC baharu? Dan jika ya, di manakah UTC tersebut? Berapa jumlahnya dan sebenarnya peningkatan kos, adakah ia sebenarnya daripada peningkatan kos operasi kerana kelemahan pengurusan sedia ada? Kita tidak mahu UTC menjadi projek yang tinggi kos tetapi rendah impaknya. Kementerian perlu bentangkan laporan prestasi yang jelas. 070100 – Pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Tuan Pengerusi, peruntukan sebanyak RM66.24 juta pelarasan ini memang amat dinanti-nantikan oleh penjawat awam. Namun begitu, kerajaan masih belum memberikan penjelasan konkrit tentang tarikh sebenar pelarasan itu dan bilakah nak dilaksanakan. Apakah peruntukan ini sekadar perancangan atas kertas atau benar-benar akan sampai ke poket penjawat awam tahun hadapan? Temerloh mendesak agar kementerian tidak menangguhkan pelaksanaan ini kerana penjawat awam telah lama menunggu pelarasan gaji ini untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi. Isu penghapusan pencen untuk penjawat awam juga perlu dilihat secara holistik demi kesejahteraan hidup rakyat.

080000 – One-off memperlihatkan peruntukan baharu sebanyak RM7.74 juta. Sedangkan tahun lalu tiada langsung perbelanjaan bagi kategori ini. Temerloh ingin tahu apakah sebenarnya tujuan one-off ini? Adakah ia bantuan khas, pampasan atau program tertentu yang tidak dimasukkan dalam bajet utama? Temerloh bimbang istilah one-off ini digunakan untuk menyembunyikan perbelanjaan yang tidak melalui proses kelulusan biasa. Ketelusan mesti dijaga. Mohon penjelasan Menteri. Perbelanjaan Pembangunan P.10. 00500 — Baik Pulih Pejabat dan Kuarters. Temerloh mendapati peningkatan luar biasa bagi baik pulih pejabat dan kuarters iaitu peningkatan lebih 15,700 peratus. Tuan Pengerusi, ini bukan peningkatan kecil. Kita mahu tahu apakah projek sebenar di bawah peruntukan ini? 0900 — Berbagai Suntikan Modal, amat mengejutkan dengan jumlah lebih 0.135 trilion. Jumlah anggaran harga projek ini jumlah yang sangat besar. Temerloh ingin bertanya terus ke manakah wang ini disalurkan dan apakah faktor yang mendorong perkara ini berlaku? Kita tidak mahu berulang episod 1MDB di mana pelaburan tanpa kawalan akhirnya membebankan generasi akan datang. Temerloh mohon Menteri menyenarai peruntukan pembangunan berjumlah 1.6 bilion termasuk penerima utama dan lokasi pelaksanaan projek mengikut negeri atau wilayah. Oleh itu, kementerian mesti menjelaskan butiran penuh setiap sen dalam suntikan modal ini. Namun, Temerloh juga ingin menyuarakan rasa terkilan kerana peruntukan untuk

APPGM-SDG, Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia Bagi Matlamat Pembangunan Lestari melalui projek pembangunan mampan telah dikurangkan menjadi RM15 juta dari RM30 juta sebelum ini. Mengapakah berlaku sedemikian? 3000 – Aset...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, 300 – Aset menunjukkan perubahan luar biasa kerana tiada bajet yang terlibat. Adakah kementerian sudah selesai membeli semua aset yang diperlukan atau berlaku perubahan cara perakaunan yang memindahkan perbelanjaan ini ke kod yang lain? Mohon penjelasan kerana penghapusan penuh ini boleh menimbulkan tanda tanya terhadap integriti pengurusan aset kerajaan. Kementerian Kewangan perlu lebih telus dan bertanggungjawab. Ini bukan soal angka semata-mata tetapi soal keyakinan rakyat terhadap kecekapan pengurusan kewangan negara. Maklumat yang jelas dapat memastikan setiap rakyat, setiap ringgit dibelanjakan demi kepentingan rakyat secara berhemah, bukan untuk kepentingan politik atau projek kroni. Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Saya jumpa Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran B.10, 2020300 — Belanjawan Negara. Minggu lalu, Menteri MITI telah menjelaskan dalam Dewan ini bahawa komitmen pelaburan bernilai USD150 bilion dalam sektor semikonduktor, aeroangkasa dan pusat data serta USD19 bilion pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group tidak melibatkan dana awam, tidak menambah beban fiskal dan merupakan urusan komersial oleh syarikat swasta dan GLC. Beliau menegaskan bahawa langkah itu mengekalkan kedaulatan fiskal negara dan tidak menggunakan wang rakyat. Namun, apabila Bajet 2026 dibentangkan, kerajaan memasukkan pelaburan GLC dan GLIC sebanyak RM16.5 bilion sebagai sebahagian daripada pelaburan kerajaan dengan jumlah keseluruhan mobilisasi awam swasta mencecah 50.8 bilion. Puan Pengerusi, ini satu pertentangan yang nyata. Jika pelaburan di GLC bukan dana awam, mengapa ia dimasukkan dalam bajet negara seolah-olah sebahagian daripada perbelanjaan dan pelan fiskal kerajaan? Adakah GLC ini dianggap entiti kerajaan? Hanya apabila kerajaan mahu menunjukkan angka pelaburan yang besar, tetapi dilabel sebagai entiti korporat bebas apabila timbul persoalan tanggungjawab fiskal. Kita tidak boleh mempunyai dua tafsiran terhadap GLC. Satu untuk tujuan politik dan satu lagi untuk tujuan perakaunan fiskal. Prinsipnya mesti jelas. Jika tidak melibatkan dana awam, maka ia tidak sepatutnya dilapor dalam Bajet 2026.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Puan Pengerusi, apabila GLC dijadikan sebahagian daripada dasar bajet negara, ia membuka pintu kepada campur tangan politik dalam keputusan pelaburan komersial. Apabila syarikat milik kerajaan mula melaksanakan projek atau perbelanjaan yang tidak memenuhi kriteria pelaburan yang munasabah, semata-mata untuk memenuhi matlamat sosial atau politik kerajaan, risiko jangka panjang amat besar. Penglibatan terus GLC dalam bajet juga mengaburkan garis antara peranan kerajaan dan peranan korporat. GLC sepatutnya berfungsi sebagai entiti komersial yang berasaskan kecekapan dan keuntungan dan bukan sebagai pelaksana dasar kerajaan. Apabila kerajaan mula menggunakan GLC untuk mencapai matlamat sosial jangka pendek yang menjejaskan daya saing korporat dan menurunkan keyakinan pelabur dan melemahkan disiplin pasaran. Akhirnya, bukan sahaja pelaburan gagal tetapi reputasi Malaysia sebagai destinasi pelaburan juga terkesan. Jadi, saya harap ini boleh dijelaskan oleh Kementerian Kewangan sebab saya rasa tidak patut kementerian MITI dan juga Kementerian Kewangan boleh ada dua dasar yang bertentangan dalam hal ini. Isu yang kedua, B.11. 030000 – Bayaran Tuntutan Insurans dan Pampasan. Saya ingin menyatakan sokongan kepada pendirian Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia berhubung keputusan untuk mengekalkan had sementara kenaikan premium insurans hanya untuk tempoh tiga tahun. Langkah ini langkah seimbang, bertanggungjawab dan penting untuk melindungi kestabilan jangka masa panjang sistem insurans kesihatan negara. Puan Pengerusi, ramai pihak berpendapat bahawa syarikat insurans tidak patut dibenarkan menaikkan premium langsung. Pandangan ini nampak baik di permukaan tetapi hakikatnya tidak realistik dan akan menjejaskan seluruh ekosistem perlindungan kesihatan negara. Bank Negara Malaysia telah menetapkan had sementara 10 peratus kenaikan premium bagi kebanyakan pemegang polisi selama tiga tahun. Ini satu langkah penstabilan sementara, tetapi ini bukan satu penyelesaian kekal. Data menunjukkan bahawa 90 peratus polisi mengalami kenaikan premium kurang daripada 10 peratus pada tahun pertama, malah lebih baik daripada sasaran awal 80 peratus yang ditetapkan oleh BNM. Ini buktikan bahawa kawalan sementara ini berfungsi, tetapi ini bukan satu secara kekal. Kita perlu faham, bahawa perkara asas insurans bukan satu produk keuntungan segera tetapi ia satu sistem pengumpulan risiko ataupun risk pooling. Cara yang mudah, ramai orang bayar sedikit setiap bulan, kita bayar premium supaya apabila seorang jatuh sakit, kos rawatan boleh ditanggung bersama. Namun, apabila kos perubatan naik setiap tahun, contohnya, caj hospital dan ubat naik antara lapan hingga 12 peratus setahun dan penggunaan teknologi rawatan baru seperti terapi genetik, rawatan kanser...

Tuan Nurul Amin bin HamidPAS · PNPadang Terap

Kampar...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Imunologi dan pembedahan robotik semakin mahal.

Tuan Nurul Amin bin HamidPAS · PNPadang Terap

Kampar sikit.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Maka kos...

Tuan Nurul Amin bin HamidPAS · PNPadang Terap

Padang Terap.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Bagi saya habis dulu, sebab masa sudah habis. Maka, kos pampasan yang ditanggung oleh rakyat, insurans juga meningkat. Kalau premium tidak dinaikkan langsung, lama kelamaan, dana insurans akan jadi tidak cukup untuk membayar tuntutan pelanggan.

Tuan Nurul Amin bin HamidPAS · PNPadang Terap

Sikit sahaja Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Akhirnya, syarikat terpaksa potong faedah, lambat bayar pampasan atau dalam kes paling teruk, tutup operasi. Bila itu berlaku, siapa yang rugi? Bukan syarikat semata-mata, tetapi rakyat sendiri yang hilang perlindungan kesihatan mereka. Ya, boleh.

Tuan Nurul Amin bin HamidPAS · PNPadang Terap

Terima kasih, Kampar. Tadi saya tengok, Kampar dah sebut tentang ketidaksetujuan untuk menggunakan GLC dalam Belanjawan 2026. Betul noh? Jadi, saya nak tanya soalan sikitlah kepada Kampar. Adakah Kampar bersetuju kerajaan menggunakan Khazanah Berhad untuk membiayai kerja-kerja pemulihan Carcosa Seri Negara, RM600 juta oleh Khazanah?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Itu kena tanya Menteri Kewanganlah.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat masa sudah tamat.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

You tanya soalan lain. Okey, tak apa, saya nak habiskan. Okey. Seterusnya, saya nak masuk B.10.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat...

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

06000 — Program Kursus.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Sekejap saja satu minit. Setengah minit. Program Kursus. Ada daripada kalangan pembangkang yang katakan nak hantar Menteri pergi kursus untuk tanya soalan. Tapi saya nak kata di sini. Katakan kalau perlu hantar kursus, pembangkang yang perlu pergi kursus kerana ada pembangkang yang cakap nak tutup Parlimen, ada pembangkang yang cakap kalau soalan yang tanya tak dapat jawab, nak buat negara komunis...

Tuan Nurul Amin bin HamidPAS · PNPadang Terap

Dak, jawab soalan saya ini. Jawab soalan saya.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Saya rasa pembangkanglah patut pergi kursus. Dan terakhir, B.11. 990000 – Komitmen Kewangan. Saya nak dapat satu penjelasan daripada Kementerian Kewangan sebab ada dakwaan bahawa apabila Presiden Donald Trump datang ke Malaysia dan menggunakan sewa satu bangunan, Ritz-Carlton Hotel. Kos itu mencecah

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

USD1.2 juta ataupun lebih kurang RM5 juta. Adakah kos ini ditanggung oleh pihak Amerika Syarikat ataupun daripada pihak Kementerian Kewangan? Sekian sahaja perbahasan saya. Terima kasih.

Tuan Haji Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Kita sama-sama kursus.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama menyentuh beberapa perkara yang penting di bawah peruntukan Kementerian Kewangan di peringkat Jawatankuasa. Saya bangun bukan untuk menolak ataupun sebagainya, tetapi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam serta memastikan setiap perbelanjaan benar-benar memberi mandat kepada rakyat yang kita wakili. Dan setengah yang saya sebut ini tak ada dalam butiran pun tapi ada disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Timbalan Menteri Kewangan semasa peringkat Dasar.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Ya.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Di peringkat Jawatankuasa mesti merujuk kepada Butiran.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

080000 – “One-Off”. Saya ingin mendapat kepastian, adakah bantuan tunai sebanyak RM100 itu termasuk di dalam butiran one-off ini? Kerana saya memerhatikan dan mendapati usaha ini memang wajar dipuji kerana ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang terus mencabar. Namun yang sedemikian, saya mohon agar kementerian dapat menilai semula keberkesanan kaedah penyaluran bantuan ini nanti― yang akan datanglah. Kerana daripada repot yang saya terima, masih ada rungutan bahawa setengah golongan yang benar-benar memerlukan, mereka tidak tersenarai kerana masalah nak menjejak mereka, identiti mereka dan salah guna kuasa berlaku apabila mereka yang berkemampuan layak menerimanya. Mungkin sudah tiba masanya sistem saringan dan pengesanan penerima diperketatkan supaya subsidi ini sampai dan bantuan tadi sampai, bantuan-bantuan ini sampai kepada sasaran dan tidak berlaku ketirisan dan pembaziran dana awam oleh kerana bantuan subsidi dan bantuan tunai ini amat berkesan dan berfaedah kepada rakyat. Oleh sebab itu, kami di sini, sebelah sini mencadangkan supaya ia nya diberi RM500 sebulan, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tempoh hari, dan mencecah RM6,000 setahun.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Dan saya juga ingin tahu― one-off ini memperlihatkan peruntukan baharu sebanyak RM7.74 juta sedangkan tahun lalu tiada langsung perbelanjaan bagi kategori ini. Saya ingin tahu, apa sebenarnya tujuan one-off ini? Adakah akan datang akan naik kepada RM500 sebulan? Kerana kenaikan tahun ini ada sebanyak RM7.74 juta itu. Kalau itu yang terjadi, maka kami beranggapan cadangan daripada pihak pembangkang itu diterima. Alhamdulillah, terima kasihlah. Mudah-mudahan rakyat dapat banyak akan datang. Seterusnya, saya ingin kepada 00500 – Baik Pulih Pejabat dan Kuarters. Berkaitan dengan peruntukan bagi penyelenggaraan aset bangunan kerajaan termasuk baik pulih bangunan bersejarah seperti Carcosa Seri Negara, saya berharap kerajaan dapat memberikan penerangan terperinci mengenai perincian kos dan pelan pembangunan semula. Saya faham RM600 juta daripada Khazanah dan sebagainya itu bukan untuk Carcosa dan Seri Negara. Ia melibatkan stesen kereta api, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara kerana ada ciri-ciri sejarah bangunan tersebut. Tetapi, maklumat daripada penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan bahawa Carcosa itu akan dijadikan kafe untuk mendapatkan pulangan. Dianggarkan pembinaannya ini menelan belanja sebanyak RM200 juta. Saya terfikir kalau buat kafe, berapa cawan kopi nak jual untuk dapatkan RM200 juta itu balik semula? Kafe yang macam mana ini nak jual? Jadi, itu pun perlu penjelasan.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Nak jual daun ketum tak boleh pula, kan?... [Ketawa] Jadi, kalau nak membina, mengubah suai bangunan-bangunan ada nilai sejarah, kenapa tidak dimasukkan Tugu Negara? Tugu Negara simbol kemerdekaan negara kita. Kerana, di sana kalau kita lihat, patung yang memegang bendera itu adalah wira negara kitalah― simbol tetapi, kalau tengok mukanya, hidung mancung macam orang Eropah. Kenapa tak ditukar kepada saiz yang lebih pendek-pendek macam orang Asia, orang Malaysia, hidung pun tak mancung sangat macam saya, kan? Itu macam...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

...Kita mendewa-dewakan pejuang- pejuang daripada Eropah yang pernah menjajah kita. Jadi, saya cadangkan akan datang kalau nak buat ubah suai, ubah suai Tugu Negara yang begitu menimbulkan semangat kenegaraan, kewiraan kepada negara kita kepada patung-patung yang mirip orang Asia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya akan masuk terus kepada perkara-perkara yang saya ingin sebutkan petang ini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Pertamanya adalah berkenaan dengan Bekalan 10, Butiran 040100 iaitu Perolehan Kerajaan. Pada sidang lalu, Ogos 2025, Dewan ini telah meluluskan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan 2025. Akta Perolehan Kerajaan 2025 itu memperkenalkan suatu mekanisme untuk menyemak proses perolehan kerajaan dengan mengadakan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan di mana sesiapa yang tidak puas hati dengan mana-mana proses perolehan kerajaan boleh membuat bantahan dan rayuan kepadanya. Segala prosiding di hadapan tribunal itu untuk pendengaran rayuan tersebut hendaklah dijalankan secara terbuka kepada orang ramai. Maka, ia merupakan suatu proses semakan yang lebih berketelusan terhadap tatacara perolehan kerajaan. Kalau sebelum ini, rayuan terhadap perolehan kerajaan boleh juga dibuat, tetapi aduannya diputuskan secara dalaman. Sekarang, dengan adanya Tribunal Rayuan, perbicaraan berkenaannya akan ditentukan secara terbuka iaitu ditentukan secara external. Oleh itu, ia lebih menjurus kepada suatu Tribunal Rayuan yang lebih independent dan lebih berupaya untuk memain peranan semakan terhadap apa-apa tatacara proses perolehan kerajaan. Soalan saya. Bilakah Akta Perolehan Kerajaan 2025 itu akan mula berkuat kuasa dan bilakah Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan akan ditubuhkan? Perkara kedua iaitu berkenaan dengan Bekalan 10 Butiran 020200 – Cukai. Satu masalah yang dihadapi oleh ramai peniaga adalah cukai yang mereka bayar berlebihan kepada LHDN yang sepatutnya dibayar balik oleh kerajaan. Ramai diberitahu bahawa tunggakan ini akan dibayar balik oleh kerajaan secara ansuran dalam jangka masa beberapa tahun. Ada yang sampai 10 tahun. Kerajaan akan ambil masa untuk menjelaskan tunggakan bayar balik. Tetapi, pada masa yang sama, peniaga-peniaga itu diwajibkan terus bayar cukai kepada kerajaan untuk tahun semasa walaupun tunggakan tax refund yang kerajaan berhutang kepada mereka adalah jauh lebih daripada cukai yang mereka wajib bayar kepada kerajaan untuk tahun semasa dan kelak. Polisi ini adalah tidak adil untuk peniaga-peniaga bahkan ia menjejaskan cashflow peniaga-peniaga tersebut.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Saya ingin tanya, setakat ini, berapakah jumlah cukai bayar berlebihan yang kerajaan berhutang kepada peniaga-peniaga dan rakyat jelata? Dan saya juga ingin menyeru kepada kerajaan agar mereka yang telah bayar cukai berlebihan kepada LHDN diberikan hak untuk set off dengan cukai yang mereka wajib bayar untuk tahun semasa dan kelak sehingga tunggakan kerajaan kepada mereka dijelaskan keseluruhan. Perkara ketiga iaitu berkenaan bekalan 11, Butiran 020500 – subsidi dan bantuan tunai. Saya lihat ada penurunan yang besar peruntukan yang disebut di bawah butiran itu dari RM35.2 bilion untuk tahun ini ke RM29.75 bilion untuk tahun depan. Ini memang satu hasil daripada penstrukturan semula subsidi yang kita laksanakan oleh kerajaan. Soalan saya, subsidi apakah yang dikurangkan sejumlah RM5.45 bilion itu kalau kita berbanding angka,

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

berbandingan dengan angka tahun ini dan tahun depan? Bolehkah kerajaan menyenaraikan secara terperinci, apakah subsidi yang diperuntukkan dalam RM29.75 bilion untuk tahun depan? Isu keempat iaitu berkenaan Butiran 09000 – Pelbagai suntikan modal. Untuk tahun ini 2025, peruntukan di bawah butiran ini adalah kosong. Tetapi dalam Bajet 2026, sejumlah RM1.658 bilion telah diperuntukkan untuk pelbagai suntikan modal. Soalan saya: (i) apakah syarikat kerajaan berhasrat untuk menyuntik modal begitu besar? Adakah syarikat berkenaan syarikat persendirian atau yang tersenarai dalam Bursa Malaysia?; (ii) apakah syarat-syarat yang dikenakan dan dipertimbangkan untuk kerajaan dalam prosesnya untuk memutuskan agar menyuntik modal?; dan (iii) justifikasi kerajaan untuk menyuntik modal itu? Perkara yang lima itu adalah perkara terakhir yang saya ingin sebutkan. Bekalan 11, Butiran 021300 – pemberian kemudahan projek khas. Untuk tahun ini, 2025, sejumlah RM6 bilion telah diperuntukkan di bawah butiran ini. Tetapi untuk tahun depan, hanya sejumlah RM1.6 bilion yang dianggarkan di bawah butiran ini. Soalan saya, satu, kenapakah ada pengurangan sebegitu banyak untuk butiran ini berbanding dengan tahun depan? Kedua, apakah kemudahan yang diberikan dan projek khas bagi tahun ini dan juga apakah projek khas yang akan diberikan kemudahan sejumlah RM1.6 untuk tahun depan. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Saya merujuk kepada pertama, B10, Butiran 010000 – pengurusan khususnya kawalan kewangan strategik dan korporat dan Butiran 020000 – strategi fiskal yang bernilai RM1,354,037,500. Saya ingin menegaskan satu perkara penting, perbelanjaan negara mesti disusun semula mengikut keutamaan rakyat, bukan keutamaan politik atau kelompok elit. Jadi keadaan fiskal semasa, amaran jelas ya, kita berdepan situasi fiskal yang sangat mencabar. Hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan kini mencecah RM1.57 trilion bersamaan lebih 63 peratus daripada KDNK. Daripada jumlah itu, lebih RM50 bilion setahun digunakan hanya untuk bayaran faedah hutang. Ini hampir menyamai keseluruhan peruntukan pembangunan, pendidikan dan kesihatan digabungkan. This is other two biggest peruntukan untuk Bajet 2026. Dan dalam Bajet 2026, perbelanjaan mengurus meningkat lagi kepada lebih RM270 bilion. Manakala, perbelanjaan pembangunan hanya sekitar RM98

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

bilion. Soalnya, soalan saya, sampai bila struktur bajet kita akan terus berat sebelah kepada mengurus, bukan membangun? Jadi, saya dalam keadaan ini, Tuan Pengerusi, Puan Pengerusi, rakyat tidak nampak keberkesanan setiap ringgit yang dibelanjakan. Mereka lihat projek mega terus berjalan, kontraktor besar terus dapat tender, tetapi anak muda Kapar di Klang, Karambunai, di Marudi masih bergelut mencari kerja yang stabil. Jadi, kita mahu pastikan perbelanjaan untuk latihan dan pembangunan kemahiran hanya sekitar 1.2 peratus daripada bajet keseluruhan. Dalam era emerging technologies seperti AI, automasi dan ekonomi hijau, kita tidak boleh terus bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran rendah. Jadi, saya mencadangkan satu dana transformasi kemahiran nasional dengan tumpuan kepada pelatih TVET, graduan STEM dan profesional muda supaya bakat tempatan tidak lagi menjadi operator teknologi luar tetapi pemilik kepakaran sendiri. Dua minit lagi Puan Pengerusi, saya nak bawa satu apalah yang saya terpaksalah, bukannya nak ulang-ulangkan selalu sangat, tapi terpaksalah, Pengerusi. Sebab ini adalah isu yang, yang memang disebut-sebutkan di dalam Kapar ini khususnya kepada Sekolah Kebangsaan Telok Kapas ini. Ini cerita pasal pembangunan pendidikan ya. Saya mendapatkan aduan ini daripada 2022. So, saya nak sebutkan sekali lagi di sini, saya mintalah Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan. Saya difahamkan dia telah diangkat, Menteri Kementerian Pendidikan dah diangkat kepada Kementerian Ekonomi, kemudian Kementerian Kewangan diluluskan. Tapi bila balik ke Klang, dikatakan PBT kata perlu buat jejantas. So, dia kena, kena tolak balik kepada MOE, MOE tolak kepada MOF. Jadi sekarang saya berkata dengan MOF, tolonglah cepat luluskan ya, SK Telok Kapas ini kerana ia nya di antara yang padat. Sikit lagi apa Pengerusi. Mengenai Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment, RM20 juta, 2026; 2025, RM170 juta. So, saya nak tahu kenapanya terlalu jauh bezanya? What’s happening? Sedangkan kita lihat di antara masalah besar kita di dalam –– ini Menteri Pendidikan ada di sini, ialah minat kepada STEM atau sains ini di kalangan pelajar. Jadi, kalau ini dikurangkan sebegitu rupa, dia punya naratif, mesej kepada pelajar-pelajar kita. Jadi saya nak tahu kenapa? Yang satu lagi, Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan, Butiran 110000, RM40 juta. Berapa beneficiaries yang dapat ini? Kita tahu semuanya rawatan perubatan ini semakin meningkat. Kalau 2025, RM40 juta, 2026 sama RM40 juta. Sedangkan harga barang naik, harga rawatan naik. Jadi berapalah yang dijangkanya akan mendapat ke manfaat? Sama juga soalan kepada Butiran 090000 – Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. 2025, RM180 juta; 2026, RM180 juta. Jadi, berapa beneficiaries yang disasarkan oleh kerajaan? Kerana kita, kita lihat nilai wang kita tidak sama tahun ke tahun. Jadi saya nak, nak tahulah apa dia punya inilah Pengerusi ya. Jadi saya ucapkan banyak terima kasih kepada

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Pengerusi. Saya nak dapatlah jawapan. Jangan tak jawab macam semalam, saya terkilanlah tak dapat jawapan.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya akan terus ke Butiran 020800, 50000, 09000 dan 09200. Saya ingin menarik perhatianlah pihak kementerian terhadap isu pendaftaran kedai di bawah program MyKasih yang khususnya bagi kedai-kedai runcit kecil dan perniagaan yang diusahakan oleh PKS atau SME.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Untuk makluman, rakyat yang menerima bantuan SARA hanya boleh membelanjakan bantuan tersebut di kedai-kedai yang berdaftar bawah sistem MyKasih ini. Ini sebenarnya satu inisiatif yang baik dan harus disokong dan juga diteruskan. Namun begitu, pada masa ini, kebanyakan kedai yang telah berjaya didaftarkan adalah pasar raya besar, manakala kedai-kedai runcit tempatan dan kedai komuniti masih belum tersenarai atau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran tersebut. Jadi, bantuan yang hanya boleh digunakan di pasar raya besar, sedangkan kedai- kedai runcit kecil merasa mereka tidak mendapat manfaat ini. Malah ada yang memberitahu saya bahawa jualan kedai-kedai kecil ini merosot sehingga 40 peratus hingga 50 peratus sekali gus menjejaskan pendapatan para pengusaha PKS ini. Saya juga dimaklumkan bahawa Yayasan MyKasih kini menghadapi kekangan dalam mendapatkan stok terminal point of sale yang digunakan untuk membolehkan transaksi bantuan SARA dijalankan di kedai-kedai berdaftar. Namun, saya difahamkan keadaan ini telah berlarutan hampir setengah tahun dan bukannya sekadar masalah sementara. Malah, terdapat pengusaha kedai runcit yang telah membuat permohonan dan pendaftaran sejak bulan Jun tahun ini dengan pegawai MyKasih, namun sehingga kini mereka masih belum didaftarkan sepenuhnya dan belum menerima terminal POS yang diperlukan untuk membolehkan pelanggan mereka menggunakan bantuan SARA. Jadi oleh itu, untuk memastikan pengusaha PKS, kedai-kedai runcit dan serbaneka terus dimanfaatkan, saya berharap kerajaan bersama dengan kerjasama Yayasan MyKasih dapat mencepatkan proses pendaftaran MyKasih serta menyelesaikan segera isu kekurangan terminal POS ini. Selain itu, kerajaan juga wajar menimbangkan untuk mewujudkan satu saluran khas atau fast track route bagi permohonan untuk SME dan kedai komuniti tempatan agar mereka dapat beroperasi dengan lebih cepat dan berkesan dan juga menikmati manfaat daripada inisiatif kerajaan yang baik ini. Langkah ini bukan saja akan memperluaskan capaian bantuan

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

SARA kepada lebih ramai rakyat tetapi juga akan membantu memulihkan semula ekonomi tempatan serta memperkukuh daya tahan sektor PKS, yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Tuan Pengerusi, saya menyokong usaha kerajaan dalam menyalurkan bantuan melalui program MyKasih yang bertujuan untuk memastikan subsidi dan bantuan sampai terus ke golongan sasar. Namun, saya juga berharap pihak kementerian dan Yayasan MyKasih dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mencepatkan proses pendaftaran serta menambah baik sistem sokongan kepada pengusaha PKS dan kedai runcit tempatan. Itu saja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih kepada Datuk Pengerusi yang memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kewangan. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, ingin saya mengalu-alukan kedatangan guru besar, guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di bawah Parlimen Rasah. Jadi, orang Rasah tengok wakil rakyat dia berbahas. Jadi, minta Datuk Pengerusi kalau boleh 2, 3 minit tambahan.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tak boleh.

[Dewan ketawa]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tak apa, nanti hujung nanti kita minta. Datuk Pengerusi, perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 020500 di bawah tajuk Subsidi dan Bantuan Tunai. Kalau kita lihat pada Belanjawan 2025 sebanyak RM35.2 bilion, kali ini kurang iaitu RM29.7 bilion. Saya memahami kenapa kurang sebab penyasaran subsidi. Kita tak nak yang warga asing dan sebagainya yang tak layak terus menikmati subsidi sebelum ini, sebab itu kurang. Cuma saya nak sebut di sini. Ketika Yang Amat Berhormat PMX membentangkan Belanjawan 2026, beliau sebut penjimatan subsidi disebabkan penyasaran subsidi RM15.5 bilion. Maksudnya di sini, saya nak tanya kerajaan, nanti Kementerian Kewangan bila gulung nanti, apakah kalau kita tak buat penyasaran, subsidi untuk tahun ini patutnya mencecah lebih RM45 bilion. Adakah ini benar ataupun ada formula pengiraan yang berbeza? Dan berkenaan dengan RM29.7 bilion untuk subsidi di bawah ni, saya rasa STR antara yang utama. Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan juga SARA, mungkin dalam RM15 bilion. Bagaimana dengan yang lain? Sebab yang kami dimaklumkan secara jelas adalah STR dan SARA RM15 bilion. Bagaimana dengan subsidi untuk bil elektrik, untuk diesel, untuk RON95? Sebab saya nak jelaskan di sini dan saya harap kerajaan boleh terus menghebahkannya bahawa Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada menyasarkan subsidi dan tidak memansuhkan subsidi.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Daripada ada anasir-anasir tertentu yang cuba mengelirukan rakyat, mengatakan bahawa kerajaan memansuhkan subsidi. Itu tidak benar. Kita hanya menyasarkan semula kepada golongan sasar yang layak untuk menerima subsidi. Jadi saya mohon, bagaimana pecahan RM29.7 bilion tersebut. Dan berkenaan dengan SARA, Dato’ Pengerusi. Saya dimaklumkan setakat ini ada 8,400 kedai yang terlibat, yang boleh rakyat Malaysia gunakan SARA untuk membeli barangan keperluan. Bertambah, cuma saya nak tanya. Bagaimana dengan peniaga-peniaga kecil yang mungkin tidak mempunyai premis kekal tetapi lebih kepada di pasar pagi tapi dia jual barangan keperluan, barangan runcit. Dia ada jual barangan biasa yang boleh dibeli gunakan wang SARA tersebut. Jadi, macam mana dengan— boleh tak kerajaan keluarkan satu skim khas untuk peniaga-peniaga kecil yang tak ada premis, tetapi mereka nilah saya rasa yang wajar diberikan bantuan. Kita nak bantu rakyat dan kita nak bantu peniaga kecil. Kita tak nak sebab setakat ni yang saya nampak, pasar raya besar banyak dapat ataupun kedai runcit yang mempunyai rangkaian, beratus, beribu cawangan di seluruh negara, itu dapat. Itu tak apalah, rezeki dia meniaga. Bagaimana dengan peniaga kecil ini? Kalau boleh, biar golongan ini juga mendapat limpahan daripada inisiatif SARA daripada kerajaan supaya peniaga kecil ini turut mendapat impak dan dibantu. Perkara kedua...

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya tak dapat bagi kawan sebab Datuk Pengerusi tak bagi tambahan. Kalau Datuk Pengerusi bagi masa tambahan, saya bagi. Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah di bawah Butiran 060300 – Fi untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri. Setiap tahun RM2 bilion. Kita tahu Lembaga Hasil Dalam Negeri ada struktur organisasi dia. Saya nak tanya, ada tak kerajaan mengaudit? Dia kena audit juga LHDN. LHDN audit kita. LHDN audit pembayar cukai. Ada tak kita audit dia dan ada tak pertambahan kakitangan dan sebagainya supaya RM2 bilion ni berbaloi dan bagaimana tugasan mereka untuk memastikan setiap kutipan cukai itu dapat dilakukan yang dengan baik. Dan saya nak tanya juga kerajaan, sebab kali ini kerajaan memberikan pelepasan RM10,000. Sebelum itu RM6,000 untuk anak-anak OKU yang terlibat pelepasan cukai. Jadi, berapa kekurangan cukai yang— saya sokong pelepasan RM10,000. Cuma kekurangan itu berapa? Begitu juga dengan pelepasan cukai untuk yang apa, yang ada anak untuk nursery dan sebagainya sebab saya ada anak, saya pun sepertimana parents yang lain ingin tahu keadaan ini. Dan Datuk Pengerusi, landing. Perkara terakhir yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan 050200 – Pengurusan Wang Tidak Dituntut. Ada bajet RM13 juta seperti sebelumnya. Saya nak tanya, apakah status agensi ini sebab dia tak ramai kakitangan, 71 orang saja saya nampak bilangan jawatan. Jadi, berapakah jumlah wang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia dan ada tak apa-apa cara untuk menghebahkannya kepada waris yang sah

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

atau pun pemilik yang sah supaya jumlah wang yang tidak dituntut itu boleh dikurangkan pada masa-masa akan datang. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Pengerusi atas peluang yang diberikan.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

Terima kasih, Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 02000 dan sub Butiran 020900 berkenaan dengan Bank Pembangunan Malaysia. Pengerusi dan rakan-rakan Parlimen sekalian, hari ini Financial Times, bukan Harakahdaily, ya. Financial Times mengeluarkan laporan berita yang mengatakan, “US adds ‘poison pills’ to Asia trade pacts to counter China. Conditions inserted by Washington into tariff deals with Cambodia and Malaysia seen as a loyalty test.” Maknanya apa, Pengerusi? Maknanya, perjanjian perdagangan yang dibuat oleh MITI baru ini yang ditandatangani dengan penuh girang gemilang oleh Yang Amat Berhormat Tambun merupakan satu perangkap, jerangkap samar, yang mana memberi kesan kepada banyak butiran-butiran perbelanjaan Kementerian Kewangan pada hari ini.

Saya ambil contoh butiran saya sebut tadi. Saya nak tanya kepada Menteri Kewangan. Dalam Artikel Perjanjian Timbal Balas Amerika-Malaysia, dikatakan di sini dalam klausa 6.2, “Malaysia shall ensure that its State-Owned or Controlled Enterprises (SOEs) operating in its market when engaging in commercial activities, act in accordance with commercial consideration in their purchase or sale of goods or services and refrain from discriminating against US goods and services”. Pengerusi, saya nak tanya kepada Menteri Kewangan. Adakah perjanjian ini mengambil kira our Development Financial Institution (DFI), sebagai daripada terma SOE yang disebut oleh Amerika? Kerana dalam rundingan CPTPP, DFI are exempted sebelum ini. Jadi, bank pembangunan tak kena dan bank-bank lain, EXIM Bank ke SME Bank ke tidak kena. Jadi, saya dan rakyat perlukan jawapan. Butiran 030100 dan 0300200 – Syarikat Pelaburan Kerajaan. Dalam Perjanjian songsang Timbal Balas Amerika–Malaysia yang saya kata tadi merupakan jerangkap sama. Jelas kita telah memberi komitmen kepada Amerika dan Washington yang kita akan melabur berpuluh bilion duit rakyat ke sana. Apa jaminan yang pelaburan ini dibuat dengan tadbir urus yang baik selari dengan Akta Perolehan Kerajaan dan akta-akta lain yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini? Kerana apa kita bimbang, kerana janji yang kita bagi pada Trump, kita takut pelaburan yang dipaksa, yang Trump akan tentukan di Amerika adalah pelaburan yang

bersifat bad investment, dengan izin. Pelaburan yang akan membawa kerugian, yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia. Jadi, ini perkara-perkara yang perlu disemak imbang dalam Dewan Rakyat. Kalau tidak dijelaskan bagaimana, saya minta Kementerian Kewangan jelaskan kepada kami semua rakyat Malaysia, how are you going to do about it? Bagaimana kalian nak menjanjikan pelaburan yang dipaksa ini benar-benar membawa keuntungan kepada Malaysia, bukan kepada Amerika semata-mata. Jadi, saya cakap bukan sebarang cakap. Ini cakap pakar-pakar ekonomi. Kalau kamu tak percaya, kami tak baca tadi. Saya kecil hati dengan Yang Amat Berhormat Menteri Digital. Macam mana kamu boleh peleceh Ahli Parlimen Pasir Mas tadi? Beliau tanya soalan yang munasabah, kebimbangan tapi beliau kata, eh kamu tak baca, soalan tidak bijak. Jadi, Pengerusi saya mintalah, tegur lah Menteri-menteri ini. Bagi jawapan yang elok-eloklah. Rakyat nak tahu bukan nak bergaduh, kita nak tahu jawapan.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya, Pengerusi. Tadi, saya berhenti di situ. Kita sedang diperangkap. Dewan yang mulia, kita sedang diperangkap oleh Amerika melalui poison pills kata, Financial Times. Bukan Machang kata, Financial Times. Baik, Butiran 020000 – Bayaran Pindahan dan Pemberian berkenaan FELCRA. Pengerusi, saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen pembangkang dah banyak kali bagi teguran pada Kerajaan MADANI. Jangan jadikan badan-badan pembangunan orang-orang Melayu dan bumiputera tempat kalian gunakan untuk buat kerja-kerja politics of patronage. FELCRA rugi, buat pelaburan sana-sini rugi. KETENGAH rugi. Saya mintalah Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Saya tahu lantikan FELCRA semua UMNO Kelantan. Pengerusinya, Ketua Bahagian UMNO Machang. Pengerusi UMNO Kelantan, rosak. Kita dah berapa kali baiki FELCRA, FELDA.

Machang, Machang sikit.

Why we must compensate benda yang tidak betul?

Machang.

Duit cukai rakyat. Saya mintalah Yang Berhormat Tambun, hentikan politics of patronage ini.

Machang, Machang. Tak— Machang, tadi sikit Machang.

Pengerusi, saya nak landing.

Machang, sikit Machang. Tadi Machang cakap FELCRA rugi. Tahun bila FELCRA rugi itu? Boleh jelaskan.

Itu nanti saya minta Menteri Kewangan jawab, ya. FELCRA rugi.

Tak, itu tak betul.

FELCRA, bukan FELDA. FELCRA.

Ya, saya tanya tahun bila FELCRA rugi ini?

FELCRA ada masalah kena dakwa bekas pengerusi, macam-macam.

Tak, bila? Tahun bila FELCRA rugi?

Pengerusi, don’t waste my time please. I want to wrap up.

I’m not waste your time. I nak tanya you, penjelasan tahun bila FELCRA rugi ini?

Masalah yang saya katakan tadi Laporan AGC, Laporan Audit Negara baru-baru ini menjelaskan pelaburan yang rugi oleh FELCRA.

Pelaburan yang?

Pelaburan yang rugi, pelaburan yang rugi. Bila pelaburan rugi, beri kesan pada FELCRA keseluruhannya. Nak kena top-up daripada kewangan.

Pelaburan yang mana rugi ini FELCRA ini?

Pelaburan yang rugi. Pelaburan yang rugi.

Kena jelas betul-betul cakap itu.

Okey, saya betulkan. Pelaburan yang rugi ya.

Pelaburan yang mana rugi? Tahun itu.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Rugi? Yang mana yang rugi?

Pelaburan yang rugi. Saya kata tadi dalam Laporan Audit Negara jelas diterangkan. Pembelian estet kelapa sawit di Telupid di Sabah rugi.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Rugi dari segi apa?

Tak ada rugi, pembelian itu bukan satu kerugian.

Nak buat ternak ayam di Padang Terap, rugi!

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Balance sheet dia yang rugi ke, asset dia yang rugi ke, bottom line dia, mana yang rugi? Macam mana dia rugi?

Rugi sebab buat pembelian... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Kalau tidak... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila ikut Peraturan Mesyuarat.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

36(6), 36(6). Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat. So, sangka dia jahat. Bila dia tak boleh nak jelaskan, terangkan secara terperinci dan faktanya seperti yang saya sebut tadi itulah sangkaan jahat. Jadi, bolehlah tarik balik. Tak apa, tak apa. Kadangkala kita pun terlebih cakap.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Machang, sila gulung.

Ya, terima kasih Pengerusi. Tak apa, soalan-soalan yang dibuat oleh Ipoh Timor, PAC sedang menelitinya. Saya yakin kita akan buktikan dalam Dewan ini.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

So, ini kena tarik baliklah. It’s okay.

Saya Ahli PAC, Machang. Saya tahu.

Hari ini dia melabur takkan esok nak untung? Ha, kena jelas betul-betul. Kalau tak, Yang Berhormat mengelirukan.

Yang Amat Berhormat.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Investment dia ada cycle . [Tidak jelas]

Tampin, red flags were everywhere in the audit report.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Fine. If there are red flags, tak bermaksud dia rugi. So, simple, tarik balik. It’s okay, red flags fine, red flags fine.

No, don’t play with the semantics.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Red flags fine, red flags fine. Tapi, adakah kita nak tarik balik bila ada sangkaan jahat benda yang tak tepat? It’s as simple as that.

Saya tak tarik balik. Boleh rujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya boleh bawa.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Ini bukan untuk... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh buat usul kerana Yang Berhormat Machang sudah kata boleh rujuk kepada jawatankuasa. Okey, jadi sila gulung.

Okey, terima kasih. Last sekali, ya Yang Berhormat, Pengerusi, minta maaf. Butiran terakhir saya, MAHB 990000 – Komitmen Kewangan yang MOF kena tampung kepada MAHB. Itulah saya masih tak faham lagi. It is a very good deal, katanya. Tapi aerotrain rosak, pengurusan tak betul. Yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia kita akan dapat KLIA yang hebat dan gemilang. Tapi yang kena bayar banyak juga daripada rakyat Malaysia sendiri, Kementerian Kewangan. Jadi, saya tak nampak di mana GIP dan BlackRock bawa nilai tambah kepada pembangunan semula KLIA dan aset-aset MAHB. Jadi, ini juga perlukan jawapan daripada Kementerian Kewangan. Saya masih menunggu senarai pendek lima company, syarikat teratas yang memasuki tender untuk mendapat projek penswastaan MAHB. I don’t think MOF has given us the list. Betul, Putrajaya? Saya rasa kita dah minta dalam Kamar Khas hari itu tak dapat lagi. Jadi, or was it a direct nego? We want to know this. Jadi, terima kasih Pengerusi. Saya mohon usul dan cadangkan.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Macang. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi bagi kod B.10, Butiran 020000 – Strategi Fiskal, khususnya 020200 – Cukai. Saya ingin kaitkan butiran ini dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Ada yang kata perjanjian ini dah macam Perjanjian Pangkor 1974 iaitu 151 tahun yang lalu. Saya tidak ingin mengulas dalam konteks tersebut. Takut nanti ramai yang koyak. So, dalam konteks cukai ini di bawah Article 1.1 Annex 3 perjanjian tersebut, dinyatakan bahawa eksport barangan pertanian dan makanan laut dari Amerika Syarikat ke Malaysia wajib dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan hal ini iaitu cukai penggunaan dalam konteks Malaysia, SST. Sebelum ini, pendekatan kerajaan dalam mengenakan atau tidak mengenakan cukai penggunaan adalah berdasarkan item barangan atau perkhidmatan. Maknanya, tengok item barangan atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, di peringkat awal pengenaan SST kepada buah-buahan import. Buah epal, oren limau mandarin dan kurma semua dikenakan cukai. Kemudian, selepas menyedari bahawa adalah tidak adil kepada rakyat untuk mengenakan cukai kepada buah- buah tersebut, maka kerajaan mengecualikannya daripada SST. Jika kita lihat keputusan tersebut adalah dibuat berdasarkan jenis item ataupun barangan, tidak dibezakan dari negara mana buah tersebut diimport. Tetapi, berdasarkan

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

perjanjian dengan Amerika Syarikat, SST tidak akan dikenakan kepada barangan pertanian, termasuk buah-buahan serta makanan laut dari Amerika Syarikat tetapi akan dikenakan untuk barangan yang sama yang dibawa masuk dari negara lain.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Soalan saya. Apakah sebelum ini kerajaan pernah membeza-bezakan pengenaan cukai penggunaan untuk produk import mengikut negara asal produk tersebut? Apakah Malaysia akan memberikan pengecualian yang sama kepada barangan import daripada negara-negara lain? Dan apakah kesan kepada hasil kutipan cukai kerajaan, sekiranya semua negara diberi pengecualian cukai yang sama? Seterusnya, Tuan Pengerusi, artikel 3.1 dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa Malaysia tidak boleh mengenakan cukai perkhidmatan digital atau digital services taxes atau cukai yang hampir sama yang mendiskriminasi syarikat dari Amerika Syarikat. Soalan saya, berapakah hasil kutipan cukai perkhidmatan digital daripada syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat pada ketika ini? Berapakah pula hasil kutipan cukai ini daripada syarikat-syarikat dari negara lain? Selain itu, berkaitan dengan tarif juga, saya mohon Menteri jelaskan, sebenarnya berapa talian tarif produk-produk dari Amerika Syarikat yang telah diturunkan kadarnya akibat daripada perjanjian tersebut. Mohon beri perincian setiap satu talian tarif tersebut dan berapa peratuskah penurunannya. Selain itu, saya mohon Menteri perincikan talian tarif produk-produk Amerika Syarikat yang telah dikecualikan tarif sepenuhnya. Saya mohon Menteri nyatakan, berapakah sebenarnya jumlah keseluruhan talian tarif terkini yang digunakan oleh kerajaan? Berapa baseline-nya? Apakah kesan perkara ini kepada kutipan hasil kerajaan? Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya minta― bila diminta perincian di Dewan ini, saya minta Kementerian Kewangan supaya berilah perincian tersebut. Saya pernah dalam membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas pada 11 Ogos 2025, banyak soalan-soalan yang saya tanya masih belum dijawab sehingga ke hari ini. Jadi, saya mohon perincian ini diberikan. Secara bertulis pun tak apa tapi berikan supaya boleh dijadikan rujukan oleh kami sebagai Ahli-ahli Parlimen. Seterusnya, Butiran 030000 – Strategi Pelaburan, khususnya 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan dan 030300 – Pelaburan Strategik. Sebentar tadi sahabat saya Bachok dan Machang telah menyentuh panjang lebar berkaitan dengan GLC dan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia–Amerika Syarikat. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan secara jelas, berdasarkan perkiraan kerajaan, apakah sebenarnya jangkaan manfaat serta jangkaan risiko atau kesan negatif perjanjian ini terhadap GLC-GLC ini? Yang kita tahu, banyak GLC diikat tangan mereka supaya membeli itu dan ini dari Amerika Syarikat. Kalau keputusan itu keputusan komersial, tak apa. Tetapi, mengapa diikat dalam perjanjian GLC-GLC ini untuk membeli produk-produk tertentu dari Amerika Syarikat?

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Dalam konteks PETRONAS, sebagai contoh, perlu membeli LNG dari Amerika Syarikat sebanyak USD2.04 bilion setahun. Saya juga nak tanya yang ini. USD2.04 bilion ini setahun. Berapa tahun PETRONAS punya komitmen untuk membeli LNG ini dari Amerika Syarikat? Seterusnya, Butiran P.10...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung. Sila gulung.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Saya gulung. Akhir sekali, Butiran P.10, 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Saya mohon Menteri jelaskan, apakah projek yang disenaraikan di bawah jumlah anggaran projek melebihi RM135 bilion ini? Apakah projek yang disenaraikan di bawah anggaran peruntukan lebih RM1.6 bilion bagi tahun 2026? Mengapakah tiada sebarang peruntukan untuk tahun 2024 dan 2025? Akhir sekali, Tuan Pengerusi, B.11 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Saya mohon Yang Berhormat Menteri berikan perincian― bertulis pun tak apa. Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan untuk setiap item subsidi ini? Perincikan setiap item subsidi ini untuk tempoh 10 tahun lepas. Begitu juga, berapakah perbelanjaan kerajaan untuk setiap item bantuan itu untuk tempoh 10 tahun yang lepas? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Tampin.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Puan Pengerusi, izinkan saya memulakan perbahasan dengan menyentuh Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat dengan nilai peruntukan berjumlah RM100 juta bagi tahun 2026. Selaku orang kampung dan Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat luar bandar, sudah tentunya saya menyokong penuh segala usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Inisiatif Program Kampung MADANI boleh dikatakan umpama sinar baru untuk masyarakat di luar bandar. Namun, setelah dua tahun pelaksanaannya, orang-orang kampung di kawasan Parlimen Tampin masih lagi terpaksa berputih mata. Setakat Ogos 2025, Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau telah selesai. Sekurang-kurangnya ada satu Kampung Angkat MADANI dalam setiap kawasan Parlimen berkenaan. Tetapi, malangnya, di Tampin, satu pun tak ada. Saya pernah membawa perkara ini semasa perbahasan RMK13 yang lalu. Tetapi, yang bertambah di Kuala Pilah. Daripada lima telah menjadi sembilan Kampung Angkat MADANI.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menuntut penjelasan daripada kementerian berkenaan insiden dwi standard dan ketidakadilan ini. Perkara ini langsung tidak boleh diterima sama sekali. Kementerian sepatutnya memberi sekretariat khas untuk menguruskan perkara ini supaya pemilihannya lebih adil, telus dan menyeluruh. Dan saya juga mohon supaya kementerian menyenaraikan kampung-kampung yang bakal menerima manfaat daripada Program Kampung Angkat MADANI ini untuk tahun 2026. Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh seterusnya Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, penyasaran subsidi telah menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. Setiap penjimatan bermakna lebih banyak dana untuk kebajikan, lebih banyak peruntukan untuk kos sara hidup dan lebih banyak pelaburan prasarana rakyat yang berkualiti. Merujuk kepada jumlah subsidi dan bantuan tunai pada tahun 2026, berlaku penurunan peruntukan yang berjumlah RM5 bilion iaitu daripada RM35 bilion kepada RM30 bilion. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian sebelum perkara ini dipolitikkan dan saya juga ada membangkitkan soalan ini semasa perbahasan peringkat Dasar tempoh hari. Saya ingin mengetahui, ke manakah dana penjimatan hasil penstrukturan semula subsidi berjumlah RM15.5 bilion tersebut dibelanjakan oleh kerajaan? Jika melihat kepada perbandingan jumlah keseluruhan peruntukan STR dan SARA bagi 2025 dan 2026, ia memang benar ada peningkatan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion. Namun, ke manakah baki selebihnya dibelanjakan oleh kerajaan? Saya mohon diberikan jawapan secara spesifik. Selain itu, saya juga menggesa agar penyasaran semula subsidi ini terus diperkasakan, terutamanya bagi beberapa barangan asas yang masih perlu diberikan subsidi secara pukal seperti minyak masak, beras tempatan, gula putih dan tepung agar tidak lagi tiris kepada warga asing. Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Cukai. Pada tahun 2026, hasil kerajaan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion berbanding RM334.1 bilion pada tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, hasil cukai SST telah diunjurkan sebanyak RM51.7 bilion pada 2026 iaitu meningkat sebanyak RM10 bilion berbanding 2025. Berdasarkan angka tersebut, secara rasminya bermulalah tahun hadapan dan untuk tahun- tahun mendatang, jumlah kutipan SST akan memecahkan rekod jumlah kutipan GST pada tahun 2017 yang hanya berjumlah RM44.3 bilion. Sebelum ini apabila kita bercakap soal GST, orang ramai menolaknya mentah- mentah kerana mempunyai tanggapan bahawa cukai GST membebankan rakyat kerana merujuk kepada hasil kutipannya yang tinggi. Kini, keadaannya telah jauh sama sekali berbeza dan lebih membimbangkan saya adalah sistem percukaian SST yang digunakan oleh negara kita pada masa ini tidak telus dan tidak efektif berbanding GST. Justeru itu, saya sekali lagi menggesa kerajaan dan kementerian untuk mempertimbangkan semula pelaksanaan GST bagi meningkatkan kecekapan sistem

percukaian seperti yang disarankan oleh Bank Dunia. Hal ini kerana alasan GST tidak diperkenalkan semula kerana menekan rakyat dan membebankan rakyat sudah tidak timbul lagi kerana kutipan SST jauh lebih banyak daripada kutipan GST. Saya mengharapkan agar kerajaan hari ini terus menerapkan tatakelola yang baik dan terus menterjemahkan tekad politik dengan membaiki sistem percukaian demi kebaikan rakyat dan negara. Puan Speaker, sekian saja daripada saya setakat ini. Semoga perkara yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian pihak kementerian. Burung nuri terbang berdua. Singgah sebentar di dahan jati; Andai tersalah tutur bicara, Mohon dimaaf sekilas hati. Saya mohon menyokong. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Tepat masa.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab. Masa 25 minit.

Datuk Seri Amir Hamzah AzizanMenteri Kewangan (II)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Puan Pengerusi, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada 20 Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan untuk Rang Undang-undang Perbekalan 2026.

Datuk Seri Amir Hamzah AzizanMenteri Kewangan (II)

Seperti sedia maklum, ini ialah perbahasan peringkat Jawatankuasa yang menyentuh dan meneliti secara langsung berkenaan butiran peruntukan yang disediakan di bawah vote Kementerian Kewangan. Isu-isu dasar telah pun dibahas di peringkat dasar. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Bagan ada mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi melindungi PMKS yang terkesan dengan perang tarif. Kerajaan mengambil berat mengenai kebajikan dan kelangsungan perniagaan PMKS yang terkesan. Di bawah Belanjawan 2026, antara langkah yang diumumkan untuk memanfaatkan PMKS, termasuklah meningkatkan jumlah pinjaman dan jaminan kerajaan untuk manfaat usahawan tempatan, termasuk syarikat PMKS bernilai RM50 bilion, berbanding RM40 bilion setahun tahun ini. Tahun hadapan, SJPP menawarkan jaminan pembiayaan sehingga RM30 bilion. Antaranya, jaminan sehingga 70 peratus pembiayaan bagi syarikat pertengahan berorientasi eksport dengan nilai jaminan sehingga RM5 bilion.

Datuk Seri Amir Hamzah AzizanMenteri Kewangan (II)

RM50 juta Geran Pembangunan Pasaran (MDG) disediakan untuk memudah cara PMKS mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran sedia ada dan baharu. Skim Insentif Pemapanan Pengeksport oleh EXIM Bank turut memperuntukkan RM500 juta bagi mendorong pengeksportan tempatan memperluas operasi ke pasaran luar. Yang Berhormat Pendang membangkitkan isu ketirisan subsidi diesel. Sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun 2024, nelayan masih kekal mendapat bekalan diesel pada harga super subsidi, RM1.65 seliter. Berhubung isu ketirisan subsidi diesel sektor nelayan, sejak tahun 2019, kerajaan telah mengehad kuota diesel bersubsidi bagi sektor nelayan kepada tujuh juta liter sebulan, daripada 80 juta liter sebulan pada tahun sebelumnya. Ini membolehkan nelayan pesisir pantai, nelayan zon A dan B dan, C mendapat manfaat untuk mendapat pembekalan diesel bersubsidi pada kadar RM1.65 seliter, untuk menampung sebahagian kos operasi masing-masing. Walau bagaimanapun, nelayan laut dalam zon C2 tidak layak untuk mendapat diesel bersubsidi, memandangkan nelayan zon C2 merupakan nelayan komersial yang lazimnya mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk menangani isu ketirisan minyak diesel, terutama di perairan laut dalam. Kerajaan juga melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membangunkan aplikasi Myisytihar sejak tahun 2024. Ia juga merupakan satu langkah kawalan supaya nelayan yang menerima subsidi diesel membuat pengisytiharan tangkapan hasil laut kepada LKIM. Di samping itu, pelbagai operasi penguatkuasaan juga terus diperkasakan dengan kerjasama strategik, dengan agensi penguat kuasa seperti PDRM, JKDM, APMM melalui operasi bersepadu. Kerjasama ini bagi memperkukuhkan kawalan di sempadan serta mengekang aktiviti penyeludupan melalui jalan darat dan laluan laut. Sehingga Ogos 2025, LKIM telah mengambil tindakan tegas dengan menangguh pemberian diesel subsidi, dengan menyenarai hitam 119 buah bot dan kapal nelayan. Menyentuh kesan penyasaran subsidi diesel kepada golongan pesawah dan petani, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Tunai Budi Agrokomoditi sebanyak RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun kepada golongan petani, penternak, pekebun kecil yang berdaftar dengan kementerian berkenaan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, boleh tak minta penjelasan?

Bagi saya habis dulu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bot C2 tadi?

Ya, bagi saya habis dulu ya. Sehingga 30 September 2025, seramai 180,000 petani, penternak, pekebun kecil telah mendapat manfaat dengan jumlah bayaran sebanyak RM350 juta. Kerajaan juga melalui Kementerian Pertanian

dan Keterjaminan Makanan telah menaikkan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian sejak 27 Mei 2024. Melalui kedua-dua insentif ini, pesawah akan menerima bantuan tunai sejumlah RM210 per hektar, per musim. KPKM telah mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar, per musim kepada RM160 per hektar, per musim. KPKM juga turut memperkenalkan insentif baharu iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar, per musim. Menerusi kenaikan kadar ini, hampir 130,000 orang pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan insentif pembajakan dan insentif penuaian sebanyak RM210 per hektar, per musim. Kerajaan sentiasa memantau situasi, termasuk pelaksanaan penyasaran semula diesel subsidi dan sekiranya perlu, penambahbaikan dari masa ke semasa akan dibuat dalam memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sila, Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya pihak kerajaan, bagaimana kita nak selesaikan masalah bot C2 yang sekarang tidak menerima subsidi bagi diesel yang digunakan, tetapi bagi bot jenis C, mereka mendapat subsidi diesel. Tetapi, ikan yang mereka tangkap sama ada daripada C2 dan C, merupakan ikan yang sama. Oleh yang demikian, kalau mereka memasarkan ikan-ikan tersebut, pengusaha bot C dapat menjual ikan dengan harga lebih murah, tetapi yang bot C2 tidak akan dapat compete dengan harga yang ditawarkan. Ini menyebabkan daripada laporan Jabatan Perikanan. Dulu, ada lebih daripada 600 lebih bot C untuk penangkapan ikan lautan yang dalam, tetapi sekarang, ia sudah turun mendadak sampai lebih kurang 300. Tetapi, pada hakikatnya sekarang ini, banyak bot C2 tak keluar lagi menangkap ikan kerana ia merugikan. Jadi, soalan saya ialah bagaimana kerajaan nak mengatasi masalah ini kerana kita dulu, menggalakkan bot C2 untuk tangkapan ikan lautan dalam.

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Kalau kita tengok dari segi usaha kita dalam menolong industri, kita menolong mereka yang betul-betul memerlukan. Jadi, golongan yang kita pilih ialah mereka yang usahanya kecil, bot dia kecil. Jadi, yang itu yang diberi perhatian dulu. Yang dulu, ketirisan yang berlaku juga dalam air laut dalam. Jadi, usaha kerajaan adalah untuk mengekang daripada ketirisan yang berlaku. Kita akan bawa isu yang diterangkan oleh Beruas kepada KPKM untuk mereka melihat balik, kalau ada apa-apa penambahbaikan yang boleh dibuat tetapi, itu akan saya kemukakan kepada KPKM. Terima kasih. Yang Berhormat Bayan Baru dan Kampar menyentuh Butiran B.12 110100 – Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan dan seterusnya, mengenai isu MHIT. Tabung ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi membiayai

sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan berdasarkan syarat-syarat tertentu. Antara disiplin perubatan yang disenaraikan di bawah tabung ini seperti kardiologi, ortopedik, respiratori, surgeri, rehabilitasi dan lain-lain. Sejak tahun 2005 sehingga kini, seramai 84,500 pesakit telah menerima manfaat bantuan dengan nilai kelulusan RM793.7 juta. Ini termasuk tahun ini, setakat Oktober 2025, lebih 3,800 permohonan telah diluluskan dengan amaun kelulusan bernilai RM56.2 juta. Berhubung dengan MHIT, walaupun ia tidak berkaitan dengan butiran peruntukan di bawah Kementerian Kewangan, izinkan saya ulang sekali lagi. penjelasan semasa penggulungan dasar sebelum ini. Isu ini menuntut pendekatan menyeluruh melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, industri insurans, hospital swasta dan pengguna. Misalnya, pelaksanaan DRG – Diagnosis-Related Group dan EMR – Electronic Medical Record, antara inisiatif yang penting, yang mewujudkan ketelusan kos rawatan serta mengekang inflasi perubatan.

Selaras strategi RESET, usaha dipergiatkan bagi membangun produk asas perlindungan kesihatan berasaskan nilai yang dijangka ditawarkan pada tahun 2027. Ini bagi memberi perlindungan mampu milik dengan premium yang lebih stabil sambil menyokong peralihan ke arah sistem pembayaran DRG yang lebih mampan. Pendekatan ini membantu rakyat menyesuaikan tahap perlindungan mengikut kemampuan dan keperluan sebenar mereka.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

[Bangun]

Dengan pengenalan produk asas, pemegang polisi baharu dan sedia ada mempunyai alternatif yang lebih mampan dan terjamin tanpa perlu bergantung dengan langkah interim yang bersifat sementara. Produk asas MHIT ini akan menyediakan perlindungan kewangan terhadap kos kemasukan ke hospital dengan tahap ketelusan yang lebih tinggi untuk semua pihak. Ia juga memperluaskan liputan bagi rawatan pesakit luar yang terpilih serta penjagaan selepas keluar hospital. Di samping itu, pemegang polisi akan terus mempunyai akses kepada rangkaian hospital yang luas dengan peraturan, pengaturan yang lebih baik untuk menangani faktor- faktor yang mendorong kenaikan kos penjagaan kesihatan supaya premium kekal mampu milik dengan jangka panjang untuk rakyat. Sepanjang tempoh pembangunan produk asas MHIT ini, langkah interim akan dikekalkan, dilaksanakan bagi membantu dan melindungi pemegang polisi yang terkesan sehingga produk asas diperkenalkan. Pendekatan interim hanyalah sesuai dalam fasa peralihan. Jika dilanjutkan tanpa reformasi struktur untuk— ia penyelesaian yang menyebabkan punca permasalahan di masa depan. Hal ini akan menjejas rakyat kerana

kalau ada kekurangan insurans yang dibenarkan masuk dalam market dan akan kurang coverage yang ada.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri.

Berkenaan isu polisi berkaitan pelaburan dan atau Investment-linked insurance policies (ILP), Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan yang lebih ketat dalam pentadbiran perniagaan ILP. Sebagai contoh, ITO diwajibkan untuk mendedahkan kemampanan polisi ILP kepada pemegang polisi secara tahunan termasuk prestasi pelaburan dan kecukupan tahap premium semasa bagi mengekalkan perlindungan sehingga akhir tempoh polisi. Pemegang polisi yang mempunyai pertikaian boleh menghubungi pihak ITO atau Bank Negara Malaysia. Namun begitu, kerajaan mengambil maklum bahawa ILP adalah lebih kompleks dan memerlukan pertimbangan risiko oleh pemegang polisi yang lebih teliti. Oleh itu, struktur produk asas MHIT yang bakal diperkenalkan adalah produk standalone tanpa sebarang kaitan dengan prestasi pelaburan. Di samping itu, ia juga status pelan perubatan yang dijual sebagai rider kepada polisi berkaitan pelaburan juga sedang dikaji semula oleh BNM. Pendek kata, reformasi jangka panjang amat penting untuk menangani punca sebenar inflasi perubatan termasuk isu kos struktur hospital swasta, amalan klinikal yang tidak seragam dan ketelusan caj perubatan agar sistem perlindungan kesihatan kekal berdaya tahan, inklusif dan adil.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, sedikit.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri kerana menjelaskan dengan very comprehensive supaya semua orang tahu dan saya juga faham dan saya cuma hanya ingin membangkitkan bahawa sementara interim measure ini telah dilaksanakan, insurance company mereka sekarang, ITO, mereka menggunakan pelbagai cara untuk top-up dan mereka menggunakan investment-linked, alasan pelbagai dan mereka telah— top-up tersebut telah membebankan kerana top-up itu bukan sekadar 10 peratus, 20 peratus tetapi ada yang 300 peratus. Jadi ini adalah perkara-perkara yang rakyat ini, mereka tak ada tempat untuk mengadu dan saya mohon supaya kementerian look into this, Bank Negara look into this sebab business practice yang questionable telah berlaku di pasaran. Terima kasih, Menteri.

Terima kasih Bayan Baru. Kita ambil maklum apa yang diutarakan oleh Bayan Baru, saya akan mengetengahkannya kepada Bank Negara. Yang Berhormat Rasah dan Stampin menyentuh berkenaan penurunan peruntukan subsidi dan bantuan tunai. Pengurangan terbesar adalah di bawah butiran subsidi dan bantuan tunai melibatkan item perbelanjaan subsidi gas cecair (LPG), diesel dan petrol. Pengurangan ini antara mencerminkan kejayaan langkah penyasaran subsidi Kerajaan MADANI yang membawa penjimatan kepada perbelanjaan subsidi kerajaan.

Pengurangan belanja subsidi membolehkan peruntukan bantuan tunai yang besar kepada rakyat melalui STR dan SARA yang diperuntukkan naik kepada RM15 bilion. Dan seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas juga menikmati hasil penjimatan subsidi melalui Program SARA untuk semua RM100 yang boleh digunakan membeli barangan asas. Seperti yang ditanya oleh Tampin, kita selalu melihat penjimatan yang kita ada, kita menggunakan penjimatan yang kita ada untuk menambah baik pulangan kepada rakyat. Pulangan daripada segi meningkatkan bantuan yang diadakan, pulangan daripada segi menambah baik infrastruktur yang ada di dalam market, infrastruktur seperti apa yang kita lihat dengan pembaikan klinik-klinik daif, sekolah-sekolah daif dan membaik pulih tandas- tandas, kelas-kelas yang ada di sekolah. Itulah asas apa yang kita membuatnya untuk menggunakan dengan lebih baik lagi dan mengurangkan ketirisan yang berlaku. Yang Berhormat Puchong dan Bandar Kuching memberi beberapa cadangan untuk menambah baik keberkesanan dan limpahan ekonomi hasil pelaksanaan SARA. MOF memang bersetuju dengan hasrat tersebut. Sehubungan dengan itu, antara langkah yang sedang diambil. Pertama, berhubungan dengan tumpuan rakan niaga SARA kepada hypermarket dan rantaian nasional, kerajaan sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penglibatan kedai runcit kecil. Setakat 3 November 2025 sebanyak 8,700 rakan niaga SARA termasuk sekitar 2,500 kedai runcit kecil di seluruh negara. Ini jauh lebih besar daripada 700 rakan niaga SARA termasuk 180 kedai runcit kecil pada tahun 2024. Kedua, tumpuan khusus yang diberikan untuk melibatkan koperasi sebagai rakan niaga SARA. Bilangan kedai runcit kecil akan terus dilaksanakan dalam usaha memperbanyakkan bilangan rangkaian niaga SARA yang dekat dengan tempat tinggal penerima SARA. Untuk meningkatkan limpahan ekonomi tempatan, SARA akan terus ditambah baik melalui penyenaraian produk hasil PMKS tempatan seperti Kopi Cap Gantang dan Kicap Mudim. SARA juga ditambah baik dari segi skop perbelanjaan yang dibenarkan. Selain kategori barangan makanan asas, kategori SARA diluaskan kepada kategori seperti barangan persekolahan dan barangan kebersihan. Kita akan terus mencari jalan untuk menambahbaikkan.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang Berhormat Menteri, terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Saya bangun ini menunggu sedikit ruang Yang Berhormat Menteri berikan, kalau boleh untuk jelaskan perkara berkaitan dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Amerika Syarikat dan kesannya kepada kerajaan dalam konteks MOF. Ini penting kita sentuh, ramai antara kita sentuh setiap butiran dan saya sebagai contoh, sentuh butiran berkaitan cukai sebagai contoh. Memandangkan cukai ini merupakan antara aktiviti utama kerajaan. Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, kalau beri ruang sedikit masa lagi untuk Menteri masuk kepada topik berkaitan dengan perjanjian Amerika

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Syarikat dengan Malaysia ini. Jadi, kita boleh dapat ruang untuk berbahas. [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya pun tanya tadi soalan tentang timbal balas perjanjian tersebut, apakah badan- badan DFI kita termasuk ditakrifkan sebagai SOE yang dalam perjanjian tersebut? Sebab saya katakan tadi dalam perjanjian CPTPP sebelum ini, DFI kita exempted, tidak dimasukkan. Jadi, saya nak tahu itu. Yang kedua, boleh tak Menteri Kewangan bagi panduan kepada rakyat Malaysia, jaminan yang pelaburan yang dipaksa kita bayar atau beli ke Amerika ini tidak merugikan melalui akta-akta yang sedia ada. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHPuchong

Dato’ Pengerusi tadi, Menteri jawab cadangan saya bukan cadangan yang ini perjanjian timbal balas. Boleh saya tanya? Adakah Menteri boleh bertimbang untuk merangkumikan, include penjaja-penjaja kecil yang jual goreng pisang, makanan, nasi lemak, semua ini yang sekurang-kurangnya berlesen dengan PBT ataupun MyKiosk, boleh tak mereka masuk juga rangkaian SARA?

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Kita mengambil cadangan yang diberikan oleh Puchong dan kita kena perhalusi, melihat sistem yang kita ada dan kemampuan sama ada kalau kita lebarkan pada area, area itu boleh tak dikawal dengan baik. Kita tak nak ada isu-isu lain yang berlaku. Jad,i janji saya lah kita akan memperhalus dan melihat, kalau dia cadangan yang boleh dibuat kita akan melihatnya. Mungkin saya bagi habis beberapa isu dulu dan kalau ada masa saya tengok balik dengan isu yang ditanya kerana ART itu sebenarnya...

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Ada empat minit lagi, Yang Berhormat Menteri. I think, kalau boleh yang lain bagi bertulis, bagi sedikit penjelasan berkaitan dengan ART ini. Terima kasih.

Bagi saya habis benda-benda yang betul-betul mengenai butiran dalam Kementerian Kewangan. Apa yang ada dalam bajet itu, kita....

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Kami pun sentuh butiran, Yang Menteri. Iaitu jangan kata kami tak sentuh butiran. It’s unfair nak kata seolah-olah beri gambaran kami tak sentuh butiran.

Saya jawab apa yang ada dalam butiran yang ada dalam Buku Perbelanjaan.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Kami sentuh butiran dan saya sentuh aktiviti utama kementerian iaitu aktiviti kedua, cukai. Terima kasih Menteri.

Okey. Yang Berhormat Gerik menyentuh mengenai peruntukan bagi kumpulan wang terkanun. Ya, bagi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara, peningkatan peruntukan 2026 kepada RM160.3 juta berbanding RM50 juta pada tahun 2025 adalah untuk menampung perbelanjaan pengoperasian Sekretariat

Malaysia SEA Games Organising Committee 2027 sebanyak RM100.3 juta melibatkan persediaan dan persiapan penganjuran Sukan SEA 2027. Peruntukan ini untuk menumpukan perbelanjaan membaik pulih kelengkapan sukan dan latihan menyediakan atlet negara. Berkaitan dengan Kumpulan Wang Amanah Lembaga Peperiksaan. Peningkatan antaranya adalah untuk menampung kos perkhidmatan percetakan, penyampulan dan pembungkusan, pengiraan kertas peperiksaan dan peraturan pemarkahan peperiksaan serta peningkatan bayaran ikhtisas pemeriksa peperiksaan dan pengambilan sukarelawan. Mengenai Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera. Agihan dana adalah berdasarkan permohonan. Bagi tahun 2026, permohonan yang telah dikemukakan berjumlah RM10 juta dan peruntukan bagi Kementerian Kewangan ialah RM10 juta iaitu penyaluran 100 peratus berdasarkan permohonan. Asalnya, penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee oleh Arkib Negara Malaysia adalah untuk mengumpul dana awam bagi menampung kos penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee.

Tabung ini seterusnya digunakan bagi membiayai operasi pustaka seperti kos pengurusan, penyelenggaraan dan pelaksanaan aktiviti pertandingan, pertunjukan dan pengkisahan pustaka.

YB Menteri, Bachok sikit, Bachok di depan.

Oh, sorry. Bagi saya habis ni? Nanti saya bagi masa.

Yes. Terima kasih.

Mengenai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah Sabah-Sarawak, peruntukan untuk tahun 2026 masih sama iaitu sebanyak RM20 juta cuma dipindah butiran daripada B.12 ke B.11. Bermula 2016, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan geran sebanyak RM20 juta setahun bagi tujuan pembinaan rumah panjang di Sabah dan Sarawak berdasarkan semakan dan peruntukan yang disalurkan Jabatan Akauntan Negara secara langsung sebagai geran kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak melalui tabung ini. Oleh itu, bermula 2006, peruntukan ini dipindahkan ke B.11 memandangkan ia merupakan pemberian bentuk geran kepada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak dan tidak melibatkan penyaluran daripada tabung.

Terima kasih YB Menteri, Dato' Pengerusi. YB, kalau kita tengok dalam fungsi MOF, saya bangkitkan lebih awal tadi, sebelum saya sentuh butiran-butirannya. Antara fungsi yang penting, aktiviti keempat, antarabangsa. Merangka strategi serta pendirian Malaysia berhubung isu-isu kewangan dan

ekonomi bagi kerjasama dua hala serantau dan pelbagai hala untuk memastikan kepentingan negara terpelihara. Jadi, atas sebab itulah Bachok, Putrajaya, Machang bangkitkan dan kami sentuh butiran-butiran berkenaan dengan cukai. Saya, secara spesifik, Bachok bangkitkan Butiran 020200 – Cukai, 020500 – Kastam Diraja tentang implikasi Perjanjian ART tersebut terhadap kutipan cukai, pengecualian SST kepada produk Amerika, pengecualian cukai digital kepada produk Amerika, termasuk juga strategi pelaburan GLC. Jadi, minta respons Yang Berhormat Menteri kalau tak sempat pun secara bertulis untuk kami ada rekod dan rujukan untuk masa yang akan datang. Terima kasih, Dato' Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit?

Bagi saya lima minit, bagi habis beberapa perkara dan saya cuba tadi.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, saya bagi mana lima lebih kurang dalam lapan minit.

Terima kasih, Pengerusi. Yang Berhormat Arau membangkitkan mengenai Butiran Pengambilalihan Litar Antarabangsa Sepang. Ya, kerajaan telah mengambil alih operasi Litar Antarabangsa Sepang (F1) sebagai usaha untuk mengembangkan aktiviti pemotoran dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pemotoran antarabangsa. Walaupun perlumbaan F1 tidak lagi dilanjutkan, Sepang International Circuit (SIC) terus menganjur MotoGP Malaysia. Pada tahun 2024, membawa pulangan ekonomi yang signifikan yang dianggarkan mencecah RM694 juta daripada segi KDNK. Berdasarkan ini, dijanakan pulangan atas pelaburan ROI sekitar 6.3 kali ganda setiap RM1 yang dilaburkan oleh kerajaan dalam penganjuran MotoGP ini. Dianggarkan juga MotoGP menyediakan lebih 4,000 pekerjaan. Acara ini juga disaksikan pelancong dan juga di luar negara melalui pancaran live coverage yang diadakan. Tahap penggunaan litar SIC melebihi 75 peratus pada kapasiti melalui perlumbaan serantau seperti Asian Le Mans, GT World Challenge Asia dan Asia Road Racing. Kerajaan akan terus melihat bagaimana dapat di optimumkan selagi fasiliti SIC dapat untuk menjana pulangan tambahan kepada ekonomi negara. Ada juga Yang Berhormat Shah Alam menyentuh mengenai Butiran 50000 – PPP/PFI. Peruntukan ini merupakan komitmen bagi membayar konsesi bangunan Kementerian Kewangan yang melibatkan tiga blok bangunan berjumlah RM110 juta setahun yang dibayar secara berkala setiap suku tahun. Komitmen pembayaran konsesi ini adalah sehingga 2032. Kita akan terus melihat konsep PPP dengan PFI ini sebagai satu usaha untuk terus membangunkan negara tapi konsep kita akan pakai ialah user pay. Jadi, tidak membebankan kerajaan di masa depan.

Yang Berhormat Temerloh juga menyentuh mengenai butiran bahagian cukai Kementerian Kewangan. Penurunan peruntukan bahagian cukai tidak dikaitkan dengan usaha penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membanteras ketirisan dan penyelewengan. Misalnya, kerajaan terus komited membendung aktiviti penyeludupan, susulan pengumuman kenaikan duti eksais rokok. Kerjasama bersama rentas agensi melalui platform multi-agency task force melibatkan agensi seperti LHDN, JKDM, PDRM, KDN, SPRM dan APMM serta pemain industri terus dipertingkatkan bagi menangani ketirisan hasil. Pada masa yang sama, JKDM juga melaksanakan beberapa langkah penguatkuasaan dan kawalan lain ke atas produk rokok dan minuman, termasuk pengenalan setem cukai dengan ciri-ciri keselamatan baru iaitu digital tax stamps ke atas rokok dan minuman keras. Mewujudkan Centralised Screening Complex CCTV bercirikan AI bagi mencegah aktiviti haram secara real-time. Penggunaan body-worn cameras oleh pegawai JKDM di barisan hadapan.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

[Bangun]

Perolehan pelaksanaan tujuh mesin pengimbas kargo dengan teknologi AI baharu yang akan ditempatkan di pelabuhan utama.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Menteri, saya takut Menteri tak sempat lagi. So, saya nak ingatkan beberapa benefisiari Butiran 100000, 110000. Ini mengenai Kumpulan Wang Amanah, Menteri dan 210000. Yang ini tentang Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment terlalu menurun. Jadi, saya ini risau sebab masalah kita di antara pelajar-pelajar kita dia punya interest, minat kepada sains ini kurang. Jadi, bila dia tengok macam ini saya risau. Tolong Menteri jawab ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, mana tak dan tu, Menteri, saya percaya akan menjawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masa untuk persidangan ini terhad.

Saya ambil panduan daripada Pengerusi. Ada juga isu yang ditanyakan mengenai Butiran 9000 iaitu mengenai suntikan modal. Peruntukan bagi butiran ini merujuk kepada komitmen kewangan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Sebahagian besar merupakan tanggungan komitmen kewangan bagi tujuan bayaran prinsipal dan kupon hutang syarikat yang membiayai projek-projek infrastruktur dan pembangunan negara. Antaranya DanaInfra, Prasarana, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. dan Gufco. Jumlah peruntukan butiran ini dijangka berkurangan bagi mengimbangi keperluan meningkatkan peruntukan DE asas iaitu melaksanakan lebih banyak projek pembangunan yang penting untuk menyokong dan menjana pertumbuhan ekonomi negara serta

meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam hal ini, keperluan pembiayaan komitmen jaminan akan dilaksanakan melalui penstrukturan semula pembiayaan komitmen jaminan, mengambil kira keadaan pasaran yang menggalakkan serta kadar kupon yang lebih rendah. Yang Berhormat Kapar menyentuh mengenai pelaburan awam oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC, badan-badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan yang diambil kira dalam Anggaran Belanjawan 2026. Pembentangan Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan fiskal yang lebih menyeluruh, merangkumi bukan sahaja perbelanjaan mengurus dan pembangunan Persekutuan tetapi juga pelaburan katalitik oleh entiti GLIC, GLC, BPP dan syarikat MKD terpilih. Pendekatan ini mengoptimakan sumber negara di bawah satu hala tuju yang coherent sejajar dengan keutamaan negara serta memastikan impak ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat sampai kepada tahap yang tertinggi. Pelaburan awam berdasarkan takrifan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga mencerminkan keseluruhan saiz sebenar intervensi fiskal dan pelaburan strategi awam dalam negara. Maka, dengan sebab itulah jumlah RM470 bilion menyatakan gambaran perbelanjaan awam lebih menyeluruh kerana turut merangkumi RM50.8 bilion pelaburan awam oleh entiti seperti Khazanah, KWAP, Pengurusan Air Berhad dan Prasarana. Berkenaan beberapa isu yang saya mungkin tak sampai tadi, saya akan jawab dengan bertulis.

Tapi pendekatan yang kita ada dalam segi ART ini, saya rasa dah ada banyak pencerahan yang dibuat dalam Dewan. Menteri dah buat penerangan Menteri. Yang Berhormat Perdana Menteri pun dah buat penerangan semasa PMQT dan banyak yang telah dibuat daripada penjelasan.

Ya, Yang Berhormat.

Jadi, kalau ada apa-apa lain saya akan tengok dalam jawapan saya.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

[Bangun]

Sikit je. Sikit je Yang Berhormat. Pertama, Yang Berhormat tak jawab perkara KWSP. Saya tahu Yang Berhormat pun dah boring nak jawab. Yang Berhormat bagi bertulis sekalilah supaya masalah besar saya, rakyat dan juga sosial media dan sebagainya minta saya cakap. Demi Yang Berhormat tak sempat menjawab ataupun Yang Berhormat memilih untuk tidak menjawab. Jadi, saya minta tolong jawab bertulis ya.

Kedua, fasal ART Yang Berhormat. ART ini, hari ini kita tengok Jeneral Rangsi Kittiyarnsup telah membuat tuduhan terbuka bahawa Malaysia memperalatkan Thailand dan dia tuduh Malaysia— kejap lagi Menteri Luar tolong jawab.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

[Bangun]

Malaysia memperalatkan Perjanjian Cambodia–Thailand untuk ART Yang Berhormat. Itu sebab Yang Berhormat, semua soalan kami tanya kepada semua Menteri termasuk PM, tak jawab soalan fasal ART. Tanya yang sikit je. Saya tanya 3.3, tolong jawab. Apakah makna bahasa Inggeris ini lain daripada yang saya faham? Yang Berhormat semua faham bahasa Inggeris yang lebih hebat, terang dekat saya apa makna 3.3. Jawab yang itu sahaja. ART.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, pendekkan.

Jadi, Yang Berhormat yang lain ada yang lain-lain jawab. Kalau jawab bertulis pun tak apa. Tak seronoklah. Lebih baik Yang Berhormat jawab satu je. Apa makna dalam bahasa Inggeris 3.3. Berhubung dengan digital trade.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat boleh menjawab secara bertulis.

YB Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik saya benarkan satu soalan sahaja.

YB Menteri. Ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Menteri boleh menjawab soalan secara bertulis.

Ya, ya, ya. Dengan penuh hormat. Mengapa kami bangkitkan peringkat jawatankuasa MOF ini. Ini kerana kita nak dengar kali pertama pendirian di pihak MOF. Selama ini yang memberikan pendirian tentang ART ini ialah MITI dan juga Yang Amat Berhormat Tambun. Tapi MOF juga ada fungsinya dan memberikan khidmat nasihat dan menyelaras isu- isu berkaitan kewangan dan ekonomi bagi kerjasama dua hala, serantau dan pelbagai hala. Maknanya, bukan sekadar merangka tapi juga memberikan nasihat. Jadi, minta pandangan yang pertama kali mungkin, pendirian MOF terhadap perkara-perkara yang kami bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Putrajaya.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Begitu juga saya bangkitkan tadi. Saya amat berharap Menteri, perkara yang saya sentuh tadi berkaitan cukai khususnya. Sebahagian daripada aktiviti utama MOF. Jadi, apakah implikasi perjanjian ini kepada cukai, kepada kutipan hasil kerajaan? Begitu juga GLIC, GLC yang berada di bawah MOF. Apakah implikasinya? Kerana ini akan memberi kesan kepada perbelanjaan. Nak belanja apa semua ini kalau hasil ini tidak ada, macam mana nak dibelanjakan. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri paling tidak, bagilah jawapan bertulis. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Saya rumuskan dengan beberapa perkara. Yang pertama, dari segi penerangan Menteri yang dibuat oleh MITI dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ia menerangkan kita melihat dari segi perjanjian yang telah dibuat, dia kena tengok dari segi menyeluruh ya. Dan the best arrangement, the best deal was apa yang kita dah buat ya. Daripada pendekatan daripada segi cukai ini semua, kita telah memberi pandangan ke dalam itu dan ia telah diambil kira dalam perjanjian yang telah dibuatkan. Yang pentingnya, kita boleh bergerak ke depan. Kita ada— tak ada lagi sangsi kita punya tariff level takat mana. Kita dapat tahap 19 peratus. Ini memberi ketenangan kepada industri-industri yang ada di dalam Malaysia dan melegakan sikit agar FDI boleh masuk ke dalam negara. Yang itu yang benda yang penting, yang menjadi pendekatan yang diambil oleh kerajaan buat masa sekarang ini. Jadi, saya harap kita melihat dari segi menyeluruh lah. Janganlah nak pilih benda kecil-kecil, benda yang itu yang kita menekankan buat jadi benda yang besar. Yang pentingnya boleh kita ke depan. Jadi yang— Pengerusi, seperti saya katakan tadi, saya terima kasih kepada semua orang yang memberi pandangan, cadangan. Cadangan yang kita boleh melihat kita akan terus melihatdan menambah baik dan kalau ada beberapa soalan yang saya tidak menjawab, saya akan cuba menjawab dengan bertulis. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Kita akan buat demonstrasi.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Maka, dengan itu tamatlah bahagian jawatankuasa bagi perbahasan Kementerian Kewangan. Masalah sekarang iaitu wang sejumlah RM44,790,479,900 untuk Kepala B.10, B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah Majlis setujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dan P.70 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan oleh Majlis. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat. Sebelum saya pindah ke Kementerian Luar Negeri, saya ada sedikit pengumuman yang saya

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

percaya dengan ini dapat memberi ruang kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk lebih memahami dan meningkatkan taraf pendidikan.

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, petang ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada pengurusan tertinggi Universiti Malaya-Wales yang diketuai oleh Profesor Technologies Industri Specialist Dr. Othman Ibrahim [Tepuk] , Pengarah Korporat dan Perkongsian Strategik Universiti Malaya-Wales bersama delegasi ke Dewan yang mulia ini. Dengan ini saya memaklumkan bahawa Universiti Malaya-Wales menawarkan program khas untuk merangkumi pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti dan pendidikan khusus untuk Ahli-ahli Parlimen serta masyarakat setempat. Antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah Program Sarjana, Program Falsafah dan Bidang Profesional bagi Ahli Parlimen dan yang berhasrat untuk memperkukuhkan kepakaran dan kelayakan akademik masing-masing. Dan melalui inisiatif ini, membuka ruang kepada Ahli Parlimen untuk melanjut pengajian dan peringkat sarjana dan profesional dalam berbagai bidang strategik seperti kepimpinan dasar awam, teknologi digital, tadbir urus korporat serta pembangunan lestari. Program ini direka bentuk secara feasible bagi menyesuaikan komitmen waktu Ahli Parlimen. Dengan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, based on experience dan kolaborasi industri. Inisiatif latihan AI training program for Malaysian backbenchers Parliamentarian khusus untuk backbenchers dan pihak sebelah kiri juga sedang diperkenalkan dengan kerjasama Universiti Malaya-Wales iaitu for data innovation and artificial intelligence ia nya bertujuan memperkukuhkan keupayaan Ahli-ahli Parlimen serta pegawai sokongan dalam memahami, menguasai dan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan komunikasi, penyelidikan dasar, tadbir urus dan keyakinan rakyat terhadap institusi Parlimen ini. Selain daripada itu, mereka juga menjadikan program pendidikan AI khusus untuk orang asli di seluruh negara dan digital teknologi masa depan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai masyarakat orang asli di kawasan masing-masing juga digalakkan untuk turut serta dalam usaha ini. Inisiatif ini dirangka bagi memastikan masyarakat orang asli tidak ketinggalan dalam arus pendigitalan negara selaras dengan usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi digital dan pembangunan modal insan. Pihak UM-Wales juga turut menawarkan peluang pendidikan lanjutan untuk masyarakat dan penduduk di kawasan parlimen melalui kerjasama dengan UM-Wales bagi membuka akses kepada program akademik dan latihan kemahiran sepanjang hayat. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang berminat, boleh melayari laman web Universiti Malaya-Wales ataupun menghubungi pihak penganjur bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan program ini. Sekian. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita balik kepada urusan Majlis.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa — Kepala B.13 [Jadual] – Kepala P.13 [Anggaran Pembangunan 2026] –Bill

Tuan Pengerusi (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kepala Bekalan B.13, Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka sekarang untuk dibahas. Di dalam tangan saya, terdapat 12 orang pembahas dan saya akan membacakan senarainya. Masa ditetapkan lima minit. Walau bagaimanapun ia terletak atas budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Pembuka tirai, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kangar dan penutup, Yang Berhormat Jempol. Masa lima minit tertakluk pada budi bicara Pengerusi dan sebelum saya memanggil Yang Berhormat yang pertama, saya sarankan pastikan Peraturan 37(1) dan (2) diingati dan kuasa di bawah Peraturan 44(1) dan oleh Pengerusi dan prihatin juga pada Peraturan 42 dan 43. Sekian, dengan ini saya mulakan perbahasan dengan mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih Pengerusi. Bersama-sama kita di Dewan Yang Mulia ini, guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah, SYS. [Tepuk] Tuan Pengerusi, B.13. Butiran 020500 – politik pelbagai hala. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta seluruh warga Kementerian Luar Negeri di bawah pimpinan yang berhormat Menteri Luar Negeri atas kejayaan menganjurkan ASEAN Summit 2025 dengan penuh tertib, berwibawa dan berimpak tinggi. Kejayaan ini bukan sekadar soal penganjuran Majlis Antarabangsa, tetapi lambang bahawa Malaysia masih dihormati dan diiktiraf sebagai pemimpin penting di rantau Asia Tenggara. Di kala dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik, krisis rantaian bekalan dan perubahan iklim yang semakin mendesak, Malaysia tampil sebagai juara sederhana yang membawa kestabilan dan keseimbangan dalam ASEAN. Tuan Pengerusi, melalui sidang kemuncak ini, Malaysia telah berjaya memperkukuh ASEAN sebagai sebuah komuniti ekonomi dan politik yang lebih bersatu dan berdaya tahan. Salah satu hasil besar sidang ini ialah penekanan terhadap ASEAN Digital Economic Framework Agreement yang dijangka akan melahirkan pasaran digital tunggal ASEAN menjelang tahun 2030.

Malaysia mainkan peranan penting dalam merangka asas kepada kerjasama ini, termasuk aspek keselamatan siber, e-dagang, rentas sempadan dan pembangunan tenaga hijau. Inilah bukti bahawa diplomasi Malaysia kini tidak lagi hanya berbicara soal hubungan politik tetapi juga menyentuh soal masa depan ekonomi dan teknologi serantau. Selain itu, Malaysia turut menonjol dalam membawa agenda ASEAN Green Transition bagi memperkukuh komitmen terhadap perubahan iklim, tenaga boleh baharu dan diplomasi hijau. Saya percaya Belanjawan 2026 wajar menyediakan peruntukan yang cukup untuk memperkukuhkan diplomasi berasaskan inovasi dan kelestarian ini supaya Malaysia terus menjadi suara yang memimpin rantau ini ke arah pembangunan yang mampan. Kejayaan ASEAN Summit 2025 bukan sekadar menjadi kebanggaan kerajaan tetapi tanda bahawa Malaysia mampu berdiri teguh di tengah gelombang dunia yang tidak menentu dengan kebijaksanaan dan keseimbangan. Pengerusi, B.13. Butiran 020600 – kerjasama dan pembangunan antarabangsa. Dalam tumpuan dunia yang kini sering terarah kepada dua kuasa besar Amerika Syarikat dan China, izinkan saya mengingatkan Dewan Yang Mulia ini bahawa India juga merupakan gergasi ekonomi yang tidak boleh kita pandang ringan. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia, World Economic Outlook, April 2025, IMF, International Monetary Fund mengunjurkan pertumbuhan KDNK India adalah pada kadar 6.2 peratus bagi tahun 2025 dan 6.3 peratus bagi tahun 2026. Hal ini menjadikan India antara ekonomi besar yang pantas berkembang di dunia. India hari ini bukan lagi sekadar rakan dagang tetapi berpotensi menjadi rakan strategik yang membawa potensi besar untuk kerjasama jangka panjang khususnya dalam bidang teknologi, pendidikan dan tenaga boleh baharu. Nilai dagangan dua hala Malaysia – India telah mencapai hampir USD20 bilion pada tahun 2024 dan disasarkan peningkatan angka kepada USD25 bilion menjelang tahun 2026 menurut laporan Bernama bersama Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, B.N. Reddy. Ini membuktikan potensi besar hubungan ini untuk terus berkembang jika kita memberi perhatian yang sewajarnya. Selain itu, aspek ekonomi, hubungan pendidikan dan kebudayaan antara kedua-dua negara juga perlu diperkasa. Kita boleh memperluaskan program pertukaran pelajar dan tenaga pakar, terutamanya dalam bidang sains, data, kejuruteraan dan farmaseutikal melalui kerjasama dengan institusi berprestij seperti Indian Institute of Technology (IIT). Jangan lupa Malaysia dan India berkongsi sejarah panjang yang mengikat kedua-dua masyarakat secara budaya dan sosial.

Hubungan ini bukan sekadar hubungan antara dua kerajaan, tetapi jambatan diplomasi rakyat ke rakyat yang memperkukuhkan kepercayaan dan persahabatan. Tuan Pengerusi, apabila kita memperkukuhkan hubungan dengan India, kita sebenarnya hendak memperkukuhkan kedudukan Malaysia di tengah-tengah peta Asia, mengimbangi kuasa besar dunia dengan kebijaksanaan diplomasi. Malaysia mesti menjadi

jambatan antara Asia Tenggara dan Asia Selatan, menjadikan penghubung antara kekuatan ekonomi dan budaya di dua rantau besar ini. Di kesempatan ini, saya juga ingin meminta penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri tentang apakah strategi kerajaan dalam meningkatkan lagi usaha hubungan dua hala dari segi ekonomi, pelancongan, acara perniagaan (business event) dan sektor berpotensi yang lain di antara Malaysia dengan negara India. Tuan Pengerusi, Kementerian Luar Negeri bukan sekadar menguruskan hubungan antarabangsa, ia adalah wajah negara di mata dunia. Kejayaan ASEAN Summit 2025 membuktikan bahawa Malaysia masih diyakini sebagai pemimpin serantau. Hubungan Malaysia-India pula membuktikan bahawa kita bersedia memperluaskan jaringan strategik di luar kerangka kuasa besar tradisional. Dengan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Pengerusi, memberi peluang kepada Batu Gajah untuk membahaskan belanjawan di peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Negeri. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Dipersilakan, Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Pengerusi. Butiran 10000 dan 10300 – Pengurusan Protokol. Kami kesal melihat kesilapan- kesilapan yang berlaku baru-baru ini dalam siar raya melibatkan RTM, tak silap saya, bilamana kegagalan mereka yang bertanggungjawab dalam menamakan presiden dan pemimpin negara-negara ASEAN dengan tepat. Macam mana boleh silap benda-benda yang cukup fundamental sebegini, di tengah-tengah kita adakan ASEAN Summit yang amat, amat, amat penting? Jadi, saya fikir tiba masanya Wisma Putra melakukan audit ke atas protokol-protokol, unit-unit media yang dipacu oleh kementerian-kementerian supaya jikalau berlaku lagi sebarang perkara yang sebegini, ditangani lebih awal dari segi ilmu dan maklumat terkini who's who dan what's what dalam diplomasi dan geopolitik antarabangsa ataupun serantau. Butiran yang 20000 dan juga 20800 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala melibatkan Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia. Pengerusi, tular baru-baru ini, minggu ini, satu rakaman video dalam bahasa Siam, Thai yang melabel pemimpin yang kita sayangi, Yang Amat Berhormat Tambun sebagai pengkhianat, sebagai sai suek, pengintip buat Amerika. Sai suek, itu dalam bahasa Siamnya ya. Dan yang bercakap itu bukan orang- orang biasa, bukan level, level influencer. Yang bercakap itu adalah Jeneral Rangsee Kitiyanasap, bekas Ketua Radio dan Televisyen Tentera Diraja Thailand. Jadi, dalam rakaman tersebut Pengerusi, beliau membuat pertuduhan terhadap Yang Amat Berhormat Tambun yang mengatakan Yang Amat Berhormat Tambun ini telah membuatkan Thailand berdepan dengan satu kerugian melibatkan Perjanjian Damai

Thailand-Kemboja yang mana Amerika Syarikat menggunakan perjanjian damai tersebut as a leverage dengan izin, untuk memasuki dan mengganggu kedaulatan ekonomi Thailand. Jeneral Rangsee menyatakan perjanjian damai itu telah menggabungkan sekali sebenarnya perjanjian usaha sama berkenaan cukai dagangan yang kami tanya tadi pada Menteri Kewangan yang tak nak jawab dan juga nadir bumi. Ya, berkenaan tarif dan juga rare earth. Jadi, Jeneral Rangsee ni marah kerana perjanjian yang Tambun jadi orang— membidankannya sebagai orang tengah, memudaratkan Thailand dari segi ekonomi dan perdagangan. Jadi— tapi yang saya kesallah, macam mana dia tuduh Yang Amat Berhormat Tambun sebagai pengkhianat dan sai suek iaitu spy, antik-antik kepada Amerika. Jadi, ini perkara yang saya rasa Wisma Putra perlu beri jawapan balas, sama ada bantahan Nota Diplomatik ke apa ke, saya tak pastilah. Terpulanglah kepada Wisma Putra. Yang penting, maruah Yang Amat Berhormat Tambun perlu dijaga kerana beliau adalah pemimpin utama negara kita. Kita boleh berbeza pandangan dalam politik, tapi bila melibatkan pertempuran, perbezaan di antara dua buah negara atau tiga dan sebagainya, saya akan sentiasa di belakang Yang Amat Berhormat Tambun. Ini bukan puji nak masuk PKR, bukan. Ini sebab kita pertahankan beliau, pemimpin tertinggi negara kita. Jadi, dalam soal ini Pengerusi, saya minta Wisma Putra dengan belanjawan yang dah diperuntukkan ini selesaikan mengikut soal diplomatik ataupun pandailah cari lagi seorang Jeneral ke, buat komentar yang sama mempertahankan Yang Amat Berhormat Tambun. Sebab kita tak nak lihat banyak kontroversi-kontroversi di peringkat antarabangsa. Macam mana kes Bloomberg yang menuduh Yang Amat Berhormat Tambun salah guna kuasa dan Menteri Undang-undang jawab, “NFA”. AG kata, “NFA”, kes campur tangan Yang Amat Berhormat Tambun dengan SPRM. Ini pun tak cantik. Nanti bilamana Yang Amat Berhormat Tambun pergi ke luar negara, APEC ke dan macam-macam persidangan lagi, beliau akan ditanya oleh Bloomberg berulang kali, kenapa ada NFA berkenaan kes bekas setiausaha politik beliau dan sebagainya. Jadi, ini perlu diselesaikan, dijawab menggunakan saluran diplomatik dengan baik sekali. Baik. Pengerusi, saya nak rujuk pada butiran yang seterusnya iaitu sama juga, Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia. Jadi Pengerusi, ASEAN dah tamat. What's next? Bagi saya, Wisma Putra perlu terus menggalaskan kecemerlangan yang ditunjukkan baru-baru ini dengan menjadi— boleh saya kata konduktorlah ataupun mentor kepada program-program diplomasi di peringkat Track II, Track III, Track IV, Track V. Saya ambil contoh dalam konteks Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah, dia ada EU Youth Policy. Masa saya belajar di King's College London dulu, saya pernah lihat bagaimana rakan-rakan saya daripada pelbagai negara Eropah ini, mereka memanfaatkan jaringan dasar yang ditunjukkan oleh Kesatuan Eropah untuk mereka mendapat biasiswa dan

peluang-peluang pekerjaan, menggunakan Schengen visa dan sebagainya. The free flow of human mobility itu ada, melalui program-program seperti Erasmus surplus. Jadi, ini benda yang saya fikir, ya lah, mungkin sebelum ini tak sempatlah Wisma Putra fokus pada high-level diplomacy, Track I. Tapi lepas ini, the goodwill yang ditunjukkan oleh ASEAN dan dunia kepada Malaysia, jadikan dia teras untuk kita mempromosi diplomasi di peringkat Track II, Track III, Track IV dan Track V. Saya ambil contoh mudah. Contoh, kita nak merakyatkan gagasan ASEAN ini. Contoh ya, ini buku yang saya beli di Jepun. [Sambil menunjukkan sebuah buku] Buku ni nama dia Chizu de Sutto Atamani Hairu Shisei Gakuen. Saya belajar bahasa Jepun, saya boleh cakap sikitlah. Jadi, buku ni bercakap tentang geopolitik yang boleh difahami dengan mudah melalui peta. Kalau kita ada buku-buku yang mudah untuk rakyat faham, colorful, senang difahami, saya yakin gagasan ASEAN, gagasan ASEAN centrality dan sebagainya yang Yang Amat Berhormat Tambun perjuangkan itu boleh kita bawa ke akar umbi dan lebih ramai anak-anak muda kita, syarikat-syarikat kita berani meneroka pasaran dan jaringan baru serantau yang saya rasa masih lagi underdeveloped dari segi potensinya. Jadi, menggunakan peruntukan yang ada, saya yakin Wisma Putra boleh menjadi pemacu rakan dialog strategik dengan pelbagai pihak untuk menjayakan misi merakyatkan ASEAN selepas pasca ASEAN Summit yang berjaya baru-baru ini. Jadi, Pengerusi, terima kasih atas ruang diberikan. Saya minta Wisma Putra tolong pertahankan Yang Amat Berhormat Tambun daripada pertuduhan-pertuduhan yang dibuat oleh Jeneral Thailand itu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kan bagus, perbahasan? Ya, kalau berjalan lancar, saya tak kisah, saya bagi ruang lagi. Tapi kalau kecoh, saya cantas. Baik, berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Pengerusi kerana memberikan Balik Pulau peluang untuk bahas Dewan yang mulia ini. Sebelum saya teruskan, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Luar Negeri, Timbalan Menteri dan team Kementerian Luar Negeri kerana berjaya menganjurkan ASEAN Summit 2025 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Butiran 040600 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Kementerian Luar Negeri bukan sekadar lambang diplomasi, malah ia merupakan benteng pertama yang menjaga, melindungi dan memelihara kepentingan negara Malaysia di platform antarabangsa. Namun, masih pada hari ini, kita perlu bertanya dengan jujur, adakah kita mampu melindungi rakyat kita yang ditahan di luar negara? Menurut laporan, Disember 2024, sebanyak 2,207 rakyat Malaysia telah ditahan di lebih 50 negara di seluruh dunia atas pelbagai kesalahan bagi tahun 2024. Namun, Malaysia masih belum ada mempunyai dasar atau peruntukan khusus untuk bantuan guaman di luar

negara. Perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara hanya terhad kepada memaklumkan berita penahanan kepada waris terdekat di Malaysia, berkongsi senarai firma guaman kepada subjek dan waris sebagai rujukan dan membantu dalam mendapatkan khidmat guaman jika diminta.

Berkongsi senarai firma guaman kepada subjek dan waris sebagai rujukan dan membantu dalam mendapatkan khidmat guaman jika diminta. Walau bagaimanapun, tiada mekanisme kewangan atau peruntukan rasmi bagi membiayai khidmat guaman ini. Perkara ini mewujudkan jurang besar antara tanggungjawab diplomatik dan keperluan sebenar di lapangan. Di Malaysia kita ada yayasan…

Balik Pulau…

Balik Pulau. Berkenaan dengan isu ini, untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau juga, saya difahamkan terdapat lebih kurang 38 rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura, menunggu untuk dibicarakan di atas pertuduhan kes melibatkan pengedar dadah. Kita cuma mengambil langkah untuk mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan hukuman selepas mereka dijatuhi hukuman gantung. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Luar Negeri untuk memastikan bahawa kita juga membela mereka? Sebanyak 38 ataupun mungkin lebih menunggu untuk dibicarakan, mungkin juga yang akan dihukum hukuman gantung sampai mati. Mohon maklum balas.

Saya mohon Timbalan Menteri untuk jawab kemudian. Masukkan sebahagian daripada perbahasan saya. Di Malaysia, kita ada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) untuk rakyat yang tidak mampu. Namun apabila rakyat kita ditahan di luar negara, mereka terpaksa berjuang sendirian tanpa peguam, tanpa penterjemah, tanpa bantuan kewangan. Di Indonesia terdapat Lembaga Bantuan Hukum Masyarakat (LBHM) yang telah menghulurkan bantuan secara pro bono kepada seorang rakyat Malaysia yang datang asal daripada Balik Pulau, kawasan saya. Mereka telah memberikan bantuan guaman yang menyeluruh kepada beliau dan masih lagi menjadi peguam beliau dalam kes hukuman mati yang disabitkan terhadap beliau. Pengerusi, saya mohon Menteri menjawab khusus perkara-perkara berikut. Pertama, apakah angka terkini rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara mengikut negara dan kategori kes termasuk di peringkat siasatan, perbicaraan, sabitan dan hukuman mati? Kedua, adakah KLN bersedia menstrukturkan sebahagian kecil peruntukan pejabat perwakilan negeri untuk mewujudkan kemudahan minima yuran guaman terhad, penterjemah, terjemahan dokumen bagi kes tertentu? Jika tidak, apakah kekangan utama?

Ketiga, memandangkan perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara berperanan untuk menghulurkan bantuan konsulat, selaras dengan Konvensyen Vienna mengenai hubungan konsulat, bagaimana KLN menilai kualiti dan keberkesanan bantuan yang diberi dan apakah indikator yang digunakan? Dan adakah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara sedang mendapat bantuan yang diperlukan? Kita tidak boleh hanya bersimpati, kita mesti bertindak. Saya melihat sekiranya tiada tindakan atau pendekatan yang diambil dalam masa terdekat, krisis ini akan menjadi lebih sukar untuk disantuni. Saya percaya KLN mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menggerakkan saranan-saranan ini dan memastikan rakyat Malaysia mendapat jaminan bahawa hak mereka di Malaysia dan di luar negara tetap akan dijaga dan dipertahankan oleh Kerajaan Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Berikut saya silakan Yang Berhormat Arau.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia orang-orang muda. Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Yang Berhormat, saya nak beritahu ini pendirian saya. Saya ini ialah anggota dan juga pengerusi untuk sektor Malaysia ini iaitu dalam persidangan International Conference of Asian Political Parties. Last month ada persidangan di Baku. Saya bangun memuji PMX sebagai hero konflik Thailand–Malaysia, pertahankan dia dan Senator Fuziah. Dia ada sama, dia hadir. Timbalan Menteri hadir sama, dia dengar, lepas itu dia pun sambung. Dan saya akan sambung ucapan yang sama di Budapest 27 hari bulan ini. Saya sambung ucapan yang sama di Korea Selatan, December end. Jadi, di luar negara kita akan pertahankan Malaysia habis-habisan tetapi di Malaysia kita kena tanya maklumat yang sebenarnya. Kami berlain daripada kerajaan. Sebahagian beranggota kerajaan semasa mereka pembangkang, pergi luar negara hentam kerajaan. Kami tak buat macam itu sebab kami DNA yang bagus, hebat. Jadi, sekarang saya nak tanya Yang Berhormat seperti yang telah ditimbulkan oleh Machang tadi, berhubung dengan General Rangsee Kitiyanasap yang dituduh Perdana Menteri sebagai săai lóp pengintip, pengkhianat. Yang Berhormat, ini kena jawab sebab apa saya akan pertahankan PMX habis-habisan di luar sana tapi kalau saya tak dapat maklumat tentang perkara ini, benda ini serius. Hari ini baru disiarkan, iaitu PMX dituduh pengkhianat yang menyebabkan Thailand terjebak kepada apa itu ART Thailand dengan USA. Jadi itu sebab kami tanya soalan, seorang pun tak jawab, semua tak jawab. Tuduh pula kami ini emotional, tak pandai baca perjanjian. Jadi, kalau Yang Berhormat pandai, Yang Berhormat terang kepada saya, apa makna 3.3. Yang Berhormat baca 3.3, faham tak Yang

Berhormat, tolong jawab yang tu, 3.3 iaitu kami minta supaya apa makna, apakah Malaysia sedar hilang hak mereka berhubung dengan digital trade. Jadi, kita nak minta supaya kenyataan Rangsee Kitiyanasap ini mesti diperjelaskan oleh kerajaan serta-merta bahawa tuduhan itu mesti kita pertahankan. Rakyat Malaysia, yang bukan semualah sayang kepada PMX, yang rakyat Malaysia, kami walaupun kami diperhina, dizalimi, tapi kita akan pertahankan habis-habisan. Tapi bagilah fakta. Ini Rangsee kata ini semua orang dah cakap, saya hantarkan kepada kawan saya yang boleh berbahasa Siam untuk menerangkan saya apa yang dia maksud. Dan dia bagi tahu kepada saya makna awal itu dia tuduh bahawa PMX adalah bukan dia apa ni perjanjian yang dibuat tu ialah untuk menaikkan dirinya sebagai fungsi ASEAN, tapi dia sebenarnya pengintip kepada US. Jadi, Yang Berhormat ni adalah tuduhan yang cukup berat yang kerajaan harus jawab. Kalau Yang Berhormat tak boleh jawab bertulis, esok buat kenyataan bahawa Rangsee Kitiyanasap ini apakah, ataupun nak saman ke, ataupun nak saman Bloomberg. Bloomberg pun kata yang sama tentang perkara ini. Yang kedua, yang akhir sekali Yang Berhormat, saya tak mahu cakap banyak tapi saya percaya Yang Berhormat sudah pasti akan membuat jawapan yang telah ditulis. Kita akan sedang membuat penelitian, penilaian dan sebagainya. Isytihar saja Yang Berhormat bahawa Malaysia sudah serahkan haknya kepada China. Di Beting Patinggi Ali Yang Berhormat. Yang Berhormat pernah pergi ke sana saja. Isytiharkan. Siapa minta nak pergi ke sana? Di Beting Patinggi Ali pengawal pantai China, besar. Saya orang Sarawak, saya percaya mungkin Menteri wanita takkan tak support saya pun. Ini saya cakap pasal Beting Patinggi Ali. Ini adalah satu rizab, kawasan rizab, minyak dan juga gas asli yang terbesar di dunia ini. Mereka letak kapal di situ dan kita hanya letak kapal kita memerhati dia, memerhati. Dan Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan Yang Berhormat. Yang Berhormat ini bagus, orang baik, tapi Yang Berhormat kalau kenyataan ni pasal apa ya, “Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan China berhubung dengan Beting Patinggi Ali”, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad bin Alamin, Sinar Harian 2025 Yang Berhormat. Yang Berhormat, apa makna hubungan diplomatik? Yang Berhormat, tiap-tiap kali, boleh kata tiap-tiap bulan, kita hantar nota diplomatik. Apa makna? Nota diplomatik memprotes kehadiran kapal China, itu yang kita boleh buat. Tapi kapal pengawas pantai yang sama pergi ke Indonesia cuba nak mengganggu di, apa nama pulau tu? Allah. Pulau Malaysia dengan Indonesia. Natuna. Bukan Natuna, Natuna ya? Bukan? Natuna ya. Natuna Yang Berhormat. Jadi, tentera Indonesia kejar mereka dengan menggunakan pancutan air, lari habis bercempera. Mereka datang balik ke— di kawasan Beting Patinggi Ali. Kita patutnya ambil tindakan yang lebih tegas. Sebab apa? Saya nak tanya pada Yang Berhormat, soalan saya hari ini ialah apa makna tuntutan bertindih dan juga pencerobohan? Pernah Perdana Menteri, saya soalan pada Menteri, saya pun berada dalam

Kabinet pada masa itu, saya pun tak setuju. Dia kata ini tuntutan bertindih. Ini bukan tuntutan bertindih. Beting Patinggi Ali letaknya 80 batu nautika daripada Sarawak. Kawasan EEZ kita 200 batu nautika. Dia melanggar masuk kawasan kita. Hainan ke kawasan ini, ke Beting Patinggi Ali 4,000 batu nautika, terpaksa melalui Philippines, apa itu Vietnam, Brunei, baru sampai. Kemudian dia bukan tuntut tapi kapalnya berada di sana untuk apa? Sekarang ni Malaysia kena ambil tindakan lebih tegas untuk melancarkan pancutan air supaya mereka keluar dari kawasan yang berkenaan. Sebab ini ialah kawasan Malaysia, hak Malaysia, ada telaga minyak yang telah pun berada di sana. Saya kurang pasti sama ada ia beroperasi ataupun tidak. Tetapi Beting Patinggi Ali ialah maruah negara. Jadi Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat boleh jawab dengan baik tapi tak payah jawab sangat. Yang Berhormat katalah bahawa kerajaan akan ambil tindakan yang lebih tegas kepada pencerobohan.

Ini bukan tuntutan bertindih. Pencerobohan. Dengan ART dengan US, kita nampak mengalah-mengalah. Dengan China pun kita mengalah. Jadi, sekarang ini, apakah kita sebenarnya menang ataupun tidak? Kita tidak mahu mereka mengganggu kawasan kita. Jadi, kita hendak supaya kerajaan bertindak lebih tegas tentang perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang saya rasa hari ini cukup hebat dan dahsyat. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Berikut, saya mempersila Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terus merujuk Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Berdasarkan butiran ini, sebanyak RM1,141,900 telah diperuntukkan bagi tahun 2025, manakala bagi tahun 2026, peruntukannya berkurang kepada RM1,039,700. Jadi, ini satu pengurangan yang jelas di ketika mana kita sedang berhadapan dengan situasi-situasi yang sangat kritikal berkaitan dengan hak asasi manusia dan kemanusiaan, termasuk di semenanjung Gaza di Palestin, konflik di Myanmar, yang terbaru di Darfur, di Sudan dan sudah pastilah kemusnahan khusus di Gaza itu sangat besar apabila lebih daripada sebahagian rakyat mereka menjadi pelarian dalam negara. Persoalan saya, mengapakah peruntukan bagi hak asasi manusia dan kemanusiaan ini dikurangkan sedangkan krisis kemanusiaan ini semakin parah di seluruh dunia? Bahkan kita melihat Malaysia kita bukan hanya sebagai sekadar pemerhati tetapi juga sebagai penyumbang serta pihak advokasi utama di peringkat antarabangsa.

Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan satu pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Ogos yang lalu bahawa dana tambahan sebanyak RM100 juta untuk keperluan pembangunan semula Gaza akan disumbang oleh Malaysia. Jadi, saya ingin bertanya, adakah peruntukan ini telah pun digerakkan, dimulai untuk dengan segera bantuan-bantuan kemanusiaan diagihkan kepada seluruh rakyat di Gaza yang sangat memerlukan? Yang kedua, Dato' Pengerusi, Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Dilihat bahawa peruntukan bagi tahun 2026 juga terus berkurangan, hanya tinggal RM980,000. Jadi, persoalan saya, apakah hasil konkrit yang telah dicapai oleh OIC dalam khususnya krisis kemanusiaan di Gaza yang sangat parah? Apa peranan OIC? Kerana kita melihat badan ini sangat-sangat tidak aktif membantu dari segi hal kemanusiaan dan juga memastikan bahawa konflik ini dapat dihentikan. Dan ketika mana peruntukan ini semakin berkurangan, saya bertanya, adakah OIC ini masih relevan? Adakah hanya sekadar satu sejarah kepada pertubuhan ini? Ketika mana dalam sejarah asalnya penubuhan OIC itu ialah apabila berlaku serangan kepada Masjidil Aqsa tahun 1940-an dulu, ketika itulah OIC ditubuhkan, tetapi hari ini peranannya sangat malap di peringkat antarabangsa. Seterusnya, saya kepada Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN– Malaysia dan dilihat bahawa peruntukan ini juga semakin berkurangan pada tahun depan iaitu hanya tinggal RM4,936,500. Dan sudah pastilah krisis di Myanmar ini terus memberi kesan langsung kepada kita di Malaysia apabila pelarian-pelarian yang menjadi mangsa konflik dalaman di sana bergerak ke Malaysia dan negara-negara yang lain. Dan saya ingin bertanya, sama ada kita berperanan sebagai sekretariat untuk pelaksanaan lima konsensus ASEAN, dengan izin, five points consensus yang telah pun dijawab ketika sesi sebelum ini. Namun, saya nak pastikan bahawa bagaimana langkah konkrit yang kita nak pastikan konsensus ini dilaksanakan termasuklah peranan ASEAN Humanitarian Center yang menjadi badan utama untuk pengagihan bantuan kemanusiaan kepada konflik di sana. Dan juga, bagaimana penyelarasan dengan agensi-agensi luar termasuk UNHCR dan OCHA di kem pelarian Bangladesh di Cox’s Bazar bagi penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya di sana? Yang terakhir, Dato' Pengerusi, iaitu Butiran 040300 – Bahagian Amerika. Berdasarkan butiran ini, peruntukan juga berkurangan. 2026― RM1,320,700. Sementara kita ketika ini sudah pun menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas ART dengan Malaysia–Amerika yang telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan kedaulatan, dasar luar dan kerjasama antarabangsa. Jadi, persoalan saya, bagaimana Kementerian Luar dengan peranannya di soal ketelusan diplomatik dan perlindungan kedaulatan itu menjadi keutamaan dalam perundingan ini? Apakah peranan dalam bentuk rasmi yang diberi peranannya oleh kerajaan kepada Kementerian Luar? Dan mengapa teks perjanjian versi Malaysia tidak dimasukkan klausa

perlindungan ketika mana kita membuat perbandingan dengan klausa perjanjian dengan Kerajaan Kemboja dengan Amerika Syarikat itu? Jadi, saya ingin bertanya, adakah kementerian telah pun melaksanakan usaha diplomatik bagi memastikan autonomi dasar luar Malaysia dapat dikekal dalam rundingan perjanjian ini? Dan apakah bentuk jaminan yang boleh diperolehi oleh kementerian bagi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara? Yang terakhir, sudah pastilah mekanisme pemantauan yang bebas daripada kementerian untuk menilai kesan perjanjian ini sangat penting termasuk dalam soal keselamatan negara, keupayaan Malaysia dalam menjalin kerjasama dengan bukan hanya dengan Amerika Syarikat bahkan dengan negara-negara dagang yang lain termasuk dengan China, India dan sebagainya. Tuan Pengerusi, itu yang saya ingin mohon perincian daripada kementerian dan ia sangat dialu-alukan untuk sama-sama kita memastikan bahawa kedaulatan negara dan hala tuju dasar luar negara Malaysia kita ini konsisten sebagai kita negara yang berperanan besar di peringkat antarabangsa. Dato' Pengerusi, sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membuka perbahasan saya pada peringkat jawatankuasa Kementerian Luar Negeri dengan merujuk kepada beberapa butiran. B.13, 020100― maafkan saya. Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Saya, pertamanya, ingin menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang. Kita dengar tadi Machang dan Arau yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang kurang sopan terhadap Yang Amat Berhormat Tambun. Walaupun ia nya diucapkan oleh seorang jeneral tentera yang telah bersara di Thailand. Pada hemat saya, sebagai seorang Ahli Parlimen, walaupun Ahli Parlimen pembangkang, perlu lebih berhemah dan bersopan di dalam Dewan yang mulia ini. Menggunakan perkataan khianat terhadap Yang Amat Berhormat Tambun adalah sesuatu yang amat tidak adil. Kita rujuk kepada butiran-butiran tersebut. Sebagai seorang yang telah pun dizalimi, Yang Amat Berhormat Tambun sedar berapa pentingnya hak asasi manusia dan kemanusiaan. Sebab itulah baru-baru ini apabila beliau mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN di mana bukan orang-orang biasa yang datang menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Selain daripada Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan ahli baru Timor Leste, kita ada juga di ibu kota Malaysia, Presiden US, Donald Trump; Perdana Menteri China, Li Qiang; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi; dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, selain daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon. Kehadiran mereka adalah satu pengiktirafan. Tuan Pengerusi mungkin tidak berada ataupun saya rasa Tuan Pengerusi ketika itu memang menjadi Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Kita masih lagi tahu apa yang berlaku ketika Yang Berhormat Pagoh mengambil alih tampuk kuasa menjadi Perdana Menteri negara kita. Sidang Parlimen pun kita tidak boleh bersidang, digantung Parlimen. Berbeza dengan status negara kita di persada dunia sekarang. Walaupun kita tidak besar, mungkin kuasa tentera tak sehebat Amerika Syarikat ataupun China, tetapi statesmanship dengan izin, kebolehan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membawa jiran negara kita yang bertelagah. Bayangkan, sekarang kita ada di negara kita— saya difahamkan dalam satu mesyuarat, lebih kurang 500,000 warga Myanmar yang sudah berada di negara kita di beberapa kampung-kampung. Kalau berlaku peperangan di antara Cambodia dan Thailand, apakah kita juga akan menerima tempiasnya? Sudah tentu. Watak yang dimainkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun di dalam membawa meja perbincangan, penyelesaian satu damai, perjanjian yang ditandatangani merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan. So dalam konteks itu, saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, kenapa terdapat pengurangan daripada RM1.1 juta kepada RM1.0 juta anggaran perbelanjaan yang dikurangkan? Sama juga dengan isu keselamatan pelbagai hala dan pertumbuhan antarabangsa terdapat pengurangan. Dalam konteks yang sama Butiran 020500 – Politik Pelbagai Hala dan juga Butiran 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa. Terdapat pengurangan RM200,000. Daripada RM825,000 kepada RM693,000. Kita ingin tahu sebagai seorang Ahli Parlimen, negara kita sekarang menerima banyak pelarian daripada Myanmar, apakah hala tuju kerajaan? Saya yakin dan percaya dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dan kerajaan yang ada sekarang, bahawa kita akan cuba mencari satu penyelesaian yang segera di negara Myanmar supaya peperangan persaudaraan yang berlaku di situ dapat diselesaikan dengan segera. Kerana kalau tidak, kerajaan kita terpaksa menanggung kos yang tinggi kerana kita mempunyai banyak sangat pelarian-pelarian Myanmar yang tinggal di kampung-kampung. Di Jelutong umpamanya, di Kota Giam ada lebih kurang 3,000 penduduk di situ yang datang daripada Myanmar. Jadi, saya mengambil kesempatan ini, pertamanya saya ingin menyangkal dan juga menyatakan bahawa adalah amat kurang sopan bagi Ahli Parlimen Machang dan Ahli

Parlimen Arau untuk mengeluarkan kenyataan khianat kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana apa yang telah dilakukan, dilaksanakan oleh beliau di mana beliau dapat membawa Cambodia dan Thailand untuk menandatangani satu perjanjian pendamaian di samping menerima kehadiran Presiden Amerika Syarikat dan juga Premier China merupakan satu pencapaian yang telah meletakkan negara di persada dunia. Tuan Pengerusi, kita tahu ada pihak-pihak yang tidak boleh menyelesaikan pergolakan dalam parti masing-masing. Saya tidak mahu ke perkara itu. Janganlah kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kurang sopan terhadap pemimpin negara kita walaupun kita adalah daripada pembangkang. Saya akan mengakhiri perbahasan saya dengan menyatakan bahawa walaupun kita merupakan Ahli Parlimen daripada pembangkang, saya merupakan Ahli Parlimen kerajaan, saya tetap akan menyokong – saya minta supaya Ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya lebih berhemah apabila mengeluarkan kenyataan. Kita dengar kelmarin nasibnya malang, Tuan Pengerusi tidak menjadi pengerusi yang mempengerusikan Mesyuarat. Kalau Tuan Pengerusi merupakan pengerusi yang mempengerusikan Mesyuarat, sudah tentu tindakan keras akan diambil terhadap Yang Berhormat Arau yang menyamakan sidang Parlimen ini dengan sidang komunis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat sila gulung.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tiga minit.

Pada masa yang sama, saya juga tidak berpuas hati dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat di sebelah sana. Namun demikian, saya mohon supaya dalam masa yang diberikan, Timbalan Menteri akan memberi penjelasan di atas isu-isu yang telah dibangkitkan dan kenapa terdapat pengurangan di dalam anggaran perbelanjaan bagi perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu, silakan.

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Terlebih dulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri, khususnya kepada pejabat-pejabat kedutaan di luar negeri di Indonesia, New Zealand, di Kenya yang membantu mengatur mempermudahkan lawatan kerja PAC dan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa. Semua mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan profesional. Saya bagi pihak PAC

dan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa mengucapkan ribuan terima kasih. Kubang Pasu sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta pernah berkhidmat di Wisma Putra selama lima tahun, setiausaha politk dua tahun, tiga tahun di Taiwan sebagai Head of Mission, nak ucapkan setinggi tahniah kepada Menteri Luar Negeri, Timbalan Menteri Luar Negeri dan seluruh warga Wisma Putra di atas khidmat penuh dedikasi dan cemerlang dalam menjayakan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin ASEAN baru-baru ini dan juga semua aktiviti ASEAN sepanjang tahun 2025. Tuan-tuan dan puan-puan semua telah mengharumkan nama Malaysia, syabas. Kubang Pasu ingin menyentuh beberapa perkara dalam ucapan di peringkat Jawatankuasa ini mengenai Belanjawan 2026 Kementerian Luar Negeri. Anggaran jumlah perbelanjaan bagi tahun 2026 didapati jauh lebih rendah berbanding dengan anggaran tahun 2025. 2025, RM1.77 bilion. 2026 hanya RM1.2 bilion, turun RM570 juta. Anggaran belanja mengurus turut turun mendadak daripada RM1.56 bilion pada 2025 kepada RM983 juta pada tahun 2026, penurunan sebanyak RM577 juta. Manakala anggaran perbelanjaan pembangunan meningkat daripada RM210 juta pada 2025 dipinda kepada RM138 juta kepada tahun ini ataupun tahun 2026, RM218 juta. Kubang Pasu mohon penjelasan daripada Menteri, kenapa Anggaran Perbelanjaan 2026 turun dengan ketara sekali berbanding dengan 2025? Diperhatikan Butiran 20000 – Perkhidmatan Dan Bekalan turun daripada RM19,926 juta pada 2025 kepada RM377 juta bagi tahun 2026, iaitu penurunan sebanyak RM549 juta mohon Menteri perincikan sebab-sebab penurunan ini. Butiran 40000 mengenai Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap termasuk biasiswa, pencen dan ganjaran dan sebagainya, menurun daripada RM154 juta pada 2025 kepada RM132 juta pada tahun 2026, iaitu penurunan RM22 juta. Mohon Menteri berikan penjelasan. Butiran 050600 – Sumbangan Tahunan Kepada Pertubuhan Antarabangsa, RM126.7 juta. Minta Menteri perincikan pecahan dan perbelanjaan dan pertubuhan antarabangsa yang menerima sumbangan ini. Berhubung dengan anggaran perbelanjaan pembangunan, saya nak ucap tahniah kepada Kementerian Luar Negeri kerana memperolehi peruntukan yang meningkat daripada RM138 juta ini selepas anggaran dibuat bagi tahun 2025 kepada RM218 juta pada tahun 2026, iaitu peningkatan RM80 juta. Peningkatan berkenaan adalah disebabkan oleh kenaikan anggaran perbelanjaan Butiran 00100 – Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut daripada anggaran dipinda 2025, RM117 juta kepada RM164 juta bagi tahun 2026. Kita dimaklumkan bahawa sebahagian besar dari peruntukan adalah untuk membaik pulih dan naik taraf residen dan pejabat-pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.

Sehubungan itu, saya nak ucap tahniah kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kementerian Luar Negeri yang prihatin kepada keperluan perwakilan kita di luar negara. Isu bangunan residen dan pejabat kedutaan Malaysia di luar negara yang rosak dan sebagainya dan tidak diberi perhatian selama ini sudah mendapat pembelaan, Dato' Pengerusi. Dato' Pengerusi, visi Kementerian Luar dan dasar luar negara adalah memelihara dan melindungi kepentingan negara. Segala keputusan dan tindakan yang dibuat, matlamatnya ialah untuk kepentingan negara ataupun national interest. [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa] Ini yang saya belajar sewaktu saya berkhidmat di Kementerian Luar dahulu. Melindungi kedaulatan, dasar berkecuali, bebas dan mesra pelabur adalah untuk kepentingan negara. Sesungguhnya Kementerian Luar Negeri telah melaksanakan tanggungjawab ini selama hampir 70 tahun dengan amat baik, komited dan profesional. Kubang Pasu kagum dan bangga. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Berikutnya Yang Berhormat Tanjong Karang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Tanjong Karang ingin menyentuh Butiran 0200 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Tuan Pengerusi, dunia kini menyaksikan ketidakadilan yang amat nyata. Di Gaza, lebih 35,000 rakyat Palestin telah terkorban, majoritinya wanita dan kanak- kanak akibat serangan berterusan rejim Zionis Israel. Tragedi ini bukan satu isu agama, tetapi isu kemanusiaan sejagat dan kegagalan sistem antarabangsa menegakkan keadilan. Persoalannya, di manakah suara sebenar dunia yang kononnya menjunjung undang-undang antarabangsa dan hak asasi kemanusiaan? Dalam hal ini, Malaysia mesti kekal lantang dan konsisten. Malaysia tidak boleh berdiam diri hanya kerana tekanan diplomatik atau kepentingan ekonomi semata-mata. Kita mesti menjadi suara moral dunia Islam dan dunia selatan. Suara yang tidak tunduk kepada kuasa besar tetapi berpihak kepada kebenaran dan kemanusiaan. Tanjong Karang ingin mencadangkan agar kerajaan memperkukuh semula peranan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bukan sekadar melalui kenyataan media, tetapi melalui tindakan yang memberi kesan. Malaysia wajar menjadi peneraju kepada blok negara-negara sederhana, moderate nations dengan izin, yang menuntut reformasi sebenar terhadap sistem Majlis Keselamatan PBB yang kini telah gagal menegakkan prinsip keadilan apabila veto menjadi alat penindasan.

Malaysia perlu mengusulkan agar hak veto dikaji semula dan bahawa keputusan mengenai isu kemanusiaan khususnya genosid dan pembersihan etnik tidak boleh lagi disekat oleh kuasa besar dengan menggunakan veto. Dalam konteks OIC, Tanjong Karang berpandangan bahawa pertubuhan ini semakin hilang taring. Sudah tiba masanya Malaysia mengemukakan inisiatif pembaharuan di dalam OIC agar suara ummah tidak lagi sekadar retorik diplomatik. Kita mesti mendesak agar OIC menubuhkan tabung kecemasan tetap dunia Islam, permanent Islamic emergency fund dengan izin, bagi membantu mangsa peperangan, kebuluran dan bencana di dunia Islam termasuk Palestin, Syria dan Yaman. Saya percaya Malaysia dengan reputasi sebagai negara Islam sederhana dan stabil mampu memimpin agenda ini dengan penuh kredibiliti. Tuan Pengerusi, dalam konteks Gaza, Malaysia bukan sekadar perlu bersuara tetapi perlu bertindak. Tanjong Karang menyarankan agar kementerian memperkukuh kerjasama dengan NGO kemanusiaan Malaysia seperti MERCY, MAPIM dan Global Peace Mission agar mereka mendapat laluan diplomatik yang lebih mudah dalam misi bantuan di Gaza. Pada masa yang sama, Malaysia boleh mengetuai inisiatif kemanusiaan serantau ASEAN untuk Palestin agar perjuangan ini tidak dilihat eksklusif kepada dunia Islam semata-mata tetapi perjuangan sejagat melawan kezaliman. Tuan Pengerusi, dalam isu Rohingya, Tanjong Karang ingin menegaskan bahawa krisis kemanusiaan di Myanmar adalah ujian sebenar terhadap kredibiliti ASEAN. Malaysia tidak boleh kekal menjadi pelindung senyap yang hanya menampung pelarian tanpa penyelesaian politik yang konkrit. Kita perlu mendesak pelan penyelesaian serantau yang berprinsip dan berasaskan hak asasi manusia. Tanjong Karang juga mencadangkan agar Malaysia membawa inisiatif Asian humanitarian compact serta rangka kerja yang meletakkan tanggungjawab bersama serantau dalam menangani pelarian krisis kemanusiaan dan krisis kemanusiaan. Jangan biarkan beban ini terus dipikul oleh Malaysia seorang diri. Akhirkan sekali, Tanjong Karang juga mencadangkan agar Wisma Putra memperkukuh diplomasi kemanusiaan sebagai tonggak baharu dasar luar negara. Kita bukan hanya negara perdagangan, tetapi juga negara yang memperjuangkan nilai. Diplomasi kemanusiaan akan mengangkat nama Malaysia sebagai kuasa moral yang dihormati di pentas dunia dan ini seharusnya menjadi warisan diplomasi generasi baharu. Tuan Pengerusi, Malaysia mesti terus menjadi suara bagi yang tidak mampu bersuara dalam dunia yang semakin sinis dan berpihak kepada kuasa. Biarlah Malaysia kekal berpihak kepada kebenaran. Kita mungkin negara kecil dari segi geografi, tetapi kita besar dalam prinsip dan keberanian moral. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Berikutnya, Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Jalur Gemilang megah berkibar, Di pentas dunia nama tersemat; Sidang Kemuncak ASEAN berlancar-lancar, Maruah negara tetap terpahat. Syabas dan tahniah, ingin saya ucapkan kepada Kementerian Luar Negeri atas penganjuran Kemuncak ASEAN Tahun 2025 yang berprofil tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa. Sehubungan itu, saya ingin menyentuh Butiran 010300 – Protokol, dalam perbahasan ini. Yang Berhormat Menteri, kita semua maklum, berkenaan dengan kejadian di mana siaran rasmi RTM semasa sidang kemuncak hari itu, terdapat nama tiga orang pemimpin negara telah tersilap sebut. Perkara ini saya lihat ia bukan saja kesilapan teknikal, ini adalah soal imej negara. Seperti yang saya cakap tadi, sidang kemuncak kali ini berjalan lancar, sempurna dan menaikkan nama negara kita. Jangan sebab “setitis nila, rosak susu sebelanga.” Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi di sini kita membincangkan bagaimana kita tambah baik supaya perkara yang sebegini tidak akan berulang dalam masa akan datang. Jadi Yang Berhormat Pengerusi, apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada pemimpin serantau atau global, setiap butiran protokol itu adalah cerminan wibawa dan profesionalisme negara. Insiden yang berlaku seperti itu telah menunjukkan kelemahan dan kesiapsiagaan kecekapan protokol masih belum berada pada tahap yang sepatutnya. Jadi, urusan protokol ini, dia bukan sekadar cara menyambut tetamu, ia memerlukan ketelitian, pengetahuan formal antarabangsa dan koordinasi rapi antara kementerian, agensi keselamatan, media serta sekretariat antarabangsa. Kalau bukan Kementerian Luar Negeri, saya tak dapat fikir mana kementerian yang paling layak untuk memastikan bahawa semua perkara yang saya sebut tadi berjalan lancar dan bersiap sedia. Yang Berhormat Pengerusi, pengalaman saya di peringkat kerajaan negeri telah memberi satu ingatan kepada saya, bahawa sebenarnya ramai pegawai di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sebenarnya tidak pernah menerima latihan protokol antarabangsa secara formal.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Kalau ada di antara mereka yang belajar sendiri atau pun melalui try and error sahaja. Dan sekarang ini semakin banyak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan telah menjalin hubungan dan kerjasama langsung dengan kerajaan wilayah atau kerajaan tempatan dari luar negara. Mungkin melalui Wisma Putra dan mungkin tidak melalui Wisma Putra. Dalam keadaan ini, kesilapan yang kecil boleh menjadikan atau boleh dibesarkan menjadi kesilapan yang besar yang memberikan kesan langsung kepada imej negara. Maka, saya tahu, sekiranya kita mahu setiap keputusan untuk menjalin hubungan dengan bandar-

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

bandar di negara luar ataupun menjalin hubungan dengan kerajaan-kerajaan peringkat wilayah atau peringkat negeri di luar negara mendapatkan kelulusan daripada Wisma Putra, saya lihat itu sesuatu beban birokrasi. Jadi, saya mencadangkan supaya Wisma Putra beroperasi sebaliknya. Dengan kita menyiapsediakan anggota-anggota, pegawai-pegawai di peringkat kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Kalau tidak mampu untuk semua, sekurang-kurangnya majlis bandaraya dan majlis perbandaran kerana dua peringkat, dua kategori PBT ini sangat berpotensi untuk menjalin hubungan dengan wilayah luar atau bandar-bandar di luar negara. Maka, adalah baik supaya Wisma Putra memberikan latihan dan kursus pada pegawai-pegawai ini supaya mereka lebih memahami protokol antarabangsa dan pada masa yang sama boleh menyambut tetamu daripada luar dengan lebih profesional dan lebih formal. Pada masa yang sama, saya juga meminta supaya Wisma Putra membantu terutamanya bagi PBT-PBT untuk melatih pegawai-pegawai mereka supaya ada sekurang- kurangnya satu pasukan penterjemah yang profesional, yang pakar supaya mereka ataupun komunikasi di antara kedua-dua pihak yang bakal menjalinkan hubungan itu tidak berlakunya kesilapan komunikasi. Perkara ini penting...

Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

...sebab kita tak boleh mengharapkan semua penterjemah daripada Wisma Putra.

Yang Berhormat, dah lebih masa, Yang Berhormat. Saya pun dah bagi injury time dah, Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Saya faham. Jadi, saya harap perkara ini bukan sesuatu perkara yang boleh diperlekehkan ataupun dijadikan sesuatu yang untuk memburukkan negara kita atau memburukkan kerajaan tetapi kita mengambil iktibar daripada kejadian ini dan kita menambah baik untuk masa hadapan. Kita menambah baik dan terus mengharumkan nama negara kita di pentas dunia. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Berikutnya, Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Pengerusi. Saya merujuk kepada 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Saya ingin bertanya apakah perkembangan inisiatif yang sedang diambil oleh kerajaan berhubung dengan kerajaan-kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat untuk sempadan? Bukan hanya sempadan Malaysia–Thailand, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Filipina kerana kita sedar bahawa sekarang ini kebanyakan border, border kita ini telah pun berkembang dengan begitu baik tetapi perkembangannya tidak diikuti dengan perkembangan dasar dan juga galakan ekonomi yang lebih baik di antara kedua-dua negara.

Kita difahamkan terdapat di sana Border Crossing Agreement di antara Malaysia– Indonesia, Malaysia–Singapura. Tetapi saya tidak melihat di manakah Border Crossing Agreement di antara Malaysia dengan Thailand. Apakah perkembangannya sekiranya ada? Kerana hari ini sebarang perkembangan membabitkan perkara seperti ini, membabitkan juga perancangan dasar. Dan kami seharusnya sebagai MP, MP ataupun Ahli Parlimen berada di sempadan, haruslah diberi pengetahuan tentang apakah yang sebenarnya telah dipersetujui di antara kerajaan-kerajaan demi untuk memastikan bandar-bandar sempadan ini dapat dijaga hubungannya. Sebagai contoh, hari ini, sempadan Kelantan dan juga Thailand. Malaysia dan Thailand di Kelantan telah pun ditutup banyak jeti-jeti haram. Akibatnya, kita tak tengok tidak ada sebarang cetusan baru yang dibuat untuk menggantikan sebagai alternatif kepada ekonomi rakyat tempatan. Jadi, pembangunan masalah sangat penting dan saya lihat di sana di bawah kerajaan dah ada di bawah kementerian lain iaitu Pelan Induk Pembangunan Sempadan Antarabangsa di antara Malaysia dan Thailand tetapi hari ini bila tidak ada kerjasama politik, kerjasama teknikal di antara kedua-dua negara ia nya tidak memberikan apa-apa kesan kepada negara dan juga negeri. Itu yang pertama. Yang kedua, apakah kita melihat dalam perkembangan bandar-bandar sempadan ini, ketersediaan daripada sudut ukuran tanah dari sempadan yang sebenarnya, pemerkasaan sempadan ini tidak dinaik taraf. Jadi, kita kena sedari bahawa ini memberikan imej yang sangat buruk pada negara kita daripada sudut ICQS–nya, daripada sudut perkara- perkara lain yang boleh sebenarnya menarik perhatian dari segi pelancongan. Jadi, saya pohon agar kerjasama yang dibincangkan di antara kerajaan ini dimasukkan perkara ini untuk Perancangan Dasar di bawah 030100 di bawah Kementerian Luar Negeri. Kementerian Luar Negeri. Begitu juga dengan 040300. Saya juga melihat bagaimana rakan-rakan kita di kedua- belah pihak, di pihak sini dan pihak sana telah melihat dan meneliti lebih kurang perjanjian timbal balik yang dikira sebagai reciprocal trade agreement yang kita tandatangani bersama mengenai Amerika. Namanya adalah perjanjian reciprocal. Apakah elemen reciprocal yang ada dalam agreement ini? Banyak agreement yang kita akan tandatangani. Bagaimana reciprocal ini dari sudut shell sahaja pun kita lihat tak seimbang? Jadi, kalau boleh kita nak tengok diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah maksud timbal balas yang sama kerana dari segi agreement, kontrak mestilah ada consideration dan must be adequate. Dalam hal ini, kita tak nampak kita mendapat balasan yang lebih banyak tapi kita nampak seolah-olah kita pula yang kena menyerahkan banyak. Jadi, kita perlu suatu guideline, elemen apakah yang ada dalam reciprocal, khususnya untuk kita tandatangani.

Kita juga mengambil baik apa yang disebut oleh Perdana Menteri tentang nak menjadi benar-benar kita ini neutral. Sifat neutrality ini penting. Jadi, nak buktikan neutrality, saya nak tanya apakah kedudukan kita sebagai rakan kongsi ataupun sebagai ahli kepada blok lain selain daripada blok yang kita tanda tangan ini, khususnya berkaitan dengan BRICS kerana kita lihat kita perlu kepada pencatatan dan juga income daripada negara luar selain daripada negara Amerika Syarikat. Jadi, jangan cakap saja tapi perlu buktikan dengan perbuatan. Di bawah 020400 untuk OIC dan Kerjasama Serantau. Kita lihat imej kita banyak tercalar dengan kedatangan Trump khususnya kepada Gaza dan juga dunia Islam. Jadi, pada hari ini, penting sebagaimana tadi disebut rakan-rakan berkenaan dengan Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan– 050500, 040700 – Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Bagaimana kita kena mengembalikan kepercayaan dunia kepada kita tentang fungsi kita untuk membantu Palestin. Gerakan yang lebih penting perlu dimainkan oleh Malaysia dalam OIC untuk pembinaan semula Gaza secara di semua peringkat dan semua pihak dan jangan ada percanggahan yang kita lihat berlaku di antara apa yang kita cakap dengan apa yang kita buat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Berikutnya, Yang Berhormat Kangar.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Pengerusi kerana diberi peluang untuk membahas peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri. Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada Zohran Kwame Mamdani yang dipilih sebagai Datuk Bandar New York City. Beliau merupakan anak imigran dan Datuk Bandar Muslim yang pertama bagi New York City mewakili golongan muda dan golongan pekerja dan kemungkinan besar akan menghadapi cabaran besar daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan parti Republikan. Saya pergi kepada butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Dato’ Pengerusi, Malaysia telah menjadi suara lantang dalam perjuangkan hak rakyat Palestin. Kita tidak pernah gentar menyatakan pendirian bahawa penjajahan ataupun kolonisasi dan penindasan perlu ditolak. Namun persoalannya, setakat manakah tindakan Malaysia benar- benar berkesan dalam membantu rakyat menentang Israel atau adakah ia nya bersifat retorik semata-mata?

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Di saat negara-negara Eropah dan Amerika Selatan mula menentang Israel, apakah tekanan yang dibuat oleh Malaysia? Dari satu segi nampak kita menyokong Palestin. Namun, dari sudut yang lain nampak pula kita menyokong, pendukung Israel iaitu Amerika Syarikat.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Adakah Malaysia akan memanfaatkan kedudukan dalam OIC dan PBB bagi menggerakkan tindakan kolektif? Kita mahu Malaysia secara berterusan dan konsisten dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat Palestin sehingga Palestin menjadi sebuah negara yang merdeka. Seterusnya, isu Rohingya, Myanmar. Krisis pelarian Rohingya masih berlarutan. Malah, kini semakin ramai rakyat Myanmar berlindung di Malaysia tanpa status yang sah. Ia bukan sebagai satu isu Kementerian Luar Negeri sahaja, malah sudah menjadi isu domestik yang menjejaskan kegiatan sosioekonomi dan keselamatan negara. Namun, di sudut yang lain, aspek-aspek kemanusiaan, hak mendapatkan rawatan kesihatan perlu diberi kepada mereka. Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Luar Negeri bagi membantu pelarian Rohingya melalui program kemanusiaan di Malaysia? Adakah Malaysia bersetuju untuk mengiktiraf status pelarian Rohingya secara rasmi melalui undang-undang domestik atau kekal dengan pendekatan sementara, temporary protection? Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Isu ketiga yang akan saya sentuh adalah isu berkaitan Laut China Selatan yang merupakan kawasan geostrategik. Menjadi pertikaian antara negara-negara serantau seperti Vietnam dan Filipina. Namun, yang menjadi ancaman terbesar adalah negara China. Kita menghargai usaha Wisma Putra mengekalkan diplomasi berhemah dengan negara China. Namun, adakah pendekatan ini cukup baik untuk mempertahankan hak maritim negara kita? Saya difahamkan terdapat kapal-kapal peninjau China sering berada di kawasan pelantar minyak PETRONAS di perairan Sarawak. Ini saya dapat maklumat daripada mereka yang bekerja di pelantar minyak PETRONAS. Kita tidak menolak hubungan baik Malaysia dengan China tetapi hubungan ini tidak boleh menenggelamkan isu kedaulatan negara, sovereignty. Sampai bila kita hanya akan memerhati kapal-kapal peninjau China di perairan Malaysia? Malah China menganggap Laut China Selatan adalah hak mereka. Soalan saya, bagaimanakah kerajaan memastikan aktiviti ekonomi seperti perikanan dan eksplorasi minyak dan gas di Laut China Selatan tidak terganggu oleh pertikaian wilayah? Adakah Malaysia akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN seperti Vietnam dan Filipina dalam berbentuk pendirian bersama terhadap tindakan agresif China di kawasan pertikaian? Jadi, akhirnya semoga Kementerian Luar Negeri akan terus memantau dan menjaga kedaulatan negara Malaysia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berikutnya perbahasan terakhir Yang Berhormat Jempol.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’

Pengerusi. Terlebih dahulu Jempol ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Luar, Timbalan Menteri Luar dan juga Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dengan cemerlang serta memperkukuh peranan Malaysia sebagai peneraju diplomasi serantau. Tidak dilupakan juga kejayaan Wisma Putra membawa pulang dengan selamat para peserta misi kemanusiaan Sumud Flotilla yang menghadapi pelbagai cabaran di perairan antarabangsa untuk membantu Palestin. [Tepuk] Ini merupakan satu pencapaian yang membuktikan kecekapan, kebijaksanaan diplomatik dan komitmen tinggi Malaysia dalam melindungi keselamatan rakyatnya di luar negara. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Luar dan juga Kementerian Luar atas suara lantang. Ada keberanian hari ini untuk memperjuangkan hak Palestin. Ya, genosid di Palestin dan juga kedaulatan Palestin dan juga negara-negara lain. Jadi, ini mesti ada keberanian. Ya, kita di sini boleh bercakap tapi dalam peringkat antarabangsa mesti ada keberanian, keyakinan untuk kita memperjuangkan satu-satu isu apatah lagi kena cara berhemah, tertib dalam kita mengurus negara kita ini dalam hubungan diplomatik dan juga diplomasi di peringkat antarabangsa. Dato’ Pengerusi, seterusnya Jempol ingin merujuk Butiran 040010 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Antarabangsa Bahagian Asia. Baru-baru ini Department of Justice, Amerika Syarikat telah mendakwa ahli perniagaan Kemboja, Chen Zhi atas jenayah pemerdagangan manusia serta operasi scam centre terbesar ya di rantau ini dengan rampasan aset melebihi RM62 bilion. Kes ini mendedahkan realiti hitam di sebalik kegiatan pemerdagangan orang di Cambodia, Myanmar dan Laos yang turut memperdaya rakyat Malaysia dengan tawaran pekerjaan palsu sebelum mereka dipaksa melakukan penipuan siber di scam centre. Jempol amat bersimpati dengan mangsa dari Malaysia yang dipaksa, diseksa, diminta makan daging yang tidak halal, minum arak, dicucuh alat perenjat elektrik ya sekiranya lambat buat kerja penipuan di scam centre tersebut. Sudah sampai masanya, kerajaan mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan rakyat kita yang menjadi mangsa. Persoalan Jempol, adakah Malaysia juga melalui ASEAN telah mewujudkan pelan tindakan serantau yang menangani scam centre dan pemerdagangan orang, termasuk perkongsian risikan dan bantuan konsulat segera bagi menyelamat dan memberikan perlindungan kepada mangsa-mangsa ini. Berapakah jumlah terkini rakyat Malaysia yang dikenal pasti menjadi mangsa pemerdagangan orang dan kegiatan scam centre di Cambodia, Myanmar, Laos dan negara-negara Asia Tenggara lain setakat ini serta berapa ramai kah yang telah berjaya diselamatkan oleh pihak kerajaan? Dato’ Pengerusi, seterusnya Jempol ingin merujuk kepada 040400 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Antarabangsa, iaitu bahagian Afrika. Jempol ingin menarik

perhatian terhadap krisis kemanusiaan berpanjangan yang sedang melanda Sudan. Bukan sahaja kes Palestin, bukan sahaja isu Rohingya, tetapi juga konflik antara Sudanese Armed Forces dan the Rapid Support Forces sejak April 2023 telah mengorbankan ratusan ribu nyawa serta menyebabkan lebih 10 juta rakyat di negara Sudan menjadi pelarian. Situasi ini telah menimbulkan bencana kemanusiaan terburuk di rantau Afrika dan memerlukan tindakan segera komuniti antarabangsa. Jempol memetik kenyataan Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, Hassan Abdelsalam Omer yang baru-baru ini menyatakan penghargaan terhadap sokongan berterusan Malaysia kepada rakyat Sudan. Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pengaruh dan kepimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim mampu memainkan peranan penting sebagai suara pendamai dalam mencari penyelesaian konflik politik di negara Sudan. Persoalan Jempol, adakah Malaysia akan menggunakan kedudukan dan hubungan baiknya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memimpin atau— minta maaf Pengerusi ya. Persoalan Jempol, adakah Malaysia akan menggunakan kedudukan dan hubungan baiknya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memimpin ataupun memediasi satu inisiatif keamanan bersama bagi Sudan? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah)

Terima kasih, pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Jempol. Saya persilakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk dalam tempoh 20 minit. Silakan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Indera Pengerusi, terima kasih banyak di atas ruang ini dan saya ucap ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang turut serta dalam membahaskan bajet di peringkat jawatankuasa pada petang ini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Pertamanya saya ingin memaklumkan bahawa tentang belanjawan yang telah pun diperuntukkan oleh kementerian kepada Kementerian Luar Negeri pada tahun 2026 ialah berjumlah RM1.2 bilion dan ini menampakkan penurunan sebagaimana pada tahun 2025 sebanyak RM1.7 bilion. Dan saya dimaklumkan kenapa berlakunya penurunan begitu ketara sekali RM500 juta lebih kurang kerana pada tahun ini kita adalah sebagai Pengerusi ASEAN dan kita telah menerima peruntukan secara one off sebanyak RM500 juta bagi menyelenggara dan juga menguruskan Kepengerusian ASEAN pada tahun ini. Tahun hadapan kita tak lagi jadi pengerusi, walau bagaimanapun kita telah dapat peruntukan pembangunan sebanyak RM218 juta yang rata-ratanya untuk menaik taraf bangunan-bangunan Canseri kita dan juga membaik pulih bangunan-bangunan dan pun

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

beberapa projek-projek sambungan dan juga beberapa projek baharu yang akan kita laksanakan pada tahun hadapan. Alhamdulillah walaupun ada penurunan ketara dalam bajet ini tetapi insya-Allah sebagai Kementerian Luar Negeri, kita akan meneruskan komitmen kita untuk menjalankan tanggungjawab kita demi negara dan melaksanakan tanggungjawab sebagaimana telah pun diberikan sejajar dengan peranan Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra untuk kita melaksanakan dasar-dasar luar negeri kita dan juga menjaga hubungan diplomatik kita dengan semua negara di seluruh dunia. Saya terus ke soalan-soalan yang telah pun dikemukakan oleh beberapa Ahli Parlimen, Arau dan juga Machang telah pun mengutarakan beberapa isu. Isu yang telah pun diutarakan ialah berkenaan dengan Arau, isu yang diutarakan ialah mengenai satu klip video yang telah pun di-viral kan. Untuk makluman semua bahawa Malaysia ini adalah negara yang berdaulat dan kita mempunyai hubungan diplomatik dengan Thailand yang begitu baik sekali. Apa juga isu-isu di-viral kan yang tidak mempunyai autoriti secara diplomatik kita tidak akan respons. Walau bagaimanapun, kita akan terus memantau apa jugak keadaan ini. Yang paling penting kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama dengan Perdana Menteri Thailand dalam rundingan antara Thailand dan juga Cambodia sewaktu ASEAN Summit baru-baru ini disaksikan oleh Presiden Trump juga di mana Perjanjian Damai Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Peace Accord) itu yang juga telah memberikan pengiktirafan yang begitu besar. Perdana Menteri Thailand sendiri memberikan recognition-nya yang begitu besar kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai fasilitator dalam perundingan damai ini. Jadi ini adalah sesuatu perkara yang perlu kita banggakan. Jadi, soal ada pihak-pihak yang memperkecil umpamanya peranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu adalah hak mereka sendiri tetapi Perdana Menteri Thailand dalam soal ini memperakui peranan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mengenai isu yang lain-lain berkenaan isu maritim yang telah pun diutarakan oleh Arau. Saya ingin menyatakan bahawa Beting Patinggi Ali memang berada dalam perairan Malaysia. Jadi tak ada keperluan untuk kita mengadakan rundingan tentang isu itu dengan negara China. Arau bertanya soalan tetapi dia juga menjawab soalan dengan sendirinya. Bahawa dalam isu Beting Patinggi Ali, dia bangkitkan soal pencerobohan kapal-kapal daripada China. Mungkin ada beberapa insiden yang berlaku tetapi kita menggunakan mekanisme yang sedia ada. Pertamanya, ia nya adalah kerana soal penguat kuasa. Penguat kuasa di perairan kita di bawah MKN dikendalikan bersama-sama dengan APMM dan juga TLDM kita, jika ada sebarang pencerobohan berlaku. Jadi itu perkara yang berlaku di Beting Patinggi Ali dan Arau mungkin terlepas pandang tentang isu bahawa Beting Patinggi Ali memang berada dalam perairan Malaysia. Soal kita rundingan dengan negara China mengenai South China

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

Sea itu akan terus berjalan. Dan kita juga sebagai co-chair sama-sama dengan China dan kita sebagai co-chair mewakili ASEAN bersama-sama dengan negara China kita merundingkan banyak perkara, ekonomi, sosial budaya, keselamatan, termasuk juga hal ehwal maritim yang dibincangkan persempadanan maritim. Kita punya jawatankuasa bertindak bersama di antara ASEAN dan juga China yang akan terus bermesyuarat secara berkala. Insya-Allah tidak lama lagi kita akan memuktamadkan code of conduct (CoC) mengenai Laut China Selatan ini bersama-sama dengan negara China sekali. Jadi itu sebabnya peruntukan diperuntukkan dalam maritim umpamanya memang ada sedikit penurunan tetapi kita gunakan sebaik mungkin peruntukan itu untuk penganjuran beberapa siri-siri mesyuarat bagi membincangkan isu-isu berkenaan dengan maritim. Yang Berhormat Sik mengutarakan persoalan mengenai peranan kita dalam pembelaan rakyat Palestin. Kami tidak pernah luntur dalam soal ini. Bahkan untuk makluman Yang Berhormat Sik, Kerajaan Malaysia telah menyalurkan RM74 juta kepada rakyat Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AKRP) yang dikendalikan di bawah Kementerian Luar Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini juga mengumumkan tambahan RM100 juta lagi bagi tujuan kemanusiaan dan juga pembangunan semula Gaza. Berkaitan dengan soal itu Tanjung Karang juga bertanya tentang beberapa persoalan bantuan kita melalui Ops Ehsan. Kita sedang menjalankan bagaimana kita membantu dari segi kemanusiaan terhadap Gaza itu kita gunakan Ops Ehsan yang bernaung di bawah Kementerian Luar Negeri dan pada 17 Oktober baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan NGO-NGO yang menggerakkan Ops Ehsan untuk menyelaras pelaksanaan bantuan segera ke Gaza dan insya-Allah dengan perkembangan terkini, dengan adanya pelan damai yang telah pun diumumkan oleh Presiden Trump dan juga bersama-sama dengan media [Tidak jelas] kita berbincang soal ini antara negara Egypt, Qatar, Turkiye, Jordan, mereka memperincikan perjanjian ini. Ramai yang bersetuju, Hamas juga bersetuju. Tetapi insya-Allah Malaysia mengambil pendirian secara berhati-hati kerana kita mahu sebagaimana telah pun dimaklumkan oleh Yang Amat Perdana Menteri bahawa kita nak ialah komprehensif pelan, solution, comprehensive solution mengenai isu ini. Itu sebabnya kita alhamdulillah ada perkembangan positif daripada itu apabila pintu Rafah kini sudah mula dibuka dan kita mengharapkan sebenarnya supaya 600 trak setiap hari tetapi yang kita dapat laporan dibenarkan hanya dalam 100 lebih trak saja satu hari. Tetapi alhamdulillah maknanya ia nya sudah mulai menampakkan kesan yang begitu positif sekali. Jadi peranan OIC, ramai yang membangkitkan soal peranan OIC ini memang ketara dan juga amat baik sekali dan dengan adanya pelan damai ini kita mengharapkan juga OIC melakukan peranan yang begitu penting, begitu besar bagi memastikan pelaksanaan

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Luar Negeri · Kimanis

keberkesanan pelaksanaan ceasefire agreement ataupun pelan damai yang telah pun dipersetujui oleh banyak pihak termasuk Hamas sendiri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Jadi oleh itu peranan OIC amat besar dan kita amat komited untuk bekerjasama dengan OIC seterusnya bahkan sumbangan kita setiap tahun Dato’ Indera Pengerusi memang ada diperuntukkan untuk international organization termasuk OIC juga. Terima kasih. Yang Berhormat Sik...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

Sila, Sik.

Sedikit persoalan saya, Dato’ Pengerusi. Ketika Yang Amat Berhormat Menteri menyebut bahawa Malaysia mendesak untuk pelan damai secara komprehensif, yang perlu diperjelaskan ialah bagaimana maksud komprehensif itu? Ketika mana ada pihak yang membuat satu penilaian bahawa komprehensif juga di pihak Israel yang mereka sekarang ini sedang bergerak untuk memperluaskan lagi kawasan- kawasan penempatan haram mereka di sebelah Tebing Barat dan sebagainya. Jadi saya mohon untuk pihak kerajaan menetapkan secara detil maksud komprehensif itu supaya ia tidak disalahgunakan untuk di pihak Israel juga ketika mereka terus meluaskan peluasan wilayah mereka. Yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain bantuan secara kemanusiaan, bantuan makanan dan sebagainya melalui trak-trak di sempadan Rafah itu, kita dimaklum pasukan perubatan Mercy Malaysia telah pun masuk ke Gaza, laporan pada hari ini.

Dan adakah juga pihak kementerian membuat penyelarasan bahawa saya yakin ramai lagi di kalangan volunteers ataupun pasukan sukarelawan kita di kalangan doktor, di kalangan perubatan ini yang bersedia untuk masuk ke Gaza jika ada penyelarasan juga ataupun koordinasi di antara Kementerian Luar dengan pihak berkuasa Mesir dan sebagainya, sebagai tambahan kepada proses bantuan kemanusiaan untuk kita bantu rakyat di Gaza itu. Baik, terima kasih.

Sila Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Cadangan comprehensive solution yang kita harapkan ialah sejajar dengan dasar kita, sejajar dengan pendirian kita, yang kita perjuangkan selama ini, pembelaan Palestin selama ini, iaitu untuk melihat immediate and permanent ceasefire. Kemudian pemberhentian penjajahan berterusan oleh Israel kepada Palestin. Dan, akhirnya kita nak ialah apa? Kemerdekaan diberikan kepada Palestin dan juga berdasarkan persempadanan pra-1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara. Itu adalah antara comprehensive solution yang kita nakkan, di samping kita menerima baik soal pelan damai yang diberikan oleh Donald Trump.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Benar, dalam usaha-usaha kita, kita akan teruskan bantuan kemanusiaan Yang Berhormat. Saya nyatakan tadi bahawa ada pertemuan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama dengan NGO baru-baru ini, di mana Kementerian Luar Negeri pada 21 Oktober 2025 telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama sekretariat Ops Ihsan dan 12 NGO terlibat bagi menyusun penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam masa terdekat. Antara bantuan yang dikenal pasti sebagai keutamaan kita pada waktu ini ialah makanan, air bersih dan minyak masak, ubat-ubatan serta perkhidmatan perubatan dan juga bantuan musim sejuk seperti selimut dan pakaian tebal. Kita faham ini sudah hujung tahun, winter sudah hadir, maka ini antara bantuan yang diperlukan dalam masa terdekat ini. OIC memainkan peranan Yang Berhormat Dato' Pengerusi kerana OIC punya usaha secara berterusan. Alhamdulillah, setakat ini 157 buah negara yang mendukung penyelesaian damai dan juga pengiktirafan sebuah negara Palestin ini. 157 negara dalam PBB ini. Ini maknanya satu kejayaan yang telah pun dimainkan oleh OIC bersama-sama dengan semua negara anggotanya termasuk juga negara kita, Malaysia. Dato' Indera Pengerusi, mengenai isu yang juga disentuh dalam ASEAN dan peranan kita untuk menyelesaikan isu Myanmar ini. Semalam, beberapa hari lepas, Yang Berhormat Menteri Luar telah pun menerangkan secara panjang lebar tentang cara bagaimana untuk kita melihat keamanan dan juga penyelesaian dicapai di Myanmar. Yang paling penting ialah pelaksanaan Five-Point Consensus adalah sandaran kita dan kita dengar apa juga yang telah dicadangkan oleh banyak stakeholders, pemegang-pemegang taruh. Wish list diterima oleh pihak kita, kita telah disampaikan. Pertemuan Yang Berhormat Menteri Luar dengan Perdana Menteri Myanmar juga telah disampaikan wish list, wish list tersebut yang perlu diambil kira. Yang paling penting, kata mereka, mereka nak adakan pilihan raya dan kita nak juga kalau betul diadakan pilihan raya, kita mahu melihat sebuah pilihan raya yang adil, pilihan raya yang betul-betul inklusif, dan juga dijamin keselamatan dan juga keamanan sepanjang tempoh pilihan raya tersebut. Yang Berhormat Dato' Indera Pengerusi, Yang Berhormat Kubang Pasu juga bertanyakan tentang international contribution kita. Saya ingin menyatakan bahawa sumbangan kepada PBB sebanyak RM66 juta setahun, sumbangan kepada Commonwealth sebanyak RM3.3 juta, kemudian sumbangan kepada ASEAN sebanyak RM14 juta dan juga sumbangan-sumbangan lain sebanyak RM28 juta. Kalau kita totalkan, ini lebih RM100 juta. Ini adalah kita punya sumbangan di peringkat antarabangsa sepanjang tahun dan setiap tahun dan kebanyakannya kita sudah lunaskan dan kita telah bayar. Yang Berhormat, banyak Sik punya soalan tapi mungkin saya akan balik lagi Sik kalau ada masa. Balik Pulau pula bertanyakan tentang beberapa isu consular, tentang beberapa isu rakyat kita yang ditahan, yang dihadapkan di mahkamah di mana-mana negara. Dan setakat hari ini, saya ingin menyatakan bahawa apa yang telah pun diberikan oleh perwakilan kita memang pada tahap yang maksimum.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kita telah cuba sedaya usaha untuk memberikan mereka khidmat consular yang terbaik. Kita juga telah memainkan peranan kita berdasarkan Konvensyen Vienna kita. Kita minta akses diberikan, alhamdulillah, dengan mana-mana negara sekalipun. Cuma ada yang mengutarakan— Jelutong juga mengutarakan tentang bantuan kewangan sama ada kita boleh memberikan kepada mana-mana yang tertuduh di mana-mana negara. Memang setakat pada hari ini, negara ataupun kerajaan kita belum lagi memutuskan untuk memberikan sumbangan kewangan kepada mana-mana tertuduh yang dituduh di mana- mana negara. Walau bagaimanapun, khidmat consular kita akan teruskan secara maksimum Yang Berhormat. Mengenai isu ini, sebenarnya kita dah bincang di peringkat kementerian dan ia nya telah diangkat sebenarnya kepada agensi yang terlibat untuk meminta pertimbangan. Mudah- mudahan, jadi ia masih dalam peringkat kajian. Sama-sama kita doakan semoga kerajaan bersetuju dengan saranan-saranan untuk memberikan, ya, walaupun tidak banyak tetapi sumbangan sedikit kepada mangsa-mangsa atau pun rakyat kita yang dituduh di luar negara. Ada yang telah pun dituduh dan dijalankan hukuman itu. Kita, dasar kita tidak interfere dengan proses undang-undang mana-mana negara. Kita hormati undang-undang mana-mana negara. Tetapi, mana-mana yang perlu kita masuk khidmat kita, kita akan teruskan. Tetapi to interfere dengan mana-mana undang-undang negara itu, bukan dasar kita. Yang Berhormat Alor Gajah bertanyakan tentang...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Dah ada Alor Gajah, dah balik?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Saya buat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Batu Gajah, sorry, Batu Gajah ada?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Tak ada kita jawab secara bertulis ya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Arau tak ada.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Arau tak ada. Balik Pulau tadi saya dah jawab.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Hah.

Yang tidak ada Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang tak ada jawab secara bertulis je.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Okey.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Jempol pun ada?

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Jempol membangkitkan tentang peranan OIC dalam isu Sudan ini. Memang antara agenda dibincangkan setiap kali mesyuarat OIC dibangkitkan isu keselamatan, isu konflik di Sudan ini. Dan, ini juga menjadi keutamaan kita untuk melihat rantau itu akan terus kembali aman. Kita punya kepentingan yang begitu besar di Sudan. Petronas kita ada tetapi ia nya semua terjejas Dato' Pengerusi akibat konflik ini. Mengenai cadangan untuk kita menjadi mediator, fasilitator untuk mencari perdamaian di Sudan ini, insya-Allah, Wisma Putra mengambil maklum dan kita akan bincangkan dengan ada pengalaman kita sebagai mediator, fasilitator antara Cambodia, Thailand, antara Selatan Filipina sebagai fasilitator juga. Insya-Allah, mungkin ini salah satu menjadi agenda kita, kita akan angkat dan kita akan memperincikan tentang cadangan untuk kita menjadi pula fasilitator atau mediator dalam isu di Sudan ini.

Menteri, Timbalan Menteri.

Jelutong Yang Berhormat.

Tentang isu pelarian Rohingya yang telah saya bangkitkan. Saya cuma ingin tanya, adakah Kementerian Luar Negeri mempunyai apa-apa roadmap ataupun matlamat untuk kita capai? Sama ada tiga matlamat: satu, hantar mereka kembali; kedua, kita benarkan mereka terus tinggal di negara ini; ataupun ketiga, kita hantar mereka ke negara lain. Jadi, adakah apa-apa tempoh masa yang sedang dibincangkan oleh Kementerian Luar Negeri? Dan pada masa yang sama, adakah kita ingin mencadangkan untuk mempertimbangkan dalam kejayaan kita mencapai, mendamaikan Cambodia dan Thailand, sama ada ASEAN sebagai satu sekutu, boleh juga campur tangan dalam isu Myanmar untuk mencapai satu kedamaian di antara pihak-pihak yang bertelagah di situ, yang sedang berlarutan begitu lama sehingga kita terpaksa menanggung kesannya.

Ini adalah perkara yang perlu kita— matlamatnya, bila kita nak mula dan bila kita jangka untuk menyelesaikan masalah ini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Isu Myanmar telah pun saya jawab tadi dan Yang Berhormat Menteri Luar telah menjawab secara panjang lebar, Yang Berhormat Jelutong. Cuma, isu Rohingya ini saya nak maklumkan bahawa Malaysia amat konsisten dalam menyuarakan kebimbangan kita terhadap nasib etnik Rohingya yang berada di peringkat serantau dan Malaysia menegaskan bahawa isu Rohingya adalah isu ASEAN juga dan memerlukan perhatian berterusan serta tindakan kolektif ASEAN dengan sokongan rakan luar. Walaupun kita tidak menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, tetapi insya-Allah, ini antara isu yang kita akan terus angkat untuk kita melihat adanya penyelesaian secara tuntas. Bahkan, banyak badan-badan dunia juga melihat isu Rohingya ini satu perkara yang besar termasuk OIC juga, Yang Berhormat Jelutong. Bahkan dalam konteks itu, dalam konteks itu, Malaysia turut telah memberi sumbangan sukarela secara one-off kepada OIC

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Fund for Rohingya sebanyak USD100,000. Kita melihat isu Rohingya ini sebagai isu kemanusiaan dan memang ada hasrat kita untuk kita menghantar mereka semua, tetapi negara mana yang ingin menerima? Pertamanya kepada third country, tak ramai yang berminat menerima pelarian Rohingya yang ada di Malaysia ini. Tetapi kita bukan melepas tangan begitu saja.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kita sebagai Malaysia yang menjunjung soal human rights, kita juga ingin memberikan apa juga pembelaan yang sepatutnya kita berikan kepada masyarakat Rohingya. Memang kita punya hasrat untuk menghantar mereka balik, tapi mereka, bila mereka balik, mereka akan terbiar juga di sana dan tidak terjamin keamanan mereka apabila pulang ke tanah air mereka apatah lagi untuk dihantar ke negara ketiga. Tak ada negara ketiga yang berminat untuk menerima pelarian Rohingya oleh kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kepakaran yang diperlukan barangkali oleh mana-mana negara ketiga tersebut. Ya.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Sedikit Timbalan Menteri. Semasa Pulai membawa kes Rohingya ini ke Kamar Khas beberapa bulan yang lepas, jawapan di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa pada bulan Disember tahun ini ada penyelarasan di peringkat kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, untuk memberikan satu direction yang lebih jelas tentang masalah Myanmar ini. Apakah itu termasuk dalam maklumat Menteri? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab yang Pulai dan terus gulung.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Baik, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, isu Rohingya ini dilihat secara khusus oleh MKN ya. Jadi, memang itu di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diselaraskan oleh MKN. Tetapi kita sebagai Kementerian Luar, Wisma Putera akan facilitate apa juga, mungkin cadangan pelaksanaan untuk menyelesaikan isu- isu berkaitan dengan Rohingya ini. Baik. Sebagai penutupnya, yang lain itu saya akan jawab secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan juga idea- idea. Insya-Allah, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, saya terima kasih banyak atas ucapan tahniah yang diutarakan oleh semua Yang Berhormat. Segala kelemahan, kita akui. Tidak ada yang perfect dalam dunia ini, tapi komitmen kita untuk membuat yang terbaik selaras dengan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan untuk mengemudi ASEAN pada tahun ini. Dan isu-isu lain itu, kita akan teruskan usaha berdasarkan garis panduan dan juga roadmap, dalam isu maritim, isu-isu Gaza. Insya- Allah, kita akan teruskan. Terima kasih banyak. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM982,698,600 untuk Kepala B.13 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.13 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah mempengerusikan Mesyuarat]

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 10 November 2025. [Mengetuk tukul]

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.25 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Sabri bin Azit (Jerai) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keperluan Ketelusan Data Upu Dan Dasar Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Graduan IptsSpecial Chamber

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, Usul Nombor 1. Setiap tahun, pengumuman keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) menjadi detik penting yang dinantikan oleh lepasan pelajar prauniversiti, khususnya calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Namun, bagi ramai pelajar cemerlang STPM, keputusan tersebut sering kali membawa kekecewaan apabila mereka tidak ditawarkan tempat dalam kursus yang setimpal dengan pencapaian mereka, berbeza dengan pelajar lepasan matrikulasi yang dilihat lebih mudah mendapat tempat walaupun tahap kesetaraan akademik antara kedua-dua laluan diiktiraf sama.

Fenomena ini menimbulkan persoalan tentang ketelusan dan akses data UPU. Hanya selepas kes pelajar Edward Wong pada September 2025 mendapat perhatian umum, barulah JPT buat pertama kali mendedahkan kadar penerimaan bagi kursus-kursus tersebut. Langkah ini harus menjadi permulaan ke arah pendedahan data berkala yang lebih menyeluruh agar calon dapat menilai peluang mereka secara realistik.

Isu ketelusan akses ke Universiti Awam ini menjadi lebih signifikan apabila dikaitkan dengan dasar kewangan pendidikan negara, khususnya melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan pada 10 Oktober yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tambun, kerajaan mengumumkan beberapa langkah penting termasuk:

(i) penambahan 1,500 tempat bagi Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang pengajian di lima Universiti Awam; dan

(ii) pengecualian bayaran balik PTPTN kepada semua graduan IPTA yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Kepujian Kelas Pertama daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, dasar pengecualian ini tidak meliputi pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dianggarkan melebihi setengah juta pelajar, walaupun sebahagian besar mereka datang daripada latar sosioekonomi yang sama, menanggung hutang pendidikan yang setara dan mengikuti program pengajian yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency ataupun MQA.

Ketidakseimbangan ini mencetuskan persoalan sama ada sistem pendidikan tinggi negara benar-benar mengamalkan prinsip keadilan dan meritokrasi sejagat atau lebih terperangkap dalam garis pemisah antara pelajar awam dan pelajar swasta.

Maka, sudah tiba masanya dasar pengecualian PTPTN diperluas secara inklusif seperti dahulu, berdasarkan pencapaian akademik dan latar sosioekonomi, bukan status institusi semata-mata. Justeru, soalan Petaling Jaya adalah seperti berikut:

(i) mohon nyatakan bilangan pelajar IPTS kelas pertama Ijazah yang mendapat pengecualian PTPTN mengikut institusi pendidikan dari tahun 2015 hingga 2024 dan adakah benar dasar tersebut telah diberhentikan mulai tahun depan. Jika ya, apakah justifikasi dasar serta langkah mitigasi yang dirancang oleh kementerian bagi memastikan pelajar IPTS tidak terus terbeban dengan hutang pendidikan jangka panjang; dan

(ii) adakah kementerian bersedia untuk memperluas dasar pengecualian bayaran balik PTPTN kepada graduan IPTS yang memperoleh ijazah kelas pertama, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, bagi memastikan dasar ini lebih adil dan inklusif?

Sekian, terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya, sebelum saya melangkah jauh ke pada persoalan — menjawab persoalan, saya ingin menekankan bahawa kes Edward Yong itu sebenarnya...

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Edward Wong.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Edward Wong, sorry. Beliau tidak mendapat pilihan pertama, itu isunya. Tapi sebenarnya beliau mendapat tempat ya, sekarang ini beliau berada di UUM ya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

USM.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Ya, sorry, USM. Jadi, untuk mengatakan bahawa ketelusan akses data UPU tidak telus, saya fikir itu agak inilah — agak

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

tidak wajarlah sebab ia nya saya akan sebut ya. Dari segi proses pemilihan nama bagi penawaran kemasukan pelajar ke Universiti Awam telah dilaksanakan berdasarkan prinsip meritokrasi di mana semua calon yang layak tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal akan disusun mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Asas merit pemilihan bagi calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi ke Universiti Awam adalah berpandukan kombinasi pencapaian akademik 90 peratus dan pencapaian kokurikulum 10 peratus. Manakala, asas merit calon lepasan diploma setara pula adalah berasaskan 100 peratus markah akademik.

Prinsip meritokrasi ini telah dilaksanakan secara adil, telus dan sistematik dalam keseluruhan pengambilan pelajar dengan peluang terhadap penawaran UPUOnline adalah sama rata tanpa ada keutamaan kepada lepasan STPM, matrikulasi mahupun asasi. Dasar dan kriteria pemilihan yang ditetapkan adalah setelah menilai:

(i) pencapaian akademik dalam peperiksaan;

(ii) pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;

(iii) kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dimohon;

(iv) gred mata pelajaran untuk tujuan pengiraan markah akademik;

(v) memenuhi syarat am dan syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA dan MARA BPT;

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

(vi) lulus temu duga dan/atau ujian bagi menetapkan syarat berkenaan;

(vii) program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan akhirnya

(viii) bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan juga MARA BPT.

Ini bermaksud melalui UPUOnline, pelajar bebas membuat pilihan bidang yang ingin dipelajari di peringkat pendidikan tinggi namun kejayaan pelajar mendapat tempat di universiti awam adalah melibatkan pelbagai kriteria sebagaimana yang dinyatakan, bukan hanya pencapaian akademik semata-mata.

Bagi memastikan setiap pemohon yang layak mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat tempat pengajian, UPUOnline membenarkan calon membuat sehingga maksimum 12 pilihan program pengajian berdasarkan kelayakan mereka. Penawaran pula akan diberikan berdasarkan kepada pilihan yang dibuat oleh calon sahaja.

Selain itu, bagi program-program kompetitif seperti perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang dan kejuruteraan, calon juga perlu melepasi ujian dan atau temu duga khas yang dilaksanakan oleh universiti awam. Justeru, pastinya akan terdapat calon cemerlang dengan PNGK 4.0 tidak mendapat tempat bagi pilihan pertama mereka. Walau bagaimanapun mereka tetap akan ditawarkan

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

tempat ke universiti awam berdasarkan 12 pilihan program yang dimohon melalui sistem UPUOnline.

Untuk makluman, bagi sesi akademik 2025/2026 kesemua calon cemerlang PNGK 4.0 lepasan STPM telah berjaya ditawarkan tempat ke universiti awam bagi program-program yang dipilih oleh mereka sendiri. Dan untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya, untuk aliran sains — kita telah buat intervensi dan mereka hanya di-limit-kan untuk tiga pilihan teratas untuk pelajar- pelajar yang mendapat PNGK 4.0 untuk science stream, dengan izin. Justeru, ingin ditegaskan bahawa KPT sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan pelajar dari pelbagai lepasan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan soalan Yang Berhormat melibatkan PTPTN, dasar pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama telah mula diperkenalkan pada tahun 2001.

Sepanjang tempoh pelaksanaannya sehingga kini, dasar ini telah mengalami beberapa kali perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan serta kedudukan kewangan kerajaan pada masa itu, termasuk pernah diberhentikan bermula Julai 2005 sebelum diberikan semula pada 1 Oktober 2010.

Terkini, melalui pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang beroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama di IPTA melibatkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah. Bagi menjawab pertanyaan ahli Yang Berhormat, suka saya maklumkan di sini bahawa dasar tersebut akan terus kekal dan tidak akan diberhentikan pada tahun hadapan.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, bagi tahun 2015 sehingga 31 Disember 2024, PTPTN telah memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kepada 106,045 peminjam dengan jumlah pengecualian bayaran balik sebanyak lebih RM2.26 bilion. Dari jumlah tersebut, seramai 67,361 peminjam adalah pelajar IPTA dengan jumlah pengecualian bayaran balik sebanyak RM1.03 bilion dan seramai 36,684 peminjam adalah pelajar IPTS dengan jumlah pengecualian bayaran balik sebanyak RM1.23 bilion.

Kerajaan sedar dan amat menghargai usaha semua pelajar sama ada di IPTA mahupun IPTS yang menunjukkan kecemerlangan akademik. Kerajaan juga mengambil maklum bahawa ramai pelajar IPTS juga menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. Namun demikian keadaan fiskal semasa memerlukan keutamaan diberikan kepada golongan yang paling terkesan. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa terbuka untuk meneliti cadangan ini secara berperingkat sementara Kementerian Kewangan bagi memastikan sebarang peluasan dasar tidak menjejaskan kelestarian dana PTPTN dan tidak menimbulkan ketidakseimbangan antara institusi.

Cadangan memperluas pengecualian kepada pelajar IPTS yang memenuhi kriteria tertentu juga perlu dikaji secara mendalam termasuk apabila ia melibatkan impak fiskal, mekanisme pengesahan pencapaian akademik dan keberkesanan pelaksanaannya. Pemberian insentif dalam bentuk rebat atau diskaun secara berterusan akan memberikan kesan untuk kelestarian PTPTN dalam situasi semasa. Sekian terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Saya persilakan Yang Berhormat Petaling Jaya untuk mengajukan pertanyaan.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih kembali Yang di- Pertua. Harus disedari bahawa sebenarnya ramai pelajar IPTS datang juga dari keluarga B40. Ini adalah kerana atas dasar bahawa seperti yang disebut tadi ramai tidak dapat memasuki IPTA khususnya mengikuti tawaran ataupun mengikuti pilihan yang mereka gemari ataupun mereka betul-betul mahukan, maka mereka terpaksa juga meneruskan pengajian mereka di IPTS yang mana kita nampak kalau ikut statistik 2023 yang dapat 4A dalam STPM, 72 peratus Yang di-Pertua, adalah datang daripada keluarga B40.

Dan untuk 2022, tahun, yang dapat 4A dalam STPM 85 peratus adalah datang daripada keluarga B40. Jadi, ini adalah satu kita nampak perkara yang harus diperhalusi bersama dan juga pada masa yang sama kita tahu bahawa kerajaan melalui penyasaran subsidi telah pun memperoleh penjimatan yang belasan bilion. Kita sedar dan mendengar dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun. Maka, kalau ikut pengiraan daripada statistik yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, dia hanya memperuntukkan sekitar RM100 juta setahun saja untuk pelajar IPTS mendapat pengecualian bayaran PTPTN sekiranya keputusan mereka cemerlang.

Jadi, RM100 juta banding dengan katakan RM10 bilion, ianya hanya adalah kita kata sedikit je ataupun satu peratus je daripada penjimatan kita sudah boleh memberikan satu ganjaran ataupun insentif yang baik kepada pelajar yang cemerlang dan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada Kerajaan MADANI kepada mereka.

Persoalan saya adalah:

(i) saya perlukan pecahan penerima pengecualian IPTA dan IPTS mengikut negeri, kaum dan gender daripada tahun yang sama dan harap boleh diberikan dalam bentuk bertulis, Yang Berhormat Timbalan Menteri seperti yang dikatakan tadi;

(ii) mengapa dasar tersebut tidak menjadi beban sebelum ini tetapi menjadi beban ada unsur kekangan fiskal sekarang?

Jadi itu adalah persoalan saya kerana saya nampak sedikit je kita perlukan. Satu peratus je kita perlukan untuk membolehkan pengecualian PTPTN ini diberikan kepada IPTS; dan saya juga menjunjung perbahasan mengikuti perbahasan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa memang dalam kajian untuk pelajar IPTS; dan

(iii) kalau saya boleh tahu bilakah hasil kajian ini akan diumumkan.

Terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Minta Yang Berhormat menteri untuk menjawab.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya atas soalan tambahan. Memang isu ini hangat diperbincangkan sekarang ini dan saya hanya dapat beri — sementara

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

ini ya saya hanya dapat berikan rekod tentang pecahan tadi tu yang IPTA dan IPTS cuma tidak mengikut negeri, kaum dan gender.

Cuma berdasarkan pengecualian bayaran balik pinjaman yang telah diberikan secara keseluruhan bermula pada tahun 2005 sehingga 30 September 2025, sebanyak 60,649 pelajar bumiputera telah menerima pelepasan bayaran balik berjumlah RM1.03 bilion yang saya sebut tadi. Daripada jumlah ini ya, seramai 52,977 adalah terdiri daripada pelajar IPTA dan 7,672 orang adalah pelajar IPTS. Ini di kalangan bumiputera, okey.

Bagi pelajar bukan bumiputera pula, 76,253 pelajar menerima pelepasan bayaran balik sebanyak RM2 bilion. Daripada jumlah ini, seramai 37,952 orang terdiri daripada pelajar IPTA dan 38,301 orang adalah pelajar IPTS. Hah, ini di kalangan bumiputera.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Maknanya yang kita mahu tunjukkan bahawa, even di Universiti Awam, ramai sebenarnya yang bukan bumiputera mendapat pelepasan. Jadi, bukan — maknanya mungkin untuk kali ini, bajet kali ini, IPTS dikecualikan, mungkin anda konotasi bahawa kemungkinan bukan bumiputera dikecualikan, tapi mereka juga berada di Universiti Awam dan mereka juga boleh dikategorikan untuk dikecualikan apabila mendapat kelas pertama.

Memang dari segi bebanan, kalau kita lihat — Yang Berhormat Petaling Jaya pun maklum,. Sekarang ini kita terbeban dengan masalah fiskal negara ini dan banyak rasionalisasi subsidi petrol, diesel dan juga perkara-perkara dasar yang lain, kita terpaksa [Tidak jelas] dengan keadaan ekonomi sedia ada. Jadi, itu yang saya fikir untuk bajet tahun depan kita limit-kan dulu untuk IPTA dan itu pun kita hanya berikan kepada golongan B40 dan juga M40, tidak terkecuali yang T20.

Jadi ini maknanya kita, perkara ini yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, kita dari masa ke semasa kajian akan dibuat. Saya fikir Yang Berhormat Perdana Menteri, amat prihatin dengan isu-isu ini, seperti juga apabila timbul isu ketidakcukupan tempat di IPTA kita, terutama lima universiti penyelidik kita, ditambah untuk bilangan-bilangan tentu sebanyak 1,500.

Jadi, saya fikirlah, adalah baik juga Yang Berhormat Petaling Jaya dan rakan-rakan supaya meneruskan untuk kita bincang perkara ini supaya untuk bajet selepas ini, mungkin ada ruang. Saya fikir Yang Berhormat Perdana Menteri amat prihatin, sebab melihat daripada statistik yang dikongsikan oleh Yang Berhormat tadi bahawa, ramai juga di kalangan B40 kita berada di IPTS dan insya- Allah, kajian — sebab ini baharu, kajian sedang dibuat. Jadi, kita ada masa lah setahun.

Jadi, kita harap kita akan bincang ini dari masa ke semasa dan saya harap juga kita boleh buat sesi libat urus untuk isu ini dengan kementerian supaya kita boleh keluar dengan satu proposal kepada Kementerian Kewangan supaya mungkin nanti pada tahun — Bajet 2027 kita akan dapat, kita tengok macam mana, secara bersasarlah, kalaupun tidak semua secara bersasar. Okey, sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Risiko Keselamatan Akibat Ketiadaan Infrastruktur Balai Bomba Di Kawasan Berkepadatan Tinggi, Taman Medan, Petaling Jaya.Special Chamber

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, usul yang kedua. Sebelum itu saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan rakan-rakan yang turut hadir. Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua.

Setiap tahun, Selangor dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai rekod tertinggi dalam membuat panggilan kecemasan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. JBPM pada tahun 2022, melaporkan 35,635 panggilan kecemasan dibuat dari negeri Selangor daripada 126,799 kes keseluruhannya. Ini merupakan lebih dari satu perempat jumlah panggilan kecemasan yang dibuat di seluruh Malaysia.

Pada masa ini, Petaling Jaya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi , sekitar lebih 807,879 orang sehingga Januari 2024 dan merupakan pusat pertumbuhan yang ekonomi dan sosial yang pesat, tetapi isu keselamatan masih menjadi suatu persoalan yang menggusarkan. Hal ini kerana seperti di DUN Taman Medan, dengan komposisi sebanyak 11,235 orang per kilometer persegi, Tuan Yang di-Pertua, sangat padat ataupun antara terpadat di Selangor. Ia nya masih tidak mempunyai balai bomba walaupun merupakan kawasan yang amat berkepadatan tinggi. Jelas, ini merupakan suatu risiko keselamatan yang besar kepada penduduk Taman Medan, yang mana rata-ratanya menetap di pangsapuri kos rendah dan rumah setinggan.

Setakat ini, penduduk Petaling Jaya hanya mampu bergantung kepada perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan daripada dua balai sahaja, iaitu daripada Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Penchala, seberang ya dan Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya di Jalan Yong Shook Lin, Seksyen 7, juga seberang, Tuan Yang di-Pertua. Kedua-duanya terletak lebih enam kilometer dari kawasan Taman Medan. Sungguhpun jaraknya kelihatan dekat, namun masa yang diambil untuk ke kawasan Taman Medan dari balai-balai tersebut adalah sekitar 15 minit ketika trafik lenggang, dan boleh mencapai sekitar 25 hingga 30 minit pada waktu puncak. Jelas, ia nya sudah pun melepasi had response time yang sepatutnya iaitu 10 minit.

Pihak kami telah dimaklumkan terdapat sebuah lot tanah di Taman Medan yang dikhususkan untuk pembinaan balai bomba, namun masih belum digunakan.

Dengan merujuk kepada pengumuman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 19 Mei 2024 tentang penambahan 84 buah balai bomba daripada jumlah sedia ada maka, soalan pihak kami adalah:

(i) apakah kekangan sebenar yang menyebabkan projek ini masih belum dimulakan dan adakah kementerian bersedia untuk membina balai bomba baharu di tanah lot tersedia tersebut?

(ii) adakah KPKT, melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menjalankan audit risiko menyeluruh terhadap kawasan berisiko tinggi di PJ bagi menilai sama

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

ada keperluan tambahan balai bomba dan Pegawai Penyelamat perlu dipercepatkan?; dan akhirnya

(iii) apakah tahap keupayaan semasa dua balai bomba sedia ada di Petaling Jaya, iaitu di Jalan Penchala dan Jalan Yong Shook Lin dari segi jumlah anggota, jentera serta liputan kawasan dan adakah KPKT melihat keperluan untuk menaik taraf fasiliti ini sebelum balai baharu siap dibina?

Sekian, terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Datuk Hajah Aiman Athirah binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kami atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung isu pembinaan balai bomba di Taman Medan.

Memanglah tidak dinafikan bahawa Kerajaan MADANI yang mentadbir negara kita pada masa ini senantiasa fokus dan komited untuk memastikan tiada jurang dalam menyampaikan — penyampaian perkhidmatan kerajaan, malah ia merentas kepelbagaian geografi, penduduk selaras dengan prinsip leave no one behind. Ia juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan sedia ada melalui Kerangka Strategik Malaysia MADANI di bawah strategi meningkatkan Keselamatan Negara Teras Strategik yang ketiga.

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga persoalan yang telah dikemukakan oleh sahabat saya, Ahli Yang Berhormat, dan menjawab bagi soalan pertama, iaitu berkaitan dengan kekangan sebenar yang menyebabkan projek menyiapkan — menyediakan balai bomba itu tidak lagi dapat dimulakan. Saya ingin menyatakan di sini, Ahli Yang Berhormat, bahawa merujuk kepada isu pembinaan Balai Bomba di Taman Medan, Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sedia maklum bahawa berhubung penyediaan sebuah tapak balai di atas tanah kerajaan Negeri Selangor yang berkeluasan 0.5 ekar di kawasan tersebut.

Namun begitu, Yang Berhormat, berdasarkan Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan oleh Kementerian Ekonomi Pindaan 2024, telah pun memperuntukkan bahawa keluasan tanah bagi pembinaan sebuah balai bomba Kategori C adalah sebanyak 1.5 ekar. Itu pun Kategori C, Ahli Yang Berhormat, 1.5 ekar kita perlukan. Manakala, bagi balai bomba Kategori A dan B adalah sekurang-kurangnya tiga ekar.

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT sekali lagi ingin menegaskan bahawa sebarang pembinaan projek balai bomba dan penyelamat yang baharu akan diberikan keutamaan kepada tapak tanah yang disediakan secara percuma, atau dengan kadar premium nominal oleh kerajaan negeri

Datuk Hajah Aiman Athirah binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

ataupun pemaju perumahan. Jadi itu saja pun sudah dapat menjawab pertanyaan yang sama ada kita nak bina atau tidak, Ahli Yang Berhormat ya.

Kedua, berkaitan dengan adakah KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menjalankan audit risiko dan semuanya? Soalan yang kedua, saya ingin menegaskan di sini bahawa, semakan melalui kajian risiko kebakaran, fire cover analysis yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati bahawa skor risiko adalah tinggi di kawasan Taman Medan, iaitu 62 markah.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, kementerian masih belum mempunyai rancangan membina balai bomba baharu memandangkan kawasan Taman Medan mendapat khidmat kebombaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Petaling Jaya dan, dengan jarak 6.3 kilometer yang mengambil masa 13 minit untuk tiba.

Selain daripada itu, kawasan Taman Medan juga mendapat sokongan khidmat kebombaan dari empat buah balai yang akan bertindak sebagai balai bantuan.

Datuk Hajah Aiman Athirah binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

Pertama, Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, jaraknya 6.1 kilometer, jarak masa 11 minit. Yang kedua, Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, jaraknya 6.7 kilometer, jarak masa 14 minit. Yang ketiga, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, jaraknya 9.3 kilometer, jarak masa 17 minit.

Dan yang keempat adalah Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, jaraknya 11 kilometer, jarak masa 19 minit.

Statistik kebakaran dan kecemasan bagi Balai Bomba dan Penyelamat Penchala melibatkan kawasan Taman Medan dari tahun 2023 sehingga September 2025, Ahli Yang Berhormat, merekodkan 174 panggilan dan berjaya mencapai purata masa bertindak ataupun response time di bawah 10 minit sebanyak 78.2 peratus melebihi daripada sasaran Purata Masa Bertindak Kebangsaan. Maknanya apa yang sedia ada ini boleh cover seandainya berlaku apa-apa isu ya.

Dan pada tahun 2025, laporan panggilan kebakaran adalah sebanyak 17 jumlah dia dan isu menyelamat pula adalah 33. Tugas-tugas khas, kosong. Ia nya adalah 50 keseluruhan panggilan dan kemudian respons masa bertindak kita adalah — bagi ketiga tahunlah. Saya nak sebutkan daripada 2023 sehingga 2025, response time kita total purata untuk tiga tahun itu adalah tujuh minit 40 saat.

Maknanya the best-lah kalau kita letakkan dalam 10 minit tadi.

Untuk menjawab yang ketiga pula Ahli Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini bahawa sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa dua balai bomba yang terdapat di Parlimen Petaling Jaya adalah Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Petaling Jaya dan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jalan Penchala. Berdasarkan analisa risiko keluaran dua — risiko Balai Bomba Petaling Jaya merupakan balai bomba Kategori A. The best- lah ya. Dengan norma keluaran dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu buah jentera Aerial Platform Ladder (ALP), satu buah jentera Emergency Medical and Rescue Services (EMRS) dan tiga buah jentera Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dengan perjawatan sebanyak 62 orang anggota.

Datuk Hajah Aiman Athirah binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sepang

Manakala Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jalan Penchala pula merupakan balai bomba Kategori C dengan norma keluaran satu buah jentera FRT dengan perjawatan seramai 23 orang anggota. Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala telah selesai menjalani proses naik taraf infrastruktur dan bangunan pada tahun 2019. Baru lagi Ahli Yang Berhormat ya, dengan kos berjumlah RM7.26 juta.

Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berpandangan bahawa aktiviti program pemerkasaan komuniti hendaklah terus diperkasakan. Selain daripada berterusan — selain daripada kajian berterusan juga bagi pewujudan balai bomba baharu perlu diadakan selain daripada itu.

Maka, pemerkasaan program-program, pemerkasaan komuniti mestilah terus dijalankan.

Antara program berasaskan komuniti yang akan dilaksanakan adalah penubuhan balai Bomba Komuniti ya. Itu adalah satu benda yang mungkin kita boleh cari jalan penyelesaianlah untuk kita menangani isu-isu yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Dan ahli-ahli Bomba Komuniti akan diberikan latihan kefahaman tentang pencegahan kebakaran dan latihan kebombaan serta penggunaan peralatan asas mengawal kebakaran seperti alat pemadaman api. Selain daripada itu juga, kempen kesedaran keselamatan kebakaran termasuk Program 1 Rumah 1 Alat Pemadam Api ataupun 1RAPI dan Program Sedia Urus Isi Rumah (SURI) juga akan dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat yang berdaya tahan bencana, disaster resilience.

Ahli Yang Berhormat, mungkin di sini peranan Ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen boleh bersama-sama dengan kita di peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Saya persilakan Yang Berhormat Petaling Jaya untuk pertanyaan.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dapat berita sedihnya satu, baiknya satulah. Sedihnya, tanah itu memang tidak sesuai digunakan lagi untuk pembinaan tapak bomba di Taman Medan.

Namun pada masa yang sama, saya juga dimaklumkan bahawa terdapat kerja naik taraf yang baru berlaku untuk balai bomba yang berhampiran dengan Taman Medan.

Dan sukacita saya maklumkan di sini juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa umpamanya balai bomba di PJ di Jalan Yong Shook Lin memainkan peranan juga untuk membina satu galeri untuk kanak-kanak supaya kanak-kanak, supaya pelajar boleh juga mendekati tugas anggota bomba dan juga pada masa yang sama memupuk kesedaran ya tentang bahayanya kebakaran bila ia nya berlaku. Namun, pada masa yang sama kita juga sedar Tuan Yang di-Pertua, bahawa tapak tanah tersebut sebenarnya ekoran tiada sebarang kerja-kerja pembinaan, tanah tersebut sekarang dihuni dan disewa oleh pihak-pihak yang tidak dapat dikesan sebenarnya dan suasana kekemasan serta keselamatan tempat tapak tersebut menjadi kebimbangan penduduk sekitar.

Jadi, bolehkah saya juga mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan apakah tindakan bersama dengan kerajaan negeri yang kita boleh lakukan dan apakah pendekatan lain untuk pastikan tanah tersebut dalam keadaan terjaga sekiranya masih bawah rizab bomba ataupun ada proses ataupun rancangan serahan ya kepada pihak yang lain. Terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Silakan Yang Berhormat menteri.

Okey, Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pada waktu ini pemilikan tanah itu masih belum diserahkan pun kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ia hanyalah satu tanah reserve yang disebutkan sebagai reserve bomba. Cuma di dalam peraturan Kementerian Ekonomi, ia tidak pun memenuhi syarat yang telah pun ditetapkan. Adapun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, saya faham dia punya kerisauan, kegusaran. Mungkin kita boleh berbincang bersama dengan kerajaan negeri, apakah yang boleh dilakukan ke atas tanah tersebut.

Di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, memandangkan tanah itu bukanlah milik di bawah kementerian ini dan bukan juga milik bomba, ia adalah milik kerajaan negeri, maka pertanggungjawaban itu adalah pada kerajaan negeri.

Adapun kita sama-sama Selangor Ahli Yang Berhormat, kita Selangor maju bersama, insya-Allah kita bincanglah dengan pihak kerajaan negeri nanti, insya- Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 10 November 2025, jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.06 petang]