Selangor · 24 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 301 turns · 32,964 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Ke-14 pada 24 Ogos 2021 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bismillahhirrahmannirrahim. Bacaan doa.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para pemerhati sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai langkah membendung penularan wabak pandemik COVID-19, semua yang berada di dalam Dewan ini diwajibkan telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan telah menjalani ujian saringan RT-PCR COVID-19 dan mendapat keputusan negatif COVID-19. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ujian saringan PCR COVID-19 telah diadakan secara berpusat kepada semua yang terlibat menghadiri persidangan pada 20 Ogos 2021 secara drive-thru di Dataran Dewan Negeri Selangor. Keputusannya daripada 473 telah terdapat 6 yang positif ya. Alhamdulillah, Ahli-ahli Dewan Negeri yang ada di sini semuanya selamat tidak ada masalah, sihat. Saya ucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai dan petugas dipohon untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 seperti yang telah diedarkan oleh pihak urus setia sebagai salah satu syarat wajib sebelum menghadiri persidangan Dewan pada setiap hari. Sekiranya ada yang mendapati diri mereka adalah kontak rapat, person under investigation dan person yang mempunyai gejala COVID-19 mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan dewan ini dan perlu memaklumkan perkara ini kepada urus setia persidangan dengan kadar segera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mengambil kira situasi wabak COVID-19, Coronavirus ini yang semakin meruncing di Negeri Selangor, jemputan wakil jabatan ke sesi Persidangan Dewan Negeri Selangor pada kali ini adalah dihadkan kepada beberapa Ketua Jabatan sahaja sebagai usaha membendung penularan wabak tersebut. Walau bagaimanapun, Jabatan dan Agensi dan Badan Berkanun yang lain boleh mengikuti sesi persidangan secara langsung melalui portal rasmi TV Selangor, selangortv.my atau multimediaselangor.gov.my sebagai maklumat persidangan yang terkini juga akan dihebah melalui portal dewan Selangor.gov.my dari masa ke semasa.

Semua Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan petugas yang berada di Dewan ini adalah dipohon supaya menjaga etika keselamatan dan kesihatan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 di dalam Dewan yang mulia ini. Beberapa amalan perlu diambil perhatian iaitu :-

1. memakai pelitup muka (face mask); 2. memastikan amalan penjarakan sosial sentiasa dipatuhi; 3. memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik, bebas daripada demam, selesema, batuk, sesak nafas; 4. mengamalkan ketika bersalam seperti salam sunda, salam hormat dan tidak bersentuhan; 5. memastikan tangan sentiasa bersih sebelum dan selepas memegang apa-apa kontak, dan peralatan serta mengelakkan menyentuh muka dan 6. mengamalkan etika batuk dan bersin, mesti memakai tisu atau kain dan sekiranya tiada pastikan menggunakan baju untuk menutup hidung dan mulut.

Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas-kertas Mesyuarat.

1) Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2021 -

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2020 2) Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2021

- Rang Undang-Undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pengesahan) 2021 3) Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2021

-Laporan Ketua Audit Negara Pengurusan Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018 Siri 3 4) Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2021

-Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2019 Siri 1 Dan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Selangor Tahun 2019 5) Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2021

-Laporan Tahunan 2019 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 6) Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2021

-Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019

7) Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 8) Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 9) Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2021 - Memorandum Perbendaharaan Mengenai Tambahan Perbelanjaan Tanggungan Tahun 2020 Kerajaan Negeri Selangor 10) Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2021 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (Public Account Committee - PAC) Bagi Dewan Negeri Selangor Berkaitan Yayasan Selangor 11) Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2021 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (Public Account Committee - PAC) Bagi Dewan Negeri Selangor Berkaitan Majlis Sukan Negeri Selangor 12) Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2021 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Status Pengurusan Kelab Golf Seri Morib (KGSM) Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 13) Kertas Mesyuarat Bilangan 13 Tahun 2021 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Berhubung Pindaan Kepada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 14) Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2021 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Berhubung Penggantian Paip Dan “Non-Revenue Water” 15) Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2021

-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Kesan Negatif Ekonomi Akibat Wabak Covid-19 Dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Terhadap Prestasi Kutipan Hasil Cukai Dan Premium.

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Selamat pagi Tuan Speaker. Soalan saya, soalan Nombor 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Kebajikan Orang Asli Semasa Pandemik Covid19Questions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah jenis bantuan Kerajaan Negeri yang telah diterima oleh Orang Asli Selangor khususnya semasa pandemik COVID-19 (Mac 2020 sehingga sekarang)? b) Sila memperincikan jenis dan jumlah bantuan mengikut kampung-kampung Orang Asli. c) Berapa kali saringan COVID-19 telah dilaksanakan di Kampung-kampung Orang Asli?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menanggalkan face mask saya untuk menjawab soalan ya boleh? Kalau tidak saya tidak dapat ...

Speaker

Baik, baik saya benarkan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Berhadapan dengan pandemik COVID-19 sememangnya mencabar buat kita semua terutama

sekali dengan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun (PKP) sehingga sekarang Pelan Pemulihan Fasa 1. Oleh itu Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dengan sedaya-upaya dan proaktif dalam mendepani PKP ini bagi memastikan kebajikan rakyat negeri ini terbela. Pada tahun 2020, di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian bakul makanan kepada 5,941 Ketua Isi Rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di mana ia diberikan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, susu dan minyak masak dengan kos siling sebanyak RM50.00 satu keluarga dengan jumlah keseluruhan RM297,050.00.

Inisiatif ini diteruskan lagi pada tahun ini di bawah “Pakej Kita Selangor” dengan sedikit penambahbaikan di mana setiap ketua isi rumah Orang Asli akan menerima bakul makanan bernilai RM100.00 satu keluarga. Secara keseluruhannya, manfaat ini telah diterima oleh 6,503 Ketua Isi Rumah Orang Asli di seluruh Negeri Selangor dengan jumlah keseluruhan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM650,300.00. Perincian bagi penerima sumbangan bakul makanan, jadual ini saya akan lampirkan selepas ini, sebab banyak ini. Untuk menjawab soalan yang kedua, yang ketiga, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan (JAKOA) tidak menetapkan beberapa jumlah saringan yang perlu dilaksanakan di kampung-kampung Orang Asli di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, pelaksanaan saringan yang dibuat adalah secara bersasar dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah berdasarkan keperluan mengikut daerah dan kampung Orang Asli. Setakat ini, saringan bersasar telah dilaksanakan di tiga buah kampung Orang Asli di Negeri Selangor. Saringan ini telah melibatkan 393 orang iaitu 91 orang Daerah Petaling, 42 orang Daerah Kuala Langat dan 260 orang Daerah Sepang. Perincian jadual ini saya akan bagi selepas ini sebab banyak sangat. Sekian, terima kasih.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan susulan, tadi saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Kajang di mana kelihatan saringan COVID-19 tanggungjawabnya diberi sepenuhnya kepada JAKOA dan juga Jabatan Kesihatan tapi pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor ada saringan COVID-19 yang dijalankan juga. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil kesempatan ini memandangkan tiada saringan yang dijalankan oleh JAKOA untuk mengendalikan saringan COVID khusus untuk Kampung-kampung Orang Asli.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak JAKOA tidak memberikan khidmat untuk saringan di setiap kampung, di mana Selangor kita ada 74 buah kampung Orang Asli. So, memang kita tidak boleh masuk ke setiap kampung untuk buat saringan. Kita hanya untuk buat sasaran, tersasar di mana kalau Kampung itu

ada kes COVID-19, kita baru masuk ke kampung itu untuk buat saringan. Untuk makluman Yang Berhormat, 3 buah Kampung yang kita telah pun masuk di Gombak dan Petaling. Jumlah saringan 91, didapati ada 90 orang jumlah positif hanya 1 yang negatif. Ini yang paling apa teruk sekalilah, 90 yang dapat positif. Untuk Daerah Kuala Langat dan Klang, jumlah saringan 42, yang positif 11 yang negatif 31. So, untuk Daerah Sepang, jumlah saringan 260 yang positif 34, negatif 176. Sekian.

Yang Berhormat.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya hendak bertanya kepada Kerajaan Negeri sama ada Bantuan Bakul Makanan yang disebutkan tadi adalah juga bakul makanan yang sama yang disumbangkan oleh JAKOA kepada semua perkampungan orang asli ini? Sebab saya tengok, saya terlibat dalam penyampaian bakul makanan ini, bukan 1 fasa tetapi 2 fasa dan lebih daripada itu. Dan kalau ia berbeza, bagaimana mungkin ia dapat diselaraskan di peringkat negeri dan juga di peringkat pusat, supaya akhirnya satu sumbangan yang berterusan dapat dilakukan. Yang kedua, tadi disebutkan 42 saringan dilakukan di Kuala Langat dan saya dapati di Kampung Taman Desa Kemandol ini berlaku kluster orang asli, saya tidak pasti sama ada di situ juga dilakukan saringan, kalau tidak, adakah juga kit saringan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri juga disampaikan kepada mereka? Sebab ini, salah satu daripada kluster yang berlaku di kawasan Kuala Langat datangnya daripada perkampungan orang asli. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk Bakul Makanan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, selain Kerajaan Negeri Selangor memberikan 2 kali Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah, pihak JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) juga telah memberikan sebanyak 6 kali Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah di seluruh Selangor. Yang pertama kali pada bulan April, sebanyak 5,425 Bakul Makanan telah diberikan. Pada penghujung April, tahun lepas sebanyak 5,800 Bakul Makanan, pada bulan Mei tahun lepas juga sebanyak 5,951 Bakul Makanan. So, tahun lepas JAKOA telah pun memberi 3 kali Bakul Makanan. So, untuk tahun ini, JAKOA telah pun memberi 2 kali iaitu pada bulan Jun sebanyak 6,256 dan bulan Julai sebanyak 6,546. Untuk makluman Yang Berhormat juga, selain Kerajaan Negeri Selangor dan juga pusat JAKOA, di mana pihak NGO telah menyediakan bakul makanan kepada orang asli di mana Persatuan Malaysian Chamber of Commerce Hong Kong & Macau dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia ataupun MOADA telah pun memperuntukkan 6,500 Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah orang asli Negeri Selangor. So, ini sedang dijalankan. Selain itu juga, setiap ADUN dan MP (Ahli Parlimen) juga terlibat untuk memberikan Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah di setiap DUN dan kawasan Parlimen masing-masing. Saya rasa, kalau ikut penerimaan Bakul Makanan

ini, setiap bulan, setiap dua minggu orang asli akan dapat Bakul Makanan. Saya rasa daripada segi Bakul Makanan tiada masalah, orang asli saya rasa dia menerima.

Untuk kampung yang disebutkan tadi, saya perlu dapatkan butiran daripada JAKOA sebab saya tiada data buat masa ini, so saya akan bekalkan sama ada Kampung Orang Asli, Kemandol ini ada membuat saringan test ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Bandar Utama. Tidak hadir.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker, saya ingin ambil Soalan No. 2.

Speaker

Saya tidak benarkan. Sabak.

Soalan saya No. 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Status Dan Fungsi StfcQuestions

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Ramai yang bertanyakan mengenai status dan fungsi STFC (Selangor Task Force COVID-19). Sehingga kini, apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pasukan ini bagi menangani kes yang semakin meningkat di Negeri Selangor?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga kepada Yang Berhormat Sabak. Yang Berhormat Sabak bertanya mengenai peranan status dan fungsi STFC bersama dengan soalan yang diberi oleh Yang Berhormat Sabak. Soalan-soalan juga diterima dalam isu yang sama daripada Sijangkang dan juga daripada Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Sungai Burong, Yang Berhormat Rawang, Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Bukit Malawati, Yang Berhormat Jeram, Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan Yang Berhormat Meru.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya menjawab soalan bersama dengan soalan daripada Yang Berhormat Sabak. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, menyedari, menginsafi, bahawa Negeri Selangor ini sentiasa mencatat kadar yang

tinggi di dalam apa-apa penyakit contohnya, denggi, tuberkulosis dan sebagainya, maka apabila COVID melanda negara kita, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif menubuhkan Selangor Task Force for COVID ataupun STFC pada 12 Mac 2020. STFC berperanan sebagai badan pemikir bertujuan membantu Kerajaan Negeri dalam menangani pandemik COVID-19 dengan mencadangkan tindakan dan langkah yang boleh diambil melalui cadangan polisi kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga menyedari bahawa ada had-had kuasa atau peranan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri jadi kita mesti tahu apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat. Kerajaan Negeri dapat melengkapi kepada usaha Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam menangani penularan COVID di Negeri Selangor. Melalui penubuhan STFC, berbagai-bagai inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu Kerajaan Negeri dan juga JKNS dalam mengawal penularan COVID-19. Inisiatif-inisiatif adalah seperti yang akan saya sebutkan ini. Pertama, ialah pembangunan aplikasi SELangkah yang merupakan aplikasi penjejakan kontak ataupun contact tracing menggunakan data taburan pesakit melalui artificial intelligence ataupun AI dalam menawarkan kemudahan peta risiko wabak, Risk Mapping secara anonymous bagi memberi maklumat awal lingkung kawasan di mana kebarangkalian transmisi jangkitan COVID-19 adalah tinggi. Fungsi ini telah diorientasi bagi melengkapi fungsi yang tiada di dalam Mysejahtera tetapi pada bulan Ogos 2020 kita tidak dapat lagi melakukan Risk Mapping ini disebabkan ketiadaan data daripada Kementerian Kesihatan jadi kita berhenti pada bulan Ogos untuk buat Risk Mapping.

Kedua, membangunkan garis panduan ataupun Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) yang dikenali sebagai Sistem Tahap Amaran bagi pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi, perniagaan, pasar malam, pasar pagi, wet market dan sebagainya. Sektor sosial termasuk Rumah Ibadat dan sistem ini telah dirangka berdasarkan kod warna sesuatu locality di dalam sesebuah kawasan mengikut jumlah penularan kes positif COVID dan maklumat ini disampaikan kepada PBT-PBT dan juga PTD-PTD kita supaya penguatkuasaan dapat menggunakan ini sebagai panduan di dalam penguatkuasaan mereka.

Ketiga, menggerakkan program saringan COVID-19 secara bersasar kepada golongan yang berisiko tinggi dan di kawasan zon merah di Negeri Selangor pada tahun 2020. Usaha ini diteruskan pada 2021 melalui pelaksanaan saringan ke peringkat komuniti secara percuma di semua 56 DUN yang dijalankan dengan kerjasama Pegawai Kesihatan Daerah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan agensi-agensi berkaitan. Langkah ini telah berjaya mengesan kes positif COVID-19 terutamanya di kalangan pembawa senyap iaitu golongan yang tidak bergejala. Inisiatif ini adalah berasaskan strategi FTTIS (Find, Test, Trace and Isolate and Support) seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Keempat, selari dengan status negeri kita, Negeri Selangor sebagai negeri industri adalah penting untuk kita memastikan kelangsungan ekonomi terus terpelihara.

Justeru itu, Program Prevention Outbreak At Ignition Site ataupun POIS telah diperkenalkan pada tahun 2021. POIS merupakan satu langkah pemerkasaan pihak majikan secara sukarela dari industri ataupun kilang yang merupakan penyumbang besar kluster kes COVID-19 di Negeri Selangor. Saringan yang dibiayai sendiri oleh pihak industri ini merupakan langkah mitigasi di samping memberi panduan kepada majikan untuk mencegah penularan COVID-19 di kalangan pekerja dan mengalami penularan ke dalam komuniti.

Kelima, Pasukan STFC juga telah mencadangkan penubuhan sebuah rapid response team pada awal lagi pandemik ini berlaku dan kita hanya dapat menterjemahkan melalui penubuhan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor ataupun SUKE baru-baru ini berperanan sebagai pasukan advokasi dan pemantauan berkaitan kesihatan-kesihatan awam kepada warga Selangor termasuklah yang berkaitan dengan COVID-19. Ini turut boleh meningkatkan kerjasama dan penglibatan orang awam dalam menangani COVID-19 dalam pendekatan whole society approach, InsyaAllah.

Pelaksanaan Program Vaksin Selangor, SelVAX juga antara perkara yang dibincangkan lebih awal lagi di dalam STFC dan membantu Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan jenis vaksin, jumlah yang hendak dibeli, sasarannya dan sebagainya ialah hasil kerjasama daripada brainstorming dan juga hasil fikir daripada anggota-anggota STFC. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak bertanya, apabila SELangkah gagal untuk buat contact tracing disebabkan oleh tidak adanya data, apa kah usaha selepas itu, yang mungkin ada kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Pusat? Saya khuatir bila gagal ini, ia menyebabkan itulah punca kita jumlah yang tertinggi dan sebagainya ini. Dan berapa banyak industri-industri yang sebenarnya gagal mematuhi SOP sehingga dikatakan di Negeri Selangor ini adalah kluster yang tertinggi daripada kluster industri di negara kita. Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Tepat sekali, usaha Kerajaan Negeri daripada awal adalah cuba untuk mengintegrasikan kemampuan SELangkah dengan kemampuan Mysejahtera. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bersama saya dan beberapa ahli STFC telah membuat perjumpaan dengan Menteri Kesihatan pada bulan, kalau tidak silap saya pada bulan Mac, saya masih lagi menyimpan minitnya. Kita membawa cadangan-cadangan apa perkara yang kita boleh kerjasama kan untuk sama-sama melawan COVID-19 ini. Banyak daripada perkara-perkara yang kita cadangkan itu yang boleh membantu JKNS, KKM itu dipersetujui, terutamanya apabila melibatkan aset dan sebagainya. Namun ada satu perkara yang sampai sudah tidak dipersetujui, pada dasarnya penting tetapi tidak dipersetujui iaitu untuk kita menghubungkan SELangkah

dengan Mysejahtera. Di dalam minit ini saya tulis agree to explore to link SELangkah and Mysejahtera Selangor and at that time Kementerian Kesihatan tidak bersetuju data diberikan kepada kita atas alasan PDPA malah kita kata kita bersetuju, buat apa sahaja, kita akan duduk sama. Kami sanggup menghantar personnel ke sana di dalam CPRC nya untuk meneliti bersama. Tetapi, akhirnya sampai sudah perkara itu tidak diizinkan kepada kita. Jadi, saya rasa kita telah melakukan sebaiknya, termasuk berperang di dalam surat khabar pun ada juga untuk kita mendapatkan hak kita. Namun perkara ini tidak disambut oleh Kerajaan Pusat maka memang saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sijangkang, apabila we failed our contact tracing, that’s the beginning, itu lah permulaan apabila jangkitan menular daripada satu kluster kepada satu kluster. Selepas daripada Pilihan raya Negeri Sabah pada mula-mula sebelum Pilihan raya Sabah, kita sudah dapat mengawal jumlah jangkitan di Negeri Selangor tetapi apabila lepas Pilihan raya Sabah ia bukan lagi jangkitan daripada orang luar, pendatang luar tetapi ia adalah jangkitan within the country. Kita ada banyak kluster, bah sana, bah manggis, bah itu, kita ada kluster di dalam penjara dan sebagainya. Dan apabila kluster-kluster ini kita tidak dapat buat contact tracing dengan cepat, maknanya ada lubang, ada loop holes. Mereka ini bebas dalam masyarakat.

Jadi kita ada mula-mula kita kata ada kluster kilang kita dengan kluster kilang, beberapa kilang sarung tangan kemudian daripada situ ke komuniti dan back to the kilang. Kenapa? Kerana kontak itu kita sudah lose we cannot fine the index case of the infection. Inilah antara sebab kegagalan bagaimana kita tak dapat mengawal penularan ini disebabkan we failed in our contact facing and we failed to do FTTIS. Terima kasih.

Speaker

Kuala Kubu Baharu

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.4

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker dan Kuala Kubu Bharu, yang bertanyakan soalan-soalan berikut pertamanya Program Bantuan Pendidikan Negeri Selangor untuk sekolah-sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pada tahun ini akan diteruskan dengan sebanyak 703 permohonan telah kita perolehi dengan (462) daripada Sekolah Agama Rakyat (SRA), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (124), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (101), sekolah-sekolah Mubaligh ada (15) dan sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina ada 4, keseluruhannya (703).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program ini kita akan teruskan namun begitu disebabkan oleh kekangan PKP kita sedang mengumpulkan data-data tersebut dan insyaAllah selepas sesi dewan ini kita akan segera untuk mengagihkan kepada sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga dua lagi kaedah sekolah yang telah

ditetapkan selama ini. InsyaAllah tahun ini sama formatnya macam tahun lepas iaitu kita bagikan satu round sahaja berbanding dengan dua tiga pusingan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Kaedah pemantauan ini dilakukan setakat ini ialah melalui laporan bertulis yang dikemukakan kepada pihak sekolah kepada urus setia program butiran laporan mengandungi resit perbelanjaan, aktiviti penambahbaikan dan apa-apa perkara perbelanjaan di atas peruntukkan yang telah kita kemukakan dan sememangnya sekolah-sekolah ini memerlukan sokongan daripada pihak Kerajaan terutamanya ketika PKP, sekolah tidak dapat dibuka dan sebahagian daripada income atau pun pendapatan sekolah-sekolah ini adalah terhasil melalui yuran-yuran yang sedikit sebanyak terganggu diakibatkan mereka tidak dapat ke sekolah atau ke sekolah tidak beroperasi sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Permatang

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.5

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Generasi Muda Dan SukanQuestions

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi aktiviti Sukan di Negeri Selangor bagi tahun 2020. b)

Apakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi membantu Persatuan Sukan yang terjejas akibat COVID-19? c)

Apakah peranan dan fungsi PeBS?

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Permatang telah bertanyakan tentang Generasi Muda dan Sukan berkaitan dengan soalan yang pertama, Permatang saya suka menjawab Yang Berhormat Speaker izinkan saya menjawab soalan No.5 ini, bersama-sama dengan soalan No.88 daripada Yang Berhormat Balakong.

Berkaitan dengan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi aktiviti sukan Selangor bagi tahun 2020. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah

memperuntukkan sebanyak RM14,500,000.00 di bawah Program Generasi Muda dan Sukan. Sebanyak RM5,260,000.00 daripada peruntukan tersebut digunakan untuk Program Pembangunan Generasi Muda, yang mana program-program ini dilaksanakan berdasarkan teras yang terkandung di dalam Dasar Belia Selangor. Manakala sebanyak RM7,000,000.00 adalah untuk Program Pembangunan Sukan dan sebanyak RM2,240,000.00 pula adalah untuk Projek membaik pulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan Negeri Selangor. Kesemuanya adalah 14.5juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun 2020, kita telah dilanda dengan wabak COVID-19. Justeru, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sehingga 28 Disember 2020 bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 Pelaksanaan ini telah memberi kesan kepada aktiviti-aktviti Sukan terutamanya yang Melibatkan penyertaan ramai belia.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan agenda pembangunan Sukan Selangor Selangor terus terlaksana, Kerajaan Selangor komited mengorak langkah ke hadapan dengan memanfaat kemudahan teknologi digital terkini seperti media sosial bagi dalam menganjurkan program-program secara atas talian berkonsepkan kesukanan yang bersesuainan dengan trend norma baharu pada masa ini. Jadi kita bercerita masalah peruntukan terhadap sukan, jadi program sukan ini di atas talian melibatkan program-program E-Sports Fifa RM41,400, Program Xtiv Virtual E-Sport 2020 RM400,000, Selangor Xtiv Virtual Run 2020 RM332,000, Gelanggang Selangor Martial Arts RM155,150 , Pro Club Super League RM150,000, Xtiv Video Challenge 2020 RM180,000, FIFA Pro Club League 2020 RM48,800. Kesemuanya berjumlah RM1.3 Juta.

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melaksanakan beberapa program pembangunan sukan dalam memastikan prestasi kecemerlangan sukan Negeri Selangor dapat dikekalkan sebagai usaha melahirkan atlet-atlet yang akan mengharumkan nama negara amnya dan negeri Selangor di kejohanan-kejohanan yang berprestij. Antara program yang dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Selangor adalah Program Bakat Yang Dijalankan di Daerah-Daerah, Program Bakat adalah merupakan program latihan yang dijalankan di peringkat akar umbi. Ianya dijalankan di daerah-daerah yang selaraskan oleh Majlis Sukan Daerah (MSD). Program Pelapis, Program ini dijalankan kepada atlet-atlet yang dipilih dari peringkat Bakat untuk dilatih dengan lebih gigih lagi sebagai persediaan atlet ke peringkat Elit (SUKMA). Program Elit, Program ini merupakan program latihan atlet yang terpilih dari peringkat Pelapis untuk mewakili Negeri Selangor ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA). Ketiga-tiga, program yang saya sebut tadi, merangkumi peruntukkan sebanyak RM4.11 Juta daripada bajet keseluruhan RM7 Juta yang telah diperuntukan untuk pembangunan sukan. Yang Berhormat sekalian, untuk pembangunan sukan ini dijalankan secara di atas talian dan kerajaan Negeri akan terus menyatakan komitmen

kita kepada para atlet yang sedang telah berlatih dan dia berlatih walaupun mereka berhadapan dengan kekangan pergerakan.

Pada tahun 2020 kerajaan Negeri telah membuat bayaran elaun kepada para jurulatih dan atlet dengan peruntukan sebanyak RM3.948 Juta, agar mereka terus menjalankan latihan bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, kerajaan Negeri kita menghargai bukan sahaja atlet yang berada di Selangor tetapi kita juga menghargai anak Selangor yang telah mewakili Selangor ke temasya sukan Olimpik Tokyo 2021 baru-baru ini. Atas keprihatinan kerajaan Negeri kita telah memperuntukan sebanyak RM40,000 kepada 4 orang atlet yang telah mewakili Negara ke Sukan Temasya Olimpik 2021, di antara adalah Farah Ann Binti Abdul Hadi - Sukan Gimnastik, Lee Hup Wei - Sukan Olahraga (Lompat Tinggi), Gavin Kyle Green- Sukan Golf, Phee Jinq En - Sukan Akuatik (Renang). Di samping itu kita tidak, juga meninggalkan anak Selangor yang mewakili dalam Sukan Paralimpik yang terdiri daripada Mohd Ziyad dan Mohd Hafiz dan kedua-duanya mendapat RM20,000 bagi kedua-duanya itu RM10,000 seorang.

Majlis Sukan Negeri Selangor bertekad untuk melahirkan ramai atlet, kita tahu sekarangan kita berhadapan dengan PKP namun kerajaan Negeri tidak duduk diam akan terus membantu para atlet kita yang sedang berlatih ke SUKMA dan Yang Ahli Berhormat saya suka menyebut di sini bahawa di antara inisiatif kita untuk membangunkan sukan ini, adalah kita mahu membina sebuah hub inovasi sukan Negeri Selangor yang akan diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor. Apa beza hub ini dengan Sains Sukan? Hub inovasi ini adalah untuk kita berbelanja nanti untuk mengadakan membantu atlet kita bagi mengadakan hub inovasi sukan adalah langkah drastik bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran inovasi melibat percintaan teknologi alatan, yang futuristik seperti bola sepak pintar, ping pong gear berbagai-bagai-bagai lagi alat-alat yang akan diadakan dan kita tidak akan mengadakan satu unit yang melihat pada teknologi sukan akan datang untuk membantu para atlet kita.

Yang Berhormat Speaker, saya pergi kepada soalan berkaitan dengan apakah langkah Kerajaan Negeri membantu persatuan sukan terdapat 50 Sukan Negeri yang bernaung sebagai Ahli Gabungan Majlis Sukan Negeri Selangor. Persatuan sukan negeri ini berganding bahu bersama-sama Majlis Sukan Negeri bagi memastikan program pembangunan sukan masing-masing berjalan dengan baik bagi mencapai objektif untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi kecemerlangan. Majlis Sukan Negeri sentiasa memberi sokongan baik dari segi peruntukan kewangan supaya aktiviti tahunan persatuan sukan negeri seperti menganjurkan kejohanan, kursus, bengkel kejurulatihan program latihan dan persiapan aktif di semua peringkat dapat dilaksanakan. Namun begitu segala perancangan berbentuk fizikal termasuk

kejohanan dan latihan menghadapi kekangan akibat pelaksanaan PKP yang masih belum lagi mendapat kelonggaran.

Kerajaan Negeri amat prihatin dengan keadaan yang di depan persatuan sukan di Negeri Selangor lalu Majlis Sukan Negeri Selangor, telah memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 yang diberikan kepada persatuan yang terlibat. Pada masa yang sama persatuan-persatuan Negeri amatlah digalakkan melalukan aktiviti berbentuk Webinar kejohanan dalam talian, kursus online dan perbagai lagi.

Tuan Speaker dan Yang Berhormat sekalian,Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat tentang urusan sukan di Negeri Selangor dengan sebab itulah kita mohon agar kerajaan Persekutuan dapat menyediakan satu standard operation prosedure atau pun SOP yang jelas dan konsisten supaya sektor sukan ini dapat kembali aktif. Dengan sebab itu kerajaan Selangor menyokong bahawa mereka yang ingin bersukan atau pun mula bersukan kembali adalah di kalangan warga sukan yang telah lengkap di vaksin sebanyak dua kali dos bagi memastikan sukan terus berkembang dan persatuan sukan akan kembali aktif.

Bagi soalan yang berkaitan dengan peranan PEBS, saya juga menjawab bersama-sama dengan daripada Yang Berhormat Balakong. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada tahun 2009 adalah bertujuan untuk melahirkan kepimpinan generasi muda yang berwibawa serta dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Negeri Selangor serta bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Mulai Januari 2021, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dijenamakan semula kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang memainkan peranan sebagai ejen penggerak agenda pembangunan belia di setiap kawasan Dewan Negeri masing-masing. Pencalonan PeBS adalah berdasarkan cadangan nama daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri atau Penyelaras DUN di Negeri Selangor. Buat masa ini terdapat 280 orang PeBS yang mengisi jawatan-jawatan PeBS di peringkat DUN di dalam Negeri Selangor. Di antara peranan adalah sebagai agen penggerak agen pembangunan belia di kawasan dewan Negeri membawa mandat Kerajaan untuk menggerakkan menyampaikan merealisasikan dasar dan hala tuju permohonan belia di peringat akar umbi. Mengukuhkan kerjasama dengan adun-adun kawasan dan melaksanakan program-program yang menggalakkan penyertaan ramai belia setempat seperti program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan. Merancang menganjur program berdasarkan kepada 10 teras yang terkandung di dalam Belia Selangor bagi memenuhi kehendak dan keperluan Generasi Muda pada masa ini. Dan melahirkan barisan kepimpinan masa depan yang berwibawa berkaliber sekali gus bersedia memimpin komuniti pada sama hadapan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita maklum bahawa PeBS ini adalah di kalangan mereka berumur 18 hingga 35 tahun. Namun bagi mereka yang telah melepasi had umur tersebut di mana kah mereka dengan sebab itu kerajaan Negeri telah menwujudkan satu platform kepada mereka yang melepasi umur 35 tahun, platform sukarelawan bersepadu yang kita namakan sebagai Selangor Volunteer ataupun SERVE. Platform adalah kesinambungan PeBS bagi mereka yang lepasi umur 35 tahun atau dengan makna lain bagi SERVE ini ataupun Selangor Volunteer tiada had umur penyertaan untuk mereka turut serta dalam program-program kemasyarakatan dan sukarelawan. Program SERVE ini kita sasarkan seramai 2800 orang di seluruh Negeri Selangor iaitu 50 daripada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri pada tahun ini. Manakala pada tahun depan sasaran kita seramai 5600 sukarelawan yang terdiri daripada 100 orang di setiap 56 kawasan DUN, SERVE InsyaAllah akan dilancarkan pada bulan September di kawasan oleh Y.A.B. Dato Menteri Besar kelak. Seterusnya PeBS melalui EXCO Kemasyarakatan dan Sukarelawan akan menggerakkan SERVE dari segi penyeliaan pemantauan di semua 56 kawasan ini PeBS akan memainkan peranan untuk menggalakkan penyertaan akar umbi ke dalam program sukarelawan ini sekali gus menekankan fungsi utama jentera ini di peringkat komuniti bagi memberi fokus kepada keadaan bencana alam kecemasan kebajikan dan khidmat komuniti aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Soalan Tambahan

Speaker

Kampung Tunku

Soalan tambahan YB. Sikit sahaja.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.6

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. JkmQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa kakitangan JKM yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apakah jawatan yang dipegang kakitangan tersebut?

b)

Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani isu keterbebanan JKM dan menambah bilangan pekerja sosial?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih, Tuan Speaker, berdasarkan rekod yang diperolehi berikut adalah pecahan jumlah kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Negeri Selangor, bagi tahun 2021 sehingga Jun 2021 pekerja yang tetap adalah 76, kontrak adalah 4, Sambilan 2, jumlahnya (82). Waran perjawatan terakhir Jabatan Kebajikan Masayarakat Negeri Selangor telah diluluskan pada 28 Februari 2017. Sehubungan dengan itu, JKNS akan berbincang dengan pihak kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan perstrukturan semula perjawatan jabatan ini dengan mengambil kira bebanan kerja sedia ada yang sangat tinggi dan semakin kompleks. Penstrukturan semula perjawatan ini diharap dapat mengambil kira penambahan bilangan pekerja sosial dan melancarkan perkhidmatan jabatan kepada kumpulan sasar yang terlibat. Pihak kerajaan Negeri pada akan membuat kajian dan penstrukturan semula perjawatan di jabatan sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun. Manakala bagi penstrukturan dan pengukuhan sesuatu jabatan adalah tertakluk kepada dasar yang sedang berkuat kuasa.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Speaker

Kampung Tungku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin tanya di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat berapakah bilangan pegawai yang merupakan pelindung kanak-kanak kerana saya rasa sejak pandemik ini kes keganasan rumah tangga semakin meningkat dan saya pernah menanganinya sendiri. Terima kasih.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Kampung Tunku, Tuan Speaker ini adalah soalan yang khusus, saya tiada maklumat berkenaan perkara tersebut, namun begitu kita akan dapatkan JKM. Terima kasih.

Speaker

Pelabuhan Klang

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan Pelabuhan Klang No.7

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Pengurusan Jenazah Covid-19Questions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berapakah jumlah jenazah COVID-19yang telah diuruskan oleh pihak JAIS mengikut pecahan hospital?

b) Adakah terdapat sebarang implikasi kewangan terhadap jenazah COVID-19yang diuruskan oleh pihak JAIS?

c) Adakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan NGO yang menawarkan pengurusan jenazah percuma kepada B40?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker saya mohon izin untuk menjawab soalan EXCO kerana beliau tidak dapat hadir akibat dalam keadaan keuzuran dan kita doakan Yang Berhormat Zawawi berada keadaan sihat dan keluarganya dilindungi daripada COVID-19.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan sehingga 10 Ogos 2021, sebanyak 776 jenazah telah diuruskan melalui Jabatan Agama Islam untuk menguruskan jenazah COVID-19. Kalau kita cerakinkan yang pertama Hospital Tengku Ampuan RAhimah sebanyak 357 jenazah, Hospital Shah Alam (13), Hospital Ampang(142) Hospital Serdang (73), Hospital Kerajaan (71), Hospital Kajang (71), Hospital Banting (44), Hospital Tanjung (8) jenazah, Hospital Sabak Bernam (37) Hospital Hulu Selangor (11), Hospital Swasta dan lain-lain hospital sebanyak 20 jenazah keseluruhan 776.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk jawapan (b) JAIS memberi khidmat pengurusan jenazah COVID-19 di hospital secara percuma melainkan kos yang melibatkan tanah perkuburan sahaja yang perlu dibayar oleh waris mengikut ketentuan pihak berkuasa tempatan. Sekiranya kubur tersebut di bawah seliaan PBT,Kos tersebut adalah di antara RM120 hingga RM300 manakala kos untuk kubur kariah adalah tidak melebihi RM500 maknanya secara mudah di bawah RM500 untuk di bawah PBT di antara RM120 hingga RM300 dan di bawah kubur-kubur kariah biasanya tidak melampaui RM500.

Menurut Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan (c), iaitu adakah kita bekerjasama? Ya, kita bekerjasama dan setakat ini kita ada 189 sukarelawan yang menyertai daripada 8 NGO dan juga beberapa individu serta orang perseorangan dan juga jabatan-jabatan yang bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam untuk pengendalian jenazah, namun kita pertubuhan NGO Islam boleh dipertimbangkan untuk menawarkan khidmat pengurusan jenazah sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh JAIS sebagaimana yang telah ditetapkan antaranya (1) berdaftar dengan pendaftar pertubuhan Malaysia perbadanan pemegang amanah jika sebagai Yayasan.

Yang (2) telah berdaftar dengan pihak berkuasa meluluskan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh permohonan, ketiga (3) tujuan penubuhan NGO Islam mempunyai kaitan dengan peningkatan syiar Islam, pembangunan sosial dan pembangunan kebajikan ummah, yang keempat (4) tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan atau pun sebarang laporan. (5) mempunyai reputasi dan jalinan hubungan yang baik dengan agensi-agensi berkepentingan. (6) perkhidmatan yang diberikan adalah berasaskan tugas-tugas kesukarelaan dan tiada sebarang bayaran dikenakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri sebarang caj yang dikenakan oleh pihak NGO Islam atau yayasan yang berkaitan dengan pengurusan jenazah hendaklah mengikut kadar munasabah yang ditetapkan oleh hospital semua petugas hendaklah terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas. (9), bersedia berkhidmat di bawah kawalan seliaan JAIS. (10), kesediaan melapor aktiviti COVID-19 yang diuruskan mengikut format yang telah ditetapkan oleh JAIS, menghadiri apa-apa yang berkaitan fiqh pengurusan jenazah menampilkan akhlak dan perilaku yang baik, tauliah yang dikeluarkan kepada NGO dalam yayasan Islam dan JAIS akan ditarik balik jika terdapat sebarang pelanggaran. Yang (14) tidak dibenarkan membuat pungutan dana awam atau menyalahkan tauliah yang diberikan oleh JAIS dalam apa-apa cara dan keadaan. Yang (15) tidak menimbulkan sebarang konflik perbalahan persengketaan dan provokasi. Yang (16) tidak mewujudkan sebarang sentimen politik atau pun lain-lain. Yang (17) perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan sekiranya NGO Islam atau pun yayasan dari kakitangan perkhidmatan awam. Yang (18) semua ahli NGO Islam dan yayasan yang terlibat hendaklah sentiasa bertanggungjawab dan menjaga reputasi sebagai seorang Islam. Yang (19) mematuhi undang-undang, dan peraturan oleh semua pihak berkuasa dan yang (20) mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

Speaker

Subang Jaya

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya No.8

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Sumber Air KecemasanQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan status pelaksanaan penyambungan kolam takungan HORAS 600&nbsp ke SSP1, 2, 3 dan Kolam Takungan (Pond C) ke LRA Semenyih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya, Tuan Speaker, Yang Berhormat Subang Jaya bertanyakan status pelaksanaan penyambungan kolam takungan HORAS 600& nbsp ke SSP1, 2, 3 dan Kolam Takungan (Pond C) ke LRA Semenyih. Kerja-kerja pelaksanaan penyambungan kolam takungan HORAS 600 ke SSP1, 2, 3 dan Kolam Takungan (Pond C) ke LRA Semenyih merupakan salah satu dari tindakan yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam mengatasi isu pencemaran air mentah di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih sebagai usaha untuk mengatasi gangguan bekalan air kepada pengguna. Usaha ini dikenali sebagai Skim Jaminan Air Selangor (SJAM) dan secara keseluruhannya merangkumi penyelesaian dari hulu sungai (upstream) hingga ke hilir sungai (downstream) seperti berikut: Pindaan Enakmen LUAS 1999 dan Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2012 bagi aktiviti pencemaran seperti dari kawasan pertanian bagi menyemak semula jumlah denda dan kompaun supaya jumlah dan tindakan perundangan yang diambil lebih digeruni oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk menguatkuasakan pelaksanaan pelepasan efluen berdasarkan keupayaan kapasiti sungai iaitu aplikasi Total Maximum Daily Load (TMDL) di kawasan yang ditetapkan selaras seksyen 56, Enakmen LUAS 1999 dan pelaksanaan Polluters Pay Principle (PPP) ;

Pemantauan dan Pengawasan oleh LUAS melalui skuad PANTAS yang diperkasakan bagi membuat pemantauan 24 jam di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai Utama yang membekalkan air ke Loji Rawatan Air dan membangunkan stesen telemetri kualiti air bagi tujuan sistem amaran awal (early warning system) di hulu muka sauk yang berisiko;

Pelaksanaan Projek Perintis Rawatan Biologikal/Bio-Remediation Bagi Tujuan Pemuliharaan Kualiti Air Sungai Gong melibatkan penambahbaikan kualiti air Sungai Gong melalui kombinasi pendekatan biologi seperti perletakan bahan nanoteknologi (Aquaritin) dan kaedah fizikal seperti Raw Water Treatment System (RWTS); dan

Pemantauan dan Pengawasan oleh LUAS melalui skuad PANTAS yang diperkasakan bagi membuat pemantauan 24 jam di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai Utama yang membekalkan air ke Loji Rawatan Air dan membangunkan stesen telemetri kualiti air bagi tujuan sistem amaran awal (early warning system) di hulu muka sauk yang berisiko;

Pelaksanaan Projek Perintis Rawatan Biologikal/Bio-Remediation Bagi Tujuan Pemuliharaan Kualiti Air Sungai Gong melibatkan penambahbaikan kualiti air Sungai

Gong melalui kombinasi pendekatan biologi seperti perletakan bahan nanoteknologi (Aquaritin) dan kaedah fizikal seperti Raw Water Treatment System (RWTS); dan Pelaksanaan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih. Pelaksanaan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih melibatkan 4 pakej kerja utama iaitu:-

(1) Kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman Archimedean Pump dan kerja-kerja lain berkaitan di Kolam HORAS 600 Kampong Sg. Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor;

(2) Kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman Archimedean Pump dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Kuala Selangor;

(3) Kerja-kerja pembinaan pelencongan sungai, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air SSP 1, 2 & 3 Bestari Jaya, Kuala Selangor; dan

(4) Kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Jenderam Hilir.

Pelaksanaan projek ini dalam peringkat pelantikan kontraktor dan pelantikan akan dibuat selewat-lewatnya September 2021 ini. Kerja-kerja bagi projek ini dijadualkan untuk disiapkan pada akhir tahun 2022 dengan kos anggaran RM200, dengan pelaksanaan ini maka akan lengkap skim jaminan Air Selangor bagi mengatasi masalah gangguan bekalan disebabkan oleh pencemaran. Sekian, terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tua Speaker saya nak buat pembetulan sikit untuk urus setia tadi saya hantar 10 soalan jawapan mulut dan jawapan bertulis dinyatakan 10 terima bagaimana saya dapat ditolak dan ada rekod. Tuan Speaker terima kasih, soalan saya soalan No.9

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Kuota Vaksin Yang Dibekalkan Kerajaan Pusat Kepada Negeri SelangorQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah kuota, kumpulan sasaran dan penerima serta jadual penyerahan vaksin di Selangor yang dibekalkan kerajaan Pusat kepada Negeri Selangor

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Terima Kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Hulu Kelang bertanya mengenai jumlah penyerahan vaksin di Selangor dan kumpulan sasaran yang dibekalkan oleh kerajaan Pusat kepada negeri Selangor. Jumlah dos vaksin yang diterima sehingga 23 Ogos 2021 bagi semua jenis vaksin adalah sebanyak 7,499,702 dos sehingga 23 Ogos ini termasuk daripada kominati atau pfizer berjumlah 3,364,920 dos, Coronavac atau pun Sinovac sebanyak 3,894,982 dos, dan Astrazaneca sebanyak 259,800 dos. Dari aspek kumpulan sasar penerima-penerima vaksin adalah mengikut temu janji yang telah diberikan menerusi aplikasi MySejahtera yang telah dikoordinasi dengan jumlah vaksin yang telah dijadualkan mengikut fasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Pusat.

Pada Fasa 1 Februari hingga April 2021 petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan juga daripada kalangan bukan kesihatan. Fasa Ke-2 April hingga Ogos 2021 kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas berumur 60 tahun ke atas dan juga golongan rentan yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan orang kurang upaya. Akhir sekali Fasa 3 Mei 2021 InsyaAllah hingga Disember 2021, golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas. Untuk makluman Yang Berhormat, jadual penyerahan vaksin di pusat ini secara bulanan saya ingin menyebutkan di sini. Paling sedikit kita terima bulan Februari hanya 52,650 dan bulan Mac 58,500, bulan April kita mula menerima 1,181,070. Maaf bulan April, bulan Mei, maaf saya ulang balik sebab tadi saya baca Corminaty sahaja.

BIL BULAN BILANGAN VAKSIN 1. Februari 52,650 2. Mac 234,990 3. April 158,770 4. Mei 327,570 5. Jun 855,900 6. Julai 3,794,800 7. Ogos 2,547,320

Sekian, terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih, saya ingin bertanya Yang Berhormat, memandangkan Selangor merupakan negeri yang paling awal untuk mencetuskan idea menggunakan peruntukan kerajaan sendiri untuk memberikan vaksin khusus untuk rakyat Selangor, jauh lagi awal dari negeri-negeri tetapi apakah punca dan sebab kelewatan kita mendapat vaksin ini atau ada apakah kesulitan di situ yang disebabkan oleh pihak ketiga yang perlu dikesali, saya ingin bertanya.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Okay Yang Berhormat Banting memang betul, kita sudah membayar vaksin itu seawal bulan Februari lagi dan sepatutnya kita mendapat bekalan yang kita tempah 2.5 juta dan memang sudah diperuntukan untuk kita. Sebenarnya sudah ada di dalam simpanannya namun kita tidak dibenarkan lagi atau pembekal tidak dibenarkan lagi untuk membekal kita selagi program daripada pusat tidak habis dan ataupun.. selagi tidak dibenarkan. Jadi kita hanya dapat vaksin kita dilepaskan pada bulan Jun. We could have started March earlier actually dan memang Kerajaan Negeri merancang itu apabila kita mengetahui Fasa 1, Fasa 2 dan kita tahu Fasa 3 sangat lambat. Jadi kita menduga bahawa kalau kita boleh backup sebenarnya perancangan kita adalah untuk melengkapi Program Vaksin Kerajaan Pusat maknanya Pusat memulakan dengan barisan hadapan, high risk, warga emas sedangkan orang muda dan pekerja tidak dapat. Inilah saya nak sebut mungkin takdir tapi saya memikirkan sekiranya kita dapat memulakan awal dulu, orang muda boleh terima pada kadar yang awal dan mungkin sekarang ini kita sudah boleh mengurangkan kadar kematian di kalangan orang muda.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan.

Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin buat soalan tambahan. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan sebenarnya program ini adalah bebas politik. Kesan bebas politik apabila saya mengadakan satu servis di Hulu Klang, servisnya adalah mobile. Ramai NGO, Agensi Pusat, ambulan nak bantu. Jadi dia nak dapat dari saya, bagi ADUN satu senarai nama dia tahu dia boleh beri. Program pertama telah dijalankan di DUN Hulu Klang pada minggu lepas seramai 12 orang telah mendapat jab di rumah, vaksin pertamanya di rumah. Apa komen?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Kalau mengikut Program MySejahtera kita semua tahu bagi mereka yang mendaftar MySejahtera, mereka perlu

mendaftar dan kemudian temu janji diberi. Saya tidak tahu apa sebabnya yang berlaku di situ tetapi memang kita mendapat banyak rungutan daripada orang yang di Klang Valley terutamanya, mereka mendaftar daripada bulan Februari tetapi mereka belum dapat sedangkan rakan mereka yang luar daripada Klang Valley ini sudah dapat. Penerangan dan penjelasan ini yang diberikan kepada kita adalah bila MySejahtera membuat temu janji itu dia melihat kepada kawasan-kawasan jadi kalau kita tinggal di kawasan orang yang ramai warga emas dan berisiko tinggi maknanya yang muda-muda itu kena tunggu sampai semua ini habis. Wallahualam itu di luar Klang Valley tetapi di Klang Valley itself saya tidak tahulah kenapa tapi setakat ini bagi pihak saya kalau ada complaint- complaint begitu senarai diberi kepada saya minta tolong JKNS untuk memasukkan nama dan menyegerakan mana-mana nama yang kita rasa patut dapat tapi belum dapat lagi. Terima kasih.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Taman Templer.

Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih, Tuan Speaker Tiba-tiba hari ini kita menerima satu kenyataan daripada JKJAV bahawa 27 COVID-19 Pusat Vaksinasi di Selangor dan Kuala lumpur telah ditutup dan semalam dengar cerita Tan Sri Dr. Noor Hisham mengatakan ada klinik swasta yang telah diberi kerja untuk membuat vaksinasi itu suruh ditutup juga. Adakah Kerajaan Negeri Selangor diberi tahu apa sebabnya.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat Sungai Pelek, setakat yang saya sertai mesyuarat CITF dahulu sebelum ini memang perancangan untuk menutup sesetengah PPV itu sudah dicadangkan memandangkan jumlah yang datang untuk ke sesetengah pusat-pusat PPV itu sudah mula menurun dan kerajaan telah menyiapkan beberapa PPV yang akan dibuka pada jangka masa yang panjang untuk walk in process namun begitu di antara langkah yang hendak dijalankan pada perancangan adalah untuk meneruskan vaksinasi di klinik-klinik swasta itulah kesinambungan untuk jangka masa panjang. Jadi oleh sebab ada banyak di Negeri Selangor ini kita juga mendapat maklum balas tentang kelompok-kelompok, komuniti-komuniti tertentu yang masih belum lagi di vaksinasi lagi maka Kerajaan Negeri Selangor InsyaAllah akan memulakan pada September ini apa kita panggil Mobile Vaccination Team, kita akan bergerak daripada lokaliti-lokaliti tetapi kami perlu ada maklum balas daripada semua DUN dan ketua-ketua komuniti supaya kita akan lebih cost effective misalnya kalau jumlah yang kita nak vaksinasi itu kurang daripada 200 orang maka kita akan bergerak dengan klinik bergerak yang hanya boleh kita habiskan dalam satu hari dan bergantung kepada jumlah dan saya diberitahu juga SelVAX melalui Selgate komuniti kita akan berterusan di beberapa buah klinik di klinik-klinik di bawah Selcare. InsyaAllah.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat sekarang hanya 13 PPV yang buka, queue di sana memang panjang, kalau kita nak kata hanya segelintir belum dapat vaksin nampaknya tidak begitu betul. Pagi ini saya datang daripada Dewan Sivik, 600 untuk walk in vaksin telah habis pada pukul 9.00 pagi. Orang beratur daripada pukul 6.00 pagi untuk dapatkan vaksin. This how desperate people ask for vaccine. Jadi kita masih ada ramai lagi yang perlukan vaksin we need to increase the capacity, kalau bukan SelVAX Komuniti adakah Kerajaan akan menggesa Federal Government untuk buka lebih banyak PPV untuk walk in?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat Bukit Gasing, ada PPV yang kita buat di bawah bersama dengan Kerajaan Pusat itu PPV bersama. Kalau mengikut angka daripada MySejahtera hanya mengambil kepada yang berdaftar dengan MySejahtera sahaja. Kita sudah sampai 1st dose sudah menerima hampir 90% jadi saya mungkin itulah asas keputusan yang diambil oleh CITF untuk mengatakan bahawa we have done kita sudah hampir semua tetapi mungkin masalahnya adalah kita tidak tahu jumlah sebenar penduduk Selangor bukan warganegara, bukan warganegara ramai yang tidak termasuk yang tidak mendaftar dalam MySejahtera dan tidak mempunyai angka yang tepat mengenai jumlah ini. Tentu sahaja Kerajaan Negeri Selangor akan melihat tentang keadaan ini dan meminta supaya PPV-PPV ini diteruskan namun saya on the site of kita perlu juga melihat PPV mana hendak diteruskan bukan 468 PPV yang ada sekarang. Jadi kita perlu memilih PPV mana yang perlu diteruskan dan mereka boleh datang bila-bila masa supaya kita tak boleh nak mengharapkan setiap kali PPV itu dekat dengan kita semata-mata. Di sinilah peranan ADUN sekalian kalau PPV agak jauh untuk menyediakan pengangkutan kepada golongan yang memerlukan. Bagi warga asing perkara ini boleh diurus oleh NGO-NGO dan juga majikan-majikan mereka.

Speaker

Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker, saya nak tanya sikit dengan Yang Berhormat EXCO, tadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing orang beratur daripada pukul 6.00 pagi, 600 dos tak cukup, Sungai Burung tak cukup. Itu yang nak vaksin, ini yang tak nak vaksin, apa Usul dari Kerajaan Negeri kita semburlah sebab ada yang tak nak vaksin ini akan menjadi masalah kepada kita sebab dia akan bergaul juga dengan kita. Sebab itu kita nak tahu apa langkah atau strategi daripada Kerajaan Negeri bagi kita nak menyedarkan pada mereka yang tak nak vaksin ini supaya cepat-cepatlah cucuk vaksin tak kiralah Sinovac ke, AZ ke apa jugalah janji untuk protect untuk lindungi diri kita daripada wabak penyakit Pandemik COVID-19. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat Templer pun tahu yang mengambil vaksin ini bukan satu yang mandatory jadi setakat sampai sekarang tidak ada undang-undang yang boleh kita gunakan untuk memaksa orang untuk ambil vaksin, malah kalau kita ada dulu ada mengatakan kalau tak ada vaksin kita tangkap dan kita vaksin dia kita pula jadi melakukan kesalahan kerana memaksa. Jadi selagi tidak ada undang-undang what we can do kita buat hanyalah berkempen dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengambil vaksin dan juga sekarang ini kita pun tahu tentang privilege atau pun keistimewaan yang telah diumumkan yang sesiapa yang sudah menjalani dan melengkapkan vaksin boleh masuk kedai, makan di restoran dan sebagainya. Semalam kita digemparkan bagaimana orang yang tak ambil vaksin menceritakan bahawa amat mudah bagi dia untuk semua orang tidak menguatkuasakannya, tidak semua restoran, tidak semua kedai, tidak semua pemilik yang memeriksa dahulu sama ada pelanggan mereka itu telah melengkapi vaksin atau tidak kerana akhirnya di hujung duit, di hujung adalah berapa yang mereka boleh dapat daripada pelanggan. Kesedaran ini perlu ada kepada semua orang untuk memastikan semua dapat menerima vaksin dan kalau tidak pun mereka lindungi diri mereka patut ada dalam sanubari mereka dunia orang lain.

Speaker

Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Status Stadium Shah AlamQuestions

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status pembaikan Stadium Shah Alam ?

b)

Apakah status terkini Youth Sports City yang dibangunkan melalui Kerjasama Awam Swasta atau Public-Private Partnership (PPP)?

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Saya ingin menjawab soalan yang ke sepuluh ini dengan satu mukadimah merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor melalui lidah rasmi yang disiarkan melalui Selangor Kini pada 21 Ogos tiga hari yang lalu yang bertajuk Stadium Shah

Alam Berwajah Baru Pada Tahun Hadapan. Dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menyatakan bahawa InsyaAllah pada tahun hadapan kita akan mempunyai Stadium Shah Alam dengan wajah yang baru. Jadi ini adalah satu titik tolak kepada jawapan yang ditanya oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Jadi juga pada pembentangan belanjawan 2021 yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga mencadangkan pembangunan Youth Sports City di sekitar kawasan stadium tersebut. Jadi berdasarkan perkembangan positif ini kita mengharapkan mudah-mudahan semua baik pulih berjalan dengan lancar hingga tahun hadapan.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 9 Jun 2021 telah bersetuju menubuhkan Unit Projek Khas di bawah Menteri Besar Selangor Perbadanan Selangor (MBI Selangor) untuk melaksanakan permohonan KSSSA ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, Unit ini bertindak sebagai pengurus projek yang bertanggungjawab memastikan pembangunan KSSSA dilaksanakan secara teratur dan komprehensif untuk menyumbang nilai dan pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri bagi manfaat rakyat negeri Selangor seluruhnya. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini memantau pelaksanaan pembangunan semula Kompleks Shah Alam yang disokong oleh 4 Jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Jawatankuasa Perancangan Teknikal, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Perundangan. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memastikan segala kepentingan Kerajaan dapat diperincikan di dalam pelaksanaan pembangunan tersebut. Buat waktu ini Unit Projek Khas MBI telah menerima beberapa request proposals daripada beberapa syarikat untuk pertimbangan dan pelaksanaan oleh Jawatankuasa ini. Setakat ini terdapat 8 RFP yang telah diterima oleh UPK dan Kerajaan Negeri komited memastikan permohonan KSSSA ini bersesuaian dengan hasrat Dato’ Menteri Besar yang selari dengan konsep Youth and Sports City.

Speaker

Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Ekonomi SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimana EMCO menjejas prestasi ekonomi dan pendapatan Negeri Selangor?

b)

Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi usaha pemulihan ekonomi di Negeri Selangor?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Sementa 125, Yang Berhormat Banting 244, Yang Berhormat Sungai Burong soalan nombor 26 dan Yang Berhormat Seri Kembangan soalan ke 14 sebab ada rangkaian soalan-soalan yang hampir sama dan juga maksud yang lebih kurang ke atas tujuan soalan terbabit.

Yang pertama, sememangnya Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diisytiharkan oleh pemerintah di peringkat Persekutuan telah memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia dan juga ekonomi Negeri Selangor secara keseluruhan. Kalau kita lihat daripada keseluruhan rangkaian global sebagai contoh World Economic Situation and Prospect (WESP) tahun 2021 menjangkakan kadar pertumbuhan negara ataupun dunia pada tahun 2021 ialah pada kadar 5.4% setelah penurunan sebanyak 3.6% pada tahun lalu ataupun pada tahun 2020. Ini sedikit sebanyak sebenarnya adalah terkesan daripada perebakan wabak COVID-19 serta impak-impak dan kesan-kesan yang berlaku dan juga pengekangan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial yang telah berlaku dan kita hadapi lebih daripada satu tahun setengah yang lalu. Output ekonomi di kebanyakan negara dijangka akan kembali kepada tahap pra pandemik pada tahun 2022 dan mungkin tahun 2023. Manakala International Monetary Fund (IMF) mendasarkan unjuran terkini yang diterbitkan pada Julai 2021 meramalkan pertumbuhan global dijangkakan meningkat kepada 6% pada 2021 dan 4.4% pada tahun 2022. Prestasi KDNK Malaysia pada tahun 2020 menyusut negatif 5.6% berbanding pertumbuhan positif 4.4% pada tahun 2019 dipengaruhi oleh kejatuhan semua sektor ekonomi, manakala prestasi KDNK Negeri Selangor pula mencatatkan pertumbuhan negatif 5.3% pada tahun 2020 berbanding pertumbuhan positif 6.8% pada tahun 2019.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita melihat ladung dan juga perkembangan turun naik ekonomi, biasanya negeri Selangor akan mencatatkan pertumbuhan negatif yang lebih besar jika pihak federal atau persekutuan mencatatkan negatif tertentu akibat daripada kedudukan dan juga sektor ekonomi yang berkembang dan juga paksi-paksi ekonomi berada di negeri Selangor. Namun begitu beberapa langkah yang telah diperkenalkan termasuk membenarkan beberapa essential service dan juga mengehadkan lokaliti tertentu sahaja yang dikenakan PKP dan PKPD akhirnya pada tahun ini kita dapat melihat walaupun federal mencatatkan negatif 5.6% pada tahun 2020 tetapi kerajaan negeri Selangor hanya mencatatkan sekitar 5.3% dan ini luar daripada norma biasa berbanding dengan kesan-kesan ekonomi dan juga masalah-masalah ekonomi yang berlaku sebelum ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan seterusnya, antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri sudah pasti kita melaksanakan

beberapa pakej-pakej rangsangan dan pakej-pakej rangsangan itu bukan hanya memberikan tumpuan dan fokus untuk menangani kesan secara langsung kepada kerja dan rakyat dalam bentuk program-program kebajikan ataupun program-program welfare dalam Selangor Prihatin Satu, Dua, dan Tiga, tetapi juga memberikan contoh-contoh dan injection terhadap aktiviti-aktiviti agar aktiviti ekonomi dapat berlangsung dan bergerak dengan lebih kuat dan pantas walaupun dalam ketika pandemik. Ia dapat dilihat dengan jelas ketika saya membentangkan Pakej Rancangan Prihatin Tiga dan Pakej Kita Selangor 2.0 dengan melaksanakan beberapa program, Program Selangor Kerjaya yang telah kita isytiharkan ketika pembentangan Belanjawan, Program Selangor Advanced, Program Selangor Innovation Fund yang kesemua program ini sahaja telah menelan belanja lebih kurang RM500 Juta dan Program Selangor Advanced telah membantu lebih daripada 900 syarikat-syarikat dan membantu lebih daripada 50 ribu pekerja-pekerja yang berkemungkinan diberhentikan jika kitaran kedudukan kewangan mereka tidak dibantu melalui Program Selangor Advanced yang memberikan dan mempermudahkan pengaliran serta cash flow ataupun aliran tunai kepada syarikat-syarikat yang berkenaan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sudah pasti kalau kita laksanakan beberapa program lain antaranya inisiatif seperti PLATS, e-Bazar Selangor Chinese New Year ataupun Tahun Baru Cina, e-Bazar Raya 1 dan 2, e-Bazar 11.11 yang kita laksanakan telah mengajak dan membantu lebih kurang 70 ribu lebih syarikat-syarikat mikro dan juga dan juga syarikat-syarikat kecil dan sederhana dan mempunyai ripple effect lebih daripada RM1 Bilion, lebih daripada RM1 Bilion yang mana ini semua adalah memperkemaskan dan menggerakkan sektor ekonomi yang ada di dalam negeri Selangor secara keseluruhan. Dalam Pakej Kita Selangor 2.0 sebagai contoh, kita telah membantu ataupun kita telah menggerakkan apa yang dikatakan Program Rantaian Keselamatan Bekalan Makanan dengan pihak PKPS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor menyasarkan untuk mengeluarkan dana lebih kurang RM50 Juta, mengenal tapak-tapak untuk sektor pertanian dibangunkan dan dikembangkan yang bukan hanya untuk membekalkan makanan tetapi menyambung rantaian-rantaian bekalan makanan supaya kesan di masa hadapan jika pandemik berlaku ataupun krisis berlaku, Selangor tidak berdepan dengan kekurangan bekalan makanan yang sedikit sebanyak diberikan ataupun kita terasa ataupun terkesan ketika pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac tahun lalu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin mengambil sedikit masa dengan harapan kita dapat melihat dengan menyeluruh kesan-kesan ekonomi ini dan sudah pasti ia memberi kesan kepada pendapatan negeri. Pada akhir 20 Ogos tahun 2021 setakat ini Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip RM1.53 Bilion dan kita berjaya mengutip 69.57% daripada sasaran RM2.2 Bilion yang disasarkan dalam pembentangan Belanjawan yang saya bentangkan untuk tahun 2021. Ini berbeza dengan apa yang telah kita capai pada tahun lepas, pada tahun lepas pada sekitar bulan Oktober sahaja dan November kita telah berjaya mencatatkan, mencapai hampir 100% kerana pada 3 bulan pertama sebelum pelaksanaan PKP dan Perintah-perintah Pergerakan sahaja kita telah berjaya mengutip hampir 50% daripada sasaran RM2.2 Bilion yang disasarkan pencapaian dan juga pendapatan pada tahun 2020. Ya,

memang ada kesan tetapi beberapa langkah-langkah yang telah kita tetapkan seperti pelaksanaan Program Smart Box ataupun Drop Box di pihak-pihak Pejabat Tanah dan Daerah dan juga menggalakkan program digitalisasi yang kita laksanakan ia telah memberi kesan dan juga mengurangkan impak dan kesan kepada pendapatan dan juga aktiviti ekonomi secara keseluruhan di Negeri Selangor dan juga di Malaysia. Ahli Yang Berhormat sekalian, kalau Sungai Burong bertanyakan apakah sektor-sektor yang memberi kesan sudah pasti beberapa sektor seperti sektor pembuatan dan pengilangan, sektor pembinaan dan juga sektor pertanian merupakan antara sektor yang mendapat kesan. Namun begitu beberapa sektor seperti sektor perkhidmatan, seperti e-hailing dan perkhidmatan lain menunjukkan kesan positif akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan kerana perkhidmatan tertentu seperti penghantaran, bekalan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan lain turut mendapat sambutan dan juga menjadi antara nadi penting ekonomi seperti forwarding ataupun penghantaran bekalan ke banyak tempat atau tempat-tempat lain kerana itu adalah salah satu daripada solusi untuk kita hidup dan juga menggerakkan ekonomi dalam suasana keadaan ekonomi yang kurang baik dan juga ekonomi yang telah kita hadapi. Setakat itu, terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi itu menyebut tentang sektor yang telah terkesan dengan teruknya termasuk pembuatan, pengilangan dan sektor pertanian. Sungai Burong ingin tanyakan ada lagi beberapa sektor yang mungkin Yang Amat Berhormat tidak sebutkan seperti sektor pengangkutan terutamanya pengangkutan bas persiaran dan juga perkhidmatan awam yang sangat terus terjejas. Mereka tidak langsung beroperasi dan mungkin banyak syarikat yang telah menganggung hutang terhadap operasi mereka. Yang keduanya ialah sektor perkhidmatan, sektor retailing yang perniagaan kecil di kedai-kedai dan juga syarikat di tempat-tempat shopping mall. Mereka juga tidak dapat menjalankan perniagaan, terpaksa menganggung sewa dan mereka tidak dapat beroperasi. Jadi apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memberikan tumpuan kepada sektor yang terjejas ini selain daripada sektor yang telah disebutkan tadi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa sektor yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Burong memang betul iaitu sektor pelancongan. Kalau diikutkan pengangkutan, bas persiaran dan sebagainya saya rasa Sekinchan mempunyai data yang lebih jelas bagaimana dan juga maklumat depan mata yang ada di kawasan Sekinchan dan kawasan-kawasan pelancongan negeri Selangor. Memang seawal daripada pandemik ini berlaku, ramai pakar ekonomi mengatakan bahawa pelancongan merupakan sektor pertama yang terjejas dan sektor terakhir yang akan pulih. Dan apabila Kerajaan Negeri pada akhir tahun lepas melaksanakan program “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” kita telah melancarkan lebih kurang RM2 Juta dana-dana pelancongan ataupun voucher-voucher pelancongan yang boleh digunakan pada masa hadapan atau pun pada masa sebelum ini dan InsyaAllah apabila keadaan kembali pulih InsyaAllah kita akan

cuba membantu kerana kita tak boleh melihat kepada satu sektor kecil, dia kena lihat sektor pelancongan enlarge ya kita kena tengok bagaimana pengusaha-pengusaha motel, hotel dan juga tempat tinggal chalet dan sebagainya dan InsyaAllah Kerajaan Negeri ada rangkaian pun ada rancangannya apabila keadaan dibenarkan untuk domestic tourism ataupun bubble pelancongan sebagaimana yang telah direncanakan dan dirancang oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara ataupun Pelan Pemulihan Negara, kita boleh melancarkan semula voucher-voucher pelancongan ataupun program-program lonjakan ataupun bantuan pelancongan.

Yang kedua yang disentuh tentang retailing business ataupun perniagaan runcitan dan itu lah yang dilakukan melalui Program PLATS, e-Bazar dan sebagainya melalui program digitalisasi. Saya sebutkan anggaran kita di peringkat awal sekitar 15,000 tetapi daripada masa ke semasa keseluruhannya sekarang ini 77,000 retail lists yang sudah memasuki dalam talian ataupun di atas talian melalui beberapa platform terkenal seperti Lazada, seperti Shopee yang telah kita kerjasama dan kita laksanakan dan Kerajaan Negeri berbelanja sekitar RM7 Juta sahaja. Jualan langsung daripada RM7 Juta yang kita belanjakan sahaja menelan ataupun berjumlah lebih daripada RM100 Juta dan ripple effect atau kesan riaknya adalah lebih daripada RM1 Bilion rantaian yang telah ditunjukkan.

Saya ambil satu contoh seorang peniaga di Sungai Air Tawar yang menjadi antara model yang saya tonjolkan di dalam penjelasan ataupun penerangan tentang program E-Bazar kita sebelum melaksanakan atau menyertai program kita jualannya hanya sekitar mungkin RM200-RM300 satu hari. Bekas guru, isterinya juga bekas guru. Selepas menyertai program kita, beliau mencatatkan jualan lebih daripada RM3000 sehari. Dan daripada maklum balas yang diberikan bukan hanya pendapatan beliau sahaja melalui pes makanan, ataupun kerepek peria yang dijual, tetapi juga ia telah membantu peniaga-peniaga peria, ia telah membantu perniagaan-perniagaan runcitan lain, seperti bekalan minyak, tepung dan sebagainya dan inilah yang difikirkan oleh pihak kerajaan Negeri menggerakkan rantaian berbanding daripada memberikan sokongan daripada bentuk kewangan yang juga kita fikirkan disebabkan sedikit sebanyak kerana pendapatan juga hasil kerajaan Negeri yang agak terhad. Terima kasih.

Speaker

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya, usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Saya mempersilakan YB. Bukit Lanjan, saya bagi masa dan ruang yang secukupnya untuk Bukit Lanjan. Silakan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya memohon membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas.

Tuan Speaker, sebelum saya menyambung, izinkan saya untuk membuka face mask saya, saya susah nak bernafas.

Speaker

Boleh, silakan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan Kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Salam sejahtera, salam ukhwah untuk semua.

“Garam Ada, Kicap Pun Ada. Sayang Lada Terlupa Bagi, Pantun Ada Ucapan Ada, Sayang Semua Selamat Pagi.”

Akhirnya, kita bertemu kembali di Dewan Yang Mulia ini selepas hampir 6 bulan kita berehat daripada bersidang. Bukan sahaja Parlimen ditangguhkan, malah Dewan Negeri juga terpaksa ditangguhkan selepas Ordinan Darurat berkuat kuasa pada awal tahun ini sehingga 1 Ogos 2021. Bagi memulakan kalam pada hari ini, izinkan saya menjemput Ahli-ahli Dewan untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa COVID-19 yang telah meninggalkan kami dan juga pesakit-pesakit COVID-19 yang masih menjalankan rawatan di hospital-hospital Negeri Selangor.

Saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan agar Sidang Dewan ini dimulakan segera agar proses semak imbang dijalankan dan demokrasi terus ditegakkan di bumi Selangor demi sebuah tata kelola yang cekap, transparent dan adil. Saya juga ingin menyatakan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa YB. Sg. Air Tawar bersama dengan saya telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk menyambut baik titah Tuanku masa itu untuk menjalankan sesi Dewan dengan segera. Jadi terima kasih Ketua Pembangkang kerana kita boleh lihat pada masa yang tertekan pihak Pembangkang bersama dengan pihak Kerajaan memang boleh bekerjasama demi kesejahteraan rakyat. “Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicicah”. Kita bersyukur Negeri Selangor tidak terjerut dalam pergolakan politik tanah air. Sebagai sebuah negeri yang stabil dan mengangkat mandat rakyat kita

sedar bahawa wadah penentuan politik yang terpuji adalah melalui proses pilihan raya sah melalui undian rakyat. Namun apakan daya, pilihan rakyat dirampas di tengah jalan yang telah menjadi batu asas kepada pergolakan politik sehingga kini. Bukan selalu dunia dapat melihat fenomena luar biasa di mana yang kalah menjadi Kerajaan dan yang menang menjadi Pembangkang di sesebuah negara. Namun begitu saya menjunjung tinggi pesanan titah Duli Yang Maha Mulia agar Wakil Rakyat sentiasa berkhidmat dengan jujur, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan.

Tuan Speaker, masih segar dalam ingatan saya apabila saya berdiri di sini pada 2 November 2020, semasa menyampaikan ucapan saya, saya telah mencurahkan kegelisahan hati akan kesusahan rakyat yang terjerut dalam impak pandemik COVID-19. Satu-satunya harapan yang kita paut pada masa itu adalah pada kehadiran vaksin bagi menghalang perebakan virus ini. Hari ini saya berdiri semula dalam Dewan Yang Mulia ini 10 bulan kemudian ternyata virus ini tidak mahu mengalah lagi. Bilangan kes yang menggunung hampir mencecah 24 ribu sehari berapa banyak angka kematian yang melibatkan orang-orang yang kita kasihi. Betapa deritanya keluarga yang kehilangan sumber pendapatan, penderitaan anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa. Tidak mungkin difahami oleh mata memandang. Bukit Lanjan juga hilang beberapa rakan karib anggota-anggota Parti Keadilan yang gigih berkhidmat sehingga tertewas oleh virus COVID-19. Saya ucapkan takziah kepada semua yang terkesan.

Tuan Speaker, pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukan sahaja menggugat tahap kesihatan penduduk bumi malah turut melumpuhkan ekonomi dunia. Kita telah menyaksikan penguncupan kadar keluaran negara kasar KDNK pada tahun lepas iaitu -5.6 peratus. Kemerosotan ini merupakan yang kedua terendah yang direkodkan selepas tahun 1998 iaitu sebanyak -7.4 peratus. Sektor pembuatan dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang terbesar dalam KDNK negara turut menyaksikan kemerosotan di mana pada tahun lepas sektor pembuatan jatuh 2.6 peratus berbanding dengan 3.8 peratus yang direkodkan sebelum ini dan sektor perkhidmatan pula jatuh 5.5 peratus berbanding dengan 6.2 peratus pada tahun 2019. Walaupun Selangor kekal menerajui sumbangan kepada ekonomi negara, sektor pembuatan di Negeri Selangor juga terkesan dengan penyusutan marginal 0.6 peratus dan sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan -6.8 peratus yang mana telah memberi kesan yang sangat negatif pada sektor eksport negeri akibat dari Pelaksanaan Kawalan Pergerakan. Namun begitu inisiatif kerajaan Negeri memperkenalkan pakej-pakej bantuan Rangsangan 1.0, 2.0 Pakej Kita Selangor dan sebagainya telah sedikit sebanyak mengimbangkan kadar penurunan kedua-dua sektor ini. Meskipun bergelut dengan pandemik COVID-19 Negeri Selangor masih berdiri teguh dengan penarikan pelabur dengan jumlah modal pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu 18.4 Billion ringgit. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Negeri Selangor khususnya Y.B. Bandar Baru Klang merangkap Exco Pelaburan. Menyentuh perkara ini juga golongan pekerja-pekerja sektor tersebut yang terkesan adalah terlalu ramai. Kebanyakan mereka merupakan pekerja gaji harian yang telah hilang arah tuju. Ramai daripada

golongan pekerja sektor pembinaan dan pembuatan dan juga perkhidmatan berada dalam keadaan yang amat susah. Pusat Khidmat DUN Bukit Lanjan sendiri telah menyampaikan beribu-ribu bantuan bakul makanan dan paket makanan masak khasnya dalam bulan Julai dan Ogos ini. Arahan penutupan sementara syarikat dan kilang harus disusuli dengan sokongan dan pampasan yang wajar daripada kerajaan pusat. Keberkesanan program pembekalan pekerja (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) menerusi PERKESO harus dikaji secara lebih mendalam agar manfaatnya sampai kepada semua orang. Kita sedia maklum berkenaan kluster kilang dan juga kluster tempat-tempat kerja, yang merupakan antara penyebab-penyebab utama kes COVID-19 yang secara drastik di Negeri Selangor. Namun begitu apabila sektor pembinaan dan pembuatan dan perkhidmatan tertangguh operasi mereka, ke mana akan perginya pekerja-pekerja ini? Oleh itu bagi mengekangkan perebakan pekerja-pekerja industri harus diutamakan bagi tujuan vaksinasi. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang cakna terhadap keperluan ini dengan memulakan inisiatif SelVAX Industri dan pada yang sama inisiatif yang sangat inclusive iaitu SelVAX Community untuk memastikan proses vaksinasi ini berjaya. Saya percaya kita mampu mengembangkan lagi pelaksanaan menyeluruh dengan perancangan rapi. Dalam pada itu, suka saya sarankan agar pembukaan syarikat-syarikat dan perniagaan haruslah berpandu dengan izin Risk Factor iaitu faktor risiko kebolehjangkitan. Adalah tidak wajar jika kebenaran perniagaan itu hanya diklasifikasikan melalui perkhidmatan penting atau perkhidmatan tidak penting, dengan izin, essential atau non-essential services, di mana kesemua sektor services sebenarnya adalah essential sebab semua sektor ini penting dan tidak seharusnya ditutup secara blanket decision. Ini adalah khusus juga untuk Negeri Selangor kerana Negeri Selangor merupakan penyumbang KDNK yang paling banyak kepada negara ini. Penyumbang dalam sektor pembuatan, perkhidmatan yang paling besar di seluruh negara tetapi bila mereka ditutup dengan itu sahaja blanket decision, dengan izinnya, maka kita ada masalah besar di Negeri Selangor. Apa yang dibicarakan di sini sebenarnya adalah berhubung tentang periuk nasi keluarga, peniaga-peniaga kecil yang harus diberi perhatian. Mereka harus dibenarkan untuk beroperasi. Perkara ini tidak mustahil untuk dipraktikkan. Cuba kita bandingkan had masa dan SOP yang diwajibkan kepada seseorang individu untuk berada dalam sebuah restoran, kedai buku, kedai muzik, gym, pet shop dan lain-lain berbanding dengan tempoh masa yang diambil oleh pekerja-pekerja kilang iaitu 8 jam atau lebih, bersama dalam kilang tersebut. Maka kadar kebolehjangkitan mungkin rendah pada situasi yang pertama iaitu dalam kedai-kedai yang kecil, restoran, gym, music school dan sebagainya. Oleh itu saya ingin tegaskan bahawa kaedah penutupan atau total lockdown bukan boleh diambil sebagai sebuah penyelesaian mutakhir ini. Hal ini kerana ia bukan sahaja akan parahkan lagi pertumbuhan ekonomi negara malah juga memberi kesan teruk kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana (PKS) kita. Hal ini terbukti melalui laporan Jabatan Perangkaan Negara pada tahun lepas yang menunjukkan KDNK bagi PKS, pengusaha-pengusaha kecil sederhana telah mencatatkan kadar -7.3 peratus berbanding dengan KDNK Malaysia yang pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun sejak tahun 2003.

Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada kerajaan Negeri Selangor yang pada beberapa hari yang lepas telah setuju untuk meminjamkan sebanyak 500 ribu dos vaksin kepada kerajaan Persekutuan. Di sini saya ingin mengingatkan kembali jika ada yang terlupa bahawa kerajaan Negeri Selangor merupakan negeri pertama mengagihkan peruntukan tambahan sebanyak 3.28 juta bagi bantuan bakul makanan menerusi pakej Kita Selangor 2.0. Kepada semua DUN-DUN di Negeri Selangor termasuk rakan-rakan pembangkang dan kalau situasi pandemik yang teruk ini jadi saya semalam saya jumpa YB. Dengkil dia pun bisik kepada saya, kerajaan pusat tak sempat nak edar bantuan kepada ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Selangor. Dia menerima lebih awal daripada kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Harapan. Jadi saya rasa ini adalah satu contoh kerajaan unggul yang meletakkan kebajikan rakyat di hatinya.

Berbicara berkenaan tentang bantuan Bakul Makanan, saya juga sarankan agar Kerajaan Negeri mengkaji lebih lanjut berkenaan bantuan yang boleh diberi secara beyond dengan izin. Beyond bagi memastikan kelangsungan hidup masyarakat, saya juga mengalu-alukan Kerajaan Negeri yang duduk semeja bersama dengan pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Sumber Manusia bagi membincangkan job placement dengan izin, mengikut keupayaan permohonan bantuan bakul makanan. Ini kerana bantuan Bakul Makanan merupakan penyelesaian sementara yang hanya boleh bertahan selama satu atau dua minggu sahaja. Ini adalah langkah tambahan yang boleh difikirkan selain daripada inisiatif yang sedia ada melalui platform Selangor Kerjaya. Saya mengajak Kerajaan Negeri untuk bergiat dengan izin think out the the box dengan memikirkan cara-cara untuk dengan izin job creation atau pun mengambil pekerja-pekerja sementara atau one off ataupun part time di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC ataupun di Pihak Berkuasa Tempatan PBT di negeri Selangor, contohnya saya ingin sebut di sini di MBPJ ada penawaran kerja part time kepada ibu-ibu tunggal sebagai team pembersihan dewan-dewan di bawah naungan MBPJ. Saya rasa ini adalah satu usaha yang sangat bagus dan boleh di kembangkan boleh dicontohi oleh GLC atau pun PBT-PBT di seluruh Negeri Selangor. Saya yakin dengan pelbagai cara kita dapat memberi bantuan pekerjaan yang juga merupakan satu cara untuk memberi bantuan kewangan sementara bagi yang memerlukan sekali gus mengurungkan kebergantungan kepada bantuan dan memupuk daya inovasi untuk berjaya dalam hidup.

Tuan Speaker, adakah terlalu ekstrem jika saya nyatakan bahawa kita sekarang berada dalam perubahan melawan masa. Situasi dunia adalah sebegitu Tuan Speaker. Kemunculan varian-varian baru yang seakan-akan menghancurkan bata-bata asas yang kita sedang kita bina sejak tahun lepas sangat merisaukan. Varian delta yang sedang berluasa sekarang didapati merupakan punca sebenar kepada peningkatan drastik kes COVID-19 di negeri Selangor dan juga di seluruh negara. Saya sangat kesal Tuan Speaker, kegagalan Kerajaan Pusat dalam menangani pandemik ini tidak perlu saya ulaskan. Rakyat umum tahu retorik yang dipentaskan untuk tatapan seluruh dunia menyebabkan hashtag ataupun tanda pagar kerajaan

gagal mencapai lebih daripada puluhan ratusan ribu ciapan di Twitter. Tuan Speaker saya nak sebut fakta ini, apa yang pada 23 Januari 2021, kes baru COVID-19 yang direkodkan adalah sebanyak 4275 dan bilangan kematian pada masa itu adalah 7 orang. Semalam 23 Ogos 2021, iaitu selepas 7 bulan kemudiannya, kes baru yang telah direkodkan adalah sebanyak 17,672 dan jumlah kematian baru adalah sebanyak 174 orang. Untuk makluman semua, Kerajaan Pusat yang telah buat Proklamasi Darurat 12 Januari 2021 iaitu 11 hari sebelum 23 Januari 2021. Ini menunjukkan bahawa apa yang kita telah alami iaitu sekatan pergerakan, sekatan pembukaan peniagaan, sekatan macam-macam sekatan SOP pada masa ini tidak berjaya. Malang kita terlihat keadaan sekarang semakin lama semakin merunsingkan. Sebagai contohnya saya dengar tadi mana Bukit Gasing, Bukit Gasing pada pagi ini telah maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa sekarang kerana ada kekurangan PPV atau pun PPV yang tiba-tiba ditutup di negeri Selangor dan juga Kuala Lumpur maka orang sekarang berebut-rebut untuk mendapatkan vaksinasi. Saya dengan izin Tuan Speaker saya ingin sebut bahawa, saya tidak percaya bahawa 70% orang di Lembah Klang orang dewasa telah menerima vaksin. Mengapa saya cakap seperti itu kerana tiap-tiap hari kita boleh lihat puluhan ribu orang yang dijangkiti oleh COVID-19. Orang yang meninggal dunia sebenarnya belum kebanyakan majoriti mereka belum dapat vaksin, orang yang dijangkiti COVID-19 juga belum dapat vaksin. Saya buat beberapa kira-kira semalam, kalau katakan banyak orang telah menerima vaksin di Lembah Klang, mengapa pada masa ini kita belum ada kita tidak boleh lihat penurunan yang mendadak keduanya Tuan Speaker. Saya juga telah buat pengiraan bahawa masih ada sekurang-kurangnya satu juta orang dewasa di Lembah Klang yang belum dapat dos yang pertama. Ini adalah satu fakta kalau kita lihat peratusan yang dikeluarkan oleh CITF. Jadi satu juta orang yang memerlukan vaksin yang nak vaksin saya percaya mereka memang nak vaksin tapi sekarang PPV sudah tutup, klinik perubatan swasta juga tidak dibenarkan untuk menjalankan program vaksinasi mereka dan sebagainya di mana satu orang dewasa ini di Lembah Klang di negeri Selangor dan juga Kuala Lumpur jiran kita mana mereka akan dapat vaksinasi mereka.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Boleh celah?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya. Silakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih. Saya nak bertanya Yang Berhormat Bukit Lanjan, kalau Kerajaan nyatakan bahawa pengunjung dia kedai makan atau pun di shopping mall boleh masuk boleh duduk sekiranya dapat dua dos vaksin. Tetapi bagaimana dengan pekerja-pekerja mereka? Ada yang tak ada vaksin atau baru satu vaksin. Apa pandangan?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Seri Setia. Saya bukan EXCO Kesihatan, saya juga belum ditawarkan menjadi Menteri Kesihatan, walau bagaimanapun saya percaya adalah baik untuk semua kalau bukan pengunjung

bukan sahaja pengunjung ke restoran ataupun pasar raya, tempat beli-belah dan sebagainya tetapi pekerja-pekerja mereka harus diberi keutamaan untuk dapat vaksin sebelum kedai itu buka. Ini adalah untuk membantu mereka, bukan membantu kita sahaja tetapi kita membantu semua orang. Jadi saya harap ini pun satu cadangan yang saya rasa mungkin dewan ini juga boleh cadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat perkara ini, kalau pekerja mereka belum dapat vaksin saya nak syorkan nak kepada kerajaan negeri supaya PBT jangan bagi lesen untuk mereka membuka perniagaan dulu. Tapi pada masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor jangan tunggu Kerajaan Pusat, kita ada SelVAX Industri kita ada SelVAX komuniti saya difahamkan kita masih ada baki vaksin Sinovac guna baki ini untuk membantu pekerja-pekerja ini adalah satu bantuan, ini bukan satu penyeksaan kepada mereka tetapi bantuan kepada mereka. Jadi, terima kasih Seri Setia kerana telah membangkit perkara ini. Tuan Speaker, saya tak tahu di mana sekarang, Tuan Speaker saya hanya nak sebut satu dua perkara lagi tentang vaksin, saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri, memandangkan Kerajaan Pusat sekarang tidak mengambil penyertaan daripada klinik-klinik perubatan, mereka dipinggirkan maka saya nak cadangkan kepada Yang Berhormat Seri Serdang masih Sri Serdang untuk memberi peluang kepada mereka membantu dalam program vaksinasi Negeri Selangor iaitu SelVAX bekerja sama dengan Selgate dan juga SELangkah untuk memastikan penduduk-penduduk kita di Negeri Selangor dapat vaksin.

Saya walaupun kita dengar berpuluhan ribu beratur depan PPV dan sebagainya tetapi ada beratusan ribu orang yang belum dapat vaksin dan mereka ingin dapat vaksin termasuk ibu yang mengandung, ada yang anak muda ada yang mungkin menunggu mereka sampai usia 18 tahun dan sebagainya. Kita ada banyak avenue, banyak ruang untuk membantu rakyat kita dan kita juga sebagai Kerajaan Negeri jangan abaikan klinik-klinik perubatan ini. Tuan Speaker, saya fast forward. Tuan Speaker untuk makluman dewan yang mulia ini negara-negara lain seperti negeri China dan Indonesia bakal memberikan vaksin kepada pelajar-pelajar sekolah yang pada mulanya dirancangkan oleh negara ini, malah ini tiba-tiba diberhentikan. Saya ingin cadang kepada Kerajaan Negeri untuk melihat semula perkara ini bincang dengan Kerajaan Pusat yang saya tak tahu Menteri baru atau Menteri yang lama tapi apa yang penting adalah anak-anak kita perlu di vaksin dan antara vaksin yang bagus yang ada kesan yang sangat kurang untuk anak-anak muda, remaja adalah vaksin Sinovac. Saya cadangkan Kerajaan Negeri mula dengan murid-murid di Sekolah Rendah Agama kerana ianya di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor di bawah JAIS. Kita tidak perlu tunggu kalau Kerajaan Pusat mereka ada Sekolah Kebangsaan dan sebagainya mungkin mereka ada sistem mereka tapi kita ada Sekolah Rendah Agama mula dari situ. Tuan Speaker saya juga ingin sentuh tentang Self Test Kit dengan izin, ataupun kit ujian kendiri COVID-19 yang masih mahal mengikut harga pasaran. Saya amat terharu bila Kerajaan Negeri telah maklum kepada kita, kepada ADUN-ADUN semua bahawa kita akan mendapat bekalan sebanyak 60 ribu kit saliva test secara percuma yang akan diedarkan kepada semua DUN dan juga semua pejabat Khidmat Penyelaras DUN. Merentasi fahami politik adalah cukup membanggakan. Saya

ucapkan terima kasih tetapi saya rasa 1 ribu 1 hari boleh habis. Kita perlu juga kit self test kit ini ditambahkan kepada penduduk-penduduk kita, diedarkan dan ditambahkan kerana seperti apa yang disebut pagi ini oleh EXCO Kesihatan apa yang penting kita mesti jalankan 3 level dengan izin. Satu adalah testing saringan, kedua adalah isolation, ketiga adalah vaksinasi. Kita tidak boleh memetik satu sahaja daripada tiga langkah ini jadi apa yang penting juga Tuan Speaker saya difahamkan saya harap Kerajaan Negeri dalam proses untuk berbincang dengan bahagian regulatory farmasi negara NRPA berkenaan booster shot atau pun vaksin ketiga yang bakal diberi kepada rakyat Selangor. Saya harap Kerajaan Negeri boleh memberi sedikit pencerahan nanti tentang isu ini. Tuan Speaker, saya

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sungai Pelek ingin mencelah.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sungai Pelek silakan.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat bahawa kita semua difahamkan diberitahu bahawa vaksin seperti Pfizer diperlukan disimpan di bawah minus 70 degree yang akan mengakibatkan problem untuk simpanan storage dan juga pengangkutan logistik dan sebagainya. Tetapi kita difahamkan Kerajaan Pusat menggunakan more then 2.3 billion untuk membeli 70% maksudnya sejumlah vaksin yang kita akan beli 70% akan dari Pfizer yang memerlukan storage yang susah dan juga menjejaskan mengakibatkan kesusahan untuk logistik dan sebagainya.

Tetapi pada masa yang sama kita diberitahu vaksin macam Sinovac dan lain-lain hanya perlu di stor, disimpan dengan suhu yang 2–8 degrees, yang paling senang tetapi mengapa apa pandangan Yang Berhormat mengapa begini.. gunakan, dan saya juga difahamkan harga vaksin Pfizer jauh lebih mahal daripada seperti Sinovac. Apa pandangan Yang Berhormat?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Sungai Pelek, ini soalan-soalan ini agak pelik lah, saya bukan menteri vaksin. (ketawa) tapi ya, pandangan saya adalah tidak kira apa jenis vaksin yang penting adalah vaksin itu disampaikan dalam tubuh rakyat Malaysia itu sahaja. Saya tak kisah Pfizer, Sinovac, Moderna, Astra dan sebagainya yang penting mesti ada bekalan dan mesti disampaikan kepada rakyat itu sahaja. Tentang kos dan sebagainya sebenarnya saya tak tahu apa yang dibayar oleh Kerajaan Pusat untuk Pfizer, untuk Sinovac, saya tidak tahu. Saya dengar serba sedikit lah apa yang Kerajaan Negeri terpaksa bayar untuk Sinovac yang dikeluarkan oleh Pharmaniaga. Tapi itu nanti kita boleh tanya lagilah Kerajaan Negeri. Okay? Ya, terima kasih Sungai Pelek.

Tuan Speaker saya ingin sentuh satu perkara yang terakhir tentang isu kesihatan dan juga COVID-19. Saya amat menghargai usaha Kerajaan Persekutuan melalui pasukan Greater Valley, Greater Klang Valley Special Task-Force yang menguruskan

kemudahan ICU, tangki oksigen dan sebagainya. Tetapi persoalan saya adalah mengapa tindakan-tindakan ini mengambil masa selama satu tahun sebelum dilaksanakan. Berapa banyak yang perlu mati untuk peruntukan diturunkan bagi sebuah tindakan proaktif sebegini dimakbulkan.

Berpuluhan aduan yang diterima oleh bekas penghuni-penghuni Pusat Kurantin COVID-19 berkenaan situasi keadaan di Pusat tersebut. Kita semua tahu, ada gambar-gambar yang tular di media sosial berhubungan kebersihan, keadaan dalaman yang sangat mengecewakan. Proses Pendaftaran yang sangat lama, air bersih kadangkala tidak ada. Ia nya menyusahkan warga emas terdapat juga kekurangan anggota bantuan Frontliner, kekurangan katil, kualiti makanan yang buruk dan sebagainya.

Tidak lupa juga, keadaan yang sangat sedih yang menimpa pada pesakit-pesakit di hospital di mana puluhan mereka terpaksa duduk di kerusi roda bukan untuk beberapa jam tetapi berhari-hari kerana katil tidak mencukupi dan berpuluhan pesakit juga terpaksa baring atas lantai.

Mohon...mohon.. pencelahan kepada Yang Berhormat Taman Medan.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya..ya..Yang Berhormat Taman Medan.

Saya ingin ambil perhatian tentang apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan sebentar tadi, tentang situasi yang berlaku di Pusat-pusat Kuarantin atau pun Pusat yang dipanggil seperti Pusat PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19).

Ya, saya rasa lebih tepat mungkin Bukit Lanjan bermaksudkan ialah situasi di Pusat-pusat Penilaian (CAC), kerana saya adalah bekas penghuni Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Serdang. Yang telah saya huni pada bulan.. beberapa hari selepas Aidilfitri yang lalu. Jadi, keadaan itu mungkin berbeza tetapi saya tidak pasti kalau Pusat-pusat Kuarantin yang lain. Jadi mungkin saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan sebentar tadi adalah lebih menjurus kepada situasi yang berlaku di Pusat-pusat Penilaian termasuklah yang paling hampir dengan Dewan Negeri ini, iaitu di Stadium Malawati. Mungkin saya rasa Yang Berhormat Bukit Lanjan menyetujui dengan apa yang saya nyatakan ini.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Okay, terima kasih Taman Medan. Kita nak.. memang bernasib baik Taman Medan dapat segera diselamatkan di MAEPS. Saya ucapkan terima kasih kepada Frontliner di sana kerana jaga Ustaz

Taman Medan, Yang Berhormat Taman Medan di sana. Apa yang dimaksudkan oleh saya dua-dua. Satu adalah di Pusat Penilaian dan juga di Pusat Kuarantin.

Di Pusat Penilaian, saya juga ada pengalaman peribadi. Ahli keluarga saya dapat terjangkit dengan COVID-19 terpaksa pergi ke Shah Alam. Beliau, ahli keluarga saya tunggu 7 jam (ketawa) pagi sampai petang. Dia pergi pagi dia rasa ok bila petang dah balik rumah masa itu dia dapat kuarantin di rumah dia kata dia lebih sakit daripada pagi tersebut. Jadi, macam-macam telah berlaku dan apa yang penting adalah kita cuba elakkan.

Saya rasa ada pelbagai langkah-langkah yang diperbaharui, dijalankan, dibetulkan itu adalah satu tindakan yang bagus. Tetapi hari ini, kita dapat berita bahawa Hospital-hospital sekarang menerima.. kurang pesakit-pesakit COVID-19. Tetapi kenapa kita perlu tunggu sehingga pesakit-pesakit itu terlalu ramai sehingga kita mengambil tindakan proaktif. Itu adalah mesej saya ataupun maksud saya.

Jadi, kita jangan tunggu lagi...kita tidak tahu Varian Delta akan jadi apa lagi. Delta kita ada Delta, Lambda itu L, Epsilon E dan sebagainya... Gamma G. Saya menunjukkan kemahiran Latin saya (ketawa). Macam-macam pun boleh berlaku, yang penting adalah Kerajaan Pusat bersama dengan Kerajaan Negeri harus bersiap sedia jangan tunggu sehingga Varian baru melanda dan kita ambil tindakan yang sewajarnya.

Tuan Speaker, ada satu perkara yang..saya rasa sangat menarik dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Selangor iaitu dalam kesibukan kita berjuang melawan pandemik COVID-19 adalah ada satu lagi musibah semakin menghampiri kita dan jika langkah pantas tidak diambil dengan segera kita bakal kehilangan semuanya.

Perkara yang saya maksudkan yang terkandung dalam titah ucapan Duli Yang Mulia, Sultan Selangor adalah perubahan iklim yang sedang berlaku di dunia. Mungkin ada di kalangan kita yang terbaca berita tergempar yang mendapat liputan luar media minggu lepas berkenaan fenomena hujan turun di puncak lapisan ais Greenland buat pertama kalinya.

Ini semua merupakan tanda amaran alam sekitar alam semula jadi. Perubahan iklim ini, bukan lagi sebuah teori ia nya adalah perkara nyata yang kita lihat dan rasa di dunia ini. Saya merujuk kepada laporan daripada dengan izin, Intergovernmental Panel On Climate Change (IPCC) Six Assesment Report yang menyatakan bahawa masalah pemanasan global yang sedang meningkat akan menjadi lebih parah pada masa yang terdekat. Panel yang dianggotai seramai 234 orang saintis daripada 195 negara telah mengeluarkan amaran dengan izin “we have less than 10 years to make a radical change”.

Jadi, Tuan Speaker saya memetik kata-kata seorang penyelidik senior di Institut Penyelidikan Khazanah saudara, Yin Shao Loong yang disiarkan di Malay Mail bertarikh 11 Ogos 2021 yang menyebut “Kita merupakan Generasi yang harus melawan pandemik virus dan pada masa yang sama melawan perubahan iklim bagi memastikan kestabilan dunia”.

Peranan Kerajaan Negeri dalam perkara ini adalah sangat-sangat mustahak. Literasi berkenaan keadaan semasa perubahan iklim dunia perlu dihebatkan di peringkat negeri. Kerajaan Negeri juga berperanan untuk bekerjasama bersama Kerajaan Pusat untuk menandatangani Perjanjian Paris untuk mengurangkan kadar gas rumah hijau (Greenhouse Gases) sebanyak 45% menjelang tahun 2030.

Saya cukup bangga dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam isu alam sekitar, sejak mula mengambil alih Pentadbiran Negeri ini. Pelbagai inisiatif yang Selangor terajui seperti Pelan Tindakan Teknologi Hijau Selangor (Initiatives Fresh of River) Pembangunan Benteng Pantai, Pengurusan Saliran Mesra Alam dan sebagainya sangat membanggakan..seperti yang dipetik oleh akhbar News Straits Times pada November 2019, Selangor merupakan sebuah role model kepada negara kerana Selangor merupakan satu-satu negeri yang memberi peruntukan khusus untuk projek-projek dan juga aktiviti-aktiviti teknologi hijau dan juga perubahan iklim.

Menurut kenyataan Adnan Zailani, Gabenor... Pembantu Gabenor Bank Negara Malaysia pada Majlis Pelancaran Laporan Kewangan Perdagangan Islam adalah sangat mustahak bagi melatih pemilik-pemilik syarikat dan Pengusaha SME kita untuk berevolusi mengikut permintaan pasaran eksport dunia yang mula mensyaratkan Green Sustainability atau pun polisi pembaikpulihan yang mesra alam sebagai syarat utama.

Amaran beliau bahawa Malaysia berisiko tinggi untuk rugi sebanyak RM276 Billion pulangan hasil eksport setiap tahun jika ekonomi negara yang tidak berpaksikan low carbon dan mesra alam menjelang tahun 2025. Ini maksudnya empat tahun yang akan datang dan ini harus diambil maklum oleh Kerajaan Negeri. Seiring dengan itu, saya merasakan kini telah tiba masanya untuk Selangor menjadi negeri perintis untuk melancarkan darurat iklim atau pun climate emergency dengan izin bagi menangani isu berbangkit kerana perkara ini adalah sangat serius.

Sebagai seorang wakil rakyat, Bukit Lanjan juga berperanan untuk menjaminkan, memastikan Kerajaan Negeri dapat berusaha melindungi hutan simpan di Negeri Selangor. Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang telah melahirkan sukacitanya ke atas komitmen Kerajaan Negeri dalam melindungi sumber hutan. Maka segala usaha, untuk menyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Bukit Lagong harus ditolak dan tidak timbul lagi! Boleh tak? Ini bukan ceramah (ketawa). Saya rindu tak dapat ceramah (ketawa).

Saya juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri, sama-sama menghormati usul yang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini tahun lepas iaitu mempertahankan status pewartaan hutan simpan yang telah dipersetujui sebulat suara di Dewan yang mulia ini, bulan November.

Jadi, Tuan Speaker isu perubahan iklim pelindungan dan pemuliharaan... pemeliharaan hutan simpan Negeri Selangor adalah isu yang sepatutnya diberi keutamaan. Kita tahu, ada banyak tekanan ke atas Kerajaan Negeri atas Exco Alam Sekitar untuk memberi... memberi milik...kawasan hutan simpan, kawasan hijau, ada juga kawasan hutan yang belum di warta sebagai hutan simpan atau pun taman negeri tetapi memang ianya adalah sebidang tanah yang sangat, yang penuh dengan biodiversiti ekologi yang cantik dan sebagainya.

Saya harap Kerajaan Negeri juga akan melihat semula program untuk memastikan bukan sahaja jumlah peratusan hutan simpan Negeri Selangor tidak turun di bawah tahap 30% tetapi setiap tahun kita dapat menambah lagi...

Tuan Speaker, satu perkara yang penting untuk Ahli Dewan Negeri ini, saya menyambut baik saranan yang disebut oleh Tuan Speaker tentang pindaan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor 1995 bagi membolehkan persidangan secara hibrid yang diadakan. Saya, Bukit Lanjan melihat ini adalah satu langkah yang amat penting. Hari ini, kita masih boleh masuk dalam Dewan Negeri Selangor. Esok kita tidak tahu apa akan terjadi dengan kemunculan varian-varian baru. Masih saya ingat apabila saya dijemput dua, hampir dua tiga tahun yang lalu menjadi Speaker bagi Program Adun Muda Selangor Virtual, yang pada masa itu, kita dapat menjalankan Program seperti sidang Dewan secara virtual. Kalau usul tersebut dibentangkan di negeri, di Dewan yang mulia ini, saya rasa Selangor akan menjadi negeri yang pertama di Malaysia yang boleh melakukan sidang secara hibrid.

Sehubungan itu, saya juga ingin mencadangkan agar Mesyuarat Jawatankuasa Dewan dapat dijalankan secara segera dengan jumlah kuorum yang terhad kerana selama 7 bulan saya rasa lebih daripada 7 bulan, kita tidak dapat bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Dewan. Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan satu perkara iaitu penyemakan pengudaraan ataupun ventilation di dalam Dewan ini dan juga di Bangunan Annex. Saya harap pihak Dewan boleh segera juga memasang pengadang lut sinar antara ADUN-ADUN. Saya tahu kononnya 1 meterlah, saya rasa lebih daripada 1 meter antara ADUN-ADUN di sini. Tetapi saya juga lihat beberapa gambar yang keluar semalam iaitu di Dewan Negeri Pahang, Dewan Negeri Johor kalau saya tidak silap atau pun Perak. Ada dua tiga negeri yang juga sedang menjalankan sidang Dewan mereka, semua ada pengadang lut sinar. Saya memang hendak lihat jiran saya, saya pun nak cakap dengan dia dengan Yang Berhormat tetapi saya rasa lebih selamat kalau ada sesuatu penghadanglah. Jangan kita selalu pakai mask sahaja ataupun mask plastik tersebut, saya rasa penghadang itu juga adalah satu perkara yang penting untuk Dewan dalam norma baharu ini.

Tuan Speaker, perkara terakhir adalah tentang rasuah yang terkandung dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Rasuah di Negeri Selangor, bila saya dengar pun saya rasa sangat sedih. Saya tidak pernah, Bukit Lanjan dengar betapa sedihnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bila Tuanku bertitah tentang isu rasuah. Saya rasa semenjak kita memerintah di Selangor pada tahun 2008, kita tidak ada banyak kes rasuah. Tetapi apa yang telah kita baca di akhbar dan sebagainya masih ada tuduhan-tuduhan. Saya rasa Negeri Selangor kita mampu think out of the box dengan izin. Buat perkara yang mungkin yang lebih daripada yang kita ada sekarang. So, sebagai contohnya saya difahamkan ada tuduhan lain, masih ada tuduhan di mana ada manipulasi dalam sistem tender. Jadi saya yakin Kerajaan Negeri khasnya Pegawai Kewangan Negeri boleh melihat di mana lagi check and balance yang boleh dimasukkan supaya tender atau pun sebut harga itu tidak ada campur tangan-tangan ketiga atau pun tangan yang ghaib dan sebagainya. Di Negeri Selangor kalau kita tidak boleh menangani masalah rasuah, saya rasa susahlah untuk kita untuk mengatakan kita adalah sebuah negeri yang bersih dan sebagainya.

Pada masa yang sama, saya juga harap Kerajaan Negeri boleh melihat semula iaitu dalam Jawatankuasa Tender semua PBT. Pada masa ini memang tidak ada penglibatan Ahli Majlis kalau saya tidak silap. Mereka hanya boleh duduk di sana tidak boleh cakap. Saya rasa kita boleh masukkan lebih Ahli Majlis untuk memastikan untuk memantau proses tender di peringkat Kerajaan Tempatan. Kalau tidak saya khuatir ya, ia akan berleluasa tuduhan-tuduhan tersebut. Akhir sekali Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam masa beberapa hari kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-64. Sesungguhnya kemerdekaan itu bukan hanya pada kata-kata dan pengibaran bendera semata-mata. Ia adalah perasaan jiwa yang merdeka daripada rasuah, merdeka daripada pengkhianatan, salah guna kuasa, pecah amanah, penipuan kecam dusta dan bebas daripada kebencian. Itulah erti sebenar merdeka. Itulah penghormatan tertinggi yang kita dapat menghadiahkan kepada nenek moyang kita. Semoga negara kita dapat keluar daripada pergelutan pandemik ini semoga doa kita sentiasa menemani keluarga yang kehilangan insan tersayang dan kepada masyarakat umum patuhilah SOP. Moga-moga pandemik ini akan menginsafi kita bahawa betapa singkatnya kehidupan dunia ini supaya sama-sama kita membuang jauh budaya dan amalan buruk. Bangkit daripada kelemahan, melawan intimidasi, perkuatkan genggaman menuju ke singgah sana rakyat Negeri Selangor yang maju, aman, bersih dan makmur.

Ku lihat-lihat awan tersusun, ku renung-renung air bertakung, berpenat-penat mereka meruntun, doa ku dukung pada yang Agung. Ku siram pokok bunga kiambang, bertaut kukuh di dahan jati, ku harap-harapkan kita akan menang, melawan musuh tekad di hati. Tuan Speaker, saya mencadang.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, sila duduk dulu. Selaras dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga norma baharu, Tuan Speaker telah membuat ketetapan selepas ini semua pembahas-pembahas

wajib memakai pelitup muka ya. Tadi Taman Medan pun membuka, jadi kita untuk keselamatan dan juga untuk memastikan sidang kita berjalan dengan lancar, maka ketetapan selepas ini adalah wajib ya memakai pelitup muka. Saya persilakan Yang Berhormat Hulu Kelang untuk berbahas.

Tuan Speaker boleh minta penjelasan. Selaras dengan apa yang Tuan Speaker sebut tadi mengarahkan tadi. Saya ingin menjelaskan sebab berhubung perkara dengan isu pelitup muka ini. Saya sebenarnya menyambut baik langkah Kerajaan Negeri yang telah memberikan kemudahan mask, face shield ini dan saya ucapkan terima kasih banyak. Tapi selaras juga dengan penekanan oleh supaya kita sama-sama kita melaksanakan menjadikan contoh yang baik, saya terima kasih kerana beri ini dan saya pakai ini bukannya untuk apa selain daripada melindungi diri saya sebagai warga emas yang high risk, tapi juga kita harus menunjukkan kepada rakyat bahawa kita juga dah diberi kita pakai. Jadi kalau tidak ia satu pembaziran. Kedua juga kalau boleh dipanjangkan kepada mereka juga yang duduk di atas sana. Saya memandang serius ...

Timbalan Speaker

Sungai Burong, nanti boleh bahas ya. Saya bagi nanti ya, sila duduk Sungai Burong.

Satu lagi, kalau boleh dipanjangkanlah sebab COVID ini dia tidak kira siapa, siapa yang duduk dalam Dewan ini. Mereka yang tidak pakai juga boleh terdedah. Saya mencadangkanlah ya apa ini, mengambil perkara ini, kalau tidak kita tak payah bagi ini pelitup muka ini.

Timbalan Speaker

Silakan Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Bismilahhirrahmannirrahim. Bacaan doa. Yang saya hormati Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan-rakan seperjuangan. Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker yang telah memberikan kebenaran dan izin untuk saya memberi bahagian dalam urusan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan dan ingin mengambil bahagian memberi ucapan sokongan. Di mana ucapan saya akan menyentuh dua tiga perkara sahaja yang telah disebut dalam ucapan titah Tuanku. Pertama budaya dan terlalu banyak berpolitik dan keduanya rasuah yang perlu kita perangi habis-habisan. Saya agak tertarik dengan apa yang dibawa oleh Tuanku kerana ia menyentuh perasaan hati saya. Tuanku bertitah dalam muka surat 18, jangan terlalu banyak berpolitik, serta merebut kuasa dan kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama untuk membela nasib rakyat. Kerana apa yang berlaku adalah apabila berlaku permainan politik yang keterlaluan, pergolakan pertelagahan, yang tidak ketentuan dan bagi saya, saya nak tambah sifat benar dan tidak bacul... yang berlaku adalah kebaculan akan muncul orang-orang yang akan berada di depan kita adalah orang yang berpura-pura. Kepura-puraan adalah satu

tabiat yang dikatakan nifaq serta tabiat yang tidak pernah ada dalam sejarah Rasullah S.A.W. ketika pada tahap awal perjuangan. Pada tahap awal perjuangan, Mekah tidak ada nifaq tetapi nifaq itu kepura-puraan itu berlaku apabila adanya satu keberuntungan. Satu peluang kemenangan yang akan membawakan hasil yang berbentuk duniawi, kekayaan, pangkat jawatan, disitu akan adalah kepura-puraan.

Ingat dalam Al-Quran diberikan satu surah (bacaan surah). Itu adalah satu kenyataan yang jelas bahawa orang munafik ini dia berpura-pura dalam ..... Saya jawab perkara ini kerana kita tidak mahu politik negara kita. Saya terasa terlalu malang, selepas kita terlibat dalam politik lebih daripada 20 tahun dalam reformasi. Kita telah diberi peluang untuk melihat cantiknya rakyat dalam berjuang, jadi takut, yang berani jadi lebih berani, penjara tidak jadi masalah. ISA pun kita lalui. Bercakap benar satu hakikat yang betul, reformasi adalah satu cita-cita tetapi benda itu terbalik, terbalik terpusing balik. .. daripada sesuatu yang berharga kepada tidak berharga. Iaitu sifat kepura-puraan. Bagi saya reformasi ini adalah satu perkara yang dikehendaki. Islah di dalam Al-Quran dinyatakan (Bahasa Arab) Apabila bercakap tentang Islah ada di sana tawakkal, ada di sana satu kesungguhan, yang kesungguhan itu maksimumnya adalah mastata’. Dan sedaya upaya. Bila Allah berkata tentang taghyir perubahan. Taghyir perubahan itu, Islah perubahan adalah benda yang dinyatakan dalam lisan Rasullah S.A.W. sebagai (Bacaan Hadith). Orang-orang yang mahu perubahan itu merupakan titik pembaharuan. Jadi Islam ini mengajak kita untuk membaharui keazaman kita untuk berjuang sama ada perjuangan itu berbentuk islah atau pun taghyir, perubahan atau pun pengislahan. Tapi inti patinya adalah pembaharuan. Pembangunan kita, kerana itulah yang memberikan kita maksud yang sebenarnya dalam kehidupan. Jadi saya rasa sedih, apabila pada baru-baru ini, dalam menentukan agenda siapakah yang akan mengambil alih pentadbiran Kerajaan di dalam negara kita ini, saya bertemu, saya berbincang, bertelefon dengan Ahli-ahli Politik, Ahli-ahli Parlimen dan saya kenal sebab saya tanya apa awak punya pendirian sekarang? Dia berkata bahawa pendirian dia adalah saya mendukung apa yang saya belajar. Katanya (Bacaan ayat Al-Quran) Apabila kamu melihat kemungkaran akan berubah dengan tangan. Saya akan berada dalam satu sistem yang kuat pada hari ini apabila Pilihan raya nanti, rakyat akan membuat keputusan dan kami akan menang. Nisbah itu nisbahnya kalau kita duduk dekat BN peluang menang itu ada kerana pada hari ini kita memerintah dan kita akan terus memerintah dan bila kita masuk pilihan raya, kita masuk ke PN dan pilihan raya dan rakyat akan memberikan mandat kepada kita. Lepas itu dia tanya pada saya, YB datang ini, Anwar hendak saya lagi ke? Kenapa Anwar? YB datang, Anwar suruh datang ke, it is not about Anwar is about you. Saya hendak pengkhianatan yang you buat. You redeem, kita berada dalam satu ...... kita tidak dapat berbahas, saya hendak dalam sistem Dewan kita ini, kita bahaskan biar kita puas, biar kita ada kesedaran, kita ada veteran ramai sini.

Kalau tak silap, rakan-rakan saya daripada BN, daripada PAS, masing-masing ada pengalaman. Kita tak tahu pengalaman kita itu, kita tak dapat nak kemaskan. Kita tak dapat kemaskan pada dulu bila dah berlaku perubahan Kerajaan tiba-tiba berlaku

perintah sekatan apa ni, PKP pergerakan jadi diadakan satu peraturan, selepas itu tidak ada Dewan dan sebagainya.

Kita, saya terasa terkejut sebab satunya saya baca Titah Tuanku pada masa itu, saya telefon ahli parti saya, saya tanya mana satu kita nak buat ni? Adakah kita nak biarkan benda begini? Ada dinyatakan di situ, dia kata mana-mana wakil rakyat yang menganggap bahawa Kerajaan ini telah ditubuhkan di atas satu keputusan yang tidak benar maka tarik balik pandangan tersebut kerana dia menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dalam konteks menerima pencalonan dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri yang sebelum ini adalah sah.

Jadi saya keliru tak dapat nak buat, tak dapat nak hadam, saya tak dapat nak lawas, bincang benda ni. Tak dapat nak bincangkan apa benda dia yang berlaku? Adakah itu, orang kata Kerajaan pintu belakang, Kerajaan tebuk atap dan macam-macam Kerajaan yang ada di situ adalah satu proses pertemuan yang diadakan di sebuah hotel yang dinamakan... Sheraton dan di situ 10 orang rakan-rakan saya, dapati sahabat saya yang membuat pendirian menyebabkan jatuh Kerajaan ini dan kalau tidak sebab pengkhianatan, tak tahu apa benda. Jadi kita tak ada platform. Kita, saya mengharapkan bahawa platform-platform kita seperti ini adalah platform kita bincang betul-betul. Kita halusi, kita muhasabah bahawa kita berada dalam satu keadaan bahawa pengkhianatan itu boleh kita lakukan. Saya menawarkan diri saya, saya dan rakan saya dulu, Timbalan Speaker telah dianggap oleh parti kami sebagai pengkhianat sampai hari ini mereka kata saya pengkhianat. Pengkhianat kerana saya mendahului parti katanya kerana saya lebih setia kepada Wan Azizah sebagai Presiden sebuah parti dan bukan parti saya. Yang mengata saya dan rakan saya Timbalan Speaker orang yang khianat kerana dan ulama seolah-olah ulama, macam-macam mereka bising. Lalu saya kata pada mereka, apakah keputusan kita pada masa itu? Keputusan kita semasa selepas menang Pilihan Raya 2008? Jelas bahawa rakyat mahu angkatan politik antara PKR dan DAP, BN dan PAS dengan PKR diwujudkan satu nama sebagai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dan itu kita hidup.

Dan selepas itu, parti saya PAS pada masa itu, membuat keputusan setiap Muktamar Agung atau Muktamar Tahunannya menyatakan bahawa kita mesti mempertahankan Pakatan Rakyat, itu saya nak ulang biar apa pun kita nak cerita, tak suka cerita ni? You must move on, dengan izin tapi macam tak nampak benda ni dah korang khianat benda senang je benda macam tu je dia boleh khianat. Benda kita nak belajar dalam politik ni

Minta laluan.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ya.

Saya nak tanya Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Kuang.

Adakah kerana konsep ke partian yang kita amalkan di Malaysia ini menyediakan kita satu gerombolan penyangak-penyangak? Menyediakan satu gerombolan apa, Pengkhianat-pengkhianat. Zaman pengkhianatan ni bukan zaman baru. Zaman pengkhianatan ni bukan zaman baru.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ya memang kita

Zaman pengkhianatan ni sejak daripada zaman dulu kala lagi semua bangsa melalui pengkhianatan tetapi adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa kerana konsep kepartian yang kita amalkan pada hari ini kita menyediakan satu gerombolan-gerombolan manusia yang berpakat-pakat untuk jadi pengkhianat.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Betul saya sokong, saya setuju. Saya setuju ini. Kita nak jadikan, biarlah tempat ini sekolah kita. Saya 64.... yang kita hormati lebih daripada itu. Kita belajar dan mengajar. Kita share, supaya kita tidak jatuh pada masa depan. Saya melihat isu ini adalah isu yang central, isu pertemuan kita dengan Allah S.W.T, amanah kita adakah kita menyediakan ibadah, politik itu satu ibadah, adakah kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. Apa yang sana nak nyatakan jelas. Apa Yang Berhormat nyatakan itu adalah saya sokong kerana dah jadi begitu. Wartawan tanya saya, apa pandangan YB apabila tentang Menteri Besar, Perdana Menteri hari ini? Saya kata kat dia, kalau tanya adakah benda ini sebagai satu, apa ni kemahuan rakyat? Kehendak rakyat? Pilihan rakyat? Saya kata jawapannya YA.

Terlantiknya Perdana Menteri yang baru sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru adalah pilihan rakyat. Dia jawab politik ke tidak saya jawab provokatif sikit lah, reason saya senang, jawapan saya adalah saya katakan bahawa sebahagian besar daripada pengundi-pengundi covered kawasan-kawasan Parlimen yang berkenaan memilih ketua yang kemudian menjadi penyangak, perompak, rasuah, pengkhianat, boleh lompat sana, lompat sini, khianat sana, khianat sini tak ada hal... tak boleh buat apa-apa.

Inilah hakikatnya, saya ingat dengan apa dinyatakan oleh Saidina Ali ketika melihat kemelut masalah yang berlaku dalam masyarakat. Mereka berada di dalam satu zaman yang masih ada orang-orang yang sangat terbaik di dunia iaitu para sahabat. Tapi ramai yang jahat, penyangak, jahat membunuh orang sampai seorang sahabat bertanya pada Ali. Ya Ali, masa zaman engkau, masa zaman Umar, zaman Abu Bakar, pada awal Saidina Uthman, kenapa bagus sangat keadaannya? Tetapi

sekarang ni bila keadaan kau, teruk? Beliau jawab senang, pada zaman aku, aku menjadi pengikut Umar, Uthman, dan Abu Bakar menjadi khalifah. Pengikut-pengikut mereka adalah aku tapi aku sekarang ini menjadi khalifah pengikut-pengikut aku adalah orang macam kau.

So that is the standard yang kita dapati bahawa reason jelas seorang yang dikatakan pemimpin itu is reflected, dipantulkan oleh sikap dan rakyat. Jadi kita nak, jadi tolong, itu sebab saya masuk tahun 2008 dulu di Sidang Dewan saya bawa isu-isu yang berkaitan dengan rasuah, contoh-contohnya, satu kes MPAJ, MPAJ tentang orang nak buat apa, apa kelulusan minta duit aje. Kes kedua tentang apa ni bagaimanakah satu masyarakat di Gombak nak tanah dia bagi senarai bangsa Cina sekali pergi jumpa pegawai tu dia kena bayar lima puluh ringgit, seratus ringgit sampai beribu lah. Saya tak ada nama dia saya sertakan. Ketiga saya bincang saya katakan tentang zakat, saya dedahkan maklumat yang ada yang saya tahu, ends up saya di saman.

Pada tahun 2008, saya di saman oleh MAIS dikatakan membuat apa ni penghinaan. Defamation pada MAIS tapi saya menang. Akhirnya saya menang, MAIS kena bayar kos dan keempatnya saya berkatakan tentang Khir Toyo pada masa itu, saya nak clear, biar Dewan kita ini bersih. Dewan kita ini biar saya nak berada dalam satu keadaan di mana kita bersama-sama dengan yang lain-lain belajar di sini baiki diri kita dan saya harap, di sini lah saya ingin menjelaskan bahawa politik adalah ibadah. Kita kena sekolah kan diri kita. Kena hayati benda ini. Kita merasa berguna menjadi insan berada sebagai wakil rakyat. Beruntung sebagai wakil rakyat. Saya sebagai seorang Muslim saya berasa beruntung pada masa saya menang pada tahun 2008 menjadi wakil rakyat berada di dalam Dewan Negeri Selangor di mana negeri itu sedang diperintah oleh Kerajaan saya sendiri. Saya rasa bersyukur kerana saya terasa, saya menangis apabila saya mengenangkan ayat Allah SWT, (ayat Quran), bagi orang-orang yang diberikan kekuasaan, tamkin atas muka bumi ini maka dia dengan itu, mengajak untuk menegakkan solat, menunaikan zakat, menyeru kepada makruf dan mencegah daripada kemungkaran (Bacaan Hadith) terasa ala sedapnya jadi cantiknya ayat ni, kita terasa kita jadi tamkin kita diberi oleh Allah satu kuasa untuk memerintah, mentadbir di mana saya terasa semalam saya dah pergi rumah pakcik tu di halau saya, saya pembangkang. Dihalau saya. Besoknya saya datang dijemputnya saya masuk. Saya doakan dia sembuh menangis, meratap dia. Dia rasa beruntung ada kerajaan yang datang masuk rumah dia baiki nasib dia dan seumpamanya.

Kita nak, tuan-tuan pembangkang ke, Yang Berhormat pembangkang ke, Kerajaan ke, dalam EXCO itu tidak penting, bagi kita, kita berharap bahawa kita nak jadikan platform ini dan Negeri Selangor benar-benar menghayati politik yang bermakna.

Dengan itu, saya harap kita melihat bahawa kuasa adalah alat untuk membawa kebaikan dan menjauhkan masyarakat daripada keburukan. Kuasa dalam bidang politik adalah mandat rakyat kepada pemerintah bagi menegakkan keadilan. Mandat

adalah satu legitimasi pemerintah dan diperolehi dengan cara yang sah dan kesahannya tidak dipertikai. Mandat janganlah disalahgunakan kuasa dengan mencari alasan pandemik COVID-19 ini sebagai alasan untuk kita tidak transparent dengan izin. Tidak telus, merangka satu perkara yang kita rangka tanpa pengetahuan rakyat dengan baik jadikan rakyat dalam keadaan susah, sakit, dalam keadaan yang tidak menentu.

Saya menyeru, agar Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tanpa mengira agama kita yakin lah bahawa Allah, Tuhan sedang berkomunikasi dengan kita. Berkomunikasi dengan menceritakan kepada kita, aku telah katakan (ayat Quran), jangan lah kamu fasadkan, rosakkan, don’t you corrupt this world dengan izin don’t you ever corrupt this world. Corrupt itu dengan rasuah kita, perbuatan kita, fasad kita, jahat kita, pencemaran yang kita buat ke bumi, ke langit, tak kisah kita tentang hutan kita dan sebagainya kerana Allah ada His on way. Telah ditanamkan, diserapkan, dipendamkan dalam ciptaan itu pemulihannya, islah here, islah here. Di islah kan. Systemic, sistem yang menjadikan manusia itu tahu bahawa dia buat jahat, macam mana pun pada bumi.... you can never win jadi dia hantar satu makhluk yang lemah, nama virus COVID-19. Lemah dia.

Saya baca the less part, kita punya masalah dengan COVID ni, saya practice juga, you run you run you run practice, you jumping, jangan banyak sangat baring tidur, kalau you dalam demam, mati covid. That’s why sebenarnya macam pemain bola itu, dia serang-serang macam tu, orang yang lemah-lemah macam itu, marah kata, itu dia boleh transmit. Dia sportsman dia very very tough, dia tak nampak bagaimana Husain Bolt pada masa itu boleh kena COVID, badan dia panas, badan dia very hot. Jadi doktor, saya baca risalah itu. Jadi saya anggap ini, Allah sedang comunicate dengan kita, Allah say duduk rumah baik-baik, ada mahluk yang kuat yang lemah, tapi dia hebat.

Jadi kita minta pertolongan kepada Allah S.W.T, hendaklah Allah is comunicating to us, izin, kita kena refleks, kita kena tengok balik perangai kita, tabiat kita dalam berpolitik. Jadikanlah ia juga sebagai pengajaran untuk kita mendapatkan keampunan dan pelepasan dari segala bahaya yang mengancam nyawa kita. Janganlah memanipulasi kesusahan negara dan rakyat demi kepentingan peribadi. Kuasa dan pemerintahan adalah amanah, dan setiap amanah perlu di pertanggungjawabkan oleh pemerintah. Saya ingin menyentuh perkara kedua yang telah di katakan oleh Tuan Speaker, yang oleh Tuanku. Tuanku juga menekan dalam muka surat 20, tentang tangkapan beberapa orang penjawat awam yang berkedudukan tinggi oleh SPRM di Negeri Selangor. Bah kan dalam muka surat 20 juga, Tuanku menyatakan bahawa Tuanku menerima laporan penyiasatan SPRM terhadap pemimpin-pemimpin politik dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dengan itu, baginda menitahkan supaya SPRM untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi membersihkan Negeri Selangor dari amalan rasuah. Tuanku berharap agar pelaku-pelaku rasuah itu dapat dihadapkan ke mahkamah dan juga sabit perlu dihukum dengan hukuman yang berat bagi menyampaikan mesej penolakkan rakyat terhadap gejala rasuah. Rasuah tidak ada tempat dalam masyarakat yang perlu kita perangi sehabis habis. Rasuah perlu kita habis, kita perangi sampai habis, habis habisan. Saya gembira pada satu ketika, apabila saya berjalan di Hulu Kelang, berjalan di kawasan Melawati, Permata, saya tak nampak ada tanda-tanda rasuah. Sehingga saya makan di kedai satu western english style breakfast, dia menceritakan bahawa, kedai dia Melayu, warung orang kita, balas juga, habis. Banyak lagi belum cakap lagi.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, boleh sambung kalau nak sambung lepas pukul 1. Nak tamatkan pun boleh. Panjang lagi.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kita teruskan. Terima kasih. Apa yang saya dapati adalah dia buat kedai, di kedai mak dia jadi elok, sambutan bagus, hutang pun bagus, seperti dia sewa di satu blok, dia buat permohonan nak baiki tempat tu, tak jadi. Sebab apa dia punya bil lain. Dia dapat bil lain daripada bil, saya tanya kenapa, dia kata you pay, we bagi buat. Bil-bil tu, satu bil dah seribu, seribu lima ratus, banyak. Saya dah kata kat dia, dia belajar kat Australia, isteri dia belajar kat Australia, dia belajar masak, dia asalnya belajar full degree lepas tu dia belajar masak, semua makanan-makanan english ini dia boleh buat la, Australia punya food dia boleh buat. Jadi saya kata okay, jadi awak ready ya, kita kumpulkan maklumat dan kita jumpa dengan YDP MPAJ. Dia frust la, dia kata YB baik dengan kami, tapi kami dianiaya macam ini. Lepas itu bila saya dah kumpulkan, lepastu mak dia masuk, mak dia cerita kata, janganlah. Its a normal attitute of our business people, dia tidak mahu dedahkan benda itu, dia kata anak dia, nanti elok-elok kita boleh buat bisnes, tak boleh bisnes, tak habis situ, frust. Dan satu lagi yang saya dapati adalah kes-kes yang menghina, kes-kes yang kecil tapi besar kesannya.

Kecil maksud saya ini adalah apabila satu kedai, dia kena warning. Warning dia adalah dia diberikan arahan untuk bayar kerusi meja yang extra itu, kena bayar. Malam saya balik pasar, saya bayar. Tapi bayar, bagus bayar tak payah bayar full, bayar sebagainya. Kami tunggu kat sini, kita kesian, suruh la anak you ke apa, anak mamak itu campak duit. Tiap-tiap minggu dia buat, saya kata boleh, mengaku, jadi saksi jumpa YDP, dia pun tak berani. Tapi satu yang saya sedih, ini bukan di kawasan PBT saya ya, PBT dekat airport, airport yang besar di Selangor. Dia kata, saya susah, habis penguatkuasa ni, penguatkuasa PBT kami ni, dia ada team, team satu kereta empat orang, empat orang ini dia akan tengok tengok tengok tengok, dia akan dapat lah dia punya bahagian, dia mahu RM200 ke RM300 ke, satu collection malam tu dia boleh dapat banyak juga la. Tapi berulang kali kita, kita bergerak satu pasukan empat orang, mesti amik, ada kaedah, mesti amik, ini ketua ini otak rasuah dasyat, kalau amik jadi, saya tak boleh la, so dia tu adalah adik ipar menantu saya.

Dia kata dia tak boleh amik, haram ni, haram, ambik je, balik boleh pergi surau masuk dalam surau, tak dosa, dia tak ambik. Tak mentaliti, rosak, idea rasuah tu dah rosak, rosak asalkan dia tak pergi buat jahat, dia benda yang dia kata jahat, dia dah okay. Itu sebab orang-orang banyak kita, orang kata, bayaran tertentu, orang melayu ni katanya pergi umrah, sponsor umrah, kursus haji, dia boleh sponsor haji, orang haji tu dah terang bederang makan duit haram biar jadi halal. Kerosakkan itu, fasad dah berlaku. Ini saya menyerulah bahawa, saya tengok ramai kawan-kawan saya yang kita mudah jatuh dalam masalah rasuah.

Apa masalahnya, saya tak faham, tapi saya ada mengemukakan cadangan-cadangan dan cadangan-cadangan saya ini banyak tak diterima, contohnya simple as audit, audit kewangan peruntukan ADUN. Boleh? Sebab saya pernah tengok, saya pernah tengok macam ADUN punya peruntukan, how they do use. Bagaimana peruntukan ini digunakan. Saya kata buat audit, first kita punya Ahli Majlis in danger, saya nampak. Ahli Majlis kita ni, kita tak touch, untouchable dengan izin. Saya nak jelaskan di sini bahawa tak kurang, saya hairan kenapa ada Ahli Majlis yang saya kenal di kawasan dekat dengan kawasan saya dan kawasan saya, yang tak ada rasa takut, segan-segan nak menunjukkan kekayaan dia. Kalau kekayaan dia itu kereta dua tiga biji tak apa, ini berbelas biji, rumahnya besar, mana dapat duit, bisnes la.

Bisnes, cerita bisnes. Okay kalau bisnes, kalau ADUN tanya, saya kata bisnes, itu saya boleh report dekat atas la, tapi tiada tindakan. Kalau jemput, saya tahu tak tahu, dia jemput kahwin anak dia, besarnya majlis, mana dapat duit. Kemudian dibiarkan begitu saja. Jadi mereka ini lagi bahaya kerana mereka di dalam hidup mereka sebagai ahli majlis berada di dalam keadaan melaksanakan menggubal dasar dan terlibat sekali dalam pelaksanaan. Dalam mesyuarat penuh mereka sebagai ADUN, ada ADUN la, tapi dalam jawatankuasa mereka macam Exco. Jadi, this is difficult to differentiate, jadi saya menyeru bahawa agar, benda pelik-pelik jangan tunggu habis, tunggu dua tahun untuk ganti dia, but we have to correct, kita betulkan, benda-benda yang tak betul ini. Jadi saya menyeru juga di sini, bahawa saya pun rasa tak puas, saya jadi ADUN, engagement kita dengan SPRM, kalau tak silap sekali sahaja, itu pun in brief, cepat. Tak dapat kita mengharap, memahami apakah detail mechanism rasuah ini. Macam mana, macam mana menangani ni. Jadi saya menyeru kita mesti ada satu program yang kita adakan kalau kita buat retreat setahun sekali ke, kita buat dekat dewan, peringkat kerajaan mengadakan program dengan MB, itu baik. Tapi mesti ada yang khusus, macam mana kita nak benci rasuah, dan menanamkan bencinya rasuah pada rakyat kita. Kalau kita, kita setakat rasa benci rasuah tapi kita tak tahu macam mana nak tu kan, tak jadi.

Saya mencadangkan biar kita halusi benda ini, kita halusi apakah prinsip-prinsip dan nilai agama, kita minta JAIS ke, minta siapa-siapa, ustaz-ustaz yang bagus-bagus itu, menyampaikan. Semua undang-undang tentang rasuah, taklimat SPRM, yang detail, kita dikatakan ada pengarah, ketua pengarah SPRM Selangor yang baik, yang teliti, yang amik tahu, yang membantu, saya juga merujuk kepada dia, jawatankuasa pilihan

kita juga mengadakan pertemuan dengan beliau, kita ada resource person yang boleh menjadikan Selangor ini benteng kekuatan untuk menghapuskan rasuah. Kajian kita mesti ada yang real, kajian kes kita jangan lepas-lepas itu, yang tertangkapnya dan disiasatnya baru-baru ini tidak tahu kemudian, kesudahannya, adalahsatu petanda baik bahawa kita memang tak suka. Dan saya mencadangkan satu pendekatan diolah, dilakukan bahawa ADUN, tidak ada halangan kita minta pada hari dia amik jawatan, isytihar, ikrar dan istiharkan harta dia, tak susah. Ada harta senang, yang susah tu yang dah banyak harta.

Dengan itu saya harap daripada pertemuan ini, saya berharap sangat-sangat bahawa hasrat tuanku, hasrat raja dan kerajaan kita dengan status rasa terharu apabila tuanku menyatakan “Beta bimbang berusia beta 75 tahun, beta tidak sempat melihat Negeri Selangor menjadi sebahagian negeri yang maju dan pesat membangun dengan segala kemudahan yang menjamin keselesaan rakyat seperti yang kita semua mengidamkan.” Dengan itu Hulu Kelang menyeru dewan yang mulia ini mendukung dan berusaha agar semua rakyat sekalian berbilang kaum dan agama hidup harmoni terus hidup harmoni dan bersatu padu, berusaha agar tanpa mengira agama, mesti menghormati agama dan budaya lain, mesti berusaha agar tidak mengira, jangan sesekali kali kita menyentuh isu kaum, menghina kaum lain,merendahkan kaum lain, jangan sesekali kita nak membentuk Malaysia yang hanya ditadbir oleh parti Melayu sahaja, ini khurafat. Khurafat besar, saya ditahan ISA dua kali, dua-dua kali ...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, nak tamatkan, habiskan. Ada-ada lagi nak sambung petang ke atau ... lima minit ya. Yang Behormat Hulu Kelang sambung lima minit nanti, petang. Ahli-ahli Yang Behormat sekalian, masa telah menunjukkan 1 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan dewan hingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan Ditangguhkan)

(Dewan Disambung Semula) (Tuan Speaker Mempengerusikan)

Speaker

Hulu Kelang dah habis ke nak sambung? Sambung.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Baik, baik terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin sambung di sini.

Speaker

Lima minit ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Dalam menangani isu pengkhianatan politik, isu hendaklah kita tangani cara yang jujur, berterus terang dan terbuka. Kita sebagai Kerajaan, kita dibangunkan oleh 3 Parti. PAS dulu pada awalnya, PKR dan DAP. Apa yang berlaku dalam perspektif PAS saya dan Timbalan Speaker dianggap pengkhianat oleh mereka. Pengkhianatan kami dikatakan kerana kami mendahului keputusan parti, tidak menghormati pimpinan Parti sendiri, menghormati pimpinan Parti lain. Dan telah melompat parti, telah macam-macam lagi tuduhan. Semuanya tidak tepat, saya kagum melihat sebuah Parti yang besar, Parti yang saya sayang PAS. Sany pun sayang jadi oleh itu, kalau tidaklah kata saya terima feed back daripada Dusun Tua tadi bahawa Sijangkang rakan saya memerhati saya berucap begitu panjang, saya tidak akan ulang lagi. Memandangkan 4 kali kedua saya ada peluang untuk clear, saya sahabat Sijangkang saya hendak benda ini tambah 5 minit lagi, 10 minit lagi terima kasih. Jadi dia masih menganggap saya pengkhianat. Kita confuse isu khianat, khianat ini adalah melanggar perjanjian kesetiaan, sumpah setia untuk bersama-sama berjuang, mempunyai prinsip yang sama dalam perjuangan. Dilanggar itu barulah dikira penghianatan, jadi kita setia. Apa khianat yang saya dengan Hasnul, dengan masa itu Morib, apabila kita melihat bahawa 3 Parti ini bersetuju untuk membentuk kerajaan DAP, PKR dan PAS. Setia walaupun satu ketika pertama menang 2008, PAS hanya 8 kerusi. DAP perform 15. PKR 16. Sanggup yang 8 ini, seorang ketuanya berunding dengan 20, 18 UMNO, 2 MCA untuk bentuk kerajaan. Saya berlinangan air mata, sedih saya. How, bagaimana pemimpin saya seorang yang campur 7, 8 PAS, ada hati nak sama-sama dengan UMNO dan MCA untuk bentuk kerajaan, 20 campur lapan, 28, lepas itu pilih Speaker seorang untuk bentuk kerajaan. Apa yang berlaku, kita buat kerja kuat, kita menang kali ini perform PAS dapat 16, 15 DAP, kalau beri kerusi dia 20 pun dia menang 20. PKR ...16 dapat 15. Kerana apa? kerana ada penghianatan. Jadi saudara yang saya kasihi, saya harap rekod kita di tulis di sini saya membela keputusan parti, parti nak 3 parti ini kuat. Muktamar pada tahun 2008, 2009, 2010 membuat keputusan bahawa semua ahli PAS hendaklah beri kerjasama untuk menguatkan keputusan berkaitan Kerajaan Negeri Selangor. Itu yang kita buat. Itu yang kami buat. Jadi apa yang ...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan, minta penjelasan. Setuju ke Yang Berhormat dengan saya iaitu apa pun Parti kita, Parti juga perlu akur kepada tuntutan rakyat dalam pilihan raya. Parti juga perlu ikut keputusan yang telah pun dilakukan oleh pengundi dalam pilihan raya. Jadi untuk tahun 2008 dan 2013, itulah keputusan daripada rakyat di Selangor untuk memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi Kerajaan pada masa itu.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Itu yang saya belajar, saya belajar betapa pentingnya politik di Selangor. Saya belajar, saya sebagai warga rakyat .....

Speaker

Yang Berhormat, minit yang terakhir.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Hurmm ....

Speaker

Minit yang terakhir.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ok,ok. Terima kasih. Oleh sebab itu saya berharap isu ini ditangani dengan jelas, isu yang berlaku selepas itu kita tidak tangani dengan jelas apabila seorang yang menjadi Menteri Besar membuat keputusan, Pakatan Rakyat hanya adalah politik, bukan keputusan yang diperlukan di Selangor. Selangor tak perlu dan kita minta mohon satu meeting dengan Menteri Besar pada masa itu, kerajaan pada masa itu, dia kata marah-marah. Saya ingat lagi masa itu, Kuala Kubu Baharu kena marah, DAP kena marah, kita kena marah, kita kena marah. How could, macam mana boleh marah kita, kita hendak minta ... dia kata tidak ada, ini you tak faham, ini masalah lain dia kata. Ini kita benarkan berjalan-jalan, akhirnya dia menyusahkan kita. Dan saya hendak menyerulah kalau bolehlah kita jadikan Dewan ini tempat yang kita belajar, tempat yang kita bincang dari hati ke hati terus terang, jangan main gaduh-gaduh, gaduh biar ada logikal, saya dengan pembangkang saya baik, kita gentlemen ya. Kita argue atas dasar prinsip biar macam mana pun, jangan sampai kita hendak buat perjuangan bangsa kita runtuh. Saya hendak beritahu masalah ini Malaysia ini ada satu jenis penyakit, ada orang yang dipupuk, yang dibina luar cakap lain, dalam cakap lain ... iaitu mengadakan satu institusi sama ada dia ... saya ditahan di ISA ke .... Federal Investigation Team atau pun SB, kerja dia brain wash orang. Malaysia ini tidak akan berjaya, tidak akan kekal selagi tidak ada formula UMNO tengah-tengah dia.... itulah saya digasaknya.

Speaker

Yang Berhormat rumuskan yang terakhir sebab isu ISA kita boleh kumpulkan ya Yang Berhormat.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya ucapkan terima kasih dengan itu saya menyeru agar kita mempertahankan apa yang dipohon di cadangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Kita jangan sekali-sekali membakar api perkauman, jangan cuba mencetuskan provokasi yang membawa kesan yang buruk, jangan terima mana-mana Parti politik yang hendak tonjolkan Politik Melayu Islam. Ini adalah pendekatan yang zalim dan tidak boleh diterima, terima kasih. Justeru saya menyokong usul daripada Kerajaan, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Hulu Kelang, saya persilakan Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang kita, diberi ruang dan peluang yang secukupnya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bissmillahhirrahmannirahim, Assalamualaikum. Jika seorang doktor membuat silap, satu manusia akan mati. Jika seorang jurutera membuat silap, satu jambatan akan roboh. Tetapi jika seseorang pembuat dasar atau pemimpin yang melakukan kesilapan, maka satu generasi akan sengsara. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sungai Air Tawar untuk membahaskan usul titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah di atas lantikan baharu Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat Dato’

Azmi bin Diron pada Pegawai Kewangan Negeri Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kassim. Dan juga kepada Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opil. Saya ucapkan selamat berkhidmat. Tahun 2021 ketika ini merupakan tahun yang serba mencabar. Ini adalah tahun kedua kita hidup bersama COVID-19 yang kini sudah pun bermutasi kepada pelbagai varian seperti varian delta, delta past dan yang terbaru lamda. Tidak pernah terlintas dalam fikiran kita semua bahawa kita akan menghadapi keadaan sukar seperti ketika ini. Dengan kehadiran malapetaka COVID-19. Terkini kadar jangkitan pandemik COVID-19 meningkat dengan sangat ketara. Kini kadar jangkitan di Malaysia sudah pun mencapai jumlah 1,555,093 kes keseluruhan. Dan jumlah kematian sudah mencapai 14,168 kes. Ini bersamaan setiap 40 orang satu orang telah dijangkiti.

Selangor pula sejak tahun lepas masih berada di tampuk teratas dalam jumlah kes COVID-19 di negara ini. Sehingga semalam jumlah kes COVID-19 di Negeri Selangor adalah seramai 561,826 kes. Semalam sahaja jumlah kes baru yang dicatatkan adalah seramai 4,316 kes. Ini bermakna Selangor menyumbang lebih 1 per 3 kes COVID-19 di dalam negara ini. Tetapi ini bukan sesuatu angka yang boleh kita banggakan tapi saya kira ini adalah satu bala yang perlu kita tangani secara bersama. Statistik ini sangat membimbangkan seolah-olah segala usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri seperti tidak mempunyai impak mahupun kesan dalam mengurangkan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini. Kita sudah pun lihat pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri tetapi hasilnya seperti tidak kelihatan. Di manakah silapnya, pengumuman janganlah kita hanya cantik di atas kertas sahaja, pelaksanaan serta follow up atau pun follow thru juga perlu ada bagi menjayakan setiap polisi yang telah pun dicadangkan. Sebelum munculnya pandemik COVID-19 ini dunia juga pernah mengalami pelbagai penyakit berjangkit yang mengakibatkan kematian terkumpul menghampiri 500 juta orang semenjak tahun 1900.

Apa yang saya ingin saya sampaikan di sini ialah manusia pernah lalui kehidupan bersama wabak-wabak Colera, Spanish Flu, Birdflu, SARS, Ebola dan lain-lain serta ada antara wabak-wabak ini juga masih tiada penawar seperti HIV yang sehingga kini masih menjangkiti masyarakat global. Saya ambil contoh lagi Spenisflu yang bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1918 telah mengorbankan hampir 100 juta orang juga. Tempoh penularan hampir sama seperti COVID-19 iaitu 2 tahun dan mungkin boleh mencecah sehingga ke-4 tahun. Seharusnya Kerajaan perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana atau wabak yang akan berulang. Kerajaan Negeri perlu mengambil pengajaran sejarah dunia menentang wabak dalam menyediakan Pelan Pemulihan Pasca Pandemik supaya rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Atas dasar itu apa yang saya lihat, pandemik COVID-19 ini adalah sama seperti pandemik sebelum ini. Semua pandemik ini saya kira mempunyai jalan keluar. Apakah jalan keluarnya, hari ini yang kita tahu rakyat perlu mencapai imuniti atau pun kekebalan bersama dalam mengurangkan kadar jangkitan COVID-19. Atas dasar itu,

saya kira untuk menangani wabak ini perlu ada kebersamaan tidak kira kaum, pangkat, warna kulit atau pun agama. Kuncinya adalah kebersamaan. Hanya dengan kebersamaan ini kita mampu keluar. Yang Berhormat Tuan Speaker berikutan kes COVID-19 yang semakin ganas, rakyat kian sengsara malahan negara juga menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Sudah pasti adalah asbab untuk kita berganding bahu dalam menyelesaikan kesemua masalah ini. Dalam memastikan kita mencapai herd imunity atau pun imuniti berkelompok, imuniti berkelompok kerjasama secara kelompok atau pun kebersamaan ini perlu dititik beratkan agar segala perancangan mampu dilaksanakan dengan baik. Saya kira Kerajaan Negeri juga memberikan idea-idea yang pelbagai dalam mengatasi masalah pandemik COVID-19 ini. Pelbagai insentif telah dilakukan dan pelbagai bantuan telah pun diberikan dalam memastikan rakyat boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi, apakah punca kes semakin menaik? Selangor pula masih menjadi juara kes tertinggi di Malaysia. Kes positif COVID-19 di Selangor ini menunjukkan seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor tidak wujud dalam memastikan kes COVID-19 di Malaysia ini dapat diturunkan. Apakah punca semua ini? Mengapa kita di Selangor ini masih tidak mampu menurunkan kes harian kes positif COVID-19? Apa yang saya dapat simpulkan, kegagalan kita menghadapi COVID-19 ini adalah tiada keseragaman ataupun yang saya katakan tadi, kebersamaan dari peringkat Persekutuan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri dan juga pemimpin daerah mahupun tempatan dari segi gerak kerja pengurusan bencana atau pandemik. Umum mengetahui bahawa Kementerian Kesihatan

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan. Boleh celah?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Malaysia dan juga Jabatan Kesihatan Negeri

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Boleh? Saya nak ..

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Seri Setia. Silakan.

Speaker

Ya, silakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Sungai Air Tawar. Saya nak tanya pandangan kepada Ketua Pembangkang, apakah Yang Berhormat setuju kalau saya nyatakan salah satu sebab kes tertinggi di Selangor adalah kerana Kerajaan Negeri Selangor membuat swab test secara percuma dan dapat mengesan jumlah rakyat yang ramai kena?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Seri Setia. Itu mungkin salah satu usaha tetapi sebenarnya untuk memenangi pandemik ini jauh lebih daripada itu. Sebab itu saya katakan tadi perlu kebersamaan di antara kita. Umum mengetahui bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai data pesakit COVID-19 dan juga penerima vaksin. Kita sedia maklum

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, kedua-duanya mempunyai punca kuasa. Walau bagaimanapun, data yang dipunyai oleh mereka ini tidak digunakan sebaiknya. Malah mereka pula seperti tidak mahu berkongsi data ini kepada mana-mana agensi-agensi Kerajaan Negeri mahupun Wakil Rakyat di Selangor. Walaupun Kementerian Kesihatan ini mempunyai pengalaman yang luas dalam menghadapi pandemik di negara ini, tetapi agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga Wakil Rakyat mempunyai lebih pengalaman dalam urusan melibatkan rakyat setempat. Dalam keadaan sekarang Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri tidak boleh bergerak secara silo atau menyendiri dalam menyelesaikan masalah COVID-19 ini tanpa penglibatan Wakil Rakyat dan pimpinan setempat kerana kami juga mempunyai punca kuasa dan arif dalam menguruskan masyarakat. Saya ingin mengambil perhatian Dewan, apa yang ingin saya tekankan ialah penglibatan saya, ambil contoh, dan apa yang berlaku di dalam daerah saya. Saya nampak, seperti mana yang kita ketahui antara jalan keluar kita ialah perlu mencapai herd immunity tadi. Maksudnya, kita perlu kebersamaan.

Apa yang saya nampak di dalam daerah saya sendiri, ketidakbersamaan ini jelas, di mana Kementerian Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah bergerak secara sendiri. Kita di peringkat daerah sepatutnya ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana. Jawatankuasa Pengurusan Bencana saya lihat tidak berfungsi dengan sepatutnya dalam menggerakkan penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat. Sepatutnya waktu ini kita patut berganding bahu, kita perlu gerakkan Ketua-ketua Kampung, Pimpinan-pimpinan Masyarakat, Pimpinan-pimpinan NGO bagaimana nak menyampaikan maklumat berkenaan dengan SOP kerana saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah yang memanggil saya dalam mesyuarat. Dalam penerangan taklimat itu, Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah memberitahu, dia kata kebanyakan rumah yang mereka nak vaksin sudah pasti ada seorang dua yang tidak mahu di vaksin. Soalnya, dia tidak memberi nama data siapa yang tidak mahu di vaksin. Sepatutnya perkara ini yang perlu dikongsi kepada kami sebagai Wakil Rakyat supaya kita boleh membantu. Begitu juga dengan data pesakit COVID-19. Kita tidak diberitahu. Malahan ada segelintir orang memberitahu, pimpinan Yang Berhormat Sabak pun memberitahu kalau jiran kita kena pun kita tidak tahu. Kita pun tidak tahu. Jadi kalau perkara yang sekecil ini pun tidak dapat dikongsi secara bersama macam mana kita nak merancang satu perkara yang kononnya kita serius dalam menangani wabak pandemik COVID-19 ini? Selepas itu saya dikhabarkan berlaku jangkitan kluster di Bagan Sungai Besar. Pada awalnya saya difahamkan melibatkan pekerja asing yang hanya mencapai, mencecah seramai lebih kurang 40 orang. Selepas itu, saya dapat tahu dalam Mesyuarat Tindakan Daerah ini, ia telah pergi kepada seramai 400 orang sehingga Kerajaan Negeri terpaksa mencari Pusat Kuarantin ataupun Isolasi yang dicadangkan pada waktu ketika itu di Dewan Serbaguna di DUN Sungai Air Tawar dan Sungai Panjang dan ini mendapat bantahan penduduk. Dan saya kira ini ialah satu langkah yang tidak tepat kerana dewan ini, pertama, belum diwartakan. Belum diwartakan untuk menjadi tempat kuarantin. Yang kedua, dewan ini bukan dibina dalam keadaan sempurna dan

berdekatan dengan penempatan awam dan penggunaan tandasnya bagaimana. Kalau kita mencari tandas awam lain, dari segi pengurusan najisnya bagaimana? Dari segi SOP nya bagaimana? Sebab itu, akhirnya saya cadangkan sepatutnya Kerajaan Negeri telah ada langkah-langkah untuk menyediakan Pusat Kuarantin seperti di Sabak Bernam. Silakan, silakan.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Saya hendak tahu pandangan Yang Berhormat di mana pada dahulu MCO yang pertama itu, bila ada orang sudah positif dan juga kontak rapat mereka diminta pakai gelang berwarna pink colour itu. Selepas itu, apabila kes di Selangor tinggi di Lembah Kelang tinggi, tiba-tiba Kerajaan kata orang yang positif dan juga kontak rapat kuarantin di rumah, tidak perlu pakai gelang pun. Apa pandangan? Saya rasa ini sungguh-sungguh pelik. Saya hendak pandangan Yang Berhormat.

Speaker

Selaras dengan Sungai Pelek.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek berkenaan dengan pandangan ini. Saya (ketawa) belum lagi menjadi, menjawat jawatan sebagai itu tetapi saya setuju sepatutnya perlu bergelanglah kalau dahulu perlu bergelang SOP itu perlu lah selaras. Dalam masa yang sama tadi saya nak cadangkan sepatutnya Kerajaan Negeri telah mempunyai pelan kawasan mana yang sudah diwartakan untuk menjadi kawasan kuarantin ataupun isolasi nya tadi. Kerana kita kena bersedia menghadapi pandemik ini. Mungkin hari ini dengan dua dos suntikan ini mencukupi untuk kita

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Cover bahagian COVID-19. Ya..

Speaker

Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin bertanya.. terima kasih ya. Adakah Yang Berhormat pasti bahawa penyediaan Pusat Isolasi ini ataupun Pusat Kuarantin ini adalah di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat pasti?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Itu adalah gerak kerja daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kita sebagai Kerajaan Negeri di peringkat Negeri Selangor juga perlu ada tanggungjawab. Sebab itu, daripada kita mencari salah yang tidak menyelesaikan apa-apa masalah adalah lebih baik kita menjadi kerajaan yang bertanggungjawab atas amanah yang telah kita pikul. Sebab itu saya cadangkan Kerajaan Negeri juga perlu ada idea, perancangan untuk mewartakan tempat kuarantin ataupun isolasi sekiranya tidak mencukupi tempat yang

telah diwartakan. Di Sabak Bernam ini saya nak sentuh ada Institut Perakaunan Negara sudah diwartakan. Politeknik, juga telah diwartakan. Tetapi saya berharap, Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan Pusat Latihan Dakwah Selangor, ILDAS juga boleh menjadi tempat untuk isolasi pesakit COVID-19. Dalam masa yang sama ada beberapa bangunan milik Kerajaan Negeri yang dilihat terbiar .. Ya, Yang Berhormat Meru.

Ok, terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bertanya sedikit, adakah Yang Berhormat terlepas pandang tentang Titah Ucapan Tuanku sendiri memuji usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah COVID-19 ini dan juga perancangan dengan Kerajaan Negeri yang cukup banyak untuk menyelesaikan masalah COVID-19 Negeri Selangor.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Yang baik saya puji, saya tidak kata saya tidak bersetuju. Ini cadangan dan pandangan saya. Saya harap Yang Berhormat Meru dalam kerajaan yang menang 2/3 belajarlah mendengar pandangan daripada pihak pembangkang. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menambah baik pentadbiran Kerajaan Negeri. Itu pandangan saya Yang Berhormat Meru. Saya menerima pandangan tadi. Saya ambil contoh, ada beberapa bangunan Kerajaan Negeri yang dilihat usang dan tidak terurus. Sebagai contoh, Hay Resort. Terdahulu dibina sewaktu pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Cukup cantik dan gah. Saya tengok tahun 2011, gambar ini diambil, cukup cantik dan gah. Cukup cantik dan gah tetapi hari ini, bangunan ini sudah jadi macam ini, jadi hutan belantara yang macam sudah jadi seolah-olah rumah yang berhantu. Jadi, saya rasa dari bangunan ini tidak terurus, berada dalam keadaan yang memalukan, macam gajah putih, ini mess Kerajaan Negeri seolah-olah Kerajaan Negeri ini sebuah kerajaan tidak mampu mengurus. Kita, perancangan cantik, hebat, sebut berbilion-bilion tetapi soal mengurus perkara yang sekecil ini

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Sedikit penjelasan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ok Yang Berhormat Hulu Kelang, boleh.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ok, saya nak tanya adakah perkara itu semasa zaman BN, siap, projek itu siap kerana difikirkan bagus untuk kroni UMNO, dapat projek itu. Kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat ini, Pakatan Harapan ini, ia bersih sangat sampai tiada projek untuk Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, saya kira memberi tuduhan yang tidak berasas tidak menyelesaikan masalah, saya punya isu masalah ini, bangunan ini terbiar dan ini terbiar waktu pentadbiran Kerajaan Negeri, tidak berlaku waktu pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional itu point dia. Silakan Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, izinkan saya untuk mencelah dengan satu insiden yang berlaku di kawasan saya. Kawasan saya, dalam satu kawasan kampung ada sebuah Dewan Serba guna. Masa itu, memang keadaan sangat gentar kerana ramai penduduk di sana COVID-19 positif jadi masa itu saya cadangkan kepada DO untuk menjadikan dewan tersebut sebagai apa yang disebutlah oleh Yang Berhormat dewan untuk isolasi kuarantin dan sebagainya tetapi akhirnya dia tidak terjadi kerana sebenarnya Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang memberikan kebenaran untuk dewan-dewan ini dibukakan. Saya bukan nak argue cuma kita pun perlu tahu siapa bidang kuasa yang boleh buat apa di Negeri Selangor, kita semua memang sudah try, saya yakin ramai ADUN-ADUN di sini kita nak kuarantin center tambahan, inspection center, triad center tapi akhirnya pakar medikal, jururawat, doktor dan sebagainya semuanya datang dari Jabatan Kesihatan. Jadi saya haraplah Yang Berhormat kita perlu asingkan bukan kita tidak ada niat yang bagus tetapi kita tidak mampu melangkah selepas niat tersebut.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Tak, macam ini itu cadangan daripada Kementerian Kesihatan. Tugas kita sebagai pemimpin kerajaan adalah memutuskan jalan yang terbaik yang perlu kita buat. Bukan hanya menerima sahaja sebab itu sebenarnya saya bagi cadangan bukan saya hendak membidas apa sebab saya tengok bangunan ini ada, daripada Kerajaan Negeri keluar duit untuk build up atau pun bina, sewa balik tandas bergerak, membeli katil, peralatan dan sebagainya untuk diletakkan di dalam dewan badminton atau pun dewan takraw ini adalah lebih baik duit itu digunakan untuk membaik pulih bangunan Kerajaan Negeri sendiri. Itu maksud saya tapi di kalangan Wakil Rakyat, kawan-kawan ini tak nak dengar lagi sampai habis. Cadangan saya itu. Kita tengok di Negara China, bila berlaku pandemik, kerajaan dia keluar duit, bina satu hospital baru semata-mata untuk meletakkan pusat-pusat kuarantin. Yang saya maksudkan di sini, daripada kita berbelanja kepada benda yang hangus selepas itu kita pun tak tahu nak jadi apa, baik elokkan balik Hay Resort ini. Dalam nya ada berapa bilik, saya ingat ada hampir 100 bilik. Setiap bilik ada toilet, perbaiki dia. Apabila kita selesai daripada pandemik COVID-19 ini, kita menang daripada pandemik COVID-19 ini bangunan ini boleh diguna pakai, kerajaan boleh uruskan, Kerajaan Negeri boleh..

Nampak kabur-kabur

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Atau kerajaan Negeri boleh beri kepada pemaju-pemaju lain yang berminat...

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Kabur la gambar tu.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Jadi tak apa, kalau kabur saya bole minta Yang Berhomat Meru datang ke Sabak Bernam boleh tengok sendiri, jadi ini cadangan saya begitu jugak dengan bangunan ILJAS, Institut Latihan Jati Diri

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Yang Berhormat mohon mencelah. Saya nak bangkitkan dua contoh ya, daripada Subang Jaya yang menunjukkan bahawa sumber ada tetapi masalah sebenarnya adalah berkenaan kakitangan di pihak jabatan Kesihatan atau pun KKM. Satu, bila terdapat suatu masa CAC Petaling sesak, terdapat cadangan dan juga perbualan antara ADUN-ADUN di dalam daerah Petaling untuk mungkin dirikan satu lagi CAC tetapi maklum balas yang kita terima adalah tak cukup kakitangan. Dua, apabila terdapat permohonan daripada penduduk saya sendiri untuk melaksanakan PKPD disebabkan kes yang tinggi mendadak setiap hari ambulans masuk, setiap hari ada orang meninggal di Pangsapuri tersebut, tetapi pula alasan yang diberikan kepada kami adalah isu kakitangan. Jadi, persoalan saya bukan kah isu kakitangan perlu diselesaikan dahulu di peringkat kerajaan Persekutuan sebelum kami mencadangkan sumber-sumber ini, yang betul saya setuju ada, untuk bantu membendung wabak COVID-19?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat itu seperti yang saya katakan tadi kita sekarang ini mencari masalah mana-mana pihak menyelesaikan masalah, saya mana yang tak betul saya setuju, saya pun kata Kementerian Kesihatan tak berkongsikan data dan saya pun tidak bersetuju, yang saya nak habiskan dulu ini ialah cadangan saya ada bangunan yang terbiar yang saya kira sepatutnya waktu ini lah kerajaan Negeri mengambil sedikit inisiatif menggunakan bajet belanjawan tahun lepas yang mana bajet mengurus lebih besar daripada bajet pembangunan dan tahun ini pun kita tahu ia dapat dilaksanakan ke tidak semua bajet yang disebut apa salahnya perbaiki bangunan-bangunan ini yang telah terbina, yang ini ada Institut Latihan Jati Diri Negeri Selangor di DUN saya pun sama terbiar usang, jadi gajah putih jadi saya cadangkan kepada kerajaan Negeri masa ini diperbaiki agar ia boleh wartakan sebagai tempat kuarantin ataupun.. Ya Yang Berhormat Banting...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin bertanya soalan pertama ialah adakah Yang Berhormat pernah bangkitkan isu ini cadangan ini dengan Pegawai Daerah dan kerajaan Ngeri Selangor sebelum atau pun ini adalah hari Pertama Kali Pertama Yang berhormat bangkitkan isu di sini. Soalan saya pertama, kedua adakah Yang Berhormat pasti bahawa sekiranya kerajaan Negeri sedia untuk membelanjakan sekian-sekian juta atau pun billion, atau pun million untuk renovate tempat ini maka Jabatan Kesihatan Negeri akan memberi pewartaan untuk menggunakan sebagai pusat kuarantin kalau ia saya rasa boleh lah tapi kalau JKNS belum tahu lagi entah-entah tidak bersedia walaupun renovate semula maka isu itu cadangan itu barangkali perlu diperhalusi Yang Berhormat saya ingin bertanyakan Yang Berhormat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Banting, saya bersetuju Yang Berhormat Banting jadi jemput lah saya mesyuarat tindakan Bencana Daerah setiap kali mesyuarat libatkan kami, kami bagi cadangan saya ada ruang dan peluang bercakap di dalam saya gunakan ruang dan peluang ini, saya telah ada bantahan, saya telah ada bantahan setelah ada bantahan rakyat saya panggil sekali dan saya memberikan idea itu sebab itu saya kata saya ada ruang dan peluang untuk

bercakap di dalam dewan kalau saya ruang saya ini juga untuk dibataskan untuk saya berucap bercakap kepada perkara ini di manakah demokrasi yang kita laung-laung jadi saya kira ini hanya pandangan Yang Berhormat..ini hanya pandangan

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat untuk pembangkang Ketua Pembangkang memberikan..

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Taman templer silakan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyatakan soal berkaitan dengan demokrasi, saya nak minta tolong sangat-sangat kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, jangan bercakap soal berkaitan dengan demokrasi ya kami Kerajaan Pakatan Harapan memerintah 22 bulan, kalau andai kata kami tak betul, kami silap, kami rasuah biar rakyat yang putuskan bagi mandat semula kepada rakyat 5 tahun, untuk rakyat tentukan kedudukan kami, bukan dengan cara tepuk atap khianat, pengkhianatan ini dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebab saya nak sebutkan sistem Parlimen dalam negara kita sudah dimandulkan oleh Kerajaan Pakatan Nasional, sebab itu kita minta sangat-sangat jangan Ketua Pembangkang bercakap soal berkaitan dengan demokrasi, apa yang telah oleh Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor saya rasa adalah merupakan satu tindakan yang sangat wajar, kita bagi peranan, kita bagi bajet, kita bagi bantuan,walaupun kepada parti pembangkang, negeri-negeri lain kita tak buat. Negeri-negeri kita tak buat kita tak buat tetapi kita di negeri Selangor kita memberikan peruntukkan bantuan kepada parti-parti politik daripada pembangkang itu yang.. oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan peruntukkan 300ribu kepada seluruh ahli-ahli Parlimen yang terdapat di dalam negara kita, itu saya nak minta soal berkaitan demokrasi ini saya sangat setuju apa disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang kita diberikan amanah oleh rakyat amanah kita ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Sebab itu saya nak sebutkan jangan main-main bila kita membicarakan soal berkaitan amanah, sebab amanah kita ini nanti saya sebutkan sekali lagi dipertanggungjawab di hadapan Allah SWT sebab itu, pengkhianat yang dilakukan penderhakaan yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan hari ini kita tak tahu apa nama kerajaan..

Hidup Templer

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kerajaan tak telus, kerajaan hari ini kerajaan apa, saya nak sebut kerajaan 69, ada yang sebut kerajaan 96 kita pun tak tahu kerajaan apa, dientu pada hari ini

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang berhormat

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sebab itu kita nak minta sangat-sangat kita jaga amanah demokrasi

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ini bahas tiga, belum dapat kebenaran daripada Speaker..

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sudah beralih, Ketua Pembangkang, terima kasih Speaker,

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Panjang: Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer dah puas jadi kalau tak puas saya bagi lagi, tapi saya mohon kenyataan beliau saya tidak menggunakan pentas ini untuk saya provokasi sesama kita, saya bawa ini lebih penting dengan soal rakyat, Yang Berhormat Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih yang berhormat Sungai Air Tawar, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, berbalik kepada perbahasan Yang Berhormat Sungai Air Tawar tadi setuju tak kalau saya katakan bahawa apa yang berlaku atau pun dengan izin misscomunication di antara pihak pentadbiran kerajaan dan juga pimpinan setempat ini adalah kerana kegagalan pihak kerajaan khususnya dalam menyediakan pelan yang terbaik, dalam merancang apa yang kita panggil cricis management khususnya dalam tempoh pandemik ini dan kegagalan pihak pentadbir dan juga kerajaan membuat libat urus bersama dengan semua stakeholder ataupun pemegang taruh baik di dalam daerah mahupun di dalam negeri sehingga kan perkara-perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan akhirnya menjadi beban kepada rakyat di luar sana. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, saya masukkan dalam ucapan saya, tapi saya nak sentuh sikit tadi saya Yang Berhormat Taman Templer sewaktu tadi saya tekan Yang Berhormat perlunya ada seragaman kita kalau tidak ada keseragaman dalam satu rumah pun pecah, bila pecah itu yang pentadbiran tak sampai

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat Ketua Pembangkang,

Templer bagi la Kuang

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya nak.. sekejap.. saya nak mengingatkan Ketua Pembangkang begini soal bangunan tak siap bangunan yang dah tak berapa nak boleh digunakan ini tak per lah itu kita boleh bincang kemudian lah tetapi di hadapan kita sekarang ini rakyat sedang sakit ni, rakyat sedang menderita rakyat tak makan ni, orang mati ramai, orang meninggal dunia rami, orang yang bunuh diri ramai, kalau Ketua Pembangkang menyebutkan soal berkaitan nak guna

bangunan nak guna bangunan sini, nak guna tanah sana. Saya ingat saya lah apabila kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional yang gagal di bawah YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin memperkenalkan Proklamasi Darurat kalau saya betul lah Proklamasi Darurat, kalau betul lah nak sebut pun susah Bukit Tunku, susah nak menyebut bila Proklamasi Darurat ini diperkenalkan dilaksanakan setelah mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Seri Paduka Yang Dipertuan Agung dia bole guna mana-mana bangunan, dia boleh guna mana-mana building dengan izin Tuan Speaker, dia boleh gunakan mana-mana tanah, yang ini sepatutnya lawyer tapi sebab lawyer pun jangan-jangan Tuan Speaker, sebab itu sepatutnya kerajaan Persekutuan gunakan lah gunakan lah kemudahan yang telah diberikan ini untuk guna mana-mana bangunan ini

Speaker

Yang Berhormat pakai mask, pakai mask, pakai balik jangan ambil peluang

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bila pakai susah bernafas, susah bernafas susah bernafas..

Speaker

Jangan ambil peluang

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ingat tadi Tuan Speaker tak perasan, boleh gunakan Proklamasi Darurat gunalah mana-mana building mana-mana bangunan jangan kita pembicaraan soal bangunan ini sepatutnya kerajaan Negeri hendak siapkan balik bangunan itu, nak beli katil, nak beli itu berapa makan masa yang kita perlukan saya minta supaya Yang Berhormat Ketua Pembangkang kita terus maju ke hadapan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Taman Templer jangan emosi sangat yang Berhormat, begini yang Berhormat tadi Yang Berhormat ada menyentuh soal amanah saya tertarik berkenaan dengan amanah ini amanah yang perlu dipikul saya bagi cadangan tadi daripada kita membelanjakan membeli katil nak isi dalam dewan serba guna akhirnya besok selepas tempat itu selesaikan dijadikan tempat kuarantin benda tetap juga menjadi perkara yang tidak digunakan lagi lebih baik duit itu tadi dibelanjakan untuk diperbaiki bangunan ini pun dah ada katil hanya serba sedikit yang perlu diperbaiki diperkemaskan agar ia nya boleh diwartakan sebagai pusat kuarantin yang agar ia boleh diwartakan sebagai tempat isolasi. Apabila kita selesai memenangi pandemik COVID-19 ini bangunan dah boleh diguna pakai dengan baik. Soalnya kalau kita membuat satu perkara membelanjakan kepada satu perkara tak jelas ini lagi tak jelas sebab itu saya minta ini satu cadangan kalau pihak kerajaan Negeri terpulan ini cadangan saya kata tadi daripada berbelanja.. Kuang

Saya bukan sahabat mana-mana, subahat semua, saya rasa Ketua Pembangkang dah keluar daripada landasan tempat yang asalnya kita sepatutnya bercakap fasal COVID-19 pengurusan COVID-

19 yang dilaksanakan yang kita tahu bahawa di bawah Majlis Keselamatan Negara ataupun NADMA, krisis COVID-19 ini diurus seratus peratus oleh NADMA kalau kita bercakap di dalam dewan ini sekali pun nak gunakan apa rumah usang ker, nak gunakan jamban untuk isolasi nak gunakan sekolah untuk kuarantin ia tidak semudah yang kita cakap, kerana saya tahu bahawa pengurusan ini NADMA ini dia menguruskan krisis yang berlaku pada negara kita. Tetapi sejauh mana kerjasama dengan kerajaan Negeri ini saya tak nampak saya tak nampak NADMA ini ada tak kerjasama dengan kerajaan Negeri, spesifik kepada kerajaan Negeri tidak lah tidak melalui jabatan-jabatan seperti Jabatan Kesihatan dan sebagainya. 17 bulan atau pun kita ambil satu tempoh setahun krisis yang melebar daripada bulan 8, beribu-ribu kena COVID-19 tetapi kita tak nampak tindakan-tindakan proaktif daripada kerajaan Pusat itu sendiri, ini bukan soal kerajaan Negeri soal kerajaan Pusat mengurus krisis yang besar ini sebenarnya perlu kepada semua penimbang taruh yang ada di dalam negara kita termasuk kerajaan Negeri dan semua dengan Adun-adun atau pun ahli-ahli parlimen di kawasan masing-masing tapi tak berlaku jadi cadangan nak repair bangunan dan sebagaimana itu sudah keluar lagi landasan kita bahaskan sebenarnya NADMA itu sendiri harus lebih proaktif untuk bekerjasama dengan kerajaan Negeri itu yang sebenarnya pokoknya tetapi kerajaan itu waktu darurat pun dia tak laksanakan. Langsung tak laksanakan apa-apa dibiarkan kita 7 bulan berlaku macam itu sahaja tanpa apa-apa tindakan sehingga hari ini tengok apa yang dah jadi 14000 orang mati, berjuta orang dapat penyakit ini. Belum lagi masuk orang yang duduk dalam rumah. Ini isu yang sebenarnya, saya minta sebagai Ketua Pembangkang lebih fokus kepada pengurusan yang berada di Kerajaan Pusat yang lalu , kerajaan dulu kita panggil Kerajaan Perikatan Nasional , kerajaan baru ini kita tidak tahu apa nama. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kuang, ingin saya jelaskan saya tak lari daripada tajuk perbahasan, saya masih menyentuh berkenaan dengan COVID-19 dan ini soal yang berlaku di dalam daerah saya Yang Berhormat Kuang, saya tahu Yang Berhormat Kuang asal kelahiran Sabak Bernam tapi kalau tak nak memikirkan hal Sabak Bernam tak apa tapi jangan halang saya nak berbicara tentang masalah rakyat di Sabak Bernam. Jadi Yang Berhormat Kuang boleh teruskan kerja di Kuang.

Minta pencelahan, terima kasih Tuan Speaker. Saya nak minta pandangan daripada Ketua Pembangkang ini. Yang dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang itu soal kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sefahaman sayalah dan kemungkinan ini boleh dibincangkan di pihak Kerajaan Negeri sebagai satu proses penambah baik dalam kita menguruskan COVID-19 itu sendiri. Bukan kita nak kirakan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri kerana COVID-19 ini melangkaui tanggungjawab sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri pada pandangan saya. Sebab itulah saya pun berterima kasih sesuatu yang baik oleh Kerajaan Negeri sebagai contoh Program

Vaksinasi Kerajaan Negeri SELVAX, kalau ikutkan ini tanggungjawab Kerajaan Pusat tetapi inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri juga adalah proses yang baik, ini contoh sebagai mana kerjasama yang difikirkan oleh Sabak Bernam melihat kepada kemudahan-kemudahan lain untuk kita mengatasi masalah soal kuarantin, soal COVID-19 Assessment Centre dan sebagainya. Saya kira itu hasrat Yang Berhormat pembangkang, saya minta sedikit komen.

Boleh mencelah?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Boleh mencelah?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Silakan Dusun Tua, lepas itu saya bagi Kampung Tunku, bercakaplah.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, di dalam ruang demokrasi ini sememangnya Sungai Air Tawar boleh mencadangkan apa yang baik dan atas ruang demokrasi juga kita boleh membidas kalau kita rasa tidak masuk akal atau sebagainya. Cuma saya hendak mendengar pandangan dari Sungai Air Tawar tentang pembinaan rumah hantu atau usang tak tahu apa benda yang berlaku di sana kita tak tahu. Tapi untuk nak dibina kembalikan semua ini jadi elok dan sebagainya berapakah masa yang diperlukan untuk kita pulihkan tempat ini sehingga betul-betul sesuai dan selamat untuk dijadikan pusat kuarantin dan sebagainya sebab kita tidak mahu nanti menunggu untuk dipulihkan, yang sakit telah meninggal, yang kena COVID-19 telah sembuh jadi apa keperluannya kita baiki kalau ia mengambil masa yang terlalu lama dan malah kita telah membazirkan 7 bulan melalui proklamasi darurat yang tidak nampak apa-apa kebaikannya sedangkan itu boleh digunakan dari awal sebenarnya untuk baiki rumah-rumah usang dan sebagainya. Jadi saya nak tahu adakah Sungai Air Tawar tahu berapakah masa yang diperlukan untuk baik pulih semuanya supaya ia bukan sahaja boleh didiami dan juga selamat. Itu soalan saya.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tadi Ketua Pembangkang sebut banyak tentang kebersamaan, saya ingin tanya apakah pandangan Yang Berhormat tentang adakah wajar Kementerian Kesihatan yang dahulunya diketuai oleh Menteri UMNO dari peringkat Perikatan Nasional untuk mengongsi data bersama taskforce for COVID-19 sebab dari awal pandemik sehingga kini data tidak dikongsi tetapi Ketua Pembangkang boleh datang hari ini dan bercakap tentang kebersamaan saya rasa hampir 7 bulan berlalu terlalu lambat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Okay terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua atas pandangan tadi, saya kira tempoh penilaian itu terletak pada Kerajaan, saya belum jadi Kerajaan lagi Yang Berhormat. Jadi jabatan ada, boleh buat penilaian tetapi

cubalah fikir, dewan itu dewan kosong. Nak beli katil, nak set-up tandas, nak set-up pagar, yang tak ada pagar lagi, SOP bagaimana, sudah pasti ia jauh memakan masa dan kos. Itu pandangan saya mungkin pandangan ini tidak bijak tetapi pandangan yang bijak boleh nilaikan sendiri berbanding dengan bangunan yang sudah sedia ada, sudah berpagar, dalam keadaan selesa cuma tak terurus, semak samun. Bukan saya suruh apa sangat pun. Waktu ketika ini baikilah apa yang susah sangat. Belum lagi saya sentuh berkenaan dengan bangunan-bangunan lain sebab saya tidak mahu lari tajuk dengan kawasan kita berkenaan COVID-19. Itu menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia. Kalau saya sebut lagi bangunan-bangunan lain balai raya, tandas awam dan sebagainya saya ingat lagi koyak Yang Berhormat dari dalam dewan ini. Tapi saya sebut dua ini sahaja tapi itu pun sukar nak menerima terpulang. Yang Berhormat Sabak silakan.

Terima kasih Ketua Pembangkang Yang Berhormat Sungai Air Tawar yang disebutkan Sabak Bernam, jadi saya terasa juga. Apa yang disebutkan kali ini mungkin semua terkejut, kali ini saya sokong Ketua Pembangkang. Memang bangunan Hay Resort itu sangat usang. Saya setuju untuk dibaiki bukan untuk dijadikan tempat kuarantin. Saya rasa penggal lepas ada soalan saya tentang bila hendak dibaiki Hay Resort dan di dalam dewan ucap saya di dalam dewan ini ada dua kali saya sebut tentang Hay Resort dan kali ini saya minta maaf saya sokong supaya Hay Resort segera diperbaiki dan pernah masuk Hay Resort ini di akhbar Sinar tentang kerosakannya dalam masa setahun yang lepas dan saya telah mengeluarkan di facebook saya tentang Hay Resort ini yang sudah menjadi rumah hantu. Kali ini saya sokong supaya Hay Resort dah ILJAS itu dibaiki segera kerana ia menjadi suatu yang tidak begitu baik pada pandangan rakyat di Sabak Bernam tentang pengurusan bangunan-bangunan di bawah Kerajaan Negeri. Saya tak sokong Ketua Pembangkang untuk perkara yang tidak baik tetapi demi untuk penduduk Sabak Bernam saya sokong supaya Hay Resort dan ILJAS itu dengan segera diperbaiki dan dapat digunakan. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sabak.

Kuang nak sambung sikit boleh tak?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya salute ini baru dia memperjuangkan betul nasib rakyat dia di Sabak, memang layaklah dia menang. Yang Berhormat Kuang, silakan, apa lagi nak cakap?

Saya ini nak beritahu jugalah sebenarnya saya sokong dengan Sabak, Ketua Pembangkang itu jauh sedikit daripada Sabak kerana Hay Resort itu sebahagian daripada kampung saya, di Sabak Bernam kampung sayalah itu. Yang Berhormat Sabak itu jauh sedikit daripada

kawasan kampung dia, tapi dia wakil itu sahaja, saya ini orang kampung. Memang saya akui bahawa bangunan itu telah lama ditinggalkan. Sudah lama sangat, sudah jadi tempat apa Yang Berhormat Sabak tadi sebut rumah hantu, sebelah daripada Hay Resort itu ada dipanggil sebagai rumah rehat. Dulu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menggunakan rumah rehat itu sebagai transit tetapi sekarang ini rumah itu pun saya tak tahulah, saya dengar lif rumah itu jalan sendiri. Betul Yang Berhormat Sabak? Lif di dalam rumah itu berjalan sendiri. Saya harap Ketua Pembangkang besok boleh duduk situ nak tahu lif itu jalan ke tidak. Jadi bangunan itu memang ditinggalkan sejak bertahun-tahun lamanya. Apa yang disebut untuk jadi Pusat Kuarantin itu pandangan dialah. Tapi yang pentingnya Hay Resort itu harus kita reinstate dia jadikan dia sebagai satu tempat untuk orang-orang Sabak Bernam atau pun yang berhampiran untuk menggunakan dewan, facilities yang ada, pada asalnya ada dewan, convention dan sebagainya selain daripada penginapan. Ambil perhatianlah dan saya pun menyokong apa yang Ketua Pembangkang sebut tadi. Tapi saya lebih sokong Sabak Bernam fasal dia sebut spesifik Hay Resort . Tadi Ketua Pembangkang tak sebut fasal Hay Resort , dia tunjuk gambar sahaja, saya pun tak tahu mana gambar ini kan? Tapi nampaknya Yang Berhormat Sabak lebih spesifik dan saya sebagai anak Sabak Bernam yang lahir di situ saya sokong Sabak tapi bukan Ketua Pembangkanglah, nak jadikan itu tak adalah, terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Teruskan ke isu-isu yang lainlah, lama sudah isu ini.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasihlah sebab dah kembali ke pangkal jalan itu, okay saya teruskan tadi tanya pandangan, bila ada pandangan-pandangan saya sedia mendengar untuk kita cari satu keputusan yang terbaiklah untuk Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Seterusnya saya juga ingin bertanya berkenaan dengan langkah-langkah kita sebagai Kerajaan selain daripada penggantungan pemberian vaksin adakah Kerajaan Negeri ada memikirkan juga berkenaan alternatif-alternatif lain seperti penggunaan ubat yang dikira boleh membantu, mungkin mencegah dan mengurangkan maksudnya kita perlu ada kaedah kita sendiri, Kerajaan Negeri perlu ada kaedah Kerajaan Negeri sendiri sebab tadi Yang Berhormat Kampung Tunku ada beritahu, kita sendiri tahu kita tidak dapat perkongsian data. Tetapi kalau kita mengharapkan sesuatu perkara yang kita tidak dapat sudah pasti kita menjurus kepada kegagalan. Sebab itu untuk menangani pandemik COVID-19 ini Kerajaan Negeri seharusnya mengambil langkah move ke depan, bekerjasama dengan kami di peringkat pembangkang untuk mencari satu gerak kerja di bawah Pelan Blueprint kita sendiri. Kita tidak boleh salahkan 100% kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri sendiri pun tahun lepas tak menyediakan spesifik bajet berkenaan dengan COVID-19 sebab itu saya sudah sebut tahun ini betul dah ada, tahun ini Yang Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan tetapi bajet tahun lepas itu tidak berlaku, betul sekarang ada di bawah Pakej Kita Selangor Bersama Menuju Kejayaan tapi khusus jadi kita pun tertanya-tanya sama

ada, adakah bajet tahun lepas yang disebut itu tidak dilaksanakan atau dilaksanakan. Program-program itu bagaimana? Kalau tidak dilaksanakan perlu diberitahu kepada rakyat untuk kita fokus kepada khusus kepada Pandemik COVID-19 sebab itu saya berharap dengan kebijaksanaan dengan pengalaman daripada para-para Yang Berhormat dalam barisan pimpinan kerajaan, saya yakin kerajaan yang terbina lebih daripada dua penggal ini mampu mengharungi pandemik COVID-19 ini tanpa kita terus menuding mencari salah ia tidak membawa kita keluar dari pandemik ini. Yang pasti rakyat hari ini sedang gelisah, sedang marah, sedang hilang kepercayaan kepada kita ahli-ahli politik, ini sudah masanya untuk kita membuktikan kita adalah sebuah kerajaan yang kukuh yang dapat berganding bahu apabila berlaku masalah pandemik seperti ini kerana musuh kita adalah musuh yang tidak kelihatan. Kita tak nampak, dia tak mengenal, dia kalau nak menyerang dia tak mengenal orang itu daripada Barisan Nasional, UMNO, DAP atau PAS sebagainya. Okay Yang Berhormat Banting dipersilakan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Yang Berhormat ada menyebut tentang alternatif atau pun cara-cara yang lain untuk merawat penyakit ini, saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat bertujuan untuk mencadangkan Kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan ubat yang masih belum lagi diluluskan oleh NPRA untuk digunakan oleh orang awam sama ada untuk mencegah atau merawat COVID-19 ini, sekiranya soalan Yang Berhormat berbunyi sedemikian, saya rasa ia adalah sesuatu yang memang penuh dengan pertikaian tetapi begitu pun sekali saya rasa adakah Yang Berhormat bermaksudkan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia juga haruslah bertanggungjawab dan memberikan penjelasan yang lebih jelas dan tegas kepada rakyat Malaysia apa yang boleh diguna, apa yang tidak boleh diguna. Kalau tidak boleh apakah sebabnya. Adakah sebabnya kerana ujian klinikal masih tidak menyokong atau pun unsur-unsur lain. Sehingga sekarang kita tak ada parlimen, kita nak tanya soalan yang sama juga masalahnya darurat, kalau kita nak tanya di Dewan Negeri Selangor kita takkan ada jawapan kerana Kementerian Kesihatan tidak ada wakil di sini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat mana satu versi dia soalan itu.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat, kita janganlah meletakkan pemikiran kita terlalu tepu kepada sesuatu pandangan yang baru. Saya tak kata kita perlu menggunakan ubat yang tidak diluluskan perlu memikirkan kaedah-kaedah macam mana pergantungan kita kepada dua vaksin ini. So kalau kita, pergantungan kita hanya kepada Kerajaan Persekutuan kegagalan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kita jangan nak berbangkit kerana itu persetujuan kita tanpa kita berusaha memikirkan kaedah lain. Maksud saya adalah tidak adil hanya nak menuduh Kerajaan Persekutuan wal hal di peringkat Kerajaan Negeri sendiri juga seolah-olah di lihat lepas tangan dan hanya pandai berkata-kata. Saya boleh buktikan di peringkat

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, saya ingin mencelah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

OK. Yang Berhormat Bukit Lanjan, silakan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya rasa itu sangat tidak adil kerana mana Kerajaan Negeri melepaskan tangan mereka buat saringan besar-besaran. Mereka ada program vaksinasi yang tersendiri di Negeri Selangor supaya kita boleh bantu rakyat di Negeri Selangor. Jadi saya harap Yang Berhormat sila tarik balik kenyataan tersebut.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Bukit Lanjan sebab tu saya kata seolah-olah sama juga Kerajaan Persekutuan

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Jangan seolah-olah kalau disebut dalam Dewan itu maksudnya itu satu kenyataan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Kerajaan Persekutuan juga melaksanakan usaha-usaha tetapi tadi saya dengar kata Kerajaan gagal. Jadi saya kata seolah-olah. Apa yang kita laksanakan ini tidak nampak sebab itu saya bagi tahu dekat sini perlunya perancangan. Saya nak bagi tahu dekat sini kita sepatutnya Kerajaan Negeri menggunakan waktu kritikal ini jentera kepimpinan di peringkat akar umbi kampung untuk menggerakkan. Saya ambil contoh, Pengarah Kesihatan Daerah beritahu saya, dia kata salah satu punca jangkitan apabila rakyat telah menerima dua dos vaksin, dia merasakan dia dah kebal daripada pandemik. Dia balik ke rumah buat satu program majlis makan-makan jemput saudara mara, wal hal vaksin ini hanya berfungsi selepas 14 hari. Persoalannya ini lah peranan kita di peringkat Kerajaan Negeri mengerakkan ketua kampung, jawatankuasa kampung, pengerusi-pengerusi KRT, NGO dan sebagainya memberitahu maklumat ini kepada orang kampung. Didikan. Didikan berkenaan dengan SOP. Itu perlu kita gunakan yang saya maksudkan.

Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Eh! Yang mana satu ni yang nak mula. Yang Berhormat Banting dulu? Ok Yang Berhormat Meru.

Sikit saja saya nak tanya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Boleh, boleh.

Boleh tak secara spesifik Ketua Pembangkang nyatakan apa kegagalan dan apa yang Kerajaan Negeri tak buat untuk menangani masalah ini sebab bagi saya semua perancangan di rancang dan dah dilaksanakan dan dalam masa yang sama juga perkara yang sepatutnya di bawah tanggungjawab Kerajaan Federal pun atau Kerajaan Pusat telah dilaksanakan juga oleh Kerajaan Negeri termasuk orang kata vaksinasi dan sebagainya. Swab test dan sebagainya dilakukan oleh semua agensi di bawah Kerajaan Negeri.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Meru, kalau tak gagal kes ni dah turun dah. Kalau kita, kita ni berjaya kita tuduhlah Kerajaan Persekutuan gagal, kita berjaya kita dah nampak kesan. Maksudnya kalau kes ni tak turun kita jangan tuduh sapa-sapa gagal semua yang diberi amanah ni masih tak jumpa punca kepada mencari kejayaan. Itu saja. Saya tak nak tuduh sapa-sapa.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, Yang Berhormat

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ok Yang Berhormat Banting.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Yang Berhormat sebelum Banting.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ok Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya hanya nak sebut satu perkara. Bukan sahaja Pakatan Harapan menyatakan Kerajaan gagal. Presiden UMNO pun kata perkara yang sama (tepuk meja).

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

OK, giliran saya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

OK Yang Berhormat Banting sila kan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat, bukan kah benar bahawa Kerajaan Selangor telah pun melakukan banyak usaha inisiatif. Kita ada aplikasi SELangkah. SELangkah ini bermaksud kita SELangkah ke depan. SELangkah ke depan ada ..... dan sebagainya tetapi Yang Berhormat masih ingat ke Ahli Parlimen Kuala Selangor mantan Menteri Kesihatan.... FTTIS, Find, Test, Trace, Isolate, Support and probably the last one is vaccine. Satu dunia, satu dunia semua Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri buat perkara yang sama tetapi di Selangor kita buat lebih daripada itu setiap satu. Find, Test, Trace, Isolate, Support Vaksin mana tidak Kerajaan Negeri Selangor dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri dan juga MPKK dan juga Ahli Majlis nya melakukan peranan mereka di situ dan sekiranya Yang Berhormat ada masalah dengan mana salah satu usaha ini saya rasa Yang Berhormat boleh bangkitkan di sini. Tak ada masalah. Dewan ke, apa ke boleh

bangkitkan cuma perkaranya ialah adakah kelulusan akan diberi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor? Sekiranya tidak, tidak berbaloi. Itu aje soalan dia. Kita perlu bergerak bersama. Bila kita bergerak bersama, nak kita nak ke depan dia nak pergi ke belakang. Kita nak tutup pintu depan ada orang buka pintu belakang.

Masalahnya ialah SOP. SOP yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. Kejap sana, kejap sini. Kejap buka, kejap tutup. Sampai pegawai polis pun tak tahu which one is the law of the day. Itu soalannya Yang Berhormat.

Dia tutup pintu depan, lepas tu dia masuk pintu belakang juga.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Sebab tu saya katakan tadi kalau kata gagal kita pun, Kerajaan Negeri pun gagal. Memang kes ni masih berada pada paras rakyat hukumkan kita semua gagal. Jadi saya nak sentuh berkenaan dengan Yang Berhormat Banting tadi lah

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ketua Pembangkang, tak boleh kata Kerajaan Persekutuan gagal. Kerajaan Negeri pun gagal. Tak boleh gitu.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Kena terima lah, saya tak kata

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kena berlaku adillah Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang kena berlaku adil. Kena berlaku adil. Kalau Persekutuan gagal ia gagal dan disebutkan tadi oleh Bukit Lanjan sampaikan Presiden UMNO, Presiden UMNO pun menyebut bahawa Kerajaan Perikatan ni gagal. Saya nampak Yang Berhormat Ketua Pembangkang ni sebab live ni saya rasa YAB Perdana Menteri tengah tengok sekarang ni. (Ketawa). Jadi kena bantai kuat sikit Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor ni mana lah tahu kot-kot boleh sangkut jadi menteri.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat Ketua Pembangkang kita kena macam disebutkan tadi oleh Hulu Kelang kita kena ada integriti, kita kena ada amanah. Kalau betul, kata betul. Kalau Kerajaan Negeri dah buat cakap dah buat ini Kerajaan Selangor gagal. Kerajaan Selangor kalau macam tu saya pun nak jadi Ketua Pembangkang macam tu senang aje. Kerajaan Selangor gagal, Kerajaan Selangor gagal. Sedangkan kita dah buat macam-macam dah. Vaksin lah, Swab Test lah kita buat dah disebutkan tadi bahawa kes COVID tinggi di Negeri Selangor ni. Ni kilang, kilang, kilang, kilang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar minta berapa kali dah supaya lock down secara bersasar kan. Ada yang kata kuasa nak tutup kilang ni bawah PBT. Bawah Kerajaan Negeri tapi bila kita tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini dia kata bawah kuasa

dia, MKN. Perdana Menteri sendiri pun sebut bawah kuasa dia, MKN. Lepas tu, jangan salahkan Kerajaan Negeri.

Kilang kau buka, vaksin di Negeri Selangor ni kau tak bagi banyak. Selangor ni, dia punya, kacau betul lah dia punya mask ni.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Mohon celah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Selangor ni rakyat dia 6.3 juta. Sepatutnya dah tahu masalah di Selangor, masalah di lutut EXCO ubatlah di lutut. Banyakkan lah vaksin di Negeri Selangor ni bagi lah vaksin banyak di Negeri Selangor ni supaya kita boleh cucuk rakyat Negeri Selangor ni. Tapi banyak kes di Negeri Selangor vaksin ko bagi negeri lain. Sebab itu, urusan berkaitan dengan kesihatan ni Ketua Pembangkang bawah Kerajaan Persekutuan. Kita di Selangor ni kita membantu dan kita bantu sungguh-sungguh. Kerajaan Perikatan Nasional yang gagal untuk kita bagi vaksin untuk kita selamatkan nyawa seluruh masyarakat dan rakyat di Negeri Selangor. Ini nak ajar Ketua Pembangkang ni sikit ni. (Ketawa).

Speaker

Ya Taman Templer. Taman Templer

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Dah-dah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Taman Templer dah puas. Kalau Yang Berhormat Taman Templer nak sambung lagi saya bagi.

Speaker

Ketua Pembangkang kita teruskan, teruskan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Pandamaran dulu. Saya bagi ruang kepada semua nak tanya hari ni.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya nak tanya kepada Ketua Pembangkang adakah Ketua Pembangkang setuju kebanyakan kes-kes ni berpunca daripada kilang ya dan kita difahamkan pada MCO 1.0, PKP.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Pandamaran saya jawab, dia tak setuju. (Ketawa). Biar saya jawab dia tak kan setuju.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Dia kena jawab, dia lari. OK. Bila PKP 1.0 dah habis, Kerajaan Pusat umum kilang boleh beroperasi tapi Kerajaan

Negeri tak benarkan dan statement yang dikeluarkan oleh mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Azmin Ali ya.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Mantan Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Dia mohon pihak industri saman Kerajaan Negeri. Bagaimana Kerajaan Negeri nak uruskan jika satu menteri minta ya industri ataupun individu untuk saman Kerajaan Negeri. Ini sudah lain. Adakah Ketua Pembangkang setuju dengan pandangan saya?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

OK. Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer tadi. Dulu saya nak jawab tu. Saya tak guna lah pentas ni untuk provokasi lah tadi saya kata. Saya guna ruang ini untuk kita membicarakan sebaik isu yang jauh lebih penting iaitu berkenaan dengan pandemik. Saya tak pernah lari daripada soalan ataupun tuduhan dan sebagainya. Saya hanya memberi pandangan. Saya hanya memberi pandangan dan cadangan. Tetapi hari ini gambarannya adalah begitu sukar kerajaan yang begini megah terbina atas keputusan 1/3 untuk mendengar sedikit cadangan dan pandangan daripada Pihak Pembangkang. Itu sahaja. Boleh jawab. Jawablah seberapa banyak nak jawab tapi saya

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ketua Pembangkang, kita boleh dengar, kita boleh dengar Ketua Pembangkang, tak ada masalah kita boleh dengar tapi masalahnya kenyataan daripada Ketua Pembangkang tu tak betul.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tak.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Itu saya nak perbetulkan, itu saya nak perbetulkan ni. Nanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tengok nanti saya perbetul. Saya tolong perbetulkan. Kenyataan yang betul kena kata betul. Yang salah kena kata salah ini bila kita tanya contohnya Meru tanya tadi apa yang gagal? Kerajaan Selangor gagal? Apa yang gagal? Kerajaan Selangor gagal? Macam tu senang sangat lah maksudnya. Gagal tang mana? Kita rancang, kita laksanakan dibentangkan di Dewan ni. Kita rancang, kita laksanakan dibentangkan di Dewan ni. Saya ulang sekali lagi, kita rancang, kita bentangkan kita laksanakan di Negeri Selangor ni. Mana gagalnya?

Ya, kita belum pernah menghadapi pandemik COVID-19 ni kita tak ada pengalaman. Kita tak ada pengalaman tapi Kerajaan Selangor Pakatan Harapan ni kita buat sungguh-sungguh. Kita kerja sungguh-sungguh. Kita laksanakan sungguh-sungguh. Mengah. Sebab masalah dia ni, ni.

Speaker

Templer, Templer

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hah, kalau bagi laluan ni dengan Sungai Panjang pun saya sapu sekali kan.

Speaker

Templer-templer jangan kelirukan Dewan. Sekarang Ketua Pembangkang nak bagi ke tidak saya pun tak tahu. Tak tahu dia bagi ke tidak.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya bagi ruang secukupnya untuk dia melepaskan geram. Bagi tahulah tapi biarlah asasnya ada.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bukan-bukan lepas geram sebab itu saya sebutkan tadi integriti, amanah, rasa tanggungjawab. Janganlah gagal, gagal, gagal. Kalau betul Kerajaan Negeri dah buat katalah dah buat sebagaimana tadi disebutkan. Tuanku Sultan pun menyatakan rasa bangga dia dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor ni tapi Perikatan Nasional ni usah kata Agong punya titah pun dia lawan. Di Parlimen pun dia tipu.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya kira itu tuduhan jahat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bukan tuduhan, bukan tuduhan. Saya berani buat kenyataan di luar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tak pe. Silakan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kata provokasi darurat dah-dah di tamatkan

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Itu tuduhan jahat sebenarnya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Istana keluarkan kenyataan. Istana Negara keluarkan kenyataan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya kata itu tuduhan jahat, sebab parti saya tidak pernah membuat kenyataan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hah tengok, ini lah masalah UMNO. Ini lah masalah UMNO Barisan Nasional. Dulu dia mengaku dia dalam Perikatan Nasional sekarang ni bila dia dapat kuasa, dia kata Perikatan Nasional lain, Barisan Nasional lain. (Ketawa). Ini yang kita tak faham ni. (Tepuk meja). Ini yang kita tak faham. Dulu bila nak rampas kuasa nak tebuk atap nak curi, nak roboh daripada kita Pakatan Harapan Oohh kita dalam Perikatan Nasional. Sekarang ni dia jatuhkan Tan Seri Muhyiddin Yassin malang betul lah jadi Tan Seri Muhyiddin Yassin ni. Malang, malang.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

OK. Terima kasih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dulu yang pecat dia UMNO.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Marah ke Marang?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Pecat dia daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu UMNO. Sekarang ni yang jatuhkan dia sebagai Perdana Menteri pun daripada UMNO. Sebab itu, Tan Seri Muhyiddin Yassin mari balik lah sama kita Pakatan Harapan, kita bentuk balik Kerajaan Pakatan Harapan di Peringkat Persekutuan.

Tak, sebab kita hendak membicarakan soal berkaitan dengan integriti, amanah, rasa tanggungjawab kita kepada rakyat, kepada negara, kita sayang negara kita ni. Ini ke negara yang nak kita wariskan kepada generasi yang akan datang nanti. Ahli politik flip flop, flip flop. Hah! Sekarang ni kalau andai kata Bukit Antarabangsa tak dapat jadi Timbalan Perdana Menteri? Bersatu “tagek”. Bersatu “tagek” apa nak jadi dengan Kerajaan kita ni? Bukak pulak. Terbuka-terbuka.

Speaker

Hah! Pakai-pakai.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Apa nak jadi dengan Kerajaan kita ni?

Speaker

Pakai-pakai.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dalam tempoh satu penggal ada tiga orang Perdana Menteri. Mungkin boleh jadi 4. Mungkin boleh jadi 5. Macam mana pelabur nak datang.

Speaker

Pakai mask, pakai mask.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Macam mana pelabur nak datang ke negara kita untuk melabur. Sebab ini jadi rasa tanggungjawab kepada kita semua sebab soal kepimpinan ni. Sebab itu Nabi Allah Daud sebut kepada Sayidina Lokman

Speaker

Mask-mask pakai. Yang Berhormat Templer

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Engkau beruntung Lokman, Allah tak lantik engkau jadi Rasul. Aku Allah lantik aku menjadi Rasul. Aku akan dihisab, aku akan ditanya di hari pembalasan nanti. Sebab itu jangan, jangan kita jadi wakil rakyat ini untuk mengaut keuntungan. Itu kita belum bicarakan soal rasuah. Bagaimana dua tiga hari sebelum Tan Seri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dia offer tujuh perkara secara langsung, secara langsung disiarkan di seluruh negara bagaimana Tan Seri Muhyiddin Yassin tawarkan rasuah ke seluruh ahli-ahli Parlimen dalam negara kita. Ini merupakan satu amalan rasuah secara live yang dipamerkan

oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang dalamnya ada PAS, ada UMNO dan juga ada BERSATU.

Speaker

Pakai Mask dulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Air Tawar, kita teruskan lah ya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Saya sebenarnya kalau nak jadikan pentas ini untuk pendebatan politik saya sedia menyahut sampai besok pun tak pe ya tetapi kita dah dengar semalam saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor janganlah kita waktu pandemik ni jadikan pentas ini untuk kepentingan politik kita. Tuduh menuduh kalau saya mengeluarkan kenyataan saya pun ada seribu satu hujah untuk saya patahkan apa yang Taman Templer katakan tadi. Kerajaan yang terbina dulu pun bukan kami yang meruntuhkan. Kerana tidak ada keseragaman, perpecahan di peringkat dalaman membawa kepada Perdana Menteri meletakkan jawatan. Selepas itu berlaku perpecahan di peringkat dalaman satu kumpulan keluar memberi satu sokongan kepada tertubuhnya kerajaan baru. Kalau nak berdebat berkenaan dengan soal politik saya bersedia sehingga besok pun boleh tetapi saya tak mahu menggunakan pentas ni untuk berbicara...

Speaker

Yang Berhormat Templer, pakai mask, pakai mask.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

...politik semasa adalah malang dan rugi rakyat di luar sana memilih kita ada setahun tiga kali pentas yang kita gunakan ini hanya berbicara tentang isu-isu politik gagal, peribadi. Kita tak gunakan ruang ini sepenuhnya untuk membawa satu isu rakyat sedangkan tadi saya hanya memberi cadangan Yang Berhormat Taman Templer dengar, memberi cadangan kepada isu yang saya kira baik kepada rakyat. Apa masalah Kerajaan sekarang yang dibina dah dua penggal, dah sepuluh tahun terbina tapi untuk mendengar sedikit pandangan adalah begitu jumud dan dangkal. Itu saya sifatkan. Malang ada pemimpin seperti ini. Sebab itu saya katakan saya beri penjelasan saya tak menggunakan pentas ini untuk berpolitik, belajar dan sedia mendengar pandangan dan hujah saya. Kalau tak saya sedia berdebat berkenaan isu Yang Berhormat perkatakan. Jangan ingat kita berbicara dengan keadaan nada suara yang lantang kita boleh suka-suka membuat tuduhan dan fitnah kepada sesama kita. Saya tidak menerima ianya sama sekali.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kemukakan la mana satu fitnah, mana satu yang kita difitnah, apa yang kita fitnah? Apa yang kita fitnah? Apa yang kita fitnah? Dia sebut dalam Dewan yang mulia ini fitnah. Dia kata saya Taman Templer fitnah dia. Apa yang saya fitnah? Vaksin Kerajaan Negeri Selangor buat, fitnah ke? Swab test yang Kerajaan Negeri Selangor buat, fitnah ke? Bakul makanan yang

Kerajaan Selangor bagi tu fitnah ke? Ini bukan fitnah. Peruntukan Selangor Kita yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar fitnah ke? Ini fitnah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Taman Templer. Saya tak katakan fitnah. Saya beritahu jangan gunakan pentas ini untuk membuat fitnah. Saya kata saya ada hujah tapi saya kata cukup lah di sini saya tak nak menggunakan pentas ini untuk isu politik. Ya Yang Berhormat Taman Templer, saya yakin Yang Berhormat Templer seorang Wakil Rakyat yang berdedikasi balik membuat kerja di kawasan memperjuangkan hak-hak orang di kawasan Taman Templer itu adalah jauh lebih baik.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas insentif pakej Kita Selangor. Ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas inisiatif Pakej Selangor yang telah diumumkan beberapa bulan lepas. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor kerana melibatkan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor dalam sesi libat urus Belanjawan pada 28 Jun yang lepas. Walaupun kebanyakan insentif yang diumumkan, insentif ini hanyalah insentif kitar semula dan tiada idea segar dalam merangka exit pelan atau mencari jalan keluar dari ancaman pandemik ini. Kita pun sedia maklum Kerajaan Negeri Selangor mempunyai trek rekod cemerlang dalam membina blue print. Blue print pula janganlah hanya sekadar pelan yang digarap cantik di atas kertas, serta mempunyai info grafik yang menarik, hakikat pelaksanaannya impaknya kita perlu lihat tidak memberangsangkan di mana kita masih lagi tidak berjaya dan menjadi juara dalam jangkitan COVID-19 tertinggi dalam negara dan kadar penurunan pula adalah masih rendah.

Kita pun dapat lihat sendiri bagaimana pengurusan negeri Selangor ini segala pembangunan yang dibina zaman kerajaan BN ini musnah dah ranap kerana tidak diurus seperti mana sepatutnya. Mengurus fasiliti sedia adapun tidak mampu ini kan pula ingin membuat sesuatu idea yang baru. Sebab itu saya tekankan dalam perbahasan Belanjawan lepas perlunya Kerajaan Negeri mewujudkan pelan blue print ini bagi tahun 2021. Tapi apa yang kita lihat pada ketika itu Kerajaan Negeri ghairah kepada pelan-pelan yang tidak menjurus kepada COVID-19 yang akhirnya pada akhir tahun ini pelan ini hanya sekadar pelan cantik di atas kertas dan tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya. PBT pula tidak kurang hebatnya, sepatutnya dalam keadaan sekarang PBT perlu mencari jalan bagaimana ingin membantu rakyat tetapi saya mendapat rungutan ada kedai-kedai yang disita barangan meniaga penjaja dan sebagainya dan juga mungkin kedai ini tidak mencukupi syarat yang sepatutnya. Atas sebab itu usahlah kita meranapkan impian sesuap nasi peniaga. PBT terutamanya Ahli Majlis perlu mengambil peranan mendekati dan menyelami masalah peniaga dan rakyat ketika ini. Dalam keadaan sekarang, kita janganlah sentiasa memikirkan apa sektor ekonomi yang perlu di sebaliknya perlu memikirkan bagaimana untuk membuka sektor ekonomi itu dengan SOP yang terbaik dan kurang berisiko bagi membolehkan ekonomi berjalan seperti biasa.

Selain itu kita jangkakan dalam masa pandemik ini ramai rakyat di Negeri Selangor akan menghadapi krisis ekonomi atau kekurangan pendapatan yang akhirnya mengakibatkan mereka tidak lagi mampu membiayai pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan dan lebih dahsyat lagi menyebabkan mereka boleh menjadi gelandangan di ibu kota yang juga boleh mengujudkan kluster baru. Atas sebab itu saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyediakan rumah-rumah transit kepada mereka agar mereka tidak lagi menjadi gelandangan sehingga mereka mendapat semula pekerjaan dan mampu kembali mencari kediaman.

Di kesempatan ini juga saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar bagaimana status SOP rumah ibadat sekarang ini? Adakah kita masih tertakluk dengan SOP lama atau kita mengguna pakai SOP Kerajaan Persekutuan? Saya cadangkan agar mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau dan pada masa yang sama kaedah SOP perlu diperketat seperti membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk di rumah, mengehadkan penggunaan tandas di masjid dan surau. Sudah lama rasanya kita tidak boleh beribadah di rumah ibadat. Adalah elok jika SOP rumah ibadat ini diperhalusi dan dibuka kembali.

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker saya ingin menyentuh beberapa program SelVAX. Vaksin adalah senjata utama dalam memerangi COVID-19. Terkini kadar populasi di Malaysia yang telah divaksin sudah mencapai 55.9% bersamaan 18.26 juta rakyat Malaysia yang sudah mendapat vaksin satu dos dan 13 juta rakyat Malaysia yang telah mendapat dua dos setakat 22 Ogos 2021. Di Selangor pula jumlah rakyat yang sudah mendapat satu dos vaksin adalah sebanyak 3,878,876 orang dan ini meliputi 59.3% dari jumlah keseluruhan rakyat di negeri Selangor. Ini adalah berita baik buat rakyat Selangor kerana kita hanya memerlukan lagi 21% populasi bagi mencapai tahap imuniti kelompok. Dalam mencapai ke tahap imuniti kelompok di Selangor ini Kerajaan Negeri Selangor di bawah program SelVAX perlu bekerjasama dengan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor dan wakil pemimpin tempatan dalam mengesan rakyat yang masih tidak mendapat vaksin dan yang belum lagi mendaftar dalam mendapatkan vaksin. Golongan sasaran bagi program SelVAX juga perlu tepat dan mengikut keutamaan. Sebagai contoh ketua keluarga yang mencari rezeki peniaga-peniaga perlu diberi keutamaan dalam program ini kerana golongan ini paling tinggi risiko berjangkit wabak COVID-19 ini disebabkan rutin mereka perlu keluar rumah setiap hari bagi mencari rezeki dan membuka kedai-kedai bagi menggerakkan sektor ekonomi di negeri ini. Jika mereka tidak divaksin awal saya khuatir akan mengundang banyak lagi masalah-masalah lain seperti masalah domestik dan juga ekonomi. Umum juga ketahui bahawa Kerajaan Negeri Selangor kini menjual vaksin kepada syarikat-syarikat di negeri Selangor melalui sesawang SelangkahVak. Saya nak ulas sikit berkenaan dengan program SelVAX Industri yang bertujuan merancakkan ekonomi dan industri. Ya saya tahu yang Kerajaan Negeri mungkin mendapat keuntungan melalui penjualan vaksin Sinovac sekiranya ada

adakah dia dibelanjakan di mana? Sekiranya benar ada keuntungan saya ingin mencadangkan agar ia disalurkan terus kepada rakyat.

Selain itu keuntungan ini juga boleh membina lebih banyak pusat kuarantin dan isolasi di negeri Selangor. Pusat kuarantin ini pula perlu la diberikan secara percuma kepada rakyat Selangor dan bagi warga asing pula perlulah dicas atau ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Seperti mana yang kita tahu Kerajaan Persekutuan ada memperuntukkan sehingga RM500 ribu kepada waris bagi mereka yang mengalami komplikasi akibat COVID-19. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri jika berlaku sesuatu komplikasi setelah suntikan vaksin melalui program SelVAX adakah mereka juga mendapat jaminan pampasan sama seperti yang disediakan Kerajaan Persekutuan? Di samping itu adakah Kerajaan Negeri mempunyai akses kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan rakyat yang mengalami komplikasi akibat vaksin. Kajian daripada UK Regulator mengatakan bahawa 4 daripada 1 juta orang akan mempunyai kesan pendarahan beku akibat vaksin Astra Zaneca. Rakyat sudah lebih sejuta yang divaksin. Benarkah kesemuanya in tiada komplikasi? Kalau ada berapa ramai. Keberadaan data ini amat penting bagi memastikan rakyat dapat tahu keadaan sebenar implikasi vaksin. Jika tiada komplikasi langsung kepada rakyat, ini adalah hujah penting untuk memujuk golongan anti vaksin.

Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan peniaga kecil dan sederhana yakni IKS serta penjaja. Berdasarkan data yang diperolehi, sejumlah lebih kurang 15 ribu syarikat IKS telah gulung tikar akibat pandemik COVID-19. Golongan ini sering kali terlepas pandang oleh Kerajaan Negeri dan apakah langkah-langkah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri selain memberikan moratorium sebulan setengah kepada 40 ribu Usahawan Hijrah. Insentif ni saya kira telah pun tamat kerana ia telah diberikan secara automatik kepada Usahawan-usahawan Hijrah bermula 15 Jun 2021. Saya tidak tahu lah adakah insentif ini memberikan impak tinggi kepada peminjam-peminjam ini kerana tidak jelas jika moratorium diberikan dengan kadar faedah taakul atau tidak. Jika tidak ada faedah taakul pun satu setengah bulan itu adalah tempoh moratorium yang sangat singkat dan boleh ditambah untuk beberapa bulan lagi sejajar dengan kehilangan punca pendapatan secara purata usahawan-usahawan ini akibat PKP.

Bagi usahawan-usahawan yang terkesan ramai di antara mereka yang merungut tentang bagaimana mereka terpaksa membayar sewa kedai bulanan kepada pemilik premis. Ia adalah hak mutlak pemilik premis untuk memberi diskaun atau pengecualian bayaran sewa walhal usahawan-usahawan kecil ini berdepan penutupan operasi atau pengurangan pendapatan. Justeru, saya menyarankan agar fi lesen PBT dapatlah dikecualikan untuk tahun hadapan. Sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan kos yang ditanggung mereka dalam keadaan gawat ini. Saya juga mengambil maklum perihal penjaja-penjaja kecil di negeri Selangor yang hanya mahu mencari punca rezeki yang baru setelah kehilangan kerja akibat pandemik COVID-19. Mereka ini tidak berazam untuk meneruskan karier sebagai

penjaja di jalanan, namun mereka cekal dan nekad turun ke jalanan untuk menjual hasil perolehan mereka. Ya benar mereka perlulah berlesen untuk beroperasi namun harus diingatkan bahawa melakukan ini secara terdesak demi kelangsungan hidup dan anak-anak yang kelaparan di rumah. Saya cadangkan supaya mereka ini diberikan lesen beroperasi sementara dan pihak Kerajaan Negeri boleh lah mengenakan sesuatu fi yang kecil supaya mereka boleh beroperasi tanpa rasa takut. Mungkin perbuatan mereka ini dipanggil saya sifatkan sebagai ‘rambo’ yang cukup berani namun di sudut hati mereka timbul kerisauan yang pihak PBT akan datang dan menyita produk-produk jualan dan peralatan jualan mereka. Penjaja yang sudah lama mempunyai lesen tidak perlu khuatir kerana lesen yang diberikan kepada ‘rambo-rambo’ ini adalah bersifat sementara dan jika mereka mahu melakukan perniagaan secara kekal pun mereka sudah tentu akan memohon untuk dinaiktarafkan sebagai peniaga yang mempunyai lesen kekal. Penjaja-penjaja rambo ini juga perlulah diberi bimbingan oleh kerajaan Negeri, kerajaan Negeri seharusnya memberi panduan dan bimbingan kepada peniaga ini seperti contoh, di mana tempat yang dibenarkan untuk berniaga, kawasan mana yang dibenarkan dan dilarang untuk berniaga, serta daripada segi kebersihan sebelum dan selepas berniaga di mana ia perlu diambil kira buatlah apa sahaja yang membantu rakyat lebih-lebih lagi di dalam suasana luar biasa ini. YB Tuan Speaker seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan kesihatan mental rakyat ....

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Y.B., mohon mencelah ...

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya, YB. Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Atas point tersebut, sebenarnya semua PBT di Negeri Selangor telah giat memberi lesen kepada penjaja dalam masa COVID ini dah beribu-ribu lesen diberi dan saya tidak tahu mana-mana penjaja pun yang hendak memohon lesen dan tidak dapat kelulusan lesen tersebut. Jadi kerajaan Negeri memang kuat membantu, YB. Kinrara sangat mengusahakan perkara ini dan pujian harus diberi kepada kerajaan Negeri ini bukan satu kekurangan tetapi saya rasa kerajaan Negeri Selangor mencontohi di negara ini dalam membantu penjaja-penjaja baru membuka perniagaan pada waktu COVID ini.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih, YB. Bukit Gasing. Satu usaha yang baik dan saya puji. Tapi yang saya sentuh tadi ialah ada segelintir lagi peniaga-peniaga yang saya katakan rambo tadi. Dia meniaga buka sekejap, setengah jam, pakai but, lepas tu bila datang PBT dia lari dan sebagainya. Sebab tu saya minta PBT dekatilah mereka ya sebab sekarang ni ramai orang hilang punca pendapatan. Mungkin dulu dia seorang doktor, mungkin dulu dia seorang pilot, tapi waktu ketika peluang pekerjaan itu menguncup, mereka terpaksa berusaha meneruskan kelangsungan hidup dengan mencari kerja-kerja yang saya kira halal, bukan mencuri, merompak atau memecah rumah orang. Cuma haramnya kerana tidak berlesen. Sebab tu saya minta pihak PBT dekati mereka beri mereka satu lesen sementara,

sementara mereka menunggu peluang pekerjaan asal mereka itu dapat dibuka semula. Itu saya kata tadi lesen sementara, saya tidak menidakkan usaha baik daripada kerajaan Negeri, jadi kalau perkara ini dapat dilakukan ianya adalah satu rahmat kepada peniaga-peniaga sementara ini yang saya dapat tahu. Gelaran rambo tu mereka yang memberi gelaran rambo sebab tu saya beritahu di dalam perbahasan saya ini, dia menyifatkan diri mereka rambo. Kenapa rambo? Dia kata kalau pihak PBT datang, dia akan lari. Ini maksud saya pandangan saya tadi.

YB. Tuan Speaker, berkenaan dengan kesihatan mental rakyat. Kadar kes bunuh diri telah meningkat sejak akhir-akhir ini berpunca daripada tekanan hidup akibat kehilangan pendapatan dan keresahan susulan wabak Covid-19 yang seperti tiada penghujung. Data yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia mendedahkan, secara purata sebanyak 2 kes bunuh diri setiap hari sejak 2019 sehingga Mei tahun ini. Sebanyak 609 kes bunuh diri telah direkodkan untuk tahun 2019 dan ini meningkat kepada 631 kes pada tahun 2020. Unjuran bagi tahun 2021 adalah sebanyak 800 kes. Mengikut kajian Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental, golongan B40 merupakan golongan yang terbesar mengalami masalah depresi atau kemurungan melampau. Dan ini boleh dikaitkan dengan masalah kewangan yang mereka sering alami seperti kehilangan kerja, pengurangan pendapatan, dan bebanan hutang yang menjurus kepada masalah domestik keluarga. Peliknya ketika zaman gawat ini melanda, pengoperasian kredit-kredit komuniti atau Ah Long berlesen ini kian berleluasa dan menyebabkan golongan yang terdesak dan terhimpit ini menambah hutang mereka. Seharusnya golongan-golongan Ah Long ini menjadi tempat pergantungan utama dan kerajaan Negeri perlulah mengambil langkah pro aktif. Moratorium yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha dan peminjam-peminjam individu di Negeri Selangor usahlah dikenakan caj faedah terakru seperti yang saya sebutkan sebelum ini. Selain itu kerajaan juga boleh memperluaskan talian hotline bukan sahaja untuk mereka yang menghadapi keganasan domestik, seperti mana yang diinisiatifkan di dalam Pakej Kita Selangor. Talian hotline dan khidmat kaunseling percuma juga boleh ditawarkan kepada rakyat Selangor yang mengalami depresi dan kemurungan. Kerajaan Negeri Selangor juga boleh mengambil inisiatif menjadi pelopor dalam Malaysia merealisasikan pekerjaan-pekerjaan di dalam kerajaan. Sampai bila kita mahu bergantung kepada bekalan buruh asing walhal anak-anak negeri Selangor sendiri tidak bekerja dan hidup melarat sehingga ada yang mengambil jalan membunuh diri. Marilah kita bertafakur sejenak menyelami perasaan mereka yang mengalami masalah kemurungan ini akibat kekangan hidup sehingga membunuh diri. Ya, agama mana yang membenarkan perbuatan membunuh diri ini? Namun kita sebagai wakil rakyat dan pemimpin haruslah memikirkan jalan untuk rakyat keluar daripada kebejatan ekonomi. Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan soal pendidikan. Adalah berkenaan dengan pembelajaran anak-anak Selangor khususnya yang telah terjejas akibat pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR yang berlanjutan selama berbulan-bulan. Siri penyampaian PDPR sudah tentu tidaklah seefektif sistem

pengajaran tradisional secara bersemuka. Saya perhatikan ramai juga anak-anak Selangor yang terkandas akibat ketiadaan peranti mudah alih tablet atau laptop dan juga jaringan internet yang laju. Hakikatnya ramai anak-anak di luar bandar khususnya tidak dapat mengikuti pembelajaran ini selama berbulan-bulan. Ada juga yang patah semangat akibat sistem PDPR yang tidak membawa keterujaan kepada pelajar-pelajar yang sudah tentu mereka mahu bertemu secara bersemuka dengan rakan-rakan sebaya. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan yang sekolah-sekolah akan dibuka semula bermula Oktober 2021. Namun kegusaran ibu bapa tampak jelas apabila kes-kes COVID-19 yang makin menggila dalam purata 20 ribu kes sebulan. Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri yang bagi memastikan nyawa anak-anak kecil di Selangor tidak terancam apabila sekolah dibuka semula nanti? Saya lihat akan ada tentangan hebat daripada rakyat terhadap kerajaan Persekutuan yang mahu membuka semula sekolah. Apakah pendirian yang boleh kita buat oleh kerajaan Negeri tentang perkara ini. Jika pembukaan sekolah ini masih diteruskan, kerajaan Negeri seharusnya memberikan penerangan yang tuntas tentang SOP dan panduan kepada pelajar-pelajar ini dalam memulakan fasa persekolahan mendatang. Kita tidak mahu lagi kluster baharu diwujudkan ketika sesi persekolahan ini bermula. Kita tidak mahu anak-anak Selangor ketinggalan dalam pembelajaran namun kita juga tidak mahu nyawa mereka menjadi pertaruhan. Jika kerajaan Negeri bersifat forward looking ataupun pro aktif, sudah tentu kerajaan Negeri boleh memperhebatkan lagi jaringan WiFi Selangor percuma dan berkelajuan tinggi supaya pembelajaran di rumah boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Tidak kurang juga jika kerajaan Negeri Selangor mewujudkan sesuatu dana yang tidak terusik akibat penutupan sektor-sektor yang tergendala dengan membeli alat-alat peranti mudah alih seperti tablet untuk diagihkan kepada anak-anak Selangor dalam keluarga B40. Kerajaan Negeri Selangor juga boleh memuatkan Rancangan TV Pendidikan Selangor yang berulang-ulang supaya pelajar boleh menontonnya mengikut jadual yang disediakan. Saya juga mahu menyentuh tentang nasib anak-anak kecil yang disahkan autistik atau disleksia. Sesiapa yang sangat dekat di hati saya. Perkembangan mereka sudah tentu terbantut akibat gagal mengikuti terapi-terapi yang melibatkan pembelajaran secara bersemuka. Menurut kajian 1 daripada 68 anak-anak adalah autistik dan bayangkan bagaimanalah mereka yang kurang berkemampuan dapat menyelesaikan masalah anak mereka yang menghidap kecelaruan di zaman wabak dan gawat ini. Kerajaan Negeri bolehlah mengenal pasti anak-anak syurga ini supaya mereka dapat dibantu ketika anak-anak normal yang lain juga terkandas, mereka ini lagilah jauh keterbelakang dan solusinya lebih menjurus kepada kerjasama kerajaan Negeri dengan pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan terapi pemulihan cara kerja iaitu occupational therapy, terapi pertuturan iaitu speech therapy dan Early Intervension Programme (EIP). Seterusnya YB. Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu memerangi rasuah. Menjunjung titah Tuanku Sultan berkenaan dengan isu rasuah. Saya melihat saranan ini perlu diambil serius oleh kerajaan Negeri. Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini pula rakyat memerah keringat dalam mendapatkan punca rezeki masih ada yang ingin mengambil kesempatan memilih jalan mudah menerima suapan dan menyalahguna

kuasa supaya cepat kaya-raya. Ingatlah kaya di dunia ini tidak menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat lebih-lebih lagi sumber pendapatan ini bukanlah dari sumber yang halal. Jika sebelum ini kita sering dengar ahli-ahli politiklah yang dikaitkan dengan kes-kes rasuah kita kluster pegawai Kerajaan pula yang didominasi sehingga mereka ditangkap SPRM. Saya mengharapkan agar kes-kes yang kini sudah tular diadili seadil-adilnya dan biarlah hukuman yang diterima setimpal dan menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

mencelah ...

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya, YB. Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih. YB. Saya nak tanya, adakah setuju jika saya kata negeri Selangor ni ke arah sebuah negeri yang dikenali sebagai negeri rasuah? Saya ulang, adakah YB. setuju sekiranya saya mengatakan negeri Selangor ke arah sebuah negeri bukannya maju, tetapi negeri yang rasuah?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Itu saya kira saya tak bersetujulah. Saya kira rasuah ni perlu diperangi bersama dah jelas apa yang berlaku rasuah ini tidak berlaku di kalangan kluster politik, kluster jabatan ataupun dan sebagainya, maksudnya ianya berlaku dalam keadaan berbagai sudut. Sebab itu setelah kerajaan Negeri mengambil langkah pemecahan kuasa di antara ahli politik dan pentadbiran kerajaan Negeri tetapi amalan gejala rasuah ini masih berleluasa dan tetap berlaku. Ini adalah peranan kerajaan Negeri untuk memikirkan semula ataupun mengambil satu cara gerak kerja baru untuk memastikan keadaan ini tidak berlaku seperti mana YB. Bukit Lanjan perbahaskan tadi. Saya menyokong.

Seterusnya ialah menaik taraf infrastruktur di Sabak Bernam. Sabak Bernam adalah daerah yang sangat luas dan berpotensi terutamanya di kawasan sungai air tawar. Walau bagaimanapun masih banyak kemudahan yang tidak mampu dirasai penduduk di sini. Saya melihat kemudahan seperti taman rekreasi, laluan basikal dan tempat berjoging adalah amat kurang. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada kerajaan Negeri Selangor untuk membina lebih banyak taman rekreasi di Sabak Bernam terutamanya di DUN Sg. Air Tawar yang kini masih tidak mempunyai walau satu taman rekreasi. Saya cadangkan lokasi pusat riadah ini dibuat dengan menaik taraf ban pesisiran pantai di kawasan sungai tawar iaitu bermula dari Bagan Sungai Pulai, menuju ke Pantai Bumi Hijau yang mana jaraknya adalah lebih kurang 7 km pergi dan balik. Begitu juga di ban pesisiran pantai di Sg. Lang berhampiran Institut Perakaunan Negara yang mana jaraknya 7 km pergi dan balik. Saya sangat-sangat berharap agar ianya dapat dinaiktarafkan sebab waktu COVID kita juga perlu bersenam. Kita perlu meningkatkan kita punya antibodi diri. Jadi perlunya rakyat ni yang terkurung, stress perlunya juga ada pusat rekreasi, jadi saya nampak mungkin kosnya tak tinggi sebab ban tu memang dah ada. Di tepi laut, keadaannya cantik, cuma hanya perlu diperbaiki dan mungkin juga perlu diletakkan tong sampah untuk menjaga kebersihan dan laluan

itu bersedia untuk dijadikan laluan pejalan kaki, atau tempat berjoging atau tempat berbasikal. Cukup cantik pemandangannya dan saya kira tidaklah menelan kos yang sebegitu tinggi. Kalau tidak penduduk Sg. Tawar terpaksa pergi ke Stadium Sabak ataupun ke Stadium Sg. Tawar untuk berjoging, sudah pasti ia memakan masa dan tak ramai yang akan mengambil masa untuk pergi berjoging di sana. Kalau berjoging di taman-taman pula di kawasan saya kebiasaannya mereka menghadapi ancaman anjing liar itu aduan yang saya diberitahu. Sebab itu saya mohon pertimbangan daripada pihak Kerajaan Negeri agar dapat menaik taraf ban persisiran pantai ini dijadikan tempat beriadah atau pun tempat mereka bersukan dan berjoging. Saya juga ingin menyentuh berkenaan tadi yang saya telah sentuh tadi perbaikilah Institut Jati diri Selangor Hay Resort dan juga balai-balai raya tandas-tandas awam di BNO ini ada berapa tandas awam di gerai-gerai yang ada di pantai BNO saya tengok tandas awam ada tetapi tidak terurus. Yang mana airnya masih disimpan dalam bentuk takungan. Paip air tak berfungsi terpaksa tarik isi dalam takungan. Waktu pandemik ini kaedah itu tidak sesuai kerana tidak memenuhi tuntutan SOP jadi saya harap sangatlah pihak Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam mengambil kira berkenan perkara ini. Saya juga ingin menyebut apakah semua ini jadi kira sudah sampai masanya saya menyentuh saya dan sampai masanya saya menutup perbahasan saya. Sebagai penutup bicara saya ingin ingatkan kembali kepada Kerajaan Negeri agar tumpu sebaiknya dalam agenda memerangkan Covid-19 ini. Ingatlah sentiasa nyawa-nyawa rakyat di negeri Selangor ini, ramai rakyat terjejas ekonomi semakin lumpuh dan frontliner pula sudah semakin tenat. Ini bukanlah masa untuk Kerajaan Negeri mengkaji strategik terbaik dalam perang COVID-19 cukuplah setahun lebih ini kita sudah mengkaji sekarang adalah masa untuk bertindak. Tactical defensive perlu diketepikan tactical air taking perlu diguna pakai. Seranglah habis-habis Covid-19 ini jangan diberi ruang untuk menyeksa rakyat. Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan GLC perlu main peranan ketika ini, sudah banyak hasil yang diterima oleh mereka. Ini sudah sampai masanya untuk mereka memulangkan kembali hasil itu kepada rakyat. Sumbanglah sebanyak mungkin kepada agenda membanteras COVID-19 ini sekarang adalah masa untuk berbelanja dan bukan lagi masa untuk menyimpan. Pada Allah saya berserah dan kepada Allah juga kita bertawakal, maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan itu janji Allah yang pasti jadi saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada perbahasan saya ini ada mengguris hati perasaan di kalangan rakan-rakan Yang Berhormat yang ada di dalam dewan ini. Jadi dengan ini Sungai Tawar menyokong dan mengucapkan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Tawar. Kita persilakan Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Banting juga ingin berdiri untuk menyokong usul yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang disokong Hulu Klang. Tadi kita mendengar Sungai Tawar memberi ucapan cukup panjang. Sebagai Kerajaan yang bersikap terbuka bagi diri saya sendiri Yang Berhormat saya tidak berasa itu ucapan nada Yang Berhormat itu berpolitik saya

kira mungkin, yang saya rasa kita harus menerima mungkin ada kekhilafan sana sini kita terima dan saya terima kasih Yang Berhormat kerana memberi peluang yang cukup luas untuk kita bertukar-tukar pandangan dan saling membetulkan yang pastinya ada fakta yang kita perlukan betulkan Yang Berhormat dan memang ada perkara yang perlu kita betulkan perkara yang perlu diperjelaskan supaya ia tidak membelenggu perbahasan Ahli-ahli Dewan selepas ini dengan fakta-fakta tidak tepat. Terima kasih Tuan Speaker sebenarnya kalau kita meneliti titah ucapan Tuanku semalam, segala persoalan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang barangkali Ahli-ahli Yang Berhormatnya ada jawapan dalam teks ucapan tersebut. Antaranya fokus utama adalah dengan perang kita terhadap Covid-19 dan kadar vaksinasi di Selangor merupakan satu isu yang cukup penting yang sering kali dibahaskan di dalam dan luar dewan. Suka atau tidak Yang Berhormat sekalian program SelVAX ataupun Imunisasi sebelum merupakan antara yang paling awal dan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri, mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia. Program SelVAX sekarang yang ini kita akan mana yang akan barangkali akan kembang ke negeri yang lain dan saya rasa bukan sahaja kita sahaja berkembang tetapi Kerajaan juga sudi meminjam vaksin ini kepada negeri-negeri lain yang memerlukan. Saya rasa ini adalah sifat keterbukaan kita sifat apa ni ke Malaysia yang ditunjukkan oleh pakatan Harapan. Bayangkan kalau sikap ini budaya politik yang sihat ini dapat diterapkan dalam Kerajaan Persekutuan yang dipegang oleh Pakatan Harapan saya rasa bukan sahaja kita boleh keluar daripada pandemik ini pada masa yang lebih awal malahan kita tidak akan sampai seterus demikian oleh sebab itu saya rasa pujian harus kita beri kepada Kerajaan dan juga pucuk pimpinan kerana melaksanakan program saya kira agak komprehensif untuk memerangi COVID-19 ini.

Tuan Speaker satu perkara yang kita tidak harus lupa kita menjunjung kasih saya mengajak rakan-rakan semua untuk menjunjung kasih Tuanku kerana Tuanku Sultan Selangor pernah mengeluarkan satu kenyataan pada awal bulan Jun. Apa yang saya kita boleh baca daripada statement ataupun kenyataan Tuanku ialah adalah tidak adil untuk Selangor kalau saya dapat petik ampun Tuanku apa yang telah dilaporkan di dalam media adalah tidak adil untuk Selangor dengan penduduk 6.5 juta penduduk tetapi hanya diberi vaksin yang sedikit pada waktu itu. Pada waktu itu Kerajaan Selangor dijanjikan kita akan dapat 2.9 juta vaksin, tetapi yang hanya dibekalkan hanya sekadar 615 ribu dos sahaja. Dan kita lihat selepas itu ada respons nak maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan ada operation seach capacity barulah Kerajaan Negeri Selangor dapat lebih vaksin. Sebelum itu kita kata kita nak beli vaksin nak buat SelVAX nak itu nak ini semua mengalami jalan buntu dan kita menjunjung kasih Tuanku kerana kenyataan itu telah menyebabkan Kerajaan Persekutuan pada masa itu sedar lalu melakukan usaha-usaha pembetulan dan membekalkan lebih banyak vaksin kepada negeri Selangor dan juga rakyat Selangor. Saya rasa itu kita harus junjung kasih dan kita harus tidak lupa juga Kerajaan Selangor dengan Selangkah, PUIS napping dan sebagainya telah pun kita mulakan pada satu masa yang lebih awal. Tapi seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat mantan Menteri Kewangan apa yang dilakukan apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan

Persekutuan pada masa sekarang dengan kes melebihi 20 ribu satu hari dengan kadar kematian yang mencapai berapa ratus orang setiap hari. What we can do right now, exactly too little late to feel dengan izin. Tetapi apa dayanya kita perlu lakukan jadi oleh sebab itu saya menyarankan kepada Kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri fine, test isolate support and now vaccine kena jalan serentak. Barangkali sapa yang jadi Kerajaan ini apa yang dilakukan oleh mereka supaya kes pandemik ini kita boleh turunkan kita boleh kontrol dan satu lagi perkara yang saya rasa yang ingin bangkitkan di sini adalah vaksinasi untuk warga asing. Saya berpendapat adalah wajar untuk Kerajaan Negeri Selangor melihat kembali strategik vaksinasi ini supaya boleh memberi vaksin kepada warga asing supaya kita dapat mencapai had imuniti pada kadar yang lebih tinggi. Off course cadangan ini dilontarkan dengan pra syarat bahawa kita warganegara Malaysia dan Selangor telah pun kebanyakan mendapat vaksin.

Strategik ini bukan sahaja kerana kita hendap mencapai had imuniti pada kadar yang lebih awal tetapi sekiranya mengambil inisiatif ini Kerajaan akan mempunyai satu pangkalan data yang rapi dan komprehensif terhadap bilangan warga asing yang ada di negeri Selangor sama ada yang ada kebenaran atau tidak ada kebenaran. Bayangkan setiap kali mereka datang ke SelVAX komuniti dengan Selangkahnya dengan pasport walaupun sudah luput kita ada matlamat kita tahu asal dari mana, negara dari mana, nombor handphone dari mana alamat dari mana, pasport nombor apa, kita tahu di manakah mereka, siapakah mereka. Maka dengan itu dalam merangka dasar-dasar Kerajaan pada waktu akan datang ia akan membantu kita jadi saya melontarkan cadangan kepada Kerajaan supaya kita lihat kembali ada kelebihannya kalau kita membenarkan ataupun memberi kemudahan kepada warga asing untuk mendapat vaksin melalui SelVAX Komuniti atau SelVAX Industri supaya kita boleh pegang data itu.

Kedua Tuan Speaker ada juga disebut kes COVID-19 tinggi di Selangor semalam Tuanku ada menyebut ia nya berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP, ini adalah benar. Dan saya ingin menambah lagi Tuan Speaker, SOP ini tidak boleh di gagal di patuh kerana ia menjadi lebih perit kerana SOP yang dirangka oleh MKN berubah-ubah. Saya ada menyatakan tadi, kejap sana tutup kejap tutup kejap buka ini telah menyebabkan pegawai kerajaan sama ada di peringkat PBT di pejabat tanah di PKD, di OCPD, IPD dan sebagainya semua keliru kerana mereka tidak tahu apakah undang-undang yang dipakai pada hari itu kerana ia bertukar setiap hari kalau dalam keadaan seperti itu bagai mana SOP itu boleh dipatuhi. Ini menimbulkan banyak masalah di peringkat lapangan oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kita perlu jelas dalam perkara ini sebenarnya saya berharap Yang Berhormat Bukit Antarabangsa boleh hadir ke dewan sekarang belum lagi Menteri bukan Menteri atleast for the time being harusnya ada masa untuk hadir ke dewan ini untuk berdebat berbahas dan membolehkan kita bertanyakan soalan apakah telah berlaku semasa Yang Berhormat menjadi Menteri Perdagangan MITI kerana kebanyakan masalah dan aduan yang kita terima adalah berkaitan dengan SOP yang tidak jelas seperti ini

oleh sebab itu saya berpendapat duduk dan bincang dan saya berharap Yang Berhormat Bukit Antarabangsa dapat hadir ke dewan yang mulia ini untuk mendengar dengan telinganya sendiri rintihan dan juga aduan yang ada dan seboleh-bolehnya, kalau boleh beliau datang juga untuk menjawab. Tuan Speaker ialah kerana dulu dia adalah Menteri sekarang belum lagi tak tahu lagilah jadi kita berharap dia boleh hadir ke sini. Ini bukan saja tegur Yang Berhormat.

Sedikit mencelah Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya ya.

Terima kasih Banting. Terima kasih Tuan Speaker. Tadi saya mendengar perbahasan daripada Banting mengatakan bahawa SOP berubah-ubah setiap hari. Adakah maksud Banting ini adalah SOP ini yang memang berubah-ubah setiap hari ataupun seolah-olah berubah-ubah setiap hari. Saya tak nampak SOP itu berubah-ubah setiap hari, tapi memanglah perubahan kalau mungkin daripada PKP, PKBB, PKPD itu berlaku. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya hanya jawapan saya kepada Yang Berhormat berasaskan teguran dibuat oleh Mantan Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Bukan saya seorang sahaja yang merasakan SOP berubah-ubah, malahan mantan Ketua Polis Negara mempunyai fikiran atau pandangan yang sedemikian, menyebabkan anak-anak buah beliau menjalankan roadblock di merata-merata seluruh Malaysia ini menghadapi masalah. Kawasan ini macam mana, macam mana 10 kilometer, macam mana jarak antara Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya dengan Selangor. Semua ini menimbulkan banyak masalah di situ. Ada juga rakan-rakan kita pagi bincang dan buat keputusan macam itu petang pula live tukar, jadi ini telah menimbulkan persepsi yang teruk kepada Kerajaan kepada negara Malaysia ini. Jadi Tuan Speaker saya berharap teguran ini boleh diterima dengan hati yang terbuka oleh Kerajaan khususnya kerajaan persekutuan dan memastikan kita dapat melaksanakan selepas ini MKN SOP yang lebih jelas dan lebih mudah difahami. Tuan Speaker kita melihat operasi ataupun KDN terjejas.

Speaker

Banting sila duduk.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Speaker

Sambung esok kang bagi masa untuk lebih kurang setengah jam kepada Banting. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya mohon kerjasama selepas kita balik esok datang ke dewan pastikan kendiri dan juga test kit itu dibuat test kit buat swab sendiri ya pastikan semua selamat kesihatan kita ya. Mohon kerjasama minta di wajib semua buatlah termasuk pegawai-pegawai yang hadir. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam sudah menunjukkan 4.30 petang maka

dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok 25 Ogos 2021 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(Dewan Ditangguhkan Pada Jam 4.30 Petang)