Dewan Rakyat · 24 November 2026

15th Parliament, session 5, meeting 3 · not final · 616 turns · 48,721 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri ini dengan saya menjemput Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang · question

1. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Tan Sri Yang di-Pertua, Pasir Gudang minta Perdana Menteri menyatakan, adakah Malaysia berasa bersalah sekarang kerana telah menjemput Ketua Kerajaan Junta Myanmar ke Malaysia baru-baru ini apabila kini pada 19 November 2026 Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan bahawa Pasukan Keselamatan Myanmar telah membunuh beribu-ribu orang awam Rohingya di Myanmar.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, saya ucap terima kasih kepada Pasir Gudang. Dan saya ingin menjelaskan bahawa sebagai satu negara, kita menghormati keputusan ICJ baru-baru ini dan dasar kita tentunya tuntas iaitu untuk mempertahankan hak asasi rakyat dan negara. Dalam kes Myanmar memang kita akui dan memang ada pelarian yang ramai di sini mencecah hampir 200,000 orang yang ternyata sebahagiannya mangsa kekejaman rejim di Myanmar, tapi permasalahan di sini Yang Berhormat, adalah bagaimana kita tangani masalah ini? Keputusan kita mengundang itu sebelum keputusan ICJ. Yang itu pertama.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Yang kedua, kita ada masalah dalam negara. Dalam memutuskan dasar, keutamaannya ialah memelihara kepentingan negara. Apakah dengan mengundang Presiden Myanmar, Aung Hlaing ke Malaysia itu membantu menyelesaikan masalah negara? Jawabnya, ya. Ini kerana tidak berkesudahan mengharapkan Negara Ketiga— tidak berhasil dan mengharapkan mereka dibawa pulang dengan mudah, pun tidak berlaku. Jadi, kita runding dan atas kerundingan itu, kita telah berjaya— selari dengan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa iaitu menjamin— safe and dignified return. Itu istilah penghakiman. Mahkamah ICJ. Apakah kita jamin? Jawabnya, kita dapat jaminan. Apa hasilnya? Setakat hari ini, 10,476 telah dibawa pulang atas kos Myanmar. Sebahagian besar dengan pesawat, termasuk 1,476 dengan kapal perang Myanmar yang mengambil rakyat Myanmar pada 29 September yang lalu. Menteri Luar telah meluluskan tiga kapal angkatan laut untuk mengangkut pulang pada 6 dan 7 Disember, 1,500 rakyat Myanmar. Untuk bulan Disember, melalui pesawat atas tanggungan Kerajaan Myanmar sendiri, akan dibawa pulang 5,303. Jadi, dalam konteks ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita memilih untuk berunding dan kemudian menyatakan pendirian kita. Kita tidak pernah dengan kerjasama yang diperolehi daripada Kerajaan Myanmar itu meninggalkan prinsip kita, bantahan kita, pendirian kita seperti yang disuarakan dan mengekalkan Five-Point Consensus yang diterimapakai di semua negara ASEAN. Saya telah maklumkan kepada semua pimpinan ASEAN, termasuk yang bersidang baru-baru ini di Manila iaitu Malaysia masih kekal dengan Five-Point Consensus, masih kekal dengan pendirian— kita prihatin terhadap penganiayaan, terhadap beberapa kumpulan etnik bukan sahaja Rohingya, tetapi kumpulan etnik lain, tetapi kita mahu ada penyelesaian. Apakah jaminan keselamatan mereka? Saya kata, oleh kerana keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa itu safe and dignified return, itu pengakuan diberikan. Setakat ini, belum ada kes daripada 10,476 itu yang menerima apa-apa bentuk tekanan sepertimana dipantau oleh Presiden ‘Malaysia'. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Gudang untuk panjangkan soalan tambahan dan selepas ini ada dua lagi saya akan benarkan. Satu di belah kanan saya dan satu belah kiri saya. Silakan Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri, soalan tambahan saya, adakah benar Kerajaan Turki bersetuju menerima 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia? Pasir Gudang mohon penjelasan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perana Menteri.

Pasir Gudang ni memang suka tanya soalan susah. Saya dapat pengesahan daripada— saya sendiri dapat pengesahan daripada Kerajaan Turkiye dua hari yang lalu bahawa mereka belum bersedia menimbangkan. Itu bagi pihak Turkiye, tapi pihak Malaysia sepertimana disuarakan oleh TPM, memohon supaya dipertimbangkan. Jadi, keadaannya begitu. Malaysia mohon untuk dipertimbangkan untuk menyelesaikan sebahagian daripada masalah kita, tetapi pihak Turkiye secara rasminya belum bersedia menimbangkan atas alasan Turkiye sekarang menanggung lebih daripada 4 juta pelarian daripada negara-negara Teluk, negara-negara Arab dan beberapa negara jiran.

[Bangun]

[Bangun]

Jadi itu kenyataan yang saya perolehi daripada rasminya pihak Turkiye, tetapi kita tidak mahu hal ini disalah mengerti kerana percubaan itu seperti yang disuarakan oleh TPM I, itu sudah konsisten dengan pendirian Malaysia untuk mencari tempat ketiga— mana-mana negara yang boleh, termasuk negara-negara OIC dan bagi pihak TPM I, memandangkan bahawa Turkiye mungkin menimbangkan kerana tradisi itu negara Turkiye memang menerima, membantu banyak pelarian dari negara-negara Islam, tapi dalam konteks ini, pihak Turkiye telah menyatakan dengan tegas kerana mereka sudah banyak tanggungan yang ada, mereka belum bersedia.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tumpat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri ‘Pengerusi’, soalan tambahan saya, bagaimanakah Kerajaan Malaysia akan memanfaatkan hubungan diplomatik dan strategik yang baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat, khususnya pengaruh China terhadap pihak-pihak berkepentingan di Myanmar untuk mendesak penyelesaian politik dan keselamatan di negara Rakhine

agar masyarakat Rohingya dapat kembali ke tanah air mereka secara sukarela, selamat dan bermaruah? Dan yang kedua, kerajaan telah memulakan DPP. Namun, usaha ini dilihat tidak bermaya dan tidak— tiada ‘taring’ kerana pelarian semakin garang. Oleh itu, sebagai Perdana Menteri kerajaan hari ini, adakah kerajaan bercadang untuk mendapatkan operasi UNHCR di Malaysia apabila sistem DPP dapat beroperasi penuhnya— mengambil iktibar model Singapura yang tidak perlu pejabat UNHCR sendiri? Jika ya, apakah garis masa, mekanisme peralihan dan KPI yang ditetapkan bagi memastikan kawalan cloud data negara, keselamatan sempadan serta perusahaan pengaliran menjadi lebih berkesan di negara kita?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Terima kasih Tumpat.

[Bangun]

[Bangun]

Pertama, hubungan diplomatik kita dengan Amerika Syarikat dan China juga dimanfaatkan untuk membangkitkan isu ini. Bagi pihak saya, Kementerian Luar itu telah membangkitkan, meminta supaya ada penyelesaian yang baik, melindungi kepentingan rakyat Myanmar, tetapi kita juga harus faham bahawa Wilayah Rakhine yang dipertikai sekarang ini sebahagiannya kalau tidak pun sebahagian besar dikuasai oleh Arakan Army, tidak oleh military Junta. Jadi, tiap kali kita bicara dengan military Junta, dia kata, kena sampaikan juga kepada Arakan Army yang bertindak secara bebas. Jadi, ini satu masalah dalaman mereka. Cuma, pendirian kita agak tegas. Kita cuba dalam ASEAN, dalam OIC, di PBB, kita telah suarakan. Sebab itu bagi saya, caranya ialah untuk berdepan. Ini kali ketiga baru-baru ini yang kita jumpa dengan Presiden Min Aung Hlaing, pertama di Bangkok, keduanya di Beijing dengan kerjasama Kerajaan China dan ketiganya mengundang beliau di sini dan ternyata ada kejayaan yang kita bawa pulang dengan jaminan, saya kata safe and dignified return. Itu syarat yang ICJ yang sebenarnya telah kita laksanakan. Soal UNHCR itu memang kita ada permasalahan. Sebab itu sekarang ini Jemaah Menteri memutuskan supaya Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri mengambil alih kerana terlalu mudah mendapat kebenaran dan pasport, melalui khas yang dikelolakan oleh UNHCR, tetapi tanpa mengira soal ini, kita sendiri

berdepan dengan hampir sepertimana yang saya sebut, sekarang 180,000 orang pelarian, tidak hanya dari Rohingya, tapi juga dari etnik yang lain. Jadi, sebab itu saya dan Kementerian Luar memilih untuk terus mengadakan rundingan kerana ini akan melibatkan maslahat negara. Kalau ditanya apa strategi kita? Strategi kita, pertama adalah untuk memenuhi atau menyelesaikan masalah dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berdasarkan statistik UNHCR setakat Ogos 2026, terdapat sekitar 225,740 orang pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar di Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 90 peratusnya merupakan warga Myanmar. Dalam usaha untuk memperkemaskan pengurusan pelarian, saya difahamkan bahawa kerajaan telah memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang juga bertujuan untuk mengambil alih fungsi pendaftaran dan penentuan status pelarian yang sebelum ini dilaksanakan oleh UNHCR. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah hala tuju sebenar kerajaan dalam melaksanakan dasar baharu ini? Adakah DPP akan menjadi satu-satunya dokumen pengiktirafan pelarian di Malaysia yang menggantikan Kad UNHCR? Dan sejauh manakah kerajaan bersedia untuk membenarkan mereka bekerja secara sah dalam negara sementara menunggu proses penempatan semula ke Negara Ketiga seperti Turkiye. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Menteri.

Ya Tampin. Pertama, pendaftarannya bukan lagi UNHCR kerana terlalu mudah proses pendaftaran itu dan mempersulitkan kerja kita. Ada yang pelarian, ada yang masuk melalui sindiket, ada yang sindiket jenayah. Jadi, kalau kita semua iktiraf mereka sebagai pelarian, itu negara tak boleh terurus dengan baik. Sebab itu Jemaah Menteri telah memutuskan supaya pendaftaran yang sah hanya di bawah Imigresen dan di bawah KDN. Baik...

[Bangun]

Jadi, sekarang ini apakah mereka itu harus diberi peluang pekerjaan? Tentunya keutamaan sekarang ini di senarai keperluan kerja, tetapi tidak memudahkan kerana keutamaan kita ialah rakyat tempatan, tetapi kalau dalam kes tertentu, kalau ada bidang-bidang kemahiran khusus— kepakaran

yang tidak dimiliki oleh rakyat Malaysia, itu saya percaya jabatan-jabatan berkenaan boleh menimbangkan dan membuat rayuan khas.

Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Saya mohon satu soalan pendek sahaja. Pendek sebab ini isu antarabangsa penting.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tapi saya dah bagi...

Satu sahaja Tan Sri. Harap Tan Sri bagi chance satu kali.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat, kenyataan Timbalan Perdana Menteri kita telah menyatakan, negara Turkiye sedia menerima 10,000 orang pelarian Rohingya. Hari ini Yang Amat Berhormat Tambun telah menjelaskan sebenarnya tidak, ya. Maka bagi saya, insiden ini sekarang telah menjadikan Malaysia ini satu bahan lawak dunia. Macam mana Timbalan Perdana Menteri boleh keluarkan satu kenyataan yang sekarang dimarahi oleh rakyat dan kerajaan di Turkiye. Maka soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah sebab insiden seperti inilah, ini telah memudaratkan hubungan antarabangsa kita di antara negara kita dengan Turkiye? Dan apakah tindakan susulan Perdana Menteri ke atas tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri kita? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tebrau. Saya telah jelaskan. TPM I telah membuat kenyataan berdasarkan keputusan negara mencari tempat Negara Ketiga kerana kita tidak boleh dan berupaya menampung begitu ramai pelarian. Baik, tapi dalam konteks ini, dengan maksud beliau untuk mendapatkan dukungan daripada Turkiye, saya dapat penjelasan langsung dari Turkiye. Turkiye tidak bersedia.

Jadi, saya tidak fikir perkara ini harus dipanjangkan kerana pihak Turkiye telah menyatakan mereka tidak bersedia. Jadi, kita hormat keputusan Turkiye, apatah lagi kerana Turki telah mengambil jutaan orang pelarian yang ditampung oleh negara. Di antara negara yang paling banyak menampung pelarian di dunia adalah Turkiye. Jadi, oleh itu, kalau dia kata, “Saudara, kami tak bersedia.” Jadi, saya hormat keputusan itu.

Kita telah sampaikan kepada TPM dan insya-Allah hari Jumaat ini saya akan sampaikan kepada Jemaah Menteri dan Menteri Luar dengan Kementerian Luar telah sedia maklum tentang perkara ini, iaitu dasar kita betul, tetapi ada negara tidak bersedia. Jadi, ada sedikit kekeliruan sama ada sebelum sudah bersedia, sebelum sedia. Sekarang ini jawapannya tegas. Dua malam sudah saya dapat maklumat, Kerajaan Turkiye belum bersedia.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput soalan kedua, Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

[Tidak jelas]

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Slow, slow. Sebelum saya tanya soalan Speaker, saya tanya status usul saya hari itu kepada Perdana Menteri, merujuk Perdana Menteri kepada hak dan kebebasan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, masih atas meja saya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Makna tak ada jawapan lagi setakat ini.

Tuan Yang di-Pertua

Belum lagi.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Walaupun tarikh diberi sehingga Khamis, 5 November 2026.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Jadi, bila itu agak-agak?

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah saya akan beri jawapan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Segera.

Tuan Yang di-Pertua

Majukan soalan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu · question

2. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah pendirian kerajaan terhadap keperluan memastikan isu 3R khususnya berkaitan agama, tidak dipolitikkan atau disentuh secara tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Itu soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Menteri.

Terima kasih Hulu Terengganu. Saya telah jelaskan di Dewan ini bahawa isu 3R itu, isu yang hampir tiap Mesyuarat Majlis Raja- Raja dibincangkan dan untuk mengawal keharmonian, menghormati prinsip Raja

Perlembagaan, menjaga keharmonian antara kaum dan agama. Ini yang menjadi prinsipnya dan malah tiap mesyuarat Majlis Raja-Raja ada agenda khas untuk mendapat laporan tentang kemajuan ataupun tindakan yang diambil. Jadi dalam konteks ini, langkah-langkah diambil itu selari dengan keputusan itu. Jadi, tidak berbangkit sama ada kes, ada kes politik yang dipolitikkan. Umpamanya, dalam kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Itu termasuk tahun ini, itu hanya pertama. Penghinaan kepada seorang Sultan. Saya tidak mahu beri detail di sini ya. Kedua, kewibawaan Institusi Diraja. Satu, masih menunggu keputusan representasi. Yang kedua ini telah mengaku salah dan didenda RM8,000. Kemudian, al-Quran di pijak. Itu soal agama. Maka, di penjara sembilan bulan. Kemudian, penghinaan terhadap masyarakat dan keturunan Cina. Itu dihukum penjara dua bulan. Kemudian, ada yang masih ditunggu keputusan Peguam Negara dan ada juga yang perbicaraan di mahkamah. Ada yang berbangkit, kerana jaminan saya kalau kritik Perdana Menteri tidak patut didakwa. Jadi, itu dihebahkan. Sebenarnya ini bukan kritik Perdana Menteri. Kes itu kes yang mula disiasat ugutan membunuh Perdana Menteri. Ini kes jenayah. Ugutan membunuh sesiapa pun adalah kes. Jadi, janganlah anggap ini sebagai kes politik. Malah disebut di situ, dibayar. Dia sedia bayar berjuta kalau membunuh Perdana Menteri. Jadi, tentu polis ambil tindakan dan dia telah mengaku dan kemudian dia dijatuhkan penjara— hukuman penjara enam bulan. Jadi, pemantauan itu dilakukan oleh tentunya PDRM, dan juga oleh SKMM, tetapi ini juga kita rujuk kepada beberapa badan nasihat termasuk Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Jadi, ini keadaannya. Saya rasa perkara ini Tan Sri Yang di-Pertua, memerlukan kerjasama semua. Kalau ada kes-kes tertentu, di mana ditafsirkan sebagai salah guna kuasa atau bertindak politik, itu boleh dirujuk, tetapi jangan ditolak 3R— dari segi prinsipnya kerana saya beri contoh-contoh yang agak parah dengan gambar-gambar yang dihantar ini memang tak wajar dihebahkan sama sekali. Gambar Raja-Raja itu dengan gambar haiwan pelbagai yang sangat parah. Apakah tak ada undang-undang yang boleh mengawal ini? Ini yang undang- undang kita digunakan. Kalau dikatakan betul ada kes politik, boleh bangkit dan saya

sepertimana yang telah bagi pengakuan, kes politik bukan kes yang boleh digunakan undang-undang hasutan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan Perdana Menteri yang saya rasa ugutan membunuh Perdana Menteri itu saya rasa bukan termasuk dalam 3R. Itu bukan— yang lain. Okey, cuma persoalan Yang di-Pertua. Pada 20 hari bulan yang lalu, seorang makhluk tuhan pergi ke Terengganu, dan buat satu komen dengan mengatakan bahawa Terengganu tutup kedai antara 12.30 tengah hari hingga 2 petang kerana memberi laluan kepada orang Islam menunaikan solat Jumaat. Jadi, ia mendapat kritikan ramai yang mana saya rasa makhluk Allah tersebut tidak sepatutnya berbuat begitu. Ia pergi ke sebuah negeri yang bahagia di Malaysia. Negeri yang baru sahaja umum belanjawan untuk tahun depan surplus lima peratus. Jadi, ini satu negeri yang baik dan rakyat kita di Terengganu tak ada isu pun hal tersebut. Cuma, itu satu isu yang saya rasa menyentuh soal religion. Isu yang kedua berkaitan dengan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua. Beberapa kali memperkatakan berkaitan dengan isu berkaitan Sultan Selangor, isu babi. Kemudian, kritik Sultan Selangor berkaitan dengan Raja, hal-hal Raja dan kata Raja tidak boleh mengikat atau mengawal aspek-aspek kehidupan. Kemudian, siasatannya yang dibuat terlalu perlahan. Rakyat di luar sana mengatakan bahawa apabila terkena kepada orang lain, siasatannya umpama “Halilintar— cepat”, tapi bila kena kepada puak sendiri, persiapannya se slow siput babi. Itu pandangan di luar. Persoalan saya, kenapa ada dua darjat? Yang terakhir, kesian kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang. Keluar saja-saja hari ini, esok itu dipanggil siasatan. Kesian kepada Pasir Gudang.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ‘daripada’ Perdana Menteri, apa dia?

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Soalannya ialah, kenapa berlaku seolah-olah dia ada dua darjat?...

Tuan Yang di-Pertua

Dua darjat.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Dua darjat. Ada yang diambil tindakan secepat kilat, ada yang diambil tindakan se slow siput babi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jawab Perdana Menteri, jawab.

Terima kasih. Pertama, Tuan Yang di-Pertua, Terengganu. Kenyataan Ahli Parlimen. Saya tidak bersetuju. Itu jelas. Walaupun kini dah minta maaf, itu saya serah kepada siasatan, apakah satu kenyataan yang dibuat setelah mohon maaf itu keputusan PDRM. Nak kata slow tak betul kerana tindakan segera. Cuma dia segera minta maaf. Sebab Terengganu, kemajuan Terengganu, saya tak pertikai walaupun kadar pertumbuhan Terengganu itu di antara paling rendah di Malaysia. [Tepuk] Average enam peratus, Terengganu sekitar 1.4 peratus. Jadi, janganlah tukar pula fakta ini. Baik. Yang kedua ini, soal kenyataan mantan Ahli Parlimen, saya tidak pertahankan ya. Soal siasatan itu diterus, ada yang perlahan, ada yang lambat. Kita boleh rujuk kepada KDN dan pihak pendakwaan. Soal sajak Pasir Gudang, sajak Pasir Gudang itu kalau tanya saya sebagai sahabat, saya tidak cenderung, tapi sajak itu ditafsir sebagai menghina Institusi Raja. Jadi, siasatan harus diteruskan. Isu yang menyentuh Institusi Raja selalunya itu disegerakan ya. Itu saya harus akui. Apakah semua sentuhan itu mesti berakhir dengan pendakwaan? Itu tidak benar. Dia beri ruang penjelasan, bukan maksud menghina, tapi kadang-kadang maksud memberi pencerahan dan pendidikan. Rakyat juga harus tahu kalau ada, ada pelanggaran peraturan ataupun suatu hal yang tidak akan membawa kepada kejernihan. Jadi, kita dalam kes ini, jangan kita halang pada siasatan. Kalau nak kata antara dua darjat saya tidak setuju. Siapa yang umpamanya menghalang tindakan? Tindakan mana kepada pihak pembangkang yang nampak segera dan bertindak? Tidak benar juga.

Saya menyemak semua kes-kes yang dibawa. Kes-kes yang dibawa termasuk kes-kes pembangkang, pemimpin pimpinan parti pembangkang banyak, tetapi tidak semua berakhir dengan— semua siasatan. Cuma, kadang-kadang sekadar polis siasat pun jadi seolah-olah penderaan yang besar. Padahal, ada laporan polis, polis siasat. Takkan pula ada orang macam tahap dewa yang tidak boleh disiasat. Ini, dalam sistem kita tidak sesiapa yang berkecuali untuk ditanya dan disiasat kalau ada laporan polis, tapi kalau tengok gambar-gambar yang ada ni, kadang- kadang ni teruk sebenarnya. Dan saya tak fikir rakan-rakan di sebelah sana pun akan bersetuju kalau kita biarkan gambar-gambar dan penghinaan begitu. Bukan sahaja

kebetulan kepada Raja, kepada manusia biasa pun. Apa faedah kita hina orang dan fitnah begitu rupa?

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Siput.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya kemukakan soalan tambahan kedua pada soalan asal Yang Berhormat Hulu Terengganu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengapakah jumlah kes yang didakwa di mahkamah adalah lebih rendah berbanding dengan kes yang dibuat laporan polis? Adakah terdapat mana-mana jurang kelemahan dalam perundangan sedia ada yang melibatkan agensi yang berbeza seperti SKMM, PDRM memerlukan orientasi yang lebih menyeluruh? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Perdana Menteri.

Terima kasih Sungai Siput. Dalam negara kita ini pelbagai tafsiran ada. Umpamanya kalau ada tindakan terhadap seorang bukan Islam kerana menghina Islam, itu tidak timbulkan kecurigaan di kalangan bukan Islam. Baru-baru ini bila seorang bukan Islam, seorang Cina juga didakwa dan dihukum, itu menimbulkan keresahan di kalangan kaum. Jadi, saya hanya boleh menyatakan di sini, siasatan harus telus. Kalau ada beberapa kelewatan, boleh bangkit di sini, boleh suarakan dan bantah. Saya tidak ada permasalahan kerana proses itu kadang-kadang saya setuju, mengambil terlalu banyak masa. Kalau kita tengok konteks Negeri Sembilan— berapa banyak bentuk penghinaan kepada Institusi Diraja. Itu serius. Dan banyak juga yang bangkitkan, mengapa dikecualikan dan tidak ada tindakan yang tegas? Jadi, kadang-kadang kita lihat ini dari segi polemik kepartian, politik atau polemik kaum. Kalau kita sepakat umpamanya, menghalang, jangan ada penghinaan agama. Agama apa pun. Kalau tidak— kerana tidak akan menjadi jernihan. Dan ini bukan saja keputusan baru. Bila keputusan di era Almarhum Tun Abdul Razak memulakan ketegasan pendirian ini kerana bagi pimpinan pada ketika itu, soal keharmonian kaum itu harus diutamakan. Sebab itu pimpinan Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail itu dalam hal ini dia sangat keras dan tegas. Dan sehinggakan membawa kepada Akta Hasutan. Banyak pandangan tentang masalah Akta Hasutan termasuk saya, tetapi kita tidak ada penyelesaian ganti untuk menjernihkan hubungan antara kaum. Jadi, saya hanya boleh beri jaminan kepada Sungai Siput. Kalau ada kes-kes tertentu, hanya bawa bantahan ataupun pandangan supaya dapat integriti PDRM, itu dapat kita pertahankan dalam kes, kalau ditimbulkan tanpa mengira mana-mana

kaum dan agama. Yang itu saya setuju, kerana selagi ada persepsi kita ini izinkan penghinaan kepada agama lain, tapi tak izinkan penghinaan terhadap agama Islam, memang ada di kalangan kita dengan Ahli-ahli Parlimen begitu, tapi kalau kita betul jaga keharmonian, jangan izinkan penghinaan ke atas mana-mana agama. Baru boleh negara ini selamat, tapi kalau kita dalam semua hal termasuk dalam kiraan undang-undang, nak kira ikut masing-masing anutan agama dan kaum, saya tidak fikir kita boleh jamin keselamatan, keharmonian negara kita.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Pasir Mas.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tambun. Soalan saya— setuju dengan jawapan Yang Amat Berhormat Menteri soal isu 3R tadi. Cuma, saya ingin bertanya soal yang terkini berkenaan dengan satu dokumen pengampunan Dato’ Sri Najib Razak yang telah tersebar di dalam internet yang kita tahu bahawa— kita tidak tahu adakah ia telah pun dinyahrahsia atau tidak? Perdana Menteri pun menyebut di China baru ini bahawa ia mungkin telah dinyahrahsia. Menteri KDN sebut telah dinyahrahsia. Kita tahu bahawa seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 72 [Akta 88] memberikan kuasa kepada Menteri dan pegawai berkenaan untuk menyahrahsia mana-mana dokumen. Cuma, Perdana Menteri menyebut mungkin ia dinyahrahsia kerana ia dicabar di mahkamah sedangkan peruntukan undang-undang tidak menyebut apabila dicabar di mahkamah ia wajib dinyahrahsia. Dokumen pengampunan Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, bukan isu—bukan maksud saya isu peribadi, tapi isu tata kelola tidak didedahkan, walaupun pernah dicabar di mahkamah. Yang didedahkan hanya dokumen pengampunan, bukan Minit Mesyuarat. Jadi persoalannya, kenapakah dokumen ini— kita tak persoalkan mungkin dinyahrahsiakan ada kepentingan, tetapi ia bila dinyahrahsia, pihak yang ketiga di luar kerajaan yang mula-mula membuat pendedahan. Sepatutnya ia didedahkan ataupun dia— ia di-publish-kan oleh pihak kerajaan supaya semua rakyat dapat akses dengan rasmi. Ini seolah-olah melihat Menteri-Menteri pun tidak tahu bila dinyahrahsia, tiba-tiba ia keluar melalui saluran yang ketiga. Adakah kerajaan sudah tidak mempunyai lagi sebahagian Ahli Kabinet, tidak mempunyai lagi disiplin kerahsiaan menyebabkan mereka berkongsi maklumat dengan mana-mana kabel yang mereka ada? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Pasir Mas, jauhnya kelencong.

Pertama, ada yang tanya, mengapa saya bicara di negara China. Kadang- kadang orang tu tak faham. Di negara China itu adalah Exit Press Conference kepada media Malaysia. Itu yang saya bicara. Selalunya semua perbincangan itu, isu-isu internasional dan hubungan dua hala, tapi sebelum kita pulang, berangkat balik, ada apa yang disebut Exit Press Conference di— dalam hal ini di Shenzhen. Itu yang saya ditanya dan saya bangkitkan. Baik. Keduanya, rahsia— betul Yang Berhormat bahawa ada yang kalau di kategori rahsia, dia memang harus kekal rahsia, tapi soalnya mengapa Peguam Negara declassified iaitu mohon untuk dinyahrahsiakan, itu kerana ada permohonan di mahkamah dan keputusan dia untuk menjawab. Dan daripada menjawab di mahkamah, dia terpaksa ikut proses itu, tetapi siapa yang mengedarkan itu, saya percaya KDN harus siasat bagaimana boleh perkara ini tersebar awal, tapi sebab sebaik sahaja dibentang di mahkamah tentunya tersebar dengan sendirinya. Soalnya, mengapa dokumen seperti mana yang berlaku pada kes— itu sebenarnya yang diminta itu hanya keputusan, tidak diminta Minit. Kalau diminta Minit, dia terserah kepada Peguam Negara dan mahkamah untuk memutuskan sama ada Minit itu boleh dinyahrahsia atau tidak dalam kes itu. Jadi, saya berasa perkara ini kalau difahami apa— lagi pun kalau ikut, tanya kita ni, yang bercakap soal kebebasan, ketelusan, apa masalah dia, apa masalahnya sebenarnya, tetapi betul soal rahsia. Kerahsiaan itu ada, tapi apa masalah dari segi substantifnya untuk yang jadikan dia isu— ini isu besar? Saya tidak faham. Katakan iaitu bahawa ada Minit Mesyuarat, tapi Minit itu tidak dihebahkan. Tidak. Tidak oleh BHEAUU, tidak oleh Jabatan Peguam Negara. Jadi, siapa itu patut disiasat. Jangan buat tohmahan seperti mana tahu kerajaan edarkan. Tak ada. Tidak benar, kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara mempersiapkan kes jawapan di mahkamah. Itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk pertanyaan-pertanyaan...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tan Sri, sikit lagi. Tan Sri, Tan Sri, bolehlah satu, Tan Sri. Tadi lima, ini lima. Tak balance. Tadi lima, ini baru empat. Tak balance. Saya pun suka juga dengar radio klasik Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Dak, saya dah bagi dah tadi. Masa tak cukup.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Alah, Tan Sri. Bolehlah satu Tan Sri. Satu, satu jer, Tan, Tan, Tan, Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput untuk pertanyaan-pertanyaan lisan bagi pertama, Puan Munirah Majilis, Kota Belud.

Munirah MajilisWARISANKota Belud · question

1. Puan Isnaraissah Munirah Majilis [Kota Belud] minta Menteri Ekonomi menyatakan usaha mengatasi kemiskinan di Sabah secara realiti di lapangan: (a) pelan anjakan struktur yang konkrit oleh kementerian untuk membangunkan rantaian nilai hiliran sumber asli di Sabah agar anak tempatan tidak terus terperangkap dalam kebergantungan subsidi; dan (b) adakah kerajaan bersedia menyemak semula formula pengagihan bantuan mengikut kos logistik wilayah.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Ekonomi · Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Ekonomi · Paya Besar

Kerajaan menyedari bahawa usaha mengatasi kemiskinan di pelbagai negeri dan kawasan termasuk di Sabah perlu menyentuh realiti di lapangan. Insiden kemiskinan mutlak Sabah kekal tertinggi di Malaysia pada kadar 17.7 peratus pada 2024 berbanding purata nasional 5.1 peratus. Ahli Yang Berhormat, bagaimanapun kemiskinan tegar telah menurun dari 1.2 peratus pada 2022 kepada 0.73 peratus pada 2024. Pada masa yang sama, pendapatan purata isi rumah anak negeri Sabah meningkat daripada RM5,087 pada 2019 kepada RM5,836 pada 2024. Ini menunjukkan bahawa kemajuan telah dicapai, tetapi jurang ketaksamarataan masih wujud. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan anjakan struktur hiliran sumber asli RMK13 menekankan peralihan kepada industri high-growth, high-value. Bagi Sabah tumpuan diberikan kepada aktiviti hiliran dalam sektor agromakanan, perikanan, ekonomi biru, pelancongan, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu. Secara keseluruhan Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh Januari 2023 hingga Jun 2026, Sabah merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM39.2 bilion melibatkan 475 projek yang telah mewujudkan 6,646 peluang pekerjaan baharu.

Dato' Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Ekonomi · Paya Besar

RMK13 juga memperuntukkan RM97 juta bagi program pembangunan sosio anak negeri Sabah. Projek lain seperti hab pengeluaran makanan, hab teknologi, hab ekonomi biru dan hab perikanan bersepadu serta pembesaran Pelabuhan Kontena Sepangar Bay dan Kota Kinabalu Industrial Park. Bagi membolehkan rakyat beralih daripada bantuan kepada pendapatan sendiri Ahli Yang Berhormat, sebanyak 214,171 hektar tanah NCR telah diukur melalui Program PANTAS setakat Jun 2026. Seramai 95,206 penerima mendapat manfaat dan 60,599 hak milik telah dikeluarkan. Ahli Yang Berhormat, mengenai semakan formula bantuan mengikut kos logistik, kerajaan mengambil maklum kos sara hidup yang lebih tinggi di pedalaman Sabah, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Sabah ialah RM2,083. Lebih tinggi daripada PGK nasional RM2,705. Ini menunjukkan perbezaan wilayah telah diambil kira. Di samping itu Ahli Yang Berhormat, pendekatan sedia ada terus dipertingkatkan melalui tiga mekanisme. Yang pertama, RM250 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu dan RM67 juta bagi Program Penyeragaman Harga Barang di Sabah, Sarawak dan Labuan. Kedua, RM700 juta bagi Program Jualan Rahmah MADANI termasuk jualan bergerak di luar bandar. Ketiga, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah dipertingkatkan kepada RM16 bilion. Bantuan Persekolahan Umum Khas Sekolah Pedalaman pula menggunakan kaedah berbeza mengikut tahap pedalaman. Ini menunjukkan Yang Berhormat, pendekatan berasaskan lokasi telah pun dilaksanakan. Punca kos logistik yang tinggi turut ditangani melalui infrastruktur peruntukan pembangunan Sabah dipertingkatkan kepada RM18.7 bilion dalam Belanjawan 2027. Ini termasuk Lebuhraya Pan-Borneo Sabah Fasa 1B dan Jalan Kalabakan–Simanggaris. Secara keseluruhan Ahli Yang Berhormat, kerajaan menggabungkan anjakan struktur ekonomi dengan bantuan bersasar melalui RMK13, pendapatan penengah isi rumah Sabah disasarkan meningkat daripada RM4,890 pada 2024 kepada RM5,780 menjelang 2030. Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited memastikan tiada rakyat yang tertinggal termasuk di pedalaman Sabah. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kota Belud.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan. Ini salah satu daripada usaha untuk, saya rasa bukan lagi whole-of- government approach, tapi kita menuju kepada whole-of-nation approach untuk kalaupun apa tu— untuk membasmi kemiskinan. Saya ingin sentuh berkenaan Sabah Development Corridor ataupun SDC dengan agensi pelaksanaannya SEDIA, dalam dokumen anggaran Kementerian Ekonomi 2027. Salah satu fungsi SEDIA ialah untuk memastikan inisiatif SDC ini sampai kepada golongan miskin dan terpinggir, tetapi dalam buku anggaran yang sama juga, dalam dokumen yang sama, program ini hanya tertumpu pada hanya diukur melalui jumlah pelaburan dan juga pekerjaan. Tidak ada pula menyebut tentang KPI kemiskinan. Soalan saya, kementerian mempunyai wakil dalam Lembaga SEDIA dan menyalurkan geran. Adakah kementerian akan menetapkan KPI wajib bagi setiap inisiatif SDC iaitu peratus pekerja tempatan dari mungkin daerah-daerah berkenaan, contoh mana-mana daerah yang kita target untuk hapuskan kemiskinan, Tan Sri Yang di-Pertua. Peratus perolehan daripada koperasi dan usahawan desa setempat serta bilangan isi rumah yang keluar daripada eKasih dan juga melaporkan pencapaian ini dalam Dewan ini setiap tahun. Soalan kedua saya, SEDIA mampu membawa pelabur, tetapi di jentera peringkat kampung sangat sedikit. Pada tahun 2024, hanya dapat bantu dalam 252 ketua isi rumah sahaja. Di Semenanjung ada KESEDAR, KETENGAH, KEDA, KEJORA, tetapi Sabah satu wilayah yang miskin, tapi tidak mempunyai satu pun Lembaga Kemajuan Wilayah seumpama itu. Jadi, saya mahu tanya, adakah kerajaan bersedia melalui Kajian Separuh Penggal RMK13 ini membiayai penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah di Sabah yang diterajui nanti oleh kerajaan negeri, supaya inisiatif SDC ini benar-benar mewujudkan pekerjaan dan peluang perniagaan untuk rakyat tempatan di peringkat akar umbi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Menteri, silakan.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Dua persoalan yang dibangkitkan, yang pertama Tan Sri adalah berkaitan keberkesanan Sabah Development Corridor.

Ahli Yang Berhormat, pada hemat kementerian ia tak seharusnya hanya kita melihat semata-mata melalui jumlah pelaburan yang diluluskan ataupun nilai geran yang kita salurkan atau bilangan projek yang dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, SDC Blueprint 2.0 bermula 2021 dan akan berakhir 2030 telah menetapkan 14 indikator termasuklah sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dan juga termasuk sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi ialah penyediaan peluang pekerjaan dan perolehan tempatan. Kalau kita lihat indikator kadar kemiskinan Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, 19.5 peratus. Pada tahun 2026 ia telah turun kepada 5 peratus dan kita menjangkakan di bawah SDC indikator yang telah kita tetapkan melibatkan kadar kemiskinan menjelang 2030 kita akan letak sehingga 5 peratus. Ahli Yang Berhormat, namun demikian, pada awal tahun 2027 tahun hadapan, SDC akan melakukan mid-term review dan saya telah meminta pihak SEDIA untuk mengambil pendekatan engagement bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Ahli-ahli Parlimen Sabah untuk melihat pandangan- pandangan Ahli Yang Berhormat agar diambil kira dalam kajian separuh tempoh SDC untuk kita mantapkan pelaksanaan SDC Blueprint 2.0. Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan yang kedua yang dibangkitkan adalah cadangan penubuhan sebuah pusat atau Lembaga Kemajuan Wilayah. Ahli Yang Berhormat, perkara ini pada hemat Kementerian Ekonomi, kita perlu meneliti secara keseluruhan dari segi keperluan sebenar, skop fungsi, model tadbir urus, implikasi kewangan, agar ia dapat mengelakkan pertindihan dengan agensi sedia ada. Sebarang pertimbangan untuk membiayai penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah yang di teraju oleh negeri mesti melalui Kajian Separuh Penggal RMK13. Namun ia perlu melalui penelitian yang betul-betul terperinci kerana keutamaan kerajaan Tan Sri Yang di-Pertua pada hari ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan agensi dan jentera pelaksanaan sedia ada. Dan sudah pasti kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak SEDIA dan agensi [Tidak jelas] Bandar akan di-integrate lebih baik, bagi memastikan penyampaian dapat sampai ke peringkat bukan hanya di peringkat negeri atau daerah, tetapi sampai ke peringkat komuniti dan lokaliti. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rantau Panjang.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, Sabah di antara negeri yang kaya dengan hasil bumi yang seharusnya dinikmati sebaik mungkin oleh penduduknya. Jadi saya ingin tahu, apakah pencapaian program menoktahkan kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini? Dan sejauh mana penyelarasan data maklumat dibuat antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan negeri supaya data ini tidak ada rakyat yang tercicir? Dan begitu juga, apakah usaha berkaitan dengan kemiskinan di pedalaman, di pulau-pulau yang masih kurang akses termasuk bekalan air, elektrik dan sebagainya dan kurang peluang pekerjaan yang menjana pendapatan yang baik untuk rakyat Sabah khususnya? Minta penjelasan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Rantau Panjang atas persoalan yang baik untuk Kementerian Ekonomi menjelaskan. Kita akui kerana Sabah adalah di antara enam negeri yang dikategorikan sebagai negeri kurang membangun. Itu sebabnya, Ahli Yang Berhormat, kerajaan dalam apa jua pengagihan peruntukan DE, kita memang letak lebih kurang 40 ke 46 peratus jumlah DE kepada enam negeri yang kurang membangun...

Manakala Sabah dan Sarawak, Ahli Yang Berhormat, mereka diperuntukkan lebih kurang 13 ke 15 peratus peruntukan DE pada setiap rolling plan, termasuklah rolling plan yang tahun ini iaitu Rolling Plan yang kedua, juga lebih kurang 14 ataupun 13 peratus. Bagi menjawab Ahli Yang Berhormat bagaimana potensi yang kita lihat Sabah ini, kita sedang meneliti blue economy dan sudah pasti Sabah akan mendapat manfaat yang besar dalam pelaksanaan blue economy yang kita akan laksanakan dalam masa yang terdekat dalam tempoh RMK13. Namun, dia juga tertakluk kepada, sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, bagaimana peluang pekerjaan. Itu sebabnya saya sebutkan tadi, Yang Berhormat, SDC sedang merangka untuk membuat semakan separuh tahun pelaksanaan iaitu 10 tahun pada awal 2027. Saya telah mengarahkan mereka pada pagi tadi, semasa taklimat, untuk mereka memberi komitmen bertemu dengan semua ADUN-ADUN di Sabah dan Ahli- ahli Parlimen di Sabah tanpa mengira mana latar belakang parti politik untuk mereka

engage supaya kita dapat tahu bukan hanya di peringkat daerah, tetapi di peringkat lokaliti supaya isu tiada mereka yang tertinggal ini betul-betul dilaksanakan di bawah pelaksanaan Kementerian Ekonomi. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

Muhammad Islahuddin bin AbasBERSATU · PNMersing · question

2. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Perdana Menteri menyatakan, kesediaan kerajaan menambah baik perkhidmatan Mahkamah Mersing, termasuk mempertimbangkan penempatan seorang majistret secara tetap, bagi memastikan prosiding lebih lancar serta akses kepada keadilan yang lebih cekap untuk penduduk Mersing.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Terima kasih Tan Sri yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kehakiman bagi memastikan prosiding mahkamah dapat dilaksanakan dengan lancar, cekap dan teratur serta akses kepada keadilan terus terjamin bagi masyarakat setempat termasuk penduduk di Daerah Mersing, Johor. Pada masa ini, Mahkamah Majistret Mersing beroperasi sebagai sebuah mahkamah litar di bawah pentadbiran Mahkamah Negeri Johor. Prosiding di mahkamah tersebut dikendalikan oleh seorang majistret dari Mahkamah Majistret Kota Tinggi berdasarkan jadual persidangan yang ditetapkan. Kaedah pengurusan ini membolehkan sumber kehakiman diuruskan secara fleksibel dan optimum dengan mengambil kira beban kes dan keperluan persidangan di kedua-dua daerah. Mahkamah Majistret Mersing pada masa ini bersidang sekali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan dibantu oleh lima orang kakitangan mahkamah. Pendekatan ini diambil setelah mengambil kira keperluan operasi serta jumlah kes yang didaftarkan di mahkamah tersebut. Berdasarkan rekod statistik daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), jumlah pendaftaran kes sivil di Mahkamah Majistret Mersing adalah sebanyak 177 kes bagi tahun 2025 dan sebanyak 134 kes bagi tempoh

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Januari hingga Ogos 2026. Selanjutnya, setakat Ogos 2026, jumlah kes sivil yang belum diselesaikan di Mahkamah Majistret Mersing iaitu sebanyak 38 kes sahaja. Bagi kes jenayah pula, jumlah kes jenayah yang didaftarkan di Mahkamah Majistret Mersing ialah sebanyak 1,785 kes bagi tahun 2025 dan sebanyak 1,198 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026. Selanjutnya, setakat Ogos 2026, jumlah kes jenayah yang belum selesai adalah sebanyak 190 kes. Berdasarkan statistik tersebut dan keperluan operasi yang terlibat, pengendalian dan penyelesaian kes di Mahkamah Majistret Mersing sebagai mahkamah litar dilihat lebih praktikal. Sehubungan dengan itu, kerajaan berpandangan bahawa buat masa ini belum terdapat keperluan untuk menempatkan seorang majistret secara tetap dan khusus di Mahkamah Majistret Mersing. Namun demikian, PKPMP akan terus memantau jumlah pendaftaran dan penyelesaian kes serta keperluan operasi di Mahkamah Majistret Mersing dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat keperluan, langkah yang bersesuaian akan dipertimbangkan untuk menambah persidangan termasuklah menempatkan seorang majistret tetap tertakluk kepada keperluan perkhidmatan dan sumber kehakiman yang tersedia. Dalam hal ini, saya juga mohon jasa baik Yang Berhormat untuk memaklumkan sekiranya terdapat aduan daripada penduduk setempat berhubung kesukaran yang mereka hadapi akibat jadual persidangan semasa. Kerajaan akan memastikan penyampaian perkhidmatan kehakiman di Mahkamah Majistret Mersing terus disampaikan secara cekap dan berkesan selaras dengan keperluan semasa serta bagi memastikan akses kepada keadilan bagi penduduk Mersing terus terjamin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Mersing.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, kita faham, sebagaimana Timbalan Menteri sebut tadi bahawa di Mersing ini persidangan hanya seminggu sekali iaitu pada hari Rabu, tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun tarikh persidangan itu telah ditetapkan, namun sering kali berlaku perubahan di saat-saat akhir dan ini menyukarkan penduduk Mersing lah. Yang Berhormat juga maklumkan tadi bahawa di Mersing ini akan dirujuk di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atau Pengerang dan dua-dua ini sangat jauh daripada Mersing iaitu lebih kurang dua jam perjalanan sama ada ke Kota Tinggi

ataupun Pengerang. Jadi, jarak ini amat menyukarkan untuk penduduk Mersing khasnya bagi mereka yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh kerana memakan masa yang sangat jauh. Timbalan Menteri sebut tadi bahawa tidak ada cadangan lagi untuk menetapkan majistret secara tetap. Jadi, pertamanya, adakah dapat ditambah kalau mungkin dua hari seminggu atau tiga hari seminggu untuk memudahkan urusan jabatan-jabatan yang terlibat dengan urusan-urusan mahkamah ini? Dan keduanya, adakah terdapat cadangan supaya di Mersing ini dapat dibuat secara online? Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Kalau ada kes yang lebih dari apa yang saya nyatakan dan ada keperluan, semestinya beberapa hari yang lebih boleh diadakan pendengaran kes di Mahkamah Majistret Mersing, tetapi kita perlu tahu bahawa secara online itu bukan semua boleh dibuat sedemikian. Banyak kes yang sedang dibuat ini secara online adalah di mana kes sivil. Kes criminal, dia perlu ada kehadiran OKT— orang yang kena tahan itu, dia perlu ada di mahkamah. Itulah jawapan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Pilah.

Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya kepada Timbalan Menteri ialah berkaitan tentang, dengan izin, backlog of cases. Jadi, apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi isu backlog of cases ini dari sudut penambahbaikan penambah bilangan hakim di mahkamah, bilangan kakitangan mahkamah dan juga bilangan mahkamah itu sendiri? Seterusnya, apakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan mahkamah bergerak atau penambahbaikan kepada bangunan mahkamah di daerah- daerah yang mempunyai keluasan geografi besar dan populasi yang berselerak? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Terima kasih, Tan Sri. Mengenai backlog itu, tindakan selalu diambil mengenai untuk mengatasi perkara tersebut. Dan kita semua tahu, peguam-peguamnya, dia ada timeline. Dia ada timeline untuk menyelesaikan kes. Kes jenayah diberikan tempoh selama sembilan bulan dan untuk kes sivil, satu tahun. Dan ini adalah satu di antara suggestion di mana tindakan yang diambil untuk mengatasi backlog.

Selain dari itu, kerajaan juga appoint beberapa judicial commissioner dan hakim-hakim di seluruh negara untuk mengatasi backlog dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan nombor 3.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

3. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah kemalangan yang melibatkan pejalan kaki di Kuala Lumpur bagi tempoh 2023 hingga 2026 termasuk jumlah kematian dan kecederaan serius serta berapakah lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dan akan dinaik taraf pada tahun 2027.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Datuk Lo Su FuiPBS · GRSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) · Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, merujuk data dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, kadar kemalangan maut yang melibatkan pejalan kaki di Kuala Lumpur adalah 29 kes pada tahun 2022, 21 kes pada 2023 dan 23 kes pada 2024 dan 20 kes pada 2025. Daripada data yang diterima, golongan lelaki di peringkat umur antara 40 hingga 70 tahun yang paling tinggi menjadi korban kemalangan pejalan kaki. Tiga kawasan utama yang sering berlaku kemalangan berjalan kaki adalah lintasan pejalan kaki di Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Sultan Ismail dan Sri Petaling serta ialah berlaku di waktu malam. Punca utama kemalangan yang melibatkan pejalan kaki adalah disebabkan pengguna melintas tidak menggunakan fasiliti yang disediakan dan had laju kenderaan yang tinggi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi tumpuan kepada isu pejalan kaki dengan mengadakan kerjasama dengan agensi dalaman dan antarabangsa seperti Malaysian Institute of Road Safety dengan izin, Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety dan Global Design Cities Initiative yang meliputi analisis data, reka bentuk dan pelaksanaan. Menaik taraf infrastruktur sedang dilaksanakan seperti mengecilkan lorong, menambah peralatan keselamatan untuk mengurangkan had laju kenderaan kepada 30km per hour, lintasan pejalan

Datuk Lo Su FuiPBS · GRSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) · Tawau

kaki dan memasang halangan bagi mengelakkan pejalan kaki melintas di kawasan yang tidak dibenarkan. DBKL juga dalam perancangan untuk membina lebih 22km laluan pejalan kaki berbumbung di sekitar Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan seawal Disember 2026 bagi menyediakan kemudahan pejalan kaki yang lebih selamat dan konduktif. Penguatkuasaan saman melalui CCTV dalam pertimbangan untuk dilaksanakan kepada pejalan kaki yang ingkar arahan papan tanda keselamatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Ya, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan penguat kuasa DBKL terhadap pihak yang meletakkan kenderaan pejalan— di jalan, peniaga atau menghalang laluan berjalan kaki sehingga memaksa pejalan kaki menggunakan jalan raya dan terdedah kepada risiko kemalangan. Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Datuk Lo Su FuiPBS · GRSTawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBKL sentiasa mempergiat tindakan penguatkuasaan melalui rondaan berkala, operasi khas dan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Tindakan yang dilaksanakan meliputi pengeluaran notis kompaun, penyabitan dan penundaan kenderaan serta sitaan dan pemindahan halangan di laluan pejalan kaki. Sepanjang tahun 2026 sehingga kini, antara tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh DBKL adalah seperti berikut. 295,211 notis kompaun bagi kesalahan trafik. 2,566 notis kompaun bagi kesalahan am. 2,655 kenderaan ditunda kerana melakukan kesalahan lalu lintas dan menyebabkan halangan. 1,494 kenderaan buruk dan tersadai diangkut atau ditunda dan banyak operasi kita dibuat dan saya akan memberikan ini maklumat secara terperinci kepada Yang Berhormat Bukit Bintang. DBKL akan terus memperkukuhkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan laluan pejalan kaki bebas daripada halangan, selamat dan dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam. Sekian, terima kasih.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih. Masih lagi bersangkutan dengan laluan pejalan kaki ini yang mana baru-baru ini kerajaan telah meluluskan dengan jumlah yang sangat besar untuk membuat jalan— laluan pejalan kaki ini. Jadi, kita harap Kuala Lumpur ini yang menjadi sebagai ibu kota negara, banyak aspek yang perlu diberi penekanan kerana ia mencerminkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat. Baru-baru ini Tan Sri Yang di-Pertua, tragedi di persimpangan Maju Junction pada 19 Ogos lalu yang mengorbankan tiga ahli keluarga ketika menunggu di kawasan selamat membuktikan pejalan kaki masih terdedah apabila kenderaan hilang kawalan. Justeru itu, oleh yang demikian saya ingin tahu, apakah langkah bersepadu yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan Kuala Lumpur selamat untuk penduduk dan pengunjung khususnya dari segi keselamatan pejalan kaki, pencegahan jenayah di ruang awam dan kesiapsiagaan menghadapi banjir kilat? Adakah kerajaan bersedia menerbitkan senarai lokasi berisiko tinggi berserta tindakan dan tempoh pelaksanaan bagi setiap lokasi? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Datuk Lo Su FuiPBS · GRSTawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang, kekanda saya. Jadi, Kuala Lumpur sebagai ibu kota juga dan juga selaku metropolitan, dia bukan hanya menggambarkan ini kemajuan atau pembangunan kepada negara kita, dia merupakan imej juga kepada luar negara. Dan sebalik itu, kepesatan ini, pembangunan ini bukan sahaja menarik ini pelaburankah atau populasi kepada bandar dan juga meningkatkan ini risiko dari segi keselamatan. Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri YB Hannah Yeoh, kita telah menubuhkan satu AI command center, ini merupakan otak kita, AI command center. The [Tidak jelas] Command center kita melaksanakan— merupakan banyak ini langkah-langkah seperti AI traffic light. Dia mengurangkan ini beban kesesakan jalan raya dan juga AI CCTV untuk bukan hanya memantau ini keselamatan pejalan kaki atau warga Kuala Lumpur dan juga memantau banjir. Dulu kita hanya boleh guna data banjir daripada luar negara, website luar negara, sekarang kita boleh memantau ini development of ini banjir semasa berlaku. Banyak inisiatif-inisiatif dan kita ingin menubuhkan satu pencegahan keselamatan bukan kita— because prevention is better than cure, dengan izin. Pencegahan lebih

Datuk Lo Su FuiPBS · GRSTawau

baik daripada penyelesaian. Itulah inisiatif yang kita tengah ambil demi menjaminkan keselamatan khususnya warga Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa · question

4. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pertahanan menyatakan, sejauh mana keutamaan diberikan kepada teknologi dan sistem pertahanan dibangunkan industri tempatan indigenous defence technology dalam perolehan MINDEF dan ATM khususnya radar, sensor, sistem pengawasan, sistem autonomi dan peperangan elektronik electronic warfare, selaras dengan aspirasi kemandirian pertahanan defence self-reliance di bawah DIPN.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa atas persoalan yang dikemukakan dan sememangnya Kementerian Pertahanan komited untuk memperkukuh keupayaan watan atau, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, sovereign capability dalam sektor pertahanan negara. Ini merupakan satu usaha strategik dan berterusan untuk membangun, menguasai dan mengekalkan aset teknologi dan infrastruktur serta sistem pertahanan negara. Sehubungan dengan itu, kementerian telah melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menggariskan hala tuju strategik bagi memperkukuh kemandirian, kedaulatan teknologi, keupayaan dan daya saing industri pertahanan tempatan. Bagi merealisasikan matlamat ini, kementerian sedang mengambil beberapa pendekatan, khususnya dalam memastikan teknologi dan sistem pertahanan tempatan diberi keutamaan dalam sebarang perolehan aset ATM. Contohnya yang pertama, memastikan setiap perolehan pertahanan daripada syarikat luar turut membuka ruang penyertaan kepada industri pertahanan tempatan. Kita sedar bahawa pembangunan setengah-setengah sistem pertahanan yang penuh seperti pesawat pejuang memerlukan teknologi, kepakaran, pelaburan yang besar dan juga perancangan yang mengambil masa panjang. Namun, ini tidak

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

bermakna syarikat tempatan tidak boleh memainkan peranan yang penting dalam rantaian bekalan pertahanan. Dalam setiap kontrak perolehan yang melibatkan syarikat, dengan izin Tan Sri, original equipment manufacturer (OEM), kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan penglibatan syarikat tempatan dalam pembangunan ekosistem industri hiliran ataupun downstream industry yang merangkumi pembuatan komponen sokongan, integrasi sistem dan juga perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih iaitu MRO. Dan sebagai contoh yang terkini melalui mesyuarat dua hala antara Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia dan juga Menteri Angkatan Tentera dan Hal Ehwal Veteran Perancis pada 17 November yang lalu, sebanyak lapan instrumen kerjasama industri pertahanan telah dimeterai dan disaksikan.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Dengan bantuan Perancis, kerjasama ini bukan sahaja bertujuan memodenkan aset dan meningkatkan keupayaan operasi ATM, tetapi turut membuka peluang pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran serta penglibatan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan industri pertahanan global. Dan yang kedua, membantu syarikat tempatan membangunkan produk dan juga teknologi yang benar-benar memenuhi keperluan operasi ATM dan pendekatan kementerian adalah berasaskan keperluan ATM sebagai pengguna akhir ataupun end user. Dan bagi tujuan ini, Majlis Industri Pertahanan iaitu MIP berperanan sebagai platform penyelarasan strategik antara kementerian ATM serta syarikat industri dan agensi berkaitan. Sedikit masa lagi Tan Sri ya. Dan Bahagian Industri Pertahanan (BIP) pula bertindak sebagai urus setia dan menyelaras dasar, manakala Coalition of Defence Industry Malaysia dengan izin, menjadi medium kepada syarikat tempatan untuk berkongsi keupayaan. Dalam aspek teknikal, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan iaitu STRIDE turut memainkan peranan penting melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengujian serta penilaian teknikal bagi memastikan produk tempatan memenuhi standard prestasi keselamatan dan juga kesesuaian penggunaan oleh ATM. Dan yang terakhirnya iaitu ketiga, membentuk ekosistem yang menyokong pertumbuhan industri pertahanan iaitu industri pertahanan tempatan secara menyeluruh dan juga mampan selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Negara. Dan kementerian juga ingin menegaskan bahawa kontrak MRO syarikat asing yang tamat tidak akan disambung secara automatik, sebaliknya syarikat tempatan perlu bersedia untuk mengambil alih perkhidmatan tersebut. Selain itu, kementerian turut memperkasakan program kolaborasi industri ataupun Industrial Collaboration Programme (ICP) sebagai instrumen utama pemindahan teknologi pembangunan vendor dan juga peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan. Tan Sri Yang di-Pertua, kesemua pendekatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan untuk memastikan pembangunan industri pertahanan tempatan bukan sekadar tertumpu kepada aspek perolehan aset, tetapi juga turut membina penguasaan teknologi, kepakaran dan juga kapasiti pengeluaran negara sesuai dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pengkalan Chepa, soalan tambahan.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Antaranya penyertaan pemain-pemain industri tempatan dalam pameran peringkat antarabangsa dan juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat, saya ucap terima kasih kerana dah ada usaha ke hari itu, tapi apa yang berlaku, realiti Yang Berhormat, masih lagi pemain-pemain industri tempatan ini masih merungut bahawa produk-produk mereka yang setanding dengan produk antarabangsa itu tidak diberi keutamaan atas alasan pelbagai kontrak ataupun mungkin ada kepentingan tertentu. Apa yang lebih penting Yang Berhormat, kalau kita menggunakan teknologi yang mungkin kita dapat daripada kerjasama, macam Yang Berhormat sebut dengan Perancis dan sebagainya. Dia tidak akan memberikan satu keselamatan kepada kita apabila berlaku peperangan yang melibatkan geopolitik. Apa yang paling penting ialah kita mempunyai ramai saintis, penyelidik universiti, jurutera, syarikat tempatan yang mampu membangunkan sendiri teknologi radar, sensor, sistem pengawasan. Kita harus membezakan Yang Berhormat, di antara keperluan membeli daripada syarikat tempatan dengan membeli teknologi yang benar-benar dibangunkan dan dimiliki oleh anak tempatan. Kalau syarikat tempatan, tetapi teknologi, harta intelek, lesen dan penyelenggaraannya masih bergantung kepada asing, kita bimbang tidak akan

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

mencapai defense self-reliance sekiranya berlaku konflik geopolitik macam saya sebutkan tadi. Apakah sasaran kementerian dari segi peratusan perolehan teknologi yang hak milik inteleknya dimiliki oleh anak tempatan? Adakah MINDEF bersedia untuk memperkenalkan local technology first dengan memberikan keutamaan kepada penilaian teknologi dan ciptaan tempatan yang memenuhi spesifikasi ATM serta menyediakan ekosistem pengujian, pengesahan dan juga pengkomersialan hasil daripada penyelidikan saintis. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sepertimana yang saya maklumkan, kita di Kementerian Pertahanan di samping kita mengemukakan Dasar Industri Pertahanan Negara, kita tahu bahawa kita juga punya Majlis Industri Pertahanan di mana kita tahu bahawa kita bukan sahaja melibatkan pusat-pusat kajian kita, R&D sepertimana STRIDE, tapi kita juga melibatkan semua termasuk institusi-institusi pengajian tinggi kita. Dan juga kalau kita lihat dalam kerjasama kita dengan agensi-agensi lain, contohnya macam kerjasama siber kita. Kita turut bekerjasama dengan Agensi Siber Negara kerana kita tahu bahawa kemampuan teknologi pertahanan kita mesti kita selaraskan juga dengan industri yang kita sedia ada. Sebab itu kalau kita lihat di Kementerian Pertahanan juga, kita telah perkenalkan portal industri pertahanan bermula pada tahun ini kerana kita membuka lebih banyak ruang kepada industri-industri tempatan kita untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, supaya mereka boleh mengenal pasti mana industri yang mereka mahu ceburi dalam sektor pertahanan negara. Sebab itu kalau macam saya sebutkan tadi tentang ICP kita, setiap projek ataupun kontrak kita, memang kita ada kerjasama dengan industri-industri tempatan itu juga. Sebab itu, kita memang sentiasa cuba menilai keupayaan industri-industri tempatan kita dan saya tak nafikan dalam pameran kita sama ada LIMA ataupun DSA itu adalah ruang di mana kita membuka ruang kepada industri tempatan kita untuk memperkenalkan. Dan dalam masa yang sama, kita mahu juga end user kita di ATM itu sama ada domain darat, laut, udara termasuk siber kita, supaya mereka boleh mengenal pasti juga kemampuan industri-industri ini. Kita tak nafikan sebahagiannya memang dapat kita gunakan untuk keperluan kita, tapi sebahagiannya kita tahu bahawa kita

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

juga harus meningkatkan lagi keupayaan industri kita supaya aset-aset kita itu bukan sahaja boleh diselenggara, tapi untuk jangka masa panjang ia boleh dimanfaatkan sebagai sebahagian industri tempatan kita untuk kegunaan ATM itu sendiri. Ini saya— dan cadangan-cadangan yang dikemukakan tadi memang sebahagiannya kita telah kita masukkan dalam Dasar Industri Pertahanan Negara. Memang macam saya sebutkan tadi, memang kita ada satu badan di kalangan pemain industri tempatan sendiri supaya mereka juga membantu Kementerian Pertahanan untuk kenal pasti mana industri yang boleh kita libatkan kepada penggunaan aset-aset tempatan kita. Itu sahaja Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya kepada Kementerian MINDEF. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menerajui kerjasama pembangunan teknologi pertahanan di kalangan negara-negara ASEAN bagi mengurangkan kos penyelidikan dan dengan itu dapat memperluaskan pasaran industri pertahanan tempatan?

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Kita memang melalui kerjasama kita melalui ASEAN, kita memang mempunyai forum ADMM iaitu ASEAN Defence Ministers’ Meeting di mana kita tahu bahawa kita bukan sahaja berkongsi tentang keperluan pertahanan negara, tapi dalam masa yang sama, kita tahu bahawa pertahanan ini bukan sahaja melibatkan aset dan industri, tetapi kita tahu bahawa maklumat juga adalah satu perkara yang penting juga. Sebab itu, kalau kita lihat di peringkat ASEAN, memang ada beberapa kepakaran dan produk-produk di negara-negara ASEAN ini ada dua perkara. Pertama, dari segi penggunaan aset-aset kita dan yang kedua adalah bagaimana kita boleh mengembangkan industri-industri kita. Sebab itu, ASEAN penting bagi kita kerana kita tahu bahawa kita dalam negara ASEAN ini, industri- industri tempatan kita memang mempunyai ruang itu untuk kita kembangkan. Kerana kalau kita lihat kemapanan industri tempatan kita banyak bergantung kepada bukan sahaja keperluan aset dalam negara kita, tapi bagaimana kita boleh mengembangkan lagi industri ini supaya industri-industri tempatan kita boleh berdaya saing dan juga boleh terus maju untuk mereka bukan sahaja mengeluarkan produk-produk baharu, tapi yang paling penting sebenarnya dalam industri pertahanan ini ialah bagaimana mereka mengupayakan R&D mereka. Kerana kita tahu bahawa industri pertahanan ini dia bukan sekadar keperluan hari ini, tapi bagaimana kita melihat masa depan pertahanan negara kita. Itu sahaja jawapan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, Kinabatangan.

Assalamualaikum, salam damai Tan Sri Pengerusi. Terima kasih. Soalan Kinabatangan nombor 5.

Mohd Kurniawan Naim bin Moktar (Naim Moktar)UMNO · BNKinabatangan · question

5. Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar [Kinabatangan] minta Menteri Digital menyatakan, pendirian tegas kerajaan berhubung ancaman kebergantungan emosi kanak-kanak terhadap entiti AI companion dan sama ada RUU Tadbir Urus AI akan menetapkan liabiliti undang-undang ke atas pembangun AI untuk membina protokol krisis mandatori sekiranya sistem mengesan perbualan berkaitan isu mencederakan diri, bunuh diri atau eksploitasi.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, aspek keselamatan AI yang juga merangkumi risiko kebergantungan emosi kanak-kanak terhadap sistem-sistem AI seperti AI companion mendapat perhatian yang serius daripada Kementerian Digital.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Dalam hal ini, kerajaan mengambil perhatian mengenai perkembangan penggunaan sistem AI seperti AI companion dan chatbot interaktif, khususnya yang melibatkan golongan bawah umur bagi memastikan langkah kawal selia yang sewajarnya dapat dilaksanakan bagi menangani risiko berkaitan dengan penggunaan AI. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa peruntukan undang- undang yang sedia ada yang boleh digunakan buat tujuan ini iaitu untuk menangani risiko dan melindungi golongan bawah umur. Bagi contoh, Akta Keselamatan Dalam Talian iaitu Akta 866 (2025) dan juga Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak [Akta 792] 2017. Berhubungan penetapan tanggungjawab Tuan Yang di-Pertua, RUU Tadbir Urus AI akan menggariskan kewajipan pihak yang terlibat berdasarkan fungsi dan juga tahap kawalan mereka bagi dua aspek. Pertamanya, kita lihat kepada mereka yang membangun app— app yang berkaitan dan juga pelaksana ataupun deployers yang berkaitan. RUU ini akan memperkenalkan mekanisme pelaporan insiden-insiden AI. Ini penting kerana kalau ada mekanisme yang memerlukan insiden-insiden ini dilaporkan, maka maklumat insiden yang dilaporkan dapat kita analisa untuk kenal pasti corak risiko dan juga

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

kelemahan-kelemahan baharu yang perlu kita mengatasi. Ini membolehkan kerajaan menetapkan atau menambah baik langkah perlindungan dari semasa ke semasa. Bagi mengelakkan pertindihan fungsi Tuan Yang di-Pertua, mekanisme di bawah RUU ini akan disepadukan dengan saluran kepakaran sektoral yang sedia ada. Umpamanya, isu kesihatan mental akan kekal diselaraskan dengan Talian HEAL 15555 iaitu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala, isu-isu perlindungan sosial melalui Talian KASIH 15999 yang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berdasarkan corak risiko yang dipantau secara sektoral ini, kerajaan boleh menetapkan langkah-langkah perlindungan yang lebih tersasar, termasuk kewajipan ataupun mewajibkan protokol krisis sekiranya berlaku dan aspek-aspek tindak balas mandatori bagi kategori-kategori AI, khususnya yang berisiko tinggi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada aspek perundangan, kerajaan juga sedang membangunkan Institut Keselamatan AI Malaysia atau Malaysia AI Safety Institute di bawah AI Malaysia dan ini bagi memperkukuhkan keupayaan negara dalam aspek-aspek keselamatan AI. Institut ini Tuan Yang di-Pertua, akan memberikan tumpuan yang khusus kepada penyelidikan, pengujian dan juga penilaian risiko keselamatan teknologi AI dan juga serta pembangunan kaedah- kaedah penilaian dan piawaian keselamatan yang bersesuaian untuk semua sektor yang memerlukan perhatian. Penilaian ini juga boleh merangkumi risiko yang timbul daripada penggunaan teknologi seperti AI companion dari sudut teknikal, khususnya terhadap keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak bagi membantu kerajaan dan pihak industri mengenal pasti langkah perlindungan yang sewajarnya. Kerajaan menerusi Kementerian Digital kekal komited dalam aspek memastikan bahawa pembangun dan pelaksana teknologi adalah bertanggungjawab demi melindungi nyawa serta masa depan anak-anak kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kinabatangan. Soalan tambahan.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, kebanyakan AI yang popular di negara kita ini seperti ChatGPT yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan juga Gemini dibangunkan di Amerika Syarikat. Bagaimana RUU Tadbir Urus AI ini yang bakal dibentang dapat kita menyekat seperti kewajipan pengesahan umur untuk yang bawah umur? Lepas itu, sekatan akses yang bagaimana di platform-platform yang

international ini yang gagal mematuhi undang-undang protokol keselamatan kita untuk kita pantau? Terima kasih Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang baik dan tepat pada tempatnya. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada apa yang berlaku sekarang, kita ada mereka yang sepertimana saya sebut tadi, membangun aplikasi-aplikasi yang akan digunakan seperti chatbot dan juga kemudian kita ada mereka yang akan deploy ataupun dalam bahasa Malaysia melaksanakan apa yang kita lihat dibinakan ini. Isu dia bagaimana kita dapat melihat di mananya sebenarnya tanggungjawab itu berada. Kalau kita melihat dari sudut kandungan— kalau kandungan itu dicipta ataupun direka dan ia nya mempunyai kesan yang memudaratkan, maka developer ataupun mereka yang telah pun— mereka content atau kandungan tersebut perlu dipertanggungjawabkan untuk masalah yang timbul. Tapi kerap kali kita lihat bahawa content atau kandungan itu dapat disalurkan kepada anak-anak muda dengan menggunakan platform-platform oleh pelaksana ataupun deployer sepertimana disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Jadi, aspek ini juga perlu kita lihat. So, mungkin ada joint liability ataupun kita lihat kepada peranan yang dimain oleh kedua-dua mereka bersekali. Sekiranya kita lihat kepada deployer sepertimana kita sebut tadi melalui ChatGPT, TikTok dan sebagainya, di situ kita ada undang-undang yang dikawal selia oleh MCMC dan mereka ada kuasa untuk memanggil dan juga membuat siasatan yang diperlukan dan juga mengambil langkah-langkah sepertimana disebut tadi, sekatan dan sebagainya untuk memastikan bahawa keadaan itu dapat kita kawal. Tapi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sepertimana saya sebut tadi, kita ada institusi yang dibina iaitu AI Malaysia kerana kita melihat kepada insiden-insiden yang berlaku. Kemudian kita analisa insiden-insiden ini juga untuk kita dapat melihat ke depan dan kita dapat memastikan bahawa insiden-insiden yang ada, yang kita lihat itu dapat dikawal sebelum ia nya capai satu tahap di luar kawalan kita. Dan ini juga membolehkan kita melihat kepada maklumat, kita analisa maklumat tersebut dan kita dapat mengumpul dan juga melihat kepada piawaian- piawaian seterusnya, peraturan-peraturan seterusnya dan juga sekiranya perlu pindaan kepada undang-undang yang sedia ada supaya diperketatkan, supaya kita

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

dapat menangani masalah yang bakal kita hadapi melalui analisa yang kita dapat melalui data yang dapat kita kumpul itu sekarang. Itu di antara langkah-langkah yang kita ambil buat masa sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Menteri. Menteri, “Artificial intelligence should serve humanity, not control it. Human intelligence judgement and consciousness must always remain in command.”, dengan izin. The Australian eSafety Commissioner mengeluarkan notis kepada empat pengendali aplikasi teman AI untuk menyemak langkah keselamatan mereka. Semakan itu mendapati kebanyakan perkhidmatan tersebut gagal merujuk pengguna kepada bantuan yang sesuai apabila perbualan menyentuh soal bunuh diri atau mencederakan diri. Pada masa yang sama, kementerian juga ada menyebut ciri keselamatan bagi chatbox yang menyasarkan kanak-kanak. Oleh itu, bagaimanakah kementerian akan memastikan perlindungan yang sama turut terpakai kepada chatbox kegunaan umum apabila kanak-kanak menggunakannya untuk meluahkan masalah peribadi atau mendapatkan sokongan emosi? Begitu juga di negeri New York, undang-undang mewajibkan pengendali aplikasi teman AI menyediakan protokol untuk mengesan luahan pengguna berkaitan bunuh diri atau mencederakan diri. Apabila luahan itu dikesan, aplikasi mesti memaklumkan kepada pengguna cara menghubungi perkhidmatan bantuan krisis. Adakah kementerian bersedia memasukkan peruntukan serupa dalam RUU Tadbir Urus AI bagi memastikan pengendali aplikasi teman AI mengesan luahan kanak-kanak menunjukkan risiko bunuh diri atau mencederakan diri dan segera memaklumkan kepada mereka cara mendapatkan bantuan krisis di Malaysia? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan itu juga mencerminkan apa yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat, saya setuju. Kita lihat kepada AI dan kita lihat kepada skala dalam mana ia digunakan sekarang, termasuknya golongan kanak-kanak dan sebagainya. Ini menimbulkan keperluan kita untuk melihat dan memastikan bahawa kita mempunyai piawaian ataupun peraturan yang dapat merangkumi perkara- perkara yang disebutkan tadi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Sekiranya berlakunya satu masalah, maka kita perlu berada dalam keadaan di mana kita boleh mengambil tindakan segera. Salah satu daripada pendekatan yang membolehkan ini adalah dengan sistem yang saya sebut tadi, di mana kita ada sistem pelaporan insiden.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kalau kita ada pelaporan insiden di situ, maka kita ada— ada data-data yang menunjukkan sebenarnya apakah masalah yang berlaku, di manakah perlu kita ambil tindakan dan sebagainya. Saya rasa ini adalah permulaan apa yang kita sebut sebagai pendekatan, di mana kita dapat memastikan bahawa kita mengawal sesuatu keadaan, sesuatu perkara, sebelum ia sampai ke tahap luar keadaan kita. Itu satu.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Menteri, speed is very critical, orang nak bunuh diri ini, speed. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ya, memang saya setuju dan itu sebab kalau kita lihat, kita ada kementerian yang telah pun didirikan, belum tiga tahun lagi kita telah pun mewujudkan struktur-struktur yang perlu seperti AI Malaysia. Kalau tidak Yang Berhormat, kita boleh berbahas, berbincang, soalan boleh diajukan setiap pagi. Tapi selepas daripada itu, soal dia siapa yang akan mengambil langkah- langkah yang perlu? Kita perlu ada apa yang disebut sebagai resources dan expertise untuk kita memastikan bahawa selepas daripada ini, perbualan ini dapat diteliti oleh pihak-pihak, pakar-pakar dan mereka mengemukakan cadangan- cadangan bagaimana kita boleh mengemukakan piawaian dan peraturan supaya perkara ini dapat kita bendung. Itulah sebabnya kementerian kita memandang serius perkara ini. Di dalam tiga bulan yang lalu, kita telah pun mendirikan AI Malaysia, kita telah pun juga melantik CEO beliau. In fact, baru sahaja minggu lalu. Dan, kita dalam proses sekarang melihat ke dalam aspek-aspek penggubalan rang undang-undang yang bakal saya sebut, saya akan bentangkannya dalam first quarter of next year. Tapi saya setuju Yang Berhormat, apabila kita lihat kepada aspek-aspek khususnya kepada kanak-kanak dan sebagainya, ada kekhuatiran pada pihak kita bahawa banyak yang menggunakan apps ini tidak sebenarnya tahu, apakah sebenarnya risiko-risiko yang terbabit. Jadi, itu menjadi sebab kita akan melihat

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

kepada bagaimana kita dapat memastikan bahawa sekiranya ia digunakan oleh golongan-golongan tertentu, maka kita pastikan bahawa maklumat yang mencukupi diberikan untuk memberitahu mereka berkenaan dengan risiko. Kemudian, sekiranya berlaku satu masalah, kita ada apa yang kita sebut sebagai support system yang boleh membantu mereka sekiranya perlu. Sepertimana saya sebut tadi, saya telah pun memberikan dua daripada mereka. Dan daripada di situ, kita mengumpul data-data tersebut untuk memastikan bahawa sistem-sistem perundangan yang kita ada itu ada bersedia dan juga memang berkesan untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan atau kedudukan untuk mengatasi masalah tersebut. Jadi, yakinlah Yang Berhormat, we are working as fast as we can dan saya harap bahawa dalam masa yang terdekat, first quarter of next year, Tan Sri Yang di- Pertua, Dato’ Pengerusi Yang di-Pertua, kita dapat membentangkan undang-undang tersebut dan apabila kita membentangkan undang-undang tersebut, sudah wujud struktur-struktur yang diperlukan untuk melaksanakan apa yang kita lihat di dalam undang-undang tersebut seperti AI Malaysia yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu · question

6. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sasaran konkrit kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran biji koko tempatan bagi mengurangkan kebergantungan industri pengisaran kepada import dan berapakah peratus pengurangan import yang disasarkan menjelang 2030.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tangga Batu di atas soalan yang telah dikemukakan. Puan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Lembaga Koko Malaysia komited untuk meningkatkan pengeluaran biji koko tempatan bagi memperkukuh rantaian bekalan industri koko negara di samping mengurangkan kebergantungan kepada biji koko yang diimport. Pada tahun 2025, jumlah pengisaran biji koko negara adalah sebanyak 294,697 tan menjadikan Malaysia antara negara pengisar koko utama dunia.

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Parit Sulong

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 291 tan merupakan bijih koko tempatan, manakala selebihnya iaitu 294,416 tan merupakan bijih koko yang diimport. Selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2030 untuk meningkatkan hasil biji koko kering daripada 0.2 tan sehektar pada tahun 2025 kepada 0.56 tan sehektar menjelang tahun 2030, kementerian giat melaksanakan beberapa usaha menerusi Pelan Tindakan DAKN 2030 untuk meningkatkan pengeluaran biji koko tempatan secara berperingkat. Menerusi Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan dan Program Perluasan Tanaman Koko dan Hasil Koko, KPK melalui Lembaga Koko Malaysia komited untuk meningkatkan keluasan tanaman koko negara kepada 10,000 hektar menjelang tahun 2030. Sehingga September 2026, pencapaian tanaman baru telah melebihi 400 hektar menjadikan jumlah keseluruhan kawasan bertanam koko adalah 6,939 hektar. Bagi mencapai sasaran berikut, kementerian memberikan tumpuan kepada lima pendekatan utama. Pertama, peluasan kawasan tanaman melalui penglibatan sektor perladangan. Yang kedua, pemulihan kebun koko sedia ada, program pemulihan kebun koko melibatkan kawasan tanaman seluas 2,126 hektar. Pada masa yang sama, seramai 3,295 pekebun kecil koko diberikan bantuan input pertanian bagi meningkatkan produktiviti tanaman sedia ada. Yang ketiga, peningkatan produktiviti melalui penyelidikan dan teknologi, penggunaan teknologi pertanian moden, pengurusan nutrien yang sistematik, serta kaedah kawalan penyakit dan perosak yang lebih berkesan turut diberikan penekanan bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pengurangan dan mengurangkan kos operasi. Keempat pula adalah pengukuhan kerjasama antara pengeluar dan industri pengisaran. Kelima, penghasilan biji koko premium dan produk bernilai tinggi dan selain daripada meningkatkan kuantiti pengeluaran, kerajaan turut memberikan perhatian kepada penghasilan biji koko premium seperti single origin cocoa dan fine flavour cocoa yang mempunyai potensi memperoleh harga lebih tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa. Melalui sasaran peluasan tanaman kepada 10,000 hektar menjelang 2030 serta usaha meningkatkan produktiviti, kerajaan berhasrat meningkatkan sumbangan biji koko tempatan kepada keperluan industri pengisaran secara

Datuk Seri Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNMenteri Perladangan dan Komoditi · Parit Sulong

berperingkat dan matlamat kerajaan bukan sekadar untuk mengurangkan kebergantungan kepada import semata-mata tapi juga untuk membangunkan semula sektor huluan koko negara, meningkatkan pendapatan pekebun kecil, mewujudkan peluang pekerjaan serta memastikan industri koko Malaysia terus berdaya saing dan mampan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa menjelang 2030, kita punya hasil koko kita 0.5 tan sehektar setahun. Cuma, persoalan saya kalau kita lihat daripada data yang dikeluarkan oleh LKM bahawa klon MCBC kita boleh mencapai lebih daripada 1.5 tan sebenarnya. Jadi, pertanyaan Tangga Batu, bilakah LKM menyasarkan supaya daripada 0.5 tan per hektar ini boleh sampai ke 1,300 tan — 1.3 tan sehektar setahun? Baik, yang kedua. Kita tahu bahawa Dasar Agrokomoditi Negara 2030, lima teras utama iaitu Kemapanan, Produktiviti, Penjanaan Nilai, Pembangunan Pasaran dan Keterangkuman. Sejauh manakah aktiviti penghasilan produk hiliran ataupun final products seperti coklat tempatan, body care, cocoa butter dan sebagainya di bawah LKM dapat menembusi pasaran agar manfaat ekonomi dapat dinikmati oleh industri SKS dan rakyat di bawah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. LKM memang sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti terutamanya kita bercakap mengenai tanaman koko negara.

[Bangun]

Dan, ia boleh kita laksanakan melalui penggunaan teknologi, tanaman berkualiti dan amalan pengurusan kebun yang lebih cekap. Pendekatan utama seperti Yang Berhormat nyatakan tadi, kita menggunakan klon koko yang berhasil lebih tinggi dan dalam waktu yang sama, kita memperkukuhkan amalan pertanian baik dan kita perkenalkan teknologi moden dan kita memberi latihan dan khidmat nasihat kepada pekebun. Namun, potensi hasil ini sebenarnya bergantung pada pengurusan kebun dan keadaan tanaman semata-mata. Dalam aspek hiliran pula, kementerian memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan coklat tempatan melalui

pemindahan teknologi seperti yang saya nyatakan, inovasi produk dan potensi pasaran ini memang cukup besar, sebab hasrat kementerian bukan sekadar untuk meningkatkan pengeluaran biji koko tapi nak pastikan masyarakat turut menikmati hasil tambah daripada keseluruhan rantaian industri koko berkenaan daripada dalam negara, daripada kebun hingga ke pasaran antarabangsa. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Beaufort.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah bentuk bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan kepada pekebun kecil bagi menggalakkan penanaman koko serta meningkatkan produktiviti dan pengeluaran biji koko tempatan? Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Beaufort di atas soalan tambahan mengenai koko. Untuk makluman Dewan, koko kita ini adalah antara yang premium di peringkat antarabangsa. Kita di Lembaga Koko Malaysia ini, dia ada laksanakan pelbagai program seperti Program Pemulihan Kebun Koko, Program Galakan Tanaman Koko. Tujuan dia apa? Tujuan dia untuk memberi bantuan kepada pekebun kecil untuk tingkatkan produktiviti dan dalam waktu yang sama kita menggalakkan pekebun kecil melalui peluasan tanaman koko itu sendiri. Dan antara bantuan yang diberikan oleh Lembaga Koko adalah pemberian input pertanian seperti baja, racun perosak. Lepas itu kita juga beri latihan pengurusan, khidmat bimbingan dan kesemua usaha ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan pengeluaran biji koko tempatan tetapi dalam waktu yang sama kita berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada import. Tetapi yang lebih penting, untuk pastikan penanam koko itu dapat peningkatan pendapatan, dapat keuntungan daripada program-program yang kita hasilkan melalui Lembaga Koko. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Terima kasih, Puan Speaker. Soalan saya nombor 7.

Mohamad Shafizan bin KepliPBB · GPSBatang Lupar · question

7. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah dan komitmen kerajaan untuk memperkukuh Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya dari segi penambahan peruntukan, sumber manusia dan pendidikan digital supaya lebih banyak program kesedaran dan pendidikan antirasuah dapat dilaksanakan secara meluas di seluruh negara.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan input yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan komited untuk terus memperkukuh fungsi pencegahan rasuah melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dari aspek peruntukan, pendidikan masyarakat meningkat daripada RM1.55 juta pada tahun 2024 kepada RM1.58 juta pada tahun 2025 dan seterusnya RM1.94 juta pada tahun 2026. Peningkatan peruntukan program sebanyak 23.14 peratus pada tahun 2026 berbanding tahun 2025 telah menyokong peluasan pelaksanaan Program Pendidikan dan Kesedaran Antirasuah. Walau bagaimanapun, seiring dengan peningkatan peruntukan tersebut, pelaksanaan Program Pendidikan Masyarakat turut menunjukkan peningkatan sebanyak 549 program dilaksanakan pada tahun 2024 meningkat kepada 665 program pada tahun 2025. Manakala sebanyak 507 program telah dilaksanakan sehingga 31 Ogos 2026. Program-program ini dilaksanakan kepada pelbagai kumpulan sasaran meliputi sekolah, institusi pengajian tinggi, sektor awam dan swasta, GLC, NGO serta komuniti. Dari aspek sumber manusia, SPRM sedang melaksanakan penstrukturan semula organisasi bagi memperkukuh kapasiti dan keupayaan PenMas termasuk di peringkat negeri. Audit Kendiri Penstrukturan Organisasi (AKPO) telah dilaksanakan di ibu pejabat dan SPRM negeri bagi menilai keperluan struktur dan jawatan semasa. Antara cadangan yang dikenal pasti termasuk menaik taraf gred ketua unit PenMas negeri serta menambah bilangan pegawai di Unit PenMas SPRM negeri. Dari aspek pendidikan digital, SPRM terus meningkatkan teknologi bagi memperluas capaian dan meningkatkan interaktiviti pendidikan antirasuah. Antara lain, Maccampus yang dilancarkan pada 6 Jun 2026 sebagai platform digital khusus untuk komuniti mahasiswa dengan menyediakan kandungan pendidikan antirasuah, integriti, permainan pendidikan, gamifikasi, dan media pendidikan. Selain itu, pendidikan integriti turut diperluas kepada kanak-kanak

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

melalui modul integriti Edukids iaitu buku-buku macam ini [Sambil memegang senaskhah buku] di sekolah-sekolah tersebut dan animasi “Harga Sebuah Kejujuran”. Manakala kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui DELIMa 2.0 membolehkan kandungan pendidikan integriti dan antirasuah diakses oleh murid dan guru. Pendekatan ini akan terus dilaksanakan melalui e- pembelajaran, video pendek, kuiz interaktif, media sosial dan kandungan gamifikasi yang disesuaikan mengikut kumpulan sasaran. Secara keseluruhannya, kerajaan berusaha memperkukuh PenMas melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi meningkatkan peruntukan mengukuhkan kapasiti sumber manusia dan peluasan penggunaan teknologi digital. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Terima kasih, Puan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Semalam kita mendengar Tan Sri Pengerusi dan Hulu Langat meminati Radio Klasik FM. Tetapi adakah kita tahu SPRM juga mempunyai radionya sendiri iaitu MACC FM? Jadi, pertanyaan saya kepada pihak Menteri, apakah perancangan pihak kementerian ataupun kerajaan untuk menyediakan frekuensi tetap kepada MACC FM yang telah bersiaran sejak tahun 2 Disember 2015 yang hanya bersiaran selama 12 jam sehari. Dan seterusnya, apakah mekanisme— kalau kita dengar tadi 549 program yang telah dilaksanakan sehingga 31 Ogos 2026. Apakah mekanisme kayu pengukur yang digunakan oleh SPRM untuk mengukur keberkesanan Program Pendidikan Antirasuah yang dilaksanakan khususnya dari segi perubahan sikap, tahap kesedaran dan keberanian masyarakat untuk melaporkan pelakuan rasuah? Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menetapkan petunjuk prestasi yang lebih jelas bagi memastikan peruntukan untuk Bahagian Pendidikan Masyarakat ini digunakan dengan sebaiknya pada masa yang akan datang? Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Menteri.

Terima kasih. Yang Berhormat, Radio MACC FM telah diwujudkan pada 9 Disember 2015 melalui penstriman langsung. Di peringkat awal, semakan Bahagian PenMas dengan SKMM mendapati tiada frekuensi yang boleh disediakan jika mahu bersiaran di Semenanjung Malaysia. Hanya ada di Sabah dan Sarawak.

[Bangun]

Semakan dengan pihak Telekom Malaysia juga, kos sewaan tower, menara untuk siaran frekuensi adalah tinggi. Dianggarkan dalam RM5 juta. Atas faktor masa dan kos, PenMas telah membuat kajian dengan pihak RTM, stesen radio Galaksi Muzik RTM yang menggunakan platform langsung agar platform penstriman boleh direalisasikan dan dikekalkan untuk MACC. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jerlun.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 Oktober 2026 yang melaporkan penegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa kelemahan dalam perolehan pengurusan aset dan kawalan dalaman perlu disusuli penambahbaikan tatakelola supaya perkara yang sama tidak berulang. Soalan tambahan saya di sini, bagaimanakah kerajaan memastikan pendidikan antirasuah di agensi berisiko tinggi seperti agensi penguatkuasaan disusuli pembetulan terhadap kelemahan sistem yang telah dikenal pasti, sekiranya kesalahan sama terus berulang selepas latihan dan ikrar integriti dilaksanakan?

Apakah mekanisme untuk mempertanggungjawabkan Ketua Jabatan yang gagal mengambil tindakan pembetulan? Dan yang akhir, adakah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM pernah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Law Institution (MLI) dalam program pendidikan masyarakat berkaitan integriti, tadbir urus dan undang-undang. Jika ada, nyatakan bentuk kerjasama dan kos yang dibayar oleh SPRM kepada MLI. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, mengenai kelemahan perolehan aset, sebenarnya perkara itu, tindakan telah diambil oleh SPRM. Tetapi kalau ulang-balik, tindakan yang tegas akan diambil. Ini saya difahamkan sedang dalam proses sedemikian. Pendidikan anti rasuah seperti agensi penguatkuasaan sekiranya latihan dan integriti masih diteruskan. Dia dijalankan sehingga habis dan sebagainya. Dan kolaborasi dengan pihak yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu akan diambil kira untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Datuk Dr. Nik Mohd Zawawi bin Haji Saleh, Pasir Puteh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan Pasir Puteh, nombor 8.

Nik Muhammad Zawawi bin SallehPAS · PNPasir Puteh · question

8. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah drastik pihak kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga baja antara dua peratus hingga 12 peratus dan racun sehingga 44 peratus pada Mei 2026 yang menyebabkan petani mengurangkan penggunaan input atau menangguhkan tanaman serta perincian bilangan petani, keluasan terjejas dan perubahan penggunaan mengikut tanaman dan negeri.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil perhatian akan peningkatan harga input pertanian khususnya baja dan racun perosak yang memberi tekanan kepada kos pengeluaran serta kelangsungan aktiviti pertanian negara. Kenaikan ini antaranya dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik di Asia Barat, gangguan rantaian bekalan global serta peningkatan kos bahan mentah, pengangkutan dan logistik. Berdasarkan pemantauan sehingga akhir bulan Mei 2026, harga baja telah meningkat di antara dua peratus hingga 12 peratus. Manakala harga racun perosak mencatatkan peningkatan di antara 0.5 peratus hingga 44 peratus berbanding purata harga bagi tempoh Januari hingga Mac 2026. Kadar peningkatan harga ini berbeza mengikut jenis baja, formulasi racun, jenama dan keadaan pasaran. Bagi mengurangkan kesan berkaitan dengan harga input pertanian, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah intervensi seperti berikut. Pengecualian sementara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi baja tertentu termasuk rock phosphate dan magnesium sulfate bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027. Meningkatkan insentif pembajakan kepada pesawah di bawah Insentif Pembajakan dan Penuaian Padi (IPKP) daripada RM160 kepada RM300 satu hektar bagi musim penanaman tahun 2026 dengan tambahan peruntukan kira-kira RM40 juta yang dijangka memanfaatkan hampir 200,000 pesawah. Insentif pembajakan sebanyak RM300 ini dikekalkan di bawah Bajet 2027 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Meningkatkan bantuan tunai BUDI Agrikomoditi dan BUDI Diesel Individu daripada RM300 kepada RM400 satu bulan mulai bulan April 2026 bagi membantu meringankan kos operasi kepada pengusaha yang layak. Memastikan kesinambungan bekalan baja dan racun bagi sektor tanaman makanan khususnya padi melalui saluran agihan sedia ada oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) termasuk Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SPPKP), Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SBRPB). Memperkukuh jaminan bekalan baja melalui libat urus dengan pembekal dan pengilang dengan stok sedia ada dianggarkan mencukupi sehingga akhir tahun 2026. Selain itu, di bawah Bajet 2027, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi penyaluran baja foliar serta pemulihan dana bagi kawasan sawah melebihi 10,000 hektar. Pembangunan industri kompos dan tempatan melalui penyediaan insentif bagi menyokong pembangunan industri baja organik dan kompos berasaskan sisa pertanian. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Jabatan Pertanian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta melalui projek memperkukuh ekonomi kitaran daripada sisa agromakanan bagi menggalakkan penghasilan kompos dan baja organik dari sisa pertanian dan menggalakkan pelaksanaan Pertanian Persis (precision agriculture dan regenerative) melalui peralihan pengurusan kesuburan dana secara holistik dan penggunaan teknologi tinggi termasuk penggunaan aplikasi sensor pintar, Internet benda (IoT), dron dan sistem fertigasi yang berupaya menyalurkan nutrien pada tahap yang tepat. Perenggan yang terakhir, kenaikan harga baja dan racun berasap telah meningkatkan kos pengeluaran serta memberi tekanan kepada pendapatan petani. Sehubungan itu, kementerian menggalakkan penggunaan input pertanian secara optimum dan pengurusan ladang yang cekap bagi mengawal kos pengeluaran. Walau bagaimanapun, impaknya berbeza mengikut jenis tanaman dan tahap kecekapan pengurusan ladang. Selain itu, petani juga digalakkan menggunakan baja organik dan biofertiliser bagi mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada baja kimia yang diimport serta mengurangkan kesan kos yang meningkat. KPKM setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung penangguhan aktiviti penanaman susulan kenaikan harga input pertanian.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

KPKM melalui Jabatan Pertanian (DOA) akan terus melaksanakan pemantauan rapi serta bersedia untuk menyalurkan bantuan serta sokongan berterusan kepada para petani yang terjejas. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Pasir Puteh.

Terima kasih Menteri. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya melihat jawapan yang diberi agak detailed. Cuma, apa yang ingin saya bangkitkan dalam soalan tambahan ini, realiti pengagihan baja di Malaysia ini masih bergantung kepada skim baja padi yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada semua para petani terutamanya penanam padi. Saya kira kaedah ini adalah kaedah yang berundur ke belakang. Di zaman saya duduk di kementerian, kita telah mengagihkan baja ini mengikut yang pertama, realiti tanah yang ada dalam negara kita. Tanah dalam negara kita ada tanah liat mering, ada tanah sulfat asid, ada tanah gambut, ada tanah liat perang, ada tanah glei ataupun gley soil dan tanah- tanah ini memerlukan baja yang khusus. Kalau kita agihkan melalui skim baja ini, ibarat kita bawa garam, kita cuah ke laut. Dan inilah faktor yang menyebabkan kadar pengeluaran padi negara kita menjunam turun.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Dan, soalan saya, sebab itu saya sebut tadi dalam soalan tadi, langkah yang drastik yang dibuat oleh kerajaan. Sejauh mana perkara ini dilaksanakan. Kalau jawapan yang diberikan tadi itu, dia seolah-olah balik semula kepada zaman dahulu yang menyebabkan pertanian kita akan berundur ke belakang. Jadi, saya minta komenlah penggunaan baja— sebab baja ini banyak CRF, SRF, biofertiliser, nano dan sebagainya. Baja-baja ini sepatutnya disesuaikan dengan tanah-tanah yang ada dalam negara. Sejauh mana perkara ini diambil tindakan oleh pihak kerajaan? Sekian, terima kasih.

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih kepada YB Pasir Puteh. Saya rasa soalan tadi itu dia lebih bersifat cadangan. Memang sekarang Jabatan Pertanian Malaysia akan menjalankan satu on going process iaitu soil profiling yang disebut oleh YB tadi itulah. Kerana kesemua

Datuk Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

itu sebenarnya dia actually soil profiling untuk mengenal pasti kesesuaian tanah dan jenis baja yang harus digunakan. Ini sedang ongoing, dia masih berlangsung. Cuma yang ini dia di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Tanah di bawah Jabatan Pertanian. So, yang cadangan ini memang masih sebahagian daripada apa yang kita tengah lakukan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Untuk soalan nombor 9, YB Shah Alam tidak hadir. Saya jemput Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.

[Soalan No.9 – YB. Tuan Haji Azli bin Yusof (Shah Alam) tidak hadir]

Tanah Merah. Okey. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Soalan saya nombor 10. Terima kasih.

Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah · question

9. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan pelan penggantian dan pemodenan armada helikopter operasi maritim Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), khususnya bagi menggantikan pesawat Super Lynx (skuadron ASW) dan Eurocopter Fennec (skuadron peninjau/OTHT) yang telah melebihi usia guna 20 tahun demi mengekalkan kesiagaan domain maritim negara.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan. Puan Yang di-Pertua, berdasarkan perancangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), perolehan empat buah helikopter yang berperanan dalam anti-submarine warfare (ASW) dirancang untuk dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Dan permohonan perolehan tersebut telah dikemukakan dalam rolling plan yang pertama namun masih belum diluluskan. Sehubungan dengan itu, kementerian akan melaksanakan permohonan berkenaan supaya diteruskan dalam rolling plan yang kedua. Dan pada masa yang sama TLDM dijangka akan menerima dua buah helikopter AW139 yang akan beroperasi sebagai helikopter operasi maritim (HOM) pada awal tahun 2027 di bawah kontrak sewaan helikopter di antara kerajaan dengan syarikat Weststar Aviation Sdn. Bhd. Itu sahaja jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tanah Merah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan MENHAN. Okey helikopter Super Lynx TLDM merupakan aset tempur utama peperangan antikapal selam dan antipermukaan seperti yang diterangkan tadi manakala Fennec pula bagi tinjauan maritim dan serangan ringan. Kedua-duanya telah terbukti lasak. Namun, penggantiannya di bawah CapEx RMK13 menuntut spesifikasi tempur maritim yang jauh lebih moden untuk mendepani ancaman dron canggih serta peluru berpandu rendah radar (low- observable) pada masa kini.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan?

Okey soalannya. Justeru, mohon penjelasan Timbalan MENHAN sekiranya perolehan dibuat melalui kontrak sewaan GOCOM, adakah helikopter yang dibekalkan kepada ATM itu dilengkapi dengan tiga spesifikasi tempur utama iaitu satu, sistem avionik penerbangan malam (NVG) dan berbagai cuaca. Kedua, sistem pertahanan diri pelancar chaff dan flare. Dan ketiga, sistem peperangan elektronik (EW) termasuk amaran radar dan peluru berpandu. Jika Timbalan MENHAN tak dapat info because ini spesifik, bolehlah berikan kepada saya secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan yang dikemukakan. Seperti mana yang jawapan awal saya, kita ada dua aspek yang kita lihat. Satu, anti-submarine warfare yang kita cadang untuk kita adakan penggantian menjelang rolling plan yang kedua dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Apa pun cadangan ataupun pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tanah Merah itu semua kita ambil perhatian kerana kita tahu bahawa aset ini adalah penting bagi kita untuk penggantian pada masa akan datang. Dan kalau kita lihat perancangan TLDM melalui transformasi 15-to-5, itu semua memang telah dimasukkan dalam keperluan-keperluan masa hadapan. Itu yang pertama. Yang kedua adalah kalau kita lihat AW139 ini bagi tujuan pengawasan dan juga logistik kita, ini kita akan macam saya sebut tadi, kita akan dapat aset baru menjelang tahun hadapan. Dan harus kita ingat juga Yang Berhormat Tanah Merah ya bahawa memang kita tertumpu kepada operasi maritim melalui helikopter ini. Tapi kita harus sedar juga bahawa sebenarnya apabila kita buat transformasi 15-to-5 sedikit sahaja lagi Puan Yang di-Pertua. Adalah kita melihat semua aspek-aspek yang lain juga termasuk keupayaan kapal perang kita termasuk juga sistem maklumat kita dan juga radar kita

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

termasuk sensor kita. Dan juga saya fikir antara yang penting juga adalah kita punya electronic warfare kita juga. Sebab itu kalau kita lihat kita tidak hanya tertumpu kepada satu aset sahaja. Tapi keseluruhan keperluan aset-aset ini adalah penting untuk pastikan bahawa perancangan 15-to-5 kita menjelang 2050 itu sentiasa kita integrasikan dalam memastikan keupayaan TLDM itu sentiasa memenuhi keperluan untuk kita menjaga kedaulatan dan perairan negara kita. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tebrau.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, pada Mei 2023 Kerajaan Malaysia telah memberi 18 jet daripada sebuah syarikat Korea Aerospace Industries atau KAI untuk anggaran hampir RM4 bilion. So, soalan saya senang je. Apakah status penghantaran delivery jet-jet ini dan bila kita boleh jangka kesemua jet ini akan sampai ke Malaysia? Terima kasih.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHAlor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Walaupun soalan ini mungkin tidak terkait dengan apa yang soalan asal. Tapi saya sebut tentang LCA (light combat aircraft) kita, kalau kita lihat penjadualan ya, kalau kita lihat tahun ini kita sudah mula menerima pesawat tempur kita ini light combat aircraft ini. Dan kalau kita lihat perancangan kita bersama dengan KAI itu dan saya sendiri pernah melawat pembangunan aset itu. Dia sepertimana yang telah kita rancanglah. Maknanya, kalau kita lihat perancangannya 2026 kita akan mula menerima. Dan kita pun sudah menerima dua pesawat yang terkini yang kita telah uji dan juga kita telah letakkan di Labuan itu. Tapi dalam masa yang sama, kita tahu bahawa keseluruhan daripada perancangan itu kita harap, kita dapat memenuhi jadual-jadual keseluruhan itu. Buat masa ini kalau mengikut jadual itu kita tak ada masalah untuk penerimaan aset-aset yang telah kita rancang semenjak daripada 2023 itu. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor · question

11. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan faktor dan kesan penurunan pelajar aliran sains tulen yang dilaporkan kepada sekitar 15 peratus terhadap pengisian kursus sains di universiti awam, serta tindakan bersama KPM untuk meningkatkan semula minat pelajar terhadap subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Hang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi kita ambil maklum tentang trend penurunan pelajar dalam aliran sains tulen di peringkat sekolah menengah yang dilaporkan berada pada sekadar sekitar 15 peratus. Dan trend ini memang berpotensi untuk memberi cabaran kepada ekosistem pendidikan tinggi kita. Dan berdasarkan maklumat oleh Kementerian Pendidikan, antara faktor yang menyumbang pada keadaan ini termasuklah persepsi bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik itu sukar dikuasai dan kurangnya kesedaran dalam kalangan murid atau ibu bapa serta persepsi terhadap peluang kerjaya dan juga kaitan bidang STEM dengan kehidupan sebenar. Jadi, sehubungan dengan yang demikian, kita akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan KPM untuk kita tingkatkan minat, keyakinan dan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Dan usaha ini turut disokong melalui pengukuhan kompetensi guru, kemudahan makmal, penawaran pakej STEM A di semua sekolah serta pelaksanaan pelan hala tuju pendidikan STEM 2026–2030. Selain itu, KPT juga kita ambil tindakan yang proaktif melalui peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Inisiatif Belanjawan 2026 untuk menyokong pelaksanaan Program Tuisyen STEM. Dan program ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan serta meningkatkan minat pelajar sekolah dalam bidang STEM. Salah satu komponen utama di bawah Program Tuisyen STEM ini adalah Future Digital Leaders: STEM & AI Acceleration Programme yang dilaksanakan seperti berikut. Yang pertama, program ini melibatkan 11 universiti awam yang menawarkan program pendidikan. Jadi, setiap universiti awam yang terlibat ini perlu melantik sebuah sekolah di bawah KPM sebagai sekolah angkat bagi pelaksanaan program tersebut. Dan program ini telah dilaksanakan selama enam bulan bermula dari Julai hingga Disember 2026. Dan dalam tempoh tersebut, setiap universiti awam yang terlibat perlu melaksanakan tiga kelas tuisyen, satu Program Jangkauan Luar (outreach) yang berfokuskan dalam bidang STEM. Dan dengan sasaran penyertaan seramai 3,000 orang pelajar di sekolah- sekolah angkat yang berkenaan serta terdapat 11 universiti yang terlibat Universiti

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Hang Tuah Jaya

Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dalam masa yang sama, kita juga menerusi politeknik dan kolej komuniti menawarkan laluan pendidikan komprehensif bermula peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda. Dan laluan ini membolehkan mobiliti akademik yang jelas dan progresif tanpa perlu keluar daripada ekosistem TVET. Dan ketika ini, terdapat sebanyak 699 program pengajian yang ditawarkan meliputi bidang seperti kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik, marin, teknologi maklumat, rangkaian, keselamatan siber serta industri pembuatan dan bidang- bidang lain yang bersesuaian dengan potensi serta kebolehan pelajar. Program ini sehingga 2025, enrollment semasa politeknik dan kolej komuniti telah pun mencatatkan angka seramai 103,388 orang pelajar di seluruh negara. Dan agenda “TVET for All” dizahirkan secara inklusif sebanyak 72.5 peratus ya, apabila 72.5 peratus keseluruhan enrollment pelajar semasa adalah daripada kumpulan keluarga B40. Dan terakhir, politeknik dan kolej komuniti juga sebenarnya turut berjaya memacu transisi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk aliran Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas (KSI) kepada STEM. Untuk tahun 2025, politeknik dan kolej komuniti telah melahirkan seramai 31,873 orang graduan. Daripada keseluruhan graduan ini 25,571 atau 80.2 peratus sebenarnya adalah lulusan aliran KSI.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Hang Tuah Jaya

Dan daripada jumlah graduan aliran KSI tersebut pula, seramai 7,873 orang graduan bidang kejuruteraan, 7,194 orang graduan bidang teknologi telah pun bergraduasi dengan berjaya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Hulu Selangor.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih YB Menteri atas jawapan. Cuma sepertimana yang kita sedia maklum, sekarang ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agak kerisauan apabila menyentuh pelajar-pelajar yang hendak mengambil aliran sains. Jadi, soalan saya di sini, adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan kerjasama antara universiti awam dan sekolah menengah melalui program mentor, penggunaan kemudahan makmal universiti serta pendedahan awal kepada penyelidikan dan peluang kerjaya dalam bidang sains? Terima kasih.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

[Bangun]

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua, itu tentunya exactly what we have been doing untuk dengan izin, di bawah inisiatif Belanjawan 2026. Itu yang disebut tadi. Future Digital Leaders: STEM and AI Acceleration Programme tadi. 11 universiti awam terlibat untuk laksanakan yang kita sebut dengan bahasa yang lebih mudah, tuisyen STEM untuk tujuan meningkatkan kemahiran dan juga penglibatan pelajar-pelajar ini dalam bidang STEM. Dan, ini juga untuk memastikan bahawa di setiap sekolah yang kita libatkan ini dengan adanya universiti-universiti awam yang menjadi mentor kepada mereka, maka ibu bapa dan masyarakat di sekitar sekolah-sekolah terpilih tersebut ada keyakinan bahawa setiap mata pelajaran atau setiap aliran STEM yang ditawarkan kepada anak-anak murid di sekolah tersebut ada sistem sokongan seperti universiti- universiti awam yang berada di belakang mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sri Gading.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Terima kasih Speaker. Pertama sekali lah jawapan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, kalau dikatakan tadi ada sekolah angkat daripada setiap universiti daripada sekolah menengah sedangkan minat pelajar ini dan juga perasaan mereka untuk menerima pendidikan yang dipanggil STEM – sains, matematik dan sebagainya bermula, mesti bermula daripada sekolah rendah. Jadi, apakah pandangan ataupun adakah usaha ke arah memperkenalkan universiti dengan bidang-bidang yang banyak berkaitan dengan STEM ini dibuat ke sekolah rendah supaya minat itu hadir? Itu yang pertama. Yang kedua, adakah masalah bahasa juga― sebab STEM ini kalau seingat saya lah, sebab dah tinggalkan sekolah dah lama dah, adakah masih lagi pengajian itu dalam bahasa Inggeris? Mungkin itu juga satu kekangan yang menyebabkan pelajar-pelajar ini merasa takut untuk mengambil subjek-subjek Sains. Terima kasih.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Yang pertama, untuk makluman baru-baru ini ada― bulan ini November— 19 November yang lepas ada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Untuk Bakat Sains, Teknologi dan juga Inovasi (STI) Negara Bil.1. Yang ini adalah mesyuarat yang menyelaraskan— dianjurkan oleh MOSTI dan diselaraskan bersama dengan beberapa kementerian lain termasuk KPT, Kementerian Ekonomi, KPM dan MITI. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa kita mencari jalan keluar kepada isu yang telah pun ditimbulkan dalam Dewan ini di mana kita melihat trend

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

penurunan terhadap minat pelajar dalam bidang STEM. Kita perlu pastikan bahawa tidak hanya kita melihat kepada keperluan untuk menganjurkan ataupun untuk kita melaksanakan inisiatif-inisiatif yang melibatkan KPT ataupun KPM di peringkat sekolah menengah tetapi juga sehingga peringkat umur awal termasuk pada usia di prasekolah. Ini adalah perkara yang sedang kita lihat semula untuk memastikan ada minat dalam bidang STEM dan tidak terhad hanya kepada apa yang ditawarkan oleh yang sekarang ada, tetapi sebaliknya boleh kita teroka bidang-bidang yang lebih luas di masa hadapan agar pelajar-pelajar boleh dapat pilihan yang lebih baik dan lebih banyak dan ibu bapa dapat lebih yakin. Kedua, berkenaan juga dengan yang ditanya oleh Yang Berhormat. Macam mana tadi ya Yang Berhormat? Soalan nombor 2 tu.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas] Bahasa Inggeris.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Bahasa Inggeris. Ya, ya bahasa Inggeris.

Tuan Haji Aminolhuda bin HassanAMANAH · PHSri Gading

Ya, bahasa Inggeris.

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHHang Tuah Jaya

Untuk masa sekarang, kalau kita lihat dalam kurikulum sekolah diajar dalam kedua-dua bahasa. Jadi, tak ada masalah dari sudut bahasa sepatutnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Usul Peraturan Mesyuarat 12(1).

Tuan M. Kulasegaran a/l V. MurugesonDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Ipoh Barat

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Digital bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 25 November 2026.” Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) · Sepanggar

Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2027 dan Usul Anggaran Pembangunan 2027 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa — Kepala B.48 [Jadual] – Kepala P.48 [Anggaran Pembangunan 2027] –Bill

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Kluang, YB Rantau Panjang, YB Sungai Siput, YB Bagan Serai, YB Batang Lupar, YB Sungai Besar, YB Sandakan, YB Kepala Batas, YB Pulai, YB Masjid Tanah, YB Beaufort, YB Jeli, YB Ampang, YB Jerlun, YB Kapar, YB Betong, YB Tumpat, YB Setiu, YB Bakri, YB Tanjong Karang, YB Mersing, YB Bentong, YB Temerloh dan YB Tenggara. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Puan Pengerusi. Negara kita telah menjadi negara menua sejak tahun 2021 dan dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2048. Justeru, kebajikan warga emas khususnya mereka yang tidak mempunyai sokongan keluarga merupakan isu yang semakin mendesak. Saya mohon kementerian memberi pencerahan terhadap peruntukan Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas yang meningkat kepada RM1.3 bilion iaitu 43 peratus berbanding tahun 2025 daripada kira-kira 200,000 orang penerima bantuan ini. Berapakah penerima wanita dan lelaki dan berapakah penerima di setiap negeri termasuk di daerah Kluang? Mohon statistik terperinci.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Paling penting, bilakah Rang Undang-undang Warga Emas akan dibentangkan? Kajian bagi penggubalan akta khusus warga emas telah diluluskan kerajaan pada 5 April 2019 dan selesai pada Oktober 2021. Pada Mac 2021, Menteri ketika itu menyatakan rang undang-undang ini akan dibentangkan tahun berikutnya iaitu 2022. Dan kajian tersebut selesai pada Oktober 2021. Malangnya, tiada apa- apa berlaku. Selepas Kerajaan MADANI mengambil alih, Timbalan Menteri pernah memaklumkan Dewan ini pada Mac dan Jun 2023 bahawa rang undang-undang ini akan dibaca kali pertama pada tahun 2024. Tiada rang undang-undang dibentangkan pada tahun 2024. Pada Jun 2025, Yang Berhormat Menteri mengumumkan sekali lagi bahawa rang undang-undang ini akan dibentangkan tahun depan. Pada 21 Mei tahun ini, Yang Berhormat Menteri menyatakan rang undang- undang ini akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang. Pada 6 Jun, sasarannya beralih kepada sesi September hingga Disember iaitu sesi ini. Pada 3 September, YB Menteri sendiri mengakui bahawa garis masa kita adalah tahun ini tetapi pembentangan ditangguhkan ke awal tahun depan. Akhirnya pada 7 Oktober, dalam Dewan yang mulia ini, jawapannya adalah mungkin awal tahun depan. Minggu lepas, sasarannya berubah lagi kepada selewat-lewatnya sesi kedua tahun depan.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Sejak 2019 hingga 2026, tujuh tahun telah berlalu untuk menyediakan satu rang undang-undang. Namun, kerja masih belum selesai. Peruntukan baharu RM5 juta di bawah Butiran 032500 bagi pembangunan piawaian penjagaan nasional dialu- alukan tetapi piawaian tanpa undang-undang tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan. Mohon kementerian memberikan tarikh muktamad untuk rang undang-undang ini. Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat di bawah Maksud Bekalan 48 dan Butiran 00704 – Pembaikan/Pembesaran Institut Kebajikan di bawah Maksud Pembangunan 48. Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu rumah sejahtera yang dikendalikan oleh Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia, sebuah NGO yang telah berkhidmat selama 80 tahun sejak 1946. Di Johor sahaja, terdapat 24 buah rumah sejahtera dengan 177 orang penghuni. Ini adalah statistik tahun lepas. Mohon kementerian menyatakan bilangan rumah sejahtera yang masih beroperasi seluruh negara, jumlah penghuni serta pecahan lelaki dan perempuan mengikut daerah.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Walaupun dikendalikan oleh NGO, tapak rumah sejahtera ini dimiliki oleh kerajaan. Pernahkah JKM meninjau keadaan kesemua bangunan rumah sejahtera atau tidak? Rumah sejahtera telah diwujudkan sejak tahun 1954 dan peruntukan MPKSM disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Justeru, JKM tidak boleh hanya memantau dari jauh. Rumah sejahtera di kawasan saya di Jalan Haji Manan, Kluang masih menempatkan 16 orang warga emas berumur antara 65 tahun sehingga 85 tahun. Bangunannya telah uzur. Pada 17 November lalu, dilanda banjir kilat. Pasukan bomba, APM dan PBT bertindak segera memindahkan kesemua penghuni. Peruntukan Butiran 00704 bagi pembaikan dan pembesaran institusi kebajikan pula dikurangkan daripada RM39.4 juta kepada RM17.4 juta. Adakah JKM hanya memantau atau adakah terdapat rancangan untuk membaik pulih atau membangun semula rumah sejahtera yang telah uzur? Butiran terakhir yang saya ingin bangkitkan, mohon izin Puan Pengerusi, 020400 – Institut Sosial Malaysia di bawah Maksud Bekalan dan Butiran 00900 di bawah Maksud Pembangunan. Kementerian menyatakan bahawa penjagaan warga emas memerlukan penjaga yang berkemahiran dan Institut Sosial Malaysia ialah agensi yang dipertanggungjawabkan. Namun, menurut jawapan kementerian sendiri di Dewan ini, Kursus Penjaga ISM hanya melatih 592 orang dalam tempoh enam tahun dari 2018 hingga 2023. Pada tahun 2025, kementerian merancang melatih lebih 900 penjaga institusi JKM dan 3,000 orang sukarelawan khidmat bantu di rumah. Tetapi, hanya 400 dan tujuh orang dilatih. Kira-kira 10 peratus daripada sasaran. Bagi tahun ini, sasarannya hanya 10 siri latihan sahaja. Peruntukan pembangunan ISM juga tidak dibelanjakan sepenuhnya. Pada tahun 2025, perbelanjaan sebenar hanya kira-kira RM170,000 daripada peruntukan dipinda RM7.6 juta. Peruntukan tahun ini pula dipinda daripada RM4.9 juta kepada RM1.3 juta dan kos keseluruhan projek dikurangkan daripada RM16 juta kepada RM5.9 juta.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tolong gulung.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Jadi, saya mohon kementerian menyatakan, pertama, apakah KPI ISM bagi bilangan penjaga yang dilatih dan disijilkan pada tahun 2027? Kedua, apakah status SKM Tahap 4 Pentadbiran Pusat Jagaan Orang Tua? Ketiga, bilakah pensijilan penjaga dan akan diwajibkan sama ada melalui Rang Undang-undang Warga Emas atau pindaan Akta Pusat Jagaan 1993?

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Perenggan terakhir dah Puan Pengerusi. Pada 2 Disember ini, Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan Kertas Putih persiapan Malaysia menuju negara tua di Dewan yang mulia ini. Saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bertindak dengan lebih tegas dan pantas bagi mencapai sasaran agenda negara ini. Jika tidak, mungkin kita perlu menimbangkan untuk mewujudkan sebuah kementerian khusus bagi warga emas. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Menyentuh Butiran 01900 dan 05020 berkaitan dengan Penyelarasan Bantuan Bencana dan Sukarelawan. Saya ingin penjelasan, apakah usaha yang telah dibuat untuk memastikan setiap keperluan terutama di PPS diselaraskan? Sebab ada sesetengah kawasan yang terjejas ada yang mendapat lambakan bantuan terutama daripada sektor korporat dan NGO, tapi ada yang pedalaman yang terputus bekalan kerana perhubungan yang terputus. Jadi, sejauh mana Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mengadakan sistem penyelarasan bantuan bencana bersepadu antara semua agensi yang terlibat? Begitu juga keperluan khas seperti keperluan mangsa yang sakit termasuk juga bayi, warga emas dan sebagainya. Begitu juga, apakah usaha untuk memastikan supaya tidak berlaku risiko burn out, terutama kepada pekerja-pekerja yang membantu sukarelawan? Apakah syarat kriteria yang akan dikenakan untuk mendapat elaun sukarelawan sebagaimana disebut Yang Berhormat, yang mana dalam Butiran 050200, program ini mendapat peruntukan RM525,000. Jadi, apakah syarat yang akan dikenakan kepada sukarelawan? Yang kedua Pengerusi iaitu saya ingin menyentuh berkaitan dengan Butiran 020200 berkaitan pembangunan wanita dan aturan kerja fleksibel yang mana kita semua tahu bagaimana dalam Aturan Kerja Fleksibel atau AKF yang telah diperuntukkan melalui seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955, yang mana pekerja mempunyai hak untuk memohon Aturan Kerja Fleksibel dan majikan perlu memberi

keputusan bertulis dalam tempoh 60 hari dan undang-undang ini tidak mewajibkan setiap permohonan diluluskan. Sekarang ini kita dapati 42.8 peratus wanita berada di luar tenaga buruh dan ini dikaitkan dengan tanggungjawab penjagaan ibu bapa. Jadi, sejauh mana kementerian menangani isu ini? Apakah perancangan yang dibuat terutama kerjasama dengan KESUMA untuk memastikan supaya dasar ini memberi manfaat kepada wanita yang sekali gus memberi kesan kepada pembangunan negara? Yang seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 020300 berkaitan dengan Tribunal Antigangguan Seksual dan perlindungan wanita yang mana kita dapati Tribunal Antigangguan Seksual yang dilaporkan hanya menerima 142 aduan sehingga September 2026 sedangkan kita tengok kes-kes penderaan meningkat daripada semasa ke semasa. Jadi, saya ingin tahu apakah masalah yang dihadapi? Sejauh mana keberkesanan tribunal ini? Bagaimanakah program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya kebolehcapaian mangsa melalui saluran keadilan yang disediakan oleh kerajaan? Menyentuh butiran seterusnya iaitu 020500 – LPPKN, kadar kesuburan dan kesejahteraan keluarga, yang mana kita dapati sekarang ini kadar kesuburan negara kita 1.6 anak bagi setiap wanita dan ini adalah sangat rendah. Kajian mendapati 47.2 peratus individu bujang masih mengalami— menyatakan masalah kewangan menjadi sebab mereka belum berkahwin. Ini membimbangkan lagi 63.9 peratus remaja dilaporkan mempunyai pengetahuan yang tidak mencukupi terutama berkaitan dengan kesihatan reproduktif ini. Ini menunjukkan satu benda yang berkesannya besar, tambah lagi negara kita sedang menuju negara menua. Jadi, apakah usaha dengan peruntukan yang didapati melalui LPPKN ini dengan hanya 96 – RM104.88 juta pada tahun 2027 ini? Apakah program yang dirancangkan? Adakah kerajaan akan bercadang menilai balik Program Perancang Keluarga yang sebenarnya memberi kesan yang negatif juga kepada negara terutama dari sudut untuk mengekalkan bilangan rakyat negara kita? Yang seterusnya, Butiran 030400 iaitu berkaitan dengan pemerkasaan OKU dan perkhidmatan autisme yang mana kita lihat bagaimana subsidi pembelajaran autisme kekal sebanyak RM15 juta dan manakala RM10.1 juta untuk pengoperasian pusat perkhidmatan autisme.

Saya ingin penjelasan, setakat ini berapa bilangan kanak-kanak autisme yang telah mendapat manfaat dengan taburan mengikut negeri dan daerah? Apakah kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi akses intervensi awal terutama terapi bertuturan dan terutama di kawasan luar bandar? Bagaimanakah untuk memperkenalkan perkhidmatan ini mengikut daerah untuk mengukuhkan lagi supaya kesedaran terutamanya di kalangan ibu bapa supaya tidak bergantung semata-mata hanya dengan kemampuan keluarga? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Butiran 030300 berkaitan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak dan peningkatan kes penderaan yang sebelum ini Perdana Menteri memetik hal untuk penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak.

Saya ingin penjelasan setakat ini, apakah pencapaian Jabatan Pembangunan Kanak-kanak dan setakat ini berapa jumlah kanak-kanak yang direkodkan termasuk juga yang mendapat penderaan, termasuk juga kes-kes yang melibatkan pengabaian, penderaan seksual, fizikal dan sejauh mana usaha ini telah ditangani melalui jabatan ini? Berapakah jumlah perjawatan dan pengisian sebenar pegawai pelindung kanak-kanak di seluruh dunia khususnya di peringkat daerah dan berapakah purata kes yang perlu dikendalikan oleh setiap pegawai?

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 030500. Akhir ya, iaitu Kebajikan dan Pemulihan Kanak-kanak di Institusi, yang mana kita tahu di institusi, kerajaan telah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu kanak-kanak yang malang ini. Jadi, persoalannya ini ialah sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk memastikan supaya institusi perlindungan dan pemulihan ini bukan semata-mata hanya berjaya menjaga mereka bawah pada 18 tahun, tetapi dari segi jangka panjang supaya mereka boleh memperoleh sokongan apabila kembali ke pangkuan masyarakat. Kita tidak mahu kejayaan institusi diukur semata-mata berdasarkan bilangan penghuni tetapi berdasarkan pemulihan dan tahap masa depan kanak-kanak selepas meninggalkan institusi. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin dan 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain-lain. Saya ingin membawa suara wanita yang selama ini berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya wanita dari keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, wanita orang asli dan wanita di luar kawasan bandar. Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan sesebuah kerajaan dalam membangunkan negara tidak boleh hanya diukur melalui angka pertumbuhan ekonomi tetapi juga melalui sejauh mana wanita dilindungi, dibela dan diberikan peluang untuk hidup dengan bermaruah. Ibu tunggal, bantuan bukan sekadar janji. Golongan ibu tunggal merupakan antara kelompok yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Mereka terpaksa menjadi pencari nafkah, menguruskan anak-anak dan memastikan keperluan keluarga mencukupi. Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah jumlah sebenar ibu tunggal yang menerima bantuan kewangan di seluruh negara? Berapakah peruntukan khusus untuk Program Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal? Adakah kementerian bersedia menyediakan program bantuan pendapatan yang lebih konsisten kepada ibu tunggal, miskin dan yang mempunyai tanggungan anak? Saya mahu melihat bantuan yang bukan sekadar diberikan sekali sekala tetapi mampu membantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Saya mencadangkan satu program khas Pemerkasaan Ekonomi Ibu Tunggal Sungai Siput yang merangkumi bantuan modal perniagaan, latihan kemahiran, pemasaran digital dan peluang pekerjaan. Wanita orang asli dan wanita luar bandar jangan dipinggirkan. Puan Pengerusi, sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput, saya ingin memberikan perhatian khusus kepada wanita orang asli dan wanita di kawasan luar bandar. Mereka berhadapan dengan cabaran akses kepada pekerjaan, pendidikan, kemahiran, kemudahan kesihatan dan peluang ekonomi. Ada wanita yang mempunyai kemahiran menghasilkan produk makanan, kraf tangan dan aset ekonomi komuniti, tetapi tidak mempunyai modal serta saluran pemasaran. Apakah perancangan kementerian untuk memastikan wanita orang asli diberikan peluang menyertai program keusahawanan dan pembangunan ekonomi? Saya menggesa supaya diwujudkan program pembangunan wanita secara bergerak atau outreach yang turun terus ke kampung-kampung orang asli dan kawasan pedalaman, bukannya mengharapkan mereka datang ke pejabat kerajaan.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Ketiga, keganasan rumah tangga. Berapa lamakah wanita perlu menunggu perlindungan? Puan Pengerusi, saya memandang serius isu keganasan rumah tangga dan penderaan terhadap wanita. Menurut laporan yang diumumkan pada November 2026, sebanyak 7,391 kes keganasan rumah tangga direkodkan pada tahun 2025, manakala 5,862 kes telah direkodkan sehingga September 2026. Ini bermakna, isu ini bukan perkara kecil dan tidak boleh ditangani hanya melalui kempen kesedaran. Jadi, saya ingin menanya Menteri menjawab, berapakah jumlah pusat perlindungan wanita yang beroperasi di seluruh negara? Adakah setiap daerah mempunyai akses kepada tempat perlindungan sementara? Apakah jaminan bahawa mangsa yang membuat aduan akan mendapat perlindungan segera? Adakah kementerian mempunyai perancangan memperluaskan bantuan guaman dan kaunseling percuma kepada mangsa? Saya juga ingin mencadangkan agar kemudahan perlindungan sementara dan khidmat sokongan mangsa diperkukuhkan di daerah Kuala Kangsar dan kawasan sekitar Sungai Siput. Jangan sampai seorang wanita yang berani melaporkan penderaan terpaksa pulang semula ke rumah yang membahayakan nyawanya kerana tiada tempat perlindungan. Keempat, peluang pekerjaan dan jurang ekonomi wanita. Puan Pengerusi, wanita tidak seharusnya hanya dilihat sebagai penerima bantuan. Mereka mesti diberikan peluang untuk menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Saya meminta kementerian memperkukuhkan kerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita khususnya wanita berumur 40 tahun ke atas, ibu tunggal dan wanita yang telah lama berada di luar pasaran pekerjaan. Saya juga ingin tahu apakah sasaran kementerian bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja serta memastikan wanita menerima peluang kenaikan pangkat dan pendapatan yang adil? Kelima, taska mampu milik dan sokongan kepada wanita bekerja. Puan Pengerusi, ramai wanita tidak dapat kembali bekerja kerana kos penjagaan anak terlalu tinggi. Saya mencadangkan agar kerajaan memperluaskan bantuan yuran taska kepada keluarga B40, memperbanyakkan taska komuniti dan menyediakan insentif kepada majikan yang menawarkan kemudahan penjagaan anak. Wanita tidak sepatutnya dipaksa memilih mencari nafkah dengan memastikan— antara mencari nafkah dengan memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang sempurna.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Dan terakhir, keenam, Puan Pengerusi, kesihatan wanita dan sokongan kepada penjaga keluarga. Saya mahu kementerian memberikan perhatian kepada kesihatan mental wanita, saringan kanser payudara dan kanser serviks serta sokongan kepada wanita yang menjaga ahli keluarga terlantar. Wanita yang menjaga ibu bapa uzur atau anak kelainan upaya juga memerlukan perhatian kerajaan. Jadi, saya meminta supaya bantuan kepada penjaga tidak formal diperluas termasuklah latihan penjagaan, bantuan kewangan bersasar dan sokongan emosi. Saya mahu komitmen, bukan sekadar penjelasan. Puan Pengerusi, saya ingin mengingatkan kementerian bahawa wanita tidak memerlukan sekadar ucapan penghargaan pada Hari Wanita. Mereka memerlukan dasar yang berkesan, bantuan yang sampai dan perlindungan yang benar-benar berfungsi. Saya mahu Menteri memberikan komitmen terhadap tiga perkara. Pertama, peruntukan dan program khusus pemerkasaan ekonomi ibu tunggal, wanita B40 dan wanita orang asli di Sungai Siput. Pengukuhan kemudahan perlindungan serta bantuan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga, pelaksanaan Program Pembangunan Wanita Luar Bandar dengan sasaran penerima dan tempoh pelaksanaan jelas. Saya juga meminta kementerian menyatakan berapakah jumlah peruntukan khusus pembangunan wanita bagi tahun 2027 dan berapa banyak yang benar-benar sampai kepada golongan wanita di peringkat akar umbi. Jangan jadikan wanita sekadar angka dalam laporan tahunan. Jangan jadikan ibu tunggal sekadar penerima bantuan bermusim. Jangan biarkan wanita orang asli dan wanita luar bandar terus tercicir dari arus pembangunan negara. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya ingin bicara berkenaan dengan Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat kerana sebagaimana Nabi SAW menyebut, [Membaca sepotong hadis] “Allah Taala sentiasa membantu orang yang sentiasa membantu hamba-Nya yang lain.”

Puan Pengerusi, keberkesanan bantuan JKM khususnya kepada keluarga miskin, kepada warga emas, kepada OKU, kepada mereka yang terlantar yang tidak mempunyai kemampuan untuk bergerak. Banyak sumbangan daripada JKM selama ini dalam bentuk untuk meletakkan jaringan keselamatan sosial di negara kita. Pada tahun 2025, JKM telah membelanja sebanyak RM3.1 bilion yang melibatkan 500,000 penerima. Jadi, anggaran perbelanjaan untuk 2027, Aktiviti Kebajikan Masyarakat sebanyak RM571.3 juta dan Program Sosial Ekonomi Keluarga Miskin sebanyak RM402.5 juta. Persoalannya ialah sejauh manakah bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan? Kerana mulai Januari 2026, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menggunakan kaedah PGK iaitu pendapatan garis kemiskinan, sebanyak 1,236 berkenaan dengan pendapatan isi rumah dan RM348 sebulan perkapita sebagai kriteria kelayakan bantuan.

Persoalannya, apakah penilaian ini diambil kira berkenaan dengan kos sara hidup dan juga antara perbezaan antara bandar dengan luar bandar. Pada saya, tidak cukup hanya dengan kiraan pendapatan isi rumah dan per kapita. Ia perlu dilihat secara menyeluruh kerana di sana terdapat tanggungan kepada pesakit kronik yang tak boleh bergerak. Yang keduanya, kadang-kadang anak OKU. Yang ketiga, anak ataupun warga emas yang memerlukan penjagaan yang berterusan. Saya ingin bertanya, kenapa kementerian menurunkan peratus kebolehan sokongan sosial pada kumpulan sasaran. Dulunya 100 peratus pada tahun 2025 tetapi diturunkan kepada 90 peratus sahaja pencapaiannya untuk 2027, sedangkan peruntukan JKM meningkat sebanyak empat peratus berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Adakah terdapat perubahan metodologi pengukuran ataupun jangkaan sebagai kumpulan sasaran itu yang tidak dapat dicapai oleh JKM ataupun kementerian? Persoalannya yang pertama, berapakah purata tempoh menunggu fasa permohonan antara hingga keputusan dibuat? Maksudnya, ada dari kalangan mereka nak perlukan bantuan, SOP dia berapa masa yang perlu ditentukan. Kadang- kadang kita tanya hak yang pemohon kerana dia tak tahu bila dia dapat, lama dia menunggu. Ini menjadi satu kesengsaraan kepada mereka.

Yang kedua, berapa banyak permohonan yang ditolak dan diterima bagi tempoh tiga tahun daripada tahun 2023 hingga 2025 untuk permohonan di Parlimen Bagan Serai? Yang ketiganya, apakah langkah khusus kementerian memastikan bantuan sebanyak RM402.5 juta ini untuk keluarga miskin benar-benar mencukupi dan ke arah pengurangan kadar kemiskinan di negara ini? Apakah pula strategi kita tidak mahu berbangga dengan 500,000 yang menerima bantuan sedangkan sepatutnya berlakunya pengurangan dengan kita memberikan empowerment ataupun mereka ini boleh mengusahakan supaya dapat mengeluarkan diri mereka daripada garis penerima kepada garis untuk memberi. 020200 – Pembangunan Wanita berkenaan dengan isu keganasan rumah tangga yang masih menjadi topik hangat, yang menjadi ancaman kepada wanita, kepada kanak-kanak dan juga kepada institusi keluarga. Statistik PDRM daripada Januari hingga September 2026, terdapat 5,862 kes. Ertinya, daripada Januari hingga September 2026 tahun ini sahaja, terdapat 21 kes sehari. Isu kegagalan rumah tangga ini bukan sahaja melibatkan soal penderaan fizikal, malahan kadang- kadang penderaan psikologi, penderaan emosi, keganasan seksual, ugutan, kewangan, sekatan pergerakan, penyalahgunaan teknologi untuk ugut kawal pergerakan itu sendiri. Saya mengambil maklum...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat...

...Sikit lagi. Mesti ini bincang bab wanita ini. Walaupun saya lelaki, saya pencinta wanita.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

...Kerana ibu saya wanita. Okey. Saya mengambil maklum usaha kementerian melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Dengan wujudnya Talian Kasih 15999, penyediaan perintah perlindungan kecemasan dan tempat perlindungan selamat kerana Talian Kasih hari ini menerima sebanyak 9,323 panggilan dalam tempoh 2022 hingga 2026. Persoalannya, bukan berapa banyak panggilan yang diterima tetapi berapa banyakkah kes yang berjaya dikeluarkan daripada kitaran keganasan ini kepada mendapat perlindungan kepada jangka masa panjang. Talian Kasih juga menerima di antara Januari hingga Mei 2026 sebanyak 470 keganasan rumah tangga, 406 diselesaikan dan 64 pula dalam tindakan.

Mohon penjelasan, maksud selesai itu bermaksud dia. Apakah mangsa itu sudah mendapat perlindungan dan keselamatan itu diperlukan ataupun selesai dari segi sudut pentadbiran. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Puan Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Maksud B dan P.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diperuntukkan sebanyak RM4.355 bilion untuk tahun 2027. Butiran 03100 – Sosioekonomi Warga Emas yang diperuntukkan RM1.3 bilion, jumlah ini meningkat berbanding RM1.2 bilion bagi tahun 2026. Puan Pengerusi, saya difahamkan peruntukan ini adalah bagi menampung peningkatan jumlah bantuan kepada warga emas di mana ia dijangkakan akan memanfaatkan seramai 200,000 penerima. Malaysia telah mencapai status negara menua pada tahun 2021 apabila populasi yang berusia 65 tahun ke atas mencecah lebih tujuh peratus daripada keseluruhan penduduk negara Malaysia. Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia setakat tahun 2020 di Parlimen Batang Lupar, peratusan warga emas berusia 65 tahun seramai 9.6 peratus daripada penduduk, iaitu melebihi purata nasional. Pastinya jumlah ini telah meningkat di tahun 2026. Lantaran itu, saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan berapakah jumlah penerima bantuan warga emas di bawah kementerian di Parlimen Batang Lupar, setakat tahun ini mohon maklumat bertulis mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri ataupun DUN. Saya difahamkan jumlah bantuan bulanan yang diterima adalah sebanyak RM600. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula kadar biro bantuan warga emas ataupun BWE agar lebih bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup semasa, khususnya bagi warga emas di kawasan luar bandar seperti Parlimen Batang Lupar yang tidak mempunyai pencen ataupun sumber pendapatan yang tetap. Puan Pengerusi, selain itu juga saya ingin bertanya mengenai garis masa rancangan untuk membangunkan sebuah Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu

Tuan Mohamad Shafizan Haji KepliPBB · GPSBatang Lupar

(NICE) bagi memperkukuh latihan penyelidikan dan penjagaan warga emas di Sarawak, bilakah ia nya akan dimulakan? Butiran 030800 – Bantuan Sosioekonomi Keluarga Miskin yang diperuntukkan sebanyak RM1.256 bilion bagi tahun 2027. Saya menyambut baik peruntukan ini sebagai usaha membantu golongan miskin dan rentan, meningkatkan taraf hidup serta keluar daripada kitaran kemiskinan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Parlimen Batang Lupar telah merekodkan kadar kemiskinan mutlak sebanyak 14.1 peratus setakat tahun 2024. Angka ini amat membimbangkan kerana ia menggambarkan bahawa masih terdapat sebahagian penduduk di kawasan saya yang berdepan dengan kesukaran untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah jumlah peruntukan daripada RM1.256 bilion ini yang akan disalurkan kepada Sarawak, khususnya bagi membantu kawasan Parlimen yang mencatatkan kadar kemiskinan mutlak yang tinggi seperti di kawasan Batang Lupar. Saya ingin mencadangkan agar kementerian melaksanakan pendekatan bantuan yang lebih bersasar berdasar kadar kemiskinan di setiap kawasan, di samping mewujudkan mekanisme pemantauan bagi menilai sejauh mana program sosioekonomi dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan benar-benar berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah penerima. Matlamat kita bukan sekadar membantu keluarga miskin untuk meneruskan kehidupan, tetapi memastikan mereka mempunyai peluang dan keupayaan untuk keluar daripada kemiskinan secara berdaya tahan dan berkekalan. Puan Pengerusi, sebentar tadi saya menerima satu berita sedih daripada kawasan saya, iaitu di Kampung Tebeluk. Tiga orang yang— dua orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat dilanggar sebuah lori, balik daripada Program Khatam al-Quran. Saya mohonlah pihak KPWKM untuk turun ke kawasan ini, iaitu Kampung Tebeluk melihat keperluan keluarga tersebut dari segi penjagaan mental dan sebagainya. Jadi Puan Pengerusi, sebagai kesimpulan Saya berharap agar peruntukan yang disediakan oleh kementerian dapat diterjemahkan kepada bantuan program yang lebih bersasar dengan mengambil kira keperluan sebenar golongan warga emas serta keluarga miskin khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Okey, saya terus ke Kepala B.48 Butiran 030400 berkaitan peruntukan kurang upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mendapat peruntukan RM165 juta lebih daripada RM165 juta. Tuan Pengerusi, terdapat 580 pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang wujud seluruh negara yang melibatkan 20,821 pelatih OKU yang bergantung kepada perkhidmatan Pemulihan Dalam Komuniti ataupun PDK. Ini merupakan institusi yang wujud untuk membantu anak-anak istimewa, golongan orang kurang upaya untuk mendapat pemulihan, mendapat pendidikan asas dan latihan kemahiran dalam komuniti setempat yang hari ini dikendalikan oleh seramai 583 penyelia dan 2,852 orang petugas seluruh negara. Apa yang saya nak sampaikan adalah rasa kagum saya atas nilai rasa tanggungjawab penyelia dan petugas, ada kekuatan jiwa, kekentalan emosi, mental, nilai penuh sabar, penuh tekun, penuh komitmen, penuh tenaga dan pengorbanan, memberi didikan kepada golongan kurang upaya berusia antara empat tahun hingga 30 tahun. Ada yang sehingga umur 39 tahun. Tuan Pengerusi, ini kerjaya yang sangat mencabar. Ada pelatih yang bermasalah pembelajaran, ada autisme, ada sindrom down, ada hyperactive, ada kurang upaya, ada kurang upaya deria, ada terlantar dan sebagainya. Kerja yang penuh mencabar tetapi ditekuni dengan penuh tabah, penuh kesabaran. Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu menghadapi pekerjaan seumpama ini. Malangnya Tuan Pengerusi, 580 orang penyelia dan 2,852 petugas hanya mendapat imbuhan RM1,500 sebulan untuk penyelia dan RM1,200 sebulan untuk petugas PDK. Bekerja awal pagi, jam 8 pagi hingga 5 petang. Belum lagi beban tugas penyelia yang mengurus operasi PDK, merekod program dan pelaksanaan aktiviti pemulihan, tidak termasuk aktiviti-aktiviti luar yang sangat mencabar. Imbuhan terlalu sedikit berbanding dengan tanggungjawab yang sangat besar yang dipikul dalam menjaga, membimbing golongan orang kurang upaya pelbagai kategori ketidakupayaan. Apa yang mereka perolehi jauh lagi dengan

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

penetapan gaji minimum. Pernah dengar mereka merungut atau hantar memorandum membuat tuntutan? Saya rasa tidak pernah kerana mereka bekerja dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab. Tuan Pengerusi, saya nak merujuk penjelasan kementerian yang menjelaskan PDK bukan lagi diurus oleh kerajaan. Kenapa begitu? Macam mana tegarnya kerajaan ataupun kementerian menyerahkan pengurusan kepada NGO yang berdaftar di bawah ROS. NGO ini pula Tuan Pengerusi, bukan bersifat keuntungan tetapi lebih kepada tanggungjawab membangunkan insan-insan yang kurang upaya. Penyelia dan petugas pula dianggap sukarelawan yang menerima sagu hati, bukannya pekerja kerajaan yang menerima gaji. Ini anggapan daripada kementerian. Saya kira Tuan Pengerusi tidak sesuai institusi yang mencabar ini diserah kepada NGO tetapi sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan sepenuhnya untuk menyediakan segala keperluan, peruntukan, pengurusan dan operasi serta imbuhan yang setaraf dengan kerja-kerja yang sangat mencabar di PDK ini. Bayangkan Tuan Pengerusi, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tanggungjawab yang semakin besar, tidak semua mampu menghadapi... [Tidak jelas] ini, maka saya minta JKM kaji semula pembayaran elaun kepada petugas PDK. Kalau dikata JKM hanya membantu sebahagian, maka buatlah dasar baharu untuk menaikkan kadar elaun penyelia ataupun ada sumbangan lain untuk menambah elaun mereka dari kerajaan negeri ataupun daripada mana-mana pihak yang berkaitan. Saya mencadangkan Tuan Pengerusi, elaun penyelia dinaikkan daripada RM1,500 ke RM2,000 sebulan dan petugas dijajarkan semula daripada RM1,200 ke RM1,700 sebulan. Biar sesuai dengan gaji minima yang diumumkan oleh kerajaan dan sesuai dengan kepayahan dan semangat besar mereka mendidik, membimbing, memberi ilmu kepada anak-anak kurang upaya ini. Dan saya mencadangkan PDK ini diambil tanggungjawab sepenuhnya oleh kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya membahaskan Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wang Keluarga

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

dan Masyarakat— Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan fokus kepada warga emas, anak orang kurang upaya dan juga wanita di Sandakan. Jadi, saya sangat menghargai peruntukan mengurus RM40.198 bilion dan juga pembangunan sejumlah RM157 juta. Jadi, saya juga menyambut baik kenaikan bantuan penjagaan OKU terlantar kepada RM600 sebulan, penurunan cukai penjagaan warga emas kepada enam peratus dan juga Rang Undang-undang Warga Emas. Namun, apabila saya meneliti butiran buku anggaran, beberapa angka yang membimbangkan. Yang pertama, bagi warga emas, Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas naik daripada RM1.224 bilion kepada RM1.3 bilion. Tetapi, kadar RM600 sebulan tidak dinaikkan sedangkan penerima bertambah kepada hampir 200,000 orang. Jadi, lebih membimbangkan adalah Butiran 031400 untuk PAWE hanya RM11.7 juta bagi seluruh negara, naik daripada RM350,000 sahaja. Jadi, Butiran 031500 – Home Help hanya RM24.9 juta sedangkan Sandakan sudah membuktikan PAWE berkesan. PAWE Elopura dinobatkan PAWE Cemerlang Kebangsaan 2025. Jadi, berapakah PAWE baharu akan dibuka di Sabah? Bajet ini membina dua pusat NICE di Pulau Pinang dan juga Sarawak, tapi Sabah tiada. Saya juga mendesak pusat NICE ketiga di Sabah dengan Sandakan sebagai lokasi bagi Pantai Timur. Saya juga ingin bertanya kepada— tentang KPI dalam buku anggaran, sasaran kebolehcapaian sokongan sosial kepada kumpulan bersasar diturunkan daripada 100 peratus pada tahun 2025 kepada 95 peratus pada 2026 dan 90 peratus pada 2027. Jadi, mengapakah sasaran diturunkan? Siapakah 10 peratus yang tidak akan dicapai? Saya bimbang mereka ialah warga emas di pedalaman dan juga di kampung air seperti di Sandakan. Jadi, seperti kebakaran Kampung Bahagia pada April lalu yang menyebabkan lebih 9,000 penduduk hilang tempat tinggal. Projek P.4.810900 – Depot Simpanan Keperluan Mangsa Bencana diperuntukkan RM1.3 juta. Saya juga mohon satu depot di Sandakan dan daftar warga emas serta OKU berisiko di kawasan rumah atas air. Kedua adalah berkenaan dengan anak OKU, Butiran 030900. Sosioekonomi kurang upaya hanya dinaikkan RM27 juta ataupun 2.2 peratus kepada RM1.257 bilion sedangkan bantuan penjagaan OKU terlantar naik RM100 sebulan. Jadi, apakah peruntukan ini cukup ataupun bilangan penerima akan dihadkan? Jadi, saya juga menyambut baik kenaikan 13 peratus bagi Butiran 030400

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

– PDK kepada RM165 juta dan juga peruntukan baharu RM10.1 juta bagi pengoperasian pusat perkhidmatan autisme di bawah Butiran 032600. Namun, Butiran 032400 – Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme kekal RM15 juta tanpa kenaikan. Jadi, Butiran 031600 – Taska OKU hanya RM2.7 juta untuk seluruh negara. Jadi, ibu bapa di Sandakan menunggu lama untuk diagnosis dan juga terpaksa ke Kota Kinabalu, lima hingga enam jam sehala untuk terapi. Jadi, saya mohon satu pusat perkhidmatan autisme di Sandakan di bawah Butiran 032600 – Bahagian Sabah dalam peruntukan PDK termasuk kenaikan elaun petugas PTK dan juga status tabika autisme di Sandakan dan juga kuota Sabah dalam latihan 3,000 penjaga OKU. Jadi, had pendapatan elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM2,000 sama seperti dengan gaji minimum baharu. Had ini perlu dikaitkan dengan gaji minimum supaya kenaikan gaji tidak menyingkirkan pekerja OKU dalam elaun. Jadi, ketiganya adalah berkenaan dengan wanita. Puan Pengerusi, Butiran 020200 – Pembangunan Wanita sebenarnya turun daripada RM34.2 juta kepada RM33.3 juta. Program Kasih Iftar untuk ibu tunggal hanya RM1 juta bagi 2,000 orang di seluruh negara berbanding RM3.5 juta yang diumumkan untuk 2026. Jadi, di Sandakan ramai ibu tunggal ialah penjaga utama untuk OKU dan juga ibu bapa yang uzur. Mereka memikul semua beban yang saya bangkitkan hari ini. Jadi, saya mohon kuota Sabah dalam Kasih Nita Kirana dan juga Geran Sejahtera MADANI bernilai RM200 juta serta bantuan guaman tuntutan nafkah dibawa terus ke Sandakan. Jadi, saya juga menyambut baik kenaikan subsidi ujian mamogram kepada RM9 juta dan juga saringan kanser serviks kepada RM6 juta di bawah Butiran 031800 dan juga 031900. Jadi, saya juga mohon saringan ini bergerak ke Kampung Ayer dan juga pulau-pulau di Sandakan. Jadi, seterusnya adalah keadilan untuk Sabah. Jadi, Sabah menerima RM11.6 bilion peruntukan Persekutuan. Namun butiran tidak tercecah mengikut negeri dan juga pusat-pusat baharu seperti NICE dan juga PERMATA dan juga Kurnia. Jadi, tidak ada satu pun di Sabah. Jadi, projek kod 01800 – Pusat Khidmat Setempat OKU diperuntukkan RM4 juta. Jadi, saya mohon satu pusat di Sandakan, pas komuter percuma untuk OKU tidak bermakna di Sandakan kerana kami tiada komuter. Jadi, saya mohon nilai setara melalui subsidi pengangkutan. Akhir sekali, saya mohon KPWKM membentangkan pecahan peruntukan dan penerima mengikut negeri dan daerah. Jadi Puan Pengerusi, bagi Sandakan,

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

ukurannya mudah. Adakah nenek di Kampung Ayer mendapat bantuan tepat pada masanya dan juga anak autisme di Sandakan mendapat terapi sebelum usianya enam tahun? Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2:30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Majlis dalam Jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Yang Berhormat-Yang Berhormat. Untuk sambungan perbahasan Peringkat Jawatankuasa KPWKM, dipersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.

Dr. Siti Mastura binti MuhammadPAS · PNKepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

Dr. Siti Mastura binti MuhammadPAS · PNKepala Batas

sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri berada di dalam Dewan bersama-sama. Gelombang biru hari ini. Sama-sama biru. Tuan Pengerusi, apabila kita membahaskan belanjawan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita sebenarnya sedang membahaskan satu persoalan yang dekat dengan kehidupan rakyat― bagaimanakah peruntukan negara benar-benar mampu menjamin kehidupan sejahtera kepada setiap anggota masyarakat? Justeru, Kepala Batas tegaskan bahawa kejayaan dalam belanjawan bukan diukur pada jumlah yang diumumkan, tetapi sejauh mana peruntukan ini benar-benar mengurangkan beban rakyat. Atas prinsip ini, Kepala Batas membangkitkan lima perkara. Yang pertama, 020500 – LPPKN, 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak, 031600 – Taska OKU. Hari ini ramai keluarga muda berhadapan tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar. Selepas bayar rumah, kenderaan, makanan, keperluan asas, mereka masih perlu menyediakan penjagaan anak-anak. Bagi setengah keluarga, kos taska bukan lagi perbelanjaan sampingan, tetapi faktor yang menentukan sama ada seorang ibu mampu terus bekerja ataupun terpaksa meninggalkan pekerjaan. Persoalannya, sejauh manakah peruntukan kementerian benar-benar membantu mengurangkan kos penjagaan anak kepada keluarga berpendapatan rendah dan juga sederhana? Kepala Batas cadangkan supaya subsidi yuran taska diperluas secara bersasar khususnya kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. Pada masa yang sama, Kepala Batas mencadangkan pelaksanaan program Satu Parlimen Satu Taska Komuniti Berkualiti secara berperingkat termasuklah taska OKU. Program ini hendaklah memberikan keutamaan kepada kawasan yang kekurangan kemudahan penjagaan anak-anak dengan kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga komuniti. Namun, kita tidak mahu sekadar menambah bangunan taska, tapi kita mahu taska yang selamat, mempunyai pengasuh terlatih, memenuhi standard penjagaan dan mengenakan yuran yang mampu dibayar. Kepala Batas mohon penjelasan daripada Menteri, berapakah kawasan yang masih kekurangan taska berdaftar dan apakah sasaran kementerian untuk meningkatkan akses penjagaan kanak-kanak pada tahun 2027? Jangan sampai ibu bapa terpaksa memilih antara mencari rezeki dengan memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang selamat.

Dr. Siti Mastura binti MuhammadPAS · PNKepala Batas

Seterusnya, 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, 031400 – PAWE, 031500 – Home Help. Warga emas bukan sekadar golongan yang perlu disantuni. Mereka berhak menikmati kehidupan sejahtera selepas 10 tahun menyumbang kepada keluarga dan juga negara. Namun, terdapat warga emas yang tidak mempunyai pencen, simpanan persaraan ataupun pendapatan tetap. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan warga emas, persoalannya adakah kadar bantuan sedia ada benar-benar mencukupi untuk menampung keperluan asas warga emas dalam keadaan kos sara hidup hari ini. Kepala Batas cadangkan kementerian melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap kecukupan dan liputan bantuan sedia ada termasuk mengenal pasti warga emas yang layak, tetapi masih tercicir. Berdasarkan penilaian tersebut, kerajaan wajar mengkaji mekanisme jaminan pendapatan minimum warga emas secara bersasar dengan mengambil kira bantuan sedia ada dan kemampuan fiskal negara. Pada masa yang sama, PAWE perlu diperkasakan sebagai pusat komuniti, pembelajaran, aktiviti ekonomi bersesuaian dengan kemampuan warga emas. Kepala Batas mohon penjelasan, apakah mekanisme kementerian untuk menilai kecukupan bantuan warga emas dan adakah sekadar bantuan dirancang berdasarkan peningkatan kos kehidupan? Kita tidak mahu mereka hanya membina negara akhirnya menghabiskan usia tua dalam keadaan kemiskinan dan kebergantungan. Seterusnya, 020100 – Kebajikan Masyarakat, 031000 – Sosioekonomi Warga Emas. Kepala Batas membawa perhatian Dewan dengan satu golongan yang sering terlepas pandang dalam Dasar Sosial Negara iaitu penjaga keluarga tidak formal ataupun informal caregivers, dengan izin. Bayangkan seorang anak yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu yang terlantar. Setiap hari, dia uruskan makan minum, ubat-ubatan, kebersihan, keselamatan. Dia bekerja tanpa waktu pejabat, tanpa cuti, tanpa gaji. Namun, pengorbanannya mempunyai nilai ekonomi dan juga sosial yang sangat besar. Kajian ISIS Malaysia mengenai ekonomi penjagaan turut menekankan kepentingan mengiktiraf kerja penjagaan tidak berbayar dan memperkukuhkan sokongan kepada penjaga keluarga. Persoalannya, sampai bila kerja penjagaan ini menjadi asas kesejahteraan keluarga terus dianggap sebagai tanggungjawab peribadi semata-mata? Kepala Batas ambil maklum bahawa bantuan penjagaan pesakit kronik ataupun terlantar telah pun disediakan melalui mekanisme kebajikan tertentu.

Dr. Siti Mastura binti MuhammadPAS · PNKepala Batas

Namun, bantuan tersebut belum semestinya menangani keseluruhan cabaran kehilangan pendapatan, tekanan emosi dan juga keletihan penjaga keluarga. Justeru, Kepala Batas cadangkan kerajaan mengkaji pelaksanaan elaun penjaga keluarga secara bersasar khususnya kepada penjaga utama yang terpaksa mengurangkan atau meninggalkan pekerjaan. Elaun ini perlu disokong oleh latihan penjagaan asas, perlindungan sosial serta kemudahan penjagaan sementara ataupun respite care. Kepala Batas mohon penjelasan Menteri, berapakah anggaran jumlah penjaga keluarga tidak formal yang dikenal pasti kementerian dan bilakah satu kajian kebolehlaksanaan elaun penjaga keluarga dapat dilaksanakan termasuk anggaran serta syarat kelayakan? Jangan sampai seorang terpaksa memilih antara mencari nafkah untuk keluarga dan menjaga ibu yang telah membesarkannya. Mereka yang menjaga ibu bapa juga adalah perlu dijaga oleh negara. Seterusnya, 03100, ketelusan projek. Kepala Batas mohon penjelasan berhubung peruntukan projek kerjasama awam-swasta ataupun PPP atau PFI. Berdasarkan butiran yang dirujuk, anggaran keseluruhan harga projek ialah RM347.14 juta, manakala peruntukan tahun 2027, RM70.4281 juta. Kedua-dua angka ini mempunyai maksud yang berbeza dan tidak disamakan. Apa yang memerlukan penjelasan ialah rekod perbelanjaan sebenar dan anggaran disebut pada 2025 dan 2026 masing-masing menyatakan sifar. Kepala Batas mohon kesimpulan bahawa projek tersebut tidak bermasalah. Namun, Dewan berhak mengetahui asas penyediaan peruntukan tersebut kenapa ia sifar. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas mohon tegaskan bahawa kebajikan bukan sekadar memberi bantuan apabila rakyat telah jatuh miskin. Kebajikan yang sebenar ialah membina sistem perlindungan yang memastikan rakyat tidak dibiarkan bersendirian ketika menghadapi kesusahan. Akhirnya, dengan butiran-butiran yang dikemukakan, mohon penjelasan yang semaksimum daripada Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Kepala Batas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pulai.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam MADANI.

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Pulai ingin membangkitkan Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

Peruntukan bagi program Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) meningkat sebanyak RM19.09 juta pada tahun 2027. Peningkatan ini penting untuk memperkukuh kemudahan pemulihan latihan dan sokongan kepada individu OKU, khususnya mereka yang memerlukan intervensi berterusan. Walau bagaimanapun, cabaran utama bukan sekadar menyediakan peruntukan, tetapi memastikan pusat PDK mempunyai tenaga pengajar dan petugas yang mencukupi, kemudahan yang sesuai serta program pemulihan yang berkualiti. Terdapat juga keperluan untuk memperluas akses kepada perkhidmatan PDK di kawasan luar bandar dan kawasan yang masih kekurangan kemudahan. Soalan yang Pulai ingin bangkitkan, berapakah jumlah pusat PDK yang sedang beroperasi di seluruh negara dan berapa ramai individu OKU yang menerima manfaat daripada program ini? Yang keduanya, apakah sasaran kementerian bagi meningkatkan kapasiti dan kualiti perkhidmatan PDK melalui tambahan peruntukan ini? Yang ketiganya, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk meningkatkan bilangan petugas pelatih, khususnya dalam bidang terapi, pendidikan khas dan pemulihan OKU? Yang keempatnya, apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap PDK memenuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan? Yang keduanya, Pulai ingin merujuk kepada Butiran 031000 berkenaan dengan sosioekonomi warga emas. Peruntukan bagi sosioekonomi warga emas meningkat sebanyak RM76.13 juta kepada RM1.3 bilion pada tahun 2027. Peningkatan ini menunjukkan perhatian terhadap— kerajaan terhadap kebajikan warga emas khususnya dalam memastikan golongan ini mempunyai sokongan kewangan dan sosial yang mencukupi. Namun, isu warga emas perlu dilihat lebih luas daripada sekadar bantuan kewangan. Malaysia sedang menuju ke arah Malaysia menua dan keadaan ini akan meningkatkan permintaan terhadap kemudahan penjagaan pusat penjagaan, perkhidmatan kesihatan serta tenaga kerja penjagaan warga emas. Persoalannya adalah, berapa jumlah warga emas yang menjadi menerima manfaat daripada peruntukan ini? Apakah persediaan kementerian dalam menghadapi peningkatan populasi warga emas? Apakah kementerian mempunyai

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

unjuran keperluan pusat jagaan warga emas bagi tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang? Bagaimanakah kementerian memastikan warga emas yang tinggal bersendirian, tidak mempunyai keluarga dan berada dalam terabai turut mendapat akses bantuan dan perkhidmatan penjagaan? Dan apakah perkembangan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara? Yang ketiganya adalah Pulai ingin membangkitkan atau pun merujuk kepada Butiran 031400 iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas yang mana peruntukan ini meningkat daripada RM11.35, meningkat kepada RM11.7 juta iaitu hanya meningkat RM350,000 sahaja. Pulai ingin membangkitkan berkenaan dengan gaji penyelia ini. Gaji penyelia yang diberikan adalah hanya RM1,100 dan pembantu penyelia ini adalah RM600. Memanglah hujahnya gaji penyelia ini RM1,100 kerana dia part time, tetapi dalam kita ingin mem— banyak membantu dari segi pengurusan Malaysia menua ini, Pulai merasakan bahawa perlu diberikan perhatian ini iaitu gaji penyelia ini walaupun dianggap sebagai part time, tapi sebenarnya mereka ini bekerja full time sebenarnya. Tempoh tujuh jam itu tidak mencukupi ya, dia perlu banyak lagi tugas-tugas yang dilaksanakan. Maka, sudah wajarlah kementerian melihat bahawa keperluan untuk sekurang-kurangnya gaji minimum kepada penyelia ini iaitu RM1,700. Jadi kalau bayangkan kalau di Johor Bahru, penyelia gaji RM1,100. Pertamanya terlalu sukar kita nak cari penyelia ini. Kita terlalu sukar untuk mencari penyelia ataupun pembantu penyelia ini sebab kos sudah meningkat. Jadi, di sinilah keperluan kementerian melihat semula dari segi gaji penyelia ini supaya ia nya sesuai dengan kedudukan kita yang memberikan tumpuan kepada isu menua di negara kita ini. Terima kasih Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Yang Berhormat Masjid Tanah dalam perjalanan. Yang Berhormat Beaufort.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh maksud Bekalan 48 di bawah Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas. 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya. 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain dan 032400 – Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme.

Dato’ Sri Pengerusi, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas meningkat kepada 4.1 juta orang atau 12 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun 2025 berbanding 3.9 juta pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah negara menua yang memerlukan perlindungan sosial lebih menyeluruh. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan Bantuan Warga Emas atau BWE kepada RM1.3 bilion yang bakal memanfaatkan hampir 200,000 penerima serta komitmen kerajaan untuk menggubal rang undang-undang warga emas. Namun, saya ingin menarik perhatian kementerian kepada jurang dalam mekanisme bantuan sedia ada khususnya di kawasan luar bandar seperti Beaufort. Terdapat warga emas yang tiada pendapatan sendiri, tidak menerima pencen dan tidak lagi berupaya bekerja, tetapi permohonan Bantuan Warga Emas mereka iaitu RM600 sebulan mereka berulang kali gagal. Malah, ada yang telah mencuba lebih daripada tiga kali hanya kerana mendapatkan pendapatan anak yang tinggal bersama melebihi paras garis kemiskinan atau PGK. Sedangkan anak-anak tersebut masih dalam kelompok B40 dan juga mempunyai tanggungan keluarga sendiri dan juga anak yang ramai. Persoalannya, wajarkah warga emas yang benar-benar memerlukan bantuan dinafikan kelayakan hanya kerana tinggal bersama anak yang bekerja sedangkan kemampuan kewangan anak tersebut sangat-sangat terbatas. Justeru, saya mencadangkan agar kementerian memperkenalkan skim bantuan khas warga emas sebanyak RM400 sebulan sebagai skim baharu yang melengkapi bantuan warga emas sedia ada. Skim ini disasarkan kepada warga emas tanpa pendapatan sendiri, tidak menerima pencen dan tinggal bersama anak berpendapatan rendah atau dalam kelompok B40, tetapi tercicir akibat penilaian pendapatan isi rumah. Saya turut mencadangkan supaya penilaian kelayakan mengambil kira kedudukan kewangan, jumlah tanggungan dan keperluan sebenar warga emas, bukan semata-mata berdasarkan pendapatan isi rumah atau pun status tempat tinggal. Prinsipnya jelas, tinggal bersama anak tidak bermakna seseorang warga emas mempunyai jaminan kewangan yang mencukupi. Jangan sampai mereka yang tidak— yang memerlukan terus tercicir hanya kerana anak-anak mereka bekerja,

sedangkan kemampuan kewangan keluarga sendiri sangat terbatas kerana menyara anak-anak yang ramai. Dato’ Sri Pengerusi, saya turut menghargai peningkatan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik daripada RM500 kepada RM600 sebulan dalam Belanjawan 2027. Namun, saya ingin mencadangkan empat penambahbaikan supaya bantuan ini lebih menyeluruh dan benar-benar sampai kepada keluarga yang memerlukan. Pertama, memperluas kelayakan kepada penjaga utama warga emas yang uzur dan tidak mampu menguruskan diri sendiri walaupun tidak dikategorikan sebagai OKU. Kedua, menilai semula had pendapatan isi rumah dengan mengambil kira jumlah tanggungan, kos rawatan dan perbelanjaan penjagaan pesakit. Jangan sampai keluarga yang sedikit melebihi had pendapatan terus tercicir sedangkan sebahagian besar pendapatan mereka digunakan untuk penjagaan pesakit. Ketiga, menyediakan latihan penjagaan asas serta bantuan peralatan seperti katil pesakit, kerusi roda, lampin pakai buang dan peralatan sokongan perubatan kepada keluarga yang layak. Yang keempat, memperluas perkhidmatan penjagaan sementara atau respite care supaya penjaga utama mempunyai ruang untuk berehat, mendapatkan rawatan kesihatan sendiri dan menguruskan keperluan keluarga. Dato’ Sri Pengerusi, kita harus sedar bahawa penjaga sepenuh masa juga merupakan golongan yang memerlukan perlindungan sosial. Ada yang terpaksa berhenti kerja, kehilangan pendapatan dan mengorbankan masa depan sendiri demi menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang terlantar. Justeru, saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan pendekatan penjagaan berasaskan keluarga yang lebih menyeluruh merangkumi bantuan kewangan, latihan, peralatan dan sokongan penjagaan.

Ini kerana menjaga insan yang terlantar bukan sekadar tanggungjawab keluarga, tetapi juga tanggungjawab bersama yang perlu disokong oleh negara. Dato’ Sri Pengerusi, minta masa lagi Dato’ Sri sikit. Butiran 032400 yang berkaitan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme. Saya menyambut baik inisiatif ini kerana pendidikan dan intervensi awal merupakan keperluan penting bagi anak-anak autisme untuk membantu perkembangan komunikasi, tingkah laku, kemahiran sosial dan kehidupan berdikari.

Namun, saya ingin mencadangkan supaya subsidi ini ditambah baik melalui mekanisme yang lebih inklusif khususnya bagi keluarga B40 dan keluarga berpendapatan rendah di kawasan luar bandar seperti pendalaman Sabah. Ramai ibu bapa terpaksa menanggung kos terapi pertuturan, terapi cara kerja dan pembelajaran khas yang tinggi selain berdepan kekurangan pusat intervensi berdekatan. Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya subsidi ini dikaji semula dari segi kadar bantuan diberikan secara berkala dan mengambil kira kos sebenar terapi, bukannya sekadar bantuan sekali bayar. Saya juga berharap kerajaan memperluas akses kepada pusat intervensi awal di daerah-daerah luar bandar Sabah supaya anak-anak autisme di Beaufort, Kuala Penyu dan kawasan pendalaman yang lain tidak tercicir hanya kerana kekangan jarak dan kemampuan kewangan keluarga. Jangan biarkan masa depan anak-anak autisme ini ditentukan oleh kemampuan kewangan ibu bapa mereka. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Jeli.

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Jeli bermula dengan Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Nadi kepada keaktifan sesebuah PPDK adalah terletak kepada penyelia dan petugas pusat pemulihan dalam komuniti. Mereka memainkan peranan penting membimbing serta membantu orang kurang upaya termasuk individu autisme, syndrome down, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran. Tugas mereka menuntut kesabaran, kemahiran dan pemantauan berterusan bagi membina kemahiran kendiri serta meningkatkan keupayaan pelatih. Ketika ini Dato’ Pengerusi, kadar bantuan elaun ialah RM1,500 sebulan bagi penyelia dan RM1,200 bagi petugas. Selepas potongan caruman KWSP serta PERKESO, jumlah bersih masing-masing hanyalah RM1,321.25 dan RM1,057.95. Sewajarnyalah dan amat munasabah kadar ini dinilai agar dapat dinaikkan atau disesuaikan berdasarkan beban tugas dan kos sara hidup semasa. Sejak 2018, kegiatan PPDK adalah terletak di bawah Akta Pertubuhan 1996. Penyelia dan petugas dilantik oleh pengurusan PDK dengan mendapat geran tahunan melalui JKM dan diiktiraf sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955. Oleh

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

itu, jeli ingin bertanya kepada Menteri, adakah mereka ini berhak menerima gaji minimum selaras dengan akta yang saya nyatakan sebentar tadi? Selain itu, jeli mencadangkan agar geran khas ataupun geran one-off untuk PDK bagi menyediakan alat bantu mengajar, kemudahan fisioterapi dan peralatan pemulihan. Peruntukan operasi sedia adalah untuk menampung komitmen asas menyebabkan sesetengah pusat bergantung pada dana sendiri dan sumbangan masyarakat. Kemudahan lebih lengkap akan memperkukuh mutu pemulihan dan perkembangan pelatih. Penting juga geran ini digunakan untuk penyediaan makanan yang berkhasiat untuk pelatih. Kedua, Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Malaysia sah sebagai negara menua sejak 2021 dan dijangka mencapai status negara tua menjelang 2048 apabila populasi 65 tahun ke atas melebih 14 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Dalam mendepani krisis ini, membudayakan program untuk warga emas adalah teramat perlu dengan Pusat Warga Emas (PAWE) berperanan sebagai ruang interaksi kesedaran kesihatan dan mewujudkan aktiviti komuniti yang dapat memperkukuh kesejahteraan warga emas. Berdasarkan semakkan pada Portal e- Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 219 PAWE disenaraikan di seluruh negara. Namun, maklumat yang dipaparkan turut menunjukkan terdapat pusat yang tidak memaparkan jumlah keahlian atau rekod aktiviti bagi tahun 2026. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang tahap pengoperasian, keberkesanan pemantauan dan kesinambungan aktiviti di pusat-pusat berkenaan. Sehubungan itu, Jeli memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai berapakah jumlah sebenar PAWE yang masih aktif menjalankan aktiviti setakat tahun 2026 dan berapakah jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar dan berapakah jumlah PAWE yang tidak lagi beroperasi ataupun tidak menjalankan sebarang kegiatan? Apakah mekanisme pemantauan serta pertunjuk prestasi utama yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan setiap PAWE melaksanakan aktiviti secara berkala, mempunyai pernyataan ahli yang konsisten dan mencapai objektif penubuhannya? Adakah penilaian dibuat berdasarkan bilangan aktiviti, jumlah kehadiran ahli, tahap penglibatan komuniti atau impak program terhadap kesejahteraan warga emas?

Tuan Zahari bin KechikBERSATU · PNJeli

Persoalan ini penting kerana kita semua akan mendepani perubahan ini. Usaha membudayakan program warga emas perlu diberi perhatian serius oleh kementerian dengan PAWE sebagai platform pembangunan warga emas dalam mengelakkan pengasingan sosial, mengurangkan risiko kesunyian dan memastikan warga emas terus mempunyai peranan dalam masyarakat. Ketiga, Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Mengikut Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 oleh DOSM, bilangan ibu tunggal di Malaysia adalah hampir satu juta orang. Menjadi ataupun bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh wanita. Namun jika sudah takdir, mereka akur dengan ketentuan itu dan hidup mesti diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Cabaran ibu tunggal untuk teruskan hidup, mereka berdikari menggunakan kudrat sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak dengan kos yang cukup dan menambah beban. Jeli faham, kerajaan telah pun menyediakan beberapa program dan bantuan kepada ibu tunggal seperti bantuan kanak-kanak, bantuan am Persekutuan, bantuan geran pelancaran untuk perniagaan, bantuan pada zakat negeri dan terbaharu ialah Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa). Isu yang berbangkit di peringkat bawahan Dato’ Pengerusi ialah kebanyakan ibu tunggal ini terutamanya di kawasan-kawasan yang jauh daripada jangkauan maklumat terkini. Tidak ada bantuan ataupun tidak ada satu maklumat yang boleh mereka mengetahui akan apa-apa bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka menyebabkan mereka ketinggalan daripada mendapat bantuan tersebut. Malah, ada yang mendakwa tidak pernah mengetahui pun akan kewujudan persatuan, NGO ataupun apa-apa badan yang boleh membantu dan membela mereka. Sekian Dato’ Sri, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masjid Tanah ingin membawa perhatian Dewan kepada persoalan berkenaan dengan peruntukan RM4.19 bilion ini adakah ianya benar- benar mampu memberikan pelindungan kepada keselamatan dan juga kesejahteraan wanita, kanak-kanak serta institusi keluarga di negara kita ini.

Saya merujuk pada Butiran 020200 berkenaan dengan Pembangunan Wanita. Masjid Tanah agak terkilan apabila peruntukan pembangunan wanita menurun daripada RM34.21 juta kepada RM33.34 juta pengurangan sebanyak enam peratus. Yang mana kalau kita tengok dalam angka DOSM kadar penyertaan tenaga buruh wanita pada 2025 hanya 56.6 peratus berbanding dengan lelaki 83.3 peratus. Jurangnya masih lagi besar. Jadi ramai wanita yang mahu bekerja, membantu keluarga, tapi berhadapan dengan kekangan penjagaan anak, ibu, ayah serta kos pengasuhan yang tinggi. Jadi, adakah kementerian mempunyai perancangan memperkenalkan subsidi pengasuhan anak yang lebih menyeluruh dan juga memperluaskan taska berdaftar yang mampu milik hingga ke luar bandar. Dan yang keduanya Masjid Tanah ingin menyentuh tentang Butiran 020300 – Tribunal bagi Anti Gangguan Seksual dan juga keselamatan wanita. Yang mana kita tengok meningkat peningkatan peruntukan tribunal ini hampir 24 peratus dan inginlah saya tanyakan berapa banyak aduan yang diterima sejak tribunal ini di beroperasi dan berapakah banyak kes-kes yang telah pun diselesaikan. Berapa purata tempoh penyelesaian dan berapa ramai mangsa yang benar-benar menerima pampasan yang diperintahkan? Seterusnya, Masjid Tanah ingin menyentuh di butiran ketiga. Saya telah diminta oleh Ahli Yang Berhormat Alor Setar, dia tak ada dalam Dewan ini, dia minta tolong Masjid Tanah, selamatkan kaum lelaki. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Jadi, kita tengok dalam ada laporan polis berkaitan dengan jumlah isteri ganas semakin meningkat. Belasah suami sebab lupa beli roti canai. Yang ini berlaku dekat Jelutong, jadi Ahli Parlimen Jelutong tak ada dekat sini. Jadi, kisah isteri ganas ini sebenarnya dah menjadi agak trend kerana pertambahannya agak tinggi.

Dan statistik PDRM menunjukkan kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa lelaki meningkat daripada 1,213 kes pada tahun 2023 kepada 1,865 kes pada tahun 2024, meningkat hampir 54 peratus Tuan Yang di-Pertua. Ini satu angka yang sangat membimbangkan. Tak tahulah Yang di-Pertua bimbang ataupun tidak, tapi berdasarkan data D11 Bukit Aman, sebanyak 453 kes suami didera isteri direkodkan antara tahun 2020 hingga Julai 2025.

Dekat Melaka sendiri, dekat Melaka, saya sentuh Melaka, saya tak sentuh Pahang ini Yang di-Pertua. Angka meningkat daripada dua kes tahun 2020 kepada 13 kes pada tahun 2024. Jadi, sebab itu saya tak melihat isu ini adalah satu isu yang terpencil. Ini suami pukul isteri adalah salah, isteri pukul suami juga adalah salah. Keganasan tetap keganasan, siapa pun pelakunya adalah tetap keganasan dan malang sekali apabila anak-anak menyaksikan sekiranya perkara itu berlaku di rumah. Jadi, dengan peruntukan LPPKN yang meningkat RM104.88 juta, saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian menyediakan pusat perlindungan sementara yang khusus ataupun bersesuaian untuk mangsa lelaki? Sebab kita tahu kebanyakan tempat ini disediakan untuk mangsa wanita. Kalau ada rumah untuk mangsa keganasan rumah tangga, selalunya ada banyak NGO-NGO yang memberikan peranan memberikan bantuan kepada mangsa wanita, tapi macam mana lelaki ini? Sebab lelaki kalau kita tengok, ego, minta maaf ya Yang Berhormat yang lelaki dalam Dewan ini, lelaki ini ego. Dia jadi mangsa pun, kena pukul bini pun, dia tak akan mengaku. Kena marah dengan bimbing lagi tak mengaku. Bukan bini, bukan bini— bukan dia tak takut bini, bini tak takut dia. Bini tak takut dia, tapi masalahnya kita— saya juga ingin memastikanlah ya...

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Isteri itu menakutkan.

Isteri menakutkan. Itu saya tak jawab. Itu siapa yang cakap tadi itu? [Ketawa] Jadi, saya— Masjid Tanah ingin bertanya, apakah bentuk program yang berkesan untuk kita pastikan supaya lelaki ini, maksudnya dihormati dalam rumah tangga dan sebagainya? Apakah bentuk-bentuk pengisian yang harus disambut oleh semua Ahli Yang Berhormat di kawasan-kawasan supaya dapat ditekankan? Sebab kalau benda ini, trend ini dah makin meningkat, jadi ini sebenarnya yang patut kita bimbangkan. Apakah bentuk intervensi psikologi kepada anak-anak yang membesar menyaksikan keganasan antara ibu dan ayah mereka. Sebab kalau kita— macam saya cakap tadi, dalam pertelingkahan ibu dan ayah pastinya anak yang akan menjadi mangsa. Sebab itu kalau kita tengok, kita bandingkan dengan luar negara, United Kingdom ada menyediakan saluran bantuan khusus untuk lelaki yang mengalami keganasan rumah tangga. Antaranya, Men’s Advice Line dan dekat Australia menyediakan khidmat sokongan kepada mangsa tanpa kira jantina termasuk

kemudahan cuti bergaji bagi kerja yang mengalami keganasan rumah tangga. Adakah ia dekat Malaysia terpakai untuk yang lelaki? Jadi, saya rasa itu sahaja sebab masa pun mencemburui kita, tapi jangan kita jadi mangsa keganasan rumah tangga. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kementerian Pembangunan Lelaki. Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Lelaki. [Ketawa] Berikut dipersilakan Yang Berhormat Ampang.

Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Pengerusi, izinkan saya mengalu- alukan ada lima orang anak muda Ampang yang berada dalam Dewan ini untuk meningkatkan ataupun membangkitkan ataupun memahami tentang isu wanita. [Tepuk] Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Pengerusi, peruntukan keseluruhan kalau kita lihat 2027 buat KPWKM ini diunjurkan naik 4 percent kepada RM4.36 bilion, tetapi unjuran ini hampir enam peratus kenaikan itu hanya kepada perbelanjaan pengurusan iaitu sebanyak RM4.2 bilion, tanpa sebarang sumbangan oleh perbelanjaan pembangunan yang diunjurkan jatuh 3.5 peratus kepada hanya RM157 juta. Ini satu angka yang besar sebenarnya. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri, mohon Menteri beri penjelasan tuntas terkait unjuran kemerosotan ini pada 2027. Boleh tak Menteri bagi tahu perbelanjaan pembangunan dengan unjuran penurunan ini di mana butirannya dan kenapa ianya terlalu drastik penurunannya sehingga 30.5 peratus pembangunan. Dan keduanya, peratusan kebolehcapaian sokongan sosial kepada kumpulan sasaran yang dijangka jatuh kepada 90 peratus berbanding 2025 iaitu 100 peratus dan 2026 kepada 90 peratus. Kenapakah angka-angka ini tertera di dalam buku Belanjawan? Seterusnya Dato’ Sri Pengerusi, saya ingin membawa Kepala 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Saya rasa isu yang paling besar yang perlu saya bangkitkan di sini adalah memandangkan seakan ada pertembungan di antara objektif dengan female iaitu dengan izin, Female Labour Force Participation Rate ataupun FLFPR ataupun kadar penyertaan tenaga wanita direkodkan pada 57.3 peratus bagi September 2026 dan Total Fertility Rate ataupun

TFR atau kadar kesuburan keseluruhan direkodkan pada 1.5 peratus pada tahun 2025. Persoalan ini agak menarik iaitu apakah seterusnya kita nak cari titik pertemuan ini. Kita lihat iaitu kadar penyertaan kita nak naikkan wanita dalam tenaga kerja, tetapi dalam masa yang sama, wanita itu terbeban dalam keadaan tidak— mungkin tindakannya menyalahkan wanita dalam konteks kesuburan keseluruhan. Oleh itu, saya nak bawa persoalan ini dalam konteks ekonomi penjagaan. Ampang merasakan bahawa dalam Butiran 020500 iaitu dalam LPPKN, Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain, Butiran 032500 – Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional. Kita tengok memandangkan tanggungjawab penjagaan anak, warga emas, OKU, pesakit kronik, terlantar dan sebagainya makin banyak dipikul oleh wanita sehingga penjejasan penyertaan tenaga kerja dan kesinambungan kerjaya. Jadi, saya Ampang ingin bertanya kepada Menteri, nyatakan komitmen dan peruntukan khusus untuk melaksanakan reformasi ekonomi penjagaan. Saya nampak masih belum ada lagi satu approach ataupun pendekatan yang holistik. Kita bercakap tentang nak wanita pergi bekerja, kita bercakap tentang nak pergi kepada ekonomi penjagaan, tetapi dalam konteks menyediakan satu dasar untuk menua pun kita agak kelam kabut lagi. Jadi, di situ saya mohon supaya kerajaan berikan satu komitmen apakah sebenarnya insentif-insentif yang nak dilakukan, tetapi saya nak membawa kepada Dewan ini satu isu yang besar iaitu isu tentang sistem sokongan yang paling fundamental yang sebenarnya wanita bekerja yang memerlukan iaitu taska, taman penjagaan, taman asuhan. Selalunya saya tengok adalah di sini ada RM180 yang kita bagikan subsidi kepada ibu bapa untuk anak pergi ke taska, tetapi komponen ini tidak cukup. Kita lihat sebenarnya kos untuk penjagaan anak-anak ini bukan sahaja ditanggung ataupun kalau kita bagi kepada ibu bapa, selesai, tidak. Sebenarnya kita lihat ada beberapa perkara yang perlu dibuat iaitu taska yang menyediakan perkhidmatan itu ataupun pengusaha-pengusaha ini juga perlu dilihat secara tuntas. Jadi, sektor pengasuhan awal kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan beroperasi semata-mata berdasarkan logik pasaran. Maknanya, biar sahajalah berapa kos pasaran dan sebagainya, di sudut yuran dan sebagainya, akhirnya kita bagi subsidi penjagaan anak-anak untuk kalau Lembah Klang ini RM1,300 ke RM1,500 satu kepala, terlalu mahal. Jadi, di situ saya

mengharapkan kalau boleh kerajaan serius untuk meningkatkan penyertaan wanita ini dengan melihat juga bagaimana komponen-komponen sama ada kita nak mempertingkatkan subsidi ataupun geran kepada pengusaha taska. Saya harap sangat kerajaan melihat pengusahaan taska ini ataupun early childhood education ini dengan izin, tidak dilihat sebagai satu business, satu perniagaan, tetapi dilihat dalam sudut pandang kebajikan. Itu penting. Satu minit sahaja lagi Yang di-Pertua iaitu saya ingin menyentuh butiran berkaitan dengan Butiran 020200 iaitu Pembangunan Wanita, Butiran 020400 dan sebagainya. Kali ini Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak nampak ada perincian PERANTIS dalam Belanjawan 2027. Saya nampak dulu semasa kita bercakap tentang penyertaan wanita di dalam politik, jadi Menteri menjawab bahawa kita ada kursus, tapi saya nak tanyalah, kalau ada, sebenarnya saya nak tanya berapa peratus PERANTIS telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin yang bakal masuk dalam bidang politik dan boleh menang? Saya bacakan sikit statistik perangkaan perwakilan wanita dalam empat pilihan raya yang lepas, pilihan raya negeri. Kita tengok Sabah hanya menyumbang 6.85 peratus wanita yang menang dalam pilihan raya sebagai ADUN. Johor, 17.86 peratus, Negeri Sembilan, 8.33 peratus dan Melaka, 14.29 peratus. Oleh itu, soalan saya, apakah sebenarnya keputusan konkrit kerajaan untuk melaksanakan kuota minimum 30 peratus ini dengan menggubal Rang Undang-undang Pariti Gender bagi perwakilan politik? Dan keduanya, kalau itu tidak berlaku apakah kementerian ataupun dengan kerjasama SPR akan mempelopori pendanaan politik bagi calon-calon wanita bagi memastikan parti-parti politik akan mendapat— memberikan keutamaan kepada calon-calon wanita? Itu sahaja yang ingin saya bawa. Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Jerlun.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya merujuk B.48 Bekalan 020100 – Kebajikan Masyarakat. Isu anak pelihara. Permohonan perlu mendapat kelulusan

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan sah selama tempoh dua tahun serta tambahan satu tahun lanjutan, menjadikan tempoh sebenar ialah tiga tahun. Persoalan saya di sini ialah pertama, apakah yang berlaku kepada anak pelihara selepas cukup tempoh dua tahun, tetapi proses pengangkatan belum dapat dilaksanakan atau gagal dilaksanakan oleh keluarga pelihara? Kedua, adakah KPWKM bersetuju bahawa tempoh dua tahun yang ditetapkan bagi pengangkatan secara de facto di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan [Akta 253] perlu dikaji semula? Bagi memastikan kepentingan terbaik anak pelihara khususnya apabila anak tersebut telah lama berada dalam keluarga pelihara dan telah membentuk ikatan kekeluargaan yang kukuh dan penuh kasih sayang. Isu bantuan kebajikan. Peruntukan 2026 berjumlah RM669.1 juta, manakala 2027 berjumlah RM729.6 juta. Berlaku kenaikan sebanyak RM60.5 juta. Ini satu pertambahan yang munasabah kepada klien JKM dan golongan B40 yang layak dipertimbangkan mendapat bantuan. Tentang Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 seorang sebulan bermula dari had umur 16 hingga 59 tahun. Mengapakah dihadkan umur sehingga 59 tahun selepas 2024, sedangkan kes yang didaftarkan pada tahun 2024 dan sebelumnya dikecualikan daripada mematuhi syarat had umur tersebut. Bantuan Kanak-kanak (BKK) diberikan RM250 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah dan RM200 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga ke bawah 18 tahun sehingga maksimum RM1,000 sebulan. Persoalannya, adakah kadar bantuan tersebut akan dikaji semula tanpa meletakkan had maksimum RM1,000 dengan mengambil kira kos sara hidup semasa? Adakah pemberian dinilai dengan mengambil kira kos sewa, makanan, pengangkutan dan penjagaan? Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM600 sebulan seorang, bantuan penjagaan orang kurang upaya terlantar, pesakit kronik terlantar dan pesakit kronik tidak terlantar (BPT) diberikan RM500 sebulan bagi seorang pesakit. Ketika saya turun ke lapangan di kawasan saya menziarahi warga emas pesakit terlantar, saya banyak menerima aduan daripada keluarga mereka bahawa permohonan mereka ditolak dengan alasan warga emas atau pesakit terlantar tersebut ada anak yang bekerja, yang dianggap boleh membantu ibu mereka ataupun pesakit terlantar. Sedangkan pendapatan yang diperoleh itu hanyalah cukup untuk menyara diri dan keluarganya. Ada juga rungutan bahawa permohonan mereka lambat mendapat

maklum balas sama ada berjaya atau gagal. Saya pohon isu ini dapat ditangani dengan baik. Seterusnya, 020200 – Pembangunan Wanita. Saya merujuk Program KasihnITa iaitu Program Pemerkasaan Ibu Tunggal. Pada tahun 2026, program ini diperluas ke seluruh negeri dengan sasaran 5,000 orang peserta dengan peruntukan RM3.5 juta. Untuk tahun 2027 pula, berapakah peruntukan untuk program KasihnITa ini? Program ini bukan memberikan bantuan kewangan, tetapi menyediakan ilmu dan pembangunan diri. Soalnya ialah, selepas mengikuti program KasihnITa ini, apakah perubahan sebenar terhadap pendapatan, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan hidup para ibu tunggal? Saban hari, akhbar dan media sosial melaporkan ramai ibu tunggal yang hidup dalam tekanan jiwa, kemurungan dan kecewa kerana tiada sumber kewangan untuk memfailkan tuntutan di mahkamah syariah bagi mendapatkan perintah perceraian dan hak-hak selepas perceraian seperti nafkah diri, nafkah anak dan sebagainya. Untuk mendapatkan khidmat guaman percuma terpaksa melepasi syarat- syarat yang ditetapkan oleh JBG atau YBGK. Maka, pilihan yang ada ialah khidmat guaman swasta yang sudah tentu melibatkan kos yang tinggi. Saya ingin tahu, berapa ramai ibu tunggal yang telah dibantu dari segi yuran guaman dan berapa banyak kes yang berjaya diselesaikan melalui bantuan guaman tersebut? Kod 020300 – Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS). Ini yang terakhir Tuan Pengerusi. Kerajaan telah memperkenalkan TAGS yang mana pada atau selepas 8 Mac 2024, mangsa boleh mengambil tindakan dan menuntut pampasan atau ganti rugi daripada pelaku dengan cepat, mudah dan pada kos yang minimum melalui sistem pemfailan dan pendaftaran dalam talian e-TAGS. Seperti dalam prosiding sivil di mahkamah, pengadu hendaklah membuktikan aduannya berdasarkan imbangan kebarangkalian. Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah pertama, pengadu yang terdiri daripada warga emas atau yang tinggal di luar bandar yang tiada maklumat tentang penggunaan telefon pintar, adakah pengadu boleh membuat aduan secara fizikal? Dan jika dibuat aduan secara fizikal, adakah proses itu boleh diteruskan sama seperti permohonan secara online? Kedua, TAGS hanya mendengar aduan berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan, tetapi tidak mempunyai kuasa penyiasatan. Jika terdapat unsur

jenayah, siasatan dan pendakwaan adalah di bawah Polis Diraja Malaysia. Sekiranya kes gangguan seksual dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia, pertama, bagaimanakah dengan kerahsiaan maklumat, data peribadi, keselamatan, dokumen dan bukti digital yang dimasukkan ke dalam e-TAGS? Adakah ia dimusnahkan? Yang kedua, adakah kesemua maklumat peribadi dan dokumen tersebut diluputkan secara automatik, auto delete dalam e-TAGS? Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingin membahaskan RUU Peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2027 bagi Peringkat Jawatankuasa dengan menumpukan tiga perkara keselamatan wanita, perlindungan kanak-kanak dan kesejahteraan warga emas. Peningkatan peruntukan kecil KPWKM kepada kira-kira RM4.36 bilion pada tahun 2027. Namun, persoalan yang lebih penting ialah sama ada pertambahan peruntukan ini benar-benar mengubah kehidupan rakyat yang paling memerlukan bantuan kerajaan. Saya merujuk B.48, Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, Butiran 020400 – Institut Sosial Malaysia. B.48, 031000 – Sosioekonomi Warga Emas dan PAWE. Dato’ Pengerusi, kita sering berbangga apabila kadar penyertaan tenaga buruh wanita meningkat. Memang benar kadar ini mencapai tertinggi 56.6 peratus pada suku keempat 2025. Namun, angka ini masih menunjukkan bahawa hampir separuh wanita dalam usia bekerja tidak berada dalam tenaga buruh. Kita perlu bertanya, berapa ramai wanita yang sebenarnya mahu bekerja, tapi terpaksa berhenti kerana tiada penjagaan anak yang mampu dibayar ataupun mungkin ibu bapa yang tinggal bersama, tapi tak ada orang jaga? Berapa ramai yang terpaksa meninggalkan kerjaya kerana menjaga ibu bapa atau ahli yang uzur? So, saya minta kepada kementerian memperluas pusat perlindungan sementara dan perkhidmatan sokongan psikososial kepada mangsa keganasan rumah tangga seperti yang disebutkan oleh Masjid Tanah tadi. Tak kisah lelaki ke perempuan, mempercepatkan akses kepada Perintah Perlindungan Kecemasan termasuk melalui kerjasama lebih berkesan antara JKM, PDRM dan hospital.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Saya ingin tahu, apakah sasaran kementerian bagi meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita dan apakah indikator yang akan digunakan untuk mengukur keberkesanan program pemerkasaan wanita pada 2027?

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Kanak-kanak. Satu kes penderaan pun terlalu banyak. Jadi, kanak-kanak bukan sekadar penerima bantuan. Mereka adalah amanah dan generasi yang akan menentukan masa depan Malaysia. Suku keempat 2025 sahaja, sebanyak 1,575 laporan penderaan kanak-kanak direkodkan oleh JKM, 17 laporan sehari. Itu bukannya semua yang dilaporkan. Jadi, saya minta kepada kementerian, membentangkan sasaran khusus bagi mengurangkan kes penderaan kanak-kanak pada tahun 2027, termasuk nisbah pegawai pelindung kepada jumlah kes, tempoh tindak balas terhadap laporan penderaan dan bilangan taska yang diperiksa secara berkala. Ketiga, warga emas dan golongan rentan. Bantuan yang menjaga maruah bukan sekadar kelangsungan hidup. Bagi saya mungkin— apalah akronim, BESS. Warga emas yang bermaruah, sihat, sejahtera, healthy aging, active aging. Malaysia sedang menuju masyarakat menua. Pada tahun 2022, penduduk berumur 65 tahun dan ke atas dianggarkan 8.4 peratus daripada jumlah penduduk, ini DOSM. Ini bermakna keperluan penjagaan warga emas akan terus meningkat sedangkan ramai keluarga masih bergelut dengan kos sara hidup dan kos penjagaan kesihatan. Jadi— alamak banyak lagilah Dato’ Speaker. Minta lebih sikitlah. Saya mengalu-alukan peningkatan bantuan warga emas kepada RM1.3 bilion bagi hampir 200,000 penerima pada 2027. Saya juga menyambut baik peningkatan bantuan penjagaan OKU terlantar dan penyakit kronik, RM500 kepada RM600. Namun, saya ingin mengingatkan bahawa bantuan tunai sahaja tidak mencukupi. Seorang warga emas yang terlantar memerlukan penjagaan harian, pemulihan, sokongan emosi dan akses kepada rawatan. Seorang penjaga keluarga pula mungkin terpaksa berhenti kerja untuk menjaga ibu atau bapa walaupun dia belajar sampai PhD. Jadi, kementerian perlu memperluaskan perkhidmatan penjagaan komuniti, pusat jagaan harian dan bantuan kepada penjaga keluarga. Jadi, saya— kita perlu me― apa, saya nak tanyalah. Ada ke tidak pelan yang jelas untuk melatih tenaga kerja penjagaan warga emas? Adakah kerajaan mempunyai satu yang seperti macam yang dibuat oleh Singapore ya? Respite care. Respite care itu maknanya adalah penjagaan sementara bagi nak membantu penjaga warga emas ini untuk rehat sikit ke, healing sikit ke daripada beban-beban

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

yang ditanggung selama ini. Kita melihatkan Singapore, Home Caregiving Grant sehingga SGD600 sebulan supaya penjaga dapat berehat dan terus bekerja. Melalui pendekatan federalisme kerjasama, KPWKM boleh merintis perkhidmatan respite care bersama kerajaan negeri sebagai makmal dasarlah sebelum diperluaskan kepada seluruh negara. Last sekali Pengerusi, B.020500 – LPPKN. LPPKN sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian strategik kepada cabaran kependudukan populasi (population), sementara kementerian lain melaksanakan intervensi mengikut bidang kuasa masing-masing. So, ini cerita pasal advokasi. Saya ingin menegaskan bahawa penuaan penduduk dan kadar kesuburan yang semakin rendah bukan sekadar isu kebajikan warga emas. Ini ialah cabaran kependudukan negara yang memerlukan perancangan jangka panjang. Okey, persoalannya. Apakah strategi LPPKN untuk menangani kesan jangka panjang terhadap struktur keluarga, tenaga kerja dan sistem penjagaan warga emas? Saya nak buat satu advokasi. LPPKN perlu diperkasakan. Peruntukan LPPKN perlu dilebihkan. Jadi, supaya LPPKN ini adakah bersedia menerajui satu pelan tindakan kependudukan nasional yang menghubungkan dasar kesuburan kita semakin rendah, pembangunan keluarga dan penuaan penduduk dengan sasaran serta petunjuk prestasi yang boleh diukur. Jadi, saya harapkan insya-Allah kita bukan hanya cakap ageing, kita bukan cakap hanya orang muda tak ramai, tapi kita ada satu pelan yang khusus dan kemudian inisiatif, strategi, taktik yang lain semuanya itu akan datang pelan tindakan kita. Kena ada dasar dahulu. Terima kasih Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Betong.

Salam sejahtera dan terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Bagi Maksud B dan P.48 KPWKM, Betong amat menghargai peningkatan peruntukan kebajikan negara untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan keluarga miskin. Namun, soalan utama Dato’ Sri Pengerusi, bukan sekadar berapa banyak bantuan disediakan. Tapi sejauh mana bantuan tersebut benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan khususnya di kawasan luar bandar.

Dato' Sri Pengerusi, pertama di bawah Butiran Bekalan 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin, Butiran 030900 – Sosioekonomi OKU dan 031000 – Sosioekonomi Warga Emas. Di Bahagian Betong sahaja, seramai 2,325 penerima bantuan warga emas, 957 penerima bantuan OKU tidak berupaya bekerja dan 591 penerima bantuan kanak-kanak direkodkan. Pembayaran bantuan bulanan bagi tempoh sembilan bulan telah mencecah RM24.07 juta. Namun, apabila sasaran kebolehcapaian sokongan sosial dalam Buku Anggaran 2027 diturunkan daripada 95 kepada 90 peratus, Betong ingin bertanya apakah asas penurunan sasaran ini? Adakah perubahan ini disebabkan kaedah pengukuran yang baharu atau masih terdapat 10 peratus golongan sasar yang belum berjaya kita capai? Betong mencadangkan supaya kementerian menetapkan KPI yang lebih jelas khususnya tempoh memproses permohonan bantuan, berapa peratus permohonan lengkap dapat diselesaikan dalam tempoh 30 hari dan berapa banyak yang masih tertangguh. Bagi permohonan tidak lengkap, pemohon perlu dibantu melengkapkan dokumen. Manakala, permohonan yang ditolak mesti disertakan penjelasan serta saluran rayuan yang jelas. Jangan sampai mereka paling memerlukan terpaksa menunggu tanpa kepastian, tanpa khabar. Jadi Dato’ Sri Pengerusi, kedua, kenaikan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik daripada RM500 hingga RM600 sebulan memang kita alu-alukan. Namun, apakah RM600 ini benar-benar mencukupi untuk menampung segala kos penjagaan, ubat-ubatan, lampin, pengangkutan dan pemakanan khas sedangkan ramai penjaga terpaksa berhenti bekerja untuk menjaga ahli keluarga mereka. Di Betong, seramai 265 penerima bantuan penjagaan pesakit kronik terlantar direkodkan. Betong menyarankan agar kementerian turut menilai beban kewangan dan kehilangan pendapatan penjaga seliaan memperluas latihan penjagaan asas, sokongan psikososial dan khidmat penjagaan sementara ataupun respite care. Penjaga juga perlu diberi ruang untuk berehat, Dato’ Sri Pengerusi. Bukan hanya dibebankan dengan tanggungjawab sepanjang masa. Bagi pesakit di kawasan pedalaman, lawatan rumah secara berkala juga perlu diperkukuh bagi urusan penilaian dan semakan kelayakan. Dato’ Sri Pengerusi, ketiga, Butiran 031500 – program khidmat bantu di rumah ataupun Home Help, meningkat kepada RM24.92 juta. Bagaimanakah peruntukan ini akan diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih berkesan di

Sarawak khususnya di rumah panjang yang jauh, kampung yang berselerak dan sukar diakses? Berapakah penerima aktif serta sukarelawan di Bahagian Betong dan berapa kerap lawatan dapat dilaksanakan? Betong menyarankan supaya kos perjalanan, latihan, sukarelawan dan sokongan logistik turut diberi perhatian. Jangan sampai program ini hanya berkesan di kawasan yang mudah diakses sedangkan warga emas dan OKU di pedalaman turut memerlukan perkhidmatan yang sama. Keempat, Butiran 030400 – Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK. Menerima peningkatan peruntukan kepada RM165.09 juta. Betong berharap peningkatan ini turut memperluaskan— memperkukuhkan tenaga petugas, peralatan latihan dan kemudahan pengangkutan pelatih. Kekurangan pengangkutan tidak seharusnya menjadi sebab anak-anak OKU tercicir daripada program pemulihan. Khususnya kementerian perlu menilai keperluan sebenar setiap PDK, khususnya di kawasan luar bandar dan menyediakan bantuan berdasarkan kekurangan yang dikenal pasti. Akhir sekali, Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE. Dato' Sri Pengerusi, Betong ingin menyeru kementerian agar terus memperkukuh dan memperluaskan kemudahan PAWE khususnya di kawasan luar bandar supaya warga emas mempunyai ruang yang selesa, ruang yang selamat dan kondusif untuk menjalankan aktiviti sosial, beriadah, mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta mengikuti program pembelajaran dan kemahiran baharu. Kemudahan ini bukan sekadar tempat berkumpul, tetapi yang paling penting untuk mengelakkan kesunyian, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta menggalakkan penuaan aktif dan produktif. Oleh itu, Betong berharap kementerian dapat memberi perhatian kepada penambahan PAWE, melengkapkannya dengan kemudahan yang bersesuaian serta memastikan program yang dilaksanakan benar-benar memenuhi keperluan warga emas agar mereka terus menikmati kehidupan yang bermaruah, sihat dan berkualiti selaras dengan tema sambutan kebangsaan tahun ini, “Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni.” Golongan warga emas sentiasa dimuliakan, disayangi dan diberi ruang untuk terus menyumbang buah fikiran dalam komuniti. Tan Sri Pengerusi, peruntukan yang besar mesti disertai dengan penyampaian yang pantas, mudah diakses dan benar-benar dirasai oleh rakyat. Golongan rentan bukan sekadar angka dalam statistik, mereka memerlukan bantuan yang tepat pada masanya, sokongan yang berterusan dan sistem kebajikan yang tidak membiarkan sesiapa tercicir. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Silakan Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Butiran 030300. Tumpat mohon kementerian menjelaskan sasaran untuk tahun 2027 pematuhan standard keselamatan di taska dan pusat jagaan mengikut negeri termasuk saringan, latar belakang pengasuh, latihan wajib serta pengawasan premis. Adakah kementerian mempunyai sistem penarafan keselamatan taska seperti contohnya QR code ataupun portal tertentu di pusat jagaan yang boleh disemak oleh ibu bapa secara digital termasuk status pendaftaran terkini, audit keselamatan dan tindakan pembetulan? Tumpat mencadangkan pemerkasaan suara kanak-kanak dengan melibatkan penyertaan perwakilan berkadar kanak-kanak secara sistematik dan advokasi untuk laporan pelan aktiviti kanak-kanak di peringkat Parlimen dengan penyertaan wakil daripada semua sekolah rendah dan menengah dan pemantauan oleh pegawai pembangunan kanak-kanak di bawah JKM dan PPD secara bersama. Majlis yang ada pada hari ini perlu diperkemaskan dan ditambah baik. Suara kanak- kanak tentang buli, keselamatan dan kebajikan mestilah mempunyai saluran yang boleh membawa kepada tindakan. Butiran 030800 di bawah LPPKN, khidmat untuk ibu hamil dan suri rumah, kesihatan mulut ibu mengandung dan ibu lepas bersalin dan sebagainya daripada kesihatan reproduktif. Saya ingin mengingatkan Dewan bahawa kita pernah mencadangkan supaya peruntukan diberikan dan menawarkan insentif sokongan dengan rawatan percuma termasuk peralatan, pergigian kepada ibu hamil dan bersalin kerana ini besar manfaatnya kepada ibu dan keluarga. Tumpat juga khuatir dengan syarat 40 tahun ke atas menyebabkan ramai ibu wanita terlepas subsidi ujian mamogram. Suri rumah tak kira umur tidak mempunyai majikan yang menyediakan saringan kesihatan tahunan. Mereka bergantung kepada inisiatif sendiri daripada suami. Mohon agar suri rumah dilindungi secara automatik tanpa terikat kepada had umur yang kaku. Jika kanser dikesan awal, kos rawatan jauh lebih rendah. Ia juga menyelamatkan seorang ibu menjadi tunjang sebuah keluarga dan kita mencadangkan supaya KPWKM memperkenalkan satu kerangka nasional iaitu

sistem sokongan daya tahan rumah tangga di mana sistem ini mesti melihat kepada dua perkara. Pertama, dasar dan kaedah penilaian impak keluarga. Semua program yang dibuat oleh kerajaan dan juga dasar mesti melalui family impact assessment supaya dalam pekerjaan, perumahan, pengangkutan, pendidikan dinilai bukan hanya berdasarkan kepada kesan biasa tetapi juga kesan kepada masa dan kos penjagaan dan kestabilan keluarga. Di bawah Butiran 031500. Sistem sokongan keluarga perlu digerakkan secara komuniti dan juga kerajaan. Bolehkah KPWKM memperuntukkan dana rintis meluaskan khidmat home help dan perwujudan sukarelawan gantian berjadual dalam komuniti iaitu respite care group supaya penjaga keluarga mendapat waktu rehat yang terancang tanpa mengabaikan keselamatan orang yang berada di bawah jagaan mereka? Matlamat kita adalah membina budaya keluarga dan komuniti saling menyokong, bukan membiarkan keluarga menghadapi beban penjagaan secara bersendirian. Butiran 032200 – Pusat Sokongan Sosial Setempat. Tumpat mencadangkan kementerian membangunkan kajian ke arah national family care support index dengan izin, sebagai KPI kebangsaan untuk mengukur penglibatan ahli keluarga, pembahagian tanggungjawab dan penjagaan dan kekuatan jaringan sokongan komuniti. Tuan Pengerusi, Butiran 030900. Tumpat ingin bertanya adakah hari ini kerajaan bersedia untuk tampil dengan kemajuan teknologi. Hari ini bukan hanya sepatutnya pihak JKM membekalkan kerusi roda biasa, tapi juga boleh mula membenarkan penggunaan ataupun bantuan kerusi roda yang mempunyai bateri lithium-ion yang ringan dan tahan lama. Harganya kini tak sama hal dulu. Seorang OKU yang sebatang kara yang tinggal di kampung, jauh daripada pasar dan klinik, sangat terbantu dengan kerusi roda elektrik. Ia memberikan kebebasan bergerak tanpa bergantung kepada orang lain setiap masa. Maka, Tumpat memohon agar kementerian menyediakan pilihan kerusi roda elektrik lithium- ion selain model manual bagi membantu sosioekonomi OKU. Kita juga bergerak ke arah dalam kenderaan elektrik. Adakah kerajaan akan bercadang untuk mencadangkan insentif hijau bagi kenderaan EV bagi OKU berdaftar dan mempunyai suatu dasar mobiliti inklusif yang memastikan stesen pengecas EV, parkir, laluan akses dan kemudahan pengangkutan benar-benar boleh digunakan oleh OKU secara jimat dan selamat?

Di bawah 020100. Tumpat mencadangkan agar kerajaan memperkatakan sistem bakti, iaitu bantuan, akreditasi, kompetensi, tanggungjawab dan insentif suatu sektor dan skim khas untuk pekerja sosial tapi di kalangan ahli keluarga yang akan menyediakan latihan penjagaan asas dan khusus, akreditasi kemahiran, bantuan bersasar, perlindungan sosial, sokongan psikososial serta respite care. Pengalaman menjaga ahli keluarga wajib diiktiraf sebagai kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pensijilan dan kembali ke alam pekerjaan. Di bawah Butiran 032500 – Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional. Untuk warga emas, Tumpat mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu program induk iaitu national public accessibility audit dengan penglibatan persatuan OKU, warga emas, universiti, NGO dan profesional. Audit ini mestilah melalui semua laluan kerusi roda, lif, tandas OKU, parkir, pengangkutan awam dan keselamatan. Hasilnya perlu dipaparkan melalui public accessibility dashboard, kerana kita perlukan ini untuk warga emas, untuk OKU dan juga orang sakit. Tak boleh hanya pihak kerajaan yang buat kerana takkan cukup masa dan tenaga. Jadi, kita mengharapkan ini dapat dibuat. Dan, saya yang terakhir ialah Tumpat mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan bantuan bersasar kepada rumah-rumah yang memerlukan penambahan pembaikan untuk warga emas sebagai satu sokongan kepada mereka ini untuk menempatkan keluarga mereka yang telah pun mencapai usia yang lebih tua. Dan di bawah tribunal 020300, kini terdapat peningkatan kekasaran juga terhadap lelaki di samping wanita. Maka, mungkin terdapat keperluan untuk pihak kerajaan mengkaji kewujudan Akta Kesaksamaan Gender bukan hanya untuk melindungi wanita tapi juga lelaki. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Berlaku pertambahan peruntukan untuk 2027, iaitu sebanyak RM52.31 juta. Perkara pertama, di bawah butiran ini berkaitan birokrasi dalam permohonan bantuan JKM. Pada masa ini, rakyat miskin yang memohon bantuan membaik pulih

rumah melalui agensi berkaitan sering disyaratkan berdaftar sebagai penerima bantuan JKM terlebih dahulu. Ini menyebabkan pertindihan proses dua kali kerja dan rakyat yang susah terpaksa menunggu lebih lama untuk melalui proses siasatan kelayakan berasingan. Sedangkan fungsi butiran ini sendiri ialah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kebajikan. Saya mencadangkan agar pemohon miskin yang telah disahkan layak menerima bantuan baik pulih rumah disepadukan datanya dan didaftarkan secara automatik sebagai kelayakan JKM tanpa perlu melalui permohonan berulang. Soalan saya, adakah kementerian bersetuju melaksanakan penyelarasan data dan pendaftaran automatik ini mulai 2027? Yang kedua, minta JKM naikkan kadar maksimum bagi bantuan baik pulih rumah. Sekarang ini saya dimaklumkan RM8,000 sahaja. Sesuai dengan peningkatan kos bahan binaan sekarang ini. Butiran seterusnya Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin, kekal pada RM402.5 juta. Tiada sebarang pertambahan walaupun kos sara hidup semakin meningkat. Ramai penerima bantuan JKM tinggal di rumah yang terlalu uzur dan tidak selamat, namun JKM tidak menguruskan bantuan baik pulih atau bina rumah baharu kerana ia di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan KPKT.

Akibatnya, keluarga miskin terpaksa berulang-alik memohon secara berasingan dan menunggu lama. Soalan saya, pertama, mengapakah peruntukan butiran ini tidak dimasukkan tidak dinaikkan pada 2027? Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan bantuan kecemasan kediaman untuk keluarga JKM yang kritikal? Kedua, apakah mekanisme rujukan pantas antara JKM dengan KKDW dan KPKT supaya keluarga JKM yang tinggal di rumah uzur mendapat keutamaan membina rumah atau baharu tanpa birokrasi berulang. Butiran seterusnya, Butiran 032000 — Anjung Singgah. Berlaku peruntukan tahun 2027 kekal pada RM4.5 juta. Anjung Singgah ini hari ini lebih tertumpu kepada gelandangan di bandar tetapi di luar bandar ada keluarga B40 yang tiada rumah sendiri. Mereka menumpang di tanah orang atau rumah saudara dan tidak layak menerima bantuan bagi bina rumah kerana tiada lot tanah. Saya mencadangkan kementerian memperluaskan konsep Anjung Singgah ini dengan menyediakan penempatan sementara khusus untuk B40 ini tanpa tanah,

untuk keluarga B40 yang tidak mempunyai tanah sebelum mereka memperolehi kediaman tetap. Soalan saya, adakah kementerian bersedia merintis pusat perlindungan sementara ataupun rumah transit konsep Anjung Singgah ini untuk B40 yang tidak ada tanah di luar bandar dengan kerjasama kerajaan negeri yang menyediakan tanah? Yang keempat, masalah Butiran 032400 – Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme dan Butiran 032600 – Pusat Perkhidmatan Autisme di mana sekolah harian biasa tidak dapat memberikan pembelajaran khusus untuk autisme. Cikgu yang ada tidak mahir. Biasa cikgu layan budak-budak ini macam kanak-kanak lembam sedangkan tidak begitu. Kekangan kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa menghantarkan tempat swasta, sebab mahal, contoh di Besut sahaja, ada satu sahaja dan mahal. Kedua, yuran untuk autisme di swasta ini, tiga hingga lima petang, dua jam sehari, dua hingga lima petang kena bayar RM600 sebulan. Untuk mendaftar anak ke pusat terapi biasa, ibu bapa hanya boleh menghantar pada hujung minggu, Jumaat atau Sabtu sahaja. Ringkas cerita bahawa ibu bapa perlu membelanjakan perbelanjaan yang lebih untuk menghantar anak ke pusat autisme swasta ini sedangkan ada di kalangan mereka yang di kalangan B40. Yang akhir sekali Tuan Pengerusi, 00704, saya mencadangkan supaya menambahkan peruntukan untuk PPDK. Yang akhir sekali, 0300400 iaitu berkait dengan Elaun Penyelia PPDK dan Elaun Penyelia PAWE. Minta cadang— saya cadang supaya dinaikkan. Yang akhir, NGO, tiga kali akhirlah, Pengerusi. Yang ketiga, masalah penyakit pesakit HIV. Tidak ada pusat yang menerima penempatan khusus untuk orang-orang yang menghidapi penyakit HIV ini. Rumah kebajikan tak nak terima, NGO tak nak terima. Jadi, kementerian dicadangkan supaya menyediakan satu tempat yang khusus untuk mereka. Sekian, terima kasih

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Dato’ Sri Dr. Pengerusi. Butiran 032500 – Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional. Menurut unjuran DOSM,

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

menjelang tahun 2036, kira-kira 10 tahun lagi, 15 peratus daripada penduduk Malaysia akan berumur 60 tahun ke atas. Bayangkanlah Dato’ Sri, seorang ibu warga emas pulang dari hospital selepas stroke dan masih memerlukan bantuan untuk mandi serta bergerak. Pada masa yang sama, anak-anak perlu kembali bekerja sambil menjaga keluarga dan anak-anak yang mungkin masih kecil lagi. Jadi, apabila keluarga cuba mencari perkhidmatan penjagaan, mereka perlukan maklumat, mereka perlu tahu sama ada sesebuah pusat penjagaan itu berdaftar dan penjaganya sama ada terlatih atau tidak, untuk memenuhi keperluan ibu warga emas itu. Itulah jaminan yang perlu diberikan oleh Piawaian Penjagaan Nasional. Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat merekodkan bahawa 391 daripada 808 pusat jagaan yang dikunjungi KKM semasa pandemik adalah, dan status tidak berdaftar. Presiden AGECOPE pula berkata, proses kelulusan kadangkala boleh mengambil masa 12 hingga 18 bulan. Saya cadangkan supaya JKM menyelaraskan proses semakan di antara PBT, bomba dan jabatan kesihatan melalui satu permohonan dalam MyKendiri dengan tempoh keputusan dan alasan yang jelas. Pusat yang belum berdaftar perlu diperiksa. Jika memenuhi syarat keselamatan asas, saya rasa tiada alasan bahawa kita melambat-lambatkan proses tersebut. Maka, saya berharap JKM boleh membantu mereka untuk melengkapkan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan. Jika keadaan di pusat itu membahayakan warga emas, JKM perlu bertindak segera untuk mengaturkan tempatan sementara jika perlu. Dato’ Sri Dr. Pengerusi, selepas sesebuah pusat itu didaftarkan, keluarga juga perlu tahu tahap jagaan yang mampu disediakan. Seksyen 20 [Akta 802] mewajibkan pengendali berlesen memastikan penjaga adalah terlatih dan penghuni dinilai oleh profesional kesihatan. Pada 5 Oktober tahun ini, KKM dalam memaklumkan bahawa akta ini masih belum berkuat kuasa. Antaranya adalah kerana kekangan tenaga kerja dan kapasiti penguatkuasaan. Selepas lebih lapan tahun saya rasa kelewatan ini tidak boleh diterima. Tempoh peralihan lima tahun bagi pusat berdaftar yang layak hanya bermula apabila akta ini berkuat kuasa. Saya meminta supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia segera

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

mengeluarkan satu jadual masa yang menyatakan tarikh kuat kuasa, bilangan pegawai yang diperlukan dan bilakah mereka boleh ditempatkan. Dato’ Sri Dr. Pengerusi, Belanjawan 2027 menyediakan lebih daripada RM40 juta untuk melatih 8,000 peserta dalam beberapa bidang penjagaan. Apabila keluarga tadi sekiranya mereka tidak berpilih untuk menghantar ibu warga emas tadi ke pusat penjagaan, antara pilihan mereka adalah mengupah seorang penjaga. Dalam keadaan ini, mereka perlu tahu keadaan di mana penjaga itu berkemahiran atau tidak? Sama ada kemahiran yang dimiliki itu telah dinilai dan disahkan. Sebab itu, saya meminta supaya kementerian menyeragamkan latihan mengikut jenis jagaan dan melaksanakan daftar kebangsaan yang sudah digariskan dalam pelan tindakan kementerian supaya penjaga-penjaga yang memenuhi syarat termasuklah mereka yang bekerja sendiri atau bekerja sebagai bekerja secara freelance perlu diberikan nombor pendaftaran supaya sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menyemak kelayakan penjaga-penjaga ini.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Dan saya cadangkan nombor pendaftaran penjaga, iaitu ID yang boleh disemak oleh siapa yang memerlukan perkhidmatan ini termasuklah bagi penjaga yang bekerja freelance yang saya sebut tadi termasuk sesuatu saluran aduan secara berpusat. Dato’ Sri Pengerusi, Butiran 31400 – Pusat Aktiviti Warga Emas atau lebih dikenali sebagai PAWE. Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara pada Disember 2025 merekodkan bahawa liputan PAWE di 170 daripada 222 kawasan Parlimen. Justeru, kemudahan yang dekat dengan rumah, pengangkutan yang mampu dibayar dan akses untuk warga emas kurang upaya perlu dipertimbangkan seperti yang dinyatakan dalam panduan Bandar Mesra Usia Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sebagai perbandingan kasar, bagi penduduk berumur 65 tahun ke atas, Malaysia mempunyai satu PAWE bagi setiap 12,000 hingga 13,000 orang warga emas berbanding dengan satu lokasi aktif aging centre bagi sekitar 3,100 orang di Singapore. Saya cadangkan supaya KKM menguji sasaran awal, iaitu satu lokasi aktiviti bagi setiap 5,000 penduduk berusia 60 tahun ke atas dengan mengambil kira masa perjalanan dan pengangkutan awam. Ini merangkumi PAWE tetap dan juga lokasi PAWE@3A yang menawarkan aktiviti berkala. Selain itu, PAWE patut menjadi ruang

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

komuniti yang inklusif selaras dengan matlamat JKM untuk mengeratkan hubungan antara generasi, kaum dan agama. Di Jerman, pusat komuniti pelbagai generasi telah menyediakan offener treff iaitu ruang pertemuan yang terbuka kepada penduduk pelbagai umur dan latar belakang. Pada 2025, pemantauan terhadap 526 pusat telah menunjukkan bahawa ruang ini dibuka secara purata 36 jam seminggu. Saya cadangkan supaya PAWE yang sedia ada menetapkan waktu...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat. Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

...Ya, ini dah paragraf terakhir dah. Saya cadangkan PAWE sedia ada menetapkan waktu setiap minggu untuk membuka ruang yang mesra kerusi roda kepada penduduk setempat. Warga emas boleh memimpin kegiatan seperti berkebun sambil berkongsi kemahiran dan membina hubungan dengan jiran daripada pelbagai generasi, kaum dan agama. Kegiatan berkala seperti ini memberi warga emas— memberi sebab untuk keluar daripada rumah dan kekal aktif. Apabila kemahiran mereka dihargai, mereka juga dapat terus memainkan peranan dalam komuniti. Akhirnya, di Bakri saya meminta supaya Menteri menyatakan bilangan warga emas yang menyertai aktiviti PAWE mukim Bakri di Batu 6 bagi setiap bulan sepanjang 12 bulan lalu serta kampung dan taman yang diliputi. Nyatakan juga lokasi PAWE baru bagi 2027...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

...dan pecahan peruntukan antara PAWE tetap dan PAWE@3A.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya perasan ya tiap-tiap kali Yang Berhormat bercakap, you are always dengan izin, take double the time.

[Dewan ketawa]

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Minta maaf Dato’ Sri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya minta siapa yang mengaturkan ucapan Yang

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Berhormat itu get to the point. Saya boleh bagi seminit, dua minit tetapi kalau kata you times two but yang lain itu bagaimana? Ambil maklum.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Minta maaf Dato’ Sri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Baik, dipersilakan— terima kasih Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tanjong Karang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Butiran 03100 – Sosioekonomi Warga Emas yang memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion yang mana ini meningkat berbanding tahun 2026 daripada RM1.26 bilion bagi membela nasib kira-kira 200,000 warga emas yang memerlukan bantuan kelangsungan hidup. Tuan Pengerusi, di kawasan luar bandar seperti Tanjong Karang, kami mempunyai komposisi warga emas yang agak ramai serta sangat bergantung kepada jaringan keluarga dan komuniti setempat. Peruntukan ini amat kritikal dan wajar disokong kerana ia menjadi tulang belakang kepada tiga teras utama yang berikut. Yang pertamanya adalah bantuan kewangan bulanan dan wang saku menjamin kelangsungan hidup golongan warga emas rentan yang tiada simpanan KWSP atau pencen termasuk memperluas liputan bantuan RM600 bagi mendepani tekanan kos sara hidup. Yang kedua, pusat aktiviti dan sokongan komuniti. Bagi memperkasa prasarana penuaan aktif atau active aging yang kita kenali sekarang sebagai PAWE agar warga emas kekal sihat dan produktif sekali gus mengurangkan beban serta kos rawatan akut di hospital kerajaan. Yang ketiga adalah ekosistem penjagaan atau care economy menyokong pusat penjagaan dan latihan pekerja jagaan melalui pelepasan cukai yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun. Penurunan cukai perkhidmatan daripada lapan peratus kepada enam peratus serta lebih RM40 juta untuk latihan tenaga penjaga. Tuan Pengerusi, semua langkah ini merupakan persediaan awal kita untuk menuju status negara menua atau aging nation. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berumur 60 tahun ke atas dijangka

mencecah 15 peratus atau sekitar 5.6 juta warga emas menjelang tahun 2030. Mengambil kira unjuran 2030 tersebut kita bakal berdepan dengan tiga cabaran getir. Yang pertama, lonjakan kos kesihatan dan penyakit metabolik. Keperluan rawatan jangka panjang akan meningkat dengan begitu ketara sekali akibat beban penyakit tidak berjangkit atau noncommunicable diseases dan gangguan metabolik seperti diabetes, hypertension dan masalah kardiovaskular. Sekiranya kita hanya merawat komplikasi pada peringkat lewat, kos akut akan melonjak dengan mendadak. Pencegahan awal melalui kawalan kesihatan metabolik, amalan gaya hidup sihat serta sokongan di peringkat komuniti adalah kunci penjimatan kos rawatan jangka panjang. Yang ketiga, jurang simpanan persaraan. Ramai pencarum KWSP mempunyai baki simpanan yang rendah, mewujudkan risiko kemiskinan hari tua khususnya dalam kalangan pekerja informal, petani, nelayan di kawasan luar bandar. Yang ketiga adalah penyusutan nisbah tenaga kerja. Nisbah sokongan pekerja aktif kepada warga emas atau old age dependency ratio semakin menyusut. Bermakna kumpulan tenaga kerja yang lebih kecil bakal menanggung beban ekonomi dan sosial populasi berusia yang semakin membesar. Tuan Pengerusi, justeru persoalan penting daripada Tanjong Karang kepada Yang Berhormat Menteri. Yang pertamanya, sejauh manakah kemampuan fiskal kerjaan untuk menampung pembiayaan sosial ekonomi warga emas menjelang unjuran 15 peratus pada tahun 2030? Dan bagaimana pencegahan penyakit metabolik serta noncommunicable diseases diintegrasikan sebagai strategi penjimatan fiskal jangka panjang? Yang kedua dan yang terakhir, apakah perancangan konkrit jangka panjang— kementerian dalam mendepani tekanan negara menua termasuk bagi kawasan luar banar seperti Tanjong Karang dalam mengimbangi bantuan kebajikan dengan pemerkasaan— ekosistem ekonomi penjagaan atau care economy? Sekian, terima kasih. Tanjong Karang mohon menyokong. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Mersing. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Waalaikumussalam.

Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Pertama, saya merujuk Butiran B. 032500 – Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional (Care Economy atau Aging).

Berdasarkan unjuran DOSM, Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030. Saya mengambil maklum peruntukan 2027, sebanyak RM5 juta bagi pembangunan piawaian penjagaan nasional. Justeru, saya mohon kementerian menjelaskan tiga perkara. Pertama, apakah skop piawaian yang akan dibangunkan? Adakah ia merangkumi pusat jagaan warga emas, pusat jagaan OKU, perkhidmatan penjagaan di rumah serta penjagaan berasaskan komuniti? [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Kedua, adakah piawaian ini turut merangkumi aspek kompetensi, latihan, pensijilan profesional, nisbah penjaga kepada penerima jagaan serta mekanisme pemantauan kualiti perkhidmatan? Kita perlu memastikan sektor penjagaan bukan sahaja menyediakan perkhidmatan berkualiti tetapi turut menawarkan laluan kerja kepada profesional dengan pendapatan dan perlindungan sosial yang sewajarnya kepada tenaga kerja sektor ini. Ketiga, apakah sasaran keberhasilan, garis masa dan mekanisme pelaksanaan yang ditetapkan pada tahun 2027, khususnya dalam menyokong Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2026-2030 dan RMK13? Adakah kerajaan turut mempertimbangkan pembangunan satu kerangka penjagaan jangka panjang yang bersepadu melalui kerjasama antara KPWKM, KKM dan pihak berkepentingan yang lain? Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 031500 – Home Help. Program khidmat bantu di rumah atau home help merupakan pendekatan penting dalam merealisasikan konsep ageing in place yang membolehkan warga emas turut

menjalani kehidupan di kediaman sendiri tanpa terlalu bergantung kepada institusi penjagaan. Pendekatan ini amat relevan di kawasan luar bandar seperti Mersing apabila anak-anak berhijrah untuk bekerja di kawasan bandar dan manakala ibu bapa masih menetap di rumah di kampung. Program ini dilaporkan telah membantu lebih 9,000 warga emas dengan penglibatan kira-kira 2,000 sukarelawan terlatih. Bagi tahun 2027, peruntukan meningkat sebanyak 6.5 peratus daripada RM23.4 juta kepada RM24.92 juta. Persoalannya, adakah peningkatan peruntukan dan kapasiti program ini seiring dengan pertambahan populasi warga emas serta keperluan penjagaan mereka? Justeru, saya mohon kementerian menjelaskan tiga perkara: Pertama, berapakah jumlah dan nisbah sukarelawan aktif kepada penerima manfaat mengikut negeri dan daerah termasuk Mersing serta sasaran peluasan liputan bagi tahun 2027? Kedua, adakah kementerian mempunyai pangkalan data khusus bagi mengenal pasti warga emas yang tinggal bersendirian terutama mereka yang uzur, berpenyakit kronik atau tidak mempunyai penjaga tetap? Ketiga, adakah kementerian bercadang menyemak kadar sagu hati sukarelawan serta menyediakan perlindungan insurans kemalangan sepanjang mereka menjalankan tugas? Tan Sri Pengerusi, ketiga, Butiran B.020500 – LPPKN. Saya menyambut baik peruntukan RM7 juta bagi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BUAI) pada tahun 2027 dengan sasaran membantu 2,000 pasangan melalui subsidi rawatan IUI. Namun, tidak semua pasangan sesuai menjalani rawatan IUI, manakala kos rawatan IVF yang tinggi menjadi penghalang kepada pasangan berpendapatan rendah dan sederhana. Justeru, saya mohon kementerian menjelaskan lima perkara. Pertama, apakah keberhasilan Program BUAI sejak diperkenalkan termasuk jumlah penerima manfaat, kadar kejayaan kehamilan serta bilangan kelahiran hidup dan kos purata rawatan? Kedua, apakah asas klinikal dan pertimbangan fiskal yang menyebabkan subsidi buai hanya tertumpu kepada rawatan IUI dan tidak merangkumi IVF? Ketiga, adakah kementerian bersedia memperkenalkan subsidi IVF secara bersasar kepada pasangan berpendapatan rendah dan sederhana yang gagal melalui rawatan IUI atau memerlukan IVF berdasarkan penilaian klinikal?

Keempat, adakah kementerian bersedia menyemak semula syarat kelayakan buai yang menetapkan pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 sebulan atau umur isteri di bawah 37 tahun? Kelima, apakah perancangan kementerian untuk memperluas akses perkhidmatan subfertiliti LPPKN termasuk mempertimbang sekurang-kurangnya dua pusat perkhidmatan bagi setiap zon serta kerjasama dengan klinik kesihatan, hospital kerajaan dan klinik swasta sebagai panel saringan awal dan rujukan khususnya bagi penduduk luar bandar serta Mersing? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya mulakan ucapan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran guru besar, guru-guru dan murid-murid SJK(C) Sin Hua dari Parlimen Rasah ke Parlimen Malaysia. Selamat datang. Saya mewakili YB Rasah. Rajin dia bawa orang ke Parlimen.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih.

Baiklah. Puan Pengerusi, Bentong ada beberapa perkara ingin dibangkitkan dalam Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Antaranya yang pertama ialah Bentong terus merujuk kepada B.48 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak dengan peruntukan RM9.88 juta. Adakah terdapat kerjasama silang kementerian dalam perkara ini. Contohnya antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan supaya objektif sebenar butiran ini dicapai? Adakah butiran ini turut merangkumi pembangunan taska atau pusat transit anak-anak bagi kakitangan awam? Dan adakah ada perancangan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak kakitangan awam di Bentong? Bentong juga merujuk B.48 020200 – Pembangunan Wanita. Peruntukan 2027 menurun kepada RM33.3 juta berbanding RM34.2 juta pada 2026, iaitu pengurangan kira-kira sebanyak RM870,000. Bentong sedikit sangat terkilan dengan penurunan ini. Soalan Bentong, adakah ada subsidi atau inisiatif untuk penjagaan anak bagi ibu yang mahu bekerja semula terutamanya kakitangan awam?

Ucapan Belanjawan 2027 perenggan 191 menyatakan RM20 juta disediakan untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan. Tiada butiran dan maksud jelas dalam peruntukan ini, namun Bentong mengalu-alukan perkara ini. Petugas barisan hadapan kita termasuklah kakitangan kesihatan dan keselamatan yang bekerja syif perlu pastikan anak-anak mereka berada di tangan yang selamat. Dengan itu, mereka dapat bekerja dengan lebih tenang dan prestasi kerja juga meningkat. Bentong juga mencadangkan supaya taska atau pusat jagaan ini beroperasi mengikut waktu kerja syif para penjawat awam kita. Puan Pengerusi, seterusnya Bentong meneliti B.48 030400 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Peruntukan bagi butiran ini meningkat daripada RM146 juta kepada RM160 juta iaitu tambahan sebanyak RM19 juta. Bentong menyokong penuh peningkatan ini, namun kita perlu berterus-terang. Jika kadar geran per kapita tidak dinaikkan, pertambahan peruntukan ini dikhuatiri hanya menambah bilangan pelatih tetapi belum tentu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan. Kos operasi seperti imbuhan atau kos therapist, sewaan premis dan utiliti semuanya naik. Bak kata pepatah, biar berpadan dengan keperluan agar pusat ini benar-benar berfungsi sebagai wadah pemulihan yang berkualiti. Justeru, Bentong di bawah Butiran― persoalan Bentong di bawah butiran ini ialah— Pertama, berapakah kadar geran per kapita semasa bagi setiap pelatih PDK dan adakah kadar tersebut akan dinaikkan pada tahun 2027? Kedua, berapakah jumlah pelatih PDK di Bentong pada ketika ini dan berapa ramai yang masih menunggu giliran untuk ditempatkan? Ketiga, adakah kementerian merancang menambah bilangan therapist cara kerja, therapist pertuturan dan fisioterapi? Anak-anak OKU ini memerlukan sesi terapi secara berkala dan berterusan dan bukan hanya sekadar sekali setahun. Dan kita umum mengetahui kos therapist ini sangat mahal dan antaranya memakan hingga RM1,000 ke RM2,000 setiap bulan bagi setiap keluarga. Puan Pengerusi, B.48 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, mencecah RM1.3 bilion. Namun, matlamat kita bukan hanya sekadar kita nak menyalurkan bantuan tetapi memastikan warga emas kekal sihat, aktif dan juga turut terlibat dalam komuniti. Di sinilah peranan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang menjadi sangat penting. Malangnya di bawah B.48 031400, peruntukan untuk PAWE hanyalah RM11.7 juta bagi seluruh negara. Dengan kenaikan sebanyak RM350,000 sahaja ini,

jika diagihkan kepada seluruh negara, Pertambahan ini hampir tidak memberikan perbezaan yang ketara bagi setiap pusat. Justeru, Bentong ingin bertanya: Pertama, berapakah kadar geran operasi bagi setiap cawangan PAWE pada ketika ini dan adakah geran tersebut bakal dinaikkan? Kedua, apakah kementerian mempunyai perancangan mewujudkan PAWE satelit di kawasan pedalaman seperti Pelangai dan Sabai di kawasan Bentong agar warga emas di kawasan tersebut tidak tercicir dalam akses perkhidmatan. Ketiga, merujuk B.48 031500 – Program Home Help yang diperuntukkan RM24.9 juta, berapakah jumlah penerima manfaat di Pahang dan bagaimanakah warga emas di Bentong boleh disenaraikan untuk menerima perkhidmatan ini? Puan Pengerusi, yang terakhir yang perkara membimbangkan Bentong ialah penurunan peruntukan bagi infrastruktur dan institusi kebajikan. Di bawah P.48 00704 – peruntukan bagi Pembaikan Institut Kebajikan Sedia ada turun kepada RM17.4 juta daripada anggaran dipinda 2026 sebanyak RM39.4 juta. Begitu juga di bawah P.48 00503, peruntukan bagi Rumah Seri Kenangan turun kepada RM12 juta daripada anggaran dipinda 2026 sebanyak RM31.5 juta.

Persoalannya, struktur demografi negara kita sedang berubah dan penduduk kita sedang semakin menua. Dalam keadaan keperluan penjagaan warga emas semakin meningkat, mengapa peruntukan bagi kedua-dua butiran ini dikurangkan dengan begitu ketara? Mohon penjelasan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri. Sekian. Itu sahaja daripada Bentong. Bentong menyokong.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Pertama, 030400. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menjadi pusat penjagaan OKU dan pusat yang melahirkan golongan OKU yang lebih berdikari, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Temerloh mengambil maklum peruntukan PDK meningkat daripada RM146 juta kepada RM165 juta iaitu

pertambahan RM19 juta. Di Temerloh, terdapat tiga PDK yang telah lama beroperasi iaitu PDK Mentakab, PDK Felda Bukit Damar dan PDK Taman Bahagia. Dalam perbahasan pada 28 November 2024, Temerloh pernah membangkitkan keperluan bantuan operasi PDK termasuk penyediaan makanan pelatih, aktiviti pemulihan dan program mingguan. Isu elaun petugas sekitar RM1,200 sebulan sebelum potongan KWSP juga masih memerlukan perhatian. Pertama, daripada RM165 juta peruntukan PDK, berapakah jumlah yang diperuntukkan kepada Pahang dan berapakah yang diterima oleh tiga PDK di Temerloh? Adakah kementerian bercadang meningkatkan geran operasi PDK dan menyemak semula elaun petugas serta penyelia supaya lebih setimpal dengan beban tugas mereka? Adakah geran khas boleh disediakan kepada PDK kendalian NGO bagi membantu pembayaran gaji KWSP dan PERKESO? Belanjawan 2027 menyebut usaha menaik taraf 15 PDK kepada pusat terapi khas. Adakah PDK di Temerloh atau Pahang termasuk dalam senarai tersebut? Apakah kriteria pemilihan dan jadual pelaksanaannya? Adakah kementerian menyediakan peruntukan khusus untuk menaik taraf premis kemudahan pusat aktiviti NGO OKU, termasuk status cadangan menaik taraf pusat aktiviti PERTIS, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Pahang di Simpang Mambang Berulang— Temerloh yang memberi tumpuan kepada kebajikan, pendidikan, dakwah dan pembangunan golongan OKU penglihatan, Islam. Yang kelima, apakah usaha kementerian mengenal pasti OKU yang belum berdaftar khususnya di luar bandar? Adakah kementerian bersedia membangunkan program pendidikan Al-Quran Braille yang lebih tersusun, lengkap dengan peruntukan, sasaran peserta dan KPI? Kedua, 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) daripada RM97 juta kepada RM105 juta. Berdasarkan statistik DOSM, Temerloh merekodkan 381 kes penceraian pada tahun 2024, manakala Pahang mencatatkan 3,524 kes. Di peringkat negara, sebanyak 60,416 kes penceraian direkodkan pada tahun 2025 termasuk 47,944 kes melibatkan pasangan Islam. Adakah LPPKN mempunyai kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan mahkamah syariah bagi mendapat data penceraian yang lengkap serta menyelaras usaha intervensi keluarga? Apakah program khusus LPPKN di Temerloh dan seluruh negara untuk membantu pasangan yang menghadapi konflik rumah

tangga? Berapakah jumlah pasangan yang menerima kaunseling dan berapa ramai yang berjaya diselamatkan rumah tangga mereka? Ketiga, memandangkan Badan Pendamai Keluarga LPPKN mengendalikan 236 kes sehingga Ogos 2026, tetapi hanya 31 pasangan atau 13.1 peratus berjaya didamaikan, apakah penilaian kementerian terhadap keberkesanannya dan apakah langkah penambahbaikan? Adakah penilaian dibuat berdasarkan jumlah peserta sahaja atau turut mengukur kestabilan keluarga, pengurangan konflik dan peningkatan kemahiran keibubapaan? Apakah KPI kementerian dalam usaha mengurangkan kadar penceraian negara? Kerana melibatkan perlindungan anak- anak. Ketiga, 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Temerloh ingin menekankan bahawa bantuan kebajikan tidak seharusnya sekadar menyelesaikan keperluan jangka pendek, tetapi perlu menjadi laluan keluar daripada kemiskinan. Adakah kementerian mempunyai pendekatan bersepadu untuk mengenal pasti keluarga miskin yang turut mempunyai tanggungan OKU, warga emas dan pesakit terlantar supaya bantuan mengambil kira beban penjagaan mereka? Bagaimanakah penerima bantuan JKM dihubungkan dengan program latihan kemahiran, pekerjaan dan keusahawanan? Saya mencadangkan kerjasama lebih tersusun dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia, MARA, TEKUN dan agensi pembangunan usahawan bagi membina laluan ekonomi kepada keluarga miskin...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Yang terakhir, 031400 – PAWE. Saya mengambil maklum peruntukan PAWE meningkat. Persoalannya, apakah status terkini usaha menyelesaikan isu premis dan kemudahan PAWE Mentakab? Adakah kementerian bercadang menyediakan premis yang lebih selesa, selamat, mesra warga emas? Seterusnya, akhirnya saya ingin mencadangkan supaya kementerian mempertimbangkan kerjasama antara PAWE dengan pondok moden dan institusi pendidikan Islam sebagai rakan strategik pembangunan warga emas. Dalam menghadapi negara menua, keperluan warga emas bukan sekadar kesihatan fizikal, bantuan kewangan, tetapi juga pengisian rohani, pendidikan agama, persahabatan serta aktiviti sosial. Adakah kementerian bercadang menyediakan insentif kewangan, geran aktiviti atau bantuan peralatan kepada institusi yang melaksanakan program

pembangunan warga emas terutama pondok moden? Bolehkah diwujudkan program perintis pondok moden mesra warga emas di Temerloh melalui kerjasama PAWE Mentakab dengan institusi pondok tempatan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

Auzubillahi minas’ shaitan nir’rajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi bagi ruang kepada Tenggara bahas Rang Undang-undang Perbekalan 2027, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sebagai pembahas terakhir ini Puan Pengerusi, saya ada lima poin. Harapnya Puan Pengerusi bagilah chance.

Boleh. Boleh.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Satu minit.

Oh, terima kasih Puan Pengerusi. Tenggara ingin membawa lima perkara untuk perhatian dan penjelasan pihak kementerian. Pertama, Butiran 00503 – Rumah Seri Kenangan, RM12 juta; Butiran 00704 – Pembaikan/Pembesaran Institusi Kebajikan Sedia Ada, RM17.44 juta. Perbelanjaan mengurus naik kepada RM4.198 bilion, tetapi perbelanjaan pembangunan secara langsung merosot ketara daripada RM225.80 juta pada tahun 2026 kepada hanya RM157.03 juta pada tahun 2027. Penurunan hampir RM68.7 juta. Peruntukan untuk Rumah Seri Kenangan turun daripada RM31.5 juta kepada RM12 juta. Peruntukan pembaikan dan pembesaran institut kebajikan sedia ada dipotong lebih separuh daripada RM39.4 juta kepada hanya RM17.44 juta. Soalan Tenggara. Adakah penurunan mendadak ini bermakna semua facility dan rumah perlindungan kebajikan kita di seluruh negara sudah berada dalam keadaan tip-top atau ada projek naik taraf yang terpaksa ditangguhkan? Jangan sampai bangunan kebajikan kita daif, baru kita kelam-kabut mencari peruntukan. Keduanya, Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, RM1.3 bilion; Butiran 032500 – Pembangunan Piawaian Penjagaan Nasional, RM5 juta. Tenggara sambut baik peningkatan peruntukan di bawah program khusus ini. Namun, dalam kita bersiap sedia menuju negara tua, isu pokok di lapangan ialah birokrasi permohonan bantuan kebajikan. Ramai warga emas di kampung-kampung mengeluh proses semakan makan masa berbulan-bulan.

Justeru, dengan peruntukan yang diberikan, sejauh manakah kementerian mempermudah proses tapisan dan penyaluran bantuan agar tidak ada lagi warga emas yang tercicir hanya kerana isu teknikal dokumentasi? Apakah garis masa pelaksanaan care economy di bawah Butiran 032500 ini agar ia tidak sekadar menjadi kajian di atas meja? Yang ketiga adalah berkaitan dengan sokongan komuniti autisme dan OKU. Butiran 032600 – Pengoperasian Pusat Perkhidmatan Autisme, RM10.1 juta; Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK); Butiran 032400 – Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme, RM15 juta. Puan Pengerusi, Tenggara lihat ada suntikan baharu yang sangat positif. Cuma, Tenggara mahu tanya secara terus terang, di manakah lokasi-lokasi pengoperasian Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) yang bernilai RM10.1 juta ini akan diwujudkan? Dan pecahannya mengikut negeri dan daerah— sebab saya ini pembahas terakhir, mungkin kalau tak sempat dijawab nanti, boleh bagi secara bertulis— adakah ia hanya bertumpu di bandar-bandar besar atau turut diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pinggir bandar seperti di tempat sayalah, di Kota Tinggi dan Tenggara?

Ibu bapa, anak-anak syurga ini, luar bandar juga menanggung kos terapi yang tinggi dan sangat memerlukan akses pusat sebegini. Apakah aspek pertimbangan dan prioriti yang diambil sebagai pertimbangan untuk menentukan lokasi ini? Keempat Butiran 010100 – Pengurusan Am, RM69.4 juta. Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, RM571 juta. Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak, RM9.9 juta. Puan Pengerusi, ini perkara yang agak pelik, tapi perlu ditegur demi penambahbaikan. Kalau kita rujuk kerangka keberhasilan kementerian, pencapaian sebenar tahun 2025, peratusan kebolehcapaian sokongan sosial kepada kumpulan sasar adalah 100 peratus, tetapi sasaran tahun 2027 turun kepada 90 peratus. Indeks Kepuasan Pelanggan pada 2025, 93.9 peratus, tetapi sasaran 2027 pada 85 peratus sahaja. Malah, peratusan kanak-kanak yang mengikuti program latihan dan diintegrasikan dalam komuniti capai 83.30 peratus pada 2025, tapi hanya 10 peratus sasaran bagi tahun 2026 dan 2027. Persoalannya, mengapakah peruntukan kewangan kita naik berbilion ringgit, tetapi sasaran keberhasilan KPI kita pula diletakkan jauh lebih rendah daripada pencapaian sebenar tahun 2025?

Bukankah apabila bajet bertambah, secara prestasi sepatutnya lebih tinggi dan lebih mencabar. Kelima dan terakhir Butiran 040100 – Pembangunan A-I-N-A, AINA— RM600,000. Butiran 040200 – Program RHYTHM- Ritma Kehidupan Harmoni, RM450,000. Butiran 01900 – Depoh Simpanan Bencana, RM1.3 juta dan Butiran 050200 – Program Advokasi Kesukarelawanan Bencana, RM525,000. Tenggara mohon Yang Berhormat Menteri perincikan, apakah bentuk pelaksanaan sebenar kedua-dua program ini dan siapa kumpulan sasar utamanya supaya tidak berlaku pertindihan fungsi dengan program sedia ada di bawah LPPKN atau JKM. Selain itu, memandangkan angin monsun telah mula membadai, musim tengkujuh hampir tiba, risiko banjir sentiasa menghantui rakyat. Tenggara harap pengurusan logistik depoh simpanan bencana benar-benar cekap dalam urus bencana, pastikan stok keperluan asas sentiasa tersedia sebelum bencana melanda. Jangan sampai air sudah naik, baru kita nak sampai lah, tapi untuk tahun ini, saya doa agar Tenggara tidaklah ditimpa bencana bah seperti yang sebelum-sebelum ini. Memandangkan peruntukan pembangunan bagi depoh simpanan keperluan mangsa bencana dinaikkan daripada RM400,000 kepada RM1.3 juta, Tenggara ingin bertanya, berapakah jumlah depot simpanan dan pangkalan hadapan yang akan dinaik taraf atau dibina baharu melalui peruntukan ini? Sejauh manakah kapasiti stok bekalan makanan serta keperluan asas ini mampu menampung gelombang banjir besar serentak di negeri-negeri tersebut, termasuk di Johor? Bagi peruntukan one-off di bawah Butiran 050200, berapakah sasaran bilangan sukarelawan baharu yang akan dilatih di peringkat akar umbi dan bagaimanakah penyelarasan dibuat dengan agensi seperti NADMA dan APM agar tidak berlaku pertindihan tugas serta kecelaruan rantaian arahan— chain of command di pusat pembinaan sementara (PPS). Tuan Pengerusi, itu sahaja daripada Tenggara. Sikit pantun. Akar selasih, dauh selasih, buah selasih; Tenggara mohon penjelasan. Sekian, terima kasih

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri KPWKM untuk menjawab. Masa 30 minit.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Tanjong

Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua 24 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2027 pada hari ini, khususnya atas perhatian yang diberikan kepada isu- isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan memberikan ruang kepada kami di KPWKM untuk menilai semula pendekatan sedia ada dan mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memperhalusi perancangan bagi memastikan keperluan kumpulan sasar terus diberikan perhatian sewajarnya. Jadi pada hari ini saya akan memberi maklum balas terhadap perkara- perkara yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan jika tak sempat, kami akan menjawab secara bertulis. Terlebih dahulu mengenai berkenaan dengan statistik JKM sehingga September 2026 mengenai penerima bantuan warga emas yang telah direkodkan di seluruh negara. Kita ada seramai 172,757 orang penerima bantuan warga emas yang terdiri daripada 72,208 orang lelaki dan 100,549 orang wanita dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM919.8 juta. Sebab soalan ini ditanya oleh Yang Berhormat Kluang, Johor. Di Kluang seramai 1,567 orang warga emas menerima Bantuan Warga Emas dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM9.2 juta bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2026. Seterusnya, berkenaan dengan Rang Undang-undang Warga Emas. Pada masa ini, sedang...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Maaf.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Ya.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Puan Pengerusi boleh saya celah? Okey, terima kasih. Jadi boleh tak Timbalan Menteri nanti bekalkan jawapan yang lengkap yang merangkumi statistik seluruh negara, setiap negeri, berapa jumlah penerima bantuan kewangan warga emas dan ikut pecahan jantina juga, boleh? Terima kasih.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Boleh. Terima kasih. Yang ini kena ambil sedikit masa dan akan diberikan kepada Yang Berhormat. Jadi berkenaan dengan Rang Undang-undang Warga Emas. Pada masa sekarang, kita masih dalam memuktamadkan rang undang-undang ini. Bagi tujuan tersebut, kementerian sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan pelbagai

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

pihak berkepentingan, baik dalam kalangan agensi kerajaan, kerajaan negeri juga amat penting dan juga NGO untuk mendapatkan maklum balas. Sehubungan dengan ini, KPWKM mengambil pendekatan untuk meneliti dan memuktamadkan perkara-perkara tersebut terlebih dahulu untuk memastikan RUU yang akan dibentangkan benar-benar komprehensif, holistik dan bersesuaian dengan keperluan semasa warga emas dan memperkukuhkan sistem sokongan kepada bukan hanya warga emas, kepada keluarga dan juga penjaga. Jadi kita memang banyak mengambil pendekatan whole-of-government dan whole-of-society, dengan izin. Proses libat urus ini kena mengambil masa yang lebih sedikit dan lebih panjang kerana kita memang komited untuk meneliti semua perkara dari semua aspek. Di sini kita jangka akan bentangkan ke Dewan yang mulia ini pada tahun depan. Jadi fokus utama Kementerian KPWKM adalah untuk memuktamadkan skop perlindungan warga emas. Ini adalah keutamaan kita iaitu dari segi pengabaian, penderaan dan eksploitasi. Jadi, ini kita akan memang akan dapat dibahaskan bila kita bentangkan pada tahun depan. Seterusnya, berkenaan dengan...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Timbalan Menteri. Jadi boleh saya tahu sama ada kementerian sudah tetapkan satu tarikh muktamad iaitu paling akhir-akhirnya bila akan bentangkan rang undang-undang ini? Kerana pada minggu yang lepas Yang Berhormat Menteri sudah jawab kan katanya akan dibentangkan sesi Parlimen kedua tahun depan dan sudah banyak kali kata sesi yang akan datang, sesi yang akan datang. Jadi sama ada tarikh ini adalah muktamad dan berapa sesi libat urus akan diadakan lagi dengan kesemua pemegang taruh kerana ini penting. Ramai tertanya-tanya di luar sana dan saya tak dapat jawab kenapa belum dibentangkan lagi di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Target kita— kita memang ada satu sasaran. Target kita adalah selewat-lewatnya penggal kedua tahun depan. Jadi pada masa ini memang dari segi dasar kita telah mendapat kelulusan daripada MJM, tapi sekarang kita memang tighten semua all the corners. Jadi kami memang bekerja atau memang melaksanakan mengikut target kita, sasaran kita iaitu penggal kedua, I mean sesi kedua tahun depan. Jadi, seterusnya mengenai piawaian penjagaan nasional. Jadi ini memang di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita menetapkan penggubalan undang-

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

undang khusus berkaitan dengan penjagaan sebagai salah satu agenda utama pembangunan ekosistem penjagaan negara. Untuk makluman semua, KPWKM tahun depan, sasaran kita ada banyak RUU yang kita mesti sediakan selain daripada perlindungan warga emas, ada juga penjagaan. Penggubalan undang-undang ini juga mengambil kira amalan terbaik antarabangsa serta keperluan dan konteks Malaysia dengan skop penelitian yang merangkumi penetapan standard minimum dan kualiti perkhidmatan penjagaan, pelesenan, pendaftaran kelayakan perlindungan dan juga keselamatan dan banyak lagi aspek yang kita mesti meneliti.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Dari segi pembangunan piawaian, KPWKM kini sedang memuktamadkan piawaian penjagaan nasional bagi warga emas dan orang kurang upaya yang meliputi tiga bentuk iaitu penjagaan di rumah, penjagaan berasaskan komuniti dan juga penjagaan di institusi. Jadi, berhubung dengan permintaan Yang Berhormat Kluang dengan menetapkan satu tarikh seperti yang diulangkan banyak kali. Jadi, kita memang akan melalui semua penelitian dan memang kita akan bentangkan. Jadi, seterusnya berkenaan dengan bilangan berapa sesi penjaga yang kita telah latih melalui institusi kita iaitu ISM. Bagi tahun 2027, ISM telah menyasarkan 15 siri latihan asas secara fizikal yang melibatkan 450 orang peserta dalam lima bidang iaitu penjagaan warga emas, pesakit demensia, OKU pembelajaran kanak-kanak berumur lima sehingga 12 tahun serta remaja. Dan selain daripada itu, lebih kurang 700 peserta di kalangan penjaga disasarkan mengikuti pembelajaran kendiri kursus asas penjagaan warga emas melalui e-pembelajaran perkhidmatan sosial dan kita memang ada banyak courses, banyak seminar, banyak yang diuruskan yang dikendalikan oleh ISM. Secara keseluruhan, seramai 2,200 peserta disasarkan mengikut program latihan dan pensijilan penjagaan pada tahun 2027 termasuk 55 peserta melalui laluan pensijilan kemahiran. Seterusnya berkenaan dengan Yang Berhormat Rantau Panjang berkenaan dengan allowance, kriteria allowance sukarelawan bencana. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat, sukarelawan JKM yang dilantik menjadi ahli pasukan sukarelawan bencana JKM mesti memenuhi beberapa kriteria. Antaranya adalah berdaftar secara sah, 18 hingga 50 tahun mesti menghadiri kursus asas menolong dan lulus ujian kelayakan yang telah ditetapkan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Dan juga mereka mesti mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bukan hanya daripada fizikal juga daripada mental. Dan penetapan mekanisme pemberian elaun petugas bencana sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan kepada masa yang terdekat. Seterusnya berkenaan dengan AKF iaitu Aturan Kerja Fleksibel. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, dalam Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030, kita telah memberikan tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi wanita, peningkatan penyertaan tenaga buruh, pembangunan kepimpinan wanita serta penyediaan ekosistem yang menyokong keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Jadi dari sudut perundangan pemburuhan, kemudahan cuti di bawah pindaan Akta Kerja akan ditambah baik dengan peruntukan baharu mengenai AKF. Jadi di bawah peruntukan itu iaitu dalam seksyen 60P dan 60Q. Jadi, di sini kita tahu majikan diwajibkan memberi kelulusan. Pekerja mempunyai hak untuk memohon, tetapi pada masa yang sama majikan diwajibkan memberikan kelulusan atau penolakan secara bertulis, okey dengan alasan dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan dibuat. KPWKM faham bahawa mekanisme ini memberi ruang perundingan yang jelas meskipun keputusan akhir tertakluk kepada kesesuaian operasi serta budi bicara majikan. Oleh itu, pendekatan KPWKM kita adalah tertumpu kepada pengukuhan budaya kerja mesra keluarga, kesedaran majikan dan juga sokongan ekosistem agar hak memohon AKF ini benar-benar diterjemah kepada peluang sebenar bagi wanita. Jadi, seterusnya juga berkenaan dengan TAGS...

Ulasan sikit boleh? Sikit sahaja.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Ya.

Adakah cadangan kementerian ini akan dilebarkan juga kepada sektor swasta dan sejauh mana perundingan dibuat dengan KESUMA dalam penyelarasan isu jadual kerja yang fleksibel tadi?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang hendak— kita tak mahu kata paksa. Kita akan berunding— akan kalau seseorang menghadapi masalah, kita boleh cari kepada kita atau kepada JPW, kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan it’s a win, win situation. Tak mahu kata ini dia paksa, dia tak berikan. Jadi, kita akan sedaya upaya kalau ini amat memanafaatkan kepada wanita

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

kita, we will explore dan kita akan usahakan mungkin kepada swasta dengan lebih. Terima kasih. Sekarang berkenaan dengan TAGS. Okey TAGS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TAGS mempunyai bidang kuasa khusus untuk mendengar dan memutuskan aduan gangguan seksual sahaja. Kita tidak akan mengendalikan kes penderaan. Okey. Jadi, secara umum untuk makluman semua. Jadi, TAGS juga tidak mempunyai kuasa penyiasatan tadi ada Ahli Yang Berhormat juga telah sebutkan atau pendakwaan jenayah. Anything atau apa-apa yang berkenaan dengan jenayah adalah di bawah bidang kuasa berkaitan terutamanya kepada PDRM. Jadi, dari aspek keberkesanan, TAGS menyediakan mekanisme penyelesaian aduan melalui prosiding tribunal yang lebih mudah diakses tanpa perlu melalui proses mahkamah sivil. Sebab sesetengah aduan yang kita terima apa yang pengadu atau mangsa hendak adalah satu mungkin untuk apologi atau apa-apa yang bukan until involve jenayah. Jadi kita nak kurangkan, nak pendekkan persidangan, jadi boleh selesaikan dan mangsa boleh teruskan hidup seperti biasa. Jadi, kita juga ada sangat giat TAGS memang giat mempergiatkan usaha advokasi melalui pelaksanaan AAGS iaitu Program Advokasi Antigangguan Seksual sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak mereka, batasan mereka, pencegahan gangguan seksual serta saluran bagaimana mereka boleh mendapatkan keadilan. Program ini memang kita laksanakan berterusan melalui pelbagai pendekatan dan kolaborasi strategik di seluruh negara. Dan dalam tahun 2023 lebih kurang 3.5 juta orang telah disantuni dan sehingga 15 November tahun ini kita telah juga laksanakan 65 program yang melibatkan seramai lebih kurang 22,000 peserta. Juga kemudahan pemfailan aduan secara talian melalui TAGS atau e-TAGS dan fizikal juga kita, jadi ada dua cara. Seterusnya mengenai LPPKN. Jadi mengenai Program BuAI dan sebagainya. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2027 kita telah teruskan Program BuAI iaitu Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti dengan peruntukan sebanyak RM7 juta. Yang menyasarkan pemberian subsidi rawatan IUI kepada 2,000 pasangan serta pelaksanaan Program Advokasi Kesuburan yang dijangka memberi manfaat kepada 47,500 orang peserta. Juga, kita ada 4 klinik subfertiliti LPPKN dan 50 buah Klinik Nur Sejahtera di seluruh negara dan ini mereka, institusi ini ada beri saringan, konsultasi dan juga kaunseling. Jadi di samping itu juga kita ada berikan rawatan IVF di LPPKN. Kita

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

tawarkan dalam kadar yang lebih rendah dan lebih berpatutan yang dapat penjimatan antara 20 sehingga 67 peratus berbanding dengan perkhidmatan di swasta. Jadi dalam aspek pengukuhan institusi keluarga, kita melaksanakan Dasar Kasih, okey dan juga ada banyak program yang telah dilaksanakan oleh LPPKN. Jadi, dalam menangani isu penurunan kadar kesuburan dan kekangan kewangan yang menjadi antara faktor individu bujang menangguhkan perkahwinan. LPPKN melalui peruntukan yang disediakan akan memperkukuhkan pelaksanaan Program SMARTSTART 2.0 pra-perkahwinan yang memberi penekanan kepada aspek perancangan kewangan perkahwinan, perkhidmatan kaunseling keluarga sebagai medium bimbingan dan panduan, SMART Belanja yang menekankan perbezaan antara keperluan dan kehendak keluarga serta ilmu keluarga melalui perkongsian ilmu berkaitan perancangan dan pengurusan kewangan keluarga.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Dengan lain kata, kita memang— LPPKN kita memang ada banyak rancangan program, kita memang nak lebih ramai rakyat di Malaysia mendirikan rumah tangga, membanyakkan ‘anak-anak cahaya’, yang itu memang sebab populasi semua pun sedar, populasi Malaysia kian menurun. Jadi, kita menggalakkan...

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Cahaya mata, Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Ya.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Minta maaf. “Cahaya mata”, bukan anak-anak cahaya.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Cahaya mata. Sorry. [Ketawa]

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Cahaya mata. Ya.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

[Bangun]

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih. Jadi, mengenai tahap pengetahuan remaja yang tidak mencukupi mengenai kesihatan reproduktif— sebentar ya Yang Berhormat. Kementerian— kita melalui LPPKN melaksanakan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEKERTI di— bukan sahaja terutamanya juga kita ke universiti, ke kolej dan juga kita ada KafeTEEN di mana kita memberi kaunseling, bimbingan dan sebagainya. Ya, Yang Berhormat.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Terima kasih Timbalan Menteri. LPPKN singkatan bagi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. So, maknanya penyelidikan di antara fungsi utama LPPKN ini, penyelidikan kependudukan mengkaji kadar kesuburan. Yes, itu telah disebut oleh Timbalan Menteri, penuaan penduduk (ageing) dan perubahan struktur demografi negara. Jadi, Timbalan Menteri, saya nak dengar tadi kan. Timbalan Menteri setuju tak advokasi saya tadi, Lembaga Perumahan itu, selain daripada yang anak baru lahir, yang nak mengandung dan sebagainya, jaga family ini, yang warga emas ini juga sebab dia akan menjadi satu kumpulan yang sangat besar dalam negara kita dan is under LPPKN. Jadikan LPPKN ini the prime mover yang Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dia luluskan dan sebagainya dasar, tapi yang badan yang akan implement-kan sepatutnya LPPKN— is under Kementerian Wanita. Setuju tak?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Memang bagi— ya.

Nak sambung.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Mungkin Yang Berhormat dulu.

Okey. Saya sambung balik apa yang disebut oleh MP Kapar. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sambung balik. Isu berkenaan dengan program— bagus LPPKN ini kita tahu, setuju, baik, tapi yang saya tekankan sebelum ini ialah, tidak ada tenaga kerja di peringkat Parlimen yang boleh melaksanakan semua kerja-kerja ini kerana kakitangan tak cukup. LPPKN hanya ada di peringkat negeri. Jadi, apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan segala benda yang baik ini kita boleh buat dan selesaikan? Kerana tanpa pertambahan kakitangan, LPPKN takkan mampu buat dan ini sangat diperlukan oleh negara kerana sekali rakyat rosak, tak boleh baiki dah. Jadi, ini perkara yang saya rasa mungkin Timbalan Menteri kena betul-betul fight-lah supaya dapat pertambahan kakitangan dan juga peruntukan kerana saya kira tanpa perkara ini, tidak dapat buat apa-apa untuk apa-apa yang kita bincangkan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Memang kita setuju kita kena lebihkan kakitangan, kita kena lebihkan peruntukan. Ini semua saya percaya, semua kementerian pun harapkan ini— kita dapat, dapatkan, tapi dalam situasi di mana kita ada apa yang kita ada, we will try our very best. Betul, seperti Yang Berhormat Kapar sebut, dari seseorang bayi dilahirkan sehingga seseorang warga emas, ini memang dalam Kementerian KPWKM, tapi dari

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

segi— buat masa ini, dari segi LPPKN, kita concentrate dari segi bagaimana terutamanya dalam keluarga, bagaimana seseorang atau sebuah keluarga di- manage, dikendalikan, diurus. Kita nak— dan juga seperti yang tadi diperbetulkan oleh Yang Berhormat, kena melebihkan lebih cahaya mata. Jadi— tapi bagi warga emas, kita memang ada, ada lah di bawah JKM, tapi kita memang semua bertindih. Everything is— JPW juga wanita. Jadi, kita pun ada program-program. Jadi, we all work under one big umbrella...

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Menteri, Timbalan Menteri, saya setuju. Sekarang ini di bawah JKM. JKM ni orang banjir kah, orang terbakar kah, orang apa, semua dia nak jaga— warga emas, meninggal dan sebagainya, semua dia nak jaga, kan? So, why not LPPKN ini fokus, fokus kepada yang ageing ini tadi, healthy ageing, active ageing ini sebab sesuai dengan namanya pun dan fungsinya?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Jadi, saya akan teruskan. Jadi, sekarang adalah berkenaan dengan pemerkasaan OKU dan juga perkhidmatan autism. JKM telah melaksanakan— juga di bawah JKM, OKU telah— kita memang ada banyak sasaran (target) itu. Kita memang— JKM telah melaksanakan pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-kanak Autisme, okey— sejak tahun 2025 dan jumlah kanak- kanak autisme yang menerima manfaat adalah lebih kurang 5,500 kanak-kanak autisme bagi tahun 2025 dan nearly lebih kurang 9,600 bagi tahun 2026. Juga kita telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Autisme yang telah pun beroperasi pada Mei tahun ini di Bangi. Okey. Selain itu, juga kita bekerjasama dengan empat pertubuhan sukarela kebajikan di Sarawak dan empat pertubuhan sukarela kebajikan di Sabah masing-masing yang dapat mengoperasikan empat buah PPA di Sarawak dan empat di Sabah. Jadi, kita memang tahu kita kurangkan kita memang kekurangan dalam Pusat Perkhidmatan Autisme ini. Jadi, kita berharap dapat bekerjasama dengan NGO atau pihak swasta, syarikat swasta, kita dapat menambahkan lagi. Jadi, dari segi kanak-kanak. Jadi, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak kita di bawah JKM, kita memang ada— ada Jabatan Pembangunan Kanak-kanak telah ditubuhkan juga pada September 2023. Antara pencapaian utama adalah pembangunan dan pengukuhan Sistem ANAK sebagai platform pengurusan maklumat dan juga kes kanak-kanak secara lebih sistematik dan lebih bersepadu.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Jadi, kita dari segi— pada tahun 2025, kita telah melibatkan banyak program dengan sekolah lebih kurang 700 sekolah, 50 pusat aktiviti kanak-kanak dan juga penyertaan seramai lebih daripada 80,000 orang. Jadi, bagi sehingga September 2026, 220 sekolah dan 26 PAKK yang terlibat dan juga telah mendapatkan penyertaan lebih daripada 50,000 orang. Jadi, kita memang ada banyak program yang berterusan berkenaan dengan kanak-kanak. Jadi seterusnya berkenaan dengan tenaga kerja yang memastikan wanita menerima peluang kenaikan pangkat dan pendapatan yang adil iaitu Yang Berhormat Sungai Siput. Jadi, dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13, kita memang banyak telah diberikan untuk— kita memang kata, kita nak perjuangkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam semua jawatan, terutama jawatan pembuat keputusan di sektor awam, di swasta, di korporat, di komuniti juga dari segi politik. Yang ini Menteri KPWKM juga telah jawab banyak kali tentang, bagaimana nak capai 30 peratus dari segi politik. Ini banyak bergantung kepada parti politik masing-masing.

Pengerusi, Timbalan Menteri. Cuma nak tambah sahaja, sedikit-sedikit sahaja. Berkenaan dengan penjawat awam, jawatan awam. Saya perlu puji Timbalan Menteri dan kementerian, Menteri juga di atas peluang yang diberikan kepada kaum hawa untuk menjawat jawatan dalam penjawat awam. Hari ini, kita ada satu berita untuk makluman Puan Pengerusi yang memberangsangkan mengenai seorang pegawai India, AKPS yang telah melaporkan salah laku oleh pegawai atasan beliau di dalam membenarkan warganegara tanpa sebarang dokumen, dibenarkan untuk masuk ke negara kita di satu sempadan. Dan perkara ini dibongkarkan oleh Dato’ Shuhaily. Saya juga, juga perlu puji dia. Jadi, mungkin pegawai-pegawai seperti itu, pegawai-pegawai seperti itu boleh diberi peluang untuk dinaikkan...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Pengerusi.

...Dinaikkan...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Pengerusi, kadang- kadang jawapan Menteri, yang tak ada dalam Dewan pun tak dilayan. Ini tak bahas pun dilayan. Kenapa ini?

Pengerusi, Timbalan Pengerusi, apa masalah Kulim? Sebelah sana selalu membantah apabila perkara- perkara seperti ini...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Bukan. Bagi peluanglah orang nak dengar, orang nak bahas, orang nak bahas.

Apa masalahnya? Saya sedang— apa masalahnya?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Bukan masalah. Saya tak ada masalah dengan Jelutong. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Biar Menteri, Timbalan Menteri yang jawab.

[Tidak jelas] Tuan pengerusi, saya hanya memuji seorang pegawai...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Itulah. Itulah, tak boleh. Itulah, tak. Menteri...

...Pegawai AKPS. Apa masalah dengan pembangkang?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Pengerusi, kalau macam ini kena bagi juga. Kalau nanti saya bangkit, Pengerusi jangan tahan.

Apa masalah dengan pembangkang? Selalu bantah.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Bukan masalah. Bagi... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah. Biarlah Timbalan Menteri yang jawab.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Puan Pengerusi. Sekarang berkenaan dengan taska. Tadi pun ramai Yang Berhormat telah sebut tentang taska. Jadi pada masa ini, kita memang ada satu...

Menteri, sekejap.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

...Subsidi.

Ampang, Ampang. Sebelum pergi ke taska tadi tentang penglibatan wanita dan sebagainya, tentang penglibatan dalam politik. Saya ada tertanya tentang PERANTIS. Apakah ia masih wujud ataupun

dah tak ada? Sebab dalam bajet tak ditunjukkan langsung untuk membuat capacity building kepada wanita.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

PERANTIS merupakan satu program di bawah JPW dan masih lagi berterusan. Program ini masih berterusan. Kita memang ada meliputi dari segi kepimpinan politik. Memang ada, memang ada lagi. Berkenaan dengan taska, ini kita pun sudah jawab banyak kali. Kita memang ada satu subsidi. Kerajaan telah menyediakan satu subsidi yuran pengasuhan taska sebanyak RM180 sebulan. Memang kita juga memang dah dapat banyak feedback kata ini memang tak cukup sebab sekarang dari segi swasta itu memang lebih tinggi, tapi ini adalah setakat pada masa ini kerajaan boleh tanggung. Dan juga daripada itu kita juga memberi pelepasan cukai bukan hanya kepada individu yang menghantar anak-anak mereka ke taska dan tadika, juga kita memberikan insentif kepada pengusaha taska untuk berdaftar dan kita memberikan sedikit bantuan kepada mereka untuk menguruskan atau mengoperasikan taska mereka. Jadi, untuk memperbanyakkan kemudahan asuhan serta menyokong majikan dalam Belanjawan 2027, kita telah memperuntukkan satu geran padanan RM100 juta oleh yayasan GLIC/GLC untuk memperkukuhkan ekosistem penjagaan kanak-kanak termasuk melatih 6,000 pengasuh, 50 kawasan baharu di sembilan negeri, di samping RM20 juta untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan. Majikan swasta yang menyediakan elaun atau subsidi penjagaan anak serta menyertai taska di tempat kerja turut menikmati potongan cukai. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada majikan untuk menyediakan taska di tempat kerja. Ini kita ada beri insentif dan juga ini amat memberikan ibu yang bekerja di tempat itu dia lebih lega, dia boleh relaks, anaknya sangat dekat dengan beliau. Jadi, seterusnya berkenaan dengan pusat perlindungan wanita. Jadi, pada masa ini, kita ada tempat-tempat selamat yang telah diluluskan di seluruh negara yang dikendalikan bukan sahaja oleh JKM, JPW, YKN dan juga NGO. Kita memang ada banyak tempat-tempat selamat bagi memperkukuhkan kemudahan perlindungan serta memastikan bantuan segera dapat diakses oleh mangsa keganasan rumah tangga. KPWKM kita melaksanakan langkah-langkah termasuk menyediakan penempatan sementara di tempat selamat dan juga memberikan bantuan psikososial, kaunseling, sokongan kebajikan berdasarkan keperluan mangsa sebab

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

setiap individu, keperluan adalah berlainan. Kita juga menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan sebagainya. Juga, yang terutama sekali adalah persekitaran yang selamat. Ini amatlah penting kepada mangsa. Jadi, seterusnya...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Okey, saya di sini memang banyak lagi, tapi sebab kita ada satu lagi sesi. Jadi, saya— yang mana yang saya tak sempat menjawab, kementerian akan jawab secara bertulis. Jadi, dengan ini...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Puan Pengerusi...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

...Yang ditanya oleh Jelutong tadi jawab bertulis. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kulim-Bandar Baharu, jangan berucap tanpa kebenaran. Ikut peraturan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Puan Pengerusi, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan dan merakamkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian. Saya faham semua sangat-sangat prihatin tentang anak-anak, kanak-kanak, warga emas, juga kepada OKU, wanita terutamanya. Jadi, di sini kita akan bekerja berterusan dengan komitmen kita untuk melakukan yang terbaik untuk cover as many as possible. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,198,137,300 untuk Kepala B.48 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2027 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2027 Jawatankuasa — Kepala B.50 [Jadual] – Kepala P.50 [Anggaran Pembangunan 2027] –Bill

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kepala Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian Digital— untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Tenggara, YB Pasir Mas, YB Seputeh, YB Machang, YB Gopeng, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Bukit Gelugor, YB Permatang Pauh, YB Shah Alam, YB Kuala Krau dan YB Bukit Bendera. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

Auzubillahi minas’shaitan nir’rajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi. Perbahasan rang undang-undang ini peringkat Kementerian Digital— Bekalan dan Pembangunan. Tenggara nak sentuh empat perkara setakat ini, melaksanakan butiran- butiran perbelanjaan BP50 di bawah Kementerian Digital. Pertama, Tenggara hendak singgung Butiran 00125 – PPP/PFI, RM86.82 juta. Butiran ini hanya dilabelkan secara umum sebagai Perkongsian Awam-Swasta (PPP), Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Tiada sebarang perincian projek dan apakah sebenarnya maksud tersirat dalam butiran ini. Melalui butiran ini juga, direkodkan jumlah anggaran harga projek sebanyak RM1.156 bilion, bayaran tetap RM86.82 juta setahun bagi tahun 2026 dan 2027. Puan Pengerusi, wang RM86.8 juta setahun ini adalah wang pembayar cukai. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri mendedahkan secara telus di Dewan yang mulia ini, apakah nama sebenar projek PPP/PFI bernilai RM1.156 bilion ini. Siapakah syarikat konsesi yang terlibat? Bilakah tempoh konsesi ini akan tamat? Dan sejauh manakah rakyat benar-benar mendapat manfaat daripada projek bernilai lebih RM1 bilion ini? Keduanya, peruntukan AI. Butiran 030600 – AI Malaysia dari RM9 juta naik kepada RM13.66 juta, kenaikan lebih 51.8 peratus. Muncul pada dasar baharu, Butiran 040100 – AI Cities, RM759.6 juta. Peruntukan AI naik mendadak, tapi apa manfaatnya kepada rakyat biasa? Jika kita bedah kod objek AI Malaysia tahun 2026, kesemua RM9 juta diletakkan di

bawah peruntukan Pemberian/Bayaran Tetap, tapi pada tahun 2027, kesemua RM13.56 juta dipindah bawah butiran Perkhidmatan dan Bekalan. Adakah ianya bermaksud bahawa duit ini habis digunakan untuk bayar kontraktor, perunding atau menganjurkan program tidak lagi disalurkan sebagai geran kepada rakyat dan industri? Tenggara mohon jawapan dan perincian yang tuntas daripada kerajaan. Puan Pengerusi, rakyat di luar bandar, pinggir bandar tanya soalan yang mudah. Kerajaan bercakap tentang AI Cities, bandar mana yang dipilih untuk AI Cities ini? Masalah harian rakyat mana yang AI ini boleh selesaikan? Adakah ia boleh beri amaran awal banjir, kilat, kurangkan kesesakan jalan atau bantu pekebun kecil kawal hasil tanaman? Adakah belasan juta Ringgit ini bakal dihabiskan untuk seminar, gimik pelancaran atau isi poket perunding semata-mata? Kita tak nak teknologi AI Cities ini beri manfaat dalam bentuk pameran kecanggihan di Lembah Klang atau syarikat gergasi sahaja. Dan hal yang ketiga, Butiran 32000 – Malaysia Digital Acceleration Grant (MDAG), Geran Pecutan Digital Malaysia. Pemotongan drastik sebanyak 56.5 peratus menjunam daripada RM53 juta tahun 2026 kepada hanya RM23.03 juta pada tahun 2027. Mengapa geran peniaga kecil dan syarikat pemula dipotong lebih separuh? Puan Pengerusi, macam mana kita nak faham logiknya kementerian letak KPI tinggi, makna tinggilah, sasarkan pelaburan digital RM70 bilion, tapi geran pemangkin MDAG untuk peniaga dan syarikat tempatan dipotong lebih separuh, tinggal RM23 juta sahaja.

Macam mana mereka nak naik taraf teknologi ekosistem e-business dan perniagaan mereka? Ini ibarat kita paksa pekebun kecil keluarkan hasil berganda, tapi baja dan input-input pertanian lain kita potong. Ibaratnyalah. Jangan hanya kita pandai letak KPI setinggi gunung di atas kertas untuk nampak cantik, sedangkan sokongan sebenar kepada industri tempatan dipotong, tinggal sebesar busut. Sedangkan pada masa yang sama, perbelanjaan bawah Butiran 010700 – Antarabangsa, naik 435 peratus daripada RM1.46 juta kepada RM7.82 juta. Belanja Bertugas ke Luar Negara, Butiran 030100, naik kepada RM2.5 juta. Jangan sampai “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Hal yang keempat dan terakhir, Butiran 020600 – Perlindungan Data Peribadi. Hanya RM6.82 juta, hanya 48 orang kakitangan sahaja untuk jaga

pematuhan undang-undang data di seluruh negara, tapi apa yang terjadi hari ini, hampir setiap hari makcik dan pakcik kat kampung terima panggilan scammer dan mesej penipuan yang menghantui mereka. Nombor telefon dan data peribadi mereka bocor. Adakah dengan 48 orang kakitangan mampu nak kawal, nak pantau jutaan transaksi digital rakyat setiap hari? Sejauh manakah ketegasan kementerian menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709]? Berapa banyak syarikat yang cuai menjaga data rakyat sudah didakwa dan didenda setakat ini? Rakyat mahu tindakan tegas, bukan sekadar kempen kesedaran. Puan Pengerusi, itu sahaja daripada Tenggara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Pasir Mas ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan Kementerian Digital yang menerima peruntukan keseluruhan RM1.36 bilion bagi tahun 2027. Pertama, Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital dan Butiran 00900 – Bantuan Teknik dan Perunding. Jumlah anggaran harga projek Perkhidmatan Kerajaan Digital meningkat daripada RM4.19 bilion kepada RM6.47 bilion. Peningkatan sekitar 54 peratus dalam tempoh setahun. Peruntukan tahun 2027 sahaja mencecah RM947.3 juta. Jadi, kerajaan perlu mengambil iktibar daripada isu MyEG dan Zetrix AI yang melibatkan tunggakan penyerahan kutipan hasil JPJ sebanyak RM314 juta setakat 30 September lalu. Walaupun isu ini di bawah Kementerian Pengangkutan, ya saya faham, tetapi kebergantungan kerajaan kepada vendor swasta dalam penyampaian perkhidmatan digital mesti diberikan perhatian oleh Kementerian Digital. Kerajaan memiliki data, kerajaan memiliki kuasa, kerajaan memiliki pelanggan, tapi kenapa terlalu bergantung kepada pihak ketiga untuk mengendalikan perkhidmatannya sendiri. Lihat Butiran 00900 – Bantuan Teknik dan Perunding. Perbelanjaan sebenar tahun 2024 ialah RM5.2 juta. Pada tahun 2025, peruntukan asal RM93 juta dipinda kepada RM14.9 juta. Perbelanjaan sebenar akhirnya mencecah RM25.9 juta. Hampir

lima kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan tahun 2026 ialah RM11.7 juta, manakala 2027 dikurangkan kepada RM6 juta. Jadi, apakah jaminan RM6 juta ini tidak akan melonjak sebagaimana tahun 2025? Melalui kelulusan kewangan, apakah tambahan RM11 juta pada tahun 2025 berbanding anggaran dipinda itu dibiayai? Saya minta Menteri dedahkan perbelanjaan sebenar 2026 setakat ini, senarai perunding, nilai kontrak dan kaedah perolehannya. Kedua, di bawah butiran yang sama, integriti pengurusan dan penyampaian dokumen rasmi kerajaan secara digital. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah tatacara standard kerajaan dalam penyampaian dan penerbitan dokumen rasmi yang telah dinyahrahsia melalui platform digital. Apakah kerajaan mempunyai sistem jejak audit digital yang membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti siapa yang mengakses, menyalin dan mengedarkan satu dokumen rasmi kerajaan? Saya bawakan satu contoh. Pagi tadi saya tanya Perdana Menteri berhubung penyahrahsiaan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Dato’ Sri Najib Razak. Perdana Menteri mengaitkannya penyahrahsiaan tersebut, dalam kerana telah ada dalam prosiding mahkamah. Sesiapa boleh akses. Namun berdasarkan semakan sistem e-Filing, selepas Perdana Menteri jawab, saya dan rakan-rakan mengakses sistem e-Filing mahkamah pada hari ini, 24 November 2026 jam 12.57 tengah hari. Bagi kes bernombor WA25317112026 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terdapat 17 dokumen sahaja disenaraikan sejak kes tersebut difailkan pada 10 November lalu dan tidak ada Minit Mesyuarat Pengampunan itu difailkan dalam e-Filing ini. Ini bermaksud bahawa Perdana Menteri telah menyatakan satu fakta yang kurang tepat. Saya tidak kata beliau berbohong, tetapi saya rasa beliau perlu diperbetulkan dalam hal ini. Saya bertanya ini kerana, apakah dalam kuasa Menteri ataupun apakah tatacara standard kerajaan dalam penyampaian penerbitan dokumen rasmi yang telah dinyahrahsia melalui platform digital. Kerana dokumen yang sah-sah rahsia ini akhirnya didedahkan oleh seorang ahli politik yang bukan merupakan anggota Kabinet di dalam Facebook peribadi. Ini merupakan satu tindakan yang sangat mengaibkan kerajaan. Kerajaan peruntukkan hampir RM1 bilion bagi perkhidmatan kerajaan digital pada tahun hadapan. Apakah mekanisme yang boleh menjamin integriti, keselamatan dan kesahihan dokumen rasmi kerajaan? Ketiga, Butiran 020500 – Digital Negara dan Butiran 020600 – Perlindungan Data Peribadi. Kedua-dua butiran ini menerima peruntukan hampir masing-masing

RM90.4 juta dan RM6.8 juta tahun 2027. Kerajaan bercakap tentang sovereign AI cloud, tetapi masih menggunakan perkhidmatan penyedia awan antarabangsa seperti Amazon, Google dan Microsoft. Kontrak Cloud Framework Agreement telah dilanjutkan untuk kali ketiga sehingga 30 Jun 2027. Jadi, berapakah nilai keseluruhan kontrak tersebut dan bilakah Malaysia mampu mengurangkan kebergantungan kepada penyedia teknologi asing? Dalam masa yang sama antara tahun 2025 sehingga 2020— 22 hingga 25, sebanyak 535 kes kebocoran data peribadi direkodkan dengan 221 kes berada di luar bidang kuasa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Soalan saya, daripada 221 kes, berapakah banyak yang melibatkan agensi kerajaan yang melibatkan pencerobohan terhadap data peribadi ini dan bilakah perlindungan undang-undang terhadap data peribadi sektor awam dan disetarakan dengan sektor swasta akan diperkenalkan oleh kerajaan? Terima kasih Puan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Digital dan 020500 – Digital Negara. Puan Pengerusi, pusat data ataupun data centres telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan di banyak tempat di negara kita. Saya ingin tanya pendirian kementerian terhadap trend penubuhan pusat data ini. Apakah pusat data telah membawa nilai tambah yang besar kepada negara kita? Saya difahamkan sejak tahun 2021 hingga pertengahan tahun 2026, sebanyak 117 projek pusat data telah diluluskan dengan nilai pelaburan mencecah RM385.7 bilion dan 55 daripadanya telah mula beroperasi. Daripada Januari hingga September pada tahun ini, sebanyak RM123.5 bilion diluluskan merangkumi 86 projek pusat data dan pengkomputeran awan. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 44.5 peratus tahun ke tahun dan menyumbang 35.2 peratus daripada keseluruhan pelaburan diluluskan negara dalam tempoh tersebut. Namun, sebaik sahaja dewan-dewan pelayan ataupun kita kata servers ini mula beroperasi, ia berfungsi seperti gudang automatik yang sunyi dengan hanya menggaji segelintir juruteknik, tetapi pada masa yang sama, ia menggunakan

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

berjuta-juta liter air, menelan beban elektrik, menyamai saiz sebuah bandar serta menikmati pengecualian cukai yang lumayan sehingga 10 tahun. Kita pernah melalui situasi sebegini dalam industri semikonduktor. Lihat sahaja perjalanan 50 tahun industri semikonduktor kita. Penganalisis industri menganggarkan bahawa sektor pemasangan dan pengujian bahagian belakang, we called, backend— Malaysia hanya meraih kurang daripada tiga peratus hingga lima peratus daripada nilai tambah global cip. Pada bulan Mei tahun ini, Yang Berhormat Menteri MITI mengingatkan kita bahawa walaupun eksport semikonduktor Malaysia mencecah RM400 bilion pada tahun 2025, sebanyak RM308 bilion daripadanya adalah nilai import dan hanya RM187 bilion ataupun 40 peratus daripada jumlah nilai eksport merupakan nilai yang dicipta. Rizab fiskal jangka panjang yang tidak seberapa kerana hak harta intelek serta keuntungan sebenar mengalir dan kekal di luar negara. Kita tidak boleh mengulangi perangkap yang sama dengan pusat data. Sekadar menjadi tuan tanah, utiliti murah yang menggadaikan sumber air, tanah dan tenaga yang terhad semata-mata untuk menempatkan pelayan milik syarikat asing.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Lebih membimbangkan, kita sedang menanggung risiko kewangan yang amat besar bagi memenuhi unjuran permintaan tenaga pusat data menjelang 2030. TNB perlu melabur sebanyak RM90 bilion untuk kerja-kerja menaik taraf grid. Meminjam RM90 bilion pada kadar faedah 4.8 peratus, menelan kos RM4.32 bilion setahun untuk bayaran faedah sahaja sebelum kita membayar balik, walaupun satu sen pinjaman pokok. Sedangkan, pemimpin teknologi global sendiri termasuk Ketua Pegawai Eksekutif CEO.com memberi amaran bahawa syarikat-syarikat AI masih membelanjakan jauh lebih banyak wang berbanding pendapatan mereka, iaitu perbelanjaan USD200 bilion setahun untuk menjana hanya USD150 bilion. Malah di Malaysia hari ini, pusat data yang sedang beroperasi menggunakan kurang daripada 60 peratus kapasiti tenaga yang telah ditempah. Sekiranya permintaan AI perlahan kepada separuh daripada apa yang dijanjikan, rakyat dan kilang-kilang tempatan akan terpaksa menanggung kos loji jana kuasa yang terbiar melalui tarif elektrik yang lebih tinggi. Puan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya, sama ada Malaysia akan terperangkap dalam perang AI di antara China dan Amerika Syarikat. Episod Pengerusi NVIDIA, Jensen Huang dengan CEO MegaSpeed yang

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

bertapak di Singapura dan Malaysia, membangkitkan kebimbangan ramai warga Malaysia tentang pelaburan pusat data di Malaysia. Apakah pusat data di Malaysia diberi kebebasan penyewaan kepada mana-mana negara tanpa perlu terpaksa menunduk kepada kuasa Amerika Syarikat? Puan Pengerusi, saya minta 30 saat lagi. Saya nak beri cadangan kepada kerajaan iaitu: pertama, wajibkan syarikat hyperscaler membiayai bersama pembinaan loji jana kuasa dan pencawang baharu secara pendahuluan, yang disokong oleh kontrak take-or-pay yang mengikat, agar rakyat tidak sesekali menanggung kos kapasiti yang terbiar. Kita melihat peraturan baharu sedang diusulkan untuk mewajibkan pengguna elektrik membayar berdasarkan jumlah kapasiti yang dikomitmenkan dan bukannya jumlah penggunaan sebenar. Yang kedua ialah, lakukan pembaharuan terhadap insentif cukai. Ikat pelepasan cukai MIDA kepada pencapaian yang disahkan seperti permintaan R&D sebenar, penyertaan pembekal tempatan, serta had kecekapan air dan tenaga yang ketat. Saya difahamkan, terdapat syarikat asing yang setelah 50 tahun bertapak di Pulau Pinang, masih menikmati insentif cukai dan perkara ini mesti disemak semula dengan teliti. Yang ketiga ialah, alihkan pengkomputeran AI berskala berat ke Sarawak daripada membebankan grid air dan gas di Johor serta Selangor. Laburkan kampus- kampus AI utama di Sarawak di mana tenaga hidro bersih adalah melimpah dan jauh lebih murah berbanding dengan Semenanjung. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

Terima kasih, Pengerusi. Terima kasih, rakan-rakan yang lain. Lima hari lalu, dunia menyaksikan pelancaran sebuah permainan video yang bernama Grand Theft Auto VI. Kita harus lihat fenomena ini daripada perspektif ekonomi dan pembangunan negara. Pasaran permainan video dunia bernilai RM822 bilion pada tahun 2025 dan bakal mencecah RM956 bilion menjelang 2028, hampir RM1 trilion. Terdapat 3.58 bilion pemain mewakili lebih 60 peratus pengguna internet dunia. GTA6 ini sahaja mencatatkan anggaran jualan runcit RM15.5 bilion pada hari pertama pelancaran, termasuk pra pesanan.

Sebagai perbandingan, seluruh industri kreatif digital Malaysia mencatatkan hasil RM5.3 bilion pada 2023. Satu video game dalam satu hari pelancaran mencatatkan jualan hampir tiga kali ganda hasil setahun industri kreatif digital Malaysia pada tahun 2023. Jadi, saya nak tanya kepada Kementerian Digital. Malaysia sebenarnya ada banyak bakat dan potensi untuk meraih sebahagian daripada gig ekonomi industri kreatif dan digital ini. Saya ambil contoh, Lemon Sky Studios dan Passion Republic terlibat dalam pembangunan permainan antarabangsa seperti Final Fantasy dan Elden Ring. Wan Hazmer pernah menjadi Lead Game Designer bagi Final Fantasy XV di Jepun. Daim Dziauddin pernah menyumbang kepada Street Fighter V. GigaBash, our own local studio berjaya memperoleh kerjasama pelesenan Godzilla dan Ultraman. Metronomik, Kurechii, 7Bit Games, Persona Theory Games telah menghasilkan permainan dengan IP tersendiri. Malaysia mempunyai bakat dan kepakaran digital. Saya nak ulang balik yang ini. Saya rujuk kepada Butiran 33000 – MDEC. Namun, bagaimana kita mahu meningkatkan keupayaan Malaysia daripada industri outsourcing kepada industri pemilik IP sendiri? Kita boleh ambil banyak contoh belajar daripada kejayaan, contoh China. Negara China menghasilkan AAA, permainan video seperti Black Myth: Wukong dan Phantom Blade Zero yang berasaskan kesusasteraan, mitologi dan seni persilatan Cina. Black Myth: Wukong sahaja dibangunkan dengan kos produksi RM286 juta, jual lebih 30 juta naskhah dengan lebih separuh daripada pasaran luar China. Dilaporkan menjana hasil melebihi RM6 bilion, 20 kali ganda daripada kos produksi asal. Jepun tak payah cakaplah. Dia punya pasaran anime sahaja bernilai RM115 bilion ya, dan mereka ada strategi dasar mereka, Cool Japan yang menyasarkan pasaran antarabangsa bagi kandungan kreatif bernilai sekitar RM530 bilion pada menjelang 2033. Jadi, kalau kita lihat, Pengerusi dan juga Menteri, Malaysia sebenarnya ada potensi. Cuma, kita belum betul-betul beri tumpuan dan bangunkan dengan dasar- dasar yang sama, seperti mana Korea telah buat, Jepun telah buat dan banyak negara-negara lain tengah buat.

Dan saya ambil contoh, satu permainan video yang terkenal juga, Assassin’s Creed, telah menjual lebih 230 juta naskhah, dan dengan menjadikan sejarah dan tamadun pelbagai bangsa sebagai produk hiburan digital. Saya nampak, Malaysia berpeluang untuk menyertai liga ini dengan mempopularkan warisan dan khazanah kita dalam bentuk digital ini. Jadi, saya minta MDEC dan Kementerian Digital untuk terlibat sama dalam pembangunan IP kreatif ini dengan kerjasama dengan studio-studio besar yang ada di dunia, melalui apa yang telah mereka hasilkan seperti mana Assassin’s Creed dan sebagainya, dan kita juga ada contoh, yang sedang saya fikir boleh diketengahkan dan dibantu lebih lagi. Contoh, karya novel Nirnama oleh Saudara Hilal Asyraf, yang kini sedang diadaptasi menjadi filem animasi oleh Wau Animation, penerbit Ejen Ali. Karya Nirnama ini bagi saya tak lari jauh, seperti mana apa yang Tite Kubo telah hasilkan melalui anime dan manga Bleach. Kalau Jepun boleh mempopularkan istilah tradisi dan sejarah mereka seperti Bankai, Shinigami, Zanpakuto, mengapa kita tidak boleh mengangkat konsep keris pusaka, hikmat, mantera, jampi serapah dan seni persilatan Melayu melalui karya fantasi kita sendiri? Kejayaan Upin & Ipin membuktikan bahawa identiti dan kebudayaan tempatan mempunyai daya tarikan merentas sempadan, dan ini bukan sekadar permainan kosong-kosong, ya. Kalau kita lihat, bila mana permainan video Black Myth: Wukong ini dipasarkan berdasarkan data platform pelancongan Tuniu di China, kunjungan ke Shanxi meningkat 50 peratus, manakala tempahan hotel meningkat 120 peratus pada Ogos 2024. Di Korea Selatan pun sama, dengan Korean Wave (Hallyu). Jadi, ini semua sebenarnya adalah soft power. Kementerian Digital adalah kementerian yang boleh menjadi pemacu soft power Malaysia. Kita ada banyak warisan dan khazanah, sejarah, budaya, myths, laws, legends orang Melayu ke, India ke, Cina ke, Sabah, Sarawak lagi banyak di Borneo...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

...Kalaulah Kementerian Digital bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, dengan mengambil kira apa yang saya perkatakan tadi, saya yakin kita boleh monetize dengan izin, karya kreatif kita menggunakan kandungan tempatan untuk pasaran

global sebab dalam pasaran global ini, bagi saya dah tepu dengan, balik-balik Jepun, China, Korea. Di sebelah rantau kita ini, tak banyak studio-studio besar sama ada Hollywood mahupun studio-studio games, permainan video yang mengangkat tema dan wacana kebudayaan Rantau Asia dan peradaban Melayu...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Jadi, saya fikir ya Pengerusi, Kementerian Digital di bawah Menteri yang begitu komited ini boleh memperkasakan MDEC. Give them the freedom and creativity to pursue what I’ve said just now. I think, it is high time for us to have, you know, more trust on these creative developers and help them with, you know, enough budget for them to pursue that. Thank you.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Digital. Saya terus merujuk kepada dua butiran iaitu B.50, Butiran 030700 – GovTech dan juga P.50, Butiran 00125 iaitu PPP/PFI. Tujuan utama untuk kita mendigitalkan sektor awam adalah jelas iaitu kita nak menjadikan urusan rakyat dengan kerajaan, sektor awam dengan lebih pantas, mudah, telus dan bersepadu. Namun, realiti yang dihadapi di kalangan rakyat hari ini masih lagi jauh daripada sasaran tersebut. Kerajaan terus melancarkan pelbagai aplikasi dan portal yang baharu, tetapi banyak perkhidmatan-perkhidmatan ini masih lagi beroperasi secara berasingan dan tidak dihubungkan antara satu sama lain. Maka, dua fenomena yang kita hadapi sekarang dalam urusan harian kita, hendak digitalkan kehidupan harian kita, gaya hidup kita adalah fenomena yang bernama silo digital dan keletihan aplikasi, apps fatigue. Berdasarkan kepada kajian berkaitan, Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 150 hingga 200 aplikasi mudah alih rasmi kerajaan serta lebih daripada 1,500 laman web dan portal kerajaan. Persoalannya bukan lagi berapa banyak aplikasi

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

yang berjaya dilancarkan, tetapi sejauh mana sistem-sistem ini saling berhubungan dan benar-benar menyelesaikan urusan rakyat secara menyeluruh. Puan Pengerusi, pertamanya, saya rasa penyelesaian tunggal perkhidmatan digital kerajaan perlu dipercepatkan, khususnya dalam peranan platform MyGOV. Kita menghargai usaha untuk kita menggunakan MyDigital ID untuk log masuk dan menyemak maklumat seperti lesen memandu digital, cukai jalan dan status saman dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Namun apabila rakyat ingin memperbaharui lesen, membayar cukai jalan ataupun menyelesaikan saman contohnya, mereka masih lagi perlu beralih ke aplikasi yang lain dan kena log in dan sebagainya melalui MyJPJ, MyBayar Saman dan aplikasi-aplikasi yang lain di agensi-agensi dan kementerian yang lain. MyGOV boleh membolehkan rakyat melihat maklumat, tetapi belum lagi dapat menjadi penyelesaian secara tuntas sebagai pintu penyelesaian tunggal sepenuhnya. Jika kita sudah mempunyai satu pintu masuk utama, mengapakah rakyat masih perlu memuat turun pelbagai aplikasi berbeza hanya untuk urusan harian? MyGOV tidak boleh sekadar menjadi directory ataupun dashboard dan ia semestinya dibangunkan sebagai platform transaksi hujung ke hujung, end-to-end yang benar- benar memudahkan rakyat. Kedua, kerajaan mesti juga menghentikan fenomena pertindihan fungsi digital antara kementerian, jabatan dan agensi. Banyak agensi membangunkan sistem sendiri dengan bajet yang besar, dengan fungsi yang hampir sama seperti pengurusan akaun, pembayaran, temu janji, kemas kini maklumat dan notifikasi. Apabila setiap entiti membina sistem berasingan, kos itu mengambil kira, penyelenggaraan lagi banyak. Manakala rakyat terpaksa mendaftar berulang kali, mengisi data yang sama dan mempelajari UI, UX yang berbeza-beza di laman-laman yang berbeza. Agensi kerajaan di bawah Kementerian Digital sepatutnya berkongsi sistem teras Application Programming Interface ataupun API serta infrastruktur bersama. Lebih penting, Kementerian Digital perlu mempunyai kuasa tapisan ataupun sebagai badan gatekeeping yang tegas terhadap peruntukan bajet ICT di setiap kementerian ataupun agensi-agensi kerajaan agar dana awam tidak lagi disalurkan untuk membina aplikasi agensi kerajaan masing-masing yang akan bertindih. Dan ketiga adalah kerajaan perlu melakukan sebuah kajian yang menyeluruh untuk merentasi semua kementerian dan agensi dan rasionalisasi menyeluruh terhadap semua ekosistem digital yang sedia ada di bawah sektor awam, termasuk

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

melibatkan kerajaan negeri ataupun kerajaan di peringkat PBT. Kita perlu menilai sistem mana yang perlu digabungkan, dimodenkan ataupun ditamatkan perkhidmatannya. Puan Pengerusi, dari sudut perundangan dan tadbir urus, kita telah pun mempunyai instrumen yang penting seperti Akta Perkongsian Data 2024 serta infrastruktur pertukaran data MyGDX. Persoalannya, sejauh manakah platform ini telah pun merobohkan dinding pemisah antara agensi termasuk dalam urusan yang melibatkan kerajaan negeri ataupun kerajaan PBT dan agensi-agensi yang lain, yang sangat-sangat dekat dengan kehidupan harian rakyat? Kita boleh contohi negara- negara lain seperti UK ataupun Singapore. Dan saya— sebagai simpulannya, masa tak cukup. Saya ingin mengajukan tiga perkara yang utama kepada kementerian. Yang pertamanya, apakah garis masa dan sasaran khusus untuk menamatkan aplikasi yang bertindih yang saya sebutkan tadi serta menjadikan MyGOV sebagai satu platform transaksi penuh hujung ke hujung? Yang kedua, bagaimana Kementerian Digital memperkukuhkan kawalan belanjawan ICT dan penggunaan API bersama agar tiada lagi pembaziran yang kita perlu dibelanjakan melalui kementerian yang berbeza, yang berulang-ulang? Yang akhir sekali, ketiga, adalah apakah langkah konkrit untuk, untuk memastikan perkongsian data di bawah Akta Perkongsian Data 2024 dan MyGDX boleh berjalan dengan lancar sehingga ke peringkat-peringkat yang berbeza? Puan Yang di-Pertua, akhir kata, pendigitalan yang berjaya bukan diukurkan berapa banyak aplikasi dan laman-laman yang kita telah pun umumkan dan lancarkan, tetapi pada ringkasnya, ia harus memudahkan urusan harian rakyat biasa. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030600 – AI Malaysia, yang meningkat daripada RM9 juta kepada RM13.66 juta. Dalam Belanjawan 2026, Pejabat AI Kebangsaan diumumkan menerima RM18 juta, tetapi Anggaran B.50 bagi tahun 2026 hanya menunjukkan RM9 juta. Dalam ucapan Belanjawan 2027 pula, disebut

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

hampir RM15 juta, sedangkan butiran ini mencatat RM13.66 juta. Saya mohon penjelasan, di manakah bakinya diletakkan? AI Malaysia Berhad dilancarkan pada tahun— pada 28 Julai 2026 dengan mandat melaksanakan 28 inisiatif Pelan Tindakan AI Kebangsaan dan sasaran 200,000 tenaga mahir AI. Soalan saya, siapakah yang akan mengetuai AI Malaysia Berhad hari ini? Dan apakah KPI utama yang boleh disasarkan serta bagaimanakah sasaran 200,000 tenaga mahir itu dipecahkan mengikut negeri? Bilakah juga RUU Tadbir Urus AI akan dibentangkan? Butiran 03800 – Perkhidmatan ICT Guna Sama. Seterusnya, perkongsian data kerajaan, kementerian menyasarkan peningkatan perkongsian data melalui MyGDX sebanyak 10 peratus pada tahun 2027. Setakat awal tahun ini, MyGDX melibatkan 81 agensi iaitu 51 agensi pembekal, tetapi hanya 23 agensi pengguna data. Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864] pula hanya mengikat agensi Persekutuan. Menteri sendiri pernah menggesa kerajaan negeri menggubal undang- undang yang serupa dan setakat Jun, hanya 19 aplikasi negeri telah diintegrasikan dengan MyDigital ID, manakala 28 lagi masih dibangunkan. Rakyat di Kedah berurusan dengan pelbagai pejabat. Contohnya pejabat tanah, majlis daerah dan agensi negeri setiap hari. Jika data negeri tidak disambungkan, rakyat terus mengisi borang yang sama berulang kali. Soalan saya, berapakah— berapa buah negeri yang telah menggubal undang-undang perkongsian data? Adakah sebahagian daripada peruntukan baharu RM24.89 juta di bawah Butiran 03800 – Perkhidmatan ICT Guna Sama, akan dimanfaatkan oleh negeri dan pihak berkuasa tempatan? Mengapakah sasaran yang dinyatakan sebagai 10 peratus sahaja, bukan bilangan agensi dan transaksi yang jelas? Butiran 020600 – Perlindungan Data Peribadi. Seterusnya Butiran 020600 – Perlindungan Data Peribadi— peruntukan peningkatan kepada RM6.82 juta, tetapi bilangan jawatan kekal hanya 48 orang. Sejak 1 Jun 2025, pengawal data wajib melaporkan pelanggaran data dalam tempoh 72 jam dan aduan kepada jabatan dan ini dilaporkan meningkat sekitar 50 peratus tahun ini. Soalan saya, berapakah notifikasi pelanggaran data yang diterima sejak kewajipan ini berkuat kuasa? Berapa yang telah disiasat dan dikenakan tindakan? Dan adakah 48 pegawai mencukupi untuk memantau seluruh negara?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Butiran 32000 – MDAG. Butiran 32000 – MDAG, perbelanjaan sebenar tahun 2025 ialah RM51.4 juta dan peruntukan 2026 sebanyak RM53 juta, tetapi bagi tahun 2027, jumlahnya dipotong lebih separuh kepada RM23.03 juta. Pada masa yang sama, Butiran 33000 – MDEC, meningkat daripada RM3 juta kepada RM30 juta. Soalan saya, adakah geran ini sedang ditamatkan secara berperingkat dan dipindahkan kepada program MDAG? Berapakah bilangan PMKS yang telah menerima MDEC? Apakah hasilnya daripada segi jualan dan pekerja? Dan bagaimanakah PMKS luar bandar termasuk di Kedah akan terus dibantu?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Kementerian Digital menyasarkan RM70 bilion pelaburan digital diluluskan melalui inisiatif fasilitasi pelaburan digital. Setakat Julai 2026, 84 projek pusat data telah diluluskan. Namun daripada 27 projek utama bernilai RM225.97 bilion, hanya satu yang beroperasi dan tiada satu pun daripadanya terletak di Kedah. Soalan saya, adakah inisiatif fasilitasi pelaburan digital mempunyai pakej khusus untuk reka bentuk cip, perisian kilang pintar dan AI industri, terutamanya di kawasan Kulim Hi-Tech?...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Baik. Berapakah pelaburan digital yang benar-benar direalisasikan berbanding yang diluluskan dan berapa banyak kah mengalir terutamanya ke negeri Kedah? Butiran akhir sekali iaitu 02400 – Sekretariat Perhubungan Zon. Akhir sekali, akses perkhidmatan kerajaan digital bagi penduduk luar bandar, terutamanya di tempat saya Bandar Baharu. Menurut ucapan belanjawan, MyDigital ID kini mempunyai lebih 14 juta pengguna, masih jauh daripada sasaran 17 juta menjelang akhir tahun ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Sejak 1 Mei 2026, aplikasi MyJPJ hanya boleh diakses menggunakan MyDigital ID. Bagi warga emas terutamanya— contohnya di kawasan saya, masih memerlukan telefon pintar dan imbas biometrik sedangkan kios pendaftaran di kawasan ini setakat yang saya ketahui hanyalah di pejabat JPN daerah. Butiran— plus Butiran 02400 – Sekretariat Perhubungan Zon diperuntukkan sebanyak RM4.77 juta untuk menyelaraskan pendigitalan bersama kerajaan negeri. Soalan saya, berapakah kadar pendaftaran MyDigital ID di Kedah khususnya di daerah Parlimen saya Kulim-Bandar Baharu? Dan adakah kementerian bersedia

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

menghantar kaunter bergerak melalui sekretariat zon utara ke mukim-mukim luar bandar? Apakah sasaran sebenar sekretariat ini bagi Kedah pada tahun 2027? Sekian, terima kasih Pengerusi.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya dijemput Bukit Gelugor.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Bekalan 50, Butiran 050100 – Pembangunan Dasar dan Kajian iaitu berkenaan satu peruntukan one-off sebanyak RM849,000. Tuan Pengerusi, saya ingin menimbulkan isu penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence (AI), khususnya penggunaan teknologi deepfake untuk menghasilkan kandungan palsu yang melibatkan wajah, suara dan identiti individu tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka harus diperincikan. Beberapa contoh yang boleh kita lihat yang telah pun berlaku contohnya, Bank Negara Malaysia terpaksa mengeluarkan satu amaran umum setelah satu— scammers telah pun memuat naik video-video deepfake yang meniru suara dan wajah Gabenor BNM dan juga pegawai-pegawai kanan yang mengiklankan produk- produk kewangan yang palsu. Keduanya, dengan izin, Johor Royal Press Office juga telah pun terpaksa mengeluarkan amaran umum setelah satu video yang deepfake yang menunjukkan Yang di-Pertuan Agong yang kononnya mengumumkan bantuan kewangan. Juga dalam bulan Februari 2024, seorang scammer telah pun berjaya menipu satu firma multinasional untuk jumlah lebih kurang USD26 juta, di mana seorang pegawai ataupun pekerja di dalam firma tersebut telah pun ditipu melalui deepfake untuk memindah wang tersebut ke dalam satu akaun yang lain. Perkembangan ini bukan saja menjejaskan maruah, keselamatan dan privasi individu, malah berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi awam dan menjejaskan integriti pilihan raya. Skala masalah ini juga semakin ketara. Berdasarkan statistik sehingga 31 Oktober 2026, pertamanya sebanyak 13,883 imej yang dimanipulasi dan kandungan deepfake telah diturunkan, susulan permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari 2024. Keduanya, dari Januari hingga Oktober 2026, MCMC telah menyiasat 61 kes penyalahgunaan AI di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan 10 kes telah dibawa ke mahkamah.

Ketiga, sebanyak 713 kandungan deepfake politik dan imej pemimpin politik yang telah dimanipulasi telah diturunkan antara bulan Januari 2025 hingga 15 September 2026. Angka-angka ini menunjukkan bahawa penyalahgunaan AI bukan lagi sekadar isu teknologi, tetapi telah menjadi satu isu perlindungan individu, keselamatan dalam talian dan kepentingan awam. Tuan Pengerusi, menjelang pilihan raya umum yang akan datang tak berapa lama lagi, terdapat risiko bahawa kandungan politik palsu yang dihasilkan menggunakan AI boleh mempengaruhi persepsi dan keputusan pengundi, khususnya golongan yang mungkin kurang berupaya membezakan kandungan tulen daripada yang tidak tulen. Kita sedia maklum bahawa Malaysia telah mempunyai beberapa peruntukan undang-undang untuk menangani penyalahgunaan AI termasuk seperti yang saya kata tadi, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kanun Keseksaan dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian 2025. Namun persoalannya adalah, sama ada kerangka perundangan dan penguatkuasaan sedia ada benar-benar memadai untuk menangani masalah ini. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada kajian bagi dasar untuk menangani penghasilan kandungan deepfake turut termasuk dalam Bekalan 50, Butiran 050100 tersebut. Khususnya pertama, apakah langkah yang sedang dan akan diambil oleh kementerian untuk memperkukuh kerangka perundangan dan dasar negara bagi menangani penyalahgunaan AI, khususnya penghasilan dan penyebaran kandungan deepfake tanpa persetujuan, penyamaran identiti tokoh awam serta penyebaran kandungan politik palsu? Keduanya, apakah tanggungjawab yang dikenakan ke atas platform media sosial untuk mempercepatkan proses penurunan kandungan deepfake yang dilaporkan, melabelkan kandungan yang dijana atau dimanipulasi menggunakan AI serta menghalang kandungan yang sama daripada dimuat naik semula? Ketiga, apakah langkah khusus yang sedang dirancang bagi mengelakkan penyalahgunaan AI untuk menyamar sebagai calon pilihan raya, mereka-reka kenyataan politik ataupun menyebarkan propaganda palsu yang boleh mengelirukan pengundi menjelang pilihan raya akan datang? Keempat, adakah Malaysia akan membina teknologi pengesanan deepfake- nya sendiri ataupun deepfake detection technology? Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu Nvidia dan CEO-nya yang bernama Jensen Huang. Baru-baru ini kita baru mendapat

berita bahawa tujuh syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pengintip, yang dikatakan mengadakan hubungan relationship dengan Jensen Huang tersebut telah pun disenaraihitamkan oleh Washington ataupun Kerajaan Negeri Amerika Syarikat, termasuk tiga syarikat di Malaysia, iaitu PT Megaspeed International, Speed Matrix Sendirian Berhad dan MSFusion Sendirian Berhad. Persoalan yang ingin saya tanya, adakah syarikat-syarikat tersebut turut disiasat di Malaysia? Dan apakah siasatan-siasatan yang terkini untuk syarikat- syarikat tersebut? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Permatang Pauh.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Butiran yang pertama, 020600 – Perlindungan Data Peribadi. Rakyat hari ini ditipu oleh scammer yang tahu nama penuh, nombor kad pengenalan dan juga alamat. Jabatan Perlindungan Data Peribadi sendiri merekodkan hampir 535 kes kebocoran data daripada 2022 sehingga 2025. Sebanyak 221 daripadanya di luar bidang kuasa jabatan. Pada Disember 2025, sampel data di web gelap yang dianggarkan melebihi 200 gigabyte disahkan sahih dan agensi kerajaan didakwa terlibat. Namun seksyen 3(1) Akta 709 mengecualikan pihak kerajaan. Syarikat swasta boleh didenda sehingga RM1 juta, sedangkan agensi kerajaan hanya tertakluk kepada Akta Keselamatan Siber 2024 ataupun pekeliling.

Di United Kingdom, prinsipnya jelas. Pihak yang paling berupaya mencegah kerugian mesti memikul tanggungjawab. Bank-bank di sana kini wajib membayar balik mangsa scam. Kajian bebas mendapati kerugian penipuan melalui faster payment, dengan izin, turun sekitar 21 peratus bersamaan GBP73 juta setahun. Bank Negara sendiri bersetuju dengan arah ini. Dalam laporan tahunan 2025, Bank Negara mendapati kira-kira 95 peratus kes penipuan dalam talian di negara ini melibatkan transaksi yang dibenarkan oleh mangsa sendiri. Kes-kes ini terkeluar daripada rangka kerja pampasan yang ada sekarang. Bank Negara juga menyatakan ada merit untuk meluaskan tanggungjawab pampasan kepada telco dan platform

digital. Jika kita mahu bank, telco dan platform digital bertanggungjawab, kerajaan mesti tunjuk teladan dahulu. Saya cuma nak bertanya. Yang pertama, daripada 221 kes itu, berapakah yang melibatkan agensi kerajaan? Kedua, bilakah RUU penubuhan suruhanjaya data akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama? Dan yang ketiga, Kementerian Digital adalah kementerian yang bertanggungjawab ke atas ekosistem digital negara. Apakah pendirian rasmi kementerian terhadap cadangan Bank Negara supaya platform digital ini turut mengambil tanggungjawab pampasan kepada mangsa scam? Butiran yang kedua, 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital. Harga projek melonjak RM2.27 bilion dalam setahun daripada RM4.19 bilion kepada RM6.47 bilion tanpa penjelasan komponen baharu dalam buku anggaran. Pada masa yang sama, sasaran perkhidmatan dalam talian end-to-end bagi 2026 diturunkan kepada 80 peratus. Sasaran ini lebih rendah daripada sasaran 2025. Yang itu pun tidak dicapai. Harga naik lebih separuh, sasaran pula turun. Ini bukan belanja berasaskan hasil. Soalan saya, apakah komponen projek yang ditambah sehingga harga naik RM2.27 bilion dan bilakah laporan audit untuk semua aplikasi kerajaan yang diarahkan oleh Menteri akan dibentangkan dalam Dewan ini? Yang terakhir, butiran yang ketiga, 030600 – AI Malaysia. Peruntukan butiran ini naik daripada RM9 juta kepada RM13.7 juta. Tetapi, RUU Tadbir Urus AI yang disasarkan dibentang pada penghujung 2026 kini dianjak ke awal 2027, yakni tahun depan. Garis panduan etika AI pula hanya bersifat sukarela dengan syarat pendedahan bot hanya akan ditentukan melalui RUU itu kelak. Malaysia AI Safety Institute pula ditubuhkan di bawah AI Malaysia Berhad iaitu sebuah syarikat dan bukan badan berkanun. Tuan Pengerusi, scam kini menggunakan suara palsu, video deepfake dan juga lain-lain. Sementara RUU belum ada, rakyat dibiarkan tanpa perlindungan undang-undang. Soalan saya simple sahaja. Atas peruntukan undang-undang manakah institut ini boleh dituntut pelaporan insiden AI dan pada mesyuarat Dewan manakah RUU Tadbir Urus AI ini akan dibentangkan dalam Parlimen? Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Pengerusi, perbahasan saya pada hari ini tertumpu khusus kepada satu angka yang sangat besar dalam anggaran perbelanjaan kementerian ini iaitu bagi Maksud Pembangunan P.50 di bawah Butiran 94000 yang berjumlah RM947 juta iaitu perkhidmatan kerajaan digital. Jika digabungkan perbelanjaan perolehan aset sahaja mencecah RM857 juta atau hampir 63 peratus daripada keseluruhan belanjawan Kementerian Digital bagi tahun 2027. Peruntukan sebesar ini menuntut penelitian yang rapi agar setiap sen wang rakyat memberi pulangan nilai yang setimpal dan tidak mengulangi ketirisan projek ICT kerajaan pada masa yang lalu. Sehubungan dengan itu, saya ingin membangkitkan empat persoalan teknikal untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam sesi penggulungan nanti. Yang pertama Tan Sri Pengerusi, pecahan aset ketara dan aset tidak ketara. Daripada RM857 juta peruntukan aset pembangunan ini, mohon kementerian memperincikan, berapa peratus yang dibelanjakan untuk aset fizikal seperti perkakasan pelayan, server, pusat data kerajaan dan infrastruktur rangkaian berbanding dengan aset tidak ketara seperti pembangunan perisian, lesen proprietary dan langganan pengkomputeran awan ataupun cloud computing. Dalam era teknologi yang pantas berubah, pembelian perkakasan fizikal yang berlebihan berisiko menjadi usang ataupun obsolete dalam tempoh tiga hingga lima tahun sahaja. Kedua, mekanisme anti pertindihan antara agensi. Kini kita mempunyai beberapa entiti pelaksana utama di bawah ekosistem digital negara termasuk Jabatan Digital Negara, GovTech Malaysia, MDEC dan, terbaru, AI Malaysia Berhad. Saya ingin mendapatkan jaminan kementerian, bagaimanakah peruntukan aset yang berjumlah RM850 juta ini diselaraskan supaya tidak berlaku pembelian pelayan, pangkalan data atau lesen perisian yang bertindih antara jabatan dan agensi? Kita tidak mahu wujud situasi silo digital yang dibangkitkan oleh ramai rakan- rakan Yang Berhormat di mana setiap agensi membeli sistem sendiri yang akhirnya gagal berkomunikasi di antara satu sama lain. Tan Sri Pengerusi, saya nak ambil ataupun berikan satu contoh, di negeri Selangor di bawah MBI Incorporated. Sebelum ini, syarikat-syarikat di bawah MBI ini masing-masing mereka melanggan cloud. Jadi, menelan belanja puluhan juta, tetapi

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

atas inisiatif CEO MBI, disatukan langganan cloud ini dan mereka memperoleh penjimatan puluhan juta sehingga 60 peratus penjimatan apabila dilakukan penyelarasan tentang cloud subscription ini. Saya percaya Tan Sri Pengerusi, kalau Kementerian Digital berjaya menyelaraskan pembelian sistem ataupun langganan aplikasi, ratusan juta ringgit dana kerajaan boleh dijimatkan. Dan seterusnya, unjuran kos penyelenggaraan OPEX dan risiko vendor lock- in. Setiap perolehan aset digital bernilai ratusan juta ringgit pada hari ini akan mengikat kerajaan dengan kos penyelenggaraan, pembaharuan lesen dan sokongan teknikal pada tahun-tahun mendatang. Berapakah unjuran komitmen kewangan tahunan yang perlu ditanggung oleh kerajaan selepas aset-aset bernilai RM857 juta ini siap diperolehi? Pada masa yang sama, sejauh manakah kementerian menetapkan syarat kod sumber terbuka ataupun open source atau pemilikan harta intelek (IP) kepada kerajaan? Supaya kita tidak terperangkap dalam monopoli pembekal ataupun vendor lock-in yang memaksa kerajaan membayar kos yang tinggi setiap kali ingin menaik taraf sistem. Dan yang terakhir, yang keempat Tan Sri Pengerusi, tata kelola perolehan dan keutamaan syarikat tempatan. Susulan teguran Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mengenai kelemahan tadbir urus beberapa projek digital utama, apakah langkah kawalan dalaman yang diperketatkan bagi memastikan perolehan aset dilaksanakan secara tender terbuka dan telus? Di samping itu, berapakah sasaran peratusan perolehan aset ini diagihkan kepada penyedia teknologi dan pembangun sistem tempatan bagi memacu pertumbuhan ekosistem digital dalam negara kita berbanding sekadar menjadi pembeli kepada syarikat teknologi gergasi asing? Akhirnya, transformasi digital negara dan Agenda Negara AI 2030 amat kita sokong. Namun, kejayaan pendigitalan sektor awam tidak diukur pada besarnya angka perolehan aset yang kita akan luluskan ini, tetapi pada sejauh mana sistem tersebut stabil, selamat dan tidak bertindih dan benar-benar memudahkan urusan rakyat di kaunter mahupun di hujung jari. Dengan persoalan-persoalan tersebut, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Kuala Krau,

Tuan Haji Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, ada empat perkara sahaja yang saya ingin sentuh di bawah Kementerian Digital. Pertamanya, Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital. Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk pendigitalan perkhidmatan awam.

Tuan Haji Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Namun, rakyat masih berhadapan dengan pelbagai aplikasi dan sistem yang tidak bersepadu antara satu dengan yang lain. Menurut laporan, sebanyak 1,433 aplikasi sektor awam yang bernilai RM1.46 bilion yang telah dibangunkan oleh kerajaan. Malah setakat Oktober 2026 ini, MyGOV Malaysia baharu mengintegrasikan 62 perkhidmatan daripada 22 agensi kerajaan. Persoalannya, sampai bila rakyat perlu menggunakan aplikasi yang berbeza ini untuk berurusan dengan jabatan kerajaan yang berbeza? Saya ingin meminta Menteri bagi memberikan penjelasan, apakah perancangan untuk semua aplikasi ini dapat disepadukan melalui satu platform ataupun super aplikasi yang benar-benar memudahkan rakyat? Adakah kerajaan mempunyai sasaran dan tarikh siap yang jelas untuk menyelesaikan masalah pertindihan aplikasi ini? Butiran 020500 – Digital Negara. Saya ingin menyentuh soal keselamatan data kerajaan dan rakyat. Dalam laporan Astro Awani 18 November 2026, Menteri memaklumkan bahawa belum ada ancaman siber signifikan yang dikesan sehingga menjejaskan data rakyat atau infrastruktur digital negara. Namun, kita juga dimaklumkan bahawa Malaysia berdepan dengan ribuan percubaan serangan siber setiap bulan. Tahap ancaman keselamatan siber negara turut dinaikkan daripada rendah kepada sederhana pada 4 November yang lalu. Dalam masa yang sama, KPI kementerian bagi penyelesaian kes ataupun insiden siber hanya disasarkan kepada 92 peratus bagi tahun 2026 dan 2027 berbanding pencapaian sebenar 93 pada 2025. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh sistem keselamatan siber kerajaan? Bagaimana kementerian memastikan sistem dan data kerajaan tidak mudah untuk dicerobohi serta mampu bertahan sekiranya berlaku serangan siber berskala besar yang boleh melumpuhkan perkhidmatan kerajaan secara keseluruhannya. Butiran 00900 – Bantuan Teknik dan Perundingan. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung perbelanjaan khidmat perunding kementerian. Pada tahun 2025, perbelanjaan sebenar bagi butiran ini mencecah RM25.9 juta berbanding

Tuan Haji Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

peruntukan asal hanya RM9.3 juta. Ini hampir tiga kali ganda penambahan daripada peruntukan yang telah diluluskan. Dalam keadaan kerajaan menyatakan hasrat untuk mengurangkan kebergantungan kepada vendor luar melalui penubuhan GovTech Malaysia, peningkatan perbelanjaan perunding ini menimbulkan persoalan di antaranya, apakah perkhidmatan dan kajian yang menyebabkan perbelanjaan meningkat sehingga RM25.9 juta? Siapakah penerima kontrak-kontrak tersebut dan berapa banyak yang diberikan secara rundingan terus? Ini kalau boleh dapat diberikan secara bertulis, Menteri ya. Keempat, Butiran 030600 – AI Malaysia. Peruntukan AI Malaysia meningkat daripada RM9 juta pada tahun 2026 kepada RM13.66 juta pada tahun 2027. RUU Tadbir Urus AI yang dijangka dibentangkan pada awal 2027 masih belum dimuktamadkan. Saya berpandangan bahawa pembangunan teknologi AI mesti bergerak seiring dengan perlindungan terhadap hak rakyat. Kita tidak mahu teknologi ini berkembang terlalu pantas sehingga aspek keselamatan privasi dan hak pengguna terabai. Justeru, beberapa penjelasan yang perlu diberikan. Pertama, apakah bentuk kuasa dan bidang tanggungjawab Institusi Keselamatan AI Malaysia dalam menilai serta memantau sistem AI berisiko tinggi? Kedua, apakah mekanisme perlindungan yang sedang berkuat kuasa sementara menunggu RUU ini diluluskan, khususnya bagi menangani penyalahgunaan AI seperti penipuan pemalsuan identiti? Dan yang terakhir, adakah kerajaan mempunyai garis masa yang jelas untuk membentangkan RUU ini pada awal 2027 termasuk memastikan agensi penguatkuasaan dan mekanisme pelaksanaannya benar-benar bersedia. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullah.

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Cuba bayangkan— esok pagi makanan di pasar raya terpaksa dibuang kerana sistem penyejukan dicerobohi. Di lapangan terbang, penumpang terkandas apabila sistem gagal berfungsi. Apabila rakyat membuka laman kerajaan, mereka menemui pautan perjudian.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Jadi sekarang, bayangkan serangan yang sama menyasarkan sistem penyejukan tempat simpanan ubat di hospital. Petugas menyangka semuanya berfungsi seperti baik, sedangkan suhu sudah berubah dan juga mutu ubat mungkin terjejas. Gangguan itu hanya disedari selepas ubat diberikan kepada pesakit. Jadi ketika itu, nyawa manusia mungkin sudah menjadi taruhan. Bukit Bendera merujuk Butiran Pembangunan 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital dengan peruntukan RM947.29 juta. Jadi, berapakah daripada jumlah ini dikhususkan untuk menguji keselamatan sistem dan juga memastikan perkhidmatan boleh dipulihkan apabila berlakunya serangan? Senario hospital tadi itu adalah gambaran risiko yang kita mesti cegah. Namun, serangan terhadap sistem penyejukan sudah pun berlaku. Pada 11 dan juga 12 Oktober yang lalu, kira-kira 700 premis peruncitan di Perancis menjadi sasaran. Tetapan penyahbekuan diubah sehingga bekalan makanan itu rosak. Serangan melalui internet boleh juga membawa kerosakan ke dalam kehidupan sebenar. Pada September 2025, serangan terhadap Collins Aerospace, pembekal sistem lapangan terbang menyebabkan penerbangan di Eropah dibatalkan ataupun tertunda. Pada 13 November tahun ini, gangguan komunikasi pula menyebabkan pelepasan penerbangan di seluruh Amerika Syarikat terhenti sementara. Pihak berkuasa mereka menyatakan tiada petunjuk serangan siber dalam kejadian itu. Jadi, kedua-dua insiden itu menunjukkan betapa besarnya kesan kegagalan sistem. Di negara kita, Malaysiakini pada 19 Oktober melaporkan bahawa laman kerajaan disalahgunakan untuk mempromosikan kasino dalam talian termasuklah dakwaan pautan perjudian tersembunyi dalam laman Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya merujuk Butiran 020500 – Digital Negara dengan peruntukan RM90.41 juta. Jadi, berapa banyak laman kerajaan telah diperiksa selepas laporan itu? Dan apakah kelemahan yang dikesan? Bilakah Menteri akan membentangkan hasil pemeriksaan serta tindakan pembetulan kepada Parlimen? Jadi, pautan perjudian mesti dibuang dan juga punca pencerobohan mesti ditutup. Jadi, nyatakan sama ada data pengguna itu turut terjejas dan tindakan terhadap penyedia perkhidmatan yang cuai. Jadi, rakyat berhak mengetahui keselamatan maklumat yang mereka serahkan. Jadi, di bawah Butiran 030800 – Perkhidmatan ICT Guna Sama. Apabila banyak agensi berkongsi perkhidmatan, bagaimanakah kementerian dapat

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

memastikan kegagalan satu sistem tidak akan merebak kepada agensi-agensi yang lain? Jadi, bilakah latihan pemulihan terakhir dilaksanakan dan berapa lama masa akan diambil untuk mengembalikan perkhidmatan? Jadi, salinan data yang disimpan berasingan mesti juga diuji supaya boleh digunakan ketika kecemasan. Kontrak juga perlu mewajibkan kemas kini keselamatan sepanjang peralatan digunakan dengan tanggungjawab pembekal dinyatakan secara jelas. Jadi Tan Sri Pengerusi, Bukit Bendera yakin Malaysia mampu menjadi peneraju keselamatan siber di rantau ini. Kepimpinan Yang Berhormat Damansara sebagai Menteri Digital telah pun terbukti berjaya mencipta kejayaan dan dalam kejayaan dunia AI. Maka, cita-cita untuk Malaysia mempunyai kemampuan untuk melindungi sistem kerajaan sendiri, mempertahankan data rakyat dan juga memastikan perkhidmatan penting terus berfungsi ketika diserang tidak diragu boleh berjaya. Di sini Bukit Bendera mahu Malaysia menjadi peneraju keselamatan siber di seluruh rantau ini. Kepimpinan itu bermula dengan kemampuan melindungi sistem kerajaan sendiri, mempertahankan juga data rakyat dan juga memastikan bahawa perkhidmatan penting terus berfungsi ketika diserang. Kerajaan mesti memperkukuh juga ya tenaga pakar tempatan dan juga pada masa yang sama menerajui kerjasama ASEAN untuk mengesan serta menangani ancaman bersama. Kita mahu negara serantau melihat Malaysia ini sebagai rakan yang boleh diharap apabila berhadapan dengan ancaman serangan siber.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Jadi, lindungi sistem yang mengurus kehidupan rakyat dan juga jadikan Malaysia negara yang bersedia menghadapi serangan dan juga dengan keupayaan untuk menangkis dan paling penting untuk memulihkan perkhidmatan dengan pantas. Dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput pembahas terakhir, Jelutong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk bertanyakan beberapa soalan berkenaan dengan Butiran 050100 – Pembangunan Dasar dan Kajian.

Menteri telah memainkan peranan penting bukan sahaja daripada segi memantapkan lagi perkhidmatan digital, tetapi juga telah menyumbang kepada dasar negara untuk menyatupadukan rakyat dan mengeratkan perpaduan dan silaturahim di dalam pelbagai acara kita lihat seperti sambutan Deepavali, sambutan Thaipusam. Hari ini merupakan hari yang amat suci bagi negara Malaysia, orang-orang yang beragama Hindu dan juga yang beragama Sikh kerana yang beragama Hindu, kita menyambut Karthigai Deepam, Yang di-Pertua Tuan Pengerusi. Manakala yang beragama Sikh, pula menyambut Hari yang dimaksudkan Gurpurab. Jadi, bolehkah saya tanya kepada kementerian, sekiranya pihak kementerian di bawah pembangunan dasar dan kajian menggunakan skrin-skrin digital, yang ada di seluruh negara untuk mencatatkan ucapan selamat menyambut Hari Deepavali, selamat menyambut Hari Raya, selamat menyambut Gong Xi Fa Cai, selamat menyambut Hari Gurpurab kerana pihak Kementerian Digital telah memainkan peranan penting. Kita menghadapi kekangan-kekangan di negara kita, pelbagai anasir yang cuba memecahbelahkan kita dan saya melihat bahawa Kementerian Digital memainkan peranan penting untuk menyatupadukan rakyat dan mengeratkan silaturahim. Jadi, di bawah Pembangunan Dasar 050100, permintaan saya kepada kementerian dan Menteri yang juga selalu memainkan peranan penting di dalam menyatupadukan dan mengeratkan silaturahim di antara rakyat, sama ada kementerian boleh menggunakan semua skrin-skrin digital di seluruh negara untuk memaparkan acara-acara yang boleh menyatupadukan rakyat. Di samping itu, saya juga ingin tanya. Pagi ini berkenaan dengan Khidmat Pengurusan, Butiran 010100, Yang di-Pertua Tuan Pengerusi. Ada pihak-pihak yang telah mempersoalkan Minit-minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang telah bocor, kononnya dan tuduhan dibuat terhadap Ahli-ahli Parlimen DAP. Persoalan saya kepada kementerian adalah, kita tahu bahawa pada 22 November 2026, Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa Minit-minit Lembaga Pengampunan telah dinyahklasifikasikan untuk membenarkan Jabatan Peguam Negara menggunakannya di mahkamah. Untuk kita mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang telah memasukkan, memuat naik Minit-minit Mesyuarat ini adalah seperti telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini di bawah pimpinan Barisan Nasional.

Saya beri contoh, pada satu masa yang dahulu, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang yang membongkarkan isu 1MDB telah diburu, ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA. Pegawai khas kepada Menteri Digital, Encik Mandeep Singh yang menganjurkan perhimpunan BERSIH, diburu, ditahan di bawah SOSMA. Apa yang akan— apa? Kita tak perlu merahsiakan apa-apa. Fakta hakikatnya adalah Najib Tun Razak merupakan seorang perompak. Kita tak boleh nafikan perkara itu. Jadi, apakah kita, it’s like kenapa kita cuba menidakkan perkara, faktor yang berlaku? Dan saya lihat pembangkang di sebelah sana hanya membangkitkan isu-isu ini kononnya mereka ingin— apa yang mereka memperjuangkan? What are they actually fighting for? Adakah mereka mempertahankan orang yang telah merompak wang begitu banyak? Apa konsep perjuangan mereka? Saya tak faham. Jadi, saya rasakan bahawa kita perlu jelas the fact remains Najib Tun Razak was a thief, seorang perompak. Perkara itu langsung tidak boleh kita nafikan. Saya ingin meminta Kementerian Digital gunakan perkara ini, pembangunan dasar dan kajian untuk kita membongkarkan lagi, biarkan lagi, banyak lagi maklumat dimuat naikkan di dalam Facebook supaya kerajaan kita, Kementerian Digital perlu memainkan peranan untuk menyokong pendirian Perdana Menteri kita bahawa kita akan lawan pihak-pihak yang menyalahgunakan kuasa. Kita akan lawan pihak-pihak yang sakau, merompak khazanah negara, duit negara yang menyebabkan rakyat kita merana sehingga sekarang. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Sekarang ini saya jemput Menteri untuk memberikan penggulungan. Saya berikan 25 minit dari sekarang, silakan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan dan masa jawatankuasa ini. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa soalan yang diajukan, yang menyentuh perkara yang sama. Saya akan cuba untuk menjawab semua yang telah pun dikemukakan, tapi banyak daripada soalan itu juga meminta butir-butir yang terperinci. Jadi, untuk butir-butir terperinci tersebut saya akan berikan secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Tuan Yang di-Pertua, soalan didahulukan berkenaan dengan pusat data. Saya rujuk kepada soalan khususnya daripada Yang Berhormat Seputeh dan ini adalah soalan yang saya rasa penting kerana ianya merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi perkara yang di bincang di masyarakat umum khususnya perkara berkaitan dengan apa yang kita sebut sebagai data centers dan sama ada ataupun tidak, ianya membawa kepada keberhasilan ekonomi yang diingini. Kita lihat kepada aspek hala tuju, aspek kemampanan dan juga limpahan ekonomi daripada kepesatan pelaburan pusat data di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, permulaan dia, kita ada sebanyak sekarang 55 data center yang telah pun mula berurus. Mula diuruskan. There is up and running dan daripada mereka ada sebanyak 117 pusat atau pusat data yang direkodkan. Yang kita lihat menjana sebanyak 4,053 peluang pekerjaan bernilai tinggi dengan tangga gaji bagi peringkat kanan antara RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan. Ini jauh mengatasi median gaji bulanan nasional. Di mana dalam kesemua ini, sebanyak 89 peratus jawatan berkemahiran tinggi ini diisi oleh bakat tempatan. Selain daripada itu, kalau kita lihat kepada nombor-nombor. Bila kita meluluskan pelaburan pusat data, ianya tidak hanya dinilai Tuan Yang di-Pertua dari sudut saiz data center tersebut. Komitmen modal ataupun kapasiti megawatt dan semata-matanya. Sebaliknya, ia memastikan bahawa hasil nilai ekonomi dan ini sangat penting sebenar dapat kita rasai hasil daripada pelaburan itu. Ini terbukti apabila eksport perkhidmatan pusat data telah melonjak daripada RM2.8 bilion pada tahun 2024 kepada RM11.7 bilion pada tahun 2025. Sekali gus, ianya menyokong peningkatan eksport, perkhidmatan ICT negara kepada RM27.1 bilion dan serta menyumbang kepada lebihan Akaun Perkhidmatan Negara sebanyak RM1.2 bilion. Jadi, apabila kita lihat perkara ini Yang Berhormat Seputeh, ini bukan sekadar kita lihat kepada bangunan yang dibangunkan dan ianya menjadi data center. Kita kena lihat kepada sebenarnya apakah peranan data center ini? Ianya menghasilkan compute dan compute ini diperlukan untuk kita membolehkan apa ini, kita sebut sebagai AI solutions itu dibina.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

So, tanpa compute ini mungkin kita ada masalah. Jadi, itulah menjadi pelaburan. Saya setuju, kalau kita lihat kepada data centre sebagai satu pusat sahaja, memang kita tidak akan lihat sebenarnya luasnya peluang pekerjaan daripada sudut itu. Tapi di dalam data centre itu pun kita ada keperluan untuk kerja-

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

kerja dan kepakaran-kepakaran, khususnya jurutera IT, jurutera Cloud, cybersecurity experts dan sebagainya. Dan kalau kita lihat kepada apa yang kita sebut sebagai ekonomi sekeliling data centre— data centre tersebut sempena Yang Berhormat sebut tadi, data centre ini memerlukan tenaga, they consume a lot of energy. Jadi, pemikiran kita juga kena lihat kepada aspek bagaimana kita dapat meluaskan lagi apa yang kita sebut sebagai grid yang kita ada, juga bekalan elektrik yang kita ada. Dan di dalam perkara itu, kita juga melihat kepada aspek air. Sama juga. Data centre itu memang dilihat sebagai memerlukan kapasiti air yang besar. Jadi, di situ juga kita lihat kepada bagaimana kita dapat memproseskan air supaya ia nya dapat digunakan untuk tujuan tersebut. Dan ini telah pun membawa kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan bekalan. Kalau kita lihat kepada perbincangan itu, Yang Berhormat, kita telah pun mendirikan pada bulan Februari tahun yang lalu, apa yang kita sebut sebagai DCTF ataupun Data Centre Task Force yang merangkumi pihak-pihak daripada Kementerian Digital, MITI, daripada Suruhanjaya Tenaga, TNB, daripada jabatan- jabatan yang menyediakan air di semua negeri-negeri, di mana kita bincang bersama berkenaan dengan kapasiti yang diperlukan. Dan kita dapat menjangka kapasiti itu daripada melihat kepada permohonan-permohonan. Seperti mana saya sebut tadi, there is 117 applications and kita akan melihat lebih permohonan-permohonan ini. Jadi, sebelum ia nya diluluskan kita lihat kepada kapasiti yang sedia ada dan juga bagaimana kita dapat pastikan bahawa sekiranya ia nya diluluskan, maka kapasiti yang kita ada itu mencukupi untuk tujuan data centre— data centre tersebut. Saya juga bersetuju apabila disarankan oleh Yang Berhormat tadi, kita tidak mahu ada satu keadaan di mana kita ada apa yang disebut sebagai phantom demand. Maksudnya kita ada permohonan yang menyatakan bahawa data centre itu akan dibangunkan dan memerlukan tenaga sepertimana dipohon itu untuk jangka masa lima tahun. Tapi kita lihat bahawa ia nya tidak dibangunkan dalam masa yang dinyatakan, kemudian tenaga yang dia katakan akan digunakan dalam lima tahun itu tidak digunakan. Maka, berlaku kebaziran di situ. Dan kita sebagai negara untuk tujuan pembekalan elektrik tenaga tersebut, kita perlu membuat pelaburan, meningkatkan infrastruktur kita supaya kita dapat membekalkan bekalan tenaga tersebut. Di situ kita ada tarif. Kita telah pun meletakkan tarif sebanyak 85 peratus, di mana kita menyatakan bahawa walaupun mereka mengguna ataupun tidak mengguna electricity tersebut, maka mereka perlu membayar untuk electricity tersebut. Itu satu contoh di mana kita melihat kepada

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

bagaimana kita dapat mendirikan kaedah-kaedah untuk memastikan bahawa kita boleh membekalkan elektrik atau tenaga dan juga air kepada data centre ini dan ia nya tidak menggugat kepenggunaan atau bekalan kepada masyarakat am ataupun penggunaan domestik dengan jelas. Dan kita juga ada apa yang disebut sebagai kaedah-kaedah untuk memastikan bahawa di dalam proses kita memperluaskan ekosistem tenaga dan air ini, maka tidak ada pembaziran. Maka, mereka yang membuat permohonan untuk bekalan ini perlu bayar walaupun mereka menggunakan atau tidak tenaga tersebut. Ini satu contoh. Dan itu yang saya sebut sebagai juga apabila kita lihat di sekeliling, around data centres. Kita bergerak ke depan kita juga melihat bagaimana kita dapat sekarang membincang supaya pelabur-pelabur yang datang ke Malaysia untuk membina data centre juga dapat melihat kepada aspek melabur di dalam kita membangunkan sistem-sistem pembekalan ataupun jana tenaga untuk diri mereka sendiri dan juga sistem-sistem rawatan air dan sebagainya. Baru-baru ini, Yang Berhormat masih ingat kita ada pelaburan daripada Google sebanyak USD15 bilion ataupun lebih kurang RM63 bilion. Di dalam pelaburan itu termasuk juga perbincangan berkenaan dengan energy services— energy supplies dan juga water treatment. So, itu menjadi satu juga pendekatan baru yang kita lihat sekarang supaya sekiranya seseorang itu hendak mendirikan data centre sudah tentu beliau perlu menggunakan tenaga yang banyak. Dan dalam keadaan tersebut kita juga minta mereka untuk melihat sama ada ataupun tidak mereka boleh membekalkan tenaga untuk data centre sendiri untuk kita memastikan terdapat apa tadi saya sebut, balance di antara apa yang kita ada, boleh supply dan juga permohonan yang dibuat. Jadi Yang Berhormat, memang satu perkara yang di dalam perhatian kita dan saya rasa itu adalah perkara yang kita akan meneliti bergerak ke depan. Selepas daripada itu Yang Berhormat, selain daripada kita melihat kepada apa yang kita lihat sebagai industri-industri sekeliling pembinaan dan juga sustainability of data centre. Apabila kita ada data centres yang wujud itu, kita akan mempunyai satu ekosistem ataupun hab di mana kita ada compute yang mencukupi. Yang ini dapat digunakan untuk start-up dan industri-industri baru di mana mereka sekarang boleh menggunakan perkhidmatan AI untuk memperkukuhkan lagi perniagaan mereka. Jadi, di situ kita akan melihat limpahan daripada apa yang kita sebut sebagai AI economy ecosystem yang saya sebut tadi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHMenteri Digital · Damansara

Jadi, di sini juga kita perlu membuat persediaan. Kita perlu tahu sebenarnya apakah jumlah compute yang kita ada dan bagaimana kita boleh pastikan bahawa compute ini juga digunakan ataupun diketepikan untuk keperluan tempatan. Jadi, untuk tujuan itu kita ada NACX iaitu in exchange yang sekarang kita sedang mendirikan di mana kita membuat persiapan untuk kita mengumpul data berkenaan semua data centre yang ada, banyak mana compute yang kita ada, bagaimana kita boleh membawa sama, demand yang diperlukan juga. Bukan sahaja demand daripada domestik, tapi demand juga daripada luar negara dan bagaimana kita boleh pastikan bahawa kita dapat menentukan bahawa compute yang diperlukan itu sampai kepada pasaran yang memerlukannya dan bagaimana kita boleh teruskan bergerak ke depan. So, memang di dalam perbincangan ini banyak perkara yang berlaku sekeliling dan di atas. So, it’s lot of preparation and also economic around the data centres and on top of it yang perlu kita lihat. Dan kita lihat itu sebagai apa yang kita perlukan untuk masa depan. Yang Berhormat, kalau kita ada satu negara AI ataupun AI Nation, sudah tentu kita akan menggalakkan semua industri-industri, SME— SME dan sebagainya di negara kita untuk menggunakan AI. Dan kita boleh menggambarkan sekiranya 10 peratus, 20 peratus, 30 peratus daripada industri-industri kita, SME dan sebagainya mereka mula menggunakan AI. Di situ kita akan melihat perniagaan mereka itu berkembang, pendapatan mereka ini naik, ia nya bertingkat dan sebagainya. Di situ juga kita akan lihat ekonomi kita akan berkembang. So, ini adalah pemikiran kita bergerak ke depan. Kita tidak mahu...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

YB Menteri, YB Menteri. Kulim.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kulim, yes. Boleh saya just habis. Saya ada...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Kita ada 13— 12 pembahas. YB ambil 15 minit untuk satu isu. Orang lain masih menunggu-nunggu jawapan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ini dia...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Jangan terlalu detail satu-satu isu, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Yang Berhormat Kulim, saya memperhatikan Yang Berhormat Kulim. Ini bukan kali pertama berdiri. Dan saya nak tanya Yang Berhormat Kulim, bukan Kulim sahaja yang bahas. Aspek data centre ini

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

dibangkitkan oleh enam pembahas. Jadi, apa masalah Kulim? Kalau Kulim tak boleh tunggu...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Masa 12 minit lagi.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Saya faham, tapi...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Ya, tolong sentuh isu- isu yang lain sama.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kulim, this is my floor, Kulim. Jangan arahkan saya lah untuk cara macam mana nak jawab.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Saya pun ada juga untuk minta kebenaran untuk mendengar isu-isu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kulim juga tanya isu berkenaan dengan data centre, dengarlah jawapan saya.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Betul. Ada lagi yang lain.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Itu juga...

Tuan Pengerusi

Kulim, Kulim.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kulim juga tanya berkenaan dengan data centre, betul tak? Ada tanya berkenaan dengan Kulim Hi-Tech Park dan sebagainya, betul tak? Ada tanya berkenaan dengan kesediaan Kedah dan sebagainya, betul tidak? Saya baca. Kulim tanya, saya baca. Bila kita bagi jawapan, Kulim tak nak dengar. Apa masalah dengan Kulim? Bukan Kulim satu orang sahaja Yang Berhormat dalam Dewan ini. Minta maaflah, saya duduk, saya dengar tadi juga, sama juga. Sabar. Bila kita nak jawab, kita akan jawab. Kalau saya tak nak jawab, saya akan bagi jawapan bertulis, itu sahaja. Dan sekarang saya beralih kepada aspek yang lain dibangkitkan oleh...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Oh, terima kasih. Sama-sama. Tunggulah. [Ketawa] Jadi, dalam keadaan tersebut, saya minta kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang tanya berkenaan dengan data centre tersebut. Kita lihat kepada membina satu ekosistem yang akan mendukung bukan sahaja negara digital tapi ekonomi digital. Ianya merangkumi kepakaran yang diperlukan apa yang kita sebut sebagai pekerjaan-pekerjaan yang diperlukan, bakat yang diperlukan dan sebagainya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ia merentasi semua perkara yang perlu kita laksanakan. Jadi dalam keadaan tersebut saya harap bahawa Yang Berhormat dapat faham bahawa ia bukan sekadar kita lihat kepada pembinaan bangunan sahaja. Ia lebih daripada itu. Berbalik kepada aspek Rang Undang-undang Tadbir Urus AI. Tuan Yang di- Pertua, Tan Sri Pengerusi, beberapa Yang Berhormat telah pun membangkitkan isu berkenaan dengan RUU Tadbir Urus AI. Persoalan utama adalah bila ia akan dibentangkan. Saya telah pun berkali-kali menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut atau drafnya Tan Sri Pengerusi siap. Ia telah pun diserahkan kepada semua kementerian untuk memberikan feedback berkenaan dengan pandangan mereka sebelum saya dapat kemukakan di Kabinet. Apabila ia mendapat persetujuan Kabinet, maka kita akan buat persiapan untuk apa yang disebut sebagai blue bill dan kemudian harap-harap saya adalah untuk ia dibentang di dalam first quarter of next year iaitu suku pertama tahun depan. Rang undang-undang tersebut itu adalah rang undang-undang yang berasaskan kepada apa yang disebut sebagai a risk-based approach. Risk-based approach ini adalah untuk mengawal selia keselamatan dan juga akauntabiliti tanpa dalam masa sama membantut inovasi industri. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada AI, ada beberapa perkara yang harus kita faham. Ia nya adalah teknologi yang akan dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu. Kemudian selepas daripada itu ia nya akan dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu. Kemudian ia nya juga akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi kita kena lihat kepada sebenarnya proses itu, entire chain dalam pada permulaannya apabila ia dibangunkan kemudian sampai tahap ia digunakan. Di dalam proses itu kita dapat ataupun perlu mengenal pasti sebenarnya siapa yang memainkan peranan di dalam aspek-aspek pembangunan, kepenggunaan dan sebagainya dan di manakah berlaku satu masalah dan bagaimana kita dapat mengambil tindakan untuk memastikan bahawa pelaku-pelaku yang menyebabkan masalah itu berlaku dapat kita kenal pasti. Kemudian bagaimana kita dapat ambil tindakan terhadap mereka. Jadi, itu menjadi secara keseluruhan apa yang menjadi skema di sebalik rang undang-undang tersebut. Saya harap bahawa di dalam aspek ini juga kita dapat memastikan bahawa apabila kita bentangkan rang undang-undang tersebut, kita

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

juga ada struktur-struktur dan agensi-agensi yang boleh memastikan bahawa ia dilaksanakan dan dikuatkuasakan kerana itu penting. Kalau kita ada apa yang kita sebutkan sebagai rang undang-undang tersebut tetapi ia tidak dikelolakan oleh agensi-agensi yang berkaitan, maka ia nya tidak dapat dikuatkuasakan. Itu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kulim- Bandar Baharu. Tapi nampak macam dia ini tidak tahu apa yang dia bahas tadi. Kalau ada soalan sekaranglah masa dia untuk tanya. Tapi saya akan tanya.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

YB, tak boleh cakap macam itu. Saya dengar, saya teliti apa yang YB cakap. Saya dengar. Bila saya kacau tadi, YB kata saya kacau YB. Sekarang saya dengar, bukan saya tak tahu. Saya bahas saya tahulah. Tapi dah YB sentuh, takkan saya nak kacau? YB kena tarik balik itu. YB, Tuan Pengerusi, suruh tarik balik.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Tarik balik?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Apa yang saya tak tahu. Saya dengar YB dah ulas ni saya, saya tak kacau lah. Kenapa YB nak kacau, kata lagu itu? Tak boleh kata lagu itu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Okey.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Kalau saya cakap yang tak elok, YB boleh terima? Okey, tarik balik YB.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Duduklah Yang Berhormat.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Ya, YB tak boleh cakap macam itu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Sekarang saya...

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Tak manis dengar. Dalam ini tak manis dengar. Satu dunia dengar. Takkan YB boleh cakap macam itu?

Timbalan Pengerusi, apa ini? Dia tidak bagi peluang Menteri untuk buat penggulungan. Dengar, dengarlah.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

YB jangan kacau lah. You apa masalah dengan saya?

Dengar, bukan kacau. Yang Kulim-Bandar Baharu kena dengar lah penggulungan, apa masalah dia?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

You duduk, duduk. I cakap dengan dia.

Dengar la Kulim- Bandar Baharu.

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Saya dengar tapi perkataan YB itu menyentuh hati saya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Okey. Tak apa, tak apa. Biar sabar dulu, relaks. Tarik nafas, relaks dulu. Sekarang saya jawab berkenaan dengan AI Malaysia. Soalan yang ditanya oleh Kulim-Bandar Baharu. Dengar ya. Soalan itu baik sebenarnya. Soalan ini juga ditanya oleh tiga pembahas yang lain, Tan Sri Yang di- Pertua. Aspek berkenaan dengan bila ia ditubuhkan. Ia ditubuhkan dalam bulan November dan lembaga pengarah yang sekarang menerajui AI Malaysia dilantik pada 11 September 2026. Dipengerusikan oleh Puan Aireen Omar serta dianggotai wakil Kementerian Digital, KWSP dan industri. Bagi pengurusan kita baru lantik Encik Arzumi Mohd Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AI Malaysia dan ini berkuat kuasa 23 November 2023. Yang Berhormat CEO baru dilantik dua hari, kena jawab soalan di Parlimen juga pada hari juga beliau hadir juga untuk menjawab soalan tersebut. Dua hari tetapi dalam proses itu memang beliau sekarang cuba untuk membantu dalam proses jawapan persoalan ini. Beliau mempunyai— pengalaman Encik Arzumi lebih kurang 20 tahun dalam bidang teknologi, kepimpinan perniagaan dan transformasi digital dengan KPI utama AI Malaysia dan beliau juga telah pun melalui Pejabat Pengurusan Projek di Pejabat Perdana Menteri bagi 28 inisiatif di bawah Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026 sehingga 2030. Juga dalam aspek pengoperasian Institut Keselamatan AI Malaysia untuk mewujudkan persekitaran AI Sandbox serta membina registri insiden AI kebangsaan. Berkenaan dengan sasaran 200,000 tenaga mahir AI, kerajaan menegaskan bahawa peruntukan kepada AI Malaysia Berhad bukanlah peruntukan yang khusus untuk negeri. Jadi, itu yang telah pun dibangkitkan. Ada ramai yang tanya soalan saya yang sama. Adakah target itu hanya untuk negeri-negeri tertentu, tapi ia tidak begitu ya. Sebenarnya ia tidak ada pecahan yang khusus kepada negeri ataupun apa dan sebaliknya sasaran itu adalah matlamat nasional dan digembleng secara bersepadu di antara semua kementerian yang berkaitan dan agensi-agensi

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

pelaksana seperti MDEC, TVET TalentCorp dan Program Rakyat Digital. Jadi setuju ya. Kulim, okey?

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

YB tarik, saya okeylah. YB tak tarik, saya tak okey.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Sabarlah, tunggu dulu. Tuan Yang di-Pertua, Ada beberapa Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan. Jadi, saya mungkin tidak akan jawab soalan mereka. Saya terus kepada soalan yang diadukan oleh Tenggara. Ada? Tidak ada. Pasir Mas? Tenggara ada? Oh, Tenggara ada. Minta maaf. Tenggara yang first. Patut saya jawab yang you first. Terima kasih Tenggara. Soalan-soalan yang tepat dan tepat. Tuan Yang di-Pertua, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Tenggara, berkaitan dengan komitmen bayaran sebanyak RM68.82 juta. Tenggara, saya minta semak semula. Tadi Tenggara sebut RM868.2 juta. Kalau begitu saya...

Saya sebut RM86.82.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kalau 800, saya memang seronoklah.

RM86.82.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ya, dia punya yang saya tengoklah RM86.82 juta setahun bagi tahun 2027. Ini adalah untuk projek pajakan dan fasiliti PPP Menara Cyber Axis. So, jadi kepada semua Yang Berhormat yang tahu berkenaan dengan CSM atau CyberSecurity Malaysia, mereka dulunya Tan Sri Yang di-Pertua, dipusatkan di satu menara di Cyberjaya yang dikenal pasti sebagai Menara Cyber Axis. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita buat adalah kita telah pun membawa semua agensi-agensi yang berkaitan kepada satu tempat itu iaitu Menara Cyber Axis. Kita bawa, kita ada AI Malaysia di situ, MyNIC, CSM juga ada daripada jabatan, agensi-agensi yang lain seperti NACSA dan juga Jabatan Standard Negara. Ini untuk tujuan kita menyatukan tadbir urus berkaitan aspek AI. Kita juga melihat bagaimana kita boleh menggabungkan semua infra digital yang diperlukan juga aspek-aspek kedaulatan data demi penyampaian perkhidmatan awam lebih pantas, cekap. Ini akan secara keseluruhan Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat daripada Tenggara ia akan secara keseluruhan merendahkan lagi kos kerana tidak perlu untuk kita mempunyai banyak tempat untuk kita menempatkan semua agensi-agensi ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kemudian kepada aspek peningkatan peruntukan kepada RM13.66 juta serta peralihan rekod perbelanjaan. Ini Tuan Pengerusi adalah susulan penginstitusian pejabat kebangsaan sebagai syarikat mandat kerajaan dan AI Malaysia Berhad pada 28 Julai 2026. Yang Berhormat, sepertimana saya sebut pada awalnya dulu kita mula dengan National AI Office, ia nya diberikan sebenarnya satu tahun incubation tapi satu tahun itu tidak mencukupi. Selepas daripada itu kita telah pun panjangkan kepada dua tahun dan kemudian apabila dua tahun itu siap kita bawa cadangan kepada kabinet dan cadangan itu adalah untuk kita menubuhkan institusi, iaitu AI Malaysia di mana sekarang kita ada National AI Office inilah.

Yang Berhormat Menteri, cuma hendakkan verification sikit sebab yang...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ya sila, sila.

PPP/PFI ini RM1.156 bilion yang bayaran RM86.8 juta setahun itu adalah komitmen untuk projek ini. Cuma dalam perbahasan itu saya sebut satu apa nama projek ini yang sebenarnya keseluruhan RM1.156 bilion ini. Kemudian syarikat dan tempoh konsesi itu, nanti kalau boleh masuk sekali. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Minta maaf Tenggara. Saya boleh berikan nama syarikat konsesi, iaitu syarikat yang bernama Gagasan Piramid Sdn. Bhd. dan menurut apa yang ada di hadapan saya Tan Sri Yang di-Pertua, ia nya bagi projek pajakan dan fasiliti yang berkuat kuasa dan ini sehingga tahun 2039. So, jadi ia nya satu jumlah yang besar untuk jangka masa yang agak panjang jugalah.

Yang Berhormat boleh saya memandangkan masa ada Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Sila, sila.

Berkenaan dengan isu deepfake yang telah pun ditimbulkan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Terima kasih.

[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

[Ketawa] Siapa cakap tadi? Ha tadi Kulim minta tarik balik itu susah ya. Sabar Kulim, sabar. Sabar, relaks dulu, sabar. Tarik nafas dulu relaks. Tuan Yang di-Pertua , biasalah pukul 6.30 petang kan Kulim pun marah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Soalan yang dibangkitkan oleh Bukit Gelugor itu memang juga satu soalan yang kerap dibangkit berkenaan dengan sebenarnya aspek keselamatan. Kita tahu bahawa bila kita ada teknologi baru dan sekarang kita sebut berkenaan dengan deepfake tapi bergerak ke masa depan sudah tentu ada juga teknologi-teknologi yang lain yang boleh membawa pada keadaan di mana sebenarnya kita lihat pada skrin nampak macam kita, suara pun macam kita, gerak geri pun macam kita tapi bukan kita. Jadi, dalam keadaan tersebut mungkin seseorang itu lihat penama itu dan penama itu dapat mempunyai kesan dan sebarang keputusan mungkin dibuat atas nasihat ataupun juga dorongan yang diberikan oleh yang dikatakan sebagai entiti itu. Jadi, soalan dia bagaimana kita hendak pastikan bahawa perkara ini kita dapat tangani. Yang Berhormat itu adalah satu di antara matlamat kita ada AI Malaysia kerana AI Malaysia sekarang ia nya tugasnya adalah untuk melihat kepada aspek-aspek ini dan bagaimana kita dapat pastikan bahawa kita mempunyai undang- undang yang dapat menangani masalah ini. Ada dua perkara yang berbangkit Yang Berhormat, satu kita kena lihat kepada insiden-insiden di mana ini berlaku dan bila ia nya dilaporkan dan saya setuju Yang Berhormat sebut tadi kes-kes yang kita masih ingat. Timbalan saya juga memberitahu kepada saya ada yang nampak macam mirip Perdana Menteri, nampak macam mirip Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor misalnya dan sebagainya tapi bukan kitalah. Tapi jawapan kes-kes itu telah dilaporkan kepada MCMC dan di situ kita dalam keadaan untuk mengenal pasti sebenarnya siapa di sebalik angkara itu dan bagaimana kita boleh memastikan bahawa ia nya dapat ditarik ataupun take down ataupun juga tindakan diambil. Satu perkara yang kita lihat dalam kerangka-kerangka undang-undang yang akan dibentangkan Rang Undang-undang AI tersebut adalah berkenaan dengan juga insiden pelaporan. Ya, di mana kes-kes sebegini kalau kita mendapat laporan- laporan yang tertentu, daripada situ kita juga dapat meneliti paten yang digunakan apakah sebenarnya pelaku-pelaku– Siapakah sebenarnya pelaku-pelaku di sebaliknya dan bagaimana tindakan boleh diambil. Dan kemudian aspek pencegahan itu boleh menjadi satu perkara kita yang memberikan penekanan. Jadi kita hendak ada satu keadaan di mana dengan data yang kita ada maka daripada situ kita dapat letakkan kaedah-kaedah yang dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara ini sebelum ia nya berlaku. Jadi kita fokus kepada aspek pencegahan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Kemudian kita juga ada undang-undang yang sedia ada seperti mana Yang Berhormat memantau dalam kes-kes di mana berlakunya satu-satu perkara yang bertentangan dengan perkara-perkara disebut dalam Kanun Keseksaan. Misal kata di mana berlakunya penipuan dan sebagainya. Tindakan boleh diambil, laporan dibuat dan pihak berkuasa akan membuat siasatan dengan bantuan MCMC, di mana dia ada kepakaran berkaitan dengan perkara-perkara tersebut dan sebagainya. Jadi memang ini adalah satu perkara di dalam perhatian kita telah pun menjadi satu masalah dan apabila berlakunya kes-kes sebegini, di situlah kita ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan. Aspek-aspek ini disiasat oleh MCMC dan tindakan diambil dan kemudian kita dalam mengerak ke depan juga melihat kepada bagaimana AI Malaysia dalam penggubalan undang-undang AI dalam suku pertama tahun depan juga dapat menangani masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat juga ada bertanya dan memberikan penekanan kepada apakah sebenarnya agensi-agensi yang ada yang boleh membantu dalam aspek ini. Dan juga beberapa Yang Berhormat lain telah pun bertanya soalan berkenaan dengan jabatan atau JPDP Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Tuan Pengerusi, JPDP ini dan saya ucapkan terima kasihlah ada beberapa Yang Berhormat yang telah pun menimbulkan perasaan— telah menimbulkan pertanyaan berkenaan dengan apakah ramai mana sebenarnya pegawai yang kita ada di JPDP sekarang. Tuan Pengerusi, kita hanya ada 48 buat masa sekarang memang ramai yang tanya cukup atau tidak. Saya telah pun memberitahu kepada pegawai atau ketua pegawai daripada JPDP bahawa memang ia nya tidak mencukupi. Kita telah pun membawa cadangan kepada kerajaan supaya ia nya diperluaskan. Saya dimaklumkan bahawa proses itu sedang dilaksanakan dan saya harap dalam tahun depan, kita akan melihat bagaimana pejabat itu dapat diperluaskan. Itu satu. Kedua, Tan Sri Yang di-Pertua kita juga melihat kepada bagaimana kita boleh memasukkan kaedah-kaedah AI untuk membantu di dalam prosesnya. Saya beri contoh dan peguam-peguam dalam Dewan mungkin tahu. Kebiasaannya bila ada masalah, satu laporan dibuat ia nya diterima secara fizikal, ia nya ditulis ataupun ditaip kemudian ia nya diletakkan dalam fail. Diberikan nombor, pegawai penyiasat dilantik dan selepas pegawai penyiasat dilantik beliau akan memanggil pengadu mendapat statement. Selepas statement beliau akan panggil saksi-saksi yang berkaitan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Dan ini semua adalah satu perkara yang mengambil masa dan juga memerlukan kekuatan. Jadi dalam keadaan tersebut kalau kita ada satu proses di mana ia nya boleh dibuat secara digital, maksudnya seseorang itu dapat terus memasukkan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laporan maklumat utama sebagai pengadu. Kemudian secara automatik ia nya dimasukkan dalam bentuk laporan terus diberikan nombor IOD kesan, kemudian diberikan arahan untuk terus mengambil tindakan dengan pengadu. Dan ia nya menggunakan AI untuk mengesan sebenarnya dengan fakta-fakta tersebut apakah kemungkinan kesalahan yang telah pun berlaku, siapakah saksi-saksi yang perlu disiasat dan sebagainya. Ini mempercepatkan proses dalam dua keadaan. Satu, kes-kes di mana tidak ada kes maka ia nya akan berhenti di situ kerana ia nya dianalisa oleh AI dan juga oleh dan kemudian disahkan oleh IO. Kemudianya ia nya bergerak kepada kes-kes di mana ada bahan yang menunjukkan kesalahan dan ia nya akan terus dibawa oleh IO dan beliau akan laksanakan tugas beliau. So saya harap bahawa dalam keadaan tersebut kita boleh mewujudkan satu kerangka yang boleh juga digunakan oleh agensi-agensi penyiasatan lain bergerak ke hadapan kerana banyak— kadang-kadang banyak kes-kes yang dilaporkan dan tidak ada masa untuk pegawai-pegawai membuat siasatan. Tapi kalau kita ada sistem-sistem digital yang baru saya rasa itu dapat membantu dan juga mengurangkan keperluan kita untuk menggunakan saiz satu agensi yang terlalu besar. Tuan Pengerusi, saya ada banyak lagi sebenarnya.

Tuan Pengerusi

Menteri dah lepas 10 minit.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ya.

Tuan Pengerusi

Jadi, Menteri perlukan berapa minit lagi untuk landing?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Landing. Ini sebab Kulim tadi. Kalau tidak, saya dah habis dah. [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Berapa minit lagi yang Menteri perlukan?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Saya perlukan lagi 45 minit, tapi Kulim nak balik. Dia dah beri sign, saya tengok situ. Tuan di-Pertua, saya ada semua di sini. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Kita bergerak ke depan. [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Boleh Menteri wrap-up dalam masa lima minit?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Ya. Sebenarnya saya nak jawab kepada aspek yang dibangkitkan oleh Machang tapi beliau tidak ada sini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

Gopeng― Gopeng, are you here? Baik, saya jawab Gopeng. Gopeng, terima kasih kerana tanya soalan berkaitan dengan MyGOV dan apps tersebut. Saya baru ada satu mesyuarat semalam. Ini kena dengar, Kulim. Semalam saya ada mesyuarat dan dalam mesyuarat tersebut, kita panggil semua yang berkaitan termasuk GovTech, Tan Sri di-Pertua, MyGOV juga, MyDigital ID dan saya tanya kepada mereka― ini susulan arahan daripada Perdana Menteri. Kita ada IC sekarang tapi kalau Kulim cuba untuk akses IC secara digital, Kulim tidak akan melihat IC, tapi butiran itu ada. Lain kalau kita akses license. Lesen JPJ itu dalam skrin kita, kita nampak lesen tersebut. Tapi, ini kerana undang-undang tidak membenarkan supaya IC itu diberikan secara digital. Jadi, kita melihat kepada keadaan di mana kita boleh tukar undang-undang tersebut. Itu satu. Jadi, ada keadaan-keadaan di mana kita hendak membawa semua itu kepada MyGOV sekarang. Tapi, oleh kerana kita ada kekangan dari sudut undang-undang dan sebagainya, ia nya tidak dapat laksanakan lagi. Tapi, bergerak ke depan, saya memberikan cadangan bagaimana kita bergerak ke depan dengan melihat kepada IC, lihat kepada pasport, sijil lahir, surat nikah juga, Kulim ya, kita juga memasuki dan sebagainya― yang personallah― untuk kita merangkumi semua di dalam satu aplikasi. Ini dalam proses sekarang dan ini merupakan satu di antara langkah yang kita ambil. Jadi, saya berikan gambaran, Gopeng, untuk menunjukkan sebenarnya scale of the task at hand. Tapi, memang sebenarnya kita berurus ataupun menerus menuju kepada arah di mana kita nak bawa semua aplikasi yang sedia ada kepada MyDigital ID, kemudian terus ianya menjadi single window kepada aplikasi MyGOV dan daripada situ, kita ada end-to-end buat masa sekarang. Jadi, masa sekarang, kita harap bahawa semua aplikasi yang sedia ada, Tan Sri Pengerusi, kita dapat kumpul untuk digunakan pada MyGOV ini dan kemudian kita akan pergi ke fasa dua. Ada juga keperluan di mana kalau kita ada akses kepada pasport tapi kita nak membuat pembaharuan, jadi di situ kita kena ada buat pembayaran dan sebagainya. So, perlu untuk kita juga integrate sistem pembayaran dan sebagainya. Itu fasa yang akan datang dan sebagainya. Tapi, bergerak ke hadapan, memang kita ada team, Tan Sri Yang di-Pertua― saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana baru-baru ini saya dapat juga mendirikan GovTech. Ia nya dalam lebih kurang empat bulan. They’re working hard. Kita cuba untuk kita membawa bersama semua aplikasi sejauh mana yang kita bolehlah ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara

So, itu sahaja buat masa sekarang. So, terima kasih Gopeng untuk soalan tersebut. Dan yang lain, saya akan memberikan secara bertulis. Kulim, saya tarik balik. Tidak ada masalah. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Roslan bin HashimBERSATU · PNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih, Damansara. Steady.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM250,931,400 untuk Kepala B.50 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2027 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.50 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalah bahawa perbelanjaan yang disebutkan di bawah Kepala P.50 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.50 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 25 November 2026. [Mengetuk tukul] Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]