Pulau Pinang · 2 May 2019
14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 422 turns · 64,182 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (HADIR), Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu (Pegawai Kewangan Negeri)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.
“Bacaan Doa”.
Soalan Lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersambung dengan sesi Soalan Lisan. Yang Berhormat Seri Delima.
Dengan izin Dato’ Speaker, soalan saya nombor 26. No. 26. Astaka Taman Tun Sardon terkenal sebagai salah satu hub makanan di Pulau Pinang tetapi premis perlu dinaiktarafkan untuk memberi imej yang lebih baik kepada pengunjung-pengunjung. (a) Apakah status penyerahan dari Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)?
(b) Berpakah kos untuk menaik taraf astaka supaya selaras dengan GBI?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Seri Delima atas soalan berkenaan Astaka di Taman Tun Sardon. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kebersihan ke semua kompleks makanan termasuk di Taman Tun Sardon memandangkan Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi industri pelancongan makanan. Mulai 1 Februari 2019, Taman Tun Sardon telah pun diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu Dato’ Speaker, segala urusan pengurusan dan pentadbiran astaka Taman Tun Sardon seperti penawaran unit gerai kepada penjaja dan juga tahap pembersihan premis adalah di bawah bidang kuasa MBPP sepenuhnya. Seterusnya Dato’ Speaker, MBPP dalam proses semakan bersama perunding GBI ataupun Green Building Index untuk memastikan kerja-kerja yang terlibat bagi mendapatkan anggaran kos untuk menaik taraf Astaka Taman Tun Sardon sebagai astaka yang mempunyai pengiktirafan GBI. Sekian.
Saya ada soalan tambahan.
Sila.
Mengenai tahap kebersihan di astaka kita, mungkin boleh cuba, mungkin YB. Datok Keramat boleh kongsi sikit apakah konsep atau apakah intention...(dengan izin) GBI?
Dato’ Speaker, saya memang menyahut dengan baik soalan ini iaitu soalan pokok lebih dahulu kerana soalan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan bukan sahaja untuk memastikan tahap kebersihan di semua fasiliti ataupun kemudahan awam seperti pasar awam dan kompleks makanan awam tetapi soalan ini juga tanya satu lagi aspek yang begitu penting iaitu GBI, Green Building Index. First of all, saya hendak dengan izin, maklum semua di sini berkenaan tahap kebersihan sebelum saya pergi ke GBI which is something very new and very noval to me which I will explain further in short while, tapi untuk tahap kebersihan Dato’ Speaker, di kedua-dua belah iaitu Seberang dan juga di bahagian Pulau, pada bulan September tahun dahulu saya telah mengarahkan kedua-dua PBT untuk meningkatkan tahap kebersihan di semua kemudahan awam, pasar awam dan juga kompleks penjaja awam. Untuk makluman semua, kita ada penarafan ataupun penggredan kebersihan iaitu kita ada gred A, B, C, D. D dahulu telah pun dikeluarkan di mana semua telah naik taraf ke sekurang-kurangnya sehingga C, tetapi pada bulan September dahulu, saya telah minta kedua-dua PBT untuk tingkatkan kebersihan kepada sekurang-kurangnya B. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, I give them until February, di bulan Februari apabila kita buat semakan untuk lihat status saya begitu gembira untuk laporkan bahawasanya di keseluruhan negeri Pulau Pinang untuk pasar awam, penggredan kebersihan dia 96%, 96% sudah capai A dan B, yang balance itupun beberapa bulan lagi boleh mencapai dia. In fact yang balance beberapa pasar-pasar awam itu yang tidak mencapai dia sebab dia adalah kerana ia perlu menjalani satu pembaikpulihan yang besar. So apabila ia sudah berlaku ia akan terus pergi kepada A, so there is no issue on that, that is for pasar awam.
Untuk kompleks penjaja awam pula, saya begitu gembira untuk laporkan tahap kebersihan dia 92% di keseluruhan Pulau Pinang iaitu di bahagian Pulau dan Seberang, so we are 96% on the pasar awam. Dato’ Speaker, 92% kompleks awam tetapi yang balance memang ada satu pelan tindakan untuk naik taraf status kebersihan dia. Tetapi apabila saya buat satu, apabila semakan dibuat tentang tahap kebersihan pada bulan Februari, saya gembira dengan pihak MBPP dan MPSP, tetapi saya selalu dikatakan satu EXCO yang selalu mempunyai sasaran yang begitu besar sekali. So I was very happy in February when I saw the performance tapi saya arahkan untuk makluman semua pada bulan Februari, YDP pun ada di sini, tak tau mungkin dia marah saya atau tidak, saya arahkan MBPP dan MPSP dalam satu tahun daripada Februari semua kemudahan awam, pasar awam dan kompleks penjaja awam ini saya hendak dia capai A dan saya pasti mereka boleh buat sedemikian dalam 12 bulan daripada Februari. YDP ada di sini dia sudah mengangguk, dia kata boleh. Dan saya balik sekarang kepada GBI. GBI is…(dengan izin), Green Building Index, dia adalah satu rating tool untuk bangunan-bangunan yang digunakan di negeri Pulau Pinang untuk lihat sama ada dia sudah capai satu mutu bangunan hijau. Banyak ciri-ciri perlu dicapai supaya penarafan ini boleh dapat kita dapat untuk mana-mana bangunan. Dan saya begitu gembira di Pulau Pinang, untuk makluman, saya mendapat makluman di peringkat ini kita memang menggalakkan bangunan-bangunan untuk menjadi, mendapat pengiktirafan GBI dan di bahagian MBPP di Pulau Pinang ada 32 bangunan yang sudah capai penarafan GBI dan di MPSP ada 14 bangunan, Dato’ Speaker. Dan antara satu daripada bangunan untuk makluman semua yang mendapat GBI di bahagian Pulau, yang pertama di seluruh Malaysia iaitu Projek Mampu Milik kita di S.P. Chelliah yang ada di Jalan Pattani, Dato’ Speaker, S.P. Chelliah, yang hampir siap bulan lima (5) nanti infact next month, saya akan bagi kunci dah. That is the first affordable housing project that has got GBI Gold rating, in the whole of
Malaysia, for your information, it is in Penang, and in S.P. Chelliah juga ada Dato’ Speaker, satu blok kos sederhana rendah, low medium cost, that is the first low medium cost building in the whole of Malaysia that has GBI, although just plain GBI but GBI certificated first, also in Penang. So kita memang menggalakkan bangunan-bangunan untuk mendapat penarafan GBI ini dan kepada soalan daripada Seri Delima, saya begitu gembira beliau mencadangkan supaya even astaka-astaka kita iaitu kompleks penjaja-penjaja makanan dan juga kemudahan awam seperti pasar awam yang baru yang mungkin kita bina ataupun kita boleh retrofit yang lama, juga cuba mencapai pengiktirafan GBI dan memandangkan saya mengambil begitu serius tahap ataupun status kebersihan, sekarang saya mungkin selepas DUN ini akan adakan satu mesyuarat dengan pihak kedua-dua PBT untuk melihat bagaimana kita boleh factor in juga keperluan untuk GBI dicapai untuk semua kemudahan-kemudahan awam kita. Sekian Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Dato’ Speaker, soalan tambahan, satu saja. YB. Datok Keramat, memandangkan sekarang banyak astaka-astaka yang sebelum ini di bawah ICU dan diserahkan kepada MBPP dan apabila serahan dibuat memang banyak astaka dalam keadaaan yang daif dan perlukan peningkatan atau penambahbaikan. Adakah YB. Datok Keramat akan memberikan keutamaan kepada astaka-astaka yang sebelum ini yang di bawah ICU untuk mendapatkan penaiktarafan daripada pihak PBT dulu sebelum ini. Terima kasih.
Sememangnya Dato’ Speaker, sepertimana saya nyatakan tadi, status kebersihan ataupun tahap kebersihan itu kita memang mengambil secara serius seperti Astaka Taman Tun Sardon, setelah ia diserahkan daripada ICU kepada PBT maka PBT akan mengambil alih segala tanggungjawab ke atas kemudahan tersebut. Dan saya memang saya beri komitmen kepada Air Itam bahawasanya semua astaka-astaka, saya setuju dengan Air Itam kebanyakannya dalam keadaan daif tetapi setelah ia diserahkan, kita, sememangnya saya telah arahkan kedua-dua PBT untuk mengambil tindakan-tindakan untuk masukkan ia ke dalam rancangan kebersihan kita ataupun rancangan penaiktarafan kita yang kita ada untuk semua kemudahan awam ini Dato’ Speaker.
Terima kasih. Ingin mempersilakan Sungai Dua.
Soalan saya soalan 27. No. 27. Mengapakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan kelulusan untuk diwujudkan asrama pekerja asing di taman perumahan? (a) Senaraikan taman-taman tersebut. (b) Apakah syarat yang dikenakan oleh JKT/PBT dalam memberikan kebenaran dan adakah kajian Sosial Impact Assessment dijalankan atas permohonan ini. (c) Senaraikan perjumpaan/dialog yang telah diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri/jabatan bersama penduduk.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih rakan saya dari Sungai Dua. Berkenaan satu soalan yang begitu penting sekali iaitu tentang kelulusan yang diberikan untuk pewujudan asrama-asrama pekerja asing di taman perumahan. Now, Dato’ Speaker, untuk makluman semua Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memberikan kelulusan untuk asrama pekerja di taman perumahan. Memandangkan garis panduan yang kita ada untuk perancangan pembinaan asrama pekerja negeri Pulau Pinang 2017 ini mensyaratkan dengan jelas bahawasanya pembinaan asrama pekerja hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang dizonkan sebagai perniagaan dan perindustrian ringan dan sederhana sahaja. Dato’ Speaker, berdasarkan semakan bersama pihak-pihak berkuasa tempatan didapati tiada kelulusan kepada mana-mana syarikat untuk menyediakan asrama pekerja di kawasan taman perumahan. Untuk makluman semua, terdapat 15 syarat utama yang dikenakan ke atas pemaju untuk pembinaan asrama pekerja. Senarai syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut: (i) kategori zon yang dibenarkan sepertimana saya nyatakan tadi adalah perniagaan dan industri ringan dan sederhana sahaja; (ii) nisbah plot yang dibenarkan ialah 2 pada 1 dan kepada maksimum 3.5 kepada satu dan ini adalah tertakluk kepada bayaran pemajuan yang melebihi nisbah plot 2 kepada 1; (iii) keluasan minimum adalah 2 ekar untuk tujuan 5,000 pekerja; (iv) ketinggian bangunan adalah tertakluk kepada ketinggian di suatu kawasan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlu merujuk kepada Jabatan Penerbangan Awam sekiranya terletak di dalam laluan flight path; (v) Reka bentuk bangunan perlulah bersifat mesra alam dan menggunakan bahan-bahan binaan yang berkualiti dan tidak mudah terbakar serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan; (vi) Anjakan bangunan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan; (vii) Saiz ruang lantai minimum adalah 800 kaki persegi per unit; (viii) Bilangan bilik untuk tujuan hostel maksimum 18 orang seunit dan satu blok bangunan sekurang-kurangnya 60 unit di mana setiap aras mempunyai 15 unit. Untuk tujuan pangsapuri minimum tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air dan tandas berasingan, ruang tetamu dan ruang memasak dan maksimum 18 orang seunit. Untuk jumlah penghuni yang dibenarkan Dato’ Speaker, pemaju dikehendaki untuk menyediakan sekurang-kurangnya 4.4 meter persegi gross floor area setiap pekerja untuk ruang legar dan memastikan merangkumi kemudahan asas seperti ruang dapur dan tandas bagi tujuan meningkatkan taraf kehidupan asrama dan membantu mengurangkan isu-isu ameniti. Ketinggian lantai ke lantai maksimum 3.6 meter untuk kawalan ketinggian lantai. Dan jarak zon penampan perlu mematuhi ketetapan yang dan keperluan zon penampan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu kawasan industri ringan 50 meter manakala kawasan industri sederhana adalah hundred, 150 meter. Walau bagaimanapun ini semua adalah tertakluk kepada kehendak Jabatan Alam Sekitar semasa pemohon mengemukakan Permohonan Merancang. Untuk tempat letak kenderaan Dato Speaker, 3% dari bilangan unit dorminotori dan pangsapuri maksimum. Motosikal 5%. Penyediaan tempat letak kenderaan
adalah untuk pihak pengurusan sahaja. Tempat letak bas minimum tiga (3) petak. Dato’ Speaker rangkaian jalan raya yang dibenarkan adalah 66 kaki bagi kawasan industri dan 50 kaki bagi kawasan perniagaan. Dan Dato’ Speaker penyediaan kawasan lapang di atas tanah adalah 10% daripada luas tapak pembangunan asrama dan kemudahan rekreasi seperti padang bola, gelanggang permainan dan lain-lain persamaan boleh diambil kira sebagai sebahagian kawasan lapang. Seterusnya penyediaan kemudahan sokongan hendaklah disediakan sebanyak 20% daripada kandungan ruang lantai asrama pekerja yang dicadangkan. Dato’ Speaker semua syarat-syarat ini tidak termasuk syarat tambahan yang dikenakan ke atas pemaju berdasarkan kepada lokasi pembangunan asrama dan semasa pengemukaan Permohonan Kebenaran Merancang. Bagi pembinaan asrama pekerja sememangnya pada rakan saya dari Sungai Dua pihak pemaju perlu melaksanakan Kajian Penilaian Impak Sosial ataupun Social Impact Assessment (SIA). Dan Dato’ Speaker terdapat dua (2) taklimat dan sesi dialog yang telah diadakan bersama penduduk dan pemaju yang terlibat yang serta turut dihadiri oleh Ahli Parlimen dan ADUN kawasan iaitu satu taklimat dan sesi dialog bagi projek kuarters pekerja di Bukit Minyak pada 25 Julai 2016 dan taklimat dan sesi dialog bagi projek kuarters pekerja di Juru pada 9 Januari 2017. Dan Kedua – dua projek pembinaan asrama ini bukan terletak di zon taman perumahan. Sekian Dato’ Speaker.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Datok Keramat yang telah telah menghuraikan secara panjang lebar tentang asrama. Tentang pengwujudan asrama pekerja. Mungkin terdapat sedikit kesilapan, mungkin saya silap bagi soalan. Cuma saya nak jelaskan di sini bahawa isu yang saya bangkitkan isu yang berkaitan dengan kawasan Taman Perumahan dijadikan rumah pekerja. Saya sebut asrama tapi yang jadi isu ialah rumah pekerja. Isunya di kawasan Taman Teluk Molek, rumah milik NGO Roman Katolik. Dia ada 42 biji rumah, 42 buah rumah. Dijadikan asrama sebanyak 15 buah rumah sekarang. Dijadikan tempat rumah pekerja. 1 rumah dia isi 30 orang dan bersama dengan penduduk yang ada di situ. Jadi saya bincang dengan pihak PBT tidak ada masalah sebab dia sebagai rumah pekerja asing boleh duduk di situ. Cuma yang isunya sekarang sebuah syarikat yang menguruskan rumah pekerja ini, dia membekalkan pekerja kepada Syarikat Sony contohnya. Dia bekalkan pekerja Vietnam, Myanmar, Indonesia dia ambil rumah dia sewa dia letakkan pekerja di situ untuk dia dapat keuntungan. Memang untung la dia caj seorang pekerja RM100 seorang pekerja. 30 orang sebuah rumah dah dapat RM3,000. So, ini menyebabkan berlaku masalah social, keselamatan dan sebagainya kepada penduduk di situ. Cuma saya nak dapat penjelasan, adakah pihak PBT dalam isu rumah di Taman Telok Molek ini mengambil kira aduan dan juga ketidaksetujuan Persatuan Penduduk atau penduduk tempatan dalam memberikan kebenaran syarikat untuk menyewa dan untuk jadikan rumah pekerja dia. Itu yang pertama. Kedua, boleh atau tidak pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang ataupun Datok Keramat berbincang dan memutuskan tentang isu ini untuk diputuskan untuk tidak membenarkan ataupun memberi syarat yang lebih ketat kepada mana-mana syarikat walaupun tuan rumah setuju sewa tapi mengambil kira penduduk kawasan itu. Tuan rumah mungkin bagi sebab dia dapat sewa yang tinggi daripada penyewa. Tapi mengambil kira keadaan masyarakat yang beli rumah di kawasan itu. Jadi itu yang saya minta satu keputusan dan juga buat satu tindakan untuk selesaikan isu ini. Terima kasih. Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Terima kasih kepada rakan saya dari Sungai Dua atas soalan yang begitu tepat pada masanya. Saya telah pun nyatakan kepada Dewan yang mulia ini, saya ingat dua atau tiga
penggal dahulu bukan penggal, sidang dahulu dan selalu saya ulangi gejala pekerja-pekerja terutamanya pekerja asing membanjiri taman-taman perumahan kita adalah satu gejala yang sudah lama wujud dan oleh yang demikian Kerajaan Negeri sememangnya mengambil serius terhadap semua aduan-aduan di mana aduan-aduan first line of attack akan ke pejabat saya. Kerana banyak perumahan mempunyai warga-warga asing yang banjiri skim-skim mereka. Terutamanya skim-skim perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang di salahgunakan oleh pemilik. Kerana sebenarnya pemilik tidak boleh sewa keluar mesti dihuni oleh pemilik untuk Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah tetapi disalahguna. Pada waktu asal dia coming to Sungai Dua contoh di Taman Telok Molek saya percaya itu adalah landed atau high risk, landed okay. Di bahagian pulau pun kita ada masalah tersebut. I remember our first case was actually in Batu Maung about 3 to 4 years ago that time i remember Chris was a counselor and he brought the case up to us to my housing department and we have to take the action sepertimana Sungai Dua kata, adakah kita melalui PBT ambil tindakan? So untuk kes Batu Maung itu sama juga itu landed property and actually not low cost or low medium cost. Rumah mewah tapi sepertimana Sungai Dua kata 30 - 40 tersumbat dalam satu rumah. Sosial problem. Di kes itu kita boleh ambil tindakan, kerana ada undang–undang yang kata. Di dalam sesuatu rumah itu tidak boleh melebihi berapa orang yang boleh duduk dalam sesuatu rumah. That is legislation, Dato’ Speaker. So in that case we took action because is factory that was placing…(dengan izin) dia punya pekerja dalam rumah it was terrace house Dato’ Speaker around 30 to 40 people in one terrace house. Just tak boleh masuk akal. So tindakan diambil dan kita menang di mahkamah di mana pemilik perlu keluarkan penyewa-penyewa tersebut kerana bukan kerana mereka warga asing tetapi kerana terlalu ramai orang dalam rumah itu. Untuk rumah teres bukan Kos Sederhana Rendah atau Kos Rendah mereka berhak sebagai tuan punya saya berhak untuk sewa tapi kesilapan yang dibuat di situ adalah terlalu banyak orang. So kita ambil tindakan. Fair enough, no problem. Tetapi masalahnya apabila kita ambil tindakan banyak syarikat-syarikat, factory-factory dengar apa Jagdeep telah buat dan mereka khuatir mereka juga akan diburu. So mereka came to my office, bincang round table, bincang kita duduk bincang, dia kata okey YB. Saya setuju dengan Kerajaan Negeri supaya tidak letakkan mereka di dalam skim perumahan itu. Tapi mana saya nak letakkan mereka. You keluarkan mereka dalam satu skim, dia akan letakkan dalam skim yang lain. And goes on. So it was a catch 22 situation. Masalah yang saya ambil tindakan mereka tak tahu mana mereka nak hantar pekerja walaupun mereka setuju dengan saya. Itulah mengapa kita wujudkan garis panduan Asrama Pekerja pada tahun 2016 di pinda 2017 baru-baru ini. Di mana kita hendak ada asrama pekerja yang akan menempatkan semua pekerja-pekerja di kawasan tersebut. Kita nak absorb daripada taman-taman perumahan yang mempunyai permasalahan seperti di Sungai Dua, Taman Teluk Molek tersebut. Dan untuk makluman Dato’ Speaker saya begitu gembira kerana ini adalah sidang pertama selepas semua pengumuman-pengumuman, perancangan-perancangan oleh pihak kita di bahagian Kerajaan Negeri untuk menubuhkan atau mengwujudkan asrama pekerja ini. Di mana sebelum sidang ini memang dalam proses pembinaan, perancangan dan sebagainya. Tapi saya begitu gembira sekali Dato’ Speaker, I think Dato’ Speaker was there around taken the opening.
No more.
Not there. Banyak daripada ADUN-ADUN hadir kerana itu sejarah, titik sejarah di negeri Pulau Pinang di Bukit Minyak pada bulan Februari ini 6,000 katil siap Dato’ Speaker. Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini.(Ahli Dewan menepuk meja). Dan itu untuk 6,000
sahaja. Tapi untuk makluman Dato’ daripada Sungai Dua. Saya dapat maklumat di negeri Pulau Pinang yang pekerja asing yang halal, yang sah itu dalam 100,000, itu tak kira yang illegal. Which I may to understand could be double. So we talking about 200,000 foreign workers. I only got 6,000 bed now. Dan untuk makluman semua saya ada enam (6) projek. Dan enam (6) projek itu kalau dalam purata 5,000 satu projek, maksimum I will get also probably by the middle of next year apabila semua siap it around 30,000 to 40,000. So we need to continue dengan izin, ini perlu kita buat dahulu ada banyak bantahan terhadap bina asrama pekerja dan sebagainya. Tapi inilah permasalahan yang kita hendak kita atasi dan Kerajaan Negeri komited untuk pastikan lebih katil kita akan siapkan untuk menangani permasalahan sepertimana dinyatakan oleh Sungai Dua.
Terima kasih. Satu lagi Machang Bubuk.
Okey, terima kasih Dato’ Speaker, Terima kasih Datok Keramat. Jawapan Datok Keramat memang menyeluruh. Cuma saya juga nak bangkit satu perkara yang berkenaan dengan taman perumahan. Tadi Datok Keramat ada sebut ada 200,000 lebih pekerja asing yang ada. Dan yang asrama yang sedia ada hanya ada 6,000 katil. Maksudnya ada ramai masih tinggal di taman-taman perumahan. Saya juga nak tau kenalpasti sebab kadar yang di kutip oleh asrama pekerja yang asing ini adalah lebih tinggi daripada taman-taman perumahan. Sekiranya kadar yang dikenakan itu begitu tinggi maka syarikat-syarikat atau yang mempunyai pekerja-pekerja asing ini mereka akan pilih di taman-taman perumahan. So bagaimana kita kerajaan dapat memastikan bahawa taman-taman perumahan ini dia buat suka tidak suka buat sementara ini dia telah menjadi satu penyelesaian untuk pekerja-pekerja asing untuk tinggal. Cuma kadar dengan kadar yang agak murahlah berbanding dengan kadar yang kutip oleh yang dikenakan ke atas asrama pekerja asing ini. So saya nak mengetahui bagaimana kerajaan menangani perbezaan yang begitu tinggi ini.
Dato’ Speaker, Terima kasih pada Machang Bubuk. Memang ini kita lihat mungkin berlaku, tapi saya hendak pertamanya perjelaskan operator-operator yang mengusahakan asrama-asrama pekerja asing ini kalau mereka letakkan satu kadar yang begitu tinggi. Saya setuju dengan Machang Bubuk. Mana-mana syarikat pun tidak akan letak pekerja mereka di situ. So ini commercial decision untuk mereka pastikan kadar mereka adalah satu kadar yang saya apa ini boleh berpatutan. Sekiranya tidak mereka tidak akan dapat pekerja-pekerja datang duduk di kawasan tersebut dan saya setuju dengan Machang Bubuk. Kerana untuk projek pertama kita, apabila saya buat pemantauan setelah ia dilancarkan bulan Februari lalu saya dapati mereka masih dalam proses pengisianlah. Dapat daripada syarikat pekerja-pekerja dan sebagainya. Dan saya minta mereka pastikan kadar mereka berpatutan. Kalau tidak mereka tak akan isi asrama tersebut dan our effort will be filled out, Dato’ Speaker. So in fact setelah saya bincang dengan mereka, mereka ada perbincangan dengan beberapa syarikat untuk perjelaskan walaupun ada perbezaan tetapi tidak begitu ketara lah seperti Machang Bubuk kata. Just to be fair that was a slight increase, so I question them, I say why? And they had round table with most the industry and explained if you go to the normal house and you rent out a normal house for your pekerja asing, perlu kita beli banyak asas-asas dan sebagainya. You know like furniture, etc, etc. All these extra cost. Where else if you go to the asrama, all that is fitted in. So apabila perbincangan dibuat dengan industri, industri faham. Dan kebanyakan industri sekarang tidak lihat ini satu permasalahan. Long term it is more beneficial to them to place their workers in such worker’s dormitories, Dato’ Speaker. Sekian.
Terima kasih. Saya ingin mempersilakan Kebun Bunga.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan 28. No. 28. Apakah kaedah perlindungan dan/atau langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki di Pulau Pinang.
Terima kasih Dato’ Speaker dan pada rakan saya daripada Kebun Bunga yang bertanyakan apakah kaedah atau langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk tingkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki di Pulau Pinang. Dato’ Speaker, kaedah perlindungan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki di Pulau Pinang adalah seperti berikut: (i) Membina jejantas pejalan kaki untuk keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki; (ii) Memasang sebanyak 119 lintasan pejalan kaki berlampu isyarat di kawasan pulau, Pulau Pinang untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki; (iii) Membina dan menaik taraf laluan pejalan kaki sepanjang 32.30 km di bahagian Pulau berdasarkan reka bentuk sejagat ataupun Universal Design; (iv) Memasang penghadang ataupun pagar ataupun railing di lokasi-lokasi tertentu untuk memberi perlindungan kepada pejalan kaki yang menggunakan laluan-laluan tersebut; (v) Melaksanakan kempen Pedestrian is King bagi memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya unuk berhati-hati dan memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan di lintasan pejalan kaki; dan (vi) Melaksanakan projek kaki lima bebas halangan sejak tahun 2015 yang melibatkan jalan-jalan di kawasan warisan seperti Lebuh Chulia, Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Prangin. Dato’ Speaker, selain itu Kerajaan Negeri telah mengambilkira kriteria-kriteria yang telah digariskan di dalam Garis Panduan Rekabentuk Bandar Selamat iaitu Panduan Pelaksanaan Crime Prevention Through Environmental Design di mana antaranya ialah: (i) Kelebaran jalan perlulah mematuhi garis panduan sedia ada yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan; (ii) Jaringan jalan mestilah berkesinambungan ataupun inter-connected dan mempunyai hierarki yang jelas serta diasingkan dari laluan bermotor; (iii) Memastikan jalan baru dan sedia ada berkesinambungan agar tiada pengasingan di antara kawasan baru dan lama; (iv) Memastikan hierarki dan reka bentuk jalan sesuai dengan jenis pembangunan dan tahap kelajuan yang dibenarkan; (v) Laluan pejalan kaki tidak digalakkan berhungan dengan jalan mati; (vi) Menyediakan pencahayaan di ruang yang gelap di sepanjang jalan dan laluan pejalan kaki pada jarak dan ketinggian yang sesuai;
(vii) Menyelenggara akses dan laluan pejalan kaki secara berkala dan berterusan supaya berkeadaan baik dan bersih bagi meningkatkan tahap keyakinan orang awam bahawa kawasan tersebut terjaga dan selamat digunakan; (viii) Penyediaan jalan terus iaitu through road yang melalui kawasan perumahan ke kawasan berhampiran tidak dibenarkan; (ix) Jalan keluar masuk perlu dihadkan dan dikawal tidak melebihi dua akses bagi setiap pembangunan mengikut Garis Panduan Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood untuk perincian; (x) Memastikan laluan pejalan kaki disediakan di kedua-dua belah jalan terutama di kawasan tumpuan awam; (xi) Menyediakan laluan pejalan kaki yang boleh dilihat secara terus dari premis berhampiran dan tidak terhalang oleh sebarang struktur; (xii) Mengelakkan ruang tersembunyi, tersorok dan ruang yang boleh meningkatkan potensi berlaku jenayah di laluan pejalan kaki; (xiii) Menyediakan laluan pejalan kaki yang mendapat pencahayaan semulajadi secara optimum pada waktu siang tetapi selesa kepada pengguna melalui penyediaan elemen teduhan dan landskap yang sesuai; (xiv) Jejantas tidak terlindung daripada sebarang objek seperti papan tanda, sepanduk, papan iklan, pokok dan papan tanda luar ataupun billboard serta mempunyai pencahayaan terang dan pandangan yang jelas; (xv) Laluan pejalan kaki bawah tanah tidak dibenarkan bagi mengelakkan perlakuan jenayah; dan (xvi) Mengenalpasti zon berprofil tinggi iaitu seperti aktiviti bank, pengurup wang, kedai emas, kedai beroperasi 24 jam untuk memudahkan pemantauan pihak polis dan membolehkan perkongsian peralatan keselamatan iaitu CCTV, penggera keselamatan ataupun traffic calming. Itu sahaja Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya adalah soalan nombor 29. No. 29. Apakah objektif Experience Penang 2020?
Terima kasih Yang di-Pertua Dewan dan juga Yang Berhormat Batu Lancang. Experience Penang Year 2020 ini merupakan kempen Tahun Melawat Pulau Pinang di tahun 2020. Kempen ini juga adalah selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Objektif Experience Penang Year 2020 adalah seperti berikut: (i) Mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama; (ii) Meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Pulau Pinang; (iii) Meningkatkan ekonomi Pulau Pinang melalui pendapatan hasil daripada aktiviti pelancongan; (iv) Memacu kepesatan industri pelancongan dengan inisiatif 4R: Restructuring, Rebranding, Remarketing dan Repositioning;
(v) Menempatkan kedudukan atau position Pulau Pinang secara kompetitif melalui produk pelancongan berkualiti tinggi untuk menarik high value travelers (pelancong bernilai tinggi) dan meningkatkan perbelanjaan pelancong; (vi) Mempertingkatkan perkhidmatan dan hospitaliti industri perkhidmatan dan pelancongan untuk menyampaikan pengalaman Pulau Pinang yang unik atau to deliver a uniquely Penang experience seiring dengan Experience Penang 2020; dan (vii) Selaras dengan Visi Pulau Pinang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi dan hub kesenian, kebudayaan dan warisan kebangsaan. Sekian.
Terima kasih.
Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Boleh.
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor kesenian di Seberang Perai?
Program-program seperti Butterworth Art Walk dan Butterworth Fringe Festival telah memberikan nafas baharu kepada bidang kesenian di Seberang Perai. Butterworth Fringe Festival merupakan salah satu program yang dianjurkan selaras dengan pelaksanaan Pelan Butterworth Baharu dengan kerjasama di antara Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Think City dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran Butterworth Fringe Festival yang berbentuk kesenian, budaya dan warisan adalah satu inisiatif untuk merancakkan lagi misi pembangunan semula bandar Butterworth. Seiring dengan Visi Penang2030, untuk mendirikan pelancongan Pulau Pinang termasuk Seberang Perai sebagai destinasi pelancongan yang merangkumi unsur bukan sahaja pelancongan termasuk unsur kesenian, kebudayaan dan warisan, pejabat saya akan memberi arahan kepada konsultan yang akan menjalankan Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang untuk supaya mesti merangkumi unsur kesenian di Seberang Perai.
Terima kasih. Saya mempersilakan Bukit Tambun.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 30. No. 30. Sila nyatakan jumlah keluasan tanah yang masih dipegang oleh PDC di Batu Kawan, timur Batu Kawan, selatan Penang Science Park dan Byram. (a) Apakah perancangan PDC terhadap tanah-tanah ini? (b) Nyatakan jumlah nilai pelaburan perindustrian, perniagaan dan perumahan di Batu Kawan?
(c) Adakah PDC memiliki Batu Kawan Transportation Master Plan? Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun dan untuk makluman Dewan yang mulia ini. Keluasan tanah yang masih dalam pegangan Penang Development Corporation atau PDC di Batu Kawan, timur Batu Kawan, selatan Penang Science Park dan Byram serta rancangan pembangunan adalah seperti berikut. Di Batu Kawan. 2,946.7 ekar iaitu untuk pembangunan bercampur taman perindustrian dan perumahan mampu milik. Timur Batu Kawan, 622.6 ekar untuk pembangunan bercampur dan perindustrian. Di Penang Science Park Selatan 133.9 ekar untuk tujuan perindustrian. Manakala bagi Byram adalah 782.7 ekar untuk industri. Dengan jumlah 4,525.9 ekar. Industri yang dirancangkan di Batu Kawan Industri Park dan juga Penang Science Park South adalah lebih tertumpu kepada jenis perusahaan seperti electrical & electronics, electronics manufacturing services, LED, medical devices, aerospace, semiconductor, automative dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Anggaran nilai pelaburan bagi setiap sektor di Batu Kawan adalah seperti berikut. Setakat Mac 2019, dianggarkan pelaburan dalam sektor perindustrian berjumlah RM10 bilion bakal dijana oleh syarikat multinational corporation dan tempatan di Batu Kawan Industrial Park. Dalam sektor perniagaan, jumlah pelaburan yang direkodkan berdasarkan surat perjanjian yang telah ditandatangani adalah RM17.8 bilion dan bagi sektor perumahan, PDC telah melaksanakan Projek Perumahan Mampu Milik Suria 1 di mana kos pembangunan kasarnya adalah berjumlah RM135 juta dan fasa seterusnya Suria 2 dijangka akan dimulakan pada penghujung tahun 2019 di mana kos pembangunan kasarnya berjumlah RM127 juta. Untuk jawapan kepada bahagian C, PDC tidak memiliki Batu Kawan Transportation Master Plan tetapi sebaliknya hanya menjalankan Kajian Lalu Lintas dan Pengangkutan Awam Bersepadu di Bandar Cassia dan Laporan Traffic Impact Assessment telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai pada 5 Disember 2018 yang akan dijadikan panduan dalam perancangan pengangkutan dan lalu lintas di Bandar Cassia, Batu Kawan. Sekian.
Terima kasih.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Padang Kota, adakah PDC bercadang menjadikan Batu Kawan sebagai Hub Perubatan Wilayah Utara termasuk pembukaan cawangan Pusat Kanser Negara dan Pusat Jantung Negara? Soalan kedua, adakah tanah-tanah di Batu Kawan dan sekitarnya berupaya dijadikan alternatif kepada cadangan tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang. Sekian. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun atas dua soalan tambahan. Pertamanya, memang benar dalam perancangan PDC sekarang PDC memang ingin menarik pelaburan ke Batu Kawan bagi sektor perubatan iaitu hasrat untuk menjadikan sebahagian daripada tanah yang masih ada untuk tujuan medical hub dan pada peringkat ini saya boleh menyatakan bahawa PDC sedang mengadakan rundingan dengan tiga (3) pihak untuk melihat minat pelabur dalam menubuhkan kemudahan perubatan di kawasan Batu Kawan termasuk apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tetapi ini semua di dalam peringkat rundingan dan kita rasa tidak perlu menghebahkan maklumat ini supaya tidak menjejaskan rundingan bagi tujuan pelabur ini datang menubuhkan kemudahan perubatan di Batu Kawan.
Soalan kedua, sama ada tanah-tanah yang ada boleh menjadi alternatif kepada Penang South Reclamation (PSR). Kalau kita mengikuti projek Penang South Reclamation (PSR) projek ini kalaulah diluluskan nanti akan mengambil masa 15, 20 tahun untuk siap. Secepatnya pun mungkin Pulau A kerana ianya diperlukan untuk membiayai projek-projek infrastruktur. Jadi seawal pun mungkin dalam 10 tahun atau lapan tahun barulah bidang tanah yang pertama boleh digunakan untuk tujuan sepertimana ditetapkan. Jadi untuk tempoh lapan (8) ke 10 tahun ini kemungkinan kalau perancangan berhasil dengan pelaburan maka apa yang kita ada pun akan digunakan dalam tempoh lapan (8) hingga 10 tahun ini jadi mungkin pada peringkat ini ia adalah satu alternatif tetapi setelah ianya digunakan untuk tujuan-tujuan yang ditetapkan maka tidak lagi menjadi alternatif. Seperti apa yang saya nyatakan di Batu Kawan walaupun saya nyatakan ada 2,900 ekar yang ada tetapi saya tidak sepatutnya umumkan di sini sebab ini semua makluman yang akan mempengaruhi rundingan dengan pelabur-pelabur. Jadi apa yang ada sedikit sahaja yang tinggal yang bakinya untuk industri kalau boleh kata dalam lingkungan 200 ekar yang ada. Yang Berhormat selalu lawat Batu Kawan dan nampak selalunya ada bangunan industri yang baru didirikan maka di Batu Kawan untuk tujuan industri memang mungkin dalam tahun depan sudah habis. Oleh itu, saya ada umumkan, timur Batu Kawan 622 ekar adalah equitation yang baru sebab ia kita sudah nampak Batu Kawan akan habis tanah industri dalam sedikit masa lagi maka pengambilan tanah di east Batu Kawan sudah dimulakan dan disempurnakan dengan 622 ekar khususnya untuk industri. Mungkin selepas ini kita boleh memperkenalkan east Batu Kawan sebagai tempat industri yang baru yang menjadi satu kesinambungan kepada Batu Kawan yang sedia ada. Satu lagi Byram 782 ekar ini pun equitation yang baru sebab hakikat dia yang sama Batu Kawan sudah tidak banyak lagi bidang-bidang tanah untuk tujuan industri maka kita perlu lihat kepada selatan dan memang sudah pun melaksanakan equatation dan juga ada estet-estet Sime Darby yang mungkin ada perancangan menggunakan tanah-tanah mereka untuk tujuan industri SME khususnya bagi memperluaskan ekosistem di Seberang Perai sebagai industri yang kedua atau ketiga selepas Bayan Baru, Bayan Lepas dan juga selepas Mak Mandin dan Butterworth. Jadi, itulah jawapan kepada Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya rasa saya hendak jemput Machang Bubuk.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 31. No. 31. Senaraikan kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran di Pulau Pinang mengikut daerah, lokasi dan keluasan tanah. (a) Terangkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah. Ini (b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggublak undang-undang agar tindakan tegas boleh diambil ke atas tuan tanah yang ingkar perintah?
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada rakan saya daripada Machang Bubuk yang bertanyakan tentang kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran di Pulau Pinang. Dato’ Speaker, setakat 31 Mac 2019 berdasarkan kepada pemantauan oleh pihak MBPP terdapat 44 lot tanah yang menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran iaitu 11 di Daerah Timur Laut, 33 di Daerah Barat Daya. Bagi kawasan MPSP pula Dato’ Speaker,
sebanyak 64 lot tanah didapati menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran iaitu 27 di Daerah Seberang Perai Utara, 33 di Daerah Seberang Perai Tengah dan 4 di Daerah Seberang Perai Selatan. Senarai kerja tanah tanpa kebenaran mengikut daerah, lokasi dan bilangan lot di negeri Pulau Pinang adalah seperti di lampiran A yang akan diedarkan kepada Yang Berhormat. Dato’ Speaker, antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini adalah seperti berikut: (i) Meningkatkan tenaga kerja yang terbabit dengan pemantauan kerja-kerja tanah tanpa kelulusan khususnya di kawasan bukit; (ii) Mempertingkatkan masa pemantauan pada setiap hari; (iii) Menyelaras tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan semua agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM); (iv) Mempertingkatkan pemantauan dengan menggunakan dron bagi kawasan yang sukar dipantau dari aras jalan dan melalui kamera litar tertutup (cctv); (v) Bekerjasama erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam pemantauan; (vi) Mengeluarkan notis untuk memberhentikan pemajuan ataupun kerja tanah dan arahan memulihkan tanah kepada keadaan asalnya di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 Dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974; (vii) Menjalankan operasi rampasan jentera dan mengorek laluan keluar masuk bagi memastikan kerja tanah dihentikan dan menghalang kerja tanah diteruskan; dan (viii) Mengambil tindakan mahkamah di mana denda maksimum RM500,000.00 jika disabit kesalahan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 dan denda maksimum RM50,000.00 di bawah Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974. Dato’ Speaker, usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan MBPP kini dalam peringkat akhir proses penggubalan undang-undang kecil kerja tanah 2018 dengan mengambil kira isu-isu semasa dan kepentingan awam bagi memastikan undang-undang kecil merangkumi aspek mengenakan denda dan kompaun kesalahan ke atas pesalah-pesalah yang menjalankan kerja tanah tanpa kelulusan Majlis. Bagi MPSP pula Dato’ Speaker, undang-undang sedia ada iaitu peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 sudah memadai sebagai langkah ataupun tindakan tegas yang boleh diambil ke atas tuan-tuan tanah yang ekar perintah. Sekian, Dato’ Speaker.
Soalan tambahan.
Machang Bubuk dulu.
Nanti YB. saya bagi ruang. Terima kasih kepada Datok Keramat yang telah menjawab soalan saya. Saya cuma ada dua soalan. Setujukah YB Datok Keramat bahawa undang-undang yang sedia ada ini yang telah dilaksanakan selama ini tidak cukup berkesan untuk
menghentikan atau mengelakkan pengulangan kerja tanah tanpa kebenaran? Untuk Kerajaan Negeri kita hendak buat tambakan laut kita kena dapatkan kelulusan daripada Kerajaan Pusat tapi untuk tanah-tanah persendirian kita seolah-olah terikat daripada tidak dapat mengenakan tindakan yang tegas. Maka saya mohon daripada Datok Keramat sebagai seorang peguam sebelum ini adakah boleh kita gubal undang-undang kanun tanah negara yang selama ini saya pernah mencadangkan di sidang DUN ini. Bolehkah kita cari usaha untuk memastikan bahawa kerja-kerja tanah yang dibuat tanpa kebenaran dapat dibendung sebelum ia sudah dimulakan seperti tambakan di bendang sawah atau tanah-tanah pertanian yang dalam itu dijadikan tempat pelupusan sampah haram. Semua ini kita menghadapi cabaran yang besar kerana negeri Pulau Pinang kita mempunyai tanah yang begitu sikit sahaja.
Machang Bubuk, soalan?
Dua (2) soalan itu saya harap YB Datok Keramat boleh menjawab. Terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Machang Bubuk. Sememangnya kerja-kerja tanah semua perlu mendapat kebenaran merancang daripada pihak-pihak berkuasa tempatan tetapi seperti soalan daripada Machang Bubuk sememangnya semakan menunjukkan ada 44 tanah di mana kerja dilakukan tanpa kebenaran dan juga di MBPP dan 64 di bahagian MPSP. I think soalan yang penting adalah isu pemantauan untuk membendung kerja-kerja itu berlaku sebelum kita ambil tindakan penguatkuasaan kalau kita boleh membendung maka tindakan penguatkuasaan tidak timbul betul. So I think very important is sepertimana saya nyatakan secara terperinci tadi apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kedua-dua PBT agar kita dapat membendung kerja-kerja itu daripada berlaku in the first place that is first thing we are meningkatkan usaha kita lagi memang sepertimana yang saya nyatakan tadi. Soalan kedua, apakah undang-undang kita memadai kerana undang-undang kita sepertimana saya nyatakan ada hukuman denda tapi hukuman denda maksimum kebiasaannya juga itu tidak diberikan oleh mahkamah jadi slap on the risk most of the time and mungkin kita boleh cadangkan kepada pihak pusat untuk lihat kepada perlu atau tidak untuk pinda undang-undang yang wujud untuk menjadikan kesalahan-kesalahan yang berlaku itu lebih serius hukuman yang boleh diambil terhadap mereka sebagai satu deterrent kepada would be offenders Dato’ Speaker. I would agree with Machang Bubuk we could look into that. Itu saja jawapan saya kepada soalan Machang Bubuk.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan saya, sebab kita sudah tahu dan jawapan daripada EXCO yang kalau kita tunggu proses mahkamah selalunya pendakwaraya akan bawa ke mahkamah rendah dan maximum fund hanya RM10,000.00 jadi kenapa tidak ambil tindakan awal semasa lawatan oleh pegawai penguatkuasa sebagai contohnya di lot 1045 baru ini dan 1050, 1051 di depan Mengkuang Dam bukit itu siasatan lawatan pada 12 April 2019 dan aduan penduduk juga adalah pada 12 April 2019 Pejabat Tanah pun pergi pada 12 April 2019 sama dengan pegawai-pegawai saya. Saya ingat bila penguatkuasa pergi maknanya stop work.
Pegawai-pegawai penguatkuasa jika pun jabatan hutan tidak ada kuasa ataupun pejabat tanah kata ini bukan tanah kerajaan jadi dia tidak buat apa-apa tindakan. Tidak bolehkah jabatan berkenaan ataupun EXCO berkenaan, EXCO-EXCO berkenaan memberitahu MPSP supaya isu stop work berhentikan kenapa tunggu sampai 16 April 2019 apabila saya bawa MPSP engineering, JPS, pejabat tanah, pemaju baru apa ni kerja diberhentikan. By that time semua bukit, paya semua telah di apa ni bukit, pokok semua telah digondolkan dan paya, mata air semua telah ditambun. So it’s too late already. Dan JPS sendiri cakap kepada kontraktor masa tu jika berlaku hujan mengapa empat (4) jam sebab semua paya telah ditambun, semua hutan-hutan telah dikeluarkan akan berlaku banjir lumpur takut ada risiko banjir lumpur ke kawasan kampung-kampung di bawah Mengkuang Titi yang memang selalu kena banjir dan di kampung belakang masjid Mengkuang. Dan sememangnya sebelum ni dah kena banjir akibat daripada pembesaran alur sungai oleh China Water untuk Projek Mengkuang Dam. So benda ini dah telah berlaku kenapa kita kenapa kena tunggu sampai 17 hari bulan padahal pegawai dah masuk 12 hari bulan April.
Okey jelas.
Dato’ Speaker, sememangnya bukan sahaja kepada kes di Mengkuang sepertimana dinyatakan Penanti, tetapi sememangnya kedua-dua belah pulau juga seberang sememangnya apabila kerja-kerja tanah yang tidak mengikuti undang-undang ini berlaku, saya selalu menasihati kedua-dua PBT supaya selalu ada pemantauan. Dan sekiranya boleh tindakan diambil dengan serta merta. Tetapi mungkin ada sebab-sebab tertentu dalam kes Mengkuang ini di mana ia tidak diambil dengan serta merta tetapi at that end of the day untuk kes ini saya boleh sahkan sememangnya stop-work order telah dikeluarkan dan juga notis saya percaya telah pun diberikan untuk diambil tindakan di mahkamah untuk kes tersebut. Saya sememangnya EXCO PBT menasihat kedua-dua PBT untuk selalu mengada pemantauan yang rapi di kawasan-kawasan mereka juga melalui DO, DO kerana saya dapati apabila pemantauan tidak rapi maka kerja-kerja berakhir baru step stop-work order tersebut berlaku. Tetapi saya setuju dengan Penanti sepertimana saya terperincikan tadi kita sedang meningkatkan usaha-usaha kita di dalam kerja-kerja memantau agar membendung aktivit-aktiviti tersebut berlaku. Dato’ Speaker.
Terima kasih, saya persilakan Jawi.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 32. No. 32. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh JPS bagi mengatasi masalah banjir di Taman Helang Jaya dan Kg. Che Aminah?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jawi. Bagi makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah banjir di Taman Helang Jaya dan Kampung Che Aminah melalui pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Che Aminah dengan skop kerja seperti berikut:
(i) Menaik taraf struktur dan juga pengalihan struktur mekanikal rumah pam dengan menggunakan peruntukan pembangunan negeri berjumlah RM176,550 pada tahun 2018. Kerja-kerja menaik taraf tersebut telah siap dinaik taraf pada 3 Disember 2018; dan (ii) Pelaksanaan kerja-kerja untuk meningkatkan kapasiti pam serta kerja mekanikal dan elektrikal melalui peruntukan Persekutuan. Sebanyak RM466,500.00 yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke11 Tahun 2019. Status pelaksanaan setakat ini di peringkat nilaian sebut harga dan kerja-kerja dijangka siap pada 30 November tahun ini. Terima kasih.
Soalan tambahan, selain daripada apa yang disebut oleh saudara Tanjung Bunga adakah terdapat Projek RTB yang dirancang untuk dilaksanakan di KADUN Jawi pada masa yang akan datang melalui peruntukan Persekutuan?
Terima kasih Yang Berhormat Jawi, sebenarnya JPS Pulau Pinang telah pun membuat satu senarai 13 Projek Rancangan Tebatan Banjir yang bernilai sebanyak RM1.5 bilion untuk dikemukakan kepada JPS Malaysia bagi pertimbangan Kerajaan Persekutuan. Dan salah satu daripada 13 RTB yang dicadangkan itu adalah sebenarnya RTB Sungai Jawi yang melibatkan lembangan Sungai Jawi dan permohonan RTB Sungai Jawi juga merupakan salah satu projek yang telah diangkat permohonan peruntukan dalam Rolling Plan 4 Tahun 2020 ya dalam RMK ke-11. Walau bagaimanapun permohonan projek ini tertakluk kepada keputusan satu kajian juga yang telah diangkat kepada untuk peruntukan dalam Rolling Plan 4 iaitu Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang termasuk di Daerah Kulim dan Bandar Baharu di Negeri Kedah. Dia sebenarnya sebab masalah banjir di Sungai Jawi itu sebenarnya tidak boleh dilihat dan diselesaikan secara terasing atau tersendiri, dia disebabkan up stream ataupun hulu kepada Sungai Jawi itu adalah di negeri Kedah khususnya di kawasan Relau di Daerah Bandar Baharu. Jadi apa-apa penyelesaian yang kita nak buat pun di Sungai Jawi terpaksa kita juga melihat kepada penyelesaian di hulu sungai iaitu di kawasan Kedah. Maka satu kajian ini telah diangkat kepda JPS Malaysia dan sekiranya kita dapat diluluskan maka satu kajian yang menyeluruh akan dibuat yang akan mencadangkan penyelesaian secara holistik di bahagian hulu dan juga di hilir di Sungai Jawi. Jadi dengan pelaksanaan kajian ini maka kita dapat satu gambaran yang lebih jelas bagi menangani masalah banjir di kawasan Sungai Jawi terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya ingin jemput Penanti.
Soalan saya nombor 33. No. 33. Menjawab persoalan pembersihan awam di kampung semasa Majlis Induksi MPKK P.P pada 3/2019 YB. Menteri KPLB telah sarankan penubuhan Majlis Tempatan bawah MPKK yang mengutip cukai pintu dan menjana pendapatan sendiri, buat pembersihan awam dan landskap seperti di Kg. Bukit Bulat, Alor Gajah sebelum PRU14. (a) Bolehkah saranan ini dilaksanakan?
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih rakan saya daripada Penanti. Berkenaan soalan saranan Yang Berhormat Menteri agar penubuhan Majlis Tempatan di bawah MPKK yang mengutip cukai pintu dan menjana pendapatan sendiri, sama ada ia boleh dilaksanakan. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum saranan Menteri tersebut namun begitu didapati cadangan penubuhan Majlis Tempatan di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MPKK untuk mengutip cukai pintu dan menjana pendapatan sendiri itu supaya boleh membuat pembersihan awam dan landskap. Cadangan itu perlu satu kajian yang terperinci kerana ia melibatkan isu-isu perundangan. That is the issue we are facing atas saranan tersebut. Tugas melaksanakan kutipan cukai taksiran membuat kerja-kerja pembersihan awam dan landskap adalah Dato’ Speaker, di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 dan tiada kaitan dengan MPKK. Tambahan pula jika kutipan itu dilakukan oleh MPKK maka punca utama hasil Pihak Berkuasa Tempatan akan terjejas. Namun demikian Dato’ Speaker, sebagai tanggungjawab bersama bagi menjaga kebersihan MPKK boleh menguruskan program-program seperti gotong-royong dengan penglibatan masyarakat setempat dan sebagainya. Sekian, Dato’ Speaker.
Tambahan. Saya ada dua (2) soalan ya. Soalan yang pertama, kalau saya tengok soalan perkara 5B (42) dan jawapan kepada 5B (4)11 berkenaan dengan isu yang sama, saya tanya bolehkah sebab disebabkan MPSP kalau ikut jawapan daripada 5B (42) dari YB. Jagdeep mengatakan yang even Kampung Tersusun pun tidak, tidak di bawah dan tidak di bawah JKR dan juga perkampungan Sungai Lembu iaitu Kampung Tersusun juga tidak di bawah MARRIS. Tetapi dalam jawapan 5B (4) nombor 11 jawapannya ialah pembersihan kontrak pembersihan dan kampung tidak ada bagi kepada penduduk ataupun persatuan penduduk seperti RM10,000 sebulan yang diberi kepada Persatuan Wanita di Pulau Aman. Disebut di sini tidak diberi disebabkan kontraktor MARRIS telah dilantik untuk memberi perkhidmatan di kawasan Desa Lestari Mengkuang Titi, Desa Lestari Kampung Mengkuang, Kampung Terus dan Sungai Lembu. Tetapi kalau ikut jawapan yang lagi satu ni yang YB. Jagdeep bagi memang tak masuk. Itu sebab tu saya itu soalan pertamanya. Adakah pembersihan kampung akan dilakukan oleh kontraktor MARRIS itu sebab kedua-dua jawapan ini tak sama. Satu kata akan dijalankan, satu kata tidak akan dijalankan. Nombor dua, jika RM10,000 sebulan boleh diberi oleh MPSP kepada Persatuan Wanita di Pulau Aman setiap bulan yang saya tahu kontrak pembersihan am ini diberi sejak 2016. Dulu diberi kepada JKKK sekarang diberi kepada Persatuan Wanita. Kenapa kalau kontrak pembersihan itu boleh diberi kenapa kampung-kampung lain diberi? Sebab MPSP hanya letak komunal bin sahaja. Hanya letak komunal bin dan semua pembersihan am yang lain potong pokok, bersihkan parit, bersihkan paya semua itu adalah tidak di bawah bidang kuasa selama nilah tidak di bawah bidang kuasa MPSP. Soalannya adakah lepas ni kontraktor MARRIS akan menjalankan pembersihan am?. Dan saya dapat 2 jawapan yang berbeza saya nak tau kepastian.
Jelas. Sila.
Dato’ Speaker, rujukan yang dibuat adalah kepada Soalan Bertulis dan di mana saya akan semak semula dan akan beri penjelasan kemudian tetapi berkenaan dengan pertanyaan daripada Penanti berkenaan sama ada peruntukan boleh diberikan membuat rujukan kepada
Pulau Aman di mana ia diberikan. Saya difahamkan mungkin itu adalah satu Projek GRPB yang boleh kita juga ambil kira dalam pertanyaan Penanti untuk diperluaskan kepada tempat lain. Sekian, Dato’ Speaker.
Terima kasih, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pengkalan Kota.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan Pengkalan Kota, soalan 34. No. 34. Usul Bersama di antara Kerajaan Negeri PUlau PInag Bersama Pembangkang Pulau Pinang yang ditandatangani pada Februari, 2017. (a) Apakah status terkini Usul Bersama tersebut yagn merangkumi aspek syarat pinjaman perumahan dan pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966?
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih pada rakan saya daripada Pengkalan Kota berkenaan satu soalan yang penting iaitu berkenaan status Usul Bersama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pembangkang Negeri Pulau Pinang yang ditandatangani bulan Februari 2017. Dato’ Speaker, untuk makluman semua Kerajaan Negeri pada 22 Februari telah mengemukakan Usul Bersama yang ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan. Di mana usul tersebut menggesa agar aspek perundangan diteliti, dipinda ataupun diwujudkan bagi menangani masalah penyewaan unit kediaman kos rendah dan kos sederhana rendah kepada pihak ketiga. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebanjiran warga asing di skim-skim perumahan yang menimbulkan kegusaran kepada komuniti. Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan turut menyuarakan perkara ini bersama Yang Berhormat Menteri Perumahan di dalam beberapa seisi pertemuan selanjutnya pada 4 dan 26 Jun 2018. Input ini seterusnya akan turut dimasukkan ke dalam Dasar Perumahan Negara 2.0 yang akan dikuatkuasakan pemakaian tidak lama lagi. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) [Akta 118] tidak memperuntukkan klausa yang mensyaratkan unit kediaman termasuk kos rendah atau sederhana rendah perlu dihuni oleh pemilik. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri telah melaksanakan kawalan dengan mensyaratkan Aku Janji untuk mendiami unit tersebut di dalam Borang Permohonan 1 Unit Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri ataupun (PN1). Kementerian juga telah diminta untuk mengkaji samada Akta tersebut perlu dipinda untuk menangani isu ini. Sebagai langkah proaktif Dato' Speaker, Kerajaan Negeri turut mengkaji lain-lain kaedah pemilikan rumah mampu milik khususnya rumah mampu milik jenis A dan B ataupun Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah yang memberi lebih kawalan kepada kerajaan untuk mengekang gejala penyewaan ini. Selain daripada itu, melalui Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di negeri Pulau Pinang yang telah diluluskan secara pindaan pada tahun 2017, isu pekerja asing yang mendiami kediaman rumah mampu milik A dan B dijangka dapat dikurangkan dengan pembinaan beberapa projek asrama pekerja misalnya kapasiti 6,600 katil telah pun siap dibina di kawasan Bukit Minyak dan akan disusuli dengan beberapa projek yang lain Dato' Speaker.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat, sememangnya memang kita jelaslah di bahagian tentang pemilik rumah itu perlu menghuni dalam unit tersebut tetapi cumanya persoalan saya adalah baru-baru ini kita boleh nampak banyak inisiatif khususnya (dengan izin)…Home Ownership Campaign yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan malah baru-baru ini kita juga menerima pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang menegur agar Bank-Bank Komersial cuba untuk memberikan kelonggaran khususnya kepada mereka yang ingin membuat pinjaman perumahan ini. Jadi soalan saya adalah adakah inisiatif ataupun usaha Kerajaan Persekutuan ini telah sedikit sebanyak membantu di dalam syarat pinjaman perumahan khususnya keadaan kita di negeri Pulau Pinang ini. Adakah keadaan itu telah bertambah baik? Soalan saya.
Dato' Speaker, berkenaan Home Ownership Campaign yang dilaksanakan oleh pihak Pusat yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri. Sememangnya kalau kita lihat kepada beberapa statistik yang baru dikeluarkan semalam dilaporkan di surat khabar Star kita boleh lihat satu penurunan di dalam unit-unit yang tidak dijual di negeri Pulau Pinang iaitu over hang. I’m happy to share with everyone that was reported yesterday kita lihat negeri-negeri lain seperti Perak dan Kuala Lumpur khususnya mengalami over hang yang masih agak besar berbanding dengan Pulau Pinang di mana terdapat pengurangan for the first time I notice this since the beginning of the year dan Home Ownership Campaign bersama-sama juga beberapa pengumuman daripada Menteri Kewangan sendiri dari akhir tahun sudah sehingga sekarang beberapa insentif sebagai pengecualian setem duti terhadap pembelian perumahan yang tidak melebihi sejuta sememangnya saya percaya membantu di dalam memberangsangkan sektor perumahan bukan sahaja di Malaysia tapi khususnya di negeri Pulau Pinang juga dan di negeri Pulau Pinang juga kita ada beberapa inisiatif yang kita telah pun kita umumkan seperti di mana kita ada fee kelulusan untuk pembeli warga-warga luar negara yang kita kecualikan sehingga pertengahan tahun itu pun kita lihat memberangsangkan sektor perumahan di negeri Pulau Pinang. Dato' Speaker sekian.
Terima kasih, saya jemput Batu Uban.
Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya nombor 35 No. 35. Dengan pengumuman pembinaan Lapangan Terbang baharu di Kulim, adakah Kerajaan Negeri masih akan meneruskan hasrat untuk membina sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa yang baharu di atas tanah tebus guna di Batu Maung?
(a) Apakah kesan pengumuman lapangan terbang di Kulim terhadap Penang International Airport? (b) Impaknya kepada ekonomi Pulau Pinang untuk jangka panjang. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Batu Uban dan juga untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang di dalam tindakan untuk melantik perunding bagi membuat kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara dan proses merangka terma rujukan bagi tujuan tersebut kini sedang dijalankan dan pelantikan perunding akan dijangka dilaksanakan pada tahun ini. Kajian ini dicadangkan untuk dilaksanakan secara menyeluruh agar keputusan yang tepat dapat diperolehi dan diteliti secara mendalam sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Bagi bahagian (a) Kerajaan Negeri telah meneliti laporan yang disediakan oleh dua (2) Juruperunding iaitu KPMG Corporate Advisory bagi pihak Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Persekutuan dan juga KLIA Consultancy bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Berdasarkan kepada kedua-dua laporan tersebut, pembinaan Lapangan Terbang Kulim akan memberi kesan yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya. Antara kesan dan impak kepada negeri Pulau Pinang untuk jangka panjang adalah : (i) Pembinaan Kulim International Airport bukan sahaja pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebaliknya sebagai pesaing untuk mendapatkan syarikat-syarikat bagi menggunakan perkhidmatan kargo dan mungkin penumpang juga di Kulim; (ii) Pengurangan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; dan (iii) Oleh kerana faktor yang dikatakan tadi, impak yang seterusnya kehilangan pelabur yang beralih arah ke kawasan Kulim dan kemungkinan besar ke negara lain dan seterusnya mengurangkan Pelaburan Langsung Asing ke negeri Pulau Pinang secara khususnya dan kepada Malaysia secara amnya. Sekian.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Bagi soalan.
Terima kasih Dato‘ Speaker dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, soalan saya apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk kita menangani kesan-kesan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi dan kedua ialah adakah Kerajaan Negeri akan terus melobi Kerajaan Persekutuan untuk memberi keutamaan terhadap projek pembesaran
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Terima kasih Y.A.B. Ketua Menteri : Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban atas soalan tambahan tadi, saya rasa untuk menjawab bahagian kedua, kita sudah terima jaminan daripada Menteri Kewangan sendiri bahawa Lapangan Terbang Bayan Lepas akan diperluaskan untuk menampung kapasiti 16 juta penumpang setahun dan kita percaya projek ini akan diteruskan. Untuk bahagian pertama soalan tambahan, apakah langkah yang diambil untuk memastikan kita tidak menerima impak yang negatif terhadap bukan sahaja Lapangan Terbang Bayan Lepas tetapi kepada ekonomi negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya. Kita tahu bahawa Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan pelaburan di Butterworth, rangkaian jalan di negeri Pulau Pinang adalah faktor yang penting untuk merancakkan pembangunan sosial ekonomi di Pulau Pinang sebab rangkaian penggangkutan ini adalah penting sebagai sebuah negeri yang bergantung kepada industri dan juga pelancongan dan sektor-sektor servis perkhidmatan dan itulah mengapa kita amat mengambil berat sebarang usaha yang tidak selari dengan perkembangan ini kita akan cuba memastikan kita mempertahankan kepentingan negeri Pulau Pinang dan oleh itu kita walaupun dua (2) kajian sudah pun dilakukan sebelum ini oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah seperti saya nyatakan tadi namun kita ingin kajian kita supaya kita lihat apakah sebenarnya option-option yang boleh kita lihat, option pertama saya rasa kita ada sekurang-kurangnya empat option, option pertama expand Bayan Lepas itu yang akan berlaku dari kapasiti yang sedia ada kita perlu melihat macam mana kita dapat expand current location ke satu kapasiti optima mungkin kapasiti 16 juta itu bukan lagi kapasiti optima mungkin kalau boleh lihat 20 juta – 30 juta, kajian itu boleh menentukan apakah sebenarnya kapasiti optima Bayan Lepas termasuk memperluaskan dari yang sempadan sedia ada ke tanah-tanah yang ada di sekitar lapangan termasuk ke atas Pulau A yang dirancangkan itu. Itu option pertama memperluaskan kapasiti kita sehingga optimum sehingga tak dapat diperluaskan lagi. Option kedua adalah membina sebuah lapangan terbang baru di negeri Pulau Pinang itulah soalan Yang Berhormat tadi cadangan melihat lapangan terbang yang baru dan bukan Bayan Lepas lagi, mungkin di atas Pulau yang ditebus guna mungkin di kawasan Batu Maung, mungkin di Seberang Perai, itu kajian itu akan melihat option-option sebegini. Ketiga kita pun perlu lihat memandangkan sudah ada cadangan lapangan terbang di Kulim, option ketiga adalah Kulim + Penang sebab kalau Kulim menjadi hakikat kita perlu lihat Kulim + Penang macam mana synergy Kulim dan Penang ini dapat membantu kedua-dua negeri tetapi Kulim+Penang pun ada impak kepada Penang sebab trafik penumpang dan trafik kargo sudah dipecah kepada dua memandangkan Kulim pun memerlukan trafik itu untuk survive kalau tak ada trafik itu projek itu akan jadi white elephant pula, jadi Kulim + Penang pun ada impak sebab Kulim akan menarik sebahagian daripada apa yang kita nikmati sekarang. Keempat option yang saya rasa saya risau sangatlah walaupun Menteri Kewangan saya difahamkan ada kata tak perlu risau, option yang keempat Kulim only tadi option ketiga Kulim + Penang, Penang masih boleh survive tapi option keempat Kulim only maksudnya apabila Kulim siap dan mula operasi mungkin keputusan tutuplah Penang tak perlu Penang lagi sebab Kulim lebih besar, lebih canggih dan sebagainya. Itu yang kita risaukan sebab seperti dalam hujah saya lapangan terbang dengan rangkaian pengangkutan, rangkaian jalan, pelaburan dan kemudahan asas yang lain adalah kriteria yang utama untuk melihat sejarah negeri Pulau Pinang ke arah sebuah negeri industri yang maju tanpa kemudahan-kemudahan ini maka ia akan menjejaskan masa depan negeri Pulau Pinang so you tell me whether I should be worry or not? Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Satu lagi boleh sila.
Dengan izin Dato‘ Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota sekiranya Kulim International Airport di spesifikasikan sebagai Lapangan Terbang untuk kargo, apakah langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengelakkan kemungkinan kehilangan pelabur sekiranya berlaku perpindahan kilang-kilang ke Kulim Hi-Tech kerana lebih berdekatan dengan Kulim International Airport. Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Kalau Kulim cuma menjadi Lapangan Terbang Kargo, kita tunggu kajian itulah tetapi tanpa kajian pun kita tau ia akan menjadi sebuah projek yang akan gagal sebab tak ada airport yang cuma memberi perkhidmatan kargo sahaja ini tak masuk akal langsung jadi kita menunggu kajian menunggu Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan menyakinkan kita bahawa Kulim tidak akan menjejaskan Negeri Pulau Pinang.
Satu soalan just one just one.
Sorry you miss the boat, miss the flight. Ahli-ahli Yang Berhormat satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah pun tamat dan selaras dengan Subperaturan 26 (7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat, sila. Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi, akan diletak ke atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya, dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan seperti lazimnya, satu lagi usul iaitu selaras dengan Peraturan 6A (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa bersidangan hari ini, 2 haribulan Mei dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.
Sokongan.
Saya mohon menyokong, Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telahpun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, 2 Mei 2019 hari Khamis sehingga jam 10.00 malam. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “Ya”. Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, katakan “Tidak”. Usul dipersetujui semua. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telahpun menyempurnakan sesi perbahasan semalam. Maka, sekarang Dewan sedang bersidang di sesi penggulungan. Dan saya ingin mempersilakan Ahli Kawasan Bagan Jermal untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan ADUN-ADUN di dewan yang mulia ini. Dikesempatan ini, saya mengambil peluang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih, kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri berkaitan dengan isu belia dan sukan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian dan komited dalam perbahasan melibatkan portfolio saya iaitu belia dan sukan. Isu yang telah dibangkitkan oleh YB. Seri Delima isu mengenai pembangunan sukan, memperluaskan penyertaan sukan. Bagi menjawab persoalanan yang dibangkitkan oleh YB. Seri Delima berkaitan dengan memperluaskan penyertaan sukan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, sentiasa komited dalam memangkin perkembangan industri sukan dan menambah baik kebajikan atlet-atlet di negeri Pulau Pinang. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh YB. Seri Delima mengenai penyaluran sumber dana, kepada atlet-atlet sebagai bantuan tajaan ataupun sumbangan kewangan dalam melanjutkan karier mereka dalam bidang sukan. Adalah dinasihatkan, agar atlet-atlet ini menghubungi persatuan sukan yang diwakili masing-masing. Melaluinya pihak Persatuan Sukan Negeri akan berupaya untuk membantu atlet-atlet tersebut, untuk memohon tajaan dari pelbagai sektor korporat dan swasta di negara ini. Permohonan melalui persatuan adalah lebih berkesan, jika berbanding dengan permohonan secara terus dengan dilaksanakan oleh atlet-atlet terbabit, kecualinya sekiranya mereka telah mencapai status profesional. Kebanyakan atlet negeri mendapat tajaan daripada persatuan sukan masing-masing, seperti contohnya Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang (PBA) di mana mereka mendapat tajaan daripada Gosen. Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang, mereka mendapat tajaan daripada DFZ Sdn. Bhd., Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang mereka mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta GLC Kerajaan Negeri di mana tahun 2019 mereka dapat tajaan sebanyak RM5 juta. Umumnya untuk membolehkan atlet terus maju, mereka amat memerlukan sokongan dari pihak berkepentingan seperti kerajaan, persatuan, sekolah dan juga ibu bapa supaya mereka boleh membangun dan seterusnya berupaya mencapai kegemilangan dalam sukan yang diceburi. Sokongan dari pihak kerajaan adalah lebih kepada bentuk penggubalan dasar, bantuan kewangan dan insentif yang disalurkan sebagai subsidi bagi meringankan kos tanggungan mereka. Umpamanya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, akan turut menyalurkan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri untuk membiayai kos penyertaan sesuatu pertandingan yang disertai. Sumbangan tersebut adalah di antara RM500.00 sehingga RM10,000.00, termasuklah pemberian elaun atlet ataupun elaun latihan bulanan kepada atlet-atlet yang terbabit, yang berjumlah di antara RM100.00 sehingga ke RM600.00 sebulan. Bergantung kepada status atlet terbabit sama ada sebagai atlet latihan atau atlet negeri yang pernah memenangi pingat emas, perak, gangsa dalam sukan SUKMA terdahulu.
Nutrisi pemakanan, saya amat bersetuju dengan pandangan Seri Delima di mana bahawa nutrisi atau pemakanan sukan adalah komponen yang amat penting untuk semua atlet dalam menyumbang kepada prestasi atlet. Malah dia boleh mempengaruhi adaptasi latihan dan risiko kecederaan. Melalui unit prestasi elit Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, penyediaan terhadap perkembangan atlet negeri dan dari segi pemakanan sukan dilaksanakan melalui khidmat nasihat yang diberikan kepada atlet-atlet negeri berserta merancang pelan pemakanan yang dapat mengoptimunkan tahap kesihatan serta kecergasan atlet sebelum menyertai sesebuah pertandingan. Jawapan menyeluruh telah dijawab secara bertulis, juga dalam soalan ID516 untuk makluman YB. Seri Delima. Mix Martial Art dan sukan mempertahankan diri. Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang amat menitikberat program pembangunan sukan Martial Art yang diklasifikasikan sebagai kategori sukan tempur di mana Pulau Pinang mempunyai rekod kejayaan yang memberangsangkan untuk penyertaan semasa di sukan SUKMA. Di negeri Pulau Pinang, terdapat pelbagai jenis sukan yang telah dibangunkan, antaranya adalah karate, tae kwon do, silat, muay thai seperti yang disebutkan oleh Telok Ayer Tawar yang baru-baru memenangi emas yang kita menjemput atlet-atlet, juara-juara wira ini semasa di Lapangan Terbang Negeri Pulau Pinang. Judo, silambam, lawan pedang, tinju dan juga judo. Kejayaan atlet-atlet negeri di persada antarabangsa melibatkan sukan ini amat memberangsangkan melalui beberapa pencapaian di peringkat dunia yang dikecapi melalui : (i) Muhammad Aliff Mohd Azizi – Juara kategori amatur 45kg di Kejohanan Muay Thai Dunia tahun 2019 di Bangkok; (ii) Muhammad Adam Mohd Azizi – Pingat perak dalam kategori Remaja 54-57kg di Kejohanan Muay Thai Dunia tahun 2019 di Bangkok; (iii) Kejayaan pasukan Tinju Remaja Pulau Pinang yang menang juara keseluruhan di Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Kuala Lumpur pada 23 hingga 26 April tahun 2019; (iv) Chan Lu Yi – Kejayaan memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak di World Taijiquan Championship tahun 2019 di Bulgaria; (v) Chuah Shangyang dan Muhammad Danish Aizad yang memenangi pingat emas di Kejohanan Wushu Remaja Dunia pada tahun 2016 di Bulgaria juga; dan (vi) Hoe Thompson – Pemenang tempat ketiga di Kejohanan Karate Senior Dunia Ke-22 tahun 2014 di Jerman. Dalam usaha untuk memastikan sukan-sukan ini terus dibangunkan dan diperluaskan pelaksanaannya, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan usaha bersama dengan pelbagai agensi sukan negeri sentiasa berusaha untuk melaksanakan program pencarian bakat-bakat baru di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri serta mengadakan demonstrasi-demonstrasi sukan di pelbagai acara seperti program Fit Malaysia, Hari Sukan Negara, Program Bebas Kenderaan di Lebuh Pantai, Majlis Anugerah Sukan, Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang dan sebagainya. Pada pendapat saya, saya rasa setiap persatuan haruslah bertanggungjawab dan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, supaya kita boleh sama-sama turun semasa pertandingan MSSPP di peringkat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah menengah. Inilah masa yang paling sesuai dan paling tepat untuk kita cari bakat. Setiap tahun kita ada pertandingan MSSPP di peringat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah menengah. Maka kita lihat banyak atlet-atlet dari sekolah di mana mereka mungkin, kalau di peringkat sekolah rendah mungkin mereka adalah darjah 5 ataupun darjah 6. Kalau kita nak
mengambil atau mencari bakat-bakat seperti ini, kita haruslah mula sekarang supaya mereka memenangi pingat emas ataupun, walaupun mereka memenangi pingat perak, tapi mereka adalah peluang ataupun bakat. Kita patutlah ambil mereka untuk menjadikan sebagai pelapis untuk atlet-atlet negeri Pulau Pinang yang akan datang, yang boleh mengambil bahagian dalam acara SUKMA yang akan datang, kerana bukan senang kalau hari ini kita ambil seorang pelapis ataupun atlet, sekurang-kurangnya empat (4) tahun atau lima (5) tahun, barulah kita dapat keputusan atau pencapaian yang bagus. Dan inilah masa yang sesuai, kita haruslah mempromosikan cara untuk mencari pelapis-pelapis di peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah. Pasukan Bola Sepak Wanita, ini juga dibangkit oleh ADUN daripada Seri Delima. Cadangan untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang mempelopori pembentukan pasukan bola sepak wanita di Malaysia, amatlah tepat dan dipersetujui. Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang khususnya Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan juga merangkap ADUN daripada Sungai Bakap dan Timbalan Speaker, supaya kita boleh memperhalusikan cadangan ini untuk mewujudkan akademik bola sepak wanita di peringkat sekolah dan juga mengadakan pusat latihan khusus bagi pelaksanaan pembangunan bola sepak wanita di peringkat akar umbi, seperti yang kita dapat lihat Penanti yang telah memulakan akademik bola sepak yang bagus, kita juga harapkan bahawa kita juga boleh memulai akademik untuk pasukan bola sepak untuk wanita. Seperti contoh di kawasan KADUN saya, Bagan Jermal kita telah memulaikan akademik di peringkat sekolah rendah. Permulaannya masih terdapat lagi pelajar-pelajar yang wanita yang turut berminat untuk mengambil bahagian ini. Kursus ini adalah secara percuma yang kita memberikan di kawasan KADUN saya, di mana terdapat banyak pelajar-pelajar sekolah daripada berbilang kaum ada kaum Melayu, Cina, India, Sikh pun ada dan saya rasa kita kena terima kasih juga kepada KADUN Bagan Dalam beliau juga menyokong program ini untuk klinik bola sepak ataupun akademik bola sepak yang berada di tempat padang bersebelahan dengan SRJ Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Mark. Kita juga….(gangguan).
Laluan.
Kedudukan kewangan FAP. Ya, silakan Sungai Dua.
Terima kasih Bagan Jermal. Saya tertarik dengan isu akademik bola sepak, jadi ini tujuan yang untuk kita mempertingkatkan prestasi bola sepak untuk jangka panjang. Di mana-mana kelab tentang ternama dunia ni, dia ada kumpulan-kumpulan pelapis bermula daripada kecil sehingga ke peringkat remaja dan juga masuk terus serap kepada kelab berkenaan. Di kawasan termasuklah di semua tempat kita ada akademi-akademi swasta ataupun akademi yang ditubuhkan di sekolah yang saya rasa memerlukan bantuan, memerlukan dana sedikitlah bukan, sekarang nak cari dekat YB ja. YB. Bagan Jermal, YB. Sungai Dua pun dia panggil juga akademi dekat Lahar Yooi, akademi di sekolah Sungai Dua juga minta kepada Sungai Dua jadi kita kena ada demi untuk bola sepak ini untuk mempertingkatkan bola sepak kita kena ada banyak akademi dan bila ada akademi ini esok kita buat satu tournament satu game antara akademi ini yang banyak mungkin bawah 10 tahun, 10 tahun ke 12 tahun, 12 tahun. Peringkat macam itu kita buat game, saya pernah buat game di Lahar Yooi, datang daripada semua negeri daripada Ipoh, daripada Perak, daripada Kelantan dan sebagainya. Jadi saya minta, tambahan saya macam itu untuk Bagan Dalam. Terima kasih.
Terima kasih pandangan ataupun cadangan yang bagus daripada Sungai Dua. Saya memang bersetuju di mana kita harus memberikan sokongan, bantuan kepada akademi-akademi yang di sekolah peringkat sekolah ataupun di luar sekolah dan mereka juga boleh tulis surat untuk pohon kepada MMK Belia dan Sukan pejabat saya supaya kita sama-sama membangunkan akademi ini dan bukan sahaja di kawasan Sungai Dua. Saya rasa kita kena memulakan program ini di mana-mana tempat seperti contoh di kawasan Sungai Bakap yang kita faham di mana ADUN Sungai Bakap setiap tahun memberikan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk akademi-akademi di peringkat daerah Seberang Perai Selatan. Baru dua (2) tahun beliau baru jadi ADUN tapi saya rasa sebelum ini ADUN Sungai Bakap juga ada memberikan sokongan. Inilah kita dapat memberikan satu sokongan kepada mereka dan juga keyakinan supaya mereka tidak rasa sakit hati ataupun mereka rasa tiada harapan daripada mereka yang bermain bola sepak dan kita tunggu mungkin tahun depan kita akan anjurkan beberapa pertandingan di antara Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Selatan Daerah, peringkat daerah dan kitalah ajak bersiap sedia Sungai Dua supaya kita sama sama turun untuk menghantar pasukan pasukan kita ambil bahagian. Di kawasan KADUN Bagan Jermal, saya ada tubuhkan pasukan saya sendiri dan mereka masih berlatih dan mungkin tahun depan kita harap semua ADUN-ADUN kita boleh kongsi bersama supaya kita mengadakan pertandingan di antara peringkat di antara umur 12 ke bawah dan juga antara umur 15 ke bawah ataupun 18 ke bawah. Ya, silakan Bagan Dalam.
Okey, terima kasih Bagan Jermal. Mengenai akademi-akademi bola sepak, satu kelemahan yang sangat ketara di Pulau Pinang sebelum presiden baru mengambil alih adalah, FAP tidak berikan keutamaan kepada akademi untuk melahirkan pelapis ataupun pemain bola sepak tempatan. Tetapi, mereka lebih gemar kepada melabur dalam pemain-pemain daripada luar negara ataupun pemain import daripada Amerika Selatan, Afrika, walaupun kita ada bakat-bakat di Pulau Pinang dan kita nampak ada akademi-akademi swasta seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, lebih aktif, lebih proaktif membawa kanak-kanak dan melatih mereka. Dan saya faham ada satu liga di kalangan akademi-akademi tersebut. Liga Akademi Bola Sepak Pulau Pinang, mereka selalu datang minta peruntukan dengan YB. TKM II, TKM I dan sebelum ini sebelum presiden baru mengambil alih tidak sekalipun FAP membantu liga akademi sedemikian. Yang saya nampak pemain-pemainnya berbilang kaum dan ada juga pelajar international school yang datang bermain di sana. So, saya berharap Yang Berhormat Bagan Jermal bolehlah menyediakan satu bajet untuk memberi sokongan kepada liga-liga sedemikian dan kalau boleh, boleh disalurkan terus daripada berharap kepada FAP, sebab kita tahu keadaan kewangan FAP dalam keadaan yang tidak begitu sihatlah, terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN daripada Bagan Dalam, memang liga akademi bola sepak tahun ini mereka ada dapat bantuan melalui FAM dan FAP dan FAP terus bagi kepada liga akademi dan memang pejabat saya bersiap sedia jika ada liga akademi bola sepak di peringkat daerah ataupun peringkat negeri Pulau Pinang bolehlah tulis surat kepada kita tapi janganlah sampai 10 hari bulan Mei nak anjurkan, hari ini 2 hari bulan baru tulis suratlah kerana kita setiap kali terima surat daripada banyak persatuan. Saya ambil kesempatan di sini, setiap persatuan-persatuan boleh minta peruntukan tapi janganlah sampai saat terdekat baru pohon. Saya terima juga program contoh program pada 5 hari bulan Mei tapi 2 hari bulan Mei baru tulis surat dan kita hantar kepada BPEN dan BPEN minta saya balas kepada mereka
supaya tidak dapat diproseskan dan saya di sini mengambil kesempatan minta setiap NGO persatuan nak minta peruntukan hantar awal, paling bagus hantar sebulan sebelum program ini ataupun sekurang-kurangnya tiga (3) minggu. Saya teruskan untuk ucapan saya…(gangguan).
Boleh tanya satu je.
Oh ya, silakan Penanti.
Satu je, satu je okey. Sebab kalau nak mohon untuk satu one-off one off tu yang saya nak tanya ini ialah berkenaan dengan kitakan dah buat klinik bola dah beberapa tahun dan ada Kerajaan Negeri memanglah dalam jawapan sidang soalan DUN semua kata pergi cari duit sendirilah itu yang saya dapat pergi cari penaja sendiri, pergi cari duit sendiri tetapikan saya nak mintalah kalau Kerajaan Negeri boleh buat cost benefit analysis dari segi bajet yang digunakan untuk Pembangunan Belia dan Sukan tengok interm of cost benefit analysis. Sebagai contohnya di klinik bola di Penanti kita punya players walaupun mereka masih remaja yang berjaya gaji dia sebagai pemain bola adalah RM24,000 basic salary. Dia masih remaja, so kalau kita fikirkan macam di Penanti kami cuba cari jalan untuk bagi pekerjaan kepada anak-anak kampung. Saya try macam macam, salah satunya, ialah budak-budak kampung yang lelaki dia memang suka gemar tetapi kalau Kerajaan Negeri selalu hanya memikirkan, okey mohon kepada program, tak payah program saya pun boleh bayar, saya pun bayar tetapi yang untuk pembangunan sukan dari umur 6 sampai 12 tahun dari kecil lah sebab masa ini dia belajar disiplin dan saya tengok anak-anak kampung kita siap ada yang pergi ke France ada yang pergi ke UK, so bila saya tanya gaji u berapa. Oh, basic RM24,000 tetapi kalau ada game game lain. Haa tu dia you know and then tanya Iman Rafie dia pergi sekolah sukan parents dia siap dapat duit lagi setiap bulan gaji dia belas ribu pun baru remaja. So, kalau kita boleh fikirkan bukan semua anak-anak berminat pada sekolah, bukan semua pandai di sekolah tetapi kalau kita boleh fikir gunakan peruntukan Kerajaan Negeri duit kita sikit tapi kalau kita boleh buat cost benefit analysis tengok nak bagi berapa juta ke untuk penajaan satu satu benda ke ataupun fikir dalam keadaan kewangan yang terhad ini. Apakah yang kita boleh buat untuk betul betul bantu anak-anak Pulau Pinang kita.
Okey, sila.
Untuk persatuan FAP di mana yang adanya dana khas ini, saya harap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bolehlah bersama sama untuk berbincang dan merancangkan untuk pembangunan program akademi bola sepak wanita yang di khususkan untuk hanya mengerakkan pembangunan bola sepak wanita. Memperbanyakkan penglibatan wanita dalam sukan, untuk program pertandingan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang seperti di Sukan Malaysia, pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menghantar penyertaan untuk semua kategori sukan wanita yang dipertandingkan. Umpamanya di SUKMA yang ke-19 Perak pada tahun lepas 2018, Kontijen Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 27 acara sukan yang melibatkan penyertaan atlet wanita daripada 29 jenis sukan yang dipertandingkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, untuk menjawab soalan yang dibangkit oleh YB. Bertam walaupun dia tak ada di Dewan tak pe, saya terus jawab juga. Untuk makluman YB. Bertam, berkaitan penggunaan padang sekolah untuk melaksanaan aktiviti kesukanan peringkat komuniti pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Bilangan satu (1) pada tahun 2019. Di mana Jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa mana-mana persatuan atau pihak yang ingin menggunakan kawasan padang sekolah perlu memohon kebenaran terus kepada pengetua sekolah berkenaan. Masa perbincangan dalam mesyuarat di mana pengarah daripada Jabatan Pendidikan Negeri yang turut hadir bersama kita mengatakan bahawa jika sekolah mereka nak gunakan padang sekolah untuk berlatih atau bermain mungkin selepas waktu sekolah ataupun pada waktu Sabtu dan Ahad. Maka mereka kena tulis surat kepada pihak sekolah kalau boleh juga salinan surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri ataupun pejabat saya supaya kita juga boleh membantu kalau kita dapat dipertimbangkan supaya kita dapatlah menasihatkan berbincang dengan pihak sekolah bagilah untuk budak budak kita ataupun pelajar-pelajar kita selepas waktu sekolah untuk mengunakan padang untuk melatih sukan bola sepak. Manakala berhubung dengan keadaan padang boling dan pemasangan lampu limpah untuk penggunaan stadium bola sepak di Kompleks Sukan Bertam MPSP, ianya akan diadakan perbincangan di antara saya, Majlis Sukan Negeri dan MPSP serta Jabatan Belia dan Sukan dalam jangka masa terdekat untuk mencari jalan penyelesiaan yang bersesuaian. Berkenaan dengan kemudahan sukan bola jaring untuk menggalakkan pembangunan sukan di kalangan kaum wanita, YB. Bertam boleh mempertimbangkan penggunaan Dewan Tertutup di Kompleks Sukan Bertam yang sememangnya mempunyai kemudahan untuk melaksanakan aktiviti sukan ini. Bagi cadangan untuk membina baharu, baharu dewan tertutup ianya akan dikaji dan diperhalusi di peringkat Kerajaan Negeri kerana sementara waktu memang ada satu dewan tertutup di Kompleks Sukan Bertam yang di mana memang ada fasiliti yang boleh diguna untuk permainan bola jaring dan saya harap kita boleh bekerjasama supaya mempergiatkan lagi ataupun memperminatkan lagi peminat-peminat untuk acara bola jaring. Untuk makluman Dato’ Speaker Tuan di-Pertua, di mana tahun lepas anjuran untuk pihak PYDC pada tahun pertama kita mengadakan untuk satu pertandingan sukan bola jaring dapat lapan (8) pasukan sahaja yang ambil bahagian tapi tahun ini kita meningkat sehingga 200 peserta iaitu meningkat seratus peratus di mana kita mencapai satu pencapaian yang bagus ada sebanyak 20 team yang ambil bahagian dalam acara pertandingan bola jaring dan kita akan teruskan kerana saya telah melancarkan satu program iaitu sport for all, sukan untuk semua di mana tahun ini kita menubuhkan bola jaring tahun depan kita masih akan menjalankan. Dan saya ambil kesempatan di sini di setiap kawasan KADUN-KADUN jika kita dapat tahu di mana ada sekolah-sekolah yang di mana mereka ada pasukan-pasukan pemain-pemain yang handal ataupun pasukan untuk bola jaring kita meminta mereka menghantar pasukan. Seperti tahun ini, di kawasan KADUN saya, Bagan Jermal di sekolah Kampung Kastam mereka telah menghantar sebanyak dua (2) team untuk ambil bahagian dan saya dapat tau di mana Sekolah Menegah Kebangsaan Jawi juga ada dua (2) team kita telah menghantar surat kepada pengetua mereka tetapi tiada maklum balas. Dan saya di sini nak ambil kesempatan sekali lagi pihak-pihak sekolah di mana kalau jika kita adakan sebuah pertandingan dan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Kita akan hantar maklumat surat kepada pihak sekolah dan saya sekali lagi untuk minta pihak sekolah supaya mengalu alukan hantarlah team-team mereka untuk bertanding. Inilah masa kita untuk mencari pelapis kita ataupun bakat kita. Kalau mereka tidak menghantar team untuk keluar bertanding, maka mereka tiada peluanglah untuk menceburui dalam bidang tersebut. Mungkin
salah satu team atau salah satu atlet itu memang mereka ada bakat tapi kita, mereka tiada peluang datang untuk mereka datang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.
Minta mencelah Dato’ Speaker.
Silakan Bukit Tambun.
Yang Berhormat Bagan Jermal. Mengenai bola jaring. Untuk makluman Yang Berhormat, SK Batu Kawan merupakan johan peringkat bawah umur 12 di negeri dan kebanyakan mereka mewakili negeri Pulau Pinang dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Oleh itu, diminta pihak YB. dapat memberi perhatian. Terima kasih.
Terima kasih untuk maklumat tersebut. Memang kita tahu di mana kawasan SPS banyak ada apa atlet-atlet untuk bola jaring seperti di SMK Jawi, SK Batu Kawan dan juga Sekolah Impian juga ada banyak atlet-atlet yang mewakili untuk pasukan negeri Pulau Pinang. Untuk menjawab soalan yang dibangkit oleh YB. Jawi ini mengenai Nibong Tebal Arena. Berkenaan dengan projek gelanggang badminton di Bukit Panchor. Untuk makluman YB., pada tahun 2018 semasa saya masih lagi menjadi ADUN Kawasan Jawi ini pada bulan tiga (3) cadangan untuk pembangunan sebuah dewan dan gelanggang badminton yang telah dijalankan telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan telah diumumkan dan dijalankan di atas tanah kerajaan iaitu di tapak bangunan kuaters lama JKR, Jalan Bukit Panchor. Projek Nibong Tebal Arena melibatkan pembinaan sembilan (9) gelanggang badminton akan disediakan yang menelan kos sebanyak RM7 juta. Masa kelulusan yang diumumkan pada tahun 2018, bulan tiga (3) di mana rancangannya adalah dua belas (12) gelanggang badminton dan kosnya adalah RM4.6 juta kalau tak silap dan selepas kita kajiankan kerana kita hendak menyediakan lebih banyak tempat letak kereta dan juga melebarkan jalan yang di dalam arena badminton ini. Maka, kita telah merancang dan berbincang dan come out dengan pelan yang baru (dengan izin) Dato’ Speaker adalah sembilan (9) gelanggang badminton dan kos sebanyak RM7 juta. Pelan cadangan gelanggang badminton tersebut masih di peringkat penyediaan pelan dengan beberapa penambahan baik dan pelan tersebut telah dimuktamadkan dan pihak arkitek akan mengemukakan pelan bangunan kepada OSC, MPSP pada pertengahan bulan Mei iaitu bulan ini, tahun 2019. Kita harap pelan ini dapat diteruskan dan projek ini dapat dijalankan dan dapat memanfaatkan kepada penduduk-penduduk di kawasan SPS khususnya di kawasan Jawi di mana ada satu gelanggang yang boleh menganjurkan pertandingan dan juga bagilah kepada semua penggemar ataupun pemain badminton yang mereka dapat bermain di gelanggang tersebut. Untuk menjawab YB. Batu Kawan, satu KADUN, satu gelanggang. Gelanggang futsal. Batu Uban, sorry. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB. Batu Uban, berkaitan projek satu KADUN, satu gelanggang untuk futsal. Buat masa ini, lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembinaan gelanggang futsal baru, kerja-kerja naik taraf adalah seperti berikut. Untuk SPU. Saya terus boleh jawab kepada soalan daripada Permatang…(gangguan).
Mohon mencelah.
Ya, silakan Seri Delima.
Yang Berhormat Bagan Jermal, satu idea, konsep satu DUN satu gelanggang futsal ini merupakan satu idea yang sangat positif kerana saya yakin ia dapat memartabatkan lagi sukan futsal dan moga-moga selepas ini kita dapat wujudkan pasukan futsal wanita di negeri Pulau Pinang. Tapi untuk saya pun telah menghantar, memohon untuk menaiktarafkan gelanggang-gelanggang futsal di kawasan Seri Delima khususnya di Kampung Sungai Gelugor di Blok AT, Taman Tun Sardon dan juga kuaters di KD Seri Pinang. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan apakah status permohonan tersebut?
Terima kasih daripada Seri Delima. Memang program “Satu KADUN, Satu Gelanggang Futsal” ini yang diwujudkan semasa YB. Chong Eng sebagai EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan memang saya bersetuju bahawa di setiap KADUN, kalau kita ada satu atau lebih satu untuk gelanggang futsal ia dapat memanfaatkan ataupun memberikan satu platform untuk pelapis-pelapis sukan kerana kita tahu untuk pertandingan futsal ataupun sukan untuk futsal memang dapat digemari oleh semua golongan lapisan pemuda dan pemudi. Di kawasan SPU, untuk menaiktarafkan gelanggang futsal di Pokok Machang, Permatang Berangan, KADUN kawasan Permatang Berangan seperti jawapan yang saya jawab untuk soalan bertulis untuk ADUN kawasan Permatang Berangan. Di SPT, menaiktarafkan gelanggang futsal di Permatang Ara, Permatang Pasir walaupun Permatang Pasir tidak hadir hari ini tak apa, beliau sudah tahu kerana tender telah dipanggil untuk menaiktarafkan satu gelanggang futsal di Permatang Ara, KADUN Permatang Pasir. Untuk kawasan SPS, projek pembinaan gelanggang futsal di Sungai Acheh sepatutnya patut dipanggil buka tender pada bulan empat (4) tapi kerana pihak JKR dan pihak Pejabat Daerah ada sedikit teknikal dengan masalah. Saya minta pihak JKR dan Pejabat Daerah selesaikan masalah ini, jangan tinggalkan masalah ini supaya sehingga hujung bulan barulah katakan bahawa projek tidak dapat dijalankan. Ini untuk maklumat SPS dan untuk di Bukit Tambun. Kita telah mengadakan lawatan pada bulan Mac tapi projek ini kita akan menganjak ke tahun 2020 untuk memulakan projek tersebut. Kalau tahun ini kita ada peruntukan, kita akan jalankan. Untuk kawasan Barat Daya, menaiktaraf gelanggang futsal di Lebuh Sungai Ara 1 yang telah diluluskan. Tunggu pihak JKR dan juga pihak JKR untuk keluarkan tender. Untuk kawasan Timur Laut seperti yang dicadangkan oleh ADUN kawasan, YB. Batu Uban di mana surat telah hantar kepada Pejabat Daerah pada bulan Mac kalau tak silap bulan tiga (3). Saya minta Pejabat Daerah, Daerah Timur Laut ambil maklum dan juga daripada cadangan daripada Seri Delima yang saya terima surat pada 30 April, dua (2) hari sebelum ini. Terdapat tiga (3) cadangan. Kita akan kaji sama ada Batu Uban di mana untuk Daerah Timur Laut ada sekarang ada dua (2) permohonan, dua (2) kawasan permohonan dan minta pejabat daerah untuk mempercepatkan permohonan tersebut supaya kita dapat laksanakan untuk tahun ini. Manakala Bukit Tambun sudah jawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada YB. - YB. sekalian untuk mengemukakan permohonan sama ada cadangan pembinaan gelanggang futsal baru atau menaiktarafkan gelanggang futsal sedia ada ataupun tambahan bagi pembinaan bumbung sebagai mana yang diumumkan oleh YB. Pulau Betong
kepada Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing sebelum bulan November tahun 2019 supaya tahun ini kalau ada permohonan masuk, kita boleh menjalankan lawatan pada tahun ini dan untuk tahun 2020, pada bulan Januari kita teruskan boleh membuat lantikan dan tender projek tersebut supaya mempercepatkan projek ini. Cadangan-cadangan ini…(gangguan).
Minta penjelasan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Tadi yang bangkitkan khususnya gelanggang futsal ini. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Jermal, di KADUN Pengkalan Kota sememangnya kita mempunyai satu gelanggang futsal yang saya boleh kira antara gelanggang futsal yang paling cantik di Negeri Pulau Pinang sebab gelanggang futsal itu di tepi laut. Dan apabila gelanggang futsal itu direka bentuk kita tidak memasang sebarang bumbung. Jadi masalah yang dihadapi adalah apabila ada orang yang bermain futsal di sana, bola akan masuk ke laut. Jadi, saya rasa apabila kita sebut pasal pembinaan ataupun reka bentuk gelanggang futsal ini saya rasa kita patut meneliti satu reka bentuk yang universal, yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FIFA termasuknya dan juga mengambil kira khususnya lokaliti-lokaliti yang kita bakal mendirikan gelanggang futsal tersebut agar projek-projek ini benar-benar memanfaatkan masyarakat. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kota. Saya setuju di mana semasa pembinaan, jabatan-jabatan berkenaan haruslah membina satu gelanggang yang sesuai seperti contoh di tepi laut memang cantik, tapi setiap kali ada pemainan yang dijalankan maka adalah risiko bola akan jatuh masuk ke laut. Dan juga semasa membuat lawatan pada tahun lepas dan juga tahun ini di mana kita mendapati banyak gelanggang-gelanggang yang bukan bersaiz standard iaitu tidak ikut saiz yang dipersetujui oleh FIFA. Maka, saya sekali lagi untuk meminta pihak JKR kaji semula semasa nak menjalankan projek itu. Bukan sesuka hati untuk membina sahaja. Kalau selepas bina, saiz tidak betul ataupun saiz yang tidak standard maka cuma untuk menjadikan tempat mereka main tetapi tidak dapat dijalankan pertandingan.
Mohon laluan.
Dato’..(gangguan).
Nanti. Bagan Jermal, anda telah menggunakan lebih daripada 40 minit.
Okey
Let me finish first. Than you can. Tentang futsal ini. Gelanggang futsal ini. Yang Berhormat Bagan Jermal, ada tak saya nak kepastian ada tak untuk setiap KADUN itu sudah diperuntukkan wangnya sebab saya masih ingat di Prai dahulu dan di kawasan saya sendiri, Bagan Dalam. Apabila kita buat permohonan, dia dinyatakan tidak ada peruntukan. So, saya
nak kepastian itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih untuk Bagan Dalam. Untuk maklumat ini memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awal tahun akan memperuntukkan kepada pihak JKR untuk melaksanakan satu KADUN, satu gelanggang futsal sebanyak RM1.5 juta di mana satu (1) daerah RM300,000.00. Ini adalah harga tiga (3) tahun, empat (4) tahun yang lepas. Kalau nak bina satu (1) gelanggang tanpa bumbung, RM300,000.00 pun tidak cukup. Dan saya akan meneliti perkara ini dan saya akan cadangkan dalam EXCO di mana untuk berbincang dengan kewangan di mana kita akan menaikkan peruntukan tersebut. Memang ada peruntukan sebegini untuk satu KADUN, satu futsal, RM300,000.00 untuk satu daerah. Mungkin tahun depan kita dapat tambah…(gangguan).
Mohon laluan.
Ya, silakan Penanti.
Saya nak memohon agar macam tadi kata futsal itu haruslah dibina mengikut FIFA standard dan JKR kena ambil kira tapi saya nak sebut di sini juga. Di Taman Guar Perahu, bumbung yang dibina itu bukan di yang RM270,00.00 itu bukan dibina oleh JKR tetapi dirunding terus oleh keputusan EXCO. Masalahnya dia tidak mengikut spesifikasi FIFA dan juga tidak ada perundingan dengan belia-belia dan persatuan tempatan yang pemain-pemain mereka sendiri dan juga JKR juga tidak terlibat. Jadi saya nak mohon sebab sekarang ini mempunyai masalah sangat bila gelanggang futsal itu mengalami kerosakan lantai dan kita tak boleh nak letak awning disebabkan bumbung itu telah dibina tak ikut spesifikasi. Jadi, saya nak mohon supaya sebarang pembinaan tempat permainan, futsal ke apa benda pun mesti merujuk kepada pakar bukannya mesyuarat EXCO buat keputusan lepas itu lantik kontraktor dan tidak beritahu ADUN, terus buat sahaja sebab masalah berterusan. Terima kasih.
Terima kasih untuk Penanti. Ini seperti kita telah buat lawatan pada bulan 3 kalau tak silap, tahun ini. Dan kita telah diberitahu masalah ini akan diselesaikan. Memang gelanggang ini dibina pada tahun 2017 dan kita cuba cari cara penyelesaian untuk diselesaikan. Okey, saya sambung. Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP). Seterusnya perkara yang saya ingin maklumkan di sini berkenaan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang untuk makluman Dewan Undangan Yang Mulia ini. Sepanjang tahun 2018, Kerajaan Negeri telah membantu FAP untuk menjelaskan tunggakan sebanyak RM7.9 juta manakala bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri atas rasa tanggung jawab telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada FAP untuk musim tahun 2019 pada perbelanjaan pengurusanFAP. Walau bagaimanapun, terdapat jugalah sedikit sebanyak hutang-hutang yang pada tahun 2016 yang mereka datang pohon untuk menjelaskan dan mereka ada tulis surat kepada FAM di mana kita juga menggunakan peruntukan yang RM5 juta ini untuk membayar dulu. Dan kita harap Persatuan Bola Sepak ini dapatlah pandai-pandai untuk mencarilah sponsor-sponsor daripada syarikat-syarikat ataupun corporate company supaya dapat membantu untuk apa tanggungan kos penyaraan untuk tahun 2019 ini. Di bawah pengurusan Presiden FAP baru, prestasi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang juga adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Di sini saya nak puji, mungkin dapat keputusan yang lebih baik mungkin kerajaan akan pertambah untuk peruntukan. Pada sesi 2017 dan sesi 2018
kedudukan FAP adalah ke-2 terakhir. Kedudukan FAP sehingga kini, ini selepas kita ada pengurusan baru sehingga kini ada berada di tangga ke-7 daripada jumlah 13 pasukan. Bagi tepukan kepada presiden untuk bola sepak ini.
Ke-7.
Persatuan bola sepak ini. Ke-7, tempat ke-7 daripada jumlah ada 13 teams.
Ke-6 terakhirlah (ketawa)
Kita harap bukan saja kekalkan kedudukan dan dapat meningkat supaya dapat satu pencapaian yang bagus dan inilah sasaran kita. Walaupun bukan yang terbaik tetapi ia masih memuaskan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dan kita percaya selepas penstrukturan itu memang masa penstrukturan kena ambil masa bukan yang singkat dapat lihat keputusan. Mungkin lepas 1 tahun, 1-2 tahun…(gangguan).
Tamat?
Mungkin kena ambil 1-2 tahun baru dapat lihat keputusan tapi buat sementara waktu dalam tangga ke-7 saya rasa itu satu pencapaian yang memuaskan lah. Dan kita harap mereka dapat teruskan kejayaan dan teruskan naik ke peringkat yang. Ya, silakan Sungai Dua.
Terima kasih Bagan Jermal. Sikit saja. Saya cuma nak sentuh tentang tentang FAP ini. Tentang FAP tadi saya ingat kita perlu tingkatkan. Cuma tentang bekas pemain Pulau Pinang, EX-Penang State Players. Saya sebagai penaung kelabnya, kelab, salah satu kelab EX-Penang State Players, kita ada masalah banyak tentang kebajikan, players-players EX-Penang State Players ini yang sakit dan sebagainya yang tidak ada pembelaan, yang tidak ada pembelaan yang sepenuhnya daripada persatuan ataupun daripada Kerajaan Negeri. Depa ini banyak jasanya dulu tapi sekarang ini dah tak ada badan yang boleh membantu mereka. Jadi saya minta dimasukkan juga sebahagian untuk dilihat supaya bekas pemain Pulau Pinang yang, yang menghadapi masalah sakit dan sebagainya perlu juga kita lihat. Keluarga yang susah dan sebagainya. Ada banyak EX-Player yang tak ada kerja. Umur dah 50-an tidak ada pekerjaan. Jadi perlu dilihat. Terima kasih.
Terima kasih, mungkin kita minta persatuan FAP untuk pertimbangan. Semoga melihat masalah ini. Saya sambung. YB. Dato’ Yang di-Pertua Dewan ini, berkenaan dengan persoalan YB. Permatang Berangan mengenai status permohonan untuk pembinaan sebuah stadium mini dan gelanggang futsal, ianya telah dijawab dalam soalan bertulis ID315. Secara ringkas Kerajaan Negeri masih belum mempunyai cadangan untuk membina stadium mini yang baru manakala berkenaan dengan projek gelanggang futsal, hasil lawatan ke beberapa lokasi Daerah SPU pada awal tahun ini telah mendapati bahawa wujudnya kepentingan untuk menaiktarafkan gelanggang futsal di Pokok Machang yang terlalu uzur keadaannya. Maka keutamaan akan diberi kepada kerja-kerja menaiktaraf gelanggang futsal di Pokok Machang
untuk dilaksanakan terlebih dahulu untuk tahun 2019. Untuk YB. Telok Ayer Tawar. Insentif kepada juara Muay Thai dunia. Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muhd Alif Muhd Azizi dan Muhd Adam Muhd Azizi dari KADUN Telok Ayer Tawar yang berjaya mengharumkan nama negara apabila mereka berjaya menjadi juara dunia bagi kategori amatur 45kg dan kemenangan pingat perak dalam kategori remaja 54 hingga 57kg di Kejuaraan Muay Thai Dunia, Bangkok pada tahun 2019 Mac lalu. Bagi mengiktiraf atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara di persada sukan tanah air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membentuk SKIM EMAS sejak tahun 2014 dengan tujuan untuk meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada para penggiat sukan negeri Pulau Pinang yang terdiri dari atlet negeri Pulau Pinang yang bertanding di sukan Malaysia. Sukan-sukan bertema mewakili negara Malaysia dalam kejohanan-kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia. Penawarannya adalah terbuka kepada atlet-atlet sukan yang bertaraf antarabangsa dari kategori Sukan Olimpik, Sukan Olimpik Remaja, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, Sukan Paralimpik, Sukan Para Asia, Sukan Pekak Asia dan Sukan Malaysia sahaja. Kategori penawaran untuk sukan dunia melibatkan satu jenis sukan sahaja tidak tersenarai dalam skim tersebut. Walau bagaimapun, sekiranya YB. Telok Ayer Tawar berpandangan bahawa atlet tersebut wajar dipertimbangkan kejayaannya. Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat oleh Persatuan Sukan Negeri yang diiktiraf untuk diangkat ke pertimbangan yang selanjutnya di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pembekalan peralatan gimnasium di Gim Rakyat Telok Ayer Tawar berkenaan permohonan pembekalan peralatan di Gim Rakyat Telok Ayer Tawar, ianya akan dipertimbangkan tertakluk kepada peruntukkan yang sedia ada. Saya mintalah ADUN untuk Telok Ayer Tawar tulis surat kepada pejabat saya supaya saya boleh membantu sedikit sebanyak untuk Gim Rakyat ini. Pembinaan cycling dan jogging track di Pantai Robina. Cadangan untuk membina laluan track basikal dan jogging track akan dibawa bincang bersama Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi tindakan susulannya. Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi Negeri di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ke aras persediaan Sukan Malaysia. Menjelang keberlangsungan Temasya Sukan Malaysia ke 20 Johor pada tahun 2020, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terus gigih melaksanakan perancangan dan mengadakan Program Latihan Atlet Elit dan juga atlet sukan Malaysia berteraskan seperti berikut. Mengadakan MOU persefahaman bersama dengan agensi-agensi sukan di peringkat Asia Tengara dan mengadakan program latihan dua hala untuk sukan-sukan yang dikenali sebagai Medal Prospect negari seperti Judo. Kita akan menandatangi satu MOU dengan Japan. Wushu dan Sanda kita akan bekerjasama dengan negara China. Tenpin Bowling yang telah menandatangani satu MOU pada tahun 2018, 24 November dengan negara Korea. Dan sebagainya yang di sedang dikenal pasti dari semasa ke semasa. Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan pratikal dengan tujuan untuk memajukan prestasi serta pencapaiaan atlet-atlet negeri. Melaksanakan penyelerasan terhadap perancangan program jangka pendek dan jangka panjang Persatuan Sukan Negeri yang merumus kepada pembentukan struktur yang lebih baik untuk pembangunan mampan atlet-atlet negeri, jurulatih, pentadbiran dan juga pegawai sukan. Merangka, memperinci dan melaksanakan Program Latihan Bersepadu ke arah penyediaan atlet yang terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih.
Meningkatkan kebajikan atlet-atlet latihan negeri dengan peningkatan terhadap bayaran allowances latihan yang diterima, penyediaan peluang pekerjaan di bawah Program Corporat Social Responsibility yang terjalin dengan syarikat-syarikat swasta dan pelanjutan pengajian bersama dengan pusat pengajian tinggi tempatan dan swasta. Memperluaskan program perlantikan agensi angkat di bawah tanggungjawab sosial korporat bagi menaja setiap satu sukan berprestasi tinggi di Pulau Pinang. Memang Kerajaan Negeri di bawah MMK Belia dan Sukan sedang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri, kita mengalu-alukan di mana sesiapa syarikat korporat ataupun agensi yang berminat untuk menaja ataupun sebagai bapa angkat untuk sukan-sukan yang mereka akan pilih dan ini dapat membantu sedikit sebanyak supaya kita dapat menyalurkan lebih banyak bantuan dan dana dan memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk bertandingan di luar negara dan juga di dalam negeri. Merancakkan pembangunan sukan untuk semua. Selaras dengan hasrat untuk merancakkan pembangunan sukan untuk semua di seluruh negeri Pulau Pinang, pelancaran program di bawah tema “Sukan Untuk Semua” atau “Sports For All” telah diperkenalkan pada awal tahun 2019. Buat sementara waktu, kita ada 12 jenis sukan akan digerakkan pada setiap bulan. Satu bulan satu sukan temanya. Sukan catur untuk bulan Januari, bola keranjang bulan Februari, softball bulan Mac, bola jaring bulan April, sukan elektronik e-Sports bulan Mei, bola jaring bulan Julai, karate bulan Ogos, wushu untuk September, Floorball untuk Oktober, Petanque untuk bulan November dan Judo untuk Disember. Kita tidak sebut bulan Jun kerana Jun adalah sempena Hari Olimpik. Kita ada Olimpik Carnival. Ada 4 acara seperti bulan, seperti badminton, sepak takraw, volleyball dan bowling akan dianjurkan pada bulan 6. Jadi sukan untuk semua untuk tahun ini bukan saja 12 sukan tapi ada 15 sukan yang akan diadakan. Sukan-sukan ini bakal mengalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan masyarakat khususnya murid-murid sekolah rendah dan juga pelajar-pelajar dari sekolah menengah yang, merupakan atlet-atlet harapan negeri dan negara. Konsep, melalui konsep “Satu Bulan Satu Sukan” ini, Kerajaan Negeri berharap agar ianya dapat menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk Pulau Pinang tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan meransang pembinaan masyarakat Pulau Pinang yang cergas dan proaktif. Program sukan untuk semua akan diteruskan setiap tahun. Tahun ini kita ada 12 sukan tambah lagi tiga (3) sukan yang akan dianjurkan pada bulan 6 untuk sempena Olimpik Carnival, jadi ada 15 sukan. Tahun depan kita jangka kita satu bulan akan menjalankan 2 sukan. Dan kita harap tahun 2021 kita dapat jalankan satu (1) bulan tiga (3) sukan sehingga ke setiap tahun, sehingga kesemua 44 sukan dapat dilaksanakan di peringkat negeri dalam satu tahun. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama, bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu Karnival Olimpik Pulau Pinang pada bulan Jun 2019 bagi merai sambutan Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun setiap tahun untuk memperingatkan kepada semua kelahiran Hari Olimpik Moden yang telah dimulakan pada 23 Jun tahun 1894 di Paris. Pada hari bersejarah ini, iaitu pada setiap tanggal 23 Jun masyarakat di seluruh dunia telah disaran untuk melaksanakan kegiatan aktiviti ataupun aktif bersenam dan pada masa yang sama turut bersama dalam menyemarakkan semangat setia kawan, perpaduan dan perdamaian yang boleh dinikmati melalui sukan yang merupakan inti pati perjuangan pergerakan Olimpik. Pada tahun ini, negeri Pulau Pinang telah diberi kepercayaan oleh majlis Olimpik Malaysia untuk menjadi hos penganjuran terhadap acara simbolik kepada kejohanan sukan terkemuka dan tertinggi dunia yang menjadi idaman setiap ahli-ahli sukan untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik. Karnival Olimpik ini merupakan program yang pertama dibuat, dianjur oleh negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia yang telah memilih negeri Pulau Pinang
sebagai hos penganjur untuk sambutan Hari Olimpik Sedunia pada tahun ini dan ianya sekaligus mendekatkan Pulau Pinang selangkah lebih ke hadapan ke arah pencapaian untuk menjadi Bandaraya Bersukan di Malaysia. Bagi mengaktifkan masyarakat Pulau Pinang dan juga peminat-peminat sukan tanah air seluruh Malaysia, sebanyak empat (4) kejohanan melibatkan sukan badminton di Kompleks Sukan Bandaraya Relau, sukan bola tampar dan sukan sepak takraw di Arena Sukan Azman Hashim, USM dan juga sukan Tenpin Bowling di Aspiration Centre Sunshine Square dan juga di MMBC Megamall Prai akan dianjurkan pada 12 Jun hingga 22 Jun pada tahun 2019. Penyertaan untuk keempat-empat pertandingan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang merangkumi tiga (3) kategori umur yang dipertandingkan iaitu di bawah umur 12 tahun, bawah umur 18 tahun juga umur 18 tahun ke atas. Selain dari empat (4) pertandingan tersebut juga ada satu acara pada hari kemuncak Hari Olimpik Sedunia iaitu pada hari Ahad, 23 Jun tahun 2019 acara jalan kaki 5km berkeluarga (Family Funwalk) akan diadakan di Padang Kota Lama yang dibuka penyertaannya kepada masyarakat umum yang akan didakan pada jam 5.30 petang. Buat sementara waktu kita terima surat jawapan daripada Ketua Menteri di mana Ketua Menteri bersama dengan saya akan turut bersama semua peserta ambil bahagian dalam Family Funwalk untuk 5KM ini pada 23 Jun sempena Hari Olimpik, dan pada masa yang sama di kawasan Padang Kota Lama pada 23 Jun juga akan bermula pukul 4.00 sehingga 9.30 malam juga ada acara-acara seperti acara sukan hoki, gimnastik, olahraga, bola sepak, klinik bola sepak dan demonstrasi sukan-sukan yang akan dilangsungkan pada hari tersebut. Kita menjemput semua rakyat jelata untuk hadir dan surat jemputan kepada semua ADUN akan dikeluarkan untuk menghadiri satu upacara pada jam 7.30 petang. Surat akan dihantar pertengahan bulan Mei. Pada malamnya bermula jam 8.00 akan berlangsungnya acara kemuncak Sambutan Hari Olimpik Sedunia di mana masyarakat berpeluang menyaksikan kemasukan larian obor dan acara penyerahan simbolik cahaya olimpik atau Faith of Olympic yang akan dinyalakan oleh bekas atlit-atlit olimpik negara dari Pulau Pinang dan juga bakal atlit-atlit harapan negara yang akan menjadi tunggak negara dalam memastikan pejuangan untuk memungut pingat emas pertama negara di sukan Olimpik tercapai. Saya terlupa tadi, Dato’ Speaker juga turut dijemput bersama kita. Sukan Olimpik Tokyo…(gangguan).
Cuma kalau boleh dalam penggulungan itinerary sedetail ini boleh dielakkanlah.
Okey, terima kasih. Sukan Olimpik Tokyo akan dijalankan pada bulan Julai 2020 dan bagi menyemarakkan perjuangan atlit negara yang akan bersaing di Tokyo 2020, maka negara kita mengharapkan medal emas pertama negara untuk atlit Malaysia akan tercapai pada tahun 2020 ini. Pembangunan sukan eletronik. Selari dengan kehendak dan perubahan pantas yang dikecapi melalui Revolusi Industri 4.0, buat pertama kali pada tahun ini sukan e-sport akan mula dipertandingkan dalam Temasya Sukan Sea di Manila, Philipine. Di mana terdapat lima (5) acara pingat e-sport yang akan dipertandingkan. Malaysia di antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0 maka menyaksikan sukan e-sport dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia pada tahun 2020 tahun depan. Di peringkat Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Majlis Sukan Negara juga sedang merangka blueprint sukan elektronik Malaysia yang pertama bagi membolehkan program e-sport dirancang dan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan yang holistik dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa. Memastikan kepada arus permodenan dalam sukan ini beserta usaha yang dilaksanakan di peringkat persekutuan, inisiatif-inisiatif untuk membangun sukan elektronik ini di peringkat Pulau Pinang juga akan
direncanakan melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga Persatuan Sukan Elektronik di Pulau Pinang dalam jangka masa terdekat untuk melahirkan pasukan atlit e-sport SUKMA yang pertama di Pulau Pinang yang akan mengambil bahagian pada tahun hadapan. Untuk tambahan, pertandingan e-sport ini akan dijalankan pada 3-5 Mei sempena Karnival KOMTAR yang akan diadakan di tingkat 5, KOMTAR. Kita harap jemput semua akan hadir. Pembangunan Belia. Sepertimana Dewan Yang Mulia ini sedia maklum, Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) yang ditubuhkan sejak tahun 2012 adalah untuk membantu Kerajaan Negeri dalam merealisisasikan visi negeri untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebuah masyarakat yang maju dan progresif melalui pembangunan belia. Ia bertujuan untuk membangunkan kewangan belia secara holistik, mengukuhkan personaliti sosial dan pendidikan dalam masa yang sama, menyediakan platform kepada belia untuk menyuarakan pendapat dan mengetahui kedudukannya dalam masyarat bagi mencapai potensi penuh mereka. Tahun 2019 merupakan satu tahun di mana PYDC mengadakan penstrukturan semula dalam empat (4) bidang utama telah ditetapkan sebagai fokus PYDC dalam pembangunan belia. Empat (4) bidang utama tersebut adalah seperti berikut; pendidikan dan pembangunan kerjaya, education and career development…(dengan izin) memperkasakan golongan belia dalam pelbagai bidang dan kemahiran selepas persekolahan atau pun dalam persekolahan dengan melibatkan belia dalam pelbagai bengkel persediaan persiapan kerjaya seperti pembangunan kemahiran vokasional, kebolehan berkomunikasi, program pertukaran pelajar, STEM dan keusahawanan. Kedua, memperkasakan dan penyertaan dengan izin empowering and participation. Membolehkan golongan belia mengambil bahagian dalam pembangunan negeri serta menyediakan platform bagi golongan belia menyuarakan pandangan terhadap isu pembangunan sosial, ekonomi, alam sekitar dan kebudayaan. Nombor tiga, bakat seni dan kebudayaan, talent, art and culture…(dengan izin) Dato’ Speaker, mencungkil bakat-bakat di kalangan belia dalam bidang seni dan kebudayaan melalui penyediaan platform bagi membolehkan bakat-bakat ini ditonjolkan. Memupuk semangat mencintai warisan kebudayaan supaya ia tidak lenyap dalam arus pembangunan teknologi yang pesat ini. Nombor empat, pengurusan management…(dengan izin). Melengkapkan golongan belia dengan kemahiran pengurusan dari segi masa, emosi, pembangunan kendiri serta pengurusan kewangan untuk mengurangkan gejala sosial dan dalam pada masa yang sama melahirkan pemimpin yang berkaliber. PYDC adalah menyasarkan program-program pembangunan belia selaras dengan fokus dan hala tuju yang ditetapkan program yang dirancang untuk tahun ini adalah program pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam bidang muzik dengan Universiti Shihchien di Taiwan. PYDC telah bekerjasama dengan Universiti Shihchien untuk mengadakan program pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam bidang muzik pada bulan Disember tahun ini. Belia-belia tempatan yang berminat dalam bidang muzik akan diberi peluang untuk menyertai program ini dan mempelajari muzik dan mengambil bahagian dalam persembahan bersama pelajar di universiti Taiwan ini. Program e-sport. PYDC akan mengajurkan pertandingan e-sport dan e-sport experience dengan kerjasama pihak swasta. Antaranya termasuk Championship Series pada 3-5 Mei di The Top, KOMTAR. Selain itu, dengan satu lagi program e-sport akan dirancang pada hujung tahun 2019. Melalui program-program e-sport sebegini bukan sahaja ia dapat mencungkil bakat untuk pasukan e-sport Negeri Pulau Pinang, malah dapat mencungkil bakat-bakat golongan muda yang mahir dalam game design, game music, game technical dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran insaniah soft skill seperti kemahiran
berkomunikasi, kepimpinan, pemikiran kritis di kalangan belia juga dapat dipertingkatkan. Kesedaran masalah sosial dan sivik. PYDC akan mengaturkan sesi perjumpaan dengan agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu mendedahkan golongan belia dengan tadbir urus dan polisi kerajaan. Antaranya seperti program lawatan ke penjara. Program ini melibatkan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang kesan-kesan yang akan dihadapi oleh mereka jikalau mereka menyalahi undang-undang. Selain itu, peserta juga diberi taklimat berkenaan peluang pekerjaan di jabatan tersebut. Program ini telah bermula pada bulan Februari tahun ini dan juga bulan Mei akan dianjurkan oleh kawasan KADUN Sungai Bakap. Kita haraplah ADUN-ADUN yang lain yang berminat, tolonglah menghantar surat kepada kita atau kepada PYDC supaya kita dapat melanjutkan program lawatan ke Penjara untuk setiap KADUN kepada penjara di Seberang Perai Selatan. Program lawatan ke Ibu Pejabat Balai Polis. Program ini akan dijadualkan bermula pada bulan Julai yang melibatkan pihak Polis memberi ceramah, demonstrasi aktiviti tugasan seharian PDRM seperti Unit Anjing Pengesan K9, Unit Forensik dan lain-lain. Selain itu, pihak Polis juga akan memberi penerangan tentang kaedah-kaedah membuat laporan Polis kepada para pelajar. Saya percaya ada lagi banyak pemuda atau pun pelajar-pelajar ataupun belia di mana mereka tak pernah atau tak tau macam mana cara untuk membuat laporan Polis semasa mereka menghadapi masalah dan mereka kadang-kadang pergi ke Balai Polis yang terdekat dan ingin membuat laporan Polis, mereka tak tau prosedur tersebut. Maka kitalah yang kena menjalankan program ini di peringkat sekolah menengah. Program lawatan ke Parlimen agar memberi peluang kepada pelajar-pelajar belia untuk memain fungsi dalam peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan pembangunan negara. Program ini dijangka akan diadakan pada persidangan Parlimen yang akan datang iaitu semasa pembentangan Bajet yang dapat menyaksikan pembentangan Belanjawan di Parlimen. Program MyCPR dan juga AED juga akan diadakan pada 30 Jun. Tujuannya adalah untuk melatih kepada semua lapisan golongan pelajar terutama golongan pelajar mengenai teknik-teknik CPR dan penggunaan AED yang betul. Pameran pendidikan, memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS kepada pelajar dan cara-cara untuk memohon biasiswa serta memberi khidmat nasihat secara percuma. Bengkel Demokrat Muda merupakan salah satu program tahunan PYDC. Bengkel Demokrat Muda tahun ini akan diadakan pada 7-9 Julai tahun 2019. Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada golongan muda tentang konsep-konsep asas demokrasi serta isu-isu semasa yang praktikal. Program ini terbuka kepada golongan belia yang berumur 15 sehingga 25 tahun. Seramai 100 golongan belia akan menyertai bengkel ini dan akan diharapkannya dapat membentuk lapisan anak muda yang memiliki kefahaman demokrasi yang kukuh dan prihatin terhadap mana-mana pandangan supaya dapat membentuk sikap politik yang bertanggungjawab, akauntabiliti dan telus. Sidang Muda; PYDC telah mengadakan sidang muda sejak tahun 2015. Ia merupakan satu platform untuk anak muda membahas usul dalam Dewan Undangan Negeri dan dalam masa yang sama berinteraksi dengan pemimpin negeri. Anak muda akan berpeluang menterjemahkan segala konsep yang dipelajari dalam bentuk yang lebih praktik. Sidang Muda mula tahun ni akan diadakan pada 24-25 Ogos 2019, Dato’ Speaker dijemput mempengerusikan Sidang Muda tersebut. Seramai 40 anak muda akan dipilih daripada Bengkel Demokrat untuk menyertai Sidang Muda. Satu sesi pre-council juga akan diadakan sebelum Sidang Muda supaya etika-etika dan usul-usul baik dibincangkan sebelum perbahasan dalam Sidang Muda. Saya percaya pelajar-pelajar atau peserta-peserta yang telah mengambil bahagian sebelum ini dalam Sidang Muda ini boleh menjadikan mentor
kepada pelajar-pelajar dan peserta-peserta yang akan mengambil bahagian ini dan mereka dapat mempelajari sedikit-sebanyak ciri-ciri ataupun cara-cara untuk membahas semasa dalam Dewan Undangan Negeri. Bengkel Pembangunan Kemahiran. Menganjur pelbagai bengkel dengan tema berlainan untuk golongan muda menguasai kemahiran mengikut minat mereka. Contohnya Bengkel Fotografi, Bengkel Perancangan Kewangan, Bengkel Kemahiran Temuduga. Youth Enterpreneur Startup. Satu platform untuk golongan muda memahami bagaimana memulakan perniagaan. Ini juga penting untuk golongan muda. Youth Career. Menyediakan platform bagi golongan belia dalam pencarian pekerjaan. Ia juga merupakan platform bagi golongan belia mendapat maklumat mengenai inisiatif kerajaan dalam menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan latihan, bengkel kemahiran, peluang perniagaan, pelaburan, sesi perkongsian kemahiran kerjaya dan sesi motivasi diri. Karnival Belia juga memberikan peluang kepada golongan muda menunjukkan bakat dan produk mereka kepada masyarakat umum. Dewan yang mulia ini, belia merupakan golongan yang bakal menjadi pemimpin masa depan dan mereka perlu bersedia menghadapi revolusi Industri ke-4 iaitu Industri 4.0 seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Air Putih, dan memajukan negeri Pulau Pinang. Ini kerana Industri 4.0 akan menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian. Revolusi ini akan menyaksikan internet of things (loT) dalam semua aspek kehidupan yang berbeza dengan revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua elektrik dan ketiga Teknologi Maklumat (IT). Kehadiran revolusi Industri 4.0 menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memartabatkan beliawan dan beliawanis seiring dengan revolusi Industri 4.0 yang sedang berlaku, PYDC juga akan bekerjasama dengan PSDC dan sebuah institusi penyelidikan dari luar negara untuk melaksanakan Innovation Leadership Training Program, R&D Management and Innovation dan International Internship Program. Dengan adanya program-program sedemikian belia kita akan bergerak maju seiring dengan kehendak ekonomi pada masa kini dan ke arah hasrat Negeri Pulau Pinang iaitu menuju ke arah Bandar Pintar Smart City…(gangguan).
Soalan, Internship program ni untuk mereka yang sudah graduate, I mean tahap mana?
Internship program ini yang kita baru-baru melawat ke negara Taiwan di mana kita diberitahu bahawa setiap tahun mereka ada terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang mereka pilih dan mereka akan tarikh tutup untuk internship ini ada pun tiga ITRI, ITRI iaitu Institut International Surgery Center yang mereka memberikan internship percuma kepada semua negara tapi nak masuk memang kena pohon dengan ITRI ini dan tarikh tutup untuk internship ini adalah bulan 3, yang telah lepas. Kita menggalakkan sesiapa, bukan sahaja di negeri Pulau Pinang di negara Malaysia. Mereka berminat mereka boleh pohon, Di samping itu Kerajaan Negeri melalui Penang Institute telah menyasarkan…(gangguan).
Actually dan nak tanya macam mana kita ADUN-ADUN nak tahu all this banyak benda yang dibuat oleh PYDC macam mana? Ada war-war ke apa?
Nak tanya soalan?
Kita boleh lamankan website ataupun…(gangguan).
Lain kali boleh tanya soalan tuju ke EXCO, tanyalah seberapa banyak yang bersabit dengan apa program.
Kita minta semua ADUN boleh melayari website kita ataupun Facebook kita. Kita akan sentiasa memaparkan semua aktiviti kita. Disamping itu, Kerajaan Negeri melalui Penang Institute telah melaksanakan kajian pembangunan belia di Pulau Pinang pada tahun 2018 untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan dari segi pembangunan belia bagi mewujudkan polisi dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Antara bidang yang telah dikenalpasti adalah seperti aspek sosial. Adalah disarankan agar golongan belia perlu aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri untuk meningkatkan daya huni. Selain itu golongan belia yang beriltizam tinggi atau yang telah menerima manfaat dari program-program mentorship haruslah memainkan peranan sebagai mentor kepada golongan belia yang lain terutama golongan belia kumpulan B40 dengan taraf sosial ekonomi yang lebih rendah meningkatkan daya huni mereka. Golongan belia perlu mengiktirafkan kepentingan kesaksamaan dan keterangkuman gender dalam memperkasakan rakyat. Dari segi ekonomi pula, golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan dan pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal untuk meningkatkan kebolehdayaan belia dan peluang pekerjaan. Ini akan membolehkan mereka menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi. Buat masa ini, PYDC meneliti laporan berkenaan untuk perancangan program-program yang memenuhi permintaan dan keperluan golongan belia di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, PYDC sedang berusaha mengumpul maklumat mengenai pendidikan, pekerjaan, bengkel pembangunan kemahiran dan sebagainya untuk memudahkan golongan belia mendapatkan informasi yang tepat dalam masa yang singkat…(gangguan).
Saya ada satu soalan, sebab saya tak nampak yang dia jawab benda ni, saya tak nampak yang you sebut. Saya nak tanya satu benda je. Di Pulau Pinang ini kalau kita ikut realitinya, mungkin di bandar tak adalah tapi di kampung-kampung, sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah SMK semua, semua orang ,99 peratus adalah orang Melayu dan sekolah Cina 99 peratus juga, orang Cina. Jadinya, PYDC ada tak sebab bila saya tanya dengan Jabatan Belia, belia di Pulau Pinang mereka kata tidak ada peruntukan untuk sebagai contoh lah pada 28 haribulan 3, 2019 seramai 125 pelajar-pelajar sekolah, 99 percent kaum cina dan 60 datang dari SMK Jalan Damai BM, the rest 65 dari seluruh Malaysia, duduk di Mengkuang Titi Kampung Tradisi Melayu Desa Lestari selama lima (5) hari empat (4) malam untuk belajar macam mana duduk bersama orang Melayu, sebab mereka di sekolah-sekolah mereka sekarang ini kalau tengok di Pualu Pinang secara realitinya memang nampak macam ada, macam memang ada pengasingan lah di kalangan orang-orang muda disebabkan macam saya kata tadi lah. Sekolah SMK semua. Sekolah SK, Melayu. Sekolah Cina orang Cina. Tapi mereka tidak dapat apa-apa peruntukan sejak 2012. Walaupun aktiviti yang saya sebutkan tadi itu pertama kali dibuat di Pulau Pinang yang mereka tinggal lima (5) hari empat (4) malam bersama orang-orang Kampung Melayu. Jadi saya nak tanya PWDC sebab saya dengar senarai program yang dibuatkan melihatkan realiti di Pulau Pinang untuk memupuk
perasaan silaturahim dan muhibah antara kaum. Dari kecil sampai besar kan? Ada tak program yang di, yang boleh untuk menyokong. Sebab sekarang ini macam program tadi yang saya sebutkan tu. Itu dibiayai oleh pelajar-pelajar sendiri. Tidak ada sokongan daripada Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Negeri.
Ya, untuk menjawab soalan Penanti saya memang tak terima segala permohonan itu dan soalan itu tuju kepada saya di mana sejak tahun 2012 tiada penukaran. Saya mungkin Penanti boleh menyalurkan lebih banyak maklumat kepada pejabat saya supaya kita dapat pertimbangkan macam mana untuk membantu. Kalau boleh…(gangguan).
Yang berhormat?
Untuk menjawab….(gangguan).
Yang Berhormat, berapa lama lagi anda nak gulung?
Lima minit. Untuk menjawab YB. ADUN Sungai Dua. Yang Berhormat Sungai Dua memohon agar memberikan fokus kepada pertubuhan belia sedia ada yang berpotensi untuk melahirkan pimpinan yang baik sama ada di peringkat kampung, taman mahupun di peringkat negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2015 Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia/NGO dalam menjalankan aktiviti. Sebanyak RM15,000 diperuntukkan pada tahun 2015, RM24,762 pada tahun 2015. Tahun 2016 sebanyak RM11,685. Tahun 2017 sebanyak RM26,300. Dalam masa yang sama, PYDC akan menganjurkan Program Rural-Urban Exchange. Program ini akan memberikan tumpuan terhadap keperluan dan masalah yang dihadapi oleh golongan muda di kawasan desa. Ini akan dibantu oleh all the board of director from the PYDC…(dengan izin), Dato’ Speaker supaya kita dapat turun menjalankan program Rural-Urban. Ia juga akan memberi peluang kepada golongan muda di kawasan desa dan kawasan bandar untuk saling memahami kehidupan masing-masing. Untuk meningkatkan kesedaran golongan muda terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, Program Youth & Earth juga akan dijalankan. Untuk menjawab soalan YB. ADUN Pulau Tikus, Saya amat bersetuju dengan YB. Pulau Tikus bahawanya kepentingan mencungkil bakat di kalangan anak muda. Kepakaran dan kemahiran golongan belia sangat diperlukan dalam menyediakan idea-idea baru ke arah pembangunan dan kemajuan negeri. Oleh itu pelbagai bengkel pembangunan kemahiran akan dijalankan, dianjurkan bagi membolehkan golongan muda menguasai kemahiran mengikut minat mereka seperti program Youth Career yang diadakan. Dan kita mintalah semua ADUN we are welcome to coordinate with us to develop the youth…(dengan izin) Dato’ Speaker). Penutup, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat…(gangguan).
Dato' Speaker, just one point. Yang Berhormat Bagan Jermal tidak ada maklumat tentang Program Penggerak Komuniti Muda, PEKA yang di timbulkan oleh saya dan juga
saudara saya daripada Bertam. Kita tidak tahu hanging, adakah akan diteruskan apa sumber kewangan dan sebagainya.
Buat semasa kita masih tak ada jawapan, kerana masih tak ada dibincang dalam EXCO. Ini perkara ini saya akan bawa ke EXCO untuk berbincang dan dapatkan keputusan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi mengakhiri ucapan saya, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan sukan di negeri Pulau Pinang. Perkara-perkara yang telah dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio belia dan sukan untuk pembangunan menyeluruh di peringkat negeri. Sekian terima kasih. Saya memohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak tangguhkan Dewan dan kita akan bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Dewan disambung semula pada jam 2.00 petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat-Yang Berhormat kita berada dalam sesi penggulungan. Dipersilakan
Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Dewan yang mulia ini kerana diberi peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu pembangunan pelancongan, kesenian, kebudayaan dan warisan yang telah dibangkitkan semasa sesi perbahasan. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu-isu berkaitan dengan portfolio di bawah saya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selaku EXCO Kesenian, saya memang mempunyai satu hasrat untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai satu Hub Kesenian di rantau ini. Dengan kekayaan kebudayaan berbilang kaum dan agama, dan juga latar belakang sejarah kesenian yang sedia ada di negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang memang mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan destinasi kesenian. Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membangunkan Penang Art District (PAD) sebagai pemangkin dalam bidang industri kreatif di tapak bersebelahan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Gat Lebuh Macallum. Penang Art District dengan konsep bandar kontena akan dilengkapi dengan taman landskap dan akan menempatkan koleksi terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang
pameran, studio seni dan muzik, sekolah seni dan bengkel seni di Malaysia. Projek ini telah mendapat kelulusan pelan bangunan seperti yang saya sebut oleh MBPP, pada masa ini sedang menunggu pengesahan LRT yang melalui tapak projek tersebut. Berikutan projek PAD hanya boleh dimulakan sebaik sahaja pembinaan tiang dan trek LRT selesai sepenuhnya. Memandangkan pembangunan projek PAD akan mengambil masa, Kerajaan Negeri memang akan mengkaji cadangan Yang Berhormat Pengkalan Kota untuk mencari dan menempatkan PAD secara sementara di bangunan sedia ada. Tetapi tertakluklah kepada peruntukan sedia ada juga. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun bangunan fizikal PAD belum siap, namun program-program PAD telah dijalankan secara serentak. Antara program yang telah dijalankan berkaitan dengan projek PAD adalah seperti berikut : (i) Sesi penglibatan bersama pihak berkepentingan (stakeholder engagement) khususnya pengamal seni, pemilik dan perniagaan seni dan agensi negeri yang berkaitan dalam bidang seni, budaya dan warisan; (ii) Aktiviti pemasaran dan promosi kepada pengusaha perniagaan dan industri kreatif bagi memupuk minat kepada Penang Art District; (iii) Program latihan dan bengkel untuk pengamal seni; (iv) Program public outreach melalui pertandingan seni kanak-kanak dan aktiviti seni; (v) Pertandingan seni untuk mencungkil bakat pengamal seni di Malaysia di samping mempamerkan seni tempatan; dan (vi) Kerjasama dengan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) di peringkat persekutuan dalam program Creative Cities Programme di mana sesi dialog bersama para penggubal dasar diadakan untuk mendapatkan pandangan dan idea. Dalam pembangunan kesenian di Seberang Perai juga Kerajaan Negeri pun telah melalui MPSP dengan kerjasama Think City untuk membangunkan Butterworth Art Street dan untuk makluman Dewan juga, pejabat saya juga mempunyai satu idea untuk mendirikan satu (1) pusat creative Butterworth di tapak bangunan terbiar bagi tujuan membangunkan sektor kesenian dan platform untuk memberangsangkan perkembangan kreativiti di Seberang Perai juga. Dan tapak untuk projek ini dicadangkan menggunakan bangunan lama pejabat MPSP. Tetapi ini masih memerlukan satu (1) fisibiliti studies dan kelulusan MPSP juga. Tetapi memang itu idea untuk pembangunkan bukan sahaja kesenian di seberang di sebelah pulau termasuk juga di Seberang Perai. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong tadi telah memberikan satu (1) jawapan yang agak memuaskanlah atas cadangan untuk mempertimbangkan untuk meletakkan PAD di bangunan yang kosong sedia ada Kerajaan Negeri. Tapi cumanya ingin saya cadangkan supaya bukan sahaja dari segi kesenian yang kita memberi titik berat tapi kita juga harusnya memberikan titik berat ke atas reka bentuk khususnya reka bentuk industri ataupun (dengan izin)...industrial design sebab banyak sebenarnya industri di negeri Pulau Pinang ini, termasuk (E&E) electronic & electric, perkhidmatan juga, sepatutnya tiba masa lah kita meningkatkan lagi reka bentuk sebagai kelebihan industri di negeri Pulau Pinang. Jadi saya berharap PAD ni juga dapat merangkumi aspek reka bentuk bukan sahaja ia dapat menguatkan kelebihan reka bentuk untuk negeri Pulau Pinang ini. Malah sekiranya boleh satu hari nanti kita pun boleh dijadikan sebuah bandar reka bentuk kreatif UNESCO.
Terima kasih Pengkalan Kota, memang betul cadangan ini dan untuk makluman juga PAD pun bekerjasama dengan CENDANA untuk idea kreatif ini. Yang Berhormat Dato’….(gangguan).
Paya Terubong minta maaf saya pun ingin minta laluan sebab kita bercakap tentang Butterworth Art District. Bangunan lama MPSP itu untuk ditukar menjadi untuk kegunaan aspek-aspek kesenian. Saya pun minta Lorong Bagan Luar Dua itu saya dengar MPSP pun sudah mewartakannya sebagai satu kawasan untuk aktiviti-aktiviti budaya dan juga kesenian. Kalau boleh kita I hope hari itu Paya Terubong datang sendiri lihat macam mana meriahnya PIFF The Two Ringgit Festival, so saya berharap mulai tahun depan bolehlah Kerajaan Negeri sumbangkan sedikit duit kepada jangan sedikitlah kalau boleh RM1.0 juta kepada MPSP untuk mempromosi kesenian dan juga kebudayaan bukan di Butterworth sahaja. Walaupun orang-orang Butterworth hebat, orang-orang lain di kawasan seperti di Sungai Bakap, Pinang Tunggal, di Kepala Batas semua tempat Jawi, Penaga semua minta so bolehlah mereka mempromosi aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian yang lain. Terima Kasih.
Memang sekiranya kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang, izinkan saya memang juga ingin meminta lebih lagi peruntukan untuk portfolio saya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang Bubuk dan Yang Berhormat Pengkalan Kota telah menyokong supaya George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak sekolah bagi meningkatkan pemahaman mengenai warisan dan sejarah Pulau Pinang, malah turut dicadangkan untuk dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2016 GTWHI telah menjalankan Program Pendidikan Warisan Budaya (Cultural Heritage Education Program) bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan pelajar (berumur antara 10 hingga 17), para guru dan pihak sekolah dalam mengenali nilai-nilai warisan sejagat di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dari sudut sejarah pembinaan dan perkembangan bandar George Town, kepelbagaian budaya, bangunan-bangunan warisan yang unggul serta keunikan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Program ini telah direka khas dengan menggunakan pendekatan seni kreatif Project/Place-Based Learning iaitu satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lokasi setempat, komuniti dan isu-isu sebenar. Kaedah ini selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Empat (4) program telah disediakan untuk para pelajar, iaitu Permainan Tradisi, Jejak Warisan Tapak Warisan Dunia, Seni Kraftangan Tradisi dan Bengkel Ekplorasi Seni Warisan. Manakala latihan pembangunan guru dan program Sekolah Budaya Warisan telah dirancangkan untuk guru dan juga sekolah. Inisiatif Sekolah Budaya Warisan, terutamanya bertujuan menggalakkan lebih banyak pihak sekolah supaya lebih proaktif dalam mempromosikan dan menganjurkan usaha pendidikan budaya warisan di dalam dan luar sekolah. Demi menjayakan program ini, GTWHI juga telah menderma sebanyak 73 set atau 511 buah buku warisan kebudayaan terbitan GTWHI kepada 37 buah sekolah rendah, 26 buah sekolah menengah, 10 buah kolej dan universiti di negeri Pulau Pinang sempena Perayaan Ulang Tahun ke-10 George Town sebagai Tapak Warisan Dunia. Sejak tahun 2016, Program Pendidikan Warisan Budaya telah memanfaatkan 4,959 pelajar dan 875 orang guru sekolah di peringkat Pulau Pinang dan bilangan ini akan terus meningkat pada tahun yang akan datang. Setelah pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar pada Mei tahun lepas, GTWHI telah mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak GTWHI
berhasrat untuk memajukan Program Pendidikan Warisan Budaya sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dan telah bersedia dengan methodologi perintis. Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjawab saranan Yang Berhormat Sungai Dua dan Yang Berhormat Penanti supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian dan pendekatan kepada Agro-Pelancongan dan Pelancongan Warisan, dimaklumkan bahawa bidang pelancongan agro, warisan dan sungai sememangnya diutamakan oleh Kerajaan Negeri sebagai kaedah untuk membangunkan kawasan desa. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri menggalakkan program homestay yang terletak di kawasan desa dan bercirikan kehidupan masyarakat setempat di kampung-kampung tradisional. Di samping menggalakkan program di homestay, Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) pun ada mempromosikan aktiviti homestay kepada pelancong luar negara dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan antarabangsa. Risalah Penang Homestay juga telah diberi dan diedarkan kepada pelancong untuk memberi pendedahan kepada aktiviti harian yang menarik di kampung. Kerajaan Negeri juga berusaha untuk membangunkan pelancongan sungai dengan memberi sokongan kepada penganjur-penganjur yang menjalankan aktiviti pelancongan tersebut dan pejabat saya pun tidak dinafikan memerlukan kerjasama daripada JPS supaya memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala di kawasan sungai bagi mengekalkan sungai sebagai aset pelancongan. Untuk makluman Dewan, pejabat saya juga telah menaja memberi tajaan kepada USM untuk mengadakan program homestay supaya pelajar-pelajar universiti mendapat pendedahan kepada budaya tempatan dan juga menyokong program homestay di negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengenai fi hotel. Untuk makluman juga untuk memastikan kutipan fi hotel yang lebih efisyen dan sistematik, pejabat saya sedang mengkaji satu sistem atau develop satu (1) online system untuk menyeragamkan kutipan fi hotel secara lebih tepat dan lancar dan juga mengumpul data. Sistem ini sekarang berada di peringkat pilot test sebelum pelancaran rasmi pada masa yang akan datang dan sistem on line ini akan lebih efisyen jika berbanding dengan sistem submission menu yang diadakan sejak dahulu. Kerajaan Negeri juga merakamkan penghargaan tinggi dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan yang telah mengagihkan 50% hasil kutipan Cukai Pelancongan berjumlah RM10.98 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Peruntukan ini akan digunakan untuk tujuan pembangunan pelancongan di Pulau Pinang. Pada masa ini Kerajaan Negeri dalam proses untuk mendapatkan penjelasan dan garis panduan daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan terma penggunaan peruntukan tersebut bagi membolehkan ianya dibelanjakan sewajarnya untuk mengikut peraturan juga membangunkan pelancongan di negeri Pulau Pinang. Isu seterusnya berkenaan Visa On Arrival. Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat KOMTAR mengenai memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengeluarkan Visa On Arrival kepada pelancong dari negara China dan India. I will say that what the hero seek is the same… (Bahasa Mandarin) Saya memang mempunyai pandangan yang sama dengan Yang Berhormat KOMTAR. Sebelum ini saya telah melawat ke beberapa syarikat penerbangan Negara China dan wakil-wakil syarikat pelancong di negara China di mana mereka juga membangkitkan keperluan dan kebaikan untuk Malaysia mengeluarkan Visa On Arrival kepada pelancong-pelancong negara China. Mereka berpendapat bahawa dengan adanya Visa On Arrival ini, ia akan menjadi pemangkin dan akan menggalakkan lebih ramai
pelancong dari negara China untuk melawat Pulau Pinang dan juga termasuk Malaysia seiring dengan Visit Malaysia Year Tahun 2020 dan juga Experience Penang Year tahun depan juga. Pejabat saya juga akan mengemukakan pandangan ini kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya membenarkan pengeluaran Visa On Arrival kepada pelancong negara China dan juga termasuk pelancongan dari negara India yang akan memasuki ke Malaysia. Bagi negara India, pada masa ini tiada penerbangan terus dari Negara India ke Pulau Pinang buat masa ini. Namun demikian, Kerajaan Negeri memang berusaha untuk mewujudkan laluan penerbangan terus di antara India dengan Pulau Pinang dan sedang giat mempromosikan Pulau Pinang di pasaran India. Dan untuk makluman juga, Kerajaan Negeri pun telah melalui PETACH menjemput Indigo dan difahamkan CEO Indigo akan datang ke Pulau Pinang di bulan Jun atau bulan Julai untuk perbincangan ini. Sememangnya kalau berbanding dengan Thailand, Vietnam, Indonesia ataupun Singapura, Malaysia nampaknya sudah ketinggalan. Di Filipina telah membuka Visa On Arrival pada tahun 2017 dan juga di Indonesia, Vietnam dan Thailand telah membuka VOC ini di tahun lepas. Jadi kita boleh nampak jumlah pelancong ke Thailand, Vietnam, Indonesia ini semakin meningkat dan di Asia Tenggara ini, jumlah negara yang mendapat paling banyak pelancong dari negara China adalah Thailand. Kedua Vietnam pun telah melebihi daripada Malaysia. Jadi adalah memang satu hala tuju yang betul, kalau Kerajaan Persekutuan Malaysia boleh membukakan VOC ini kepada pelancong daripada negara China atau daripada India. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Mengenai topik Little India yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban supaya Kerajaan Negeri membangunkan kawasan Little India, George Town. Untuk makluman Yang Berhormat, George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus pembangunan projek menaiktaraf kawasan Little India bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. George Town World Heritage dan pihak berkepentingan yang lain seperti Liga Muslim Pulau Pinang dan Malaysian Indian Chamber of Commerce and Industries Penang. Pelan pembangunan Little India bertujuan untuk memperbaiki kemudahan awam dalam kawasan tersebut berdasarkan kepada Pelan Induk Strategi Tapak Warisan Dunia George Town (George Town World Heritage Site Strategy Master Plan). Pelan pembangunan tersebut akan melibatkan kerja-kerja susun atur precint, naik taraf laluan sedia ada, penambahbaikan landskap di sepanjang jalan, penyediaan kemudahan untuk pejalan kaki, sistem saliran serta aliran air hujan, sistem pencahayaan dan sistem vail filling. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.0 juta bagi pelaksanaan projek Little India ini. Selain itu Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan State Holders Engagement bagi pembinaan pintu gerbang di kawasan Little India. Kerajaan Negeri memang tidak akan ketinggalan untuk mempromosikan Little India sebagai bagi mempamerkan warisan kepelbagaian Pulau Pinang melalui aktiviti seperti berikut: (i) GTCDC akan mengadakan persembahan kesenian, kebudayaan dan warisan pada setiap hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah bagi mempamerkan kepelbagaian seni dan warisan yang terdapat di Pulau Pinang. (ii) Mengadakan acara tahunan perayaan warisan George Town yang menyaksikan lebih daripada 20 komuniti tempatan mengambil bahagian dengan mempamerkan keunikan budaya dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun. (iii) Mengadakan program lawatan ke tempat-tempat beribadat dan bersejarah di George Town bagi membolehkan pelancong memahami dan menghayati keunikan serta keindahan tempat-tempat ibadat yang mempunyai unsur-unsur seni dan sejarah dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut akan
mengadakan program Karnival Etnik pada September tahun ini untuk mempromosikan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Center of Medical Tourism (PMED) bagi memastikan lagi sektor pelancongan perubatan di Pulau Pinang. Seperti yang ditekankan oleh Yang Berhormat Air Putih, Kerajaan Negeri akan meningkatkan daya saing hospital di Pulau Pinang dalam sektor pelancongan perubatan. Pada masa ini, PMED mempunyai keahlian sebanyak 16 hospital dan bergiat aktif dalam pemasaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul di Malaysia. Selain daripada mengukuhkan pasaran tradisi di Indonesia seperti Medan, Surabaya, Jakarta dan Banda Acheh, PMED juga telah menerokai, di bawah arahan saya ke pasaran baru seperti negara China dengan perkhidmatan persenyawaan In Vitro atau dikenali sebagai IVF yang mempunyai kadar keberhasilan yang tinggi sebanyak 80%. Selain daripada Negara China, Vietnam juga merupakan pasaran baru yang disasarkan oleh hospital-hospital di Pulau Pinang, di mana kadar perubatan di Malaysia adalah lebih berpatutan dan lebih berkesan dari negara Vietnam. Mengikut data dari MHTC (Malaysian Health Care Travel Council), Pulau Pinang mengekal sebagai destinasi perubatan yang terunggul di Malaysia, di mana, ia merangkumi 62% pasaran pelancong perubatan asing di Malaysia. Selain itu, Pulau Pinang juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa menduduki tempat pertama dalam Kategori Kesihatan Terbaik di Dunia oleh International Living. Untuk memastikan Pulau Pinang terus cemerlang sebagai Pusat Pelancongan Perubatan yang unggul, antara usaha yang dilakukan termasuk menggiatkan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan melalui pameran pelancongan dan roadshow di rantau Asia, terutamanya kepada negara-negara yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berhasrat untuk supaya Budaya Penjaja (Hawker Culture) dicalonkan ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO di bawah Konvensyen Bagi Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Manusia 2003 atau Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage. Memandangkan kebudayaan penjaja di Pulau Pinang adalah lebih cemerlang dan unik daripada kebudayaan penjaja di Singapura kerana kita masih boleh melihat penjaja kita menjaja di tepi jalan selain di medan penjaja. Pejabat saya telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Warisan Negara dan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan yang juga datang dari Pulau Pinang agar mensyorkan pihak Jabatan Warisan Negara tersebut membuat nominasi gabungan dengan Singapura di bawah nama “Kebudayaan Penjaja di Singapura dan Malaysia”. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Machang Bubuk, pada masa ini, Kerajaan Negeri telah mengemukakan hasrat ini kepada Jabatan Warisan bagi pencalonan tersebut. Tetapi Pihak UNESCO telah menetapkan syarat bahawa sebarang pencalonan mestilah melalui ahli negara iaitu at national level dan hasrat ini memang telah dikemukakan kepada Jabatan Warisan.
Kerajaan Negeri mengutamakan kualiti makanan dan kebersihan di tempat-tempat penyediaan makanan seperti saranan Yang Berhormat Seri Delima. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat perlesenan dari aspek keselamatan pengendalian makanan seperti keperluan menghadiri kursus pengendalian makanan dan mewajibkan suntikan. Saya percaya pihak Kerajaan Tempatan di bawah EXCO Kerajaan Tempatan memang mempunyai satu sistem atau prosedur yang ketat untuk memastikan kualiti sektor makanan di Pulau Pinang dijaga baik. Selain itu mengenai isu Penang International Food Festival (PIFF) sebagai promosi kepada warisan makanan jalanan Pulau Pinang, pihak pejabat saya juga menyambut baik saranan Yang Berhormat Air Putih dan Kerajaan Negeri bersetuju akan mengadakan Penang International Food Festival ini sebanyak dua (2) kali setahun dan
Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat Pulau Betong supaya diadakan Food Festival di Balik Pulau juga. Untuk meningkatkan tahap servis penjaja dan juga tempat-tempat pelancongan, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk memperkenalkan satu sistem penilaian di bawah Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang di mana, aspek perkhidmatan, kesihatan, kebersihan dan lain-lain akan dinilai dan dianugerah gred berdasarkan pencapaian masing-masing.
Yang Berhormat, minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak tanya tentang tempat penjaja ataupun tempat-tempat makanan yang semulajadi yang mai secara tak langsung macam contoh dekat dengan kawasan Jambatan Kedua, kalau kita tengok di sebelah kiri itu, ada satu tapak yang saya dimaklumkan bahawa tanah itu adalah tanah JKSB yang di bawah kawasan Batu Maung. Kita tengok di situ dia menjadi tapak tumpuan sekarang ini. Yang mana food truck ada kat situ, orang mula ramai berkumpul di situ sampai semalam saya balik dalam pukul 12.00 pun masih ada lagi orang ada kat kawasan. Kalau kita nak naik ke Jambatan Kedua daripada sini, Batu Maung nak ke Seberang, di sebelah kiri. Kalau tapak-tapak macam tu kita tengok bila menjadi tapak tumpuan orang ramai, adakah Kerajaan Negeri nak selaraskan sebab di situ satu dia tak ada infra seperti tandas, selepas itu food truck pun duduk kita tengok dalam keadaan berselerak kat situ dan mungkin kerjasama antara MBPP, kalau tanah tersebut tanah JKSB, boleh diadakan kerjasama supaya tempat tersebut tu menjadi lebih baik dan tersusun dengan keperluan infra dan juga menjadi kemudahan kepada pelancong-pelancong sama ada tempatan ataupun luar dari Pulau Pinang yang datang ke situ. Adakah Kerajaan Negeri akan tengok lebih serius tempat-tempat yang wujud secara tak langsung atau semulajadi ini di kawasan-kawasan yang macam tu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sama ada tapak-tapak tersebut sesuai dijadikan tapak ini untuk penjaja, saya berasa kita patut mengemukakan kepada pihak Kerajaan Tempatan untuk dikajikan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pulau Pinang mempunyai alam semula jadi yang indah yang menggalakkan pembangunan eko-pelancongan. Aset-aset eko-pelancongan adalah seperti Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Persisiran Teluk Air Tawar – Kuala Muda di Seberang Perai, Bukit Bendera, Taman Negara Pulau Pinang, Habitat, Pulau Aman dan lain-lain lagi. Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu ecotourism trail untuk menghubungkan tapak-tapak eko-pelancongan tersebut di bahagian laut dan termasuk juga Seberang Perai dan akan dilaksanakan di dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri dan seterusnya akan dipromosikan sebagai satu pakej ecotourism di luar negeri dan juga di luar negara. Mengenai Bukit Bendera, berdasarkan kepada data trend furnikular yang direkodkan oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, jumlah pengunjung ke Bukit Bendera pada tahun 2018 adalah seramai 1,742,684 juta orang iaitu melihat peningkatan sebanyak 26.14% berbanding dengan tahun 2017. Rekod baharu ini juga telah tercipta apabila rekod pengunjung pada bulan Disember tahun lepas dicatatkan seramai 244,000 pengunjung, iaitu yang tertinggi sejak operasi funikular dimulakan. Seperti saranan Yang Berhormat Air Itam, Penang Hill Corporation iaitu Perbadanan Bukit Bendera akan sentiasa memperbaiki dan menaiktarafkan infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di Bukit Bendera bagi menampung peningkatan pengunjung. Projek menaiktaraf Stesen Bawah (Fasa 3) telah siap sepenuhnya pada tahun lepas dan telah dilancarkan di Januari tahun ini. Stesen Bawah telah diperluaskan untuk menampung bilangan pengunjung yang semakin meningkat termasuk penambahan fasiliti serta ruang komersial. Keutamaan turut diberikan dalam penstabilan cerun di kawasan di Bukit Bendera bagi memastikan kawasan ini selamat digunakan oleh pengunjung ke Bukit Bendera.
Bagi tahun 2019, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang akan memberi fokus kepada projek menaiktaraf Stesen Atas Bukit Bendera (Fasa 4) bagi memperluaskan ruang untuk memberi keselesaan kepada pengunjung. Projek penstabilan cerun, projek membaik pulih sistem pembentungan, menambah baik pengurusan trafik dan sirkulasi, membangunkan Banglo Hillside, Woodside dan kawasan Coolie Line dan menyediakan Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera dengan rancangan kawasan yang lebih luas. Pada tahun, pada 20 April tahun ini, Kerajaan Negeri telah merasmikan naik taraf fasiliti tempat rehat P84 di Bukit Bendera. Pejabat saya juga akan meminta pihak MBPP dan pihak JKR supaya memberi perhatian dan mengkaji cadangan Yang Berhormat Air Itam supaya infrastuktur dan lalu lintas di kawasan sekeliling Air Itam sebaiknya supaya tidak menjejaskan tahap keselesaan penduduk tempatan. Pelancongan Perfileman. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada saranan Yang Berhormat Sungai Acheh untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi penggambaran filem, Kerajaan Negeri telah meneroka bidang pelancongan perfileman. Bagi langkah untuk menarik minat syarikat produksi filem dalam dan luar negara untuk membuat penggambaran filem di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah melalui Penang Global Tourism menubuhkan Unit Pelancongan Filem Pulau Pinang. Unit tersebut memainkan peranan dalam khidmat bantuan dan sokongan kepada syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran di negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang memang telah menjadi pilihan destinasi penggambaran bagi beberapa acara televisyen antarabangsa, antaranya adalah seperti Sidewalk Scientists oleh TVB Hong Kong dan juga Mr. Player dari Taiwan, The Ghost Bride di bawah Netflix termasuk juga NTV Let’s Go Let’s Eat, Project Busking oleh RTM Malaysia, Bazaar Carnivals Asia Season 2 and The Gentleman juga dari TVB Hong Kong telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi penggambaran. Baru-baru ini chef selebriti David Rocco yang termasyur di arena antarabangsa dengan siri Dolce di National Geographic telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi penggambaran acara memasak. Acara memasak Dolce Southeast Asia dijangka akan disiarkan pada bulan April tahun depan di National Geographic dan ini adalah kali pertama Pulau Pinang akan dimasukkan dalam siri TV National Geograpic. Dan pejabat saya juga dan pejabat Penang Global Tourism telah menyokong produksi ini dengan memperkenalkan lokasi-lokasi yang sesuai untuk penggambaran mengikut tema program yang dicadangkan oleh pihak produksi. Dalam usaha mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan untuk keluarga dan orang muda, Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB) bersama dengan wakil pasaran India sedang bekerjasama dengan saluran Aaj Tak yang merupakan salah satu saluran berita Hindi tertua di India untuk menggambarkan program pelancongan dua pelakon terkenal di India iaitu Nishant Malkani dan Gia Manek. Mungkin Yang Berhormat Bagan Dalam lebih tau...(gangguan).
Ini semua pelakon dari Bollywood. So mungkin Yang Berhormat Timbalan Speaker kenal, saya tak berapa kenal. Tetapi Yang Berhormat Paya Terubong, saya pun mintalah PCEB juga pergi ke Selatan India sebab pengunjung daripada Selatan India pun banyak yang datang sini tetapi mereka datang sini untuk ambil feri pergi ke Langkawi. So macam Pulau Pinang tu mereka tak tau apa yang ada di sini. Semasa saya ikut Paya Terubong ke Delhi, mereka pun they were frustinated about di Penang what we can offer. So I think kita perlukan usaha berterusanlah untuk mengambil pasaran India ini. Terima Kasih.
Ya, memang saya mengambil berat juga terhadap pasaran di Delhi that’s why we started recently, definite we will explore even North also the South India. Then, penggambaran kedua-dua pelakon yang mungkin dikenali oleh Yang di-Pertua ini, terkenal akan disiarkan dalam acara yang dinamakan ‘Saas Bahu Aur Betiyaan’ yang akan berlangsung, penggambaran tersebut akan berlangsung dari 31 Mei hingga 4 Jun. Selain itu, bukan sahaja TV atau program di Asia jugak satu Program The World In One Day, satu program Hungry juga telah datang ke Pulau Pinang untuk membuat penggambaran. Yang Berhormat…(gangguan).
Paya Terubong, tentang penggambaran ini, sebelum ini apabila kita menjadi Kerajaan Negeri pembangkang, saya pernah ada satu permohonan untuk mengadakan penggambaran ini. Kita lihat terlalu banyak birokrasi, dia kena pergi dekat Polis, dia kena pergi dekat MBPP, lepas tu Kerajaan Negeri tak ada apa-apa seen in that. So saya harap lepas ini mungkin pejabat Yang Berhormat boleh tubuhkan ataupun boleh ada satu unit di mana semuanya one stop center untuk sesiapa yang ingin memohon untuk mengadakan penggambaran di Pulau Pinang. Sebab kita memang ada demand tetapi masalah birokrasi wujud dari dulu lagi. Saya harap dengan Kerajaan Persekutuan yang sama dengan negeri, so saya harap, berharap masalah ini dapat dielakkan in future.
Memang untuk membuat penggambaran banyak procedure di, mesti dipatuhi dan ini bukan sahaja melibatkan agensi Kerajaan Negeri juga termasuk Kerajaan Persekutuan. Jadi atas inisiatif Kerajaan Negeri, satu unit perfileman telah ditubuhkan di PGT untuk membantu syarikat-syarikat yang ingin datang ke Pulau Pinang untuk membuat penggambaran. Dan juga Kerajaan Negeri pun bersedia memberi insentif kepada syarikat-syarikat di luar negeri yang ingin membuat filem di Penang juga. Yang di-Petua Dewan, saya juga menyambut baik cadangan Night Market, Tourist Night Market konsep yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat KOMTAR. Pada asalnya, kita, kita boleh nampak tujuan penganjuran pasar malam adalah sebagai satu kemudahan kepada penduduk tempatan untuk membeli bekalan harian melalui jualan di lokasi berdekatan dengan kawasan kediaman. Namun demikian, pasar malam ini, kini telah menjadi satu tarikan pelancong dan mempunyai potensi untuk mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelancong pada waktu malam. Memang pasar malam di Taiwan, di Hong Kong merupakan satu example yang sangat berjaya. Antara pasar malam yang terkenal di kalangan pelancong di Pulau Pinang ini adalah di Batu Feringghi dan Esplanade Jalan Padang Kota Lama. Kerajaan Negeri akan mengambil peluang untuk mempromosikan pasar malam ini di samping mengekalkan keunikan budaya tempatan. Pejabat saya akan, memang menyokong konsep Tourist Night Market ini dan akan menyalurkan cadangan ini kepada MBPP untuk mengkaji cadangan Yang Berhormat KOMTAR untuk melaksanakan tourist market yang dicadangkan di lokasi-lokasi yang dicadangkan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan untuk konsert di Malaysia dan menarik lebih ramai penyanyi-penyanyi asing untuk memilih Pulau Pinang sebagai lokasi penganjuran konsert. Peminat-peminat konsert yang melawat Pulau Pinang untuk menyertai konsert tersebut juga akan menggalakkan perkembangan sektor pelancongan apabila mereka tinggal beberapa hari untuk bersiar-siar dan juga duduk di hotel di Pulau Pinang. Dan untuk makluman beberapa artis yang terkenal telah membuat konsert di Pulau Pinang termasuk Teng Zhi Chi, Su Xuen Chen Fei Yi Chen. Selain artis Cina ini, kita pun ada artis daripada Lebanon iaitu Maher Zain
yang telah membuat konsert berunsur Islamic value di negeri Pulau Pinang dan pun telah mendapat sambutan yang sangat hebat.
Mohon mencelah. Yang Berhormat, saya, saya cukup tertarik dengan cadangan untuk mengadakan lebih konsert sebab saya pun penggemar konsert, penggemar muzik. Tapi memandangkan di Malaysia kita pun ada juga ramai talented musicians...(dengan izin) dan kebanyakan mereka pun telah menyuarakan bahawa kekurangan platform di mana mereka boleh mempersembahkan muzik-muzik mereka. Jadi saya nak tanyalah sama ada kita di Pulau Pinang ini ada tak apa-apa tujuan ataupun ada tak hasrat memperkembangkan dunia seni especially…(dengan izin), muzik tempatan.
Terima kasih Seri Delima. Memang, memang artis tempatan kami pun tidak akan meninggalkan pun kita akan pandang rendah juga. Sesiapa yang ingin membuat konsert di Pulau Pinang memang dialu-alui, dialu-alukan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri telah mengenalkan program pelancongan berskala besar seperti Pesta Belon Udara Panas, Penang Hot Air Balloon Fiesta dan Penang International Food Festival untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang di samping sebagai aktiviti riadah untuk penduduk tempatan. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui pejabat saya juga telah memperkenalkan edisi Sambutan Pulau Pinang untuk setiap perayaan besar di negeri Pulau Pinang seperti sambutan, seperti Sambutan Pulau Pinang, Krismas dengan Jazz, Sambutan Pulau Pinang Tahun Baru Cina dengan Kochabi, Sambutan Chap Goh Meh dengan Bang yang telah berlangsung di Pulau, dan juga di Seberang dan seterusnya akan diadakan sambutan perayaan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi. Memandangkan sektor pelancongan telah menjadi satu sektor yang penting utama untuk menyumbang kepada GTP negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berazam untuk membangunkan pelancongan Pulau Pinang untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Oleh itu, saya berharap supaya penduduk tempatan akan dapat merasai hasil pembangunan pelancongan dan turut menikmati program-program pelancongan yang diadakan di Pulau Pinang.
YB. Paya Terubong, boleh bagi laluan tak? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. YB. Paya Terubong, saya nak tanya tentang isu food paradise. Yang tadi dikatakan saya. PIFF, yang terkenal di Pulau Pinang. Food paradise kita, di Pulau Pinang memang terkenal. So, seperti di Singapore, adanya nasi ayam yang terkenal dapat Michelin, satu star daripada, asalnya daripada Ipoh, how about our food paradise, yang di Penang yang begitu famous sampai sekarang itu kita tak dapat sebarang anugerah Michelin daripada, dianugerahkan untuk Pulau Pinang. So, kalau boleh adanya ambil kita punya food paradise di Penang, ia juga akan tarik pelancong yang banyak untuk datang makan, although kita famous dengan gelaran food paradise di Penang ini.
Terima kasih Batu Lancang. Ini pun memang satu isu saya yang berasa sangat kesal. Walaupun negeri Pulau Pinang terkenal sebagai syurga makanan tetapi sampai hari ini, kita belum mendapat satu pengikhtirafan daripada Michelin dan saya telah melalui PGT, membuat satu research difahamkan bahawa Michelin so far sampai hari ini dia hanya pergi ke China, Singapore, Hong Kong, Thailand dan Jepun. Ini untuk this year. Memang kita akan terus usaha untuk, we are trying our best to link our hawkers with the Michelin. Dan untuk difahamkan, Michelin mereka akan pergi secara diam-diam sahaja. Mereka tidak akan bagi
tahu bila mereka akan datang. Kita pun tak tau siapa yang akan wakil from Michelin. Memang tak tau. Apa yang kita boleh buat, hanya untuk meneruskan program-program kita untuk menampilkan Pulau Pinang sebagai satu syurga makanan. Untuk menarik Michelin datang ke Pulau Pinang. Ini adalah usaha yang kita boleh buat pada masa ini.
Minta laluan. Terima kasih YB. Paya Terubong sebab kita bincang tentang makanan jalanan. Saya juga, dalam perbahasan saya juga ada menyebutkan tentang status atau usaha daripada Pejabat YB. untuk mendominasikan supaya kebudayaan penjaja ini di bawah UNESCO dan dalam jawapan bertulis YB. ada menyebut bahawa satu surat telah dihantar kepada Jabatan Warisan Negara agar mengesyorkan pihak Jabatan tersebut membuat dominasi gabungan dengan Singapura di bawah nama Kebudayaan Penjaja di Singapura dan Malaysia. So, saya, dalam perbahasan saya, saya pun ada tanya kenapa tidak guna Singapura dan Pulau Pinang? Sebab Malaysia ini terlalu luas dan jika keunikan atau kelebihan yang ada di negeri Pulau Pinang ini adalah syurga makanan, dan memang ia satu budaya yang sudah begitu lama. Adakah kita boleh membuatkan dominasi minta Jabatan Warisan Negara untuk mendominasikan Pulau Pinang sebagai satu destinasi untuk Kebudayaan Penjaja ini. So, ini, saya minta penjelasan.
Sama ada nama Pulau Pinang boleh dicalonkan, mungkin ini kita perlu mendapatkan pandangan daripada Jabatan Warisan Negara sebab, saya dimaklumkan bahawa untuk, sebab pencalonan ini, kita mesti menggunakan pakai nasional, pakai nama negara. Ke peringkat UNESCO ini…(gangguan).
YB. Paya Terubong, soalan saya ialah jika… bila surat ini dihantarkan dan ada apa-apa maklumbalas daripada Jabatan Warisan Negara tentang status perkara ini untuk sama-sama mendominasi perkara ini bersama Singapura. Dan bagaimana ia dijalankan sebab, I think kita perlu lebih agresif lagi, jika tidak negara Singapura menggunakan keseluruhan negara mereka untuk menjadikan Sngapura sebagai salah satu kebudayaan penjaja di Singapore. Dan sekarang Pulau Pinang, kita juga, jika kita nak menjadikan budaya penjaja itu di dalam, diikhtiraf di bawah UNESCO, maka kita perlu berusaha dengan lebih agresif lagi. Saya, saya, saya minta supaya pihak EXCO dapat memantau dan juga mengikut perkembangan yang terkini tentang apa status tentang perkara ini. Jangan sampai nanti UNESCO sudah mengikhtiraf Singapura barulah kita datang sini, bising-bising lagi, perkara ini sudah terlewat pula. Itu pandangan saya.
Saya memang setuju dengan pandangan Machang Bubuk. Kalau berbanding dengan Singapura, kita Malaysia nampaknya lebih lambat sedikit. We are, I mean, relatively we feel we are slow, slower than Singapore. Saya pergi ke oversea, kita pun nampak satu tempat ni, Bak Kut Teh Singapura, apa pun Singapura. Walaupun makanan kita lebih sedap pada pastinya daripada Singapura tapi bila pergi ke oversea, apa nampak semua makanan sudah jadi makanan Singapura. seperti juga, apa tu Yee Sang, Singapura also claimed that they created Yee Sang ini. Jadi memang saya, akan follow up closely dengan Jabatan Warisan. Dan daripada media saya pun ada menampak satu news bahawa Timbalan, Timbalan Menteri, Yang Berhormat Bakhtiar, dia pun setujui bahawa satu pencalonan bersama dan beliau pun setujui bahawa dia akan usaha untuk, untuk mendapatkan, untuk menjalankan, melaksanakan pencalonan ini. Jadi saya akan follow up dengan Yang Berhormat Timbalan juga dan juga Jabatan Warisan untuk pencalonan ini.
Yang Berhormat Timbalan, saya pernah pada 14, bulan sembilan tahun lepas, meminta ADUN-ADUN yang berminat untuk menghantar proposal mereka berkenaan tempat-tempat yang mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai tempat atau sebarang produk pelancongan untuk dikaji dan saya telah mendapat balasan daripada 12 Ahli Yang Berhormat tetapi walau bagaimanapun, pintu saya masih open, I’m still open, apa-apa cadangan ataupun input-input yang ingin dipromosikan sebagai produk pelancongan, you all are welcome to, still write to me, to my office, saya akan mengemukakan dan dikajikan dalam Pelan Induk Pelancongan yang akan dilaksanakan.
YB. Paya Terubong, bagi laluan, last question. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan daripada debate saya yang awal ni. Saya telah membangkitkan tentang Kementerian Kewangan Malaysia telah memberitahu Pulau Pinang telah berjaya mengutip sebanyak RM21.9 juta dan 50% wang tu akan dibagi balik pada Pulau Pinang sebanyak lebih kurang RM10.89 juta, lebih kurang RM11 juta. So, ada apakah cadangan YB. Paya Terubong dengan duit-duit ini, cadangan yang akan dibuat, how to promosi our tourism kepada luar negara. Apa plan. Ada apa planning yang untuk masa depan yang ada wang RM11 juta ni.
Sebenarnya saya telah menyebutkan tadi mungkin, dalam perkara, untuk ini memang saya telah, we are asking the MOF abaut the guideline. How to utilize the money? We still waiting the guideline, garis panduan daripada MOF.
Dengan izin, Yang Berhormat. Boleh saya bertanya kenapa kita memerlukan satu guildeline sedangkan duit RM10 million tu telah pun dipersetujui untuk diperuntukan kepada Kerajaan Negeri. Untuk digunakan bagi pembangunan pelancongan. Jadi, kenapakah kita perlu mendapat guideline daripada Kerajaan Pesekutuan, bagaimana hendak menggunakan duit tersebut untuk membangunkan pelancongan. Boleh jelaskan Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Saya nak tanya. Yang ni RM3 tu kan. So, kalau, macam saya. Saya dok di hotel, masa Sidang DUN ni, saya kena bayar RM10.00 plus RM3.00, so RM13.00 sehari. So, kalau RM10.00 Kerajaan Persekutuan kutip, kenapa kita punya duit RM3.00 tu, 50% saja kita dapat. Tak, RM3.00 tu, kenapa hanya kita dapat 50%, kenapa tak 100% sebab itu ialah penginap hotel yang duduk di Pulau Pinang? Itu soalanlah. Berkaitanlah.
Mungkin saya boleh menjelaskan kepada Yang Berhormat, actually hotel fi ini dilaksanakan di peringkat negeri, RM3.00. Dan RM10.00 ini adalah cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan ini hanya untuk imposed on the pelancong asing. RM10.00, cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Imposed on the oversea sahaja. Saya pun tak faham kenapa Yang Berhormat boleh dicaj RM10.00 ini. Untuk RM10.00 ini hanya kepada pelancong asing dan dikutip oleh MOF melalui Custom dan mengikut peraturan MOF, 50% akan disalur balik kepada Kerajaan Negeri. Dan RM3.00 ini dikutip oleh Kerajaan Negeri and 100% its belong to the state government.
Yang RM10.00 tu bukan RM30 juta tu kan? RM30 juta tu RM3.00 la?
Bukan, bukan. RM30 juta ini cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan
Persekutuan. 50% will be given to the state. Then, the regarding the garis panduan untuk bagaimana untuk boleh menggunakan duit ini, rasa, sebab ini memang…(gangguan). It is correct the money given to the state but we need a guideline form the MOTAC how do utilize money ini, garis panduan.
Dengan segala hormatnya kepada Yang Berhormat, saya rasa ini adalah satu isu yang penting. Sebab Kerajaan Negeri, Persekutuan telahpun bersetuju untuk memberikan duit ini, salurkan kepada negeri. Jadi, saya rasa hanya adalah, hanya betul untuk Kerajaan Negeri diberi ruang dan kuasa sepenuhnya untuk di determine, untuk memutuskan bagaimana duit itu harus digunakan. Jadi, kalau perlu lagi standard operating procedure atau guideline, saya rasa itu adalah perkara Kerajaan Negeri harus melihat kepada dalam untuk menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.
Saya memang bersetujui pandangan Yang Berhormat. Kalau duit ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri, patutlah Kerajaan Negeri mempunyai autonomi yang sepenuhnya untuk mempertimbangkan bagaimana hendak menggunakan duit ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan…(gangguan).
Saya nak penjelasan ya. Maknanya… saya just nak tahu, kalau mengikut Persatuan Hotel Pulau Pinang, duit RM3 yang dikutip itu ialah RM30 juta. Maknanya campur dengan RM10 juta, 50%, jadi RM40 juta dari kutipan fi, betul tak? So, RM20 juta, 50% adalah RM10 juta, RM10 juta plus kutipan fi RM3, kita simpan 100%. So, that its RM30 juta. So, all together duit kita dari kutipan fi ialah RM40 juta, betul?
Untuk RM3.00 ini, kita sudah, jumlah RM30 juta Yang Berhormat sebut tadi sebenarnya adalah jumlah yang sudah kutip sejak tahun 2014 dan sudah di… ada yang sudah dibelanjakan. Ini bukan FD, kena belanja...(ketawa). Ini jumlah ada yang dikutip sejak implementation.
YB. Paya Terubong tolong tengok masa juga. Matematik sudah.
Ya, ya, semua sudah hampir habis. Jadi Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan, sememangnya untuk maklumat tahun 2020 kita akan melancarkan Tahun Melawat Negeri Pulau Pinang dan berharaplah setiap rakyat di negeri Pulau Pinang akan menjadi Ambassador of Penang. Sama-sama kita mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi yang terunggul di rantau ini. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan sekian, saya memohon menyokong.
Terima kasih YB. Paya Terubong. Dipersilakan YB. Batu Maung.
Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan perasmian oleh Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan
Undangan Negeri Yang Ke 14 Negeri Pulau Pinang khususnya melibatkan portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa dan Pembangunan Keusahawanan dan Hal Ehwal Pengguna. Sehingga Dewan ditangguhkan pada 30 April saya hanya menerima tiga (3) soalan sepanjang sidang DUN kali ini, soalan Lisan tidak ada, so prestasi bagus agaknya. Sepertimana ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 26 April bahawa pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang kekal berkembang secara positif. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri menjelaskan pada tahun 2018 Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.78 bilion di mana pelaburan asing berjumlah RM3.69 bilion, manakala pelaburan domestik berjumlah RM2.09 bilion. Sesungguhnya Pulau Pinang terus mencatatkan kemasukan aliran pelaburan yang sihat dan berterusan meskipun dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Pelaburan asing berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan ekonomi global. Status pelaburan asing, FDI yang diluluskan oleh MIDA bagi Pulau Pinang pada 2018 adalah seperti berikut, kita menampakkan purata pelaburan FDI ke Pulau Pinang, purata pelaburan Pulau Pinang rata-rata lebih kurang RM5.5 bilion sepanjang 10 tahun ini. Daripada 2008 hingga ke 2018 FDI dan juga TDI. Pelaburan asing ke Pulau Pinang melibatkan produk elektronik dan ini FDI lah dan elektrikal, peralatan scientific, peralatan permesinan, peralatan pengangkutan dan produk asas logam. MMK Perdagangan dalam Negeri dan Antarabangsa juga mengalu-alukan sokongan Kerajaan Malaysia pada Belt and Road Initiative hasil lawatan kedua Perdana Menteri Tun Mahathir ke China pada 20 April yang baru lalu. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan juga mengambil peluang China and US trade war, mengambil peluang itu untuk menarik pelabur-pelabur China ke Malaysia dan pada 2018, tahun 2018 buat pertama kali pelaburan daripada China menduduki tempat kedua FDI ke Pulau Pinang, sebelum ini pelaburan daripada China tidak masuk dalam 10 yang tertinggi. Seterusnya di bawah MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, usaha untuk menarik pelaburan asing ke negeri ini telah dimulakan sejak 2008 sebaik Pakatan Rakyat ketika itu mentadbir Pulau Pinang. Usaha berterusan itu telah dibantu oleh agensi kerajaan khususnya investPenang dan agensi-agensi Pusat MIDA, MITI dan MATRADE. Jumlah eksport Pulau Pinang bagi tahun 2018 adalah berjumlah RM289 bilion dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 23.7% ataupun RM5.6 bilion berbanding tahun 2017. Balance of trade pada tahun 2017 adalah menunjukkan sebanyak positif RM37 bilion dan iaitu meningkat, sorry, balance of trade pada tahun 2017 adalah berjumlah sebanyak RM37 bilion dan pada tahun 2018 telah meningkat sebanyak 157.8% dengan jumlah RM95 bilion. Melalui usaha Jawatankuasa MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, pihak saya telah membawa beberapa usahawan untuk menyertai rombongan perdagangan dan pelaburan bagi tujuan promosi dan business matching ke beberapa buah negara yang berikut. Pada penggal ini, bermula pada November 27 hingga 29 November kita telah menyertai Halal Fest Malaysia di Tokyo, ini untuk atas kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Jepun sempena Olimpik 2020 Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk turut sama membantu Jepun dalam mempromosikan industri Halal sempena Olimpik 2020. Seterusnya lawatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah inisiatif Penang International Halal Hub ke Taiwan pada 23 dan 25 Januari 2019. Pada 1 hingga 3 Mac, Penang International Halal Expo dan Conference diadakan kali yang ke 10 di SPICE Arena Pulau Pinang. Seterusnya pada bulan April, awal Mac, kita telah mengadakan Medan Fair, Pulau Pinang dan Medan, Medan Fair kali ini adalah yang ke 48 di antara Pulau Pinang dan Pekan Raya Sumatera Utara. Seterusnya kita menyertai Malaysia International Halal Showcase ataupun MIHAS di MITEC pada 4 hingga 5 April. Dan yang terkini adalah misi perdagangan antarabangsa ke Dubai pada 7 dan 10 April dan juga menghadiri Discovery
Workshop oleh IBM dan mengadakan lawatan ke Enterprise Singapore. Dan yang terkini sempena menghadapi bulan Ramadan pihak MMK Perdagangan Dalam Negeri telah mengadakan Souq Ramadan mempromosikan tempat-tempat usahawan, gedong-gedong perniagaan, hotel-hotel dan restoran-restoran yang terlibat dalam menyediakan ataupun terlibat sama dalam promosi barangan dan juga makanan halal di Pulau Pinang. Ini Souq Ramadan yang kita sebulan pada bulan Ramadan ini kita promosikan. Di Medan Fair dan misi perdagangan ke Dubai, usahawan Pulau Pinang telah melalui PIHH kita telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Dubai Airport Free Zone Area. MOU juga ditandatangani dengan Halal International Taiwan dan juga beberapa MOU antara beberapa usahawan Pulau Pinang dan beberapa usahawan Medan juga ditandatangani pada masa Medan Fair baru-baru ini. MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa akan turut menyertai ekspo-ekspo antarabangsa yang berimpak tinggi, kalau dalam negeri, MIHAS dan MAHA, dan pada tahun depan kita akan terlibat sama Dubai Expo 2020. Baru-baru ini YB, Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi Alam Sekitar, YB Yeoh Bin Hin telah mensasarkan nilai pelaburan RM10 bilion pada penyertaan Malaysia di Dubai Expo 2020. Pulau Pinang juga dijemput sama untuk turut serta di Dubai Expo yang akan diadakan pada September 2020. Kita juga mensasarkan untuk menganjurkan Penang Trade Fair ke beberapa buah negara khususnya di Timur Tengah, di East Asia dan juga di Eropah. Seterusnya saya mengucapkan tahniah kepada investPenang yang telah berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Pulau Pinang. Baru-baru ini kita telah menubuhkan Majlis Penasihat Pelaburan Strategik yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, YB. Chow Kon Yeow selaku Pengerusi. Dan majlis ini mempunyai objektif berikut: memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri mengenai rancangan pembangunan dan pertumbuhan pelaburan di Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan pelaburan strategik dan juga destinasi pelancongan dalam sektor-sektor teknologi perniagaan, perkhidmatan dan perindustrian. Menyediakan maklum balas mengenai dasar Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan perkara-perkara di atas dan seterusnya Majlis ini akan memberi khidmat nasihat mengenai hala tuju ekonomi dan teknologi terkini antarabangsa, tempatan serta kesannya terhadap Pulau Pinang. Baru-baru ini terdapat banyak berita-berita akhbar bahawa kita Pulau Pinang mungkin kehilangan daya saing competitiveness kepada beberapa emerging economies…(dengan izin), seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, India. Begitu juga baru-baru ini Singapura juga telah mengumumkan akan menubuhkan Advanced Halal Hub dan ini, itu sebabnya kita menubuhkan Council itu, untuk melihat bagaimana kita nak reposition Pulau Pinang terus sebagai pusat industri utama pelancongan dan seterusnya menjadi negeri yang kita terkenal The Sillicon Valley of the East dan juga Malaysia sebagai sebuah tiger in industry. Seterusnya bagi merancakkan lagi ekonomi Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan Penang Port untuk mewartakan NBCT, North Butterworth Container Terminal sebagai Zon Perdagangan Bebas ataupun Free Commercial Zone pada mesyuarat MMK yang bersidang pada 22 Mac 2019 dan disahkan pada 29 Mac 2019. Zon Perdagangan Bebas sedia ada adalah di Butterworth, Deep Waterwarf yang mempunyai keluasan 56.6 hektar dan telah diwartakan sejak 20 Jun 1996. SPP, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bertindak sebagai pihak berkuasa zon manakala Penang Port Sdn. Bhd. selaku operator zon. Antara manfaat NBCT sebagai kawasan FCZ ini adalah lokasi yang strategik, pelabuhan langsung asing, manfaat ekonomi, integrasi kepada ekonomi yang stabil, nilai tambah kepada pelabuhan dan peluang pekerjaan. Diharapkan dengan pewartaan NBCT sebagai Zon Perdagangan Bebas, ekonomi Pulau Pinang, Pulau Pinang akan terus dipacu sepertimana hasrat Penang 2030.
Salah satu fokus Penang, Visi Penang2030 ialah menaik taraf ekonomi negeri dan rakyat dengan meningkatkan pendapatan isi rumah. Ia boleh dilakukan dengan menggalakkan rakyat terlibat dalam bidang perniagaan. Selain membantu usahawan sedia ada mengembangkan industri mereka, MMK Pembangunan Usahawan selaras dengan 4 teras Kementerian Pembangunan Usahawan iaitu MBD, menyokong dan akan membantu 4 teras strategik Kementerian Pembangunan Usahawan iaitu menjana pertumbuhan ekonomi melalui inovasi keusahawanan, intergrate atau comprehensive pembangunan usahawan, dengan izin, ini sebabkan banyak agensi pusat dan negeri ini kadang-kadang fungsinya bertindih, bertindih. Dan ketiga menggalakkan keusahawanan kepada golongan B40, dan seterusnya scaling up…(dengan izin) usahawan, menaikkan daya saing, daya maju usahawan seterusnya. Rakyat bukan sahaja digalakkan menceburi bidang perniagaan, bahkan usahawan sedia ada perlu didedahkan dengan era ekonomi digital yang ada sekarang. Ekonomi Digital di Malaysia dijangka berkembang pesat dan menghampiri 20% daripada ekonomi negara menjelang 2020. Kita bersyukur dalam menghadapi cabaran ekonomi digital ini kita mempunyai pemimpin di peringkat Pusat dan Negeri yang mempunyai visi dan memimpin dalam mengharungi era digital ekonomi. Perdana Menteri, Tun Mahathir telah melancarkan industry forward pada bulan Oktober di mana dasar menjadikan industri kita memenuhi mencapai Industry 4.0. Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga telah melancarkan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Pintar yang dapat menerajui era digital ini. Dan kita alu-alukan pengumuman Perdana Menteri dengan penubuhan Digital Penang yang mana akan mengambil inisiatif Digital Technology Twin City kepada seluruh rakyat Pulau Pinang. World Bank menyatakan segmen e-Dagang terutamanya terus mencatatkan peningkatan dan dijangka melebihi RM110 bilion atau 40% daripada ekonomi digital menjelang 2020. Bagaimanapun, kalau di Pulau Pinang mengikut kaji selidik daripada Penang Institute, usage IT dan eCommerce di Pulau Pinang dan juga di seluruh negara tidak sampai 5% oleh usahawan. Oleh itu, untuk MMK Pembangunan Usahawan tumpuan kepada e-commerce dan digital business ini akan menjadi tumpuan utama untuk tahun ini dan tahun – tahun yang akan datang. Dan baru-baru ini pada 5 Mac 2019 Majlis menandatangani MOA Program Creative Digital Marketing Strategy For e-Commerce Business antara USM, PERDASAMA dan HALAL Penang diadakan yang disokong oleh MMK Pembangunan Usahawan telah diadakan melibatkan 100 orang pelajar yang mengambil subjek e-commerce dan 21 orang usahawan. Sungguhpun begitu MMK Pembangunan Usahawan juga telah merangka beberapa strategi untuk membantu perkembangan usahawan kecil dan sederhana dalam menghadapi dan mengatasi permasalahan dan juga kelemahan. Dan pada tahun ini beberapa kursus telah diadakan dan akan terus diadakan untuk meningkatkan keupayaan usahawan untuk mampu bersaing peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Kursus-kursus motivasi e-commerce akan terus diadakan dan pada tahun ini kita mensasarkan 500 usahawan untuk dilatih dalam kursus e-commerce ini. Seterusnya di bawah PDC skim Pinjaman Harapan diteruskan kepada usahawan-usahawan mikro kita dan kita juga meneruskan dan Program Industry Sid Fund 4.0 berjumlah RM4.0 juta kepada usahawan-usahawan technopreneurship yang diuruskan oleh Invest Penang melalui @CAT. Seterusnya kita juga menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenal pelabur baru kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal dan vendor kepada pelabur asing. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berhubung soalan Yang Berhormat ADUN Bertam yang mengesyorkan agar Kerajaan Negeri mengiktiraf Kompleks Dato’ Kailan, Kepala
Batas memandangkan aktiviti perniagaan di situ semakin suram dan menjejaskan usahawan di situ. Justeru beliau mencadangkan agar MMK Pembangunan Usahawan mengambil tindakan sewajarnya untuk merancakkan semula aktiviti perniagaan di sana. Berkaitan syor tersebut ADUN Bertam juga meminta Kerajaan Negeri menaik taraf Kompleks Perniagaan Dato’ Kailan dan melihat bagaimana untuk membantu usahawan-usahawan di sana. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf bangunan tersebut memandangkan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kompleks tersebut adalah milik JKP Sdn Bhd. Bagaimanapun kita akan menemui JKP bagaimana untuk Kerajaan Negeri membantu dari segi rebranding. Kompleks Perniagaan Dato’ Kailan untuk memberi manfaat kepada usahawan yang ada di sana. Seterusnya ADUN Permatang Berangan mencadangkan agar, tak ada sini ya. Tak apalah kita jawab juga sikit. Cadangan agar Kerajaan Negeri membina Astaka Pusat Perniagaan di Permatang Berangan agar peniaga kecil boleh beroperasi di situ. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan ini bagi mewujudkan lebih banyak premis perniagaan pada masa akan datang bagi membantu peniaga-peniaga di sana. Jadi KADUN Permatang Berangan telah mempunyai sebuah Pasar dan pengisian semasa adalah seperti berikut, Pasar Awam Tasek Gelugor jumlah gerai adalah 97 dan jumlah pengisian ada 55. Maknanya hampir separuh masih kosong. Sehingga kini MPSP tiada perancangan untuk membina gerai atau kedai dalam KADUN Permatang Berangan. Walau bagaimanapun MPSP telah menyediakan sebanyak 31 petak tambahan di perkarangan tempat letak kereta Pasar Awam Tasek Gelugor bagi menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen di sekitar pasar awam tersebut. Seterusnya di bawah MMK Hal Ehwal Pengguna. Bermula 9 Mei 2018 Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Pakatan Harapan. Yang sebelumnya kita tidak bekerjasama. Alhamdulillah kali ini di bawah Pakatan Harapan beberapa inisiatif baru telah kita adakan dan antaranya ialah Program Food Bank. Yang ini kalau di Pulau Pinang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu. Bagaimana di peringkat pusat di ketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNK iaitu Datuk Saifuddin, Ahli Pantai Jerejak dan banyak soalan berhubung itu telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri KPDNK. Dan di Pulau Pinang kita telah banyak mengadakan program-program meningkatkan kesedaran kepenggunaan khususnya di peringkat sekolah lagi. Kita adakan Program Cabaran Interaktif Pengguna melibatkan sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Juga baru-baru ini kita perkenalkan satu lagi program baru iaitu Program Kediaman Selamat di bawah…(gangguan).
Boleh Tanya sikit tak. Sebab saya punya soalan, sebab soalan a big confusing la. Sebabkan Dato’ EXCO adalah, rasa tak ingat kawasan dia apa. Batu Maung. Sorry, sebab kan Dato’ Program Food Bank adalah bawah KPDNK kan. Macam tu kan. Tapi soalan-soalan saya yang saya terima semua menyedihkan la. Semua tak kan disokong, macam sedih la. Semuanya, soalan saya. Anyway sekarang ini, hari ini berlangsungnya Majlis Tandatangan antara Yayasan Food Bank dengan one of my favorite Program Food Bank, so saya nak tahu boleh ke macam sebab apa yang saya buat ialah Halal Food Bank. Boleh tak benda tu dijawab ataupun bukan dijawab la. Diletakkan di bawah portfolio yang boleh memberi sedikit sokongan daripada biar saya rasa sangat hampa. Jadi saya kalau boleh. Boleh tak Food Bank untuk halal, mungkin boleh diletakkan di bawah Dato’ Batu Maung ataupun Dato’ Pinang Tunggal. Sebab ini berkaitan dengan halal. Dan saya buat program ini pun dengan macam saya kata la. Yayasan Food Bank di bawah KPDNK, lepastu halal ialah saya buat dengan Ustaz Faizal adalah di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Sebab program dengan JAKIM. Dan juga. The orang yang membuat all the retort process itu adalah di UITM under Professor Food Tech. Tak ingat nama sekarang ini. Tapi ada satu team. Dan juga melibatkan Jabatan Kesihatan. Jadi saya haraplah mungkin boleh difikirkan supaya saya sebagai ADUN tak ada
rasa macam terlampau sedih macam tu la. Boleh tak boleh, kalau diletakkan di bawah satu bidang yang lebih positif.
Terima kasih kepada Penanti. Kita ambil apa cadangan Penanti ini untuk selaraskan dari segi koordinasi-koordinasi Jabatan ataupun Kementerian kerana kita tahu bahawa Program Food Bank ini Mutiara Food Bank ini dimulakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Yang Berhormat Sungai Puyu seterusnya program ini di angkat ke pusat diletakkan di bawah KPDNK HEP. Menteri KPDNK HEP. Cuma ada sikit pengiktirafan halal itu yang itu very clear di bawah JAKIM. JAKIM lah authority untuk pensijilan halal. Kita akan ambil pandangan YB. Penanti bagaimana kita boleh supaya tidak ada pertindihan kekeliruan dalam segi functional agensi yang kita ada. Seterusnya saya ingin sentuh sedikit berkenaan Gerakan Pengguna Daerah. Bermula Januari 2019 kumpulan pemantau pengguna yang ada di peringkat negeri dulu telah digantikan dengan kumpulan gerakan pengguna daerah agar selaras dan berpadu dengan Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penggguna. Perbezaan GPD di negeri Pulau Pinang berbanding negeri-negeri lain adalah Jawatankuasa GPD terdiri daripada individu yang aktif dalam bidang kepenggunaan dan Persatuan Pengguna dan mewakili badan-badan perniagaan setimpal atas lantikan ADUN atau Penyelaras KADUN. GPD akan dipengerusi oleh pengerusi yang dilantik oleh EXCO Hal Ehwal Pengguna. Bidang tugas tindakan daerah merangkumi perkara-perkara berikut. Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi Peringkat Daerah. Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri dan sebarang perkara berkaitan dengan kepenggunaan. Membantu menyiasat dan mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah. Dan seterusnya membantu dalam program aktiviti anjuran KPDNK HEP Negeri dan Cawangan. Seterusnya Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri. Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri diadakan dua (2) kali setahun. Pengerusi bagi mesyuarat ini adalah Pengarah KPDNK HEP dan dipengerusikan bersama oleh EXCO Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan apa jua perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan melalui perbincangan berdasarkan konsep three (3) parties negotiation….(dengan izin). Iaitu perlindungan antara peniaga dan pengguna dengan kementerian sebagai orang tengah. Selain itu mesyuarat ini juga bertindak sebagai satu badan perundingan untuk membincangkan masalah pengguna yang ketara di peringkat negeri yang seterusnya boleh dikemukakan kepada Kerajaan Negeri jika ia melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Mesyuarat Tindakan Pengguna Negeri Pulau Pinang terdiri daripada Agensi-Agensi berikut: • Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang; • Pejabat Setiausaha Kerajaan: • Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang; • Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang; • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam; • Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil; • Pusat Racun Negara; • Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut; dan • Gerakan Pengguna Daerah.
Sedikit seterusnya tentang Penang International Halal Hub yang saya pengerusikan. Alhamdulillah pada tahun ini PIHEC nama ringkasannya PIHEC kita telah mengadakan Ekspo dan Conference pada tahun yang ke-10. Kali ini kita, sungguhpun bilangan booth yang ada 315 kurang daripada tahun lepas tapi kita mempunyai pemamer yang berkualiti pada tahun ini dan buat pertama kali, kita mengadakan sempena tajuk conference itu Penang Digitalization and The Halal Industry, kita telah mengadakan buat pertama kali Conference the Global Halal Globe Change untuk supaya usahawan-usahawan kita bersedia dengan era digital economy ini. Dan conference ini mendapat sambutan yang besar dan menarik minat ramai vendor yang untuk mengetahui lebih lanjut tentang globe change ini dan setelah 10 tahun Penang International Halal Hub ditubuhkan kita dapati industri yang ini telah menarik minat bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Baru-baru ini kita di Dubai, kita telah menandatangani PIHH dan Dubai Airport Free Zone Area telah menandatangani MoU untuk bekerjasama sebagai dua pusat dagangan utama di rantau ini. Dubai Airport Free Zone Area position mereka sebagai pusat global halal market dan kita Pulau Pinang ingin meletakkan diri Pulau Pinang sebagai The Halal Asian Gate Away untuk rantau ini dan ini peluang baik pada kita kerana Pulau Pinang memang dari segi sejarah adalah sebuah trading house pada kurun ke-17 dan ke-18 kita telah pun menjadi pusat dagangan utama kepada Medan, kepada Myanmar, kepada Phuket dan ini peluang baik untuk kita dua (2) buah wilayah. Kalau Dubai mewakili wilayah UAE (United Arab Emirates), kita mewakili Malaysia, Pulau Pinang 13 buah negeri di Malaysia. Dubai mewakili 7 buah Emirates di bawah UAE. Dan kita perlu bersedia dari segi logistik, warehouse yang dan ini peluang baik sempena pembesaran airport Pulau Pinang untuk kita menjadikan kembali menjadi satu trading house utama di rantau ini.
Minta laluan.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Tadi sememangnya Yang Berhormat Batu Maung telah memberikan penjelasan yang amat teliti. Khususnya dengan prestasi dan perkembangan Penang International Halal Hub ini dan baru-baru ini juga satu persetujuan juga ditandangani bersama pihak kita dari Dubai ini. Jadi cumanya ingin saya mencadangkan mungkin tiba masanya Penang International Halal Hub untuk melangkah ke depan untuk memasuki mungkin pasaran negara China yang agak besar ini sebab memandangkan terdapat populasi Agama Islam yang besar di negara China dan kita di Pulau Pinang ini kita mempunyai kelebihan di mana bukan sahaja dalam Bahasa Melayu yang kita faham tetapi Bahasa Cina dan Bahasa India juga kita mempunyai kelebihan dari segi bahasa itu. Jadi mungkin saya akan cadangkan kepada Penang International Halal Hub mungkin selain daripada beberapa negara yang berdekatan dengan kita, mungkin tiba masanya untuk kita melangkah ke hadapan untuk memasuki pasaran negara China yang agak besar ini.
Pengkalan Kota. Negeri China antara negeri-negeri yang menjadi kawasan tumpuan, ataupun target, sasaran kita tahun ini dan tahun akan datang dan kita akan adakan Penang Trade Fair di negeri-negeri ini termasuk juga Taiwan dan juga Jepun. Follow up daripada delegasi kita yang ke Jepun pada bulan September dan November, kita telah secara agresif ni akan terokai pasaran-pasaran ini. Seperti mana yang sedia maklum, kita seperti mana Dubai, Singapura kita bukan ada, tak cukup resources tetapi kalau kita lihat Singapura, Dubai,
mereka menggunakan kedudukan strategik mereka untuk maksimakan efficiency, kecekapan logistik, warehousing, trans-shipment dan re-export sebagai satu kelebihan untuk mengumpul resources yang ada di negara-negara jiran kita, Thailand, Indonesia, Myanmar untuk re-export dan trans-shipment. Ini yang akan kita beri tumpuan sikit hari lagi supaya readiness untuk kita menceburi market, pasaran-pasaran ini dapat kita capai dan membantu usahawan kita. Seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya pada MMK Perdagangan Dalam Negeri, Antarabangsa dan Keusahawanan sepanjang tempoh sidang Dewan kita ini dan kita percaya dengan dunia teknologi ini kita akan terus menimba ilmu untuk mantapkan Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menjadikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri yang terus memimpin dalam industri teknologi, perdagangan dan juga pelancongan di Malaysia dan seluruh dunia. Terima kasih dan Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjung Bunga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bermula dengan merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua sidang Dewan Undangan Negeri ke-14, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir untuk dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri. Beberapa isu dan cadangan baru telah dibangkitkan dan pentadbiran ini pastinya akan memberi perhatian dan keprihatinan ke atas segala cadangan yang bermanfaat demi meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, sukacita dimaklumkan bahawa pada masa ini Kerajaan Negeri giat meneruskan pelaksanaan sembilan (9) projek pembinaan dan menaiktaraf jalan yang telah diperincikan dalam Belanjawan 2019 dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM7,338,000.00 selaras dengan notis perubahan yang diluluskan Jabatan Kewangan Negeri di mana satu (1) projek telah pun siap pembinaan, enam (6) projek lagi dalam peringkat pembinaan dan dua (2) projek dalam peringkat rekabentuk dan kerja awalan. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan pembangunan infrastruktur yang lestari dan seimbang di negeri ini. Sehubungan dengan itu, setiap projek infrastruktur dirangka dengan teliti berdasarkan kepada keperluan semasa dan peruntukan yang tersedia. Saya menjawab terdahulu kepada Yang Berhormat Sungai Dua yang menyuarakan bantahan daripada penduduk mengenai pembinaan pembahagi jalan ataupun median di kawasan Sungai Dua kerana menganggu perniagaan setempat. Sebagai makluman Yang Berhormat, projek ini dilaksanakan sebagai tindakan penyelesaian terhadap aduan daripada pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku di jalan tersebut setelah diteliti cadangan pelaksanaannya dengan mengambil kira faktor keselamatan pengguna. Cadangan pembinaan pembahagi jalan tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Lalulintas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 12 April 2019 dan tempoh percubaan melalui pemasangan plastic barrier selama sebulan kini sedang dijalankan di lokasi sementara proses perolehan bagi pembinaan median kekal diselesaikan. Dalam hal ini, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya adalah lebih diutamakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bertam…(gangguan).
Tambahan.
Oh sila.
Terima kasih Tanjung Bunga. Cuma saya nak bangkitkan sikit tambahan supaya jika projek ini telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa Lalu Lintas untuk pembinaan, cuma kita minta pembinaannya melibatkan penambahbaikan yang membolehkan jalan tu dibuat susur maknanya U-turn tu boleh digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat ataupun sederhana berat. Sebab kalau tak boleh maknanya jalan tu akan menjadi jalan yang menyusahkan kepada bas pelancong dan sebagainya yang mungkin akan menjejaskan perniagaan di situ dan juga menyusahkan kenderaan berat seperti lori, tanker minyak dan sebagainya yang nak masuk ke kawasan stesen minyak di situ. Jadi itu yang perlu diberi perhatian oleh pihak JKR untuk tujuan pembinaan pembahagi jalan dan satu lagi kalau boleh, saya dah pernah masuk permohonan dululah untuk kita buat jalan lencongan bagi mengelakkan kesesakan di Pekan Sungai Dua waktu pagi dan juga petang. Dan lencongan ini melibatkan jalan-jalan baru di kawasan bendang sampai ke kawasan Nyior Sebatang. Maknanya daripada Nyior Sebatang dia takkan masuk ke dalam pekan, dia akan keluar ikut jalan susur itu. Kalau boleh dilihat semula permohonan ini. Saya dah masuk, pihak JKR dah buat cadangan dulu tapi kalau boleh dilihat semula untuk mengelakkan kesesakan di kawasan Sungai Dua.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Mengenai cadangan untuk melihat kepada penambahbaikan jalan tersebut saya akan sampaikan kepada MPSP dan JKR dan juga untuk permohonan jalan lencongan untuk elak kesesakan di Pekan Sungai Dua. Yang Berhormat Bertam pula menyentuh berkenaan projek menaiktaraf jalan dua lorong ke empat lorong dari Permatang Tok Elong hingga Jambatan Merdeka, di mana terdapat aduan penduduk kampung sukar melintas jalan dan perlu membuat U-turn yang jauh. Yang Berhormat telah memohon projek khas Jabatan Kerja Raya, Pasukan Projek Khas Jabatan Kerja Raya untuk mengkaji semula laluan di kawasan penduduk. Sebagai makluman Yang Berhormat, di sepanjang 9 kilometer jajaran jalan kawasan projek ini terdapat enam (6) lokasi U-Turn yang boleh digunakan oleh penduduk dengan jarak maksimum 2.6 kilometer antara satu U-turn ke U-turn yang seterusnya, manakala jarak minimum adalah 225 meter. Bagi kawasan Permatang Pak Elong, lokasi U-Turn adalah di Simpang Permatang Sintuk di mana jarak dari chainage permulaan adalah 1.1 km. Yang Berhormat pasti setuju bahawa faktor keselamatan harus diutamakan, justeru penduduk perlu diberikan kesedaran untuk menggunakan laluan U-turn yang disediakan bagi menjaga keselamatan masing-masing. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat agar jejambat pejalan kaki yang boleh dilalui motosikal dibina untuk menyelesaikan masalah ini, Unit Projek Khas Cawangan Jalan mengambil langkah untuk mencadangkan perkara ini kepada pihak Head of Project Team, dari Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk mengambil kira perkara ini di dalam skop kerja projek dan juga projek-projek lain di Pulau Pinang pada masa akan datang. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang mengenai kualiti jalan tar di Pulau Pinang yang masih dalam keadaan berkualiti rendah di mana banyak jalan raya yang tidak sekata, berlubang dan membahayakan, Yang Berhormat meminta agar Kerajaan Negeri mengkaji semula masalah ini dengan teliti dan mencari penyelesaian yang holistik. Yang Berhormat juga mencadangkan agar JKR menggunakan spesifikasi tar yang lebih berkualiti tinggi. Yang Berhormat, JKR menjelaskan bahawa jalan raya sangat sensitif dengan
kehadiran air. Air hujan yang bertakung di atas permukaan jalan merupakan antara punca utama yang menyebabkan jalan raya berlubang. Selain ini, kenderaan melebihi berat juga menjadi faktor kepada kerosakan permukaan jalan. Dalam memastikan kualiti jalan raya di negeri ini berada pada tahap yang baik, JKR mengambil langkah melaksanakan audit di kuari-kuari bagi memastikan penghasilan premix adalah mengikuti spesifikasi JKR. Hanya kuari yang menepati dan memenuhi spesifikasi JKR sahaja yang diberi kelulusan untuk membekal premix bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan oleh jabatan. Sebagai makluman Yang Berhormat juga, kawalan suhu premix merupakan langkah untuk mengawal kualiti premix di mana purata suhu premix keluar daripada kuari adalah pada sekitar 1600C-170oC. Sekiranya premix tersebut ditutup dengan kanvas secara rapi ketika di atas lori, suhu premix tersebut mampu bertahan melebihi lapan jam sebelum menurun ke suhu purata 1300C-1400C dan sebelum kerja-kerja penghamparan premix, suhu premix di atas lori tersebut akan disukat terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dilaksanakan. Hanya suhu premix tidak kurang daripada 1300C diterima untuk kerja-kerja tersebut. Kawalan ini dapat memastikan kualiti tar jalan raya yang diturap. Selain itu juga terdapat kuari yang beroperasi untuk membancuh premix pada waktu malam bagi mengawal kualiti suhu premix berdasarkan kepada permintaan. Di samping itu, perlu dijelaskan juga bahawa tampalan jalan yang dilaksanakan oleh syarikat utiliti setelah mengorek jalan untuk kerja-kerja menanam utiliti adalah bersifat pembaikan sementara. Seringkali aduan yang kita terima adalah mengenai tampalan sementara ini dan biasanya kurang memuaskan. Ini kerana pembaikan kekal di mana keseluruhan jalan akan diturap hanya akan dilaksanakan setelah kerja pihak utiliti telah siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita tetap memantau kualiti pembaikan sementara oleh pihak utiliti agar berada dalam keadaan yang selamat kepada semua pengguna jalan raya. Pihak JKR juga telah menetapkan supaya semua kerja-kerja pengorekan jalan menggunapakai Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR Pindaan 2018 yang menetapkan hanya kaedah Horizontal Direct Drilling (HDD) sahaja dibenarkan bagi semua korekan yang merentangi jalan utama. Manakala bagi kerja korekan jalan dengan trafik yang rendah kaedah korekan terbuka (open cut) hanya dibenarkan sebagai last resolve pilihan terakhir atas persetujuan Pengarah JKR Negeri berdasarkan SOP semasa Jabatan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Batu Lancang…(gangguan).
Soalan satu ya.
Ya.
Saya hendak tanya, tadi sebut pasal tile and all that tapi sink hole yang berlaku the last sidang DUN yang berlaku di jalan depan Mengkuang Dam berlaku disebabkan oleh pipe line daripada pekebun. Maknanya mereka letak paip air di bawah jalan untuk pergi ke kebun dia. Itu telah menyebabkan mula-mula sink hole itu kecil saja by the time saya lalu saya mula dapat aduan daripada reporter dia kecil sahaja tapi bila time balik dari sidang DUN saya lalu sudah jadi besar sangat. Boleh tak pihak JKR, JPS siapa-siapa pastikan sekarang ini disebabkan berlaku juga kepengondolan bukit. Jadi saya hendak minta sebab last sidang DUN sudah berlaku sink hole yang sangat besar sebab air masuk di bawah jalan. Lagi satu, saya hendak minta jawapan daripada JPS untuk bagi syor ataupun bagi rasa kepastian adakah pengondolan bukit yang telah menambak paya dan buang semua hutan itu apakah risiko banjir lumpur, saya takut benda itu berlaku lagi. Jadi, since benda ini telah jadi bolehkah JPS ataupun MPSP suruh tuan tanah yang telah menambak paya itu semua dan mata air boleh tak dia korek balik. Korek balik semua paya-paya yang telah ditambak jadi pokok-pokok
tidak boleh nak ditanam balik. Minta ini. Lagi satu ambil iktibar dari apa yang berlaku dari projek JKP. Projek JKP di atas bukit di Padang Ibu. Projek itu jangka antara kelulusan pelan merancang apa engineering pelan apa dan pengondolan bukit itu jadi tanah merah lama sangat sampai menyebabkan banjir lumpur berwarna merah ke Kampung Padang Ibu dan juga ke Taman Guar Perahu. Jadi, saya khuatir kalau sekarang ini sudah jadi tanah merah sudah expose. Since pemaju hari itu telah hantar permohonan perlingkungan semula semua itu saya hendak tahu apakah keputusan SPC? Since sekarang ini pengondolan sudah dibuat walaupun bukan oleh pihaknya dibuat oleh penceroboh. Apakah keputusan SPC? Adakah akan diluluskan ataupun tanah itu akan dibiarkan begitu. Terima kasih.
Terima kasih Penanti. Sebenarnya banyak isu yang dilonggokkan dalam soalan itu. Okey yang pertama sekali mengenai sink hole di depan Mengkuang Dam itu saya akan minta pegawai untuk meneliti dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi risiko banjir lumpur akibat daripada pengondolan bukit itu saya rasa saya akan minta JPS dengan MPSP juga pergi ke kawasan untuk melihat dan sekiranya perlu kita syaratkan ataupun paksa tuan tanah untuk membuat apa-apa kerja mitigasi kita akan ambil tindakan tapi perlu dibuat siasatan terlebih dahulu. Akhir sekali, soalan spesifik mengenai mengenai projek dalam SPC.
Di tempat itulah, di tempat yang telah digondolkan itu. Projek perumahan yang dimohon perlingkungan semula yang saya sudah buat syarat kena ada kolam, kena ada seat trap semua itu syarat-syarat untuk perlingkungan semula telah hantar SPC tapi sampai sekarang ini benda itu sudah digondolkan maknanya semua syarat yang saya letakkan sebagai ADUN takut berlakunya banjir lumpur itu .......meaningless. Benda itu sudah jadi bubur.
Dia bukan meaningless Yang Berhormat.
What I mean is ia…(gangguan).
I understand.
I means is ia sudah botak. Jadi daripada dibiarkan macam itu takut jadi macam projek JKP itulah.
Saya jawab. Sebarang pemajuan dan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sudah tentu akan membawa dengannya syarat-syarat untuk pelan kawalan hakisan dan kelodak (ESCP). Jadi, langkah-langkah dalam ESCP tersebut seperti sediment test fond, check dam sebagainya tujuan untuk mengelak daripada berlaku hakisan tanah dan juga banjir lumpur. Jadi, sekiranya ada kelulusan maka pemaju itu akan ataupun harus menepati semua syarat-syarat dan kita juga akan membuat langkah-langkah pemantauan. Sejak saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ops Lumpur kami telah meningkatkan pemantauan secara spot check tanpa amaran kepada minimum sekali sebulan di setiap daerah iaitu di seluruh negeri lima (5) kali sebulan minimum. Ada daerah yang membuat lebih daripada itu lagi kerap dan kita juga akan targetlah projek-projek yang mempunyai risiko tinggi seperti projek tersebut.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya teruskan…(gangguan).
Beri laluan. Tentang masih balik ke isu jalan. Saya tanya tentang isu jalan yang retaring road yang kita buat ini kita hanya retar dengan retar saja maksudnya dia akan berlapis-lapis so kalaulah kita lihat dengan teliti sekarang surface jalan kita telah lebih tinggi daripada rumah yang asal so saya berharaplah kerja-kerja yang retaring itu boleht ak miling sekali?
Terima kasih Yang Berhormat, saya faham. Isu yang dibangkitkan ini sebenarnya kalau ikut SOP JKR memang perlu dibuat mil and paste dia tidak boleh buat berlapis-lapis. Actually yang saya lihat retaring yang dibuat oleh Majlis lebih kepada itu tapi kalau untuk jalan JKR memang kalau kita ikut spek dan kontraktor memang SOP JKR memang perlu dibuat mil and paste. Jika tidak ada yang dibuat boleh bagi maklumkan saya akan ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya juga daripada Yang Berhormat Batu Lancang yang memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah loji bancuhan asfar di negeri ini yang berintegrasi dengan loji kitar semula asfar. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui JKR amat mengalu-alukan usaha mengwujudkan loji premix alfar di negeri ini justeru cadangan ini perlu diperhalusi bersama-sama jabatan-jabatan teknikal yang lain termasuk pihak berkuasa tempatan, PDT, JPBD, JPS serta Jabatan Kewangan Negeri bagi memastikan setiap aspek diambilkira termasuklah implikasi kewangan sosial dan alam sekitar. Sekiranya dilaksanakan pengauditan juga harus dilakukan untuk memastikan kualiti menepati spesifikasi JKR bagi penggunaannya dalam mana-mana projek dan penyelenggaraan jalan di negeri ini. Tuan Yang di-Pertua, saya memerhati bahawa Yang Berhormat Pengkalan Kota telah mencadangkan supaya satu jawatankuasa koordinasi diwujudkan untuk menyelaras kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan melibatkan jabatan kerajaan dan penyedia utiliti supaya proses pembinaan dan baik pulih jalan sentiasa efisyen. Bagi makluman Yang Berhormat, sememangnya cadangan Yang Berhormat telah pun terkandung dalam terma-terma rujukan bagi Jawatankuasa MMK Kerja Raya dan Utiliti iaitu seperti berikut: (i) Menasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan hal ehwal infrastruktur dan kemudahan awam. (ii) Merangka dasar, peraturan dan garis panduan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk digunapakai oleh jabatan dan agensi kerajaan supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik berkesan dan berfaedah yang maksimum kepada rakyat. (iii) Merancang projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam milik Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dan seterusnya memantau pelaksanaannya. (iv) Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek dan program Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan, dan akhir sekali memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan mengenai isu-isu semasa berkaitan hal ehwal infrastruktur dan kemudahan awam yang memerlukan perhatian dan pertimbangan. Jawatakuasa ini diurusetiakan oleh JKR dan dianggotai oleh agensi-agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah dan Tanah, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Turut dijemput hadir adalah syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional
Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Indah Water Konsortium (IWK) serta ADUN-ADUN yang menjadi ahli jawatankuasa. Matlamat Jawatankuasa MMK ini adalah untuk sama-sama menyelaras dan membincangkan isu-isu melibatkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh semua jabatan dan agensi kerajaan baik negeri mahupun persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pengkalan Kota juga ada menyuarakan agar Kerajaan Negeri diminta untuk memberi tumpuan kepada pembangunan laluan pejalan kaki secara komprehensif di seluruh kawasan Georgetown. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui MBPP sedang berusaha untuk mengwujudkan sebuah bandar mesra pejalan kaki di seluruh kawasan Pulau termasuklah Georgetown. Setiap tahun MBPP akan menyediakan peruntukan untuk menaiktaraf dan membina laluan pejalan kaki yang bersambungan di dalam kawasan Bandaraya George Town. Setiap pembangunan baru juga turut disyaratkan oleh MBPP untuk menyediakan laluan pejalan kaki mengikut rekabentuk sejagat (universal design). Dari tahun 2008 sehingga awal tahun 2019, sejumlah 30.92 km laluan pejalan kaki yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk sejagat telah dibina dan dinaiktaraf di dalam kawasan Bandaraya George Town. Seterusnya bagi meningkat. Ya, sila…(gangguan).
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga tadi telah memberikan satu jawapan yang padat tentang usaha untuk naiktarafkan laluan pejalan kaki khususnya di kawasan George Town. Saya rasakan sebab Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PIP) ialah satu faktor yang amat penting memandangkan cadangan untuk itu LRT punya stesen salah satu terletak di kawasan Sia Boey iaitu di dalam heart of George Town. Jadi saya rasa sepatutnya kita meningkatkan lagi usaha untuk memastikan agar laluan pejalan kaki kita semua sedia memandangkan dengan adanya sistem LRT ini sememangnya kita akan menjangkakan lebih banyak pejalan kaki yang akan berada di kawasan George Town ini. Jadi harap usaha ini dapat dipertingkatkan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat saya setuju. Dan sebenarnya juga termasuk dalam rancangan. Saya rasa antara salah satu jalan yang sukar untuk direntasi adalah Jalan Lim Chwee Leong. Sebenarnya kita nak mengadakan stesen LRT di kawasan Sia Boi maka pedestriantation dan cara-cara melintasi jalan itu kita perlu memberi perhatian. Seterusnya meningkatkan kesedaran…(gangguan).
Mohon mencelah.
Sila.
Saya ada soalan hendak tanya. Bila kita hendak menyebut tentang laluan pejalan itu khususnya dengan reka bentuk yang sejagat itu memang penting memang sesuatu yang dialu-alukan. Setakat ini kita tahu bahawa pihak MBPP telah pun melakukan usaha yang agak baik terutamanya di kawasan George Town. Tapi apa yang saya hendak tanya adalah apakah perancangan di luar kawasan George Town khususnya di bawah penyelenggaraan JKR dan sebagainya sebab saya beri contoh sebab di kawasan Seri Delima ada beberapa kawasan residential area…(dengan izin). Jadi di kawasan–kawasan ini kawasan pejalan kaki itu hampir tidak wujud dan amat berbahaya. Jadi pada masa yang sama kita hendak menggalakkan
orang ramai menggunakan transport awam macam bas dan sebagainya tapi tidak ada pedestrianlization…(dengan izin) seperti mana Yang Berhormat Tanjung Bunga telah menyebutkan tadi. Jadi mohon beri pencerahan sedikit.
Minta pencerahan Tanjung Bunga.
Excellent.
Terima kasih kepada Tanjung Bunga. Tentang pedestrian iaitu pejalan kaki saya hendak tanya sama ada Tanjung Bunga setujukah untuk laluan pejalan kaki selalu orang yang tidak ada kenderaan biasanya adalah pelajar, budak-budak sekolah. Saya hendak tanya di sini adakah kita ada satu perancangan untuk semua sekolah di Pulau Pinang ini di luar sekolah itu ada pejalan kaki sekurang-kurangnya bagi pelajar dan budak sekolah mereka boleh jalan satu kilometer balik ke rumah. Contohnya di kawasan Berapit Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit di luar sekarang sekolah itu tinggal satu bilik, satu main door saja satu pintu utama di luar tetapi di luar tidak ada pejalan kaki dan pelajar mereka tidak bukan semua ada kereta dan bukan semua naik bas sebab mereka tinggal di perkampungan Berapit dan jalan balik ke rumah dengan satu kilometer adalah bahaya sebab mereka kena melintas jalan fly over di depan mereka. Semasa saya minta memang pun pihak sekolah dan minta JKR bersama-sama kita pergi buat lawatan tapi dengan jawapannya ini adalah satu perbelanjaan yang sangat tinggi. Jadi buat masa sekarang tidak ada bajet tapi ini memang membahayakan pelajar. Jadi saya minta Tanjung Bunga mempertimbangkan adakan pejalan kaki di luar sekolah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Delima dan juga Berapit atas cadangan-cadangan yang baik. Sebenarnya saya akur juga bahawa laluan pejalan kaki di jalan-jalan JKR adalah kurang memuaskan berbanding dengan laluan pejalan kaki MBPP yang telah saya rasa dalam tahun-tahun yang lepas memulakan projeknya untuk menaik taraf mengikut spesifikasi universal design dan saya akan akan menyaran agar JKR juga akan meningkatkan ya prestasi mereka dalam pembinaan laluan pejalan kaki.
Minta laluan Yang Berhormat Tanjung Bunga saya nak (dengan izin) seperti yang dikatakan tadi (dengan izin)...universal design yang kita punya Penang Accessibility Action Group sedang meluluskan satu checklist....(dengan izin) untuk kegunaan bukan sahaja PBT-PBT di Pulau Pinang tetapi kemungkinan juga dengan JKR lah adakah Yang Berhormat akan menolong kita untuk tengok potential untuk guideline ini diluluskan dalam pelaksanaan JKR juga. Terima kasih.
Saya rasa kita boleh pertimbangkan dan mungkin kita boleh bawa sebagai Agenda dalam Mesyuarat MMK Kerja Raya yang akan datang. Untuk Yang Berhormat Berapit saya setuju kawasan sekolah khususnya perlu amat-amat perlu laluan pejalan kaki yang selamat. Kita mempunyai masalah di negeri ini di mana laluan pejalan kaki ini kurang diberi penghormatan dan pengiktirafan. Jadi sebenarnya dianggap oleh ramai orang sebagai kawasan meniaga dan kalau kita buat laluan pejalan kaki yang cantik dan biasanya ada gerai dan struktur di atasnya. Jadi ini saya, saya menghadapi masalah yang sama di kawasan saya
juga dan apabila kita nak mengambil tindakan ke atas gerai-gerai tersebut dia akan menjadi isu yang besar. Tetapi macam manapun untuk kawasan sekolah kita akan bagi perhatian dan saya akan follow up lah isu di SMK Berapit tersebut.
Lagi satu untuk pejalan kaki di sekolah sebagai contohnya ni saya dah banyak kali bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah tapi JKR selalu setiap kali mesyuarat dia kata akan tanya kepada EXCO lah kot tetapi sampai sekarang tak ada jawapan. Pihak sekolah sebab Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, sekolah rendah dia memang mengalami banjir lamalah nak masuk sekolah pun dia kena letak plank. Apa yang mereka mohon tempat laluan pavement tu boleh tak letak macam di KL semuakan dia orang ada letak bumbung. Bila hujan sekurang-kurangnya pavement tu budak-budak kecil boleh berlindung di bawah tu masa menunggu jalan ke, menunggu parents ke.
Mungkin yang ini Yang Berhormat pun boleh bincang dengan pihak sekolah dengan menyediakan payung ke apa saya rasa kalau nak bina struktur bumbung itu mungkin bukan dalam skop yang biasa Yang Berhormat. Mungkin boleh dibincangkan saya yakin kita boleh cari penyelesaian. Kalau nak kita boleh bincangkan kemudian. Saya nak teruskan pejalan kaki ni belum tak habis lagi. Bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai terhadap keselamatan dan keselesaan pejalan kaki, saya rasa Yang Berhormat semua pun maklum ada kempen Pedestrian Is King yang telah dilancarkan pada hujung tahun 2015 dan bagi meneruskan usaha ini MBPP sedang menjalankan Pedestrian Is King 2.0 yang akan memberi perhatian kepada halangan-halangan dan gangguan-gangguan di laluan-laluan pejalan kaki sepertimana yang saya sebut tadi yang menimbulkan kesulitan dan menjejaskan keselamatan pejalan kaki. Antara tindakan yang dijalankan oleh MBPP adalah untuk mengeluarkan halangan-halangan tetap dan sementara di laluan-laluan pejalan kaki sedia ada seperti pokok, pasu bunga, tembok batu, pagar besi, kerusi, meja makan. Untuk tahun 2019 MBPP telah mensasarkan tiga (3) lokasi bagi mengeluarkan halangan-halangan tetap dan sementara iaitu di Lebuh King, Lebuh Melayu dan juga Jalan Datok Keramat. Tambahan juga sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama Asian Development Bank telah menjalankan kajian Penang Green Transportation Study bagi merangkakan pelan tindakan jangka masa pendek dan sederhana bagi meningkatkan kelestarian mobiliti ataupun sustainable mobility di bandar Warisan Dunia George Town. Antara skop kajian tersebut adalah untuk menjadikan George Town lebih mesra pejalan kaki, mengoptimasikan perkhidmatan bas sedia ada, meningkatkan penggunaan basikal, mengkaji semula dasar parkir kereta serta menyediakan pelan elektrifikasi masa depan. Sebab kita bayangkan pada masa depan akan ada banyak kenderaan-kenderaan elektrik ya, Electric Vehicles dan EV ini tidak memerlukan gas station, petrol station dia memerlukan sebaliknya tempat untuk mengecaj kenderaan mereka. Jadi semua ini perlu diambil kita apabila kita membuat perancangan masa depan dan Kajian Penang Green Transportation Study ini antara skopnya adalah untuk melihat di Bandaraya George Town khususnya bagaimana kita boleh mewujudkan ya, prasarana untuk masa depan. Kajian tersebut telah bermula pada Januari 2019 dengan penglibatan agensi-agensi berkaitan dan kini dalam proses penyediaan laporan. Beralih kepada Yang Berhormat Pulau Betong yang memohon agar Kerajaan Negeri menyegerakan kerja-kerja membaik pulih Jalan Tun Sardon. Sebagai makluman Yang Berhormat, susulan kejadian hujan lebat selama 15 jam pada November 2017 yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh termasuk di Jalan Tun Sardon (P14), sebanyak empat
(4) cerun besar bakal dilaksanakan pembaikannya oleh JKR pada pertengahan Mei 2019 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Manakala empat (4) cerun telah pun siap dibaiki pada tahun 2018 melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tambun ada memohon agar Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk membina jejambat yang menghubungkan Jalan Tasek Mutiara 2 ke Jalan Bukit Tambun.
Bukan, memang sedia ada naik taraf daripada dua (2) laluan kepada (4) laluan.
Dia ada jejambat?
Ya.
Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat dan tapi bagi makluman Tasek Mutiara 2 masih belum diserahkan oleh pihak pemaju kepada JKR. Walau bagaimanapun JKR perlu mengkaji dengan lebih teliti dahulu perincian cadangan pelaksanaan penaiktarafan jejambat yang dicadangkan tersebut bagi menghubungkan Jalan Tasek Mutiara 2 dengan Jalan Bukit Tambun. Dia akan melintasi FT01 itu sahaja.
Jalan tersebut akan melintasi laluan keretapi.
Laluan keretapi.
Lintasan keretapi, sebenarnya merujuk kepada Soalan Bertulis nombor pertama saya iaitu adakah pemaju Bandar Tasek Mutiara disarankan untuk menaik taraf jejambat sedia ada. Dan jawapan, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Datok Keramat adalah “tiada”. Tapi sebenarnya bagi kawasan Bandar Tasek Mutiara masih terdapat lebih daripada 1,000 ekar belum dibangunkan baru-baru ini mereka baru sahaja membeli tanah dari TPPT dan jalan tersebut juga akan disambung ke Hijauan Hill iaitu SMJK Jit Sin Selatan. Oleh itu saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat meneliti sepanjang lalu lintas tersebut merupakan sempadan antara kawasan DUN Bukit Tambun dengan Sungai Bakap dan juga dilalui oleh Timbalan Ketua Menteri II setiap hari.
Baik, terima kasih Yang Berhormat atas cadangan saya rasa kalau akan ada pemajuan akan datang maka kita melihat mungkin juga mensyaratkan kepada pemaju tersebut saya rasa adalah sebahagian daripada Tambun Indah dan kita minta mereka untuk menaik taraf jejambat tersebut kita akan beri perhatianlah. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Tambun juga memohon agar Jalan Bukit Tambun dapat diturap semula secara keseluruhannya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, JKR telah pun memohon peruntukan untuk menurap baki Jalan Bukit Tambun yang masih belum diturap. Penurapannya secara keseluruhan akan dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan. Dan sebagai makluman tambahan, kerja-kerja penurapan sepanjang 0.7 km di jalan tersebut telah dilaksanakan dan siap pada 22 April yang lalu namun road markings belum lagi
dibuat kerana perlu tunggu 10 hari agar garis tidak menjadi hitam jika dibuat terlalu awal. Ujian jalan baru sahaja selesai dua (2) hari yang lepas dan garis jalan yang tetap akan dibuat dalam masa terdekat. Yang berhormat Permatang Berangan, oh, tidak hadir ada membangkitkan mengenai lampu isyarat di Simpang Tiga Tai Thong, Tasek Gelugor. Berkenaan dengan isu ini saya pernah menjawab di Mesyuarat Dewan yang lalu bahawa kajian TIA Traffic Impact Assessment sememangnya mendapati bahawa ada keperluan untuk mendirikan lampu isyarat di persimpangan ini. Justeru ia telah disyaratkan oleh JKR kepada pihak pemaju iaitu Tetuan KG Saw Holdings Sdn. Bhd. yang bercadang untuk membina skim perumahan di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Kebenaran Merancang masih di peringkat OSC MPSP dan masih belum diluluskan atas sebab pemaju masih belum menunaikan syarat. Rata-rata di kalangan kita sedar dan prihatin akan keadaan jalan raya di negeri ini yang memerlukan penyelenggaraan yang lebih baik bagi menjaga keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. Sebagai makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk mengangkat permohonan cadangan untuk mewartakan semula jalan-jalan Persekutuan di negeri ini kepada jalan-jalan negeri agar penyelenggaraannya lebih mudah dipantau di bawah Kerajaan Negeri. (Ahli Dewan menepuk meja) Cadangan ini mensasarkan hampir 70% daripada jumlah jalan persekutuan di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk dimohon pewartaan semula pada jalan-jalan negeri. Prosedur untuk membatalkan warta jalan persekutuan dan penukaran kepada jalan negeri akan memerlukan tempoh yang agak lama bermula dengan mengemukakan permohonan-permohonan JKR Pulau Pinang kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Ibu Pejabat. Yang ini kita dah buat sebelum ianya dikemukakan kepada JKR Ibu Pejabat semestinya cadangan ini perlu mendapat persetujuan PIhak Berkuasa Negeri, inilah proses yang kita buat. Kita dah tulis surat kepada JKR Cawangan Jalan untuk mendapat ulasan dan maklum balas dan kita baru terima maklum balas yang terbaru iaitu untuk mencadangkan agar Kerajaan Negeri meneruskan dengan proses di peringkat Pihak Berkuasa Negeri terdahulu sebelum diangkat kepada Kementerian. Jadi kita akan bentangkan dalam Mesyuarat MMK Kerja Raya yang akan datang supaya kita boleh angkat selebihnya kepada EXCO. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun untuk membuat pertukaran nama Jalan Besar Pekan Sungai Bakap di Nibong Tebal kepada Jalan Dr. Goh Cheng Teik. Saya mencadangkan agar Yang Berhormat membuat permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Negeri Nama Georgrafi Pulau Pinang agar proses pertimbangan yang melibatkan stakeholders engagement dapat dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk isu banjir. Isu banjir adalah antara masalah besar yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang. Percayalah bahawa ia juga menjadi antara keutamaan besar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini dapat dilihat daripada komitmen Kerajaan Negeri dari segi komitmen kewangan yang diperuntukkan oleh pentadbiran ini bagi tujuan Projek Tebatan Banjir yang setakat ini berjumlah RM245,674,526.20 bagi 86 projek yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri Pulau Pinang. Ini terdiri daripada 68 projek yang dibiayai caruman perparitan yang berjumlah RM233,224,526.20 dan 17 projek daripada peruntukan pembangunan negeri P08 iaitu sebanyak RM2,450,000.00 dan satu projek MBPP bernilai RM10,000.000.00. Saya yakin tidak ada Kerajaan Negeri lain di negara ini yang memperuntukkan jumlah yang begitu besar bagi tujuan menangani banjir. Tambahan kepada itu, sejak kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan pada tahun lepas, Pulau Pinang tidak lagi dianaktirikan dalam hal peruntukan bagi Projek Tebatan Banjir.
Projek seperti Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang yang telah dipohon sejak hampir 20 tahun lalu kini telah diluluskan dan dimulakan. Malah jumlah peruntukan yang telah diterima oleh Pulau Pinang bagi Projek Tebatan Banjir sejak tahun lepas adalah sebanyak RM194,500,000.00 dengan pecahan, dengan pecahan RM150,000,000.00 untuk RTB Sungai Pinang, RM10,000,000.00 untuk RTB Teluk Kumbar, RM8,000,000.00 untuk RTB Teluk Bahang, RM10,0000,000.00 untuk RTB Pondok Upeh dan yang terbaru RM16,500,000.00 untuk RTB Sungai Kechil.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklumbalas kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah yang menyatakan bahawa muara Sungai Juru semakin cetek dan memerlukan pengorekan. Kerajaan Negeri maklum dan prihatin mengenai banjir di kawasan Sungai Juru. JPS telah pun memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2019 untuk tujuan pemuliharaan Sungai Juru dengan nilai projek berjumlah RM500,000.00 dan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan. Skop kerja yang akan dilaksanakan di bawah cadangan projek ini adalah melibatkan kerja-kerja mengorek dan mendalam muara dan sungai di Sungai Juru. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga tidak duduk diam malah telah mengambil usaha-usaha lain sementara kelulusan diperolehi, di mana sejumlah RM633,895.00 telah pun diluluskan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2017 sehingga 2019 bagi tujuan penyelenggaraan dan tebatan banjir melibatkan Sungai Juru. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM200,000.00 diluluskan untuk pelaksanaan dua (2) projek pada tahun 2019 melibatkan kerja-kerja mendalam dan membaiki Sungai Juru dan kerja-kerja mendalam dan membaiki sungai dan parit di Kuala Juru. Pada masa ini, kedua-dua projek tersebut sedang dalam proses penilaian sebut harga. Yang Berhormat Bukit Tengah ada mengesyorkan agar satu unit khas ditubuhkan untuk memantau sungai-sungai di Pulau Pinang secara menyeluruh dengan menwujudkan Integrated River Management Plan yang diguna pakai untuk memahami punca-punca pencemaran sungai, kajian semula undang-undang sedia ada untuk mencegah pencemaran, penguatkuasaan yang lebih agresif dan menubuhkan unit khas bagi pemantauan pencemaran yang melibatkan semua agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Sebagai makluman Yang Berhormat, negeri Pulau Pinang mempunyai 168 sungai di 23 lembangan utama yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Pasukan Task Force di bawah Jawatankuasa Pasukan Khas Menangani isu pencemaran Sungai dan Laut di Pulau Pinang telah pun ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi memantau, merekodkan, mengenalpasti dan mengatasi punca-punca pencemaran sungai dan pantai selain berperanan untuk menggembleng kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu pencemaran sungai dan laut di Pulau Pinang secara bersepadu. Antara terma rujukan dan peranan utama jabatan dan agensi yang terlibat dalam Task Force ini adalah seperti berikut: (i) JPS merupakan urusetia bagi Task Force Pencemaran Sungai dan JPS juga bertanggungjawab ke atas pengurusan lembangan sungai serta mengenal pasti tindakan jangka pendek untuk memulihkan sungai yang tercemar. Sebagai contoh, tindakan yang telah diambil di Sungai Pinang adalah pembinaan Gross Polutant Trap, melaksanakan teknologi iQPR bagi peningkatan Water Quality Index di Sungai Pinang dan melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai secara berkala. Manakala bagi tindakan jangka panjang, JPS akan merancang
dan melaksanakan RTB secara penyelesaian menyeluruh (total solution) yang akan melibatkan skop kerja peningkatan kualiti air bagi sungai-sungai yang terlibat. (ii) JAS pula berperanan menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya ke atas punca-punca tetap seperti industri dan bengkel yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada pencemaran sungai. (iii) PBT di bawah bidang kuasanya berperanan menjalankan penguatkuasaan kebersihan premis makanan secara bersepadu dan berjadual, penguatkuasaan pemasangan perangkap gris, program pemutihan semula punca pencemaran dan juga kempen kesedaran orang awam.
Soalan, kenapa bila JAS dah buat siasatan dia ada kuasa untuk I mean memberhentikan ke? Sebab sebagai contoh kilang di tepi Sungai Semambu, baru-baru ini jadi JAS dah buat siasatan dia ada tiga (3) kilang tapi bila check Pejabat Tanah kata ini grade one, mean first grade so first grade tanah macam tak ada apa yang boleh apa dibuatkan.
Jika memang berlaku pencemaran ada siasatan dan ada bukti maka tindakan undang-undang boleh diambil oleh JAS.
Dia boleh buat apa?
Sekiranya melanggar akta..
Dia boleh tutup operasi ke? Dia boleh buat apa? MPSP ke yang sepatutnya buat?
Macam-macam tindakan, ya ya kalau pihak berkuasa tempatan dia boleh ambil tindakan ke atas permit dan sebagainya, lepas itu kerajaan juga boleh mengambil tindakan undang-undang.
Tapi kalau tu first grade tanah tu first grade macam mana?
Persoalannya adalah adakah dia melanggari garis panduan dalam akta tersebut? Akta Kualiti Alam Sekitar Yang Berhormat.
Ya tapi dia tak ada tutup kilang itu atau buat apa-apa pun.
Mesti ada tindakan kalau ada melanggari.
Dia hanya beritahu je dalam mesyuarat kita tapi tanah itu first grade saya nak tahu.
Saya akan semak Yang Berhormat.
Kalau first grade makna tak ada apa yang boleh dibuat ke?
Tidak that not exist immunity Yang Berhormat, there no such thing if you polute the river of course you have to face the action Yang Berhormat, tak mungkin tak mungkin saya akan semak kes ini saya tidak pasti spesifiknya tapi saya yakin.
So di Kampung Tok Elong di Sungai Semambu.
Okey terima kasih. Saya habiskan, Pejabat Daerah dan Tanah berperanan dalam mengambil tindakan ke atas pencerohan tanah rizab kerajaan, khususnya berhampiran kawasan sungai. Jadi Yang Berhormat Bukit Tengah, Task Force ini bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali setahun dan berjaya melaksanakan penambahbaikan dalam meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan terhadap industri dan premis perniagaan seperti bengkel, gerai makanan, pasar basah yang berlesen dan tidak berlesen serta ladang-ladang ternakan haiwan yang mencemarkan perairan melalui pelepasan secara langsung dan tidak langsung ke sungai dan laut. Selain daripada itu, peningkatan penguatkuasaan ini juga telah meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tanggungjawab bersama menjaga kebersihan sungai dan laut di negeri ini. Di bawah Task Force ini, tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas di bawah bidang kuasa jabatan-jabatan yang terlibat dilaksanakan menerusi operasi bersepadu. Selain itu, terdapat Jawatankuasa Ops Lumpur juga yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi yang telah ditubuhkan untuk melaksanakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan pemajuan mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh JPS seperti yang saya maklum kepada Yang Berhormat Penanti tadi dan garis panduan yang harus diikuti adalah Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP), Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai dan Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) semuanya kena ikut. Merujuk cadangan Yang Berhormat agar satu Integrated River Management Plan diwujudkan, pihak JPS Malaysia telah melantik perunding untuk menjalankan kajian Integrated River Basin Management similar name di Sungai Perai. Kajian ini meliputi Sungai Perai dan 17 anak sungainya serta mempunyai keluasan 447.82 km2 dengan jumlah panjang 60.5 km. Kajian IRBM ini adalah untuk menyediakan satu pelan tindakan untuk pelbagai sektor termasuk konsep reka bentuk dan kos dan akan menjadi panduan kepada kerajaan untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam melaksanakan pengurusan lembangan yang dicadangkan. Objektif utama IRBM ini adalah untuk memastikan kecukupan air, memastikan kualiti air, mengurangkan banjir dan memulihara biodiversity kehidupan di sepanjang lembangan Sungai Perai. Seterusnya saya ingin beralih memberi maklumbalas kepada kenyataan Yang Berhormat Seri Delima…(gangguan).
Ya, Yang Berhormat Bukit Tengah.
Ya, saya amat cukup berterima kasih dengan jawapan yang menyeluruh, bernas dan lengkap jawapan Yang Berhormat mengenai dua perkara isu iaitu berkenaan dengan Task Force yang wujud dan juga ada studies untuk membuat satu River Management Plan untuk Sungai Perai, jadi saya harap bahawa kajian untuk membuat satu River Management Intergrated Plan untuk Sungai Perai boleh juga dilanjutkan dibesarkan kepada Sungai Juru sebab Sungai Juru ini melingkungi satu kawasan yang cukup luas Yang Berhormat. Berkenaan dengan Task Force cuma walaupun ada struktur yang telah ditubuhkan, satu jawatankuasa yang jumpa tiga kali setahun pun seperti yang dimaklumkan tapi saya rasa masih lagi ada isu-isu serius pencemaran yang harus dilihat oleh Kerajaan Negeri. Adakah Kerajaan Negeri sebagai contoh mempunyai rancangan untuk upgrade the water quality of Sungai Juru yang kini saya difahamkan berada di kelas tiga katakan to have a plan to improve it to class two (2) for example dan what is the plan how are? Kalau ada apakah rancangan-rancangan itu dan bagaimana rancangan itu akan dicapai, saya ingin memetik satu nelayan yang duduk di kawasan sini yang dinyatakan dalam satu buku "bukan saya tidak mahu kemajuan saya bukan menghalang kilang-kilang didirikan tapi kenapa perancangan begitu teruk sekali? Kenapa membiar kilang-kilang mencemar sungai kita, pasti mereka tahu kampung kami di sini di muara sungai sudah tentu mereka juga tahu kami bergantung kepada sungai untuk meneruskan kehidupan kami. Kami adalah nelayan-nelayan apa yang kami buat apa yang kami boleh buat sekarang?" Petikan ini adalah daripada seorang nelayan yang dibuat dalam tahun 1976 dalam satu buku cetakan Pencemaran Kuala Juru Berjuang Untuk Hidup. This is a book that produce 40 years ago Yang Berhormat dan di dalam sana memang dah pada ketika itu Sungai Juru sudah pun mengalami pencemarannya agak serius. Di masa pada ketika itu dalam sungai ada lebih 30 jenis ikan yang boleh ditangkap pada masa itu ada senangin, kurau, siakap, siakap tengah, siakap putih, jenahak dan lain-lain lagi. Hari ini hanya tinggal lima (5) jenis itu pun 1979 tapi kita lihat hari ini kita di Sungai Juru Kuala Juru kawasan sana masih lagi mengalami masalah pencemaran yang besar dan saya rasa sedih sebab kawasan itu saya lihat adalah satu kawasan yang cukup besar potensi untuk dijadikan satu kawasan eco tourism and it is a river of life and we should try our best to do everything we can Yang Berhormat untuk memulihkan sungai ini. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Tengah, saya pun berkongsi harapan dengan Bukit Tengah agar sungai-sungai di negeri kita dapat dipulihkan ke tahap yang lagi baik . Memang sesuatu yang amat malang sekali hampir semualah boleh dikatakan sungai-sungai kita mengalami pencemaran yang begitu teruk dan saya rasa tindakan Kerajaan Negeri adalah untuk menangani pencemaran di punca I think we have to address the source of the problem dan antara tindakan yang telah dibuat adalah juga untuk meluluskan Enakmen Penternak Babi 2016 yang akan mewajibkan penternak-penternak babi untuk menggunakan sistem yang tertutup, saya rasa ada by end of this year have to comply sehingga akhir tahun ini compliant kerana antara penyebab dan punca utama pencemaran sungai adalah sisa-sisa daripada ladang ternakan babi ini.
Minta laluan Tanjung Bunga, ya tentang isu pencemaran sungai. Jadi ADUN Tanjung Bunga juga dah katakan bahawa punca kita kena cari punca. Jadi punca itu memang telah kita kenal pasti. Kalau untuk Sungai Pinang kawasan saya adalah di hilir Sungai Pinang. Di mana telah dapat kenal pasti bahawa punca-punca yang mengeluarkan sisa-sisa sama ada pelepasan air kumbahan atau air sisa atau sisa minyak atau dari bengkel-bengkel yang sama ada berlesan atau tidak berlesen telah beberapa tahun sebelum itu telah dikenalpasti. Cuma punca itu masih keluarkan air buangan itu. Jadi walaupun ada teknologi iQPR yang berjuta ringgit untuk kita membuat rawatan
kualiti air sungai, tetapi ia telah berbalik kepada kualiti yang dahulu yang mana sasaran kita kualiti air sekurang-kurangnya ke kelas dua. Sekarang balik kepada kelas ketiga, kemungkinan saya rasa keempat. Jadi punca itu saya nak tegaskan di situ. Punca, kita sudah kenalpasti cuma apakah tindakan, saya tak tau Task Force empat (4) kali bermesyuarat setahun dan jawapan yang didapati oleh saya di sini, statistik tindakan penguatkuasaan oleh JAS di kawasan Sungai Pinang DTL dari 2014 hingga April, untuk 2018 kompaun satu sahaja, notis arahan 11, mahkamah 1. Kalau 2017 kompaun 4, notis arahan 0, tindakan mahkamah 4. Kalau untuk sekarang hingga April, kompaun tak ada. Notis arahan, 1. Tindakan mahkamah, tak ada. Jadi saya rasa kalau punca dah dikenal pasti, boleh tak kesedaran awam, kesedaran daripada kesedaran rakyat jelata, kita tau. Kita mesti ada kesedaran rakyat jelata. Tetapi, yang untuk mereka yang mencemari kualiti sungai kita, yang mencemarkan sungai kita masih degil. Adakah tindakan perlu diambil dengan lebih tegas, supaya supaya matlamat kita boleh capai? Terima kasih.
Terima kasih Sungai Pinang. Saya setuju tindakan penguatkuasaan harus ditegaskan, diambil dengan lebih tegas. Kerajaan Negeri akan ambil serius perkara ini, dan kita akan mengambil tindakan susulan. Saya akan melihat kepada isu-isu tersebut. Tapi juga bagi makluman Yang Berhormat, skop untuk memulihkan Sungai Pinang juga akan termasuklah dalam RTB Sungai Pinang. Jadi kita harap dengan penaiktarafan Sungai Pinang itu, juga kita dapat pada masa yang sama menanggani punca-punca pencemaran tersebut. Saya beralih kepada Seri Delima yang menyentuh mengenai infrastruktur yang sudah lama di mana longkang dan sistem perparitan perlu diperbaiki bagi mencerminkan konsep bandaraya antarabangsa dan permintaan ADUN untuk tujuan sedemikian, selalunya tersekat kerana tidak ada dana. Untuk makluman Yang Berhormat, JPS bertanggungjawab untuk menguruskan sungai dan sebahagian parit monsoon. Manakala sistem perparitan dalaman adalah di bawah bidang kuasa PBT atau JKR bergantung kepada lokasi. Semua agensi banyak melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf sepanjang tahun berdasarkan keperluan semasa. Tidak dinafikan, terdapatnya kekangan peruntukan untuk menukar atau menaik taraf semua sistem saliran lama. Walau bagaimanapun, cadangan dan permohonan setiap ADUN akan dipertimbangkan sewajarnya mengikut keutamaan dan keperluan untuk dilaksanakan menggunakan sumber peruntukan yang boleh diguna pakai. Kalau sekiranya Yang Berhormat Seri Delima, ada mana-mana kes yang dirasakan sebagai kritikal, mungkin boleh dibawa ke perhatian saya, dan kita akan lihat. Yang Berhormat Sungai Dua, ada memohon agar projek RTB yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, dan disegerakan memandangkan kerajaan telah pun sama. Sepertimana yang telah saya sebutkan awal tadi, Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan sememangnya prihatin terhadap masalah banjir yang dihadapi rakyat Pulau Pinang dan telah pun meluluskan hampir RM200 juta bagi projek-projek RTB di negeri ini. Status semasa bagi projek-projek yang telah diluluskan adalah seperti berikut : (i) Untuk RTB Sungai Pinang – Rekabentuk terperinci telah dimulakan pada 1 Mac 2019. Inception Report disiapkan pada 10 April 2019, dan kini perunding dalam peringkat penyediaan Preliminary Report. Bagi kerja-kerja ukur, telah dimulakan pada 22 April 2019 dan kini dalam penyediaan pelan ukur kejuruteraan; (ii) Untuk RTB Pondok Upeh – Rekabentuk terperinci dalam peringkat memuktamadkan TOR oleh JPS (terma rujukan);
(iii) Untuk RTB Teluk Kumbar – Dalam penyediaan surat setuju terima, oleh pihak jabatan dan akan dikeluarkan setelah kelulusan perlanjutan sah laku tender diperolehi. Permohonan sah laku tender telah dikemukakan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui surat bertarikh 1 Mac 2019; (iv) Untuk RTB Teluk Bahang – Dalam peringkat memuktamadkan terma rujukan oleh JPS; dan (v) Untuk RTB Sungai Kechil juga sama dalam peringkat memuktamadkan TOR.
Selain daripada projek-projek RTB yang telah diluluskan ini, JPS Pulau Pinang melaui JPS Malaysia pada masa ini sedang mengangkat permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2020, bagi pelaksanaan Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang Termasuk Daerah Kulim dan Bandar Baru di Negeri Kedah. Ni yang saya sebut tadi, sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Jawi pagi tadi dengan anggaran RM10juta kos kajian tersebut. Melalui pelbagai saluran, Kerajaan Negeri sentiasa menyusuli sokongan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan kelulusan kesemua projek RTB yang dimohon demi keselesaan dan keselamatan rakyat Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua juga ada membangkitkan isu kumbahan ternakan khinzir, yang dilepaskan terus ke dalam sungai di Kampung Selamat. Sebagai makluman, Kerajaan Negeri pada 18 hingga 21 April telah melaksanakan operasi bersepadu ke atas ladang khinzir di Kampung Selamat melibatkan Jabatan Veterinar Pulau Pinang, MPSP dan juga JAS. Sebanyak 48 ladang ternakan khinzir, telah diperiksa daripada 75 ladang di Kampung Selamat. MPSP telah mengambil tindakan di bawah undang-undang yang berkaitan dimana kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan lepasan terus ataupun direct discharge kepada 17 ladang. Kompaun bagi kesalahan membakar bangkai khinzir kepada 5 ladang dan kompaun bagi kesalahan membakar najis khinzir kepada 2 ladang, dan kompaun bagi kesalahan lesen tamat tempoh ke atas 12 ladang. Manakala notis kacau ganggu semak samun di kolam dikeluarkan kepada dua (2) ladang dan notis kacau ganggu longgokan najis kering kepada tiga (3) ladang. Keseluruhannya 36 kompaun dan lima (5) notis telah dikeluarkan kepada penternak khinzir terbabit. Hasil pemantauan mendapati banyak kolam kumbahan, tidak diselenggara dengan baik dan ada yang tidak menggunakan kolam kumbahan sedia ada. Kerosakan yang berlaku tidak diatasi dengan segera, menyebabkan sistem kumbahan tidak berfungsi dengan baik dan akhirnya menyebabkan direct discharge. Khidmat nasihat telah diberikan kepada penternak, agar memastikan sistem kumbahan berfungsi dengan baik. Pemantauan berterusan akan dilakukan, untuk memastikan pematuhan pada masa hadapan. Tindakan penguatkuasaan juga, akan diperluaskan lagi ke atas ladang-ladang lain. Saya juga ingin memberi maklum balas kepada cadangan yang Berhormat Jawi agar Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian terhadap kawasan-kawasan di Jawi yang berada di bawah paras air laut dan juga permintaan maklumat berkenaan projek-projek yang dicadangkan untuk mengatasi banjir di kawasan berkenaan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, antara projek yang telah dicadangkan untuk mengatasi masalah banjir di KADUN Jawi adalah projek menaik taraf Kapasiti Pam di Rumah Pam Sanglang. Status semasa projek, adalah di peringkat lantikan perunding bagi kajian reka bentuk terperinci yang akan dilaksanakan pada Mei 2019. Pelaksanaannya kelak akan menangani isu banji di Kampung Sanglang, Taman Penting, Taman Veerapan, Taman Helang Jaya, Kampung Che Aminah, Taman Bukit Panchor, Taman Panchor Indah, Taman Seri Bayu, Taman Panchor Mutiara, Taman Seri Permai dan Taman Desa Permai. Selain daripada itu, telah diluluskan juga kerja menaik taraf bekalan kuasa untuk
Rumah Pam Bagan Buaya di mana status semasa projek adalah proses permohonan kepada pihak TNB, bagi meningkatkan bekalan kuasa daripada sistem diesel kepada bekalan kuasa elektrik. Setelah siap dilaksanakan, ianya dapat memberi manafaat dalam menangani masalah banjir di kawasan Taman Cenderawasih, Taman Desa Jawi, Flat Desa Jawi dan IKS Nibong Tebal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jawi juga mengajukan soalan sama ada kerja-kerja mendalamkan Sungai Jejawi telah dijalankan serta perincian kedalaman sungai, sekiranya telah dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja mendalamkan Sungai Jejawi telah dilaksanakan pada 5 Januari 2018 dan siap sepenuhnya pada 5 Mac 2018. Kerja korekan telah dilaksanakan sepanjang 3km, dan Sungai Jejawi telah pun didalamkan kepada 1.5 hingga 2.0 meter. Bagi makluman Yang Berhormat, kerja pengorekan seterusnya dijadualkan untuk dilakukan pada tahun 2020. Yang Berhormat Jawi, selanjutnya telah membawa isu mengenai Sungai Tengah yang semakin cetek dan menyukarkan bagi sampan atau perahu nelayan untuk melalui sungai ini. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah diteliti dan akan ada perancangan untuk kerja-kerja mendalamkan Sungai Tengah. Pihak JPS telah menyenaraikan projek ini sebagai salah satu projek, yang akan dimohon oleh JPS Daerah SPS bagi kerja-kerja kecemasan mengatasi masalah banjir di Daerah Seberang Perai Selatan. Permohonan ini akan dipohon, melalui Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir yang dijadualkan akan bermesyuarat kali kedua untuk tahun ini pada 21 Mei 2019 yang akan datang. Yang Berhormat Jawi, memang suka isu-isu sungai ada juga membangkitkan tentang cadangan untuk membina rumah pam, dan membuat kerja naik taraf di Taman Penting yang masih belum mempunyai sebarang maklum balas sejak 9 November 2018. Sebagai makluman Yang Berhormat, MPSP telah pun menyiapkan kertas kerja bagi mengatasi masalah banjir di Taman Penting dan kawasan sekitarnya, setelah selesai kajian dan penelitian. Kertas kerja ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir yang dijadualkan sepertimana saya sebut tadi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya beralih kepada Yang Berhormat Batu Uban yang telah menyuarakan hasrat agar Kerajaan Negeri membuat kerja-kerja tebatan banjir di kawasan Halaman Sentosa, Minden Height dan juga Bukit Gambir ya, agar dapat dipercepatkan. Bagi makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS, JKR dan MBPP telah pun mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Halaman Sentosa, Minden Heights, dan juga Taman Sunway, Bukit Gambir. Kalau kita lihat kepada Taman Sunway dahulu, profil topografi hulu Sungai Dua di tapak USM iaitu di atas Bukit Gambir tersebut adalah topografi yang berbukit, berbanding dengan kawasan Taman Sunway yang adalah tanah rata. Ini menjadi antara faktor penyebab ia berlakunya banjir kilat, apabila parit JKR yang sedia ada tidak dapat menampung kapasiti. Sekiranya hujan lebat berlaku di atas kawasan bukit, air permukaan akan mengalir dengan pantas ke kawasan taman tersebut dan akan bertakung dan melimpah seterusnya menyebabkan banjir. Selain daripada itu, profil berbukit di Bukit Gambir mendatangkan risiko hakisan dan mendapan yang menyebabkan pasir dan kelodak akan termendap di dalam sistem perparitan taman. Ini menyebabkan paras perparitan menjadi semakin cetek, sehingga keupayaan parit sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air larian permukaan, dan berlaku limpahan air serta banjir kilat, khususnya sewaktu hujan lebat. Jadi bagi mengatasai masalah banjir di Taman Sunway ini, JPS DTL dalam perancangan untuk melencongkan aliran air dari up stream terus ke Sungai Dua iaitu Yang
Berhormat kita daripada air yang daripada bukit itu daripada memasuki kawasan perumahan Taman Sunway, kita akan buat satu diversion satu lencongan daripada atas sehingga ke down stream Sungai Dua, jadi dia akan bypass lah. Jadi diharap dengan pintasan ini, kita dapat selesaikan isu tersebut. Pada masa ini, pihak JPS dalam proses penyediaan pelan ukur (survey plan) untuk tujuan permohonan kelulusan penggunaan tanah kawasan lapang daripada Pihak Berkuasa Negeri, dan juga lapangan sasar (shooting range) daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, sebab bila kita turun ke down stream Sungai Dua, itu merupakan tanah PTP. Jadi kita perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi mengatasi masalah parit yang rosak di kawasan tersebut, pihak JKR telah merancang kerja-kerja pembaikan dalam program yang telah diluluskan, pada tahun ini dan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai 2019. Bagi Halaman Sentosa, Minden Heights pula, banjir berlaku kerana kawasan tersebut sebenarnya berbentuk lembah, dan secara semula jadi akan menjadi pusat takungan air. JKR akan diminta untuk membuat kajian bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil perhatian ke atas perbahasan Yang Berhormat Batu Lancang, dan khususnya Yang Berhormat Sungai Pinang yang sungguh menyayat hati. Banjir sememangnya menyebabkan kesan yang besar ke atas kehidupan otang ramai. Rintihan rakyat tidak boleh diambil ringan, dan Kerajaan Negeri memang komited untuk membawa penyelesaian dan bukannya memudaratkan lagi mana-mana keadaan melalui projek tebatan banjir. Justeru, saya ingin memberi sedikit pencerahan mengenai isu banjir yang kian berlaku di kawasan Jelutong. Sungai Jelutong merupakan cabang kepada Sungai Pinang, dan pada asalnya akan membawa keseluruhan beban air dari hulu kawasan lembangan Sungai Jelutong ke Sungai Pinang, sebelum mengalir ke laut melalui muara Sungai Pinang. Pada tahun 1970an, bagi mengurangkan beban ke atas Sungai Pinang, Majlis Perbandaran pada ketika itu telah membina pintasan bawah tanah yang kita kenali sebagai Sungai Jelutong Underground Diversion, untuk tujuan untuk melencongkan sebanyak 60 peratus aliran air dari hulu lembangan Sungai Jelutong terus ke laut. Dengan adanya Sungai Jelutong Underground Diversion ini, maka beban ke atas Sungai Pinang telah berkurangan. Kalau dulu 100% air dari hulu akan terus ke Sungai Pinang, kini dengan underground diversion hanya 60% ataupun sepatutnya 60%. Hari ini oleh kerana pembetung kekotak box culvert, yang dibina hampir 50 tahun dahulu sudah pun menemui jangka hayatnya. Maka ia perlu diperkukuhkan, bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan selamat di masa depan. Inilah objektif projek penaiktarafan yang sedang dilaksanakan. Sekiranya pembetung ini tidak diperkukuhkan, maka ia mampu membawa bencana yang serius ke kawasan sekitar apabila strukturnya yang sudah uzur, tidak dapat lagi menahan beban dan runtuh. Untuk makluman, kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan Jelutong pada waktu ini, adalah disebabkan berbagai faktor termasuk gangguan aliran air di kedua-dua cabang aliran keluar Sungai Jelutong iaitu di aliran masuk Sungai Jelutong Underground Diversion, di mana kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan serta di aliran keluar Sungai Jelutong Asal ke Sungai Pinang iaitu melalui apa yang dimaksudkan oleh monsoon drain ia. Oleh kerana kerja-kerja penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion terpaksa dilakukan di bawah tanah, ditambah lagi dengan kekurangan kawasan kerja serta faktor keselamatan pekerja yang melakukan kerja di bawah tanah, maka aliran air perlu dikawal dan juga disalurkan secara terkawal.
Perkara ini merupakan kekangan yang besar yang terpaksa dihadapi sewaktu
pembinaan projek. Bagi saliran air yang keluar melalui Sungai Jelutong Asal, aliran air turut terhalang akibat pembangunan yang pesat di kawasan sekitar itu yang telah mengecilkan kelebaran asal sungai tersebut. Selain itu, pembinaan struktur-struktur secara tidak sah di atas laluan Sungai Jelutong ini juga mewujudkan halangan atau bottleneck sehingga kerja-kerja penyelenggaraaan sukar dilaksanakan secara berkesan. Perkara ini telah mengakibatkan 40% aliran air yang sepatutnya disalirkan ke Sungai Pinang tidak dapat mengalir dengan lancar dan sebaliknya, telah berlaku backflow yang menolak air balik ke Sungai Jelutong Underground Diversion. Dalam erti kata lain, saliran Sungai Jelutong Underground Diversion kini terpaksa menampung hampir 100% aliran air dari lembangan Sungai Jelutong. Inilah antara penyebab banjir di kawasan Jelutong sementara magnitud banjir di lokasi hotspot seperti Jalan P. Ramlee telah berkurangan berbanding dahulu. Saya rasa Yang Berhormat Datok Keramat pun tahu. Ini sebenarnya satu prinsip fiziklah, asas hidrodinamik. Air ini dia tidak boleh menghilang, air ini kena pergi ke, akan cari jalan kalau dia dah tak pergi ke kawasan P. Ramlee dia akan pergi ke tempat lain. Malangnya sekarang ini disebabkan projek yang sedang berlangsung dan sebagainya dia pergi ke kawasan Yang Berhormat Batu Lancang dan juga Sungai Pinang. Inilah hakikat yang kita terpaksa terima. Walau bagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk mengelak kebertanggungjawapan mana-mana pihak. Penjelasan ini adalah agar kita semua dapat memahami keadaan yang sedang berlaku adalah perlu ditekankan bahawa projek penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion adalah amat penting bagi memastikan kelestarian dan keselamatan struktur bagi jangka masa panjang. Pada masa yang sama, pihak JPS sedang berusaha dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan permasalahan banjir di kawasan Jelutong agar tidak berlarutan. Antara langkah-langkah jangka masa pendek bagi mengurangkan magnitude dan kekerapan banjir adalah seperti berikut: (i) Pertamanya bagi meminimumkan masalah banjir akibat projek ini, pemasangan Tidal Control Gate ataupun TCG di Jalan Tengku telah digunakan untuk menggantikan gabion weir yang dipakai sebelum ini dan kita pun telah pun membuat modifikasi ke atas Tidal Control Gate tersebut atas cadangan Yang Berhormat Batu Lancang untuk meningkatkan aliran air melancarkannya. (ii) Bagi mengurangkan kekerapan banjir di Solok Van Praagh dan Jalan Sir Ibrahim, pihak Kerajaan Negeri telah meminta pihak Pemaju SP Setia untuk merekabentuk kolam takungan di kawasan pemajuannya. (iii) Bagi banjir di Kampung Pokok Asam pula, pemasangan poker pump oleh pihak kontraktor serta mobile pum kepunyaan JPS di pertemuan Jalan Tengku dan Solok Tengku akan membantu untuk mengeluarkan air dari kawasan tersebut ke muara Sungai Pinang. Malangnya tempoh hari berlaku pencurian bateri pam JPS menyebabkan tidak dapat berfungsi sewaktu hujan lebat. Pada masa yang sama perlu diingati bahawa penempatan Kampung Pokok Asam ini adalah kawasan beraras rendah dan dikelilingi banyak pembangunan yang besar. Tambahan pula, aliran keluar air dari kawasan ini juga akan terkekang dangan faktor pasang surut.
Yang Berhormat, 1 jam 15 minit dah.
Saya nak cepatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi isu kekerapan banjir di Kampung Madrasah pula, antara faktornya adalah sistem saliran dalaman kampung yang tidak sistematik dan dibelenggu isu sampah. Tempoh hari juga berlaku kegagalan pam di
kampung tersebut apabila sampah tersangkut dan menyebabkan pam itu trip walaupun memang terdapat faktor backflow dan kekangan daripada projek Sungai Jelutong Underground Diversion yang turut memudaratkan keadaan banjir di kawasan ini, kampung ini juga beraras rendah dan sememangnya kawasan mudah banjir. Dan tambahan kepada isu-isu di atas, terdapat lagi satu faktor yang menyebabkan banjir khususnya di kawasan Bukit Dumbar, Kampung Pokok Assam dan Kampung Madrasah, iaitu projek terbengkalai oleh pemaju JKP. Oleh kerana projek perumahan JKP ini tidak disiapkan, maka sistem saliran air yang sepatutnya mengalir ke pembentung S24 tidak dapat dihubungkan. Ini mengakibatkan backflow daripada kawasan Bukit Dumbar. Dia sebenarnya kalau kita lihat ada paras tinggi di tengah-tengah di Kampung Madrasah dan Bukit Dumbar. Jadi air yang sepatutnya di kawasan Bukit Dumbar tidak mengalir ke dalam Kampung Madrasah, tapi oleh kerana projek JKP tersebut terbengkalai maka air yang sepatutnya masuk ke dalam pembentung cover as S24 tersebut tidak dapat masuk dan ia menjadi backflow kepada Kampung Madrasah dan seterusnya Kampung Pokok Assam dan lain-lain kampung dan kawasan di jalan tersebut. Ini menyebabkan banjir dan sudah tentu membebankan lagi kawasan tersebut.
Projek penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion akan siap menjelang Oktober 2019. Dengan penyiapan projek ini, maka aliran air yang melalui pintasan bawah tanah tidak lagi akan tergangu dan seterusnya mempercepatkan lagi aliran keluar air dari kawasan Jelutong. Pun begitu, sebagai langkah jangka masa sederhana dan panjang, JPS juga akan membina satu pembentung lencongan another diversion beserta rumah pam di kawasan Solok Tengku bagi melancarkan lagi aliran keluar air dari kawasan Pokok Asam dan Kampung Madrasah. Consultant, perunding bagi projek tersebut sedang mereka bentuk diversion covered tersebut. Tambahan juga, permasalahan banjir di seluruh kawasan Jelutong akan juga ditangani melalui pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang yang akan merangkumi kerja-kerja rehabilitasi kawasan Sungai Jelutong Asal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Pinang juga telah membangkitkan persoalan sama ada pampasan boleh diberikan kepada mangsa yang ditimpa bencana banjir berulang kali di Kampung Pokok Asam. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan tuntutan pampasan kepada magsa banjir yang telah dikemukakan melalui Pejabat Ahli Parlimen Jelutong, Kerajaan Negeri melalui JPS telah mengarahkan pihak kontraktor menyemak insurans projek untuk melihat sekiranya pampasan boleh diberikan oleh kontaktor terlibat kepada mangsa-mangsa banjir. Pada masa ini siasatan sedang dijalankan oleh pihak Adjustor Insurans. Jadi kita tunggu hasil daripada itu dan kita akan ambil langkah seterusnya berdasarkan kepada keputusan pihak insurans. Yang Berhormat Sungai Pinang juga telah membangkitkan soalan sama ada Kerajaan Negeri boleh mempercepatkan pelaksanaan program jangka masa panjang bagi menangani pencemaran sungai di Sungai Pinang. Ini saya rasa telah pun saya jawab iaitu melalui RTB Sungai Pinang. Ada lagi satu isu dibangkitkan oleh Sungai Pinang dan juga Yang Berhormat Batu Lancang, iaitu yang berkait dengan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran yang dikatakan tidak begitu responsive. Saya telah berbincang dan memberi nasihat kepada beliau agar meningkatkan prestasi dan juga perlu lebih responsif kepada wakil rakyat sepertimana saranan Dato’ Yang di-Pertua juga pada waktu itu. Saya difahamkan ibu pejabat JPS Malaysia juga ambil maklum pekara ini dan akan memerhatikan isu ini. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua kalau saya boleh sambung. …(gangguan).
Boleh beri penjelasan, saya berterima kasih kepada Tanjung Bunga atas penjelasan
yang begitu in details. Cuma satu soalan bahawa kalau katakan projek penaiktarafan lencongan Underground Diversion Sungai Jelutong itu kalaulah banjir yang berlaku di kawasan Pokok Asam, Kampung Madrasah, Bukit Dumbar disebabkan ada projek JKP yang terbengkalai disebabkan tanah yang rendah. Tetapi kena ingat, sebelum itu tiada kekerapan banjir sebegini. Jadi yang saya nak tau apakah masalah dengan projek tersebut? Adakah disebabkan ada satu term bahawa “details omitted”, di mana monsoon drain itu tidak diambil kira? Maka backflow berlaku? Ini adalah planning kena buat bukan sahaja untuk local planning sahaja, sungai itu sahaja, tetapi kawasan berdekatan itu kena ambil kira. Jadi saya nak tau adakah konsultan itu yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan juga projek di bawah JPS dan tanggungjawab bersama? Sebab penduduk tetap tertanya tanya. Saya tak dapat memberi jawapan. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang seperti yang saya telah jelaskan tadi sememangnya faktor banjir di kawasan tersebut, tiga-tiga kampung tersebut. Sebenarnya faktornya banyak dan sudah tentu ganguan aliran air disebabkan oleh projek penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion adalah antara salah satu sebabnya dan dia seperti perfect storm ia di mana semua faktor-faktor datang sekali dan menjadikan keadaan sangat teruk. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Pinang bahawa dulu banjir tidak kerap dan oleh kerana semua faktor-faktor yang telah saya nyatakan tadi sekarang banjir menjadi lebih kerap dan oleh sebab itupun kita bukan duduk diam. Semua langkah-langkah yang telah diambil saya pun telah sebutkan tadi dan antara langkah yang amat penting adalah untuk membuat covered to daripada monsoon drain terus kepada muara Sungai Pinang agar dapat memintas. Sebab sekarang ini kita melihat memang ada sekatan yang berlaku. Ia di mana monsoon drain itu tidak dapat discharge kerana aliran yang lebih kuat daripada Sungai Jelutong Underground Diversion. Jadi kita ambil kira pekara tersebut dan kita, sebab itu JPS minta konsultan untuk buat masukkan dalam skop agar pekara itu dapat dilaksanakan dan boleh membantu kawasan Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat boleh faham.
Tuan Yang di-Pertua saya nak habiskan. YB. Batu Lancang…(gangguan).
Beri laluan YB. Tanjung Bunga, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Isu-isu yang dibangkitkan itu memang quiet terpencil, saya faham apa yang diceritakan dibagitau kepada kami yang penting itu saya ingat telah pun tujuh (7) kali tempat Sungai Pinang dengan kawasan kami affected banjir. Dalam masa tujuh (7) kali ini telah lebih kuranglah 5 bulan Disember start until today la. Bagi saya pandangan saya ia adalah satu yang failure adalah professional religent sebagai seorang engineer consultant yang memberi nasihat kepada JPS. Dia kena bertanggungjawab bukan yang kita yang kena bertanggungjawab. Dia telah mengambil fee yang lebih tinggi fee saya ingat difahamkan projek fi itu for that particular fee adalah RM13.3 million kalau mengikut skill yang mereka dapat tu ten percent ialah mendapat RM1.3 juta macam itulah fee yang dia dapat tetapi susahnya rakyat kita yang susah kawasan-kawasan kami susah. Kalau dalam masa sebulan tak dapat seattel faham, dua (2) bulan okey, dah lima (5) bulan kawasan kami berlaku dan berlaku moonson sekarang ialah season sekarang ialah monsoon. Projek ini akan habis bulan Disember, dapat tak Yang Berhormat, dapat tak yang consultant punya gurantee tempat ini tak akan banjir lagi dalam masa enam (6) bulan ini. Kita memang takut setiap malam hujan kita banjir, ada tak consultant ini boleh janji tengah tahun ini kita akan lena tidur tanpa ganguan ataupun masih lagi yang dia dapat duit kita yang mengalami kesusahan yang kita ini sebagai, yang kita ini memang kena jawab. So
haraplah dia sebagai professional yang mendapat fee yang begitu tinggi mengikut apa itu under the skill of fee box under engineering Malaysia, memang tinggi. So harap haraplah dia bantu kita.
Nak tambah?
Nak jelas sikit sebab di sana juga ada satu tadika di mana pendidikan budak-budak telah terjejas sebab banjir yang begitu kerap itu. Datok Keramat sekarang dia boleh tidur lena tetapi kita bila hujan sahaja, kita sekarang kita yang merana haa.
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker,
Kebenaran daripada Tanjung Bunga.
Saya hendak sebut sesuatu jangan kata tak akan berlaku, boleh tidur lena, jangan never ever say that kerana apa yang berlaku apabila Zairil cakap macam itu, semua kena banjir. Ingat tak Stars headline dia bagitau kita semua hari boleh tidur lena, petang semua kena banjir, so sila tarik balik Sungai Pinang..(Ahli Dewan ketawa).
Tarik balik, tarik balik.
Tarik balik supaya saya boleh tidur lena.
Kita semua tidak boleh tidur lena, kita semua tidak boleh tidur lena, tetapi saya nak tengok ciri-ciri akauntibiliti, sama ada daripada pihak mana pun, consultant kita mengaji, consultant bayaran begitu tinggi. Jadi bila ada masalah siapa yang akan bantu? Kanak-kanak tu? Bantu guru-guru. Kita yang turun bantu mereka. Jadi tak betul, saya rasa tak betul.
Terima kasih-terima kasih. Ulasan, syor, cadangan daripada Batu Lanchang dan Sungai Pinang. Kita semua ambil maklum dan kita akan melihat kepada isu kebertanggungjawaban dan nasib baik Sungai Pinang dah tarik balik. Jangan. (Cakap Cina) Aaa..takut saya.
Yang Berhormat.
Saya rasa saya perlu teruskan sebab ada banyak lagi. …(gangguan).
Saya nak satu jawapan. Saya nak satu jawapan tentang di kawasan saya. Tadi kata nak buat kolam takungan. Kolam takungan telah saya kita berbincang dua bulan yang lepas. Sampai sekarang dia masih juga tidak berhasil. Saya nak tau bila kolam takungan yang boleh dibuat. Itu yang saya nak kepastian di sini.
Okey, yang itu kita akan semaklah.
Dua (2) bulan dah. Jangan semak lagi. Sudahpun dua bulan saya tak boleh tidur. Jangan semak, sudahpun dua bulan. Perbincangan, meeting itu telah dua bulan berjalan. So, kita cadangkan adanya kolam dan setuju dan perlebaran yang lebih kurang lagi tinggal 50 meter masih belum buat perlebaran. Itu pun kita dah nak buat juga. Tapi masih lagi tak jalan lagi. So, harap-harap janganlah tunggu lagi. Berikan satu kepastian.
Baik. Baik. Saya pun harap Yang Berhormat supaya disegerakan.
Agaknya bila boleh dapatkan itu jawapan?
Sebenarnya ada dua tahun pun tunggu lagi lah…(gangguan).
Itu saya ingat bukan satu alasan.
Ya. Yang Berhormat. Saya nak teruskan…(gangguan).
Tanjung Bunga teruskan.
Kita memang nak tau. …(gangguan).
Okey, okey Yang Berhormat. Saya dah jawab. Saya rasa saya dah. Lama saya jawab hanya isu Yang Berhormat dengan Sungai Pinang. Ada Yang Berhormat lain juga yang perlu saya jawab.
Saya cuma nak tau saja bila kolam itu akan dibuat? Senang saja.
Kalau saya ada jawapan saya boleh bagi. Masalahnya saya kena semak.
Batu Lancang, saya minta you tanya soalan ini selepas di luar la. Okey, terima kasih.
Okey, Yang Berhormat Pantai Jerejak. Memandangkan tidak ada dalam dewan. Maka, saya akan bagi jawapan bertulis. Ada beberapa isu dibangkitkan. Okey, saya masuk kepada Yang Berhormat Penanti. Ini bukan isu banjir. Ini isu air, bekalan air. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti, Penanti iaitu terdapat empat projek penggantian paip lama yang telah siap dilaksanakan di KADUN Penanti bermula pada tahun 2013 hingga
2018 oleh PBA. Antara projek-projek tersebut adalah penggantian sesalur bergaris pusat 100mm AC dan 150mm UOPVC kepada 150mm besi mulur dan 180mm HDPE di Jalan Guar Terus. Penggantian sesalur bergaris pusat 100mm UPVC kepada 180 mm HDPE di Lebuh Banting. Penggantian sesalur bergarispusat 100mm AC kepada paip bergarispusat 125mm HDPE di Lot 159 Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Penggantian paip air 100mm AC kepada 150mm D.I di Kampung Kubang Semang. Selain daripada itu, terdapat tiga projek dalam perancangan bagi kerja-kerja penggantian paip lama yang akan dilaksanakan di KADUN Penanti untuk tahun 2019 hingga 2023 oleh PBAPP. Antara projek-projek tersebut adalah penggantian paip di Kampung Tanah Liat (Abdul Rahman Kopi), Bukit Mertajam juga di Simpang Tiga Kubang Ulu, Seberang Perai Tengah dan juga di Kampung Mengkuang Titi, Seberang Perai Tengah. Tuan Yang di-Pertua. Selaras dengan Visi Penang2030, A Family Focused, Green And Smart State To Inspire The Nation. Perlaksanaan sesebuah bandar pintar sememangnya perlu didokong oleh dengan infastruktur yang menyeluruh terutamanya infrastruktur telekomunikasi. Ini yang terakhir. Ini adalah penting bagi memudahkan capaian internet oleh setiap penduduk di negeri ini dalam memastikan seamless network connectivity antara sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pengukuhan liputan telekomunikasi ini dapat menambak baik perlaksanaan kerajaan elektronik ataupun e-government dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Sebagai contoh, negeri Pulau Pinang tidak lama lagi akan melaksanakan sistem letak kereta secara pintar menerusi aplikasi pintar Penang Smart Parking. Kemudahan infrastruktur yang mencukupi khususnya penyediaan media tranmisi adalah penting untuk mengukuhkan liputan telekomunikasi seterusnya memastikan aplikasi pintar ini dapat dimanfaatkan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan stastik liputan komuniti yang terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Malaysia (MCMC), kadar penembusan jalur lebar bagi Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 138.9 peratus iaitu melebihi kadar nasional iaitu sebanyak 121.1 peratus. Bagi kadar penembusan jalur lebar tetap berwayar, fixed wired broadband, Pulau Pinang telah mencatatkan 11.8% juga melebihi kadar penembusan jalur lebar nasional iaitu 8%. Walaupun laporan prestasi ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan namun Kerajaan Negeri ingin meningkatkan kadar penembusan dengan lebih luas dan lebih cepat lagi. Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), National Fiberisation Connectivity Plan yang diumumkan oleh Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia adalah satu strategi Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan liputan jalur lebar dan fiber optic secara keseluruhan selain memacu Malaysia ke arah matlamat melaksanakan teknologi 5G. Sehubungan itu, adalah penting untuk Kerajaan Negeri mengambil peluang untuk bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan NFCP ini khususnya dalam penyediaan infrastruktur yang dapat mendokong teknologi 5G. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya amat menggalakkan pemasangan fiber optic menggantikan rangkaian kuprum oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi agar lebih ramai rakyat Pulau Pinang dapat menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi. Untuk itu, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan syarikat penyedia jalur lebar utama negara sedang berusaha untuk memastikan Negeri Pulau Pinang dapat mencapai 100% liputan fiber melalui projek Gigabit City dan beberapa projek lain yang dalam perancangan. Berdasarkan data terkini daripada pihak PDC Telecommunications dan Services Sdn Bhd. melalui pemetaan liputan fiber secara digital oleh Sistem Maklumat Geografi Pulau
Pinang ataupun PEGIS, kini 50% kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran fiber sepanjang 3,226km dengan 600km daripadanya di jalan-jalan utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan utama telah diliputi fiber. Saya ingin menjawab pandangan Yang Berhormat Machang Bubuk bahawa senarai akses rangkaian fiber yang diberikan dalam jawapan bertulis tidak begitu tepat kerana ada sesetengan taman yang tersenarai tetapi tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Machang Bubuk, senarai taman yang telah diberikan adalah taman yang terlibat dengan jajaran fiberisasi yang disahkan oleh Unit PEGIS. Namun, perkhidmatan internet berkelajuan tinggi iaitu Unifi masih belum ada sepenuhnya di kawasan taman tersebut kerana perkhidmatan Unifi hanya akan dipasang sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi daripada pelanggan setempat. Dalam erti kata lain, jajaran fiber itu memang sudah dipasang, cuma ada sesetengah kawasan belum diactivedkan lagi. Berdasarkan data terkini pemasangan port Unifi yang diperolehi daripada pihak TM, kadar utilisasi perkhidmatan jalur lebar berdasarkan pemasangan sebanyak 5,224 buah port Unifi di kawasan Machang Bubuk, hanya 31% atau 1,645 port sahaja yang telah digunakan. Pihak TM komited untuk memasang lagi tambahan port di mana-mana taman di seluruh kawasan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi daripada para pelanggan. Selain daripada perkhidmatan jalur lebar sebagai pemangkin media telekomunikasi, perkhidmatan Wifi juga merupakan salah satu medium penting yang dapat mengukuhkan jaringan telekomunikasi rakyat Pulau Pinang. Sebagaimana yang semua sedia maklum, perkhidmatan Penang Free Wifi pada masa kini telah dihentikan buat sementara waktu kerana mempunyai beberapa kekangan seperti bondwidth dan liputan yang perlu dinaiktaraf. Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik perkhidmatan Wifi percuma, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula perkhidmatan ini melalui penawaran Request for Proposal yang telah bermula pada suku pertama tahun 2019 agar kesinambungan perkhidmatan ini memberikan impak yang lebih tinggi dan berkualiti kepada rakyat dengan implikasi kos yang lebih rendah kepada Kerajaan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir kata. …(gangguan).
Saya nak tanya. Pasal isu Mengkuang Dam memang kata nak tunggu selamat and macam-macam tapi saya nak tau dari segi adakah nak tunggu sepuluh syarat yang baru, yang ditentukan oleh BKSA dan PBA ke atas Kerajaan Pusat? Adakah pembukaan Mengkuang Dam itu nak menunggu sepuluh syarat tu dan adakah pipe line baru yang yang saya diberitahu akan, adakah pipe line baru yang saya diberitahu akan dibina di bawah parking lot Dewan Taman Guar Perahu yang baru? Adakah ia betul-betul akan berlaku pada tahun ini? So, dua. Pipe line baru itu berkenaan dengan air dari rumah pump Mak Sulong yang 67 juta tu pun masih belum digunakan walaupun sudah dibuat ujian.
Sudah dibuat ujian dan sudah berfungsi tapi mungkin tidak sepenuh dia punya kapasiti.
So, maknanya kalau musim banjir. …(gangguan).
Bila ada air sepatutnya dia boleh pump la.
Okey. So, maknanya adakah pipe line itu juga akan baru yang 1.2 meter.
Yang itu saya kena semak Yang Berhormat Penanti. Saya tidak pasti berkenaan pipe line tersebut untuk penyerahan Empangan Mengkuang yakni Kerajaan Negeri sedang meneliti samada suatu penyerahan bersyarat boleh dibuat. Sebagai akhir kata Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi impian agar negeri Pulau Pinang membangun maju dengan infrastruktur yang efisyen dan lestari bagi keselesaan rakyat. Justeru Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dengan gigih melalui pelbagai platform untuk memastikan Negeri Pulau Pinang memiliki infrastruktur terbaik selaras dengan Visi Penang2030 bagi menyediakan kehidupan yang berdaya huni kepada rakyat. Untuk itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk pihak swasta dan Kerajaan Persekutuan untuk merelisasikan sebarang perancangan projek infrastruktur. Semoga dengan kerjasama yang erat di antara semua pihak, Negeri Pulau Pinang akan terus bergerak maju ke hadapan dan membawa kemakmuran kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Sokong atau tidak sokong?
Saya mesti sokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga dan seterusnya kita silakan Yang Berhormat Datok Keramat.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada semua rakan-rakan ADUN saya yang telah pun melibatkan diri dalam ucapan terhadap ucapan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tempoh hari dan saya harap semua akan sokong apa yang beliau menyatakan dalam ucapan beliau di dalam memartabatkan lagi hala tuju kita sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah pun dinyatakan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri di sini. Walau bagaimanapun Dato’ Speaker ingin saya nyatakan dalam soalan-soalan lisan saya yang begitu banyak. Kebanyakannya sudahpun saya menjawab tetapi kalau ada mereka yang hadir boleh tanya untuk ulasan lanjut dan saya akan sentuh semuanya walaupun saya telah pun sentuhnya dalam soalan lisan ataupun jawapan lisan saya. Berkenaan pertanyaan Astaka Taman Tun Sardon, saya telah pun dengan panjang lebar Dato’ Speaker pada pagi ini, jawab kepada Yang Berhormat Seri Delima. Berkenaan dengan Permatang Berangan juga, beliau tidak hadir namun demikian bagi pihak, bagi kepentingan pihak beliau Sungai Dua ada di sini. Beliau ada nyatakan tentang perancangan untuk membina astaka di kawasan beliau. Untuk makluman Dato’ Speaker, di peringkat ini, MPSP tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina astaka baru di kawasan Permatang Berangan. Ini adalah kerana wujudnya satu pasar awam yang dekat iaitu Pasar Awam Tasek Gelugor. Di mana Dato’ Speaker, untuk makluman semua yang hadir, Pasar Awam Tasek Gelugor mempunyai kapasiti 97 buah petak ataupun gerai untuk berniaga tetapi malangnya sehingga hari ini walau bagaimanapun kita pun ada 97 buah petak tersebut hanya 56% yang mengisikannya. Dan ini adalah satu perkara yang menyebabkan kita tidak dapat buat perancangan untuk satu astaka yang baru di kawasan yang berdekatan. Saya juga ingin
untuk kepentingan semua YB. yang membangkitkan perkara di sini walaupun tidak ada di sini. Yang Berhormat Berapit ada menyatakan kerisauan beliau terhadap kebanjiran warga asing di pekan Bukit Mertajam. Di mana mereka menjalankan perniagaan dengan menggunakan lesen perniagaan warga tempatan. Now, Dato’ Speaker untuk makluman semua di sini, ini adalah satu isu serius yang kita ambil kerana kita tidak langsung sama sekali akan membenarkan perkara tersebut berlaku dan saya telah pun mengarahkan kedua-dua PBT. Bukan sahaja di Seberang, sini juga. Sekiranya ada kes-kes ataupun aktiviti yang kita lihat di mana warganegara asing menjalankan perniagaan dengan menggunakan perniagaan lesen perniagaan warga tempatan maka kita akan ambil tindakan yang tegas terhadap peniaga-peniaga warga tempatan tersebut yang termasuk sememangnya menutup kedai-kedai mereka, tempat-tempat perniagaan mereka. Ini sememangnya sedang juga dibantu oleh saya melalui EXCO Yang Berhormat Phee Boon Poh, yang melihat kepada betapa berleluasanya yang bukan sahaja di seberang, tetapi in our own backyard. I’ve seen this before. Dekat KOMTAR, banjir di banjiri peniaga asing. Ini satu banjir perkataan yang sudah berleluasa sekarang juga. Tetapi itu adalah kebetulannya. Itu adalah apa yang berlaku. Saya juga berkongsi pendapat Bagan Dalam berkenaan isu ini di mana lesen-lesen penjaja perlu hanya dikeluarkan terhadap mereka yang layak dan saya harap kepada semua ADUN di sini sebagai mata dan telinga saya dan Kerajaan Negeri, kalau ada aktiviti-aktiviti di luar sana yang kamu lihat melalui diri kita sendiri ataupun melalui MPKK dan pasukan-pasukan kita masing-masing maklum kepada Kerajaan Negeri. Maklum kepada pejabat saya. Kita akan ambil tindakan. Itu komitmen yang saya beri kepada semua. Saya juga mengambil berat isu yang dibangkitkan Seri Delima selain daripada apa yang saya nyatakan tadi. Berkenaan penguatkuasaan. Isu penguatkuasaan. Daripada segi Pihak Berkuasa Tempatan, ini adalah satu perkara yang penting untuk saya. Dan apabila kita ambil penguatkuasaan, actually not just segi Pihak Berkuasa Tempatan, juga dari segi EXCO Perumahan saya, we have to take action sometimes, Dato’ Speaker. I think all of you all saw what happen in Taman Manggis. Taman Manggis menjadi satu isu negara yang dimainkan dalam beberapa PR, Pilihanraya Kecil dari Pulau Pinang. Tapi mengapa kita ambil tindakan penguatkuasaan Dato’ Speaker? Kerana ia perlu diambil. Kalau perlu diambil tindakan penguatkuasaan, Kerajaan Negeri ini akan mengambil tindakan penguatkuasaan tersebut. I don’t means my words here. Ada orang yang tak layak dalam Taman Manggis. Orang yang salah gunakan premis tersebut, sewa kecil, orang yang sudah naik ekonomi dia walhal saya mempunyai satu senarai begitu panjang sekali Dato’ Speaker, yang menunggu. Bagaimana saya nak jawab pada mereka? Siapa di sini hendak ambil alih peranan saya sebagai EXCO untuk jawab kepada mereka? Jawab sekarang. Ambil tangan. Satu pun tak boleh Dato’ Speaker, tengok. Sungai Dua pun tak boleh. Kerana perlu diambil tindakan penguatkuasaan. Satu hari nanti apabila KOMTAR kata, dan saya setuju dengan KOMTAR. Mungkin perlu kita lihat bagaimana kita hendak longgarkan syarat atau lihat semula kepada syarat kelayakkan. Dan saya akan pastikan saya akan lakukan tersebut KOMTAR. Tetapi itu akan cuma berlaku apabila saya dapat selesaikan lebih daripada 1,000 lebih atas senarai menunggu saya. Salah satu perkara yang semua nyatakan, isu nasional. Mengapa di negara syarat ataupun had kelayakan pendapatan RM3,000? Isi sekeluarga. Di Pulau Pinang RM1,500, mengapa? Nak tunding jari kapada saya? Saya jawab. Kerana di Pulau Pinang, kita sudah dianak tirikan begitu lama. Di negara Malaysia kita ada 120,000 PPR. Di Pulau Pinang berapa? Saya sudah kata berulang kali sampai semua orang jemu, sudah tahu. 999 tak cukup. Yang itu pun semua penuh tapi saya ada senarai menunggu. Satu hari nanti apabila sekarang saya dalam proses bina lagi. Nasib baik kita ada Kerajaan Pusat Pakatan Harapan yang baru. Yang bakal akan bina lebih PPR. Sudah pun dijanji satu plot tanah di Sungai Pinang yang dapat lihat 2,000. Kalau kita boleh buat dalam 2,3 tahun ini, saya akan jumpa KOMTAR. Then we discuss. But at this point in time, try to understand. Cuba, cuba faham beban di atas bahu saya. Bukan
senang. Siapa yang buat, siapa yang nak buat? Balik pada isu penguatkuasaan. Itu jadikan saya marah la. But anyway, Seri Delima ada kata tentang penguatkuasaan dari segi Pihak Berkuasa Tempatan, PBT. My other portfolio now. Perumahan I’ll explain. What you have to do, you have to do Dato’ Speaker. But it is being done in a fair manner. I always said you have to be firm, to be fair Dato' Speaker,…(dengan izin). Yang dibangkitkan Seri Delima adalah berkenaan penguatkuasaan berkenaan aktiviti-aktiviti pasar malam yang menyebabkan kegangguan, kekacauan pada orang ramai. Yang spesifik dirujuk beliau adalah di Batu Feringgi. Dan saya sememangnya tidak boleh menafikan fakta tersebut kerana saya duduk dekat dengan Batu Feringgi, first of all. And sometimes when I go there, it is dangerous. You know as a parent’s, anak-anak suka nak pergi saya nak beli you know, hadiah. Papa, when are you going to buy me a toy. Every morning I wake up, every night I sleep, there’s a question I am given. So, the nearest is Batu Feringgi. Tapi you nak ambil anak pergi sana bahaya Dato’ Speaker. Bahaya. Jalan atas jalanraya utama tau. There’s a two lane road. Major traffic in Batu feringgi. Let me put it on the, on the, on the tables, terribles. I totally agree with you Seri Delima. But again we have to take action dan untuk makluman semua di sini, untuk Batu Feringgi, kita ada satu rancangan jangka masa panjang yang sudah pun mula di mana ada banyak pemaju yang sedang memajukan kawasan-kawasan tertentu di kawasan tersebut yang telah pun diminta untuk lihat pada rangkaian jalan di atas Batu Feringgi. Di mana mungkin pada satu hari, untuk makluman Seri Delima, very important untuk makluman semua di sini juga, saya umumkan hari ini. Pada suatu hari mungkin tak lama lagi kita akan jadikan jalan Batu Feringgi itu satu hala untuk atasi masalah ini. But we have to think and plan forward because this can’t go on. Dan dalam peringkat sekarang sememangnya ada banyak kedai-kedai kalau kita lihat, if we’ve been there recently, yang sudah pun ditutup untuk memberi ruang kepada kita melaksanakan projek tersebut. Di mana Jalan Batu Feringgi Dato’ Speaker, will be one way the other is the pair road which is coming above, above of it which is already there if you aware,…(dengan izin) sudah pun ada tetapi perlu dijalinkan. We need a connection. That is good. That is being work out now. So, I totally agree with you. But at for this point in time, looking at a bigger picture, memang saya akan minta kedua-dua PBT lihat bukan sahaja Batu Feringgi, semua pasar-pasar malam yang lain semua aktiviti-aktiviti ini yang memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat itu yang kita pentingkan sebagai Kerajaan Negeri itu yang terpenting sekali. Mungkin ada puak-puak yang akan marahkan kita, tapi saya sedia dimarahkan bagi kepentingan rakyat Dato’ Speaker. Ada beberapa perkara lain yang juga dibangkitkan. Sungai Pinang ada nyatakan berkenaan Pusat Jagaan Post Natal dalam ucapan beliau supaya garis panduan disediakan. Untuk makluman Dato’ Speaker, dibahagian Seberang sememangnya garis panduan khusus berkaitan Pusat Jagaan ibu selepas bersalin iaitu Post Natal, Pusat Jagaan Dato’ Speaker, telah pun diluluskan pada tahun 2014. Dan kita sememangnya masih menggariskan syarat-syarat yang perlu untuk semua pusat-pusat tersebut dibenarkan ataupun diluluskan pengeluarankan, pengeluaran lesen. Dan untuk makluman Dato’ Speaker juga, selain daripada MPSP, MBPP juga kita baru-baru ini ada beberapa mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa ADUN saya ingat termasuk Sungai Pinang yang membangkitkan isu yang begitu bernas ini, penting. Kerana kita lihat bagaimana kita boleh putihkan bukan sahaja Pusat Jagaan Post Natal ini tetapi pelbagai Pusat Jagaan Orang Tua dan sebagainya kerana ini adalah pusat-pusat penting untuk kita lihat. Lesen itu bukan satu perkara yang kita hendak bebankan mereka dengan, ia adalah penting kerana lesen apabila diisu Dato’ Speaker, semua yang hadir, adalah berkaitan samaada semua syarat-syarat terutamanya syarat-syarat keselamatan bangunan tersebut kita patuhi atau tidak? That is the whole idea. We’re not just simply issuing licences so that we can make money, no! We have, we have a duty as a government. Jadi kalau tidak dipatuhi sekarang kalau kita hendak cuba putihi maka kita
kerjasama mereka, dengan mereka tetapi masih perlu mereka faham mengapa mereka perlu patuhi syarat-syarat tersebut? Dan dalam mesyuarat yang diadakan selain daripada garis panduan MPSP 2014 yang saya sebut tadi, untuk MBPP sekarang telah pun diarahkan pada hari tersebut supaya mereka lihat bagaimana kita boleh lihat sama ada garis panduan tertentu diselaraskan dengan bahagian Seberang, supaya pusat-pusat ini kita dapat pantau. Supaya meraka dapat jalankan aktiviti mereka menurut undang-undang Dato’ Speaker. Berkenaan…(gangguan).
Minta laluan. Minta laluan Yang Berhormat.
Silakan.
Datok Keramat, berkenaan dengan Pusat Jagaan ataupun Care Centre, bukan sahaja ataupun Post Natal, Care Centre, ada juga pusat jagaan untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan ataupun pesakit. Di mana mereka tidak mampu tinggal di hospital di mana in specialist care satu hari itu dalam RM120 sampai ke RM150. Ada pusat-pusat jagaan sebegini operasi di sekeliling hospital-hospital berkenaan yang charge is very low…(dengan izin). Macam di Taman Bagan sendiri kerana ada Bagan Specialist Centre, ada Care Centre tetapi kerana karenah birokrasi itu masih ada lagi walaupun Kerajaan Negeri cuba untuk memutihkan dan sebagainya. Karenah birokrasi ada lagi dia kata untuk Care Centre sebegini dia perlu cari satu banglo. Dan harga banglo ataupun sewa banglo di kawasan Bagan itu di Butterworth itu, out of imaginary. Sometimes can go to three to four thousand. So, ini adalah sesuatu yang perlu ditambah baik walaupun saya pun sudah bawa kepada MPSP mereka tidak dapat beri satu penyelesaian kerana birokrasi itu masih wujud. I don’t see a will from the administration side to rectify this problem…(dengan izin). Saya minta Datok Keramat juga menasihati PBT dan untuk rectify this problem. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Satu isu yang betul. Sememangnya apabila kita lihat kepada pusat-pusat jagaan ini mahupun orang tua ataupun kanak-kanak dan sebagainya atau pun post natal, salah satu perkara yang terpenting atau pun yang membebankan mereka adalah kos. Isu kos seperti mana Yang Berhormat Bagan Dalam kata berkenaan isu penyewaan premis. Dari sudut kerajaan, apa yang kita boleh bantu kita bantu dari segi lesen yang dikeluarkan itu kita bagi banyak pengecualian. Kalau bukan pengecualian terus, kita bagi diskaun kepada mereka kerana kita faham apa yang sedang berlaku tetapi sebagai kerajaan kita tak boleh mengarahkan pemilik-pemilik premis supaya sewakan dengan sewa yang rendah. Itu, that’s beyond our control but what we can do…(dengan izin) Dato’ Speaker, to Yang Berhormat Bagan Dalam, I agree with you, we are doing that, because the cost factor from the government side, dengan izin, is the licence seems cost. The cost from the government side we are looking into it. In fact, segala mesyuarat yang kita adakan adalah untuk itu sahaja. Dalam proses pemutihan, kita lihat bagaimana kita boleh bantu pusat-pusat sebegini kerana mereka adalah kepada saya, saya kata dalam mesyuarat-mesyuarat saya adalah pusat-pusat amal. Siapa yang hendak jaga ibu dan bapa mereka yang tua? In fact, I would not like that to happen but unfortunately due to circumstances it has to happened. Now the cost of living they can’t take care of their elder parents, they have to sent them to elder homes. Jadi kita tak perlu bebankan mereka lagi dan Kerajaan Negeri ini memang komited untuk lihat bagaimana kita boleh bantu Dato’ Speaker. Saya hendak teruskan……(gangguan).
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Saya nampak di Pihak Berkuasa Tempatan untuk isu confinement center ini, post natal center, saya rasa pengusaha-pengusaha selama ini mereka memang, saya tidak faham adakah mereka ada menghadapi sebarang kesulitan bila ingin melesenkan perniagaan mereka. Maka saya nak cadangkan supaya jabatan, ini adalah juga terlibat dengan Kementerian Kesihatan, jadi pelbagai pihak yang tertentu iaitu jabatan boleh duduk bersama dan kita kaji dan beri cadangan kepada mereka. Sebab confinement center kita sudah ada tempoh pemutihan kepada pusat jagaan kanak-kanak, macam mana dengan pusat jagaan ibu bersalin? Sama ada kita nak bantu mereka? Saya setuju dengan Yang Berhormat Datok Keramat, bukan kita nak fi lesen. Ini bukan niat kita, kita nak adalah supaya keselamatan ibu-ibu dan bayi lebih terkawal dan teratur. Kita boleh tahu bagaimanakah keadaan di dalam premis ini dan mereka tidak terdedah kepada risiko keselamatan. Jadi sama ada kita boleh panggil bersama pengusaha, adakan satu forum atau satu sesi untuk one stop center bagi mereka, melesenkan mereka bagi bantu semua pihak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Sememangnya ini sedang dikaji seperti mana saya kata sebelum ini dan in fact, I think Yang Berhormat Sungai Pinang you’re involve with me on this dan kita harap dapat mencapai satu keputusan dengan secepat mungkin atas isu ini. Saya teruskan Dato’ Speaker, atas portfolio saya di bawah Kerajaan Tempatan di mana seperti mana rakan saya daripada Tanjung Bunga tadi kata tentang usaha kita untuk menjadi satu bandar pintar. Dari segi infrastruktur beliau bertanggungjawab dari segi rancangan saya bertanggungjawab tetapi seluruh kerajaan bertanggungjawab untuk menjadikan ini satu bukan bandar pintar, saya nak guna perkataan yang lain sekarang. Kita di negeri Pulau Pinang hendak jadi satu negeri pintar, bukan bandar pintar. It is a bigger picture now. Bandar adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Untuk makluman semua, saya telah masukkan permohonan kepada Kerajaan Pusat agar kita menjadikan Seberang juga sebagai satu bandar. Majlis Bandaraya Seberang Perai dan saya dimaklumkan Dato’ Speaker, Afif satu orang yang sokong (Ahli Dewan menepuk meja), terima kasih. Dan untuk makluman semua, proses tersebut di akhir at the end of the road because semua telah selesai, menteri telah nyatakan kertas telah kita masuk untuk sekarang dirujuk untuk keputusan kabinet, itu sahaja. Dan saya dimaklum harap-harap bulan Mei ia akan ada atas meja untuk Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita lihat boleh atau tidak. Dan untuk saya, boleh atau tidak itu satu soalan sahaja bukan dua. Boleh sekiranya semua kriteria dan syarat-syarat yang diperlu dipatuhi dan untuk makluman semua di sini, saya hendak umumkan kita telah patuhi semua syarat yang diperlukan untuk Seberang menjadi satu Majlis Bandaraya. Jadi, kalau kita begitu, tak perlu kita jadi satu bandar pintar kerana seberang juga bandar, kita juga bandar, jadi satu Pulau Pinang kita jadi Satu Negeri Pintar. Itu hasrat saya sekarang untuk jadi Satu Negeri Pintar. Ada beberapa projek yang telah kita terajui dan mendahului di negara Malaysia. Saya beri beberapa contoh, terlalu banyak. Saya beri beberapa. Penang Digital Library. Sudah ada fasa 1, fasa 2, baru ini fasa 3 di seberang. Penang Islamic Digital Libraray (PIDL) first in Malaysia, in Penang. Another first yang di pilih Pulau Pinang kerana kita ada begitu yang pertama dipilih antarabangsa. First in Asia, on top of Malaysia. Facebook together with a private company, YTL memulakan proof of concept of Terragraph. Tadi Yang Berhormat Tanjung Bunga kata tentang rangkaian fiber kita di Pulau Pinang. Untuk makluman semua, rangkaian fiber kita, infra kita on the main trunk road actually in 100 percent. Itu saya dimaklumkan oleh menteri sendiri dan menteri itu siapa, saya punya adik kecil tau. (Dewan ketawa) so dia tak boleh main-main dengan saya. Dia confirm Penang is
the most advance where broadband is concern. Trunk roads 100% for your information it’s a connection to residences now. Tapi di Penang dia juga begitu bangga dengan kita dan dia kena marah dari Pusat apabila mereka pilih Pulau Pinang untuk Terragraph. Terragraph is a wireless broadband, tak perlu fiber. Sudah laku satu kali, I think negara Polland if I’m not mistaken, one (1) European country success, so they want to test it in Asian country because of weather. Sometimes broadband wireless can work in a cold country as oppose to a country with our climate…(dengan izin), kerana kita ada hujan, kita panas. Jadi dia punya broadband width itu tak boleh tahan, tetapi mereka cuba di Pulau Pinang. Tadi dia kata, Tanjung Bunga, national average 8 mbps, we are 11. Saya nak bagi tau semua di sini, Terragraph wireless broadband mbps higher fastest speed cuba teka? 11 and 8, itu main-main. Terragraph highest speed in George Town, where we are today in Dewan Sri Pinang, ada Terragraph. You know or not? Kita ada 3 ap di sini. Saya pasang. You all can try after this. 170 mbps, 10 kali ganda average speed in the world. More higher then in Singapore in Penang, in Dewan Sri Pinang…(Ahli Dewan menepuk meja) even at average out 50, double triple. That’s what we are doing here in Penang. Terragraph so Penang and it is succesfull. Kita akan ada 300 pole di seluruh Negeri Pulau Pinang yang bakal akan disiapkan sepenuhnya bulan Mei and free of charge proof of concept project until September. If it is a good project, we will continue with it but we are happy to lead. Itu adalah apa yang saya nak nyatakan. Kita bukan sekarang nak jadi bandar pintar, kita hendak jadi negeri pintar. We want to be a smart state, not a smart city anymore. Tell everyone that is what Penang is going to do. Today this morning, saya dengan Ketua Menteri saya pada pagi ini, Penang Lead I say. Negeri Pintar saya cakap tadi, bukan bandar pintar lagi, negeri pintar. Pagi tadi saya umumkan dengan Ketua Menteri, tempat letak kereta pintar akan dilaksanakan pada bulan Ogos. Akan mula sekarang pemasangan sensor-sensor dan sebagainya. Akan dimulakan projek perintis di George Town, ada beberapa tempat letak iaitu dalam 657 di bahagian Seberang 350, keseluruhan negeri Pulau Pinang, 36,000. We have 36 thousand car park lots in Penang. 24,000 on the mainland, 12,000 on Penang. We gonna start with these new smart parking project as a pilot few have been indentify here in island, few in mainland. lBut again, untuk makluman, visi kita, visi 2030 kita yang mempunyai tema menjadi satu Negeri Pintar tersebut terjelma. Pagi ini sekali lagi, not only the last few first that I mentioned, we are the first state in Malaysia to implement smart parking system, ladies and gentlemen dan kita akan terus dengan usaha-usaha tersebut di bawah portfolio saya sebagai Exco Kerajaan Tempatan. Ada banyak lagi perkara yang telah pun saya umumkan tetapi saya nak sentuh yang penting. Dato’ Speaker, ingin saya, silakan Yang Berhormat Machang Bubuk.
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Saya tertarik dengan penjelasan yang telah diberikan khasnya dari segi liputan wireless broadband ini yang buat kali pertama ia dibuat di negeri Pulau Pinang. Terragraph ini. So saya cuma nak dapat penjelasan yang lebih mendalam kerana adakah perkara ini boleh dipasang juga di kawasan Seberang Perai? kerana apa yang kita tahu buat masa ini masih ada banyak kawasan menunggulah jalur lebar ini dan berapa kos yang perlu kita tanggung? Adakah perbezaan kos sekiranya kita guna Terragraph dengan fiber yang sedang dijalankan. Apakah perbezaan kos dari segi pemasangan Terragraph dengan fiber ini?
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan yang begitu baik tadi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita tak anak tiri siapa termasuk seberang. Bukan macam Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Kita akan pastikan ia sampai di Seberang. (Ahli Dewan menepuk meja). Cuma sekarang kita adalah test case lah. Ini perintis di Pulau Pinang, bagi
pihak seluruh Asia Tenggara for your information. Everyone is looking at Penang because if we succeed here, Penang is going to become a rail renowned place for wireless wifi, throughout South East Asia, Asia I would say. Tapi memang setelah program ini selesai, the whole reason for perintis is so we can troubleshoot. Kalau ada isu kita nak tau bagaimana selesai, mereka juga nak bantu kita. At this point in time, perintis ini tak ada kos yang langsung kita perlu tanggung. So saya juga harap itu akan berlaku kalau kita shift to Seberang, and for your information, the different with the cost wireless vesus the fiber is immense. Oleh itu banyak negara di dunia sekarang hendak lihat pada teknologi ini. Ini teknologi baru. Baru-baru ini kita lihat Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita umumkan 5G. kita sekarang 4G. For your information when I was in kementerian dengan adik saya, mereka umumkan Pulau Pinang yang terhebat sekali. Kita 3G 100%, 4G 97%, 3% itu di black spots, that’s what they say. Very terpencil punya area. 4G almost 100%. So, we are getting ready for 5G now. And 5G either through Fiberization to the policy the National Fiberization Policy that was stated by Tanjung Bunga tadi. Ataupun now this new technology that was testing in Penang. If it success can you imagine how fast kita akan pergi ke hadapan untuk dapat 5G. Oleh itu adik saya menteri, dia telefon saya apabila saya kata kita dah habis dan kita dah 100 and 70 Mbps. Tun Dr.Mahathir marah dia. Cakap saya tak boleh buat di Putrajaya ataupun di Selangor. Tak apa mereka yang pilih, mereka pilih Pulau Pinang itulah, itulah the age that we have here in Penang Dato’ Speaker, but definitely i agree with you Machang Bubuk don’t worry if everything goes well here. I will talk to them to operator to start a pilot project. You let me know. You and your friends from Seberang let me know. Kenal pasti satu kawasan, I put the ball back in your court. Saya teruskan Dato’ Speaker. Dasar Pengasingan di Punca. Pengasingan Sisa di Punca. Or known better as PSP. Seperti mana semua tahu kita lancarkan dasar ini pada bulan Jun 2016. Apabila enakmen di apa ni kita adakan enakmen kita ada satu tahun morotorium untuk orang dapat kesedaran dan sebagainya then kita mulakan pelaksanaan ataupun penguatkuasaan dasar tersebut. Di mana pada mulanya kita kuatkuasa terhadap bangunan bertingkat, strategy properties for high rise, dan bangunan perniagaan. Dan untuk makluman semua apabila saya dilantik sebagai EXCO, satu kategori yang kita ada morotorium masih adalah bangunan berlandai ataupun landed properties. Tapi saya buat keputusan itu pun kita akan laksanakan penguatkuasaan mula 1 Januari. Dan untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Dato’ Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat sehingga ini kita telah pun lawat periksa hampir 300 premis pelbagai jenis dan untuk makluman semua, sehingga sebanyak 1700 notis pemberitahuan telah pun dikeluarkan kepada penghuni-penghuni premis dan selanjutnya sehingga sekarang kita telah pun mengeluarkan hampir 100 kompaun terhadap premis-premis tersebut. Saya percaya Pulau Pinang sekali lagi mendahului menerajui apabila kita lihat pada Pengasingan Sisa di Punca di mana projek ini merangkumi juga perkitaran semula di mana sepertimana semua maklum, kita negeri yang pertama yang mengamalkan No Plastic Bag Day, the first time no plastic bag on Saturday, kita terima banyak aduan, rintangan dari orang awam tapi kita teruskan sehingga ia jadikan no plastic bag everyday kecuali kalau kita hendak bayar untuk plastic bag iaitu di peringkat ini, RM0.20 sen satu plastic bag. Dan untuk makluman semua, ini amalan yang kita dikutuk teruk pada awalnya. Satu amalan yang sekarang diamalkan di seluruh Malaysia. Negeri lain hendak ikut kita. That’s why I said Penang leads. Apabila kita buat satu perkara yang baik, kita terima kutukan dia. Tetapi orang akan faham, majoriti akan sokong. Mereka sokong sampai sekarang satu Malaysia mahu. Nak cakap satu Malaysia pun susah, tapi seluruh Malaysia lah. Semua mahu. So, yang saya nak nyatakan balik pada serius sikit. Tadi saya kata, apabila kita ada projek sebegini kita cuba elak penggunaan, kepenggunaan plastic bag. Kita telah berjaya. Kalau saya nak nyatakan jumlah berat, kalau saya ingat, walaupun mereka tak letak dalam
speech saya. tapi saya ada semua angka-angka ini dalam minda saya. Dari 2016 sampai sekarang, barang-barang kitar semula yang kita telah kutip lalui dua-dua PBT hampir 400 tan. 400 tan. For your information all of you, the world recyclable collected is nearly 300 million tans. We are only about 3 to 400 tans. That is the world amount. Of course we will continue dengan ini. Tapi cuma saya nak bagitahu semua Dewan ini terutamanya Dato’ untuk makluman, kalau usaha kita adalah untuk elakkan kepenggunaan plastik tapi kita masih benarkan mereka guna. Bayar RM0.20 sen betul? Jadi mereka masuk, kita masih lihat orang keluar dengan plastik. Kerana kita benarkan masih only yang tidak hendak beli ambil beg mereka sendiri okey. Do you know how much we have collected the RM0.20 cent since mula. I think nobody knows. Hampir RM8.9 juta, hampir RM9 juta. Kalau satu plastic bag 20 kupang. RM0.20 sen. RM9 juta berapa plastic beg? Siapa yang boleh bagitau? Saya pun tak mau tahu. Kerana kalau saya tahu itu bermaksud program ini telah gagal. Betul atau tidak? Apakah itu. Apakah itu hasrat kita, objektif kita, betapa juta plastic bag mereka beli. Masih masuk ke dalam longkang, masih dari longkang pergi ke sungai. Dari sungai pergi ke laut. Dan akan berada di situ untuk empat (4) generasi. Kita punya anak, punya anak, punya anak, punya anak suatu hari akan pegang satu plastic bag yang kita pegang hari ini, kerana kita. Itulah yang saya hendak berhentikan. Itulah Kerajaan Negeri hendak berhentikan. Faham? Jadi saya hendak minta Dato’ Speaker dan semua rakan saya di sini untuk setuju dengan saya. Kalau kita boleh mula dengan kata no plastic bag. Either kita naikkan itu dua kupang, RM0.20 sen kerana semua RM0.20 sen. Apa RM0.20 sen? Naikkan dia ataupun hapuskan semula. Semula plastic bag. Boleh setuju atau tidak dengan saya? Siapa yang kata tidak ambil tangan. Siapa pun tak berani kata. Sebulat suara. (Ahli Dewan ketawa).
Yang Berhormat Datok Keramat. Bukan saya tak setuju.
Boleh berdiri tak boleh angkat tangan.
Bukan saya tak setuju, saya setuju. Tak siapa berani di sini untuk tidak bersetuju, tetapi adakah kerajaan berani untuk membuat, mengambil tindakan yang drastik sebegini. Sebab saya lihat di Malaysia, apabila ada dasar-dasar sebegini. Kerajaan terlalu takut, bukan dalam isu ini, dalam banyak isu lah. Dan saya lihat, apabila saya pergi ke India. Mereka takut, untuk kedai-kedai takut untuk beri plastik. Dia beri dalam balutan kertas. India negara yang begitu besar. Demokrasi yang begitu besar. Kalau dia ban the plastic the precaution is going to be in direction. They don’t care. They just introduce the ban and I’ts already band. The total band on the plastic. Kenapa Malaysia kita tidak boleh buat. Adakah kerajaan, I mean whether it in federal or state. Adakah kerajaan berani untuk mengambilkan langkah yang begitu drastic? Itu persoalan.
Datok Keramat, bagi saya, saya, saya peluang sikit. Terima kasih Datok Keramat. Saya rasa kita kena berhati-hati juga. Sekarang saya, saya, saya, saya, saya faham, saya bukan kata cabar kerajaan tak berani. Kerajaan sangat berkuasa. Saya tak mempertikaikan kuasa yang ada pada kerajaan. Cuma kita kena pertimbangkan juga, di pasar-pasar awam yang buat setakat ini mereka memang tak ada satu kesedaran dan juga memang ada barang-barang yang kita beli itu adalah lebih baik diletakkan dalam plastic bag. So, yang saya rasa macam ini, kerana saya tak tahu mungkin dari segi kilang-kilang sebab kita nak memantau macam mana itu beg plastik dipasar untuk dikeluarkan oleh penjaja-penjaja tersebut. Saya rasa itu sangat sukar. Tetapi jika dari segi pelupusan kita kena target, sasarkan pengeluar-pengeluar plastic bag ini yang mungkin kos dia perlu bayar kepada kerajaan lebih tinggi.
Sekiranya, dan penjaja perlu menggunakan duit yang lebih tinggi untuk membeli plastic bag itu akan menyebabkan mereka akan fikir berkali-kalilah sekiranya mereka nak menggunakan plastic bag itu. So, itu saya cadangan saya, bukan untuk haram, haramkan semua plastic bag.
Okey, kepada Machang Bubuk, ada dua pendekatan, apabila kita guna plastic bag. Ada dua (2) orang. Bukan saya sahaja apabila saya pergi ke pasar beli barang. Siapa yang lain? Machang Bubuk betul, yang jual barang either kita band totally and then kita takkan ada masalah daripada penjual ataupun pembeli. Very simple. You might have, to have kesedaran awareness education, etc. So please it have to be done. How long are we going to wait some more or like you said, like I said my first option tadi. Kita naikkan harga plastic bag dijual. First of all, to pembeli. Tapi yang lagi satu pihak penjual. Kita juga boleh taruh bagi dia berat sikit. Sekarang dia beli plastic bag yang begitu nipis. Kita bagi dia beli plastic bag yang lebih tebal. Sudah pun ada plan because plastic bag lebih tebal itu lagi mahal untuk dia beli, untuk jual kepada pembeli. Dia takkan beli. Dia beli pun dia takkan jual RM0.20 sen. But still at the end of the day, option dua (2) masih plastic bag itu akan masuk longkang, masuk sungai, dan masuk laut. Faham? Jadi balik kepada soalan yang terpenting sekali dari Bagan Dalam, kita ada komitmen untuk buat sedemikian sebagai kerajaan. Siapa di sini tak setuju dengan saya, angkat tangan? Kita kerajaan hari ini, di sini kerajaan cakap boleh. Boleh atau tidak? We are the government. So we have to go down to officer’s, educate them, tell them what to tell the public. If you need education awareness. So be it. But I think here, everyone agrees that has to be the way forward. So, a decision has to be made. Either a compromise increases the price at this point in time or complete band. Either or. I will, if you all want to kutuk somebody I’m always available. That is everybody knows me for that lah. Somehow or rather but I’m, I’m very serious on this, Sungai Dua sekejap, sekejap. I’m very serious on this. I think this is a, I think this is an issues that we began. In fact kita yang mulakan with the ‘No Plastic Bag Day Campaign’’. Do you know when I went to one of my first visit on pengasingan sisa with YB. Phee. I think that time I was not even an EXCO. We went to Maldives, before they tukar government and all the kind of things. In Maldives, Our ‘No Plastic Bag Day’ in Penang a small island a dots in the world was recognize. Diberi pengiktirafan kalau kita boleh buat begitu pada waktu itu sekarang, mari kita buat lebih baik. I think we can, but of course it’s got a take will from government by Chief Minister to give his inputs but as an EXCO, I’m here with his blessing to give my inputs and That’s it my view. Because of the numbers that we have. Sometimes when you look at the project program or project you have you must always review it. I learn that as the housing EXCO Dato’ Speaker. When we are cooling measure how the market came to stand still we adjusted things we are looked the numbers to seating a working or not. If you not working there to change relook nothing is return on stone. You can always review, so this numbers the I share with you RM0.20 cent a plastic bag. RM9 juta dikutip I think we have to review. So dengan itu saya hendak teruskan kalau boleh, Sungai Dua silakan.
Terima kasih Datok Keramat, saya kira tadi yang Datok Keramat sebut. Ada 45 juta plastic bag dengan nilai RM9 juta kutipan maknanya cukup banyak. Tu kita kena caj, saya sebenarnya saya setuju tidak digunakan plastik beg ni. Saya sememangnya menentang plastic bag, sebab dia menyebabkan alam sekitar. Susah nak diuraikan dan sebagainya. Cuma minda masyarakat perlu kita ubah, sebab dah lama pakai plastic bag ni. Mungkin satu kaedah saya nak cadangkan, kalau boleh. Kita ada Universiti Sains, macam-macam universiti yang buat kajian, USM ada. Kita cari benda lain yang boleh buat plastik, komponen plastik
yang boleh diuraikan. Saya rasa ada dengan gunakan dulu gunakan batang pisang. Ada USM, daun pisang dia proses benda tu boleh diuraikan. Macam kaedah plastik juga, macam plastik juga digunakan. Gunakan konsep tu, mungkin caj kos dia tinggi sikit tapi benda tu selamat kepada alam sekitar. Saya caj kaedah dia saya cadangkan, saya setuju apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dari segi plastik beg. Saya memang tidak setuju digunakan plastik beg sebab dia mencemarkan alam. Cadangan saya tadi gunakan benda lain.
Rakan saya daripada Sungai Dua…(gangguan).
Datok Keramat 10 saat sahaja. Saya setuju dengan Sungai Dua kalau boleh saya cadangkan Yang Berhormat bawa satu (1) deligasi pergi ke Chennai atau pun Tamil Nadu. Negeri yang sudah berjaya semua polisterin di banned way be for us mereka gunakan barangan daripada semula jadi daun dan sebagainya. Bolehlah kaji apa yang mereka buat di sana kenapa mereka berjaya di sana, why can’t we?
Saya ingat begitu tepat masanya Bagan Dalam dan Sungai Dua kata. Saya akan minta pakar saya dari Sungai Puyu untuk buat satu jawatankuasa dan pastikan kedua-dua kamu ada dalam jawatankuasa itu. Untuk pastikan kita boleh lihat plastic bag baru yang tidak memudaratkan orang ramai. Setuju, semua setuju hari ini. Dato’ Speaker saya teruskan, terima kasih Sungai Dua, thank you Bagan Dalam. We always look forward your input if you have input always come and see us we are always willing to hear. Saya hendak akhir dengan portfolio saya yang begitu dekat dengan hati saya. Semua orang tahu, saya ingat semua pun ada tanya tentang isu perumahan dan perumahan adalah satu (1) isu yang begitu dekat dengan saya. Dato’ Speaker ini penggal kedua saya di sini. Untuk makluman semua saya di dalam run up to PRU 14 sebagai EXCO di minta daripada semua EXCO minta beri pandangan tentang portfolio masing-masing. Tentang sudut pada saya perumahan apa hala tuju, masa hadapan. Kepada saya hendak ulangi, di Pulau Pinang memandangkan kerajaan ini satu (1) kerajaan yang begitu baik. Berdasarkan pentadbiran yang kita ada, kita mula dengan Cekap, Akauntabiliti, Telus. Diteruskan dengan cogan kata Cleaner Greener ataupun Bersih Hijau. Diperluaskan kepada Safer Healthier, selamat sihat. Ini menjadikan Pulau Pinang satu tarikan. Saya sudah kata dari mula, daripada bekas Ketua Menteri sampai sekarang. Kita faham apabila kita ada satu pentadbiran begitu baik yang dapat kita lihat secara fizikal transformasi di Pulau Pinang. Siapa pun tak boleh nafikan itu. Bukan sahaja orang Pulau Pinang, orang dari luar Pulau Pinang. Itu yang menakutkan saya, kerana Pulau Pinang sudah ada banyak orang. Tiba-tiba orang luar pun mahu mari sini, dia mahu mari sini dia mahu buat apa? Dia mahu cari rumah, apabila itu berlaku fenomena itu berlaku jadi harga rumah itu naik. Normal economics, supply and demand. When there is demand the product, the price of the product goes up. That what happen in Penang. Tadi saya dah kata kita sudah pun, memperkenalkan beberapa polisi untuk sejukkan pasaran hartanah di Pulau Pinang dan kita lihat satu adjustment yang baik. Untuk makluman semua kita lihat sekarang hampir 80% perumahan daripada pemaju principal that means first time property developers, not sub sale. Adalah di bawah 500 dan saya selalu nasihatkan mereka. Tadi saya kata saya selalu rela dikutuk. Saya yang dikutuk terbanyak oleh pemaju kerana saya kata kepada pemaju. Saya tak mahu nasihat kamu, kamu tahu daripada angka daripada statistik data tadi, saya kata juga. Lihat! Mara hadapan, masa hadapan kita. Bagaimana kita hendak pergi kehadapan, bina rumah mampu milik. Kerana
statistik tunjuk itu yang punyai demand dia. Dan untuk makluman daripada 80 % tersebut, hampir 60% sekarang adalah di bawah RM300,000. Kalau RM300,000 itu adalah polisi kita, di negeri Pulau Pinang bahagian pulau RM300,000 tak boleh lebih mampu milik. Di bahagian seberang RM250,000. Kita akan tetapkan, kita akan kekal harga itu. Ada negeri-negeri lain yang sudah naikkan harga dia, saya tidak setuju. Saya tidak setuju juga dengan menteri sekarang. Saya sudah bagi tahu, kos rendah, kos sederhana tak boleh mesti kekal pada RM42,000, mesti kekal pada RM72,500. I told her, and I think she reconsidering. I said low cost, low medium cost has to be build at the expend of developers and the state government for the interests of the people. Kerana ada ramai rakyat di situ RM42,000 tak boleh mampu. Kita nak naikkan harga lagi tak boleh. PRU 14 apa yang saya kata apabila dikehendaki tulis manifesto bagi pihak perumahan. Saya kata on conservative estimate, kita akan sediakan dalam 76,000 unit kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik di Pulau Pinang. That’s what I said that was in the manifesto for Penang.
Untuk makluman semua di sini, saya nak umum, saya telah pun banyak kali di peringkat sekarang. Sekarang bulan empat hampir lima, tapi my last count was bulan. Sudah bulan lima oh ya. To many thing was going on. Sudah bulan lima so that means three months ago bulan dua. Bulan dua last count was supposed be 76 check. Always check your number, everyone here do that. Numbers were tell you, where you heading or where you not heading. Nombor yang terakhir bulan dua Dato’ Speaker, di Pulau Pinang kita telah melepasi, mencecahi angka 76 itu. Kita di dalam 102,000 unit kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik yang sedang dibina, yang telah dibina dan yang akan dibina di negeri Pulau Pinang untuk rakyat Pulau Pinang tuan-tuan dan puan-puan. (Ahli Dewan menepuk meja). Dan sekarang lagi satu dokumen saya di minta beri komen. Penang Vision 2030, dokumen yang baru-baru pada Sabtu lalu diumumkan Ketua Menteri saya. This was the most reason, dalam ucapan ataupun maklumat yang saya beri pada Penang Institut untuk dimasukkan ke dalam dokumen tersebut. Saya kata kalau kita 102,000 sekarang iaitu daripada 2008 sampai 2019 sekarang, 11 tahun. I would said around 9000 a year, conservative kita put 8,000 we have another 10 years / 11 years, that will be another 80,000. For me I quiet confidence kita by 2030 kita akan capai 180,000 unit kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik.
Saya harap 2030 saya ada di sini untuk umumkan bahawa kita berjaya buat sedemikian. Bersama-sama semua rakan-rakan saya di sini, kita harap bersama-sama. So tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pembekalan perumahan sepertimana saya nyatakan itu satu faktor yang penting. Yang kedua dan yang penting juga adalah cabaran yang kita ada selepas kita bekalkan perumahan tersebut dan sepertimana saya nyatakan tadi, ada golongan yang walaupun kita bekalkan rumah RM42,000 mereka tak mampu. Kita ada pelbagai usaha sekarang untuk lihat mengapa mereka tidak mampu first of all and kalau kita tak boleh bantu tentang soal mengapa tu, bagaimana second question boleh bantu mereka. First question, mengapa? Kita dapati kebanyakan mereka yang deposit 10% iaitu RM4,200 ataupun RM7,250 itu pun mereka tak mampu Dato’ Speaker. The RM4,200, RM7,250 they cannot afford. So ini satu isu yang saya bangkitkan kepada menteri dahulu di Kerajaan Barisan Nasional juga. Dua (2) menteri in fact Rahman Dahlan and Noh Omar and now of course our own Minister Zuraida. Dan mereka memang dahulu mereka kata akan lihat. Tadi ada soalan daripada rakan saya Pengkalan Kota berkenaan usul bersama itu ada isu ini tentang kadar penolakan pinjaman perumahan yang begitu tinggi kepada kos rendah dan kos sederhana rendah. So penggal dahulu Kerajaan Pusat dahulu mereka kata akan lihat tapi tak apa yang dibuat. Tapi sekarang untuk makluman semua di sini, untuk menangani isu deposit ini. This is the first main issue we are seeing that is the problem when you look at the percentage. Kita
telah bincang dengan Bank Negara Malaysia dan Bank Negara Malaysia melalui satu (1) agensi mereka iaitu Cagar Emas telah mewujudkan satu (1) program pembiayaan deposit ini untuk pembeli pertama, pembeli rumah kos rendah, kos sederhana rendah pertama. Di mana ada satu (1) tabung yang akan diberikan kepada mereka untuk 10%. Not the bank loan the 10% so that mean they don’t pay anything but that is tabung. The question is this when they Cagar Emas came to Penang. Mereka datang Penang bincang dengan saya, tapi dia kata saya tanya dia bukan kata saya tanya ini tabung saya setuju memang betul. Tapi siapa yang akan masuk dana ke dalam tabung ini saya tanya. So Cagar Emas kata daripada Bank Negara, pusat kata semua negeri. Negeri mesti wujudkan tabung dan masukkan dana, I said no saya tak setuju langsung. Mana saya boleh setuju kepada ini kerana kita sebagai pembayar cukai kepada Kerajaan Pusat perlu di beri balik cukai tersebut kepada pelbagai kategori termasuk perumahan. So I always said, let say if I pay RM10 in tax Dato’ Speaker, (dengan izin)…you decide RM2 maybe RM1, RM3 up to you will be for housing that money then you channel back to this tabung for each state that has contributed accordingly pro rata. So Penang kita bakal dapat banyak kerana kita pembayar cukai ketiga tertinggi di negara Malaysia walaupun kita negeri yang kedua kecil. We are the third higher tax paying country, so does not make sense for the federal to ask us even these to have own fund and this is impossible for it. Jadi Cagar Emas kata mereka akan maklum panjangkan pada menteri. Saya sekarang menunggu, kerana that is one way to get out this conundrum number one (1). Number two (2) mengapa itu tadi soalan kedua. I go finish very soon, I know you are looking at me and you want me to finish soon. I also want to finish, I’m also looking at you. Number two (2) bagaimana kalau mengapa itu satu (1) cara bagaimana is other way. Of course di Penang, I think KOMTAR is always on the ball where housing is concern and very appreciative. Dia ada kata tentang PPR. PPR, I don’t want to go to Taman Manggis issue but the reason is we need to be firm because along waiting list. But bagaimana kita hendak kendalikan waiting list itu, saya setuju dengan KOMTAR, kita boleh lihat tapi yang penting sekarang adalah untuk mewujudkan lebih unit. Selain daripada apa yang saya kata tadi tentang Sungai Pinang di Jelutong ada mungkin 2,000 lah hopefully. Saya juga telah nyatakan kepada Ketua Menteri yang setuju, dia setuju saya tau, Ketua Menteri ini setuju kepada PPR. Dan kita lihat selain daripada PPR dibina daripada Pusat, kita juga lihat bagaimana kita boleh lihat projek-projek kos rendah, kos sederhana rendah yang kita ada diconvert atau diubah kepada konsep PPR. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, for your information everyone here, we have got at least two project now yang kita kenal pasti iaitu projek swasta di mana mereka perlu beri kos rendah, kos sederhana rendah yang kita identify satu di bahagian Balik Pulau di Pulau Pinang dan satu di bahagian Seberang Perai Tengah, I think Kampung Tok Subuh if I’m not mistaken. Which give us nearly 1,000 of units which we are going to convert, not the whole block we will take. We will take some of the blocks. Let say, if that unit that project say two (2) blocks, we take half. Half still for sale, half PPR. Kita buat pendekatan tersebut, kaedah tersebut dan kita juga lihat kepada bangunan-bangunan kita sendiri yang lain seperti mana rakan saya daripada Padang Lalang selalu kata, kita lihat kita ada Desa Wawasan sendiri di mana ada banyak unit yang tak digunakan. Jadi kita dalam proses sekarang melihat bagaimana kita boleh ada dua (2) blok, kita pindah semua pada satu (1) blok and then satu (1) blok kita gunakan sebagai kaedah sewa beli. So sewa beli adalah satu kaedah yang perlu kita lihat sekarang selain daripada PPR sahaja, kita lihat kepada bagaimana selain daripada PPR, kita boleh adakan blok-blok tertentu untuk diberikan pemilikan melalui kaedah sewa beli, Dato’ Speaker. I have one more issue which I think I want to end, I got many, many issue, never end but let me just talk about something new. Saya telah nyatakan dalam sidang DUN yang lalu bahawasanya perlu kita lihat kepada sudah tiba masanya kita lihat kepada satu kaedah pendekatan baru penyediaan perumahan kos rendah, kos sederhana rendah. Saya mula tadi
apabila saya nyatakan tentang yang terpentingnya dalam EXCO saya untuk perumahan adalah pembekalan. Tapi Dato’ Speaker, tiap unit yang saya berjaya dapat bina untuk rakyat Pulau Pinang adalah untuk siapa? Siapa yang boleh jawab? Adalah untuk mereka yang betul-betul layak sahaja. Adalah untuk mereka-mereka yang pada waktu mereka pohon, pada waktu sekarang untuk kos rendah, sederhana rendah tak kurang, tak lebih pendapatan RM2,500 atau RM3,500 masing-masing, yang tak ada rumah lain, yang perlu bumbung itu untuk keluarga mereka. At that point of entry, itu yang terpenting pada saya itulah pejabat saya punya tanggungjawab. Tapi Dato’ Speaker, berapa lama kita boleh kawal? Sekarang kita ada monotarium, 10 tahun mereka tak boleh jual lepas 10 tahun boleh jual, dalam 10 tahun pun boleh jual kalau minta rayuan, ada asas yang munasabah kita boleh pertimbangkan. Tapi apabila mereka jual, saya tak ada kawalan lagi. Dia akan jual kepada jutawan pun saya tau. Jutawan itu akan sewa kepada orang terutamanya warga asing. Apakah itu objektif hasrat kita apabila kita bina rumah kos rendah, kos sederhana rendah? Adakah itu objektif kita? Tidak. DUN dahulu saya telah cadangkan kita ada satu polisi beli semula. Kalau kita sudah ekonomi naik, yang saya harapkan untuk semua yang mari ke pejabat saya dan berjaya untuk dapat unit itu pada hari itu apabila dia layak tapi apabila ekonomi dia naik, dia sudah tidak layak, kita akan beli balik. Pada kos pasaran bukan kos pasaran, kos yang munasabah yang kita akan tentukan untuk dijual semula kepada mereka yang tunggu di atas senarai saya. Itu akan menyebabkan saya ada stok yang berterusan. Itu akan menyebabkan saya potong spekulasi di mana unit-unit ini yang asal RM42,000 tiba-tiba boleh jadi RM300,000 semua orang tahu di sini. Tak boleh nafi. Apakah itu objektif saya sebagai Kerajaan Negeri? Untuk mereka speculate dan dapat durian runtuh tak? Dan itu juga akan menyebabkan Kerajaan Negeri kurang beban dari segi hendak perlu sediakan perumahan. Sebegini, bukan senang Dato’ Speaker apabila saya nyatakan tadi angka-angka saya nyatakan. 76 kita janji sekarang sudah 100, saya lihat masa hadapan 180 tapi unit-unit ini semua sedang disalahgunakan oleh mereka yang layak pada asal tapi tak layak kemudian. Dan Dato’ Speaker, setelah saya nyatakan ini, pada sidang DUN dahulu, baru-baru ini saya ingat sebulan sudah, Menteri sendiri Yang Berhormat Zuraida setuju untuk lihat kepada skim ini. Pulau Pinang selalu menerajui, apa kita kata mereka ikut punya, no problem. Dan dia orang sudah contact kita tanya kita, what is legal situation and etcetera, always they asking Penang, let us know what is position because we are always want step ahead but I think to all my fellow members here in assembly ini satu perkara yang perlu kita perhatikan dengan serius. And in fact for your information, bukan setakat pengumuman dahulu, but recently I think just two weeks ago we have already had a meeting, satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh saya dengan keanggotaan terutamanya Pejabat Penasihat Undang-Undang kerana this will involve many legal issues because we want to move forward already. And for your information, dalam mesyuarat itu, kita ada pelbagai kategori, all right? Of these type of low cost housing, dari kategori Kerajaan Negeri kepada kategori swasta, daripada kategori tanah itu tanah milik free hold kepada tanah lease hold. It’s very legal tetapi secara dasar kita telah putuskan, saya maklum pada semua di sini pada hari ini bahawa kita akan gunakan satu projek Kerajaan Negeri di bawah PDC untuk dijadikan projek perintis untuk kaedah pembelian semula ini untuk projek yang baru, Dato’ Speaker. I’m just making these announcement today because I think is very important that I have all your support here, I’m sure all of you support, I don’t, okay now I ask you all, put your hands up if you support. Nobody supporting me then. But anyway I think it’s very important because I hope you all dapat faham mengapa kita perlu buat. Dalam jawatankuasa yang kita ada, saya ada banyak ADUN-ADUN yang berada di dalam pelbagai jawatankuasa yang saya ada di mana isu ini dibincangkan secara teliti dan semua sememangnya sebulat suara bersetuju. Cuma isu dia ialah bagaimana kita hendak jalan ke hadapan. And if we are going to troubleshoot anybody could take the blame,
I think the State Government would and we will do that using the Penang Development Corporation, PDC, one of the project to come as the pilot project. Dato’ Speaker saya tiada apa-apa lagi untuk nyatakan cuma…(gangguan).
Yang Berhormat Datok Keramat, sebelum berakhir saya kena mencelah. Mengenai lesen-lesen arak di kawasan Seberang Perai khususnya satu kedai saya telah menyatakan secara spesifik, Kasturi Wine Shop yang sudah tukar nama dan diberi lesen. KKRC Mart walaupun pihak PBT, MPSP tidak berikan apa-apa lesen ataupun lesen premis tidak ada untuk unit tersebut. So saya telah berbincang tentangnya dalam masa saya bahas. Saya harap akan ada tindakan.
Saya tahu. Saya ada lihat bahawasanya Bagan Dalam ada kata walaupun tiada lesen mereka masih beroperasi dan is this what you’re talking about?
Yes. Walaupun tiada lesen lepas itu mereka telah diberi lesen, by passing the MPSP. So I don’t know, adakah karenah birokrasi, adakah unsur-unsur lain terlibat so saya minta Yang Berhormat Datok Keramat mengambil serius perkara ini. Mungkin tak perlu jawab tetapi perlu…(gangguan).
Yang Berhormat, nanti jawab sama dia semasa makan nanti.
Secara lazimnya untuk makluman Dato’ Speaker sekarang saya telah ambil alih jawatankuasa ini juga and I think you share my concern tentang bagaimana Kerajaan Negeri tidak setuju langsung ada banyak kedai-kedai yang menjual arak terutamanya arak haram, arak palsu, racun dan sebagainya kepada bukan sahaja orang ramai tetapi kanak-kanak. In fact, I agreed with you in our last meeting this committee include federal agencies like Custom, the Police and they actually for your information, at our last meeting confirm that by the middle of this year, botol-botol kecil itu tak akan dijual lagi tapi sekarang ditangguh pula dan saya tidak setuju dengan itu. Saya ingat Bagan Dalam ada buat statement, saya setuju dan kongsi apa Bagan Dalam kata kerana itu bukan apa yang dikatakan mereka. Why delayed it but that’s the one that cost us kanak-kanak untuk dapat membeli kerana itu yang arak murah. Saya tak setuju langsung tapi balik kepada Kasturi, is it you said?
KKRC Mart telah diberi lesen baru by passing the council.
Technically, itu tak boleh berlaku.
So that’s why I don’t understand how it’s happened so for your…(gangguan).
Nevermind, I will take you to Kasturi and we will go there to find out what is the problem. So anyway, last point, not as EXCO but as ADUN Datok Keramat because I’m still ADUN of Datok Keramat dan semua rakyat dan warga Datok Keramat boleh dengar saya sekarang. Tadi saya dengar Batu Lancang begitu concern, begitu minta tau berapa lama dah
tunggu, sudah tunggu dua tahun and then Sungai Pinang pula kata boleh tidur lena. Tapi untuk makluman Dato’ Speaker, di kawasan Datok Keramat kita semua tau apa masalah dan punca banjir yang terbesar di Negeri Pulau Pinang. Di kawasan saya. Nasib baik syukurlah kita semua masih okey tapi perlu tak boleh cakap macam tu juga. That’s rude. Tapi Batu Lancang, saya sudah tunggu 20 tahun dan saya tanya kepada rakan saya daripada Tanjung Bunga supaya kalau boleh percepatkan, kerana saya difahamkan saya tau apa yang berlaku. Sebagai EXCO sekarang saya, what meetinglah happening, tapi saya nampak seperti Pusat ni tak tau komited ataupun serius kerana mereka sudah turun ke Sungai Pinang for the first time, Dr. Xavier, last year, I think was last year. For the first time never anyone, minister came to my area. Tapi sehingga sekarang saya dimaklumkan mesyuarat yang terakhir pun seolah-olah pelan ataupun pelan mitigasi baru untuk RTB ini tak difinalised atau dimuktamadkan. Jadi saya harap kalau boleh dipercepatkan kerana ini satu, kalau dia orang tunggu dua (2) tahun tak boleh tahan, tau bagaimana saya tak boleh tahan. Sudah 20 tahun. So dengan itu Dato’ Speaker, dengan sebulat, I mean fully support dengan sepenuh-penuhnya ucapan Tuan Yang Terutama. Thank you very much.
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Dipersilakan Yang Berhormat Seberang Jaya.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Winston Churchill pernah bercakap, “those that failed to learn from history, one dome to repeat it”, “mereka yang gagal dari sejarah akan terjebak untuk mengulanginya”. Janganlah kita lupa pada sejarah, sejarah pentadbiran Barisan Nasional. Kedurjanaan lampau jangan kita dengan mudah mahu melupakan. Yang malang bukan saja kita diajak untuk melupakan tetapi tidak pernah sekali pun yang di sebelah sana mahu mengakui bahawa kedurjanaan lampau yang telah berlaku hampir-hampir memusnahkan dan menghancurkan negara kita yang tercinta ini. Firman Allah (Ayat Al-Quran) Dalam Surah Yusuf, Ayat 111, “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka para Nabi dan umat mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal”. Jelas Firman Allah ini menunjukkan kita untuk belajar dari sejarah dan mengambil iktibar seperti kata pepatah Melayu, “kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan”. Oleh itu, kami akan terus berulang-ulang membicarakan tentang soal kedurjanaan lampau ini agar ia menjadi peringatan dan satu tauladan kepada kami generasi Malaysia Baharu untuk tidak sesekali mengulangi atau terniat untuk mengikuti kedurjanaan lama yang sehingga ke hari ini menghantui kita dengan pelbagai beban dan kepayahan. Agenda reformasi dimulakan di Pulau Pinang sejak 2008 apabila kita mula mengambil alih. Syukur Alhamdulillah, pelbagai usaha dan langkah yang dilaksanakan telah berjaya mengangkat Pulau Pinang ke satu tahap yang membanggakan. Kejayaan demi kejayaan yang dizahirkan membuktikan agenda reformasi boleh dilaksanakan dan kemajuan serta pembangunan dan hak-hak rakyat dari setiap latar dapat dibela walaupun amalan-amalan lama Barisan Nasional dihapuskan dan digantikan dengan kebijakkan yang telus, jujur dan adil untuk setiap golongan masyarakat. Namun, suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan Ahli-ahli Yang Berhormat cabaran kita kini lebih kompleks, harapan rakyat kini lebih tinggi. Kita perlu berusaha keras menyelesaikan masalah rakyat. Yang paling penting kita perlulah menjadi kerajaan yang menjunjung prinsip keadilan, kebebasan dan demokrasi. Wawasan Pulau Pinang2030 menjadikan negeri ini sebagai Negeri Mesra Keluarga, Pintar dan Hijau akan tercapai jika setiap dari kita warga Pulau Pinang bekerja kuat dan maju bersama. Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan rakyat negeri ini yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah, siang dan malam dalam menzahirkan kejayaan berterusan di negeri ini. Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani. Di era Malaysia Baharu, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, martabat industri pertanian akan dikembalikan. Fokus dan seruan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi negara, agar industri pertanian direformasikan perlulah mendapat sokongan semua pihak. Pemodenan dan inovasi bagi memastikan amalan pertanian dan peladangan yang terbaik digunapakai adalah perlu dalam membangunkan semula industri pertanian ini sejajar dengan wawasan untuk mewujudkan food security bukan bergantung kepada amalan import tetapi melalui usaha menanam, berternak dan menghasilkan sendiri produk makanan ini. Pulau Pinang juga pasti ingin menyahut seruan ini. Maka dengan itu, beberapa usaha dan kebijakkan baru sedang diusahakan bagi membangunkan sebuah industri pertanian yang berdaya saing, moden dan lestari atau sustainable akan dimulakan di Pulau Pinang. Dasar pertanian negeri yang sedang dirangka akan memberikan fokus kepada pemodenan sektor tanaman singkat masa iaitu cash crop dan pengurusan ladang terbaik bagi penanaman padi. Pengekalan projek-projek taman kekal pengeluaran makanan sedia ada di TKPM Ara Kuda dan Batu Kawan Agropark. Selain pembangunan baru di Permatang Pauh Agropark, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian akan berkerjasama dengan pihak Northern Corridor Implementation Authority atau NCIA dan Perda Ventures Incorporated untuk membangunkan sebuah Penang Agro Valley di sebidang tanah seluas hampir 680 ekar di Ara Kuda. Usahasama ini baru saja mendapat suntikan baru apabila pihak pengeluar benih tanaman keenam terbesar di dunia, Enza Zaden daripada negara Belanda akan menjalin satu kerjasama dari segi bantuan teknikal dan kemungkinan pelaburan di masa depan untuk membangunkan bersama Penang Agro Valley ini. Usahasama ini telah dimetrai ketika lawatan kerja saya bersama Yang Berhormat Bukit Tengah dan Yang Berhormat Bukit Tambun ke Amsterdam pada 19 April yang lepas. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Enza Zaden telah menubuhkan ibu pejabat serantau dan Pusat Logistik di Taman Sains Pulau Pinang di Bukit Minyak sejak 2017. Dengan nilai pelaburan RM50 juta, Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi hub logistik kerana berada di lokasi yang strategi, yang strategik serta mampu membekalkan biji benih sayuran tropika bagi memenuhi keperluan pasaran Asia Tenggara yang mempunyai populasi penduduk melebihi 600 juta orang dan membabitkan 13 buah negara. Dengan potensi yang wujud ini, kita berupaya untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai hub benih serantau untuk Asia Tenggara. Kerajaan Negeri juga sedang merangka kertas dasar, Feeding Penang, satu usaha untuk mewujudkan dasar keselamatan makanan peringkat negeri Pulau Pinang yang tak pernah lagi dibuat oleh mana-mana negeri dengan memberi fokus kepada penghasilan makanan bagi mencapai sasaran tahap sara diri atau self-suffusion living bagi negeri ini. Buat masa sekarang, tahap sara diri Pulau Pinang adalah di tahap sederhana. Walaupun kita sebuah negeri yang kecil, kita telah melepasi tahap sara diri untuk produk seperti buah-buahan, produk daripada penternakan babi dan juga ayam tetapi masih banyak lagi produk-produk lain yang memerlukan pelaburan dan projek-projek baru bagi memenuhi keperluan sara diri ini. Fokus akan diberikan kepada sektor tanaman sayuran, penanaman padi dan penghasilan susu dan juga memastikan bekalan protein dari industri perikanan yang mencukupi dalam pembangunan Zon Industri Akuakultur. Feeding Penang akan memangkin hala tuju negeri ini untuk menjadi sebuah negeri yang lestari dan mampan pada masa hadapan. Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi melaksanakan wawasan itu, pembangunan modal insan juga adalah penting dan demi melahirkan usahawan pertanian dan industri asas tani yang akan terus merajui industri ini pada masa hadapan. Sejak tahun 2015 sehingga Ogos
2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM750,000 bagi Program Usahawan Tani Muda atau kini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani. Sehingga April 2019, seramai 131 orang pengusaha industri asas tani telah menerima manfaat daripada program ini dan sekarang ini program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Mengenai keresahan yang dibangkitkan, oleh Yang Berhormat Permatang Berangan dan Bukit Tambun, berkenaan kegiatan tambun tanah sawah yang dilakukan secara haram dan ancamannya terhadap industri padi di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, isu tambun tanah ini bukanlah satu isu baru. Undang-undang yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini adalah Seksyen 27 atau 28 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Seksyen 70(a) Akta Jalan Parit, Jalan Parit dan Bangunan 1974. Tindakan-tindakan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah mengeluarkan notis berhenti kerja, di bawah Seksyen 70(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, mengambil tindakan mahkamah di bawah Seksyen 70(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang memperuntukkan apabila disabitkan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih lima (5) tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan yang berterusan selepas disabitkan denda boleh meningkat sebanyak RM500 setiap hari kesalahan diteruskan dan tindakan penguasaan terhadap kerja-kerja tambun tanpa kebenaran Majlis di bawah Seksyen 27 atau 28 Akta Perancang Bandar dan Desa ini juga boleh dilaksanakan. Pesalah juga menurut akta ini boleh dihukum dengan mengarahkan mereka untuk memulihkan semula tanah ini seperti sedia kala dan fungsi yang sebelumnya. Malangnya Yang Berhormat, walaupun saya telah menyatakan tindakan-tindakan yang boleh kita lakukan, sedih untuk saya nyatakan di sini, walaupun saya sebagai Ahli EXCO sepanjang enam (6) tahun di negeri Pulau Pinang yang menjaga soal isu tambun tanah haram ini, kelemahan penguatkuasaan masih lagi berlaku di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan kita. Sebab itu hari ini saya nak menggunakan Dewan ini untuk mengajak semua pihak berkuasa, tak kan EXCO nak kena pergi duduk dekat situ untuk ambil tindakan? Kita tahu realiti yang berlaku di luar. Sebab itu hari ini saya nak beritahu kita di peringkat Kerajaan Negeri tidak pernah kompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan ini. Kenapa pegawai kita takut untuk ambil tindakan? Saya yakin Ahli Dewan yang ada dalam ini juga bersetuju dengan saya. Pentingnya kita untuk menjaga kelangsungan tapak-tapak dan juga ruang-ruang yang telah digunakan sebagai kawasan tanaman padi ini untuk dikekalkan di negeri Pulau Pinang. Tak kan semua tempat kita nak bangunkan sebagai kilang? Tak kan semua tempat kita nak bangunkan sebagai rumah? Dan tak kan kita nak terus biarkan mereka menggunakan loop hole, loop hole yang ada dalam undang-undang dan kita hanya memberi jawapan, oh kita susah nak buat penguatkuasaan. It’s too complex for us to do penguatkuasaan. Memalukan. Sejak bila kita menjadi kerajaan kita tidak boleh ambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan. Sebab itu dalam era Malaysia Baharu ini, saya ingat tidak ada lagi alasan. Pegawai-pegawai kita harus berani mengambil tindakan undang-undang seperti yang ada dalam akta dan juga undang-undang yang telah kita laksanakan. Jangan kita gunakan alasan bahawa kita tak cukup kakitangan, walhal kita boleh dan kita boleh lakukan ini dengan mendapatkan arahan daripada mahkamah. Kita sendiri boleh guna akta ini dan pastikan mereka yang buat kesalahan ini tak berani untuk ulang lakukan kesalahan ini. Realiti di luar kita tahu bukan banyak sangat orang yang buat jenayah seperti ini. Satu dua syarikat saja yang berani buat seperti ini. Sebab itu saya nak gunakan platform dalam Dewan hari ini, saya tahu saya daripada kerajaan, saya tahu hari ini saya EXCO Pertanian Negeri Pulau Pinang tapi 6 tahun saya bercakap soal ini, saya masih lagi menerima jawapan yang sama. Sebab itu saya nak mengajak Majlis Perbandaran Seberang Perai, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, jangan kita lagi takut untuk ambil tindakan seperti undang-undang yang ada. Yang patut takut adalah penjenayah di luar sana. Bukan kita kerajaan atau pegawai yang patut takut. Setuju? Setuju
boleh duduk la.
Minta mencelah. Yang Berhormat Seberang Jaya, di bawah peruntukan akta dan juga Kanun Tanah Negara, kita ada satu peruntukan mensyaratkan tuan tanah mengembalikan kepada keadaan asal kalau disabit kesalahan. Adakah kita boleh cuba buat satu kes dulu. Itu saja.
Minta laluan. Yang ini berkaitan yang sama juga.
Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Sungai Acheh.
Okey, saya cukup setuju berkaitan dengan kita mengelakkan daripada usaha-usaha untuk tapak-tapak sawah ni ditambun secara haram untuk apa saja tujuan sekarang ni. Tetapi macam yang saya bangkitkan kelmarin juga saya bercakap berkaitan dengan tapak-tapak kilang ataupun tapak-tapak di mana ada di kawasan saya ni sebelum merdeka lagi dia dah ada tapak kilang di kawasan tersebut dan kalau ikut dalam geran pun adalah tapak sawah padi. Adakah itu yang kita dalam cadangan Kerajaan Negeri kalau kita nak ambil tindakan, dia terpaksa roboh, terpaksa buka balik tempat tu kot. Kalau ikut daripada tadilah.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh dan juga Yang Berhormat Bukit Tambun. Saya ingat yang penting dalam soal isu tambun tanah ini, kita pun tahu apa yang berlaku di luar sana. Realitinya tambunan haram ni dibuat dahulu. Bila tambun dah haram, kemudian padi tak berjalan, apa ulasan yang kita akan terima? Padi dah tak aktif. Kemudian apa yang berlaku? Di bawa masuk dalam mesyuarat, diberikan kelulusan. Ini taktik modus operandi yang dipakai. Walhal kita pun dapat lihat mula dia tambun sikit, kita pun datang buat stop work, bagi notis, berhentikan jangan tambun. Lepas tu tunggu setahun, dua tahun, dia mai balik. Tak ada sapa pulihkan. Saya setuju dengan pandangan Bukit Tambun. Memang kita boleh buat test case ini. Sebab itu saya sebut ini dalam Dewan. Sebab kalau saya sebut dalam mesyuarat, dia hanya kekal dalam mesyuarat. Saya nak biar benda ni highlight dalam semua media bahawa ada undang-undang dalam akta kanun tanah kita, kita boleh paksa…(gangguan), Yang Berhormat sila duduk, saya bagi ruang sekejap lagi. Untuk lakukan perubahan ini, lakukan penguatkuasaan ini dan buat test case itu di daerah-daerah. Jangan bagi mereka berani untuk tambun tanpa minta kebenaran Majlis. Bukan kita tak ada nak beri kebenaran, kita boleh beri kebenaran. Tapi biar perancangan itu, pembangunan itu mengikut zonnya. Perancangan atau pembangunan itu berjalan mengikut kehendak Majlis. Bukannya mai datang tambun lepas tu kita pun lagi setahun, lagi dua tahun, kita pun luluskan. Saya faham Yang Berhormat Sungai Acheh bangkitkan tentang kes-kes yang berlaku sebelum ini. Saya tak nak pergi kebelakang sampai terlampau jauh ke sana. Yang penting yang kita ada sekarang ni kita kena kekalkan. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat Ahli Dewan, kita hari ini untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan kita telah sejak daripada 2007 sehingga sekarang, yang telah terkorban kawasan padi ini adalah 770 hektar iaitu 1,902 ekar, tanah padi yang telah hilang. Kita adalah walaupun negeri yang paling kecil, negeri kedua kecil dalam Pulau Pinang, tapi dari segi hasil, padi, kita adalah antara tak nombor satu (1), kita nombor dua (2), tak nombor dua (2), kita nombor satu (1). Hebatnya Pulau Pinang. Yang Berhormat Sungai Dua lebih maklum. Dia banyak terlibat dengan pesawah-pesawah. Dia pun tahu potensi yang kita ada di Pulau Pinang. Sebab itu saya nak mengajak semua, termasuk Ahli Yang Berhormat, terutamanya kawasan-kawasan Ahli Yang Berhormat yang ada
kawasan padi ni. Permatang Pasir, Bayan Lepas ada lagi? Tak ada dah. Geleng kepala. Penanti ada, Yang Berhormat Penaga ada, Sungai Dua ada, Permatang Berangan ada, kawasan saya ada. Sungai Acheh ada. Kawasan kita ni menghadapi ancaman, bukanlah kita tak nak pembangunan, kita nak pembangunan, tetapi kita nak ianya mengikut undang-undang. Dan sebab itu saya minta pegawai-pegawai kita, daripada pimpinan tertinggi sehingga yang ke bawah sekali. We are serious. Kita nak pertahankan kawasan padi kita kerana kalau kita gagal untuk pertahankan, macam mana kita nak bekalkan makanan pada rakyat negeri ini. Ambillah contoh satu masa nanti. Sekarang kita seronok kata, tak apa, kita import ja beras daripada luar. Kita import sahaja beras daripada Thailand. Kita import sahaja beras daripada Vietnam. Cukup satu hari, Thailand buat keputusan, kita tak mau jual beras kepada Malaysia, kita nak makan apa? Nak makan quinoa? Tak boleh! Orang Penang lagi tak boleh. Saya baru ni bawa Yang Berhormat, ada Bukit Tambun yang pergi luar negara, seminggu. Sebelum sampai rumah, singgah kedai nasi kandar dulu. Nak pekena nasi. Tak balik rumah dulu, sebab memang itu makanan kita. Sebab itu, saya ingat kita kena sama-sama tegas dalam hal ini. Saya silakan Sungai Dua.
Terima kasih Seberang Jaya. Hari ni saya mendengar satu, satu saranan yang begitu menyakinkan saya. Saya bercakap dalam Dewan, daripada saya mula dulu, tahun 2013 tentang tanah sawah ni. Sebelum ni saya bekerja dengan Pertubuhan Peladang, saya terlibat dalam tambakan tanah sawah oleh dua, tiga syarikat. Pinang Mewah, saya sebutlah dalam Dewan ni, Pinang Mewah dan sebagainya. Dua, tiga syarikat. Dan sampai dalam PAC kita masukkan, kita bincangkan isu ni. Kita tak mau dah berlaku isu tambakan sawah ni. Daripada 15,000 hektar, tinggal 12,000 sekarang. 12 ribu dah kurang dah dalam seribu lebih. Tinggal berapa. Balik Pulau dah habis dah. Tinggal kawasan Sungai Burung sahaja. Tinggal pokok durian. Dah habis. Jadi kita dah masuk dalam PAC, saya harap dalam PAC ni kita serius. Dan hari ni Seberang Jaya begitu serius sekali. Saya seriau tengok. Jadi kita kena pastikan PAC, keputusan PAC dikuatkuasakan dan semua. Saya pengalaman, pi tahan orang ni, tahan penambakan. Jadi kita harap benda ni dijadikan satu benda yang serius dan perlu diambil tindakan yang tegas kepada di semua jabatan dan agensi. Tak boleh serah kepada agensi ni, serah kepada agensi ni. Last, last benda ni berlaku juga, tambakan tu berlaku juga. Kita tak mau berlaku macam tu.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Saya juga ambil maklum syor yang telah diberikan oleh PAC, pastinya dalam syor itu yang ditegaskan adalah untuk agensi-agensi sebenarnya mengembalikan balik taring mereka. Untuk melaksanakan tindakan tegas. Tak ada siapa halang agensi-agensi kita untuk buat tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini. Tak ada siapa, tak ada pernah pun saya keluarkan arahan jangan pergi ambil tindakan terhadap orang yang tambun haram. Tak pernah. Saya yakin tak ada pun Ahli-ahli Dewan dalam ni yang buat arahan yang sama. Tak ada arahan politik seperti itu. Sebab itu saya nak agensi-agensi, baik MPSP, baik MBPP, baik Pejabat Tanah, baik JPS, guna ruang undang-undang yang ada. Buat satu, dua kes. Jangan kata langsung, yang masalah hari ini, tak buat langsung. Tak ada langsung tanah yang dipulihkan seperti asal. Yang itu yang saya minta. Kita lakukan di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita tunjuk pada negeri-negeri lain. Pulau Pinang nak buat pembangunan, nak buat apa-apa sahaja, pengezonan semula perlu melalui proses undang-undang. Perlu duduk ikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui undang-undang PBT yang ada. Jadi itu yang kita harapkan. Tapi dalam masa yang sama, saya juga nak menjawab soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Dua tentang Hectare Development Project. Untuk kita terus mengekalkan daya saing, industri penanaman padi di negeri Pulau Pinang, kita juga kena
beritahu pada orang-orang muda hari ini, bahawa menanam padi ini bukanlah satu kerja yang lekeh. Bukan satu kerja yang kotor semata-mata dan langsung tidak memberikan pulangan kepada pertanian. Sebab itu dalam usaha itu, Kerajaan Negeri sebelum ini bersama dengan Jabatan Pertanian, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, (IADA), Lembaga Pertubuhan Ladang (MARDI), dan juga Jabatan Pengairan Dan Saliran dan juga Northern Corridor Implementation Authority, kita telah membangunkan apa yang dipanggil Project Hectare Development ini. Projek yang dimaksud ini sebelum ini adalah di bawah entry point, Projek EPP11 yang telah dilaksanakan dan projek ini melibatkan 10 special purpose vehicle. Yang mana projek ini melibatkan kawasan padi berjumlah 3,720 hektar dan program ini diselaraskan oleh pihak IADA dan peningkatan hasil pengeluaran sangat memberangsangkan. Sekarang saya difahamkan, majoriti peserta yang terlibat, mereka boleh menghasilkan at average lima (5) hingga enam (6) tan, dan untuk tahun 2020 kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan kepada 6.5 metriks tan bagi tahun 2020. Dan selain daripada itu, pihak Jabatan Pertanian juga sedang melaksanakan kempen peningkatan hasil kerana dengan adanya Jabatan Pertanian hari ini, saya telah meletakkan satu tanda aras, kita nak cuba mencapai tahap pengeluaran kita iaitu sebanyak 7 tan bagi tempoh 2019 dan 2020 di bawah program Pembangunan Industri Tanaman Padi iaitu permohonan kluster dan penentuan seluas 250 hektar yang melibatkan lima (5) kelompok padi di seluruh negeri Pulau Pinang akan dimulakan dan kerjasama ini akan melibatkan semua termasuklah pengurusan kelompok dan kerjasama semua ahli dalam kelompok padi untuk menjayakan usaha ini. Sila Sungai Acheh.
Okey Yang Berhormat Seberang Jaya. Cuma saya nak tanya, di dalam masa sepanjang tiga (3) tahun ni, masalah padi angin ni masih menghantui keseluruhan Pulau Pinang, bukan setakat di kawasan Seberang Perai Selatan sahaja tapi keseluruhan Pulau Pinang. Dan sekiranya masih lagi ada isu-isu padi angin, adakah penyelesaian sama ada dia berpunca daripada benih yang dibekalkan ataupun cara penjagaan oleh petani itu?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Isu padi angin, kemudian isu penyakit, dan serangan terhadap lain-lain benih yang berlaku, ini semua melibatkan isu yang memerlukan dasar, keputusan dasar di peringkat nasional. Sebab itu, baru-baru ni, dalam satu program tentang kawalan perosak dan juga, kawalan perosak di tanaman padi, saya telah menyatakan pada media dan meminta supaya Kementerian Pertanian melihat secara serius tentang isu benih ini kerana masih lagi berlaku isu berdebat antara benih sah, tak sah. Kemudian ada isu macam-macam. Tetapi satu yang kita kena faham, benih ini bergantung kepada variety yang ada. Dan kita kena buka atau liberalize sedikit isu benih ini. Kerana kita dapat lihat daripada benih-benih yang ada yang dihasilkan oleh universiti-universiti tempatan, masih lagi tidak digunakan secara meluas. Walhal, permintaannya itu sangat tinggi dan telah terbukti boleh menghasilkan hasil yang baik. Itu satu. Keduanya kita kena bincang juga dengan negara-negara serantau. Saya faham ada isu untuk kita bawa benih daripada negara luar. Tetapi penyeludupan berlaku, penyeludupan benih berlaku hari ini. Ada benih di bawa daripada Indonesia, kita pun tahu tetapi kita kena belajar daripada Indonesia. Saya berkesempatan pergi ke Borgo, Institut Pertanian Borgo, belajar di sana, di Indonesia hari ini mereka ada 270 juta rakyat. Saya minta maaf, 230 juta rakyat. Daripada 230 juta rakyat, SSL padi di Indonesia hampir 94%. Kita 30 juta rakyat, SSL padi kita baru 60%-70%. Mereka makan nasi, 120 kilo setahun, seorang, kita makan nasi 80 kilo, setahun, seorang. Mana mereka makan lebih, mereka ada lebih ramai rakyat. Mereka tak ada pengairan yang sebagus kita. Mereka tidak ada penggunaan jentera besar-besar seperti kita tapi mereka hasilkan padi lebih rendah daripada… mereka menghasilkan padi
lebih banyak daripada kita dan boleh hampir mencapai SSL. Walhal kita, ada pengairan, ada sistem, ada… kita pula tu lebih bagus, kita bukan setakat bagi subsidi kepada baja dan juga benih, kita bagi subsidi pada harga lagi, nak jual, di Indonesia tak berlaku. Ini yang kita kena faham dan cuba faham kenapa di Malaysia masih lagi tidak capai tu. Sebab itu di Pulau Pinang saya bawa Pengarah Pertanian saya sebelum ni, saya bawa Pengarah IADA saya pergi ke sana, lihat sendiri, belajar dan cuba untuk aplikasikan di negeri Pulau Pinang. Kita nak cuba tunjuk di Pulau Pinang, walaupun negeri kita kecil, kita boleh hasilkan hasil padi yang jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri lain. InsyaAllah. Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menjawab gesaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pasir tentang bagaimana kita boleh meningkatkan industri perikanan dan juga nelayan di negeri Pulau Pinang. Nelayan ni daripada merdeka sampai sekarang kita masih lagi menganggap mereka ni sebagai golongan miskin yang perlukan bantuan.
Mohon laluan ya. Saja just nak…(gangguan).
Saya baru mukadimah ja. Kejap.
I know tapi saya terlewat sedikit. Since you dah beralih topik dari padi ke… ke ikan. YB. Seberang Jaya ada sebut anything tentang mempelbagaikan pendapatan pesawah ke, macam… apa yang kita lakukan di Kampung Guar Jering, Pesta Padi, River Run. Ada sebut tak?
Saya tak sebut di sini secara spesifiklah. Sebab saya address focus isu bagaimana kita nak kekalkan.
Tapi sebab saya bangkitkan isu tu mintak yang kerajaan bagi sokongan.
Sokongan untuk?
Sokongan untuk usaha yang kita buat ni bersama dengan pesawah-pesawah semua.
Saya ingat dari segi program, spesifik seperti itu, melalui jabatan, melalui agensi-agensi yang sedia ada, kita telah memberikan sokongan. Bahkan sebelum ini, tahun lepas, saya ingat ketika International River Run dan juga saya ingat Penang Paddy Festival, International Paddy Festival itu juga telah diberi sokongan bagaimana menggunakan jerami itu untuk membuatkan perhiasan.
Tak, jerami itu kita orang yang pandai. Our own pesawah.
Terima kasih, terima kasih. Dan saya difahamkan mereka ini dibawa ke seluruh negara untuk membuat jerami itu. Dan kita juga melihat kepada industri-industri lain. Sebab itu, untuk
makluman Yang Behormat, di kawasan Seberang Jaya sekarang ini, kita telah bangunkan satu kelompok, bersama dengan kelompok padi Permatang Nibong, di mana kita membelikan mereka mesin beras. Maknanya beras ini, mereka tak perlu jual kepada pengilang. Mereka harvest, mereka tuai, mereka hasilkan sendiri produk. Ini pun kita tengah lakukan. Ada pelbagai cara Yang Berhormat. Jadi, saya alu-alukan pandangan Yang Berhormat tu tentang program tadi memang, tetapi kita tidak dapat jadikan itu sebagai state policy at the moment sebab fokus dia saya ingat kita perlu lihat kepada bagaimana kita boleh bangunkan keseluruhan industri padi ini dengan fokus tentang isu tanah ini. Dan juga memastikan isu benih, isu, core business of paddy planting ini diselesaikan dahulu dengan lebih baik. Pengairan saya ingat kita selesai. Alhamdullilah. Di Pulau Pinang ada penambahbaikan sana sini sedikit. Selesai. Tapi bila kita dah buat taliair yang baik, sekali kena tambun, tertutup, tertimbus dengan tanah. Tak boleh nak guna. Kan membazir? Perbelanjaan jutaan ringgit. Bukan baru. Dah lama. Jadi sebab itu, benda-benda ini yang sangat memberi kesan kepada industri padi kita di negeri Pulau Pinang. Saya teruskan tentang isu industri akuakultur, mukadimah mana tadi entah, ikan. Golongan nelayan kita hari ini sehingga daripada merdeka sampai sekarang masih lagi dianggap sebagai golongan miskin. Nelayan kita kalau dibanding dengan nelayan negara lain yang lebih maju, nelayan di sana tak terima subsidi, nelayan di sana bayar cukai kepada kerajaan, itu beza dia. Sebab itu untuk makluman Yang Berhormat, kita kena cari kebijakan-kebijakan baru bagaimana untuk mengekalkan industri akuakultur ini dan nelayan ini berdaya saing. Salah satu usaha, ada tiga sebenarnya perancangan besar yang sedang kita lakukan.
Pertamanya dalam industri akuakultur seperti Yang Berhormat tahu, kita hendak galakkan lebih banyak nelayan untuk menyertai akuakultur ini. Sebab itu dalam pembangunan zon industri akuakultur cabarannya besar kerana kita nak membangunkan di kawasan yang agak sensisitif walaupun sekarang ini kita dalam usaha untuk membuat EIA, saya yakin Insyaallah kita akan dapat sokongan untuk melaksanakan Zon Industri Akuakultur di Penaga, InsyaAllah. Dan dalam masa yang sama melalui RSN kita telah wartakan dua tempat iaitu di Sungai Chenaam dan juga di Balik Pulau untuk pembangunan pada masa akan datang. Cuma belum lagi kita lakukan EIA kerana kita nak test case dulu di ZIA Penaga. Sebelum ini benda itu dijadikan isu politik, ada banyak menteri cakap tak boleh, pegawai kata boleh, jadi macam-macam. Tapi kita kena jujur dan faham bahawa masih lagi kita tidak mencapai tahap SSL dari segi penghasilan ikan atau protein daripada sumber laut ini di negeri Pulau Pinang. Selain daripada itu usaha-usaha untuk melepaskan tukun ….(gangguan).
Minta penjelasan.
Sekejap ya, sekejap. Saya tahu Yang Berhormat ikut saya ke Pasar Tuna, sabar. Berkenaan dengan isu tangkapan ikan di laut, kalau kita ikut kepada statistik dunia, memang hasil tangkapan daripada laut lepas ini, semakin hari memang hampir plateau, dia akan stagnant di situ, dia tak kan naik, dia tak kan turun, dia akan ada di situ saja. Sebab itu saya ingat kita kena ubah mentaliti dan mindset kita, kita kena kurangkan sebenarnya tangkapan ikan di laut ini kerana dengan cara mengurangkan tangkapan ikan di laut, kita preserve the marine eco system. Kita kena kawal, jangan bagi tangkap ikan sampan kecil, jangan bagi guna pukat yang melampau-lampau, sebab itu ada soalan pasal pukat, nanti saya akan jawab. Ini penting, saya kena pandang YB. Permatang Pasir sebab dia Pengarah, Chairman LKIM, dia punca kuasa dan dia juga punca peruntukan untuk bantu kita di Pulau Pinang.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan semua, sebab itu di Pulau Pinang walaupun kita sedang nak bangunkan PSR, Penang South Reclamation, salah satu isu besar yang sedang kita nak tackle adalah isu nelayan. YB. Bayan Lepas memang selalu engage dengan saya tentang isu nelayan ini. Ada banyak perkara, bukannya, tetapi isunya lebih besar, yang dibincangkan oleh nelayan bukan soal tangkapan, yang dibincangkan oleh nelayan adalah soal kebajikan dan juga soal mereka di tepi pantai itu, itu yang jadi isu. Saya ingat Timbalan nak, saya memang tak boleh habis sebelum pukul 7.00.
Okey Yang Berhormat, kita bersambung nanti selepas makan malam. Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang kembali pada pukul 8.00 malam selepas makan malam. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 malam.
Dewan bersidang semula pada jam 8.00 malam.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula. Seberang Jaya. Berapa lama lagi?
Saya ingat setengah jam lagi boleh.
Cannot.
Cannot. Saya akan cuba ringkaskan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Tadi saya membicarakan soal memodenkan nelayan dalam industri akuakultur. Untuk makluman semua kita sedang dalam usaha untuk melihat bagaimana kita boleh memperbanyakkan lagi industri akuakultur ini dan boleh melibatkan lebih ramai nelayan dalam industri ini. Industri akuakultur ini ada pelbagai bidang. Kalau daripada hasil yang saya sendiri lakukan lawatan dan juga belajar daripada penggal yang lepas ketika ke Negara Taiwan salah satu negara yang banyak industri akuakulturnya. Mereka ini melakukan industri ini pelbagai peringkat. Daripada hatchery, daripada ikan itu besar 1cm, 2cm, 3cm sampailah kepada grow out farm itu ada orang-orang lain yang terlibat. Jadi ini salah satu saya ingat potensi masa depan yang harus kita lihat untuk Negeri Pulau Pinang untuk melibatkan lebih banyak nelayan dan juga persatuan nelayan untuk sama-sama melihat industri akuakultur ini sebagai satu ruang untuk mereka menambah pendapatan. Atas semangat itu satu usaha sedang dilakukan bersama dengan NCIA dan juga pihak USM. Kita akan membangunkan sebenarnya untuk makluman Ahli Dewan semua. Di Malaysia ini berapa ramai yang tahu bahawa kita ada tiram kita sendiri. Oyster. Sebenarnya kita…(gangguan).
Speaker tahu.
Owh. Speaker tahu. Speaker sebab dah pernah makan. Tapi masih ramai yang tak tahu bahawa…(gangguan).
Di Penang.
Di Pulau Pinang bukan di Sungai Tiram.
Di Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang kita ada hatchery tiram kita sendiri. Satu di CEMACS USM, Teluk Bahang kemudian dibuat oleh Syarikat Swasta di SeaHarverst Sdn. Bhd. di Pulau Betong. Mereka ini menghasilkan benih tiram dan benih ini diberikan kepada. Siapa dia. Nelayan-nelayan pesisir pantai yang menternak secara sangkar. Yang sedang berjalan di Merbok, Kedah. Jadi, daripada situ tiram ini akan dibesarkan dan dijual kepada pasaran. Dan harganya adalah sangat baik. Saya ini kebetulan peminat tiram, jadi ada beberapa negara yang saya pergi saya akan cuba tiram dia. Setakat harini saya berani jamin dalam Dewan ini, u can challenge me.
Penang Lead.
Tak boleh lawan tiram yang datang daripada Malaysia dan Pulau Pinang. Memang sangat sedap. Tak boleh Yang Berhormat. New Zealand punya pun tak boleh lawan.
Yes. Yes. Yes.
Saya tau Yang Berhormat nak pertahan New Zealand. Tak boleh tak boleh. Yang Penang punya paling sedap. Sebab itu kita nak kembangkan industri ini. NCIA telah bersetuju untuk melihat bagaimana kita boleh memilih Pulau Pinang mungkin sebagai tempat untuk membuat hatchery yang lebih besar atau kita juga boleh melakukan grow out farm ini di Pulau Pinang sendiri. Dan juga di kawasan utara ini antara usaha yang sedang kita lakukan. Dalam menu esok saya tak boleh nak masukkan. Esok…(gangguan).
Tak Sempat.
Saya tahu baru ini saya baru bawa, kita bawa durian ke Dewan Undangan Negeri tapi untuk makluman Ahli Dewan sebab saya nak bagi minta speaker tambah sikit masa untuk saya esok Jabatan Pertanian akan bawa Mangga Harum Manis. Ke Dewan Undangan Negeri.
Itu Perlis.
Daripada Perlis la kita bantu.
Carila yang Penang.
Sekarang kita satu Malaysia. Okey. Kita bantu untuk bawa untuk Mangga Harum Manis esok untuk dihidangkan di Dewan Undangan Negeri jadi saya minta tambahan sedikit masa 5 minit kepada Yang Berhormat.
Saya tak makan. Saya tak makan.
Untuk ucapan saya sekarang. Jadi.…(gangguan).
Sila-sila. Pendekkan.
Ini yang kita ingin lakukan untuk industri. Saya tahu ada banyak kekangan yang kita perlu hadapi tetapi kalau kita tak lakukan perubahan sekarang saya takut, khuatir profesyen nelayan ini akhirnya lambat laun dia akan mati begitu sahaja kerana ianya tak diminati oleh orang muda ianya masih lagi dianggap sebagai satu pekerjaan untuk golongan miskin dan pekerjaan yang tidak mendatangkan untung. Jadi sebab itu kita nak ada industri-industri lain bergerak bersama dengan nelayan-nelayan kita di Negeri Pulau Pinang. Sebab itu dalam usaha Yang Berhormat Permatang Pasir sebutkan tentang pembangunan Batu Maung, Pengkalan Ikan kita di Batu Maung. Untuk makluman Yang Berhormat kita pun tahu Yang Berhormat sedia maklum masalah yang dihadapi oleh kawasan Batu Maung ini. Kita pernah ceburkan untuk lakukan perikanan air dalam. Yang mana kita nak bawa tuna untuk landing di situ. Tetapi kita hadapi masalah dia terlampau cetek, kapal tak boleh masuk dan banyak lagi masalah-masalah yang lain. Sebab itu ada beberapa cadangan yang mahu membangunkan pelabuhan tuna di situ. Tetapi sebelum kita pergi ke situ saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Permatang Pasir dan juga Ahli Dewan semua. Pulau Pinang ini sebenarnya dahulunya adalah sebuah Negeri pendaratan tuna. Kita ada canning industri dulu tapi yang telah berpindah keluar daripada negeri Pulau Pinang. Sebab itu kalau kita tahu bahawa sebenarnya di Pulau Pinang ini kita sebenarnya telah ada pelabuhan tuna. Pelabuhan Tuna yang ada ialah dua di negara ini. Satu di Pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi dan Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth. Dan telah ada pendaratan tuna daripada Indian Ocean di mana di negeri ini telah didaratkan sebanyak 2,689 tan metrik ikan tuna. Melibatkan 43 kali pendaratan oleh vessel tempatan. Masih lagi rendah. Pendaratan itu masih lagi rendah. Sebab itu saya telah memulakan perbincangan dengan pihak Penang Port untuk mengkaji dan melihat bagaimana industri tuna ini kita boleh bangunkan. Saya pergi ke Jepun baru-baru ini bersama Machang Bubuk dan juga Berapit untuk melihat sendiri industri tuna di sana. Satu kampung, satu pekan di pesisir pantai yang tidaklah besar mana pekan dia tu tetapi semuanya berkisar tentang industri tuna, ada korumnya, ada kapalnya, ada dermaganya, ada restorannya, ada apa ini pemborongnya. Semua di situ. Semua diproses disitu. Dan kita dapat lihat dan maklumat yang kita terima sebahagian tuna yang didaratkan di Pulau Pinang. Darat di Pulau Pinang bawa ke Jepun. Daripada Jepun agen beli hantar ke Singapura. Itu yang berlaku. Jadi sebab itu saya
telah berbincang juga dengan Ketua Pengarah Perikanan. Dia memaklumkan ada dalam Rancangan Malaysia Ke-10 kalau tak salah saya. Peruntukan telah disediakan lebih kurang RM20 juta tetapi masih belum dibelanja. Sebab itu saya tengah meminta Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri untuk melakukan satu mesyuarat bersama dengan pelbagai agensi. Saya percaya LKIM juga akan dijemput nanti untuk membincangkan perkara ini. Kerana hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah Perikanan beliau memaklumkan bahawa Pulau Pinang masih lagi dianggap sebagai destinasi untuk mengembangkan industri tuna ini. Jadi saya nampak kalau kita dah ada pelabuhan yang diiktiraf oleh IOTC (Indian Ocean Tuna Commission) kita kena utilize dan gunakan ini sebaik mungkin. Dan saya percaya kawasan industri kita di Bukit Minyak, Juru ini mampu untuk menampung kalau keperluan seperti cold storage, keperluan untuk proses dan keperluan-keperluan lain untuk industri tuna ini. Dan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada nelayan. Sebab itu bagaimana kita nak sediakan, kita kena bekerjasama dengan beberapa institusi. Saya telah berbincang dengan pengarah. Minta maaf, Pengerusi PERDA Saudara Hanif Khatri, beliau menyebut antara satu contoh Institut PERDA TECH ini mungkin boleh melihat kepada program-program seperti perikanan laut dalam. Bagaimana kita boleh latih anak-anak muda kita. Orang-orang muda kita untuk terlibat dan ceburi bidang ini. Ini satu bidang menjamin pendapatan. Kerja yang berat seperti yang selalu kita tahu 3D. Danger, Dirty, Difficult tetapi kalau kita nak sediakan generasi masa depan kita dengan peluang pekerjaan dengan lebih baik saya lihat ini salah satu langkah yang boleh kita lakukan. Seterusnya, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat…(gangguan).
Sedikit penjelasan. Sedikit sahaja. Bercakap tentang tuna. Bercakap semalam tentang change of business kita perlu terlibat dalam up stream, extreme, down stream. Masalah dengan tuna ini adalah kita tidak ada down stream business. Tuna mendarat disini seperti Yang Berhormat sebut tadi terus di eksport keluar. Jadi tiada manfaat kepada rakyat secara keseluruhan baik kepada peluang pekerjaan dan juga hasil untuk dimakan. Jadi adakah pihak Kerajaan Negeri ada pelan jangka panjang atau jangka pendek untuk memanggil mana-mana pelabur untuk melabur di Negeri Pulau Pinang dimana kita ada pelabuhan pendaratan untuk terlibat dalam down stream supaya ikan tuna yang didaratkan ini dapat dimanfaatkan dalam konteks industri perikanan tuna.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir. Itu salah satu perkara yang saya sebutkan tadi. Bahawa eko-sistem yang ingin kita wujudkan ini akhirnya harus memberi manfaat balik kepada rakyat termasuklah dalam down stream ini. Sebab itu memang sudah ada beberapa apa yang kita panggil pelabur-pelabur yang berminat untuk datang, tetapi dalam masa yang sama juga yang saya percaya Kerajaan Negeri boleh mainkan peranan adalah sebagai coordinator untuk semua agensi-agensi dan pihak-pihak yang berkepentingan ini pemegang taruh ini dapat duduk sekali dan dapat menyusun ianya sebagai satu eko-sistem. Sebab itu kalau lihat sekarang ini dia masih lagi sebagai pendaratan sahaja. Walaupun dulu kita ada canning industri. Tetapi canning industri kita sekarang ini dah beralih tempat. Antara isu yang saya bincang sebelum ini masalah yang kita hadapi juga adalah cold storage. Kita tidak ada cold storage yang besar dapat menampung. Ini sebahagian dari isu-isu yang dibangkitkan sebab itu di peringkat Kerajaan Negeri kami akan koordinasi perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir.
Untuk makluman Yang Berhormat Penaga dalam kita menjaga soal kebajikan dan keselamatan terutamanya nelayan-nelayan kita. Isu pencerobohan pukat tunda ini memang satu isu yang besar. Saya ingat Yang Berhormat Permatang Pasir pun pernah bangkitkan perkara ini dan kita pun telah berdialoag dengan nelayan-nelayan kita. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan memperhebatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan. Bermula 1 Januari 2016 Jabatan Perikanan telah menguatkuasakan pemakaian Pekekliling Pelaksaan Dasar Penghapusan Pukat-Pukat Tunda yang beroperasi di Zon B secara berperingkat dan melalui pengusaha bot tunda yang didapati menceroboh ke Zon A yang meliputi 5 batu nautika dari pantai, iaitu hukuman gantung lesen dan gantung subsidi minyak serta dikenakan kompaun yang lebih tinggi. Pembatalan arahan kelonggaran penguatkuasaan saiz mata pukat keronocong, pukat tunda tidak kurang daripada 38mm berkuatkuasa sejak 1 November 2013 juga telah dilaksanakan dan juga mewajibkan pemasangan alat sistem pengenalan automatik atau (AIS) ke atas semua vessel tunda semua Zon B. Kita telah ada 83 vessel yang telah memasang (AIS) ini tetapi masih ada beberapa isu tentang sistem ini saya difahamkan bahawa ia masih lagi berpusat di Putrajaya. Kita tidak ada kelengkapan itu disini untuk memantau. Jadi ini antara perkara perlu diselesaikan dan dipermudah cara. Tetapi dari segi penguatkuasaan saya sendiri telah berhadapan dengan beberapa kes yang mana kita. Saya telah menerima panggilan dan juga whatsapp mesej minta supaya dilonggarkan setakat harini Jabatan Perikanan memang berkeras la tak mahu longgar. Jadi itu memang mereka sedang lakukan pada hari ini.
Siap?
Dan…belum. Sabar Yang Berhormat. Kemudian ini menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan membangkitkan isu berkenaan penggunaan sistem empang iaitu mengguna jaring kecil ketika air surut untuk menangkap ikan. Bagi kes yang berlaku dilaut merujuk kepada dasar dan prosedur pelesenan vessel peralatan penangkap ikan dan peraturan nelayan. Apa-apa struktur kekal dalam pengairan tidak dibenarkan dan menjadi satu kesalahan secara bertulis jika tidak mendapat kebenaran secara bertulis dari Pengarah Perikanan Negeri dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sebagai contoh gombang dan pompang dibenarkan sekiranya dilesenkan. Namun penggunaan kelong tidak dibenarkan dan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri tidak akan membenarkan sebarang penggunaan peralatan-peralatan yang boleh memberikan impak negatif ke atas sumber perikanan dan juga masyarakat setempat. Dan mengikut kaedah-kaedah perikanan sungai 19. Untuk perairan di sungai tindakan juga boleh dikenakan dengan merujuk kepada Keadah-Kaedah Perikanan, Perairan Sungai 1999 Sekyen 4, menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasang apa-apa bela ikan, pompang atau gombang atau sistem kultur tanpa permit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perikanan Darat. Manakala dalam Seksyen 7 mana-mana orang yang melanggar peruntukan kaedah ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000. Yang Berhormat Ahli Dewan sekalian. Saya akan membicarakan soal kesihatan kali ini. Denggi masih lagi menghantui kita. Ianya satu perkara dan satu wabak yang sering berlaku dalam masyarakat. Sehingga 6 April 2019 jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan bagi tahun 2019 adalah sebanyak 2,173 kes berbanding 1,066 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 1,107 kes iaitu 103.85 peratus. Sebanyak lapan kematian denggi telah dilaporkan berbanding satu kematian denggi bagi tempoh yang sama tahun lepas. Meskipun terdapat peningkatan dalam kes denggi yang dilaporkan kita tidak pernah putus asa untuk lawan denggi ini tetapi dalam tempoh enam tahun
saya menjadi EXCO Kesihatan dan sebelum itu berkhidmat sebagai doktor di hospital saya lihat masalah denggi ini bukan masalah kerajaan semata-mata, bukan masalah agensi penguatkuasa semata-mata. Masalah denggi ini adalah masalah setiap individu daripada kita. Kalau kita dapat lihat cabaran terbesar adalah bukan hendak bunuh nyamuk, cabaran terbesar adalah bukan untuk kita hendak cari tempat pembiakan ini, itu cabaran, tapi bukan yang terbesar yang terbesar adalah toleransi masyarakat kita terhadap denggi. Orang kita sudah boleh hidup bersama dengan denggi tapi dia mati juga dia tidak hidup bila kena denggi. Kenapa saya cakap macam itu? Cuba Yang Berhormat pun saya ingat ada yang sudah penggal kedua, ada yang sudah penggal ketiga, ada yang pernah jadi Ahli Majlis. Berapa kali buat gotong-royong? Banyak kali buat gotong-royong, yang akan turun siapa? ADUN, Pengerusi MPKK, MPSP, Jabatan Kesihatan. Penduduk yang datang adalah 15 orang atau kurang selalunya kurang lima (5) orang. Datang pun jadi mandor, jadi engineer sebab pada mereka ini bukan tugas mereka untuk lakukan pembersihan. Saya faham ini situasi di ground, realitinya, sebab itu saya selalu sebut dalam mesyuarat saya kata even mana ADUN-ADUN yang pernah duduk dalam mesyuarat saya, saya selalu sebut kalau gotong-royong itu dihadiri kurang daripada 15 orang penduduk tempatan, saya minta batalkan gotong-royong tapi saya tahu ada pegawai-pegawai kita tidak sampai hati hendak batalkan mereka terus juga, mereka pun pergi ambil cangkul, ambillah penyapu buat kerja. Sebab itu saya hendak sebut soal denggi ini dia bukan lagi soal sama ada kita buat gotong-royong, sama ada kita buat fogging semata-mata. Kita akan buat Standard Operating Prosedur (SOP) ini tetapi yang lebih penting adalah bagaimana setiap daripada kita ada kesedaran ada menghalang diri kita daripada digigit nyamuk. Maknanya kalau nyamuk tidak gigit kita, seekor nyamuk pun tidak gigit kita. Dapat denggi dak? Tidak dapat. Kalau kita biar nyamuk gigit kita memanglah kita dapat denggi. Jadi sebab itu saya lebih berminat ADUN-ADUN semua untuk kita sama-sama bangkitkan bahawa kesedaran untuk menjaga diri daripada digigit denggi ini adalah tanggungjawab setiap individu. Sebab itu, melalui program CAT, Crash Aedes Totally yang kita telah menggunakan artificial intelligent untuk mengenalpasti di mana kawasan wabak berpotensi akan berlaku. Maknanya dalam 30 hari hingga ke tiga bulan daripada sekarang kalau kawasan locality A itu kita tidak buat apa-apa tindakan pembersihan, tidak buat fogging tidak buat apa-apa, dalam tempoh 30 hari kita boleh tahu tempat itu akan jadi denggi atau tidak jadi denggi. Ini kita boleh buat melalui sistem yang kita ada tetapi itu kegunaannya adalah untuk unirapter sebab itu kita bangunkan juga satu aplikasi yakni Yang Berhormat semua saya hendak highlight dalam dewan ini ada aplikasi di panggil Beat Dengue. Saya minta izin Dato’ Yang di-Pertua untuk tunjuk aplikasi ini.
Jangan silap tunjuk.
So far yang ini okey Yang Berhormat. Phone ini okey (ketawa). Yang ini Ahli Dewan Yang Berhormat semua kita boleh lihat aplikasi ini. Aplikasi ini menunjukkan peta Pulau Pinang dan kita boleh lihat ada titik-titik merah, titik-titik merah inilah di mana berlaku wabak denggi sekarang, secara real time kita berikan maklumat ini kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Kalau zoom out lagi tengok seluruh Malaysia, Pulau Pinang saja yang ada titik merah ini seluruh Malaysia tidak ada, sebab Pulau Pinang saja yang bayar untuk guna aplikasi ini. Kita yang pelopori aplikasi ini dan sekarang kita boleh gunakan ini. Jadi kalau Yang Berhormat masuk kawasan yang ada titik merah itu dia akan hantar notification beritahu Yang Berhormat masuk tetapi ia tidak sebut Yang Berhormat, you are entering a dengue risk area. Mana tempat yang ada wabak denggi. Jadi ini yang saya sebut tadi kita hendak kalau boleh setiap rakyat kalau boleh satu rumah satu keluarga seorang ada aplikasi ini supaya dia tahu dekat rumah
dia kawasan rumah dia ada wabak denggi atau tidak dan dia ambil tindakan sewajarnya. Berapa ramai yang kita boleh nak deploy kita be realistic satu taman you hendak deploy berapa ramai pegawai untuk hendak bersihkan masalah sampah walaupun sampah kita buat kutipan secara selalu. Nyamuk ini hanya perlukan satu sudu air sahaja air saja untuk bertelur. Dia tidak perlu banyak. Sebab itu, kadang dekat dahan pokok atas daun pun boleh ada pembiakan nyamuk. Jadi caranya adalah jangan bagi nyamuk gigit kita, InsyaAllah tidak dapat denggi. Jadi download aplikasi ini. Saya bukan jual, free. Download aplikasi ini uar-uarkan kepada masyarakat gunakan ini kalau ada tempat-tempat pembiakan aedes boleh lapor melalui aplikasi ini. Ambil gambar lapor dan kita akan ambil maklumat itu. Kemudian kalau kena denggi boleh lapor juga ini yang kita sedang bangunkan dan InsyaAllah, program yang berterusan yang kita lakukan dari kesedaran ini kita juga sedang hendak gunakan satu inovasi baru yang ini telah dimulakan oleh Institute of Medical Research iaitu untuk membangunkan nyamuk yang dijangkiti oleh bakteria Wolbachia nyamuk ini Wolbachia ini adalah bakteria yang ada dalam buah-buahan ianya tidak selalu ada dalam nyamuk tetapi bila diletakkan di dalam nyamuk aedes bakteria ini akan boleh membunuh, menghalang virus transmisi virus denggi dan keduanya dia juga boleh mewariskan Wolbachia ini kepada nyamuk-nyamuk yang lain kepada projourney generasi baru nyamuk dan akhirnya boleh membunuh populasi nyamuk di situ. Jadi ini yang kita hendak lakukan bersama dengan Institute of Medical Research bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri di jangka akan dimulakan dalam bulan September. Kita tengah kenalpasti kawasan hot spot saya ada minta secara spesifik kepada Jabatan Kesihatan untuk melihat kawasan-kawasan seperti Machang Bubuk, kawasan beberapa kawasan lain yang memang ada hot spot denggi ini tiap-tiap tahun akan berlaku denggi di kawasan ini. Saya ingat Yang Berhormat Machang Bubuk pun sudah kerap kali buat gotong-royong. Saya pun sudah jemu pergi rasmi gotong-royong di tempat dia. Bukan kata jemu jumpa Yang Berhormat Machang Bubuk tapi sudah jemu rasmi bab denggi sebab kita sudah buat macam-macam program dan saya percaya sebelum saya jadi EXCO Kesihatan pun, waktu orang lain jadi EXCO Kesihatan pun, pun buat benda yang sama. Sebab itu kita hendak ambil pendekatan yang berbeza. Jadi lepas ini kalau ADUN-ADUN ada gotong-royong ramai tidak turun batalkan gotong-royong Yang Berhormat, bungkus bihun semua bawa balik. Jangan tunggu, t-shirt pun ambil balik jangan tunggu lagi sebab saya ingat kita kena educate masyarakat kita, dengue is not the responsibility of government alone, dengue is responsibility of all us. Every member of society setiap ahli masyarakat ini perlu ambil tanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing untuk menghalang daripada dijangkiti oleh virus denggi ini. Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang berkenaan mengusulkan cadangan mengenai penurunan kuasa penutupan premis makanan yang tidak bersih kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, punca kuasa bagi penutupan premis makanan tersebut adalah berdasarkan Akta Makanan 1983. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan tersebut. Namun untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah pernah mengemukakan permohonan tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2017 namun permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan di atas justifikasi kuasa ini adalah termaktub di bawah Akta Makanan 1983 dan dimaklumkan melalui surat maklum balas dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 21 Disember 2017 di atas justifikasi keputusan ini dibuat dengan merujuk kepada keputusan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 2011 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan di mana pegawai di pihak berkuasa tempatan hanya diturunkan kuasa di bawah Seksyen 32 Akta Makanan 1983 iaitu kuasa memasuki premis
makanan, memeriksa dan mengambil sampel makanan sahaja dan tiada penurunan kuasa bagi penutupan premis. Pihak Kementerian mencadangkan agar PBT untuk menyediakan peruntukan di bawah undang-undang kecil MBPP sepertimana undang-undang kecil pelesenan establishment makanan Majlis Perbandaran Klang tahun 2007 dan juga Undang-Undang Kecil Pelesenan Establishment Makanan Perbadanan Putrajaya 1999. Sila Bagan Dalam.
Saya saja hendak tambah sikit. MBPP hantar tahun 2017, MPSP sudah hantar tahun 2014, sudah tiga (3) kali selepas itu memang tiada jawapan dan satu saya hendak dia dalam Akta Makanan dinyatakan hanya inspektor kesihatan yang boleh mengarahkan untuk menutup satu-satu kedai itu tetapi di MBPP dan MPSP kita cukup banyak inspector kesihatan berbanding dengan Jabatan Kesihatan. Kenapa tidak menteri turunkan kuasa kepada YDP dan YDP ataupun Datuk Bandar melaluinya kita boleh menguatkuasakan arahan untuk tutup kedai ini bagi kedai yang tidak bersih.
Saya percaya antara reason kenapa tidak di bawa turun oleh Kementerian Kesihatan kerana nanti kalau diturunkan yang perlu menjawab itu Kementerian Kesihatan dari segi undang-undang sebab akta itu berdasarkan daripada akta makanan tadi. Sebab itu dicadangkan kepada PBT untuk mengwujudkan undang-undang kecil di bawah Majlis Perbandaran masing-masing. Daripada situ ada kuasa untuk menutup. Jadi ini telah di buat di Majlis Perbandaran Klang 2007 dan juga Perbadanan Putrajaya tahun 1999.
MPSP sudah buat 2010 undang-undang kecil belum dapat persetujuan Penasihat Undang-Undang hari itu. Nanti boleh tolong raise dalam EXCO juga. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk Yang Berhormat Kebun Bunga ada mencadangkan agar program methadone diperluaskan bagi menangani ketagihan dadah di kalangan penagih. Walau bagaimanapun, buat masa ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri tidak berhasrat untuk menambah fasiliti untuk memberikan perkhidmatan methadone. Kini kita terdapat 28 buah fasiliti di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan yang memberikan perkhidmatan rawatan terapi gantian methadone di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut 18 merupakan klinik kesihatan, tiga (3) hospital, empat (4) fasiliti AADK, dua (2) penjara dan satu (1) klinik swasta. Jumlah client yang berdaftar sehingga Disember 2018 adalah seramai 5,133 orang dengan 1,640 adalah client active. Walau bagaimanapun jumlah client baru berdaftar menunjukkan penurunan daripada 660 orang pada tahun 2012 kepada hanya 178 orang pada tahun 2018. Ini mungkin disebabkan kebanyakan penagih telah berdaftar di dalam program ini sejak tahun 2005. Di samping itu,perubahan trend penagihan dadah dari opied kepada designer drug seperti syabu dan lain-lain turut menyumbang kepada keadaan ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat ubat methadone ini hanya boleh merawat ketagihan opied sahaja dan tidak dapat merawat ketagihan dadah-dadah lain. Sehubungan itu, jumlah fasiliti sedia ada telah mencukupi bagi menampung permintaan terhadap permintaan perkhidmatan rawatan methadone pada masa ini yang semakin berkurangan. Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan jentera Kerajaan Negeri termasuk
jentera kerajaan persekutuan yang telah bertungkus-lumus untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita kepada rakyat negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, jika semua harta ialah racun, maka zakatlah penawarnya, jika seluruh umur ialah dosa maka taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadanlah pemutihnya dengan segala ketelusan dan kerendahan hati buat semua Ahli Dewan dan rakyat negeri Pulau Pinang saya ucapkan selamat menyambut bulan suci marhaban ya Ramadan dan dengan lafaz ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Seberang Jaya, Sungai Puyu. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ambil peluang ini menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana masih diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu yang telah dibahas oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 Negeri Pulau Pinang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Kebajikan, Masyarakat Penyayang Dan Alam Sekitar. Ucapan terima kasih dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertua dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri sememang komited dalam menjadi negeri Pulau Pinang sebagai negeri berkebajikan. Dan mementingkan kepentingan rakyat ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan berbagai program kebajikan rakyat yang mensasarkan golongan miskin dan B40. Antara program-program terbaru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri ialah Program Mutiara Foodbank dan Pusat Transit Gelandangan. Mutiara Foodbank telah dilaksanakan pada Mei 2017 yang berkonsep inisiatif menyelamatkan surplus food daripada hypermarket, restoran dan hotel yang mana bekalan makanan tersebut diagih kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rakyat miskin. Paling membanggakan negeri Pulau Pinang telah dipilih dua (2) kali sebagai tuan rumah bagi majlis pelancaran anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Majlis Pelancaran Program Foodbank Malaysia dan Majlis Pelancaran Foodbank Siswa baru-baru ini di UiTM Permatang Pauh. Yang penting sekali saya rasa amat bangga bahawanya dasar-dasar ini telah diwujudkan di negeri Pulau Pinang dan apa yang sedih saya adalah dua pegawai kanan saya juga telah dilantik untuk dijalankan tugas di bawah kementerian. Selepas dua (2) tahun pelaksanaan program ini, Mutiara Foodbank telah berjaya mengumpul sebanyak 738 metrik tan makanan daripada sayur-sayuran sebanyak 559 tan dan makanan kering terlibat sebanyak 36,215 orang yang telah mendapat manfaat daripada program ini. Pada kini, skop program ini turut diperluaskan ke satu tahap yang dibanggakan iaitu menyalurkan bekalan makanan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui Program Foodbank Siswa dengan kerjasama daripada Yayasan Foodbank Malaysia. Di antara IPTA yang terlibat setakat ini adalah UiTM Permatang Pauh. Jumlah pelajar yang menerima bantuan ini adalah seramai 125 orang di mana pelajar-pelajar ini terdiri daripada keluarga yang berpendapatan B40. Selain itu, Mutiara Foodbank turut menerima beberapa sumbangan dan penghargaan daripada syarikat, persatuan dan IPTA. Di antara ialah menerima sebuah lori daripada Syarikat JD Resources, dua (2) buah van daripada Yayasan Bumiputera Pulau Pinang dan sebuah van daripada Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia. Ke semua kenderaan ini akan didaftar sebagai aset Kerajaan Negeri dan digunakan sepenuhnya bagi tujuan
Program Foodbank. Oleh yang demikian, saya memohon Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyegerakan pendaftaran kenderaan ini sebagai aset Kerajaan Negeri bagi memudahkan perjalanan dan penggunaan Unit Mutiara Foodbank selaras dengan kepentingan, keprihatinan kepada kebajikan rakyat miskin, Kerajaan Negeri turut memandang serius kepada golongan gelandangan di mana Kerajaan Negeri terus turut menyediakan kemudahan dan bantuan kepada golongan gelandangan melalui Empowering The Street Citizens. Sebuah pusat transit akan dibina untuk menempatkan golongan ini dan mereka akan dibekalkan dengan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tidur tempat tinggal yang selesa bagi permulaannya. Tujuan utama penganjuran Program Empowering The Street Citizens adalah untuk membantu dan mendayaupayakan golongan gelandangan di Pulau Pinang. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam tindakan membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut bertindak sebagai pusat aktiviti warga emas di Lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town. Selain itu, Kerajaan Negeri tetapkan tetap akan meneruskan program-program kebajikan sedia yang ada masih relevan dan memberi sepenuh komitmen dalam membantu rakyat miskin dan golongan B40 setiap tahun di setiap kawasan tanpa prejudis terhadap kawasan Pembangkang. Komitmen Kerajaan Negeri dalam membela kebajikan rakyat akan dipertingkatkan tanpa mengira perbezaan ideologi politik, agama dan bangsa.
Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu tadi membangkitkan tentang Programme Empowering The Streets Citizens yang di mana satu rumah transit akan dibina di Jalan C.Y. Choy iaitu di kawasan Pengkalan Kota. Saya masih ingat kita pernah mengemukakan pertanyaan kepada Yang Berhormat Sungai Puyu terhadap NGO yang akan menguruskan jadi mungkin saya boleh dapatkan maklumat sama ada Kerajaan Negeri telah mengenal pasti NGO mana yang akan tolong untuk menguruskan rumah transit tersebut. Terima kasih.
Memang satu ketetapan telah dibuat selepas rundingan dan juga NGO-NGO yang selalu berusaha bersama-sama dengan Kerajaan Negeri kami telah memilih Tzu Chi untuk menjalankan tugas ini. Tzu Chi akan menghadap pelbagai program-program bukan sahaja yang night shelter tetapi macam mana beri pendidikan juga ada satu resource centre dan juga adalah satu peluang kerja kepada gelandangan ini. Ini memang ada satu program yang telah dijalankan dan berharap dalam dua (2) tahun kita boleh siap sediakan. Panggilan untuk open tender, untuk pembinaan pusat ini akan dibuat minggu depan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab cadangan yang dibangkit oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Dua untuk meningkatkan bantuan sara hidup dan insentif kepada rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut dan semestinya Kerajaan Negeri akan meneruskan program-program kebajikan yang selama ini telah memberi manfaat kepada rakyat khususnya rakyat miskin walaupun pada kini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah terdiri dari kerajaan yang sama. Apa yang lebih menarik adalah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan bersama-sama berganding bahu membantu rakyat melalui agensi-agensi masing-masing. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah pun melibat beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Jawatankuasa Kemiskinan Peringkat Negeri dan Daerah memastikan semua bantuan-bantuan dapat diselaraskan melalui satu jawatankuasa sahaja. Bertujuan untuk
memperkasakan dan memastikan ke semua bantuan baru atau sedia ada disampaikan kepada semua rakyat yang sama ada yang golongan miskin atau B40 khususnya di Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Pulau Betong mengenai pembayaran Program Skim Pelajar Emas. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Semakan Semula Program-Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusi oleh YB. Timbalan Ketua Menteri I sedang menelitikan dan mengkajikan keperluan meneruskan Program Skim Pelajar Emas memandangkan berlaku pertindihan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan yang turut memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan RMT kepada murid-murid bersekolah sehingga menengah, rendah sehingga menengah. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa bantuan daripada Kementerian Pendidikan lebih menyeluruh dan memberi memfokuskan kepada golongan yang lebih memerlukan. Walau bagaimanpun kajian lebih terperinci perlu dilakukan dan perlu diambil kira analyst, analyst data-data pelajar-pelajar sedia ada daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, lagi satu program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah pusat dialisis di Balik Pulau pada kini kami mula dengan enam (6) mesin pada terkini kami adalah semua 14 mesin dan kami telah membantu sebanyak 82 pesakit-pesakit di sana. Kebanyakan pesakit-pesakit di sana telah dibayar dengan sokongan-sokongan yang penuh. Kami mula dengan RM110.00 di mana Kerajaan Pusat bayar RM50.00, Kerajaan Negeri bayar RM30.00 dan pesakit bayar RM30.00 yang kurang mampu ada satu persatuan iaitu Penang Community Chest ini adalah satu persatuan Kerajaan Negeri kami akan buat bantuan. Pada terkini selepas telah jadi Kerajaan Negeri dan Pusat. Bantuan daripada Kerajaan Pusat adalah RM100.00 dan pesakit hanya bayar RM10.00 yang lain seperti their supplements dan lain-lain akan dibayar oleh Kerajaan Negeri dan PCC. Agenda Hijau Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama dalam ucapan perasmian telah menyentuh tentang tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pencemaran alam yang boleh menjejaskan kualiti tanah, air dan iklim. Sesungguhnya kita semua sedar isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk menangani dan memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan secara haram, mengurangkan sumber semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangannya kepada alam sekitar. Isu-isu ini perlu perlu saya tegaskan di sini perlu ditangani secara kolektif dan holistik di peringkat negeri Pulau Pinang dan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga akan memberikan penekanan kepada kecekapan dan penggunaan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, dan pengurusan sisa pepejal secara lestari. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mula membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda 2018 to 2030) selaras dengan Pulau Pinang 2030 yang bertujuan untuk menyusunkan strategi ke arah pembangunan lestari berteraskan kepada United Nations Sustainable Development Goals (UNSDGs). Demi menghadapi cabaran alam sekitar secara global ini di masa hadapan. Agenda Hijau Pulau Pinang akan berfungsi sebagai asas atau blue print untuk memacui Pulau Pinang ke arah menjadi negeri hijau yang mampan. Penang Green Agenda akan dipelengkapkan kepada Visi Penang2030 dalam aspek kelestarian alam sekitar.
Melindungi sumber hutan dan biodiversiti, Kerajaan Negeri mempunyai 6,282 hektar di hutan-hutan yang diwartakan iaitu kata lebih kurang 500,000 hektar hutan simpanan kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan seluas 1,182 hektar Taman Negara yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226]. Peranan utama hutan ini adalah untuk menyerap dan menyimpan karbon dalam kitaran perubahan iklim bagi menjamin kestabilan iklim. Berdasar kajian oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menerusi Inventori Hutan Nasional Kelima, keluasan semasa kawasan perhutanan di Negeri Pulau Pinang ini mampu menyerapkan menyimpan sekurang-kurangnya 952,000 tan metrik karbon. Walaupun liputan hutan yang diwartakan ini hanya 6% daripada jumlah keluasan negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri komited untuk menambah keluasan hutan simpanan kekalnya. Kerajaan Negeri pada ketika dalam proses untuk mewartakan Hutan Paya laut dan Bakau dan Hutan Nipah yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Ini amat penting menzahirkan agenda Penang2030 untuk menjadi satu Negeri Hijau yang dilimpahi dengan kekayaan sumber alam semula jadi yang amat bernilai yang diurus secara mampan supaya dapat menikmati generasi yang akan datang. Yang itu kata seluruh kami telah buat kajian dan juga perjumpaan perbincangan yang itu ke seluruh daripada Kuala Muda sampai Sungai Acheh Seberang Perai Selatan kami akan wartakan hutan-hutan paya sebagai Hutan Simpanan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga giat menjalankan Program Pemutihan Industri Berasaskan Kayu (IBK) sejak tahun 2015. Program Pemutihan ini adalah untuk memastikan bahawa sebanyak 282 kilang pemprosesan kayu yang terdapat di negeri ini bebas dari kesalahan Undang-Undang. Sebelum ini, hanya 97 buah kilang yang mempunyai Lesen Kekal daripada 282 buah kilang yang beroperasi di Pulau Pinang. Hasil daripada Program Pemutihan ini, sebanyak 185 kilang-kilang industri di negeri ini telah berjaya diputihkan menerusi pemberian lesen sementara. Pemberian Lesen Sementara ini adalah bagi memberi peluang kepada pengusaha untuk mendapatkan lesen kekal daripada Kerajaan Negeri. Usaha yang telah diambil ini adalah penting kerana bukan sahaja mewujudkan satu Industri Berasaskan Kayu yang sihat malah dapat menjaminkan kesimbangan industri ini di Pulau Pinang dengan menarik minat pengusaha-pengusaha industri perkayuan dalam dari negeri-negeri jiran untuk menghantar sumber kayu kayan diproses di negeri Pulau Pinang. Program No Single-Use Plastic, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri telah mula melaksanakan Kempen “Tak Nak Plastik Sekali Guna” (No To One Single-Use Plastic) Negeri Pulau Pinang selaras dengan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastic 2018 – 2030 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Pendekatan Awal Kempen Tak Nak Sekali Guna adalah melalui pendekatan polisi Tak Nak Penyedut Minum Plastik (No To Plastic Straw). Objektik utama pelaksanaan kempen No To Plastic Straw dalam bentuk kerjasama tiga hala (tripartite) antara Kerajaan Negeri, pengusaha dan pengguna bertujuan : (i) Meminimumkan kuantiti penggunaan penyedut minum plastik yang memudaratkan alam sekitar dalam jangka masa pendek melalui program-program kempen-kempen kesedaran dan (ii) Membasmikan basmi secara menyeluruh penggunaan penyedut minuman plastik dalam jangka masa panjang melalui penguatkuasaan. Secara asasnya, prinsip pelaksanaan kempen No To Plastic Straw akan menggunapakai kaedah phasing out seperti berikut : (i) Semua premis yang menyediakan minum dan makanan adalah secara automatik terlibat dalam pelaksanaan kempen;
(ii) Premis minuman dan makanan tidak lagi dibenarkan menyediakan penyedut minum plastik di ruang sudut atau kaunter yang boleh diperolehi secara langsung atau layan diri oleh pengguna; (iii) Penyedut minuman plastik hanya diberikan kepada pengguna atas permintaan (by request) sahaja dan tidak lagi diberi secara langsung (by default) untuk setiap kali pembelian makanan atau minuman; dan (iv) Premis minuman.
Minta laluan.
Nanti. Premis minuman dan makanan dibenarkan serta digalakkan untuk menggunakan barang pengganti (substitute item) bagi menggantikan penyedut minuman plastik dan barang pengganti seperti penyedut minuman yang diperbuat dari bahan organik tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar. Premis perniagaan minuman dan makanan yang wajib melaksanakan polisi No To Plastic Straw adalah terdiri daripada semua premis perniagaan sedia ada dan premis perniagaan baharu akan mula beroperasi dalam kategori berikut : (i) Restoran / kedai makan dan minuman / kedai kopi / Cafe dan Pub; (ii) Kedai Serbaneka; (iii) Kedai Serbaneka Stesen Minyak; (iv) Medan Selera / Pusat Penjaja / Kompleks Makanan; (v) Kenderaan Saji Makanan dan Minuman; (vi) Pasar Malam / Pasar Pagi / Uptown; (vii) Kantin; dan (viii) Penjaja.
Okey terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu, berkenaan dengan kenyataan Yang Berhormat Sungai Puyu mengenai kedai makan tidak lagi dibenarkan memberikan straw itu walaupun dia tidak dibenarkan boleh terma yang lebih sesuai adalah tidak digalakkan sebab mereka masih lagi memberikan straw macam di McDonalds dan KFC di bawah KOMTAR juga mereka masih memberikan dan kita tidak nampak kemanakah efektifnya sebab tadi kita dengar Datok Keramat pun beritahu hampir 45 juta beg plastik telah digunakan walaupun kita mengenalkan program 20 sen no free plastic bag dan boleh tak kalau Kerajaan Negeri lebih tegas bawa satu dasar menyatakan no to plastic straw at all macam kita buat untuk polistren sekarang hampir sudah terpupuslah di Pulau Pinang walaupun ada sedikit sana sini. So boleh tak Kerajaan Negeri membuat satu dasar mengharamkan terus plastic straw di Pulau Pinang instead promote the use of alternative straw either yang dari yang diperbuat daripada logam, kertas atau bahan organik lain seperti yang dibuat di Thailand terima kasih.
Terima kasih atas cadangan ini dan memang Kerajaan Negeri tengah nak haramkan kegunaan semua akan tetapi macam mana overnight you cannot change yang itu kata kempen kesedaran iaitu kata terlibat dengan perbincangan dengan beberapa sektor di mana Kerajaan Negeri melalui KT dan juga PGC telah ada series jumlah semua lapan (8) di perjumpaan perbincangan akan diadakan kami telah menjalankan…(gangguan).
Can we have a time frame for the total banned of the plastic straw in Penang?...(dengan izin).
Total banned is one big kerana kami kena lihat bahawa baby, orang tua, the OKU dan lagi satu kumpulan kata ini Puteri Sehari, kami kena bagi peluang kepada mereka. Faham tak Puteri Sehari kerana mereka hari itu dia kahwin dia taruh lipstick begitu cantik dia tak boleh minum dia kena pakai straw…(gangguan).
Alternatif straw they can use.
Puteri iaitu kata memang memang kami hendak banned the use of plastic straw, memang usaha-usaha ini telah dan kami kena selaras dengan apa yang Kementerian sedang buat, kementerian dia ada dia punya roadmap so kena ada satu kesedaran satu (tak jelas) supaya mereka paham dan sendiri bukan takut…(gangguan).
Yang Berhormat Penang lead kita perlu berusaha lebih.
Memang kita akan membuat macam ini, penguatkuasaan Kempen No To Plastic Straw akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan tiga (3) fasa seperti berikut, fasa 6 bulan pertama (April – September 2019) Kempen Kesedaran (educational awareness), 6 bulan kedua iaitu (Oktober 2019 – Mac 2020) penguatkuasaan berhemah (educational enforcement) dan selepas 12 bulan (April 2020 dan selanjutnya) penguatkuasaan penuh (full enforcement). This is the time line, yang itu kata first educational awareness second educational enforcement after that 12 month full enforcement. Selaras dengan saranan Tuan Yang Terutama supaya Kerajaan Negeri mengadakan sesi engagement exercise, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan program keterlibatan awam (public engagement) melibatkan lapan (8) sesi dialog dan empat (4) siri road show yang mendapatkan pandangan dan maklum balas awam mengenai polisi No To Plastic Straw. Sesi engagement exercise ini akan diperhebatkan lagi pelaksanaan di masa hadapan. Saya juga ambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak, khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat supaya menyokong Kerajaan Negeri dalam memainkan peranan masing-masing menjayakan pelaksanaan Kempen No Tak Nak Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) dan di sini bila kata No one time use plastic saya merayu bahawa ini adalah dasar kerajaan dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat mesti sokong dasar kerajaan. Saya nak tanya kepada Pembangkang bolehkah Ahli Yang Berhormat sokong dasar kerajaan ini No To One Time Use plastic boleh tak? Boleh ya Ketua Pembangkang boleh ya?
Ya, yang baik kita sokong yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat InsyaAllah, saya sokong. (Ahli Dewan menepuk meja).
Terima kasih terima kasih semua Pegawai-Pegawai Kerajaan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat akan diedarkan satu tumbler iaitu kata pi mana angkat itu juga yang putih menunjuk
bahawanya ada semua ada satni saya angkat bagi tak akan saya nak bagi sekarang…(gangguan).
Speaker tak setuju, Speaker tak dapat tumbler.
Speaker ada, Speaker ada tetapi Speaker tak datang pejabat kot untuk mai angkat sahaja yang itu kata panggilan selepas panggilan terlampau sibuk tak datang saja, semua group A dan group B pun juga dapat oleh ini saya merayu kepada semua iaitu bila semua majlis bila diedarkan dengan satu botol plastic di itu kata di itu air kata sama diorang no to one time use plastic kerana air di dalam itu siapa boleh bagi jaminan itu bersih? Air itu siapa boleh kata dia suci oleh itu lebih baik kita ambil sendiri dari rumah, masak bersih suci.
Yang Berhormat Yang di-Pertua…(gangguan).
Habis?
Belum, panjang lagi. Isu import sisa plastik satu soalan yang dibangkit oleh ADUN Air Putih, Yang Berhormat Air Putih telah membangkit mengenai isu import plastik ke Negeri Pulau Pinang yang perlu diberi perhatian serius supaya Pulau Pinang tidak menjadi lokasi lambakan sisa plastik. Sebagai Ahli-ahli, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, isu pengimport sisa plastik dari negara ke Malaysia telah bawa kepada pelbagai permasalahan-masalah terlibatkan alam sekitar termasuk kegusaran di kalangan rakyat yang membimbang akan kesan terdapat kesihatan apabila industri pemprosesan sisa plastik semakin bertambah khususnya di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah memulakan langkah-langkah melalui kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dalam mengawalkan industri plastik kitar semula secara am di Malaysia dan khususnya di Pulau Pinang. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengemukakan beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan bagi jamin keberkesanan kawalan ke atas industri plastik kitar semula kepada KPKT dan MESTECC untuk dipertimbangkan seperti berikut. Pemberian Approved Permit (AP) kepada operator atau pengilang plastik kitar semula perlu dapat ulasan dan persetujuan negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di mana industri kitar semula tersebut beroperasi. Pre-consumer plastic waste (clean plastic) sahaja yang dibenarkan untuk diimport bagi tujuan kitar semula. Pemegang AP hanya dibenarkan untuk mengimport 70% sahaja pre-consumer plastic waste dan kapasiti keseluruhan operasinya dan baki 30% kapasiti yang selebihnya hendak diperolehi dari sumber tempatan. Consumer kilang yang akan menerima dan memproses setiap pre-consumer plastic yang diimport perlu dinyatakan dalam AP bertujuan pemantauan, pengauditan dan penguatkuasaan. Preconsumer, bukan dis-municipal plastic waste. Kilang yang memproses pre-consumer plastic waste perlu mempunyai scrubber system yang yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar bagi rawatan udara dan air kumbahan sebelum dibebas (discharge) ke persekitaran. Pengimport pre-consumer plastic perlu menyediakan End of Life Disposal Report kepada JAS. Senarai pemegang AP dan kilang-kilang mengimport pre-consumer plastic waste dipanjangkan pada JAS dan PBT mengikut negeri bagi penyelaraskan pemantauan serta penguatkuasaan secara bersepadu. Setiap kontena digunakan pakai, diguna pakai untuk pengimport plastik perlu diimbas iaitu scan di
pelabuhan sebelum dibawa keluar ke kilang memproses dan sekiranya terdapat operasi penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan atas import sisa-sisa plastik yang dibawa masuk, adalah disaran supaya kontena terlibat dilakri dan diperiksa di kilang dan bukan di pelabuhan bagi mengelakkan pengimport dengan mudah membuat pengisytiharaan wrong declaration. If they import falsely it should be false declaration not wrong declaration. Itu tidak serupa. Kerajaan Negeri yakin kerjasama yang dilaksanakan dengan KPKT, MASTEC akan mampu memastikan industri kitar semula plastik beroperasi tanpa memberi impak negatif kepada persekitaran. Di sini kami telah dapat banyak masalah. Di negeri Pulau Pinang tiga (3) tahun yang dahulu Kerajaan Negeri telah mula bahawa minta Kerajaan Pusat bagi kerjasama bahawa terdapat ada kilang-kilang yang tanpa izin memproses plastik-plastik di sini. Dan memang di negeri Pulau Pinang kami ada lebih dari 200 lebih. Selepas pilihan raya iaitu pada Mei 9, selepas itu kami telah mulakan proses ini daripada ini semua sudah lari pergi ke Kedah. Tetapi memang sebagai kerajaan yang sama, kami telah bantu juga kepada Kerajaan Kedah bahawa maklumat-maklumat yang kami dapat kilang-kilang yang selepas tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan JAS yang pindah pergi, pergi apa ini pergi Kedah, kami bagi maklumat penuh supaya mereka ambil tindakan di sana. So, we are very concern, and we were assured the people of Penang, that we were not compromise. Dan lagi satu adalah bahawanya kilang-kilang ini kami persetujui dengan Kementerian KPKT bahawanya mereka hendak di letak dalam satu tapak yang sama. Iaitu kata you cannot stand alone. You have got to be in one localize area dan kami akan sokong dasar Menteri. So, we can put at the di satu tempat khas yang dicadangkan dan belum dibuat terdapat adalah berdekatan dengan Pulau Burung. Pengelakkan pembuangan sisa toksik ke sungai berlaku di Pulau Pinang dan langkah-langkah oleh JAS dan persediaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi bencana yang berlaku daripada pencemaran toksik, sisa-sisa toksik iaitu isu tragedi Sungai Kim Kim, ADUN Batu Lancang, ADUN Bukit Tengah dan ADUN Sungai Dua. Yang Berhormat ADUN Batu Lancang, ADUN Bukit Tengah dan Yang Berhormat ADUN Sungai Dua telah membangkit berkenaan tidakan Kerajaan Negeri dalam memastikan sisa kimia toksik industri tidak buang, tidak dilupus secara haram sebagai mana yang di berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Memang orang itu ada niat. Bila ada niat kita kadang-kadang amat sukar untuk buat tawaran. Kerajaan Negeri mengambil maklum insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Yang dipercayai berpunca dari pelupusan haram bahan buangan terjadual di tebing sungai berkenaan. Bagi memastikan perkara ini yang sama tidak berlaku di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan telah ambil pendekatan berikut: - Mempergiatkan penguatkuasaan secara berkala dan mengejut ke premis pengeluaran bahan buangan terjadual; - Pemantauan bahan buangan terjadual daripada premis melalui system dan talian (online) Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) yang perlu dikemaskini secara real time; - Memastikan setiap permohonan kilang baru mematuhi kehendak perancangan dan syarat Jabatan Teknikal Termasuk Jabatan Alam Sekitar; - Melaksanakan Program Pemutihan kilang-kilang sedia ada yang beroperasi tanpa kelulusan dan mengenakan tindakan tegas seperti kompaun dan tindakan mahkamah ke atas premis yang gagal menguruskan; dan - Mengendalikan buangan terjadual mengikut peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) 2005.
Berhubungan pertanyaan ADUN Bukit Tengah berkenaan SOP persediaan negeri, Kerajaan Negeri menghadapi bencana disebabkan radiologi, biologi dan bencana-bencana lain adalah dimaklumkan bahawa SOP semasa Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada arahan MKN arahan 20. Dan di sini memang kita telah ada beberapa cara untuk buat kawalan dan juga kami telah ambil tindakan menggunakan IWK. IWK akan pergi kilang-kilang tertentu, buka dia pembentungan, check adakah apa yang dibuang di sana. Kerana pada dulunya memang ada banyak dan satu adalah di Bukit Tengah. Kami telah ambil tindakan dan kami juga bagi kompaun-kompaun tertentu. Kerajaan Negeri ambil maklum kegusaran oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Puyu, kemungkinan. Sungai Dua, sorry. (ketawa). Sungai Dua berkenaan dengan kemungkinan berlakunya kebocoran bahan kimia
Dia nak test.
Oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang iaitu PBAPP di Sungai Dua. Sebagai makluman Yang Berhormat Sungai Dua, loji air, loji air Sungai Dua merupakan salah satu premis PBAPP yang dapat persetujuan OHSAS 18001 untuk Occupational Health & Safety Management System. Loji air juga ini juga adalah loji yang mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja kawalan terhadap bahaya kemalangan besar dan perindustrian. 1996 atau CIMAH Regulations 1996 untuk bahan kimia, klorin yang disimpan di loji untuk proses rawatan samping, samping Operating, Standard Operating Procedure (SOP) dan langkah-langkah pencegahan kebocoran telah sediakan di loji ini di antaranya adalah Emergency Preparedness, Emergency Response Plan, in CIMAH Report. Emergency Response Team, SOP untuk menangani kebocoran atau tumpah bahan kimia. Latihan menangani kecemasan (Emergency Drill) adalah setiap tahun. Sebagai tambahan, pihak PBAPP akan menjemput agensi-agensi lain seperti bomba, hospital, polis untuk menyertai latihan ini setiap dua (2) tahun. Latihan bersama ini juga turut disertai oleh pihak Jabatan Alam, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan JAS dan saksikan oleh orang awam. Maklumat kepada orang awam (Information to Public – ITP) juga diadakan setiap-tiap dua (2) tahun sekali kepada orang awam dan juga penduduk di sekitar, di kawasan sekitar tentang loji air Sungai Dua. Mengenalkan bahan kimia yang digunakan di loji dan juga langkah-langkah perlu diambil orang awam sekitar sekiranya berlaku kebocoran bahan kimia. Berdasarkan langkah-langkah pencegahan (precautionary measures) yang diambil oleh PBAPP, Kerajaan Negeri yakin risiko berlaku insiden kebocoran bahan kimia loji tersebut di Sungai Dua adalah pada tahap minimum. Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri supaya mencadangkan kepada Ketua Pengarah JAS untuk mewujudkan kemudahan rawatan pelupusan bahan buangan terjadual di Zon Utara supaya membahaya, berbahaya dapat diurus dengan baik. Ini tidak diterimakan kerana di negeri Pulau Pinang memang pada tahun 1992 telah ada cadangan bahawanya terletak di Machang Bubuk dan atau di Bukit Tengah pada masa itu saya juga adalah Ahli Pembangkang, kami menentang dan kami kata tak boleh di negeri Pulau Pinang. Kerana Pulau Pinang memang pada kini semua telah urus, terkawal dan ada kini hadnya di Bukit Nenas. Dan kini kami juga telah buat apa yang itu kata zero discharge.…(gangguan).
Sungai Puyu. Sudah habis untuk bab ini household hazardous waste?
Belum sampai.
Yang itu, adalah di apa yang dimaksudkan tak boleh dibuat itu?
Cadangan daripada Ahli Berhormat Machang Bubuk adalah household hazardous waste, E-Waste ada beberapa macam. Ada household waste yang bukan hazardous. Iaitu kata E-Waste, Household E-Waste. Apa yang ditarafkan sebagai hazardous adalah di kerosene and battery. Ini dua dan ini dua adalah satu perkara yang akan sedang dibincang. Dan saya begitu bangga bahawanya The National Household E-Waste Policy is developed in Penang. The methodology, the methodology application disposal is also developed in Penang dengan bantuan daripada JICA. We are the pioneer in this industry. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini Pulau Pinang terdapat 27 fasiliti kemudahan rawatan pelupusan buangan terjadual, full, terjadual penuh, full recovery, yang mana merangkumi pelbagai jenis buangan terjadual. Selain dari tu terdapat 12 fasiliti di Negeri Kedah, 28 fasiliti di Negeri Perak yang boleh memberikan perkhidmatan rawatan pelupusan buangan terjadual penuh bagi kawasan Zon Utara selain di Pulau Pinang iaitu kata ini proses, full recovery process. Baik pun di Pulau Pinang, baik pun di Kedah dan di Perak apabila semua full recovery. Apa yang sisa-sisa yang tidak boleh di recovery hardness hantar kepada Bukit Nenas. Justeru itu, pada masa ini saja terdapat 67 fasiliti kemudahan rawatan pelupusan buangan terjadual yang beroperasi di Zon Utara. Saranan daripada Ahli Yang Berhormat Machang Bubuk boleh dipertimbangkan sekiranya wujud keperluan pada masa hadapan. Not now, but in future. Ahli Yang Berhormat, ADUN Batu Uban menyarankan supaya tindakan yang lebih keras seperti tindakan mahkamah dikena pada pencemar alam sekitar dan tidak sekadar untuk memberi notis sahaja. Memang we take action even to court. Tetapi pada kini bila pergi court, you tau lah lawyer macam mana dia lawan kes. So, we have court to, kalau nak masuk court, we have court to bukti-bukti yang kukuh. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan penguatkuasaan ke atas sesuatu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah bedasarkan kepada aliran tindakan (flow of action). Dan impak kesalahan tersebut ke atas alam sekitar bagi sesuatu kesalahan yang kecil, maka notis atau kompaun ditawarkan kepada pesalah. Namun, sekiranya pesalah gagal mematuhi notis yang keluarkan ataupun gagal menjelaskan kompaun yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, JAS mengambil tindakan lanjutan dengan mendakwa pesalah ke mahkamah. Semua tindakan yang diambil oleh JAS mempunyai legal implication yang akan dikenakan sekiranya pesalah gagal mematuhinya. We have to look the implications. Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan telah membangkitkan isu pencerobohan dan kacau ganggu kera dan babi di Permatang Berangan. Sebagai makluman ADUN Permatang Berangan, kera dan babi hutan merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang akan memantau dan bekerjasama bagi mengambil tindakan terhadap aduan-aduan konflik hidupan liar tersebut di Pulau Pinang secara amnya dan khususnya di Kadun Permatang Berangan. Bagi menangani konflik melibatkan spesis kera dan babi hutan, usaha dan tindakan yang diambil mengikut standard operating procedure (SOP) Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut:-(i) Pemasangan perangkap di lokasi konflik; (ii) Menjalankan operasi basmi musuh tanaman bersama masyarakat setempat dan stakeholder;
(iii) Mengawal populasi konflik dengan memindahkan hidupan liar ke kawasan rizab; (iv) Menjalankan program kesedaran awam berkaitan konflik dan langkah pencegahannya; dan (v) Program terbaru oleh pihak jabatan adalah cadangan Projek Percubaan bagi Kontrak Tangkapan Kera. Untuk makluman juga, lesen memburu babi hutan adalah dibuka sepanjang tahun dan dikeluarkan oleh jabatan kepada orang awam berpandukan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bagi menangani konflik di kawasan Permatang Berangan, pemasangan perangkap kera telah dilaksanakan di Kampung Padang Chempedak dan Kampung Master, Permatang Berangan. Manakala pemantauan di waktu malam dan kaedah tembak mati babi hutan telah dilaksanakan di lokasi aduan iaitu di Taman Haji Ahmad Jamil dan Taman Sepadu. Jabatan PERHILITAN akan meneruskan pemantauan dan tindakan bagi mengelakkan pencerobohan dan kacau ganggu kera dan babi hutan di kawasan Permatang Berangan. Sebagai kesimpulan, Kerajaan Negeri komited untuk membantu Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang bagi menambah bilangan perangkap sedia ada milik Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang yang agak terhad berbanding jumlah aduan di samping memperhalusi cadangan jabatan untuk memperkenalkan Projek Percubaan bagi Kontrak Tangkapan Kera di Negeri Pulau Pinang.
Semasa sesi perbahasan, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan pelaksanaan program-program hijau oleh Kerajaan Negeri seperti berikut;-(i) Yang Berhormat Adun Batu Uban telah menyarankan supaya Kerajaan Negeri memupuk budaya kitar semula di kalangan rakyat; dan (ii) Yang Berhormat Adun Sungai Pinang telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian dalam program-program hijau. Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Sekolah Hijau Pulau Pinang bertujuan untuk memupuk amalan cinta kepada alam sekitar bagi semua warga sekolah dan komuniti yang terlibat. Melalui program ini, budaya kitar semula menjadi salah satu kriteria yang perlu dipatuhi bagi setiap sekolah sekiranya mereka mengambil bahagian. Program ini secara tidak langsung memberi pendidikan dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan budaya kitar semula sejak dari usia muda. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah memperkenalkan program Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang yang bertujuan untuk memupuk perasaan cintakan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun. Kami juga ada beberapa program beach cleaning yang saya pergi rasmi baru-baru ini, terlibat dengan tadika-tadika dan ibu bapa yang akan datang, itulah satu cara yang kami bagi kesedaran. Kem dan bengkel alam sekitar turut dilaksanakan di mana antara modul utama adalah pengurusan sisa. Sejak tahun 2016, sebanyak 38 siri kem dan bengkel telah berjaya diadakan yang melibatkan seramai 1,632 kanak-kanak dan remaja dari seluruh Negeri Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Jaringan Sisa Sifar (JSS) (Zero Waste Network) dan Trash 2Treasure. Jaringan Sisa Sifar (JSS) merupakan alat carian pengkalan data yang membolehkan orang awam mencari lokasi dan cara menghubungi pusat kitar semula dan pembelian balik (buyback center) yang terdekat di kawasan kediaman mereka di Negeri Pulau Pinang. Trash 2Treasure adalah satu aplikasi mudah alih yang diwujudkan oleh Penang Green Council pada September 2015 yang mempunyai fungsi yang
sama seperti JSS. Aplikasi mudah alih ini diwujudkan supaya penduduk Pulau Pinang dapat mencari lokasi-lokasi pusat kitar semula secara lebih mudah, dan aplikasi ini telah menang Johan seluruh Malaysia. Dasar pengasingan sisa di punca telah mula diperkenalkan pada 1 Jun 2016. Sejak 2016, pelbagai program dan kempen telah dilaksanakan oleh pihak Penang Green Council untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada orang awam mengenai dasar baru ini, antaranya adalah seperti taklimat pendidikan, Kempen Pendidikan Rumah ke Rumah, dan roadshow. Melalui program ini, sebanyak 15,423 buah rumah telah dilawati, 81 sesi taklimat pendidikan dan 121 road show telah dijalankan. Sejak pelaksanaan dan penguatkuasaan dasar itu, kadar kitar semula di Malaysia telah meningkat dari 37.76% (2015) kepada 42.69% (2018). Iaitu kata Pulau Pinang leads again. Iaitu kata jaminan yang dibagi oleh Perdana Menteri pada masa itu 2019 di Copenhagen, di mana kata ada pada tahun 2020 Malaysia akan mencapai 22% tetapi Pulau Pinang pada tahun 2010 telah mencapai dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Negeri Pulau Pinang yang sokong pada program-program ini…(gangguan).
Yang Berhormat, tentang Copenhagen, janji yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri, Najib. Saya ada tulis pada masa itu is plucking the number from the sky despite Malaysia recorded the higher deforestation in the Asian Region, he promises the in Copenhagen that Malaysia’s commitment to drive down the carbon admission. So saya rasa knowing Najib an obitual liar, number angka yang diberitahu di Copenhagen adalah satu angka yang ditipu, itu pandangan peribadi saya. Terima kasih Dato’ Speaker.
Memang di Copenhagen pada masa itu dia telah jamin bahawa dia akan kurangkan Malaysia carbon footprint by 40% tetapi dia cara macam mana saya pun tak faham. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat daripada Bagan Dalam, tipu tetap tipu. Kerajaan Negeri tidak mengkhususkan program alam sekitar kepada golongan tertentu sahaja tetapi turut memberi peluang dan membuka penyertaan kepada agensi swasta. Beberapa siri taklimat dan road show telah diadakan di sektor swasta seperti di kilang, hospital, syarikat dan organisasi swasta dan pasaraya di seluruh negeri Pulau Pinang. Antaranya seperti di Hospital Lam Wah Ee, Robert Bosch, South Island Garment Sdn. Bhd, Agilent Technologies LDA Malaysia Sdn Bhd, dan lain-lain. Dan pada masa ke semasa, saya juga dijemput have launch talk berkenaan dengan cara alam sekitar and the environment program. Kerajaan Negeri melalui PGC juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Yang Berhormat ADUN Kebun Bunga untuk melaksanakan program recycle for life yang dicadangkan. Di sini Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri memang fully committed untuk apa-apa isu telah bawa di sini. Saya minta maaf bahawa kadang-kadang tidak ada masa untuk beri penjelasan. Sesiapa yang berminat, boleh berhubung dengan saya dan program-program alam sekitar di kawasan-kawasan saya memang akan sokong sepenuh-penuhnya. Masalah yang juga bangkit oleh Adun-adun adalah pelupusan sampah di illegal dumping. Satu cara untuk mengatasi illegal dumping, Kerajaan Negeri telah mula dengan Trash 2Treasure dan kita pada hari ini telah juga try to match make kilang-kilang atau developer dengan sesiapa yang ada apa-apa surplus yang hendak dibuang, boleh jadikan sumber-sumber pada lain orang. Saya amat bangga bahawanya di Negeri Pulau Pinang kami telah wujudkan satu recycling center di mana cmd waste telah digunakan jadi this interlocking brick supaya boleh kurangkan pembuangan ini. Saya berharap bawah Kerajaan Pusat melalui KPKT boleh keluar dengan satu undang-undang di mana semua pembangunan walkway
driveway dan juga perparitan semua dibuat daripada recycle construction waste. Ini boleh dibuat dan Pulau Pinang boleh lead all the way. Juga ada satu isu yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan dengan plastic bag iaitu plastic bag, kami telah mencadangkan bukan haramkan kerana plastic bag kami kena selaras dengan dia punya timeline dan kami telah bercadang bahawa mulai Julai, secara voluntary, rela, setiap hari mulai Julai, No Plastic Bag Day. Saya berharap bahawanya di semua pasaraya-pasaraya dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh kempen pada hari Isnin, no plastic bag day. Iaitu kata saya akan adakan beberapa sesi-sesi perbincangan dengan pasaraya dan lain-lain bahawanya pada hari Isnin, don’t give out plastic bag, kerana saya rasa juga terkejut apabila saya pergi Kenya, sebelum pesawat mendarat, announcement daripada kapten adalah bahawa Kenya banned the usage of plastic bag, any people having plastic bag in the plane, please surrender it to steward. Semua cepat-cepat bagi kat steward. Di Kenya, semua supermarket semua, they don’t keep out any plastic bag anymore. Kalau mau, you buy shopping bag. Saya berharap pada satu hari Pulau Pinang boleh sampai tahap itu dan Pulau Pinang kena berusaha bersama-sama dengan lain-lain negeri di Pulau Pinang kerana jika kami lari terlampau cepat, lain negeri tak dapat ikut. Penang leads but don’t but then we don’t leave them far behind, (Ahli Dewan ketawa). Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan, agensi-agensi kerajaan termasuk NGO-NGO serta komuniti …(gangguan).
Mohon mencelah.
Sudah akhir kata, tak mau tanya tadi tunggu apa?
Sebab saya tunggu sampai last sekali sebab dalam perbahasan saya, saya ada menyebutkan mengenai pengurusan bencana yang mana saya mohon ada penghargaan kepada Bomba Sukarela. Jadi, saya mohon bertanya adakah Yang Berhormat Sungai Puyu bersetuju bahawa ahli bomba sukarela kita berikan penghargaan dalam bentuk bantuan bulanan ataupun tahunan. Komitmen mereka kepada masyarakat ini too high commitment. Terima kasih.
Memang saya juga sokong Ahli Bomba Sukarela. Memang kepada dulu bila saya Ketua Pembangkang, saya merayu kepada Kerajaan Negeri pada masa itu dan Kerajaan Negeri pada masa itu langsung tidak mahu bagi tanah, tidak langsung bagi peruntukan kepada Bomba Sukarela. Gambarkan apabila Kerajaan Pakatan Harapan ambil kuasa tahun 2008. Pada kini telah ada 35 Bomba Sukarela. Kerajaan Negeri telah bagi sumbangan-sumbangan kepada mereka di mana mereka tidak ada satu pusat bertempat Kerajaan Negeri juga cari tanah-tanah kepada mereka. On need basic yang ada punya bacis. Memang pada kini saya telah buat rayuan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dengan peruntukan-peruntukan yang sedia ada. Sekurang-kurangnya bagi RM20,000 – RM30,000 daripada sedia ada peruntukan, jangan beban kepada kerajaan pada kini.
Minta Ketua Menteri tambah peruntukan 02.
Tiga (3) tahun yang kemudian, kemungkinan boleh cadang kepada Dato’ PKN untuk bagi pertimbangan kerana pada kini, memang Kerajaan Negeri juga menghadapi kesulitan iaitu kata ada banyak cabaran-cabaran khasnya nak bagi peruntukan kepada sekolah-sekolah kebangsaan juga. Iaitu saja masalah.
YB. Sungai Puyu, maksud saya, saya biasa nak bagi duit ataupun cek kepada mereka tapi mereka tak akan terima, mereka hanya terima untuk masuk dalam persatuan saja. Tapi kita sebenarnya kita nak bantu orang individu yang terlibat. Paling tidak pun untuk nak buat hari raya ini, biar ada satu sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk bantuan hari raya dan sebagainya. Begitu juga komitmen mereka terlalu teruk.
Memang saya tidak menggalakkan untuk bagi kewangan pada individu. Sepanjang begitu lama saya terlibat diri dalam Pasukan Bomba Sukarela, kami tidak ada biasa minta kewangan atau apa-apa untuk individu semua adalah untuk persatuan. Iaitu kata, kalau Ahli Yang Berhormat nak bantu mereka, buka satu akaun di stesen, minyak stesen, minta mereka bila mereka keluar beroperasi taruh minyak you pi bayar. Pada masa dulu, pada mulanya Pasukan Bomba Sukarela tidak ada apa peruntukan. Kami telah jemput kawan-kawan semua, satu bulan bagi RM50. Kutip kewangan itu kami terus bagi stesen minyak. Bila mereka operasi balik mai, minyak letak dalam kenderaan itu buat kira saja. We will pay the bill for them. Pada masa itu saya adalah Ahli Pembangkang. Pada kini, saya percaya bahawa Ahli-ahli Berhormat dan kerajaan memang ada peruntukan. Bolehkan gunakan peruntukan, memang boleh. Hari ini saya juga merayu bahawa satu pasukan yang kehendak bantuan kewangan kerana kereta mereka rosak banyak adalah di bahagian Pulau. Bahagian Pulau adalah tempat di mana pusat-pusat Bomba Sukarela kehendak bantuan. Di bahagian Bagan mereka tidak payahlah, kami telah take care of their needs pada masa ini. Bayan Lepas kami juga ada bagi, ada bagi iaitu kata seperti bot dan lain-lain telah bagi.
Kalau kata Kerajaan Negeri tidak boleh terima cadangan saya, apakah Kerajaan Negeri boleh propose kepada KPKT untuk bantu. Sebab minta maaflah, bagi pandangan saya, kadang-kadang di kawasan Teluk Kumbar contohnya, baru-baru ini empat (4) batang pokok timpa, yang hadir hanyalah Bomba Sukarela Gertak Sanggul, Bomba Kerajaan dia tidak hadir, tak sampai. Itu maksud sayakan. Jadi macam mana kalau kita syorkan ke peringkat yang lebih tinggi jika ada peluang, dan peluang untuk bantu keluarga mereka ini. Bukan kita nak bantu unit berkenaan, tapi individu-individu yang terlibat secara sukarela, terima kasih.
Memang saya telah mengatakan bahawa individu-individu tidak digalakkan, kerana kita semua adalah ahli-ahli bomba adalah secara sukarela dan kita tidak mahu ambil peluang. Jikanya semasa operasi pokok tumbang, kami pergi potong pokok, kalau Yang Berhormat datang dengan minuman air, makanan kami ucapkan ribuan terima kasih. Tetapi kalau bagi RM10, RM20 tetapi memperkecilkan saya punya standard. Faham tak?
Iyalah, tapi kita kesian pada mereka.
Kesian itu lain cerita. If you give me money, because I vote for you, that is not sukarela.
So saya mencadangkan jangan bagi individu tetapi beli peralatan pada mereka seperti chain saw yang selalu mereka nak pakai. Beli paip-paip pada mereka dan penting sekali adalah repair cost. Iaitu repair cost iaitu repair cost kadang-kadang kenderaan sudah rosak tapi repair bantu mereka di sana. Kalau ia senang sekali you boleh control tahap perbelanjaan satu bulan saya bagi RM500 untuk isi minyak, letak di stesen di sana. Minta pekerja pergi di sana, lebih baik. This is the right approach, trust me.
Bukan maksud macam itu, maksud saya untuk apa itu kebajikan mereka itu sendiri. Mereka jaga kebajikan orang lain tapi dalam masa yang sama mereka tinggalkan kerja-kerja mereka. Sebagai penghargaan iyalah, kalau kata tidak boleh secara bulanan, mungkin tahunan kita bagi. Kalau Bomba Kerajaan boleh dapat apa itu penghargaan daripada kerajaan dan dapat bonus dan sebagainya dan raya InsyaAllah depa dapat juga. Apakah kita hanya pejam mata dengan kebajikan mereka. Syor saya, kalau tak boleh terima tak apalah. Tapi saya fight for them.
Ini bukan dasar kerajaan lah. Apabila saya menjawab ini bukan kata dasar kerajaan, saya menjawab sebagai seorang Ahli Bomba Sukarela, sebagai Penasihat kepada Persatuan Bomba Sukarela di negeri Pulau Pinang. Saya tidak menggalakkan perbuatan ini.
Sebagai EXCO lah, jawab. Sekarang sebagai EXCO jawab.
Kalau saya jawab, dia kata, dia akan kata Kerajaan Negeri tidak mahu bagi, saya tak mahu. Saya kata, kami tak akan terima, Ahli-ahli Bomba Sukarela tidak akan terima. Kalau you nak bayar sikit kewangan kepada kami kerana perkhidmatan kepada masyarakat. No way, no other way. Iaitu kata di sini, sebelum saya mengakhirkan ucapan saya, saya nak merayu kepada semua, saya nak merayu kepada semua warga negeri Pulau Pinang. Iaitu kata dalam laporan kami telah baca, kami merayu bahawa kalau nak makan buah-buahan, makanlah buahan tempatan. Jangan beli makanan import bukan nak lawan sesiapa tetapi itu adalah satu cara untuk reduce carbon footprint. Jika epal daripada New Zealand dia mai sini, dia begitu jauh. Duit minyak baikpun daripada pesawat atau kapal duit minyak. The number of carbon. Dan jikanya kami ambil iaitu kata jika mereka nak ambil mai sini, buah itu belum masak. Dia kena taruh sedikit kimia-kimia, mengapa nak cari pasal. Iaitu kata Ops Season jangan makan. Import jangan makan, sokonglah orang-orang tempatan. So only eat local fruits not imported fruits. Iaitu kata, itu lah cerita tetapi kalau boleh local fruits, local fruits dan juga saya merayu bahawa jika boleh let us banned the use of carbon carbide in the food industry. Kerana karbon karbaid ini adalah satu repining agent iaitu calcium carbide react with moisture to form acetylene, dan carbon carbide ni ada apa dia adalah satu heavy metal seperti lack and acetonic which are dangerous to human body. Pisang tengok dia cantik-cantik jangan makan….(gangguan).
Yang Berhormat, tadi akhir kata, tiba-tiba masuk buah-buahan pula.
Bukan, dia Tanya sama saya kena jawablah. Iaitu kata …..(gangguan).
Itu Bomba. Bomba, Yang Berhormat tak mahu jawab sebagai EXCO. Buah-buahan yang pertanian….(gangguan).
Sebelum saya lupa, saya kata reduce carbon footprint, iaitu kata reduce transportation of food itu nasihat, kalau nasihat tak mahu terima itu you punya hak, bukan saya, saya dah pesan. Iaitu kata jika, if you want to reduce the carbon footprint, makan barang tempatan. Kalau boleh tanam sendiri sayur. Akhir kata, saya ingin mengucap ribuan terima kasih, ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan termasuk NGO-NGO serta komuniti dan institusi-institusi swasta yang telah membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Pulau Pinang. Semoga kerjasama antara kerajaan dan masyarakat akan sentiasa membantu kerajaan negeri dalam membaiki perkhidmatannya kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Akhir ucapan penggulungan saya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya isu-isu berkaitan. Perkara-perkara yang dibangkit yang akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi menambahkan nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Pekerja yang disambut semalam kepada semua tenaga kerja di seluruh Malaysia. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam Malaysia. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Saya menyahut saranan daripada Yang Berhormat Sungai Puyu lah. Saya nak kurangkan carbon footprint malam ini. Maka Dewan ditangguhkan dan Dewan bersidang semula pada esok jam 9.30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 9.45 malam.