Selangor · 29 November 2018
14th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 364 turns · 33,258 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera aturan urusan mesyuarat bagi mesyuarat ketiga penggal pertama Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 29 November 2018 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Selamat pagi, salam sejahtera. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 44.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) SelangorQuestions
Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar:-
a) Nyatakan jumlah yang diperuntukkan kepada Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bagi membantu memulihkan projek terbengkalai di Selangor secara terperinci.
b) Nyatakan projek yang telah dan akan dipulihkan di bawah TEPAT Selangor secara terperinci.
Terima kasih kepada Tuan Speaker dan Kuala Kubu Baharu. Kuala Kubu Baharu ingin tahu tentang Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai atau singkatannya TEPAT. Jadi untuk makluman Yang Berhormat peruntukkan tabung pemulihan projek terbengkalai atau TEPAT ini telah disalurkan pada tahun 2016 berjumlah 18Juta. Bagi membantu memulihkan kemudahan infra projek perumahan terbengkalai. Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada projek terbengkalai tanpa lesen dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
ataupun KPKT. Bagi projek rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Projek yang telah dipulihkan di bawah tabung ini ataupun TEPAT Selangor adalah.. Begini tahun 2018 Kerajaan negeri telah meluluskan serta melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai projek management consultant untuk pemulihan kemudahan infrastruktur bagi projek Taman Desa Mawar mukim Hujung Permatang daerah Kuala Selangor. Dan PKNS melantik secara terus syarikat Geran Emas Development Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama. Kos untuk membaik pulih projek berkenaan adalah sebanyak RM6,360,000. Manakala kerajaan negeri juga masih dalam peringkat kajian awal ke atas penyediaan kerja-kerja infra bagi dua lagi projek perumahan terbengkalai iaitu projek pembesaran kampung Melayu Rasa, Ampang Pecah dan juga projek pembesaran kampung Koskan Sungai Cuh, Hulu Selangor. Kedua-dua kampung ini berada di dalam daerah Hulu Selangorlah. Ok salah satunya di dalam kawasan Kuala Kubu Baharu, Kampung Melayu Rasa. Untuk pengetahuan pada September baru-baru ini bulan September, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah pun pergi ke tapak projek pembesaran kampung Melayu Rasa untuk melihat sendiri projek terbengkalai tersebut dan sudah bersetuju untuk membiaya kos infra bagi projek tersebut. Jadi ini kedua-dua kampung ini, Kampung Melayu Rasa dan juga Koskan dalam peringkat penilaian. Apakah infrastruktur yang diperlukan. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Kuala Kubu Baharu.
Yang Berhormat Exco. Saya nak tanya sama ada 18juta ini adalah daripada kerajaan negeri sendiri ataupun daripada tabung yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan. Dan yang kedua, adakah tempat ini akan memperluaskan bidangnya iaitu juga membuat infra di tempat-tempat di mana projek terbengkalai itu sudah lama ada liquidator tapi jalan dia memang teruk lagi.
Ok. Terima kasih Kuala Kubu Baharu. Sebenarnya tabung ini memang daripada kerajaan negeri tidak ada bukan daripada persekutuan. Hanya penggunaan yang dicadangkan untuk dilebarkan kepada kawasan yang sudah wujud maknanya hanya infra dia agak memerlukan pembiayaan. Kita melihat ini khusus untuk projek terbengkalai maknanya pembinaannya tidak disempurnakan maka dan dia juga seperti projek pembesaran kampung ini kos infra sebenarnya tidak termasuk dalam pembangunan projek pembesaran kampung tersebut. Jadi itu tabung ini digunakan untuk menyediakan infra.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Tentang projek terbengkalai ini soalan saya adalah apakah kriteria yang digunakan oleh kerajaan untuk memilih sesuatu tempat itu sebagai projek yang dipulihkan di mana saya melihat keutamaannya diberikan kepada pembesaran kampung. Pembesaran kampung ini yang saya tahu ada masalah yang berkaitan dengan politik dan sebagainya tetapi dia antara yang mudah nak diselesaikan kerana kuasa negeri. Jadi saya nak tahu apa kriteria yang digunakan untuk memilih pembesaran kampung sebagai projek terbengkalai yang nak dipulihkan.
Baik ini soalan berkaitan dengan kriteria untuk dikategorikan sebagai projek terbengkalai yang dipilih untuk dipulihkan. Baik, satunya dia kalau projek pembesaran kampung ini memang banyak jugalah yang terbengkalai masalah seperti mana Yang Berhormat Hulu Kelang sebut isu politik. Jadi, pemilihannya adalah berdasarkan paling kurang masalahlah. Sebab masalah utamanya adalah untuk mengenal pasti dan juga menjejaki pembeli ataupun pemilik tanah tersebut. Itu kita menghadapi masalah kerana projek ini sudah terbengkalai puluhan tahun. Jadi untuk menjejaki mereka itu mengambil masa. Itu yang kurang masalah lah dari segi kedua adalah dari segi status pembangunan tersebut. Complition dengan izin projek tersebut berapa peratus. Jadi kalau peratusannya lebih tinggi itu lebih mudah lah untuk diselesaikan. Jadi, itu kriteria yang besarlah yang utama yang kita lihat untuk dipilih sebagai menerima wang untuk dipulihkanlah. Khusus yang berkaitan tabung TEPAT ni.
Tuan Speaker sikit lagi.
Hulu Kelang.
Yang Lepas, pengalaman yang lepas adalah apabila kita pulihkan projek itu ada bayaran yang boleh didapati melalui pembayaran kontra. Kawasan perumahan ada bayaran kontra, flat ada bayaran kontrak. Adakah pembersihan kampung pemulihannya boleh melibatkan pembayaran kontra. Dia tak bayar in time, eh tak dia bayar in cash dia bayar in time.
Saya kurang pasti apa Yang Berhormat maksudkan.
Saya dulu merupakan dipilih, dilantik sebagai pengerusi task force pemulihan projek terbengkalai yang telah berjaya kita buat di
Puchong itu adalah kerana ada unit-unit yang tak siap tapi ada duit lagi pada bank yang boleh digunakan oleh penyelamat kontraktor penyelamat untuk mendapat bayaran kontra. Kontra itu dalam bentuk unit yang dia disiapkan. Katakanlah dia boleh siapkan seratus unit dia dapat ini. lima unit katakanlah bayaran daripada rumah dia boleh jual.
Baik itu sebenarnya berlaku bila perkara ini dibawakan ke mahkamah untuk di maknanya dipanggil apa ya declaration of ownership di mana liquidator ataupun pemaju penyelamat itu meletakkan sejumlah wang untuk di maknanya digunakan sekiranya ada pemilik yang akan datang kemudian bila dimulakan pemulihan projek tersebut. Jadi yang itu. Tapi kalau selain daripada itu pihak liquidator sebenarnya hanya apa yang ditinggalkan oleh syarikat yang telah gulung maka aset yang ada itu sahaja yang digunakan untuk guna kontra kos pemulihan. Tapi maklumat tambahan sebenarnya di peringkat KPKT mereka ada tabung yang dikhususkan untuk pulihkan projek-projek terbengkalai ini. Tapi itu sudah tentu perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan pembiayaan tersebut.
Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Exco soalan tambahan. Boleh Yang Berhormat sahkan sama ada usaha pemulihan projek terbengkalai sama ada ia juga merangkumi projek di mana pada asalnya adalah untuk pembangunan komersial atau ia hanya untuk pembangunan kediaman. Terima kasih.
Untuk pengetahuan Subang Jaya, sebenarnya projek terbengkalai ini ada banyak kategori. Dia ada perumahan, dia ada komersial dan juga industri. Jadi termasuklah kesemua itu.
Meru. Tak hadir? Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 46.
PERTANYAAN – PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB DATO’ MOHD IMRAN BIN TAMRIN (N03 SUNGAI PANJANG)
TAJUK : BANJIR KILAT
46. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :-
a) Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?
b) Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membantu mangsa banjir kilat dari 2016-2018.
Terima kasih Speaker dan Sungai Panjang yang menanyakan soalan berkenaan dengan banjir kilat. Bagi jawapan A, kerajaan negeri melalui unit pengurusan bencana telah membuat persediaan dengan mengadakan mesyuarat working group yang melibatkan jabatan teknikal, agensi respons dan agensi bantuan di peringkat negeri Selangor bagi membincangkan dan menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana khususnya di hujung tahun yang dikenali sebagai musim tengkujuh. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan surat arahan persediaan menghadapi bencana kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, JPBD yang diketuai oleh ketua-ketuanya iaitu pegawai daerah dan amaran awal kepada orang awam melalui hebahan kenyataan media. Perincian tarikh-tarikh pelaksanaan tersebut adalah seperti berikut :-
Pertama, butirannya iaitu mesyuarat sebanyak tiga mesyuarat telah dianjurkan iaitu pada 16 Mei, 6 Ogos dan 15 Oktober 2018 yang merujuk kepada bilangan satu iaitu pada bulan Mei berkenaan dengan musim kering atau fenomena Elmino, bilangan dua, fenomena air pasang besar pada 6 Ogos dan yang ketiga, berkenaan dengan musim monsun timur laut ataupun dikatakan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi ataupun sedang kita hadapi sekarang ini.
Kedua, surat-surat arahan telah dikeluarkan pada 28 Ogos, 5 Oktober dan 17 Oktober, yang merujuk kepada persediaan-persediaan bagaimana persediaan dengan air pasang besar pada September dan Oktober 2018. Persediaan menghadapi bencana peringkat tinggi di negeri Selangor dan surat arahan persediaan menghadapi bencana bagi musim monsun timur laut pada 17 Oktober khususnya untuk jawatankuasa bencana di peringkat daerah. Tiga kenyataan media juga telah dikeluarkan iaitu pada 5 September, 4 Oktober dan 17 Oktober merujuk kepada fenomena-fenomena bencana yang bakal dan dijangkakan turut melibatkan di beberapa kawasan di negeri Selangor. Manakala soalan B, berikut adalah jumlah perbelanjaan bagi membantu mangsa banjir kilat dari tahun 2016 sehingga 2018. 2016 sebanyak RM511,920.66 dibelanjakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir kilat. Tahun 2017 RM351,156.30 telah digunakan dan sehingga ke bulan Oktober atau bulan September sebanyak RM188,155.30
dibelanjakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir kilat di negeri Selangor. Terima kasih.
Batang Kali.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, banjir kilat merupakan satu masalah yang menghantui penduduk. So, adakah pihak kerajaan negeri bercadang untuk memberikan peruntukan kecemasan yang boleh digunakan oleh pegawai-pegawai daerah tanpa merujuk kepada UPEN? Kerana mungkin ada titi yang roboh dan sebagainya. Kalau tunggu masa rujuk ke UPEN, mungkin mengambil masa. Kita sedia maklum memang YB-YB ada peruntukan yang boleh kita keluarkan di bawah RM20,000 tetapi kalau boleh Adun-Adun ini jangan sentuh peruntukan Adun untuk membaiki jambatan dan sebagainya akibat banjir kilat ini kerana Adun banyak peruntukan lain yang perlu diminta oleh sekolah dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ni memang telah diperuntukkan RM50,000 untuk bantuan bencana kepada mangsa-mangsa banjir. Namun begitu, untuk masalah-masalah infra terutama kos yang besar memang akhirnya terpaksa merujuk kepada kerajaan negeri atau Unit Perancang Ekonomi. Dan saya juga ingin menyatakan bahawa tidak ada salahnya untuk kita menggunakan peruntukan-peruntukan Dewan Undangan Negeri kerana di sanalah akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat. Namun begitu, kalau ada projek-projek ataupun ada perkara-perkara khusus yang memerlukan tindakan segera pihak kerajaan negeri, dan sememangnya kerajaan negeri akan sedia menyalurkan. Ini telah dibuktikan dalam beberapa occasion (dengan izin) ataupun dengan beberapa perkara termasuk kejadian tanah runtuh, termasuk kejadian banjir dan sebagainya yang kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan negeri sama ada pendahuluan ataupun sebagai membiayai kos untuk menampung kos yang besar terutama yang melibatkan jutaan Ringgit Malaysia. Terima kasih.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 47.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Sisa Loji AirQuestions
47. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :-
a) Sub-soalan telah ditolak;
b) Apakah langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan sisa-sisa lumpur ini supaya tidak mencemar sungai dan parit?
Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB Ijok. Loji-loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 menggunakan Sistem Lagun bagi proses rawatan sisa air. Bagi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), pihak Air Selangor telah mengambil langkah dan tindakan perlu bagi mengelakkan sisa-sisa lumpur daripada mencemar sungai dan parit seperti berikut:-
a) Menjalankan kerja-kerja pengorekan lumpur de silting works (dengan izin) di kawasan lagun dan melupuskannya ke Tapak Pelupusan Khas Bukit Badong bagi mengelakkan limpahan lumpur ke sungai dan parit berdekatan. Kerja-kerja de silting tersebut dilaksanakan ataupun menyah mendapan atau menyah keladak secara berterusan;
b) Melaksanakan pensampelan kualiti efluen yang dilepaskan serta dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar melalui online effluent reporting secara mingguan berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974;
c) Untuk jangka panjangnya, Air Selangor telah merancang dan memperuntukkan bajet Capex 2019 ataupun Perbelanjaan Modal 2019 bagi mereka bentuk dan Perbelanjaan Modal 2020 untuk pembinaan Sistem Rawatan Enap Cemar Mekanikal ataupun Sludge Treatment Facility (STF) bagi menggantikan sistem konvensional yang menggunakan sistem lagun untuk proses rawatan sisa air. Sistem Rawatan Enap Cemar Mekanikal ini merupakan sistem aliran efluen sifar ataupun zero discharge. Terima kasih.
Kampung Tunku.
Terima kasih YB Speaker. Soalan saya 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Rumah Terbiar Dan Tidak BerpenghuniQuestions
48. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :-
a) Rumah terbiar (abandoned houses) adalah isu berbangkit bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tanggungjawab PBT terhad kepada pembersihan dan pemotongan rumput yang berkala. Berapakah bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh semua PBT Selangor?
b) Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini?
Terima kasih Kampung Tunku. Bilangan rumah terbiar yang dilaporkan oleh PBT adalah sebanyak 4,907 buah. Berikut adalah perincian jumlah rumah terbiar mengikut PBT masing-masing:-
BIL PBT JUMLAH RUMAH TERBIAR 1 Shah Alam 1,995 2 Petaling Jaya 178 3 Klang 114 4 Ampang Jaya 360 5 Subang Jaya 568 6 Selayang 190 7 Kajang 119 8 Sepang 152 9 Kuala Langat 988 10 Hulu Selangor 63 11 Kuala Selangor 150 12 Sabak Bernam 30
Kerajaan negeri melalui PBT menjalankan penguatkuasaan di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Notis Penalti Kacau Ganggu Dihapuskan, dikeluarkan kepada pemilik ataupun pemunya untuk membersihkan kawasan mereka. Sekiranya ingkar notis, kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh PBT dan segala kos yang terlibat akan dituntut daripada pemilik.
Bagi pendekatan jangka pendek. PBT menjadikan amalan kerja membersihkan rumput dan semak-samun di rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sebanyak dua
kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan kacau ganggu di kawasan perumahan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Kampung Tunku.
Terima kasih YB Exco. Saya sebenarnya terkejut sikit kerana mendengar Majlis Bandar Raya Petaling Jaya hanya ada 178. Boleh saya tahu sampai bila data yang diterima oleh YB Exco? Dan saya rasa kami semua maklum bahawa tanggungjawab PBT ialah untuk membersihkan rumah yang terabai dua kali setahun. Tetapi di kawasan Petaling Jaya terdapat ramai (banyak) rumah terabai yang telah diabai untuk bertahun-tahun dan menjadi dengan izin (eyesore) kepada kawasan sekeliling. Jadi soalan saya dalam kertas pun (b) ialah apakah rancangan kerajaan negeri jangka panjang untuk menyelesaikan isu ini? Sama ada mewujudkan satu clawback clause (dengan izin) untuk mengambil semula rumah itu sekiranya pemilik tidak bertanggungjawab? Terima kasih.
Bagi angka yang saya dapat di sini adalah angka yang terkini dan berdaftar di dalam data MBPJ. Dan bagi soalan yang disebut tadi oleh YB Kampung Tunku, ia sebenarnya bukan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan untuk membersihkan premis persendirian. Ia merupakan tanggungjawab pemunya ataupun pemilik rumah itu. Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan premis tersebut adalah untuk mengelakkan kacau ganggu kepada jiran di rumah tersebut. Kalau pemilik atau pemunya rumah itu tidak membayar cukai tanah, kerajaan negeri berhak untuk mengambil balik rumah tersebut. Terima kasih.
Tambahan.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih YB Tuan Speaker. Pertama, saya nak bertanya tentang saya tak dengar Klang tadi. Maaf YB. Berapa jumlah rumah yang terbiar dan tidak berpenghuni di kawasan Klang? Yang kedua berkenaan dengan isu rumah yang terbiar dan tidak berpenghuni ini saya rasa kerajaan negeri perlu mengambil lebih serius. Dia bukan hanya menimbulkan kacau ganggu, tetapi dalam kawasan daerah Klang, rumah terbiar dan tidak berpenghuni ini juga menyumbang ke arah masalah denggi di mana banyak rumah-rumah yang terbiar dan tidak berpenghuni ini tidak dibersihkan malah menjadi tempat untuk kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti penagih-penagih dadah menggunakan rumah-rumah terbiar
ini untuk menghisap dadah dan kemudian banyak sampah dan sarap seperti polisterin ada dalam rumah-rumah terbiar. Betul, ianya bukan tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan tetapi perlu ada satu pelan jangka masa panjang daripada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu dan masalah rumah terbiar dan tidak berpenghuni ini.
Bilangan rumah terbiar untuk makluman Yang Berhormat di MPK adalah sebanyak 114. Sekiranya berbanding dengan PBT lain, tidak banyak sangat.
Saya rasa YB, data itu macam tidak tepat. Tak mungkin 148. Adakah ia tidak, adakah ia hanya rumah teres ataupun sekali dengan rumah flat?
Ini sekali dengan semua yang (data yang) diberi oleh MPK. Sekiranya Yang Berhormat ada
saya rasa kalau Yang Berhormat pergi ke flat Taman Telok Gedong Indah pun, dekat situ je dah berapa lebih daripada berapa yang terbiar. Jangan cerita yang 148 satu Klang 574km persegi kawasan.
ini biasanya data yang dilapor kepada PBT ada kemungkinan rumah-rumah terbiar tersebut tidak dilaporkan ke PBT. Oleh itu, saya menggalakkan Yang Berhormat untuk melaporkan semua rumah terbiar di kawasan Yang Berhormat kepada PBT supaya di PBT ada satu data yang terkini untuk mengambil tindakan. Terima kasih.
Wah, ok.
Memandangkan arahan dah dikeluarkan dalam Dewan, kita akan melaporkan. Terima kasih.
Batang Kali.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ucap terima kasih kepada PBT yang ambil tindakan yang proaktif. Apa kata dengan lot-lot tanah kosong yang terbiar? Adakah pihak PBT juga bercadang untuk mengenakan tindakan yang sama mengeluarkan notis kepada pemilik lot-lot tanah ini terutamanya di kawasan Bukit Beruntung Golf? Satu kawasan yang cantik, banyak lot-lot kosong yang dipunyai oleh ada pemunya tapi tidak dibuat rumah, dibiarkan semak-samun, adakah tindakan yang sama akan dibuat oleh pihak Exco? Terima kasih.
Saya akan membuat semakan dengan PBT tentang kawasan tersebut. Terima kasih.
Kampung Tunku.
Soalan tambahan. Terima kasih YB Tuan Speaker. Soalan tambahan, bolehkan YB Exco saya rasa pada masa ini tak ada datalah tapi dalam mungkin dalam jawapan bertulis boleh YB Exco dapatkan senarai bilangan kes di mana kerajaan negeri telah mengambil balik tanah atau rumah terabai selepas cukai tanah tidak dibayar? Dan soalan tambahan yang kedua ialah mengenai cukai tanah yang tidak dibayar. Berapa tahun cukai tanah tidak dibayar atau tertunggak sehingga kerajaan negeri mengambil tindakan? Terima kasih.
Baik, saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada YB Kampung Tunku.
saya mem
Soalan tambahan.
Sementa.
Ok, terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan dilihat tadi ada banyak unit-unit rumah terbengkalai di setiap PBT di seluruh negeri Selangor walaupun numbers ataupun unit yang dibentangkan itu agak kecil berbanding yang sedia ada di lapangan, Sementa ingin menyarankan kepada pihak kerajaan negeri agar rumah-rumah terbengkalai ini diambil alih oleh kerajaan negeri dan juga kita boleh gunakan ia sebagai dimanfaatkan. Antaranya apabila berlaku sesuatu kebakaran di satu-satu kawasan, kita boleh menempatkan penduduk ataupun keluarga yang mengalami bencana ini di rumah-rumah ini untuk sementara dan ataupun selain daripada mereka ditempatkan di dewan, sekiranya mereka tidak ada ataupun rumah mereka tidak dapat untuk diduduki dalam masa yang terdekat, mungkin kita boleh jadikan rumah-rumah ini sebagai transit untuk mangsa-mangsa bencana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Cadangan yang baik tetapi rumah tersebut pemiliknya adalah persendirian, bukan dimiliki oleh kerajaan. Maka kita tidak ada hak untuk menjadikan rumah tersebut sebagai sebuah rumah transit. Terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Taman Templer.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 49. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Pengeluar Industri Makan NegaraQuestions
49. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :-
a) Selain dikenali sebagai negeri industri perkilangan, adakah kerajaan Selangor mahu menjadikan Selangor negeri pengeluar industri makanan negara?
YB Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Taman Templer. Negeri Selangor lebih dikenali sebagai sebuah negeri yang bertunjangkan ekonomi di sektor perkhidmatan dan pembuatan. Ini telah dibuktikan dengan jumlah keluaran negeri dalam negeri kasar (KDNK) telah menyumbang lebih kurang (lebih daripada) 90% dari keseluruhan KDNK Selangor. Jika dibandingkan dengan sektor pertanian yang hanya menyumbang 1.4% pada tahun 2016 dan pada tahun 2017 pada 1.5% yang bernilai RM3.99billion. Pada ketika ini negeri Selangor sukar untuk mencapai ke arah menjadi sebagai pengeluar makanan utama negara. Faktor utama kepada perkara ini ialah disebabkan oleh keluasan tanah untuk pertanian yang semakin mengecil akibat dari pertembungan guna tanah dengan kawasan perumahan dan juga komersial. Namun begitu, negeri Selangor boleh menjadi sebuah negeri pengeluar hasil pemakanan proses yang terbesar ataupun di bawah Industri Asas Tani serta menjadi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian disebabkan faktor lokasi yang amat strategik serta asas sebuah negeri yang berpaksikan kepada sektor pembuatan yang kukuh. Walau bagaimanapun, ada beberapa pendekatan sebagaimana yang digariskan di dalam ucapan belanjawan YAB Menteri Besar yang menggariskan antara perkara-perkara ataupun prinsip asas kepada yang akan dilaksanakan untuk memperbaiki ataupun memperkasakan memperkasakan industri pertanian ataupun makanan di negeri Selangor.
Antara pendekatan yang akan diambil ialah (pertama ialah) memberi tumpuan kepada inisiatif hasil pertanian bermutu tinggi atau bernilai tinggi ataupun high value agriculture product tanpa kita mengambil ataupun tanpa kita mengabaikan, meminggirkan tanaman-tanaman asasi kita seperti padi yang menyumbang yang tanahnya di sekitar
lebih 18,000 hektar di kawasan barat laut iaitu daripada Kuala Selangor ke Sabak Bernam dengan memberi tumpuan kepada penghasilan mutu padi yang tinggi. Dan juga tanaman-tanaman lain yang kita akan kenal pasti untuk kita buat galakan supaya dapat memberi pulangan yang tinggi kepada para petani.
Yang keduanya ialah memberi, menumpukan kepada bersesuaian dengan pendekatan industrial revolution ataupun revolusi industri 4.0 ke arah penggunaan teknologi dan moden kepada juga akan digunakan dalam sektor pertanian. Ini melibatkan penggunaan research and development yang di dalam pembekalan benih yang berkualiti dan juga kalau daripada ternakan itu, pada baka yang berkualiti. Contohnya sebagai kalau kambing itu black belly barber dose merupakan antara baka yang sangat sesuai. Dan juga untuk tanaman-tanaman telah pun dikenal pasti antaranya sebagai lemon mettle MB2 nanas dan juga HBG yang telah disebut dalam belanjawan. Jadi penekanan juga perlu kepada penggunaan input pertanian yang moden dan kelestarian alam sekitar seperti penggunaan mikro ataupun EM dan juga bahan-bahan baja organik untuk membantu selain daripada menjaga kelestarian alam sekitar dan juga meningkatkan mutu pertanian negeri.
Yang ketiganya ialah juga melengkapkan rangkaian (rantaian) nilai ataupun bekalan supaya para petani akan bukan saja dapat menumpukan kepada pertanian yang baik, yang bagus juga dapat juga memastikan pemasarannya juga berjalan dengan betul. Masalah yang kita hadapi banyak ialah apabila pertanian itu dibuat, mereka tidak mendapati masalah dalam pemasaran. Jadi peranan FAMA untuk kali ini di bawah Malaysia baru ini di negeri Selangor banyak membantu bagi memastikan pemasaran juga berjalan dengan seiring.
Yang keempat ialah juga pembangunan agropreneur ataupun usahawan tani akan diperkemaskan dengan sokongan daripada pihak-pihak yang boleh memberi dana dalam pembangunan agropreneur ini termasuklah daripada HIJRAH, daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan juga Agro Bank. Ini juga dengan penggunaan industrial revolution 4.0, penggunaan drone dan juga fertigasi akan membantu bukan sahaja meningkatkan hasil tapi juga menggalakkan agropreneur muda ataupun usahawan muda untuk sama-sama melibatkan diri dalam industri pertanian.
Dan yang terakhir itu ialah pengenalan ataupun melengkapkan usaha pembangunan pertanian ini juga bersama-sama dengan agro tourism atau pelancongan. Antaranya yang kita telah mengenal pasti antaranya termasuklah di Selangor Fruits Valley di Bestari Jaya yang akan merupakan jadi salah satu tumpuan agro pelancongan di negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Templer.
Terima kasih Tuan Speaker. Nak tanya kepada Exco soal berkaitan dengan foods security (dengan izin) kalau andai kata Yang Berhormat Exco ada maklumat, kalaulah terjadi sesuatu bencana ataupun malapetaka kepada negara (nauzubillah lah), kita nak tanya apakah langkah ataupun apakah perancangan pihak kerajaan negeri ataupun kerajaan Malaysia ataupun dalam maklumat Yang Berhormat langkah-langkah untuk soal kecukupan makanan (sumber makanan) dalam negara kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Soalan berhubung dengan foods security ataupun jaminan bekalan makanan negara sememangnya memang dibincangkan bukan sahaja di peringkat negeri tapi di peringkat negara. Dalam pertemuan bersama-sama Exco-exco Pertanian dan juga Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, memang dibincang secara panjang lebar berhubung dengan foods security dan juga SSL iaitu self selfishency level (tahap kecukupan kendiri) kita pun diberi pertimbangan. Dan sememangnya memang menjadi dasar kerajaan (saya menjawab bagi pihak kerajaan Malaysia lah) yang dibincangkan bahawa tugas untuk menyediakan jaminan bekalan makanan ini dibuat di peringkat persekutuan kerana memandangkan ada negeri-negeri yang mempunyai tanah lebih luas, maka mereka akan diberi tanggungjawab yang lebih besar untuk menyediakan makanan-makanan asasi ini. Bagi negeri-negeri seperti Selangor yang tanahnya tidak banyak berbanding dengan negeri Sarawak, ataupun berbanding dengan Johor dari segi kegunaan tanah untuk pertanian, kita lebih menumpukan kepada produk-produk industri asas tani di mana kita adalah ke depan dalam industri pembuatan. Jadi industri asas tani ini untuk makluman merupakan industri-industri makanan yang berasaskan kepada sumber pertanian iaitu contohnya yang diproses daripada pertanian, daripada penternakan, daripada perikanan. Bila diproses dalam bentuk kerepek ataupun keropok lekor ataupun dalam segala jenis burger, ini semua adalah dianggap di bawah Industri Asas Tani dan Selangor merupakan negeri yang paling ke hadapan dari segi jumlah para agropreneur yang terlibat dalam bidang industri asas tani ini. Di anggarkan baru ini lebih daripada 800 pengeluar produk-produk yang Industri Asas Tani adalah daripada Selangor. Jadi Selangor boleh menjadi peneraju dan ini juga memberi sumbangan menyumbang kepada jaminan bekalan makanan kita di negara kita. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih YB Speaker dan YB Exco. Saya ada dua soalan. Yang pertama, memandangkan YB Exco menyebut bahawa sektor pertanian kita hanya menyumbangkan sekitar 1.4% hingga 1.5% berbanding sumbangan negeri Selangor kepada kadar KDNK negara dan saya kira ada beberapa langkah-langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri sebelum ini termasuk melalui pembangunan pelan induk pertanian negeri Selangor. Justeru, saya ingin bertanya apakah status kepada pembangunan pelan induk pertanian negeri Selangor ini? Dan yang kedua, memandangkan YB Exco juga menyebut bahawa antara salah satu masalah di negeri Selangor ialah kerana ketidakcukupan tanah. Justeru, saya ingin bertanyakan apakah status kepada pelaksanaan program ladang Smart Selangor yang sebelum ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri? Terima kasih.
Terima kasih YB Gombak Setia. Saya sebenarnya telah meneliti dan melihat pada pelan induk pertanian itu dan kita sememangnya ada beberapa pensejajaran yang kita perlu buat kepada pelan berkenaan. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu langkah yang baik dan sememangnya apa yang kita cadangkan ini, ia merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk membantu kita dalam melaksanakan pelan yang berkenaan. Dan saya sebagaimana yang saya sebutkan semalam dalam ucapan yang sempat (walau sekejap saja) kerana kesuntukan masa berhubung dengan tanah di negeri Selangor. Ini kalau kita lihat di bawah TKPM (Taman Kekal Pertanian Malaysia) ini yang diuruskan oleh Jabatan Pertanian hanya di sekitar 3,000 ekar sahaja keseluruhan Selangor berada di 10 lokasi yang melibatkan banyak kawasan-kawasan pertanian di negeri Selangor lah iaitu di Kuala Langat (Daerah Kuala Langat), Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor lah banyaknya dan juga Gombak. Ada itu. Jadi 10 lokasi itu hanya 3,000 ekar. Dan yang diuruskan oleh veterinar ada di 9 lokasi (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) sekitar 850 ekar sahaja. Jadi itu yang diuruskan oleh dua jabatan yang besar yang terlibat langsung dalam pertanian. Selain daripada itu PKPS yang banyak juga mempunyai tanah pertanian dan kita sedang mengenal pasti yang paling penting sekarang ini, saya telah minta kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti tanah-tanah yang kita masih ada di Selangor yang sesuai untuk kita bangunkan industri pertanian kita ini. Tapi sebagaimana yang sedia maklum, mungkin Yang Berhormat sedia maklum kita banyak tanah diceroboh. Jadi kita menghadapi masalah sebagainya. Contoh di Sungai Kelambu, di Olak Lempit yang nak bangunkan trans lokasi lembu ini pun telah diceroboh. Jadi memakan masa untuk kita betulkan keadaan.
Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan keperluan untuk pihak kerajaan memberi fokus kepada pertanian ini dan saya dalam perbahasan di Dewan ini pun kita dapat melihat bagaimana kawasan contohnya di Sungai Ramal yang dibangunkan oleh salah seorang agroprenur Selangor. Dalam kawasan yang sempit (3 ekar sahaja) tapi dengan menggunakan kaedah-kaedah green houses ini (pelindung hujan ini) dan juga fertigasi moden, smart censor dan sebagainya mampu menghasilkan lebih dua kali ganda ataupun mungkin lebih daripada dua kali ganda hasil yang biasa dapat diusahakan di tanah yang sama luas. Jadi usaha-usaha pemodenan ini dan juga mengenal pasti kesesuaian jenis tanaman itu penting untuk pastikan bukan sahaja dapat memberikan hasil yang tinggi tetapi juga dalam pemasaran nanti. Kalau kita ingat sejarah dulu, pada satu ketika sangat popular dengan penanaman buah dokong. Jadi bila semua tanam buah dokong, bila satu ketika masak pasarannya menjadi masalah. Sebab apa? Tidak dapat dijual dengan harga yang bagus. Begitu juga apa yang berlaku dengan buah naga pada satu ketika di mana popularnya buah naga ini. Jadi semua menanam buah naga, bila musim buahnya jadi serentak dan sukar untuk dipasarkan.
Jadi kepelbagaian dalam pertanian ini pun penting untuk pastikan bahawa kita dapat pertahankan harga pasaran yang baik supaya memberi pulangan yang baik kepada pertanian (pada para petani kita). Ini antara pendekatan-pendekatan yang saya sebut tadi. Lima teras pembangunan pertanian di negeri Selangor ini yang saya yakin boleh membantu bukan sahaja meningkatkan hasil kepada para usahawan atau agroprenur kita, dalam masa yang sama meletakkan Selangor di antara negeri yang ke hadapan dalam pembangunan pertanian, ternakan dan juga dalam industri asas tani. Terima kasih.
Tambahan.
Tuan Speaker.
Sungai Kandis.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan berkaitan dengan pertanian. Saya diberitahu oleh Pegawai Pertanian bahawa Johan Setia (Daerah Klang) merupakan pengeluar kedua terbesar di negeri Selangor tentang produk hasil sayuran hijau selepas Ulu Yam. Tapi tadi YB Exco tak sebut daerah Klang sebagai pengeluar. Sedangkan di situ ada lebih 1,000 ekar petani-petani mengusahakan produk pertanian. Soalan saya ialah mereka ini menghadapi masalah untuk pembersihan kebun dan selalu mereka akan membakar untuk pembersihan. Apakah teknologi yang ada untuk
membantu mereka membuat pembersihan? Yang kedua, mereka menghadapi masalah jentera untuk pembersihan kerana tidak ada peruntukan untuk membeli traktor dan juga alat-alat mesin untuk pembersihan. Adakah kerajaan negeri Selangor ada peruntukan untuk membantu mereka? Terima kasih.
Terima kasih. Walaupun tidak begitu agak lari sikit daripada ini tapi tak apa. Saya sedia untuk berikan sedikit
Umum sahaja ya?
Umum sahaja. Berhubung dengan Johan Setia ini, kita sedia maklum ini sejarah lama pembangunan pertanian di kawasan berkenaan dah hampir 4,000 ekar kawasan berkenaan yang terlibat dalam program dahulunya dipanggil Revolusi Hijau. Dan saya bersetuju dan saya minta maaf kepada mungkin saya terlepas pandang tadi berhubung juga dengan pembangunan pertanian di kawasan berkenaan yang menyumbang juga kepada. Betul. Tepat sekali. Memang menyumbang . antara kawasan yang paling tinggi pengeluaran sayur-sayuran di negeri Selangor (yang kedua). Dan kita sekarang ini memang sedang meneliti dan baru ini pun dalam minggu lepas pun kita ada perbincangan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berhubung dengan pembangunan di kawasan berkenaan. Bagaimana kita nak menangani bukan sahaja isu pertanian di situ, tapi juga melibatkan isu-isu lain terutama pencerobohan lagi dan juga isu-isu berkaitan dengan alam sekitar. Kerana kawasan berkenaan adalah kawasan gambut dan mempunyai ada isu-isu yang tersendiri dan kita akan beri perhatian. Tapi saya memberi jaminan di sini, kita akan melihat semua perkara. Bukan maksudnya bila kita sebut kita memberi tumpuan kepada industri pertanian yang berhasil tinggi ataupun high value crock ini. Bukan itu tujuan yang mana kita abaikan yang lain. Tidak. Kita tidak boleh. Saya faham macam di Kuala Langat itu antara hasil mereka yang utama ialah cili. Dan hari itu kita bekerjasama dengan pihak kerajaan pusat untuk menyekat daripada cili Vietnam masuk ke Malaysia. Baru naik harga sekali ganda. Sebelum itu harga memang mengeluh masing-masing kerana harga cili yang terlalu rendah. Jadi bila kita sekat itu, makna telah naik sekali ganda harga cili di Kuala Langat. Tidak. Kita tidak mengabaikan keperluan untuk sayur-sayuran dan tanaman lain tapi kita ingin memberi fokus juga dalam masa yang sama kepada yang boleh memberi pulangan yang baik kepada rakyat. Ini dalam masa yang sama kita akan bantu juga macam padi pun kita walaupun kita tahu menghadapi banyak masalah terutama di daerah Sabak Bernam, kita tetap membantu untuk memberikan hasil pulangan yang tinggi. Begitu juga dengan sayur-sayuran dan juga tanaman yang lain. Terima kasih.
Tambahan Speaker. Ini soal makanan ini.
Sungai Burong cukuplah ya. Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Sungai Burong Nombor 50.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Pembangunan Ekonomi Petani Dan PenternakQuestions
50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-a) Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi petani dan penternak? b) Senaraikan bantuan yang telah diberikan kepada petani dan penternak dari 2016-2018.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Burong inisiatif baharu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi petani dan penternak adalah dengan memberikan galakan dan insentif yang saya sudah sebutkan tadi iaitu pelan pertanian berteknologi moden. Termasuklah juga dalam sawah itu sendiri kita akan memberikan tumpuan penggunaan mikrob dan juga baja-baja organik bagi meningkatkan hasil yang tinggi sesuai dengan pendekatan kita iaitu high value agriculture product ataupun bernilai tinggi dan juga mengamalkan konsep pertanian PERSIS ataupun Precision Agro culture yang telah mula dilaksanakan sebenarnya untuk sawah kita beri contoh di sawah telah mula dilaksanakan di Simpang Lima yang menggunakan dron, bukan sahaja , ini dron pertanian yang harganya lebih kurang dalam RM50-60 ribu satu yang boleh membawa 10 liter baja. Bukan sahaja digunakan untuk semburan baja dan juga racun tetapi juga untuk surveillance ataupun pemantauan supaya kawasan-kawasan yang dapat dipantau oleh dron ini bukan sahaja dia kita dapat mengurangkan baja, hanya kita akan daripada pemantauan ataupun surveillance itu kita boleh menentukan kawasan mana yang diserang oleh penyakit supaya kita dapat ambil tindakan awal dan juga kawasan yang mana kekurangan baja kita bagi tumpuan di situ sahaja. Jadi ini mengurangkan penggunaan baja dan mengurangkan kos dan dalam masa yang sama juga mengurangkan penggunaan racun yang melampau di kawasan-kawasan pertanian. Jadi yang keduanya, antara projek-projek pertanian tanaman yang diberikan tumpuan
adalah juga termasuk penggunaan fertigasi yang tadi disebutkan dan sawah saya dah sebut tadi penggunaan dron amalan tersebut boleh mengurangkan kos buruh dan masa yang sama penggunaan baja yang optima dan pengawalan serangga perosak yang bersesuaian.
Jumlah bantuan yang telah diberikan kepada golongan petani dan penternak dari tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut :
Untuk 2016 - pada pertanian, jumlah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri ialah RM12,16,000.00. Untuk penternakan ialah RM2.455 juta. Jumlahnya ialah pada 2016 ialah RM14.47 juta.
Untuk 2017 – bantuan kepada sektor tanaman pada bahagian tanaman ialah RM19.52 juta. Untuk penternakan ialah RM2.7 juta. Jumlah keseluruhan ialah RM22.22 juta. Untuk 2018 – bagi ternakan ialah RM12.4 juta. Penternakan ialah RM2.39 juta. Jumlah keseluruhan ialah RM14.7 juta. Jumlah keseluruhan daripada 2016 hingga 2018 berjumlah RM51.69 juta bantuan. Sekian, terima kasih.
Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan. Dari segi inisiatif baru kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan ekonomi pertanian tadi telah dijelaskan bahawa salah satu daripada fokus kawasan padi ialah pelaksanaan kaedah transitional agriculture dengan izin yang dapat diharapkan mengekalkan hasil padi. Walau bagaimanapun, dalam kawasan sawah padi masih terdapat kawasan-kawasan yang dari segi produktivitinya rendah kerana masalah kesuburan tanah. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO apakah langkah-langkah kerajaan negeri terutama bagi memastikan bahawa tanah-tanah yang tidak subur ini dapat disuburkan. Sebab kalau kita ada kaedah tanaman yang baik ataupun yang terbaik pun kalau masalah asas iaitu tanah tidak subur. Maka hasil pengeluaran padi juga tidak akan dapat ditingkatkan. Selain daripada itu juga, tadi tersebut masalah kekangan dari segi keluasan tanah pertanian di negeri Selangor, dari segi langkah-langkah inisiatif baru adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan program-program ataupun membuka kawasan-kawasan tanah terbiar kerana walaupun jumlah tanah pertanian ini semakin mengecil, tetapi tanah-tanah yang terbiar, tanah-tanah pertanian yang terbiar di Selangor ini masih luas lagi dan mempunyai potensi untuk dibangunkan dari segi ekonomi pertanian.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Berhubung dengan persoalan yang pertama itu memang tepat sekali. Bukan
sahaja isu kesuburan ada satu lagi isu besar di kawasan terutama di kawasan Sabak Bernam iaitu isu kekurangan air yang kita terima aduan ini. Ini memang satu yang tepat dan tidak masalah di kawasan Yang Berhormat Sekinchan kerana itu air banyak di situ, yang menjadi masalah di kawasan Yang Berhormat di Sabak dan juga Sungai Air Tawar. Kerana dan ini dua perkara ini, pertama dari segi kesuburan tanah daripada tinjauan yang kita buat mendapati bahawa dia berpunca salah satu punca utamanya ialah penggunaan racun yang melampau bertahun-tahun lamanya. Tanpa dibuat treatment ataupun rawatan pada tanah. Menyebabkan bakteria-bakteria yang baik, organism yang baik dalam tanah telah pun mati kerana penggunaan racun yang melampau. Jadi sebab itu kita mengambil langkah-langkah proactive untuk menyuburkan tanah. Antaranya adalah penggunaan microbe yang saya sebut tadi. Microbe ini organism yang orang kata bakteria yang baik yang digunakan untuk menyubur dan menguraikan tanah supaya lebih subur dan kita telah mula melaksanakan perkara ini di beberapa tempat dan kita akan perluas kan untuk tahun yang akan datang ini. Jadi dan dia mesti dibuat ketika perbajakan yang pertama. Jadi untuk makluman semua bajakan 3 kali ya untuk sawah. Bajakan yang pertama ialah ketika air masih tidak lagi bertakung, masa itulah kita perlu menggunakan microbe ini. Ini akan membantu dan juga pengapuran. Penggunaan kapur pun telah diabaikan oleh petani-petani kita yang kita terpaksa kembalikan kepada Standard Operating Procedure ataupun SOP sebab itu kita menggalakkan sekarang dan kita akan mungkin mewajibkan ataupun penggunaan My GAP, Good Agriculture Practices. Amalan Pertanian baik yang sebenarnya dah ramai petani-petani kita di kawasan Barat Laut ini yang telah pun berdaftar dengan di bawah Jabatan Pertanian dan mendapat sijil My GAP ini dan itu kita akan teruskan untuk memperbaiki dan dari segi masalah air ini, pihak JPS pun telah maklum perkara ini dan kita telah pun berbincang di peringkat persekutuan pun saya dah maklum Yang Berhormat Menteri untuk pastikan ada peruntukan bagi memperbaiki infrastruktur parit dan longkang kawasan pengairan pertanian sawah di terutama di sebelah Sabak Bernam dan juga mencari tempat yang sesuai untuk kita buat kolam atau takungan yang baru bagi menambah bekalan air bagi kawasan perairan di sana.
Untuk yang kedua, tadi berhubung dengan apa ya soalan tadi saya lupa dah. Tanah terbiar ini pun merupakan satu yang langkah kita telah pun minta kepada Jabatan Pertanian dan juga bantuan daripada Pejabat Daerah untuk mengenal pasti dan kemungkinan besar antara langkah yang kita ambil ialah menubuhkan Koperasi ataupun Konsortium bagi menghimpun tanah-tanah ini untuk diusahakan. Sebab tanah Selangor ini terlalu mahal ya macam emas. Jadi kita tidak boleh biarkan tanah-tanah terbiar begitu sahaja. Akan kita usahakan untuk dan juga bukan sahaja tanah terbiar. Tanah-tanah yang makin kecil ini pun kita akan cadangkan supaya dibuat macam koperasi di Simpang Lima itu supaya dapat diusahakan secara lebih besar dan lebih
ekonomik dan hasil yang lebih kalau kita dapat buat secara berkumpulan. Ini antara perkara-perkara lagi yang antara pendekatan kita yang akan kita ambil dalam langkah-langkah seterusnya. Sekian, terima kasih.
Soalan Tambahan.
Soalan Tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengikuti ucapan yang dibekalkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi dan saya ingin bertanya tentang satu perkara berkenaan dengan ekonomi penternak dan petani di kawasan Kuala Langat. Ada disebut tadi Yang Berhormat tentang isu tentang golongan petani di kawasan Sungai Kelambu, Kuala Langat di mana salah satu masalah yang sangat besar yang menjejaskan produktiviti mereka ialah hakmilik tanah itu. Mereka mengerjakan tanah-tanah pertanian kontan, tanaman kontan di atas tanah rizab perhutanan dan saya ingin mendapatkan satu makluman pengesahan daripada kerajaan apakah hala tuju terhadap nasib golongan petani di situ. Kerana sehingga sekarang masih belum ada lagi sebarang keputusan yang muktamad tentang pemilikan tanah kerana kalau tanah ini Tuan Speaker, kalau tanah ini tidak ada satu penentuan hala tuju, maka mereka tidak akan dapat melaburkan wang dan ringgit yang banyak ke atas tanah-tanah pertanian mereka dan itu adalah soalan pertama saya.
Soalan itu terkeluar daripada tajuklah tapi walau bagaimanapun.
Ini soalan tidak berkaitan.
Saya, pada pandangan saya Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan ini ada dalam soalan dewan ini dan nanti akan dijawab sama ada oleh saya sendiri ataupun Yang Berhormat Kajang. Sebab ini melibatkan kawasan hutan ya. Hutan simpanan.
Tak perlu jawab. Taman Templer.
Terima kasih Tuan Speaker, saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO tadi disebutkan soal berkaitan dengan kekurangan tanah. Betullah soalan berkaitan dengan tanah terbiar. Itu tanah terbiarlah tapi tak adakah usaha daripada kerajaan negeri contohnya untuk kita membeli tanah-
tanah daripada negeri jiran kita. Negeri jiran kita. Contohnya daripada Perak, Negeri Sembilan ataupun dari Pahang yang berhampiran dengan negeri Selangor yang boleh kita beli untuk dijadikan sebagai satu aset kepada kerajaan negeri Selangor kemudian yang keduanya untuk kita bangunkan tanah itu sebagai tanah pertanian untuk kita beri peluang khususnya kepada golongan muda yang berminat untuk bertani bagi mengusahakan tanah-tanah tersebut. Terima kasih
Itu lagi jauh ya dari tajuk. Tapi walau macam mana pun, memang sebenarnya.
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Ini pertanyaan bukan di luar kotak. Tapi dalam kilang kotak. Itu beza dia tu.
Saya rasa itu tak ada kotak langsung. Tapi tak apa, walau bagaimanapun, sebenarnya Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor sebenarnya telah lama buat perkara itu. Mereka mempunyai ladang sawit yang luas di Sabah. Memang ada, bukan tapi kerajaan negeri tak adalah, tapi anak syarikat mungkin ada ikutkan pendekatan business ataupun perancangan business mereka. Mereka ada. Walau bagaimanapun kita nak berkongsi kepada Yang Berhormat Taman Templer ini bahawa walaupun kita tidak membeli tanah-tanah daripada kerajaan negeri lain, salah satu yang saya dah usahakan yang sangat besar ini yang telah pun kita hampir finalised kan dan selesaikan ialah berhubung dengan pembangunan ataupun tanah tanaman jagung bijirin untuk ternakan ayam. Ini merupakan program ini akan angkat melibatkan juga kerajaan persekutuan kerana ia melibatkan pembangunan sektor yang strategik di mana kita setiap tahun kita mengimport RM3.3 bilion nilai jagung bijirin untuk makanan ayam dan ayam ternakan merupakan yang paling penting dan meningkat sepanjang setiap tahun. Malah di Sabak Bernam sahaja pada satu cycle setiap masa ada hampir 6 juta ekor ayam diternak di sana. Di bawah PKPS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor sahaja ada 2.7 juta ekor setiap masa dan di bawah satu kumpulan lagi Contract Farming yang buat ternakan ayam untuk KFC dan juga untuk AYAMAS ini mereka 2.9 juta ekor. Saya dah melawat tempat ini dan mereka penternakan yang moden, bersih jadi kita mengimport bijirin ini setiap tahun RM3.3 bilion dan kita telah minta iaitu pada satu pihak di negeri Selangor untuk mencuba benih yang baru dan juga yang sesuai dan telah didapati sesuai tanaman bijirin ini dan kita telah berbincang, saya telah berbincang dengan EXCO Negeri Sembilan kerana mereka tanah banyak dan kita cantumkan dengan Selangor kita perlukan 1000 hektar. Maknanya 2400 ekar. 1000 hektar. Jadi sebahagiannya di Selangor, sebahagiannya di Negeri Sembilan dan kilangnya akan dibuat di Selangor dan ini merupakan program besar yang akan memberikan keuntungan yang banyak kepada petani yang akan terlibat juga dalam penanaman
jagung bijirin ini. Itu antara hasil usaha cross border yang kita sudah usahakan juga di negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Speaker, Sabak Bernam. Bagi ruang sekali. Soalan tambahan.
Sabak.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO yang saya sayangi. Keluhan petani Sabak Bernam oleh kerana Yang Berhormat Tuan Speaker sejak jadi Speaker sudah jarang balik di Sabak Bernam. Jadi keluhan diberikan kepada saya. Tentang kejatuhan harga sawit dan kelapa. Di mana saya pergi di warung kopi, di kenduri kendera hingga sampai solat Jumaat, orang bertanya tentang kejatuhan harga sawit dan kelapa. Saya mohon jawapan sebab selepas saya balik saya ada jawapan daripada Dewan, mengapa harga sawit jatuh tak pernah dalam sejarah, RM250 setan. Dan kelapa tak pernah jatuh dalam sejarah hanya 50 sen sebiji. Jadi saya nak jawapan hari ini supaya saya pergi ke warung kopi saya pergi kenduri kendera saya pergi sembahyang Jumaat. Assalammualaikum, assalammulaiakum orang tanya kepada harga sawit jatuh tak sempat baca doa, jadi saya perlu jawapan. Terima kasih.
EXCO tolong jawab dengan dia sekalilah.
Ini jawapan Menteri ini, Menteri Pertanian, bukan EXCO Pertanian. Jadi sememangnya ini bukan sahaja di bincang di Negeri Selangor. Saya telah pun telah berbincang dengan pihak Yang di peringkat atasan, peringkat Menteri juga, berhubung dengan isu kepala sawit ini. Dan kita sedia maklum kepala sawit atau minyak sawit dipasarkan di pasaran dunia dan kita tertakluk kepada market forcess atau pun di mana supply yang berlaku di peringkat dunia. Jadi kalau ketika permintaan tinggi naik lah. Kalau permintaan rendah turun. Dan kebetulan sekarang ini bagi saya habis dulu.
Sikit jer. Pada zaman pemerintahan Barisan Nasional, harga sawit jatuh. Kita sebagai pembangkang tidak terima harga sawit jatuh. Kita kata kelemahan Kerajaan Barisan Nasional. Dan ini juga yang di jawab oleh penyokong Barisan Nasional. Betul pembangkang dia tidak terima alasan harga sawit jatuh. Pernah buat demo, kenapa harga sawit jatuh dia kata kerana harga sawit dunia jatuh, masa itu kita lawan bukan kerana harga sawit jatuh kerana kelemahan Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu. Minta maaf hari ini kena lawan EXCO yang dikasihi. Sebab saya menerima musibah ke atas perkara ini terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat Sabak. Harga minyak kelapa sawit bukan ditentukan Barisan Nasional. Harga komoditi mana pun kalau di pasarkan di pasaran dunia tidak tertakluk kepada Barisan Nasional. Ini ditentukan oleh kuasa membeli dan menjual market process yang berlaku dan kita faham pertembungan minyak sawit dengan minyak soya ini memang berlaku sekian lama. Dan memang dipihak di negara–negara Barat banyak yang menjadi pelobi kepada penolakan mereka kepada kelapa sawit perbagai propaganda dan sebagainya. Walaupun Kerajaan kita berusaha tetapi ini adalah suatu proses yang panjang yang akan berlaku untuk sekian lama lagi yang akan datang. Walau bagaimanapun kita di peringkat negeri, kita faham kita akur perkara ini, kita negeri tiada mempunyai kuasa untuk banyak dalam membantu menaikkan harga sawit tapi dalam masa yang sama kita peringkat negeri saya sebenarnya ada bincang baru-baru ini sebelum sidang ini untuk kita cari jalan sekurangnya meringankan beban mereka. Dan kita telah bersetuju cuma saya dalam peruntukan saya ada sikit lagi itu, kita akan juga saya dah minta pihak-pihak berwajib yang mempunyai rekod apa nama ni pekebun kecil kita yang terlibat dalam sawit ini untuk kita beri bantuan dalam bentuk inputlah dan kita akan berikan kita akan tengok senarai berapa ramai mereka yang terlibat input maknanya kita akan beri dalam bentuk baja dan sebagainya untuk mengurangkan kos mereka dalam menguruskan input pertanian bagi sawit. Ini yang kita usahakan dan dalam masa yang sama kita akan teruskan menghubungi pihak menteri untuk mencari jalan bagaimana dapat dilaksanakan berhubung dengan ini dan saya kena faham, sawit ini di bawah Menteri Primery Comodity utama iaitu Yang Berhormat Teresa Kok, jadi kita akan cari jalan jugalah bagaimana dapat kita, Tentang kelapa ini, saya telah berbincang dengan FAMA, pihak FAMA bersetuju untuk membeli, jadi saya hubung nanti kalau gred A harga lantai ialah RM1.10 sebiji mereka sanggup beli banyak mana pun. Untuk gred yang saya ada melawat itu Sungai Tawar didapati telah buat siasatan gred mereka C, gred C yang tinggal itu. Gred A mereka dah jual. Gred C sahaja gred C 70 puluh sen harga lantai. Yang boleh dibeli oleh FAMA. Jadi saya harapkan nanti saya kana uruskan selepas habis sidang. Kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan, saya terima gambar lambakkan kelapa itu dan kita akan usahakan. Yang keduanya pendekatan lagi ialah supaya dapat kita buat penanaman semula dan sebahagiannya. Penanaman semula jenis-jenis kepala yang lebih baik. Contohnya matag. Ini yang agak sangat baik dan juga kelapa pandan yang juga memberikan hasil yang lumayan. Jadi kita akan bantu juga dari segi para penanam kelapa ini, bagai mana kita dapat perbaiki dia punya pulanganmereka. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Cukuplah
Ini pasal kelapa ini, masalah nak bertanya telah berbangkit pasal kepala boleh ya.
ha cepat.
Terima kasih Tuan Speaker. Speaker yang baik hati. Saya tadi sebab isu apa ni kelapa , harga kelapa cukup baik. Ya RM1.00 harga lantai, RM1.10 harga lantai. Ini sepatutnya memang menjadi punca pendapatan yang bagus kepada pengusaha-pengusaha, pekebun kecil kelapa khususnya. Dan tadi Yang Berhormat EXCO ada mencadangkan untuk mengadakan rancangan tanaman semula kelapa, seperti matag. Sebenarnya perkara ini telah berbangkit, telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Cuma masalahnya yang ingin saya timbulkan. Sekali lagi yang telah ditimbulkan berkali-kali ialah benih. Benih kelapa itu sukar didapati selalu bekalan tak cukup apabila Jabatan Pertanian ingin melaksanakan program ini mereka tersangkut kerana ada bekalan benih tidak cukup jadi saya ingin bertanya apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk pastikan bahawa apa bila pelaksanaan bekalan tanaman semula kepala ini pastikan bahawa bukan sahaja rancangan itu ada tetapi pasti bekalan benih untuk tanaman semula itu mencukupi. Terima kasih.
Sila
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong, itu yang saya maksudkan tadi yang saya antara dia teras kita tadi melengkapkan nilai rantai maknanya bila kita nak laksanakan satu program pertanian ataupun penternakan ataupun industri asas tani. Kita akan melihat daripada peringkat benih penanaman, kaedah penanaman sehingga pemasaran. Saya pendekatan yang saya bawa ini ialah kita letak pemasaran itu sebagai nilai rantaian itu, sebab selama ini biasanya kita melihat penanaman sahaja kita tidak pernah melihat pemasaran dulu tapi kita di Selangor ini kita lihat pemasaran dulu. Bagaimana keadaan market stabil tak stabil, bagaimana potensi masa depan. Jadi kajian pemasaran ini akan menentukan jenis tanaman yang kita akan buat dan bila kita buat tanaman ini kita akan lihat daripada benih kaedah penanaman kaedah input dan sebagainya dan juga kawalan serangga dan sebagainya. Untuk memastikan apabila pengusaha kita, pekebun kecil kita melaksanakan program ini dia bukan sahaja dapat menanam dengan betul dan baik dan juga dapat menjual dengan harga yang bagus. Ini antara pendekatan yang baru akan diambil di bawah Standco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Terima kasih.
Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L GEORGE
: Tuan Speaker
Saya, sila kan Yang Berhormat Kota Anggerik. Tak hadir. Cukuplah ya. Yang Berhormat cukup.
Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L GEORGE
: Pasal lembu tak ada, saya nak tanya. Saya nak tanya berkenaan penternak.
Tidak dibenarkan ya.
Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L GEORGE
: Terima kasih
Subang Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya no. 52
PERTANYAAN – PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB PUAN MICHELLE NG MEI SZE (N31 SUBANG JAYA)
TAJUK : JOM SHOPPING
52. Bertanya kepada YAB Dato Menteri Besar : a) Samaada Kerajaan sudi memikirkan semula program jom shopping dan menggunakan dana tersebut untuk pelaburan sumber manusia jangka masa panjang contohnya pendidikan, biasiswa dan lain-lain?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa tuntas dalam menyelusuri pelbagai inisiatif untuk membantu mengurangkan masalah kemiskinan yang kian menghimpit rakyat. Antara inisiatif tersebut adalah Program Pemberian Bantuan Secara Baucar untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping. Program tersebut merupakan program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri secara tahunan sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi yang bermatlamat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Melalui program ini, setiap keluarga yang kurang berkemampuan berpeluang membuat pembelian barangan keperluan bernilai RM100 di pasar raya terpilih bersempena tiga perayaan utama iaitu
Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Dengan peruntukan berjumlah RM8.4 juta dan sasaran tahunan seramai 84,000 orang penerima manfaat, program ini merupakan salah satu daripada empat puluh dua Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang mengutamakan kebajikan rakyat serta memberi kesang langsung terhadap kesejahteraan hidup rakyat Negeri Selangor.
Selain daripada program ini, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan pelbagai program bantuan kebajikan yang lain seperti Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang telah menjadi sanubari kepada rakyat Selangor ini akan terus diperkukuh dan di pelbagai oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat Selangor terus maju dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Di samping program-program kebajikan, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dan peka dalam memastikan jaminan serta peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi supaya terus dinikmati oleh rakyat Rakyat Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah pun selangkah di hadapan dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk sektor pendidikan.
Sebagai contoh, pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan amaun yang cukup besar iaitu berjumlah RM101.73 juta khusus untuk sektor pendidikan tinggi. Antara inisiatif tersebut adalah merangkumi Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) dengan peruntukkan RM52 juta, Program Peduli Siswa dan Peduli Siswa Timur Tengah dengan peruntukan RM10 juta, Program Pembangunan Modal Insan dengan kos peruntukan RM5.6 juta, Program Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (HPIPT) dengan peruntukan berjumlah RM8 juta dan pelbagai lagi. Program-program seumpama ini dapat memberikan keberkesanan dan impak positif yang bersifat jangka panjang kepada rakyat serta dilihat berupaya melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan tinggi, kompetitif dan berdaya saing.
Dalam memastikan rakyat terutamanya golongan kurang berkemampuan sentiasa mendapat manfaat serta terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan, Kerajaan mengalu-alukan sebarang syor atau cadangan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan melihat semula keperluan pelaksanaan Program Jom Shopping pada masa akan datang sama ada ia masih relevan untuk diteruskan di samping memastikan setiap peruntukan bagi setiap inisiatif yang dirangka adalah sejajar dan bersesuaian dengan prestasi kewangan negeri serta senario ekonomi semasa.
Seri Setia
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Kota Kemuning pertanyaan tetap saya nak buat aduan sikit.
Tak boleh, pertanyaan tambahan, soalan tambahan. Kalau tidak..
Saya ok, baik-baik. Minta maaf saya tarik balik. Baik Tuan Speaker berkenaan dengan Jom Shopping pada baru ini kita, Seri Setia mengadakan Jom Shopping untuk Deepavali jadi kawan-kawan yang terima ini. Bila dia mengadu pada saya ada satu hyper market dengan izin di kawasan Kelana Jaya. Yang mana, bila kawan-kawan kita yang nak menyambut Deepavali ini nak membuat, membeli bahan-bahan kuih maruku, bahan-bahannya tak ada? Tidak disediakan di hyper market tersebut. Jadi saya nak mohon kepada Yang Berhormat EXCO supaya dilihat perkara sebegini dan apakah ada tempat yang dipilih oleh pihak EXCO sendiri atau pihak apa nama pihak kami sendiri boleh pilih tempatnya. Terima kasih.
Terima kasih Seri Setia. Sebenarnya cara pemilihan pasar raya adalah melalui UPEN itu sendiri dan kita memanggil semua ADUN atau pun wakil ADUN supaya memilih pasar raya pilihan mereka dalam kawasan tertentu dan kalau ada masalahnya boleh lapur kepada UPEN dan kita memantau keadaan tersebut. Terima kasih
Soalan tambahan.
Dusun Tua
Saya ingin bertanya pada EXCO adakah Jom Shopping jika akan diteruskan akan menggunakan sistem e-kasih untuk mengesahkan status pemohon Jom Shopping itu. Terima kasih.
Terima kasih Dusun Tua. Daripada program ini diperkenalkan adalah cara kami adalah supaya ADUN dapat menentukan siapa yang dipilih. Maka daripada cara yang tradisi yang telah dilakukan semenjak program ini diperkenalkan begitu dalam pada itu juga program e-kasih kita kurang pasti berapa ramai yang berdaftar bersama dengan mereka. Kita juga kurang pasti berapa yang ramai sejumlah daripada satu DUN dan kepada DUN yang lain. Mungkin jumlahnya akan berbeza nanti. Maka saya percaya program yang sedia ada yang menggunakan cara diputuskan oleh ADUN itu sendiri adalah lebih baik maka seingat saya, saya percaya program yang apa tu cara yang diguna pakai ini akan diteruskan.
Hulu Klang.
Tuan Speaker. Soalan saya No. 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Projek Pemasangan Sistem Solar Di Perkampungan Orang AsalQuestions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a) Apakah perancangan Kerajaan di dalam projek pemasangan sistem solar di perkampungan orang asal dan apakah projek ini suatu penyelesaian yang mampan?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Hulu Klang bertanya tentang pemasangan sistem solar di perkampungan orang asal dan apakah projek ini suatu penyelesaian yang mampan?
Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan Kampung Orang Ali yang terletak yang terdapat di Negeri Selangor adalah sebanyak 74 buah kampung dan semakan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor mendapati bahawa semua kampung tersebut telah di lengkap dengan tenaga elektrik daripada Tenaga Elektrik Berhad (TNB).
Walau bagaimanapun, terdapat 3 buah perkampungan tambahan iaitu Kampung Orang Asli Sungai Relang, Gombak, Kampung Orang Asli Air Kuning, Petaling dan Kampung Orang Asli Sungai Buah di Sepang yang sebelum ini masih belum menerima tenaga elektrik daripada TNB. Sehubungan itu, pada tahun 2018 Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia ialah SEDA Malaysia telah melaksanakan Projek Perintis Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Photovoltaic) di Kampung Orang Asli Sungai Relang. Sebanyak 12 buah rumah di Kampung Orang Asli Sungai Relang akan menerima manfaat daripada pelaksanaan projek ini yang akan siap pemasangan pada Disember 2018 iaitu bulan depan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kos pemasangan sistem solar di 12 buah rumah di Kampung Orang Asli Sungai Relang adalah sebanyak RM439,200.00. Walaupun kos ini agak tinggi, pemasangan sistem solar adalah satu-satunya pilihan yang ada bagi membekalkan elektrik kepada Kampung Orang Asli Sungai Relang kerana ketiadaan talian tenaga elektrik daripada TNB pada masa ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pemasangan sistem solar ini di 2 buah kampung lagi pada masa akan datang. Sekian.
Soalan Tambahan.
Hulu Klang.
Saya ingin merakamkan bahawa usaha yang dilakukan sebelum ini untuk memasang bekalan elektrik ke Kampung Kemensah Orang Asli telah berjaya dilaksanakan sebelum kita menang pilihan raya yang baru ini. Bagaimanapun dia memerlukan banyak kerugian kerana pemasangan sel solar itu banyak rugi kerana tidak diajar untuk maintenancenya. Jadi saya ingin ingatkan adakah apakah rancangan untuk maintain, maintenance dia diajarkan kepada penduduk orang asli sendiri.
Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat dengan pemasangan 12 buah rumah ini kita perlu belanja setiap rumah lebih kurang RM36,600.00 setiap rumah. Kos yang sangat tinggi. So kalau ikut TNB pemasangan talian TNB di sekitar 3 hingga 4 juta. 4 juta dan hanya 12 buah rumah so tak ada nilai komersial yang ini terletak di Hutan Simpan jugak. Talian TNB tak mahu masuk sebab tu masalah tu. Sebab tu lah untuk masa kini sebelum tu kampung ini memang ada tenaga solar tapi tenaga solar hanya bertumpu di satu pusat dan di hantar kepada 12 buah rumah ni dan hanya mereka hanya setiap rumah hanya boleh dapat 3 jam electricity pada malam itu sebelum pukul 12 habis sekarang kita buat pemasangan ni kita ke setiap rumah orang asli dan setiap rumah orang asli boleh dapat bekalan elektrik selama 8 jam hah 8 jam compare to 3 jam memang agak lama masanya. So dan siapa yang akan jaga sebab kita lah sebelum tu kita pasang ke satu pusat so orang boleh datang untuk rosakkan sel-sel ini tapi sekarang kita pasang ke setiap rumah so tuan punya rumah kena jaga sistem solar mereka. Sebab itulah kita buat ke setiap rumah.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita akan mendapatkan peruntukan tambahan daripada Pusat untuk memasang solar di dua buah kampung yang lain juga lagi, iaitu Kampung Orang Asli Air Kuning yang sekarang terletak di Hutan Simpan di bawah Botanic hah ini kena dapat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
dan juga Bandar Raya Shah Alam kerana ini di bawah Botanic dan satu lagi Sungai Buah ini lebih pelik sikit sebab dia terletak di milik Syarikat Bukit Unggul Golf Resort Sepang. Terletak di tanah milik syarikat. Ini payah sikit. Tapi kita akan buat perkara yang terbaik untuk membekalkan elektrik solar kepada Kampung Orang Asli. Sekian, terima kasih.
Pertanyaan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Minta maaf kalau saya tidak perasan jawapan awal tadi cuma saya nak pesan siapakah peruntukan manakah yang digunakan untuk pemasangan solar ini? Adakah projek ini juga projek pemasangan berserta juga dengan peruntukan untuk maintanance? Terima kasih.
Ini di bawah peruntukan portfolio saya. Di bawah Alam Sekitar dan juga Teknologi Hijau. So, di mana peruntukan sebenarnya di bawa oleh Mantan EXCO Bukit Lanjan. Usaha dia ya, usaha dia. So kita kena berterima kasih kepada ADUN Bukit Lanjan dan untuk maintainance akan datang sebab tu lah kita sangat haraplah kita kena bagi usaha pendidikan kepada orang asal ni untuk mereka menjaga kemudahan awam ini. So, walaupun tenaga solar ni tak perlu bayar bil hah tapi kos maintainance kalau dah lama dia kena tukar dia punya apa tu part-part yang rare and tear. So itu yang akan kita bincangkan kemudian lah. Siapa yang akan bertanggungjawab selepas ini dan peruntukan kita juga akan dapat daripada JAKOA kalau perlu.
Cukup lah ya. Saya minta Sungai Kandis. Tak ada. Balakong. Balakong
I dengar ada orang kata ada Sungai Kandis (ketawa). Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan saya No. 55. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Rumah SelangorkuQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a) Berapa Rumah Selangorku telah ditawar dan berjaya dibeli?
b) Berapa Rumah Selangorku masih dibina atau tidak ditawar lagi?
c) Berapakah Rumah Selangorku yang telah diluluskan dan akan dibina dalam tiga tahun yang akan datang?
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Balakong. Jadi Balakong dapat kesan ada masalah dari segi pendaftaran bagi Rumah Selangorku. Jadi untuk makluman Balakong Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses penawaran rumah RSKU kepada pemohon-pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat dan juga kriteria yang ditetapkan. Untuk itu semua permohonan RSKU hendaklah dibuat secara atas talian ataupun online oleh pemohon melalui laman sesawang www.lphs.selangor.gov.my. Selepas proses pendaftaran berjaya didaftarkan oleh pemohon, pengesahan pendaftaran akan dibuat oleh Pihak LPHS dan status permohonan akan dikategorikan dalam status senarai menunggu. Di dalam sistem pendaftaran permohonan RSKU maka akan keluar notis senarai menunggu seterusnya proses pemilihan senarai nama pemohon yang layak akan dibuat melalui Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku dan Hartanah Kawalan Negeri Selangor yang berperanan memperakukan senarai nama-nama pemohon yang berdaftar di dalam sistem pendaftaran permohonan RSKU di LPHS berdasarkan merit ataupun pemarkahan pemohon yang di proses secara automatik daripada sistem berkomputer.
Seterusnya perakuan nama pemohon tersebut akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Susulan daripada kelulusan tersebut pemohon yang ditawarkan adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan supaya disemak dan pengesahan daripada LPHS sebelum surat tawaran dikeluarkan kepada pemohon setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Selepas pengeluaran surat tawaran tersebut pemohon dikehendaki berurusan terus dengan pihak pemaju bagi meneruskan proses pembelian Rumah Selangorku melibatkan proses pemilihan unit, proses pinjaman perumahan dengan pihak bank, urusan perjanjian jual beli sehingga proses penyerahan kunci atau pun unit tersebut kepada pemohon.
Selepas pengeluaran surat tawaran tersebut pemaju dikehendaki mengemukakan status pemakluman kepada pihak LPHS berhubung status penerimaan dan penolakan
pemohon dan berdasarkan pengemaskinian tersebut ya pemaju akan memaklumkan kepada LPHS diberi tempoh dua bulan daripada tarikh kelulusan nama tersebut. Jadi selepas tempoh tersebut senarai nama gantian baru akan dikeluarkan melalui Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor kepada pemaju berdasarkan bilangan kekosongan unit yang telah dikemaskini oleh pemaju melalui penerimaan dan penolakan pemohon terkini.
Jadi berdasarkan situasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekali gus status pendaftaran pemohon di atas talian sesawang LPHS masih berstatus ditawarkan maka baki unit tersebut masih ada untuk ditawarkan ya daripada kepada pemohon.
Jadi sekiranya berlaku kes tersebut pemohon boleh membuat aduan kepada Pihak LPHS untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes yang berlaku. Ini kerana peranan LPHS hanyalah memastikan penawaran nama di buat kepada pemohon adalah benar-benar layak dan memenuhi syarat dan juga kriteria ditetapkan. Jadi dalam hal ini adalah menjadi tanggungjawab pemaju dalam memastikan proses penawaran unit itu dilaksanakan dan dilakukan. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih atas penjelasan YB EXCO tapi masalah saya adalah saya pernah terima satu kes memang beberapa tahun selepas status sampai status dia pergi tengok rumah pilih unit dan tiada apa-apa perkembangan lagi dengan pemaju dan apabila kita pergi tanya pemaju. Pemaju starting dengan izin mulanya dia kata oh sedang diproseskan ada masalah sikit tapi selepas beberapa bulan dia kata tiada unit ditawarkan walaupun apa tu unit itu sudah di siap beberapa tahun yang lepas. Jadi tiada tawaran ditawarkan dan tiada mana-mana jabatan ataupun agensi ataupun person in charga dengan izin untuk follow-up dengan izin kes ini.
Baik kalau sekiranya berlaku kes ini saya mohon Balakong berikan saya maklumat terperinci kes yang berkaitan. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Tambahan saya pada YB. EXCO berkenaan dengan Rumah Selangorku ini saya bangkitkan tempoh hari. Bukan saya tidak setuju dengan cara pemberian Rumah Selangorku ataupun pemilihan pada masa ini tapi kalau Yang Berhormat EXCO kalau tengok di Puncak Alam di Alam Jaya ya ada lebih kurang empat atau lima blok rumah kos rendah yang berharga RM42,000.00 tidak dihuni oleh penghuninya. Ada sebahagian besar disewakan kepada pendatang asing yang mana mereka bekerja di kilang area Alam Jaya. Jadi di sini menunjukkan rumah itu telah di siap dan sepatutnya diduduki oleh
Yang Berhormat Jeram sila duduk. Soalan pertanyaan dah tamat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30. Dengan ini saya menangguhkan Sesi Pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 semua peringkat.
Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Sungai Tua untuk menyambung penjelasan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian semasa Perbahasan.
Terima kasih Speaker dan saya ingin menyambung sedikit tentang penjajaran usia tentang insentif perkahwinan belia yang saya sebutkan semalam dan insyaallah apa yang saya nak perlu perjelaskan bahawa kita akan menggantikan program ini dalam bentuk program pengetahuan dan maklumat kepada anak-anak muda dan generasi muda yang ingin melanjutkan perkahwinan dan kalau saya rujuk kepada perbahasan yang telah dikemukakan oleh Taman Templer sebagai contoh, Jabatan Agama Islam, saya melompat sekejap, Jabatan Agama Islam mempunyai beberapa kursus pasca perkahwinan yang telah dibangunkan. Ini kalau menurut Taman Templer yang menyarankan agar ada kursus-kursus pasca perkahwinan. Ada 4 modul; modul pertama adalah modul Bulan Madu itu bagi mereka yang berkahwin di bawah 5 tahun, modul kedua Sehati Sejiwa, 5 hingga 10 tahun, Semarak Kasih 10 hingga 20 tahun perkahwinan dan Syurga Cinta fuhh... yang melebihi 20 tahun. Bagi yang dah lebih 20 tahun tu tahu lah syurganya di tahap mana.
Ahli Yang Berhormat sekalian, jadi modul-modul inilah yang saya sebutkan tadi akan diisi sebelum perkahwinan, pra perkahwinan supaya ia dapat mengisi dan dapat memberikan maklumat-maklumat berkenaan dengan ekonomi, emosi, spiritual, apa yang dikatakan tentang perkahwinan dan kalau ada lebihan daripada dana tersebut kita
akan dapat berikan elaun-elaun seperti perjalanan kepada pasangan-pasangan yang akan melanjutkan perkahwinan. Insyaallah kalau dibenarkan dan kalau diputuskan ia akan menjadi satu kewajipan kepada pasangan-pasangan yang berkahwin tetapi sudah pasti kita mengambil masa untuk dilaksanakan daripada masa ke semasa. Sudah saya menjurus kepada Jabatan Agama Islam saya juga ingin merujuk kepada..
Speaker, Speaker, minta penjelasan.
Bagi Sijangkang dulu ya.
Saya membahaskan juga tentang kursus pasca perkahwinan. Kalau ada datanya YAB Dato’ Menteri Besar, sejauh manakah keberkesanan kursus pasca perkahwinan yang telah diadakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor pada tahun ini kerana ia baru dimulakan pada tahun ini dan saya harapkan ada peruntukan yang akan diuntukkan pada akan datang pasca perkahwinan bukan semata-mata pra perkahwinan. Terima kasih.
Terima kasih. Daripada data yang telah dikeluarkan sejak dari tahun 2016, sebanyak 193 pasangan suami isteri iaitu 386 peserta lelaki dan wanita telah mengikuti kursus ini ataupun aktiviti yang telah ditawarkan ini dan apa yang saya sebutkan tadi kontan dan pengisian daripada Bulan Madu, Sehati Sejiwa sampai lah Syurga Cinta ni, kita akan letakkan di dalam pra perkahwinan di peringkat awal supaya persediaan-persediaan berkenaan dengan risiko-risiko dan juga perkara-perkara selepas perkahwinan akan diisi kepada pasangan-pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan ataupun membina rumah tangga di masa akan datang.
Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan penyataan tentang kadar perceraian pasangan Islam di Selangor adalah paling tinggi...
YAB Menteri Besar pergi jauh sedikit.
Ini dia Taman Templer dia nak penjelasan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Apabila YAB Menteri Besar membentangkan Belanjawan Negeri Selangor soalan berkaitan dengan hadiah perkahwinan kita di luar sana kita menerima perkembangan ataupun kita menerima sambutan yang tidak begitu menggalakkan daripada anak-anak muda yang nak melangsungkan perkahwinan sebab mereka sangat memerlukan RM 500.00 itu dan apabila kerajaan negeri nak menukar RM 500.00 kepada kursus-kursus insentif untuk memberikan pendedahan,
soal berkaitan perkahwinan kepada anak-anak muda ini mereka juga bertanyakan kepada kita tiada kah mungkin cara atau cara pendekatan lain yang boleh diguna pakai oleh kerajaan negeri contohnya mungkin untuk membekalkan setiap ADUN ini dengan peruntukan sejumlah peruntukan bagi membolehkan kami insyaallah mengadakan Program Kahwin Perdana yang boleh kita anjurkan di DUN-DUN kita sebagai ganti, sebagai galang ganti kepada program RM500.00 yang tidak diberikan kepada belia atau anak muda yang nak melangsungkan perkahwinan cuma Speaker tak dapat lah RM500.00 itu. Terima kasih Tuan Speaker.
Bukan Speaker je tak layak, Taman Templer lebih tak layak untuk dapat RM500.00. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya jelas bahawa dalam persoalan ini kalau kita ambil RM500.00 sebagai hadiah kepada perkahwinan biasanya mereka akan dapat sekitar 3 bulan sehingga 5 bulan selepas tarikh perkahwinan dan daripada kehidupan sekarang saya rasa angka RM500.00 itu tidak lah begitu mewah dan begitu besar kepada pasangan. Namun begitu saya nak kira dulu dari segi peruntukan bagi setiap kepala dan menjurus kepada cadangan Semenyih dalam perbahasan yang menggalakkan supaya kita menambah bilangan hari kursus perkahwinan dan ini lah sebahagian yang kita nak buat supaya dianjurkan ataupun diadakan kursus-kursus tambahan yang memberi nilai tambah kepada pasangan-pasangan malahan kalau angka RM500.00 daripada dana RM500.00 kita lihat tadi kalau betul-betul mereka datang dan hadir, mungkin saya kirakan ada elaun kepada mereka untuk hadir untuk menggalakkan mereka hadir, mungkin ada wang untuk kenderaan dan pengangkutan untuk mereka menghadiri kursus yang dibuat. Namun saya letakkan siling RM500.00 supaya kita kira dengan Jabatan Agama Islam kos dan juga bayaran yang perlu mereka buat ataupun sebagainya. Pada waktu-waktu ini mereka perlu membayar sekitar RM150.00 hingga RM 200.00 per kepala dan kalau kita dapat menampung kos ini secara percuma saya rasa juga dapat mempermudah sebelum mereka berkahwin. Ramai pula cerita kahwin ni.
Ya, Seri Setia.
Yang Berhormat Sungai Tua, yang mana Yang Amat Berhormat menyatakan tadi bahawa RM500.00 tu daripada kursus yang dapat lebihan nya elaun tapi saya sokong pandangan kawan saya sahabat saya Templer tadi, Taman Templer yang menyatakan bahawa RM500.00 yang awal-awal ini nilainya cukup penting ataupun saya terima cadangan Taman Templer menyatakan kita diberi satu peruntukan khas untuk kita mengadakan perkahwinan perdana dan juga saya nak tanya bagaimana yang bukan beragama Islam, bagaimana bentuk kursus yang akan diadakan?
Saya dah sebut, kursus yang kita aturkan tadi adalah memasukkan beberapa perkara yang telah mempunyai modul-modul yang telah digariskan oleh JAIS. Sebelum ini dalam modul pra perkahwinan tidak memasukkan beberapa elemen-elemen yang terkandung dalam elemen pasca perkahwinan dan sekarang elemen-elemen itu kita masukkan termasuk bagaimana pengendalian rumah tangga, emosi rumah tangga, psikologi ketika berdepan dengan isteri yang mengandung, perubahan fizikal isteri ketika bersalin dan mengandung kali pertama dan semua faktor ini tekanan ekonomi, kita akan berikan kursus kepada pasangan-pasangan Islam supaya mereka dapat bersedia berdepan dengan institusi perkahwinan yang mencabar khususnya dewasa ini.
Termasuk bukan Islam ya.
Ya, termasuk bukan Islam kita juga akan menyediakan modul yang berbeza kerana itu kita akan merujuk kepada Jabatan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat dan di sana ada juga beberapa modul yang telah dilaksanakan dan saya rasa Sungai Panjang ada sebutkan tentang modul itu dalam perbahasan yang lepas.
Ahli Yang Berhormat sekalian saya rasa cukup sampai situ tentang perkahwinan saya rujuk tentang beberapa perkara yang dibangkitkan berkenaan Jabatan Agama Islam berkenaan dengan perabot sekolah KAFA yang dibangkitkan juga JAIS telah memohon peruntukan sebanyak RM 1.5 juta untuk tujuan perabot untuk kesemua sekolah-sekolah agama negeri. Walau bagaimanapun, tahun ini kita telah memperuntukkan untuk RM 200,000.00 terlebih dahulu ke masjid-masjid kepada sekolah-sekolah agama untuk penggantian perabot-perabot yang telah usang. Sementara itu, ada bantahan, ada pandangan-pandangan tertentu sebagai contoh yang dibangkitkan oleh Meru berkenaan dengan keterlibatan unsur-unsur politik di dalam masjid dan sebagainya. Pihak Jabatan Agama Islam amat mengambil berat dan memastikan tidak ada sebarang elemen-elemen politik apatah lagi memburukkan hal ehwal kerajaan negeri.
Justeru itu semenjak daripada tahun 2008 sememangnya tidak ada lantikan politik diadakan di dalam Jabatan Agama Islam mahupun tentang penyelarasan masjid dan jika ada terdapat sebarang isu-isu yang berkaitan terhadap hal tersebut, ia boleh dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam kerana semua pegawai-pegawai tersebut tertakluk kepada Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor, Kelakuan dan Tatatertib 1995 dan pindaannya pada tahun 2006. Jika seorang pegawai itu kelihatan ingkar serta melakukan kesalahan maknanya ia boleh diberikan beberapa tindakan bermula daripada amaran sampai lah kepada lucut emolumen hingga lah kepada pembuangan
kerja kalau betul-betul ada terlibat tentang kesalahan-kesalahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru.
Sementara itu bagi pihak kerajaan negeri tidak pernah leka memantau kakitangan JAIS yang terdiri daripada 1,385 orang pegawai guna sama, 1,489 guru tetap kontrak dan 6,849 guru-guru KAFA menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan JAIS adalah sebanyak 9,723 orang. Sepanjang tahun 2018, JAIS telah mengenakan tindakan tatatertib kepada 18 orang kakitangan di atas kesalahan yang melanggar Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor dan 5 orang daripadanya telah dibuang kerja atau telah diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam. Jadi ada tindakan diambil cuma kita memerlukan laporan jika benar-benar berlaku, masalah dan jika benar-benar berlaku isu-isu yang telah dibangkitkan tadi. Setakat ini belum ada cadangan Yang Berhormat untuk menaikkan gred penyelaras, Pegawai Penyelaras Masjid 29 ke 41. Ini memandangkan Unit Pengurusan Masjid Daerah telah diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Islam gred 41 melalui Waran Pelantikan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pada masa ini terdapat 3 orang berjawatan gred 29 di Unit Pengurusan Masjid Daerah iaitu seorang Pegawai Hal Ehwal 29 tetap, Pegawai Penyelaras Masjid 29, lantikan secara kontrak negeri dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah gred 29 lantikan secara kontrak daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
Sementara itu, Yang Berhormat Bukit Melawati membangkitkan tentang SRA Batu 20 Jeram, untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja baik pulih pagar SRA Batu 20 Jeram dianggarkan melebihi kadar inden yang ditetapkan iaitu RM20 ribu. Perbincangan telah dilaksanakan bersama pihak sekolah dan cadangan baik pulih telah ditukar kepada pembinaan pagar baru sepenuhnya. Memandangkan kerja membina pagar baru menelan kos yang besar, satu sebut harga baru akan dibuka pada tahun 2019.
Sementara saya juga ingin memberikan maklum balas daripada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri Banting berkenaan dengan penguatkuasaan perintah nafkah. Penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah boleh dibuat melalui beberapa cara seperti berikut :- potongan gaji, bekas isteri boleh memohon kepada Mahkamah agar Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan pendapatan kepada majikan bekas suami untuk melaksanakan potongan gaji.
Yang ke dua saman penghutang penghakiman. Bekas isteri boleh memohon permohonan saman penghutang penghakiman di Mahkamah Rendah Syariah mengeluarkan Perintah Mahkamah tersebut. Mahkamah akan memanggil orang yang ingkar hadir ke Mahkamah dan diperiksa secara lisan tentang keupayaan orang yang ingkar itu membayar atau menyelesaikan hutang nafkahnya. Selain itu melalui prosiding
ini bekas isteri boleh mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi menyelesaikan tunggakan tersebut melalui Perintah Mahkamah.
Yang ke tiga penyertaan dan penjualan ataupun hiwalah. Bekas isteri juga boleh memohon pelaksanaan tunggakan nafkah melalui penyitaan dan penjualan harta milik bekas suami atau melalui mehiwalah iaitu memindahkan sejumlah wang daripada mana-mana akaun bank milik bekas suami kepada bekas isteri bagi menyelesaikan masalah tunggakan nafkah dan isu-isu nafkah yang berkaitan. Sementara itu Yang Berhormat ..
Yang Berhormat Banting
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Perkara yang sering kali dihadapi oleh bekas isteri ialah sekiranya melibatkan proses mahkamah ialah bayaran ataupun kos guaman yang begitu tinggi. Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri adalah kerajaan juga menyediakan atau nasihat atau bantuan guaman untuk mereka yang kurang mampu untuk mendapat atau menggunakan sekurang-kurangnya proses ini di Mahkamah..
Setakat ini kerajaan negeri tidak menyediakan perkhidmatan tersebut namun saya percaya ada badan-badan tertentu yang bersedia untuk membantu mereka. Saya kurang pasti akan merangkumi ada perkara Syariah, penguaman isu-isu sivil, namun begitu dirujuk kepada mereka dan juga ada beberapa badan wanita yang secara langsung atau tidak langsung membantu syariah isu berkenaan penceraian dan sebagainya.
Sementara itu Kuala Kubu Baharu ada membangkitkan tentang pendidikan khas, setakat ini JAIS belum mempunyai kepakaran dalam melatih guru-guru pendidikan khas dan tidak mempunyai kemudahan yang bersesuaian. Namun begitu dalam program yang telah di makluman sebentar dalam belanjawan berkenaan dengan guru-guru di Sekolah Pra Sekolah yang boleh mendapat pendidikan saya rasa masih boleh dirujuk dengan pegawai-pegawai JAIS atau pun dengan guru-guru JAIS sama ada ia bersedia atau pun tidak dalam mengendalikan anak-anak khas untuk mendapat pendidikan-pendidikan di Sekolah-sekolah Agama dan kalau ia sesuai dengan kemudahan yang sedia ada saya rasa tidak ada salahnya dan sukarnya untuk kita laksanakan hal tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, saya seterusnya ingin merujuk kepada Perbahasan Sg Air Tawar dan juga Gombak Setia dan Sg Pelek berkenaan dengan pelaksanaan waste energy oleh pihak Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, pelaksanaan waste energy dalam pengurusan sistem pepejal ini di Negeri Selangor manakala untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang disahkan pada 18 Mei 2016 telah memutuskan supaya anak Syarikat Kerajaan Negeri itu Worldwide Holdings Berhad menerajui usaha untuk membangunkan Integrated Solid Waste Management Center atau pun ISWMC bersebelahan dengan tapak pelupusan sanitary Jeram Kuala Selangor. ISWMC adalah satu sistem pelupusan dan lawatan pepejal yang menyeluruh dengan pepejal ia kemudahan seperti berikut:-
1) Loji Waste Energy 2) Loji Kitar Semula 3) Loji Pencernaan Anerobik 4) Loji Kompost 5) Loji Kitar Semula Sistem Binaan 6) Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Loji dan waste energy merupakan kemudahan jana kuasa elektrik yang menggunakan sistem pepejal sebagai bahan bakar untuk menghasilkan steam yang akan menggerakkan tebing kuasa dan menyumbang kepada bekalan alternatif ke grid nasional. Berbanding dengan loji incenerator yang merupakan kemudahan pelupusan sisa pepejal yang menggunakan kaedah pembakaran secara langsung. Sistem ini diklasifikasikan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui bayu emas yang menggunakan sisa pepejal sebagai bahan api. Penguat kuasa loji WTA adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan piawaian Alam Sekitar yang sangat ketat khususnya dari aspek kawalan pembebasan gas ke udara selaras dengan piawaian Eropah EU 2006 dan yang menetapkan sifar pembebasan gas dan seperti dioxin. Untuk makluman hak-hak udara dalam piawaian ini adalah lebih tinggi berbanding dengan piawaian kualiti udara sedia ada yang diguna pakai di negara ini. Loji waste energy berbentuk dan menyerapkan gas beracun seperti selective non catalyst reduction SNCR gas berasid dan tangkapan gas dan pemerangkapan melalui penggunaan activated carbon dan dalam hal kawalan pembangunan langkah-langkah mitigasi fasal pembangunan ini akan dilaksanakan mengikut Peraturan Alam Sekitar seperti yang termaktub dalam syarat-syarat kelulusan laporan kajian terperinci impak Alam Sekitar bagi projek tersebut. Langkah-langkah kawalan ini melipluti kawalan pembebasan gas ke udara rawatan air leach dan juga pelupusan abu yang terhasil dari pengoperasian loji rawatan tersebut. Selaras dengan ketetapan EIA Environment Impact, kedudukan dan pencerobohan asap juga kira faktor loji WTE dengan kawasan penduduk setempat pemantauan qualiti udara akan dilaksanakan secara bertulisan dan mengikut lawatan-lawatan kita ke beberapa buah negara seperti di China, Eropah, Korea Selatan dan beberapa buah negara. Loji-loji waste energy akan sentiasa memafarkan qualiti udara semasa di kawasan tersebut dan jika udara itu gagal menepati syarat-syarat maka
pengoperasian itu juga hendak terhenti dan juga akan digantikan atau pun diberhentikan. Untuk memastikan Kualiti Udara dapat dikawal. Sementara itu bagi air leaching yang terhasil daripada loji WTE akan disalarkan ke loji rawatan air leaching di mana leach tersebut akan dirawat menggunakan proses rawatan air terkini termasuklah penggunaan nano filteration dan ultra violet filtreration bagi mematuhi peraturan kualiti alam sekeliling sebelum air terawat tersebut di alihkan keluar daripada premis.
Abu yang terbang atau pun fly ash bagaimana yang dibangkitkan oleh Sg Air Tawar yang hasil akan dikumpulkan menggunakan penapis udara sebelum dirawat menggunakan agent bagi pelupusan. Abu bawah atau pun bottom ash yang dikumpulkan juga pelupusan di tapak pelupusan Sanitary berkenaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, daripada pelepasan gas baik qualiti daripada penceroboh yang keluar sampailah ke abu dan juga air leaching mempunyai kapasiti mempunyai cara-cara dan kaedah sendiri bagi memastikan isu-isu tentang pelepasan alam sekitar dan masalah atau pun sisa daripada waste energy dikurangkan dan dijangka 24 megawatts terhasil daripada WTA waste energy yang dikeluarkan atau pun Berkenaan dengan Yang Berhormat Seri Setia penerangan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri saya menyambut baik dan insyallah Worldwide Holdings bersedia untuk bertemu dengan para Ahli-Ahli Dewan dan terutamanya patut menyokong isu ini ia bukan hanya melibatkan isu Kerajaan Negeri tetapi ia melibatkan nasib yang besar terutama sekali dalam melepas dan menyelesaikan isu-isu pelupusan sampah yang mungkin memberikan kesan kalau kita kekal dan takut lama dan kekal dengan kaedah dan cara landfill atau pun di tanah sebagaimana yang ada sekarang.
Ahli Berhormat Sekalian dalam kesempatan yang singkat saya ingin menjelaskan maklum balas berkenaan dengan gugusan-gugusan yang dibangkitkan. Alhamdulliyah saya menyambut dengan baik di atas maklum balas positif daripada Ahli-ahli Dewan Kerajaan mahupun pembangkang terhadap gugusan-gugusan ini. Sudah pasti Kerajaan Negeri akan merangka framework tertentu bagi memastikan pelaksanaan dan pemantauan projek-projek dan program-program yang bakal dilaksanakan Itu dapat diperhalusi dan insyallah kita akan libatkan Ahli-ahli Dewan Negeri yang berkaitan dan terlibat dalam kawasan terbabit supaya terlibat dan bersama-sama mengajar rakyat dan membawa rakyat dan memantau pelaksanaan projek-projek dan juga pelaksanaan gugusan-gugusan tersebut. Sudah pasti di tahun pertama ia akan banyak menumpu kepada penubuhan Jawatankuasa dan juga kajian-kajian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Unit Perancangan Ekonomi sebanyak 6 bulan yang lalu telah mula mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan aset-aset semasa.
Kerajaan Negeri dan Private yang ada di kawasan-kawasan terbabit. Dan kemudian barulah kita rangkumkan mengikut kepada kesesuaian. Sebagai contoh kita masukan Gombak kerana mempunyai Universiti dan di jalarkan bersama dengan Hulu Langat dan kawasan sampai ke Serdang dan sebahagian daripada Sepang kerana kita percaya Universiti-universiti yang sedia ada itu dapat kita kumpulkan dan untuk masa tersebut Universiti-universiti tersebut juga akan kita panggil untuk kita bawa bersama-sama dalam RND Expo yang kita akan adakan pada tahun ini. Jadi daripada tahun ke tahun gugusan-gugusan ini kita kemukakan ke Dewan ini bulan tiga, bulan enam nanti daripada masa ke semasa. Lihat bagaimana perkembangan dan juga perjalanan gugusan-gugusan yang telah dilaksanakan termasuk di kawasan utara Kuala Selangor atau pun anjung Utara Selangor yang memerlukan beberapa suntikan dan perubahan termasuk dalam landscape pembangunan di sana yang masih lagi perlu mengekalkan kawasan pertanian, masih lagi perlu mengekalkan hijauan. Namun dalam masa yang sama dapat mengisi keperluan dan keperluan pelancong-pelancong berkenaan dengan hotel-hotel. Sudah pasti industri, industri seperti homestay yang dibangkitkan oleh Sg Air Tawar dan juga Sg Panjang dapat kita kembangkan dan lebarkan. Ini peranan yang akan dilaksanakan oleh tourism Selangor untuk memastikan mereka bersedia terhadap perkara tersebut. Saya maklumkan dalam ucapan Belanjawan sebagai contoh kita ada program yang telah melatih 300 orang. Mereka ini adalah petani, nelayan, pekebun kecil, pesawah. Dalam masa yang sama kita berikan program-program kepada mereka supaya menjadi tourist guide. Dalam masa yang sama mereka adalah nelayan, petani dan melaksanakan tugas harian mereka juga boleh bertugas sebagai pemandu pelancong dan mendapat pertambahan RM1,000 seorang jika mereka melaksanakan program tersebut. Jadi mereka boleh membawa pelancong-pelancongan ini ke halaman ke kebun mereka sawah padi mereka dan ke tempat alaman mereka dan pengalaman Sekinchan membangunkan serta Sekinchan sebagai kawasan Pelancongan yang begitu ramai saya kira boleh diambil contoh bagaimana menunjukkan dan juga membuktikan kualiti-kualiti yang ada yang boleh menjadikan aset-aset pelancong apatah lagi beberapa kawasan seperti Sky Mirror seperti Klip-kilp kampung Kuantan yang merupakan satu aset yang bertaraf dunia yang boleh kita kemukakan dan kita pamerkan di peringkat dunia.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, akhir sekali saya ingin merujuk kepada ke bimbangan dan juga maklum balas awal dan penjajaran khususnya berkenaan dengan air percuma negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya sekali lagi menegaskan dan menolak sama sekali tanggapan-tanggapan yang cuba dibuat terutama oleh beberapa orang di luar dewan dan juga pandangan-pandangan yang saya anggap sesak berkenaan dengan
penjajaran. Satu narrative yang cuba di bangkitkan seolah-olah penjajaran ini dibuat kerana isu pengambilan Air Splash oleh Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat saya dah jelaskan beberapa kali bahawa pengambilan Air Splash tidak sama sekali melibatkan Dana Kerajaan Negeri dan tidak ada sebab langsung kenapa pengambilan Air Splash boleh menyebabkan pemberian air percuma.. Ini kita lakukan sejajaran, ini yang saya nak sebutkan banyak kali kerana orang yang tanya itu juga tengah terlibat dengan persoalan ini dan sangat tahu. Sangat tahu bahawa kita mendapatkan dana daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pusat telah memberikan kelulusan melalui Mesyuarat Kabinet dan Kamar Kabinet dan secara tidak langsung kita dapat menguruskan pemberian dan juga pengurusan dan air secara bersepadu dan tidak langsung melibatkan dana Kerajaan Negeri kerana 1.9 million untuk pembelian atau pengambilan Splash diberikan oleh PAAB dan kemudian aset-aset yang kita serahkan itu kita sewa balik dan ia di bayar oleh Air Selangor yang tidak melibatkan Kerajaan. Lebihan sekitar RM600 juta digunakan melalui pinjaman yang diuruskan sendiri oleh Air Selangor dan sekali lagi Kerajaan Negeri tidak terlibat untuk memastikan dan juga menggunakan keuntungan Negeri untuk pengambilan Splash. Jadi apa yang kita lakukan ini kerana daripada Nota yang sama dapati dan lihat penggunaan air dan juga pelaksanaan dan air percuma contactual makin lama makin meningkat. Kita bermula sekitar 68 juta pada tahun 2008 dan pada hari ini sebanyak 180 juta 1 tahun kita perlukan gunakan air percuma. Dengan pertambahan penduduk yang meningkat dengan begitu besar. Sekarang sekitar 6.4juta penduduk dalam negeri kita dan dengan sebab itulah kita terpaksa menjajar semula dan menumpukan kepada B40.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, kenapa saya sebut B40 dan E-Kasih kerana E-Kasihlah yang mempunyai data base. Kita tidak mempunyai data base dalam B40. Namun begitu rujuk kepada statement dan rujuk kepada kadar B40 sebenarnya di dalam negeri Selangor B40 merujuk kepada mereka yang berpendapatan RM6,000 dan ke bawah ini B40. Justeru kita letakkan E-Kasih sebagai penerima yang wajib diterima dan Kerajaan Negeri melalui air Selangor akan bersedia membina data base baru dan merangka cara baru untuk masuk dan termasuk memberi ruang kepada kumpulan selepas RM2,000 atau dalam E-Kasih untuk mendaftar dan memohon menyertai air program percuma Kerajaan Negeri. Sebab itu Kerajaan Negeri meletakkan RM80 juta. Kalau setakat penerima E-Kasih kitar RM40 hingga RM50 juta cukup sebab itu Kerajaan Negeri meletakkan RM30 juta tambah untuk menampun beberapa permohonan yang bersesuaian berdasarkan daripada garis panduan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan Kerajaan Negeri tidak akan terus dan kita akan buat secara berperingkat dan memastikan tidak ada sebarang kenaikan dan isu-isu yang melibatkan isu-isu penduduk. Akhir sekali bila dicabar berkenaan dengan kenaikan tarif sebenarnya Yang Berhormat kalau tidak berlaku pertukaran Kerajaan
2008 tarif air sekarang yang di nikmati oleh rakyat adalah pada kadar RM3.15 dan kita masih mengekalkan tarikh pada tahun 2006 iaitu pada kadar RM1.39. Sebab itu, InsyaAllah kita akan memastikan kalau adapun penarifan, kenaikan tarif itu tidak akan sampai mencecah kepada angka yang sebesar ini. Namun begitu kita akan memastikan bagaimana kelangsungan Air Selangor dan Pengurusan Air Selangor boleh sustain menyalurkan air yang bersih dan dapat menampung dan membiayai rakyat khususnya mereka yang sukar dan susah. Harapnya penjelasan tentang air percuma merupakan satu penjelasan yang jelas, kerana Kerajaan Negeri sangat fokus. Untuk B40 kelompok-kelompok yang kecil, kita memerlukan tambahan kewangan, kita memerlukan subsidi, kita memerlukan program percuma, kita berikan dan cukup sangka. Untuk M40, mereka memerlukan penggalakan perniagaan, mereka memerlukan tambahan modal, mereka memerlukan program peningkatan ilmu pengetahuan dan networking dalam perniagaan, Kerajaan Negeri sediakan. Untuk T20 juga, Kerajaan Negeri siapkan, siapkan beberapa perkara antaranya yang melibatkan bagaimana mereka boleh participate dan menyumbang balik kepada Kerajaan Negeri. Dan apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan. Daripada B40, M40 termasuk T20, semua rakyat dalam negeri kita dan negara kita ini mempunyai fokus-fokus yang tertentu yang difikirkan Kerajaan, mampu untuk diperkasakan. Inilah yang kita katakan from gift to empowerment, bukan hanya memberi tetapi empower mengikut kepada keutamaan. Terima kasih Ahli Yang Berhormat sekalian.
Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua, sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA, Ahli-ahli Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
DIPERSETUJUI.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan di bawah Peraturan Tetap 66(3) untuk menimbang Rang Undang-undang ini Fasal demi Fasal.
Tuan Speaker,saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan. Bentara.
Jadual B. 1, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, RM116,246,556.05 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Belas Juta, Dua Ratus Empat Puluh Enam Ribu, Lima Ratus Lima Puluh Enam dan Sen Lima).
Banting.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya bagi sepuluh minit ya.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi mesyuarat, Tuan Pengerusi Jawatankuasa, saya ingin membangkitkan, muka surat Vot B 01, muka surat 50, butiran program 505000, kod objek 29000, berkenaan dengan perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang diberi dan hospitaliti yang bernilai sebanyak RM20,950,000.00 untuk tahun 2019. Tuan Pengerusi Jawatankuasa saya ingin merakamkan penghargaan saya terhadap amaun yang ditunjukkan di sini di mana ia merupakan satu penjimatan berbanding dengan tahun 2018. Pun begitu kita perlu beringat bahawa walaupun across the board, dengan izin, butiran di bawah kod objek 29000 ini untuk,, untuk perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti, ia juga wujud di mana muka surat, semuanya mencatat penurunan. Tapi ini adalah disebabkan barang kali pada tahun ini adalah tahun pilihan raya, saya telah pun memeriksa apa yang berlaku sebelum ini, di mana sejak tahun 2011, perbelanjaan ini sebenarnya mencatatkan peningkatan. Saya memohon supaya Kerajaan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh supaya lebih banyak penjimatan dikhususkan dalam kod objek ini. Saya kira ia akan menjana pendapatan ataupun perkhidmatan yang sangat bermakna untuk Kerajaan sekiranya, perkhidmatan ini dapat lagi dikurangkan.
Yang kedua juga berkenaan dengan, selalunya perkhidmatan, Tuan Pengerusi, perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti berkait langsung dengan bilangan perjawatan. Saya memantau ataupun saya sempat semak dengan buku anggaran belanjawan yang dibekalkan sebelum ini. Pada tahun lama, sepuluh tahun ataupun lapan tahun yang lepas, saya mendapati bahawa butiran yang dikandungi dalam buku anggaran itu sangat padat dan sangat menyeluruh. Apa yang kita perolehi sekarang ialah, just sedikit ringkas, saya memohon kalau boleh dibekalkan dengan lebih banyak lagi untuk tahun depan. Saya bagi dua contoh sahaja. Kalau untuk buku anggaran ini, kita ada disebut, sebelum butiran-butiran dalam jadual ini, ada banyak butiran yang, tulisan-tullisan atau isi kandungan tentang aktiviti jabatan. Tentang input dia, output dia, bilangan aktiviti dia,
bilangan, termasuk bilangan mesyuarat yang dijangkakan dibuat pada ke depan. Jadi, itu tidak dikandungi dalam buku anggaran ini. Jadi, di situ kita tidak dapat menjustifikasikan apakah kenaikan ataupun penurunan perbelanjaan dalam sesebuah butiran itu.
Yang kedua, bilangan perjawatan, kalau kita lihat bilangan perjawatan di sini, langsung tidak ada maklumat. Tapi saya sempat semak., dulu ada disebut bilangan perjawatan. Walaupun bilangan perjawatan selalunya dikandungi dalam buku yang lebih tebal itu, maka tapi kadang-kadang kita, kalau kita semak, kita pun berasa tidak begitu mudah dan sekiranya ia boleh dilakukan pada tahun-tahun yang dahulu ada disebut tentang bilangan perjawatan, saya rasa mungkin ini boleh ditambahbaik. Jadi itu adalah sedikit pemerhatian saya. Dan saya amat berharap, yang pokok sekali ialah perkhidmatan ikhtisas itu, ia perlu diberi perhatian, supaya ia boleh lagi, orang kata di trimkan, dikurangkan lagi untuk mewujudkan lebih penjimatan dari segi pentadbiran kita. Dan saya kira, sekiranya boleh, saya tak pasti samada ini boleh dibekalkan secara pada masa-masa depan. Kalau butiran tentang perbelanjaan di bawah kod objek 29000 ini, boleh dibekalkan secara bertulis lagi baik, supaya kita tahu, kita boleh justifykan, apakah kenaikan ataupun penurunannya. Itulah sedikit sebanyak cadangan ataupun soalan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi Jawatankuasa. Saya merujuk kepada muka surat 50. Butiran 505000, Pentadbiran dan Kewangan, kod objek 29000, iaitu tentang peruntukan bekalan untuk semua Stanco-stanco di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Secara konvensionalnya, untuk B 01, untuk Stanco-stanco, jumlah peruntukan yang selalu diberi adalah RM100,000.00 sahaja untuk semua Stanco. Tetapi untuk tahun ini, saya telah meneliti bahawa ada tambahan. Sebagai contohnya ada yang dapat RM200,000.00, ada yang dapat RM120,000.00, ada yang dapat RM150,000.00 dan sebagainya. Saya uma nak dapat penjelasan apakah, mengapa Stanco-stanco tersebut ada tambahan, dan Stanco-stanco lain tidak dapat.
Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Pengerusi Jawatankuasa. Saya ingin merujuk muka surat 53, butiran 552000, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, kod objek 41000, jenis perbelanjaannya biasiswa, dermasiswa, dan bantuan pelajaran, yang tahun 2018, dapat pelaburan 16 juta, tetapi untuk tahun 2019, kita nampak penurunan hingga RM10. Bagi saya seorang pemuda, biasiswa merupakan
satu perkara yang sangat penting demi pembangunan manusia. Saya nak sedikit penerangan tentang mengapa perkara ini berlaku. Terima kasih.
Saya, Hulu Kelang.
Pengerusi, saya merujuk kepada muka surat 53, 51, berkenaan dengan butiran 505000, kod objek 29000, Pelancongan, di bawah sekali tu. Pelancongan. Saya telah mengemukakan kertas cadangan kerja, kertas kerja saya kepada EXCO Pelancongan, Yang Berhormat EXCO Pelancongan, meminta agar disegerakan pembangunan Kampung Kemensah sebagai pusat destinasi rasmi percutian dan perkelahan rekreasi di Selangor. Sehingga kini saya belum jawapan lagi dan saya harap Yang Berhormat EXCO dapat turun ke Hulu Kelang, ke Kemensah untuk melihat tapak itu. saya nyatakan pada hujung minggu kerana tarikan, beberapa tarikan terpenting antaranya Zoo Negara, dan ada makan Lamb Chop di dalam sungai. Di susun meja cantik-cantik, buka kasut, buka selipar, masuk dalam air, sambil celup air dalam air dingin di Hulu Kelang, Kg. Kemensah itu dia makan Lamb Chop.
Tak, tak, dia tak potong.
Itu satu kelebihan. Dan ini telah direkodkan banyak majalah dunia, dan ramai pelancong luar datang. Mereka menuntut agar mereka dihargai dan satu hujung minggu, Sabtu Ahad itu, sekitar 4,000 orang akan turun ke situ. Selepas menziarahi panda. Yang pernah datang berada di Zoo Negara pada suatu ketika dulu. Dan dengan juga, saya ingin menyeru dalam rancangan kerajaan untuk menyegerakan pembangunan Permatang Kuarza, Bukit Tabur di teruskan dengan jayanya. Kemudian saya ingin menyentuh tentang permintaan saya, sokongan saya tentang permintaan MPAJ, meminta peruntukan daripada EXCO Infrastruktur, Pembangunan Penebatan Banjir sepanjang 740 meter di Kampung Pasir, yang telah membawa derita kepada penduduk sekian lama. Jadi saya harap inilah kali yang terbaik, agar diselesaikan masalah-masalah orang kampung dengan bantuan apa yang boleh dilakukan oleh EXCO dan Kerajaan, pada banjir yang datang setiap kali, ada saja banjir kilat. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang pemutihan kilang haram ataupun penempatan semula peniaga-peniaga yang telah dibenarkan suatu ketika untuk berniaga di laluan susur, Kampung Pasir, Ukay Perdana, di MMR2. Jadi saya telah dapat penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar, sebelum ini, Bukit Antarabangsa, bahawa beliau telah memberi arahan kepada D.O. Gombak agar menyegerakan proses membina tapak ganti bagi peniaga-peniaga tersebut. Jadi saya menyeru agar ini dapat disegerakan. Terima kasih.
Saya jemput pihak Kerajan untuk beri penjelasan.
Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Banting dan juga Yang Berhormat Bukit Lanjan. Yang pertamanya soal butir-butir dalam buku anggaran belanjawan. Itu adalah dibuat mengikut Peraturan Tetap 66 (1) dan juga Perkara 86 dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor di mana kepala--kepalanya hendaklah seperti yang disenaraikan. Dan dia tidak mewajibkan butir-butir lain kerana butir lain yang disebutkan oleh Yang Berhormat Banting itu lebih kepada laporan kerja. Jadi itu tidak diperlukan. Yang dilakukan adalah menepati peruntukan di bawah Peraturan Tetap 66 (1) dan juga Perkara 86 dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Yang keduanya., Bukit Lanjan membangkitkan ada perbezaan sedikit daripada amalan dulu. Sebenarnya perkara yang telah pun diperjuangkan oleh EXCO berkenaan, iaitu saya sendiri sebenarnya, kerana portfolio kita pegang adalah berlainan. Kalau mengikut amalan lama, semua setiap portfolio RM100,000.00. Tapi portfolio yang melibatkan pelaburan dan juga industri kecil dan sederhana ini kita melibatkan banyak lawatan ke luar negara. Dan selepas 2 tahun lalu apabila kejatuhan nilai Ringgit menjadi kritikal maka ia menyebabkan kos untuk lawatan ke luar negara meningkat kerana kejatuhan nilai ringgit pada masa itu sebanyak 22%. Jadi bererti hotel akan naik, apa tu, jumlah perbelanjaan ke luar negara itu meningkat sebanyak 20%. Itu tidak termasuk lagi kenaikan harga tiket penerbangan itu tadi. Dan juga portfolio Pelancongan itu sama juga, Yang Berhormat Pelancongan perlu membuat lawatan ke luar negara dan mengadakan promosi ke luar negara. Di mana apabila 2 tahun lalu kejatuhan wang ringgit itu menjadi bebanan dan RM100,000.00 tidak mencukupi. Sedangkan sementara itu portfolio lain tidak melibatkan banyak lawatan dan aktiviti luar negara maka ia dikekalkan. Itu adalah sebab utama. Terima kasih.
Terima kasih. Saya merujuk kepada perbahasan. Terima kasih Pengerusi, merujuk kepada perbahasan Banting Kerajaan Negeri dari masa ke semasa akan berusaha untuk melakukan penjimatan-penjimatan bagi memastikan penjimatan yang dikemukakan itu adalah penjimatan ... sudah pasti selaku Pentadbir Penjawat Awam kita bergantung kepada pekeliling-pekeliling tertentu yang disampaikan dari masa ke semasa oleh pihak JPA dan ada beberapa arahan-arahan penjimatan yang dilakukan sebagai contoh benda ini nampak kecil tapi menelan belanja yang agak besar. Kos makanan, ada pekeliling yang menentukan kos makanan. Kos kedua, tempat kursus dan juga latihan, kalau dulu boleh dilakukan di luar Selangor sekarang kena terhad di dalam Selangor. Jika dulu banyak dilakukan di hotel sekarang ditumpukan ke dalam jabatan-jabatan dan bangunan-bangunan kerajaan sedia ada. Ini semua kita laksanakan dan memberikan kesan terhadap penjimatan pelaksanaan. Dan di samping memastikan pertukaran aset, peralihan aset dan renovation akan dilakukan kalau ia adalah betul-betul perlu dan sekiranya sangat perlu untuk diperlukan dalam urusan pentadbiran. Mengenai tentang Yang Berhormat Subang Jaya sebentar tadi berkenaan dengan biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran. Sebenarnya dalam
ucapan belanjawan saya telah menjelaskan bahawa kesemua dana akan dipindahkan kepada Tabung Biasiswa Wang Negeri Selangor dan kalau dahulu tabung ini hanya akan memberikan bantuan kepada beberapa aspek, ada vot tertentu untuk biasiswa dan dermasiswa pendidikan ini dan kali ini kita bawa semua dalam satu tabung dan pengurusan tabung ini akan memantau daripada program khas kakitangan awam yang ingin melanjutkan pelajaran sampailah biasiswa tabung di kalangan orang asal dan biasiswa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Program Peduli Siswa Dalam dan Luar Negara dan juga pelbagai inisiatif pendidikan yang telah saya sebut khususnya untuk bantuan pendidikan di dalam Negeri Selangor. Dan sebelum ini terpisah 2 dimasukkan 1, dananya ada dan tidak lari ke mana-mana. Terima kasih.
Untuk Hulu Kelang. Jadual B1 iaitu wang sejumlah RM116,246,556.05 untuk Kepala B1 Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘TIDAK’. Dipersetujui.
Jadual B2 - Pelbagai Perkhidmatan RM77,815,113.55.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada muka surat 60 kod objek 42000 Pemberian Dalam Negeri. Ada 2 perkara yang saya bangkitkan di sini. Saya mulakan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Tuan Pengerusi, saya amat rasa kecewa peruntukan yang disalurkan telah berkurangan sebanyak RM516,150.00 pada tahun ini berbanding pada tahun lepas. Saya telah berkesempatan menghadiri Persidangan ‘World Library And Information Congress Ke-84’ yang diadakan pada 25 hingga 30 Ogos 2018 bertempat di KLCC Convention Centre. Di mana persidangan ini dibuat julung kalinya di Malaysia. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada PPAS kerana berjaya menduduki 3 tempat terbaik daripada 122 poster yang dipertandingkan. Manakala tahun lalu semasa congress ini diadakan di Poland, PPAS telah menjadi pemenang poster terbaik. Selain daripada itu, PPAS juga dipilih oleh persidangan tersebut sebagai salah satu perpustakaan yang dilawati delegasi dari seluruh dunia. Dengan kejayaan tersebut maka mereka perlukan peruntukan untuk menyokong aktiviti-aktiviti mereka. Jadi saya juga meminta Kerajaan Negeri memberikan sokongan sepenuhnya kepada PPAS. Saya ingin membangkitkan satu isu lagi di sini, iaitu sehingga kini Bas Smart Selangor masih belum memperluaskan perkhidmatannya ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang mana bilangan pengunjung semakin meningkat dan permintaan terhadap pengangkutan awam sememangnya diperlukan. Selain itu Perpustakaan
Bergerak Smart Selangor perlu ditambah bilangan bagi memberikan peluang kepada semua rakyat meliputi terutamanya 2 daerah yang belum menerima perkhidmatan itu. Kita harap kita boleh tambah agar Pustaka Bergerak. Untuk makluman dewan ini Pustaka Bergerak ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada keahlian dan juga dari segi pinjaman bukunya. Saya difahamkan bahawa 7 unit Smart Selangor Mobile Library ini memberi perkhidmatan di 6 daerah dengan memberi tumpuan di kawasan miskin bandar dan PPRT iaitu Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak 90 lokasi perumahan kos rendah yang melibatkan 6 daerah itu telah diberikan perkhidmatan Pustaka Bergerak ini. Satu daripada 7 unit telah dikhususkan untuk memenuhi jemputan program-program untuk promosi seperti Hari Tanpa Kenderaan, jemputan sekolah dan juga acara-acara anjuran Kerajaan Negeri. PPAS yang telah dinaiktaraf dengan konsep ‘rebranding’ didapati meningkatnya statistik penggunanya. Sebelum ini sehari hanya 5 orang. Manakala setelah dinaiktarafkan jumlah pengunjung telah meningkat dari 50 hingga 100 orang sehari. Maka Kerajaan Negeri wajar memberi perhatian peruntukan ini supaya perpustakaan ini dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih ramai lagi. Sehingga kini ada 50 perpustakaan daripada 104 perpustakaan telah dinaiktarafkan. Perkara kedua yang hendak saya hendak bangkitkan ialah berkenaan Invest Selangor Berhad. Tuan Pengerusi, Dato’ Menteri Besar telah menyatakan Aero Angkasa yang berada di Subang akan mengumumkan oleh Kementerian Kewangan akan menguntungkan rakyat negeri Selangor. Peranan Invest Selangor adalah sangat penting bagi memastikan hal ini benar-benar menguntungkan negeri Selangor. Saya berharap Invest Selangor boleh memaklumkan perancangannya bagi menarik pelabur Aero Angkasa. Yang kedua, saya melawat kilang UMW Aero Space Sdn. Bhd. di Serendah pada bulan lepas. Saya kagum dengan kilang yang berteknologi ini kerana tidak banyak negara yang membuat selongsong kipas kapal terbang boeng 787 akan tetapi jalan-jalan di sekitar perindustrian ini diselenggarakan dengan baik. Saya mencadangkan Invest Selangor menjadi unit penyelarasan yang mengambil berat tentang penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan perindustrian termasuk mempercepatkan proses penyerahan jalan kepada agensi kerajaan. Mungkin kepada Pihak Berkuasa Tempatan, ada mungkin kepada JKR bagi ini adalah untuk meningkatkan imej Selangor dan negara ini. Saya juga hendak maklumkan bukan sahaja di kawasan perindustrian Sungai Choh dan Serendah yang mana kawasan UMW berada jalannya tidak elok tetapi di kawasan perindustrian seperti di kawasan perindustrian di MIEL Batang Kali perlu diberikan perhatian kerana jalan juga tidak elok. Sekian sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Silakan.
Terima kasih. Eh! Ada lagi.
Ya, silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.
Terima kasih. Merujuk kepada muka surat 60, Butiran Program dan Aktiviti 505000 kod objek 42000. Saya akan menyentuh 3 perkara. Pertamanya tentang PPAS, saya difahamkan mempunyai daya kreativiti yang cukup baik. Penuh program di Shah Alam, ramai orang yang datang, kanak-kanak, macam-macam aktiviti dianjurkan tetapi kita tidak dapat merasakan bagaimana dia dapat diturunkan ke DUN-DUN . saya telah bersembang dengan Pengurus Besar. Dia mencadangkan aktiviti ADUN kurang, aktiviti tetapi terbuka wacana buku, di kalangan ADUN menulis buku, dia mencadangkan kalau saya membuku saya banyaklah buku itu yang akan terdedah. Jadi dia mencadangkan program-program ini hendak diturunkan. Saya ingin mencadangkan sekiranya aktiviti-aktiviti turun padang yang dianjurkan oleh PPAS diadakan secara teratur, tersusun untuk membudayakan budaya membaca, menulis, menerbit, mewacanakan buku. Saya faham ada satu buku akan diterbitkan, dilancarkan, diluncurkan tidak lama lagi yang ditulis oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Buku itu sangat menarik, tentang 9 Mei 2018 tentang kemenangan Pakatan Harapan. Saya difahamkan dia akan dilancarkan oleh penerbit yang terkenal tetapi sayangnya, kalau boleh kita jemput dan rebut peluang itu diterbitkan dilanjurkan di Selangor. Beliau pernah menjadi EXCO Selangor dan pernah menjadi Yang Berhormat ADUN di sini. Jadi kita kehilangan satu peluang untuk mempopularkan tokoh muda yang menulis buku tidak berpeluang untuk mempengerusikan PPAS sebagai satu wacana yang memberi kesegaran minda. Dalam masa yang sama juga saya ingin menyentuh satu aktiviti yang sedang giat dijalankan penglibatan penerbitan buku oleh Institusi Darul Ehsan juga tidak mensynergykan kekuatan yang dimiliki oleh PPAS. Jadi kita harap satu rangsangan boleh dilakukan dimanakah PPAS di Selangor ini dapat mengemblengkan seluruh tenaga kekuatan penulis-penulis di kalangan wakil rakyat, ahli parlimen dan ahli-ahli Dewan Undang Negeri/Dewan Negeri Seluruh seluruh Malaysia untuk meletakkan hasil karyanya untuk tampilkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan intelektual yang mempunyai tokoh-tokoh yang boleh menulis, menerbit dan mewacanakan buku-buku dalam melonjakkan pembikinan yang baru. Kedua, saya ingin menyentuh tentang PADAT. Dalam soalan tambahan saya telah menyentuh sahabat saya PADAT tapi saya ingin menyatakan di sini, saya masih mencari di manakah tradisi dan juga budaya diwujudkan untuk menghidupkan teater. Dulu ketika Batu 3 pernah menjadi EXCO penggal pertama dulu teater telah dirancakkan dan ada kejayaan sedikit untuk kita membudayakan teater sebagai satu hiasan masyarakat di Selangor khususnya di Shah Alam. Jadi saya mencadangkan bahawa sekiranya ada dalam perancangan peruntukan yang ada ini diasaskan satu persembahan, satu dan perancangan teater di bawah PADAT. Ketiganya saya ingin menyentuh tentang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), bagi saya salah satu organisasi yang paling kemas dan tersusun, Jabatan yang tersusun, agensi yang
tersusun, perbadanan yang tersusun di Selangor ini adalah LUAS. Saya mula tertarik dengan isu kitar semula sisa minyak masak untuk dijadikan sebagai Bio diesel adalah melalui LUAS dan saya menggerakkan program itu dengan kerjasama daripada sokongan daripada EXCO pada masa ini Bukit Lanjan. Kita majukan program itu dan apabila LUAS merupakan satu agensi yang menyelaraskan pembelian untuk melantik kontraktor yang sah untuk membeli sisa minyak masak atau sisa minyak masak terpakai untuk dikitar semula untuk menjadi Bio diesel, LUAS telah memainkan peranan tersebut. Dengan aktiviti yang berorientasikan masyarakat, kemasyarakatan, kesedaran, autokrasi, kempen dan juga gerakan. Tetapi apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk program ini untuk dialihkan di bawah PBT di mana saya di Hulu Kelang kerjasama dengan MPAJ. Kita ada bilangan dari segi promosi kesedaran autokrasi. Sebab kekuatan, kelebihan keputusan ini telah inspeksi dari segi kutipan, pertambahan komuniti yang terlibat dalam mengitar semula sisa minyak masak. Kutipan yang semakin bertambah, penjualan yang semakin bertambah peringkat PBT tetapi promosinya kurang, kesedarannya kurang. Jikalau kita boleh signifikan boleh keputusan ini di mana tidak kita tinggalkan langsung peranan LUAS dalam penjagaan alam sekitar khususnya dalam program kitar semula minyak masak. Saya mencadangkan agar bergandingan di antara pejabat-pejabat khidmat DUN di akar umbi bersama dengan PBT tempatan dan LUAS digerakkan agar seimbang. Kempen ini bukan hanya dari segi inspeksi “collection”, kutipan dan penjualan kitar minyak masak semata-mata tapi juga untuk dijadikan kempen kesedaran agar masyarakat ini akan tetap sayang dekat sungai dan sumber air, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Sementa.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Sementa ingin merujuk kepada muka surat 60 kod 42000 dengan tajuk Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan juga Rantaian Mesra Sdn. Bhd. Yang mana peruntukan untuk RMSB telah dikurangkan kepada 489,250 dan sedangkan para kakitangan di RMSB ini agak banyak melaksanakan program-program IPR dan mereka ini sangat terhad bilangannya. Jadi saya ingin, saya mencadangkan agar Yayasan Warisan Anak Selangor dan juga RMSB ini yang sebelum ini masih lagi belum diserapkan sepenuhnya kakitangan ini dalam melaksanakan tugasan-tugasan mereka untuk diserapkan dan melaksanakan tugas-tugas hakiki untuk YAWAS serta RMSB ini dengan lebih baik lagi. Dan kita juga baru sahaja menerima ataupun melantik CEO untuk YAWAS iaitu mantan Rawang, mantan Yang Berhormat Rawang jadi kita mengharapkan agar CEO baru ini akan dapat menyelaraskan YAWAS dan RMSB ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisien lagi dalam melaksanakan beberapa program-program IPR di bawah kedua-dua agensi ini, terima kasih.
Taman Templer Timbalan Speaker.
Silakan Yang Berhormat Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Pengerusi Jawatankuasa, saya ingin minta penjelasan, maaf saya merujuk kepada muka surat 60 butiran program 505000 kod objek 42000 kepada butiran Comunication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB). Saya ingin minta penjelasan kenaikan peruntukan pada CCSB kerana pada pendapat saya apabila kami menaikkan meningkatkan peruntukan kami mempunyai perangkaan perbelanjaan yang lebih dalam kes CCSB ini ada peningkatan sebanyak RM632,000.00 dan RM500 tapi dalam laporan audit negeri di antara 2017, syor audit ialah untuk adalah CCSB mengurangkan perbelanjaan serta meningkatkan kecekapan penggunaan sumber pendapatan operasi syarikat, mana kala dalam laporan audit yang sama CCSB tidak mempunyai faedah pengedaran Selangor kini yang fokus kepada kelompok sasar KPI tidak jelas jadi itu, minta penjelasan atas rasional peningkatan peruntukan kepada CCSB, terima kasih.
Ya Sila Taman Templer.
Terima kasih Timbalan Speaker muka surat 60 B40 B 02 kod objek 42000 Majlis Sukan Negeri Selangor, MTES, MS. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menurunkan sedikit peruntukan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor, sepatutnya peruntukan sukan ini kita kena bagi lebih sebab sukan hari ini dia jadi satu agen penyatuan, satu agen perpaduan bukan setakat dalam negara kita tetapi untuk seluruh negara. Kita tengok program-program sukan ini menjadi agen perpaduan sebab itu sukan ini perlu kita “highlightkan” dan peruntukannya sepatutnya harus dilebihkan untuk aktiviti-aktiviti sukan khususnya untuk golongan anak muda di Negeri Selangor ini. Saya nak bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan dalam pembentangan bajet tempoh hari yang menyatakan bahawa satu gelanggang lumba motor akan dibina di DUN Sungai Tua. Saya sangat bergembira.”happy” dengan izin kerana dibina di Sungai Tua sebab bersebelahan dengan DUN saya. Jadi bolehlah saya mempromosikan khususnya kepada golongan anak muda yang berminat nanti untuk menyertai pertandingan-pertandingan. Saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidakkah kita bercadang untuk menganjurkan pertandingan CUP Free yang bertaraf ASIA ataupun bertaraf dunia yang mana secara tidak langsung ini akan boleh menjadikan sebagai salah satu acara yang menarik minat golongan muda dan juga kalau boleh kita angkat program itu untuk menjadi satu tarikan pelancong dalam Negeri Selangor. Program yang keduanya soal berkaitan dengan tidakkah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menganjurkan semacam satu pesta sukan
seolah-olah macam SUKMA yang berlangsung 2 tahun sekali di dalam negara kita sebab dengan kemampuan kemudahan sukan yang terdapat di dalam Negeri Selangor. Saya rasa Kerajaan Negeri Selangor mampu untuk kita menganjurkan program-program sukan seolah-olah seperti SUKMA yang diadakan yang mana saya sebut tadikan diadakan 2 tahun sekali di dalam negara kita. Ketiganya soal berkaitan dengan pembangunan sukan itu sendiri tidak akan Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina sekolah sukan bukan setakat di peringkat sekolah menengah tetapi di peringkat sekolah rendah sebab kita ketahui negara China yang begitu handal di Sukan Olimpik dan Sukan Asia dan sebagainya. Mereka melatih peserta-peserta ataupun atlet-atlet mereka ini daripada golongan sekolah rendah lagi sebab kita kalau tengok kita di dalam negara kita ini, kita mula “start” latih atlet bila mereka berada di sekolah menengah. Sekolah Menengah ini macam nak kira jadi buluh jugalah jadi kalau boleh pihak Kerajaan Negeri, kita di Negeri Selangor ini mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah sukan bukan di peringkat Sekolah Menengah tetapi di peringkat sekolah rendah kemudian yang terakhirnya saya nak menyebutkan tentang PABT iaitu Penggerak Belia Tempatan sebab kita dimaklumkan ada di kalangan penggerak belia tempatan yang kita lantik ini tidak dapat menjalankan tugas dan juga fungsi mereka sebagai PABT ini sangat mengecewakan kita kerana pada saya PABT adalah merupakan satu medium, satu medan kepada anak-anak muda yang berada di luar sana untuk mendapatkan program-program dan juga aktiviti-aktiviti sukan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Kerana kita tahu masalah berkaitan dengan gejala sosial yang berlaku pada hari ini. Kita mahu supaya PABT ini ditapis disaring dengan sebaik dan sewajarnya bagi membolehkan kita melantik PABT-PABT yang berkemampuan dan juga berkebolehan untuk.
Yang Berhormat PABT ini di luar bidang Majlis Sukan Negara, Negeri.
Bukan di bawah MSN.
Tidak.
Saya rasa di bawah MSN.
Bukan PABT,Tukar tajuk lain.
Tukar tajuk lain. Tajuk mana pula nak pergi itu. Jadi yang terakhirnya saya nak tentang berkaitan dengan sukan ini. Berkaitan dengan sukan di luar negara kenapa tidak mungkin Kerajaan Negeri kita mencetuskan idea menganjurkan program-program untuk sukan yang satu masa dulu,
masa kita kecil-kecil dulu, dulu kita main sukan ini, contoh galah panjang, contoh macam teng-teng dengan izinlah Timbalan Speaker, teng-teng maksudnya sukan.
Ya kita tahu teng-teng.
Sukan-sukan tradisi yang saya rasa perlu kita hidupkan bagi kita tidak mahu nanti sukan-sukan tradisi ini satu hari nanti dia akan jadi seperti dinosaur kita tak nak, kita tidak tahu kewujudannya sama ada dia ada atau pun tidak ada. Timbalan Speaker, terima kasih.
Sebelum saya menjemput kerajaan jawab saya kena akui walaupun pakai long suit macam pendekar juga biarlah maknanya sengat tidak berubah Yang Berhormat Taman Templer. Terima kasih kerana sama-sama dengan etika pakaian kita. Silakan Yang Berhormat kerajaan.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, yang mengaitkan dua isu, satu perancangan dalam industri aero angkasa dan satunya berkenaan jalan di kawasan Serendah berhampiran dengan kilang, Kilang UM View. Hari semalam semasa membuat penggulungan saya kira saya telah membuat penjelasan yang agak terperinci tentang perancangan pihak Kerajaan Negeri dalam mengembangkan industri aero angkasa ini, cuma saya nak tambah sedikit iaitu selain daripada Majlis Aero Space atau Majlis Aero Angkasa yang ditubuhkan yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di peringkat inverts Selangor juga ditubuhkan satu unit khas untuk merancang, mengurus dan menyelaraskan pelaksanaan program-program pembangunan dalam industri aero angkasa dan juga sementara itu bagi mengekalkan mental dan mempromosikan ini Kerajaan Negeri juga terlibat dalam Majlis Mesyuarat Aero Angkasa dengan kerjasama EU Malaysian Chember Commes Industry dan Asian Business Assositions. Selain daripada Majlis Aero Angkasa Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu dari segi penglibatan inverts Selangor dalam dan juga Kerajaan Negeri dalam Airshow dan berkenaan dalam dua tahun, tiga tahun yang lalu kita telah pun melawat dan juga mengambil bahagian dalam 11 Airshow di dalam dan di luar negara. Dan ktia bukan setakat untuk berada di situ untuk menyaksikan apa yang berlaku sebenarnya kita mengambil bahagian yang aktif di mana kita merupakan salah satu penaja utama dalam pavillion Malaysia di Farm Road Airshow dan juga di Paris Airshow , 2 Airshow yang paling besar di dunia. Saya kira Yang Berhormat Sungai Ramal tahu yang 2 Airshow, dia juga pakar dalam hal ini. Dan selain daripada itu Engagement dan Visit iaitu lawatan ke kilang berkenaan dan juga ke syarikat berkenaan sebanyak 11 lawatan telah pun dibuat dalam Malaysia dan di Singapura.
Sementara itu ada 11 lagi, ada 12 lagi pertemuan dengan syarikat-syarikat berkenaan. Dan juga kita telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa dengan berbagai-bagai Chember Commes dalam hal ini. Dari segi daripada blue print yang ada di peringkat Kerajaan Persekutuan yang mana kita sentiasa mengikuti. Di Selangor juga kita di dalam proses untuk menyiapkan satu pelan tindakan industry aero spacy, aero angkasa ini. Dan ini dijangka akan dibentangkan pada kerajaan pada tahun 2019, pada wal tahun 2019 dan sementara itu saya lihat jalan di kawasan industri di kawasan Serendah berhampiran dengan UMW memang dari masa ke semasa jawatankuasa mesyuarat diadakan mesyuarat penyelarasan sebenarnya dipengerusikan oleh saya sendiri. Beberapa mesyuarat telah pun diadakan untuk membincangkan isu-isu infra di kawasan tersebut. Jalan belum diserah kerana ada lagi pembangunan dalam skala yang besar yang sedang dijalankan oleh UMW kalau kilang pen-casing memang sudah siap tapi itu Cuma 20 ekar ada lagi 800 ekar yang bersebelahan dengan kilang yang sedia ada yang sedang dibangunkan oleh UMW di mana kerja tanah telah pun bermula dan itu akan melibatkan penggunaan jalan tersebut. Dan sekiranya diserahkan kepada JKR, kepada kerajaan negeri maka kita terpaksa menanggung kos yang besar dan itu sebahagian daripada syarat yang dikenakan ke atas UMW untuk membuat jalan dan menyerahkan selepas siap projek tersebut. Dan bukan itu sahaja, jawatankuasa penyelarasan itu juga membantu untuk pengambilan tanah-tanah milikan syarikat yang lain untuk menyambungkan kawasan tersebut ke lebuh raya Utara Selatan yang sekarang ini tidak ada dan sekarang ini terpaksa pergi ke Utara dan balik semula ke selatan tapi sekarang kita dalam proses ini dan saya kira proses ini agak berjalan rancak dan kita mengharapkan peruntukan dapat diturunkan dengan secepatnya sekiranya proses pengambilan dan juga perundingan itu disiapkan kemudian. Itu yang ada sedikit kekangan tapi kita sedang berusaha.
Tuan Pengerusi terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan yang membangkitkan isu berkenaan dengan perpustakaan terutama dari Kuala Kubu Baru dan juga daripada Hulu Kelang. Ahli-Ahlli Yang Berhormat sekalian, terdapat 5%pengurangan daripada kadar yang dinikmati sekarang ataupun nilai bantuan peruntukan yang telah diberikan kepada PPS berdasarkan kepada permohonan yang sedia ada. Namun begitu, dalam peruntukan yang baru ini ataupun peruntukan yang dikemukakan walaupun terdapat pengurangan terdapat peruntukan sejumlah RM250,000.00 projek baru ataupun dasar baru akan dilaksanakan melalui PPS dan sebahagiannya adalah projek yang disebutkan oleh Yang Berhormat KKB iaitu untuk kenaikan emolumen tahunan dan menampung bayaran emolumen serta perkhidmatan di 5 perpustakaan baru yang telah dibina dan telah disiapkan oleh pentadbiran kerajaan negeri. Jadi pengurangan itu disebabkan kita telah menyiapkan 5 perpustakaan baru tersebut jadi kerajaan sedang merangka untuk membina masa hadapan tapi tidak pada tahun depan sebaliknya kita memerlukan perancangan untuk
membina dan juga beberapa projek termasuk juga perpustakaan bergerak yang disebut oleh kuala Kubu sebentar tadi. Sementara itu saya juga menyambut baik cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak Hulu Klang sebentar tadi berkenaan dengan perpustakaan dan saya menyarankan sekali lagi agar ahli-ahli Dewan Negeri dapat peruntukan-peruntukan mereka untuk sama-sama memperbanyakkan dan menggalakkan budaya membaca termasuk terlibat dalam program bulan membaca. Sebelum ini peruntukan yang diberikan melalui perpustakaan negeri kepada daerah-daerah amatlah terhad sekitar RM1,500.00 - RM2,000.00. Saya secara personel dalam beberapa tahun lepas telah menyumbang kepada perpustakaan tersebut dan alangkah baiknya jika bualan membaca itu dapat dilaksanakan di peringkat dewan undangan negeri lain selain daripada penerbitan buku-buku pencerahan Institut Darul Ehsan yang telah diterbitkan dapat dibawa dan dibawa serta perbincangan dan perbahasan literature di peringkat bawah. Sebab itu dalam belanjawan tahun ini kita ada Shah Alam Dialog dan dalam Shah Alam Dialog untuk menyebarkan budaya pendidikan serta keintelektualan dalam masyarakat kita dan seharusnya untuk membawa dan mengembangkan budaya keilmuan dalam masyarakat dan juga komiti kita. Kuala Kubu membangkitkan tentang bas Selangorku sebelum ini pernah diaturkan dan diberikan laluan bas Smart Selangor ke laluan PPS namun begitu malangnya tidak mendapat sambutan kerana jumlah yang datang ke sana relatifnya masih lagi kecil dan kita memerlukan kawasan-kawasan yang lebih padat kepada penduduk. Melainkan hanya pada waktu cuti sekolah. Jadi saya berharap kalau boleh kita bincangkan mungkin pada waktu cuti sekolah sahaja atau hujung minggu sahaja kita boleh salurkan bas pada waktu tertentu. Itu terpulang pada jawatankuasa pengangkutan negeri di bawah Yang Berhormat Kinrara untuk merangka dan merencanakan jika ada keperluan untuk dasar-dasar ataupun perkara tersebut. Ahli Yang Berhormat sekalian kemudian Sementa membangkitkan tentang pengurangan perbelanjaan rantaian Maxis Sdn Bhd daripada sekitar RM800 ribu kepada RM489 ribu. Untuk makluman, Yang Berhormat Sementa RMSB yang sebenarnya memohon angka ini. Angka ini kita perolehi daripada RMSB dan RMSB memohon angka RM489,250.00 dalam permohonan mereka untuk pentadbiran dan pengurusan tahun ini dan pihak kerajaan negeri jauh daripada berbesar hati untuk menerima cadangan yang dikeluarkan oleh RMSB berdasarkan daripada pelarasan di antara Yawas dan RMSB khususnya selepas kita cuba untuk menggabungkan gerak kerja dan pelarasan di antara kedua-dua unit tersebut. Sebelum ini kerja secara terpisah dan mereka bekerja dengan lebih rapat berkongsi utiliti dan berkongsi sedikit sources yang ada saya rasa sebab itu pengurangan kos hampir 50% berjaya dilaksanakan oleh RMSB untuk tahun 2019. Ada juga bangkitkan tentang yang berkaitan tentang CCSB ataupun Badan Korporat Komunikasi Sdn Bhd yang ditegur. Sebenarnya itu adalah laporan audit menjurus kepada aktiviti mereka pada tahun 2016. Menjelang daripada tahun 2016 sebenarnya kerajaan negeri pada waktu itu telah mengambil dan meminjam seorang pegawai daripada MBI untuk masuk
ke CCSB dan menyelesaikan beberapa masalah prosedur. Sebarang perkara-perkara yang dibangkitkan itu telah kita selesaikan menjelang ke akhir tahun 2017 lagi. Maknanya awal 2018 segala perkara yang berbangkit berkenaan dengan prosedur kewangan, cara pengurusan dan pemantauan termasuk pengedaran Selangor kini yang diedarkan itu kita dah selesaikan dan sebab itu pada tahun 2019 ada sedikit peningkatan kepada CCSB dan hasil itu adalah untuk memastikan pembayaran pegawai dan juga pelarasan kenaikan gaji beberapa sebagai contoh sidang editorialnya untuk memantapkan editorial dan penghasilan berita-berita dan laporan yang telah dikeluarkan. Saya bawakan memang menjelang ke tahun hadapan kita akan cuba selaraskan lebih CCSB dan juga penerbitan Selangor kini bukan untuk menerbitkan sahaja tetapi memastikan berita-berita yang berkualiti dan juga berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan negeri dapat disalurkan kepada media-media lain dan insyaallah akan semakin bebas di bawah Malaysia baru ini. Saya ingin menyentuh tentang perbahasan yang telah dikemukakan oleh Taman Templer iaitu berkaitan dengan penurunan kos untuk MSNS. Ahli Yang Berhormat sekalian, apa yang dicatatkan dalam perkara ini ialah melibatkan pengajian. Ia tidak melibatkan daripada aktiviti dan program. Untuk dana untuk program untuk projek untuk latihan ada dalam pembangunan dan saya telah sebutkan tadi nilainya sebelum ini. Dan sebahagiannya melibatkan pembangunan dan acara sukan yang di bawah. Ini adalah melibatkan pengajian termasuk pegawai-pegawai dan sebagainya disebabkan pengurangan sekitar RM17 ribu lebih kurang tidak begitu banyak ini adalah disebabkan mungkin pegawai yang bersara dan telah ada pegawai baru yang pengajiannya jauh lebih rendah kerana gred baru masuk dan sebagainya. Dan sebab itu ia kalau boleh dirujuk kepada pengajian ia ada pengurangan namun aktiviti dan program kita teruskan termasuk cadangan Yang Berhormat Taman Templer tadi. Sebenarnya berkenaan dengan sukan Selangor kita memang ada acara dwitahunan berselang dengan SUKMA maknanya tahun hadapan akan ada SUKSES di mana dalam Sukan Selangor itu adalah acara-acara yang akan dipertandingkan dalam SUKMA dan dipertandingkan antara daerah-daerah di negeri Selangor dan memang biasanya daerah-daerah akan bertarung dalam tempoh satu bulan, dua bulan kita tak anjurkan secara karnival sebaliknya kita anjurkan di peringkat daerah-daerah kerana kita mahu pusat latihan daerah ini beroperasi dan adanya atlet yang baik daripada daerah itu mudah untuk muncul dan mengejutkan kualiti dan pencapaian mereka. Saya nak betulkan juga sebenarnya memang PBT bertindak di majlis-majlis tempatan tetapi dana dan hasilnya keluar daripada MSN. Jadi relevan juga Taman Templer tadi saya nak betulkan sikit dan saya minta maaf bagi pihak semua. Dan untuk PBT ini untuk tahun ini hasil daripada maklum balas kita bersama dengan pihak universiti Putera Malaysia apakah kelemahan-kelemahan yang boleh di atasi untuk melibatkan ketua-ketua PBT supaya lebih efisien dan lebih berkualiti. Sebelum ini kita lantik ada lantikan ada yang super bagus, ada yang super pemalas. Jadi ada yang sangat efektif ada yang tak muncul langsung sampai ke akhir
penggal mereka. Jadi kita telah menambah satu elemen selain daripada pencalonan daripada ahli dewan negeri, pencalonan ahli majlis, pencalonan daripada wakil-wakil komuniti dan juga pemimpin di peringkat negeri dan juga di peringkat kawasan dan juga cabang kita juga meletakkan syarat interview ataupun interview diadakan dengan diwakili oleh pegawai MSN, pegawai daripada pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya. Melalui interview itu kita akan dapat melihat beberapa sifat dan karakter yang diperlukan untuk PBT-PBT ini dan insyaallah kita akan dapat melihat keterlibatan PBT yang jauh lebih baik dan lebih berkaliber di masa hadapan. Tentang tapak litar itu, sebenarnya dia memang tak jauh dari Taman Templer, bersebelahan sahaja dan insyaallah tapak itu akan bersesuaian dan boleh digunakan untuk acara termasuk cup prix yang diadakan. Kita ada litar lumba rakyat di Kuala Selangor dan sekarang litar lumba itu masih beroperasi dan ia banyak kepada program latihan dan pembangunan. Kita ada litar sepang yang sangat high end untuk Rossi, Marc Marquez, dan juga sebagainya boleh. Hafiz Shahrin boleh. Tetapi untuk pelumba yang sedang cuba meningkat naik kita perlukan tempat sebab itu litar yang dibuat ini insyaallah akan lebih affordable dengan ciri keselamatan yang lebih baik. Tidaklah terlalu terbuka seperti mana litar lumba rakyat di Kuala Selangor dan tidaklah terlalu high end atau expensive. Bagaimana yang berlaku di litar sepang dan ia boleh digunakan untuk pertandingan. Selama ini pertandingan cup prix memang tiap-tiap tahun kerajaan negeri bantu sekitar RM40,000.00 hingga RM50,000.00 sebenarnya. Namun ia dilaksanakan di MAEPS Serdang dan setiap tahun di buat di sana sebab tempat yang lebih selesa. Kalau litar ini siap kemudian di depan litar itu juga ada motorcross yang dibuat di kawasan sekitar sana saya percaya ia akan jadi kawasan sukan permotoran yang boleh dianjurkan termasuk cup prix dan kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kajang.
Saya ingin menjawab soalan yang ditimbulkan oleh YB Hulu Kelang tentang LUAS. YB Hulu Kelang telah mencadangkan untuk mensinergikan LUAS, PBT dan juga Pejabat DUN dalam mempromosikan dan memberikan kesedaran tentang kutipan dan kitar semula minyak masak terpakai. Buat masa ini kutipan minyak masak pakai dijalankan dengan kerjasama semua PBT. Kutipan minyak masak terpakai juga dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap para pengguna setiap bulan di bangunan SUK. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa tetap pengguna akan pertimbangan cadangan untuk bekerjasama dengan LUAS bagi meningkatkan lagi jumlah kitar semula minyak masak akan menjadi bio diesel.
Terima kasih. Teater saya tadi. Teater PADAT.
Iya silakan Yang Berhormat EXCO.
Terima kisah Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya PADAT pada masa ini sedang mengumpulkan data-data daripada seluruh negeri Selangor tentang pertubuhan-pertubuhan ataupun pasukan-pasukan teater yang ada dan yang sedang aktif di dalam negeri Selangor. Kami bercadang untuk mengadakan satu sesi ataupun satu persembahan yang agak besar nanti dalam bulan Mac tahun depan di mana kita akan mengumpulkan semua penggiat teater dan juga penggiat seni untuk melakukan persembahan di galeri Shah Alam. Jadi itulah yang saya dapat maklumkan pada Yang Berhormat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dewan perlu bersidang semula. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang)
(Dewan Disambung Semula) (Tuan Timbalan Speaker Mempengerusikan Mesyuarat)
Selamat petang Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Dewan bersidang semula sebagai Jawatankuasa Perbekalan. Saya persilakan kalau ada Yang Berhormat dari kerajaan kalau ada.
Jadual B.2 iaitu wang sejumlah RM77,815,113.55 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Tujuh Juta, Lapan Ratus Lima Belas Ribu, Satu Ratus Tiga Belas dan Sen Lima Puluh Lima) untuk Kepala B.2 Pelbagai Perkhidmatan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Jadual B.3 – Dewan Negeri Selangor, RM30,196,722.60 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Juta, Satu Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu, Tujuh Ratus Dua Puluh Dua dan Sen Enam Puluh).
Silakan Bukit Gasing.
Terima kasih saya nak bangkitkan perkara pertama pentadbiran dan kewangan gaji dan upahan di mana di sini saya nak cadangkan bahawa tahun depan dewan negeri Selangor dijadikan bebas daripada eksekutif. Saya ingin mencadangkan bahawa SUB dewan haruslah bertanggungjawab hanya kepada Speaker Dewan dan bukan kepada bahagian Eksekutif dan ini akan membolehkan dewan bebas untuk membuat apa yang difikirkan perlu dan sesuai dan menjadi check and balance yang betul-betul check and balance kepada pihak eksekutif. Saya rasa semua faham konsep ini cuma political will untuk melakukan perubahan ini jadi saya nak put on record cadangan saya untuk kita mengambil langkah pro aktif ini menjadi dewan yang pertama di Malaysia untuk melakukan perkara ini, in line with international best practise. Sekian terima kasih.
Hulu Kelang.
Tuan Pengerusi, terima kasih. Menyentuh tentang kod Dewan. P3. Kod objek sebagai 2900 daripada butiran program aktiviti 5000 yang menyentuh tentang perkhidmatan dan bekalan yang diberikan oleh Dewan. Saya ingin menyentuh di sini tentang memberdayakan dan memperkasakan Dewan dengan amalan demokrasi yang sebaiknya yang boleh turun menyerap ke
dalam hati kalbu rakyat. Iaitu apabila kita membuat keputusan dalam bajet yang mengambil masa yang agak panjang ada peringkat jawatankuasa dan sebagainya tapi apa yang telah berlaku apabila kita nak luluskan Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali pertama, kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Sidang yang sama dan ada masanya dilihat bendanya besar seperti meneruskan Enakmen Pelaksanaan Akta Hutan yang pada sesi yang lepas. Di mana kita telah membuat pembinaan dengan meningkatkan kadar hukuman RM1 juta dan hukuman penalti bagi mereka yang membawa hasil hutan keluar daripada hutan yang hutan kekal dan hutan yang tidak dibenarkan membawa hasil keluar. Dan saya menyatakan bahawa ketika itu saya tidak mahu di label anak cucu saya nanti membaca kata atok ni meluluskan tu zalim. Undang-undang yang cukup keras ada justifikasinya masih mengatakan saya meluluskan dalam keadaan saya terpaksa. Kerana diadakan dengan pantas. Tidak dibekalkan dengan bantuan guaman dan sebagainya. Jadi saya ingin mencadangkan bahawa kita telah membuat suatu yang cukup bagus ketika kita menggubal dan meluluskan Rang Undang-undang ataupun Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011. Di mana dengan kebiasaan EXCO dan kerajaan yang ada pada masa itu dia telah minta kita membentangkan satu kertas yang telah disediakan oleh EXCO dan mendapat input dari pelbagai civil society NGO, kemudian daripada itu dibahaskan bahan-bahan. Bahagian pertama diluluskan, kedua dicadangkan ditubuhkan select committee. Jadi apa yang kita boleh buat kalau kita berhadapan dengan keadaan yang sama. Katakan kita set kita punya meeting panjang, kita boleh buat dua opsyen sama ada kita agihkan agenda rang undang-undang itu kalau tertakluk kepada peraturan tetap. Kalau kita boleh buat Rang Undang-Undang itu ada yang depan ada yang belakang. Jadi maknanya kalau kita ada first ringan punya Rang Undang-Undang kita luluskan macam yang pertama, bacaan kedua kita tubuhkan komiti dan komiti perlu submit pada penghujung hari yang akhir. Kedua akhir, ketiga akhir. Kalau tidak kita bagi masa 6 bulan atau setahun. Barulah kita nampak ada kemantapan penghujahan kita dan kehebatan kita dalam meneliti sesuatu dan kita tidak lagi menjadi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri yang double standard. Maknanya ini tak boleh bahas, daripada EXCO, pihak tertentu nak begini. Kita luluskan harini. Saya rasa itu tidak merupakan satu reformasi menggambarkan semangat reformasi yang ktia nak wujudkan dalam sistem perundangan kita. Saya meminta Dato Menteri Besar mempertimbangkan pendekatan ini dan beliau juga adalah salah seorang anak muda dalam rang undang-undang itu dan sebagainya kita membahaskan dengan membuka ruang yang lebih luas. Term of reference hanya kepada enakmen itu akan digunapakai bagi jabatan dan meluas kepada GLC, PBT dan kita nak luas daripada itu. Dan itu satu perkara yang saya ingin tegaskan. Di samping dalam masa yang sama walaupun kita sudah mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor yang penubuhan lagi branch of audit selain dari PAC kita tubuhkan ABAS, PADAT dan tubuhkan PBT dan audit merupakan tambahan kepada proses auditing yang dilakukan
selain dari PAC dan saya telah pergi Wisma Audit di Selangor, Shah Alam. Carta Selangor punya special dia punya audit ada empat. The first one di Selangor dan Malaysia satu sistem audit yang specialize dalam PBT ada satu badan jawatan-jawatan PAC, GLC dan seumpamanya. Dan saya ingin membicarakan di sini satu kemudahan. Jadi kita memerlukan kemudahan research, kemudahan pendedahan, kemudahan untuk kita oles dengan perkembangan semasa. Saya merindukan satu keadaan di mana Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor sama ada dia adalah pembangkang ataupun kerajaan didedahkan dengan banyak discourse yang ada di luar dengan adanya program-program parliamentary di India dan di Singapura. Dengan mengetahui India adalah negara demokrasi yang terbesar di mana ada 700 juta pengundi telah menggunakan dakwat kekal lebih banyak tahun lebih dari Malaysia. Dan dia ada kelebihan-kelebihan masalah dia dan sebagainya. Dah saya ingat sekian lama dah tidak ada seorang daripada ADUN Dewan Negeri Selangor yang pergi ke parliamentary assembly. Di situ lah satu medan yang sangat penting kalau kita nak melihat bagaimanakah demokrasi berjalan dalam sistem yang saya rasakan ada terrorism, ada ebola dan penyakit dan sebagainya kita dihalang pergi. Dan dalam masa yang sama kalau kita nak mencari program yang baik khasnya school of economic kita boleh pergi negara dekat New Zealand, Australia, UK untuk mendedahkan rakan-rakan kita. Dengan itu saya percaya bahawa dengan ini hanya dapat dicapai sekiranya ada real doctrine separation of power maknanya speaker call the shot. Bajet dia tentukan dan kita di dewan kita tentukan bajet berapa yang akan digunakan oleh Speaker untuk mentadbir negeri dan mentadbir dewan. Kita akan menjadi tak memalukan Malaysia. Saya rasa pernah dulu jawatankuasa pembasmian kemiskinan dengar cerita dari seorang profesor dari UM. Dia kata pemulihan kemiskinan di Acheh selepas Tsunami dengan hebatnya. Setelah 6 bulan, setahun sudah selesai. Dan masa 6 tahun dah recover. Orang tak nampak tempat itu tsunami. Kita nak pergi tapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan kerana kalau nak buat pembasmian kemiskinan bukan di Acheh, di tempat lain. Saya ingat Taman Medan dah frust dia nak beli tiket sendiri nak pergi sendiri. Kita kata sabar. Itu bukan tujuan kita. Kita nak kerajaan appreciate. Macam ke Australia kalau ada select committee walau dia dekat Perth, kat Darwin dia pergi. No question asked. Bajet no question. Kita nak tau select committee kita very flexible kita nak hantar orang pergi training, pergi seminar bertaraf dunia, pembangkang dan kerajaan boleh. Saya menyeru benda yang simple seperti membekalkan komputer diluluskan dengan kadar segera. Jadi kita harap esok kita boleh pakai komputer kita. Sekian terima kasih.
Iya silakan Banting.
Terima kasih Tuan Pengerusi Jawatankuasa, saya ingin juga berdiri untuk membincangkan perkara di bawah P03 butiran program
505000 kod objek sebagai 11000 gaji dan upahan. Saya ingin berdiri untuk membincangkan dan saya berdiri untuk bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Bukit Gasing tadi dan juga ingin menyarankan dua tiga perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian. Sebahagiannya telah pun saya bincangkan dalam perbahasan semasa di peringkat jawatankuasa tetapi tidak diberi apa-apa respons dan saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit sebanyak respons atau pun maklum balas yang positif terhadap cadangan ini dan saya kira kita perlukan satu second chamber pada masa kita menumpukan jawatankuasa pilihan tertentu yang melibatkan proses-proses yang perlu diikuti dalam soal siasat dan penyelidikan dan sebagainya. Kalau adanya second chamber ini akan membolehkan ADUN membangkitkan isu-isu yang berlaku di kawasan mereka dengan lebih cepat dan pantas tanpa melalui prosedur siasatan yang jauh rumit dan ini akan menjimatkan banyak masa yang mana kita boleh memohon perkara-perkara berkenaan untuk datang beri respons dan kemudiannya melakukan kerja-kerja pembaikpulihan ataupun ratification. Yang kedua saya rasa kita perlu memandang juga bajet Dewan Negeri Selangor sekiranya kita betul-betul menjunjung dewan ini sebagai sebuah dewan undangan ataupun atau pun dewan legislature yang independent. Ia perlu diikut dengan satu peruntukan belanjawan yang separate daripada belanjawan eksekutif. Saya kira itu adalah satu perkara yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan dalam dewan di peringkat dasar saya kira sekiranya setidak-tidak pun, sekiranya melibatkan proses undang-undang dan sebagainya setidak-tidak pun saya kira kita perlu wujudkan satu kepala di bawah pelancaran ini mungkin untuk tahun depan 1 peruntukan barangkali RM1 juta atau RM2 juta di bawah institusi Speaker atau Timbalan Speaker supaya mereka boleh gunakan wang itu atas budi bicara mereka untuk pembangunan ataupun urusan rasmi yang melibatkan dewan negeri Selangor ini. Yang ketiga berkenaan dengan bangunan baru untuk dewan undangan negeri sama ada bangunan baru atau expension kepada bangunan yang sedia ada melihat kembali sejarah dewan negeri Selangor untuk 10 tahun yang lepas aktiviti-aktiviti dewan boleh dikatakan sangat aktif. Kita telah pun berjaya menyemarakkan institusi dewan negeri Selangor ini. Maka sudah sampai masanya untuk tempoh 10 tahun yang akan datang kita perlu melihat ke depan untuk memastikan dewan ini bukan sahaja dari segi fungsi dan juga peruntukannya yang perlu yang akan berkembang dengan lebih pesat kita juga perlu memastikan ruang kerja yang ada di dalam institusi Dewan ini bukan sahaja dari segi fungsi dan juga peruntukannya yang juga perlu yang akan berkembang dengan lebih pesat, kita juga perlu memastikan ruang kerja yang ada di dalam institusi Dewan ini juga berkembang sejajar dengan peredaran masa dan memastikan semua staf ini yang bertugas di bangunan ini boleh menikmati kemudahan-kemudahan yang sewajarnya.
Yang seterusnya adalah berkenaan dengan elaun mesyuarat. Saya kira ia adalah sesuatu yang cukup contentious tetapi hakikatnya ialah kita sekarang ini dibayar RM75.00 satu hari mesyuarat. RM75.00 itu adalah satu amaun yang telah pun lama tidak diubah dan adalah amat rendah di bawah pasaran. Saya kira kita perlu lihat kembali tapi kita perlu ingat khususnya para media dan orang ramai, kita bukannya nak naik gaji atau apa tapi kita perlu lihat kita perlu adakan yang saya cadangkan satu mekanisme pembayaran atau penetapan elaun mesyuarat yang bukan sahaja lebih tinggi, ia mesti dinaikkan tetapi sejajar dengan satu mekanisme yang sama, yang sama, yang sepadan dengan tugas dan fungsi seorang Ahli Dewan itu. Saya tidak akan mencadangkan satu siling tapi kita perlu dinaikkan mungkin untuk memastikan wang itu dibayar, value for money, kita boleh pastikan, kita boleh wujudkan satu peraturan atau mekanisme di mana kita merakamkan kehadiran Ahli Dewan Negeri itu bersidang dengan Dewan ini sepanjang masa bukannya merekodkan kehadiran mereka satu kali, satu hari sahaja. Dia boleh datang satu jam duduk di sini, sain kemudian pulang dan dapat terus elaun RM75.00. Mungkin kita boleh bayar elaun RM75.00 tetapi kita sekiranya elaun kita saya cadangkan katakan dinaikkan kepada RM200.00 ke RM300.00 satu hari untuk seseorang Ahli Dewan itu mendapat elaun Dewan itu dia perlu buat kerjalah, dia perlu hadir dalam Sidang Dewan sebelah pagi dan petang mungkin malam, dia perlu mengambil bahagian seorang Yang Berhormat perlu mengambil bahagian dalam perbahasan, perlu bertanya soalan, kita akan melihat dia punya prestasi keseluruhan seseorang Ahli Dewan Negeri itu dalam aktiviti-aktiviti Dewan. Yang itu adalah apa yang ingin saya sampaikan, apa lagi yang kita perlu masukkan? Ya itu adalah cadangan yang ingin saya sampaikan tapi apa pun sekali saya nak ulang satu perkara iaitu pokoknya ialah apa yang kita cadangkan di sini sekiranya ia tidak dapat dilakukan pada masa pendek ini sekurang-kurangnya mulai tahun depan ataupun untuk Pembentangan Bajet Tahun 2020 kita boleh mulakan satu peruntukan khas untuk institusi Speaker atau Timbalan Speaker, RM1 juta atau RM2 juta untuk mereka kembangkan, rancakkan program di Dewan yang mulia ini.
Ah satu lagi Timbalan Pengerusi, khusus untuk Ahli Dewan saya hampir lupa, International Centre For Parliamentary Studies di United Kingdom ada menawarkan kursus-kursus yang saya rasa sangat menarik, bukan sahaja untuk Ahli Dewan tetapi juga untuk staf ataupun kakitangan Dewan dan menawarkan kursus-kursus pendek. Saya boleh bacakan sedikit. Izinkan saya ya; Professions Certificate of Affairs, Professionious Certificate of Work Public Accounts Committee, Professionious Certificate of Ledgers Drafting, Processes, Communication, Economy Diplomacy International Trade. Jadi ini adalah anti-corruption pun ada. Jadi saya rasa Professionious Certificate ini yang bercirikan kursus jangka pendek boleh ditawarkan kepada, kita boleh mengambil bahagian sama ada kita tawarkan kepada Ahli Dewan Negeri dengan sedikit subsidi daripada bajet yang bakal diturunkan kepada Dewan
Negeri Selangor nanti ataupun kita boleh tawarkan kepada staf-staf kita yang berminat barangkali Setiausaha Dewan ataupun Penolong Setiausaha Dewan. Mereka berminat ataupun penyelidik. Jadi kita nak supaya semua Ahli Dewan, semua anggota Dewan, kakitangan Dewan dia kerja di sini , dia boleh dapat value added after 5 years selepas kita bersara daripada Dewan Negeri Selangor kita ada satu peningkatan terhadap pengetahuan kita dan juga kemahiran kita dan kita boleh menyumbang dengan lebih banyak kepada masyarakat. Sekian, terima kasih.
Saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kerajaan. Kalau ada. Oh ya silakan Yang Berhormat Jeram.
Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi. Saya merujuk muka surat 63 Butiran Program 506000 Kod 12000 Elaun Tetap. Ada dua perkara yang saya ingin cadangkan ataupun minta dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar. Yang pertamanya mengenai Elaun Pemandu. Di bawah Elaun Tetap, Elaun Pemandu ADUN perlu disemak semula kerana elaun yang diberikan tidak mencukupi menyebabkan ADUN-ADUN terpaksa memandu sendiri apabila pemanduan yang mengambil jarak yang jauh, telefon bunyi tak berhenti, apabila kita tak jawab telefon, mengatakan ADUN dah tak nak jawab telefon sekarang, dan boleh berlaku kemalangan dan sebagainya. Untuk makluman Tuan Timbalan Pengerusi daripada pagi sampai ke malam program kita. Jadi kadang-kadang boleh terlelap agak keletihan bukan sahaja di Dewan saya nampak Yang Berhormat letih ataupun pejam mata, begitu juga ketika memandu. Jadi mohon pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan untuk diberikan seorang pemandu supaya kerja-kerja yang dibuat lebih efisien. Itu yang pertama.
Yang keduanya berkaitan Elaun Tetap juga gred untuk Yang Berhormat ADUN iaitu daripada 52 kepada 54 dimohon dipertimbangkan kerana rata-rata pegawai kerajaan kita sedia maklum apabila gred tangga gajinya lebih rendah mereka kurang ataupun beranggapan ADUN-ADUN ni di bawah daripada mereka jadi perlu ke mereka ikut ataupun terima pandangan ADUN. Ini yang sedang berlaku. Jadi mohon pihak kerajaan negeri mempertimbangkan dua perkara ini. Terima kasih.
Ya, Dusun Tua.
Terima kasih Timbalan Pengerusi. Dusun Tua ingin meminta penjelasan, ok sebelum itu Vot B03 Kepala Vot 03 muka surat 62 Butiran Program 50500 di bawah Kod Objek 11000 Gaji dan Upahan. Sebenarnya 10000 juga di bawah Emolumen, Dusun Tua ingin meminta penjelasan di sini ada penurunan dari 2018 ke 2019 ada perbezaan yang sangat besar, jadi ingin
meminta penjelasan daripada kerajaan apakah yang menyebabkan perubahan atau perbezaan yang amat drastik dan ketara itu sebab dengan harapan bahawa dalam kita hendak memperkasakan institusi Dewan kita, kita tidak berharap bahawa penurunan ini melibatkan pengurangan tenaga kerja dan sebaginya sebab dalam kita rangka kita hendak memperkasakan Jawatankuasa Pilihan Khas misalnya maka di sini kita perlukan ramai staf Dewan, ramai Penyelidik dan kadang-kadang kita kesian apabila staf Dewan tidak melakukan, tidak dapat membantu Jawatankuasa Pilihan Khas apabila terlibat dengan kerja-kerja persiapan untuk Dewan bersidang dan sebagainya dan juga Penyelidik. Jadi kami di Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan misalnya kita dah bermesyuarat beberapa kali dan agak menyedihkan apabila Pengerusi Jawatankuasa ini iaitu Bukit Gasing terpaksa menawarkan Penyelidiknya sendiri untuk membantu Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan. Jadi kita berharap dan nak memperkasakan Institusi Dewan dan nak memperkasakan Jawatankuasa Pilihan khas seperti yang Dato’ Menteri Besar harapkan jangan adalah pengurangan staf tapi ditambah staf dan Penyelidik. Jadi itu sahaja. Terima kasih.
Ya silakan Subang Jaya.
Tuan Pengerusi terima kasih. Saya berdiri untuk menyokong cadangan Bukit Gasing untuk penstrukturan semula supaya Dewan ini dipisahkan daripada Eksekutif. Tambahan kepada itu saya lanjut pada apa yang Yang Berhormat Dusun Tua bangkitkan. Saya memperhatikan bahawa mungkin terdapat penstrukturan semula ya daripada 2018 kepada 2019 sebab saya boleh nampak di muka surat 62 bahawa perbelanjaan 2018 semua bawah butiran 50500 Pentadbiran dan Kewangan tetapi untuk tahun 2019 kita ada dua muka surat, muka surat 62 dan 63 di mana terdapat pemisahan antara pentadbiran dan kewangan dan butiran program 50600 Pengurusan Dewan Negeri yang membenarkan lebih kurang perbelanjaannya lebih kurang sama untuk tahun 2018 iaitu RM30 juta dan lebih kurang RM30 juta lebih kurang untuk 2019. Oleh itu saya nak tanya apakah sebab yang memerlukan penstrukturan semula kalau saya betul dan tambahan kepada itu saya ada satu cadangan iaitu berkenaan cawan kertas yang kita gunakan dalam Dewan, mungkin dalam penjimatan wang kita, saya syorkan supaya kita jangan gunakan cawan kertas lagi. Sakit hati bila saya ingat kepada pokok-pokok yang kita tebang untuk guna cawan kertas dan saya syorkan supaya Yang Berhormat -Yang Berhormat dan juga kakitangan Dewan membawa botol-botol sendiri. Ya terima kasih.
Yang Berhormat, bila Yang Berhormat sakit hati Yang Berhormat minum tak?
Saya guna cawan gelas dekat luar ya.
Oh baik. Kalau tidak ada lagi saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kerajaan.
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sangat aktif khususnya untuk membincangkan tentang beberapa perkara tentang pengurusan dan pelaksanaan Dewan Negeri. Saya akan menjawab berkenaan dengan dasar dahulu supaya kita dapat menjelaskan dan kemudian kita boleh bincang beberapa pendetailan dan perincian yang telah dibangkitkan oleh sebahagian Ahli Dewan.
Pertama sudah pasti saya ingin memberi maklum balas kepada Bukit Gasing dan juga Banting yang menjurus kepada usaha separation of power atau pengasingan kuasa dan menggalakkan usaha supaya proses semak dan imbang itu dapat dilaksanakan dengan lebih murni dan tidak ada over lapping dengan izin di antara pentadbiran eksekutif dan juga pentadbiran di peringkat urusan Dewan. Sudah pasti reformasi Dewan kita sedang berjalan terus berterusan dan masih lagi berjalan antara achievement yang besar yang pencapaian besar semenjak 2008 adalah penubuhan beberapa jawatankuasa ini sebagai mana yang disebut oleh Hulu Kelang tadi telah mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Audit.
Yang kedua kita juga telah mengasingkan di antara Setiausaha Dewan dengan Setiausaha MMKN. Kedua-dua jawatan ini sebelum ini diletakkan di bawah satu individu yang sama dan kerana kita asingkan supaya adanya independence dengan izin ataupun kebebasan di dalam Dewan untuk pengurusan dan pentadbiran dan saya rasa climax of the climax kepada isu ini ialah pelaksanaan Usul Selesa ataupun Enakmen Kebebasan Dewan yang telah pernah kita bentangkan yang lepas dan ini sedikit sebanyak sebenarnya akan menyentuh kepada isu pentadbiran at large di antara pentadbiran dan jawatan awam dengan pentadbiran Dewan negeri dan sudah pasti kesan-kesan langsung di antara pentadbiran pusat sebab kita merupakan antara negeri bersekutu di mana pentadbiran dan pengurusan pegawai yang kita bergantung dengan perjawatan daripada JPA dan Pentadbiran Awam. Dan selagi struktur itu tidak diubah di peringkat Putrajaya kita juga di peringkat negeri belum ada kemampuan untuk mengubah apatah lagi dengan condition dan keadaan sekarang. Justeru selesa yang telah dinaikkan belum dapat dilaksanakan sebaik mungkin tetapi kita akan towards on that, kita akan menetapkan lobi ataupun peningkatan proses agar pelaksanaan itu dibuat di peringkat Putrajaya dan di peringkat negeri dapat dilaksanakan dengan lebih baik kerana yang pentingnya saya sebut tadi ia melibatkan di antara penjawat-penjawat awam yang bertugas dan berkhidmat di dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri. Struktur ini memang ada strukturnya daripada KSN sampailah Setiausaha Kerajaan Negeri sampailah di bawah dan struktur ini adalah satu struktur yang memang sudah
lazim, yang ada baik dan buruknya, baiknya pada saya kalau ada pertukaran kerana perubahan pentadbiran kerajaan perjalanan kerajaan masih lagi impak. Itu kesannya saya nampak dan maknanya daripada segi kebaikannya, yang daripada segi yang mungkin dilihat daripada kaca mata sebagai Ahli Dewan tidak berlaku di antara pemisahan kuasa di antara kedua-dua pihak tersebut. Kita kena menimbang perkara ini khususnya untuk membawa satu perubahan dasar yang besar di Putrajaya khususnya daripada segi perjawatan ataupun pentadbiran kerana kosnya juga akan meningkat dan juga akan memberi kesan langsung kepada belanjawan dan perbelanjaan negeri Selangor.
Ahli Dewan Negeri sekalian, saya juga ingin memberikan maklum balas sebenarnya apa yang dikaitkan yang dibangkitkan oleh Banting dengan second chamber. Bila saya rujuk kepada beberapa pelaksanaan waist master democracy dalam dunia. Second chamber biasanya dirujuk kepada the upper hall atau pun yang dipanggil sebagai house of lot di peringkat persekutuan atau pun Dewan Negara di peringkat persekutuan. Jadi di peringkat negeri kita tidak ada lagi struktur upper hall atau pun dewan yang lebih atas dan lebih prinsip itu saya rasa kita patut kekalkan kerana kita sudah ada jawatankuasa dan kita ada dewan yang melibatkan persidangan yang lain iaitu di pihak Kerajaan Tempatan. Jadi saya nampak upper hall atau dewan yang tertinggi yang lain itu belum dapat difikirkan dan diwujudkan kerana ia melibatkan kos dan juga prinsip yang dikatakan dalam waist master democracy.
Saya ingin memperbetulkan sekiranya ada sedikit kecelaruan di situ, apa yang saya cadangkan ialah saya gunakan nama kata second chamber tetapi apa yang saya nak cadangkan ialah kamar khas, kamar khas seperti apa yang berlaku di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia sekarang, kamar khas, special chamber maybe I have used a wrong name, sorry dengan izin.
Terima kasih Banting atas maklumat yang diberikan dan saya juga lebih tertarik supaya jawatankuasa-jawatankuasa dapat melebarkan fungsi mereka untuk mengadakan persidangan-persidangan kecil atau pun perbincangan-perbincangan kecil yang melibatkan lebih ramai Ahli-ahli Dewan dan sebagainya. Itu saya rasa boleh dilaksanakan tetapi yang sebagaimana yang saya sebutkan tadi ia mungkin boleh dipertimbangkan serta diangkatkan pada masa hadapan. Bagaimana cadangan dari Banting itu tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan beberapa perincian kebajikan ahli-ahli Dewan, gaji, elaun, berkenaan dengan pemandu dan sebagainya. Jadi saya difahamkan perkara inilah yang sepatutnya boleh dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Dewan. Jawatankuasa Pilihan Pengurusan Dewan dan mereka boleh menggariskan beberapa cadangan tersebut untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan.
Saya dimaklumkan bahawa perkara ini telah dibincangkan dan kita sedang mengadakan beberapa kajian khususnya untuk melakukannya secara berfasa supaya tidak ada renjatan dan juga perubahan yang sangat mendadak terhadap perubahan terutamanya melibatkan kos dan sebagainya.
Saya menyokong usaha-usaha pemerkasaan ini kerana bagi saya pemerkasaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak dan usaha institution reform atau pun reformasi institusi yang perlu dilakukan daripada masa ke semasa demi menjamin kerajaan reformasi dapat ditubuhkan dan dapat diwujudkan. Seterusnya juga ada kaitan Dusun Tua dan Subang Jaya berkenaan dengan Vot 500056 dan ini adalah pemisahan untuk mengasingkan di antara pegawai-pegawai Dewan Negeri, emolumen pengajian dan sebagainya Pegawai Negeri dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri. Sebelumnya kedua-duanya diletakkan di bawah satu vot iaitu 5500 dan sekarang kita asingkan dua. 5500 untuk ahli Dewan, betul untuk Pegawai Dewan dan 5600 untuk Ahli-ahli Dewan dan ini saya kira sedikit sebanyak akan membantu kita untuk melakukan proses audit dan pengasingan dan sebagainya. Cadangan juga berkenaan dengan dana 2 juta atau 3 juta atau 1 juta dan sebagainya sebenarnya pada ketika ini ada dana untuk Speaker iaitu bernilai sekitar RM200 ribu tiap-tiap tahun dalam keseluruhan pengurusan itu. RM200 ribu satu permulaan yang baik saya rasa yang boleh digunakan oleh Speaker secara terus untuk menetapkan beberapa perkara-perkara yang berkaitan. Namun begitu saya suka ingatkan akhirnya sistem yang sedia ada sekarang ini masih ada kebaikannya. Antara kebaikan itu ialah kita mampu melaksanakan audit dan pengawalan terhadap sistem perbelanjaan dan perolehan keseluruhannya. Jadi ada satu sistem pemantauan dari atas sampai ke bawah dan agensi-agensi yang berkenaan. Dan kalau kita asingkan nanti dengan selesa dan sebagainya akhirnya perlu akan ada audit yang lain dan ia akan melibatkan satu kos yang agak besar dan mungkin kita kena berkirakan balik berkenaan kos dan sebagainya.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, apabila selalu menceritakan kebaikan dan keburukan ini saya hendak tanya apakah komitmen Kerajaan Negeri penggal ini adakah kita akan pursue untuk buat separation ini atau pun tidak. Adakah kita akan mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk perkara-perkara yang berkenaan dengan GP.... yang diulas tadi atau pun bagaimana hala tuju masa depan.
Terima kasih. Kita kena bila kita kena bila kita ingin melakukan perubahan terutamanya setelah kita mengambil alih dan melihat pentadbiran pengurusan kerajaan, kita kena bersiap sedia dengan ekosistem pentadbiran tersebut. Kita kena siapkan segala peraturan dan juga segala langkah
tersebut. So, bagi saya sesuai dengan keadaan hubungan yang baik di antara Putrajaya dan negeri-negeri termasuk Negeri Selangor sekarang, ini adalah right moment dan right time untuk kita mengusulkan perkara tersebut. Dan ini saya rasa kalau kita dapat bawa dan ada jawatankuasa tentang isu personal reform di peringkat Putrajaya diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Ambiga dan sebagainya saya rasa inilah di antara perkara-perkara yang boleh kita usulkan kepada mereka supaya mereka pertimbangkan. Kita perlukan dasar yang lebih besar kerana ia melibatkan perjawatan dan juga pengurusan kerajaan secara menyeluruh dan ia memerlukan satu proses yang bukan satu hari atau satu tahun. Saya percaya ia mengambil dua atau tiga tahun. Saya percaya one step kita kena buat kita dah mula pun dengan perbincangan yang agak regardless dengan izin pada awal 2008, 2009 penubuhan namun begitu kita terkekang di satu tahap kerana ia memerlukan consent dan juga persetujuan di peringkat Putrajaya. Justeru inilah masa terbaik dan Kerajaan Negeri sedia menyokong apatah lagi untuk menjamin apa yang dikatakan separation of power dicipline of semak or imbang atau pun check and balance dengan izin. Dan juga memastikan ketulusan pentadbiran Kerajaan Negeri dapat dijamin dengan lebih baik.
Tentang perkara yang saya sebutkan lebih detail tadi baik dari Jeram, baik daripada mana dan sebagainya saya rasa kita boleh lunaskan dan murnikan mengikut cadangan-cadangan dan kita boleh laksanakan secara berperingkat. Hulu Kelang membangkitkan satu perkara yang penting iaitu berkenaan dengan bagaimana sesuatu kelulusan undang-undang dapat dibuat. Saya bukan ingin membuat asalan namun ada beberapa undang-undang dan perkara itu kita buat atas beberapa tindakan dan urusan-urusan yang agak segera. Mungkin kita perlu memerlukan perbincangan awal sebelum suatu rang undang-undang dibentangkan atau pun kita boleh mengambil bagaimana pengalaman kita untuk meluluskan undang-undang freedom of information atau pun kebebasan maklumat, satu ketika dulu di mana ahli jawatankuasa untuk menilai semula memanggil semula dan mengadakan perbincangan yang lebih lebar terhadap sesuatu undang-undang baru yang akan dikemukakan. Namun saya sebutkan ada beberapa undang-undang itu kadang-kadang terpaksa digubah atau pengubahan itu dibuat demi untuk menangani perkara-perkara kritikal di peringkat awal dan kadang-kadang ia memerlukan masa demi masa yang panjang. Masa yang agak pendek untuk diluluskan demi kebaikan dan suatu kelulusan dan satu perjalanan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan segera. InsyaAllah komitmen kita pada institution reform memang perlu namun cara dan kaedahnya kita perlu sejajarkan dan arahkan lebih-lebih lagi di peringkat Persekutuan sekarang kita sudah mempunyai hubungan yang sangat akrab dan baik, terima kasih.
Jadual B.3 iaitu wang sejumlah RM30,196,722.60 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Juta, Satu Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu, Tujuh Ratus Dua
Puluh Dua Dan Sen Enam Puluh untuk Kepala B.3 Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.
Jadual B. 4 – Perbendaharaan Negeri, RM49,760,942.55 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sembilan Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Dua Dan Sen Lima Puluh Lima.
Jadual B.4 iaitu wang sejumlah RM49,760,942.55 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sembilan Juta Tujuh Ratus Enam Puluh Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Dua Dan Sen Lima Puluh Lima untuk Kepala B.4 Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.
Jadual B. 6 Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri, RM1,280,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Bilion Dua Ratus Lapan Puluh Juta)
Jadual B. 6 iaitu wang sejumlah RM1,280,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Bilion Dua Ratus Lapan Puluh Juta) untuk Kepala B. 6 Caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.
Jadual B. 7 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor RM1,472,089.60 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu Lapan Puluh Sembilan Dan Sen Enam Puluh).
Jadual B. 7 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor RM1,472,089.60 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu Lapan Puluh Sembilan Dan Sen Enam Puluh) untuk Kepala B. 7 Caruman kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.
Jadual B. 8 Jabatan Pertanian RM22,462,232.50 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Juta Empat Ratus Enam Puluh Dua Ribu Dua Ratus Tiga Puluh Dua Dan Sen Lima Puluh).
Silakan Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi, saya ambil bahagian dalam Jabatan Pertanian. Kod objek 23000 berkenaan ini saya ingin menarik perhatian tentang kalau kita pergi ke pasar tani atau pun pasar yang ada dijual benih-benih pokok, kita akan dapati terdapat banyak atau pun ada jenis-jenis pokok yang kita tanya dari mana dia kata dari Latin Amerika, dari Indonesia ada, Papaguanea ada, Timur Lastor ada. Dan ditanya macam mana boleh masuk, adalah cara dia. Lepas itu, bila saya tanya dengan Jabatan Pertanian dia kata nak bawa satu benih pokok itu straight, cukup kawalan yang terjaga. Tapi macam-macam benih kalau tuan-tuan, kalau Yang Berhormat pergi ke dipanggil ladang herba di Pagoh sana, satu tanah kurnia yang seluas 100 ekar lebih jadi anugerah kepada satu badan kebajikan dan dia tanam pokok herba yang cukup banyak dan macam-macam pokok ada. Pokok yang macam petai tapi rasa yang macam manggis pun ada. (dewan ketawa) tapi herba, herbanya ada kekuatan sendiri. Tapi bila saya lihat satu perkara yang sangat menarik itu adalah adanya saya tahu dekat sini ada Ahli Yang Berhormat tahu, di kawasan Hulu Selangor ini satu kawasan yang tanam pokok tin, pokok tin. Pokok tin itu dia atas tapi dia baringkan, diikat dia jadi macam pokok anggur berbuah banyak, saiznya besar-besar. Saya tengok dalam Ipad dia, Pak Haji itu dia baik dengan saya, tapi dia tak pernah beri sebiji pun pada saya, saya tak pernah minta. Tapi yang saya hairan benih, macam-macam benih dia ada 50 jenis, jenis-jenis buah tin. Saya rasa macam mana boleh datang dia kata ada caranya. Itu belum lagi masuk pokok-pokok bunga dan sebagainya, jadi banyak yang ada nursing ini dia ada teknik-teknik macam mana nak menyeludup ke nak bawa masuk ke. Saya hendak tahu pihak manakah yang mengambil tahu, menjaga, mengawal kuat kuasa tentang kemasukan benih-benih yang ganjil-ganjil ini yang mungkin bersamanya membawanya bukan saja flora tapi fauna yang boleh membahayakan tanaman-tanaman di Malaysia dan akan menjejaskan pertanian kita pada masa depan. Saya minta kerajaan ambil perhatian perkara ini.
Ya Subang Jaya.
Tuan Timbalan Pengerusi, saya cuma hendak rujuk kepada butiran program 505000 kod 34000 untuk kenderaan dan jentera pada
tahun 2018 terdapat perbelanjaan RM194,000.00 tetapi dijangka dalam tahun 2019 ada kenaikan sehingga RM420,000.00. Cuma hendak dapatkan sedikit penerangan apakah perbelanjaan bawah butiran ini sehingga terdapat kenaikan, terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih muka surat 76, perkara 505000 Gaji dan upahan cara kita menyelenggarakan pasar tani. Memang agak aneh saya dapat jumpa buah epal pasar tani di Petaling Jaya. Saya tak tahu di mana ditanam di Negeri Selangor sampai boleh menghasilkan buah epal. Tapi saya ingin mencadangkan selain daripada penguatkuasaan sebab pasar tani setahu saya kena hasil dalam hasil tempatan bukan hasil dari pasar borong. Jadi saya ingin tanya macam mana penguatkuasaan dilakukan ke atas peniaga di pasar tani atau pun mungkin EXCO Pertanian boleh huraikan di mana di Negeri Selangor yang kita ada ladang epal. (Dewan ketawa) boleh kita sebab setahu saya tak ada. Tetapi perkara yang kedua berkenaan dengan pasar tani ialah kita sekarang terutamanya di Petaling Jaya ada banyak rumah, banyak orang persendirian yang tanam sayur, tanam buah dan kadang-kadang ada yang hasil cukup lumayan. Boleh tak kita wujudkan petak sementara di mana orang yang bertani di dalam rumah sendiri atau pun di tepi landasan kereta api atau pun di bawah TNB sama ada sah atau tidak sah, tapi mereka dapat datang membawa hasil mereka mungkin sekali dalam tiga bulan, kepada satu petak khas untuk menjual hasil mereka. Mereka betul-betul petani tempatan, mereka sekarang tiada ruang yang jual epal itu ada ruang. Jadi saya harap cadangan ini boleh dipertimbangkan dalam pengurusan pasar tani di Negeri Selangor, terima kasih.
Silakan Banting.
Saya ingin merujuk kepada muka surat 77, Butiran Vot P.0877 Butiran Program 51000 Pembangunan dan Pengembangan Kod Objek Sebagai 11000 Gaji dan Upahan sama dengan pengurusan. Pengurusan TPKM dalam melibatkan sebahagian daripada rezab hutan simpan Kuala Langat dan saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan laporan Ketua Audit Negara tahun 2017 siri satu yang berkaitan dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor di mana ada disebut ditegur di sini bahawa Jabatan Pertanian Negeri Selangor masih belum dapat menyiapkan atau pun menguruskan keseluruhan proses pewartaan ini dan menyebabkan kehilangan hasil kepada kerajaan dalam segi ini. Saya harap perkara ini dapat diberi perhatian itu adalah penjelasan saya ingin bangkitkan.
Ya sila Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi. Saya rujuk kepada muka surat 77, 5140 Kod Objek 36000 Binatang, Pokok dan Benih. Saya hendak tanya...
Yang Berhormat ada ke 5140?
Mana, mana. 510000 sorry, sorry.
(Tuan Timbalan Pengerusi ketawa) Empat kali kosong. Sila Yang Berhormat.
Kod Objek 36000 Binatang, Pokok dan Benih. Saya hendak tanya kerana ini di bawah pembangunan dan pengembangan. Peruntukan yang diberikan hanya RM1,900.00 ini hendak beli apa ini? Sedikit sahaja tak macam nak buah apa R&D dan lagi satu binatang itu binatang apa? Ini kalau petani dia ada dia punya perancangan, dia hendak jual apakan untuk kita nak binatang apa hendak buat penyelidikan?
Kalau tidak ada saya mempersilakan Yang Berhormat pihak kerajaan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua yang berminat dengan pertanian itu. Sampai Bukit Gasing pun minat dengan pertanian. Daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang itu berhubung dengan aspek benih, memang di bawah agensi atau pun jabatan MAQIS yang bertanggungjawab sepenuhnya daripada segi kuarantin berhubung dengan sebarang pokok atau pun benih yang dibawa masuk ke dalam negara. Tapi walau bagaimanapun berlaku juga di mana benih-benih ini dapat masuk ke Malaysia melalui cara-cara yang saya pun tak tahu macam mana caranya tapi memang ada. Dan ini sebenarnya dalam pertanian sebenarnya memang agak berbahaya. Oleh sebab dia pokok-pokok ini atau pun buah-buahan ini dibawa masuk dia ada penyakit yang dibawa bersama. Jadi benda ini diuruskan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan di Negeri Selangor, Jabatan Pertanian tidak terlibat langsung dalam aspek berkenaan. Dan juga berkait dengan benih ini sebenarnya merupakan satu perkara yang penting dalam pertanian. Dan kita ada kelemahan sikit daripada segi R&D berhubung dengan benih. Sebab itu saya tak hairan ada dengar ada epal tapi saya belum jumpa epal itu. Yang saya jumpa buah epal yang big dekat Giant itu, itu import punya. Jadi yang ditanam di Selangor itu saya belum jumpa kalau ada siapa yang jumpa sila hubungi saya. Saya pun hendak tengok epal yang ditanam di Negeri Selangor ini.
Tadi Yang Berhormat datang kepada pasar tani di Seksyen 17 Petaling Jaya dan jalanlah di pasar tani dalam masa lima minit sudah boleh jumpa semua buah-buahan yang agak ganjil saya nampak dari Selangor. Seperti anggur dan epal sebagainya. Kalau hendak saya pun boleh bawa setiap hari Khamis pagi.
Terima kasih saya belajar benda baru ya setiap hari ya. Untuk tujuan itu maknanya daripada segi benih ini kita untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita selain dari MARDI yang diusahakan oleh MARDI dalam R&D penyelidikan terdapat juga satu agensi atau pun satu syarikat yang mempunyai hubungan langsung atau pun memorandum understanding dengan izin dengan Jabatan Pertanian iaitu GWG di Batu Arang yang merupakan sebuah syarikat yang besar yang sudah pun mengeksport benih-benih yang dihasilkan di Negeri Selangor. Jadi kita ada saya sudah mengadakan lawatan dan akan juga mengadakan program-program yang menggunakan kepakaran mereka dalam menyediakan benih-benih yang lebih baik dan lebih tahan daripada segi penyakit dan sebagainya, itu antaranya. Berhubung dengan soalan daripada Subang Jaya. Yang Berhormat Subang Jaya bertanya mengenai peruntukan 34000, ini adalah perbelanjaan modal untuk membeli aset iaitu kenderaan. Walaupun angkanya agak besar berbanding tahun 2018 RM420 ribu tapi itu pun sebenarnya sedikit sahaja hanya beberapa unit kenderaan sahaja yang dapat digantikan. Dan ini dibuat berperingkat-peringkat setiap tahun. Tidak dapat dibelikan keseluruhan, digantikan keseluruhan kenderaan yang dah lama tapi dibuat secara berperingkat-peringkat sebanyak RM420 ribu itu. Dan untuk Bukit Gasing tadi saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Gasing bahawa pengurusan pasar tani ialah di bawah FAMA dan untuk julung kalinya tahun ini selepas pilihan raya FAMA sangat aktif bersama dengan kita. Kalau dahulunya kita tidak bersama sekarang kita bersama dan daripada apa yang saya difahamkan apa yang dibuat oleh pasar tani ini pada peringkat awalnya sangat bagus. Di mana niatnya itu atau matlamatnya itu adalah menyediakan satu ruang atau pun tempat jualan yang boleh dibawa fresh from the farm atau pun diambil segar daripada pengusaha sendiri untuk dibawa dan dijual di kawasan-kawasan tumpuan rakyat. Itu konsep yang bagus pada awal penubuhan dulu. Tetapi apabila benda itu dah berjalan sekian tahun, didapati bahawa pengusaha-pengusaha kita ini dia sentiasa terputus bekalan. Sebab dia menanam itu tidak secara sistematik jadi kadang-kadang dia putus bekalan dan dia tidak dapat membekal kepada pasar tani ini. Jadi menyebabkan akhirnya terpaksa menggunakan khidmat pemborong yang mereka ini membeli dengan cara borong banyak jadi mereka ada stok, masalahnya sekarang ini pasar tani dia ambil alih oleh pemborong-pemborong. Ini yang berlaku dan diakui oleh FAMA sendiri sebabkan stok mereka banyak, mereka boleh sentiasa ada produk. Tapi masalahnya barang menjadi mahal sehingga ada yang membuat aduan bahawa sebahagian besar daripada sayur atau pun barang-
barang yang dijual di pasar tani jauh lebih mahal daripada super market. Ini yang menjadi satu masalah saya pernah minta supaya FAMA kembalikan kepada peranan asal, mereka sedang cuba tapi mengikut FAMA agak sukar sedikit kerana benda itu dah establish dan bertapak, cuma apa yang FAMA cadangkan dan saya juga bersetuju untuk mencari kaedah lain. Itu yang dibuatkan Selangor Agro Market yang dibuat, contohnya di SUK ini pun ada. Hari Jumaat dibuat di bawah sana untuk jualan direct daripada farm. DI Selangor ada 187 akan ditambah menjadi 121 kalau tak silap saya untuk tahun depan, tempat-tempat yang begini. Yang direct diambil langsung daripada pengusaha petani itu sendiri untuk dijual direct kepada consumer, itu yang sedang dibuat sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat kerana sangat terus terang dengan masalah yang dihadapi. Barulah kita boleh faham kenapa epal boleh timbul dalam pasar tani. So, mungkin kita boleh menjenamakan semula pasar tani kalau kita sudah mengakuinya sumber dari pasar borong. Dan ruang untuk petani itu perlu diwujudkan. Banyak tuduhan selalu dibuat, minimum untung yang paling banyak petani tak dapat hasil apa-apa. Jadi tak masuk akal bila datang terus daripada petani harga dia lebih mahal, tak berapa masuk akal. So what is the real situation adakah petani ini menjual dengan harga yang sangat murah kepada pemborong seperti yang selalu didakwa di dalam surat khabar atau pun tidak. Dan mungkin branding yang baharu kita mulakan produk yang baharu. Pasar tani yang tulen dapat diwujudkan, semula pasar tani yang sedia ada boleh dijenamakan semula sebagai pasar pagi supaya kita boleh reflect the niat asal seperti mana Yang Berhormat pun kehendaki, kembali kepadanya niat asal tersebut.
Soalan tambahan kepada EXCO soalan berkaitan dengan pasar tani ini juga dimaklumkan kepada kita dan hasil lawatan kita, kita tengok pasar tani ini pun, peniaga ini pun bukan orang tempatan. Ini pun menjadi masalah juga sebab kita hendak maksudnya barangan yang dijual itu pun barangan tempatan asli daripada negara kita tetapi yang jadi masalah bukan barangan. Yang berniaga itu pun kebanyakannya kadang-kadang ada orang dari Indonesia, dari Vietnam. Jadi soal berkaitan dengan penguatkuasaan ini pun kita kena tengok juga, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing dan juga Yang Berhormat Taman Templer atas perhatian dan pandangan. Dan saya ingin sebut sekali lagi di sini bahawa pihak FAMA bersama-sama dengan di bawah STANDCO Pertanian Negeri Selangor dan IAT memang kita memberi perhatian kepada pemasaran. Terutama pemasaran yang pasaran segar daripada pengusaha-pengusaha sendiri untuk diperluaskan pasaran mereka. Selain daripada pasar tani
yang akan kita pulihkan, cuba pulihkan atau pun dengan penambahan tempat-tempat yang sesuai kita juga menyediakan tadi saya sebut Selangor Agro Market itu yang dibuat di 120 satu lokasi di seluruh Selangor. Dan antara lagi pendekatan yang kita buat ialah melihat kemungkinan untuk mewujudkan harga market dan juga yang dipanggil sebagai pasar borong khusus untuk pengusaha-pengusaha dapat jualan langsung. Ini sedang difikirkan dan yang hypermarket dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan juga di FAMA di peringkat Kerajaan Persekutuan yang akan kita dan kita telah ada dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun yang akan datang. Dan selain daripada itu satu lagi yang saya dapat boleh kongsi sini dengan Yang Berhormat semua ialah kemungkinan kita sedang buat kajian ini kemungkinan penggunaan vending machine ini yang semakin popular sekarang ini untuk produk-produk termasuk Q Fish ya. Dan juga sayur, buahan dan juga minyak masak yang dalam vending machine dan telah pun dilaksanakan di negeri lain dan akan kita buat projek perintis di Negeri Selangor. Dan sedang kita kaji bersama dengan FAMA kesesuaian penggunaan vending machine ini untuk menambahkan lagi bentuk atau pun channel jualan bagi para pengusaha kita. Selain daripada itu, satu lagi yang saya boleh berkongsi sini ialah masalah dengan pengusaha yang saya sebut tadi, isunya ialah isu memastikan bekalannya tidak terputus. Jadi untuk tujuan itu kita telah berbincang juga dengan pihak LPP pun bersama dengan kita sekarang iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang, mewujudkan bersama dengan FAMA, pusat-pusat pengumpulan produk di daerah-daerah. Dan ada dah beberapa daerah termasuk Kuala Langat dan sebagainya ada pusat pengumpulan. Jadi pengusaha-pengusaha akan dikumpulkan di situ dan dari situ akan dibawa ke pasar tani dan pasar borong dan sebagainya. Pusat pengumpulan ini penting kerana pengusaha-pengusaha ini setengahnya kecil, jadi, jika dihimpunkan dan jadikan pusat sebelum dipindahkan boleh membantu, banyak membantu dari segi meneruskan, tidak terputus bekalan, itu yang penting, consumer ni dia nak sumber bekalan tak putus. Kalau putus, masalah. Dan, berhubung dengan saya dah lupa soalan Banting tadi.
Banting ya, Sg. Kelambu.
Bagi pandangan saja kan.
Bukan, saya bertanya tentang proses pengurusan di TKPM situ.
Macam mana?
Berkaitan dengan laporan audit tahun lepas.
Saya akan meneliti bersama dengan Jabatan Pertanian daripada segi pelaksanaan program-program ataupun bangunan dan juga perbelanjaan ini, berhubung dengan soalan secara umum tadi, saya akan dapatkan secara detail lah bagaimana, apa yang berlaku dan sebagainya. Jadi, saya harapkan benda itu dapat diteliti kemudian. Tentang soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, itu sebenarnya untuk pokok dan benih dan sebagainya, yang besar di bawah pembangunan. Ini sebenarnya di bawah belanja mengurus, hanya kegunaan-kegunaan dalaman mereka sahaja. Untuk di tempat-tempat semaian, di kawasan pejabat mereka, pejabat pertanian dan sebagainya. Bukan untuk digunakan untuk pengusaha ataupun untuk usahawan mereka, tidak. Itu diletakkan di bawah pembangunan nanti yang kita akan bincangkan kemudian. Sekian, terima kasih.
Jadual B8 iaitu wang sejumlah RM22, 462, 232.50 untuk Kepala B8 Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya (Ahli Dewan kata ya). Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B9 Pejabat Tanah dan Galian RM27, 818, 918.20.
Jadual
Tuan Pengerusi.
Silakan Subang Jaya, silakan.
Ya,
Silakan.
Saya rujuk kepada program-program 505000 Kod 29000 Jenis Perbelanjaan Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti bawah one off ya, tahun 2018 saya minta sedikit penjelasan tentang apa yang kita belanja untuk sehingga perlu belanja RM1.7 juta malah pada tahun 2019, kita hanya jangka perlu belanja RM100,000. Itu pertama, saya juga rujuk pada muka surat 81 bawah Butiran program 511000 Kod 29000 Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti yang sama bawah one off juga. Tahun 2019 kita jangka akan belanja RM4.5 juta, apakah perbelanjaan yang dirancang yang memerlukan perbelanjaan yang lebih, terima kasih.
Ya, silakan Yang Berhormat Kerajaan.
Terima kasih. Sebahagian daripada kenaikan kos yang dibangkitkan oleh Subang Jaya tadi adalah untuk meningkatkan sistem kemas kini data-data berkenaan dengan tanah yang kita lakukan secara berperingkat. Ini sudah masuk fasa kedua tidak silap saya. Fasa pertama sudah selesai di mana semua geran-geran tanah yang lama-lama kita sudah scan digitalised dan yang kedua, juga kita sedang proses beberapa dokumen-dokumen lain dengan harapan in future, sesuai dengan harapan Smart State kita, capaian terhadap maklumat-maklumat ini tidak lagi dalam konteks physical document sebaliknya berada dalam keadaan digital. Terima kasih.
Mohon penjelasan ke atas kenyataan tersebut. Adakah ini bermaksud, mungkin mulai tahun depan rakyat boleh buat land search melalui internet, tak payah datang queue ke Pejabat Tanah? Bayar tetap bayar yang RM50 itu tetapi buat land search melalui internet, tak perlu datang Pejabat Tanah.
Terima kasih. Ya, dalam perancangan sebab bila masuk fasa yang kedua. Tunggu fasa kedua selesai dan selepas fasa kedua selesai maknanya rakyat boleh akses dan membayar secara online data-data tersebut tanpa perlu hadir secara fizikal ke Pejabat Tanah dan Galian ataupun Pejabat-Pejabat Tanah untuk membuat kajian tentang tanah-tanah tersebut. Peningkatan kos juga ialah melibatkan e-doket, dengan izin. e-doket iaitu di mana sebelum ini doket-doket dikeluarkan dalam bentuk kertas, sekarang dikeluarkan dalam bentuk cip dan cip itu boleh dipantau melalui sistem pemantauan yang lebih luas dan dapat mengesan pergerakan lori-lori yang membawa doket-doket tersebut. Dan e-Docket ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan risiko duplikasi ataupun penyalinan doket-doket yang mungkin berlaku sebelum ini dan sekali gus kita dapat menetapkan dan dapat memastikan hasil permit dan hasil daripada royalti bahan batuan dan juga pasir yang keluar daripada negeri Selangor akan lebih accurate, dengan izin, dan juga akan lebih tepat, dan kita dapat mengesan sebarang kehilangan dan kecurian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, minta sedikit penjelasan. Sebelum, ini saya sebagai peguam masuk mahkamah Shah Alam ada banyak kes tanah di mana bangkit dari zaman kita guna title kertas dan lepas itu title digital. Itu di mana banyak kekeliruan timbul dan banyak masalah yang timbul sebab kemasukan data yang salah. Dengan penukaran daripada fasa 2 dan fasa 1 ini, sama ada terdapat pelaburan untuk keselamatan, menjamin keselamatan, data-data, penukaran data-data untuk memastikan bahawa liabiliti kita lepas penukaran ini, tidak akan dibuka dan tidak akan mendadak. Terima kasih.
Boleh?
Ya, terima kasih. Ya, memangnya salah satu daripada perkara tersebut ialah untuk data cleaning, dan juga keselamatan, apa yang disebut oleh pihak Subang Jaya supaya memastikan data-data tersebut dalam akses yang selamat tetapi boleh diakses dengan rakyat dalam pembayaran dan prosedur-prosedur tertentu. Maafkan saya, sebenarnya e-Docket tadi bukan dalam bentuk cip, ia dalam bentuk QR Code, lebih advanced ya. QR Code supaya kita dapat mengesan dengan pemantauan satelit, tak jumpa perkataan satelit daripada tadi, baru jumpa sekarang. Terima kasih.
Pandamaran. Silakan.
Soalan tambahan. Cuma
Tapi, tapi tambahan tak boleh sebab kita dah bagi peluang untuk jawab. Ya. Jadual B9 iaitu sejumlah RM27, 818, 918.20 untuk Kepala B9 Pejabat Tanah dan Galian menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya (Ahli dewan kata ya). Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B10 Jabatan Perhutanan RM25, 370, 988.75.
Silakan Bukit Gasing.
Ok, terima kasih. Perkara 29000 muka surat 84 ini, Perkhidmatan, saya hanya adalah satu perkara yang nak dibangkitkan ialah integriti, data kita berkenaan dengan perhutanan kita selalu maklumkan bahawa negeri Selangor kita maintain minimum 30% hutan, kita reserve kan hutan itu, kita tak akan kompromi ke atas perkara tersebut dan ini adalah satu kenyataan politik yang cukup bagus. Cuma, jika kita boleh gunakan teknologi seperti drones untuk kita membuat pemantauan berkala untuk kita membuktikan kepada dunia secara open data, kawasan yang digazetkan sebagai hutan kekal dan juga laporan pemantauan melalui seperti drone ataupun satelit, bahawa kawasan hutan yang digazetkan itu masih lagi hutan dan tidak dicerobohi. Ini adalah satu perkara yang saya rasa bagus bagi mengukuhkan imej kita sebagai kita pelihara hutan dan alam sekitar. Jadi, saya harap ini adalah satu perkara yang boleh diberi pertimbangan oleh kerajaan negeri, terima kasih.
Silakan Pelabuhan Klang.
Ok, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gasing kerana membangkitkan tentang isu penguatkuasaan. Untuk, berkenaan dengan hutan yang dipantau melalui teknik menggunakan kamera drone, saya ingin membangkitkan muka surat, saya tak pasti muka surat mana, sama ada muka surat 84 ataupun muka surat 85, gaji dan upahan sebab dia ada dua dekat sini, pentadbiran dan kewangan, aktiviti 505000, sini pun ada gaji dan upahan 1100 begitu juga dengan aktiviti 56000 Operasi Hutan, gaji dan upahan. Saya tak pasti di mana penguat kuasa diletakkan, dia mesti ada Jabatan Penguat kuasa sama ada di Pentadbiran dan kewangan ataupun di Operasi Hutan. Cuma saya nak bangkitkan di sini ialah tentang masalah penebangan hutan paya bakau yang semakin berleluasa dan saya memohon daripada dewan pada hari ini untuk memastikan masalah penebangan hutan paya bakau yang semakin kritikal, sama ada ia secara sah ataupun saya tidak pasti, sama ada ia ditebang secara haram. Dan ia banyak melibatkan di kawasan-kawasan pesisir pantai seperti di Pulau Indah, Teluk Gong dan juga di kawasan, saya tak pasti yang mana, sebab ini, mungkin ada di DUN-DUN yang lain juga tetapi di kawasan DUN Pelabuhan Klang ia sangat terjejas teruk. Kalau kita tengok daripada tepi memang nampak macam ada, tetapi ia berlubang di tengah-tengah. Makna kalau kita naik bot kita nampak dia sebaris selapis di depan tapi di dalam, di tengah-tengah ia telah dicuri dan ditebang dengan banyak. Dan, saya berharap penguatkuasaan segera dibuat dan kalau boleh pada tahun 2019 ini, kerajaan negeri merancang semula untuk kita membuat penanaman semula pokok kayu bakau ini supaya ia boleh menjadi benteng kepada tebing-tebing laut yang ada di dalam kawasan Pelabuhan Klang ini bagi mengelakkan hakisan dan juga menjadi tebatan banjir secara semula jadi. Jadi, saya berharap sangat-sangat.
Dan yang, seterusnya, saya mohon juga penguatkuasaan terhadap hutan yang ada di kawasan Johan Setia, saya yakin Johan Setia ini juga merupakan kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan revolusi hijau. Memang ada kawasan yang digunakan untuk pertanian tetapi masih ada lagi hutan-hutan yang tidak, masih lagi di bawah tanah-tanah kerajaan tetapi ia telah diteroka secara haram yang sepatutnya tidak dibuat oleh peneroka-peneroka ini dan mereka meneroka dengan cara membakar hutan-hutan ini dan kita akan menerima pada bulan Jun nanti memang akan ada lah kesempatan mengambil di mana pembakaran secara terbuka ini akan dibuat dan ia akan ada di kawasan Johan Setia ini dan seterusnya menghasilkan asap yang banyak dan menjadikan udara tidak sihat di kawasan sekitar Klang. Jadi, saya harap sangat untuk Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengambil maklum perkara ini dan kalau boleh ditambah lagi pegawai-pegawai penguat kuasa yang boleh membantu kita untuk menjaga hutan yang ada di dalam negeri Selangor.
Banting.
Ya, Banting dulu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Vot P10 muka surat 84. Butiran Program 505000, Kod Objek 11000 Gaji dan Upahan. Saya ingin bangkitkan berkenaan dengan pengurusan hutan, rezab hutan simpan di daerah Kuala Langat Selatan di mana, seperti yang telah dibangkitkan sebelum ini, tanah rezab hutan ini sebenarnya telah pun diwartakan sebagai TKPM pada bulan September 2002 oleh MMKN dan walaupun tempat, kawasan hutan simpanan itu telah pun direzabkan sebagai tanah TKPM tetapi permohonan tersebut telah pun tidak dapat diproses oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat akibat status hutan simpan kekal tersebut. Apa yang berlaku sekarang ialah Jabatan Pertanian Negeri Selangor pernah memohon untuk, supaya memohon permit penggunaan, terhadap Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 tetapi sehingga sekarang masih belum ada apa-apa perkembangan terkini. Apa yang ditulis dalam yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini ialah terdapat laporan terhadap SPRM sehingga menyebabkan permohonan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ini seolah-olah tergendala dan ini menimbulkan, perkara ini telah pun ditegur audit kerana sama ada disebabkan oleh kepincangan di peringkat Jabatan Perhutanan ataupun di peringkat Jabatan Pertanian sehingga sekarang masih tidak dapat dijanakan hasil kepada Kerajaan Negeri Selangor. Saya telah pun menulis kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mengadakan perbincangan dan perkara ini seawal bulan Oktober tetapi masih belum dapat di...masih belum dapat berjumpa dan masih belum ada apa-apa perkembangan terkini dan pada masa yang sama hutan rizab ini masih lagi digunakan sebagai tempat pertanian dan masih belum ada apa-apa yang berlaku di situ dan ini menimbulkan satu keadaan yang sangat tidak menentu. Saya memohon perhatian Yang Berhormat EXCO yang berkenaan untuk memerhati perkara ini. Sekian.
Dusun Tua.
Terima kasih. Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi. Saya membawa perhatian Vot B10, Muka Surat 85, butiran program 560000 – Operasi Hutan. Kod objek 1000 - Emolumen. Kalau dilihat ada pengurangan di sini. Jadi, saya berharap sebab ini berkaitan dengan operasi hutan. Jadi, saya ingin menyokong Pelabuhan Klang apabila mengatakan bahawa penguatkuasaan itu perlu dikukuhkan lagi, diperkemaskan lagi kerana apa yang saya lihat, saya mengambil contoh di kawasan Hulu Langat misalnya terdapat aktiviti pembalakan yang diluluskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Aktiviti
pembalakan ini sebenarnya bertujuan untuk membuka jalan kepada projek TNB yang akan berlangsung di situ juga. Cuma masalahnya ialah apabila Jabatan Perhutanan Negeri meluluskan pembalakan di kawasan itu, pembalak ini bergerak jauh lebih pantas daripada kakitangan yang melakukan operasi ataupun pemantauan. Jadi, akibatnya kalau dia datang hari ini menetapkan pada syarat tertentu balaknya boleh masuk berapa jauh, menjelang dia datang kembali, penguat kuasa datang kembali pembalak dah jalan jauh lebih laju daripada TNB itu sendiri atau sebagainya dan akibatnya tak sempat untuk membuat proses penambahbaikan dan sebagainya dan akhirnya memberi kesan kepada alam sekitar itu sendiri. Jadi, saya mohon agar diberi perhatian oleh Jabatan Perhutanan Negeri lah supaya melalui ini kalau boleh penguatkuasaan penguat kuasa itu diberikan perhatian yang lebih apa ni lah supaya tidak berlaku kejadian-kejadian begini dan jangan kita harap tak adalah pengurangan akibat daripada pengurangan belanjawan di sini akhirnya menyebabkan tindakan penguat kuasa pun berkurangan. Jadi, sekian sahaja terima kasih.
Ya, Hulu Kelang.
Terima kasih.
Saya mengambil bahagian Muka Surat 84 yang berkaitan dengan 505000 iaitu tentang Khidmat dan Bekalan. Sebelum itu saya ingin tarik perhatian bahawa peruntukan yang hampir-hampir sama dalam perbekalan ini adalah antara Pejabat Tanah dan Galian, RM27.8 juta dengan Jabatan Perhutanan RM25.3 juta. Manakala kalau kita lihat pada perjawatan bagi Pejabat Tanah dan Galian, tahun lepas dan tahun akan datang, tahun ini dan akan datang Kumpulan Tertinggi 1, Kumpulan Profesional dan Pengurusan 24 dan Kumpulan Pelaksana 310. Berbanding dengan Jabatan Hutan yang menjelaskan bahawa Kumpulan Pelaksana adalah 455, Pengurusan dan Profesional 15 dan tiada Pengurusan Tertinggi. Saya tak faham apa maksudnya tapi saya memahami bahawa di situ ada sebab mengapa tidak ada jawatan tertinggi, Pengurusan Tertinggi pada Jabatan Hutan memandingkan kemungkinan keputusan-keputusan itu keputusan yang tidak kritikal merupakan maintenance sahaja memerlukan pelaksana lebih ramai. Tapi kalau kita lihat dari segi hutan ini saya lihat dia dekat dengan kawasan saya iaitu untuk naik ke Bukit Tabur ataupun naik ke apa yang kita katakan sebagai Permatang Kuartza itu biasanya suasananya tidak di initiate dengan jelas. Sedangkan tempat itu sedang diusahakan oleh kerajaan untuk didaftarkan sebagai World Heritage ataupun Warisan Negara walaupun tidak Warisan Dunia dan apabila ada insiden seperti orang jatuh, mati maka barulah ada satu yang dilaksanakan penguatkuasaan, kempen dan sebagainya dan selepas itu sejuk balik. Jadi, kita dapati bahawa perlu kita review di mana tidak ada kepimpinan yang jelas, yang mantap dari segi pentadbiran hutan nampak maintenance tetapi orang kalau masuk di Kemensah hutan Gombak Timur itu, selalu je orang keluar masuk dan sentiasa diceroboh Permatang Kuartza tu berbagai-bagai-bagai haluan
tujuan. Jadi, saya menyeru bahawa this high time dengan izin, kita memberikan satu pemerkasaan yang lebih padu pada Jabatan Hutan agar menjaga warisan kita yang sangat berharga. Terima kasih.
Silakan saya menjemput Yang Berhormat Kajang.
Boleh?
Ya, silakan Pandamaran.
Saya ingin menyokong cadangan kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Penguatkuasaan diperlu kerana pembakaran terbuka hutan selalu berlaku di kawasan Johan Setia dan menyebabkan asap-asap masuk ke DUN Pelabuhan Klang dan DUN Pandamaran juga. Jadi, saya haraplah dengan penguatkuasaan yang lebih ketat dapat menyelesaikan masalah seperti begini yang telah berlanjut lebih kurang dalam 15 hingga 20 tahun. Itu saja.
Baik. Silakan Yang Berhormat Kerajaan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang timbulkan soalan-soalan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Untuk menjawab Yang Berhormat Pelabuhan Klang dengan Pandamaran, Johan Setia ni bukan hutan simpan kekal. So, saya rasa pembakaran ni bukan....dia di bawah alam sekitar. Kita jumpa di bawah alam sekitar. Ok, untuk yang soalan yang pertama Bukit Gasing, memang saya setujulah. Kita memang penguatkuasaan kita ada guna, peralatan drone ni untuk membantu dari segi pemantauan terutama untuk hutan simpan ni kerana dia melibat kawasan yang luas yang tiada jalan masuk keluar so kita terpaksa guna peralatan yang canggih seperti drone untuk memantau. Dan kita sentiasa ada melakukan semua perkara ini. So, kita harap dapat peruntukan yang lebih untuk menambahkan lagi kuantiti drone ini kerana untuk membeli drone ni bukan murah. Dia ada banyak kategori. So, ada yang boleh terbang tinggi, jarak keluasan lebar, so ini bergantung kepada bajet yang sama ada kita boleh beli peralatan yang lebih canggih pada masa akan datang. So, untuk menjawab soalan Pelabuhan Klang tentang pokok bakau Jabatan Perhutanan Negeri Selangor....
Mohon mencelah.
Sentiasa melakukan pemantauan ke atas kawasan-kawasan hutan di dalam kawasan hutan simpan kekal terutama tanah kerajaan, tanah milik yang melibatkan hutan paya laut di dalam Negeri Selangor kerana
huta paya laut adalah juga merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar. Mulai bulan Januari sehingga Oktober 2018, sebanyak 80 rondaan pemantauan telah dilakukan oleh JPNS khususnya untuk kawasan hutan paya laut. Rondaan pemantauan ini merangkumi darat, udara iaitu guna drone dan juga laut. Rekod sehingga Oktober 2018, terdapat lima kes melibatkan penebangan ataupun pengambilan kayu bakau secara haram berjaya dikesan di Selangor. Dan dua daripada kes tersebut telah berjaya dibuat pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang. Berikut merupakan senarai kes melibatkan kayu bakau yang berjaya dikesan pada tahun 2018. Yang pertama di Pulau Carey bilangan pokok yang terlibat 140 batang dan saya rasa saya akan bagi bertulis tentang angka-angka ini. Dan pihak JPNS telah menjalankan program penanaman pokok bakau secara komprehensif dengan penglibatan daripada pelbagai peringkat seperti pihak jabatan, agensi kerajaan dan swasta, NGO, IPTS-IPTS, syarikat, penduduk kampung, NGV dan sebagainya. So....
Yang Berhormat, Bukit Gasing bangun.
Bagi saya habiskan dulu. Bajet peruntukan bagi program-program penanaman pokok dibiaya melalui peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui projek pembangunan dan juga peruntukan Pejabat EXCO dan UPEN, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, projek bajet peruntukan juga diperoleh daripada projek pembangunan peringkat Kerajaan Persekutuan melalui Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ataupun Kementerian Air, Tanah, Sumber Alam ataupun dahulunya sebagai Kementerian Sumber Asli dan juga Alam Sekitar. Ya.
Cuma nak minta penjelasan berkenaan komen Yang Berhormat tadi fasal kos yang mahal untuk pemantauan secara drone tapi saya rasa teknologi ini dia evolving very fast harga pun semakin tahun semakin menjatuh, boleh kita nilai semula dan saya rasa lebih berkesan daripada pemantauan manusia secara manual dan cadangan juga daripada pemantauan secara satelit tu mungkin Kerajaan Negeri Selangor boleh menghubungi ARSM (Agency Remote Sensing Malaysia) kerana mereka ada pemantauan satelit ke atas seluruh Malaysia setiap hari gambar diambil. Snap shot oleh Malaysia diambil setiap hari dan daripada data-data tersebut sedikit software programming ni kita boleh kesan di mana hutan ada sikit pencerobohan so you can detect very quickly, setiap hari tu ada beza “Eh kenapa ada tiga pokok hilang? Lima pokok hilang?” Boleh tau kalau ada pergerakan manusia di dalam situ so lets use technology lah untuk lebih efisyen dalam penguatkuasaan.
Terima kasih cadangan daripada Bukit Gasing. Ya, kita akan ambil maklum. Untuk makluman Y.B., untuk penggunaan drone ni juga
tertakluk kepada di mana di kawasan lapangan terbang seperti Sepang itu kita ada hadnya. So, kita tak boleh guna sewenang-wenangnya. Kita perlu dapat permohonan daripada pihak untuk udara sebab sana dekat dengan lapangan terbang antarabangsa. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Banting...
Soalan tambahan tentang hutan paya bakau.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berkenaan dengan hutan paya bakau tadi sebenarnya ada banyak kes yang berlaku. Saya boleh bagi contohlah dan yang paling menyedihkan hutan kayu bakau ini mereka teroka di tengah-tengah dan kemudian mereka tanam sampah. Ini yang masalah ni. Sebab itu kita dapat tau sebab apabila berlaku pencemaran sungai di sekeliling dan pencemaran laut dan mana datangnya air ni tercemar? Dan tengok kawasan kayu bakau itu kemudiannya menjadi kawasan tempat pelupusan sampah secara hara. Ada dua kawasan. Satu di Pulau Indah dan satu lagi di kawasan Taman Teluk Gedung Indah di sebelah Taman Teluk Gedung Indah ada satu kawasan paya bakau dan dia dah menjadi kawasan tempat pelupusan sampah secara haram. Kalau kita berdiri daripada jalanraya kita akan nampak cantik je tapi tengah-tengah tu betul memang kena pakai drone sebab daripada atas je kita boleh nampak. Tapi kalau daripada tepi jalan daripada tepi laut memang kita tak nampak sebab dia hilang di tengah-tengah. Jadi, tengah-tengah ni yang menjadi masalah untuk penguatkuasaan. Jadi, sebab tu saya harap ada tindakan tegas yang diambil dan segera pulihkan kawasan yang kayu bakaunya telah hilang ditebang atau dicuri sebab sekarang ni kayu bakau mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi malah ada yang dieksport secara haram ke Indonesia melalui tongkang-tongkang yang masuk ke persisiran pantai di kawasan Pelabuhan Klang ini jadi saya harap sangat-sangat supaya tindakan yang segera diambil. Kalau setakat Pulau Carey baru 140 batang sahaja tu macam sikit je tu sebenarnya dia dah beribu-ribu batang dah hilang. Baru dapat tangkap 140 macam ada kelemahan sangat-sangat di Pejabat Perhutanan ini. Takkan 140 je yang kena tangkap? Mana lagi yang beribu-ribu yang lain-lain? Mustahil kita semasa proses menebang dan mengangkat keluar itu satu kayu yang fizikal yang besar tidak nampak? Mesti menggunakan kenderaan dan harap pihak penguat kuasa akan lebih efektif lagi dan lebih pro aktif untuk mengesan dan menangkap penebang-penebang kayu bakau. Pergi tebang kawasan lain jangan tebang kawasan DUN Pelabuhan Klang.
Terima kasih maklumat yang diberikan Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Untuk makluman Pelabuhan Klang, sebenarnya kita ada
mengambil tindakan. Tadi saya sudah sebut. Pada 28 Februari 2018, lokasi di Pulau Carey bilangan pokok yang terlibat 140 batang. Orang itu dijatuh hukuman enam bulan oleh Mahkamah Majistret Klang. Yang kedua, pada 3.6.2018 di Pulau Indah, kita dapat tangkap kesan 144 pokok telah pun ditebang dan ini dijatuhkan hukuman denda RM23,000.00 oleh Mahkamah Majistret Klang. Yang ketiga, kes labuhan kurap dekat Pulau Indah. Yang ni terlibat 10,000 batang pokok tapi kes ini telah di low future action...low further action kerana tiada bukti yang menunjukkan Orang Kena Tuduh mengambil atau memindahkan 10,000 batang kayu bakau yang telah ditemui di dalam tanah milik Central Spectrum Sdn. Bhd. Kemungkinan bakau ni diangkat dari luar negara kita tak tau. So, kita tak boleh kesan ada bukti yang kukuh. Yang keempat, di Kapar dekat dengan Pelabuhan Klang juga 300 batang telah kompaun RM1,000.00 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Yang kelima, hutan simpan di Teluk Gedung yang dikatakan terdapat kita dapat kesan 212 batang pokok bakau telah ditebang. Kes ni telah di low future action juga kerana tiada suspek yang ditemui ketika serbuan dijalankan.
Yang Berhormat, future dengan further jauh beza tu. Nanti hansard merekodkan. Future ke further?
Further. No further action lah.. Sini silap tulis.
Typo.
Sorry, sorry. No further actions. Sorry. Yang ini saya rasa telah menjawabkan soalan daripada Pelabuhan Klang. Untuk menjawab soalan daripada Banting ini actually saya nak jawab soalan dari Banting tentang Hutan Simpan Sungai Kerambu, Kuala Langat kan? Kawasan yang dimaksudkan ialah kompartmen 47 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang mana ianya telah lama diceroboh oleh penduduk sekitar untuk aktiviti tanaman kontan seperti jagung, halia, kunyit, ubi keledek dan juga ubi kayu. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang merangka satu program pemutihan ke atas kawasan-kawasan hutan simpan kekal yang telah dicerobohi untuk diberikan permit penggunaan selaras dengan Enakmen Pemakai Akta Perhutanan Negara 1985. Maklumat-maklumat mengenai sebahagian kawasan yang terlibat telah diperolehi dan dalam peringkat akhir penyediaan kertas ringkasan cadangan kelulusan pemberian permit penggunaan melalui penggunaan pemutihan pencerobohan dan penerokaan secara haram di dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan melalui pendekatan perhutanan tani sebelum kertas kerja berkenaan diteliti dan mendapatkan ulasan daripada saya sebelum kertas kerja berkenaan diangkat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbangkan. So saya harap Yang Berhormat Banting sabar sikit, kita saya akan teliti permohonan ni saya akan
luluskan kalau tiada halangan untuk masa akan datang. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh...
Ya, minta penjelasan.
Ya.
Terima kasih. Saya ingin mencelah dan ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kes ini adalah sesuatu yang sangat mustahak dan perlu disegerakan. Yang Berhormat tadi sebutkan tentang penanaman hasil-hasil pertanian seperti ubi, keledek dan sebagainya. Termasyhur seluruh Selangor barangkali seluruh Malaysia bahawa ubi keledek goreng di Kuala Langat khususnya di Banting adalah terkenal satu Selangor. Setiap musim perayaan, Hari Raya Aidilfitri ramai pengunjung-pengunjung dari luar berkunjung ke Kuala Langat, Morib dan Banting untuk membeli ubi keledek ni. Ramuan dia tidak lain tidak bukan datang daripada tanaman yang dihasilkan di tempat ini. Saya tau tempat ini telah pun lama diceroboh tetapi memandangkan ia mempunyai satu nilai strategik ataupun nilai strategik yang sangat penting, baik dari segi KDNK, baik dari segi pembangunan pertanian, baik dari segi ekonomi setempat, saya kira perkara ini wajar disegerakan. Dan saya memohon supaya perkara ini sekiranya tidak ada apa-apa tindakan selanjutnya daripada SPRM saya rasa kita boleh segerakan. Dan satu lagi point yang sangat penting pemohon-pemohon ini semasa lawatan tapak saya melibatkan kesemua kaum. Bangsa Cina ada, Melayu ada, India ada barangkali malahan orang asli pun ada. Jadi, saya rasa wajar disegerakan. Sekian.
Terima kasih segala maklumat yang diberikan Yang Berhormat Banting. Kita akan take note. Saya rasa sebab tulah kita bagi laluan dan kita bagi keutamaan tentang kertas ni kita akan teliti dengan kertas cadangan dan kalau tak ada halangan kita akan lulus untuk dapat kelulusan di MMKN. Ya?
Mohon penjelasan. Tadi Banting mohon untuk tanah hutan itu diputihkan kepada para pengusaha ataupun para petani untuk digunapakai sebagai tempat untuk para petani mengeluarkan hasil makanan untuk Negeri Selangor. Namun, adakah pihak Kerajaan Negeri akan mencari tanah ganti ataupun hutan ganti kerana polisi kita adalah apabila kita mengeluarkan ataupun mengazetkan satu-satu hutan ini untuk digunakan maka kita perlu mendapat hutan ganti untuk perkara ini.
Terima kasih. Saya rasa ini tak perlu untuk cari hutan gantilah kerana ini hanya permit sementara. Ini bukan kekal. Cadangan
kelulusan pemberian permit penggunaan melalui program pemutihan pencerobohan dan penerokaan secara haram dia melalui pendekatan perhutanan tani ini konsep yang baru. So saya rasa tak perlu untuk gantikan dengan satu hutan simpan kekal yang lain. Untuk menjawab soalan yang timbulkan oleh Yang Berhormat Dusun Tua tentang aktiviti pembalakan di Hulu Langat, pada masa kini terdapat enam projek di peringkat nasional sedang dilaksanakan iaitu pembangunan infrastruktur, lebuh raya, jajaran talian TNB dan projek pembekalan air mentah. Kesemua projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui MMKN dan lima projek telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar iaitu EIA kecuali satu sahaja projek iaitu projek jajaran penghantaran talian elektrik TNB. Projek jajaran talian tenaga 275 kwt pmu Kampung Pandang Ampang East adalah merupakan rintisan jajaran talian penghantaran elektrik sedia ada dan telah diluluskan jajarannya secara dasar oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui MMKN Ke-45 yang bersidang pada 19 November 2014. Pada masa tersebut, kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar masih tidak diperlukan lagi semasa projek tersebut mula dilaksanakan dan laporan kelulusan EIA hanya diperlukan bermula tahun 2015 kerana pada tahun 2015 di Parlimen kita telah meluluskan enakmen untuk alam sekitar yang baru. So, kita kena follow selepas itu. Namun, pada masa kini pasukan task force yang ditubuhkan bagi memantau pencemaran air dan pembaikan punca sumber air kepada penduduk sekitar telah mencadangkan pihak TNB untuk menyediakan Environment Management Plan (EMP) dan melantik konsultan khusus untuk memantau perkara ini. Bidang tugas dan tanggungjawab adalah mengelakkan pencemaran semasa kerja-kerja pembalakan dan pembinaan infrastruktur menara talian elektrik tersebut. Selain itu juga, pihak TNB juga mengadakan sesi pendengaran awam kepada penduduk setempat yang telah diadakan pada 13 Oktober 2018. Sesi pendengaran awam itu juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dusun Tua. Program ini juga akan diadakan pada kampung yang terlibat di dalam jajaran talian penghantaran elektrik dari Bentong ke Lenggeng. So saya rasa selain itu pihak Jabatan Perhutanan juga ada melaksana penguatkuasaan undang-undang dan syarat-syarat lesen pembalakan seperti mana terkandung di dalam Enakmen Pemakai Akta Perhutanan Negara 1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan Selangor Pindaan 2017. So kita akan pantau dari semasa ke semasa. Kita akan pastikan tiada pembalakan ni hanya khas di jajaran TNB. Kita tak ada keluar permit pun Permit Komersial pembalakan kepada syarikat di Selangor. Tidak. Hanya untuk tiga perkara infrastruktur iaitu TNB, bekalan air dan highway. Yang terakhir untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tentang Bukit Tabur, Kuartza yang di mana kita sedang memohon mendapatkan World Heritage title ni dan tentang penguatkuasaan orang keluar masuk untuk Yang Berhormat saya pernah juga selalu panjat gunung bukit ini dan memang bahaya kadang-kadang ada orang yang jatuh sebab dia bukan satu jalan yang sesuai untuk orang yang suka mendakilah. Kalau ikut undang-undang sedia ada untuk mereka yang masuk hutan ni kompaunnya sangat sedikit. Hanya RM100.00 saja,
RM100.00. Sebab itulah apa yang berlaku di Hutan Simpan Bukit Air Hitam di Puchong diwawasan. Kita pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kita ada mengadakan penguatkuasaan untuk tangkap orang. Permulaan kita tangkap rajin tangkap tapi selepas ini banyak orang sangat. So kita tak mampu jalankan tugas ini. Selepas ini kita gunakan cara pendekatan berlainan. Kita kumpulkan mereka. Tangkapkan kumpulkan mereka. Kita bagi pendidikan. Bagi talk kepada mereka supaya suruh mereka jaga alam sekitar. Suruh mereka jangan datang ke hutan simpan. Yang tu cara yang lebih saya rasa elok selain daripada kompaun mereka. So, kita nak bagi satu latihan ataupun pengajaran tentang hutan-hutan dan juga trek-trek yang mereka terokai itu sebab itu bahaya untuk, ada bahan-bahan eksperimen yang dilakukan UPM di sana. Sebab itulah kita buat pendekatan yang berlainan. So, saya rasa saya ni jawab soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. So, itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Jadual B10 iaitu wang sejumlah RM25,370,988.75 untuk kepala B10 Jabatan Perhutanan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’. Dipersetujui.
Jadual B11, Pejabat Mufti. RM3,794,054.15.
Jadual B11 iaitu wang sejumlah.....
Kejap, ada, ada.
Silakan Hulu Kelang. Lambat sangat Hulu Kelang bangun.
Terima kasih Pengerusi.
Saya mengambil bahagian berkenaan dengan Jabatan Mufti, Kod 10000 – Emolumen yang melibatkan apa yang dikatakan hari ini imej ulama, pemimpin, ustaz itu amat penting. Dan apa yang dikehendaki oleh anak-anak muda hari ini apabila kita berbincang tentang institusi-institusi agama di peringkat nasional yang ada 13, 14 buah agensi besar-besar itu adalah ikon anak muda, ikon agama. Di setengah negeri kalau kita lihat kedudukan mufti itu sangat dekat dengan rakyat dan itu juga telah dibina oleh Sahibus Samah Mufti di Selangor. Cuma pendekatannya lain. Dia seorang yang dikenali, yang sangat low profile tapi sangat berilmu dan dia boleh membina anak-anak muda untuk menjadi ikon agama. Dan dibantu dengan Timbalan Mufti pada hari ini, saya kenal secara peribadi adalah seorang yang mempunyai ketokohan yang baik untuk membina ikon-ikon anak muda. Program yang dilancarkan baru-baru ini untuk menjana lebih ramai anak-anak muda terlibat dalam imej agama adalah satu perkara yang penting.
Jadi, oleh kerana itu saya ingin menyeru dan meminta jadikanlah mufti, Pejabat Mufti ini bukan hanya gambaran sebagai orang tua, orang lama tapi orang yang menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mendekati rakyat dan masyarakat bukan hanya masyarakat Islam tapi masyarakat bukan Islam yang memahami isu-isu yang sangat dekat dengan hati rakyat. Sekian saja.
Sila Kerajaan.
Terima kasih. Saya menyambut baik saranan yang telah dikemukakan oleh Hulu Kelang dan sudah tentu dengan pelantikan Sahibus Samahah Dato’ Anhar bin Haji Opir selaku Timbalan Mufti Negeri Selangor kita dapat menggabungkan mereka yang muda dan baru dengan Sahibus Samahah Dato’ Mufti Diraja Negeri Selangor yang sedia ada dan ini saya rasa akan memberikan imej yang lebih baik di samping kuliah-kuliah dan program-program semasa. Namun, sebahagian daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu ia termasuk di dalam ruang lingkup Jabatan Agama Islam iaitu dalam Program Pendakwah dan juga dalam Program Da’ie dilaksanakan. Jadi, InsyaAllah saya percaya Jabatan Agama Islam akan bekerjasama dengan institusi Jabatan Mufti selain Jabatan Mufti menetapkan beberapa keputusan-keputusan fatwa berkenaan negeri ialah bagaimana engagement yang itu akan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam dengan lebih dan lebih baik. Terima kasih.
Jadual B11 iaitu wang sejumlah RM3,794,054.15 untuk kepala B11 Pejabat Mufti menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’. Dipersetujui.
Jadual B12, Jabatan Kerja Raya RM124,513,292.15.
Pelabuhan Klang, silakan.
Saya dulu. Sabar ya. Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi. Saya merujuk kepada Muka Surat 97, Program Aktiviti 505300 – JKR Klang Kod Objek 28000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil yang dibeli dan jumlah yang ada ini pada tahun 2018 adalah sebanyak RM2,330,360.00 telah dikurangkan kepada RM2,216,692.00 dan kalau kita tengok penyelenggaraan yang dikurangkan ini sekarang pun RM2,330,360.00 pun tidak cukup tapi dikurangkan pula pada tahun 2019. Saya berharap supaya pihak Kerajaan mengkaji semula peruntukan untuk Jabatan Kerja Raya Daerah Klang yang diperuntukkan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor supaya ditambah lagi dan kawasan Daerah Klang ini adalah seluas
574 kilometer persegi dengan populasi penduduknya adalah seramai 1 juta orang dan kebanyakan jalan-jalan yang ada didalam kawasan Daerah Klang ini terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang, Sementa, Selat Klang, Pandamaran dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat dan selalu merosakkan jalan dan saya nak kan penjelasan daripada Dewan ini bagaimanakah kiraan ataupun formula mendapatkan jumlah sebanyak RM2,330,360.00 ini dan kemudian dikurangkan RM2 juta. Adakah ia dikira jumlah panjang jalan ataupun kilometer Jalan JKR Daerah sahaja ataupun Jalan Negeri dan termasuk dengan Jalan Persekutuan sebab sekarang ini kalau kita tengok JKR Daerah Klang bukan hanya memantau Jalan-jalan Daerah ataupun Jalan Klang sahaja ia juga memantau Jalan Negeri dan juga Jalan Persekutuan. Jadi saya harap supaya pihak Kerajaan melihat semula dan mengkaji semula peruntukan ini sebab seperti yang saya maklumkan dalam perbahasan dua hari lepas adalah berkenaan dengan masalah penyelenggaraan jalan dan ia bukan hanya penyelenggaraan jalan sahaja tetapi juga penyelenggaraan lampu-lampu yang tidak menyala. Saya ada satu jambatan yang daripada Kesas menghala ke Northport jambatan yang panjang tetapi sudah hampir 5 tahun lampu jabatan tersebut tidak menyala. Boleh datang, sekarang boleh datang ke Pelabuhan Klang dan boleh tengok tiang ada tetapi lampu ada tapi tidak menyala pada waktu malam dan hampir setiap hari kita tengok berlaku kemalangan di kawasan tersebut terutamanya pada waktu malam kerana jambatan itu jambatan bengkok ia ada selekoh dan banyak kali lori kontena memang selalu terbabas di jambatan selekoh tersebut. Jadi saya berharap sangat-sangat supaya dikaji semula kos ataupun jumlah peruntukan untuk penyelenggaraan bagi kawasan Daerah Klang. Sepatutnya ditambah bukannya dikurangkan dan saya juga mohon supaya pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor mengkaji semula jalan di kawasan Jalan Kampung Pendamar ini jalan kampung tetapi ia telah disambung dengan Jalan Bandar Parkland. Bandar Parkland mempunyai empat lorong, satu pembangunan baru sebelah dalam kawasan Kampung Pendamar ini tetapi kemudian disambung dengan Jalan kampung Pendamar ini dah jadi jalan kampung dua hala. Jadi selalu berlaku kesesakan jalan apabila sampai di sambungan jalan tersebut yang menghubungkan Bandar Parkland dan Kampung Pendamar menghala ke jalan besar ataupun Johan Setia. Jadi saya harap sangat pihak Kerajaan mengkaji semula ataupun melihat untuk menaik taraf Jalan Kampung Pendamar ini sama seperti jalan di kawasan Bandar Parkland dan juga Kota Bayu Emas. Jadi saya minta supaya dikaji semua tentang jumlah peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kecil di kawasan Daerah Klang ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Silakan Seri Setia.
Pengerusi cuma saya nak tambah yang jalan yang melibatkan jalan. Alamak tadi tercicir.
Saya
Yang Berhormat.
Ia tidak cicir ia dalam buku itu sahaja. Silakan Banting dahulu.
Terima kasih Tuan Pengerusi saya ingin merujuk kepada muka surat 93 B12 berkenaan dengan Butiran Program 51300 Pembinaan dan Penyelenggaraan Jalan Raya Tempatan Kod Objek sebagai 11000 Gaji dan Upahan berkenaan dengan, ini ditujukan kepada JKR Selangor tidak begitu kepada JKR Kuala Langat iaitu kita perlu ambil maklum bahawa Daerah Kuala Langat ini akan di naik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran Kuala Langat dan kalau kita lihat jalan-jalan dan jambatan-jambatan yang dibina oleh JKR di kawasan di Daerah Kuala Selangor khususnya Jalan-jalan Persekutuan walaupun tidak banyak tetapi amat penting dan apa yang saya nak sebutkan adalah Jalan Persekutuan telah menerima 31,32 bersekali dengan semua jambatan-jambatan yang berada di ketiga-tiga Jalan Persekutuan ini. Tidak lama dahulu telah berlaku satu insiden di mana trafik ataupun feeder pillar, lampu isyarat di Jalan Persimpangan Jalan Persekutuan 5 ini disambar kilat dan kita perlu menunggu sampai 3 hari untuk menukar ganti dan menyelenggarakan dan menukar ganti peralatan yang rosak. 3 hari tanpa trafik light. Kalau berlaku di mana-mana Majlis Perbandaran ataupun Majlis Bandar Raya dan kalau ini berlaku di Lebuh Raya Persekutuan saya pasti ia akan menimbulkan aduan sehingga ke aduan yang sangat-sangat serius. Saya melihat ini adalah satu kelemahan dari segi perancangan dan saya memohon JKR Selangor khususnya untuk membantu kena beria-ria untuk meminta JKR Putrajaya menurunkan peruntukan khususnya untuk Jalan Persekutuan 5 ini kerana ia merupakan satu Jalan Persekutuan berbanding dengan Jalan Persekutuan 1 dan 2 kerana 1 dan 2 ada Lebuh Raya Utara Selatan yang boleh menampung sebahagian besar trafiknya. Untuk Jalan Persekutuan 5 selain sehingga west coast expressway ini lengkap dan siap diguna banyak lagi kenderaan-kenderaan berat suka menggunakan Jalan Persekutuan 5 ini menyebabkan laluan trafik dan juga sangat-sangat berat terhadap jalan ini. Saya difahamkan Tuan Pengerusi Jambatan Besi saya difahamkan oleh JD Kuala Langat pangkatnya 48 sahaja kalau dibandingkan dengan JD-JD yang lain 52. Ini Majlis Daerah yang akan di naik taraf sebagai Majlis Perbandaran tidak boleh dikekalkan 48 apa pun sekali saya mendapat makluman daripada Jurutera Daerah bahawa terdapat Jambatan Besi yang rosak sepanjang jalan ini dan JKR Kuala Langat tidak ada peruntukan untuk menukar ganti ataupun membaik pulih Jambatan-jambatan Besi yang rosak ini. Bayangkan besi ini betul-betul putus apa yang akan berlaku atau kita akan menggunakan feri untuk angkat
kereta-kereta dan lori untuk menyeberangi sungai. Saya harap ini tidak akan berlaku dan untuk mengelakkan ini daripada berlaku maka saya mencadangkan JKR Selangor kena lah berusaha sedikit untuk membincangkan dengan membawa perkara ini dengan JKR Persekutuan supaya Jalan Persekutuan 5 khususnya di Daerah Kuala Langat kalau boleh semua tempat yang lain seperti Kuala Selangor dan Sabak Bernam pun boleh tengok-tengok tapi berilah sedikit peruntukan kepada Kuala Langat ini. Saya pernah bangkitkan dalam Sidang Dewan yang lepas sampai lampu saya tanya pada Jurutera Daerah. YB jangan silap lampu ada cuma tidak menyala sahaja. Maksudnya tidak ada wang untuk membayar bil elektrik. Perkara ini juga disokong oleh rakan saya dari Sejangkang, Morib malahan Dengkil pun ada dan saya berharap kita berusaha sungguh-sungguh. Saya memohon JKR Negeri Selangor supaya diturunkan peruntukan yang lebih banyak untuk menyelenggarakan Jalan-jalan Persekutuan khususnya di Daerah Kuala Langat. Untuk Jalan Negeri saya difahamkan peruntukannya masih boleh masih mencukupi tetapi malangnya peruntukan Kerajaan Negeri tidak boleh disalurkan untuk menyelenggarakan Jalan-jalan Persekutuan. Jadi itulah sedikit harapan saya.
Ya silakan Seri Setia.
Dah jumpa dah.
Dah Jumpa ya. Silakan.
Terima kasih Pengerusi. Ok di bawah JKR Petaling 505100 Kod Objek adalah 28000. Penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dibeli yang melibatkan RM5,414,549.00 itu tahun 2018, 2019 RM5,143,821.55 boleh atau tidak dinyatakan apa bentuknya adakah pembaikannya meliputi naik taraf semua ataupun segala apa kerosakan yang akan dibaiki dan juga yang memandangkan saya kira bajet ini kalau saya tengok daripada 2018 mungkin sebelum ini 2017 tetapi naik tarafnya masih kurang terutama kawasan di Seri Setia, Jalan Klang Lama yang melibatkan kawasan depan Kontena Nasional sehingga ke Jalan DUN Taman Medan. Terima kasih.
Silakan Pandamaran tadi saya nampak.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Saya merujuk kepada muka surat 97 Butiran Program Aktiviti 505300 Kod Objek 28000 Penyelenggaraan. Saya difahamkan dalam DUN Pandamaran ini kita ada satu Jambatan Simpang 5 di mana dulunya di bawah penyelenggaraan PLUS dan PLUS telah pulang balik tidak ada lagi jadi hak penyelenggaraan adalah di bawah JKR dan
saya nampak figure angka itu sudah turun sepatutnya kena tambah kerana sudah ambil alih tambah dia punya beban tapi peruntukan untuk penyelenggaraan kurang. Jadi Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Langat memang dengan keadaan yang teruk. Jadi saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri untuk menambahkan peruntukan kepada JKR Klang untuk menyelenggarakan dengan baik sebab memang kita dapat aduan yang banyak. Harap ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan. Terima kasih.
Ya, sila Jeram.
Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi. Terima kasih juga Kerajaan Negeri telah mengurangkan maaf muka surat 99 Kod 505700 JKR Kuala Selangor. Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana mengurangkan peruntukan daripada RM4,216,000.00 kepada RM4,005,200.00 sahaja. Kenapa saya kata terima kasih kerana walaupun sebelum ini memberikan satu jumlah yang banyak tetapi prestasinya tidak memuaskan. Jadi sekiranya dengan perbelanjaan 2019 ini sekiranya nampak prestasi yang bagus JKR Kuala Selangor akan datang saya akan minta ditambahkan. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Dewan perlu bersidang semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam telah menunjukkan 4.30 petang dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok 29 November 2018 jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.
(Dewan Ditangguhkan Pada Jam 4.30 Petang)