Selangor · 9 November 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 355 turns · 41,473 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Pada 9 November 2020 dimulakan dengan Bacaan Doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya Pertanyaan-pertanyaan.
Assalammulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Untuk soalan berikutnya saya persilakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 73.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)Questions
73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan akan mengembalikan program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)?
b)
Jika ya, nyatakan masa yang akan dimulakan.
c)
Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Pandamaran yang bertanyakan soalan berkenaan dengan Tuisyen Rakyat.
Pertamanya, Program Tuisyen Rakyat kini masih dilaksanakan dan dijangka akan selesai pada Disember 2020. Tempoh masa pelaksanaannya berubah berikutan perubahan tarikh peperiksaan SPM 2020 yang akan dilaksanakan terkini pada bulan Mac tahun 2021 dan pihak Kerajaan Negeri akan berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri sama ada, ada keperluan untuk menangguhkannya lagi untuk tamat pada bulan Januari disebabkan oleh PKPB ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah dilaksanakan pada hari ini.
Yang kedua, bagi tahun 2020, program ini telah bermula Februari yang lalu. Namun begitu terpaksa dikemas kini pelaksanaannya selari dengan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Maknanya daripada Februari sampai lah kepada 18 Mac. Daripada 18 Mac ke atas kita terpaksa berhenti seketika disebabkan oleh PKP. Dan mulai Julai kembali beroperasi dengan beberapa perubahan dan SOP yang telah digariskan. Namun kita sekarang masih lagi melaksanakannya dengan dilaksanakannya di atas talian dengan pelbagai aplikasi pembelajaran dengan pelarasan dengan Jabatan Pendidikan Negeri.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. PTRS tak dapat dijalankan ketika PKP yang lepas dan saya percaya PKPB ini turut mengganggu sebab itu dalam ucapan Belanjawan yang lalu saya sebutkan bahawa PTRS akan menggabungkan dengan aplikasi e-Pembelajaran ataupun e-Learning dengan beberapa pengendali-pengendali yang kita cuba kenal pasti supaya proses pembelajaran Tuisyen Rakyat ini dapat dilaksanakan dan ia dilaksanakan selaras dengan agenda digitalisasi dan yang menjadi core penting dalam Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2021. Terima kasih.
Bandar Utama.
Terima kasih MB. Bandar Utama cuma ingin bertanya sebelum ini apa yang saya faham adalah program PTRS ini target dia, target utama adalah golongan-golongan yang di bawah B40. Jadi Bandar Utama ingin tanya sekiranya pembelajaran ini dijalankan secara online ataupun atas talian adakah kita masih target golongan yang sama? Dan bagaimana untuk menjalankannya sekiranya golongan B40 tidak mempunyai kemudahan untuk mengikut program ini.
Terima kasih. Benar, Bandar Utama. Daripada awal program Tuisyen Rakyat ini dilaksanakan sememangnya ia adalah untuk kelompok B40. Terutama mereka yang tidak mampu untuk menghantar anak ke tuisyen yang pertama dan yang kedua, mereka yang didapati mungkin sedikit
tertinggal. Result examnya rendah tapi tak mampu untuk pergi ke tuisyen. Jadi dalam program digitalisasi Kerajaan Negeri, kita ada program data untuk rakyat Selangor dan data ini ialah yang saya sebutkan tadi akan kita berikan kepada keluarga-keluarga B40 ini yang kita hadkan untuk education sahaja dan mereka boleh akses kepada beberapa laman ataupun keperluan-keperluan aplikasi untuk mereka dapatkan pembelajaran. Sebab itu, dia bersekali ataupun hendaklah di lihat sekali dengan program digitalisasi Kerajaan Negeri sebab itu kita yakin, kita boleh memberi dan menyokong mereka kerana angkanya setakat ini ada 12,000 pelajar sebenarnya untuk tahun 2020. Tahun lepas kita target, kita dapat 10,000. Tahun ini telah 12,000 mendaftar dan dengan data yang kita fikirkan 54,00 keluarga dapat diperolehi itu kita percaya dia turut akan boleh membantu kepada kelompok ini terutamanya bagi mereka yang tidak ada data yang cukup. Terima kasih.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan. Jadi saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat, adakah pelajar-pelajar ini dicari oleh Kerajaan Negeri ataupun Pusat Khidmat yang membantu. Terima kasih.
Sebelum ini, kita menggunakan Jabatan Pendidikan Negeri. Sebab apa? Sebab Jabatan Pendidikan Negeri ada keputusan peperiksaan tingkatan 4. Sebagai contoh, pada tahun 2019 ada 14,000 pelajar-pelajar Negeri Selangor yang dijangkakan gagal untuk peperiksaan SPM sebab keputusan tingkatan 4 nya sebegitu rupa. So, kita sasarkan dalam 10,000 ke 11,000 ataupun 12,000 macam tu lah anggaran yang kita buat memang datanya diperolehi daripada Jabatan Pendidikan dan juga daripada sokongan pihak pusat-pusat khidmat lah untuk dapatkan sebab selepas ini bagaimana nak operasinya kita sedang fikirkan tempat, setempat ke tidak ke dengan PKP dan sebagainya tetapi kita tengah fikirkan supaya ia tidak terlalu menyusahkan kepada penduduk-penduduk dalam masyarakat. Sudah pasti, kita perlu data itu dan kita perlukan sokongan daripada pegawai pusat khidmat untuk menyediakan tempat sesuai dengan PKP dan beberapa proses yang berlaku sekarang.
Soalan seterusnya Batang Kali.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Peraturan 24 (2).
Ya, saya benarkan.
Soalan No. 74.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. Masalah Peniaga Runcit Warga AsingQuestions
74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah pihak kerajaan mempunyai data lengkap di setiap PBT mengenai peniaga warga asing yang memonopoli sektor perniagaan sesetengah kawasan?
b)
Berapakah jumlah tangkapan, serbuan atau sitaan yang telah dibuat lebih-lebih lagi semasa musim pandemik Covid 19 ini?
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui PBT telah bergiat dalam membanteras kegiatan perniagaan tanpa kebenaran oleh warga asing. Jumlah peniaga warga asing secara tanpa kebenaran yang telah dikesan lalu dikenakan tindakan mengikut PBT adalah seperti berikut:-
1. Bagi MBSA – Tangkapan yang dikenakan 50. Serbuan 119. Sitaan 429.
2. Bagi MBPJ – Serbuan 39. Sitaan 166.
3. MBSJ – Kompaun 51. Sitaan 103.
4. MPK – Serbuan 236. Sitaan 236 juga dan
5. MPAJ – Sitaan 267.
6. MPS – Sitaan 6.
7. MPKJ – Serbuan 205 dan Sitaan 119.
8. MPSP – 20 tangkapan.
9. MPKL – Sitaan 81.
10. MDHS – Serbuan 236 dan sitaan juga 236.
11. MDKS – Serbuan 36. Sitaan 25.
12. MDSB – Serbuan 26. Sitaan 26.
Sekian, terima kasih.
Meru.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkaitan, saya tengok pada soalan ni berapa jumlah tangkapan. Adakah PBT mempunyai kuasa untuk menangkap peniaga asing ni? Itu satu. Lepas tu, yang kedua, apa perancangan pihak Kerajaan sendiri kepada kawasan-kawasan panas ni yang menjadi tumpuan warga asing yang telah dikenakan serbuan dan juga sitaan berkali-kali tetapi mereka terus juga menjalankan perniagaan.
PBT sebenarnya tiada kuasa untuk lakukan tangkapan. Tangkapan yang dilaksanakan adalah melalui operasi bersepadu dengan Jabatan Imigresen. Oleh itu untuk menangani masalah ini dengan sepenuhnya kita memerlukan kerjasama daripada Jabatan Imigresen untuk menangkap warga asing yang tanpa permit yang sah dan menduduki di Malaysia.
Soalan seterusnya Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan No. 75.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Pembangunan Rumah Luar BandarQuestions
75. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk luar bandar di dalam memudah uruskan keperluan tempat tinggal mereka?
b)
Apakah status ikatan amanah atau 'lot lidi' tanah di Selangor?
Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Sijangkang bertanya tentang pembangunan rumah di luar bandar. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya program pembangunan rumah yang kita laksanakan tidak mengenepikan sama ada ianya adalah permohonan daripada bandar ataupun luar bandar. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah pun yang baru-baru ini bagi memastikan bahawa perumahan-perumahan ataupun tanah-tanah luar bandar itu dibenarkan untuk mendirikan ya rumah-rumah kediaman ataupun rumah-rumah untuk ditinggal oleh mereka yang duduk di luar bandar dan Kerajaan telah meluluskan Dasar Baru Pemilikan Tanah Kerajaan melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Bilangan 3/2020 yang berkuat kuasa pada Januari 2020.
Yang mana melalui Pekeliling ini tanah-tanah Kerajaan yang telah didirikan dengan bangunan kediaman dikenakan premium pada kadar nominal dan manakala kalau tanah itu adalah sebahagian daripada pemilik ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan bagi membantu penduduk yang luar bandar untuk tinggal iaitu tanah kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama tanah-tanah yang apa ni yang dimiliki oleh persendirian Kerajaan juga telah membuat satu Dasar di mana tanah-tanah yang telah didirikan di atas rumah ataupun atas tanah yang dinamakan apa ni syaratnya adalah pertanian tapi ingin dibuat rumah kediaman mereka juga boleh memohon tetapi perlu menukar status tanah tersebut daripada pertanian kepada perumahan.
Ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Selangor atau khususnya yang luar bandar dah boleh mendirikan rumah-rumah di tanah yang sesuai statusnya bukan lagi berkongsi atau akhirnya berkongsi geran dan sebagainya tidak lagi dalam keadaan persendirian begitu juga Kerajaan Negeri walaupun mengkhususkan perkara-perkara tersebut di luar bandar tetapi bagi program-program yang sedia ada, contohnya Skim Smart Sewa ya adalah juga satu program yang telah dilaksanakan di mana objektif utamanya adalah membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan. Maknanya mereka mohon Skim Rumah Selangorku tetapi akhirnya tak dapat. Tidak dapat diluluskan sebab tidak ada bank yang nak berikan pinjaman akhirnya mereka dibenarkan untuk menyewa.
Dan ada satu lagi program yang terbaru yang telah dilaksanakan yang mana kita sebutkan di sini, Skim Smart Sewa Kemudian Beli ataupun Rent to own lah biasa orang dengar ataupun To Stay. Peserta di bawah program ini akan melalui dua fasa, iaitu dia sewa dulu, dua tahun sampai lima tahun maksimum lepas tu kita ambil 30% daripada sewaan itu kita simpan sebagai deposit dan akhirnya mereka boleh membeli mana-mana rumah yang ditawarkan.
Untuk soalan kedua yang ditanya oleh Yang Berhormat iaitu tentang status ikatan amanah ataupun 'lot lidi' tanah kerajaan. Haah ini sebenarnya, kalau ikutkan pihak Kerajaan tidak pernah mengiktiraf ya penjualan dan pemilikan tanah lot lidi di Negeri Selangor ya ini kerana penjualan tanah lot lidi jelas melanggar syarat nyata tanah iaitu sendiri di mana lot-lot lidi ini yang dijual adalah bersyarat nyata pertanian yang tidak
boleh ataupun tidak dipohon tukar syarat atau pecah sempadan di Pejabat Tanah dan Daerah tapi bagi membendung aktiviti penjualan lot ini secara berluas-luasan tanpa mengikut syarat-syarat pembangunan dan pendaftaran hak milik yang dibenarkan di mana-mana akan memberi kesan langsung kepada pembeli.
Jadi Mesyuarat Penyelarasan Pentadbiran Tanah Daerah bagi pihak dan juga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Bil. 1/2018 telah pun ya telah pun bersetuju untuk menolak semua permohonan pendaftaran surat ikatan amanah ya atau semua sebab bagi kesemua lot-lot kecil bagi tanah pertanian di Negeri Selangor. Jadi itu status lah. Maknanya sekali ni, kita tidak lagi membenarkan ya status ikatan amanah ataupun lot lidi ditukar ataupun dimohon untuk pembangunan. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya bertanya sama ada, ada insentif-insentif yang lain yang difikirkan oleh Kerajaan yang mana akhirnya ia akan jadi pendapatan pada Kerajaan Negeri dan urusan oleh tuan-tuan rumah di atas lot pertanian ini dapat diselesaikan dan kalau tadi disebutkan oleh EXCO bahawa akan ada satu bentuk nominal premium yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri apakah bentuk premium nominal yang ditawarkan kepada pemilik-pemilik ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebenarnya kalau kita lihat ada satu program yang dipanggil Skim Pemilikan Rumah Kediaman untuk tanah-tanah yang berstatus pertanian tapi ingin dipindah kepada status kediaman iaitu dimana yang saya nyatakan tadi, jika mereka ingin memecahkan geran itu tetapi first yang pertamanya tukar syarat dulu kepada rumah kediaman, jadi sepatutnya premium yang dikenakan adalah premium harga semasa tetapi bila mana keprihatinan kerajaan bagi mereka-mereka yang duduk luar bandar ini, mereka terkekang dalam membayar premium tersebut dalam jumlah yang penuh, jadi kerajaan hanya mengenakan nominal RM1,000 untuk pembayaran untuk memastikan geran itu boleh dipecah dan atas nama persendirian.
Tetapi ianya dikenakan ataupun tidak boleh dijual sehingga kerana itu adalah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat memiliki geran dan rumah dalam keadaan persendirian. Kalau kita tengok rata-rata dulu-dulu mereka tidak dapat membuat geran persendirian dan akhirnya mereka tidak dapat memiliki tapi sekarang ini, ataupun kalau dulunya mereka ditawarkan tetapi mereka tidak dapat membeli ataupun membayar premium sebab jumlah premium 40 ribu 80 ribu. Jadi sekarang ini nominal RM1,000 sahaja perlu dibayar, lepas itu kita akan meletakkan di dalam syarat, dalam geran tersebut, ianya tidak boleh dijual sehingga mereka melangsaikan premium harga semasa tersebut, itu Timbalan Speaker.
Soalan seterusnya, Taman Medan.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan saya soalan no.76.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Jumlah Kes Covid-19Questions
76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah kes Covid-19 yang direkodkan setakat ini bagi Negeri Selangor?
b)
Apakah kawasan tertinggi jumlah kes tersebut?
c)
Adakah ia berkait dengan kluster-kluster yang datang dari luar Negeri Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Taman Medan bertanya mengenai kes COVID yang direkodkan setakat ini bagi Negeri Selangor. Sehingga 08 November 2020, kes kumulatif sepanjang kita mengalami pandemik COVID ini, kita ada 5829 kes kumulatif secara kumulatif 320 adalah kes luar negara. Jadi jumlah keseluruhannya yang tadi tempatan 5829, kes jangkitan luar negara 320, jumlah kumulatif untuk Negeri Selangor adalah 6149 kes dan kes kematian 27 kes.
Untuk makluman juga, Taman Medan juga telah bertanya mengenai kawasan yang tertinggi jumlahnya. Kalau kita tengok kepada angka-angka yang telah diberi kepada kita, dia ada satu makna dia angka untuk hari tersebut, 08 November 2020 kes yang paling tinggi adalah di mukim Kajang, 348 kes. Itu adalah kes aktif, 348 kes. Namun, jumlah kes kumulatif yang paling tertinggi adalah di Petaling, 1529 kes. Jadi kalau, tapi kalau kita melihat pula kepada moving chart, makna dalam masa 14 hari ini, Hulu Langat mencatit kes kumulatif yang tertinggi 552, dan Kajang masih lagi sekarang merupakan mukim Kajang masih merupakan kawasan yang tertinggi.
Kluster buat masa sekarang kita sudah tidak ada lagi kluster-kluster yang datang daripada luar negara, namun kita ada beberapa kluster yang merentasi negeri. Kita ada beberapa kluster dan yang paling tinggi daripada Sabah, tapi kebanyakkan
kluster-kluster ini sudah sampai ke akhir dah taka da lagi dah hubung kait ataupun kes-kes baru daripada kluster ini. Sekian, terima kasih.
Meru.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO, saya nak bertanya. Sehari dua ini kecoh di Meru berkaitan dengan kluster Jalan Teratai yang melibatkan Top Glove dan kita lihat pada ketika ini, pekerja-pekerja Top Glove masih bebas lagi merayau-rayau di kawasan Meru yang menimbulkan kebimbangan rakyat khususnya di Meru. Jadi mungkin saya nak tanya di peringkat Kerjaan Negeri, apa tindakan yang boleh dibuat kepada pengilang ataupun pengusaha itu untuk menghentikan tugas atapun menghalang mereka keluar.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Saya minta maaf, saya tidak ada detail untuk kes Top Glove ini, namun secara umum secara prinsipnya, kes-kes kluster-kluster begini dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Biasanya apabila sudah kontak di dalam satu tempat pekerjaan, maka semua close contact pada dia kita panggil person under investigation akan dibuat swabnya. Selepas dibuat swab, semasa selepas dibuat swab, selagi keputusan belum keluar, maka mereka dikenakan kuarantin kendiri dirumah mereka. Jadi, kalau positif maka mereka akan juga dibawa ke hospital untuk dirawat. Jadi untuk menentukan sama ada dikenakan sekatan atau tidak bergantung kepada jumlah kes yang ada keseluruhannya disitu dan bila nak tutup kilang dan sebagainya dan bagi Kerajaan Negeri, biasanya bila kes itu sudah di tangani oleh Kementerian Kesihatan, kita tak masuk, sebab dia yang ada semua data untuk mereka yang kita panggil people under, person under investigation.
Untuk makluman Yang Berhormat, berkaitan dengan Top Glove ini, dia ada hospital dia sendiri. Jadi saya dimaklumkan bahawa pekerja mereka itu yang buat, kilang itu sendiri yang buat pemeriksaan pada pekerja, saringan kepada pekerja-pekerja dia. Yang kita bimbangkan maklumat itu tak dikongsi dengan pihak kerajaan yang menyebabkan mungkin berlaku penyelewengan maklumat dan sebagainya. Maksud saya dari segi Kerajaan Negeri apa yang boleh kita buat.
Yang Berhormat, kita selagi kita tak ada data, kita tak boleh nak masuk campur. Biasanya bila sudah ada positif, Kementerian Kesihatan memang kena dimaklumnkan, ada compulsory. Tidak ada mana-mana majikan yang dapati bila dia buat, dibuat screening dan ada yang positif dan dia tak maklumkan kepada pihak Kementerian Kesihatan. Itu tak mungkin berlaku kerana itu adalah satu kesalahan, COVID sudah masuk di dalam senarai notifible diseases, jadi kalau dia ada hospital sendiri pun, saya percaya Kementerian Kesihatan
memantau apa yang telah dilakukan. Yang itu saya yakin dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kita. InsyaAllah.
Speaker, soalan susulan.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya untuk Yang Berhormat EXCO adalah berapa kali ahli-ahli EXCO, bukan sahaja daripada Selangor tetapi seluruh negara telah ada mesyuarat dengan Menteri kesihatan baru tentang isu-isu COVID-19, sejak bulan Mac.
Hanya satu kali apabila Menteri kesihatan diganti, lepas itu tidak pernah panggil tetapi sekali Menteri kesihatan ada turun berjumpa dengan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya ada bersama.
Sungai Pelek.
Tuan Timbalan Speaker. Kita tahu Selangor ada skuad pandemik COVID-19 yang ada special task. Adakah kerjasama ini diteruskan ataupun macam mana yang dibawah Dr. Zul, kerjasama dengan Kementeri Kesihatan.
Dia begini, Yang Berhormat, STFC bukan skuad, bukan skuad untuk melaksanakan tugas on the field, tetapi adalah think tank. Kita yang go through maklumat-maklumat yang kita ada dan mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh Kerajaan Negeri. Memang STFC telah mencadangkan kepada kita tentang langkah-langkah selamat, kawasan-kawasan ataupun dimana kita patut melakukan saringan kepada kawasan-kawasan yang kita jangkakan marginal … Misalnya kita telah memulakan screening ataupun screen pada rumah, saringan di rumah-rumah orang tua dan lain-lain. Jadi dia tidak ada, tidak membuat kerja lapangan, tetapi melalui keputusan-keputusan yang diambil oleh STFC dan melalui Selcare, kita melaksanakan program-program ini. Buat setakat, buat masa sekarang, saya ingat satu dunia tahu, tidak ada kerjasama langsung dengan Kementerian Kesihatan dan kita pun tak dapat apa-apa maklumbalas daripada mereka dan mereka pun tidak memberi, bagi saya tidak mengiktiraf kehadiran kita. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Banting.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya ke 77.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Pekeliling Kerajaan Persekutuan Dan NegeriQuestions
77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah semua pekeliling terkini dan yang masih diguna oleh kerajaan negeri dan persekutuan akan dibukukan untuk rujukan penjawat awam dan wakil rakyat khususnya penyandang jawatan yang baru? b)
Senaraikan semua pekeliling ini dan masukkannya dalam cakera padat.
Terima kasih Banting atas soalan yang telah dikemukakan. Semua pekeliling dan surat pekeliling edaran yang terkini, masih yang masih berkuatkuasa boleh rujuk di jabatan agensi bahagian yang berkaitan kerana pelarasan pekeliling surat pekeliling dan surat edaran dibuat mengikut skop dan bidang tugas jabatan serta agensi masing-masing. Semua pekeliling-pekeliling ini boleh dicapai dan dimuat turun melalui laman sesawang setiap jabatan agensi bahagian-bahagian yang berkaitan. Maknanya kita belum ada lagi pelan untuk kita bukukan sebaliknya boleh dirujuk mengikut jabatan-jabatan, malahan jabatan-jabatan turut memuat turun ataupun meletakkan pekeliling-pekeliling ini, khususnya untuk pekeliling yang ada implikasi awam dan juga kepada public dilaman web laman sesawang mereka. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Banting.
Pemerhatian saya semasa menghadiri mesyuarat diperingkat daerah dan peringkat tempatan, bahawa terdapat juga berlakunya kes dimana pegawai kurang arif ataupun kurang faham tentang sejarah sebuah pekeliling ataupun dasar sehingga mereka melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan arahan yang terdahulu, yang sebenarnya masih berkuatkuasa. Itulah sebabnya saya bertanya, apakah perlu kita membukukan pekeliling itu dan menjadikan ia satu bahan yang mesti dibaca dan dihayati oleh setiap penjawat awam daripada membiarkan mereka melayari laman web sahaja sama ada mereka faham atau tak faham, ada baca atau tak baca, kita tak tahu. Jadi saya rasa, adakah itu boleh dilakukan kalau ia tidak melibatkan kos yang terlalu besar.
Terima kasih, kita akan teliti cadangan tersebut. Cuma apa yang biasanya dan lazimnya apabila berlaku pertukaran jawatan dan jabatan pegawai-pegawia terdahulu akan menyerahkan fail dan tugas. Fail dan tugas itulah yang sebenarnya biasanya mengandungi beberapa perkara-perkara terkini dan beberapa perkara-perkara yang harus difahami oleh pemegang jawatan baru. Ini pertukaran fail is not the show, biasanya ia adalah taklimat dan sebagainya. Namun begitu saya faham bukan satu perkara, kadang-kadang pekelilingnya hampir setiap bulan ada pekeliling-pekeliling dan juga hampir setiap tahun kita akan dapat arahan-arahan terbaru dan arahan-arahan itulah yang akan digunakan. Tapi kalau pekeliling yang memberikan impak yang besar daripada Jabatan Pentadbiran Awam ataupun daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, jumlahnya sebenarnya boleh dihitung daripada pihak Kerajaan Negeri kepada jabatan-jabatan yang mungkin boleh digunakan oleh ketua jabatan itu sahaja, tak semua orang kena tahu. Sebab itu saya percaya, kalau kita nak buat pun bukan boleh semua, sebab ada sebahagiannya itu adalah arahan-arahan yang dalam status rahsia ataupun dalam status yang di seal untuk tidak boleh untuk tatapan umum. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Taman Templer.
Tuan Speaker, peraturan tetap 24(2).
Saya tidak benarkan. Soalan seterusnya 79, Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 79.
Terima kasih Tuan Speaker. Jumlah anggaran keluasan kawasan yang terbakar tahun 2018, ada dua lokasi yang pertama Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di daerah Kuala Langat dan juga Hutan Simpan Sungai Karang di Kuala Selangor berjumlah ±3 hektar. Pada tahun 2019, melibatkan tiga kawasan iaitu kompartmen 12, 13, 15, 17, 24, 27 & 38 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, di daerah Kuala Langat seluas anggaran luas sebanyak 95 hektar dan kedua kompartmen 100 dan 102 Hutan Simpan Raja Musa Hulu Selangor iaitu melibat kawasan 9 hektar. Hutan Simpan Sungai Karang, Kuala Selangor 2 hektar, untuk tahun 2019 ± 106 hektar.
Bagi tahun 2020, lebih kurang dua kompartmen, dua hutan simpan. Yang pertama kompartmen 12, 13, 15, 17, 20, 23, 24, 27 & 38 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di daerah Kuala Langat melibatkan 50 hektar, yang kedua kompartmen 16, 21, 23, 24 dan 41, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan juga di Kuala Langat lebih kurang 110 hektar, berjumlah 160 hektar pada tahun 2020.
JADUAL 1: MAKLUMAT KELUASAN KEBAKARAN DI HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI SELANGOR
BIL. TAHUN LOKASI HUTAN SIMPAN (HS) DAERAH HUTAN DAERAH SIVIL ANGGARAN LUAS (HA) 1. 2018 HS Kuala Langat Selatan Pantai Klang Kuala Langat 1.5 2. 2018 HS Sungai Karang Pantai Klang Kuala Selangor 1.5 3. 2019 Kompartmen 12, 13, 15, 17, 24, 27 & 38 HS Kuala Langat Selatan Pantai Klang Kuala Langat 95 4. 2019 Kompartmen 100 dan 102 HS Raja Musa Hulu Selangor Hulu Selangor 9 5. 2019 HS Sungai Karang Pantai Klang Kuala Selangor 2 6. 2020 Kompartmen 12, 13, 15, 17, 20, 23, 24, 27 & 38 HS Kuala Langat Selatan Pantai Klang Kuala Langat 50 7. 2020 Kompartmen 16, 21, 23, 24 dan 41, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Pantai Klang Kuala Langat 110
Sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Mineral dan Galian dan Jabatan Alam Sekitar untuk mengurangkan pembakaran di Selangor sejak 2018 adalah seperti jadual 2 di bawah :-
Panjang ya, saya cuba baca satu persatu lah.
JADUAL 2 : SUMBANGAN DAN BANTUAN DARIPADA JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA, JABATAN MINERAL DAN GALIAN DAN JABATAN ALAM SEKITAR BAGI MENCEGAH KEBAKARAN HUTAN SIMPANAN KEKAL DI NEGERI SELANGOR
Bil. Agensi / Jabatan Sumbangan Dan Bantuan 2018 2019 2020 1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia i. Membekal 1 buah pam ‘Warjet’ serta hos untuk pemadaman kebakaran.
ii. Pembinaan 1 buah kolam takungan di Kompartmen 54, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
iii. Pembinaan 1 buah menara tinjau di Kompartmen 24, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
iv. Pembinaan 20 buah canal block di Kompartmen 91,92 dan 93, Hutan Simpan Raja Musa. i. Kerja membina 3 buah telaga tiub di Kompartmen 13, 27 dan 54, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dengan kerjasama JMG.
ii. Pembinaan 1 buah menara tinjau di Kompartmen 73, Hutan Simpan Raja Musa.
iii. Pembinaan 15 buah canal block di Kompartmen 82, 96 dan 97, Hutan Simpan Raja Musa.
iv. Pembinaan clay dyke iaitu benteng tanah liat sepanjang 500 meter di Kompartmen 101, Hutan Simpan Raja Musa.
i. Kerja-kerja membina 15 unit Canal Blocking di kompartmen 21 dan 44, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Daerah Pantai Klang, Selangor.
ii. Kerja-kerja membina saliran parit kawalan/penghadang kebakaran (fire break) sepanjang 5000 meter (5km) bagi mencegah kebakaran hutan.
iii. Kerja-kerja mencuci fire break sediaada sepanjang 3000 meter (3.0km) bagi mencegah kebakaran hutan.
iv. Kerja membina 2 buah telaga tiub di Kompartmen 22 dan 38, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dengan kerjasama JMG.
v. Membekal dan Memasang 4 unit Papan Tanda Sempadan HSK di Hutan Paya Gambut Negeri Selangor.
2. Jabatan Mineral dan Galian i. Kerja membina 1 buah telaga tiub di Kompartmen 44, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
i. Kerja membina 3 buah telaga tiub di Kompartmen 13, 27 dan 54, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dengan kerjasama JPSM.
i. Kerja membina 2 buah telaga tiub di Kompartmen 22 dan 38, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dengan kerjasama JPSM.
ii. Kerja membina 1 buah telaga tiub di Kompartmen 12 (KOSAS), Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
ii. Mengaktifkan sebanyak 10 buah telaga tiub di Hutan Simpan dengan jumlah air yang dipam dari telaga tiub dalam tanah gambut sebanyak 118,436 m³. iii. Mengaktifkan sebanyak 5 buah telaga tiub di Hutan Simpan dengan jumlah air yang dipam dari telaga tiub dalam tanah gambut sebanyak 139,632 m³.
3. Jabatan Alam Sekitar i. Kerja-Kerja Membina 1 Buah Kolam Takungan Air di Parit 13, Kompartmen 97, Hutan Simpan Raja Musa.
ii. Kerja-Kerja Membina 1 Buah Kolam Takungan Air di Parit 16, Kompartmen 82, Hutan Simpan Raja Musa.
iii. Kerja-Kerja membina rumah pam dan membekal, memasang pam serta peralatan berkaitan termasuk mengujicuba pam serta kerja-kerja yang berkaitan di Parit 7, kompartmen 98/99, HS Raja Musa (kolam sedia ada).
i. Kerja-Kerja Membina 1 Buah Kolam Takungan Air Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Mencegah Kebakaran Hutan di Kompartmen 8, Hutan Simpan Sungai Karang.
ii. Kerja-Kerja Membina 1 Buah Kolam Takungan Air Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Mencegah Kebakaran Hutan di Kompartmen 55, Hutan Simpan Kuala Langat (Selatan).
iii. Kerja-kerja mencuci dan menaiktaraf kolam takungan air di Parit 4 kompartmen 100 HS Raja Musa.
iv. Kerja-kerja mencuci dan menaiktaraf kolam takungan air di Kompartmen 54, HS Kuala Langat (Selatan).
v. Kerja-kerja mencuci laluan paip HDPE sedia ada sepanjang 4.2m di HS Raja Musa, Daerah Hulu Selangor.
vi. Membekal 2 buah mesin pam air dan hos untuk kerja i. Kerja-Kerja Menaiktaraf satu (1) Buah Kolam Takungan Air Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Mencegah Kebakaran Hutan Di Kompartmen 98 Hutan Simpan Raja Musa, Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.
ii. Kerja-Kerja Menaiktaraf Dua (2) Buah Kolam Takungan Air Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Mencegah Kebakaran Hutan Di kompatmen 12 dan 17 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang, Selangor Darul Ehsan.
iii. Perkhidmatan Memotong Rumput di Kawasan Infrastruktur Kebakaran Hutan di Kompartmen 99, 100 dan 73, Hutan Simpan Raja Musa.
iv. Kerja-kerja Membaikpulih Bumbung Menara Tinjau di Kompartmen 100, Hutan Simpan Raja Musa, Selangor Darul Ehsan.
Ini semua merupakan sumbangan daripada tiga agensi yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Sekian.
Bukit Lanjan.
Susulan. Terima kasih Tuan Speaker. Terutamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri dan juga semua agensi-agensi yang telah berjaya untuk mengawal pembakaran di hutan simpan khasnya. Apabila kita ada perubahan cuaca yang sangat drastik. Soalan susulan saya adalah, kalau mengikut logik yang dimaklum oleh Kerajaan Negeri tentang pengeluaran gazet Hutan Simpan Kuala Langat Utara, adalah pembakaran di hutan simpan tersebut. Saya nampak tidak ada pembakaran. Bukan sahaja dalam tiga tahun ini, tetapi lima tahun sebelum itu. So, maksudnya lapan tahun tidak ada pembakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Tetapi alasan untuk keluar gazet adalah pembakaran hutan simpan. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih soalan daripada Bukit Lanjan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, saya tiada data tentang kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Dan di sini, saya akan bagi secara bertulis. Sekian.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih. Banting ingin bertanya tentang kebakaran juga iaitu beberapa kali kebakaran berlaku di Hutan Simpan Kekal di Kuala Langat Selatan, bukan Utara, Selatan, adalah berlaku di tapak yang dilihat ada tanaman dragon fruit yang bersebelahan sempadan daerah Sepang. Soalan saya ialah, adakah kebakaran ini disebabkan oleh penanam tanaman kontan, yang di sebelah bahagian yang bersempadan dengan Kuala Langat. Adakah kerajaan telah mengenal pasti, siapakah yang menyebabkan kebakaran ini. Itu soalan saya. Kerana penanam dan petani tanaman kontan di Kuala Langat itu sebenarnya yang memohon untuk mendapatkan permit penggunaan. Dan mereka tidak mahu dituduh sebagai menyebabkan kebakaran ini. Jadi saya ingin bertanya, apakah kebakaran itu disebabkan oleh orang lain. Adakah mereka telah pun dikenal pasti. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Ya, di mana punca adalah daripada mereka yang mencerobohi Hutan Simpan Kuala Langat Selatan untuk tanaman kontan, terutama dragon fruit. Tetapi kita tidak dapat kenal pemadaman kebakaran.
pasti siapa yang sebenar yang menanam dragon fruit itu. Kerana semasa kita sampai, tiada orang yang bertanggungjawab. Di mana mereka, tuan punya, sodok tanah tapi bukan mereka, menggunakan pekerja asing. Dan kita tidak dapat tangkap siapa pun. Untuk tanah yang dicerobohi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sekian.
Soalan seterusnya. Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 80.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. Pj Dispersal LinkQuestions
80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah jumlah pelaburan (tunai atau bukan tunai) yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dalam projek ini?
b) Apakah peratus milikan syarikat ini yang diminta oleh Kerajaan Negeri untuk pelaburan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing yang bertanyakan soalan berhubung dengan pelaksanaan projek PJ Dispersal Link. Untuk makluman Yang Berhormat, PJ Dispersal Link ini adalah antara satu daripada lebuh raya baru yang sedang dipertimbangkan untuk dapat kelulusan akhir daripada Kerajaan Persekutuan. Dan projek ini, masih di peringkat awal, di pihak kerajaan negeri baru dibentangkan secara dasarnya di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor, baru-baru ini. Dan untuk makluman Yang Berhormat, projek PJ Dispersal Link ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan daripada Kerajaan Negeri kerana seratus peratus di biayai oleh pihak swasta. Dan setakat ini tidak ada komitmen daripada Kerajaan Negeri dalam sebarang bentuk pelaburan dengan syarikat lebuh raya ini. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Memandangkan Kerajaan Negeri telah menolak lebuh raya KIDEX, beberapa tahun yang lalu, pada tahun 2015. Mengapakah
kerajaan negeri tidak menolak terus lebuh raya ini. Kali ini. Jajaran dia lebih kurang sama, hampir sama.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, sebagaimana yang saya sebut tadi, perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Dan kita, bila dibentangkan kepada Kerajaan Negeri, kita memang banyak mempersoalkan. Walaupun tidak 100%, sebagaimana jajaran KIDEX, tapi kita banyak mempersoalkan terutama melibatkan kawasan-kawasan jajaran-jajaran yang melalui kawasan penduduk dan juga yang melalui kawasan sungai. Jadi kita telah pun menyatakan kerisauan dan kebimbangan kita. Dan kita sebagai yang saya sebut, masih di peringkat awal, tidak lagi ada kata putus berhubung dengan pelaksanaan jajaran ini. Kita akan meneliti dari masa ke semasa pelaksanaannya ini, untuk memastikan bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang boleh menyebabkan masalah kepada penduduk dan juga kepada kerajaan.
: Soalan tambahan.
Taman Medan.
Saya nak tanya pada Yang Berhormat EXCO, adakah projek ini sesuatu yang telah dimaklum terlebih awal kepada Kerajaan Negeri sebelum ia di cadangkan untuk dilaksanakan.
Jalan ini ataupun lebuh raya ini, adalah lebuh raya yang menghubungkan daripada Damansara ke Kinrara. Dari segi kewajarannya dalam pandangan di bawah kerajaan, kita sebenarnya memang ada kewajarannya untuk disperse trafik yang daripada utara ke selatan. Tetapi sebagaimana yang saya sebut tadi bahawa sebarang kelulusan dasar mengenai pelaksanaan lebuh raya adalah di bawah Kerajaan Persekutuan bukan di bawah Kerajaan Negeri. Sebab itu kita akan meneliti dan mempertimbangkannya apabila ada kelulusan dasar daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan. Cuma di peringkat negeri, kita mempunyai kuasa dari segi menentukan atau meluluskan jajaran kepada lebuh raya-lebuh raya ini. Ini yang kita akan gunakan untuk memastikan tidak akan berlaku dalam kita memberikan pertimbangan kepada kewajaran untuk mengadakan sistem lebuh raya ataupun rangkaian jalan yang baik, dalam masa yang sama kita tidak mahu supaya akan menimbulkan masalah lain pula kepada rakyat negeri Selangor. Itu yang menjadi pertimbangan kita. Dan kita akan kawal dengan sebaik mungkin pelaksanaan sebarang lebuh raya. Saya difahamkan ada empat lebuh raya baru, yang kita akan teliti dari segi kewajaran jajaran jalan itu dan juga perkara-perkara yang berkaitan. Terima kasih.
Pendek soalan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat EXCO, atas jawapan tersebut. Saya menghargai kerajaan negeri akan meneliti bukan blanket approval diberi. Setakat ini, ada tak sebarang laporan EIA trafik impact assessment, social impact assessment, environmental impact assessment yang telah dikemukakan oleh pihak pemaju kepada pihak kerajaan negeri.
Sebagaimana saya beritahu tadi masih di peringkat awal. Itu adalah antara perkara-perkara yang akan diwajibkan. Bukan sahaja EIA tetapi SIA, social impact assessment. Belum, belum lagi dibuat. Dan juga trafik impact assessment pun perlu dibuat secara teliti. Tiga benda ini, EIA, TIA, SIA, semua ini adalah menjadi syarat-syarat yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan dan kewajaran projek ini.
Soalan seterusnya, Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Ijok nombor 81.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Kerosakan Jalan Di Ijok / Bestari JayaQuestions
81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah langkah2 dan tindakan tegas Kerajaan Negeri untuk menghentikan kerosakan jalan yang sering disebabkan oleh kenderaan berat?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok yang soalan ini sebenarnya telah pun saya kupas ataupun saya sebutkan dalam penggulungan ucapan masa belanjawan baru-baru ini. Cuma saya nak tambah sikit beberapa perkara lagi. Jalan ini adalah yang dirujuk ini adalah jalan Bukit Badong B35, yang menghubung antara Ijok dan Bestari Jaya.
Sebagaimana yang disebut itu bahawa memang berlaku kerosakan jalan yang quite serious di sini kerana berlakunya lebih muatan lori-lori yang menggunakan yang dari kuari terutama yang melibatkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat. Jadi ini yang menjadi masalah dan kita telah pun melaksanakan pelbagai kaedah untuk memastikan jalan ini dijaga dengan baik. Setakat ini RM3 Juta telah dibelanjakan untuk membaiki dan membetulkan jalan ini dengan pelaksanaan Cold In Place
Recycling (CIPR) dan juga Super Mix Fiber Mix untuk jalan ini dan kita akan memantau lagi pelaksanaannya. Yang keduanya ialah dengan kita mengambil langkah supaya kerjasama yang berterusan dengan pihak-pihak agensi yang berkaitan terutama Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor bagi memantau lori-lori berat ini supaya mematuhi peraturan-peraturan jalan. Ini antara beberapa perkara yang kita perlu buat dan saya telah pun selepas pada beberapa hari lepas berbincang dalam belanjawan itu, saya pun telah meminta pihak JKR supaya mengambil langkah-langkah tambahan bagi memastikan kualiti jalan ini dijaga dengan baik kerana untuk mengelakkan kemalangan-kemalangan yang tidak diingini lah. Terima kasih.
Soalan tambahan. Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, jalan ini ialah dah jadi main road dan rosak sangat ketara. Nak menahan kenderaan-kenderaan yang berat menggunakan jalan itu memang sukar. Saya dah di situ 5 tahun macam lori sampai 80 tan pun lalu di situ. Lori pasir. Jadi adakah rancangan untuk menaik taraf jalan iaitu the foundation, kita gali balik macam lebuh raya dan boleh menampung lori-lori berat yang akan lalu jalan itu.
Terima kasih Yang Berhormat. Jalan ini sebenarnya jalan 4 lorong, 2 hala. Dual carriage way, memang jalan yang agak tinggi kegunaannya, trafiknya, 7.3 kilometer. Saya akan dapatkan penelitian berhubung dengan struktur jalan ini dan kalau ikut laporan yang saya dapat ini, menunjukkan ada kerosakan kepada struktur jalan. Iaitu road base nya telah rosak dan bila road base yang rosak ataupun struktur yang rosak, keperluan untuk menaik taraf jalan ini dari segi, ia tidak boleh tampalan-tampalan biasa. Jadi itu yang saya kalau ikut daripada sini, kalau ikut pada jumlah amaun ini ia tidak menunjukkan bahawa penaiktarafan itu berlaku kerana terlalu rendah RM3 Juta. Ini hanya kerja-kerja penyelenggaraan biasa ataupun tampalan sahaja. Jadi saya akan teliti balik kalau betul kerosakan strukturnya berlaku, maka kita terpaksa laksanakan penaiktarafan jalan ini termasuk pelaksanaan pengukuhan dia punya tapak dan juga sub grade dan sub base nya. Ini perlu dibuat. Yang keduanya, sebagaimana saya maklum tadi jalan macam mana kita design dan kita laksana pun, kalau lori yang muatan yang luar biasa ini terus melalui jalan kita. Kita tak akan ada keupayaan untuk sebenarnya menahan ataupun menjaga jalan kita dengan baik. Kerana apa jalan ini tidak boleh direka bentuk mengikut muatan yang di luar daripada muatan yang dibenarkan. Kalau kita design begitu kos kita akan melonjak tinggi dan tidak mampu kita untuk menyediakan kemudahan ini untuk semua jalan. Ini menjadi masalah besar kerana kos jalan bergantung kepada muatan yang kita nak kenakan. Jenis, gred jalan yang kita nak buat. Kalau jalan itu kita buat kerana mengambil kira pada lori yang had muatannya di luar daripada yang dibenarkan saya rasa itu tidak menjadi kewajaran. Maka kita perlu kerjasama daripada agensi-agensi lain supaya memastikan juga pemantauan ini dibuat dan mengambil tindakan ke atas kenderaan-kenderaan ini. Itu saya rasa perlu dibuat. Kalau tidak jalan kita ada banyak macam saya sebut hari itu, sebahagian besar jalan kita sudah pun tamat tempoh dia dan perlu dibuat
penaiktarafan, tetapi kekangan kewangan tidak mengizinkan untuk kita nak buat semua perlu dibuat berperingkat-peringkat. Sebab itu kita kena bagi keutamaan kepada jalan-jalan yang terlalu uzur untuk kita naik taraf dulu sebelum kita dapat laksanakan kepada jalan yang lain. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Sungai Pelek
Tuan Timbalan Speaker, Ke 82.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Pembangunan Keusahawanan Sewaktu Covid-19Questions
82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat terutama pasca COVID-19 ini?
b)
Bagaimanakah program dan kursus kemahiran baru atau program seperti PWB boleh dipanjangkan juga kepada kaum bapa dalam meningkatkan ekonomi keluarga?
Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Sungai Pelek. Sungai Pelek bertanya tentang sebenarnya pada 2 EXCO, satu berkaitan dengan PWB satu kepada saya selaku EXCO usahawan. Apa pun ingin saya nyatakan sebenarnya banyak program yang telah dilakukan pada rakyat sempena ataupun berkaitan dengan program keusahawanan. Walau bagaimanapun disebabkan COVID-19 beberapa perkara pengubahsuaian telah pun dilakukan bagi memastikan usaha-usaha perniagaan ataupun pembangunan usahawan diteruskan. Ia nya sebenarnya tahun ini lebih menjurus kepada program di mana pihak usahawan boleh ataupun diberi latihan secara digital ataupun talian perniagaan atas talian. Ada satu perkara yang kita ubahsuai sedikit, latihan-latihan yang diberikan itu pertama kita berikan kepada peringkat kalau peniaga kecil ini mempunyai anak-anak yang boleh diberikan orang kata support atau sokongan kepada ibu bapa mereka, mereka inilah yang diminta supaya datang ke program-program latihan untuk bersama dengan ibu bapa untuk kita berikan latihan secara khusus kepada mereka dan akhirnya mereka akan boleh mengajar ibu bapa mereka bagaimana boleh buat mesyuarat, mesyuarat
pula, boleh membuat perniagaan di atas talian. Jadi yang keduanya kerajaan sebagaimana yang diumumkan dilepas-lepas kita telah pun memberikan apa ini peruntukan one-off RM500.00 kepada semua peniaga-peniaga kecil yang telah pun mendaftar di bawah PBT dan yang ketiganya kerajaan telah pun mengumumkan bahawa PBT akan memberikan lesen-lesen perniagaan untuk dibuka di depan rumah, ya maknanya untuk memudahkan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat berniaga di luar dan sebagainya ataupun ingin memulakan perniagaan, mereka boleh memulakan perniagaan di depan rumah dengan syarat hanya take away, tak boleh duduk dan makan di situ. Yang ketiganya, selain daripada itu, sebenarnya Kerajaan Selangor kalau saya nak bariskan ataupun nak list kan senarai terlalu banyak yang telah pun dibuat sempena ataupun berkaitan dengan pandemik COVID ini telah memberikan satu usaha yang lebih kreatif dan inovatif kepada kerajaan di antaranya kerajaan telah pun memulakan Selangor Advance. Kita telah pun melaksanakan e-kitchen malah InsyaAllah akan diteruskan kepada program e-kitchen 2.0 tahun depan. Dana Usahawan Mikro juga diteruskan kita ada program HIJRAH yang mana tambah baik kepada program HIJRAH ini untuk menampung untuk menjana pendapatan lebih lancar kita telah pun extend kepada program NADI. Program SITHAM juga adalah satu program yang sekarang ini telah menarik minat banyak peniaga-peniaga pengusaha India yang kita melihat mereka telah seramai lebih kurang hampir 1300 yang telah mendapat manfaat daripada program ini dan kerajaan telah pun membuka beberapa market place tersendiri contohnya kita ada SELDEC. SELDEC ini adalah tempat di mana kerajaan menampung produk-produk khususnya produk mentah yang ada di kampung-kampung untuk boleh dipasarkan di atas talian dan akhirnya mereka boleh meniaga sekitar Selangor, mungkin daripada Hulu Selangor ke Kuala Langat dan sebagainya dengan menggunakan perkhidmatan SEDEC ini dan begitu juga perkhidmatan yang sama diberikan oleh KO-HIJRAH dan tidak dinafikan ada beberapa usaha sama dengan Lazada juga Shopee dalam memastikan program atas talian ini telah pun memberikan satu usaha yang mana ekosistemnya telah lengkap untuk digunakan oleh usahawan semua. Jadi itu serba sedikit yang boleh saya jawab. Tuan Speaker.
Seterusnya Hulu Kelang.
Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 83.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Geopark Di Bukit Tabur Dan Permatang KuartzaQuestions
83. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagi pembangunan geopark di lokasi di atas: Apakah peranan utama : LUAS, JPS, JPBD, Jabatan PERHILITAN Selangor, JMG Selangor, Jabatan Perhutanan Selangor, MPAJ, MPS, Jabatan Perhutanan dan PDT(Gombak)?
b)
Entiti manakah yang mempunyai kuasa tertinggi untuk mengetuai tindakan pembangunan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang.
a) Geopark adalah satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan yang jelas yang mengandungi beberapa tapak warisan geologi yang dikenali sebagai geotapak berkepentingan kebangsaan, serantau ataupun antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan apresiasi, tahap ekonomi dan juga nilai budaya penduduknya terhadap warisan geologi tersebut, terutama melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti berteraskan pelancongan. PKGS Sebagai Geotapak
Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) merupakan antara 20 geotapak yang dicadangkan dalam Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor. Antara 20 geotapak lain yang telah dikenal pasti berpotensi adalah kawasan bekas lombong Batu Arang, Tasik Biru, Air Terjun Komanwel, Air Sungai Kanching, Empangan batu, Batu Kapur Batu Caves, Empangan Klang Gate, Air Terjun Sungai Gabai, Granit Gombak ataupun (Gunung Nuang) dan Granit Broga ataupun (Bukit Broga).
Peranan Utama Agensi Dalam Pembangunan Geopark
Dalam memastikan objektif geopark tercapai, LUAS, JPS, JPBD, Jabatan PERHILITAN Selangor, JMG Selangor, Jabatan Perhutanan Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Perhutanan dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT Gombak) merupakan antara agensi berkepentingan yang dilibatkan bersama dalam mempelopori pengurusan Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor.
Secara umumnya, pihak MPS, MPAJ dan MPKj berperanan dalam proses pemajuan, pemuliharaan serta penggunaan/perancangan tanah dan bangunan yang bersesuaian di bawah kawasan pentadbiran PBT masing-masing. Ini termasuklah dalam proses kebenaran merancang dan kawalan pembangunan yang perlu dijalankan bagi menyokong penubuhan Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor.
Manakala, agensi teknikal seperti LUAS, JPS, JPBD, Jabatan PERHILITAN Selangor, JMG Selangor, Jabatan Perhutanan Selangor, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT Gombak) berperanan untuk memberi khidmat nasihat dalam kepakaran masing-masing, mengawal selia dan memudah cara proses ke arah pembangunan geopark. Selain itu, agensi-agensi berkepentingan ini juga bertindak dalam memastikan perancangan geopark adalah selaras dengan keperluan akta yang diperuntukkan dan memantau aktiviti yang dijalankan. Untuk menjawab soalan b. b) Bagi membantu persiapan Kawasan Gombak-Hulu Langat Selangor ke arah penyenaraian sebagai Geopark Kebangsaan, Jawatankuasa Pro-Tempore perlu dibentuk. Antara fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti jawatankuasa saintifik yang akan membantu mengumpulkan maklumat geopark sedia ada dan menyediakan dossier;
ii. Mengenal pasti Jawatankuasa promosi yang akan bertindak mempromosikan geopark ke pelbagai peringkat pihak berkepentingan dan komuniti; dan
iii. mengenal pasti agensi yang berupaya untuk menjadi penyelaras pengurusan geopark berdasarkan mandat, kuasa dan kapasiti.
Sebagai makluman, PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) telah pun membentangkan satu kertas kerja Cadangan Pelaksanaan Geopark Negeri Selangor sebagai Geopark Kebangsaan dalam Mesyuarat Exco MTES Bil.24/2020 pada 15 Oktober 2020 yang telah pun mencadangkan penubuhan keahlian Jawatankuasa Pro-Tempore yang mana Pengarah UPEN telah dicadangkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa. Antara ahli-ahli yang turut dicadangkan di bawah jawatankuasa ini adalah PLANMalaysia@Selangor (Perancangan), Jabatan Mineral dan Geosains (Geologi), Jabatan Warisan Negara (warisan Geologi, Semulajadi dan Budaya), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, PADAT (warisan Budaya), Perbadanan Taman Negeri (Kajian Bumi, Kajian Purba, dan
juga Sejarah dan Etnologi), Unit Perancang Ekonomi (UPEN) (Bertanggungjawab ke atas pengagihan kewangan untuk pemasaran Geopark dan membangunkan prasarana), Jawatankuasa Saintifik dan juga Pakar Geopark yang terdiri daripada pakar daripada komuniti dan institusi penyelidikan iaitu (warisan Geologi, Semulajadi dan Budaya serta hubungkait antaranya), PBT yang bertanggungjawab sebagai pelaksanaan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang mengawalselia serta mengaturkan kawasan yang dicadangkan sebagai Geopark, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Lembaga Air Selangor (LUAS), Jabatan Pertanian, JAKOA dan mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkenaan.
Status semasa pelaksanaan Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor ialah dalam peringkat Fasa 1A iaitu penubuhan Jawatankuasa Promosi dan Program / Aktiviti Kesedaran) dan 1B iaitu fasa menyediakan maklumat dossier Geopark Kebangsaan. Sekian.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya kurang jelas tadi dari segi perbezaan antara National Heritage (Warisan Kebangsaan) dengan geopark ini bagaimana? Kalau Geopark itu satu tempat ada lagi mini park, kalau National Heritage besar. Satu, adakah dia.
Terima kasih soalan yang timbulkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk makluman Yang Berhormat sebelum itu memang ada usaha untuk mengkaji untuk membawa Permatang Kuartza ini sebagai tapak warisan UNESCO. Tetapi malangnya Permatang Kuartza kita ini belum matang lagi. Belum matang lagi. So, selepas itu kita undur sikit untuk memperkenalkan geo Permatang Kuartza ini sebagai geopark Kebangsaan. Salah satu daripada 20 yang kita cadangkan di Gombak, Hulu Langat. Sebab itulah kita, buat masa ini kita tak mencadangkan Permatang Kuartza ini sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sekian.
Tambah sikit je lagi. Boleh saya cadangkan kalau melibatkan dua daerah Gombak dan Hulu Selangor dan melibatkan beberapa DUN dan Parlimen. Kalau boleh dijemput Ahli-Ahli Dewan Negeri untuk hadir mesyuarat berkala.
Saya rasa tiada masalah. Kita akan beritahu untuk menjemput semua wakil rakyat dan Adun yang terlibat supaya mereka boleh memberi pandangan dan juga beri sedikit nasihat. Sebab mereka lebih peka ataupun lebih tahu tentang kawasan setempat mereka ini. Sekian.
Soalan seterusnya. Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 84.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Wabak Covid-19Questions
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah peruntukkan yang telah diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membendung penularan COVID-19 di Selangor?
b)
Apakah inisiatif tambahan Kerajaan Negeri memandangkan Selangor merupakan negeri tumpuan rakyat seluruh negara bagi menghadapi penularan ini?
Terima Kasih Yang Berhormat Sementa dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Sementa bertanya tentang apakah peruntukan yang telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi membendung penularan COVID-19 di Selangor. Tuan Timbalan Speaker, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 237 daripada Yang Berhormat Sungai Burong. Di dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa memberi Kerjasama dalam apa jua tindakan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan rantaian COVID-19 berakhir di negeri Selangor. Di antara langkah awal yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah melaksanakan program saringan komuniti COVID-19 di kawasan zon merah di seluruh negeri Selangor. Sebanyak 5,433 saringan fasa 1 telah dijalankan dengan menelan keseluruhan belanja sebanyak RM1.6 juta. Saringan fasa 2 diteruskan lagi dengan mensasarkan golongan berisiko seperti rakyat negeri Selangor yang pulang dari Sabah dan sebagainya. Peruntukan bagi program saringan fasa 2 ini berjumlah RM1.36 juta dan akan diteruskan pelaksanaannya sehingga tahun 2021.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan pelitup muka secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Selangor, Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan semua penjawat awam negeri Selangor bagi mencegah penularan wabak ini di premis kerajaan dan memastikan agar setiap pihak yang terlibat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dan bagi tujuan ini RM5.8 juta telah diperuntukkan.
Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah kewangan bagi menyumbang kit pembasmi COVID-19 kepada 854 taska berdaftar di negeri Selangor dan ini menelan belanja keseluruhan sebanyak RM690,000.
Kerajaan negeri senantiasa memantau perkembangan kes COVID-19 di negeri Selangor dan akan merancang program dan inisiatif baru berdasarkan situasi semasa. Antaranya memperluaskan program saringan komuniti COVID-19 dengan mensasarkan golongan berisiko tinggi. Dan kemudian kerajaan negeri juga akan menambah baik penguatkuasaan SOP di peringkat komuniti berdasarkan sistem tahap amaran. Dan juga menambah baik penggunaan sistem selangkah dengan memperluaskan kempen penggunaannya sebagai salah satu kaedah pengesanan contact yang berkesan. Dan memperluaskan promosi kepada orang awam terutamanya tentang kepentingan pematuhan SOP ini. Selain daripada itu untuk pengetahuan Yang Berhormat Sementa dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri juga sebenarnya bertanggungjawab ya, untuk menyediakan pusat-pusat kuarantin dan penjara-penjara sementara untuk mereka yang bukan rakyat kita yang ditahan oleh pihak Polis dan sebagainya dan pada masa yang sama selain daripada saringan COVID ini, langkah terkini adalah untuk memantau lebih ketat dan teliti saringan bersasarkan percuma untuk rakyat yang pulang dari Sabah telah saya sebutkan tadi dan kemudian kita juga telah ambil langkah selanjutnya untuk mengehadkan waktu-waktu operasi di restoran-restoran yang berkonsepkan bar ini. Mereka juga sebenarnya sebelum ini operasinya sampai pukul 12.00 ya dan sekang ini kita dah kurangkan masa operasi mereka sehingga pukul 11. Dan kemudian mencegah dan penambahbaikan selangkah saya juga telah sebut. Apa yang ingin saya sebutkan di sini Yang Berhormat adalah tentang pusat-pusat kuarantin dan apabila sesuatu tempat dikenakan PKPD seperti di penjara Kajang maka setiap kali ada tempat-tempat begini maka kerajaan negeri di diberi tanggungjawab untuk memberi bekalan makanan dan juga kepada yang terkuarantin itu dan juga kepada petugas-petugas. Kerajaan negeri juga telah mengeluarkan sejumlah wang untuk meningkatkan keupayaan angkatan Tentera kita dan juga Polis kita untuk kita melaksanakan tugas mereka. Dan kita kalau ikut untuk soalan bahagian (b) ini kerana inisiatif-inisiatif tambahan yang tidak dilakukan mungkin oleh negeri-negeri lain. Seperti kita membantu fronliner untuk penjagaan anak-anak mereka dengan membayar dengan memberi peruntukan untuk taska-taska sementara. Dan juga untuk kita sumbangan-sumbangan lain untuk kita beri seperti tambahan hijrah tambahan geran-geran insentif kepada rakyat kita dan bantuan-bantuan lain. Saya ingat sekarang ini kita telah membelanjakan telah belanjakan hampir RM400juta untuk seluruh program yang ada. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Bukit Melawati.
Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 85.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Gig EkonomiQuestions
85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri menguruskan keperluan rakyat dalam era ekonomi GIG yang semakin mendapat tempat di pasaran?
b)
Apakah bentuk bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyokong usaha ini?
Terima kasih Bukit Melawati. Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Ekonomi gig ataupun gig ekonomi ini adalah ekonomi yang berdasarkan “on-demand, peer dan platform” di mana syarikat akan mengupah para pekerja kontrak untuk jangka masa pendek ataupun pekerjaan berlandaskan projek daripada mengambil pekerja sepenuh masa contohnya adalah GRAB & Food dan juga Food Panda. Kebiasaannya, pekerja-pekerja dianggap sebagai kontraktor bebas ataupun independent contractor dan boleh dihubungi atas aplikasi untuk memenuhi permintaan perkhidmatan di peringkat pasaran.
Menurut Data World Bank, Malaysia dianggarkan mempunyai 25.3% tenaga kerja dalam menceburi ekonomi gig terutamanya di Lembah Klang yang mempunyai jaringan Internet yang meluas. Atas keprihatinan kepada rakyat Selangor yang bekerja dalam sektor Ekonomi GIG, kerajaan negeri melalui Majlis Teknologi Maklumat dan E-dagang Selangor (SITEC) telah menganjurkan pelbagai latihan e-dagang untuk memupuk usahawan-usahawan e-dagang ataupun e-Commerce. Pada tahun 2020, khususnya telah dianjurkan termasuk 15 kelas e-Commerce, 3 master class serta Selangor Accelerator Program yang berfokus kepada Ekonomi GIG Start-up. Kelas e-Commerce merangkumi tiga modul, iaitu Pengenalan, Proses dan
Pemasaran Digital. Manakala Master Class meliputi Pemasaran media sosial, Pemasaran Google dan Pemasaran Konten ataupun Content Marketing.
Program Selangor Accelerator Program, (SAP) yang bermula pada tahun 2018 telah memberi latihan kepada 4 bulan kepada syarikat-syarikat startup yang berfokuskan kepada industri ekonomi-GIG dan industri lain dalam latihan keusahawanan, latihan pitching, pengurusan syarikat ,serta penubuhan dan pemerkasaan syarikat.
30 syarikat startups tempatan yang berpotensi tinggi dan berkelayakan akan dipilih setiap tahun untuk menyertai program ini dengan menerima latihan empat bulan supaya menjadi syarikat yang bersedia untuk dilaburkan atau menjadi pelabur. Dari 2018 hingga 2020, sebanyak 90 alumni telah dihasilkan melalui Selangor Accelerator Program, (SAP).
Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021, ekonomi gig diberi keutamaan di mana sektor ini di jangka akan memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat yang terjejas akibat COVID-19. Sebagai contoh Syarikat Startup ataupun Graduan/Alumni daripada program SAP ataupun Selangor Accelerator Program akan menyediakan perkhidmatan membaiki kenderaan secara on-demand melalui aplikasi telefon. Syarikat ini membuka peluang kepada mana-mana individu yang berkemahiran untuk mendaftar sebagai juru baik pulih kenderaan di mana mereka boleh menjana pendapatan melalui tempahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan daripada aplikasi-aplikasi tersebut.
Selain itu, melalui program RiDE sebagai contoh juga akan menepati keperluan-keperluan gig ataupun melengkapkan kitaran dan peluang gig ekonomi, dalam masa yang Selangor Innovation Fund yang saya umumkan ketika belanjawan 2021 juga akan menjadi penyangga kepada syarikat-syarikat Accelerator ini ataupun syarikat-syarikat startup ini supaya mereka grow dan berkembang dengan lebih biak dan juga kita ada program 100 apps ataupun Selangor 100 apps yang dilancarkan pada tiap-tiap tahun dan dari sekarang kita telah membantu lebih kurang 100 apps tiap-tiap tahun maknanya lebih 500 apps telah kita hasilkan dan secara langsung ia akan melengkapkan keseluruhan ekosistem gig ekonomi yang sedang dikembangkan. SITEC dengan izin ataupun sekarang namanya SIDEC merupakan sebuah antara pelopor di Lembah Klang selain daripada rakan-rakan kongsi kita ataupun rakan-rakan pesaing kita ataupun rakan kita seperti MDEC ataupun seperti MAGIC dan kita berkolaborasi antara satu sama lain. Malahan kita membantu antara satu sama lain untuk melengkapkan ekosistem ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin tanya kepada pihak kerajaan negeri. Bagaimana pihak kerajaan negeri dapat membantu cabaran di kawasan luar bandar? Ya, kerana purchasing power di kawasan luar bandar agak rendah. Namun masih terdapat atau permintaan dan keperluan anak-anak muda di kawasan luar bandar yang terlibat dalam gig ekonomi. Jadi bagaimana kita menyediakan facilities ataupun membantu, support sistem untuk mereka?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Saya kira perkara asasnya kita tidak boleh meninggalkan backbonenya. ataupun tulang belakangnya. Tulang belakang pentingnya iaitu fiberization ataupun peletakkan fiber-fiber optik dan juga jaringan Internet yang besar. Itu komitmen daripada Telekom menjelang tahun 2022 untuk melengkapkan 100% full fiberize of the state of Selangor ataupun keseluruhan negeri Selangor. Itu yang pertama. Yang kedua, kita laksanakanlah program-program seperti free Wi-Fi. Dan kita bantu pula dan kali ini kita tambah dengan program data kepada rakyat negeri Selangor. Cuma asasnya backbone itu sangat penting ya. Sebab mengapa Lembah Klang ataupun Selangor mendapat maklum balas yang baik bila kita laksanakan beberapa inisiatif-inisiatif digitalization ataupun digitalisasi kita dapati kerana jaringan Internet kita adalah yang paling kuat dan yang paling pantas di seluruh Semenanjung. Dan sebab itu ia menepati dengan keperluan-keperluan itu dan kalau Internet tiada orang tak boleh buat capaian, orang tak boleh buat pesanan melalui Internet ataupun melalui aplikasi-aplikasi sama ada Shopee mahupun Grab ataupun Food Panda. Sebagaimana yang sedang berlaku. Justeru kerajaan negeri membantu dengan mengukuhkan jaringan-jaringan itu dan bila jaringan-jaringan itu ada barulah kita boleh melengkapkan keseluruhan kerana kesambungan kerana connectivity ini as a core ataupun perkara utama dalam negeri Selangor. Buat masa ini kita telah sekitar 72% ke 78% sebenarnya coverage kita. 72%, cuma sebahagian lagi yang tak dapat. Kalau dia masuk cooper lah kalau masuk 2G kalau kita amek fiberize full saja sekitar dalam 60-59%. Ini report daripada Telekom Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Soalan saya ialah kepada semua pekerja gig ekonomi ini. Kita sekarang telah memberi banyak latihan, banyak peluang kepada mereka membantu mereka untuk masuk era gig ekonomi tetapi mereka ketinggalan daripada rakan-rakan pekerja di ekonomi lama. Dimana mereka tidak ada EPF, tiada pencen, tiada khidmat perubatan daripada majikan dan sebagainya. Jadi untuk masa mereka muda ini mungkin tidak apa, tidak penting. Mungkin sekarang umur 25 mereka tak berapa fikirkan perkara-perkara ini tapi untuk jangka masa panjang apakah rancangan Selangor untuk membantu mendidik mereka dan juga menstrukturkan sesuatu untuk mereka supaya apabila mereka sampai umur
60 tahun nanti mereka baru takkan sedar bahawa “eh duit untuk saya retire ini tak ada?”. Ataupun “duit untuk perubatan untuk saya ini tiada?”.
Saya rasa isu ini melibatkan hal ehwal pekerja ataupun nasib mereka sewaktu usia emas, ataupun beberapa isu-isu kebajikan pekerja yang harus kita ditangani dengan baik. Sudah pasti syarikat dan pekerja mempunyai kecenderungan yang berbeza. Mengumpulkan keuntungan, ya dua dua hendak untung tapi dalam masa yang sama bagaimana dengan kebajikan mereka pekerja-pekerja ini dapat di yakini. Dengan pengembalian atau pengukuhan STANCO Pembudayaan Bekerja dan kewujudan Institut Kebudayaan Bekerja itu tadi, kita boleh memandu pekerja-pekerja ini dan sudah pasti sebahagian daripada mereka ini kena faham untuk faham bertoleransi dan juga bagaimana berorganisasi. Dalam negeri kita dan negara kita, Kesatuan Pekerja dibenarkan dan mungkin kesatuan-kesatuan sekerja ini perlu diwujudkan tertentu untuk menuntut hak-hak mereka. Hasil gabungan atas, sebagai kerajaan kita tidak mengetahui secara rinci apa keperluan-keperluan mereka? Dan merekalah yang tahu keperluan-keperluan terperinci bagi pihak mereka. Negosasi itu akan diletakkan dalam Kerajaan Negeri menjadi monitor kepada mereka dan syarikat. Kedua-dua pihak itu terbela dan nasib mereka terjamin pada masa hadapan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Pelek.
Tuan Timbalan Speaker, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana mempunyai beberapa program untuk khasnya untuk membantu rakyat di waktu COVID-19 ini. Bagi saya PKM ataupun Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN itu merupakan satu pusat yang berkesan dan efektif untuk memberi bantuan kepada rakyat. Boleh sekali lagi saya minta kepada Kerajaan Negeri menambahkan allowance, ya allowance tahunan. Sekarang merupakan 800 0000 boleh ke tambah lebih kurang ke 1 Juta untuk setiap DUN supaya kita juga PKM juga dapat memberi bantuan kepada rakyat. Terima kasih.
Ini tiada kena mengena dengan gig Ekonomi ni?
Tiada. Tiada.
Tak apa. Hal itu akan diputuskan dalam pentadbiran.Kita lihat dari masa ke semasa namun bagi saya, bagi kami dengan jelas, untuk memberi sokongan mempunyai pelbagai cara kaedah dan faktornya adalah ketulusan, kebertanggungjawaban dan sebagainya. Jadi kita akan semak balik apakah mechanism terbaik kepada rakyat. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima ksih Tuan Timbalan Speaker. Saya hendak bertanya Kerajaan Negeri memberi penjelasan, apakah platform yang lebih digunakan gig ekonomi ini? Sebab kita, tempoh hari ialah saya ingat SITEC ini dah agak lama. Dalam Pakej Rangsangan yang lepas Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyebutkan SELDEC (Selangor Digital E-Supply Chain). Saya update dalam platform pada fasa dalam talian ini. Sebab dalam gig Ekonomi ini saya lihat pelbagai bentuk perkhidmatan dan ia juga boleh menjadi big data. Adakah Kerajaan Negeri juga merancang supaya gig.. SELDEC ini dijadikan satu platform yang besar yang melibatkan segala bentuk perkhidmatan yang saya kira boleh dibangunkan?
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau diikutkan pengendali-pengendali penghantaran makanan yang juga barangan ini kita juga ada beberapa operator-operator yang saya rasa kita yang sangat specialist di Lembah Klang. Grab Food Delivery Food Panda, sebagai contoh Bungkusit sebagai contoh, apa macam-macamlah. Kita bekerjasama 3-4, saya tidak boleh senaraikan semua nanti marah pengendali-pengendali ini. SELDEC diwujudkan untuk satu portion satu cara ataupun satu niche yang tidak dibuat lagi. Niche iaitu penghantaran bahan-bahan mentah segar pada pelanggan-pelanggan. Di samping ada juga perkhidmatan lain, ada juga kerepek dan lain-lain. Tetapi niche apa. Niche iaitu adalah perkara tersebut. Untuk Food Panda dan Grab Food dia berkongsi kepada market-market yang sama. Sebab itu Kerajaan Negeri masuk itu sebab pemuja sahaja dan kita tidak bolehlah masuk digantikan ia sebagai fully income setakat memberi ruang. Ketika PKP yang lepas antara bahan terpenting adalah terputus ialah bekalan bahan-bahan mentah yang segar kepada penduduk-penduduk dan sekitarnya. Kita buat Selangor Agro Market dan sebagainya dan masih kurang. Hanya Bungkusit saya rasa yang bekerjasama dengan kita dengan Agro Market menghantar barang-barang itu tersebut. SELDEC melihat barang-barang dari ladang umpamanya, dan juga beberapa perkara dan kemudahan-kemudahan yang detail. Jadi, apa yang saya hendak sebutkan SELDEC bukanlah satu-satunya di peringkat Kerajaan Negeri. Kita juga alu-alukan yang lain. Kita juga buat dengan RIDE. RIDE buat dengan Hio sebagai contoh satu ketika dulu. Dan sekarang kita telah bincang dengan beberapa yang lain. sebab kita tak nak lah! kontrol A to Z tapi kita beri peluang kepada peniaga-peniaga ini semua peniaga dan masing-masing boleh membina niche atau membina kecenderungan ataupun tendency. Terima kasih.
Seterusnya, Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 86.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Kelangsungan Ekonomi Anak MudaQuestions
86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Pelbagai usaha telah dijalankan Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda Selangor bagi menangani isu kelangsungan (survival) ekonomi anak muda. Adakah terdapat apa-apa kajian / laporan mengenai keberkesanan / KPI daripada usaha-usaha tersebut?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih juga Bukit eh! Bandar Utama. Yang telah bertanyakan 2 isu tentang survival usaha untuk membantu anak muda untuk survival dan apakah kajian ada bagi melihat usaha ini. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya mohon mengambil jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat sebentar tadi melalui soalan 85 sebagai sebahagian jawapan saya, yang telah menyebut pelbagai inisiatif yang telah diadakan. Semua maklum antara inisiatif besar sebagaimana RiDE, Selangor Job Fair, e-Kitchen kita dan yang sebentar tadi Yang Amat Berhormat menyebut SELDEC, gig Ekonomi, Selangor Kerjaya dan pelbagai.
Selain daripada itu Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ada juga program-program lain, Jawatankuasa-jawatankuasa yang lain melalui teman-teman EXCO yang lain melalui Jawatankuasa Pembangunan Usahawan ada lebih 13 usaha sebenarnya lebih lagi daripada itu bagi membantu belia-belia kita. Cuma persoalannya maklumat ini mungkin kurang sampai kepada belia-belia kita. Saya harapkan Yang Berhormat di peringkat DUN masing-masing dan mempromosikan lebih daripada 13 inisiatif kita ini. Program Yang Berhormat-Yang Berhormat apabila ke DUN ke kawasan masing-masing. Selain daripada itu, program yang digalakkan oleh Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Kemudahan Awam, Pertanian dan Industri Asas tani adalah sektor pertanian yang memperkasakan usahawan-usahawan generasi muda yang telah memulakan projek-projek pertanian. Sehubungan itu Kerajaan Negeri juga memperkasakan pelbagai program untuk generasi muda yang berminat menceburi sektor pertanian sebagainya. Di antaranya adalah :
1. Program pembangunan hidroponer. 2. Program bantuan peralatan pertanian 3. Kursus/ seminar Generasi Muda
4. Rantaian E- Digital Selangor melalui - SELDEC (Yang Disebut Oleh Yang Berhormat sebentar tadi)
Selain daripada itu, kita jangan lupa program HIJRAH yang sedang berlangsung sejak 2015 lagi. Yang telah membantu banyak golongan-golongan banyak peringkat untuk mereka memulakan perusahaan mereka. Antara lain, adalah program latihan kemahiran keusahawanan atau lebih dikenali sebagai KPS Developmenship Program yang dilaksanakan oleh Kumpulan Perangsang Selangor yang wujud dan terbuka kepada semua peserta yang tiada mempunyai sebarang sumber pendapatan atau isi rumah pendapatan rendah ataupun mereka yang tinggal di paras garis kemiskinan. Pada tahun 2019, KPS memperuntukkan RM417,218.00 untuk menganjurkan 5 program keusahawanan dan program ini telah melibatkan 443 peserta dari 9 daerah daripada Selangor. Antara objektif adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keusahawanan peserta. seterusnya meningkatkan status pekerja ekonomi kumpulan sasaran. Di antara program ialah home care for ederly, kedua, perkhidmatan selepas bersalin, latihan penternakan, peralatan eksport dan program pemperdayaan wanita. Jadi, Yang Berhormat banyak program selain daripada 13 inisiatif ada lagi banyak program sebahagian mana disebut di bawah portfolio-portfolio lain yang membantu generasi muda.
Adapun isu kedua yang disebutkan oleh Yang Berhormat tentang apakah kajian yang ada tentang kelangsungan ekonomi anak muda? Secara khususnya tidak ada. Cuma maklumat Yang Berhormat kita baru-baru ini telah menjalankan satu kerajaan profiling Pemetaan Belia Negeri Selangor yang melibatkan seramai 6,532 responden yang terdiri daripada belia Selangor yang terdiri daripada 9 daerah. Pemilihan mereka ini adalah melalui stratified random sampling bagi mengkaji apakah membina tanda aras tahap kesejahteraan hidup belia Selangor dan peruntukan pelan meningkatkan kesihatan hidup belia Selangor.
Saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat sekalian di antara dapatan kajian yang sangat menarik apabila kita bertanya Responden ini apakah mereka tentang pakej rangsangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini. Saya suka menarik perhatian bahawa yang tidak bersetuju dengan pakej rangsangan adalah 1.7% sahaja. Saya ingat yang tidak bersetuju 1.7%, yang tidak bersetuju 8.3%, yang agak bersetuju 32.4%, yang setuju 40.6% dan yang sangat setuju 17.0%. Kalau kita gabungkan antara setuju, agak setuju dan sangat setuju ini 90% di kalangan belia kita, responden kita yang bersetuju dengan rangsangan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ketika pakej COVID baru-baru ini. Ini sangat menarik dan kita tanya juga, apakah keyakinan, apakah mereka yakin Kerajaan Selangor peka dan prihatin terhadap nasib rakyat Selangor yang terjejas dengan penularan wabak COVID ini. Saya hendak menarik perhatian, jawapan yang diberi oleh responden ini yang sangat tidak bersetuju ialah 2.6%, yang tidak bersetuju 6.0%, yang agak bersetuju 6.7%, yang bersetuju 4.2% dan yang sangat bersetuju 23.5%. Jika kita gabungkan antara bersetuju ke atas setuju, agak setuju dan sangat setuju
peratus setuju mereka terhadap keprihatinan terhadap Kerajaan Negeri terhadap belia ini adalah 91.4% belia kita bersetuju dan yakin bahawa Kerajaan Negeri prihatin terhadap nasib-nasib mereka. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya Banting.
Tuan Speaker saya ingin bertanya kenapakah Kerajaan tidak bercadang untuk memperkasakan unit pemuda kita iaitu PBT untuk memastikan perancangan dan juga aktiviti dan kerja yang ada mereka iaitu RM5,001.00 setahun digunakan untuk memastikan program-program kerajaan yang diadakan itu mereka mesti lakukan, mereka mesti war-war kan/ menganjurkan program yang berkaitan dengan-dengan program-program digitalisasi dan sebagainya kepada anak-anak muda? Kerana saya lihat sekarang ini program-program yang diadakan oleh mereka ini kadangkala ia tersasar international roaming. Macam-macam pihak dan tidak ada yang tidak kena mengena dengan anak muda. Jadi, ia memohon adakah kerajaan berhasrat pada tahun hadapan merangka satu struktur atau satu SOP atau tatacara bagi memastikan semua peruntukkan yang mereka gunakan itu adalah untuk mendekati anak muda dengan memperkenalkan secara priority program-program anak muda yang kita hendak lancaran pada masa hadapan? Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Kalau kita lihat daripada laporan yang kita terima oleh PBT. Majoriti PBT kita ini berminat pada sukan. Mereka akan memilih sukan sebagai bajet mereka. Tetapi pada tahun hadapan kita akan bagi peruntukan sama rata melalui 10 teras yang kita ada. Ini pelan PBT kita bermakna tidak semua program itu dijalankan dalam bentuk sukan. Itu sahaja. Kita akan turun melalui program usahawan, program kepimpinan. Engagement-engagement yang lain. InsyaAllah kita akan buat pada tahun-tahun akan datang. Dan, untuk maklumat Yang Berhormat Banting, kita juga mempunyai pasukan yang aktif iaitu dinamakan Team Selangor yang bergerak ke seluruh daerah-daerah bagi mempromosikan produk-produk yang ada sama Kerajaan Negeri. Jadi kita yakin dengan gabungan PBT dan kita yakin adanya Team Selangor yang begitu ramai di seluruh Selangor. Saya yakin belia-belia kita ini dapat mendekati lebih ramai belia-belia kita di Selangor ini.
Meru.
Soalan saya, 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Kem Tahanan Pendatang Asing Di SelangorQuestions
87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah kem tahanan pendatang asing Jabatan Imigresen di Selangor dan berapakah bilangan tahanan pendatang asing ketika ini?
b)
Apakah langkah-langkah kawalan yang telah diambil oleh pihak Imigresen bagi menghalang penularan wabak Covid19 di kalangan tahanan di dalam kem ini?
Saya jawab, tunggu 3 saat. Yang Berhormat, saya jawab pendek sahaja.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2020Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2020.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Pelabuhan Klang untuk menyambung perbahasan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker saya ingin menyambung perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2020. Dengan merujuk muka surat 44 pindaan Seksyen 104 iaitu nombor 9 Seksyen 104 Enakmen ibu dipinda dalam nota birai dengan menggantikan perkataan perlindungan kepada pemberi maklumat dengan perkataan perlindungan dan ganjaran kepada pemberi maklumat dan dengan memasukkan selepas subseksyen 3, subseksyen yang berikut. Lembaga boleh memerintahkan supaya boleh di bayar apa-apa ganjaran sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang bagi pemberian khidmat maklumat penyataan atau bantuan berkenaan dengan pengesahan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk Seksyen 104 Enakmen ibu dipinda ini, saya mengucapkan terima kasih Kerajaan Negeri Selangor kerana ingin memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat ataupun orang yang membuat aduan tetapi apa yang perlu difikirkan juga tentang jaminan keselamatan pemberi maklumat atau pun mereka yang mengadu tentang apa jua salah laku yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap pencemaran alam sekitar.
Jadi ini yang kita kenakan fikirkan kerana kita semua sedia maklum bahawa kejadian salah laku ataupun apa jua kesalahan yang dibuat oleh penjenayah-penjenayah alam sekitar ini, mereka tidak melakukannya pada hari-hari biasa ataupun pada waktu-waktu pejabat, tetapi ia akan dilakukan pada waktu malam di mana pegawai-pegawai kita tidak bertugas, kakitangan awam tidak bertugas, ia akan dilakukan pada hari Sabtu, Ahad dan juga umum. Sudah tentu kita memerlukan kerjasama yang erat daripada masyarakat untuk memberikan apa jua maklumat dan membantu memantau kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini seperti mencemarkan alam sekitar. Dan kita kena tengok bagaimana cara nak memberikan jaminan ini dan kena pastikan perlindungan pemberi maklumat ini, sebab pengalaman saya sendiri, selaku orang suka memberikan maklumat yang suka membuat aduan kepada Jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan penguatkuasaan di mana orang yang di aduan itu tahu siapa yang mengadu. Malah mereka menghubungi saya dan mengapa, bertanya kenapa saya mengadu. Jadi kalau saya pun mereka boleh tahu memberikan maklumat ataupun membuat aduan, jadi bagaimana dengan pemberi-pemberi maklumat yang lain. Jadi inilah yang perlu difikirkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagaimana untuk memastikan jaminan untuk pemberi-pemberi maklumat ini. Apakah bentuk bantuan yang perlu kita berikan kepada pengadu ataupun pemberi-pemberi maklumat ini?. Dan saya berharap penguatkuasa juga bukan hanya menjalankan tugas penguatkuasaan ini dengan hanya menunggu aduan semata-mata. Pengalaman saya juga bersama-sama dengan Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar dan juga EXCO PBT turun kelapangan memantau kilang-kilang haram ini. Penguatkuasa hanya menunjukkan hanya kilang-kilang tertentu sahaja dan kilang-kilang sama juga yang diambil ataupun diambil tindakan dan dibuat serbuan tetapi ada lagi kilang-kilang yang lebih bermasalah tetapi tidak diambil tindakan jadi yang ini juga kerajaan Negeri perlu memberikan paduan yang lebih jelas kepada penguatkuasa-penguatkuasa kita yang mana satu kah yang perlu ambil tindakan keutamaan yang bagaimana kita nak ambil tindakan? Janganlah hanya tertumpu pada sesuatu tempat sahaja tanpa melihat tempat-tempat yang lain yang lebih kritikal yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar ini.
Seterusnya ingin merujuk muka surat 45 pindaan Seksyen 112 iaitu Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa di bawah Enakmen ini dengan keizinan Pendakwa Raya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merujuk mana Seksyen 112 ini memberi kuasa kepada pada Pengarah atau pun kepada pada mana individu ataupun pegawai yang akan dipertanggungjawabkan. Cuma, saya nak maklumkan dalam Dewan ini kebanyakan pegawai kita terutama sekali di PBT, sudah terlalu lama di tempat tersebut. Ada yang 10 tahun, 20 tahun, 25 tahun jadi orang yang sama di tempat yang sama tidak berubah, jadi ini yang akan menimbulkan perkara-perkara yang mencurigakan pada masa akan datang. Kita bukan nak tuduh seperti apa yang saya cakapkan pengalaman di MBSA itu telah banyak mengajar kita dan perlu dijadikan rujukan. Kerajaan Negeri kena memikirkan berapa lamakah masa seseorang pegawai penguatkuasa atau pun Pengarah Penguatkuasa itu berada di sesuatu Jabatan? Yang ini yang perlu kita fikirkan kalau tidak penguatkuasa contoh seperti di MBSA itu penguatkuasa yang sama, penguatkuasa yang sama macam selama-lamanya sampai pencen. Jadi kena fikirkan bagaimana kita nak pindah-
pindahkan penguatkuasa ini di tempat-tempat yang lain pula seperti yang kita lihat, OCPD, OCPD ataupun OCS balai, dia tidak lama di satu-satu tempat, paling lama pun 3 tahun ataupun 4 dan kemudian mereka ditukarkan ke balai yang lain. Jadi ini juga perlu difikirkan di peringkat Kerajaan Negeri tentang berapa lama kah seseorang itu akan bertugas di sesuatu tempat supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.
Yang Berhormat Pelabuhan Klang, pindaan pegawai MBSA, Polis ada kaitan dengan Enakmen LUAS ke?
Dia ada kaitan sebab ia sebagai contoh penguatkuasa. Sebab nak melaksanakan kerja-kerja Enakmen tetap memerlukan pegawai penguatkuasa. Sebab itu kalau kita lihat LUAS tak mungkin boleh melaksananya sendirian, LUAS mesti memerlukan bantuan daripada mana-mana penguatkuasa yang lain Jabatan Alam Sekitar, PBT, Polis mungkin seperti yang di cadang oleh Jeram, Askar Wataniah kita tidak pastikan, so perlu ada garis panduan yang jelas daripada Kerajaan Negeri apakah bentuk SOP Penguatkuasaan ini, siapakah yang perlu ada dalam struktur operasi bersepadu untuk melaksanakan Enakmen LUAS ini? Kalau kita ada undang-undang yang baik, kita luluskan undang-undang yang baik, tetapi pelaksanaan penguatkuasaan nanti lemah. Dan ini kita tak nak, sebab kita memandang serius kalau boleh dalam masa 2 tahun ini, kita tahu ini nak dekat pilihan raya saya tidak mahu lagi ada masalah bekalan terhenti. Kalau ada selamat tinggal Pakatan Harapan, itu saya boleh bercakap ini yang disampaikan oleh rakyat kepada kita Adun-adun semasa kita menghantar bekalan air, semasa bekalan air terputus yang lalu. Jadi kita ambil teguran daripada rakyat, nasihat daripada rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik daripada Kerajaan Negeri Selangor. Tapi nak bagi tahu dengan pembangkang sehingga hari ini rakyat masih sayang lagi Pakatan Harapan sebab itu dia tegur kita terima teguran tersebut. Pembangkang dah bebas, ok bebas. Jadi sekali lagi saya ingin mencadangkan juga kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana penguatkuasa yang lalai yang cuai yang tidak bertanggungjawab yang tidak amanah yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas mereka. Mereka ini sangat-sangat penting, mereka buat silap, mereka buat salah, mereka tidak bertanggungjawab, mereka tidak amanah kesannya kepada rakyat, kesannya kepada imej Kerajaan Negeri itu sendiri, kesannya kepada imej Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri besar jadi saya harap sangat-sangat Kerajaan Negeri Selangor tegas untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai penguatkuasa yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya rasa cukup sampai di sini sahaja sebab ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk menyampaikan perbahasan mereka, jadi dengan itu saya menyokong sepenuh-penuhnya pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2020. Sekian terima kasih.
Ya Pelabuhan Klang. Silakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Pandamaran pandang berat terhadap isu gangguan bekalan yang sering berlaku di Negeri Selangor, mahupun gangguan berjadual atau tidak berjadual, kerana rumah saya juga terjejas. Saya juga mangsa, tapi saya punya ADUN tidak pernah bantu saya. Bekalan air merupakan sumber yang paling asas bagi manusia tanpa air manusia tidak dapat hidup tapi tanpa bekalan elektrik kita masih boleh hidup. Menurut rekod gangguan bekalan air di Negeri Selangor pada tahun 2018, berjadual 2 tidak berjadual 3 itu untuk 2018 dan 2019 berjadual 7 tidak berjadual 19, pada 2020 berjadual 2 tidak berjadual 12. Antara punca-punca yang menyebabkan gangguan bekalan adalah pencemaran bau sungai, kebocoran ataupun paip pecah, gangguan bekalan kuasa oleh TNB kerja-kerja penambahbaikan, masalah teknikal, rumah pam ini antara punca-punca yang tidak dapat diterima oleh rakyat adalah pencemaran bau yang sering berlaku. Gangguan bekalan air ini, paling lama untuk pulih adalah pada 28 September 2019 iaitu pencemaran bau sungai sumber air mentah di Sungai Semenyih selama 13 hari ya. Mereka ambil 13 hari untuk pulihkan air, ini telah menyusahkan rakyat ia mahupun rumah ataupun tempat perniagaan. Gangguan bekalan tidak berjadual telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi dan kemarahan rakyat. Tapi atau Enakmen sedia ada, tidak berkesan untuk menghalang manusia yang tidak bertamadun untuk mencemarkan air. Menurut Enakmen LUAS 1969 Seksyen 79 (4) yang berbunyi, seseorang yang melanggar Seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila dia sabitkan boleh didenda tidak melebihi 100 ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua dan denda selanjutnya 5 ribu setiap hari kesalahan diteruskan setelah pemberitahuan oleh lembaga menghendaki pematuhan serah diserahkan tidak melebihi 100 ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali. Jadi dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 Seksyen 25(3) yang berbunyi seorang melanggar Seksyen Kecil (1) adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi daripada 100 ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi daripada 5 tahun atau kedua-duanya dan dengan tambahan tidak lebih daripada RM 1000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sampaikan kepada notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengehendaki memberhentikan perbuatan yang nyatakan di dalamnya itu. Kedua-dua undang ini telah memberi peluang kepada peluang kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman denda yang tidak setimpal dengan perbuatan yang berniat jahat dan menyusahkan rakyat ini. Menurut laporan kes yang telah dijatuhkan hukuman seperti berikut: 2018 untuk paling minimum adalah 10 ribu 2 kes. Untuk 2019 10, 2020 12, untuk denda 15 ribu 8, untuk 2018, 2019 30 dan 2020 adalah 3. Yang tengah-tengah saya tak nak ucap bagitahu yang paling tinggi ia adalah 70 Ribu dimana 2018 langsung tak ada, 2019 satu kes dan 2020 kosong. 75 Ribu untuk 2018. 2 kes untuk 2019 dan 2020 tahun ni kosong. Tidak ada maksudnya kita nampak ya laporan ni denda hanya sepuluh Ribu dan 15 Ribu adalah paling banyak. Dan angka-angka hanya kita dapati ye yang paling banyak 75 Ribu ye itu pada 2019 hanya 2 kes. Kebanyakkan denda hanya 25 Ribu dan kebawah. Denda sebegini tidak memadai kos yang tinggi sehingga berJuta-Juta ini satu kerugian kepada pihak air Selangor. Oleh itu kita perlu lihat adakah akta ataupun enakmen yang sedia ada dapat melakukan manusia yang tidak bertamadun ini jawapannya adalah tidak. Denda 25 Ribu atau 75 Ribu hanya amaun kecil untuk sebuah syarikat yang besar
dan mereka boleh bayar sekelip mata seperti apa yang terjadi pada bulan Mac tahun ni. Pencemar air telah disabitkan kesalahan dan dendanya hanya 60 Ribu dan syarikat tersebut bayar selepas mahkamah menjatuhkan hubungan. Malangnya syarikat tersebut didapati melakukan sekali lagi untuk mencemarkan air di tempat yang sama, pada bulan Oktober ini, nampaknya denda tersebut tidak menjadi ajaran kewangan yang kukuh. Oleh itu, pindaan dan akta yang sediaada perlu dibuat untuk hukuman yang setimpal dengan pembuatan pihak pencemar air. Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang Berhormat, Pandamaran bersyukur dan gembira apabila pihak LUAS telah mendengar cadangan daripada JPK-SAS iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor…
Minta penjelasan.. tak jelas.
Banting...sila…
Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Pandamaran kerajaan bercadang untuk menambahkan denda daripada maksimum 100 Ribu ringgit ke antara 200 Ribu ringgit ataupun maksimum 1 Juta Ringgit itu adalah denda wang tunai dan kerajaan juga bercadang untuk memansuhkan 1 pindaan Seksyen 104 yang disebut Yang Berhormat Pelabuhan Klang iaitu ganjaran perlu dibayar kepada orang-orang yang memberi perkhidmatan maklumat dan sebagainya. Yang akan diminta disaman ke mahkamah sebagai saksi. Jadi apakah Yang Berhormat bahawa sekiranya seseorang yang dituduh itu perlu membayar tidak kurang daripada 200 Ribu ringgit dan tidak melebihi daripada 1 Juta ringgit dia perlu bayar kepada 200 K ke 1 Juta dan ada ganjaran akan juga dibayar kepada pemberi maklumat. Adakah kita perlu menetapkan ganjaran ini terlalu rendah? Kerana kalau terlalu rendah daripada saya kena bayar kerajaan 1 Juta baik saya menggunakannya untuk tujuan yang boleh menyebabkan saya boleh dilepaskan tuduhan ini termasuk mempengaruhi saksilah.
Silakan Pandamaran
Ya, saya sebenarnya menyokong cadangan daripada Banting yang berhormat Banting kerana pindaan ini lebih baik dari sebelum ni dan kita kena tengok lah ya sebab adakah denda-denda yang setimpal dengan kelakukan yang telah dilakukan mereka. Jadi kita telah mencadangkan menghadkan minimum sebelum ni tidak ada minimum maksudnya saya akan jelaskan pada ucapan saya okay. Tadi saya memang bersyukurlah meminda enakmen LUAS seksyen 79(4) yang sedia ada mana-mana orang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tidak melebihi 3 tahun dan tidak kurang daripada 200 Ribu dan tidak melebihi 1 Juta ringgit. Di mana enakmen ini mengenakan kedua-dua sekali. Iaitu jika enakmen yang sekarang sebelum pindaan mereka dibenarkan untuk hukuman dan tidak ada mandatori penjara. Jadi pindaan ini saya rasa adalah memadai apa yang mereka telah lakukan. Selain itu, pindaan seksyen 79(5) juga sangat baik ia. Iaitu sebagai tambahan kepada hukuman di bawah kepada subseksyen (4) mana-mana orang yang disabitkan hendaklah membayar
semua ya..semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga untuk membaiki atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh sebab kesalahan di bawah seksyen ini. Ya seperti kita tahu bila dijatuhkan hukuman denda itu akan adalah milik kepada Kerajaan Persekutuan.. ya dan bukan kepada milik kepada LUAS. Siapa yang membersihkan? LUAS yang Air Selangor yang membersihkan. LUAS yang membersihkan jadi tanggungan kos tu perlulah ya minta balik daripada orang yang tidak bertamadun itu. Jadi saya, Pandamaran perlu menegaskan ya, satu perkara iaitu enakmen ini perlu mengatakan satu denda minima yang tidak boleh dicabar.
Jika enakmen tidak meletakan denda minimum, maka mahkamah boleh denda 1 Ribu ringgit atau lebih rendah kerana enakmen hanya terdapat denda maksima. Dengan adanya denda minima dan penjara mandatori penjara kedua-dua sekali maka pihak pencemar air perlulah menghadapi denda yang berat dan setimpal atas perbuatan jahat ini. Dengan pindaan ini kita dapat nampak hasrat dan ketegasan Negeri Selangor Bahawa Pakatan Harapan ini memandangkan serius tentang isu pencemaran air ini. Tapi kita tak nampak hasrat Kementerian Alam Sekitar untuk meminda Akta atau menjatuhkan denda yang setimpal dengannya. Rakyat perlu tahu pencemaran air ini bukan sahaja tanggung jawab negeri malah kerajaan Persekutuan juga memainkan peranan penting ramai orang anggap pencemaran air adalah salah air Selangor. Tapi anggapan itu tersebut adalah salah kerana air Selangor tiada kuasa untuk ambil tindakan terhadap pihak pencemar di luar daripada loji rawatan air. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar dan LUAS memainkan peranan paling penting untuk memantau segala kegiatan di pinggir sungai dan parit. Mana-mana tidak nampak Kerajaan Persekutuan ingin bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan menteri daripada PAS ni yang masih tidur tak mengarahkan jabatan alam sekitar untuk meminda akta supaya denda mestilah setimpal dengannya.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, selain pindaan enakmen Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan 200 Juta untuk mengatasi pencemaran air termasuk membeli dron untuk memantau segala kegiatan di sepanjang sungai. Dron ini telah berjaya mengesan pencemaran sebanyak 4 kali selepas gangguan air pada 18 hari bulan Oktober tahun ini dan dipercayai niat sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan negeri bawah Pakatan Harapan. Pandamaran ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada LUAS yang bertindak pantas untuk menghalang air cemar alir ke loji rawatan air. Tindakan pantas itu telah mengelakkan gangguan bekalan air di Selangor. Pandamaran percaya pindaan Enakmen ini dapat melakukan orang yang berniat untuk mencemarkan air atau sungai, maka saya, Pandamaran harap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menyokong pindaan ini. Akhir kata, Pandamaran menyokong pindaan rang Undang-undang enakmen LUAS. Terima kasih.
Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker memberikan ruang untuk saya bahas, tidak panjang sekadar ingin menyentuh beberapa perkara pertama saya bersetuju dan mengalu-alukan sebarang usaha untuk memperketat undang-undang dalam merangka memelihara sumber air negeri kita. Saya amat bersetuju dengan Pelabuhan Klang apabila membangkitkan isu perkenaan dengan integriti kerana kita tidak boleh memisah-misahkan pelaksanaan penguatkuasaan dengan mana-mana enakmen yang kita lakukan saya ingin merujuk kepada pindaan seksyen 112 di mana seksyen 112 enakmen ibu yang dipinda menggantikan subseksyen 2 yang mana menyebut pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa di bawah enakmen ini, dengan keizinan pendakwa raya boleh mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen 1 dan seterusnya. Jadi jelas di dalam enakmen yang ini kita pinda juga kita ada menetapkan kuasa-kuasa tertentu kepada pengarah dan pegawai-pegawai sebab itu saya katakan tak boleh kita nak asingkan isu pelaksanaan penguatkuasaan dengan enakmen yang ada di depan mata kita sekarang. Oleh itu saya juga berharap baik Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan atau mana-mana kerajaan harus memberi perhatian terhadap isu integriti ini kerana kita tahu undang-undang kita dah melihat banyak undang-undang enakmen banyak enakmen, banyak peraturan, banyak garis panduan semuanya kelihatan molek di atas kertas tetapi apabila di bawah berlakunya untuk pelaksanaan penguatkuasaan dan sebagai banyak lompong-lompong dan sebagainya. Oleh itu saya berharap ada usaha juga dari kerajaan negeri atau mana kerajaan untuk memastikan semua pegawai-pegawai, pengarah-pengarah berintegriti ambil kaedah-kaedah yang diperlukan kita perlu pengisytiharan harta buat dan kita memastikan pegawai kita ini semua terlindung daripada masalah yang melibatkan integriti. Itu sahaja saya ingin menyentuh dan saya berharap perkara ini diberi perhatian, dan saya dengan ini menyokong rang undang-undang enakmen LUAS ini. Terima kasih.
Taman Medan...
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum selamat pagi dan salam sejahtera. Terima Kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan atas kesudian memberikan ruang untuk Taman Medan membahaskan cadangan pindaan rang undang-undang enakmen Lembaga Urus Air Selangor bagi tahun 2020 daripada rang undang-undang sedia ada. Jadi umum mengetahui enakmen-enakmen ini terdahulu digubal dengan tujuan bagi melaksanakan tanggungjawab menguruskan air dari aspek-aspek yang berkaitan dengan Negeri Selangor jadi cadangan pindaan kali ini dengan usaha memperkasakan dan juga memperkukuhkan peranan serta kuasa yang boleh dijadikan alat untuk dijadikan pelaksanaan tanggungjawab itu lebih berkesan. Jadi secara asasnya, Taman Medan bersetuju untuk pindaan dibuat pada aspek penambahan dan pewujudan jawatan-jawatan tertentu seperti timbalan pengarah dan lain-lain pada anggota lembaga tersebut. Begitu juga pewartaan pemberian kuasa bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi ia menjadi sesuatu yang
lebih efektif dalam tugas mereka. Aspek yang paling penting adalah usaha agar mereka diberikan kefahaman tentang tugasan dan kuasa itu sendiri. Kita mahu menjadikan Selangor sebagai negeri yang maju dan sejahtera kepada rakyatnya jadi sebolehnya kuasa dan tanggungjawab itu dibuat atas kefahaman dan kesedaran mereka sendiri untuk sejahteraan rakyat. Jangan lupa aspek latihan dari pelbagai aspek termasuk lah spiritual yang turut mesti diberikan perhatian mata para petugas yang memegang apa juga jawatan yang diberi kuasa ini perlu dilatih memahami tanggungjawab serta diperingatkan dengan nilai dan juga etika kebertanggungjawaban. Bagi mereka yang Muslim, mereka boleh diperingatkan dengan nilai kebertanggungjawaban ini akan dipersoalkan. Saya memetik semula tentang ayat Al- Quran oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada pembentangan belanjawan oleh beliau pada tarikh 30 hb Oktober 2020 yang lalu, iaitu (Ayat Al-Quran) dengan izin dengan marfumnya ‘jangan kamu lakukan kerosakan di bumi selepas pemulihannya’. Begitu juga ingatan diberikan dalam Al-Quran dengan izin dengan firman Allah ,(Ayat Al-Quran) dengan marfumnya ‘Allah memerintahkan agar amanah itu dilaksanakan oleh anggota pelaksanaannya dan tidak lupa juga ingatan oleh Nabi SAW sabda baginda tunaikan’, (Ayat Al-Quran) ‘tunaikan amanah sesiapa juga yang mengamanahkan kamu dan jangan kamu khianati tatkala ia mengkhianati kamu’ . Maka kesedaran inilah perlu diberikan nilai-nilainya dan difahami oleh mereka yang kelak akan diberikan tugasan dan tanggungjawab ini paling penting adalah kesedaran dan komitmen mereka terhadap amanah yang diberikan kepada mereka. Jawatan yang disandang dalam urusan ini bukan kebanggaan sebaliknya ianya juga adalah tanggunggjawab. Jadi saya bersetuju untuk pindaan ini juga diperingkatkan kadar hukuman ya bagi pihak-pihak terbabit yang menjejaskan bekalan air di Negeri Selangor. Menjejaskan bekalan air bukan sahaja dalam bab mencemar sumber bekalan air, tetapi juga aktiviti lain. Antaranya, aktiviti mencuri bekalan air secara tidak sah yang terkandung dalam Seksyen 59 (1) (a) yang antaranya aktiviti secara tidak sah yang disenaraikan abstraksi, eksploitasi sumber air dan sebagainya. Maka, saya tidak memanjangkan ucapan perbahasan, dengan rasa rendah diri menyokong pindaan enakmen ini untuk ianya dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Taman Medan. Ya? Dengkil?
Terima kasih Y.B. Speaker kerana memberi masa dan ruang. Saya hanya ingin mengambil masa sedikit. Saya sependapat bersama dengan rakan Wakil Rakyat yang lain seperti Pelabuhan Klang, Pandamaran, Taman Medan, Banting bahawa enakmen untuk meminda undang-undang LUAS ini harus dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan Dengkil adalah kawasan yang paling, paling amat terkesan bila berlaku pencemaran, bila berlaku penutupan loji LRA dan ini memberi satu impak yang negatif kepada rakyat apabila pegawai-pegawai pelaksana ini tidak dipantau atau dimarah oleh rakyat. Yang dimarahi oleh rakyat adalah Wakil Rakyat, Menteri Besar, Ahli Parlimen, apa sahaja yang berkaitan dengan politik akan dimarah oleh rakyat ketika berlaku krisis air
ataupun pencemaran air dan ini saya bersetuju dengan pendapat atau pandangan daripada Pelabuhan Klang bahawa rang undang-undang ini selain dipinda, selain dibahaskan perlu pelaksanaan, semak dan imbang oleh Wakil Rakyat ataupun Ahli Parlimen di setiap kawasan walaupun semua sedia maklum, Dengkil sekarang sudah berada di blok pembangkang, tetapi namun Dengkil ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama barisan kerajaan negeri, EXCO yang selama ini telah banyak membantu memudahkan pentadbiran perjalanan dalam kawasan Dengkil. Dengkil amat menghargai setiap bantuan daripada kerajaan negeri sebelum ini.
Namun begitu, saya ulang ya, namun begitu Dengkil membangkang dengan fakta. Yang mana benar, kita sokong, tidak benar, kita tak sokong dan Pelabuhan Klang ada menyatakan pelbagai isu berkaitan dengan integriti dan ini ada cadangan daripada saya agar Pelabuhan Klang ini diberi satu tugas untuk memantau integriti penguat kuasa-penguat kuasa di dalam negeri Selangor. Itu cadangan, terpulang kepada kerajaan Negeri atau Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk terima sekadar cadangan. Siapa yang kata ya, ya. Kalau tidak, itu saya ikut apa yang Yang Berhormat Tuan Speaker.
Dengkil dah ada gaya sikit ya. Ya, ya, silakan. Mohon teruskan ya.
Ini walaupun kita dalam keadaan berbahas dalam keadaan kita berbincang mengenai Enakmen ini, tetapi ia benar apa yang dikatakan Pelabuhan Klang, apa yang dikatakan oleh Pandamaran, Taman Medan, Banting, Dusun Tua, semuanya benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar dan ini memberi satu tanggapan yang tidak elok kepada kerajaan negeri menerusi wakil-wakil rakyat di tempat masing-masing kerana apabila pegawai-pegawai pelaksana ini gagal melaksanakan tugas, tanggungjawab di setiap bahagian masing-masing, inilah kesan dia kepada wakil rakyat. “Wakil rakyat makan gaji buta, ambil gaji tiap-tiap bulan”. Mereka tak tahu wakil rakyat ni pun sesak, kan, bukan wakil rakyat ni serba ada dan ini perlu menjadi ...aah Sungai Panjang? Oooo Sungai Panjang merasai pembangkang sebelum ini. Saya sekarang merasai apa yang Sungai Panjang rasa. Baru merasai dan saya senada seperti rakan-rakan yang lain seperti saya cakap tadi dan kita perlu ada satu jawatankuasa untuk memantau pentadbir, penguatkuasaan di peringkat kerajaan negeri oleh wakil rakyat sendiri dan tadi saya cadangkan Pelabuhan Klang, cadangan tak perlu diterima, hanya cadangan dan ini memerlukan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menilai keperluan kerana wakil rakyat bukan superman, dia tidak boleh menyelesaikan apa segala masalah berkaitan infra, dia akan merujuk kepada pegawai-pegawai di setiap kawasan di dalam daerah untuk membantu dan ini, justeru itu, Dengkil menyokong enakmen pindaan rang undang-undang LUAS agar kalau boleh esok juga boleh dilakukan dengan serta-merta, enakmen dan dengan ini Dengkil setuju, sokong pindaan rang undang-undang LUAS ini. Sekian, terima kasih.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya hanya ada satu point sahaja, iaitu pindaan Seksyen 99 (5) yang berbunyi:
“Sebagai tambahan kepada hukuman di bawah Seksyen 4, mana-mana orang yang disabitkan hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga untuk membaiki atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh sebab kesalahan di bawah seksyen ini”.
Saya rasa ini tak berapa betul dan saya telah mengadakan consultation yang percuma dengan lawyer yang saya kenali, mereka katakan ini tidak sesuai kerana ia macam tiada had, ini merupakan bahasa orang putih la, draconian lah, kat mana-mana kesalahan dia tak boleh tiada had, tiada limit, jadi saya menarik perhatian kepada semua. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak kerajaan bagi penggulungan, penjelasan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi seramai 12 orang.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang saya kira secara sepakat sepanjang saya mendengar perbahasan ini berlangsung memberikan sokongan penuh malahan disebutkan menunggu-nunggu bahawa pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 ini dilaksanakan untuk kita melaksanakan secara menyeluruh usaha-usaha untuk mengelakkan masalah pencemaran dan memelihara sumber air dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya terpaksa melihat beberapa buku undang-undang sepanjang minggu yang lepas untuk kita meneliti soalan ini. Sebenarnya undang-undang ini ataupun pindaan terhadap enakmen LUAS ini haruslah dilihat bersama dengan Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Seksyen 430 Kanun Acara Jenayah ataupun panel code dan juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, supaya kita dapat memahami dengan menyeluruh dan juga tidak melepasi batas-batas undang-undang dan juga suatu undang-undang yang kita panggil sebagai consistency kerana dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebutkan:
“Inconsistencies between Federal and State laws.
if any State law is inconsistent with a federal law, the federal law shall prevail and the State law shall, to the extent of the inconsistency, be void”.
Maknanya ketika penggubalan ataupun pindaan Undang-undang Enakmen LUAS ini, kita mengambil kira akta-akta yang saya sebutkan tadi, dan juga perkara-perkara yang lain lah, Akta Keterangan seperti yang disebut oleh Banting, supaya ia tidak
melanggari dan tidak melepasi batas-batas yang telah dihadkan di antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan juga perlembagaan persekutuan yang ada dalam negara kita. Justeru kalau disebutkan di sini saya ingin menyentuh apa yang disebut oleh Subang Jaya berkenaan dengan Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar 2012 yang juga dipinda dan diselaraskan dengan kuasa sepenuhnya di bawah Seksyen 59 iaitu kuasa untuk mengeluarkan lesen dengan mengambil kira peruntukan sub seksyen 59(1)(b) iaitu pelesenan terhadap pembuangan kumbahan atau bahan buangan atau air, kembalian secara langsung atau tidak langsung melalui cara-cara buatan ke dalam masalah air dan juga mana-mana sumber air dan juga perairan pantai.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan Kerajaan Persekutuan telah menggubal undang-undang khusus berkenaan dengan pembuangan kumbahan, LUAS tidak dapat menggubal undang-undang yang sama kerana penguatkuasaannya akan menyebabkan percanggahan ataupun yang dipanggil sebagai inconsistency di antara undang-undang persekutuan dan negeri di mana undang-undang persekutuan akan digunapakai setakat mana termaktub dalam Perkara 75 yang saya sebutkan tadi. Dalam Akta Kerajaan Persekutuan sebagai contoh, telah menetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan di sini ada beberapa pendetailan dan perincian terhadap kumbahan-kumbahan yang dilepaskan ke dalam sungai, jadi peraturan LUAS tidak dapat menggunakan ataupun menetapkan syarat-syarat tersebut, sebaliknya LUAS hanya mengeluarkan lesen untuk tujuan aktiviti sahaja, iaitu seperti yang terdapat dalam Jadual Pertama Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar 2012, iaitu akuakultur air tawar dan kolam atau sangkar, akuakultur udang laut dan kolam, pembangunan dan kerja tanah, penternakan babi, penternakan selain babi, haiwan kesayangan dan aktiviti berkaitan perlombongan. Maknanya ini 7 perkara yang terangkum di bawah LUAS, yang lain-lain di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sememangnya ini adalah permintaan kerajaan negeri, saya agak konsisten semenjak daripada menjadi Menteri Besar menyebutkan bahawa perlu ada pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana denda-denda yang disebut sedikit sebanyak oleh Pandamaran yang agak rendah, maklum balas daripada menteri akan dipinda, tak apalah kita tunggu pindaan itu, tetapi paling tidak LUAS telah mengadakan pindaan-pindaan yang tertentu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Y.B. Sungai Panjang, Sijangkang dan Kampung Tunku ada menyebutkan perkara yang berikut: Pindan 26 (4) menyatakan 12 orang yang dilantik dan dipinda daripada beberapa orang anggota yang akan boleh dibayar elaun ditentukan oleh lembaga dan pihak berkuasa negeri. Ada cadangan, diharapkan ditentukan secara dasar siapakah beberapa orang ini tidak ditetapkan siapa ahlinya dan orang yang dilantik itu benar-benar membantu pelaksanaan jawatankuasa tersebut, maknanya nak tahu siapakah ahli-ahlinya, di bawah sub seksyen 26 (2) sebenarnya Enakmen LUAS 1999 telah menamakan dan menyenaraikan siapa yang akan menjadi ahli kepada jawatankuasa ditubuhkan dalam Seksyen 26 ini iaitu hendaklah ditubuhkan seorang Pengerusi yang adalah Timbalan
Pengerusi Lembaga, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri atau mana-mana agensi yang dipertanggungjawabkan untuk hal ehwal negeri, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri atau mana-mana pegawai yang dipertanggungjawabkan, Pengarah Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi Negeri atau mana-mana pegawai yang dipertanggungjawabkan, Yang Dipertua Majlis-majlis Perbandaran atau mana-mana pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk hal ehwal itu dalam negeri, dan mana-mana anggota yang boleh dilantik oleh lembaga. Untuk menentukan siapa akan dilantik menurut sub perenggan (n) pula iaitu mana-mana anggota yang boleh dilantik oleh lembaga akan melihat kepada situasi semasa dan isu yang perlu diputuskan oleh jawatankuasa tersebut kelak. Maknanya walaupun ada senarai yang kita berikan, masih memberi ruang kepada lembaga dalam perkara (n) yang saya sebut tadi jika ada keperluan-keperluan pakar-pakar tertentu atau department-department tertentu kerana dari semasa ke semasa perkembangan mungkin berubah, ataupun department, agensi, jabatan serta perkara-perkara lain juga turut berubah, antaranya bahan-bahan kimia yang terbabit dan sebagainya untuk kita lihat.
Pindaan Seksyen 79 (4), hasrat undang-undang digubal untuk memberikan pengajaran kepada pihak awam dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kesalahan, ini Sungai Panjang. Tujuan suatu hukuman ini adalah dengan mengambil kira kepentingan awam, di mana orang ramai mahu memastikan pesalah tersebut belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi. Ia juga bertujuan untuk memastikan orang lain ambil iktibar di atas kejadian tersebut dan mengelak dari melakukan yang sama dan menjadi right signal to the public at large not to indulge to the such crime. Dalam kes Hilbery J. dan Blake 1962 menyebutkan dengan izin “It is of highest importance, perhaps particularly at the present time, that such conduct should not only stand condemned, should not only he held at utter abhorrence by all ordinary men and women but also should receive when brought to justice the severest possible punishment. This sentence had a theefold purpose. It was intended to be punitive, it was designed and calculated to deter others, and it was meant to be a safeguard to this country” dengan izin. Ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan ini juga di bawah Seksyen 76(4) nama LUAS melibatkan hukuman penjara mandatori dan denda minimum RM200,000.00 serta maksimum RM1 Juta di samping hukuman tambahan iaitu pembayaran kos yang telah ditanggung oleh LUAS bagi kerja-kerja pembersihan. Ia memperlihatkan bahawa 3 hukuman yang akan dijatuhkan bagi satu kesalahan. Dalam menentukan hukuman yang hendak dijatuhkan mahkamah akan mengambil kira fakta-fakta kes dan rekod-rekod kesalahan lalu iaitu kekerapan kesalahan disebutkan, dilakukan sebagai salah satu faktor pemberat ataupun aggravating factor sebelum membuat keputusan.
Undang-undang ini menjadi garis panduan yang akan digunakan oleh mahkamah ketika jatuhkan hukuman. Jadi Sungai Air Panjang menyebutkan kalau ada kesalahan 2 kali, 3 kali, 4 kali saya kira hakim mempunyai pertimbangannya dan dalam beberapa keputusan-keputusan serta penghakiman yang telah dituliskan dalam kes-kes yang saya sebut saya rujuk kes Hilbury J. In Rex versus Kenneth John Ball yang menyebutkan bahawa “Our law does not, therefore, fix the sentence of particular crime, but the fixed of maximum sentence and leave it to the court to decide what it is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case”. Maknanya kita letakkan satu angka yang tinggi jadi terpulang kepada mahkamah melihat kepada kepentingan serta apa yang disebut juga tentang kes ini apa yang preamble dalam keputusan ini menyebutkan “ In Deciding the approprite sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest”. Maknanya betul-betul atas kepentingan awam untuk membuat keputusan dan juga bukan hanya terhayun dengan public sentiment, mutakhir ini public sentiment nya sangat besar. Bila public-public sentiment telah berlaku jadi kita kadang-kadang terbawa-bawa dan meninggalkan aspek undang-undang tapi menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Sungai Pelek bahawa kita tidak ada limit bagi undang-undang ini ada limitnya. Maksudnya RM200 ribu minimum limitnya, RM1 Juta maksimum limitnya ,hukuman penjaranya sama agak konsisten dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling dan juga agak konsisten malahan lebih daripada Seksyen 121 Akta Perlindungan.. Akta Industri Air Selangor tahun 2006 tetapi apakah limit bagi sesuatu proses pemulihan? Macam kita tahu pemulihan pun kita tidak boleh tentukan kadang-kadang terlalu besar, kadang-kadang terlalu kecil. Kerajaan Negeri berulang kali sebenarnya terpaksa membayar puluhan Juta untuk menyelesaikan masalah pembuangan sisa berjadual, sedangkan Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan lesen. Ini yang saya kemukakan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar yang mengeluarkan lesen jabatan lain. Bila berlaku pencemaran yang kena tanggung Kerajaan Negeri yang kena bayar kos Kerajaan Negeri. Itu yang satu perkara yang kita tidak boleh sebab itu kita kenakan kepada pelaku-pelaku dan pelaku itu ditetapkan oleh Pengarah yang mengeluarkan resit dan bill dan sijil berapa banyak kah kosnya dan ia boleh dicabar di mahkamah sebenarnya kalau ada perkara-perkara tersebut dijangka ataupun dianggap melampaui daripada keserasian. Kalau dikenakan berdasarkan resit itu tidak sepadan ia masih boleh dicabar kerana court kita adalah court yang membenarkan pihak defendant mengeluarkan bantahan atau mengeluarkan sokongan. Selain itu perkara tiga disebutkan bahawa perkara Seksyen 79.5 perlu tentukan bentuk kos yang perlu ditanggung oleh orang yang disabitkan kesalahan dan boleh ditakrifkan sebagai kos pembersihan. Seksyen 79.5 dimasukkan dengan cadangan pindaan enakmen ini bagi memberi kuasa kepada LUAS menuntut semula perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh LUAS untuk kerja-kerja pembersihan, pemulihan, pencemaran yang disebabkan oleh orang yang disabitkan dengan mengemukakan bukti bayaran bagi semua perbelanjaan yang dikeluarkan termasuk kos lantikan kontraktor dan sub kontraktor pembersihan, kos sewaan jentera dan sebagainya. Kesemua bukti tersebut dikemukakan semasa sesi perbicaraan dan akan dijadikan sebagai sebahagian
daripada bahan bukti dan sebahagian daripada dokumen-dokumen pendakwaan seperti saya sebutkan tadi. Perkara 4, ada perkara 4 mencadangkan supaya 79(5) turut dimasukkan kos tuntutan kerugian yang ditanggung, sebab itu saya sebutkan tadi bahawa yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan Air Selangor malahan disebut orang awam bagi saya kos kerugian itu boleh dituntut kemudian dimasukkan di dalam undang-undang ini sebaliknya Air Selangor atau orang awam boleh mengambil tindakan sivil atau mahkamah sivil iaitu kepada pelaku-pelaku ini bagi mereka-mereka atau stakeholder yang terjejas atau terkesan daripada perkara yang tersebut.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang menyebutkan tentang bagaimana memastikan penguatkuasaan dapat menjalankan tanggungjawab. Lembaga Urus Air Selangor sentiasa memastikan penguat kuasa kita berada dalam keadaan terbaik dengan latihan yang diberikan oleh pihak PULAPES dan sebagainya. Selain itu pihak LUAS juga bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia khususnya untuk memastikan pegawai-pegawai lantikan yang kita pilih dan sekarang ini kita panjangkan lagi dengan latihan kontrak kita sentiasa dilatih untuk sentiasa dapat melakukan tugas dan tidak melampaui batas-batas undangan undang-undang yang sedia ada. Saya sebutkan, saya ikuti beberapa siri yang terbaru ketika di pusat perindustrian ataupun di kawasan perindustrian di Nilai bagaimana pegawai-pegawai kita hanya mampu sampai ke kawasan tali air tapi bila terpaksa menunggu pegawai Alam Sekitar untuk masuk ke kawasan kilang. To that details that our officer being brief ataupun dilatih supaya tidak breach ataupun tidak melanggar batas-batas undang-undang sedia ada dan kita dapat mengawal masalah ini daripada berlaku. Ahli Yang Berhormat sekalian, mutakhir ini bila kita lihat apabila ada campur tangan pihak polis, apabila kita telah gunakan perkara Seksyen 430 Kanun Keseksaan ataupun panel code kita dapati masalah pembanterasan kepada mereka-mereka yang bersalah ini dapat dilihat ataupun dapat di ditangani dengan lebih berkesan, 430 sebelum ini mungkin tidak ada laporan polis dibuat tetapi apabila pada tahun lepas bila kejadian di pontoon Kuala Selangor berhampiran dengan LRA SSP1 kita minta supaya pihak terbabit buat laporan polis dan sekarang apa yang kita lakukan sebaik pencemaran berlaku kita buat laporan polis supaya pihak polis dapat masuk dan membuat siasatan kerana perkara 430 ini adalah perkara-perkara yang membawa hukuman yang agak berat, membawa hukuman penjara mandatori sebenarnya 5 tahun tidak silap saya sehingga 5 tahun maksimum untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan sebahagian daripada kesalahan-kesalahan sekarang. Kalau disebut tadi kilang ataupun bukan kilang sebenarnya adalah bengkel pembersihan jentera berat yang di Rawang itu sekarang diambil tindakan di bawah Perkara 430 Kanun Keseksaan.
Untuk yang terbaru di Sungai Gong sebenarnya Akta Kualiti Alam Sekeliling, kita telah ambil tindakan dan dengan kerjasama pihak polis dan sebab itu apabila satu-satu pencemaran berlaku mutakhir ini kita dapat himpunkan pihak polis, Lembaga Urus Air Selangor dan juga Jabatan Alam Sekitar sebelum masing-masing membuat keputusan sendiri ini yang saya hendak sebut tentang had tentang saman disebut oleh
Sungai Panjang kenapa bagi kepada pihak Pengarah untuk memberikan saman. Sebenarnya sebelum mana-mana saman dikeluarkan mengikut daripada peraturan dan mengikut daripada perkara ini Seksyen 112 menyebutkan bahawa “walaupun pihak Pengarah boleh mengeluarkan saman kepada pihak-pihak terbabit tetapi pindaan Seksyen 112 juga mengarahkan bahawa kompaun ataupun saman itu perlu dengan kelulusan pihak Pendakwa Raya supaya tidak berlaku percanggahan ataupun keadaan yang ringan” sebab apa yang berlaku kalau ingat masa Sungai Gong yang berlaku September saya sebutkan ada di saman sampai RM60 ribu saya sudah sebut. Apa yang berlaku Akta Kualiti Alam Sekeliling telah memberikan kuasa kepada Pengarah walaupun secara silence tidak disebutkan dengan jelas, harus rujuk kepada AG tetapi ikut peraturan harus rujuk kepada AG, beliau telah mengeluarkan saman secara kecil-kecilan berjumlah keseluruhannya sampai ke RM60 ribu. Apa yang terjadi apabila saman telah dikeluarkan kompaun telah disediakan orang yang tidak boleh didakwa dengan 1 kesalahan yang sama dengan 2 hukuman yang berbeza ataupun undang-undang, double jeopardy yang disebutkan dalam undang-undang. Ada 1 filem menyebutkan double jeopardy saya ada tengok. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu dalam kuasa yang disebut oleh Sungai Panjang itu tidak perlu risau kerana masih lagi tertakluk kerana pihak Pendakwa Raya ataupun Pejabat Peguam Negara boleh memberikan sasaran dan sandaran untuk memberikan satu-satu kelulusan dan undang-undang yang akan diberikan sepenuhnya oleh pihak Pendakwa Raya. Ahli Yang Berhormat sekalian tadi Pelabuhan Klang ada menyebutkan bagaimana pemberi-pemberi maklumat ataupun yang paling penting pemberi maklumat adalah saksi kerana saksilah yang akan memutuskan terhadap satu-satu kesalah, dia nampak dan sebagainya. Dalam Perkara Seksyen 1041(1), 104(2) telah memberikan perlindungan-perlindungan yang jelas terhadap saksi-saksi ini yang nama mereka tidak boleh didedahkan dan sebagainya dan perlindungan-perlindungan ini tidak ada di dalam pindaan daripada awal tahun 1999 sudah ada perlindungan-perlindungan ini jadi jangan bimbang bahawa kita boleh dapat dilindungi daripada dianiaya dan sebagainya walaupun memberi maklumat dan undang0undang Enakmen LUAS 1999 ini telah memberi perlindungan walaupun tidak berlaku pindaan sebab itu kita tidak masukkan pindaan-pindaan yang telah diberikan. Ahli Yang Berhormat sekalian.
Minta penjelasan.
Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhirmat Dato’ Menteri Besar. Tadi saya ada membangkitkan mengenai satu isu berkenaan dengan ganjaran yang bakal dibayar kepada pemberi maklumat dan saya ada menyentuh satu isu satu masalah yang mungkin kita hadapi sekiranya wang ganjaran yang dibayar itu adalah terlalu rendah dan kemudiannya wang denda yang dibayar oleh pesalah itu terlalu tinggi mungkin melebihi RM200 Ribu dan mungkin ada kemungkinan mereka akan menggunakan wang itu untuk tujuan yang boleh
melepaskan mereka daripada tuduhan iaitu mungkin saksi kita akan, itulah hakikatnya. Adakah perlu kita menetapkan ganjaran ini kita ada kaedah-kaedah satu juga dari segi administrative satu amount minimum yang tidak boleh terlalu rendah. Kalaulah dibayar RM1,000.00 atau RM2,000.00 sana mungkin boleh bayar 5 angka, 6 angka tidak ada masalah asalkan dia dilepaskan kemudian dia datang ke mahkamah boleh cakap bukan-bukan atau lupa. Jadi kes ini akan gagal.
Terima kasih. Kita hendak tetapkan satu angka pun tidak bersesuaian kerana over taken by time dia akan, kos dia akan lebih kecil silap-silap akan lebih besar. Sebab itu diberikan ganjaran dan pihak Lembaga Urus Air Selangor ataupun melalui Lembaga Pengarahnya akan menetapkan kadar-kadar tertentu yang dibuat untuk kadar-kadar semasa kerana kita mahu pemberi-pemberi maklumat ini terus-terusan memberikan sokongan dan dukungan kepada kita sebab itu pemberi-pemberi maklumat ini tidak boleh didedahkan. Kalau kita dedahkan pemberi maklumat ini nanti habislah makin mudah dibeli. Dia mungkin tidak masuk penjara they can pay one million even they can pay 10 million kalau mereka mahu untuk selesaikan masalah ini. Jadi saya percaya, saya sebutkan bahawa kalau kita buat undang-undang itu sometimes kita memang lihat memang agak macam lompong tetapi sebenarnya ia bagi ruang kepada pentadbiran dan ia bagi ruang kepada court untuk decide itu satu perkara tapi dalam masa yang sama kita kena tutup serapat-rapat untuk bagi loop soul yang digunakan oleh undang-undang untuk di dalam undang-undang untuk mengeluarkan dan mengelakkan satu undang-undang itu berlaku. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya kira saya telah menjawab kesemua persoalan-persoalan yang dikemukakan dan tidak ada semua sudah dibangkitkan dengan jelas terhadap perkara-perkara tersebut sudah macam lawyer pula saya hari ini rasanya namun begitu saya hendak sebutkan tadi tentang PBT yang terakhir bila Pelabuhan Klang ada sebut kenapa kita tidak alih-alihkan, kadang-kadang kita kena faham dengan perjawatan, kadang-kadang perjawatan itu memang perjawatan tertentu. Kalau PBT tersebut perjawatannya dilantik oleh PBT tersebut dia harus berhenti dahulu baru boleh keluar. Kita ada dasar untuk pinjaman tetapi pinjaman harus menepati 3 syarat. Syarat pertama, orang yang kena pindah itu bersetuju. Kedua, organisasi yang hendak menerima setuju dan yang ketiga organisasi yang lepaskan itu setuju. Ketiga-tiga ini sah, lulus boleh berjalan tapi kalau salah satu tidak sah tidak lulus tidak boleh berjalan, itu yang berlaku. Adakah kita kena buat, ya saya pernah sarankan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini untuk buat apa yang dipanggil Suruhanjaya Perkhidmatan PBT Malaysia.
Jadi, kita boleh hantar pegawai di Santubong, ke Jerantut. Daripada Jerantut, hantar ke Klang, contohnya, dengan begitu. Itu pun sedang difikirkan. Kita, Negeri nak buat tak? Boleh. Kita boleh, Suruhanjaya Perkhidmatan PBT Negeri. Kalau kita buat begitu, kebertanggungjawaban bayar gaji siapa? Kerajaan Negeri? Ataupun PBT? Ha, itu kena fikirkan. Apabila satu Enakmen Undang-undang kita buat, maknanya ia diikuti dengan kebertanggungjawaban. Sebab itu kita fikirkan kenapa berlaku masalah ini, kita mudah faham. Dulu kita ada dasar, alihkan Engineer, alihkan
Perancang dalam masa yang sama, tapi ia masih meliputi kepada tiga (3) syarat yang tadi. Kecuali kita boleh buat satu Suruhanjaya yang dianggotai oleh PBT tetapi akhirnya ia tidak boleh selesai dan juga tidak boleh diikuti kalau diambil tentang perpindahan pegawai-pegawai. Kalau pegawai Negeri Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, boleh, at any time, Gombak tukar Sepang, Gombak - Klang, PTD, at any time boleh hantar. Hantar Santubong ke Selangor, Selangor pergi ke .. mana-mana lah. Santubong sahaja yang saya sebut ni kenapa? Dan sebagainya.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu, bila kita memahami struktur dan dasar ini, secara tidak langsung kita akan dapat memahami ataupun kita akan dapat menimbang keputusan-keputusan kita dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk kita meneliti persoalan ini, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang.
Bacaan kali yang kedua (2). Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
Nanti dulu ya, tadi ada sikit kesilapan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Ya, silakan Setiausaha.
Bacaan kali yang kedua (2). Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
Silakan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini Fasal demi Fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 2
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 3
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 4
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 5
Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 6
Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 7
Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 8
Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Fasal 9
Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Fasal 10
Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Fasal 11
Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Fasal 12
Fasal 12 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui. Silakan.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah dibincangkan, dipersetujui kepada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula. Silakan.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Rang Undang-undang Majlis Bandar raya Subang Jaya 2020Bill
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor Pindaan 2020. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Majlis Bandar raya Subang Jaya 2020. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Bandar raya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Silakan, pihak Kerajaan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tujuan Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini adalah untuk membuat peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada Majlis Bandar raya Subang Jaya (MBSJ) yang berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2020. MPSJ ditubuhkan mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 sebelum diisytiharkan sebagai MPSJ, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling. Pada tarikh 2 Januari 1997, Majlis Daerah Petaling telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran dan dinamakan MPSJ melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 26. MPSJ diwartakan dengan keluasan tapak 16,180 hektar dan terbahagi kepada tujuh
(7) blok perancangan mengikut Perancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020. Iaitu, Blok Perancangan 1 - USJ Subang Jaya, Blok Perancangan 2 – Subang Hi-Tech, Blok Perancangan 3 – Putra Heights, Blok Perancangan 4 – Kinrara, Blok Perancangan 5 – Puchong, Blok Perancangan 6 – Bandar Putra Permai dan Blok Perancangan 7 – Seri Kembangan.
Merujuk draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035, guna tanah semasa yang terbesar adalah guna tanah kediaman meliputi kawasan seluas 276.86 hektar bersamaan 26.43% daripada keluasan keseluruhan MPSJ. Manakala guna tanah yang lain, berdasarkan draf Rancangan Tempatan di kawasan MPSJ adalah industri seluas 905.76 hektar bersamaan 5.6%. Perniagaan dan perkhidmatan seluas 1,285.81 hektar bersamaan 7.95%. Institusi dan kemudahan masyarakat seluas 1,875. 95 hektar bersamaan 11.59%. Greenfield dan badan air seluas 2,599.15 hektar bersamaan 16.06% dan kemudahan pengangkutan, infrastruktur dan utiliti seluas 4,982.23 hektar bersamaan 30.8%. Yang Berhormat Tuan Speaker, dari aspek kedudukan kewangan, hasil MPSJ telah menunjukkan suatu aliran peningkatan yang tinggi. Bagi tahun 2014 hingga 2018, jumlah pendapatan adalah sama atau melebihi perbelanjaan dan mampu mengimbang perbelanjaan dengan baik. Pendapatan MPSJ pada tahun 2019 adalah berjumlah RM292 juta. Walau bagaimanapun, musibah pandemik Covid-19 telah memberi kesan terhadap hasil pendapatan MPSJ di mana jumlah sasaran kutipan yang dianggarkan pada tahun 2020 berjumlah RM305 juta telah dikaji semula selaras dengan situasi ekonomi semasa. Jumlah sasaran yang terkini, adalah sebanyak RM256 juta, namun bagi lima (5) tahun yang akan datang, MPSJ mensasarkan jumlah peningkatan sebanyak RM350 juta hasil daripada penilaian semula dan penjualan aset Majlis. MPSJ telah diiktiraf di peringkat Kebangsaan sebagai sebuah agensi yang mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap. Pada tahun 2017, MPSJ telah memenangi Anugerah Index Accountability Negara dan mendapat lima (5) Bintang dengan markah yang tertinggi iaitu 94.72%. Seterusnya, MPSJ telah menerima Anugerah Kualiti peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang Pentadbiran, Inovasi dan Pengurusan Pentadbiran di mana Anugerah yang terkini adalah Anugerah 2020 UN-Habitat’s Scroll of Honour pada Majlis Hari Habitat Sedunia Tahun 2020. Anugerah-anugerah yang diterima adalah selaras dengan visi MPSJ untuk menjadi sebuah PBT terunggul bertaraf antarabangsa berstatuskan Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman Idaman pada tahun 2030.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Enakmen Majlis Bandar raya Subang Jaya 2020 yang dicadangkan oleh Rang Undang-undang ini bertujuan untuk menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Bandar raya kepada MPSJ. Rang Undang-undang ini membolehkan MPSJ ditukar gelarannya kepada MBSJ berkuat kuasa 20 Oktober 2020 mengikut Peruntukan-peruntukan di bawah Akta 171. Baik, bagi menaiktaraf MPSJ kepada MBSJ, tiada keperluan untuk meminda perundangan yang sedang diguna pakai. Ini adalah kerana, Seksyen 2 Akta 171 telah sedia memperuntukkan tafsiran Majlis Bandar raya, Datuk Bandar dan Ahli
Majlis. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengadakan Rang Undang-undang bagi membuat Peruntukan untuk memakai gelaran MPSJ kepada MBSJ. Oleh itu, Enakmen Majlis Bandar raya Subang Jaya 2020 ini dibuat dengan tujuan untuk mengekalkan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan, keistimewaan-keistimewaan pemegang jawatan sewaktu taraf Majlis Perbandaran dinaikkan kepada taraf Majlis Bandar raya termasuk penukaran gelaran iaitu rujukan Perbandaran ke Bandar raya. Selain itu, terdapat beberapa keperluan yang mesti disempurnakan bagi mengisytiharkan MPSJ ke MBSJ iaitu pemberitahuan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta 171 seperti berikut :
1. Bagi Seksyen 3 – Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan PBT
i. Mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam negeri itu menjadi suatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
ii. Memberi satu nama kepada kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu.
iii. Menentukan sempadan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu
iv. Menetapkan taraf Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu adalah taraf Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.
2. Bagi Seksyen 4 – Penukaran nama dan taraf pengubahan sempadan
i. Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan pihak PBT boleh melalui pemberitahuan dalam menukar mana-mana kawasan PBT
ii. Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan PBT melalui pemberitahuan dalam Warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT
iii. Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan raya boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengubah sempadan-sempadan mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Yang Berhormat Tuan Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan menandatangani Surat Cara Pengurniaan Taraf Bandar Raya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya berkuat kuasa 20 Oktober 2020. Titah Pengisytiharan sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya pula telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor melalui kenyataan media pada 20 Oktober 2020 Selasa, bersamaan 3 Rabiul Awal 1442H. Pemberitahuan Majlis Perbandaran Subang Jaya
sebagai Majlis Bandar raya Subang Jaya dalam Warta Kerajaan mengikut Seksyen 4 (2) Akta 171 telah diwartakan pada 22 Oktober 2020. Dengan ini, dibentangkan Rang Undang-undang bernama Enakmen Majlis Bandar raya Subang Jaya 2020 untuk bacaan kali kedua.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ya, telah disokong Rang Undang-undang ini, jadi saya buka kepada siapa yang minat. Kalau tidak. Baik, Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Kita berdepan dengan suatu isu yang besar dan ini, kita ada peluang berbicara dan kita berbicara lah. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan yang telah hadir untuk mengemukakan satu Rang Undang-undang dinamakan sebuah Majlis Perbandaran sebagai Majlis Bandar raya. Ini ialah satu pencapaian kerana kita mengingat bahawa apabila kita bercakap tentang Bandar raya, di Madinah, bandar, kota, ia berkaitan dengan tamadun. Settle nya manusia apabila daripada satu (1) masyarakat yang bergerak, nomadic, dia settle di satu tempat, tempatnya selesa, baik, Madinah namanya, Bandar raya yang ada tamadun. Tamadunnya itu adalah tamadun orang settle. Bukan orang yang tak settle. Kita, kita tidak berpeluang sepenuhnya membina sebuah Bandar raya, kecuali yang kemudian iaitu Putrajaya, Cyberjaya, kita pun tak sepenuhnya sebagai Bandar raya yang solid, tapi ia menggambarkan adanya ciri-ciri ke settle lan, dengan izin. Settle ini adalah bila manusia dah sampai tahap tinggi, keperibadiannya, akal budinya, fikirannya, rasa fikirnya dan sebagainya ya, dan dia mahu meletakkan nilai-nilai tinggi dalam semua perkara. Nilai tertinggi dalam Bandar raya ialah nilai tanah. Kalau kita bandingkan beberapa Kota di dunia, jangan cakap tentang Chicago, jangan cakap tentang New York, jangan cakap tentang London dan juga tentang Paris. Kita boleh cakap tentang Bandung, Bandar raya besar di Korea Utara dan Korea Selatan. Harga tanah di Kuala Lumpur jauh bawah berbanding dengan bandar, nilai hartanah di bandar-bandar besar di Indonesia bahkan ada yang di beberapa tempat di Australia. Jadi, ini satu, apa yang saya nak gambarkan ini adalah, Kuala Lumpur itu nilai tanahnya apabila Kuala Lumpur, Kampung Baru, kampung saya dibesarkan, Kampung Baru itu, nilainya tak jadi. Tak jadi taman, kalau kita pergi orang Melayu di Bandung, orang Jawa Bandung, Melayu Bandung kata nilai tanahnya sekian. Tapi, orang Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur tak boleh claim. Dia ada kekuatan kerana berlaku ketidak keselarasan dari segi kewargaan, isu tanah yang pecah belah yang telah diracik-racik dan tidak dinilai yang boleh dibanggakan. Jadi, ini satu perkara yang nak kita kena fikirkan kerana saya menggambarkan bahawa apabila kita bercakap tentang Kuala Lumpur, nilai tanahnya, hartanah sepatutnya sama tinggi dengan beberapa buah bandar besar di Indonesia. Tapi, tidak kesampaian. Kita ada peluang untuk memastikan itu berlaku, tapi kena imbangkan. Mungkin harga hartanah tinggi tapi akan membebankan
penduduk tempatan. Ini, kita kena cari balance ni. Bagaimanakah sebuah bandar besar itu, Paris, contohnya, ataupun Munich, Nuremberg, bandar-bandar begini sederhana tetapi historical value nya tinggi. Dan ini kita tengok benda yang agak cantik sekali ialah Estonia. Estonia ini negara Soviet Russia dulu, Western Europe tapi dia telah jadi negara yang merdeka, dia pergi kepada Smart State, projek Smart State, benda-benda yang dilakukannya semua online, dan ia jadi premiere member of The United Nation, dengan izin, dalam bab-bab yang berkaitan dengan perkara itu. Jadi, kita kena create niche. Bagaimana kita mahu harga hartanah baik di Subang Jaya, tidak membebankan penduduk tempatan, nilainya tinggi kerana ada added value yang baik. Jadi, saya ingat itu satu perkara yang ingin saya tekankan, tentang hartanah.
Kedua, tentang akal budi dan budaya. Kita, saya suka tengok macam Adelaide, Perth, bukan, Canberra dan Perth. Perth ni bila kita jalan dekat situ kita boleh rasa tau Pentadbirnya, Kerajaannya jujur, amanah. Memulangkan balik cukai tanah kepada rakyat. Kita tengok jalannya rata, tak ada curve yang tinggi-tinggi, dia punya angle tu kalau kalau naik kereta, khasnya yang macam saya ni, kereta beroda ni, kerusi roda ni jalan ni no harm pada orang yang naik, tak terasa terangkat punggung ni, smooth. Lepas tu, ia punya landscaping cantik. Saya pelik di Malaysia ni, kita landscaping kita hijau. Bunga kertas warna putih sedangkan Dubai, landscaping dia, Palm Arden tu kan, it’s colourful, bunga colourful. Siapa supply? Sebuah syarikat yang berada, beroperasi di Semenyih. Dia supply bunga-bunga di Dubai, panasnya dahsyat, memancar, tapi dia boleh hidup. Ada teknik dia. Jadi, kita tengok, saya ingat nanti saya nak bincang bila bawak benda ni nanti kerana Usul Pembangunan, saya nak cadangkan boleh tak PBT ambil kira benda ni? Jadi, itu satu. Jadi, saya nak gambarkan bahawa, dalam minda saya berkata, Subang Jaya ini sebagai satu bandar, Bandar raya baru, ia me reflect kan satu pandangan bahawa it’s a good governance. Dia pulang balik cukai rakyat. Tidak fikir nak collect cukai sahaja tapi ia fikirkan bagaimana cukai itu nak diterjemahkan kepada services. Itu dua (2) ya. Jadi, ketiga, saya mahu lihat bahawa Bandar raya ni merupakan tempat orang yang lemah, tempat hak dia. OKU dapat hak dia, orang perempuan dibela, kita edarkan penutup-penutup muka, macam ini. Kita nak benda itu satu perkara yang jelas difahami oleh masyarakat. Cities are place, dengan izin, where the weakers get their protection dan hak dia. Dan yang keempat yang ingin saya jelaskan di sini, adalah tentang culture nya juga kalau duduk di Singapore, priority dia adalah semua benda ada rekod. Pokok, landscaping dia bila, bulan berapa, dia ada manual. Satu pokok itu dia ada manual dia. Saya dah tengok dah manual dia, orang tunjuk, saya ada kawan di sana. Pokok ni, tiga (3) bulan nak potong, di sini ada dalam manual dia. Jadi, tak ada satu pokok yang tidak dimiliki oleh owner yang ada manual untuk trim dia, landscaping dengan baik. Setiap pokok di value dan tidak ada kenderaan-kenderaan yang boleh mengotorkan jalan dan dalam within half an hour, dia akan dipanggil, call. Ok, kita kata ‘oh, tak apa lah dia State’. Dia Island State. Tak apa, biar lah, kita Selangor. Kita boleh buat juga. Jadi, dengan itu, saya ingat ini satu perkara yang sangat penting. Kita mahu dia punya culture, satu culture yang loving culture. Culture yang ada tengok
taman, dalam bandar ada taman, dalam Bandar raya ada taman, taman yang baik, well connected. Di Singapore tu kalau kita pergi satu taman perumahan tu, kita pergi ada dia punya taman permainan, dia ada jogging track, lepas itu, you can sampai petang nak round satu Singapore, boleh. Itu kecantikan dia. Kemudian, bandar yang menggambarkan orang yang bertamadun ini adalah bandar yang culture nya ialah teater, hiburannya teater, teater yang berkualiti, yang memberi akal budi yang baik dan budaya ia lagi satu ialah berkaitan dengan seni-seni yang halus dan di Singapura dan seperti saya pergi di Munich, di Nuremberg, apa nama ni, tempat Hitler memerintah pada satu ketika dan ia menggambarkan kesenian. Hitler ini memang digambarkan sebagai orang buas, ganas tapi pada realitinya tak begitu. Itu konflik dia lah, itu peribadi dia yang konflik. Dia sayang lah kanak-kanak, dia tak makan daging, dia tak makan ayam, dia tak makan binatang. Tak makan daging, base food, kata dia, siapa yang makan daging ni, ganas. Itu yang dia makan, macam saya tak ganas.
Hentikan keganasan, jangan ganas ya, jangan ganas. Hormat wanita.
Ya, saya henti ya. Saya pun berhenti di sini. Terima kasih.
Ayat ganas dah habis, lain? Tak ada? Tak ada, saya minta pihak Kerajaan.
Terima kasih di atas ucapan tahniah daripada Yang Berhormat Hulu Kelang (ketawa). Ok, beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang memang merupakan satu perkara yang betul. Apabila sesebuah PBT dinaiktaraf ke Bandar raya, beberapa kriteria yang perlu PBT tersebut memenuhi adalah, salah satu adalah, berkenaan pembangunan yang mampan. Apabila kita sebut dengan pembangunan yang mampan, ia juga bermakna salah satu tumpuan yang harus diberi ialah untuk memastikan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah harus dijaga. Oleh itu, bagi nilai hartanah yang akan lebih tinggi, itu dah jelas, ia akan menjadi lebih tinggi kerana sesebuah PBT yang telah menjadi Bandar raya, ia berupaya untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa didiami dan juga berupaya menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan yang mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Jadi, ini bukan merangkumi untuk golongan M40 atau T20 sahaja tetapi juga termasuk bagi golongan yang perlu bantuan untuk menyediakan perumahan dengan harga yang lebih rendah. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Bacaan kali yang kedua (2). Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Bandar raya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Pencadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini Fasal demi Fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui...
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui... Kerajaan.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui, dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang semula. Eh belum, sabar, sabar. Alon, alon. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam menunjukkan 1.00 tengah hari. Dengan itu, saya menangguhkan Dewan hingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
( DEWAN DISAMBUNG SEMULA ) ( TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN )
Silakan pencadang.
Tuan Speaker. Saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker. Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020Bill
Bacaan Kali Ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Subang Jaya 2020. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Kuala Langat.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang Berhormat Sekalian. Tujuan Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini ialah untuk membuat peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.
MPKL mempunyai kawasan pentadbiran yang kini meliputi keseluruhan kawasan Daerah Kuala Langat dengan keluasan kira-kira 85,770 hektar.
Ianya merangkumi 7 mukim iaitu Mukim Tanjung Dua Belas, Mukim Telok Panglima Garang, Mukim Kelanang, Mukim Morib, Mukim Batu, Mukim Bandar dan Mukim Jugra termasuk kawasan 3 batu nautika dari tikas air surut.
MPKL disempadani oleh Daerah Klang dan Daerah Petaling di utara, Daerah Sepang di timur dan Selat Melaka di barat. MPKL bersempadan dengan pusat-pusat pembangunan utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA), Cyberjaya dan Pelabuhan barat di Pulau Indah, Klang.
Daerah Kuala Langat pula terletak di dalam konurbasi Kuala Lumpur – Lembah Klang – Seremban yang merupakan konurbasi pembangunan utama Negeri Selangor yang dikenal pasti sebahagian daripada Wilayah Lembah Klang 2. Unjuran penduduk juga telah meningkat pada tahun 2010 sebanyak 265,590 kepada 367,670 pada tahun 2020.
Pusat penempatan utama MPKL adalah di bandar Banting yang merupakan kawasan pusat pentadbiran, kawasan perniagaan dan pusat perkhidmatan utama daerah. Penempatan-penempatan lain adalah Telok Panglima Garang, Jenjarom, Sungai Manggis, Sijangkang dan Tanjong Sepat.
Terdapat juga pertumbuhan kawasan baru serta kemunculan bandar-bandar baru seperti Bandar Saujana Putera, Rimbayu, Eco Santuari, Tropicana Aman, Gamuda Kemuning, Gamuda Cove dan Bandar Mahkota.
Kuala Langat juga membangun dengan pertumbuhan hab pendidikan seperti Universiti Malaysian Allied Health Science Academy (MAHSA), Politeknik Banting, Matrikulasi Selangor, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara dan Kolej Komuniti Kuala Langat.
Kenaikan jumlah pegangan yang dikenakan cukai taksiran di MPKL daripada 52,890 pada tahun 2010 kepada 89,292 pada tahun 2020. Jangkaan pegangan akan terus meningkat kepada 130,000 pegangan menjelang tahun 2025.
Lonjakan yang tinggi dapat dilihat dalam bilangan transaksi bayaran mahupun terimaan yang mana jumlah bayaran pada tahun 2010 adalah sebanyak RM37.5 juta melonjak kepada RM90.3 juta pada tahun 2019. Jangkaan hasil akan terus melonjak kepada RM160 juta pada tahun 2020.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Rang Undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan MDKL ditukar gelarannya kepada MPKL berkuat kuasa mulai 1 Mac tahun 2020 mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Bagi menaik taraf MDKL kepada MPKL, tiada keperluan untuk meminda perundangan yang sedang diguna pakai. Ini adalah kerana Seksyen 2 Akta 171 telah sedia memperuntukkan tafsiran mengenai “Yang Dipertua” dan “Ahli Majlis”.
Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengadakan Rang Undang-undang bagi membuat peruntukan untuk memakai gelaran MDKL kepada MPKL.
Oleh itu, Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020 dibuat dengan tujuan untuk mengekalkan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan keistimewaan-keistimewaan pemegang jawatan sewaktu taraf Majlis Daerah di naik kepada taraf Majlis Perbandaran termasuk penukaran gelaran iaitu rujukan ‘daerah’ kepada ‘perbandaran’.
Selain itu, terdapat beberapa keperluan yang mesti disempurnakan bagi mengisytiharkan MDKL kepada MPKL iaitu pemberitahuan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta 171 seperti berikut:-
Bagi Seksyen 3 : Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan PBT :-
(i) mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam negeri itu menjadi satu kawasan PBT;
(ii) memberi suatu nama kepada kawasan PBT;
(iii) menentukan sempadan-sempadan bagi kawasan PBT; dan
(iv) menetapkan taraf PBT bagi kawasan PBT dan taraf itu adalah taraf Majlis perbandaran atau Majlis Daerah.
Bagi Seksyen 4 : Penukaran nama dan taraf dan pengubahan sempadan.
(i) Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan pihak PBT boleh melalui pemberitahu dalam warta menukar mana-mana kawasan PBT;
(ii) Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan PBT melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT; dan
(iii) Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan raya, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah sempadan-sempadan mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Pemberitahuan MDKL sebagai MPKL dalam Warta Kerajaan mengikut Seksyen 4(2) Akta 171 telah diwartakan pada 27 Februari 2020 dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2020.
Majlis menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena penaiktarafan MDKL kepada MPKL yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 September 2020 di Dewan Sri Jugra, Telok Datok.
Dengan ini, dibentangkan Rang Undang-undang bernama Enakmen Perbandaran Kuala Langat 2020 untuk bacaan kali kedua.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker. Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan sekiranya ada.
Sijangkang, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya bagi rakyat Daerah Kuala Langat khususnya bagi rakyat Majlis
Perbandaran Kuala Langat mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat yang dinaiktaraf dan dapat gelaran sebagai Majlis Daerah Kuala Langat daripada Majlis. Majlis Perbandaran Kuala Langat daripada Majlis Daerah Kuala Langat.
Ini menunjukkan suatu pencapaian yang sangat baik daripada sudut pengurusan terutamanya dan juga sudut pembangunan di Majlis Perbandaran Kuala Langat itu sendiri. Bagi pihak rakyat di Kuala Langat, kami cukup merasa bertuah tinggal di kawasan Perbandaran yang saya kira antara bandar, kawasan yang membangun daripada sudut perindustriannya juga Kuala Langat kawasan perindustrian Telok Panglima Garang adalah di antara kawasan perindustrian zon bebas yang awal di negara kita khususnya di Negeri Selangor.
Cuma apa yang kita harapkan adalah bagaimana perkhidmatan Majlis Perbandaran Kuala Langat hari ini harus dilihat oleh masyarakat terutamanya. Dengan pengurusan yang baik ya perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Kuala Langat tidak memberikan impak yang akan dilihat oleh rakyat seolah-olah daripada sudut integritinya, dari sudut perkhidmatannya, dari sudut penguatkuasaannya di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Langat ini dipertikaikan oleh rakyat di kawasan ini.
Sudah tentulah Kuala Langat sebagai Klang Valley 2 ataupun kawasan Klang Valley yang rancak membangun dengan perindustriannya dan kawasan-kawasan perindustrian yang tumbuh begitu banyak dan juga kawasan perumahan kalau tadi disebutkan pegangan kawasan cukai taksiran yang meningkat daripada 50, 1,000 lebih kepada 80,000 lebih begitu juga pendapatan daripada 37 juta meningkat sehingga 90 juta dan sudah tentulah melayakkan Majlis Daerah Kuala Langat mendapat gelaran atau dinaiktarafkan sebagai Majlis Perbandaran.
Cuma seperti mana yang saya sebutkan mungkin di dalam perbahasan saya tempoh hari pun saya ada menyentuh soal bagaimana kita lihat seolah-olah penguatkuasaan dalam sudut pembangunan pembuangan yang berlaku apa bila saya menyebutkan soal pembangunan industri kilang kitar semula yang saya lihat mungkin belum dijawab oleh Kerajaan Negeri ataupun terlepas pandang dan ini menjadi pertikaian-pertikaian. Hatta di dalam beberapa bulan ataupun tahun yang lalu juga isu berkaitan sampah haram kitar semula plastik ya juga menjadi isu yang besar. Harapan kita, ini tidak akan menjadi isu lagi. Begitu juga kalau nak saya sebutkan bagaimana kita rasa seronok, kita rasa berbangga apabila Majlis Daerah Kuala Langat tempoh hari mencadangkan untuk membangunkan satu bangunan yang baru yang kemudian seolah-olah diliputi dengan pelbagai masalah yang hari ni pun kita tak tahu sama ada bangunan itu akan dinaikkan ataupun tidak dan ini juga menjadi cerita di peringkat rakyat. Kalau ini sebagai satu kuasa di mana peringkat PBT ya yang akan dipertontonkan kepada rakyat kalau ada kelemahannya ia akan menjadi bualan. Apa tah lagi akan kita memantau dengan projek-projek pembangunan yang ada di
kawasan kita. Mungkin ya pihak EXCO boleh menyentuh sedikit apakah perkembangan-perkembangan yang berlaku pada hari ini.
Jadi begitu juga soal penguatkuasaan yang saya secara tidak langsungnya pun saya menyentuh soal perkara ini dan saya mengharapkan dengan inisiatif daripada semua peringkat ianya akan menjadi suatu penyelesaian yang baik selepas ini. Di peringkat remaja..... Kuala Langat sebenarnya ataupun Daerah Kuala Langat ini ya antara perkara isu yang juga sentiasa menjadi bualan adalah berkaitan dengan pembuangan sampah haram ataupun sampah domestik di kawasan-kawasan desa yang kita lihat pelbagai kaedah untuk menyelesaikannya sama ada tukar tempat ataupun longgokan itu sepatutnya hanya sampah-sampah domestik tetapi menjadi longgokan pelbagai jenis sampah-sampah buangan dan ini menjadi satu yang tak baik dan akhirnya kadang-kadang ada tempat pembuangan sampah ini yang menjadi tempat pembakaran ataupun sampah-sampah itu dibakar begitu sahaja dan saya mengharapkan kalau ini juga perlu inisiatif daripada Kerajaan Negeri saya lihat sebab dalam perbincangan kita dengan pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat ada unsur-unsur ketidakcukupan peruntukan contohnya yang harus juga menjadi mungkin asbab. Sampah ini tidak dapat dikutip dengan penjadualan yang baik.
Jadi apa pun saya ucapkan terima kasih, tahniah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat dan kita mengharapkan penjawat-penjawat di peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat akan mengambil satu inisiatif ini sebagai satu lonjakan untuk perkhidmatan yang lebih baik selepas ini. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menyentuh tentang Kuala Langat ini kerana ia merupakan tempat yang nostalgia bagi saya. Saya besar di rumah saudara saya di sana, Labohan Dagang dekat ya tapi Kampung Kelambu kan, Kampung Kelambu? Sungai Kelambu, Kuala Langat ya dan saya diminta bertanding dalam pilihan raya tahun 1999 di Hulu Langat melawan Menteri Pendidikan, tak menang lah. Timbalan Menteri Pendidikan dan kemudian saya diminta untuk menjayakan program consultancy sebuah syarikat besar Jepun, Toshiba dekat Telok Panglima Garang dan itu saya punya kerjaya yang paling antara kerjaya saya yang paling cemerlang di dalam consultancy, management consultancy telah diambil oleh syarikat Jepun sebagai consultant. Selama setahun setengah jadi training consultant.
Apa pun yang penting bagi saya, saya melihat apabila cerita ni Kuala Langat nak dijadikan sebagai Perbandaran saya merasakan bahawa suasana ke kampungan itu terlalu dominan. Suasana ke kampungan itu terlalu dominan tapi kampung itu lah menggambarkan kekayaan. Orang sana tak malu mengatakan duitnya tak ada, tapi bergantung dengan pokok, duit orang kampung bergantung dengan pokok, kelapa la, manga, semua kat situ. Jadi saya melihat apa benda yang …
Sayur, bergantung pada pokok, sayur tak ada …
Tak faham. Ok, jadi apa yang saya lihat kekayaan mereka itu perlu kita nilaikan, macam mana orang-orang kampung. Orang kampung ini hartanya tak Nampak, dia tak ramai yang buka akaun, tapi saya tahu ada yang betul-betul simpan bawah bantal, bawah katil pun ada. Bapa saya pun masa, pernah jadi orang kaya bapa saya dulu, duitnya letak dekat amben, amben tut ahu, dekat lantai tu dia tinggi satu kaki, duit curahkan je dalam tu. Masa tu dia buka kantin, meniaga kat kantin. Orang jawa ini, dia tak kisah duit, dia suka memberi, dia tahu beri banyak dapat banyak. Ini satu cabaran, saya rasa macam mana kita nak menilai harga tanah untuk bagi pejabat daerah tanah Gombak, Pejabat Tanah Kuala Langat ini dan bagi Majlis Perbandarannya adalah bagaimana cukai-cukai itu nak di translate kan dalam nilai sebenar. Itu satu cabaran, ruangnya besar-besar, “gedeh-gedeh”, tanahnya luas, mereka tak biasa bayar cukai yang tinggi, ini satu cabaran besar, bagaimana kita dapat, nak nilaikan kekayaan dia.
Penting kita nilaikan kekayaan-kekayaan, dia ada satu hari nanti dia akan gunakan value diri dia, harta benda, tanah dia, tanah kebun dia semua untuk dicagarkan untuk meningkat kualiti hartanah dan kualiti kekayaan sebenarnya. Kualiti kekayaan, saya guna istilah kualiti kekayaan. Kekayaan ini memang macam macam awal, kalau kita ada bijak leverage kan kekayaan kita itu akan menjadi satu kekayaan yang baik. Jadi saya melihat Kuala Langat ini, coast line nya luas kawasan yang suburnya banyak tapi people take overrented, tak macam Sekinchan.
Sekinchan ini, Sekinchan apa dia buat, Sekinchan, Sekinchan tanah subur, tapi saya tengok orang Kuala Langat ini, tu kalau tengok dia punya jalan tu, tepi jalan tu, parit besar, banding dengan dekat Sepang, parit-parit yang mengikuti jalan untuk irrigation itu kecil. Sekarang ini kita kena kaji, saya ingat memang orang jawa yang dah pindah ke, jawa Kuala Langat itu lain, spesis lain, cangkulnya besar, tiangnya besar. Orang dulu kalau datang, dia datang dua orang, dia clear kan tanah, dia bubuh parit, dia bubuh tiang, orang tak usik, dia balik kejap, nanti dia balik, seterus-seterusnya dia bawa, begitu orang jawa memajukan Kuala Langat. Tapi di Kajang, Hulu Langat ini, semuanya jawa-jawa yang jenis dia buat sungai tu, dia punya parit kecil.-kecil.
Ini juga mengambarkan potensi, mungkin Kawasan jawa pertama di Selangor yang menjadi Perbandaran. Saya pun jawa, jadi saya ingin membawa satu cerita, pada satu hari cerita ini mengambarkan macam mana orang jawa ini dia buat kerja, dia buat kerja dengan sungguh-sungguh. Duitnya banyak, makannya sikit, tapi dia payah nak sakit. Orang jawa ini sakit sebab apa, nyamuk gigit pun nyamuk tak tahan, darahnya pekat, pahit, sebab dia makan apa tu yang herba. Jadi disini saya ingin menjelaskan bahawa apa yang kita nak nyatakan status ini, bahawa nilai cabaran terbesar kita untuk menterjemahkan nilai kekayaan hartanah kawasan-kawasan, potensi pertumbuhan yang baik dari segi tanah yang subur, benih-benih.
Dulu masa saya kecik, kalau saya pergi Kuala Langat, ke Dengkil, banyaknya adalah pokok koko, pokok kopi, pokok koko, ada gambir, masa kecil, ada gambir sikit. Jadi, dulu getah, koko, kopi, koko, gambir adalah tiga sumber utama di kawasan-kawasan ini. Now, kita dapati bahawa gambir dah tak ada, kenapa dia tidak ada, dia suka kapatalisme punya konsep, disebabkan kapatalisme tak mahu, kapatalisme tak mahu gambir, priority dia bagi competition pada Indonesia jadi dia utamakan getah, terpisah daripada kopi. Kesudahannya kenapa ternakan tidak begitu menjadi, itu pun satu cabaran yang kita kena lihat, kita nak konsep Perbandaran, tapi macam mana, kalau kita pergi England, kita pergi New Zealand, pergi negara-negara barat ini, kita tengok, apa yang cantiknya adalah dia blend together, similar, tidak ada sempadan diantara culture dan Perbandaran.
You go there, dia turun helicopter dia ke, dia naik kapal terbang dia ke, turun dia ada highway, dia ada pergi ke bandar, jadi satu suasana yang cantik. Kalau kitab oleh adakan Kuala Langat ini satu konsep Perbandaran yang blend together dengan izin, antara Perbandaran, kampung, desa dan modernisation, cantik. Jadi kita akan model satu, tadi yang macam sebagainya itu yang saya telah gambarkan, yang ini satu impian saja la, kalau kita satu hari nanti kita akan pertanding di Kuala Langat. Terima kasih.
Terima kasih.
Iya, Banting.
Terima kasih Tuan Speaker, Banting cuba ingin mengambil bahagian dalam membahas Rang Undang-undang ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Majlis Perbandaran Kuala Langat sama ada dibawah pimpinan yang YDP sekarang ataupu YDP yang lepas iaitu Encik Mohd Zain yang sekarang merupakan Pegawai Daerah Sepang. Begitu juga dengan usaha daripada YDP mantan-mantan YDP yang terdahulu, saya difahamkan bahawa usaha untuk naiktaraf Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran merupakan satu perjalanan yang cukup lama bagi warga Kuala Langat kerana ianya bermula seawal tahun 2008, dimana waktu itu Pakatan Rakyat mengambil tujuh pimpinan tampung Kerajaan Selangor.
Sebenarnya Kuala Langat sangat penting bagi semua, bukan sahaja Hulu Kelang dahulu pernah bertanding di Parlimen Kuala Langat, saya kira keluarga mertua pak mertua Yang Berhormat Tuan Speaker juga berasal dari situ.
Ya ya.
Ramai orang berasal dari situ dan sebelum Kuala Langat, sebelum, sebelum Sepang, dipisah, dikeluarkan sebagai satu daerah, saya rasa sebahagian Sepang pun asalnya Kuala Langat juga. Jadi sebenarnya
adalah satu kawasan cukup besar. Dengan adanya penaik, naiktaraf ini, maka saya kira bukan saja taraf kita akan bertambah, tapi layanan dan juga kebajikan penjawat awam yang berkhidmat di daerah Kuala Langat ini juga akan bertambah kerana bayaran dari segi cost of living, allowance ataupun cola dan sebagainya juga akan bertambah. Bukan sahaja pegawai PBT dan juga Pejabat Tanah akan mengalami, merasakan menikmati kebaikan ini, tapi malahan pegawai Kerajaan Persekutuan juga akan mengalami, menikmati kenaikan allowance ini termasuklah sekolah dia, guru besar dia, pegawai pendidikan, polis, hospital dan sebagainya.
Jadi saya disini sangat menyeru supaya Kerajaan Persekutuan dan Negeri terus menerus memberi sokongan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk membangunkan perbandaran ini sebagai sebuah perbandaran yang bertaraf antarabangsa ataupun sekurang-kurangnya bersifat livable. Antara isu yang saya rasa perlu diberi perhatian selepas kita naiktaraf adalah dalam aspek pengurusan sisa. Saya pernah mencadangkan kepada Yang Berhormat EXCO sebelum ini iaitu sekiranya kita ada keinginan untuk menguruskan masalah sampah di Selangor ataupun di Kuala Langat, kita boleh bermula dengan membekalkan tong sampah yang percuma kepada meraka supaya isu sampah haram ini tidak akan diatasi iaitu bila kita naiktaraf dari daerah ke perbandaran, sudah tentu akan ada kenaikan dari segi cukai taksiran.
Dari situ kita boleh memberi sedikit pulangan kepada pembayar cukai bahawa sekarang ini kita sudah jadi perbandaran, warga bandar, jadi kita perlulah juga memberi tanggungjawab untuk menjaga keindahan dan juga kebersihan alam sekitar. Ini sejajar dengan keinginan kita untuk menjadikan perbandaran ini sebuah livable city. Kemudian dari segi prestasi apa yang saya kata itu bukan sahaja menghad, dihadkan kepada pegawai sahaja, malahan wakil rakyat dia, ahli majlis dia juga perlu mengubah minda mereka, iaitu mereka sekarang ini perlulah mengalas tanggungjawab dan tugas yang lebih berat daripada dahulu.
Saya selalu menggunakan slogan iaitu ‘membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’, iaitu apa yang biasa pada masa dahulu mungkin sekarang tidak terpakai lagi, kita perlu betulkan, dan apa yang telah kita betulkan pula, kita perlu membiasakannya, supaya ia menjadi norma baharu iaitu dari situ kita akan dapat mempertingkatkan budaya dan cara kita bekerja. Jadi saya mengharapkan ahli majlis dan juga pegawai perlulah sama-sama menjalankan tugas ini dengan satu norma baharu membudayakan betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
Ini termasuk kursusnya Tuan Speaker, banyak ramai ahli majlis ataupun pegawai di Kuala Langat sama seperti di PBT yang lain, mereka telahpun mencurahkan khidmat bakti mereka sekian lama. Jadi perlunya, banyak kita perlu memberi banyak suntikan moral dan juga bakat baru untuk menjadikan perbandaran ini sebuah perbandaran yang bermutu. Tadi ada disebut tentang bangunan baru, kita merupakan satu mercu tanda yang sangat penting bagi kita, saya berdoa bahawa keputusan akan dibuat
dengan cepat supaya kita dapat menyiapkan bangunan baru ini pada masa yang paling cepat. Dalam sidang perbelanjaan ataupun perbahasan ini kita telah pun meluluskan bajet, kita banyak memberi pergerakan konsep digitalisasi, tapi sebenarnya banyak salah satu cara yang kita boleh laksanakan ialah untuk memastikan, kalau tidak boleh 100%, sekurang-kurangnya 90 ataupun 80% daripada transaksi yang melibatkan PBT semestinya di MPKL ini dilakukan melalui online, melalui internet, iaitu dari segi permohonan, dari segi pemprosesan, dari segi pembayaran dan sebagainya, semua boleh dilakukan dalam dunia maya. Sekarang ini banyak transaksi PBT masih perlu dijalankan secara melalui kaunter, sekiranya kita melaksanakan perintah-perintah seperti CMCO ataupun PKPB ini, maka transaksi ini akan terjejas.
Baru saja saya terima aduan daripada seorang pengusaha, saya tak pasti sama ada di tempat lain atau tidak, iaitu pengusaha seperti tadika, taska dan juga pusat tuisyen, mereka perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang ke OAC, saya tak pasti sama ini berlaku di tempat yang lain, tapi bagi mereka yang belum membuat serahan di kaunter, apatah lagi dalam tempoh PKPB ini, maka sekiranya mereka, permohonan mereka ini diproses secara dengan lewat, maka mereka mungkin akan mengalami kerugian dan sebagainya. Jadi saya rasa kita sebagai PBT bolehlah melakukan banyak untuk memudahkan, mengurangkan beban mereka.
Tentang, kita berasa syukur, untuk makluman Hulu Kelang sebenarnya apa yang kita nak ingin di Perth dan Melbourne dan sebagainya, dikawasan Kuala Langat sebenarnya pun ada juga contohnya township seperti Rimbayu, Tropica Aman, Tropicana Aman, Gamuda Cove dan semua cukup cantik. Jadi saya rasa kita oleh berada disitu untuk melihat sendiri keindahan Kuala Langat, tapi memang itu adalah tempat baru kawasan baru township yang baru, yang membiayai potensi yang besar untuk dibangunkan. Jadi kita memerlukan satu ubah, satu anjakan paradigma. Ada orang ingat kadang kala pembangunan kita ke arah sebuah bandaraya yang livable ini akan ada konotasi-konotasi negative yang masih tertinggal disitu dan saya rasa kita perlu melihat kembali sama ada kita perlu membuangkan konotasi-konotasi negative seperti ini.
Contohnya bagi saya, baru-baru ini ada permohonan untuk membina panggung, pawagam ataupun teater ataupun opera, jadi permohonan itu akan melibatkan perbincangan yang cukup panjang lebar sedangkan adalah satu permohonan yang biasa sahaja, tapi mungkin ada konotasi negative disitu dan saya rasa ini tidak begitu diperlukan, kita boleh melihatnya dengan mata yang terbuka, tadi dalam perbahasan kita juga ada menyebut tentang teater dan opera dan pentas menunjukkan seni dan sebagai nya dikawasan ditempat-tempat lain dan saya rasa itulah apa yang kita hendak lakukan untuk menjadikan bandaraya ini sebuah bandaraya, perbandaran ini sebuah perbandaran terbuka yang esklusif dan juga livebel. Jadi itulah harapan saya kepada rakan-rakan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Saya mengucapkan tahniah Yang Berhormat, Yang Berbahagi Dato’ Amirul kerana telahpun dilantik menjadi YDP, saya juga mengucapkan tahniah kepada semua warga yang pernah mencurahkan bakti dan tenaga kepada pembangunan Kuala Langat ini. Sekarang kita telah pun mencapai Majlis Perbandaran, saya berharap Majlis Perbandaran Kuala Langat akan menjadi sebuah perbandaran yang bertaraf nombor satu di seluruh Selangor, barangkali sekarang ini kita adalah yang ke bawah, kita adalah adik baru, mungkin kita boleh memintas Majlis Perbandaran Klang ataupun Majlis Perbandaran Sepang, saya tak tahulah, mungkin lah, itu harapan saya, itulah.
Ya, terima kasih Banting, semangat berkoba-kobar, azam Kuala Langat. Silakan Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020. Pertama sekali Pelabuhan Klang ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah Berjaya menaikkan taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada Majlis Perbandaran Klang atau Majlis Perbandaran Sepang. Saya tak tau lah. Mungkinlah. Itu harapan saya.
Ya, terima kasih Banting. Semangat berkobar-kobar. Azam Kuala Langat. Silakan Pelabuhan Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020. Pertama sekali, Pelabuhan Kelang ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah berjaya menaikkan taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat dan juga ucapan tahniah patut kita berikan kepada semua warga Majlis Perbandaran Kuala Langat atas kejayaan ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita bukan hanya mahu menukar nama Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran tetapi juga Majlis Perbandaran itu perlulah dipertingkatkan perkhidmatannya. Dipertingkatkan imejnya. Dan tentu, apabila penaikkan taraf ini daripada Daerah kepada Perbandaran sudah ada perancangan-perancangan pembangunan ataupun penyelenggaraan ataupun perkhidmatan yang akan diberikan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat kepada masyarakat yang tinggal di Kuala Langat. Saya cuma ingin menyentuh satu perkara tentang isu yang lama, yang tidak dapat diselesaikan, sekian lama di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Langat itu. Sempadan di antara Majlis Perbandaran Klang dan juga Majlis Perbandaran Kuala Langat. Apa isunya. Isunya ialah isu pembakaran terbuka yang tidak selesai-selesai sehingga sekarang. Iaitu di satukawasan yang betul-betul bersebelahan kawasan DUN Sungai Kandis, iaitu Johan Setia dan juga kawasan yang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat. Banyak kali kejadian
pembakaran terbuka ini berlaku sama ada ia dibuat secara sengaja ataupun tidak sengaja. Kita tidak pasti. Tetapi ia akan terus berlaku setiap tahun. Dan kawasan tersebut merupakan kawasan pertanian, seperti yang kita semua sedia maklum, Kuala Langat ini memang terkenal dengan kawasan pertanian. Tetapi kaedah pertanian tersebut adalah dengan membakar tanah-tanah gambut yang ada di kawasan Kuala Langat ini. Dan ia terletak bersebelahan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, supaya mengambil langkah yang pro aktif untuk mengatasi masalah ini pada masa hadapan. Sudah tentu rakyat berharapkan ada satu tindakan yang lebih efektif selepas ini, kerana status Perbandaran itu, masyarakat sudah tentulah ada harapan yang tinggi. Dan saya harap Majlis Perbandaran Kuala Langat bolehlah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang. Bekerjasama dengan Pejabat Tanah Daerah Klang dan juga Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat untuk mengatasi masalah ini dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terbakar ini. Adakah petani-petani ini mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Dan kalau boleh perkenalkan kaedah baru iaitu tidak membakar tanah-tanah tersebut dan mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada Yang Berhormat Pandan, bagaimana untuk melaksanakan pertanian di kawasan-kawasan tanah gambut.
Kita kalau nak pergi ke Banting itu, melalui jalan Banting ini, kita akan tengok peniaga-peniaga sayur-sayuran di tepi-tepi jalan, di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat. Dan hasil sayuran itu ditanam di kawasan-kawasan tanah gambut yang ada di kawasan Kuala Langat. Jadi Pelabuhan Klang mengharapkan, pembakaran ini dapat dihentikan. Kerana kesan pembakaran ini, asapnya akan datang ke kawasan Klang, akan datang ke kawasan DUN Pelabuhan Klang. Dan kita semua sedia maklum, indeks pencemaran udara di kawasan Pelabuhan Klang ini, sangat-sangat tinggi. Dengan asap kapalnya, dengan asap kilangnya, dengan asap kenderaannya. Dan pelbagai jenis asap. Kemudian ditambah pula dengan asap pembakaran terbuka. Bukan hanya kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang, tetapi juga sumbangan pencemaran asap daripada kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat. Jadi Pelabuhan Klang sangat-sangat berharap, Majlis Perbandaran Kuala Langat, jadikan ini sebagai objektif utama untuk diselesaikan, selepas bergelar Majlis Perbandaran Kuala Langat. Jadi Pelabuhan Klang menyokong Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020.
Terima kasih Pelabuhan yang penuh dengan asapnya. (KETAWA). Yang lain tak ada. Saya minta pihak Kerajaan bagi asap sikit.
Terima kasih Tuan Speaker. Dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Banting, dan juga Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang penuh dengan asap, telah mengambil bahagian dalam menyokong pembentangan ini. Dan sudah tentunya, saya yakin dengan penaiktaraf, kenaikan status PBT dari Daerah kepada Perbandaran,
semua warga MPKL akan lebih bersemangat. Dan saya yakin mereka akan memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan kenaikan taraf ini. Dan, sebagai apa yang telah saya sebut tadi pemegang jumlah, jumlah pemegang akan bertambah. Dan peningkatan hasil sudah tentunya dengan penambahan pemegang. Dan ia membolehkan PBT memberikan perkhidmatan berstatus perbandaran. Itu adalah sangat penting. Dan PBT juga boleh menerokai pelbagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna. Tadi Yang Berhormat Sijangkang juga ada sentuh tentang kilang kitar semula, yang telah pernah Yang Berhormat Sijangkang bangkitkan semasa perbahasan. Mungkin saya terpandang, tersilap pandang tak jawab pada hari itu. Sebenarnya berdasarkan kelulusan Kebenaran Merancang yang bertarikh 4 Julai tahun 2019, telah menyediakan Zon Penampan yang mencukupi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dan berkaitan pertikaian binaan di atas Zon Penampan oleh pihak, di Zon Penampan, pihak MPKL akan melantik Juruukur Berlesen membuat ukuran di tapak untuk menyelesaikan pertikaian ini. Berkenaan Zon Penampan.
Merujuk kepada isu pembuangan Effluence, boleh disimpulkan, bahawa kawasan pembetungan telah diambil tindakan penyelesaian oleh pihak JAS, seperti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air pada 20 Oktober 2020. MPKL juga telah mengadakan program Sungai Angkat bersama pihak pengilang dan IPT iaitu UiTM dan UPM. Program yang dibuat, seperti ujian persampelan air, membina perangkap sampah, membuat kajian lapangan kawasan sekitar. Oleh sebab penularan COVID-19, program tersebut terpaksa dipinda pada satu tarikh yang sesuai. Dan berkenaan bangunan MPKL yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Sijangkang, dan juga Yang Berhormat Banting. MPKL sekarang dalam proses untuk perbincangan dengan konsultan untuk mencari satu kaedah yang lebih selamat dan lebih sesuai untuk mengatasi beberapa isu teknikal yang mereka hadapi. Dan saya yakin dengan nasihat daripada konsultan, bangunan ini dapat disiapkan dalam masa yang terdekat. Ada kemungkinan reka bentuk itu harus diubahsuai sedikit untuk mengatasi isu teknikal. Yang itu kita tunggu laporan dan cadangan daripada konsultan.
Berkenaan sampah, sampah juga disentuh oleh Yang Berhormat Sijangkang dan Yang Berhormat Banting. Sebenarnya saya kurang setuju, kalau seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Banting. Sekiranya ada tong sampah, masalah sampah haram itu akan selesai. Yang itu saya nampak tiada berkaitan secara langsung. Tidak semestinya ada tong sampah, sampah itu akan dibuang terus dalam tong sampah. Kita dah banyak kali nampak, walaupun ada satu leech bin atau tong Roro disediakan di sesuatu tempat, tapi sampah itu tidak masuk ke dalam tong sampah. Sampah itu masih merata tempat. Oleh itu kesedaran itu adalah sangat penting. Kita perlu meningkatkan kesedaran orang ramai. Orang ramai, bagaimana kita boleh mengendali sampah dengan cara yang betul dan cara yang baik. Salah satu, kaedah untuk menangani sampah haram yang dibuang di merata tempat, khususnya sisa industri. Saya telah jawab semasa penggulungan saya. Adalah
Kerajaan Negeri masih dalam proses untuk membuat kajian bersama KDEB Waste Management, untuk mewajibkan semua industri di negeri Selangor menggunakan sebuah syarikat sahaja, iaitu KDEB Waste Management untuk menguruskan sampah sisa industri. Yang itu masih dalam kajian.
Berkenaan dengan KM, Kebenaran Merancang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting. Sebenarnya semua permohonan yang memerlukan kebenaran merancang harus menghantar permohonan KM melalui online, OSC 3.0. OSC 3.0 memerlukan arkitek ataupun town planner, untuk mengemukakan permohonan melalui OSC 3.0 Online. Jadi orang awam harus melantik arkitek ataupun town planner untuk buat pengurusan tersebut. Yang Berhormat Pelabuhan Klang, asap. Bagaimana kita nak matikan asap di kawasan Johan Setia. Sebenarnya, ini, Johan Setia, sebenarnya, Yang Berhormat Pandan Indah ada, dan juga Yang Berhormat Kajang, adalah lebih sesuai untuk jawab soalan ini. Saya dimaklumkan, Jabatan Perhutanan dan JMG telah membina beberapa buah tube well ataupun telaga tube di kawasan tersebut untuk kegunaan semasa kebakaran. Jadi, MPKL bersama MPK dan juga agensi-agensi lain harus bekerjasama untuk menangani isu asap yang berlaku setiap tahun di kawasan sempadan MPK dan juga MPKL. Sekian terima kasih.
Pihak kerajaan dengan semua asap dan sekalinya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Kuala Langat.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini Fasal demi Fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Ya, Hulu Kelang.
Pengerusi, ringkas sahaja, fasal berkenaan tarikh untuk dikuatkuasakan 1 Mac. Saya tak tau apa sebabnya, tapi kalau kita unjurkan ke depan, benda itu adalah satu tempoh yang akan menjadi perkara yang point positif dan negatif kepada usaha. Bila kita nak lancarkan, ada pelancaran, pelancaran itu mungkin ada dia punya tujuan tertentu untuk mempromosikan. Tapi kalau mode dia tak betul, tak jadi. Mode pada masa itu, diunjurkan kalendar dunia, saya tengok, adalah akan diisytiharkan hasil daripada pencarian dan manufacturing of vaccine COVID. Bulan itu dah panas, jadi kalau dunia tak bercakap tentang, fasal COVID punya vaksin, Malaysia cakap fasal COVID punya vaksin, kita nak rasmikan satu tarikh pun, mungkin tak berapa sesuailah. Itu pandangan saya saja. Mohon dipertimbangkan
Pihak Kerajaan apa nak balas tentang mode dan semangat jawanya, tentang tarikh. Semangat jawa dengan tarikhnya. Tidak sesuai katanya.
Sebenarnya ia telah berkuat kuasa pada bulan Mac. Dan sekarang kita membentangkan Usul ini ke dalam Dewan yang mulia ini untuk menukar beberapa Fasal dan juga meluluskan secara sah di Dewan yang mulia ini. Jadi tadi soalan dari Yang Berhormat Hulu Kelang itu, dan juga kita perlu dapat...
Saya ingat, kita akan ada buat proses ini untuk mengangkat dia pada 1 Mac 2021. Tak ada. Settle dah. Tak ada pelancaran?
Settle. Ini hanya untuk meluluskan Rang Undang-undang ini untuk menukar gelaran daripada Daerah kepada Perbandaran.
Baik, Hulu Kelang terlebih semangat. Baik.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata, YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata, YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata, YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui. Silakan.
Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada dewan sekarang.
Tuan Pengerusi saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020. Usul No.16 Tahun 2020. Usul Peruntukan Pembangunan 2021.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam dewan yang mulia ini yang berbunyi :-
“Bahawa menurut Seksyen 9, subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak Satu Bilion, Satu Ratus Tiga Juta Ringgit (RM1,103,000,000.00) yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama, seperti mana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan.”
JADUAL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2021 Maksud Tajuk Amaun (RM) P.01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri 738,795,350.00 P.04 Perbendaharaan Negeri Selangor 280,000.00 P.08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor 14,000,000.00 P.10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 5,225,000.00 P.12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 170,000,000.00 P.13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 78,000,160.00 P.14 Jabatan Agama Islam Selangor 89,989,490.00 P.16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor 1,710,000.00 P.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 5,000,000.00 Jumlah 1,103,000,000.00
Yang Berhormat sekalian, RM6,558,796,060.00 (Ringgit Malaysia Enam Bilion Lima Ratus Lima Puluh Lapan Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu Enam Puluh Ringgit) telah diperuntukkan bagi siling Rancangan Malaysia Ke Dua Belas Negeri Selangor (RMKe-12) untuk tahun 2021 sehingga 2025. Jumlah tersebut adalah termasuk RM1,103,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Bilion Satu Ratus Tiga Juta) bagi membiayai projek-projek pembangunan negeri Selangor bagi tahun 2021. Jumlah peruntukan mengikut Kepala adalah seperti berikut :-
P.01 – Pejabat Menteri Besar Negeri Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Yang saya umumkan tadi sebanyak RM738,795,350.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Tiga Puluh Lapan Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu dan Tiga Ratus Lima Puluh).
Sejumlah RM44,000,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Empat Juta) telah diperuntukkan kepada Pecahan Kepala 1 atau P.K 1 – Ekonomi. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menampung perbelanjaan penyelidikan pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan serta inisiatif Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).
Bagi P.K 2 – Luar Bandar, peruntukan sebanyak RM29,350,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sembilan Juta Ratus Lima Puluh Ribu) disediakan bertujuan membiayai program pembangunan ekonomi nelayan, petani dan penternak, program pemberdayaan dan pembangunan sosio ekonomi, pembangunan ekonomi kampung tradisi, program pembangunan desa, kemudahan awam/asas desa, naik taraf/baik pulih jalan luar bandar serta pembangunan kampung baru.
Bagi P.K 3 – Usahawan, peruntukan sebanyak RM6,080,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Juta Lapan Puluh Ribu) disediakan untuk dana usahawan mikro Selangor, promosi usahawan, latihan usahawan dan juga program-program peningkatan pembungkusan produk.
Manakala bagi P.K 4 – Sosial, sebanyak RM87,250,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Lima Puluh Ribu) disediakan untuk tujuan perkhidmatan masyarakat, pembangunan hal ehwal Orang Asli, program pembangunan modal insan, program pembangunan sosial, hal ehwal pengguna, program kebudayaan, hal ehwal selain Islam dan program pembangunan minda rakyat.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Untuk P.K. 5 – Pendidikan, sebanyak RM75,500,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lima Juta Lima Ratus Ribu) disediakan untuk tujuan program pendidikan serta pendidikan tinggi, projek bantuan sekolah, program kemahiran teknikal dan pembangunan masyarakat India.
P.K 6 – Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, sebanyak RM126,500,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Enam Juta Lima Ratus Ribu) disediakan untuk menampung perbelanjaan program pemberdayaan wanita dan keluarga, program-program kebajikan serta pembangunan kesihatan.
P.K 7 – Generasi Muda dan Sukan, sebanyak RM24,941,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Juta Sembilan Ratus Empat Puluh Satu Ribu) disediakan untuk program pembangunan generasi muda, menaik taraf infrastruktur sukan, program pembangunan sukan dan pembangunan bola sepak Negeri Selangor.
P.K 8 – Kerajaan Prihatin, sebanyak RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) disediakan untuk program kerajaan prihatin, pembangunan masyarakat India dan juga bantuan NGO.
P.K 9 – Perbandaran, sebanyak RM37,100,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Juta Satu Ratus Ribu) adalah untuk menampung kos kemudahan asas dan kemudahan awam PBT, pengangkutan, pengurusan sisa pepejal serta kerajaan tempatan.
P.K 10 – Pelancongan, peruntukan sebanyak RM5,880,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta Lapan Ratus Lima Puluh Ribu) disediakan untuk menampung kos promosi dan acara pelancongan, memajukan kraf tangan serta menaik taraf produk pelancongan.
P.K 11 – Teknologi Maklumat dan Inovasi, sebanyak RM8,500,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Juta Lima Ratus Ribu) disediakan untuk melaksanakan pembangunan ICT, projek sains, teknologi dan inovasi, serta program ICT Smart Selangor.
P.K 12 – Alam Sekitar, sebanyak RM7,620,00.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta Enam Ratus Dua Puluh Ribu) disediakan untuk program alam sekitar, teknologi hijau dan pemuliharaan tapak pelupusan.
P.K 13 – Adat Melayu dan Warisan, sejumlah RM1,300,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Tiga Ratus Ribu) disediakan untuk menaik taraf kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah, menaik taraf kelengkapan Bangunan Anggerik , pembangunan muzium-muzium daerah, penyelidikan adat Melayu, bahasa, kesenian, budaya dan warisan, menaik taraf tapak bersejarah monumen lama, perolehan artifak, menaik taraf kelengkapan bangunan teater Shah Alam, penubuhan Shah Alam Modern Art Gallery dan pengisian infrastruktur dan kelengkapan Muzium Setem dan Muzium Sukan.
P.K 14 – Perpustakaan, sejumlah RM10,730,020.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Tujuh Ratus Tiga Puluh Ribu Dua Puluh) disediakan untuk menaik taraf perpustakaan Daerah (projek sambungan), membina baru perpustakaan Daerah Sepang, menaik taraf perpustakaan cawangan Tg Karang (projek sambungan), menaik taraf perpustakaan pekan, menaik taraf perpustakaan desa, pembelian kelengkapan dan koleksi perpustakaan, perpustakaan bergerak, pembangunan prasarana IT dan program penterjemahan karya-karya antarabangsa.
P.K 15 – Perumahan dan Hartanah, sebanyak RM10,310,200.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Juta Tiga Ratus Sepuluh Ribu Dua Ratus) disediakan untuk menampung kos bagi beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk kerja baik pulih Projek Perumahan Rakyat, Kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera dan Skim CERIA (Caring Government for Resident’ Aid).
P.K 16 – Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor, sebanyak RM76,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Enam Juta) disediakan oleh Kerajaan Negeri. Di mana projek-projek utama di bawah P.K ini ialah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labuhan Dagang Kuala Langat, projek pengepaman air kolam/ pembenihan awan dan kajian pembangunan sumber air Sungai Klang – Sungai Langat (Sg Rasau).
P.K 17 – Projek Khas Negeri, sebanyak RM5,300,050.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta Tiga Ratus Ribu Lima Puluh) disediakan untuk menampung beberapa kos yang telah dikenal pasti, adalah termasuk projek Perpustakaan Awam Selangor (Fasa 2), pembinaan tempat letak kereta awam di Seksyen 5 , Shah Alam, Muzium Setem, Muzium Tekstil, Taman Rakyat, Dewan Serba guna Pejabat Daerah Petaling, Kapal Korek Seri Banting, penubuhan Zon Bersejarah Batu Arang dan penubuhan Zon Bersejarah Klang Bandar Diraja.
P.K 18 – Inisiatif Peduli Rakyat, sebanyak RM113,250,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Belas Juta Dua Ratus Lima Puluh Ribu) disediakan untuk Skim Kesihatan Wanita, Elaun Anak ke Nurseri (Asuh Pintar), Kesedaran Kenegaraan, Hadiah Pengajian IPT, Skim Tunas, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan Program Pemberian Air Percuma.
P.K 19 – Am, sebanyak RM67,214,080.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Juta Dua Ratus Empat Belas Ribu Lapan Puluh) disediakan untuk projek baik pulih bangunan kerajaan, pengambilan balik tanah dan pelbagai projek-projek lain.
P.04 – Perbendaharaan Negeri Selangor Sebanyak RM280,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Ribu) telah diperuntukkan untuk Perbendaharaan Negeri Selangor. Jumlah tersebut diperuntukkan untuk P.K 1 untuk Pembangunan Teknologi Maklumat bagi tujuan menaik taraf peralatan Rangkaian Pusat Data, Sistem SAGE50, Desktop Management dan Pembangunan Sistem Dashboard Informasi Berpusat di Perbendaharaan Negeri Selangor. Yang Berhormat sekalian,
P.08 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor Sebanyak RM14,000,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Juta) telah diperuntukkan kepada P.08 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut RM1,900,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sembilan Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 – Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sg. Blankan, Ulu Chuchuh, Kundang, TKPM Hulu Yam dan TKPM Batu Arang.
P.K 2 – Pembangunan Amalan Pertanian Baik, sebanyak RM400,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
P.K 3 – Pembangunan Produk Hiliran Pertanian, sebanyak RM1,300,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Tiga Ratus Ribu) diperuntukkan membiayai program
Geran Pemadanan Peningkatan Kapasiti, menaik taraf premis, penjenamaan dan pembungkusan serta promosi produk hiliran pertanian.
P.K 4 – Pembangunan Golongan Sasar, sebanyak RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) diperuntukkan untuk program-program latihan golongan sasar, Latihan Kejenteraan Pertanian di PLKP Tg Karang, Latihan Inkubator Pertanian di PLP Kalumpang, inovasi dan pembangunan teknologi, Pembangunan Rakan Strategik dan Program Jualan Terus Tanaman dan Industri Asas Tani.
Seterusnya, P.K 5 – Pembangunan Tanaman Padi, berjumlah RM2,900,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta Sembilan Ratus Ribu) diperuntukkan untuk peningkatan hasil padi, pemuliharaan dan pemulihan tanah sawah, pengeluaran padi MyGAP dan pengurusan perosak bersepadu tanaman padi.
P.K 6 – Pembangunan Tanaman Kelapa, berjumlah RM600,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Ribu) disediakan untuk penanaman semula kelapa dan pemulihan ladang kelapa.
P.K 7 – Pembangunan Tanaman Buah-buahan, sebanyak RM800,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
P.K 8 – Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan, sejumlah RM1,050,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Puluh Ribu) diperuntukkan.
P.K 9 – Pembangunan Tanaman Industri, Herba dan Florikultur, sebanyak RM828,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Dua Puluh Lapan Ribu) diperuntukkan untuk tanaman herba dan rempah ratus, tanaman cendawan serta florikultur dan taman hiasan.
Manakala P.K 10 – Pembangunan Teknologi Fertigasi, sebanyak RM1,500,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lima Ratus Ribu) diperuntukkan.
P.K 11 – Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan, sebanyak RM122,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Dua Ribu) diperuntukkan.
P.K 12 – Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah dan Kelulut, sejumlah RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu) disiapkan dan
P.K 13 – Pembangunan Agro Pelancongan, sebanyak RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu) diperuntukkan untuk program-program tersebut pada tahun 2021.
P.10 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Sejumlah RM5,225,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta Dua Ratus Dua Puluh Lima Ribu) telah diperuntukkan kepada
P.10 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,400,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Ribu) disiapkan kepada P.K 1 – Program Pengurusan Sumber Hutan yang bertujuan untuk pengukuhan sumber hutan, Central Forest Spine serta pemeliharaan sumber hutan.
P.K 2 – Program Pembangunan Sumber Hutan, sebanyak RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) diperuntukkan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan terosot, pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan paya laut, pembangunan dan pengurusan Pusat Kecemerlangan Hutan Paya, pembangunan dan pengurusan tapak semaian, pembangunan tanaman herba, pengurusan tanaman nadir, pengurusan Hutan Simpan Dara (VJR) dan pengurusan kawasan hutan pemeliharaan bernilai tinggi (HCVF).
P.K 3 – Program Perlindungan dan Inovasi Hutan, sebanyak RM400,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan untuk program-program tersebut pada tahun 2021.
P.K 4 – Program Perhutanan Sosial, sebanyak RM890,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sembilan Puluh Ribu) diperuntukkan.
P.K 5 – Program Pembangunan dan Kejuruteraan Hutan, sebanyak RM425,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Dua Puluh Lima Ribu) diperuntukkan untuk pembangunan Kompleks Perhutanan Sungai Buloh dan perhubungan jalan hutan.
P.K 6 – Program Penguatkuasaan Hutan, sebanyak RM760,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Enam Puluh Ribu).
Manakala, P.K 7 – Program Pengubah Hasilan Hutan sebanyak RM350,000 disediakan untuk pembangunan dan pengurusan sumber hutan, bukan hutan di Hutan Simpan Kekal Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Bagi P12 - Jabatan Kerja Raya RM170juta disiapkan. Manakala daripada RM170juta itu disiapkan bagi Jabatan Kerja Raya RM17,500,000 ataupun RM17.5juta disediakan untuk :-
P.K 1 - iaitu sebagai Pelbagai Rancangan Dan Program Pembangunan Negeri bertujuan menambah baik pulih cerun, pengambil balikkan tanah, menaik taraf jalan, kerja-kerja permulaan, memasang lampu jalan dan lampu isyarat serta meningkatkan aspek keselamatan jalan raya di daerah-daerah.
P.K 2 - Membina Jambatan Dan Jejantas sebanyak RM10,101,010 disiapkan untuk pembinaan jambatan dan jejantas seluruh Negeri Selangor.
P.K 3 - Membina Jalan sebanyak RM36,000,050 diperuntukkan untuk pembinaan jalan-jalan baru di negeri Selangor mengikut keutamaan dan priority dan keperluan sebenar.
P.K 4 - Menaik taraf Jalan RM101,399,940 disiapkan peruntukan untuk menaik taraf jalan-jalan di seluruh Selangor mengikut daerah.
P.K 5 - Membina Dan Menaik Taraf Projek Bangunan sebanyak RM5juta diperuntukkan bagi pelbagai projek bangunan dan pembaik pulih istana-istana di seluruh negeri Selangor.
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor. P13 - diperuntukkan sebanyak RM78,000,160 telah diperuntukkan dan manakala daripada angka tersebut RM46,750,070 disediakan untuk P.K 1 - iaitu pembangunan projek tambatan banjir. Pembangunan P.K 2, manakala sebanyak RM12,510,040 disediakan untuk pembangunan sistem-sistem saliran negeri Selangor. P.K 3 Pembangunan Lembangan Sungai sebanyak RM8.1juta. P.K 4 Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi sebanyak RM1.2juta. P.K 5 Pembangunan Saliran Mesra Alam sebanyak RM3,800,020 digunakan diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf kolam-kolam takungan atau detention pond. P.K 6 Pembangunan Pantai sebanyak RM2.64juta atau lebih tepat RM2,640,020 diperuntukkan bagi memperkukuhkan benteng pantai, pemeliharaan dan pemuliharaan pantai dan muara-muaranya. P.K 7 Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal sebanyak RM2.15juta diperuntukkan untuk pemodenan dan menaik taraf sistem hidro mekanikal kawasan pintu air, rumah pam dab trash rate. PK8 Pembangunan Infrastruktur Bangunan sebanyak RM250,000 disediakan untuk menyiapkan 6 buah kuarters pintu air baru dan penggantian dua unit kuarters sedia ada. P.K 9 Pembangunan ICT Jabatan sebanyak RM600,000 untuk pemodenan infrastruktur dan info sistem ICT, Pembangunan data Geo Spatial, Program Keselamatan Pintar dan Pemasangan IP kamera di Rumah Pam dan Pintu Air.
Yang Berhormat sekalian P14 Jabatan Agama Islam sebanyak RM89,989,490 disiapkan untuk Jabatan Agama Islam dengan pecahan-pecahan berikut dengan yang pertama sebanyak RM29,094,280 disiapkan untuk P.K 1 iaitu sekolah-sekolah agama yang bertujuan membaik pulih, menaik taraf dan membina sekolah-sekolah agama baru. P.K 2 Pejabat Agama Islam sebanyak RM9.5juta diperuntukkan untuk membina, membaik pulih dan menaik taraf bangunan Pejabat Agama Islam Daerah Kompleks Islam dan Institut Latihan Dakwah Selangor ataupun ILDAS. RM50,795,200 disediakan untuk P.K 3 iaitu Masjid diperuntukkan untuk membina serta membaik pulih masjid-masjid di seluruh Selangor. P.K 4 Surau sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk kerja baik pulih dan menaik taraf surau. P.K 5 Pelbagai sebanyak RM100, 010 diperuntukkan untuk pelbagai projek lain. P16 Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor RM1.71juta dipecahkan untuk P16 ini dengan pecahan-pecahan berikut sebanyak RM390,000 untuk P.K 1 iaitu
Rancangan Pembangunan. P.K 2 sebanyak RM900,000 lagi digunakan untuk peruntukan Projek Pembangunan Mampan Negeri Selangor dan Tapak Warisan Dunia. P.K 3 Projek Khas Perancangan sebanyak RM170,000 diperuntukkan untuk menampung kos-kos kajian khas yang dijalankan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. P.K 4 Pusat Maklumat Geospatial Perancangan sebanyak RM250,000 diperuntukkan untuk sistem pemantauan rancangan pembangunan. P17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Selangor sejumlah RM5juta diperuntukkan kepada P17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan pecahan berikut PK1 Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan iaitu untuk Program Pemodenan Ruminan Selangor dan Program Pemakanan Ruminan Selangor sebanyak RM670,000. P.K 2 Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas Bukan Ruminan sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk program-program transformasi penternakan unggas ataupun bukan ruminan. P.K 3 Pembangunan Industri Hiliran berasas ternakan sebanyak RM140,000 diperuntukkan untuk pengeluaran dan pembangunan produk IATN serta pembangunan Bengkel IATN ataupun Makmal IATN. Bengkel, bagi P.K 4 Kesihatan Veterinar RM348,000 diperuntukkan untuk Program Masyarakat Prihatin Haiwan Kawalan Penyakit dan Klinik Veterinar. PK5 Regulatory sebanyak RM2.51juta diperuntukkan untuk loji-loji penyembelihan penternakan lestari dan keselamatan makanan. P.K 6 Pembangunan Kompetensi Dan Bimbingan Agropreneur sebanyak RM315,000 diperuntukkan untuk Pembangunan Kompetensi Agroprenuer, Program Pengembangan Veterinar dan Pemasaran Strategik. P.K 7 Pemantapan Kualiti Perkhidmatan Veterinar sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk pembangunan sistem maklumat Veterinar Selangor ataupun VETSEL. P.K 8 Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan PTKPM sebanyak RM562,000 diperuntukkan untuk pembangunan PTKPM Agrotek PTKPM ayam daging dan pembangunan for the PTKPM. P.K 9 Pembangunan Genetik Ternakan Ruminan sebanyak RM275,000 diperuntukkan untuk Pembangunan Pembakaan Ruminan Dan Pembangunan Lembu Sado Smart Selangor (SSS). P.K 10 Pembangunan Pusat Latihan Teknikal Veterinar Sungai Nilam sebanyak RM80,000.
Yang Berhormat sekalian, Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Maka dengan itu saya mohon mencadangkan 1.103bilion untuk projek-projek dan program pembangunan negeri Selangor. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu usul peruntukan pembangunan 2021. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Kalau ada?
AHLI DEWAN : Ada.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar yang telah menyediakan satu usul pembangunan yang cukup komprehensif, menyentuh banyak benda dan banyak terkesan di Hulu Kelang lah. Jadi saya akan menyentuh bahagian yang Hulu Kelang sahaja. Cuma saya nak buat satu pemerhatian pada masa-masa yang lepas apabila kita berbincang tentang Rang Undang-undang Perbekalan, kita mengambil masa empat hari, lima hari. Apabila kita mengadakan usul berkenaan pembangunan kita mengambil masa dua, tiga jam. Satu jam pun pernah. Jadi sedangkan dari segi bajet bilangan amount wangnya lebih kurang sama tak banyak beza 50-50 lebih kurang ya. Tapi saya tak tahu kenapa kita memberikan satu perhatian yang terlalu mendalam? Bagus benda-benda prinsip daripada dasar tentang bajet kita bincangkan tapi yang sebenarnya bagi pandangan saya banyak kalau kita tumpukan dalam usul ini kita boleh monitor, kita boleh pantau penggunaannya dan perancangannya, dia tak ada sebab kenapa orang yang bertanggungjawab dalam menjayakan program-program ini mengatakan tidak ada peruntukan. Kalau kita cakap fasal bajet pengurusan dia kata tak ada peruntukan, boleh tahan. Tapi kalau dia berkaitan dengan pembangunan kita dah kaji sini sama ada dah dinyatakan dia nak buat dia nak pilih je dan kita kata dan jawapannya tiada peruntukan saya kata tak betul. Jadi saya ingin menjelaskan di sini bahawa kita telah meneruskan belanjawan bagi peruntukan pengurusan sebanyak RM2.258 bilion dan hari ini kita adapun masalah di hadapan kita pada hari ini adalah untuk meluluskan peruntukan pembangunan RM1.103bilion. Jadi saya ingin jelaskan di sini saya ingin menyentuh secara menyeluruh P01 berkaitan dengan muka surat yang ada itu. Muka surat kita yang dalam buku panduan muka surat 196 dan seterusnya dan saya akan menyentuh juga secara ringkas JKR, kalau sempat saya akan menyentuh Jabatan Pertanian kalau sempat. Masa yang diberikan kepada saya sepuluh minit.
Banyak nak sentuh ya?
10 minit.
Ok. Sepuluh minit. Nak sentuh berapa banyak tapi sepuluh minit.
Ok. Jadi bagi P01 Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan. PK1 Ekonomi yang berkaitan dengan Inisiatif Smart Selangor anggaran RM15juta bagi 2021. Pembinaan Pelaksanaan Smart Selangor di Peringkat negeri dan some total bagi pembinaan untuk setiap unit asasnya. Ini saya punya istilahnya, jadi saya melihat yang saya baca dan yang saya tahu, dia punya bila kita membina satu Smart Government contohnya di Singapore. Dia serentak dia bukan hierarki atas ke bawah, bawah ke atas. Dia ada parallel effort jadi wawasan itu jelas, Singapore nak jadi smart state macam mana? Selangor nak jadi smart state macam mana? Ada gambaran kita. Parallel to that kita kena go to the base power. Sumber kuasa yang ada pada kita itu adalah saya nak cadangkan begini
adalah Adun, adalah wakil rakyat. Bagaimana kita mengadakan memajukan Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat ini, kita gunakan Dun punya struktur bukan daerah punya struktur. Jadi saya mencadangkan bahawa test ni dengan memperuntukkan RM50,000 untuk develop tapi bawah Dewan satu usaha untuk memantau pelaksanaan Smart Sistem Selangor with that way apa yang berlaku on the ground di Hulu Kelang, di Sejangkang, di Ijok kalau boleh faham saya punya pandangan ya ni. Saya nampak itu praktikal. Jadi kita tak ketinggalan. Contohnya bila kita nak buat Wi-Fi. Wi-Fi banyak tertinggal. Kita tak ada sistem to state bila nak laksana kat DUN banyak kantoi. Saya tak nak benda itu berulang saya nampak bahawa sistem ini masih parallel maknanya we have vision fasal e-government for Selangor macam mana e-government itu boleh digerakkan oleh the main agent yang boleh menjayakannya di peringkat negeri oleh Adun tak pun penyelaras DUN, itu satu.
Dan kedua, saya ingin menyentuh tentang P.K 2 Luar Bandar Pembangunan Ekonomi Tradisi. Saya nak peruntukan yang diagihkan peruntukkannya adalah 3.45milion berbanding dengan pada tahun yang lepas lebih banyak. Dan kita, saya memohon agar ketiga-tiga kampung yang kampung-kampung ini sebagai kampung yang bersejarah di Selangor di Hulu Kelang, Kampung Klang Gate ada Klang Gate Dam antaranya Hazel Dam yang dibuat dengan bantuan ais yang banyak pada tahun 1955. Klang Gate Dam satu tempat bersejarah ada di sekitar situ. Lepas itu kita pun ada macam-macam dekat situ dan saya pun mencadangkan bahawa dengan pembinaan masjid baru dengan macam-macam yang baru. Kampung Klang Gate tu kita martabatkan. Kita jadikan dia sebagai sebuah daripada program pembangunan ekonomi kampung termasuk di Kampung Pasir dan di Kampung Kemensah. Jika ditanya saya mencadangkan wujudkan di kampung-kampung ini saya nampakkan kita mesti ada profil kampung rekod penduduk ada Dewan Orang Ramai, tempat rekreasi atau riadah dan tidak ada lagi tempat buang sampah terbuka macam Kelang Gate di tepi jalan tu buat kotak-kotak terbuka simenkan, ada yang tak simen, ada bata-bata batu bata amat memalukan Adun melihatkan tempat yang begitu. Jadi saya cadangkan maknanya wujudkan perniagaan yang boleh take away tak boleh on the site macam tadi Exco jawab. Dan saya mencadangkan bahawa di kampung-kampung ini di Kampung Pasir, Kampung P.Ramlee, Kampung Kamensah yang ada juga sejarah P.Ramlee di situ dan di Kelang Gate ini ada sejarah Salleh Ghani, kawan baik P.Ramlee masa P.Ramlee tengah pokai. Jadi sejarah itu sangat menarik dan kita bercakap tentang P.K 2 Luar Bandar lagi - iaitu Pembangunan Desa dan semua-semua proses seperti masjid, surau, musolah, madrasah, penduduk persatuan nasyid kita padu-padukan. Kita ada peruntukan ADUN yang sewajarnya di situ dan bantuan-bantuan lain daripada bajet daripada ini kita salurkan agar siapa yang ada di kampung kumpulan-kumpulan ini adalah kumpulan yang dinamik yang menjadi nadi dan nafas perjuangan dengan rakyat di Selangor.
Kemudian saya pergi kepada P.K 2 lagi Luar Bandar - Kemudahan Awam Asas. Kampung kita ini pelik dik. Dia nama kampung. Hulu Kelang kampung tak kampung sangat. Orang punya rumah besar tak payah cukai tutup pintu. Saya rasa jika ini boleh
di audit, dirancang dengan baik. Sampah dikutip oleh PBT MPAJ tapi tiada income. Bukan sikit-sikit rumah. Patutnya satu rumah patutnya satu dua keluarga jadi 12 hingga 18 keluarga. Racik-racik depan rumah. Jika kalau kemaskan sangat cantik. Dengan itu, pembangunan asas kampung ini kemudahan awam termasuk tandas mesra pengguna, OKU compliance , high speed wifi, stesen bas, jeti jika di kampung, teksi/truck, saya hendak tumpu jika di Hulu Kelang bagi tiga, tiga kampung ini standard. Standardnya kerana tahapnya sama, sejarahnya sama, kehebatannya sama. Peranan Kampung Pasir itu adalah sebahagian besar peranannya telah dipindahkan. Merekalah yang telah dipindahkan. Yang pindah itu pindah, yang tinggal pasir. Itu pasal nama Kampung Pasir. P Ramlee punya cerita semua ada di situ.
Saya hendak teruskan lagi, P.K 12 iaitu Naik Taraf, Naik Pulih Jalan Luar Bandar. Saya ingin menarik perhatian, jalan luar bandar yang ada di jalan kampung atau luar bandar yang boleh dikatakan strategik jika kita tangani adalah Jalan dari Zoo Negara masuk ke Kampung Kemensah hinggalah kepada semua sejarahnya hebat, tarikannya hebat. Pada hujung hingga 6 ke 7000 orang datang sebelum COVID dulu untuk menikmati keindahan di kawasan itu dan bersuka ria di situ. Saya ingat . Seterusnya, ada berapa minit lagi, dua minit.
Lampu kuning.
Dan saya ingin menjadikan EXCO baru, saya menyeru kerja kuat lagi dan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar juga membuat statement. Statement telah ditangkap dengan baik oleh kawan-kawan saya. lokasi yang dinyatakan oleh Dato’ Menteri Besar di situ adalah Kampung Bajar. Kampung Bajar ini adalah nama diraih oleh P Ramlee. Penduduknya masih ingat P Ramlee dan bila P Ramlee itu berlakon menjadi Cikgu Saari, dia pun bangga sebab dapat ADUN pun Saari. Jadi, dia kata P Ramlee telah berjanji agar orang Kampung Bajar ini ada masa depan. Jadi saya pun berjuang, berjuang, berjuang dan masih lagi tidak berjaya. Masih lagi di situ. Kalau kita boleh macam mana kita hendak olah senario keseluruhan Kampung Kemensah, Zoo Negara, Klang Gate dan generasi yang berkaitan dengan Hulu Kelang yang lain iaitu Kampung Bajar ini kita cubalah usaha pembangunan semula. Jadi saya berhenti di sini kerana masa. Bukan tiada idea. Terima kasih.
Terima kasih Hulu Kelang. Silakan Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker, merujuk kepada P01 vot nombornya, PK 17 17003 berkaitan dengan Muzium. kalau di ikutkan di sini 17003 - Muzium Setem dan Muzium Tekstil. Cuma pandangan saya ini, saya tidak tahu sekarang ini, setem kalau ikutkan zaman dahulu ni. Zaman kita sekolah, zaman masa tuan-tuan Yang Berhormat semua kecil. Sekarang ini hendak dibuat semula Muzium Setem. Bagaimana adakah ini dapat pandangan daripada masyarakat setempat? Adakah ini kita wujudkan sekadar bagai Muzium Setem dan baru hendak minta pandangan dan cadangan daripada masyarakat setempat?
Yang Keduanya, Muzium Tekstil pun sama juga. Saya hendak cadangkan jika kita lihat dulu Muzium Negara pernah satu ketika dahulu mewujudkan atau mengadakan tentang hantu. Tentang keturunan hantu. Bagaimana kalau kita fikir ia nya agak pelik tetapi sambutannya cukup hebat. Saya ingat pada masa itu di Shah Alam pun ada. Saya sendiri datang tengok.
Yang Berhormat bagaimana sambutan hantu itu? Saya kurang pasti.
Sambutan hantu itu. Hantu itu memang ada situ. Tidur dan perhatikan orang yang datang tengok dia. Itu yang lebih hebatnya. Maknanya hantu dilihat tapi kita tidak dapat melihat hantu. Cuma di sini saya tidak tahu status Muzium Negeri Selangor sekarang ini? Saya hendak mencadangkan kalau dapat kita wujudkan satu atau kita buat muzium contoh atau muzium berkenaan perang. Bagaimana kisah negeri Selangor ini? Bagaimana peperangan berlaku?
Dan juga Muzium Islam. Tentang kehadiran Islam. Ini cukup penting sebab generasi sekarang ini tidak tahu tentang perkara-perkara yang begini. Minta maaf saya kata, setem ini bukanlah tidak hebat tapi kurang popular bagi saya. Kita hendak lebih generasi yang baru ini mengetahui tentang selok-belok sejarah terutama berkenaan Kerajaan Negeri Selangor. Muzium Sukan, ini salah satu yang terbaik. Dalam negeri Selangor.
Yang Berhormat Seri Setia, Bukit Gasing hendak bertanya mungkin sebab hantu tak tahulah.
Ini hendak anak muda Selangor tahu sejarah atau selok-belok tu, kalau kita buat video YouTube tu mungkin pencapaian lebih meluas daripada buat muzium, apa pandangan Yang Berhormat Seri Setia?
Terima kasih sahabat sebelah jiran saya. Sebab saya tengok sini dia ada kod nya projeknya 17003. Ini yang saya nyatakan. Bila ada kod di sini saya cuba memberi pandangan. Betul melalui YouTube, sekarang ini zamannya YouTube tetapi kalau betul tak perlulah masuk di sini. Tapi bila masuk di sini saya perlulah cuba bertanya. Ok. Balik semula kepada muzium sukan.
Mohon lagi sahabat. Satu DUN Kota Anggerik dan satu lagi Pelabuhan Klang. Mana satu?
Kota Anggerik dulu.
Nak bagi siapa?
Saya bagi anak muda dululah.
Anak muda Kota Anggerik.
Terima kasih Seri Setia. Seri Setia bangkitkan tentang Muzium Sukan, Muzium Perang. Saya hendak tanya Seri Setia tahu tak dalam Shah Alam ini kita memang telah ada, telah ada muzium di sebelah MBSA tu, di kompleks Perpustakaan yang lama. Sekarang telah menjadi Muzium Negeri Selangor. Di muzium tersebut memang telah ada semua. Maksudnya berkaitan dengan sejarah Selangor. Efek dari muzium sukanlah ada. Saya hendak bertanya dengan Seri Setia adakah setuju kalau kita cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menambah belanja muzium ini supaya diperluaskan ke daerah-daerah. Maksudnya untuk kita berikan ilmu dan juga pengetahuan kepada anak-anak muda kita sebab ramai yang menganggap muzium ini sebagai sesuatu yang bukan ada sambutan. Muzium Setem ini mungkin tiada tarikan tapi pandangan saya setem ini pun sebenarnya sesuatu elemen yang mana disebut sebagai satu elemen yang merakam sejarah. Kita boleh menilai sejarah negara kita, sejarah negeri kita menerusi setem juga yang mana setem juga mewakili masa zaman tersebut. Kita tengok setem zaman 70an lain dan setem zaman 90an. Begitu juga dengan wang, syiling dan duit-duit lama. Kalau kita tengok duit lama pun ada nilai sejarahnya sendiri. Begitu juga dengan keris, dan barang antik ini. Zaman dulu kita pakai keris dan sekarang kita ada pistol. Sekarang ini mungkin kita ada senjata yang lebih canggih. Dan saya rasa inisiatif begini mungkin boleh kita kembangkan, maksudnya muzium ini tetapi perlulah dalam konteks pendekatan yang lebih yang lebih feeling. Macam mana kita hendak tarik masyarakat khususnya anak muda supaya dekat muzium. Sebab muzium ini, sebab saya membesar di Shah Alam semua muzium ini memang kita sudah pergi dah. Dah khatam dah. Bahkan kalau kita travelling ke luar negara sekali pun di antara tempat yang saya pergi melawat adalah muzium. Sebab di muzium inilah kita dapat belajar, kita dapat hayati sejarah atau jatuh bangun sesebuah negara, kerajaan dan tamadun itu. Jadi dalam cakap muzium setem saya rasa ini satu idea ataupun perancangan yang baik. Tetapi dari sudut pendekatan itu perlu ada yang berbeza. Maksudnya macam mana hendak tarik orang? Macam mana hendak menarik penghujung? Sebab kalau kita buat muzium tapi tiada orang datang, tiada masyarakat yang hadir pun satu kerugian juga. Tapi mungkin di Selangor ini saya rasa konsep muzium sesuatu yang cukup significant khususnya Shah Alam. Shah Alam kita ada
Seri Setia. Masa berjalan kalau bagi cerah masa habis.
Terima kasih.
Saya punya masa dia curinya. Terima kasih Tuan Speaker. Ini pandangan dari Kota Anggerik. Beliau mungkin penggemar setem ya. Saya pernah kumpul setem dulu tapi saya tidak gemar sangat setem. Itu yang saya nyatakan tadi, kalau boleh ada pandangan survey atau kita
minta pandangan dan cadangan daripada rakyat sendiri. Apa yang mereka mahu? Saya tidak nafikan mungkin, mereka peminat setem ini adakah banyak daripada mereka yang meminati tentang kisah-kisah yang lain. Balik kepada yang tadi, muzium sukan. Sukan ini kita ramai daripada kalangan rakyat negeri Selangor yang menabur bakti dan jasa kepada negara kita, kepada negeri kita, mereka juga harus dipertengahkan. Tadi, kota Anggerik mengatakan Muzium Negeri Selangor ada dan tambah perbelanjaan, saya setuju. Yang utamanya publisiti, promosi. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat di hadapan saya tidak semua tahu wujudnya Muzium Negeri Selangor. Ataupun mungkin yang bertanya masih adakah lagi Muzium Negeri Selangor ini? Jadi ini yang penting, promosi penting, tarikan penting, apa kemahuan dia penting yang ini yang harus kita pastikan ia menjadi terkenal. Lebih dari Muzium Negara yang sekarang ini semakin sunyi. Terima kasih Tuan Speaker.
Banting
Terima kasih Tuan Speaker. Saya tidak akan berhujah panjang, terus street to point. Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang P01 Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) iaitu di bawah tajuk 14007 Projek Khas Perpustakaan Giant Super Market saya tertarik dengan projek ini dan saya kira ini adalah projek perintis yang mana kita buat perpustakaan awam, tempat awam dan tempat yang menjadi tumpuan orang awam. Saya tidak pasti ia nya berjalan atau tidak ini di kawasan Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya mohon dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini apa statusnya sekarang dan sekiranya boleh, bolehlah menjemput wakil rakyat untuk tengok macam mana projek ini boleh direalisasikan di tempat yang lain. Kedua, juga ingin bertanya tentang 14004 - Perpustakaan Taman Seri Medan, Kuala Langat, apakah statusnya terkini? Dan Perpustakaan Kuala Langat. Paling penting Perpustakaan Kuala Langat telah diubahsuai dari tahun 2018 saya lihat agaknya sudah hampir siap tetapi kita tidak tahu lagi bila hendak dibuka dan dipanggil mesyuarat pun saya tidak pasti update nya. Jadi saya mohon penjelasan.
Kemudian P.K 18 PR SMUE RM27.5 Juta. Saya mohon supaya pembayaran itu dilakukan. Janganlah buat macam tahun dahulu lah! pakai cek apalah, pergi ATM dan tekan wang dan sebagainya. Itu semua melecehkan, sungguh tidak digitilisasikan. Kita sejajar dengan konsep Smart Selangor, Smart State, jadi kita boleh guna macam-macam platform atau portal pembayaran seperti e-tunai dan sebagainya. Dulu kita tidak ada, sekarang sudah ada. Banyak cara kita boleh lakukan saya memohon Yang Berhormat EXCO bertanggungjawab untuk melihat kaedah pembayaran secara elektronik ini.
Kemudiannya, P.K 16 001004 – berkaitan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di mana saya menyeru sangat supaya projek ini dilakukan. Kalau boleh janganlah tepat daripada waktunya, lagi cepat daripada yang dijadualkan. Kerana sekarang ini masa adalah emas. Kita perlu memastikan segala projek berkaitan dengan bekalan air ini
disiapkan bukan sahaja tepat pada waktunya, kalau boleh kita siapkan lebih cepat dan lebih awal. Saya ingin membangkitkan satu Tuan Speaker, Integrated Water Supply System (IWSS), yang memberi hubungan dengan Labohan Dagang. Sepatutnya pada 26 Oktober Kontraktor yang dilantik perlu masuk ke tapak untuk menjalankan penurapan jalan dan kerja-kerja akhir tapi sehingga sekarang saya difahamkan masih belum dapat berlangsung. Jadi saya kira ini adalah satu contoh bagaimana kerja-kerja yang kita rancangkan nampaknya serba indah atas kerja tapi bila dalam pelaksanaan sudah pastinya tergendala sikit kerana ada kelewatan ataupun masalah-masalah teknikal. Saya mohon Kerajaan memberi perhatian kepada perkara ini dan memastikan ia di atasi dengan kadar segera. Kemudian P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor kita ada program TPKP Taman Kekal Pengeluaran Makanan di bawah di Bukit Changgang dan Kundang di Kuala Langat, saya lihat ada dibekalkan diperuntukkan sejumlah wang 500 ribu ringgit, ada satu lagi tidak dibekalkan apa-apa peruntukan saya tidak pasti adakah ini berkaitan dengan TKPM yang sepatutnya dibina di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan sekiranya permit kegunaan itu dikekalkan saya memohon perkara ini juga diberi perhatian kerana pembinaan TKPM di tempat ini sepatutnya sebenarnya telah ditegur oleh audit, Jabatan Pertanian telah ditegur tetapi kerana Jabatan Perhutanan masih belum dapat menyiapkan kertas kerja atau kelulusan untuk memberi permit kegunaan kepada petani maka ia masih belum dapat difinaliskan atau muktamadkan pada masa sekarang. Saya dalam pertanyaan sesi soal jawab telah pun mendapati bahawa boleh tunggu lagi, tunggu lagi, tunggu lagi saya tak tahu sampai bila saya nak bangkit, saya pernah bangkit dalam bajet dialog, saya kira sekarang ini kita saya tidak pasti jawapan tetapi masih belum memuaskan hati barangkali pada bulan 3 bulan tahun depan bila Sidang Dewan saya kena tanya lagi, semua orang akan jemu dengan pertanyaan saya, tetapi apa boleh saya lakukan sekiranya tidak bangkitkan isu ini kerana masalahnya selesai, saya telah tahu pun mantan Pengarah perhutanan telah menyediakan kertas kerja dia tapi saya tidak tahu kenapa ia masih dimuktamadkan. Jadi saya minta penjelasan daripada Kerajaan. Seterusnya P.K 11 iaitu Teknologi Maklumat dan Inovasi tentang rakan digital kerajaan akan memperuntukkan wang yang cukup besar untuk melancarkan rakan digital atau ambasador Negeri Selangor ada ditulis dalam apa ini ucapan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar bahawa UNISEL dan NGO akan menyertai ini, saya mencadangkan jangan kita hanya terbuka menghadkan diri kita dan NGO sahaja, saya bercadang sekiranya kita kerana sayap pemuda dan wanita iaitu PWB dan juga PBT kita. Saya rasa kita gunakan sebaik mungkin bakat-bakat yang ada pada PWB dan juga PBT untuk melatih mereka menjadikan mereka rakan digital kerana rakan digital ini mereka akan turun ke padang untuk menjelaskan kepada wanita, ibu tunggal, orang tua dan sebagainya macam mana mereka boleh melibatkan diri dalam segala aspek dan produk digitalisasi yang akan dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kalau bukan mereka siapa lagi, siapakah lagi yang akan kita ambil untuk menjadi ambasador digital kita. Jadi saya mohon supaya jangan tinggalkan mereka dan melibatkan ADUN sekali kalau berminat saya rasa tidak ada masalah kalau melibatkan mereka kerana kita akan mensasarkan 1 ribu orang menyertai program ini. Kemudiannya saya cuba ingin bertanya di mana di bawah Jawatankuasa
Tetap yang mana satu program ini akan diletakkan di bawah MB sendiri ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Teknologi Maklumat, itu adalah persoalan saya? Kemudian yang paling akhir P12 JKR Selangor, saya pernah bangkit Yang Berhormat Pandan Indah selalu saya bangkit tentang masalah jalan dan lampu di FD005 saya terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana semasa tempoh PKP ini Kerajaan Persekutuan semasa zaman Pakatan Harapan telah pun meluluskan peruntukan sejumlah 1.4 juta ringgit untuk menyelenggara semua masalah lampu jalan bukan sahaja di kawasan DUN Kuala Banting tetapi DUN Sijangkang dan juga Tanjung Sepat, Morib malahan sebahagian daripada Dengkil pun menerima manfaat ini. Saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan perlu tapi sekarang ini masalah ini berlaku pula di lebuh raya Persekutuan kalau kita membawa kereta di lebuh raya Persekutuan di waktu malam gelap gelita. Saya tak tahu kenapa adakah mereka juga menghadapi masalah yang sama, sekiranya saya memohon kerajaan untuk memberi perhatian kepada perkara ini. Kedua PK202401 berkenaan satu jalan yang akan diperuntukkan 84 juta ringgit saya ingin bertanya kerana saya khuatir ada kesilapan typo di situ. Iaitu B124 adalah sebenarnya adalah Kampung Sungai Buaya, saya ingin bertanya apakah B124 ini sepatutnya adakan B124 ini adakah ia sebenarnya merujuk kepada B106 Kampung jalan Kampung Jenjarum kerana tajuk itu sedikit mengelirukan dan jambatan yang dibina itu sama ada jejantas atau pun flyover atau jambatan yang melintasi Sungai Langat kerana kedua-duanya berbeza. Jadi we talking about weather B124 Jalan Kampung Sungai Buaya atau pun B126 Jalan Kampung Jenjarum kerana dalam buku itu dia tulis B124 Jalan Kampung Jejarum. Kemudian B126 sebenarnya adalah Kampung Sungai Jalan Kampung Jenjarum saya mohon penjelasan di situ. Saya juga ingin bertanya yang kedua adakah projek ini akan bermuka pada tahun depan sekiranya saya memohon supaya kita diberi butiran yang lebih terperinci kerana selalunya JKR mempunyai projek pembangunan dia dan semestinya JKR pusat JKR Negeri dan JKR Daerah dia tahu semuanya. Jadi saya memohon mungkin mereka menerima maklumat lewat dan kita pun akan dimaklumkan lewat juga. Jadi saya memohon supaya di peringkat pusat dan juga negeri, perkara-perkara berkaitan dengan projek-projek besar seperti ini, kita haruslah bermula dengan lebih awal memaklumkan wakil rakyat lebih awal, menyiapkan atau pun menyediakan pegawai di peringkat daerah, di peringkat tempatan dengan lebih awal. Kemudian saya juga memohon maklum balas daripada Kerajaan tentang 2 jalan 2 projek yang apa ini yang ada di dalam buku bajet ini saya ingin mendapat maklum balas yang pertama 03401 Jalan Sungai Kelambu Genting Sanyen, projek ini telah dapat peruntukan tahun kalau saya tak silap 2018 tetapi sehingga sekarang masih nampaknya masih belum siap lagi, saya ingin bertanya apakah statusnya? Begitu juga dengan 04400 Naiktaraf Laluan Alternatif FT005 Jalan B60 Gamuda Cove ke saya lihat Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya sepanjang masa ada menjalan kerja-kerja penyelenggaraan saya ingin dapat maklumat terperinci daripada Kerajaan apakah seksyen-seksyen atau bahagian-bahagian jalan yang telah pun dilaksanakan projek-projek naiktaraf ini dan apakah perancangan kita pada tahun-tahun depan kerana jalan ini sangat panjang barangkali apa yang kita buat pada tahun ini, tahun depan kita tidak perlu buat lagi. Barangkali apa yang kita buat
pada tahun ini, dia cepat rosak tahun depan mungkin kena buat lagi. Barangkali apa yang kita lakukan pada tahun ini kita tidak dilakukan tahun depan teruk lagi, rosak teruk lagi tetapi tidak di senarai dalam penurapan semula jadi kita perlu tahu sekiranya ada perancangan maka kita boleh memberi input kepada Jabatan Kerja Raya untuk membuat perancang yang lebih rapi supaya bahagian-bahagian yang memang diperlukan akan beri perhatian dan tidak akan berlakunya ketirisan dan sebagainya. Itulah sedikit sebanyak ucapan daripada Banting, saya ingin menyokong usul pembangunan ini sekian terima kasih.
Terima kasih Banting. Seri Setia sila duduk, giliran sudah lepas kapal kereta api sudah lepas. Taman Medan silakan.
Bismillahir rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kenapa pandang saya pelik ini hari. Rostrum mudah alih, jadi saya mengambil peluang untuk turut sama membahaskan usul bajet peruntukan pembangunan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebentar tadi. Memandangkan beberapa penyenaraian ada di dalam, apa yang telah bentangkan itu tidak banyak membabitkan kawasan saya, maka saya ingin mengambil peluang untuk turut sama bagi menyatakan tentang keperluan-keperluan yang juga perlu disalurkan di kawasan Taman Medan itu sendiri. Saya nak menarik perhatian kepada apa yang dibentangkan daripada kod projek bernombor 14011 pada muka surat ke 200 iaitu Menaik Taraf Perpustakaan Cawangan maka seperti mana yang telah dinyatakan, dia telah senaraikan sebanyak kos, sebanyak 450 ribu sahaja. Maka dengan kadar tersebut sesuatu sebenarnya memerlukan penelitian semula dan sebab Perpustakaan Cawangan di tempat saya Taman Medan sesuatu yang begitu diperlukan walaupun telah ada tetapi proses naik taraf itu sesuatu yang menjadi keperluan yang mendesak, jadi saya mohon agar ianya diberi perhatian. Kemudian saya menarik perhatian pada kod P.K 15 15003 pada muka surat yang sama iaitu Skim Ceria (Caring Goverment For Resident Aid) iaitu tentang bagaimana untuk memberikan satu bentuk perkhidmatan kepada kawasan-kawasan perumahan yang telah lama umpamanya di Taman Medan sendiri kawasan perumahan itu sesuatu yang dibangunkan dengan kaedah yang begitu tergesa-gesa ketika mula peringkat yang pertama. Sebab apa, sebab ia dibangunkan dengan tujuan untuk menghapuskan keadaan yang dipanggil setinggan sifar untuk nak mewujudkan setinggan sifar pada ketika itu. Jadi pembangunan itu sesuatu yang tidak tersusun dengan baik tidak terancang ia dan kita lihat bahawa keceriaan suasana yang ada di kawasan perumahan itu sesuatu yang semakin lama semakin tidak wujud sama sekali. Jadi dengan sebab itulah yang dinyatakan dengan kadar 20 juta itu sesuatu yang sebenarnya amat rendah dan saya berharap ya, jangan lupa untuk disalurkan di kawasan saya kerana saya bercadang untuk memohon dan kemudian ia beberapa perkara-perkara yang dinyatakan di dalam peruntukan, saya nak menarik juga kepada peruntukan yang telah diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor sebanyak hampir 90 juta ringgit yang dibahagi-bahagikan kepada beberapa
subjek yang telah disebut ia, dalam proses untuk membina masjid baru kebetulan dalam kawasan saya tidak banya ada 5 buah sahaja, yang paling di perlukan ialah proses baik pulih untuk ia supaya dapat digunakan dengan penuh keselesaan dan begitu juga pembangunan yang membabitkan institusi surau yang ada dalam kawasan mana di pohon untuk disalurkan kepada kawasan. Seterusnya saya juga menarik perhatian kepada P13 iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor yang mana ada satu cadangan untuk memasang perangkap sampah yang ada di sungai-sungai tidak terkecuali di kawasan saya kerana Sungai Klang ada melalui sebahagian daripada kawasan yang ada di dalam kawasan saya. Saya pun ada melawat tempoh hari bersama dengan Yang Berhormat EXCO untuk meninjau keadaan yang mana memang menjadi keperluan begitu mendesak, saya tidak sempat nak berbahas dalam belanjawan kerana sebab masa tempoh hari. Saya nak cadangkan juga umpamanya selain dari perangkap sampah kemudian sungai-sungai ini boleh memanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang dianggap boleh menunjukkan kelestarian alam sekitar itu sendiri. Di antaranya ialah saya dapat maklumat daripada rakan yang memancing ya. Di Sungai Langat baru-baru ini ada orang memancing ada ikan patin di Sungai Langat rupanya, pating sungai. Maknanya keadaan sungai itu semakin lama kualitinya semakin baik, sehingga hidupan sungai itu boleh hidup, kalau di Taman Medan saya dapat laporan 3 bulan lepas ada bertemu penduduk sedang mancing ikan bertemu dengan buaya bertemu buaya jadi perangkap sampah ini takut-takut buaya terperangkap perangkap. Yang Berhormat Tuan Speaker.
Yang Berhormat Taman Medan beri peluang kepada Semenyih yang ada sungai atau tidak.
Semenyih tentu ada sungai. Boleh satu minit.
Terima kasihlah pasal mengatakan Sungai Langat baik dia punya kualiti itu dengan ikan patin. Tapi untuk makluman Yang Berhormat Kampung Medan bahawa sesungguhnya yang ikan patin terlepas dari kolam, banjir besar bukan apa, itu nak pembetulan saya ingat. Terima kasih.
Silakan, silakan.
Ia.
Banjir besar tu.
Kebarangkalian ikan orang bela. Tapi menunjukkan bahawa boleh Jabatan Pengairan Saliran boleh dengan kerjasama Jabatan Pertanian umpamanya, kalau bahagian sungai-sungai tertentu kita sungai yang besar Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat ya tak salah umpamanya kita galakkan penternakan ikan sangkar di bahagian tertentu ikan
patin, ikan tilapia semuanya supaya untuk membuktikan bahawa kualiti air sungai itu sesuatu yang makin bertambah baik dan dia juga sebagai bukti bahawa kualiti air sungai sesuatu makin bertambah baik dan dia juga sebagai bukti bahawa sumber air adalah sesuatu yang selamat ye untuk dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor ye dan saya sebenarnya mengambil peluang untuk mengucapkan ye penghargaan dan terima kasih di atas apa yang dibentangkan ini ia mudah-mudahan ia dapat memberikan manfaat walaupun masa yang lama saya tak beri peluang kepada rakan-rakan untuk turut sama bahas, sekian terima kasih Tuan Speaker.
Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker Sentosa juga turut ingin berbahas dan suka juga ingin menyumbang sedikit cadangan-cadangan atas belanjawan 2020 ini. Tuan Speaker memang saya refer muka surat 197 P01 iaitu berkenaan dengan program-program keusahawanan dan juga banyak budget telah di sediakan untuk program-program promosi dan usahawan dan sebagainya, memang tahun ini kita alami 9 bulan cabaran COVID dan sebagainya tapi apa yang saya tengok dalam belanjawan adalah sedikit jumlah duit yang diperuntukkan untuk latihan usahawan dan sebagainya. Mungkin dana itu boleh digunakan untuk pemberian geran untuk mereka membantu misal kata di banyak PBT-PBT menyewa ye pada peniaga-peniaga pasar dan sebagainya dan mungkin 50% sewa boleh dikurangkan. Ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mereka menjalankan perniagaan mereka tanpa bebanan yang mereka tanggung. Selain daripada itu memang saya telah sediakan satu pelan tindakan yang boleh digunakan pakai iaitu di mana kerajaan pusat diminta ye untuk golongan yang ada duit di EPF kan boleh dikeluarkan ini adalah untuk membantu mereka supaya golongan yang mengalami masalah kalau peniaga kita atau golongan warga Selangor dapat kita bantu dengan membantu mereka untuk adakan satu program khas di mana mereka boleh diberikan pinjaman tanpa faedah yang kita boleh sediakan dengan dana yang kita sediakan sebanyak jumlah 30 Juta ini pun boleh membantu mereka supaya mereka tidak perlu pergi ke pajak gadai atau ah long untuk meminjam. Mereka boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri. Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri yang telah membantu golongan penjaja kecilan dengan ini Inisiatif Niaga Darul Ehsan ye. Niaga Darul Ehsan ni boleh membantu terutamanya penjaja kecil kerana golongan terjejas teruk ketika pandemik COVID ini boleh dapat menikmati bantuan daripada kerajaan negeri secara langsung. Selain daripada itu, Tuan Speaker Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar kerana meluluskan ketua komuniti india daripada 48 orang kepada 62 orang yang boleh membantu yang berhormat adun seluruh Selangor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti khususnya untuk masyarakat India. Selain daripada itu, PK -17 kita ada projek khas negeri ye selama 3 tahun kita tidak ada satu perancangan untuk pembinaan krematorium walaupun krematorium bawah PBT mungkin kerajaan negeri boleh memperuntukkan sedikit peruntukkan untuk membina kerana krematorium di MPPJ,
Subang Jaya, dan MBSA. Tapi MBSA ialah satu krematorium swasta yang mengenakan bayaran dekat 600 ke 800 sesuatu pembakaran di PBT-PBT lain kita tidak ada ada pembukaan atau pun tempat pembakaran mayat terbuka. So masa telah sampai untuk kita tengok balik kalau boleh setiap tahun membantu semua PBT untuk membina satu krematorium di PBT masing-masing. Selain daripada tu PK -13 saya baca ada peruntukkan untuk adat Melayu dan warisan. Saya nak tanya ada tak warisan ni untuk warisan juga diperuntukkan atau warisan masyarakat cina dan india. Ini pada 2010, saya masih ingat, ada satu perancangan oleh Menteri Besar terdahulu tentang untuk membina cultural centre right. Untuk masyarakat India dan cina dan sebagainya. Ada tak Kerajaan Negeri ada perancangan untuk menyambung kerja tu atau membina projek-projek yang telah dirancang sebelum ini. PK-1 ialah program pembangunan sumber hutan iaitu projek mengatakan pengurusan tapak semaian. Saya nak tanya ada tak bawah program pembangunan sumber hutan ni penyediaan tapak semaian menyediakan pokok-pokok yang kita boleh dapatkan penanaman di DUN masing-masing right atau tapak semaian itu adalah untuk apa dan sebagainya. PK-4 ialah menaikkan jalan projek 04307 saya terbaca tadi berkenaan menaikkan jalan naiktaraf Jalan Sungai Kandis dan juga Jalan Kebun right saya ingin tahu perancangan itu adalah program bersama dengan kerajaan pusat atau tidak kerana ini adalah satu projek yang telah dijanjikan oleh kerajaan pusat dah lama tetapi masih lagi belum dibuat dan sebagai nya . saya juga ingin tanya kalau boleh kerajaan negeri dapat membantu PBT-PBT masing-masing untuk membeli atau mengadakan satu road sweeper di PBT-PBT masing-masing, kalau sekarang hanya kalau tengok MPPJ ada road sweeper MBSA ada tetapi MPK tiada jalan-jalan kita perlu disapu dengan penyapu dan sebagainya. Mungkin PBT mesti disarankan untuk membeli road sweeper supaya jalan-jalan kita boleh dibersihkan dengan terurus dan tidak perlu memakai tenaga kerja atau kontraktor-kontraktor. Akhir sekali Tuan Speaker ini ada berkenaan dengan masing-masing
Seri Setia.
Sentosa..tadi Sentosa ada menyatakan kerja-kerja di peringkat Persekutuan yang tersangkut kerana berlainan apa nama pimpinan kerajaan yang berlainan tempat saya pun ada ada 3 tempat ye... Yang menyebabkan satu masalah umpamanya di Lebuh Raya Persekutuan yang ini banjir-banjir ini di bawah Kerajaan Persekutuan jadi yang ini kerajaan negeri kena bantu yang keduanya kawasan saya ada juga yang kata traffic light jalan utama 199 traffic light itu yang itu di bawah Kerajaan Persekutuan yang ini juga melibatkan Kerajaan Negeri dan yang ini setuju tak saya kata Kerajaan Negeri perlu bantu untuk menyelesaikan masalah kita ini.
Sentosa setuju dengan cadangan itu. Perkara seterusnya yang ingin Sentosa sentuh ialah berkaitan dengan bidang Pendidikan. Sentosa menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri berkaitan program tuisyen rakyat Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM13 Juta.
PTRS yang dijalankan secara atas talian mempunyai imitasi terhadap capaian internet terhadap kawasan luar bandar dan kawasan tertentu. Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan inisiatif data internet Selangor yang mensasarkan golongan B40 dengan menyediakan sambungan internet mudah alih mampu milik yang dipakejkan solusi pembelajaran dan keusahawanan. Saya ingin menyarankan Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan satu cadangan iaitu one stop centre dengan izin disetiap DUN bagi para pelajar mendapatkan capaian internet dan juga kemudahan-kemudahan komputer bagi golongan kurang berkemampuan terutamanya di kawasan luar bandar selain daripada itu one stop centre ini sangat penting kerana pada masa ini pembelajaran dijalankan secara atas talian terutamanya pelajar yang menggunakan google classroom. Akhir sekali Tuan Speaker Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan dengan P.K 1 kod 1001 program pemodenan-pemodenan ternakan peruntukkan sebanyak 5 Juta telah disediakan. Di Olak Lempit satu kawasan telah dikhaskan dan juga telah dirancang untuk memindahkan semua penternak-penternak lembu di kawasan Bandar Klang, tetapi bila kita pindahkan kawasan itu kawasan itu belum seratus-peratus sedia. Dan banyak penternak-penternak lembu ini terpaksa menjual lembu mereka dan tidak dapat pindahkan mereka ke kawasan Olak Lempit kerana infra mereka belum selesai. So saya minta Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan perkara ini dan Sentosa juga turut mohon sokong usaha ini terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh kerana urusan dewan ini masih panjang maka dewan pada hari ini perlu disambung saya mempersilakan YAB Menteri Besar untuk membawa usul.
Terima kasih Speaker, Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dalam peraturan tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5:30 petang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah disokong saya kemukakan untuk mendapat persetujuan . Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Usul ini
Dipersetujui.
Sebelum saya menjemput Sungai Ramal ingin saya memberi ingatan kepada Semua Ahli-ahli Dewan semasa waktu perbahasan dan persidangan ye Ahli-ahli tidak dibenarkan berjalan ke sini ke sana tanpa izin daripada Tuan Speaker ye. Ini penting tadi saya nampak Yang Berhormat Sungai Air Tawar dia pergi ke belakang ini perlu
dielakkan ye. Ini tertib mengikut peraturan 41 ye jadi minta semua ikut jangan suka-suka berjalan ke sini ke sini ke sana itu tidak dibenarkan ye...Itu live sahaja tapi itu tidak dibenarkan di Dewan Selangor. Jadi saya silakan Sungai Ramal...
Alhamdulillah Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker memberikan saya peluang untuk turut bahas dengan pembentangan perbelanjaan pembangunan 2021 saya merujuk kepada muka surat 197 di bawah VOD P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah kod projek PK-3 tajuk usahawan kod 03001 Dana Usahawan Mikro Selangor dengan anggaran peruntukan sejumlah RM 2, 250, 000.00. Program di bawah Dana Usahawan Mikro Selangor ini terdiri pada 2 setahu saya 1 adalah Dana Usahawan itu sendiri 1 adalah Program Blueprint untuk membasmi kemiskinan. Program ini dijalankan di peringkat daerah di mana ia memberikan peluang para usahawan yang berminat yang mempunyai minat yang tinggi kemahuan yang tinggi untuk pengusaha menjayakan perniagaan mereka daripada mula kecil-kecilan sampailah mereka berada di peringkat pertengahan. Bermula dengan bantuan sejumlah sehingga 5 ribu ringgit sampailah 30 ribu ringgit yang diberi dalam bentuk barangan, peralatan yang bersesuaian dengan bidang perniagaan masing-masing. Saya sudah menyaksikan sendiri bagaimana peruntukkan ini begitu telah berjaya membangunkan para usahawan-usahawan yang berada di kawasan DUN saya sendiri dan juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berhormat EXCO daripada Kota Kemuning yang pada setiap tahun sejak saya jadi wakil rakyat sehingga pada tahun ini tak pernah gagal lagi untuk turun ke tempat saya untuk meraikan dan meraikan memberikan pemberian ini kepada mereka yang berjaya di proses tapisan. Malangnya saya mendapati program yang sebegini bagus sepatutnya lebih-lebih lagilah kita raikan semasa tempuh yang sangat mencabar akibat daripada COVID 19, ramai yang terjun ke bidang perniagaan untuk menjadi alternatif kepada punca pendapatan mereka kerja sebelum ini telah hilang pekerjaan maka sepatutnya kita menyokong dan memperbanyakkan lagi peluang ini, tetapi peruntukan yang diberi saya dapati masih lagi sama, iaitu hanya sekitar RM2 juta sahaja untuk program ini pada setiap tahun. Alangkah baiknya sekiranya peruntukan ini dapat ditambah terutama dalam keadaan-keadaan mencabar sekarang ini. Seterusnya saya merujuk kepada muka surat yang sama dengan tajuk P.K 4 Sosial di bawah 04001 Perkhidmatan Masyarakat dengan satu jumlah yang besar iaitu RM64,960,000.00. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan peranan para ahli dewan negeri ini sendiri di mana dalam keadaan yang sangat mencabar ini kami mendapati bahawa sebagai jentera kerajaan yang terus paling rapat bertemu dengan rakyat, kitalah yang dikatakan sebagai “when the rubber meets the road”, jadi rakyat datang jumpa ADUN dahulu, di pusat-pusat khidmat masyarakat meminta bantuan dan bantuan ini memang kita dapati memang sebenarnya banyaklah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, oleh Pusat Zakat, banyak tempat lain tetapi semua tempat-tempat ini bantuan yang diberikan ini ianya ada kerenah birokrasi. Ramai yang datang jumpa saya bila saya tanya “ini layak patut dapat bantuan zakat. Dah pergi minta belum?” “Sudah, Yang Berhormat. Sudah, YB.” Dia kata. “Habis tu macam mana?” “Proses makan masa, YB. Dia minta
ni, biasanya 3 bulan baru dapat, 4 bulan baru dapat. Sementara tu saya dah tiada apa-apa dah sekarang ni. Saya susah dah”. Selalunya lah wakil rakyat ni lah menjadi jambatan kepada mereka untuk membeli keperluan mereka sementara mereka proses permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, oleh Pusat Zakat dan sebagainya. Maka itulah dalam keadaan yang mencabar pada hari ini, lebih-lebih lagilah kami pihak para ADUN ini memerlukan peruntukan-peruntukan sebegini untuk kita boleh membantu rakyat menjadi tempat untuk memberikan bantuan segera yang diperlukan oleh rakyat. Jadi sebagaimana kami para Ahli Dewan Negeri di sini memberikan kepercayaan kepada para pentadbir, kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, kepada para EXCO untuk menguruskan kerajaan oleh organisasi yang besar, pelaksanaannya di peringkat negeri ini bagi pihak kami yang mewakili rakyat, kami juga mengharapkan bahawa pihak para EXCO dan juga Y.A.B. Menteri Besar boleh juga membalas memberikan kepercayaan kepada kami supaya dapat diberikan peruntukan tambahan kepada kami para ADUN untuk menguruskan pusat khidmat masyarakat kami dengan lebih baik supaya kami dapat berikan peruntukan-peruntukan kepada rakyat dalam masa-masa yang sangat kritikal pada hari ini. Jadi saya masih ingat lagi pada tahun 2018, masa mula-mula menjadi ADUN, kita ada satu peruntukan khas pada masa itu yang dibawa ke hadapan yang carry forward, dengan izin, daripada ADUN yang sebelumnya, sebelum pilihan raya, iaitu dipanggil tak silap saya Peruntukan Tabung Ihsan. Jadi itu diberi dan saya rasa pada masa ini dengan COVID yang berlaku ini yang masih lagi belum putus, dijangka berterusan pada tahun depan, inilah masa yang sangat-sangat berpadanan dan bersesuaian untuk diberikan peruntukan tambahan ini kepada kami para ADUN agar kami dapat menjalankan melaksanakan tugas kami dengan lebih baik.
Seterusnya, saya juga merujuk kepada muka surat 198, di bawah tajuk PK 7 Generasi Muda dan Sukan, di bawah kod 07002 Menaiktaraf Infrastruktur Sukan. Di kawasan saya ada terdapat sebuah kompleks sukan, kompleks sukan Majlis Perbandaran Kajang, yang terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Kompleks sukan ini adalah satu kompleks yang pada asalnya mempunyai kelengkapan yang boleh dibanggakan, mencukupi untuk sukan, ada dengan balapannya, latar balapannya, padang yang baik, sekali dengan lampu spotlight untuk bermain pada waktu malam dengan tempat duduk penonton yang baiklah, tetapi sebelum daripada PRU Ke -14 lagi keadaan di stadium ini telah pun mengalami kerosakan. Trek balapannya pun tidak dapat digunakan lagi. Padangnya pun dah rosak dan sebagainya dan ini menjadi satu daripada janji daripada semua yang bertanya pada masa itu, tak silap saya, sama ada pihak sana ataupun pihak sini untuk membaiki keadaan. Tetapi sehingga hari ini masih belum dibaiki stadium tersebut dan kita sudah pun melampaui separuh daripada penggal kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi sekarang ia menjadi suatu fokus kepada para penduduk dalam Bandar Baru Bangi. Saya mengharapkan agar peruntukan dapat diturunkan untuk kita membaiki kompleks sukan ini supaya dapat dikembalikan dia punya fungsi tu, inilah satu-satunya kompleks sukan yang ada yang memberikan perkhidmatan untuk acara-acara kesukanan yang besar dalam seluruh kawasan Bandar Baru Bangi.
Seterusnya saya merujuk kepada muka surat 199, di bawah kod P.K 14 Perpustakaan, 14002 Menaiktaraf Perpustakaan Daerah dengan jumlah RM3,940,000.00. Saya ingin menarik perhatian bahawa pada tahun 2019, saya telah turun melawat perpustakaan Daerah Hulu Langat yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bersama dengan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Pada masa itu kami melawat tu, dan beliau memaklumkan bahawa peruntukan telah pun diluluskan untuk diperturunkan untuk menaiktaraf perpustakaan daerah di Hulu Langat ini. Perpustakaan di Bandar Baru Bangi ini adalah sebuah perpustakaan yang diakui antara yang unik ataupun istimewa dalam Negeri Selangor kerana ianya perpustakaan yang mempunyai keluasan yang besar lebih 29,000 kaki jadi mungkin yang kedua selepas perpustakaan yang utama Negeri Selangor di Shah Alam itu sendiri, tetapi perpustakaan itu telah lama, kelengkapannya telah usang, buku-bukunya pun lama dan bangunannya sendiri pun telah nampak begitu tidak terurus, kurang terurus dan tidak lagi dapat menarik perhatian orang ramai untuk datang ke perpustakaan tersebut. Maka itu, saya dimaklumkan perancangannya adalah peruntukan diperturunkan dan perpustakaan dinaiktaraf pada penghujung 2019 dan dijangka boleh digunakan pada pertengahan pertama tahun 2020. Tetapi sehingga ke hari ini, perpustakaan itu masih lagi dalam keadaan yang asal, tidak ada sebarang kerja-kerja pembaikan yang telah dilakukan di perpustakaan tersebut. Jadi saya berharap sangat kerana Bangi kembali sebagai Bangi Bandar Ilmu dan perpustakaan ini menjadi harapan ramai untuk melihat ianya dibaikpulih agar dapat digunakan dengan semaksimumnya oleh para penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi.
Yang kedua terakhir saya ingin merujuk kepada muka surat 219, bawah kod 01501 Memasang Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di daerah Hulu Langat di bawah JKR Daerah Hulu Langat dengan peruntukan sejumlah RM500,000.00.
Saya mendapat makluman bahawa dalam kawasan saya di Bandar Baru Bangi, pusat bandar, di bandar, jalan-jalan besar dalam Bandar Baru Bangi ini yang mengelilingi Bandar Baru Bangi adalah dinamakan Jalan Persiaran, Persiaran Pekeliling, Persiaran Bangi, Persiaran Kemajuan, Persiaran Wawasan, Persiaran Universiti, macam-macam, semua jalan-jalan besar ni yang di pusat Bandar Baru Bangi ni rupa-rupanya adalah di bawah pentadbiran JKR, selalunya jalan-jalan besar semua di tengah bandar ini adalah di bawah kuasa pentadbiran Majlis, sepatutnya Majlis Perbandaran Kajang, tetapi tidak, dan apabila jalan yang besar ni di bawah pentadbiran JKR, dan JKR pula tidak cukup dan tidak mempunyai peruntukan yang besar, macam kita lihat dekat sini untuk pasang lampu jalan, lampu isyarat hanya RM500,000.00 sedangkan semasa saya mula-mula jadi Ahli Majlis dahulu pun ramai rakyat yang menegur pada masa itu, kenapa jalan raya kawasan Bandar Baru Bangi ini, persiaran ini semua lampu tak menyala, banyak sebab lampu tak menyala, gelap, tengah bandar. Jadi bila kita selidik pada masa itu, rupa-rupanya didapati jawapannya adalah JKR tidak bayar bil TNB maka lampu jalan itu dipotong oleh TNB kuasanya, sebab itu lampu tak menyala. Jadi itulah kelemahannya peruntukan yang tak cukup. Jadi bila saya tengok hari ini RM500,000.00 ini sampai hari ini lampu jalan masih lagi
tak menyala di kawasan saya dan dia dah rosak, kena baiki kabel dan pendawaian dan sebagainya sebab kawasan itu dah lama, lebih 30 tahun, jadi nak baiki itu sahaja berapa, lampu pun kalau bil pun tak boleh nak bayar dengan peruntukan yang macam ini, bilakah ia boleh diperbaiki keadaan ini. Jadi saya mengharapkan solusinya adalah sama ada peruntukan kepada JKR ditambah, ataupun jalan-jalan ini diambil alih oleh Kerajaan Negeri untuk dipindahkan di bawah pentadbiran dan seliaan Majlis Perbandaran agar masalah ini dapat diselesaikan.
Dan akhirnya saya sampai kepada yang terakhir, yang ini mungkin agak pelik sedikit, iaitu saya merujuk kepada tajuk P.K 6 – Wanita, Kebajikan dan Kesihatan dalam masa kecederaan ini, jadi saya sentuh sedikit sahaja, kalau kita lihat di sini adalah kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada wanita, kebajikan dan kesihatan. Ini adalah belaian kepada wanita yang saya sangat-sangat hargai, sanjungi dan saya sokong. Tetapi saya melihat bahawa ada satu mungkin ketinggalan kepada pihak kaum lelaki di mana kita lihat banyak program yang saya dapati dijuruskan kepada perempuan sama ada KISS, kita bagi perempuan, alasan kalau lelaki ni kalau bagi duit dia tak reti jaga keluarga, dia akan gunakan duit itu habis untuk rokok, minuman keras dan sebagainya. Kalau pergi kepada Amanah Ikhtiar peruntukan perempuan, kenapa tak bagi pada lelaki? Sebab orang lelaki ni tak rajin datang mesyuarat, tak dengar cakap, tak ikut peraturan, tak boleh harap, tak boleh bagi pada dia orang, bagi pada perempuan. Nampak kita ambil jalan mudah. Lelaki tak boleh harap, kita bagi pada perempuan. Lelaki tak boleh harap, bagi pada perempuan. Jadi saya nak sebut hari ini satu sahaja, saya harap kita boleh mula dengan satu, berikanlah perhatian pada lelaki ini sebab mereka juga anggota masyarakat dan kalau lelaki jadi semakin tak berguna dalam masyarakat, maka masyarakat itu dengan hanya perempuan sahaja pun akan tempang juga. Dan saya nak syaratkan satu sahaja, mula dengan satu itu, orang lelaki ni kuat merokok, kalau boleh difikirkan diberikanlah satu program untuk memberikan perhatian, mulakan dengan untuk menghapuskan tabiat merokok di kalangan lelaki ini. Jadi, saya ini saya adalah satu yang saya rasa sangat dihargai, dia selalunya bila kita sebut perkara ini bila jadi pengalaman tu menyentuh hati bila dia kena pada diri kita sendiri. Saya baru ni dalam keadaan COVID, saya ziarah abang sepupu saya yang sangat rapat dengan saya daripada kecil, dan beliau sekarang kanser paru-paru stage 4 bila tahu tu dah stage 4 selalu macam tu, dan sekarang ni masuk hospital, anak tak boleh tengok, isteri tak boleh tengok, semua orang tak dibenarkan untuk ziarah di hospital, tinggal dia seorang-seorang, saya pun tak boleh buat apa, itulah keadaannya dan umurnya hanya kira-kira tiga tahun, empat tahun lebih tua daripada saya. Tetapi akibat memang kuat merokoklah. Jadi perkara ini, ini sebagai satu sample sahaja, banyak perkara ini berlaku, saya harap dapat perhatian daripada pihak kerajaan, kita boleh mulakan dengan langkah-langkah saya sebut tadi dan dengan itu, dengan masa kecederaan ini, terima kasih kepada Tuan Speaker berikan juga saya untuk bercakap sedikit lagi dan saya dengan ini menutup dengan menyatakan sokongan saya menyokong usul perbahasan belanjawan pembangunan yang dibentang oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.
Saya persilakan Sungai Air Tawar.
Terima kasih Y.B. Timbalan Speaker. Saya ingin merujuk kepada mukasurat 196, P.K 11- Teknologi Maklumat dan Inovasi yang mana sebelum ini pihak Kerajaan Negeri ada mewujudkan pembangunan aplikasi pintar yang dibangunkan oleh kerajaan negeri melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU). Sudah tentu sebagai negeri pintar, aplikasi-aplikasi pintar yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk menyediakan solusi kepada rakyat namun saya ada beberapa soalan iaitu berkenaan dengan SSDU baru-baru ini telah mengeluarkan satu request for quotation iaitu RFQ untuk membangunkan sebuah platform penglibatan warganegara untuk komuniti kampung di Selangor. Seperti mana yang kita ketahui terdahulu pada tahun 2017 SSDU telah melancarkan satu aplikasi komuniti online iaitu KOOL untuk tujuan penglibatan warga Selangor dari mana-mana komuniti. Persoalan saya berapakah jumlah dana telah SSDU belanjakan untuk membangun dan menampung aplikasi KOOL ini dari tahun 2017 hingga sekarang? Dan kenapa jumlah pengguna aplikasi KOOL ini hanya lebih kurang 500 saya tengok ada banyak beberapa aplikasi yang dah dibangunkan seperti KOOL ini hanya mendapat 500 follower. Selepas itu TELMAP pun hanya ada lebih kurang 100, IRS 500, IDRS hanya 100. Jadi kita sedia maklum manfaatnya seperti tak berapa berfungsi sebab followers nya hanya sedikit dan kita sedia maklum lebih kurang Selangor jika hanya 500 orang daripada 6.53 juta keseluruhan rakyat Selangor yang menggunakan aplikasi ini bermakna lebih kurang hanya lebih kurang 0.0076% sahaja kadar penebusan yang sangat rendah. Jadi saya minta Kerajaan Negeri perlu melihat semula kenapa dari segi follower nya sangat berkurangan. Kita tidak mahu nanti kita hanya pandai berbelanja tetapi kita tidak dapat mengurus dengan baik. Di samping itu juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan P.K 15 Perumahan dan Hartanah yang mana pagi tadi sebenarnya ada demonstrasi orang menyerah memorandum di depan berkenaan dengan pembeli Pangsapuri Rumah Indah di Pangsapuri Rimau Indah Idaman. Projek ini saya difahamkan telah 18 tahun terbengkalai oleh pemaju swasta, jadi mereka minta jasa baik Kerajaan Negeri membantu mereka memandangkan saya dimaklumkan sebelum ini Kerajaan Negeri ada melancarkan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai, jadi ada 600 pembeli dan mereka mengharapkan Kerajaan Negeri mengambil berat berkenaan permasalahan mereka macam mana hendak membantu untuk mereka mendapatkan semula rumah yang mereka beli dan mereka telah pun bayar kepada bank. Jadi ada 2 perkara sahaja yang ingin saya bawa.
Silakan Pendamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Pendamaran untuk membahaskan Usul Pembangunan. Terlebih dahulu Pandamaran ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana dapat memperuntukkan sebanyak 1.103 bilion untuk Perbelanjaan Bangunan , ini adalah Belanjawan yang seimbang.
Tuan Timbalan Speaker, Pandamaran amat gembira kerana Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan 89.9 juta kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Pandamaran kagum dan bangga dengan Kerajaan Negeri kerana membina 9 buah masjid dan dijangka akan siap pada tahun 2021. Ini terbukti Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat menjaga dan membina masjid. Akan tetapi Kerajaan Negeri juga perlu memberi perhatian terhadap infrastruktur KAFA. Dalam DUN Pandamaran terdapat KAFA yang bernama KAFA Nurul Iman di mana KAFA imam tersebut tidak ada sebuah kantin yang sempurna untuk pelajar-pelajar semasa rehat. KAFA tersebut hanya mendirikan sebuah kantin, mendirikan sebuah khemah untuk menjadikan sebuah kantin. Pandamaran rasa amat simpati kepada pelajar-pelajar KAFA tersebut dan rasa malu kerana Negeri Selangor merupakan sebuah Negeri yang maju dan canggih di Malaysia tetapi.
Pandamaran, KAFA itu Sekolah KAFA?
Ya, Sekolah KAFA tidak dapat membuat sebuah kantin yang selesa untuk pelajar-pelajar KAFA tersebut. Pembinaan kantin bukannya mahal sangat dan Kerajaan Negeri dapat bantu jika Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyalurkan bantuan kewangan. Selain itu, Pandamaran menyeru Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar supaya dapat mengambil berat terhadap infrastruktur surau-surau di Negeri Selangor. Dalam DUN Pandamaran terdapat 2 buah surau yang perlu diberi perhatian antaranya adalah Surau Al-Hijrah yang strukturnya pada asalnya adalah sebuah rumah dan dijadikan surau. Strukturnya adalah separuh papan dan separuh batu, pagarnya pun kurang elok dan Pandamaran telah memperuntukkan RM20 ribu untuk projek kecil membaiki pagarnya tetapi surau tersebut masih perlukan peruntukan yang besar untuk menaik taraf termasuk tandas, struktur bangunan dan lain-lain. Satu lagi surau yang perlu diberikan perhatian adalah Surau Darul Muhibah yang terletak di Flat Seri Angkasa. Surau tersebut sebenarnya menggunakan rumah-rumah flat untuk dijadikan surau. Setahu kita surau sepatutnya dibina ditapak yang sesuai. Oleh kerana surau tersebut terletak di rumah flat maka apabila Majlis Perbandaran Klang terima aduan mereka terpaksa mengeluarkan notis untuk meminta surau itu merobohkan bumbung dan tempat wuduk pada tahun 2017. Surau Darul Muhibah memberikan kemudahan kepada penduduk di Flat Seri Angkasa dan Flat Seri Bayu untuk solat supaya mereka dapat solat di situ. Jumlah rumah di kedua-dua flat adalah sebanyak 1,425 buah unit rumah dan kebanyakan adalah orang Malaysia. Oleh itu, Pandamaran menyeru supaya Kerajaan Negeri dapat mencari sebidang tanah yang sesuai dan berhampiran dengan flat tersebut untuk menjadikan tapak Surau Darul Muhibah selama-lamanya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan surau tersebut terpaksa diambil tindakan oleh PBT. Jika PBT menerima aduan dapat membawa keselesaan untuk Umat Islam supaya dapat solat di surau tersebut. Tuan Timbalan Speaker Pandamaran amat gembira pabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mengumumkan memperuntukkan 3.6 juta untuk pembinaan jalan baru. Ia tertumpu pada jalan-jalan utama iaitu Jalan Bukit Rimau, Klang Jalan Teluk Gadung, Jalan Reko dan lain-lain
tetapi Pandamaran harap Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat memberi perhatian kepada jalan-jalan kampung juga. Pandamaran difahamkan peruntukan dari Pejabat Tanah untuk membina jalan baru adalah lebih kuran 5 hingga 6 jalan sahaja di sebuah Mukim. Malah Ketua Kampung Teluk Gadung yang menjaga kawasan Teluk Gadung menghadapi masalah yang besar kerana kawasan kampung di Kampung Delek, Sungai Udang, Tepi Sungai yang terletak di DUN Selat Klang dan DUN Pandamaran mempunyai banyak jalan kampung yang perlu di naik taraf. Ia bukan setakat 5 atau 6 jalan boleh di dapat bantu, ia terdapat 100 buah lebih daripada 100 buah jalan kampung di bawah jagaan beliau. Jadi oleh itu peruntukan yang hanya dapat membaiki 5 atau 6 buah jalan setahun tidak memadai. Oleh itu, Pandamaran harap Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat memberi prihatin kepada orang-orang kampung tradisi dan dapat memperuntukkan lebih banyak demi kebajikan orang-orang kampung tradisi. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pendamaran ingin mengucapkan syabas dan bangga kerana Negeri Selangor telah memperuntukkan RM369 juta bagi dengan izin Premier Smart State dalam senarai program ini dapat Selangor Inovatif Fund, Selangor Advance, Selangor Kerjaya, Selangor E-kitchen dan lain-lain. Program ini bukan sahaja dapat membantu rakyat Selangor yang ingin memulakan pengusaha kecil dan sederhana melalui Selangor Advance malah ia dapat membantu rakyat yang kehilangan kerjanya dapat mencari lebih daripada 15 ribu peluang kerja baharu melalui Selangor Kerjaya. Ini membuktikan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan yang dapat mengurus dengan baik dan prihatin walaupun menghadapi pandemik COVID19 pada tahun ini. Kebanyakan usahawan sederhana dan kecil lebih dikenali sebagai dengan izin Small Medium Enterprise, SME berasa kecewa dan sedih kerana Kerajaan Persekutuan tidak dapat meringankan beban mereka kerana perniagaan mereka terjejas teruk akibat pandemik ini dan mereka perlu membayar gaji serta membayar cukai-cukai yang dikenakan tinggi. Kerajaan Persekutuan perlu memandang kepada Negara Singapore kerana Kerajaan mereka betul-betul memberi bantuan kewangan kepada SME supaya perniagaan dapat selamat tanpa SME ramai rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan apabila rakyat kehilangan pekerjaan maka Kerajaan akan mengalami kerugian yang lebih besar kerana tidak dapat mengutip cukai dan perlu menjaga perut dan kebajikan rakyat. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran mengalu-alukan Kerajaan Selangor memberikan perhatian kepada sektor pelancongan. Kerajaan Selangor telah memperuntukkan 5.85 juta untuk sektor pelancongan pada tahun 2021. Ini adalah satu tindakan yang bijak dan munasabah kerana kebanyakan syarikat pelancongan mengalami kesan yang teruk akibat pelawat asing tidak dapat melawat ke Malaysia. Selain daripada bantuan Kerajaan pihak swasta juga memainkan peranan yang penting untuk membantu Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan. Antara tempat yang dibangunkan untuk menjadi tempat menarik pelancong ke Selangor adalah Pulau Ketam dan Bagan Sungai 5. Pandamaran berharap pihak Kerajaan dapat memberi perhatian kepada pihak swasta yang ingin melabur di dalam sektor pelancongan. Ini bukan sahaja dapat meringankan beban Kerajaan malah dapat mencantikkan tempat-tempat tersebut. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran
ingin menyentuh PK5 dalam Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu dalam tentang pendidikan. Pandamaran pernah bangkitkan isu bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menegah jenis kebangsaan serta sekolah mubaligh pada sidang lepas. Pada masa itu Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah berjanji akan mengagihkan peruntukan tersebut pada awal bulan Ogos malah sekolah-sekolah tersebut masih menunggu bantuan tersebut. Maka Pandamaran harap Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji secepat mungkin. Tuan Timbalan Speaker, Pandamaran ingin menyentuh tentang Projek Pembangunan di Jalan Papan Pandamaran. Projek ini telah lama di tangguh lebih kurang 20 tahun tetapi dengan bantuan Kerajaan Negeri satu perjanjian telah dicapai pada tahun 2018. Peneroka dapat pampasan sewajarnya, kebenaran merancang sudah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang pada tahun lepas iaitu 2019. Akan tetapi pemaju enggan menghantar pelan bangunan untuk kelulusan supaya dapat memulakan pembangunan tersebut. Baru-baru ini peneroka-peneroka Jalan Papan ini menerima surat guaman daripada pihak pemaju untuk memaksa peneroka pindah dari kawasan tersebut dalam masa 14 hari bermula 28 September 2020. Peneroka menerima surat tersebut pada 11 Oktober dan kebetulan Pandamaran masuk ke hospital untuk pembedahan. Saya terima banyak panggilan telefon dan whatsapp, pada masa itu saya telah masuk ke dalam bilik pembedahan, susah betul. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab daripada pihak pemaju kerana telah ingkar perjanjian antara Kerajaan Negeri dan pihak pemaju.
Pandamaraan.
Ya.
Masa telah tamat.
Sikit sahaja. Maka Pandamaran harap Kerajaan Negeri dapat memberi amaran dan tindakan tegas terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan prihatin di bawah Kerajaan Pakatan Harapan kita perlulah jaga kebajikan dan hak peneroka. Akhir kata Pandamaran menyokong penuh Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2021. Terima kasih.
Kota Anggerik.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas laluan kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan Usul Pembangunan pada petang ini. Saya cuba ringkaskan kepada 6 perkara. Pertama saya rujuk kepada VOTP01 P.K 18 muka surat 201, 18005 berkaitan Kesedaran Kenegaraan. Di dalam laporan ini menyebut lebih kurang peruntukan sebanyak RM10 juta dan saya rasa ini satu perbelanjaan yang cukup besar. Cuma saya hendak
bertanyakan apakah bentuk pengisian dalam inisiatif Kempen Kesedaran ini, Kesedaran Kenegaraan ini, atau apa yang kita sebut lebih kurang macam Pendidikan Sivik lah, yang itu yang saya faham. Apakah ada diterapkan pengetahuan ataupun inisiatif untuk membangkitkan kesedaran anak-anak muda, khususnya dalam kita selepas ini akan meraikan pengundi-pengundi baru yang sedari usia 18 tahun? Selepas ini, 18 tahun pun dah boleh jadi pengundi, jadi saya fikir perlu ada satu inisiatif di peringkat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pengetahuan dan projek-projek untuk berikan anak-anak muda ini kesedaran, apakah dia fungsi Kerajaan, Kerajaan Federal itu apa, Kerajaan Negeri itu apa, sebab sehingga hari ini kalau saya boleh cakap, bukan setakat orang muda sahaja yang masih keliru dengan sistem pentadbiran Negara ini bahkan orang yang bukan muda pun masih confused. Kadang-kadang dia tak tahu beza Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Negeri dan juga Ahli Majlis. Bagi mereka sama sahaja semua. Jadi, saya ingat perlu ada satu inisiatif dan modul di peringkat Negeri Selangor untuk mendedahkan masyarakat, khususnya anak-anak muda tentang fungsi mereka. Macam mana mereka nak terlibat dalam penyertaan demokrasi di Negeri Selangor dan sejauh mana mereka boleh faham fungsi mereka sebagai rakyat dan fungsi agensi-agensi, struktur-struktur Kerajaan yang lain, ini pertama.
Yang kedua, Muka surat 198, Kod Projek P.K 5 05001 berkaitan Program Pendidikan. Saya suka nak tarik perhatian kita semua tentang perubahan dalam tempoh kita menjalani norma baharu ini, sekarang ini bila kita sebut pendidikan, sekolah pun dah tutup, taska, tadika pun dah tutup. Jadi, sedari umur 6 tahun pun dah mula belajar secara atas talian. Cuma di peringkat Negeri Selangor ni boleh tak kalau saya nak tanyakan pendapat dan juga jawapan daripada Kerajaan Negeri, apakah ada usaha untuk kita bantu keluarga dan juga pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Rendah Agama milik Kerajaan Negeri yang di bawah penyeliaan JAIS ini, apakah ada inisiatif daripada pihak Kerajaan Negeri untuk bantu, menggalakkan sistem pembelajaran atas talian? Misalnya, sumbangan laptop ke, kepada keluarga yang di bawah kelompok B40 ini, sebab kita sedia maklum di peringkat Federal, mereka ada inisiatif tertentu untuk menggalakkan sistem pembelajaran atas talian dan kita di Selangor ini pun ada sekolah milik Kerajaan Negeri iaitu SRA di bawah JAIS. Jadi, adakah di peringkat Negeri Selangor ada inisiatif tersebut? Dan, perkara yang ketiga, Muka surat 199, P.K 18 05, eh sorry-sorry, 13007 iaitu menaiktaraf kelengkapan Bangunan Teater Shah Alam. Saya difahamkan sehingga hari ini Bangunan Teater Shah Alam ini seolah-olah seperti gajah putih. Saya pun, sepanjang jadi Wakil Rakyat di Shah Alam tak pernah ada satu program pun di Teater Shah Alam ini. Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri, apakah keperluan untuk naik taraf ini, seterusnya dapat membuka semula operasi Kompleks Teater Shah Alam ini yang telah, saya kira, sekian lama seperti tidak ada fungsi dan juga program di situ. Dan seterusnya perkara empat, Muka surat 200, P.K 15 15003 Skim Ceria. Pertama, saya ucap tahniah kepada jiran saya daripada Batu Tiga yang kini telah mentadbir portfolio Perumahan dan sebagaimana kita semua sedia maklum di bawah Batu Tiga dan di Kota Anggerik ini banyak perumahan-perumahan rakyat yang bersifat kos rendah.
Flat-flat kos rendah, kalau di kawasan saya di Kota Anggerik ini, yang paling klasik di Seksyen 6, Seksyen 8 dan juga Seksyen 16. Ini kawasan perumahan yang begitu lama sejak Ibu Negeri Shah Alam ini dibuka sekitar tahun 60-an, projek-projek ini dah wujud. Seksyen 16 ini dah mula wujud tahun 1967. Jadi, apakah ada perancangan di pihak Kerajaan Negeri untuk menjalankan satu proses rejuvenasi ataupun peremajaan pembangunan semula flat-flat lama di Seksyen 16, Seksyen 6 dan Seksyen 8, khususnya, yang telah saya kira, kalau kita pergi tu nampak macam terlalu uzur dah, kalau ikut kan lampu tak diselenggara, sistem saliran pun ada yang tersumbat. Jadi, saya rasa perlu ada satu perancangan yang lebih komprehensif kerana Shah Alam ni sebagai sebuah Bandaraya perlu ada satu perancangan khusus di peringkat Kerajaan Negeri untuk bantu menaiktaraf atau membangunkan semula perumahan-perumahan lama ini yang telah berusia lebih daripada hampir 50 tahun.
Yang seterusnya adalah Muka surat 201, P.K 17 17003-17004 Muzium tadi. Saya sebenarnya tak habis cakap lagi tentang muzium tu bila Seri Setia bangkitkan tentang dia rasa agak canggung bila Kerajaan Negeri memperuntukkan peruntukan untuk pembangunan muzium sebab kalau kita tengok Ahli-ahli Dewan, negeri-negeri maju, negara-negara maju khususnya, muzium ini sebagai satu tarikan pelancongan sebenarnya. Saya ingat lebih kurang enam (6) tahun lepas, saya ke Thailand, di Bangkok, saya berkesempatan berkunjung ke Muzium Tekstil. Ratu Sirikit, Queen Sirikit, Queen Sirikit ini Permaisuri Thailand yang lama. Dia ni memang seorang permaisuri yang minat dalam bidang tekstil, bidang pemakaian, dan kalau kita pergi ke muzium tersebut, memang kita dapat belajar bukan sahaja tentang pemakaian orang Thailand, orang Siam tetapi macam mana nak kenal tekstil, nak kenal benang, bagaimana proses pembuatan benang, kain itu dilaksanakan, dan saya kira ini penting untuk kita dedahkan kepada masyarakat kita tentang budaya dan tradisi rakyat Malaysia. Orang Melayu mungkin ada pemakaian tersendiri kalau di Pahang mereka popularkan tenun Diraja, kalau orang India dia ada sari dia, masyarakat Cina dia ada cheongsam nya. Jadi, saya rasa perlu untuk kita jadikan Selangor ni sebagai satu hub untuk mengetengahkan produk-produk tekstil kita. Yang kita ada pun kalau paling besar di Shah Alam ni, Jakel. Itu pun untuk Hari Raya kita pergi situ, itu pun kain import. Jadi, kalau kita boleh dedahkan masyarakat, bina satu pendekatan untuk mereka faham, apakah ini sejarah tekstil macam setem, misalnya. Saya tahu, setem ni, mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat pun minat, ada yang masa kecil. Saya dapat maklumat, Tuanku Sultan sendiri pun seorang penggemar setem. Dia pun kumpul setem. Jadi, kalau kita dapat bantu inisiatif ini, kalau kita ada seorang raja yang memang cultured, dia faham budaya, dia faham sejarah, saya rasa kita sebagai rakyat Selangor pun patut beri sokongan kepada inisiatif usaha-usaha ini untuk memperkenalkan budaya, sejarah kepada masyarakat, khususnya di Selangor.
Dan yang terakhir, saya nak rujuk Muka surat 238, VOT P13 P.K 5 05012 dan nak rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri, khususnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur kita, Yang Berhormat Pandan Indah yang memberikan kerjasama dan komitmen yang cukup baik kepada saya selaku wakil
Kota Anggerik, ini projek yang tahun lepas saya ada bawa dalam Dewan, berkenaan dengan masalah banjir kilat yang melanda di kawasan Mutiara Bukit Raja dalam daerah Klang, walaupun daerah Klang, walaupun kawasan ini sebahagian kecil sahaja daripada kawasan saya tetapi masalah yang mereka alami ini telah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu. Kalau hujan lebat sahaja, air akan naik. Jadi, Alhamdulillah, saya harap dalam Belanjawan tahun hadapan memang dah ada masuk dan dapat selesaikan lah dengan segera dan semoga usaha baik Kerajaan Negeri memberikan pembangunan kepada kawasan-kawasan kita di Negeri Selangor ini dapat kita sokong dan sama-sama kita pastikan ia dilaksanakan dengan penuh hemah dan juga, apa nama, dapat dilaksanakan tanpa ada ketirisan dan salah guna dana awam tersebut. Kita pastikan Selangor kekal sebagai sebagai sebuah negeri, walaupun kita ni negeri maju, negeri membangun, banyak projek, tapi projek kita biarlah projek yang dilaksanakan menurut prinsip ketelusan dan integriti, ha jangan kita sibuk nak naikkan gaji dan elaun ADUN-ADUN tapi infrastruktur di negeri tak bagus. Macam ada satu negeri dah dapat naik gaji. Dia dapat naik gaji ADUN dan EXCO tapi air dia masalah lagi. Jadi, kita di Selangor ni, tuan-tuan, kita kena jadikan contoh, tak naik gaji tak apa, tak naik elaun tak apa tapi yang penting, nasib dan kebajikan rakyat, kita bela dengan baik. Terima kasih.
Saya persilakan Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk berbahas Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Pelabuhan Klang ingin terus ke Muka surat 196, P.K 2 Luar Bandar, dan Pelabuhan Klang ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kawasan luar bandar ini diberikan perhatian seperti di kawasan Pelabuhan Klang, saya ada dua (2) Kampung Tradisi iaitu Kampung Tradisi Pulau Indah dan juga Kampung Tradisi Teluk Gong. Tadi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada mengatakan antara peruntukan luar bandar ini ialah untuk kemudahan awam dan juga untuk infrastruktur dalam kampung. Dan, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam Dewan yang mulia ini ialah, infrastruktur di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah ini dan juga di kawasan Kampung Tradisi Teluk Gong ini dah lama dan dia bercampur-campur. Ada jalan PBT, ada jalan Pejabat Daerah, ada jalan JKR dan masyarakat kampung ini dia tidak faham. Sebab ini, baru-baru ini ada penurapan untuk jalan-jalan daerah. Jalan-jalan daerah ini sangat kecil, turap baru dan kemudian dibuat garisan pembahagi jalan, dan jalan ini kecil. Untuk berselisih dua (2) kereta, memang tak boleh. Dan, masyarakat tak faham, ini adalah jalan daerah sebab bila dibandingkan dengan jalan JKR yang baru diturap pula, jalan itu luas, jalan itu lebar, dan boleh berselisih dua (2) kenderaan ataupun dua (2) kereta. Tetapi tidak pada jalan-jalan daerah dan sudah sampai masanya untuk Kerajaan Negeri mengkaji semula adakah jalan-jalan Pejabat Daerah ini perlu dinaiktaraf untuk menjadi jalan Perbandaran ataupun diserahkan kepada pihak JKR supaya setaraf semua jalan-jalan yang ada di dalam kampung. Begitu juga di kawasan Kampung
Tradisi Teluk Gong. Jalan-jalannya selalu rosak walaupun baru diturap kerana Kampung Teluk Gong ini ada industri-industri ataupun kilang-kilang yang berhampiran yang menggunakan juga jalan-jalan dalam kampung ini. Jadi, minta Kerajaan Negeri berikan perhatian, bagaimanakah cara yang terbaik untuk menaik taraf jalan-jalan yang ada di dalam kawasan-kawasan Kampung Tradisi seperti di Pulau Indah dan juga di Teluk Gong.
Seterusnya, Pecahan Kepala P.K 12 Alam Sekitar dan saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, iaitu memohon kepada STANDCO Alam Sekitar, Yang Berhormat Kajang supaya mengadakan program penanaman semula kayu-kayu bakau yang hilang dicuri dan mati akibat pencemaran oleh penjenayah-penjenayah Alam Sekitar ini. Dan banyak pokok-pokok kayu bakau yang telah mati di kawasan Pelabuhan Klang ini dan perlu ditanam semula bagi mengawal hakisan yang berlaku setiap kali air pasang dan juga menjadi tebatan banjir yang asli. Jadi, saya berharap satu peruntukan diturunkan ke kawasan Pelabuhan Klang untuk program penanaman semula kayu-kayu bakau yang hilang dicuri dan mati akibat pencemaran. Dan seterusnya, Pecahan Kepala P.K 16 berkenaan dengan Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor. Dan ini sangat-sangat popular pada tahun ini, masalah air di Negeri Selangor ini dan saya berharap supaya Kerajaan Negeri Selangor akan membantu kawasan Pelabuhan Klang yang seperti sebelum ini saya bangkitkan apabila terputus bekalan air, Pelabuhan Klang ialah kawasan yang terawal akan putus dan kenapa bila pulih, kawasan Pelabuhan Klang juga yang akan terakhir dapat bekalan air. Dan, Pelabuhan Klang ingin mencadangkan supaya diwujudkan ataupun dibina kolam-kolam air ataupun tangki-tangki air ini di kawasan-kawasan yang tekanan airnya rendah seperti di kawasan yang paling hujung dalam kawasan Pelabuhan Klang seperti di kawasan Pulau Indah, Kampung Tradisi Pulau Indah dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Begitu juga dengan kawasan-kawasan di Pandamaran Jaya, di kawasan Kampung Idaman yang tidak ada tangki air atau pun kolam air daripada dulu lagi sebab ini, taman-taman perumahan yang lama tetapi ianya tidak ada dibina kolam-kolam air untuk menyimpan bekalan air. Dan sekiranya terputus bekalan air, terus mereka akan terputus sebab tiada simpanan. Saya ambil contoh, ini saya ucapkan terima kasih kepada Air Selangor kerana telah membaiki tangki air atau pun kolam air ini di kawasan taman Selat Damai. Sebelum ini saya selalu mendapat aduan daripada Taman Selat Damai mengatakan tekanan air rendah tetapi selepas kolam atau pun tangki air yang rosak itu di baik pulih, sehingga hari ini tiada lagi aduan dari kawasan Taman Selat Damai. Dan seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin merujuk kepada muka surat 218, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Kod Projek 01301 dan 01302 minta maaf muka surat 219, muka surat 219, iaitu memasang lampu jalan dan lampu isyarat di daerah Klang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini iaitu setiap kali perbahasan saya memang akan membangkitkan isu dan masalah vandalisme yang sering berlaku terutama sekali kecurian kabel dan wayar lampu yang
ada di kawasan Pelabuhan Klang ini. Seperti yang Sungai Ramal cakapkan tadi pun, lampu kawasan dia pun tak menyala, yang itu pun saya pun terperanjat dengar sebab tak bayar bil. Selalunya kena curi wayar yang ini tak bayar bil, oh masalah besar itu kan. Jadi Alhamdulillah, di kawasan DUN Pelabuhan Klang saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada EXCO Pandan Indah, ini saya yakinlah hasil sentuhan EXCO Pandan Indah juga. Dan bersama-sama Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor terutama sekali Kejuruteraan Elektrik di mana telah memasang lampu-lampu solar LED sebanyak 542 tiang yang dipasang oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Dan Alhamdulillah selepas pemasangan ini, jalan-jalan yang selama ini gelap di kawasan Pelabuhan Klang sudah mula terang, tapi itu pun tidak cukup lagi Yang Berhormat Pandan Indah. Saya berharap pada tahun hadapan, supaya ditambahkan lagi tiang-tiang lampu solar ini kerana banyak kelebihannya iaitu dapat mengurangkan risiko akibat vandalisme dan kecurian dan kita dapat sumber tenaga yang percuma iaitu dari matahari. Kita tak payah lagi hendak kena bayar bil elektrik macam yang Sungai Ramal kena, tak bayar bil elektrik, lampu-lampu jalan jadi mangsa tidak menyala. Dan saya ambil contoh, saya ambil contoh untuk kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang saja, saya mintakanlah laporan sebab tiada laporan berkenaan dengan Jabatan Kerja Raya, berapa mereka membayar bil elektrik sebab mereka mungkin membayar secara pukal untuk seluruh negeri. Tetapi untuk kawasan Majlis Perbandaran Klang untuk setahun, Majlis Perbandaran Klang membayar sebanyak RM13 juta untuk bayar bil elektrik saja. Dan daripada RM13 juta itu, Majlis Perbandaran Klang memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta setahun untuk bayar bil lampu, elektrik sahaja. Bil lampu jalan dan lampu awam taman perumahan, jadi bayangkan kalau menggunakan lampu solar LED, kita tak payah lagi hendak bayar bil elektrik dan tak payah lagi hendak kayakan TNB. Bayangkan RM7.6 juta kalau sepuluh tahun MPK dapat jimat tak payah bayar bil elektrik ini, ada RM76 juta, berapa banyak dewan kita boleh bina di kawasan-kawasan taman perumahan yang tak ada dewan. Ini sibuk fikir hendak naikkan cukai saja tak habis-habis. Jadi saya harap ini cara hendak menjimatkan penjimatan. Ini MPK tak masukkan lagi kos penyelenggaraan, kos ganti wayar yang hilang kena curi, kos ganti lampu yang asyik terbakar, terbakar, terbakar konon terbakarlah, saya pun tak tahulah betul-betul terbakar atau tidak, tetapi itulah yang berlaku. Jadi banyak penjimatan yang boleh dibuat.
Jadi saya hari ini hendak umumkan kepada Yang Berhormat Pandan Indah untuk sampaikan kepada Pengarah JKR Negeri Selangor, kami di kawasan Pelabuhan Klang dah serik dah lampu-lampu asyik tak menyala, lampu-lampu, wayar-wayarnya asyik dicuri dan menyebabkan gelap, baiki sebulan menyala tapi setahun gelap, lepas itu baiki lagi, tahun depan sebulan menyala, lepas itu gelap setahun. Jadi Pelabuhan Klang selepas ini saya tengok itu dekat Klang, membaiki, memasang lampu tidak ada lagi lampu wayar di kawasan Pelabuhan Klang hanya dibenarkan lampu solar LED sahaja, boleh Yang Berhormat Pandan Indah. Sebab jimat duit, jimat duit, jimat, jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri pertimbangkan idea tersebut dan di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih juga kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Central Spektrum kerana merekalah yang memulakan pemasangan lampu solar LED
sebanyak 200 tiang dengan kelulusan pihak JKR Negeri Selangor melalui kejuruteraan elektrik yang begitu orang kata pro aktif dalam usaha untuk menyelesaikan isu kecurian dawai, kecurian kabel dan juga wayar di kawasan Pelabuhan Klang ini.
Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan Kementerian Pembangunan Kerja Raya dan JKR Persekutuan dan juga Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor terutama sekali cawangan Kejuruteraan Elektrik yang diketuai oleh Ir. Ismail bin Hashim kerana telah memulakan inisiatif untuk membenarkan sebanyak 742 tiang lampu solar LED dipasang di kawasan Pelabuhan Klang. Orang-orang macam inilah kita kena jaga sebab dia rajin kerja, pro aktif, malam tadi dengan saya pukul 2 3 pagi kita pergi tengok semua lampu-lampu solar yang dipasang. Ada 4 syarikat sekarang sedang pasang dia punya lampu dan sedang dinilai oleh pihak kejuruteraan elektrik Negeri Selangor. Dan ada banyak pula lagi, tiba-tiba syarikat datang dan sekarang ini, satu tiang lampu tidak termasuk harga tiang, dah makin turun dah harga, RM2,800, RM2,700 dan sekarang ini dah banyak. Saya sekarang ini difahamkan di depan Pejabat JKR Negeri Selangor telah dipasangkan tiang-tiang lampu-lampu mana-mana supplier hendak bekal, pergi letak dekat depan tiang, dia kena test dulu kena tengok, boleh ke tak boleh guna dan apa kelemahan dan apa kebaikan.
Dan saya berharap juga kepada JKR Persekutuan walaupun tahun lepas, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di kawasan Pelabuhan Klang, tapi ianya tidak mencukupi. Untuk kawasan Pelabuhan Klang saya minta Yang Berhormat Pandan Indah bersama-sama dengan Pengarah JKR Selangor untuk lawan dapatkan peruntukan yang diperlukan, selepas kita berbincang dengan pihak Lembaga Pelabuhan Klang, Northport dan juga Westport, pihak Central Spektrum dan semua pemain-pemain industri di kawasan Pelabuhan Klang. Masih banyak lagi jalan-jalan yang perlu di turap, yang perlu diselenggarakan, yang perlu dibaiki dan perlu ditambah baik, Pelabuhan Klang memerlukan peruntukan sebanyak RM50 juta lagi daripada Kerajaan Persekutuan khususnya daripada Kementerian Kerja Raya.
Dan seterusnya Pelabuhan Klang ingin membawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ke muka surat 225 iaitu ...
Pelabuhan Klang, masa.
Sekejap, sekejap sikit lagi, ini sangat penting. Kod Projek 04304 ini pun berkenaan dengan Jabatan Kerja Raya, Yang Berhormat Pandan Indah iaitu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memperuntukkan sebanyak RM4.3 juta di dalam pakej satu Projek Menaik Taraf B418 Jalan Teluk Gong dari persimpangan
Glenmarie Curve sehingga ke persimpangan Jalan Ikan Tenggiri. Cuma Pelabuhan Klang ingin bertanya apakah perincian perbelanjaan RM4.3 juta itu kerana pada tahun 2018, telah dibentangkan Belanjawan 2019, Perkara 74 bahawa ada peruntukan sebanyak RM10 juta. Apakah ia telah digunakan dan ia digunakan untuk apa? RM10 juta dah pernah bagi pada tahun 2019 dan sekarang tambahan lagi RM4.3 juta. Tetapi kita tak nampak apa-apa kemajuan projek dan tidak dibentangkan bagaimana reka bentuk projek ini. Dan apakah alternatif jalan sekiranya projek ini dilaksanakan. Kita tidak mahu apa yang pernah berlaku di Jalan Kebun, projek menaik tarafkan tetapi dia menyusahkan penduduk-penduduk atau pun pengguna-pengguna semasa kerja-kerja projek dijalankan.
Akhir sekali, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor, sekian, terima kasih.
Dusun Tua.
Terima kasih Timbalan Speaker. Duduk, saya tak bagi laluan. Terima kasih Timbalan Speaker, saya sudah tentu akan mulakan dengan perkara yang sudah pun perlu disebut tak boleh tak sebut. Betul, pandai Seri Setia, banjir kerana baru-baru ini di kawasan Hulu Langat telah dilanda satu banjir yang besar, boleh kata 2/3 dari kawasan DUN saya terlibat, terjejas dengan banjir. Jadi, hendak tak hendak kena sebut, walaupun kita ambil maklum, bahawa punca banjir yang berlaku baru-baru ini berpunca daripada kapasiti sungai yang tidak lagi mampu menampung jumlah hujan yang turun pada malam itu. Kapasiti hanya mampu menampung kapasiti Sungai Langat hanya mampu menampung lebih kurang 60 ke-80 mm hujan, sedang hujan yang turun pada malam itu adalah sebanyak 162 ke atas lebih kurang mm. Jadi ini jelas sebab itu, banjir yang berlaku pada kali ini, skalanya besar yang kalau tidak silap saya pernah berlaku lebih kurang 4 tahun yang lalu. Dan jumlah hujan yang turun pada minggu lalu yang mengakibatkan banjir itu dikatakan dimaklumkan oleh JPS, adalah yang terbesar jumlahnya dalam tempoh 10 tahun ini.
Jadi, hendak tak hendak saya kena sentuh juga hal berkenaan ini. Dan sudah tentu JPS telah maklumkan untuk jangka panjang jika kita mahu selesaikan masalah banjir ini, hendak tidak hendak kita perlu melaksanakan, perlu dijalankan projek Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 Sungai Langat. Ini yang kita selalu dengar, berulang-ulang kali kita dengar, setiap kali berlaku banjir akan disebutkan bahawa projek jangka panjangnya perlukan RBT Fasa 2 ini. Tetapi kita juga mahu daripada Kerajaan, beri kita kemas kini apa sebenarnya status Rancangan Tebatan Banjir ini, dah dibawa ke mana. Saya dimaklumkan hendak dibawa ke RMK Ke-12, saya tak tahu adakah nanti akan datang sampai ke RMK Ke-13, Ke-14, Ke-15, saya pun tak tahu. Jadi ini kita hendak ada kemas kini, tapi walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri untuk beberapa projek sebenar, di bawah VOT P13 terutama
kod Projek PK2, kita dapat lihat projek-projek Naik Taraf Sistem Saliran di Batu 16 berjumlah RM500 ribu dan juga retrofit sistem saliran di Sungai Raya yang berjumlah RM300 ribu. Ini agak menarik kerana di Sungai Raya itu kita membaiki sistem talian dengan membina floodwall kerana keadaan kampung itu yang terlalu rapat dengan sungai sehingga memustahilkan mereka dipindahkan. Maka terpaksa membina floodwall. Namun di sini saya juga ingin mengingatkan kepada Kerajaan, ya setiap kali banjir besar iaitu memanglah besar itu Sungai Langat banjir, tapi Hulu Langat juga sering berdepan dengan banjir jadi masa ke semasa dalam tahun ini saja sudah berapa kali. Dan tempat yang biasanya terjejas adalah 2 sebenarnya yang sering kali berulang.
Yang pertama Batu 10, Batu 10 ini dah boleh kata dah hampir seolah-olah puratanya setiap bulan sekali mesti merasa. Sampai baru-baru ini banjir besar pun, saya kata dengan Tok Ketua Kampung Batu 10. Tidak apa, Tok handle dulu Tok, Tok dah praktis dah tiap-tiap bulan, saya hendak tolong yang lain-lain ini yang terjejas kerana terkejut kerana pertama kali untuk tahun ini. Jadi Batu 10 ini dah berulang-ulang kali daripada PKP, malah ketika PKP sendiri kita terpaksa keluar membantu, sehinggalah ke sekarang Batu 10 ini dan kedua sudah tentu Sungai Serai yang berlaku tapi tidak seteruk di Batu 10. Namun malangnya apabila, saya melihat kod projek P.K 1 ada disebutkan berkenaan dengan Rancangan Tebatan Banjir untuk Kampung Batu 10. Cumanya di sini tidak saya lihat, ada sebarang peruntukan. Jadi di sini agak canggung, agak pelik sedikit kerana tempat yang sering kali berlakunya banjir yang berulang-ulang kali tak ada peruntukan, tak diberikan peruntukan.
Dusun Tua, Dengkil ingin mencelah.
Saya ingin bertanyakan pendapat Dusun Tua, sebab memandangkan isu banjir ini bukan hanya Dusun Tua, Dengkil ini terlalu kerap berlaku banjir, adakah Dusun Tua bersetuju agar pelan jangka masa pendek mendalamkan Sungai Langat ini harus dilakukan dengan kadar segera.
Terima kasih Dengkil, malah saya sering bergurau kalau banjir di Hulu Langat itu, seterusnya kita kena tanya Dengkil dah bersiap sedia belum sebab air itu mungkin akan sampai ke sana dan Dengkil pula banjir ya. Saya setuju sebab itulah dikatakan berulang-ulang kali Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat. Tiap kali berlaku banjir akan disebut, inilah pelan jangka panjangnya. Cuma bila pelan ini boleh dilakukan, kenapa ia tidak boleh dijalankan. Apakah ada peruntukan yang lebih penting daripada pelan ini. Kalau pelan ini dibawa kepada Kerajaan Persekutuan, kenapa Kerajaan Persekutuan tidak memandang pelan ini. Jadi ini yang kita hendak tahu tentang pelan Rancangan Tebatan Banjir itu. Jadi berbalik kepada isu di Batu 10 itu tadi, itu yang saya hendak tahu, mengapa tidak ada peruntukan yang diperuntukkan untuk tebatan banjir di Batu 10.
Dusun Tua, sila duduk. Jam telah menunjukkan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pukul 5:30 petang, Dewan disambung esok, Selasa 10 November jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
( DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG )