Pulau Pinang · 12 November 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 251 turns · 51,428 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin (Pantai Jerejak)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”.

Setiausaha Dewan

Soalan Lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan Lisan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

YB. Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 10. No. 10. Sejak bilakan Waste Plastic telah diimport ke Pulau Pinang? (a) Apakah peranan Kerajaan Negeri mengenai isu kilang proses waste plastic yang sering membawa masalah kepada masyarakat kini. (b) Sila nyatakan nama dan alamat syarikat yang telah mengimport dan juga kuantiti yang telah diimport di Pulau Pinang?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya menjawab soalan ke 10. Pengimportan plastic resin atau bahan mentah plastic adalah di bawah kod HS 3910-3912 yang tidak dikawal oleh Lesen Import (AP) hanya cukai import yang terlibat jika dikenakan cukai. Sisa-sisa plastik boleh dikategorikan dalam dua jenis kumpulan iaitu sisa-sisa plastic municipal dan sisa-sisa plastic pre-consumer atau daripada manufacturing. Pengimportan sisa-sisa plastik adalah juga dalam dua kumpulan iaitu sisa plastik atau flake. Semua pengimportan sisa-sisa plastik adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kawal Lesen Import (AP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan memproses dokumen ikrar import dan juga memastikan barangan import adalah mengikut prosedur dan sistem yang ditetapkan. Waste plastic atau sisa-sisa plastik yang telah diimport ke Pulau Pinang sejak tahun 80an. Antara peranan Kerajaan Negeri mengenai isu kilang-kilang proses waste plastic yang sering membawa masalah kepada masyarakat adalah seperti berikut: (i) Memantau aktiviti kilang bagi memastikan aktiviti yang dijalankan adalah tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada masyarakat. (ii) Mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mana-mana kilang yang menyebabkan kacau ganggu tersebut. Pengeluaran notis hapus kacau ganggu dan notis tawaran kompaun kepada kilang. (iii) Membatalkan lesen perniagaan bagi mana-mana kilang yang berlesen kerana tidak mematuhi syarat-syarat lesen ini. (iv) Mengambil tindakan undang-undang di bawah akta Kerajaan Tempatan 1976 jika kilang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. (v) Mengambil tindakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bagi kilang-kilang yang didirikan tanpa kelulusan Pelan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. (vi) Mengadakan kerjasama dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan luar seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang.

(vii) Mengenakan syarat kebersihan kepada pengusaha pengasingan sisa buangan. (viii) Memantau aktiviti dengan menguatkuasakan Undang-undang Kecil (Tred, Perniagaan dan Perindustrian) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. (ix) Mensyaratkan lesen perniagaan yang dikeluarkan hanya terpakai untuk memproses sisa plastik tempatan sahaja. Terdapat 27 buah syarikat yang telah dikeluarkan Lesen Import (AP) sisa-sisa plastik di bawah Kod HS 3915 di Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 21 syarikat telah mengimport sisa-sisa plastik melalui NBCT, North Butterworth Container Terminal bagi tempoh Januari 2017 sehingga Oktober 2018. Nama syarikat dan kuantiti yang diimport bagi tahun 2017 dan 2018 sehingga Oktober 2018 adalah seperti di Lampiran yang akan diedarkan kepada Yang Berhormat selepas soal siasat ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan? Sila YB. Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuma hendak dapatkan kepastian daripada YB. Sungai Puyu tentang kilang-kilang yang tadi YB. Sungai Puyu ada sebut iaitu tanpa lesen. Sejauh manakah tindakan telah diambil ke atas kilang-kilang tanpa lesen ini memandangkan kilang-kilang tersebut masih beroperasi. Ada yang di kawasan Machang Bubuk, di kawasan saya juga ada dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan memandangkan sudah ada begitu banyak undang-undang yang telah mengawal dan juga menyekat aktiviti-aktiviti pemprosesan sisa plastik yang begitu mencemarkan air dan juga udara kerana mereka juga ada membakar plastik-plastik yang tidak boleh digunakan itu. Minta penjelasan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Penguatkuasaan boleh datang dengan dua cara, make it at source. Jika Kerajaan Pusat melalui kementerian yang mengawal AP, Lesen Import, harus dapat ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar dan juga Pihak Berkuasa Tempatan sebelum memberi lesen import, tetapi ini tidak dilakukan. Kerana tidak memberi maklumat penuh dan daripada mana kilang mereka. Kerana bila mereka bina sesuatu kilang, ada yang tanpa izin, tidak melalui ini, ada yang masuk permohonan atas nama gudang dan aktiviti-aktiviti telah dijalankan. Tidak kurang daripada 200 kilang tanpa izin atau haram di Negeri Pulau Pinang. Pihak Berkuasa Tempatan MPSP telah mengambil satu tindakan terhadap satu kilang di mana wujud sebelum Kerajaan Pakatan Harapan iaitu mereka ada tanah pertanian agri land. Bila mereka buat tambahan dan mendapat aduan daripada orang ramai, PBT telah mengeluarkan begitu banyak notis, kompaun dan lain-lain, sehingga Kerajaan Tempatan terpaksa mengambil tindakan meroboh separuh tambahan yang mereka buat tanpa kebenaran. Malangnya undang-undang tidak cukup untuk menjaga kepentingan Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka ambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Tempatan. Katanya pihak berkuasa mengambil tindakan tidak mengikut undang-undang yang ada. Kes ini masih ada di mahkamah dan saya tidak mahu membangkitkan hal ini. Tetapi apakah cara yang kita boleh menghapuskan aktiviti seperti ini. Satu, di Negeri Pulau Pinang, di NBCT tidak boleh import sehingga semua kilang-kilang tampil ke hadapan dengan pihak berkuasa bahawa mereka ada aktiviti ini. Bagi satu tempoh dan tempoh ini juga diberi. Saya sendiri mempengerusikan satu mesyuarat dengan persatuan buat recycle plastic. Saya bagi tempoh satu bulan. Daripada 27 kilang yang telah dibagi lesen import, hanya dua, tiga kilang yang datang. Daripada semua jumlah, hanya 13 kilang yang datang mendaftar, satu di MBPP dan 12 di MPSP. Kita menggalakkan recycling, betul, tetapi mengapa bagi AP kepada orang yang tidak berkaitan dengan industri ini. Mereka buat import, masuk dan jual kepada kilang-kilang, tidak kisah haram atau tidak haram, khasnya di kampung-kampung dan hutan-hutan. Mereka memproses tanpa penapisan air, no water treatment. Yang mana mereka tidak boleh mereka

bakar. Hari ini kita menghadapi begitu banyak illegal dumping, illegal open burning, undang-undang tidak mencukupi. Kena tengok siapa yang bakar, hendak buat apa? Memang JAS di Negeri Pulau Pinang saya amat berhutang budi kepada mereka, setiap laporan saya buat, mereka turun padang dengan segera dan buat laporan tetapi tidak ada bukti yang kukuh untuk caj mereka. Siapa yang ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Sungai Puyu, bagi jawapan tidak payah panjang-panjang dan bagi masalah.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ini jawapan saya. Dia tanya apakah langkah-langkah dan apakah tindakan, kalau saya tidak jelas dan katakan, tindakan akan diambil selaras dengan undang-undang, fullstop. Buat apa? Kita kena beritahu cara-cara untuk menghapuskan kegiatan ini. Pihak Kastam ada senarai siapa yang import, boleh sampai kepada kilang dan tengok kilang ini besar atau kecil, adakah dia mesin-mesin, adakah jumlah dia mencukupi atau tidak, kalau ada mesin berapa mesin pemprosesan, berapa dia import dan baki pergi mana? Mengapa kita tidak masuk dan check, kita hendak mesti siasat apa dibawa masuk municipal waste? Municipal plastic waste? Sisa-sisa plastik. Kalau bawa masuk pre consumer, plastic waste, itu masih boleh diterima kerana tiada kotor, dia ada sisa-sisa di manufacture kilang, pre consumer tetapi ini municipal plastic waste, mengapa bagi dia masuk? Mengapa keluarkan AP tanpa kawalan dan tidak ada siasatan? Kita di pentadbiran telah menerima begitu banyak aduan orang ramai sehingga kini tidak dapat mengawal. Saya merayu bahawanya untuk mengawal keadaan, satu langkah sahaja. Sementara waktu ini, di NBCT tidak membenarkan, tidak mengizinkan mereka untuk membawa masuk ke Pulau Pinang sehingga kilang-kilang yang memproses tidak ada resources. Kedua saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bersetuju dengan saya satu cara, iaitu kata bagi pihak kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bahawa kilang-kilang yang memproses ini semua jika mereka langgar syarat keluarkan satu perintah mahkamah berhentikan production dengan serta merta. Stop the operation immediately. Kerana apabila MPSP ambil tindakan pada satu kilang mereka ambil tindakan terhadap MPSP kata tidak mengikut ni apa ni prosedur. Dan sue sama MPSP. Adakah Ahli Yang Berhormat khasnya dari Machang Bubuk ingin hendak melakukan atau kita dalam Dewan yang mulia ini semua sokong sepenuh-penuhnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ambil tindakan mahkamah berhenti dia punya operasi dengan segera. Boleh tak? Mempersetujui tak? Itulah bukan kuasa ini adalah kuasa Yang Berhormat. Kalau di Dewan yang mulia ini kita boleh buat satu keputusan di sini bagi kuasa kepada mereka boleh dan ini juga menjejaskan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Mengapa? Kalau kita lihat apa yang mereka proses, apa yang mereka proses, mereka proses dan tidak boleh proses mereka illegal dumping sehingga Kerajaan Negeri dapat panggilan dari DCA kata minta tolonglah kerana ada open burning sisa open burning dekat dengan airport telah menjejaskan landing and taking off of the aircraft khasnya di diamond valley. Ini semua harus diberhenti dengan segera. Berhenti dengan segera Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mesti diberi kuasa ini. Cadangan kedua, bahawa kita merayu kepada pihak Kastam semua pengimport plastik mesti, mesti buka kontena mai siasat, kerana apa mereka buat nak elakkan AP mereka buat sisa-sisa di belakang raw material di depan. Mereka rela bayar 10% dengan cukai mengapa? Lebih murah daripada AP pada daripada orang yang memegang AP kerana AP satu kontena mereka menjual lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 dan dikawal kerana apa yang diimport dan dieksport ini mereka tak payah. There is no tracing dan jika selepas saya bagi laporan kepada Ahli Yang Berhormat daripada Jawi lihatnya ada AP import sedikit sahaja. Lain orang dia import, mengapa syarikat daripada Selangor import melalui NBCT kilang tak ada nak ke Pulau Pinang baiklah import melalui NBCT, daripada Selangor, daripada Ipoh mai sini buat apa?. This is what we call syndicated, syndicated operation di mana siapa dia ada pengaruh dia dapat AP. Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia bulan 6, bulan yang dahulu Mac, Mei 09 ada baru punya ada baru punya Menteri dah mula mengawal kalau tak matilah semua orang. Itulah cara-cara kita control bagi kuasa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Puyu.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO Sungai Puyu kerana memberi jawapan yang cukup complete. Soalan saya adalah adakah Kerajaan Negeri akan menetapkan jenis industri sebagai jenis industri untuk kita industri kitar semula dalam satu zon industri khasnya untuk proses barang-barang recycle. Disebabkan kita memang menghadapi masalah apabila jiran-jiran kawasan kita mengadakan kilang-kilang proses recycle seperti proses recycle plastic waste.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ini satu cadangan yang baik kerana Johor, Selangor sekarang juga menghadapi juga masalah yang besar mereka apa mereka mengimport mereka import atas nama sisa-sisa plastik. Kita pada hari ini ada maklumat-maklumat mereka juga bawa masuk e-Waste, e-Waste processing dan ada banyak tempat yang telah dikenal pasti kerana ini sebagai satu orang yang kamu pun daripada green waste memang kita sedang memantau. Cadangan yang baik begitu adalah jika di Negeri Pulau Pinang kita terletak semua kilang-kilang yang memproses yang memproses sisa-sisa plastik atau yang kena ada kepakaran dekat dengan Pulau Burung. Memang sana kalau kami kawal di satu tempat, kawal dengan satu tempat dikawal di sana bila kita kawal di sana yang naik tidak ada bukan di sana kami terus ambil tindakan kepada mereka. Saya tau bila kata Pulau Burung Ahli Berhormat Jawi dia rasa amat bimbang tetapi ini industri mesti galakkan tetapi kena ada orang kata dengan old control, control melalui kena ada trouble system dia boleh cuci plastik dia kena ada water treatment dan jika nak elak haramkan import with the simple waste, plastic waste hanya re-consumer flake dan kawal rapi dengan apa yang mereka buat ikrar bawa masuk kerana bila 39010 sehingga 3912 adalah untuk raw material. Yang lain adalah kata untuk recycling untuk recycling hanya satu yang kami masuk boleh. Iaitu flake ada proses di sana yang sama sebelum ada mai sini so saya mencadangkan bahawanya PDC di sana juga Sime Darby yang ada tanah begitu besar dekat dengan Pulau burung semua letak di satu kawasan semua lain diharamkan selain anak tempatan yang mengutip tidak diproses memang ada banyak yang mereka kutip plastik tetapi tidak proses kita kena bantu sama mereka. Jika tidak ada kilang yang memproses recyle of plastic ini recyle rate di Negeri Pulau Pinang tidak boleh naik dan satu lagi elak adalah saya merayu bahawa semua menyokong dasar Kerajaan Negeri “No to bag plastic” boleh kurangkan masalah-masalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Tadi sebab YB. Sungai Puyu ada sebut tentang penguatkuasaan. Kuasa yang ada pada Kerajaan Tempatan tidak mencukupi atau lain-lain kita mungkin boleh di charge balik oleh orang kilang-kilang yang haram itu. So, saya pernah bangkit di Dewan yang mulia ini ada cadangan satu lagi adakah Kerajaan Negeri pernah membuat kajian tentang bagaimana boleh kita rampas balik tanah-tanah tersebut? Saya yang saya maksudkan itu bukan kilang haram yang tradisional yang dulu tetapi untuk kilang-kilang yang khas untuk pengimport sisa plastik yang memang sudah mempunyai banyak masalah. Adakah kita telah kaji bagaimana boleh melalui kaedah ini, boleh membanteras kegiatan-kegiatan kilang-kilang haram pemprosesan sisa plastik ini.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Jika kata buat rampasan ini lagi satu structure of the law saya mencadangkan bahawa kawalan mula macam ni. Bila baru lesen tambah syarat pada lesen itu satu cara. Kedua, bagi satu tempoh masa dua (2) bulan atau tiga (3) bulan semua yang terlibat diri dalam proses plastik, proses plastik sampai ke hadapan maklum apakah urusan di sana. Recycling manufacturing atau apa? Semua kena beri satu detail mereka juga bagi dia punya detail kapasti. Jika you punya kapasti tidak begitu cukup mengapa you boleh import begitu banyak.

Dan kita boleh satu demi satu kilang kami pi periksa. Bila periksa saya mencadangkan bahawa ni penguatkuasaan melalui satu dipanggil Operasi Bersepadu di mana semua jabatan terlibat termasuk MBPP terus satu demi satu siasat so kami boleh beri satu masa, dua (2) bulan atau tiga (3) bulan mereka bagi satu laporan khas apakah dia punya proses dan apakah mesin yang terlibat dan apakah dia punya kapasiti. So daripada sana kami boleh dapat siasat dengan teliti. Dan sesiapa yang terlibat diri khasnya recycle of plastic illegally atau illegally bawa masuk sisa-sisa e-Waste tindakan termasuk penjara kena dihukumkan. Itu baru kalau rampas tanah, itu kena melalui mahkamah MPSP atau MBPP tak ada kuasa. Kalau ada kuasa adalah bahawanya Dewan yang mulia ini boleh buat satu tetapan atau satu usul bahawanya diberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh ambil tindakan mahkamah dapatkan perintah mahkamah untuk henti dia punya operasi sehingga kes ini selesai di mahkamah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pantai Jerejak dan memandangkan Pantai Jerejak telah pun memaklum kepada Pejabat Speaker beliau tidak dapat hadir ke Mesyuarat Kedua kali ini maka soalan beliau akan dilangkau. Soalan yang ke 13, 12 saya persilakan.

Soalan saya nombor 12. No. 12. EXCO Kerja Raya JKR telah mengemukakan cadangan penambahbaikan syarat MARRIS ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) untuk penambahbaikan skop spesifikasi jalan bagi tujuan keselamatan jalan raya dan naik taraf jalan-jalan kampung supaya tidak licin dan berselut ketika banjir. (a) Apakah maklum balas terkini terhadap cadangan tersebut?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Penanti atas soalan yang bertanyakan mengenai cadangan-cadangan penambahbaikan syarat-syarat MARRIS yang telah pun dikemukakan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) JKR. Bagi makluman Yang Berhormat JKR Negeri Pulau Pinang telah pun mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan berkaitan dengan syarat permohonan menggunakan peruntukan MARRIS kepada JKR Ibu Pejabat iaitu Cawangan Senggara Fasiliti Jalan yang telah mengambil kira keperluan pembaikan jalan bagi tujuan keselamatan jalan raya dan naik taraf jalan-jalan kampung supaya tidak licin dan berselut ketika banjir. Maklum balas yang diterima menetapkan agar Garis Panduan Penyenggaraan Jalan Negeri menggunakan peruntukan MARRIS dikekalkan untuk digunakan bagi tujuan penyenggaraan jalan negeri sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan menaiktaraf jalan. Walau bagaimanapun bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya jalan kampung, JKR serta agensi-agensi lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), MBPP mahupun MPSP dan juga badan-badan sukarela seperti Bomba Sukarela, akan menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan-jalan kampung yang licin dan berselut selepas banjir. Sekiranya terdapat keperluan untuk menaik taraf jalan-jalan kampung, pihak ADUN boleh mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk proses semakan lanjut yang melibatkan kebenaran tuan tanah. Selanjutnya pengiraan anggaran kos naik taraf yang terlibat sebelum dikemukakan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) untuk pertimbangan lanjut. Terima kasih.

Soalan tambahan. Semasa dialog Bajet 2019 selepas dialog yang baru ini oleh Menteri Kewangan saya ada tanya kepada SU Kementerian berkenaan dengan isu ini so apa yang dimaklumkan ialah sebagai amnya tidak boleh guna peruntukan MARRIS untuk naik taraf jalan-jalan kampung. Isunya di sini ialah di kawasan seperti Penanti, lebih 72% daripada penduduk

ataupun 22,000 penduduk tinggal di kampung dan jalan-jalan kampung ni yang saya hantar untuk didaftarkan sebagai jalan MARRIS, jalan kampung. Saya dah hantar lebih 100 jalan-jalan kampung untuk didaftarkan tapi bukan, bukan semua 100 tu boleh didaftarkan. Jika didaftarkan pun, bukan semua boleh dapat peruntukan MARRIS. Di kawasan Penanti kita ada 12 rumah banjir. November lepas kita ada 12 rumah banjir. Jadi masalahnya penduduk nak pergi ke dewan-dewan banjir bila tanah-tanah jalan-jalan tu adalah jalan-jalan tanah dia akan memang berselut walaupun Bomba datang macam mana pun it is membahayakan sebab itu saya tanya isu ini kepada Menteri JKR juga semasa dialog dan saya tanya juga baru ni masa semasa dialog bajet. Dan jawapannya ialah Kerajaan Negeri boleh mohon on case by case basis. Maknanya walaupun maklum balas dia kata tak boleh, nak dikekalkan tetapi saya nak mohon pada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan KADUN-KADUN seperti saya yang mempunyai 33 kampung, where high percentage peratusan tinggi penduduk tinggal di kampung. Dan juga pasal penambahbaikan skop spesikasi jalan tu, MOF juga cakap boleh juga mohon on case by case basis sebab kadang-kadang jalan tu bila dah lama-lama dia punya design tak lagi sesuai. Jadinya saya harap Kerajaan Negeri akan tengok juga kes-kes yang bahaya yang selalu accident supaya kedua-dua syarat yang boleh di pohon cara case by case basis. Terima Kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih YB. Penanti. Sebenarnya apa yang disebutkan oleh YB. Penanti itu betul. Secara amnya peruntukan MARRIS tu seperti yang telah saya jelaskan tadi hanya boleh digunakan untuk membaikpulih jalan kepada skop ataupun keadaan asal. Ini sebenarnya antara beberapa kelemahan MARRIS ataupun peruntukan MARRIS juga. Contohnya kalau jalan tu mempunyai longkang bagi contoh 600mm dan longkang tu dah rosak. Kalau kita nak baiki pun kita boleh menggunakan peruntukan MARRIS untuk membaik pulih longkang kepada 600mm sahaja. Katakan yang diperlukan 1,200mm tidak boleh. Jadi tapi dalam kes yang tertentu kita boleh mohon secara ad-hoc untuk kes-kes yang khusus. Saya bagi contoh, ada antara kekangan syarat MARRIS juga cerun kalau kita nak baiki cerun. Cerun itu berada 6m lebih tinggi daripada aras jalan tidak boleh digunakan peruntukan MARRIS juga. Tetapi Kerajaan Negeri telah membuat permohonan yang khusus dan kita boleh menggunakan peruntukan MARRIS bagi tujuan tersebut. Jadi ini kena buat secara case by case. Jadi kalau YB. Penanti ada beberapa cadangan, saya cadang boleh kita bincang. Mungkin bincang dengan Pejabat Daerah dulu dan kalau perlu dibuat permohonan. Tapi kalau nak buat semua jalan-jalan tu nak menambahbaik menggunakan, nak naik taraf guna MARRIS tu saya rasa tak dapat kelulusan lah. Tapi kalau ada specific kes tu kita boleh bincang. Kalau tidak pun kita boleh gunakan sumber lain atau peruntukan pembangunan dan sebagainya. Sekian terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Pulau Betong.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

YB. Dato' Speaker, soalan saya nombor 13. No.13. Terdapat gerai makanan di bahu-bahu jalan di Hospital Besar Pulau Pinang dan Jalan Taman Tun Sardon. Mohon diwujudkan kaedah yang sama di Balik Pulau untuk peniaga-peniaga Balik Pulau.

Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih kepada rakan saya dari Pulau Betong yang tanya berkenaan tentang gerai-gerai makanan dibahu-bahu jalan. Dato' Speaker untuk menjawab beliau cadangan untuk mewujudkan tapak penjaja di bahu jalan seperti dia kawasan Hospital Besar Pulau Pinang dan Jalan Taman Tun Sardon dikawasan Balik Pulau adalah dalam kajian pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Walau bagaimanupun untuk makluman semua penyediaan tapak penjaja di bahu jalan perlu mengambil

kira faktor-faktor utama seperti berikut, satu (1) kesesakan lalu lintas, dua (2) kebersihan dan keselamatan makanan, tiga (3) keselamatan penggunaan jalan raya dan 4 (empat), pembangunan masa hadapan iaitu seperti pelebaran jalan atau penyelenggaraan utiliti. Sekian.

Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih. Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima Kasih Dato' Speaker, Soalan saya, soalan nombor 14. No. 14. Terdapat banyak dewan serbaguna dibawah seliaan pihak PBT dan Pejabat Daerah di seluruh Pulau Pinang (a) Senaraikan semua dewan serbaguna yang aktif digunakan dan ayng terbengkalai. (b) Adakah Kerajaan Negeri akan gun pakai dewan-dewan yang terbengkalai sebagai tempat bersukan unutk kegunaan komuniti setempat?

Terima Kasih Dato' Speaker dan rakan saya daripada kawasan Sungai Pinang yang bertanyakan tentang dewan-dewan serbaguna dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah. Untuk menjawab soalan beliau, senarai dewan serbaguna yang aktif dan terbengkalai dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di seluruh Pulau Pinang adalah seperti berikut, di SPU, PDT SPU 15 aktif, di PDT SPT 50 aktif, di PDT SPS 18 aktif, di PDT Timur Laut 50 aktif, 7 terbengkalai, di Barat Daya 26 aktif manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), MPSP 96 aktif dan 23 terbengkalai dan untuk MBPP 59 aktif dan 14 yang terbengkalai. Untuk makluman Dato' Speaker pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya dewan-dewan yang terbengkalai digunakan sebagai tempat bersukan dan riadah untuk kegunaan komuniti setempat walau bagaimanapun ianya mestilah mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sekian.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima Kasih. Soalan tambahan. Maka maksud Yang Berhormat Datok Keramat bahawa komuniti boleh membuat permohonan untuk mengguna pakai dewan-dewan yang terbengkalai. Terima kasih ini adalah satu inisiatif yang begitu bagus dan soalan tambahan saya, apakah status dewan-dewan yang dimiliki oleh Rukun Tetangga dan Polisi Kerajaan terhadap dewan-dewan tersebut. Selain daripada dewan-dewan atau premis Rukun Tetangga terdapat juga dewan atau premis terbengkalai yang dimiliki oleh Kerajaan atau Agensi Persekutuan yang menjadi permasalahan sekarang kepada komuniti dan juga kerajaan. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Datok Keramat? Terima Kasih.

Ya, terima kasih kepada rakan saya dari Sungai Pinang. Berkenaan dewan-dewan lain kerana soalan pokok tadi there was dewan serbaguna dibawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat-Pejabat Daerah Dato' Speaker. So, kalau kita lihat kepada soalan tambahan yang diajukan tersebut, kita lihat kepada agensi lain. Mungkin bukan dibawah PBT ataupun Pejabat Daerah dan saya ingat kalau tak silap ada disebut Rukun Tetangga tadi. So, Rukun Tetangga Dato' Speaker sejarah dia dan hakiki dia di Pulau Pinang dua (2) penggal dahulu di sesuatu kawasan itu kita ada JKK kita yang diselia Kerajaan Negeri. Dan JKK boleh membuat permohonan kepada PBT atau Pejabat Daerah untuk mengguna pakai dewan-dewan yang wujud, itu kaedah. Now Rukun Tetangga pun boleh buat permohonan untuk digunakan dewan-dewan tertentu. Mahupun dewan itu adalah milik Kerajaan Pusat ataupun dibawah PBT ataupun Pejabat Daerah. Itu kaedah dia. Tetapi yang apa yang berlaku ialah hakkiki dia ialah JKK itu dua (2) penggal dahulu lah adalah dibawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Harapan. Rukun

Tetangga lazim adalah dikendalikan oleh Barisan Nasional. Ahli-ahlinya adalah daripada Barisan Nasional. Jadi ada perbezaan politik dan di dalam satu kawasan mungkin ada dua (2) JKK dan Rukun Tetangga yang membuat kerja, tetapi mereka jaga kepentingan segolongan tertentu lah. Itu apa yang berlaku. Jadi sekarang memandangkan kita telah ubah Kerajaan Pusat. Saya ingat soalan yang diajukan oleh Sungai Pinang tepat masanya. Mungkin kita perlu kaji, apakah perlu kita ada dewan yang juga digunakan oleh Rukun Tetangga kerana sekarang kita satu keluarga, kita boleh jimat dari segi resource, jimat dari segi cost, dan sebagainya. Kalau kita guna sekaligus satu dewan dan digunakan oleh satu pasukan bersama. So mungkin itu adalah satu perkara boleh kita kaji, because I think otherwise is going to be a waste of resource. Dengan izin. Dato' Speaker. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Sungai Dua.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Dato' Speaker. Ini berkaitan dengan dewan yang telah di diambil alih, jadi inilah apa yang saya nak bangkitkan dan persoalkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk memperbaiki dewan-dewan yang diambil alih dulu ni tapi sampai sekarang tak dibaiki banyak yang terbengkalai, rosak dan sebagainya. Di Sungai Dua ada tiga (3), empat (4) dewan yang rosak dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya. Jadi ini perlu di ambil tindakan dan tadi disebut juga tentang perbezaan politik. Jadi adakah Kerajaan Negeri hari ini Pakatan Harapan melihat Dewan ini sebagai tempat hanya khusus untuk parti-parti politik tertentu. Belah sini tak boleh gunakan, cuma boleh guna sebelah pihak. Jadi kalau itu boleh dibuat maknanya Pakatan Harapan menurut apa yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional dahulu. Jadi kita nak kalau boleh rakyat, masyarakat, NGO boleh menggunakan. Tak kira daripada mana. Tapi dia nak gunakan dewan dia gunakan. Pengurusan mungkin oleh pihak-pihak yang tertentu tapi penggunaan dewan boleh digunakan oleh NGO-NGO yang ada di kawasan kampung tersebut. Minta penjelasan.

Dato' Speaker, Terima kasih Sungai Dua. Saya tak pasti bila nak masuk BERSATU. Ramai sudah masuk. Tak tau bila giliran Sungai Dua pulak. Tapi untuk jawapan kepada beliau kita Kerajaan Negeri bukan macam Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Kerana mereka tak guna benarkan kita guna dewan-dewan Rukun Tetangga, mereka tak benarkan kita guna dewan-dewan didalam sekolah, kita persona non-grata sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri saya dan rakan-rakan saya tak dibenarkan masuk ke sekolah kerana ada directive daripada pusat. Tetapi kerajaan ini kita tak begitu. Kalau Sungai Dua memang nak guna dewan dan rakan-rakan saya dari sebelah boleh buat permohonan dan kita akan pertimbangkan tidak ada masalah. Tetapi kepada soalan pertama tadi berkenaan sama ada kita mempunyai dana untuk memperbaiki. Kerana saya kalau tak silap Sungai Dua ada beberapa dewan yang terbengkalai tetapi kepada rakan saya, data yang saya ada menunjukkan kalau Pejabat Daerah tiada sebarang dewan pun di kawasan seberang yang terbengkalai. Tetapi mungkin dibawah PBT ada. So, PBT memang ada 23 yang terbengkalai di MPSP dan 14 yang terbengkalai di kawasan Pulau. Dan untuk makluman Dato' Speaker memang daripada senarai yang saya ada. Antara yang terbengkalai usaha sedang diambil as I speak untuk membaiki jadi memang kita ada kewangan yang mencukupi untuk melihat pada perkara tersebut. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya silakan soalan seterusnya. Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih YB. Dato' Speaker, soalan saya nombor 15. No. 15. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat kajian semula keseluruhan rumah pam yang diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya di Kawasan Sungai Acheh bagi menampung kapasiti air terutamanya ketika air hujan lebat berlaku?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum Tanjung Bunga, boleh saya tanya sedia Tanjung Bunga untuk menjawab soalan 15 bersamaan dengan soalan 35 dan 45. Sedia? Boleh?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Soalan yang sama?

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan, soalan lebih kurang sama. Adakah sedia, kalau sedia saya izinkan untuk menjawab sekaligus. Still 15, 35 dan 45. Soalan yang bersamaan dengan rumah pam.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Dia, jawapan dia lain-lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey sila. Soalan 15.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya. Okey terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan juga YB. Sungai Acheh atas soalannya mengenai rumah pam. Tapi ini spesifik rumah pam di Sungai Acheh kalau soalan lain rumah pam di kawasan lain. Jadi, bagi maklumat Yang Berhormat berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) terdapat tujuh (7) buah rumah pam di Sungai Acheh yang melibatkan skim Pengairan Sungai Acheh berkeluasan 1,365 hektar bagi kawasan Jelapang Padi. Pam-pam ini hanya digunakan untuk bekalan air Pengairan untuk tujuan pertanian dan bukan berfungsi untuk mengatasi masalah banjir. Pam-pam pengairan ini diselenggara oleh kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang ataupun (IADA) mengikut keperluan. Manakala berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke atas ke semua rumah pam milik MPSP cadangan untuk menaiktaraf rumah pam yang terlibat telah diambil tindakan seperti berikut, untuk rumah pam Perai A Kawasan Perindustrian Perai, status dia dalam pembinaan. Untuk rumah pam Perai B Kawasan Perindustrian Perai dalam pembinaan. Rumah pam Taman Wira, Telok Air Tawar permohonan untuk menggunakan wang caruman pemaritan telah dikemukakan kepada JPS. Rumah pam Taman Usaha dan Kawasan Perindustrian Permatang Tinggi dalam proses perlantikan juru runding. Pada masa ini MPSP tidak bercadang untuk menaik taraf rumah pam Taman Sempadan, iaitu dalam kawasan Sungai Acheh kerana pam ini masih mampu untuk menampung kapasiti air hujan ketika hujan lebat. Terima kasih.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tadi jawapan yang diberikan tadi banyak kita tengok rumah pam-rumah pam yang berada di kawasan Prai, terutamanya kawasan apa yang diselenggara oleh MPSP. Dia contoh di kawasan Sungai Acheh, ada beberapa tempat macam contoh di kawasan Sungai Udang dan juga di sekitar Taman Pekaka yang selalu menghadapi banjir kilat, sama ada di pintu air yang telah dibina sebelum ini perlu diwujudkan rumah pam secara automatik untuk kita nak elakkan keadaan banjir kilat, sebab kalau kita tengok sendiri macam contoh di Taman Pekaka, kita ada kawasan yang paling berhampiran dengan sungai antara sempadan Perak dan juga Pulau Pinang.

Dan telah dinaik taraf sebelum ini pintu air tersebut, tetapi keadaan kedudukan jalan antara jalan JKR yang telah dinaik taraf longkang itu, dengan taman lama tu agak jauh beza, jadi mengakibatkan banjir kilat di situ. Adakah perlu pada 2019 ini, untuk dibuat kajian semula untuk mewujudkan supaya satu rumah pam automatik di kawasan-kawasan kritikal ni di kawasan Sungai Udang, Sungai Chenaam dan juga di kawasan Taman Pekaka ini. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya jelaskan tadi, isunya di kawasan Sungai Acheh kebanyakan dari rumah pam ini adalah berkenaan dengan kawasan pertanian ya, iaitu di bawah penyelenggaraan IADA tu, jadi dan sebenarnya bukan oleh JPS. Tapi, dan tujuannya sebenarnya bukan juga untuk menanggani masalah banjir tapi, kita boleh lihat. Bagi tahun 2018 sahaja, kita mempunyai 12 projek dengan jumlah kos RM1,018,350.21 di kawasan Sungai Acheh sahaja, iaitu merangkumi 7 projek pembangunan dan dalam 7 projek pembangunan tu memang ada penaiktarafan pintu air dan sebagainya, ya dan mendalamkan sungai, mendalamkan parit, dan kemudian 5 projek mengurus iaitu penyelenggaraan secara berkala ya untuk apa ni ban, tali air, parit dan sebagainya. Untuk tahun 2019, kita teruskan projek-projek tersebut iaitu sama juga 12 projek dengan jumlah kos RM1,250,000.00 yang telah diluluskan ya untuk DUN Sungai Acheh yang juga merangkumi 7 projek pembangunan, yang melibatkan penaiktarafan sistem saliran, parit-parit, pintu air dan juga untuk Sungai Udang, kita akan membuat sedikit kerja untuk menanggani hakisan ya di tebing Sungai Udang tersebut. Dan kemudian untuk projek-projek mengurus, ada juga penyelenggaraan secara berkala tapi, saya cadang ya kalau Yang Berhormat Sungai Acheh ada beberapa lokasi ataupun masalah yang spesifik boleh dibincangkan dengan (JD) Jurutera Daerah JPS di Seberang Perai Selatan iaitu Encik Fadil untuk mungkin boleh kemukakan cadangan kepada MMK Tebatan Banjir, di mana kita boleh lihat dan kalau perlu, kita boleh salurkan peruntukan untuk projek tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Soalan tambahan, tentang rumah pam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rumah pam di Sungai Acheh.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Sungai Dua lebih kurang sama. Kita di Sungai Dua, ada satu kawasan rumah pam JPS yang mengeluarkan air daripada sungai dan juga parit-parit di kawasan tu untuk mengelakkan banjir. Dan saya nak kepastian daripada pihak EXCO, berkaitan dengan tugas-tugas penjagaan ketika kritikal, ketika hujan. Dia kadang-kadang bila hujan lebat, sampah banyak. Sampah banyak memang sampah tu jadi problem, tapi Rumah Pam Sungai Dua ni special sikit sampah tu automatik dia keluarkan. Dia ada satu sistem sampah terus dikeluarkan, buah kelapa dan sebagainya dikeluarkan secara automatik. Sistem yang baik mungkin boleh digunapakai di tempat lain. Tapi, cuma kadang-kadang bila hujan lebat, sampah tu banyak, air banyak dan sebagainya, orang jaga tu tak dak disitu. Jadi dia mungkin tak boleh buka pintu untuk lepaskan air yang banyak, keluar lebih banyak ke sungai. Jadi, ini kita nak kepastian daripada pihak terlibat. Soalan saya adakah pihak JPS menetapkan penjagaan yang khusus di rumah pam tu, ataupun dia cuma standby, dia mai sekali-sekali. Kalau standby tu, kalau boleh dia mai bila masa hujan lebat ketika kritikal dia berada di tempat supaya tak berlaku masalah seperti mana yang berlaku di Sungai Dua pada tahun lepas. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Isu tanggungjawab penjagaan rumah pam ini, dia bergantung kepada siapa pemiliknya. Biasanya kalau rumah pam MPSP, maka pegawai MPSP yang akan bertugas. Dan kalau JPS, pegawai JPS. Namun bagi rumah pam, saya rasa kalau Sungai Dua boleh bagi nama nanti rumah pam yang mana, kita akan lihat pada siapa sepatutnya bertanggungjawab. Tapi, saya pernah melawat beberapa rumah pam JPS di kawasan saya rasa di dekat dengan situ juga di mana ada penjagaan dan pegawai yang apa ni bertugas di situ 24 jam. Maksudnya bila-bila berlaku, sepatutnya merekalah yang bertanggungjawab untuk menggunakan sistem tersebut sama ada nak naikkan gate dan sebagainya, jadi tapi kalau benar ada berlaku pada hujan lebat dan tidak ada orang yang menjaga maka, kita boleh melihat padanya jadi saya minta Yang Berhormat nanti bagi maklumat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya, Berapit sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Speaker, soalan saya soalan 16. No. 16. Kebakaran besar yang berlaku di Muzium Negara Brazil pada September yang lalu, disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada ilmu serta warisan negara Brazil. Misalnya George Town merupakan tapak warisan dunia. (a) Sehubungan dengan itu, adakah kerajaan telah mempunyai satu sistem yang efisien untuk melindungi bangunan, ilmu dan juga kesenian negara? Sila nyatakan.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Ya, terima kasih Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Berapit. Apa yang terjadi di Muzium Negara Brazil, memang merupakan satu tragedi yang menyedihkan. Ia bukan hanya merupakan satu kerugian dan juga kehilangan kepada warisan Negara Brazil, juga kepada warisan manusia. Bagi mengelakkan tragedi seperti yang berlaku di Brazil ini, Negeri Pulau Pinang mempunyai dan juga telah mengikuti satu sistem perlindungan yang ditetapkan oleh pihak bomba dan juga pihak UNESCO. Sistem yang digunakan oleh kerajaan bagi melindungi bangunan ilmu dan juga kesenian negara adalah seperti berikut: 1. Membuat pemeriksaan berkala terhadap alat-alat keselamatan pencegahan kebakaran serta memberikan kursus kepada kakitangan jabatan dengan kerjasama Jabatan Bomba; 2. Bagi kejadian bencana, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan dokumen Arahan No. 20 yang menggariskan mekanisme pengurusan bencana yang menyeluruh serta meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana, bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan arahan ini. Pengurusan bencana juga dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi, supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan berkesan. Arahan ini juga bertujuan mengelakkan daripadanya berlaku sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani bencana; 3. Bagi Tapak Warisan Dunia George Town, khususnya George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah melaksanakan program yang dikenali sebagai Development of Disaster Risk Reduction Strategy of Heritage City for George Town World Heritage Site berdasarkan kerangka projek UNESCO (Capacity Building for Disaster Risk Reduction of Heritage Cities in Southeast Asia and Small Island Developing States in the Pacific).

Program ini telah ditetapkan oleh pihak UNESCO dan bertaraf antarabangsa. Program ini bertujuan mengurangkan risiko dan menyediakan strategi mitigasi terhadap bahayanya yang mungkin dialami di tapak warisan dunia selaras dengan piawaian antarabangsa; 4. Pemajuan di dalam Tapak Warisan Dunia George Town hendaklah mematuhi Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town (RKKTWDGT) yang memberi perhatian tinggi kepada aspek keselamatan, khususnya bangunan warisan. Pasukan Technical Review Panel yang ditubuhkan di MBPP bagi meneliti permohonan pemajuan dan memastikan semua kriteria keselamatan dipatuhi dan diambil kira dengan ketat dan sewajarnya; 5. Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama rapat dengan GTWHI dalam program Framework For Disaster Reduction….(dengan izin) iaitu kaedah mencegah dan menangani risiko bencana. Program ini memperincikan jenis bahaya, kelemahan dan strategi mitigasi termasuk pengurusan risiko bencana. Dalam program Framework For Disaster Reduction ini, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang bersama GTWHI meneliti beberapa kaedah mencegah dan menangani risiko bencana dan memperincikan jenis bahaya yang berisiko berlaku pada bangunan muzium iaitu risiko kebakaran dan kebanjiran. Lembaga Muzium juga mengkaji dan memperbaiki kelemahan dalam aspek keselamatan yang terdapat pada bangunan muzium seperti bakal menaik taraf sistem CMS (Computerized Monitoring System)…(dengan izin) kepada SPKA (Sistem Pencegah Kebakaran Automatik) dengan nasihat pihak bomba, dan memberi kursus pencegahan serta cara menangani kebakaran dengan kerjasama pihak bomba kepada kakitangan Lembaga Muzium. Lembaga Muzium juga menitik berat penyelenggaraan berkala pada bangunan dengan memastikan setiap peralatan keselamatan berfungsi dengan baik. Untuk makluman, pihak Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang telah meneliti dari segala aspek berkenaan keselamatan bangunan, dan sedang menyusun strategi risiko pengurusan keselamatan bangunan dengan kerjasama daripada GTWHI dengan pihak bomba. Berikut adalah cadangan dan kaedah persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kebakaran dan bencana banjir : 1. Memastikan laluan-laluan tidak disekat di bangunan untuk menyelamatkan diri (means of escape); 2. Mengadakan latihan pengosongan bangunan secara berkala dengan kerjasama pihak Bomba; 3. Memastikan peralatan melawan kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik dengan penyelenggaraan secara berkala oleh pihak Bomba; 4. Membaik pulih sistem saliran dan perparitan di kawasan bangunan muzium supaya tidak dibanjiri; 5. Mewujudkan prosedur untuk digunakan apabila berlaku kebakaran iaitu : (i) Kaedah menyelamatkan diri bagi kakitangan dan pelawat; (ii) Kaedah menyelamatkan artifak yang berada di dalam muzium; (iii) Kaedah pemindahan artifak ke satu tempat yang selamat; dan terakhirnya 6. Penglibatan komuniti dan masyarakat tempatan dalam memahami pengurusan risiko bencana dan kaedah-kaedah mitigasi. Pihak Muzium Negeri memang sedar bahawa kepentingan yang ucok, sistem perlindungan terhadap ilmu dan juga warisan, jadi pihak Kerajaan Negeri memang bertanggungjawab supaya apa yang berlaku di Brazil tidak akan berlaku di Negeri Pulau Pinang. Dengan ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong, yang telah memberikan secara terperinci kaedah supaya kita dapat memeliharakan muzium kita daripada ancaman-ancaman sebegini. Dan soalan saya sebenarnya, berhubung dengan warisan ataupun sejarah titik sejarah Pulau Pinang, tetapi tiada di dalam Pulau Pinang. Sebagai contoh koleksi Herborium Taman Botani Negeri Pulau Pinang ini banyak di antara koleksi herborium ini di simpan di Taman Botani Singapura dan sebagai contoh juga baru-baru ini USM pun ada satu koleborasi dengan....(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat bersabit dengan soalan pokok sahaja.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Bersabit… I come to that, I come to that….(dengan izin).

Yang di-Pertua (Speaker)

Bencana?

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

I come to that…(dengan izin).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Dan sebagai contoh koleksi surat Francis Light yang di simpan di School of Orient and the African Studies di Universiti London tersebut. Adakah sebarang usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti sejarah, titik-titik sejarah yang berkait rapat dengan Negeri Pulau Pinang supaya koleksi ataupun sejarah ini dapat di bawa balik ke Pulau Pinang. Memandangkan ia di luar kawalan kami sekiranya apa-apa berlaku di muzium luar negara tersebut, dalam jawapan Yang Berhormat Paya Terubung tadi kita akan memastikan muzium di negeri Pulau Pinang ini akan selamat tapi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku di luar negeri Pulau Pinang itu adalah di luar kawalan kami. Jadi, adakah sebarang usaha untuk membawa balik titik-titik yang bersejarah buat negeri Pulau Pinang ini kembali ke tanah air kita. Terima Kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Memang satu perkara yang mesti di akui, tidak pernah fikir untuk ambil balik koleksi yang ada di luar Negeri Pulau Pinang. Memang satu idea yang juga boleh dipertimbangkan. Jadi saya akan, mendapatkan pihak muzium untuk mengkajikan pandangan dan juga cadangan YB. Pengkalan Kota. Memang kalau kita dapat mengambil balik koleksi yang ada di luar negeri memang akan dapat memperkayakan lagi warisan dan juga mengekalkan warisan untuk negeri Pulau Pinang itu sendiri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli Kawasan Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima Kasih Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor 17. No. 17. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperkenalkan program untuk membantu orang kurang upaya (OKU) berdikari kerana banyak keluarga bimbang bahawa anak-anak kurang upaya mereka tidak akan dijaga apabila mereka meninggal dunia?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima Kasih Ahli Yang Berhormat Pulau Tikus, kepada YB Dato’ Speaker izinkan saya menjawab soalan 17. Bagi memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) mampu berdikari, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa bantuan/ program dari segi kewangan dan peralatan, kemahiran dan peningkatan ekonomi seperti berikut : (a) Bantuan Kewangan (i) Bantuan kewangan RM 130.00 setahun melalui Program Bantuan OKU dan Sumbangan Pengurusan Jenazah RM 1000. (ii) Melaksanakan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi membantu OKU yang mempunyai pendapatan perkapita di bawah RM 220.00 melalui bantuan kewangan bulanan secara top up; (iii) Elaun Pekerja Cacat (EPC) bagi OKU yang berpendapat tidak melebihi RM 1,200.00 satu sebulan; ini juga kita ada tempat-tempat dewan-dewan atau persatuan-persatuan NGO-NGO kita dimana menggalakkan mereka ada satu tempat supaya OKU boleh ada di sana dan kami meminta (kurang jelas) untuk packing atau sodic out semua supaya mereka boleh bekerja di sana dan mereka telah bergaji tidak melebihi RM 1200. Kami akan bagi bantuan EPC. (iv) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak RM 300.00 kepada OKU yang terlantar dan diuruskan oleh ahli keluarga/penjaga 24 jam sehari; dan (v) Bantuan OKU yang tidak Berupaya Bekerja (BTBB) sebanyak RM 200.00 kepada OKU berusia 59 tahun ke bawah yang tidak berupaya bekerja dan mempunyai sumber pendapatan tidak melebihi RM 720.00 sebulan. (b) Bantuan peralatan, Kemahiran dan Peningkatan Ekonomi (i) Memberikan bimbingan kerjaya kepada OKU melalui Penang Career Assistantce and Talent Centre (Penang CAT) untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian; (ii) Menyediakan peruntukan bagi Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi yang memfokuskan kepada peniaga-peniaga kecil termasuk golongan OKU yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000.00 sebulan dan telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun. Bantuan peralatan bagi menjaga perniagaan sedia ada bertujuan bagi meningkatkan kapasiti/output perniagaan; (iii) Mengadakan Karnival Pekerjaaan OKU, seperti OKU Career Fair yang telah diadakan di Sunway Carnival Convention Center pada Februari 2017 bagi memastikan golongan OKU lebih berdikari dan berdaya maju dalam arus pembangunan masa kini;

(iv) Menganjurkan kempen-kempen pendaftaran OKU di pameran Kerajaan Digital Pulau Pinang yang bertujuan untuk;  Memberi pendedahan kategori baru OKU kepada masyarakat setempat setiap daerah;  Menambahkan bilangan pendaftaran OKU melalui Sistem Maklumat Kurang Upaya (SMOKU); dan  Meningktkan jaringan kerjasama dengan komuniti masyarakat berhubung dengan pendaftaran OKU; dan (v) Penyediaan tempat letak khas parkir kenderaan untuk OKU oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya di kawasan bank, perbankan, pusat beli-belah, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sekarang saya ingin mempersilakan Ahli Kawasan Penaga.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 18. No. 18. Sejauh manakah status tanah wakaf di beberapa lot bersebelahan Masjid Jelutong? (a) Adakah pembayaran ganti rugi pengambilan tanah sudah selesai dibayar kepada penduduk terlibat? (b) Mengapakah pembesaran kubur Islam Masjid Jelutong masih gagal dilaksanakan? Nyatakan sebaliknya.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang diPertua. Terima Kasih Ahli Kawasan Penaga. Soalan berhubung status tanah wakaf untuk kubur di Masjid Jelutong, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) telah memperoleh milikan tanah untuk tujuan wakaf tapak perkuburan Islam bagi Qariah Masjid Jelutong pada Mac 2016. Tanah tersebut berkeluasan 5,900 meter persegi dan terletak bersebelah dengan tapak perkuburan sedia ada. Pembayaran ganti rugi kepada penduduk terlibat yang diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTL) telah selesai sepenuhnya, dan status kerja sekarang ialah kerja-kerja pembesaran tanah perkuburan Qariah Masjid Jelutong telah pun dimulakan pada 19 Februari 2018. MAIPP telah melantik jurutera peruding untuk menjalankan kerja-kerja reka bentuk dan merancang tapak perkuburan yang lebih tersusun dengan konsep baru seperti pembinaan konkrit untuk menjamin penggunaan tanah perkuburan secara optimum. Status semasa projek tersebut adalah dalam tindakan jurutera perunding untuk memohon kelulusan plan kerja tanah daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih.

Terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal berkaitan soalan saya, sekiranya tanah tersebut telah diambil alih di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Soalan saya, apakah tanah yang telah diambil itu sudah diwartakan sebagai tanah wakaf ataupun lebih spesifik untuk kegunaan tanah perkuburan dan kalau tanah itu telah diambil proses itu minta disegerakan, secepat mungkin kalau boleh, sebab maklumat yang saya terima kubur yang sedia ada memang agak padat dan kalau berlaku kematian mayat itu terpaksa ditanam bertindan-tindan. Tanah lot yang telah diambil itu mohon disegerakan proses supaya kematian selepas itu boleh ditanam di tanah itu. Terima kasih.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Insya-Allah akan di tender pada tahun hadapan dan kita akan laksanakan kerja pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan juga dan proses perwartaan sedang dijalankan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Kawasan Pinang Tunggal. Saya ingin persilakan Ahli Kawasan Permatang Berangan.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 19. No. 19. Kemasukan Pelaburan Asing: (a) Berapakah statistik pelabur asing yang melabur di Pulau Pinang sajk 2008 hingga kini? Adakah jumlahnya bertambah atau semakin berkurangan? (b) Bagaimana kerajaan berusaha menambah kemasukan pelaburan asing dan memaskimakan pendapatan melaluinya? (c) Sejauh manakah pencapaian yang diperolehi daripada sektor ini? Sila nyatakan hasil yang diperolehi dengan perincian.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada Ahli Kawasan Permatang Berangan berhubung dengan kemasukan pelabur asing. Pulau Pinang terus mencatatkan kemasukan aliran pelaburan yang sihat dan berterusan meskipun dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Pelaburan asing berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan ekonomi global. Statistik pelaburan asing (dengan izin)...FDI, Foreign Direct Investment untuk pembuatan yang diluluskan oleh MIDA daripada Mac 2008 hingga Mac 2018 bagi Pulau Pinang adalah seperti berikut: 1. 2008, RM5,088 juta; 2. 2009, RM1,449 juta; 3. 2010, RM10,451juta; 4. 2011, RM7,146 juta; 5. 2012, RM1,126 juta; 6. 2013, RM 1,794 juta; 7. 2014, RM 5,133 juta; 8. 2015, RM 4,498 juta; 9. 2016, RM 3,057 juta; 10. 2017, RM 8,540 juta dan; 11. Januari hingga Mac 2018, RM 580 juta Sumber daripada MIDA. Bagi tempoh 2008 hingga 2017 Pulau Pinang telah mencapai pelaburan asing yang tertinggi di antara negeri-negeri di Malaysia dalam empat (4) tahun dan di tangga ketiga di dalam tiga (3) tahun ini adalah statistiknya. Pelaburan Asing adalah penting terhadap ekonomi negeri Pulau Pinang. Namun begitu, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada pelaburan domestik dan pembangunan ekosistem perniagaan bagi pertumbuhan yang lebih mampan dan peluang pekerjaan baru yang berpendapatan tinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan sektor pembuatan terus kukuh.

(1) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang di dalam pembuatan elektronik dan elektrikal serta kebolehan mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (medical divices), sains kesihatan, aeroangkasa dan avionik dan teknologi LED. (2) Penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan secara berterusan bagi taman perindustrian dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa termasuk memenuhi perkhidmatan jalur lebar dan utiliti seperti elektrik dan air. (3) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melaui synergy multinational (MMC) dan syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam industri digalakkan melalui usaha-usaha berikut: (a) Menyediakan sistem sokongan vendor-vendor tempatan dan menganjurkan hari pembekal bersama syarikat MMC yang berniat mencari pembekal tempatan. (b) Membantu Industri Kecilan Sederhana melalui Penang SME Center dengan kadar sewa yang bersubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. SME Village Batu Kawan juga dibina dan dijual kepada syarikat IKS yang mengembangkan kapasiti mereka, pusat penasihat pasaran sumber dan latihan IKS, memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat IKS selain menyediakan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan online dan; (c) Menyediakan Penang i4 seed fund dengan dana permulaan berjumlah RM 4 juta untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start up yang terlibat dalam bidang teknologi seperti sector internet of things, e-commerce, dan bidang-bidang berkaitan bagi mempercepatkan dan mengembangkan pembangunan syarikat-syarikat start up di Pulau Pinang; (d) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda dalam Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) termasuk sektor vokasional; (e) Meningkatkan connectivity penerbangan antarabangsa melalui kerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke destinasi baru, dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada; (f) Menjadikan pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan laut strategik di Utara Malaysia dan Selatan Thailand serta menambah baik fasiliti pelabuhan. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri Antarabangsa yang berteraskan konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam melalui pelan induk pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti hidup. (g) Memastikan kos menjalankan peniagaan di Pulau Pinang terus kekal konpetitif melalui penandaan aras secara global dan serantau; dan (h) Melancarkan perkhidmatan perniagaan global (GBA) di @ Mayang di Bayan Baru dan @ By The Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas dalam usaha merangsang pelaburan dan peluang pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bahkan sokongan dari seluruh dunia. Ini juga selaras dengan perancangan skim peningkatan perniagaan mengikut daerah business improvement district scheme (BIDS). Bagi soalan pencapaiannya Pulau Pinang kekal sebagai antara negeri dengan rekod pelaburan asing paling cemerlang di Malaysia. Pada tahun 2017, FDI Pulau Pinang adalah 8.5 billion yang merupakan 40 peratus daripada jumlah FDI yang dicatatkan di Malaysia. Lebih penting lagi Pulau Pinang terus mendapat manfaat daripada peluang pekerjaan berpendapatan

tinggi, peningkatan ekosistem perniagaan, pemindahan ilmu dan teknologi dan peluang perniagaan bagi syarikat tempatan yang keseluruhannya menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal, saya ada soalan tambahan. Adakah kerajaan mempunyai data dalam tempoh enam (6) bulan terkini kemasukan pelabur-pelabur baru dan juga berapakah jumlah syarikat yang ditutup selepas PRU 14?

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Untuk enam (6) bulan terbaru Yang di-Pertua, MIDA belum mengumumkan lagi statistik tersebut.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Industri ataupun foreign direct investment khususnya industri di India sedang berkembang pesat di mana industri dari India di jangka akan melabur 1 billion pounds di UK dalam masa lima (5) tahun yang akan datang. Khususnya Indian automative industry mereka ingin melabur luar daripada India untuk mengembangkan pasaran mereka di luar negara. Di mana kita nampak suatu peluang mereka boleh menggunakan Pulau Pinang sebagai untuk mencebur pasaran Asean dan kita nampak Indonesia sedang merapatkan hubungan dengan India. Nampaknya ada usaha-usaha menarik pelabur daripada India untuk melabur di Indonesia. Adakah, walaupun Pulau Pinang mempunyai latar belakang hubungan sejarah yang begitu baik dengan India, adakah apa-apa usaha yang khusus sedang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menarik pelabur dari India dan adakah trade mission dalam masa terdekat di rancang untuk ke India untuk menarik pelabur daripada India dalam masa terdekat ini. Terima kasih.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan Bagan Dalam. Kita memang telah lama ada hubungan perdagangan dengan India dan untuk specific trade mission yang sedang kita rancangkan ke India memang tidak adalah dalam masa terdekat tetapi saya ada maklumat pihak-pihak lain yang sedang berusaha untuk mengadakan hubungan perniagaan ataupun perdagangan dengan India tetapi bukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri.

Soalan tambahan. Berkenaan dengan pelaburan asing saya nak tahu sama ada, apakah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan supaya apa yang berlaku sekarang di Klang Valley di mana teknologi sektor seperti di British Telecom telah ditutup sepenuhnya dan beberapa Syarikat Multinational yang lain telah berpindah ke India disebabkan tidak cukup pekerja dalam bidang teknologi dan lawatan baru ini bersama dengan Ketua Menteri pun kita tengok Syarikat Western Digital sekarang ini fokus pada big data menggalakkan lebih, memang dia dah ada automation tetapi sampai pekerja-pekerja kilang yang biasa-biasa yang angkat-angkat barang pun telah ditukarkan kepada robot. So you have light of factory jadi ini memerlukan bila saya tanya, berapa pekerja PhD yang ada di situ? Dia kata ada 20. So apakah supaya inisiatif yang diadakan oleh Kerajaan Negeri supaya kita tak jadi macam Klang Valley. Di mana kalau kita tidak dapat menunaikan permintaan all this big multinational seperti juga Plexus yang juga complaint tidak cukup pekerja teknologi tinggi. Apakah kita akan kehilangan pelaburan asing?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Speaker boleh saya bantu TKM I isu ini pelabur asing.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah jawab pun dalam soalan…(gangguan).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Bukan soalan itu, ini mengenai trade mission.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh.. Oh

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya pernah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Next… Nanti peluang anda… nak jawab sila

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Soalan yang agak…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawapan sudah apanya…(gangguan).

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Tadi saya terangkan banyak dah tentang perkara yang ditanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semua sudah dalam jawapan.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Jadi, boleh rujuk usaha-usaha yang telah kita jalankan untuk memastikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Penanti itu tidak berulang di Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey saya nak silakan soalan yang seterusnya 20. 20 dari Telok Ayer Tawar silakan.

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dato’ YB. Speaker soalan saya nombor 20. No. 20. Jelaskan status bangunan yang digunakan oleh Belia 4B Tasek Gelugur di Taman Robina di amna di dalam bangunan tersebut terdapat sebuah gimnasium. (a) Mengapa masih tiada proses pengambilan sehingga kini? (b) Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan persekitaran bangunan tersebut? Di mana kawasan sekeliling yang semak samun dan menyakitkan mata memandang.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada Speaker, izinkan saya jawab soalan 20. Kawasan tersebut diselenggarakan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan gimnasium telah diletakkan di bawah pengurusan Persatuan Belia 4B Tasek Gelugor. Satu (1) lawatan tapak bersama ADUN Kawasan Telok Ayer Tawar, Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah seberang Perai Utara, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Belia Dan Sukan beserta dengan Majlis Sukan Negeri telah diadakan pada 20 haribulan Ogos 2018 ke ginasium Taman Wira ini. Semasa lawatan tapak saya telah memberi arahan kepada Jabatan Belia Dan Sukan SPU dan juga Pejabat Daerah, Pegawai Pejabat Daerah supaya mengenal pasti pihak mana yang memegang kunci bangunan gimnasium Taman Wira tersebut dan diminta mereka serah dalam tempoh 14 hari. Tugas ini seharusnya diikuti oleh Pegawai Pejabat Daerah. Di samping itu,

memandangkan bangunan tersebut berada di atas tanah kerajaan. Pejabat Daerah Dan Tanah SPU turut diminta mengambil balik milikan bangunan tersebut. Satu (1) surat daripada Pejabat Daerah… pejabat saya yang telah dikeluarkan kepada Pejabat Daerah pada 26 September meminta supaya menyerahkan gimnasium tersebut kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menguruskan dan penyelenggaraan memandangkan terdapat kemudahan gym dalam bangunan gimnasium tersebut. Setelah mendapat surat daripada ADUN kawasan pada 28 Ogos dan juga 30 Ogos. Pada 23 Oktober Pejabat daerah SPU melalui surat telah memohon agar saya untuk tetaplah satu (1) mesyuarat khas dengan agensi terlibat seperti Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat ADUN dan MSN, Jabatan Belia Dan sukan untuk menentukan proses penyerahan bangunan tersebut kepada pihak yang bersesuaian. Untuk menjawab soalan (b), pengurusan kawasan tersebut adalah terletak di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang adalah bertanggungjawab atas kebersihan dan keselesaan sekeliling bangunan tersebut. Inilah salah satu (1) tanggungjawab yang harus dilakukan atau pun dijalankan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya ingin persilakan Yang Berhormat Permatang Pasir.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bacaan doa…(dengan izin), soalan saya nombor 21. No. 21. Berapakah jumlah yang telah dikeluarkan oleh Pusat Zakat Pulau Pinang bagi membayar bil hospital kerajaan dalam Pulau Pinang yang dimohon oleh asnaf dalam tahun 2018?

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Dato' Yang di-Pertua. Zakat Pulau Pinang mengagihkan bantuan perubatan yang disalurkan terus kepada asnaf yang memohon dan bukan dibayar kepada hospital. Sehingga 25 Oktober 2018 jumlah keseluruhan bantuan perubatan yang telah dikeluarkan kepada asnaf yang layak adalah berjumlah RM 2,812,108.01 dan diagihkan kepada 871 penerima.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Pinang Tunggal. Ingin saya persilakan Yang Berhormat Sungai Dua.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 22. No. 22. Senaraikan projek pembangunan lereng bukit melebihi bukit 73m dari aras laut yang diluluskan dari 2009 hingga 2018. Adakah projek ini perlu mendapat kelulusan EIA/DEIA? (a) Bukit Kukus dicerobohi dan berlaku hakisan teruk. Huraikan bentuk pemantauan dan kerja-kerja mitigasi yang telah dilaksanakan. (b) Aliran sungai menjadi punca runtuhan, apakah tindakan MBPP?

Terima kasih Dato’ Speaker dan rakan saya daripada Sungai Dua. Dato’ Speaker saya minta izin untuk menjawab soalan 22, 24 dan 47 bersama. And this all relation to pembangunan di lereng bukit. I wont take long and in fact 47 is also Sungai Dua question anyway sama sama bunyi dia 47. So Dato’ Speaker saya cepat sikit ini adalah berkenaan projek-projek pembangunan di lereng bukit yang melebihi 73 meter. Soalan kata 73 meter tapi saya percaya should be 76 meter lah that is the high level is under control yang diluluskan dari 2009 hingga 2018 dan sama ada ia mendapat kelulusan EIA dan DEIA dan soalan seterusnya berkenaan incident di Bukit Kukus.

Saya ingin jawab dengan nyatakan jumlah projek pembangunan lereng bukit yang melebihi 73 meter dari aras laut yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2009 hingga 2018 adalah sebanyak 13 projek. Di mana sepuluh (10) adalah di Daerah Barat Daya, tiga (3) di Daerah Timur Laut dan untuk makluman Dewan semua projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment…(dengan izin) (EIA) senarai projek adalah seperti di lampiran yang penting Dato’ speaker kepada semua di dalam dewan ini untuk bangunan-bangunan bertingkat. Walau pun tapak mungkin mempunyai kawasan yang melebihi 76 meter yang saya nyatakan tadi beberapa kes 13 secara khususnya. Ada yang tidak bertingkat macam clamping resort dan sebagainya dan ada yang bertingkat yang penting untuk yang bertingkat. Kita tidak benarkan footprint bangunan di kawasan yang melebihi 76 meter. Maksud saya Dato’ Speaker mungkin tapak itu ada kurang daripada 76 meter dan ada berbukit lebih. Tetapi footprint bangunan tak boleh di atas 76 meter di dalam tapak tersebut and secondly yang penting untuk Pulau Pinang kita tidak benarkan bangunan bertingkat didirikan ataupun dibangunkan di cerun yang melebihi kelas dua (2), iaitu tiga (3) dan empat (4) bermaksud kalau dia 25 darjah dan ke atas tak dibenarkan. Jadi kita ada dua (2) kawalan satu (1) 76 meter dan ke bawah dan dua (2) kelas satu (1) dan dua (2) sahaja tiga (3) dan empat (4) tidak dibenarkan. Dato’ Speaker, kerja-kerja pemantauan yang dijalankan sepanjang tempoh pembinaan adalah memastikan pembinaan adalah memastikan laluan utama ke tapak projek sentiasa di kawal oleh pihak keselamatan. Memandangkan kawasan berbukit sukar di kawal dan boleh dimasuki dari setiap arah kegiatan pencerobohan didapati masih berlaku. Untuk itu kawalan keselamatan telah dipertingkatkan dengan menambah lokasi kawalan dan memastikan rondaan sentiasa dibuat. Kerja-kerja mitigasi yang telah dilaksanakan adalah mengikut pelan kawalan hakisan dan mendapan or (dengan izin) erosion and sedimentation control plan (ESCP) seperti memasang geotextiles mengadakan check dam, silt trap mengeluarkan gelodak atau mendapan kerja-kerja pembersihan serta memastikan aliran air permukaan disalurkan dengan baik.

Pada ketika ini, Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Khas bagi menjalankan siasatan punca kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus dan seterusnya memberi cadangan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di masa hadapan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan ataupun DOSH dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa siasatan masing-masing berikut kejadian ini. Selain daripada itu, Dato’ Speaker, MBPP telah mengarahkan pihak kontraktor untuk mengambil tindakan ke atas aliran air bukit dengan menyediakan saluran untuk mengalirkan air larian bukit ke anak sungai dan seterusnya air tersebut dialirkan ke kolam mendapan supaya air yang berkelodak ditapis dan kemudiannya disalurkan ke sungai. Untuk soalan 24, Dato’ Speaker iaitu daripada kawasan Telok Bahang iaitu dalam mempertingkatkan lagi keselamatan terhadap pembangunan di kawasan yang sensitif, apakah langkah yang dapat diambil oleh agensi yang berkaitan untuk memastikan segala pembangunan adalah lebih selamat dan tidak terkesan oleh persekitaran. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui PBT iaitu MBPP dan MPSP sememangnya mengambil perhatian terhadap keselamatan pembangunan di kawasan-kawasan sensitif di Pulau Pinang. Dan oleh yang demikian, Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil tindakan-tindakan berikut bagi memastikan projek-projek pembangunan yang dijalankan di kawasan-kawasan sensitif adalah lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan kepada alam sekitar. Ini adalah langkah tersebut Dato’ Speaker, secara ringkas. Yang dilakukan oleh MPSP adalah seperti berikut, seperti mana yang saya nyatakan tadi: (i) Memastikan tiada sebarang pembangunan melebihi paras 76 meter dari paras laut; (ii) Mensyaratkan semua pembangunan di kawasan berbukit mematuhi Safety Guidelines For Hillside Development 2012;

(iii) Merujuk semua permohonan di kawasan berbukit atau bercerun ke pihak Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG) untuk ulasan di peringkat permohonan Kebenaran Merancang; (iv) Memastikan pemaju mematuhi semua kehendak-kehendak ESCP yang saya sebut tadi, Erosion Sediment Control Plan pada ketika peringkat kerja tanah berlaku; dan (v) Menjalankan pemantauan seperti mana saya juga nyatakan tadi secara berkala di kawasan-kawasan bercerun. Oleh MBPP pula, selain daripada apa yang saya sebut tadi: (i) Memastikan sebarang permohonan pemajuan di dalam Tapak Warisan Dunia George Town hendaklah mematuhi Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town yang telah diwartakan pada bulan September 2016; (ii) Memantau dan mengambil tindakan terhadap bangunan-bangunan usang dan berbahaya di kawasan George Town dan sekitarnya dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 83, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemilik untuk menghapuskan kacau ganggu seperti membersihkan sisa-sisa kebakaran, membaiki bangunan, mendirikan pagar keselamatan atau hoarding di kawasan bangunan yang boleh mengancam keselamatan, mengeluarkan pokok-pokok liar yang tumbuh di bangunan dan sebagainya; (iii) Mengambil inisiatif keselamatan dalam menyediakan infrastruktur di kawasan seperti pemasangan CCTV, penyediaan laluan kaki lima tanpa halangan, laluan basikal dan menaik taraf lorong-lorong belakang sedia ada; dan (iv) Memastikan syarat-syarat teknikal untuk kawasan sensitif mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh agensi seperti JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains, seperti mana yang saya nyatakan tadi JMG, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan jabatan-jabatan dalaman MBPP. Syarat-syarat jabatan teknikal akan dijadikan sebahagian syarat dalam Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan dan Pelan Jalan Dan Parit juga dan untuk itu sebarang projek pembangunan di kawasan sensitif perlu menuruti syarat-syarat seperti berikut iaitu: (a) Mendapat kelulusan seperti mana saya nyatakan tadi Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar or Environmental Impact Assessment daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pelan bangunan diluluskan.; (b) Memastikan syarat-syarat kelulusan Kajian Penilangan Kesan Kepada Alam Sekitar dipatuhi EIA; juga. (c) Memastikan syarat-syarat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Tanah Berisiko seperti mana yang saya nyatakan tadi juga melalui Laporan Geoteknik untuk cadangan pembangunan diikuti dan selain daripada itu, Dato’ Speaker, semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut iaitu sistem perparitan hendaklah dibaik pulih dan disediakan dengan sempurna sebelum, semasa dan selepas pembinaan dijalankan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar tapak pemajuan dan kerja-kerja sistem perparitan/saliran, kestabilan cerun/lereng, pemotongan cerun dan lereng, pembinaan jalan dan penyediaan langkah-langkah keselamatan di tapak hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum Sijil Kebenaran Mula Kerja atau COW bangunan dikeluarkan dan untuk soalan…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Datok Keramat, kerana saya terikat dengan peraturan mesyuarat, saya perlu hentikan Sesi Soalan Lisan dan kita sambung esok dengan jawapan yang seterusnya dengan soalan tambahan yang saya akan benarkan. Sila.

Okay, thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat. Seterusnya kita akan masuk ke susunan yang seterusnya. Sila. Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi. Di samping itu, Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan Peraturan 6A(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Saya memohon supaya masa persidangan hari ini, 12 November (Isnin) dilanjutkan sehingga jam 7.00 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada sokongan?

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 12 November 2018, hari Isnin sehingga jam 7.00 petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui dengan sebulat suara. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita masuk Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan untuk Tahun 2019. Ahli-Ahli Yang Berhormat, siapa yang ingin mengambil bahagian dulu? Sila.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi rahmanir rahim, alhamdulillahi rabbil alamin, solati wassalam, wa’ala isyrofil ambiya iwal mursalim, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim. Robbi sohri sodri waya sirli amri yuhdatan min lisani yuf kohu khouli, wala'laa hawla wa laa quwwata illa billahi aliyir azim. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan yang mulia, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil jabatan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekali. Alhamdulilah syukur kita ke hadrat Allah Subhana Wata’ala kerana pada pagi ini kita masih lagi diberikan ruang kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama berada di Dewan yang mulia bagi kita sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam berbahas, berbincang, mengeluarkan pandangan dan pendapat dalam kita memastikan perjalanan pentadbiran, perjalanan segala program dan projek memenuhi kehendak dan kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang, Insya-Allah.

Saya sebagai Ketua Pembangkang mungkin tak sehebat Sungai Puyu dulu boleh bercakap tiga jam tanpa berhenti-henti. Saya mungkin tidak sampai ke tahap Sungai Puyu tetapi saya akan cuba bersama rakan-rakan yang lain dan juga Ahli Dewan untuk kita menjadi sebagai pengimbang, memberi pandangan dalam setiap aktiviti, program, projek dan sebagainya yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Negeri. Ini merupakan hasrat saya dan rakan-rakan. Segala apa yang tidak betul yang tidak sempurna kita akan cuba bantu untuk selesaikan, untuk bantu untuk bagi perfect, bagi sempurna kerana kita nak sesuatu yang terbaik untuk masyarakat dan juga rakyat di Pulau Pinang dan kita juga ada pendirian masing-masing. Saya bersama rakan-rakan akan terus berpendirian tegas dan juga tetap tentang isu-isu sensitif, isu bab agama Islam dan sebagainya, itu adalah merupakan isu yang sensitif yang perlu dipertahankan. Saya dan rakan-rakan akan terus mempertahankan isu-isu ini supaya Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan tidak diganggu gugat, tidak dipertikaikan dan sebagainya. Ini yang akan terus saya dan rakan-rakan pertahankan. Sungai Dua mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk terlibat dalam membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lalu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain sebagai Ketua Pembangkan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia yang telah memberi ruang saya sebagai Pengerusi PAC, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan. Saya bersama jawatankuasa telah bermesyuarat sekali dan kita telah menghadiri kursus, Bagan Dalam tak pi. Kursus di Melaka berkaitan dengan pelaksanaan, tanggungjawab dan tugas sebagai PAC. Insya-Allah selepas ini kita akan terus melihat apa yang telah dibangkitkan oleh pihak Jabatan Audit ke atas Kira-Kira Kewangan Negeri. Memastikan segala pelaksanaan mengikut kehendak dan juga mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tidak ada sebarang masalah berlaku dalam kewangan peringkat negeri dan kita juga akan melihat, akan membincangkan tentang projek-projek yang masih lagi timbul masalah, yang ada masalah dan mungkin kita akan bincangkan dalam peringkat PAC demi untuk memastikan kewangan negeri dan juga perjalanan segalanya berjalan dengan mengikut lunas-lunas dan landas perakaunan yang betul dan tidak membazirkan kewangan di peringkat rakyat Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, balik kepada Bajet Negeri Pulau Pinang. Bajet 2019 Negeri Pulau Pinang adalah satu perkara yang unik, dinantikan oleh rakyat. Di mana-mana pun kita pi, kedai kopi dan sebagainya, orang dok tunggu, bajet yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Mereka menunggu tujuh perkara. Bila bajet sahaja, rakyat tunggu termasuklah di peringkat Persekutuan. Pertamanya mereka ingin melihat dan mendengar apakah hala tuju Kerajaan Negeri. Alhamdulillah Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri telah memberi Empat Teras, Empat Teras selaras dengan Penang 2030, empat teras dan juga 32 program di bawah teras-teras tersebut. Untuk Teras Pertama, 10 program, Teras Kedua, 11 program, Teras Ketiga, 3 dan juga Teras Keempat, 8. Jadi itu adalah hala tuju Kerajaan Negeri yang dibuat dalam menghadapi cabaran dan juga ekonomi yang mencabar masa kini. Kedua, apakah penyediaan peluang-peluang pembangunan ekonomi untuk rakyat Pulau Pinang? Ini juga rakyat tunggu. Apa peluang yang disediakan? Peluang pembangunan ekonomi, maksudnya apa peluang-peluang ekonomi yang rakyat boleh turut serta, yang boleh rakyat ikut bersama untuk dia meningkatkan sara hidup dia. Rakyat ni bukan semuanya senang. Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang, Pulau Pinang adalah antara yang tertinggi juga kos sara hidup. Jadi rakyat perlu ada peluang untuk dia terlibat dalam pembangunan ekonomi. Ada rakyat kita yang gajinya mungkin RM2,000, anaknya tiga (3), empat (4), lima (5) orang, terpaksa dia bekerja lain. Terpaksa dia bekerja malam, pergi ke stesen minyak dan sebagainya untuk dia tambah pendapatan. Walaupun dalam keadaan gajinya 2, 3 ribu tapi dia masih lagi perlu tahu apa peluang-peluang pembangunan ekonomi rakyat untuk dia sendiri. Ketiga, bagaimana pengagihan ekonomi yang akan disediakan untuk rakyat jelata? Bajet ni dia cerita hasil perbelanjaan, mengurus dan pembangunan. Itu yang akan dimasukkan dalam

senarai. Jadi apa pengagihan yang dia dapat pengagihan ekonomi, sama dengan tadi apa pengagihan ekonomi yang dia boleh perolehi dalam bajet yang disediakan. Dan keempat bentuk bantuan dan sumbangan. Yang ni yang depa duk tunggu. Apa dia dapat? Macam di Pusat disediakan BR1M. Dulu BR1M sekarang BSH, Bantuan Sara Hidup, diteruskan dengan, dengan kawalan ataupun dengan digunakan konsep kaedah pendaftaran yang lebih telus dan sebagainya. Mungkin guna e-Kasih dan lain-lain untuk bantuan BSH dan mungkin akan dikurangkan daripada tujuh (7), lapan (8) juta penerima BR1M mungkin tinggal empat (4) juta kerana dia mengikut pendapatan isi rumah. Bukan pendapatan individu, pendapatan isi rumah. Kalau di rumah tu anak dia ada tiga (3) orang yang bekerja akan dimasukkan sebagai pendapatan satu isi rumah, satu rumah tu. Jadi itu yang rakyat tunggu bila bajet nak dibentangkan, sumbangan bantuan yang dia dapat. Dan dalam bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri ada disebut bantuan dan sumbangan. Dan kelima dari mana sumbangan sumber pendapatan hasil. Ini juga rakyat nak tengok. Apakah sumber pendapatan dan hasil yang ada yang Kerajaan Negeri boleh dapat? Itu akan dihuraikan nanti, Insya-Allah. Dan yang keenam, bajet juga rakyat nak tengok kemampuan Kerajaan Negeri menunaikan janji. Dalam Manifesto Kerajaan Negeri dan Pakatan Harapan. Walaupun 10 janji tu masih belum ditunaikan sepenuhnya, mungkin memerlukan masa, perlu masa yang lebih lama tapi rakyat nak tengok Bajet 2019 ni adakah benda-benda untuk tunaikan janji dimasukkan. Dan kita kena lihat juga diperingkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada janji-janji ataupun manifesto yang kita kena berusaha untuk tunaikan. Kalau kita tak tunaikan, kita cuma berjanji kosong. Janji pilihan raya tapi janji-janji ini adalah janji yang kita kena berusaha. Kalau kita dah usaha nak tunaikan tapi tak berupaya, itu kita dah ada usaha untuk tunaikan janji-janji tersebut. Dan yang ketujuh, penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan anak muda. Jadi ini juga perlu rakyat nak tengok, rakyat nak lihat, apa peluang-peluang pekerjaan yang boleh disediakan, apa peluang-peluang ekonomi kepada anak muda. Sebab anak muda ni ramai, dia keluar belajar dan sebagainya jadi banyak yang menganggur. Golongan ini ramai, golongan yang paling banyak antara umur 18 ke 30 tahun paling ramai. Ini merupakan pengundi yang paling ramai 40-50% yang berumur 30 tahun ke bawah. Ini adalah perkara yang dinantikan oleh rakyat Pulau Pinang dan saya akan sentuh nanti adakah perkara-perkara ini terdapat dalam, dalam bajet yang telah disediakan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ia sejuk sangat rasa macam....(gangguan) jangan panas sangat la, panas saya tak tahan. Sejuk boleh tahan lagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tahniah kepada Yang Berhormat Padang Kota yang telah membentangkan Bajet Yang Ke-11 untuk Kerajaan Pakatan Harapan. Saya amat menghormati Padang Kota sebab dia jarang kata kat saya. Dia seorang CM yang saya rasa steady, tenang, dia tak pernah sakit hati....(gangguan). CM dulu dia menyakitkan hati juga. Bajet Tahun 2019 yang telah dibentangkan saya nampak tak begitu banyak perkara baru. Lebih kurang dalam lapan (8) ke sembilan (9) perkara baru. Yang lain-lain tu adalah lebih kurang sama, mungkin penambahbaikan yang telah disusun oleh pihak Kerajaan Negeri. Dia tak banyak benda-benda baru, tak banyak cadangan baru untuk kepentingan faedah rakyat khususnya dalam sektor pertanian. Saya bukan nak kata semua, dak. Tapi sektor pertanian ni nampak kurang sebab saya bidang pertanian, saya nampak kurang sektor pertanian. Keselamatan ketenteraman awam agak kurang, dia cuma fokus kepada CCTV, hat lain tu saya tak nampak. Program ekonomi anak muda, selain daripada STEM tapi yang lain tak nampak. STEM tu mungkin untuk kursus ataupun untuk program akademik tapi untuk ekonomi anak muda ni apa yang boleh kita sediakan untuk anak muda, khusus untuk perniagaan, perindustrian, IKS dan sebagainya. Kita kena sediakan ruang-ruang untuk anak-anak muda. Dan juga pengisian isu sosial tak nampak tak banyak. Kita ada banyak masalah sosial. Bukan orang Islam sahaja, orang bukan Islam pun ada masalah sosial. Masalah keruntuhan akhlak dan sebagainya, dadah dan sebagainya. Tak nampak banyak yang disuarakan, yang dicadangkan dalam bajet berkenaan dengan penyelesaian isu-isu sosial ini. Dan juga pembangunan luar bandar. Pertanian dan luar bandar adalah sinonim, tak banyak fokus kepada pembangunan luar bandar dalam bajet yang

dibentangkan. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota yang telah membentangkan Bajet 2019 yang mencipta rekod Negeri Pulau Pinang dalam empat (4) aspek. Iaitu pertama bajet defisit. RM395 juta. RM395.69, saya tak berani nak sebut angka-angka ini takut saya silap. Ada yang berlaku kadang-kadang kesilapan titik perpuluhan tapi saya cuma baca RM395, RM395.69 juta, adalah antara bajet defisit yang agak tinggi sepanjang 2009 hingga 2018. 2016 RM292, paling tinggi 2018, bajet tahun ni lah. RM748 juta defisit. Dan tahun ni RM395 hampir-hampir RM400 juta defisit. Jadi tahniah lah kerana rekod dari segi defisit ni masih dikekalkan. Yang kedua Bajet 2019 menyaksikan perbelanjaan jumlah wang yang agak besar dalam sejarah Kerajaan Negeri. Khususnya dalam belanja mengurus walaupun tak sebanyak tahun 2018, tapi dia mencecah menghampiri RM1 bilion. RM901.18 juta menghampiri RM1 bilion dari segi perbelanjaan mengurus. Dan ketiga, aspek ketiga pengurangan anggaran bajet perbelanjaan pembangunan 2019. Itu daripada RM684.97 juta pada 2018 kepada RM306.38, maknanya pengurangan sebanyak 55.2% ataupun lebih kurang RM378 juta pengurangan perbelanjaan pembangunan yang berlaku. Tapi tahniah juga lah sebab perbelanjaan pembangunan ini masih 34% berbanding dengan belanja mengurus. Pecahan peruntukan pembangunan kalau kita lihat dalam dalam bajet, Pejabat Ketua Menteri dan SUK sebanyak RM67 juta ataupun 22%, mungkin melibatkan projek-projek pembangunan dan yang lain-lain, ada dalam buku bajet kita boleh lihat di situ. Kewangan Negeri RM180 juta, mungkin melibatkan projek di luar bandar dan sebagainya, masuk dalam tu. Projek di bawah pejabat daerah peruntukan-peruntukan ADUN mungkin perbelanjaan di bawah RM180 juta 58%, untuk pembangunan. Dan juga di bawah JKR dan JPS kita ada RM38 juta, 14%. Ini untuk projek di bawah JKR dan juga JPS di bawah Kerajaan Negeri. Dan yang paling sikit adalah portfolio yang lain-lain di bawah perangsang ekonomi. Iaitu 6%, RM20.2 juta. Termasuklah Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Pejabat Hutan, Pejabat Agama, Jabatan Botani dan sebagainya dalam tu. Hanya sekadar RM20.2 juta, jadi kalau kita lihat di sini ia agak kecil dan kalau boleh fokus bajet mungkin saya beri pandangan sahaja, sewajarnya kita pinda supaya kita kurangkan belanja mengurus sikit dan tambah belanja pembangunan. Dan kita tingkatkan peruntukan dalam projek merangsang ekonomi projek kecil-kecil ni, walaupun kecil tapi dia memberi kesan kepada perangsang ekonomi diperingkat luar bandar. Jadi kita kena banyakkan. Tambahkan sedikit kepada agensi dan juga jabatan yang terlibat. Aspek yang keempat tentang Bajet 2019, bajet yang saya nampak tak menjelaskan hasil, tak menjelaskan sumber hasil yang baru. Masih kekal dengan empat (4) sumber. Cukai langsung RM132 juta, cukai tak langsung RM16 juta, jumlah hasil bukan cukai RM258, ini paling tinggi termasuklah yang dulu ni premium pelupusan tanah Kerajaan Negeri, masukkan dalam ni. Dulu banyak. Bukan jual tanah, saya tak kata jual tanah. Yang di-Pertua, saya tak kata. Saya ada soalan bertulis saya maklumkan tentang isu penjualan tanah tapi disebut bukan penjualan tanah ia pelupusan tanah. Dan ada bayaran premium yang dikenakan. Masuk kepada pendapatan. Dan juga jumlah penerimaan bukan hasil RM98 juta. Jadi jumlah hasil dalam RM505.5 juta bagi tahun 2019. Cuma saya mintalah kalau boleh mungkin sekali lagi punya bajet kita cuba fikirkan ataupun cadangkan tambahan sumber hasil. Bukan sekadar cukai dan sumber-sumber yang lain, cukai yang lain. Contoh macam kawan saya bincang dengan saya, di Singapore, dia ada cukai property, cukai harta, harta bangunan, bangunan besar-besar la, bangunan tinggi-tinggi ni, yang syarikat-syarikat kaya-kaya ni, dia ada bangunan Menara. Nilai dia mungkin RM500, RM300 juta, contoh. So kita kenakan tax tu. Contoh la kalau boleh. So dia tak kan ganggu orang kampung ni. Dia tak kenakan cukai kepada orang susah. Dia kenakan cukai kepada orang ni untuk pendapatan. Tu cadangan. Cuma saya nak kalau boleh Kerajaan Negeri fikirkan sumber hasil. Tunggakan cukai banyak tak kutip. Banyak yang tak dapat dikutip, cukai tanah dan sebagainya mungkin kita boleh tambah sebagai hasil. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bajet defisit dan akhirnya surplus, itu merupakan perkataan yang sering diucapkan setiap kali bajet daripada 2013 saya masuk Sidang Dewan

sampai sekarang disebut. Memang bajet surplus ini saya rasa Pulau Pinang ni satu negeri yang hebatlah. Setiap tahun, 9 tahun dah, daripada defisit sampai hujung tahun, surplus. Satu magic ataupun disusun macam tu, kita tak tau. Jangan kata saya tuduh atau apa-apa pula. Tapi saya hairan juga pasal apa boleh jadi begitu. Saya tanya soalan bertulis, jawab macam tu lah. Jawab mungkin ada penjimatan atau sebagainya, tapi setiap tahun. Kalau tuan-tuan perhatikan, setiap tahun akan ada bajet defisit, lepas tu hujung tahun dia akan surplus atau lebihan. Ini kelebihan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi, pertamanya mungkin kehebatan pentadbiran kewangan dari segi penjimatan, itu mungkin sama. Saya kata kemungkinanlah. Bila bajet defisit jadi surplus ni mungkin satu kehebatan pengurusan kewangan. Pandai berjimat-cermat. Dia masuk bajet mungkin projek pembangunan itu mungkin RM100 juta contoh, dia buat secara telus, tender terbuka dan sebagainya, belanja mungkin 50%, 70%, mungkin sebahagian. Jadi pendapatan lebihan tu akan dimasukkan balik kepada hasil pada jumlah terimaan bukan hasil, dia masukkan balik. Jadi akan ada income hasil daripada penjimatan tadi, mungkin. Itu satu. Kedua, terdapat pendapatan, ini saya cerita tentang bajet surplus. Mungkin terdapat pendapatan atau hasil yang tak dijangka diperolehi. Hasil yang tak dijangka contohnya yang saya tengok banyak dia jadi surplus ni adalah hasil pelupusan tanah. Saya tanya soalan berkaitan isu penjualan tanah. Dia jawab bukan penjualan, dia kata pelupusan. Makna berlaku perlupusan tanah dan Kerajaan Negeri dapat hasil atau pun pendapatan daripada premium tanah-tanah tersebut dan saya sebut juga dalam soalan itu keluasan sekian sekian banyak, 1,000 lebih ekar dengan nilai RM9 billion juga tidak disangkal. Maknanya bagi saya, saya rasa betullah berlaku pelupusan tanah yang mungkin menyebabkan pendapatan tak dijangka yang menyebabkan berlaku surplus dalam kewangan. Mungkin faktor yang ketiga, kelemahan menyediakan bajet. Mungkin. Satgi tuan-tuan marah kat saya pula saya kata kelemahan. Tapi bajet ni selalunya bila kita sediakan bajet, mana-mana jabatan dan agensi dan sebagainya, kita akan melihat pencapaian yang lepas. 3, 4 tahun yang lepas. Kalau kata belanja ni, pencapaian bajet RM1.0 juta kita capai, mungkin melebihi daripada RM1.0 juta atau pun kurang banyak. Kurang dia setakat 20% tu okey. 10-20% beza kita boleh maintain atau pun tambah sikit. Kalau pencapaian terlalu rendah, kita tak boleh letak angka yang tinggi dalam perbelanjaan dan sebagainya. Jadi dia akan jadi belanja yang rendah pencapaian yang terlalu drastik sangat, tinggi sangat. Kita letak sampai 2 juta pencapaian Cuma 50%, kita letak balik lebih daripada bajet yang lama jadi mungkin tak realistik. Dia akan jadi tak realistik kerana kita cuma letakkan sahaja. Kita kena buat satu kajian, mungkinlah kelemahan yang berlaku dan bagi saya benda ni perlu kita lihat kembali dan saya rasa ada cadangan daripada pihak ADUN-ADUN kalau boleh terlibat sama dalam penyediaan bajet dan saya rasa memang terlibat dan cuma kita kena lihat dari segi ni supaya tak nampak kelemahan yang ketara dalam kita menyediakan bajet. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang berteraskan kepada 4 teras iaitu teras pertama meningkatkan daya …(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta penjelasan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyatakan tadi seolah-olah ada kelemahan dalam penyediaan bajet sebab setiap tahun Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan surplus walau pun bajetnya adalah defisit. Saya ingin tanya penjelasan daripada Ketua Pembangkang, mana satu yang elok. Buat bajet yang defisit tetapi mencatatkan surplus pada penghujung tahun atau pun buat bajet defisit, tak cukup duit itu, lepas itu buat lagi supplementary budget ambil duit tu buat projek solar, masuk dalam poket, habiskan duit rakyat, yang mana satu lebih elok? Itu pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Ahli Kawasan Bagan Dalam. Ahli Kawasan Bagan Dalam ni kawan, tapi dia selalu cerita yang lama-lama.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Membimbing kita Yang Berhormat. Terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Pandangan saya lah, bajet ini sebaik mungkinlah kita tak boleh defisit akhirnya surplus, ni sekali dua okay. Tiga kali okay, tapi lepas tu kita kena buat bajet yang surplus.. yang ada lebihan…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Menunjukkan kecekapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Muhamad Yusoff bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Dia cekap okay, cekap. Mungkin dia cekap dari segi dia berjimat-cermat dan sebagainya tapi dari segi penyediaan bajet nampak tak realistik.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Ketua Pembangkang, mungkin just jangan rasuah cukup la.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Rasuah ni kena buktikan. Bila tak terbukti pun, kes dah tarik dah. Ni satu masalah juga. kes rasuah yang telah ditarik, gugurkan. Kalau boleh kita bicara la dulu, buktikan tak bersalah, pasal apa kerana saksi, mungkin saksi tak kuat dan sebagainya. Baru setengah saksi, ada setengah lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mai balik bajet. (Dewan ketawa)

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Pasal depa bangkit pasal rasuah.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Adakah Ketua Pembangkang setuju tak berkenaan isu rasuah sebagainya itu bidang kuasa AG Chambers, Pendakwaraya, Peguam Negara. Tentang mengambil kira keterangan-keterangan yang ada dan bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk menentukan, Adakah Yang Berhormat setuju dengan prinsip undang-undang ini?

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya bersetuju dengan prinsip undang-undang. Kuasa tertinggi adalah Peguam Negara untuk buktikan tapi mengapa perkara ini tak sampai ke penyelesaiannya? Dah dibuat pertuduhan dan sebagainya…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bila kuasa tertinggi, kuasa ekslusif itu pada Peguam Negara, perlu dipersoalkan di forum yang lain. Dewan ini bukan forum of convenience untuk Yang Berhormat persoalkan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Okay saya terima. (gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Ucapan bajet dia pergi ke rasuah, susah.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Panjang cerita.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Ahli Kawasan Sungai Dua, saya mohon laluan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Awat Zul?

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Ahli Kawasan Sungai Dua saya mohon laluan. Saya tak mau cerita panjang. Saya nak cerita pasal yang disentuh oleh Ketua Pembangkang tadi berkaitan dengan isu ketidakcekapan urus berkaitan dengan kewangan negeri. Saya teliti tadi daripada awal lagi bila Sungai Dua membangkitkan bahawa Kerajaan Negeri dengan pembentangan defisit lepas tu hujung tahun surplus, lepas tu banyak soalan-soalan yang ditanya oleh Ahli Kawasan Sungai Dua, apa manfaat kepada rakyat? Cuma saya nak Ahli Kawasan Sungai Dua nyatakan secara lebih ikhlas lah sama ada Kerajaan Negeri ni dan sebelum ini di mana bekas menteri wanita daripada UMNO sendiri menyatakan bahawa sumbangan warga emas RM100 setahun itu adalah nilai berapa sen sahaja sedangkan itu adalah sumbangan sebagai saguhati kepada golongan-golongan ataupun sebagai ucapan terima kasih Kerajaan Negeri kepada yang telah berkhidmat 60 tahun, berumur 60 tahun ke atas dan banyak lagi skim termasuk AES dan lain-lain bahkan pihak Persekutuan sendiri waktu itu mengambil pendekatan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri, wujudkan BRIM dan juga lain-lain. Bermakna ada copy daripada apa yang telah Kerajaan Negeri buat tapi bila Sungai Dua bangkitkan banyak persoalan, sebenarnya apa cadangan daripada Ahli Kawasan Sungai Dua untuk kesejahteraan rakyat. Jangan tanya saja, dia kena ada cadangan. Cadangan daripada yang dok ada ni, penambahbaikan kepada tadbir urus Kerajaan Negeri. Kita dok condemn tapi kita tak cadang, apa cadangan sebenarnya daripada Sungai Dua? Mohon penjelasan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih kepada Ahli Kawasan Sungai Acheh. Menyentuh tentang bantuan rakyat yang dicadangkan. Saya sentuh dalam ucapan tadi berkaitan dengan apa yang rakyat tunggu dalam pembentangan bajet iaitu bentuk bantuan dan sumbangan yang akan diberikan. Saya tak kata bantuan yang diberikan itu tak sepatutnya diteruskan cuma dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, dia sebut pihak Kerajaan Negeri akan melihat apa yang akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari segi bajet, dari segi bantuan sumbangan. Kalau Kerajaan Pusat nak kaji semula bantuan-bantuan ini, Kerajaan Negeri juga akan mengkajinya sama ada mengurangkan dan sebagainya. Itu yang saya rasa dalam bajet yang tak sepatutnya kita ikut macam tu. Saya nak masuk, tak masuk lagi. Saya nak cadangkan kalau boleh diteruskan bantuan ini kerana kita tau, kita ada sumber banyak. Sumber JKM ada, Zakat ada untuk orang Islam, bantuan-bantuan lain, bantuan AES bawah Ahli Kawasan Sungai Puyu, bantuan emas dan sebagainya. Kita teruskan bantuan-bantuan ini kerana masyarakat rakyat ramai yang masih memerlukan bantuan ini walaupun sedikit. Kita kena teruskan dan kalau boleh kita kena selaraskan bantuan ini dan kita tak mau berlaku pertindihan. Ada yang dah dapat Zakat, tapi dia dapat juga JKM. Dia dapat juga bantuan AES contohlah. Jadi ini perlu dibuat tindakan penyelarasan. Saya tak kata kita nak terus berhentikan. Saya tak sebut pun tadi. Saya kata rakyat menunggu dan dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dia sebut kita nak kaji semula. Mungkin nak kaji dari segi pemberian bantuan ini, kurangkan dan sebagainya. Jadi kalau boleh kita nak teruskan. Rakyat perlu, rakyat yang susah. Banyak yang susah, bukan semua rakyat yang senang. Banyak yang susah, yang memerlukan bantuan…(gangguan).

Mohon laluan, Mohon laluan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Berkaitan dengan apa? Kalau tak ada kaitan saya tak mau bagi.

Ada. Ini kaitan pasal persoalan kenapa rakyat yang susah boleh dapat zakat, JKM dan juga AES. Sebab di kawasan saya pun ramai yang kita bagi macam tu dalam Jawatankuasa Kemiskinan setiap bulan. Sebab zakat dia ada bantuan-bantuan tertentu, lain-lain function nya dan juga AES tu hanyalah untuk top-up. Jadi tak perlu pertikaikan sebab bantuan sebagainya bawah YB. Dr. Afif untuk bantuan baiki rumah, bina rumah baru, bantuan peralatan juga diberi kepada penerima-penerima asnaf. Terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih. Bukan soalan tu, beri pandangan. Tak apa lah, kita minta diselaraskan. Kalau keluarga tu susah, dia perlu sangat bantuan semua ni, zakat dia mungkin perlukan, macam di kawasan saya ada seorang perempuan, dia jaga adik dia dengan mak dia OKU 4 orang, meninggal dah sorang, tinggal 3. OKU terlantar, di kawasan Sungai Dua, di Kampung Telok dan mak dia pun sakit, terlantar juga. Dia sorang sahaja jaga. So kita bagi bantuan JKM yang maksimum. Bantuan OKU, kita bagi bantuan zakat untuk dia kerana dia perlu. Itu sahaja sumber dia nak beli pampers, dia nak beli apa semua makanan susu dan sebagainya. So kita boleh bagi certain case...(dengan izin) kita bagi lah semua tu. Tapi yang berupaya, yang mampu, yang ada kemampuan sedikit, tak boleh kita bagi semua secara tanpa ada kajian dan sebagainya. Terima kasih. YB. Penanti jangan marah. Saya bukan suruh berhenti, dak. Balik kepada bajet, bajet yang dibentangkan berteraskan empat (4) teras. Yang akan saya huraikan nanti. Cuma saya nampak tak banyak perkara baru, saya terangkan tadi dah. Tak banyak perkara-perkara yang baru. Satu pendekatan baru. Yang baru semua ada tujuh (7) atau lapan (8), saya sebutkan di sini; pertamanya, Program Mutiara Food Bank. Mutiara Food Bank ini satu benda yang baru dan saya pun berhasrat nak buat di kawasan saya di bawah Tasek Gelugor. Kita nak buat. Pengumpulan sumber-sumber bantuan ini daripada rakan-rakan, syarikat-syarikat dan sebagainya untuk kita salurkan. Cuma, Mutiara Food Bank kalau boleh kita berhati-hati. Baru ini ada rungutan timbul, bagi sayur. Sayur-sayuran, yang dah tak elok; satu. Benda-benda makan yang dah hampir lupus, hampir lupus tarikhnya. Jadi ini kita kena tengok. Dia akan jadi rungutan kepada kita balik, kepada Kerajaan Negeri balik. Oh! Bagi bantuan benda yang tak berkualiti. Jadi ini kita kena tengok supaya feedback, atau satu tuduhan balik kepada pihak kita, pihak kerajaan. Yang bagi bantuan, cuma bantuan yang tak berkualiti. Kedua; pusat transit gelandangan. Satu benda yang lama tapi kita akan buat di Negeri Pulau Pinang. Kita harap dilaksanakan dengan baik, dengan belanja yang agak sedikit. Kalau boleh kita tambahkan perbelanjaan, cuma RM560,000. Pusat gelandangan ni dia ada tempat. Macam di Kuala Lumpur, dia ada tempat dia tidur. Macam dorm, macam bilik, pusat transit. Dia duduk situ. Dia bermalam dan sebagainya. Dan mungkin ada orang mai hantar makanan untuk dia dan sebagainya. Kita boleh buat. Untuk kita bantu golongan gelandangan. Tak tidur merata, tepi jalan dan sebagai. Bandar pintar. Ini juga satu benda yang agak lama tapi saya rasa baru di Pulau Pinang akan dilaksanakan dan termasuklah menggalakkan penyertaan rakyat dalam perniagaan, GBS, GTCDC-George Town Conservation and Development Corporation. Transformasi pendidikan, itu yang agak baru. Baru dari segi tiga (3) digital library. Ini agak baru. Ini melibatkan tiga (3) digital library di Butterworth, di bawah pusat Jabatan Agama Islam, dan mungkin di Penang ni satu. Dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara, mungkin ini baru. Cuma Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara ini akan dibuat di pulau, pulau yang akan ditambun. Tiga (3) pulau. Tapi kalau boleh difikirkanlah, kesan ataupun, satu kesan kepada alam sekitar. Kedua; impak dengan Kedah, Kedah akan buat di Kulim, lapangan terbang. Bajet baru ni, Kedah bentangkan dia akan buat lapangan terbang di Kulim, akan diteruskan. Jadi mungkin hampir, mungkin hampir dengan Pulau Pinang, mungkin ada masalah yang akan wujud bila ada lapangan terbang yang berhampiran di situ. Itu antara lapan (8) perkara baru yang telah dibentangkan dan saya akan pergi satu persatu mengikut teras tapi tak semualah. Sebahagian sahaja. Bagi teras pertama, meningkatkan daya penghuni untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Jadi, saya sentuh tentang satu pembangunan infrastruktur, memang saya nampak cukup perlu, jalan-jalan diperbaiki, dinaik taraf, dibuat baru dan peruntukan MARRIS. Kita masukkan RM100 juta untuk Jalan Negeri, di bawah Kerajaan Negeri menyediakan RM39.3 juta untuk jalan-jalan, untuk pembaikan jalan dan sebagainya. Cuma yang saya terkilan sikit, cuma RM2.0 juta sahaja untuk jalan kampung, jalan luar bandar. Saya rasa Pinang Tunggal pun setuju, di kawasan luar bandar, di Seberang ni, banyak jalan-jalan kampung yang memerlukan penaik taraf jalan baru dan sebagainya. Selaras dengan meningkatkan daya huni teras pertama. Jadi, kalau boleh sekarang dah Kerajaan Persekutuan pun dah bersama dengan Pakatan Harapan, kita ada banyak agensi-agensi lain yang boleh bantu. Mungkin kita ada KPLB dan sebagainya, jadi kalau boleh

kita perhatikan juga jalan-jalan kampung selain daripada peruntukan Pejabat Daerah, kita ada peruntukan-perutukan lain ditambahkan untuk keselesaan masyarakat di kawasan luar bandar. Kedua, tentang Perumahan Mampu Milik dan selesa, termasuk dalam teras pertama jadi tahniahlah kepada Kerajaan Negeri yang telah menyiapkan 28,195 unit RMM, dalam proses 24,000 lebih dan akan dilaksanakan 44,602. Satu pencapaian yang cukup hebat. 97,000, target 75,000 dah nak capai 97,000. Cuma, saya nak peringatkan kalau boleh kita ada data orang yang nak beli rumah ni, seramai 40,000 lebih lagi yang masih belum ada rumah, dan sebahagian besar daripada 43,000 ni adalah mereka yang memerlukan rumah di bawah RM100,000. Rumah RMM A, B bukan semua sanggup nak beli RMM C yang RM300,000, RM400,000 ni. Setakat gaji baru bekerja, baru kahwin, gaji RM3 ,000 tak cukup. Nak beli rumah RM300.000. Walaupun diberi kemudahan macam-macam, dia masih lagi tak mampu nak beli rumah yang macam tu. Kalau boleh kita perbanyakkan, baki yang tinggal 44,000 yang nak lulus tu kalau boleh kita perbanyakkan selaras dengan permohonan RMM A dan B. Saya minta sangat kat YB. Datok Keramat fikir dululah. Kesian kat depa YB. Datok Keramat. Kesian kat anak-anak muda, orang-orang kampung yang tak ada rumah ni. Dan hasrat nak buat, Kerajaan Negeri nak buat rumah, di 18 projek ni, satu (1) dah siap, tujuh (7) dalam proses dan 10 akan dilaksanakan. Ini satu langkah yang amat baik. Saya amat menghargai dan saya pernah merasa tak ada rumah. Kerja dok kuarters. Dok kuarters sampai satu hari isteri saya kata, tak bolehlah. Kita kena beli rumah. Mungkin pada masa tu saya tak terpikirlah nak beli rumah. Dan susah nak dapat rumah di kawasan belah kita ni, yang dalam kemampuan kita. Tu tahap saya sendiri. Yang masa bekerja tu. Jadi kalau boleh kita tengok yang ni. Kita perhatikan isu ni supaya masyarakat dapat memiliki keperluan yang penting, rumah masing-masing. Dan dalam teras pertama juga, saya ada sentuh tentang keprihatian terhadap kebajikan. Ini yang saya sebutkan tadi, supaya bantuan ataupun sumbangan kepada mereka yang memerlukan ni diteruskan, diteruskan. Kalau Kerajaan Persekutuan nak kurangkan daripada 8 juta nak beri 4 juta orang sahaja. 4 juta untuk terima bantuan dengan melihat dari segi e-kasih dan sebagainya ini mungkin akan mengurangkan. Kalau boleh di peringkat Kerajaan Negeri kita teruskan dengan nilai lebih kurang RM40 juta setahun, saya rasalah. Kita membelanjakan untuk program-program, kita teruskan. Untuk membantu masyarakat yang susah di kawasan luar bandar. Di kawasan pekan pun ada yang susah. Bandar pun ada yang susahkan. Jadi kita teruskan. Jangan kita kurangkan. Saya minta jangan kita kurangkan bantuan terhadap kebajikan rakyat. Okey, Mutiara Food Bank saya dah sentuh tadi. Pastikan dari segi kualiti supaya kualiti makanan yang dibekalkan tu berada dalam kualiti yang baik. Pusat gelandangan saya dah sentuh. Dan bagi teras yang kedua, iaitu menjana pelaburan dan perindustrian. Saya amat menghargai apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur-pelabur banyak masuk. Banyak pelabur asing melabur dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat di Negeri Pulau Pinang ini selaras dengan teras kedua menaikkan ekonomi dengan meningkatkan pendapatan isi rumah. Jadi kita nak pastikan pendapatan isi rumah dipertingkatkan Cuma saya nak minta satu syarat ataupun tindakan daripada Kerajaan Negeri supaya setiap pelabur-pelabur ini, setiap pengilang-pengilang ini menyediakan peluang pekerjaan itu diberikan ketetapan supaya disediakan kepada warganegara Malaysia. Kita tak boleh open, tak boleh ambil warganegara asing bekerja. Ni kadang-kadang ia tak mencapai matlamat teras, nak meningkatkan pendapatan isi rumah. Jadi, ini perlu kita lihat balik supaya segala kemudahan yang kita sediakan, dari segi tarif, dari segi pengecualian cukai dan sebagainya, dia juga perlu memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat di dalam negara ini. Dari segi pertumbuhan Industri Halal. Cuma saya dah tanya soalan ini banyak kali daripada dulu tentang penyediaan gelatin. Gel halal ini, di peringkat local, di peringkat Kerajaan Negeri, di peringkat syarikat yang nak sediakan gelatin halal ni. Sebab kita sedia maklum, kita banyak menggunakan gelatin ini dalam industri makanan. Kita makan kek, kita makan ais krim, dan sebagainya coklat. Coklat yang lembut-lembut tu, kita menggunakan gelatin. Jadi sumber gelatin ni kadang-kadang kita agak ragu, walaupun dia datang daripada negara China, contohnya. Tapi dia campur, kita tak tau tapi dia ada unsur-unsur haram, yang 20% yang kita sahkan halal. Jadi ini perlu diberi perhatian juga selain daripada kita sediakan

produk-produk, hasil halal kerana kita ada cop halal tapi kita kena sedia punca gelatin. Saya pernah pergi ke Bangladesh. Dia ada satu ladang ternakan lembu yang luas. Dia bekalkan gelatin dan dia sumber yang halal dan mungkin kita boleh pergi berbincang syarikat tersebut untuk masukkan gelatin halal ini melalui syarikat milik Kerajaan Negeri, mungkin. Untuk pastikan gelatin tu masuk. Saya boleh bawa, kita boleh pergi sekali, mungkin saya pergi sendirilah, tak gunakan duit Kerajaan Negeri. Satgi susah, payah. Lani macam YB. Datok Keramat katalah. Saya dah jadi YB. yang senang, tak susah. Tak payah pi sekolah, tak payah pi KEMAS, tak payah pi mana. Sebab tak dijemput. Baru ni Istifal, Pejabat Agama Bagan panggil saya untuk rasmi. Saya kata hangpa berani ka panggil? Satgi hangpa kena tindakan. Ada tindakan ataupun teguran, bila tindakan itu diambil. Saya nak buat bubur asyura, RT panggil saya. Jadi isu. Daripada Pejabat Menteri telefon. Sekarang, pasal apa panggil YB. Yusoff mai. Pasal apa libatkan dia. Sekarang ni saya merasa macam YB. Datok Keramat rasa, saya pun rasa.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato‘ Yang di-Pertua, saya minta Ketua Pembangkang menyatakan secara spesifik siapa Menteri tersebut supaya mengelakkan you know salah sangka kerana di Pulau Pinang apa yang saya nampak Ketua Pembangkang sendiri dijemput untuk apa-apa Majlis Rasmi dan bukan seperti dulu. Pembangkang juga diberi ruang untuk menjadi Ahli-ahli dalam Jawatankuasa MMK walaupun tidak hadir itu tapi masih diberi ruanglah. So sila berikan spesifik sebab setahu saya di Pulau Pinang tidak wujud perkara seperti jangan memanggil pihak pembangkang ataupun seperti yang dilakukan oleh regim sebelum ini, di mana Ketua Menteri masuk ke dalam Sekolah Tamil dalam 24 jam guru besarnya ditukar ke sekolah lain. So itu atau apa ini habit ataupun (dengan izin) Kerajaan lama Barisan Nasional. Pakatan Harapan tidak melakukan diskriminasi sedemikian. Terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Mereka bukan pembangkang….(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Bagan Dalam, terima kasih, jadi tentang isu Pejabat Menteri yang telefon saya boleh maklumkan dekat sini iaitu Pejabat Timbalan Menteri Luar yang telefon bila program itu nak buat. Pegawai Timbalan Menteri Luar dia telefon dan tentang isu tak dijemput memang sekarang berlakulah, pihak jabatan takut nak menjemput saya kalau dia jemput dia takut timbul masalah...(gangguan). Tapi kalau dijemput saya pergi dijemput saya pi kecuali ada urusan lain saya tak hadirlah, Perai saya pi Sungai Perai saya hadir tak apa saya hadir dalam setiap jemputan kecuali kalau saya ada urusan lain sama dengan Pinang Tunggal saya kerap ada…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Penjelasan Sungai Dua, bermakna tidak ada satu guideline ataupun dikeluarkan apa-apa circular...(dengan izin) daripada Kerajaan Negeri bahawa Ahli Pembangkang tidak boleh dijemput tetapi mereka yang menganjurkan program itu sendiri yang membuat kesimpulan sedemikian kerana mereka terlalu dikongkong oleh pemikiran lama Malaysia lama, setuju tak?

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Okey, kemungkinan berlaku macam itu, saya tak kata saya setuju sepenuhnya tapi mungkin berlaku perkara yang sedemikian kerana berasa takut dan sebagainya tapi ada yang tak takut pun, dia panggil saya juga Pejabat Agama semua tak ada masalah dan saya rasa itu kita kena pastikan berterusan. Kita juga ada rakyat dari Sungai Dua yang memerlukan perhatian daripada semua pihak tak boleh kata Sungai Dua tak buat, Sungai Dua tak boleh. Saya pernah cakap dengan Datok Keramat pasal isu cukai dan sebagainya saya kata dari Sungai Dua ada rakyat Sungai Dua yang memerlukan dan ada juga Sekolah yang memerlukan jadi kita kena melihat baliklah jadi terima kasih kepada Bagan Dalam. Jadi balik kepada Industri Halal kalau boleh kita cuba di peringkat Kerajaan Negeri kenalpasti sumber-sumber gelatin halal untuk kegunaan masyarakat ini Fardu Kifayah

sebenarnya kita kena buat benda ini untuk kegunaan rakyat pasal sumber dia itu kena sumber yang halal, yang halalnya minta maaf Bagan Dalam daripada lembu. Di Malaysia tak boleh. Lembu di Malaysia tak boleh sebab orang Malaysia ini dia makan lembu daripada semua, minta maaf ya. Tulang pun dia buat sup jadi tak ada dah sumber untuk buat gelatin untuk orang negara Malaysia jadi kita kena import daripada luar jadi kalau boleh kita tengok isu ini dan selesaikan masalah isu gelatin halal jadi negara-negeri halal ini tak ada sumber ini dia jadi masalah. Seterusnya tentang Skim Bantuan Modal kepada usahawan, jadi ini satu yang cukup baik dan saya nampak pengurusannya pun cukup baik, bawa keluar RM15 juta boleh kutip RM12 juta. Siapa yang uruskan ini Skim Bantuan Modal Usahawan bawah EXCO Seberang Jaya? Batu Maung jadi tahniah pasal dia boleh kutip banyak, RM15 juta boleh kutip RM12 juta boleh keluarkan balik kepada peminjam yang memerlukan. Cuma kita kena pastikan pinjaman ini diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan yang betul-betul buat perniagaan. Kadang-kadang dia cuma ambil kesempatan, dia tak berniaga ataupun dia meniaga kecil sahaja tapi dia gunakan kemudahan. Jadi orang yang memerlukan tak dapat dan kita juga kena perhatikan dari segi bayaran balik pinjaman. Kita teruskan dengan pinjaman yang baik ini. Dan satu lagi perkara saya nak sentuh di sini tentang rejuvinasi Sektor Pertanian. Dato’ Yang di-Pertua, Pertanian masih lagi merupakan sektor yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan walaupun perkembangannya 2.2% sahaja pertumbuhan tapi pertanian di Pulau Pinang masih perlu diberikan perhatian. Dia merupakan sektor yang membekalkan makanan, bekalkan beras, bekalkan ayam, daging dan telur dalam ucapan khinzir juga dibekalkan, bekalkan sayur-sayuran dan sebagainya. Ini merupakan keperluan yang penting. Kalau kita tak mengeluarkan secukupnya kita import banyak daripada luar. Sayur import daripada luar mungkin bukan luar negeri mungkin daripada Cameron Highland mai. Kosnya dah melalui berapa peringkat jadi mahal harga, jadi mahal, kenapa di Indonesia masyarakatnya tak susah? Dia hidup susah gaji dia RM300 – RM500 gaji. Gaji cikgu RM600 tapi dia boleh hidup, dia boleh hidup tanpa masalah kerana dia cukup makan, makanan dia mencukupi. Kita pi di Indonesia rumah dia di situ ada kolam Ikan, di situ ada padi huma, padi. Di situ ada ternakan so sumber-sumber makanan dia cukup dia tak ada masalah sangat jadi kita kena pastikan makanan ini cukup walaupun kita Negara Industri, Negeri Pelancongan dan perkhidmatan tapi Pertanian ini kita kena bagi perhatian yang secukupnya. Diperingkat Kerajaan Pusat, bajet dipotong daripada RM6.5 milion tahun 2018 kepada RM4 milion 2019. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tak potong pembangunan untuk pertanian masih lagi kekal dengan RM7.31 juta termasuk Veterinar dan sebagainya masuk JPS. Dalam peruntukan Bajet 2019 terdapat banyak potongan, bantuan sawah baja dipotong 50% RM465 juta kepada RM233 juta insentif pengeluaran padi, baja dan racun dikurangkan 50% juga elaun sara hidup Nelayan dan insentif tangkapan Nelayan dikurangkan lagi banyak 70% RM262 juta kepada RM98 juta kemungkinan berlaku pengurangkan elaun dan sebagainya dikurangkan kita tak tahu tapi bajet dikurangkan. Begitu juga dengan elaun nelayan darat, nelayan sungai. Kawasan saya ada nelayan sungai dikurangkan 70% daripada RM12.5 kepada RM9 juta RM3.5 juta dikurangkan dari segi bajet Kementerian Pertanian di bawah Kementerian Pertanian. Jadi kemungkinan akan berlaku sedikit sebanyak mungkin masalah dari segi sektor ini dalam kita hendak meningkatkan pembekalan makanan yang secukupnya kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah di Pulau Pinang, kita kena lihat pertanian ini di Belanda, negeri dia kecil (pasukan Netherlands), Netherlands pasukan favourite saya dalam World Cup, tapi tak menang, kalah pula. Jadi dia negeri kecil. Besar Pahang negeri dia sama besar Pahang tapi dia boleh bekalkan sayur-sayuran, tenusu, bunga-bungaan banyak di situ. Landing-landing ja tengok bunga. Saya tak pernah pi tapi orang habaq kat saya, landing dengan flight ja nampak bunga penuh. Afif kena bawa saya pi Netherlands....(gangguan) negeri yang di bawah paras laut tapi dia boleh jadikan sektor pertanian yang hebat di Belanda. Kita juga di Pulau Pinang hebat, hebat Seberang Jaya, contoh tanaman Padi seorang makan beras saya cerita sorang makan beras macam Dato‘ Seberang Jaya dia makan 80kg setahun, makan nasi 80kg beras setahun. Badan macam saya 60kg macam Penaga mungkin 50kg ja, kita ambil average 1.5 juta penduduk makan nasi, 1.5 juta penduduk makan nasi kali dengan 80kg

dok ada saya tulis sini saya lupa 120,000,000 kilo bahagi 1,000 jadi 120,000 metrik tan keperluan beras di Pulau Pinang. Lebih kurang saya tak kata tepat 120,000 metrik tan satu tahun perlu beras, perlu padi. Jadi pengeluaran Padi di Pulau Pinang hasil daripada usaha kuat agensi, jabatan dan sebagainya petani khususnya kita dah dapat lebih kurang 5.8 metrik tan, satu hektar kali dengan lebih kurang 12,000 hektar sawah lebih kuranglah. Maklumat itu mungkin saya tersilap 12,000 hektar kali dengan 5.8 metrik tan. Dok ada 139,200 metrik tan. Maknanya lebih, makna kita punya padi beras ini SSL kita dah lebih kita dah lebih pengeluaran tak payah import dah itu yang kita nak. Kalau boleh jabatan bawah Seberang Jaya tengok keperluan sayur-sayuran dan makanan yang ada di Negeri Pulau Pinang. Apa yang kita perlu, ayam tak payah dah ayam pun dah lebih, telur ayam daging ayam dah lebih, khinzir dah lebih dah itu yang kena fokus setempat tak payah bela banyak-banyak dah kan dah lebih khinzir terlebih supply. So kita kena hantar kat negeri lain Kedah, Perlis mungkin negeri lain. Kedah kurang yang kurang ternakan khinzir jadi kita terpaksa. Jadi itu tak payah fokus, fokus hat lain. Lembu, kerbau, kambing memang kita tak cukup, di peringkat pusat pun tak cukup. Kita baru keluar daging lembu/kambing yang 25% - 30% yang produce sendiri kita kena import, AP dan sebagainya daripada luar. Jadi ini kita boleh fokuskan ternakan kambing, ternakan lembu kita kena buat satu kaedah untuk ternakan dan juga bagi sayur-sayuran. Kalau boleh kita bincang di peringkat Jabatan kita buat satu dialog atau satu forum yang besar. Bagaimana kita hendak pastikan pembekalan makanan DI kalangan masyarakat ini mencukupi kerana tanah kita kurang, kita dah ada mungkin AKBM kalau boleh kita gunakan konsep-konsep lain. Saya Insya-Allah akan buat dekat kawasan Tasek Gelugor kalau Kerajaan Negeri nak bantu lagi baik kita nak buat secara hectare equivalent saya nak mulakan dengan tanaman limau, limau nipis, ternakan ikan puyu dan dua tiga produk-produk lain yang kita boleh tanam di kawasan rumah. Saya pernah cakap dulu kita tanam di kawasan rumah, sorang tanam limau 20 pokok, satu kampung itu dah 50 orang kali 20 pokok dok ada 1,000 pokok, 1,000 pokok yang ada orang buat pemasaran. Kita lantik dua tiga orang yang buat pasaran marketing hantar limau nipis ke merata. So penduduk dapat tambah pendapatan. Kita boleh bekalkan bahan makanan local kepada masyarakat. Jadi ini kalau boleh kita fikirkan kaedah-kaedah yang macam itu untuk kita pertingkatkan sektor pertanian. Pastikan pertanian ini hebat guna konsep-konsep atau teknik-teknik yang baru untuk sektor pertanian. Seterusnya tentang merancakkan sektor ternakan. Berbalik kepada pertanian tadi, akuakultur juga kita boleh tingkatkan. Kita dalam sungai mungkin ternakan ikan dalam sangkar mungkin tak boleh dibuat dalam sungai. Saya pernah buat ternakan ikan dalam sangkar di Perlis, saya kerja di Perlis, saya buat dalam sungai tidak boleh sebab ia punya arus itu tidak kuat ikan itu kadang-kadang ia kurang oksigen dalam sangkar itu ia mati berlaku kematian yang begitu banyak dalam sungai, tak boleh. Sungai kita juga agak kotor agak tidak bersih. Jadi tidak begitu cantik kualiti ia berkurang. Jadi di laut mungkin boleh tetapi di laut pun ada tempat menghadapi masalah. Mungkin kita cuba kenal pasti mungkin kita ke belakang saya akan buat ternakkan ikan puyu percubaan dalam kanvas bersama dengan Jabatan Perikanan kalau dia masih mahu tolong saya. Jabatan Perikanan untuk kita buat ternakan seramai 30 orang yang telah saya kenal pasti. Kita buat ternakan ikan puyu dalam kanvas. Ini antara benda-benda kita boleh cari jalan untuk perkasakan sektor pertanian bekalkan makanan. Itu yang amat penting. Bagi sektor pelancongan, jadi terima kasih kerana memperuntukkan RM34 juta dan saya cuma nak terangkan di sini kalau boleh kita fokuskan pelancongan ni di kawasan-kawasan yang sebelah Seberang. Ada kawasan tapi kadang-kadang tak ditonjolkan dan baru ini terima kasih kepada EXCO Pelancongan Paya Terubong yang telah menghantar senarai kepada pejabat saya termasuk semua DUN di Seberang. Ada dak kawasan-kawasan yang boleh kita bangunkan pelancongan? Saya dah bagitau di Sungai Dua ada River Cruise, kita ada food court makanan dan sebagainya yang boleh kita masukkan. Jadi mungkin ekoran daripada itu nanti mungkin akan dibuat kajian sesuai tak sesuai kita bangunkan pelancongan di Seberang kerana di Seberang saya rasa masih banyak potensi termasuk di Penaga, Pasar Bisik Ikan dan sebagainya boleh kita bangunkan pelancongan tersebut. Jadi kita lihat sama di sebelah Seberang diberi perhatian untuk perbelanjaan RM34 juta.

Dan bagi teras yang seterusnya teras yang ketiga saya cuma nak sentuh tentang transformasi pendidikan iaitu dari segi pendidikan STEM. Jawapan bertulis yang saya dapat daripada jawapan bertulis. STEM ni dia banyak fokus pada sekolah-sekolah dan penduduk di kawasan bandar. Kalau boleh dipanjangkan kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar di kawasan yang memerlukan pendidikan STEM ni kepada masyarakat supaya bidang ini lebih meluas disalurkan kepada semua masyarakat kepada semua rakyat Negeri Pulau Pinang. Dan dari segi sukan, tahniah kerana dapat 32 pingat emas dan tempat ketujuh. Cuma bidang sukan yang menang pingat tak seimbang. Bidang yang banyak emas ni akuatik, gimnastik tu banyak emas. Bidang-bidang lain kurang. Bola sepak out terus. La ni nasib baik tak terkeluar terus. Masih lagi ada. Jadi bidang-bidang sukan ini perlu diseimbangkan tak boleh kita hanya fokus kepada kolam renang akuatik dan sebagainya tapi kita fokuskan pada bidang lain juga. Olahraga mungkin yang kita kurang emas yang kurang dapat pingat. Kita duk fokus yang wushu mungkin banyak pingat emas. Jadi kita cuba tengok bidang-bidang lain untuk rakyat di Pulau Pinang anak-anak muda terlibat dan kita fokus kepada sukan-sukan yang lain dan juga dari segi pembinaan stadium, pusat sukan dan sebagainya kalau boleh disegerakan. Hat lama pun tak siap lagi. Kelulusan RM275 juta tahun ni bajet yang banyak dan banyak tak disiapkan lagi banyak yang masih dalam proses mungkin. Ini kalau boleh disegerakan kompleks-kompleks sukan disegerakan dan keduanya dipastikan semua kawasan tu ada. Kompleks-kompleks sukan kalau dah kata nak buat futsal di setiap parlimen buat futsal di setiap parlimen. Jalankan dulu. Stadium-stadium besar ni kalau boleh kita segerakan dan pastikan di sebelah Seberang ni pun ada banyak. Jangan sebelah Pulau ja. Seberang pun kena seimbang juga. Dan dari segi teras yang keempat, kita melihat dari segi negeri hijau tanaman pokok dan sebagainya. Kita menyokong hasrat supaya ditanam lebih banyak pokok tapi pokok yang duk ada di bukit-bukit jangan kita tebang. Jangan kita tebang yang duk ada, tanam yang baru. Hat yang baru nak tanam ni dia lambat sikit. Kalau boleh kita pastikan tanam di kawasan yang sesuai, di kawasan bendang Pajak Song itu, MPSP tanam pokok banyak tepi jalan tapi kawasan tu kawasan bendang. Kawasan memang dah ada tanaman dan sebagainya. Tengok kawasan yang memerlukan, yang memerlukan pokok-pokok yang banyak dan kalau boleh pokok yang duk ada jangan kita tebang. Ni saya ulang lagi sekali.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta celah Sungai Dua. Sungai Dua membahaskan kenyataan seolah-olah memang ada bukti-bukti kukuh bahawa pokok-pokok di bukit-bukit telah ditebang. Bolehkah bagi maklumat atau hanya mengaku bahawa Sungai Dua hanya cakap-cakap kosong sahaja. Tunjuk bukti kerana Kerajaan Negeri di Negeri Pulau Pinang sepanjang ini tidak biasa ada keluarkan tidak keluarkan apa-apa permit untuk memotong. Tidak serupa dengan Barisan Nasional walhalnya di Muda Water Catchment area begitu banyak permit-permit untuk potong pokok-pokok. Sebaliknya di Pulau Pinang di mana Kerajaan Negeri tidak beri permit atau memberi kebenaran keizinan untuk memotong pokok di mana pun. Jangan cakap kosong kerana sekarang Sungai Dua adalah seorang Ketua Pembangkang. Sekarang kena ada standard. Cakap pun kena ada lebih standard sikit. Jangan cakap kosong sahaja. Boleh dak? Kerana pada kini not even one inch of tanah hutan kerajaan diberi pada sesiapa.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Sungai Puyu. Saya syok bila Sungai Puyu garang. YB. minta minta herba saya sikit. Saya cakap ni berasaskan kepada apa yang saya nampak di kawasan bukit. Banyak bukit-bukit yang dah gondol. Mungkin bukan projek Kerajaan Negeri. Bukit yang dipanggil bukit gondol ni. Jadi saya tengok daripada situlah. Bila saya buka Google ni saya nampaklah banyak bukit ni dah takda pokok dan ditebang mungkin kerana pembangunan, mungkin kerana pencerobohan haram dan sebagainya bukan kata kat Kerajaan Negeri. Ada pencerobohan haram sebab itu yang kita kena kawal kita kena tengok.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya bersetuju, saya bersetuju kegiatan ni. Saya amat bersetuju tetapi sebagai seorang yang bertanggungjawab bukan hanya kepada pengundi-pengundi tetapi telah ambil sumpah di Dewan yang mulia ini untuk menjaga kepentingan Negeri Pulau Pinang. Jika nampak ke punya

tempat ada tempat yang itu bukit yang bagi maklumat. Tulis kepada JAS tulis, kepada Pihak Berkuasa Tempatan, kepada saya yang bertanggungjawab untuk perhutanan. Itulah kata orang yang bertanggungjawab. Bukan main enam (6) bulan dalam Dewan yang mulia ini tembak kosong, tembak kosong, tembak kosong. Jangan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih. Orang lama-lama bagi teguran kita terima seadanya. Okey terima kasih

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya teruskan sikit lagi tentang Bajet Kerajaan Negeri.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta mencelah sikit.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya tak habis lagi.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ketua Pembangkang ada lagi masa yang panjang. Tentang pokok diberitahu tadi tentang ada pokok yang ditebang di atas bukit dan sebagainya. Saya pun ada pandangan saya tersendiri dalam hal ini di mana akta sedia ada Seksyen 35H Akta Kerajaan Tempatan, Country and Town Planning Act, Perancangan Bandar dan Desa Seksyen 35H telah menetapkan bahawa mana-mana pokok yang berukur lilit lebih daripada 0.8 meter tidak boleh ditebang walaupun dia ada di dalam kawasan rumah sendiri ataupun di mana-mana sahaja. Tetapi apa yang kita nampak penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan kerana kuasanya ada pada Pihak Berkuasa Tempatan di MPSP khususnya ataupun di MBPP tetapi tidak ada satu enforcement...(dengan izin) dalam hal ini. So saya bersetuju dengan Sungai Dua di mana saya minta Ahli Kawasan Datok Keramat memberikan menegur kedua-dua PBT supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menebang pokok sesuka hati seakan-akan pokok kalau kerana pokok ini tidak ada suara mereka boleh menebang ikut suka hati mereka. So kita ada undang-undang yang sedia ada yang dibuat di pada tahun 1967 ataupun 76 sehingga kini tidak ada penguatkuasaan. Sepanjang saya jadi Ahli Majlis lima tahun, hanya dua kali digunakan Seksyen ini selepas diasak begitu banyak kali. So saya berharap lepas ini akan ada tindakan yang lebih tindakan penguatkuasaan yang lebih menggunakan Seksyen ini. Terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Bagan Dalam. Seterusnya Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya umumkan sikit dari segi bajet. Jadi apa yang saya nampak secara peribadi mungkin ada kesilapan saya minta maaf. Pertamanya bajet Kerajaan Negeri dari segi peluang pekerjaan dan ekonomi kepada golongan muda tak difokuskan secara detail. Apakah peluang-peluang yang perlu disediakan kepada golongan muda dari segi ekonomi dan pekerjaan selain daripada kilang-kilang yang nak dibangunkan tapi ada peluang-peluang lain yang perlu disediakan di dalam bajet. Kedua bantuan rakyat mungkin akan dikurangkan mungkin akan dikurangkan kalau tak dikurangkan saya amat mengalu-alukan. Ketiga, pembangunan ekonomi rakyat tidak diberi tumpuan sepenuhnya saya sebut dah tadi. Projek tebatan banjir oleh Kerajaan Negeri, PBT agak kurang untuk tahun 2019. Saya cuma nampak dalam bajet tidak disentuh dalam bajet cuma diberikan projek yang dalam pelaksanaan. Maknanya daripada tahun 2018 dilaksanakan sehingga tahun depan. Bajet PBT mungkin ada JPS mungkin tak banyak kecuali peruntukan dari Kerajaan Pusat akan dapat RM150 juta akan dilaksanakan pada hujung tahun terus ke tahun depan. Jadi tebatan banjir ni perlu diberikan perhatian sepenuhnya kerana kita nak pastikan akhir penggal ni banjir-banjir ni boleh kita kurangkan dari segi berlaku banjir kilat dan sebagainya kita boleh kurangkan. Seterusnya bajet tak tumpu keselamatan saya dah sebut tadi keselamatan ketenteraman awam agak kurang dan juga penyelesaian isu-isu sosial. Isu masalah sosial tidak diberi perhatian sepenuhnya. Dan bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan peruntukan bagi

meningkatkan kemahiran dan tenaga mahir bagi persediaan industri 4.0. Pasal industri 4.0 adalah merupakan industri yang memerlukan tenaga mahir, robotik dan sebagainya. Jadi kalau kita tidak menyediakan anak-anak muda dalam tenaga mahir, mungkin industri yang akan mai tidak akan ambil orang tempatan. Sebab kita kurang membuat persediakan untuk menghadapi revolusi industri 4.0. Seterusnya, pertanian. kurang diberi perhatian. Saya harap akan diberi perhatian semula. Dan bajet ini juga tidak menerangkan details berapa ramai anggaran rakyat yang menerima faedah kepada peruntukan yang disediakan. Itu perlu ada dalam bajet berapa orang yang kita anggarkan dapat faedah dan sebagainya supaya mudah kita melihat bajet. Bajet juga tidak begitu mesra alam sekitar. Sebab saya nampak cuma disediakan RM10 juta untuk cerun, cerun-cerun bukit. Jadi yang lain-lain tidak disediakan untuk alam sekitar kecuali tanam pokok. Sebanyak 100,000 pokok. Tak nampak unsur-unsur lain untuk memastikan alam sekitar dijaga. Dan bajet ini juga yang saya terkilan sekali. Tidak menyediakan bayaran khas poligami. Dia kena sediakan, baru dia nak galakkan kahwin lebih dari satu, ini cuma melawak saja. Tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah isu fiesta. Fiesta untuk kesejahteraan rakyat. Saya amat berterima kasih, Seberang Jaya buat Fiesta Seberang Perai, Fiesta Chef, Master Chef dan sebagainya. Banyak fiesta yang lain lagi. Hot ballons, dragon boat dan sebagainya. Itu satu fiesta yang cukup baik. Cukup baik untuk pelancongan, pendapatan negeri dan juga untuk masyarakat. Masyarakat pelbagai kaum duduk bersama dalam keadaan yang harmoni. Tidak ada masalah. Saya cuma nak bantah perlaksanaan October Fest. Oktober Fest yang asalnya daripada Jerman. Kita buat di sini dalam keadaan yang agak kadang-kadang dalam keadaan yang agak open yang menimbulkan masalah. Bila berlaku Octoberfest, orang minum arak dan sebagainya. Dia akan ada isu-isu dan perkara-perkara lain yang akan berlaku. Jadi kalau boleh, kita perlu kawal. Syarat yang begitu ketat untuk kita buat fiesta macam ini…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Nak minta celah sekejap. Bukan nak mempertahankan pesta-pesta arak atau apa tetapi you know.. adakah perlu kita membahas perkara macam ini dalam Dewan yang mulia ini. Saya rasa, ini sesuatu yang peribadi di antara orang-orang bukan islam. Mereka nak adakan satu pesta, saya rasa tidak ada masalah macam itu. Kenapa perlu dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh saya mencelah? Berkenaan dengan October Fest. Saya sendiri pun tak pernah menghadiri tetapi saya nak tanya. Tadi Yang Berhormat ada kata, selalunya kalau minum ada masalah dan sebagainya October Fest ini. Bolehkah Yang Berhormat bagi tahu mana pernahnya berlaku masalah berkenaan dengan October Fest memadangkan Yang Berhormat katakan tadi seperti yang dinasihatkan tadi juga oleh Sungai Puyu. Yang Berhormat kata jangan cakap hanya cakap kosong, supportive with fact. Yang saya lihat ini yang biasanya yang membawa isu-isu ini adalah dari pihak UMNO yang suka memainkan isu-isu agama ataupun isu-isu perkauman. Kalau ada betul-betul October Fest ini menjadi satu permasalahan. Bagikan, nyatakan bagaimana. Yang saya tahu di Pulau Pinang, baru-baru ini dibuat di hotel Batu Feringghi. That was the official function October fest tahun ini di Pulau Pinang. So, jangan selalu hanya memainkan isu-isu perkauman.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Bukit Tengah. Saya bukan mainkan isu perkauman. Bukan saya mainkan apa cuma saya bangkitkan isu ini. Bangkitkan isu ini supaya kita ada kawalan. Kalau kata kita buat di hotel tanpa melibatkan masyarakat yang lain, masyarakat Islam dan sebagainya. Mungkin bukan open. Bukan open. Macam di, saya sentuh sikit di Bagan Belat, kawasan Telok Air Tawar. Ada kawasan mengail udang. Tetapi dia jual arak di situ. Dia ada jual arak di kawasan itu. Saya rasa Telok Ayer Tawar maklum tentang perkara Itu. Dia jual arak di kawasan memacing udang di kawasan Bagan Belat. Kita tak mau benda yang berlaku open macam tu. Dan di kawasan saya berlaku, balik dari October Fest, balik dari pesta, dia eksiden…(gangguan).

Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat, saya nak mencelah cikit. Berkenaan dengan tuduhan di Bagan Belat tu. Kita dah ambil tindakan. Untuk makluman Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih. Tindakan yang cepat. Jadi kita tak mau berlaku itu. Bukan tuduhan yang melulu. Saya cuma buat peringatan. Supaya Oktober Fest bukan satu budaya kita. Bukan budaya orang Malaysia. Apa salah kita gunakan budaya-budaya masyarakat Malaysia. Orang India ada, orang Cina ada…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta mencelah lagi. Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengeluarkan kenyataan seolah-seolah Oktober Fest dibuat dalam sekala besar-besaran macam dibuat di Padang Kota ataupun di Padang Badawi. Tidak benar, Pulau Pinang, mereka buat dalam hotel yang dianjurkan oleh persatuan Jerman yang ada di Pulau Pinang. Itu adalah budaya mereka. Mereka meraikan dalam tempat tertutup. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya bukan menyokong pihak yang mempromosikan arak ataupun sebegitu. Saya sendiri adalah seorang aktivis anti arak. Saya menjadi Setiausaha Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia. Kalau itu adalah budaya mereka untuk meraikan satu perkara yang berkait rapat dengan budaya mereka dalam tempat yang tertutup, apa salahnya. Itu bukannya dipromosi oleh Kerajaan Negeri ataupun badan-badan Kerajaan Negeri tidak terlibat langsung dalam penganjuran program tersebut dan saya mintalah Ketua Pembangkang jangan jadi macam ahli-ahli UMNO di luar sana. Macam Lobakman ataupun Papagomo. Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak patut ataupun tidak tepat menyatakan seolah-olah Pulau Pinang mempromosi benda-benda yang tidak bermoral dan tidak berakhlak. So, saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Bagan Dalam. Sebenarnya Yang Berhormat tidak minum ya? Bagus, bagus. Sebab arak ini ibu segala maksiat. Sebab dalam Islam ibu segala maksiat. Seorang ulama ini, dia sorang ulama yang kuat ibadat jadi ditawarkan dia berzina dengan perempuan dan pilihan dengan minum arak. Dia pikir baik dia minum arak, dia tidak berzina dengan perempuan, tetapi bila dia minum arak, dia lupa diri dia. Terlebih arak la. Dia berzina dengan perempuan. Dan selepas dia berzina dia bunuh perempuan sebab dia rasa takut, dia malu. Jadi itu yang disebut ibu segala maksiat. Dia minum, dia boleh lupa, dia boleh buat macam-macam. Itu yang kita takutkan, takut benda ini berlaku, takut ini menjadi satu gejala dan kita hargailah kalau tidak dibuat secara terbuka, tertutup. Closes house. Tetapi kita tak mau la budaya ini menjadi lama kelamaan akan menjadi budaya yang lebih besar. Kita kena kawal. Saya dengan saya sendiri dengan secara peribadi saya tidak bersetuju benda ini dilaksanakan. Okey, cukup setakat itu, Kedua, penjualan arak secara terbuka. Tadi di Bagan Belat dah selesai. Kira selesai masalah tapi di kedai-kedai lain. Di 7 Eleven, di kedai-kedai yang lain lah. Kalau boleh kita ada kawalan. Rokok pun kita ada kawal. Umur 18 tahun ke bawah tak boleh beli. Alhamudillah, saya pun dah berhenti rokok dah. Berhenti dua (2) tahun dah sebab mai Dewan payah nak hisap. Saya stop. Yang lain-lain mana yang duk merokok, tolong berhenti. Jimat belanja, kesihatan okey, bernyawa okey, nafas pun okey. Jadi, kita kena kawal dari segi jualan. Jualan arak. Kita kawal. Macam kes yang berlaku di mana? Berapa belas orang yang mati? di Selangor? Arak yang haram ini. Haram memang yang dah haram. Arak yang diproses sendiri tanpa kawalan campur bahan kimia dan sebagainya. Mati 13 belas orang. Jadi, kita kena kawal sebab arak ini bahaya. Seterusnya tentang isu gejala sosial, isu yang kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras gejala sosial tapi Alhamdulillah kita lihat balik, gelaja sosial ini. Di Pulau Pinang ini, terutamanya gejala dadah. Berapa kali diserbu, buat serbuan. Kes besar-besar 7 juta syabu, kes ekstasi, kes sebagainya. Macam Pulau Pinang ini menjadi macam pusat, pusat pemprosesan pastu nak pusat pengedaran dadah dan sebagainya. Jadi kita nak buangkan fahaman ini. Saya tengok kes-kes yang kena tangkap banyak sangat saya risau. Jadi, kita kena pastikan. Pertama kita mencegah, buat pencegahan dari segi menagih dan dari segi pengedaran,

pemprosesan dan sebangainya. Kita kena ada satu tindakan tersendiri di peringkat Kerajan Negeri dan bersama jabatan di peringkat Persekutuan untuk atasi masalah dadah. Kedua dari segi penagih-penagih itu juga perlu diberikan satu pendekatan untuk pemulihan yang telah dibuat. Dan kita cuba panjangkan, tingkatkan lagi aktiviti pemulihan dan penguatkuasaaan dari segi dadah ini perlu diberi perhatian supaya kita boleh mencegah gejala sosial yang membimbangkan ini. Termasuk juga isu social, kedua iaitu isu rumah urut dan pusat hiburan. Saya rasa perlu juga dipantau supaya tidak terlalu banyak pusat-pusat hiburan keluarga dan sebagainya ada di kawasan yang saya faham ada 2,000 lebih, 2,040 pusat hiburan yang ada di Pulau Pinang, yang mungkin akan bertambah lagi. Kita risau akan melibatkan anak-anak muda yang terlibat dengan isu ini. Dan ketiga, isu judi dalam talian. Alhamdulliah di Sungai Dua dah tak da dah kedai judi haram. Saya serbu sendiri bersama-sama dengan polis turun dan dah tak dak dah judi kuda, pusat judi tak dak. Habis. Ada 4 semua dah tutup. Sekarang mai pula judi baru. Judi online. Judi dalam talian. Boleh top up. Jadi, ini satu yang membahayakan, kita di peringkat negeri kena beri perhatian dan mungkin berbincang dengan SKMM macam mana kita nk buat, nak atasi dengan kementerian multimedia. Macam mana kita nak atasi masalah judi dalam talian yang makin menjadi-jadi, semakin hebat, makin banyak dan mungkin akan menjejaskan dari segi keharmonian, dari segi jenayah mungkin akan meningkat. Jadi kita risau. Seterusnya tentang banjir kilat. Dan isu banjir saya telah bangkitkan tadi. Kalau boleh kita kenalpastikan bahawa isu ini dapat diselesaikan dan tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat di Pulau Pinang. Bila hujan turun sahaja, orang Pulau Pinang susah hati. Saya duduk di Penang pun, hujan lebat, saya jadi takut nak balik takut berlaku banjir di banyak tempat. Banjir kilat. Dia cepat banjir dan cepat hilang. Tetapi ia akan menjejaskan dari segi Negeri Pulau Pinang negeri yang banyak banjir seperti yang orang kata, takut ia menjejaskan dari segi pelancongan dan sebagainya. Kita kena cari jalan untuk mengatasi masalah ini. Seperti yang saya bangkitkan dahulu kalau boleh diwujudkan Penang Flood Master Plan, kita hendak atasi banjir di keseluruhan Negeri Pulau Pinang, di Seberang Perai, Alhamdulillah. Di Seberang Perai Utara saya nampak di dalam bajet, dalam perbelanjaan yang dibentangkan kepada saya oleh YB. Tanjung Bunga, SPU sudah tidak ada projek tebatan banjir sebab sudah dibuat dahulu, banyak kawasan banjir sudah kurang kawasan banjir, di kawasan saya Lahar Yooi sudah kurang banjir, kawasan Pinang Tunggal dan kawasan Penaga sudah kurang banjir sebab keberkesanan RTB. Kalau boleh projek-projek semacam ini diberi perhatian untuk kita kurangkan banjir. Sekarang ini Kerajaan Pusat mungkin boleh bantu dengan lebih banyak kepada Kerajaan Negeri untuk selesaikan isu banjir, ini kita perlu bagi keutamaan yang pertama. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu beri perhatian yang pertama untuk selesaikan isu banjir di Pulau Pinang. Kita tidak mahu ada suara-suara yang mengatakan Pulau Pinang Darul Banjir. Kita tidak mahu timbul isu itu lagi, selesaikan isu banjir yang berlaku. Terima kasih lah kerana pada tahun 2017 telah belanjakan RM173 juta untuk tebatan banjir tetapi di Seberang Perai Utara sudah tidak ada, sudah selesai isu banjir. Seterusnya isu tanah runtuh yang berlaku di Bukit Kukus, saya rasa isu ini penting. Dahulu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bercakap semasa itu dia menjadi Setiausaha Agong DAP, membangkitkan isu yang berlaku 20 tahun yang lepas, isu tanah runtuh. Dibangkitkan di dalam akhbar supaya diberhentikan projek lereng bukit tetapi saya nampak sekarang ini projek di lereng bukit hendak diteruskan walaupun berlaku runtuhan dan sebagainya dan ada jawatankuasa yang menyiasat. Terima kasih kepada Pinang Tunggal yang menubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Tetapi masih lagi hendak diteruskan walaupun ada pihak-pihak dari universiti, pihak pakar-pakar membangkitkan isu tanah di kawasan Bukit Kukus ini adalah tanah yang peroi, sandy, tanah merah, tanahya bukan padat dan kadang-kadang ia tidak berapa sesuai untuk pembangunan di situ dan mungkin akan menimbulkan bahaya kalau kita tidak mengatasi masalah itu dahulu. Perlu cari kaedah dan jalan untuk mengatasi masalah tanah ini, kalau tidak ia akan berlaku lagi runtuhan dan sebagainya di kawasan-kawasan yang terlibat kerana teguran-teguran ataupun apa yang dibangkitkan oleh pakar-pakar ini, kadang-kadang kita, bukan kita

tidak ambil tahu, mungkin Kerajaan Negeri ada kaedah lain. Cuma kita hendak kepastian supaya isu ini dilihat sebagai isu yang perlu diambil tindakan, diberi perhatian supaya orang tidak menyalahkan kita. Rakyat dan masyarakat sebahagian pihak telah menyalahkan kita, kita masih lagi hendak meneruskan projek tanpa memikirkan isu runtuhan dan sebagainya. Saya nampak ada lagi cadangan hendak membuat, itu mungkin cadangan tetapi tidak diluluskan lagi. Kalau boleh kita kaji betul-betul pembangunan di lereng bukit, tadi YB. Datuk Keramat kata ada 13 projek yang mungkin betul macam YB. Datuk Keramat kata, ada kawasan yang bawahnya rendah, yang tinggi kita tak buat, kita buat yang di bawah. Saya pergi sekali di Barat Daya, di kawasan Telok Bahang, apa nama projek perumahan itu? Projek besar juga, di atas bukit, di Telok Bahang, maaf, Telok Kumbar, nama projek saya tidak ingat tetapi memang kawasan itu agak berbukit, saya naik sampai atas, memang di kawasan itu agak tinggi. Saya duduk di atas nampak laut di bawah, maknanya ia lebih tinggi daripada laut. Masih lagi berlaku pembangunan di atas, ada rumah banglo di atas itu. Nanti saya dapatkan nama projek tersebut untuk diambil tindakan. Kalau boleh kita kena pastikan yang baru tidak dibuat, yang ada sekarang kita buat kajian balik supaya tidak berlaku lagi. Saya dengar kata hendak buat hotel di Penang Hill, saya ingat mungkin tidak berlaku, kalau hendak buat, kena buat kajian yang betul-betul supaya tidak ada pembinaan hotel di kawasan Penang Hill dan ada kelulusan projek di Batu Feringghi di kawasan Lot 62, Seksyen 2, Bandar Batu Feringghi, pembangunan bercampur. Saya rasa sudah diluluskan, jadi ini juga perlu kita lihat semula supaya yang pentingnya kita lihat dari segi kesesuaian tanah-tanah di kawasan. Kesesuaian tanah itu penting, kalau tanah itu bermasalah ia akan berlaku runtuhan, kita tidak mahu runtuhan berlaku di kawasan yang sudah berlaku runtuhan. Ini mengenai runtuhan, kadang-kadang saya juga bersetuju dengan pandangan-pandangan daripada NGO yang perlu kita ambil perhatian juga, kita kena ambil perhatian juga pandangan-pandangan daripada NGO kerana mungkin mereka ini lebih mahir dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Isu perumahan, saya sudah sebut tadi, beri perhatian kepada rumah-rumah yang mampu milik A dan B untuk bekalan rakyat. Tentang projek PIL 1 dan juga projek-projek yang berkaitan, jadi saya juga hendakkan kepastian dari segi kedudukan, kena buat penerangan kepada masyarakat dan sebagainya. Apakah kedudukan yang ada sekarang dari segi pelaksanaan PIL 1 dan juga mukim, lebuh raya yang terlibat? Saya nampak ia melibatkan satu stretch yang melalui banyak kawasan perumahan, sekolah dan sebagainya, bukit yang perlu ditebuk dan sebagainya, mungkin saya nampak akan menjejaskan dari segi social impact seperti yang dibangkitkan dalam soalan lisan, social impact kepada masyarakat di kawasan. Kadang-kadang bila kita buat jalan, sekolah dekat dengan lebuh raya, sekolah dekat dengan jalan dan sebagainya. Ia akan menimbulkan masalah kepada sekolah, kepada pelajar, tanah perkuburan kadang-kadang dekat, ini juga kita kena kaji semula, bukan kata kita hendak batalkan, tetapi kita kaji semula supaya ia sesuai dengan alam sekitar, sesuai dengan masyarakat, tidak menganggu perjalanan harian masyarakat, tanah tidak jatuh harga. Kita buat projek kadang-kadang tanah itu akan terlibat dengan kejatuhan harga di kawasan tersebut. Seterusnya, dekat nak habis dah, tentang isu berkaitan memperkukuhkan status Islam. Saya amat menghargai kerana Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian kepada memperkukuhkan status Islam dan memartabatkan Islam seperti yang terdapat dalam bajet, memberi peruntukan dan sebagainya. Cuma saya agak susah hati tentang isu-isu yang baru ini berlaku di mana Agama Islam ini agama rasmi Persekutuan, kita boleh melaksanakan hal-hal berkaitan dengan Agama Islam dan orang lain juga boleh melaksanakan hak masing-masing, tidak ada masalah. Cuma saya tertarik atau risau dengan masalah yang berlaku baru-baru ini iaitu isu pengedaran bible di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya, di taman-taman di Penaga, YB. Penaga ada bangkit, di Kuala Bekah, di Kedah, Kota Kuala Muda. Walau pun enakmen di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyebut isu ini, tidak boleh diambil tindakan tetapi kita kena melihat dari segi sensitiviti sebab Agama Islam adalah agama rasmi, orang lain tidak boleh menarik orang Islam ke arah itu. Saya rasa kita pun, orang Islam tidak pernah berusaha seperti itu, ke arah agama lain. Saya minta Kerajaan Negeri tolong perhatikan

perkara ini, tolong lihat isu ini supaya tidak menjadi isu yang besar, tidak menjadi isu yang sensitif yang boleh menjejaskan dari segi keharmonian kita, kita kena kawal termasuk dari segi Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam kena lihat dari segi isu yang perlu kita tangani secara berhemah. Kedua tentang isu lain-lain iaitu LGBT, juga perlu dilihat oleh pihak Majlis Agama sebagai satu isu yang sensitif yang perlu ada tindakan, perlu kita kawal dan sekat dan sebagainya supaya tidak menjadi isu sosial yang lebih besar dan termasuk isu yang terbaru, isu ICERD. Isu ini kalau boleh kita berpegang kepada apa yang ada sekarang. Yang ada sekarang kita tidak ada masalah, kalau ikut diskriminasi ini, terms of discrimination ini, bila kita mencapai kemerdekaan kita ada persetujuan-persetujuan yang dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Nampak berlaku diskriminasi tapi dah laksana lama. Kalau kita bersetuju dengan ICERD dan akan menjejaskan dari segi keharmonian. Bukan kita hendak menggugut mana-mana pihak tetapi ia akan menjadi masalah. Kalau boleh kita ada pendirian dan kekalkan keadaan sedia ada tidak menjadikan isu ini sebagai isu yang besar, yang boleh menjejaskan keharmonian kita. Seterusnya tentang isu peniaga jalanan, masih lagi berlaku seperti yang saya bangkitkan dahulu, tentang isu-isu peniaga jalanan ini. Saya tengok baru-baru ini dalam facebook, dalam whatsapp ada tindakan yang dibuat di kawasan Ayer Itam. Pihak MBPP meroboh dan juga merampas barang-barang yang berniaga di atas jalan-jalan yang mungkin mengganggu perjalanan lalu lintas. Kita kasihan, saya kasihan tengok peniaga-peniaga yang terlibat, terpaksa kehilangan barang-barang dan sebagainya. Jadi saya minta pihak MBPP dan juga MPSP menjadikan isu peniaga-peniaga jalanan ini sebagai isu yang perlu kita selesaikan, sebab mereka inilah orang yang hendak cari pendapatan tambahan, cari duit. Mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari duit dengan cara ini, dengan modal yang kecil, kita kena cari penyelesaian, mungkin sediakan tempat kepada mereka untuk berniaga. Jangan kita ambil tindakan yang sedemikian, kadang-kadang susah. Macam yang YB. Datok Keramat buat di kawasan hospital, satu tindakan yang cukup baik. Mungkin dahulu dia meniaga di merata-merata, mengganggu, buat satu tempat kepada mereka. Kawasan-kawasan lain pun macam itu, jadi ini kita boleh membantu rakyat di kawasan. Seterusnya tentang pengishtiharan harta. Apa yang dibangkitkan baru-baru ini, ialah, bukan pengisytiharan harta, ia pengisytiharan pendapatan. Padang Kota, ianya pendapatan. Pengisytiharan harta yang saya faham semua harta-harta, pendapatan, harta yang dibeli…(gangguan).

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

KOMTAR Dahulu.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Terima kasih Sungai Dua. Kami telah mengisytiharkan harta kami, dalam online portal di www.penang.gov.my sudah paparkan semua. Jadi saya ingin menanyakan adakah Sungai Dua sudah mengisytiharkan harta?

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya sudah isytihar dahulu, masa kerja dahulu. Sekarang saya dengan senang hati hendak isytihar, tidak ada masalah. Saya bukan ada apa, saya tidak ada apa pun…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan, Sungai Dua. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa Sungai Dua sedang berbincang tentang perkara pengisytiharan pendapatan oleh Kabinet Persekutuan tidak ada kaitan dengan Dewan Undangan Negeri kita ini. So, saya minta jangan diteruskan kalau hendak berbincang tentang dengan pengistiharan harta bincang tentang pengisytiharan yang sudah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang awal-awal lagi. We are the trendsetters....(dengan izin).

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Saya tau hari tu pun Puan Maheshwari nak buat pengisytiharan semua. Kami tiga (3) orang tak terlibat, tak diminta pun untuk diisytihar tapi hari ini saya dengan tiga (3) orang, Insya-Allah kita tak ada masalah boleh isytiharkan harta. Cuma saya nak sentuhkan di sini sikit ja. Yang dibangkitkan dalam viral tu sebenarnya pendapatan ja. Orang kampung salah faham dia ingat banyak tu saja harta. Harta ini sebenarnya melibatkan banyak lagi kalau boleh diteluskan semua sekali diisytiharkan harta-harta ada banyak mana.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sungai Dua, sekarang at least ada orang isytihar, dulu ada seorang tak isytihar apa-apa bila Polis masuk rampas beratus-ratus beg Birkin, barangan kemas tak diisytihar semuanya dibolot, dibeli dengan duit rakyat yang dicuri dari 1MDB.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Okey betul ka tu? Ada prove?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Polis rampas habis kalau lagi ada parti Yang Berhormat sendiri.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Yang kata curi tu ada betul ka?.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Parti Yang Berhormat sendiri dia kata RM116 juta yang disimpan dalam oleh Najib itu milik parti tetapi barangan kemas macam mana pula? Adakah milik parti Yang Berhormat juga? Itu pertanyaan saya.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Okeylah. Bila cakap part tu sahaja panas. Hairan betul la. Isu seterusnya isu warga asing. Saya melihat warga asing ini dia datang ke Malaysia dia dah mula merampas hak-hak ataupun secara tak langsung yang rampas kerja-kerja yang patut dilaksanakan oleh warga tempatan. Contohnya, satu penyediaan pelaksanaan projek-projek pertanian. Ada projek-projek pertanian warga asing ini dia terlibat dia buat tapi yang dapat ni orang tempatan. Dia sewa pada warga asing begitu juga dengan gerai-gerai yang dapatnya warga tempatan dia sewa kepada orang asing. Ataupun pihak kedai-kedai tom yam dan sebagainya yang melibatkan warga asing. Jadi ini kadang-kadang menimbulkan masalah, masalah dari segi kesihatan dan sebagainya. Termasuklah kerja-kerja kontrak baru ni kerja-kerja kontrak JPS saya pergi melawat dengan JPS kerja-kerja kontrak pembersihan parit. Dulu kita ambil pekerja asing ini bekerja. Akhirnya sekarang ini yang berlaku syarikat ini dia sub kepada warga asing. Jadi warga asing ini telah mula buat kerja buat jualan sayur-sayuran dan sebagainya dah tak terkawal kadang-kadang, dah makin-makin bertambah. Kalau boleh kita di peringkat Kerajaan Negeri mahu pun Persekutuan melihat isu-isu penyewaan gerai kepada warga asing penyewaan tanah yang dapat sewa balik kepada warga asing. Nampak warga asing yang lebih monopoli industri-industri pertanian, makanan dan juga sayur-sayuran penyewaan gerai-gerai di kawasan. Jadi ini mungkin boleh dilihat oleh pihak tertentu supaya tidak berlaku masalah. Seterusnya tentang isu-isu dalam kawasan Sungai Dua saya sentuh sedikit terdapat beberapa isu. Pertama tadi isu jalan kampung dan longkang kita minta perhatian dapat dipertingkatkan pembinaan jalan kampung dan longkang. Kedua, tentang rayuan saya buat dahulu tentang Sekolah Agama Permatang Buloh Saidatul Durain yang dah lulus peruntukan tetapi dibatalkan/ditangguhkan kalau boleh dimasukkan semula untuk pembinaan sekolah ini. Sekolah ini amat memerlukan bangunan tambahan. Dia ada 5, 6 kampung di situ. Bangunan dia satu sahaja jadi kanak-kanak ni belajar satu kelas yang sangat padat dan penuh, jadi, kalau boleh diluluskan semula peruntukan yang ditangguhkan tersebut termasuklah Masjid Permatang Bogak yang dah lulus tetapi tak sempat ataupun tak dilaksanakan tender dan ditangguhkan.

Seterusnya, isu musuh tanaman iaitu babi dan juga kera masih berlaku di Sungai Dua walaupun saya dah buat perangkap kita dah buat. Baru ni tembakan, tembak babi hutan di kawasan Ayer Itam Dalam dapat empat (4) ekor besar, dapat empat (4) ekor tetapi itu untuk tujuan kajian oleh Jabatan Veterinar bukan untuk makan. Dan seterusnya tentang isu Rohingya di kawasan Lebai Tahir di kawasan Telok Ayer Tawar saya dah buat mesyuarat untuk selesaikan masalah ini. Ini isu Rohingya yang ada Kad UNHCR dah jadi masalah. Dia mai ja kampung sewa rumah dan dia menimbulkan masalah sosial di situ ada masalah-masalah yang berlaku. Jadi, mungkin tindakan ini bukan sekadar di sini dia kena peringkat lebih tinggi khusus menyelesaikan masalah Rohingya di kawasan Bagan Lebai Tahir. Jadi sebagai akhirnya saya, Insya-Allah dengan ini akan terus menjalankan tugas bersama-sama dengan rakan-rakan dan juga Ahli Dewan. Yang pertamanya tugas dan tanggungjawab sebagai PAC, Insya-Allah saya akan jalankan untuk berbincang dan bermesyuarat. Dan yang kedua tentang sikap. Saya minta tolong sikap menyalahkan kerajaan dulu dan tidak mula bekerja. Saya minta tolong Kerajaan Negeri mengelakkan sikap sebegini. Ini dibangkitkan oleh beberapa orang ADUN dan sebagainya kalau boleh dah enam (6) bulan ni kita cuba hindarkan sikap menyalahkan kerajaan dahulu kita terus merancang sesuatu untuk pembangunan, Pulau Pinang. Pulau Pinang dah dua (2) penggal dah yang baru ni, jadi kita terus merancang sesuatu untuk pembangunan negara. Jangan kita nak asyik menyalahkan ini zaman dulu kadang-kadang tak selesai masalah, kita tidak cari satu kaedah untuk menjalankan tugas kita sepenuhnya. Ketiga, janji-janji dalam manifesto perlu ditunaikan. Saya ulang sekali lagi perlu ditunaikan dan tindakan untuk menunaikan janji-janji yang telah diutarakan dan saya akan sentiasa melihat sama ada janji-janji itu ditunaikan ataupun tidak. Keempat, terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi peruntukan RM60,000.00 kepada setiap ADUN walaupun sikit tapi Alhamdulillah ada peruntukan. Cuma kalau boleh jangan, tambah satu. Khususkan peruntukan itu kepada pembangunan, pembinaan dia agak menyulitkan kalau boleh bagi untuk perbekalan so kita boleh belanja perbekalan yang agak luas. Kalau kita buat pembinaan tiga (3) jalan ja habis RM60,000 jadi tak memberi kesan di kawasan Sungai Dua dan di kawasan lain. Dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang banyak membantu walaupun bukan dalam kerajaan tetapi agensi jabatan masih lagi membantu Pejabat Daerah SPS, Jabatan Kesihatan (JKN) dan sebagainya. Jadi terima kasih banyak kepada semua penduduk di kawasan Sungai Dua yang faham tentang masalah yang berlaku. Dan saya dan juga rakan-rakan daripada Pembangkang akan terus memberi teguran dan juga buah fikiran dalam kita membangunkan negeri ini dalam kita menjalankan tugas ini, Insya-Allah dan kita akan sentiasa berpegang kepada kebenaran. Yang tak benar kita akan katakan tidak benar dari segi Agama Islam juga begitu. Yang hak akan kita katakan walau pun ianya agak pahit walau pun perlu kita laksanakan kerana ini penting dalam kita membangunkan negeri ini, Insya-Allah. Jadi saya mohon maaf kalau ada salah dan silap dan dengan ini saya mohon menyokong yang mana yang saya sokong dan perlu tambahan itu saya tambah yang saya gariskan tadi, terima kasih banyak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tengok Ketua Pembangkang pun dapat tepukan. Terima kasih Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat saya tangguhkan untuk berhenti rehat dan kita sambung balik dalam jam 2.30.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.05 petang.

Dewan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan bersidang semula. Kita masih dalam sesi perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin ambil bahagian sila. Penanti.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Tengah Hari. Saya pertama ingin mengucapkan terima kasih, berbanyak terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan yang mengizinkan saya untuk membahaskan Ucapan Bajet 2019 Negeri Pulau Pinang. Saya tak sediakan teks jadi saya akan go through ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. So, Insya-Allah hopefully laju la kan. Okay. Saya pergi kepada sebab saya mengikut susunan ucapan bajet, jadi saya jump kepada topik 28 iaitu berkenaan dengan Mutiara Food Bank. Saya ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri mengembangkan Mutiara Food Bank untuk menyelamatkan makanan dari Hotel dan Restaurant. Dengan menggunakan retort Technology. Sekarang ini Mutiara Food Bank mengambil makanan dari hypermarket seperti Tesco, roti dan sayur-sayuran dan buah-buahan. Seperti yang dibangkitkan tadi oleh Sungai Dua tadi ada juga, mungkin berlaku dimana dekat habis tarikh luput ataupun sayur itu dah maybe tak berapa fresh. Jadinya salah satu cara lagi yang kita boleh kembangkan boleh manfaatkan projek Mutiara Food Bank ini ialah kita selamatkan makanan-makanan yang telah dimasak. Sebab banyak hotel-hotel mempunyai polisi dia tak boleh menjual ataupun memberi makanan itu kepada, kebanyakkan hotel dia tak benarkan tetapi kalau kita ada kerjasama dengan hotel-hotel dan juga restaurant-restaurant apa yang kita boleh buat ialah kita boleh letak retort machine ini dia akan take all the ambil buang semua contamination dan juga udara dari bila dia pack makanan. Sebab retort machine itu sebesar macam boleh masuk any kitchen sebesar tong sampah sahaja. So, sebagai contohnya masa earthquake Sulawesi baru-baru ini dari Kementerian ada juga call saya macam mana nak guna retort machine because bila kita selamatkan makanan yang sudah masak sebagai contohnya katakan lah hotel tu buat kari ataupun restaurant buat kari ke, gulai ayam ke, guna meat ke, ikan ke apa-apa ke selalunya kalau traditional way untuk letak central kitchen dia akan memerlukan central kitchen seperti be food aid foundation saya dah pergi disitu dan makanan itu perlu dimasak semula. Tapi kalau ada retort machine, we just ambik makanan yang elok yang tidak di touch ke apa kita simpan yang tak habis tu masukkan dalam retort house atau bag you know macam beg-beg plastik Brahim's tu masukan dalam tu, and then letak banyak-banyak setinggi ini and you just press the machine satu setengah jam dia akan buang semua all the contamination dan udara dan makanan itu tidak perlu di masuk dalam peti sejuk ataupun cold storage tak perlu. Kita dia akan last selama setahun. So, katalah hotel tu adalah hotel halal makanan halal ataupun tidak halal, kita boleh labelkan food itu makanan yang dimasak itu datang daripada hotel mana dan kita boleh letakkan tarikh supaya makanan itu kita tahu dimasak pada bila. Sekarang ini kita tengok banyak produk-produk di supermarket seperti Brahim's and all that memang sudah menjual makanan-makanan menggunakan retort machine dan food ingredients yang tengok di supermarket banyak digunakan disimpan dalam retort bag and then dijual, jadi apa yang kita buat disini kita selamatkan makanan-makanan yang memang sudah dimasak yang memang kadang-kadang buat buffet ke, kadang kita buat Program Kerajaan Negeri pun makanan tak habis. So, because the

machine is two (2) bar, cost dia hanya RM15,000.00 dibuat juga oleh Syarikat di Science Park Easy Pack I think kita boleh come out with a good price. Ini juga membantu menyokong syarikat tempatan. Di Science Park kita. Retort bag itu sangat murah ja sebab 30 sen sahaja. So, yang bagus lagi satu, kita selamatkan makanan ini kita boleh juga guna apabila terjadi bencana sebagai contoh last November bila kita menghadapi bencana satu Pulau Pinang, kita menghadapi susah untuk menyalurkan makanan masak semua tu sebab semua orang banyak sangat mangsa banjir. Macam Penanti alone 1,000 lebih rumah yang kena dan kita mengalami banjir tujuh (7) hari. Jadi kalau kita dapat selamatkan makanan-makanan hotel dan restaurant kita mungkin buat akta di Pulau Pinang supaya makanan-makanan tidak dibazirkan dan dibuang sebab kalau organic waste kalau dibuang ia akan masuk ke Pulau Burung. Ini kita mempunyai 1,200 tan makanan sehari yang dibuang. Jadi ini akan membantu mengurangkan organic waste memberi makanan, menyelamatkan makanan dan boleh digunakan sebagai disaster food bank ataupun food bank di kala bencana sebab dia boleh disimpan setahun tanpa masuk fridge dan di frozen. Dan juga boleh membantu orang-orang miskin sebab sekarang ini kita edarkan mutiara food bank kepada orang-orang susah, tapi dia orang hanya mendapat sayur dan buah dan roti kadang-kadang dia expired ataupun dia takkan tahan lama tetapi kalau kita edarkan makanan-makanan dari hotel dan juga dari restaurant-restaurant yang tidak habis yang masih elok dan mereka dapat makanan dia buka ja dan boleh makan. Jadi itu adalah saranan saya. Kita boleh letakkan sticker and all that. Keduanya. Isu nombor. Saya nak pergi ke nombor 30. dan juga nombor 31 dalam ucapan bajet berkenaan dengan pusat warga emas untuk gelandangan ataupun yang maknanya Pusat Warga Emas yang penempatan kekal. Saya ada buat soalan DUN berkenaan dengan cadangan saya dan juga saya pernah I think saya dan YB. Nurul Izzah pernah hantar kepada CM. Tetapi apa yang saya nampak di sini ialah no. 31 ialah menubuhkan pusat gelandangan, penempatan kekal untuk warga emas. Ini adalah untuk orang-orang yang tidak ada rumah. Tapi apa yang saya sarankan ialah dalam soalan nombor 23 ialah supaya orang-orang especially orang-orang Islam yang dikalangan warga emas mereka memang sekarang ini ada trend suka tinggal di pondok-pondok pengajian Islam seperti An-Nadhoh, dan seperti di Penanti pun ada banyak. Hanya di pondok-pondok ini dia tidak ada penjagaan dari segi kesihatan dan ramai warga emas ini mereka kalau anak dia kerja semua dia takde macam pusat jagaan la kiranya. Tapi kalau dia nak pergi ke rumah orang tua-tua dia takkan pergi ada stigma. Jadi apa yang saya sarankan pondok-pondok pengajian Islam yang memang sudah popular kita just naikkan taraf seperti di Singapura apa yang mereka buat kepada penjagaan paliatif bagi mereka yang tidak boleh urus diri ataupun tidak ada hope untuk baik daripada sakitnya. Jadi, dalam Penang 2030, nombor 1 (satu). Disebut ialah Caring. Ataupun kita sayang kepada nombor 1. Agenda kita ialah Caring Society jadi saya rasa dengan keadaan di mana umur dah lebih ramai kita menjadi warga emas, kita patutnya jadi macam Singapura juga la dia mempunyai Senior Care Services yang dia Kerajaan bantu kepada pusat-pusat komuniti dan mereka hanya caj seringgit. I means not ringgit, 1 Sing Dolar untuk anak-anak dan juga warga emas yang memerlukan penjagaan dan tempat duduk sementara anak-anak dia kerja atau dia memang tak da tempat. Kalau dia tinggal dirumah dia tak da sapa-sapa nak jaga dia. Okey. Seterusnya saya pergi ke isu kebersihan awam. Okey. Dalam isu kebersihan awam saya nak bangkitkan yang, saya bangkitkan masalah yang dah sekian lama sejak PRU-13 sampailah PRU-14 tak selesai lagi. Sebab saya, saya rasa nak sarankan supaya Kerajaan Negeri buat kajian seperti Kerajaan Negeri buat kajian SPT Blue Print untuk menyelesaikan masalah banjir sebagai contohnya la. Maknanya buat satu kajian menyeluruh bagaimanakah nak menyelesaikan masalah pembersihan dalam kampung sebab memang tanah-tanah dalam kampung itu semua adalah tanah-tanah persendirian. Masalahnya kalau tengok dalam statistik terakhir yang saya hadiri masa Mesyuarat Tindakan Daerah (MTD) di SPT, Pengarah Kesihatan kata kes denggi yang paling tinggi adalah datang daripada tanah-tanah lapang yang terbiar. So, di kampung tanah-tanah lapang yang terbiar yang kita tak tahu sapa dia punya tuan tanah dan kadang-kadang kalau kita buat aduan pada, kita buat aduan. Nanti macam depan rumah saya pun nanti MPSP akan letak saman dekat tiang itu. Tapi tuan dia tak pernah ada dekat situ la. Jadi masalah tanah lapang yang terbiar yang jadi semak-samun dia kampung-kampung membahayakan penduduk sebab

menjadi tempat pembiakan ular, Aedes, babi hutan dan macam-macam. Jadinya kita kena ada satu sentiasa kalau kita bincangkan dengan EXCO ataupun dengan MPSP dia akan cakap. Owh. Suruhlah penduduk kampung buat gotong-royong. Tapi tak mungkin sebab tanah lapang yang even depan rumah saya pun memang is impossible untuk kami nak buat gotong-royong. Dan berapa kali dan sekarang ini yang tinggal di kampung-kampung orang-orang yang berumur. Dan saya rasa perlu ada satu kajian menyeluruh melihat kepada keperluan infrastruktur kampung macam jalan-jalan kampung macam 2.0 Juta memang tak cukup lah. Macam tadi EXCO jawab kata, okey Penanti, saya dah hantar lebih 100 jalan-jalan kampung mengikut syarat MARRIS spesifikasi MARRIS untuk didaftarkan. Tapi bukan semua yang kita dapat daftarkan dan banyak jalan-jalan tu kita perlu naik taraf dia jalan tanah ataupun batu-batu kerikil dia mesti dijadikan jalan dulu supaya orang ramai boleh lalu. Jadi saya rasa ini high time sekarang ini kita dah pegang kedua-dua Kerajaan, berbincang buat kajian bagaimana nak menyelesaikan masalah pembersihan am di kampung. Sebab kalau tidak sampai 2008 sampai sekarang dah 10 tahun, 2018. Rakyat di kampung mengalami masalah ini dan ia bila semak-samun itu semua, tyre tidak diselenggara, sapa yang hendak selenggara semua tu. Sebab kita takda sistem perparitan. So, saya rasa Kerajaan Selangor, Sorry, Kerajaan Pulau Pinang mungkin boleh tengok adakah cara Kerajaan Selangor di mana Kerajaan Selangor dia ada Majlis Daerah. Sebab setiap kali saya tanya MPSP dalam jawapan bertulis dia akan cakap kawasan kampung tidak termasuk dalam perkhidmatan MPSP. MPSP letak tong sampah cominal maknanya satu (1), tiga (3) kampung ke apa share satu (1) tong sampah. Sekarang ni tong sampah bertambah kecillah, dia letakkan yang tong sampah yang roda yang plastik tu kan. Jadi, ini tidak menyelesaikan masalah. Jadi, tak ada sapa jaga kawasan kampung. Pejabat Daerah pun tidak ada peruntukan yang cukup walaupun saya pernah bangkitkan. Pendapatan Pejabat Daerah SPT ialah RM100.00 bila tengok yang actual figure RM175 juta setahun. The biggest contributal kepada State Budget. Tetapi, kalau tengok Pejabat Daerah sepatutnya menjaga kawasan-kawasan kampung, tapi dia sendiri takde peruntukan untuk pembersihan am. Dan apa yang kita dengar, ialah kontraktor-kontraktor MARRIS boleh yang di bawah MPSP, boleh buat pembersihan kampung, tapi perkara ini juga tidak berlaku. Jadi, maknanya saya sarankan either cari solution melalui Penubuhan Majlis Daerah yang akan jaga kawasan kampung, sebagai contohnya sebab di Penanti alone kita ada 33 kampung, 22,000 orang tinggal di kampung. So, dari 2008 sekarang dah 2018 sampai masanya satu kajian menyeluruh dibuat untuk memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah ni, sebab seperti saya kata tadi ia menyebabkan denggi dan macam-macam, babi hutan dan ular and so on di kawasan-kawasan lapang yang terbiar. Okey. Lagi satu saya agak risau juga, sebab saya tengok kali ini dalam budget speech, Yang Amat Berhormat kata cukai pintu dikurangkan lagi 50%. Jika cukai pintu dikurangkan dalam budget speech yang saya baca tu kan dikurangkan 50%, adakah Kerajaan Negeri akan ganti, bagi budget kepada MPSP, pada PBT. Sebab kalau tidak yang risaunya sekarang ni, banyak pembersihan am yang sepatutnya dibuat oleh kontraktor MARRIS, dibuat oleh pekerja-pekerja MPSP sendiri. Kita terpaksa panggil mereka, tapi kalau mereka mempunyai pendapatan yang lebih kurang, dah dikurangkan adakah kerajaan akan menambah supaya mereka mempunyai kewangan untuk membuat pembersihan am. Isu berkenaan dengan kebersihan am juga di kampung, ini banyak kali dibangkitkan oleh penduduk di perkampungan Sungai Lembu. Sungai Lembu ialah kalau dari segi Akta, dia sepatutnya pembersihan am dibuat oleh JKR. Tapi lepas tu, JKR tak buat dan sepatutnya kontraktor MARRIS. Tapi masih terdapat banyak sangat rungutan. Last-last pekerja MPSP juga yang nak kena buat pembersihan. Jadi, bila masalah yang banyak sangat complain ialah masalah lalat di situ. So, saya tanya soalan mula penduduk kampung dan JKK pun tanya, dia kata di tanah-tanah TOL tu, boleh tak buat rumah mampu milik. Sebab Sungai Lembu mempunyai sekolah. Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah disitu. Jadinya, dan dia berhampiran dengan taman lain di. So, dia rasa kalau ada rumah mampu milik, ini akan menambah penduduk yang golongan muda untuk datang ke Sungai Lembu, then jadi pengundi Penantilah kan. Jadinya, di situ tapi jawapan yang saya terima tidak ada, tidak ada keperluan. Tapi saya nak memohon di sini, kalau boleh dipertimbangkan sebab permohonan ni telah dibuat lama sangat oleh JKKK.

Masalah yang saya kata tadi yang lalat tu, jawapan yang saya terima ini. Erm, sampai wartawan, wartawan buat video, wartawan cina, lalat banyak sangat-sangat kat Sungai Lembu tu, sampai dinner dia penuh dengan lalat. Jadi, jawapan yang saya terima ada 17. 17 ladang apa, chicken farm. Jadi memanglah MPSP kata dia jawab, oh dia pergi sembur pada 4 Oktober. Tapi, tak kan MPSP selalu nak kena pergi sembur kan. So, dia orang kata boleh tak tutup. Ataupun kalau yang ladang-ladang yang atas tanah-tanah TOL tu, yang tak boleh jaga kebersihan, sebab dah jadi tempat pembiakan lalat tu, sampai ke Mengkuang Dam. Bila CM pergi ke Mengkuang Dam dengan wartawan semua, nak makan sandwich dengan nasi lemak pun, kita geli. Sebab, imagine Mengkuang Dam nanti bila dah siap all the 23 tanah runtuh tadi cantikkan nanti, dah dibaiki kita nak jadikan tempat tu adalah tempat pelancongan. Sebab Kementerian Luar Bandar telah menobatkan Kampung Mengkuang yang ada Mengkuang Dam, sebagai Desa Lestari. Dan selalunya macam Mengkuang Titi, dia jadi Lestari, Kerajaan Persekutuan pump in RM4 juta. So, kita di Penanti ada dua (2) tempat yang Desa Lestari, jadi saya harap Kerajaan Negeri memandang serius untuk bantu penduduk perkampungan Sungai Lembu dan juga di sekitar Mengkuang because lalat tu bukan duduk dekat situ ja, dia jalan, dia pun terbang sana sini. Jadi, sebab dia sampai ke Mengkuang Dam, jadi sapa nak datang Mengkuang Dam, kalau dia penuh dengan lalat? Lagi satu permintaan cadangan yang dibentangkan oleh JKK Kampung Mengkuang ni yang ada Mengkuang Dam kepada Kementerian, mereka cadangkan untuk membangunkan Mengkuang Dam sebagai tempat riadah. Dan dia orang nak buat, nak buat macam kat Mengkuang Titi macam you know yang buggy yang kan nak kalau nak, kalau nak keliling dem tu, 11km. Kalau nak joging, bukan semua orang larat joging 11km. So, dia orang nak bawa buggy, sapa-sapa yang tak larat tu macam bagi servis la bila masuk dem. So, itu plan dia. So, saya harap PBA yang ada disini akan mempertimbangkan cadangan dan membenarkan Koperasi JKK Mengkuang untuk membangunkan pelancongan di Mengkuang Dam. Okay, then saya nak pergi ke topik bajet berkenaan dengan..erm, okey kalau di sini Teras Kedua dalam bajet “Menaik taraf ekonomi dengan meningkatkan pendapatan isi rumah”. Kami telah membuat perbincangan meja bulat Perancangan Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah, dan saya pun juga telah buat Pelan Pembangunan untuk Penanti yang mempunyai 16 cadangan, yang saya hantar kepada RSN (Rancangan Struktur Negeri) dan juga Pelan Tempatan. Dan isu pertama yang saya nak bangkitkan di sini, dalam RSN tu disebut yang Kampung Terus semua tu akan jadi kawasan pertanian. Tetapi, saya nak bangkitkan yang solar farm diklasifikasikan sebagai aktiviti pertanian. Ini saya harap JPPD ataupun Plan Malaysia akan pertimbangkan semula, sebab bila solar farm ni nama ja farm. Tapi bila dia bina Solar Farm macam di sebelah Kampung Terus tu dia tambak, tambakkan tanah di tepi sungai, tak de pertanian. Kalau ada pun, pokok sikit-sikit yang tak da apa-apa tu. Lepas tu, dan bila tanah tu still tanah pertanian, Pejabat Daerah tak dapat income apa-apa, hanya dapat cukai tanah RM60.00 je. Tak ada, tak perlu ditukar syarat, tak perlu bayaran RM600,000.00 which is income kepada Pejabat Daerah. So, maknanya dia, dia still klasifikasi, tapi orang yang buka solar farm itu, dia dapat untung berjuta selama 21 tahun, sebab FIT Agreement dengan TNB selama 21 tahun. Maknanya, tak menguntungkan kepada masyarakat di keliling. Yang menguntungkan adalah pada syarikat, dan tidak menguntungkan kepada, kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah kan, income semua pergi kepada budget negeri. So, saya nak minta pihak JPBD untuk lihat. Kalau di Kampung Terus itu ada pertanian yang padi tu semua, saya mohon dikekalkan. Untuk yang Teras Kedua tu, ‘Menaik taraf ekonomi’ tu, apa yang kami bincangkan dalam, dalam Pelan Pembangunan Penanti dan juga Pelan Pembangunan Daerah SPT, kita nak kita mempunyai ekonomi yang berpendapatan tinggi dengan melestarikan alam semula jadi. Dan cara hidup sebagai Aset Warisan, maknanya kita macam Germany, kita nak macam Germany. Germany ialah di mana kampung-kampungnya mempunyai GDP yang sangat tinggi. Maknanya, kita still nak ada jutawan-jutawan di kawasan kita, tapi tanpa merosakkan kampung kita menjadi kilang-kilang dan merosakkan bukit-bukit kita.

Jadi, dalam soalan saya kata kita nak menghidupkan sungai aset semulajadi kita Sungai Prai, Sungai Kulim, Bukit Suling Hill, Bukit Seraya, Bukit Langkap dan Warisan Padi Kampung Terus, Dua Lestari Desa Lestari yang dinobatkan oleh Kementerian Luar Bandar dan 33 Kampung Tradisi dan Tersusun di Penanti itu dikekalkan tetapi, mempunyai pendapatan yang tinggi. Kita gunakan aset kita tanpa merosakkan aset semulajadi ni, untuk menggiatkan pendapatan ataupun tingkatkan ekonomi di daerah. Jadi yang paling penting di situ, ialah kami memerlukan pengangkutan awam, satu. Kalau kita nak ramai orang pelancong datang ke sungai ke Kampung Terus, sebab Kampung Terus semasa kita buat Pesta Padi, ini pertama kali the last Sidang DUN kan. The last Sidang DUN saya buat Pesta Padi tu, kita hanya ada kurang kita ada beberapa minggu ja nak buat. Jadi kita bersama-sama dengan IADA, Jabatan Pertanian dan juga MPSP, Agensi-agensi dan juga especially orang-orang kampung. Buat pertama kali kita buat satu Pesta Padi yang dihadiri oleh international people. Ini 1st time, dan kita ada arca-arca padi, yang saya sedihnya bengkel yang kita gunakan untuk buat arca, 10 arca padi tu, telah disaman oleh MPSP dan dibawa ke mahkamah pada 15 haribulan November ini. Saya dihubungi kelmarin oleh Pak Lang Nasir. So, Pak Lang Nasir dia buka bengkel, ini bengkel yang buat pertukangan you know kayu, dan kita gunakan padi-padi yang kita dah tuai masa bulan Ogos tu, kita gunakan untuk buat artwork, untuk buat arca warisan padi, macam mana ada kereta lembulah, macam mana orang tuai padi dulu-dulu, dan mendapat liputan yang sangat meluas dalam semua surat khabar Cina, Melayu dan juga Inggeris. Dan infact masa tu saya dapat apa ni lawatan daripada landskap International Landscape, Pertubuhan International Landscape yang baru-baru ini datang berjumpa dengan EXCO Pelancongan dan juga Ketua Menteri untuk mengatakan ‘The World Landscape Symposium’ akan dibuat di George Town, dan satu acara yang lawatan dia orang bawa ke Pesta Padi di Kampung Terus. Itu dia orang punya isu, hanya yang saya sangat sedih bila Ketua Menteri sebut Pesta Padi akan dipindahkan ke Balik Pulau. Ya, ini saya rasa sangat sedih sangat macam terkejut…(gangguan). Y.A.B. Ketua Menteri: Tambahan dari Penanti. Tambah satu lagi di Balik Pulau.

Tak, kalau tambah tak apalah. Tapi, kita semua sangat terkejut sebab saya haraplah macam kita buat sendirikan, saya pun guna duit saya sendiri mula nak dapat duit ntah zaman bila tak tahu lah lagi kan. Anyway, kita buat dengan usaha orang-orang kampung, sebab orang-orang kampung ni dia nampak, pesawah-pesawah padi, income pesawah padi sekarang hanya macam dalam RM700 je sebulan, untuk kalau yang ada 1.5 ekar macam tu. Jadi, aktiviti agro pelancongan agro padi ini dan juga disebabkan ada Sungai Prai di tepi sawah, kita buat pesawah-pesawah padi dia orang jadi nelayan sungai dan juga bawa, bawa masa tu 1,300 orang yang datang dua (2) hari tu naik bot. Jadi, saya saya harap yang usaha yang kami usahakan tu dibalas dengan dengan rasa sokongan. So, macam Pak Lang Nasir dia yang susah payah buat arca-arca padi disaman, sampai dia kata tak payahlah saya pi jual baju ja lah lepas ni. Sayang sangat untuk Pulau Pinang. Sayang sangat untuk Pulau Pinang. Di saman oleh MPSP sebab buat bengkel untuk kita buat arca padi itu buat arca padi itu kita kena ada bengkel pertukangan masa kita nak siapkan all even now sekarang diaorang dapat banyak sangat order-order for MAHA for MAHA dia orang durian yang besar, arca padi itu yang dibuat daripada jerami padi jadi saya nak mohon Kerajaan Negeri kalau nak ambil tindakan, saya rasa sebab ini adalah pertukangan menggunakan hasil padi. Jadi please jangan saman sampai bawa ke Mahkamah, Mahkamah punya hearing is on 15 November saya mohon MPSP tarik balik saman itu dan bagi lesen yang sah sebab sekarang ini yang belajar apa yang kita boleh buat dengan anak-anak kampung di situ yang tak ada sawah mereka boleh belajar untuk buat arca padi, the skill sebab Pak Lang Nasir pun dah umur 60 lebih so dia turunkan skill so sekarang yang running yang buat tu semua macam orang-orang OKU yang teror, orang-orang kampung di situ. Itu adalah satu skill yang baru dan saya harap penduduk kampung diberi galakan. Show some appreciation

dan please buat Pesta Padi dan bagi sokongan kepada Pesta Padi Pulau Pinang di Kampung Terus. Kalau penduduk nampak yang kita dah buat susah payah lepas itu projek itu di hijack ke Balik Pulau mereka memang akan rasa sangat geram macam saya kan sekarang ini. Okey jadinya ya tapi rasa macam itu, anyway jadi kalau kita nak lebih hari itu yang datang 7,000 orang pengunjung walaupun hanya dua (2) hari dan Think City buat satu video yang sangat cantik semasa festival itu. BERNAMA pun camping dekat situ selama dua hari dan akan keluar mungkin saya dah miss dalam TV tapi akan keluar cerita itu. Apa yang kami nak ialah pengangkutan awam, saya dah minta ini dah bertahun-tahun kita pun dah jumpa SPAD masa itu dia tak geng kan dia bawah BN tapi sekarang ini mungkin masa itu dia tak naklah dia tak nak tolong kita. Apa yang saya mohon mungkin hari itu pengusaha tempatan yang duduk di Kampung Terus itu dia sekarang dah tak nak buat dah shuttle van sebab dia dok bawa van kilang dia ingat van-van kilang ini dijadikan untuk bawa pelancong tapi tak ada lesen sebab kita minta lesen Bas Mini Desa dan bas mini sebab kalau nak masuk kampung kita kena ada yang kecil-kecil orang tak nak naik bas Rapid yang besar itu yang penuh dengan Bangla orang tak nak orang takut. Jadi orang nak yang special van orang panggil Feeder Shuttle Van dalam Penanti sebab Penanti sekarang tak ada pengangkutan awam. Jadi kita mohon sekali lagi kepada Kerajaan Negeri tolong bantu kami untuk ada satu feeder shuttle sistem supaya orang dari Pulau boleh datang ke Kampung Terus. Boleh datang ke festival kita tak perlu pergi ke Kedah untuk tengok sawah padi boleh datang ke Pulau Pinang dekat je like 30 - 45 minutes camtu dah sampai, dalam 40 minutes pun dah boleh. Nextnya berkenaan dengan topik yang teras kedua itu, pengalakan penyertaan rakyat dalam perniagaan. Apa yang kita telah mulakan bersama juga dengan EXCO Pelancongan ialah kita nak usahawan-usahawan wanita di kampung-kampung yang pandai masak rendang ke, masak sambal ke, buat apa-apa masakan dia ataupun kerepek ke apa ka bantu mereka untuk menggunakan teknologi. So apa yang kita dah mulakan ialah program di mana mereka sudah ada bakat memang telah berniaga kecil-kecilan di rumah hanya dia buat secara manual by hand dia hanya boleh produce contoh 1,000 sahaja sehari tetapi bila kita automate kan proses itu dia boleh buat sebagai contoh 5,000 dalam 15 minit dan tak semestinya automation tetapi juga apa yang kita memperkenalkan kepada orang-orang kampung wanita-wanita kampung terutamanya yang menyertai program ini seramai 138 wanita. Mereka macam memang minat tapi nak buat masakan itu proses itu, pakaging dia sangat susah dan makanan itu akan go bad sebab itu kita introduce retort technology untuk minuman ataupun makanan yang dimasak supaya bila dia jual dia tak perlu masukan dia cari freezer ke fridge ke tak perlu dan juga kalau dia buat rendang, rendang masakan dia enam (6), tujuh (7) jam jadi kalau kita bagi heat distributed periuk untuk dia dia tak payah jaga dia boleh jaga anak dia dia boleh buat kerja lain rendang dia masak. Jadi kita buat program-program begini bersama kita tieskan dengan bantuan Kerajaan Pusat sebab terdapat banyak grants-grants dari Agro Bank dan juga dari MARA yang bagi bantuan grants sampai RM100,000 sekarang memang sudah ada so kita ada a few people yang buat sate tu dah dapat maknanya kita automate kita guna teknologi untuk orang-orang kampung dan ia boleh Berjaya. Sebagai contohnya saya rasa yang paling bagus saya rasa Che‘ Nor Sambal Garing, Che‘ Nor Sambal Garing is only 31 years old dia dulu berniaga cendol di pasar-pasar malam bersama family dia tapi dalam dua tahun dalam dua tahun dia buat sambal garing dan dia letak sambal garing dia di seluruh Malaysia dia dah boleh dapat pendapatan RM6.0 juta sebulan dalam dua (2) tahun. So saya nak sebut di sini yang apa yang program yang kita buat sekarang ini dengan orang-orang kampung, kita memang serius untuk menjadikan wanita-wanita di kampung mempunyai pendapatan yang tinggi dengan menggunakan teknologi dan automation, by the way my PhD is on Technological Innovation that why saya memang galakkan wanita-wanita kampung untuk gunakan teknologi. Okey lagi satu, berkenaan dengan dengan perniagaan. Isu lagi satu ialah bila wanita-wanita ini nak dapatkan grant ataupun soft loan sekarang ini macam bank Agro Bank dia bagi 3.75% sahaja interest lebih murah daripada 8% interest yang dicaj oleh PDC, Tabung Harapan dan tapi syarat dia kena ada lesen peniagaan dari PBT dan kena ada premis perniagaan. Premis perniagaan memang susah nak cari sebab itu saya buat soalan saya tanya boleh tak Kerajaan Negeri mengambil alih bangunan-bangunan terbiar seperti PERDA City Mall. Maknanya PERDA

City Mall itu dah ada kat situ tak payah ada conversion tak payah nak dapatkan Pelan Merancang apa benda bangunan itu dah memang ada banyak lagi bangunan lama yang di depan PERDA City Mall sebagai contohnya ini di Seberang Jaya yang boleh dijadikan Pusat Pemasaran. Maknanya kita boleh macam kita pergi Korea macam kita pergi Korea kita shopping kat situ semua benda semua mak nenek semua ada kat situ dan maknanya peniaga tak perlu ada middle man kita boleh maknanya kita tak payah bina bangunan, baru bangunan itu dah ada hanya terbiar so saya cadangkan supaya Tapak Ekspo Seberang Jaya juga di rejuvinasikan seperti pasar borong Singapore yang very nice high class cantik dan juga supaya usahawan-usahawan kita mempunyai premis perniagaan sebab itu adalah syarat untuk mereka mendapatkan bantuan kewangan daripada bank daripada PDC daripada semua agensi-agensi Kerajaan. Seterusnya, okey ini pasal isu memelihara kekayaan khazanah warisan negeri. Ini point number 68, 69, 70 di muka surat 29 dalam ucapan bajet tapi semua tempat-tempat yang disebut-sebutkan warisan ini semuanya terletak di Pulau di George Town. Jadinya saya mempunyai saya ada buat soalan yang semasa perasmian Pesta Padi, Pengarah Warisan MPSP dan juga Timbalan Menteri Pelancongan mencadangkan agar tanah warisan padi tertua di Seberang Perai yang sejak 1800 diwartakan sebagai warta kebangsaan sebab di situ mempunyai 173 hektar warisan padi yang seperti saya kata tadi kita nak gunakan pelancongan Agro Padi ini untuk meningkatkan pendapatan kawasan terutama kepada pesawah dan nelayan sungai. Jadinya disebut di sini dia akan mengambil tempoh enam bulan jadi saya harap sangat kepada MPSP dan Kerajaan Negeri betul-betul akan mengkaji kawasan ini. Di samping itu Pertubuhan Lanskap Sedunia yang nak buat Simposium Sedunia di George Town dan akan buat acara di Pesta Padi di Kampung Terus mereka telah mencadangkan supaya kawasan warisan Padi di Kampung Terus itu masuk dalam Competition Cultural Landscape untuk cultural landscape, saya harap kalau kita boleh menang di peringkat dunia Kerajaan Negeri akan lebih memberi sokongan tapi yang ini sangat penting kalau boleh mewartakan kawasan ini untuk warta kebangsaan dan maknanya penduduk-penduduk dulu yang angkat sepanduk bantah solar farm tu akan lepas ini merasakan Kerajaan Negeri prihatin dan menjaga kawasan mereka.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah?

Dah sikit a few minutes saja, okey yang paling penting saya menyokong usaha YB. Chong Eng, EXCO Wanita yang mengangkat Briged Wanita menjadi satu badan baru iaitu Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga dan satu dialog yang telah saya hadiri baru-baru ini bersama YB. Chong Eng, Padang Lalang dengan semua ketua-ketua Briged Wanita mereka semua sebulat hati menyokong usaha ini sebab ia memperkasakan wanita, wanita tidak perlu ada di bawah JKKK yang mostly nya kalau Penanti ada pengerusi JKKK wanita tapi selalunya Pengerusi JKKK lelaki jadi ini adalah satu jawatankuasa yang Pengerusinya wanita, Setiausaha wanita, Bendahari wanita dan AJK yang berapa belas itu semuanya wanita dan saya harap Kerajaan Negeri kita juga minta supaya peruntukan yang diberi kepada MPKK RM10,000 diberi kepada Jawatankuasa ini dan duit RM30,000 yang diberi kepada peruntukan diberi kepada Briged Wanita dikekalkan. Maknanya ya, maknanya RM10,000 kepada Jawatankuasa seperti sama kita tak kurang tak lebih seperti MPKK sebab MPKK dapat RM10,000 dan kekalkan YB. PKN ada di situ, please, tolong kekalkan peruntukan RM30,000 untuk Briged Wanita dan saya di dalam dialog itu semua ketua-ketua wanita saya harap ADUN-ADUN di Dewan ini, please sokong Briged Wanita kita. Bagi mereka elaun buat kerja kan dia suri rumah kesian dia kan. Rata-rata mereka suri rumah jadi bila dia keluar susah payah tolong kita semua bagilah macam saya saya bagi RM20.00 seorang, RM30,00 atleast cover macam ziarah Deepavali. Saya pergi ziarah kita pergi 46 family kita bagi RM100 setiap family dan wanita-wanita yang ikut briged kita pun kita bagi elaun sebab dia susah payah jalan house to house. Jadi kalau wanita itu dia rasa dihargai dia lebih akan bagi sokongan kepada ADUN-ADUN kita di sini lagi dia sayang nanti PRU-15 semua Alhamdulillah dah siap ramai orang tak perlu risau, okey.

Lagi satu yang mereka minta ialah TASKA di rumah, saya ada buat soalan berkenaan KEMAS. Jadi saya ingatkan dulu KEMAS di bawah UMNO rupanya jawapan ini kata mereka perlu mengikuti kursus untuk menjadi guru KEMAS. Jadi mereka juga minta supaya taska-taska, saya harap JKM kalau ada di sini boleh bagi lesen taska di rumah kepada wanita-wanita kita because bukan semua orang pandai memasak, kadang-kadang setengah orang pandai mengasuh. Mungkin tambah lagi satu ajar mereka bagaimana buat taska untuk warga emas ataupun orang-orang yang sakit plaintive supaya mereka ini mempunyai sijil macam Hospis Malaysia, bagaimana untuk menjaga orang-orang tua dengan cara yang betul. Ini kepada favourite topic saya, STEM. Kita punya Dewan Guar Perahu kita yang RM2.0 juta itu sudah siap, Alhamdulillah. Saya nak ucapkan banyak terima kasih kepada PBA yang telah memasang air dua (2) hari lepas. Jadi dengan adanya air, saya dah bagitau tech dome, kita boleh latih 150 anak-anak dalam di dewan baru kita secepat mungkin. Jadinya saya nak sebut juga di sini, bila saya pergi ke Western Digital dan juga apabila Plexus. Plexus mempunyai sales di Pulau Pinang RM1.2 billion tapi bila dia datang jumpa saya, yang mat salleh ni, dia orang satu team jumpa saya, mereka jumpa saya sebab mereka risau. Dia susah nak cari tenaga pekerja yang mahir dalam mekatronik. So apa yang dia orang, kita akan start bulan dua ini, ambil semua pelajar-pelajar yang mendapat markah teruk dalam SPM, yang tak ada harapan untuk masuk universiti atau kolej, tak payah buang masa masuk kolej apa-apa, just masuk dalam Plexus, dia akan bayar gaji dan bayar untuk pembelajaran dan dalam beberapa belas bulan akan dapat sijil dan kalau tiga (3) tahun dapat diploma. Syarikat lain juga yang ada di Batu Kawan iaitu PKP, baru ini saya menjadi juri dalam Young Social Preneur Competition di mana 7,000 orang dapat masuk, pesertalah. So dapat masuk dalam Malaysia Book of Records. Di situ juga PKP sebab dia adalah company logistic, dia ambil pelajar-pelajar yang dia buat universiti di dalam kilang dia. Okey, jadinya saya ingin sebutkan di sini, bila kita tengok Western Digital, even pekerja operator yang angkat-angkat barang pun diganti dengan non-human, diganti dengan robot yang tak akan buat salah apa pun, dia tak perlu manusia. So apa yang dia nak? Dia nak people dalam PhD dalam big data sebab dia ada banyak sangat data, data analytics, sekarang ini pun dia dah ada 20 PhDs dan saya sangat gembira bila saya pergi dengan Y.A.B. CM, saya punya staff dulu, engineer di kilang saya, dulu saya naib presiden, sekarang dia adalah, dia sekarang adalah Ketua Engineering di Western Digital. Dia yang terangkan kepada CM the whole process and everything. Maknanya dulu masa kilang with me, kita, masa kilang masa saya buat dekat EAC dulu, kita ambil 10 PhD’s student dan letak di kilang kita dan dia orang buat PhD dalam kilang kita dan dia orang dapat PhD dari UM, UKM dan beberapa universiti tetapi duduk buat di dalam kilang. Dan masa itu kita buat on the stake die, tapi bila saya pergi sekarang ini, di Western Digital, dia dah buat 16 stake die, it is the most advance dalam business region. Maknanya di Pulau Pinang kalau kita nak kekalkan this sort of pekerja yang diperlukan, kita kena ada STEM yang macam kita usahakan di Penanti ini dan saya harap Kerajaan Negeri akan bantu release seriously just like you bantu Penang Science Cluster, Penang Science Café di tempat-tempat lain di Pulau, bantu kami sama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sekian, terima kasih.

Oh, yeah. Just one more, it’s klinik bola. Ni pun saya sangat sedih, saya tulis nothing, kita nak buat apa dengan soalan ini. Dalam muka surat 33 membudayakan sukan dan riadah, kan saya usahakan klinik bola ini dengan cikgu-cikgu dan pelatih-pelatih yang memang dedicate sangat setiap Ahad kita latih dan kita ada 265 anak-anak kampung yang ada yang sampai sekarang bila Nurul Izah, bila jumpa parents dia, dia sudah sampai belajar ke Germany. Budak-budak, hari itu masa kita pergi dengan menteri, ada yang sampai pergi ke France, ada yang dah menang beberapa pertandingan sampai pergi ke UK. Ini budak-budak kampung kita jadi saya harap dan baru ini masa Pesta Padi, sekolah dari Taiwan mai lawan dengan anak-anak kampung di Penanti. Ini adalah percuma, klinik bola setiap Ahad dan saya harap Kerajaan Negeri akan membantu naik tarafkan kawasan padang tu, macam yang kita mohon dari dulu, CM yang lepas dia janji tapi tak buat-buat, saya harap CM kita yang kita sayangi ni, yang baik sangat ni, akan menunaikan, akan membantu anak-anak kampung ini untuk naik taraf padang.

The other one yang kita sedih ialah padang bola di Taman Guar Perahu. Taman bola ini, 99 orang sign petition, please naik taraf, at least repair tapi jawapan yang saya terima ialah ini adalah kolam takungan air, pastu bila saya dengar ini saya rasa macam heran sebab dulu pada 2015, saya hantar satu pelan merancang untuk buat satu taman rekreasi bersepadu yang ada futsal, sudah dibina, dewan badminton, siap. Dewan serbaguna untuk pembelajaran robotik dan sains, siap dan the biggest street workout park yang kita bina sendiri dengan budak-budak, itu pun siap. Hanya yang kita tak ada sekarang ni, padang bola. Maknanya dalam bila hantar ke Jawatankuasa Kerja Tanah, Jawatankuasa Kerja Tanah telah luluskan sebab JPS kata tanah lapang itu tidak berfungsi sebagai kolam takungan air dah, dah lama dah taman itu wujud since 1960. Jadi memang dah lama tidak diperlukan lagi sebagai kolam takungan air. Jadi please tolong just, satu ialah buat pagar, buat pagar di dewan itu sebab sekarang ni terbuka kan. Kadang orang dadah ke apa dia nak curi besi ke dia dah vandalize. Lepas tu, pleaselah, tolonglah, tolong buatkan padang tu so semua orang akan sangat suka. Oh, rasanya dah habis dah kot. Okey, saya rasa ada banyak lagi tapi rasanya dah sampai masa kan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah lama sampai.

Takde lah itu dah cover. Ha, last one, last one. Last one untuk kesihatan. Saya ada mohon mobile clinic sebabkan di kampung-kampung kan, bila orang nak datang ke klinik kesihatan dia check up semua sangat susah sangat. Jadi kalaulah Dr. Afif ada buat program mamogram, ini satu penambahan sikit saja. Buat untuk pemeriksaan kesihatan warga emas dan pesakit plaintive cara bergerak di seluruh kampung dan taman perumahan sebulan sekali macam itu untuk check tahap kesihatan, bagi ubat, bagi bimbingan macam mana nak jaga warga emas dan sokong moral kepada mereka yang menjaga. So saya harap ia akan dipertimbangkan dan dengan ini saya menyokong. Terima kasih banyak kepada semua kakitangan kerajaan, pejabat daerah, JPS, JKM, JKR dan semua yang telah membantu Penanti dan semua juga kepada EXCO-EXCO dan semua yang telah membantu, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Bukit Tengah, sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Speaker untuk memberi saya satu peluang mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2019. Dato’ Speaker, saya tidak akan mengambil masa yang sangat-sangat panjang, bukan mengikut standard Penanti tetapi sudah tentu tidak selama Sungai Dua tadi yang nampaknya lebih panjang ucapannya dari ucapan CM sendiri semasa pembentangan bajet. Dengan izin, Dato’ Speaker, saya terlebih dahulu ingin memuji CM kita atas ucapan belanjawan pada hari Jumaat yang lalu, 9 November, minggu lepas yang telah menyatakan rancangan dan harapan beliau untuk Pulau Pinang bagi tahun depan. Saya tau, Dato’ Speaker, 10 tahun kebelakangan ini amat mencabar bagi Kerajaan Negeri dalam mentadbir Pulau Pinang khususnya apabila Pulau Pinang pada masa itu merupakan satu Negeri Pembangkang dan lebih-lebih lagi apabila kita tidak mempunyai pada masa itu, pengalaman langsung dalam kerajaan. Tetapi di luar jangkaan, against all odds…(dengan izin), dan dengan menghadapi satu keadaan dengan menghadapi satu Kerajaan Persekutuan BN yang tidak ramah, pencapaian Yang Berhormat Lim Guan Eng dan pentadbirannya selepas selama 10 tahun terakhir adalah tidak kurang, there’s no less, luar biasa dan extraordinary. Sebegitu luar biasa prestasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjadi satu pameran, showcase bagi Harapan bagi menyakinkan rakyat seluruh Malaysia, memilih satu kerajaan baru dalam PRU yang sebelum ini, 14. Dengan memupuk tiga prinsip perpaduan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, CAT tanpa toleransi terhadap rasuah dan pembaziran. Kerajaan Negeri kita di bawah pimpinan Lim Guan Eng telah mencapai hasil yang luar biasa. Melalui lebihan bajet yang jauh lebih besar, accumulated surplus budget yang jauh lebih besar dari 50 tahun semasa Barisan Nasional menjadi Kerajaan di Pulau Pinang daripada 1957 sampai 2007. Meningkatkan rezab, rezab

terkumpul sehingga RM1.8 billion dan mengurangkan hutang negeri kita menjadi paling, yang paling rendah dalam negara kita. KDNK Pulau Pinang di bawah Pakatan terus meningkat. Mengikut ucapan daripada CM lalu, dari RM73.7 billion pada 2016 kepada RM77.6 billion dalam tahun 2017. Dalam tahun 2017, Pulau Pinang juga telah berjaya menarik pelaburan langsung asing FDI bernilai RM8.5 billion. Dengan pengurusan yang hemah, mengenai asas sumber hasil kerajaan kita, Kerajaan Pulau Pinang dapat mengembalikan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan seperti i-Sejahtera, yang memberi manfaat kepada hampir 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang berjumlah RM412 juta sejak ia dilaksanakan dalam tahun 2008. Jadi apabila pagi ini kita mendengar Sungai Dua, Yang Berhormat Sungai Dua mengatakan bahawa dia kata macam bajet tahun ini tak ada banyak keistimewaan, mungkin sebab dalam 10 tahun lepas ini, terlalu banyak pencapaian telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Dan saya juga amat gembira dan mengambil maklum bahawa CM kita telah pun memutuskan untuk meneruskan program-program ini ke 2019 dengan anggaran RM45 juta. Kudos to the our new CM. Kisah kejayaan kita tidak berakhir di sini, kita harus menerima ikut kata-kata CM dalam ucapannya. Dalam nasihat yang diberikan, CM telah pun telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, supaya kita jangan terlalu complexion, jangan terlalu gembira dengan pencapaian lalu kita, jangan bersikap selesa dan sambil lewa. Saya tidak boleh bersetuju lebih dengan CM kita. Perubahan bersejarah kerajaan di peringkat Persekutuan telah memberi negara kita dan Pulau Pinang satu kelahiran semula. A rebirth, a reset button, untuk membolehkan negara kita satu peluang yang benar, harapan yang bagus, untuk membina negara kita semula termasuk Negeri Pulau Pinang. Dan dengan itu, kita boleh haraplah bahawa niat dan hasrat nenek moyang atau founding fathers kita ketika mendapat kemerdekaan daripada British dapat dilaksanakan. Oleh sebab itu CM pada, Ketua Menteri pada 29 Ogos telah mengumumkan perancangannya bagi Pulau Pinang bagi dua belas tahun (12) ke depan dan wawasannya Pulau Pinang 2030 untuk melaksanakan satu Pelan Tindakan yang memfokuskan kepada peningkatan kehidupan, ekonomi, penyertaan awam dan pembangunan seimbang untuk mencapai sebuah negeri yang berteraskan keluarga satu negeri, hijau dan pintar untuk membina, membina Dato' Speaker, atas kejayaan Lim Guan Eng untuk Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Dan dengan jelas kita melihat visi Pulau Pinang 2030 ini dimasukkan dalam belanjawan Pulau Pinang untuk Bajet 2019, dengan penekanan diberikan kepada pembangunan infrastruktur, inisiatif bandar pintar, perumahan yang mampu milik, penjagaan kesihatan, pendidikan, pembangunan seimbang dan mampan dan banyak lagi. Saya memuji CM memimpin Malaysia lead the way...(dengan izin) dalam baru-baru ini pada 6 Oktober menandatangani MOU dengan UN Habitat untuk mempromosikan The United Nation Development Golds untuk membawa satu pembangunan Pulau Pinang yang akan, yang akan apa ni pembangunan seimbang dan mampan, dan dalam perkara ini saya harap CM kita akan menerangkan secara terperinci bagaimana peruntukan RM1.0 juta yang diperuntukkan dalam bajet bagi tujuan ini akan dibelanjakan. Pada masa yang sama penduduk Seberang Perai sudah pasti saya rasa akan sangat gembira untuk mengetahui bahawa Kerajaan Negeri akan pada masa terdekat membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaiktarafkan status MPSP kepada status Majlis Bandaraya. Walau pun kita teruja dengan masa depan kita, although we all excited with our future to rebuild our country,...(dengan izin) tetapi perkara ini bukan senang seperti yang telah pun diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini dalam ucapan bajetnya disebabkan hutang dan liabiliti yang lebih daripada RM1.0 trilion yang kita warisi daripada kerajaan Barisan Nasional lalu, dan dalam bajet baru-baru ini, Bajet Persekutuan khususnya untuk Pulau Pinang dua (2) perkara disebutkan dalam bajet tersebut iaitu satu menghapuskan tol di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang Kedua dan yang kedua adalah untuk memberikan insentif cukai bebas untuk Port Swettenham dalam bentuk kedai bebas cukai untuk menarik pelancongan. Saya tahu orang Pulau Pinang…(gangguan).

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon laluan, Yang Berhormat Yang di-Pertua saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Bukit Tengah, adakah Bukit Tengah bersetuju bahawa pemansuhan tol motosikal itu adalah hasil perjuangan Barisan Nasional. Mohon penjelasan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya terkeliru dengan soalan itu sebab untuk satu masa yang lama Pakatan Harapan atau Pembangkang telah lama berjuang untuk menghapuskan tol dan yang nak juga mengekalkan tol adalah Barisan Nasional. Jadi saya rasa memang ini adalah usaha Pakatan Harapan dengan usaha kerajaan baru, minta maaflah UMNO tak boleh dapat benefit....(dengan izin) kali ini nak dapat kesempatan itu, saya ingat tak bolehlah no. Seterusnya no mana tadi no saya telah hilang kosenterasi saya. Oh ya, saya katakan tadi sudah tentu rakyat Pulau Pinang nak dengar lebih banyak lagi daripada Kerajaan Persekutuan mengenai perbelanjaan bagi Pulau Pinang seperti permohonan RM1.0 Bilion untuk projek perbelanjaan Tebatan Banjir ataupun butiran mengenai menaiktaraf Lapangan Terbang Pulau Pinang tetapi kita faham kerana kekangan kewangan negara kita maka rakyat Pulau Pinang kita bersabar, kita terus bersabar dan menunggu. Walau bagaimana pun, walau pun kita rakyat Pulau Pinang atau pun Kerajaan Negeri mahu berdikari, mahu bebas untuk mentadbir pembangunan tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, kalau boleh kita mahu, we want to be independent...(dengan izin), tetapi kita mempunyai terhad, we have our limitation....(dengan izin) seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, beliau berkata dalam ucapan beliau, ucapan bajet bahawa kita berharap untuk mengutip RM505 juta dalam sumber hasil dan menurut beliau dan ini kerana kita mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan kita tidak ada punca pendapatan baru. Pada masa yang sama kos perbelanjaan mengurus tahunan kami yang diwajibkan oleh Kerajaan Negeri untuk membayar terus meningkat seperti emolument, kenaikan gaji perkhidmatan dan perbekalan dan Bajet Perbelanjaan Mengurus sahaja yang dicadangkan tahun 2019 adalah RM901.1 juta. Oleh itu saya percaya apabila sumber hasil kita terhad. CM kita telah pun mengeluarkan satu kenyataan apabila ditanya oleh surat khabar baru-baru ini mengenai bajet Persekutuan. Beliau kata walaupun kali ini Pulau Pinang tidak menerima banyak goodies...(dengan izin) tetapi Kerajaan Pulau Pinang akan terus memohon bagi peruntukan-peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan. Untuk saya Yang Berhormat-Berhormat, ini membawa satu, membawa kepada satu fokus yang lebih besar yang saya rasa kini adalah masa untuk kita mengkaji semula. Apa itu? Untuk saya perkara yang paling penting yang kita harus mengkaji semula adalah perhubungan federalisme dan negeri. Federal state relation dan perkongsian kuasa, the power sharing arrangement between the federal and the state....(dengan izin). Saya rasa bahawa ini adalah satu perkara yang kita kena teliti semula dan kita harus mengkaji semula. Sebab kita tahu untuk satu masa yang lama di Malaysia terdapat terlalu banyak over descentralization....(dengan izin), kuasa-kuasa pemusatan Kerajaan di Pusat, sehingga negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan negeri mereka. Kita perlu meneliti semula Jadual 9, Perlembagaan Negara kita, semak semula senarai Persekutuan, senarai negeri dan senarai current list....(dengan izin). Ini adalah senarai dalam perlembagaan yang jelas yang apa ni membahagikan kuasa-kuasa membuat perundangan ataupun kuasa-kuasa mentadbir di antara persekutuan negeri. Kita kena lihat balik mungkin kena pada masa ini, kita kena lihat balik sama ada untuk meminda list-list...(dengan izin) tersebut, untuk memberikan lebih kuasa kepada negari kita. Dalam hal-hal seperti, iya.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Bukit Tengah, dalam ucapannya pembentangan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membayangkan bahawa semangat federalisme....(dengan izin) itu akan dikekalkan dan pengagihan kuasa akan dilakukan secara berperingkat, akan mengembalikan kuasa-kuasa negeri kepada negeri atas semangat federalisme....(dengan izin) dan kita lihat dalam 60 tahun terlalu banyak kuasa

dirampas daripada negeri, bukan sahaja dari negeri, Kerajaan Tempatan pun mereka rampas sekali sehingga Kerajaan Tempatan menjadi seolah-olah Kerajaan Tempatan hanya untuk menguruskan sampah, solid waste management….(dengan izin) itu yang terpulang kepada. Adakah Yang Berhormat Bukit Tengah bersetuju jika sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan juga membenarkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diadakan semula? Pandangan Yang Berhormat Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Atas isu pemilihan Local Government Election....(dengan izin), saya tahu dan dalam sesi lalu dan baru ini saya telah pun bertanya perkembangan mengenai usaha kerajaan kita untuk berunding dengan kerajaan persekutuan untuk mengadakan Local Government Election...(dengan izin) dan kita boleh lihat daripada jawapan yang cukup terperinci daripada Kerajaan Negeri bahawa memang sudah ada pun langkah-langkah yang sedang diambil, dan dengan Kerajaan Persekutuan sekarang yang lebih friendly...(dengan izin) yang lebih ramah, saya percaya bahawa dalam masa jangka lama, kita, saya berharap kuasa decentral ini we were see a greatest decentralization and the evaluation of federal power to the state and...(dengan izin) untuk saya kita perlu memulakan diskusi ini daripada masa sekarang. Saya ingin teruskan dengan seperti yang saya katakan tadi kita harus memberi, federal atau pun Kerajaan Pusat harus memberi lebih banyak kuasa kepada negeri kita seperti dalam hal-hal seperti pendidikan, pengangkutan, pendidikan dan pengawalan Polis. Saya beri satu contoh, untuk pengawalan polis atau policing services...(dengan izin) di negeri, di negara Kanada mereka ada pihak-pihak atau skuad-skuad sub Polis, sub national sub reginal, untuk Toronto punya Polis service...(dengan izin) ia berasaskan perbandaran. Bayangkan majlis, MPSP yang jaga ataupun bekerjasama dengan local punya perbandaran police force...(dengan izin). Mereka di sana ada satu billion annual budgeting untuk Toronto Police Force...(dengan izin). Ambil pula contoh di Balai Polis Bukit Tengah, kawasan saya yang dikawal daripada Bukit Aman, tetapi pada masa yang sama Balai Polis Bukit Tengah tak cukup Pegawai Polis untuk buat patrol...(dengan izin) kawasan yang cukup luas. Untuk menyelenggarakan Balai Polis, nak buat wiring...(dengan izin) baru pun tak cukup duit, Dato’ Speaker. Jadi kalau kuasa-kuasa ini boleh diberikan kepada negeri maka saya rasa banyak perkara yang boleh dibuat. Pada masa sekarang Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa atas semua perkara penting meninggalkan Kerajaan Negeri dengan kuasa yang sangat kecil. Walau pun kita mempunyai EXCO Negeri yang menjaga kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan portfolio lain mereka sudah bekerja dengan sesungguhnya tetapi mereka untuk saya tidak mempunyai keberkesananya yang sepatutnya, they could do a lot more if they have bigger and wider power....(dengan izin) kerana semua struktur kawalan terletak di Kerajaan Pusat. Justeru, walau pun kita bersemangat, saya tahu di sini di Pulau Pinang, kita ingin mengembalikan PPS, Pasukan Patrol Sukarelawan Pulau Pinang tapi untuk mengembalikan to reinstead....(dengan izin) PPS kita perlu dapat kelulusan daripada persekutuan. Kenapa? Tricia Yeoh bekas pegawai penyelidik Pejabat Menteri Besar Selangor dalam artikelnya 2010, lapan (8) tahun lalu yang bertajuk “Revisiting the Federalist System, Federal-State Relations in Malaysia” dengan tepatnya merumuskan bahawa although the federal constitution it self recognises the sovereignty of each state, this spirit is not adequately imbued within the document...(dengan izin). Hakikatnya semangat atau roh federalisme....(dengan izin) kita hanya dalam kertas sahaja, tidak diamalkan dengan sepenuhnya. Kita juga perlu mengkaji semula peranan badan-badan yang pembuat dasar negara kita yang mengawal undang-undang yang boleh dibuat oleh negeri kita. Contohnya adalah Majlis Kebangsaan untuk Kerajaan Tempatan (NGLC) ataupun Majlis Tanah Negara (NLC). NCLG adalah satu badan yang membuat dasar kebangsaan untuk mempromosikan pembangunan dan kawalan kerajaan tempatan di seluruh Malaysia. Kerajaan Negeri mesti mengikut dasar yang dibuat oleh NCLG dan itulah di antara sebabnya kita dihalang daripada melaksanakan pemilihan Kerajaan Tempatan sebelum ini, sebab mereka tidak meluluskan permohonan Kerajaan Negeri. Ini adalah satu isu yang sangat dekat di hati kita di Pulau Pinang. Terdapat juga keperluan mendesak untuk melihat semula cara dana persekutuan diagihkan kepada negeri-negeri dan sudah tentu termasuk Pulau Pinang yang telah lama dilakukan dengan cara tidak adil dan tidak saksama.

Sebelum pun pakatan mengambil alih pada tahun 2008 Pulau Pinang, antara 2001 dan 2008 Pulau Pinang hanya menerima 3% daripada hasil cukai yang dikutip dari Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan. Pemusatan ataupun centrelization fiskal besar yang berlaku di Malaysia dapat dilihat secara fakta dalam tahun 2013 di mana bajet untuk semua 13 negeri di Malaysia digabungkan, telah digabungkan adalah bersamaan dengan hanya 6% daripada Bajet Persekutuan. Dan dalam bajet 2018, angka itu diturunkan sehingga 0.02% sahaja daripada perbelanjaan Persekutuan. Saya ingin meminjam satu (1) petikan daripada artikel yang ditulis oleh YB. Zairil Khir Johari, YB. Tanjung Bunga sendiri. Ini dalam tahun 2014. Tetapi saya rasa artikel yang ditulis beliau untuk berhujah mengkaji semula kontrak federalisme adalah amat tepat sekali dan betul. Di mana beliau berkata, “In this context whenever success like states like Penang have achieved have actually been in spite of over-centralized structure. Imagine his said, that Penang State Government operates on a budget that is smaller than the annual expenditure of some Malaysian universities. Smaller than some universities. And for the state to contribute half of Malaysia’s electrical and electronic exports, a third of manufacturing exports, two third of medical tourism receipts and nearly a tenth of the nation’s GDP, it is a scandal the YB. said that the democratically elected State Government is only able to spend less than half a percent of national budget”. Itulah ayat-ayat dulu. Sebab dia hebat sekarang hari ini dia jadi EXCO. Oleh sebab itu Dato’ Speaker, DAP dalam tahun 2009 telah mencadangkan bahawa Kerajaan Persekutuan mengagihkan 20% daripada hasil cukai negeri, it’s on 2009 untuk mengagihkan 20% daripada hasil cukai negeri yang dikutip dikembalikan kepada negeri-negeri as their entitlement ataupun kelayakan mereka. Kita tahu selama 60 tahun kebelakangan pentadbiran BN selalu melalui kawalan dan perbelanjaan dana persekutuan untuk bertahun-tahun melemahkan dan melayan negeri-negeri dengan tidak adil dalam perberlanjaan yang tidak seimbang, uneven spending ataupun dalam banyak kes ada preferential treatment, memilih, memilih kasih negeri-negeri yang tertentu untuk perbelanjaan pembangunan. So perkara ini telah pun banyak ditulis oleh pemerhati, penulis dari lama lagi lama dulu lagi. Ambil contoh kertas yang ditulis oleh Jomo KS bertajuk “The Political Economy of Malaysian Federalism” yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam tahun 2002. Dia berkata, “the overwhelming power of the center federal government at the expense of the states has increased over time since Malayan Independence in 1957 and the creation of the Malaysian federation in 1963. Even how to say. Undoubtedly the federal government has successfully used and abused its authorities and powers to overcome regional political opposition expressed in the capture of state governments”. This is what he said. 2002 hampir 20 tahun sebelum ini. Ingat apabila Pakatan Harapan menang Pulau Pinang dalam tahun 2008, apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional pada masa itu? Mereka menyalurkan semula dana pembangunan yang selalu disalurkan melalui pejabat daerah kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan (SDOs). Alright. Yang dilaksanakan oleh ICU. That was what they did. Cara dengan yang tidak adil begitu. Seperti yang saya sebutkan dalam perbahasan saya, dalam sesi lalu, semasa perbahasan ucapan YDP, saya telahpun menyatakan bahawa Pulau Pinang untuk satu masa yang lama di bawah pemerintahan persekutuan BN dilayan seperti Cinderella, anak tiri yang terabaikan dan saya telah pun menuntut untuk mengakhiri sindrom Cinderella ini. Pulau Pinang mesti dianggap as first amongst equals with the other states in Malaysia.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat, boleh saya mencelah sekejap? Saya minta tanya minta klarifikasi mengenai yang dicakapkan telah Pulau Pinang telah dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Walaupun begitu banyak dianaktirikan pada masa zaman pemerintahan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan, kita masih dapat membayar gaji kakitangan kerajaan kita, betul tak? So oleh itu walaupun dianaktirikan tapi pentadbiran masih dibuat dengan baik, walaupun dianaktirikan kita boleh jadi sesuatu kerajaan yang lebih bagus daripada Barisan Nasional dan parti-parti lain, betul tak?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya sangat bersetuju sebab kerajaan yang ambil alih dalam tahun 2008 seperti yang saya katakan tidak berasuah, tidak salah gunakan kuasa dan adalah satu kerajaan yang betul-betul boleh dipercayai oleh rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Tadi, saya okey saya sudah hilang sekali lagi. Saya tadi katakan bahawa sebab itulah pada sidang lalu saya telah pun bertanya, bertanya kepada Kerajaan Negeri berapakah projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dari tahun 2008 sehingga 2018? Dan jawapan yang saya dapat pada masa itu Dato’ Speaker adalah sebanyak 133 projek yang bernilai lebih daripada RM19 billion, RM19.8 billion yang tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah rancangan permohonan yang dibuat di bawah Rancangan-Rancangan Malaysia Ke-11. Jadi disebabkan itu saya rasa bahawa dengan satu perubahan kerajaan baru dipusat yang lebih marah, yang lebih friendly sekarang di peringkat persekutuan maka saya rasa rakyat Pulau Pinang akan berminat untuk mengetahui apakah langkah-langkah yang kita telah pun mengambil untuk meluluskan projek-projek yang telah pun dipohon sebelum ini untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang. Tetapi saya tidak, masa saya memang ada bangkitkan soalan ini tetapi ditolak tapi terima kasih kepada Dato’ Speaker jugak sebab beliau ada kata saya boleh bangkitkan semula persoalan ini dalam semasa sesi perbahasan saya. Oleh itu, oleh itu Dato’ Speaker saya atas isu-isu yang saya katakan tadi, sangat menyambut baik apabila pada 8 November Pemerintah Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam ucapannya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mendesentralisasikan fiskal dan memberi otonomi kepada negeri-negeri dalam semangat federalism yang sebenarnya. Beliau meminta supaya federal government, “to work with the state government to seriously consider the issues of fiscal decentralization and policy autonomy to the states”. Dengan mengambil amalan yang terbaik daripada negara-negara persekutuan demokratik lain dalam dunia, di dunia. Beliau mengatakan bahawa kita harus mengambil ataupun to draw from the semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan dan bukan untuk mengalihkan daripada, daripadanya. Di mana beliau telah mengambarkan Malaysia sebagai dikenali sebagai satu salah satu federalisme ataupun federation yang paling berpusat, the most centralized in the world. Dengan memberi autonomi, ada banyak Dato’ Speaker, ada banyak contoh yang kita boleh pelajari daripada decentralization seperti Suruhanjaya Grand di Australia mengenai pengagihan kewangan yang tidak berdasarkan pilihan politik tetapi kepada keperluan pembangunan dan negara-negara lain seperti Indonesia dan China yang sedang berusaha untuk desentralisasikan fiskal daripada pusat kepada Kerajaan Tempatan. Dengan memberi autonomi yang lebih besar kepada Kerajaan Negeri kita, dan dengan kebebasan dan fleksibiliti yang lebih besar untuk membuat keputusan di peringkat negeri, saya percaya kita akan dapat membangun dan maju dengan lebih cepat dan baik untuk Pulau Pinang kerana kita mempunyai dalam kedudukan yang terbaik untuk mengetahui apa yang diperlukan untuk negeri dan bukan birokrat yang ditempatkan jauh di Putrajaya. Walaupun saya terpaksa untuk kualifikasikan ayat saya itu sebab Ketua Menteri lalu kita sekarang menjadi Ketua Menteri, Ketua Kewangan, Menteri Kewangan di Kerajaan Persekutuan. Mengenai isu ini dengan adanya satu perubahan kerajaan di peringkat persekutuan baru, yang lebih bersimpati dan bersahabat, Kerajaan Negeri kita mesti memulakan proses perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai desentralisasi dan devaluation kuasa persekutuan ke negeri-negeri dan khususnya Pulau Pinang. Saya berharap Kerajaan Negeri akan dalam ucapan penutupnya kemudian menyentuh mengenai keadaan semasa hubungan persekutuan negeri, the federal state relations dan menyatakan bagaimana kerajaan kita boleh bergerak ke hadapan dan bekerja dengan Kerajaan Persekutan mengenai dasar desentralisasi untuk memastikan bahawa kita di Pulau Pinang akan dilayan dengan adil dan sama rata dengan negeri-negeri lain. Berkenaan dengan isu-isu yang berasingan yang lain pula, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menambahbaikkan proses belanjawan negeri kita dari segi pengawasan atau oversight dan keseluruhan kepada keseluruhan proses perbelanjawan dari sebelum proses pengubalan bajet sampai tahap pelaksanaan perbelanjawan

dengan tujuan untuk mempromosikan perbelanjawan awam yang lebih terbuka, partisipatif dan bertanggungjawab. Saya percaya langkah-langkah sedemikian adalah selaras dengan prinsip teras kerajaan pentadbiran CAT atau Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan. Jika kita melakukan ini, sekali lagi kita di Pulau Pinang akan menjadi ke depan, the first to lead in the new Malaysia yang masih belum melaksanakan. Kita boleh mengamalkan amalan yang terbaik daripada negara-negara maju di barat seperti cadangan yang luas yang dibuat oleh International Budget Partnership yang menerbitkan laporan negara tahunan mengenai ketelusan penyertaan dan pengawasan bajet. Akhirnya saya mempunyai beberapa soalan yang saya harap Kerajaan Negeri boleh menjelaskan. Menyentuh tentang isu menjadikan Pulau Pinang sebagai satu (1) negeri hijau yang menjaga persekitaran kita seperti yang disebutkan dalam bajet negeri, saya berharap kerajaan dapat memberi jawapan mengenai perkara-perkara berikut: 1. Bilakah JPS akan memohon untuk peruntukan Persekutuan 2019 bagi memuliharakan to rehabilitate Sungai Juru; 2. Berkenaan dengan pembersihan haram hutan bakau baru-baru ini di Juru yang ditemui dalam bulan Oktober, apakah tindakan yang akan dilakukan selanjutnya untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa penceroboh atas kerosakan yang, yang sebegitu serius; 3. Bilakah kita boleh mengharapkan persiapan rancangan untuk mewartakan hutan bakau di Seberang Perai sebagai rizab hutan simpanan? Bilakah ini akan disiapkan? Dan akhir sekali saya juga ingin bertanya mengenai pembangunan infrastruktur dan sama ada permohonan oleh JKR Pulau Pinang telah pun membuat bukan, minta maaf sama ada permohonan yang telah pun dibuat oleh JKR Pulau Pinang untuk menaik taraf jalan Permatang Tinggi ke Sungai Juru dari jalan tunggal dua (2) lorong kepada jalan berkembar empat (4) lorong telah pun diluluskan di bawah Perbelanjawan Persekutuan 2019. Ini adalah menurut jawapan yang diberikan kepada saya dalam soalan yang ditanya kepada sidang DUN, soalan bertulis saya. Saya ingin mengakhiri dengan mengatakan bahawa seperti yang saya katakan lebih awal sebelum ini, pencapaian Pulau Pinang dalam 10 tahun sebelum ini adalah cukup luar biasa di bawah pimpinan Lim Guan Eng dan he was kalau boleh diizinkan mengatakan he was the trailblazer, the trailblazer that really deep exceptional things, melakukan perkara-perkara yang luar biasa untuk Pulau Pinang. Dan saya mempunyai cukup keyakinan penuh bahawa Ketua Menteri baru kita Chow Kon Yeow, walaupun tidak sebegitu mungkin flamboyant seperti Lim Guan Eng, ada yang kata ada kata, Ketua Menteri baru kita agak senyap sedikit tetapi seperti sungai, Sungai Puyu, YB. Sungai Puyu pagi tadi kata, sorry Sungai Dua, dia kata Ketua Menteri kita ini steady, dia tenang, he is solid as a rock and I’m sure he will perform the greatest things for the states of Penang. Dan dengan itu saya tidak mengambil masa yang lama sebab Menteri Kewangan telah pun sampai dan ingin berucap jadi, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada EXCO-EXCO Negeri, penjawat awam dan GLC kerana melakukan yang terbaik dan cemerlang dalam menjaga Pulau Pinang untuk rakyat Pulau Pinang dan tahniah juga kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri tadi bahawa kita semua telah pun apa ni membuat pengisytiharaan harta untuk Ahli-Ahli Dewan Undangan yang baru dan saya berharap, saya berharap ADUN-ADUN daripada Sungai Dua dan UMNO dan PAS yang ada kalau belum buat kita haraplah kita boleh cepat-cepat buat sebab saya yakin bahawa perisytiharan harta ini tidak melanggari prinsip-prinsip UMNO dan saya juga yakin bahawa Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO tidak ada perkara yang ingin disembunyikan dan pemimpin-pemimpin UMNO di Pulau Pinang boleh menjadi berbeza daripada negeri-negeri lain untuk mengambil langkah bersama-sama dengan seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini untuk membuat perisytiharan harta bagi keyakinan sebab apa yang saya nak katakan di sini, yang saya nak akhiri, yang berbezanya adalah kepercayaan, yang pentingnya adalah mempunyai kepercayaan dalam negeri kita dan Kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan bahawa mereka boleh dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan kerja yang terbaik untuk Negeri Pulau Pinang dan juga Negara Malaysia. Dengan itu saya mengakhiri dengan menyokong Belanjawan 2019 seperti yang dibentangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Kawasan Bukit Tengah. Sila Ahli Kawasan Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Salam Harapan kepada semua ADUN-ADUN dan selamat berjumpa lagi. Saya ingin minta maaf tak dapat hadir sesi belanjawan iaitu yang pertama kali yang dibentangkan oleh rakan saya Yang Berhormat Ketua Menteri daripada Padang Kota kerana menghadiri Mesyuarat Kabinet bersama dengan rakan saya daripada Pantai Jerejak yang juga tak dapat hadir. Mungkin sesi ini beliau mungkin hanya akan dapat hadir pada akhir-akhir kerana sekarang beliau sedang bertugas secara rasmi di Negara Jepun. Oleh sebab itu saya bangun untuk memberikan ucapan mungkin bagi pihak suarakan di Dewan Undangan Negeri bagi pihak beliau juga, sama-sama kerana saya rasa Pulau Pinang adalah satu-satu negeri di mana ada 2 ADUN yang menjadi menteri penuh (Ahli Dewan menepuk meja) dan itu adalah sesuatu yang saya rasa menunjukkan bahawa sungguh pun sibuk dengan tugas kita, tapi kita masih amat menghormati Dewan yang mulia ini dan juga mengambil sebarang kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang berjalan dalam Dewan yang mulia ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk bangun menyokong Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada minggu lepas. Dato’ Speaker, ini merupakan belanjawan yang ke-11 di bawah Kerajaan Negeri Pakatan tetapi adalah belanjawan yang pertama di bawah Kerajaan Persekutuan baharu buat kali pertama dalam 61 tahun. Memang peralihan kuasa ini tak diduga. Adalah bukti kebijaksanaan rakyat bukan sahaja dalam membuat keputusan tetapi dalam memastikan ia berjalan secara aman dan damai. Memang ia merupakan satu detik bersejarah yang tak disangka berlaku tapi seperti yang selalu diungkapkan, manusia boleh merancang tetapi Tuhan menentukan segala-galanya, dan di sini rakyat menentukan segala-galanya. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih ke atas rakyat segala sokongan padu rakyat khususnya di Pulau Pinang yang sudah bersama dengan pihak Pakatan Harapan sejak tahun 2008 dan merupakan pelopor untuk memenangi Putrajaya pada 9 Mei 2018. Belanjawan pertama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang dibentangkan memang berpandukan kepada Visi Penang 2030 yang berteraskan 4 Tonggak Utama. Aspirasi ini adalah selaras dengan prinsip perjuangan yang didokong oleh Pakatan Harapan dan kini diterjemahkan dalam Kerajaan Persekutuan yang baharu iaitu memastikan yang pertama, memastikan sebuah negara bersih yang bebas daripada rasuah dan meritokrasi. Dua, menjamin pembangunan ekonomi mampan yang berteraskan keusahawanan. Ketiga, meningkatkan kesejahteraan sosi-ekonomi rakyat. Baru sampai saya sudah dengar ada usaha oleh mungkin datang dari parti lawan yang cuba melaga-lagakan di antara kami yang saya rasa kita tidak harus membuang masa untuk mengundang mereka yang mainkan peranan batu api. Saya rasa perjuangan dan matlamat Kerajaan Pakatan adalah lebih besar daripada itu. Biarlah si luncai dengan labu-labunya kerana kita kena ingat dalam pilihanraya besar yang lepas, Pakatan Harapan telah memenangi 37 daripada 40 kerusi negeri. Inilah pengukur, inilah yang kita kena berikan keutamaan iaitu sokongan padu daripada rakyat. Biarlah suara-suara sampingan ini menyatakan apa yang mereka nak kerana yang penting adalah kita menjalankan visi dan juga aspirasi rakyat. Kejayaan Pulau Pinang selama ini adalah berdasarkan kepada pentadbiran bersih, berasaskan CAT - Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang membolehkan Pulau Pinang satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun sejak 2008. Menaikkan reserve asset sehingga mencecah RM2.1 billion sekarang berbanding dengan RM849 juta pada tahun 2007 dan juga mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 90% kepada hanya RM63 juta iaitu yang terendah di Malaysia. Saya nak ucapkan terima kasih atas kenyataan tadi oleh Yang Berhormat Bukit Tengah yang memuji saya kerana telah menjadikan Trailblazer. Tapi ini bukanlah usaha satu orang sahaja. Itu adalah usaha berpasukan. Di mana, semua ADUN-ADUN khususnya Ahli-ahli EXCO telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi Pulau Pinang begitu istimewa dan unik sehingga diiktiraf bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun tapi dipuji oleh

Transparency International yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia untuk mana-mana Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan dan inilah yang saya rasa akan diteruskan. Kesinambungan kecemerlangan prestasi ini akan diteruskan di bawah pasukan yang mengambil alih yang saya rasa cukup berpengalaman dan cukup mantap dari segi keupayaan untuk memastikan bahawa kejayaan Pulau Pinang akan diteruskan. Mujurlah kedudukan kewangan Pulau Pinang, boleh cakap lebih baik di bawah Pakatan berbanding dengan Putrajaya di bawah Barisan Nasional atau negeri-negeri lain di bawah parti lawan yang lain. Kalau kita lihat prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tak pernah minta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk bayar gaji ataupun emolumen atau pencen ahli pentadbiran atau kakitangan Kerajaan Negeri dan biasanya bonus pun lebih tinggi kalau dibanding dengan Kerajaan Persekutuan. Saya pun cuba ikutlah apa yang kita buat sebelum ini kerana sepanjang masa bonus kalau dibayar pada tahun berikutnya. Tapi di Pulau Pinang sejak tahun 2008, sering kali atau setiap kali bukan sering kali dibayar pada tahun yang sama. Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana meneruskan amalan baik ini kerana bonus harus dibayar pada tahun yang sama bukan dibayar pada tahun berikutnya kerana memang sesuatu yang tidak sampai hasrat hendak membantu kakitangan kerajaan atau anggota pentadbiran. Sepatutnya dibayar sebelum pembukaan sekolah-sekolah. Buat kali pertama untuk Kerajaan Persekutuan, bonus walaupun tidak seberapa, akan dibayar pada akhir bulan Disember dan tentulah ini saya harap akan menjadi satu amalan kerana kita kena buat itu peruntukan ataupun buat perkiraan supaya masih ada cukup wang untuk bayar bonus sedemikian dan ini selalu diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita harap dapat diamalkan sungguh pun tidak ada dalam bajet asal. Bajet asal bagi Barisan Nasional tak ada peruntukan untuk bonus sama sekali. Tapi bawah Pakatan Harapan kita dapat cari sumber-sumber yang ada supaya mampu untuk bayar bonus pada tahun yang sama dan itulah saya rasa sesuatu kelebihan untuk semua anggota pentadbiran yang berkhidmat di bawah dokongan Kerajaan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang telah menikmati dekad ke-2 abad ke-21 yang memberangsangkan. Berlakunya pembaharuan daripada negeri yang digelar pada satu masa dahulu darul sampah sehingga menjadi di antara bandaraya yang paling bersih di Asean serta bandar sesuai didiami utama di Malaysia dan yang ke-8 di Asia seperti yang disenaraikan oleh ECA International pada tahun 2012. Itulah sebabnya keperluan untuk memastikan Pulau Pinang khususnya George Town menjadi bandaraya daya huni adalah penting dan dijadikan sebagai salah satu tonggak daripada 4 Tonggak Utama Pulau Pinang 2030. Walau pun tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ini, ekonomi negeri tetap membangun pesat. KDNK per kapita negeri meningkat daripada RM31,381.00 pada 2007 kepada RM49,873.00 pada 2017. Kita harus menjadi destinasi pilihan pelaburan langsung untuk sektor pembuatan dan telah perolehi sebanyak RM8.1 billion pada tahun 2017. Antaranya adalah syarikat-syarikat utama di peringkat antarabangsa seperti Boston Scientific dan Japan Lifeline yang akan membuka ataupun melabur di Batu Kawan. Pada masa yang sama, kekayaan negeri yang dijana hendaklah dikongsi bersama dengan semua lapisan masyarakat. Konsep masyarakat penyayang telah direalisasikan melalui Program Emas dan Agenda Ekonomi Saksama Kerajaan Negeri. Program pemindahan wang tunai atau cash transfer Kerajaan Negeri yang dijalankan tanpa syarat. Apa yang kita sebut sebagai UCT (Unconditional Cash Transfer) telah dimulakan pada tahun 2009 menjadi model kepada Program BRIM oleh Barisan Nasional dulu dan tentu ini kita telah jenamakan BRIM ini kepada Bantuan Sara Hidup oleh Kerajaan Pakatan. Program Agenda Ekonomi Saksama Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berjaya menukarkan kaedah pemberian wang bantuan AES daripada UCT (Unconditional Cash Transfer) kepada CCT (Conditional Cash Transfer) pada tahun 2015. Di mana, sesiapa yang mendapat bayaran ehsan ini mestilah memenuhi beberapa syarat yang mudah dipatuhi. Itu pun akan dipertimbangkan supaya kita nak pastikan mereka ada hantar anak-anak ke sekolah, nak pastikan mereka ada sihat dan juga jalankan pemeriksaan doktor dan sebagainya. Demi mengecapi kemajuan berterusan untuk dekad ke-3 abad ini yang akan disambut menjelang 2020 nanti Pulau Pinang bersama-sama dengan negeri lain mesti bersedia untuk menguasai pengetahuan atau pun cabaran dari Industri 4.0. Industri 4.0 saya rasa adalah sesuatu teknologi yang kita tidak boleh rasa terasing. Dan saya percaya telah pun dinyatakan secara panjang lebar dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Saya selalu suka menyatakan bahawa apa yang dicanangkan oleh kerajaan lama adalah tidak benar. Kerana kerajaan lama diperingkat persekutuan selalu suka sebut bahawa ‘cash is king’ tetapi mereka salah. Bukan benar ‘cash is king’ sebenarnya ‘data is king’. Dan sekiranya kita lupa betapa pentingnya data, kita akan ketinggalan zaman. Kita cuba lihat syarikat-syarikat yang terbesar di dunia sekarang. Seperti syarikat hotel yang paling besar, tidak memiliki satu hotel pun, seperti Air BnB. Syarikat teksi yang paling besar di dunia, tak memilik sebuah teksi pun, baik ianya Uber ataupun Grabcar. Semuanya bergantung ataupun bersandarkan data. Dan itu adalah sebabnya adalah perlu semua pihak khususnya Kerajaan Negeri memberikan bantuan kepada sektor-sektor yang perlukannya untuk mempromosikan konsep ini. Saya berasa sangat gembira melihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus dalam melabur dalam kelas latihan serta bengkel untuk coding classes melalui Penang Science Cluster serta penekanan dalam pendidikan STEM, sekarang sudah ada STEMA mengikut saudara Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. STEMA, sama ada accounting ataupun art, itu terpulang masing-masing melalui Penang Future Foundation Fund sejak tahun 2015 lagi. Di samping itu, pelaburan Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan lagi asas Industri 4.0 termasuklah pembinaan perpustakaan digital Pulau Pinang untuk buku-buku khas, untuk koleksi mata pelajaran STEM, Pusat Pembelajaran Karpal Singh yang memberi penekanan pendidikan STEM - Science, Technology, Engineering, Mathematics pada Penang Techdome dan Pesta Sains Antarabangsa Pulau Pinang. Minggu lepas saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menghadiri upacara atau majlis perasmian Penang International Science Fair Yang ke-8. Yang kini mendapat sambutan yang begitu meriah sekali. Kalau dulu 60,000, sekarang adalah 80,000. Sehingga nak keluar masuk pun susah. Mengapa ada tambahan, lonjakan 20,000 ataupun hampir 33.3% kerana Kerajaan Persekutuan sudah ubah. Kalau sebelum ini nak minta sekolah-sekolah nak hantar murid-murid mereka, sukar sekali. Sekolah-sekolah tak berani buat demikian. Tetapi selepas peralihan kuasa, mereka tidak ada sebarang halangan untuk menghantar murid-murid. Dan saya berasa sangat gembira melihat betapa ramainya pelajar-pelajar daripada luar bandar yang begitu, begitu ghairah untuk datang menyertai exhibit-exhibit yang dipamerkan dalam Penang International Science Fair ini. Dan saya perhatikan juga bahawa pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah luar bandar. Sungguh pun mungkin mereka tidak begitu terdedah kepada teknologi sedemikian tetapi mereka pun cepat dan begitu pantas sekali dapat memahami dan menguasainya. Dan ini memberikan keyakinan kepada kita semua bahawa kalau kita nak memberikan penekanan kepada Sains dan Teknologi, tidak semestinya hanya di bandar, di kawasan bandar sahaja. Kita dapat memperluaskannya ke luar bandar kerana bila kita lihat keghairahan di kalangan pelajar-pelajar, saya rasa bila kita menceburi ke sekolah-sekolah kawasan luar bandar, memang dia akan disambut dengan begitu baik dan meriah sekali. So, itulah sesuatu inisiatif yang amat penting dan sungguh pun telah begitu susah menganjurkannya, selama lapan (8) tahun, tiap-tiap tahun, selama lapan (8) tahun tapi kita boleh lihat hasilnya hari ini sehingga ada banyak negeri yang datang untuk mendapat ikhtibar ataupun mendapat idea-idea baru macam mana boleh mengulangi kejayaan yang wujud di Pulau Pinang ke negeri-negeri lain. Sebenarnya kita harus berasa bertuah kerana kejayaan ini. Sekurang-kurangnya anak-anak kita di seluruh negeri boleh datang dengan, datang beramai-ramai berpusu-pusu, dalam negerinya, tak payah pergi jauh-jauh. Kalau sebelum ini nak pergi mana-mana untuk lihat pameran sains, terpaksa pergi ke Kuala Lumpur. Tapi hari ini, bolehlah pergi ke negeri sendiri di SPICE. Dan ini lah sesuatu yang kita harus galakkan dengan penglibatan dan penyertaan yang begitu besar ini. Saya rasa ini akan membolehkan Pulau Pinang mengekalkan ataupun menambahbaikan usaha untuk menjadikan Pusat Kecemerlangan Sains dan Teknologi di Malaysia. Justeru itu, saya memang mengalu-alukan Belanjawan 2019 yang memberikan fokus kepada usaha-usaha ini. Dan juga, ke atas pembangunan keluarga dalam negeri yang hijau dan pintar dan juga bersih. Selaras dengan Belanjawan 2019, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus bekerjasama dalam melancarkan industri untuk menyerap teknologi pintar Industri 4.0 melalui Dasar Transformasi Pendigitalan Industri dengan saiz dana sebesar RM3 billion. Tambahan pula, MIDA melalui dana impak tinggi akan menyediakan geran padanan atau matching grant untuk menggalakkan inisiatif Industri 4.0 yang merangkumi aktiviti seperti

pemodenan fasiliti dan peralatan dengan teknologi terkini. Dan dana ini berupaya untuk mengurangkan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang sudah pun mempunyai ekosistem yang mantap memandangkan industri elektronik seperti semikonduktor dan precession engineering telah lama beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Justeru, peralihan kepada Industri 4.0 melalui usahasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terlaksana dengan lancar. Oleh itu, saya menerima baik rancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan jalur lebar talian tetap dengan sasaran kelajuan 100Mbps. Melalui pelan gentian optik atau fibre optic dan kesalinghubungan negara atau national connectivity, Kerajaan Persekutuan bertujuan meluaskan jalur lebar ke seluruh negara dengan peruntukan RM1 billion. Selain itu, Kerajaan Pusat juga mensasarkan penurunan harga jalur lebar, talian tetap sebanyak 25%. Selain itu, Kerajaan Pulau Pinang berhasrat untuk menyambung inisiatif terdahulu seperti perpustakaan digital, Penang Science Cluster, Techdome, pusat tuisyen rakyat yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda bagi memenuhi keperluan industri. Saya juga ingin menyarankan kepada NGO dan usahawan sosial atau social entrepreneur Pulau Pinang menggunakan peluang yang sedia ada bukan sahaja di peringkat Negeri tetapi juga di peringkat persekutuan bagi memperluaskan perkhidmatan mereka dan tentu di peringkat persekutuan RM10 juta pun telah disediakan. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas inisiatif beliau. Di mana beliau juga memberikan keutamaan kepada satu sektor, beliau sama dengan saya, kita tidak beberapa faham dengan itu Industri 4.0. Saya nak terus terang di sini lah. Kerana kita bukanlah terlatih dalam bidang sains, dan kalau pun dilatih dalam bidang sains mana ada belajar Industri 4.0. Tetapi sungguh pun kita tidak dilatih dalam Industri 4.0, kita masih hendak belajar dan salah satu aspek yang penting yang saya nak kongsikan dengan rakan-rakan di sini ialah betapa pentingnya sektor atau bidang-bidang seperti artificial intelligence dan juga itu robotic khususnya artificial intelligence. Ini adalah sesuatu yang amat penting sekali dan Pulau Pinang menjadi pelopor lagi bila menjalankan projek perintis untuk menangani wabak penyakit denggi dengan menggunakan A.I untuk menentukan dan mengenalpasti di mana wabak penyakit, penyakit wabak denggi supaya tindakan dapat diambil sebelum masalahnya menjadi serius. Dan ini lah yang kita mesti kalau sekiranya nak kuasainya, semua kena faham betapa pentingnya artificial intelligence. Kerana sekarang artificial intelligence bukanlah melihat satu robot yang boleh berfungsi macam seorang manusia, bukan. Artificial intelligence yang paling penting ialah machine learning. Sekarang ialah machine learning di mana as machine learning mereka boleh menentukan berdasarkan data yang diberikan. Boleh mengenalpasti pattern, pattern dari segi data dan daripada data itu membuat ramalan apa yang berlaku, akan berlaku pada masa depan. Dan ramalan inilah yang amat penting kerana sekiranya ramalan tepat 80% sahaja, semua boleh jadi jutawan ataupun billionaire. Dan itulah rahsia mengapa Google, Uber, Air Bnb, Amazon, Ali Baba. Mengapa mereka boleh berjaya kerana mereka menguasai data dapat menganalisanya menerusi big data analytic dan kemudian menggunakan A.I untuk mencari pattern, mencari trend dan selepas itu membuat ramalan. Dan ramalan itulah yang membolehkan mereka menentukan apa masa depannya. So, itulah yang amat penting dan sungguh pun itu sesuatu yang saya kurang faham, tapi yang penting ialah kita lihat banyak industri di Pulau Pinang telah pun menggunakan atau mulai menggunakan industri atau teknologi Industri 4.0. Adalah penting bahawa pelaburan terus diberikan. Saya difahamkan bahawa Penang Digital Library 2 hampir siap dibina dan ini akan lagi memperluaskan peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali atau berdamping dengan, mendampingi itu sains dan teknologi. Tentulah di sini, saya tidak hanya mahu sebut apa yang dirancang oleh Kerajaan Negeri kerana mereka sudah amat berpengalaman dalam aset ini. Saya hanya menyebut juga tentang berapa inisiatif untuk Pulau Pinang yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019. Yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dan Kerajaan Negeri. Yang pertama ialah, kalau Belanjawan 2018, Pulau Pinang diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM608 juta. Di bawah Belanjawan 2019, jumlah ini telah dinaikkan daripada RM608 juta kepada RM857 juta. Di samping itu, tol motosikal akan dihapuskan pada 1

haribulan Januari tahun depan. Yang akan menjimatkan pengguna-pengguna, RM1.40 di Jambatan Pertama dan RM1.70 di Jambatan Kedua. Masing-masing untuk satu perjalanan sehari. Ini merupakan penjimatan penting untuk pengguna-pengguna motosikal khususnya golongan B40. Di samping itu Pelabuhan Swettenham juga akan dibenarkan mendirikan, menubuhkan kedai bebas cukai yang akan merangsangkan pertumbuhan industri pelancongan cruise tourism. Dan kita harap ini akan memperbanyakkan lagi banyak penumpang-penumpang ataupun kapal-kapal layar ini untuk datang melabuh ke Pulau Pinang, ini kapal-kapal kita mengalu-alukan. Equanimity itu lain ceritalah. Dato‘ Yang di-Pertua, kerangka belanjawan 2019 mengandungi intipati perjuangan kita semua dalam Pilihanraya yang ke-14, iaitu perjuangan kita semua untuk Negara, Rakyat dan Ekonomi, kalau kita sebut perjuangan untuk negara apakah maksudnya? Konsep Negara diperjelaskan sendirinya secara komprehensif di Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi agama, hak asasi rakyat dan pengasingan kuasa yang juga disokong oleh Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia. Perjuangan untuk rakyat pula merangkumi semua demografi dan geografi dalam negara tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Pakatan Harapan kini satu-satunya Parti di Malaysia yang boleh mewakili rakyat daripada Perlis ke Sabah tanpa batasan geografi. Pakatan Harapan satu-satunya Parti yang boleh mewakili rakyat sama ada orang Islam atau bukan Islam, sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli atau Orang Asal tidak ada Parti lain boleh mewakili semua rakyat Malaysia kecuali Pakatan Harapan sahaja. Negara, rakyat dan ekonomi dan ekonomi adalah yang paling penting, ekonomi menjadi Indeks Petunjuk Prestasi yang paling penting untuk mengukur kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan baik di peringkat Persekutuan ataupun di peringkat Negeri. KPI ini akan menentukan sama ada kita boleh hidup atau mati. Mempertingkatkan kesejahteraan sosial ekonomi rakyat akan dapat mengalahkan usaha Parti lawan yang menggunakan taktik tidak bertanggungjawab dengan memainkan sentimen perkauman ekstremisme dan kebencian ke atas rakyat Malaysia yang lain memecah-belahkan rakyat Malaysia untuk menutupkan kelemahan mereka dalam menguruskan ekonomi ataupun kegagalan untuk menangani amalan rasuah dan kleptokrasi, selagi Pakatan Harapan dapat memastikan rakyat boleh hidup lebih senang daripada dahulu, dapat pekerjaan yang lebih baik, dapat gaji yang lebih tinggi dan ada lebih banyak wang untuk berbelanja. Pakatan Harapan akan berjaya untuk membalas budi kepada rakyat yang diamanahkan untuk Pakatan Harapan demi mengekalkan sokongan untuk terus memerintah selain daripada membalas budi kepada rakyat kita mesti jaminkan kesejahteraan sosial ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan dan inilah yang kita mesti berikan keutamaan iaitu keadaan ekonomi di mana rakyat boleh rasa mereka hidup lebih senang daripada dahulu mereka ada pekerjaan yang lebih baik, gaji mereka pun boleh naik dan mereka ada lebih banyak wang berbelanja, itu adalah amat penting untuk rakyat Malaysia. Marilah kita terus berjuang secara bersama untuk negara, rakyat dan ekonomi. Dato‘ Yang di-Pertua saya menyokong. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Putih, seterusnya Bagan Dalam silakan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahas Bajet ataupun Belanjawan Pulau Pinang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat lepas. Oleh kerana tema Bajet adalah 2030, Negeri Pintar, Hijau Dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara saya ingin memulakan perbahasan saya dengan merujuk kepada satu kes yang berkaitan dengan keluarga ataupun EXCO Ahli Kawasan Padang Lalang. Keganasan terhadap kanak-kanak sedang meningkat seperti yang kita lihat dalam minggu ini sahaja sudah ada dua kes.

Pada Jun 2018 kita dengar pengasuh bunuh kanak-kanak berusia dua tahun. Satu lagi kes yang mendapat liputan yang luas adalah kes adik Adam yang berusia 5 bulan dibunuh oleh pengasuhnya diletaknya di dalam peti sejuk pada bulan Julai 2018. Baru-baru ini, minggu lepas kita telah mendengar satu lagi kes di mana seorang kanak-kanak perempuan 9 bulan telah diserang sexually dan dibunuh dengan begitu kejam sekali dan semalam saya ada terbaca satu lagi berita di mana satu kes di Pahang di mana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun telah melaporkan bahawa care taker di rumah kebajikan telah menyerang dari segi sexual. Dan pagi tadi saya telah dengar berita di mana Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menyatakan adakah kemanusiaan sudah lebur dan kita tidak boleh terus mengunakan alasan-alasan sebegini dan untuk melepaskan tanggungjawab kerajaan ada dalam keadaan-keadaan seperti ini. Keadaan masa kini seolah-olah tiada mekanisma untuk kawal kes-kes sebegini dan saya cadangkan supaya kesemua Pusat Pengasuh yang melibatkan kanak-kanak harus didaftar dan harus diperkenalkan satu mekanisma khusus untuk menyimpan maklumat pekerja seperti rekod jenayah lampau ataupun mana-mana kes mental yang melibatkan pengasuh tersebut perlu diadakan kesihatan mental supaya kes-kes seperti ini tidak berlaku di Pulau Pinang. Tidak berhenti di sana, saya pun ingin mencadangkan supaya pengasuh-pengasuh persendirian pun didaftar. Kita perlu ada satu daftar di mana pengasuh-pengasuh persendirian yang menjaga anak-anak ibu bapa yang bekerja harus didaftar, supaya kes-kes seperti adik Adam dan kanak-kanak berusia 9 bulan itu tidak berulang. Pendaftaran tersebut juga harus merangkumi rekod jenayah dan juga rekod kesihatan mental (jika ada) dan maklumat ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama seperti di rumah pengasuh untuk disemak ataupun cross-check dengan pihak-pihak berkuasa untuk rekod-rekod jenayah jika mereka ada rekod jenayah seksual sebelum ini. Jika mereka ada rekod jenayah penyalahgunaan dadah sebelum ini dan juga rekod kesihatan mental dan saya rasakan Pulau Pinang harus memimpin usaha ini dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga supaya rekod seumpamanya diwujudkan untuk mengelakkan kes-kes seperti ini berlaku dan kita Negeri Pulau Pinang selalunya memimpin dalam pelbagai perkara di Malaysia ini. Dan saya berharap kita akan jadi Negeri memimpin dalam perkara ini juga. Saya berharap Yang Berhormat Padang Lalang akan mengambil maklumat ini.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Minta laluan Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Silakan Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Berkaitan dengan isu ini yang dibangkitkan oleh Bagan Dalam tadi, saya rasa mungkin dari segi penambahbaikan ini kita boleh buat tambahan supaya syaratkan kepada Pusat-Pusat Asuhan yang berdaftar ini supaya diwujudkan mensyaratkan diwajibkan mempunyai CCTV dan juga jumlah operasi untuk satu pengasuh kepada berapa jumlah yang sepatutnya bila mereka terlalu ramai anak-anak jagaan dengan orang yang sama nak masak mungkin itu juga menjadi faktor stress dan juga orang yang menjaga itu sebagai satu cadanganlah.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya terima baik cadangan daripada Sungai Acheh itu dan ya perkara-perkara seperti ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan mungkin kita boleh bawa melalui EXCO berkenaan kepada Kementerian kerana kes-kes keganasan terhadap kanak-kanak mereka yang tidak berdosa baru 5 bulan, 9 bulan tetapi perlu menghadapi keganasan yang tidak boleh diterima langsung dan saya harap di Malaysia kita tidak akan mendengar lagi kes-kes seperti ini. Perlu ada satu mekanisma, mekanisma untuk mendaftarkan pengasuh-pengasuh sebab kita dengar terlalu banyak kes-kes pengasuh mendera walaupun ada banyak lagi pengasuh yang sayang kanak-kanak tetapi ada juga kes-kes begini dan saya takut ada juga kes-kes yang tidak dilaporkan langsung. Kes-kes jenayah sexual, kes-kes jenayah dera

yang tidak dilaporkan itu pun ada juga so saya berharap akan ada satu penghujungnya untuk kes-kes sebegini pada masa akan datang dengan usaha daripada Negeri Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menjadikan Program Mutiara Food Bank sebagai program contoh dan perintis sehingga Kerajaan Persekutuan ingin mencontohi program kita dan implimentasikan program ini di peringkat Persekutuan. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah mengumumkan bahawa Pusat Transit Gelandangan menerusi program Empowering The Street Citizens akan diwujudkan di Jalan C.Y Choy. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang telah diabaikan sekian lama ini. Saya memuji Kerajaan Negeri atas usaha murni ini saya juga ingin meminta pusat sedemikian diwujudkan di kawasan Butterworth juga kerana angka gelandangan ini sedang meningkat selaras dengan kemajuan yang pesat. Ahli Kawasan, kena minta awal-awal dahulu baru boleh dapat. Ahli Kawasan Sungai Puyu pun sudah senyum, sebab setiap hari ada masalah yang melibatkan gelandangan ataupun masalah melibatkan penagih dadah. Imej Bandar Butterworth itu kita nak pulihkan; imej Bandar Butterworth itu sebagai Bandar remaja, meremajakan bandar Butterworth, tetapi sedikit sebanyak usaha tersebut terbantut di mana gelandangan ini kita nampak, mereka bermalaman di bawah jambatan di bus stop di tempat-tempat awam, so saya harap akan ada satu, khususnya di pekan Butterworth itu sendiri sebab di situlah banyak gelandangan datang berkumpul kerana kewujudan kemunculan Butterworth sebagai Hub Pengangkutan Awam di mana Penang Sentral akan bakal dibuka dalam beberapa hari lagi. So, seterusnya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM900,000 untuk Program Mamogram Percuma dan juga RM423,000 untuk usaha Crush Aedes Totally yang akan mengunakan artificial intelligence. Yang Berhormat Air Putih telah pun berbincang panjang lebar tentang artificial intelligence. So saya berharap dan menyeru Kerajaan Negeri untuk mengunakan teknologi Drone dan artificial intelligence untuk membanteras Aedes sepenuhnya di Pulau Pinang khususnya di Kawasan Seberang Perai Utara sebab setiap minggu ada kes denggi dilaporkan di kawasan Seberang Perai Utara. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang menarik minat pelabur untuk melabur dalam Hub Halal di Penang Science Park di Pulau Pinang. Pagi tadi saya membaca berita di mana Program Halal Hub di Labuan telah gagal telah menjadi White Elephant walaupun Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM86 juta untuk membangunkannya tetapi kita di Pulau Pinang tidak dapat dana sebanyak itu tetapi mampu menjadi pemain utama dalam industri halal ini, tahniah Kerajaan Negeri dan juga kepada Penang International Halal Hub Sdn. Bhd. Saya perlu mengucapkan tahniah kerana pencapaiannya begitu memberangsangkan. Dato’ Yang di-Pertua seterusnya, pembangunan lestari dan seimbang. Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri bestari yang rendah karbon, saya berharap selaras dengan dasar tersebut semua projek yang dirancang di atas tanah paya bakau dikaji balik dan dibatalkan kerana ianya adalah tidak lestari termasuk Seberang Jaya tidak ada di sini termasuk Projek Zon Industri Akuakultur yang dirancang di kawasan rakan saya, jiran saya Penaga kerana ia akan memberikan kesan terhadap alam sekitar dan juga habitat hidupan liar di kawasan tersebut. Itu adalah antara kebimbangan yang dilahirkan oleh pencinta-pencinta alam, termasuk saya di mana kita rasa kalau projek itu diluluskan lebIh kurang sepuluh tahun dahulu. Saya faham tetapi pada masa itu kefahaman kita tentang habitat liar ini ataupun alam sekitar ini mungkin rendah tetapi pada masa ini bila kefahaman kita sudah lebih matang, saya rasa projek ini terpaksa dikaji balik dan bolehlah kita melakukan. Saya pernah berbincang dengan Yang Berhormat Sungai Puyu dinyatakan ini adalah salah satu usaha kerana food security dinyatakan sebagai sebab untuk kita teruskan projek ini kalau kita nak untuk menjadi juara dalam export produk eco-cultural ataupun untuk food security bolehlah kita pertimbangkan kaedah-kaedah lain seperti sangkar dalam laut dan sebagainya selain daripada memusnahkan hutan paya bakau ini.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih. Perkara ini telah berlarut sejak tahun 2003 di mana telah tempat itu dikenalpasti sebagai satu tempat untuk pengusaha-pengusaha di eco-culture di sana. Memang kami bersyukur bahawa pada tahun 2008 Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan ditelitikan untuk semua. Cara dia membina kolam cara dia untuk menghasilkan harvest. Di sana juga kami ada tahu bahawa untuk disemaikan tiap-tiap hari lebih kurang 10,000 burung ada di sana bukan di tapak sana akan tetapi di Bagan Belat. Saya selalu ada pergi di sana. Kawasan KADUN Pasir Gebu ini memang tidak ada apa-apa pembangunan. Dan apabila zon ZIA di sana ada bagi peluang kerja untuk orang di sana. Akan tetapi juga kita ambil kira cara mereka membina. Cara macam mana untuk wujudkan di sana. Di sana memang daripada jalan di main road yang projek tepi laut sehingga sampai kepada di Telekom sana Telecom Communication Centre memang kehendak satu jalan utama. Mengapa? Ini adalah social impact di sana? Sedangkan bahawa kawasan sana selalunya ada kegiatan-kegiatan yang tidak izin khasnya penagih dan dadah. Jika sana ada pembangunan jika sana ada di jalan-jalan arah keluar masuk kegiatan ini akan kurang. So we take into consideration of the social impact. Bila kami ambil lebih 300 ekar sana apa akan terjadi pada kini jom ada berapa. Saya rayu bahawa Ahli Berhormat Bagan Dalam jangan bimbang. Saya juga satu orang aktivitis dan saya suka tengok burung kerana saya tahu dia ada lebih kurang 10,000 burung setiap tiap pagi di sana dan waktu malam. Dan saya nampak dia kumpul di sana adalah dipanggil Bagan Belat dan bukan Pasir Gebu. Pasir Gebu dan Bagan Belat adalah jauh lebih kurang empat kilometer dan di sana memang pada hari ini dia ini mangrove berkembang di sana. Dan di kawasan sana juga kami telah buat survey dan terdapat satu jenis pokok, saya lupa pokok punya nama yang one and only one in whole of Malaysia. We were preserved that. Pegawai-pegawai saya daripada Perhutanan sedang buat kajian akan mewartakan tapak itu sebagai sebagai hutan simpanan kekal. Akan buat macam ni. So we happen to go by this one we have got to go with development with this one we will go together. Not to worry .

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sungai Puyu. Saya berharap akan dikaji balik kesesuaiannya dengan dasar pembangunan lestari dan seimbang yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Kajian oleh para pakar menunjukkan bahawa paya bakau ataupun mangrove boleh menyimpan karbon dan greenhouse gases...(dengan izin) dalam kadar yang tinggi dan oleh sebab itu saya membantah kalau ada hutan paya bakau yang akan dimusnahkan oleh pembangunan ataupun perancangan yang lain. Saya telah bertanyakan enam soalan bertulis berkaitan dengan mangrove paya bakau ini. Tetapi saya sedikit kecewa kerana saya telah mendapat jawapan bahawa Kerajaan Negeri tidak berhasrat membatalkan perancangan projek-projek pembangunan yang dirancang di atas tanah paya. Tanah paya adalah hanya 3% meliputi keseluruhan muka bumi ini tetapi memainkan peranan yang penting dalam our fight against the global warming so the mangrove play an important role in our fight against the global warming, because it can store the maximum amount of carbon...(dengan izin). So saya meminta Kerajaan Negeri untuk kaji balik kalau ada rancangan untuk membangunkan ataupun apa-apa projek yang akan memusnahkan paya bakau ini. Saya minta supaya dikaji balik dan menjalankannya di tempat lain yang lebih bersesuaian. Itu adalah pendirian saya. Saya juga berharap Kerajaan Negeri akan mengkaji semula dasar berkenaan paya bakau ini dan akan menghayati Ramsar Convention. Sebagai sebuah negeri di Malaysia, kita tidak boleh ratify ataupun menandatangani konvesyen ini sebab kita adalah negeri yang harus membuat sedemikian adalah Kerajaan Persekutuan. Saya berharap dalam pada masa akan datang akan ada usaha daripada Kerajaan Negeri untuk meminta Kerajaan Persekutuan, Kementerian untuk ratify the Ramsar Convention...(dengan izin) dan membatalkan projek-projek yang boleh mengakibatkan kemusnahan hutan paya bakau. Itu adalah permintaan saya kepada Kerajaan Negeri dengan mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar, kesannya terhadap generasi akan datang.

Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya kawasan tersebut dibangunkan sebagai kawasan eko pelancongan seperti yang Ahli Sungai Puyu telah menyatakan tadi. Memang ada cukup banyak burung lebih kurang 10,000 ekor burung yang datang setiap kali musim penghijrahan dan mungkin lebih. Dan ada juga mereka pernah merekodkan burung-burung yang hampir pupus dalam rekod IUCN telah dijumpai di kawasan tersebut. Oleh sebab itu saya berharap kawasan yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan eko pelancongan itu dapat diselamatkan dan akan tidak akan ada apa-apa pembangunan yang akan memusnahkan habitat tersebut.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya ingin nak ulangkan dasar itu bukan di tapak untuk burung. Yang tapak burung ada di Bagan Belat. Di sana tapak ZIA memang ada lotong ada monyet ada daripada biawak dan juga ada sedikit sebanyak di babi hutan di sana di mana saya telah bagi arahan kepada Perhilitan bahawa babi hutan di sana mesti dipindah keluar kerana dia telah jadi satu masalah untuk penduduk-penduduk di sana. Dan di sana juga kita telah ambil kira bahawanya diwujudkan zon ZIA sana memang ada menarik orang kata di eko pelancongan dan memang kita telah ada banyak rancangan besar bukan untuk pembangunan apa tetapi hanya untuk itu saja. Dan saya bersetujui dengan Ahli Berhormat daripada Bagan Dalam bahawa jikanya kami menggunakan cara aquaculture seperti di apa ni di SPS memang akan menjahanamkan semua, di semua kayu paya bakau di sana kerana mereka ada direct discharge. Ini saya telah meminta bahawanya kita mesti ada satu holding area, dikehendaki treatment before find discharge dan ini kami telah ada banyak kali sehingga kini terdapat banyak perbincangan memohon kelulusan kerana kalau saya tak puas hati saya tak akan bagi kelulusan kerana saya nak jaga alam sekitar di sana. Ini janjiku padamu.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta celahan Tuan Speaker. Bagan Dalam, apakah pandangan Bagan Dalam tentang hutan bakau di Batu Kawan kerana dalam draf Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 sepanjang persisiran pantai Batu Kawan akan ditambak iaitu dari Jambatan Kedua sehingga ke Batu Musang. Persisiran pantai di luar kawasan hutan bakau yang akan ditambak guna disebabkan kawasan itu selain daripada hutan bakau juga merupakan kawasan ternakan ikan dalam sangkar, kawasan kerang dan juga kawasan siput kepah. Itu saja, terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat Bukit Tambun. Pendirian saya sama. Paya bakau ini penting kerana dia memainkan peranan yang penting dalam our fight against the global warming. So saya rasa kita perlu pelihara dan memulihara kawasan paya bakau ini 'the wetlands'. Itu adalah pendirian saya. Walau bagaimanapun kalau Kerajaan Negeri ada projek-projek yang tidak boleh dielakkan perlu dibuat, kita tidak ada halangan tetapi berharap ia akan dilakukan secara berhemah dan juga tanpa, without affecting the eco sensitivity of such places. Itu adalah pendirian saya.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya sokong sepenuh-penuhnya iaitu kata mengambil kira bahawa no compromise in term of environment issue.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Thank you. Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Puyu. Saya beralih kepada isu yang sama juga tetapi daripada environment saya move on to pelancongan khususnya eko pelancongan. Saya cadangkan kawasan burung kawasan yang menarik burung penghijrahan ini khususnya walaupun bukan di Bagan Dalam, di Penaga dan juga Telok Ayer Tawar. Saya nampak ianya ada potensi untuk menjadi kawasan eko pelancongan dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri akan mengambil usaha untuk membangunkannya sebagai satu kawasan eko pelancongan seperti Bukit Timah Wildlife Resort di Singapura ataupun Sungai Buluh Wildlife Resort di Singapura juga. Ekonominya lebih lumayan dalam jangka masa yang panjang dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Sebab itu saya minta eko pelancongan

itu harus diarus perdanakan ataupun it has to be mainstream untuk menjadi satu sektor yang akan menjana ekonomi yang lebih lestari kepada Negeri Pulau Pinang. Aktiviti pelancongan bird watching khususnya seperti yang saya bincang panjang lebar dalam sidang yang lalu harus dipromosi dan pada hari ini saya pun telah mengedarkan buku Waterbirds Mangrove and Mee Udang yang diterbitkan oleh BirdLife International bersama dengan Malaysian Nature Reserve kepada semua ahli di Dewan ini supaya mereka boleh tengok sendiri. Sebab saya sudah ditegur oleh Timbalan Yang di-Pertua pada mesyuarat lalu. Dia kata saya cakap setengah jam tentang burung so saya tidak mahu bercakap panjang lebar tentang burung tetapi buku ini ada rekod-rekod kenapa kawasan hutan paya di sepanjang persisiran Telok Ayer Tawar dan juga Kuala Muda coastline important bird and biodiversity area itu perlu diselamatkan daripada apa-apa ancaman kemusnahan ataupun pembangunan. Terima kasih kepada Paya Terubong yang mengambil serius…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta mencelah. Terima kasih kepada rakan saya dari Bagan Dalam. Sememangnya menariklah Yang Berhormat Bagan Dalam membangkitkan tentang isu untuk mewujudkan eko pelancongan berdasarkan bird watching ini. Tapi seringkalanya apabila kita cuba untuk majukan satu produk pelancongan yang baru sememangnya keperluan asas seperti kemudahan infrastruktur ataupun kemudahan-kemudahan lain perlu juga kita sediakan agar ia dapat menampung kunjungan daripada pelancong ini. Jadi saya ingin dapatkan pendapat daripada Bagan Dalam sama ada kita bersediakah dari segi industri yang kita sedia ada dari segi industri pengusaha pelancong yang kita sedia ada ini sekiranya kita memajukan sesebuah kawasan yang agak sensitif dari segi alam sekitar ini. Adakah industri kita bersedia supaya kunjungan pelancong ini tidak mengakibatkan impak sosial yang negatif terhadap kawasan-kawasan yang sensitif ini?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya setuju dengan Yang Berhormat Pengkalan Kota bahawa infrastuktur itu penting. Kerana dalam enam (6) dekad sejak kita merdeka ini. Apabila kita kata pelancongan kita terjurus kepada pelancongan konvensional di mana mereka datang melihat bangunan-bangunan sebegitu. Tetapi trend sedang berubah khususnya di negara-negara barat, di mana mereka lebih suka menghayati alam sekitar ataupun they what to enjoy the nature. Mereka sanggup membelanjakan duit yang amat tinggi dalam pelancongan ataupun dalam eko pelancongan tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Pengkalan Kota memang saya sangat setuju perlu ada infrastruktur tetapi untuk eko pelancongan, memperkasakan penduduk ataupun the locals, penduduk tempatan adalah asas sektor eko pelancongan. Oleh itu, saya, saya merasakan infrastruktur itu bukan satu isu dalam mempromosi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan, eko pelancongan kerana kita dengar kawasan Sungai Dua pun saya dengar ada nelayan, ada juga nelayan boleh menjadi tour guide membawa para pelancong ini ke kawasan-kawasan ini. Walaupun dikatakan kita tidak bersedia untuk eko pelancongan, kita sudah mula terima pelancong-pelancong dari Jepun dan Korea yang datang setiap kali musim penghijrahan burung bermula kita akan ada pelancong yang datang berkempen, berkem, berkhemah di Ayer Itam Dalam, di Lahar Yooi. I think kawasan Yang Berhormat Sungai Dua. Cukup banyak, dalam berpuluh-puluh rakyat Korea dan Jepun yang datang. Oleh sebab itu, saya pun selalu minta supaya sector birdwatching ini dipromosi di luar daripada East Asia. Satu masalah yang kita hadapi sekarang ialah apabila kita bercakap tentang pelancongan di Negeri Pulau Pinang ini. Ini adalah kritikan membina la, bukan kritik Yang Berhormat Paya Terubong tetapi PGT, dia selalu terjurus ke arah East Asia, dia hanya lihat kepada Taiwan, Hong Kong, China, Macau. So kita, we are trapped in that circle. Selalunya pergi ke sana saja. Tetapi kita perlu lihat dunia ini yang cukup luas. Khususnya saya selalu minta pihak PGT untuk promosi Pulau Pinang di Asia Selatan iaitu saya selalu akan khurususnya di India dan untuk eko pelancongan ini kita boleh mempromosinya di UK dan Europe dan Amerika Utara di mana pasarannya begitu besar 100 billion dollar setiap tahun dibelanjakan oleh birders daripada negara-negara ini.

So, terima kasih kepada Paya Terubong yang mengambil serius pandangan kami para ADUN dan berusaha untuk mempromosikan aktiviti bird watching di Seberang Perai khususnya. Memang banyak usaha telah diambil, telah dibincang panjang lebar dalam mesyuarat MMK Pelancongan. Terima kasih Paya Terubong. Buku Witness Waterbird and Mangrove telah saya edarkan itu berbincang secara details tentang habitat burung, penghijrahan di Seberang Perai. Salah satu sebab sekali lagi mengapa hutang paya bakau perlu dilindungi daripada dieksploitasi. Seterusnya Kerajaan Negeri, Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM34 juta dalam belanjawan ini untuk mempromosikan dan merancakkan pelancongan di dalam negeri ini…(gangguan).

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Yang Berhormat, mohon mencelah. Saya cukup bangga dengan Yang Berhormat Bagan Dalam kerana tadi telah membangkitkan dua (2) isu yang saya rasa selalunya kaum lelaki tidak akan sentuh. Tapi saya tak sentuh yang itu. Saya ingin nak menyuarakan sedikit. Cadangan untuk mengarusperdanakan eko pelancongan adalah satu idea yang baik. Jadi, industri pelancongan ini banyak. Ada yang mainstream dan niche...(dengan izin) ada yang tapi semua ini orang kata ada keistimewaan dan mainkan peranan yang berasingan tetapi semuanya penting. Tetapi apa yang saya khuatir adalah mindset....(dengan izin) setengah pelancong yang mungkin kerana datangnya dari negara yang berlainan, budaya yang berbeza. Jadi, mereka mungkin, berkemungkinan besar mereka tidak faham etika atau pun peraturan-peraturan tempatan. Jadi, kita dengar banyak sangat laporan tentang kelakuan buruk sesetengah pelancong. Jadi, saya ingin tahu adakah Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk mengatasi perkara ini? Terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Seri Delima. Memang perlu bersetujulah sikap pelancong itu kita tidak boleh kawal tetapi tour guide yang membawa pelancong tersebut harus memberitahu mereka tentang etika dan juga sensitiviti tempatan. Kalau kita pergi ke Indonesia, mereka cukup sensitif tentang beberapa isu seperti apabila kita berada di Jogja, mereka melarang kita bercakap tentang penganutan agama masing-masing sebab mereka ada daripada agama yang berlainan, mungkin boleh hurt their sensitivity. So, itu terpulang kepada pembawa pelancong atau tour guide yang membawa pelancong. Memang saya setuju, ada sesetengah pelancong itu sikapnya cukup buruk. Semalam saya ada baca satu berita di mana rarest crocodile in Asia telah diserang oleh beberapa pelancong di China, dari tanah besar mereka telah membuang batu ke dalam tasik itu sehinggakan last crocodile yang rare itu telah cedera dan berdarah dan Polis China sedang mencari mereka. Tetapi itu saya sangat setuju tetapi kita kena ada satu mungkin Yang Berhormat Paya Terubong akan buat satu bengkel untuk membimbing para tour guide ini bagaimana untuk tidak hurt sensitivity of the local. Seterusnya saya ingin beralih dalam isu pelancongan juga. Saya mempunyai teguran yang sama seperti yang saya telah nyatakan tadi, look beyond the east. Pasaran pelancong India khurususnya kian meningkat di mana pelancong dari India yang melancong luar negara atau pun outboard tourist mencecah 22.5 juta pada 2018 ini dan mengikut UN World Travel Organization - UN WTO menjangka angka ini akan meningkat 122% dalam empat (4) tahun lagi iaitu pada tahun 2022 iaitu lebih kurang 50 juta orang pelancong daripada India akan melancong ke luar. India satu negara besar di mana jumlah penduduknya adalah lebih kurang 1 billion. Ini adalah about 5% of the population akan melancong ke luar negara dalam masa empat (4) tahun lagi dan Pulau Pinang perlu menggunakan peluang ini seeloknya kerana hubungan sejarah dan juga budaya di antara India dan Pulau Pinang. Kita perlu menggunakan peluang ini seeloknya kerana kita nampak seperti yang saya nyatakan pagi tadi, Indonesia sedang berlumba dengan Malaysia di mana Indonesia sudah pun memperkenalkan kalau pelancong datang dari India, mereka tidak perlukan visa untuk memasuki Indonesia tetapi kita memerlukan visa dan kita juga membayar visa kepada India. Itu isu yang berlainan tetapi kita nampak negara-negara di sekeliling kita sudah bersedia mengambil peluang yang terbuka ini tetapi kita rasanya Malaysia belum, is still macam samar-samarlah.

So, dan saya berharap Pulau Pinang mengambil peluang ini dan saya ingin menegaskan lagi sudah tiba masanya untuk mendapatkan satu penerbangan terus dari India ke Pulau Pinang. Ini penting kalau kita nak lihat the growth in the our tourism industry. Saya difahamkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dan Trichy tidak boleh menampung destinasi baru seperti yang telah diberitahu oleh syarikat-syarikat penerbangan. Oleh itu, saya cadangkan kepada EXCO Yang Berhormat Paya Terubong supaya kita berbincang dengan syarikat penerbangan Air Asia ataupun Malindo ataupun syarikat lain untuk cuba pula Coimbatore International Airport dan atau Madurai International Airport yang penuh dengan pelancong ataupun travelers. Satu lagi isu di kawasan saya, saya telah dijawab oleh Yang Berhormat Paya Terubong bahawa ada satu tokong Cina yang ada meriam timbul di pantai di sebelah pantai Penang Sentral, beratus tahun usianya yang berpontensi dimajukan sebagai kawasan pelancong yang mampu menarik pelancong dari luar. Sebab meriam yang ada di dalam tokong itu dikatakan adalah meriam daripada kapal Kedah ataupun Siam yang telah datang menyerang Seberang Perai bila Kedah dan Siam telah bersengketa. Bagan Dalam satu tempat yang bersejarah daripada kapal Siam. So, mereka ada satu tokong di sana. Orang Cina, kaum Tionghua mempercayai ia adalah satu meriam yang keramat. Saya rasa ia ada potensinya. So, kita perlu pelopor peluang itu, perlu diambil tindakan terhadap struktur haram di sekitar kawasan tersebut dan perlu dicantikkanlah supaya dapat menarik pelancong. Itu adalah tentang pelancongan. Beralih kepada kesenian dan kebudayaan. Dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dinyatakan Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah seluas 9.2 ekar untuk dijadikan Penang Art Street. Saya rasa saya pun minta Kerajaan Negeri berikan perhatian dalam hal kesenian dan kebudayaan di Seberang Perai juga. Saya ingin mencadangkan bahawa Jalan Bagan Luar 2, di mana ada Butterworth Art Walk itu diiktiraf sebagai Butterworth Art District sebab setiap minggu kita ada program berkaitan seni dan budaya di sana dan dengan kerjasama MPSP, Think City dan juga pejabat saya, setiap bulan kawasan tersebut kita adakah temasya. Bulan ini, minggu ketiga, Sabtu ketiga ini saya akan adakan Temasya Deepavali sekali dengan rumah terbuka saya. So, saya minta, saya jemput semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini datanglah rumah terbuka saya pada Sabtu ini. So, mengambil peluang ini. Saya minta kawasan itu diiktiraf sebagai Butterworth Art District kerana ia telah menjadi satu kawasan yang menarik peminat seni. Saya sendiri mengadakan beberapa program yang berkaitan seni di sana. Di mana, sebelum ini, ada bengkel untuk kanak-kanak mewarna. Semalam hari Jumaat yang lepas saya telah memulakan satu lagi bengkel iaitu bengkel kartun ataupun karikatur daripada menampilkan seorang cartoon artist yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Azmi Hussain. Tahun depan saya juga akan memulakan kelas violin untuk kanak-kanak berumur daripada 10 tahun sehinggaa 15 tahun di kawasan tersebut. So, memang sinonim bila kita bercakap tentang kesenian di kawasan tersebut. Sinonim dengan aktiviti kesenian. So, saya minta kawasan tersebut diwartakan sebagai Butterworth Art District. Dan petang tadi saya ternampak satu post di facebook di mana pelukis jalanan dikenakan kompaun oleh pihak MBPP kerana berniaga tanpa lesen. Dia seniman jalanan, dia melukis karikatur di kawasan art walk di Penang sini tetapi dikeluarkan kompaun. Saya rasa ini tidak berpatutanlah. Mereka ini seniman. Kita tidak perlu menghukum mereka kerana mereka menggunakan bakat mereka…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Mohon pencelahan. Yang Berhormat Bagan Dalam. Saya setuju dengan anda bahawa yang ini seniman-seniman patut diberi ruang untuk ply their trade...(dengan izin). Oleh itu, saya rasa PBT-PBT patut membuat satu kategori baru terhadap seniman-seniman jalanan macam ini. Adakah anda bersetuju YB. Bagan Dalam?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

I’m going there actually. Saya menyeru supaya satu mekanisme atau dasar digubal oleh PBT by MPSP dan juga MBPP untuk memperkasakan peseni jalanan kita dan melesenkan mereka. Jangan lesen pula mahal. Biar kita kata lesen, terus RM400, RM500 memang tak patutlah

mungkin dalam harga yang berpatutan la. Berikan mereka beberapa guide line supaya mereka mematuhinya. Itu cadangan kita. Satu lagi yang saya ingin menarik perhatian ialah, saya berusaha untuk mewujudkan satu Little India seperti yang ada di kawasan Pulau di kawasan Butterworth. Baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, YB. Perai telah datang melancarkan projek pengindahan Jalan Jeti Lama akan diiktiraf sebagai Butterworth Little India. So, saya pun telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Paya Terubong dan juga Perai dan Air Putih sebagai Ahli Parlimen Bagan telah memberikan dana untuk menjalankan program tersebut. Saya meminta Kerajaan Negeri mengambil kira pandangan saya ini untuk menaiktaraf kawasan tersebut sebagai Butterworth Little India dan memberikan kemudahan dan juga peruntukan untuk membangunkan kawasan tersebut. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, kepada perhatian yang diberikan dalam pembangunan sukan dan belia. Jawi dapat arena Nibong Tebal dengan 9 gelangang badminton. Saya minta perhatian juga diberikan kepada Bagan Dalam dan saya cadangkan supaya bangunan lama MPSP yang sudah lama terbengkalai di sana, menunggu penyewa untuk datang sewa, sampai sekarang tak nampak. Sesiapa yang sanggup datang membelanjakan satu amaun yang tinggi untuk membaikpulih bangunan tersebut. So, saya minta Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai Butterworth Youth Centre. Saya pun sudah ada proposal semua dah sedia dah. Saya pun minta bantuan daripada Kementerian Belia Dan Sukan menerusi Timbalan Menterinya dan saya pun akan membawa perkara ini kepada Ahli Kawasan Air Putih selaku Menteri Kewangan dan saya minta Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Yang Berhormat Bagan Jermal akan mengambil kira pandangan saya ini untuk menjadikannya sebagai Butterworth Youth Centre dengan menyediakan fasiliti kepada para belia untuk beriadah di kawasan tersebut. Saya menyeru dan meminta Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan untuk membiayai separuh daripada kos pembangunan tersebut dan saya minta jangan pula terus lihat kepada ataupun we wait for penyewa kerana sampai bila-bila pun, saya jadi Ahli Majlis selama lima (5) tahun tidak nampak pun seorang penyewa datang; datang pun dia tidak teruskan. Saya minta jangan kita biarkan bangunan itu menjadi usang dan roboh dengan sendirinya. Lebih baik kita gunakan bangunan dan ruang tersebut itu untuk kegunaan masyarakat setempat. Itu pandangan saya. Dato’ Yang di-Pertua, masalah lalu lintas di Bagan Dalam. Saya telah bertanyakan soalan tentang masalah lalu lintas di Bagan Dalam khususnya di Jalan Henry Choon Thean di mana pejabat saya berada. Kerana keadaan strategiknya sebagai hub pengangkutan dengan kewujudan Penang Central dan NBCT, Butterworth sentiasa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Untuk soalan bertulis saya, mungkin jabatan tidak bersedia dan mereka tidak memberikan satu jawapan terperinci tentang berapa kali tindakan telah diambil oleh SPAD ataupun JPJ dan juga Polis Trafik terhadap lori-lori kontena ataupun jentera berat yang sering menggunakan jalan tersebut dan mengakibatkan kesesakan yang teruk pada waktu puncak. Saya minta terperinci jawapan tersebut dan saya juga menyeru supaya pihak-pihak tersebut, Polis Trafik, JPJ dan SPAD memperbanyakkan tindakan penguatkuasaan. Satu lagi isu yang saya ingin tarik perhatian di dalam Dewan yang mulia ini tentang ahli-ahli OSC. Saya pun ada tanya soalan tersebut dalam soalan bertulis dan telah mendapat jawapan. Tetapi saya ingin menegaskan di sini, ahli-ahli OSC ataupun Jawatankuasa Pusat Setempat di PBT khususnya di MPSP perlu lebih sensitif, socially sensitive dan peka terhadap isu-isu sosial kerana saya telah mendapat aduan dan saya sendiri telah melihat, apabila ada tokong, ada kuil mereka diberikan tapak RIBInya di tepi loji Indah Water, IWK, ataupun di tepi tong sampah. Ada satu tempat itu di tepi tong sampah, tempat itu dikhususkan sebagai tempat RIBI. Ini tidak boleh diterima. Mereka perlu sensitif dari segi social. Saya rasa kadangkala kita duduk di sini dan kita nampak perkara-perkara seperti ini dibenarkan. Apabila kita mendapat tahu ada ahli OSC yang telah meluluskan pelan sebegini, cukup marah kita kepada mereka. Saya berharap Kerajaan Negeri akan memilih ahli-ahli OSC yang lebih sensitif terhadap isu-isu seperti ini, isu-isu yang asas. Mungkin sekarang ia tidak menjadi isu yang besar lagi tetapi pada masa akan datang mungkin akan jadi satu isu yang sensitif atau disensasikan untuk dieksploit, politically exploited by the opposition. Saya berharap akan diambil tindakan dalam perkara ini.

Saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada YB. Padang Lalang tentang Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga yang dicadangkan oleh pihak beliau, yang telah dihantar surat. Kami pun telah diberi briefing atau taklimat tentang penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Wanita ini tetapi sehingga kini belum ada apa-apa jawapan. Kita sudah sedia dengan senarai tetapi belum ada apa-apa jawapan. Saya berharap YB. Kawasan Padang Lalang akan menjawabnya. Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi perkara ialah BORR, Butterworth Outer Ring Road yang setiap hari ambil wang rakyat melalui dua tol, satu di Perai dan satu di Bagan Ajam. Mereka hari-hari ambil duit tetapi penyelenggaraannya sangat teruk. Setiap kali kita bertanya, mereka menolak isu ini kepada MPSP. Air berlopak semasa hujan di hadapan Caltex, Perai, kalau hujan, tidak perlu hujan lebat, hujan dalam setengah jam, jalan tersebut akan banjir dan mengakibatkan kesesakan yang teruk di jalan tersebut. Baru-baru ini saya telah mendapati, semalam telah nampak satu post di sosial media, facebook, Penangkini. Saya bukan peminat Penangkini sebab selalu fitnah tetapi kadangkala ia pun ada mengeluarkan beberapa berita yang sahih. Walau pun dia pakar fitnah kadangkala dia ada keluarkan beberapa berita yang sahih, kadang-kadang lah, bukan selalu, selalunya dia fitnah, itu kita tahu. Jarang-jarang, sekarang mungkin tidak boleh cari makan, sudah kuranglah fitnah dia. Semalam telah nampak satu berita di mana melaporkan satu kes di mana di tepi bangunan MPSP yang lama, yang telah saya cakap tadi, cukup banyak sampah di parit tersebut sampai beribu-ribu jentik-jentik di sana. Saya harap Jabatan Kesihatan dan MPSP akan ambil tindakan terhadap syarikat BORR ini yang tidak bertanggungjawab sama seperti mereka ambil tindakan terhadap orang persendirian. Bila rumah kita nampak ada air bertakung dan nampak jentik-jentik, Jabatan Kesihatan masuk dan beri kompaun RM500.00. Boleh pergi tengok parit BORR ini, beribu-ribu jentik di sana, kenapa belum ada tindakan daripada Jabatan Kesihatan ataupun MPSP? Itu soalan saya dan saya berharap mereka dilayan sama seperti orang persendirian, sebab ini adalah syarikat persendirian. Walaupun ini adalah GLC, syarikat persendirian, perlu diambil tindakan terhadap mereka. Untuk perhatian YB. Tanjung Bunga juga, tentang dasar-dasar JKR. Mereka perlu kaji balik dasar-dasar lama yang tidak relevan lagi. Sudah 15, 20 tahun, bila kita soal mereka, mereka kata sudah ada dasar pada 2004, 2005, 1999, seolah-olah mereka berpegang kepada dasar-dasar yang lapuk ini seperti ianya adalah satu pedoman untuk mereka. Mereka selalu tidak menjalankan, apabila kita meminta sesuatu, mereka menunjukkan dasar ini sudah ada, kita tidak boleh buat. Sebagai contoh, saya telah meminta supaya dibuat satu bonggol di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah Kebangsaan Sungai Nyor di Jalan Sungai Nyor sebab motosikal dan kereta terlalu laju pada waktu persekolahan. Saya telah minta, tetapi setiap kali saya minta dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah, JKR, jawapan mereka sama, mereka kata sudah ada dasar JKR pada tahun 2004 kita tidak boleh buat. Saya sudah katakan, kalau dasar ini sudah lapuk dan tidak boleh diguna pakai, sebab ada keperluan kita buat bonggol di sini. Baru-baru ini ada satu kes di kawasan rakan saya dari Batu Uban di mana seorang pelajar sekolah telah dilanggar oleh sebuah kereta yang begitu laju, nasib baik budak perempuan itu, di hadapan Sekolah Cina, saya tidak tahu nama sekolah Cina tersebut, di Bayan Baru, saya ingat. Begitu laju kereta tersebut, Oh! Sekolah Kwang Hwa, Oh! sudah buat. Itu dia boleh langgar dasar. Saya berharap dasar ini you just scrap dasar ini dan buat satu dasar yang baru, di hadapan sekolah boleh buat bonggol tersebut. Saya minta …(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta laluan YB. Bagan Dalam. Saya sokong dengan YB. Bagan Dalam sebab setiap kali saya sentuh kes sebegini, iaitu jalan JKR di Perkampungan Berapit daripada dulu mantan Berapit sampai sekarang, tiap-tiap kali dalam tindakan mesyuarat kita sebut kes ini tetapi JKR bagi jawapan disebabkan ini adalah dasar, jalan itu di bawah JKR jadi tidak boleh buat apa-apa bonggol atau bumper. Tetapi ini disebabkan keselamatan di sana, sekolah, lagipun jalan raya itu dulu digunakan orang kampung tetapi selepas flyover dibina menjadi satu jalan yang sangat laju dan sangat lebar, sampai orang kampung keluar kena tengok kiri dan kanan tetapi masih susah untuk keluar dari jalan itu kerana jalan itu sangat besar. Bagitahu Polis dan Polis beritahu

susah untuk ambil tindakan kerana mustahil polis untuk ada di sana setiap hari untuk buat operasi. Jadi saya sokong Bagan Dalam supaya dasar ini boleh dikaji dan bagi special case kepada jalan-jalan seperti di Jalan Perkampungan Berapit dan di jalan-jalan yang ada sekolah. Terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih YB. Berapit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah habis? Too long.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sudah habis, last page. Sungai Dua hendak mencelah.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Tentang jalan, tentang bonggol. Saya rasa perkara ini, apa pandangan YB. Bagan Dalam, saya rasa kita boleh ubah dasarnya, dasar itu kita yang buat untuk kepentingan. Kalau boleh di kawasan Sungai Dua, ada tiga, empat kawasan yang bermasalah, depan masjid sudah ada lima (5) orang mati kerana kenderaan laju di situ, kita bubuh lampu pun tidak berkesan, bubuh zebra crossing pun tidak berkesan, masih ada kenderaan yang laju di hadapan Masjid Permatang Sungai Dua. Bila kita minta buat bonggol tidak boleh buat macam alasan tadi, Jalan Negeri tidak boleh buat kerana dasar yang dibuat JKR. Kalau boleh pihak EXCO masukkan dalam perbincangan untuk kita selesaikan isu ini. Macam Berapit kata untuk kawasan-kawasan yang tertentu yang memerlukan bonggol untuk keselamatan dan sebagainya. Saya sokong.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Speaker sudah tegur, so saya akan habiskan. Tetapi saya berharap pihak EXCO akan mengambil berat perkara ini sebab dasar-dasar dibuat untuk kesenangan dan keselamatan rakyat. Apabila keselamatan rakyat dan kesenangan rakyat in jeopardy, mereka perlu ubah dasar, tidak perlu berpegang kepada dasar yang lapuk sebagai pedoman sampai bila-bila. Sudah tiba masanya dasar berkenaan, saya difahamkan dasar dibuat oleh menteri pada masa itu, kalau tidak silap saya 2004, Samy Vellu lagilah, kalau tidak silap saya, 2004 masih dia lagi. Dasar seperti ini, dia pun sudah pergi tetapi dasarnya ada lagi, apa logik di sini. Saya berharap dasar ini akan dikaji balik dan dibenarkan; memang dekat Sungai Dua bukan setakat di masjid sahaja, dekat sekolah pun saya ada dengar. Setiap kali Mesyuarat Tindakan SPU kita bawa perkara ini tetapi tidak ada penghujungnya. Dua (2) lagi isu saya akan habiskan dalam masa yang singkat Dato’ Speaker. Tentang federalisma, dicakap, telah bercakap panjang lebar oleh rakan saya daripada Bukit Tengah. Saya pun telah bertanya soalan apakah harapan Kerajaan Negeri tentang bayangan yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri tentang pengagihan kuasa ataupun desentrialisasi. Kerajaan Negeri telah memberi jawapan bahawa perumahan awam dan pengangkutan awam dan peruntukan kewangan adalah apa yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri. Saya berharap Kerajaan Negeri perlu meminta semua kuasa-kuasa yang dirampas daripada negeri-negeri dikembalikan selaras dengan semangat federalisma, itu adalah harapan saya. Terakhir sekali, sebelum itu tentang EXCO daripada Tanjung Bunga juga, saya telah mendapat jawapan bahawa muara Sungai Perai tidak akan didalamkan dalam masa yang terdekat ini sebab ada projek-projek lain. Saya minta keputusan ini dikaji balik, sebab cukup banyak kes-kes banjir kilat kerana apabila air pasang dan hujan lebat satu jam, kedua-dua kawasan di Perai dan juga di Bagan Dalam sering mengalami banjir. Saya berharap pihak EXCO akan meminta funding from Federal untuk menjalankan kerja-kerja pendalaman muara Sungai Perai ini. Saya berharap EXCO akan mengambil kira perkara ini.

Akhir sekali, tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa Seberang Perai akan dijadikan bandaraya dan sudah pun membuat permohonan. Sudah sekian lama kita telah menunggu untuk perkara ini dan saya mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memohon dan sila pastikan kami anak-anak Seberang tidak dinafikan hak tersebut lagi, saya cukup berharap. Tentang lapangan terbang baru yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kalau boleh saya pun ingin memohon supaya ianya dibina di Seberang Perai mengambil kira faktor bandaraya baharu tersebut itu dan juga faktor kesesakan dan density di Pulau semakin meningkat. Density dan kesesakannya juga semakin meruncing, kalau di sebelah Seberang, mungkin masalah kesesakan lalu lintas ini kurang. Saya mengambil peluang ini untuk menyeru Kerajaan Negeri untuk mengkaji kesesuaian Seberang Perai untuk menerima lapangan terbang baru ini. Akhir sekali lapangan terbang baru sudah diumum tetapi harap sidang akan datang akan ada pula pengumuman tentang bangunan DUN yang baru. Dengan itu Dato’ Speaker, saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bagan Dalam kerana bangunan DUN yang baru. Silakan YB. Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah membentangkan bajetnya yang pertama sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara dalam Bajet yang telah dibentangkan pada Jumaat yang lalu. Dalam ucapan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah dinyatakan bahawa Pulau Pinang kini sedang bergerak ke arah (dengan izin)…smart city, bertaraf antarabangasa menjelang tahun 2025 atau lebih kurang enam (6) tahun daripada sekarang. Dengan adanya penambahbaikan perkhidmatan dan liputan jalur lebar, beberapa perkara macam itu dan pelbagai syarikat industri digital dan telekomunikasi di Pulau Pinang kalau kita boleh melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sains komputer, robotik dan kejuruteraan dan mengekalkan aspek kelestarian yang telah diamalkan negeri ini dengan amalan 3M dan 1S iaitu ‘Maju, Mudah, Mesra dan Smart’. Tidak mustahil untuk Pulau Pinang berdiri sama tinggi setanding dengan bandar-bandar pintar Asia seperti Tokyo, Singapura, Seoul dan juga you know di Malaysia juga Kuala Lumpur. Tapi, yang penting adalah kita sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kita juga mesti mencari cara untuk mengekalkan bakat-bakat yang datang dari Pulau Pinang, kerana telah banyak tahun, apa banyak-banyak anak muda dan bakat-bakat daripada Pulau Pinang, telah berhijrah ke negara-negara lain ataupun di dalam Malaysia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki mereka di sana. Dan ini adalah sesuatu masalah yang telah, you know yang telah beberapa puluh tahun telah berlaku. Saya rasa sejak tahun 70’an dan sekarang, you know dengan Kerajaan Pakatan Harapan yang baru, baru kita cuba untuk menghentikan. Pulau Pinang tidak boleh jadi satu net exporter….(dengan izin) untuk bakat-bakat kerana Pulau Pinang mempunyai bakat-bakat yang amat hebat di dunia. Beberapa juga boleh nampak pemimpin-pemimpin di negara-negara lain macam di Singapura ada yang datang dari Pulau Pinang juga, dan kita mesti menghentikan export, you know terjadi seorang net exporter untuk bakat-bakat ini. Dan yang paling penting adalah untuk anak-anak muda adalah, seperti adalah sesuatu yang dipanggil harapan. Iaitu sejak kita Pakatan Harapan telah mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita telah membawa harapan kembali ke Pulau Pinang dan saya rasa bajet ini atau belanjawan ini adalah akan terus dapat kita mencari harapan yang baru untuk anak-anak muda kita kekal di Negeri Pulau Pinang supaya Pulau Pinang boleh maju dalam tahun-tahun yang akan datang. Dan satu juga perkara yang penting dalam kehidupan seorang anak muda di Pulau Pinang adalah, perumahan itu sesuatu sebagai saya seorang anak muda juga walaupun sudah 36 tahun tetapi, saya rasa saya masih mudalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Muda, masih muda.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Rasa saja lah. Tapi, (ketawa), oleh itu, perumahan adalah penting dalam hidup seorang anak muda, dan kita saya tahu bahawa rumah mampu milik ‘A’ dan ‘B’ juga merupakan juga ada you know what it call waiting list…(dengan izin) yang besar terutamanya di kawasan Daerah Timur Laut. So, oleh itu kita mesti cara, I mean cari cara penyelesaian untuk masalah ini juga, juga ada banyak you know ada banyak anak muda, terutamanya yang bujang yang berusia melebihi 30 tahun yang masih ya seperti sayalah (ketawa). Ya, tapi, ada mereka banyak juga yang sedang mencari perumahan walaupun belum lagi berumah tanggalah sekali lagi seperti sayalah (ketawa). So, oleh itu mungkin Kerajaan Negeri perlu mengambil kira jumlah tanggungan isi rumah seseorang anak muda itu, selain I mean di antara kategori yang perlu dipertimbangkan selain kemampuan kewangan mereka sahaja, kerana tanggungan isi rumah walaupun mereka masih bujang, belum pun boleh dikira masuk ayah dan ibu yang sudah tua dan juga ada kemungkinan ada abang atau adik yang abang, kakak atau adik yang OKU juga, mungkin perlu diambil kira dalam pertimbangan untuk, untuk mereka membeli sebuah rumah yang mampu milik. Saya juga ingin Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu disini iaitu isu keselamatan dan kebersihan awam. Saya amat menghargai dan saya rasa rakyat Pulau Pinang juga menghargai keprihatinan kerajaan yang telah memasang 150 unit kamera litar tertutup ataupun CCTV yang baru pada tahun hadapan, serta bekerjasama dengan pihak PDRM dan PBT-PBT untuk meningkatkan tahap keselamatan negeri. Dan saya rasa walaupun ada beberapa pihak yang cakap kita ini bertindak sebagai (dengan izin)…big brother lah, saya rasa tahu bahawa ini bukan cara Kerajaan Negeri Pakatan Harapan mentadbir di Negeri Pulau Pinang. Dengan CCTV ini yang paling penting, atau hasrat Kerajaan Negeri adalah demi keselamatan rakyat Pulau Pinang dalam you know dalam era yang moden ini, memang keselamatan seseorang rakyat di Pulau Pinang tidak boleh dikompromi. Ada yang jugalah, tentu ada yang akan membuat aduan tetapi saya rasa Kerajaan Negeri telah mengambil langkah yang betul dalam isu keselamatan. Juga kerana sekarang pada era yang moden ini pun juga, ada berlakunya pergaduhan dan juga isu jenayah di merata tempat. Dan bila saya dan juga ada aktiviti-aktiviti macam penjaja haram, dan juga you know banyak-banyak pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat dan banyak kali PBT-PBT mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk, untuk menangkap pesalah-pesalah ini semua kerana, walaupun kita sudah jadi kita nak mencapai Wawasan 2020, walaupun sekarang Kerajaan Barisan Nasional dari segi Persekutuan pada masa dahulu dah cakap 2020 tak boleh dicapai dah. Tetapi kita tetap ingin membawa masyarakat kita ke era yang baru, dan juga kepada sebuah masyarakat yang lebih sivil, dan pembuangan sampah sarap ini semua merupakan kelakuan sebuah masyarakat yang telah hilang kepercayaan dan hilang, hilang memang hilang kepercayaan terhadap kerajaan mereka, kerana ada apabila seseorang rakyat Malaysia, rakyat di sesebuah negara boleh dikatakan menghormati kerajaan mereka, mereka memang akan menghormati undang-undang sesebuah negara itu, atau negeri itu, atau Pihak Berkuasa Tempatan itu. Tetapi apabila rakyat itu hilang kehormatan terhadap sesebuah kerajaan, mereka akan hilang kehormatan terhadap undang-undang itu. Dan sebab Barisan Nasional telah mentadbir negara berpuluh-puluh tahun, saya rasa mereka telah menghilang hormat terhadap undang-undang banyak. Dan sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, dan juga kita sekarang berada di peringkat Persekutuan, kita mesti mengembalikan kehormatan terhadap undang-undang di seluruh negara, bukan sahaja di Negeri Pulau Pinang. Tetapi itu mesti datang kehormatan itu, terhadap undang-undang hanya akan datang apabila rakyat itu mempercayai dan mempunyai kepercayaan yang besar terhadap kerajaan mereka. Dan saya rasa sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang telah mentadbir Negeri Pulau Pinang selama 10 tahun ini, kita adalah berjaya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ini, dan juga tetapi itu adalah langkah pertama sahaja.

Langkah kedua, kepercayaan ini mesti dikuatkuasa mesti diberi kuasa kerana apabila rakyat melihat kita tidak dapat menguatkuasa undang-undang kita sendiri, mungkin kepercayaan itu ada masalah juga boleh hilang juga. Dan saya ingin membangkitkan isu yang amat penting disini, iaitu isu kekurangan tindakan penguatkuasaan, bahawa banyak ini bukan satu aspek saja atau dari satu agensi kerajaan sahaja atau. Tetapi dari kerajaan secara keseluruhan dari semua-semua agensi kerajaan. Kadang kala saya merasai bahawa agensi-agensi kerajaan semua mempunyai (dengan izin)… silo mentality. Semua membuat operasi mereka mengikut agensi-agensi mereka sahaja. Dan saya rasa mentality macam ini perlu dihentikan, kerana apabila penguatkuasaan ingin dilakukan, semua agensi mesti mempunyai komunikasi di antara satu sama lain. Kalau tiada komunikasi, memang akan bermasalah, dan ini amat penting kerana seperti yang saya katakan tadi, keselamatan rakyat kita tidak boleh dikompromi. Dan juga so, oleh itu saya merayu kepada semua agensi-agensi kerajaan, walaupun agensi Kerajaan Persekutuan atau agensi Kerajaan peringkat Negeri semua sekarang mesti meningkatkan komunikasi mereka di antara satu sama lain. Apabila sesuatu yang apabila you know…(dengan izin) when there is, when there is a problem detected, we cannot just keep it to our self, we must bring it to the relevant agencies. So, kita sudah kita sudah sampai satu, satu tahap di negara kita kerana kita percayaan dalam segi (dengan izin)….separation of powers. Itu memang betul, tetapi separation of powers juga mesti ada komunikasi. Saya telah melihat infrastruktur di tempat-tempat di atas kawalan MBPP dan juga tempat-tempat di bawah kawalan JKR. Dan seperti dikatakan tadi, tempat-tempat di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak JKR, dasar-dasar mereka semua langsung tidak sama. I mean they ask similarities….(dengan izin) tetapi, masih ada banyak perkara yang that they don’t agreed withlah one another. So, oleh itu sometimes banyak susah untuk sesebuah kerajaan untuk berfungsi dengan selarasnya, kalau agensi mempunyai dasar-dasar mereka sendiri. Kita mempunyai yang cabaran besar kita pada kali ini, pada penggal ini saya rasa adalah untuk meningkatkan komunikasi diantara semua-semua agensi supaya semua dasar kita boleh diselaraskan dan you know boleh diikuti dan perintah-perintah daripada sesebuah Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat jelata boleh boleh dilaksanakan tanpa, tanpa masalah. Macam saya cakap isu-isu senang isu-isu tindakan penguatkuasaan yang tidak dapat dilaksanakan yang sekarang semakin berleluasa adalah macam sesuatu-sesuatu yang senang macam laluan pejalan kaki yang digunakan oleh penunggang motosikal, sebenarnya saya sebagai seorang Ahli Majlis yang telah berkhidmat di Majlis Bandaraya Pulau Pinang selama lima (5) tahun saya telah bekerjasama dengan banyak banyak Jabatan di sana untuk memikirkan cara untuk menguatkuasakan you know, untuk menghentikan penunggang motosikal daripada mengunakan kaki pejalan kaki lima kerana ini bukan sahaja boleh dikatakan isu keselamatan rakyat tetapi isu keselamatan rakyat adalah satu faktor sahaja, persepsi orang-orang lain terhadap masyarakat kita boleh dilihat boleh diambil persepsi orang luar negara apabila datang melancong ke Pulau Pinang. Apabila mereka melihat perkara macam ini berlaku. Apakah persepsi mereka bahawa you know kita mesti memberhentikan ini sebab ini adalah you know kelakuan yang kurang memuaskan yang ada di kalangan ada orang akan kata ini adalah kelakuan yang tidak civil dan kita sudah sampai kita sudah kita rasa bahawa kita rakyat Malaysia adalah sebuah rakyat yang bertamadun…(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masalah saya rasa cukup jelas.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Cuba saya nak tambah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada panjang lebar saya rasa masalah sudah di dengar oleh Dewan cukup jelas.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Sikit saja nak tambah sikit saja dari segi apa yang dibangkitkan oleh Pulau Tikus tentang Agensi Kerajaan, peranan yang dimainkan oleh Agensi Kerajaan, peranan Pegawai Kerajaan yang kadang-kadang tak capai tahap yang dimaksudkan ia kadang-kadang berlaku bukan kerana Jabatan tidak ada syarat undang-undangnya tapi kadang-kadang tidak ada penyelarasan contohnya saya ambil isu tambakan sawah di kawasan saya, sampai sekarang sawah masih macam itu tak ada tindakan langsung, tak bergerak kerana Pejabat Daerah serah kepada Majlis, Majlis serah kepada pihak lain ke pihak Mahkamah dan sebagainya jadi tidak ada penyelarasan untuk menguatkuasakan satu undang-undang supaya dia lebih mantap dan cepat dilaksanakan perlu ada satu badan penyelaras itu pandangan saya terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey boleh ke tajuk dah tajuk lain.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang, okey saya rasa itu adalah sebuah kenyataan juga adil dan saya sudah cakap bahawa cabaran untuk penggal ini adalah untuk menyelaraskan tugas-tugas di antara Agensi-Agensi Persekutuan dan juga Agensi-Agensi Negeri kerana yang paling penting Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekarang mempunyai telah diselaraskan dari segi politik, oleh itu kita mesti mencapai satu how to say Kerajaan yang matang sekarang dari segi politik juga. Saya datang daripada Pulau Tikus, saya telah bersekolah di Pulau Tikus juga, saya dilahirkan di Pulau Tikus juga dan saya tahu bahawa sejak kecil lagi masalah di Pulau Tikus adalah trafik memang dari lama lagi trafik merupakan isu-isu yang di antara isu-isu yang tidak dapat dielakkan di Pulau Tikus. Sudah banyak tahun tetapi kita datang ke era ini kita memang perlu cara cari cara penyelesaian dengan lebih cepat sekarang ini kerana walaupun ada bantahan-bantahan terhadap Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang tetapi saya rasa kita pun telah bertindak adil sebagai sebuah Kerajaan yang sebuah kerajaan yang bertanggungjawab saya rasa bahawa tetapi saya rasa bahawa how to say, saya juga berasa bahawa perunding-perunding untuk Pelan Induk ini mesti juga mendapatkan fakta dan juga mempunyai mendapat fakta yang lebih how do you say convincing…(dengan izin) kerana public engagement ini sangat penting yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Oleh itu trafik isu memang masih ada akan berterusan sehingga kita dapat Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan saya harap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin tetapi yang amat-amat penting sekali semua-semua assessment-assessment semua mesti dilaksanakan dengan sempurna sebelum permulaan projeklah itu dan saya telah amat bersyukur dan juga amat gembira saya ingin berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana Gurney Whaft akan dibuka di kawasan Gurney Drive tidak lama lagi ya dan telah lama your Gurney Drive telah menjadi sebuah tempat yang hodoh sekali kerana tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dulu yang telah menjadikan Gurney Drive yang amat saya amat saya mencintai dulu kerana bila kecil dulu masih ada pantai masih boleh pergi ke pantai dan main air tetapi apabila saya jadi seorang remaja pantai itu telah hilang dan jadi semua lumpur, oleh itu Gurney Whaft akan membawa balik kecantikan di kawasan Gurney ini dan saya harap projek ini dapat dihabiskan secepat mungkin supaya kita boleh mengembalikan kecantikan ke Persiaran Gurney ya. Saya juga ingin membangkitkan tahap perkhidmatan Bas Awam sekarang. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana melancarkan Program Bas CAT ini, Bas Percuma CAT ini kerana Pulau Tikus adalah di antara yang dapat menikmati perkhidmatan ini kerana kita ingin mencapai sebuah masyarakat yang move people not vehicle…(dengan izin) saya rasa perkembangan ini amatlah penting walaupun Kerajaan Negeri mesti membelanjakan banyak wang untuk melaksanakan projek ini tetapi saya rasa ia amat mustahak walaupun tidak sempurna tiada pelan yang tentunya sempurna tetapi mesti ada sebuah permulaan. Semua pelan mesti ada permulaan saya rasa Perkhidmatan Bas Percuma ini adalah permulaan yang penting dan amat releven.

Juga tadi saya saya ingin membangkitkan isu yang Orang Kurang Upaya iaitu universal design yang saya pernah bangkitkan dalam Sesi Dewan Undangan Negeri yang lalu. Dato‘ Yang di-Pertua saya ingin mengumumkan bahawa Penang Accessibility Action Group telah di telah bermesyuarat semula selepas tidak bermesyuarat untuk hampir dua (2) tahun, Penang Accessibility Action Group sekarang telah mengeluarkan satu garis panduan ataupun check list yang boleh digunakan oleh semua pelan-pelan infrastruktur dan juga bangunan untuk projek yang akan datang. Saya amatlah berharap agar Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan garis panduan ini (dengan izin)...compulsory untuk semua projek-projek akan datang kerana ini merupakan langkah yang amat penting kepada golongan kurang upaya kerana saya rasa bahawa semua rakyat Malaysia perlu menikmati kebebasan they (dengan izin)…they are entitle freedom as much each and every other Malaysians. So saya rasa bahawa dengan adanya universal design atau universal accessibility kita dapat mengembalikan kebebasan kepada mereka dan garis panduan kita telah bersedia telah sedia untuk dilaksanakan dan saya rasa adalah masanya kita mengambil garis panduan ini sebagai dasar yang baru untuk Kerajaan Negeri kerana pada masa ini Negara-negara seperti China pun sudah how to say (dengan izin)…more advance than us when it come to universal design. Okey, satu lagi perkara yang ingin saya bangkitkan Dato‘ Yang di-Pertua adalah perkara kesenian seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam tadi. Saya rasa kesenian ini amat penting dan perlu dilaksanakan oleh mereka yang memang pakar dalam bidang kesenian ini seperti saya telah maklumkan pada sesi yang lalu saya memang adalah seorang yang amat menyukai dan pernah menyertai bidang kesenian persembahan atau performing art...(dengan izin), so performing art ini memang kita ada Penang Performing Art Centre atau PAC kita ada banyak performing art juga masa George Town Festival. Tetapi saya rasa memang banyak lagi yang boleh dicapai oleh Negeri Pulau Pinang boleh dilihat bahawa di negara Singapura sekarang telah menjadi satu hub untuk performing art dengan Performance Centre mereka yang dipanggil The Durian nickname The Durian, mereka telah mengadakan banyak-banyak persembahan di sana yang dapat menarik juga banyak persembahan dari negara lain seperti Broadway dan West End dan tetapi di Negeri Pulau Pinang kita masih tidak mempunyai peluang ini, so saya rasa kita sudah sampai ke masa ini….(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus, sentuh dengan performing art ataupun persembahan dari segi seni ini mungkin saya ingin dapatkan penjelasan daripada Pulau Tikus tentang kesedaran khususnya kalangan masyarakat umum terhadap performing art sama ada masyarakat kita telah sampai ke satu tahap di mana kita boleh (dengan izin)....how to say, appreciate performing art sebegini memandangkan perkara ini kalau kita sebut di ibu negara di Kuala Lumpur sememangnya performing art ini mendapat sambutan dengan meriah tetapi mungkin kesedaran masyarakat umum di Negeri Pulau Pinang ini masih belum mencapai tahap tersebut, mungkin saya boleh minta pandangan daripada Yang Berhormat Pulau Tikus berhubung perkara ini.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota. Saya juga setuju dengan apa yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota mengenai kesedaran masyarakat kita terhadap performing art. Saya tahu bahawa kalau nak bandingkan Pulau Pinang dengan Kuala Lumpur memang mereka mempunyai satu market yang lebih besar bukan sahaja untuk performing art tapi lebih banyak perkara lagi oleh itulah tanggungjawab kita untuk penggal ini untuk menaik taraf bukan sahaja untuk market performing art ini tetapi untuk semua juga yang lain kerana yang paling penting Pulau Pinang pada masa yang akan datang menjelang tahun masa depan yang cerah kita mesti berkerja keras untuk mengekalkan bakat-bakat kita dan juga rakyat kita kerana seperti yang saya katakan tadi harapan seseorang rakyat adalah penting untuk dikekalkan dalam sesebuah negeri itu.

Kita boleh lihat dari segi perbandingan mari kita lihat di negeri-negeri yang lain kebanyakan rakyat-rakyat mereka akan berhijrah ke negara lain ataupun ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan hanya akan balik pada musim perayaan ataupun pada musim pilihan raya dan kita mesti menghentikan perkara itu kerana tanggungjawab sesebuah negeri adalah untuk mengekalkan rakyat mereka di negeri itu dan saya rasa Pulau Pinang adalah sesebuah negeri…(gangguan).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Beri laluan.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Ya.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Saya cukup kagum dengan kenyataan Yang Berhormat Pulau Tikus bahawa kita patut mengekal bakat-bakat rakyat Pulau Pinang misalnya ramai yang berada di luar negaralah termasuk keluarga saya sendiri, ramai ahli keluarga saya, saudara mara saya berada di merata-rata dunialah. So adakah Yang Berhormat Pulau Tikus patutkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan satu badan seperti talent corp untuk menarik balik bakat-bakat yang sedang berada di luar negara. Terima kasih.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga. Saya rasa memang ada. Pandangan Yang Berhormat Kebun Bunga memang, how we say? Mempunyai asas dan saya rasa talent corp perlu, boleh dilaksanakan tetapi yang paling penting dalam, kita mesti tahu bahawa dalam dari segi politik juga apabila kita membahas dalam Dewan yang mulia ini, kita boleh dilihat sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang matang bahawa kita tidak akan hanya membahas mengikut sentimen-sentimen seperti yang boleh dilihat, di banyak-banyak mungkin Dewan Undangan Negeri atau di dalam Parlimen, yang paling penting kita boleh mesti dilihat sebagai sebuah Dewan Undangan yang boleh membahas secara matang dalam segi, dari segi polisi dan dasar-dasar semua. Itu adalah penting kerana kepercayaan mereka yang telah berhijrah untuk kembali ke tanah air mereka, dia mesti tengok dan dia mesti lihat kematangan pemimpin di what is it? Tanah air mereka dan apabila mereka dapat melihat bahawa pimpinan di negara tersebut telah jadi matang, mungkin kepercayaan itu akan kembali dan mereka juga akan kembali untuk menolong ekonomi kita, untuk meningkatkan negara kita, untuk menjayakan negara kita. So oleh itu banyak-banyak faktor di antaranya mungkin talent corp. Kalau kita boleh menubuhkan satu talent corp untuk membawa balik, untuk how we say? Untuk memberi peluang kepada bakat-bakat ini yang telah berhijrah ke negara lain. Mungkin mereka akan kembali tetapi yang penting yang boleh mereka bukan saja boleh percaya bahawa mereka akan mendapat sebuah masa depan yang cerah di negara ini tetapi mereka mesti mempercayai bahawa anak-anak mereka juga akan mendapat sebuah masa depan yang cerah. Dan saya pun rasa bahawa saya boleh related...(dengan izin), kepada Yang Berhormat Kebun Bunga kerana banyak-banyak saudara mara saya pun telah berhijrah ke negara yang lain. Kerana apa? Kerana mereka hilang kepercayaan, hilang kepercayaan kerana negara telah diperintah oleh Barisan Nasional terlampau lama sehingga rakyat pun tak boleh tahan dan bila, dan pada 8 Mac 2008, mereka telah ubah di Pulau Pinang, pada 9 Mei 2018, mereka telah ubah di Putrajaya kerana rakyat memang pun tidak lagi dapat tahan dan sekarang Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan telah masuk ke Penggal Ketiga dan rakyat memang mahu lihat apa yang kerajaan ini boleh melaksanakan dengan sekarang, dengan pertolongan Kerajaan Persekutuan. Dan saya rasa di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita yang baru, kita boleh mencapai banyak lagi pada masa, pada penggal ini kerana usaha kita atau perjuangan kita tidak berakhir pada pilihan raya yang lalu tetapi ia itu pada permulaan sahaja.

Dengan ini saya rasa, usaha kita mesti ditingkatkan macam saya dikatakan masalah dalam agensi-agensi kerajaan itu, kita boleh, kita boleh menghapuskan masalah itu pada penggal ini, saya percaya kita boleh berbuat demikian. Kerana kita semua yang berada di sini di bawah pimpinan, di bawah Pakatan Harapan, saya rasa kita tidak menyertai politik untuk menjaga diri kita sendiri. Kita menyertai politik kerana kita percaya, kita boleh membuat perubahan dalam tanah air yang kita mencintai ini. Dengan itu saya rasa belanjawan atau bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri adalah langkah pertama dalam era baru, era baru Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri yang dapat bekerjasama you know, ini adalah langkah pertama dan langkah kedua adalah dalam usaha kita. Dengan itu, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pulau Tikus. Silakan, Ahli Yang Berhormat, sila.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Bismillahi rahmanir rahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk sama-sama di dalam membahaskan bajet pada hari ini. Pertama saya mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan bajet negeri kita. Saya nak minta tambah pun takut dah Yang Amat Berhormat bentang defisit. Sebab nanti nak minta tambahan tak boleh. Cuma saya nak mulakan dengan nelayan. Sebab hari ini kebetulan di tempat saya ada kehilangan nelayan yang berasal dari Pulau Betong, sampannya dijumpai di Sungai Pinang, di DUN saya. Nama dia sama bin dengan saya, bin Md. Lazim, Abdullah bin Md. Lazim tapi bukan keluarga saya. Jadi inilah yang dikatakan nelayan pada kita sekarang kita tak tau lagi apa dia keadaan sekarang ini yang dikhuatiri tenggelam dalam laut dalam usaha dia mencari ikan. Mereka ini adalah rakyat Pulau Pinang yang menyediakan makanan untuk kita sekarang ini dan mereka telah mendapat sebahagian pembelaan. Yang saya faham bahawa Kerajaan Negeri, saya ucapkan tahniah kerana telah memberi tambahan dana kepada mereka sebanyak RM400.00 tetapi bukan sekadar dana yang kita rasa perlu kepada nelayan-nelayan pantai ini. Mereka perlu dibekalkan lebih daripada itu iaitu perlu dilatih mereka dan perlu secara tidak langsung diajar mereka untuk mereka mengetahui bahawa kerjaya mereka itu ada had dia. Kerjaya mereka itu ada skillnya. Bukan skill sekadar tradisional menangkap ikan semata-mata. Ini penting kepada mereka untuk mereka meneruskan usaha ini. Sekarang dipelopori oleh nelayan ini oleh golongan-golongan yang agak berumur. Masih lagi kekal di laut mencari ikan untuk kita yang makan. Jadi satu dasar perlu diperkenalkan kepada kita untuk mereka ini lebih mengetahui akan keadaan mereka. Kita di Dewan ini pun ada masa pencen, mereka tidak ada. Jadi inilah yang penting pada kita. Yang keduanya saya mula dengan nelayan sebab kita ada Pengerusi, ucap tahniah kepada Pengerusi LKIM, Faiz Fadzil dari Permatang Pasir. Mudah-mudahan dengan beliau dilantik sebagai Pengerusi LKIM, kita akan dapat manfaat yang lebih banyak kepada nelayan kita. Seperti mana yang pernah saya bangkitkan bahawa nelayan ini perlu dilihat kepada kerjaya mereka yang lebih efisyen pada masa depan. Saya tengok statement bahawa peningkatan sumber ikan yang telah dicapai oleh Pulau Pinang amat baik dan jauh lebih baik daripada orang lain. Dan tapi malangnya saya melihat sangkar-sangkar ikan yang dimiliki di sebahagian di Pulau Pinang ini, bukanlah dimiliki oleh nelayan. Tetapi sebahagian mereka bukan nelayan. Jadi nelayan di Pulau Pinang ini sekarang macam kawasan saya di Telok Bahang, kita mempunyai masalah di mana nelayan pantai bergaduh dengan nelayan-nelayan pukat yang lebih besar. Kenapa mereka bergaduh adalah satunya sumber ikan dia tidak cukup di laut dalam, mereka termasuk 10 batu nautika ke dalam untuk dapat ikan. Mereka juga susah. Sebahagian daripada pengusaha-pengusaha bot ini hampir tidak sanggup lagi untuk mewarisi pekerjaan mereka kepada anak-anak mereka sebab ikan, hasil ikan itu telah menurun begitu banyak. Kita sendiri lihat kalau kita tengok dokumentari, dulu orang boleh tangkap ikan saiz bas, sekarang ini sudah tak ada lagi saiz itu.

Begitulah berlaku sehinggalah ke nelayan pantai. Jadi perlu ditingkatkan usaha kalau boleh kita adakan ladang laut yang lebih efisyen. Kita ada rekod di Malaysia, kita ada ladang FELDA di darat. Ladang FELDA telah mencatatkan pencapaian yang cukup baik. Peladang hanya sebagai operator sahaja di sana. Kajian R&D dan juga pasaran dilakukan oleh agensi kerajaan. Dia juga perlu dilakukan kepada nelayan-nelayan pantai dan juga nelayan-nelayan bot yang lebih besar ini untuk mengelakkan mereka terus terbelenggu dengan masalah pendapatan yang makin meruncing sekarang ini. Dan kita cuba juga mengelak mereka daripada mereka melanggar undang-undang tadi. Saya difahamkan undang-undang 10 batu nautika juga akan ditingkatkan lagi jauh lagi pada masa depan dan satu hari dianya akan ditamatkan seperti mana yang berlaku di Indonesia. Ini akan menyebabkan kita mempunyai lompong yang lebih luas dan lebih besar kepada penghasilan ikan. Oleh sebab itu, kita kata nelayan ini perlu diberi lebih perhatian untuk mereka menjadikan kerjaya mereka lebih baik, lebih mempunyai masa depan. Ini penting kepada kita bahawa dalam nelayan yang ada ini, kita perlu fokus kepada mencari satu kaedah, sebab itu saya kata kalau boleh kita adakan ladang laut supaya penghasilan ikan itu lebih terjamin jumlah dan juga pendapatan kepada nelayan-nelayan kita. Itu yang penting kepada kita sekarang ini yang mana kawasan-kawasan tepi laut ini, nelayan-nelayan ini tinggal di rumah-rumah kalau kita tengok rumah mereka semuanya mereka telah menceroboh tanah-tanah milik agensi dan kerajaan sebab mereka tidak mampu. Bukan kata Melayu, Cina pun sama, India pun sama. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah, untuk membeli rumah dengan hasil yang mereka ada dan juga kaedah yang mereka gunakan, sebahagian daripada mereka, tidak ada mempunyai akaun bank. Bagaimana mereka akan membeli rumah. Ini perlu kepada latihan yang lebih baik kepada mereka ini dan kalau kita boleh wujudkan skim yang baru ini, kita mungkin akan mendapat mengekalkan pendapatan dan juga meningkatkan apa tu, jumlah ikan di dalam negara dan boleh mengawal harga pasaran ikan di sini. Begitu juga kalau kita tengok dari segi peniaga, saya ingin tegaskan di sini bahawa penggerai dan perniagaan di Pulau Pinang seperti mana kita bangkitkan bahawa gerai-gerai di Pulau Pinang ini begitu banyak tetapi tak tersusun. Tadi yang lepas, saya ada bertanya tentang bagaimana kita nak jadikan mereka ini lebih tersusun dan terancang seperti yang berlaku di depan Hospital Besar dan juga di Taman Sardon. Sebab kalau kita biarkan apa, tapak tepi jalan dan bahu-bahu jalan diceroboh oleh peniaga kecil ini atau pun penjaja ini tanpa kita kawal dan menetapkan satu kaedah atau pun satu bentuk gerai yang standard untuk mereka bekerja dan mencari makan, mereka akan terus menjadi penceroboh dan lebih malang lagi pencerobohan ini telah menyebabkan apa tu, unsur-unsur jangkitan kuman dan juga pencemaran alam daripada longkang dan sungai kita begitu ketara hari ini. Sebahagian daripada tempat kita makan ini kadang-kadang kita nak bau pun tak boleh sebab longkang dia bukan lagi untuk saluran air tapi lebih kepada lemak dan juga bau yang kuat. Jadi kita perlu segerakan perkara ini. Sebahagian daripada peniaga yang di tepi jalan ini, di bahu jalan ini mereka tidak mengganggu trafik, dia jauh, kalau di Telok Bahang saya itu, memang bukan kawasan laluan utama, mereka telah menceroboh tebing jalan. Kalau tebing jalan ini, Pihak Berkuasa Tempatan ataupun lain-lain agensi mampu untuk menentukan dan menetapkan kaedah dan saiz serta sistem gerai yang lebih baik supaya hasil buangan diletak terus ke longkang dan parit itu, saya rasa mereka ini lebih tersusun dan terlatih. Begitu juga dengan penglibatan mereka dalam mematuhi undang-undang Kerajaan Tempatan dan juga undang-undang kesihatan. Penggerai ini sebahagian besarnya saya tengok dia lari daripada penguatkuasaan sebab mereka takut kepada penguatkuasaan, mereka apabila kita tinjau, bukan sebab mereka takut tapi mereka ini tidak ada knowledge, tidak ada maklumat tentang apakah peraturan yang perlu ada untuk mereka jadi penggerai. Ini masalahnya, sehingga cucuk untuk dapat vaksin pun mereka tidak terlibat, alasan mereka tak ada di sana, tak ada di Hospital Besar atau pun hospital daerah. Mereka terpaksa datang ke George Town untuk dapatkan atau pun ke swasta. Swasta mengenakan dia punya bayaran sekali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan di Kerajaan. Kita harap bahawa baru-baru ini ada serbuan jadi saya harap bahawa serbuan-serbuan ini bukan bentuk serbuan lagi tapi kita buatlah dalam bentuk satu proses pemeriksaan ini dengan satu tempoh yang diberikan. Kita boleh buat sama proses kepada hotel ataupun private hospital, kita hantar, minta dokumen diisi, minta semua

prosedur untuk mereka sediakan sebelum kita membuat lawatan. Mungkin tempoh diberi kepada syarikat-syarikat misalnya hampir tiga (3) bulan masa pemeriksaan tapi di gerai-gerai ini saya lihat bahawa kadang-kadang notis datang tak sampai 24 jam kemudian satu lawatan dibuat. Mereka tidak ada masa untuk bersedia, akhirnya mereka ambil sikap tutup kedai dan lari. Sampai bila kita nak selesaikan masalah kesihatan ataupun prosedur kesihatan kepada penggerai. Ini penting kepada kita supaya SOP atau prosedur yang perlu ada kepada seorang penggerai itu diketahui oleh penggerai. Bentuk latihan dan penguatkuasaan serta kompaun hendaklah selari supaya penggerai-penggerai dan peniaga-peniaga ini lebih faham dan juga mereka lebih mengikut kepada peraturan. Saya yakin kalau proses penguatkuasaan dan tempoh kita bagi untuk mereka memahami tindakan yang akan mereka diambil, mungkin dua tiga tahun, sebahagian daripada penggerai-penggerai ini akan dapat mencapai tahap mengikut peraturan dan undang-undang kesihatan dan juga undang-undang Kerajaan Tempatan. Sebahagian daripada mereka tidak ada grease trap atau perangkap lemak. Sebahagian daripada mereka tidak faham tentang penggunaan cincin semasa jualan. Ini semua perlu kepada satu proses memberi notis yang panjang dan meletak beberapa syarat yang perlu mereka sediakan sebelum mereka dilawati oleh pihak berkuasa dan kalau pun mereka melanggar kesalahan selepas itu, kita boleh memberi satu peluang untuk mereka sediakan kemudahan ataupun mengikut proses dalam masa seminggu dua minggu selepas itu kemudian barulah kita keluarkan kompaun. Kadang-kadang kompaun kita bagi atas alasan lantai. Ada gerai yang lantai dia tanah. Kalau kita bandingkan dengan di hotel, kita juga ada di hotel-hotel kita di Batu Feringhi, gerai-gerai minuman mereka di tanah, kedai makan mereka di tanah dan persiapan untuk siapkan semua minuman dan makanan itu juga gerai-gerai dibuat di tanah. Jadi alasan bahawa finishing lantai sebagai alat untuk mereka tidak boleh berniaga perlu kita pertimbangkan dan kita pastikan bahawa mereka, untuk pastikan bahawa mereka ini mampu mengikut peraturan. Saya minta supaya satu proses, satu pembaharuan di dalam tindakan dilakukan. Kita pun kerajaan baru, Pakatan Harapan, jadi kita buatlah pembaharuan di sini supaya peniaga-peniaga ini mampu mengikut peraturan dan undang-undang bagi kecuali mereka-mereka yang keluar daripada peraturan ini dan tidak mahu mengikut, itu kita dakwa dan itu kalau ditutup pun kita setuju. Dan saya satu lagi ingin…(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua, boleh beri laluan? Tentang isu-isu illegal hawker di kawasan ADUN Telok Bahang. Saya ingat Undang-undang Akta Kerajaan Tempatan telah wujud sejak tahun 1976. Undang-Undang Kecil Penjaja telah wujud tahun 1991 jadi kepada semua penjaja-penjaja tepi jalan ataupun penjaja-penjaja kedai kopi patutlah mengetahui undang-undang dan juga dari segi kebersihan. Ia telah lama wujud sejak tahun 1991 sampai sekarang. Bagi pihak MBPP, saya boleh jawab sedikit sebab saya adalah bekas Ahli Majlis dan juga adalah

Pengerusi gantian, untuk kes seperti ini…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bukan Speaker MPSP, MBPP ya.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ya, saya faham tetapi hanya nak minta laluan untuk memberi keterangan. Saya ingat mereka boleh dapat semua butir-butir yang lebih details daripada MBPP. Saya difahamkan bahawa MBPP telah membuat satu pemutihan terhdap penjaja-penjaja haram pada tahun 2010. Saya berharaplah semua perniaga kena menghormati dan mematuhi undang-undang yang termaktub.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih. Sebab itu saya kata, Kerajaan kita kerajaan baru dan sama juga dengan peniaga. Sebenarnya peniaga-peniaga tepi jalan ini bukanlah satu kumpulan yang mewarisi perniagaan. Mereka juga adalah kumpulan baru yang datang berniaga. Memang undang-undang telah wujud dan mereka tidak mematuhi undang-undang dan mereka ini datang untuk membuka sebuah restoran ataupun gerai tepi jalan ini, mereka bukan melalui satu proses permohonan. Bukan mereka datang untuk mengikuti kelas, mereka ini perlu dilatih dalam

bentuk, apa tu, masa mereka bertugas jadi mereka datang terus membuka gerai, kadang menyewa tempat ataupun ada juga yang menyewa rumah buka gerai, kedai makan dan mereka-mereka inilah yang saya maksudkan bahawa mereka ini tidak tahu peraturan dan akhirnya mereka mengambil sikap meninggal ataupun lari daripada penguatkuasaan undang-undang. Sebab itu saya kata pihak berkuasa perlu melakukan proses pendidikan di samping tindakan undang-undang. Saya ucap terima kasih kepada penjelasan tadi. Memang betul, saya mengaku bahawa undang-undang ada dan tapi bagi kita, kita perlu kepada mereka penjaja-penjaja ini untuk mengetahui akan boleh atau tidak apa yang perlu mereka sediakan. Apa salahnya bagi pihak berkuasa menghantar notis awal satu bulan sebelum mereka membuat lawatan ke gerai-gerai tadi dan memberi proses apa yang perlu mereka ada dan sediakan untuk mereka sediakan kepada pihak berkuasa supaya sebelum serbuan dilakukan, mereka mampu menyediakan benda tadi. Saya rasa kalau peniagaan itu untung, kalau perniagaan itu boleh dijadikan perniagaan dan menjadi sumber pendapatan, tidak ada peniaga yang akan tutup kedai semata-mata kerana undang-undang. Mereka akan cuba mematuhi undang-undang. Saya minta kalau boleh, boleh kita buat satu kajian baru ke atas semua peniaga-peniaga jalanan ini adakah mereka faham tentang peraturan? Adakah mereka tahu tentang peraturan itu akan menyebabkan mereka hilang peluang untuk berniaga? Pulau Pinang ini tempat mencari makan. Semua mereka faham. Jadi saya minta supaya peniaga-peniaga ini diberi ruang dan diberi peluang untuk mereka mengetahui peraturan dan proses untuk mereka legalize atau mereka halalkan perniagaan mereka itu di samping kita minta supaya kerajaan sendiri apabila kawasan-kawasan yang berpotensi, yang baik, kerajaan yang bangunkan tempat-tempat ini untuk dijadikan tapak berniaga. Itulah yang paling penting untuk kita supaya kita tidak lagi lihat dan dengar bahawa keracunan makan berlaku dan juga peniaga-peniaga melanggar peraturan yang banyak. Jadi berikutnya ialah saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah memberi tambahan lagi hingga RM150,000 unit CCTV tapi CCTV ini mestilah dia berfungsi sebagai CCTV yang mampu respond secara automatiknya, secara lebih cepat bukan secara manual untuk ada CCTV tapi prosesnya manual untuk kita akan hadapi juga masalah yang besar untuk mengetahui apakah kesan daripada CCTV tadi. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi ruang kepada saya untuk melawat Ningxia, China bersama dengan KOMTAR, Sungai Pinang, Jawi dan beberapa orang Balik Pulau. Di sana saya lihat CCTV digunakan dalam masa tiga (3) saat mereka dapat mengesan objek, mengenalpasti orang itu, siapa dia. Kalau kita di airport dia, nama kita bila pandang jer tv, selepas tiga (3) saat dia akan bagi nama, pintu berapa, flight nombor berapa. Sama juga di lain dan mereka mengesan kenderaan sehingga data-data ini yang dikatakan tadi kita memburu tentang 4.0 ini, mereka dapat memberi data-data ini kepada kerajaan dan juga syarikat-syarikat mengetahui movement ataupun pergerakan rakyat, pergerakan satu keadaan itu menyebabkan kerajaan boleh merancang dan juga syarikat-syarikat swasta boleh mendapat peluang yang lebih luas. Jadi kita harap bahawa CCTV ini bukan lagi manual pengurusannya untuk mengesan dan juga bertindak balas tetapi dia lebih kepada benda yang lebih efektif daripada itu. Ini yang penting kepada kita supaya kesan daripada penggunaan CCTV kita ini bukanlah satu benda yang kita pasang semata-mata untuk lihat bahawa kita sama dengan orang. Orang ada CCTV kita ada CCTV tapi apa kesannya kepada kita, kita melihat daripada sekarang ini, kalau di China, dia boleh hantar maklumat, jalan di mana dah penuh, jalan mana ada sesak, kita boleh pilih jalan lain. Ini penting kepada semua keadaan supaya kita boleh mengurus Pulau Pinang yang makin meningkat dan sesak dengan penduduk terus meningkat supaya dia diurus lebih efisyen. Dan saya juga suka melihat bahawa teknologi maklumat i4.0 ini yang telah diusahakan di mana saya tengok daripada PDC sendiri, telah menyediakan dana sebagai dipanggil seed fund ataupun dana awal kepada innovation program bagi orang-orang baru dalam industri maya ini supaya mereka lebih baik. PDC bersama dengan Penang Invest dan juga apa dia agensi yang telah ditubuhkan oleh @CAT yang telah ditubuhkan ini mengadakan satu tapak bagi pengusaha-pengusaha muda baru di Wisma Yeap Chor Ee sebagai satu startup untuk Entrepreneur Centre untuk mereka-mereka yang dapat menjumpai kerja-kerja baru atau teknik-teknik baru dalam

usaha. Ini penting cuma malang bagi saya, saya melihat penyertaan anak-anak Melayu amat kurang daripada semua pameran yang ataupun talk yang dilakukan di sana, apabila saya minta maklumat, kadang ada satu atau dua daripada 20 peserta muda di sana. Jadi di sini saya harap kerajaan akan terus meningkatkan usaha menggalakkan anak-anak Pulau Pinang lebih ramai terlibat dalam program Startup Entrepreneur ini supaya mereka ini lebih menerokai benda-benda baru supaya mereka juga boleh membantu Pulau Pinang dalam menyediakan prasarana yang lebih efisyen pada masa depan. Ini bagi pihak belia dan peniaga entrepreneur muda ini mereka melihat kepada usaha-usaha yang lebih efisyen dan lebih baik kepada mereka dan mereka juga telah meninggalkan cara konvensional lama ini dan mereka akan terus mencari satu kaedah-kaedah baru. Dan juga kita perlu kepada maklumat ini untuk menambahkan keupayaan negeri kita. Kemudian yang satu lagi ini, suka saya katakan bahawa seni dan budaya yang disentuh tadi, dia ada kena mengena juga dengan pelancongan. Saya mengucap terima kasih kepada Ketua Menteri yang telah meluluskan sebidang kawasan ini untuk kita majukan seni dan budaya ini. Seni dan budaya ini perlu dipelihara bukan saja di dalam gedung-gedung tadi. Tetapi dia mestilah jadikan sebagai acara ataupun event-event kerajaan yang begitu banyak mestilah dimula atau ditutup dengan program-program seni ini supaya dia menjadi norms, satu norma, satu budaya ataupun satu tabiat kepada penduduk Pulau Pinang yang boleh mereka menjadikan seni dan budaya sebagai amalan. Kalau kita pergi ke Melaka, hampir semua majlis di Melaka telah dimulakan dengan pantun dan ditutup dengan pantun. Mereka menanam nilai budaya di dalam semua aktiviti kerajaan. Begitu juga kita di Pulau Pinang, kalau kita hendak kepada seni dan budaya ini menular di dalam diri anak-anak Pulau Pinang dia mesti dimula di peringkat kerajaan. Pihak kerajaan yang kena mulakan perkara-perkara ini supaya mereka di tanam seni dan budaya di dalam jiwa mereka dan kita harap bahawa dengan seni dan budaya yang tinggi ini, pelancongan akan menjadi lebih meningkat di Pulau Pinang dan bagi saya daripada Telok Bahang, memang kami di sana bergantung banyak kepada pelancongan. Tapi malangnya di sana, ada juga masalah kepada kita daripada bot-bot pelancong yang diusahakan oleh anak-anak tempatan yang sebahagian dia tidak mengikut juga kepada undang-undang dan peraturan. Kadang-kadang dia bergaduh dengan sama-sama dia, kadang berlaku kemalangan, mereka tidak mampu untuk buat laporan sebab tidak ada cover insurance dan sebagainya. Mereka ini tidak dibawa kepada satu program untuk meningkatkan usaha mereka di dalam mereka menjalankan usaha pelancongan ini. Jadi, itu yang kita rasakan bahawa Kerajaan Negeri mesti menumpukan kepada lebih mendidik anak Negeri Pulau Pinang yang terlibat dalam usaha-usaha sendiri ini supaya mereka terus setia dan patuh kepada undang-undang, bukan sekadar penguatkuasaan semata-mata, bukan sekadar dengan saman dan tutup. Tetapi mereka perlu dilatih, mereka perlu diberi pengetahuan apakah proses yang perlu mereka ada untuk mereka menjalankan usaha mereka ini. Itu yang kita rasa, boleh kita lakukan sebaik mungkin kalau kita, kita lakukan dari sekarang ini. Dan yang berikutnya adalah tentang perumahan. Kita tengok bahawa data perumahan telah dibentang, jumlah pemohon juga telah diketahui. Dan jumlah yang ditolak, bukan ditolak permohonan. Mereka diberi tawaran rumah tetapi mereka tidak mampu untuk membeli sebab mereka tidak ada, tidak ada pinjaman kewangan. Ini penting kepada kita. Bahawa di Pulau Pinang ini masih ramai orang yang tidak layak meminjam, walaupun dia tidak ada rumah. Dia terpaksa menumpang di rumah orang tua dia, dia terpaksa menumpang di rumah sebahagian kawan-kawan mereka sendiri untuk mereka terus hidup. Bukan sebab mereka tidak mampu membayar bulan rumah, tetapi mereka tidak ada kemampuan ini sebab tidak ada slip gaji dan tidak ada data tentang kerja mereka. Sebab itu kita lebih rasa, kita rasa Kerajaan Negeri lebih faham mereka ini daripada pihak-pihak bank atau peminjam-peminjam swasta yang lain. Pihak Kerajaan Negeri melalui PDC perlulah mengadakan satu mekanisma baru di dalam meluluskan pinjaman dan memberi pinjaman perumahan ini. Sebahagian daripada mereka, macam saya kata, saya ulangkan, mereka ini mampu membayar bulanan, tetapi mereka tidak mampu untuk menyediakan kehendak-kehendak yang diminta oleh bank. Sama la juga kalau kita tanya dengan peniaga pasar malam. Kalau seorang peniaga pasar malam nak meminjam pada bank, tidak ada

bank yang akan bagi pinjam dengan cagaran tapak perniagaan sebab dia meniaga di atas tapak jalan atau parking kerajaan. Tetapi kalau dia sama dia, dia boleh jual tapak tadi. Mereka mampu menjual tapak berpindah tangan sehingga RM15,000 satu tapak di Pulau Pinang. Mereka yang tahu menilai harga tadi. Sebab itu, apabila saya menjadi penaung pada koperasi rope walk Bagan, saya telah menyediakan satu koperasi untuk skim kredit mikro di sana melalui koperasi rope walk Bagan ini, dan cagaran kita hanyalah tapak tadi. Sebab kita tau nilai tapak. Dan kita mampu beri cagaran pinjaman, bagi pinjaman dengan cagaran tapak dan mereka tidak lagi perlu cari Ah Long. Di sinilah kelebihan pada Kerajaan Tempatan saya rasa Kerajaan Negeri, mereka lebih mengetahui rakyat kita sendiri, yang mampu membeli rumah. Jadi kita rasa kita sediakan lah perkara ini yang lepas ucapan saya nyatakan. Kalau boleh, kita sediakan bank kita sendiri di peringkat negeri. Kita buat pindaan undang-undang negeri undang untuk mengadakan bank…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan Yang Berhormat daripada Telok Bahang. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang berkenaan dengan rakyat-rakyat yang ingin memiliki sebuah rumah kediaman tetapi mungkin mereka menceburi bidang pekerjaan yang tidak mempunyai slip gaji. Seperti mana contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Bahang tadi, pengusaha di pasar malam. Dan mungkin di sini, mungkin saya boleh beri penjelasan sikit. Sebenarnya Bank Negara ataupun commercial bank pernah memperkenalkan satu skim yang dinamakan sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan yang khususnya untuk menolong ataupun memberikan bantuan kepada mereka yang tidak mempunyai slip gaji untuk mendapatkan pinjaman perumahan, tapi sepertimana tadi Yang Berhormat Telok Bahang bangkitkan sememangnya perkara ini perlu kita meneliti khususnya dalam isu pemilikan perumahan ini memandangkan banyak yang luar sana yang sememangnya memerlukan kediaman, khususnya yang mampu dimiliki. Dan cumanya saya nak bangkitkan sememangnya ada skim tersebut mungkin kita boleh meneliti dengan lebih teliti tentang skim jaminan kredit tersebut yang dikendalikan oleh bank-bank komersial.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih, memang ada skim daripada bank-bank komersial, tapi begitulah juga dengan penolakan daripada pemohon-pemohon. Jadi skim-skim tadi itu sebahagian juga tidak mampu memenuhi permintaan pembeli. Sebab itu kita perlukan lebih kena banyakkan lagi instrument untuk kita memberi kemudahan kepada pemilik rumah. Kalau kita keluar negara Pakistan dan Bangladesh kita lihat bank begitu banyak di sana, kalau kita pergi ke China, setiap daerah mempunyai Bank sendiri. Lin Chong Bank, Xinxia Bank dan sebagainya. Daerah-daerah mempunyai bank sendiri. Satu kita menawarkan pinjaman kepada rakyat sendiri, yang kedua kita menarik pelaburan. Dua perkara yang menyebabkan kita boleh lebih jauh meningkatkan keupayaan negeri kita dalam menguruskan tatacara dan apatu pemilikan rumah dan hal hal lain. Ini penting kepada Kerajaan Negeri untuk menilai dengan reserved 2.1 billion yang disebut oleh wakil kita, yang sekarang telah menjadi Menteri Kewangan, Yang Berhormat Lim Guan Eng. Kita punya reserved Pulau Pinang 2.1 billion dia bukan bermasalah kepada kita untuk miliki Institusi kewangan sendiri. Yang mampu menawarkan perkhidmatan kepada rakyat kita sendiri di samping orang luar yang mungkin mahu kepada perkhidmatan kita. Ini penting kepada kita, untuk kita bergerak ke hadapan dan kita lebih berdikari sepertimana yang disebut tadi oleh sebahagian daripada pembahas awal, yang mengatakan kita kalau boleh Pulau Pinang kita hendak kita lebih berdikari. Kita boleh hidup sendiri. Dengan berapa rekod kita telah membuat surplus di dalam bajet kita, yang lepas-lepas. Kita yakin bahawa Pulau Pinang mampu untuk berdiri sendiri dan menawarkan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat negeri. Dan dengan itu, saya mengambil masa ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan sokong Belanjawan 2019.

Y.A.B Ketua Menteri: Sebelum itu, memberi sedikit penjelasan supaya sangkaan bahawa Negeri Pulau Pinang ada banyak duit itu tak berasas. Tadi kata kita ada RM2 billion. Memang sampai agak-agak itulah. Tapi antara, dari RM1.1 billion itu reserved. Dari angka itu, 900 juta itu sebenarnya dalam akaun Amanah, yang sudah pun ada tujuan kegunaan dia. Yang diletakkan dalam Tabung Amanah untuk tujuan-tujuan tertentu. Untuk tujuan itu sahaja. Misalnya Tabung Amanah Perumahan maka untuk perumahan sahaja. Bukan bebas untuk kita pakai untuk apa-apa tujuan. Jadi, jumlah itu perlu direservedkan untuk pembiayaan untuk tujuan yang ditetapkan Tabung Amanah itu.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Menteri, yang telah menjelaskan perkara tadi. Apa pun saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Ketua Menteri, kita nak buka bank ni bukan perlu ada duit, orang yang nak datang melabur kepada kita.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa sangkut dengan Alam Sekitar?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ini, ini bersangkut dengan Masyarakat Penyayang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila pendekkan.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Kerajaan Negeri nak mintak satu license untuk buat Public Bus Service pun sudah tak boleh, kerana Kerajaan Pusat pada masa itu bawah Barisan Nasional boleh bagi license untuk buka bank ka? Akan tetapi, satu perkara yang penting adalah bahawa, pada masa itu Kerajaan Pusat memang ada satu tabung, RM100 juta untuk bagi bank supaya mereka boleh jamin sesiapa nak minta pinjaman khas first time buyer, nak minta ini loan. Untuk jaminan, ini nak pinjam wang daripada bank, supaya tabung tu jadi dia punya guarantor. Tetapi kewangan itu selok belok pi mana pun tak tahu. Pi mai pi mai cari tak ada. Itu masalahnya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Haa ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah habis dah?

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Sikit lagi, sikit lagi bukan apa, tadi kita faham memang ada duit dan juga memang ada kebolehan kita. Cuma sekarang, dulu kerajaan lain sekarang kerajaan kita dah sama. Ketua Pembangkang kita pun dah tak da dah. Tadi ada. Dah hampir sama pendapat dengan kita. Jadi eloklah kita perkenalkan benda tu. Apapun saya mengucapkan tahniah dan saya menyokong Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Telok Bahang. Saya nak seterusnya, minta Bertam. Okey, Sila.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima Kasih Yang di-Pertua Speaker, Dato’ Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Salam sejahtera dan Salam Harapan kepada semua. Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam ingin mengucapkan selamat kembali bersidang, buat kali kedua bagi tahun 2018. Dan Alhamdulillah sepanjang enam bulan tempoh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan ini, banyak perkara dan aktiviti yang telah Bertam laksanakan sesuai dengan Visi Penang 2030, Negeri Pintar, Hijau, dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara. Dan Bertam mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas pembentangan Bajet 2019 yang amat memberangsangkan. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang Bertam ingin ketengahkan untuk diperhalusi dan dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Dan harapan Bertam agar daripada perbahasan ini akan dilaksanakan demi rakyat Bertam khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Yang pertama sekali, dari isu pelantikan kakitangan politik di dalam badan-badan di bawah jabatan, yakni Jabatan Kemajuan Masyarakat - KEMAS, Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional dan juga Jabatan Penerangan. Penyelia-penyelia kemajuan masyarakat lantikan politik mestilah ditukarkan dengan secepat mungkin dan digantikan dengan pegawai yang sehaluan dengan kerajaan yang memerintah sekarang ini. Ini adalah untuk mewujudkan suasana kerja ataupun komitmen yang lebih jelas dari penyelia-penyelia di bawah jabatan ini. Dan sebab kita semua tahu, KEMAS merupakan penggerak masyarakat yang sangat aktif dan berpengaruh terutama sekali untuk masyarakat Melayu di luar bandar. Dan satu lagi contoh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari sudut lantikan pengerusi dan juga ahli jawatankuasa yang lebih mencerminkan sokongan kepada kerajaan sekarang. Lantikan pengerusi Perpaduan Negeri mestilah dari seseorang yang mempunyai ideologi yang menyokong kerajaan, kerajaan semasa dan bukannya dari parti Pembangkang. Begitu juga dengan pelantikan pengerusi badan-badan di bawah jabatan Perpaduan perlulah diteliti dan dipilih dari kalangan pemimpin parti pemerintah. Sebagai contoh, di Bertam sendiri terdapat program-program di mana Jabatan Perpaduan dimaklumkan dan KRT diajak bersama-sama untuk menjayakan program. Tetapi, respon yang diharapkan amat mengecewakan. Dan ini mencerminkan, badan-badan di bawah Jabatan Perpaduan tidak memberi komitmen yang sepatutnya. Walaupun jabatan ini dan lain-lain jabatan telah dan sedang dalam proses rebranding…(dengan izin) semua badan-badan di bawah mereka haruslah ditekankan bahawa setiap pelantikan perlu mematuhi prinsip kerajaan semasa (dengan izin)…Government of The Day. Dari sudut ekonomi, Bertam merupakan sebuah kawasan pentadbiran yang cukup berpontensi untuk terus berkembang. Pusat Pentadbiran Seberang Perai Utara terletak di DUN Bertam, dan hampir ke semua Jabatan Persekutuan terletak di Bertam juga. Memandangkan Bertam ingin menjadikan DUN kawasan Bertam kawasan yang berdaya saing. Maka beberapa perkara perlu dilakukan untuk memastikan kawasan Bertam terus membangun dari segi Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Industri Kecil dan Sederhana juga merupakan pemangkin ekonomi Malaysia. Sektor perkilangan di Bertam adalah seperti perkayuan, pemprosesan makanan, dan juga Industri pembuatan seperti barang-barang plastik. Dan kebanyakan kilang pemprosesan adalah terletak di kawasan yang tidak setempat. Dan oleh itu, Bertam memohon Kerajaan Negeri menerusi agensi-agensi seperti PDC, PERDA atau lain-lain agensi kerajaan dan badan berkanun untuk mengenalpasti satu kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan IKS untuk Bertam. Pemantapan ekonomi menerusi agenda ekonomi saksama atau AES adalah merupakan satu langkah yang amat baik dari Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan-usahawan negeri ini, untuk memajukan perniagaan mereka melalui pemberian peralatan perniagaan. Dan dengan bantuan ini, ramai usahawan telah pun berjaya meluaskan perniagaan masing-masing. Bertam mempunyai kawasan yang sangat baik untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Sebagai contoh, Kiosk Bertam, Pekan Lama Kepala Batas, Permatang Sintok dan Permatang Manggis. Namun, ada juga masalah yang Bertam hadapi dari segi masalah penjaja di tepi jalan yang tidak mempunyai lesen menjaja. Apakah polisi Kerajaan Tempatan sekarang tidak lagi

mengeluarkan lesen menjaja kepada perniaga-perniaga di seluruh negeri Pulau Pinang atau adakah cara lain sekiranya penjaja ingin menjalankan perniagaan ia ini perlu diletakkan di kawasan khas atau hanya food truck sahaja yang diberikan lesen untuk menjaja. Food truck yang diberikan lesen juga tidak mempunyai kawasan khusus untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan Bertam mencadangkan agar Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Tempatan dapat memberikan kelulusan kepada satu kawasan khas untuk peniaga-peniaga ini menjalankan aktiviti perniagaan. Kawasan Kiosk Bertam kita sebut sahaja Kiosk Bertam, perkataan pertama yang muncul di dalam fikiran kita adalah makanan, food…(dengan izin) dan kawasan ini adalah satu kawasan di mana terletaknya pelbagai restoran dan perniagaan komersial di Bertam. Bertam juga memohon agar pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri dapat menaik taraf kemudahan di Bertam Kiosk seperti kemudahan tandas awam dan surau. Pengungjung-pengunjung ke kiosk ini sering kali menghadapi kesukaran apabila perlu menggunakan tandas memandangkan bukan kesemua premis-premis makanan dilengkapi dengan tandas. Tambahan pula, apabila diadakan program-program kemasyarakatan ketiadaan tandas cuma akan menimbul pelbagai masalah. Begitu juga dengan keperluan surau dan dari aspek perkhidmatan pembersihan longkang dan kutipan sampah pula. Perkhidmatan ini perlu, perlu dilaksanakan dengan lebih kerap berdasarkan kepada jumlah pengunjung ke kawasan Kiosk Bertam yang semakin hari semakin bertambah dan Bertam juga mencadangkan agar kawasan Bertam Kiosk dijadikan hub komersial dan hub makanan yang terunggul di utara negeri Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua dan ahlli-ahli Yang Berhormat, terdapat sebuah syarikat yang sangat terkenal dengan penjualan tudung dan termasyur di Malaysia dan terletak di DUN Bertam dan syarikat ini juga menjalankan perniagaan yang berteraskan digital cuma belum diketahui ramai. Syarikat ini mempunyai satu studio animasi dan visual effect yang canggih dan terdapat di Bertam ini dan syarikat ini memerlukan sokongan dan dokongan daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan Bertam menjadi sebuah lagi hub komersial berteraskan animasi berteknologi tinggi setanding dengan Wilayah Persekutan ataupun Kuala Lumpur. Malahan, jika boleh seperti di luar negara seperti Jepun ataupun Amerika Syarikat. Dan Bertam mencadangkan agar syarikat yang sebegini diberikan peluang oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan Bertam sebagai Hub Animasi Wilayah Utara. Saya sendiri telah menyaksikan kebolehan dan kecanggihan syarikat ini dalam pembikinan animasi yang setaraf dengan animasi antarabangsa dan dengan adanya hub animasi sebegini di Bertam, faktor ini dapat mengembangkan industrI pelancongan di Pulau Pinang

Dari sudut sukan dan rekreasi, Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam juga mencadangkan sebuah kawasan rekreasi untuk kegunaan penduduk di sekitar Kuala Bekah dan Padang Benggali dan kawasan rekreasi amat penting untuk penduduk sekitar Bertam untuk beriadah secara percuma. Jika Pinang Tunggal ada Vision Park tetapi di Bertam tiada tempat khusus untuk beriadah terutama untuk penduduk di sekitar Padang Benggali, Kuala Bekah, Titi Mukim. Oleh itu, Bertam mencadangkan kawasan tepi sungai Abdul dijadikan kawasan riadah dengan kemudahan untuk berjogging dan permainan kanak-kanak. Dan Bertam juga ingin mencadangkan kawasan belakang bangunan Kiosk Bertam dijadikan kawasan rekreasi belia dengan menempatkan kawasan untuk permainan skate board ataupun papan selaju dan tempat ini pasti akan menjadi tumpuan anak muda dan ianya akan memberikan limpahan ekonomi kepada peniaga-peniaga di sekitar Kiosk Bertam. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, stadium hoki MPSP Bertam perlukan pembaikan segera adalah malang menjadi satu kerugian sekiranya stadium yang melahirkan ramai pemain hoki negeri tidak dibaiki secepat mungkin. Bertam telah dimaklumkan pada sidang DUN yang lepas bahawa Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan dana untuk membaik pulih stadium tersebut. Namun sehingga sekarang belum ada lagi kerja-kerja pembaik pulih dilaksanakan. Kita sedia maklum bahawa stadium ini mempunyai sejarahnya tersendiri apabila ramai pemain-pemain hoki negeri dan juga kebangsaan dilahirkan di stadium ini. Dan jika usaha pembaik pulih stadium hoki dipercepatkan ianya akan menyemarakkan lagi aktiviti sukan di DUN Bertam khususnya di negeri Pulau Pinang amnya.

Dan satu lagi sukan boling padang yang merupakan permainan yang popular terutama untuk pelajar-pelajar sekolah menegah di kawasan sekitar Kepala Batas dan boling padang juga melahirkan ramai pemain negeri yang bertanding di peringkat kebangsaan dan keadaan padang ataupun lawn dengan izin yang tidak baik akan menurunkan mutu permainan boling padang ini. Bertam juga mencadangkan padang boling padang ini dibaiki demi meninggkatkan mutu permainan yang boleh melonjakkan nama Negeri Pulau Pinang. Dari aspek kebajikan dan sosial…(gangguan). Ahli kawasan Bagan Jermal (YB Soon Lip Chee): Saya terus jawab kepada Bertam untuk kompleks sukan, padang hoki ini di Bertam. Dimaklumkan bahawa tender untuk projek naik taraf padang hoki Kompleks Sukan Bertam dijadualkan diiklan pada 25 Oktober yang lepas manakala lawatan tapak diadakan pada 1 November dan semua proses tender akan diurus oleh pihak KBS. Peruntukan juga dari pihak KBS dijangka akan siap mungkin paling awal bulan Mac tahun 2019. Saya juga harap ini akan siap secepat mungkin. Untuk padang boling itu memang saya telah sampaikan mesej kepada MPSP dan satu lawatan akan dijadualkan pada hujung bulan November.

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bagan Jermal selaku EXCO Sukan kita terima kasih. Dan saya sambung dari segi kebajikan dan sosial. Tuan Yang di-Pertua, Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berkebajikan. Banyak program-program Kerajaan Negeri yang membantu ataupun menjaga kebajikan rakyat negeri ini seperti AES - Agenda Ekonomi Saksama di mana program Bantuan Sara Hidup dan juga Program Bantuan Perniagaan serta Bantuan Pemulihan Rumah untuk mereka yang layak dan memerlukan amatlah baik dan rakyat negeri ini mendapat faedah daripada program-program sebegini. Walaupun kadar bantuan AES ini agak kecil tetapi ianya dapat membantu menambah bantuan sedia ada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat dan lain-lain agensi yang terlibat. Dan di Bertam kami telah mengadakan mewujudkan sendiri Skuad Prihatin Bertam untuk membantu agensi seperti JKM untuk membuat siasatan dan juga menyelidik latar belakang penduduk yang susah. Skuad ini juga merupakan badan pelapor sekiranya ada rakyat yang memerlukan bantuan tanpa perlu menunggu aduan dari rakyat. Program Ibu Emas, Anak Emas, Warga Emas, Pelajar Emas, Pulau Pinang memang banyak emas. Ibu tunggal merupakan program yang telah membuka mata banyak pihak yang pada awalnya memperlekehkan pemberian bantuan ini. Tetapi selepas lebih 10 tahun pemerintahan Kerajaan Negeri suara-suara sumbang kini menyanyikan lagu simpati pulak “tolong kami, bantu kami", pula kali ini. Tetapi Kerajaan Negeri bukanlah mendabik dada bahawa program inilah program yang terbaik tetapi program ini memberi impak yang besar dan memberikan satu anjakan paradigma kepada pihak yang di sebelah sana bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang benar-benar ikhlas dalam memberi bantuan tanpa mengira kaum. Syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Ahli Dewan menepuk meja). Dan Program Mutiara Food Bank, saya percaya program yang diperkenalkan pada Mei tahun 2017 bermula dari Parlimen Permatang Pauh dan kemudian dibawa ke Parlimen Kepala Batas. Kawasan DUN Bertam juga menerima nikmat daripada Mutiara Food Bank ini dan Bertam ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjadikan Mutiara Food Bank Pulau Pinang di bawah Yang Berhormat Phee Boon Poh kita dan sekarang nampaknya sudah berkembang hingga ke peringkat persekutuan. Sejajar dengan perkembangan program ini, Bertam mencadangkan agar program ini dilaksanakan mengikut DUN dan pusat khidmat ADUN bertindak sebagai badan penyelaras mengikut DUN masing masing. Dan agihan barangan akan dilaksanakan oleh MPKK mengikut jadual yang ditetapkan dan Yang Berhormat kawasan juga boleh bersama MPKK semasa proses pengagihan. Program ini sebenarnya amat berkesan dan ianya telah terbukti di mana ramai penduduk miskin yang mendapat manfaat daripada program ini. Dari segi khidmat bas CAT percuma Bertam, Bertam amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana memberikan khidmat bas percuma di kawasan DUN Bertam dan perkhidmatan percuma ini yang dilancarkan sekitar Julai tahun ini telah

memberikan satu ruang dan peluang kepada penduduk Bertam dan juga Pinang Tunggal untuk menikmati kemudahan awam secara percuma namun apa yang dikhuatiri perkhidmatan ini masih belum mencapai tujuan Kerajaan Negeri untuk mengalakkan rakyat mengunakan perkhidmatan bas percuma untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di waktu puncak. Jadual pagi yang dibuat amat membantu terutama untuk kanak-kanak penduduk yang hendak ke sekolah. Namun selepas 10.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari kadang-kadang hanya pemandu sahaja yang ada di dalam bas tanpa penumpang. Antara jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang masih ada lagi kelibat pemandu dan mungkin satu atau dua sahaja penumpang. Dan selebihnya Bertam percaya perkhidmatan ini tidak digunakan sebaik mungkin dengan manfaat sebaik mungkin. Oleh itu, Bertam mencadangkan bahawa bas-bas yang digunakan sebanyak empat (4) buah untuk CAT Bertam digunakan sepenuhnya untuk laluan yang memerlukan seperti di laluan Kuala Bekah ke Padang Benggali yakni di waktu-waktu puncak. Ini adalah disebabkan kawasan tersebut tidak mempunyai perkhidmatan bas buat masa ini. Dan dari soal selidik yang pihak DUN Bertam lakukan, kemudahan pengangkutan awam amat-amatlah diperlukan dan rata-rata penduduk di Kuala Bekah, Padang Benggali terdiri daripada golongan susah iaitu nelayan dan petani dan Bertam berharap pihak yang bertanggungjawab akan meneliti cadangan ini dan perlu dilaksanakan secepat mungkin apabila penggal persekolahan pertama 2019 bermula nanti.

Dan dari aspek pelancongan, DUN Bertam adalah satu (1) kawasan yang sangat sesuai menjadikan kawasan tarikan pelancong baru di Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun kajian terperinci perlu dilakukan oleh agensi-agensi yang terlibat dan industri pelancongan juga bakal memberi limpahan pendapatan kepada rakyat tempatan. Dan kawasan pelancongan yang saya ingin cadangkan disini adalah seperti di Padang Benggali di mana kawasan Padang Benggali mempunyai jajaran pantai dan pokok api api yang menjadi tempat persinggahan burung burung hijrah dan pada hari ini saya dikejutkan dengan satu kejutan yang baik apabila diterbitkan satu risalah Water Birds Mangroves and Mee Udang dan risalah ini sememangnya mempromosikan kawasan tersebut dan jika diizinkan Yang di-Pertua saya ingin membaca sedikit daripada risalah ini di mana “seven key facts about TAT-KM Coast IBA supports over 200 birds spesis that depend on the coastal mudflat mangroves and immediate inland area. Thousand of migratory water birds use the side each year. And also supports six globally threaten water birds sepsis”. Dan saya percaya usaha ini cukup baik, usaha oleh Malaysian Nature Society dan saya pohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah-langkah proaktif untuk memelihara dan mempromosikan tempat ini dimata dunia. Ahli kawasan Bagan Dalam (YB Satees A/L Muniandy): Mohon laluan seminit sahaja. Yang Berhormat Bertam masa semakin suntuk. So saya just nak dapat pandangan Yang Berhormat Bertam, adakah Yang Berhormat Bertam bersetuju kalau kawasan yang dinyatakan di sini sebagai IBA important birds and biodiversity di area ini diklasifikasikan ataupun diangkat sebagai satu tapak ramsar yang pertama di Pulau Pinang di bawah Kementerian dan diiktiraf di sebagai tapak ramsal Pulau Pinang. Minta pandangan Bertam. Ahli kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq): Memang saya setuju sangat. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Berapa lama agak perlu lagi? Ahli kawasan Bertam (YB Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

I think another mungkin 15 minit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi besok. Terima kasih Bertam sambung besok dan ahli-ahli Yang Berhormat saya tangguhkan Dewan dan kita bersidang semula besok 9.30 pagi.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 malam.