Dewan Rakyat · 4 December 2025

15th Parliament, session 4, meeting 3 · not final · 1,422 turns · 56,832 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Daripada Tuan Yang Di-Pertua

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Bismillahirrahmanirrahim. [Membaca sepotong doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan cuti daripada menghadiri Mesyuarat di bawah Perkara 52(2) Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Berhormat Datuk Ali anak Biju, Ahli Parlimen bagi kawasan Saratok dari 6 November sehingga 4 Disember 2025. Sebentar, Setiausaha. Sebentar. Mana pula dah? Dengan kesempatan ini juga, Yang Berhormat-Yang Berhormat Pengerusi tiga Jawatankuasa ini, sila ambil maklum. Selaras dengan Peruntukan Peraturan Mesyuarat Dewan 80B, Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian berkaitan pindaan Akta Orang Asli 1954 [Akta 134], saya dengan hormatnya memohon untuk turut dilibatkan secara langsung dalam tiga Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian seperti berikut: Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi – pengerusinya, Yang Berhormat Selayang; Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi – pengerusinya, Yang Berhormat Tanjong Manis; dan Jawatankuasa Pilihan Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa – pengerusinya, Yang Berhormat Subang. Penglibatan ini membolehkan saya memberi sumbangan secara lebih berfokus dalam aspek penggubalan dasar, penambahbaikan pentadbiran tempatan dan nasional orang asli dari segi pengurusan dasar, serta mengukuhkan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

penghidupan semasa orang asli, selaras dengan perubahan dan keperluan semasa. Saya juga berharap Yang Berhormat Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa tersebut dapat mengambil maklum dan mempertimbangkan permohonan ini sewajarnya. Permohonan ini mengambil kira saya sebagai satu-satu wakil rakyat berketurunan orang asli Semenanjung dan terlibat dalam penggubalan undang- undang di negara ini yang berlandaskan dan berteraskan Perlembagaan Persekutuan negara kita Malaysia. Sekian, terima kasih. Silakan, Setiausaha.

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Ahli Yang Berhormat, kita mula sesi agenda pada pagi ini dengan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri. Dengan ini, saya mulakan dengan mempersilakan Tuan Lee Chuan How, Yang Berhormat Ipoh Timor.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Dato’ Speaker.

Howard Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor · question

1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor]: Ipoh Timor minta Menteri Sumber Manusia menyatakan yang bahawasanya Malaysia sedang bergerak menuju status negara tua dan keperluan terhadap penjagaan kesihatan jangka panjang semakin meningkat. (a) apakah status pengoperasian pusat rehabilitasi PERKESO di Meru, Perak; dan (b) apakah perancangan PERKESO bagi memastikan perkhidmatan rehabilitasi ini dapat menampung permintaan pekerja setelah pelaksanaan Skim Lindung 24-7 PERKESO. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHMenteri Sumber Manusia · Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timor, rakan saya. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Pusat Rehabilitasi PERKESO di Meru, Perak telah pun beroperasi secara berperingkat sejak 22 Julai tahun ini, dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2026. Statistik PERKESO merekodkan sehingga awal bulan Disember ini, jumlah pesakit yang telah

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHMenteri Sumber Manusia · Bukit Mertajam

dirawat adalah seramai 232 orang. Sememangnya PERKESO dan KESUMA komited untuk memastikan pencarum di seluruh Malaysia termasuk luar bandar Sabah dan Sarawak mendapat akses kepada rawatan rehabilitasi bertaraf dunia. Oleh itu, KESUMA yakin dan percaya bahawa PERKESO telah bersedia memastikan khidmat rawatan rehabilitasi ini dapat menampung permintaan pekerja waima selepas ataupun setelah pelaksanaan Skim LINDUNG 24 jam yang baru kita luluskan beberapa hari lepas di Parlimen ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHMenteri Sumber Manusia · Bukit Mertajam

Ini kerana kita mempunyai kapasiti anggota di Pusat Rehabilitasi PERKESO dan Melaka seramai hampir 500 orang petugas, manakala jangkaan kapasiti anggota di Pusat Rehabilitasi PERKESO di negeri Terengganu yang sedang dalam pembinaan serta di negeri Pulau Pinang yang baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika ucapan Belanjawan 2026 adalah seramai 465 orang. Ini adalah anggaran. Manakala bilangan pesakit maksimum yang boleh diterima di pusat rehabilitasi PERKESO adalah seramai 1,630 orang pesakit dengan masing-masing 500 di Melaka, 800 di Perak, 330 di Pusat Rehabilitasi Pantai Timur di Terengganu. Oleh sebab yang Pulau Pinang itu hanya masih di tahap perancangan, maka kita sukar untuk memberi satu jangkaan ataupun anggaran yang jitu tentang perkara ini. Selain daripada itu, PERKESO juga mempunyai empat buat pusat satelit rehabilitasi di Shah Alam, di Tanjung Pelepas, di Kuala Terengganu dan di Kuala Lumpur serta 261 buah panel pusat rehabilitasi PERKESO di seluruh negara yang mampu menampung pesakit ataupun orang berinsurans untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi. Justeru, tidak menjadi satu masalah walaupun dengan skim yang baru ataupun dengan isu-isu masyarakat menua, PERKESO ataupun pusat rehabilitasi PERKESO masih lagi mampu untuk menampung keperluan rawatan rehabilitasi pekerja Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Ipoh Timor soalan tambahan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sudah tentu kita tahu dengan adanya program 24/7 PERKESO ini adalah satu nilai tambahan kepada ekosistem ekonomi penjagaan dan keperluan penjagaan. Akan tetapi, sebab―– saya tahu sebab Meru ini, PERKESO, pusat rehabilitasi ini depan rumah saya.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Walaupun dia di Parlimen Tambun, tetapi Ahli Parlimen Ipoh Timor duduk di Tambun. Tetapi, saya nak mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah keberkesanan program rehabilitasi di PERKESO ini sedangkan bilangan pesakit yang menerima rawatan ini ramai. Tetapi, saya nak tahu, apakah tahap keberkesanan yang telah ditunjukkan dari segi statistik yang ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih. Saya nak jemput YB Ipoh Timor untuk melawat pusat rehabilitasi kita bukan sebagai pesakit moga-moga, tetapi sebagai Ahli Parlimen dan juga seorang pemimpin tempatan untuk meninjau sendiri dengan mata sendiri, bukan saja operasi tetapi malah keberkesanan yang telah dinyatakan itu. Saya kira beberapa hari yang lepas, Tuan Speaker juga turut telah memberikan pujian kepada perkhidmatan dan operasi pusat rehabilitasi kita khususnya yang di Melaka itu. Jadi, itu adalah secara anecdotal ya, secara kisah penceritaan pengalaman orang. Tetapi dari segi statistiknya, saya ingin menyatakan bahawa untuk PERKESO, dari tahun 2014 sehingga sekarang sudah hampir 25,000 pesakit yang telah dirawat dan keberkesanannya ialah 70 peratus pesakit yang datang mai dekat pusat rehabilitasi kita, mereka berjaya kembali ke alam pekerjaan, sama ada kerja terdahulu ataupun kerja yang lain. Maksudnya mereka boleh dipulihkan sehingga mampu berfungsi secara normal dalam kehidupan seharian. Manakala 30 peratus lagi ada ramai yang tanya, sebenarnya 30 peratus ini ada antara mereka memang pulih dan boleh berfungsi secara normal tetapi mungkin memilih untuk bersara ataupun tidak menyambung kerja mereka atas alasan-alasan peribadi. Ada juga kes di mana pesakit yang lebih serius itu mereka masih lagi mungkin terlantar di atas katil dan sebagainya tetapi apa yang kita boleh observe ataupun kita boleh perhatikan ialah kualiti kehidupan mereka semakin meningkat selepas menjalani rehabilitasi. Dan, PERKESO bukan sahaja selepas rawatan di pusat rehabilitasi itu kita tinggalkan begitu saja. Untuk kes-kes yang serius seperti yang saya sebut tadi, kita juga menjalani, kita sambung balik khidmat ataupun rawatan rehab at home dengan izin, di rumah mereka, memberikan rawatan berterusan dan penjagaan berterusan. Itulah apa yang saya nak sebutkan faedah ataupun manfaat caruman PERKESO.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jadi, apabila kita meluaskan dengan kerjasama semua rakan-rakan Yang Berhormat tak kira parti dalam Dewan ini, memperluaskan Skim Lindung 24 jam, maka saya kira kita tidak tahu malang tidak berbau. Jika berlaku tragedi, inilah antara manfaat yang akan dinikmati oleh pekerja dan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, dipersilakan Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Waalaikumussalam.

Saya ucapkan terima kasih banyak kepada KESUMA khususnya PERKESO dalam membantu pekerja- pekerja yang ditimpa kemalangan dan mendapat rawatan di pusat rehabilitasi PERKESO ini. Kini ada dua, tiga negeri saja, Melaka, Perak dan insya-Allah mungkin di Kelantan, di Terengganu. Saya ingin mencadangkan, apakah Menteri bercadang untuk membina satu lagi pusat pemulihan ini di Pahang sebab Pahang ini besar negerinya. Maran saja sama besar dengan Negeri Sembilan. Jadi, kalau campur negeri lain mungkin dua, tiga negeri sama je besar dengan negeri Pahang. Malahan pula Pengerusi, CEO PERKESO itu orang Bentong. Kalau boleh saya offer di Maran pun tak ada masalah. Soalan saya Dato' Yang di-Pertua, sekarang kita dah perluaskan coverage untuk pesakit-pesakit ini. Cuma dulu, kita kemalangan di masa bekerja, sekarang di luar masa bekerja pun akan terlibat kita bantu pesakit-pesakit ini. Dan saya ingin bertanya, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan sekarang ataupun KESUMA dalam memastikan supaya tempoh menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan ini agak lama. Saya ingat tak silap saya tiga bulan agaknya. Lebih kurang itulah agaknya atau mungkin lama daripada itu. Supaya pesakit, pekerja pesakit yang ditimpa kemalangan mendapat rawatan pemulihan segera di pusat-pusat pemulihan PERKESO ini. Dan, saya juga mencadangkan kalau boleh menggesa kerajaan membina sebuah hospital pekerja di negara kita seperti mana negara lain seperti di Turkiye ada hospital pekerja. Dan juga mungkin negara-negara Eropah yang lain. Terima kasih Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Maran dan juga terima kasih kepada Tuan Speaker. Jadi, ada tiga soalan. Tetapi saya cubalah. Dari segi lokasi pusat rehabilitasi, saya telah menyatakan tadi, kita bukan sahaja ada pusat yang sedia ada di Melaka, Perak sekarang dan Terengganu tengah dibina, tetapi juga Pulau Pinang yang baru diumumkan. Tetapi kita juga ada pusat satelit di Shah Alam, Tanjung Pelepas, Kuala Terengganu dan juga di Kuala Lumpur. Selain itu, ada juga 200 lebih hampir 300 buah panel pusat rehabilitasi PERKESO di serata negara. Jadi, saya kira buat masa ini memang kebolehcapaian ataupun accessibility dengan izin, adalah di seluruh negara. Tetapi, kita faham. Saya sendiri telah melawat pusat rehabilitasi di Melaka dan di Perak. Jadi, saya tahu kebanyakan orang dia tak mahu pergi ke pusat panel yang lebih kecil sebab dia tahu kalau di Melaka dan di Perak memang lengkap, teknologi canggih, pakar-pakar semua ada di sana. Jadi, saya faham bahawa memang ada permintaan daripada bukan saja negeri Pahang, malah Sabah dan Sarawak. Dan, memang menjadi hasrat saya ya, hasrat kementerian untuk memastikan capaian ini boleh diberikan kepada rakyat di seluruh Malaysia dengan mudah iaitu di lokasi negeri mereka masing-masing sama ada melalui pembinaan sendiri oleh PERKESO, yang ini kena lihat kepada kemampuan juga kewangan PERKESO dan kerajaan kalau MoF memberikan dana. Ataupun melalui kerjasama dengan pihak swasta, pusat rehabilitasi swasta dan juga hospital-hospital rehabilitasi swasta. Jadi dengan itu, kita bukan sahaja boleh memperluaskan khidmat capaian rehabilitasi kepada pekerja kita di seluruh negara dengan lebih mudah tetapi juga semua dapat menikmati peralatan dan perkakasan yang lebih canggih. Tempoh menunggu, betul. Sebab dulu kita hanya ada sebuah pusat rehabilitasi. Kalau nak masuk pusat rehabilitasi itu memang tiga bulan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sebab dulu kita hanya ada sebuah pusat rehab, kalau nak masuk pusat rehab itu memang tiga bulan. Tapi kalau pergi ke panel dan sebagainya, maka masa menunggunya sudah tentu akan lebih rendah. Tetapi dengan adanya pusat rehab di Ipoh yang telah dibuka pada bulan— yang telah beroperasi pada bulan Julai tahun ini, maka kita menjangka tempoh menunggu dapat diturunkan dari tiga kepada satu bulan ya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Satu bulan mungkin untuk orang yang sakit itu agak lama. Kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan dari tiga bulan ke satu bulan. Dan dengan adanya pusat rehab yang baru akan ditubuhkan di Terengganu dan Pulau Pinang, saya harap kita boleh menurunkan ataupun mengurangkan lagi masa menunggu untuk pesakit-pesakit kita mendapat rawatan percuma di pusat rehab PERKESO. Akhir sekali, hospital pekerja. Saya kira hospital-hospital di seluruh Malaysia khususnya hospital kerajaan juga merupakan hospital untuk warga pekerja di Malaysia. Jadi, tidak ada masalah ataupun dalam keadaan ini kita boleh ambil sebagai satu cadangan tapi saya rasa hospital kita yang sedia ada, jaringannya ialah memang mampu untuk memberikan rawatan dan khidmat perubatan kepada waima kepada golongan pekerja atas isu-isu kecederaan dan kesihatan berkaitan dengan pekerjaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Majlis ke soalan yang kedua iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Dengan ini dipersilakan Tuan Sim Tze Tzin, Yang Berhormat Bayan Baru.

Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru · question

2. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru ingin nak minta penjelasan Menteri Belia dan Sukan menyatakan bentuk sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada individu yang telah melepasi had umur belia selepas penguatkuasaan Akta A1602 pada 1 Januari 2026.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Menteri Belia dan Sukan.

Puan Hannah Yeoh Tseow SuanDAP · PHMenteri Belia dan Sukan · Segambut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Definisi dan perundangan. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. Pindaan ini adalah berdasarkan Dasar Belia Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2015 menyatakan had umur belia diselaraskan kepada antara 15 tahun sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun. Dasar Belia Malaysia juga telah menggariskan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 untuk melaksanakan dasar pindaan kepada umur belia. Pindaan ini penting untuk penting untuk memperkukuhkan peranan belia sebagai pemegang taruh utama pembangunan negara dan memberikan ruang kepimpinan kepada golongan muda secara sistematik. Antara kandungan Akta A1602 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 adalah seperti berikut:

Puan Hannah Yeoh Tseow SuanDAP · PHMenteri Belia dan Sukan · Segambut

Yang pertamanya, penurunan had umur belia kepada 15 hingga sebelum mencapai umur 30 tahun. Yang keduanya, penetapan had umur ketua pertubuhan belia ataupun pemegang jawatan kepada 18 tahun hingga sebelum mencapai umur 30 tahun. Yang ketiganya, pengehadan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun sahaja. Ini terpakai hanya kepada yang memegang jawatan presiden, Yang di- Pertua ataupun pengerusi. Bermaksud bagi yang belum mencapai umur 30 tahun, jika mereka masih aktif dan memegang jawatan presiden selepas ini beliau boleh memegang jawatan lain dalam pertubuhan yang sama selain daripada jawatan ketua pertubuhan. Keempat, pemegang jawatan yang telah mencapai atau melebihi umur 30 tahun selepas tarikh kuat kuasa boleh meneruskan memegang jawatan sehingga tahun sesi pemegang jawatan tamat atau sehingga mesyuarat agung tahunan pemilihan yang seterusnya, until the next AGM, dengan izin. Dan, kelima pembatalan pendaftaran pertubuhan belia tidak perlu disiarkan dalam warta, penjimatan masa selama tiga bulan dan kos proses RM3,000 bagi satu warta yang akan ditanggung oleh kerajaan. Kementerian Belia dan Sukan mengambil maklum akan kebimbangan yang dibangkitkan berhubung kesinambungan sokongan kepada kumpulan berusia 30 hingga 40 tahun yang sebelum ini merupakan penerima manfaat utama pelbagai program dan inisiatif kerajaan. Kumpulan ini masih berada dalam fasa produktif dan memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti. Jadi, tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas ini adalah penguatkuasaan takrifan baharu belia tidak akan menjejaskan program-program kerajaan yang masih mengekalkan had umur sehingga 40 tahun bagi aspek pembangunan sosial belia bagi maksud kementerian-kementerian lain. Kami telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri penyelarasan sokongan dan bantuan kerajaan kepada belia. Pasca penguatkuasaan penurunan had umur belia pada minggu lepas untuk memastikan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terus memberikan sokongan serta bantuan kepada rakyat Malaysia yang berusia 30 hingga 40 tahun selepas 1 Januari nanti. Dan semua pendekatan penyelarasan dan pemantauan melalui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Saya nak bagi contoh ringkas

Puan Hannah Yeoh Tseow SuanDAP · PHMenteri Belia dan Sukan · Segambut

beberapa program sokongan kerajaan akan diteruskan bagi KUSKOP. Penyelarasan pembiayaan peniagaan kepada belia antaranya melalui TEKUN Nasional, TEKUN Niaga, TEKUN Mobilepreneur, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera yang ini semua akan diteruskan bagi yang berusia 30 tahun ke atas. Kementerian pertanian dan keterjaminan makanan, ramai petani masih muda dan pemberian Geran Agropreneur Muda secara in-kind juga akan diteruskan kepada yang berumur 30 ke atas sehingga 45 tahun. Dan ini beberapa contoh program dan sokongan yang akan diteruskan oleh kerajaan bagi golongan yang terkesan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Bayan Baru soalan tambahan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ahli- ahli persatuan belia yang berumur 30 hingga 40 tahun yang dikesan oleh akta ini. Mereka tidak lagi menjadi— tidak layak lagi menjadi ahli dalam persatuan. Jadi, mereka ada banyak rungutan. Mereka ada katakan ada persatuan- persatuan belia yang telah membawa rungutan bahawa sehingga 70 peratus keahlian mereka terjejas dan terutamanya kesan adalah di kawasan-kawasan luar bandar yang sememangnya keahlian kurang. Sekarang dipotong umur, maka keahlian akan jatuh mendadak. Itu adalah kerisauan mereka bahawa kalau survival of their association. Jadi, saya nak ingin tanya Menteri, bolehkah dasar ini dilaksanakan secara dua peringkat kerana daripada diturunkan daripada 40 kepada 35 dan kemudiannya diturunkan daripada 35 ke 30 secara dua peringkat? Ini adalah permintaan persatuan-persatuan belia. Yang kedua adalah apakah yang akan berlaku kepada individu yang telah melepasi had umur tetapi masih ingin menyumbang kepada pembangunan belia selepas pindaan akta. Minta penjelasan. Terima kasih, Menteri.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya, proses. Cadangan Yang Berhormat melalui persatuan-persatuan belia ini yang mencadangkan supaya kita laksanakan dalam dua fasa bagi yang berusia 35 tahun bagi mereka peluang lagi. Prosesnya telah saya jelaskan beberapa kali. Sebenarnya, proses penggubalan undang-undang dalam Dewan Rakyat ini mesti dihormati. Pindaan ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 2019.

Wakil-wakil rakyat telah datang, mengundi, menyokong pindaan ini. Jadi, tanggungjawab legislatif selesai. Sekarang ini, tanggungjawab eksekutif untuk menguatkuasakan pindaan yang telah dilakukan oleh Dewan Rakyat. Saya sebagai eksekutif tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan menghiraukan pindaan yang telah dibuat oleh Parlimen. Saya tak boleh kata sebenarnya 30 tahun tak sesuai, 35 tahun lebih sesuai dan saya laksanakan sendiri. Itu tidak betul prosesnya. Oleh sebab itu, kami telah mengambil pendekatan bahawa pindaan undang-undang yang telah dilaksanakan oleh Dewan Rakyat mesti dihormati dan dilaksanakan oleh eksekutif. Dan walaupun selepas COVID kita telah menangguhkan pelaksanaan tetapi saya kira cukup masa dah. Enam tahun kita berbincang isu yang sama dan sekarang adalah tepat masanya dan kerajaan telah mengusulkan semua cadangan sokongan bantuan kerajaan masih diteruskan untuk dewasa muda 30 hingga 40 tahun. Okey, yang itu proses yang pertama. Yang keduanya, Yang Berhormat, tak ada apa-apa yang menyekat mereka daripada terus menyumbangkan sumbangan kepada negara. Saya bagi contoh untuk yang telah melepasi had umur, mereka masih boleh kekal aktif sebagai mentor, fasilitator, penasihat, penggerak belia, pekerja belia ataupun mana-mana yang bersesuaian.

Mereka juga boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan sedia ada atau pun menubuhkan pertubuhan yang baru, tetapi bukan berdaftar di bawah Registrar of Youth, berdaftar di bawah KDN, Registrar of Society. Kami juga telah berbincang dengan Registrar of Society, KDN dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan ataupun badan- badan pendaftar pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi pendaftaran koperasi dan bagi pendaftaran yayasan juga BHEUU akan selaraskan. Jadi, ada banyak ruang untuk golongan yang berusia 30 tahun ke atas untuk terus menyumbang kepada pembangunan belia...

...Tetapi bukan memegang jawatan dan bukan lagi jadi ahli di bawah pertubuhan belia kerana kita nak bagi peluang kepada yang lebih muda untuk bergerak dalam pertubuhan belia. Saya kira cukup untuk soalan Tuan. Silakan soalan tambahan yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang memutuskan siapa?

Maaf, Tuan Yang di-Pertua. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Menteri nak ambil tanggungjawab saya boleh juga... [Ketawa] Baik, Yang Berhormat Alor Setar.

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih. Menteri KBS ini dia prihatin. Saya rasa, Yang Berhormat Menteri, isunya yang disebut oleh Bayan Baru tadi juga ialah kita ada anak, anak kita dah agak dewasa, kemudian anak itu kita nak serahkan kepada orang lain pula untuk jaga. Jadi, anak ini dia macam tidak tahu lepas ini siapa mak ayah dia. Saya rasa lebih kurang begitulah, kalau kita boleh letak analogi yang Bayan Baru sebutkan tadi. Saya cadangkan― apa pandangan Menteri kalau kita buatkan satu kategori yang baharu? Tadi belia. Satu lagi, belia dewasa― 30 ke 40. Tetapi, ini panjanglah perbincangan, tetapi ia sebagai salah satu daripada solusi supaya tidak terlalu― mereka ini tidak rasa mereka tersisih. Tiba-tiba mereka dah tidak lagi diiktiraf sebagai belia. Sebab, belia dewasa ini, Yang berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri pun kita sama-sama lalui, inilah waktu kritikal bina keluarga, anak kecil, kerjaya, terlibat dengan komuniti. Jadi, kalau kita serahkan kepada banyak kementerian untuk urus, saya bimbang nanti akan ada yang tercicir. Jadi, yang keduanya cadangan saya ialah selain daripada kita wujudkan kategori baharu, mungkinlah kalau boleh dibincangkan, kita wujudkan satu pusat peralihan kerjaya dan keluarga muda. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut dah ada KUSKOP, kemudian bawah KDN, ROS, macam-macam. Kita centralize-kan benda itu semua mungkin KBS boleh jadi urus setia sebelum kita serahkan mereka ini kepada kementerian-kementerian lain untuk mereka boleh berjalan dengan baik. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya kurang setuju dengan pandangan Yang Berhormat Alor Setar kerana beberapa perkara. Satu adalah realiti kehidupan, suka tidak suka, selepas 30 tahun, kita kena mencuba realiti

kehidupan yang berbeza. Pindaan akta telah dilakukan dan kita kena buka ruang untuk yang lebih muda. Satu. Yang keduanya, semua bentuk sokongan kerajaan, kita teruskan. Bermaksud, golongan yang terkesan, selain daripada menjadi ahli di bawah ROY, ataupun terus memegang jawatan di bawah ROY, mereka boleh memegang jawatan dan terus berkhidmat melalui pertubuhan yang lain. Cuma, yang jaganya bukan ROY tetapi ROS. Itu sahaja perbezaan. Bermaksud, tidak ada apa-apa halangan untuk mereka terus jadi aktif dan menyumbang atau pun bergerak bersama kerajaan. Realiti sebenar, saya nak kongsikan data keahlian belia yang berdaftar di bawah akta ini, jumlah besar hanya 994,000 orang sahaja, berbanding dengan sembilan juta belia di luar sana. Bermaksud, yang berminat untuk masuk pertubuhan belia sekarang kurang daripada 10 peratus. Ini realiti kehidupan. Kenapa? Kerana sekarang sudah ada media sosial. Orang tidak perlu hadir AGM atau pun masuk satu kelab fizikal untuk bergaul dengan orang lain. Semuanya atas talian. Oleh sebab itu, kalau kita tidak lakukan pindaan ini pun, bagi lagi lima tahun, sepuluh tahun, kemungkinan jumlah keahlian ini akan terus berkurangan. Dan pada masa itu mungkin sudah terlewat. Itu sebab kita kena buka ruang untuk yang lebih muda yang 19 tahun, 20 tahun untuk memimpin kerana mereka lebih memahami apa yang generasi muda mahu sekarang. Jadi, kita dah bagi jaminan, kita akan teruskan bagi sokongan kepada mereka yang terlibat. Dan semua kementerian, apabila kita membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk terus memberikan sokongan kepada mereka melalui program-program sedia ada kerajaan, tidak ada satu pun kementerian yang membantah. Semua kementerian kata apa- apa program sedia ada yang mereka ada, mereka akan terus berikan kerana semua ini rakyat Malaysia. Cuma, saya minta kita kena hormati proses perundangan yang telah ditetapkan. Dewan Rakyat buat pindaan, sudah tiba masanya enam tahun selepas itu, kita laksanakan sekarang, 1 Januari 2026. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis selanjutnya ke soalan yang ketiga. Dengan ini, dipersilakan Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu.

Ku Abd Rahman bin Ku IsmailBERSATU · PNKubang Pasu · question

3. Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]: Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan MQT saya ialah minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kemajuan dan kejayaan Dasar Gaji Progresif setakat ini yang telah mula dilaksanakan pada Januari 2025 dengan peruntukan sejumlah RM200 juta bagi tahun 2025. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, KESUMA.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHMenteri Sumber Manusia · Bukit Mertajam

Terima kasih YB Kubang Pasu dan juga Tuan Speaker. Selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk meningkatkan lantai dan seterusnya memperbaiki kualiti hidup rakyat, KESUMA giat melaksanakan pelbagai inisiatif reformasi pasaran buruh. Salah satu tumpuan utama ialah untuk memacu transformasi struktur gaji dan upah pekerja. Dan menyedari bahawa peningkatan gaji adalah bersifat struktural yang memerlukan pendekatan pelbagai dimensi, KESUMA melaksanakan, dengan izin, multiprong strategy, strategi pelbagai rampang melalui beberapa model gaji termasuk Dasar Gaji Progresif. Jadi, Dasar Gaji Progresif ini adalah antara satu daripada strategi kerajaan untuk meningkatkan gaji dalam pasaran buruh negara kita. Dari dasar ini mula diperkenalkan secara rintisnya dari bulan Jun 2024 sehingga bulan Ogos 2024, statistik menunjukkan kemajuan dari segi penyertaan majikan dalam program Dasar Gaji Progresif. Sehingga 30 November 2025, seramai 5,808 majikan, hampir 6,000 majikan, telah membuka akaun dalam sistem gaji progresif. Dan daripada jumlah itu, hampir 4,000 majikan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai program Dasar Gaji Progresif. Daripada majikan yang memohon, hampir 3,000 majikan telah melaksanakan kenaikan gaji pekerja selaras dengan syarat insentif DGP melibatkan lebih kurang 32,000 orang pekerja. Jadi, keseluruhan insentif yang telah disalurkan setakat ini untuk 32,000 orang pekerja itu adalah sebanyak RM34 juta. Semua pekerja ini telah mendapat kenaikan gaji. Pekerja tersebut juga perlu memenuhi syarat minimum latihan 21 jam setahun atau pun melalui pengiktirafan pencapaian terdahulu sebagai salah satu syarat melayakkan pembayaran insentif. Untuk makluman YB Kubang Semang― Kubang Pasu, sorry. Kubang Semang dekat Bukit Mertajam. Dasar Gaji Progresif menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan gaji median pekerja. Sehingga 30 November 2025, bagi pekerja peringkat permulaan, iaitu yang bekerja dalam tempoh 12 bulan, gaji median

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHMenteri Sumber Manusia · Bukit Mertajam

meningkat sebanyak RM300 daripada RM1,900 kepada RM2,200 di mana peratus kenaikan adalah sebanyak 16 peratus. Sementara bagi pekerja bukan peringkat permulaan, iaitu yang sudah bekerja lebih 12 bulan, gaji minimum meningkat kira- kira RM290 dari RM2,200 kepada RM2,490 dengan peratus kenaikan 13 peratus. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sila soalan tambahan Yang Berhormat Kubang Pasu.

Soalan tambahan, Dato’ Yang di-Pertua. Matlamat dan tujuan dasar DGP ini ialah untuk mentransformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja selari dengan produktiviti.

Bagi saya ini satu usaha yang amat baik. Soalan saya yang pertama, sebenarnya ialah saya nak minta Yang Berhormat Menteri untuk mencatat, menceritakan— cerita kejayaan success story sebagai contoh untuk beberapa syarikat berhubung dengan tindakan gaji berasaskan kepada kenaikan produktiviti pekerja di beberapa syarikat yang terlibat. Dan seterusnya program GDP yang dilaksanakan ialah bagi tempoh 2025- 2027 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta yang akan melibatkan 50,000 pekerja dan setakat November 2025 seperti yang kita tahu oleh Menteri tadi, seramai 32,000 pekerja yang bekerja di 3,000 majikan telah mendapat manfaat kenaikan gaji RM200 bagi mereka yang menerima gaji bulanan antara RM1,700 sehingga RM4,999. Soalan saya ialah selepas tempoh 2025-2027 berakhir, what is next apa yang berlaku di situ, berlaku seterusnya. Concern dan kebimbangan saya adalah dari segi sustainability ataupun kelestarian program ini yang ini kerana ia menggunakan dana kerajaan dan berdasarkan pada pengalaman saya banyak syarikat yang sederhana dan besar saiznya, mereka mempunyai program mereka sendiri iaitu memberi insentif pada pekerja berdasarkan kepada produktiviti. Kalau syarikat tayar umpamanya kalau dia punya benchmark dia 10 tayar bagi seorang pekerja satu jam. Tapi kalau dia mengeluarkan lebih daripada 10 tayar maka ia akan diberikan apa ni, insentif berdasarkan kepada produktiviti berkenaan. Dan itu sahaja soalan saya dan mungkin ini satu cara kaedah yang alternatif dan boleh ditambahbaik dan kerajaan melalui KESUMA boleh membantu syarikat-

syarikat ini supaya dia lebih besar bilangannya dalam cara-cara lain mungkin cara insentif pada syarikat dan sebagainya. Terima kasih banyak Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih banyak Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri KESUMA.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Kubang Pasu. Ada dua soalan. Soalan pertama adalah tentang kisah-kisah kejayaan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Tadi saya ada sebut secara amnyalah, secara amnya, kita nampak peningkatan gaji median iaitu antara 13 peratus hingga 16 peratus bergantung kepada peringkat permulaan ataupun bukan peringkat permulaan. Tetapi secara khususnya, mungkin saya boleh memberikan dua contoh di sini. Satu contoh pertama adalah di negeri saya sendiri Pulau Pinang. Ini adalah sebuah hospital yang bukan berasaskan keuntungan It’s a non-profit hospital, dengan izin. Hospital Lam Wah Ee yang sememangnya dikenali sebagai sebuah hospital yang memberikan khidmat rawatan perubatan kepada masyarakat. Dalam— mereka telah menyertai Program Dasar Gaji Progresif ini, seramai 300 pekerja yang berjawatan profesional perubatan dan juga jururawat telah menerima manfaat dengan kenaikan gaji antara enam hingga 13 peratus. Jumlah dana yang diterima dari kerajaan ialah RM1.3 juta itu satu. Dan yang menariknya ialah asas-asas gaji ada yang naik RM2,300 hingga RM2,500. Ada yang naik dari RM3,300 ke RM4,300. Ada orang tanya ia RM3,300 hendak naik sampai RM4,300 macam mana? Sedangkan kita hanya bagi imbuhan tambahan RM300. Ini maksudnya, majikan telah mengambil inisiatif sendiri untuk menampung lagi RM700. Sebab kita tahu mungkin dalam sektor tersebut dia memerlukan pekerja profesional yang lebih ramai. Itulah antara matlamat utama Dasar Gaji Progresif. Bukan sahaja untuk memberikan insentif dan subsidi tetapi juga sebenarnya untuk menggalakkan majikan apabila kerajaan telah pun memberikan insentif pekerja juga meningkatkan kemahiran mereka melalui syarat perlu melalui latihan kemahiran 21 jam. Maka majikan juga boleh dengan sendirinya memberikan gaji yang lebih tinggi. Syarikat kedua, syarikat di Selangor— syarikat Omega Genius sebuah syarikat dalam sektor perdagangan borong dan runcit telah mendapat lebih kurang RM133,000 dari segi insentif kerajaan, memanfaatkan 19 pekerja yang mendapat

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

kenaikan gaji lebih kurang enam peratus dan mereka rata-ratanya pembantu jualan dan penyelia. Jadi, kita nampak ada profesional perubatan tetapi juga ada pekerja- pekerja mungkin dalam kurungan gaji yang lebih rendah tetapi mereka mendapat manfaat yang sama. Selepas tiga tahun apa yang terjadi? Ini adalah soalan yang sering ditanya- tanyakan. Untuk saya, kita perlu lihat kepada asas DGP ini, tadi saya ada sebut dalam ucapan jawapan asal saya. DGP ini adalah salah satu strategi daripada pelbagai strategi yang kita guna pakai untuk memastikan gaji rakyat lebih baik. Antara strategi lain Dasar Gaji Minimum yang perlu diikut, wajib diikut mengikut undang-undang memberikan peningkatan kemahiran upskilling supaya mereka boleh meningkatkan produktiviti lantas dapat gaji yang lebih baik, pekerjaan yang lebih baik. Kita menggunakan kaedah garis panduan gaji yang diterbitkan dan kini berada dalam laman portal untuk memastikan pasaran kerja tak kira pihak majikan atau pihak pekerja mereka tahu bahawa garis-garis panduan gaji ini menunjukkan gaji permulaan yang kita panggil sebagai gaji progresif. Ini bukan gaji minimum, tapi gaji progresif gaji yang lebih baik kepada pekerjaan-pekerjaan tertentu itu satu lagi kaedah. Dan kaedah terakhir ialah melalui collective agreement. Saya baru sahaja menghadiri satu sesi untuk menandatangan collective agreement Genting Malaysia Berhad dengan Kesatuan Pekerja Genting. Mereka telah mendapat satu penyelarasan gaji yang paling tinggi sejak tahun 1974 iaitu sebanyak 10 peratus, satu. Keduanya, gaji permulaan yang disebut dalam perjanjian kolektif itu dia tak pandang langsung gaji minimum, gaji minimum RM1,700. Tapi mereka bagi gaji minimum, gaji permulaan dalam collective agreement RM1,800. Jadi, ini adalah pelbagai kaedah yang kita gunakan untuk memperkasakan lagi untuk meningkatkan lagi penggajian dalam pasaran kerja kita. Hasilnya kita nampak gaji minimum naik 13 peratus, gaji median rakyat naik 11 peratus. Tapi untuk gaji progresif ini dia sifatnya apa? Sukarela. Berdasarkan insentif yang diberikan oleh kerajaan dan berdasarkan faktor peningkatan produktiviti because kita tahu kalau hendak naikkan gaji produktiviti harus juga naik supaya syarikat juga boleh mencapai keuntungan yang lebih baik. Jadi, untuk saya, ia sukarela. Jadi, dia tidak ada masalah, syarikat kena ikut atau tidak dia bergantung kepada perancangan dan strategi syarikat itu dalam masa tiga hingga empat tahun yang akan datang atau tiga hingga lima tahun akan datang.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jikalau mereka merasakan perancangan syarikat sesuai dengan kaedah ini, maka mereka boleh menyertai program ini secara sukarela. Keduanya, saya rasa peningkatan yang kita berikan itu adalah satu peningkatan yang mampu dibiayai dalam tempoh masa tiga tahun. Jadi, dia harus mengambil pertimbangan sebab apabila kita kira kenaikan gaji RM200 hingga RM300 itu untuk tiga tahun, kita telah mengambil kira faktor kemampanan kenaikan itu atau kadar kenaikan itu untuk sesebuah syarikat secara puratanya dalam masa tiga tahun. Dalam kata mudah, kalau dia dapat peningkatan RM200 atau RM300 tahun ini sampai ke tahun ketiga, tahun keempat kalau, kalau tidak ada sambung projek ini kalau. Maka, RM200 – RM300 ini memang mencerminkan kenaikan pasaran dalam tiga tahun. Jadi tidak menjadi masalah besar buat sesuatu syarikat. Tetapi sudah tentu hasrat saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Sumber Manusia adalah supaya mengikut kemampuan kewangan kerajaan kita boleh menyambung lagi program ini selepas tiga tahun. Dan akhir sekali, Dasar Gaji Progresif ini juga akan menjadi penanda aras. Apabila gaji pekerja untuk — contohnya, 32,000 orang pekerja ini pada tahun ini dia naik sehingga tahap gaji progresif maka dia menjadi satu tanda aras kepada pasaran dan pasaran perlu ikut tanda aras itu. Maka untuk saya, dalam masa dua, tiga tahun ini kita berharap dengan kenaikan gaji secara progresif untuk syarikat-syarikat yang terlibat kita boleh mengangkat gaji syarikat-syarikat lain dan gaji-gaji pasaran kerja kita secara amnya. Dengan izin, the rising type races everyone, races every both ya. Air yang pasang akan menaikkan semua kapal-kapal yang tengah berlayar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Betong.

Diteruskan selepas 2027? Adakah program ini akan diteruskan selepas 2027?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, nak bertanya itu kena berdiri ya. Ada Peraturan 35 itu, baca ya.

Minta maaf, Dato’ Speaker. Ini pertama kali kesalahan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Jadi, Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat itu saya tak layan kerana tempoh masa untuk Yang Berhormat dah lepas dah. Baik. Saya silakan, Yang Berhormat Betong.

Terima kasih Dato’ Dr. Pengerusi. Soalan saya, adakah terdapat bukti awal bahawa berlakunya pemadanan yang tidak seimbang ataupun mismatch ya, apabila sebuah firma itu menaikkan gaji tanpa disertai latihan peningkatan kemahiran dan mengenai impak terhadap perusahaan mikro PKS dan industri 3D ya, dirty, dangerous and difficult itu? Bagaimanakah kementerian, kita memastikan PKS mikro ini yang mempunyai margin kecil tidak tertinggal atau terbeban ya, dengan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini? Dan apakah strategi khusus untuk sektor 3D ini yang lazimnya bergaji rendah supaya Dasar Gaji Progresif ini benar-benar mengangkatkan tahap pendapatan pekerja tempatan? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri KESUMA untuk menjawab.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kita ada garis panduan dan juga proses kelayakan yang cukup ketat dari segi Dasar Gaji Progresif. Dan contohnya, untuk melihat sama ada benar-benar majikan itu menyalurkan, sebab insentif disalurkan kepada pihak majikan iaitu untuk melihat sama ada majikan itu benar-benar menyalurkan wang yang diterima itu kepada pekerja. Maka, kita lihat juga bukan sahaja dari segi audit di syarikat, tetapi kita lihat juga dari segi caruman PERKESO-nya. Caruman KWSP ini untuk memastikan benar-benar ada saluran ataupun insentif itu disalurkan kepada pekerja tersebut. Sama juga dengan isu 21 jam. Isu 21 jam ini adalah syarat untuk memastikan apabila pekerja itu mendapat insentif ataupun mendapat kenaikan gaji hasil daripada insentif Dasar Gaji Progresif. Maka, beliau harus memastikan kemahiran dalam diri beliau itu juga dipertingkatkan. Pekerja diberi masa setahun untuk memastikan mereka menghadiri sekurang-kurangnya 21 jam kursus. Segala semua ini akan dihadapkan kepada bukan sahaja pemantauan dan penyeliaan oleh agensi, tetapi juga oleh— apa itu, orang kata, audit. Agensi-agensi terlibat termasuklah seperti yang saya sebut tadi, ya. PERKESO terlibat, MPC terlibat. HRD Corp terlibat. JTK terlibat dan semua agensi ini bukan sahaja terlibat dari segi kita membimbing, memberi panduan, memberi

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

galakan untuk mereka menyertai program ini tetapi mereka juga terlibat dari segi pemantauan, dari segi semakan, dari segi audit dan penguatkuasaan syarat ke atas peserta-peserta. Soalan yang kedua, dia tanya itu adalah tentang 3D, sektor 3D. Sememangnya untuk saya, saya dah sebut tadi. Dasar Gaji Progresif adalah satu cabang antara semua cabang yang kita guna pakai. Kesemua kaedah yang kita guna pakai untuk memastikan gaji pekerja kita secara amnya boleh meningkat, selaras dengan konsep menaikkan siling dan menaikkan rantai dalam kerangka ekonomi MADANI. Jadi, ini adalah satu cabang sahaja. Dia ada banyak cabang lagi. Dan untuk saya, sememangnya untuk syarikat yang lebih kecil, contohnya SME. Contohnya, sektor 3D. Ini antara, saya kata, strategi yang sesuai, yang afdal. Kenapa? Sebab, kalau guna dasar gaji minimum, dia adalah bukan pilihan. Bukan sukarela, satu. Dia kena wajib ikut. Kalau guna kaedah lain, kaedah perbincangan, kaedah CA, collective agreement, kaedah panduan gaji dan kaedah peningkatan kemahiran, mungkin sesebuah syarikat yang kecil itu dia tidak mampu dari segi kewangan. Tetapi, dengan adanya Dasar Gaji Progresif, kerajaan akan bayar insentif, dari RM200 sehingga RM300. Jadi, dasar ini amat sesuai untuk sektor-sektor yang disebut oleh YB Betong tadi, iaitu sektor yang kecil, SME. Itulah sebabnya, antara sebabnya kita memastikan bahawa Dasar Gaji Progresif ini satu, dia hanya untuk pekerja Malaysia, bukan pekerja asing. Keduanya, hanya untuk syarikat-syarikat tempatan yang bukan GLC dan bukan MNC. Fokus kita kepada SME, syarikat Malaysia, syarikat tempatan, syarikat kecil supaya dengan adanya imbuhan, insentif dari kerajaan, setiap pekerja dari RM200 hingga RM300, maka mereka mempunyai keadaan kewangan yang lebih mampu untuk membayar kepada pekerja masing-masing dan dengan kenaikan gaji, kenaikan produktiviti, dia bukan the endgame itself. Kita memang berharap ya, naikkan lantai, naikkan siling juga. Syarikat- syarikat yang menyertai akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan nilai, operasi nilai perniagaan mereka. They have to go up the value chain, dengan izin. Dan akhirnya, matlamat kita adalah syarikat Malaysia mendapat keuntungan yang lebih tinggi, pekerja Malaysia mendapat gaji, pampasan gaji yang lebih baik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri KESUMA. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya akan mula sesi Jawapan Lisan ini dengan memanggil nama-nama Yang Berhormat. Dengan ini, dipersilakan Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Kali kedua soalan saya muncul, nombor 1. Terima kasih. Mohon Timbalan Menteri menjawabkan soalan.

Wong Shu QiDAP · PHKluang · question

1. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan purata penumpang bulanan perkhidmatan bas SBST Johor Bahru bagi tahun 2022, 2023, 2024, 2025 serta sama ada perkhidmatan ini wajar diperluas atau dikurangkan berdasarkan perubahan jumlah penumpang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan, Menteri Pengangkutan.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tahniah YB Kluang dapat dua kali dalam satu sesi number one. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan bas berhenti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di Johor Bahru mula beroperasi sejak 31 Mac 2022, dengan pengenalan sebanyak 19 laluan untuk tempoh tiga tahun. Selanjutnya, kontrak perkhidmatan SBST Johor Bahru di bawah jenama BAS.MY telah diperbaharui untuk tempoh dua tahun mulai 31 Mac 2025 sehingga 30 Mac 2027. Sejak mula beroperasi, purata jumlah trip penumpang bulanan adalah seperti berikut. Pada tahun 2022, purata trip penumpang sebulan ialah 335,347. Pada tahun 2023 pula, 602,183 dan pada tahun 2024 adalah 885,575 dan pada tahun 2025 sehingga Ogos adalah 940,785.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Bagi memastikan perkhidmatan SBST Johor Bahru terus menjadi mod pengangkutan awam pilihan rakyat, rangkaian SBST Johor Bahru senantiasa ditambah baik. Berdasarkan maklum balas ataupun permintaan pengguna serta data operasi dan penumpang yang direkodkan, penambahbaikan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan melibatkan aspek kekerapan jumlah trip, jarak dan liputan laluan. Untuk makluman juga, sebanyak dua kali penambahbaikan telah dilaksanakan sejak SBST Johor Bahru diperkenalkan. Manakala, melalui kontrak baharu, peluasan liputan SBST Johor Bahru dilaksana mulai 30 September 2025 di mana 18 laluan asal SBST Johor Bahru akan ditambah sehingga 21 laluan. Peluasan liputan ini turut dilaksana bagi menyokong keperluan pengangkutan rakyat apabila perkhidmatan sistem rapid transit system link (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru ke Woodlands, Singapura beroperasi kelak mulai tahun 2027. Jumlah bas turut dipertingkatkan kepada 162 buah bas, berbanding 128 buah bas sebelumnya bagi menampung operasi SBST Johor Bahru mulai 30 September 2025. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Kluang, soalan tambahan.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih atas jawapan yang sangat detail daripada YB Timbalan Menteri. Jadi, saya nak tahu sama ada kementerian akan mempertimbangkan untuk tambah baik laluan supaya ada integrasi antara perkhidmatan bas di Johor Bahru bersama Stesen Bukit Chagar iaitu sistem RTS antara Johor Bahru dan Singapura yang bakal mulai operasi pada tahun 2027. Dan bukan itu sahaja, dan juga sama ada tambahan laluan supaya ada integrasi antara perkhidmatan bas dan perkhidmatan ETS yang akan mulai pada minggu depan di sekeliling Johor Bahru. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kluang, terima kasih Yang Berhormat. SBST Johor Bahru 2.0 ini yang bakal dilaksanakan akan melibatkan 11 laluan baharu yang menyediakan perkhidmatan dari JB Sentral, Bukit Chagar. Laluan-laluan ini melibatkan sejumlah 157 buah bas baharu. Dan menjelang pembukaan RTS pada hujung Disember 2026, APAD akan mengemas kini perkhidmatan bas yang melalui JB Sentral dan juga Bukit Chagar

bagi memastikan ia nya selaras dengan pelan aliran trafik yang disediakan oleh MBJB serta menghasilkan penyuraian trafik yang berkesan.

Pada masa yang sama, SBST Johor Bahru juga, yang sedia ada sedang beroperasi turut mempunyai 13 laluan dengan 126 bas yang melalui JB Sentral. Ini dijangka akan dapat juga membantu integrasi dengan perkhidmatan ETS yang akan dirasmikan pada 11 Disember ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Setiu.

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya meraikan, mengalu-alukan kehadiran daripada mahasiswa- mahasiswi Darul Aman, Kedah. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, sejauh manakah langkah yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan rangkaian SBST ini benar-benar meliputi kawasan luar bandar seperti Setiu yang menghadapi masalah perkhidmatan pengangkutan awam ini? Sebagaimana yang disebut dalam ucapan bahas Kementerian Pengangkutan ini masalah ada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Penarik yang tak dapat ke sekolah disebabkan bas sekolah yang digantung, disebabkan bas sekolah yang digantung. Jadi yang kedua, adakah ataupun apakah standard minimum yang dikenakan oleh kementerian kepada pengendali ataupun pengusaha syarikat bas dari segi aspek kebersihan, keselesaan dan juga dari segi keselamatan? Adakah prestasi pengendali bas ini diaudit oleh kementerian? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Ada berapa soalan tu YB? Dua ke tiga tadi tu? Jadi, tentang peluasan SBST ini, pada masa ini ya, semua bandar- bandar besar di seluruh Malaysia sudah ada di mana Kuantan insya-Allah akan dibuka dalam bulan Disember ini dan juga di Kota Kinabalu sudah ada dia punya— sudah pun diterima surat setuju terima (SST) pada Julai lepas dan akan mula beroperasi pada Februari tahun depan. Selain daripada itu, seperti di Ipoh ya, di Ipoh, Johor Bahru, Kangar, Kota Bharu, Kota Setar, Kuala Terengganu, Melaka, Seremban, Kuching sudah pun beroperasi. Di mana kalau di Terengganu itu sendiri, di Kuala Terengganu sudah ada

mempunyai 27 buah bas ya, di bawah SBST ini. Jadi, semuanya ini adalah tergantung kepada jumlah penggunaan tadi. Kalau ia merekodkan data-data ini sudah pastinya akan kita kumpul jumlah penggunaannya. Dan apabila kalau ia sudah memerlukan, ini akan masuk radar kita dalam APAD untuk dikaji dan bagaimana untuk memperluaskannya. Bukan hanya di Setiu, di tempat lain pun sama juga apabila keperluannya, penggunaannya begitu baik sekali. Dan seperti yang apa kita lihat di Johor itu sudah daripada ia dimulakan tahun 2022, pada Ogos tahun ini sudah hampir mencecah 1,940,000 dah dan sudah pasti keperluan itu ada. Begitu juga di tempat-tempat lain ya. Ia bukan hanya setakat kita buat town center. Kalau ada keperluan itu, insya- Allah. Dan cerita fasal audit ini, audit itu memang semua kena. Di bawah GSA, di bawah ICOP dan semuanya. Semua bas-bas ataupun lori-lori dan sebagainya semua akan melalui— akan dikenakan audit ini di bawah kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang kedua. Dengan ini dipersilakan Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Yang Berhormat Besut.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Boleh pantun sikit hari ini, hari akhir ini? Pantun sikit boleh? Minta izin pantun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Boleh. Pantun boleh.

Terima kasih.

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Jangan sakit-sakit hati di antara yang lain sudah.

[Dewan ketawa]

Kenen, kenen bolehlah, kenen boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kenen, insya-Allah.

Kalau nak kenal penjilat utama, Ada PM adalah dia; Nak jadi Menteri dia punya cita-cita, Soalan saya nombor dua, kali kedua.

Terima kasih.

[Dewan riuh]

Che Mohamad Zulkifly bin JusohPAS · PNBesut · question

2. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Perdana Menteri menyatakan kadar had pendapatan yang akan digunakan sebagai ujian kemampuan (means test) bagi permohonan perkhidmatan di bawah Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 dan sama ada kriteria lain seperti pendapatan boleh guna akan dipertimbangkan apabila akta tersebut dikuatkuasakan kelak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Yang Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat, kalau nak sanggah dia guna peraturan, takkan saya nak ajar. Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Dato’ Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bantuan Guaman atau lebih dikenali sebagai JBG yang kini dikawal selia di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] menawarkan bantuan guaman dalam beberapa perkara. Khidmat yang ditawarkan oleh JBG adalah termasuk khidmat bantuan guaman bagi tindakan prosiding sivil, prosiding syariah, prosiding penjenayah, nasihat guaman, pengantaraan dan pendampingan guaman. Pada tahun ini, Kerajaan MADANI yang prihatin kepada hak asas kepada keadilan telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 untuk memastikan perkhidmatan bantuan guaman disampaikan dengan efisien. Rang undang-undang ini yang telah diluluskan oleh Parlimen memasukkan khidmat pembelaan awam sebagai satu khidmat baru yang akan turut dikendalikan oleh JBG apabila rang undang-undang ini mula berkuat kuasa kelak. Bagi melayakkan seseorang untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman dan pembelaan awam ini, siasatan ke atas kemampuan dan keadaan seseorang pemohon itu boleh dibuat oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam. Subfasal 23(1) Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang akan berkuat kuasa kelak memperuntukkan bahawa ketua pengarah boleh mengeluarkan satu perakuan bantuan guaman kepada pemohon jika ketua pengarah berpuas hati bahawa pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah untuk membawa, membela, meneruskan atau menjadi satu pihak

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

kepada prosiding itu dan menemui kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. Kedudukan peruntukan yang sama turut diperuntukkan di bawah subfasal 54B Rang Undang-undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang memberikan kuasa kepada Ketua Pembelaan Awam untuk mengeluarkan pengakuan pembelaan awam selepas menimbangkan permohonan dan berpuas hati bahawa antaranya permohonan itu menemui kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. Berkenaan dengan kadar dan pendapatan yang akan digunakan, sebagai ujian kemampuan (means test) bagi permohonan perkhidmatan di bawah RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025, ia akan dibuat melalui peraturan- peraturan yang ditetapkan oleh Menteri. Dalam hal ini, dasar sedia ada, masa yang dikekalkan ialah bantuan guaman percuma akan diberikan kepada orang yang dibantu dengan sumber kewangan tahunan berjumlah RM50,000 dan ke bawah selepas ditolak tanggungan tertentu. Seseorang yang ingin mendapatkan khidmat bantuan guaman akan dikehendaki untuk mengemukakan maklumat lengkap berhubung dengan sumber kewangan dan tanggungjawabnya serta dokumen sokongan bagi tujuan pengiraan kelayakan ujian kemampuan tersebut seperti slip gaji, penyata cukai pendapatan, penyata akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, EPF, penyata akaun dan pengesahan majikan bagi membolehkan siasatan mengenai kemampuan permohonan dibuat dengan telus.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memohon khidmat bantuan guaman bagi khidmat nasihat guaman kes sivil, syariah dan khidmat pendampingan guaman tetapi mempunyai sumber kewangan melebihi nilai ambang RM50,000, dasar yang dilaksanakan adalah memberi ruang agar golongan ini masih boleh dibantu. Permohonan dalam kategori ini perlu membayar sejumlah sumbangan tertentu yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan dan sumbangan tersebut akan digunakan untuk membiayai kos guaman yang ditanggung oleh kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Besut, soalan tambahan.

Soalan saya yang kedua itu tak dijawab sebenarnya.

Jadi, pandangan saya bahawa untuk boleh guna tadi ya, duit yang selepas ditolak dengan segalanyalah, hutang-hutang dan sebagainya, maknanya belum bersedia— kerajaan belum bersedia. Saya rasakan belum bersedia ya. Jadi saya, pertanyaan saya, apa kekangan sebenarnya untuk dibuat berdasarkan kepada pendapatan boleh guna ini? Apa sebenarnya masalah? Yang timbul masalah mungkin infrastruktur, data ke sebagainya, banyak lagilah sebab-sebab dia. Dan saya nak pastikan sama ada kalau dia dah memang layak, boleh tak dipermudahkan dia punya permohonan itu? Jadi kalau dah layak, kita permudahkan je lah ya. Makna, kita buat secara automatik ataupun sebagainya. Dan ada ke tidak kita nak tukar ataupun kita nak perkenalkan kemampuan, dari segi kemampuan ini kepada merit. Boleh ke tidak kita nak adakan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Menteri.

Yang Berhormat, nombor satu, perlu kita faham bahawa Kerajaan MADANI ini bukan saja sedia, tetapi komited untuk memberi yang terbaik kepada warganegara di Malaysia. Itu kita perlu faham. Yang kedua Yang Berhormat, sebagai peguam, kita pun perlu bantuan dan komitmen dari peguam-peguam di negara je, di negara ini. Tapi, saya nak bagi tahu bahawa itu adalah dalam tahap yang bagus kerana ramai di antara peguam yang memberi bantuan dengan percuma (pro bono) dan sebagainya. So, itu adalah di mana betul kerajaan memainkan peranan dia dan juga pihak swasta. Tetapi, walaupun ada batas dia lebih kurang RM50,000, tetapi dia ada adjustment. Dia ada memberi ruang kepada pihak pemohon. Kalau ada merit, tidak ada masalah langsung. Sekarang kita meluaskan for 117 dan sebagainya untuk memberi ramai di antara mereka untuk memohon untuk mendapat bantuan. Lagi satu perkara yang unik Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Yang di-Pertua, adalah kali ini kita akan memberi bantuan kepada juvenile, juvenile dan sebagainya. Dia tidak kira adakah warganegara Malaysia atau asing. Asalkan ada kes-kes seksual dan sebagainya, ia akan diberi advice dan sebagainya. Ini adalah beza dari dulu dan kita percaya dengan baru-baru ini forum-forum dengan ASEAN, we are taking leadership on the whole matters. Bukan macam dulu, tapi kita rasa we are far ahead of other countries dalam perkara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya sebenarnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Klang, silakan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Berkenaan tentang bantuan guaman, kita— saya sebagai peguam, kita pun melalui banyak perkarangan di mahkamah. Kita nampak ramai yang memerlukan, masyarakat yang memerlukan bantuan ini. Mereka perlu pergi ke pejabat bantuan guaman ini setiap kali kita nampaknya di tengah-tengah bandar ya. Kalau dari Kuala Selangor mahupun kalau daripada tempat-tempat yang luar bandar ataupun kawasan yang mana, mereka tiada, mereka sukar untuk mencapai atau mendekati dengan pejabat. Kalau kita dengar 30, 40 tahun dulu, setiap kali kita pernah diberitahu oleh peguam— I mean peguam-peguam yang lama, mereka pernah beritahu saya, ada bantuan guaman, pejabat itu ada dekat perkarangan pejabat— di mahkamah ataupun nasihat, khidmat percuma kepada masyarakat yang memerlukan. Adakah kerajaan kini ada hasrat membuka pejabat guaman, bantuan guaman, nasihat peguam ini di setiap perkarangan mahkamah? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa soalan ini satu soalan yang tepat dan bagus, kena kepada perkara ini. Kerana saya ingat Dato’ Yang di-Pertua, apabila saya mula sebagai peguam about 40 years ago, masa itu dia ada pusat khidmat percuma oleh kerajaan di mahkamah-mahkamah. Dia ada pejabat dan sebagainya. Tetapi kebelakangan ini, nampaknya kurang. Maka, ini adalah satu pandangan yang bagus, yang ikhlas dan ia boleh diguna pakai. Dan lebih-lebih lagi ya, juga saya ingat Majlis Peguam pun adakan pejabat-pejabat di mahkamah-mahkamah. Dan saya rasa itu boleh diambil kira dan perkara itu dapat seberapa yang boleh diimplementasikan dengan seberapa cepat yang boleh. Selain dari itu Yang Berhormat, saya juga ingin kongsi sedikit statistik klien yang telah dibantu oleh JBG sepanjang lima tahun yang lepas sehingga September 2025 adalah seperti berikut: litigasi syariah 26,923 orang; nasihat undang-undang syariah 77,737 orang; nasihat undang-undang sivil 75,464 orang; litigasi sivil 27,669 orang; mediasi 18,034 orang. Berjumlah 225,827 orang. Menunjukkan bahawa

sistem yang sedia ada efektif, tetapi boleh menolong lebih orang, cadangan Yang Berhormat jika di implementasi. Saya sedih, saya tahu ramai di antara B40, dia datang ke mahkamah, baru dia nak perlukan bantuan guaman. Patutlah Majlis Peguam dan JBG ini berada di sana, saya setuju. Perkara ini akan diambil kira dan tengok macam mana boleh diimplementasikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Majlis ke soalan yang ketiga. Dengan ini...

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Dengan izin Dato’ Speaker, saya ingin...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sebentar. Saya nak sebut nama Yang Berhormat. Ikut peraturan, saya kena sebut nama Yang Berhormat. Soalan yang ketiga, dengan ini saya mempersilakan Tuan Lee Chuan How, Yang Berhormat Ipoh Timor.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Mohon maaf Dato’ Speaker. Dan juga dengan izin, saya ingin mohon mengalu-alukan kehadiran empat orang guru dan 15 orang murid-murid daripada SJK(C) Khay Hian Qǐ xián xuéxiào dari Bukit Gambir, Parlimen Ledang... [Tepuk] Bagi pihak sahabat saya daripada Ledang. Dengan itu, soalan ketiga Dato’ Speaker.

Howard Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor · question

3. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tiga universiti awam yang mempunyai pelajar antarabangsa paling ramai, mengikut pecahan negara asal mereka dan tahap pengajian iaitu prasiswazah dan pasca-siswazah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Menteri Pendidikan Tinggi.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sahabat saya YB Ahli Parlimen Ipoh Timor. Berdasarkan sistem MyMoheS di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bilangan enrolmen pelajar bukan warganegara Malaysia di 20 universiti awam pada tahun 2024 adalah seramai 53,322 orang. Pecahan pelajar bukan warganegara Malaysia kepada keseluruhan pelajar di universiti awam pada tahun 2024 adalah seperti berikut. Peringkat prasiswazah merekodkan seramai 13,986 pelajar, lebih kurang 2.3 peratus ya, daripada jumlah keseluruhan pelajar manakala peringkat pasca siswazah merekodkan seramai 39,336 pelajar iaitu 6.4 peratus. Seterusnya, tiga universiti awam yang mempunyai pelajar antarabangsa tertinggi adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Universiti Sains Malaysia dengan jumlah keseluruhan 27,669 pelajar mengikut pecahan berikut. Peringkat prasiswazah merekodkan seramai 6,988 pelajar dengan tiga negara tertinggi adalah China 5,812 pelajar, Indonesia 528 pelajar dan Bangladesh 144 pelajar.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Sepanggar

Manakala peringkat pascasiswazah merekodkan seramai 20,681 pelajar dengan tiga negara tertinggi adalah China, 14,711 pelajar, Iraq, 912 pelajar dan Indonesia sebanyak 684 pelajar. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

Tuan Lee Chuan HowDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sudah tentu dengan peningkatan QS Rating kepada beberapa IPTA di negara kita, syabas dan tahniah. Sudah tentu kita menjadi satu destinasi yang lebih menarik untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Namun demikian, saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan untuk menyatakan strategi pihak kementerian untuk menguruskan, istilahnya menguruskan pertumbuhan atau pertambahan atau kenaikan enrolmen pelajar antarabangsa pada tahun 2026. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Terima kasih sahabat saya, Ipoh Timor. Memang kita sedang merangka beberapa strategi dan kaedah untuk mengangkat Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau ini dan di antara yang kita sedang rencanakan antaranya ialah kita akan melancarkan pelan pendidikan tinggi untuk 10 tahun akan datang dan juga dasar pengantarabangsaan pendidikan dalam masa yang terdekat. Dan kita harap ini akan dapat memberi guideline kepada kita bagaimana mengurus pelajar-pelajar antarabangsa di negara ini. Dan kita juga akan memperkenalkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa secara berpusat ke universiti di Malaysia dengan izin, Malaysia University Centralised Admissions System. Ini akan dibangunkan supaya kita dapat meningkatkan kecekapan, kebolehcapaian ketelusan dan daya saing dalam menarik pelajar global. Dan kita juga akan memperkemaskan sistem pemprosesan permohonan pelajar antarabangsa melalui Education Malaysia Global Services (EMGS), satu agensi di bawah kementerian yang khusus untuk mengendalikan pelajar-pelajar

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

antarabangsa ini. Dan kita juga akan pastikan jaminan kualiti akademik dan kapasiti universiti dan kita akan lebarkan ini dalam institusi TVET kita juga. Dan kita juga akan memperkukuhkan peranan international student office di setiap universiti sebagai pusat sehenti untuk kebajikan, perumahan dan kesihatan dan juga aktiviti kebudayaan untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Dan akhirnya, kita akan memperkukuh promosi melalui pejabat Education Malaysia (EM) di luar negara khususnya di Rantau Asia Barat, Afrika dan juga Asia Selatan. Saya fikir, selepas kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini, kita telah dapat mengangkat imej negara ini dan kita mendapati bahawa semakin ramai pelajar-pelajar antarabangsa berminat untuk datang belajar ke Malaysia. Jadi, tahniah kepada kerajaan MADANI dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengangkat negara ini setanding dengan negara- negara maju yang lain. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, silakan Yang Berhormat Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Timbalan Menteri, terima kasihlah bagi Karambunai kepada kami. Menurut apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, lebih 53,000 pelajar antarabangsa dengan tumpuan tertinggi di IPTA, UM, UPM dan UKM. Jadi, selaraslah dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau di bawah Rangka Kerja Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2024-2030. Sehubungan itu, apakah mekanisme penilaian kualiti dan pemantauan prestasi akademik yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan pertumbuhan pelajar antarabangsa ini benar-benar menyumbang kepada mutu penyelidikan, keselamatan kampus, akreditasi program serta competitive advantage, dengan izin, universiti awam dan bukannya menimbulkan tekanan kepada sumber universiti atau menjejaskan peluang pembangunan akademik pelajar tempatan singkatnya, value for money program pengantarabangsaan IPT di bawah kerajaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas soalan tambahan. Memang kita tidak akan berkompromi dengan terutama tentang kualiti pendidikan tinggi di negara ini. Sebab itulah kita, MQA terutamanya, agensi kita sedang juga meningkatkan mutu khidmat mereka untuk memastikan bahawa

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

kualiti akademik dan juga kapasiti universiti kita di negara ini semakin baik dan kita tidak akan berkompromi dengan isu-isu yang menyebabkan kualiti akademik kita di negara ini merosot. Dan saya lihat, kita boleh lihat sekarang ini peningkatan QS Ranking kita di universiti-universiti kita semakin baik sekarang ini dan itu juga yang memberi ruang kepada pelajar-pelajar antarabangsa untuk datang ke Malaysia untuk belajar. Dan kita bagi jaminan bahawa kita akan terus mempertingkatkan isu-isu ini. Dan seperti yang saya sebut beberapa sebelum ini dalam jawapan saya tadi, kita akan meningkatkan banyak— kita akan memperkemaskan sistem pemprosesan melalui MGS. Kita juga akan memperkukuhkan international student office dan juga promosi kita. Jadi yang ini dan kita juga pastikan, saya memberi jaminan juga seperti yang saya sebut tadi daripada segi statistik, memang kita daripada segi perdana, ini adalah tumpuan kepada anak-anak kita rakyat Malaysia. Itu kita tidak boleh kompromi. Yang kita akan lebarkan ini banyak kepada pascasiswazah kita. Yang itu kita akan kembangkan terutama daripada sudut penyelidikan sebab kita juga perlukan pakar-pakar daripada negara yang lain untuk juga kita boleh share kepakaran mereka. Tapi untuk aliran perdana, untuk undergraduate, prasiswazah, yang itu khusus untuk anak-anak Malaysia kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Dengan ini dipersilakan Datuk Haji Awang bin Hashim, Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan pantun, Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Sudah lama saya mencari, Baru sekarang Pendang mendapat nombor empat.

[Dewan ketawa]

Awang Solahuddin bin HashimPAS · PNPendang · question

4. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah strategik kementerian bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian moden termasuk insentif, latihan dan sokongan teknologi supaya sektor ini mampu muncul sebagai salah satu pemacu utama ekonomi negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dato' Seri Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan pelbagai program strategik bagi menarik serta meningkatkan penglibatan generasi muda dalam sektor pertanian melalui bidang fokus utama seperti berikut. Pertama, Pembiayaan Mesra Belia. Melalui Program Agropreneur Muda, KPKM menyasarkan golongan berumur 18 hingga ke 45 tahun dengan tawaran Geran Agropreneur Muda, start-up sehingga RM30,000 dan skill up sehingga RM50,000 dalam bentuk input projek bagi sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Bagi negeri Kedah, sepanjang tempoh RMK12 terdapat seramai 492 orang usahawan yang menerima bantuan Geran Agropreneur Muda bernilai RM10.68 juta manakala bagi daerah Pendang khususnya, seramai 52 orang usahawan menerima Geran Agropreneur Muda bernilai RM1.17 juta. Yang kedua adalah berkaitan teknologi pintar di mana KPKM memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi pertanian moden dalam kalangan petani muda sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan produktiviti bagi sektor agromakanan melalui program Digital AdTech hasil kolaborasi antara kementerian dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang melibatkan pemasangan sistem pertanian pintar kepada 700 pengusaha di seluruh negara.

Dato' Seri Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

Sehingga Oktober 2025, seramai 84 orang penerima di Kedah dengan agihan 55 sistem bagi subsektor tanaman dan 16 bagi akuakultur dan 13 bagi ternakan. Selain itu, di bawah RMK13, kementerian akan terus mengarusperdanakan pemodenan pertanian menerusi program modenisasi pembangunan teknologi, mekanisasi dan automasi dengan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2026. Yang ketiga adalah berkaitan modal insan dan ekosistem sokongan di mana kementerian sentiasa berusaha untuk membangunkan kepakaran teknikal serta keusahawanan belia melalui program TVET pertanian. Program ini yang ditawarkan kepada belia berumur 18 hingga ke 30 tahun di 16 institusi latihan TVET pertanian seluruh negara dengan penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Perikanan dan Sijil Veterinar Malaysia dan usaha ini juga diperkukuh melalui sesi libat urus bersama rakan strategik bagi

Dato' Seri Arthur Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Pensiangan

mendapatkan pandangan dan input serta keperluan industri dalam memastikan pendidikan dan latihan TVET pertanian sentiasa relevan dan kondusif kepada pembangunan belia tani. Selain itu, kementerian juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan fasiliti dan kemudahan latihan pertanian agar selari dengan keperluan industri dan teknologi terkini. Pada tahun 2026, kementerian telah menerima peruntukan sebanyak RM14.04 juta bagi menaik taraf kemudahan tujuh lagi institut latihan TVET pertanian untuk memastikan pelatih menikmati kemudahan dan prasarana yang lebih baik. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Melalui pendekatan menyeluruh berasaskan bidang fokus ini, kementerian yakin penyertaan belia dalam sektor pertanian dapat terus diperkukuh secara mampan, sekali gus menjamin kesinambungan sektor agromakanan dan keterjaminan makanan negara. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pendang.

Terima kasih Tan Sri di-Pertua. Saya mohon izin untuk mengumumkan permintaan daripada Yang Berhormat Ledang untuk mengumumkan kehadiran seramai 32 orang dari Kesatuan Permuafakatan Pembantu Khidmat Am, Daerah Tangkak, Parlimen Ledang. Terima kasih. [Tepuk] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Joseph Kurup atas kemenangan di DUN Sook pada PRN Sabah baru-baru ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita selalu dengar slogan mahu tarik anak muda ke sektor pertanian moden. Namun realitinya, majoriti usahawan muda yang memulakan projek agropreneur akhirnya gulung tikar dalam tempoh dua tahun pertama ini. Puncanya bukan soal minat tetapi kegagalan ekosistem, akses tanah yang sempit dan berselerak, kos input dan teknologi yang semakin meningkat, tiada fasiliti modal kerja jangka sederhana serta rantaian pasaran yang tidak stabil hingga menyebabkan harga ladang tidak lagi berbaloi dengan kos operasi sebenar. Soalan saya, apakah langkah pembetulan struktur yang konkrit dan terukur yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan empat akar masalah ini iaitu tanah, modal, pasaran, automasi kos rendah, automasi yang menggunakan teknologi tinggi ini, kos rendah supaya usaha menarik minat anak muda bukan

sekadar retorik tapi program latihan atau geran kecil tetapi benar-benar membina laluan kerjaya yang mampan dan menjadikan pertanian sebagai sektor economical, viable untuk golongan muda. Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang, terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Pendang sebab nampaknya selalu aktif dan rajin untuk bertanyakan soalan khususnya soalan yang betul-betul memahami masalah dan juga cabaran yang dihadapi oleh golongan petani.

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

[Bangun]

Saya pernah buat lawatan ke kawasan Pendang. Kita sama-sama pergi melawat ke Ladang Mangga Tobiar Gold dan memanglah mangga di sana antara yang paling manis yang saya pernah cuba dalam hidup saya dan saya harap bahawa YB Pendang mengambillah peluang ini untuk sama-sama kita memajukan sektor pertanian khususnya...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, yang manis itu apa? Tak dengar tadi.

Mangga, mangga dari Ladang Tobiar Gold di Pendang.

Tuan Yang di-Pertua

Oh mangga. Ingat orangnya yang manis. Mangga.

Adalah antara yang paling manis yang saya pernah cuba dalam hidup saya.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Jadi, sama-samalah kita memajukan sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Sekarang berkaitan pula dengan isu masalah akses tanah. Kita di kementerian, kita telah sediakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan sejak tahun 2001 sebagai salah satu langkah untuk menyediakan akses tanah khususnya membantu kepada golongan petani yang minat untuk menceburi bidang ini. Sehingga kini, terdapat 76 Taman Kekal Pengeluaran Makanan dengan keluasan melebihi 10,000 hektar dan hanya tinggal 459 hektar sahaja yang masih

kosong. Jadi sekiranya ada golongan muda yang minat, bolehlah memohon untuk kita bersama-sama membangunkan kawasan TKPM ini. Berhubung pula dengan akses modal kerja seperti mana yang disebutkan tadi, kita ada Program Agropreneur Muda dan kita akan lebih secara agresif untuk membantu menyalurkan bantuan dan geran ini kepada golongan muda supaya mereka sendiri boleh menjadi usahawan. Daripada segi pasaran pula, kita ada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ataupun FAMA untuk terus memantapkan ekosistem pemasaran dan kita juga menggunakan Program Ladang Kontrak untuk memastikan bahawa kita dapat untuk beli hasil pengeluaran ini, bantu untuk memasarkan dan sekiranya produk-produk itu baik, kita juga boleh bantu sampai ke peringkat pengeksportan. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Banci pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir separuh petani kita berumur lebih 60 tahun sedangkan hanya 22 peratus sahaja golongan muda yang berada dalam sektor pertanian. Untuk maklumat Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Pendang, saya adalah peserta TKPM Nangka Madu di Gemas, Tampin. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah usaha utama kementerian untuk memecahkan persepsi negatif terhadap pekerjaan pertanian dan menaikkan status kerjaya petani muda agar sektor ini dilihat setara dengan kerjaya profesional yang lain. Serta sejauh manakah usaha sama yang dijalankan bersama KPT, KPM, KBS untuk menjadikan pertanian sebagai pilihan kerjaya arus perdana. Bukan sekadar pekerjaan alternatif. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Terima kasih YB Tampin. Sekiranya kita lihat data yang ada, khususnya daripada bidang TVET, bidang TVET pertanian ini dia ranking agak rendah berbanding dengan bidang-bidang yang lain seperti wiring, electrical dan sebagainya. Ini mungkin oleh kerana persepsi yang dihadapi oleh sektor kerja dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, kita perlu berusaha untuk meningkatkan dan lebih menarik minat bakat muda untuk menolak persepsi negatif ini. Antara usaha yang dilaksanakan adalah seperti:

(i) menaik taraf infrastruktur dan fasiliti bagi menyokong pertanian yang lebih moden khususnya menggunakan kemahiran teknologi moden seperti AI dan IoT; (ii) memperbanyakkan lagi mekanisasi dan automasi dalam pengendalian jentera moden; (iii) menyuntik semangat belia dengan memaparkan kisah kejayaan graduan TVET pertanian; dan (iv) memberi bimbingan yang diperlukan kepada usahawan pertanian melalui pegawai daripada jabatan dan agensi yang berkaitan. Kita akan sentiasa bekerjasama rentas kementerian untuk memastikan pelajar dan golongan belia mendapat pendedahan awal berkaitan sektor pertanian khususnya tentang peluang-peluang pekerjaan dan juga potensi keusahawanan yang cukup lumayan. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.

Terima kasih Tan Sri di-Pertua. Soalan Ledang nombor 5.

Syed Ibrahim bin Syed NohPKR · PHLedang · question

5. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Kewangan menyatakan maklum balas semasa daripada pengguna dan perniagaan berhubung pelaksanaan e-Invois.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan e-Invois secara berfasa mulai 1 Ogos 2024 adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara dan tahap pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai. Walaupun pelaksanaan e-Invois masih di peringkat awal, berdasarkan maklum balas awal diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara, didapati pengguna dan perniagaan memberi maklum balas positif dan amat menyambut baik inisiatif e-Invois ini kerana ia dapat membantu peniaga mewujudkan sistem perekodan jualan dan pembelian yang lebih teratur serta penyimpanan dokumen yang lebih sistematik sekali gus melancarkan operasi perniagaan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Ini dapat dilihat di mana sehingga 26 November 2025, sebanyak 742.5 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 108,579 pembayar cukai. Daripada jumlah tersebut 64,346 pembayar cukai melaksanakan e-Invois secara mandatori yang terdiri daripada 5,528 pembayar cukai bagi fasa pertama, 131966 bagi fasa kedua dan 44,852 bagi fasa ketiga. Selain itu 44,233 pembayar cukai dari fasa keempat dan kelima merupakan peniaga yang melaksanakan e-Invois secara sukarela. Kerajaan memahami setiap inisiatif baharu yang diperkenalkan akan ada kekangannya terutama di peringkat awal pelaksanaannya dan berdasarkan maklum balas yang diterima antaranya kekangan adalah kesukaran penjual untuk mendapatkan nombor pengenalan cukai atau TIN yang tepat daripada pembeli sehingga menyebabkan proses pengesahan tidak berjaya. Pertanyaan oleh pengguna untuk mengakses portal MyInvois buat pertama kali cabaran dari segi kos pematuhan dan penyesuaian sistem serta latihan kepada pekerja semasa tempoh peralihan kepada e-Invois dan kekangan sambungan Internet yang kurang memuaskan di kawasan tertentu turut menjadi cabaran. Sehubungan itu, kerajaan melalui LHDN telah menyediakan pelbagai bantuan bagi membantu dan menyokong pihak perniagaan antaranya merangkumi aspek teknologi, kemudahan fizikal dan latihan seperti berikut. Berhubung kesukaran mendapatkan TIN pembeli LHDN telah menyediakan semakan TIN melalui portal MyTax, portal MyInvois serta kemudahan application programming interface, dengan izin menerusi Software Development Kit e-Invois. Konsesi juga diberi untuk menggunakan nombor kad pengenalan bagi tahun pengeluaran e-Invois. Sistem MyInvois e-POS dan aplikasi mudah alih juga diberikan secara percuma termasuk rujukan komprehensif melalui laman mikro e-Invois dan berhubung dengan kekangan internet, pengguna boleh mendapatkan akses melalui kemudahan komputer di kaunter e-Invois di semua pejabat LHDN termasuk pusat internet yang disediakan bagi menyokong pelaksanaan e-Invois dengan lancar. LHDN telah melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan dan latihan yang diberikan secara percuma. Sebanyak 2,500 sesi libat urus seminar dan webinar telah dijalankan di seluruh negara dan LHDN juga menyediakan akses maklumat melalui laman web rasmi e-Invois bagi membolehkan peniaga mendapatkan pelbagai maklumat melalui e-Invois. Perkhidmatan kaunter khas e-Invois turut ditawarkan di semua pejabat LHDN bagi membantu pembayar cukai dalam pelaksanaan e-Invois. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang menyeluruh tadi dan saya perhatikan bahawa memang seperti mana tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut ada maklum balas positif tapi kita juga ada menurut laporan media yang mengatakan bahawa pelaksanaan fasa 2, di mana untuk syarikat-syarikat RM25 hingga RM100 juta ada hadapi kekangan. Dan disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri seperti isu teknikal, gangguan operasi, latihan pekerja jadi soalan tambahan saya, adakah kerajaan menjalankan satu kajian yang sistematik, menerima aduan itu secara sistematik dari perniagaan terutama sektor pembuatan, sektor pembekal mengenai berapa banyak hari dan sumber manusia yang hilang ataupun terganggu akibat daripada transisi ini dan jika ada apakah tindakan mitigasi yang dicadangkan? Sambil itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon dan menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan supaya menangguhkan pelaksanaan e-Invois fasa 5 bagi PMKS, bagi PMKS dengan pendapatan tahunan RM1 juta ke bawah. Sebab memang walaupun kita sokong dari segi agenda pendigitalan, tapi kita kena bagi ruang bernafas kepada pihak PMKS. Jadi saya mohon pertimbangan daripada pihak kerajaan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh LHDN, lebih 85 peratus pembayar cukai telah mempunyai kesedaran dan cakna berkenaan dengan pelaksanaan e-Invois. Manakala lebih 90 peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka mempunyai pemahaman yang mencukupi untuk melaksanakannya melalui sesi taklimat dan webinar yang dijalankan sama ada secara percuma anjuran LHDN mahupun program berbayar anjuran luaran. LHDN sentiasa terbuka dan membuka ruang kepada mana-mana persatuan perdagangan atau kumpulan perniagaan yang mempunyai sebarang cabaran yang memerlukan perhatian LHDN untuk sesi libat urus dan perbincangan untuk memastikan peralihan kepada pelaksanaan e-Invois yang lancar dalam kalangan pembayar cukai. Berkenaan dengan fasa kelima seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ledang, saya akan membawa cadangan ini ke Kementerian Kewangan

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

dan kami akan meneliti cadangan dengan hujah-hujah Yang Berhormat tadi. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Rantau Panjang.

Ya. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya setuju diadakan tempoh peralihan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sebagaimana yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi. Saya ingin tahu, bagaimanakah kerajaan memastikan data pengguna dan juga peniaga yang dihantar melalui platform e-Invois ini dilindungi sepenuhnya memandangkan kebimbangan berhubung keselamatan siber, kebocoran data dan potensi penyalahgunaan maklumat. Jadi sejauh manakah kawalan ini dibuat oleh pihak kementerian?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Okey, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang isu tentang cybersecurity ini kita telah memang berbincang dan telah melaksanakan dengan sebaik mungkin. Berhubung dengan keselamatan data, kerajaan melalui LHDN telah memberikan keutamaan dan memastikan data dalam sistem MyInvois sentiasa terjamin dari segi keselamatan iaitu kita melalui pematuhan terhadap dasar keselamatan ICT LHDN dan garis panduan keselamatan maklumat melalui pengkomputeran awam dalam perkhidmatan awam serta pekeliling berkaitan keselamatan ICT kerajaan yang berkuat kuasa. Bagi memastikan keselamatan data terpelihara, LHDN telah mengambil langkah seperti berikut iaitu mematuhi piawaian antarabangsa melalui pensijilan seperti Information Security Management System dan Business Continuity Management System dengan izin serta piawaian lain yang berkaitan pengurusan dan keselamatan data. Kita juga melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber sejajar dengan piawaian industri yang sesuai termasuk inskripsi, enkripsi, pengesahan, kawalan capaian, firewall dan sebagainya bagi melindungi data e- Invois daripada capaian pengubahsuaian, kehilangan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Selain daripada itu kita juga melaksanakan tadbir urus data atau data governance dengan izin, berdasarkan piawaian industri memastikan pemprosesan maklumat yang sensitif dengan selamat mengikut peraturan dan membataskan akses kepada individu yang dibenarkan sahaja. Juga ada satu lagi iaitu kita menjalankan Security Posture Assessment (SPA) secara berkala dengan pihak ketiga yang dilantik termasuk sentiasa bekerjasama

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

dengan pihak agensi keselamatan siber Negara dan Majlis Keselamatan Negara untuk memastikan keselamatan sistem MyInvois berada pada tahap tertinggi dan LHDN akan sentiasa menyemak dan menambah baik amalan perlindungan data secara berterusan berdasarkan aktiviti pemantauan dan audit secara berkala. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.

Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ambil kesempatan bagi pihak Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa BERSATU Bahagian, Srikandi Bahagian dan Armada Bahagian ke Dewan Rakyat. Lepas ini jumpa Ahli Parlimen di kafe ya. Pantun sikit, PRN Sabah berlalu sudah, Yang menang bersyukur yang tersungkur jangan iri; Soalan nombor enam tertulis sudah, Mohon jawapan dari Sang Menteri.

Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Ustaz Misbah)PAS · PNParit Buntar · question

6. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah pelatih-pelatih di pusat serenti di seluruh negara mengikut peringkat umur remaja dan dewasa lelaki perempuan berdasarkan kaum.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Yang Berhormat, untuk maklumat Yang Berhormat, sehingga 19 September 2025 seramai 5,739 orang klien Agensi Antidadah Kebangsaan sedang mengikuti program rawatan pemulihan dalam institusi di 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, golongan remaja yang berumur di antara 13 sehingga 18 tahun mencatat seramai 81 orang yakni 1.41 peratus. Bagi kategori jantina dalam kalangan remaja, pecahan bagi lelaki adalah seramai 74 orang dan perempuan adalah seramai 70 — tujuh orang. Bagi pecahan kaum pula, merekodkan kaum lelaki seramai — kaum Melayu seramai 70 orang, peribumi Sarawak seramai enam orang, India tiga orang dan lain-lain kaum seramai dua orang. Bilangan golongan belia yang berumur 19 hingga 39 tahun mencatat seramai 3,622 orang yakni 63.11 peratus. Daripada jumlah tersebut bilangan lelaki adalah

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

seramai 3,434 orang dan perempuan adalah seramai 188 orang. Pecahan mengikut kaum pula adalah merekodkan Melayu seramai 3,098 orang, peribumi Sabah 154 orang, India seramai 129 orang, Yang Berhormat, peribumi Sarawak 102 orang, Cina 45 orang dan lain-lain kaum seramai 94 orang. Bilangan golongan dewasa yang berumur 40 hingga 59 tahun pula mencatat seramai 2,036 orang yakni 35.48 peratus. Daripada jumlah tersebut, bilangan lelaki adalah seramai 1,955 orang dan perempuan adalah seramai 81 orang. Pecahan mengikut kaum pula merekodkan Melayu seramai 1,782 orang, India 114 orang, peribumi Sabah seramai 52, Cina seramai 41, peribumi Sarawak 22 orang dan lain- lain kaum seramai 25 orang. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Parit Buntar.

Terima kasih. Selain daripada program-program yang sedia ada yang di pusat-pusat serenti, adakah kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan kemahiran TVET yang bertaraf pensijilan diajar di pusat-pusat serenti bagi memberi kemahiran kepada para pelatih supaya dengan kemahiran yang ada, mereka boleh menjana pendapatan selepas keluar dari pusat serenti? Dan satu lagi, laporan menyebut kos mengendalikan sebuah pusat serenti sekitar RM1 juta setahun. Manakala, jumlah keseluruhan hampir ratusan juta ringgit. Melihat konteks fiskal yang terhad dan jumlah penagih yang agak besar, adakah pihak kementerian pernah menjalankan analisa kos dan faedah yang membandingkan keberhasilan pusat serenti berbanding model lain seperti rawatan komuniti intensif atau pendekatan-pendekatan lain? Jika ya, bolehkah kementerian mendedahkan daripada pendapatan daripada kajian-kajian tersebut? Yang kedua ni minta bertulis pun tak pa.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Yang Berhormat, data yang saya bagi ialah klien yang ada komuniti, dalam PUSPEN, minta maaf. Dalam komuniti kita ada lagi klien yang jumlahnya lebih besar daripada ini. Kalau Yang Berhormat nak, saya akan kongsi secara bertulis. Sebenarnya, dalam PUSPEN kita ada model, modul khas. Kita ada kerangka model asas memahami penagih dadah, kita ada modul i-Pulih ini. Kita ada sistem yang cukup baik, terbukti dan berkesan melaksanakan program-program pemulihan yang melibatkan spiritual, sistem, soal sosial, psikologi, biologi dan sebagainya. Banyak elemen-elemen termasuk pembinaan modal insan dan sebagainya.

AADK sebenarnya telah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua klien yang sedang menjalani program rawatan pemulihan dalam institusi di 10 Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN). Sehingga Oktober 2025 Yang Berhormat, seramai 745 klien AADK terlibat dalam 22 kursus pensijilan di bawah Program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Yang Berhormat tanya tadi, yang melibatkan kerjasama bersama dengan tujuh agensi. Kita ada kerjasama dengan kolej komuniti, dengan GIATMARA, dengan IKBN, dengan KBS sendiri, dengan KEMAS, dengan institut latihan perindustrian dan juga Jabatan Pertanian. Kesemua klien yang terlibat berjaya menamatkan kursus mereka dan sijil diperolehi dan boleh membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan selepas tempoh rawatan dan pemulihan. Lain-lain maklumat yang Yang Berhormat minta tadi saya akan bagi secara bertulis selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bentong.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Kalau kita lihat isu penyalahgunaan dadah di negara kita memang berada di tahap yang amat membimbangkan. Kalau lihat laporan AADK, sehingga September 2024 merekodkan lebih 170,000 penyalahgunaan penagih dadah dan ini memang sangat merunsingkanlah. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah bentuk kaedah ataupun intervensi yang telah dilaksanakan kerajaan bagi memastikan klien kekal pulih? Bukan dia kembali tetapi, kekal terus pulih selepas tamat rawatan dan pemulihan khususnya dari aspek sokongan pasca pemulihan, peluang pekerjaan dan pemantauan berterusan. Sebab kalau boleh kita tak nak klien ini kembali ke lurah yang tidak berguna itu. Jadi, seterusnya apakah bentuk kerjasama di peringkat komuniti yang telah diwujudkan dalam usaha untuk pencegahan dan pembanterasan dadah dan apakah perkhidmatan sokongan tambahan yang disediakan kepada klien semasa mereka menjalani program rawatan pemulihan dalam institusi bagi memastikan mereka benar-benar bersedia kembali ke masyarakat dengan kemahiran, keyakinan dan sokongan yang mencukupi? Ini kerana dekat— di Bentong, kita juga ada PUSPEN di Karak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Penagih dadah adalah penyakit yang kompleks. Kita semua

tahu ini. Berulang dan kronik serta memerlukan penjagaan sepanjang hayat, Yang Berhormat. Sistem jagaan lanjutan yang pelbagai, mudah diakses dan meliputi liputan yang luas akan dapat meningkatkan tahap kebolehan. Yang Berhormat, antara langkah yang diambil oleh AADK bagi memastikan klien kekal pulih adalah melalui pendekatan pemantauan dan pengawasan. Kita menyediakan fasiliti dalam komuniti seperti pejabat AADK daerah, kita ada pusat khidmat, kita ada rumah komuniti bagi membantu klien dapat mengekalkan proses pemulihan itu. Maknanya, selepas dia menjalani rawatan di PUSPEN, kita tak biarkan mereka begitu sahaja, ada tempoh rawatan yang kita lakukan. Selain itu, pendekatan penting jugalah melalui kelompok sokongan. Inilah Yang Berhormat bangkitkan tadi. Dengan keluarga, dengan rakan, dengan masyarakat yang boleh memberikan sokongan emosi kepada mereka dan membantu mengatasi konflik yang mungkin boleh menyumbang kepada penagihan semula. Justeru itu, AADK telah mewujudkan apa yang kita panggil Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga yang peranannya sebagai medium untuk membantu dan menyokong kepulihan klien dalam komuniti. Klien juga Yang Berhormat, kita dedahkan dengan kemahiran hidup yang praktikal seperti pengurusan kewangan, kemahiran komunikasi, pengurusan masa untuk memberi keyakinan bagi mereka menghadapi cabaran dalam kehidupan yang sepenuhnya. Kita ada banyak kerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan. Yang ini saya boleh kongsi dengan Yang Berhormat kerana ia memang satu daripada pendekatan yang kita buat untuk membolehkan supaya isu dadah ini, masalah ini dapat ditangani secara bersama. Terima kasih, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.

Tuan Ir. Ts. Zahir bin HassanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dari Melaka ke Bandar Miri, Singgah bermalam di rumah senja; Kerosakan paip berulang kali, Wang rakyat hilang begitu sahaja. Soalan saya nombor 7.

Zahir bin HassanPKR · PHWangsa Maju · question

7. Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan: (a) perancangan terperinci termasuk garis masa untuk menukar baki paip air lama jenis asbestos cement (AC) sepanjang 39,752 kilometer atau 28.7 peratus di seluruh negara; dan (b) kesediadaan meninjau kaedah-kaedah baru pengeluaran air terawat selari dengan perkembangan industri yang memerlukan bekalan air terawat berkualiti.

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd NasirPKR · PHTimbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air · Johor Bahru

Boleh berpantun juga Wangsa Maju ni. [Ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, jawab Menteri.

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Fact Book 2024, jumlah panjang paip asbestos simen ataupun AC di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2024 adalah 39,287 kilometer iaitu 28 peratus daripada keseluruhan panjang paip. Pada Julai 2024, kerajaan telah meluluskan cadangan pelaksanaan penambahbaikan Program Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan yang merangkumi penggantian paip kritikal di seluruh Malaysia dengan anggaran sepanjang 1,844 kilometer. Pelaksanaan program ini bermula pada tahun 2025 sehingga tahun 2030. Pada masa ini, sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan operator serta pihak berkepentingan telah selesai dilaksanakan.

Selanjutnya, Makmal Kajian Nilai (VA) juga telah dilaksanakan bermula 14 Oktober hingga 14 November 2025 bagi memperincikan skop, kos dan strategi pelaksanaan projek. Pelaksanaan program akan dirangka secara berfasa dengan keutamaan diberikan kepada kawasan yang mencatat kadar kebocoran yang tinggi, menerima aduan pengguna yang kerap serta lokasi yang menjejaskan kualiti perkhidmatan bekalan air. Bagi penggantian paip kritikal selebihnya, kementerian sedang mengenal pasti mekanisme pelaksanaan yang bersesuaian khususnya dari aspek pembiayaan projek memandangkan kerja-kerja penggantian paip melibatkan kos yang amat tinggi. Garis masa pelaksanaan yang dicadangkan adalah bermula dalam RMK13 dan diteruskan dalam RMK14 dengan sasaran penggantian menyeluruh menjelang

tahun 2040, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan serta sokongan kerajaan negeri. Untuk soalan kedua. Pada masa ini, teknologi rawatan yang digunakan untuk bekalan air terawat di semua loji rawatan air (LRA) utama di negara ini adalah menggunakan teknologi rawatan air secara konvensional yang meliputi rantaian proses seperti pengudaraan, koagulasi dan flokulasi pemendapan penapisan dan disinfeksi. Penggunaan bahan kimia akan digunakan dalam peringkat-peringkat proses rawatan tersebut. Penggunaan teknologi konvensional ini diyakini mampu untuk merawat air seterusnya mematuhi standard kualiti air minum seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kementerian akan terus meneroka teknologi dan pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan tahap dan kemampanan perkhidmatan bekalan air selaras dengan rangka kerja transformasi sektor air bersepadu di bawah Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Wangsa Maju.

Tuan Ir. Ts. Zahir bin HassanPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Kita sedar bahawa NRW ini adalah satu pembaziran. Dan pembaziran itu, kita tahu, disebabkan― sebab utamanya adalah kebocoran dan pecahnya paip-paip. Dan kita tahu paip-paip yang pecah itu disebabkan oleh usianya, keadaannya usang, yang lama, dari jenis AC ataupun asbestos simen paip itu sendiri. Soalan saya. Kita tahu sebab dia, kita ada perancangan demi perancangan untuk menangani isu NRW ini, tapi cabarannya adalah di dalam pelaksanaan. Dalam konteks ini, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, berapakah paip-paip asbestos simen yang telah diganti mengikut saiz bagi setiap negeri-negeri di Malaysia lima tahun yang terakhir ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Wangsa Maju. Seperti mana yang kita sedia maklum, aset ataupun paip ini terletak di bawah tanggungjawab operator air. Sudah pasti dari segi keupayaan mereka itu akan menentukan berapa pantas ataupun kesungguhan kita untuk menukar kesemua AC yang masih ada di dalam negara ini.

Soalan Yang Berhormat itu spesifik. Saya ada dia punya jadual. Tapi, secara keseluruhan dalam tempoh 2020 sehingga 2024...

...Untuk keseluruhan negara, kita telah menukar sebanyak 2,210 kilometer paip AC. Dan selebihnya untuk pecahan ikut negeri, saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, silakan.

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Merujuk kepada konteks Pelan Induk Tenaga Negara (NETR) dan keperluan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor untuk air ultrapure, sejauh manakah pihak kementerian bersedia untuk melaksanakan projek rintis dan pelaburan dalam teknologi rawatan air bukan konvensional seperti penulenan air sisa (water reclamation) atau penyahgaraman (desalination)? Dan apakah status terkini pelan penswastaan PPP, kerjasama awam-swasta, untuk pembangunan loji rawatan air baharu yang diumumkan sebelum ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Dari segi penggunaan teknologi, memang kita terbuka. Tetapi, sudah pasti dari segi kekangan kos ataupun cabaran dari sudut kos itu akan menentu sejauh mana teknologi-teknologi ini akan dapat diperkenalkan dalam negara, walaupun projek pilot dan sebagainya itu ada yang sedang mengusahakannya. Cuma, dari segi satu lagi ruang adalah penghasilan air pulih guna. Di sini, dari segi cabarannya adalah sudah pasti bagaimana kita untuk mencari demand ataupun keperluan mereka yang memahukan air pulih guna ini. Jadi, di negara ini, contohnya, memang pusat data antara pengguna air yang terbesarlah. Jadi, sebab itu untuk tujuan air pulih guna ini, dia akan memenuhi syarat ekonomi kitaran dan kementerian sebenarnya telah menyasarkannya sebanyak 118 juta liter sehari untuk kita gunakan air pulih guna ini menjelang tahun 2030. Buat ketika ini, memang kita telah pun ada satu projek di Johor, kerjasama antara IWK dan juga Johor Special Water, unit di bawah kerajaan negeri yang membekalkan air pulih guna ke pusat data di sana. Dan yang kedua, kita ada juga di bawah Amazon Web Services (AWS) yang membekalkan air pulih guna untuk fasiliti

mereka di Cyberjaya dan Semenyih. Jadi, untuk tujuan tersebut, dia bergantung kepada bagaimana untuk kita match-kan ataupun kita ketemukan antara permintaan dari pusat-pusat data ini. Dan kita mengharapkan untuk langkah seterusnya, sememangnya dari segi sudut ini, kita perlu meminda untuk fasa seterusnya dari segi pindaan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air. Memang kita akan tengok dari segi bagaimana nak memperkemaskan berkaitan sudut perkhidmatan bekalan air dan juga pembetungan termasuk berkaitan dengan air pulih guna. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tan Sri, boleh minta izin tak? Perkara ini penting dekat Sabah ini, air ini... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Jarang berlaku. Silakan. Saya bagi.

Terima kasih banyak Tan Sri Speaker bagi ruang. Cuma, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang usaha pihak Kerajaan Pusat untuk membantu masalah air di negara kita bukan hanya dari segi paip nak ditukar, bukan hanya dari segi NRW ya, non-revenue water yang ada― agak meningkat ya. The highest in the country is Sabah. Cuma, saya bertanya, bolehkah pihak Kerajaan Pusat, bukan hanya Audit General, siasat perjanjian-perjanjian yang ada di antara syarikat dan juga kerajaan untuk mengatasi masalah ketirisan? Saya bertanya pasal saya pernah jadi kerajaan dan saya batalkan syarikat itu. Lopsided agreement, dengan izin Tan Sri Speaker. Jadi, saya ingin bertanya, berapa jumlah yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk membaiki kemudahan bekalan air? Dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang begitu penting, Tan Sri? The highest kidney problem in the country is in Sabah, pasal saltwater. Jadi, saya ingin bertanya, apakah tindakan tegas sama ada dari pihak SPRM, Auditor General yang ada untuk siasat secara detail? Kerana ini ketirisan wang yang begitu banyak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, silakan.

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Memang jauh daripada soalan asal. Tapi, mengambil kira luas biasanya situasi itu, saya cuba juga jawab.

Dari segi apa komitmen daripada Kerajaan Persekutuan, memang kita ada komitmen sekitar RM2.5 bilion dari segi projek-projek yang ongoing termasuk daripada sumber sehinggalah kepada loji rawatan dan sebagainya. Cabaran yang kita hadapi di sini pun saya pernah menjawab di Kamar Khas, sebagai contoh. Berbeza di Semenanjung, sebagai contoh. Memang kita ada governance daripada sudut regulator-nya adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Tapi, SPAN sebenarnya tidak ada ruang untuk di Sabah kerana kita menghormati autonomi dan juga hak yang di sana. Tetapi, sudah pasti ia nya menimbulkan cabaran yang pernah saya utarakan, sama ada perlu ada regulator yang memantau kerana ketika ini jabatan adalah segala-galanya dan Yang Berhormat pun agak faham situasi di sana dan sebagainya. Cuma, dari segi bagaimana untuk peringkat kementerian, kita masih menyemak dari segi permohonan bayaran setiap kali mereka menyiapkan peratus kerja itu, bila kita nak release payment itu. Itu adalah paling jauh pihak kementerian boleh semak dari segi status kerja dan juga payment ataupun bayaran yang kita boleh lepaskan. Cuma, selebihnya, sekiranya Yang Berhormat menyatakan perlu ada siasatan daripada pihak SPRM dan sebagainya, itu di luar skop kementerian.

Dan, nasihat saya sekiranya ada bukti dan sebagainya, perlu dikemukakan supaya industri ataupun bekalan air Sabah ini kita kena tingkatkan mutunya dan perkhidmatannya kerana akhirnya, air ini adalah bukan soal pembangunan ekonomi, tetapi adalah asas kehidupan rakyat kita. Saya rasa harap dapat menjawab soalan Yang Berhormat dan tahniah juga kerana berjaya menang di DUN Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya jemput Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Izinkan saya berpantun. Menunaikan haji adalah impian, Rakyat menanti penuh pengharapan; Soalan Kuala Krai nombor lapan, Timbalan Menteri berikan jawapan. Terima kasih Tan Sri.

Abdul Latiff bin Abdul RahmanPAS · PNKuala Krai · question

8. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana

(a) berapakah jumlah pendeposit Tabung Haji (TH) yang menolak tawaran menunaikan haji dalam tempoh 10 tahun (2015- 2025); dan (b) apakah alasan penolakan tersebut serta apakah langkah TH bagi memastikan kuota haji dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Timbalan Menteri.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Izinkan saya memberikan pencerahan dan penjelasan sebaiknya. Suka saya kongsikan di sini bahawa Tabung Haji adalah institusi pengurusan haji terbaik dunia. Tabung Haji telah menerima anugerah tertinggi Labaytum Diamond Award daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Jun 2025 atas pengurusan haji terbaik dunia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tawaran haji yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji adalah berdasarkan kuota yang diterima daripada pihak Kerajaan Arab Saudi. Kuota tahunan rasmi negara sebanyak 31,600 orang sentiasa dipenuhi setiap tahun, 100 peratus. Hasil penerimaan tawaran tahun semasa dan juga pembukaan permohonan rayuan, dan setiap kekosongan diganti serta-merta melalui sistem THiJARI. Untuk rekod, bagi tahun 2025, Tabung Haji telah menerima lebih 84,000 jumlah permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadah haji dan inisiatif ini secara langsung telah membantu Tabung Haji untuk memastikan kuota haji rasmi pada setiap tahun dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pada setiap tahun, daripada keseluruhan jumlah tawaran haji yang dikeluarkan kepada bakal haji dalam giliran, terdapat sebilangan yang akan — saya tidak akan menggunakan perkataan menolak, menangguh atau menunda atas alasan-alasan tertentu. Antara 2015 sehingga 2025, rekod menunjukkan semua kuota haji telah pun dipenuhi sepenuhnya. Bahkan, peratusan penangguhan ataupun penundaan ini semakin berkurang. Setakat 3 Disember 2025, hanya 18 peratus sahaja bakal jemaah haji yang menangguh atau menunda menunjukkan keberkesanan strategi proaktif Lembaga Tabung Haji.

Dr. Zulkifli bin HasanTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tabung Haji telah mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan makluman peringatan awal melalui media massa, aplikasi THiJARI, pesanan SMS dan e-mel kepada bakal-bakal jemaah dalam giliran bagi musim haji tahun hadapan untuk bersedia lebih awal terutamanya dari aspek kemas kini rekod maklumat peribadi, kesihatan, kewangan, pengurusan diri dan penambahan ilmu berkaitan fardu ain dan haji. Di samping itu, bakal haji juga diberi saranan untuk menabung di Tabung Haji secara konsisten, dan merangka perancangan kewangan sebaiknya untuk mencukupkan simpanan menjelang tiba tempoh giliran nanti. Kekosongan kesan penolakan ataupun penangguhan tawaran oleh bakal haji dalam giliran akan digantikan dengan jemaah yang membuat permohonan rayuan. Tabung Haji sentiasa membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadah haji pada setiap tahun, dan boleh dilakukan melalui kemudahan aplikasi dalaman sesawang THiJARI. Proses rayuan haji telah dibuka awal bagi mengelakkan proses rayuan dilakukan pada saat-saat akhir dan untuk memberikan masa persediaan yang mencukupi buat semua bakal haji. Kesimpulannya, Tabung Haji sentiasa memastikan kuota yang diberikan dipenuhi 100 peratus setiap tahun, dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Duyufurrahman negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Krai.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan telah diberikan. Berdasarkan laporan Tabung Haji beberapa ketika yang lalu mengatakan bahawa sekitar 50 peratus jemaah haji yang menerima tawaran untuk musim haji ini terpaksa menolak ataupun Yang Berhormat sebut tadi menunda atas faktor kewangan, dan 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji, hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM1,300 sebagai simpanan minimum. Adakah kerajaan menganggap situasi hampir separuh tawaran haji ditolak ataupun ditunda ini sebagai satu kegagalan dasar simpanan haji yang memerlukan rombakan sistem simpanan tunai haji, dan adakah langkah kerajaan untuk memulihkan keadaan ini, dan memandangkan polisi daftar awal ditawar awal kekal? Sedangkan data menunjukkan tadi saya sebut 50 peratus yang menolak atau yang menunda atas dasar faktor ketidakmampuan kewangan. Apakah langkah kerajaan bagi membantu golongan tersebut yang telah menunggu dalam tempoh

yang agak lama supaya giliran mereka tidak terlepas begitu sahaja? Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Ingin ditekankan di sini, penangguhan mahupun penundaan bakal haji ini, bukanlah atas dasar isu atau sistem atau dasar Tabung Haji, ya.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

[Bangun]

[Bangun]

Ianya adalah berdasarkan beberapa faktor. Di antaranya ialah faktor peribadi, 31 peratus. Faktor kesihatan, 20 peratus. Hanya faktor kewangan itu hanya 23 peratus. Ini bermakna ada banyak faktor yang lain. Oleh itu, Tabung Haji telah melaksana pelbagai langkah: (i) mengeluarkan peringatan awal kepada bakal haji melalui SMS, e-mel, media dan juga THiJARI supaya buat persediaan kesihatan lebih awal; (ii) membuka permohonan rayuan lebih awal; (iii) menggunakan platform THiJARI bagi mempercepatkan penerimaan dan penggantian tawaran; dan (iv) memastikan penilaian istito’ah kemampuan itu kekal ketat supaya hanya jemaah yang benar-benar bersedia berangkat mengurangkan risiko pembatalan di saat akhir. Menjawab soalan bahagian kedua, boleh ya Yang di-Pertua? Berkenaan dengan aspek pendeposit Tabung Haji. Ingin ditekankan di sini bahawa Tabung Haji telah melakukan pelbagai langkah dan telah menunjukkan— alhamdulillah, prestasi yang baik di mana saiz deposit dan jumlah pendeposit telah meningkat, dari 75.9 bilion pada 31 Disember 2020 kepada 91.7 bilion pada 2024 — 31 Disember. Malahan, angka tersebut terus meningkat dengan jumlah deposit sehingga 93.35 bilion setakat 30 November 2025. Ini bermakna bahawa langkah-langkah proaktif yang telah dijalankan oleh Tabung Haji telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik. Namun begitu, ianya perlu diteruskan agar dapat membantu bakal jemaah kita menunaikan haji dengan sebaiknya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Batu Pahat.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya ialah apakah ada cara atau tindakan yang lebih cakna ataupun yang lebih proaktif untuk Tabung Haji untuk meningkatkan jumlah jemaah untuk menerima tawaran haji? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

Terima kasih. Soalan berkenaan dengan apakah cara untuk meningkatkan bilangan jemaah, tawaran jemaah haji. Sememangnya setiap tahun, Tabung Haji akan memohon kuota tambahan daripada Kerajaan Arab Saudi. Namun begitu, ia masih bergantung kepada Kerajaan Arab Saudi untuk memberikannya atau tidak memberikannya. Dalam masa yang sama, kita juga berusaha untuk memastikan bahawa kuota yang sedia ada itu dipenuhi 100 peratus. Kita juga menyaksikan bahawa setelah adanya Kerajaan Arab Saudi membesarkan dan juga dalam projek Kerajaan Arab Saudi itu sendiri untuk memperkukuh dan memperluaskan lagi Masjidil Haram dan sebagainya, kita jangkakan insya-Allah di masa depan bilangan jemaah haji akan bertambah. Namun begitu, ia masih bergantung kepada kuota haji termasuk kuota tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi. Berdoa, supaya tahun depan kita dapat kuota tambahan seperti mana yang kita dambakan pada hari ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Silakan Menteri. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul Menteri Dalam

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Negeri, Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025, Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 dan usul Menteri Kewangan seperti di nombor 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.” Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Dato’ Sri Ramanan RamakrishnanPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Buloh

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH P.M. 14(1)(ia) — Pemantauan Tahap Pembangunan Infrastruktur Dan Persediaan Rejimen Askar Wataniah Serta Kem-Kem Terpilih Sebagai Lokasi Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Speaker...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tan Sri Speaker...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Speaker, saya nak bawa...

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Saya bawa 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Standing order.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

18(1).

Tuan Yang di-Pertua

18(1), ya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Saya hantar kepada Pejabat Speaker semalam berkaitan dengan usul-usul yang tertentu, merunding perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai berkehendak disegerakan— untuk disegerakan. Okey. Apa yang saya bawa semalam Yang di-Pertua, berkaitan dengan masalah seks songsang yang berlaku yang melibatkan 17 penjawat awam. Yang membimbangi kita di negara ini adalah kerana ia nya dikatakan tak dapat didakwa kerana tak ada akta dan tidak ada undang-undang. Jadi, apa yang ingin saya

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

persoalkan di sini ialah pasal kebimbangan ini takut perkara ini dinormalisasikan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Jadi, oleh yang demikian...

Tuan Yang di-Pertua

Saya, saya ada suratnya Yang Berhormat. [Tidak jelas]

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Hah, saya minta supaya sama ada minta ihsan daripada Yang di-Pertua sama ada nak bincang benda ini sekarang ke...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Hulu Terengganu...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

...Ataupun akan datang ke...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Hulu Terengganu...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

...Untuk...

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar, sebentar.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Sabarlah.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap, kejap. Peraturan mesyuarat, dia ...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Tetapi, dia kena hantar sebelum pukul 10.00, Yang Berhormat. Yang ini dah petang dah.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tak, maksud saya ialah kebimbangan takut ini― kebimbangannya ialah...

Tuan Yang di-Pertua

Dak, peraturan...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Hulu Terengganu...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

...Kerana Allah berfirman...

Tuan Yang di-Pertua

Kerana dalam Dewan ini ada peraturan mesyuarat.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

...Allah berkata ini satu benda yang cukup, cukup― so, sekarang...

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham itu. Baik

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Hulu Terengganu...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

[Membaca sepotong ayat al- Quran]

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat. Yang Berhormat tidak ...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

“Allah balikkan bumi Sodom itu dengan suatu keazaban.” Saya takut bimbang ia dinormalisasikan dalam masyarakat kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat tak comply dengan peraturan mesyuarat. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tan Sri Speaker...

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka, apa hal?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya. Tan Sri Speaker, ini saya merujuk kepada permohonan saya untuk merujuk Pendang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menggunakan perkataan “Kota Celaka” itu dan saya sudah dapat surat daripada Tan Sri Speaker meminta agar saya memberi maklum balas terhadap penjelasan Pendang. Jadi, saya nak maklum kepada Tan Sri Speaker, saya tidak terima penjelasan Pendang. Maka, saya harap supaya Tan Sri Speaker boleh buat keputusan agar Pendang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Sebab perkataan tersebut apabila saya balik ke kawasan, penduduk dan pengundi di kawasan saya, mereka rasa kecewa dan mereka kata dia menghina ya, mencaci rakyat dan penduduk di kawasan Kota Melaka...

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

...Dengan menggunakan perkataan yang begitu tak seronok ya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tan Sri, Tan Sri. Hulu Langat.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat lagi?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ha, Hulu Langat. Sama, sama. Sama dengan Kota Melaka. Isunya sama jugalah. Bila balik ke kawasan, orang Hulu Langat marah dengan saya dia kata. Dia kata, “YB Hulu Langat ini tak buat apa-apa ke dia kata dekat Parlimen,” dia kata. Orang boleh panggil pula Hulu Langat dengan nama-nama macam itu kan. Jadi, saya minta juga sama dengan Kota Melaka tadi Tan Sri. Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya respons dari Kota Melaka dengan Hulu Langat dulu. Apabila Speaker menulis kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat kena menjawab secara bertulis kepada saya. Itu peraturan mesyuarat, yang pertama. Yang kedua saya nak maklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini atau belah sini, apabila Yang Berhormat menghantar usul kepada saya,

Tuan Yang di-Pertua

dia mengambil masa kerana saya kena very, very sure bahawa semua maklumat yang diperlukan itu sebelum saya buat keputusan, hendaklah saya meneliti. Sebab itulah, malah jawapan Yang Berhormat pun saya berikan kepada mereka yang bertuduh. Yang bertuduh pun saya akan berikan supaya at the end of the day, apabila keputusan yang saya buat itu, keputusan yang very just decision. Sebab itu, saya tidak mahu take the risk for not being fair to everyone. Pendang apa nak sebut ini? Peraturan mesyuarat juga?

Boleh ha. 36.

Tuan Yang di-Pertua

36 berapa?

36(4).

Tuan Yang di-Pertua

Isu apa?

Isu, isu inilah. Isu yang dibangkitkan. Boleh jawab balik? Tak boleh eh?

Tuan Yang di-Pertua

Oh, dak. Isu ini― yang masuk dia orang terhadap Pendang.

Saya pun jawab dah.

Tuan Yang di-Pertua

Ha, biar saya buat keputusan.

Saya dah jawab balik dekat Pejabat Speaker. Saya jawab. Cuma, saya nak bagi tahu dekat Tan Sri Speaker...

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah bagi tahu.

Oh, tak payah? Ha, okey. Okey, baik.

[Dewan ketawa]

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Baik Tan Sri Speaker. Kita akan menjawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, silakan.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun dah keliru, kertas banyak atas meja dah ini. Baik. Seterusnya, Setiausaha silakan. Number what? 13, okey. Baik. Ahli Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat Ledang, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Keselamatan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk “Pemantauan Tahap Pembangunan Infrastruktur dan Persediaan Rejimen Askar Wataniah serta Kem-kem Terpilih Sebagai Lokasi Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0”. Silakan Yang Berhormat, 10 minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya yang wakili Jawatankuasa Pilihan Keselamatan untuk membentangkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Keselamatan yang bertajuk “Pemantauan Tahap Pembangunan Infrastruktur dan Persediaan Rejimen Askar Wataniah serta Kem-kem Terpilih Sebagai Lokasi Pelaksanaan PLKN 3.0”. Tuan Yang di-Pertua, Program Latihan Khidmat Negara ini, ini adalah yang ketiga, PLKN 3.0. Ianya digerakkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan merupakan satu usaha nasional yang direka semula untuk melahirkan belia yang berdisiplin, berdaya tahan dan yang berpaksikan nilai patriotisme. Melalui struktur latihan berfasa yang merangkumi modul pembinaan sahsiah, ketahanan fizikal, latihan ketenteraan asas yang selamat dan terkawal serta pengukuhan kepimpinan dan kerjasama berpasukan. PLKN 3.0 memberi ruang kepada belia untuk mengasah disiplin diri, menjiwai semangat kebangsaan dan memahami keperluan perpaduan negara. Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat Bil. 13, Tahun 2024 bertarikh 2 Disember telah menetapkan dua fokus utama jawatankuasa ini. Pertama, mesyuarat bersetuju beri perhatian khusus kepada strategi pelaksanaan semula PLKN 3.0 serta tahap persediaan bagi tiga siri pengambilan pelatih pada tahun ini, pada tahun 2025. Yang kedua, jawatankuasa ini menegaskan komitmen untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dengan izin, yang secara berterusan bagi memantau pelaksanaan PLKN 3.0 agar ia berjalan dengan teratur, telus dan menepati objektif nasional. Penyediaan penyata ini maknanya bukanlah hanya laporan penyata di atas meja yang Ahli-ahli Yang Berhormat boleh tengok ada di atas meja. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya tak pasti sama ada, ada yang dah baca ataupun tidak, tetapi ia nya bukan hanya laporan. Kerana ianya merupakan hasil tinjauan ketiga belas lawatan-lawatan fizikal yang mana ahli-ahli jawatankuasa mesti turun dan pergi ke kem-kem yang terlibat dari Kuala Lumpur, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Kami turun ke tapak projek, kita jejak laluan kem yang berbukit, masuk blok- blok penginapan lama, dengar penerangan, bentang perkembangan dan status pembangunan dan baik pulih tapak yang dilaksanakan di bilik-bilik taklimat, sesi

dialog bersama dengan komandan, bersama dengan jurutera, bermesyuarat terus dengan wakil kontraktor yang bertanggungjawab di lapangan. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Tak turun padang, maka tak nampak realitinya. Dalam penyata ini, saya akan menekankan tujuh bidang utama. Ianya mencerminkan realiti sebenar. Memang ada aspek yang positif, tetapi ada juga yang membimbangkan. Ada juga yang memerlukan tindakan susulan oleh Kementerian Pertahanan. Perkara pertama ialah berkenaan dengan pembangunan infrastruktur, kondisi tapak, kemajuan projek dan risiko yang dihadapi. Tan Sri Yang di-Pertua, dapatan daripada sesi lawatan pemantauan menunjukkan bahawa pembangunan infrastruktur bagi kem-kem yang terlibat ini telah mula dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantik. Tetapi prestasi pembangunan setiap kem adalah tidak sekata. Tinjauan mendapati kemajuan pelaksanaan pembangunan kem adalah tidak sama sebab kem-kem ini berbeza. Ada yang mencapai kemajuan yang memuaskan, ada yang terpaksa menunda jadual sebab struktur tanah yang tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan asas. Sebagai contoh, Kem Sabak Bernam berada di kawasan tanah tidak rata ataupun berair. Pembangunan kem ini memerlukan kerja tanah tambahan serta pembinaan ground improvement seperti kaedah cerucuk ataupun soil replacement untuk mengelak daripada penurunan struktur.

Kelewatan ini bukan disebabkan ketidakcekapan kontraktor tetapi faktor teknikal yang memerlukan masa dan ujian keselamatan tambahan. Sebegitu juga kawasan berbukit seperti di Kem Hutan Melintang, dia memerlukan soil investigation tambahan untuk menentukan kaedah pembinaan retaining wall yang betul supaya ia tidak bermasalah ketika hujan lebat. Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan risiko banjir. Tan Sri Yang di- Pertua, risiko banjir dan kelemahan sistem saliran adalah merupakan antara isu yang konsisten di hampir semua lokasi. Jalan perhubungan menuju contohnya ke Kem Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan akan terputus apabila banjir berlaku dan paras air sungai meningkat sehingga melimpah ke kawasan sekitarnya. Situasi yang sama turut berlaku di kem di Bukit Pinang, Kedah yang juga terdedah kepada banjir apabila hujan lebat. Kemudian Kem Batu Uban di Pulau Pinang, dia terletak dalam zon tadahan air yang memerlukan sistem saliran yang lebih besar daripada sistem saliran sedia ada dan kontraktor sedang membina kolam tadahan –– kolam takungan ataupun retention pond bagi menangani isu tersebut.

Kebimbangan utama di sini ialah sama ada kolam takungan itu benar-benar berkesan dan sama ada ia boleh menimbulkan risiko seperti kemasukan air bawah tanah ataupun isu-isu yang berkaitan. Jadi Jawatankuasa berpendapat bahawa kem- kem yang berhadapan dengan isu banjir ini perlu diberikan perhatian yang lebih khusus, ditangani supaya ia tidak membahayakan pelatih dan program PLKN dapat dilaksanakan dengan teratur. Maka penyelesaian segera perlu diambil. Jawatankuasa juga mengesyorkan agar MINDEF meneliti semula keutamaan projek ini dengan memastikan kerja-kerja sistem saliran, drain out system, desilting, retention pond, pembetulan gradien dan pembinaan benteng ditandakan sebagai critical path ya, dalam semua jadual-jadual projek. Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang ketiga ialah berkenaan dengan keperluan fasiliti latihan asas. Antara perkara penting dalam PLKN ialah juga modul dari segi ketenteraan dan kita mahu mereka ini ada daya tahan yang tinggi. Jadi ia bukan sekadar program latihan belia tapi pelaburan strategik demi keselamatan dan kestabilan negara supaya mereka ini berdaya tahan dan berdaya saing. Tapi dalam lawatan-lawatan yang kami lakukan, masih ada kekurangan kemudahan latihan fizikal. Contohnya di Kem Sabak Bernam dan Kem Hulu Langat– – Hulu Langat ke ni? Mungkin silap sikit ya, dia tidak mempunyai lapang sasar. Hutan Melintang tak silap saya ya. Kem Sabak Bernam dan Kem Hutan Melintang tidak mempunyai lapang sasar. Kalau nak pergi berlatih menembak tu mereka kena pergi ke kem tentera sejauh dua jam perjalanan ke Ipoh. Begitu juga Kem Bukit Pinang menggunakan kemudahan lapang sasar berbayar di Lapang Sasar Tunku Intan Safinaz di Universiti Utara Malaysia. Jadi jauh juga perjalanan itu. Kem yang lain juga tidak mempunyai menara abseiling dan litar merentas halangan. Pelatih terpaksa keluar menjalani latihan tersebut di kem-kem yang lain yang lebih dekat. Begitu juga dengan ketiadaan fasiliti latihan asas seperti kenderaan untuk membawa pelatih-pelatih. Ia membebankan kos logistik tetapi juga boleh melibatkan risiko keselamatan. Jadi, pergerakan ini mesti ada SOP yang ketat. Justeru itu, Jawatankuasa mengesyorkan agar setiap fasiliti latihan dimestikan bagi setiap tapak latihan atau kem dan dibina atau dibangunkan dalam kawasan kem itu sendiri. Perkara yang keempat Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan penginapan, keselamatan dan risiko persekitaran. Penginapan dan keselamatan pelatih ini adalah perkara penting dan berdasarkan siri lawatan, Jawatankuasa

mendapati terdapat kem-kem yang memerlukan penambahbaikan yang banyak kepada fasiliti penginapan. Contohnya Kem Kluang dan Kem Gemas, ia mengguna semula bangunan bekas pusat pemulihan yang mungkin tidak sesuai untuk pelatih belia. Blok penginapan tersebut kini sedang dinaik taraf, namun kawasan sekitarnya agak sempit dan terhad dan padang kawad juga tidak tersedia. Jadi ia perlu ada satu suasana persekitaran yang lebih sesuai untuk pelatih-pelatih dan bukan untuk pusat pemulihan. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebutkan, “Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan sempurna”; Riwayat al-Baihaqi. Maknanya apabila kami teliti, kami tinjau kita mahukan supaya ia dilakukan dengan penuh baik, teliti, sesuai dengan prinsip ataupun asas yang ingin kita bawakan dalam PLKN 3.0. Sebab itu saya dan Ahli Jawatankuasa melihat ada kesungguhan dipihak PLKN ataupun JLKN untuk memastikan pembinaan semula, pembinaan baru ataupun baik pulih itu sesuai dengan persekitaran kawasan kem. Saya dalam pada itu Tan Sri Yang di-Pertua, Jawatankuasa mengesyorkan supaya MINDEF memastikan pengubahsuaian penginapan dilakukan dengan standard yang sama di semua kem, ada CCTV dan sebagainya. Perkara yang kelima, saya cepatkan Tan Sri Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan isu logistik dan kenderaan. Jawatankuasa turut meneliti isu logistik sebab ada kem yang hanya ada satu laluan keluar masuk. Jadi apabila banjir berlaku boleh berisiko terputus jalannya menjejaskan operasi sesebuah kem. Keadaan ini pernah berlaku terutama di kem di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Begitu juga dengan isu kenderaan. Ada kem yang tidak mempunyai kenderaan yang mencukupi untuk membawa pelatih keluar kawasan seperti ke hospital, ke rumah ibadat, masjid dan lain-lain lagi keperluan. Jadi Jawatankuasa syorkan supaya MINDEF meningkatkan aset logistik supaya sesuai dengan keperluan kem dan juga pelatih. Perkara yang keenam kelulusan koordinasi dan tadbir urus projek. Jawatankuasa turut mendapati bahawa antara punca utama kelewatan projek ialah isu teknikal pentadbiran, isu sempadan tanah, isu tapisan keselamatan. Jadi Jawatankuasa secara tegas mengesyorkan agar MINDEF melaksanakan penyelarasan antara agensi atau jabatan yang terlibat supaya pembinaan kem tidak tersekat atas isu yang sebenarnya boleh diselesaikan lebih awal dan merisikokan

kelewatan ataupun penangguhan projek pembangunan untuk siap seperti yang dijadualkan. Ada lagi beberapa contoh di mana berlakunya insiden ataupun isu-isu berkenaan dengan tadbir urus seperti di Kem Sematan, di Kem Batu Uban tapi saya serahkan kepada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk juga teliti dan baca dan saya ingin terus kepada perkara yang terakhir iaitu berkenaan dengan jumlah peruntukan kewangan dan pemantauan yang lebih ketat. Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan setiap kem melibatkan kos di antara RM24 juta hingga RM58 juta. Kalau nak kira memang kos ini agak tinggi kerana ia melibatkan kos bina semula dan baik pulih. Tetapi ini adalah kem-kem Askar Wataniah dan boleh diguna sama oleh Askar Wataniah ataupun pihak yang lain. Jadi bermakna ia boleh dioptimumkan supaya kos itu tidak meningkat tinggi dan terlalu tinggi, hanya untuk sebuah kem PLKN. Kalau kita lihat kepada kos-kos ini memang ada perbezaan daripada segi kem-kem ini, tapi jumlah total pembangunan, kos pembangunan ataupun naik taraf ialah sebanyak RM431.8 juta yang sudah pun dilaporkan dalam Belanjawan 2026. Jadi Jawatankuasa mengesyorkan untuk memastikan supaya perbelanjaan ini diteliti, ditekuni dengan baik, Jawatankuasa mengesyorkan supaya laporan milestone disiapkan secara berkala dan kita akan buat penilaian secara progresif, secara telus untuk peruntukan digunakan secara optimum dan memastikan supaya kem-kem berada pada tahap kesiapsiagaan yang sepenuhnya. Satu lagi perkara yang sangat penting juga Tan Sri Yang di-Pertua ialah soal kebajikan. Jawatankuasa menekankan kepentingan penyelarasan berhubung dengan elaun pelatih PLKN 3.0. Penetapan kadar elaun, kadar pembayaran serta jadual penyaluran perlu dimuktamadkan lebih awal untuk mengelakkan kekeliruan ketika pelaksanaan pada tahun 2026 nanti. Jawatankuasa berpandangan bahawa perkara ini bukan sekadar isu pentadbiran tetapi menyentuh motivasi, kesejahteraan, komitmen pelatih sepanjang tempoh latihan. Justeru, Jawatankuasa mengesyorkan agar pihak MINDEF bersama JLKN bersama-sama memastikan mekanisme pembayaran elaun ditetapkan dengan jelas. Ini adalah termasuk peruntukan, saluran pembayaran dan juga garis masa. Penetapan yang jelas dan dimuktamadkan sebelum pelaksanaan PLKN 3.0 penting agar semua pelatih diberi dan menerima elaun secara adil, saksama, teratur, telus dan tanpa sebarang kelewatan.

Kalau PLKN 3.0 ini Tan Sri Yang di-Pertua diwajibkan kepada penyertaan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya percaya soalan pertama yang kita akan tanya sebelum berkawad ialah elaun dah masuk ke belum. Elaun dah masuk ke belum? Maka, begitulah juga keperluan jurulatih dalam perancangan kewangan. Ia nya bukan gurauan, tetapi ia nya sebagai asas kelancaran pelaksanaan.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup. Terima kasih kerana beri ruang masa sedikit. Sekali lagi saya nak sebutkan bahawa penyata ini bunyinya teknikal, dokumennya agak teknikal sebab kami turun sebagai jawatankuasa, memang kita lihat perkara-perkara teknikal. Dan kita memberikan— diberikan gambaran secara teliti, secara telus, tapi ia nya juga ialah gambaran kesungguhan untuk kita menyediakan platform yang terbaik untuk membentuk jati diri anak bangsa. PLKN ini bukan lagi program percubaan, ia nya sudah dilaksanakan pada tahun ini dan akan terus dilaksanakan pada tahun hadapan. Ia nya sebuah program strategik negara membina karakter, disiplin, jati diri, patriotisme dan daya tahan generasi akan datang. Dan sebanyak masa yang kita telah turun dan kita akan terus pantau, kita lihat bahawa ada satu kesungguhan dan penerimaan yang baik daripada pelatih-pelatih. Mereka bersama-sama mahu menjadikan program ini sebagai program yang benar-benar berjaya dan memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Tan Sri Yang di-Pertua, jika Singapura, Jepun dan Jerman boleh bangunkan fasiliti belia yang tersusun, moden, selamat, tidak ada alasan kenapa Malaysia tidak boleh mencapai standard yang sama. Ia akan lebih perkasa jika ada kerjasama erat antara negeri, kementerian dan agensi-agensi untuk gembleng usaha bersama menjayakan usaha nasional ini. Pepatah ada menyebutkan, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Jadi, kita kena usaha bersungguh-sungguh. Dan saya ambil kesempatan sini, akan digulung nanti oleh Pengerusi Jawatankuasa, tapi saya juga ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih, penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan supaya pemantauan ini dapat dilaksanakan secara telus, secara teliti ke 13 buah kem-kem yang telah pun dilawati. Segala dapatan dan syor, jadikanlah sebagai rujukan dan ia nya terbuka untuk perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Ledang, Timbalan Pengerusi. [Tepuk] Saya minta ada beberapa orang yang akan memberikan pandangan

Tuan Yang di-Pertua

seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota. Dipersilakan, tiga minit Yang Berhormat.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara. Pertama, Jawatankuasa Pilihan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang bermesyuarat pada 3 Disember 2024 telah menyatakan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0. Sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya, maka JKPK berpendapat satu kajian yang lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu dan hingga sekarang kami tidak melihat ia dilakukan. Menteri pun tak jawab soalan-soalan kami. Kalau dia jawab pun, tidak menjawab substance. Tuan Yang di-Pertua, isunya substance, bukan operation. Ada tujuh justifikasi. Satu, pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas. Ini adalah masalah berlanjutan legasi akibat objektif dan sasaran PLKN 1.0 yang tidak jelas. Keenam, kajian-kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon. Dengan kata lain, ia kurang berkesan. Tujuh, adalah didapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 dan 3.0 juga melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi berbanding kesan positif yang tidak seberapa sedangkan kesan positif yang sama itu boleh didapati melalui program-program atau institusi pendidikan yang sedia ada dan sebagainya. Ditambah pula, apabila KPM dan KPT menggubal pelan pendidikan 10 tahun akan datang khususnya tentang kurikulum 2027 soal pembinaan adab dan karakter meningkatkan weightage kokurikulum, maka PLKN 3.0 jadi misnomer. KBS pula melalui Akta Belia yang akan diamalkan, dilaksana tahun depan dengan kumpulan sasar yang lebih tepat juga menyebabkan PLKN jadi misnomer. Nombor dua, tahniah kepada jawatankuasa ini. Laporan ini baik, saya setuju laporan ini. Tapi ini bukan substance, ini operation. I have no argument on the operation. My argument with the government is on the substance. Nombor tiga, Tuan Yang di-Pertua, ini tragis. The substance dengan izin, the substance is glaringly absence. Tragis. Dari 2004 sampai sekarang, masih pada tahap perintis, 21 tahun perintis. Dana, banyak yang tiris. Kesan, tipis. Tujuh justifikasi kami belum ditepis. Jadi, batalkan PLKN 3.0... [Tepuk]

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Indera Mahkota, boleh mencelah sikit?

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Salurkan dana kontrak yang dah ada itu kepada tiga kementerian, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Saya nak mencelah.

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya saya jemput Maran.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tiga minit Maran.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih izinkan saya turut membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Keselamatan berhubungan dengan PLKN 3.0 dan kem-kem Askar Wataniah yang terlibat. Saya ucapkan terima kasih kepada kajian yang dibuat oleh jawatankuasa ini. Dapatan jawatankuasa ini amat mengejutkan khususnya kerana kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan di tahap terbaik. Dari sudut pembangkang, kami sejak awal meminta kerajaan memberikan justifikasi untuk meneruskan PLKN 3.0 ini dalam keadaan tergesa-gesa, lebih-lebih lagi apabila penemuan jawatankuasa sendiri jelas menunjukkan bahawa banyak prasyarat asas masih belum dipenuhi. Asas dasar PLKN 3.0 dipersoal. Isu pertama ialah apakah justifikasi untuk menghidupkan semula PLKN 3.0 sedangkan pengalaman PLKN 1.0 dan 2.0 menunjukkan kos yang besar dan pulangan yang terhad? Tambahan pula, kerajaan kini mempertahankan pernah— mempertahankannya, pernah sewaktu menjadi pembangkang dahulu mempertikaikan keberkesanan program ini. PH 1.0 sendiri menutup PLKN kerana melihatnya cenderung menjadi alat [Tidak jelas] politik Barisan Nasional ketika itu. Kini, program ini dibuka semula dengan dakwaan model baru. Namun secara asasnya, tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Sekadar mengitar semula konsep lama seperti mengambil kredit atas nama pembaharuan. Sebab itulah jawatankuasa yang disebutkan oleh Indera Mahkota tadi mencadangkan supaya PLKN 3.0 ini ditangguhkan, dibatalkan.

Sejarah PLKN sebelum ini, sejak 2004, kerajaan telah mewujudkan puluhan kem PLKN di seluruh negara. Laporan terkini menyatakan sekitar 81 kem terlibat dengan kos pembinaan dianggarkan hampir satu bilion di samping perbelanjaan keseluruhan program melebihi 8.4 bilion. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagi semua tanah pada tapak kem PLKN 1.0 dan 2.0, berapa yang milik kerajaan, berapa yang pemilik pengusaha swasta? Apakah status transaksi dan pampasan? Dan apakah pelan jangka panjang kerajaan terhadap pengusaha-pengusaha ini apabila PLKN 3.0 diperkenalkan semula dengan model kem yang berbeza? Ramai pengusaha kem mengambil pinjaman bank menyediakan tanah dan membina kem berdasarkan kontrak jangka panjang. Selepas PLKN dimansuhkan 2018, mereka menanggung hutang sehingga ada yang diisytiharkan muflis dan kini menuntut pampasan lebih 200 juta kerana baki sewa didakwa tidak dibayar. Tan Sri Yang di-Pertua, berapakah— persoalan lain, berapakah kos keseluruhan naik taraf dan pembinaan kem-kem Askar Wataniah di tapak lain bagi tempoh 2024–2027? Dan berapakah kos purata per pelatih jika semua kos pembangunan dimasukkan sekali berbanding kos purata PLKN 1.0 dan 2.0 yang telah didedahkan sebelum ini? Apakah status semua bekas kem PLKN 1.0, 2.0 dari segi hak milik tanah, pampasan kepada pengusaha dan kegunaan semasa? Dan adakah kerajaan bersedia mengemukakan Kertas Putih ringkas tentang legasi kewangan serta liabiliti undang-undang PLKN sebelum memaksa negara masuk ke kitaran baru PLKN 3.0? Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, pembangkang tidak menolak usaha membina patriotisme dan kesiapsiagaan belia, tetapi menolak pendekatan tergesa- gesa yang membebankan pengusaha kem dan membazirkan aset sedia ada.

Selagi persoalan dasar, kos, status tanah pengusaha lama, kesediaan infrastruktur dan keberhasilan belum dijawab dengan data yang telus, pendirian kami jelas, PLKN 3.0 wajar disemak semula secara menyeluruh dan kerajaan mesti terlebih dahulu menjawab serta melaksanakan syor kedua-dua jawatankuasa pilihan khas Parlimen sebelum mempertimbangkan sebarang kelulusan program ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput YB Ranau, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Keselamatan untuk menjawab. Lima minit, YB.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau kita dengar laporan-laporan tentang PLKN sejak permulaan, memang kosnya pada masa itu, saya pun marah, Tan Sri, kerana berbilion dana rakyat ini dibelanjakan dan kita tidak mendapat melihat impak yang besar dengan dana yang telah dikeluarkan. Tapi saya sangat senang hati untuk menjawab YB Indera Mahkota dan juga YB Maran bahawa permintaan-permintaan untuk menutup PLKN ini, saya kurang bersetuju sebenarnya. Sebab, di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan ini, kita mempunyai wakil daripada pihak pembangkang. Di dalam masa mesyuarat ini dilaksanakan, semua data diberi, semua pandangan diserahkan oleh mereka yang pakar sama ada mahu diteruskan atau tidak, kesan positif jika dilaksanakan atau negatif jika tidak dilaksanakan, semuanya telah dibentangkan dengan begitu telus. Jadi, kita telah memberikan data itu, kita telah menerima data itu daripada pihak- pihak yang berkenaan dan kita mendapati bahawa pelaksanaan PLKN 3.0 ini agak berbeda dan ia mempunyai substance yang tersendiri untuk membina negara ini melalui belia-belia yang ada. Dan kita dapati daripada hasil pelaksanaan yang dihadiri oleh 1,202 para pelatih ini, bila mereka habis sahaja, kita dapat feedback dalam satu, dua bulan bahawa lebih 60 persen mereka diterima di banyak tempat kerana mereka tahu bahawa pelajar-pelajar ini, pelatih-pelatih ini telah melalui proses, mengikuti PLKN ini dengan cemerlang. Dan di tempat ini kita dapati bahawa laporan yang kita terima secara nyata bahawa mereka, pelajar-pelajar yang mengikuti latihan ini pun, ada yang ketika mereka baru menyertai program ini, mereka bersendirian. Mereka tidak gemar untuk bercerita dengan orang, bergaul dengan orang, tetapi setelah mereka mengikuti program ini dengan baik, yang disusun atur dengan baik, maka selepas mereka keluar, mereka mempunyai jati diri yang lebih kuat, lebih teguh, berani dan bercakap dengan semua orang dan mereka dapat membina diri mereka melalui program- program ini. Sebab itu jika sekiranya kita melihat daripada proses yang telah dilalui oleh 1,202 pelajar ini, mereka sudah menunjukkan bahawa ada sesuatu yang positif di dalam diri mereka. Jika sekiranya kita bunuh satu program yang baik, maka itu akan merugikan kita sendiri.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Dan kita dapati bahawa janganlah samakan program PLKN yang lalu dengan yang sekarang. [Tepuk] Kosnya itu sangat jauh berbeda. Dulu PLKN-nya seorang pelajar, kosnya hingga RM6,000 lebih. Sekarang baru RM2,000 lebih dan kita menggunakan fasiliti daripada fasiliti-fasiliti kerajaan yang ada. Hanya kita menambah baik pembangunan bangunan-bangunan untuk keperluan latihan ini dan kita mempunyai satu bangunan kekal yang boleh digunakan oleh ramai pihak termasuk daripada angkatan tentera sendiri boleh menggunakan fasiliti yang sama. Juga daripada RAW ini, juga boleh menggunakan fasiliti yang sama bila mana PLKN ini tidak berlangsung. Dan sebab itu kita telah meminimumkan kos perbelanjaan daripada yang dahulu. Memang setakat sekarang, perbelanjaannya setakat RM400 lebih juta untuk tujuan pembaikan pembangunan. Keperluan untuk kadang ada yang perlu masjid, kadang kita perlu bangunan baru untuk mereka tinggal, tetapi semuanya adalah untuk jangka masa panjang dan ia nya akan dapat mengurangkan kos kerajaan dalam masa yang panjang. Dan sebab itu kita berharap bahawa program-program ini akan dapat diteruskan kerana ia membawa impak yang positif bagi belia yang akan mengikuti program PLKN ini. Dan saya juga ingin menyebut tentang KBS. Ini saranan daripada YB Indera Mahkota mengatakan bahawa disalurkan dana itu kepada kementerian-kementerian. Bagi pendapat saya, ia mempunyai tujuan pelaksanaan sesuatu program itu mengikut bidang masing-masing. Kadang di pihak kementerian, mereka mempunyai sasaran mereka masing-masing. Begitu juga dengan PLKN ini, ada mereka dengan sukarela. Yang pertama sekali diambil dalam program PLKN ini, mereka yang sukarela datang sendiri. Ini menunjukkan bahawa ada permintaan daripada para belia kita yang mahu mengikuti program yang baik yang disediakan oleh kerajaan. Tidak semestinya melalui kementerian, tidak semestinya melalui jabatan, tetapi melalui program yang dilaksanakan sendiri melalui PLKN ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Dan juga kita dapati bahawa ada komen-komen daripada pihak rakan saya, YB Maran sebentar tadi, kos pelatih dan pembangunan. Kita lihat, saya sudah beritahu tadi berapa kos yang terlibat. Sebenarnya sudah banyak dikurangkan kos itu. Jika kita lihat kos yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada pelajar-pelajar

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

yang mengikuti ini dan juga kos yang perlu ditanggung kepada pelatih, jurulatih dan kepada anggota-anggota yang terlibat dalam pelaksanaan oleh JLKN ini. Dan sebab itu kita berharap bahawa melalui program PLKN ini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan kita sebagai pihak Jawatankuasa Keselamatan sudah memantau perjalanan ini, pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan, segala kekurangan, segala kelebihan sudah pun dibentangkan oleh Naib saya sebentar tadi. Dan kita berharap bahawa program ini akan terus berjalan dengan tindakan- tindakan yang kita harapkan daripada pihak Kementerian Pertahanan untuk mengambil semua komen-komen daripada pihak jawatankuasa yang mana penting untuk diberi pertimbangan, supaya tindakan yang proaktif dapat dilakukan, supaya pelajar-pelajar yang mengikuti atau pelatih-pelatih yang mengikuti program PLKN ini boleh mengikuti program ini dengan jayanya. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada beberapa pihak...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ranau.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terutama kepada Tan Sri Speaker dan juga kepada...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ranau. Kota Melaka sini, Ranau.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Kementerian Pertahanan, JLKN yang telah memberikan sokongan penuh supaya program ini dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ranau, boleh tanya sikit? Bagaimana jawatankuasa melihat tentang modul yang disediakan untuk program ini? Modul yang disediakan, adakah modul itu menekankan kepada semangat kita cintakan negara kita, kepada semangat perpaduan? Dan juga bagaimana kita dapat mendidik mereka menjadi seorang insan yang baik?

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terima kasih, terima kasih YB.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Ranau, sikit. Ranau, sikit sambung.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Sebenarnya, salah satu yang ditekankan dalam program ini ialah semangat cintakan negara kita. Sebab negara kita mempunyai kaum yang berbeda, suku-suku yang berbeda dan sebab itu penekanan antara lainnya dalam program ini ialah untuk menyatupadukan negara kita supaya negara kita menjadi suatu negara yang kuat dan saling bantu-membantu.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Ranau, sikit.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ertinya modul itu, jawatankuasa ada teliti tak? Ada buat penelitian yang mendalam?

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Sebenarnya mereka juga telah memberikan kita penerangan. Pandangan-pandangan daripada para pensyarah yang telah menyatakan apa yang harus dilakukan dan kemudiannya mereka berikan kita apa semua yang akan diajarkan di dalam semasa program itu. Mereka mempunyai data yang lengkap. Nanti kita akan berikan kepada YB jika sekiranya perlu.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Sedikit, Ranau. Kalau kita lihat, program PLKN kali ini bukan sahaja untuk memupuk semangat patriotik, keberanian dalam jati diri rakyat Malaysia dan juga mereka yang telah pun menjalani latihan tersebut. Tapi yang lebih penting sebenarnya adalah bagaimana semangat cintakan negara dan bagaimana untuk mereka ini menjadi ejen untuk memastikan bahawa semangat perpaduan dalam negara kita ini kekal terjamin dan sebagai ejen juga, bagaimana untuk menangkis segala fitnah, perpecahan dalam kaum dan sebagainya. Jadi, apakah pandangan daripada Yang Berhormat bahawa PLKN ini juga sepatutnya mendapat kerjasama daripada kementerian-kementerian yang lain? Seperti contoh, Kementerian Perpaduan Negara dan juga kita ada Akademi Kenegaraan Malaysia yang boleh kita menggunakan segala fasiliti, modul dan sebagainya untuk kita jadikan sebagai satu tempat. PLKN ini akhirnya membentuk sebuah generasi yang hebat untuk menerajui masa depan negara Malaysia kita ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Saya sangat bersetuju YB Sungai Petani kerana kita mahu satu negara yang kuat. Dan sebab itu memang perlu sekali tekankan tentang perpaduan di dalam negara ini. Ianya harus merangkumi setiap pihak, semua suku kaum di dalam negara ini. Merekalah yang tempat— orang-orang muda inilah sampai kita melentur buluh itu daripada asal, supaya bila mereka menjadi dewasa, mereka menjadi pemimpin- pemimpin yang penting dalam negara ini yang boleh bekerjasama, bersatu-padu, mempunyai kemesraan, mempunyai kerapatan di antara satu dengan yang lain supaya negara ini menjadi kuat. Dan saya sangat setuju dengan saranan daripada Sungai Petani sebentar tadi.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Dan juga satu perkara yang penting. Jika kes sekali lagi, perlu YB-YB daripada pihak sebelah sana, pihak pembangkang dan juga kerajaan mahu mendalam semula apa yang telah direncanakan untuk tujuan PLKN ini. Pihak jawatankuasa sedia untuk memanggil semula dan memberikan penjelasan dan memanggil semua pihak-pihak yang terlibat untuk memberikan penerangan, kerana kita mahukan supaya program ini kita sama-sama jayakan. Dengan kos yang minimum, dapat kita laksanakan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Terima kasih Tuan Speaker.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Saya Tuan Yang di- Pertua, saya tidak berhajat untuk berbahas sebab jawatankuasa kami memang lihat dengan detail substance kurikulum. Tempoh latihan pra PLKN selama tiga hari, PLKN asas 45 hari, PLKN lanjutan belum tahu berapa hari. Jadi...

Tuan Yang di-Pertua

Indera Mahkota dah ada masa. Saya dah bagi masa.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Jadi, jadi.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang ini penggulungan telah pun dibuat.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Tahu, tahu. Jadi, saya nak kata banyak benda lah.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Jadi, saya tidak berhajat nak ini. Cuma, kalau tanya kurikulum tadi, antara subjeknya ialah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Konsep Malaysia MADANI, pembinaan negara bangsa sebagai tonggak perpaduan Malaysia MADANI dan dalam ini, terdapat juga subjek bernama Harmoni MADANI. Itu yang kami tanya. Adakah ini—

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya cadangkan beginilah.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

[Tidak jelas] politik atau patriotisme. Tak apalah kita boleh bahas pada waktu yang lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih kepada jawatankuasa. Sekarang selesailah sesi penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Keselamatan pada hari ini. Silakan setiausaha.

Usul Menteri Dalam Negeri Di Bawah P.M. 27(3) — PENGGANTUNGAN YANG BERHORMAT KOTA BHARU DARIPADA PERKHIDMATAN MAJLIS MESYUARAT DAN JAWATANKUASA PILIHAN SELAMA ENAM (6) BULAN Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:Motion

“BAHAWA pada 22 Oktober 2025 semasa perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar, Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu telah berucap berhubung satu kejadian yang melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Kuala Terengganu. BAHAWA Yang Berhormat Kota Bharu juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali tahun 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakutkan rakyat di mana ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam. BAHAWA Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober 2025 melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh APMM. BAHAWA Yang Berhormat Kota Bharu walaupun sebelum ucapannya di Dewan pada 22 Oktober 2025 telah mengetahui mengenai perkara perenggan 3 di atas tentang kejadian tersebut merupakan satu pelaksanaan latihan yang dikendalikan oleh APMM di Masjid Rusila, namun telah membangkitkan mengenainya di dalam Dewan pada 22 Oktober 2025 dengan tidak memberi gambaran sebenar tujuan kejadian tersebut. BAHAWA ucapan Yang Berhormat Kota Bharu tersebut juga telah mencalarkan imej APMM malah anggota APMM yang didakwa terlibat dengan insiden tersebut mungkin teraniaya disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas ini. BAHAWA dakwaan Yang Berhormat Kota Bharu merupakan satu perbuatan yang seolah-olah menjatuhkan martabat anggota-anggota APMM yang telah bertungkus lumus dalam menjaga samudera Malaysia yang luas dari pelbagai ancaman termasuk penyeludupan senjata, perikanan haram, pencerobohan kapal asing, dadah, lanun dan ancaman-ancaman lain. BAHAWA Yang Berhormat Kota Bharu telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Kota Bharu hendaklah digantung daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama 6 bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.”

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Beluran. Peraturan mesyuarat berapa?

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Peraturan Mesyuarat 27(3) dan juga 36(12) Yang Berhormat. Usul yang akan [Tidak jelas] oleh.

Tuan Yang di-Pertua

27 Yang Berhormat?

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

(3) usul yang dibawa ini. Usul yang dikemukakan oleh, akan dibawa oleh Menteri KDN ini merupakan usul yang akan menggantikan Ketua Whip, pembangkang di sini Yang Berhormat? Jadi, kita memerlukan penjelasan sebelum usul ini dibaca. Sebab itu saya bangun untuk minta perhatian Yang Berhormat tentang Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat kerana kalau tidak dilihat dan tidak diberi penjelasan, seolah-olah membayang menampakkan bahawa kerajaan menggunakan kekuasaan majoriti mereka untuk melenyapkan suara di pembangkang, pihak kami di sebelah sini Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker, pada 23 Julai yang lalu, Oktober yang lalu. Yang Berhormat Ahli Parlimen Pulai selepas isu ini diungkap oleh Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Pulai telah mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Dan Tan Sri sendiri telah menulis surat kepada Yang Berhormat Kota Bharu pada 28 Oktober 2025. Dan surat balasan daripada Yang Berhormat Kota Bharu telah pun dikemukakan kepada pejabat Tan Sri dan dicop terima pada 2 November 1925. Semua ini Yang Berhormat Kota Bharu, telah diletakkan dalam satu tindak balas ke atas Perkara 36(12) untuk merujuk Yang Berhormat Kota Bharu ke Hak dan Kebebasan Yang Berhormat. Jadi, itu merupakan satu proses yang sedang berjalan terhadap tindakan melalui usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pulai pada 23 Oktober. Jadi, ada satu proses sedang berjalan, yang sedang dilalui oleh Yang Berhormat Kota Baharu. Dan hari ini kita melihat satu usul yang dikemukakan oleh melalui usul kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3). Adakah Yang Berhormat tidak melihat bahawa kenapa Yang Berhormat Kota Bharu ini di-subject kepada dua proses tindakan ke atas ungkapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Bharu? Bukankah ini menampakkan bahawa kerajaan sedang menggunakan kuasa majoriti terhadap kami di pihak sini.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Speaker, 36(12) merupakan satu forum, satu proses untuk mengambil tindakan terhadap Ahli-ahli di dalam Dewan ini dirujuk kepada Hak dan Kebebasan Yang Berhormat. Ia satu proses. Dan kalau kita lihat nombor satu proses yang lebih adil, proses pembelaan Yang Berhormat Kota Bharu ini akan melibatkan dokumen, penjelasan dan sebagainya dan akan disabitkan. Takkan boleh dibincang dalam masa tiga, empat minit selepas pembentangan usul ini. Jadi, untuk menampakkan keadilan kepada Kota Baharu, bukankah proses di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) merujuk dia pada Hak dan Kebebasan adalah satu proses yang lebih adil. [Tepuk] Kita pernah lalui ini. Ahli Parlimen Tasek Gelugor pernah juga melalui proses tindakan yang sama 36(12). Ahli Parlimen Putrajaya juga melalui proses. Dan akhirnya daripada siasatan itu, kedua-dua mereka ini di NFA kan selepas butiran, dokumen diserahkan kepada Yang Berhormat Speaker dan diserahkan selepas satu prosiding oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Dokumen penjelasan diserahkan, dibentangkan di Mesyuarat Pertama Hak dan Kebebasan. Dan akhirnya, Yang Berhormat Tasek Gelugor di NFA kan, dilepaskan daripada tuduhan. Kenapa subjek kan Kota Bharu ini pada 30, 27(3) yang tidak ada peluang bagi dia untuk mengumpulkan dokumen argumen. Dan kalau dilihat, meletakkan seorang Ketua Pembangkang, Ketua Whip kepada satu Jawatankuasa Disiplin patut di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3). Yang Berhormat, kerajaan tidak boleh menggunakan keangkuhan majoriti untuk melenyapkan suara kami di sini. Sebab itu saya ingin plea pada Tan Sri yang budiman ini, yang tahu tentang peraturan mesyuarat agar kerajaan boleh menarik proses 27(3) ini dan subject-kan Speaker. Kalaupun diambil tindakan, subject-kan Kota Bharu kepada Peraturan 36(12), rujuk dia kepada Hak dan Kebebasan. Itu sepatutnya dilakukan Yang Berhormat. Kita pernah, Yang Berhormat pernah duduk dekat sini. Yang Berhormat juga bersuara menentang kerajaan sebelum ini menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) terhadap beberapa orang Ahli di sini. Dan itu sudah dilakukan. Jadi, kalau itu kekhilafan yang dibuat oleh kerajaan yang lalu, kerajaan sekarang ini yang menentang tindakan sedemikian ketika berada di sini, tidak harus melakukan perkara dan kekhilafan yang sama terhadap kami yang di pihak pembangkang ini. Jadi, saya mohon keadilan Yang Berhormat, agar jangan teruskan usul ini tetapi teruskan tindakan pendengaran terhadap Kota Bharu di bawah Peraturan

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Mesyuarat 36(12). Rujuk dia kepada Hak dan Kebebasan agar bukti apa ini dan keterangan-keterangan dapat dikemukakan oleh beliau bagi mempertahankan dirinya tentang terhadap tindakan yang sedang diambil ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang bijaksana, RE yang tahu kehendak. Terima kasih.

Tan Sri, Tan Sri Speaker. Peraturan juga.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan berapa itu?

Peraturan 44.

Tuan Yang di-Pertua

44.

44(3) yang lebih tepat.

Tuan Yang di-Pertua

44(3).

Tuan Yang di-Pertua

Saya. Apa isunya?

Isu ini yang dibuat hari ini sebenarnya melanggar aturan. Melanggar aturan. Tidak ada satu pun peruntukan dalam ini, usul boleh dibuat oleh Menteri untuk menggantung seseorang Ahli. Hanya disebut 26(h). 26(h) itu ada disebut. Usul untuk menggantung okey. Kita baca 44(3). Jika Pengerusi mendapati bahawa kuasa di bawah perenggan 1 dan 2. Tuan Pengerusi kena baca, baca, boleh tengok. Tidak mencukupi, dia tak boleh memulakan prosedur itu untuk menggantung perkhidmatan seseorang Ahli dengan menyebut nama Ahli tersebut seperti berikut. “Saya dengan ini menamakan Ahli Yang Berhormat Tuan...” Tuan tak kiralah siapa lah.

Jadi, yang boleh Menteri buat, seorang Menteri hendaklah selepas itu bangun dan mencadangkan dan seorang Menteri lain menyokong sewaktu usul itu. Usul bukan datang daripada Menteri, salah aturan. Luar— bukan luar tabii, luar aturan. Jadi, kuasa sebenar adalah kuasa Tan Sri, bukan diusulkan oleh seseorang menyatakan kesalahan. Kalau dalam fikiran Tan Sri tak ada melakukan kesalahan, jadi Tan Sri sendiri tak buat usul macam mana orang lain boleh buat usul. Kalau kita balik, balik kepada 44, okey 44(1) cuba kita tengok. Pengerusi setelah menarik perhatian Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa kepada kelakuan seseorang Ahli yang berdegil-degil, ini tak ada pun cerita berdegil-degil ini. Ada Kota Bharu degil kah itu hari? Tak bawa— sebab Tan Sri tak bawa kepada Majlis.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, dah habis dah?

Terus, kita teruskan nanti ada lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, bacakan.

Menyebut perkara- perkara yang tidak ada kena-mengena dengan perkara Mesyuarat atau berulang- ulang menyebut hujahnya sendiri atau hujah-hujah Ahli lain. Dalam satu perbahasan itu boleh memerintahkan, makna Tan Sri yang boleh memerintahkan berhenti bercakap, itu berkenaan hukuman, okey. Kedua, okey 44(2) Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh pada masa itu atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi, itulah hukumannya keluar daripada Dewan. Sekarang tak berlaku masalahnya. Jadi, sebenarnya untuk hukuman hanya jatuh di bawah 44 sahaja. Tidak ada di bawah mana-mana...

Tuan Yang di-Pertua

Saya bukan nak sekolahkan Besut. Baca 44(8), baca.

Tuan Yang di-Pertua

8.

Okey, tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh dianggap sebahagian menyebabkan Majlis Mesyuarat tidak mempunyai kuasa untuk— betul Majlis Mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

...Baca sampai habis ayat.

Ambil tindakan terhadap mana-mana orang, termasuk seorang yang bukan Ahli menurut apa-apa ketetapan. Yang saya bercerita sekarang ini kuasa yang usul itu maksud saya, usul itu bukan daripada Menteri tak boleh, luar aturan. Kalau berlaku di luar aturan, mengikut— boleh dibawa ke mahkamah, jadi merosakkan kita punya...

Tuan Yang di-Pertua

Baik, point taken.

Boleh bawa ke mahkamah ini, masalah. Kita tak nak lah apa yang berlaku di Dewan kita, dibawa ke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua

Point taken.

Jadi, kita kena buat dalam aturan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya sebelum saya start Menteri, bertenang dulu ya. Yang pertama sekali, orang yang tersangka adalah Yang Berhormat dalam

Tuan Yang di-Pertua

Dewan ini, yang memohon untuk menghukum juga Yang Berhormat dalam Dewan ini. Yang akan putuskan salah atau tidak juga Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang akan menghukum juga Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya cuma linesman sahaja yang mengikut peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat ini pun Yang Berhormat-Yang Berhormat buat, it’s not me. So, untuk itu Yang Berhormat ada masa berhujah sat lagi. Akhirnya you kena convincekan this is just satu forum untuk memastikan bahawa...

Tan Sri, peraturan mana yang Tan Sri maksudkan. Saya, saya sebab saya tak nampak pun usul itu boleh dibuat oleh Menteri. Tak ada pun dalam peraturan ini. Kalau kita nak ikut peraturan, betul-betul ikut peraturan kita kena ikut dengan betullah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Tak ada disebut langsung kuasa Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya nak... [Ketawa]

Tan Sri, beritahu saya sekarang sebab saya nak penjelasan juga.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak nak bincang sebab cuma saya nak bagikan sejarah. Sit down, please.

Bukan sejarah, ini masalah peraturan, Tan Sri. [Ketawa] Sejarah itu dah konvensyen kalau berlaku pun.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tak bolehlah lagu itu.

Kalau betul konvensyen, bukan lagi kepada peraturan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini saya nak bacakan baca sebab Beluran pun ada. Jadi saya nak Beluran, you are so implicated here.

Ini sejarah main cerita sejarah bukan cerita fasal peraturan pada hari ini. Ini..

Besut jangan ganggu Speaker lah, Besut, cukuplah.

You tak faham, diamlah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. PM 27 Peraturan Mesyuarat 27(3), 27(3) ini bukan baru ini kita guna, ya 27(3) ini.

27(3) pemberitahu bukannya usul untuk menggantung. Cuba kalau Tan Sri tengok betul-betul 27(3).

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu yang akan memutuskan dalam Dewan ini. Saya masih ingat saya berada di situ, okey.

Cuba baca dulu, Tan Sri 27(3)..

Tuan Yang di-Pertua

I’m not to argue. Baik, sebelum itu Menteri, silakan. [Mengetuk tukul]

Oh, luar tabii.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Isu yang saya buat Tan Sri, double jeopardy isu Besut ini ada poin. You listen, sekejap sahaja Tan Sri, sekejap sahaja. Isu ini dia Peraturan Mesyuarat 43 tidak boleh digunakan isu dia 27(3) tidak boleh digunakan untuk menghukum Ahli, Yang Berhormat. Itu usul kerajaan. So, itu saya cakap tadi kekhilafan kerajaan yang lalu jangan jadikan precedent. You can correct that tak boleh peraturan mesyuarat disebut itu betul tak boleh gunakan usul kerajaan untuk menghukum Ahli. That’s the point. Kerajaan yang lalu lakukan itu satu kekhilafan, you see. That’s why you have the power to correct it now. Itu usul kerajaan, general usul there is no provision tetapi tak boleh digunakan usul 27(3) untuk menghukum Ahli di sini. Betul, dia cakap itu. Kalau nak menghukum Ahli, pakai peraturan yang itu. You name the person sebagai Speaker, itu menghukum Ahli tetapi kerajaan yang lalu lakukan menggunakan usul 27(3) Tan Sri. Sebab itu saya katakan, yang isu saya bawa double jeopardy, dia sudah di bawah 36(12) sekarang dia bawa lagi usul 27(3). [Tepuk] You correct this, correct this. Jangan gunakan itu precedent, kekhilafan yang lalu jangan gunakan precedent because they use majority. Now you’re using your majority there to suspend us, to silent us here. That’s the point Tan Sri, jangan marah. Okey. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak marah sebab saya juga dapat surat dari Pulai yang menarik balik dia punya usul sebab ada usul Menteri. Jadi, bila ada usul Menteri, saya terpaksa tarik. Maknanya sekarang dia menyerahkan kepada usul Menteri sebab itu untuk yang demikian malah kalau ditengok dalam remedi, that’s a [Tidak jelas] remedi saya tunggu sampai last minute, kot-kotlah ada remedi. Sebab surat Pulai mengatakan bahawa ada remedi tapi Kota Bharu tak buat apa-apa sebab itu andaian kita, Kota Bharu tidak mahu nak buat tindakan remedi. Silakan, Menteri.

Tan Sri, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

No more.

Tan Sri, saya...

Tuan Yang di-Pertua

No more.

Tan Sri, perkara ini penting, Tan Sri.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tan Sri..

Tan Sri...

Tuan Yang di-Pertua

No.

Tan Sri, bawah peraturan mana, saya nak tahu bawah peraturan mana sekarang ini, prosiding ini dibuat? Peraturan mana saya nak tahu itu sahaja. Kalau di luar peraturan, tak boleh Tan Sri.

Yang Berhormat Tan Sri, saya berdiri..

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap Menteri.

Peraturan mana sekarang ini?

Tuan Yang di-Pertua

You argue afterward.

Tan Sri, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berdiri bagi pertahankan imej APMM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. [Tepuk] Agensi keselamatan yang sangat penting bagi negara ini. Maka bagi pihak Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan, saya bentangkan usul 27(3) seperti berikut: “Bahawa pada 22 Oktober 2025 semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar, Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu telah berucap berhubung satu kejadian yang melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Kuala Terengganu.

Tan Sri, point of order sekali lagi. Tan Sri. Tan Sri, point of order Tan Sri tak nak layan.

Bahawa Yang Berhormat Kota Bharu..

Point of order dia sebut 27(3).

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap lagi selepas baca, you bangkitkan soal ini, baca dahulu.

Bahawa Yang Berhormat Kota Bharu juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan peristiwa Memali tahun 1985. Serangan terhadap tepat suci ibadah dan percubaan menakutkan rakyat, di mana ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam. Bahawa, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober 2025 melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan latihan pelarian dan pelolosan Kursus Asas Komando (Star Team) oleh APMM.

Tan Sri, Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Terengganu.

Bahawa Yang Berhormat Kota Baharu, walaupun sebelum ucapannya di Dewan pada 22 Oktober 2025 telah mengetahui mengenai perkara [Tidak jelas] di atas...

Batu Burok itu di Kuala Terengganu Tan Sri, bukan Marang.

Tentang kejadian tersebut merupakan satu pelaksanaan latihan yang dikendalikan oleh APMM di Masjid Rusila.

Namun, telah membangkitkan mengenainya di dalam Dewan pada 22 Oktober 2025 dengan tidak memberi gambaran sebenar...

Tan Sri Speaker, Point of Order 36(12).

...Tujuan kejadian tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Kejap lagi. Bagi habis dulu point of order.

Bahawa, ucapan Yang Berhormat Kota Bharu tersebut juga telah mencalarkan imej APMM, malah anggota APMM yang didakwa terlibat dengan insiden tersebut mungkin teraniaya disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas ini. Bahawa, dakwaan Yang Berhormat Kota Bharu merupakan satu perbuatan yang seolah-olah menjatuhkan martabat anggota-anggota APMM yang telah

bertungkus-lumus dalam menjaga samudera Malaysia yang luas dari pelbagai ancaman termasuk penyeludupan senjata, perikanan haram, pencerobohan kapal asing, dadah, lanun dan ancaman-ancaman lain. Bahawa, Yang Berhormat Kota Bharu telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan. Maka, inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Kota Bharu hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan memberikan empat pembahas untuk berucap.

Point of order, point of order. Okey. Point of Order 27(3) tadi. Cuba kita baca betul-betul 27(3) tu apa maksud dia. Bukan usul. Bukan usul untuk menggantung. 27(3) itu pemberitahu.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak bagi jawapan lagi. Saya tak bagi untuk— Menteri dah habis? Ada yang menyokong, Menteri?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Baik, sekarang saya dengar.

Okey, Tan Sri. Kalau kita baca...

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya bagi dua-dua tau. Saya nak anggap ini peraturan mesyuarat .

Peraturan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Peraturan mesyuarat.

Peraturan 27(3). Kalau — kita kena baca dulu 27(1). “Dalam peraturan mesyuarat (atau menurut kelaziman Majlis Mesyuarat) jika sesuatu perkara itu berkehendakkan pemberitahu...” Bercerita 27 ni sebenarnya bercerita fasal pemberitahu sama ada, kalau kita baca, “Kecuali sebagaimana yang disyaratkan dalam peraturan mesyuarat 43 dan perenggan (5) dalam Peraturan Mesyuarat 86 dan 26(1), apa-apa usul hendaklah dikeluarkan pemberitahu...” Cerita lagi. “...tidak kurang daripada 14 hari...” Bermakna berapa

hari, berapa hari. Kalau Menteri, okey, lain. Tapi bukan usul ni, usul lain ni, bukan usul yang berkenaan dengan penggantungan. Penggantungan...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, dengar. Lepas Beluran...

Tidak lebih daripada itu.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Sebab tu Yang Berhormat, betul. Argument ni betul. Sebab tu saya katakan kekhilafan lalu jangan jadikan precedential, Yang Berhormat. There’s the reason why kita ada Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk menghukum Ahli-ahli yang disifatkan menghina Dewan dan dirujuk kepada hak dan kebebasan. 27(3) itu adalah usul kerajaan, Yang Berhormat. So, kekhilafan yang lalu jangan jadikan precedent. We are— you have the power now. You’ll be diangkat sebagai Speaker yang betul-betul patuh kepada peraturan mesyuarat, tidak mengikut precedent yang lalu. Sebab tu kita ada provision 36(12) untuk menghukum Ahli, Yang Berhormat Speaker. Yang 27(3) usul dibuat ini, usul umum pemberitahuan urusan kerajaan. Usul bukan menggantung Ahli. That’s the reason why we have 36(12), Tan Sri. Correct this. [Tepuk]

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Beluran, Beluran.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat akan diangkat, disanjung oleh generasi akan datang kerana memperbetulkan kedudukan ini. The last government dia gunakan majoriti and you, dan jangan gunakan itu sebagai precedent. Don’t use your majority there.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Beluran, adakah Beluran aku bahawa apa yang Beluran buat dulu salah? Ada betul nak aku? There’s the precedent apa yang berlaku ni. I think let’s not argue about procedural.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Mana dokumen yang akan kemukakan, Yang Berhormat. Tak boleh. Correct this, correct this, Yang Berhormat. Dia orang tak faham.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Kita order— argue substantive.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Sebab itu kita ada disiplin ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Apa sekarang kita sekarang kena bahas apa yang korang baru bahas. Kenapa kita nak argue procedural.

Tan Sri, peraturan ni.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Kita ada peraturan mesyuarat untuk mendisiplinkan Ahli.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Listen, listen and listen good. Sebagai Speaker, saya juga ada isu precedent. I know, Beluran. Tapi saya tengok semua apa yang berlaku pada masa dulu. Sebagai contoh, sebagai contoh, Besut duduk dulu, ya. Saya berada di sana, pada itu. Saya pembangkang. Padang Serai kena, enam bulan. Yang bawa usul adalah Arau dan yang jatuhkan adalah Beluran, jadi Speaker waktu tu. Pada November 2013...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Bukan, Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua

...Padang Serai kena enam bulan lagi. Yang bawa usul ialah Santubong. Yang jadi Speaker ialah Beluran. Gelang Patah, 22 Oktober 2015. Gelang Patah juga kena enam bulan. Yang bawa usul ialah Pengerang. Yang Speaker, Beluran. Jadi maknanya, saya melihat precedent ni, kalau kita nak argue, tentu Santubong— ini seorang yang hebat. Begitu juga dengan Beluran, they are a good lawyer. So, saya mengikut precedent apa yang ada, makna usul ini boleh digunakan terhadap mana-mana Ahli. [Tidak jelas]

Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Sebab tu saya cakap, Yang Berhormat Tan Sri. Jangan jadikan— jangan jadikan itu precedent. You correct it.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Itu usul di bawah 27(3), usul kerajaan. You correct it.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Beluran, Beluran, you aku salah tak, Beluran?

Tuan Yang di-Pertua

Saya, saya tidak— ya.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Sebab kekhilafan yang lalu, kekhilafan yang lalu, kenapa nak jadi precedent.

Tuan Yang di-Pertua

Sebab tu saya nak menjadi Speaker yang baik, mengikut apa yang telah pun dilakukan oleh Speaker, Speaker yang dulu. So, until and unless...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Nothing wrong.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Beluran, Beluran. Beluran buat kenyataan apa yang Beluran buat dulu salah. Jangan...

Tuan Yang di-Pertua

Until and unless...

Tan Sri, Tan Sri. Precedent tidak mengikat Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Listen, listen, listen, listen. Until and unless. Until and unless, until and unless anda semua anda semua yang juga Yang Berhormat, change peraturan mesyuarat. Until and unless.

Dia buat salah tak apa.

Apa nak change lagi, tak ada dalam mesyuarat, tak adapun.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, dua orang. Silakan, siapa nak cakap, siapa?

Saya, okey.

Tuan Yang di-Pertua

No, I— dan we have peraturan mesyuarat, saya nak— period, Period.

Okey, Tan Sri.

Bachok, Tan Sri. Bachok.

Tuan Yang di-Pertua

Bachok sorang, lagi sorang siapa?

Tan Sri, Tan Sri.

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

Precedent.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya bagi Ketua Pembangkang dulu. Baik, yang lain duduk. Peraturan— dah dengar dah.

Peraturan mesyuarat, Bachok.

Tan Sri, nanti dulu Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Ni Ketua Pembangkang bangun ni. You berani ke?

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ha.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Mereka nak tukar Ketua Pembangkang.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hoi jahat punya.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

[Dewan riuh]

Nak tukar PM lah bukan Ketua Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua

Diam, diam. Hormatlah Ketua Pembangkang, you all pun. Okey, silakan. Silakan, Ketua Pembangkang. Lima minit.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya tak setujulah usul ni dibawa seperti apa yang telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan saya. Di luar sana mereka melihat apa masalah ini. Apabila kita mendengar hujah yang dibawa oleh Timbalan Menteri, dia kata nak mempertahankan APMM. Di mana nak mempertahankan APMM ini? Siapa yang mengatakan APMM buat salah ni? Tak ada siapa pun yang mengatakan APMM buat salah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dengarlah dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Dengar, dengar, dengar, dengar. Silakan, Yang Berhormat.

Yang saya hairan ni pun, yang, yang ketawa-ketawa ni pun di angkat sebagai kadang-kadang temporary Speaker.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kalau dah jadi temporary Speaker, maknanya dia tahu, decorum, dengarlah dulu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ini yang saya nak sebut ini. Saya dengar, pertamanya dia mengatakan nak mempertahankan APMM, okey. Yang dibangkitkan oleh Kota Bharu bukan masalah APMM, masalah prosedur. Cuba kita lihat semula Hansard yang telah pun dikeluarkan. Semua kena baca.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Diam, diam, diam, diam.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Isu yang pertama yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu adalah mempersoalkan tentang prosedur, SOP. Yang itu yang paling penting kepada beliau. Kenapa? Cuba kita lihat semula Hansard yang ada bersama dengan kita ni, banyak Hansard nya. Ketika Kota

Bharu membangkitkan soalan ini adalah sesuatu yang dia sendiri merasakan tanggungjawab dia. APMM juga merupakan satu agensi–– yang dulu, saya juga pernah menjadi Menteri yang mengawal selia APMM.

Saya tahu mereka menjalankan tugas yang baik, alhamdulillah. Syukur. Cuba juga kita baca Hansard muka surat 80 yang dibawa oleh Menteri ketika itu Menteri KDN. Dia menggunakan perkataan “merujuk tentang insiden yang berlaku di Masjid Rusila”. Dia menggunakan perkataan insiden. Insiden ini ada positifnya, ada negatifnya. Kalau kita sebut dari segi penggunaan selalunya adalah negatif. Cuba kita ambil ini sebagai satu perkara yang positif, insiden tetapi positif. Positifnya adalah event yang berlaku itu sepatutnya dikawal dalam keadaan semuanya ada kawalan. Maka, insiden itu positif. Cuba juga kita baca ketika itu the state of mind atau bayangan fikiran Yang Berhormat Kota Bharu membangkitkan isu ini. Mengapa kita kena tengok the state of mind yang ada terhadap Kota Bharu ketika itu? Siapa Kota Bharu? Dia bukan hanya Ahli Parlimen tetapi dia juga merupakan Setiausaha Agung kepada PAS. Sebagai Setiausaha Agung PAS, Masjid Rusila ini apa? Dia merupakan markas yang paling besar dalam negara kita ini, yang termasyhur dalam negara kita ini, bukan hanya dalam negara tapi di Nusantara dan insya-Allah di seluruh dunia. Maka, bila insiden seperti ini berlaku, dia the state of mind ketika itu bila dia bangkitkan. Dia kata— sebab itu kalau kita baca apa yang dibangkitkan oleh Kota Bharu, dia kata, “Apakah ini cara atau SOP yang dibawa?” Itu soalan, bukan menuduh. Tetapi dikaitkan, dikaitkan dengan peristiwa Memali. Dia mengaitkan Memali itu bukan peristiwa Memali, mengaitkan Memali kerana Memali juga ketika itu dulu, apabila perkara ini berlaku adalah merupakan markas yang besar oleh PAS juga ketika itu, di Kedah.

Tuan Yang di-Pertua

[Menganggukkan kepala]

Angguk.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

Setuju dengan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Taklah besar sangat.

Ya lah tapi ketika itu. Janganlah dibandingkan sekarang dengan dulu. Ketika itu dia besar. So, the ministate of mind

ini menyebabkan dia takut akan timbul perkara-perkara lain. Mungkin orang tak tahu, ketika peristiwa ini berlaku, saya nak cerita, ada seorang budak yang menjaga masjid itu lari.

[Bangun]

Bila dia berlari di belakang masjid itu ada tempat orang buat training untuk memanah. Nasib baik budak tu tak kena. Ini menyebabkan cerita-cerita ini yang sebenarnya berlaku. Jadi kita tanya, sebab itu Kota Bharu bertanya secara yang baik.

[Mencelah]

Inilah dia perangai yang tak baik ini.

Lapdog DAP tak apa, biar pi.

Jadi, saya nak sebutkan di sini. Pertamanya adalah sesuatu yang berlaku itu menggambarkan peristiwa tersebut adalah sesuatu yang serius. Jadi, sebab itu saya bangkitkan tadi bahawa Kota Bharu sebagai Setiausaha Agung PAS merasakan mungkin dia membayangkan eh, mengapa mereka lakukan di sini? Apakah kerana sudah ada perasaan Islamofobia dalam negara kita, terpaksa menggunakan Masjid Rusila? Okey, kalau betul nak kan training secara yang positif, yang saya katakan tadi, maklumkanlah.

Kita dah maklum. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Maklum selepas. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Jadi, sebab itu ...

Larut, Larut.

Sebab itu dia...

Larut, sedikit Peraturan Mesyuarat. Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(12).

[Bangun]

Saya baca sekali dengan Peraturan Mesyuarat 36(6). 36(12), mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. 36(6),

seseorang ahli tak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain. Saya rujuk kepada yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi. Situasi berlaku di Marang dan juga dibangkitkan oleh Kota Bharu. Dan saya rujuk kepada usul, perenggan tiga usul ini yang saya kira ada sedikit cacat di sini. Perenggan ketiga, bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober 2025 melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan latihan pelarian dan pelolosan, kursus asas Komando STAR Team oleh APMM. Jadi, saya nak betulkan rekod di sini, 36(12). Untuk rekod, pemakluman polis hanya diberikan kepada Pengerusi Masjid Rusila dan pegawai di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang. Yang Berhormat Marang dengan penuh hormat, tidak pernah berjumpa atau didatangi untuk diberikan makluman secara terus oleh pihak polis. Kenyataan Yang Berhormat Menteri dalam media sebelum ini disebut Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang, bukannya merujuk terus kepada Ahli Parlimen Marang. Dan saya nak rekodkan di sini. Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

Saya ada locus standi untuk Yang Berhormat Marang dan saya nak rekodkan di sini Yang Berhormat Marang sama sekali tidak pernah bersetuju dengan pemakluman yang disampaikan kerana banyak persoalan dan percanggahan. Oleh itu, Yang Berhormat Kota Bharu bangkitkan persoalan ini dalam Dewan Rakyat, Dewan yang mulia ini untuk bertanya polisi dan SOP kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Dan kalau boleh sikit lagi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya rujuk kenyataan rasmi Masjid Rusila, 22 Oktober.

Tuan Yang di-Pertua

Kita dah jauh Yang Berhormat. Floor ini floor Ketua Pembangkang.

Okey, jadi peraturan mesyuarat tadi itu saya nak selitkan di sini, nak betulkan rekod bahawa Yang Berhormat Marang tidak pernah didatangi dan diberikan taklimat pemakluman secara terus oleh pihak polis. Maka usul ini, perenggan ketiganya bagi saya agak menyimpang dan mengelirukan. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Silakan.

Semua rakyat hari ini mendengar. Sebab itu saya nak bangkitkan supaya kalau boleh selepas ini kita selesaikan di sini. Tak payahlah ada apa-apa selepas mendengar penjelasan saya ini. Tadi saya sebut tentang Setiausaha Agung, Kota Bharu. Bayangkan pula ahli-ahli atau masyarakat yang ada atau kariah masjid tersebut yang ketika itu tak tahu akan peristiwa ini sebagai satu latihan, tak tahu. Ketika itu tak tahu, mereka curiga, mempunyai perasaan yang macam-macam. Jadi, cuba kita fikirkan. Kalau itu kepada ahli, mengapa saya terima kasih kepada APMM? APMM telah pun melaporkan sebelum mengadakan latihan. Dia melaporkan kepada PDRM. Maknanya apa? Dia juga takut, curiga. Kalau latihan ini akan menimbulkan masalah. Sebab itu dia laporkan kepada PDRM dulu. Jadi, maknanya tak salah the state of mind ketika itu, semua orang ketika itu merasakan, eh apa hal ini? Tak salah dan tidak salah Kota Bharu memikirkan eh, apakah kerana ini markas PAS, sama macam dulu di Baling, sama. Jadi, sebab itu kita kena faham, bila dia dah timbulkan ini. Jadi, bila APMM juga telah melaporkan kepada PDRM, maknanya APMM pun sedar, ada kesedaran bahawa perkara ini boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini.

Sebab itu dia buat laporan polis dulu. Jadi, itu perkara yang baik. Dan saya ucap terima kasih kepada APMM.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Larut.

Sekurang-kurangnya mereka minta maaf.

Dia dah telefon dengan masjid. Dia kata, “Kami minta maaflah. Minta maaf. Kami dah bagi tahu dengan polis.” Kita terima. Alhamdulillah, syukur. Sebab itu ada khilaf dan bila kita tengok daripada apa yang dijawab oleh Menteri juga― saya hairan. Ketika jawapan Menteri, “Ah, mereka kena menyamar, mereka dah pun bagi tahu polis.” Alhamdulillah. Betullah itu. Sebab itu saya kata terima kasih APMM. Dah bagi tahu pun. Dah bagi tahu pada polis. Okey. Jadi, sebab itu dia kata nampak curigalah. Dia sendiri yang cakap ini. Kalau Menteri menjawab pun dah kata curiga, apatah lagi orang Setiausaha Agung PAS. Jadi, kerana itu, kita tak nafikan ia mengundang satu reaksi daripada pihak masjid. Ini Menteri yang jawab. Bukan Kota Bharu yang menjawab. Yang tiba-tiba bawa usul ini fasal apa? Engkau sendiri yang jawab.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Larut. Menteri pun dah kata benda ini dah move on. Sepatutnya tak timbul lagi isu sebegini. Dan makluman kepada masjid dan juga Marang adalah selepas program. Untuk pembetulan. Terima kasih, Larut.

Jadi, sebab itu bila ada usul yang dibawa yang mengatakan...

Larut, sikit. Saya nak mengesahkan bahawa pemakluman daripada pihak APMM kepada pihak masjid selepas laporan polis selepas kejadian dan pemakluman kepada Yang Berhormat Marang juga kepada ahli― kepada pegawai di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang tersebut juga selepas kejadian dan selepas laporan polis dan selepas siasatan oleh pihak polis... [Dicelah] Sebagaimana dalam usul.

Apa yang saya nak sampaikan ini adalah kerana nak memaklumkan kepada semua Ahli-ahli Dewan dan semua rakyat yang mendengar ini. Kita tak salah pun APMM ini. Yang bawa usul mengatakan nak mempertahankan APMM ini, apa kena-mengena dengan APMM?... [Tepuk] Saya kesian Timbalan Menteri. Semalam, dia bagi tahu dengan salah seorang sahabat saya, “Inilah aku susah, pening kepala ini. Sebenarnya, Menteri yang nak suruh bawa ini.”...

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Yang Berhormat. Fitnah, Yang Berhormat. Nanti saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Saya tak pernah menyebut dan berjumpa siapa pun.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tarik balik! Tarik balik!

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

Saya nak maklumkan...

Tuan Yang di-Pertua

Larut, Larut.

Saya kesian kepada dia. Saya tak menuduh dia.

Tuan Yang di-Pertua

Kesian, satu. Tapi yang berjumpa dengan itu, fitnah.

Jadi, maknanya Menteri sendiri? Awak sendiri yang nak bawa benda ini?

Ya. Yang Berhormat sebut saya berjumpa dengan salah seorang Ahli Yang Berhormat.

Yang mengatakan saya terpaksa bawa. Saya tak jumpa siapa-siapa, Yang Berhormat. Ini tanggungjawab saya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

[Dewan riuh]

Jadi...

Tuan Yang di-Pertua

Jadi...

Jadi, maknanya...

Tuan Yang di-Pertua

Tak betullah.

Tak betullah.

Tuan Yang di-Pertua

Timbalan Menteri tak berjumpa dengan siapa-siapa.

Ha. Jadi, tak betullah. Tak betullah apa yang kawan saya sebut ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik. Baik, Yang Berhormat, please landing.

Tuan Yang di-Pertua

Landing. Dah habis dah lima minit dah.

Larut. Larut. Larut.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi masa dah.

Inilah dia. Jangan menggunakan tyranny of the majority. Biar saya jelaskan.

Tuan Yang di-Pertua

Dak. Dah 10 minit lebih dah saya bagi ni.

It doesn’t matter-lah berapa minit pun.

Tuan Yang di-Pertua

It cannot be.

Yang penting, pada kita, nak pertahankan...

Ini isu besar. Isu nak gantung, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

But, tapi, kita ada undang-undang. When I say five minutes, saya boleh bagi sampai 10 minutes. Now dah 15 minit dah. So, can you...

Tuan Yang di-Pertua...

Dia Ketua Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, kalau nak mempertahankan isu ini, “Eh, cukuplah lima minit”, eh, tak boleh nak mempertahankan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi 15 minit dah.

Berapa minit?

Tuan Yang di-Pertua

Bukan lima minit. Dah 15 minit dah jalan.

Bagi lagi. Bagi lagi sehinggakan saya― insya-Allah, saya rasa saya boleh selesaikan lagi dalam beberapa minit lagi. Saya nak cerita tadi bahawa kalau ini yang dibawa dan Menteri sendiri dah mengaku, pada saya sepatutnya tak bawalah isu ini. Sampai Menteri sendiri jawab, “Tak payahlah, kita perlukan, kita sampai exaggerate sampai berlebih-lebihan.” Ini jawapan Menteri. Dan bila Menteri dah jawab begitu, rakan saya Kota Bharu pun jawab benda yang sama. Dalam Hansard ini ada. Muka surat 82. Dia kata, “Pokoknya, insiden ini...”― kemudian, dia tarik balik. “Saya tak mahulah nak sebut insiden.” Jadi, maknanya perkataan insiden ini telah pun digunakan oleh kedua-dua pihak, dan akhirnya mereka setuju bahawa yang penting hari ini adalah― muka surat 87. Saya letakkan star di sini. Bila Datuk Seri Saifuddin Nasution, dalam Hansard ini... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sebab dia Yang Berhormat Senator, jadi saya sebut nama dia. Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution. “Saya salute Dato’ Yang di-Pertua kerana atas ketenangan dan membantu meredakan sedikit.” Ini Menteri jawab. “Tapi, saya lapang. Saya ucap terima kasih banyak, Kota Bharu.” Selepas Kota Bharu dah menjelaskan, “Okey, khilaf, minta maaf, kita boleh selesaikan isu ini”, dan akhirnya, “Move on”, dia kata. Okeylah, selesai, move on. “Asal kita boleh memahami bahawa faktanya begitulah.” Maknanya, faktanya begitulah. Apa faktanya? Faktanya, ada kekhilafan kepada semua pihak. Move on, Alhamdulillah. Bila dah move on, ada seorang Yang Berhormat Hulu Langat, salute. “Menteri, kami salute-lah dengan Menteri. Jiwa besarlah Menteri ini. Hebatlah

Menteri. Alhamdulillah. Inilah dia Kerajaan MADANI. Hebatnya Kerajaan MADANI. Bukan macam sebelah sana. Cakap fitnah saja, cakap kurang ajar.” Saya nak baca ini seolah-olah ada flip flop ke? Alhamdulillah, kita salute, dah tarik, Menteri semua dah kata okey. Alhamdulillah. Tiba-tiba, hari ini, ada usul. Sepatutnya Hulu Langat kata, “Eh, ini tak betul Kerajaan MADANI ini.” Dah salute dah, dia dah salute dah. Tiba-tiba, tarik balik, buat usul. Hari ini saya kata, “Timbalan Menteri bukan dia. Menteri yang nak sangat.” Dia kata, “Tidak, tidak. Dia nak sendiri.” Tak apalah. Biar rakyat yang dengar. Jadi, sebab itu, saya mohon selepas saya buat penjelasan ini, saya nak maklumkan bahawa report polis pun kita dah buat. Segala apa yang berlaku itu ada CCTV. Kita ada CCTV menunjukkan bahawa insiden ini, kalau kita tengok daripada CCTV, menakutkan. Sebab itulah kita bangkitkan perkara ini. Dan, kemudian, APMM pun dah minta maaf dengan Jawatankuasa dah. Kita kata, “Okey. Dah minta maaf. Selesai. Alhamdulillah.” Kemudian, Jawatankuasa pun dah keluarkan... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Jawatankuasa Masjid pun dah keluarkan respons terhadap kenyataan Ketua Pengarah Maritim Malaysia. Bila Maritim Malaysia dah tulis surat, maka Jawatankuasa pun come out dengan satu statement mengatakan, “Okeylah. Selesai.” “Setelah itu, barulah kami menerima pemakluman lisan dan permohonan maaf melalui telefon daripada pihak Maritim Malaysia.” Alhamdulillah, selesai. Yang belum selesai apa? Yang dah selesai, maritim dengan Rusila. Selesai. Alhamdulillah. Rakyat, saya nak bagi tahu bahawa kami di sini sudah pun memahami APMM selesai, tahniah dan syabas... [Tepuk] Yang belum selesai adalah niat hati sangkaan buruk yang datangnya daripada mereka yang membawa usul ini... [Dewan riuh] Itu belum selesai. Sebab itu saya nak maklumkan kepada semua hari ini, bahawa janganlah sekali-kali menggunakan ini, the tyranny of the majority ini seperti tambahan yang telah pun dibawa oleh kawan saya tadi yang mengatakan dia nak tambah lagi, bukan hanya tyranny of the majority, dia tambah arrogant tyranny of the majority atau tyranny of the majority yang sombong, yang angkuh. Saya mintalah, kalau boleh, kita selesaikan. Jangan gunakan ini. Sama-sama setuju ada khilaf. Sama-sama setuju benda ini selesai. APMM dah selesai, kami dah selesai. Tak payahlah nak bawa benda ini nak diperbesar-besarkan lagi. Itu permintaan saya dan saya mengharapkan semua sebelah sana bersetuju dengan saya, perkara ini selesai.

Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pulai.

Tan Sri, Peraturan Dewan lagi sekali. Tan Sri. Tan Sri, Tan Sri kena layan Peraturan Dewan. Kena layan.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau benda yang sama, saya tak boleh. Saya dah dengar dah. Benda apa lagi?

Tak, yang sama, 36(10). Ini asas, ini asas kepada pertuduhan sekarang. Saya nak pastikan dulu sama ada telah ada berlakunya kesalahan di bawah 36(10) di fikiran Tan Sri? Dah ada ke belum? Kalau ada, sepatutnya dibuat di bawah 44(2) sama ada 10 hari ataupun tiga hari hukuman.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Sekarang ini masalahnya sekarang, belum ada hukuman langsung lagi ini.

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut, listen. Yang dibawa ialah satu usul, not even a verdict. Not even a verdict.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, yang akan membuat keputusan, anda semua. Sebab itu...

Tak. Tan Sri, saya nak tanya, okey...

Tuan Yang di-Pertua

Dengar dulu. Listen, listen to me.

Saya nak tanya Tan Sri, okey, sekarang, Tan Sri...

Tuan Yang di-Pertua

Anda dengar, yakinkan, yakinkan lah di kalangan anda. Lepas itu kalau rasakan Kota Bharu tidak bersalah, buat keputusan.

Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri...

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma akan umumkan keputusan bahawa anda tidak bersetuju, period.

Tak, sekarang ini...

Tuan Yang di-Pertua

Untuk itu, saya jemput Pulai.

Sekarang di bawah mana masalahnya dalam peraturan ini...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sebab Tan Sri melangkaui...

Peraturan mesyuarat.

Sepatutnya kuasa...

Tuan Yang di-Pertua

Not. That’s why saya kata ini ialah usul.

Kuasa Tan Sri bawah 44(2).

Tuan Yang di-Pertua

Ini usul, it’s not...

Permulaan, 44(2) dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Ini usul.

Tan Sri...

Tuan Yang di-Pertua

Ini usul.

Baru pergi 44(3). Ini tak ada, ada mana-mana ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pulai, silakan.

Tan Sri...

Tuan Yang di-Pertua

Besut, sit down. Pulai.

Oh, dahsyat.

Tan Sri Speaker, peraturan, peraturan, peraturan.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk.

Tak, yang lain sikit. Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Pulai. I said no.

36(12), layanlah. Saya cakap elok, saya minta...

Tuan Yang di-Pertua

Dah cakap dah, tadi 36(12).

Tak, yang lain. Ini yang lain, 36 yang bersangkutan dengan lain.

Tuan Yang di-Pertua

Apa dia lagi?

Okey, 36(12) Tan Sri Speaker. Terima kasih Tan Sri Speaker. Mungkin ini human shield, diletakkan apa ni, APMM. Cuma saya tengok 36(12) ini Tan Sri Speaker, seeloknya sebab disebut tadi oleh

Ketua Pembangkang, eloknya 36(12) ini dibawa ke jawatankuasa untuk kita submit, kita letakkan dokumen-dokumen yang ada sebelah sana dan dokumen sebelah sini supaya kita dapat penyelesaian. Kalau di situlah barulah kita dapat buat keputusan sama ada dia salah atau tidak untuk dibawa untuk ke hari ini. Itu, itu...

Tuan Yang di-Pertua

Okey. YB yakinkan semua orang dalam ini, bukan saya. Tanya semua orang.

Tak, itulah. Tak, sebelum buat keputusan yang ini, kita tahu tyranny of majority akan berlaku sebab majoriti...

Tuan Yang di-Pertua

Not necessary, not necessary.

Kan...

Tuan Yang di-Pertua

Not necessary.

Jadi, saya nak minta...

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Pulai.

Sebab kita nak bawa ni...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya merujuk kepada usul ini, di mana dalam kenyataan yang dibuat oleh Kota Bharu, terdapat kesalahan dari segi pertamanya, masa dan tarikh. Disebut oleh Kota Bharu kejadian insiden itu pada 29 hari bulan sembilan 2025 jam 10.00 pagi, tapi sebenarnya insiden itu berlaku pada 19 hari bulan sembilan 2025 jam 5.00 hingga 6.30 petang. Itu yang pertama. Yang keduanya adalah dalam Hansard, Kota Bharu menyatakan, “Masuk dalam masjid pakai kasut”, sedangkan dalam kenyataan yang dibuat oleh APMM, tidak ada menggunakan kasut di dalam masjid. Kasut itu dipegang oleh pelatih, bukannya dipakai oleh pelatih. Jadi, itu memberikan gambaran seolah-olahnya ada ya, tercalarnya imej APMM ini dengan menggunakan kasut di dalam masjid. Satu.

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang kedua, yang kedua...

Tan Sri Speaker, peraturan 36(6) sebab...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya teruskan. Yang kedua...

36(6), peraturan Dewan Tan Sri.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Di dalam Hansard ini juga menyatakan...

Peraturan Dewan, layanlah. Saya nak sebut sebab yang itu kita dah selesai dah...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Di dalam...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Pulai kejap.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Di dalam Hansard ini menyatakan...

Tuan Yang di-Pertua

Pulai, Pulai. Pulai, Pulai, sebentar. Apa dia? 36(6), apa hal?

Ya, okey. Sebab kasut itu diselesaikan dah bila apa ini, Yang Berhormat Kota Bharu minta maaf kerana membimbing kasut, menjinjing. Maknanya, tak ada lagilah isu kasut ini.

Tuan Yang di-Pertua

No, dia sedang membaca apa yang berlaku...

Tak, itu tuduhan.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Tuduhan apa, ini dalam Hansard.

Benda itu dah selesai. Hansard dah selesai.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Dia sebut apa yang berlaku dalam Hansard.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pendang, ini dalam Hansard.

Tuan Yang di-Pertua

Okay, move, jalan.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Okey. Yang keduanya, Kota Bharu menyatakan di dalam Hansard ini ya, “I will open fire”. Dia sebut, “Kalau saya memiliki atau membawa senjata api yang saya ada lesen, saya akan, I will open fire”...

Pulai. Bachok sikit Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya nak nyatakan...

Pulai, Bachok.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Dalam kenyataan yang dibuat oleh APMM, tidak ada sebarang senjata dibawa oleh pelatih ini.

Pulai, sikit Pulai. Pulai...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Kenapa analogi ini dibuat? Seolah- olahnya hendak menembak mereka yang terlibat dengan latihan ini. Itu yang kedua.

Kekanda Pulai, nak membetulkan, nak betulkan fakta sikit. Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Nanti, saya habiskan. Saya habiskan, nanti boleh bagi.

Pulai, Pulai saya ada gambar. Memang...

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, Bachok, dia tak bagi. Duduk, dia tak bagi.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya habis. Nanti dulu, saya habis dulu. Karang...

Memang bawa selipar masuk [Sambil menunjukkan sehelai kertas]

Tuan Yang di-Pertua

Bachok! Nanti Kota Bharu bagi.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya ada video, ada video dia bawa kasut...

Kami ada video. Kami ada video.

Kami ada video.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Dia bawa kasut tak salah, tuduhan Kota Bharu pakai kasut...

Kami ada video.

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, satu.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Kan beza itu...

Kami ada video.

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, dua.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Bawa kasut dengan pakai kasut. Saya tak kata dia tak bawa kasut, dia bawa kasut...

Kami ada video, ada surat polis dah...

KP dah betulkan fakta...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya ada video. Saya ada video, tak ada.

Kota Bharu dah betulkan fakta...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Tak ada.

Kota Bharu, tarikh pun Kota Bharu baca tarikh report...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Bagi saya dalam kenyataan ini, gunakan pakai kasut.

KB dah betulkan fakta selepas itu.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pakai kasut.

So, fakta you yang pertama tak valid.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Tak, saya sebut yang dalam Hansard. Kita punya usul ini daripada Hansard...

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, Bachok...

Ada senjata yang dibawa. [Tukul diketuk]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang ketiga...

Polis mengesahkan, ada surat.

Tuan Yang di-Pertua

Bachok dan Pendang, listen to me.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Hoi!

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang ketiga...

Tuan Yang di-Pertua

Pulai. [Tukul diketuk] Bachok dan Pendang, bangun lagi sekali, saya suruh keluar. Okey, sekarang Pulai sahaja.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang ketiga...

Tuan Yang di-Pertua

Pulai, Hulu Langat, semua duduk dulu. Duduk, semua duduk. [Tukul diketuk] Duduk dulu. Cuma Pulai yang saya bagi bercakap, yang lain duduk dan dengar. Lepas itu Kota Bharu ada masa, kemudian Bangi ada masa. Nak minta penjelasan, minta penjelasan elok-elok. Okey?

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Semua tenang, tenang. Dunia belum kiamat lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang ketiga saya nak sebut yang tadi ya, dinyatakan, “I will open fire”, seolah-olahnya nak menggambarkan adanya berlakunya ancaman, ada serbuan, ada penggeledahan, ada penyerangan. Semua ini tidak berlaku. Yang berlaku hanyalah pelatih ini masuk di dalam masjid, kemudian di sana dia beriktikaf, kemudian dia keluar daripada masjid kerana mereka terlibat dengan latihan...

Iktikaf apa lari-lari masuk dalam masjid macam itu?

Tan Sri Speaker.

Lepas ini dalam kuil, dalam gereja mereka akan masuk macam mana?

Tan Sri Speaker.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Hoi, duduklah.

Saya nak minta penjelasan.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang ketiganya, yang keempatnya nak sebut, dalam kenyataan yang dibuat oleh Kota Bharu...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Halaulah Speaker.

Saya minta...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini Pendang ini Speaker, halau dia.

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, satu. [Tukul diketuk]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ha.

Saya minta...

Tuan Yang di-Pertua

Pendang...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Dalam kenyataan Kota Bharu...

Tuan Yang di-Pertua

Sat lagi Kota Bharu cakap, you masuk.

Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan kacau sekarang.

All right.

Tuan Yang di-Pertua

You bangun sekali lagi, automatically you out. You listen to me. I mean it. Okey, Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Pendang... [Membaca sepotong ayat Al- Quran]

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Okey, saya nak sebut yang keempatnya, soalan yang dikemukakan oleh Kota Bharu, “Apakah ini gara-gara ulangan peristiwa Memali 1985?”

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Nanti, saya akan, saya akan terangkan. Ini dibawa seolah- olahnya naratif pertamanya, dia kata masuk secara menyerbu...

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Itu kamu sangkaan jahat.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang kedua nak tembak...

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Kamu yang mentafsirkan seolah-olah, itu sangkaan jahat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Hoi, hoi, duduk.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang ketiganya kaitkan dengan Memali.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Duduk!

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang keempat...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Duduk! Duduk! Duduk! [Tukul diketuk]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Yang keempat...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Apa, apa? Apa? Keluarlah.

Tuan Yang di-Pertua

Pengkalan Chepa! Jangan! Kalau you nak fight, you tell me you want to fight now! Pengkalan Chepa, you want to fight now? Anda nak bergaduh?

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Anda nak bergaduh atau tidak?

Tuan Haji Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Speaker, Hulu Langat pun sama.

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, sit down!

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Listen to me! [Tukul diketuk] Jangan ajak orang bertumbuk di luar. Saya dah kenakan Pendang 10 hari, don’t do that. Don’t do that. I am preceding now. I am…

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Saya ajak minum air.

Tuan Yang di-Pertua

Sit down!

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Saya ajak minum air, siapa kata saya ajak bergaduh?

Tuan Yang di-Pertua

Come on, don’t.

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Sabar Speaker, sabar, relaks.

Tuan Yang di-Pertua

You better watch out. You better watch out. Don’t play like that to me. You better watch out. Okey, Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Seterusnya, kemudian Pendang pula bertanya, “Apakah ini perancangan untuk membunuh Presiden PAS?”

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Presiden PAS ini bukan sahaja Pendang sayang, saya pun sayang juga dengan Marang.

[Dewan ketawa]

Tan Sri...

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Speaker, saya nak bagi contoh...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Pulai, Pulai. Pulai…

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Tadi Ketua Pembangkang sebut, dia kata ini hanya soalan sahaja.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya nak bagi contoh begini Tuan Speaker. Katalah kita berminat, anak kita berminat dengan anak Tuan Haji.

Apa ni. [Ketawa]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

“Tuan Haji, boleh tak saya meminang anak Tuan Haji...?”

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Soalan bagus, soalan tu. Kalau nak minang baguslah kan, bagus. Tapi lepas tu dia tanya balik, “Anak Tuan Haji ni, saya selalu nampak anak Tuan Haji ni dengan ramai lelaki. Suci lagi ke anak Tuan Haji ni!”. Ha, tadi bagus soalan tu...

[Dewan riuh]

Tak ada kaitanlah.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Pulai, minta laluan Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya bagi contoh.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Lepas tu, dia tanya balik...

Tak relevan.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya bagi contoh, lepas tu dia tanya balik. “Tahun 1985 dulu Tuan Haji, Tuan Haji dulu ada anak luar nikah, anak tu ke yang terlibat dengan anak luar nikah ni?”. Macam mana?

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tak berkait kot Tuan Yang di- Pertua. [Tidak jelas]

Tak relevan, tak relevan.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Lepas tu kawan dia pula tanya...

Contoh apa tu?

Tuan Yang di-Pertua

Okey Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Jadi saya nak sebut...

Tuan Yang di-Pertua

Pulai tanya...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

...Memang kita boleh tanya tapi jangan disambung dengan naratif-naratif yang salah.

[Dewan riuh]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

[Bangun]

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua 36(12). 36(12)...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Ia memberi gambaran tidak baik kepada APMM.

Tuan Yang di-Pertua

Okey gulung, gulung, gulung.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Speaker Pasir Gudang.

Tuan Yang di-Pertua

You’re getting out of hand lah.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Seterusnya boleh saya sambung?

Tuan Yang di-Pertua

Pulai, gulung dan duduklah.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Ha, saya gulung sikit lagi ya.

Tuan Yang di-Pertua

Gulung dan duduk, dah. Okey.

Apa ni...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Jadi Tuan Speaker, semua yang saya sebut tadi...

Tuan Yang di-Pertua

Gulung dan duduk. Lepas tu, send back to Kota Bharu.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

...Memberikan gambaran yang tidak baik.

Speaker, cuma saya nak— sebab Pulai sebut dia kata tadi saya bangkitkan seolah-olah itunya satu soalan. Saya nak tanya Pulailah kan, kalau engkau dah tahu bahawa dia tu luar nikah, fasal apa yang engkau nak bertunang dengan dia?

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Pulai...

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Saya tanya— ya.

Tuan Yang di-Pertua

Pulai, jangan jawab terus.

Tak ada orang lain dah ka?

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Itu kan contoh.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Speaker, Pasir Gudang, ya.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Jadi, saya nak menggambarkan apa yang saya sebut tadi...

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Gudang nak apa?

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

...Bahawa ia menggambarkan bahawa kita menampakkan di sana Kota Bharu mencalarkan imej APMM. Sebab itulah Pulai...

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

...Menyokong usul yang telah dibentangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ha, Pasir Gudang isu apa?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Pasir Gudang. Pendek saja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tan Sri. Pasir Gudang cuba nak jadi pendamai ya dan nak selamatkan maruah Dewan Rakyat kita ini.

[Dewan riuh]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

[Tepuk]

Takkan sambung pula.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Iaitu tujuan usul ini dikemukakan oleh kerajaan...

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu, peraturan mesyuarat baru...

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya, ya, ya.

Tuan Yang di-Pertua

...Peraturan mesyuarat mana tu?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Berkenaan 27(3).

Tuan Yang di-Pertua

27(3)?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya, iaitu seperti yang disebut tadi untuk selamatkan nama baik APMM. Tetapi apabila prosiding ini dibuat secara terbuka unintended consequence yang berlaku iaitu nama APPM jadi buruk sekarang, dah jadi perdebatan secara open. Jadi saya rasa— sikit saja Tuan Yang di-Pertua. Untuk kebaikan APMM dan kita semua sebab Pulai dah bawa satu usul supaya dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri. Kita selamatkanlah jangan bincang di sini. Kalau kita dah bawa jawatankuasa ini, kalau Kota Bharu memang salah, kita hukumlah dia.

[Dewan riuh]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Pasir Gudang. Saya jemput Kota Bharu.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, boleh? Peraturan yang sama. Peraturan 36(12) tadi berkaitan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya sebagai salah seorang ahli, jadi saya rasa sebenarnya benda ini mudah je penyelesaiannya dan boleh dibawa berbincang. [Sambil menunjukkan ke arah tempat Yang Berhormat Tasek Gelugor] Tasek Gelugor pernah dibawa, panjang lebar di situ. Tan Sri Speaker pun ada di situ boleh bentangkan segala-galanya kat situ, kita boleh bahas panjang lebar, Tan Sri Speaker sendiri boleh tengok. Sebab itu

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

benda ini penyelesaiannya mudah tetapi kerajaan cuba menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menghukum Kota Bharu, itu paling mudah. Tan Sri Speaker kata, okey keputusan akan dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen sendiri tapi apakah jaminan semua tak terikat? Tentunya semua penyokong kerajaan akan menyokong usul ini, itu hakikat. Jadi sebab itu saya rasa, saya mintalah kepada mereka-mereka UMNO, DAP, Ahli-ahli Parlimen yang berada di sini, PKR, yang menjunjung keadilan. Beluran kata dia buat salah dulu tak apa, sekarang ini masa nak betulkan, yang diperjuangkan selama ini oleh Ahli-ahli Parlimen DAP, PKR, UMNO dan sebagainya kononnya perlu diberi keadilan dalam Dewan ini, tunjukkanlah hari ini. Terima kasih Speaker.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Speaker, pada 23 November 2016, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3), I presided there. Usul terhadap Ahli Parlimen Kepong. [Menunjukkan ke arah tempat Yang Berhormat Kepong] . Apa kita buat Tan Sri Speaker? saya panggil Yang Berhormat Bagan dan beberapa orang di Ante Chamber, kita bincang dengan baik. Walaupun ada usul sepatutnya dibawa oleh Pengerang pagi itu 23 November 2016, apa kita buat kita bincang di sana Tan Sri, kita minta agar perbincangan itu dan menjurus kepada usul itu ditarik balik dan Yang Berhormat Kepong itu memohon maaf dalam Dewan. Itu penyelesaian yang harmonis, berlaku pada tahun 2016, you can do that now. Usul ini boleh ditarik balik Yang Berhormat kerana you see that damage dan you can correct that Peraturan Mesyuarat. 27(3) tak boleh guna untuk penalise ahli, ambil tindakan terhadap ahli. It should be 36(12). Lepas tu, ada provision dekat sana, we correct it. Usul ini boleh ditarik balik Yang Berhormat, tangguhlah 10 minit, 15 minit Yang Berhormat Taki boleh perjelaskan benda tu seperti yang kita buat masa Yang Berhormat Kepong dulu nak digantung enam bulan pada 2016 yang lalu. Kita bincang dekat Ante Chamber, Yang Berhormat Bagan ketua dan beberapa orang bincang duduk dan Yang Berhormat Kepong duduk minta maaf, tarik balik kenyataan, selesai. You can do that here Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa— saya dapat. Dengar, dengar dulu, dengar.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tan Sri Speaker...

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk dulu. Duduk.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tan Sri Speaker, nama saya disebut. Ya, saya nak correct, saya tidak minta maaf pada masa ketika itu, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ha, okey. Baik, baik, baik.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

In the Hansard, you tarik balik Yang Berhormat ya.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Saya tarik balik tapi saya tidak minta maaf.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Ya lah, itulah makna tarik balik tu.

Dan tak kena gantung pun masa tu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Speaker ringkas saja Speaker, ringkas saja, beberapa saat. Saya nak tanya Pulai, Pulai, Menteri dah move on, Menteri dah move on kenapa Pulai nak menjadi ahli pengadu domba untuk meneruskan perkara ini sebab Menteri kata dia dah move on. Kerana Nabi berkata, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Takkan masuk syurga orang adu domba...”.

Sikit saja.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak baca surat Pulai. Ini bukan saya nak defend Pulai tapi ini sebagai linesman saya nak baca ya. Yang bertarikh 23 Oktober. Paragraph lima. “...Sehubungan itu saya memohon agar Speaker menimbangkan untuk memanggil Kota Bharu agar menarik balik semua kenyataan berkaitan perkara ini dan memohon maaf dalam Dewan...”. Pulai tulis surat pada saya dan saya salinkan surat ini kepada Kota Bharu. Saya tunggu sampai semalam, nothing happens. Paling tidak Kota Bharu datang jumpa saya, “Speaker saya minta maaf, saya akan buat permohonan maaf...”, selesai. You expunge yang mana you sebut tentang APPM cukup. Soal nak tanya adakah ini satu SOP, itu cerita lain. Tapi jangan kaitkan benda-benda yang boleh dianggap merendahkan penglibatan APMM. But I waited for too long.

Yang Berhormat boleh sebut surat yang, Yang Berhormat sebut tu yang bertarikh bila?

Tuan Yang di-Pertua

Ya. 23 Oktober.

Surat bila? 23 Oktober?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Ya, itu surat merujukkan saya ke...

Tuan Yang di-Pertua

That’s right, that’s right.

Saya dah jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Saya jawab 2 November.

Tuan Yang di-Pertua

But you tak mohon maaf di sini pun.

Ya?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tak ada. Dia minta dalam Dewan, tak sebut. At least jumpa saya...

Saya 30 hari bulan...

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya bagikan peluang kepada...

Masa menggulung saya dah minta maaf dah, apa yang tak betul kita minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada, tak ada.

Selesai, done deal, done deal.

[Dewan riuh]

Ya, betul, betul.

Ada dalam Hansard.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Kota Bharu, silakan.

Menteri pun dah move on.

Tuan Yang di-Pertua

Kota Bharu teruskan, silakan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Minta maaf dalam Dewan, Kota Bharu. Saya ada hari itu.

Okey, terima kasih. Assalamualaikum, salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Saya akan cuba berbahas secara profesional dan gentleman. Saya tidaklah senior sangat dalam Dewan ini sekadar tiga penggal sahaja tapi saya tiga penggal di Dewan Undangan Negeri sejak daripada tahun 1999 sehingga sekarang ini. Dan ini merupakan kes yang pertama saya dikenakan tindakan. I have no previous conviction, this is my first offence if you can call it an offence. It is a charge.

Baik. Saya telah berbahas untuk Rang Undang-undang Perbekalan 2026 pada 22 Oktober 2025. Pada hari selepas itu, 23 Oktober 2025, Yang Berhormat Pulai telah memasukkan satu surat sebagaimana disebutkan tadi kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker, permohonan merujukkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berkenaan dengan kenyataan saya. Baik.

Yang Berhormat Speaker telah menghantar surat kepada saya pada 28 Oktober kepada saya supaya saya memasukkan jawapan. Saya telah memasukkan jawapan pada 2 November, telah diterima oleh pejabat, ada acknowledgement of receipt, 3 November, ada di sini. Kemudian, ini kronologinya yang mungkin ramai tak tahu. Pada 11 November tahun 2025 iaitu lebih kurang seminggu selepas saya masuk jawapan, Yang Berhormat telah menghantar dua surat, satu kepada Menteri Dalam Negeri, satu kepada Pulai. Ini surat Yang Berhormat bertarikh 11 November kepada Yang Berhormat Menteri. Surat Tan Sri berbunyi, saya baca para 3, “Saya telah memohon penjelasan daripada Kota Bharu susulan daripada usul Yang Berhormat Pulai di bawah Peraturan 36(12). Penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu adalah sebagaimana dalam lampiran...” –– ada lampiran dihantar. “Dalam penjelasan tersebut,...” Kata surat ini, “...Kota Bharu telah mengaitkan Kementerian Dalam Negeri.” Para 4, “Sehubungan dengan itu, adalah dipohon agar Kementerian Dalam Negeri memberi maklum balas terhadap penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu.” Ini peraturan mana ini Yang Berhormat? Bila saya masuk penjelasan, Yang Berhormat arahkan KDN untuk jawab itu saya. Tetapi, jawapan daripada KDN saya tak terima sehingga sekarang ini, never been served on me. [Tepuk] Kepada YB Pulai, suratnya berbunyi, “Saya telah memohon penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu susulan usul Yang Berhormat di bawah Peraturan 13(16). Penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu adalah sebagaimana lampiran” Para 3. “Sehubungan itu, adalah dipohon agar Yang Berhormat memberi maklum balas terhadap penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu.” Peraturan mana ini? Peraturan mana? Dah ada surat rujukan, saya dah jawab. You have to decide whether I should be referred to Privilege Committee or not. That should be the procedure. Then, yang saya amat hairan, ini berlaku 11 November. Pada 2 Disember, 2 Disember, hari ini 4 Disember, dua hari yang lepas. Yang Berhormat Menteri Dalam

Negeri telah mempamerkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) 2 hari bulan, dua hari lepas telah naik usul terhadap saya untuk menggantung enam bulan. Kemudian― itu 2 hari bulan eh. Pada 3 Disember, Yang Berhormat Tan Sri telah mengeluarkan surat kepada Pulai. Surat ini berbunyi, “Dengan hormat, saya menarik perhatian Yang Berhormat mengenai perkara di atas dan usul Yang Berhormat berkaitan Peraturan Mesyuarat 36(12) terhadap Yang Berhormat Kota Bharu.” Para 2. “Yang Berhormat melalui surat yang diterima pada 1 Disember 2025 telah menyatakan hasrat Yang Berhormat untuk menyerahkan hal ini sepenuhnya kepada budi bicara saya...” Maksudnya Speaker, “...Dan Menteri Dalam Negeri untuk memutuskan perkara ini.” Itu amount to withdrawing your letter. “Memandangkan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah mengemukakan usul seperti terkandung dalam Kertas Aturan Urusan Mesyuarat bertarikh 3 Disember terhadap Yang Berhormat Kota Bharu, saya dengan ini menolak usul.” Saya ingin merujuk kepada apa yang disebut oleh Beluran. Saya dihadapkan dengan double jeopardy, dua tuduhan dalam isu yang sama terhadap saya seorang. Dari segi undang-undang, double jeopardy adalah tidak boleh, tidak boleh sama sekali. [Tepuk] 2 Disember usul dikeluarkan terhadap saya, usul Pulai hanya ditarik pada 3 Disember. Itu double jeopardy kepada saya. Jelas double jeopardy. Tak apa Yang Berhormat. Tak apa Yang Berhormat Tan Sri. Saya profesional, saya gentleman, saya tidak takut dihadapkan ke mana-mana jawatankuasa. Isu yang ada kepada saya sekarang ini, saya nak merujuk kepada satu kes yang boleh menjadi satu precedent sebab Tan Sri tadi menyebut satu precedent. Pada tahun 2010, satu usul telah dibawa oleh Menteri kerajaan pada masa itu terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan isu yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh pada masa itu, Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan Dasar 1Malaysia, 1Malaysia berasal daripada 1Israel dan Kerajaan Malaysia menjadikan APCO sebagai konsultan untuk membuat 1Malaysia. Itu Permatang Pauh kata. Permatang Pauh telah diminta beri penjelasan. Kenyataan itu dalam perbahasan pada 17 Mac 2010. Saya buat kajian. 30 Mac, penjelasan diminta daripada Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi pada 22 April 2010, kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Undang-undang, Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz telah mencadangkan Yang Berhormat

Permatang Pauh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan iaitu melalui usul 27(3). Itu― ia berlaku pada tahun 2010. Saya nak menyokong saranan sahabat saya Pasir Gudang mengatakan kenapa saya nak dirujukkan di bawah 36(12) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Tiba-tiba datang pula usul yang nak menggantung. Kalau Yang Berhormat Permatang Pauh sebelum dibawa ke Parlimen untuk digantung pada 16 Disember 2010, beliau telah dibawa dulu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dan, saya ada laporan setebal 59 muka surat. Laporan daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diputuskan di Jawatankuasa Hak ini, empat hari, 17 Mei 2010, 8 Jun 2010, 9 Jun 2010, 3 Disember 2010, laporan itu 59 muka surat dibawa ke dalam Parlimen untuk dibentangkan dan diadakan satu pengundian dan Permatang Pauh telah digantung enam bulan. Itu setelah due process yang telah dibuat oleh Parlimen ini. Jadi, apa salahnya saya sebagai the accused person, orang yang dituduh, kalau dalam civil mungkin defendan, kalau application mungkin saya responden. Tak apalah, saya anggap saya ini orang yang dituduh (accused person). Kalau sekiranya, Yang Berhormat Menteri, sahabat saya boleh meminda usul ini kepada merujukkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, saya masih lagi seorang Ketua Whip, saya akan mengarahkan rakan-rakan saya terima, tidak perlu buat belah-bahagian. Kita boleh terima, tak ada masalah. Hantar saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. [Tepuk] Give me a fair trial.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat.

Give me right to be heard. Right to defend myself. Ini bukan tempatnya. Saya mungkin akan bawa saksi. Saya akan bawa dokumen-dokumen membuktikan kes saya. Di sini mana mungkin saya bawa saksi daripada Rusila datang sini. Saya mungkin boleh bawa depan Tan Sri. Ini hak saya. Saya menuntut hak kebebasan dan keadilan kepada saya.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Kota Bharu.

Takkan lah ada majoriti nak menggantungkan saya enam tahun, enam bulan. Tahun 2015, saya― Kuala Selangor senyum. Kita bersama dulu mempertahankan YB Gelang Patah, YB Lim Kit Siang digantung. Kita yang menentang di sini, kami pun ada. Saya salah seorang yang menentang usul itu sekali dengan Kuala Selangor ada, Damansara ada, lama- lama, orang lama-lama. Saya juga bersama menentang undang-undang draconian ini atau peraturan yang pada masa itu kita anggap draconian oleh Permatang Pauh

dan juga Port Dickson sebelum ini, sekarang ini Tambun. [Tepuk] Jadi, tak kanlah saya nak dihukum. I don't mind, I can go to court within six months. Tetapi, adakah ini standard, standard kita mengendalikan kes-kes? Saya boleh argue banyak mengenai kes-kes ini. Saya telah berhujah 22 hari bulan, 30 Oktober, saya juga berhujah masa Yang Berhormat Menteri menggulung. Dan, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi, kami telah selesai, done deal, move on. Dia ucap terima kasih kepada saya kerana faham keadaan ini. Adakah dalam keadaan ini saya nak dihukum lagi enam bulan? Saya nak dihukum lagi? Come on. With due respect, I dah contact ramai rakan-rakan lama-lama.

Saya mohon izin untuk menyebut nama-nama yang saya contact. Saya telah contact Yang Berhormat Seremban. He is in Singapore now. Saya dah contact Petrajaya, jelaskan keadaan ini. I need justice dalam perkara ini. Saya tak tahu mereka menghubungi atau tidak rakan-rakan mereka dalam parti. Saya jelaskan. Beberapa orang rakan-rakan saya, saya tak perlu sebutlah di sini dan saya perlu sebut adalah Pasir Gudang. Saya sebut, saya nak minta pandangan dia macam mana. I’m willing to go to Jawatankuasa Privileges. [Tepuk] Dengarlah saya. Kalau ada recommendation, bawa sini biar Dewan putuskan. Not in this place yang majoriti terikat dengan Whip. Kita pun faham, Tan Sri. Takkan nak menghukum saya melalui summary judgement? I have triable issue. You cannot get a summary judgement when I have triable issue. Bring me to Jawatankuasa Privileges untuk saya buktikan kes saya. Kalau saya gagal, hukumlah saya. Give me a fair trial, please. Tasek Gelugor— Bukit Gelugor, I want a fair trial, I want right to be heard. I want right to defend myself. That’s all. Not to acquit me at this point of time.

[Dewan riuh]

Tak perlu lepaskan saya sekarang ini, tapi bagi dulu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu yang kita minta, itu yang diminta oleh pembangkang. Tak ada masalah. Jadi, kalau usul ini dipinda kepada rujuk saya ke Jawatankuasa, saya akan minta semua kawan-kawan saya sokong usul yang dipinda ini. Tak perlu belah bahagian, tak perlu terikat dengan Whip.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Speaker, penyataan bahawa Yang Berhormat Speaker menulis surat kepada Pulai untuk guide him.

Tuan Yang di-Pertua

Floor ini floor...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Ya, floor dia saya minta. Untuk guide him to withdraw dia punya 36(12). Ini kritikal, Tan Sri. Maknanya, Tan Sri terlibat ini.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

How can we dapat keadilan macam ini, Tan Sri? You have to be seen. Nampak— dilihat sebagai adil.

Tuan Yang di-Pertua

I’m not...

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

You ask him to withdraw. He’s very serious.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, I’m not part of it.

Yang Berhormat. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ini surat daripada Bentara. [Sambil menunjukkan sepucuk surat]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Tak betul itu, Yang Berhormat Speaker.

Semalam saya keluar awal sikit.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Speaker.

Sekejap, sekejap. Saya keluar awal sikit.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Speaker, itu tak betul.

Sekejap, sekejap.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Tidak ada guide.

Saya keluar awal sikit semalam, saya tak nampak surat ini. Ini Bentara, namanya Zarif. Tarikh dan masa letak atas meja saya, 3 Disember, semalam. 19.32 pm, 7.30 malam semalam letak atas. I was not here yesterday, 7.30. Kami ada program. Jadi, adakah fair dokumen ini diserahkan, hanya hari ini saya nampak? Dan saya nampak apabila dikatakan Pulai, tak ada surat Pulai. Saya tak nampak ini, tapi Tan Sri sebut “Pulai serah kepada Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Kemudian, Tan Sri membuat keputusan, ‘Dengan itu, saya menolak usul Yang Berhormat Pulai’”. Jadi, apa cerita semuanya? Siapa yang menentukan usul ini dikekalkan atau tidak? Pulai ke Yang Berhormat? Jadi, itu keadaannya. Jadi to be fair, this is my request. Give me fair trial please. Give me right to be heard. [Tepuk] Itu sahaja. Saya menjunjung peraturan dan juga Perlembagaan negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bangi. Silakan.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, saya bangun hari ini dengan hati yang berat. Saya hormat Kota Bharu sebagai seorang peguam kanan, saya hormat Kota Bharu sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman. Saya bangun hari ini bukan sebab ada dendam peribadi atau perasaan benci terhadap Yang Berhormat Kota Bharu. Tadi semasa Timbalan Menteri mulakan ucapannya, Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum bahawa dia membela reputasi APMM. Tan Sri, saya bangun hari ini untuk berhujah tidak lain dan tidak bukan untuk menjunjung kemuliaan Dewan ini dan reputasi kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita jadi Ahli Yang Berhormat kerana kita dipilih rakyat. Rakyat pilih kita, mereka mahu kita lantang bersuara untuk isu-isu rakyat, isu- isu kawasan mahupun isu-isu nasional dan kita mempunyai tanggungjawab untuk bersuara tanpa rasa takut atau berpihak, dengan izin without fear or favor. Dan sebab itu kita ada keistimewaan Parlimen di bawah Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan. Apa yang kita sebut di sini, tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah. Tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, ini tidak bermakna kita bebas daripada tanggungjawab untuk setiap tutur dalam Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Dewan ini sendiri mempunyai mekanisme untuk mengurus situasi di mana kenyataan yang tidak benar ataupun yang salah ditutur dalam Dewan ini.

[Bangun]

Jika kita, Ahli-ahli Yang Berhormat merasakan ada kesalahan...

Bangi, minta pencelahan.

Tak. Saya tak bagi, saya tak bagi. Dah banyak cakap. Tan Sri, saya minta maaf. Saya tak bagi sesiapa pun untuk mencelah. Jika ada Ahli-ahli yang merasakan ada kesalahan oleh Ahli-ahli kita sendiri, kita sebagai Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat ini mempunyai kuasa untuk ambil tindakan. Saya dah dengar apa Yang Berhormat Kota Bharu katakan berkenaan dengan merujuk kepada Jawatankuasa Hak. Saya nak ingatkan semua dekat sini. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu terdiri daripada siapa? Terdiri daripada Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat ini. Maknanya apa? Maknanya, you are judge by your peers. Jadi, sekarang...

[Bangun]

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Bangi, boleh? Boleh saya masuk Bangi?

Saya tak bagi, saya tak bagi, saya tak bagi.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Bangi, sikit. Saya ahli jawatankuasa ini. Bangi, boleh?

Tan Sri, Tan Sri. Point of order.

Bangi, bagi Sik juga nak mencelah.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Takkan takut Bangi? Bangi. Bangi kata nak tegakkan keadilan, Bangi. Bagilah.

Tan Sri, point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya, Putrajaya, sebentar.

Tan Sri, point of order. 36(12). Lagi sekali, ini isu— itu yang saya katakan tadi, Tan Sri. Kita setujulah kalau bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini tak bawa lagi, ini saya nak...

Tuan Yang di-Pertua

Kita dah, kita dah bincang isu itu lama dah.

Sekejaplah. Saya belum habis.

Ini dia sebut lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Bagi, bagi Bangi jawab.

Okey, okey. Baik, terima kasih.

Bagilah peluang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan Bangi.

Bagilah peluang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Sebab itu, yang akan memutuskan ialah Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Jawatankuasa. Tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak ingatkan, there is nothing dalam jawatankuasa yang kita ini, Ahli-ahli Dewan ini tak ada kuasa. We are the highest decision making body, Tan Sri Yang di-Pertua. Kena ingat itu. Kalau ada jawatankuasa buat keputusan, kita tak setuju, kita boleh betulkan, Tan Sri Yang di-Pertua. We must remember that.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Speaker.

Bangi, bagi Sik Bangi.

Tak ada, saya tak bagi.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Speaker, kalau gitu hapuslah.

Bangi, Bangi jangan merendahkan jawatankuasa.

Saya tak bagi, lagi-lagi Hulu Terengganu. Dia cakap apa pun saya tak faham.

Kalau gitu, kita tutuplah semua jawatankuasa, Bangi.

Bangi, sikit saja Bangi. Bachok.

Tak ada, tak ada. Tak ada.

Bangi, Bachok nak tanya.

Tak ada. Saya tak bagi, saya tak bagi.

Perlu lagi ke Jawatankuasa Hak ini?

Tak bagi, tak bagi.

Dan bila nak bawa saksi, nak bawa dokumen yang lebih— dan saya setuju sangat pandangan Pasir Gudang.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Bachok, silakan.

Tak bagi. Pasir Gudang, saya nak sentuh sikitlah Pasir Gudang. Pasir Gudang, saya nak ingatkan YB. Pasir Gudang. Yang bangkitkan isu APMM, reputasi APMM ini, siapa dulu yang buat? Kita dekat sini untuk pertahankan reputasi tersebut. Jadi, tak bolehlah kita dah bawa, cakap segala macam dalam ini, kemudian bawa masuk dalam room supaya kita selesaikan. Saya rasa kita kena selesaikan. Baiklah, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya nak pergi— kemudian, kita tengok apa yang disebut. Berkenaan dengan membela diri, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Bharu telah pun diberi peluang untuk bela diri. Boleh tunjukkan apa- apa bukti kalau nak, dalam Dewan ini. He is free to do so. Tapi Tan Sri, apa yang dia buat adalah dia bangkitkan isu-isu teknikal. Padahal seperti yang Tan Sri katakan, convince us. Saya rasa kita semua dekat sini, kita bukanlah tak ada hati nurani. Kita tak adalah conscience. They assume we are going to just follow. Itu saya rasa amat-amat insulting kepada kami, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak berbalik kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu, tadi telah disebut oleh Pulai. Berkenan dengan masuk masjid pakai kasut, masuk ke kawasan sembahyang perempuan, mengadakan penggeledahan, menyerbu masuk dan kemudian pada saya, kalau— ini apa yang disebut dan dalam Hansard. “Kalau saya kebetulan berada di situ, kalau saya memiliki atau membawa senjata api yang saya ada lesen, saya akan, I will open fire. Saya akan tembak kalau itu ancaman yang berlaku dalam sebuah masjid”. Kemudian, “Adakah ini gara-gara ulangan peristiwa Memali tahun 1985? Penyerangan terhadap tempat suci ibadat”. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan kita boleh tanya, tapi apa yang jadi sekarang adalah naratif yang sedang dibina.

Pakai kasut. Perkataan guna apa? “Serbu”, “geledah”. Kalau saya ada dekat situ, I will shoot. I will shoot, Tan Sri dan pada saya ...

Bangi, tak payah ulanglah benda itu. Benda tu dah diselesaikan.

Dah, dah, dah, dah, dah. Dahlah.

Kita mohonlah.

Nampak dia seronok nak ulang benda itu Tan Sri.

Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri ...

Tuan Yang di-Pertua

Not fair, not fair.

Tak pe, tak pe.

Tuan Yang di-Pertua

Kita berlaku adil. Sini pun bercakap tadi. Sekarang bagi Bangi pula cakap.

Okey, mengaitkan dengan Memali ini dengan izin, ini sebenarnya the sting oleh kenyataan ini, dalam kenyataan ini. Kerana ia mengaitkan dengan satu peristiwa sejarah yang luka dia kita kena akui sampai sekarang masih belum terubat. Bila dia kaitkan dengan Memali, kaitkan dengan APMM, ia mencemarkan imej APMM dan menganiaya anggota yang terlibat. Ia juga cenderung membangkitkan perasaan melawan. Sebab kita call back pada apa yang berlaku dalam peristiwa Memali, Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

[Bangun]

Saya tak bagi. Maaf Sri Gading, saya betul-betul tak bagi.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Boleh? Tak boleh?

I’m being fair here, semua yang saya nak ini, saya tak bagi. Maaf ya.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Shah Alam. Kita kawan Bangi, Shah Alam.

Tak boleh Shah Alam, maaf. Saya nak habiskan ini Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, please landing.

Okey.

Bangi, Bachok boleh Bangi? Bachok, Bachok, Bachok, Bachok.

Landing, landing, landing, landing. Tak ada Bachok.

Bachok. Memali tadi, Memali tadi.

Landing, landing, landing.

Saya nak sebutkan situasi di Rusila panas ketika itu.

Landing, Tan Sri.

Kereta parking tepi rumah Tok Guru. Sembahyang Asar apa macam ini?

Tak apa, tak apa, tak apa. Tan Sri ...

Lari keluar masjid, lari keluar masjid macam ini. Bukan sembahyang Asar macam ini. [Sambil memegang sehelai kertas]

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

PM masa itu adalah penasihat kepada SG sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Bachok, Bachok.

Seminggu panas di Rusila. Sebab itu pergi buat report polis.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Iktikaf, iktikaf.

Tuan Yang di-Pertua

Bangi.

Tan Sri, landing, landing.

Tuan Yang di-Pertua

Landing. Please landing.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, kita harus bertanggungjawab untuk setiap kata-kata kita dalam Dewan yang mulia ini. Dengan izin, words have meaning. Kata-kata bawa makna. Kita bertanggungjawab untuk setiap apa yang kita tuturkan di sini. Di luar sana, dunia sedang memerhati. Di luar sana dia orang kata, kat sini kita hanya tahu maki hamun, cerca, jaja fitnah sebab kita ada keistimewaan.

[Bangun]

Tan Sri Yang di-Pertua, we are judged by our words.

Bangi, minta pencelahan.

Dahlah Pendang. Saya tak bagi.

Apa lawyer buat macam ini. Cap ayamkah?

Mana ada lawyer— this is my floor.

Bagilah, saya nak terang. Saya nak...

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Ini yang— Pendang, ini yang masalahnya. Cap ayam, cap kambing. Inilah masalah duk kena ni. Duk kena ni pasai ni lah.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

‘Cap Pendang’, ‘cap Pendang’.

Tuan Yang di-Pertua

You stop! Stop!

Stop! We are judged by our words. Kita dihakimi atas kata-kata kita dan jika kita salah, kita juga akan dihukum disebabkan kata-kata kita. Ini peringatan untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat!

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Bawa jawatankuasa dulu. Bawa jawatankuasa dulu.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

[Bangun]

Bawa Jawatankuasa Hak. KB bersedia.

Bangi, Bangi, Bangi. Bangi lawyer, Bangi lawyer. Bangi.

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Bagi dia, floor dia. Kalau nak bercakap, minta.

Prosedur langsung tak sentuh.

Tuan Yang di-Pertua

Minta dia.

Dah, dah, dah.

Perkataan saja disentuh, tapi prosedur langsung tak sentuh. Betul ke tidak prosedur yang dibuat ini? Tak ikut prosedur langsung.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sambung. Okey, landing, landing, landing please.

Okey.

Cerita pasal [Tidak jelas] sudahlah.

Okey, last words. Tan Sri Yang di- Pertua...

Hei, lawyer cakaplah, jawablah.

Ini peringatan untuk kita semua Ahli- ahli Yang Berhormat. Juga peringatan saya sendiri sebagai Ahli Dewan yang masih cetek pengalaman. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya benar-benar percaya bahawa kita patut menyokong usul ini bukan sebab kita benci sosok Kota Bharu ini. Tidak. Tetapi kita patut luluskan usul ini untuk kita bela kemuliaan Dewan kita ini dan pelihara maruah kita sebagai wakil rakyat, Tan Sri Yang di-Pertua!

Tan Sri, Tan Sri ...

Memang caplah.

Bangi mohon menyokong Tan Sri.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sokong.

[Dewan riuh]

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Speaker, peraturan mesyuarat. Speaker.

Tan Sri, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Speaker, peraturan mesyuarat.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. [Menunjukkan isyarat tangan supaya duduk]

Peraturan mesyuarat.

Kena layan peraturan mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua

Besut.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Peraturan mesyuarat. Saya nak Bangi betulkan tadi.

Tak nak layan?

Tuan Yang di-Pertua

Besut, kan saya dah bagi.

Bagi satu, saya pun ada.

Tuan Yang di-Pertua

Yalah, duduk dulu.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Pertama, 36(12).

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Yang kedua, 80. Tadi saya dengar Bangi ini seorang lawyer, saya hormat. Bangi kata tadi seolah-olah semua benda yang boleh dibuat di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu, boleh buat dalam Dewan. Bangi betulkan balik. Di dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini, kita boleh panggil saksi. Boleh tak kita panggil saksi duduk dalam Dewan? Tak boleh.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tak boleh.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Bangi, be fair. Dalam jawatankuasa ini kita boleh tunjuk satu-satu dokumen. Kami boleh teliti satu-satu dokumen. Boleh tak semua orang tengok setiap dokumen? Tak boleh! Betulkan balik Bangi. Sebagai seorang peguam, bangun betulkan balik. Jelaskan tadi apa yang disebut tak betul.

Ini lawyer cap ayam ni.

Apalah Bangi, malulah.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Tan Sri Speaker, minta Bangi betulkan. Itu berkaitan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih.

Saya kata kuasa kita mengatasi jawatankuasa. The point is, we are the highest decision-making body.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Auta, auta.

Betul atau tidak?

Peraturan, peraturan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya...

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Auta ni, auta.

Tak kan nak panggil pengerusi masjid masuk dalam Dewan!

Yang Berhormat, Kota Bharu.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Besut, Besut dulu. Besut dulu, selepas itu Kota Bharu.

Okey, okey.

[Dewan riuh]

Tan Sri, Tan Sri.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Speaker, saya minta Bangi betulkan. Saya minta Bangi betulkan bahawa kaedah pendekatan dalam jawatankuasa yang dibuat dalam jawatankuasa, tak boleh buat dalam Dewan. Bangi kena betulkan. Betulkanlah Bangi. Takut apa?

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Bangi, tarik baliklah. Kalau anak jantan, tarik balik.

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

Tadi Tan Sri Speaker tak dan dengaq tadi.

Tuan Zakri bin HassanBERSATU · PNKangar

Dia bukan reti.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar Besut, Besut. Besut.

Tan Sri, kita ada peraturan.

Tan Sri, Tan Sri, nak puaskan hati dia orang, saya kata “Okey, saya terima tak boleh bawa saksi dalam Dewan”. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Besut. Besut.

Then, hujah Bangi tak valid!

Valid-lah. Betullah this is the highest decision-making body.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Tak payah berbelit Bangi. Bangi sebut apa yang dibuat dalam jawatankuasa yang tak boleh dibuat di sini.

Saya dah kata, this is the highest decision- making body!

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Saya kata, saya betulkan bahawa tak boleh buat.

Okey, okey.

Saya dah tarik balik.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Jawatankuasa boleh panggil saksi, boleh tunjuk dokumen.

Saya dah kata tak boleh bawa saksi sini, okey.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Mengaku jelah kalau salah Bangi. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Okey, keputusan dia, ini highest body, period. This House, this House is the highest body, period. Okey Besut.

Okey kita — Tan Sri, kita terikat dengan...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Dia dah bagi saya tadi.

Betullah.

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Ketua Pembangkang bangun. You duduk.

Betullah. Ini the highest body, tapi the highest body itulah yang kita nakkan keadilan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya!

Yang kita persoalkan hari ini adalah diberi peluang, diberi peluang sebab keputusan the highest body itu yang akan membawa kepada masalah-masalah depan yang paling — yang akan dilihat oleh masa depan anak cucu. Sebab itu saya mohon, kalau boleh kita tangguhkan.

[Bangun]

Kalau tak boleh nak tangguh, kita minta usul itu diubah tadi supaya apa yang Kota Bharu memohon. Itu yang kita mahu.

Tolong. Dan yang lain kami ini akan bersetuju...

Tuan Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang, suruh jangan jerit-jerit sangatlah. Letih, saya pun letih dengarlah.

Minta sedikit je. Saya sikit, sikit. Boleh masa sikit?

Saya, saya bagi pihak Speaker, memohon jangan jerit-jerit.

[Dewan riuh]

Saya cakap.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya ambil petua daripada Ketua Pembangkang, siapa bangun dan jerit, saya suruh keluar. Boleh pembangkang — Ketua Pembangkang?

Saya bersetuju. Jangan tengok belah sini saja. [Merujuk kepada blok pembangkang] Tengok belah sana sama. [Merujuk kepada blok kerajaan]

Tuan Yang di-Pertua

Tengok juga. Ha. Okey, last person Kota Bharu.

Ya terima kasih. Yang Berhormat.

Jadi, saya mohon itu. Terima kasih.

Terima kasih. Saya nak tambah sikit apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang. Kita tak boleh buat keputusan dalam keadaan kita marah. Kita tak boleh buat keputusan dalam keadaan kita tidak tenang, kita tidak stabil.

Sebab itu bagi kami, saya setuju bahawa kalau dibawa itu lebih adil untuk dilihat dengan tenang dan sebagainya dan kita akan buat keputusan dan kita dukung keputusan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kota Bharu.

Tan Sri, saya nak merujuk 36(12) juga dan juga merujuk kepada rakan saya Bangi tadi. Gambaran Bangi seolah-olah kalau sekiranya dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, seolah-olah Dewan ini tidak ada kuasa. Saya nak betulkan keadaan. Saya dah sebutkan tadi Yang Berhormat, bila dibawa ke Jawatankuasa Hak, Tan Sri lebih arif lagi. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan menyediakan satu laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Betui dak?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Laporan ini akan dibawa ke sini, letak atas meja. Put on the table. Everyone boleh go through. Lepas itu dengan detail-nya apa yang berlaku di sana, kemudian Ahli Dewan boleh mengundi. Saya minta hantar saya ke sana dulu, biar jawatankuasa dengar, hantar laporan sini, buat undi nak gantung saya atau tidak. Itu yang saya minta.

Betullah cap ayam sana tu.

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya — ada lagi?

Yalah, saya tak tahulah.

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut.

Tak. Nak beritahu satu je.

Tuan Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang nak bagikah?

Tuan Yang di-Pertua

Dengar, dengar Ketua Pembangkang.

Chop, chop. Saya rasa kita sekarang ini kita buat secara civilize.

Tuan Yang di-Pertua

Nampak the word civilize.

Duduk saya duduk, saya duduk.

Ya, biar bertamadun sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Bertamadun, okey.

Cuma Speaker jangan tengok belah sini sahaja...

Kami sokong.

Bertamadun ini, tamadun ini maknanya semua sekali, global, global.

Yang itu yang kita minta mohon, terima kasih.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Jangan kata lagu tu lah, termasuk Speaker, doesn’t look good. It doesn’t look good at all! Beluran, tolong, tolong mulut itu tolong. I have no interest whatsoever here. I am just linesmen, okay. Don’t say that. Jadi, saya dah cool tadi tapi don’t do that, tarik balik. Saya dengar tadi “termasuk Speaker”, tarik balik.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, you-lah. Jangan kata lagu tu lah.

Dr. Radzi JidinBERSATU · PNPutrajaya

Tarik balik, tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Baik, saya nak jemput Menteri, silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas perbahasan tadi. Kita dah lega, pelbagai pandangan dan kita juga dapat lihat di sosial media, di Facebook, di TikTok dan sebagainya. Saya nak sebut bahawa saya perlu jawab bagi memberi penjelasan kerana rakyat di luar sana menilai. Sebab itu jawapan saya, saya harap didengar dan perdebatan dah panjang lebar tadi. Elok tak payah mencelahlah. Saya akan jawab [Tidak jelas] . Kenyataan Yang Berhormat Kota Bharu yang dibuat tanpa memberi gambaran sebenar, sebenarnya telah mencalar imej APMM. Ini realiti dan menjatuhkan martabat mereka yang menjaga keselamatan perairan negara kita. Ekoran kenyataan Yang Berhormat Kota Bharu tersebut, APMM Yang Berhormat telah menerima kecaman yang sangat teruk di social media. Apa keputusan kita buat di sini pun di social media nama baik APMM tercalar. Ini isunya. Tan Sri Yang di-Pertua, oleh kerana nama baik APMM tercalar, sudah tentu menjadi kewajipan kerajaan dan saya diberi tanggungjawab. Saya bukan sengaja hendak menjawab sebagaimana yang didakwa oleh sahabat saya, Larut. Ini abang saya ini. Kita sama-sama dalam Jemaah Menteri dahulu. Bukan. Saya nak sebut di sini bahawa Kursus Asas Komando Siri 1 Tahun 2025 ini melibatkan 15 orang pegawai dan anggota-anggota lain pangkat APMM. Ia telah dilaksanakan hampir empat bulan bermula 1 Ogos 2025 hingga 30 November 2025 melibatkan 10 jurulatih utama, 12 jurulatih bantuan dalaman STAR Team dan 15 orang pelatih asas. Pengisian kursus tersebut merangkumi fasa per asas diikuti fasa SERE, survival dan sebagainya yang melibatkan ikhtiar hidup di paya, di hutan, di laut sebelum memasuki fasa asas kepakaran dalam modul seperti tempur jarak dekat,

letupan khas, mengiring orang kenamaan, special ship boarding, sniper, sabotaj, perisikan, penyelamat khas. Pemakluman kepada PDRM berhubung pelaksanaan latihan SERE ini juga telah dikemukakan pada 2 September 2025. Ini SOP yang diikuti. Latihan seumpama ini bukan baharu, Tan Sri. Sebelum ini pegawai-pegawai dan anggota STAR Team telah dihantar untuk menjalani latihan sama ada di pasukan khas udara, Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 2009. Lama dah. Dan pasukan khas laut, Tentera Diraja Malaysia sejak tahun 2010 hingga 2023 di sekitar kawasan utara Semenanjung Malaysia termasuk di Perak. Kursus Asas Komando di kawasan Pantai Timur Semenanjung ini merupakan siri latihan yang dianjurkan oleh APMM. Pelaksanaan kursus ini di kawasan Pantai Timur adalah sangat signifikan, penting kerana mengambil kira ancaman keselamatan di kawasan perairan tersebut seperti kemasukan nelayan, penguatkuasaan asing dan tindakan agresif nelayan-nelayan dan isu-isu lain kerana itulah latihan ini perlu dibuat. Pada September 2025, sekitar jam 5.00 petang hingga 6.00 petang pelatih asas ini bersama dengan jurulatih STAR Team telah berada di Masjid Kampung Rusila bagi menjalani latihan SERE untuk tujuan meningkatkan kemahiran, berlatih asas dalam pelarian dan pelolosan daripada musuh. Saya nak maklumkan Yang Berhormat pemakluman kepada kariah Masjid Kampung Rusila berhubung pelaksanaan latihan ini juga telah dilakukan pada 17 September 2025. Kita ada dokumen, kita ada video, ada maklumat lengkap. Bawa ke mana-mana mahkamah pun tak menang, kita ada maklumat lengkap. Mengambil kira latihan tersebut bertaraf rahsia dan pelaksanaannya mengandungi elemen penyamaran, maka hebahan berhubung pelaksanaan latihan tersebut telah dilaksanakan secara minimum kerana melibatkan kerahsiaan. Kalau diumumkan secara bersurat, dimaklumkan dalam media, tak jadilah latihan ini kerana ada modulnya. Oleh demikian, pemakluman kepada pihak terlibat tersebut adalah memadai dan telah memenuhi SOP pelaksanaan tersebut. Sebab itu saya baca semua dalam Hansard ini. Saya tak mahu sebut. Ada yang membuat kenyataan-kenyataan yang tak munasabah, SOP Yahudilah, adakah ini tujuan [Tidak jelas] membunuh dan sebagainya. Itu tidak wajar saya sebut di sini. Tapi [Tidak jelas] pihak kementerian memandang serius sebenarnya atas kenyataan Yang Berhormat Kota Bharu dalam ucapan yang mengaitkan SERE like APMM ini dengan peristiwa Memali tahun 1985.

Kita perlu ingat bahawa tindakan agensi-agensi yang terlibat semasa insiden Memali dan insiden ini adalah sangat berbeza sama sekali. Pelaksanaan latihan APMM ini tidak melibatkan sebarang kepungan, tak ada serbuan dan pelatih asas terlibat hanya memakai pakaian preman. Kita ada video yang tidak diedit pun. Dan sudah tentu tidak membawa sebarang senjata api dan pelatih-pelatih tersebut juga telah sebenarnya menunaikan solat Asar dan melaksanakan ujian bacaan Al-Quran dengan ahli kariah masjid. Ini fakta saya nak sebut. Kita ada video kementerian. Semakan di CCTV masjid juga mendapati bahawa dakwaan pelatih asas terbabit memasuki masjid dengan memakai kasut juga tidak benar. Oleh demikian, dakwaan Yang Berhormat terhadap APMM adalah sama sekali tidak berasas. Saya kena sebut dalam Dewan ini untuk memberi penjelasan bukan hanya Ahli Dewan ini tetapi rakyat di luar sana yang buat komen. Sebab itu saya nak sebut. Tan Sri Yang di-Pertua, sebenarnya pemilihan Masjid Kampung Rusila sebagai lokasi APMM ini bukanlah bertujuan untuk...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan, penjelasan. Ada ruang?

Bukan untuk— kesucian masjid.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri tak bagi ya.

Penjelasan, penjelasan.

Sebaliknya— sudah, sudah dah banyak yang bercakap tadi.

Penjelasan.

Yang Berhormat dah pun menulis dalam Facebook pun banyak. Saya baca dah banyak, cukup.

Penjelasan, penjelasan. Report polis saya pegang.

Cukup, cukup, cukup. Nanti belum sampai, belum sampai.

Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, Bachok.

Poin tadi, poin tadi sebelum move kepada...

Sekejap lagi sampai.

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, dia tak bagi. Duduk dahulu.

Sekejap, Yang Berhormat sudah tulis dalam Facebook dan sebagainya, saya dah baca, ini saya nak jawab.

Penjelasan.

Saya nak jawablah ni. Tunggu. Pemilihan Masjid Kampung Rusila sebagai lokasi APMM juga bukan bertujuan untuk menggugat kesucian masjid, sebaliknya masjid merupakan sebuah one stop centre yang terbuka kepada semua pihak tanpa mengira ideologi politik atau fahaman untuk beribadah dan menuntut ilmu. Ini juga proses kita menuntut ilmu sebenarnya. Dan APMM juga telah melaksanakan latihan yang sedemikian rupa juga kita buat di masjid-masjid lain. Kita juga buat di kuil Hindu, Yang Berhormat Tan Sri, di tokong Cina, di tanah perkuburan. Dilakukan, dilaksanakan mengikut kesesuaian modul yang kita nak laksanakan. Ini bukan isu. Dalam hal ini tiada isu pencerobohan atau gangguan kepada ibadah penganut atau mencemar kesucian tempat ibadah yang telah berlaku, saya sebut tadi. Masuk ke masjid, membaca al-Quran dan sebagainya. Ini modul yang kita ada bukti dalam video yang kita ada, Yang Berhormat. Saya boleh bagi kepada Yang Berhormat kalau Yang Berhormat nak. Jadi, Masjid Kampung Rusila ini juga merupakan sebahagian daripada laluan trek SERE ini yang perlu dilalui oleh pelatih asas yang merupakan checkpoint yang keenam.

Latihan yang tersebut bermula dari Pasir Puteh, dari Jerteh, dari Kuala Terengganu, dari Kemaman dan berakhir di Pusat Latihan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah pada 22 September 2025. Tan Sri Yang di-Pertua, siasatan PDRM— yang keluar laporan polis tadi. Terhadap insiden APMM di Masjid Kampung Rusila ini juga telah diklasifikasikan sebagai NOD. Tiada unsur jenayah dan insiden ini berbangkit kerana salah faham dalam kalangan komuniti. Jadi, pelaksanaan latihan ini juga pada dalam pengetahuan PDRM sebenarnya dan tiada ancaman keselamatan dan ketenteraman awam yang wujud pun daripada latihan ini. Namun demikian Yang Berhormat, sebagai kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab, bagi perancangan masa depan, APMM turut bersedia untuk

menambah baik, memantapkan SOP latihan komando dari semasa ke semasa bagi pastikan pelaksanaan terus relevan, selamat dan menepati keperluan operasi semasa. Usaha penambahbaikan ini turut merangkumi penilaian menyeluruh terhadap aspek perancangan, pengurusan risiko, keselamatan orang awam serta keperluan taktikal semasa bagi memastikan setiap latihan bukan sahaja menepati objektifnya tetapi juga melaksanakan dengan penuh profesional, integriti dan rasa tanggungjawab. Dengan komitmen ini, APMM yakin bahawa keupayaan anggota dapat terus diperkukuh bagi menghadapi apa juga cabaran keselamatan maritim Malaysia dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini menjaga rakyat tanpa mengira ideologi politik, fahaman atau sebagainya. Ini komitmen kerajaan dan APMM. Tan Sri Yang di-Pertua, namun demikian Tan Sri, kita memahami dan selepas kita dengar hujah daripada semua dan menimbang antara hujah-hujah yang diberikan, yang diutarakan, maka bagi pihak kerajaan saya mohon supaya usul ini ditangguh dan dibawa kepada sesi yang akan datang. Terima kasih. [Tepuk]

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Hidup Lenggong, hidup Lenggong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik jangan lagi ada negatif. Sekarang ini ditangguhkan. Dia akan insya-Allah saya akan dapat apa-apa juga keputusan. Selepas itu sama ada pengundian atau diteruskan tidak. Tapi isunya ditangguhkan dahulu. Silakan Setiausaha.

Usul Menteri Dalam Negeri Di Bawah P.M. 27(3) — Rang Undang-Undang Imigresen (Pindaan) 2025Bill

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Bagan Datuk.

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat.

Tangguh sahaja ke tangguh ke jawatankuasa Yang Berhormat Tan Sri Speaker?

Tuan Yang di-Pertua

Ditangguhkan pengundian.

Tangguh sahaja? Titik?

Tuan Yang di-Pertua

Ditangguhkan pengundian. Terpulang kepada kerajaan.

Tangguh pengundian, tangguh pengundian.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kami di sini, saya mengucapkan terima kasih banyak kepada pihak kerajaan termasuk Menteri KDN, Timbalan Perdana Menteri yang hadir bersama hari ini.

Terima kasih TPM, Bagan Datuk.

Terima kasih Bagan Datuk.

Terima kasih Bagan Datuk.

Hidup Bagan Datuk!

Hidup Bagan Datuk!

[Dewan riuh]

[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

Bagan Datuk Bakal PM. Bakal PM masa depan.

Hidup APMM.

Parit Buntar sokong Bagan Datuk.

Terima kasih Lenggong.

Thank you Speaker.

Terima kasih Lenggong. Salam hormat.

Thank you Zahid.

Tuan Fathul Huzir bin AyobBERSATU · PNGerik

Terima kasih Lenggong, terima kasih Lenggong.

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat belum ditangguhkan ya.

[Dewan riuh]

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Jom keluar minum air, minum air.

Jangan lari lagi saya ada dua rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau yang nak keluar rehat dulu, nak solat, jangan bising. Keluar perlahan-lahan sebab kita masih ada urusan yang perlu kita selesaikan.

Mesyuarat tangguh 10 minit, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang itu. Silakan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG IMIGRESEN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang- undang Imigresen (Pindaan) 2025 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] merupakan undang-undang utama yang mengawal kemasukan keberadaan di Malaysia. Sejak digubal, akta ini telah beberapa kali dipinda bagi menyesuaikan peruntukannya dengan perkembangan semasa termasuk kawalan keselamatan sempadan, pengurusan data imigresen serta kemudahan teknologi baharu. Akta 155 telah dipinda sebanyak empat kali pada tahun 1963, 1989, 1957 dan 2002. Selaras dengan perkembangan semasa, pindaan ini melibatkan 16 seksyen. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan penguatkuasaan Akta Imigresen [Akta 155] yang lebih berkesan, tiga subseksyen baharu diperkenalkan iaitu seksyen 18A, seksyen 21A, seksyen 22A. Jemaah Menteri pada 7 November 2025 ketika menimbangkan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri No. M800/2025, bertajuk “Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025 [Akta 155]” telah bersetuju dengan cadangan dasar untuk meminda Akta Imigresen [Akta 155]. Pindaan ini dicadangkan dengan selaras perkembangan mod pengangkutan rentas sempadan khususnya melalui kereta api serta keperluan pemprosesan keluar masuk melalui sistem automasi. Sebagai contoh penggunaan eGate dan pengumpulan maklumat penumpang iaitu rekod nama penumpang dan maklumat penumpang awal yang memerlukan pindaan Akta 155.

Bagi pindaan dalam rang undang-undang ini, sesi libat urus telah diadakan oleh kementerian negeri bersama pihak berkepentingan termasuk Jabatan Imigresen, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak, pihak pengendali kereta api, syarikat penerbangan, pihak berkuasa pelabuhan serta agensi keselamatan. Libat urus tersebut bertujuan untuk meneliti aspek pelaksanaan kesiapsiagaan infrastruktur, kesan kepada pengendalian pengangkutan serta keberkesanan pemakaian teknologi automasi dalam mengukuhkan sistem kawalan sempadan negara. Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025 ini mengandungi 20 fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta ini. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 155 bagi memasukkan takrif baharu. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam Akta 155 untuk memperuntukkan bahawa pemandu setiap kereta api yang tiba di Malaysia hendaklah berhentikan kereta api iaitu di pintu masuk yang dibenarkan. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 21A ke dalam Akta 155 untuk mengadakan peruntukan bagi nakhoda, pemilik, ejen atau penyewa setiap kapal laut, kapten setiap pesawat udara dan pemandu setiap kereta api yang akan tiba di tempat berlabuh yang dibenarkan, lapangan terbang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan di Malaysia dari satu tempat di seluruh Malaysia atau meninggalkan Malaysia untuk mengemukakan rekod nama penumpang dan maklumat penumpang awal. Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana nakhoda, pemilik, ejen atau penyewa suatu kapal laut, kapten pesawat udara atau pemandu suatu kereta api yang gagal mengemukakan rekod nama penumpang atau maklumat penumpang awal atau mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan yang berhubung dengan rekod penumpang atau maklumat penumpang awal melakukan suatu kesilapan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 22 Akta 155 untuk memperuntukkan nakhoda, pemilik, ejen atau penyewa suatu kapal laut, kapten

suatu pesawat udara atau pemandu suatu kereta api hendaklah mengemukakan kru atau penumpang yang berkenaan untuk pemeriksaan dan soal siasat, membenar untuk diperiksa kapal laut, kapal terbang atau kereta api untuk menentukan kehadiran atau ketidakhadiran orang lain dalam kapal laut, kapal terbang atau kereta api itu dan mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubung dengan kapal laut. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa nakhoda kapal— nakhoda, pemilik, ejen atau penyewa suatu kapal laut, kapten suatu pesawat udara atau pemandu suatu kereta api hendaklah melaporkan kepada Pegawai Imigresen kehadiran mana- mana penumpang gelap atau orang yang tidak dibenarkan dalam kapal laut, kapal terbang atau kereta api iaitu... Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 22A ke dalam Akta 155 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang hendaklah sebelum memasuki Malaysia, mengemukakan pengecam peribadi atau data biometriknya. Fasal ini juga memberikan Pegawai Imigresen kuasa untuk menghalang mana-mana orang daripada memasuki Malaysia jika orang itu enggan untuk mengemukakan pengecam peribadi dan data biometriknya.

Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 24 Akta 155 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tiba di Malaysia melalui laut atau udara hendaklah sebelum memasuki Malaysia tertakluk kepada pemeriksaan oleh Pegawai Imigresen atau melalui suatu sistem berautomasi. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 155 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tiba di Malaysia melalui darat hendaklah sebelum memasuki Malaysia, tertakluk kepada pemeriksaan oleh Pegawai Imigresen atau melalui suatu sistem berautomasi. Fasal 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, dan 19 bertujuan untuk meminda seksyen 34, 42, 43, 47, 48, 48A, 49A, 51, 55A dan 55E Akta 155 berbangkit daripada kemasukan peruntukan yang berhubung dengan ketibaan dan pelepasan mana- mana orang ke dalam atau keluar Malaysia melalui kereta api. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 54 Akta 155 untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan melalui peraturan-peraturan bentuk dan cara pengemukaan rekod nama penumpang dan maklumat penumpang awal dan tempoh masa bagi pengemukaan rekod dan maklumat itu. Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 72 Akta 155 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memasuki Semenanjung

Malaysia dari negeri Malaysia Timur atau memasuki negeri Malaysia Timur dari Semenanjung hendaklah menyediakan melalui satu sistem berautomasi dokumen perjalanan dalam negeri atau pasport atau dokumen perjalanan yang lain. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Parit Sulong

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/1963 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Di dalam senarai pembahas, terdapat 11 Yang Berhormat akan berbahas dan masa ditetapkan lima minit. Walau bagaimanapun, atas budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Senarai adalah seperti berikut. Dimulakan oleh Yang Berhormat Jempol, diikuti oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Bukit Bendera. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Imigresen (Pindaan) 2025 [Akta 155]. Automasi sebagai mekanisme menghapuskan laluan kaunter khas ataupun counter setting, dengan izin. Dato’ Yang di-Pertua, isu laluan kaunter khas ataupun counter setting, dengan izin bukan lagi dakwaan tetapi realiti ketirisan. Pada September 2024, seramai 49 Pegawai Imigresen bersama ejen luar ditahan kerana mengatur laluan khas untuk warga asing dengan nilai wang rampasan sekitar RM1 Juta. Pada Julai 2025 pula, seorang pegawai KLIA ditahan dengan wang tunai RM8,391, peranti komunikasi dan catatan nombor pasport dipercayai digunakan

untuk mengatur kemasukan secara haram. Kejadian-kejadian ini membuktikan ruang manipulasi wujud pada proses manual di kaunter. Pindaan seksyen 24 dan 26 Akta 155 memberi kuasa jelas kepada imigresen untuk mewajibkan pemeriksaan menggunakan sistem automasi seperti pintu automatik, bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada pemeriksaan manual. Jempol berpandangan, walaupun automasi mampu mengurangkan ruang rasuah dan manipulasi, ketahanan sistem, audit keselamatan serta integriti teknologi perlu dijamin. Soalan Jempol, apakah jaminan kerajaan bahawa automasi melalui pindaan seksyen 24, 26 dan 72 Akta 155 benar-benar mampu menghapuskan gejala kaunter khas ataupun counter setting, dengan izin tanpa mewujudkan kelemahan teknologi baharu? Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya pelancong asing tinggal melebihi tempoh lawatan. Peningkatan ketara kemasukan pelawat terutama dari negara China selepas kelonggaran visa menimbulkan kebimbangan mengenai risiko mereka tinggal secara tidak sah selama tamat tempoh lawatan. Aliran masuk yang besar ini memerlukan sistem kawalan yang berkesan bagi mengekang kegiatan tidak bermoral dan juga eksploitasi buruh. Berdasarkan data KDN, daripada 8.49 juta pelancong China yang memasuki Malaysia sejak 2018, daripada jumlah ini YB Menteri KDN memaklumkan seramai 84,817 orang disyaki masih berada dalam negara melebihi tempoh dibenarkan. Persoalan Jempol, apakah faktor utama mereka tinggal lebih masa? Sama ada disebabkan eksploitasi sindiket, kelemahan pemantauan imigresen, kekangan penguatkuasaan atau tarikan ekonomi tertentu. Dan apakah langkah segera yang diambil untuk menangani punca-punca tersebut? Selanjutnya, Jempol difahamkan inisiatif sistem saringan awal akan menapis pelawat berisiko tinggi melalui analisis awal identiti serta rekod perjalanan sebelum ketibaan bagi mengurangkan risiko pelawat gagal keluar mengikut tempoh. Persoalan Jempol, bilakah APSS akan dilaksanakan sepenuhnya dan bagaimana ia memastikan ketepatan rekod kemasukan dan pelepasan? Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya pengambilan data biometrik dan perlindungan privasi. Pindaan seksyen 22 Akta 155 mewajibkan pengendali pengangkutan mengemukakan passenger name record, dengan izin dan advanced passenger information, dengan izin, sebelum ketibaan. Maklumat asas ini membolehkan penilaian risiko awal terhadap setiap penumpang.

Pindaan seksyen 22A pula mewajibkan setiap individu mengemukakan pengenalan diri dan data biometrik serta memberi kuasa kepada imigresen untuk menolak kemasukan jika maklumat tersebut tidak dipatuhi. Namun, isu keselamatan data biometrik perlu diberikan perhatian serius agar tidak berlaku kebocoran atau penyalahgunaan. Persoalan Jempol, Dato’ Yang di-Pertua, bagaimana kerajaan menjamin bahawa data biometrik yang dikumpul adalah selamat dan dilindungi sepenuhnya daripada ancaman penggodaman? Jempol mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan persoalan-persoalan Jempol sebentar tadi. Jempol mohon menyokong. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Berikut— terima kasih Yang Berhormat Jempol. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Baik. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih dapat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya bersama- sama bahas untuk Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025. Saya menyambut baik usaha kementerian yang komited dalam memodenkan sistem pengurusan sempadan negara melalui penggunaan teknologi automasi, data biometrik dan standard keselamatan terkini yang merupakan satu keperluan strategik bagi melindungi kedaulatan negara, menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan menambah baik pengalaman rakyat ketika melalui pintu masuk antarabangsa. Pelaksanaan advanced passenger information, penggunaan passenger dan name card PNR, kewajipan pengumpulan personal identify dan data biometrik serta kewujudan sistem automasi di semua pintu masuk negara adalah satu anjakan penting terhadap pemantapan aspek keselamatan sempadan negara. Namun begitu, dalam menyokong pindaan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengemukakan beberapa persoalan seperti seksyen baharu 22A berkenaan pengumpulan personal identifier dan data biometrik setiap individu. Seksyen ini memberi kuasa yang besar kepada Ketua Pengarah dan Pegawai Imigresen untuk mengumpulkannya.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Apakah standard keselamatan data yang akan melindungi rakyat daripada risiko kebocoran dan salah guna data? Insiden kebocoran dan salah guna data di

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu, dan seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap jaminan perlindungan data ini. Kedua, memandangkan banyak pemeriksaan kini dilakukan melalui sistem automasi seperti auto gate, kod QR dan sistem pengecaman wajah, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak kementerian sejauh manakah sistem ini telah melalui ujian ketetapan seperti kadar fall and match dan fall and rejection, terutamanya terhadap situasi-situasi tertentu. Ini penting kerana tidak mahu mana-mana rakyat atau pelawat berhadapan dengan isu salah tahan banyak kerana ralat teknologi. Seterusnya, dengan kewajipan operator seperti kapten pesawat, nakhoda kapal dan pemandu kereta api untuk menyurai PNR dan API. Saya ingin bertanya apakah terdapat garis panduan atau latihan sokongan telah disediakan bagi memastikan kesilapan teknikal tidak menyebabkan mereka didenda ataupun dianggap melakukan kesalahan. Selain itu, di pintu sempadan darat negara khususnya yang beroperasi selama 24 jam seperti di Johor, serta pintu alternatif di Sabah dan Sarawak. Sejauh manakah kebersediaan semua lokasi ini dalam melaksanakan sistem automasi dan laluan biometrik sebelum pindaan ini dikuatkuasakan? Mengenai kuasa tambahan pegawai imigresen seperti yang diperuntukkan melalui pindaan seksyen 22A, 24, 26 dan 51 pula, apakah mekanisme semakan dalaman atau pemantauan bagi memastikan kuasa ini tidak disalahgunakan? Saya ingin menyentuh secara khusus mengenai pindaan seksyen 55E yang memperluaskan takrif premis sehingga merangkumi kapal, pesawat dan kereta api. Saya memahami niat suci kerajaan untuk menutup ruang penyeludupan manusia dan kemasukan tanpa izin. Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah takrifan yang begitu luas ini tidak akan menimbulkan risiko pendakwaan terhadap individu atau operator yang sebenarnya tidak mempunyai kawalan langsung terhadap pergerakan penumpang. Dan, apakah jaminan bahawa beban pembuktian tidak diletakkan secara tidak adil ke atas kapten, pemandu atau pemilik premis jika insiden berlaku tanpa pengetahuan mereka? Saya juga ingin bertanya kepada bentuk SOP, latihan atau sokongan yang akan diberikan kepada syarikat penerbangan, perkapalan dan operator rel bagi memastikan pematuhan pindaan ini kelak tidak membebankan industri serta tidak menaikkan kos kepada pengguna pada masa akan datang. Terkait pindaan ini, saya

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

ingin mencadangkan juga agar kerajaan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pindaan Perlindungan Data Imigresen yang bebas melibatkan kesemua agensi dan badan yang berkait bagi memastikan keselamatan data biometrik PNR dan API sentiasa pada tahap tertinggi. Kedua, pelaksanaan sistem automasi seharusnya dibuat secara berfasa bermula di pintu masuk berkapasiti tinggi sebelum diperluaskan ke lokasi lain. Ini seterusnya akan memastikan latihan pegawai, kestabilan teknologi dan kebolehgunaan sistem berada pada tahap optimum sebelum diperluaskan. Ketiga, kementerian perlu menyediakan manual pematuhan standard untuk operator pengangkutan termasuklah tempoh penghantaran PNR dan API, format data dan pengecualian jika berlaku gangguan teknikal. Ini penting bagi mengelakkan beban undang-undang yang tidak munasabah sehingga mengganggu efficiency dan keupayaan beban kerja kepada mereka. Saya juga turut ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu saluran rayuan segera bagi mereka yang dilarang masuk oleh sistem automasi atau biometrik akibat ralat teknikal. Dalam apa jua keadaan, sistem manual yang fleksibel masih diperlukan sebagai sandaran dalam situasi-situasi tertentu tanpa memperjudikan tahap keselamatan negara. Akhir kata, saya menyokong penuh usaha kementerian melalui RUU Imigresen (Pindaan) 2025 ini kerana ia adalah satu langkah strategik ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan strategik dari segi keselamatan pengurusan sempadan di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Jerlun juga mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2025 ini. Pindaan akta ini bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu berhubung penggunaan sistem berautomasi dan kawalan keluar masuk individu ke dalam atau ke luar Malaysia melalui perkhidmatan kereta api. Saya merujuk fasal 6 dimasukkan seksyen 22A baharu yang mana seksyen 22A(1) itu iaitu, “Mana-mana orang sebelum memasuki Malaysia hendaklah mengemukakan pengecam peribadi dan data biometriknya.” Cuma, saya dapati

seksyen 22A itu agak longgar sedikit syaratnya iaitu disebut, “An immigration officer may prohibit any person from entering Malaysia if the person refuses to provide his personal identifier and biometric data in accordance with subsection (1)”. Yang bermaksud, pegawai imigresen diberi kuasa boleh menghalang mana-mana orang daripada memasuki Malaysia jika orang itu enggan untuk mengemukakan pengecam peribadi dan data biometrik nya tertakluk kepada subseksyen 1. Mengapa setakat boleh menghalang? May prohibit? Mengapa tidak letak hendaklah menghalang? Shall prohibit? Dengan memberi kuasa penuh kepada pegawai-pegawai imigresen, ia boleh menghalang kemasukan mana-mana orang atau pelancong ke negara kita dengan mengikut peraturan yang ketat tanpa sebarang kompromi. Jadi, saya cadangkan perkataan “may” yakni boleh digantikan dengan perkataan “shall” ataupun hendaklah dalam seksyen 22A(3) ini. Selain itu, terdapat kelemahan dalam seksyen 22A iaitu ia hanya menyebut hak mengumpul dan merekod personal identifier dan biometric data dalam bentuk dan cara sebagaimana ditentukan oleh ketua pengarah tanpa garis panduan dalam akta. Dalam konteks pangkalan data yang bakal mengandungi jutaan rekod biometrik warga dan pelawat, ketiadaan rangka dan garis panduan yang jelas dalam melindungi data merupakan kelemahan yang perlu diambil kira. Fasal 7. Pindaan seksyen 24(1) Akta 155 akta ibu. Bagi menetapkan mana- mana individu yang tiba di Malaysia melalui laut atau udara hendaklah menjalani pemeriksaan oleh pegawai imigresen atau melalui sistem berautomasi sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia. Pindaan seksyen 24(1) iaitu menjadikan automasi sebagai saluran pemeriksaan utama, kegagalan sistem pengecaman wajah boleh menjejaskan hak warganegara dan pelawat untuk keluar masuk atau tiba tepat pada waktu kerja dan penerbangan. Saya bersetuju bahawa sistem automasi ini ada kelebihannya, iaitu cepat. Tidak perlu beratur lama di kaunter. Selamat. Data biometrik sukar dipalsukan dan efficient. Mengurangkan kebergantungan kepada pegawai bertugas di kaunter. Namun begitu, sistem automasi ini mungkin mengalami kesulitan lebih tinggi bagi golongan seperti OKU, warga emas atau mereka yang kurang mahir teknologi berbanding sistem manual ataupun tradisional. Menyentuh isu mekanisme perlindungan data peribadi dan biometrik dengan pindaan yang mewajibkan penyerahan personal identifier, dengan izin, dan data biometrik di bawah seksyen baharu, apakah protokol yang akan digunakan bagi

menjaga kerahsiaan, keselamatan dan integriti data tersebut selaras dengan pindaan terkini PDPA? Menyentuh isu hak rayuan dan semakan jika ditolak masuk. Sekiranya pegawai imigresen menggunakan kuasa menolak kemasukan berasakan kegagalan menyerahkan data biometrik atau identifikasi, adakah individu terlibat akan diberikan hak rayuan formal dan apakah prosedur semakan keputusan tersebut untuk memastikan keadilan untuknya dan bagi mengelakkan penyalahgunaan? Menyentuh isu inklusif dan saluran bukan automasi. Memandangkan pindaan ini memberikan keutamaan kepada automasi, apakah jaminan kerajaan bahawa saluran manual yang mencukupi, mesra OKU dan warga emas akan kekal disediakan supaya golongan yang tidak boleh atau tidak selesa menggunakan auto gate, QR, atau pengecaman wajah tidak di diskriminasi dari segi akses kepada hak keluar masuk dan perkhidmatan kerajaan.

Akhirnya, menurut Jabatan Penyiaran Malaysia dalam berita RTM pada 28 November 2025, melaporkan Malaysia Airports Berhad (MAHB) merekodkan hampir tujuh juta pelancong China antara kumpulan kemasukan terbesar ke Malaysia sehingga Oktober 2025. Ia adalah susulan perjanjian pengecualian visa Malaysia– China. Soalan saya di sini ialah― pertama, berapakah jumlah pelancong China yang masih ada dalam negara kita yang tinggal lebih, dengan izin, overstay, melebihi tempoh yang dibenarkan? Jika overstay, bagaimanakah sistem automasi melalui pengecaman wajah yang bakal diperkenalkan ini berupaya untuk mengusir mereka keluar dari negara kita melalui pengesanan oleh agensi penguatkuasaan? Dan yang ketiga, adakah mereka overstay ini, selepas diusir keluar secara automatik, akan menyenaraihitamkan identiti mereka dan mereka tak boleh masuk lagi ke dalam negara kita? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

Speaker. Peraturan mesyuarat, Speaker. Alor Setar. Peraturan 99. Minta petua Speaker. Kerap bunyi speaker di luar punya event sehingga mengganggu kita dalam Dewan ini. Speaker box. Saya tak tahu apa benda muzik apa benda berlaku itu. Bagi saya, perkara tersebut kalau nak test pun, tak boleh kuat sangat sehingga mengganggu perbahasan kita. Saya minta petua Dato' Speaker. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik. Bentara, sila maklumkan mereka yang mengorganisasikan perkara itu untuk terus tutup ataupun tidak dibenar kedengaran sehingga dalam ini ya. Bentara. Baik, teruskan, Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di- Pertua. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mewakili Yang Berhormat Raub untuk mengalu-alukan rombongan lawatan ke Parlimen oleh SMK Mahmud, Raub daripada Raub. [Tepuk] Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pindaan kali ini seperti penggunaan automated system dan pengambilan biometric data, kalau tak silap saya, semuanya telah lama diamalkan, dilaksanakan di KLIA, di pintu masuk Sabah, Sarawak dan banyak lagi lapangan-lapangan terbang di negara kita. Adakah ini bermaksud selama ini tiada peruntukan undang-undang yang jelas yang membenarkan eGate sebagai pemeriksaan rasmi dan tiada seksyen yang mewajibkan bahawa setiap pelawat itu perlu menyerah data biometrik mereka? Jadi, soalan dia. Semua ini sudah lama berlaku, dah bertahun-tahun. Mengapakah perkara ini tidak dibentangkan ke dalam Dewan yang mulia ini sejak awal pelaksanaan kesemua pelaksanaan ini? Bolehkah saya ibaratkan bahawa pindaan kita pada hari ini adalah kita buat dahulu, amalkan dahulu, kemudiannya baru Dewan yang mulia ini menghalalkan apa yang sebelum ini mungkin tidak halal? RUU ini kelihatan seperti post-facto legalization― ha, ini minta maaf, Dato' Yang di-Pertua terhadap dasar yang telah berlangsung lama. Dan seingat saya, ini bukan kali pertama Dewan yang mulia menjalankan ataupun melaksanakan, menggubal pindaan RUU yang sebegini rupa untuk menutup jurang ataupun kekurangan. Satu contoh yang terdekat adalah pada tahun ini, Dewan yang mulia ini, kita meluluskan untuk suatu menghalalkan kenaikan tambang jeti lebih kurang 30 tahun. Minta maaf, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Bagi saya, ini bukan satu amalan yang sihat bagi sesebuah negara seperti negara kita yang menjunjung tinggi prinsip rule of law. Maka, saya harap agensi-agensi yang berkaitan mengambil berat terhadap perkara ini. Jangan sesekali Dewan yang mulia ini terpaksa menutup apa kekurangan yang berlaku dan menjalankan post-facto legislation seperti ini. Dato' Yang di-Pertua, isu lambakan warga asing yang memasuki Malaysia sebagai pelancong tetapi bekerja secara tidak sah adalah antara masalah yang

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

paling kerap dibangkitkan di lapangan terutamanya daripada negara-negara yang layak masuk secara bebas visa. Walaupun kerajaan cuba meyakinkan kita bahawa pindaan kali ini dapat menangani risiko imigresen, realiti dia ialah yang pertama, tiada satu pun peruntukan baharu yang mengawal niat bekerja bagi pelawat bebas visa;. Yang kedua, tiada mekanisme purpose verification seperti yang digunakan di Korea Selatan, Jepun atau UK dan ketiga, tiada sistem fragging terhadap first time abuser yang merupakan di mana berlakunya majoriti kes yang diperhatikan sekarang. Apa yang pindaan kali ini ingin capai adalah mengambil data biometrik, mendapatkan passenger name record dan advanced passenger information serta menggunakan sistem automasi. Langkah ini hanya berkesan untuk melawan repeated offenders iaitu mereka yang sudah pernah dikenakan rekod kesalahan overstaying atau blacklisting. Tetapi, bagi mereka yang melakukan atau cuba melakukan kesalahan itu buat kali pertama dan menyamar sebagai pelancong tetapi berniat untuk bekerja di sini, tidak ada satu mekanisme baru yang dapat mengesan mereka. Saya bagi contoh, di mana UAE telah mewajibkan pelancong daripada negara-negara tertentu untuk menyerahkan bukti kewangan, tempahan hotel dan tiket pulang sebelum mendarat. Korea Selatan mempunyai risk-based interview di lapangan terbang bagi negara-negara tertentu dengan kadar penyalahgunaan yang tinggi. New Zealand menggunakan ETA, Electronic Travel Authority, yang menapis niat sebelum ketibaan. Dan negara kita, setakat ini, tidak memperkenalkan sebarang mekanisme penapisan niat walaupun masalah penyalahgunaan bebas visa ini semakin meningkat. Ini bukan sekadar tanya soalan secara rawak, tetapi adalah kita memerlukan satu kerangka undang-undang dengan SOP yang ketat. Mengapakah kita masih bergantung kepada budi bicara pegawai tanpa satu sistem yang lebih sistematik? Bagaimanakah pindaan kali ini dapat menyelesaikan pelancong yang masuk pagi dan pada waktu petang sudah mula bekerja di restoran, di tapak pembinaan ataupun dalam industri perkhidmatan? Dato' Yang di-Pertua, RUU ini memasukkan peruntukan baharu untuk penggunaan sistem automasi dalam pergerakan antara Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak melalui pindaan seksyen 72. Walaupun ini disebut sebagai penambahbaikan teknikal, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan fungsi MyBorderPass daripada sekadar pengesahan identiti semasa melalui kastam dengan QR code kepada sistem prakemasukan ataupun

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

preclearance, sistem pemprofilan risiko atau sistem pelaporan perjalanan wajib bagi pelancong dari Semenanjung atau warga asing?

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Kerana ini sekira — Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya ini hala tuju kerajaan, ia wajar dibentangkan secara telus dalam Dewan yang mulia ini. Negara-negara seperti Singapura dengan SG Arrival dan EU dengan ETIAS dan telah mengubah border pass menjadi satu alat saringan keselamatan dan migrasi bukan sekadar pas perjalanan. Maka sekiranya negara kita menghala ke hala tuju itu, maka kita perlu tahu siapakah yang mengendalikan data-data tersebut? Bagaimanakah data-data itu disimpan? Adakah ia tertakluk kepada audit pihak ketiga dan berapakah lama data perjalanan tersebut akan disimpan? Adakah semua ini akan mempengaruhi hak keluar masuk warga Malaysia sendiri? Perkara-perkara ini penting sebab kita perlu mewujudkan satu kerangka undang-undang yang komprehensif supaya setiap pegawai perlu menjalankan tugas mereka dengan satu kerangka atau SOP yang ketat. Dato’ Yang di-Pertua, selalunya kita dengar ada kes-kes di mana pelancong yang genuine...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat gulung.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Sikit lagi nak landing dah. Ada pelancong yang genuine masuk tetapi dikenakan NTL. Mereka dapat membuktikan segala bukti yang dikehendaki tetapi masih NTL. Adakah ini hanya budi bicara oleh seseorang pegawai? Jika ya, saya harap kita perlu dengan seberapa cepat yang boleh mewujudkan satu mekanisme, satu kerangka undang-undang yang ketat dan mengikuti SOP yang formal. Perkara ini bukan sahaja dapat menyaring pelancong tetapi juga dapat memulihkan imej negara kita terutamanya kita akan menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan. Ini penting dan saya harap perkara ini diambil...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, 30 saat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

...Diambil perhatian oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Imigresen 1959/63. Sebagai Ahli Parlimen di kawasan sempadan antarabangsa yang juga merupakan laluan kereta api yang merentas sempadan, saya ingin menegaskan dari awal bahawa RUU ini bukan sekadar isu teknikal semata-mata Ia menyentuh soal kedaulatan, keselamatan, integriti negara dan maruah penguatkuasaan kita. Kerajaan hari ini datang dengan naratif besar, digitalisasi, automasi, biometrik, PNR, API, auto gate, sistem pintar terutamanya melibatkan pindaan seksyen 10B baharu, 10C baharu dan 10D dan juga 33B baharu. Tetapi persoalan mudah, adakah negara- negara — adakah negara kita benar-benar bersedia atau kita sekadar menukar mesin tapi membiarkan lubang lama terus terbuka? Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen 10B, 10C dan 33B baharu. Saya menyokong kemasukan advanced passenger information (API) seksyen 10B, passenger name record (PNR) seksyen 10C, data biometrik seksyen 33B dan pemeriksaan melalui sistem automatik, seksyen 10D. Ini selari dengan amalan global namun saya ingin mengingatkan Dewan ini teknologi ini tidak menggantikan integriti manusia. Sistem canggih tidak mampu menutup rasuah, sabotaj dalaman dan sedikit jika manusia masih boleh dibeli. Hari ini kita bercakap tentang sindiket pemerdagangan manusia, penyeludupan migran, pasport palsu, sindiket middleman, rentas sempadan. Namun saya tidak melihat peruntukan baharu dalam seksyen 10B hingga 10D yang benar-benar menelan sindiket dalaman dan rasuah penguatkuasaan. Persoalan saya kepada kerajaan berdasarkan seksyen 10B(4) 10C(3) dan 33B(5) adakah data PNR dan biometrik ini disepadukan terus dengan Interpol dan sistem serantau? Yang kedua, siapakah yang memegang masa akses kepada data ini di bawah seksyen 33B dan yang paling penting apakah mekanisme audit bebas untuk menghalang manipulasi data dari dalam? Dato’ Yang di-Pertua, ini isu yang penting yang saya mahu bangkitkan pada hari ini. Kerajaan telah menubuhkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia sebagai agensi tunggal kawalan sempadan negara. Namun saya ingin bertanya secara terus mengapa dalam Akta Imigresen dipinda ini seksyen 3D —

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

seksyen 3 iaitu takrif, 5, pegawai imigresen, 6, kuasa pemeriksaan dan 10, sistem automatik, di mana peranan AKPS tidak disebut dengan jelas. Kita menubuhkan AKPS, kita serahkan mandat kawalan sempadan kepadanya tetapi dalam akta utama yang mengawal keluar masuk negara, AKPS langsung tidak dinyatakan. Betulkan saya jika saya silap. Apakah kerajaan masih ragu-ragu sendiri dengan agensi yang ditubuhkan atau sengaja meninggalkan ruang pertindihan kuasa antara Imigresen, Kastam, PDRM dan AKPS? Ini masih dianggap sebagai satu kecacatan dasar yang serius. Jika AKPS benar-benar mahu dijadikan single border authority dengan izin, pusat pelaksanaan sistem digital baharu, pengendali utama auto gate dan biometrik, maka ia wajib dinamakan secara nyata dalam seksyen 3 yang dimasukkan secara operasi dalam 5 dan 10D sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi ada empat kali pindaan, kalau tak silap saya ya. Jika tidak kita sedang menanam bom pertikaian kuasa untuk masa depan. Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen 10D(1), (2) dan (4). Kerajaan bercakap tentang sistem baharu yang kononnya mampu mengesan pasport palsu, mengesan identiti tiruan, mengelak penyusupan berisiko tinggi. Soalan saya, apakah tahap ketepatan sistem ini yang dibenarkan di bawah seksyen 10D(4)? Adakah ia telah diuji terhadap rangkaian pasport palsu daripada Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan Afrika? Jangan kita ulang kesilapan lalu apabila mesin dipamerkan hebat tapi sindiket tetap tembus kerana orang dalam membuka laluan. Saya menuntut kerajaan membentangkan audit keselamatan bebas sebelum pelaksanaan penuh auto gate nasional melalui subseksyen baharu pada seksyen 10D. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Padang Besar, saya menyokong penuh kewajipan di bawah seksyen 18A(1). Setiap kereta api mesti berhenti di authorised point of entry, dengan izin. Namun saya ingin bertanya secara praktikal berdasarkan seksyen 18A(2) dan (3). Adakah stesen-stesen berkaitan sudah lengkap dengan biometrik, kamera, integrasi API dan PNR? Bagaimana pula jika berlaku kecemasan dan kereta api terpaksa berhenti di luar stesen? Siapakah yang memegang kuasa operasi di lapangan? Imigresen atau di bawah seksyen 5 atau AKPS? Jika soalan-soalan ini tidak dijawab, maka seksyen 18A ini hanya cantik di atas kertas tetapi rapuh di medan sebenar. Dato’ Yang di-Pertua, merujuk seksyen 10B, 10C, 10D dan 18A dan 33B, pindaan Akta Imigresen ini boleh dilihat terpisah daripada realiti sempadan Wang

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Kelian dan perancangan zon ekonomi khas. Wang Kelian pernah menjadi kawasan free flow tetapi tragedi 2015 membuka mata kita semua. Free flow tanpa kawalan ialah pintu kepada pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan. Namun, saya ingin menegaskan tragedi itu berlaku bukan melalui laluan ICQS tapi melalui laluan tikus. Tetapi ICQS terkawal di bawah seksyen 5 dan 6. Maka pendekatan baharu yang saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu regulated movement atau control free flow yang lebih sesuai digunakan dalam pelaksanaan RUU ini melalui seksyen 10B hingga 10D serta 18A. Model ini menggunakan pas sempadan digital, biometrik, pengawasan pintar, pusat pentadbiran bersama rentas agensi. Jika RUU ini tidak diselaraskan dengan model ini, kita akan melihat zon ekonomi khas ini dibangunkan secara fizikal tetapi kawasan keselamatan kita masih bersifat lama. Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya RUU ini bukan kerana ia sempurna tapi kerana negara kita tidak boleh terus menunggu. Namun, sokongan ini datang dengan syarat. AKPS mesti dinamakan secara jelas dalam seksyen 3, 5 dan 10D sebagai pelaksanaan utama sistem sempadan auto gate dan sistem biometrik di bawah seksyen 10D dan 33B mesti diaudit bebas sebelum pelaksanaan besar-besaran. RUU ini perlu diselaraskan dengan dasar keselamatan sempadan Wang Kelian contohnya dan ZEK melalui seksyen 10B hingga 10D serta 18A. Data rakyat di bawah seksyen 33B mesti dilindungi bukan sekadar dikumpul.

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Jika tidak, ini hanya beralih daripada kaunter manual kepada mesin digital, tetapi kebocoran keselamatan tetap wujud, cuma dalam versi lebih moden. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang cakna dengan isu sempadan. Sekian Dato’ Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Imigresen (Pindaan) 2025.

Pelbagai isu yang berlaku dalam negara kita yang melibatkan keluar masuk termasuk isu pelacur asing, isu pendatang asing, isu pembantu rumah dan sebagainya. Jadi, ini merupakan satu perkara yang harusnya ditangani dengan sebaiknya. Dan kita tahu bahawa pindaan ini adalah sebagai akta untuk kawalan kemasukan keberadaan dan pengusiran bukan warganegara dan struktur asas berasaskan kawalan manual sama ada di laut, udara dan darat. Jadi, saya ingin penjelasan daripada akta ini. Sejauh manakah mekanisme perlindungan data peribadi dan biometrik telah diwujudkan untuk memastikan supaya penjagaan kerahsiaan, penjagaan keselamatan dan integriti data dapat diselaraskan? Jadi, kita tidak mahu indah dari sudut akta, tetapi akhirnya dari sudut kesan jangka panjangnya merugikan apabila data-data kita boleh dicerobohi. Begitu juga, saya ingin tahu tentang hak rayuan dan semakan jika ditolak masuk. Sekiranya pegawai imigresen menggunakan kuasa menolak kemasukan berasaskan kegagalan menyerahkan data biometrik, adakah individu terlibat akan diberi hak rayuan formal? Dan apakah prosedur semakan keputusan tersebut untuk memastikan keadilan dan mengelakkan supaya penyalahgunaan kuasa berlaku? Dan begitu juga tentang inclusivity dan saluran bukan automasi. Memandangkan pindaan memberi keutamaan kepada automasi, apakah jaminan kerajaan bahawa saluran manual yang mencukupi terutama bagi OKU, warga emas yang mungkin mereka ini lebih selesa dengan menggunakan cara manual. Jadi, sejauh mana pendekatan yang dibuat terutama di sudut pengecaman wajah supaya tidak ada diskriminasi bagi akses bagi yang nak keluar masuk dalam apabila berada di pintu masuk? Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan seksyen 22A iaitu berkaitan dengan hak mengumpul dan merekodkan data peribadi. Jadi, dalam rang undang- undang ini menyebutkan bahawa dalam — bagaimana cara penentuannya ditentukan oleh Ketua Pengarah tanpa sebarang garis panduan dalam akta? Jadi, ini adalah satu perkara yang boleh menyebabkan salah guna kuasa dalam konteks pangkalan data ini yang bakal— sudah tentulah apabila pengumpulan data akan melibatkan jutaan rekod biometrik warganegara, pelancong-pelancong dan sudah tentulah memerlukan kepada rangka perlindungan data yang jelas. Jadi, kelemahan ini boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Jadi saya ingin tahu, kenapa tidak diadakan garis panduan yang jelas dalam akta ini? Bagaimana untuk menentukan cara? Dan kita lihat kuasa besar diberi kepada Ketua Pengarah. Jadi, sejauh mana pemantauan dibuat?

Saya ingin tahu juga, sebab kita dalam negara kita, banyak isu-isu yang berkaitan dengan pendatang ataupun pembantu asing, pembantu rumah yang datang bekerja di Malaysia yang sebelum ini ada juga kerjasama antara G2G dengan negara sumber. Tetapi saya dapat maklum, bagaimana agensi yang telah dipersetujui bersama antara negara sumber ini tidak diguna pakai, tapi menggunakan saluran visa khas ataupun pas khas yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah ataupun pihak tertinggi jawatan sama ada di MOTAC ataupun di KDN dan ini boleh menyebabkan salah guna kuasa. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana digunakan? Dan saya ingin tahu, berapa banyak dah visa-visa ataupun pas khas ini telah dikeluarkan yang melalui— kelulusan melalui Ketua Pengarah ataupun melalui KSU kementerian yang terlibat. Begitu juga berkaitan dengan kemasukan GRO ke negara kita. Saya dimaklumkan bagaiman sekarang ini hampir setiap hari ada kemasukan ke dalam negara kita, GRO dari luar negara termasuk daripada negara Balkan, daripada Egypt, dari Uzbekistan dan sebagainya yang mereka dibawa ke dalam negara kita dengan melalui ke special pass. Jadi, ini adalah satu kemungkaran Tuan Yang di- Pertua. Kalau kita dalam keadaan menentang LGBT, sekarang ini ada pihak pula yang bersekongkol memberi laluan mudah kepada GRO masuk dalam negara kita daripada negara luar. Adakah kita sedang menunggu bala daripada Allah? Ini adalah satu ancaman. Bagaimana kalau mereka masuk menggunakan kuasa-kuasa orang yang tertentu dalam jabatan, sama ada dalam KDN ataupun dalam MOTAC dan sebagainya? Mereka menggunakan kedudukan mereka, mereka mengambil kesempatan masuk golongan teroris, perisik-perisik daripada musuh. Bagaimana mereka hendak mencari kelemahan dalam negara kita? Ini sangat bahaya dan saya harap supaya pihak kementerian siasat Pejabat Ketua Pengarah, Pejabat KSU. Macam mana boleh lolos perkara ini berlaku? Dan begitu juga pegawai-pegawai yang terlibat. Banyak isu-isu yang berkaitan dengan penguatkuasaan. Apabila kita membacakan, apabila kita bincang tentang rang undang-undang, di antara para penting ialah penguatkuasaan. Penguatkuasaan melibatkan pegawai-pegawai. Ada pegawai yang terlibat dalam kes salah laku, ditangkap oleh SPRM. Tapi, masih diletak di jabatan yang sama, masih mengendalikan kes yang berisiko tinggi, yang boleh membuat— boleh terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Dan di manakah penyelesaian? Jadi saya ingin tahu, cuba check dan semak, saya harap betul-betul pihak kementerian jawab isu ini dan saya nak siasat pegawai-pegawai.

Kalau kita ada akta dari sudut penjawat awam, apabila dalam tempoh tertentu dia kena ada rotation, bertukar, tapi kenapa ada setengah-setengah jabatan ya — contohlah Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai dia puluhan tahun tidak ditukar. Jadi, ini bimbang salah laku kuasa berlaku dan saya harap perkara ini diambil perhatian. Tidak ada guna kita meluluskan akta, tetapi kalau terus dalamnya diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan yang paling penting adalah keselamatan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Berikut, dipersila Yang Berhormat Betong.

Salam sejahtera Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih di atas ruang perbahasan ini. Betong menyokong hasrat pemodenan kawalan sempadan, tetapi RUU ini masih meninggalkan beberapa jurang kritikal yang tidak boleh dipandang ringan dan juga memerlukan segala komitmen tegas daripada kementerian. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 2 pindaan seksyen 2 Akta 155. RUU ini memberikan kuasa besar untuk kita mengumpul biometric data, tetapi tidak menyatakan secara jelas apakah bentuk biometrik yang bakal diambil. Maka, dalam dunia yang diatur oleh standard ICAO dan amalan multimodal biometrics ya, seperti iris, retina, muka, cap jari adalah tidak memadai untuk RUU ini hanya menyebut biometric data tanpa spesifikasi dia. Jadi, kita tidak boleh memberi kuasa luas tanpa ada garis sempadan yang jelas. Maka, Betong mahu menegaskan agar kerajaan masukkan sekurang- kurangnya iris, retina pattern, facial images dan fingerprints dengan izin, dalam takrifan undang-undang. Jika negara lain boleh mendefinisikan dengan tepat Dato’ Yang di-Pertua, kenapa Malaysia juga tidak dapat membuat sedemikian? Jadi, yang keduanya mengenai perlindungan data. Kementerian mahu kutip data, tetapi tidak dinyatakan cara melindunginya. Maka, RUU ini juga memberi kuasa kutipan data yang sensitif, tetapi langsung tidak menyatakan yang pertamanya, tempoh penyimpanan. Kedua, apakah protokol akses? Ketiga, apakah prosedur pemadaman data? Dan mengenai keperluan juga untuk pegawai perlindungan data. Maka, kita bercakap tentang maklumat yang paling intim ini, wajah, cap jari, iris, tapi asas perlindungan data tidak juga diwajibkan. Ini bukan kelemahan teknikal, mungkin satu liabiliti nasional.

Maka Betong mohon jawapan, adakah pegawai perlindungan data akan dilantik di Jabatan Imigresen? Kedua, berapa lama kah data itu akan disimpan? Yang ketiga, siapakah yang diberi akses dan bagaimana audit itu dijalankan? Dan keempat, apakah pelan mitigasi untuk mengelakkan insiden seperti yang sebesar serangan ransomware di Indonesia pada tahun 2024 berlaku di Malaysia? Jadi, kementerian tidak bolehlah meminta kepercayaan tanpa mengemukakan jaminan keselamatan data. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya Betong ingin menyentuh mengenai yang banyak disentuh juga, mengenai automated system yang dinyatakan dalam takrifan sepertimana dalam seksyen 2 dan turut juga disentuh dalam pindaan seksyen 24, seksyen 26 dan juga seksyen 72.

Jadi, kita bercakap tentang automasi di semua pintu masuk termasuk Kuching, Kinabalu yang kini menerima penerbangan dari antarabangsa. Dan soalannya, adakah infrastruktur kita tersedia di pintu-pintu masuk itu? Realitinya, sejauh manakah infrastruktur ini sudah sedia? Dan tidak guna juga kita meluluskan satu pindaan yang canggih jika lapangan terbang kita belum memiliki satu kapasiti yang minimum. Justeru, terdapat keperluan untuk menyegerakan penyediaan infrastruktur yang berkaitan bagi mempercepatkan proses masuk dan keluar dari Malaysia. Maka dalam hubungan ini Dato’ Yang di-Pertua, Betong memohon menyatakan jumlah anggaran kos keseluruhan CapEx dan OpEx , dengan izin untuk pelaksanaan penuh sistem automasi termasuk pengumpulan advance passenger information (API) dan juga PNR iaitu passenger name record dan biometrik. Dan bagi Sabah dan Sarawak, berapakah peruntukan yang disediakan? Apakah timeline fasa pelaksanaannya? Jika kementerian mahu satu automasi itu berfungsi, pelaburan mesti jelas, bukan sekadar konsep dalam RUU. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya risiko algorithmic refusal iaitu mesin tidak boleh menjadi satu penentu nasib seseorang pelawat itu. Maka di bawah seksyen 24 dan 22A, RUU memberi kuasa kepada sistem automasi yang membuat keputusan masuk atau tidak masuk. Namun, tiada algoritma yang 100 peratus tepat Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, kita tidak boleh membiarkan pelabur yang sah atau pelancong yang dilabel sebagai access denied hanya kerana sistem tersilap baca wajah atau pangkalan data bermasalah.

Oleh itu, Betong mencadangkan agar satu prosedur semakan manual yang bukan disebabkan oleh kegagalan untuk kita melengkapkan proses verifikasi diwujudkan dalam peraturan imigresen kelak. Maka, seseorang yang ditolak oleh auto gate itu atau sistem automasi mesti dibawa ke kaunter penyeliaan untuk semakan manual oleh pegawai imigresen kanan bagi kita mengesahkan sama ada penolakan itu benar atau sekadar ralat teknikal. Jadi, di dalam hal ini Betong mohon penjelasan, jika statusnya masih meragukan disebabkan isu identiti, adakah Jabatan Imigresen akan membuka ruang untuk bantuan konsular? Malaysia tidak boleh mendapat reputasi sebagai negara yang mengusir pelawat kerana sistem rosak. Jadi, yang kelima itu automasi ya bagi Sabah dan Sarawak. Sistem pusat mesti menghormatilah kuasa penyelia negeri. Seperti kita ketahui di Sarawak, mempunyai kuasa autonomi ke atas hal ehwal imigresen. Oleh itu, sebarang inisiatif pemodenan yang melibatkan penggunaan sistem berautomasi hendaklah direka dan dilaksanakan dengan berlandaskan kepada kuasa tersebut. Sistem automatik yang membuat keputusan kemasukan mesti mampu mengenal pasti dan menguatkuasakan arahan larangan kemasukan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sarawak melalui mekanisme teknikal yang memastikan senarai larangan negeri diselaraskan dan diselaraskan secara real time dengan pangkalan data pusat. Maka, Sarawak dan juga Sabah mungkin juga mempunyai kuasa imigresen tersendiri. Oleh itu, Betong mahu penjelasan yang konkrit, bilakah rundingan teknikal formal dengan Sarawak akan diwujudkan? Bagaimanakah senarai larangan negeri akan diselaraskan secara masa nyata dengan pangkalan data pusat? Dan siapakah pemilik data dan bagaimana kawalan itu akan ditentukan? Kita tidak mahu sistem automasi yang mengetepikan kuasa negeri atau menyebabkan mismatch senarai larangan. Dato’ Yang di-Pertua sebagai penutup, RUU ini penting tetapi pelaksanaan dan governan adalah penentu besar. Jadi, kita tidak bolehlah membina kawalan sempadan digital berasaskan andaian, kelonggaran dan juga kejelasan yang tidak memadai. Jadi, Betong ingin menegaskan keperluan spesifikasi biometrik yang jelas. Itu yang pertama. Yang kedua, standard perlindungan data yang ketat. Ketiga, pelan infrastruktur automasi yang realistik. Prosedur semakan manual yang wajib dan integrasi sistem yang menghormati autonomi Sabah dan Sarawak. Maka dengan

jaminan yang lebih kukuh, RUU ini boleh menjadi pemangkin sistem imigresen yang lebih selamat, moden dan berwibawa. Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Maran.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Sebelum saya membahaskan berkenaan pindaan Rang Undang-undang Imigresen, saya ingin bertanya dan minta pesanan pihak Yang di-Pertua. Apakah kementerian-kementerian yang terlibat dalam perbahasan dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam bajet, belanjawan dan juga rang undang-undang ini yang tidak sempat dibahas, dijawab di dalam Parlimen semasa penggulungan dan dijanjikan untuk dijawab melalui jawapan bertulis? Saya minta setakat ini, saya ingat banyak— perkara yang paling banyak saya membahaskan di dalam Parlimen ini, tapi setakat ini belum lagi terima apa-apa jawapan bertulis daripada pihak kementerian. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Imigresen ini yang pindaan bagi tahun 2025. Pindaan yang dibuat oleh apa juga kementerian sebenarnya baik ke arah penambahbaikan dan pengemaskinian apa juga rang undang-undang. Pindaan pada akta ini secara asasnya memperkenalkan kawalan imigresen berasaskan data iaitu melalui advance passenger information (API), passenger name record (PNR), biometrik dan memasukkan perjalanan melalui kereta api dalam rangka kawalan sempadan sedia ada. Pindaan ini secara prinsipnya feasible, tetapi memerlukan pelaburan sistem yang besar, penyelarasan undang-undang data peribadi dan penetapan standard operasi yang jelas supaya tidak menjejaskan aliran trafik serta hak asasi pelawat dan penduduk. Berdasarkan seksyen 21A yang mewajibkan rekod nama penumpang (PNR) dan maklumat penumpang awal (API), seksyen-seksyen serta seksyen 54 yang memberi kuasa kepada Menteri menetapkan mekanisme pengemukaan data tersebut.

Saya ingin bertanya Dato’ Yang di-Pertua, apakah langkah dan standard perlindungan data yang diguna pakai oleh kerajaan untuk memastikan maklumat ini hanya diproses bagi tujuan keselamatan dan kawalan imigresen dengan had tujuan tempoh penyimpanan akses terhad dan pengawasan bebas yang selaras dengan undang-undang perlindungan data peribadi seseorang? Yang kedua, memandangkan seksyen 22A memperuntukkan kewajipan mana-mana orang mengemukakan pengecam peribadi dan data biometrik sebelum memasuki Malaysia dan seksyen 24 serta 26 pula mensyaratkan verifikasi pengecam peribadi dan data biometrik dalam proses pemeriksaan masuk melalui laut, udara dan darat. Ini lebih kepada data tubuh biometrik yang jauh lebih sensitif dan memerlukan standard perlindungan lebih tinggi. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, apakah dasar, prosedur operasi dan perlindungan teknikal yang akan dilaksanakan untuk melindungi hak privasi individu termasuk hak penggunaan data, tempoh dan lokasi penyimpanan kawasan akses serta apakah mekanisme aduan atau semakan jika berlaku penyalahgunaan atau kebocoran data ini? Apakah garis panduan terperinci bagi pegawai imigresen apabila menggunakan kuasa menghalang kemasukan terhadap seseorang yang enggan memberikan data biometrik? Saya ingin menarik apa yang ditimbulkan oleh daripada Rantau Panjang tadi bahawa banyak kebocoran berlaku akibat daripada ketidakjujuran pegawai-pegawai kita di jabatan-jabatan termasuklah bahagian penguatkuasaan. Dato’ Yang di-Pertua, bagi data yang dikumpulkan dan diproses di bawah seksyen 21A, 22A, 24, 26 dan 72, siapakah kategori pegawai atau agensi yang dibenarkan mengakses data tersebut? Adakah wujud sistem jejak audit yang merekodkan akses dan kegunaan data dan berapa kerap audit pematuhan dilaksanakan untuk mengesan serta mencegah penyalahgunaan data ini? Adakah data PNR, API dan biometrik yang dikumpulkan di bawah seksyen 21A, 22A boleh dikongsi kan dengan agensi penguat kuasa lain di dalam negara atau dengan negara luar? Jika ya, apakah syarat undang-undang perjanjian atau memorandum persefahaman yang mengawal selia perkongsian tersebut, termasuk keperluan persetujuan had tujuan dan standard perlindungan data di negara penerima? Dan berikutnya, bagi keadaan di mana pemeriksaan melalui sistem berautomasi di bawah seksyen 24 dan 26 gagal dan penumpang perlu dirujuk kepada pegawai imigresen, apakah SOP yang memastikan penumpang tidak

mengalami kelewatan melampau atau diskriminasi? Dan bagaimana rekod manual ini diteruskan, dimasukkan di dalam sistem tanpa menjejaskan integriti serta ketepatan data?

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, saya faham kementerian kata rang undang-undang ini akan melibatkan perbelanjaan tambahan yang belum dapat ditentukan sekarang. Tetapi mesti ada anggaran. Jadi, berapakah kos pembangunan dan pengoperasi penuh untuk sistem automasi penggubalan PNR, API dan biometrik di semua pintu masuk utama. Dan apakah garis masa pelaksanaan setiap masa serta indikator kejayaan yang akan digunakan. Dato' Yang di-Pertua, sebenarnya kemasukan pekerja ataupun pendatang- pendatang [Tidak jelas] cukup menjejaskan negara kita. Kita ada kurang lebih 51 negara sumber yang membekalkan tenaga kerja tetapi kadang-kadang berlaku berbagai penyelewengan akibat daripada kemasukan ini dan kemasukan mereka ini kalau tidak diakses dengan betul, bukan sahaja merugikan ekonomi negara, mengambil peluang pekerjaan yang sepatutnya dimiliki oleh pekerja tempatan tetapi dalam masa yang sama menjejaskan keselamatan, boleh mengancam keselamatan negara kita. Terima kasih banyak Dato' Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Perkara pertama, izinkan saya memperjelaskan kebimbangan saya mengenai skop pengurusan imigresen yang diperluaskan di bawah seksyen 22, rang undang-undang ini. Pindaan ini memperkenalkan tafsiran baru seperti advance passenger information (API) dan passenger name record (PNR) dan mengehendaki maklumat ini diserahkan kepada Ketua Pengarah Imigresen. Pindaan ini juga memperluaskan pemakaian akta kepada mod pengangkutan kereta api dan mewajibkan pihak seperti pemilik, ejen atau penyewa bertanggungjawab ke atas penumpang sama seperti nakhoda kapal. Tindakan ini sebenarnya memindahkan beban pengumpulan data keselamatan dan kompleks kepada pihak ketiga dalam sektor pengangkutan darat. Persoalannya, adakah semua kereta api dan pengusaha ini bersedia dengan pelaburan teknologi dan sistem sokongan yang diperlukan untuk menguruskan API

dan PNR mengikut piawaian yang ditetapkan? Saya khuatir, tanpa peruntukan sumber yang mencukupi, pindaan ini hanya akan membebankan industri dan akhirnya akan melambatkan prosedur bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan prosedur Imigresen. Dato' Yang di-Pertua, perkara kedua iaitu berkaitan cadangan penambahan seksyen baru di bawah Akta 155, seksyen 22A yang mewujudkan punca kuasa untuk mewajibkan pengambilan personal identifier dan data biometrik seseorang. Pindaan ini juga membolehkan kerajaan merekod, mengambil, menjana dan menyimpan biodata serta bio metrik bagi tujuan keselamatan. Saya berpandangan bahawa kerajaan sedang mewujudkan gudang data biometrik yang besar iaitu aset yang sangat bernilai. Tapi tanpa pagar keselamatan siber yang benar-benar kalis bocor, data biometrik seperti cap jari dan pengecaman wajah adalah identiti yang kekal seumur hidup. Kebocoran walaupun sekecil mana pun akan mendedahkan rakyat kepada risiko jenayah identiti dan tidak boleh diperbetulkan. Saya menuntut jaminan yang konkrit bahawa perundangan yang didakwa teratur dan komprehensif ini benar-benar mempunyai mekanisme semak dan imbang yang jelas bagi melindungi data sensitif ini. Saya khuatir jika masalah integriti manusia seperti skandal counter safety masih wujud di kaunter fizikal, masalah sama mungkin akan berpindah ke dalam sistem digital tanpa kawal selia yang ketat. Dato' Yang di-Pertua, seterusnya perkara ketiga, saya khuatir bahawa RUU Imigresen ini telah mengutamakan kelajuan dan automasi berbanding perlindungan hak peribadi. Hal ini demikian kerana penambahan seksyen 22A juga memberikan hak kepada kerajaan untuk melarang kemasukan mana-mana orang yang enggan mengemukakan data biometrik dan personal identify ini. Ini adalah tuntutan yang agak berlebihan terhadap maklumat peribadi warganegara dan pelawat. Penggunaan teknologi secara besar-besaran termasuk sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) memerlukan undang-undang yang bukan saja teratur, tetapi juga seimbang dan berhati-hati dalam menjaga kebebasan asasi. Oleh yang demikian, demi menjaga hak asasi, melindungi data peribadi dan memastikan pelaksanaan yang telus serta bertanggungjawab, saya mencadangkan agar kerajaan memperincikan kerangka keselamatan siber serta pelan tuntutan industri yang kukuh sebelum meneruskan ke pindaan yang sangat penting ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Arau telah menarik diri dan saya ke pembahas yang terakhir. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. RUU ini sebenarnya bukan soal menukar istilah ataupun menambah satu dua subseksyen. Apa yang kita sedang bahaskan hari ini adalah sebuah perubahan struktur terhadap cara Malaysia mengurus pintu masuk, cara kita menapis ancaman, merekod pergerakan manusia dan juga menentukan siapa yang layak menjejak kaki ke tanah air kita. Jadi pada zaman di mana jenayah rentas sempadan semakin licik dan juga sindiket pemerdagangan manusia semakin agresif, saya memahami keperluan kerajaan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam pengurusan imigresen. Kita tak boleh bergantung kepada sistem yang dibentuk pada tahun 1959 untuk menangani ancaman 2025. Dunia dah berubah dan undang-undang pun perlu bergerak seiring. Sebab itulah saya ingin mengiktiraf beberapa elemen yang penting dalam pindaan ini dan saya percaya sememangnya selaras dengan keperluan semasa. Yang pertama, pengenalan biometrik advance passenger information dengan izin dan juga passenger name record dengan izin adalah selaras dengan standard keselamatan antarabangsa. Negara-negara maju menggunakan sistem ini untuk mencegah kemasukan individu-individu yang berisiko tinggi sebelum mereka tiba. Dengan maklumat seperti itinerary, rekod penumpang dan juga data fizikal, kita bukan sahaja mengesan ancaman, kita mencegahnya daripada mendekati pintu masuk tanah air kita. Yang kedua, saya menyambut baik perluasan skop undang-undang kepada kereta api antarabangsa. Dunia sedang bergerak ke arah integrasi rel serantau, termasuklah potensi jaringan high speed rail ataupun ETS lintas sempadan. Malaysia tak boleh menjadi negara yang hanya menapis udara dan laut tetapi membiarkan darat menjadi laluan yang longgar. Tuan Yang di-Pertua, setiap langkah ke depan mesti disertai dengan cerminan yang jujur dan di sebalik kebaikan yang jelas, RUU ini sebenarnya menimbulkan beberapa persoalan besar yang berkait rapat dengan keselamatan negara. Jadi, isu yang pertama adalah isu privacy dan juga keselamatan data. Data ini bukan data biasa, ini adalah data yang paling peribadi, sensitif dan paling sukar diganti.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Jika lah, kalau lah dikatakan kata laluan bocor, kita boleh tukar kata laluan. Kalaulah nombor bank akaun bocor, kita boleh tukar. Tapi kalaulah cap jari bocor, apa yang kita akan buat? Apakah perlindungan undang-undang yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan juga adakah kerajaan mempunyai protokol respons terhadap pencerobohan data seperti ini? Jadi, isu yang kedua iaitu isu automated system. Teknologi hebat tetapi teknologi gagal. Jadi kita semua pernah lihat situasi gate yang tak buka, sistem tak dapat membaca pasport dan orang terkandas. Jadi, sekiranya automasi menjadi wajib tetapi infrastruktur tidak kukuh ataupun tidak seragam, rakyat dan juga pelawat akan menanggung akibatnya. Jadi di sini kita perlu memastikan teknologi membantu dan bukan membebankan. Dan isu yang ketiga, pindaan ini membawa impak kewangan yang besar. Sistem automasi penyimpanan data digital, mesin biometrik, integrasi keselamatan dan juga latihan pegawai semuanya memerlukan perbelanjaan yang signifikan. Jadi, RUU ini sendiri menyatakan implikasi kewangan tetapi tidak menyatakan jumlah. Jadi, saya rasa tak sewajarlah kalau kita nak meluluskan satu undang-undang tanpa memahami kos sebenar yang bakal ditanggung negara. Maka, saya sekali lagi ingin mengemukakan tiga soalan kritikal kepada Yang Berhormat Menteri iaitu bagaimana kerajaan menjamin keselamatan data bio metrik rakyat dan juga pelawat? Adakah undang-undang perlindungan data akan diperkuatkan serentak? Yang kedua, apakah standard minimum dan pelan kontigensi untuk automatic system jika berlakunya kerosakan ataupun kegagalan di pintu masuk negara. Dan akhirnya berapakah anggaran kos sebenar pelaksanaan keseluruhan pindaan ini? Dan bagaimana ia akan diselaraskan dengan perancangan fiskal negara?

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, kita mahu sempadan yang kuat. Perkara ini kita tidak dapat nafikan tetapi kita juga perlukan undang-undang yang bijaksana. Undang- undang ini perlu melangkah ke hadapan tetapi janganlah sampai kita melangkah tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat. Jadi, biarlah RUU ini menjadi reformasi yang progresif dan berprinsip. Jadi, sekian, terima kasih. Bukit Bendera menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seramai 10 orang pembahas telah berbahas. Sekarang giliran Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Ditetapkan masa 15

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

minit walau bagaimanapun tertakluk kepada budi bicara Pengerusi. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Terima kasih, Dato' Dr. Yang di-Pertua. Pertama, saya bagi pihak Kementerian Dalam Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini atau di sebelah sana yang mengambil bahagian, memberi pandangan dan juga teguran tentang isu ini dan bangkitkan beberapa perkara dan saya akan ambil ruang ini untuk menjawab. Namun, Yang Berhormat, saya ingat saya akan patuh 15 minit kerana saya ada lagi satu rang undang-undang yang berkaitan juga dengan perkara ini. Jadi, tentulah saya nak sebut bahawa pembentangan KDN hari ini penting kerana ini adalah undang-undang utama yang menjadi tunjang kepada keselamatan sempadan, fasiliti perjalanan dan pengurusan keluar masuk warga asing dalam negara ini. Yang Berhormat, sebenarnya KDN kita jalankan analisis mendalam berdasarkan perkembangan semasa melihat keperluan operasi dan cabaran terkini dengan kerjasama rapat pelbagai kementerian dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Usul kolaborasi ini sebenarnya bagi pastikan setiap cadangan pindaan yang kita buat benar-benar komprehensif selari dengan dasar kerajaan, tentunya mampu menangani keperluan keselamatan negara secara menyeluruh. Dan tentunya pindaan ini berasaskan keperluan untuk memastikan supaya undang-undang kita relevan, responsif terhadap ancaman baharu selaras dengan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh pelbagai negara di peringkat antarabangsa dan tentunya menyokong transformasi keselamatan negara yang menyeluruh dan yang lebih penting juga ialah bagi memudahkan segala urusan rakyat dalam negara ini. Dato' Yang di-Pertua, saya sebut tadi bahawa perubahan teknologi yang pesat, untuk makluman Yang Berhormat, pindaan terakhir Akta Imigresen ini dibuat pada tahun 2002 yang mana ketika itu, pindaan dibuat bagi memperkukuhkan penguatkuasaan PATI. Transformasi tadi kaunter manual kepada kaunter berteknologi tinggi. Ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia dan tentu juga kepada pengembara-pengembara daripada luar. Saya jawab secara umum kerana perkara-perkara yang dibangkitkan tadi lebih kurang sama, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Transformasi ini Yang

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Berhormat, juga secara langsung saya sebutkan tadi dapat kita perkukuhkan lagi kawalan terhadap pintu masuk dan mengurangkan isu-isu integriti kerana elemen pertimbangan budi bicara dapat kita kurangkan ke tahap yang paling minima. Jadi, dengan ini kita harap isu-isu dibangkitkan oleh Rantau Panjang ini dapat kita tangani dengan baik. Dan tentunya pindaan juga akan kukuhkan aspek keselamatan kerana maklumat biometrik yang diperolehi ini akan diintegrasi penuh dengan data imigresen melalui sistem NIISe yang kita bangunkan. Dan sudah tentu juga saya nak maklumkan bahawa maklumat-maklumat tersebut juga kita diintegrasikan dengan sistem INTERPOL bagi memastikan pelawat yang memasuki negara ini tidak berada dalam senarai suspect list. Ini penting dan juga blacklist. Maknanya, pindaan akta ini membolehkan kerajaan mendapat maklumat lebih awal sebelum pelawat tiba di negara ini dan ini sangat membantu dan melaluinya bolehlah kita laksanakan tindakan-tindakan contohnya NTL dan sebagainya. Dato' Yang di-Pertua, APSS telah mula dilaksanakan pada 31 Oktober 2025 dengan penglibatan 10 buah syarikat penerbangan daripada 56 syarikat penerbangan yang keseluruhan beroperasi di lapangan terbang di negara ini. Jadi, pelaksanaan APSS ini merupakan satu komitmen kita yang juga dituntut oleh ICAC iaitu badan antarabangsa yang memantau kawal selia penerbangan di seluruh dunia. Makna, kita buat ini mematuhi standard yang ditetapkan di seluruh dunia. Dan selain kita perkukuhkan keselamatan negara kerana saya sebutkan tadi maklumat pengembara telah diperolehi lebih awal iaitu 72 jam sebelum penerbangan. Maknanya, pelaksanaan APSS juga dapat mengurangkan isu counter setting dan tentunya mengurangkan pengurusan yang melibatkan individu atau manusia. Jadi, Yang Berhormat, pengumpulan data biometrik ke atas pengembara yang masuk dan keluar dari Malaysia adalah mengadakan personal data. Kita identify yang boleh digunakan sebagai elemen untuk kita perkukuhkan lagi aspek- aspek yang saya sebut berulang kali, keselamatan negara dan kerajaan juga mempunyai data bank yang komprehensif. Ini merupakan praktis standard yang juga dilakukan oleh kebanyakan negara lain. Sebab itu, saya sebut pindaan ini dibuat bagi kita memastikan standard kita juga adalah menyamai atau lebih daripada negara-negara lain. Dan dalam hal ini, pelaksanaan NIISe ini menunjukkan juga bahawa kerajaan tidak double standard kerana data biometrik untuk rakyat Malaysia juga dikutip melalui IC dan pasport.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Yang Berhormat, tadi dibangkitkan banyak berkaitan dengan isu keselamatan data. Saya nak maklumkan bahawa data-data yang diambil adalah untuk kegunaan imigresen semata-mata dan data tersebut disimpan dalam data bank kita dan tidak didedahkan. Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia juga kita tertakluk juga kepada Akta Perlindungan Data Peribadi dengan akta ini. Jadi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil data individu dan kita sebar dan dedahkan kepada pihak lain. Manakala data-data biometrik untuk pengembara asing juga adalah tertakluk kepada MoU atau treaty yang kita tandatangani oleh Malaysia dengan negara-negara ahli ICAQ. Maknanya, apa yang kita buat ini juga tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam negara dan juga perjanjian kita dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa. Berkenaan dengan isu biometrik KDN dan JIM bukan sahaja mengutip cap jari tetapi juga melihat dari aspek lain misalnya anak mata juga T-zone wajah dan sebagainya. Ini menepati teknologi-teknologi terkini. Yang Berhormat, data tersebut, untuk makluman, kemudiannya dihantar kepada risk engagement engine yang seterusnya akan dinilai oleh AKPS dan JIM dalam menentukan sama ada pengembara itu dibenar masuk atau tidak. Kalau kita kesan daripada awal, individu berkenaan pengembara atau siapa juga yang masuk ke dalam negara ini sudah mempunyai rekod dalam senarai suspek atau yang berisiko tinggi, maka tindakan awal boleh diambil. Dan tentulah keputusan untuk membenar atau menolak kemasukan pengembara ke dalam negara ini bukan semata-mata kita bergantung kepada sistem atau mesin sedia ada tetapi juga analisis keselamatan oleh AKPS dan juga JIM.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Sangat teliti kita buat ini. Dibangkit tadi banyak. Saya nak sebut bahawa melalui pelaksanaan sistem APSS...

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya sikit berkaitan dengan keselamatan tadi? Sikit je, satu soalan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat berkaitan dengan special pass. Macam mana pengendaliannya? Ada kes yang mereka tak datang pun di kaunter, ada runner tertentu yang terus. Jadi, macam mana kes ni boleh berlaku, boleh lepas dan macam mana—– apakah pemantauan dibuat dan adakah perkara ini ada dalam pengetahuan Menteri?

Dato’ Yang di-Pertua, saya tak pasti kes spesifik yang dimaksudkan. Apa pun yang kita lakukan ini ialah untuk mengelakkan perkara-perkara berkenaan. Jika Yang Berhormat ada maklumat detil berkaitan itu, sila maklum kepada kita untuk kita ambil tindakan kerana dalam apa keadaan sekali pun, kawalan pintu masuk negara kita sangat kita jaga, tak boleh dibolosi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, soal integriti kekal menjadi keutamaan. Apa juga sistem yang kita pakai pun, soal integriti, pemantauan terhadap pegawai kita tetap kita utamakan dan tetap kita pelihara. Yang Berhormat, tadi saya nak sambung sikit. Melalui pelaksanaan Sistem pemeriksaan penumpang awal ini, passengers screening system (APSS). Sistem ini saya sebut berulang kali, dia menyaring. Dia saring awal, Yang Berhormat. Saring awal pelawat daripada syarikat penerbangan. Saya sebut 70 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan tu, kita saring awal lagi. Dan berdasarkan inilah individu berisiko tinggi kita boleh kenal pasti awal sebelum dia menaiki pesawat dari negara asal. Dan akan melalui proses pemeriksaan lanjut yang lebih ketat apabila tiba di negara ini. Ini penting dan sudah tentu ia berfungsi sebagai lapisan pertahanan sempadan yang paling awal dan paling berkesan yang kita lakukan. Dan saya sebutkan tadi juga bahawa pelaksanaan sistem ini secara berfasa. Kita mulakan dengan 10 syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia pada Oktober 2025 sebelum kita perluaskan kepada syarikat-syarikat penerbangan lain secara menyeluruh pada tahun 2026. Kedua, saya nak sebut bahawa bagi kita pastikan ketepatan dan keberkesanan saringan, KDN akan turut membangunkan RAE sebagai salah satu solusi dalam Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin. Melalui enjin ini, data yang dikumpul dari APSS akan dianalisis secara saintifik dan telus di National Integrated Command Centre di Putrajaya, Sabah dan Sarawak yang akan bermula operasi— mula beroperasi mulai Oktober 2025. Dengan adanya RAE ini, Yang Berhormat, keputusan mengenal pasti mengenai kemasukan seorang pelawat tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada budi bicara manusia di kaunter. Ini nak mengelakkan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi tapi dibuatkan berdasarkan analisis pintar yang konsisten. Dan langkah ini penting bagi mengekang isu-isu salah guna kuasa, aktiviti-aktiviti rasuah dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua, tadi Kulim-Bandar Baharu juga ada bangkit tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kumpulan dan standard keselamatan data. Saya dah sebut tadi bahawa kita patuh dan sangat berat untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan Akta Rahsia Rasmi. Dan selain daripada itu juga, saya— Yang Berhormat Jerlun bangkitkan tadi, mengapa setakat boleh menghalang, mengapa tidak meletakkan “shall prohibit” ganti dengan dalam seksyen 22. Ini bangkitkan soal kelemahan seksyen 22A. Tiada rangka, garis panduan sebagainya. Yang Berhormat, penggunaan “may” dalam seksyen 20A bermaksud— membawa maksud bahawa setiap— tidak membawa maksud pada larangan masuk secara automatik dan setiap isu berbangkit berhubung refusal boleh dilihat case-to- case basis. Dan kaedah pelaksanaan bagi seksyen 22A ini akan diperincikan dalam garis panduan sebagaimana ditentukan oleh Ketua Pengarah Imigresen. Yang Berhormat, banyak lagi...

Minta laluan sikit.

Saya mohon bagi secara bertulis kerana saya ada satu lagi rang undang-undang yang berkaitan dengan perkara ini. Terima kasih.

Sedikit, sikit sahaja, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit je.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri, mahu dilayan atau tidak? Masa dah habis

Sedikit saja, nak tanya sikit tentang apabila pegawai yang bertugas itu tidak diberi kuasa yang mutlaklah, dia boleh menghalang kemasukan kalau tak boleh memberikan satu info yang tepat, adakah ada di situ budi bicara ataupun kelonggaran yang dia boleh gunakan? Itu yang saya maksudkan tadi tu. Sekian.

Dato’ Yang di-Pertua, saya dah jawab tadi bahawa apa yang kita buat ini ialah untuk mengelakkan perkara- perkara yang dibangkitkan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Saya ada dengar tadi. Saya ada dengar jawapannya, ya. Jadi Yang Berhormat, kalau nak dengar lagi balik semula, boleh tengok dalam Hansard, ya. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan dipersetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 20 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Wilson Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang Pasport — (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang ini dan penghuraian.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 dibaca kali kedua sekarang.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Akta Pasport 1966 [Akta 150] merupakan undang-undang yang berhubung dengan pemilikan dan pengemukakan, pengemukaan. Saya sebut silap, Yang Berhormat, dokumen perjalanan oleh orang yang memasuki atau meninggalkan atau berjalan di dalam Malaysia. Jemaah Menteri pada 14 November 2025 ketika membentangkan Memorandum Menteri Dalam Negeri, Nombor M807/2025 bertajuk Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 [Akta 150] telah bersetuju dengan cadangan dasar untuk meminda Akta Pasport 1966 [Akta 150]. Sehubungan dengan

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

itu, Akta 150 dipinda berbangkit dengan Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Ini berikutan keperluan untuk memperuntukkan penggunaan sistem berautomasi bagi urusan keluar dan masuk negara selaras dengan pindaan Akta Imigresen 1959 [Akta 63] [Akta 155] yang menetapkan pemeriksaan imigresen boleh dilakukan oleh pegawai imigresen atau melalui sistem automasi. Pindaan ini adalah selaras dengan hasrat dasar berkaitan keselamatan serta pengurusan sempadan negara. Bagi pindaan rang undang-undang ini, beberapa sesi libat urus telah diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri bersama agensi-agensi berkepentingan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak. Libat urus tersebut bertujuan untuk meneliti aspek pelaksanaan, kesiapsiagaan infrastruktur serta keberkesanan pembaikan teknologi automasi dalam memperkukuh sistem kawalan sempadan negara. Keperluan pindaan Akta 150 adalah sebagai pindaan berbangkit kepada pindaan Akta Imigresen 1959/63 Akta 155. Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 mengandungi dua fasal seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 150 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau meninggalkan Malaysia hendaklah mengemukakan pasport melalui sistem berautomasi. Fasal ini merupakan pindaan berbangkit daripada cadangan pindaan Akta Imigresen 1959/63 Akta 155 yang mengehendaki setiap orang memasuki Malaysia atau meninggalkan Malaysia untuk diperiksa oleh pegawai imigresen atau melalui sistem berautomasi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri Digital · Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasport 1966 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Tenggara, YB Padang Besar, YB Rantau Panjang, YB Bukit Bendera, YB Kapar, YB Tanjong Karang, YB Tumpat dan YB Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

A’uudzubillahi minassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Lima minit.

Saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Lima minit.

50 minit? Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Lima minit.

Okey. [Ketawa] . Bagi ruanglah kita bahas pindaan Rang Undang-undang Pasport ini dan ini sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut adalah perkara-perkara yang berbangkit daripada Rang Undang-undang Imigresen [Akta 155], merupakan keperluan untuk setiap orang keluar masuk Malaysia diperiksa oleh pegawai imigresen ataupun melalui satu sistem berautomasi. Langkah ini penting bagi memastikan sistem pengurusan pasport negara terus relevan, selamat dan cekap seiring perkembangan teknologi global. Setakat ini yang kita rasa MyBorder Pass itu pun dah membantu dah Yang Berhormat Timbalan Menteri, Speaker. Jadi, perkara-perkara [Tidak jelas] memang membantulah dan Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan data rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 2.703 juta pasport telah dikeluarkan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025. Lebih 1.63 juta pasport dikeluarkan yang jelas menunjukkan sistem sedia berada di bawah tekanan yang tinggi. Pindaan ini penting bagi memastikan keselamatan sempadan yang semakin kompleks, peningkatan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan manusia. Rekod rasmi menunjukkan antara 2022 hingga 2024, Malaysia catat 289 kes pemerdagangan manusia, 992 mangsa diselamatkan dan tahun 2024 sahaja menyaksikan 38 kes baharu, 59 tangkapan dan 141 penyelamatan. Petanda jelas

bahawa kita masih belum bebas daripada cabaran ini. Tuan Yang di-Pertua, negara telah dinaikkan ke tahap dua dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang, US- TIP 2024. Walaupun ada kemajuan dari tahap dua pemerhatian pada 2023, namun kerjasama penguatkuasaan dan reformasi undang-undang perlu diperkukuh. Teknologi biometrik dan keselamatan digital jadi standard antarabangsa untuk pengesahan identiti. Permintaan rakyat untuk proses permohonan pasport yang lebih pantas dan mesra pengguna makin meningkat. Adalah wajar kerajaan membawa pindaan ini untuk memperkukuhkan keselamatan dokumen perjalanan, mempercepatkan proses permohonan dan meningkatkan integriti data. Tuan Yang di-Pertua, walaupun pelbagai usaha dilakukan, terdapat beberapa isu yang Tenggara ingin bangkitkan. Pertama, keselamatan biometrik dan data peribadi. Ketika ini, data biometrik seperti cap jari dan foto wajah disimpan dalam pelbagai sistem, pelbagai aplikasi yang tidak seragam, berdepan dengan risiko pencurian data, pencerobohan siber yang meningkat. Jadi, apakah ciri-ciri keselamatan yang dicadang atau ditambah baik dalam memastikan data peribadi terjamin? Tenggara nak cadang untuk kerajaan ataupun KDN mempertimbangkan penubuhan Pusat Data Biometrik Nasional. Selaraskan data antara JPN, imigresen dan PDRM bagi elak pertindihan sistem dan memudahkan pengesanan penjenayah rentas sempadan dan juga akan memberikan input yang baik daripada segi pendanaan kerajaan. Keduanya, isu pemalsuan dan penyalahgunaan pasport. Statistik INTERPOL menunjukkan peningkatan penggunaan pasport palsu di rantau Asia Tenggara. Menurut laporan media, sindiket mampu hasilkan 50 hingga 100 pasport palsu dalam sehari. Jual pada harga di antara RM100 hingga RM150 sebuah atau pasport palsu yang diubahsuai dengan kos RM1,000 hingga RM1,500. Jadi, kita minta kerajaan, Tenggara minta kerajaan nyatakan statistik terkini kes pemalsuan pasport, kenakan hukuman lebih berat terhadap pemalsuan pasport, sindiket penyeludupan manusia dan penggunaan dokumen perjalanan palsu yang mampu menjejaskan imej serta keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, Tenggara yakin kerajaan telah gandakan langkah penguatkuasaan namun isu pemalsuan pasport merupakan ancaman serius. Pindaan ini pastinya memperkukuh argument pengenalan kepada pasport biometrik dan sekuriti lebih ketat adalah perlu dalam usaha memperkukuh sekuriti dokumen untuk kekal berdaya saing. Memudahkan rakyat menggunakan identiti digital,

selamat semasa perjalanan antarabangsa. Selari dengan usaha Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Tuan Yang di-Pertua, RUU Pasport 2025 merupakan usaha untuk memastikan sistem dokumen perjalanan Malaysia terus dihormati dan diyakini di peringkat antarabangsa. Pindaan ini bukan sahaja bantu tingkatkan tahap keselamatan negara, menaikkan imej negara malah turut mempermudahkan urusan jutaan rakyat negara ini yang bekerja, belajar dan melancong ke luar negara. Justeru, Tenggara menyokong rang undang-undang ini dengan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Pasport 1966. Akta Pasport ini digubal sebelum dunia mengenal tentang biometrik, AI, auto gate dan sindiket global pemerdagangan manusia. Hari ini, kerajaan datang dengan pindaan kecil daripada segi teks tetapi berimpak besar daripada segi kuasa khususnya pindaan seksyen 2 Akta 150 yang mengehendaki setiap orang memasuki Malaysia atau keluar daripada Malaysia diperiksa oleh pegawai Imigresen atau sistem automasi. Persoalannya, adakah kita sedang memodenkan sistem untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama memusatkan kuasa tanpa kawalan yang mencukupi. Infra di AKPS sendiri pun masih jauh ketinggalan dan pegawai masih kurang. Puan Yang di-Pertua, kekanda saya Yang Berhormat Timbalan Menteri tak sempat jawab tadi berkenaan dengan AKPS Sekali lagi saya bangkitkan isu prinsip. Kerajaan menubuhkan AKPS sebagai agensi tunggal sempadan tetapi dalam pindaan Akta Pasport ini, sekali lagi AKPS langsung tidak disebut. Ini menimbulkan kekeliruan di luar sana. Soalan saya, siapakah pentadbir sebenar sistem autogate? Yang kedua, siapakah pengawal data pergerakan warganegara dan seterusnya, siapakah yang bertanggungjawab di bawah kebocoran sistem? Adakah semua ini terus di bawah Kementerian Dalam Negeri atau dikendalikan oleh AKPS secara operasi? Perlu dinyatakan dalam akta.

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

Puan Yang di-Pertua, kerajaan mendakwa sistem baharu ini boleh mengesan pasport palsu. Saya ingin bertanya, jika autogate benar-benar kebal, mengapa sindiket pasport palsu masih menembusi sistem negara-negara maju? Adakah kita mahu percaya kepada mesin sepenuhnya atau mengakui bahawa ancaman sebenar adalah rangkaian sindiket atau kolusi dalaman? Saya mencadangkan audit keselamatan sistem auto gate diwajibkan. Yang kedua, ujian tekanan (stress test) terhadap sindiket sebenar, bukan simulasi makmal. Puan Yang di-Pertua, dengan pindaan ini seluruh pergerakan hidup rakyat direkod, disimpan, dianalisis tetapi saya tidak melihat jaminan undang-undang yang keras tentang had akses penyimpanan dan pemusnahan data. Soalan saya, data biometrik disimpan berapa lama? Boleh atau tidak ia dikongsi dengan pihak ketiga? Adakah penalti jika pegawai menyalahgunakannya? Jangan sampai rakyat kehilangan pasport dalam tangan, kedaulatan dalam data, keselamatan dalam kehidupan. Puan Yang di-Pertua, di Padang Besar, Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang, dan ICQS yang lain, rakyat keluar masuk untuk pelbagai urusan. Bukan untuk khianat kepada negara. Kerajaan jangan cenderung untuk mengetatkan sehingga menyusahkan B40. B40 memudahkan sindiket yang ada rangkaian dan wang. Saya mahu jaminan tiada kenaikan kos pasport, tiada prosedur berlapis, tiada diskriminasi kepada warga emas, OKU dan peniaga kecil. Puan Yang di-Pertua, dalam perancangan ZEK untuk pas sempadan digital, pas niaga sempadan, data biometrik komuniti, semuanya memerlukan asas kukuh dalam perundangan. RUU ini sekadar menambah frasa melalui sistem automatik tanpa dasar komuniti sempadan, pas khas sempadan, kerangka kawalan bersama. Maka, jika hanya membina ZEK tanpa tulang keselamatan sebenar. Saya ingin mencadangkan agar model regulated monitoring— free flow berasaskan teknologi block chains dipertimbangkan untuk menggantikan pendekatan lama yang terlalu bergantung pada sistem single database yang mudah dimanipulasi dari dalam. Di bawah model ini, setiap pergerakan keluar masuk direkod dalam distribute ledger dengan izin, data tidak boleh diubah secara unilateral dan setiap akses mempunyai jejak audit dan manipulasi orang dalam dapat dikesan melalui forensic digital. Puan Yang di-Pertua, saya menolak pemodenan tanpa benteng integriti atau pasport bukan sekadar dokumen perjalanan. Ia adalah cermin maruah warganegara

Tuan Rushdan bin RusmiPAS · PNPadang Besar

di mata dunia. Jika akta ini memberi kuasa luas mengumpul data besar, mengautomasikan sekatan, maka, ia mesti disertai perlindungan hak rakyat yang tegas, audit bebas dan akauntabiliti yang nyata. Saya menyokong RUU ini dengan syarat kerajaan menambah baik dasar yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Pasport (Pindaan) 2025. Sebagaimana disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, sebagaimana kita tahu bahawa pindaan ini khususnya seksyen 2 membolehkan pengembara tiba atau meninggalkan Malaysia tanpa menunjukkan dokumen perjalanan ataupun pasport kepada pegawai imigresen dengan penggunaan sistem automasi. Jadi, kita semua tahu dalam keadaan terutama negeri yang bersempadan dengan negara jiran, keperluan berada di negara jiran ini terlalu penting terutama yang melibatkan pelajar, melibatkan perniagaan. Malah, di kalangan mereka sentiasa berulang-alik rumah keluarga dan sebagainya. Jadi, saya ingin tahu apakah mekanisme yang akan dilaksanakan terutama di sempadan? Apakah akan dihapuskan border pass dan terutama di kawasan sempadan seperti Tumpat, Rantau Panjang, termasuk juga Padang Besar, di negeri sempadan dengan Malaysia–Thai. Jadi, begitu juga dengan sempadan di Indonesia– Sabah, Sarawak. Jadi, saya ingin tahu juga bagaimana langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku breakdown sebagaimana pernah berlaku di KLIA sebelum ini? Macam mana? Sebab kita kena faham, apabila dalam keadaan kita menggunakan teknologi, sudah tentu ada kelemahan. Bagaimana berlaku putus bekalan elektrik dan sebagainya, ataupun mesin rosak dan sebagainya. Setiap teknologi dia akan sentiasa berubah. Mungkin kita rasa sistem itu canggih, tercanggih pada masa kini. Mungkin 10 tahun akan datang dah sistem tu dah tak canggih dah. Dah ada lagi sistem yang lebih baik. Jadi, macam mana langkah-langkah keselamatan dan bagaimana untuk kawal terutama dari sudut

penggunaan pintu-pintu, lorong-lorong tikus, jalan-jalan yang tidak menggunakan pintu sempadan yang khas? Macam mana cara penguatkuasaannya, dan begitu juga saya ingin tahu penyelarasan dibuat antara dua negara? So, cara border pass antara Malaysia dengan Johor, Johor dan Singapore berbeza dengan Malaysia–Thai. Jadi, apakah rundingan antara G2G telah dibuat untuk memastikan supaya penduduk-penduduk di sempadan dan mendapat manfaat daripada perubahan akta yang ada? Dan, begitu juga saya bersama dengan Padang Besar ingin tahu tentang AKPS. Jadi, sebab tidak disebutkan langsung dalam akta ini. Dan, sebelum ini kita mendapat banyak rungutan bagaimana pegawai-pegawai yang terlibat terutama agensi-agensi yang diserap masuk ke AKPS yang tidak berpuas hati dengan cara yang dilaksanakan. Jadi, sejauh mana pelarasan sedang dibuat? Begitu juga bagaimana untuk mengatasi masalah pencerobohan kenderaan- kenderaan asing. Pekerja-pekerja asing yang masuk dalam negara kita yang mungkin sebelum ini, mereka dimasuk dengan bebas ataupun dengan akta tanpa kawalan yang rapat. Jadi, adakah sejauh mana dengan pindaan akta ini boleh mengatasi masalah pencerobohan kenderaan asing, dan sejauh mana juga penyelarasan dibuat terutama yang berkaitan dengan fi ataupun bayaran-bayaran di pintu masuk? Sebab kita tengok di pintu masuk ke negara Thai dengan di pintu masuk dengan negara kita berbeza dari segi pengurusan. Fi yang dikenakan pada pelancong, kemasukan. Jadi, sudah tentulah perkara ini banyak mendapat rungutan terutama penduduk-penduduk di sempadan. Jadi, saya ingin tahu apakah mekanisme yang akan dilaksanakan supaya setiap pindaan yang kita buat, tidak merugikan rakyat negara kita. Malah, memudahkan urusan rakyat dan tidak membebankan negara. Dan, saya ingin penjelasan khususnya dari pihak kementerian berkaitan dengan border pass bagi penduduk yang di sempadan Malaysia–Thai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Pasport (Pindaan) 2025. Walaupun rang undang-undang ini kelihatan ringkas, hanya meminda seksyen 2, Akta Pasport 1966, tapi implikasinya

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

besar. Ia bukan sekadar menambah perkataan or provide through an automated system, dengan izin. Ia sebenarnya membuka jalan kepada transformasi cara negara ini mengurus keluar masuk rakyat dan juga pelawat. RUU ini penting kerana ia bergerak seiring dengan pindaan yang besar dalam Akta Imigresen (Pindaan) 2025 yang kini mengehendaki semua pemeriksaan imigresen dibuat sama ada melalui pegawai imigresen atau sistem berautomasi. Tanpa pindaan kepada Akta Pasport, dua undang-undang ini akan bercanggah antara satu sama lain. Puan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa dunia sekarang sedang bergerak ke arah automasi. Lapangan terbang utama dunia seperti di Schiphol, Incheon dan juga Changi telah beralih kepada immigration automation iaitu lebih cepat, lebih tepat, dan juga lebih selamat. Malaysia tidak boleh ketinggalan. Dengan jumlah pelancong yang semakin meningkat, kebergantungan penuh kepada pegawai manusia bukan menjadi satu lagi pilihan. Kita memerlukan teknologi untuk mempercepatkan proses, memperkukuhkan lagi kawalan sempadan dan juga mengurangkan kesesakan. Namun, walaupun saya setuju dengan keperluan pindaan ini, saya juga ingin mengangkat beberapa kebimbangan yang saya rasa besar yang perlu juga diberi perhatian iaitu: Pertama, kebergantungan kepada sistem automasi tanpa pelan sandaran yang kukuh. Kita dah pun melihat ya, contoh-contoh di lapangan. E-gate KLIA rosak beberapa jam dan tiba-tiba ratusan orang terkandas. Kita tidak mahu ya menjadikan automasi sebagai cara rasmi mengemukakan pasport. Tapi, walaupun kita mahu, kita mesti pastikan bahawa pelawat dan juga warganegara tak terseksa akibat kegagalan teknikal. Automasi tidak boleh berjalan tanpa pelan kecemasan yang jelas. Jadi yang kedua, risiko keselamatan identiti dan data. Sistem automasi biasanya berasaskan pengecaman wajah, data biometrik dan juga maklumat sensitif yang lain. Jadi, soalannya bagaimana kita memastikan bahawa data ini tidak dicuri, tidak digodam ataupun tidak disalah guna? Kita sudah lihat contoh-contoh global seperti data biometrik, 5.6 juta kakitangan Kerajaan Amerika Syarikat pernah bocor akibat serangan siber. Kemudian, sistem pengecaman wajah di UK pernah dieksploitasi hingga tersalah mengenal pasti 80 peratus suspek.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Jadi, jika negara maju pun terdedah, Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih berhati-hati, bukan hanya bergantung pada janji-janji vendor teknologi. Ketiga, jurang teknologi antara pintu masuk utama dan pintu masuk luar bandar. KLIA mungkin boleh mengadaptasi automasi dengan cepat, tetapi bagaimana pula dengan pintu masuk Sabah, Sarawak dan juga sempadan barat? Adakah sistem ini mampu dilaksanakan secara seragam dan inilah keypoint dengan izin, seragam. Kita tidak mahu keadaan di mana keselamatan negara hanya kukuh di Kuala Lumpur, tetapi longgar di pintu masuk lain kerana kekangan infrastruktur. Jadi, maka Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan tiga soalan sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah standard minimum bagi sistem automasi dan juga pelan kontingensi jika adanya kegagalan di lapangan? Kemudian, bagaimana kerajaan dapat memastikan keselamatan data biometrik identiti digital digunakan dalam proses automasi? Dan seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan automasi secara berfasa dan juga pelan untuk memastikan bahawa pintu masuk di luar bandar tidak tertinggal. Puan Yang di-Pertua, RUU ini cukup penting. Ia akan memodenkan sistem imigresen kita dan meletakkan Malaysia setanding dengan negara yang lebih maju. Tetapi, jika kita mahu automasi, kita mesti pastikan ia selamat, stabil dan juga adil untuk semua kerana keselamatan negara bukan hanya tentang siapa yang kita benarkan masuk, tetapi juga bagaimana kita melindungi rakyat sendiri dalam proses itu. Jadi sekian, terima kasih. Bukit Bendera menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di-Pertua atas peluang Kapar untuk membahaskan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasport 1966 [Akta 150] yang mahu dinamakan Akta Pasport (Pindaan) 2025. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 150 untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memasuki Malaysia hendaklah mengemukakan pasport melalui sistem berautomasi dan merupakan pindaan berbangkit daripada cadangan pindaan kepada Akta Imigresen 1959, 63, Akta 155 yang menghendaki setiap orang yang memasuki Malaysia atau meninggalkan Malaysia untuk diperiksa oleh pegawai Imigresen atau melalui satu sistem automasi.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Yang di-Pertua, isu-isu utama berkaitan imigresen yang pernah disiasat oleh PAC Parlimen Malaysia. Saya nak kepastian daripada pihak Menteri. Pertama― ini sebahagian ini ya yang berkaitan. Kegagalan dan ketirisan dalam sistem maklumat imigresen. Laporan PAC 2017 mendedahkan bahawa 69 peranti biometrik yang dibeli oleh Sistem Imigresen Kebangsaan (MyIMMs) “telah hilang”, dibayar sekali RM10.3 juta tetapi tidak dipasang di pintu masuk negara. PAC turut menegur masalah integriti data, keselamatan sistem serta kegagalan ujian penerimaan pengguna dan ujian pemulihan bencana. Kedua, kebocoran data dan kompromi keselamatan sistem. Jadi, PAC telah melaporkan sistem MyIMMs telah diceroboh, identiti dicuri dan kuota pekerja asing palsu dijana melalui akses tidak sah. Ia mendedahkan keselamatan serius dalam keselamatan data imigresen negara. Dan, kebocoran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh dimanipulasi untuk mengelak penguatkuasaan dan berpotensi memudahkan kemasukan pekerja asing tanpa dokumen. Yang di-Pertua, jadi saya nak tekankan satu perkara asas sangat penting berkenaan dengan imigresen dan dokumen yang dipanggil pasport yang pihak imigresen perlu periksa sama ada melalui sumber manusia (orang imigresen) atau sistem automasi iaitu pertama integriti, kedua integriti, yang ketiga integriti. Jadi, ini yang perlu difokuskan oleh pihak kementerian. Kita faham usaha kerajaan memperkemas undang-undang pasport. Namun, terdapat beberapa penting yang perlu diperhalus demi keselamatan negara, hak warganegara dan kecekapan perkhidmatan. Pertama, mempercepat kelulusan dan pembaharuan pasport melalui digitalisasi menyeluruh dan hari ini permintaan pasport semakin meningkat. Jadi, pindaan ini mesti selari dengan transformasi digital, tetapi perlu mensyaratkan standard masa proses untuk permohonan baharu dan pembaharuan. Katakan, dalam 24 jam dan sebagainya, pengurusan interaksi kaunter dengan perluasan permohonan digital sepenuhnya, pengenalan sistem temu janji pintar yang mengagihkan kapasiti mengikut daerah berisiko tinggi. Saya faham Yang di-Pertua, kita tak banyak masa. Penguatkuasaan lebih tegas ke atas penyeludupan identiti ini. Saya menyokong pengetatan hukuman terhadap pemalsuan, penjualan atau penyalahgunaan dokumen perjalanan. Namun, penguatkuasaan mesti disokong oleh biometrik generasi baharu termasuk verifikasi― yang saya dah faham tadi wajah rentas pangkalan data, integrasi dengan

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

INTERPOL dan sistem API PIS untuk menjejaki individu berisiko tinggi. Itu pun tadi dah sebut. Audit keselamatan berkala di pintu masuk antarabangsa. Dan, kita risau kalau kerajaan gagal memberi jaminan yang kukuh. Tadi yang PAC sebut itu tadi, “Yang kukuh mengenai perlindungan dan data peribadi sensitif rakyat”. Siapa yang akan mengawal pangkalan data ini? Bagaimana data ini akan disimpan? Siapakah yang akan mempunyai akses kepadanya? Adakah terdapat sejarah cetusan data atau jualan data kerajaan yang perlu kita bimbangkan? So, kalau yang dulu 2017 itu cukuplah. Tetapi kita, kalau kita mahu hukuman lebih berat, sistemnya mesti sama kuat. Yang di-Pertua, perlindungan hak warganegara ya. Kuasa pembatalan pasport mesti mempunyai semakan semula. Kita― perlu juga saya bersetuju dengan rakan-rakan tadi di mana kita juga perlu melihat perlindungan kanak-kanak dan wanita yang berisiko eksploitasi. Jadi, bagi kes pemerdagangan manusia, perkahwinan paksa rentas negara atau eksploitasi buruh, pindaan ini perlu memasukkan prosedur ketat untuk pasport kanak-kanak bawah 18 tahun. Kena inform ibu bapa mereka. Notifikasi wajib kepada ibu bapa atau penjaga dan saringan risiko di kaunter penerbangan. Akhir sekali Speaker, saya ini dengan Rantau Panjang, Tumpat, dia very, very apalah senang ada dia punya border. Saya ini di Kapar ada persisiran pantai. Jadi, kita daripada Indonesia dan sebagainya, dia naik bot. Dia naik bot itu bagaimana agaknya yang ini automasi dan sebagai ini, keselamatan ini akan diperkuat kuasakan supaya dia mesti pelaburan itu mesti kemaslah, mesti mencapai ROI-nya. Last sekali Menteri, saya difahamkan. Tak tahu, ini saya minta Menteri check betul ke tidak. Orang yang datang naik kapal daripada luar negara, dia kata kalau nak masuk Malaysia tanpa pasport senang je. Naik kapal itu, pakai bot kecil, pergi ke pelabuhan, tak payah pakai pasport. Dia melalukan dekat jeti awam. Betul ke tidak? Saya risau, bimbang kalaunya orang yang luar tanpa pasport. Ini kita cakaplah bagaimana nak automasi biometrik dan sebagainya. Terima kasih Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang menyokong

pindaan kepada seksyen 2(1) dan 2(2) Akta Pasport 1966 yang sekadar menambah frasa enam patah perkataan iaitu “Or provide through an automated system”. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada keselamatan sempadan negara. Pertamanya, Malaysia kini mengurus lebih 95 juta pergerakan keluar masuk setahun. Namun, undang-undang kita masih berlandaskan proses manual tahun 1966 iaitu hanya sekadar mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen. Tanpa pindaan ini, penggunaan e-Gate, biometrik dan facial recognition sebenarnya beroperasi tanpa payung perundangan yang jelas. Jadi, pindaan ini menutup rapat jurang-jurang tersebut.

Kedua, teknologi sempadan hari ini bukan lagi soal kemudahan tetapi keperluan keselamatan. Automated border control kini menggunakan padanan biometrik satu kepada satu dan satu kepada N, analitik tingkah laku dan integrasi langsung dengan Interpol, PDRM dan rekod Imigresen. Pindaan ini memastikan semua data yang diserahkan melalui sistem automasi mempunyai status sah bagi tujuan verifikasi, penahanan dan penguatkuasaan. Yang ketiga, Tanjong Karang mengemukakan beberapa kebimbangan yang mesti dijawab oleh kementerian. Yang pertama, keselamatan data biometrik. Malaysia menyimpan lebih 40 juta rekod biometrik. Apakah standard penyulitan, lokasi penyimpanan, tahap sandaran dan prosedur pemusnahan data apabila tidak lagi diperlukan? Sebarang kebocoran data biometrik jauh lebih serius daripada kebocoran nombor telefon. Ia tidak boleh ditukar ganti. Perkara kedua, integrasi masa nyata. Ini penting. Adakah e-gate mempunyai real time hick confirmation, dengan izin, dengan PDRM, AADK, Interpol dan juga senarai sekatan? Ketahuilah kelewatan beberapa saat sahaja pun boleh membenarkan individu berisiko tinggi melepasi sempadan negara. Yang ketiga, ketahanan sistem dan pelan kontingensi. Gangguan sistem automasi pernah menyebabkan kesesakan sehingga lebih tiga jam di KLIA. Tanjong Karang mahu jaminan bahawa pelan fault back manual dan penyelarasan pegawai adalah jelas supaya operasi ini tidak lumpuh dan keselamatan negara tidak terjejas. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks keselamatan sempadan moden, Tanjong Karang juga ingin menegaskan bahawa pindaan ini mesti disertai dengan audit berkala terhadap sistem automasi yang digunakan di pintu masuk negara. Kita tidak mahu situasi di mana teknologi dipasang tetapi tidak melalui proses penilaian risiko yang konsisten, audit keselamatan siber, ujian penembusan atau penetration

test dan pemantauan sistem perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya secara tahunan bagi memastikan tiada kelemahan yang boleh dieksploitasikan. Selain itu, penggunaan automasi mestilah beban sifar kepada rakyat, bukan menimbulkan masalah baharu. Contohnya, isu kegagalan imbas wajah bagi warga emas, pekerja asing, industri berat atau individu yang mengalami kecacatan biometrik. Kerajaan perlu memastikan bahawa automasi tidak menimbulkan diskriminasi teknologi terhadap mana-mana kumpulan. Laluan alternatif dan pegawai terlatih mesti sentiasa bersedia. Akhir sekali, Tanjong Karang menekankan bahawa peningkatan automasi ini bukan sekadar soal mesin dan perisian, ia mesti disokong dengan latihan pegawai yang mantap, integriti yang tinggi dan budaya kerja yang responsif kepada risiko keselamatan semasa. Teknologi tanpa kapasiti manusia tidak akan berkesan. Kesimpulannya, pindaan ini adalah syarat minimum untuk memastikan automasi sempadan berjalan dengan legitimasi, ketelusan dan kebertanggungjawaban demi memperkukuhkan pertahanan sempadan negara. Sekian. Tanjong Karang mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk sama membahaskan RUU, undang-undang untuk membahaskan tentang Akta Pasport (Pindaan) 2025. Ada beberapa perkara yang saya ingin timbulkan. Pertama, bagaimanakah sistem ini akan diperkenalkan di seluruh negara? Berapa fasa yang akan dibuat? Adakah stesen-stesen ataupun pintu-pintu masuk yang kecil sebagaimana contohnya di Pengkalan Kubor, Tumpat, bilakan sistem ini akan sampai? Jadi, kalau sistem ini masih lagi mungkin memakan masa dalam dua tahun atau tiga tahun nak sampai, saya perlukan kerjasama daripada pihak Menteri pada hari ini untuk menyelesaikan beberapa perkara. Pertama, membabitkan isu― kalau dulu, kita lihat di hampir semua pintu masuk negara, kita ada pegawai-pegawai imigresen yang menjaga kaunter dengan wajah yang sangat manis. Tapi, hari ini kita lihat kebanyakan pegawai-pegawai kita, tak kiralah lelaki ataupun perempuan, kita nampak wajah mereka agak tak ceria. Jadi, dalam hal ini, saya ingin cadangkan kepada pihak kerajaan untuk buat saringan kepada pegawai-pegawai yang menjaga pintu-pintu masuk negara kerana

kita lihat berlaku perubahan daripada sudut keceriaan mereka ini menjaga pintu masuk terutamanya di kaunter untuk menjaga pasport. Itu pertama. Kalau sekarang ini kita berpindah kepada automasi, soalan saya yang kedua ialah bila berlaku serentak masuk lima orang untuk sahkan― pegawai yang jaga mungkin seorang. Bila melibatkan apa-apa kes, berapa lama, berapa kerap dan berapa orang sebenarnya reporting officer yang akan menyemak kesemua data yang masuk? Kerana, kita percaya kadang-kadang bila mereka buat scan, mereka akan buat secara sangat sistematik. Jadi, dalam hal ini, kita perlukan untuk kita ketahui dari segi prosiding bila berlaku siasatan, pegawai yang bertanggungjawab, adakah mereka― kalau dulu, satu pegawai, satu pasport. Sekarang ini, mungkin satu pegawai jaga ada lima pasport kerana mereka masuk secara automatik. Jadi, dalam hal ini, kita perlu kepada satu jaminan daripada pihak kerajaan tentang pegawai yang akan mengawal serta membuat tindakan segera dari segi centralize centre untuk mengesan sekiranya berlaku sebarang penipuan ataupun sebarang masalah. Yang kedua, berkenaan dengan SOP yang tidak mesra OKU. Jadi, kalau sekarang ini pun, di hampir banyak tempat, kita nampak untuk OKU ini tak berapa mesra. Jika tak mesra OKU, takkan mesralah warga emas dan juga takkan mesralah wanita yang mengandung yang membawa anak ataupun yang datang dengan dua, tiga baggage ini. Jadi, dalam hal ini, kita nak tanya, kalau setengah tempat bila kita masuk dalam airport ataupun kita pergi tempat-tempat pintu masuk, dia ada kaunter biasa, ada kaunter untuk kerusi roda. Bila kerusi roda, kalau nak check badan, dia akan letak ruang yang lebih luas. Tapi, dari segi automated, saya tengok sekarang ini tidak ada― contohnya, di KLIA― yang menyediakan ruang yang lebih luas untuk kerusi roda boleh masuk dalam. So, dalam hal ini, bagaimanakah persediaan kita untuk menjadi lebih OKU friendly dalam kita memastikan automated system passport ini akan berjalan dengan cara yang lebih baik? Yang ketiga, berkenaan dengan SOP ketika bencana. Tadi rakan-rakan sebut tentang apakah backup plan yang kita mesti ada, sebab sekarang ini negara kita menghadapi pelbagai jenis bencana. Adakah kita mempunyai satu SOP khas untuk penggantian untuk pasukan Imigresen yang akan bertindak secara manual bila mana berlaku masalah ketika berlaku bencana? Supaya kita boleh menghadapi apa saja jenis bencana terutamanya di pintu-pintu masuk negara dalam apa jua keadaan.

Yang ketiga berkaitan dengan adakah kerajaan akan menubuhkan satu pasukan petugas reformasi automasi pasport. Sebab, sekarang ini bila berlaku benda yang baru, kita percaya ia memerlukan satu pasukan yang khas untuk kita lihat dulu dari segi merintisnya bagaimana. Sebab, hari ini pun kalau kita lihat di pintu masuk airport untuk menggunakan secara automatik untuk mendapatkan kita punya pas masuk dalam kapal terbang pun kita ada masalah, apatah lagi kalau kita nak gunakan sepenuhnya automasi untuk pasport seperti ini. Dan yang seterusnya berkenaan dengan adakah kita mempunyai suatu jaminan tentang keselamatan siber untuk memastikan bahawa DTC itu, Digital Travel Credential Malaysia ini tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Kerana, hari ini, kita antara negara yang diberikan banyak kredit tentang kemodenan dan kemampuan kita untuk menjaga data. Jadi, sekarang ini, kerana Malaysia ini bukan lagi hanya dikunjungi oleh pihak yang sedikit. Dan berkaitan dengan apa yang saya sebut tadi, dulu kita ada pegawai yang menjaga pintu masuk pertama jadi imej pertama, sekarang ini bila ditukar dengan automasi, bagaimanakah kita boleh meletakkan wajah Malaysia itu bagi memastikan kita juga boleh, dalam masa yang sama, cepat tapi juga boleh menarik pelancong dan menunjukkan bahawa inilah etika bekerja di negara kita? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Pembahas terakhir untuk hari yang terakhir... [Ketawa] Lepas ini, kita pakat-pakat cuti enam minggu. Baiklah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama berbahas dalam Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025 yang walaupun kelihatan ringkas dari segi pindaannya tetapi membawa implikasi besar terhadap keselamatan sempadan negara, pengalaman rakyat ketika melancong serta keupayaan negara menyesuaikan diri dengan evolusi teknologi global. Meskipun pindaan RUU ini tidak baik dari segi meningkatkan kecekapan serta memperkukuhkan keselamatan negara, namun terdapat beberapa persoalan konstruktif yang perlu diperincikan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat memahami

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

sepenuhnya kesan penuh pindaan ini serta bersedia dengan perubahan sistem yang bakal dilaksanakan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Pertamanya, mengenai tahap keselamatan siber sistem automasi yang diwajibkan melalui pindaan ini. Apabila RUU ini di— ini menjadi penggunaan sistem automasi sebagai satu kewajipan undang-undang, ia bermakna data biometrik, maklumat identiti dan pergerakan keluar masuk rakyat akan diserahkan sepenuhnya kepada sistem digital. Dalam dunia yang penuh dengan ancaman penggodaman dan serangan siber, apakah jaminan bahawa sistem tersebut benar-benar selamat? Adakah kerajaan telah menjalankan penilaian risiko menyeluruh termasuk vendor yang dilantik untuk memastikan sistem ini tidak mudah diceroboh sehingga membahayakan keselamatan negara dan privasi rakyat? Rakyat ingin diyakinkan bahawa automasi bukan sahaja cepat, tetapi benar-benar selamat. Seterusnya, saya juga turut ingin menyentuh isu ketersediaan infrastruktur di lapangan terbang, pintu masuk darat dan pos kawalan laut di seluruh negara. Kita maklum bahawa tidak semua pintu masuk negara mempunyai kapasiti atau kemudahan yang sama tahapnya seperti KLIA. Oleh itu, sejauh manakah kementerian telah melakukan audit menyeluruh untuk memastikan setiap pintu masuk negara benar-benar bersedia melaksanakan automasi sepenuhnya? Jika terdapat lokasi yang belum mempunyai teknologi mencukupi, sebagai contoh kamera biometrik, pengimbas dokumen atau pintu eGate, apakah pelan peralihan yang akan digunakan untuk mengelakkan kesesakan atau kegagalan operasi? Tuan Yang di-Pertua, persoalannya— seterusnya pula berkisar mengenai aspek keterangkuman. Kita perlu memastikan bahawa usaha memperkenalkan teknologi baharu ini tidak seharusnya menimbulkan kesulitan kepada warga emas, individu kurang upaya atau mereka yang kurang mahir menggunakan sistem automasi. Persoalan saya terkait ini adalah, apakah langkah-langkah sokongan atau sandaran yang telah dirancang oleh kementerian bagi menangani perkara ini? Adakah akan disediakan pengawal bantuan di setiap eGate? Dan adakah terdapat kaunter manual khas untuk mereka yang memerlukan? Kita mahu automasi yang bertujuan memudahkan urusan majoriti, akhirnya menambah beban kepada mereka yang paling memerlukan bantuan.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Seterusnya, saya turut ingin menyinggung mengenai sistem automasi Malaysia dengan standard keselamatan antarabangsa seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Baru-baru ini, kita berbangga dengan pasport Malaysia kini berada pada tahap kekuatan yang sama dengan Amerika Syarikat yang membolehkan akses tanpa visa ke 180 negara. Satu pencapaian yang membanggakan untuk kita semua. Namun begitu, dalam konteks ini, bagaimanakah perubahan undang-undang ini menyokong kedudukan tersebut? Adakah sistem automasi baru ini akan meningkatkan reputasi Malaysia sebagai negara yang mempunyai keselamatan sempadan yang kukuh? Dan apakah jaminan bahawa negara-negara rakan dagang atau destinasi pelancongan utama menyokong integrasi teknologi yang kita laksanakan? Kita perlu memastikan automasi ini membantu meningkatkan kebolehpercayaan global dan bukan sahaja punca halangan baharu apabila Malaysia berurusan dengan negara lain. Kesimpulannya, walaupun pindaan ini kelihatan ringkas, implikasinya sangat besar terhadap tahap keselamatan negara, privasi rakyat, kelancaran perjalanan dan hubungan diplomatik Malaysia dengan dunia luar. Saya berharap, tiada kompromi terhadap sebarang pembaharuan yang boleh menggugat tahap keselamatan dan kedaulatan negara. Dengan ini, saya menyokong pindaan RUU Pasport 2025 ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertama bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan untuk rang undang-undang yang dibentangkan pada petang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, banyak perkara yang dibangkitkan tadi berkaitan soal keselamatan biometrik, data peribadi, soal bagaimana kita nak pertingkatkan pusat data biometrik nasional, bangkitkan isu kawal selia data, apakah kita memodenkan sistem untuk rakyat dan sebagainya, siapa mengawal data. Ada isu dibangkitkan soal audit keselamatan, data biometrik disimpan berapa lama. Dibangkitkan juga soal mekanisme yang akan dilaksanakan, adakah border

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

pass akan dihapuskan dan berkaitan dengan AKPS juga disentuh. Soal berkaitan dengan keselamatan sangat penting dan banyak disentuhkan dalam perkara ini. Apa pun Yang Berhormat, rang undang-undang ini penting. Ia melengkapi rang undang-undang yang dibentangkan di awal tadi dan sudah tentu soal keselamatan biometrik dan data peribadi ini menjadi keutamaan. Dan kita patuh kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana segala pengurusan data peribadi tertakluk kepada undang-undang ini, sesekali kita tidak akan melanggarinya. Di samping itu juga, dasar keselamatan ICT untuk sektor awam ini juga diguna sebagai panduan keselamatan data dalam semua urusan agensi kerajaan, termasuklah JIM dan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pendaftaran Negara, dia merupakan pusat datalah bagi warganegara Malaysia dan manakala JIM, merupakan pusat data biometrik bagi warganegara asing. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rangkumkan jawapan ini. Saya tak pergi satu persatu sebab hampir sama soalan dibangkitkan tadi. Padang Besar, saya nak maklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui JIM, kita sentiasa meneliti, menaik taraf, pembinaan semula ICQS yang usang, Yang Berhormat. Pembangunan sistem baru imigresen, sistem NIISe juga bukan saja melibatkan sistem, tetapi dia juga melibatkan pemasangan infrastruktur dan peranti baru terutamanya di pintu-pintu masuk negara. Ini penting. Antaranyalah juga pemasangan auto gate, pengumpulan biometrik melalui ABIS, saringan bersepadu, penilaian risiko dan sebagainya. JIM adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas data kemasukan ke dalam negara sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 21A dan 22 Akta Imigresen dan data biometrik sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 22A(1) dan subseksyen 22A(2). Hal ini penting dan AKPS bertanggungjawab. Yang Berhormat Rantau Panjang bangkit tadi. AKPS bertanggungjawab sebagai pelaksana kepada kuasa yang diperuntukkan kepada semua agensi tersebut. Jadi, tak ada isu AKPS tidak terlibat dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, penetapan polisi dan perundangan yang dikuatkuasakan oleh AKPS seperti yang di senarai dalam Jadual Kedua Akta AKPS 2024, punca kuasa masih lagi tertakluk kepada agensi asal dan Menteri yang bertanggungjawab ke atas suatu akta dan polisi. Jadi, pembangunan sistem dia turut melibatkan pihak ketiga yang akan melakukan pengujian sistem yang standard.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Data biometrik ini Yang Berhormat— ini berkaitan dengan keselamatan data tadi, disimpan dalam pusat data JIM. Pindaan rang undang-undang ini telah menetapkan pematuhan kepada undang-undang dan polisi seperti Akta Perlindungan Data Peribadi yang saya sebutkan tadi, bagi memastikan segala pengurusan data peribadi selamat, dasar keselamatan ICT sektor awam yang digunakan sebagai panduan keselamatan kepada semua agensi. Yang Berhormat Rantau Panjang, bagi negeri-negeri di sempadan yang dibangkitkan tadi, pelaksanaan penggunaan adalah tertakluk kepada persetujuan bilateral dengan negara jiran. Kita perlu dapat persetujuan daripada negara jiran. Sehingga kini, penggunaan border pass— saya percaya rakyat Parlimen Yang Berhormat selalu ulang-alik ke sini. Berkuat kuasa selaras dengan Perjanjian Lintas Sempadan dengan Kerajaan Thailand yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan rakyat yang berada di sempadan kedua-dua negara. Jadi, ini penting untuk makluman Yang Berhormat. Saya nak sebut satu, Bukit Bendera juga bangkit perkara ini: kebergantungan kepada automasi kepada pelan sandaran. Kementerian ini, KDN, kita menyediakan pelan kesinambungan perkhidmatan bagi kita pastikan isu teknikal yang berlaku, diatasi dengan penetapan SOP, SOP yang berkaitan.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Kita ada standard untuk kita lakukan. Jadi, berdasarkan perancangan sistem automasi ini, akan diguna pakai di pintu masuk seluruh negara tanpa kita bezakan di bandar ataupun di luar bandar. Kawasan Dato’ Speaker ada sempadan tak? Tak ada ya? Jadi walau bagaimanapun, pembangunan infrastruktur di lokasi dia bergantung kepada statistik pergerakan di mana kita ambil kira juga kos pemasangan dan jumlah kemasukan di lokasi. Apa pun yang saya hendak sebut bahawa apa yang kita lakukan ini untuk memudah dan mempercepatkan proses imigresen melalui penggunaan pengecaman biometrik, autogate, kod QR tanpa kita jejaskan keselamatan negara. Soal keselamatan negara kekal menjadi keutamaan. Yang penting kita hendak mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan, kita hendak tingkatkan tahap integriti, banyak soal-soal integriti yang dibangkitkan tadi termasuk integriti data, pegawai dan kita hendak mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen. Selain daripada itu, pindaan-pindaan ini ada dua perkara yang berkaitan. Kita hendak menyaring latar belakang dan tahap risiko penumpang dan kru sebelum dia

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

berangkat dan sebagainya. Ini teknologi yang boleh standard luar membolehkan juga kerajaan untuk mengambil merekod... [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Yang Berhormat Menteri.

Dan saya habis ayat ini menjana ID unik serta menyimpan biodata biometrik bagi tujuan keselamatan Yang Berhormat.

Okey, saya hendak tanya tadi disebut bahawa akan ada beberapa perbincangan. Cumanya isu sekarang di Singapura dengan Tambak Johor kita nampak sangat advance, di Selatan, apa di Utara, di Kelantan, di Kedah kita tak nampak sehebat yang berlaku di Singapore mungkin kalau tidak ada perbincangan. Jadi, soalan saya ialah adakah kita mempunyai sebarang frasa untuk kita jadikan ini satu kenyataan yang segera. Sebab kalau dilihat kepada bilangan, dilihat kepada keadaan sedia ada ini yang pintu-pintu masuk yang kecil ini lambat lagilah. Jadi, sekarang ini saya hendak tahu bila dari segi fasanya berapa fasa akan dibuat untuk automasi sepenuhnya sistem ini.

Yang Berhormat, saya sebut tadi– maksud saya tadi ialah bagi negeri-negeri di sempadan pelaksanaannya bergantung kepada– tertakluk kepada persetujuan bilateral dengan negara jiran. Mesti ada persetujuan bersamalah. Sebab itu saya jawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi bahawa penggunaan border pass masih berkuat kuasa selaras dengan perjanjian lintas sempadan dengan negara berkenaan. Saya sebut juga tadi, berdasarkan perancangan sistem automasi ini akan digunapakai di seluruh pintu masuk negara tanpa kita bezakan bandar, luar bandar dan tempat. Walau bagaimanapun, pembangunan di lokasi ia bergantung pada statistik pergerakan dan juga mengambil kira perkara-perkara lain. Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa ada lagi rang undang-undang yang lain. Jadi, saya tak mahu mengambil masa kerana Kementerian Kewangan juga ada rang undang-undang lain. Jadi, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana mengambil bahagian, memberi pandangan ke atas dua-dua rang undang-undang ini. Jadi, saya ucap berbanyak-banyak terima kasih. Saya pun rally dari pukul 11 tadi Yang

Berhormat. Jadi saya ucap berbanyak terima kasih dan keselamatan negara kekal menjadi keutamaan kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Wilson Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

Usul Menteri Kewangan — Akta Pendanaan Kerajaan 1983 - Memindah RM14,631 Juta Ke Kumpulan Wang PembangunanMotion

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya memohon mencadangkan, “Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] agar Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM14,631 juta di bawah subseksyen 3(1) akta yang sama, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) bagi tempoh Ogos sehingga Disember 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan.” Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke Kumpulan Wang

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Pembangunan mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia sebanyak RM14,631 juta bagi tempoh Ogos sehingga Disember 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindaan ini dilaksanakan untuk membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan. Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan. Sumber dana Kumpulan Wang Pembangunan diperoleh melalui pindaan daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman dan terimaan pelbagai untuk pembangunan. Secara umumnya, pindahan daripada akaun pinjaman disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan pula terdiri daripada terimaan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Securities (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), bil perbendaharaan dan pinjaman luar negeri. Subseksyen 4(b), Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan prinsip syariah ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Kewangan · Tanjong

Dengan ini, saya mohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, sebanyak RM14,631 juta bagi tempoh Ogos hingga Disember 2025 ke Kumpulan Wang Pembangunan, dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri Digital · Hulu Rajang

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Tak ada, ya? Baik, kalau tak ada— [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

[Tiada perbahasan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat dan usul-usul hari ini di nombor 4 hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas telah berlangsung selama 35 hari mulai Isnin, 6 Oktober 2025 hingga hari ini, 4 Disember 2025. Mesyuarat Ketiga ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara 3/25 dan 15 rang undang-undang, termasuk Rang Undang-undang Perbekalan 2026, Perbelanjaan 2026 serta dua usul dari kementerian. Selain itu, terdapat empat penerangan Menteri iaitu tiga penerangan di Dewan ini dan satu penerangan di Kamar Khas, serta enam penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan mengenai kenyataan-kenyataan yang dibentangkan, juga telah dibuat termasuk satu hari telah diperuntukkan untuk urusan penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan. Saya juga merakamkan penghargaan kepada Klinik Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan yang telah melaksanakan sebuah inisiatif memberi suntikan vaksin influenza A kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang belum ambil, sila ambil di klinik, ya. Yang Berhormat sekalian, pada tahun ini, Parlimen Malaysia telah menganjurkan Persidangan 46th General Assembly of ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA). Selain daripada menganjurkan AIPA, Parlimen juga telah menganjurkan Program Sekolah Parlimen. Inisiatif penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Parlimen Malaysia untuk memperkukuhkan kefahaman generasi muda kepada peranan serta fungsi institusi Parlimen secara menyeluruh. Pada tahun hadapan, lebih banyak program akan diadakan untuk merakyatkan Parlimen dan penglibatan awam oleh Parlimen Malaysia. Saya mengharapkan, Ahli Yang Berhormat juga dapat turut serta dalam program ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, pada kesempatan ini, saya dan Timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan Majlis dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Saya juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa, serta pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan Dewan kali ini. Saya mengucapkan kepada semua. Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan— yang tidak ditetapkan. [Mengetuk tukul] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Safe driving. Safe flying home. Thank you very much.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — PENYELENGGARAAN LEBUH RAYA DAN LALUAN PENGGUNA MOTOSIKAL Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Silakan YangSpecial Chamber

Berhormat Alor Setar.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Walaupun hati kami ada dalam Dewan Rakyat tapi kami terpaksa buat di Kamar Khas juga [Ketawa] untuk menyelesaikan urusan pada petang ini.

Puan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membawa satu usul berhubung isu keselamatan laluan motosikal di lebuh raya, khususnya di bawah penyeliaan Kementerian Kerja Raya dan syarikat konsesi seperti PLUS Malaysia Berhad. Usul ini perlu diberi perhatian segera memandangkan penunggang motosikal merupakan kumpulan yang paling tinggi setakat pengetahuan saya yang terlibat dalam kematian di jalan raya.

Yang pertama, selepas Plaza Tol Alor Setar Utara, penunggang motosikal menghadapi masalah apabila laluan khas motosikal telah disekat dengan penghadang simen konkrit, dipercayai diletakkan bagi menghalang kereta atau lori daripada berhenti di kawasan tersebut. Kesan tindakan ini, penunggang motosikal terpaksa memasuki semula laluan utama bersama kenderaan berat yang amat berisiko dan telah menyebabkan banyak situasi hampir berlakunya kemalangan. Saya ingin bertanya mengapa penghadang tersebut dipasang tanpa menyediakan laluan alternatif yang selamat, serta apakah tindakan serta-merta yang akan diambil bagi mengembalikan akses laluan motosikal seperti asal?

Yang kedua, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu kritikal di Lebuhraya Utara-Selatan khususnya selepas Tol Jalan Duta. Walaupun terdapat laluan motosikal sejurus selepas keluar Plaza Tol Jalan Duta, laluan tersebut menjadi tidak selamat untuk pengguna motosikal apabila dipenuhi halangan

seperti kenderaan yang berhenti yang parkir tidak teratur serta penyempitan laluan.

Hal ini menyebabkan penunggang motosikal terpaksa memintas melalui kawasan stesen minyak Shell di bahagian kiri, sebelum memasuki semula laluan utama untuk mendaki bukit. Situasi ini amat berbahaya kerana penunggang motosikal terpaksa bersaing dengan kenderaan lain yang keluar masuk ke stesen minyak tersebut, mewujudkan risiko pertembungan yang tinggi. Saya memohon penjelasan apakah tindakan pembetulan segera yang akan diambil oleh pihak kementerian dan pihak PLUS.

Yang ketiga, saya ingin mendapatkan maklumat mengenai kekerapan penyelenggaraan laluan motosikal di lebuh raya, termasuk rutin pembersihan, pembaikan lampu, turapan semula dan kerja-kerja keselamatan lain. Apakah jadual penyelenggaraan bulanan yang diguna pakai dan berapa kali ia dilaksanakan dalam tempoh sebulan?

Dan yang keempat, saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Kementerian Kerja Raya berkenaan jumlah keseluruhan laluan motosikal yang disediakan di semua lebuh raya di seluruh negara. Hal ini penting kerana penyediaan laluan khas motosikal merupakan komponen utama keselamatan infrastruktur, namun setakat ini tiada angka rasmi yang dimaklumkan kepada Parlimen. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Berjalan-jalan berbatu-batu, Ke sana sini melihat maya; Kepada ucapan nombor satu, Dengarkan ini jawapannya.

[Ketawa] Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar. Soalan nombor satu, Plaza Tol Alor Setar Utara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laluan motosikal di susur keluar Plaza Tol Alor Setar Utara masih dikekalkan dan beroperasi seperti biasa serta tiada penutupan dilakukan.

Untuk memastikan kelancaran pergerakan kenderaan, tindakan melebarkan laluan selepas plaza tol sehingga ke persimpangan lampu isyarat telah dilaksanakan. Kerja melebarkan laluan dua lorong sedia ada menjadi tiga lorong telah disiapkan pada 6 Ogos 2025 supaya aliran trafik lebih lancar dan teratur. Sudah siap, Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, penghadang konkrit New Jersey barrier (NJB) yang diletakkan di bahu jalan selepas Plaza Tol Alor Setar adalah bertujuan untuk menghalang tindakan segelintir pengguna yang berhenti atau meninggalkan kenderaan di kawasan berkenaan, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna lebuh raya termasuk penunggang motosikal. Pelaksanaan ini juga telah mengambil kira nasihat daripada pihak polis. Papan tanda ‘Dilarang Meletak Kenderaan’ juga telah dipasang di lokasi berkenaan.

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Soalan nombor dua, laluan motosikal di Plaza Tol Jalan Duta dan isu pertembungan trafik. Sebagaimana yang dihadapi di Plaza Tol Alor Setar, terdapat segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan berdekatan dengan stesen minyak Shell selepas Plaza Tol Jalan Duta walaupun tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. Pada masa ini, terdapat papan tanda ‘Dilarang Meletak Kenderaan’ telah sedia ada dipasang di lokasi berkenaan.

Untuk meningkatkan aspek keselamatan penunggang motosikal, beberapa tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan akibat pertembungan antara motosikal dan kenderaan lain. Perkara yang dibuat:

(i) penandaan semula garisan jalan di laluan motosikal;

(ii) memasang lane block yang turut dilengkapi flexible post untuk mengasingkan laluan motosikal dan kenderaan lain sehingga sebelum susur masuk ke stesen minyak Shell;

(iii) memasang speed hump dan penandaan rumble strip di laluan motosikal bagi mengurangkan kelajuan motosikal semasa menggunakan laluan itu;

(iv) memasang flashing amber light di laluan motosikal bagi meningkatkan kesedaran penunggang motosikal; dan

(v) bekerjasama dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bersama pihak polis.

Selain itu, pihak syarikat konsesi turut menanda semula garisan tepi jalan sedia ada di kawasan yang terlibat daripada berwarna putih tukar kepada warna kuning. Dah siap pun ya. Bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna lebuh raya mengenai larangan meletak kenderaan di bahu jalan selain daripada papan tanda larangan yang telah dipasang. Jadi, kita dah letak line warna kuning.

Nombor tiga Yang Berhormat, pelaksanaan kerja penyelenggaraan lorong khas motosikal. Pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan ini seperti pembersihan dan pemotongan rumput dilaksanakan secara rutin mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

Pemeriksaan secara visual juga dilaksanakan terhadap keadaan aset- aset lain seperti turapan jalan, lampu jalan dan garisan jalan bagi memastikan aset berkenaan dalam keadaan baik dan selamat kepada penunggang motosikal.

Kerja-kerja penyelenggaraan berkala seperti pembaikan terhadap kerosakan yang dikenal pasti semasa akan dilaksanakan mengikut tempoh tindak balas yang telah ditetapkan.

Syarikat konsesi turut dikehendaki untuk mengemukakan laporan pemeriksaan khas lorong motosikal kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setiap empat bulan yang bertujuan untuk memastikan lorong motosikal diselenggara dengan baik.

Yang keempat, yang terakhir. Maklumat lorong khas motosikal di lebuh raya. Panjang keseluruhan lorong khas motosikal yang terdapat di lebuh raya adalah 184.56 kilometer. Selain itu, terdapat laluan motosikal yang disediakan di setiap plaza tol bagi mengasingkan motosikal dan kenderaan yang melakukan

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Pontian

transaksi bayaran tol di plaza tol berkenaan. Senarai lebuh raya yang menyediakan lorong khas motosikal di sepanjang lebuh raya adalah seperti berikut:

(i) E5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) – panjang lorong khas motosikal 64.7 kilometer, kedua–dua arah;

(ii) E15 Lebuhraya Butterworth–Kulim – panjang lorong khas motosikal 30 kilometer, kedua–dua arah;

(iii) E28 — E ini expressway. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah – panjang lorong khas motosikal 39.2 kilometer, kedua-dua arah; dan

(iv) E35 Lebuhraya Koridor Guthrie – panjang lorong khas motosikal 43.6 kilometer, kedua–dua arah.

Manakala di lebuh raya berikut, lorong khas motosikal disediakan di jajaran tertentu di lebuh raya berkenaan:

(i) E13 Lebuhraya Kemuning–Shah Alam – panjang lorong khas motosikal 4.36 kilometer; dan

(ii) E23 Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat

(SPRINT) – panjang lorong khas motosikal 2.7 kilometer, interfacing dengan Lebuhraya Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan...

Tengah mengundi agaknya ya Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tidak perlu soalan tambahan kalau mengundi.

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Alor Setar untuk mengajukan pertanyaan.

[Ketawa] Saya pun nak masuk mengundi juga Yang Berhormat, tetapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada soalan?

Ada soalan, ada soalan. Dah alang-alang dapat peluang, kena tanya soalan jugalah.

[Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas maklum balas yang diberikan. Tadi Yang Berhormat Menteri maklum, Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum ada laluan motosikal disediakan di setiap plaza tol.

Tetapi isunya Yang Berhormat Timbalan Menteri, laluan motosikal di setiap keluar — laluan keluar plaza tol ini dia berbeza-beza. Ada yang dia lalu di tepi plaza tol itu, ada yang lalu di tepi, yang paling tepi sekali — saya nak guna istilah apa ya.

Di tepi parit itulah, dia kena lalu di tepi tandas apa semua itu. [Sambil menggunakan isyarat tangan menunjukkan arah]

Pada saya yang itu lebih selamat Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dia tidak terus masuk ke laluan utama. Dia akan bersurai sebelum plaza tol, dia ambil side tepi, kemudian dia terus sehinggalah — dia agak selamat berbanding yang lalu di tepi betul-betul palang plaza tol itu. Itu bagi — pada saya, saya cadangkan kerajaan kaji balik dan yang mana yang lalu tepi plaza tol yang palang itu dibuat dia lalu sebelum di tepi kompleks tol yang dibina. Itu lebih selamat, cadangan saya.

Dan yang kedua, soalan yang akhir ialah tadi disebut di Jambatan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang itu ada laluan motosikal khusus. Bagaimana pula dengan Jambatan Pertama Pulau Pinang? Saya pernah menjadi pengguna di situ dan tidak ada laluan motosikal. Saya cadangkan kerajaan bina laluan untuk motosikal di Jambatan Pertama Pulau Pinang kerana itu kritikal dan kerap berlaku kemalangan berkaitan motosikal dan penunggang motosikal itu tercampak jatuh dalam laut. Itu banyak kali berlaku semasa saya masih ada di Pulau Pinang sebelum ini. Apa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat penunggang motosikal.

[Ketawa] Saya penunggang juga, tetapi motor yang kecillah di kawasan kampung.

[Ketawa] Tidak melalui lebuh raya.

Saya baru sahaja dari Pontian sebentar tadi pukul 9.15 melalui Lebuhraya Utara- Selatan. Pergi dan sempat ada satu majlis, pukul 1.00 — pukul 12.15 perpisahan TKSU di Kementerian Kerja Raya. Kemudian, tadi masuk — apa yang nak saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa saya adalah pengguna lebuh raya tegar.

[Ketawa] Pergi-balik lalu ke Pontian, patah balik KL. Saya memahami apa Yang Berhormat sebut. Kadang-kadang saya memotong motosikal, kesian melihat mereka ya. Kadang-kadang lorong laluan kecemasan digunakan, motosikal tidak dapat lalu di situ untuk lebih selamat. Walaupun laluan kecemasan bukan laluan khas motosikal, tetapi oleh kerana ada laluan motosikal, ada laluan apa ni emergency itu, ia boleh juga digunakan oleh motosikal.

Jadi, saya akan bincangkan dengan LLM ya dan pegawai-pegawai LLM ada di belakang saya ini. Apa yang Yang Berhormat cadang itu supaya betul-betul tidak di sebelah plaza tol untuk laluan motosikal, tetapi hendaklah berpusing sedikit. Ya, kalau ada tapak — dia sebenarnya apabila — tapak itu yang penting.

Kalau tapak itu ada, maka kita akan berpusing sedikitlah. Tetapi kalau tapak itu tidak ada, dia jadi satu hal. Dan okey...

[Ketawa] Itu jawapan pegawai, tidak apalah.

Jambatan Pulau Pinang, ada usaha itu untuk laluan Jambatan Kedua.

Saya baru ini ada pergi ke Jambatan Kedua, saya naik motosikal di Jambatan Kedua. Orang lain menyeberang dengan berlari, kita ada majlis larian ya, larian jambatan. Larian apa nama?

[Sambil menoleh ke belakang] Cultural Night Run.

Yalah orang-orang muda dia berlarilah. Saya tak ada la muda sangat lagi, maka saya naik motosikal mengikut laluan motosikal dan saya tahu kaedah itu agak — amat selamat ya, tetapi tidak ada di Jambatan Pulau Pinang yang mula-mula itu, jambatan nombor satu tak ada.

Tetapi untuk masa depan apabila kita melihat apa yang disebut oleh Yang Berhormat ini, apabila kita tidak akan lagi menggunakan plaza tol selepas ini,

maka perkara yang ditimbul oleh Yang berhormat itu tidak timbul lagi tetapi tidak tahu bilalah. Apabila kita mengguna yang tanpa plaza tol itu ya. Apa namanya dia tu?

[Sambil menggunakan isyarat tangan dan menoleh ke belakang] Multi-lane fast flow (MLFF). Lepas itu tidak ada dah plaza tol, dia cuma ada gantri yang boleh ada sistem yang tertentu.

Kemudian di Pulau Pinang itu pula, Perdana Menteri baru mengumum bahawa LRT akan dibawa ke Seberang Perai. Bererti akan ada satu lagi alternatif kepada pengguna pulau dan Seberang Perai, mereka boleh juga mengguna LRT.

Jadi pada masa hadapan, ada dua perkara itulah untuk jadi ingatan kitalah. Ia mungkin berita baik jugalah kepada penunggang-penunggang motosikal kerana ada tiga jenis laluan dah. Jambatan Pertama, Jambatan Kedua dan juga LRT.

Terowong saya tak nak sebut, takut jadi ke tak.

[Ketawa] Itu Yang Berhormat, saya kira kita kena masuk kembali melihat apa yang berada dalam. Terima kasih Speaker.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Peranan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Dalam Menjaga Keselamatan Pengguna Motosikal Di Jalan RayaSpecial Chamber

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Alor Setar.

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Soalan saya yang seterusnya ialah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) merupakan institusi penyelidikan utama negara dalam bidang keselamatan jalan raya. Berdasarkan mandat penubuhannya, MIROS bertanggungjawab melaksanakan kajian saintifik, analisis risiko, audit keselamatan jalan, penilaian prasarana serta memberi nasihat teknikal kepada kerajaan dalam menyokong dasar dan pelaksanaan sistem pengangkutan yang selamat.

Di bawah kerangka Malaysia Road Safety Plan 2022-2030, MIROS memainkan peranan penting dalam teras Safer Infrastructure dan Safer Motorcycle Riding dengan fokus kepada mengurangkan kadar kematian jalan raya serta menilai semula dasar dan kemudahan yang berpotensi meningkatkan risiko kepada pengguna, khususnya penunggang motosikal yang menyumbang lebih daripada 60 peratus kematian jalan raya di negara ini.

Bagaimana aspek pendidikan keselamatan jalan raya diperluas kepada penunggang muda? Adakah terdapat modul atau program khusus oleh MIROS atau Kementerian Pendidikan yang dirangka untuk mendidik pelajar tentang keselamatan motosikal dan bagaimana keberkesanan pendidikan ini dipantau untuk memastikan penunggang baharu lebih berdisiplin?

Dan yang akhirnya, kerajaan ada menyatakan bahawa JPJ dan MIROS akan memperbanyak program advokasi keselamatan kepada penunggang motosikal. Apakah inisiatif konkrit yang telah diambil setakat ini dan bagaimana keberkesanan program-program tersebut diukur?

Apakah perancangan kerajaan untuk terus meningkatkan kesedaran serta mempengaruhi tingkah laku pengguna jalan raya, termasuk pemandu berat?

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ataupun PKJR di peringkat sekolah menengah telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Kurikulum Standard Sekolah sejak 2009 lagi. Standard sekolah menengah sebagai usaha membentuk generasi pengguna jalan raya yang lebih berhemah dan berdisiplin.

Modul PKJR ini merangkumi elemen-elemen penting keselamatan jalan raya termasuk panduan penunggangan motosikal yang selamat, pemakaian topi keledar yang mematuhi piawaian, aspek kebolehlihatan penunggang, kepentingan mematuhi had laju serta pemeriksaan asas motosikal sebelum perjalanan. Keseluruhan kandungan modul ini bertujuan meningkatkan kesedaran risiko dan memupuk tingkah laku selamat dalam kalangan pelajar sebelum mereka menjadi pengguna jalan raya sepenuhnya.

Selain modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan di sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, MIROS turut membangunkan modul teori motosikal terkini bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang digunakan di semua institut memandu. Modul ini menekankan kesedaran risiko dan dihasilkan melalui penterjemahan data kemalangan sebenar, penyelidikan MIROS serta analisis hazard bagi memastikan bakal penunggang memahami risiko sebelum memperolehi lesen.

MIROS turut memperkenalkan latihan kemahiran aras tinggi merangkumi hazard perception dan situational awareness, iaitu kemahiran kritikal untuk penunggang muda. Di peringkat sekolah pula, MIROS telah membantu membangunkan semula modul PKJR 2019 termasuk modul taska, prasekolah dan menengah rendah. Manakala kajian MIROS pada tahun 2023 ke atas, 725 pelajar menunjukkan semakin tinggi pengetahuan PKJR, semakin rendah tingkah laku berisiko dalam kalangan pelajar.

Sebagai penambahbaikan, kerajaan melalui MIROS kini sedang membangunkan modul KITARA iaitu sekolah menengah, yang menggunakan kaedah pembelajaran luar bilik darjah, gamifikasi dan pengaruh rakan sebaya bagi meningkatkan keberkesanan pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan remaja. Kerajaan juga sedang menilai keperluan menjadikan elemen keselamatan motosikal sebagai sebahagian komponen wajib dalam pendidikan pemanduan generasi muda.

Soalan kedua pula, kerajaan ya — bagi menjawab soalan berhubung program advokasi keselamatan kepada penunggang motosikal, untuk makluman Yang Berhormat, JPJ dan MIROS sedang memperluas pelaksanaan program

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

advokasi melalui pendekatan latihan, penggunaan teknologi, penilaian keselamatan kenderaan dan penambahbaikan infrastruktur secara berterusan.

JPJ sentiasa melaksanakan program kesedaran dan peningkatan literasi keselamatan jalan raya secara berterusan melalui program advokasi keselamatan jalan raya secara bersasar, terutamanya kepada beberapa kumpulan pengguna jalan raya utama termasuklah pemandu kenderaan berat dan juga perdagangan, penunggang motosikal serta kumpulan berisiko yang lain termasuklah pelajar- pelajar sekolah. Melalui program ini, pelbagai maklumat telah disampaikan merangkumi panduan keselamatan jalan raya untuk pejalan kaki, penunggang basikal serta panduan penunggangan dan pemanduan berhemah kepada pengguna kenderaan lain termasuklah motosikal, kereta dan kenderaan berat.

Sehingga November 2025, sebanyak 590 program telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di seluruh negara melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan.

Selain itu, pihak JPJ juga turut membuat kempen kesedaran melalui edaran pelbagai bahan kempen kesedaran keselamatan jalan raya sebagai contoh jaket dan beg pemantul cahaya, segi tiga kecemasan untuk kenderaan serta topi keledar dewasa dan kanak-kanak.

Bagi tahun 2024, sebanyak 66,964 buah topi keledar dewasa dan kanak- kanak telah diagihkan, manakala sehingga Disember 2025, JPJ telah berjaya mengagihkan sebanyak 67,000 unit topi keledar melalui pelbagai program advokasi keselamatan jalan melalui pelbagai pendekatan seperti ceramah, demonstrasi serta simulasi di seluruh negara seperti di Program MADANI Rakyat, Program Kampung Angkat MADANI dengan penglibatan bersama daripada pelbagai agensi kerajaan, bukan kerajaan serta pihak rakan strategik KJR. Inisiatif sebegini membantu meningkatkan keselamatan penunggang motosikal yang kurang mampu, inisiatif ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berhubung kepentingan pemakaian topi keledar dan maslahat penggunaan topi keledar yang mengikut piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM.

Program advokasi yang dijalankan oleh MIROS adalah berbentuk kursus latihan dan penyediaan maklumat keselamatan untuk rujukan orang ramai. Salah satu daripada program advokasi yang dijalankan oleh MIROS dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO adalah Commuting Safety Support Program (CSSP). Program ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan perjalanan harian pekerja khususnya mereka yang menunggang motosikal ke tempat kerja.

Fokus utama CSSP adalah memperkukuh kesedaran, pengetahuan dan kemahiran berkaitan keselamatan perjalanan, dengan matlamat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Antara komponen penting program ini termasuk seminar, bengkel serta latihan praktikal yang dikendalikan oleh pakar keselamatan jalan raya.

Selain itu, CSSP turut menekankan penggunaan teknologi bagi menyokong keselamatan seperti aplikasi mudah alih untuk navigasi dan sistem tindak balas kecemasan. Program ini juga memberi perhatian kepada aspek kesihatan mental dan pengurusan tekanan yang merupakan faktor penting dalam keselamatan jalan raya.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Hasil pelaksanaan CSSP menunjukkan impak positif dengan pengurangan ketara dalam kemalangan perjalanan serta tingkah laku menunggang yang tidak selamat dalam kalangan peserta. Seramai 13,325 peserta telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2017 sehingga tahun 2024.

Berdasarkan kepada penilaian program yang diukur melalui peningkatan pengetahuan, tingkah laku dan persepsi, peserta melaporkan peningkatan 83 peratus pengetahuan dalam amalan membrek yang betul dan keadaan tayar.

Peningkatan 87.5 peratus tingkah laku untuk persediaan dan kesediaan untuk menunggang dan peningkatan 100 peratus persepsi mengenai pengenalpastian bahaya sepanjang perjalanan.

Untuk motosikal baharu di pasaran, MIROS menjalankan penilaian keselamatan melalui Malaysia Motorcycle Assessment Program ataupun MyMAP.

Program ini bertujuan untuk menyediakan maklumat penarafan motosikal bagi penunggang memilih motosikal yang sesuai dengan teknologi lebih selamat serta perlindungan untuk tunggangan mereka. Fasa pertama sudah menghasilkan senarai motosikal dengan penarafan lima bintang atau aspek keselamatan teknologi.

MIROS juga memperkenalkan sistem penilaian MRA Micromobility Rating Program untuk menilai tahap keselamatan kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik. Ia membantu pengguna dan pihak berkuasa tempatan membuat keputusan penerimaan mikromobiliti yang selamat berdasarkan maklumat yang tepat. Ini menunjukkan pendekatan yang lebih luas, bukan hanya motosikal tetapi juga kenderaan ringan dan moden.

Dalam konteks pemandu kenderaan berat dan komersial, MIROS telah memperkenalkan sistem penilaian TrackScore untuk memantau pematuhan dan tingkah laku keselamatan pemandu komersial. Ia adalah satu program penarafan bintang yang dibangunkan oleh MIROS untuk menilai pembekal sistem penjejakan kenderaan perdagangan.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong inisiatif pihak berkepentingan, penyedia telematik dan pengendali kenderaan perdagangan dalam memilih sistem yang memenuhi keperluan spesifikasi minima. Program ini direka bentuk untuk meningkatkan inisiatif dan keselamatan jalan raya, menyokong pengurusan kenderaan, pemandu dan perjalanan yang lebih cekap melalui penggunaan teknologi penjejakan yang boleh dipercayai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Alor Setar untuk mengajukan pertanyaan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ada banyak inisiatif yang telah disebut tadi oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa kalau semua perkara itu dapat dipatuhi oleh pengguna jalan raya, keadaan kemalangan kita mungkin akan dapat dikurangkan.

Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau selain daripada perkara-perkara yang dibentangkan tadi, kerajaan perkenalkan kaedah memberi ganjaran kepada mereka yang patuh undang-undang. Sebelum ini kita buat hukuman kepada mereka yang buat salah. Kalau mereka yang patuh undang-

undang, dalam tempoh setahun, nak renew insurans atau pun nak renew road tax setahun ke setahun, kalau didapati dia tidak langsung melakukan kesalahan jalan raya, contoh dia dapat rebate untuk renew cukai jalan, untuk renew lesen memandu misalnya. Itu sebagai satu dorongan untuk dia terus patuh kepada undang-undang jalan raya. Itu pandangan saya yang pertama.

Yang kedua, mengenai selain daripada undang-undang, kita juga berdepan dengan masalah pembekal-pembekal alat ganti kenderaan yang tidak ikut spesifikasi. Saya rasa saya pernah bangkitkan soalan ini di dalam Dewan Rakyat. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun pernah jawab. Ia nya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.

Setakat mana libat urus itu dibuat? Kadang kalau kita kata tidak boleh, begini tidak boleh, tetapi mereka masih beli, di kedai aksesori boleh pasang, tak ikut spesifikasi dan berlaku kemalangan, menjejaskan keselamatan. Jadi, perkara ini dia macam telur dengan ayam, dia tidak selesai. Mesti perlu dinoktahkan segera. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Berkenaan dengan cadangan yang disuarakan yang dilontarkan itu, suatu cadangan yang baik tapi kena kaji dululah, ya.

Just one short answer. Kena buat kajian dulu ya. Tapi mungkin, kadang-kadang “carrot and steak” ini terpaksa diaplikasi jugalah ya. Dan sudah pastinya usaha telah pun dibuat sampai to the mechanical part of the motorcycle, kita kenalkan — kalau dulu kita panggil ada yang tracking system yang di mana motosikal ini boleh tahu penghadang di hadapan. Kalau macam kelawarlah, dia boleh tahu awal, jadi dia boleh mengelak dan sebagainya. Macam-macam usaha dibuat sekarang ini tetapi yalah, cadangan tadi itu kita boleh kaji bagaimana keberkesanannya.

Tentang ini spare, spare yang tidak lulus ini. Yang sebenarnya memang betul, ia nya di bawah KPDNHEP, yang sebenarnya memang ada kerja sama telah pun dibuat. I don’t have the figures dulu — rasanya saya bagi jawapan yang detail dulu ya. Dah ada beberapa usaha dan dah berpuluh ribu ringgit saman telah dikenakanlah kepada pengusaha-pengusaha yang illegal lanun inilah yang menyediakan spare, spare dan juga yang workshop, workshop yang membuat pengubahsuaian yang tak betullah, ya. Telah pun dibuat. Memang betul dibuat tapi I cannot give you the detail-lah, ya.

Usaha ini tidak akan berhenti, memang akan diteruskan, senantiasalah akan dilaksanakan kerjasama antara KPDNHEP dan juga bahagian MIROS dan juga JPJ ini. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kes Rogol Yang Tidak Ditangani Adil Dan Profesional Oleh Pegawai Polis Di Petaling JayaSpecial Chamber

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Dipersilakan Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin bentangkan satu isu yang amat serius dan membimbangkan berhubung dengan pengalaman seorang mangsa rogol, yang mendedahkan kelemahan ketara dalam cara kes-kes keganasan seksual dikendalikan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan polis beliau, KELANA JAYA/005273/25, mangsa telah dirogol dengan ganas pada 9 Jun 2025 oleh seorang lelaki yang dikenalinya, melibatkan ancaman pisau, ikatan fizikal serta pemaksaan meminum minuman yang dipercayai dicampur bahan terlarang. Dalam keadaan trauma, beliau membuat laporan polis seawal jam 3.00 pagi keesokan harinya.

Namun, beliau mendakwa disambut oleh seorang pegawai polis yang bukan sahaja tidak bersimpati, malah meragui kesahihan laporannya. Lebih membimbangkan, mangsa diarahkan untuk pulang dan mandi sebelum bertemu pegawai penyiasat pada tengah hari. Tindakan ini menyebabkan kehilangan bukti forensik penting dan jelas bertentangan dengan amalan penyiasatan yang sewajarnya.

Siasatan seterusnya turut menambah trauma mangsa. Kesnya dipindahkan daripada pegawai penyiasat wanita kepada pegawai penyiasat lelaki tanpa sebarang makluman awal. Semasa lawatan ke tempat kejadian, beliau diperlakukan secara kasar dan tidak sensitif. Mangsa juga menyatakan bahawa walaupun beliau dipaksa minum bahan yang dipercayai mengandungi dadah, permintaan untuk ujian air kencing ditolak, malah pegawai polis menyatakan mangsa rogol tersebut telah — boleh didakwa atas kesalahan dadah.

Selepas siasatan diadakan, mangsa mendakwa tidak lagi dimaklumkan tentang perkembangan kesnya walaupun beliau berkali-kali bertanya pegawai penyiasat. Dalam tempoh menunggu, suspek beberapa kali didakwa merayau- rayau di kawasan kediamannya, sehingga mangsa membuat dua laporan polis tambahan atas kebimbangan.

Apa yang memeritkan mangsa adalah pertuduhan asal rogol, kemudian ditukar kepada kesalahan lebih ringan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan tanpa pengetahuan atau persetujuan mangsa.

Tertuduh kemudiannya mengaku bersalah dan hanya dikenakan denda RM10,000.

Bagi seorang mangsa yang telah melalui ketakutan, penghinaan dan trauma berpanjangan, keputusan sebegini merupakan satu bentuk penderaan

(i) apakah SOP terkini PDRM dalam pengendalian kes rogol khususnya mengenai pemeliharaan bukti forensik dan perlindungan mangsa?;

(ii) mengapakah pertuduhan diturunkan tanpa memaklumkan mangsa, sedangkan prinsip penglibatan mangsa mewajibkan ketelusan?; dan

(iii) apakah langkah konkrit PDRM untuk meningkatkan kepekaan, profesionalisme dan latihan trauma-informed dalam kes keganasan seksual?

Mangsa seperti dalam kes ini berhak mendapat kebenaran, keadilan dan ketelusan sepenuhnya daripada sistem ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Datuk Haji Hasbi bin Haji HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih YB Seputeh. Jadi sebelum itu, saya dipohon untuk membantu menjawab ya, apa yang jawapan yang telah disediakanlah oleh KDN. Sebab Menteri, saya difahamkan di luar negara di Singapura mesyuarat dan juga Timbalan Menterinya pun sedang membentangkan RUU. Jadi saya hanya menjawab, membantu menjawab dan kalau boleh tak payah ada soalan tambahan.

[Ketawa] Kalau adapun saya akan jawab kata jawab bertulis ya, kalau ada.

[Ketawa] Okey.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Seputeh di atas pertanyaan. Sebelum itu, saya membaca soalan yang disampaikan kepada Parlimen, di mana nama mangsa disebut — nama tetapi dalam — apabila YB bertanya tadi, YB tidak sebut pun nama. Mangsa sahaja. So, what do you want me to do? Do you — guna nama ataupun mangsa sahaja?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Tidak jelas] Okey.

Sebab di sini bertulis nama ya.

You baca mangsa sahaja. Jadi, saya rasa saya akan menjawab mangsa jugalah.

Tidak payah sebut namalah, ya?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Seputeh di atas pertanyaan yang menyentuh isu amat serius berkaitan pengendalian kes rogol melibatkan seorang mangsa. Kementerian memandang serius setiap dakwaan kecuaian atau ketidakpatuhan oleh mana-mana anggota polis, khususnya dalam kes keganasan seksual. Pihak Polis Diraja Malaysia telah menjalankan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan, kesalahan rogol dan suspek telah dituduh pada 24 Jun 2025.

Kemudian, pertuduhan telah dipinda kepada pertuduhan pilihan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan pada 6 Oktober 2025 setelah permohonan representasi diterima. Mahkamah menjatuhkan hukuman pada 23 Oktober 2025, iaitu denda sebanyak RM10,000 dengan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar. Tertuduh telah membayar denda tersebut.

Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menjelaskan perkara berikut. Pertama, soalan yang dibangkitkan, apakah SOP terkini PDRM dalam pengendalian kes rogol khususnya mengenai pemeliharaan bukti forensik dan perlindungan mangsa. Pengendalian kes rogol menunjukkan perubahan ketara melalui pembaharuan standard operating procedure dan garis panduan di antara PDRM, hospital, pendakwa raya dan agensi kebajikan.

Kerajaan telah memperkenalkan Garis Panduan Khas Pengendalian Kes- Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2025, yang menekankan pendekatan keadilan peka trauma. Garis panduan ini menstruktur semula proses laporan, siasatan, pengambilan keterangan dan sokongan psikososial serta lebih melindungi mangsa terutama kanak-kanak.

Dalam aspek forensik, kerjasama antara PDRM dan One Stop Crisis Centre (OSCC) memastikan bukti biologi dikumpulkan secara teratur dan chain of custody dipelihara untuk menjamin kebolehterimaan di mahkamah. Bahagian D11 pula memainkan peranan penting dalam memastikan temu bual mangsa dijalankan secara mesra kanak-kanak termasuk penggunaan rakaman video di Child Interview Centre (CIC).

Pusat Sokongan Mangsa (VCC) juga pula menyediakan ruang selamat, pendampingan semasa temu bual, penerangan hak mangsa serta rujukan bantuan perubatan dan kaunseling, memastikan mangsa dilindungi sepanjang proses siasatan. Mangsa juga diberikan sokongan melalui pendamping saksi serta perlindungan fizikal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PDRM menjalankan siasatan mengikut standard operating procedure

(SOP) dan memastikan pegawai penyiasat mengikuti latihan serta kursus berkaitan bagi meningkatkan kualiti siasatan. Pembaharuan terkini juga menunjukkan komitmen kerajaan memperkukuh keadilan jenayah seksual, namun kejayaannya bergantung kepada — pada pelaksanaan yang konsisten dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem penyiasatan dan kehakiman.

Soalan kedua, mengapakah pertuduhan diturunkan tanpa memaklumkan mangsa, sedangkan prinsip penglibatan mangsa mewajibkan ketelusan?

Pertuduhan diturunkan atau pertuduhan pilihan digunakan dalam kes jenayah termasuklah kes rogol, sebagai langkah untuk memastikan pesalah tidak terlepas hanya kerana unsur pertuduhan utama gagal dibuktikan sepenuhnya.

Dalam situasi tertentu seperti kes rogol, elemen rogol mungkin sukar dibuktikan, namun masih terdapat bukti kukuh bahawa suatu perbuatan seksual paksa telah berlaku. Oleh itu, pendakwaan akan memasukkan pertuduhan pilihan seperti cabul ataupun serangan seksual supaya mahkamah mempunyai alternatif untuk mensabitkan kesalahan yang lebih sesuai dengan bukti yang ada.

Pendekatan ini juga memastikan proses perbicaraan lebih adil kerana tertuduh diberi makluman awal mengenai semua kemungkinan kesalahan yang boleh dikenakan.

Secara keseluruhan, pertuduhan pilihan berfungsi untuk melindungi kepentingan keadilan, memastikan pesalah tetap bertanggungjawab dan mengelakkan kegagalan kes semata-mata kerana kekurangan bukti bagi pertuduhan utama. Langkah ini bukan untuk meringankan kes tetapi memastikan pertuduhan yang dibawa benar-benar boleh disabitkan demi kepentingan awam.

Pindaan sedemikian mencerminkan keputusan profesional yang berpandukan kekuatan bukti sebenar.

Dalam proses siasatan polis, Pegawai Penyiasat akan memaklumkan perkembangan atau keputusan kes melalui empat kategori standard yang dipanggil PEM iaitu pemberitahuan. Kaedah ini bertujuan memberi maklumat rasmi kepada pihak terlibat sama ada pengadu, saksi atau keluarga. PEM 1

hingga PEM 4 ialah tahap pemakluman Pegawai Penyiasat tentang status siasatan:

(i) PEM 1: iaitu maklum siasatan bermula;

(ii) PEM 2: maklum perkembangan siasatan;

(iii) PEM 3: makluman keputusan siasatan atau arahan TPR; dan

(iv) PEM 4: maklum penutupan kes. Contoh NFA atau selesai dibicarakan.

Pemakluman akan dibuat melalui e-mel, pos berdaftar atau lain-lain kaedah.

Soalan ketiga, apakah langkah konkrit PDRM untuk meningkatkan kepekaan, profesionalisme dan latihan trauma-informed dalam kes keganasan seksual? PDRM melalui Bahagian D11, memperkukuh pengendalian kes keganasan seksual dengan pendekatan trauma-informed. Ini merangkumi temu bual etika, rakaman video di pusat temu duga kanak-kanak atau Child Interview Centre, bilik siasatan mesra mangsa dan sokongan psikososial.

Unit Pusat Sokongan Mangsa (VCC) pula menyediakan ruang selamat, pendampingan semasa temu bual, penerangan hak mangsa serta rujukan bantuan perubatan dan kaunseling, memastikan mangsa dilindungi sepanjang proses siasatan.

PDRM ada menjalankan latihan berkaitan psikologi, hak asasi manusia dan cara mengendalikan mangsa secara sensitif. Latihan pegawai dipertingkatkan melalui kerjasama dengan universiti, NGO dan agensi antarabangsa, di samping pemantauan SOP untuk memastikan perlaksanaan konsisten. Usaha ini meningkatkan profesionalisme pegawai dan memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem penguatkuasaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya persilakan Yang Berhormat Seputeh untuk mengajukan pertanyaan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya dengar dengan teliti jawapan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan.

Terima kasih kerana sudi jawab pertanyaan saya.

Sebenarnya, apa yang dijawab itu memang [Ketawa] tak ada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan di mana seorang mangsa rogol yang mana yang disuruh front desk officer dalam balai itu sudah pun salah. Dan yang sepatutnya yang pegawai polis yang jaga, you know depan tu, front desk itu haruslah minta mangsa rogol itu pergi terus ke hospital kerajaan. Ini something very basic tapi tidak dilakukan. That’s one. Dan yang kedua, macam mana yang apa itu — kes itu yang pesalah itu, yang dia punya tuduhan downgrade mungkin kerana bukti tak ada kerana yang front desk — yang langkah pertama front desk officer itu telah pun salah. Dia suruh yang mangsa itu balik mandi. Esok jumpa IO wanita.

Dan di sini saya minta PDRM akan ambil serius tentang aduan ini kerana kes ini telah pun tular di media sosial yang mangsa itu memang rasa dia tidak di — kes dia, aduannya tidak ditangani dengan profesional oleh polis dan dia bawa kes ini ke media sosial yang mana sebenarnya ramai juga tengah tengok macam mana PDRM jawab apa yang saya adukan dekat sini.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Dan saya memang nak minta PDRM sampai masanya di kawasan- kawasan mungkin bandar, mungkin Petaling Jaya, mungkin Kuala Lumpur yang banyak berlakunya kes rogol. Haruslah hantar lebih IO wanita untuk menangani kes-kes ini yang saya difahamkan yang Pegawai Penyiasat tentang kes rogol ini dia sudah — kesnya terlalu banyak sampai dia tak tahan lagi.

Saya rasa yang tekanan jiwa yang dihadapi oleh pegawai polis menangani kes-kes sensitif dan amat — yang sukar ini harus saya rasa tambah lebih kakitangan untuk membantu balai-balai yang bila mereka terima aduan, laporan tentang rogol ataupun keganasan seksual ini, dia boleh ditangani dengan cara yang lebih pantas, lebih profesional. Ini adalah cadangan saya kepada pihak PDRM dan KDN. Saya pohon jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya mengambil perhatian tentang apa yang telah pun disuarakan soalan-soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Jadi, saya akan mengemukakannya perkara ini dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melihat dan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat dengan itu tamatlah sesi Kamar Khas pada hari ini. Sebelum penangguhan sesi Kamar Khas bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bagi tahun 2025 ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam sesi Kamar Khas sepanjang Mesyuarat Ketiga ini.

Kamar Khas bagi Mesyuarat Ketiga ini telah menyaksikan sejumlah 116 Usul Peraturan Mesyuarat 17 yang melibatkan 23 kementerian dalam tempoh 35 hari. Dan juga satu Usul Peraturan Mesyuarat 18 dan satu penerangan Menteri turut telah diadakan semasa persidangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kamar Khas kali ini juga telah memberi peluang kepada seramai sembilan orang ahli daripada pihak backbencher dan sembilan orang daripada ahli daripada pembangkang untuk mempengerusikan Mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan 16(5). Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan bercuti hujung tahun selamat bercuti dan semoga perjalanan anda berlangsung dengan lancar dan selamat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini selesai sudah sesi Kamar Khas bagi Mesyuarat Ketiga. Kamar Khas hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Sekian, terima kasih.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.20 petang]