Pulau Pinang · 5 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 316 turns · 63,251 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak, Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan

Soalan Lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Silakan soalan No.18.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Dato’ Speaker, soalan saya No. 18. No. 18. Penyelenggaraan dan perkhidmatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam pembersihan parit, longkang dan jalan di Balik Pulau telah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos 2018 dan April 2019. Akhir-akhir ini terutamanya di DUN Pulau Betong ianya tidak berlaku. (a) Apakah masalah yang dihadapi dan apakah perancangan untuk mengatasinya.

Terima kasih dan selamat pagi Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Pulau Betong yang membangkitkan soalan berkenaan penyelenggaraan dan perkhidmatan oleh MBPP di kawasan beliau seperti mana dibangkitkan sebelum ini di Dewan yang mulia ini. Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan rakan saya, kedua-dua sidang DUN di mana beliau telah bangkitkan isu ini sebenarnya perkhidmatan dan penyelenggaraan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah pun ditangani dengan baik oleh mereka yang amat komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bagi kerja-kerja pembersihan parit, longkang dan jalan kepada pembayar-pembayar cukai di kawasan Balik Pulau. Dato’ Speaker, perkhidmatan pembersihan parit dan longkang di Balik Pulau dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi keseluruhan kawasan di dalam pentadbiran Majlis. Bagi kawasan-kawasan jalan utama dan komersial

pembersihan dibuat pada setiap hari manakala perkhidmatan pembersihan jalan dan parit untuk jalan sekunder pula, pembersihan dibuat tiga kali seminggu. Walau bagaimanapun Speaker, terdapat juga kawasan-kawasan tertentu di mana perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan mengikut jadual sekurang-kurangnya seminggu sekali atas faktor keupayaan penugasan dan hasil perolehan atau turn over anggota Majlis. Sekiranya perkhidmatan pembersihan parit dan longkang dilaksanakan pada setiap hari, perkara ini berkemungkinan memerlukan pertambahan tenaga pekerja dan peralatan sekali gus mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan. Untuk kawasan Balik Pulau, terdapat 38 buah kawasan taman perumahan yang diselenggara oleh MBPP. Bagi perkhidmatan pembersihan jalan dan parit di 21 buah kawasan taman perumahan, MBPP memperuntukkan tenaga kerja tetap seramai 26 orang. Bagi 17 buah kawasan taman perumahan yang lain di kawasan Pulau Betong, pembersihan dijalankan secara task force atau one off kerana kekurangan tenaga pekerja tambahan di kawasan Balik Pulau. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui MBPP amat komited dalam memberikan perkhidmatan pembersihan yang terbaik untuk rakyat terutamanya yang melibatkan kebersihan parit, longkang dan jalan. Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang aduan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkaitan perkhidmatan pembersihan parit dan longkang. Setiap aduan yang diterima akan disalurkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan segera melalui satu whatsapp group Dato’ Speaker bagi menyampaikan maklumat aduan dengan cepat dan efektif agar tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Bagi kes berkaitan kekotoran jalan dan parit awam, tindakan pembersihan yang akan diambil oleh pihak MBPP adalah dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan aduan. Sekian, Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sebagai makluman tadi saya telah pun melangkau soalan yang ke 17 di mana soalan 17 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 1 di hari yang pertama.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Soalan tambahan. Tentang penambahan tenaga kerja, minta maklum balas untuk penambahan tenaga kerja di kawasan Balik Pulau.

Seperti mana saya nyatakan tadi, memandangkan kekangan daripada tenaga kerja saya telah pun sebut daripada 38 kawasan taman perumahan tenaga kerja tetap 26 orang bagi 21 kawasan, manakala yang 17 baki tersebut adalah one off kerana kekurangan tenaga tetapi sememangnya kita boleh pertimbangkan cadangan daripada Yang Berhormat sama ada kita boleh tambahkan tenaga kerja di kawasan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan yang seterusnya, silakan Telok Ayer Tawar.

Mustafa Kamal bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dato’ Speaker soalan saya soalan No.19. No. 19. Pulau Pinang telah melahirkan atlet-atlet yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. (a) Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang. (b) Apakah bentuk-bentuk skim kebajikan yang disalurkan kepada atlet melalui portfolio Belia dan Sukan Negeri.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Speaker, saya jawab soalan No. 19. Bagi mengiktiraf atlet yang berjaya mengharum nama negeri dan negara di persada sukan tanah air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan penawaran insentif berbentuk kewangan iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, shortform dia adalah SKIMAS sejak tahun 2014 dengan tujuan untuk meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada para penggiat sukan negeri Pulau Pinang yang terdiri dari atlet-atlet negeri Pulau Pinang yang bertanding di sukan Malaysia, sukan-sukan bertemasya mewakili negara Malaysia dan kejohanan sukan di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia. Skim ini telah ditambah baik pada tahun 2019 dengan penyeragaman terhadap kadar nilai kejayaan yang ditawarkan kepada atlet-atlet paralimpik dengan nilai penerimaan yang diterima oleh atlet-atlet normal. Selain dari SKIMAS, atlet-atlet cemerlang negeri turut berpeluang untuk dicalonkan bagi penerimaan Anugerah Sukan Negeri yang dikategorikan kepada 11 anugerah seperti berikut: Kategori Pasukan Wanita Terbaik, Kategori Pasukan Lelaki Terbaik, Kategori Olahragawati Paralimpik,Kategori Olahragawan Paralimpik, Kategori Olahragawati Harapan, Kategori Olahragawan Harapan; Kategori Jurulatih Terbaik, Kategori Tokoh Pemimpin Sukan, Kategori Olahragawati, Kategori Olahragawan dan Anugerah Perdana T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Kerajaan telah menyediakan lapan insentif dalam bentuk bantuan dan sokongan kepada atlet-atlet negeri Pulau Pinang demi menjaga kebajikan para atlet. Lapan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut: Nombor satu, Insentif Kebajikan Atlet, elaun bulanan skuad latihan berjumlah RM100.00 sebulan, elaun bulanan atlet elit Kategori A yang berjumlah RM600.00 sebulan, elaun bulanan Atlet Elit Kategori B yang berjumlah RM400.00 sebulan, penyediaan Perlindungan Insurans kepada atlet serta jurulatih, kelima penyediaan insentif galakan untuk kemenangan yang diperolehi dalam sukan Malaysia iaitu SUKMA dan akhir sekali penyediaan Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri, SKIMAS kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dan juga nama negara. Bantuan penyediaan peralatan latihan dan pertandingan dan juga bantuan untuk pakaian pertandingan kepada atlet-atlet tersebut. Menyediakan pusat latihan serta bantuan bayaran sewaan pusat latihan kepada setiap persatuan-persatuan sukan yang sedia ada.

Bantuan perkhidmatan Sains Sukan seperti makanan tambahan, penyediaan gimnasium serta peralatan untuk latihan kekuatan fizikal, menyediakan pegawai fisioterapi yang bertauliah untuk rawatan kecederaan, menyediakan pegawai-pegawai untuk perkhidmatan Sains Sukan, melantik jurulatih sepenuh masa dan separuh masa untuk melatih atlet-atlet ini. Bantuan peruntukan untuk menyertai pertandingan di dalam dan luar negara dan juga bantuan pencegah untuk menjalankan latihan di dalam dan juga di luar negara.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Speaker, saya ada soalan tambahan iaitu mengenai bila kita seringkali sebut mengenai sukan ini, fokus selalunya diberi terhadap sukan-sukan dalam bentuk bola sepak, badminton dan sebagainya. Jadi apakah ataupun bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat mengarusperdanakan sukan-sukan yang mungkin, sukan-sukan seperti Tomoi, MMA Mixed Martial Arts, dengan izin dan juga extreme sukan seperti skate boarding dan juga adakah para atlet-atlet di dalam bidang sukan ini diberi insentif yang sama.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya nak jawab soalan oleh Seri Delima, sukan-sukan yang sedia ada seperti kita ada dapat sejumlah 45 sukan termasuk esports yang di bawah jagaan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Dan selain daripada itu juga ada sukan-sukan yang mereka masih belum jadi member untuk Majlis Sukan Negara dan juga Majlis Sukan Negeri tetapi kadang-kadang mereka ada meminta permintaan daripada pejabat saya, saya juga ada beri sedikit sebanyak bantuan kepada mereka dari segi sukan kita memang dapat lihat di mana kita terdapat jumlah 45 sukan, banyak atlit-atlit kita di negeri Pulau Pinang seperti judo, floorball, walaupun floorball dia bukan dalam sukan untuk SUKMA tetapi kita juga memberikan insentif kepada mereka supaya mereka boleh menjalankan latihan dan juga sekiranya mereka mencapai kemenangan, kita juga adalah memberi sedikit bantuan kepada mereka.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Yang Berhormat, soalan tambahan. Yang Berhormat Bagan Jermal, tadi Yang Berhormat bangkitkan kebanyakan insentif ini adalah daripada pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan, adakah sebarang kolaborasi yang akan diwujudkan oleh pihak Kerajaan Negeri bersama dengan pihak swasta untuk memberikan sebarang insentif kepada atlet-atlet ini apabila mereka memenangi sesuatu kemenangan di peringkat negeri atau pun kebangsaan. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih. Soalan saya jawab soalan daripada Ahli Kawasan Air Itam. Memang kadang-kadang selain daripada insentif daripada Kerajaan atau ada insentif daripada pihak swasta. Memang saya menggalakkan tetapi ini di luar kawalan saya kerana kita tak boleh paksa pihak swasta untuk memberikan insentif tetapi kita menggalakkan seperti pertengahan tahun ini saya telah senaraikan

beberapa acara sukan untuk top 10 or top 20 sukan-sukan yang cemerlang di mana kita mencari syarikat-syarikat yang ingin memberikan galakan dan sokongan insentif. Seperti contoh atlet yang pernah mendapat insentif daripada pihak swasta iaitu pemain badminton kita, Chan Peng Soon yang pernah mendapat insentif yang berjumlah RM50,000 daripada Syarikat Hunza Properties Bhd kerana beliau memenangi Pingat Perak dalam Sukan Olimpik Rio tahun 2016 dan saya menggalakkan corporate-corporate company kalau mereka boleh memberikan insentif untuk membantu dan juga sebagai congratulations prize untuk atlet-atlet yang mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya soalan 20 soalan dari Kawasan Pantai Jerejak. Ahli Kawasan Pantai Jerejak tidak hadir dalam mesyuarat maka soalan ini dilangkau. Saya minta soalan daripada Sungai Dua.

Soalan saya soalan 21. No. 21. Senaraikan 72 Syarat perlu dipenuhi / dipatuhi sebelum Projek PSR dilaksanakan. (a) Mengapakah 72 syarat tidak didedahkan kepada rakyat sebagai tanda telus / terbuka? (b) Jabatan manakah yang menguatkuasakan / memantau pematuhan 72 syarat? (c) Adakah Kerajaan Negeri wajib memenuhi 72 syarat sebelum pelaksanaan dan berapakah perbelanjaan menyediakan Laporan EIA/DEIA oleh Kerajaan Negeri / SRS?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Selamat pagi Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua, laporan kajian impak alam sekitar yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri sebagai penggerak projek adalah selaras dengan keperluan 34A(3) Akta Kawalan Alam Sekitar 1974 dan laporan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 25 Jun 2019 dengan 72 syarat. Ke semua 72 syarat berkenaan akan dikemukakan kepada Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ini selesai.

Kerajaan Negeri pada 16 Julai tahun ini telah pun juga mengumumkan kesemua 72 syarat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) terperinci bagi The Propose Reclamations dan Dredging Works for The Penang South Reclamations, itu tajuk permohonan. Melalui sidang media untuk makluman orang awam, pematuhan kesemua 72 syarat kelulusan laporan EIA oleh penggerak projek akan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Putrajaya. Kerajaan Negeri perlu mematahui ke semua 72 syarat yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Terdapat beberapa syarat seperti penyediaan laporan pengurusan alam sekitar atau Environmental Management Plan yang perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum pelaksanaan projek. Manakala syarat-syarat lain harus dipatuhi semasa pelaksanaan projek termasuklah pemantauan kualiti air, udara dan bunyi. Ini juga termasuk pelaksanaan langkah-langkah kawalan, penyediaan laporan pemantauan dan sebagainya. Skop kajian Laporan EIA yang dilaksanakan oleh Rakan Pelaksanaan Projek, iaitu SRS Consortium bagi projek PSR ini adalah ekstensif dan menelan belanja sekitar RM3 juta. Peruntukan kos penyediaan Laporan EIA ini didahulukan oleh pihak SRS dan hanya akan dibayar balik oleh Kerajaan Negeri setelah Perjanjian Rakan Pelaksana Projek atau Projects Delivery Partners Agreement dimeterai sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima semasa pelantikan SRS. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terdapat ayat syarat-syarat dalam surat JAS pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 25 Jun iaitu perlu melaksanakan semua aku janji yang telah dinyatakan dalam Laporan JAS, syarat tu dalam perkara 6. Jadi, adakah pemenuhan syarat ini akan dimaklumkan juga kepada awam maknanya senarai dan juga apa yang telah dipenuhi sebelum pelaksanaan ini dan saya mohon penjelasan dari segi ini.

Keduanya, adakah pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai ruang lagi untuk kita menangguhkan pelaksanaan ini atau pun akan teruskan juga walaupun terdapat pelbagai kesan alam sekitar dan juga nelayan dan sebagainya. Adakah akan terus buat? Dan ketiganya, bersetujukah Yang Berhormat Padang Kota bahawa Projek PSR ini akan lebih memberi kesan negatif daripada kesan positif. Mohon dijelaskan. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang telah kemukakan soalan tambahan. Berhubung dengan pemantauan pematuhan syarat-syarat yang diletakkan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti dalam jawapan tadi, Kerajaan Negeri perlu mematuhi kesemua 72 syarat yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab untuk memantau pematuhan syarat-syarat samada oleh JAS di Negeri Pulau Pinang mahupun JAS Putrajaya.

Jadi, cadangan untuk memaklumkan setakat mana syarat-syarat ini dipenuhi boleh juga dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri. Kita boleh senaraikan 72 syarat dan meletakkan checklist atau kemajuan dari semasa ke semasa walaupun tidak disyaratkan kepada kami tapi kita terima baik cadangan

pemantauan supaya diumumkan juga supaya orang awam dapat mengikuti pematuhan syarat-syarat ini. Ini boleh dilakukan seperti Manifesto Pilihanraya kita pun setiap Sidang Dewan melaporkan setakat mana 68 janji itu dapat dikotakan. Kita boleh buat kaedah yang sama supaya kita sama-sama memantau pematuhan syarat-syarat yang dikenakan. Dan di samping itu, Majlis Perancangan Fiskal Negara juga memberi 18 nasihat dan kebanyakan pun ada kaitan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan sama-sama kita boleh memantau setakat mana projek ini memenuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh Jabatan berkenaan. Jadi, soalan samada masih ada ruang untuk menimbang semula projek ini seperti mana selalu ditekankan oleh pihak Kerajaan Negeri sejak hari pertama projek ini di conceptualize sehingga pelantikan PDP dan juga kemukanya pelbagai permohonan untuk mendapat kelulusan agensi-agensi teknikal aku janji yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri tidak ada apa-apa pelaksanaan boleh dilakukan sehingga dan setelah semua kelulusan diperolehi dan sekarang pun sebahagian besar kelulusan diperolehi dan ruang yang sedia ada adalah untuk memenuhi syarat-syarat yang dikenakan ini.

Selagi kita tak dapat mematuhi syarat-syarat ini, kita tak boleh mulakan kerja. Jadi, saya percaya JAS, NGO akan memantau setakat mana kita memenuhi syarat-syarat yang diletakkan. Jadi kita akan menggunakan ruang yang sedia ada yang masih ada, untuk kerja dengan keras mematuhi dan memenuhi syarat-syarat teknikal itu.

Kita tahu bahawa mana-mana projek ada kesan positif dan kesan negatif. Misalnya, Dewan ini bersidang sementara di Dewan Sri Pinang, kesan positif ada ruang yang amat besar, tempat makan yang luas, sudut media yang cukup luas, kemudahan tandas banyak, tingkat atas ada, tingkat bawah ada. Itu kesan positif, baik. Kesan negatif, tempat ini sudah digunakan untuk Sidang Dewan, lain-lain pertubuhan dalam tempoh ini tak boleh pakai dewan ini untuk program-program mereka. Satu perkara ini pun sudah kita nampak ada positif ada negatif. Selalunya memang untuk mendapat gambaran yang menyeluruh kita perlu lihat kebaikan dan keburukan dan selama ini, inilah pendirian Kerajaan Negeri, melihat kebaikan Projek PSR dari segi menjana pembangunan ekonomi untuk 50 tahun yang akan datang kita perlu meneruskan pembangunan industri di Negeri Pulau Pinang dan tanah-tanah yang ditambak itu kita menganggap sebagai kesinambungan daripada usaha industri dan pembangunan dan negatifnya adalah impak kepada ekologi, kepada kehidupan nelayan yang telah disyaratkan untuk sediakan social impact assessment, fisheries impact assessment, marine risk assessment yang sudah pun meneliti isu-isu negatif yang mungkin berlaku apabila projek ini dilaksanakan dan penyelesaian dan medikasi telah pun dicadangkan oleh perunding dan akhirnya juga melalui proses penilaian teknikal oleh jabatan-jabatan ini sehingga dapat dibentangkan kepada JAS sebagai laporan yang penuh yang mengandungi bab-bab berkenaan FIA, SIA, TIA, Marine Risk dan sebagainya yang masing-masing dapat kelulusan daripada jabatan-jabatan teknikal. Itulah kita mengambil pendekatan kebaikan dan keburukan semuanya akannya akan diambil berat oleh pihak Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila duduk. Ketua Pembangkang telah pun tanya habis ketiga-tiga soalan tambahan. Soalan number 22. Silakan. Teluk Bahang. Tak nak tanya.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima Kasih Dato’ Speaker. Bukan tak mau tanya tapi ralit tengok Dato’ Speaker dok tahan orang lain. Soalan saya nombor 22. No. 22. Peluang Pekerjaan (a) Berapakah peluang pekerjaan yang Berjaya diwujudkan hasil daripada pelaburan baru yang masuk ke Pulau Pinang? (b) Adakah peluang ini terbuka luas khususnya kepada penduduk Pulau Pinang? (c) Berpakah kadar pengangguran dan guna tenaga di Pulau Pinang?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima Kasih Ahli Kawasan Teluk Bahang. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebanyak 11,484 pekerjaan baru telah diwujudkan daripada kemasukan pelaburan baru dalam bidang pembuatan di negeri Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Jun 2019. Melalui kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri Invest Penang dan dan agensi-agensi lain dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri Pulau Pinang peluang pekerjaan yang terhasil daripada kemasukan pelaburan membuka peluang yang luas khususnya kepada penduduk tempatan bagi memenuhi kekosongan yang diwujudkan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pengangguran dan guna tenaga di Malaysia bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut. Kadar pengangguran 2016 adalah 2.1% pada tahun 2017 2.1% dan 2018 adalah 2.2% dan kadar penyertaan guna tenaga buruh tahun 2016 69%, 2017 67.5% dan 2018 60.7%. Dan kebanyakan apa ini peluang pekerja adalah mungkin kepada rakyat Malaysia khususnya kepada penduduk Pulau Pinang dan kita juga dapati bahawa kebanyakan syarikat-syarikat besar ini ia lebih cenderung untuk apa ini memberi peluang pekerjaan kepada orang tempatan orang Malaysia daripada pekerja asing dan saya rasa contohnya seperti B Braun. Saya ingat sangat-sangat kurang pekerja asing. Baru-baru ini Micron yang saya bincang pegawai Micron dia kata pekerja asing kurang daripada 15%. So, dia orang cuba mengurangkan kadar apa ini pekerja asing oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah memerlukan apa ini kepakaran yang tinggi kalau kita banding dengan syarikat-syarikat lain khususnya syarikat-syarikat tempatan yang lebih intensif daripada capital intensive. Terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Soalan tambahan. Kalau boleh diperincikan sektor apa yang paling ditawarkan di Pulau Pinang ini. Yang keduanya pengangguran kita sebut

meningkat 2.2 ini adakah dia melibatkan graduan ataupun orang biasa yang menganggur?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih kepada Teluk Bahang saya tidak ada maklumat yang apa ini ahli Kawasan Teluk Bahang tapi ini boleh disediakan. Terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tadi disebut 11,000 pekerjaan baru disediakan. Boleh tak diperincikan 11,000 tersebut dan kepada siapa pekerjaan itu ditawarkan. Tempatan banyak mana, asing banyak mana. Memang ada pekerja asing. Keduanya boleh atau tidak pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memberi peluang pelaburan ini kepada pihak pelabur-pelabur sama ada asing atau tempatan, boleh atau tidak kita tetapkan supaya pekerja tempatan mesti 70% ataupun 80%, bakinya pekerja asing. Sebab saya nampak memang terdapat pekerja asing yang dimasukkan untuk pekerja. Ini akan menutup ruang untuk pekerja-pekerja tempatan. Terima Kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima Kasih Ketua Pembangkang Sungai Dua. Saya rasa maklumat yang kita ada pelaburan ini sudah meningkat, mungkin tak silap RM10 bilion. Tahun ini. Dan ini memberi peluang pekerjaan baru. Dan kita menekankan bahawa peluang pekerjaan ini mesti diberikan disediakan untuk pekerja tempatan. Pekerja tempatan ini rakyat Malaysia la. Jadi memang ada juga pekerja asing ini banyak. Dan saya dapat tahu bahawa mereka yang dapat senarai dokumen ataupun yang sah adalah kecil bilangan mereka yang tidak ada dokumen. So, ini masalah yang besar perlu ditangani oleh Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri. So, Inilah kita mengalami masalah yang kita waris daripada zaman dahulu zaman Barisan Nasional. Di mana ribu-ribu pekerja telah dimasukkan. Saya rasa apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan, kita hentikan kerja-kerja banyak yang sudah boleh masuk lagi. Jadi itulah ini satu conundrum bagaimana kita menyelesaikan masalah pekerja asing. Satu segi kita perlukan pekerja asing. Dan lagi satu segi kita mengurangkan pekerja asing. Jadi apa bagaimana kita mahu selesaikan jadi satu cara yang lebih halus yang lebih perikemanusiaan adalah supaya kita meningkatkan industri kepakaran di Pulau Pinang khusunya di Pulau Pinang ataupun di Malaysia kalau ini tidak berlaku saya rasa bahawa kita terpaksa bergantung kepada pekerja asing khususnya kalau pekerja yang tidak ada dokumen ataupun pekerja haram dan sebagainya. Jadi tadi soalan ini tentang keperincian ini saya tidak ada sekarang keperincian ini boleh diperolehi dan saya akan minta mungkin pejabat berkenaan ini sediakan. Saya rasa. Tapi soalan apa ini Ahli Sungai Dua adalah penting bagaimana kita akan mengurangkan pekerja asing?

Terutama kepada mereka yang lebih ramai yang pekerja yang ada dokumen. Pekerja sah. Banyak lagi. So, macam mana. So inilah jadi satu masalah ataupun satu yang begitu rumit kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kementerian Tenaga Buruh. Dan mesti memastikan bahawa pekerja ini saya rasa perlu diaturkan oleh Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Dalam Negeri. Bukan Kerajaan Negeri. Kita Cuma galakkan datang ambil pekerja tempatan. Kita boleh cuba galakkan tapi ini Kementerian Sumber Manusia ini mesti bertindak. Jangan selalu lawan dengan MTUC. Buat lah dasar. Mana ada dasar. Saya tak nampak dasar. Kita memang Pakatan Harapan. Ini bermakna kita tutup mata sahaja. Kita memang kritikan BN dulu. Semua ini kita waris dari Barisan Nasional la. Sorry la. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya nak pergi ke soalan seterusnya. Soalan seterusnya 23. Daripada Yang Berhormat Permatang Berangan tadi sudah dijawab bersama dengan soalan 1 juga. So saya nak mempersilakan Seri Delima.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih Dato’ Speaker, Soalan saya adalah nombor 24. No. 24. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memartabatkan lagi Penang House of Music (PHOM) supaya menjadi sebuah khazanah dan warisan negeri?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seri Delima. Penang House Of Music (PHOM) sedang dalam usaha untuk memperluaskan koleksi seni dan muzik untuk menjadi sumber rujukan dan memperkasakan penyelidikan dengan kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi. Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkasakan fungsi dan peranan Penang House Of Music agar terus kekal sebagai destinasi yang perlu dikunjungi pelawat yang berminat dalam seni dan muzik. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Dato’ Speaker saya ada soalan tambahan. Mengenai Penang House Of Music apakah Kerajaan berhasrat untuk menyerap Penang House Of Music ke dalam Muzium Negeri Pulau Pinang apakah jenis promosi dan juga koloberasi kerajaan dan Penang House Of Music?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Memang cadangan ini sedang dipertimbangkan oleh Lembaga Muzium dan isu adalah ruang dan tempat yang sesuai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 25. No. 25. Memandangkan bahawa kerajaan kini sedang menilai semula kadar cukai taksiran rumah untuk tahun depan. (a) Adakah Kerajaan Tempatan MBPP dan MBSP akan meluaskan perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit, sisa pepejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam kepada kawasan kampung-kampung.

Terima Kasih kepada rakan saya daripada Bukit Tengah atas soalan ini yang adalah hampir sama actually cuma the first question.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi jawapan secara ringkas.

Yes. Secara ringkas. Dimana secara specific memandangkan kenaikan ataupun penilaian semula kadar cukai taksiran. Apakah yang akan dibuat berkenaan perkhidmatan yang hendak disampaikan di kawasan MBPP dan MBSP. Bagi menjawabnya Dato’ Speaker. MBPP dan MBSP sememangnya melaksana perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit, jalan, sisa pepejal, kutipan sampah dan penyediaan kemudahan awam pada kampung-kampung. MBPP dan MBSP akan meluaskan dan meningkatkan penyelenggaraan parit dan jalan serta penyediaan kemudahan awam selaras dengan pertambahan penduduk kawasan perumahan, perniagaan, lalu lintas serta kualiti hidup penduduk secara amnya. Penilaian semula kadar cukai taksiran rumah adalah sejajar dengan keperluan untuk meluaskan dan meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.

Dato’ Speaker sempena pengiktirafan Seberang Perai sebagai Bandaraya pada 16 September 2019, MBSP secara khususnya telah menyediakan satu (1) pelan hala tuju MBSP seperti di Lampiran A yang akan diletakan di atas meja Yang Berhormat masing-masing selepas ini. Antara perkhidmatan tambahan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut. Satu, menjalankan kerja-kerja pembersihan am seperti pemotongan rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang mempunyai kelebaran antara 8 hingga 14 kaki. Kedua, menaik taraf lampu-lampu jalan awam dari jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) kepada jenis Light Emitting Diode (LED) dan ketiga, mengenal pasti dan mempromosi kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi untuk tarikan pelancong seperti agro-pelancongan, eko-pelancongan, pelancongan berteraskan warisan. Lain-lain perkhidmatan sedia ada seperti kutipan sampah dari tong-tong komunal, pemasangan lampu-lampu jalan sepertiman yang saya nyatakan masih diteruskan. Infact Dato’ Speaker just for information kepada Bukit Tengah. This plan halatuju a very details plan actual be given to you yang mempunyai Dato’ Speaker sembilan tajuk kesemuanya. I will just give you a tajuk not more details very details. One is of course (A). Commitment Bandaraya and we got several items which going we try to achieve to perkhidmatan pelanggan which basically this in relation to governance at the MBSP were by recently infect we are launch cyber counter the 1st in Malaysia. (C). Penjenamaan semula kerja-kerja pembersihan awam this is very details skop of work for cleanness. (D) of course bandar pintar. Again many-many initiative Dato’ Speaker. (E) strategi ke arah Bandaraya rendah carbon infact I think Dato Bandar was here. He very key on trying to become zero carbon city after the upgraded to MBSP as a kita lihat kepada kebajikan pada kakitangan di MBSP. (G) peluang-peluang pemilikan perumahan dan peningkatan kualiti hidup also many initiatives under this program and (H) kesejahteraan Bandar. Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Soalan tambahan Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seboleh-bolehnya jangan bersangkut-paut bidang di negeri la dan kalau soalan yang saya lihat kadang-kadang sebaik-baiknya ditanya melalui Ahli Majlis dekat Majlis Bandaraya. Kalau tak jawapan dapat di situ minta di sini. Tapi saya izinkan satu lagi. Jangan tanya lagi pembersih parit la.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima Kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Datuk Keramat yang menyeluruh dan khususnya saya rasa penduduk kampung akan gembira mendengar tentang pelan hala tuju yang extensive yang akan diperkenalkan. Cuma saya nak bertanya di sini sebab kita ada 471 kampung

di seluruh Seberang Perai yang meliputi satu kawasan yang luas 747 square kilo meter. Dan satu masalah yang dihadapi termasuk kita di sini. Apabila kita masuk dalam kampung-kampung sebelum ini untuk menerima aduan-aduan pembersihan kita mendapati bahawa alasan yang diberikan oleh MBSP selalunya adalah bahawa itu adalah kawasan kampung. Jadi mereka hanya servis kawasan kampung, kawasan taman minta maaf. Dan services mereka perkhidmatan awam mereka tak termasuk kawasan kampung-kampung. Satu contoh yang saya nak beri adalah berkenaan dengan kutipan sampah sarap. Sampah daripada rumah ke rumah. Ini tidak berlaku di kawasan kampung-kampung memandangkan orang-orang kampung pemilik-pemilik rumah kampung juga membayar cukai rumah. So, adakah dalam rancangan baru ini perkhidmatan kutip sampah rumah ke rumah akan dilakukan juga di kawasan kampung sebab Pejabat Daerah ini mereka tidak ada kemampuan untuk menjalankan kerja-kerja ini. Yang Berhormat Datok Keramat. Terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan yang kerap kali ditimbulkan dalam Dewan ini. Harap EXCO bagi jelas sekali.

In fact ada satu soalan daripada rakan saya. I want to answer that question. That your question tambahan is her question. So can I answer question now. Dato’

Speaker. 31.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan yang keberapa?

31.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya benarkan.

Basically adakah kawasan kampung di…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

You ringkaskan. Jawapan ini dulu.

That answer not. Iaitu dengan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ringkaskan jawapan itu. Nanti saya akan jemput juga.

So, I jawab nanti atau sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nantilah panjang saya rasa.

Ya, it is very panjang that’s the thing. It’s quite.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kerana soalan ini telah beberapa kali dah saya harap saya pun nanti saya bagi timing yang cukup.

Soalan 31, so saya tunggu Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, jawapan kepada Bukit Tengah tunggu sat. Bayan Lepas saya minta.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 26. No. 26. Bagaimanakah aset dan pengurusan Perbadangan Ketua Menteri telah digunakan bagi menjanakan pendapatan Kerajaan Negeri? Sila nyatakan aset hartanah yang ada secara lengkap dan pendapatan daripada aset berkenaan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas atas soalan berhubung dengan Perbadanan Ketua Menteri. Untuk makluman Dewan, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang atau Chief Minister Incorporated (CMI) ditubuhkan bertujuan untuk mengurus aset-aset termasuk tanah dan hartanah secara efisien bagi menjana pendapatan dan hasilnya yang lebih tinggi untuk Kerajaan Negeri dan memaksimakan nilai strategik aset melalui konsep 4P iaitu Public, Private, People and Professional Partnership bagi membangun projek-projek. CMI merancang dan menilai peluang-peluang pelaburan yang berskala besar dan berpotensi menjana ekonomi negeri. CMI juga dibenarkan memasuki usaha niaga komersial atau perindustrian atau usahasama dengan mana-mana orang atau organisasi. Mekanisme yang digunakan adalah secara pengiklanan, sebut harga, tender atau Request for Proposal (RFP). Aset yang dimiliki CMI merupakan antara lain tanah kosong, tanah dengan bangunan yang merupakan kediaman, bangunan komersial dan lain-lain. Senarai aset hartanah yang diuruskan oleh CMI mengikut daerah adalah seperti berikut,

Timur laut 44, Barat Daya 5, Seberang Perai Utara 20, Seberang Perai Tengah 11, Seberang Perai Selatan 4 jumlahnya 84. Jumlah hasil yang dijana oleh CMI bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut, 2016 hasilnya adalah RM32,365,522.25. Bagi tahun 2017 adalah RM10,317,484.50 manakala 2018 adalah RM134,926,064.25 dengan jumlah RM177,609,071.00. Sekian, terima kasih.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Soalan tambahan Dato’ Speaker, soalan saya di Daerah Barat daya kemungkinan besar adanya aset tanah yang luas milik CMI, soalan saya bolehkah tanah berkenaan boleh dimajukan untuk perumahan rakyat? Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Cara CMI memperolehi tanah ini adalah diberimilikan oleh pihak Kerajaan Negeri. Jadi sebagai contoh satu bidang tanah yang mungkin luas di kawasan Pulau Betong adalah diambil alih untuk tujuan pendidikan dan selepas itu dipindah milik kepada CMI. Ini contoh di mana acquisition adalah untuk kegunaan yang spesifik dalam kes ini adalah tujuan pendidikan. Seandainya tujuan ditukar kita akan mempelawa tuntutan mahkamah mungkin, sebab sudah pesong daripada tujuan asal pengambilalihan tanah berkenaan. Itu keadaan di Barat Daya yang disebut oleh Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Penanti.

Saya nak mohon jika bolehlah sebab aset-aset sebagai contohnya yang diambil oleh CMI tu adalah aset-aset kerajaanlah kira Kerajaan Negeri tanah dan sebagainya. Jadi bila kalau di bawah pejabat daerah yang ini dia kena ikut Akta Kanun Tanah Negara. You know maknanya ada syarat-syarat yang digunakan tapi bila CMI ambil alih diberimilikan CMI tak perlu mengikut Akta Kanun Tanah Negara jadi saya nak mohon sebab berlaku sebagai contohnya lah nak minta kalau CMI boleh juga berbincang dengan ADUN kawasan apabila sesuatu pembangunan hendak dibuat. Sebagai contohnya, walaupun katalah keputusan itu dibuat oleh EXCO ataupun MMK tetapi saya nak mohon sangat-sangat kita adalah wakil rakyat di kawasan jadi selalunya Kerajaan Negeri akan minta ulasan ADUN untuk apa-apa tukar syarat tanah. Tapi ini jadi bukan tukar syarat tanah tapi saya nak mohon sangat-sangatlah bila sesuatu pembangunan di buat lepas itu tanah-tanah itu diberi kepada orang luar penduduk akan marah jadi saya nak mohon sangat-sangat satu ialah CMI please tengok kepada impak dan benefit kepada kawasan setempat, penduduk setempat dan kalau boleh apa-apa keputusan yang dibuat beri ruang kepada ADUN kawasan MPKK dan penduduk setempat untuk mungkin buat pertimbangan sepertimbangan semula. Dan juga nak minta kepada EXCO, EXCO luar bandar supaya consult the ADUN apabila dia buat apa-apa keputusan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

CMI namanya besar Chief Minister Incorporated tetapi perlu tertakluk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk aset yang bernilai melepasi satu nilai yang ditetapkan dalam bidang kuasa CMI. Jadi saya tahu contoh yang disebut oleh Yang Berhormat adalah berhubung dengan satu pembangunan di kawasan Penanti, CMI dalam kes ini mematuhi keputusan MMK.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Dato’ Speaker, ini berkenaan dengan bajet juga. Sebab saya rasa nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota kerana tadi ada kata pendapatan Perbadanan (CMI) ini akan dimasuk ke dalam hasil daripada untuk Kerajaan Negeri. Tetapi dalam penyediaan bajet ini, saya tidak nampak adakah ia dimasukkan dalam sebahagian hasil macam PDC atau CMI ya sebab hasil yang duit ditulis di sini adalah hasil daripada agensi-agensi kerajaan tetapi tiada kebutiran itu anggaran satu tahun dapat menjana berapa pendapatan itu? So, saya minta penjelasan daripada Padang Kota terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk yang dapat mengesan satu perkara yang kita pun sudah bincang dalam pihak Kerajaan Negeri. Selama ini CMI tidak ada satu akaun yang berasingan. Semua hasil dan perbelanjaan adalah melalui Jabatan Kewangan Negeri. Maksudnya hasil-hasil yang saya nyatakan tadi daripada penjualan tanah, pajakan tanah dan sewaan tanah yang menghasilkan wang kepada CMI adalah dimasukkan dalam akaun Jabatan Kewangan Negeri. Tetapi ianya tak ada satu lejar yang berasingan maksudnya sudah dicampuradukkan dalam akaun Jabatan Kewangan Negeri. Tetapi untuk lebih menjelas dan telus Kerajaan Negeri telah putuskan Jabatan Kewangan Negeri akan membuka satu lejar yang berasingan untuk menguruskan kemasukan hasil dan perbelanjaan oleh CMI. Maka jelaslah kita boleh lihat setakat mana CMI menguruskan kewangan dan mendapat hasil, hasil daripada pelaburan dan keputusan berhubung dengan hartanah dan tanah-tanah yang diamanahkan kepada CMI, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, saya boleh terus kepada Kebun Bunga. Kebun Bunga tidak hadir maka soalan 27 akan dilangkau. Saya minta soalan 28 dipersilakan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor 28. No. 28. Apakah status projek Jelutong Diversion dan bilakah projek itu dijangka siap?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang atas soalan. Pelaksanaan Projek Sungai Jelutong underground diversion yang melibatkan kerja-kerja pengukuhan struktur bawah tanah yang sedia ada sepanjang 495 meter telah dimulakan pada 28 Mei 2018 dengan tempoh pelaksanaan selama 17 bulan. Sepertimana Yang Berhormat sendiri sedia maklum projek ini sangat penting kerana (box culvert) pembentung kekotak yang sedia ada telah dibina lebih 40 tahun dahulu oleh MBPP dan ia sangat penting kerana ia membuat satu melencongkan air Sungai Jelutong ke terus ke laut. Dan sekaligus mengurangkan beban ke atas Sungai Pinang. Jadi oleh sebab dah lama dan ada kekuatiran mengenai integriti struktur tersebut maka Kerajaan Negeri terpaksa untuk mengukuhkannya. Sehingga September 2019 projek ini telah mencapai 87% siap berbanding 98% yang dijadualkan, kelewatan sebanyak 11% ini adalah disebabkan oleh faktor cuaca seperti hujan, yang menyebabkan kapasiti aliran air menjadi sangat tinggi serta memberi kesan ke atas kerja-kerja pengukuhan struktur saluran bawah tanah yang sedang dijalankan. Sepertimana Yang Berhormat pun tahu kerja-kerja di situ tidak mudah dan mereka menghadapi pelbagai kesukaran dalam menjalankan kerja-kerja tersebut. Projek ini dijangka akan siap dengan EOT pada Mac 2020. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan. Berkenaan dengan isu faktor cuaca. Saya ingat dalam skop kerja petender itu dia akan kira dalam skop dari segi cuaca dan kesemuanya sebelum dia buat tender. Saya ingat alasan daripada segi cuaca, bukan satu alasan yang baik. Tak apa. Saya juga berharap kerja menaiktaraf ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Soalan saya yang seterusnya. Saya nak tanya, adakah pihak JPS akan mengambil apa-apa langkah mitigasi jangka pendek, untuk mengatasi banjir di kawasan yang terlibat dengan Jelutong Diversion. Thank you.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang penting. Kerajaan Negeri sebenarnya, amat memahami ya kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan Sungai Jelutong, khususnya mereka yang terkesan oleh projek menaiktaraf Sungai Jelutong Under Ground Diversion yang disebut ini. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa langkah mitigasi yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, termasuk kerja-kerja membaiki pintu air di hulu Sungai Jelutong, ya di bahagian upstream berhampiran di jalan dengan Jalan Gangsa bagi menampung kapasiti air yang lebih banyak,

dan juga mengurangkan magnitude banjir di bahagian downstream ataupun hilir. Projek ini diperingkat perancangan. Untuk kerja-kerja yang kedua, kerja-kerja membina penahan tebing di Lorong Hijau 5 bagi mengurangkan impak dan kekerapan banjir di kawasan yang tersebut. Tapi selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui MMK Tebatan Banjir juga telah meluluskan dua projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh ya, iaitu di bawah kawasan Yang Berhormat sendiri iaitu antara kawasan yang sering mengalami banjir kilat. Dan dua (2) projek tersebut adalah yang pertama, membina kolam takungan berkapasiti 1,000 meterpadu serta memasang injap sehala ataupun tidal valve jenis duckbill, serta pembinaan pembentung kekotak. Projek ini dijangka mula pada bulan Disember ini dan akan dilaksanakan oleh MBPP. Projek yang kedua, adalah untuk melebarkan Sungai Jelutong sepanjang 200 meter ya, kawasan Van Praagh itu dari 0.9 meter kepada 5 meter, sekaligus menjadikan online pond ataupun kolam takungan ya serta tembok penahan (flood wall) setinggi 1 meter. Projek ini sedang berjalan di tapak, dilaksanakan oleh pihak pemaju dan dijangka siap pada tahun ini. Untuk maklumat Yang Berhomat, jumlah kos kedua-dua projek ini di Solok Van Praagh adalah RM750,000.00. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 29. No. 29. Sejak 2018, berapakah pertandingan dan acara sukan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan telah dianjurkan di Negeri Pulau Pinang? (a) Adakah Kerajaan Negeri akan menganjurkan pertandingan / acara sukan tersebut pada masa yang akan datang?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya menjawab soalan nombor 29. Negeri Pulau Pinang sentiasa dijadikan destinasi untuk penganjuran sukan sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan keunikan yang terdapat di Pulau Pinang, telah berjaya menarik minat ramai pihak penganjur untuk menganjurkan acara sukan di Pulau Pinang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan acara sukan. Pada tahun 2018, sebanyak 19 kejohanan sukan bertaraf antarabangsa dan 12 kejohanan sukan bertaraf kebangsaan telah dianjurkan di negeri Pulau Pinang. Manakala pada tahun 2019, sebanyak 18 kejohanan bertaraf antarabangsa dan 19 kejohanan peringkat kebangsaan akan dan telah

dilaksanakan selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Sukan Bertaraf Antarabangsa. Melihatkan kepada bilangan penganjuran acara sukan yang semakin mendapat tempat di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada dua aspek penting iaitu menganjurkan atau terus menganjurkan acara sukan untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi penganjuran sukan seperti yang kita sentiasa promosikan Sport Tourism. Kerajaan Negeri dengan persatuan sukan dan pihak swasta, akan bekerjasama dalam menganjurkan acara sukan dengan menjadi pemudah cara bagi sesuatu penganjuran acara sukan. Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan permohonan sekiranya terdapat pihak yang hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi penganjuran sukan secara tahunan. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sedang giat memperbanyakkan kemudahan sukan seperti Multipurpose Sport Arena dan Pusat Akuatik di Ampang Jajar, Multipurpose Sport Arena di Queensbay, Nibong Tebal Arena, Stadium Mini Permatang Rawa dan Badminton Academy di Sungai Pinang. Usaha-usaha yang dilihat ini, mampu menarik lebih ramai lagi penganjur untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan penganjuran sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, kerana dengan adanya kemudahan-kemudahan ataupun kompleks-kompleks sukan yang bertaraf antarabangsa barulah kita boleh menganjurkan lebih banyak sukan-sukan yang bertaraf antarabangsa. Dan sekali lagi, kita lihat dengan kompleks-kompleks sukan yang sedia ada kita juga kena sediakan peruntukan-peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan setiap tahun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Soalan tambahan. Yang Berhormat Bagan Jermal, saya nak tanya, adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan sebarang peruntukan khas setiap tahun untuk menganjurkan acara-acara yang telah dicadangkan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih. Soalan yang bagus, daripada kawasan Air Itam. Buat sementara waktu kita tidak senaraikan berapakah peruntukan khas yang boleh digunakan untuk penganjuran pertandingan sukan antarabangsa ataupun pertandingan sukan yang bertaraf kebangsaan, kerana kita dapat lihat di negeri Pulau Pinang pernah menganjur banyak-banyak program sukan yang bertaraf antarabangsa yang besar seperti pertandingan Squash yang pernah dianjurkan pada tahun 2016 kalau tak silap. Dan juga pertandingan sukan APMG pada tahun 2018, dan juga ada satu berita yang bagus yang kita akan anjur bersama dengan Persatuan Chinese Football di negeri Pulau Pinang tahun 2020, Pertandingan Evergreen Club Senior Chinese Football World Cup yang pertama kali kita dapat anjur pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini.

Pertama kali kita dapat anjur sukan yang betul bertaraf antarabangsa iaitu Senior Chinese Football World Cup, dan saya percaya dengan tarikan-tarikan dan juga kemudahan-kemudahan sukan yang ada seperti kita ada, City Stadium di kawasan Bandaraya Pulau Pinang dan juga kita ada stadium negeri Pulau Pinang di Batu Kawan. Dan kita dapat memperbanyakkan lagi acara-acara sukan yang seperti ini. Dan juga jika ada permohonan, maka Kerajaan Negeri di bawah portfolio saya, akan memohonkan satu peruntukan khas daripada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya kita dapat menjayakan program tersebut. Dan untuk sukan yang bertaraf kebangsaan, memang di bawah promosi Sport For All, kita juga ada menjalankan sukan-sukan yang bertaraf kebangsaan dan kita menggalakkan lebih banyak atlit-atlit daripada di luar negeri Pulau Pinang datang untuk mengambil bahagian seperti yang kita anjurkan tahun ini, kita anjurkan pertandingan Floor Ball, kita dapat menarik banyak team daripada luar Negeri Pulau Pinang seperti negeri Kedah, negeri Perak, negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur ambil bahagian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagan Jermal, jawab soalan yang dituju.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Negeri Johor dan lain-lain. Ya, ini sahaja yang kita nak terangkan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 30. No. 30. Kajian tentang usaha menjadi penjaja makanan di Pulau Pinang lestari telah dijalankan oleh Nicholas Chong dari Penang Institute. (a) Sejauh manakah cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan dan diusahakan oleh Kerajaan Negeri; (b) Nyatakan keberkesanan dan masalah yang dihadapi ke atas setiap usaha yang dijalankan; dan (c) Apakah status terkini tentang pencalonan Pulau Pinang dalam makanan jalanan UNESCO?

Terima kasih kepada rakan saya daripada Machang Bubuk.

Dato’ Speaker, untuk menjawab soalan beliau, yang adalah berkenaan usaha menjadi penjaja makanan di Pulau Pinang lebih lestari melalui satu kajian oleh seorang bernama Nicholas Chong daripada (PI), Penang Institute. Dato’ Speaker, satu kajian bertajuk Making Food Hawking in Penang Sustainable oleh Nicholas Chong daripada PI telah disiarkan dalam majalah Penang Institute pada 1 Februari 2019. Dan menurut kajian tersebut, sebanyak tujuh langkah telah dicadangkan, untuk menjadikan penjaja makanan di Pulau Pinang lebih mampan. Status dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, termasuk keberkesanan dan masalah adalah seperti di jadual Lampiran A yang akan diletak di atas meja Yang Berhormat selepas ini. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri telah menghantar surat permohonan mengenai cadangan nominasi gabungan dengan Singapura bagi unsur kebudayaan penjaja atau Street Hawker Culture kepada Jabatan Warisan Negara pada 12 April 2019, dan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 29 April 2019. Pencalonan bagi Street Hawker Culture adalah di bawah Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage of Humanity di mana UNESCO merupakan sekretariatnya. Kerajaan Negeri pada 31 Mei 2019, telah menerima maklum balas daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan bahawa kementerian melalui Jabatan Warisan Negara belum bersedia untuk menghantar pencalonan kerana terdapat banyak perkara yang perlu disediakan oleh pihak Malaysia, bagi tujuan pencalonan tersebut dimana antaranya adalah seperti berikut: (i) Melaksanakan penyelidikan lebih terperinci; (ii) Melengkapkan inventori; (iii) Mewujudkan Pelan Perlindungan; dan (iv) Menyediakan dokumen pencalonan serta, lain-lain perkara berkaitan yang mana ianya memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk diselesaikan. Sekian, Dato’ Speaker.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Datok Keramat. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan pencalonan. Adakah kementerian telah memaklumkan berapa anggaran masa yang akan diambil daripada pihak kementerian, supaya makanan jalanan di negeri Pulau Pinang boleh dicalonkan”. ya. Soalan kedua adalah, memandangkan Singapura telah mencalonkan dalam perkara ini, dan sekiranya kita masih begitu lambat dari segi gerak kerja itu, saya khuatir, ya. Sebab soalan ini adalah soalan susulan daripada penggal daripada awal tahun ini Sidang DUN, dan prestasi perkembangan itu tidak begitu memuaskanlah dalam enam bulan kita hanya menghantar surat saja.

So, apakah tindakan di bagi pihak negeri Pulau Pinang sendiri, adakah kita akan ambil inisiatif yang lebih agresif termasuk membuat penyelidikan dan juga inventori yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri dan pencalonan itu boleh diserahkan kepada Kementerian Pelancongan dan Warisan. Tapi saya rasa, saya perlu ada satu kepastian daripada Kerajaan Negeri sama ada we will take the lead again ya di samping menunggu kementerian buat kerja pencalonan itu, kita sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan itu kepada pihak kementerian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Dato’ Speaker, kepada soalan yang pertama sepertimana saya nyatakan dalam jawapan saya sememangnya salah satu sebab yang dimaklum oleh pihak kementerian kepada kita berkenaan pencalonan, proses pencalonan ini ialah ia memerlukan masa. Tetapi kepada soalan spesifik ataupun khusus yang ditanya sama ada, ada satu garis masa yang diberi itu tidak, tidak dinyatakanlah oleh mereka. Tetapi ia dinyatakan memerlukan masa dan antara lain seperti mana Machang Bubuk nyatakan secara tepat tadi, kita perlu melaksanakan beberapa perkara termasuk penyelidikan yang lebih terperinci penyediaan inventori dan sebagainya. Dan saya setuju dengan Machang Bubuk, bahawa kita perlu percepatkan ini dan ini semenangnya sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri di peringkat ini. Sekian, Dato’

Speaker.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Saya ada soalan tambahan, sebab dia berkaitan juga dengan soalan saya, iaitu nombor 49. Jadi Pulau Pinang ini, memang synonymous makanan ya, (dengan izin)…makanan hawker food tetapi isu kebersihan perlulah juga kita tangani supaya ia mencermin…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti jawab dalam 49 lah secara khusus. Yang ini UNESCO.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Okey faham, tapi soalan itu saya tadi buka langkah sikit. Soalan saya ini hendak tahu apakah boleh tak Yang Berhormat Datok Keramat menghuraikan apa yang disebutkan tadi mengenai pelan perlindungan?

Ini adalah satu pelan yang diperlukan oleh di dalam pencalonan yang dinyatakan dan pelan perlindungan ini adalah berkenaan bagaimana kita hendak menjadikan sustainable penjaja-penjaja kita di negeri Pulau Pinang. I think it is a general plan on the sustainability of our hawker in Penang that is one of the requirements in the pencalonan the domination Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya sudah sampai ke soalan 31. Sila Penanti.

Soalan saya 31. Saya takut EXCO tidak sempat jawab so boleh tanya addition question, not yet. No. 31. Kenaikan cukai taksiran menjana tambahan RM39,743,077.02 untuk MBSP dan RM54,338,822.00 untuk MBPP. Kerja-kerja pembersihan kontraktor MARRIS dibiayai Kerajaan Persekutuan, dan sekarang seluruh inci Seberang Perai dan Pulau status Bandaraya. (a) Adakah kawasan kampung akhirnya dapat servis pembersihan am dan landskap, pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tidak payah takut, ada masa.

Okey, terima kasih ini soalan ada kaitan dengan soalan tambahan daripada rakan saya tadi dari Bukit Tengah and soalan here from Penanti is relation to kenaikan cukai taksiran Dato’ Speaker di mana kita akan lihat satu tambahan anggaran kepada MBSP sebanyak RM39 juta dan kepada MBPP sebanyak RM54 juta sepertimana saya huraikan pada hari yang pertama Dato’ Speaker di dalam jawapan saya pada beberapa soalan berkenaan kenaikan cukai taksiran tersebut dan secara khusus di tanya sama ada sepertimana Bukit Tengah nyatakan tadi sama ada kawasan kampung akan mendapat perkhidmatan yang perlulah secara am. Bagi menjawab soalan ini Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sememangnya melaksanakan perkhidmatan pembersihan am jalan, parit, pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung walaupun tidak menggunakan peruntukan MARRIS. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 1 Ogos 2019 memutuskan dan disahkan pada 14 Ogos 2019 telah bersetuju untuk mempertimbang dan meluluskan penetapan tarikh kuat kuasa garis panduan penetapan tanggungjawab oleh jabatan dan agensi kerajaan berkenaan penyelenggaraan jalan, parit, pokok dan landskap di Pulau Pinang pada 1 Ogos 2019. Sehubungan dengan itu Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri juga telah menetapkan pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan dan kebersihan di Pulau dan kawasan Seberang Perai di Pulau Pinang sebagai satu penambahbaikan untuk mengatasi masalah yang dihadapi di sesetengah kawasan di Pulau Pinang.

Dato' Speaker, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan pembersihan am jalan, parit, pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung dengan menggunakan pendapatan yang diperolehi daripada kutipan cukai taksiran setiap tahun mengikut lingkungan had sempadan pentadbiran masing-masing. Perkhidmatan yang disediakan oleh MBPP di kawasan kampung adalah seperti berikut. (i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan awam khususnya perkhidmatan pungutan sampah domestik bagi kawasan kampung dijalankan tiga kali seminggu dengan menggunakan kenderaan high sigh tipper satu tan. (ii) Menjalankan pungutan sampah domestik untuk tong kominal yang terletak di kawasan kampung setiap hari. (iii) Menjalankan pungutan sampah pukal dan kebun mengikut penjadualan dan keperluan. (iv) Melakukan pembersihan jalan utama dan parit yang dikonkritkan bagi sesuatu kawasan dilaksanakan mengikut penjadualan dan keperluan. (v) Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam bagi tujuan memenuhi keperluan masyarakat kampung dari segi infrastruktur kemudahan asas dan pengindahan dengan menggunakan peruntukan khas semua Ahli Majlis sebanyak RM375,000. Kerja-kerja yang dijalankan ini tidak terhad kepada bidang dan kawasan penyelenggaraan MBPP sahaja malah meliputi pelbagai kerja di luar bidang kuasa dan pentadbiran Majlis mengikut garis panduan yang ditetapkan. i. Memasang sebanyak 98 unit lampu awam di kawasan kampung pada tahun 2018 dan 80 unit lagi pada tahun 2019. Pada 2020, MBPP telah menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk pemasangan lampu awam baru yang mana sebahagian besarnya akan digunakan untuk pemasangan lampu awam di kawasan kampung. Dato’ Speaker, perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP pula di kawasan kampung adalah seperti berikut: (i) Menjalankan kerja-kerja pembersihan awam seperti pungutan sampah domestik untuk tong komunal pukal dan kebun di kawasan kampung mengikut jadual dan keperluan. (ii) Menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan, pemotongan rumput dan pembersihan parit tepi jalan bagi jalan-jalan kampung yang rumputnya mempunyai kelebaran antara 8 hingga 14 kaki mengikut jadual dan keperluan. (iii) Membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam seperti menaiktaraf jalan, longkang dan bangunan am mengikut keperluan.

(iv) Memasang lampu jalan baru dan di tiang sedia ada termasuk penaiktarafan lampu-lampu jalan awam dari jenis High Pressure Vapour Sodium (HPSV) pada jenis Light Emitting Diode (LED). (v) Lain-lain perkhidmatan pembersihan am iaitu jalan, parit, pokok dan landskap serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung-kampung dengan menggunakan peruntukan-peruntukan Ahli Majlis sempena penarafan MPSP sebagai Bandaraya satu pelan hala tuju MBSP telah disediakan sepertimana saya nyatakan tadi bagi menambahbaik mutu perkhidmatan MBSP dan pelan hala tuju tersebut adalah seperti Lampiran A yang akan diletakan di atas meja Yang Berhormat nanti. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan. Yang disebut saya mula just nak start saya berterima kasih kepada MBSP actually dia orang di kawasan kampung banyak yang macam kalau buat gotong-royong saya nampak MBSP turun macam tolong tapi dan juga untuk kerja-kerja kecemasan oleh skuad khas saya sangat berterima kasih. Hanya saya tengok penambahan soalannya yang disebut-sebut itu tadi saya tidak pernah tahu yang MBSP pasang lampu ke I mean tidak pernah dia bayar bil lampu jalan yes tapi pasang lampu itu tidak pernah happen. Lagi satu yang pembersihan jalan-jalan kampung 8-14 kaki itu pun saya tidak pernah tengok kecuali bila skuad khas datang kalau ada kecemasan. Okey, soalannya saya hendak tahu penambahan duit MPSP dapat 39.7 juta ini dengan kenaikan cukai taksiran saya tengok kegunaanya untuk membina 30 juta pembangunan conversion center di Bandar Perda 30 juta I mean kita sudah ada kat situ SP Arena kenapa hendak bina another convention center di Seberang Jaya. Lagi satu, untuk membina jalan that is another berpuluh juta for untuk and then lagi satu is complex that kompleks sukan and all that then dan pengindahan landskap sangat-sangat kecil 1.5 juta saja untuk seluruh Seberang Perai. Jadi saya hendak mohon jika hasil daripada cukai taksiran sudah naik RM39.74 juta and RM30 juta saja just untuk pembinaan convention center di Bandar Perda saya rasa itu lebih patut dibuat oleh pihak swasta because kalau tidak…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Penanti.

Itulah soalannya. Soalan tambahan dia…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang itu boleh bahas nanti.

Bukan. Soalan tambahan dia kegunaan yang jawapan tadi itu saya tidak pernah nampak lampu-lampu jalan dibina oleh MPSP.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha, itu saja.

Jalan-jalan itu pun tidak pernah nampak dan juga saya tengok kegunaan duit itu tidak termasuk benda-benda tadi la itu soalan dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Sila.

Dato’ Speaker, sememangnya ini adalah jawapan yang saya berikan dan sekiranya hendak diberikan secara terperinci mungkin saya boleh dapat maklumat daripada MBSP sememangnya kerja-kerja ini sudah pun dibuat, sedang dibuat dan akan terus dibuat oleh pihak MBSP. Senang saja jawapan saya itu sahaja. Berkenaan lebihan yang dijangkau oleh kenaikan hasil ini I seen he ask quickly just response yang dijangka is RM39 of course lepas proses bantahan rayuan extra mungkin boleh turun tapi saya hendak tekankan sekali lagi di sini apa yang saya nyatakan pada hari pertama walaupun kita jangka lebihan RM39 juta rancangan projek-projek yang telah dirancang sepertimana YB. kata tadi itu adalah antara lain sahaja not just the convention center tapi ada banyak projek lain yang saya tidak mahu ulangi Dato’ Speaker, untuk MBSP kita jangka harga dia adalah RM169 juta so even RM39 million increase is not enough to coop with what we have plan the project plan RM169 on the mainland on the island RM179 although 54 million projected increase Dato’ Speaker. Of course untuk makluman semua di Dewan ini, cukai taksiran adalah salah satu sahaja hasil kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan ada sources of revenue yang lain tetapi kebiasaanya dan lazimnya Kerajaan Negeri akan membantu kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya mereka kekurangan dana untuk makluman Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya hendak minta soalan yang 32.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 32. No. 32. Penularan fake news menjadi fenomena serius di mana Kerajaan Negeri sendiri menjadi mangsa berita palsu ini beberapa kali. (a) Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penyebaran berita palsu ini? (b) Sila perincikan tindakan undang-undang yang telah diambil Kerajaan Negeri terhadap fake news sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Soalan daripada Yang Berhormat Bagan Dalam adalah berhubung dengan berita palsu. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penyebaran berita palsu terutamanya melibatkan negeri Pulau Pinang adalah liputan-liputan semasa merangkumi fakta serta maklumat yang sahih daripada barisan kepimpinan negeri. Malah, jika tersebarnya berita palsu barisan kepimpinan negeri akan segera menyalurkan maklumat-maklumat tepat kepada pihak, jabatan atau bahagian tertentu di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri agar tindakan segera dapat dikenal pasti serta dilaksanakan. Umumnya, platform media sosial digunakan untuk penyebaran fakta yang betul pada kadar segera yang mungkin untuk menangani berita palsu. Selain itu, kenyataan atau sidang media juga akan diadakan mengikut keperluan, selain laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut. Tindakan pantas berhubung maklum balas berita-berita palsu yang diviralkan secara tidak langsung dapat mengekalkan keharmonian kepelbagaian kaum di negeri Pulau Pinang khususnya dan yang paling penting adalah mengelak kebencian di antara kaum. Sepanjang tahun 2018 dan 2019, barisan kepimpinan serta pihak-pihak berkaitan yang menjadi mangsa berita-berita palsu yang tersebar di laman media khususnya telah membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut dan difahamkan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa tersebut. Ini termasuk laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sekian.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana menjawab soalan itu tadi. Dulu kalau kita lihat kerana memaparkan berita-berita yang sahih ada laman-laman portal yang telah diharamkan Sarawak Report, The Malaysian Insider saya sendiri pernah didakwa kerana memuatnaik soalan tentang salah guna kuasa di salah satu kementerian dan yang membuat salah guna kuasa itu bebas tetapi kini terlalu banyak fake news yang disebarkan oleh laskar-laskar siber seperti salah satunya adalah tentang pengeluaran kad pengenalan palsu oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak kena mengena dengan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang difitnah malah ada juga pemimpin-pemimpin politik yang mengambil fakta-fakta fake new kononnya ada 50,000 orang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis soalan? Tiada soalan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

50,000 orang pendatang daripada China datang sebagai pelancong dan diberi kad pengenalan biru ini adalah fakta-fakta fake news yang disebarkan di alam maya. Seolah-olah negara kita mempunyai konflik hate comment krisis comment dan sedang huru-hara walaupun hakikatnya lain. Walaupun hakikatnya lain.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Setujukah Kerajaan Negeri bahawa pengeluaran fake news ini gagal dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kini terutamanya? Sebelum ini mereka lebih efisen efektif bukan sekarang. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya rasa Dato’ Yang di-Pertua bukan senang kita menangani sosial media fake news dengan zaman teknologi digital maka penyebaran berita-berita baik sahih baik palsu akan disampaikan dengan begitu cepat. Saya cuma nak mengingatkan Yang Berhormat bahawa Pakatan Harapan telah menjanjikan untuk memansuhkan anti-fake news apabila menjadi kerajaan dan langkah pertama yang dilakukan sudah dilakukan iaitu memansuhkan akta berkenaan di Dewan Rakyat pada tahun yang lepas. Malangnya apabila Rang Undang-Undang ini sampai ke Dewan Negara yang masih dianggotai oleh senator-senator yang dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional yang masih duduk dalam Dewan Negara maka Rang Undang-undang ini ditolak. Tetapi mengikut Perlembagaan Malaysia setelah satu tahun Dewan Rakyat boleh mengemukakan Rang Undang-undang yang sama untuk diluluskan. Dan saya dimaklumkan bahawa Rang Undang-Undang itu pun sudah sampai ke Dewan Rakyat dan mengikut Perlembagaan kali ini tidak perlu setelah diluluskan andainya diluluskan oleh Dewan Rakyat sudah boleh bypass Dewan Negara mengikut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan di mana ia akan menjadi sahih setelah Dewan Rakyat meluluskannya. Tetapi selain daripada akta ini, maka ini kita terletak dalam satu keadaan yang terperangkap dalam dua keadaan. Pertamanya kita mahu tindakan-tindakan undang-undang untuk membanteras penyebaran berita palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di tangan yang lain kita mahu memansuhkan akta sebab kebiasaanya Kerajaan Negeri Kerajaan akan dituduh bahawa penyalahgunaan akta ini terhadap pihak-pihak individu, parti–parti lawan, NGO dan sebagainya. Jadi nampaknya kita terperangkap dalam satu keadaan tetapi di negara kita masih ada undang-undang lain yang boleh diambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab misalnya Akta Hasutan. Kalau ada unsur-unsur hasutan boleh pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang yang menyebar itu sekiranya ada unsur-unsur hasutan di bawah Kanun Keseksaan, di bawah Communication

and Multimedia Act dan sebagainya masih ada banyak undang-undang yang boleh digunakan bagi menangani isu ini. Jadi kita berharap ini satu isu yang amat dinamik memandangkan kemajuan teknologi digital. Jadi sampai era 5G lagi pantas berita palsu dapat disebarkan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah pun tamat. Dan saya silakan Yang Amat Berhormat.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Selaras dengan peraturan 6A…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawapan untuk?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Oh maaf. Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak atas meja ahli-ahli yang bertanya dan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan juga di bawah peraturan 6A (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan hari ini dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ada sokongan?

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Dato' Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 5 November 2019 hari Selasa sehingga jam 10.00 malam. Ahli-ahli Berhormat yang setuju katakan “Ya”. Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui semua. Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi perbahasan. Saya ingin mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Dipersilakan Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan Belanjawan Tahun 2020 untuk Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan buat kali kedua oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dan terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan beliau yang telah membentangkan Belanjawan 2020 yang cukup cermat dan bersistematik di mana saya yakin ia dapat memanfaatkan rakyat Pulau Pinang. Walaupun dengan anggaran defisit yang berkurangan 31% berbanding dengan setahun sebelum ini. Tapi memang seperti yang sedia dimaklumkan oleh semua defisit ini hanya anggaran sahaja. Kalau kita lihat defisit sebenar, dia sebenarnya adalah lebihan dan ini memang telah menjadi amalan di Pulau Pinang sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008. So sungguhpun anggaran adalah defisit tapi selalunya seringkali ia akan menjadi lebihan. Dan salah satu sebab mengapa daripada anggaran defisit ia boleh bertukar menjadi lebihan ialah kerana dari segi pentadbiran CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) kita menggunakan kaedah tender terbuka di mana tender terbuka yang memberikan keutamaan ke atas daya saing dapat menjana penjimatan yang banyak kepada pihak pentadbiran negeri. Dan sebagai salah satu contoh ini memang dibuktikan dalam Laporan Ketua Audit Negara dimana dinyatakan bahawa semua pun dari segi perlaksanaan projek telah pun berjaya melaksanakan 99.75% tetapi dari segi perbelanjaan hanya 55% sahaja. Saya masih ingat masa itu itu ADUN bekas ADUN Pulau Betong sekarang ialah ADUN Pakatan Harapan pernah tanya juga kepada ADUN Pulau Betong di mana beliau telah mempersoalkan tentang keberkesanan pihak Kerajaan Negeri untuk menjalankan projek dengan baik. Kerana dalam Laporan Ketua Audit Negara ia cakap hanya 55% perbelanjaan dilaksanakan tapi beliau tidak baca habis. Ini biasa dengan Pembangkang masa itulah. Dia tak baca habis dia hanya baca satu muka surat. Dia tak membelek itu satu lagi muka surat iaitu yang menunjukkan dari segi pelaksanaannya ialah 99.75%. Dan ini adalah satu pencapaian dan prestasi yang unik di mana sungguhpun Kerajaan Negeri berjaya hampir melaksanakan ataupun menyiapkan 99.75% tetapi hanya perlukan perbelanjaan 55%. Dan penjimatan 45% ini adalah ekoran dan hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang kemudiannya Pakatan Harapan apabila kita mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008. Dan ini memangnya sekali lagi menunjukkan sekiranya kita ada satu pentadbiran yang bersih kita boleh lihat penjimatan yang boleh diperolehi khususnya dengan sistem tender terbuka yang dilaksanakan secara umum di mana bukan sahaja kita dapat harga yang paling baik tapi kita pun dapat membina satu kluster satu kluster usahawan dan kontraktor yang bagus. Termasuk juga kontraktor Bumiputera. Kalau sebelum ini perlu dapat tandatangan ketua bahagian parti tertentu sekarang tak perlu. Hanya berdasarkan kemampuan mereka dan ini adalah satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Dan itulah sebabnya pada pilihanraya umum yang lepas Pakatan Harapan mencapai kemenangan yang luar biasa sehingga memenangi 37 daripada 40 kerusi DUN pada Pilihanraya Umum 2018. So di sini sungguh pun dinyatakan ini

bahawa adalah anggaran defisit tapi saya yakin dengan penerusan sistem tender terbuka dan juga urus tadbir CAT yang dilaksanakan sememangnya ia dapat mengurangkan defisit di mana semuanya setiap tahun dalam belanjawan dinyatakan belanjawan defisit tapi apabila penyata kewangan dilaporkan pada akhir tahun yang defisit akan tukar menjadi lebihan. So yang belanjawan sebenar akan saya key in menjadi lebihan. Dan belanjawan ini adalah penting kerana kalau kita lihat Belanjawan 2020 ini adalah tahun ajaib. Mengapa ini saya sebut ini sebagai satu tahun ajaib, kerana inilah tahun di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tahun inilah Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Ini mula tahun 1991. Malangnya tak tercapai. Mengapa tak tercapai? Kerana skandal kewangan 1MDB yang menyebabkan Malaysia jadi sebuah kleptokrasi global. Kalau tidak kerana skandal 1MDB, Malaysia akan jadi negara maju saya percaya Pulau Pinang pun akan jadi negeri maju. Tapi oleh kerana skandal kewangan sedemikian maka ini telah melambatkan dan mencacatkan usaha ke arah dan juga hala tuju Malaysia untuk menjadi sebuah negeri maju negara maju. Tapi untuk Pulau Pinang dalam usaha kita untuk memangkin pembangunan dan juga pelaburan dengan memberi penekanan kepada dua bidang utama memang diketahui umum bahawa Pulau Pinang adalah satu satunya negeri industri di Malaysia di mana lebih 95% daripada GDP adalah datang daripada sektor perkhidmatan dan juga pembuatan. Dan kalau kita lihat dari sektor itu perkhidmatan adalah lebih 50% sedangkan dari sektor pembuatan adalah 45%.

Dan kedua-dua sektor ini amat penting dan inilah penekanan yang juga diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan saya ingin kongsikan bahawa inilah juga peluang yang harus diambil oleh negeri Pulau Pinang dalam iklim global yang dilandai oleh perang perdagangan. Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan juga itu negara China telah menyebabkan banyak negara membuat keputusan ataupun arif tentang peluru dunia. Mereka mengalihkan semula bekalan itu rantaian bekalan global Supply Chain. Rantaian bekalan sedunia. Adapun perlunya dirombak, dirangka semula, disusun semula supaya dapat menyesuaikan diri dalam iklim global yang tidak menentu, yang kurang menentu dan yang sudah berubah. So dalam aspek ini, ini memberikan peluang kepada Malaysia termasuk juga negeri-negeri seperti Pulau Pinang yang boleh mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan dan juga pelaburan ini. Trade and investment diversion dengan izin. Sekiranya kita dapat menangkap ataupun menawan peluang-peluang sedemikian saya rasa ini akan memberikan manfaat yang besar kepada negeri Pulau Pinang. Di sini apabila saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan banyak itu pelabur-pelabur daripada Amerika Syarikat di mana mereka amat berminat untuk melabur di Malaysia dan tentu ada negeri-negeri yang mereka berminat termasuk negeri Pulau Pinang. Untuk negeri Pulau Pinang saya boleh nyatakan di sini secara prinsipnya mereka telah setuju untuk melabur, beberapa syarikat daripada Amerika Syarikat untuk melabur kira-kira USD1.5 bilion. Negeri-negeri lain pun adalah, kerana jangan sebut hanya Pulau Pinang saja. Negeri lain ada lagi satu projek yang lagi besar, yang amat utama tapi saya sebut tentang negeri lain kemudian. Tapi untuk negeri Pulau Pinang USD1.5 bilion di mana ada minat untuk datang ke negeri Pulau Pinang.

Dan ini saya rasa menunjukkan betapa pentingnya usaha dibuat bukan sahaja oleh pihak Kerajaan Negeri tapi untuk memberikan penekanan kepada agensi-agensi utama seperti Invest Penang supaya mereka boleh lebih berjaya atau lebih berkemampuan untuk menawan pelaburan-pelaburan yang akan dialihkan ke negara-negara yang mereka anggap adalah selamat daripada pertelingkahan atau perang perdagangan di antara kedua-dua negara. Seperti yang kita selalu sebut kalau gajah dengan gajah bertembung janganlah kita di tengah-tengah supaya kita tak jadi pelanduk. So lebih baik kita di tepi dan tawarkan satu tempat yang selamat, yang boleh mereka berlindung, berselindung dan dengan ini juga memberikan manfaat kepada pihak kami untuk mencapai satu kedudukan menang-menang. Tapi di sini kita pun kena ambil maklum bahawa ada beberapa permasalahan. Ini dalam tanggapan saya di mana saya masih ingat apabila kita buat unjuran tentang tanah yang sedia ada, apabila kita buat unjuran semasa saya masih menjadi Ketua Menteri. Kita membuat unjuran bahawa tanah yang sedia ada akan berkurangan itu sebabnya pihak Kerajaan masa itu melalui PDC telah berjaya mendapat satu pinjaman sebanyak RM1.5 bilion daripada CIMB. Ini diperolehi pada awal 2018 sebelum Pilihanraya Umum 2018 supaya kita dapat memperluaskan Bank Tanah or Land Bank dan ini penting, masa itu kita buat unjuran mungkin empat, lima tahun kemudian, tanah tidak akan mencukupi. Itulah sebab kita buat persiapan masa itu dan RM1.5 bilion yang dipinjam daripada CIMB itu adalah sesuatu yang juga unik dan luar biasa kerana tidak pernah ada negeri yang mampu meminjam dengan keupayaan diri sendiri, wang atau pinjaman sebegitu besar, RM1.5 bilion berdasarkan prestasi ekonomi negeri tersebut kerana biasanya mereka hendak jaminan daripada Kerajaan Persekutuan tapi Pulau Pinang tak perlu jaminan daripada Kerajaan Persekutuan. Dengan sendirinya kita memohon untuk pinjam ini supaya dapat memperluaskan dan memperbesarkan Bank Tanah yang sedia ada. Dan itulah unjuran untuk lima (5) tahun akan datang. Tapi dengan peralihan pelaburan ini, saya rasa dari segi jangka masa harus disingkatkan kerana dengan permintaan yang berlebihan ini memang ini akan menjadi satu masalah sekiranya tanah industri yang boleh digunakan oleh pelabur-pelabur tidak mencukupi. So di sini saya lihat bahawa tanah yang sedia ada harus diperbesarkan supaya kita dapat menawan lebih banyak pelaburan-pelaburan khususnya daripada Amerika Syarikat dan jangan lupa pula daripada negara-negara lain. Kalau kita lihat angka-angka statistik jumlah pelaburan untuk separuh tahun pertama 2019, pelaburan khususnya dalam sektor pembuatan telah melonjak lebih 100%. Kita lihat Amerika Syarikat RM12 bilion, Negara China hampir RM5.0 bilion. Lebih 100% kalau berbanding dengan tempoh sama tahun lepas dan ini membuka banyak ruang lagi untuk ia ditambah kerana kita tahu bahawa seperti yang saya sebut bila saya pergi ke Amerika Syarikat kita boleh lihat respond sedemikian bukan saja Negeri Pulau Pinang tetapi juga negeri-negeri lain. Jangan lupa bahawa di Negara China mereka pun lihat pilihan lain, alternatif lain dan untuk membolehkan kita mendapat lebih banyak pelaburan bukanlah berteknologi rendah, kita mahu pelaburan berteknologi tinggi di mana mereka perlukan pekerjaan berpendapatan tinggi, bukanlah yang berpendapatan rendah kerana akhirnya akan bergantung pula kepada pekerja-pekerja asing.

So yang berteraskan nilai ditambah tinggi yang berdasarkan itu pengetahuan inilah bentuk pelaburan yang amat diperlukan dan sekiranya kita tambah minat daripada pelabur-pelabur Negara China, pihak Kerajaan Persekutuan pun dah dirikan satu saluran khas untuk pelabur-pelabur China supaya kita boleh memperbanyakkan pelaburan berteknologi tinggi ini. Kalau kita lihat Amerika Syarikat RM12 bilion, Negara China hanya RM5.0 bilion. Ini menunjukkan ada ruang untuk tambah pelaburan berteknologi tinggi ini daripada Negara China kerana Amerika Syarikat adalah rakan dagang yang paling besar untuk Malaysia. Sekiranya Negara China yang merupakan rakan dagang yang paling besar, Amerika Syarikat nombor 3, pelaburan FDI daripada Amerika Syarikat RM12 billion, Negara China hanya RM5.0 bilion banyak ruang lagi untuk tambah pelaburan daripada Negara China. Tapi kita perlu siap supaya sumber-sumber dan juga semua kemudahan mencukupi untuk menawan pelaburan-pelaburan yang saya sebut tadi. So itulah sebabnya kita harap bahawa bukan sahaja Kerajaan Negeri tetapi PDC boleh berusaha bersungguh-sungguh supaya kita dapat memastikan kemudahan seperti ini ada kerana kalau tidak tak mencukupi saya akan sebut ini sayang sikitlah kerana tak dapat menarik mereka masuk. Bukan sahaja daripada Amerika Syarikat, Negara China, daripada Negara Eropah juga ada. Kita lihat daripada Jerman dan jangan lupa yang amat tak dijangka ialah daripada Belanda. Pelaburan daripada Belanda meningkat juga. Ini sesuatu yang kita tak jangka. Dan di samping itu tentulah daripada Negara India. Itu pun jadi salah satu pilihan di mana kita boleh memperbanyakkan pelaburan-pelaburan sedemikian. So perlunya untuk kita pastikan kemudahan dan juga sumber-sumber asas seperti tanah mencukupi. Kita harap bahawa itu pihak Kerajaan boleh menggariskan atau menyatakan keluasan tanah industri yang sedia ada supaya kita dapat menarik pelabur-pelabur ke Negeri Pulau Pinang. Di samping itu, dari segi pelaburan, bukan hanya khusus kepada sektor pembuatan saja. Perlu juga ada usaha untuk menarik pelaburan dalam sektor perkhidmatan. Dan ini adalah sesuatu yang amat penting dalam era ekonomi digital. Itulah sebabnya dalam Belanjawan 2020, banyak tumpuan diberikan kepada pendigitalan dan saya rasa ini tidak asing untuk Negeri Pulau Pinang kerana kalau kita tidak jalankan pendigitalan, ini akan mencacatkan usaha kita untuk membangun ekonomi negeri untuk masa depan. Insentif-insentif yang diberikan untuk industri untuk tempoh lima (5) tahun akan datang adalah sebanyak RM21 bilion. Insentif dan juga galakan dan sebagainya yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 adalah sebanyak RM21 bilion. Dan kalau kita ambil kira National Ferberisation and Connectivity Plan yang kita nak ada hubung kait, ada saling hubung kait di seluruh pelusuk negara supaya bukan sahaja di kawasan desa atau di kawasan bandar, termasuk juga di luar kawasan pekan dan luar bandar dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berperingkat atau bertaraf antarabangsa. Jangan-jangan Malaysia punya kelajuan begitu perlahan sehingga tak boleh tanding dengan Negara Vietnam. Seganlah kita. So di sini kita nak pastikan ia dapat dinaiktarafkan supaya setanding, setanding, setara dengan kelajuan peringkat antarabangsa. Dan kalau kita lihat kedua-kedua inisiatif ini galakan yang diberikan kepada industri dan juga National Ferberisation and Connectivity Plan adalah satu jumlah sebanyak RM42.6 bilion. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengkhususan diberikan untuk pendigitalan. Dan itulah sebabnya amat penting bahawa bukan sahaja Kerajaan Negeri tapi juga untuk memberikan pemudahcaraan kepada perniagaan khususnya IKS (Industri Kecil dan Sederhana) supaya mereka dapat menguasai pendigitalan untuk memastikan

perniagaan mereka masih boleh membesar ataupun bertumbuh secara mampan. So di sini kita lihat bahawa memang Belanjawan 2020 ada ruang sendirinya selain daripada Kerajaan Persekutuan ada ruang untuk menggalakkan proses pendigitalan ini berjalan secara lancar. Tentu dari segi infrastruktur ia mesti juga dinaiktarafkan dan di sini kita boleh lihat bahawa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telahpun mengadakan beberapa rancangan supaya dari segi kapasiti dapat ditingkatkan dan juga dari segi itu, apa ni, itu T.U. ataupun perdagangan atau perniagaan ia dapat diperbanyakkan. Dan saya percaya bahawa SPPP di bawah pimpinan pengerusi baru Encik Jeffrey Chew akan membuat pengumuman bila rancangan sedemikian siap selepas juga dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan diluluskan. Saya percaya apabila itu pelan masa depan ini akan memberikan hala tuju macam mana kita boleh menaiktaraf atau meningkatkan perkhidmatan Pelabuhan Pulau Pinang. Dari aspek itu lapangan terbang antarabangsa di Bayan Lepas. Projek pembesaran akan diteruskan. Kita harap bahawa ia kerja boleh mula dalam akhir tahun depan. Saya ingin sebut di sini kerana saya ada ditanya tentang syor bahawa ada rancangan untuk lapangan terbang antarabangsa yang baru. Saya tidak terima sebarang cadangan sedemikian. Saya percaya Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pun tidak terima rancangan sedemikian dan ini penting untuk saya sebut di sini supaya projek pembesaran tidak akan terjejas kerana kalau tiba-tiba sebut ada lapangan terbang antarabangsa yang baru, soalan akan ditimbulkan mengapa kita perlu besarkan lapangan terbang antarabangsa yang sedia ada sekiranya ada rancangan untuk buat lapangan terbang antarabangsa yang baru. So di sini adalah penting untuk memberikan pencerahan kerana kalau kita tidak mengikuti prinsip certainty, priority and consistently maka akan timbul banyak persoalan dan saya hendak nyatakan di sini bahawa projek pembesaran lapangan terbang antarabangsa di Bayan Lepas akan diteruskan dan tidak akan diperlahankan ataupun terjejas kerana ada apa syor-syor untuk buat lapangan antarabangsa yang baru kerana pihak Kerajaan Pusat belum menerima syor-syor sedemikian. Sekiranya ada pun perlu berpandukan kepada prinsip bahawa kerana pihak Kerajaan menghadapi kekangan kewangan tentunya tidak mampu untuk belanja RM5.0, RM6.0 bilion untuk bina lapangan terbang antarabangsa yang baru dan ini juga mengundang banyak persoalan. Sila, daripada Machang Bubuk dahulu.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih YB. Air Putih. Tadi Air Putih ada sebut tentang satu lapangan terbang yang baru di negeri Pulau Pinang. Adakah ia berlaku kerana Kerajaan sekarang menggalakkan itu PFI (Private Finance Initiative) maka sesiapa yang berminat nak buat lapangan kapal terbang yang ada dana yang mempunyai kapasiti untuk mengutip dana maka mereka boleh mencadangkan kepada kerajaan bahawa mereka boleh bina lapangan terbang di tempat-tempat yang difikirkan sesuai itu. So adakah PFI ini yang menyebabkan sekarang ramai syarikat-syarikat di luar ini sekarang beriya-iya nak bina lapangan terbang di Perak pun ada orang nak bina kapal terbang di Kedah, Kulim pun melalui PFI. So adakah Air Putih rasa PFI ini menggalakkan ramai orang memberikan cadangan-cadangan tersebut.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya jawab yang mana saya bagi Yang Berhormat daripada PAS. Saya nak sebut di sini bahawa siapa-siapa pun boleh buat cadangan. PFI ini semua boleh buat, termasuk kalau nak bina pun boleh bina dekat Machang Bubuk, tapi masalahnya ialah dari segi teknikal dan juga dari segi kewangan. Adakah ia munasabah? Adakah ia feasible? So dari segi kebolehlaksanaan dan juga kewajaran ini harus di nilai secukup-cukupnya dan perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana janganlah kita benarkan PFI-PFI ini dirancangkan oleh pihak swasta yang tentu nak cari keuntungan. Kita jangan lupa bahawa itu lapangan terbang antarabangsa adalah satu public good. Satu kemudahan asas yang amat diperlukan, kalau ada pihak yang nak untung itu terpulang kepada kebijaksanaan mereka tapi untuk pihak kerajaan kita nak pastikan bahawa infrastruktur asas ini dapat disediakan dan apa yang saya bimbang ialah sekiranya ada timbul persoalan tentang eh ada lapangan terbang baru, lapangan terbang antarabangsa baru. Apa perlunya kita buat projek pembesaran? Yang Berhormat faham tak apa maksud saya dan ini akan menimbulkan persoalan apa gunanya kita belanja RM1.0 bilion kalau kita nak bina lapangan terbang antarabangsa. So ini yang akan menjadi persoalan, oleh sebab itu itulah sebabnya kena sebut di sini bahawa projek pembesaran akan terus dilaksanakan kerana sehingga sekarang tidak ada maklumat tentu ada syor-syor yang akan diberikan kepada banyak pihak tetapi untuk pihak kerajaan ialah projek pembesaran akan diteruskan supaya kita lihat dari segi kapasiti daripada 6.5 juta penumpang di mana kerana kejayaan pihak Kerajaan Negeri selama ini untuk menarik pelancong-pelancong. Dia telah melebihi kapasiti sehingga hampir 8 juta penumpang setahun. So memang sesak sampai kita cakap sesak macam pasar malam lah. So ini yang selalu jadi satu isu itulah sebabnya amat perlu projek pembesaran dijalankan dengan segera tapi jangan kita jejaskan projek ini dengan menyatakan, oh! ada projek pembesaran baru bila kita tidak tentu sama ada ini adalah sesuatu yang sahih atau pun dari segi kebolehlaksanaannya benar, betul atau tidak. Kerana sekiranya kita benarkan perkara ini berlarutan maka akan dipersoalkan sama ada projek pembesaran ini perlu, kerana seperti yang saya sebut kalau nak pindah kepada lapangan terbang antarabangsa yang baru. Apa perlunya kita belanja hampir, saya ini terpulang kepada MAHB lah saya pun tak tahu apakah jumlah projek. Kerana ada berapa angka yang disebut mungkin sampai RM1.0 bilion. Apakah perlu kita belanja jumlah ini? Apabila kita nak buat lapangan terbang antarabangsa yang baru. Ya sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Air Putih saya ucapkan terima kasih kerana Air Putih juga telah satu kali lagi mengenal pasti confirm bahawa keperluan untuk menaik taraf penambahan pembesaran lapangan terbang kapal terbang Pulau Pinang ini antarabangsa Pulau Pinang ini. Cuma hari itu kita isu ini juga bersangkut paut dengan Lapangan Terbang Kulim. Pada sidang yang lepas saya ada bertanya dengan pandangan daripada Air Putih juga. Adakah samada pembinaan Lapangan Terbang Kulim itu adalah akan menyebabkan implikasinya terhadap Lapangan Terbang di Pulau Pinang. Masa itu saya masih ingat Air Putih ada sebut ia tidak

dia akan inisiatif dengan PFI ini. So maka kerajaan tidak akan menghalang siapa-siapa yang boleh mengemukakan PFI ini untuk Kulim. Tapi apa yang saya lebih prihatin adalah implikasi dia sebab macam kapal terbang yang baru yang dikatakan itu juga amat dekat dengan Kulim. So dua-dua kapal terbang yang cadangan itu memang akan membawa implikasi…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Machang Bubuk nak dapat penjelasan daripada Air Putih atau nak EXCO Kerja Raya yang…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Itu saya sebab saya rasa dua-dua itu terletak begitu dekat dengan Lapangan Terbang Pulau Pinang maka saya nak minta pandangan sebab PFI ini.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Yang berhormat Machang Bubuk, PFI ini telah pun dicadangkan begitu lama dan bukan sahaja kepada pihak Kerajaan Negeri tetapi juga kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan ini pun telah mendapat restu daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Di sini bila kita lihat bahawa dari segi tanah dan sebagainya dan juga sama ada sumber kewangan yang mencukupi ini tidak melibatkan itu pihak Kerajaan Persekutuan.

Semuanya berkaitan dengan itu sumber dana swasta dan sekiranya ini projek di anggap feasible atau boleh dilaksanakan. Nanti saya habis dulu. Maka nanti saya ini terpulang kepada itu keputusan pelabur-pelabur swasta. Tentu ada soalan seperti yang di timbul oleh Yang Berhormat daripada Machang Bubuk sama ada ini akan merupakan satu persaingan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Memang bukan sahaja daripada Kulim, daripada Langkawi daripada lapangan antarabangsa yang lain pun ada. Untuk Langkawi mungkin dari segi pelancongan, untuk itu Kulim mungkin dari segi itu kargo dan sebagainya tapi akhirnya kalau kita nak satu platform di mana kita ada satu level playing field mengapa kita takut untuk berdaya saing. Kita mesti yakin bahawa lapangan terbang masing-masing mampu untuk berdaya saing dan di sini bila ia tidak melibatkan sumber kewangan kerajaan dan melibatkan sumber kewangan daripada pihak swasta.

Saya rasa dengan suntikan daripada luar negeri ini adalah sesuatu yang baik untuk negara dan di Kulim memang dilihat bahawa untuk negeri Kedah bahawa kerana ini dalam Kulim Hi Tech Park mereka sedang menjemput itu PFI. Itu saya rasa masih dalam perancangan tapi bila kita sebut tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang jangan kita, kita kena pastikan bahawa projek pembesaran ini harus diteruskan. Jangan kita bubuh faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan projek pembesaran tersebut. Seperti yang saya sebut tadi, jangan kerana kita sebut oh kita nak pindah ataupun kita nak buat projek lapangan terbang antarabangsa baru. Nanti saya pula akan ditanya pihak Kementerian Pengangkutan akan ditanya apa perlunya kita buat projek pembesaran sekiranya you nak pindah kepada kawasan baharu.

So biar ini jalan dulu dan sekiranya ada rancangan ia harus dibentangkan kepada badan atau pun kementerian yang ada kuasa ke atas lapangan terbang

kerana kita kena faham pengasingan bidang kuasa. Semasa saya jadi Ketua Menteri dulu saya pun tahu itu lapangan terbang antarabangsa adalah di bawah naungan Kerajaan Persekutuan. Suka tak suka rela tak rela, itu adalah badan kawal selia dan ia harus rujuk kepada Kementerian Pengangkutan dulu. So baru ia teratur baru ia betul mengikut lunas undang-undang. So itulah di sini saya harap bahawa kerana saya akan ditanya perkara ini saya tak mahu jawab pemberita-pemberita nanti saya akan bagi. Ada pemberita supaya di sinilah, di situlah saya nak jawab supaya projek pembesaran tidak ada ragu-ragu lagi. Projek pembesaran akan diteruskan itu penting. Sila Yang Berhormat dari PAS.

Terima Kasih pada Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih pada Air Hitam Yang berhormat yang sudi memberi, Air Putih yang sudi memberi laluan kepada saya untuk mencelah dan saya sangat gembira dengan penjelasan yang diberi tadi berkaitan dengan pembesaran Airport Penang dan juga semalam pun telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Cuma saya nak minta sikit penjelasan daripada Yang Berhormat Air Putih tentang rasional atau tidak oleh kerana Yang Berhormat juga adalah menteri di peringkat Pusat, rasional atau pun tidak untuk pembesaran Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ataupun rasional atau pun tidak kita nak tambah atau pun nak buat airport baru.

Memandangkan diperingkat Kerajaan Pusat juga telah merancang dan ianya telah disebut oleh menteri yang bertanggungajawab iaitu Menteri Pembangunan Usahawan bahawa akan ada Projek Kereta Terbang di Malaysia ini dan saya tengok dalam kenyataan yang dibuat oleh menteri bahawa Projek Kereta Terbang ini dah sampai ke tahap 85% pembuatan dia. Mungkin 15% lagi akan siap kalau tidak pun sebelum PRU ke-15 mungkin sudah ada kereta terbang di Malaysia ini. Tadi pun dalam perjalanan saya ke dewan ini masa feri delay dalam feri itu saya fikir lepas ini feri ini nak buat apa sebab semua akan menggunakan kereta terbang yang dibuat oleh kerajaan di peringkat pusat. Jadi minta penjelasan sikit terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Saya rasa ini dah terpesonglah, daripada kapal terbang pergi kereta terbang. Saya nak sebut di sini bahawa saya tak masuk dalam bidang kereta terbang, so saya rasa ini sasaran salahlah itu tanya soalan mungkin tanya pada menteri yang berkenaan yang saya khususkan ialah Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang itu untuk kapal terbang nak tekankan di sini.

So, di sinilah itu yang saya nak sebut di sini bahawa di antara itu projek-projek yang diluluskan dan seperti yang saya sebut selain daripada itu infrastruktur untuk projek-projek pelancongan pun amat penting yang kita lihat di sini. Sebelum saya pergi kepada apa ini itu pelancongan, untuk sebagai satu (1) itu pemangkin untuk membangunkan itu tapak perindustrian itu Batu Kawan.

Di sini kita boleh lihat keikhlasan daripada pihak Kerajaan Persekutuan apabila pengumuman dibuat dalam Belanjawan 2020 yang saya bentangkan pada 11hb Oktober bahawa kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang akan disamakan dengan Jambatan Pertama Pulau Pinang dan ini saya rasa akan banyak memberikan manfaat kepada pengguna-pengguna di situ di mana boleh tambah kegunaannya selain daripada mengurangkan kos yang ini secara langsung dan

tidak langsung akan menambahkan peluang perniagaan dan juga perdagangan untuk kawasan bahagian Selatan dan juga Seberang Perai Selatan. Saya tahu adalah kubu kuat Yang Berhormat Timbalan Speaker. So ini pun satu berita baik untuk beliau. Untuk sektor pelancongan yang merupakan salah satu (1) penggerak ekonomi utama ia adalah…(gangguan).

Penjelasan sedikit saja.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Sila Ketua Pembangkang.

Muhamad Yusoff Bin Mohd NoorUMNO · BNSungai Dua

Cuma tadi saya tertarik dengan apa yang di sebut tentang tol. Walaupun tol jambatan tadi yang dikurangkan daripada RM8.50 yang dikurangkan kepada RM7.00. Saya tak pernah saya jarang pergi ke tol itu sebab saya tak. Cuma pernah dalam dua tiga sidang yang lalu pernah dibangkitkan tentang isu tol di Sungai Nyior yang dicadangkan supaya dimansuhkan. Jadi apa pandangan Air Putih dan juga kalau boleh diberi satu kelebihan supaya tol ini dimansuhkan ataupun di terus dimansuhkan bukan dikurangkan dimansuhkan. Terima kasih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang memang ini merupakan diantara hasrat pihak kerajaan supaya kita dapat rasionalisasikan pengutipan tol di seluruh negara dan malangnya sungguh pun pihak kerajaan ingin menjalankan usaha ini. Tapi oleh kerana masalah kewangan fizikal yang diwarisi oleh kerajaan ekoran daripada penyalahgunaan dan salah laku oleh kerajaan lama, maka hasrat ini susah dicapai. Jadi apa yang kita buat ialah secara peringkat-peringkat. Di sini tentang itu, perkara tersebut saya harap bahawa kita boleh dapat gambaran yang lebih jelas pada masa akan datang. Mungkin Yang Berhormat boleh tanya saya soalan ini sebelum pilihan raya yang akan datang kerana itulah sasaran dan itulah jadual yang kita tetapkan supaya kita sekurang-kurangnya dapat memberikan satu penjelasan kepada rakyat. Seperti yang kita umumkan dalam belanjawan, pihak Kerajaan Persekutuan telah mengambil kedudukan secara prinsip. Untuk lebuhraya yang paling penting untuk rakyat di sini iaitu Lebuhraya Utara Selatan. Di mana kita telah mengambil pendirian secara prinsip untuk turunkan secara, apa ni, secara am sebanyak 18%. Dan itu kita harap dapat dilaksanakan untuk tahun depan. Tapi itu adalah satu perubahan, satu perubahan yang tidak akan tercapai sekiranya tidak ada pertukaran kuasa. Kerana hanya ada pertukaran kuasa kita lihat ada usaha sekurang-kurangnya itu kadar tol tidak dinaikkan, kalau boleh kita cuba turunkan. Dan tentu kita harap bahawa Pihak Pembangkang pun akan sokong usaha oleh pihak kerajaan dan janganlah seperti setengah pihak cuba memperkotak-katikkan usaha murni ini. Berkaitan dengan itu pelancongan…(gangguan).

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Air Putih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cuma nak mempertahankan hak perbahasan Air Putih. Jangan selalu diganggu oleh soalan-soalan yang seharusnya tidak ditimbulkan di peringkat sinilah. Sila Air Putih. Yang lain jangan ganggu.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Okey, tak apa. Atas arahan Speaker, Bukit Tengah nak mencelah tadi tak apa. Berkaitan dengan itu pelancongan, tentu ini adalah sesuatu yang amat penting dan tentu saya ada pandangan tentang beberapa usaha di mana memang ada usaha baik kita boleh lihat dari segi penerbangan yang datang ke Pulau Pinang pun bertambah, saya ucapkan tahniah. Tetapi dari segi, saya nak menimbulkan beberapa perkara yang harap diberikan perhatian. Saya terbaca itu mungkin bukan satu perkara yang besar. Saya terbaca ada satu laporan bahawa jenama Penang International Bridge Marathon akan dijenamakan semula kepada Penang Marathon. Tak ada nama jambatan. So itu pernah dicadangkan kepada saya sebelum ini. Itu semasa saya masih jadi Ketua Menteri. Tapi bila saya dapat pandangan peserta-peserta khususnya mereka yang lari marathon. Saya bukan pelari marathon. Saya tak ada itu kekuatan dan kemampuan. Bukan macam Tuan Speaker, Dato’ Speaker, saya rasa dia, badan dia pun lebih ramping daripada saya dan juga lebih sihat. So memang dia mampu. Tapi kebanyakannya menyertai itu acara ini kerana ini adalah satu acara unik dan istimewa kerana lari atas jambatan. Jambatan yang di antaranya terpanjang di Asia Tenggara. Tak kira Jambatan Pertama ataupun Jambatan Kedua. So di sini kalau kita nak pastikan kesinambungan, kesinambungan tradisi sukan marathon di Pulau Pinang, saya rasa namanya harus dikekalkan supaya kita tahu sejarah yang dimulakan sebelum ini iaitu jambatan yang saya rasa agak istimewa. Berkaitan dengan itu…(gangguan).

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Boleh minta cerahan Tuan Speaker?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tapi..?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Berkaitan dengan Penang Bridge Marathon. Terima kasih Air Putih. Saya amat tertarik dengan cadangan atau pandangan Air Putih berkaitan dengan PBIM iaitu Penang Bridge International, Penang International Bridge, Penang Bridge International Marathon. Saya sendiri menyertai Penang Bridge International Marathon sejak Tingkatan 2. Daripada 10 kilometer sampailah dua (2) tahun yang lepas full marathon. Jadi nama Penang Bridge International Marathon ini adalah sangat bermakna kepada pelari di Malaysia dan juga di luar negara. Jadi saya sangat setuju dengan pandangan daripada Air Putih bahawa jenama ini haruslah kita kaji semula untuk mengekalkan nama ini yang membawa makna dan sejarah

kepada semua pelari yang berminat di Penang Bridge International Marathon. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih daripada Yang Berhormat daripada Berapit. Memang beliau seorang ahli sukan dan mungkin lebih tahu tentang perkara ini daripada saya. So dalam aspek itu pelancongan tentu ia adalah satu pemangkin kepada pembangunan ekonomi di negeri Pulau Pinang dan usaha-usaha yang diambil harus diteruskan seperti yang selalu saya tekankan. Ada tiga (3) aspek dari segi pelancongan yang kita harus berikan tumpuan iaitu dari segi produk baru, sama ada kita boleh perkenalkan produk baru. Yang kedua ialah event baru. Event baru dan juga pengalaman baru. So products, event experience. Kerana yang penting bukanlah menarik pelancong-pelancong baru, yang penting ialah untuk memastikan pelancong-pelancong ini kembali semula ke Pulau Pinang ataupun ke negara Malaysia kerana inilah yang dapat menambah pulangan daripada pelancong-pelancong. So di sini itu adalah amat penting dan pihak Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan sesuatu yang hanya dinyatakan, diumumkan oleh kerajaan lama tapi tak dilaksanakan iaitu memberikan pengagihan 50% daripada itu cukai katil ataupun levi cukai katil dan Pulau Pinang mendapat lebih RM10 juta, saya ucapkan tahniah, menunjukkan bahawa sememangnya ia adalah sebuah negeri pelancong dan tentunya ia akan digunakan untuk projek-projek pelancongan seperti mana yang ditetapkan. Dan pembahagian ini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. Kita harap dengan insentif sedemikian semua negeri termasuk Pulau Pinang akan lebih gigih untuk membangunkan industri pelancongan ini. Di samping itu tentu ada satu projek untuk membina satu cable car kerana dengan kapasiti yang mencecah 2 juta penumpang, hampir mencapai maksimanya dan ini saya rasa juga adalah satu program bersama kerana sekiranya kos melebihi jumlah tersebut maka ia akan ditampung oleh pihak Kerajaan Negeri tapi kita nak berikan satu push, satu imputers….(dengan izin) supaya dapat menjadikan Bukit Bendera sebagai salah satu tarikan pelancongan, bukit peranginan pelancongan yang utama di Malaysia. Dan ini dapat tentu memberikan keuntungan kerana saya yakin bukan seperti mungkin usaha-usaha lain di mana ia tidak akan memperolehi ataupun tidak akan meraih keuntungan. Projek ini akan dapat meraih keuntungan dan juga akan menambah itu tarikan pelancongan ke sini. Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga ingin menyatakan, mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha untuk meneruskan beberapa projek yang dirancangkan sebelum ini. Tapi kita lihat bahawa kerja telah dimulakan. Iaitu pembinaan bagi Projek ByPass sepanjang 5.7 kilometer yang menyambungkan Bandar Baru Ayer Itam dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Pakej 2 ini pasti akan mendatangkan impak positif terhadap penduduk-penduduk disekitarnya dan usaha kita untuk menangani masalah kesesakan trafik yang semakin meruncing hasil daripada

pertambahan penduduk di kawasan tersebut. Dan selain itu ialah Pakej 1 yang merupakan jalan berkembar dari Tanjung Bunga dan ke Telok Bahang yang juga adalah dalam rancangan tersebut. Sokongan harus diberikan kepada usaha pihak kerajaan untuk menjalankan projek-projek tersebut supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna. So kita harap sokongan sepenuhnya daripada semua pihak kerana ini adalah penting supaya kita dapat kurangkan masalah kesesakan. Saya juga seperti yang saya sebut melihat belanjawan ini memberi penekanan yang tinggi terhadap Plan Transformasi Digital serta pelbagai inisiatif yang berkaitan dengannya termasuk usaha untuk menubuhkan Perbadanan Digital Pulau Pinang dan satu lagi Perpustakaan Digital yang baru di Batu Maung. Nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Batu Maung kerana sudah ada itu Perpustakan Digital. Dan konsep ini adalah amat berjaya. Seperti yang saya telah pun berbincang dengan itu Huawei, untuk memasang itu sistem 5G. Saya telah menjemput Huawei, apabila saya berjumpa dengan mereka iaitu CEO mereka untuk Malaysia datang ke Perpustakaan Digital Pulau Pinang untuk melihat sama ada kita boleh menaiktarafkannya ke tahap 5G. Dan itu sedang berjalan dan juga telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kita harap dengan tambahan ataupun penaiktarafan ini akan menjadi Perpustakaan Digital sesuatu yang unik di seluruh negara kerana memang Perpustakaan Digital ini mendapat sambutan yang luar biasa. Kalau kita lihat itu Perpustakaan Digital ia memang dikunjungi oleh ramai pelajar sampai tidak ada tempat untuk duduk pun. Dan apabila program tersebut dicadangkan untuk negeri-negeri lain, mereka dengan begitu ghairah sekali menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Dan ini adalah satu model di mana kita lihat kejayaan yang dilakukan oleh Pulau Pinang menerusi 4P Partnership berkaitan dengan pihak swasta, pihak awam dan juga pihak profesional serta rakyat, kita boleh lihat manfaat dan juga faedahnya, di mana bukan sahaja suntikan dana oleh pihak kerajaan tapi juga daripada pihak swasta. Khususnya dalam bidang memberikan sokongan software, sokongan teknologi yang amat penting kerana tidak ada sebuah buku pun dalam perpustakaan. Ini sesuatu yang juga unik. Perpustakaan yang tidak ada satu buah, sebuah buku pun tapi semua bergantung kepada digital, broadband dan juga kepada online. So itu tentu akan dibina juga replicated…(dengan izin) ataupun dibina juga di negeri-negeri lain. Dan saya rasa itu akan adalah sesuatu projek awam yang memang akan mendapat sambutan baik daripada rakyat. Seperti yang saya sebut tadi, ekonomi digital adalah sesuatu yang amat penting dan saya yakin bahawa pihak Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan bahawa penguasaannya bukan sahaja di kalangan industri tapi juga di kalangan rakyat. Dan di sini adalah penting bahawa kita memastikan penguasaan ini dapatlah dihayati, dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Dato’ Yang di-Pertua, Sebagai rumusan saya percaya bahawa belanjawan ini akan juga menjadikan bukan sahaja kedudukan kewangan lebih mantap tapi akan memastikan pembangunan ekonomi boleh menjalankan lebih rancak lagi dan khususnya mengikut prinsip..(gangguan).

Speaker, boleh tak saya tanya satu soalan kepada Air Putih sebelum dia akhir? Saya just nak tanya, sebagai seorang yang pernah menjadi Ketua Menteri dan juga sekarang Menteri Kewangan, untuk menambah pendapatan di Pulau Pinang, adakah pandangan, apakah pandangan Air Putih untuk sebab apa ni, Pulau Pinang menjana hasil yang tinggi daripada cukai pendapatan untuk memulangkan balik 10 to 20% daripada cukai pendapatan oleh rakyat Pulau Pinang untuk kembalikan kepada Kerajaan Negeri. Keduanya ada apakah pandangan Air Putih berkenaan dengan menjana pendapatan daripada carbon credit atau pun penjualan diperdagangkan karbon. Sebagai contohnya, di Pulau Pinang kita mempunyai lebih kurang 600 hektar paya bakau dan di Penaga 479 hektar dan ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat agak, agak lari dari ….(gangguan).

Tidak, soalannya ialah, saya punya soalan kalau tengok carbon credit kalau diamalkan di negara Malaysia, kalau pendapatan yang boleh dijana dari Penaga ialah USD23 juta setahun dan kalau kita kira carbon credit daripada Sungai Mati di Kampong Terus dan juga hutan pelajaran Air Itam fresh water wetlands, carbon creditnya ialah USD8.6 juta setahun. Jadi saya punya soalan bolehkah, apakah pandangan Air Putih supaya ini dapat menambahkan menjana pendapatan bagi Kerajaan Negeri dan juga orang tempatan dan juga at the same time membantu meningkatkan eco tourism seperti di Chilin Mangrove Geopark di Langkawi di mana ….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Penanti, sudah.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Penanti, saya ingat Yang Berhormat Penanti macam Ahli Parlimen, ini macam dekat Dewan Rakyatlah, tapi perkara ini harus di luluskan oleh Kabinet dan juga menteri yang berkaitan. Saya memang setuju dengan kedua-dua pandangan tadi termasuk dari segi pemula hasil tapi selepas Wawasan Kemakmuran Bersama dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, maka tumpuannya ialah untuk memastikan keberhasilan saksama. So di sini sungguhpun saya sokong, setuju dengan pandangan Yang Berhormat tapi saya hanya salah satu daripada menteri dan saya bukan Perdana Menteri. Perdana Menteri harus buat keputusan sedemikian bahawa kita ada rancangan seperti ini untuk pulangkan hasil dan ini permintaan bukan sahaja datang daripada Pulau Pinang, ia pun datang daripada Selangor, juga daripada negeri-negeri lain termasuk juga di negeri-negeri di kawasan Johor dan sebagainya. Tetapi dari segi aspek ini dari segi prinsip saya rasa ia memang sesuatu yang munasabah tetapi kena dapat persetujuan daripada Kabinet dan kalau kita lihat daripada manifesto Pakatan Harapan ia tidak disebut di situ. Oleh sebab itu tumpuan kita haruslah berikan keutamaan untuk melaksanakan semua janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Saya rasa ia harus menjadi tumpuan dan itulah sebabnya

sungguhpun ada pihak yang menyatakan kita tidak, kita sudah membelakangkan manifesto Pakatan Harapan, itu tidak benar. Kita masih berusaha, mungkin lambat kerana masalah kekangan kewangan tapi itu tidak bermakna kita telah berputus asa, kita masih akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Dari aspek ini, sungguhpun saya amat simpati dengan cadangan Yang Berhormat, perkara ini hanya boleh diputuskan oleh Kabinet secara keseluruhan dan juga kepada menteri yang berkaitan. Carbon credit ini bukan di bawah bidang kuasa saya, so ini yang saya boleh jawab sekarang kerana saya tak boleh melebihi bidang kuasa saya apabila ia adalah sesuatu keputusan penting yang harus dibuat oleh bukan sahaja Perdana Menteri tetapi oleh Kabinet secara keseluruhannya. So sebagai rumusan, saya yakin bahawa usaha-usaha yang dijalankan secara bersama, dan contohnya seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pulau Pinang UTC akan disebutkan, akan ditubuhkan. UTC di KOMTAR ini hanya boleh menjadi satu realiti selepas perubahan kuasa. Kalau tidak ada perubahan kuasa saya rasa sukarlah untuk melihat UTC didirikan di KOMTAR dan ini adalah hasil daripada kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri bahawa akhirnya kita boleh lihat UTC di KOMTAR. Dan saya difahamkan sekarang, tender dah dipanggil dan kerja pun dah mula dan ini adalah sesuatu yang kita amat harapkan untuk tahun hadapan. Apabila siap, saya tahu YB. KOMTAR amat gembiralah kerana ini adalah satu berita baik di mana akan membolehkan KOMTAR hidup dan pada masa yang sama dapat juga memastikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Pulau Pinang. Sebelum saya akhir ucapan saya, seperti yang saya sebut tadi, saya pun ada terima banyak pandangan daripada orang ramai dan apabila saya pergi Amerika Syarikat saya jumpa orang Penang, saya pun ada terima pandangan tersebut. Itu berkaitan dengan cukai pintu, cukai pintu yang menjadi buah mulut pelbagai pihak. Sungguhpun saya sebut sekarang saya adalah menteri, bukanlah Ketua Menteri tapi mereka pun tak kira, mereka pun buat aduan dan pandangan kepada saya. Yang saya sebut kepada mereka dan saya hendak ulangi di sini bahawa saya yakin Kerajaan Negeri sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat akan membuat penyesuaian yang sewajarnya supaya dapat memenuhi ataupun mendengar suara daripada mereka yang mungkin ada pandangan dan tidak puas hati tentang kadar baru cukai pintu. So biarlah kita serah kepada kebijaksanaan Ahli EXCO dan juga itu Ketua Menteri. Kita yakin bahawa akan cari satu penyelesaian yang munasabah kerana sememangnya mereka kurang puas hati, itu kita kena akui. Tetapi sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat kami selalu berpegang kepada prinsip bahawa sebuah kerajaan berjiwa rakyat adalah sebuah kerajaan yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat. Kita yakin bahawa kerajaan sedemikan akan dengar pandangan daripada rakyat dan juga cari satu penyelesaian yang boleh diterima dan saya rasa munasabah dan menang-menang untuk semua pihak. Tan Sri Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

No,no, no Tan Sri….(ketawa).

Lim Guang EngDAP · PHAir Putih

Dato’ Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

No Dato’ Seri…(ketawa).

Lim Guang EngDAP · PHAir Putih

Itu kena minta YAB. Ketua Menteri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Putih kerana perbahasan. Sila Permatang Berangan.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih YB Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. (Bacaan Doa). Yang dihormati YB. Dato’ Yang di-Pertua, YB. Timbalan Yang di-Pertua, YAB. Ketua Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB Dato’ Ketua Pembangkang, Barisan Blok Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua serta wakil-wakil jabatan dan agensi, para media dan pemerhati seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekelian. Alhamdulillah terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Illahi atas izinNya yang mengizinkan kita berada di sini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Sidang DUN Pulau Pinang untuk kali yang Keempat belas. Permatang Berangan ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan bagi tahun 2020. Ucapan tahniah ditujukan kepada YAB. Padang Kota selaku Ketua Menteri yang telah berucap dengan baik ketika membentangkan Belanjawan 2020 Negeri Pulau Pinang pada Jumaat yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua urus setia dari anggota pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutama Bahagian Dewan Undangan Negeri yang dapat menyediakan persiapan menjelang Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Sekali lagi pada kali ini kita bersidang di Dewan Sri Pinang, susunan kedudukan dalam mesyuarat 99% mirip kedudukan di Dewan Undangan Negeri yang kini sedang diubah suai. Alhamdulillah selesa sekali dan inilah tempat yang sesuai untuk kita bersoal jawab dan berbahas demi membela rakyat di kawasan masing-masing. YB. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Permatang Berangan menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan perancangan ke arah merealisasikan empat tema utama, Visi Penang2030 walaupun tidak banyak perbezaan dan perubahan yang diumumkan berbanding Belanjawan Tahun 2019, malah tidaklah nampak sangat "wow factor" yang ketara dalam ucapan Belanjawan 2020 tersebut. Namun sebagai saranan dari blok

Pembangkang yang bertindak sebagai check and balance…(dengan izin), kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Permatang Berangan ingin memberikan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan pentadbiran Kerajaan Negeri selepas tempoh 18 bulan ini. Dan sebelum itu Permatang Berangan ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga kini sejauh manakah daripada 68 janji dalam Manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang yang telah dilaksanakan. Saya berharap YAB. Padang Kota selaku Ketua Menteri dapat memberikan jawapan dalam Penggulungan nanti. Secara keseluruhan YB. Dato’ Ketua Pembangkang telah memperhalusi secara terperinci intipati Belanjawan 2020 dengan mengaitkan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh termasuk syor dan saranan untuk tindakan Kerajaan Negeri. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang perihatin terhadap semua rakyat, tindakan segera perlulah diambil bagi menangani isu-isu yang berlaku supaya rakyat tidak bimbang ketika dilanda masalah. Dato’ Yang di-Pertua, saya akan menyebut secara ringkas ulasan berkaitan ucapan Belanjawan 2020 dan akan menjurus secara khusus kepada keperluan penduduk di Permatang Berangan. Sidang Ahli Dewan yang mulia, dalam mesyuarat terdahulu saya ada menyebut isu penyebaran bible, ICERD, Statue Rome, perarakan LGBT dalam sambutan Hari Wanita, pemasangan lampu gergasi berbentuk salib di bangunan Grace Residence, Jelutong dan penghinaan kepada Agama Islam dengan mempersendakan Nabi Muhamad SAW sebagai sebahagian isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Terbaru isu-isu yang menjadi polemik seperti silibus tulisan khat jawi, bacaan doa Kristian di sekolah dan isu pengedaran komik juga sedikit sebanyak menguji kesabaran dan membangkitkan kebimbangan umat Islam. Dalam isu-isu sebegini, Permatang Berangan meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang berpendirian tegas dan dapat membuat pemantauan serta siasatan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti sebegini sebagai tanda hormat kepada Agama Islam seperti mana Islam menjaga dan menghormati anutan serta amalan-amalan agama-agama lain. Semalam, ADUN Pembangkang menerima memorandum bantahan terhadap kelewatan pembinaan semula Masjid Jamek Sungai Nibong Besar serta bantahan terhadap cadangan menganjakkan bangunan masjid dari tapak asal wakaf bagi memberi laluan kepada pembinaan jajaran LRT oleh SRS Consortium. Isunya di sini, kenapakah projek tersebut ditangguhkan pembinaannya sehingga Januari 2020. Kalau pun ada perubahan pelan dan sebagainya, mohon pihak Kerajaan Negeri memberikan penjelasan serta justifikasi perubahan tersebut kepada Jawatankuasa Kariah Masjid supaya jalan penyelesaian dapat dipersepakati bersama. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia….(gangguan).

Penjelasan. Cuma apa yang saya nak minta penjelasan ataupun setujukah pihak Permatang Berangan bagi menangani isu ataupun masalah yang berkaitan dengan penyebaran bible dan sebagainya, isu dakwah ataupun perkara yang berkaitan dengan orang Islam, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(4) supaya satu enakmen berkaitan dengan sekatan penyebaran ini dapat disusun dan dibuat, dilaksanakan, dikuatkuasakan di peringkat negeri Pulau Pinang yang mana hanya negeri Pulau Pinang saja lagi

yang, bersama dengan Perlis dan juga Wilayah belum menguatkuasakan enakmen ini. Saya rasa enakmen ini perlu supaya perkara ini tak akan berlaku lagi, tak akan timbul lagi di masa-masa akan datang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Perkara-perkara yang telah pun disebut-sebut dan diulang-ulang itu kalau boleh ringkaskan dan kita menunggu EXCO untuk menjawab kepada semua yang telah pun bangkitlah. Sila.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Permatang Berangan boleh bersetuju sekiranya cadangan atau pun usul untuk enakmen sekatan bagi menyekat penyebaran agama-agama bukan Islam dilakukan secara terbuka dapat digubal dan dipersetujui dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. saya bersetuju dengan pandangan Ketua Pembangkang. Dato’ Yang di-Pertua, untuk meneruskan perbahasan saya, Permatang Berangan menyambut baik seruan Kerajaan Negeri yang mengutarakan strategi perbekalan rumah mampu milik untuk menyediakan 180,000 sasaran RMM kepada rakyat Pulau Pinang. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang hampir mencapai sasaran dalam menyediakan kemudahan perumahan kepada rakyat. Keprihatinan terhadap kebajikan dan penjagaan rakyat amatlah diharapkan supaya rakyat Pulau Pinang dapat menikmati keselesaan dan memungkinkan produktiviti negeri ini ditambah baik dengan lebih produktif dan efektif. Amatlah dihargai sekiranya Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat Dato’ Keramat selaku EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, melihat keperluan RMM bukan sahaja melalui program perumahan rakyat ataupun PPR, malah membina lebih banyak kediaman melalui sewa beli iaitu rent-to-own…(dengan izin), yang mana kaedah ini dilihat mampu memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang khasnya dari golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Berkaitan rumah PPR pula, dalam ucapan Belanjawan 2020, hanya rumah PPR di kawasan pulau sahaja diumumkan. Justeru, Permatang Berangan berharap agar Kerajaan Negeri dapat mencari lokasi bersesuaian di daerah Seberang Perai khususnya Seberang Perai Utara untuk membantu golongan yang memerlukan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tambahan kepada itu, Permatang Berangan ingin menyuarakan satu lagi keresahan dan kebimbangan rakyat yang mana jika dibandingkan dalam Bajet 2019 dan 2020, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengumumkan dan menjanjikan pengurangan cukai pintu oleh MBPP dan MPSP pada kadar 50% kepada penghuni-penghuni rumah kos rendah dan sederhana rendah termasuk pengurangan 3% bagi lain-lain kategori. Mana janji pada 2019? Sedangkan Kerajaan Negeri pada tahun ini mulai September 2019 melalui MBPP dan apabila MPSP dinaiktaraf, kebetulannya sebagai bandaraya telah mengeluarkan notis bayaran cukai taksiran pada kadar nilaian baru yang mungkin dikenakan kenaikan maksima sehingga 30% mulai tahun hadapan. Saya mohon lagi penjelasan daripada Kerajaan Negeri untuk kaedah ataupun cadangan bagaimana untuk mengurangkan kerisauan rakyat. Mohon pertimbangan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, senario pertumbuhan ekonomi semasa negara yang lembap ditambah dengan harga komoditi yang menurun, matawang ringgit jatuh serta krisis hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar yang retak dan renggang menyebabkan rakyat hidup dalam kebimbangan. Suasana ini mempengaruhi ekonomi kerana rakyat berdepan isu pengangguran dan kekurangan peluang pekerjaan. Walau pun tadi kita dengan Yang Berhormat Perai menyebut ada 11,000 peluang pekerjaan, namun masih tidak jelas di mana letaknya dan tambahan satu lagi, ekonomi digital adalah sesuatu yang baru dan disebut dalam Belanjawan 2020 maka dengan itu saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat memikirkan bagaimanakah kaedah untuk memberikan penjelasan dan pendedahan kepada rakyat tentang kaedah pelaksanaan ekonomi digital supaya mereka juga boleh mendapat manfaat darinya. Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan yang mulia, ditambah lagi dengan isu-isu berkaitan rakyat. Isu tambakan tanah sawah yang berleluasa, golongan pesawah dan pengusaha tanaman padi masih lagi dalam kebimbangan kerana tiada penjelasan khusus berkaitan tindakan dan peruntukan perundangan berkaitan isu ini. Apakah tindakan yang lebih tegas selain membayar denda yang rendah? Adalah menjadi satu permintaan yang amat wajar sekiranya Kerajaan Negeri dapat mengkaji keperluan membina perundangan dengan peruntukan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam isu tambakan tanah sawah yang mengakibatkan kepupusan tanah padi dan bendang. Bagaimanakah Kerajaan Negeri melihat keseriusan isu ini dan apakah tindakan lanjut yang akan dilakukan untuk menyelesaikannya? Dato’ Yang di-Pertua, selain itu di Permatang Berangan kami amat berbesar hati sekiranya Kerajaan Negeri dapat melihat keperluan golongan peniaga kecil dan sederhana terutama sekali peniaga-peniaga wanita di Permatang Berangan yang masih tiada premis tetap untuk berniaga. Ada sebahagian daripada mereka yang membina khemah sementara di tepi jalan tetapi diambil tindakan oleh pihak PBT yang merobohkan serta merampas khemah serta peralatan perniagaan mereka. Justeru, adalah amat dihargai sekiranya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan untuk membina sebuah astaka di kawasan Permatang Berangan bagi menyediakan premis perniagaan yang bersesuaian dan selesa kepada para peniaga yang masih belum mempunyai premis tetap. Selain daripada itu, Permatang Berangan juga inginkan penjelasan tentang status bantuan kebajikan kepada warga emas, ibu tunggal, OKU dan golongan yang menerima bantuan kebajikan masyarakat. Ramai yang tidak jelas tentang prosedur baru untuk melanjutkan bantuan tersebut atau pun permohonan baru untuk bantuan tersebut. Oleh yang demikian, Permatang Berangan mengesyorkan agar ada penjelasan khusus kepada status bantuan yang diterima oleh pemohon samada permohonan atau pun bantuan itu diteruskan atau pun dihentikan. Sekiranya dihentikan, apakah alasannya dan berilah penjelasan supaya pemohon tidak tertanya-tanya dan menunggu bantuan mereka yang tak kunjung tiba. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia, mengimbau kesan pembangunan kepada alam sekitar sekiranya projek mega seperti PTMP, PIL1, Tambakan Laut PSR dan pembinaan terowong dasar laut diteruskan, Permatang Berangan risau lebih banyak isu pencemaran alam sekitar akan berlaku apabila projek-projek mega ini dilaksanakan kelak. Rasanya lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada rakyat. Menyingkap pula bencana ribut taufan Lekima yang berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha,

Permatang Berangan ingin meminta kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menambah baik persediaan menghadapi bencana alam. Sekarang ini pula sudah tiba musim tengkujuh. Eloklah Kerajaan Negeri bersiap-sedia menghadapi kemungkinan berlakunya bencana banjir akibat cuaca hujan setiap hari dan Permatang Berangan juga menyambut baik usaha-usaha pembersihan dan penyelenggaran parit longkang dan saliran yang dilakukan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri melalui PBT, Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara berkala supaya tiada parit longkang tersumbat hingga menyebabkan kebanjiran ketika hujan lebat. Permatang Berangan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPU, Zakat Pulau Pinang dan NADMA atas sumbangan bencana. Namun, mohon untuk pemantauan dibuat kerana dikhuatiri masih ada penerima yang tercicir untuk menerima sumbangan tersebut. Dan Permatang Berangan boleh berterima kasih dan memuji Wira Oren MBSP yang turut terlibat membantu menebang pokok dan membersihkan laluan jalan ketika kawasan dilanda ribut. Dan satu lagi syor daripada Permatang Berangan adalah supaya Kerajaan Negeri dapat mengkaji pembinaan RTB sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang untuk membuat kajian sama ada keperluan untuk membina RTB di kawasan Permatang Berangan yang melibatkan Sungai Kereh dan Sungai Labuh Banting agar di masa hadapan kebanjiran tidak lagi berlaku. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, hidup bahagia biarpun di kediaman kecil amat diidamkan oleh semua orang. Kebersihan dan keselamatan persekitaran kediaman juga dapat menjamin keselesaan penduduk. Begitulah harapan semua penduduk termasuk 38,600 penduduk di KADUN Permatang Berangan. Selain risaukan isu keselamatan tentang masalah kecurian dan pecah rumah, kes dadah dan narkotik, pembiakan nyamuk aedes sedikit sebanyak merisaukan jika wabak denggi merebak. Dalam perkara ini, Permatang Berangan ingin memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK, Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk bertindak agresif membuat pengawasan, pemantauan dan jika wajar, membuat tangkapan terhadap pesalah-pesalah jenayah yang membahayakan keselamatan penduduk. Permatang Berangan juga ingin berterima kasih sekiranya pihak Jabatan Kesihatan Negeri dapat membuat pemantauan tempat-tempat pembiakan aedes dan lalat yang menjadi ejen penyakit yang membahayakan. Selain daripada aktiviti-aktiviti gotong-royong yang dijalankan sendiri oleh penduduk setempat. Terdahulu saya pernah menyuarakan kerisauan penduduk Kampung Pengkalan Batu dan Pokok Tampang tentang ancaman khinzir atau babi hutan dan penduduk Padang Cempedak tentang gangguan kera yang berkeliaran di kawasan semak dan belukar berdekatan kediaman mereka. Tahun lepas saya menyebut kejadian penduduk Kampung Padang Cempedak yang disondol babi sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada tiga orang penduduk. Terbaharu, pada bulan lepas, seorang ibu tunggal patah tulang pipi akibat dilanggar, sorry dilanggar. Minta maaf. Terlanggar seekor babi yang melintas ketika beliau keluar awal pagi untuk menunaikan solat subuh di masjid. Permatang Berangan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perhilitan yang membantu namun belum dapat menyelesaikan sepenuhnya permasalahan ini. Kita tak dapat nak menjejak lokasi di manakah kedudukan sebenar kumpulan makhluk tersebut. Jadi, adalah diharapkan kepada Kerajaan Negeri untuk membantu mencari

penyelesaian dengan kaedah dan tindakan yang lebih efektif supaya tidak ada lagi kemalangan melibatkan nyawa seperti itu. Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan boleh bersetuju dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat. Antara lain, usaha menaik taraf laluan utama seperti jalan-jalan kampung termasuk mencahayakan kawasan gelap dan terpencil amat perlu untuk keselesaan pengguna setiap hari. Selain jalan yang baik dan lampu awam yang terang, sistem lampu isyarat dapat membantu mengurangkan kesesakan malah mampu mengurangkan risiko kemalangan. Terdahulu, Permatang Berangan ada menyuarakan permohonan lampu isyarat di Simpang Tiga Thai Thong, Tasik Gelugor yang menjadi jalan utama yang dilalui oleh penduduk dari daerah SPU dan sempadan Kedah termasuk Padang Serai dan Lunas. Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Tanjung Bunga adalah terdapat keperluan bagi pemasangan lampu isyarat di kawasan tersebut namun sehingga kini pelaksanaannya masih belum dilakukan. Justeru, penduduk Permatang Berangan amat berharap agar tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan isu kemalangan di kawasan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan naik taraf MPSP sebagai status bandaraya, Permatang Berangan ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk meninjau kedudukan lampu jalan awam di jalan-jalan utama seperti Jalan Lahar Yooi menuju Lubuk Meriam dan Pokok Sena, Jalan Pokok Tampang, Tasek Gelugor, Jalan Hashim Awang ke jalan masuk ke Taman Sepadu dan Taman Saga dan beberapa jalan lagi di kawasan berhampiran. Memang terdapat lampu jalan yang dipasang di sepanjang jalan tersebut namun masih lagi gelap kerana daun-daun dari pokok-pokok besar menghalang pancaran cahaya dan menyebabkan laluan tersebut masih lagi gelap dan membahayakan pengguna jalan raya. Perlu tindakan dari pihak PBT untuk menebang pokok-pokok berkenaan supaya dapat melindungi, membolehkan pancaran cahaya lampu lebih terang untuk kegunaan rakyat terutama di waktu malam.

Tambahan kepada itu Dato’ Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang mulia, selain jalan kampung dan lampu jalan awam, kemudahan dewan orang ramai amat penting untuk aktiviti kemasyarakatan termasuk kenduri kendara. Terdapat dua puluh tiga dewan orang ramai di dalam KADUN Permatang Berangan, namun sedih sekali kerana banyak dewan yang rosak dan tidak dapat digunakan untuk kegunaan awam kerana tidak diselenggara dengan baik. Soalan saya bagaimanakah Kerajaan Negeri menjaga dan menguruskan kerja-kerja menyelenggara dewan-dewan tersebut? Justeru, Permatang Berangan meminta supaya tindakan lanjut dapat dilakukan sewajarnya untuk menangani permasalah ini.

Seperti yang saya pernah suarakan kepada Yang Berhormat Datok Keramat pada mesyuarat terdahulu, Tasek Gelugor amat bertuah kerana mempunyai kemudahan perkhidmatan keretapi yang menjadi penghubung kepada kawasan dan negeri sekitarnya. Perkhidmatan komuter dan ETS disediakan di KTM Tasek Gelugur, namun ia mengalami masalah kesesakan ekoran terdapat kekurangan tempat parkir kenderaan. Untuk kepentingan dan demi penggunaan rakyat yang menggunakannya sehari-hari, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat mengkaji keperluan untuk membina parkir bertingkat di kawasan KTM tersebut atau sekurang-kurangnya memanjangkan permasalahan ini kepada Kementerian Pengangkutan bagi mencari penyelesaian untuk mengatasi kesesakan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan juga ingin mengesyorkan pemasangan pagar di persisir parit ban, saliran atau tali air bagi mengelakkan kemalangan yang membahayakan penduduk sekitar. Sebagai contoh, telah ada empat (4) kes yang mana kanak-kanak jatuh ke dalam parit ban tersebut di Kampung Belukar kerana ketiadaan pagar di kawasan terbabit. Tiada sebarang pagar di kiri kanan ban tersebut memandangkan aras ban tersebut sama dengan kedudukan parit. Tebingnya tidak tinggi, jadi menjadi satu tempat yang tidak selamat untuk kanak-kanak berada di situ.

Yang di-Pertua (Speaker)

Lokasinya?

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Lokasinya di kawasan Permatang Berangan, Kampung Belukar dan Sungai Kreh. Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Permatang Berangan memohon dan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mengkaji keperluan bagi pemasangan pagar untuk keselamatan penduduk terutama sekali kanak-kanak yang bermain di sekitar itu.

Dato’ Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang dihormati, bagi pihak penduduk N.04 DUN Permatang Berangan saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan institusi Islam dan memperkemaskan urus tadbir hal ehwal agama Islam negeri Pulau Pinang. Permatang Berangan juga menghargai usaha Kerajaan Negeri yang telah memberikan elaun kepada Imam, Siak dan Bilal serta elaun tenaga pengajar guru-guru KAFA. Sekali lagi Permatang Berangan mengesyorkan atas Kerajaan Negeri supaya dapat mengkaji pemberian elaun kepada petugas-petugas masjid seperti penggali kubur dan petugas mandi jenazah lelaki dan perempuan kerana kebanyakan mereka menjalankan tugas ini secara sukarela. Mereka menjalankan tugas fardu kifayah tanpa sebarang bayaran. Adalah wajar jika mereka juga diberi peluang menikmati sedikit upah bagi tugas yang mulia itu.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia, Permatang Berangan menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang pendidikan. Justeru, amat bersetuju sekali dengan pemberian khidmat wifi percuma kepada sekolah agama. Hasrat ini disuarakan oleh beberapa sekolah agama rakyat SAR dan sekolah agama bantuan kerajaan SABK di KADUN Permatang Berangan untuk kemudahan wifi percuma bagi menikmati pembelajaran yang lebih up to date…(dengan izin). Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Pinang Tunggal untuk prosedur permohonan daripada SAR dan SABK bagi tujuan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi golongan belia pula, suka Permatang Berangan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk memperkasakan belia melalui pendedahan tentang latihan kemahiran dan peluang-peluang pekerjaan yang boleh digarap sebaik tamat pengajian. Tambah lagi Yang Berhormat Perai telah sebut tadi ada 11,000 peluang pekerjaan. Jadi inilah masanya Kerajaan Negeri mewar-warkan peluang-peluang yang boleh digarap oleh belia-belia yang baru saja selesai bersekolah, tamat pengajian. Di samping itu golongan wanita janganlah dilupakan, pembelaan kepada wanita melalui perlindungan dari keganasan rumah tangga dengan memberikan tips dan bimbingan untuk lebih

berdikari serta membantu untuk bimbingan keusahawanan terutama dari golongan ibu tunggal yang menjadi tulang belakang keluarga serta isteri yang membantu menjana pendapatan keluarga.

Skim bantuan yang bersesuai perlulah diperjelaskan pada akar umbi kerana masih ramai yang memerlukan bantuan tetapi bantuan ataupun sumber-sumber untuk bantuan tersebut tidak sampai kepada mereka kerana tiada informasi yang jelas. Dan sebagai menyahut saranan kerajaan ke arah masyarakat sihat dan harmonis penjagaan kesihatan amat wajar dititik beratkan sendiri oleh tuan punya badan selain mempunyai institusi kesihatan yang memantau tahap kesihatan rakyat.

Permatang Berangan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meluluskan projek naik taraf gelanggang futsal di Pokok Machang. Dalam lawatan tapak yang dihadiri oleh saya bersama YB Bagan Jermal, Permatang Berangan bersetuju sekiranya ada cadangan untuk membina pusat sukan setempat di kawasan yang bersesuai yang mana ia boleh dijadikan pusat sukan dan rekreasi bagi penduduk Permatang Berangan. Ada juga pertanyaan daripada para belia, macam mana dan apakah status untuk membina stadium mini di kawasan Desa Puri di Permatang Berangan? Saya juga memohon supaya Kerajaan Negeri dapat melihat keperluan untuk menambah baik fasiliti-fasiliti sukan dan menaik taraf gelanggang futsal di Kampung Aman dan Pokok Tampang dalam kawasan Permatang Berangan, tambahan kepada itu, taman permainan kanak-kanak di Taman Bakawali dan Padang Jarak Atas juga memerlukan penyelenggaraan.

Akhir sekali adalah diharapkan agar segala permohonan dan saranan yang diutarakan oleh Permatang Berangan dapat diamati dan dikaji oleh pihak Kerajaan Negeri supaya ia dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan kepada penduduk Pulau Pinang secara menyeluruh dan kepada penduduk Permatang Berangan secara khususnya.

Kami di blok Pembangkang akan terus memerhati dan melihat perkembangan kemajuan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Justeru, adalah menjadi harapan rakyat Permatang Berangan agar Kerajaan Negeri dapat menunaikan Manifesto Kerajaan PH seperti mana yang pernah dijanjikan kepada rakyat dan juga pelaksanaan mengikut pengumum bajet yang telah dilakukan. Sebelum mengundur diri, Permatang Berangan ingin mengucapkan selamat bersara kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan menamatkan perkhidmatannya hujung minggu ini. Tidak ada pantun daripada Permatang Berangan seperti mana Jawi ataupun Bukit Tambun, sekadar ucapan terima kasih dan selamat maju jaya. Dan juga akhir sekali ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM kepada pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam seluruh negara. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan, cepatnya, Bukit Tengah sila, setengah jam ada.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Setengah jam?. Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahas dalam Belanjawan Negeri 2020. Semalam Dato’ Speaker kita mendengar Sungai Dua berucap selama tiga jam tiga puluh lapan minit empat puluh saat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saat lagi.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya rasa Tuan Speaker amat besar hati memberi ruang sebegitu besar kepada Ketua Pembangkang untuk berbahas dan saya lihat lebih banyak masa lagi kalau dibandingkan di Parlimen ataupun Ketua Pembangkang Parlimen pun tidak dapat masa sebegitu banyak masa. So, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker memberi ruang kepada kita sebagai Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri akan diberikan masa yang secukupnya untuk membawa isu-isu yang kita rasa penting dan yang dihadapi masalah-masalah kawasan kita. Sebelum saya bermula dalam substantivenya ucapan saya. Saya tau Dato’ Speaker negara kita sekarang ini mengalami pelbagai masalah dan satu masa yang mencabar. Tidak lama lagi kita akan ada pilihanraya kecil di Tanjung Piai dan juga kita melihat masalah juga penggunaan SOSMA yang saya rasa adalah amat tidak adil detention without trial, draconian law, saya ingin mengunakan ruang ini untuk merakamkan bantahan rasmi saya terhadap penggunaan undang-undang yang tak sepatutnya digunakan ke atas mereka-mereka yang ditangkap dan dituduh. Khususnya semalam saya pun bercakap dengan YB Bagan Dalam di mana beliau memberitahu saya bahawa salah satu daripada ADUN DAP yang kena dituduh itu hanya sebab mempunyai gambar tokoh seseorang LTTE daripada Sri Lanka, dan saya rasa itu adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku mengunakan SOSMA Preventives Detention tahanan tanpa bicara untuk satu masa yang lama sebelum dituduh. Namun Dato’ Speaker saya ingin beralih balik kepada bajet. Yang pertama saya ingin mengucapkan tahniah yang tinggi-tinggi kepada Ketua Menteri kerana membentangkan bajet negeri. Yang kedua, untuk Pulau Pinang bertema Penang 2030 Teras Kejayaan, Kemakmuran Bersama. Walaupun dalam keadaan yang mencabar dari segi ekonomi, saya rasa yang kita semua bersetuju bahawa Kerajaan Negeri telah pun berjaya untuk mengekalkan rizab negeri yang tinggi RM1.2 bilion dan juga kalau kita melihat dari segi pertumbuhan negara, negeri kita dari segi mendapat, menarik FDI seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri, mencecah RM9.2 billion dalam enam bulan yang pertama tahun ini yang telah pun mendahului, we are leading in term of FDI, kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia dan juga dari segi pertumbuhan KDNK, KDNK negeri Pulau Pinang pun yang sekarang mendahului pertumbuhan negeri-negeri lain. KDNK Pulau Pinang, 5.1% dan sedang berkembang kalau dibandingkan dengan pertumbuhan KDNK negara yang hanya 4.7%.

Kita tahu Dato’ Speaker bahawa pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Pulau Pinang terikat dengan ekonomi negara Malaysia. Dan dalam, baru-baru ini bajet Kerajaan Persekutuan 2020 ada beberapa pengumuman yang saya rasa Malaysia, Pulau Pinang khususnya boleh mengambil kesempatan atau boleh mendapat keuntungan seperti yang dimaklumkan tadi oleh Air Putih. Beberapa pengumuman yang besar-besaran, emphasis yang diberikan kepada sektor digital tranformasi, pelaburan dalam teknikal dan vokasional training. Insentif-insentif yang diberikan untuk menarik lagi banyak FDI-FDI dan fokus yang diberikan khusus kepada sektor pelancongan yang Pulau Pinang sangat-sangat bergantung kepada. Bukan saja Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang adalah satu destinasi pelancongan yang besar dalam conventional sense Dato’ Speaker tetapi Penang juga merupakan the top tourism, medical tourism destination in Malaysia. Dan dari segi itu, Penang menjana 40 sampai 50% daripada pendapatan negara dari sektor medical tourism dan kita tahu ini multiplier effect kepada negeri kita kepada ekonomi tempatan kita. Dalam 2017 sahaja Penang Health Care Industry menjana RM500 juta keseluruhannya. Dan ini adalah satu size sebenarnya size keseluruhan pendapatan hasil negeri Pulau Pinang dalam untuk bagi tahun 2019. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan apa yang boleh dibuat oleh kerajaan, Kerajaan Negeri dan bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh buat lebih lagi untuk memastikan bahawa Pulau Pinang terus menjadi destinasi pertama the first the number one spot, for medical tourism di Malaysia. Saya juga mengalu-alukan sumbangan besar daripada Kerajaan Pusat RM100 juta seperti yang diumumkan oleh Air Putih tadi bagi pembinaan cable car baru untuk Pulau Pinang yang kita tahu adalah satu bonus yang besar kepada attraction tourism iconic yang terbesar untuk Pulau Pinang. Dan kita juga berterima kasih untuk pengumuman penurunan tol untuk jambatan yang kedua dari RM8.00, RM8.50 kepada RM7.00 dan dalam segi ini dalam isu ini saya ingin mendapat penjelasan Kerajaan Negeri sebenarnya Tuan Speaker, saya nak tanya Air Putih tetapi tak ada peluang sekarang kena tanya pula kepada Kerajaan Negeri sama ada dengan pengumuman-pengumuman 18% diskaun kepada jambatan yang kedua, adakah dan juga pengumuman 18% diskaun untuk semua tol di seluruh Malaysia, adakah itu juga akan terpakai untuk Jambatan Pertama Pulau Pinang? Sebab saya rasa kalau tol diturunkan untuk Jambatan Pertama Pulau Pinang ini akan membantu mengurangkan kos pengangkutan awam untuk bagi ramai penduduk Pulau Pinang.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Minta laluan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Untuk pengumuman yang apa yang diumumkan oleh Air Putih sebelum ini di Parlimen kalau Jambatan Kedua ini sama dengan Jambatan Pertama nilainya RM7.00, di Jambatan Pertama ini memang kalau pengguna-pengguna penduduk Pulau Pinang ataupun pekerja di Pulau Pinang dia akan dapat diskaun lagi RM5.60.

Adakah pelaksanaan tersebut juga kalau Kerajaan Pusat tak laksanakan kita mohon Kerajaan Negeri mohon untuk mendapat diskaun yang sama seperti mana Jambatan Pertama sebanyak RM5.60 kepada pengguna-pengguna di Pulau Pinang dan juga pekerja-pekerja daripada tanah besar di midland ke pulau ini ke island ini.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Sungai Acheh satu cadangan yang sangat bernas pohon dimasukkan di dalam ucapan saya dan saya juga meminta Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan dan ataupun untuk membuat penjelasan kepada Kerajaan Pusat berkenaan dengan isu ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini pertumbuhan dan kesejahteraan negeri kita ini bergantung kepada pengagihan saksama ataupun satu fair distribution of hasil yang dikuasai dan dikawali oleh Kerajaan Pusat. Dan saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri sama ada ia telah pun mendapat penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek yang di highlight kan oleh Ketua Menteri sebelum pengumuman Bajet 2020 Federal wish list beliau untuk Pulau Pinang. Ada beberapa wish list yang disebutkan sebelum pengumuman Bajet 2020 Federal diumumkan seperti flood mitigation project di SPU RM35 juta, SPT RM165 juta, FIZ di Perai RM50 juta infrustruktur projek untuk traffic dispersal system untuk tiga (3) lokasi di Juru, Seberang Jaya dan Sungai Dua. RM40 juta yang diperlukan oleh di Seberang Perai untuk menukar switch semua lampu kepada led dan juga RM24 juta yang diperlukan oleh JKR Pulau Pinang untuk menaik taraf jalan-jalan dan membuat pembaikan kepada bangunan-bangunan kerajaan di lima district di Negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker, saya rasa seharusnya mempunyai kita mempunyai satu kaedah ataupun cara yang lebih baik dan lebih saksama untuk membuat permohonan-permohonan kewangan, untuk projek-projek pembangunan di Pulau Pinang. Selain daripada permohonan-permohonan ad hoc on a case to case basis melalui kementerian-kementerian yang berbeza yang mungkin atau tak mungkin diutamakan diberi priority di peringkat federal level apabila khususnya Bajet Persekutuan sedang dipertimbangkan. Dengan sebegitu banyak kementerian-kementerian dan negeri-negeri lain bersaing untuk mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Saya mengulangi seperti yang saya pernah buat sebelum ini keperluan untuk menubuhkan satu badan bebas di bahagian di peringkat negeri untuk buat kajian dan buat recommendation syor-syor kepada Kerajaan Pusat bagi disentralisasi kuasa-kuasa Persekutuan dan untuk satu pengagihan hasil kepada negeri yang lebih saksama dan adil. Di mana Ketua Menteri dalam sidang lalu telah pun menyatakan beliau akan mengkaji dan saya harap kerajaan akan cepat-cepat mengambil tindakan atas permintaan saya kerana saya ini adalah amat penting dan crucial kepada pembangunan negara negeri kita di masa depan. Saya di sini mesti menyatakan khususnya sekarang apabila negeri kita ini sedang membangun Dato’ Speaker, dan kita menjadi maju kita seharusnya tidak lupa orang-orang yang lebih miskin dan yang lebih tidak berupaya dari segi ekonomi kehidupan mereka. Economist yang terkenal Adam Smith pernah menulis dalam theory of sentiments the value of government is judge in the proportion to the extent it makes its people happy, Dato’ Speaker.

Dalam hal ini sememangnya saya bersetuju saya tahu Kerajaan Negeri selalu berprihatin dan dalam beberapa program-program yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun ini AES, i-Sejahtera telah pun membawa manfaat dan faedah kepada negeri Pulau Pinang. Namun usaha ini harus diteruskan dan untuk memastikan bahawa kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan semua rakyat Pulau Pinang tak kira bangsa, agama atau status mereka khususnya yang miskin harus dipelihara dan dijaga dengan baik. Seperti yang saya katakan tadi program-program welfare yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah satu perkara yang baik dan saya bukan sahaja setakat itu saya juga menyatakan di sini Dato’ Speaker, visi shared prosperity SPV yang dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri, concept that no one should be left behind bukan satu konsep yang baru tetapi di Pulau Pinang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat sebelum ini untuk sekian lama dalam 10 tahun memerintah Negeri Pulau Pinang.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Boleh minta celah sekejap. Terima kasih saya nak tanya hanya add on kepada apa yang telah dimaksudkan SPV dan semua itu yang telah dinyatakan apakah ancaman-ancaman yang paling besar terhadap pelan-pelan kerajaan ini semua. Adakah semua ancaman ini datang daripada pihak pembangkang yang mati-mati nak main sentiment divide and rule.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Okey, Pulau Tikus satu soalan yang baik walaupun sekarang ini kerajaan kita ini dalam usaha untuk membina 1Malaysia Baharu daripada selepas pilihan raya lalu masih ada unsur-unsur ekstrimis dalam negara kita dan pihak-pihak daripada parti-parti Pembangkang tertentu yang selalu menggunakan isu perkauman, isu agama untuk hanya untuk tujuan untuk merampas kuasa, mereka akan membuat segala-galanya membuat tohmahan, tuduhan. Baru-baru ini kita dengar bagaimana pemimpin Pembangkang menyatakan bahawa adalah haram untuk menyerah kuasa kepada orang bukan Islam. Di Pulau Pinang kita ada satu pembangkang ahli politik daripada Pembangkang yang baru-baru ini twisted the facts of a murder case di mana beliau menyatakan bahawa pembunuh yang kena tembak itu mati syahid kerana menuduh dua (2) orang kafir membunuh dua (2) orang kafir ini menghina Nabi Muhammad S.A.W. Kita tau ini semua tak betul tapi masih ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan alasan-alasan seperti ini memainkan politik perkauman dan agama untuk seolah-olah hanya faedah politik mereka sahaja. Tapi seperti yang baru-baru ini dinasihatkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dia kata kita tak sepatutnya become distracted oleh pihak-pihak extremist ini tetapi sebaliknya kita harus memberikan perhatian sepenuhnya untuk menangani menyelesaikan masalah rakyat khususnya melihat kepada isu-isu kemiskinan, Dato’ Speaker. Dan dalam isu ini saya ingin menyatakan sebalik daripada, selain daripada melawan bergaduh atas persoalan agama dan kaum kita harus di Pulau Pinang set an example lets way to war isytihar perang terhadap kemiskinan di negeri kita.

Dato’ Speaker, kemiskinan ini dia memberi kesan kepada semua bangsa tak kira Cina, India, Melayu. Kita tahu di Malaysia ada RM2.878 million low come low income families ataupun B40 yang kita tahu mereka digelar sebagai di mana 5.7% ataupun 158,460,000 daripada keluarga B40 duduk di Pulau Pinang. Maksudnya kalau kita kira dalam satu size empat (4) keluarga dalam satu (1) orang, ini bermaksud dalam satu dalam tiga (3) orang di Pulau Pinang berada dalam B40 it is real it is adalah sesuatu perkara yang kita harus tengok bagaimana kita nak menangani dan pihak-pihak UN baru-baru ini Professor Alston United Nation The UN Special Rapporteur on Extreme Poverty Human Rights menyatakan bahawa (PLI) The Poverty Line Income ataupun (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan negara adalah terlalu rendah. RM980.00 dia kata tak mungkin rakyat ataupun mana-mana keluarga boleh hidup sebulan atas jumlah itu dan dalam hal ini di negeri Pulau Pinang pula saya ingin juga membawa perhatian bahawa kita punya PGK ataupun PLI sekarang adalah RM790.00 untuk setiap isi rumah setiap bulan dan masih lagi lebih rendah daripada peringkat Persekutuan. Namun saya difahamkan bahawa dalam soal jawapan yang diberikan kepada saya baru ini Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan peringkat terakhir untuk menaikkan PLI kepada sama tahap dengan Persekutuan. Tapi namun itu pun saya harap Kerajaan Negeri boleh melihat balik penilaian ini sebab saya rasa masih tak cukup sebab sedangkan (PLI) the Poverty Line Income National telah pun dikritikkan secara menyebar seluruh daripada UN dan sebagainya. So, saya harap kita kena ada satu, saya cadangkan supaya Pulau Pinang adakan satu PLI yang spesifik kepada Pulau Pinang yang mengambil kira social economic conditions yang khusus kepada Pulau Pinang. Kita tahu di negeri Pulau Pinang negeri yang mempunyai inflasi kadar yang lebih tinggi sekarang daripada negeri-negeri lain. Ini pun telah pun dilaporkan baru-baru ini dan kos sara hidup di Pulau Pinag lebih tinggi daripada dibandingkan di kawasan-kawasan Kelantan ataupun Perlis. Jadi untuk orang yang hidup yang miskin dalam negeri ini memang lebih susah dari mereka yang duduk di kawasan Perlis ataupun di Kelantan ataupun negeri-negeri lain. So, ini adalah satu perkara yang saya harap Kerajaan Negeri boleh melihat kepada. Lagi satu isu adalah untuk saya secara peribadi kalau kita nak menangkan perang terhadap kemiskinan ini, the key ataupun kunci untuk kita memenangkan perang ini adalah untuk we have to look bagaimana nak selesaikan kemiskinan kanak-kanak. Kanak-kanak yang miskin akan besar menjadi dewasa ataupun generasi kemiskinan masa depan kita. Kanak-kanak yang miskin akan besar menjadi miskin dewasa nanti. So, bagaimana kita nak selesaikan isu ini. Daripada jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada saya di Pulau Pinang dalam tahun 2018, keseluruhan sekolah-sekolah budak-budak sekolah yang kita ada di Pulau Pinang, sejumlah 235,000, 235,661 daripada keseluruhan jumlah ini, Dato’ Speaker keseluruhan jumlah ini 26% ataupun satu (1) dalam empat (4) kanak-kanak di Pulau Pinang yang bersekolah sekarang, datang daripada ibubapa yang berpendapatan kurang daripada RM2,000.00 sebulan. Dan kalau kita menggunakan garis ini ataupun panduan ini, ini adalah amat kita boleh kata it’s a surprising fact, it’s a staggering fact.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, kalau boleh nyatakan sumber itu supaya nanti pegawai boleh rujuk, dan bagi jawapan yang lebih bagus.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya, yang tadi yang berkenaan dengan B40 dengan 2.78 million tadi itu daripada (KRI) Khazanah Institute Research, Research Institute. Ada juga kita saya berkenaan dengan jawapan sekolah kanak-kanak sekolah ini, saya dapat jawapan daripada Kerajaan Negeri jawapan DUN tadi. Dan juga seperti yang saya katakan Profesor Philip Alston itu, memang dia punya laporan ada. Kita juga ada UNICEF punya laporan yang telah pun menyatakan bahawa the social welfare children financial assistant sekarang di negara kita ini, cukup tidak mencukupi dan hanya sampai kepada jumlah tak sampai separuh daripada jumlah mereka kanak-kanak yang hidup di bawah kadar miskin absolute poverty. Dan jauh tidak sampai kepada 1.8 juta kanak-kanak yang digariskan sebagai miskin, kalau kita ikut proverty line measurement yang sewajarnya. Yang mereka panggil relative poverty Dato’ Seri. Dan juga daripada rekod Pejabat Daerah pun saya difahamkan sampai setakat September tahun ini, hanya 86 isi rumah daripada Seberang Perai Tengah sahaja yang mendapat bantuan daripada AES. So, nampaknya kita program-program kita ni welfare-welfare ini kita tak sampai kepada yang kepada mereka yang memerlukan. Balik kepada…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Minta. Minta penjelasan, Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih YB. Bukit Tengah yang telah membangkitkan satu isu yang amat penting, iaitu kemiskinan khasnya kanak-kanak. Cuma saya nak dapat satu kepastian, iaitu maklumat di mana pihak sekolah atau murid-murid sekolah rendah ini yang keluarga mereka kurang daripada pendapatan keluarga dia kurang daripada RM2,000.00 yang mencecah lebih 25% daripada jumlah murid-murid di sekolah rendah. Saya cuma nak dapat kepastian, adakah maklumat-maklumat seperti ini ia menggambarkan satu keadaan yang reality, memandangkan sebagai ADUN kita juga ada menerima permohonan bahawa minta pengesahan pendapatan keluarga tersebut. Dan kita juga tau, sebab disebabkan ada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian atau pelajaran, telah menyatakan sekiranya nak mendapat sesuatu bantuan, maka gaji itu perlu kurang daripada RM2,000.00. Maka ramai yang tidak menyatakan gaji yang sebenar, maka saya rasa data-data seperti ini bagi pihak kerajaan, dia perlu dikemaskini. Dan juga kena diubahsuai mengikut keadaan sebenar, di mana pendapatan dan juga kos

perbelanjaan sehari itu dapat kita dapat kira dengan lebih teliti lagi. Apa pandangan YB. Bukit Tengah?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya bersetuju dari setakat di mana kita memerlukan satu sistem data yang lebih baik. Ya, mungkin angka-angka yang diperolehi oleh sekolah-sekolah, kadang-kadang dia tak betul. So, kita mesti ada satu sistem yang boleh dibangunkan di negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan data yang lebih accurate. Tetapi pada masa yang sama, angka-angka yang saya nyatakan itu datang daripada sekolah-sekolah lah. Dan kita juga mengambil angka-angka daripada KRI, dan kita juga mendapat angka-angka daripada sumber-sumber lain. So, it’s not so far of walaupun nampaknya 26%, tapi kalau kira daripada kajian sama daripada KRI, okay. Di mana dinyatakan kalau kita menggunakan satu penggiraan untuk kemiskinan poverty income line yang munasabah relative punya na, kita akan melihat di mana di Pulau Pinang sahaja terdapat 57,362 keluarga ataupun 13% daripada keseluruhan warga negara, warga negeri Pulau Pinang dalam kemiskinan. That is 1 in 8. Now, I don’t want to go into the calculation too much, because then you take out too much of my time untuk membahas. But, ini adalah hakikatnya…(gangguan).

Saya nak tanya one little question. Apa dia the relative PJK yang sekarang yang digunakan tu berapa, so that atleast kita tahu. Sebab yang sekarang ni kita guna 780 kan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya.

780 kan di Pulau Pinang.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Okey, Penanti. Di negara-negara OECD ataupun di England seumpamanya, mereka mengira semua yang di bawah paras 60% medium income adalah diklasifikasikan sebagai miskin. Ada juga cara-cara lain yang digunakan untuk mengira kemiskinan. Ada multi dimensional calculation yang pernah juga

dicadangkan dibuat di Malaysia. So, ada beberapa cara yang kita boleh buat, so itu adalah salah satu daripadanya. Akhir sekali untuk isu kemiskinan ini, saya meminta supaya Kerajaan Negeri mengambil syor-syor yang telah pun dibuat oleh Penang Institute. Satu untuk melihat kepada PLI Negeri, dan lagi satu untuk merangka, merangka satu dasar yang komprehensif untuk melihat khusus kepada kemiskinan kanak-kanak. Saya tidak mahu cakap banyak lagi tentang isu ini sebab nanti saya tak ada masa lagi untuk cakap yang lain. Nak ucap yang lain. Dato’ Speaker, sekarang sudah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh, teruskan lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Okey. Berkenaan dengan satu isu yang sekarang ini mendapat perhatian, dan selalu dicakap-cakap di Pulau Pinang adalah berkenaan dengan cadangan untuk menaikkan kadar cukai rumah. Tadi pun ada banyak kita tau, beberapa hari ini memang isu ini yang paling hot sekali. Tetapi untuk saya, saya percaya setiap kali kerajaan nak melaksanakan satu exercise sebegini, sudah tentu ada objection-objection yang akan datang daripada pihak awam. Dan mereka yang katakan membantah kenaikan kadar ini, selalunya juga akan menggunakan alasan yang sama. Ini adalah masa yang bukan terbaik, ekonomi tak bagus dan sebagainya. Tidak kira bila ini, pelaksanaan akan dilaksanakan. Untuk saya secara peribadi, saya rasa bahawa kenaikan ini adalah sangat diperlukan. Diperlukan, untuk supaya bandaran-bandaran kita boleh memberikan perkhidmatan awam kepada rakyat. Tetapi saya nak nyatakan di sini, saya menyokong atas hanya satu syarat. Perkhidmatan yang diberikan sekarang oleh kedua-kedua bandaran, mesti dipertingkatkan. Itulah kalau dibuat itu, then maksud ada justifikasi. Bagaimana pula kita nak menilai prestasi bandaran kita, mereka bukan satu syarikat yang berorientasi private company ini, yang melihat kepada keuntungan. MBSP ini dia adalah satu syarikat public yang provide services, so how do we measure their performance. Kita tak boleh lihat dari segi sahaja input output. Berapa duit masuk, apa aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kita juga kena menilai dari segi outcome, what is the outcome of the project or yang public investment yang telah pun dimasukkan. Saya nak ambil contoh, sekarang ini kita ada aplikasi My Apps. My Apps, MyMBSP. Satu Apps yang cukup baik sekali, kita ada dalam sana maklumat bermacam-macam. Kita ada bagi banyak information, dan yang terbaik sekali adalah dia punya ada satu fungsi untuk orang awam boleh buat complaint. Sangat hebat.

You boleh masuk gambar, GPS. Dia ada colour coding. Putih untuk daftar aduan, merah unggu, pink, untuk merah jambu untuk dah memberitau bahawa aduan tu sedang diproses, dan hijau maksudnya sudah diselesaikan. So, ini adalah satu perkara yang baik. Saya sendiri cubalah, untuk buat ekperimentasi pada 16 Oktober. Ada satu longkang sumbat di kawasan saya, saya ambil gambar, masuk GPS 16 Oktober. 21 hari kemudian masih lagi tak diselesaikan. So, itulah sebagai satu contoh-contoh di mana perkhidmatan awam yang diberikan sekarang kena ditingkatkan, barulah rakyat boleh kata bahawa justified kalau kita nak tingkatkan kadar, kita kena tingkatkan perkhidmatan kita. Saya lihat Dato’ Speaker, mungkin kita boleh menggunakan happiness index yang pernah sebelum ini dicadangkan oleh Ketua Menteri sendiri, untuk menilai prestasi kerajaan kepada prestasi kerajaan tempatan. Dan dalam website, laman web MBSP pun ada. Dia ada soal kaji selidik kepuasan pengguna, dan saya harap mungkin dalam sidang ini nanti semasa penggulungan, Kerajaan Negeri boleh bagitau apakah hasil daripada kutipan soal selidik kepuasan pengguna ini. Baru kita tau what is the public punya expectation dan public punya kepuasan. Lagi satu yang saya nak sebutkan di sini yang sangat-sangat penting, saya rasa adalah apabila kita tak menaikkan performance dan prestasi Kerajaan Tempatan, maka akan kita melihat banyak rungutan dan complaints dan sebagainya. Baru-baru ini Taman Perwira, penduduk di sana kawasan saya, mereka katakan complaint sekarang MBSP nak buat caj parking dekat kawasan mereka. Kena bayar parking. Untuk saya, ini perlukan. Ini sebab ini kawasan kerajaan, kawasan tanah kerajaan, you kena buat you know charged parking lah. Tapi sebelum ini tak dak, mereka sekarang yang mereka complaint apa tu mereka kata sekejap lagi mereka kata sekarang kita kena bayar parking, tetapi pada masa yang sama masalah pasar malam yang haram yang dianjurkan oleh warganegara asing di kawasan sana, bertahun-tahun beroperasi tanpa Kerajaan Tempatan mengambil tindakan. So, mereka kata kena bayar lagi tapi servis tak dak. Haa. Itu lagi satu, satu lagi contoh Dato’ Speaker. Saya nak katakan di sini, pembayar-pembayar kadar di Pulau Pinang ini rasa saya rasa ada di enfranchised mereka tak dak hak, ataupun kuasa untuk menyatakan bagaimana kadar ataupun cukai yang dikutip ini diguna. Mereka tak dak hak untuk mengundi atas kegunaan kadar-kadar yang dikutip. Mereka tak dak hak untuk memilih Ahli-Ahli Majlis mereka ataupun hak untuk menyingkir Ahli-Ahli Majlis yang tidak, yang tidak berfungsi. Ini membawa balik ke satu fikiran saya, satu protes yang sangat-sangat terkenal. Boston Tea Party tahun 1773, di Amerika Syarikat. Koloni-koloni Amerika ini, dia bantah sebab Britain punya Parlimen dia mengkenakan cukai atas tea, teh di Amerika Syarikat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tea leaves.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Aah, tea leaves. Dan semua sana di Amerika, penduduk Amerika mereka sana bangkit, bantah dia kata di ehh, di Parlimen UK kita tak dak perwakilan. So, ini melanggari hak kita, no tax no representation…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, susulan itu Amerika minum kopi lebih daripada minum teh. (ketawa) Betul. Sila. I give you another 5 minutes to closed.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yes. So, so, atas isu ini saya rasa Kerajaan Negeri harus terus untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan, supaya kita boleh mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan secepat mungkin. Ya, seperti yang dijanjikan satu setengah tahun telah pun berlalu, dan sampai hari ini Local Council Election masihlah menjadi satu impian yang nampak sebegitu jauh sekali. Dan satu lagi isu yang berkenaan dengan MBSP ataupun struktur Kerajaan Tempatan adalah saiz dan bagaimana Ahli-Ahli Majlis ini beroperasi. Yang saya harap Kerajaan Negeri juga boleh mengambil perhatian. Kita kawasan MBSP ini sangat luas, 747 square kilometer. Dan di sini kita ada 24 Ahli Majlis berbanding dengan Majlis Bandaran Petaling Jaya. Mereka jaga kawasan 97 square meter ada 24 Ahli Majlis. Di seluruh Selangor ada 288 Ahli Majlis, 12 Majlis, di Pulau Pinang, kita hanya ada 2 Majlis dengan 48 Ahli Majlis. Itu adalah satu masalah yang kita kena melihat balik dan lagi satu isu. Manakah kawasan-kawasan Ahli Majlis itu harus beroperasi. Itu pun tak jelas Dato’ Speaker. Yang saya di fahamkan dengan pelantikan yang ada ini, kita tidak ada satu zoning yang khusus, yang rasmi di mana setiap Ahli Majlis itu akan beroperasi berbeza dengan di Selangor, di setiap Ahli Majlis mereka ada zoning-zoning yang tertentu yang you boleh lihat dalam website mereka. Ahli Majlis ini akan bertugas untuk zon ini. Di Pulau Pinang masih tidak ada. Dan saya rasa keadaan ini perlukan sangat-sangat diperlukan untuk mempertanggungjawabkan Ahli-ahli Majlis kepada penduduk-penduduk kawasan yang mereka sedang berkhidmat. Mesti ada zoning itu. Tak nampak. Tak nampak. Dan akhir sekali, berkenaan dengan MBSP. Dulu kita di Pulau Pinang ada lima (5), di kawasan Seberang Perai ada lima Majlis yang berbeza. Kita ada Majlis Perbandaran Butterworth, kita ada Majlis Perbandaran Bukit Mertajam, dan kita ada Majlis Daerah. Tiga (3) Majlis Daerah. Province Wellesley, utara, tengah dan selatan bagi menjaga kawasan-kawasan masing-masing. Sekarang sudah menjadi satu supersize council right. Itu takpa, tapi yang saya nak cakap di sini, masalah yang sampai harini walaupun sudah berlanjutan untuk satu masa yang lama masih tak boleh diselesaikan adalah berkenaan dengan perkhidmatan awam untuk memberi pembersihan khususnya kepada kawasan-kawasan kampung. Kita ada 471 kampung di seluruh Seberang Perai. Ada Melayu Kampung, Kampung Sungai Sembilang, di kawasan saya. Ada Indian Kampung, Kampung Estate Juru, Ada perkampungan baru Juru, Kampung Cina. Dan saya rasa ini sama dengan semua kawasan-kawasan ADUN-ADUN lain di Seberang Perai. Namun masalah yang kita

selalu dengar adalah bila ada isu untuk pembersihan di kawasan-kawasan kampung, MBSP dia ada kata mereka tak masuk kawasan itu. Now, ini adalah satu…(gangguan).

Just mohon laluan. Tadi jawapan daripada soalan lisan saya, itu yang tak faham itu, mungkin YB. boleh jelaskan ke apa ke? Kenapa MBPP kalau ikut jawapan tu dia mengambil kutipan sampah dari setiap rumah then tiga (3) kali seminggu. MBSP, Sorry MBPP tetapi MBSP hanya ambil daripada communal bin yang di share katalah tiga (3) kampung share satu ni. Jadi saya nak tahu, apakah dia akta ataupun polisi adakah MBPP dengan MBSP menggunakan akta lain dari segi Kerajaan Tempatan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang untuk saya ni jawapannya adalah kawasan pentadbiran bidang kuasa MBSP. Dia menjaga keseluruhan kawasan 747 square km. Dia takda pengecualian. Kampung-kampung tak dikecualikan right, Ini mereka kena bagi perkhidmatan yang sama untuk bagai pandangan sayalah. Sebab orang-orang kampung pun bayar kadar. Dan ini tak berbeza, ini berbeza kita boleh ambil contoh dari Selangor dan Sabah. Majlis-majlis di sana saya difahamkan memberikan semua perkhidmatan awam termasuk pembersihan kepada semua kampung. Dia tak ada pengecualian. So, saya rasa kita tak boleh ada penindasan dan masalah ini masalah ini kena diselesaikan sudah lama walaupun saya tau dan saya menghargai apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat. Di mana dia menggariskan bahawa selepas MPSP menjadi MBSP mereka sudah mengeluarkan suatu pelan hala tuju. Tadi saya mendapat jawapan yang bertulis di sini memang ada berbanyak-banyak perkara diantaranya adalah strategi penanaman eh penjenamaan semula kerja-kerja pembersihan awam. Ada 12 semuanya, tapi masih tak jelas. Adakah pembersihan MPSP akan dibuat rumah ke rumah sebagai contoh, mengutip sampah. I harap ini perkara boleh diselesaikan once and for all. Dan akhirnya, akhirnya Dato' Speaker last point. Adalah berkenaan dengan isu flooding. Saya kena bawa isu ini sebab dia berkenaan dengan kawasan saya. Memang tau bulan lepas, banyak tempat di Seberang Perai dilandai dengan banjir kilat. Ada banyak tempat yang teruk, ada banyak tempat yang tak begitu teruk tapi keseluruhannya tak begitu catastrophic seperti dalam tahun 2017. Namun, namun kawasan saya ada banyak-banyak tempat yang telah pun beberapa kali dalam seminggu dilanda masuk banjir air dalam rumah mereka. Lapan (8) kali satu minggu, right. So saya boleh merasa rungutan dan kesusahan penduduk dan juga satu minggu. Ya dan memang di kawasan Taman Sri Rambai kali ini banjir juga amat mengakibatkan banyak kesusahan kepada orang ramai dan kita boleh faham rungutan dan kesusahan mereka seperti yang dijelaskan oleh YB. Tanjung Bunga bahawa banjir-banjir kali ini separuhnya disebabkan oleh unusually heavy rain fall and also climate change, climate change. Saya tahu, as a fact that kita punya EXCO-EXCO dan juga semua agensi kerajaan yang terlibat khususnya JPS, JKM, Pejabat Daerah, MBSP, PDRM dan lain-lain telah pun bekerja bertungkus-lumus untuk berhari-hari. Endlessly. Untuk membantu dalam kerja-kerja flood relief ataupun mitigation work. Dalam perkara

ini, saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih atas jasa dan perkhidmatan mereka.

Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih juga secara peribadi kepada Tanjung Bunga yang mengambil tindakan yang serta-merta apabila saya meminta bantuan. Dia telah pun mencari satu pam mobil untuk pasang di kawasan Juru yang serta merta boleh mengurangkan kesan banjir. Saya amat-amat terima kasih kepada beliau. Namun demikian, saya haraplah kerajaan akan cepat-cepat menyelesaikan dan habiskan dua projek RTB Besar, di kawasan saya Parit Empat, Parit Lima seperti yang di jadualkan sebelum tahun depan hujan lagi, monsun. Kita semua nanti teruk lagi kena. Dan saya juga berharap bahawa kerajaan boleh melihat untuk menyelesaikan banjir kilat di kawasan-kawasan yang tidak meliputi dua (2) projek ini. Di kawasan-kawasan lain seperti Kampung Kebun Nenas, Jalan Perusahaan, Tok Kangar, next to Petronas, Taman Belimbing dan Taman Sentul. Saya juga berharap kerajaan boleh melihat untuk memperbaiki menaik taraf sistem perparitan di kawasan-kawasan kampung seperti Kampung Dok, Kampung Tersusun, Kampung Kebun Sireh dan Kampung Tok Panjang yang kalau tidak diselesaikan juga akan menyumbang masalah-masalah banjir.

Akhir sekali, saya difahamkan bahawa pihak JPS telah pun memberi satu senarai kepada Kerajaan Negeri untuk membuat pembaikan infrastruktur-infrastruktur yang telah rosak akibat daripada banjir dan khususnya di kawasan saya. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh melihat untuk selesaikan ada satu, dua, tiga, empat, lima ini. Kawasan yang pertama adalah kerja-kerja kecemasan mendalam dan membuang enapan di Sungai Junjong Mati Daerah Seberang Perai Tengah. Kerja-kerja kecemasan penstabilan Sungai Junjung di Permatang Tinggi. Kerja-kerja kecemasan menaik taraf siphon di Kampung Bukit Kecil dan dua lagi kerja-kerja kecemasan menaik taraf sungai Alor Sungai Junjung Mati di sebelah Kilang REX. Dan yang terakhir, adalah kerja-kerja kecemasan mendalam muara Sungai Juru dan kerja berkaitan di Daerah Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Itu sahaja Dato’ Speaker. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama yang lain wakil-wakil rakyat di sini walaupun saya tak berkenalan dengan Dato’ Farizan lama. Baru saja penggal pertama. Tapi saya memang tahu jasa yang luar biasa yang diberikan oleh Dato’ Seri. Dan saya ingin juga bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersara, enjoy your retirement dan saya harap juga nanti beliau walaupun sudah berserah, bersara akan terus untuk balik untuk memberi nasihat kepada kita-kita yang disini yang sangat memerlukan wisdom dan pengalaman beliau dan akhirnya saya mengakhiri dengan memohon untuk menyokong Bajet 2020. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Tengah. Kita perlu henti rehat dan kita bersidang semula jam 2.30 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.25 tengah hari.

Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong ambil perhatian kita harus start pada 2.30 petang kerana kelewatan ahli-ahli masuk ke Dewan kita lambat lima minit. So kalau boleh ikut waktu yang ditetapkan. Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Sungai Acheh.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang kepada saya untuk membahaskan dalam sesi Dewan kali ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota yang telah membentangkan satu belanjawan untuk tahun 2020 sama dengan barisan EXCO dan pegawai-pegawai kerajaan yang membantu dalam menyiapkan Belanjawan untuk 2020 ini dan saya mengucapkan tahniah kerana Kerajaan Negeri mengekalkan program-program yang secara terus kepada rakyat khususnya program-program melalui iSejahtera. Peningkatan sumbangan kepada wang warga emas dan juga OKU sebanyak RM150 serta menambahkan sumbangan dalam Hal Ehwal Agama Islam serta pembinaan bajet ataupun belanjawan untuk penambahan pembinaan untuk dua (2) buah sekolah agama rakyat pada tahun 2020 ini. Ini telah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri cukup serius dalam usaha untuk mengangkat kebajikan rakyat serta dalam Hal Ehwal Agama Islam. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya melihat pembentangan belanjawan kali ini peningkatan kewangan dalam menaik taraf infrastruktur jalan raya. Saya cukup mengharapkan dalam bajet ataupun apa nama perbelanjaan untuk JKR ini disalurkan juga ke Sungai Acheh terutamanya untuk pelebaran jalan di antara Jalan Kampung Simpang Tiga sehinggalah ke Pekan Sungai Acheh dan Persimpangan Sungai Acheh sehingga ke Sungai Bakau. Sebab dalam soalan saya yang sebelum ini saya juga ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Bunga yang telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sudi untuk melihat satu peruntukan ke kawasan Sungai Acheh sebab di Sungai Acheh ini sebuah jambatan menghubungkan antara Tanjung Berembang ke Victoria sudah siap dibina dan akan dibuka tidak lama. Selaku ADUN kawasan dalam isu ini saya cukup menitikberatkan usaha pembangunan menaik taraf jalan-jalan di kawasan Sungai Acheh bahkan sekarang ini telah berlaku kesesakan apabila sebahagian jambatan tersebut boleh dilalui dan kadar trafik di antara pekan Sungai Acheh ini sudah bertambah kemasukan kenderaan-kenderaan daripada kawasan Perak, Kuala Kurau, Tanjung Piandang,

Bagan Tiang sudah menggunakan laluan tersebut walaupun belum dirasmikan lagi sebab laluan tersebut sebahagianya telah dibuka sebab ini telah menjimatkan masa mereka untuk ke kawasan Nibong Tebal dan juga ke Jawi. Yang Berhormat Timbalan Speaker, bukan setakat penambahan trafik semata-mata saya minta supaya penumpuan untuk pelebaran kawasan di jalan di kawasan Sungai Acheh ini tetapi dia melibatkan beberapa sekolah iaitu daripada segi keselamatan, penunggang motosikal pelajar sekolah dan juga jalan kaki di kawasan tersebut. Ia melibatkan Sekolah Rendah Sungai Bakau, Sekolah Rendah Sungai Acheh, Sekolah Menengah Sungai Acheh dan juga Sekolah Rendah Sungai Setar. Jadi saya mengharapkan dalam penambahan bajet ataupun belanjawan untuk JKR ini dapat disalurkan juga pelebaran di jalan Sungai Acheh ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Jermal yang telah membantu melaksanakan pembinaan gelanggang futsal di Simpang Tiga. Semalam Yang Berhormat Bukit Tambun kata bila di kawasan Bukit Tambun sebab dia Simpang Empat jadi simpang tiga dia kena tiga selepas itu baru Simpang Empat. Saya juga ada cadangan yang akan saya panjangkan kepada Yang Berhormat Bagan Jermal untuk pembangunan sukan di kawasan Sungai Acheh. Ia melibatkan penumpuan aktiviti untuk anak-anak muda, remaja dan saya juga mengharapkan penambahan belanjawan dalam MMK Bagan Jermal ini untuk dipertimbangkan demi kelangsungan aktiviti sukan di sana. Saya juga berharap sama ada tahun depan ada perancangan daripada Kerajaan Negeri untuk membina mini stadium di kawasan SPS sebab kita ada kompleks sukan MPSP di SPU. Kita ada di SPT tetapi bila kita bangkitkan dalam Mesyuarat JKTD dikatakan stadium Batu Kawan itu sudah mewakili SPS tapi kita hendak mini stadium yang lebih berdekatan dengan kawasan penempatan untuk digunakan oleh penduduk-penduduk di SPS.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta laluan. Minta penjelasan Sungai Acheh. Adakah Sungai Acheh berpandangan bahawa mini stadium yang dicadangkan oleh Sungai Acheh sesuai untuk dibinakan di kawasan sedia ada seperti di padang Jawi yang berdepan dengan Pejabat Daerah Seberang Selatan disebabkan kawasan itu saya rasa kita sedia ada beberapa dewan yang di bawah KBS. So saya rasa kawasan itu memang amat sesuai untuk diubahsuai untuk menjadikan satu mini stadium. Terima kasih.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Makna kata Yang Berhormat Jawi pun bersetuju untuk mini stadium itu? Cuma kawasan tersebut itu saya serahkan kepada…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya hendak celah sikit boleh?

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Sekejap saya jawab dulu. Kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat tempat yang sesuai sama ada hendak buat sekali dengan cadangan kelmarin yang dibuat oleh Jawi dengan kompleks kolam renang atau apa itu terpulang kepada Kerajaan Negeri. Okey apa dia?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Apabila kedua-dua kawan daripada Seberang Perai Selatan bercakap nostalgiklah teringat perkara yang selalu dibincang dalam Majlis Bandaraya, Timbalan Speaker pun mungkin setuju Seberang Perai Selatan mahu mini stadium mahu stadium tetapi tidak mahu bayar parkir. Macam mana ini? Terima kasih.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Bagan Dalam bila dia tanya sesekali makan dalam juga. Dia macam ini kalau infra tersebut telah disediakan saya rasa penduduk SPS sudi untuk bayar parking itu tapi bila tiada ada itu dia hendak bayar itu jadi macam beban untuk mereka sedangkan infra tersebut ada di kawasan SPT ada di kawasan SPU tapi SPS tidak ada itu dia lain sikit. Itu kita kena tengok. Saya juga mengucapkan tahniah kepada beberapa sukan-sukan di negeri Pulau Pinang ini yang telah menaikkan dan juga mengharumkan nama negeri kita. Bahkan saya ucap tahniah kepada FAP yang Insya-Allah rasanya saya dapat surat bahawa kali ini FAP dia turun dari tahun lepas kali ini dia turun buat satu program untuk mencari bakat-bakat baru di seluruh Pulau Pinang ini dia tidak select hanya individu tertentu jadi makna kata kali ini FAP pada 8 haribulan dan juga sampai 10 haribulan di Padang Polo untuk mencari bakat-bakat baru untuk menyarung jersi Pulau Pinang. Jadi saya ucap tahniah kepada inisiatif yang telah diadakan oleh FAP. Cuma kita juga dapat lihat ada sukan-sukan yang mana ada kacau ganggu mungkin sekelompok individu ataupun dipolitikkan. Saya mengharapkan mana-mana badan sukan ataupun persatuan sukan di Pulau Pinang ini yang ada agen-agen parasit ini supaya digugurkan atau dibuang daripada persatuan ini supaya dia tidak mengganggu penyusunan atau penstrukturan persatuan tersebut. Jadi saya harapkan EXCO iaitu daripada YB. Bagan Jermal untuk melihat benda ini dan memantau persatuan–persatuan ini dan memang saya tengok sekarang ini Bagan Jermal dia tidak masuk campur sangat dia memberi bantuan tetapi tidak mahu masuk campur dia jadi independent tapi perlu saya rasa memantau supaya mereka-mereka ini tidak menggunakan persatuan untuk kepentingan diri mereka itu saya minta sangat-sangat. Dia tidak macam FAP sebab presiden dia ini dia hidup dengan betul-betul full dengan bola sepak ini. Jadi ada setengah itu dia guna kesempatan persatuan itu jadi kita nyahkan parasit-parasit ini. Ini yang saya mohon sangat-sangat.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Okey yang ini saya hendak tambah sikit Dato’ Timbalan Speaker. Tadi saya hendak tanya soalan tetapi Dato’ Speaker tidak bagi soalan tambahan tadi so saya selit sikit dalam ucapan perbahasan rakan saya. Adakah rakan saya dari Sungai Acheh bersetuju kalau saya katakan kerana keterlibatan sesetengah ahli politik dalam sesetengah bukan FAP yang ahli politik yang bukan ahli politik beberapa

orang yang menggunakan persatuan-persatuan sukan untuk kepentingan diri mereka tapi kita selalu dengar ada isu favouritism di dalam pemilihan para pemain ke skuad negeri. So setuju kah kalau Sungai Acheh kalau saya nyatakan Kerajaan Negeri perlu menganjurkan satu sukan Pulau Pinang untuk membuat pilihan atlet-atlet yang akan mewakili Pulau Pinang di Sukan Malaysia ataupun sukan peringkat kebangsaan daripada terus bergantung kepada persatuan-persatuan sukan di mana ada unsur-unsur favouritism yang tengah diperbincangkan. Terima kasih.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Mungkin daripada segi faktor ahli politik ni saya tak berapa nampak yang kadang-kadang ahli politik ni yang memang dia mahir dalam persatuan sukan tersebut. Cuma yang menjadi kerisauan kita iaitu apabila ada segelintir tu yang menggunakan platform tersebut untuk kepentingan diri. Itu yang paling kita bimbang. Bahkan kalau macam cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Dalam tadi saya setuju. Sebab tu bila inisiatif yang telah dibuat oleh FAP tersebut, kalau boleh dia lebih menyeluruh iaitu turun ikut daerah pula. Bermakna kalau contoh di Jawi okay untuk selection untuk pemilihan negeri ni turun di SPS, SPT, lepas tu Padang Merdeka SPU. So, dia boleh menyeluruh lagi. Lebih ke ground lagi kita nampak. Dia bukan tumpu pada satu tempat sahaja. Itu pandangan sayalah. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga berterima kasih pada Kerajaan Negeri kerana mengekalkan peruntukan untuk bas percuma CAT bagi untuk warga Pulau Pinang. Saya berharap permintaan saya yang terdahulu untuk Kerajaan Negeri melihat dalam penambahbaikan atas permintaan saya ke laluan ke Sungai Acheh. Sekurang-kurangnya pada waktu persekolahan bagi membantu anak-anak penduduk di Sungai Acheh ini yang kebanyakan daripada petani dan nelayan. Dan juga saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Encik Mustaqim yang banyak membantu sebelum ni yang turun ke kawasan ambil pandangan, feedback kawasan dan juga jalan ni bahkan soalan bertulis saya untuk sesi kali ini juga telah dijawab oleh Yang Berhormat Padang Kota bahawa akan mempertimbangkan cadangan ini pada tahun hadapan. Saya berharap sangat-sangat di kawasan Sungai Acheh ini. Dato’ Yang di-Pertua, untuk membantu golongan anak muda bawah 30-an, saya mengesyorkan inisiatif daripada Kerajaan Negeri melalui agensi kerajaan seperti FAMA, PERDA ataupun agensi-agensi GLC lain PNB, MARA, PDC dan lain– lain untuk kita selaraskan bersama dengan adun-adun kawasan untuk membantu mereka ini melihat apa peluang yang ada sama ada dalam bentuk geran ataupun bentuk pinjaman mengikut daerah. Kita tau semua agensi-agensi ni memang ada. Dan saya juga pernah buat program dengan MARA apa semua dan baru-baru ini apa nama program saya bincangkan dengan PNB memang dia ada. Cuma yang mana yang aktif ataupun apa nama wakil rakyat yang mendapat maklumat tersebut akan buat di kawasan. Jadi saya minta untuk kita selaraskan supaya dia lebih menyeluruh dan juga boleh membantu terutamanya golongan-golongan bawah 30an ni untuk melihat peluang-peluang tersebut dalam agensi-agensi ataupun anak syarikat Kerajaan Negeri yang tawarkan pada mereka. Saya juga ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memfokuskan kepada faedah dan juga peluang perniagaan dalam menggunakan teknologi digital sekarang. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Batu Maung yang telah mengambil inisiatif kursus yang telah mengadakan kursus digital kepada para-para usahawan Pulau Pinang dan juga baru ini program Export Day 2019 yang

diadakan di Vistana yang telah menghimpunkan usahawan-usahawan Pulau Pinang mengorak lagi langkah dan memfokuskan bukan setakat perniagaan yang secara dulu tetapi lebih kepada dunia digital sekarang ini. Dan ini membolehkan usahawan-usahawan di dalam Pulau Pinang ini terlibat sama ataupun mengambil peluang dalam orang cakap apa membawakan produk-produk mereka ini ke samada peringkat kebangsaan ataupun global.

Cuma khusus tersebut saya mengharapkan kita boleh fokuskan lagi juga di peringkat-peringkat daerah. Sebab saya yakin apabila peluang yang ada ni kita buat di kebanyakan di sebelah Pulau Pinang, mungkin dia akan menjadi masalah di kawasan Bertam, di kawasan Sungai Acheh, kawasan-kawasan di pinggiran Pulau Pinang ini. Jadi bila kita buat ikut daerah ini bila dia dapat mengambil peluang-peluang oleh usahawan-usahawan di kawasan setempat untuk bersama-sama mengikuti kursus-kursus yang telah ditawarkan oleh ADUN Batu Maung. Timbalan Yang di-Pertua, rakyat Pulau Pinang boleh berbangga dengan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan pengeluaran hasil pertanian dengan perancangan menuju 2030. Walau bagaimanapun saya berharap dalam penumpuan kepada petani ini kita tak boleh melihat daripada segi luaran sahaja. Maksud saya ni daripada segi luaran ni yang kita tengok permasalahan macam petani-petani di sawah padi masalah apa nama ulat, masalah siput gondang dan lain-lain. Tetapi hakikat yang sekarang ni iaitu permasalahan sebelum penanaman. Contoh kita tengok di Sungai Acheh. Satu-satunya kawasan padi di kawasan SPS. Duk berebut ayaq dengan Bukit Merah, kan? Ini masalah yang saya rasa Sungai Dua lebih maklum dari pengalaman lama dulu. Dan di kawasan SPU pula Paya Keladi baru ni saya turun dengan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri (1) dalam sesi dialog di Paya Keladi, isu yang sama pula hat sana dia jadi lain plak. Dia berebut pulak dengan PBA. Ayaq di apa di Kuala Muda. Haa kan? Jadi isu ni perkara yang sama duk berebut ayaq. Jadi permasalahan awal tu dah duk berlaku dah. Kan?

Sungai Acheh, saya minta pencelahan sedikit. Isu berkaitan dengan air di kawasan Sungai Acheh sebenarnya air Sungai Acheh ni dia tumpang daripada Bukit Merah. Dia ambil bekalan daripada Bukit Merah. Daripada IADA Kerian Sungai Manik. Dia salurkan ke Sungai Acheh terlebih dahulu. Tapi bila air tu nak sampai ke Sungai Acheh, petani-petani di sekitar Parit Buntar, Bagan serai dan sebagainya akan tap macam tap bola tu kan dia tebuk dia ambil air masuk ke bendang masing-masing. Makna air yang sampai ke hujung akan menjadi masalah kurang atau tak cukup. Tempoh masa terhad dan air tak cukup untuk Sungai Acheh. Jadi, dulu dah dibincangkan dari segi penyelarasan pembahagian air kalau boleh pengurusannya dibuat di IADA Penang tapi airnya di Perak. Jadi kalau boleh kita cari satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ini supaya petani di Sungai Acheh tidak menghadapi masalah dari segi air tak mencukupi. Maknanya tak cukup ayaq dan lepas tu dia akan hantaq ke tempat lain di Perak. Sampai ke Tanjong Piandang, Kuala Kurau dan sebagainya. Jadi satu penyelarasan perlu diambil suatu tindakan oleh pihak samada IADA ataupun JPS untuk menyelesaikan masalah ini. Begitu juga di kawasan Pinang Tunggal dengan PBA. Makna pihak PBA perlu selesaikan dengan pihak JPS dari segi ayaq yang nak digunakan sebagai minuman dan juga sebagai untuk sawah padi. Jadi perlu juga ada penyelesaian.

Jadi dua benda ni kena ada penyelesaian yang segera supaya petani-petani di kawasan ini tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada musim yang diperlukan. Kena ada masa yang tertentu kita bincangkan untuk selesaikan masalah ini. Itu pandangan saya.

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih kepada Yang berhormat Sungai Dua. Yang tu saya minta masukkan dalam teks ucapan saya sebab isu ni amat penting sebab Tadi Yang Berhormat Sungai Dua kata di macam tap bola dia macam minum ayaq ni, straw dia tembuih kot tengah. Dia sedut angin dan ayaq tu sampai sipi-sipi sahaja. Ha ni yang menjadi masalah kepada petani-petani di kawasan Sungai Acheh. Jadi saya mengharapkan supaya satu inisiatif dalam masa jangka masa panjang boleh Kerajaan Negeri melihat untuk membantu para-para petani di kawasan persempadanan Pulau Pinang terutamanya. Dato Yang di-Pertua, Pulau Pinang negeri yang kecil tetapi cemerlang daripada segi pengeluaran hasil ternakan. Ini adalah anugerah Allah swt kepada negeri yang kecil seperti Pulau Pinang untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi dalam bidang ternakan. Kalau diikutkan dalam perbentangan belanjawan baru-baru ini, ada lanjutan pengecualian untuk kerja merancang bagi pengusaha ladang babi dengan membuat penambahbaikan dari segi daripada ladang terbuka kepada ladang tertutup. Saya mengharapkan dalam penambahbaikan Enakmen Babi ini ataupun dalam menyiapkan Enakmen Unggas ini perkara yang paling utama selain daripada kawalan bau di ladang khinzir ini adalah penting untuk sisa-sisa air buangan untuk terus ke dalam saliran. Sebab bila dia masuk ke dalam sungai, lepas tu dia akan terus ke laut seperti kelmarin yang disebut oleh rakan saya daripada Bukit Tambun. Kalau kita lihat air yang berdekatan dengan ladang babi ni cukup teruk. Dia berbau. Lepas tu dengan apa kotoqnya di saliran tersebut. Bahkan dalam Pulau Pinang ni ternakan-ternakan ikan ni dia ada MyGAP tetapi di ternakan babi ni dia takda iaitu Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP). So bila dia takda ni itu yang jadi masalah tu. Dia ikut dan dia buat dan tambah pulak ladang-ladang terbuka ni dia akan buat ikut dan walaupun katanya ada zero waste system lah apa lah kan? Jadi pengalaman kita dalam Majlis Bandaraya dulu memang kita tau tengah-tengah malam pukul 3.00 pagi orang buang terus masuk dalam saluran. Jadi kenapa sampai hari ni masih lagi ladang-ladang babi ni dia tidak mengikut apa nama pensijilan MyGAP ni. Saya harap kalau kita duk lanjut lanjut ni dia akan masalah dia nanti masalah penduduk dan bahkan bila masuk ke dalam saliran dia akan jadi masalah dengan nelayan sekali. Sebab itu kalau orang tanya pasaipa Sungai Acheh nak cakap ladang babi bukannya ada kandang babi di kawasan Sungai Acheh ni tetapi sebab ayaq yang masuk tu dia akan masuk apa Sungai Acheh masuk laut tu nelayan Sungai Acheh pun ada terlibat sama. Ha itu yang masalah.

Okey setuju tak Sungai Acheh tambahan. Kalau kita bagi ketetapan hujung tahun ni tarikh akhir untuk ladang tertutup dan selepas tu 166 ladang yang mohon cuma 64 untuk ladang tertutup perlu dikuatkuasakan dari segi perlaksanan ladang tertutup. Kalau tak buat kuatkuasaan macam tu saya ingat ladang ni akan terus

jalan sampai bila-bila dan terus membuang sisa-sisa direct ke dalam sungai. Ni akan menjadi masalah kepada sungai. Terima kasih. Setuju dak?

Zulkifli Bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Ha yang tu saya setuju sebab apa sebab macam Yang Berhormat Padang Kota sebut tadilah. Dia bila duk minta lanjut ni sebab kes jumpa orang politik ni sebab orang politik ni baik, dia akan tuntut minta lanjutkan lagi. Jadi saya rasa benda ni tak perlu lanjutlah. Kita bagi sampai Disember 2019 ni memang dah saya rasa dah border lah untuk pelaksanaan ni yang tertutup ni. Dato Timbalan Yang di-Pertua, dalam isu pertanian juga kita lihat pencerobohan di perairan Pulau Pinang. Pukat Kenka dua bot ni masih lagi berleluasa. Setiap kali samada dalam mesyuarat ataupun dalam sesi dewan saya bangkitkan isu ini, dia macam challenge. Dia masuk lagi banyak. Kalau biasa dia masuk dua (2) pasang, tiga (3)pasang, tapi bila isu ini dibangkitkan dia mai tujuh (7) pasang. Dia seolah-olah macam mencabar kita. Jadi kalau sebelum ni Timbalan Yang di-Pertua Dewan tegur saya Sungai Acheh duk bercakap ikan, ikan, ikan saya cuma nak ingatkan ini cukup penting ini semata-mata 100% pendapatan nelayan di kawasan perairan pantai samada di Sungai Acheh, Bukit Tambun, Pulau Bentong. Ini saja yang ada. Sewaktu saya tengah dok deraf nak cakap apa dalam Dewan ni, TV3, Berita Utama, tajuk utama TV3, 4 haribulan, malam tu pukul 8.00, start-start saja “stok bekalan ikan amat membimbangkan”. Macam-macamlah faktor, letaknya bubu naga, apa nama ni, apa, pencemaran dan juga lain-lain tetapi di Pulau Pinang ni, dia ada satu lagi masalah geng koro boat ni, pukat apollo ni. Dan saya pun tak faham sebab apa mereka ini cukup-cukup berani. Bila saya minta sesi Dewan kali ini dalam soalan bertulis saya kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian, dalam 89 kes, 89 kes tangkapan daripada 2010 hingga 2019, bahkan maksimum kompaun RM20,000.00. Tapi di Pulau Pinang ini bermula daripada RM600.00 kompaun, maksimum RM5,000.00 antara 2010 dan 2019. RM5,000.00 saja. Dalam berita tersebut juga, dia tunjuk di Terengganu dapat sebiji bot Vietnam yang masuk ke perairan Terengganu, baru masuk buat tangkapan, APMFM buat tangkapan, dapat rampas satu bot. Dalam bot tu ada lima (5) tan ikan yang baru ditarik dan juga 2,000 liter minyak. Hasil tangkapan tu saja, lebih kurang RM1.0 juta, satu bot. Bayangkan hat mai daripada Tanjung Piandang, Kuala Kurau ni mai tunda dua bot, dia nak heran sangat RM5,000.00 tu? Dia tak heran langsung pun RM5,000.00 tu, kecik sangat. Sebab tulah dalam Akta Perikanan, saya juga mengharapkan supaya daripada Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang mungkin boleh mengesyorkan supaya akta tersebut diketatkan lagi seperti cadangan saya yang sebelum ini. Kita buat saja. Dapat tangkap saja untuk kali kedua ke, kali ketiga, tebuk buat tukun terus, tak bakaq saja bot tu. Jadi bila ada undang-undang yang lebih ketat macam ni, dia akan timbulkan rasa ketakutan kepada mereka. Kalau tidak dia masuk macam tu saja. Yang masalah bukannya bot daripada Pulau Pinang, bukan daripada Penaga mai tangkap kat Sungai Acheh, bukan dari Pulau Betong mai tangkap kat Sungai Acheh, bukan Sungai Acheh pi tangkap di apa nama, Bukit Tambun, hat Perak masuk mai Pulau Pinang. Saya ulang lagi saya kata, rumahtangga kita orang lain mai duduk. Mai masuk bilik kita, mai guna bilik ayaq kita tanpa kita rasa rela. Hat itu masalah tu. Jadi kita minta supaya penguatkuasaan ni lebih tegas demi kelestarian sumber perikanan Negeri Pulau Pinang ini dan saya juga bersetujulah cadangan Bukit Tambun untuk sekurang-kurangnya Jabatan Perikanan dibekalkan dengan bot yang baru. Cuma sekarang ni dapat enjin baru, bot tak, bot lama.

Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan antara sektor yang penting dan menyumbang kepada pembangunan Pulau Pinang. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana kemasukan pelancong yang meningkat 2019 dan juga kepada Penang Global Tourism bersama dengan EXCO atas usaha keras sehingga peningkatan kemasukan pelancong ini. Sememangnya sektor ini membawa limpahan kemakmuran ekonomi kepada rakyat Pulau Pinang khasnya. Namun begitu saya mengajak Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan ini untuk kita melangkah lagi dalam sektor pelancongan ni lebih satu tapak untuk menjadi negeri pertama dalam Malaysia ini memulakan inisiatif sebagai konsep pelancongan sosial, (dengan izin)…social tourism sebagai satu kaedah intervensi sosial kerana di Eropah mereka melihat pelancongan ini bukannya sebagai pendapatan untuk kemewahan swasta semata-mata tetapi dia satu peluang untuk membina hubungan, pembangunan kendiri dan juga integrasi sosial. Inisiatif pelancongan sosial ini menawarkan peluang percutian kepada golongan-golongan yang tidak berkemampuan daripada segi kewangan, daripada segi emosi, kesihatan. Inisiatif ini kebiasaannya berbentuk percutian dalam negeri iaitu pelancongan sehari kepada golongan-golongan ini. Di setengah-setengah Negara-Negara Eropah, mereka yang berpendapatan rendah ini melalui percutian domestik ini, Kerajaan Negeri memberikan orang kata apa, satu inisiatif kepada mereka iaitu bersama dengan family mereka. Jadi di negara-negara seperti Perancis, Belgium, Sepanyol, pelancongan sosial ini disokong oleh dana awam dan kebanyakan berbentuk percutian domestik ini adalah kosnya rendah sebab di dalam negeri itu sendiri. Di negara ini, asas kepada pertimbangan mereka ialah setiap rakyat berhak untuk merasai peluang melancong. Pelancongan sosial ini juga boleh membantu merapatkan kesenjangan antara kumpulan sosial masyarakat. Pelancongan sosial ini juga tidak dilihat sebagai sekadar sebuah percutian tetapi sebagai satu bentuk intervensi sosial dan juga kaedah untuk mencapai matlamat sosial. Dalam masa yang sama, ia juga dianggap sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan juga peluang-peluang pekerjaan di dalam negeri tersebut. Dalam lain perkataan, inisiatif ini kebiasaannya mensasarkan untuk menggabungkan manfaat sosial dengan stimulasi ekonomi industri pelancongan berlandaskan kaedah-kaedah dan juga kos efektif untuk pembayar cukai iaitu kebiasaannya dicapai melalui perkongsian awam dan juga swasta.

Kekurangan hubungan yang bernilai dan juga perhubungan dengan manusia boleh menambahkan kesan buruk terhadap mereka yang berada dalam tahap kemiskinan dan juga pendapatan yang rendah. Yang membuatkan mereka bukan saja miskin secara kewangan tetapi juga secara literalnya mereka ini terasing secara sosial. Bukan saja kesejahteraan psikologi mereka terjejas, para ekonomi juga menyatakan ikatan sosial boleh mempengaruhi sesiapa yang akan mendapat kerja, bonus, kenaikan pangkat dan lain-lain manfaat pekerjaan. Ini bermaksud kelompok-kelompok yang memerlukan ini selalu kehilangan jalinan sosial. Kekurangan dalam model kekeluargaan juga boleh menyebabkan keterasingan sosial berlaku dan menyekat peluang untuk berjaya dalam kehidupan. Oleh yang demikian, dengan meningkatkan modal sosial dan kekurangan terhadap kelompok-kelompok masyarakat yang memerlukan ini berupaya untuk meningkatkan tahap penyertaan mereka atau paling tidak ia boleh membantu mengurangkan beberapa aspek keterasingan sosial ini. Justeru itu akhir kata, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri melihat kepada aspek pelancongan ini

sebagai satu bentuk bantuan yang berpotensi dalam meningkatkan modal sosial, kekeluargaan dan juga budaya yang akan menyokong, orang kata apa, cadangan-cadangan ini dengan kajian-kajian kesesuaian dan juga kebolehlaksanaan. Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan yang akan bersara beberapa hari lagi. Saya juga berharap warga Pulau Pinang dapat sama-sama atas sikap ketanggungjawaban sebagai warga Pulau Pinang untuk membantu usaha Kerajaan Negeri bagi membangunkan negeri ini demi kebaikan untuk kita bersama dan generasi akan datang. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Acheh. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, salam sejahtera, salam harapan dan salam 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Ucapan Belanjawan 2020 Pulau Pinang yang julung kalinya oleh Ketua Menteri pada Jumaat lalu yang memberi fokus kepada empat tema utama, visi Penang2030 iaitu menambah baik kualiti kehidupan, meningkatkan pendapatan isu rumah, memperkasakan rakyat dan meningkatkan pelaburan negeri. Sebagai Kerajaan yang prihatin, soal kebajikan rakyat menjadi keutamaan apabila sebanyak RM50 juta diperuntukan untuk meneruskan program kebajikan i-Sejahtera. Bayaran penghargaan kepada warga emas dan bantuan kepada OKU turut digandakan daripada RM130.00 kepada RM150.00 yang bakal dinikmati sebanyak 188,000 penerima di negeri ini. Bagi meringankan beban rakyat, khidmat bas percuma CAT juga diteruskan, menelan belanja RM15 juta. Begitu juga kepada penjawat 3,996 awam negeri ini yang menerima bantuan khas kewangan setengah bulan gaji yang dibayar pada Disember ini melibatkan peruntukan RM5.42 juta. Bayaran sebanyak RM300.00 juga akan diberikan kepada 1,594 Penyelia dan Guru Khas Agama, 275 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 185 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 583 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Darus yang bakal bersara pada 7 November ini setelah berkhidmat lebih 35 tahun dalam Perkhidmatan Awam. Saya ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada beliau. Semoga beliau menikmati usia persaraan ini dengan lebih bermakna bersama-sama keluarga dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada masyarakat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Masalah jerebu. Seperti tahun-tahun sebelumnya masalah jerebu kembali lagi tahun ini yang berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia untuk

tujuan pertanian. Isu jerebu yang berulang setiap tahun ini umpama sambutan sebuah pesta pada musim cuaca panas antara bulan Jun dan September. Kealpaan ini mengakibatkan kegagalan pihak tertentu dalam menjalankan langkah yang perlu untuk mencegah atau sekurang-kurangnya mengawal pembakaran terbuka dengan lebih baik yang dilaporkan telah bermula pada awal tahun lagi. Jerebu bukan sahaja menyebabkan peningkatan kes penyakit berkait sistem penafasan malah mengakibatkan negara terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit. Produktiviti terjejas disebabkan ada pekerja terpaksa bercuti sakit. Penangguhan kerja dan pekerja tidak hadir bertugas. Kesan langsung turut dirasai sektor lain seperti industri pelancongan apabila penerbangan terpaksa ditunda. Turut terkesan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang disebabkan jarak penglihatan yang terbatas. Ini sekaligus menjejaskan kedatangan pelancong sepanjang tempoh berkenaan. Kesan jerebu di Pulau Pinang juga teruk khususnya di Daerah Barat Daya dan Timur Laut yang mencatatkan IPU tahap Sangat Tidak Sihat sebanyak, apabila sebanyak 162 buah sekolah ditutup yang melibatkan 51 buah sekolah di Daerah Barat Daya yang mencatatkan IPU 225 dan 111 buah sekolah Daerah Timur Laut yang IPUnya 203. Indonesia, Malaysia dan kesemua 10 negara-negara Asia sebelum ini telah memeterai Perjanjian Asean mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan pada 2002 yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran jerebu merentas sempadan yang disebabkan oleh kebakaran hutan melalui usaha negara bersepadu dan kerjasama antarabangsa. Perjanjian tersebut terhasil daripada bencana jerebu yang teruk pada tahun 1997. Bagaimanapun gagal untuk membenteras berulangnya terjadi bencana tersebut. Sehubungan dengan itu, saya menyokong langkah Perdana Menteri apabila memberi amaran bahawa Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang mengusahakan ladang-ladang di Indonesia yang menyumbang kepada masalah jerebu. Tegas beliau, syarikat-syarikat Malaysia ini harusnya dipertanggungjawabkan atas kebakaran di dalam ladang-ladang milik mereka walaupun ia terletak di luar Malaysia. Susulan masalah jerebu ini juga Kabinet menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pula akan menderaf Akta Jerebu Rentas Sempadan untuk memperincikan tindakan-tindakan yang wajar diambil pada masa hadapan. Langkah awal pengawalan pembakaran boleh menghalang pembakaran berlaku dan merebak ke kawasan yang lebih luas. Langkah ini seharusnya dijalankan dengan memberi maklumat, pengetahuan dan pendidikan kepada para petani dan syarikat perladangan khususnya di kawasan yang sering terjebak dengan pembakaran terbuka. Bagaimanapun kita tidak dapat menolak kemungkinan masalah serupa akan berulang semula pada masa hadapan. Sekiranya isu ini tidak diatasi secara serius menerusi hubungan diplomatic. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, masalah banjir kilat yang melanda kawasan kediaman di Solok Van Praagh yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Batu Lancang bukan perkara baharu dan sering berulang kerana berpunca daripada masalah kerja menaik taraf Parit Monsun di bawah Solok Van Praagh dan hujan lebat sehingga menghantui penduduk di sini. Hujan yang berlarutan tanpa henti dalam hanya masa 30 minit sudah pasti menyebabkan

masalah banjir kilat. Sepanjang Disember tahun lalu sehingga Oktober tahun ini, sekurang-kurangnya 10 kejadian banjir kilat yang berlaku di sini. Semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14, saya dan YB. Sungai Pinang telah membangkitkan perkara ini dan memberitahu bahawa Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum ini tidak pernah meninjau aduan berkenaan termasuk bersama-sama kami apabila berlaku banjir kilat. Bagaimanapun, ucapan terima kasih saya tujukan kepada YB. EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir kerana prihatin untuk mendengar suara serta memberi perhatian terhadap isu di Solok Van Praagh. Saya amat berterima kasih atas keprihatian ini apabila hasilnya pejabat YB. EXCO dan JPS telah tiga (3) kali mengadakan perbincangan selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-14 bagi memperincikan perkara tersebtu ia termasuk tinjauan ke kawasan berkenaan oleh pegawai-pegawai JPS dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersama-sama dengan pegawai dari Pejabat saya. Susulan tersebut, dua (2) projek menaik taraf sistem saliran di Solok Van Praagh telah diumumkan oleh YB. EXCO pada 29 Ogos lalu di mana projek fasa 1 telah pun dimulakan lebih awal iaitu pada 26 Ogos bagi mengatasi masalah banjir di Solok Van Praagh. Pihak JPS telah melakukan kerja-kerja pelebaran sungai daripada 0.9 meter kepada 5 meter manakala kerja-kerja pengorekan enapan pula sepanjang 200 meter. Selain itu, pembinaan kolam online turut dilakukan di sungai Jelutong dan menaik taraf tembok banjir di kiri dan kanan sungai sedia ada setinggi 1 meter dan sepanjang 150 meter. Anggaran kos projek ini sebanyak RM350,909.32 dan dijangka siap pada 26 November nanti. Projek yang seterusnya iaitu fasa kedua untuk kerja-kerja menaik taraf sistem aliran yang dilaksanakan oleh MBPP mulai 1 Disember depan dan dijangka siap pada masa enam (6) bulan melibatkan kos sebanyak RM400 ribu ia bagi kerja-kerja pemasangan box culvert…(dengan izin), injap sehala disalur keluar ke Sungai Jelutong dan membina kolam takungan berkonsepkan dry pond…(dengan izin). Siap kelak ia dijangka dapat menyelesaikan masalah yang selama ini membelenggu penduduk lebih kurang 90 kediaman di situ. Untuk pengetahun pada 14 Oktober yng lalu, saya ada ADUN Seri Delima bersama-sama Pegawai EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir telah melawat ke tapak di Jalan Gangsa. Semasa lawatan tersebut, kami mendapati takungan kolam besar di situ tidak diguna sepenuhnya berdasarkan kesan tanda paras air di tebing sungai serta maklumbalas daripada penduduk. Justeru, diminta satu kajian dibuat oleh pihak JPS untuk mengenalpasti samada dengan menaikkan kapasiti takungan air serta mengubah screw down gate…(dengan izin) maka kapasiti takungan kolam besar itu digunakan sepenuhnya agar dapat menampung lebih banyak air daripada bahagian hulu sebelum dilepaskan perlahan-lahan selepas hujan sekaligus dapat meminimumkan kesan banjir. Kebelakangan ini, masalah banjir kilat tidak lagi terhad di kawasan Solok Van Praagh sahaja tetapi juga dikebanyakkan kawasan Batu Lancang. Terbaru, banjir kilat berlaku pada 27 Oktober yang lalu Lorong Slim, Taman Desa Green, Jalan Sir Ibrahim, kawasan kampung, Tan Sri Teh Ewe Lim, Lengkok Batu Lancang, dan kawasan Lengkok Hijau meliputi Lengkok Hijau 1 hingga ke Lengkok Hijau 7.

Sebagai ADUN Batu Lancang, masalah banjir seperti ini tidak pernah berlaku sebelum adanya kerja-kerja menaik taraf Parit Monsun bermula tahun lepas. Sehubungan itu, saya amat berharap pihak kontraktor dan JPS dapat mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf Parit Monsun ini mengikut jadual atau selewat-lewatnya akhir tahun ini kerana memandangkan hanya tinggal 13% kerja untuk siap sepenuhnya dan saya syorkan JPS tidak akan melanjutkan tempoh tersebut bagi mengelakkan kerugian besar kepada rakyat yang menjadi mangsa banjir. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah JPS yang baru, iaitu Ir. Syukri Muslim yang prihatin terhadap masalah banjir ini malah beliau telah menghubungi saya serta turun padang meninjau kawasan yang terjejas. Pada kesempatan ini, saya ingin menarik perhatian kepada pihak JPS, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir serta Kerajaan Negeri untuk melihat situasi banjir di Batu Lancang ketika ini dengan senario perubahan iklim, taburan hujan yang luar biasa serta keadaan air pasang besar di laut yang tidak menentu. Justeru, kita tidak boleh lagi menggunakan cara lama iaitu menerusi sistem aliran semula jadi daripada sungai ke muara dan muara ke laut. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memasangkan pam-pam besar di muara sungai ini ke laut. Pam-pam ini dan tidal gate…(dengan izin) akan mengepam air keluar ke laut kerana jika semasa air pasang, masalah banjir masih berlaku disebabkan air tidak boleh disalur keluar sebaliknya melimpah masuk ke kawasan kami. Saya tahu, kos untuk memasang sekurang-kurangnya enam (6) pam, enam (6) buah biji pam besar dan tidal gate ini, akan mengambil kos yang agak tinggi antara RM20 juta hingga ke RM30 juta, tetapi kos ini boleh dibahagikan secara berperingkat-peringkat misalnya selama tiga (3) tahun ataupun lima (5) tahun. Apa pun langkah pertama perlu dilakukan sekurang-kurangnya dengan memasang dua (2) pam dahulu dan diikuti langkah seterusnya membina tidal gate…(dengan izin). Jika tidak dilakukan, saya bimbang masalah banjir di Batu Lancang akan berterusan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Minta laluan. Terima kasih YB. Batu Lancang kerana juga menyuarakan rasa saya sebagai ADUN Kawasan di Sungai Pinang. Kedua-dua kita dan juga YB. Parlimen Jelutong selalu perlu bergegas ke kampung bila berlakunya banjir tetapi sebelum itu, last Dewan yang lalu, saya mengalami banjir tujuh (7) kali dalam dua (2), tiga (3) bulan dan kali ini adalah Batu Lancang yng dalam seminggu, dua (2) kali. Jadi, saya rasa, saya berterima kasihlah memang ada banyak kaedah yang dikatakan akan ada apa-apa yang akan dilakukan untuk mengurangkan impak banjir, untuk mengurangkan projek untuk flood mitigation semua ini, untuk kawasan di Jelutong. Tetapi saya ingin menyatakan di sini, memang ini adalah satu realiti bahawa sejak projek tebatan banjir Sungai Jelutong diversion ini, bukan mengurangkan banjir tetapi menambahkan kekerapan banjir di kawasan saya dan yang sangat anehnya adalah di Batu Lancang. Untuk kawasan saya di Pokok Asam di mana kawasan ini adalah kawasan yang sangat rendah, di mana adalah rendah dengan pembangunan, di mana pembangunan yang menaikkan tapak mereka, menjadikan kawasan Kampung Pokok Asam jadi lagi rendah di mana selalu bermasalah dengan air pasang.

Cuma, saya selalu bertanya kepada JPS adakah semua kaedah yang kita lakukan akan selesai kalau air pasang dan hujan yang lebat ini yang tidak diingini dengan perubahan iklim tetapi masalah akan sama berlaku. Ia tidak akan berhenti di sini sahaja. Jadi, isu sekarang saya mintalah supaya satu peruntukan disalurkan untuk gate tu di muara sungai. Yang ini sahaja baru boleh selesai masalah di kawasan kami ini. Sebab memang saya pernah tanya kepada JPS, memang soalan ialah, jawapan adalah dia tidak akan selesai selagi muara sungai ini tiada tidal gate itu yang dapat menghalang air pasang mengalir ke dalam monsoon drain dan akan flow back ke dalam kampung. Ya, masalah ialah sekarang ini saya juga… sebab dalam ucapan Ketua Menteri, Ketua Menteri juga minta kita lebih bersabar lagi. Cuma…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Pinang belum berbahas lagi, right?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bila datang giliran kamu, kamu boleh buat. Ini giliran.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, ya. Tetapi saya… terima kasih, terima kasih. Cuma saya. Di sini saya minta peruntukan untuk disalurkan supaya masalah ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingat YB. Sungai Pinang hanya melahirkan perasaan dalam hati. Memang kedua-dua kami ini memang berperasaan yang sama sebab kita selalunya turun ke padang dan selalunya kena dimarah. Saya faham apa yang kita hadapi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Memang la YB. Batu Lancang kami masih ingat lagi sidang yang lalu dua-dua menangis juga.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Tak, tak. Satu ja menangis. Lelaki belum lagi. Timbalan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan YB. Sungai Pinang, saya telah berbincang dengan YB. EXCO, YB. EXCO telah setuju dengan tidal gate, dan pam-pam besar. Tapi satu sahaja, dari segi kewangan. Saya harap, YB. EXCO dapat cuba sedaya upaya untuk mencari wang selesaikan masalah penduduk di kawasan kami. Okey, saya sambungkan.

Saya dimaklumkan bahawa satu kajian dan rekabentuk sedang dilaksanakan oleh JPS bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang untuk mengatasi banjir jangkamasa panjang yang juga merangkumi KADUN Batu Lancang. Saya berharap ia akan turut mengambil kira cadangan pemasangan pam seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPS Malaysia dan Kerajaan Persekutuan di atas keprihatinan tersebut. Timbalan Yang di-Pertua, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akibat Taufan Lekima telah melanda beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah termasuk Pulau Pinang pada 9 Ogos lalu. Kejadian ribut yang berpunca daripada ekor taufan Lekima yang membadai timur negara China ini membawa taburan hujan 53 milimeter dengan kelajuan angin 100.8 kilomter sejam. Kesan daripada ekor taufan ini menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang menghempap kediaman dan bumbung rumah diterbangkan angin di negeri ini.

Tidak terkecuali di kawasan Batu Lancang apabila terdapat 12 buah rumah ditimpa pokok termasuk empat (4) buah rumah yang terletak di kampung Jalan Perak rosak teruk. Selain itu, bumbung kira-kira 45 buah rumah di kawasan ini turut diterbangkan angin sekaligus menimbulkan kesusahan kepada rakyat.

Hasil tinjauan saya serta daripada aduan yang diterima, kejadian ini juga menyebabkan 13 batang pokok tumbang di KADUN Batu Lancang antaranya di Lilitan Hargrave, Jalan Free School, Jalan Hamilton, Jalan Perak, Taman Jelutong, Lebuhraya Jelutong, Medan Penaga, Jalan Tan Sri The Ewe Lim dan Lebuhraya Batu Lancang.

Susulan kejadian ini, pihak kontraktor Jabatan Landskap telah memotong 38 batang pokok yang patah dan merbahaya di kampung Jalan Perak selain mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan yang terjejas pada 18 Ogos lalu. Atas usaha-usaha tersebut, saya secara peribadi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Bomba Sukarela, Angkatan Pertahanan Awam, MBPP Penguatkuasa dan JPP, MBPP Landskap, MPKK Batu Lancang, jabatan-jabatan lain serta 70 sukarelawan daripada NGO Dewan Pemuda Cina Pulau Pinang yang terlibat dalam kerja-kerja gotong-royong dan membersihkan kawasan akibat bencana angin kencang tersebut.

Seperti kita sedia maklum, kedudukan geografi Pulau Pinang yang terletak di pesisiran Pantai Barat Semenanjung menyebabkan negeri ini menerima tempias teruk ekor Taufan Lekima. Kejadian ribut ini menyaksikan 71 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga (3) pusat pemindahan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan George Town. Enam mangsa pula dirawat di Hospital Seberang Jaya dan seorang di Hospital Pulau Pinang termasuk dua (2) yang cedera ditimpa pokok tumbang. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pula menerima laporan 128 batang pokok tumbang membabitkan 98 lokasi manakala bumbung 206 rumah pula rosak. Melihat kejadian bencana alam ini, saya menyarankan diwujudkan satu sistem pemberitahuan kepada orang ramai agar maklumat berhubung kejadian bencana alam seperti ini mudah disampaikan selain bersifat dua hala. Platform

media social yang bersifat terkini seperti Twitter dan Facebook misalnya boleh digunakan oleh pihak berwajib agar orang ramai dapat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, Penggunaan motosikal menjadi antara pengangkutan pilihan kebanyakan daripada 1.7 juta penduduk negeri ini terutamanya golongan pekerja dan pelajar. Selain lebih jimat berbanding memandu kereta, motosikal juga mudah dikendali boleh melalui jalan-jalan yang kecil atau celah-celah kenderaan lain terutama di bandar seperti George Town. Dianggarkan terdapat kira-kira 900 ribu penunggang motosikal di negeri ini. Di mana lebih separuh daripadanya merupakan golongan muda. Saya menyokong kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam Dewan Rakyat baru-baru-baru ini yang menolak desakan beberapa NGO agar penggunaan motosikal berkuasa rendah atau “kapcai” diharamkan kerana banyak terbabit dalam kemalangan. Katanya perkara ini tidak praktikal kerana jumlah terbesar daripada kira-kira 16 juta motosikal yang didaftarkan di negara ini adalah jenis motosikal “kapcai”. Selain ia merupakan mod pengangkutan pilihan rakyat dan murah. Populariti motosikal sebagai kenderaan pilihan golongan muda. Bagaimanapun janganlah dicemari dengan perilaku negative seperti kegiatan lumba motosikal haram. Golongan kaki lumba atau dikenali sebagai “mat rempit” gemar membonceng motosikal dengan laju dan tidak mengikut undang-undang jalan raya. Antara aksi yang dilakukan seperti menundukkan badan semasa berlumba. Memotong kenderaan awam secara zig-zag serta menguji kelajuan antara satu sama lain. Aksi-aksi ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga mendatangkan bahaya kepada pemandu lain. Antara lokasi popular “mat rempit” berlumba ialah di Pesiaran Bayan Mutiara, Batu Uban, Lebuhraya Tun Dr.Lim Chong Eu, Bayan Lepas, Padang Kota di bahagian pulau. Dan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Seberang Perai. Kumpulan “mat rempit” ini akan datang ke kawasan Pulau terutamanya pada malam minggu untuk berlumba. Ada antara mereka yang datang dari luar untuk berlumba termasuk dari Kedah dan Perak. Kehadiran kumpulan “mat rempit” ini telah menggangu ketenteraman selain mendatangkan bahaya kepada orang awam. Pertamanya aduan diterima berhubung tingkah laku mereka. Berdasarkan operasi pihak berkuasa, ramai di kalangan “mat rempit” yang ditahan berusia belasan tahun dan masih bersekolah. Kesalahan berlumba haram disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Iaitu memandu dalam keadaan merbahaya dan boleh dihukum penjara 5 tahun serta denda sebanyak RM15,000.00. Bentuk hukuman ini sebenarnya berat tetapi seolah-olah tidak menggerunkan “mat rempit” walaupun pihak Polis melakukan operasi mengawal kegiatan “mat rempit”. Namun ia perlu lebih kerap dilakukan termasuk memperlihatkan kehadiran Polis dilokasi-lokasi lumba haram sebagai langkah pencegahan. Saya juga berpandangan pendekatan mendidik tentang bahaya berlumba haram ini wajar ditekankan kepada golongan muda seawal di sekolah rendah. Sesi engagement…(dengan izin) boleh dilakukan oleh Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan dengan kerap melawat sekolah-sekolah. Golongan sasar ini perlu diberi kesedaran lumba haram termasuk menjadi korban kemalangan.

Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, berkenaan dengan sindiket dadah. Akhbar bertarikh 21 September lalu melaporkan kejayaan PDRM merampas 12 tan cocaine bernilai RM2.4 bilion iaitu rampasan yang terbesar dalam sejarah negara di Terminal Kargo Utara Butterworth (NBCT). Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador, dadah itu dibawa masuk ke negara dengan mencampurkanya dengan 60 guni arang batu masing-masing seberat satu tan. Pada satu sudut berita ini memberi gambaran negative apabila Pulau Pinang menjadi transit sindiket dadah antarabangsa. Pada sudut positif pulak perlu diberi pujian kepada PDRM kerana rampasan coccain yang dimuatkan dalam tiga (3) kontena berisi arang batu itu berjaya dikesan dengan menggunakan peralatan canggih. Sindiket dari Amerika Selatan ini dipercayai menyeludup dadah kesini sebelum dihantar ke negara lain dengan jualan RM200,000 bagi setiap kilogram. Dalam operasi ini Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang mengendalikan kontena ini. Pada 14 September pula, PDRM telah menyerbu sebuah premis di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Bukit Tengah yang dijadikan sebagai kilang memproses dadah Eramin 5. Operasi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Pulau Pinang dan Perak ini merampas pelbagai dadah sintetik bernilai RM72.5 juta. Peralatan memproses dadah selain kenderaan, wang tunai bernilai RM1.1 juta. Kegiatan pengedaran dadah mega ini membimbangkan kerana menunjukkan virus jenayah ini semakin menular. Saya bimbang jika tidak dibendung ia boleh mempengaruhi anak-anak muda untuk hidup mewah dengan menjadi pengedar dadah. Seksyen 39(B) dan 39(A)(2) Akta Dadah Merbahaya Tahun 1952 memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu didikan pencegahan perlu bermula di peringkat rendah. Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebudayaan dan juga Agensi Antidadah Kebangsaan misalnya perlu mengadakan usaha mempelbagaikan lagi program berbentuk kreatif mendidik masyarakat khususnya di peringkat sekolah agar memerangi dadah yang merupakan musuh nombor satu (1) negara. Langkah ini misalnya telah dilakukan oleh Pusat Khidmat KADUN Batu Lancang dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang apabila menganjurkan Program Pendidikan Kerjaya Murid 2019 di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee pada 28 Ogos yang lalu. Antara agensi yang terlibat seperti Polis, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Program ini bersifat serampang 2 mata untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang jenayah serta bagaimana melindungi diri daripada menjadi mangsa bahaya dadah. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan Negeri kerana memberi sokongan walaupun program sama ini turut dilakukan di kawasan ADUN Air Itam. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, penyakit Tibi. Wabak Tuberkulosis atau batuk kering penyakit pembunuh utama negara ini pada tahun 1945 hingga 1957. Selain demam malaria, kusta dan filariasis (untut/ kaki gajah). Tibi penyakit berjangkit amat digeruni ketika ini kerana rawatannya masih belum ditemui. Dan setiap penyakit dijangkiti kuman mycobacterium tuberculosis itu agen penyebab Tibi akan menemui ajal. Program Kebangsan Pencegahan Penyakit Tibi yang dilancarkan pada tahun 1991 telah berjaya mengurangkan kes-kes Tibi. Penyakit merbahaya ini telah dianggap terkawal di Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan. Mic rosak….(gangguan). Namun begitu. Speaker tutup mic ya. Speaker tidak begitu….(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Kalau boleh mic tu taruh dekat sikit.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Tinggi sangat Tuan Speaker. Namun begitu sejak tahun 1995 kes-kes baru Tibi dikesan meningkat. Kini angka yang direkodkan Kementerian Kesihatan amat membimbangkan iaitu sebanyak 24,220 kes pada tahun 2015 dan meningkat kepada 24,739 kes 2016 ke 26,168 kes 2017 dan 25,837 2018. Sebanyak 2,184 kematian pula direkodkan akibat penyakit ini pada tahun lalu iaitu tahun 2018. Jangkitan Tibi menyaksikan kisah duka kehilangan seorang pelajar berbakat besar Carmen Yee berumur 19 tahun yang menjadi mangsa wabak berkenaan. Menurut laporan akhbar pelajar tingkatan 6 atas di Sekolah Menengah Jenis Kebangsan Heng Ee di Jalan Hamilton iaitu di bawah KADUN Batu Lancang ini pada 20 ogos lalu mengalami batuk teruk semasa di sekolah lalu dibawa kesebuah klinik swasta. Hasil imbasan x-ray dia disahkan positif Tibi. Dia kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang pada 23 Ogos iaitu tiga (3) hari kemudian. Pihak Hospital Pulau Pinang mengesahkan Carmen dijangkiti Tibi berdasarkan ujian pada sampel kahak diambil daripadanya. Bagaimanapun pihak Hospital Besar Pulau Pinang memberitahu ia tidak serius dan mangsa diberi ubat-ubatan serta diminta datang semula untuk pemeriksaan susulan dua (2) minggu kemudian. Pada malam selepas kembali dari hospital Carmen muntah berdarah dan keluarganya membawa Carmen ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang. Doktor yang merawat Carmen membenarkan gadis itu pulang setelah diberi ubat-ubatan, malangnya pada keesokan hari Carmen muntah berdarah selepas makan malam dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri, lalu dimasukkan ke Wad ICU. Gadis ini malangnya meninggal dunia sehari kemudian pada 26 Ogos. Pemergian beliau yang merupakan pelajar aktif disekolah terutama dalam sukan badminton dan ahli kumpulan orchestra cina amat dirasai oleh rakan-rakan dan guru. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa remaja ini Vivian Teoh dan Yee Kok Kee. Semoga bertabah dan kita juga turut merasai pemergian Carmen. Susulan kes ini Pengarah Kesihatan Negeri Doktor Asmayani Khalib mengarahkan 373 pelajar dan Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee menjalani pemeriksaan di mana seramai 87 orang diminta melakukan imbasan x-ray dan hasilnya 33 disahkan positif Tibi. Bagaimanapun pihak hospital tidak dapat mengesahkan sama ada mereka mendapat jangkitan ini dari mangsa atau sumber lain. Susulan kes kematian ini pihak Hospital Pulau Pinang telah menjalankan inkuiri di mana laporan penuh mengenainya telah dihantar ke Kementerian Kesihatan. Apa yang merisau kematian Carmen akibat penyakit Tibi menimbulkan persoalan oleh kepada pihak perubatan bagaimana corak penyebaran wabak berkenaan. Penyebaran Tibi perlu dihentikan sebelum terlambat dengan memberi rawatan selain mengenal pasti pembawa wabak. Satu perkara yang membimbangkan ialah apabila Menteri Kesihatan YB. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Ahmad dalam satu kenyataan berkata sejumlah 3,243 kes atau 12.5% daripada 25,837 kes penyakit Tibi yang direkodkan tahun lalu melibatkan pekerja asing.

Sehubungan itu saya menyarankan agar Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pihak berkaitan seperti agensi pemantauan pekerja asing FOMEMA untuk memperketatkan prosedur kemasukan perkerja asing. Kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana beranggapan jumlah peratusannya kecil, sebaliknya perlu dipandang serius. Berdasarkan perangkaan daripada Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang bilangan pekerja asing yang berdaftar di negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015 ialah seramai 75,130 orang atau kira-kira 18% daripada keseluruhan penduduk di Seberang Perai Tengah yang berjumlah 423,006 orang. Bayangkan jika kita berada dalam pengangkutan awam dikelilingi pekerja asing dan ada antara mereka mengedar penyakit Tibi kebarangkalian kita mendapat penyakit ini adalah sangat tinggi kerana Tibi mudah berjangkit dalam persekitaran yang terhad berhawa dingin dan sesak. Begitu juga sekiranya kita makan di restoran atau gerai yang kini banyak didominasi oleh pekerja asing. Adakah kita yakin selamat, adakah mereka bebas dari Tibi. Sekiranya pekerja asing itu merupakan pembawa bakteria mycobacterium Tuberculosis dia boleh memindah bakteria berkenaan kepada 10 pesakit dan seterusnya kepada 10 pesakit yang lain. Sudah pasti ini menakutkan kerana tanpa kita sedar wabak Tibi boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan boleh membawa maut jika lewat dikesan. Apa juga langkah yang sepatutnya perlulah segera diambil oleh kerajaan termasuk menyiapkan lagi penyelidikan untuk mengetahui trend penularan semasa wabak Tibi selain mendapatkan vaksin yang terkini atau lebih berkesan sebagai langkah rawatan. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam sesi perbahasan kali ini. Sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Lancang. Saya setuju dengan Batu Lancang mengenai Tibi. Di India kalau kamu batuk lebih daripada dua (2) minggu you are a case of Tibi unless proven negative. So saya minta kita pun kena ambil perkara ini serius di Malaysia. Dipersilakan Yang Berhormat.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya batuk sekali lagilah. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020 yang telah berjaya dibentangkan oleh YAB. Ketua Menteri. Walaupun Kerajaan Negeri mengambil, mengamal perbelanjaan secara berhemah disebabkan keadaan Kerajaan Negeri berdepan kedudukan kewangan yang begitu mencabar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB. Ketua Menteri kerana membawa suatu belanjawan yang seimbang dan inklusif tanpa mengabaikan kebajikan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, saya amat tertarik kepada usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dengan berjayanya mempromosikan kemegahan destinasi eko pelancongan seperti Bukit Bendera yang telah membuktikan bahawa terdapat lebihan 160,000 pelancong di mana telah membawa peningkatan dari 1.74 juta pada tahun lepas ke 1.9 juta yang dijangka pada tahun 2019 dan saya yakin akan meningkat lagi pada tahun-tahun akan datang. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Kerajaan Persekutuan di atas inisiatif

Kementerian Kewangan dalam memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan pembinaan kereta kabel yang baharu di Bukit Bendera. Saya menyokong cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan membuktikan bahawa projek ini akan membawa pulangan pelaburan yang mempunyai justifikasi kerana terdapat keperluan untuk membawa masuk lebih ramai lagi pelancong lagi. Perkara ini sudah pastinya akan melambungkan ekonomi pelancongan negeri kita. Kami juga yakin pada tahun yang akan datang, bilangan pelancong yang bakal melawat Bukit Bendera sudah pastinya akan melebihi kapasiti dan menjadi punca kesesakan di sekitar kawasan Bukit Bendera yang telah sekian ini berlaku apabila waktu puncak. Pembinaan kereta kabel baru di Bukit Bendera di mana masih lagi tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan, feasibility study, dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan sememangnya akan memberi suatu impak positif kepada pengunjung-pengunjung untuk menikmati keindahan Bukit Bendera dengan lebih selesa dan tidak terburu-buru untuk menunggu ketibaan kereta kabel ini. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga harus menitikberatkan juga aspek kesesakan lalu lintas dan kemudahan tempat letak kereta di stesen bawah Bukit Bendera dan juga persekitaran perumahan tempatan. Oleh itu, disarankan agar kita tidak terburu-buru dalam menjalankan projek ini sehingga kesemua kajian telah selesai dijalankan demi memastikan keselamatan pengunjung dan yang mengunjung ke Bukit Bendera. Selain daripada itu dalam usaha untuk mempromosikan Bukit Bendera, sudah pastinya ia akan meningkatkan lagi kapasiti pelancong yang akan mengunjung ke Bukit Bendera pada masa akan datang dan dengan itu juga keberangkalian akan menyumbangkan sedikit sebanyak kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu, diharapkan Kerajaan Negeri juga akan sentiasa mewujudkan suatu pendekatan awal untuk melahirkan kesedaran kepada pengunjung-pengunjung supaya menyayangi persekitaran dan alam sekitar supaya suasana kedamaian, ketenangan dan keindahan semula jadi beserta khazanah alam Pulau Pinang dipelihara dan diberi keutamaan. Timbalan Yang di-Pertua, selaku ADUN di Kawasan Air Itam saya juga dengan sepenuhnya ingin menyokong Projek Pakej 2 di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang PTMP di mana sebuah jalan pintasan yang akan mengwujudkan satu laluan alternatif untuk ke Utara dan Selatan bahagian pulau dengan kos sebanyak RM851 juta dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang bakal dibina. Pada masa ini, laluan utama yang digunakan oleh penduduk di Air Itam dan kawasan Paya Terubung yang hendak ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah melalui Jalan Masjid Negeri yang sentiasa sesak pada waktu puncak iaitu ketika waktu pejabat atau sesi sekolah bermula dan waktu pejabat atau sesi sekolah tamat. Tambahan pula dengan adanya lebuh raya yang dicadangkan ini maka masa bagi perjalanan dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu akan dikurangkan dari 40 minit ke 5 atau 10 minit. Laluan baru ini mempunyai empat (4) pertukaran untuk menghubungkan Air Itam dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Pertukaran ini adalah Lebuhraya Thean Teik, Jalan Thean Teik, Jalan Bukit Gambir, Jalan Sultan Azlan Shah dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang juga akan menghubungkan kawasan-kawasan yang terdapat populasi yang tinggi. Namun yang demikian, saya juga ingin menyeru agar pemantauan semasa projek oleh Pihak Berkuasa Tempatan perlu dijalankan supaya insiden seperti di Bukit Kukus tidak akan berulang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua, berbasikal adalah mesra alam dan merupakan cara pengangkutan yang efisien di samping menjadi satu acara senaman. Di Pulau Pinang penggunaan basikal untuk aktiviti harian dan untuk bersenam menjadi semakin popular. Bilangan penduduk yang berbasikal telah meningkat sejak beberapa tahun yang lalu, kebelakangan ini Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan juga memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan basikal selaras dengan seruan Cleaner, Greener and Healthier Penang. Hala tuju dalam usaha ini perlu diperkukuhkan lagi dengan polisi dan garis panduan penyediaan laluan dan kemudahan basikal untuk merealisasikan usaha Kerajaan Negeri dalam penyediaan laluan khas basikal dan mencecah penggunaan basikal selaras dengan visi dan misi Kerajaan Negeri untuk menyediakan 200 kilometer laluan berbasikal menjelang tahun 2020. Saya ingin mencadangkan agar kita juga dapat memasukkan penambahan laluan basikal dalam projek Pakej 2 laluan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang dimaksudkan supaya kita dapat lebih menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kemudahan awam untuk aktiviti-aktiviti mereka kerana buat masa ini setelah menyaksikan pelan bagi Projek Pakej 2 tersebut, saya mendapati tiada sebarang pendekatan untuk mewujudkan laluan basikal dalam projek tersebut yang jaraknya 5.7 kilometer. Oleh itu, dalam usaha untuk menggalakkan aktiviti sihat di negeri kita supaya Pulau Pinang boleh menjadi negeri mampan, lestari dan mempunyai mutu kehidupan yang tinggi, usaha untuk mengwujudkan laluan basikal haruslah dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Timbalan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri di bawah visi Penang2030 telah mensasarkan supaya 40% daripada populasi rakyat menggunakan pengangkutan awam dalam 11 tahun yang akan datang. Namun juga memahami bahawa pembinaan LRT dan MRT atau monorail memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun bagi kemudahan tersebut berfungsi. Oleh yang demikian bas merupakan satu-satunya mode pengangkutan awam yang sedia ada di Pulau Pinang buat masa sekarang. Pada masa yang sama saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khasnya kepada YAB. Ketua Menteri di mana dalam Belanjawan telah memperuntukkan RM15 juta untuk Bas CAT percuma di mana rakyat di kawasan Air Itam merupakan golongan yang turut mendapat manfaat daripada program ini. Namun dengan pendekatan sedemikian, pejabat saya masih lagi menerima aduan daripada orang awam bahawa perkhidmatan bas awam telah berkurangan secara keterlaluan selepas jam 10 malam setiap hari. Dan pengguna terpaksa menunggu lebih daripada 1 jam untuk menggunakan perkhidmatan bas tersebut. Sebagai contoh, pada 22 Oktober lalu, seorang pengadu telah membuat aduan di mana beliau telah menunggu bas No. 301 di Terminal Bas KOMTAR untuk balik ke Relau. Pengadu itu bukanlah seorang pengguna bas, tujuan beliau hanyalah ingin respond kepada saranan Kerajaan Negeri untuk menggunakan pengangkutan awam dengan membuat percubaan sendiri. Malangnya pengalaman menunggu bas yang lama dari pukul 10.30 malam hingga 11.40 malam telah menghampakan beliau. Saya telah dimaklumkan bahawa pada waktu-waktu off peak memang akan membawa kepada kekerapan bas yang berkurangan. Walau bagaimanapun, jangka masa menunggu selama satu jam tidak harus diambil sebagai perkara biasa. Waktu malam pada 10.30 malam setiap hari adalah waktu peak hour …(dengan izin), bagi mereka yang bekerja di pasar raya atau shopping mall…(dengan izin). Sekiranya pekerja-pekerja yang telah

bekerja berdiri sepanjang hari masih perlu menunggu bas untuk lebih satu jam bagaimana kita ingin mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam. Saya berharap agar Kerajaan Negeri akan memandang berat mengenai isu ini kerana ianya bukan merupakan satu isu yang baru lagi terutamanya selepas Kerajaan Negeri memulakan perkhidmatan bas percuma di Air Itam. Tiada sebarang kesinambungan di antara bas 200 dari bandar untuk sambung ke bas percuma CAT A atau CAT B yang hab transitnya berada di perhentian bas Masjid Negeri atau berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Shang Wu. Hampir setiap hari selepas saya menghadiri majlis makan malam atau upacara pada lewat malam saya mendapati ramai pengguna bas yang masih menunggu di perhentian bas sehingga pukul 11.00 malam atau 11.30 malam. Tempat tersebut juga dalam keadaan gelap dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai hab dan bilangan bas telah berkurangan pada waktu malam menjadikan hanya mereka yang tiada pilihan pengangkutan sahaja yang menggunakan bas. Saya juga sering menerima aduan melalui panggilan telefon daripada orang awam pada lewat malam kerana isu sedemikian. Walaupun saya faham bahawa niat Kerajaan Negeri untuk melancarkan bas percuma adalah baik, malah ia telah membawa kesusahan kepada pengguna bas yang menggunakan bas sebagai mode pengangkutan harian untuk pergi dan balik dari kerja. Walau pun dengan pelancaran program Bas Mutiara yang hanya memerlukan RM50.00 untuk kegunaan 30 hari berturut-turut tanpa had adalah sangat berbaloi untuk pengguna bas tetapi jikalau perkhidmatan bas atau kekerapan bas tidak mencukupi dan menyebabkan pengguna bas perlu menggunakan masa 2 atau 3 kali ganda berbanding dengan penggunaan kenderaan sendiri, maka susah juga untuk menarik rakyat jelata untuk meninggalkan kenderaan peribadi untuk menggunakan bas kecuali mereka yang tiada lesen memandu atau tiada pilihan lain. Timbalan Yang di-Pertua, saya turut faham bahawa perkhidmatan bas telah bertambah baik berbanding dengan satu ketika yang dahulu. Kini Rapid telah menaik tarafkan bas awam yang berhawa dingin, persekitaran bas dalaman yang bersih dan sikap pemandu yang sopan telah mendapat pujian dari pengguna tegar. Akan tetapi saya berharap kita sebagai satu negeri yang maju perlu ada saranan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan bas yang cemerlang sementara kami menunggu LRT atau MRT siap dibina di negeri tercinta kita. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk menyokong cadanganYang Berhormat KOMTAR agar perkhidmatan mini bas dipulihkan oleh pihak Rapid agar ia dapat melalui jalan yang sempit semasa waktu puncak contohnya pada pagi di kawasan Pasar Air Itam. Timbalan Yang di-Pertua, bagi isu perumahan, saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri seperti dalam Ucapan Belanjawan YAB. Ketua Menteri yang menyatakan kerajaan akan membina rumah mampu milik di kawasan Jelutong akan tetapi saya juga ingin menyeru Kerajaan Negeri untuk memberi tekanan dan perhatian yang lebih kepada pemaju sebagai pembida yang berjaya mendapat kontrak projek Rumah Mampu Milik Pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan iaitu projek The Rise di Jalan S.P. Chelliah. Pembeli rumah dengan harga RM72,500.00, RM200,000 dan RM300,000 telah mendapat rumah yang banyak bermasalah. Blok 1 lagi yang berharga RM400,00.00 setiap unit sepatutnya mendapat kunci pada bulan September 2019 tetapi sampai sekarang masih tidak menerima sebarang berita lagi. Ini telah menjejaskan keyakinan

rakyat terhadap projek perumahan kerajaan. Banyak skim rumah mampu milik pihak swasta bukan sahaja telah siap dibina dan diberi kunci malah ramai yang telah memindah masuk namun projek The Rise kelihatan bermasalah dan mengambil masa yang sama, yang lama, maaf. Saya berharap Kerajaan Negeri juga akan memandang serius perkara-perkara sebegini disebabkan ianya akan menjejaskan nama baik negeri Pulau Pinang dengan pelbagai tohmahan sekiranya tidak dikendalikan dengan sebaiknya. Terdapat juga beberapa pemaju yang telah menyiapkan projek perumahan dan setelah memasuki rumah, pembeli terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis masalah defect…(dengan izin) dari segi pembinaan yang tidak menepati pelan yang diberi atau menggunakan bahan-bahan yang berkualiti rendah dan tidak tahan lama. Perkara sebegini juga akan menjadikan pembeli rumah berasa kecewa dengan pembelian rumah mereka yang tidak berpatutan dengan harga yang dibeli. Kerajaan Negeri seharusnya mempunyai suatu SOP bagi memastikan perkara-perkara ini dipantau secara berperingkat dan sekiranya terdapat sebarang masalah haruslah diperbetulkan pada masa tersebut, bukannya setelah sesuatu pembinaan telah selesai dilakukan dan selepas menerima aduan daripada pembeli baru sahaja ingin menyemak pembinaan tersebut.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan. Terima kasih rakan saya daripada Air Itam. Sememangnya saya tertariklah dengan isu khususnya berhubung dengan unit rumah yang telah disiapkan tapi masih mempunyai banyak isu kerosakan ini. Tapi saya rasa perkara sebenarnya ia adalah terjamin sebenarnya di dalam perjanjian jual beli atau pun, (dengan izin)…sales and purchase agreement di mana memang termaktub di dalam perjanjian jual beli tersebut terdapat defect liability period. Tetapi sememangnya saya bersetujulah dengan pandangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Air Itam di mana kita seharusnya memberi pemantauan yang ketat khususnya projek-projek perumahan mampu milik di bawah Kerajaan Negeri agar kita tidak mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih. Perkara ini akan membuatkan pembeli-pembeli terpaksa menunggu untuk jangka masa yang lebih panjang untuk mendapat kunci atau memasuki rumah yang telah dibeli oleh mereka, justeru itu pembeli rumah perlu menanggung kos penyewaan yang lebih banyak. Pemilikan rumah sudah menjadi satu keperluan pada zaman ini. Selaras dengan Dasar Perumahan Negeri, kerajaan harus juga sentiasa komited bagi memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki. Tiada makna bagi sesebuah negeri mencapai kemajuan tetapi rakyatnya tinggal di rumah yang daif dan tidak menepati piawaian minimum perumahan. Kerajaan perlu memahami kehendak rakyat – jika rakyat memerlukan rumah, kerajaan dengan kerjasama pihak swasta perlu menyediakan rumah yang secukupnya kepada rakyat, sama ada untuk dibeli ataupun disewa. Di kawasan Air Itam terdapat sebuah perkampungan bernama Kampung Shaik Madar dan tanahnya di bawah hak milik kerajaan iaitu di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Oleh itu, saya ada satu cadangan agar sebuah projek pembangunan semula dapat dikaji dan dijalankan di kawasan Kampung Shaik Madar supaya kita dapat membina lebih banyak lagi rumah dan membuka lebih banyak peluang

perumahan kepada rakyat Pulau Pinang. Disebabkan Kampung Shaik Madar merupakan satu perkampungan yang lama, infra-infra di kawasan tersebut juga agak lama dan apabilanya hujan lebat atau ribut berlaku di kawasan tersebut di belakang sungai air akan naik dan mengakibatkan banjir yang teruk seperti yang telah berlaku pada 2017. Saya berharap agar satu pelan dapat dijalankan atau dikaji oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang agar lebih banyak lagi rumah dapat dibina secara sewa beli atau dengan cara yang lain. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, antara manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 adalah pembinaan e-stadium dan pembangunan e-Sport di kalangan anak muda. Salah satu perkara yang perlu ditegaskan adalah pemain e-Sport di Negeri Pulau Pinang wajar diberi perhatian melalui penyediaan fasiliti sewajarnya demi memajukan sukan itu sendiri. Kita tidak boleh lupakan golongan pemain e-Sport ini kerana golongan ini agak besar khususnya golongan anak muda yang berusia 25 tahun ke bawah yang mempunyai minat yang tinggi di dalam industri e-Sports. Kerajaan perlu mengambil inisiatif dalam membantu mereka. Contohnya dengan menyediakan latihan dan infrastruktur jika mereka berminat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa dan memastikan mereka mempunyai elaun yang mencukupi untuk menyara hidup dan membanggakan Malaysia di peringkat dunia. Saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan atau menambah baik program elaun untuk pemain e-Sport yang mewakili Negeri Pulau Pinang ke acara e-Sports yang diiktiraf oleh Persatuan e-sukan Malaysia dan Majlis Sukan Negara yang telah diperkenalkan kerajaan lama. Seterusnya, saya juga ingin menyebutkan tentang hasratnya untuk mengubah pandangan negatif masyarakat luar terhadap gamers. e-Sports merupakan sebahagian daripada evolusi sukan, dan sewajarnya stigma buruk mengenai gamers wajar diubah. Mungkin ada pihak akan berkata bahawa kenapa mahu bantu mereka pemain e-Sports yang malas duduk atas kerusi dan tidak membuat apa-apa. Tetapi, sukan berevolusi, kalau kita lihat pada kurun ke-18 atau ke-19, sukan yang ada sekarang mana ada wujud pada masa tersebut. Kita perlu pandang dan bergerak ke hadapan. Masyarakat sudah masuk ke fasa yang baru dan ia melibatkan e-Sports. Saya berharap bahawa e-Sports dapat menjadi landasan bagi para belia untuk memupuk minat sains dan teknologi, yang selaras dengan inisiatif pengajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang diberi inisiatif tinggi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta berharap kerajaan dapat tampil ke hadapan dan menyelesaikan dengan segera beberapa isu penglibatan pemain e-Sports dalam sebarang acara mewakili Negeri Pulau Pinang dan turut lebih mempromosikan e-Sports lagi. Timbalan Yang di-Pertua, walaupun umum berpendapat bahawa Pulau Pinang kini lebih bersih sejak di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi masih lagi terdapat beberapa kawasan-kawasan yang tahap kebersihannya boleh ditambahbaikan. Jika diperhatikan, memang ketara terdapat kekurangan tong-tong sampah di kawasan awam terutamanya di taman-taman khususnya kawasan rekreasi.

Hal ini kerana penduduk di kawasan perumahan tersebut membuang sampah di merata-merata mengakibatkan taman rekreasi tersebut boleh dikatakan tidak sedap memandang. Sekiranya seorang membuang sampah ia akan mengakibatkan semua penduduk perumahan tersebut mengalami masalah seperti pembiakan lalat dan sebagainya. Perkara ini boleh diibaratkan seperti telur sesangkar pecah sebiji, pecah semua yang membawa maksud kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Tidak dinafikan bahawa kebersihan merupakan aspek penting untuk melambangkan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan kerajaan cenderung ke arah kehijauan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada kedua pihak PBT iaitu MBPP dan MBSP supaya menyediakan tong-tong sampah yang berasingan bagi pembuangan plastik, tin dan sebagainya supaya ia dapat dikitar semula di setiap taman kejiranan, taman-taman dan juga tanah lapang. Kekurangan tong sampah seringkali dijadikan alasan ramai untuk membuang sampah sesuka hati dengan alasan tidak menjumpai tong sampah. Jika adanya dengan pertambahan tong-tong sampah pula, kekerapan kutipan sisa juga diperbanyakkan lagi untuk menampung jumlah sampah yang agak tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan sampah-sampah dari bertimbun, dihurung lalat, burung gagak dan juga bagi mengelakkan diheret oleh anjing liar. Sekaligus ia dapat menjadikan tempat-tempat tertentu kelihatan bersih, cantik dan sedap mata memandang. Timbalan Yang di-Pertua, selain itu, satu lagi isu yang sering menjadi tumpuan media ialah kes wabak denggi. Di Pulau Pinang adalah negeri yang mencatatkan rekod yang agak tinggi setiap tahun. Hal ini dapat ditangani sekiranya SOP berkaitan pembasmian wabak denggi dapat dipertingkatkan dan dikaji semula keberkesanannya. Contohnya, di kawasan Air Itam secara khususnya di Kampung Melayu mempunyai kes denggi yang tertinggi. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh KADUN Air Itam untuk membanteras denggi dan menjaga kebersihan sekeliling namun tetapi pembuangan sampah secara berleluasa masih berlaku dan mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes…(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Penjelasan. Satu isu yang menarik yang di bawa iaitu isu kesihatan juga kebersihan. Cakap banyak tentang penyediaan tong sampah, memang kalau kita tengok negara ini memang tong sampah banyak Timbalan Yang di-Pertua, jika compare dengan negara luar, Jepun even Singapore, tiada tong sampah disediakan tetapi peoples there they are healthy dan tidak ada penyakit yang banyak di dengar. Wabak ni banyak di dengar di negara kita tetapi tong sampah banyak. Jadi adakah ada mekanisme lain yang lebih baik yang perlu kita ambil? Antaranya mendidik rakyat atau public ini untuk sentiasa menjaga kebersihan dan adakah boleh bersetuju supaya promosi-promosi menjaga kebersihan, kesihatan, dibuat secara tegas oleh Pihak Berkuasa dan tiada kompromi di dalam perkara ini. Minta pohon penjelasan. Terima kasih.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih. Saya memang bersetuju dengan Permatang Pasir. Sebelum ini sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, kami memang banyak cuba carikan penyelesaian agar kita mengikuti juga negara jiran kita di mana Thailand, kita

jarang nampak tong sampah di tepi jalan padahal sikap seseorang itu yang paling penting. Sebab itu kita selalu nak masuk ke sekolah untuk memupuk atau mengajar atau mendidik kepada anak-anak muda kita agar pembuangan sampah atau sampah dibuang merata-rata adalah tidak betul. Saya berharap Majlis atau pihak kesihatan yang terlibat, dapatlah masuk ke sekolah-sekolah untuk mendidik anak-anak muda kita sebab bagi dewasa memang sudah susah, sudah biasa dengan sikap pembuangan sesuka hati. Namun, untuk anak-anak masih ada harapan lagi untuk kita mendidik. Boleh saya sambung? Bagi KADUN Air Itam, pelbagai inisiatif telah dijalankan untuk membanteras denggi dan menjaga kebersihan sekeliling namun tetapi pembuangan sampah secara berleluasa masih berlaku dan mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes, kerap kali setelah mendapat aduan dan kes-kes kematian, barulah tindakan seperti fogging diambil dan ini merupakan kaedah merawat dan bukan mencegah sebelum terjadi. Oleh itu, berharap supaya kerajaan dapat menetapkan suatu SOP untuk mencegah sebelum terjadi apa-apa yang akan dapat mengorbankan nyawa seseorang. Sebagai contoh, kami sering kali mengadakan gotong-royong apabila di mana di Mesyuarat Denggi diadakan setiap hari Rabu dan apabila dimaklumkan kawasan KADUN yang mempunyai pembiakan aedes yang tinggi, gotong-royong diadakan. Tetapi selalu saya maklumkan kepada MPKK saya, jika nak buat gotong-royong, penduduk harus turun bersama dan bukannya MPKK kita sendiri dan juga agensi-agensi luar contohnya Bomba Sukarela dan RELA yang datang bantu. Penduduk harus memainkan peranan mereka sebab tempat duduk kediaman mereka adalah untuk mereka sahaja, orang luar yang datang membantu selalu tidak dihargai. Kita boleh membersihkan dengan cepat tetapi dalam 3, 4 hari keadaan akan menjadi seperti biasa lagi. Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, KADUN Air Itam telah banyak membantu juga Komuniti Polis Pulau Pinang dan CERT Team Air Itam dalam beberapa perkara, antaranya ialah dengan menyediakan AED dan inisiatif ini telah membantu menyelamatkan nyawa seorang warga emas berusia 68 tahun yang melanggar sebuah tiang trafik akibat daripada serangan jantung secara tiba-tiba. Pihak Komuniti Polis juga mendapati jantung beliau telah berhenti berdenyut 30 minit lalu, namun dengan menggunakan AED warga emas tersebut dapat diselamatkan. Berita ini juga telah dipaparkan di surat khabar The Star bertarikh 4hb November 2019. Perkara ini harus dipandang dengan lebih serius oleh pihak Kerajaan Negeri agar memperluaskan lagi mesin LAED oleh masyarakat awam agar kita dapat bersama-sama berusaha mengelakkan sebarang malapetaka bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Timbalan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas Pembentangan Belanjawan 2020 beliau yang menyatakan bahawa pada tahun 2020 Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan kenaikan bayaran penghargaan warga emas daripada RM130 setahun kepada RM150 setahun yang dijangka memberi manfaat kepada 178,000 warga emas di Negeri Pulau Pinang dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM26.7 juta serta kadar bantuan kurang upaya OKU turut dinaikkan juga dari

RM130 setahun kepada RM150 setahun yang akan melibatkan hampir 10,000 penerima dan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Selaras dengan Manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang pada Pilihanraya Umum Ke-14 perkara ini juga akan turut memudahkan golongan-golongan terlibat serta meringankan lagi beban mereka. Akan tetapi umum semua tahu apabila kita melihat setiap kali pada hari pemberian wang penghargaan warga emas ini di KOMTAR ataupun KADUN bank masing-masing selalunya penuh dengan penerima dan menyebabkan sesak kesesakan yang melampau akibat daripada penerima yang begitu ramai. Oleh itu demi memahami keadaan warga emas atau warga OKU saya sarankan agar Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan lagi proses untuk pemberian wang tersebut melalui bank EFT supaya warga emas atau warga OKU tidak perlu lagi menghadapi sebarang kesusahan untuk beratur atau menunggu masa yang lama untuk giliran mereka. Timbalan Yang di-Pertua, Foodbank Mutiara telah ditubuhkan pada bulan Mei 2018 dan telah berjaya mengedarkan makanan segar dan buah-buahan kepada lebih kurang 31,429 penerima golongan B40 sehingga akhir Disember 2018. Saya juga difahamkan bahawa makanan itu diterima dari 9 Pasaraya TESCO di Pulau Pinang, makanan yang diterima terutama sayur-sayuran, buah-buahan dan produk roti buat masa sekarang tetapi kerajaan juga akan memperluaskan dengan memasukkan lebihan makanan dari hotel pada tahun depan. Ketika melancarkan Majlis Perasmian Foodbank di KADUN Air Itam, saya telah mendapati bahawa golongan penduduk yang datang menerima bantuan Foodbank dari golongan B40 bukanlah sesuatu kumpulan yang kecil manakala terdapat lambakan penduduk yang tergolong dalam kategori B40. Namun tetapi, kami tidak dapat untuk menyumbangkan makanan tersebut kepada semua orang disebabkan kita hanya mempunyai bekalan makanan yang terhad dari Mutiara Foodbank. Tetapi bersyukurlah saya telah mendapatkan kerjasama dengan pihak Sunshine Group yang juga telah menyumbangkan Projek Foodbank untuk KADUN Air Itam. Oleh itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mewujudkan satu mekanisme supaya lebih ramai lagi pasaraya datang bekerjasama dengan Projek Foodbank Negeri supaya kita dapat memperluaskan lagi pemberian makanan percuma ini kepada golongan yang memerlukannya. Apabila kita melihat dari perspektif peniaga atau pengusaha pasaraya kita harus juga mengambil kira setiap pasaraya mempunyai ROI Return of Investment….(dengan izin) masing-masing sekiranya mereka memberi sebahagian barangan mereka kepada kita kemungkinan mereka juga tidak mencecah pulangan pelaburan mereka. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga haruslah menekankan agar pasaraya tersebut boleh menyumbangkan hanya barangan yang tidak dapat dijual kepada Program Foodbank ini. Sebagai satu tanda penghargaan yang bersikap adil juga kepada pengusaha tersebut Kerajaan Negeri bolehlah mewujudkan satu insentif atau mekanisme untuk menggalakkan ramai lagi pasaraya untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek ini.

Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya saya melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas kejayaan kita setakat ini dan menikmati kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh negeri dan kita dan negara. Semoga kejayaan-kejayaan yang dikecapi pada tahun yang lalu akan diurus sewajarnya dan dipertingkatkan dengan jayanya pada tahun 2020. Saya juga berharap agar segala permohonan dan cadangan yang diberi dalam ucapan saya akan mendapat sokongan daripada semua pihak agar dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat jelata dan kemakmuran di negeri kita yang tercinta. Ini selaras dengan Visi 2030. Mudah-mudahan pada tahun 2020 ini memberikan keazaman untuk kita bekerja kuat dan membawa nikmat dan kebahagiaan kepada rakyat dan kita semua. Saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat

Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1 November 2019 sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Air Itam, 35 minit ya. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih, Yang di-Pertua Speaker, salam sejahtera dan salam reformasi saya ucapkan kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbahasan Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Di kesempatan ini saya ingin juga mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua rakan-rakan yang beragama Hindu. Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota kerana telah membentangkan satu belanjawan yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang yang bertajuk Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama. Batu Uban juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana Pulau Pinang merupakan penyumbang kelima tertinggi kepada KDNK Nasional dengan nilai sebanyak RM91.18 bilion. Pulau Pinang juga sebagai negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan pembuatan tertinggi di Malaysia iaitu 35 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (dengan izin)…Foreign Direct Investment (FDI). Ini menunjukkan bahawa prestasi Pulau Pinang juga kian merancak dan dengan peningkatan positif FDI ke Pulau Pinang ia juga mewujudkan banyak lagi peluang pekerjaan untuk ditawarkan kepada graduan dan juga memperkasakan sosial ekonomi masyarakat di Pulau Pinang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji Kerajaan Negeri kerana telah mengambil beberapa inisiatif-inisiatif yang berterusan iaitu membantu terutama golongan lepasan universiti atau graduan yang menganggur. Antaranya melalui pusat CAT Centre yang telah banyak

membantu graduan untuk menjalankan pemadanan jawatan iaitu (dengan izin)…job matching apabila menerima pemintaan daripada majikan. Pada sebelah petang tadi Ahli-ahli Yang Berhormat telah diberi satu taklimat khusus oleh pihak PSDC di mana pihak PSDC akan menyediakan biasiswa berjumlah RM2.1 juta untuk melatih lepasan graduan dan juga pelajar lepasan sekolah yang ingin mencari pekerjaan iaitu sebuah latihan upskill training iaitu memberi latihan khusus kepada golongan graduan ataupun yang telah tamat sekolah lepas Tingkatan 5. Ramai yang lepas Tingkatan 5 dia mungkin tidak mempunyai satu keputusan SPM yang baik dan apabila dia tidak memiliki keputusan SPM yang baik, maka dia tidak dapat melanjutkan pelajaran dia di peringkat yang seterusnya. Golongan ini adalah modal insan yang penting untuk negeri kita dan juga untuk Malaysia maka saya rasa dengan bantuan yang disediakan oleh PSDC dan Kerajaan Negeri ini kita dapat memberi peluang kepada mereka yang tidak memperolehi keputusan cemerlang di SPM namun, diberi peluang untuk melanjutkan ataupun diberi latihan praktikal di PSDC. Saya dimaklumkan bahawa mereka yang tidak lulus, gagal dalam SPM tetapi kalau mereka boleh membaca dan menulis mereka juga boleh menerima biasiswa ini. Saya menyeru kepada golongan anak-anak muda di luar sana untuk mengambil peluang seperti ini untuk kita memperbaiki kehidupan kita dan juga dapat menikmati training vokasional supaya dapat meningkatkan kualiti kerjaya. Dan lagi satu apa yang sangat bagus tentang program PSDC ini iaitu selepas mereka menjalani kursus di PSDC mereka juga akan ditempatkan untuk bekerja di syarikat-syarikat multinasional dan sebagainya, ini adalah satu peluang yang cukup baik. Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga melalui Belanjawan 2020 akan meneruskan Perkhidmatan Bas Percuma iaitu CAT dengan kos sebanyak RM15 juta yang disediakan untuk tahun 2020. Saya menyokong penuh perkhidmatan Bas CAT ini kerana ianya banyak membantu golongan warga emas, pelajar sekolah, universiti dan juga golongan yang bekerja untuk menggunakan perkhidmatan awam sebagai mode pengangkutan untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Dengan adanya Bas Rapid Percuma (CAT) ini saya rasa ia dapat juga sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Di kawasan Batu Uban juga kita mempunyai 3 buah Bas CAT daripada Kerajaan Negeri. Saya mengucapkan terima kasih Kerajaan Negeri pada awal tahun ini kita telah membuat pelancaran dan mendapat sambutan yang baik khususnya daripada pelajar-pelajar yang berada di Universiti Sains Malaysia, penduduk Sungai Dua dan Pekaka. Namun demikian, saya juga ingin membuat cadangan ataupun penambahbaikan tentang Bas CAT ini kerana saya dapati kebanyakan penggunanya adalah warga asing. Inilah feedback yang kita terima daripada orang awam. Maka di sini saya ingin mencadangkan kalau boleh Kerajaan Negeri dapat memperkenalkan satu sistem kad khas untuk memberi keutamaan kepada pengguna rakyat tempatan untuk menikmati kemudahan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ini. Saya berpendapat taxpayer…(dengan izin) perlu menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri ini.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Timbalan Speaker, minta penjelasan Batu Uban so, adakah Batu Uban berasa sekiranya ada pelancong daripada luar negara yang datang ingin menaiki Penang Free Rapid Bus so adakah mereka tidak dibenarkan apa yang tadi yang dibangkitkan oleh Batu Uban?

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih rakan saya daripada Jawi. Satu soalan yang bagus saya tidak menyatakan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menaiki bas tersebut tetapi perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk kegunaan rakyat tempatan iaitu rakyat Pulau Pinang. Contoh, kalau pelancong dari luar negara datang bermalam di Pulau Pinang kita juga telah mengenakan mereka satu charge penginapan maka saya rasa ini bukan satu kesalahan, pelancong-pelancong ini biasanya mereka mempunyai keupayaan untuk membayar. Maka saya tidak rasa ini menjadi satu penghalang kerna sekiranya kita pergi ke luar negara kita pun perlu mengeluarkan duit untuk perbelanjaan dan sebagainya. Maka saya rasa ini tidak menjadi satu penghalang saya mensyorkan satu kad khas ini dapat disediakan supaya perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ini dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di Pulau Pinang. Yang di-Pertua, saya juga ingin memuji usaha Kerajaan Negeri meneruskan program Mutiara Food Bank, di mana Kerajaan Negeri komited untuk mengelakkan pembaziran makanan dan juga membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Yang di-Pertua, saya menyertai politik dengan satu idealisma yang jelas iaitu membantu rakyat, mendapatkan satu kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, saya juga telah mengambil bahagian dalam program Food Bank Mutiara dan di pusat khidmat saya sejak saya menjadi wakil rakyat, saya telah memulakan program food bank ini Melalui program ini, saya telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk, dan setakat ini lebih kurang 138 orang ataupun isi rumah di KADUN Batu Uban yang tergolong daripada golongan kurang berkemampuan iaitu B40 telah mendapat bantuan di KADUN Batu Uban. Namun demikian, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan kerana buat masa ini, penghantaran seperti yang disebut oleh rakan saya daripada Air Itam, hanya dibuat seminggu sekali dan tiada satu hari yang muktamad. Kadang-kadang ia akan hantar hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Maka saya ingin mencadangkan, kalau boleh kita boleh mempertimbangkan iaitu tetapkan dua hari seminggu, untuk penghantaran dan juga kalau boleh lebihkan lagi produk-produk seperti sayuran dan juga buah-buahan kerana ini mendapat satu demand yang cukup baik, daripada mereka yang menerima food bank.

Saya juga ingin memohon supaya SOP pemilihan produk juga perlu dilakukan dengan lebih peka, terutamanya tentang kualiti barangan tersebut, kerana ada kalanya sayur-sayuran yang layu dan juga roti yang expired date kurang daripada dua hari dihantar sekali. Saya rasa perkara-perkara seperti ini perlu diberi satu perhatian yang serius. Baru-baru ini, terdapat juga video yang viral yang mengatakan Kerajaan Negeri memberi makanan expired date. Maka saya berpendapat perkara-perkara seperti ini perlulah dielakkan pada masa hadapan. Kalau boleh roti-roti ataupun barang-barang yang akan expired dalam tempoh dua ataupun tiga hari, kita tidak perlu memberi produk-produk seperti itu. Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana akan melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Dua, Daerah Timur Laut yang melibatkan kos berjumlah RM45 juta, dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan Ke-4 2020. Projek ini akan memberi manfaat, dan juga saya berharap akan menyelesaikan masalah banjir bukan sahaja untuk penduduk di Batu Uban, tetapi juga kawasan yang berhampiran seperti DUN Pantai Jerejak. Saya berharap bahawa projek ini akan berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan, kerana sudah lama kita memohon supaya Projek Tebatan Banjir ini dapat dijalankan dan saya bersyukur kerana Ketua Menteri telah memberitahu bahawa pada tahun 2020, projek ini akan dijalankan. Maka saya mohon supaya JPS kalau boleh projek ini dapat berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk menaiktaraf kebanyakan parit dan juga longkang di kawasan Minden Height dan Taman Brown, kerana longkang-longkang yang telah dibina lebih daripada 30 tahun yang lalu tidak lagi sesuai dengan pengedaran masa dan juga pembangunan baru di kawasan tersebut. Terdapat pembangunan baru di kawasan tersebut, maka longkang tersebut tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak. Saya memohon kepada pihak JKR untuk memberi bajet kepada tahun hadapan untuk kita menaik taraf longkang-longkang yang terdapat di Minden Height dan Taman Brown. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bagan Jermal dan juga Kerajaan Negeri kerana dalam sesi persidangan DUN yang lalu, saya telah membangkitkan tentang keperluan kemudahan sebuah gelanggang futsal di KADUN Batu Uban. Pada bulan yang lepas, ini kita telah menjalankan majlis pecah tanah dan Batu Uban bakal menerima gelanggang futsal yang pertama pada pertengahan Disember ini. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. Bagan Jermal kerana beliau banyak membantu. Saya juga ingin memuji Kerajaan Negeri, kerana usaha berterusan yang telah diambil untuk kita memperkasakan golongan anak muda ini. Saya tidak bersetuju dengan pendapat ataupun kenyataan Ketua Pembangkang tempoh hari, bahawa dalam Belanjawan 2020 ni Kerajaan Negeri tidak memberi tumpuan ataupun tumpuan khas kepada golongan anak muda ini malahan dalam Belanjawan 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10.5juta untuk pembangunan sukan.

Di abad ke 21 ini, sukan bukan lagi dilihat sebagai sebuah aktiviti sampingan. Namun ia juga merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Sukan kini menjadi kerjaya profesional kepada kebanyakan golongan muda, dan mempunyai pendapatan tetap sebagai seorang yang berkarier dalam sukan. Lihat sahaja atlet-atlet, yang sejak mula berkecimpung menjadikan sukan sebagai kerjaya. Kebanyakan mereka dapat mengharumkan nama negara di mata dunia seperti Lee Chong Wei, Nicole David dan ramai lagi. Dengan pendidikan dalam bidang sukan juga, seseorang boleh menceburkan diri dalam karier sebagai jurulatih sukan, sebagai guru, sebagai pegawai sukan, sebagai pakar perubatan dan juga pelbagai lagi karier lain. Kini terdapat juga universiti yang menawarkan kursus berkaitan sukan, daripada peringkat Diploma hinggalah ke peringkat PHD seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Universiti Sains Malaysia. Untuk itu, saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri supaya pada Belanjawan tahun 2021, kita dapat memberi satu Bajet yang lebih besar kepada pembangunan sukan ini. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita memberi tumpuan, khususnya kepada bakat-bakat pelapis dalam sukan. Ada antara mereka yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Saya nak sebut tentang dua orang individu iaitu adik Nickhileswar Mogana Sundharam iaitu beliau pada awal tahun ini telah memenangi gelaran Squash Junior Terbuka junior bawah 11 tahun di Birmingham, London dan juga adik Nur Azim telah merangkul anugerah kasut emas selepas menjadi penjaring terbanyak di Kejohanan Bola Sepak Remaja Asian bawah 12 tahun di China. Maka, saya rasa mereka ini mempunyai potensi yang cemerlang dalam sukan dan dengan adanya sokongan yang tepat maka, mereka boleh pergi jauh lagi. Maka, perlu ada insentif dan juga suntikan kewangan dan juga program latihan khusus untuk memastikan mereka ini boleh sustained…(dengan izin). Saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Bagan Jermal untuk kita memberi sedikit insentif kepada pelapis-pelapis ini, kerana kebanyakan mereka ini mewakili badan-badan association mereka sendiri. Apabila mereka mewakili kejohanan juga membawa nama Pulau Pinang ke pentas dunia, maka ini juga adalah satu kejayaan kepada Kerajaan Negeri. Kita juga perlu membantu atlet-atlet muda ini. Selain itu, saya juga ingin memuji usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti sumber manusia dan membantu golongan anak muda dengan memberi latihan teknikal dan juga vokasional (TVET) dalam pelbagai bidang kemahiran, bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini, iaitu Industry 4.0. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan program-program bantuan untuk menggalakkan keusahawanan dikalangan anak muda seperti Skim Pinjaman Harapan dan juga Tabung Usahawan Tani. Namun begitu, saya berpendapat penglibatan khususnya daripada kaum India dan Cina, dalam skim-skim bantuan keusahawan Kerajaan Negeri ini masih lagi kurang lagi. Saya berpendapat ada kalanya, maklumat mengenai skim bantuan ini tidak sampai kepada mereka.

Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk kita memperbanyakkan promosi dan juga maklumat berkenaan bantuan dan kursus keusahawanan yang ditawarkan. Kita juga boleh menggunakan saluran seperti Pusat Khidmat Adun juga boleh dimaklumkan mengenai program-program yang dijalankan, supaya kami ini boleh menjadi agen untuk penyebaran maklumat ini kepada golongan sasaran. Untuk makluman, baru-baru ini saya telah menganjurkan satu program. Program mengenai skim-skim bantuan keusahawanan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Apabila saya menganjurkan program tersebut, saya telah menerima banyak penglibatan. Ramai yang hadir walaupun, saya limit kepada 50 orang tetapi, lebih daripada 100 orang yang telah berdaftar. Maka, saya rasa mereka lebih berminat untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ini. Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dan menyokong cadangan daripada Yang Berhormat KOMTAR untuk menaik taraf Terminal Bas Sungai Nibong. Saya mengucapkan terima kasih kepada Komtar, kerana beliau peka dengan isu terminal Sungai Nibong ini yang terletak di KADUN Batu Uban. Sudah tiba masanya, saya rasa terminal tersebut dinaiktaraf dan mendapat penjenamaan baru seperti Penang Sentral. Terminal bas ini juga menjadi satu hub transit, yang penting untuk pengunjung dalam dan juga luar negeri ke Pulau Pinang. Namun demikian, keadaan terminal ini tidak menggambarkan seperti konsep smart city "umpama berat mata memandang". Maka, saya memohon Kerajaan Negeri untuk kita melihat cadangan ini untuk kita menaiktarafkan Terminal Bas Sungai Nibong ini, dan menjadi setaraf dengan Penang Sentral yang kita ada sekarang. Selain itu, saya juga ingin berbincang mengenai dengan Tapak Pesta yang terletak di sebelah juga, di sebelah Terminal Bas Sungai Nibong yang saya lihat sangat suram, kerana Tapak Pesta ini dia hanya meriah setahun sekali ketika penganjuran Pesta Pulau Pinang. Selepas Pesta Pulau Pinang, tidak ada lagi aktiviti-aktiviti di kawasan tersebut. Maka, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita dapat membangunkan Tapak Pesta ini, bersama pihak swasta berkonsepkan private public partnership dengan mewujudkan uptown ataupun night market dengan memberi peluang kepada peniaga-peniaga tempatan. Ini juga akan bakal merancakkan sektor pelancongan negeri, dan juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi penduduk setempat. Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh mengenai tiga (3) perkara penting iaitu yang pertama terdapat satu cadangan pembangunan diatas Lot 9014 dan juga 9015, Mukim 13 Sungai Dua oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membina sebuah Ibu Pejabat Polis yang baru berserta dengan kuarters. Untuk maklum, di atas tanah lot 9015 iaitu tanah berkeluasan 5 hektar terdapat lebih kurang 61 rumah kediaman, 12 bengkel, 3 tokong Cina dan juga 1 kuil Hindu. Saya sebagai Adun Batu Uban, saya tidak mempunyai sebarang halangan mengenai kemajuan diatas tanah tersebut. Namun, saya memohon supaya ketika kita hendak menjalankan pembangunan, kita juga perlulah menitik berat tentang kebajikan dan keadilan keluarga-keluarga yang telah bermastautin di kawasan tersebut, lebih daripada tiga (3) generasi.

Saya mohon supaya satu pampasan yang munasabah dapat diberikan kepada keluarga yang terlibat. Saya juga memohon supaya Kerajaan Negeri akan memastikan tuan tanah dapat mematuhi garis panduan mengenai pembangunan kampung. Walaupun sebelum ini pada tahun 2008, dimaklumkan ada beberapa rumah yang telah menerima pampasan sebanyak RM27,000.00 ketika itu iaitu RM25,000.00 untuk pampasan rumah dan RM2,500.00 adalah pampasan untuk pengangkutan. Namun terdapat sejumlah rumah yang tidak bersetuju dan tidak menerima pampasan tersebut. Maka saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk kita berbincang dan juga negotiate dengan tuan tanah iaitu Kerajaan Persekutuan untuk kita mendapatkan satu pampasan yang setimpal kepada keluarga kerana kebanyakan mereka yang tinggal di sana adalah golongan warga emas, pesara dan juga B40. Kalau boleh kita memberi pampasan rumah ganti rumah kerana ini juga merupakan selaras dengan visi Penang2030 iaitu satu keluarga memiliki satu rumah. Seperti yang saya sebut mereka adalah gologan warga emas, golongan B40, ada juga daripada OKU maka mereka tidak mampu untuk membeli rumah kediaman dan juga disebabkan oleh faktor usia mereka yang telah melonjak tinggi maka penolakan pinjaman oleh bank juga adalah tinggi. Maka mereka ini tidak dapat untuk membeli rumah dan sebagainya. Saya juga memohon Kerajaan Negeri untuk campur tangan dalam isu ini dan kita juga dapat menyediakan tanah RIBI yang bersesuaian kepada rumah-rumah ibadat yang terdapat di kawasan tersebut. Yang di-Pertua, isu kedua ialah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana untuk penyelenggaraan skim perumahan kos rendah dan juga sederhana rendah swasta melalui inisiatif Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80% iaitu TPM 80 akan diteruskan pada tahun 2020 dengan peruntukan sejumlah RM6.8 juta. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana melalui tabung ini di kawasan saya khususnya di Batu Uban banyak mendapat manfaat. Saya mempunyai 132 bangunan berstrata ataupun bangunan bertingkat di mana bangunan-bangunan ini telah dibina 30 atau 40 tahun yang lalu maka banyak isu-isu yang sering kali timbul iaitu kerosakan lif, bumbung dan juga tangki air dan sebagainya. Melalui tabung TPM 80 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ianya banyak membantu penduduk di kawasan saya. Untuk makluman, sehingga hari ini kawasan saya telah mendapat kelulusan sebanyak RM1.65 juta daripada Kerajaan Negeri dan untuk itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datok Keramat dan juga Kerajaan Negeri kerana kita adalah satu-satu negeri yang menyediakan tabung sebegini untuk kita membantu rumah-rumah kos rendah dan juga kos sederhana rendah. Tabung ini banyak membantu penduduk-penduduk di Kawasan tersebut. Saya juga ingin membawa satu isu yang dihadapi oleh penduduk Halaman Kenanga di kawasan saya. Projek Halaman Kenanga ini adalah projek yang telah dibina oleh PDC pada tahun 2009 dan mereka telah menyerahkan kunci pada tahun 2012. Flat Halaman Kenangan ini adalah flat LMC dan juga LC di mana terdapat lebih kurang 720 buah unit rumah dengan anggaran penduduk dalam 3,000 orang. Flat ini menghadapi masalah walaupun saya kira dia masih baru dibina pada tahun 2009 dan diberi kunci pada tahun 2012 dan setakat ini banyak isu di kawasan tersebut antaranya adalah berkenaan dengan bumbung yang

bocor, tembok penahan dan juga tentang keselamatan lif. Baru-baru ini pihak Jabatan Keselamatan dan juga Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang iaitu (JKP) telah mengeluarkan notis kepada pihak pengurusan bahawa enam (6) buah lif yang terdapat di kawasan tersebut dikatakan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki oleh JKP. Maka saya amat memandang serius berkenaan dengan isu ini walaupun pihak JMB dan pihak saya telah menulis surat kepada PDC untuk minta membantu menyelesaikan isu ini namun setakat ini perkara ini tidak dapat diselesaikan. Perkara ini telah berlarutan sebelum saya menjadi wakil rakyat saya ingat sudah berlanjutan lebih daripada dua (2) tahun tapi sehingga hari ini kita tidak dapat menyelesaikan untuk membaiki keadaan bumbung yang bocor dan ini menyebabkan satu kesukaran kepada penduduk-penduduk terutamanya mereka yang tinggal di tingkat atas. Saya tidak pasti apa masalah yang dihadapi oleh PDC kerana ada dua tiga kali PDC telah memanggil tender tetapi kerja tidak dapat dijalankan. Akhirnya tender itu call off mungkin disebabkan oleh kos pembaikan yang terlalu tinggi. Satu tahun yang lepas saya dimaklumkan kos pembaikan lebih kurang RM300,000 dan baru-baru ini dimaklumkan melonjak sehingga RM700,000 dan kos itu perlu dikongsi menggunakan kaedah skim perkongsian 80:20. Iaitu 80% daripada PDC dan juga 20% daripada penduduk tapi saya merasakan 20% itu adalah satu amaun yang amat tinggi kerana penduduk-penduduk di situ adalah penduduk yang kurang berkemampuan dan saya berpendapat ini adalah tanggungjawab PDC untuk memastikan kita menyediakan satu rumah yang berkualiti kepada penduduk seperti yang disebut rakan saya daripada Air Itam tadi banyak projek-projek swasta pun mempunyai banyak masalah. Maka saya ingin memohon dalam Dewan yang mulia ini supaya PDC dapat menyelesaikan isu ini dengan segera kerana ini adalah berkenaan dengan isu-isu keselamatan masyarakat.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan. Terima kasih rakan saya daripada Batu Uban. Menyentuh tentang khususnya skim penyelenggaraan di bawah projek-projek perumahan yang dibangunkan oleh PDC. Kita sememangnya difahamkan di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ia mempunyai sebuah tabung ataupun skim penyelenggaraan yang sama operasinya dengan tabung penyelenggaraan maksima 80 Pulau Pinang cuma skim di bawah penyelenggaraan PDC ini adalah untuk menyelenggarakan projek-projek perumahan yang pada satu masa dahulu dibangunkan oleh PDC sendiri. Namun saya mendapati terdapat satu isu juga di mana untuk projek penyelenggaraan yang ingin dilakukan oleh PDC ini proses tender tersebut biasanya akan dikendalikan secara dalaman oleh PDC dan saya turut menerima aduan daripada penduduk di Gat Lebuh Macallum ini di mana mereka telah pernah menghantar sebut harga, tiga (3) sebut harga untuk kerja-kerja pembaikan bumbung kepada pihak PDC dengan harga yang berpatutan tetapi apabila kerja-kerja tender telah dibuat oleh PDC harga itu tiba-tiba melambung agak tinggi dan memandangkan penduduklah yang perlu mengeluarkan baki 20% untuk menjalankan projek tersebut. Saya rasa perkara ini haruslah diteliti memandangkan ini agak membebankan rakyat khususnya kerja-kerja penyelenggaraan ini biasanya melibatkan kerja-kerja yang kritikal. Jadi saya berharap pihak PDC juga dapat mengambil perhatian tentang proses ini dan diharaplah sekiranya proses ini dapat juga boleh diselesaikan dalam masa yang singkat agar kita dapat menjalankan kerja-kerja pembaikan kritikal ini pada kadar segera. Terima kasih.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih rakan saya daripada Pengkalan Kota.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Batu Uban, setengah jam.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Lima minit lagi Dato. Tiga minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Injured time.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Pengkalan Kota mempunyai satu point yang cukup bagus dan ini juga masalah yang saya hadapi di kawasan saya kerana ia memang benar apabila pihak JMB ataupun MC memberi cadangan ataupun quotation daripada kontraktor mula-mula ialah RM300,000 tetapi PDC tidak menerima kontraktor tersebut mereka melantik kontraktor mereka sendiri tetapi harganya terus melambung kepada RM700,000. Ini telah memberi satu bebanan bukan saja kepada penduduk di situ tetapi kepada saya juga sebagai ADUN kawasan kerana penduduk juga meminta ADUN untuk memberi sedikit sumbangan untuk menampung kos tersebut tetapi saya rasa memang tidak cukup kalau saya hendak keluarkan kos tersebut memang tidak cukup. Di Batu Uban saya ada 132 bangunan-bangunan bertingkat maka kalau semua bangunan-bangunan bertingkat ini datang minta 10 percent daripada saya memang tidak cukup peruntukan daripada saya. Saya ingin memohon PDC untuk meneliti perkara ini dan kalau boleh kita dapat menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat ini. Terakhir saya ingin memuji Kerajaan Negeri kerana memperkasakan golongan beliau melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC) untuk membantu meningkatkan kesedaran di kalangan golongan muda berkaitan dengan Hak dan Juga Kepentingan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Banyak program yang telah dianjurkan dan antaranya adalah penganjuran Program Sidang Muda 2019 di mana menggalakkan penglibatan golongan muda berusia 16 hingga 30 tahun. Namun saya berpendapat selepas Parlimen telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu menurunkan hak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun maka saya berpendapat Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan penting untuk kempen undi 18 ini. Selain daripada kempen kesedaran mengenai dengan demokrasi saya berpendapat suara anak muda juga perlu diangkat ke dalam Dewan Undangan Negeri ini. Untuk itu saya mensyorkan agar Kerajaan Negeri dapat menggubal Perlembagaan Negeri iaitu perkara 12 untuk membolehkan calon di bawah umur 21 tahun untuk layak bertanding. Saya berharap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri ini akan dapat dibentangkan pada sesi Persidangan Dewan Undangan yang akan datang.

Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Seri Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak lama lagi akan menamatkan perkhidmatan beliau. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan dengan ini saya menyokong Belanjawan 2020. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Seri Delima. Tiga puluh minit.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Salam sejahtera, salam Sayangi Malaysia dan salam Mutiara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Barisan Ahli Majlis dan juga ketua-ketua jabatan yang dihormati. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Pulau Pinang bagi tahun 2020 yang telah berjaya dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lalu ditunggu-tunggu oleh rakyat dan juga negara kerana ia diuar-uarkan sebagai penterjemahan Rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga negeri kita. Jadi, sejak tahun 2008 lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya membuktikan bahawa ia dapat mengamalkan perbelanjaan secara berhemah walaupun keadaan kewangan negara kini masih lagi mencabar jadi saya ingin ucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat kerana berjaya membawa satu belanjawan yang sah tidak mengabaikan kebajikan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua Dato’ Speaker, misi membela rakyat dengan menaikkan pendapatan mereka dan pada masa yang sama mencari langkah-langkah yang berkesan untuk menganjakkan ekonomi negeri ke paras pendapat tinggi merupakan satu lagi perkara yang masih rumit dan juga mencabar. Jadi terdapat beberapa isu yang seringkali menjadi keluhan masyarakat dan juga sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin ia merupakan tanggungjawab semua untuk meringankan beban rakyat. Pada masa yang sama haruslah kita mendengar dengan teliti apakah keluhan rakyat. Jadi harapan besar rakyat yang telah memberi mandat penggal ketiga kepada Pakatan Harapan untuk mendengar dan juga menilai kebijakan ekonomi negeri mengatasi masalah-masalah yang sering kali dihadapi bread and butter issue…(dengan izin). Kalaulah ekonomi ini diibaratkan sebagai sebuah bahtera. Jadi pengikut pengemudi bahtera jadi mengikut kemudi yang diumumkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya cukup yakin bahawa bahtera ini mampu belayar mengelilingi ya, di dunia ini dengan mudah. Jadi, belanjawan 2020 membuktikan wujudnya iltizam politik untuk melonjakkan ekonomi negeri dan juga membela rakyat. Ahli-ahli Dewan yang dihormati, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama untuk 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Jadi pada masa yang sama, seramai 238,286 penganggur termasuklah siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan contohnya JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung. Jadi Pulau Pinang juga mencatat kadar peratusan kedua pengangguran terendah iaitu

sebanyak 2.2%. Manakala anggaran lepasan graduan universiti di Malaysia kira-kira 300,000 graduan setiap tahun. Jadi, kumpulan belia merupakan kumpulan yang paling mudah terjejas dengan kejatuhan dan juga kelembapan ekonomi. Mereka adalah kumpulan yang terakhir yang diambil bekerja tetapi yang pertama yang akan diberhentikan ataupun istilah first in first out…(dengan izin). Jadi, hal ini kerana mereka dilihatkan sebagai pekerja yang kurang berpengalaman dan juga kurang berkemahiran untuk berkomunikasi dengan majikan. Jadi, hakikat yang harus diakui, mempunyai ijazah kini bukanlah lesen mendapat pekerjaan, sebaliknya ia hanya menjadi asas membina kerjaya. Sebaliknya sesuatu peluang pekerjaan itu boleh diisi kalau mereka memenuhi permintaan majikan jadi jika ditanya sama ada ijazah atau kemahiran yang menjadi pilihan? Sebenarnya dalam keadaan ekonomi baharu ini, majikan mungkin lebih fleksibel iaitu boleh menyesuaikan diri dengan perniagaan syarikat dan permintaan tersebut. Jadi sektor swasta kini melihat kepada apa yang boleh dilakukan oleh pekerja dan bukannya latar belakang ataupun kelayakan semata-mata, malah ada juga jawatan pengurusan sektor swasta kini adalah kalangan yang dulunya tidak mempunyai pendidikan tinggi. Jadi, rata-rata majikan menawarkan gaji permulaan yang agak rendah atau cenderung menggaji yang minta maaf, yang mungkin melantik atau memberi peluang pekerjaan kepada pekerja asing kerana industri di Malaysia masih lagi bergantung kepada kos tenaga buruh yang agak rendah dan mampu bekerja lebih masa. Jadi situasi ini menyebabkan peningkatan jumlah graduan dan juga siswazah kita meningkat selain ramai terpaksa menceburi pekerjaan dalam bidang yang lain daripada bidang pengajian selain dibayar gaji atau imbuhan yang tidak setimpal. Jadi lebih malang, ramai dalam kalangan siswazah kita menganggur adalah anak-anak yang menjadi harapan keluarga masing-masing yang selama ini tergolong dalam kelompak, kelompok (maaf) kumpulan isi rumah terendah ataupun B40 dan keluarga miskin. Jadi sepertimana yang kanda Yang Berhormat Batu Uban telah menyebutkan mengenai memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan ujian iaitu dalam SPM yang kurang memuaskan. Kita juga perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar melalui penyediaan pengangkutan dan juga bantuan kewangan serta menyediakan lebih banyak lagi tempat kepada pelajar dari golongan B40 untuk yang berpontensi tinggi ya, di institusi-institusi pengajian tinggi dan juga latihan pusat latihan kemahiran berdasarkan kepada kriteria kelayakan dan juga kuota kemasukan khas. Jadi misalnya, saya ingin mempertengahkan bahawa kita perlu meningkatkan lagi akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran tinggi khususnya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ataupun TVET dan juga mempergiatkan lagi Pembangunan Keusahawanan di peringkat sekolah.

Saya ingin menarik perhatian sedikit mengenai sesuatu yang telah diberitahu kepada saya. Jadi saya baru-baru ini difahamkan ya bahawa masih lagi ada bengkel-bengkel, kelas-kelas yang dibawah tajaan TVET sebagainya yang mengajar pelajar bagaimana untuk memperbaiki CD-ROM? Jadi saya nak tanya dalam Dewan ini, banyakkah lagi antara kita yang masih menggunakan lagi CD-ROM. Saya rasa teknologi yang macam ini bakal digelarkan technologically obsolete…(dengan izin). Jadi oleh itu, saya ingin membangkitkan bahawa kandungan syllabus perlu dikemaskini mengikut keperluan semasa (dengan izin)…we can provide them the necessary tools to succeed in this life twenty first century. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan gerakan Undi18 dan juga kelulusan usul untuk penurunan had umur layak mengundi dari 21 tahun ke 18 di Parlimen tahun ini, ia membuka ruang diskos yang lebih mendalam dalam penyertaan golongan belia dalam pembangunan politik negara, maka sekaligus mewujudkan keperluan dalam pembangunan politik negara yang patut ya dimulakan di peringkat sekolah lagi. Ini adalah, sesetengah pihak beranggapan bahawa pengundi di usia yang muda kurang berkelayakan untuk mengundi. Akan tetapi, di peringkat inilah lahirnya anak-anak muda yang petah berbicara sekiranya diberi sokongan dan juga dorongan yang dipupuk dengan nilai-nilai murni. Jadi, mereka akan berani mewakili rakan-rakan yang lain untuk menyuarakan pendapat serta berkongsi pengalaman sebenar mereka. Dari sini, kita boleh lihat kemampuan mereka untuk memilih dan juga membuat keputusan-keputusan yang bijak ya, sebagai wakil pelajar dari institusi-institusi semua. Jadi, tidak salah jika dari peringkat awal lagi mereka di beri peluang dan juga hak untuk bersuara. Bukan itu sahaja, tapi peluang kerjaya akan lebih cerah di mana mereka akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan juga yang dapat orang kata dapat bina keyakinan diri itu. Jadi modul pembelajaran di peringkat ini haruslah lebih komprehensif dan tidak bias di bawah subjek Pendidikan Sivik dan juga Kewarganegaraan di sekolah supaya ia tidak dilihat sebagai politik ataupun yang untuk yang mendemokrasikan pelajar. Beberapa tahun kebelakangan ini, Akademi Pilihan Raya telah memainkan peranan penting dalam pendidikan pemilihan. Jadi, ceramah serta forum demokrat muda yang juga telah diadakan memberi pendedahan di peringkat awal tentang tanggungjawab memilih dan membuat keputusan yang bijak. Forum yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini, adalah sebahagian ya daripada usaha untuk mendidik kedua-dua pengundi sedia ada yang berpontensi. Forum tersebut telah dianjurkan oleh SPR dan juga Universiti Sains Malaysia dan telah diadakan di Dewan Budaya dan Yang Berhormat Batu Uban dan saya telah dijemput menjadi ahli-ahli panel, ya untuk forum demokrasi. Jadi dunia hari ini, pengundian dan juga hak pengundi adalah sama penting pendidikan mengundi sepatutnya bermula dari bilik darjah sebelum mengambil tempat. Tapi di sini saya rasa tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Dewan yang sekalian kita dapat mengambil inisiatif sendiri di KADUN-KADUN masing-masing. Di mana kita boleh ya berkolaborasi, bekerjasama dengan pihak sekolah dan juga SPR untuk melaksanakan program seperti amalan demokrasi.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Okey, Pengkalan Kota.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih kanda saya dari Seri Derima. Terima kasih atas peluang yang diberikan dan sememangnya saya rasa memang perlulah khususnya dengan kelulusan Undi18 yang baru-baru ini di peringkat Parlimen di mana dalam satu kata yang lain mungkin bakal pengundi yang akan menyertai Pilihanraya Umum yang ke-15 nanti, kini masih di bangku sekolah mungkin mereka ada di tingkatan dua ataupun tingkatan tiga lagi. Jadi, saya ingin dapatkan pendapat Yang Berhormat Seri Delima khususnya berhubung dengan aktiviti-aktiviti parti politik untuk menyebarkan fahaman politik. Ini bukan sahaja untuk Pakatan Harapan, saya harap Ketua Pembangkang juga di bawah parti UMNO juga seharusnya kalaulah dibenarkan untuk memasuki sekolah untuk menyebarkan fahaman politik ini. Saya rasa, bukan saja dari pihak Pakatan Harapan tapi dari parti Pembangkang juga seharusnya diberi ruang yang sama. Tapi saya inginlah mendapatkan pendapat Yang Berhormat Seri Delima, sama ada tindakan untuk membenarkan parti politik untuk memasuki sekolah ini sama ada Yang Berhormat Seri Delima setuju ke tidak.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Okey, terima kasih kanda Yang Berhormat Pengkalan Kota, jadi jawapan saya, saya tidak setuju ya sekiranya parti-parti politik ingin mengunakan sekolah-sekolah sebagai satu kawasan, satu platform di mana mereka akan menyebarkan fahaman-fahaman politik tapi apa yang saya jelaskan mengenai pendidikan politik di peringkat sekolah ini ia lebih kepada kewarganegaraan iaitu apakah yang termaktub ya mengetahui hak-hak kita sebagai warga Malaysia ya. Kita boleh belajar ataupun memberi exposure…(dengan izin) kepada pelajar sekolah mengenai Perlembagaan Malaysia, hak undi dan sebagainya.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta celah sekejap, Yang Berhormat Seri Delima saya amat tertarik kepada pendidikanlah untuk pengundi-pengundi baru especially Undi18 sekarang. Saya nak tanya adakah Seri Delima setuju dengan saya bila saya kata bahawa Malaysia hari ini banyak orang, banyak anak muda, bukan saja anak muda banyak warganegara kita tidak tahu apakah maksudnya sistem demokrasi berparlimen itu. Sebab mereka hanya, sistem kita dan pendidikan kita telah, telah gagal untuk memberi pendidikan demokrasi kepada anak muda kita, kerana itu, mereka hanya tahu bahawa setiap lima (5) tahun hanya pergi mengundi sahaja. Adakah Seri Delima, rasa kita perlu mengadakan lebih banyak bukan sahaja untuk macam

mana nak undi tetapi juga untuk apakah sistem demokrasi berparlimen itu juga. Terima kasih.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Baik, terima kasih kerana soalan itu ya, sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat Pulau Tikus, saya pun rasa bukan takat golongn belia sahaja yang mungkin tak tahu ya, apakah definisi Parlimen Perlembagaan. Jadi, ada juga golongan-golongan yang datangnya dari golongan yang bukan belia pun tak tahu juga. Jadi, di sinilah kita sepatutnya bukan sahaja bila kita menyebut tentang pendidikan politik, walaupun fokus sepatutnya kita fokus kepada bagaimanakah kita boleh menyediakan golongan belia untuk menyertai dalam undian dan sebagainya tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh abaikan ya golongan dewasa dan sebagainya sebab saya rasa orang kata another words (dengan izin)….ignorance its very distractive to democracy. Jadi bila kita ada yang forum-forum tersebut dan juga platform di mana kita boleh exchange…(dengan izin) idea dan sebagainya. Ia dapat mengajar ya golongan belia, golongan bukan belia untuk memilih ataupun membuat keputusan yang betul sebagai individu, sebagai warga Malaysia. Okey, saya sambung. Jadi pada hakikatnya kita tidak boleh pandang ringan betapa pentingnya peranan belia Malaysia dan juga lebih pentingnya, kita mewujudkan suasana pendidikan politik yang mampu melahirkan insan-insan yang matang membuat keputusan. Jadi macam saya kata tadilah, soalan adakah golongan belia cukup matang atau bersedia untuk mengundi perlu digantikan dengan soalan, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan untuk menyediakan golongan belia supaya mampu membuat pilihan yang bernas supaya masa depan negara dan negeri terjamin. Jadi demokrasi bukanlah suatu wacana, pola pendapat ataupun tingkah laku yang boleh dibina sebaik sahaja selesai. Jadi menurutnya, demokrasi adalah satu proses di mana individu dan Kerajaan memainkan peranan di dalam untuk membina budaya dan juga sistem kehidupan yang boleh mewujudkan kemakmuran, menegakkan keadilan yang baik secara sosial, ekonomi dan juga politik. Jadi kita perlulah buat pilihan yang bijak, ya dan pilihan, keputusannya adalah di tangan anda. Jadi, dasar-dasar kerajaan perlulah disebar kepada rakyat dan dipraktikkan dengan menyeluruh agar ia dapat dijadikan sebagai platform untuk golongan mudia, muda (maaf) dengan membuat keputusan yang bijak. Masih ramai lagi pelajar ataupun anak-anak muda yang malu untuk tampil ke hadapan untuk menyuarakan hasrat, keinginan dan juga serta idea kerana mereka takut ya takut ditempelak oleh masyarakat. Hanya pendedahan dari pendidikan awal beserta keberanian mendapat, keberanian dapat membina ciri-ciri seorang pemimpin yang kompetitif bukan sahaja dalam politik tetapi untuk berhadapan dengan semua pihak.

Namun begitu, diharapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mengumpulkan dan juga mengunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi seperti yang baru-baru ini Sidang Muda yang telah dianjur oleh pihak Penang Youth Development Corporation. Ya, bila adanya forum, adanya Sidang Muda kita boleh ya kumpul apakah kehendak dan keperluan anak-anak muda dan dari situ saya harap kerajaan dapat menggubal dasar-dasar yang lebih bersifat inklusif yang peka terhadap kehendak golongan belia. Dewasa ini, wujudnya suatu kultus kejahilan dan ia tidak lapuk dek zaman. Ketegangan Anti intelektual adalah benang yang berterusan. Berliku-liku melalui kehidupan politik dan juga budaya kita yang dipupuk oleh tanggapan palsu bahawa demokrasi bermakna bahawa kebodohan saya sebanding pengetahuan anda. Bahkan hingga sekecil-kecil leterasi mereka takut kerana kaedah tertulis adalah saluran komunikasi yang mungkin menyatukan musuh mereka.

Jadi pembangunan sesebuah negeri yang diiktirafkan maju bukan hanya terletak dalam GTP ataupun infrastruktur yang ada. Malah modal insan mampu bersaing di dunia yang semakin kompetitif perlu kita wujudkan. Jadi kita tidak boleh menafikan bahawa kepentingan intellectualism kerana rakyat yang celik mampu mempertahankan negeri, melindungi negara dan juga sistem demokrasi kita. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Bandaraya George Town adalah synonym, synonyms dengan Bandar Pintar. Jadi banyak pihak telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperluaskan inisiatif Bandar Pintar. Jadi memang penting untuk kita memupuk budaya suka membaca. Pulau Pinang mampu memainkan peranan sebagai satu hab berteknologi tinggi di Wilayah Utara sekiranya transformasi digital dan juga penambahbaikan infrastruktur dilaksanakan dengan teliti sejajar dengan hasrat menjadi negeri pintar serta bertaraf antarabangsa. Keyakinan yang disuarakan oleh Ketua Menteri yang menyifatkan Pulau Pinang kini berada di landasan tepat untuk membawa negeri ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan. Jadi, rata-rata perpustakaan sekarang lebih bersifat siber ataupun digital untuk menarik minat setiap lapisan umur dan masyarakat. Jadi kini adanya teknologi digital serta kemudahan WiFi, proses pencarian dan juga penjimatan dapat dikurangkan. Saya percaya dimana-mana saja ada teknologi siber kerana komunikasi pada abad ke-21 memerlukan kemudahan WiFi. Jadi, di Daerah Timur Laut mempunyai Perpustakaan Digital yang terletak di Jalan Masjid Negeri dan baru-baru ini di Batu Maung Perpustakaan Digital ke-2 baru telah dirasmikan. Jadi, Perpustakaan Digital Pulau Pinang merupakan satu insiatif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertujuan mengkaji semula bagaimana maklumat dikawal, digunakan dalam dunia yang didorong oleh digital yang membawa maksud kolaborasi sosial. Ia bertujuan untuk mengubah semula bagaimana kita mengakseskan maklumat dan juga mendapatkan maklumat dan juga menyalurkan maklumat terutamanya kepada orang-orang yang ingin mendapat maklumat dengan sebaik mungkin. Jadi, ia juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang akan melengkapkan kaedah pengajaran bersifat manual sebelum ini kepada pengalaman pendidikan yang setanding dengan lanskap teknologi hari ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1973 sebaik sahaja ia mengambil alih pengurusan dari Penang Library…(dengan izin) sebuah perpustakaan langganan yang pertama di Malaysia yang mula memberi perkhidmatan perpustakaan sejak tahun 1817. Jadi kini mempunyai jaringan rangkaian perpustakaan elektronik yang mampu menampung keperluan rakyat Pulau Pinang. Kini PPAPP mempunyai beberapa buah perpustakaan di sekitar kawasan, minta maaf, di sekitar negeri kita. Ada di Seberang Jaya, George Town, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Jawi, Bertam dan ada juga perpustakaan kanak-kanak di Jalan Scotland. Jadi rangkaian Perpustakaan Desa Siber Ilmu di seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang berjumlah 46 Perpustakaan Desa Negeri dan 34 yang ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang kini diuruskan oleh Perbadanan. Jadi apa yang saya ingin bangkitkan adalah bahawa masih lagi wujud presepsi perpustakaan kita masih lapuk ataupun arkib dengan izin. Jadi kita perlu gantikan dengan idea baharu untuk menggunakan teknologi terkini seperti penyediaan WiFi high speed…(dengan izin), komputer, buku-buku yang lama perlulah digantikan dengan buku yang baharu dan yang relevan. Jadi, wujudkan ruang yang dapat memupuk nilai komuniti yang lebih holistik sambil memupuk budaya suka membaca dan suka belajar. Jadi konsep balai rakyat atau dewan komuniti perlu kita dinaiktarafkan supaya dapat mencerminkan keperluan dan juga kehendak abad yang ke-21. Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Dewan. Tak sah sekiranya isu tahap kebersihan tidak disebut. Jadi walaupun sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 iaitu hampir 12 tahun yang lalu. Kita tidak boleh nafikan bahawa Pulau Pinang jauh lebih bersih. Jadi walau bagaimanapun masih ada lagi beberapa perkara ataupun isu-isu yang mungkin kita terlepas pandang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kebersihan adalah masalah universal yang wajib diambil kira oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan dan juga rakyat. Jika kebersihan boleh ditingkatkan ketika sambutan dan perayaan ini maka kita ada sebab budaya kerja dapat dikekalkan. Jadi masalah kebersihan ini adalah orang kata termasuk penyelenggaran dari segi tanah-tanah kosong, tanah-tanah lapang dan sebagainya. Sebagai contoh di kawasan Seri Delima, Pintasan Pemancar 5 dan juga Jalan Pemancar merupakan contoh bahawa ada beberapa tanah lapang dan tanah kosong yang terbiar. Sehingga ada ular dan binatang-binatang lain. Kawasan perumahan Taman Tun Sardon pun seringkali menghadapi isu kebersihan dari aspek kutipan sampah, longgokan sampah haram ataupun tidak dikutip mengikut skala yang ditetapkan. Kalau kawasan yang berumput, yang berpokok, ia tidak diselenggarakan. Jadi setiap kali bila mengadu kepada pihak yang berkenaan barulah tindakan diambil, kalau tidak maka pihak-pihak yang berkenaan buat tak tahu, buat tak endah. Jadi saya yakin bahawa this is not a one off problem…(dengan izin). Saya yakin tentang isu ini pun wujud di semua 40 KADUN dalam Pulau Pinang. Jadi memandangkan tahun sekarang adalah tahun 2019 saya rasa perlulah wujudnya ikhtizam politik untuk menyelesaikan masalah tanah-tanah yang telah dianaktirikan. Jadi kalaulah dulu orang kata masalah ketidak sefahaman Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, masalah ini saya yakin tidak menjadi halangan lagi lah. Selain daripada itu, isu keselamatan juga perlu diberi keutamaan. Sepertimana kalian semua tahu, baru-baru ini satu kemalangan maut berlaku oleh seorang pemandu yang mabuk di Pulau Pinang. Jadi kemalangan ini telah

mengambil nyawa seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga sekaligus menimbulkan pelbagai soalan daripada eksiden ini. Nombor satu, selamatkah jalan raya kita. Yang kedua bagaimanakah kita boleh menjaminkan keselamatan awam dan yang ketiga, berapa ketatkah pihak berkuasa dalam menegakkan penguatkuasaan? Memandu dalam keadaan mabuk memang salah di sisi undang-undang dan merupakan kes jenayah di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan dan pemandu yang menyebabkan kematian ataupun kecederaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga tahun ataupun maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang dari RM8,000.00 dan tidak melebih RM20,000.00. Tapi malangnya ia masih lagi berlaku hingga menyebabkan Malaysia ini mempunyai kadar kematian jalan raya yang agak, yang berada di tangga yang agak tinggi dan juga yang ketiga dalam Asia Tenggara, belakang Thailand, belakang Vietnam. Saya juga ingin menyeru supaya Pihak Berkuasa Tempatan supaya mengambil langkah-langkah yang proaktif dan juga tindakan tegas kepada premis-premis yang cuai terhadap patrons mereka. Sekiranya mereka mendapati bahawa seseorang itu telah minumi melebihi had yang dibenarkan, pemilik dan pengurus premis-premis tersebut sepatutnya menyekat ataupun berhenti daripada menjual minuman-minuman keras tersebut. Dan dengan itu, pihak polis pun sepatutnya mengadakan check yang kerap dan juga penguatkuasaan, tindakan yang tegas. Jadi saya rasa pemandu-pemandu yang didapati salah pula dikenakan hukuman yang berat. Orang kata tindakan yang tegas perlu dilaksanakan sebagai deterrence…(dengan izin) kerana keselamatan orang awam dan juga pengguna jalan harus dilindungi. Pulau Pinang dikenalikan sebagai pulau yang bersih, hijau, sihat dan selamat. Jadi kita perlu menjaga nama baik negeri kita supaya keselamatan ini terjamin juga kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Daripada masa yang sama, izinkan saya menarik perhatian Ahli-Ahli Dewan mengenai isu keselamatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang terutamanya mereka yang berkhidmat dalam Jabatan Lanskap, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Perbandaran harap peruntukan diberikan untuk improve…(dengan izin) tanda-tanda keselamatan supaya memastikan kakitangan dilindungi sepenuhnya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan. Pulau Pinang kini mengorak langkah dalam menjadikan negeri sebagai hab kesenian dan juga kebudayaan unggul di rantau Asia. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM1.1 billion kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu MOTAC sebagi usaha menyokong penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020. Jadi di peringkat negeri pula, Experience Penang 2020 juga bertujuan untuk menjenamakan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan pada masa yang sama memperkenalkan pelbagai perkhidmatan pelancongan dan juga kategori selain dari pelancongan warisan, pelancongan perubatan dan juga pelancongan makanan. Seperti yang kita semua sedia maklum, Pulau Pinang melahirkan ramai seniman-seniman dan juga penggiat pemuzik seni antaranya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan juga penulis lagu yang berbangsa Melayu yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau juga digelar sebagai Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar

dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role…(dengan izin) pada Festival Filem Asia Keempat di Tokyo dan juga Most Versatile Talent…(dengan izin) pada Festival Filem Asia Yang Ke-10 di Tokyo. Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu, 66 buah filem sepanjang hayatnya dan karya agung beliau masih lagi mendapat perhatian dan dapat digunakan sebagai satu penyatuan lapisan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Komposer terkenal Ahmad Nawab juga merupakan anak kelahiran Pulau Pinang yang telah menghasilkan lebih daripada 2,000 buah lagu untuk beberapa artis yang terkenal di tanah air. Beliau juga melibatkan diri dalam bidang muzik pada era 50an dan kini sudah lebih enam (6) dekad bergelumang dalam industri muzik Malaysia. Untuk itu, Ahmad Nawab diberi Anugerah Seniman Agung. Minta maaf. Seniman Negara pada tahun 2006. Mendiang Dato‘ Ooi Eow Jin merupakan seorang lagenda muzik. Dato‘ Ooi adalah pemuzik Malaysia yang aktif sekitar tahun 70an yang dilahirkan di George Town, Pulau Pinang. Dia merupakan seorang komposer, pencipta lagu yang telah menulis dan juga mengatur dan memainkan muzik untuk orang-orang seperti P. Ramlee, Rafeah Buang, M.Nasir, Salamiah Hassan, dan juga Alleycats. Tapi sayangnya tak banyak orang tahu mengenainya hari ini. Semua orang tahu muzik. Semua kenal muziknya tapi hanya sedikit yang tahu lelaki di belakang karya-karya mereka. Jadi ketiga-tiga nama yang saya sebut tadi menyumbang kepada dunia seni dan muzik tanah air dan khususnya dapat kita jumpa ataupun dapat kita tahu lebih lanjut di Penang House of Music. Diharapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan lebih mempergiatkan lagi publisiti dan juga program-program yang dapat membantu longevity…(dengan izin) Penang House Of Music. Cadangan untuk meyerapkan Penang House Of Music ke Muzium Pulau Pinang adalah satu cadangan yang baik yang boleh dikatakan dinantikan oleh semua warga Pulau Pinang. Dengan ini I am confident that this will again specifically put Penang in the spotlight once again. This is the birthplace and the heartbeat of Malaysian music…(dengan izin). Penang House Of Music telah mendokumentasikan kepelbagaian tradisi, budaya dan muzik komuniti setempat sebelum disenaraikan oleh George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jadi mungkin selepas ini Yang Berhormat Paya Terubong dapat membangkitkan cadangan ini untuk give some reconnection…(dengan izin). Selaras dengan matlamat dan juga visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan bandar seni dan seni kreatif, Penang House Of Music percaya bahawa penubuhan institusi tersebut dapat menterjemahkan lagi sejarah muzik yang hebat dan boleh dikagumi oleh mana generasi-generasi yang dapat mengimbau kembali muzik masa lalu seterusnya memberi inspirasi kepada anak-anak muda sekarang. Pusat sumber yang sedia ada boleh bertindak sebagai pusat tumpuan para pemuzik, cendekiawan, ahli akademik, pelajar dan juga peminat-peminat muzik untuk tahu lebih lanjut mengenai sejarah Pulau Pinang sambil mewujudkan rangkaian organisasi yang lebih besar untuk meraikan warisan negara yang banyak. Ia juga adalah antara beberapa muzium di Malaysia yang menggunakan teknologi moden dan menyediakan paparan interaktiviti sambil menceritakan kisah lama iaitu sejarah muzik Pulau Pinang dengan menggunakan elemen

augmented reality….(dengan izin), dan juga real reality ataupun 3D VR….(dengan izin) pada tiga (3) tahun yang lalu bila dia baru buka. Yang menariknya, muzium ini membolehkan para pelawat yang mengalami dan mencuba bermain muzik, alat-alat muzik ataupun membuat rakaman tersendiri di galeri tersebut. Jadi sejak tahun 2016, Penang House of Music telah pun menerima pengunjung yang melebihi 30,000 dari lebih 45 negara dan lebih kurang daripada 107 acara telah diadakan antaranya persembahan, bengkel, pameran di Black Box ataupun galeri di Penang House of Music. Jadi pada 8 September 2017, Penang House of Music telah disenaraikan sebagai nombor 10 daripada 25 perkara yang mesti dilakukan selain makanan ketika berkunjung di Malaysia di CNN Travel dan juga pada Julai 2018 selepas pembukaan, Penang House if Music disenaraikan nombor satu daripada 150 perkara yang perlu dilakukan di George Town dan juga nombor satu daripada 243 perkara yang perlu dilakukan di Pulau Pinang di Trip Advisor. Jadi Penang House of Music bukan hanya dapat menarikkan pelancongan tetapi ia merupakan aset pelancongan, aset Negeri Pulau Pinang yang penting kerana galeri menceritakan kisah Pulau Pinang yang lama melalui medium muzik dengan penggunaan campuran yang merangkumi dari aspek lama dan juga teknologi baru. Jadi Pulau Pinang memang penuh dengan tradisi warisan khususnya ia merupakan tempat lahir pelbagai artis-artis muzik dan kugiran. Jadi kalau tidak percaya, para hadirin semua boleh mengunjungi Penang House of Music yang terletak di ICT Mall, KOMTAR, tingkat 4 ya. Jadi dalam usaha mengimbangkan kepesatan teknologi, ekonomi, pembangunan dan sebagainya Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memainkan peranan ataupun mengangkat peranan kesenian dan juga kebudayaan dalam usaha memperkaya warisan negeri. Penang Arts District adalah ruang pendidikan alternatif yang ideal untuk masyarakat memperkaya gaya hidup moden dengan seni sambil mempromosikan industri dan kebudayaan. Penang Arts District akan menjadi pusat inkubasi untuk artis baru yang bercita-cita dan juga mencari sokongan dan peluang untuk mengembangkan kerjaya kreatif mereka. Ia juga akan menjadi rangkaian kreatif yang dapat menyatukan pandangan seni yang tersebar di orang kata Pulau Pinang. Daerah seni akan menjadi hab kreatif pinggir bandar dan bandar untuk menghubungkan ruang seni yang sedia ada kepada khalayak yang lebih besar. Tetapi apa yang perlu ditengahkan adalah dasar-dasar Kerajaan Negeri dan juga keperluan untuk mewujudkan satu perbadanan ataupun jawatankuasa ataupun majlis yang membolehkan maklumat disalurkan kepada penggiat seni tanah air dan juga pada masa yang sama (dengan izin)….this is where all the important decision can be made. Jadi penubuhan Majlis Seni Pulau Pinang ataupun Penang Arts Council…(dengan izin), telah dicadangkan pada peringkat MMK Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang dipengerusi oleh Yang Berhormat Paya Terubong. Jadi tujuan majlis ini adalah untuk melestarikan industri kesenian dan kebudayaan Pulau Pinang dengan menggabungkan semua pemegang saham ataupun stakeholders….(dengan izin), dalam dunia seni, dari Kerajaan ke Pihak Berkuasa Tempatan, ke pemilik-pemilik galeri, event makers….(dengan izin), dan juga para artisan tempatan dan juga sekolah-sekolah, universiti, institusi dan sebagainya. Tetapi malangnya sehingga hari ini, belum ada keputusan yang solid….(dengan izin), mengenai status terkini ya, Majlis Kesenian Pulau Pinang dan ini membangkitkan rasa gelisah dalam komuniti kesenian dan kebudayaan di Pulau Pinang. Jadi bayangkan setiap disiplin dan medium seni di bawah satu kanopi dapat mempamerkan bakat baru dan menyusun kandungan dengan teliti untuk kumpulan muzik, kumpulan seni, peminat muzik dan pelawat dari seluruh

dunia. Bayangkan sebuah pusat seni yang dapat membawa seorang pelukis tempatan dan antarabangsa untuk orang kata menerokai eksperimen dan sebagainya, dapat memperkembangkan pertukaran kreatif. Membayangkan kawasan seni bebas yang terbesar di Asia Tenggara di mana mendapat liputan yang meluas dan dapat meraikan dunia seni. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membayangkan Pulau Pinang menjadi sebuah pusat seni dan budaya kontemporari sebagai inisiatif untuk memangkinkan pertumbuhan ekonomi industri kreatif di Pulau Pinang. Jadi dengan adanya Majlis Kesenian Pulau Pinang, nilai seni dan budaya Malaysia akan dipertingkatkan lagi dan dapat melibatkan artis, pengukir, pelukis, pendidik dan masyarakat secara umum melalui pengaktifan ruang kreatif, program dan sebagainya. Tetapi beberapa isu perlu diselesaikan adalah seperti peruntukan, contohnya who takes care of ownership?...(dengan izin), siapakah yang akan menjadi ahli dalam majlis tersebut. Apakah fungsi ataupun dasar-dasar yang boleh ataupun yang perlu digubal? Jadi bagaimanakah majlis ini dapat berfungsi sebagai sebuah umbrella organization (dengan izin), yang mampu memartabatkan lagi indusri kesenian dan juga kebudayaan negeri. Yang Berhormat Timbalan Speaker, peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Belanjawan 2020 sebanyak RM792.66 juta boleh memberi impak yang positif kepada perkembangan serta kelangsungan sektor-sektor yang berkenaan di Pulau Pinang. Tetapi malangnya merancakkan sektor ekonomi, kebudayaan dan kesenian tidak diberi fokus yang saksama dengan industri yang berteraskan STEM. Dengan ini, saya mengambil peluang untuk mencadangkan supaya industri seni dapat diserapkan dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan juga matematik ataupun dengan lebih afdal lagi kita dapat kemaskini sepaya akronim STEAM iaitu Science, Technology, Engineering, Arts dan juga Mathematics dapat di branded…(dengan izin). Dalam hal ini huruf A, yang bermaksud arts…(dengan izin), merangkumi bidang kemanusiaan, seni bahasa, drama, muzik, seni visual, seni grafik dan juga media baru. Kelebihannya, ia dapat memupuk fahaman kreatif, inovatif dan juga pemikiran secara kritikal. STEAM bukanlah satu perkara yang baharu, sebagai contoh, Leonardo Da Vinci ya, menunjukkan bagaimana teknologi, sains dan juga seni boleh digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang inovatif. Kerajaan Negeri perlu berusaha untuk memelihara kesenian dan juga kebudayaan kepelbagaian etnik khususnya di Pulau Pinang dan juga kerjasama dengan semua agensi-agensi kerajaan seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, JKKN, Penang Arts District, universiti-universiti dan juga kolej dan juga persatuan-persatuan yang wujud supaya kita dapat memantapkan lagi dan juga mempergiatkan lagi seni dan warisan negeri kita supaya tak pupus dan juga generasi muda di negeri ini dapat orang kata mengenali khazanah warisan seni budaya mereka. Pulau Pinang adalah tuan…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Seri Delima, 40 minit dah, 15 minit sini saja.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Okey, izinkan saya nak rumuskan? Okey, baik terima kasih. Saya minta maaf ya Timbalan Speaker, ralit. Menerusi Belanjawan 2020, Alhamdulillah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dapat memastikan bahawa Pulau Pinang tidak

muflis dan terus memerintah dengan saksama. Tiada golongan yang dipinggirkan, terbiar ataupun ditindas. Jadi ini adalah hadiah yang terbaik oleh Kerajaan yang memerintah selepas memenangi Pilihanraya Umum yang ke-14. Jadi dalam demokrasi rakyatlah yang berkuasa memilih dan Insya-Allah rakyat akan terus memilih kerajaan yang cekap, accountable dan telus selepas Pilihanraya Umum ke-15 yang bakal akan datang nanti. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan, agensi dan badan berkanun kerajaan yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat Pulau Pinang. Saya juga menyeru kepada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk berusaha ya, bersama membantu Negeri Pulau Pinang mengharungi cabaran dan meningkatkan kesejahteraan sosial-ekonomi rakyat Negeri Pulau Pinang. Jadi kita bersama dapat menjadi wakil rakyat, untuk rakyat demi agama, demi bangsa, dengan ini Seri Delima menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima. Dipersilakan Yang Berhormat Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Salam sejahtera dan salam Malaysia baru dan salam Penang2030. Kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang bersama dengan kami dalam Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2020 yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang juga merupakan belanjawan yang ke-12 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Timbalan Speaker, perjalanan merupakan salah satu elemen yang penting sebagai asas keperluan kepada setiap orang. Demi dasar “menggerakkan orang dan bukan kenderaan” dan keinginan mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah melancarkan beberapa perkhidmatan bas sejak 2008 seperti perkhidmatan bas percuma CAT dan BEST yang membawa penumpang daripada Seberang ke kawasan perindustrian di FTZ. Dan seperti mana yang kita sedia maklum, Kerajaan Negeri sedang dalam rangka untuk mewujudkan satu lagi kemudahan pengangkutan awam iaitu Light Rail Transit (LRT). Ini selaras dengan tema pertama Penang2030 yang juga merupakan spirit Belanjawan 2020 iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan. Saya berpendapat usaha pihak kerajaan dalam memupuk budaya masyarakat untuk menggunakan pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada harus diteruskan. Tetapi dalam hal ini, budaya menggunakan kemudahan pengangkutan awam tidak dapat dilahirkan di perkampungan Berapit jikalau tiada perkhidmatan awam dibekalkan di tempat itu. Yang Berhormat di sini, sila bayangkan jika seorang A dilahirkan di satu kampung yang tiada perkhidmatan bas awam dari zaman bayi sampailah A itu tamat pelajaran sekolah menengah, cara kehidupan dan kebiasaan menggunakan pengangkutan awam A itu sudah ditetapkan pada umur lebih kurang 18 tahun berbanding dengan seseorang B yang diberi peluang menggunakan pengangkutan awam sejak zaman sekolah. Adakah B lebih mendorong menggunakan pengangkutan awam berbanding dengan A pada seumur hidupnya? Hal ini

sekarang berlaku di perkampungan Berapit. Sedang melahirkan satu generasi yang mungkin tidak menggunakan pengangkutan awam dalam seumur hidup mereka. Terdapat lebih kurang 2,000 unit kediaman di perkampungan Berapit dan persekitarannya termasuk dengan taman dan juga kampung yang lebih kecil. Dengan jumlah penduduk yang boleh dikatakan ramai namun tidak ada perkhidmatan bas awam yang disediakan di sana setelah sekian lamanya. Saya diberitahu oleh penduduk di sana, sudah lama tiada perkhidmatan bas di sana yang dulu orang kampung beritahu saya, yang dulu mereka pakai kereta sapu dengan bayar tambang RM1.00 membawa mereka ke pekan. Tetapi sekarang, zaman sudahpun tidak ada kereta sapu. Jadi penduduk yang tidak ada kenderaan sendiri menghadapi masalah untuk bergerak dari kampung ke pekan. Dan hal ini telah berlaku lebih kurang satu dekad dengan lebih 10 tahun penduduk di sana lebih menggunakan kenderaan sendiri dan sudah biasa menggunakan kereta atau motorsikal pergi ke mana-mana. Di sini kita lihat bagaimana kita hendak mendidik generasi kecil sekiranya daripada kecil juga mereka sudah terbiasa menggunakan kenderaan sendiri. Saya diberitahu oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit bahawa terdapat pelajar yang tidak dapat menyertai kelas tambahan atau tuisyen yang disediakan khas kepada pelajar tahun tingkatan lima yang hendak menghadapi peperiksaan SPM sebab tidak ada pengangkutan awam bas untuk pelajar balik rumah selepas kelas tambahan. Golongan pelajar ini yang menaiki bas sekolah tidak ada pilihan lain seperti menaiki bas awam balik ke rumah sekiranya mereka menyertai kelas tambahan atau aktiviti sekolah selepas waktu sekolah. Cuba bayangkan sekiranya terdapat perkhidmatan bas awam yang melalui kawasan tersebut serta menyediakan perkhidmatan bas, maka penghalang kepada pelaksanaan kelas tambahan tersebut akan hilang secara automatik. Jadi seperti soalan yang saya utarakan tadi, apakah cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menggunakan kemudahan pengangkutan awam? Terutamanya penduduk atau pelajar yang bersekolah di SMK Berapit sememangnya menghadapi kesukaran untuk membiasakan diri dengan menggunakan pengangkutan awam sebab mereka tidak dididik sejak kecil. Seharusnya matlamat kita adalah untuk mengalihkan komuniti tetapi bukan kenderaan di situ. Saya pernah menulis surat kepada Rapid Penang untuk meminta perkhidmatan bas awam lalu di tempat itu tetapi saya diberitahu bahawa Rapid Penang bahawa tidak mempunyai cukup bilangan bas untuk membekalkan perkhidmatan kepada semua sekolah di Pulau Pinang termasuklah SMK Berapit dan cadangan atau opsyen lain yang diberi oleh Rapid Penang adalah bas charter seperti dilakukan oleh PIBG SMK Sama Gagah dengan membayar RM2,000.00 sebulan untuk sebuah bas pergi dan balik ke sekolah setiap hari, bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar pada kawasan tersebut. Timbalan Speaker, saya amat terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Rapid Penang sebab bas charter yang terpaksa ditanggung oleh PIBG SMK Sama Gagah lebih kurang RM20,000.00 setahun hanya disebabkan tiada perkhidmatan bas di kawasan sekolah tersebut. Memandangkan Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada 170 buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah pada tahun 2020 untuk menaik taraf infrastruktur sekolah. Jadi, saya memohon kepada Kerajaan Negeri supaya juga mempertingkatkan keselamatan dan kemudahan perjalanan kepada semua pelajar dalam negeri ini.

Adalah menjadi hak asasi kepada anak-anak dan generasi muda kita supaya boleh sampai ke sekolah untuk menerima pendidikan dengan selamat. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengumpulkan data, adakah laluan perkhidmatan bas awam meliputi semua sekolah dalam negeri ini terutamanya sekolah menengah. Jika tidak, haraplah Kerajaan Negeri dapat memberi subsidi untuk charter bus supaya perkhidmatan bas awam dapat meliputi semua kawasan sekolah dan membawa pelajar sekurang-kurangnya ke tempat yang ada bus connecting…(dengan izinnya). Dengan adanya cara ini, kita dapat memastikan pelajar sekolah sekurang-kurangnya dapat pergi ke sekolah dan balik dari sekolah dengan lebih selamat dan lebih selesa. Saya berpendapat Kerajaan Negeri mungkin boleh bekerjasama dengan Rapid Penang untuk menggunakan bas mini. Jadi saya menyokong apa yang dicadangkan oleh KOMTAR juga dengan memulangkan perkhidmatan bas mini. Hal ini disebabkan penggunaan bas mini dapat menjimatkan kos diesel dan juga lebih berkesan sekiranya perlu memasuki kawasan perumahan yang sempit. Perkara ini tidak akan menampak kesan yang mendadak dalam jangka masa yang pendek sebab penduduk yang biasa tidak ada perkhidmatan awam mungkin sudah terlalu biasa menggunakan kenderaan sendiri. Oleh yang demikian, ia di jangka memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk melihat kesannya. Melalui cara ini barulah boleh melahirkan budaya atau kebiasaan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Setahu saya Kerajaan Negeri juga ada melaksanakan gender responsive atau participatory budgeting di mana ianya berorientasikan rakyat. Perkara ini merangkumi penduduk dan komuniti di mana untuk menilai sama ada projek atau program yang disediakan memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Tetapi pada pandangan saya, bagaimanakah perkara ini boleh dikatakan berorientasikan rakyat untuk memenuhi keperluan dan kehendak sedangkan masih ada kawasan yang tidak ada kemudahan asas iaitu kemudahan pengangkutan awam yang dibekalkan. Timbalan Speaker, sentuh balik kepada dasar gender responsive atau participatory budgeting, bentuk jalan yang direka di sekeliling SMK Berapit yang tadi saya sentuhkan juga tidak dapat menjaga semua lapisan termasuk dengan pejalan kaki tetapi hanya mengutamakan pemandu kereta sahaja. Di hadapan sekolah tidak ada laluan melintas jika ingin melintas ke perkampungan Berapit dan perlu berjalan lebih jauh sekiranya perlu ke taman yang sebelah kerana terdapat flyover dan ianya akan membahayakan pelajar yang ingin melintas jalan. Saya telah membuat permohonan kepada JKR SPT untuk membina penjalan kaki konkrit di luar sekolah dan saya dimaklumkan bahawa di bulan Mac 2019. Saya terima surat balik bahawa kos pembinaan tinggi disyorkan dijalankan secara peringkat dan akan masukkan senarai bajet pembangunan tahun 2020 untuk projek bawah RM200,000. Jadi di sini saya berharap permohonan ini dapat direalisasikan di tahun depan oleh Yang Berhormat EXCO Kerja Raya. Berkaitan dengan perkhidmatan Water bus, kesesakan jalan raya dengan Pulau Pinang memang tidak dapat dipisahkan. Sesiapa sahaja yang datang ke negeri ini pasti akan rasa tertekan dengan kesesakan lalu lintas pada masa tertentu. Bahkan ada yang kata ianya lebih teruk lagi berbanding dengan Kuala Lumpur. Untuk menyelesaikan masalah ini, selain daripada membangunkan

perkhidmatan bas dan LRT, Pulau Pinang memiliki satu (1) keunikannya yang membenarkan perkhidmatan pengangkutan awam air dalam negeri ini dapat dibangunkan dengan lebih cepat. Saya percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan di sini pernah melawat Bangkok dan mengalami kesesakan jalan raya di sana. Jika kesuntukan masa dan tiada perkhidmatan MRT atau LRT, maka kena carilah perkhidmatan water bus di Bangkok. Water bus merupakan satu (1) pengangkutan awam Bangkok yang lama dan yang juga merupakan alat efisien untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Saya mengalu-alukan cadangan Kerajaan Negeri yang akan mentransformasikan pengangkutan air Pulau Pinang daripada perkhidmatan feri kepada perkhidmatan vessel passenger seperti teksi air dan catamaran, khususnya untuk penumpang pejalan kaki. Perkara ini sudah dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan dan projek ini mungkin dapat dimulakan pada awal tahun depan itu saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri. Hal ini merupakan satu berita yang baik kepada semua warga Pulau Pinang, saya berharap tambangnya juga everyone can take seperti tambang feri Pulau Pinang buat masa sekarang. Saya sendiri pernah naik water bus Bangkok di sepanjang Sungai Chao Phraya, penumpangnya meliputi semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, orang dewasa dan orang tua dan boleh dikatakan satu (1) pengangkutan yang popular di kalangan rakyat. Tambang mereka juga berjenis mampu milik mulai daripada RM1.30 sehinggalah bot express lebih kurang RM4.00. Yang penting sekali walaupun ada kesesakan di atas jalan raya tetapi pengangkutan jalan di atas air adalah lancar dan memastikan semua orang boleh sampai ke destinasi dalam masa yang tepat. Timbalan Speaker, bahagian selatan di Pulau Pinang merupakan tempat yang penting dalam pelan induk pengangkutan awam Pulau Pinang. Tempat tersebut juga bandar setelit dan dengan populasi tinggi. Saya berpendapat jika perkhidmatan water bus dapat membawa penjawat awam yang berulang alik dari bahagian selatan seperti Batu Maung ke KOMTAR setiap hari, samada mereka turun di jeti sekarang atau pun mungkin dengan jeti tambahan di Persiaran Karpal Singh dan lepas itu boleh naik shuttle bus ke KOMTAR. Saya percaya dengan cara ini mungkin dapat mengurangkan kesesakan di George Town terutamanya pada hari Jumaat. Saya sendiri pernah mengalami kesesakan di luar KOMTAR pada hari Jumaat. Kadang kala di luar KOMTAR bukan pasal KOMTAR tetapi kesesakan di luar KOMTAR kadang-kadang 30 minit hanya untuk keluarkan dari KOMTAR ke Sia Boey sahaja. Pulau Pinang negeri kita pulau ini di bahagian pulau ini dikelilingi laut adalah sesuai dengan pembangunan pengangkutan air. Saya percaya perubahan landskap pengangkutan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, ia juga dapat mengurangkan kos perjalanan dan menambah baik kualiti hidup penduduk di Pulau Pinang. Timbalan Speaker, pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) amat dibanggakan oleh rakyat Pulau Pinang. Kedudukan yang diiktirafan dunia ini adalah satu (1) aset kepada kita semua dan harus di jaga dengan baik. Kebelakangan ini baru-baru ini

beberapa kes kebakaran tapak warisan dunia UNESCO yang mengejutkan dunia telah memberi amaran kepada semua tapak termasuk memberi semua amaran kepada semua tapak UNESCO termasuklah George Town. Pada minggu yang lepas sahaja Istana Shuri, salah satu lokasi tumpuan pelancong di selatan Pulau Okinawa Negara Jepun yang saya pun tidak pernah melawat musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran. Istana tapak warisan dunia UNESCO itu dibina lebih kurang 500 tahun yang lalu. Pada April tahun ini, satu kebakaran besar melanda gereja di Paris yang berusia 850 tahun juga merupakan satu (1) tapak warisan dunia UNESCO. Pada September tahun yang lepas satu (1) kebakaran besar berlaku di bangunan Muzium Negara Brazil yang juga antara muzium tertua negara itu dan disifatkan sebagai satu (1) kehilangan besar kepada ilmu serta warisan Brazil. Muzium sejarah semula jadi dan antropologi itu ditubuhkan pada tahun 1818 telah dimusnahkan dalam kebakaran. Saya ucapkan syabas kepada GTWHI yang telah berjaya menganjurkan Program Tindak Balas Kebakaran Berasaskan Komuniti untuk tapak warisan dunia UNESCO George Town yang telah dijalankan dengan kerjasama UNESCO Jakarta pada tahun 2019 iaitu tahun ini dengan memberi 50 set alat pemadam api dan alat pengesan kebakaran kepada peserta. Saya difahamkan tapak warisan George Town mempunyai 5,000 buah bangunan bersejarah. Itu merupakan satu (1) cabaran yang besar untuk mempertingkatkan kesedaran keupayaan tindak balas kepada semua apabila berlaku kecemasan. Walau bagaimanapun, saya bercadangkan kepada Kerajaan Negeri menjalankan satu (1) kajian menelitikan risiko dan kelemahan dihadapi oleh bangunan sejarah dalam negeri ini. Dengan kes-kes kebakaran yang memusnahkan bangunan bersejarah di negara yang lain, ianya telah memberi amaran kepada kita bahawa kabel elektrik atau sistem pendawaian elektrik di bangunan bersejarah haruslah dinilai semula atas keselamatannya. Kerajaan Negeri boleh mengumumkan cara atau kaedah untuk memeriksa sistem pendawaian elektrik. Penduduk yang tinggal di tapak warisan yang menghadapi masalah boleh mendepankan diri untuk minta bantuan. Bantuan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk pakar atau pengetahuan sahaja, tetapi saya rasa mungkin dalam bentuk kewangan atau teknikal supaya mereka boleh kemaskinikan sistem pendawaian elektrik. Yang Berhormat-Yang Berhormat, 7 Julai adalah cuti umum bagi Pulau Pinang yang bertujuan menyambut ulang tahun perasmian bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Pengiktirafan ini telah menarik minat lebih ramai pelancong berkunjung ke George Town, di samping menarik minat para pengkaji tempatan dan antarabangsa untuk membuat kajian terhadap tapak warisan mereka. Pengiktirafan ini bukan sahaja sekadar pengiktirafan kepada negara dalam mengurus tadbir tapak warisan sejarah, bahkan juga adalah pengiktirafan daripada badan antarabangsa tentang keupayaan Kerajaan Negeri kita dalam memelihara dan memulihara tapak-tapak warisan yang mempunyai nilai yang tinggi. Dari Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya membuat satu pengiraan bahawa peruntukan pelancongan bagi tahun depan adalah setinggi 13.29% daripada jumlah belanjawan pembangunan negeri kita iaitu RM35.8 juta daripada RM269,342,475.00. Jumlah peruntukan yang tinggi ini menunjukkan Kerajaan Negeri memang menitikberatkan industri pelancongan. Selain daripada memberi fokus kepada

promosi dan menganjurkan program besar-besaran untuk mempromosikan negeri Pulau Pinang. Saya berpendapat keselamatan bangunan warisan iaitu merupakan aset yang paling besar di negeri ini perlu diberi keutamaan. Timbalan Speaker, saya ingin sentuh tentang infrastruktur jalan di KADUN Berapit. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang komited menyediakan infrastruktur jalan yang baik agar dinikmati oleh rakyat dengan peruntukan RM35.12 juta pada tahun depan. Hal berkaitan dengan pelebaran jalan di Kampung Besar. Pelebaran jalan di Kampung Besar telah diucapkan dalam ucapan penggulungan oleh bekas Yang Berhormat EXCO MMK Kerja Raya pada November tahun 2016 dalam Dewan, dalam semasa persidangan Dewan. Dalam ucapan beliau, Kerajaan Negeri sememangnya peka terhadap masalah kesesakan lalu lintas di jalan-jalan Kampung Besar dan perancangan telah pun dibuat masa itu melalui pihak JKR dengan menggunakan kedua-dua peruntukan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Di bawah peruntukan negeri, peruntukan diberikan untuk cadangan pelebaran Jalan Kampung Besar daripada dua (2) lorong ke empat (4) lorong. Dan masa itu iaitu tiga (3) tahun yang lepas dalam peringkat reka bentuk oleh JKR Ibu Pejabat. Manakala di bawah peruntukan persekutuan cadangan pembinaan jalan baru daripada, dari Jalan Berapit ke Jalan Kulim telah dimasukkan dalam cadangan RMK Ke-11. Namun sering kali saya bertanya tentang perkembangan pelebaran Jalan Kampung Besar sejak tahun yang lepas dan soalan juga saya dihantarkan soalan bertulis kali ini untuk sidang Dewan ini dan jawapan yang saya dapat adalah, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan pemilik tanah bagi jajaran yang melibatkan Jalan Kampung Besar. Setakat ini, pihak RAC hanya memberikan kebenaran untuk tujuan menyelenggara jalan sahaja dan bukan untuk dinaiktaraf walaupun Kerajaan Negeri melalui JKR negeri Pulau Pinang telah mengadakan beberapa siri persetujuan penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan jalan. Oleh itu, kerja-kerja menaik taraf Jalan Kampung Besar akan dimulakan setelah pihak RAC menyerahkan atau memberi kebenaran untuk tanah terlibat untuk digunakan bagi tujuan pembinaan Jalan Kampung Besar. Timbalan Speaker, Sudah tiga (3) tahun daripada penggulungan MMK Kerja Raya, EXCO Kerja Raya sejak tahun 2016 sampailah November hari ini tentang cadangan pelebaran Jalan Kampung Besar. Dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sekarang di bawah satu (1) payung Pakatan Harapan yang sama, saya tidak faham mengapa hal ini masih lagi ditunda lagi. Dan, tetapi seharusnya mempercepatkannya. Tetapi sampai hari ini cadangan itu masih dalam peringkat cadangan dan masalah masih adalah masalah yang sama. Justeru itu, saya minta JKR bekerjasamalah dengan RAC untuk menyelesaikan masalah ini menjadikan projek ini ditunda, menjadikan projek yang ditunda beberapa tahun supaya cadangan tersebut boleh direalisasikan dengan memberikan satu (1) tempoh mula kerja bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta celah Berapit. Tentang perkara ini, adakah RAC akan menyerahkan sepanjang tanah tersebut secara percuma atau minta Kerajaan Negeri atau JKR untuk membuat jalan melalui pengambilan balik tanah?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih kepada Bukit Tambun yang juga pakai Jalan Kampung Besar. Apa yang sefaham saya, sebenarnya soalan yang ditanya oleh Bukit Tambun seharusnya dijawab oleh EXCO dan bukan saya, tidak ada kuasa dibidang ini. Tapi apa yang saya faham samada Kerajaan Negeri ingin ambil tanah ini dengan bayar atau ada dengan syarat tertentu, cadangan ini telah dimasukkan dalam tahun, tiga (3) tahun yang lepas. Jadi mestilah Kerajan Negeri ada satu (1), ada satu (1) pelan dan ada syarat-syarat yang ditetapkan di dua-dua pihak. Di sini saya hanya minta bahawa Kerajaan Negeri tengoklah serius, lebih serius tentang perkara ini. Jalan Berapit juga sering dikatakan jalan yang berlaku kemalangan. Saya perhatikan jalan tersebut perlu dilebarkan supaya menjadi lebih luas daripada entrance jalan ke hujung jalan sepanjang 2 kilometer itu. Saya nampak dari entrance flyover adalah empat (4) lorong dan menjadi dua (2) lorong, lepas itu menjadi tiga (3) lorong balik. Masalah ini, masalah dengan reka bentuk Jalan Berapit yang lebar lepas tu jadi sempit lepas tu jadi lebar lagi menyusahkan penduduk di sana untuk pusing masuk ke pasar di Jalan Berapit sebab tidak ada ruang jalan untuk belok ke kanan. Saya minta Yang Berhormat MMK Kerja Raya supaya pelebaran Jalan Berapit juga dikaji atas keselesaan pengguna jalan raya di sana, pengguna jalan raya di Jalan Berapit. Tentang Jalan Kulim, saya difahamkan satu cadangan pelebaran Jalan Kulim daripada SPT sehingga ke sempadan Kedah daripada dua (2) lorong sehala, daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong yang bernilai RM31 juta oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017. Pelebaran jalan tersebut meliputi kawasan KADUN Berapit dan KADUN Machang Bubuk. Memandangkan pembangunan perumahan dan komersial yang semakin pesat di sepanjang Jalan Kulim, Jalan Kulim tidak dapat menampung keperluan pengguna jalanraya yang kian meningkat. Saya mencadangkan pelebaran di Jalan Kulim dimulakan dengan cepat dan juga memberitahu kepada penduduk di sana apakah status sekarang. Timbalan Speaker, selaras dengan aspirasi Visi Penang2030, Kerajaan Negeri kini sedang menuju negeri pintar bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2030, dengan tema Data is King, Talent is Everything. Satu lagi isu yang sangat yang saya ingin menarik perhatian dalam Dewan Yang Mulia ini adalah jurang teknologi atau Digital Gap yang bakal berlaku terhadap golongan warga emas dan yang kurang berpendidikan. Kerajaan Negeri melalui Penang2030 berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pintar di mana dengan bayaran meletak kenderaan melalui Smart Parking, aduan melalui implikasi aduan WhatsApp’s dan sebagainya akan mengubah cara hidup kita semua. Walaupun teknologi menjadi pengubah kepada cara hidup dan cara bekerja dijangka akan menjadi lebih efisien dan mudah, malah kita juga tidak harus mengabaikan golongan yang kurang pandai dalam menggunakan telefon bimbit pintar. Sekiranya pada satu hari kelak, semua transaksi meletak kenderaan di tapak MBPP atau MBSP telah dijadikan smart parking yang mana transaksi hanya dapat dijalankan melalui aplikasi dalam telefon bimbit pintar, maka kebebasan perjalanan golongan yang tidak fasih teknologi ini mungkin terjejas sama sekali dan akan menjadikan mereka rasa tidak senang hati nak keluar dari rumah sebab ada jurang teknologi ini. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat atas Belanjawan 2020 selaras dengan halatuju Belanjawan Kerajaan Persekutuan ke arah masyarakat pintar bertaraf antarabangsa. Demi menuju ke zaman e-wallet tanpa tunai seperti

yang dititikberatkan dalam Belanjawan 2020 Kerajaan Persekutuan, kerajaan boleh mengkaji cara pakai kad kredit, kad Touch N Go di tempat letak kereta untuk golongan yang tidak mempunyai telefon bimbit pintar. Semasa mereka ingin berhenti kereta, mereka boleh swap kad itu dan masa mereka akan tinggalkan tempat itu mereka juga boleh pakai kad sendiri untuk tahu berapa mereka yang harus bayar. Dan ini tidak perlukan bayaran tunai iaitu satu cara cashless juga. Saya berpendapat ini adalah lebih senang kepada golongan yang tidak tahu, tidak menguasai teknologi yang kita kata teknologi smart phone. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak terutamanya kepada ketua-ketua bahagian yang menyediakan Belanjawan 2020 yang berorentasikan rakyat dan memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bagi meneruskan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri bagi mencapai Visi Penang2030. Dan di sini saya juga ambil peluang untuk mengucapkan Selamat Bersara kepada Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Seri Farizan walaupun tidak ada di Dewan ini tapi saya rasa beliau akan dengar. Mungkin kan? Dengan ini, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Berapit. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker. Salam Sejahtera dan Salam Bersih kepada Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih kepada Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Belanjawan 2020 negeri Pulau Pinang di dalam Dewan yang mulia ini. Saya tak berapa ada suara, tetapi, tapi, tapi masih demi rakyat dan demi kerajaan, kita mesti bersuara kan? Saya berpendapat Belanjawan 2020 yang telah dibentang oleh Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow pada Jumaat lalu memang berjiwa rakyat. Disebabkan penekanan yang diberi terhadap kebajikan rakyat, bantuan kewangan untuk guru-guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Agama Rakyat, sekolah-sekolah tahfiz, pondok dan TADIS dan juga sekolah-sekolah cina persendirian, sekolah tamil dan lain-lain. Juga perlu dinyatakan di sini bahawa peningkatan dalam bayaran di bawah program warga emas dan golongan OKU ke RM150 seorang akan memanfaatkan sejumlah 178 000 warga emas dan 10,000 orang OKU di negeri Pulau Pinang, ini bererti jumlah RM26.7 juta untuk warga emas dan RM1.5 juta untuk golongan OKU akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri walaupun bajet 2020 yang dibentangkan merupakan bajet yang bersifat defisit. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merekodkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengambil berat terhadap golongan warga emas dan golongan OKU walaupun akan melibatkan perbelanjaan yang agak besar.

YB. Timbalan Dato’ Speaker, jumlah pelaburan industri yang tercapai sebanyak RM9.2 bilion telah memberi inspirasi dan menstabilkan arteri ekonomi Pulau Pinang lebih-lebih lagi ketika suasana yang kian mencabar akibat tercetusnya perang dagang di antara Amerika Syarikat dan negara China. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah berjaya menarik jumlah pelaburan yang melebihi RM9.2 bilion pada separuh pertama tahun ini, ini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih merupakan negeri yang memimpin dalam bidang perindustrian khususnya dalam bidang teknologi elektronik. Ini juga menunjukkan bahawa dasar polisi terutamanya dalam pembangunan sektor berteknologi tinggi yang canggih juga menjadi satu daya tarikan utama kepada pelaburan asing untuk bertumpu di Pulau Pinang. Saya percaya bahawa jumlah pelaburan dalam perindustrian di negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini akan meningkat dan mencapai RM12 bilion yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai satu matlamat yang baru. Lebih-lebih lagi, pasaran yang positif akan mewujudkan suasana yang keberangsangan dan ini sudah tentu akan memperkuatkan lagi semangat rakyat Pulau Pinang untuk menyambut tahun 2020 yang akan menjelang dalam masa dua (2) bulan lagi. Rakyat Pulau Pinang kini memang memerlukan semangat berjuang untuk memperkasakan lagi harapan yang baru di Malaysia yang tercinta. Berita yang baik, positif dan angka pelaburan yang memberangsangkan adalah unsur-unsur yang memang diperlukan pada ketika ini. Timbalan Speaker, APUF-7 yang telah berjaya dilangsungkan merupakan satu era baru untuk Negeri Pulau Pinang. Forum The Seventh Asia-Pacific Urban Forum iaitu APUF-7 yang baru-baru ini diadakan di Pulau Pinang pada bulan lepas, terlibat lebih daripada 7,000 wakil dari 60 buah negara, termasuk 30 buah negara dari rantau Asia Pasifik melibatkan diri dalam Forum APUF-7 ini. APUF-7 telah menjadi satu pentas di mana semua pihak yang terbabit akan berganding bahu untuk mencapai matlamat 17 “Sustainable Development Goals” (SDGs) demi masa depan alam sekitar kita pada tahun 2030. Cabaran di depan kita ialah persiapan dan langkah-langkah yang boleh diambil buat masa kini untuk mencapai objektif yang mempunyai had tempoh masa 10 tahun. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menerajui usaha untuk mengatasi cabaran ini dan mempunyai visi kerajaan Penang2030 yang bukan sahaja tidak bercanggah dengan matlamat SDGs malah mempunyai objektif yang sama hala tujuan dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Dalam usaha untuk mencapai 17 matlamat SDGs ini, seperti yang para hadirin sedia maklum, lima (5) aspek yang perlu diberi perhatian iaitu modal kewangan untuk membiayai projek-projek pembangunan, isu-isu yang berkenaan dengan potensi golongan belia dan hak wanita, kegunaan teknologi serta pentadbiran yang cekap melalui institusi-institusi kerajaan yang beramanah. Saya yakin pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab yang berat ini demi mencapai matlamat-matlamat yang mempunyai lima aspek tersebut. Kelima-lima aspek yang dinyatakan tadi akan memberi impak yang besar terhadap masa depan negeri kita

dan kita patut mengambil langkah persiapan yang mencukupi untuk mencapai matlamat ini. Pelan Perumahan PPR Memenuhi Aspirasi Rakyat. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dipertingkatkan ke Rumah Mampu Milik (RMM) secara request for proposal (RFP) di Daerah Timur Laut, Jelutong dalam Belanjawan Negeri 2020. Saya amat berbesar hati dengan pengumuman harga rumah dalam lingkungan RM90,000 hingga RM300,000 kerana ini sudah tentu akan membantu terutamanya golongan muda untuk memiliki rumah mereka sendiri dalam masa yang akan datang. Saya memberi pandangan dalam isu perumahan ini bahawa projek pembangunan rumah PPR atau RMM memerlukan perancangan yang terperinci dan juga lokasi yang bersesuaian untuk membuat kegiatan promosi mengikut permintaan dan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sungai Pinang berharap projek RMM yang dicadangkan akan dilaksanakan di Kawasan Sungai Pinang di kawasan Kota Giam sebab lokasi ini amat bersesuaian untuk memenuhi permintaan rakyat tempatan, lebih-lebih lagi memenuhi permintaan mereka yang berharap untuk memiliki rumah yang berharga berpatutan jika di bawah harga dalam RM100,000. Bantuan untuk memulihkan kehidupan seharian mangsa-mangsa ribut. Ramai mangsa yang terlibat dalam bencana ribut Lekima yang berlaku pada 9 Ogos 2019 dan terdapat sebanyak 85 buah premis dan keluarga dalam KADUN Sungai Pinang telah mengalami bencana ini dan saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah memperuntukkan sejumlah RM4.81 juta untuk membaik pulih rumah-rumah yang terjejas akibat serangan taufan Lekima. Dan sini saya juga ingin merakamkan amat berterima kasih kepada usaha-usaha Pihak Berkuasa Tempatan MBPP terutamanya dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam membantu memulihkan situasi selepas kejadian bencana terutamanya kepada golongan Wira Baju Kuning dan Wira Baju Hijau yang telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemangkasan pokok selepas kejadian ribut. Satu isu yang saya ingin sentuh taman kejiranan yang pertama di Sungai Pinang. Rakyat berhak mempunyai kehidupan yang berkualiti setelah bertungkus-lumus bekerja dan dengan stress, dengan berbagai masalah. Dalam memenuhi keperluan ini khususnya peparu hijau untuk kualiti udara yang baik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk meningkatkan keperluan infrastruktur di ruang lapang awam terutamanya di bahagian Pulau. Dalam usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan program ‘Taman Kejiranan’, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kerana tanah kerajaan di kawasan KADUN Sungai Pinang, iaitu lot 552 dan lot 576 di Lebuh Sungai Pinang 7, Seksyen 8, Bandar George Town bakal dinaik taraf sebagai sebuah Taman Kejiranan Dalam Bandar dengan projek ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Chow Kon Yeow ketika pembentangan Bajet 2020.

Taman Kejiranan ini terletak berdekatan dengan Pangsapuri Desa Pinang 2 dan seluas 13,000 meter persegi dan ia akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi, antara komponennya termasuk Taman Komuniti, Taman Therapeutik, Taman Mini Rama-Rama, Silver Garden dan pelbagai lagi. Pada hari Ahad yang lalu, satu sesi Kumpulan Tumpu Bincang (KTB) dan Undi Keperluan telah dianjurkan bersama oleh Kerajaan Tempatan, PWDC dan Pusat Khidmat KADUN Sungai Pinang yang melibatkan komuniti setempat di sekitar Persiaran Karpal Singh. Syabas juga dan kita berterima kasih dengan Yang Berhormat Bagan Jermal, iaitu EXCO Belia dan Sukan yang mengambil bahagian dalam sesi KTB ini.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Sememangnya seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pinang tentang cadangan untk membangunkan sebuah taman rekreasi di lot 552 dan lot 576 di Lebuh Sungai Pinang 7 ini, saya mengalu-alukan cadangan pembangunan ini tetapi di sebelah Sungai Pinang, di sebelah, hadapan, opposite lokasi yang dimaksudkan tersebut adalah tebing sungai di bawah kawasan Pengkalan Kota. Jadi, tapak tersebut kini merupakan tapak yang di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi, kita juga mohon sekiranya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan tapak tersebut juga boleh dapat dibangunkan sebagai taman rekreasi agar kedua-dua belah Sungai Pinang, tebing Sungai Pinang ini dapat, kita dapat mengindahkan dan ini adalah selaras dengan visi Penang2030 yang menginginkan sebuah negeri yang hijau.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Pengkalan Kota. Memang Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kalaulah tapak itu di bawah JPS memang kalau tidak silap, dalam Rancangan Tebatan Banjir, Sungai Pinang dia akan beautify, akan mencantikkan juga. Bukan sahaja untuk tebatan banjir sahaja, dia akan juga mencantikkan sungai. Jadi, saya rasa tempat itu akan juga akan jadi satu kawasan yang begitu indah. Jadi, jadilah muara Sungai Pinang akan jadi satu kalau kenyataan ini direalisasikan, dia akan jadi satu produk pelancongan. Kumpulan Tumpu Bincang dan Undi Keperluan merupakan satu kaedah pengumpulan data di bawah mekanisme GRPB iaitu Gender Responsive Participatory Budgeting untuk mengumpul maklum balas dan pandangan komunit setempat. Tujuan utama program kumpuan tumpu bincang yang telah diadakan adalah supaya mendapat pandangan dan maklumbalas orang ramai terhadap projek-projek masyarakat. Untuk makluman puan-puan dan tuan-tuan, kaedah yang mementingkan ‘Kelompok Berlainan, Keperluan Berbeza’ (different people different needs)…(dengan izin) akan membahagikan respondan kepada lapan (8) kumpulan mengikut jantina dan umur tanpa mengira latar belakang. Maka, adalah pentingnya penglibatan komuniti setempat dan seterusnya pandangan dan data dikumpul akan digunakan sebagai rujukan oleh kerajaan semasa mengambil tindakan yang selanjutnya dalam pengendalian projek taman kejiranan ini. Selain daripada itu, melalui perbincangan dan penglibatan komuniti setempat, penduduk dapat merasai kepunyaan iaitu sense of belongings terhadap taman ini.

Satu daripada cadangan yang paling banyak disuarakan oleh komuniti setempat pada hari Ahad yang lalu adalah supaya taman ini akan dijadikan ‘family square’ di kawasan Sungai Pinang selaras dengan Visi Penang2030, Family Focused Green and Smart State That Inspire The Nations. Bayangkanlah betapa indah dan meriah gambarannya apabila ahli-ahli keluarga beriadah bersama dan menikmati kemudahan dilengkapi di Family Square Sungai Pinang ini. Sekiranya pelan candangan ini berjalan dengan lancar, saya berharap taman ini akan dapat dibina pada tahun depan dan siap pada tahun 2021. Tetapi untuk Pengkalan Kota, saya rasa kena rajin lagi untuk mendapatkan supaya cadangan itu direalisasikan. Ini akan mewujudkan satu persekitaran yang hijau dengan kemudahan yang canggih. Selain daripada kemudahan rekreasi yang disebut tadi. Ada juga cadangan supaya taman mini kelip-kelip. Kelip-kelip bukan saja akan ada di Jawi, Jawi masih ada kelip-kelip ke? Ada. Okey, jadi kita akan menikmati kelip-kelip kalau boleh di Sungai Pinang, di muara Sungai Pinang..(gangguan).

H’ng mooi LyeDAP · PHJawi

Minta penjelasan sedikit berkenaan dengan kelip-kelip. Apabila dikatakan kelip-kelip memang saya pun ada semangat sikit. Tetapi hanya kekurangan disebabkan lesen-lesen untuk membawa penumpang-penumpang atau pelancong-pelancong untuk melihat kelip-kelip itu memang saya harap atas bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri supaya dapat membantu nelayan-nelayan kecil atau pengusaha-pengusaha kecil yang ingin membawa pelancong untuk melawat, untuk melihat kelip-kelip yang Sungai Pinang yang akan saya rasa Sungai Pinang tadi di Sungai Pinang kata kawasan mana tadi Sungai Pinang, muara Sungai Pinang. Saya rasa sungai Pinang akan menghidupkan satu sektor pelancongan kelip-kelip bukan saja di Jawi tapi di Sungai Pinang juga. Sekian. Terima Kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih, diapi-apikan dan semua ini cadangan perlukan wang. Semua minta peruntukan daripada kerajaan. Pokok?. Pokok bemban. Jadi kalau kita tanam pokok bemban then kelip-kelip akan datang. Jadi ini adalah satu cadangan daripada penduduk setempat. Saya rasa ada ramai daripada kanak-kanak kita tak pernah tengok apa itu kelip-kelip juga. Mereka boleh menikmati. Saya berharaplah satu tahun lagi kita akan, anak-anak kita akan dapat menikmati kelip-kelip di muara Sungai Pinang dan penduduk di Pengkalan Kota juga dialu-alukan datang ke Sungai Pinang melalui bicycle bridge. Jadi saya ini juga merupakan tempat awam untuk keluarga memenuhi konsep berteraskan keluarga dalam visi Penang2030 dan saya yakinlah bahawa taman ini akan menjadi satu produk pelancongan di Sungai Pinang. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang. Walaupun kawasan di Sungai Pinang, di Jelutong memang atau di tempat lain masih mengalami kekerapan berlakunya banjir tapi saya percaya, tidak siapa ingin banjir berlaku. Ya, saya dengan ikhlas hatinya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kejuruteraan dan terutamanya kepada EXCO, YB Tanjung Bunga yang telah bertungkus lumus mencari kaedah penyelesaian untuk menangani masalah banjir. Memang kita ada satu group ada satu group whatapps, tit tut tit tut malam saja bila hujan akan

berlaku, akan bunyi message akan dihantar oleh Puan Hajah Nortilawati iaitu Jurutera DTL, saya tahu dia pun tak boleh tidur, tak boleh tidur lena juga. Bukan saja kita sahaja, jadi saya perasanlah kita berperasaan sama bahawa tentang masalah banjir ini dan tetapi di sini saya juga merakamkamkan terima kasihlah kepada usaha-usaha kamu semua dan gembira bahawa fasa kerja untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang telah dan sedang dilaksanakan, sedang dilaksanakan. Dalam soalan bertulis saya yang nombor 28, tentang huraikan dengan terperinci status terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang dan dijawablah oleh Yang Berhormat Tanjung Bunga bahawa peringkat kerja ini reka bentuk telah di jadual pelaksanaan telah bermula pada Mac dan kalau semua berjalan dengan lancar kerja ukur akan yang dilaksanakan pada April tahun ini dan perolehan kerja tender di jangka pada Julai tahun depan. Maka, jangkaan pembinaan fizikal akan bermula pada November 2020 dan tempoh pembinaannya di jangka selama tiga (3) tahun dan enam (6) bulan. Cuma di sini saya rasa, kalau boleh percepatkan lagi, tempoh pelaksanaan ini dan dengan ini saya percaya projek ini akan sekaligus mengakhiri mimpi-mimpi ngeri, nightmare yang perlu dihadapi oleh semua penduduk yang terlibat dengan banjir, bukan saja di Sungai Pinang saja, Batu Lanchang, Jelutong dan lain tempat. Dan saya percaya projek ini akan membolehkan penduduk kita meninggalkan mimpi ngeri banjir kilat. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana kepada Pulau Pinang untuk menjalankan dua (2) projek kawalan air sungai berskala besar yang bernila RM7.69 juta serta Pelan Rawatan Air Awam yang dirancang untuk tahun 2021 dengan kos RM150 juta. Saya berterima kasihlah kepada Kerajaan Pusat yang telah menghulurkan bantuan pada masa yang tepat untuk memenuhi keperluan rakyat. Dan peringkat awal reka bentuk awal RTB ini yang memasuki peringkat pengukuran yang akan siap pada Oktober 2020. Inilah saat-saat yang kita nanti-nantikan, tetapi biarlah dia direalisasikan dalam tempoh tiga (3) tahun dan enam (6) bulan selepas tender. Saya berharap Kerajaan Pusat akan memberi perhatian yang serius terhadap Projek RTB di Pulau Pinang, dan saya turut menegaskan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dipinggirkan dan sini telah menunjukkan telah dibuktikan sebarang kelalaian sebab sebarang kelalaian oleh pihak Kerajaan Pusat dalam aspek ini bukan saja akan menggalakkan pihak tertentu memainkan isu RTB ini malah menyebabkan penderitaan berterusan yang terpaksa dipikul oleh rakyat jelata. Oleh itu pada pendapat saya keikhlasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pengurusan banjir melalui Projek Rancangan Tebatan Banjir kita dapat dipertingkatkan. Saya menyeru penduduk-penduduk yang terlibat untuk memberi sedikit masa dan bersabar kerana jalan penyelesaian jangka masa panjang dalam menyelesaikan masalah banjir di Sungai Pinang akan diadakan tidak lama lagi. Tapi di sini saya juga berharaplah Kerajaan Negeri juga boleh menyediakan satu tabung, iaitu satu tabung untuk peruntukan khas, untuk bencana kecemasan, kecemasan bencana banjir. Sebab saya percaya tabung khas kecemasan bencana banjir ini akan membantu Jabatan Pengairan dan Saliran melakukan sesuatu yang perlu jika berlakunya banjir kilat. Meningkatkan kualiti pusat jagaan dan kanak-kanak dan taska. Trend pusat penjagaan kanak-kanak kian meningkat setiap hari. Saya berpendapat pihak berkuasa tidak boleh mengabaikan pengawasan terhadap operasi taska atau pusat penjagaan kanak-kanak. Dan satu sistem piawaian kawalan perlulah

diadakan untuk hal urusan pusat-pusat ini dengan secepat mungkin. Saya sedar masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat ini dan disebabkan oleh kekurangan tertentu maka banyak pengendali atau pengusaha-pengusaha taska pusat jagaan kanak-kanak tidak dapat mengesahkan sepenuhnya operasi mereka berdasarkan isu yang dihadapi oleh pengendali atau pengusaha ini wujudnya kawasan kelabu dalam masalah yang mereka hadapi di mana tidak menyalahi undang-undang. Tidak bermakna mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan taska yang berkualiti melainkan kegiatan mereka tersangkut dalam aspek prosedur yang tertentu. Dalam situasi mereka yang sedemikian mereka telah terjerumus dalam jaringan undang-undang yang rumit. Selain daripada masalah perundangan, wujud juga masalah dari segi kos untuk tujuan pertukaran kegunaan komersial rumah untuk menjadi pusat penjagaan kanak-kanak. Memang adalah sukar untuk pembayaran kos tukar guna dalam satu tempoh yang singkat yang juga akan meningkatkan perbelanjaan kos dan juga kelulusan kos yang juga akan mengambil masa yang agak lama. Oleh itu saya menyerulah supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membincangkan isu untuk membenarkan, supaya membenarkan pengendali atau pengusaha pusat penjagaan kanak-kanak atau taska ini membayar kos tukar guna bangunan melalui bayaran ansuran, di bawah syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebab kemungkinan ramai akan berpendapat bahawa kos tukar guna telah dikurangkan. Kita telah beri diskaun 90% tapi memang jika, oh terima kasih. Terima kasih, boleh saya minum ya?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh, kalau Yang Berhormat Sungai Pinang boleh.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ucapkan terima kasih, terima kasih. Oh, untuk taska dan penjagaan kanak-kanak. Kemungkinan ramai akan berpendapat bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan telah memberi diskaun 90% untuk kos tukar guna. Tetapi adakah kamu semua tahu bahawa operator-operator atau pengusaha yang tidak dapat keuntungan yang tinggi seperti saya perlu beritahu semua. Anak saya hantar ke satu pusat penjagaan di mana kos penjagaan sangat rendah sebab pengusaha ini dia menjalankan, dia menjalankan sosial, bukan CSR, social service, memang ada pusat jagaan atau taska yang mencetus maybe seribu lebih dua ribu lebih sebulan, tetapi untuk kawasan perumahan saya di Padang Tembak, golongan ibu bapa yang berpendapatan tidak tinggi tapi berkerjaya, bekerja mereka perlu hantar anak-anak mereka ke pusat jagaan. Mampukah mereka bayar kalau yuran untuk pembayaran, yuran kepada penjagaan itu seribu dua ribu? Tidak. Tetapi ada pusat jagaan masih menjalankan sosial service tetapi bayaran cuma dalam lingkungan kemungkinan ada RM300.00 untuk sehari full day care, ada yang …(gangguan).

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan, terima kasih. Dato’ Timbalan Speaker, untuk perkara ini satu lagi masalah kebanyakan operator pusat jagaan ini bukan pemilik bangunan. Saya pernah sebagai konsultan dahulu pernah membantu seorang membuat permohonan kebenaran merancang, apabila lulus dan membayar bayaran kepada MPSP, bila tamat perjanjian pemilik bangunan mengambil balik. Sebab kelulusan diberi mengikut bangunan. Sesuatu premis itu diluluskan, ditukar guna daripada

kediaman daripada pusat jagaan dan pemohon iaitu operator yang membayar hilang wang begitu sahaja. Oleh itu, saya pernah bangkitkan perkara ini banyak kali semasa menjadi Ahli Majlis di MPSP. Kita perlu membuat penelitian tentang pusat jagaan, tentang tadika, tentang taska, tentang pusat jagaan ibu selepas bersalin. Semua perkara ini kami telah banyak bincang dalam MMK Pembangunan Wanita dan Keluarga dan diharap MMK Kerajaan Tempatan dan kedua-dua PBT dapat ambil pendekatan yang lebih mesra kepada operator untuk memastikan semua semua aktiviti ini diarahkan dan dapat beroperasi secara lestari. Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Bukit Tambun yang begitu prihatin. Memang saya berterima kasih dan itulah seperti dia adalah dia memang faham tentang kekangan yang dihadapi oleh operator-operator pusat penjagaan. Satu isu ialah pemilikan bangunan di mana mereka bukanlah tuan, tuan milik bangunan. Tetapi jika sebagai contoh tau tak berapakah kos tukar guna? Sebelum tu adalah RM50.00/sq.ft, lepas tu kurang kepada RM40.00 dan walaupun, walaupun kita beri diskaun 90% bayangkanlah untuk mereka pengusaha yang tidak membuat keuntungan mereka berdasarkan sosial sebagai sosial servis.

Jika bangunan itu adalah RM3,000.00 atau RM4,000.00 sq.ft dia akan mencapai satu jumlah dalam selepas diskaun, dalam RM12,000.00 atau RM16,000.00 tidak kira lagi dengan plan arkitek yang decertified dan yang lain lagi dengan tangga Bomba semua ini. Semua perlu duit, mreka ingin ikut, mereka ingin ikut apa yang disyaratkan cuma kekangan mereka adalah dalam tempoh ini yang satu lump sum jumlah yang diberi untuk membuat pembayaran mereka memang tidak, tidak mampu. Jadi dengan ini saya cadangkan supaya kalau boleh kita syaratkan ini penelitian oleh kerajaan kita supaya satu syarat atau kaedah diperkenalkan sama ada untuk dua (2) tahun maksimum untuk pembayaran ansuran ini memudahcarakan. Jikalau saya juga sebagai Ahli Majlis sebelum ini saya tau kita ada tunggakan daripada penjaja, kita ada tunggakan daripada penyewa rumah kita, rumah kerajaan. Kita biarkan mereka bayar ansuran apa salahnya kalaulah pengusaha yang menjalankan sosial servis ini diberikan peluang untuk mereka menghalalkan pusat jagaan mereka ini. Dengan itu, saya menyerulah saya meminta supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan dan boleh melaksanakan dengan kaedah yang dicadangkan. Sebab sekarang memang mereka beroperasi bertahun-tahun tempoh pemutihan sudah berapa kali dilanjutkan masih masalah masih tidak dapat ditangani.

Kita perlu berdepan dengan masalah yang timbul dan carilah satu kaedah yang boleh memudahkan dan membolehkan semua pihak mendapat faedah dan saya yakin bahawa ini boleh mencapai keputusan win win, menang menang yang bukan sahaja memastikan semua pengendali akan beroperasi diseliaan undang-undang tetapi juga memastikan kualiti pendidikan, keselamatan, alam sekitar dan kepentingan kanak-kanak di pusat jagaan ini akan dikawal dan pada masa yang sama juga menghasilkan pendapatan kepada kerajaan.

Selain tersebut di atas ia juga membolehkan Kerajaan Tempatan untuk mengumpul data mengenai operasi perniagaan yang sah dan dengan itu mengawasi pengendali yang tidak bertanggungjawab semua ini adalah untuk kebaikan kanak-kanak kita. Semua ini adalah untuk membantu terutamanya wanita dapat dengan senang hati keluar bekerja. Mereka pun juga takut adakah kerajaan akan mengambil tindakan jika pusat jagaan yang anak-anak mereka hantar ini tidak ada lesen. Betul tak? Tapi masalahnya bertahun-tahun dengan ini saya mintalah sekali Kerajaan Negeri kerajaan melihat serius dalam isu ini. Satu isu yang saya ingin sentuh adalah tentang kegiatan pengusaha tong-tong roro yang menyalahi undang-undang di kawasan saya. Berkenaan dengan tong-tong roro, tong-tong roro iaitu mereka yang mengisi bahan binaan, mengumpul sampah. Dia diletak secara tidak bertanggungjawab di kawasan Sungai Pinang kerana dia dekat dengan tapak pelupusan Jelutong. Dan mereka letaklah sahaja di tanah lapang Pihak Berkuasa Tempatan. Di tanah JPS, di tanah CMI di tanah kerajaan sahaja. Dan ada 2 kawasan yang selalu saya membuat aduan di mana di Solok Sungai Pinang I, berdekatan dengan pusat aktiviti Sungai Pinang dan di tanah lapang di bawah CMI di hadapan Kompleks Makanan Fisherman Wharf. Tong-tong roro ini diletakkan di tanah lapang atau di atas pavement walkway bukan sahaja merosakkan. Mereka merosakkan walkway kita dan telah menjadikan tapak pembiakan jentik-jentik yang mengancam kesihatan penduduk setempat. Semalam sahaja Pegawai Seranta saya terima lagi panggilan call daripada penduduk bahawa bilakah wakil rakyat kita boleh menyelesaikan masalah ini? Di mana macam tak ada undang-undang. Ini adalah yang bertakung air di mana jentik pembiakan jentik-jentik dan tempat berdekatan dengan taman perumahan. Andaikan kamu adalah penduduk di taman perumahan ini bagaimana kamu rasa? Tiada yang merosakkan dan ini juga nanti tak pa. Dan di Solok Sungai Pinang ini telah dijadikan tempat transit bukan sahaja letak mereka jadikan tempat transit pembuangan sampah. Untuk menjimatkan kos mereka, mereka mengaut keuntungan daripada customer mereka tetapi, tetapi telah mendatangkan kacau ganggu kepada rakyat jelata. Saya masih ingat saya pernah ternampak dengan mata saya sendiri aktiviti transit sampah ini dua (2) lori di atas jalan, atas jalan. Dan seumpama tiada sebarang undang-undang di dalam mata golongan mereka. Sudah menjadi kebiasaan pejabat saya menerima aduan daripada penduduk taman perumahan yang berdekatan dan berkali-kali aduan telah dibuat dan dengan kesalnya saya ingin mengatakan dia adalah seumpama satu permainan hide and seek. Bila kita mau buat aduan bakal ada penguatkusaan ka ada tindakan tong-tong roro ini hilang. Tetapi lepas itu dia akan kembali lagi akan muncul lagi. Berpuluh-puluh tong-tong roro. Saya tidak faham dah berbulan-bulan, tahun dan saya ingin merakamkan kekesalan bahawa kita sebagai kerajaan atau yang pengubah polisi tidak dapat menjalankan tugasan demi rakyat malah merekalah yang tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang berani mencabar Pihak Berkuasa Tempatan. Adakah kita perlu bertolak ansur lagi dengan mereka yang melanggar undang-undang ataupun kebajikan penduduk tempatan sepatutnya perlu dipertahankan? Mereka mengaut keuntungan tong pengusaha ini tanpa

membayar sebarang sewa kepada kita. Penceroboh ceroboh tanah kita merosakkan tanah kita, merosakkan infrustruktur kita. Dengan ini dengan rendah hati dan sedih hati berharaplah, berharaplah mereka boleh main magic saya juga harap magic ini dapat berlaku supaya dia akan berhenti dengan secepat mungkin dan tidak akan berlaku lagi. Dan harap penguatkuasaan tegas dapat dijalankan dengan mereka yang menceroboh tanah kerajaan kita. Terus memperkasa wanita untuk menstabilkan asas keluarga, di sini saya akan terus menyokong segala usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk terus memperkasakan kaum wanita kerana tahun depan merupakan tahun kedua Porfolio Keterangkuman Gender ditubuhkan di Negeri Pulau Pinang. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menitikberatkan keterangkuman gender dan ini bukanlah cuma pembicaraan yang kosong dan diikhtiraf sebagai dasar Kerajaan Negeri. Oleh itu saya mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memperuntukkan RM200,000.00 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dengan keterangkuman gender. Walau bagaimanapun penggerak yang lebih penting daripada peruntukan-peruntukan ini adalah kepercayaan dan sokongan daripada Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow terhadap isu keterangkuman gender di seluruh negeri. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mempunyai keyakinaan bahawa portfolio ini boleh melaksanakan dasar-dasar keterangkuman gender melalui berbagai pelan tindakan dan memanfaatkan kaum wanita secara keseluruhan. Saya juga perlu menegaskan di sini bahawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) yang ditubuhkan di setiap KADUN telah membuktikan bahawa jawatankuasa ini telah berjaya mewujudkan satu platform dan memberi peluang bagi kaum wanita untuk menonjolkan bakat kepimpinan dan membuktikan bahawa wanita juga boleh berwibawa dalam pimpinan masyarakat. Kita mesti menghargai bahawa aktiviti yang dipromosikan oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga memberi tumpuan kepada pelaksanaan program yang berteraskan keluarga iaitu families focus, mesti dinyatakan di sini juga bahawa Penang Women Development Corporation PWDC akan menerima peruntukan sejumlah RM1.5 juta. Ini menggambarkan usaha Kerajaan Negeri menitikberatkan dan mempromosikan institusi wanita, keluarga dan keterangkuman gender. Saya dengan tegasnya mengatakan bahawa pelindungan hak wanita bukan sahaja merangkumi wanita tetapi juga demi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan matlamat berteraskan keluarga yang dititikberatkan dalam visi Penang2030 yang bermula dari asas keluarga dan bergerak ke arah masyarakat yang stabil. Akhir kata syabas diucapkan kepada Pulau Pinang dan marilah kita bersama-sama berganding bahu mencapai visi Penang2030 bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita. Izinkanlah saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Pulau Pinang negeri yang ada visi, Mencapai matlamat impian Ketua Menteri, Marilah bersama kerja kuat bermotivasi, Pencapaian rakyat jelata kian berisi.

Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang, Ahli-ahli Yang Berhormat kita kembali ke Dewan pada pukul 8.00 dan saya menangguhkan Dewan sekarang.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 petang.

Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan usul anggaran pembangunan tahun 2020. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan. Silakan.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Timbalan Speaker. Salam Reformasi, Salam BERSIH dan Salam Harapan. Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Ketua Menteri kita Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow dalam membentangkan satu belanjawan yang mesra rakyat walaupun kita tengah menghadapi keadaan ekonomi yang sangat mencabar dan tidak menentu. Berikutan Visi Penang2030, Negeri Pintar dan Hijau yang Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara yang dilancarkan pada 28 Ogos yang lalu serta wawasan kemakmuran bersama 2030 yang dilancarkan pada peringkat nasional pada 9 Mei 2019, saya yakin bahawa kedua-dua visi ini selari dan sempurna untuk kita mencapai matlamat kita sebagai sebuah negara yang maju sebelum 2030.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sasaran 180,000 unit pembekalan rumah mampu milik adalah dikenali sebagai RMM untuk golongan B40 dan M40 dengan harga di antara RM90,000 dan RM300,000 mencerminkan sebuah kerajaan yang prihatin dan memahami keadaan rakyat. Akan tetapi, daripada rekomendasi World Bank United Nations, kemampuan memiliki rumah tidak harus melebihi tiga (3) kali ganda pendapatan isi rumah dan Yang di-Pertua Speaker, mengikut faktor dengan izin, median multiple kemampuan sesebuah keluarga dengan pendapatan tunggal dengan gaji minima RM1,200.00 ataupun RM14,400.00 setahun hanya mampu membeli rumah yang berharga tidak melebihi RM43,200.00. untuk golongan rakyat ini, saya mencadangkan supaya kerajaan melipatgandakan perumahan awam khas untuk tujuan sewa sahaja di mana kos menyewa tidak melebihi 10% daripada gaji yang minima. Nilai sewa yang dicadangkan bukan sahaja dipetik dari udara sahaja, malah daripada pengalaman saya sebagai ADUN Kebun Bunga yang meliputi 9 blok perumahan awam Padang Tembak atau lebih dikenali sebagai PPR Padang Tembak, saya memahami masalah-masalah di luar jangkaan sering berlaku. Pendapatan yang rendah menyebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil terutamanya sekiranya pencari nafkah tunggal jatuh sakit, terlibat dengan kemalangan jalan raya atau pun meninggal dunia secara tiba-tiba. Timbalan Yang di-Pertua, ini memang merupakan peristiwa-peristiwa yang selalu berlaku untuk penggal ini. Penggal pertama pun sama. Kadang-kala penyewa rumah yang merupakan memang the sole breadwinner jatuh sakit, terminal illness, bahkan the whole family akan mengalami kesusahan. Jadi, kita boleh mengambil iktibar daripada model atau polisi perumahan Negara Jerman yang kita boleh menjadikan sebagai contoh yang baik dan sesuai digunapakai bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi seluruh negara yang mana lebih kurang 50% rakyat akan menyewa berbanding dengan memiliki rumah sendiri. Dalam konteks negeri kita, kerajaan boleh menjadi pemilik hartanah dan juga menguruskan hartanah tersebut seperti yang diamalkan di PPR Padang Tembak. Sekurang-kurangnya dengan adanya mekanisma untuk mengawal harga pasaran rumah sewa, kadar inflasi turut dapat dikawal di samping dapat mengurang atau mengekang aktiviti spekulasi hartanah. Yang Berhormat Timbalan Speaker yang dihormati, walau pun Kerajaan Negeri pernah memperuntukkan rumah kos rendah yang bernilai RM42,000 tetapi realiti yang dihadapi adalah lebih rumit kerana sesetengah pemaju akan memperkenalkan caj tambahan untuk tempat letak kereta dan juga untuk pakej renovasi rumah tersebut dan ini menyebabkan kos keseluruhan melambung kadang-kala melebihi RM100,000. Seperti yang diketahui umum, keadaan persekitaran di rumah kos rendah tidak begitu memuaskan dengan pelbagai masalah sosial dan kekurangan kemudahan. Walau pun dengan adanya taman permainan untuk kanak-kanak, tambahan pula, bayaran penyelenggaraan untuk rumah kos rendah selalu tertunggak ekoran daripada pelbagai faktor dan sebab. Yang Berhormat Timbalan Speaker, jumlah RM13.6 juta yang diperuntukkan untuk rancangan perumahan awam di kelima-lima daerah dan khususnya permohonan dana yang berjumlah RM5.13 juta melalui program penyelenggaraan perumahan atau PPP tahun 2020 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggantikan 27 lift di perumahan awam Padang Tembak adalah berita yang baik dan tepat pada masa. Jumlah RM6.8 juta untuk penyelenggaraan perumahan kos rendah atau sederhana swasta

melalui inisiatif tabung penyelenggaraan maksima 80% atau lebih dikenali sebagai TPM80 untuk tahun 2020 juga disambut baik. Walaupun demikian, sebagai ADUN kawasan, saya amat mengharapkan supaya perancangan pembangunan semula dapat dilaksanakan di Padang Tembak dengan secepat mungkin memandangkan usia PPR Padang Tembak telah melebihi 50 tahun dan sering menghadapi pelbagai masalah penyelenggaraan, sosial dan sebagainya. Yang Berhormat Timbalan Speaker, usaha PENBAR atau Pulau Pinang Bebas Asap Rokok yang diperluaskan kepada semua daerah pada tahun 2020 amat dialu-alukan terutamanya di Taman Botani di mana pencemaran udara oleh asap rokok mesti dilarang sepenuhnya. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sebahagian daripada bajet tahunan iaitu RM50,000 iaitu untuk memasang lebih banyak papan tanda melarang merokok di Taman Botani. Masalah di Taman Botani memerlukan tindakan proaktif daripada kerajaan dengan kadar segera. Saya mencadangkan supaya semua kenderaan bermotor perlu dihalang daripada memasuki Taman Botani melainkan keadaan yang tertentu untuk tujuan pemangkasan pokok dan penyelenggaraan. Dari masalah kesesakan jalan raya sehingga permukaan jalan yang berlubang, berlopak serta pencemaran udara, Taman Botani belum setaraf dengan taman-taman di serantau ataupun sebagai satu tarikan pelancong yang popular. Tambahan pula, lampu-lampu di sekeliling Taman Botani sering rosak di mana penyelenggaran serta pemantauan yang berjadual perlu dilakukan dengan lebih kerap. Pertamanya, saya ingin mencadangkan untuk menghadkan kereta yang masuk ke dalam Taman Botani. Andaikanlah sekiranya kereta kabel akan bermula dari Taman Botani ke Bukit Bendera, kemanakah tempat letak kereta dan bas pelancong? Dengan menghadkan kereta daripada memasuki ke dalam Taman Botani dengan pengurusan trafik yang sistemik oleh pengawal trafik, kesesakan jalan dan juga pencemaran udara boleh dikawal dengan lebih berkesan. Taman Botani Pulau Pinang mempunyai banyak spesis flora dan fauna dan pernah di katalog semasa pemerintahan British. Peminat-peminat botani tentu kagum dengan koleksi pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di Taman Botani. Terutamanya spesis-spesis yang dibawa masuk ke Pulau Pinang dari merata-rata dunia. Timbalan Speaker, Taman Botani berpotensi menjadi (dengan izin)…..golden egg dan kebanggaan negeri kita sekiranya ia dikawal selia dan diuruskan dengan baik. Di antara taman-taman yang terkenal di Asia Tenggara adalah Singapore Botanic Gardens, Garden by The Bay, National Orchid Garden dan Cloud Forest, ke semuanya di Singapura dan di antaranya beberapa tempat dikenakan bayaran masuk. Setakat ini Taman Botani kita masih percuma. This is kelebihan kita. Tahniah kepada Kerajaan Negeri. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, KADUN Kebun Bunga memberi sokongan penuh terhadap Program Mammo Penang tahun ini. Kawasan saya menghantar hampir 40 orang wanita untuk pemeriksaan payudara. Seperti mana yang diketahui semua, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. In other words, prevention is better than cure. Saya mewakili rakyat mengucapkan terima kasih ke atas pelbagai program kebajikan yang dilaksanakan di bawah program i-sejahtera seperti penghargaan warga emas, bantuan OKU yang telah dinaikkan daripada RM130 kepada RM150 setahun. Perkhidmatan bas percuma iaitu Congestion Alleviation Transport (CAT) juga secara langsung meringankan beban rakyat terutamanya pengguna bas yang bergantung kepada pengangkutan awam

sebagai mod penggerak utama. Kerajaan Negeri memang harus dipuji atas usaha dan inisiatif ini. Untuk sukan dan rekreasi, peruntukan untuk sukan dan rekreasi sebanyak RM10.05 juta sangat memberangsangkan. Setahu saya, kita mempunyai seorang atlit muda dalam ice skating dan pernah memenangi pingat di pertandingan antarabangsa. Aktiviti ballroom dancing…(dengan izin), gimrama dan lain-lain boleh diberi perhatian sebagai aktiviti sihat yang dapat mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang di gelanggang antarabangsa. Apabila kita menyebut tentang sukan, kita terus mengingati bola sepak terutamanya English Premier League yang sedang berlangsung. Timbalan Yang di-Pertua Speaker, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang iaitu FAP masih memerlukan pelbagai sokongan dan bantuan walau pun telah menukar Presiden beberapa kali. FAP memang mempunyai sejarah yang amat panjang di Pulau Pinang sejak 1920 dan saya percaya kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kesinaran Panthers ke Pulau Pinang dengan mengstruktur semula organisasi FAP. Dalam pada itu, kepentingan badminton dan squash juga perlu terus diberi perhatian dan sokongan. Dato’ Lee Chong Wei dan Dato’ Nicol David merupakan juara dunia pada satu masa dan kedua-dua sukan ini mesti terus diberi penekanan khas untuk memastikan kesinambungannya. Pulau Pinang negeri tersempoi, Bandar Pintar pertama di utara, Visi 2030 tahun lepas dilancarkan, adakah pelan tindakan sudah diusahakan? Pada 28 Ogos yang lepas, Ketua Menteri telah melancarkan Visi Pulau Pinang 2030 dengan 4 dasar utama iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti kehidupan. Kedua, menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Ketiga, memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan umum dan melabur dalam persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan. Namun, rangka tindakan dan pelan konsep akan hanya kekal sebagai konsep sahaja tanpa tindakan seterusnya. Oleh itu, Timbalan Speaker, sektor pembuatan E&E (dengan izin)…..,Electronics and Electric merupakan "cash cow" Pulau Pinang, sekiranya Kerajaan Negeri dapat mengintegrasikan Visi 2030 Pulau Pinang dengan menawarkan pelbagai kemudahan dan sokongan yang selari dengan perkembangan IR4.0 atau lebih dikenali sebagai Industrial Revolution 4.0 , maka ini sudah tentu akan menambah nilai dan memperkasakan kelebihan dan kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran, kemajuan dan pemodenan teknologi seperti Internet of Things (IoT) dan Big Data. Sebagai mana yang dilaporkan oleh The Edge baru-baru ini, sektor E&E kita pada halnya berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran disebabkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas banyak produk negara China. Perang perdagangan US China harus dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk kita menambah baik serta mengkaji semula polisi kita dalam pembangunan sektor E&E kita yang tidak harus terhad kepada pembuatan, ujian dan pemasangan produk seperti ICB, waffer dan OEM saja. Kita perlu juga sentiasa mencari jalan untuk terus melatih dan menaik taraf universiti-universiti kita yang menawarkan kursus engineering supaya graduan-graduan kita adalah lebih pintar, mahir dan well equipped dengan izin, dengan kemahiran dan keperluan mengikut arus perubahan dan kemajuan teknologi yang

begitu pantas selaras dengan IR 4.0. Dengan ini barulah kita boleh move up the value chain…(dengan izin). Dengan peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan oleh para pelabur E&E dari negeri China dan negara-negara lain dari Eropah dan sebagainya, kita perlu mempereratkan lagi perhubungan dua hala dengan mengadakan lebih banyak exchange programmes…(dengan izin), dan transfer of technology and knowledge dengan negeri China dan negara-negara Eropah seperti UK, United Kingdom yang masih kuat dalam teknologi dan kajian selidik aerospace, sebagaimana yang pernah dilaksanakan bersama-sama Jepun melalui Look East Policy. Dalam keadaan ini bukan sahaja kadar pengangguran kita boleh turun malahan pendapatan per kapita kita juga akan turut meningkat. Pada hakikatnya industri-industri yang berkaitan dengan rangkaian bekalan juga akan terus kekal dan berkembang. (Dengan izin)….Timbalan Speaker, we must have our own home grown companies, we must be able to help to grow our local company to become LLC atau lebih dikenali sebagai Local Large Company seperti di Negara Korea, ekonomi mereka bergantung kepada empat syarikat yang utama iaitu Hyundai, lagi satu SK, LG dan Samsung. So untuk kita we must have companies like that of that size, we must produce, we must support them,…(dengan izin) Timbalan Speaker. Walau pun pasaran eksport E&E industri menyumbang sebanyak RM380.8 bilion atau 39.4% daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun 2018, Penang Freight Forwarders Association iaitu FPPA telah meramalkan penurunan eksport di antara 1 hingga 2% dalam sektor E&E untuk tahun hadapan. Oleh itu rancangan untuk memperkasakan penyelidikan dan pembangunan, (dengan izin)….R&D dan penubuhan Hab Kejuruteraan Ujian, Test Engineering Hub di Bayan Lepas merupakan langkah yang amat positif yang bakal dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk graduan-graduan kita yang berkelayakan. Dan sekiranya keadaan mengizinkan juga, dapat menarik balik bakat-bakat Malaysia yang kini berada di luar negara untuk membantu membangunkan negara kita. Penternakan dan pertanian. Daripada RM4.07 juta yang diperuntukkan untuk sektor pertanian dan RM2.98 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar saya berharap juga supaya Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada nelayan-nelayan terutamanya mereka yang bakal terjejas oleh projek PSR. YB. Timbalan Speaker, andaikanlah sebahagian daripada Belanjawan Pulau Pinang diperuntukkan untuk menubuh sebuah koperasi yang melibatkan para nelayan dan petani sebagai ahli-ahlinya maka dengan integrasi teknologi moden yang seiringan dengan IR4.0 melalui penggunaan Big Data dan IOT bersama-sama dengan satu pasukan pengurusan yang berkelayakan, hasil para petani dan nelayan bukan sahaja boleh dipertingkatkan malahan keperluan orang tengah atau (dengan izin)….middle man, untuk pemasaran hasil mereka juga dapat dielakkan dan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan malahan dapat memastikan kesinambungan industri pertanian dan makanan laut. Seperti tahun sudah saya ada kesempatan bersama-sama dengan Yang Berhormat EXCO Dato’ Halim telah membuat satu lawatan di Jakarta, Indonesia dan kami mendapat tahu ada satu penubuhan yang begitu kuat dan juga canggih. Koperasi itu mempunyai 60 juta ahli yang terdiri daripada para petani dan juga

nelayan. Dan mereka ini akan melalui koperasi ini memasarkan hasil tangkapan, hasil pertanian mereka kepada negara-negara luar dengan harga pasaran yang lebih tinggi. Dan ini merupakan suatu yang amat berjaya dan saya berharap kita boleh duplicate ataupun belajar. Untuk merancakkan sektor pelancongan, industri pelancongan negeri Pulau Pinang boleh berkembang dengan pesat sekiranya kita mengikuti jejak langkah Thailand di mana pelancong-pelancong dari 64 buah negara dikecualikan daripada permohonan visa untuk 30 hari terutamanya seperti Negeri China, India dan Pakistan. Dalam masa yang sama, Timbalan Dato’ Speaker, baru-baru ini kami juga mendapati bahawa ada kekhuatiran bahawa pemberian visa ini akan menyebabkan kemasukan pengganas ataupun penjenayah antarabangsa. So untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, imigresen kita mesti ketat, beramanah dan bebas daripada rasuah, untuk memastikan semua pengganas ataupun penjenayah antarabangsa tidak boleh memasuki negara kita begitu mudah sekali. Timbalan Speaker, we know that this is a concern when we talk about terrorists, (dengan izin)…so what we can do is that as long as we have a very clean, transparent, efficient Immigration these shouldn’t happen. Singapura pula telah menjadi penerima dari segi pelaburan dan peralihan dana atas reputasi Singapura sebagai sebuah hab kewangan antarabangsa yang meyakinkan. Pulau Pinang sememangnya sangat berpotensi dan mengikut pandangan saya, Pulau Pinang lebih selesa berbanding dengan kualiti kehidupan di Singapura. Dalam konteks ini, kita perlu menyemak semula serta memperhalusi polisi-polisi kita terutamanya dari sektor kewangan, MM2H dan Imigresen supaya kita menjadi lebih kompetitif dan mudah diterima oleh negara-negara asing. Contohnya, baru-baru ini Hong Kong yang kini sering dihantui oleh demonstrasi yang tidak terhenti-henti telah menyebabkan ramai rakyat Hong Kong memindahkan dana atau wang ke Singapura. Dari segi status George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO, kita juga perlu menyegarkan, refresh, dengan izin, refresh dan memperkasakan produk-produk pelancongan kita supaya pelancong-pelancong akan terus tertarik dan balik melancong berulang kali. Kebersihan tandas awam perlu diberi perhatian yang serius. Berhubungan dengan coastal resort dan spa di Batu Feringghi saya akan reserve sebarang komen saya untuk masa ini walaupun projek ini mengejutkan dan diumumkan secara tiba-tiba dengan Request for Proposal disiarkan di surat khabar pada 1 November baru-baru ini. Destinasi Bukit Bendera sebagai tapak eko pelancongan dengan 1.74 juta pelancong pada tahun 2018 dan anggaran 1.9 juta pelancong pada tahun ini boleh diibaratkan sebagai (dengan izin)…double edged sword. Jika kita perhatikan destinasi eko pelancongan yang terdapat di dunia, (dengan izin)….sustainability menjadi satu topik utama di mana pembangunan untuk pelancongan sering bercanggahan dengan pemuliharaan alam sekitar, alam semula jadi. Adakah Bukit Bendera bersedia untuk menerima jumlah pelancong yang besar? Adakah virgin forest kita dapat dilindungi daripada kerosakan? Eko pelancongan juga meliputi eko pelancongan marin, maka Kerajaan Negeri perlu

mengambil berat terhadap ekologi marin yang sedia ada seperti di Selatan Pulau Pinang dan middle bank. Memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan masyarakat. Keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap sektor pendidikan boleh dirasai oleh semua lapisan rakyat tidak kira agama dan bangsa. Dalam aspek ini pengurusan peruntukan untuk sekolah-sekolah termasuk murid-murid yang menerima tawaran untuk pengajian tinggi ke IPT dan Politeknik adalah sangat mesra rakyat dan patut diteruskan. (Dengan izin)…we should always invest in our children’s future. Memperkasakan wanita dan memantapkan kepimpinan akar umbi. Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai PWDC sangat aktif dan berkesan dalam mempromosi keterangkuman gender. Sejak Yang Berhormat Chong Eng mengambil alih portfolio ini agenda pembangunan wanita, keluarga dan keterangkuman gender telah mula berhasil dan kini penyertaan wanita di peringkat MPKK juga banyak bertambah. Berikutan ini penubuhan JPWK pun harus dipuji sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan wanita. Daripada ini peruntukan kepada PWDC adalah (dengan izin)…well spent and well deserved. Melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya tahan, Kerajaan Negeri telah menunjukkan kepekaan terhadap kelestarian alam sekitar namun projek Penang South Reclaimation (PSR) dan Penang Transport Master Plan (PTMP) tetap menjadi sumber keresahan dan kerisauan rakyat. Nelayan Pulau Pinang tetap membantah projek tambakan laut dan tidak berminat dengan pampasan yang disifatkan tidak setimpal untuk jangka masa panjang dan telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya membatalkan projek tambakan laut tersebut. Daripada yang terlibat hanya segelintir nelayan yang telah bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan. Kehidupan para nelayan sangat bergantung kepada hasil tangkapan namun rezeki dari laut semakin berkurangan akibat pembangunan yang pesat dan pencemaran laut. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menubuhkan sebuah koperasi untuk membantu memperkasakan, mempertingkatkan kebajikan serta mutu kualiti hidup para nelayan. Demi jaminan dan kesinambungan rantai makanan laut untuk generasi-generasi yang akan datang, sebagaimana yang telah di laksanakan di Indonesia yang merupakan sebuah negara besar yang mempunyai populasi lebih kurang 262 juta. Dalam pada itu Kerajaan Negeri juga …(gangguan).

Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta laluan YB. Kebun Bunga. Terima kasih rakan saya daripada Kebun Bunga yang menyentuh khususnya tentang situasi nelayan di bahagian selatan ini di mana Yang Berhormat tadi telah mencadangkan agar satu agensi ditubuhkan untuk melihatkan kepada kebajikan nelayan di kawasan tersebut.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Koperasi.

Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Sebuah koperasi. Tetapi sedarkah Yang Berhormat Kebun Bunga di mana selaras dengan projek PSR ini terdapat satu Pusat Perkhidmatan Nelayan Setempat pun telah ditubuhkan untuk membantu nelayan-nelayan di kawasan tersebut. Dan setakat kini senarai yang telah mendaftar dengan PPNS ini untuk membantu mereka khususnya mendapatkan pekerjaan di South Reclamation nanti telah mencecah lebih 600 orang. Jadi saya pun kurang faham tentang konsep koperasi yang ingin dibangkitkan oleh Kebun Bunga. Mungkin saya boleh minta Yang Berhormat Kebun Bunga bercerita dengan lebih teliti.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Berhormat dari …?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pengkalan Kota.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Pengkalan Kota. Sebenarnya saya akan memberi butir-butir dalam ucapan saya dan saya nak tekankan di sini bahawa koperasi dia punya fungsi adalah agak berbeza dengan pusat perkhidmatan kerana koperasi ini melibatkan semua ahli keluarga nelayan dan petani. Dan ini juga memberikan satu jaminan masa depan kepada mereka, bukan sahaja bahawa mereka dilihat sebagai nelayan atau petani tetapi mereka juga melalui koperasi dilihat sebagai peniaga, these are as a business entity yang melibatkan, involves everybody dan mereka tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan yang pesat, terutamanya seperti negeri kita Pulau Pinang. So, okay…(dengan izin) saya nak teruskan. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga perlu memantapkan pekerjaan that’s where I’m coming Yang Berhormat Pengkalan Kota. Memantapkan jika kita perlu memantapkan pekerjaan nelayan, sebagai satu profesion yang mulia dan penting dalam masyarakat umum, dalam menjamin rantaian pembekalan makanan laut yang segar, berkhasiat dan berterusan. Koperasi ini boleh memainkan peranan yang penting dalam mendidik, mendukung dan menaiktaraf ilmu pengetahuan nelayan, dan lalu memastikan semua ahli keluarga mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan industri penangkapan ikan dan perikanan yang semakin tergugat ekoran daripada pelbagai faktor seperti pencemaran laut, perubahan iklim, perubahan polisi negara yang menyebabkan anak-anak masa kini tidak begitu cenderung untuk menjadi nelayan. Selain daripada kebajikan para nelayan, kesan projek PSR terhadap alam semulajadi sememangnya mempunyai impak yang besar. Sungguhpun Laporan Penilaian Alam Sekeliling (dengan izin)…EIA telah diluluskan, kita masih tidak boleh menafikan bahawa penambakan laut sudah tentu akan mengubahkan landskap persisiran pantai semula jadi. Cerun pantai dan eko-sistem pantai adalah istimewa dan unik dan tidak dapat ditiru dan dicipta semula ataupun disamakan dengan rekaan manusia. Apabila kita perhatikan persisiran pantai

semulajadi, terdapat beberapa ciri pantai terbentuk diantaranya pantai berpasir, rawa, paya bakau, dataran banjir dan bukit pasir. Mengikut pelan-pelan Kerajaan Tempatan, cadangan Waterfront dijadikan sebagai pengganti pantai-pantai semula jadi kita. Adakah kita berhasrat untuk menjadi seperti Hong Kong ataupun meniru Singapura dan Netherlands di mana pam perlu digunakan untuk mengawal pengaliran air. Sekiranya Waterfront yang dicadangkan berjaya didirikan mengikut plan, adakah tempat-tempat ini masih kekal sebagai tempat awam ataupun akan diswastakan. Jika ianya diswastakan, apakah kelebihan PSR bagi rakyat selain daripada memperolehi sebuah LRT daripada penjualan tanah PSR. Sebagai tambahan, apakah kos penyelenggaraan untuk LRT. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos penyelenggaraan itu. Defisit Belanjawan dan isu cukai taksiran. Daripada Belanjawan yang dibentangkan, hasil Kerajaan Negeri akan mengalami defisit.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Minta laluan, Dato’ Speaker.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Okey.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato’ Speaker. Okey, soalan saya tadi Yang Berhormat Kebun Bunga ada menyatakan cadangan untuk membuat ataupun mencadangkan agar mewujudkan koperasi. Maksudnya koperasi itu semasa ataupun selepas projek ini dijalankan? Faham. Maksudnya, adakah koperasi ini untuk membela nelayan apabila projek ini telah dilaksanakan ataupun currently punya situation.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Berhormat dari Bayan Lepas. Terima kasih ini merupakan satu soalan yang cukup bernas dan baik. Tak kira sama ada projek PSR diteruskan atau tidak, saya percayai penubuhan koperasi adalah baik bila-bila masa walaupun sebelum atau selepas kerana ini untuk masa depan industri perikanan dan juga untuk kebajikan dan kepentingan nelayan dan pertanian di Pulau Pinang. Ataupun kalau boleh model ini amat sesuai untuk diaplikasikan untuk seluruh negara, seperti mana yang kita dapat lihat telah berkembang pesat di Indonesia. Dan untuk di Indonesia, umur purata nelayan ada masih rendah about below 40. Tapi di negara kita ni, telah melebihi 40 tahun. Ini agak membimbangkan because…(dengan izin), Timbalan Speaker kebanyakan seperti yang saya sebut tadi, ramai anak muda sekarang ni tak berminat sebab mereka tak nampak ada masa depan. They taught that it is not a readily noble professional (dengan izin)… they feel that they can’t make much money but tetapi sebenarnya bukan macam tu.

Yang kita boleh lihat sekarang di negara Jepun, negara Korea dan kini Indonesia this can be a very-very good industry, where you can also help build you up economically.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Boleh minta celah sekejap.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ya, boleh. Boleh. Teruskan Yang Berhormat Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat dari Kebun Bunga. Saya just nak tanya sebab dikatakan macam di negara Jepun dan semua itu, mereka telah menggunakan teknologi untuk membuat deep sea fishing seperti yang dikatakan. Mereka juga ada teknologi yang terbaru dan juga ada pendidikan yang mengajar mereka macam mana nak menggunakan teknologi to the fullest. So, adakah kita boleh buat sedemikian untuk nelayan kita juga untuk kebajikan mereka untuk masa depan or (dengan izin)…. to catch up with the time. Terima kasih.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Berhormat rakan saya daripada Pulau Tikus. Ini memang yang kita patut buat, apa yang baik kita perlu ikut, yang tak baik jangan ikut. Seperti itu 1MDB, jangan kita ikut, okey. Walaupun dah jadi popular di seluruh negara, seluruh dunia tapi jangan ikut. Tapi yang baik kita ambil iktibar, kita kena mengikut jejak langkah ini. Silakan Yang Berhormat Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ingin minta penjelasan Yang Berhormat. Idea untuk menubuhkan satu koperasi merupakan satu idea yang menarik. Cuma saya nak dapat sedikit penjelasan, apabila kita menyebut koperasi ni memang di luar-luar negara yang lain maju di Eropah pun, koperasi-koperasi di negara-negara sana memang memainkan satu peranan yang besar untuk industri-industri mereka seperti dairy industry, right. Mereka membuat apa ni ahli-ahli, syarikat-syarikat ni menjadi ahli koperasi. Kemudian mereka mempunyai pengaruh yang cukup besar, dari segi mengawal dan membangunkan industri mereka. Cuma saya nak tanya penjelasan di sini, bagaimanakah pandangan Kebun Bunga koperasi-koperasi ini harus ditubuhkan. Sebab untuk pandangan sayalah, kebanyakan koperasi ini adalah koperasi yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat ataupun pemain-pemain industri, ataupun kalau ini daripada nelayan-nelayan nelayan sendiri yang akan tubuhkan satu koperasi, di mana mereka kemudian akan menjalankan aktiviti mereka. Ataupun menerusi satu koperasi yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sebab apabila koperasi itu ditubuhkan oleh kerajaan, maka then kerajaanlah yang akan memainkan peranan yang lebih besar dalam mengurus

tadbirkan koperasi ini. Jadi bukankah lebih baik kalau satu koperasi ini ditubuhkan, dia patut ditubuhkan oleh ahli-ahli ataupun nelayan mereka sendiri. Terima kasih.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih daripada Yang Berhormat rakan saya daripada Bukit Tengah. Memang beliau telah memberikan beberapa idea yang bagus, dan seperti yang telah dibangkitkan dan disebut oleh Yang Berhormat dari Air Putih pagi tadi, ‘4P’ Public Private. Dan ini kita boleh dapatkan sedikit sebanyak idea dan mengikut apa yang keperluan para nelayan dan pertanian kita, if it is the model is the better and more affective for them to form the corporation on that on, then let’s do it based on that model. Kalau nak kerjasama melibatkan kerajaan pun, tak dak masalah. Tapi di Indonesia, itu model adalah ditubuhkan oleh para nelayan dan juga petani. So, yang kita dapat lihat pada masa itu, cukup memberangsangkan dan berkesan. 60 million members dan thru the hasilnya, ia cukup banyak untuk diagihkan ataupun dibahagikan kepada semua ahli-ahli yang terlibat. So, this is a very lucrative business…(dengan izin), Timbalan Speaker.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Saya ingin mencelah sikit.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Okey. Silakan.

Syerleena Binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Terima kasih. Memandangkan isu-isu ini memang kata isu penting jugalah ya, untuk melindungi industri perikanan kita. Tapi, saya masih lagi teringat apa Yang Berhormat Sungai Acheh telah menyatakan tadi, mengenai penguatkuasaan. Sebab sekarang ni, adalah beberapa kes ya di mana bot-bot nelayan dari negeri-negeri yang lain ataupun negara-negara lain yang memasuki dalam perairan kita. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Kebun Bunga, setuju tak bahawa kita perlu apa yang kita perlu tegaskan adalah penguatkuasaan, dan juga tindakan terhadap sapa-sapa yang salah dalam orang kata merentasi they in encroach our waters…(dengan izin).

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima. Memang kita melalui topik ini, kita mendapatkan banyak idea-idea dan juga pandangan yang cukup bernas. Memang kita ada undang-undang sedia ada, kalau ada bot-bot nelayan daripada negeri lain yang merentasi kawasan laut kita, mesti ada enforcement yang ketat.

Ini kita tak boleh menafikan, dan untuk menjaga kepentingan nelayan kita di Pulau Pinang, so Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Kebun Bunga, dah 40 minit dah.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Ooh, tak apalah. Sebab ada banyak idea-idea.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

So, please teruskan secepat mungkin.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Because got pencerahan dan idea-idea.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

So, you kena.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Yang telah diberikan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain. So, thank you Timbalan Speaker. Saya pohon mungkin lanjutan masa sikit. Tapi tak kan lamalah, sudah nak habis. So, okay daripada belanjawan yang dibentangkan, hasil Kerajaan Negeri akan mengalami defisit sebanyak RM273.5 juta. Walau bagaimanapun, cadangan kenaikan cukai taksiran baru-baru ini tidak disambut baik oleh ke semua lapisan rakyat Pulau Pinang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, adalah wajar supaya Kerajaan Negeri tidak mengenakan sebarang kenaikan cukai untuk sekurang-kurangya kalau boleh untuk dua (2) tahun. Walaupun peningkatan cukai taksiran adalah diperuntukkan dari segi undang-undang, namun rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup harian. Pendapatan rakyat tidak naik selaras dengan kenaikan cukai taksiran seperti mana yang diimplikasikan dan tambahan cukai yang dikenakan akan mengurangkan pendapatan boleh guna (dengan izin)…disposable income rakyat dan ini amat membebankan. Di samping itu, pemilik hartanah telah pun dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (dengan izin)…CKHT untuk setiap penjualan, tidak kira sama ada hartanah tersebut diwarisi atau selainnya. Kenaikan cukai taksiran adalah tidak begitu mesra dengan hasrat Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengawal dan menstabilkan harga hartanah di Pulau Pinang. Kenaikan cukai taksiran adalah tidak bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan ekonomi negara, yang begitu lembap sekarang. Kerajaan yang berjiwa rakyat, dan mempunyai urus tadbir yang baik dan cekap akan mengurangkan cukai dan bukan sebaliknya, memandangkan kenaikan cukai turut menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi dan sebagainya.

Contohnya, untuk satu negara yang di mana bukan sahaja mereka tidak menaikkan cukai taksiran ialah Germany. Kadang kala mereka akan kurangkan memandangkan kebanyakan yang duduk dalam hartanah kerajaan yang disewa, daripada kerajaan about 50% of them of the people in Germany stay in a rented houses. That times, the government buat masa ini yang saya tau bukan saja tidak meningkatkan kadar cukai, kadang kala akan turunkan. So, juga untuk setiap household, kerajaan membayar 8,000 insentif. Bukan sahaja tidak naikkan kadar cukai taksiran. Jadi Timbalan Yang Dato’ Speaker, sebagai penutup akhir kata pengurusan dan prestasi negeri Pulau Pinang telah bertambah baik sepanjang 11 tahun Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Akan tetapi, keadaan ekonomi masih berpeluang untuk maju, ke hadapan sekiranya kita terus berusaha untuk menyesuaikan serta memantapkan perancangan ekonomi dan strategi kita, mengikut keadaan semasa dan keperluan dunia yang begitu laju dalam perubahan corak perniagaan dan tren ekonomi. Timbalan Speaker, soalan saya juga bertulis nombor 15 hanya menerima sebahagian daripada jawapan dan tidak lengkap. Soalan tersebut berbunyi seperti berikut; “Sila senaraikan kesemua GLC di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, dan lantikan sebagai pengurus besar dan atau pengarah GLC tersebut” Saya berharap supaya sesalinan senarai pelantikan pengarah-pengarah GLC-GLC yang diminta itu, boleh diberikan sebelum Sidang Dewan berakhir pada jumaat ini. Dan sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Seri Farizan, Setiausaha Kerajaan Negeri yang banyak membantu saya sepanjang perkhidmatan saya penggal pertama dan masa ini juga. Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua EXCO Kerajaan Negeri yang telah sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu saya menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di kawasan saya, terutamanya Yang Berhormat daripada Tanjung Bunga yang baru-baru ini membantu saya menyelesaikan isu besar iaitu masalah banjir yang selalu dikhuatiri oleh Yang Berhormat Sungai Pinang dan Batu Lancang. Dan juga saya nak ingin mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan pelbagai agensi yang bersama-sama menjadikan Kebun Bunga sebuah kawasan yang cukup mesra rakyat, mesra kerajaan dan muhibah. Jangan kita lupakan bahawa MPKK, juga memainkan yang amat penting kerana MPKK yang amat dekat dengan akar umbi dan mereka juga banyak menyumbang tenaga. Kadang kala mereka macam tidak kelihatan tapi, they are the ones actually on the ground who have being doing the work. Dan sebagai mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mencadangkan kepada Timbalan Yang di-Pertua mengizinkan semua wakil rakyat, untuk memakai baju batik ke Dewan yang mulia ini, sebagai tanda menyokong industri batik, hasil kraftangan buatan Malaysia.

Sekian, terima kasih dan saya memohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kebun Bunga. Dipersilakan Yang Berhormat

Ahli Kawasan.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Pengkalan Kota.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pengkalan Kota.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih, di atas peluang untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, dan Usul Anggaran Pembangunan 2020. Ingin saya mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota, yang telah membentangkan Belanjawan Negeri bagi kali kedua dan yang Ke-12 di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Tema Belanjawan Negeri Pulau Pinang, untuk tahun 2020 adalah “Penang2030 – Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”. Dan ini merupakan sebuah belanjawan yang komprehensif, dengan merangkumi semua aspek yang penting. Saya yakin dengan usaha dan prestasi yang dicapai oleh Kerajaan Negeri, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan selama ini dan sudah tentunya visi Penang2030 pasti akan menjadi kenyataan di dalam masa 10 tahun yang akan datang, sekiranya pentadbiran kerajaan Negeri Pulau Pinang diteruskan oleh Pakatan Harapan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan dan perhatian seluruh negara pada tahun ini, dengan prestasi dan pencapaiannya yang mantap. Selain daripada menjadi tuan rumah kepada sidang antarabangsa yang berprestij seperti Asia Pacific Urban Forum (APUF) yang ke tujuh, Negeri Pulau Pinang juga terbukti sebagai destinasi pelaburan yang unggul di rantau ini, meskipun suasana pelaburan dan ekonomi dunia yang kian muram seakibat daripada perang dagang di antara Amerika Syarikat dan Negara China. Statistik rasmi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ataupun (MIDA) telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM9.21 billion bagi tempoh enam (6) bulan pertama pada tahun ini, dan angka ini dijangka mencecah RM12 bilion menjelang akhir tahun ini. Selain daripada menjadi jaguh pelaburan, warga Negeri Pulau Pinang turut digembirakan dengan beberapa berita baik, yang disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan pada tahun ini.

Pada awal bulan Julai, Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atau (MESTECC) telah memberikan kelulusan ke atas Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci ataupun DEIA untuk projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang, yang akan menyediakan sumber kewangan bagi Kerajaan Negeri untuk menjalankan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan disempena itu menyediakan tanah untuk tujuan pembangunan pada masa depan negeri ini. Susulan daripada itu juga, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga telah memberikan kelulusan bersyarat Projek Skim Kereta Api Transit Aliran Ringan ataupun LRT bagi jajaran KOMTAR ke Bayan Lepas yang merupakan salah satu elemen penting di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Bagi meringankan beban pengguna bas dan perkhidmatan feri juga, Kementerian Pengangkutan juga telah melancarkan Pas Mutiara, iaitu satu pas perkhidmatan bas dan feri tanpa had selama 30 hari untuk RM50.00 sahaja. Dan saya difahamkan bahawa, setakat kini lebih daripada 3,000 pemohon telah memohon untuk Pas Mutiara ini. Dan ini merupakan satu inisiatif yang baik bukan sahaja ia dapat memanfaatkan warga negeri Pulau Pinang, malah rakan-rakan kita yang tinggal di Parit Buntar dan juga Sungai Petani yang menaiki bas Inter-City juga, dapat menikmati faedah ini dan ia mendatangkan penjimatan yang ketara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pencapaian-pencapaian yang saya bangkitkan tadi, merupakan hasil dan dedikasi Pakatan Harapan sama ada di peringkat Persekutuan menerusi Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan selepas PRU Ke-14 ataupun di peringkat Negeri Pulau Pinang iaitu dedikasi dan usaha sepanjang 11 tahun ini, untuk memastikan kepentingan dan keperluan warga negeri Pulau Pinang dipenuhi dan sememangnya kesemua pencapaian ini tidak berlaku secara rambang. Dan inilah Pakatan Harapan, yang selalu berusaha untuk merealisasikan harapan rakyat. Syabas dan tahniah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya mengambil kesempatan di sini juga, bagi pihak warga Pengkalan Kota untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri, di atas beberapa projek yang telah dilaksanakan melalui pelbagai agensi. Ini termasuk kerja-kerja pengecatan semula Rumah Pangsa Gat Lebuh Noordin yang dilaksanakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM284,900.00. Dan di atas nasihat Yang Amat Berhormat Padang Kota yang juga merangkap Ahli Parlimen Tanjong, satu sesi penglibatan telah diadakan di mana untuk skim warna akhir untuk kerja-kerja pengecatan tersebut, kita telah menjalankan satu sesi penggundian agar penduduk setempat tersebut, dapat mengambil bahagian untuk memilih skim warna yang terakhir untuk dijalankan untuk kerja tersebut. Dan saya yakin rakan-rakan, Ahli-Ahli Yang Berhormat juga boleh nampak betapa cantiknya selepas bangunan tersebut telah dicatkan, memandangkan ia merupakan satu tanda yang mercu apabila Yang Berhormat-Yang Berhormat memasuki kawasan Bandar George Town ini.

Dan ini merupakan satu hadiah yang istimewa dari Kerajaan Negeri, untuk penduduk Rumah Pangsa Gat Lebuh Noordin yang akan menyambut ulang tahun yang ke-50 pada tahun yang akan datang, di mana projek ini telah siap dibina pada tahun 1970. Dan selain daripada itu, kerja-kerja pemulihan Taman Sia Boey juga telah disiapkan bagi fasa pertama. Dan ini telah menyaksikan usaha murni Kerajaan Negeri, untuk menghidupkan semula Tapak Pasar Sia Boey yang lama ataupun Ujung Pasir. Dan juga Terusan Prangin yang pada seketika dahulu dipenuhi dengan sampah sarap. Kini tapak tersebut, menjadi satu tempat riadah yang amat baik. Tadi apabila masa rehat, kita juga berpeluang bersama dengan Yang Amat Berhormat Padang Kota, rakan-rakan seperjuangan untuk pergi ke Taman Sia Boey tersebut, dan kini ikan pun boleh berenang di dalam Terusan Prangin yang telah dipulihkan tersebut. Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri. Dan di sini juga ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang Berhormat Seberang Jaya dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut, yang sama-sama untuk bantu membaiki rumah yang usang di Chew Jeti dan Lee Jeti melalui peruntukan di bawah Jawatankuasa MMK Pembangunan Desa, dan juga kerja-kerja untuk membaiki Dewan Komuniti di Chew Jeti. Dan untuk kerja-kerja pembaikan jeti disekitar kawasan Clan Jeti juga, ingin saya mengambil kesempatan di sini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota yang merangkap Ahli Parlimen Kawasan Tanjong, yang telah meluluskan peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan jeti, bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan tersebut dan juga pelancong yang berkunjung ke sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia (UNESCO) tersebut. Dan di sini juga, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBPP yang telah menyiapkan satu Projek Pusingan U diantara Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan juga Lebuh Sungai Pinang. Sebenarnya pusingan U tu dibina di kawasan Sungai Pinang. Tetapi, ia mendatangkan kesenangan khususnya kepada penduduk di sekitar kawasan Gat Lebuh Macallum, yang boleh menggunakan pusingan U tersebut untuk memasuki ke pedalaman kawasan George Town. Dan dengan kerjasama dan bantuan yang disalurkan oleh pelbagai agensi dan pihak ini, saya yakin kawasan DUN Pengkalan Kota akan terus menerima pembangunan yang mampan dan menjadi salah satu kawasan yang terunggul di Negeri Pulau Pinang, selaras dengan aspirasi Penang2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya, ingin saya menyentuh beberapa perkara untuk dibincangkan bagi sesi perbahasan kali ini. Saya menyambut baik cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota di dalam Belanjawan Negeri Pulau Pinang, di mana konsep Penang’s New City Core ataupun PNCC yang melibatkan sebahagian pesisir pantai Pengkalan Weld, dan sebahagian di Butterworth iaitu di kawasan DUN Bagan Dalam.

Ini sememangnya merupakan satu konsep yang amat baik, bagi merancakkan daya saing Negeri Pulau Pinang. Akan tetapi, saya berharap agar pertimbangan dan penelitian dapat dilakukan memandangkan kawasan Pengkalan Weld ini, merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia (UNESCO) sama ada di dalam kawasan core zone ataupun buffer zone…(dengan izin). Jadi, untuk sebarang projek pembangunan, ia perlu mematuhi juga syarat-syarat yang termaktub didalam Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town ini, dan saya berharap maklumat berhubung dengan cadangan tersebut dapat dihuraikan dengan lebih teliti oleh pihak Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan Negeri 2020 ini turut menyaksikan tumpuan Kerajaan Negeri untuk merancakkan ekonomi negeri, khususnya melalui pendekatan transformasi digital. Selaras dengan Revolusi Industri 4.0 ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas penubuhan Syarikat Digital Penang dan pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang, untuk menyediakan Pulau Pinang ke atas landasan yang betul mengharungi cabaran yang menyusuli Revolusi Industri 4.0. Saya juga mengalu-alukan pengumuman, di mana Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang terpilih untuk menjalankan percubaan rangkaian 5G. Dan sememangnya, ini akan meningkatkan lagi mutu rangkaian dan aplikasi teknologi maklumat di negeri ini. Akan tetapi, di saat kita menyambut kedatangan revolusi digital ini, saya rasa Kerajaan Negeri juga perlu melihat kepada impak yang datang sekali dengan revolusi ini juga. Di dalam perkembangan teknologi digital yang pesat seperti konsep automasi ataupun automation…(dengan izin), kita seharusnya melihat impak aplikasi perkembangan teknologi ini mungkin akan menjejas segelintir daripada warga pekerja yang mungkin kehilangan kerja seakibat daripada perkembangan teknologi ini. Saya bagi satu contoh, kalau kita sebut pasal sektor perbankan. Sektor ini merupakan salah satu sektor, yang merupakan arus di dalam menggunakan teknologi maklumat ini. Saya yakin, semua masih ingat dulu masa kita ada ATM mesin, dan kini kebanyakan kita telah beralih kepada perbankan di atas talian ini. Dan semua banyak di antara perkhidmatan bank yang biasa kita menggunakan perkhidmatan di dalam bank, tersebut boleh digunakan melalui aplikasi telefon pintar. Dan selaras dengan ini juga, kita khuatir mungkin banyak pekerjaan yang kini perlu dikendalikan oleh tenaga manusia, akan digantikan dengan aplikasi pintar pada satu ketika nanti apabila kita telah sampai capainya teknologi tersebut. Dan ini merupakan satu cabaran yang besar, sekiranya program penugasan semula ataupun (dengan izin)…redeployment, tenaga kerja tidak dilakukan. Saya telah pun mengadakan perjumpaan bersama dengan Persatuan Penjual-jual Akhbar dan Buku Negeri Pulau Pinang pada bulan Julai tahun ini, dan mereka turut meluahkan kerisauan mereka sebab pada perkembangan teknologi masa ini, jarang orang beli surat khabar dah. Semua orang telah melanggani surat khabar digital ini, dan ini telah menggugat perniagaan ataupun mata pencarian untuk kumpulan penjual surat khabar ini.

Sebenarnya perkembangan teknologi ini bukan salah mereka, mereka pun saya rasa tidak halang perkembangan teknologi. Cumanya perkembangan teknologi ini telah secara langsung mengakibatkan mereka telah terjejas perniagaan mereka. Jadi, saya berharap di dalam proses kita untuk mentransformasikan negeri kita ke arah digital, saya berharap kajian yang teliti juga dapat dijalankan untuk mengenal pasti impak yang mungkin menjejaskan tenaga dan sumber manusia di dalam proses transformasi digital ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah Negeri Pulau Pinang yang pintar, hijau, berteraskan keluarga dan menginspirasikan negara menjelang tahun 2030, saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan konsep negeri pintar dan mampan. Akan tetapi, saya berharap konsep negeri pintar ini dapat diperkukuhkan lagi dengan memberikan tumpuan kepada hasil konsep negeri pintar ini, menjurus kepada peningkatan pembangunan sosial untuk negeri ini. Umum mengetahui bahawa didalam era yang baru ini, data merupakan segala-galanya ataupun (dengan izin)….data is king. Melalui pengurusan data raya yang cekap, ia akan menyumbangkan kepada peningkatan taraf kehidupan secara keseluruhan melalui implikasi data raya di sektor yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti lebih banyak cara untuk mengumpul data raya yang berkenaan dan juga mengadakan usaha untuk berkongsikan data raya yang dikutip tersebut kepada awam dan secara percuma. Saya yakin dengan perkongsian data raya yang relevan ini, ia akan membolehkan orang awam untuk membangunkan aplikasi yang berkaitan dengan adanya data raya ini dan pada masa yang sama menggalakkan inovasi dan idea yang bernas di kalangan masyarakat umum. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di sini juga ingin saya membangkitkan tentang satu konsert yang telah dibatalkan pada 21 September 2019. Di mana satu konsert yang dengan David Tao dan Shin yang sepatutnya dijadualkan pada 21 September yang lalu telah dibatalkan pada saat-saat terakhir dengan hanya memaparkan notis di skrin besar di dalam dewan konsert tersebut. Perkara ini telah mengakibatkan kemarahan orang awam khususnya mereka yang telah membeli tiket untuk menghadiri konsert tersebut dan malahan terdapat parti-parti politik yang tidak bertanggungjawab juga cuba untuk mengkaitkan apa penganjuran konsert ini dengan Kerajaan Negeri. Namun sehingga kini, tiada maklum balas dan jawapan daripada pihak penganjur konsert ini dan mekanisme untuk membayar balik penyokong yang telah membeli tiket ini. Sehubungan dengan itu, saya berharaplah Kerajaan Negeri dapat menyalurkan bantuanlah kepada penyokong-penyokong yang telah membeli tiket ini dan juga seharusnya memperkenalkan satu mekasnime yang sewajarnya bagi memastikan pengusaha yang ingin menganjurkan konsert di negeri Pulau Pinang ini benar-benar mempunyai keupayaan dan kredibiliti. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu Taman Botani juga. Tadi saya mendengar rakan saya daripada Kawasan Kebun Bunga tadi telah mengatakan tentang bahawasanya Taman Botani Negeri Pulau

Pinang ini kita tidak setaraf dengan Taman Botani di rantau-rantau ini. Saya rasa itu satu komen yang kurang tepat sikit lah. Sebenarnya Taman Botani kita ini merupakan salah satu Taman Botani yang paling unik di dunia ini. Di mana Taman Botani kita adalah berlatar belakangkan Bukit Bendera dan kalau banding dengan Taman Botani di lain-lain bandar mereka adalah dibina di dalam kawasan bandar. Tetapi Taman Botani kita, Pulau Pinang ini sememangnya merupakan satu Taman Botani yang amat unik sekali. Dan walaupun saya setuju memang mempunyai masih sedikit kelemahan di dalam laluan masuk ke Taman Botani kita. Tetapi, sememangnya kita haruslah memartabatkan Taman Botani kita dan tidak mengecil-ngecilkan Taman Botani kita yang indah ini. Saya turut menerima jawapan yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Datok Keramat di mana sejak tahun 2008 sehingga kini Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM8.6 juta untuk melaksanakan 86 projek di Taman Botani ini. Malahan Rancangan Kawasan Khas Taman Botani pun telah diwartakan pada bulan Julai tahun ini. Dan kita berharap dengan usaha yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri kita sememangnya dapat memartabatkan Taman Botani Pulau Pinang kita dan kalau boleh pada satu harinya kita dapat pengiktirafan untuk Taman Botani kita sebagai salah satu tapak UNESCO dunia. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada saat kita mengalu-alukan pelbagai pengumuman berhubung dengan pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, kita masih lagi dibelenggu oleh skandal 1MDB iaitu skandal raya yang ditinggalkan daripada Kerajaan terdahulu dan terpaksa diwarisi oleh Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Menurut kenyataan oleh YB. Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Kerajaan Persekutuan telah membayar setakat kini RM9 billion untuk faedah sahaja kepada hutang 1MDB ini dan hutang pokok sebanyak RM36 billion ringgit ini masih belum dibayar. Kita turut dikejutkan dengan laporan New Straits Times pada 18 April 2019 yang telah menyenaraikan organisasi-organisasi yang telah menerima dana daripada akaun semasa yang berkaitan dengan Dato’ Sri Najib yang diselewengkan melalui 1MDB. Di dalam laporan tersebut, ia telah menyatakan bahawa salah satu penerima cek dari akaun bernombor 2022011906 AmBank yang bernilai RM1.0 juta ringgit ini telah ditunaikan pada 26 Februari 2015 oleh Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1MDB ini. Dan ini termasuk Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Sememangnya skandal raya ini telah membawa padah kepada negara kita dan saya rasa pihak pembangkang seharusnya memberikan penjelasan ke atas dana yang diselewengkan ini. Untuk menjawab pertanyaan rakyat. Tindakan yang derhaka ini telah menjatuhkan maruah negara dengan label kleptokrasi terbesar di dalam sejarah dan mengakibatkan kesusahan di kalangan rakyat. Silakan Ketua Pembangkang.

Dia saja la, saya dah nak balik dah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah nak balik dah tapi you orang suruh.

Ada mesyuarat pukul 9.30 dengan Permatang Berangan lah. Dia sebut pasal 1MDB saya ikut nak balik dah tadi.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta maaf.

Cuma saya ingat isu 1MDB ini elok kita tak bangkitkan lah sebab dalam proses perbicaraan. Macam saya nak bangkitkan isu komik lah. Isu komik, oh tak boleh. Isu LTTE juga tak boleh. Jadi isu ni jugak saya rasa perlu kita faham bahawa dia dalam peringkat perbicaraan so kita tak boleh bangkitkan isu-isu ini. Isu yang berkaitan dengan 1MDB dan sebagainya dalam tengah duk bicara elok kita tunggu keputusan perbicaraan. Saya sebut dah dulu, kalau ada masalah-masalah dan sebagainya kita terima. Dan saya rasa dalam 1MDB ini dia satu bentuk pelaburan syarikat kerajaan memang kerajaan sebagai penjamin tapi dia invest melabur dan dia ada aset-aset dia yang tak pernah disebut. Aset yang boleh cover hutang-hutang yang dibuat oleh 1MDB. Dari segi dana tadi bukan dana 1MDB dia dana mungkin daripada UMNO Malaysia dan sebagainya untuk disalurkan pada UMNO sebagai macam yang parti-parti lain juga dapat dana. Parti apa ada dana-dana jugak parti-parti politik ada sumber dana dia. Saya rasa ada sumber dana. Mesti ada sumber dana yang nak gerakkan parti. Ini saya rasa benda yang, yang elok yang Timbalan Yang di-Pertua tak patut kita bangkitkan. Kita dah mengikuti perbicaraan ini kita tengok keputusan.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Bangkit pun sudah jelas pula dia.

Okey la, Okey Daniel, Saya bangkit lah.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih kepada Dato’ Ketua Pembangkang. Tadi yang saya petik ini, sememangnya daripada laporan surat khabar lah bukan saya petik terus daripada kes mahkamah dan memang ada notis kompaun pun telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Jadi saya rasa perkara ini, tadi kata bukan, mungkin dari UMNO tapi saya telah memetik nombor akaun AmBank Dato’ Sri Najib Razak itu bukan daripada UMNO Malaysia.

Memang daripada Dato’ Seri Najib Razak. Tapi tak apa Ketua Pembangkang telah pun memberikan penjelasan. Okay, kita terima penjelasan daripada Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhir kata, Belanjawan Negeri 2020 yang bertemakan Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama ini sememangnya komprehensif dan saya yakin dengan pelaksanaanya, ia akan membawa manfaat kepada warga Pulau Pinang secara am dan warga Pengkalan Kota secara khusus. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat bersara kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang penuh berdedikasi sepanjang perkhidmatan beliau dan beliau turut menyaksikan transformasi Kerajaan Negeri dari dahulu merupakan sebuah Kerajaan Negeri Pembangkang sehinggakan lah pada hari ini Kerajaan Negeri merupakan Kerajaan Negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan sememangnya perkhidmatan Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan akan dikenang oleh warga Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama-lamanya. Dan dengan kata-kata ini, Pengkalan Kota memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Ahli Kawasan?

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus. Yang Berhormat.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Yang Berhormat yang semua ketua-ketua jabatan dan juga rakan-rakan. Terima kasih, kerana bagi saya satu peluang untuk berucap di Dewan yang mulia ini. Salam sejahtera dan salam hormat. Berdirinya saya di sini sebagai ADUN Pulau Tikus, adalah untuk menyampaikan hujah-hujah saya pada kali ini yang memfokuskan kepada visi Pulau Tikus ke arah Penang2030. Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus merupakan sebuah kawasan sub urban yang mampat dengan pelbagai kemudahan pengangkutan, pusat pendidikan, rumah ibadat, pusat pelancongan, pusat perniagaan, pusat perubatan, pusat beli-belah dan sebagainya. Penduduk dan pengunjung dapat menikmati pelbagai manfaat daripada proses urbanisasi di kawasan DUN Pulau Tikus. Antaranya, akses rawatan kesihatan dan perubatan dengan adanya hospital kerajaan dan empat (4) buah hospital swasta berstatus pelancongan kesihatan, klinik-klinik pergigian, kedai alatan perubatan serta lambakan farmasi dan apotik. Lokasi-lokasi sebagai seperti Anjung Gurney, Pasar Pulau Tikus, Thai Buddhist Temple dan Burmese Temple juga tidak pernah lekang dengan tumpuan

pengunjung dari dalam dan luar negara sekaligus memberi impak kepada perniagaan-perniagaan di sekitar kawasan DUN Pulau Tikus. Akses kepada pelbagai jenis pengangkutan memainkan peranan penting dalam menarik orang ramai bertumpu ke sesebuah bandar. Pengangkutan awam paling utama dengan tambang yang berpatutan dan mudah didapati untuk sampai ke Pulau Tikus tidak lain dan tidak bukan, bas awam. Sebanyak enam (6) laluan bas Rapid Penang, bas percuma yang mengambil laluan CAT Tanjung Tokong/Pulau Tikus loop dan bas Penang Hop-On Hop-Off buat, buat pelancong yang ingin bersiar-siar dengan selesa. Tidak dilupakan kemudahan teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti GRAB, MyCar, Maxim dan lain-lain. Kepentingan pengangkutan bas, teksi dan perkhidmatan e-hailing ini tidak dapat disangkal lagi justeru memudahkan pergerakan para penduduk dan pengunjung dari satu tempat ke satu tempat. Walau bagaimanapun, isu kesesakan lalu lintas di Pulau Tikus bukan lagi sesuatu yang asing bagi sesiapa yang pernah mengunjungi ke sana. Jumlah kenderaan persendirian, bas, teksi dan kenderaan e-hailing yang mustahil untuk berkurang di atas jalan menandakan kesibukan kawasan DUN Pulau Tikus. Hal ini telah menyumbangkan kepada peningkatan kesesakan lalu lintas. Kesesakan jalan raya yang menjejaskan perkembangan ekonomi di kawasan Pulau Tikus, bukan sahaja kepada penduduk setempat, pengunjung juga akan berasa tidak senang hati untuk ke tempat-tempat menarik di Pulau Tikus apabila memikirkan kebanyakan masa mereka perlu dihabiskan di atas jalan raya. Sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab juga seperti menghentikan kenderaan di bahu jalan tidak kira untuk sementara atau untuk masa yang lama telah menyebabkan jalan-jalan di kawasan Pulau Tikus menjadi sempit dan sesak. Tiga lorong menjadi satu lorong. Lebih-lebih lagi apabila keadaan ini berlaku pada waktu puncak, bunyi hon kedengaran tanpa henti oleh pemandu-pemandu, pemandu yang geram terhadap salah laku pemandu lain. Lebih buruk lagi, keadaan ini akan memberikan kesan terhadap psikologi apabila akibat tekanan kerana sudah kesuntukan masa. Kami mendapati penyebab kenderaan yang berhenti di bahu jalan dan memarkir secara haram ini adalah kerana kurangnya tapak parkir di sekitar Pulau Tikus. Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tidak menafikan atas permasalahan ini. Kesesakan lalu lintas tidak berkesudahan di kawasan DUN Pulau Tikus adalah berpunca daripada kurangnya tempat meletak kereta. Pengunjung tidak mahu membuang masa meronda mencari tapak parkir yang terhad. Jangan hairan kenapa mereka memarkir kenderaan di bahu jalan tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna jalan raya yang lain. Bagaimana pula dengan tindakan daripada Pihak Berkuasa Negeri? Apakah sebab atau punca yang menyebabkan kesalahan trafik masih tetap berlaku malah ada yang berulang kali bagi kesalahan yang sama? Saya biarkan persoalan ini dahulu, tapi saya pasti semua yang berada di dalam Dewan ini juga tahu apakah jawapannya. Memandangkan banyak lokasi di kawasan Pulau Tikus ini merupakan tarikan pengunjung dalam dan luar negara, tidak dilupakan laluan jalan di kawasan Pulau Tikus yang menjadi penghubung ke lokasi menarik di kawasan DUN berhampiran seperti Taman Belia, Taman Botani, Tesco Tanjung Pinang, Batu

Feringgi dan KOMTAR. Bayangkan keadaan jalan raya yang sibuk dan mencabar terhadap ambulans, bomba dan sesiapa sahaja yang berada di situasi kecemasan. Seperti contoh, pemandu yang ingin ke hospital namun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ini. Di antara alternatif jangka masa panjang adalah Mount Erskine Underpass. Underpass sememangnya dapat menjadi jalan alternatif kepada kenderaan yang ingin ke destinasi di luar kawasan Pulau Tikus tanpa perlu melalui sesuatu jalan utama, sepanjang kawasan Pulau Tikus. Tetapi underpass itu adalah hanya satu alternatif sahaja yang perlu juga banyak-banyak alternatif yang lain. Satu alternatif yang perlu dilihat secara teliti juga adalah tempat letak kereta yang bertingkat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, pada hemat saya, penyediaan kemudahan bangunan tempat meletak kereta automatik (automatic multi-level carpark) adalah solusi yang terbaik dalam mengawal isu lalu lintas di kawasan DUN Pulau Tikus khususnya di sekitar Pasar Pulau Tikus. Jenis tempat parkir sebegini dapat menjimatkan masa, ruang dan lebih selamat. Pemandu tidak perlu membuang masa meronda setiap tingkat mencari tapak parkir. Malah lebih selamat untuk pemandu wanita khususnya, kerana ini mereka hanya perlu menunggu di satu lokasi bagi mendapatkan kereta. Mereka tidak perlu melalui situasi sunyi dan membimbangkan untuk menuju ke tapak parkir. Hampir setiap hari kereta penguatkuasa trafik MBPP meronda di sekitar pasar. Jalan raya tiga lorong akan menjadi satu lorong, kiri kanan jalan raya sehala itu adalah sahaja pemandu yang memberhentikan kereta. Walaupun untuk beberapa minit, cukup besar kesan negatif terhadap aliran trafik di situ. Masa itu emas. Jika masa terbuang di atas jalan, petrol diisi lagi, duit pun mengalir. Jika mengalir keluar sia-sia, pembaziran namanya. Bazir masa, bazir wang. Bagaimana nak bawa bertenang? Di kawasan, di sekitar Pulau Tikus sudah tersedia kaki lima mesra OKU atupun (dengan izin)…tactile pavements. Tidak lupa pokok-pokok rendang di sepanjang jalan sudah tentu memberikan perasaan santai untuk menuju ke lokasi-lokasi lain dengan hanya berjalan kaki kerana tidak berasa panas. Malah menambah prasarana seperti bilangan CAT bas yang beroperasi dan meletakkan station Link Bike pasti dapat menggalakkan penduduk sekitar, pengunjung dan pelancong untuk beralih daripada memandu kereta persendirian kepada menggunakan pengangkutan awam. Oleh yang demikian, saya yakin warga Pulau Tikus serta pengunjung pasti berbesar hati sekiranya sebuah bangunan parkir kereta automatik dapat didirikan. Penyediaan automatic multi-level parking ini dapat mengurangkan masalah parkir haram di sepanjang jalan, lorong dan lebuhraya di kawasan DUN Pulau Tikus. Malah, solusi ini akan menggalakkan para pengunjung terutamanya warga setempat menghargai kerajaan sekiranya kemudahan bangunan parkir bertingkat ini disediakan. Kita hanya perlu pihak berkaitan untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk mendirikan kemudahan parkir bertingkat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, seterusnya saya ingin beralih kepada usaha untuk mentransformasikan kawasan DUN Pulau Tikus menuju Penang2030 melalui penggunaan teknologi tanpa tunai ataupun cashless…(dengan izin). Saya yakin jual beli dalam transaksi tanpa tunai

akan memberi banyak manfaat dari segi aspek pertumbuhan ekonomi seiring dengan teknologi di kawasan Pulau Tikus. Ada perniagaan runcit yang masih aktif di kawasan Pulau Tikus. Antara barangan yang dijual khususnya di sekitar Pasar Pulau Tikus adalah pakaian, makanan, peralatan elektrik dan elektronik serta perkakas rumah untuk kegunaan harian. Perniagaan ini sudah bertapak berpuluh tahun yang lalu. Namun, kita perlu menerima perubahan zaman dan akur dengan kepentingan insan lain yang tinggal di kawasan Pulau Tikus. Selain inisiatif penyediaan tapak parkir yang mencukupi, usaha untuk menambahbaik infrastuktur jalan raya yang cekap dan efisien sebagai langkah mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut perlu dilaksanakan. Flyover bagi pengguna yang ingin terus ke bandar boleh dibina dan mengurangkan penggunaan lampu-lampu isyarat. Berbalik kepada teknologi tanpa tunai, kaedah ini dapat dilakukan secara berperingkat. Sekiranya kita lihat di negara China, transaksi tanpa tunai melalui imbasan QR kod sudah menjadi kelaziman. Bukan sahaja kedai-kedai serbaneka, gerai barangan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga tidak terkecuali. Di Pulau Tikus, banyak perniagaan telah bekerjasama dengan syarikat e-hailing bagi khidmat penghantaran makanan. Oleh itu, dalam usaha menggalakkan penggunaan e-wallet bukan sahaja perniagaan moden malah perniagaan tradisional, Pulau Tikus akan bekerjasama dengan agensi e-wallet, yang e-wallet di Malaysia. Saya yakin kaedah transaksi tanpa tunai ini lebih praktikal, mudah dan selamat. Kita tidak perlu lagi membawa wang fizikal yang banyak. Bahkan penggunaan e-wallet memerlukan kata laluan. Oleh itu, sekiranya telefon pintar jatuh ke tangan pencuri belum tentu wang tersebut dapat digunakan. Tambahan pula, kita dapat menghubungi pihak bank untuk menyekat sebarang transaksi daripada berlaku sekiranya terjadinya situasi tersebut. Di samping itu, kaedah transaksi tanpa tunai ini lebih telus dan dapat dikesan dengan mudah melalui rekod transaksi. Kaedah ini berbaloi kerana pengguna dapat menikmati pelbagai tawaran promosi, promosi diskaun dan cashback. Bagi permulaan, lokasi tumpuan orang ramai dari luar dan dalam negara seperti Pasar Pulau Tikus dan Anjung Gurney adalah paling sesuai untuk pelaksanaan perkhidmatan e-wallet ini. Selain perkhidmatan tanpa tunai bagi aktiviti jual beli. Perkhidmatan awam tanpa tunai (cashless public transport) dan perkhidmatan pembayaran parkir tanpa tunai (cashless parking system) sewajarnya diberi pendekatan dengan memberi bantuan penerangan kepada orang awam berkenaan cara menggunakan aplikasi ini. Perkhidmatan bas juga akan lebih teratur dan sampai mengikut jadual. Hal ini kerana masalah kelewatan bas yang berhenti terlalu lama sewaktu mengambil dan menurunkan penumpang dapat diatasi dan dikurangkan kerana penumpang tidak lagi perlu menyediakan wang kecil, secara tidak langsung akan melancarkan aliran trafik.

Kakitangan pengangkutan awam haruslah bersikap ramah dan mesra kepada penumpang. Sikap sesetengah pemandu yang memandu tanpa menjaga etika pemanduan memberikan imej buruk terhadap perkhidmatan bas awam di

sini. Antaranya sikap memberhentikan bas secara mengejut, menutup pintu bas semasa bas sedang bergerak dan tidak berhenti di stesen yang berpatutan. Mungkin kerajaan perlu memberi sedikit insentif kepada petugas pengangkutan ini kerana tugas ini memerlukan mental dan fizikal yang kuat. Pemandu bas boleh ditempatkan dalam laluan bas yang padat untuk membantu pemandu atau mengaplikasikan sistem pembesar suara supaya pemandu dapat berkomunikasi dengan penumpang, contohnya supaya memberi tempat kepada penumpang OKU. Walau bagaimanapun, bagi merealisasikan impian ini kita memerlukan kerjasama penyedia perkhidmatan internet bersama pihak kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menjayakan bandar yang akan terus bergerak ke depan, ke hadapan. Penyediaan jajaran fibre optic tanpa perkhidmatan jalur lebar yang stabil, laju dan harga yang berpatutan umpama melepaskan batuk di tangga. Kedua-dua aspek ini perlu diseiring bagi memenuhi kehendak bandar pintar, tumpuan khas hendaklah diberikan bagi memenuhi kehendak penduduk dan pengguna di era digital ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, hujah seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan perancangan projek tambakan laut Gurney Wharf. Saya difahamkan bahawa kawasan tebus guna Gurney Wharf adalah sebuah kawasan yang luas yang juga mengandungi kawasan seperti taman dan kawasan lapang, promenade, tanah simpanan kerajaan, rizab JPS dan parit, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, salah satu komponen projek Gurney Wharf yang bakal disediakan adalah kemungkinan besar penyediaan tempat letak kereta yang terbuka. Pada pendapat saya, kerajaan sewajarnya memanfaatkan teknologi tempat parkir bertingkat atau multi-level parking…(dengan izin) dan menyediakan laluan basikal berpagar yang efisien. Kini, MBPP telah menyediakan sebanyak tiga tempat letak kereta bertingkat seperti di Lebuh Union, Lebuh Pantai dan Jalan Hutton. Projek tambakan ini bagaikan permulaan baharu dan merupakan peluang kedua. Alangkah bagusnya sekiranya kita dapat mengambil iktibar akan kesilapan yang berlaku kepada Gurney Drive yang asal. Saya masih ingat waktu, masa saya kecil sebagai seorang budak kecil yang sering bermain di pantai di Gurney Drive. Apabila saya menjadi seorang remaja, pantai Gurney Drive terus hilang, bukan saja pantai hilang tetapi batu-batu besar pula dimasukkan ke kawasan pantai dan masa itu kerana kurang penguatkuasaan banyak sampah telah dibuang ke dalam kawasan batu-batu besar itu. Memang pada masa itu, saya berasa amat hampa melihat itu. Sekarang kita telah mendapat satu peluang yang kedua untuk Gurney Drive dan peluang kedua itu namanya Gurney Wharf. Harapan saya Gurney Wharf dapat menjadi pusat mesra pejalan kaki, car park and ride secara menyeluruh. Ada banyak-banyak peluang yang kita dapat buat dengan Gurney Wharf dan saya amat gembira kerana dan amat bangga kerana dapat dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Pulau Tikus kerana ini juga.

Penyediaan tambahan iaitu medan selera dan kemudahan food and beverage area seharusnya dibina berdekatan dengan akses kemudahan pengangkutan awam. Ada banyak-banyak lagi idea yang kita mungkin boleh buat dengan Gurney Wharf ada yang boleh dilihat di negara-negara lain seperti di Brisbane, Australia dan juga banyak-banyak tempat yang ada seaside…(dengan izin). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang melakukan pembangunan secara berterusan. Hotel-hotel bertaraf antarabangsa dan bangunan-bangunan pencakar langit pun ada di Pulau Pinang, tetapi masalah utama kita adalah kekurangan tempat letak kereta dan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga projek-projek perumahan kita. Itu adalah sesuatu yang kita mesti (dengan izin)…acknowledge. Boleh dilihat bahawa nisbah-nisbah tempat letak kereta kepada projek-projek perumahan mungkin kena review kembali kerana kembali lagi kita ke isu tetapi tempat letak kereta di kawasan perumahan di kawasan Pulau Tikus, di kawasan perumahan di Pulau Tikus seperti di Taman Kristal, di Taman Seri Tanjung, di kawasan projek Tri Pinnacle, Nipah Court dan Menara Yayasan in fact boleh dilihat di situ kerana kekurangan tempat letak kereta di dalam projek perumahan itu semua kereta diletak di luar. Adapun secara haram. Saya rasa Kerajaan Negeri perlu melihat semula dan juga kena buat peraturan yang tegas untuk mewajibkan, mewajibkan semua-semua projek yang akan datang ini untuk memberi tempat-tempat parkir yang berpatutan kepada semua-semua unit yang dibina. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas saya telah mengutarakan kerisauan saya terhadap bakat-bakat anak muda yang keluar mencari peluang di luar Pulau Pinang. Kita perlu akui kos sara hidup di Pulau Pinang adalah tinggi juga sehingganya ada penyewa induk. Sorry. Tindakan anak muda yang meninggalkan negeri yang tercinta mereka bukan kerana mereka ingin meninggalkan negeri itu. Ada banyak kerana mereka rasanya untuk mendapatkan mata wang yang lebih tinggi. Mereka pergi ke tempat lain. Tetapi apakah yang kita boleh buat untuk anak muda di sini? Pada masa kini anak muda dan graduan-graduan dari universiti tempatan mengalami kesukaran mendapatkan kerja dan mendapatkan tempat tinggal dalam dengan harga yang berpatutan. Ikut harga permulaan mereka apabila mereka keluar bekerja untuk kali yang pertama. Mengenangkan kos sara hidup yang tinggi ada yang sanggup membuat dua kerja bagi menampung perbelanjaan bulanan. Saya bersyukur kerana usaha Kerajaan Negeri dapat dilihat apabila Belanjawan 2020 menyatakan kerajaan telah merangka penyediaan, kepelbagaian unit PPR sebagai Single Transit Unit dan Youth Transit Unit dengan konsep studio mikro unit. Usaha ini perlu mendapat liputan yang luas dan menarik kembali golongan muda untuk bertapak ke Pulau Pinang. Saya juga ingin bertanya Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang, Penang Career Assistance And Talent CAT Centre. Diruangan My Opportunities laman web PenangCAT terdapat job@jobstreet dan job@jobstore. Apabila kita klik link tersebut akan terus ke laman Jobstreet dan Jobstore yang mana saya yakin semua anak muda masa kini tahu menggunakan perkhidmatan mencari kerja melalui internet. Membuat saya tertanya-tanya berapa ramai graduan yang mendapat kerja melalui CAT Centre?

Mengikut petikan Belanjawan 2020, pembangunan bakat dan sumber manusia no. 15, Pulau Pinang mencatatkan bilangan migrasi yang positif iaitu sebanyak 16,300 pada tahun 2016. Jumlah tersebut adalah sesuatu yang bagus tetapi kita juga ada masalah anak jati Pulau Pinang sendiri berhijrah ke negeri lain ataupun negara lain untuk meneruskan career mereka. Mereka mungkin memulakan career mereka di sini tetapi kemungkinan akan pergi ke tempat lain untuk meneruskan. Untuk mengekalkan bakat warga Pulau Pinang, pembangunan ekonomi perlu dipertingkatkan serta infrastruktur untuk menyokong, menanggung keperluan prasarana seperti kos sara hidup dan tempat tinggal harga berpatutan sebagai keperluan. Faktor ini akan terus memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia di Pulau Pinang. Anak muda mahukan satu Pulau Pinang yang berjaya. Mereka ingin tinggal di Pulau Pinang kerana apabila saya keluar daripada universiti dan memulakan career saya, saya pun mahu tinggal di Pulau Pinang tetapi banyak kawan cakap kalau nak dapat gaji yang tinggi kena pergi ke negeri lain ataupun ke negara yang lain. Tetapi saya percaya kebanyakan anak jati Pulau Pinang ingin tinggal di sini dan kita sebagai Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat mesti memenuhi harapan itu. Sesiapa yang ingin seperti yang saya katakan, kita semua bukan anak muda saja mahukan sebuah Pulau Pinang yang berjaya. Sesiapa yang ingin sebuah Pulau Pinang yang gagal adalah pengkianat kepada negeri dan juga negara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, MPKK Kawasan DUN Pulau Tikus telah menganjurkan banyak-banyak program-program STEM untuk pelajar-pelajar sekolah rendah diantaranya Program Saintis Muda, Young Doctors Awareness sebanyak 2 kali, Young Farmers juga 2 kali dan Kem Sains Detektif Junior. Program-program STEM telah dijayakan di kawasan Pulau Tikus ini telah hasil adalah hasil kerjasama Pusat Sains iaitu Techdome, Pusat pengajian tinggi, USM dan agensi-agensi swasta. Program sebegini dapat sambutan yang sangat baik. Pihak sekolah dan ibu bapa memberi maklum balas yang positif selepas program. Ada yang bertanyakan sekiranya program sama akan diadakan pada masa akan datang kerana pelajar-pelajar yang tidak berpeluang menyertai ingin turut serta pada masa akan datang. Kejayaan program STEM di kawasan DUN Pulau Tikus membuktikan program-program yang ditawarkan oleh Pusat Sains di negeri Pulau Pinang membawa peranan penting dalam menjadi pemangkin STEM di kalangan anak-anak Pulau Pinang. Oleh itu, saya bercadang untuk menjadikan kawasan DUN Pulau Tikus sebagai lokasi tumpuan anak muda dengan menambah pula program seni persembahan juga. Apakah seni persembahan? Kerana di banyak negara seperti dan banyak-banyak bandar di seluruh dunia seperti London. Ada satu tempat di London dipanggil Westland. Di sana ada banyak teater, yang banyak teater iaitu yang adakan persembahan seni. Bukan sahaja seni tetapi performing art. Di sana sudah boleh dilihat bahawa ada pasaran untuk seni sebegitu dan sekarang negara jiran kita Singapura pula pergi ke arah itu dah. Tetapi di Malaysia bukan sahaja di Pulau Pinang performing art is yet to find this mark….(dengan izin). Saya harap Pulau Pinang akan memberi sokongan yang amat banyak bukan sahaja terhadap performing art sahaja tetapi juga bakat-bakat tempatan kita.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya ingin memuji kempen tahunan Penang Womens’s Development Corporation (PWDC) iaitu Penang Goes Orange (PGO) yang dilaksanakan secara besar-besaran pada setiap tahun. Pada tahun 2018, kempen PGO membawa kesedaran kepada masyarakat bekenaan isu gangguan seksual. Manakala tahun ini PGO mengangkat mesej kesedaran isu penderaan seksual. Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) yang bernaung di bawah EXCO Pembanguan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama selain Islam merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Di KADUN Pulau Tikus, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh JPWK Pulau Tikus mendapat sambutan yang baik. Pada hujung bulan November 2019, PWDC akan mengadakan program road show PGO bersama MPKK Persiaran Gurney di Gurney Paragon. Kerjasama diantara PWDC dan JPWK serta MPKK adalah ditahap yang sangat membanggakan. Kita dapat melihat penyertaan keluarga dan kanak-kanak yang menyertai program-program yang diusaha oleh wanita-wanita kuat ini. Saya mencadangkan kelas seni mempertahankan diri diadakan di seluruh negeri Pulau Pinang khususnya buat wanita dan kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan. Kelas bela diri ini mungkin boleh dilaksanakan mengikut daerah. Sebuah kelas atau bengkel di setiap daerah dan jika mendapat sambutan, penyertaan dibuka untuk setiap KADUN. Ilmu mempertahankan diri sangat berguna untuk jangka masa panjang. Saya tidak terkejut sekiranya lahirnya wanita-wanita berkebolehan mengikut program-program anjuran oleh PWDC dan tidak mustahil bagi tahun 2030, populasi wanita dan kanak-kanak di Pulau Pinang antara yang teramai mempunyai kemahiran mempertahankan diri serta kesedaran tinggi akan perlindungan wanita dan keluarga. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu kerana tiap-tiap tahun telah melaksanakan program i-Sejahtera sejak permulaanya. Saya juga ingin mengatakan beberapa penambaikkan yang kita boleh pergi ke arah itu terutamanya yang isu online. Saya rasa kalau i-Sejahtera ini boleh pergi full online bukan sahaja akan memberi banyak manfaat kepada warga-warga terutamanya warga-warga emas tetapi juga dapat menolong Pusat-pusat Khidmat Wakil-wakil rakyat kita. Yang menyebabkan dokumen perlu dihantarkan ke Pejabat Daerah adalah kerana memerlukan pengesahan. Kalau dokumen-dokumen ini dapat dibuat secara online, kita boleh menjimatkan banyak masa. Kalau kita boleh melaksanakan kaedah EFT iaitu direct bank in pada masa yang akan datang secepat mungkin, saya rasa warga emas terutamanya akan. Warga emas. We had to help our senior citizens especially because a lot of them are unable to have full accessibility…(dengan izin). Pada masa ini, pada tahun ini kita sudah ada 5 pay out untuk i-Sejahtera untuk banyak-banyak kategori i-Sejahtera. Saya rasa kita perlu meneliti semula proses untuk melancarkan pembayaran langsung yang dapat menjimatkan masa dan menggurangkan kos perjalanan. Malah meningkatkan produktiviti semua kakitangan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, kita kini menuju wawasan Pulau Pinang 2030. Kurang dari dua (2) bulan kita akan memasuki tahun 2020. Kita memerlukan pembaharuan, menaiktaraf fasiliti DUN, saya rasa kalau kita ingin mencapai Cleaner Greener Safer Healthier Happier Penang kita pula seperti siapa yang saya buat sekarang ada kertas di tangan saya

harap pada satu hari akan datang kita boleh melihat semua dalam satu screen dan soft copy akan jadi order of the day dalam Dewan ini. Saya harap Dewan Yang Mulia Ini, fasiliti-fasiliti Dewan Yang Mulia ini boleh dinaiktarafkan dan kita semua boleh menggurangkan penggunaan kertas. Saya juga ingin berterima kasih atas khidmat Setiausaha Kerajaan kita, Yang Berbahagia Dato‘ Seri Farizan Bin Darus dan saya harap kita semua, saya harap bahawa jasa dia dikenangi oleh semua orang dan saya amat berterima kasih atas tunjuk ajar kepada saya selama ini. Saya juga minta, ingin meminta. Akhir kata, saya juga ingin meminta pihak pembangkang kita untuk menghentikan strategi mereka untuk menghancurkan perpaduan yang kita ada di negara ini. Walaupun mereka sekarang tidak berada di dalam Dewan. Tetapi ini adalah sesuatu isu yang amat penting. Saya harap ahli-ahli parti pembangkang akan mendengar ini. Saya tahu kepada mereka sistem pecah dan perintah merupakan trump card untuk berkuasa semula tetapi gunakanlah perpaduan what is wrong with unite and rule, why must it always be us versus them. Bolehkah Parti-parti Pembangkang menggunakan perpaduan. Saya harap apabila mereka berucap mereka akan memberikan jawapan. Inilah cabaran saya kepada mereka. Adakah mereka berkemampuan untuk membahas untuk seluruh rakyat Malaysia dan hentikan sistem pecah dan perintah? Dengan itu, sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini dengan itu, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus. Ahli-Ahli yang Berhormat, Dewan akan bersidang pada 6 haribulan iaitu esok, pukul 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 9.50 malam.