Sabah · 25 April 2024

16th Assembly, 5th session · not final · 283 turns · 24,387 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Bacaan doa)

Setiausaha Dewan

(Bacaan doa). Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sebelum kita bermula, kita mengalu-alukan kehadiran pemerhati dari SMK Kota Klias, Beaufort. Seramai 28 pelajar bersama dua orang guru dan seramai empat orang pelajar dari UITM. Selamat datang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Tuan Speaker, soalan saya nombor satu.

Pendataan Digital Pendatang Asing Di Sabah

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

*1.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah status semasa cadangan pendataan digital pendatang asing di Sabah dan berapakah jumlah pendatang asing terkini yang direkodkan di Sabah.

Jawapan

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 54 dan 73 pada hari ini 25 April 2024, memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kadamaian, Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat, Ahli Yang Berhormat Silam serta Dewan yang mulia ini, Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital telah mula dilaksanakan sejak September 2022 sehingga kini dan masih lagi aktif dilaksanakan di lapangan.

Pada fasa permulaan Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital ini tertumpu kepada sektor perladangan dan pembinaan kerana kedua-dua sektor ini adalah sektor yang mempunyai bilangan warga asing yang tertinggi, dan juga permintaan tenaga kerja yang aktif dalam kategori 3D, iaitu “dirty, difficult and dangerous”. Sejak bermulanya Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital pada 12 September 2022

I sehingga kini, program ini sedang berjalan dengan aktif termasuk lah semasa di bulan Ramadan.

Di mana setakat ini sebanyak lima buah syarikat perladangan telah menyertai dan terlibat sepenuhnya. Antara syarikat tersebut adalah seperti berikut Kumpulan Sawit Kinabalu, Sabah Softwoods Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd., FGV Plantation dan Cepatwawasan Group Berhad.

Warga asing melalui program ini akan didaftarkan dan didatakan secara digital yang melibatkan pengambilan maklumat peribadi, facial recognition dan biometric dengan menggunakan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Permastautin Negeri Sabah atau singkatannya (SWIMS) atau Sabah Workers Integrated Management System.

Golongan warga asing ini didatakan adalah berdasarkan metrik pendataan berpandukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Setakat ini, jumlah warga asing yang telah berjaya direkodkan ke dalam sistem SWIMS ini (SWIMS) dan diperakukan oleh majikan adalah seramai 39 276 orang yang merangkumi 21 994 orang pekerja dan 17 282 orang tanggungan, anak bini dia lah ini.

Maklumat ter... perincian penuh akan dimaklumkan setelah aktiviti pendataan digital lengkap sepenuhnya. Bagi golongan pendatang asing tanpa izin atau PATI, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu-isu keselamatan yang melibatkan PATI di Sabah. Di mana Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan akan sentiasa melaksanakan operasi penangkapan dan pengusiran terhadap golongan-golongan ini.

Datuk Speaker, sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan, Kadamaian?

Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Speaker, saya jawapan yang telah diberikan, soalan tambahan saya jumlah tadi disebut 39 276 ribu. Kita ada data lama, iaitu kad

I bancian, IMM13, puluhan ribu lebih daripada jumlah yang telah didatakan secara digital. Kenapa Kerajaan tidak mulakan dengan data-data yang sudah ada iaitu pemegang IMM13, Pemegang Kad Burung-Burung dan juga Sijil Banci? Soalan tambahan saya yang seterusnya, apakah rancangan Kerajaan untuk mereka yang sudah berada di Sabah tapi belum dihantar semula ke negara asal? Adakah Kerajaan ada rancangan untuk menjadikan mereka ini lebih produktif berkerja di sektor yang disebut tadi, sektor yang terkait dengan 3D tadi itu? Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih ADUN Kadamaian atas soalan tambahannya. Untuk makluman ahli Dewan yang mulia ini, sepertimana yang saya nyatakan sebentar tadi bahawa tumpuan untuk dalam fasa permulaan ini adalah di kawasan yang mempunyai ramai warga asing, iaitu di sektor perladangan dan di sektor pembinaan.

Jadi dalam fasa permulaan ini, kita tumpukan di sana kerana ramai warga-warga asing yang berada di sana dan juga untuk lebih memudahkan kerja-kerja mendaftar warga-warga asing ini dengan lebih cepat lagi. Namun, usaha ini adalah berterusan. Sehingga hari ini, usaha ini sedang berjalan dan akan diteruskan sehingga ke sektor-sektor yang lain, ke pertanian.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Dan sebagainya. Dan untuk makluman bahawa semua yang melibatkan warga asing akan kita usahakan untuk didaftarkan. Buat masa sekarang kita hanya ingin mengetahui berapakah bilangan yang benar-benar berada di negeri Sabah ini supaya kita tahu berapa sebenarnya kedudukan warga asing, bilangan warga asing sebenarnya di Sabah supaya kemudian kita dapat melaksanakan tindakan-tindakan yang sesuai untuk mengatasi perkara ini. Berkaitan tentang soalan kedua tadi. Memanglah tujuan Kerajaan melaksanakan program ini adalah untuk memastikan bahawa semua warga asing yang bekerja di

I negeri ini adalah warga asing yang sah dan berdaftar mengikut undang-undang negara. Jadi, dengan sistem ini, maka ia akan menjadi satu platform untuk kita mengawal jumlah, bilangan dan mungkin apa-apa yang, keperluan yang berkaitan dengan warga asing ini supaya dapat disusun dan diatur dengan lebih tersusun lagi. Jadi, itulah makluman kepada Yang Berhormat ADUN. (kurang jelas) Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Senallang.

Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Setelah mendengar Yang Berhormat Pembantu Menteri tentang penjelasan PTI, pendatang, dia ada dua. Satu, yang digunakan untuk menjadi buruh di peringkat, ada tiga sebenarnya. Satu, buruh untuk bekerja di sektor sama ada perladangan ataupun pembinaan, dan satu lagi dari segi apa ini, pendatang yang didaftar sama ada IMM13, yang juga Burung-Burung dan ada juga yang ketiga, secara illegal.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sejak bila PTI ini datang ini ke Sabah ini. Adakah semenjak warisan ataupun pasal, no. Jangan ketawa, pasal ini saya tidak mahu nanti fitnah dilemparkan kepada saya. PTI. My grandfather, dengan izin, untuk makluman Dewan, my great-grandfather, Panglima Udang dibawa ke Labuan. Soalan saya.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Soalan-soalan. Ya.

Soalan itu, soalan saya. My grandfather, great-grandfather, Panglima Udang dibawa ke Labuan tahun 1948 pasal masalah telur, British period. My great-grandfather, that was my great-grandfather, the great yard is in Tawau. My grandfather, great-grandfather. Even, saya ingat the Allahyarham, kau punya ayahanda tahu itu, Panglima Udang,

I ya. Saya ingat Panglima Abdullah pun you tahu, saya punya grandfather married to your sister dan ini anak dia.

Jadi, ini yang saya nakkan supaya perkara ini kita jelaskan. Saya tanya, sejak bila kedatangan apa ini, pendatang tanpa izin. Adakah semenjak Warisan, selepas itu saya juga PTI. Saya nakkan jelaskan. Saya minta penjelasan.

Kalau tidak saya akan saman kalau sekiranya ada di antara Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun tertentu, membuat fitnah yang tidak tentu.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih di atas soalan tambahan ADUN Senallang. Saya tidak pernah menuduh PTI ini datang semasa zaman Warisan. Tidak. Isu ini adalah isu yang sudah berlaku sejak lama dahulu. Saya juga adalah keturunan suku Suluk dan asal usul nenek moyang saya memang daripada sana tetapi saya adalah anak jati dan cinta kepada negara dan negeri Sabah, ya. Jadi, untuk pertanyaan Yang Berhormat Senallang bahawa sebenarnya bagi kategori mereka-mereka yang memang warga asing, yang masuk secara haram ini kita ada peraturan imigresen. Kalau mereka masuk secara haram, memang kita akan hantar balik dan proses ini memang berterusan.

Untuk yang berkaitan dengan pekerja-pekerja asing yang memang sudah bekerja di ladang-ladang yang ada di tempat kita ini dan memang ramai di sana. Fasa permulaan ini, kita memang daftarkan mereka dan kemudian fasa-fasa yang lain, termasuklah sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Senallang, mereka yang memegang dokumen-dokumen yang berkaitan, sekiranya mereka ini memang tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia mengikut peraturan dan undang-undang negara yang ada.

Maka, mereka juga akan kita daftarkan di dalam proses pendaftaran ini dan badan ini di bawah Sabah apa ini? Yang. Smart Sabah akan menjadi satu badan yang akan memastikan bahawa semua pekerja-pekerja asing yang berada di negeri Sabah adalah pekerja-pekerja asing yang berdaftar dan maklumat ini akan ada di dalam sistem yang dikendalikan oleh Smart Sabah ini.

Yang Berhormat Speaker.

I

Burung-Burung ini siapa yang isu, tadi sudah lama disebutkan siapa yang isu IMM13 dan juga siapa yang isu Burung-Burung dan sekarang ini, Yang Berhormat nyatakan tadi Kerajaan sekarang akan daftar Pendatang Tanpa Izin. Apa jenis yang tadi sebut nama, label pendaftaran orang asing ini?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Semua yang berkaitan yang semua program-program yang dikendalikan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini dan yang boleh kita kategorikan sebagai warga asing yang memang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk berada di negeri Sabah ini. Maka, mereka ini akan kita daftarkan semua, ya.

Jadi, oleh itu saya berharap bahawa perkara warga asing ini adalah satu perkara yang memang telah menjadi isu sejak lama dahulu, ya. Jadi, mudah-mudahan dengan sistem yang ada ini, kita berharap agar sama ada kami yang sebelah sini atau yang di sebelah sana.

ADUN Kerajaankah atau bukan atau ADUN Pembakangkah, marilah kita bersama-sama menyokong program mendaftar dan mendata, digitalkan warga asing ini yang berada di Sabah.

Oleh kerana isu warga asing adalah satu isu yang telah lama berlaku di negeri kita tanpa ada jalan penyelesaian yang tuntas. Moga dengan kesatuan dan kesepakatan kita, kita berharap dengan menyokong program ini maka, kita akan dapat menyelesaikan isu warga asing once and all kerana ini adalah rumah kita. Rumah kita, kitalah yang mesti menjaganya, insya-Allah. Sekian. Banyak soalan-soalan ini. Next question.

Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Usukan.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Soalan tambahan ya. (Suara bertindih)

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Usukan. Satu-satu lagi.

Tuan. Tuan Speaker. (tidak jelas)

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Semua program-program yang dikendalikan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. Yang kita kenal pasti bahawa program ini adalah program untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dan sekiranya mereka ini benar-benar layak untuk menjadi warganegara Malaysia, mengikut peraturan-peraturan imigresen yang ada di negara kita, tiada masalah. Tetapi, bagi mereka-mereka yang memang dikategorikan sebagai warga asing, maka kita akan daftarkan mereka di dalam sistem ini. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, Usukan.

Ya, saya cuma ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sepertimana yang semua kita maklum bahawa Kerajaan telah melantik, Kerajaan milik, syarikat milik Kerajaan untuk melaksanakan program ini.

Saya cuma ingin tahu, apakah yuran yang dikenakan kepada syarikat yang mendaftar pekerja-pekerjanya dalam sistem ini? Kedua, berapakah perbelanjaan Kerajaan untuk melaksanakan program ini melalui syarikat tersebut?

Ketiga, apakah ada pertindihan kuasa antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dalam soal pendaftaran pekerja asing ini?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Tiga soalan ini.

Sudah enam sudah. Apa.

Soalan pertama tadi berkaitan apa itu? Unjuran?

I

Yuran. Yuran kepada mereka.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Mengikut maklumat yang saya terima bahawa memang proses ini, program ini memerlukan yuran-yuran. Tetapi, saya tidak mempunyai data berkaitan.

Nanti kita akan maklumkan secara bertulis berkaitan tentang?

Kerajaan memberi dana untuk syarikat ini untuk melaksanakan program ini.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Data berkaitan pun saya tidak ada. Yang ketiga?

Ketiga, apakah tidak ada pertindihan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Pada saya, mengikut maklumat yang saya ada bahawa program ini memang disokong dan didukung oleh Kerajaan Persekutaan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Speaker. Last. Last menteri, boleh ya? Last. Last. Last.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat Melalap.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya, No.2.

I PEMBINAAN KEDAI, TAMU DI PEKAN MELALAP. *2.

YB. Datuk Peter Anthony [Melalap] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, adakah pembinaan kedai, tamu di Pekan Melalap akan diteruskan seperti mana yang dirancang oleh kerajaan terdahulu.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Melalap dan juga makluman Dewan yang mulia ini, Pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) akan meneruskan cadangan untuk membangunkan pembangunan.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

… komersial di atas tanah LPPB di Pekan Melalap, pihak LPPB telah membuat pengiklanan melalui laman sesawang LPPB dan menjemput beberapa syarikat pemaju untuk membangunkan tanah-tanah kepada projek komersial dan setakat ini belum ada syarikat yang berminat untuk menjalin usaha sama bagi membangun tanah tersebut.

Untuk makluman, semasa Kerajaan terdahulu, pihak LPPB telah menerima cadangan pembangunan untuk lot-lot kedai secara usaha sama daripada sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, perundingan tersebut tidak diteruskan oleh syarikat berkenaan.

Pihak Kementerian sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Melalap sekiranya ada cadangan pembangunan atau rakan usaha sama yang difikirkan sesuai untuk membangunkan tanah tersebut dan mengemukakannya kepada Kementerian ini atau terus kepada pihak LPPB untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Soalan tambahan, yang Datuk Speaker. Seperti Yang Berhormat Menteri maklum, bahawa sebenarnya pembinaan ini ada dua, satu adalah pembinaan melibatkan pasar, Pasar Melalap dan satu melibatkan pembinaan

I kedai. Dia ada dua ni, Yang Berhormat Menteri. Dan untuk pembinaan Pasar Melalap ini, peruntukan ini telah diluluskan pada 2019 kalau tidak silap saya, 2019, 2020, 2021, 2023 dan 2024 masih belum dilaksanakan dan kawasan ini adalah kawasan yang telah tersedia tanah, dan kita maklum sekarang ini pun kita masih menggunakan pasar di tepi jalan yang pernah saya utarakan ya, dan tidak dilaksanakan.

Soalan saya ada dua, sama ada Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan serius atau tidak untuk melaksanakan sama ada komited atau tidak di mana sebelum ini pun, pembinaan kereta api yang telah diperuntukkan sejumlah wang ditarik balik di kawasan tersebut dan ah, soalan saya kedua adalah adakah pembangunan di kawasan tersebut masih mengikut pelan pembangunan? Oleh kerana di sana ada pelan pembangunan yang telah tersedia ataupun telah dibuat sebelum ini, dan kita lihat pada ketika ini kedudukan di Pekan Melalap ini tidak ubah seperti arnab ataupun tikus, korek lubang, tutup lubang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan yang diberi kuasa untuk melakukan apa sahaja di kawasan tersebut, kadang-kadang buat pembersihan untuk motor, kadang-kadang buat satu program yang kita tidak tahu sama ada dia diluluskan di bawah pelan pembangunan, di bawah daerah ataupun bagaimana. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Melalap. Em, kalau saya lihat dalam soalan ini sebanyak untuk pembinaan kedai, tamu di Pekan Melalap sepertimana yang diterangkan oleh Pembantu Menteri tadi. LPPB sebenarnya sudah bersedia, namun rakan ataupun kerjasama ataupun dia punya apa ini, yang syarikat yang ada usaha sama bersama-sama dengan LPPB, LPPB tidak meneruskan perundingan mereka. So, ini yang kita ada terima.

Dari segi sama ada Kerajaan sekarang ini serius ataupun tidak. Ya, serius tapi kita kena ikut peruntukan dan juga kita kena ikut juga pelan-pelan yang sudah diluluskan terdahulu. Okey.

I

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Yang Berhormat Menteri, ada satu kedai dan tamu ni, tengok soalan tu. Ada satu kedai dan juga tamu ah, so, pelan pertama itu adalah tamu. Tamu itu saya ingat peruntukan tu pernah kita luluskan sebanyak 500 ribu, untuk tamu sahaja duluan. Kalau boleh, saya minta yang Berhormat Menteri luluskan dahulu buat tamu tu. Kesian orang-orang Melalap. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Kita akan check nanti sama ada kelulusan itu sudah ada atau tidak, okey. Kalau sudah lulus, there’s no reason for us not to continued it actually. Okey, sama ada diluluskan oleh Kerajaan terdahulu ataupun yang sekarang ini, kalau sudah diluluskan, there shouldn’t be any reason kenapa dia diberhentikan. Kalau belum ada then kita tunggulah kelulusan dia.

Boleh soalan tambahan, Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, Kukusan. Soalan Tambahan

Ya em, on this note ya, mengenai apa tu pasar ya, ada perancangan juga di tengah-tengah Kukusan dekat dataran ada perancangan sebelum ini untuk melaksanakan, mendirikan pasar dan tapak sudah ada juga yang telah dirancangkan. Namun, daripada peringkat JTU masih ada lagi sedikit apa nama, ada sedikit ding-dong, ding-dong yang belum lagi selesailah. Jadi, saya ingin mendapatkan perhatian daripada Kementerian, jika tapak pasar ini boleh dilaksanakan sesegera mungkin, kerana pasar yang sedia ada di kawasan Hiltop ini terletak di Kukusan adalah sudah terlalu sangat sempit ya dan memerlukan sudah satu tapak yang lebih selesa untuk kegunaan orang kerana dia memang berada di tengah-tengah jalan utama. Jadi ah, saya minta perhatian daripada Kementerian untuk menyegerakan apa saja urusan kerana tapak ini sudahpun direncanakan sudah begitu lama. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tuan Speaker, soalan tambahan ini tidak kena mengena dengan soalan yang pertama. So, will give it in writing, boleh ah? Tidak berkenaan dengan soalan yang pertama.

I

Berkaitan pasar, itulah tapak pasar itu sendiri.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Yang Berhormat Menteri, soalan kedua itu belum kena jawab lagi. Adakah Kerajaan Negeri itu di bawah Kerajaan Tempatan masih gunakan pelan lama atau ada pelan baru yang digunakan?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Yang Berhormat Melalap, nanti kita semak balik.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput Yang Berhormat Liawan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Speaker, soalan saya soalan No. 3.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri.

Tindakan Kerajaan Untuk Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

*3.

YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kesesakan yang serius pada waktu puncak di jalan yang terdapat 2 buah sekolah iaitu Jalan Dangulad dan Jalan Secondary School yang terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad dan sekolah jenis Kebangsaan Cina Yuk Yin.

Jawapan

Datuk Robert Tawik @NordinSTAR · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Bingkor

Tuan Speaker.

Untuk makluman Yang Berhormat dari Liawan dan Dewan yang mulia ini, Jalan Dangulad dan Jalan Secondary School yang dimaksudkan adalah jalan negeri di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya Sabah melalui Syarikat Globinaco. Kedua-dua jalan tersebut bertemu di satu persimpangan ‘T’ berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Kin.

Rancangan jangka masa pendek bagi membantu mengurangkan kesesakan jalan ketika waktu puncak di sepanjang Jalan Dangulad ke SJKC Yuk Kin, ada melaksanakan kerja-kerja menabur batu-batu kelikir di bahu jalan kiri dan kanan.

I Selain itu, cadangan penyelesaian yang lebih efektif adalah dengan melebarkan jalan sedia ada melalui kerja menaik taraf bahu jalan kepada permukaan konkrit di bawah Program Penyelenggaraan Kerja Berkala. Walau bagaimanapun, cadangan kerja menaik taraf bahu jalan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini disebabkan kekangan peruntukan.

Pada masa yang sama, pihak JKR Sabah akan sentiasa memastikan penyelenggaraan rutin di jalan tersebut dilaksanakan mengikut piawaian prestasi yang dipersetujui di dalam perjanjian konsesi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Liawan, terdapat satu projek telah pun diluluskan dalam RP4, Rancangan Malaysia Kesebelas di bawah Program Jalan Luar Bandar, biayaan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Projek yang dimaksudkan adalah projek naik taraf Jalan Keningau relieve flood Keningau sepanjang enam kilometer yang kini masih dalam fasa reka bentuk terperinci muktamad, dan akan ditender pada bulan September 2024. Sebagai penyelesaian jangka panjang…

Datuk Robert Tawik @NordinSTAR · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Bingkor

…satu kajian sedang dilaksanakan, mengkaji dan menambah baik sistem perhubungan dan rangkaian jalan raya serta sekali gus mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal di pekan Keningau.

Kajian ini adalah di bawah kajian …(kurang jelas) Road Project in Keningau yang telah pun dimulakan dari November 2022 dan dijangka siap, dijangka akan siap sepenuhnya pada Oktober 2024 di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan

Datuk Speaker, soalan tambahan.

Ada beberapa pembinaan jambatan-jambatan sedang dilaksanakan dan tetapi terdapat beberapa kali kontraktor-kontraktor yang dilantik tidak hadir melaksanakan

I kerja-kerja pembinaan dan ini membawa ketidakpuasan hati kepada pengguna-pengguna. Soalan saya, apakah tindakan Kementerian dengan permasalahan ini? Terima kasih.

Datuk Robert Tawik @NordinSTAR · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Bingkor

Terima kasih ADUN Liawan dalam soalan tambahan. Perkara ini akan diambil perhatian oleh JKR Keningau dan Sabah untuk memastikan semua kerja-kerja yang sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan akan diambil perhatian dan kita melihat kontraktor-kontraktor yang telah dilantik. Kita akan membuat perbincangan untuk, supaya dapat dipercepatkan pelaksanaan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, Nabawan.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Datuk Speaker. (suara bertindih)

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kemabong.

Soalan Tambahan

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Tuan Speaker. Kemabong?

Terima kasih Tuan Speaker. Ada hubung kait soalan saya dengan kesesakan di Keningau, di pedalaman. Saya hairan ini Pan Borneo dilaksanakan di beberapa tempat di seluruh Sabah tetapi di pedalaman tidak dilaksanakan ini Pan Borneo. Saya mahu bertanya kepada Yang Berhormat Pembantu Menteri. Bilakah agaknya Pan Borneo ini akan dilaksanakan di pedalaman? Sebab dari Tambunan, daripada Tawau, ada tujuh buah daerah di wilayah ini sepatutnya layak mendapat ini pembinaan Pan Borneo. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih kepada ADUN Kemabong yang bertanyakan tentang Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah. Untuk makluman, DUN Kemabong dan juga ahli Dewan yang mulia ini, Projek Fasa Pertama Lebuh Raya Pan Borneo Sabah hanya meliputi jajaran daripada Sindumin, Sipitang, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang sehinggalah ke Berungis.

Persimpangan Berungis dan diikuti dengan laluan

I daripada Ranau ke Telupid, ke Batu 32 Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan sehingga lah ke Balung di Tawau yang merupakan Fasa Satu Pan Borneo dan juga termasuk jajaran baharu daripada Serusup ke Simpang Mengayau. Untuk laluan di sebelah pedalaman bawah yang meliputi Kimanis, Keningau, Nabawan, Kalabakan, Tawau. Kita telah memasukkannya ke dalam Perancangan Pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Tiga, ya. Namun demikian, buat masa ini, belum ada spesifik peruntukan diberikan bagi tujuan tersebut.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Saya melihat daripada awal kesilapan untuk membuat cadangan itu tidak memasukkan kawasan pedalaman daripada awal-awal. Saya minta Kerajaan Negeri supaya masukkan kawasan pedalaman. Tadi, tiada pun disebut dari Tenom pergi Sipitang.

Kalau saya mohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya ini supaya masukkan semua ini. Kebetulan di pedalaman ini, wilayah Keningau ini, orang-orang Murut. Jadi, kami orang Murut tidak dapat peluang untuk menikmati ini Pan Borneo.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Sememangnya kita sebolehnya ingin memasukkan keseluruhan jajaran Federal Road dalam pembangunan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah. Namun demikian, perkara pertama yang diambil kira adalah berkenaan dengan jumlah trafik yang melalui Jalan Persekutuan tersebut.

Insya-Allah, kita akan terus berusaha selepas Fasa Pertama dilaksanakan, kita tuju kepada Fasa Kedua, Fasa Ketiga sehinggalah jaringan lebuh raya di negeri Sabah akan menjadi lebih baik dan selesa.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput Ahli Yang Berhormat Sulabayan. Datuk Dr.

Tuan Speaker, soalan saya nombor empat.

I PROGRAM PEMBERIAN PERANTI SISWA. *4.

YB. Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong [Sulabayan] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, sejauh manakah perlaksanaan program pemberian Peranti Siswa dan apakah syarat kelayakan pelajar bagi mendapatkan peranti tersebut.

Jawapan

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, terima kasih. Untuk makluman, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sulabayan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Sebatik kerana kedua-duanya bersamaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Sulabayan dan Yang Berhormat ADUN Sebatik serta Dewan yang mulia ini, inisiatif Peranti Siswa di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital ketika itu (KKD) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dalam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) tidak terlibat secara langsung menguruskan pemberian dan peruntukan Peranti Siswa.

Golongan penerima Peranti Siswa adalah dalam kalangan murid tingkatan enam yang layak berdasarkan data daripada sistem seramai 12 514 orang murid tingkatan enam dari Sabah telah menerima Peranti Siswa ini sejak tahun 2022. Taburan pemberian Peranti Siswa, Tuan Speaker, dalam kalangan murid tingkatan enam sejak 2022, 2022:12 514 orang.

Tuan Speaker, 2023 tiada pemberian baharu.

2024, setakat Mac 2024 belum ada pemberian baharu. Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah pemberian semula Peranti Siswa ini dalam kalangan murid tingkatan enam khususnya di Sabah. Walau bagaimanapun, Tuan Speaker, pada tahun 2020, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita telah meluluskan peranti atau Bantuan Ehsan Komputer sejumlah 10,000 pada tahun 2020 untuk anak-anak kita tingkatan enam.

I 2021 sekali lagi 10 000 buah untuk anak-anak kita tingkatan lima dan enam. Lebih kurang 45 pelajar dari seluruh sekolah menengah mendapat manfaat ini ketika itu. Selepas itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) telah melaksanakan bantuan yang sama tetapi dengan kadar yang kita turunkan khas untuk IPT kepada seramai 740 orang pada tahun 2020, 2023.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu pembelajaran pelajar yang memerlukan. Antara syarat kelayakan pelajar bagi pemberian baik Bantuan Ehsan Komputer. Pertama, pelajar itu mestilah anak Sabah. Satu komputer riba adalah untuk satu ketua isi rumah. Ibu dan bapa atau penjaga pelajar adalah dari kalangan e-Kasih kita utamakan dan pemohon perlulah memberikan justifikasi keperluan komputer riba tersebut.

Untuk taburan bantuan baik ini, sepertimana ditanyakan oleh ADUN Sebatik, boleh saya sediakan nanti. Walau bagaimanapun, saya ringkaskan. Tahun 2023, anak-anak Sabah di Beaufort mendapat 33 buah; Beluran, 16; semua ini pelajar IPT.

Kemudian Keningau, 41 orang; Kota Belud, 54 orang; Kota Kinabalu, 103 orang; Kota Marudu, 35 orang; Kudat, 36 orang; Lahad Datu, 32 orang; Papar, 36 orang; Penampang, 12 orang; Ranau, 36 orang; Sandakan ramai, 78 orang; Semporna juga, 40 orang; Tawau, 53 orang. Selebihnya, saya akan serahkan nota ini kepada Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey. Soalan tambahan? Datuk Dr.

Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Datuk Dr.

…ini di atas penjelasan tadi. Saya, pertama saya fokuskan negeri, rupanya ada dua. Satu di peringkat pusat melalui Program JENDELA dan yang kedua tadi daripada negeri.Terima kasih, saya ingat, dapat maklumat yang baik termasuk Semporna sudah mendapat 40 buah

I peranti untuk anak-anak.Soalan tambahan saya berkaitan dengan ini, iaitu bagaimana kita mengatasi masalah G5 ini? Saya huraikan sikit, ini soalan. Bagaimana? Pasal cerita G5 ini termasuk pembinaan penubuhan tower ini, saya ingat sudah sepuluh tahun ini.

Asyik cerita tiap-tiap persidangan pembinaan tower, tak juga selesai. Hari itu berlaku di Pitas, yang sampai naik pokok tu kayu untuk mendapatkan access Internet, terus cepat Menteri Komunikasi yang dulu datang ke Pitas. Mesti diselesaikan, tak juga selesai. Berlaku baru-baru ini saya tengok sama ada betulkah atau tidak, di kawasan utara juga. Sampai dia pakai tiang buluh itu, taruh dia punya handphone yang ada device hotspot letak di atas, kesian.

Ditutup lagi dengan botol supaya tidak kena hujan. Sampai bila ini berlaku? Cuma pandangan, saya ingat Yang Berhormat Menteri lebih maklum.

JENDELA ini, national besar peruntukan dan bila saya melihat saya pernah bercerita dengan Pengarah MCMC dulu, Roslan, sebelum dia dipindahkan. Bercerita pasal Tawau, dan apa saya melihat, kenapa G5 ini tidak selesai ini, pasal masalah players entity. Tawau banyak pun players contoh Celcom, Digi selagi dia tidak pasang dia punya device itu, sampai bila pun 5G ini tidak dapat. Sebab mereka kita tahu, dia orang ini buat business. Hanya yang ada business yang baik baru dia boleh letak devices itu. Contoh, di Kota Kinabalu. Sedangkan masyarakat kita khusus di luar bandar ini, sangat memerlukan. Student, anak-anak ini ah, universiti, kalau pun ada mungkin di kawasan IPT…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan? Datuk Dr.

…tak apa saya perlu huraikan ini sangat penting. Bagi saya masa. Tak lama. Saya cuba shortcut kan. Cuma supaya kita bersama-sama. Kita cukup sudah muak, sudah bosan bercakap pasal 5G ini. Masalah dia sekarang ini players. Celcom, Digi, Maxis. Hanya dia letak device di mana dia boleh buat business. Mana, sampai bila, kalau usaha kita orang kata memasyarakatkan soal kepentingan Internet ini, tidak akan berlaku. So, kalau Kerajaan Negeri tidak memikirkan banyak bergantung pada program di peringkat pusat, saya ingat sampai bila pun kita tidak dapat access 5G ini. Jadi, saya

I mohon mencadangkan kalau dapat. Di negeri Sarawak, dia beli device. Dia beli device, melaburlah sikit. Pasal kita ada dua konsep, satu bukan sahaja kepada supaya dapat perhubungan. Mendapat hari ini sudah semua, baik di kampung, di luar bandar, di pelosok bandar perlukan Internet, anak-anak semua perlukan Internet, belajar. So, sampai bila kita bercakap bagi peranti tidak ada liputan Internet, tak guna juga, masuk stor juga.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, soalan? Datuk Dr.

Soalan saya, saya sudah soal tadi, adakah Kerajaan memikirkan tidak bergantung kepada entiti seperti Celcom, Maxis ini? Kalau banyak tower pun, tidak ada device tak jalan. So, jiran kita dia beli share. Beli share, tengoklah yang mana satu Digi ka apa semua, sharelah dengan dia laburlah sikit supaya khusus di luar bandar, yang ada menara ini, letaklah device di situ. Barulah kita dapat liputan 5G ini. Itu yang saya, saya nampak. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Kepada Yang Berhormat Sulabayan, kita ambil kira pandangan berkenaan. Memang pun halangan atau cabaran kita ialah berhubung dengan menara yang sebahagiannya belum disiapkan. Apa pun untuk sekolah, kita mencari jalan sementara untuk menunggu menara ini dengan beberapa aplikasi yang lain. Pertama, dengan starlink kita VSAT, seperti mana yang saya jelaskan semalam. Kedua, POP (Present Of Point) yang ini juga boleh membantu anak-anak kita mendapatkan liputan berkenaan. Di sekolah-sekolah, sekiranya ada bermasalah di sekolah di kawasan Yang Berhormat, kita boleh berikan maklumat kepada kita. Setakat ini lebih kurang 202 atau lebih 200 Starlink telah kita pasang. Kita akan memasang 300 pada tahun ini dan alhamdulillah, ada sedikit membantu anak-anak kita. Demikian juga dengan selain daripada VSAT Starlink itu, kita POP tersebut dan untuk makluman di kawasan Yang Berhormat, empat buah menara telahpun siap dan beroperasi daripada lapan menara, ada separuh lagi belum siap yang dirancang. Untuk makluman, pembinaan menara di Kampung Gelam-Gelam, saya ingat di kawasan Yang Berhormat, Kampung Pulau Pababag, Kampung

I Sulabayan dan Kampung Singgahmata sedang dalam pelaksanaan dan dijangka akan siap dan beroperasi secara berfasa pada suku tahun, suku ketiga 2025. Kesemua 15 stesen pemancar yang telah dirancang telah pun dinaik taraf kepada 4G dan 51 daripada 1 751 telahpun sedia untuk gantian. Bagi peluasan rangkaian 5G, terdapat dua tapak yang sedang dalam pelaksanaan. 5G ini di Sabah, sepertimana yang saya sebutkan semalam, baru 60% lebih sedikit dan 5G ini saya lihat lebih kepada industri dan anak-anak kita boleh menggunakan aplikasi yang mereka ada dengan 4G. Itu saja, Tuan Speaker.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Datuk Speaker, soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Iya, Yang Berhormat Sebatik. Soalan Tambahan

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah anak-anak Sabah yang belajar di IPTS dan IPTS di Semenanjung juga layak untuk mendapatkan inisiatif baik ini dan sekiranya mereka ini layak, apakah syarat-syarat untuk mendapatkan inisiatif ini memandangkan ada sesetengah pelajar kita ini yang sama ada memang dihantar oleh sekolah-sekolah daripada negeri Sabah ini ke Semenanjung ataupun mengikut orang tua mereka belajar di Semenanjung. Jadi soalan saya adakah pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS di Semenanjung ini juga mendapat inisiatif baik ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih. Tuan Speaker, memang ada anak-anak kita di Semenanjung, syaratnya pun sama dengan syarat anak-anak kita di Sabah. Terdapat dua orang dari Labuan pada tahun, tahun 2023, dari Semenanjung juga ada dan dari Sarawak. Kalau boleh, ada beberapa universiti boleh saya sebutkan sementara saya akan berikan ada 70 institusi IPT seluruh Malaysia, anak-anak Sabah menerima manfaat ini.

Pertama, daripada Kolej Matrikulasi (KPM), ada 39 anak Sabah mendapat bantuan ini. Kolej Teknikal Yayasan Sabah, ada 13 orang anak Sabah, memang pun anak orang Sabah. Universiti Borneo Utara, 21 orang. Politeknik Malaysia, 51 orang.

I Daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ada anak Sabah enam orang mendapat. Universiti Malaysia Kelantan, ada 14 orang anak Sabah mendapat. Universiti Malaysia Sabah, 179. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ada 31 orang. Universiti Putra Malaysia (UPM), ada dua orang anak Sabah kita mendapat manfaat ini pada tahun 2023. Universiti Selangor (UNISEL), dua. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, enam. Universiti Teknologi MARA, 107 dan Universiti Kolej Sabah Foundation, 30. Ertinya, anak-anak kita seluruh Malaysia termasuk Sarawak mendapat manfaat ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput ahli Yang Berhormat Karamunting.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan, soalan saya No. 5.

Syarat Permohonan Rumah Smj Daripada Penduduk Yang Memiliki Tanah Di Tepi Pantai

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

*5.

YB. Datuk Hiew Vun Zin [Karamunting] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, adakah pihak kementerian bercadang untuk melonggarkan syarat permohonan Rumah SMJ dengan mempertimbangkan permohonan daripada penduduk yang memiliki tanah di tepi pantai untuk kelulusan Rumah SMJ ini.

Jawapan

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Bismillahhirahmannirrahim. Datuk Speaker, untuk makluman ahli Yang Berhormat dari N.54 Karamunting dan juga Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah masih kekal dengan ketetapan asal, iaitu bahawa tiada kebenaran bagi pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di atas air, tebing sungai dan pantai.

Kerana ianya mempunyai risiko keselamatan nyawa juga kepada penerima bantuan rumah mesra SMJ dan juga kos pembinaan…

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Bagi Rumah Mesra SMJ ini akan melebihi siling sekiranya dilaksanakan di

I kawasan seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan Tambahan

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Pembantu Menteri.

Tuan Speaker, di kawasan saya ini majoriti tiada tanah, ada tanah pun orang kaya sahaja. Yang peminta-peminta Rumah SMJ ini kebanyakan nelayan yang tinggal di siring pantai ataupun atas laut. Jadi, Tuan Speaker saya tahu Rumah SMJ ini memang untuk bantu orang, khususnya dalam golongan B40. Jadi, kalau kita yang Kementerian ini keluarkan ini Pakej Rumah SMJ ini tetapi kalau di kawasan saya ini terpaksa mahu kasi orang kayakah? Atau mahu bantu orang B40? Jadi, ini pun, saya pun telah banyak kali minta sama Kementerian kalau boleh kan, aturkan satu spec ataupun design untuk rumah siring pantai. Kalau tidak, B40 saya tidak manfaatkan. Terima kasih.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Ya, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Karamunting.

Ia sememangnya penerima bagi Rumah Mesra SMJ ini adalah merupakan mereka yang dikategorikan di dalam data eKasih dan juga B40. Namun demikian, bagi kriteria pembinaan rumah ini pihak Kerajaan ataupun Kementerian masih kekal dan ianya tidak dapat dilaksanakan di atas air seperti yang saya maklumkan tadi. Namun demikian, Yang Berhormat kalau dapat mereka-mereka yang golongan B40 ini yang perlu kalau dapat carilah tapak yang sesuai seperti jangan terdedah dengan risiko, agar mereka dapat menerima rumah seperti yang kita harapkan.

Namun demikian, ketetapan Kerajaan bahawa masih tidak dapat melaksanakan seperti kawasan-kawasan pesisiran dengan pantai dan sebagainya kerana ianya berisiko tinggi. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Tanjong Papat.

I

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Additional question, tambahan soalan, tambahan…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan .Tanjong Papat. Satu lagi.

Soalan Tambahan

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Ya, terima kasih Speaker,.

Sama jugalah tempat saya adalah sama tempat Karamunting. Di tempat Tanjong Papat kecuali di bandar semua di kawasan itu adalah tepi laut, pantai. Di kawasan yang paling lama itu, itu tempat kampung, Kampung Sim-Sim di sebelah sana itu juga satu-satu pembinaan perumahan sana yang kata medium cost housing. Jadi, itu memang adalah Akta Legal Recognised Development by the Government and also recognised by the Government as a piece of land at is register as kampung dari dahulu lagi. Memang mereka sudah bina rumah di sana dan sampai sekarang ada banyaklah orang rumah juga. Walaupun mereka ada tinggal di bandar tapi orang jugalah di sana, ada oranglah miskin.

Tujuan ini punya SMJ Housing untuk orang miskin, jadi mereka macam ada di atas air macam tidak apa, fulfill the condition of landlah but under the land ordinance, tanah atas air, air atas tanah pun tanah juga. And by right it is also consider fulfilling the condition but some how ratherlah that we have been informed that they are not qualify because there are no land what is there to build but rightly speaking there are land, under the land ordinance, whatever land under, apa itu, whatever water above land is consider land as well and therefore they should be qualified. So, whatever there is I am suggesting proposing to the Government to rectify this matter to also include houses on top of water and secondly we be expand the conditions to include also sometimes baik pulih rumah because houses of theirs have been build since 1950,60 until now and the houses a bit usang sampai sekarang Jadi, mungkin dia tidak mahu, apa membina satu rumah baik lagi, baru lagi untuk baik pulih sahaja. Also to help them to increase their apa itu, orang miskin increase their pendapatan, thru home stay for foreigners because their are long established home so foreigners like to actually occupy and stay in those places near the house, near the town. Jadi, that really help the orang miskin juga to deserve that

I means through renovation, to rebuilding. Itulah soalan saya, adalah bolehkah Kerajaan minta apa, memindahlah syarat-syaratnya supaya dia boleh accommodate situation like this, near water, houses, houses near to sea with a recognize as kampung legally recognize as a kampung and therefore should be attract to their existence and what keselamatan there. Thank you.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Ya, terima kasih di atas soalan tambahan daripada ADUN Tanjong Papat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa untuk pelaksanaan Rumah SMJ, kita faham bahawa mereka yang tergolong kategori miskin tegar dan juga di bawah B40 ini memang ada yang berkedudukan ataupun menduduki di kawasan-kawasan pesisir ataupun kampung-kampung di atas air dan sebagainya. Namun demikian, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa pelaksanaan rumah konsep, pelaksanaan Rumah Mesra SMJ ini bahawa kita menetapkan untuk tidak dapat dilaksanakan di kawasan atas air atau perkampungan atas air disebabkan bahawa aspek ataupun rumah ini seperti masukkan berkenaan dengan kumbahan tandas dan sebagainya itu dan kalau ianya dilaksanakan di atas air, ia akan menjadi sukar untuk dilaksanakan di mana, apa nama ini pembuangan najis dan sebagainya. Jadi, ini antara faktor-faktor buat masa ini kita memikirkan, mengambil kira tidak dapat dilaksanakan dengan sebabkan ia sekiranya dilaksanakan mungkin itu apa nama, menambah kos dan sebagainya. Namun yang demikian, pihak Kementerian akan melihat bahawa perkara ini akan menjadi pertimbangan sekiranya ianya dapat dilaksanakan atau ada spec yang lebih tersasar kepada mereka yang berada di perkampungan atas air. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Datuk Raime bin Unggi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya No.6.

Langkah Kementerian Untuk Membantu Pengusaha Tempatan Mempromosi Lokasi Tumpuan Para Pengunjung

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

*6.

YB. Datuk Raime bin Unggi [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, selain usaha membawa para pelancong daripada dalam dan luar negara, apakah langkah

I pihak kementerian untuk membantu pengusaha-pengusaha tempatan mempromosi lokasi tumpuan para pengunjung untuk merancakkan industri ini sehingga di pelosok pedalaman negeri sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila jawab, Menteri. Jawapan

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat khasnya Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, pelancongan luar bandar merupakan aset yang bernilai bagi sektor pelancongan negeri ini. Hampir keseluruhan tempat dan kawasan pelancongan yang menjadi tarikan pelancong di negeri ini terletak di kawasan luar bandar.

Justeru itu, Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah sentiasa komited untuk mempromosi serta memasarkan produk serta kawasan pelancongan luar bandar, sama ada melalui platform media sosial mahupun dengan penyertaan acara-acara pelancongan dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai segmen pelancongan yang telah dipromosi bagi pakej agar para pelancong boleh merasai pengalaman, seterusnya menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan ekopelancongan yang premium.

Datuk Speaker, antara yang menjadi agenda keutamaan Pembangunan Pelancongan Luar Bandar bagi Kerajaan Negeri adalah dengan menyokong dan mempromosikan aktiviti pelancongan berasas...

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

...kan komuniti or Community Based Tourism, COPT.

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah sejak aktiviti ini diperkenalkan untuk membantu pengusaha atau komuniti setempat sama ada dari segi keperluan infra dan fasiliti mahupun latihan.

I Usaha ini juga adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat serta menyediakan perkhidmatan pelancongan dan bermutu dan berdaya saing. Sukacita kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah telah mensasarkan COPT Sabah untuk mencapai 80% pematuhan Standard Asean menjelang tahun 2030. Akreditasi ini akan meletakkan COPT di Sabah di pentas antarabangsa dan seterusnya menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati alam semula jadi dan menyokong produk tempatan.

Selain itu dalam aspek promosi, Lembaga Pelancongan Sabah dalam proses untuk menerbitkan risalah digital setiap daerah. Setakat ini, sembilan risalah panduan telah diterbitkan, iaitu bagi daerah Kiulu, Tenom, Kudat, Kinabatangan, Membakut, Telipok, Sipitang, Kuala Penyu dan Kota Belud.

Penerbitan risalah secara digital ini bukan sahaja untuk mempromosikan produk pelancongan kawasan tersebut bahkan secara langsung menjadi nilai tanpa bagi membantu pengusaha untuk memasarkan produk-produk mereka.

Datuk Speaker, penyertaan pengusaha-pengusaha dalam acara-acara pelancongan dalam dan luar negara juga merupakan antara kaedah dalam memastikan keterlihatan produk-produk serta pakej-pakej pelancongan yang disediakan. Pesta Pelancongan Berasaskan Komuniti Sabah atau Sabah Community Based Tourism Fair yang bermula pada tahun 2017. Bertujuan untuk meningkatkan pelancongan luar bandar dan mempromosikan pengalaman budaya yang pelbagai. Untuk tahun 2024, pameran ini akan di bawah ke Putrajaya pada skala yang lebih besar bakal akan diadakan di IOI Mall, Putrajaya pada 18 ke 20 Oktober 2024. Sesi Perniagaan ke Perniagaan (B2B), turut dilaksanakan di antara pengusaha COPT di bawah Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah dan ejen-ejen pelancongan Sabah yang adalah peluang bagi operator COPT untuk berinteraksi dengan ejen pelancongan bagi mempakejkan produk dan memasarkan produk mereka dengan berkesan.

Sesi ini bagi membolehkan ejen pelancongan mendapat kefahaman menyeluruh tentang kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan oleh setiap operator pelancongan

I masyarakat luar bandar.

Oleh yang demikian, Kementerian Majlis Tindakan Pelancongan Daerah dan Persatuan Pelancongan Daerah agar platform ini menjadi jambatan perhubungan di antara kerajaan dan juga para pengusaha pelancongan daerah akan kerjasama yang rapat dapat dibina untuk memastikan pembangunan pelancongan yang mampan dan holistik. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan dari soalan asal.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya… ah...

Soalan Tambahan

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya mengalu-alukan tindakan pihak Kementerian yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri dan usaha untuk mengangkat nama negeri Sabah yang penuh dengan keunikan flora dan juga fauna, kebudayaan dan macam-macam lagi, dan saya melihat kerja keras Yang Berhormat, Kementerian Yang Berhormat yang mana telah mensasarkan lebih kurang 3 juta pelancong pada tahun ini berbanding daripada tahun lepas sebanyak 2.8 juta yang saya kira pada tahun lepas, ini telah mencatatkan pulangan yang banyak, lebih kurang 4.6 bilion limpahan ekonomi kepada negeri kita.

Soalan tambahan Datuk Speaker, kita melihat bahawa pelancong yang datang ke Negeri Sabah kita ini, kebanyakannya datang ke Kota Kinabalu. Datang ke Sandakan. Datang ke Semporna. Datang ke Kudat. Dan kalau di tempat saya di daerah Yang Berhormat Menteri, di Tenom, kita ada Pusat Kebudayaan Murut.

Kalau datang pelancong cuma datang di Sungai Padas sahaja, untuk rafting sahaja. Kalau mahu datang ke Keningau, kita ada Pusat Kraftangan Keningau yang hebat di negeri kita. Kalau dibilang pelancong yang datang mungkin kurang. Jadi saya minta kepada pihak Kementerian, kepada pihak Kementerian Yang Berhormat supaya yang saya nyatakan tadi yang limpahan yang telah, apa ini, telah mencatatkan pulangan 4.6 bilion ini. Kami di pedalaman tidak merasai 4.6 bilion ini.

I Jadi saya fikir Yang Berhormat Menteri, saya minta supaya contohnya di Pusat Kebudayaan Murut, kalau dilihat hari ini, Pusat Kebudayaan Murut itu perlu banyak pembaikan, banyak kerosakkan. Ini perlu perhatian daripada pihak Kementerian Yang Berhormat Menteri.

Begitu juga promosi untuk Taman Pertanian Pertanian Negeri Sabah yang terletak di Tenom. Kehadiran pelancong ke taman tersebut boleh dikira pakai jari. Jadi saya minta perhatian yang serius daripada Yang Berhormat Menteri supaya menggalakkan pelancong-pelancong dan mensyorkan kepada semua pelosok pengusaha ini. Jangan sampai di apa ini, di Sungai Padas sahaja, di Pangi saja, kalau boleh bermalamlah di Tenom. Bermalam di Keningau.

Bermalamlah di Tambunan ataupun di Sook ataupun di Nabawan.

Jadi itu soalan tambahan saya Datuk Speaker. Terima kasih.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Terima kasih Yang Berhormat Dilantik, soalan tambahan.

Okey. Ada isu di sini saya tengok. Pertama, kenapa kita tidak bawa pelancong ke kawasan lain, soalan ini ya? Pertama. Sebab ini penting, tadi saya sudah kata, Community Based Tourism is an asset to Sabah Tourism. Is an asset. Bererti setiap daerah-daerah mesti control, plan, provide, submit mereka punya plan untuk expanding their tourism proposal to our STP.

We are always ready to listen to what proposal you have because kita di kementerian juga. We are very anxious to expand other areas. Kita mahu juga expand...

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Kawasan-kawasan lain sebab apa Yang Berhormat kata betul, cannot be only focusing an a few kawasan sahaja. Maka Majlis Daerah-daerah, DO-DO mereka adalah bertanggungjawab. They are in charge of daerah to work

I together with the tourism apa player di daerah-daerah masing-masing. Seperti apa yang cadang kelmarin adalah yang cadangan we want to build this build that. We welcome, kita alu-alukan. Cadangan ini tidak boleh bercakap sahaja. I want to see your proposal came to our Sabah Tourism Board. I want to have our tourism support development board to look into your cadangan and work with your DO-DO together. Kalau itu cadangan new product vailable, we have no reason why we don’t want to approve itu, because it’s an access bukan sahaja untuk kawasan daerah masing-masing juga untuk kita.

We have new product to show the world that we have in Sabah, bukan sahaja maaf ahh itu Semporna tetapi we have access in everywhere. Kelmarin saya dengar dari Yang Berhormat dari Sindumin, dia bilang in Oktober dia propose ada Pesta Durian Festival sebab banyak Durian musim ini bulan ah, bulan Oktober. Welcome, please give me your proposal, they will arrange the tour and travel group, lets them sell the packages. Take one days go there, eat your Durian and come back. We welcome this kind of the proposal. Saya lebih suka kalau setiap daerah bolehlah submit they are proposal, let us plan it for everyone. (dewan bertepuk). itu ahhh…

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Yang Berhomat, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Number two.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Yang Berhomat.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Ah, okey.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

I think ah, Majlis Pelancongan Daerah memang ada proposal, cuma yang saya ingin ketengahkan kepada Yang Berhormat Menteri, sebagai contoh kita ada Pusat Kebudayaan Murut, kita ada Taman Pertanian. Ini semua sudah ada sedia proposal, sudah dibangunkan. Adakah pihak Kementerian are willing to privatize all this things.

Sebab, saya melihat ah, kalau kita privatize usaha sama dengan pengusaha dan juga ada link is dengan international, mengkali tempat ini boleh kita majukan dan boleh kita kenalkan. Kalau

I lihat, saya lihat sorry to saylah Pusat Kebudayaan Murut, dia hari ini ada nanti tunggu empat bulan, lima bulan kosong. Tiada orang, tiada isi. So, I think sudah sampai masanya ada beberapa lokasi saya kira pada pandangan saya, saya minta perhatian pihak Kementerian kalau boleh privatize dia dengan pengusaha-pengusaha yang berkemampuan. Terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Terima kasih, Yang Berhormat. That one of the option that we can look into. Tidak ada masalah kalau you fikir you think that one of the tourism product in your kawasan. If not effective enough and you want it privatize, keep us your report why you want it to be privatized? What will benefit your kawasan if you privatize that tourism item to ours Tourism Board. Thank you for the suggestion and ah, okey.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Tuan Speaker, soalan nombor tujuh.

STATUS PROJEK “KK ONE” DAN KEPENTINGAN PEMBELI TERJAMIN. *7.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWAN:-a) apakah status projek “KK One” yang dulu dikenali “Star City”; dan b) adakah kepentingan pembeli-pembeli di situ terjamin.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri. Jawapan

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih soalan daripada Yang Berhormat ADUN Dilantik. Untuk makluman ADUN yang Dilantik dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, perjanjian usaha sama di antara SUDC dan Skyridge Development Sdn. Bhd., iaitu Pemaju kepada projek KK1 telah ditandatangani pada bulan Mac 2019. Projek ini juga diumumkan pada tahun yang

I sama. Pada tahun yang lalu Kementerian saya bersama dengan DBKK, SUDC telah melakukakan due diligence terhadap projek tersebut. Ekoran daripada itu, pihak Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan satu surat menyatakan bahawa mereka tidak pernah memberikan kelulusan kepada pemaju mengenai ketinggian bangunan, iaitu 2000 ehhh 205 meter. Oleh yang demikian, SUDC dan pemaju dikehendaki memohon semula kelulusan ketinggian bangunan halangan KK1 dan melantik perunding yang baharu untuk melaksanakan air dorm study. Tuan Speaker, demi menjaga kepentingan para pembeli aset di Bangunan KK1 ataupun Star City sebelumnya, Kementerian saya bersama-sama dengan SUDC dan pihak Pemaju dan PEKESTAR, iaitu Persatuan Pembeli-Pembeli Star City telah mengadakan beberapa siri perbincangan.

Perbincangan tersebut akan diadakan secara berterusan untuk mengekalkan hubungan yang baik dan memastikan persefahaman sentiasa dipupuk di antara pihak yang terlibat. Saya percaya bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaiannya. Oleh itu, seperti mana gigihnya usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah. Saya juga memberi keutamaan dan komited untuk membela nasib para pembeli. Saya yakin dan percaya isu dan masalah yang dihadapi oleh para pembeli akan dilerai memandangkan kepentingan para pembeli telah termaktub dalam perjanjian usaha sama SUDC bersama pihak pemaju. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker, terima kasih.

Sebentar tadi, YB Menteri bercakap tentang satu surat daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) bahawa tidak pernah dikeluarkan kelulusan untuk had ketinggian. Perlu dijelaskan di sini Tuan Speaker, dijelaskan di sini on the record bahawa ada kekeliruan surat baharu ini bahawa tiada kelulusan diberikan, surat itu dikeluarkan berada 22 Julai 2022, dirujuk juga pada Dewan ini bahawa sebelum itu, iaitu pada 7 Ogos 2020 lebih kurang dua tahun sebelum itu ada juga satu surat daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) bahawa kelulusan had ketinggian diberikan yang dinamakan dalam english this is the elephant in the room di mana satu surat yang sah.

Sekiranya diperlukan saya berharap Tuan Speaker, Kementerian Perindustrian Sabah ini yang berjaga ke atas Sabah Sabah Urban Development Corporation

I (SUDC) berhubung terus dengan Kementerian Pengangkutan Federal yang berjaga ke atas Civil Aviation Authority of Malaysia mana satu surat yang sah? Itu hanya dari segi confirmation, validity mana satu surat had ketinggian itu, diluluskan ataupun tidak. Kedua, sebenarnya starting point masalah KK1 ini bukan KK1 yang 2019, starting point masalah ini ialah daripada Star City pada tahun yang lalu di antara SUDC dan Pemaju yang lama. Maka, Tuan Speaker, soalan tambahan bolehkah Kementerian Perindustrian ini berhubung direct dengan Kementerian Pengangkutan Federal mengenai dua surat daripada dua surat yang bercanggah isinya daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM). Tuan Speaker, terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, terima kasih soalan tambahan. Memang betul saya apabila saya masuk ke office, saya memang berniat dan bertekad untuk menyelesaikan masalah ini memandang saya pun lahir di Kota Kinabalu. Ini merupakan satu ISO dan saya ingin melihat bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Dan meneruskan pembangunan itu. Tapi, akan tetapi ketinggian itu adalah curiga, dicurigai kerana 205 meter adalah tertinggi sekali di sekitar Kota Kinabalu dan the latest development only obtain approval of 112 meter. Mana mungkin dia libatkanlah 2,000… 200 meter dan sedangkan yang the latest development only 112. So, saya telah mendapatkan maklumat daripada CAAM dan Kementerian Pengangkutan.

Memang betul dua surat telah dari CAAM. Ini ialah surat yang lama, iaitu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, iaitu kelulusan 205 meter ketinggian halangannya dan ianya seperti mana dalam police report yang dibuat oleh developer. Ianya adalah sangat keliru kerana kelulusan CAAM ini dikeluarkan dari satu e-mel yang bukan .gov.my, iaitu melalui satu e-mel [email protected]., dan kelulusan surat ini ada banyak masalah.

I So, dalam police report yang dilaporkan oleh pihak pemaju, dia bilang begini, dia ada beberapa point. Satu, adalah the Government dia tidak mengeluarkan kelulusan melalui gmail.com.. Keduanya, e-mel tersebut dihantar selepas waktu bekerja, iaitu selepas pukul 11.00 malam. Ketiganya, format surat dan tandatangan dalam dokumen tersebut kelihatan mencurigakan dan banyak point dalam… dalam police report ini dan saya telah mengambil inisiatif untuk check dengan pihak PDRM. So, pihak dia PDRM memaklumkan kepada saya, perkara ini ataupun kes ini sedang disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 468, iaitu kesalahan pemalsuan dokumen. Dan ini perkara yang sangat serius dan melibatkan bukan sahaja wang yang besar dan seorang ataupun satu white knight yang menyelamatkan projek ini dan juga melibatkan foreign investor kerana Skyrich Development ini adalah dari Fujian, China.

So, saya akan check untuk menjawab soalan. Saya akan check dan saya akan beker... memberi kerjasama dengan PDRM dan untuk dan bukan sahaja menunggu siasatan PDRM tapi seterusnya saya juga mengambil inisiatif untuk berjumpa Fusun, iaitu Skyrich Development. Mereka sudah datang last week, 28 April. So, saya juga telah berjumpa dengan pembeli-pembeli untuk mengukuhkan komitmen kita untuk teruskan projek ini walaupun apa.

So, ini adalah surat yang terbaru dari CAAM, mereka appeal dan sebenarnya CAAM cuma bagi kelulusan tidak melebihi 48 meter. So, from 205 meter to 48.2 meter. So, ini adalah dua surat yang dari CAAM tapi ini adalah sahihlah yang terbaru saya check dengan Director General.Ini adalah yang terkini saya terima daripada pihak CAAM. So, ini adalah untuk makluman kepada Dewan yang mulia ini dan saya nak… nak simpulkan dalam report... police report ini, dia menyatakan ianya akan mengakibatkan kesan-kesan negatif terhadap pelabur-pelabur asing kerana pemalsuan dokumen adalah satu serius crime.

So, saya akan beri kerjasama dengan PDRM untuk menyiasat dan memberi kesimpulannya dan saya menyatakan komitmen di sini, saya memang bertekad untuk selamatkan projek ini dan harap-harap tahun ini, kita akan melihat cahayanya the... the… the apa at the end of the… the tunnel. Thank you.

I

Tuan Speaker, ringkas saja.

7B jawab... soalan 7B itu belum jelas, iaitu adakah kepentingan pembeli-pembeli Star City itu terjamin? Kerana Tuan Speaker, ini perlu dijelaskan kerana perjanjian di antara pembeli dengan Star City dulu, pemaju dulu dengan SUDC. Sekarang ada company baru, namanya Skyrich. Diminta YB Menteri memberikan jaminan bahawa segala kepentingan pembeli dengan Star City itu, SUDC carry forward kepada SUDC Skyrich ataupun sesiapakah yang white knight. Terima kasih.

Datuk Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Sudah tentu tidak dapat dipertikaikan, iaitu komitmen saya adalah untuk menjamin dan membela dan mempertahankan kepentingan pembeli. Itulah sebab apabila ini white knight kembali dari China, so mereka the first stop they met adalah Persatuan Pembeli. Mereka telah bertemu dengan pembeli dan menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan projek ini dan juga untuk memastikan semua pihak punya kepentingan dapat dipelihara. So, ini bukan senang tapi saya menyatakan komitmen saya di sini, Dewan yang mulia ini untuk... untuk apa jua penyelesaiannya. Kita kena dan saya mesti akan mempertahankan dan membela kepentingan dan nasib pembeli-pembeli. Sekian, terima kasih.

Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tolong Speaker, last, last.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sesi, sesi, sesi soal jawab sudah selesai.

Kita-kita juga ini, Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Masa sudah sampai.

I RANG UNDANG-UNDANG PENUKARAN TENAGA HABA LAUTAN 2024

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024, bacaan pertamaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024, bacaan pertama.

Speaker

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi pengawal seliaan dan perlesenan aktiviti penjelajahan, pembinaan atau pengendalian kemudahan atau kapal loji penukaran tenaga haba lautan dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024.

Speaker

Bacaan kedua bila, Yang Amat Berhormat?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Okey, baiklah.

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 bacaan kedua.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi… bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mac 2024 telah meluluskan cadangan Penggubalan Rang Undang-undang Pembangunan Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 atau dikenali sebagai Ocean Thermal Energy Conversion atau singkatannya OTEC di Sabah sebagai inisiatif utama di bawah Pelan Ekonomi Biru Sabah.

I Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan di antara Jabatan Peguam Besar negeri Sabah dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECOS berserta pihak-pihak berkaitan telah diadakan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri tersebut. Melalui perbincangan tersebut, satu Rang Undang-undang Baharu, iaitu Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

24 telah dimuktamadkan dengan mengambil kira cadangan dan maklum balas daripada agensi-agensi lain bagi memastikan Rang Undang-Undang tersebut selari dengan undang-undang sedia ada dan mendukung visi Kerajaan Negeri. Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat banyak sumber-sumber tenaga boleh baharu yang unik di negeri Sabah, tetapi masih belum diterokai dengan lebih mendalam dan dieksploitasikan antara lain tenaga angin, tenaga geoterma, tenaga hidro pam atau Pumped Storage Hydropower serta tenaga dari lautan, khususnya penukaran tenaga haba lautan. Ocean Thermal Energy Conversion atau OTEC, iaitu suatu teknologi tenaga boleh baharu yang berkaitan dengan pembentangan saya di Dewan yang mulia ini.

Sebagai penjelasan ringkas, teknologi OTEC ini adalah salah satu sumber tenaga boleh baharu yang boleh menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan perbezaan suhu permukaan laut yang panas dan suhu dasar laut yang sejuk di dalam suatu proses kitaran berterusan atau closed-loop system. Buat ketika ini terdapat teknologi OTEC yang telah beroperasi lebih sepuluh tahun di Jepun dan sembilan tahun di Amerika Syarikat, pada skala kecil.

Di samping itu, selain Malaysia terdapat beberapa negara lain yang juga telah menunjukkan minat untuk membangunkan OTEC. Antara lain Indonesia, Filipina dan India dengan mengambil kira lokasi kesesuaian pembangunan OTEC di perairan masing-masing. Untuk negeri Sabah, dengan mengambil kira lokasi dan keunikan bentuk muka bumi lautan di negeri ini, potensi OTEC adalah tinggi dan dapat dilaksanakan secara meluas, di mana perairan Sabah telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk penjanaan tenaga elektrik sehingga 20 ribu megawatt, berdasarkan

I kajian awal yang telah dilaksanakan oleh pihak UTM Ocean Thermal Energy Centre Malaysia.

Oleh itu, dengan adanya kombinasi sumber tenaga elektrik yang banyak dan sumber air lautan yang luas, maka ianya akan membolehkan penghasilan beberapa produk bernilai tinggi dan yang utamanya ialah hidrogen hijau atau green hydrogen dengan potensi maksimum sebanyak 3.5 juta metrik tan setahun, yang mana akan dapat membuka ruang kepada ekonomi baharu di Sabah.

Di samping itu, produk lain seperti air mineral, air mentah, produk marin akan juga dihasilkan melalui teknologi ini dan sekaligus, dapat memberikan manfaat penyediaan infrastruktur asas dan industri setempat kepada penduduk-penduduk luar bandar, terutamanya di pulau-pulau sekitar. Bagi memastikan khazanah lautan ini dapat dieksploitasikan secara teratur dan terancang, maka suatu Rang Undang-Undang Tenaga Haba Lautan 2024 adalah perlu untuk memberi kuasa kawal selia kepada Kerajaan Negeri, menerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECoS, terhadap eksplorasi pembangunan, pembinaan dan operasi berkaitan penukaran tenaga haba lautan dan memastikan aktiviti-aktiviti penukaran tenaga haba lautan di perairan Sabah dapat dimulakan dan dimanfaatkan, selari dengan Pelan Ekonomi Biru Sabah dan pelan induk Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040. Ini juga sekali gus akan menjadikan negeri Sabah sebagai peneraju pembangunan OTEC di rantau ini dengan mengambil kira potensi OTEC yang tertinggi di negara ini, iaitu lebih 75% berada di Sabah. Sehubungan itu, Rang Undang-Undang penukaran tenaga haba lautan 2024 hendaklah dibentang pada hari ini bertujuan untuk memberi kuasa kawal selia tenaga haba lautan kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECoS. Rang Undang-Undang ini akan berkuat kuasa pada tarikh penyiaran dalam warta.

Tuan Speaker, Rang Undang-Undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 ini mengandungi tujuh bahagian dan 37 fasal yang saya akan huraikan satu persatu secara ringkas selepas ini. Perincian kepada perkara tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 yang telah diedarkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat. Bahagian pertama mengandungi dua fasal yang menyatakan tajuk

I ringkas permulaan kuat kuasa dan tafsiran bagi setiap ayat dan perkataan yang digunakan di dalam konteks penukaran Tenaga Haba Lautan 2024. Bahagian kedua, mengandungi satu fasal yang menerangkan fungsi dan kewajipan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penukaran tenaga haba lautan. Bahagian ketiga, mengandungi tujuh fasal yang menerangkan mengenai pelesenan, cagaran yang dikenakan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah, kuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah atau (ECoS) untuk mengenakan terma atau syarat tambahan ke atas lesen yang hendak dikeluarkan atau yang telah dikeluarkan dan penggantungan atau pembatalan lesen.

Bahagian keempat, mengandungi tiga fasal yang menerangkan perkara-perkara berhubung dengan pemegang lesen, iaitu kewajipan pemegang lesen untuk mengemukakan pelan perniagaan.

Obligasi pemegang lesen menyerahkan maklumat dan data, sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah dan tanggungjawab pemegang lesen untuk memperbetulkan ketidakpatuhan terma dengan syarat lesen. Bahagian kelima, mengandungi dua fasal yang menerangkan kesalahan-kesalahan dan kerahsiaan maklumat berkenaan pemegang lesen. Bahagian keenam, mengandungi lima fasal yang menerangkan mengenai penguatkuasaan. Bahagian ketujuh, mengandungi 17 fasal yang menerangkan tentang penalti am, pengkompaunan kesalahan, pendakwaan, pendaftaran, audit terhadap lesen, kemalangan yang serius harus dilaporkan, perlindungan terhadap tindakan undang-undang, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, pembangunan kod oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah dan pematuhan baginya, garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah, perubahan kajian semula atau pembatalan kod, kuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah untuk memperoleh maklumat, penzahiran maklumat yang diperolehi, keselamatan maklumat infrastruktur, pemegang lesen, kuasa khas semasa darurat, pengecualian dan kuasa untuk membuat peraturan.

Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-Undang ini ia akan memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal selia tenaga haba lautan di negeri Sabah agar segala aktiviti berkaitan tenaga haba lautan yang dijalankan dapat dikawal dan

I dilaksanakan dengan sebaiknya. Bagi membolehkan ianya menjadi pemangkin kepada pembangunan industri tenaga negeri ini, selari dengan aspirasi pelan induk tenaga negeri, iaitu Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040. Dan seterusnya mereali…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

…disaksikan OTEC sebagai salah satu inisiatif utama di dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Biru Negeri Sabah. Keberkesanan pelaksanaannya dan kejayaan inisiatif ini akan dapat memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Sabah, khususnya. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa Rang-rang… Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Sindumin, untuk membahaskan Rang Undang-undang ini. Silakan, Yang Berhormat. 15 minit ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Tuan Speaker.

Bismillahirrahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kabinet yang telah memikirkan, menyediakan satu Rang Undang-undang seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi.

Saya melihat bahawa Kerajaan membuat keputusan yang betul dan hala tuju yang betul untuk negeri Sabah ini, mengenai dengan masa depan penjanaan tenaga di Negeri Sabah. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga kawasan Sindumin menyokong usul ini, untuk kita terima dan kita luluskan untuk dilaksanakan. Ia merupakan sebagai sebahagian daripada sumber tenaga diperbaharu untuk negeri Sabah seperti yang dibentangkan tadi. Bahawa Sabah ini mempunyai bentuk muka

I bumi yang kita ada advantage ataupun kelebihan berbanding dengan negeri-negeri lain.

Sabah negeri yang besar, kaya dengan berbagai sumber untuk tenaga sebenarnya dan kita sudah majukan sebahagian. Misalnya kita ada sungai, ada hidro, kita ada cahaya matahari yang cukup, kita ada solar, kita ada bahan biomas, kita ada bahan yang lain aaa, yang belum kita terokai seperti angin, geothermal kerana kawasan Sabah juga mempunyai kawasan air panas, ataupun rangkaian gunung berapi seperti yang ada di Tawau dan juga di Gunung Kinabalu, di Poring. Memang kita ada mempunyai banyak minyak diesel, gas dan tidak terkecuali kita ada arang batu. Tetapi ini bukanlah tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang boleh diperbaharui adalah seperti yang dicadangkan tadi. Yang mempunyai potensi yang sangat besar, iaitu penukaran tenaga haba laut yang, ataupun ocean temperature electrical conversion, yang menggunakan tenaga daripada laut, dan sebenarnya laut ini mempunyai lagi sumber tenaga yang lain, iaitu kuasa ombak dan juga arus pasang surut yang mungkin kita boleh gunakan, ataupun tukar menjadi tenaga elektrik.

Kita belum meneroka semua sumber ini dan potensi sumber ini memang sangat besar dan perlu kita mulakan. Walaupun belum ada negara yang membuat cara berskala besar, tetapi tidak salah Sabah seperti yang kita inginkan sebagai negeri peneraju yang mula-mula membuat teknologi ini. Kita tidak boleh bergantung, tunggu orang lain buat dulu. Itu perangai kita di Malaysia ini, Datuk Speaker. Kita tunggu Australia buat dulu. Kita tunggu England buat dulu. Kita tunggu negara lain buat dulu. Kemudian baru kita ambil itu sebagai panduan kita. Apa salahnya pada kali ini kita yang membuat dulu, dan saya yakin ini akan mengubah atau game changer aaa, untuk negeri Sabah.

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Laut, haba lautan ini ataupun OTEC di Sabah tentunya seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat tadi. Mempunyai faedah yang besar untuk masa depan negeri, iaitu merangsang pembangunan ekonomi melalui tarikan pelancong, pelabur dan juga penciptaan peluang pekerjaan, dan juga industri baru. Walaupun baru, saya katakan tadi, tapi punya potensi yang sangat besar, Datuk Speaker. Kehadapan ini sumber tenaga

I lestari ini menjadi rebutan. Menjadi suatu kemestian mesti ada. Ini keperluan dunia seperti dalam Paris Agreement di bawah Sustainable Gold United Nation, keperluan untuk supaya carbon inacition reduced dengan izin, reduced by 45% by 2030 daripada 2010. Dalam masa 20 tahun carbon inacition mesti dikurangkan kepada 45% di seluruh dunia dan need zero by 2050 . Ertinya, pada tahun 2050 kita mesti mencapai, tidak ada lagi carbon inaction, supaya tidak ada pemanasan dunia, dan sekarang ini perancangan untuk ini negara-negara telahpun diarah untuk menggunakan tenaga lestari. Walaupun negara jiran kita Brunei Darussalam punya minyak yang cukup untuk menjana daripada gas ataupun diesel. Tetapi mereka terpaksa membeli tenaga lestari, dan negara yang mereka, negeri yang mereka beli ialah daripada Sarawak, yang paling dekat, iaitu daripada tenaga hidro. Singapura mampu menjana tenaga dan aaa, tetapi mereka sangat mahal. Sekarang ini mereka gunakan 95%, tenaga Singapura menggunakan tenaga elektrik. Tenaga elektrik daripada gas, dan sudah ada perjanjian mereka akan beli tenaga lestari ini sekitar 4 000 megawatt ke depan ini dan mereka sudah ada perjanjian dengan Kemboja 1 000 megawatt, daripada Vietnam 1.2 megawatt dan dicadang juga daripada Indonesia. Ini Datuk Speaker, kalaulah Sabah ini bersedia daripada dahulu kita sudah ada tenaga lestari ini dalam stok kita, seperti Sarawak. Sarawak pada hari ini sudah ada tenaga milik Sarawak sepenuhnya kebanyakan daripada sumber hidro 5 000 megawatt. Sebab itu sekarang ini saya difahamkan Singapura juga berunding dengan Sarawak untuk membeli 1 000 megawatt menggunakan kabel bawah laut ke Singapura.

Jadi, kalaulah kita ada stok tenaga ataupun tenaga lestari ini, ini juga menjadi sumber pendapatan negeri kita. Sebab itu, ini sangat penting kita majukan. Bukan sahaja kita mengeluarkan tenaga tetapi ada limpahan lain daripada proses penjanaan ini. Jadi Sabah sebagai penjana teknologi baru saya katakan tadi, tapi kita perlu juga membuat RND kita sendiri. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada UTM ataupun orang luar. Saya mencadangkan supaya universiti kita, UMS juga terlibat dalam penyelidikan ini. Kita pattern sendiri, kalau kita sudah buka terlampau luas nanti pattern orang lain akan… akan diguna pakai. Di Sabah mesti jadi pemilik ini di bawah Fasal Bahagian Tiga dalam Rang Undang-undang ini Yang Amat Berhormat tadi sebutkan bawah perlesenan. Saya mencadangkan di bawah

I ECOS ini, kita beri lesen ini cuma kepada syarikat milik Sabah ataupun GLC. Ertinya milik negeri.

Saya melihat ke hadapan, ini penting contoh, kalau kita mengeluarkan tenaga ini, milik kita bila kita ingin menjual keluar daripada Sabah itu akan memberi revenue kepada negeri Sabah, kerana milik kita. Tetapi kalau kita beri kepada orang lain yang pertama, bila mereka menjual nanti keuntungan adalah pada syarikat luar. Yang kedua, kita perlu berhati-hati seperti yang lalu di Sabah ini saya katakan ucapan dasar baru-baru ini 75% daripada tenaga di Sabah dikeluarkan oleh orang luar daripada syarikat, daripada Kuala Lumpur dan mereka ini adalah public listed company, Datuk Speaker. Bila mereka umum…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… bahawa mereka dapat projek di Sabah yang guaranteed income maka saham mereka melonjak naik. Sebenarnya bukan untuk bagi khidmat kepada Sabah tapi lebih mementingkan soal perniagaan. Kalau kita lihat Powertron ataupun Ranhill, sebelum bila mereka umum dapat harga saham mereka pada mulanya 45 sen dan apabila mereka umum mereka dapat projek Ranhill 3 ini pada awal tahun ini. Tahun sudah mereka dapat, lepas lebih kurang beberapa bulan sahaja, saham mereka naik daripada 45 sen kepada 1.26 sen, dan mereka tidak untung tidak cuma untung daripada pembekal penjualan tenaga tetapi mereka untung daripada kenaikan saham mereka.

Kalau kita simpan ataupun bagi kepada public listed company milik Sabah dengan pemberian Kerajaan, projek-projek yang ada pasaran ataupun yang guaranteed income ini sudah tentu saham syarikat milik Sabah akan melonjak naik juga. Jadi, bukan kepada orang luar. Jadi, saya melihat kita mesti memiliki yang ini. Memang kita pada permulaannya barangkali kita boleh buat, minta kajian daripada syarikat luar, kita boleh lantik orang luar ini cuma sebagai konsultan, penasihat. Kita bayar mereka dan kita jemput mereka sebagai pelaksana tetapi ownership, pemilik, pattern mesti kita punya.

I Datuk Speaker, jadi saya berharap ini akan diambil kira dan saya ucap tahniah kepada agensi-agensi yang telah pun terlibat dan mungkin diteruskan berunding, iaitu daripada Peguam Besar Negeri, pihak E-Cos, Jabatan Tanah Ukur, Kementerian Pembangunan, Perindustrian dan Keusahawanan dan lain-lain agensi supaya kita kumpul informasi ini, tatacara ini dan kita majukan kerana ini satu peluang yang besar untuk kita, sesuai dengan bentuk muka bumi dan keadaan kita di Sabah ini.

Saya rasa kita tidak salah walaupun baharu, teknologi ini baharu. Pasal baharu inilah kita kena ke hadapan.

Kita kena melihat jauh ke hadapan untuk membangunkan teknologi ini dan saya yakin, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, teruskan usaha ini. Kami di belakang ini sebagai rakyat Sabah juga menyokong agar ia dapat dilaksanakan dan memang kita tahu akan ada implikasi lain, tetapi kita buat penilaian. Kita buat, kita fikirkan apakah implikasi-implikasi yang ada misalnya kepada alam sekitar, kepada soal keselamatan dan lain-lain.

Jadi, Datuk Speaker, akhir kata saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga jabatan-jabatan terlibat untuk mengusulkan atau membawa Rang Undang-Undang ini untuk negeri Sabah. Sekian dan terima kasih. Saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin. Sebelum saya menjemput YB yang seterusnya untuk berucap, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin memperingatkan sila rujuk kepada Peraturan Tetap 45, iaitu mengenai kelakuan semasa di dalam Dewan ya. Terima kasih.

Sekarang saya menjemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

15 minit juga ya.

I

…Ya, cukup-cukup. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini atas pembentangan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 sebentar tadi. Tuan Speaker, saya ingin mengusulkan sokongan ke atas pembentangan Rang Undang-undang tersebut.

Sebelum itu saya ingin, dengan izin, simplify yang Ocean Thermal Energy Conversion ini, ringkas OTEC kerana saya pun ditanya apakah ini Ocean Thermal Energy Conversion. Pasal ini technical terms oleh technologists yang durang (mereka) gunakan terms ini terminology yang complicated. Sebenarnya, dalam layman language, saya punya layman languagelah, seawater heat exchange, itu saja. Seawater heat exchange semua faham di mana, apa nama ini, world water sea surface tukar dengan coldwater at the bottom of the sea dan ada satu proses teknikallah.

Tuan Speaker, saya tidak mencadangkan, mengulangi apa yang telah disebut oleh Sindumin dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tentang faedah dan kebaikan OTEC ini.

Cuma apa yang saya difahamkan daripada research saya dari dulu, di Sabah ini dua tempat saja yang layak digunakan sebagai energy OTEC. Satu, di Pantai Barat, West Coast of Sabah tapi jauh di South China Sea, Laut Cina Selatan. Kedua, lagi viable ialah di Tawau, Balung. Di Tawau, Balung ini merupakan tempat yang paling sesuai, satu dia dalam, kedua dia dekat. Dekat pun lima belas kilometer daripada persisiran.

Pada hari ini, saya ulangilah apabila Rang Undang-undang ini berjalan, kemungkinan ada juga, ada orang di sebelah, di seberang akan mencabar ini, konon Sabah ini terikat dengan Territorial Sea Act 2012 di mana Kerajaan Pusat menganggap semua perairan Sabah ini, Sabah Waters ini hanya sampai tiga nautica miles ataupun 5.5 kilometer padahal kita punya potensi untuk OTEC ini lima belas kilometer jauh. Kalau ikut Territorial Sea Act 2012, kemungkinan interpretation bahawa kita Sabah punya kuasa hanya sampai three nautica miles ataupun 5.5 kilometer.

I Maka, Rang Undang-undang ini amat penting bagi semua rakyat Sabah dan juga Persekutuan Malaysia kerana kalau saya baca, saya terus ke fasa dua. Fasa dua dalam tafsiran perairan Sabah ertinya kawasan pelantar benua, iaitu dasar laut dan tanah bawahnya yang diletak di bawah laut lepas bersebelahan dengan perairan wilayah Sabah di bawah perintah dalam Majlis Mesyuarat Borneo Utara Pengubahan Sempadan 1954.

In English, this means, Sabah Waters, Sabah kita punya territory water is define as territory water of Sabah under the North Borneo Alteration of Boundaries Order In Council 1954. Order In Council ini as a first of law. Ia dipengerusikan oleh Raja United Kingdom pada itu hari, Queen Elizabeth yang meluluskan Rang Undang-undang ini. Untuk makluman pihak peguam, kerajaankah, di luar kerajaankah, Order In Council 1954 yang define Sabah punya territorial water ini tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak, oleh mana-mana kerajaan sama ada di Asia ataupun pihak colonial power. Order In Council British ini yang define Sabah punya territorial water saya ulangi was never challenge by any country in the world.

Maka, kita merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, Article 13, what is the territory of Malaysia? The territory of Malaysia are the territory of each State comprise their in, immediately before Malaysia Day. Bermakna apabila Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya bergabung menjadi Malaysia, kita yang membawa territorial limit itu kepada per …

Persekutuan Malaysia.

Dengan itu, Tuan Speaker saya rasa bahawa Territorial Sea Act 2012, yang bercadang untuk mengambil territorial water Sabah ini tidak berkuat kuasa. Berdasarkan 1954 punya Order In Council berdasarkan Article 13 Perlembagaan Malaysia. Maka, di mana kita ke arah akan datang? Tuan Speaker, bagi kawasan pantai timur yang saya katakan kawasan Balung itu.

Baru-baru ini ada isu juga tentang kemungkinan penindihan, penindihan overlapped di antara Malaysia dengan Indonesia.

I Walau hari ini saya ingin put on the record di Dewan ini, kes Mahkamah Dunia, International Court of Justice. Judgement pada 17 Disember 2002. Kes di antara Republik Indonesia dengan Malaysia di Mahkamah Dunia were quote ataupun secara rasmi International Court of Justice (ICJ), bahawa pada 17 Disember 2002, selepas beberapa tahun bicara di Mahkamah Dunia ini, Mahkamah ICJ memutuskan bahawa the sovereignty over Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan belong to Malaysia. Maka daripada Sipadan kita boleh extend sudah mengikut United Nations Convention on the Law of The Sea (UNCLOS) yang Malaysia menjadi satu member sudah rectify UNCLOS ini bermakna kita membenarkan UNCLOS, maka sempadan Malaysia ini, iaitu Sabah ini boleh extend termasuk kawasan Ambalat. Maka, tidak ada lagi kekeliruan segala penindihan, no more overlapped issue, overlapped. Dengan itu, Tuan Speaker, Rang Undang-Undang ini selain daripada mengenai ODEC, dia juga mengenai Sabah Territorial Water.

Dengan adanya kelulusan Rang Undang-Undang hari ini di Dewan yang ini, the legislative of Sabah consisting of all the elected representative in Sabah, endorses, reaffirm once again bahawa North Borneo Territorist Order In Council 1954 berkuat kuasa. Ini bagi saya amat penting. Kalau ini dia tidak berkuat kuasa, kalau kita punya territorial water tidak berkuat kuasa ODEC ini tidak jalan. ODEC tidak jalan kalaulah perairan itu bukan kita punya. Saya berharap, dengan adanya kelulusan di Dewan Undangan Negeri pada hari ini, issue territorial water of Sabah ini selesai. Kita jangan compromise, macam Menteri Kewangan cakap bertumbuk meja pun kita insist bahawa inilah territory Sabah. Janganlah Kerajaan Persekutuan ingin bercampur tangan dalam hal ini.

Mencela Datuk Speaker. Dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Dilantik berhubungkait dengan territorial right ini. Maka dengan itu saya ingat kalau boleh, pihak Kerajaan Negeri dalam Perjanjian 63. Sebenarnya dalam Perjanjian 63, masa dahulu kita bawa pengetahuan kepada Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri. Di antara 21 perkara, inilah satu perkara yang continental shelf did not approve by the Federal Government.

I insisted dengan izin supaya ini sebahagiannya, ya. Bukan hanya pengurusan pelancongan di Sipadan. Tapi juga dari segi continental right yang ada perlu diuruskan dan mereka berkeras waktu itu.

I Mereka tidak memberi kebenaran sehingga kita heret ni sebahagian dari saya harap Kerajaan Negeri boleh dalam perbincangan di antara Kerajaan Sabah dan juga Persekutuan dalam perjanjian tiga untuk diatasi masalah ini.

Kalau tidak, like what you have said, is redundant. Not only it will be disputed antara Indonesia, Ambalat is there.

Because that is a claim and we cannot deny that antarabangsa. Tapi di samping itu juga, kita di antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri juga. So, there’s two. One is antara Indonesia dengan Malaysia, antara Kerajaan Persekutuan juga dengan Negeri dan saya berharap perkara ini dapat di pandangan Yang Berhormat ADUN Dilantik, Dilantik.

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat boleh saya tambah sedikit, tanya? Boleh? Yang Berhormat ADUN Dilantik, saya amat tertarik dengan perbahasan dan ucapan Yang Berhormat dan saya berkongsi rasa dengan apa Yang Berhormat apa ni suarakan tadi itu. Adakah Yang Berhormat setuju, kalaulah, kalaulah, kita sebulat suara membuat usul tanpa bahas pendirian kita mengenai perkara ini pada sidang kali ini? Sebelum kita meluluskan Rang Undang-Undang ini. Terima kasih.

Tuan Speaker, itu tertakluk kepada standing order Dewanlah. Tapi maksud saya, apabila kita meluluskan Rang Undang-Undang ini, di mana sudah definisi Sabah water ini sudah cukup terang. Sudah cukup jelas, bahawa Legislature Sabah ini sekali lagi reaffirm, mengesahkan semula pendirian bahawa territorial water ini seperti yang termaktub dalam Order In Council 1954 dan kita berharap pihak kabinet, pihak Kerajaan, Ketua Menteri sedar bahawa seluruh rakyat Sabah, seluruh Dewan Undangan Negeri ini menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Sabah menuntut ini.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih juga ADUN Dilantik. Setujukah ADUN Dilantik, bahawa suatu-nya minta maaf dengan izin saya akan cakap dengan Bahasa Inggeris, one of the delay is the non completion of the 21 identified MA63 issue at the Federal level? Sebab yang empat perkara belum diselesaikan termasuk juga Akta Wilayah Laut 2012, Akta 750. So, as long as ini 21 Perkara tidak jadi undang-undang, erti itu tidak dimansuhkan ataupun tidak jadi undang-undang untuk mengesahkan MA63, enakmen ini, walaupun dia

I baik becomes redundant because of the argument you give just now. The altercation of boundaries, yes correct 1954. But, at this moment pengurusan laut benua kita, pengurusan lautan kita pun masih dalam tangan Majlis Keselamatan Negara. I think it becomes redundant if we do not settle this 21 Perkara termasuk ah, Territorial Sea Act 2012. Setujukah ah, ADUN?

Saya rasa soal MA63, selesai sudah. Pasal yang signatory kepada MA63, United Kingdom. United Kingdom yang juga one of the signatory MA63 dan United Kingdom yang buat itu Order In Council 1954. Semua ini sudah masuk Perlembagaan Malaysia, iaitu Article 13. The territory of each state are the territories complies there in immediately before Malaysia Day. Maka dengan adanya apabila Sabah bergabung dengan lain wilayah menjadi Malaysia, the same territory kita angkat masuk Malaysia. Bagi saya secara teknikal kita tidak masuk ini territorial water dalam agenda perbincangan kerana tak payah bincang. Selesai sudah 1954.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

ADUN, betul saya setuju.

Tetapi, pengurusan lautan dan benua kita masih dalam tangan Majlis Keselamatan Negara. Itulah mereka telah melaksanakan telah apa ini menggubal Petroleum Development Act sebab mereka mengurus laut benua dan juga laut lautan tetapi bukan di bawah benua kita. So they took control of our minerals. So we might as well just tell them. Forget about it and put our stand very clearly.

Sebelum saya buat rumusan, UNCLOS, United Nation Convention Law of The Sea, bahawa continental sea dan sebagainya if the surface of the sea belong to you, everything relates is also yours. Cuma saya bilang kita buat satu pendirian. Jangan di bawa runding. Pasal ini...

Tak selesai tak payah runding. Nanti dia bawa ini runding dia lain kontra dengan yang lain. Dia kontra

I dengan yang lain dia bawa ini dia pusing-pusing kita ini sementara kita boleh melaksanakan ini undang-undang kita buat saja.

Yang Amat Berhormat kalau boleh besoklah kita. Besoklah kita buat pelabur macam, mana sudah ini. Macam Sindumin cakap. Kita buat saja walaupun kecil. Walaupun kita punya kapasiti di Balung 5 000 megawatt apa yang di Hawaii di Jepun ini cuma 100 kilowatt belum pun 1 megawatt. Mula dulu, make a stand. Itu saja.

Datuk Speaker, saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat dilantik bahawa perkara ini kita tidak boleh tunggu itu dipersetujui perjanjian 63, ya. We must not to say in a bold word. Bulldoze. Ya, kerana kita yakin jiran kita wilayah Sarawak they have the law but they were very fortunate granted by the former Prime Minister untuk keadaan ini dan saya yakin hari ini kita boleh luluskan. Kita setuju untuk meluluskan kita tidak perlu tunggu perjanjian 63. Tapi dalam pada itu, untuk mengurus tadbir ini yang perundingan. Perundingan itu pasal nanti besok kelak kita tidak mahu seperti operasi pertindihan-pertindihan. Pelancongan, MOTAC. There is an issue oleh Federal kita juga macam mana. Begitu juga dari segi kelapa sawit dia tax, kita tax semua kena tax usahawan kita yang tanam kelapa sawit pun susah dua tax daripada dua seksyen yang ada. Yang itu Federal ambil yang ini State ambil. Jadi kadang-kadang bagaimana kita nak pastikan supaya you know we nurture menyuburkan sektor ini. Saya tahu sektor ini penting cuma kadang-kadang itu penting kepada kita untuk pengawalan whether we have the missionaries or mechanism pasal lautan ini juga merupakan sumber satu perkara sumber lautan marin the resources yang ada whether we have the enforcement or not. Dan saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dilantik. We have to approve it today. Don’t wait for 63 tapi dalam pada itu saya berharap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bawa perkara ini to stream line atau we are in one country the law must be there must be stream line kita tidak mahu duplication dari segi pengurusan. This is what you call questions. Tatakelola kononnya. Good governance of a country in this part of the world and yet you can imagine right after rights since independence. We are still demanding for our right and yet it is not granted. Terima kasih banyak.

I

Akhir sekali, Tuan Speaker.

Saya punya 15 minit sudah dorang pakai bah.

Speaker

Teruskan. Teruskan. Teruskan.

Akhir sekali…

Speaker

Saya bayar balik.

Masalah kita di Sabah ini kita masih lama dalam sektor maritim. Sama ada kapal selam atau perikanan dan sebagainya. Dengan bahasa English, Sabah is still very weak on the maritime sector. Shipping ka fisheries kah dan sebagainya.

Maka, ada cadangan daripada dulu ini “Sabah Maritime Strategy Development Framework” yang dibuat oleh agensi Kerajaan Sabah, IDS. Institute of Development Study dibuat itu mencadangkan sebuah maritime academy di Sabah. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana pada 5 September 2022 bila Datuk POIC mengumumkan penubuhan maritime academy. Baru-baru ini diumumkan juga blue economy. Bah, semua ini selaraslah. Selaras dengan usaha kita menguatkan sektor ekonomi biru ini. Maka, saya berharap supaya pihak Kerajaan mempercepatkan melaksanakan maritime academy yang dinamakan BIMP-EAGA maritime academy secepat mungkin.

Dengan itu Tuan Speaker, saya menyokong usul pembentangan ini. Sekian.

Speaker

Terima kasih ADUN yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Yong Teck Lee. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pantai Dalit. 15 minit juga ya.

Datuk Jasnih bin DayaPGRS · GRSPantai Dalit

Okey, Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. Yang Berhormat Speaker Datuk Dewan Undangan Negeri serta Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati.

I Tuan Speaker, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri, Datuk Haji Hajiji Haji Noor. Ketua Menteri Sabah yang telah membentangkan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024. Walaupun saya rasa RUU ini tidak perlu terlalu dibahaskan kerana saya rasa it is actually in favour of everybody in Sabah dan in favour of semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada di dalam dewan ini.

Tetapi saya juga ingin bersama-sama dengan yang lain ingin mengusulkan sokongan keatas pembentangan Rang Undang-undang tersebut kerana umum ketahui bahawa kepentingan untuk meneroka sumber tenaga boleh baharu telah menjadi semakin genting tatkala sumber tenaga sedia ada sudah semakin susut. Maka, keputusan untuk membuat RUU ini adalah tepat pada masanya. Malahan ianya sejajar dengan hala tuju Kerajaan Persekutuan dan hasrat Kerajaan Negeri untuk menerokai ekonomi biru bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan memanfaatkan sumber laut sebagai tenaga boleh baharu untuk penjanaan sumber tenaga elektirk di Sabah pada masa hadapan.

Saya percaya bahawa pengenalan Rang Undang-undang Tenaga Haba Lautan (Ocean Thermal Energy Conversion) ini akan insya-Allah memberi lebih keyakinan dan menarik minat lebih ramai pelabur-pelabur asing untuk melabur dan seterusnya menerokai dan membangunkan teknologi ini di negeri ini.

Maka, secara langsung ataupun tidak ini, akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk anak-anak tempatan bukan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan, malah untuk mempelajari ilmu dan kepakaran teknologi baru ini dan seterusnya insya-Allah meninggkatkan taraf hidup rakyat negeri Sabah secara amnya. Datuk Speaker, umpama serampang dua mata dengan izin, killing two birds with one stone. Saya percaya RUU ini untuk mampu membantu ekonomi negeri Sabah serta pada masa yang sama mengukuhkan sistem bekalan elektrik di Sabah yang kian meruncing.

I Potensi OTEC juga melalui penghasilan produk premium seperti hydrogen hijau yang amat diperlukan oleh banyak negara-negara maju akan membuka peluang ke atas hasil tambahan Kerajaan Negeri melalui cukai jualan royalty fee lesen dan juga hasil usaha sama syarikat GLC Sabah dengan mana-mana pihak yang akan kita tentukan kemudian nanti.

Hasil tambahan ini akan dapat digunakan sebaiknya untuk dinikmati oleh rakyat di negeri ini. Berdasarkan penjelasan yang diberikan melalui pembentangan Rang Undang-undang ini tadi OTEC juga dilihat mampu untuk menyelesaikan sebahagian daripada keperluan infrastruktur asas bekalan air dan elektrik ke pulau-pulau setempat yang kini menghadapi cabaran teknikal dan kekangan kos yang tinggi. Ini merupakan impak manfaat yang penting bagi memastikan rakyat Sabah dapat menikmati kemudahan asas tak kira di mana mereka berada di dalam negeri Sabah. Walau bagaimanapun, pembangunan teknologi OTEC yang bersifat baharu ini juga seperti mana-mana eksplorasi tenaga-tenaga baru akan ada sisi atau pun impak-impak negatif yang mungkin harus kita pelajari atau kenal pasti. Tetapi saya pasti insya-Allah dengan perancangan yang baik dan bertanggungjawab semua ini boleh kita atasi dan tangani dengan teratur dan baik. Justeru itu, saya amat menghargai kesungguhan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam memanfaatkan secara lestari kekayaan sumber marin di negeri Sabah bagi tujuan memberikan lebih manfaat kepada rakyat negeri ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah atas perhatian dan kerjasama dalam perbahasan ini. Saya ber….

Datuk Jasnih bin DayaPGRS · GRSPantai Dalit

… diharap agar kita semua dapat terus bekerjasama untuk mencapai undang-undang yang berkualiti tinggi ini dan memberikan manfaat kepada rakyat di negeri Sabah. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir

I Batin dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Sekian, Pantai Dalit menyokong usul pembentangan ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Pantai Dalit. Sekarang pula saya persilakan Yang Berhormat daripada Lamag. 15 minit juga ya.

Terima kasih, Tuan Speaker. Ah, saya ingin turut membahas apa ini Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Laut 2024. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC), Ocean Thermal Energy Conversion untuk mengadakan peruntukan bagi pengawal seliaan, perlesenan, aktiviti penjajaran, pembinaan atau pengendalian kemudahan atau kepala loji penukaran tenaga haba lautan. Bagi maksud yang berkaitan dengannya adalah satu usaha yang baik. Dengan mengawal sendiri sektor ini, kita dapat mengekalkan lebih banyak kawalan ke atas sumber tenaga, berbanding dengan pengalaman pahit berkaitan dengan minyak dan gas. Yang diletak di bawah pengawasan Kerajaan Persekutuan melalui Petroleum Development Act, 1974.

PDA 1974 yang sentiasa menimbulkan perselisihan di kalangan rakyat negeri Sabah dan Persekutuan. Sudah tentu pelaksanaan undang-undang ini adalah selaras dengan keinginan dan kehendak rakyat Sabah, yang menginginkan kawalan dan keutamaan kepentingan wilayah dalam pengurusan tenaga sendiri.

Saya ingin describe sikit apakah ini OTEC. Teknologi OTEC yang memanfaatkan perbezaan suhu antara air laut dan permukaan air lautan dalam yang lebih sejuk untuk menjana kuasa adalah satu inovasi teknologi tetapi masih bertaraf baharu. Dan untuk makluman Dewan ini, teknologi ini juga bukan hanya boleh menghasilkan tenaga, tetapi air dia boleh dijadikan sebagai mineral dan air itu kalau dituang kepada tumbuhan, contohnya kubis, kita biasa keluarkan tiga kilo, empat kilo, maka apabila dituang dengan air itu kubis itu boleh menghasilkan 15 hingga 20 kilo berat dia. Ini bayangkan bagaimana kehebatannya teknologi ini apabila kalau dapat kita usahakan.

Setakat ini Tuan Speaker, belum ada negara yang telah melaksanakan pada skala mana kos faedahnya competitive berbanding dengan kos faedah penjanaan tenaga

I konvensional seperti sumber, atau bentuk tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro dan angin kincir. Setakat ini kebanyakan loji OTEC adalah projek eksperimen ataupun perintis. Dan umumnya menghasilkan tenaga skala yang lebih kecil, berikut adalah beberapa contoh:-Pertama di Jepun, iaitu di Loji OTEC Kumejima yang terletak di Pulau Kume. Projek prototaip dia yang telah beroperasi sejak tahun 2013 mempunyai kapasiti 100 kilowatt sahaja. Usaha-usaha Jepun sebagai sebahagian besar tertumpu kepada penyelidikan dan prototaip sahaja. Di Perancis, rancangan untuk Loji OTEC skala penuh dengan kapasiti sehingga beberapa megawatt masih di peringkat cadangan. Di Amerika Syarikat, di Hawaii, melalui Natural Energy Laboratory Hawaii Authority, hanya memberi tumpuan kepada penyelidikan dan penambahbaikan teknologi. Di India, India telah menunjukkan minat dengan membangun Loji OTEC dengan kapasiti yang dirancang satu megawatt. Penyelidikan dan kerja kebolehlaksanaan dilaksanakan, secara berterusan terutamanya memberi tumpuan kepada potensi untuk loji yang lebih besar.

Di Korea Selatan, Korea Selatan juga telah menerokai OTEC dengan loji perintis dalam operasi yang bertujuan untuk menguji kebolehlaksanaan pengeluaran untuk skala lebih besar dengan tujuan untuk projek masa depan, mungkin mencapai satu megawatt atau lebih. Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa walaupun OTEC mempunyai potensi yang besar untuk tenaga boleh diperbaharui terutamanya di kawasan tropika seperti Sabah yang masih berada di peringkat eksperimen atau prototaip di seluruh dunia.

Datuk Speaker, untuk makluman Universiti Teknologi Malaysia dan syarikat Perancis DCNS pernah melaksanakan pra risibility study untuk teknologi OTEC di perairan Sabah. Hasil kerja tersebut mendapati bahawa terdapat kawasan perairan Sabah yang sangat sesuai dilaksanakan seperti di Persisiran Semporna, Tawau, Pulau Layang-Layang dan yang paling sesuai untuk Teknologi OTEC ini, iaitu di Pulau Banggi.

Keluasan kawasan potensi ini dianggarkan seluas 135 000 120 kilometer persegi dengan potensi tenaga sebanyak 105 000 megawatt. Sebab itu semasa saya menjadi Pengerusi Satu GLC di bawah Jabatan Ketua Menteri, iaitu Smart Sabah

I Corporation, saya telah merintis perkara ini melalui melalui Kerajaan Negeri untuk mengadakan kerjasama strategi bersama Universiti Teknologi Malaysia. Dan syarikat dari JICA daripada Jepun dan Saga Universiti bagi penyelidikan OTEC ini agar masa hadapan Sabah mampu mengeluarkan tenaga yang besar melalui teknologi ini.

Saya yakin melalui kolabrasi tersebut dapat mempercepatkan kemampuan Sabah memiliki teknologi OTEC melalui perkongsian, pengetahuan, pemindahan teknologi dan mungkin juga pelaburan kewangan dan infrastruktur.

Justeru itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah memulakan kolabrasi penyelidikan tersebut bersama-sama Universiti Malaysia Sabah dan memainkan peranan penting sebagai hub penyelidikan di rantau ini. Memandangkan kedudukan universiti yang terletak berhampiran dengan tapak yang dicadangkan seperti Pulau Layang-layang dan lain-lain boleh menjadi pusat kepada kajian lapangan dan pelaksanaan amali.

Cadangan pemberian lesen dan Rang Undang-undang ini masih terlalu awal Yang Amat Berhormat, memandangkan teknologi ini masih dalam peringkat penyelidikan dan prototaip. Dengan ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah melantik sebuah agensi yang akan berfungsi mana-mana agensi sahaja untuk menerokai teknologi OTEC ini, setelah memberikan ini, sebelum memberikan lesen ataupun konsesi kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

Selain itu, dengan membangun teknologi ini secara lokal boleh memupuk industri baharu Sabah. Mewujudkan pekerjaan dan membina kepakaran tempatan dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui.

Ringkasnya Tuan Speaker, Datuk Speaker, walaupun cabaran terhadap penerimaan OTEC yang lebih luas masih besar pendekatan strategi perlu dilaksanakan melalui perundangan. Kerjasama antarabangsa dan penyelidikan tempatan pastinya akan mencerminkan dasar pemikiran ke hadapan, kita untuk persediaan kepada generasi akan datang.

Sebab realitinya Sabah pada hari ini, kita memang kekurangan tenaga elektrik sehingga sidang Dewan kita, pandai habis elektrik. Jadi memang sesuailah perkara-

I perkara teknologi baharu ini, kalau boleh kita adaptasikan dalam apa ini dalam pendapatan untuk teknologi pada masa akan datang. Sebab ini penting supaya kita boleh kawal selia hak-hak kita daripada awal. Dengan ini saya menyokong. Terima kasih.

Speaker

Bangunan DUN pun dekat laut juga. Terima kasih, Yang Berhormat Lamag. Yang Berhormat…

Speaker

…Yang Berhormat Ketua Menteri sila jawab.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Tuan Speaker, masih boleh bahas…

Speaker

Boleh…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Ketua Menteri, terima kasih kepada Datuk Speaker atas peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 ataupun OTEC. Saya cuma ada beberapa soalan berkenaan dengan penubuhan ataupun pembentangan Rang Undang-undang ini, sama ada Kerajaan sudah memastikan ataupun sudah merancangkan berapa kapasiti yang akan dibina dalam bidang OTEC ini. Sebab mengikut International Renewable Agency, International Renewable Energy Agency, mereka katakan ini berkaitan juga dengan economic of scale, sekiranya Kerajaan berminat untuk menceburi dalam bidang OTEC, tetapi skala yang akan dibina untuk menjana elektrik daripada OTEC itu adalah kecil, maka kos akan lebih tinggi sebab installation cost untuk membina OTEC ini amat tinggi dan sekiranya penjanaan daripada OTEC itu sangat rendah maka dia tidak proportionate, this proportionate dari segi economic of scale.

Mengikut kajian pakar, kalau OTEC ini, dia berskala kecil installation cost adalah dalam lingkungan 16 thousand USD to 35 thousand USD per kilowatt dan OTEC yang berskala kecil ini hanya boleh accommodate sebanyak 50 000 penduduk mengikut kajianlah. Jadi dengan installation cost per kilowatt sehingga sebanyak 35

I ribu USD maka harga yang mereka jual kepada pengguna adalah 30 sen USD per kilowatt, jikalau Kerajaan Sabah berhasrat untuk membina satu OTEC yang berskala besar, maka installation cost akan turun dan harga yang akan…

Datuk Seri Tanjong, saya ingat kita belum sampai ke tahap itu, kita lulus dulu pelesenan ini baru kita bincang teknologi dia.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Sebab selepas kelulusan memang Kerajaan akan mencari syarikat untuk membina, jadi saya di sini cuma sampaikan kebimbangan saya. Datuk Speaker, saya ingin saya cuma ingin mendapat beberapa penjelasan daripada Kerajaan berkenaan dengan Seksyen 14 di mana ada apa-apa negligence yang dikenakan terhadap fasiliti ataupun planship itu, maka orang itu ataupun culprit itu akan didenda sebanyak RM1 milion ataupun dipenjarakan tidak lebih sepuluh tahun. Jadi, soalan saya kepada Ketua Menteri adalah macam mana pula kalau OTEC di bina lepas tu ada pencemaran terhadap biodiversiti kita sama ada culprit itu akan didenda dan berapa akan didenda dan culprit itu dipenjarakan atau tidak? Sebab kita mempunyai biodiversity enactment dan fasiliti ini akan dibina di atas laut tidak sudah tentu kalau ada mistake yang dikenakan ataupun allegiance dia akan mencemar laut kita dan adalah laut kita di Sabah.

Saya ingin minta penjelasan sama ada pencemaran itu sesiapa yang mencemar mengakibatkan pencemaran itu akan didenda dan berapa akan didenda? Satu lagi Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada Kerajaan adalah berkenaan dengan syarat untuk masuk untuk menjana OTEC ini. Sebab ikut Seksyen Dua , Seksyen Empat ECOS ataupun Suruhanjaya Tenaga Sabah adalah badan yang kasi keluarkan lesen. Jadi, apakah syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan ataupun ECOS terhadap syarikat yang berminat? Supaya tidak ada lagi syarikat yang tidak qualified masuk dalam bidang yang begitu baru ini dan tidak lagi berlaku ada white elephant project. Ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, terima kasih.

Speaker

You memang berucap.

I

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

I just want to mencelah… i will ask the Chief Minister more later, tapi saya ingin tambah. Setujukah Sri Tanjong bahawa dalam Artikel ataupun Seksyen Enam sub Dua di mana license, license shall not be granted to any person A bla, bla, bla and then B a license will not be granted to any person who is not incorporated in Malaysia or does not have a place of business in Sabah. I know expertise kita perlu dari luar. But if you want to make this Sabah or Sabah own punya technology and business, that company must be registered and what do you call not just a place of business in Sabah.

Meaning, If we can go 100% Sabahan own then they can issue he share later to their company. That’s my thought. Kedua, ada satu klausa di sana Sri Tanjong, Seksyen 6 klausa 4, no licency shall be capable of being transferred assign and sub-assigned or otherwise disposed or unless the returned consent of the Minister or the commission so them is either or saja boleh. So assuming, there some abuse this licency deals direct dengan commission their ignore Minister, that’s the problem, there no control sudah. See it should be Minister and the commission not and or, or,or, or saja it should be and. Terima kasih.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya terima kasih Moyog, saya berharap Kerajaan boleh jelaskan macam mana apakah tindakan yang akan diambil terhadap licency sekiranya licency ini membuat sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang dan juga apakah action ataupun punitive action akan diambil terhadap orang yang akan try to you know make good with the government to try to sweep under the carpet. So, Datuk Speaker dengan itu saya ini cuma minta penjelasan daripada Kerajaan. Terima kasih.

Speaker

Sokongkah tidak?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Saya akan sokong sekiranya pelaksanaan ini akan dilaksanakan secara telus dan transparentlah...

Speaker

Pelaksanaan is not at this stagelah.

Yang Berhormat Speaker, sedikit Yang Berhormat boleh ya, ya sedikit. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah

I kepada Kerajaan atas pembentangan Rang Undang-undang ini namun ada beberapa perkara dalam Rang Undang-undang yang saya perlu kita lihat mengenai kewajarannya Datuk Seri Speaker ya, sebagai contoh tadi disebut pasal lesen, pemberian lesen kepala 63 bagi maksud pemberian lesen di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh memberikan lebih daripada satu lesen kepada mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya. Saya rasa perkara ini kita perlu dilihat dia punya kewajaran, maksudnya mana tahu besok-besok ada orang mau monopoli industri ini. Okey pertama, keduanya 65 tempoh lesen adalah sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dalam setiap kes, dia tidak ada dia tidak fikir lesen itu sepatutnya begitu lamakah apakah…

…patutnya removablelah, kan? Ini mesti mahu dilihat. Lepas itu, Perkara Tujuh, cagaran. Sebelum memberikan apa-apa lesen, Suruhanjaya boleh mengehendaki satu cagaran sama ada dalam bentuk bank tunai atau guaranty bank sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya yang hendaklah diberikan bagi pematuhan wajar terma dan syarat lesen. Okey. Bahagian dua, amaun cagaran hendaklah berdasarkan kos penjelajahan, pembinaan atau pengendalian pemegang lesen mengutip. Ini semua berkaitan dengan macam perundangan bah ini. Ada… ada macam kesamaran. Sepatutnya benda ini lebih jelas supaya nanti besok-besok tidak ada pertikaian mengenai perkara ini, Datuk Seri Speaker.

Dan seterusnya begitu juga cagaran Perkara Empat. Bagi maksud Seksyen ini, kos pengendalian bermaksud semua kos yang dihitung oleh Suruhanjaya sebagai kos mengendalikan kemudahan atau kapal loji termasuk ubah blah blah blah blah… as if Suruhanjaya ini mempunyai kepakaran, semua dia tahu, mengenai kos so dia yang menentukan apa.

So saya ingat peguam... pihak AG Chamber have to look into this. Lepas itu, okey, bahagian berapa ini 12, Suruhanjaya boleh mengehendaki pemegang lesen mengemukakan maklumat data ini dan sebagainya, ini penting.

Sebelum supaya

I tidak berlaku lagi macam sekarang, kita berhadapan dengan masalah kita mahu dapatkan data daripada Petronas. Berapa barrel dia dapat.

Berapa pendapat… tetapi kita tidak boleh minta dan di sini dinyatakan pemegang lesen hendaklah memberikan kepada Suruhanjaya apabila diminta apa-apa maklumat data dan dokumen yang berhubungan dengan aktiviti penjelajahan, pembinaan dan pengendalian kemudahan atau kapal loji, tidak ada disebut data kewangan. Data kewangan dan mungkin juga production, tidak disebut. So mana tahu dia orang mahu tapuk-tapuk, kan? Kita tidak tahu berapa hasil apa, mesti dinyatakan, Datuk Seri Speaker. Lepas itu, okey Perkara 28, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, ini adalah Akta yang diperbuat di Persekutuan Tanah Melayu. Saya tidak tahu sama ada akta ini relevan bagi kita di Sabah tetapi Akta inilah yang akan dipakai dalam Rang Undang-undang ini. Kita kena berhati-hati dalam hal ini, Datuk Speaker. Dan last sekali Datuk Speaker, mengenai Rang Undang-undang ini, kuasa khas semasa darurat. Kita kena fikirkan benda ini. Jangan lagi berlaku seperti mana soal Petronas, soal pelantar benua apabila darurat digunakan sebagai satu instrument oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih hak kita dalam tempoh darurat yang kita tidak tahu bila dia akan berakhir. Ini mengenai Rang Undang-undang ini. Saya harap barang ini boleh dipermudah Yang… Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Barang ini harus diper.. diperhalusi dan kita lihat dan sebabnya saya harus menyatakan pendirian saya di sini.

Saya tidak boleh menyatakan saya punya keterujaan terhadap Rang Undang-undang.

Saya suka, saya setuju dan saya nyatakan awal-awal.

Sekarang ini saya menyokong walaupun belum diundi nanti, saya sokong saja.

Tetapi, tetapi kita harus berhati-hati. Kita jangan melakukan kesalahan yang sama seperti mana yang berlaku sebelum ini. Itu sebabnya perlunya kita membuat pendirian dan perlunya kita di sini membuat pengesahan mengenainya bah. Sebab Datuk Seri Speaker, belajar daripada apa yang berlaku di Sipadan dan Ligitan (ICJ) dan kita menang kes itu tetapi berlaku di Batu Puteh di mana Malaysia kehilangan hak terhadap Pulau Batu Puteh, why?

I Ini perkara yang harus apabila adanya pertikaian mengenai territorial, kan? Jadi kalau inilah boleh kita lakukan Insya-Allah. Ini adalah sebagai satu petanda bahawa this is the endorsement yang menyatakan barang ini adalah milik kita dan kita harus buat cepat tetapi mesti dengan cara yang berhati.

Kita belajar, jangan lagi kita melakukan kesilapan yang sama. Datuk Seri Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Bugaya, masih mahu berucap?

Lima.. lima, sikit sikit, tiga minit, lima minit, boleh?

Speaker

Okey, teruskan.

Auzubillahiminasyaitonnirajim, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah saya mengucapkan syukur dan juga selawat kepada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam.

Terima kasih Datuk Seri Speaker atas peluang yang diberikan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana membentangkan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba dan Laut 2024.

Bugaya di sini berpandangan ini adalah satu Rang Undang-undang yang baik yang mana kita akan mencari satu lagi alternatif untuk membangunkan kita punya tenaga ataupun sumber elektrik. Yang mana sepertimana yang kita hadapi sekarang ini, sentiasa apa ini ada catuan elektrik dan juga mati-mati elektrik, dewan pun semalam pun kita mati elektrik juga. Mudah-mudahan dengan adanya ini, tidak akan berlaku lagi apa ini ketidakcukupan.

Jadi, di sini saya ingin menarik perhatian Dewan yang Mulia ini, berkaitan dengan Rang Undang-undang ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, adakah Undang-undang kita ini, memandangkan di peringkat Persekutuan, kita telah ada satu renewable energy. Adakah kita punya Rang Un… Enakmen ini bertentangan dengan Akta yang ada di Persekutuan? Itu yang pertama.

I Yang kedua, kebanyakan perkara-perkara, isu yang telah di... dibawa oleh rakan-rakan Ahli Dewan Undangan yang lain. Saya bersetuju kepada apa yang dibawa oleh mereka dan mungkin yang terakhir adalah Seksyen, mana sudah seksyen, Seksyen 15, ya Seksyen 15. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkaitan dengan kerahsiaan di Bahagian Empat, kesalahan dan juga penalti ya.

Yang mana kalau kita rujuk daripada Seksyen tersebut ya, mana-mana orang yang menzahirkan atau menggunakan apa-apa maklumat rahsia berkenaan dengan seseorang tertentu termasuk pemegang lesen, atau hal ehwal seseorang individu yang diperoleh menurut kuasa mana-mana peruntukan Enakmen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM500 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan sehingga penghujungnya.

Jadi persoalan saya di sini, adakah Seksyen ini cuba untuk melindungi ya? Kalau saya lihat daripada perkataan di sini, orang yang maksudnya kita tidak boleh tahu siapa pemegang nama lesen dan juga ini menunjuk, adakah ini selaras dengan Principles of Good Governance ataupun transparency?

Memandangkan Enakmen ini mungkin saya cuma bertanya dan mungkin boleh dijawab oleh Yang Berhormat Ketua Menteri, apakah tujuan kerahsiaan ini sebenarnya? Dan yang kedua, adakah Seksyen ini ataupun Enakmen ini selaras dengan kita punya Principles of Good Governance dan juga transparency?

Selain daripada itu, saya rasa semua yang terkandung dalam Enakmen ini, mungkin selaras dan setakat inilah dan mungkin penambahbaikan akan boleh dibuat pada masa-masa yang akan datang. Dan saya berharap dengan adanya Rang Undang-undang ini, mungkin juga akan menambahkan kos sepertimana yang dinyatakan dalam ini ya, di dalam kita punya keterangan.

Financial implications, this will be involved in State Government in extra financial expenditure with amount cannot be at present be ascertain. So, jadi mungkin kos pun mungkin besar tapi walau bagaimana pun kita berharap, walaupun besar kosnya, mudah-mudahan dengan ada apa ini penukaran tenaga haba lautan ini dapat menampung kita punya elektrik di Negeri Sabah ini.

I Dan sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya mohon juga ya kepada Kerajaan kalau boleh, janganlah kita terlampau banyak membazir memandangkan mungkin ada cara yang lain untuk menjimatkan lagi daripada kita memperbanyakkan lagi agensi-agensi yang boleh mungkin merugikan Kerajaan Negeri, itu sahaja dari saya. Saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba dan Lautan 2024. Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat, sila jawab.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, pertama saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta membahas dan seterusnya, memberi sokongan, cadangan dan juga pandangan mengenai Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan ini. Semua isu-isu, cadangan-cadangan, pandangan-pandangan yang dibangkitkan akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya.

Tuan Speaker, seperti yang saya nyatakan bahawa Rang Undang-undang ini amat perlu bagi memberi kuasa kawal selia kepada negeri dan untuk melaksanakan projek-projek yang berkaitan dengan tenaga boleh baharu, iaitu dari tenaga haba lautan ini untuk kepentingan Negeri Sabah di masa akan datang. Juga, Rang Undang-undang ini diperkenalkan atau diwujudkan agar khazanah lautan yang mengelilingi negeri kita ini dapat diterokai sepenuhnya dan boleh memberi pulangan ekonomi, termasuklah bekalan elektrik kepada rakyat di negeri ini untuk jangka masa panjang. Jadi, itu saja Tuan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua.

I Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024.

Speaker

Yang Amat Berhormat, peringkat jawatankuasa bila?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadangkan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

PERINGKAT JAWATANKUASA [COKMAR DITURUNKAN] Pengerusi:

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu hingga 37 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal Satu hingga 37 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

I Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga hari apa?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Sekarang, Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga, sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang. Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024. Timbalan Setiausaha Dewan:

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2024 Bacaan Pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

I

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Tenaga 2023. Timbalan Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2024.

Speaker

Bacaan kedua bila?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Okey, silakan.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan), (2) 2024 Bacaan Kedua.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua, sekarang.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang bernama Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Pindaan Nombor Dua (2) 2024 dibaca kali kedua, sekarang. Tuan Speaker, pada 6 Mac 2024, Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 4/2024 telah meluluskan dua perkara, iaitu cadangan penggubalan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 yang telah pun diluluskan sebentar tadi oleh Dewan yang mulia ini, sebagai satu inisiatif utama di bawah Pelan Ekonomi Biro Sabah dan keperluan untuk meminda Enakmen sedia ada, iaitu Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 untuk memasukkan penukaran tenaga haba lautan sebagai satu sumber tenaga boleh baharu.

Selaras dengan keputusan tersebut, beberapa siri mesyuarat diadakan di antara Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan juga Suruhanjaya Tenaga Sabah atau

I ECoS untuk melaksanakan penggubalan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Lautan 2024 berserta pindaan yang perlu dibuat kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dengan memasukkan perkataan “Haba Lautan”, dalam takrif tenaga dapat diper, dibaharui, sebagai salah satu tenaga yang akan dikawal selia secara menyeluruh oleh pihak Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECoS. Sebagai rakyat Sabah, kita amat bersyukur kerana lautan di negeri Sabah mempunyai suatu sumber tenaga boleh baharu yang telah dikenal pasti melalui hasil kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (Ocean Thermal Energy Centre) ataupun lebih dikenali sebagai UTM OTEC sejak lebih 10 tahun yang lalu. Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, hasil kajian mendapati bahawa tenaga haba lautan di negeri Sabah mempunyai potensi untuk menjana tenaga elektrik sebanyak, 20 ribu megawatt yang seterusnya dapat menghasilkan pelbagai produk bernilai tinggi, umpamanya hidrogen hijau ataupun green hydrogen yang merupakan suatu sumber tenaga yang mendapat permintaan tinggi oleh beberapa negara maju pada ketika ini.

Dengan adanya sumber ini, ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah secara amnya dan dapat menarik minat pelabur-pelabur dari serata dunia untuk membuat pelaburan, dalam pembangunan tenaga haba lautan ini dan seterusnya.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

…seterusnya menghasilkan banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di Sabah, di samping itu teknologi OTEC ini juga akan dapat memanfaatkan penduduk-penduduk luar bandar terutamanya di pulau-pulau setempat dengan penyediaan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan juga air. Justeru, tadbir urus yang teratur dari segi perancangan yang berkesan serta pelaksanaan yang efektif adalah amat penting bagi menyokong aspirasi ini. Oleh yang demikian, mengambil kira kemampuan teknikal dan pengalaman di bidang kawal selia tenaga maka tanggungjawab pengawal seliaan pembangunan potensi OTEC di Sabah ini akan digalaskan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS)

I yang juga selari dengan penubuhannya bagi menjalankan fungsi kawal selia sektor tenaga di negeri Sabah termasuklah sumber tenaga boleh baharu ini. Saya percaya ECOS yang telah dilengkapi dengan kakitangan-kakitangan teknikal berkaitan yang berpengalaman dapat memastikan pembangunan penukaran tenaga haba lautan ini dilaksanakan dengan lancar dan efisen. Selain itu, pembangunan OTEC yang teratur dan terkawal dari segi tadbir urus oleh suatu badan kawal selia yang dipercayai dan bersepadu akan memberi keyakinan kepada para pelabur tempatan dan luar negara untuk mengambil bahagian dalam pembangunan teknologi tenaga haba lautan ini yang di terajui di Sabah. Tuan Speaker, sepertimana yang kita sedia maklum negeri Sabah masih berpegang kepada undang-undang lawatan… lautan di bawah The north Borneo Altheration of Boundaries Order in Council 1954 dan ini telah pun di perdebatkan begitu panjang sebelum ini, di mana keluasan persempadan negeri Sabah adalah seluas 200 batu nautika daripada persisir pantai negeri ini dan saya percaya bahawa pelaksanaan kepada perkara ini adalah tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia. Oleh itu, Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah pindaan nombor 2, 2024 hendaklah dibentang pada hari ini bertujuan untuk memasukkan perkataan haba lautan dalam takrif tenaga dapat dibaharui supaya fungsi dan juga kuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) berkaitan tenaga dapat dibaharui merangkumi perkara berhubung penukaran tenaga haba lautan selaras dengan cadangan Rang Undang-undang Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 Tuan Speaker, cadangan pindaan yang dibuat adalah kepada tafsiran tenaga dapat dibaharui dalam Seksyen 2, Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 pindaan tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah pindaan nombor 2, 2024 yang telah diedarkan di Dewan yang mulia ini untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Speaker dengan adanya enakmen suruhanjaya tenaga Sabah pindaan nombor 2024 ianya akan memberi kuasa kepada ECOS untuk mengawal selia tenaga haba lautan di negeri Sabah agar segala aktiviti-aktiviti berkaitan dengan haba lautan dapat di jalankan secara berterusan tanpa sebarang gangguan.

Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat Sebatik untuk menyampaikan ucapan beliau.

I

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih…

Speaker

15 minit sahaja…

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih, Datuk Speaker assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada Dewan yang mulia ini kerana memberikan ruang pada saya untuk turut serta di dalam perbahasan berkenaan dengan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah pindaan dua, 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.

Datuk Speaker dan ahli Dewan yang mulia ini, seperti yang yang kita sedia maklum pada awal tahun ini, iaitu pada 3 Januari 2024, Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya mengambil alih kuasa kawal selia bagi sektor elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan, saya percaya semenjak tarikh keramat itu Kerajaan Negeri Sabah bersama-bersama pihak Energy Comission of Sabah ataupun lebih dikenali sebagai ECOS telah berusaha untuk mencari alternatif yang terbaik dalam memastikan bekalan elektrik di Sabah adalah berterusan berdaya tahan dan mampan, syabas dan tahniah saya ucapkan di atas kerja keras dan usaha yang ditunjukkan oleh pihak-pihak agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam usaha ini.

Datuk Speaker, saya percaya pindaan ini akan membawa impak yang positif terhadap rakyat Sabah dengan menyediakan landasan pengawal seliaan yang lebih holistik dan efektif melalui Energy Comission of Sabah ataupun ECOS dengan kuasa kawal selia yang diberikan ECOS dapat memastikan bekalan tenaga elektrik melalui kuasa angin dan tenaga boleh baharu termasuk tenaga haba lautan dikawal dengan teratur untuk kepentingan semua pihak, kita telah menyaksikan usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam mengambil alih kawal selia bekalan tenaga dan Kerajaan daripada Kerajaan Persekutuan yang telah memberi impak positif dari aspek perancangan holistik bagi perkembangan ekonomi dan kestabilan tenaga di Sabah. Peranan utama ECOS melalui pindaan ini adalah satu langkah progresif yang perlu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu tenaga dengan lebih berkesan, dengan pindaan ini juga maka tanggungjawab kawal selia

I bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu termasuk tenaga haba lautan akan dilaksanakan oleh ECOS oleh yang demikian perkara ini akan membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam menguruskan sumber tenaga dengan lebih efisien dan berkesan terutamanya sumber tenaga asli negeri dengan izin indigenous sources of energy sekali gus meningkatkan kelestarian dan kemampuan tenaga masa depan untuk Sabah.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, ketersediaan bekalan tenaga yang stabil dan berterusan adalah penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup penduduk negeri Sabah, terutamanya di kawasan luar bandar melalui pindaan ini kita dapat memastikan bahawa infrastruktur tenaga di Sabah dapat memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan termasuk memanfaatkan potensi tenaga haba lautan di negeri ini oleh itu saya berharap agar pindaan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2024 ini diluluskan tanpa sebarang bantahan, ini adalah merupakan langkah awal yang penting bagi Kerajaan Negeri untuk merealisasikan hak kuasa autonomi dalam pengurusan tenaga sejajar dengan pengambil alihan kuasa kawal selia tenaga boleh baharu yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Sabah pada awal tahun ini.

Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan perbahasan ataupun menyokong pindaan rang undang-undang ini sekali lagi saya…

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

…ingin mengucapkan ah, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan juga mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh Ahli Dewan yang mulia ini dan juga kepada seluruh rakyat Sabah. Dengan ini Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sebatik.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Telupid. 15 minit juga ya.

I

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih saya ucapkan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberikan saya ruang sekali lagi untuk berbahas mengenai dengan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah, Pindaan No. 2 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Pembantu Menteri sebentar tadi. Dengan adanya pindaan terhadap Enakmen Suruhanjaya Tenaga ini, pindaan ini memberi kuasa kepada Energy Commission of Sabah (ECOS) untuk mengawal selia segala aktiviti dan operasi OTEC. Tuan Speaker, dengan adanya pindaan ini ECOS dipertanggungjawabkan dalam mengeluarkan lesen dan permit yang diperlukan untuk eksplorasi, pembangunan, pembinaan dan operasi loji OTEC. Ini termasuklah permohonan menjalankan penilaian, kesan alam sekitar dan memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang relevan. ECOS yang berperanan sebagai pengawal selia aktiviti OTEC juga dapat menetapkan piawai, garis panduan dan spesifikasi teknikal bagi projek-projek dan aktiviti-aktiviti OTEC untuk memastikan keselamatan perlindungan alam sekitar dan pematuhan dengan piawaian antarabangsa.

Piawai ini meliputi dari aspek seperti reka bentuk, pengujian, pembinaan, operasi dan penamatan loji OTEC. Dengan pindaan ini, ECOS dapat memantau projek dan aktiviti OTEC untuk memastikan pematuhan undang-undang. Ini termasuklah menjalankan pemeriksaan berkala, audit dan ulasan tentang loji OTEC untuk mengesahkan pematuhan dengan syarat, lesen dan pematuhan peraturan alam sekitar.

ECOS juga mempunyai kuasa untuk memberi hukuman atau sekatan bagi ketidakpatuhan. Salah satu tanggungjawab utama ECOS dalam mengawal selia projek dan aktiviti OTEC adalah melindungi alam sekitar marin daripada impak yang mungkin berkaitan dengan aktiviti-aktiviti OTEC. Ini melibatkan penilaian dan mengurangkan risiko impak ke atas alam sekitar di kawasan yang berpotensi, memastikan amalan pengurusan sisa yang betul dan mempromosikan prinsip pembangunan yang mampan.

Melalui pindaan ini juga ECOS dapat berinteraksi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuklah agensi kerajaan, wakil industri, kumpulan alam sekitar dan komuniti tempatan untuk mendapatkan maklum balas menangani kebimbangan

I dan mengalakkan ketulusan proses mengawalseliaan. ECOS juga boleh memainkan peranan dalam menyokong inisiatif, penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan teknologi OTEC termasuklah memudah cara projek penyelidikan, berkolaborasi dengan institusi akademik dan mempromosikan inovasi dalam aktiviti OTEC tersebut.

Secara keseluruhannya, ECOS sebagai badan mengawal selia OTEC memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan dan penggunaan yang bertanggungjawab bagi projek dan aktiviti OTEC sambil memulihara integriti alam sekitar, keselamatan awam, kepentingan pihak berkepentingan dan dengan itu izinkan saya mengakhiri perbahasan saya di Dewan yang mulia ini, Tuan Speaker. Saya dengan ini mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Telupid. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kukusan. 15 minit juga ya.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya. Alhamdullilah ah, diberi kesempatan untuk menggulung sedikit mengenai ah, sokongan terhadap Enakmen Suruhanjaya Tenaga Pindaan No. 2/2024.

Tuan Speaker, terdahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih terutamanya kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian yang telah membahaskan isu-isu yang berbangkit mengenai Enakmen Suruhanjaya Tenaga Pindaan No. 2/2024 yang akan berada di bawah fungsi Energy Commission of Sabah atau ECOS di bawah portfolio Jabatan Ketua Menteri Sabah. Saya sesungguhnya menghargai segala pandangan, teguran serta cadangan yang telah disarankan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Oleh itu, saya ingin memulakan penggulungan saya dengan menyentuh isu penting, iaitu mengenai peluang pekerjaan ya. Memang rata-rata di mana pun ini adalah satu perkembangan yang baik kerana dapat membuka lagi peluang pekerjaan di sektor tenaga di Sabah dan bagaimana penubuhan ECOS boleh menjadi pemangkin bagi

I pertumbuhan ekonomi serta menggilap kemahiran dalam kalangan anak-anak tempatan dalam bidang geologi misalnya, terdapat juga penambahan dalam peringkat surveyors seterusnya.

Jadi kita tidak dapat menafikan bahawa sektor tenaga adalah asas yang penting dalam kemajuan ekonomi dan kelestarian pembangunan di Sabah. Dalam usaha untuk memastikan maksimum segala potensi tenaga di negeri ini ECOS telah merancanakan pelbagai usaha dan kajian, bertujuan untuk meningkatkan kepelbagaian sumber tenaga boleh baharu untuk diguna pakai rakyat Sabah. Walaupun baru ditubuhkan ECOS telah mula menunjukkan kemampuannya untuk memacu evolusi sektor tenaga kita selain komitmen terhadap pentadbiran tenaga yang cekap, mampan dan boleh diharap di Sabah.

Justeru, cabaran yang diberikan oleh Ketua Menteri Yang Amat Berhormat, DSP Haji Hajiji Haji Noor kepada ECOS untuk mengawal selia dan memantau penerokaan dan pembangunan suatu teknologi baharu, iaitu penukaran tenaga haba lautan di Sabah telah disambut baik oleh ECOS. Ini memperlihatkan pendekatan proaktif ECOS dalam melaksanakan dasar tenaga kita selaras dengan pelan induk tenaga, iaitu Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 bagi mengecapi inspirasi kebangkitan ekonomi di negeri kita.

Pelaksanaan induk tersebut mencerminkan komitmen kita untuk memupuk persekitaran yang mana sumber tenaga baharu boleh dimanfaatkan secara optimum, menggalakkan pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan usaha Kerajaan Negeri untuk menjaga kelestarian ekosistem alam sekitar.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyatakan keyakinan saya terhadap kemampuan dimiliki oleh pegawai-pegawai ECOS di dalam rangkaian perhubungan secara langsung dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan, perbadanan, agensi kerajaan dan rangkaian antarabangsa. Perkara ini dapat membina platform yang ideal untuk menjalin kerjasama strategik serta mempelbagaikan peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada kemajuan sektor tenaga dan pembangunan Sabah. Keupayaan ECOS dalam menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak merupakan aset penting yang membolehkan mereka memperolehi maklumat dan teknologi terkini dan peluang kerjasama yang berpotensi memajukan tenaga industri di Sabah. Saya percaya insya-Allah dengan jaringan yang kukuh ini ECOS dapat memainkan

I peranan yang penting dalam memperkukuhkan industri tenaga di negeri ini sambil merangka inisiatif-inisiatif yang progresif dan berkesan bagi kebaikan bersama. Di akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa ECOS akan menjadi pemangkin dalam membawa Sabah ke arah masa depan yang diterajui inovasi, kecekapan dan kelestarian. Sehubungan dengan itu, Enakmen Suruhanjaya Tenaga Pindaan No.2 2024 wajar untuk diluluskan bagi memberi kuasa kawal selia yang lebih meluas kepada ECOS untuk menjadi badan kawal selia yang boleh mengawal segala aktiviti-aktiviti tenaga boleh baharu termasuklah penukaran tenaga haba lautan seperti yang diusulkan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat DSP Haji Hajiji Bin Haji Noor. Maka, dengan justifikasi ini yang telah saya terangkan sebentar tadi saya menyokong usul pembentangan ini. Sekian daripada Kukusan.

Speaker

Terima kasih, Kukusan. Yang Berhormat Menteri, sila jawablah.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin ah, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta ah, membahas um, Rang Undang-undang tersebut.

Segala…

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

…sokongan saya hargai dan apa juga pandangan, saranan-saranan yang dibuat kita akan ambil perhatian.

Tuan Speaker, apabila OTEC ini dapat di, ataupun direalisasikan yang akan digalas dan dikawal selia oleh ECoS, sudah tentu peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tempatan dapat diberi dan saya percaya dengan kebolehan ECoS dan juga pegawai-pegawai yang berpengalaman ini sudah tentu dapat direalisasikan. Tetapi, apa yang penting ialah sumbangan kepada tenaga yang diperlukan oleh negeri Sabah.

Jadi, sekali lagi Tuan Speaker saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Berhormat yang turut serta menyokong pindaan Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

I

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Timbalan Setiausaha: Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) (Nombor 2) 2024.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa bila?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Cadangkan. Sila.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan hendaklah ini dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

PERINGKAT JAWATANKUASA [COKMAR DITURUNKAN] Pengerusi:

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

I Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Sekarang, Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

I Timbalan Setiausaha: Enakmen Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) (Nombor 2) 2024. Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2024 Bacaan Pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2024. Timbalan Setiausaha: Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2024.

Speaker

Bacaan kedua bila?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Okey, baiklah.

Timbalan Setiausaha: Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2024 Bacaan Kedua.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, terima kasih.

Saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibaca bagi kali kedua sekarang.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pindaan 2024 digubal adalah bertujuan untuk memberi kuasa yang lebih jelas. Saya ulang.

I Kuasa yang lebih jelas kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk melakukan siasatan dan mengumpulkan keterangan bagi kesalahan syariah yang dilakukan di media sosial. Ia juga bertujuan Tuan Speaker untuk memudahkan pendakwah syarie Yang tadi penyiasat, yang kedua pendakwah syarie. Melaksanakan pendakwaan kerana peruntukan berkaitan pertuduhan yang diterbitkan secara elektronik melalui media sosial tidak diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah tahun 2024 .

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, Tuan Speaker, sebaran maklumat melalui media sosial telah mendapat perhatian dan pilihan utama para penggunanya yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur. Rangkaian talian seperti Facebook, Instagram serta penerbitan dalam talian seperti YouTube dan TikTok telah digunakan secara berleluasa dalam menyampaikan isu-isu yang berkaitan sama ada daripada sudut ekonomi, politik dan agama. Tidak dinafikan, Tuan Speaker, penggunaan media sosial secara meluas ini telah memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Namun, pada masa yang sama juga ia juga dapat memberikan kesan buruk dan disalahgunakan bagi tujuan-tujuan bertentangan dengan agama dan berlakunya pelanggaran dalam kesalahan jenayah syariah itu sendiri.

Antara perbuatan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah syariah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995, Tuan Speaker, adalah doktrin palsu yakni ajaran sesat, mempermainkan ayat suci Al-Quran dan hadis, menghina agama dan menghina pihak berkuasa agama. Setelah menerima aduan berkaitan sesuatu kesalahan, Tuan Speaker, pegawai penguat kuasa akan melakukan siasatan serta mengumpulkan segala keterangan dan bukti yang diperlukan.

Fail siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada pihak pendakwaan untuk penelitian selanjutnya bagi tujuan pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Namun dalam menjalankan siasatan tiada peruntukan yang memberi kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk mengakses data berkomputer. Keadaan ini menyukarkan tugas Pegawai Penguatkuasa Agama untuk melengkapkan siasatan dan seterusnya tindakan terhadap pelaku jenayah tidak dapat dibuat. Di samping itu,

I Tuan Speaker, turut memberikan kesukaran dan kesulitan kepada pihak pendakwaan kerana pertuduhan perlu menyatakan lokasi dengan tepat walaupun ia telah diterbitkan secara elektronik melalui media sosial.

Bagi memastikan tiada kelompongan undang-undang berlaku, Tuan Speaker, di persekitaran cyber terutama dalam menangani penyiasatan dan pendakwaan yang melibatkan penerbitan secara elektronik, Rang Undang-undang ini akan memperkemaskan lagi pelaksanaan undang-undang tersebut. Rang Undang-undang ini melibatkan pindaan hanya dua fasal sahaja. Fasal 1, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan selepas Seksyen 63 Enakmen Tatacara Jenayah 2004 Nombor 9 Tahun 2004 selepas ini disebut sebagai Enakmen Ibu. Peruntukan baharu Seksyen 63A, iaitu kuasa penguat kuasa agama membuat siasatan bagi maklumat yang diterima dan yang melibatkan perlakuan kesalahan…

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

…yang dibuat secara elektronik. Fasal dua lagi Tuan Speaker Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan suatu peruntukkan di bawah Seksyen 79, Enakmen Ibu dengan menomborkan Seksyen 79 sebagai Subseksyen Satu dan selepasnya dimasukkan Subseksyen Dua bahawa apabila tertuduh itu didakwa sesuatu kesalahan berhubung dengan penerbitan dengan cara elektronik tempat penerbitan adalah di mana penerbitan itu di lihat, didengar atau dibaca oleh mana-mana orang.

Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini agar penyiasatan dan pendakwaan bagi kesalahan jenayah syariah yang dilakukan melalui Internet dapat dikendalikan dengan lebih teratur. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Dengan itu saya persilakan Yang Berhormat Senallang untuk mula berucap. 15 minit.

I

Terima kasih.

Mungkin kurang daripada 15 minit ya. Pendek sahaja. Datuk Speaker terima kasih banyak, Datuk Speaker untuk memberi ruang kepada saya untuk menyertai dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004. Saya bila melihat dan mendengar apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang betapa pentingnya perkara ini kita kawal dan saya setuju. Tapi kadang-kadang ini law is created undang-undang itu untuk membolehkan supaya ada kesaksamaan dan ada keadilan dan bila saya melihat apa yang telah dinyatakan tentang enakmen ini, berhubung kait dengan tafsiran 63A (1) dan (2), iaitu Pegawai Penguatkuasa.

Saya melihat bahawa kadang-kadang perjalanan urusan pentadbiran itu perlu cukup teratur dan well structured. Kadang-kadang kita membuat Rang Undang-undang di Sabah ini whether undang-undang itu bukan hanya ianya just, bukan ianya dapat dilakukan dengan seadil mungkin atau sebaik mungkin dan kita sedar dan tahu keupayaan kita amat terbatas dalam memastikan supaya apa yang disebutkan media sosial, berbagai itu. Untuk bagaimana kita nak siasat bagaimana kita nak pastikan bahawa akan ada pihak-pihak yang melanggar itu. We don’t want to have law which is very punitive in nature.

Kita tidak mahu nanti ada perundangan yang kiranya tujuannya untuk menghukum. Niatnya itu, tapi keadilan. Dari segi agama Islam kita sedar, Yang Berhormat pun sedar bahawa perjalanan agama itu ialah adeen. Menyempurnakan kehidupan manusia. Sebelum masuk ke masjid, mandi junub, sebelum mandi junub, wuduk. sebelum wuduk, niat. Begitu yang kadang-kadangnya itu ketertibannya. Dia must be clearkan niatnya satu bab. Tapi saya melihat dari segi structure dia. Ini seumpama Datuk Speaker kita sediakan, sudah ada sekolah, sudah ada anak murid tapi tidak ada cikgunya. Where’s the teacher? Who’s going to teach? The student is there, the school is there.Jadi saya ingat dari segi undang-undang ini kita tahu, kita mahu bahawa baik. Wow, it’s been there, sound very good. Ada undang-undang. But, how do we enforce this? Enforcement in term of getting the details part just. Bahawa perundangan ini betul-betul yang kita akan berpihak kepada perjalanan supaya kita tidak menghukum manusia.

I Di peringkat mungkin kita hanya pegawai. Penguatkuasa Agama di peringat negeri, di peringkat daerah-daerah. JHEAINS yang ada pegawai JHEAINS. Very limited, they don’t have the expertise yang ada. Tidak ada kemahirannya, tidak ada kebolehan dari segi perundangan sekarang saya tengok, kadang-kadang itu bila saya tengok yang pegawai-pegawai ini terbatas keupayaan dia dengan penyelidikan, investigation is there, macam mana kita lakukan sebaik mungkin. Seumpama contoh keselamatan Sabah. Kita tidak ada structure dia. Tapi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menjadi Pengerusi Keselamatan Negeri dan siapa structure yang di bawah itu? Yang mempunyai keupayaan untuk memastikan supaya keselamatan itu di jaga dengan baik. Polis, commissioner police is there, Angkatan Tentera Laut, Angkatan Tentera Darat. Everybody is invaded dalam komiti itu untuk memastikan supaya maklumat yang tetap, tepat dalam dari segi keselamatan itu dapat kita kumpul sebaik mungkin. Ya. MCMC is not under us. The don’t have any branches di daerah-daerah. Tidak ada pengawalan-pengawalan yang pakar di daerah sama ada di Tawau, sama ada di Semporna, sama ada di Lahad Datu. Contohnyalah ya.

Ini kita mendahului seperti yang saya sebut, buat sekolah dulu, buat anak murid tapi tidak ada guru dia. You know. Beli kereta tapi tidak ada driver dia. So how do we do that? So we have to ensure that banded together supaya pastikan. Dia kena bersekali. Contohnya dari segi perundangan ini perlu kita adakan bukan hanya pegawai-pegawai di peringkat akar umbi. Tapi saya tidak mahu nanti besok pula you will create jobs again. You know operating expenditure this country Datuk Speaker, kita belanja duit untuk Perkhidmatan Awam di Negara Malaysia. Berapa bilion yang ada? Itu yang kadang-kadang downsizing tidak ada. Dulu kita bincang pada tahun 1999. How can we downsize tenaga Perkhidmatan Awam yang ada di Negara Malaysia yang akhirnya pencen pun kita persoalkan.

Sejuta lebih pencen yang kadang-kadang tanggungan dia. Belum sebut lagi hutang negara. Interest hutang negara 50 bilion setahun. That is hutang. Where do we get the money? Kalau kita create structure contohnya untuk pegawai-pegawai di peringkat akar umbi mungkin dia akan menelan belanja dari kita recruit daripada Lazar daripada lain but this way is going to be very difficult. So there, there must be clarity.

Undang-undang kita sediakan there must clarity, structure dari segi

I implementation dia. So there must be end of the day kita boleh impost apa yang diniatkan oleh Yang Berhormat dan juga kerajaan supaya memastikan jenayah ini agak berleluasa.

Saya tahu, saya faham. Kadang-kadang fitnah menfitnah ini banyak. Di media sosial ini. Bukan hanya dari segi hukumnya. Ada yang kadang-kadang itu kalau ikut hati kita berat betul itu.

Tapi kita kena banyak bersabar. Sebagai insan manusia, you know walaupun di caci di hina itu tapi kita tahu bahawa perundangan juga perlu.

Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri pandangan saya, walaupun saya setuju dengan Enakmen ini, but sediakanlah structure yang very proper di peringkat akar umbi untuk membolehkan supaya kemungkinan tidak perlu kita lahirkan. Contohnya, pegawai-pegawai yang banyak. Tidak ada pegawai JHIENS di situ. Pegawai JHIENS pun kadang-kadang tugas dia nakkan supaya itu yang kadang-kadang stateless kids tidak ada, ini angkat inikah tidak ada, tidak ada surat tulis pasal kita lantik orang yang tentang bab agama. Ya. Bagaimana dia ada tauliah dia, bagaimana kadang-kadang Masjid merata tempat tapi pengurusan Masjid tidak teratur. Itu rumah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ya. Kadang-kadang orang kita cuma mahu jadi masjid pasal projek sahaja. But itu kadang-kadang yang saya sebut ini now is very important for us to have that strong structure supaya clarity dari segi Perlaksanaan Undang-undang dan kejayaan, enforcement of it. Enforcement of the undang-undang di peringkat daerah ini susah ini. You cannot enforce this. How do you enforce that? Kita berdasarkan laporan daripada orang ini, orang itu, phone number ini phone number ini. So mungkin yang structure sedia ada contohnya, yang mungkin polis. Mungkin di peringkat daerah. Libatkan. Seperti juga di peringkat negeri. Keselamatan, mungkin MCMC kita tidak tahu siapa yang kita boleh guna pakai untuk ini. Perlu jelas. Jangan hanya create undang-undang hanging there. Undang-undang ada tapi macam mana enforce. Kemungkinan kita hanya enforce bawa dia, dari segi Mahkamah dan ini satu perkara yang saya mahu nyatakan. Keduanya Datuk Speaker, Mahkamah Syariah ini, Yang Berhormat pun tahu. Masalah dia, saman dia sudah dimansuhkan, dah? Dia punya contohnya Enakmen Mahkamah Syariah Sabah tahun 2014, memansuhkan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2004 dan hari ini kuasa itu di bidang Persekutuan. Federal Goverment again. Macam juga tadi itu lautan. It’s all your authority is in KL dan saya berharap kuasa ini di kembalikan kepada negeri Sabah untuk membolehkan supaya

I pelantikan hakim-hakim, pelantikan pegawai-pegawai dari segi kehakiman dan juga mahkamah-mahkamah syariah, ya.

Contohnya Mahkamah Syariah dia ada beberapa peringkat, rendah, tinggi dan..

...rayuan. Dia ada kategori di situ. It’s just like an Sivil Court. Ada Appeal, Supreme Court, Federal Court, contohnya. Tapi di sini kita semuanya yang melantik ini dari atas ini, Kuala Lumpur. Yang saya persoal ini pelantikan. Keadaan pegawai-pegawai yang balikkan kepada kita untuk membolehkan macam dahulu bila saya buat bagaimana pelantikan hakim-hakim must be based here. TYT mesti ada bidang kuasa dia untuk melantik, ya. Bukan lagi daripada Pusat, ya. So, kalau dapat itu kita perlu selaraskan supaya kuasa Wilayah Sabah ini bukan hanya kita, autonomi-autonomi tapi autonomi tapi tidak ada bidang kuasa yang ada. Nanti besok nanti, kita tahu bila kita lantik tentang beberapa Rang Undang-undang mereka tidak, perbedaan di Semenanjung, perbedaan di Sarawak, perbedaan di Sabah lain.

Kes-kes yang berlaku kemungkinan lain. So they must be very familiar Hakim-hakim ini selaras dengan kawasan yang mereka apa nama, oh limited times, sudah sampai waktu, saya tidak sebutkan tadi. Minta maaf, Datuk Speaker sebutkan kurang daripada 15 minit jadi saya mematuhi arahan Datuk Speaker dan saya berharap seperti yang saya sebutkan tadi they must be structured, ya. Must be very pride and clarity ya. Dari segi siapa yang menyiasat, dari mana maklumat yang ada, yang kita tidak mahu menghukum manusia hanya berdasarkan hearsay.

Fitnah sana, cerita sana, cerita sini fabricated story which is not good. Satu dari segi keupayaan pegawai-pegawai yang kita libatkan sama ada agensi-agensi Persekutuan ataupun negeri yang ada, ada di situ pegawai-pegawai tertentu mungkin yang ada JKKK Kampung. Tidak tahulah mana yang ada kebolehan mereka untuk kita mendapatkan kesahihan dan di samping itu seperti saya sebutkan pelantikan, ya. Hakim-hakim yang ada bukan hanya structurenya tetapi kita tahu ada di sini mahkamah tapi yang melantik tu bukan kita. Jadi kembalikan kuasa ini kepada wilayah Sabah. Terima kasih banyak, Datuk Speaker.

I

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya persilakan ADUN Dilantik Yang Berhormat Dr. Aliakbar bin Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim.

Assamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih, Datuk Speaker. Ahli Dewan yang mulia. Sebelum itu terima kasih, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan yang sudah dilakukan tadi.

Sebahagian saya setuju dengan apa yang sudah disuarakan oleh Senallang. Yang pertama, tahniah pada Yang Berhormat Menteri sebab saya rasa Enakmen pindaan ini merupakan suatu Rang Undang-undang yang sesuai dengan masa. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang kebanyakan pelanggaran hukum adalah berkaitan dengan media sosial. Jadi saya ingat apa ini Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan juga harus selari dengan keadaan semasa.

Beberapa cadangan saya, yang mungkin terkait dengan pindaan ini. Yang pertama bila pindaan ini berlaku bermakna Bahagian Penguatkuasaan ini, Penguatkuasa Agama akan terkait dengan skill kemahiran sebab media sosial ini tidak semua orang boleh dapat mencapai terutama dari segi programming ataupun perkara-perkara yang lebih bersifat kemahiran untuk mendapatkan maklumat yang dibuat melalui media sosial daripada Youtube Instagram dan sebagainya. Jadi saya kira yang pertamanya, untuk memastikan PPA ini boleh mengakses kepada maklumat ataupun penyalahgunaan yang sudah dilakukan pastilah perlu kepada mungkin pakar pengisian programmer dan sebagainya, bukan hanya di kalangan mereka yang mahir dalam bidang agama tetapi juga mahir dalam bidang pengisian-pengisan komputer dan sebagainya. Maksud dia dari segi penguasaan ilmu ICT. Mungkin boleh terkait dengan apa yang kemahiran yang berada di peringkat PDRM, kepolisan dan juga SKMM khususnya.

Kemudian saya rasa kalau dalam bentuk implimentasi juga, pastilah pindaan Enakmen ini akan menyebabkan ataupun keperluan kepada tambahan fasiliti-fasiliti untuk penguatkuasaan. Misalnya mungkin di antaranya, sama ada kemudahan pergerakan kenderaan khususnya di bandar-bandar yang besar ataupun mungkin dari segi kebajikan Pegawai Penguatkuasa Agama mungkin akan melibatkan keselamatan dan sebagainya.

I Mungkin insurans, takaful, senjata dan sebagainya saya rasa perkara-pekara seumpama itu juga mungkin akan terkait dengan pindaan seumpama ini. Dan mungkin akhirnya Datuk Speaker, saya ingin mencadangkan juga supaya sampai masanya Bahagian Pendakwaan Syariah ini dinaik taraf kepada Jabatan. Hasil penelitian saya di beberapa buah negeri hanya ada beberapa buah negeri sahaja yang belum menaik taraf bahagian ini kepada Jabatan Pendakwaan Syariah. Di antaranya adalah Sabah, Sarawak dan juga Kedah. Maknanya, negeri lain sudah menaik taraf, yang terkini kalau saya tidak silap Perlis baru saja menaikkan, menaik taraf Bahagian Pendakwaan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri. Saya kira ini di antara perkara-perkara yang kita perlu melihat, untuk melihat supaya perjalanan penguatkuasaan pendakwaan kita lebih kemas dan lebih teliti dan pastilah nanti akan melibatkan tambahan-tambahan kakitangan yang mahir yang boleh menjalankan tugas-tugas yang sudah dimaktubkan dalam pindaan seumpama ini. Jadi saya kira itu di antara tambahan sedikit daripada pandangan saya. Sekali lagi tahniah kepada pembentangan ini dan saya menyokong sepenuhnya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Bugaya.

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah wasyukurillah wasalati wasalamualikum rasullilah. Terima kasih Datuk Seri Speaker atas peluang yang diberikan dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pindaan 2024.

Alhamdulillah, kita melihat lagi penambahbaikan kita punya Mahkamah Syariah yang mana dari tahun ke tahun kita memerhatikan ada saja perkembangan Mahkamah Syariah ya, terutamanya dari segi enakmennya begitu juga dengan Enakmen Mahkamah Tatacara Jenayah, Tatacara Mal dan juga enakmen-enakmen yang lain. Di sini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, sekali lagi Seksyen 63A, yang mana berkaitan dengan penguatkuasa.

Saya rasa kita punya sistem

I Mahkamah Syariah sejak tahun 1980 sampailah tahun 1990 sampailah sekarang ini. Penguatkuasa kita ini terdiri daripada pegawai-pegawai yang terdiri daripada imam-imam ataupun Pembantu Pegawai Agama, ya. Yang mana kalau saya tidak silaplah dorang punya skill jawatan mereka adalah S. Ada yang S17 ada yang S19, dan kalau kita perhatikan dalam Enakmen Jenayah Syarie ada juga peruntukan-peruntukan untuk tangkapan dan kalau kita perhatikan tangkapan-tangkapan kalau di Mahkamah Sivil tangkapan-tangkapan ini selalunya akan dibuat oleh Inspektor. Kalau kita lihat sejarahnya, sejarah jenayah di Mahkamah Sivil, tangkapan-tangkapan yang sebelum ini tahun-tahun yang dulu dibuat oleh Konstabel, apa semua dan dipertikaikan kedudukan mereka kenapa tangkap di bawah dibuat oleh dibawa daripada rank Inspektor. Jadi saya rasa tiba juga masanya untuk kita memartabatkan Mahkamah Syariah ini, ya, terutamanya dengan kita punya penguatkuasa, ya.

Sudah tiba masanya untuk kita martabatkan kita punya penguatkuasa ini kalau kita perhatikan dalam enakmen ini sendiri, Pegawai...

Pegawai penguat kuasa. Ya.

Bila disebut pegawai, selalunya kalau kita penjawat awam ini, pegawai ini ranknya Gred 41 ke atas ya. Tapi, mungkin atas kekangan kewangan kita terpaksa adhoc melantik kita punya imam-imam menjadi penguat kuasa.

Selain daripada itu juga saya mohon kepada mungkin kepada yang akan datang cadangan. Diharap Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan gred-gred mereka ini dapat ditingkatkan ya. Terima kasih kepada jawapan dari Yang Amat Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan imam-imam S19 yang mana akan dipertimbangkan. Begitu juga dengan mereka-mereka yang jadi penguat kuasa ini. Saya dimaklumkan, pengetahuan saya sebagai contoh, macam di Sandakan. Penguat kuasa untuk satu daerah Sandakan ini, ada satu orang sahaja. Bayangkan dengan peningkatan kes-kes ya terutamanya di media sosial yang banyak membuat fake news menghina agama, menghina pemimpin dan macam-macam lagilah kan. Dan kalau ia menyentuh bab agama pula sudah pastinya mereka ini akan lebih ramai yang akan dicaj atau pun diambilkan tindakan. Jadi, memerlukan lagi tenaga kerja yang begitu

I ramai. Ya.

Terutamanya kalau mungkin kalau kita lihat ya, di daerah ataupun di negeri-negeri yang lain jumlah penguat kuasa mereka agak ramai dibandingkan dengan kita punya ah, negeri ah. Terutamanya bayangkan saja daerah Sandakan begitu besar cuma satu orang ya. Tidak tahulah dia daerah-daerah yang lain pula. Kenapa pula kalau di DBKK boleh ramai pula kita punya penguat kuasa? Kenapa pula kalau penguat kuasa apa ini ah, untuk di penguatkuasa agama ini cuma sedikit ya. Jadi, mungkin boleh dipertimbangkan untuk meramaikan lagi kita punya penguat kuasa untuk memantapkan lagi kita punya ah, apa ini Mahkamah Syariah dan juga ah, jenayah syariah kita ini.

Selain itu, juga berkaitan dengan Seksyen 79 Enakmen Ibu yang mana dipinda ya. Di sini kita lihat ada peningkatan eh, ada penambahan penyiaran berhubung melalui cara elektronik ya. Penyiaran tempat dan juga umumnya berkaitan dengan elektronik mana saya rasalah ya. Kita punya kemampuan penguat kuasa kita yang ada sekarang ini, yang terdiri daripada imam-imam walaupun pandailah bertelefon kan. Semua ada telefon bimbit tapi kalau sudah mahu melibatkan encoding, penyahsulitan ini mungkin bukan sudah dorang punya bidang.

Speaker

Imam-imamlah banyak bertiktok.

Ya. TikTok ini... bertiktoklah.

Tapi, kalau bab mahu encoding ya ini bukan kepakaran imam-imam untuk mahu membuat ini. Jadi, yang begitu juga, tangkapan-tangkapan begitu juga dengan ini kalau kita perhatikan dalam PDRM sendiri. Ya, PDRM yang mempunyai pegawai-pegawai penyiasat ya, ataupun penguat kuasa menangkap berkaitan dengan MCMC ini mereka mempunyai kepakaran. Jadi, mungkin juga untuk menjimatkan kos Kerajaan Negeri ya. Kolaborasi di antara Jabatan Hal Ehwal JHEAINS ini bersama dengan MCMC ya. Untuk sementaralah. Untuk mencari mungkin lambat kan tapi bila ini sudah di implement sudah banyak isu-isu yang akan ini kita mungkin boleh kerjasama dengan MCMC ya. Mengambil kepakaran mereka untuk membolehkan kita mencharge ya orang-orang buat kesalahan yang di berada di media sosial yang semakin berleluasa sekarang ini.

Saya rasa, itu sahaja pandangan saya. Mungkin ada satu lagi. Berkaitan dengan yang mana baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu pembatalan ya Enakmen

I Mahkamah Syariah yang di Semenanjung ya. Yang berkaitan dengan Perkara 121A ya. Perlembagaan yang mana ini memperuntukkan undang-undang kita yang mana satu Mahkamah Tinggi membatalkan Enakmen ya. Enakmen Mahkamah Syariah. Ah, jadi mungkin juga kita kena cuba lagi untuk pertingkatkan lagi.Kalau kita lihat Undang-undang Syariah yang ada terutamanya di negeri Sabah ini ya. Memang ada hukum hudud ya. Cuma hukum-hukum hududnya ini hukumannya cuma takzir. Ya. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri ya mungkin ada ruang untuk kita mempertingkatkan lagi kita punya Mahkamah Syariah ini berkaitan dengan hukum-hukum kerana ini adalah kuasa negeri. Negeri mempunyai kuasa untuk membentuk enakmen-enakmen ya berkaitan dengan orang-orang Islam terutamanya di negeri Sabah ini.

Kalau hukuman-hukuman takzir itu mungkin kita boleh lihat di pergi hukum hudud ya yang mana mungkin sekarang ini kita fobia ataupun allergic dengan hukum hudud kerana ramai yang tidak tahu apa ini hukum hudud tidak ada penerangan. Jadi, mungkin kalau ada satu inisiatif daripada pihak JHEAINS ya untuk memperkenalkan ataupun memperjelaskan lagi apa ini hukum hudud agar kita boleh memartabatkan lagi Mahkamah Syariah kita.

Mudah-mudahan dengan cadangan ini dan kesepakatan kita untuk memartabatkan Mahkamah Syariah ini mendapat rahmat daripada Allah SWT dan memakmurkan lagi negeri Sabah ini. Insya-Allah. Ah, itu sahaja daripada saya. Mohon mencadang dan menyokong Rang Undang-undang ini. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum wabarakatuh.

Speaker

Yang mana satu ni YB? Mencadang ka menyokong?

Ada cadangan juga dan saya menyokonglah. Kalau cadangan diterima, alhamdulilah. Kalau tidak pun, insya-Allah, mungkin pada sesi akan…

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Bugaya.

Terima kasih.

I

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini itu dibacakan. Maaf. Yang Berhormat Menteri sila jawab. Saya mahu cepat habis kali ah. (Ketawa).

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya pun mahu cepat habis ini.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Boleh soalan tambahan? Tuan Speaker.

Speaker

Ya.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Boleh soalan tambahan?

Speaker

Tiada soalan lagi. Penutupan sudah. Penggulungan.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan wakil rakyat DUN yang telah memberikan, membahas-membahas dan memberikan beberapa cadangan yang baik daripada Senallang Yang Berhormat Datuk Seri, daripada Ahli Dewan Yang Dilantik Dr. Yang Berhormat Dr. Aliakbar, adinda saya Yang Berhormat dari Bugaya. Saya ingat tiga sahaja dan kita menyambut baik beberapa cadangan yang telah disampaikan antara yang dikemukakan berhubung dengan tiga perkara. Pertama, berhubung dengan penguat kuasa. Kedua, berhubung dengan pendakwaan dan ketiga berhubung dengan mahkamah. Mahkamah Syariah. Ketiga-tiga ini ada bahagian masing-masing. Penguatkuasaan ada, kita bahagian penguatkuasaan ah, di JHEAINS yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah 48 ah, S48 di bawahnya 41 dan ah, beberapa staff lagi. Kemudian, pendakwaan pun bahagiannya yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah kemudian ada Penolong-penolong Pengarah dan ah, staff-staff yang lain. Mahkamah Syariah tersendiri dan inti daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi perlu ada ketertiban. Satu.

Kedua, perlu ada pengurusan yang baik. Dua. Yang ketiga, perlu ada penaiktarafan pemerkasaan kepada ketiga-tiganya. Ini kita ambil kira. Termasuklah juga apa yang disebutkan

I oleh Yang Berhormat Bugaya tadi yang berhubung dengan keperluan tenaga daripada ketiga-tiga ini.

Saya juga menyambut baik cadangan-cadangan berkenaan termasuklah kita ada Jawatankuasa Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Peguam Besar Negeri Sabah dan di kalangan tokoh-tokoh undang-undang kita dan alhamdullilah, merekalah yang bekerja keras melihat kepada keperluan. Melihat berhubung dengan enakmen-enakmen kita apa yang perlu dinaik taraf termasuklah pengurusan ini. Dan kita juga dalam cadangan kajian sudah dalam membuat kajian berhubung apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi bagaimana kita…

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

untuk mengambil semula, baru… baru kajian berhubung mengambil semula.

Sebenarnya guna sama daripada Mahkamah Syariah ini dan itu sedang dalam perbincangan dan dalam se… sedang kajian jawatankuasa kita di peringkat jawatankuasa. Dan berhubung dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bugaya, Perkara 121 ini juga kita sedang teliti di bawah jawatankuasa Undang-undang Syariah, Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil.

Dan ada beberapa kes yang berhubung dengan di Enakmen kita, ada di dalam sivil. Ini kita lihat dan sedang dibincang dengan begitu rapi oleh jawatankuasa ini. Tapi di peringkat pusat, ada jawatankuasa khas sebab itu kita meminta agar di peringkat pusat dimasukkan salah seorang daripada wakil kita untuk menjadi ahli dalam jawatankuasa induk untuk mengkaji Enakmen Syariah di peringkat pusat. Saya juga menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat ADUN Dilantik, berhubung dengan keperluan-keperluan yang perlu disempurnakan untuk tiga bahagian ini. Dan ini semua akan kita ambil maklum dan kita akan mencari jalan bagaimana kita bersama-sama memperkasa syariah termasuk memberi kesedaran syariah terhadap umat Islam seperti mana dicadangkan oleh Yang Berhormat Bugaya, agar undang-undang ini tidak dilihat sangat menakutkan atau agak

I menakutkan dan sebagainya, agar undang-undang ini menjadi salah satu daripada nilai kasih sayang, nilai peringatan, nilai kesedaran dan sebagainya. Sekian saja Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) (No.2) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) (No.2) 2024.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa, hari apa?

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadang.

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya mohon mencadang Tuan Speaker bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan

I Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Lupa dia. Speaker pun tengok.

Speaker

Uii, kau tiada kasih turunkah tadi?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Dia pusing tengok-tengok.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya mohon melaporkan Tuan Speaker bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga bila?

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, sekarang.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju.

Yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

I

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan 2024)Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan 2024).

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas telah pun selesai dan berjalan dengan lancar dan aman.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Inti pati perbahasan adalah padat dengan idea-idea, pandangan dan juga diselitkan dengan kritikan-kritikan yang bernas serta constructive demi untuk kepentingan rakyat Sabah. Diharapkan segala cadangan dan pandangan dari Ahli-ahli Yang Berhormat, dapat dinilai dan diambil kira oleh pihak… oleh pihak ahli pentadbiran untuk sama-sama kita memakmurkan negeri kita.

Empat hari mendengar ucapan-ucapan perbahasan para YB, pandangan dan kritikan yang baik jadikanlah tauladan, cemuhan yang tak baik letak sahaja di tepi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri sidang daripada Yang Berhormat N.27 Limbahau pada 18 April hingga 25 April 2024, dan saya telah meluluskan permohonan cuti tersebut dan didoakan moga segala urusan beliau dipermudahkan. Seperti biasa saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat, dan kembalikannya semula kepada pentadbiran Dewan sekiranya terdapat pembetulan. Diingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri, untuk menda... mengemukakan jawapan secara bertulis kepada mana-mana soalan Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab secara lisan ataupun semasa perbahasan di...

sesegera yang boleh, dan sila pastikan kemukakan satu salinan jawapan tersebut kepada Dewan ini untuk tujuan direkodkan di hansard.

Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dari daripada Polis Diraja Malaysia termasuk anggota perbarisan, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Penerangan, RTM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Jabatan Cetak, Bahagian Istiadat dan Protokol, Dewan

I Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri, Muzium Negeri Sabah, Jabatan Air, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Negeri Sabah, Sabah Net, SESB, wakil-wakil media massa, semua kakitangan dan pegawai kementerian, serta semua pegawai kerajaan serta semua kakitangan Dewan Undangan Negeri, serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak, dalam pengendalian Istiadat Pembukaan Penggal DUN Yang Kelima pada 18 April 2024 lalu, sehingga selesai Mesyuarat Pertama dalam Penggal Kelima pada hari ini.

Kalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau pemimpin semua bersatu hati, Mudahlah negeri Sabah kita majukan.

(menepuk meja) Saya serta kedua-dua timbalan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya atas kesilapan sepanjang pengendalian persidangan ini, terutamanya kematian elektriklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan selamat pulang dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang memandu, pandulah dengan cermat dan selamat dan elak-elakkanlah lubang-lubang di jalan raya. Dan saya doakan Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai ke destinasi masing-masing di samping keluarga yang tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan menyindir bah itu hanya nasihat, no malice. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja yang akan menyambutnya pada 1 Mei 2024 nanti, dan juga Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan masa hari ini sudah cukup, maka di Dewan, Dewan ini ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi, 24 April 2024.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali).

I Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 2.10 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang akan ditetapkan.”

SDN25042024/bnm