Selangor · 27 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 318 turns · 33,172 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas pada 27 Ogos 2021 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan para pemerhati sekalian. Saya ingin memaklumkan saya telah menerima makluman daripada semua ahli-ahli Yang Berhormat, jabatan dan urus setia mengenai ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri yang dibuat di rumah masing-masing dan keputusan semuanya adalah negatif. Saya memperingatkan semua yang berada di dalam dewan ini untuk melakukan ujian kendiri tersebut sebelum menghadiri persidangan dewan pada setiap hari. Baiklah saya mempersilakan Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 40.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Pelan Masa Projek Pengukuhan Dan Penaiktarafan Di Sungai Kayu AraQuestions

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Menurut perkembangan terkini, pejabat saya dimaklumkan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kayu Ara telah diluluskan dan kini dalam proses reka bentuk terperinci. Walaupun begitu, dijangkakan kerja-kerja hanya akan dimulakan sekitar 2023. Apakah pelan masa projek ini dan mengapakah projek ini kerap ditangguhkan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Bandar Utama

menanyakan soalan berhubung dengan perkembangan terkini Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kayu Ara.

Untuk makluman Yang Berhormat, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kayu Ara yang dianggarkan kos projek sebanyak RM20 Juta sebenarnya telah pun diluluskan. Sebelum ini pun saya telah maklumkan diluluskan dan tidak ada isu pembatalan atau penangguhan. Menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Projek ini akan berjalan mengikut jadual dan mengikut pelan masa yang telah dirangka sebagaimana yang telah ditetapkan.

Status terkini dalam peringkat penyediaan dokumen tender dan jangkaan tender adalah pada Mac 2022 dan pelaksanaan projek fizikal akan bermula suku kedua pada tahun 2022. Tempoh pelaksanaan projek di jangka adalah 18 bulan dan jajaran projek adalah bermula daripada jambatan Kampung Cempaka sehingga Jambatan Taman Mayang Emas sepanjang 1.5 km dan projeknya bukan bermula pada 2023. Dan akan berakhir dan siap pada tahun 2023. Kerja-kerja pembinaan fizikalnya termasuklah kerja-kerja pembinaan perlindungan tebing, pembinaan tembok penahan banjir, pembinaan outlet dan pembinaan rumah pam. Sekian.

Timbalan Speaker

Saya silakan. Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 41.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Bantuan Covid-19 Untuk Penduduk Luar BandarQuestions

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status bantuan COVID-19 untuk rakyat Negeri Selangor di kawasan Luar Bandar dan berapakah jumlah penerima sehingga Julai 2021?

b)

Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menukar kaedah bantuan daripada bakul makanan kepada sumbangan kewangan?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Bagi

menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sungai Air Tawar sehingga 16 Ogos 2021, Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak RM278.34 Juta di bawah Pakej Kita Selangor iaitu RM41.70 Juta bagi Pakej Kita Selangor 1.0 dan RM236.63 Juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0. Daripada 46 program di bawah Pakej Kita Selangor ini, 11 program telah selesai dilaksanakan. Program ini disediakan dengan penumpuan terhadap kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi Negeri Selangor. Program ini juga disediakan kepada semua lapisan penduduk Negeri Selangor ketika mendepani cabaran kesan penularan pandemik COVID-19 .

Justeru, pada masa ini tiada data mengenai jumlah penerima di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, sehingga 16 Ogos 2021, seramai 871,837 orang telah menerima manfaat daripada pelaksanaan Pakej Kita Selangor 1.0 dan 2.0.

Bagi menjawab soalan b) Inisiatif Bakul Makanan yang diperkenalkan melalui Pakej Kita Selangor merupakan salah satu inisiatif yang memberi manfaat kepada penerima yang terjejas melalui kaedah pemberian barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan makanan asas yang lain secara terus daripada Pejabat Ahli Dewan Negeri/ Ahli Parlimen/ MPKK ke rumah penduduk yang terjejas. Cadangan menukar kaedah bakul makanan kepada wang tunai merupakan cadangan yang baik iaitu memberi peluang kepada penerima untuk membeli barang keperluan mengikut kehendak ataupun keperluan mereka. Namun kaedah pemberian wang tunai juga mempunyai risiko tertentu seperti berlakunya kehilangan wang tunai serta mendatangkan risiko keselamatan kepada petugas-petugas PKM seperti risiko dirompak dan sebagainya. Pemberian wang tunai juga dikhuatiri akan disalah gunakan oleh penerima untuk membeli barangan yang bukan merupakan keperluan asas dan seterusnya menyukarkan kehidupan harian penerima. Justeru, Kerajaan Negeri menghargai cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dan akan menimbangkan secara mendalam mengenai kaedah pemberian secara tunai. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Sungai Air Tawar... Jeram.

Y.B. TUAN MOHD SHAID BIN ROSLI

: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 42.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Prestasi Anak Syarikat Kerajaan NegeriQuestions

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah hasil pendapatan MBI dan PKNS?

b)

Berapakah keuntungan diperolehi oleh MBI dan PKNS?

c)

Berapakah untung bersih MBI dan PKNS dalam projek yang dilaburkan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Jeram atas soalan yang dikemukakan atas 2 institusi anak syarikat Kerajaan Negeri yang besar dan penting di negeri Selangor iaitu MBI dan juga PKNS. Untuk MBI pada tahun 2018 kita telah mencatatkan perolehan sebanyak RM120 Juta atau RM120,334,000.00 dan keuntungan sebelum cukai keuntungan mereka adalah sebanyak RM5.021 Juta. Dan keuntungan selepas cukai adalah 5.021 Juta kerana MBI adalah institusi yang dikecualikan daripada percukaian. Dalam pada keuntungan tersebut sebenarnya Kerajaan ataupun MBI telah menyumbang RM52.43 Juta dalam pelbagai program-program sama ada inisiatif Peduli Rakyat ataupun inisiatif-inisiatif lain yang memerlukan bantuan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri. Dan kita serahkan kepada Kerajaan Negeri sebahagian daripada perbelanjaan ataupun urus tadbir yang perlu dilakukan oleh MBI.

2019 - RM417,468,000.00 ini adalah pendapatan mereka. Dan keuntungan selepas cukai mereka adalah RM321,485,000.00 dengan RM75,993,000.000 diberikan atau disumbangkan kepada Kerajaan Negeri.

Pada tahun 2020 perolehan di tangan MBI adalah sebanyak 188,98 ataupun seratus lapan juta, seratus lapan ringgit dengan menyampaikan atau menyumbangkan sebanyak RM806,594,000.00 dan dalam akaun kira-kira mereka mencatatkan kerugian sebanyak RM28 Juta. Ini kalau kita nilai sebenarnya kalau tidak diberi sumbangan sebanyak RM86 Juta itu kerugian itu tiada dicatatkan dan sebenarnya sebahagian daripada hasil-hasil sepatutnya dikutip tidak dapat dikutip pada tahun 2020 adalah kerana PKP dan tahun-tahun mendatang kita berjaya melaksanakan atau kita memuktamadkan. Jadi saya tidak selalu risau kerana aset dan nilai kita tidak lagi mencatatkan kerugian. Kerugian, maksud saya kerugian memang ada dalam buku kira-kira tetapi aset dan apa nilai yang kita rasa sudah jauh melampaui dari apa yang ada.

Untuk PKNS pada tahun 2018 daripada segi perolehan kita mencatatkan RM613.2 Juta. Tahun 2019- RM659.7 Juta dan 2020-RM510.2 Juta. Kalau kita lihat daripada ketiga-tiga tahun, tahun 2020 menurun begitu juga dengan MBI ini disebabkan oleh PKP dan MCO yang sedikit sebanyak menjejaskan. Manakala untung sebelum cukai pada tahun 2018 - RM402.1 Juta. RM252 Juta pada tahun 2019. RM153.4 Juta untuk PKNS sebelum di audit. Untuk tahun 2018 selepas di audit keuntungan PKNS ialah

RM111 Juta, dan 2019 - keuntungan mereka adalah RM18.9 Juta. Kita sedang menunggu laporan penuh beraudit yang akan dikeluarkan. Namun begitu saya ingin menyebutkan awal mungkin ada angka negatif yang akan dikeluarkan atas beberapa proses dan perakaunan antaranya adalah in payment ataupun susut nilai terhadap beberapa bangunan dan juga terhadap beberapa aset dan juga terhadap beberapa projek yang masih lagi berjalan, yang memerlukan penilaian dan juga dan injeksyen yang sebelum ini dilakukan oleh pihak PKNS. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Amat Berhormat. Soalannya agak panjang 3 dalam satu. Adakah keuntungan ini meningkat setiap tahun? Dan berapakah peratus peningkatan keuntungan tersebut? Sekiranya ya, adakah jumlah nilai keuntungan itu lebih tinggi dari kos operasi? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita masih melihat peratusan keuntungan ia bukan boleh di... ia bukan konsisten peningkatan itu tiap-tiap tahun. Saya ambil contoh MBI tadi. Pada tahun 2018 keuntungan bersih mereka adalah sebanyak RM5.02 Juta. Pada tahun 2019 keuntungan bersih mereka adalah sebanyak RM321.458 Juta atau pun RM321 Juta. Itu bukan 300 kali ganda itu. Saya ingat 600 kali ganda. Peningkatannya daripada. Peningkatannya daripada 300 pula. Tidak sampai 300. Lebih 100 kali ganda. Lebih 3, 4 kali lipat lah keuntungan yang mereka dapat. Itu bergantung kepada projek-projek dan pelaksanaan yang mereka laksanakan dan ada period-period tertentu.

Kebanyakan GLC ini memang banyak terlibat di dalam perniagaan ataupun di dalam hartanah. Dan sektor hartanah ia tidak boleh develop one day kecuali kita juga tanah. Ia biasanya kalau ada kerjasama pun ia akan ada sure turn period pembayaran dan sebagainya. Sebab itu memang sebahagian besarnya adalah operasi dan kalau ia mencatatkan keuntungan sudah pasti perolehan itu lebih pada operasi. Tapi untuk MBI dan PKNS.

Untuk MBI terutamanya saya sebutkan dari pada tiap-tiap tahun. Dari 2015 RM5.34 Juta diberikan kepada kerajaan negeri dan pelbagai aktiviti program kita. 2019 - RM75 Juta kita diberikan. 2018, 2020 RM85 Juta sebab apa? Sebab tahun 2020 kita juga laksanakan pelan, kita laksanakan beberapa program, kita anjurkan beberapa inisiatif sebagai contoh, yang menelan perbelanjaan yang besar yang dikembalikan kepada rakyat melalui tabung Kerajaan Negeri ataupun sumbangan pihak MBI kepada kerajaan ini. Kalau kerugian itu dianggap segala-galanya tidaklah berbelanja langsung kepada Kerajaan Negeri itu memang tidak bermakna lah. Tapi ini disumbangkan/ diserahkan. Begitu juga PKNS ada program CSR nya, ada pasukan bola sepak sebagai contoh RM10 Juta tiap-tiap tahun hampir 10 Juta tiap-tiap tahun yang terus menerus kelangsungan beberapa sektor penting dalam negeri. Terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Speaker. Tambahan. Kos operasinya adakah melepasi. Kos operasi penurunan MBI dan PKNS. Kos operasi tahunan? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sudah semestinya kos operasi mampu ditanggung kebanyakan kalau kita lihat ada sebahagian kadangkala kerugian-kerugian syarikat ini ia disebabkan oleh proses susut nilai atau impairment tadi. Tapi kalau kita tengok kepada akuan cashflow ataupun tunai mereka. Mereka boleh tanggung, tidak ada unsur mereka perlu pinjaman untuk menanggung operasi ataupun menjual aset untuk menanggung operasi. Ini yang saya percaya ada dalam struktur serta keutuhan organisasi GLC-GLC kita. Kalau perlu menjual pun saya anggap ia tidak perlu memerlukan pinjaman daripada Kerajaan Negeri untuk menampung kehidupan mereka atau memerlukan injection berterusan daripada Kerajaan Negeri. Kadang-kadang injection itu berlaku tetapi ia bukan dalam tempoh berterusan ia dalam tempoh untuk projek jangka pendek sebagai contoh ataupun projek yang memerlukan wang yang segera saya ambil contoh, sebagai contoh Selgate buku kira-kira untung tetapi kita kena buat perolehan vaksin mereka perlu meminjam kepada Kerajaan Negeri sebab cashflow-nya perlu di atur dengan baik, perbelanjaan besar lebih daripada RM100 Juta. Jadi kos operasi mereka mampu ditanggung daripada operasi atau pun hasil wang tunai yang masuk daripada setiap pengoperasian mereka. Sudah pasti itu yang kita lakukan, kalau tidak saya rasa itu kita tutup atau kita cadangkan untuk kita kenali susun semula untuk apa, untuk memastikan ia tidak membebankan Kerajaan Negeri dan kerana idea asal GLC yang pentingnya adalah meringankan tugas Kerajaan Negeri. Meringankan tugas Kerajaan Negeri termasuk untuk mereka berniaga tetapi mampu memberikan nilai yang bagus kualiti yang baik tetapi dengan harga yang berpatutan, sebagai contoh perumahan, sebagai contoh perumahan. Sebagai contoh vaksin, kalau ikut harga pasaran sahaja besar, tapi Kerajaan Negeri boleh membeli dengan harga jauh lebih rendah disebabkan oleh dengan kekuatan atau pun dengan kemampuan ataupun dengan mengolah GLC supaya boleh membantu Kerajaan Negeri. Memang GLC tujuannya adalah kritikal sektor yang harus disertai memudahkan rakyat dan mempermudahkan tugasan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Nilainya?

Timbalan Speaker

Yang berikutnya.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat, nilainya, nilai yang kita minta tu,kos operasi.

Timbalan Speaker

Jeram. Sila.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Timbalan Speaker, saya pernah bawa isu ini dalam perbahasan, beri ruang untuk saya bertanya. Tuanku benarkan

dua minggu untuk kita berbahas, jadi sekiranya kalau disekat kebebasan ahli untuk bersuara, jadi apakah nilai?

Timbalan Speaker

Sila duduk Jeram ya. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menjawab.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Bila soalan yang saya tanya itu jelas, nilai kos operasinya jadi saya mungkin Yang Berhormat lupa. Jadi saya minta.

Timbalan Speaker

Yang seterusnya Bukit Malawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 43.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Pelan Pemulihan Industri Pelancongan Dan PerhotelanQuestions

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan sebuah pelan pemulihan bagi industri Pelancongan dan perhotelan untuk membantu sektor ini berkembang semula dan membantu golongan pekerja dalam industri ini?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih kepada Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Bukit Malawati. Yang bertanya tentang Pemulihan Industri Pelancongan dan Perhotelan. Kerajaan Negeri pada ketika ini telah melaksanakan dan merancang pelbagai inisiatif dan bantuan bagi membantu perkembangan industri pelancongan di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah pun meluluskan bantuan bagi menangani kesan COVID-19 serta inisiatif bagi membangunkan perkembangan industri pelancongan di Negeri Selangor berjumlah RM5.51 Juta melalui dua Pakej Rangsangan iaitu Pakej Rangsangan Selangor Prihatin berjumlah RM2.6 Juta pada tahun 2020 dan Pakej Kita Selangor 2.0 berjumlah RM2.55 Juta pada tahun 2021. Melalui 2 pakej rangsangan ini, 6 inisiatif telah dan akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Pakej Ransangan Selangor Prihatin (Tahun 2020): i. Insentif Khas Bersasar Secara One-Off kepada Penggiat Industri Pelancongan; dan ii. Program Pengagihan Subsidi Baucar Pelancongan.

2. Pakej Kita Selangor 2.0 Bagi Sektor Pelancongan (Tahun 2021): i. Geran Bantuan Kewangan Program atau pun Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor; ii. Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0; iii. Program Latihan Digital Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan; dan iv. Bantuan Kewangan “One-Off” kepada Persatuan Pelancongan.

Inisiatif-inisiatif tersebut memberi manfaat kepada pemain-pemain industri pelancongan seperti Pengusaha Penginapan Pelancongan (Hotel & Homestay), Frontliner Pelancongan (Pemandu Pelancong & Hos Komuniti), Agensi Pelancongan dan Pengembaraan dan Persatuan-persatuan Pelancongan yang menaungi keseluruhan pemain-pemain industri pelancongan di Negeri Selangor khususnya bagi industri perhotelan dan penginapan. Pengusaha melalui persatuan perhotelan dan penginapan juga boleh membuat permohonan bagi bantuan-bantuan dan latihan kemahiran yang terdapat dalam pakej bantuan yang telah disediakan bagi membantu merangsang perkembangan sektor ini.

Selain dari pakej bantuan tersebut, kempen promosi pelancongan tetap giat dijalankan melalui pelaksanaan kempen “Pusing Selangor Dulu!” bagi merangsang ekonomi pelancongan domestik khususnya kepada sektor perhotelan dan industri-industri berkaitan pelancongan yang lain. Di samping itu, pihak Kerajaan Negeri pada ketika ini juga sedang meneliti dan juga mengkaji cadangan untuk mengurangkan atau menangguhkan pengenaan cukai pintu, cukai tanah dan juga permit perniagaan terhadap pengusaha hotel dan penginapan dalam Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, boleh Yang Berhormat EXCO jelaskan berkenaan penangguhan cukai yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi bagi membantu industri perhotelan yang terlibat. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Bukit Malawati. Kita sedang meneliti dan juga mengkaji kesan-kesan atau pun bagi setiap PBT kerana kalau kita bagi pemotongan cukai pintu ataupun bagi pemotongan cukai tanah ia akan memberikan impak kewangan kepada setiap PBT kerana hasil utama Kerajaan Negeri adalah melalui cukai tanah dan cukai pintu kalau kita memberikan 100 peratus pemotongan cukai ini, saya rasa ia akan memberikan impak yang sangat teruk kepada kutipan hasil daripada PBT. Sebab itu kita sedang membuatkan, mesyuarat dengan setiap PBT berkenaan supaya boleh dapat maklumat detail berapakah hotel atau pun berapakah persatuan-persatuan atau pun host komuniti yang ada di Selangor ini. Kemungkinan

kita akan cadangkan untuk pemotongan cukai pengurangan cukai yang diberikan kita sedang meneliti so yang satu laporan lengkap akan kita sampaikan kepada Mesyuarat MMKN akan datang. Sekian terima kasih.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Speaker. Saya rasa hotel dan pusat Entertaiment ataupun restoran kadang-kadang dia tidak dibenarkan berbuka untuk operate, bukan dia suka hati dia tutup. Jadi dalam keadaan macam ini masa, inilah masa untuk Kerajaan sebagai kerajaan prihatin untuk memberi bantuan, jadi saya pun tak faham apa itu penelitian atau study kena buat. Memang dia terpaksa tutup jadi apa salahnya kita bagi secepat mungkin bagi mengecualikan cukai pintu ke? Apa-apa kos yang boleh membantu mereka. Sebab mereka dipaksa tutup. Sekian terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Ini cadang ke atau soalan? Saya tak pasti. Tapi untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, dalam keadaan sekarang ini PKP bukan setakat Hotel yang terlibat yang ada kesan, semua sektor terkesan juga, tapi kita sedang sudah pun mencari penyelesaian untuk membantu hotel-hotel ini. Di mana dalam masa PKP ini kita masih membenarkan staff hotel operasi terutama untuk mereka untuk meneruskan perniagaan mereka melalui kita membenarkan mereka untuk kuarantin pusat kuarantin untuk mereka yang balik dari luar negara di mana di Selangor kita ada 7 hotel daripada 3 bintang ke 5 bintang ataupun bajet hotel ada usaha-usaha kita untuk menjalankan pengasingan kuarantin orang balik dari luar negara dan juga kita sedang meneliti, sekarang banyak hotel cari kita untuk mereka offer untuk menjadikan pusat kuarantin bagi mereka yang kena COVID-19 dalam stage 1 stage 2. Kita sedang meneliti dengan kerjasama PKD dan juga Jabatan Kesihatan supaya sebab ada permintaan daripada hotel-hotel line supaya mereka boleh teruskan dia punya perniagaan. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, soalan Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 44.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Projek Perumahan TerbengkalaiQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah dan unit projek perumahan terbengkalai yang belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat di Selangor mengikut daerah.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Kuala Kubu Baharu. Kuala Kubu Baharu bertanya tentang unit projek rumah terbengkalai yang belum mempunyai kontraktor mengikut daerah ya. Di sini saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, sebanyak 111 projek perumahan terbengkalai yang belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat di Negeri Selangor yang melibatkan 15,010 unit mengikut daerah seperti berikut, pertama Petaling 5 projek, Klang 39 projek, Gombak 11 projek, Hulu Langat 13 projek, Sepang 9 projek, Kuala Langat 20 projek, Kuala Selangor 4 projek, Hulu Selangor 9 projek, dan Sabak Bernam 1 projek. Yang melibatkan atau jumlahkan keseluruhannya adalah 111. Yang mana ianya kebanyakannya adalah kes-kes lama, yang kita lihat sebelum 2007 sebenarnya tiada data khusus tentang projek-projek yang dibina yang kebanyakan bawah 5 ekar ini yang mana selepas 2007 baru ada satu polisi iaitu Pindaan Akta Kepemajuan Perumahan semua pembangunan perumahan yang dibina melebihi 4 unit perlu dapatkan lesen jualan dan permit iklan daripada KPKT. Jadi kalau kita lihat benda ini gagal dibuat pada sebelum itu dan ia terjatuh di bawah unit terbengkalai atau terbengkalai. Dan soalan seterusnya tentang apakah tindakan atau Pemulihan Projek Terbengkalai terhadap projek terbengkalai ini. Di antara perkara yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor, kita memang maklum tentang 111 ini tetapi kita lihat banyak juga sebenarnya telah pun di dapat di selesaikan bila mana ada dua kaedah kita ataupun platform yang telah pun diwujudkan iaitu yang pertama iaitu Kerajaan sendiri telah pun membuat kawal selia melalui pemantauan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai singkatannya (JPPT) di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan satu lagi diwujudkan pula Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan maknanya di bawah PBT pula. Ada dua jawatankuasa pula yang diletakkan di situ. Jadi tujuannya adalah untuk memastikan ada tindakan susulan atau keep track lah dengan izin. Perkara-perkara yang melibatkan terbengkalai ini, ada 6 perkara langkah yang diambil. Pertama mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pihak berkepentingan seperti pembeli rumah, pemilik tanah, tuan tanah, pemaju, ada juga Jabatan Insolvensi, pelikuidasi yang terlibat kita perbincangan. Yang keduanya perbincangan dengan semua jabatan kita lihat dari sudut teknikal bagaimanakah ia boleh untuk dipercepatkan isu-isu kalau ia dengan teknikal ya. Dan yang ketiganya, Jawatankuasa akan sedaya upaya membantu mencari pemaju penyelamat. Kita bantu juga ya, kita buka juga peluang ini untuk mana-mana pemaju yang ingin mengambil alih dan juga kita ada buat kerjasama dengan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri dan agensi lain yang berkaitan untuk menyediakan laporan kajian

kebolehlaksanaan (feasibility study) dengan izin secara komprehensif terutamanya pembangunan pemajuan yang melibatkan tanah-tanah Kerajaan. Yang keempat kita melantik perunding atau kontraktor project management company dengan izin bagi pemulihan projek-projek terbengkalai. Yang kelima kita kolaborasi bersama Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN), yang saya lihat kebanyakan syarat yang saya pengerusi mereka hadir bersama untuk membincangkan perkara-perkara yang ditimbulkan. Yang keenam akhirnya, LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai, maknya kalau tak buat apa kita buat surat pengesahan ini dikeluarkan supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank seterusnya dapat menyelesaikan masalahnya. Itu sahaja Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kita dapati sejak 2008 sampai sekarang yang sebenarnya ada 180 projek terbengkalai dan Kerajaan Negeri telah selesaikan sampai tinggal 118. Kalau tak silap sayalah. Mungkin EXCO ada angka yang lebih tepat. Ha, 118 projek yang belum diselesaikan dan belum mempunyai kontraktor penyelamat. Daripada 118 ini kita kira dia sebagai projek sakit. Projek sakit itu ada yang boleh sembuhlah. Macam pesakit kita, ada yang tak bolehlah. So, berapa daripada ini anggar. Jangka, kita jangka kita boleh pulihkan lagi. Ada yang memang tak boleh pulihlah. Jadi kalau yang tak boleh pulih tu macam mana tindakan kita?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya betulkan ya. 111 ya projek yang tinggal daripada 180 itu. Sebenarnya memang daripada tujuan atau jawatankuasa ini diwujudkan untuk mengkaji feasibility ataupun kebolehlangsungan projek-projek ini. Tidak dinafikan banyak projek yang sebenarnya bebanan ataupun masalah itu terletak kepada liquidator. Ya liquidator yang tidak dapat mengemukakan penyelesaian. Liquidator atau pelikuidasi ini adalah sebenarnya yang dilantik oleh pihak mahkamah untuk mengambil tindakan susulan untuk membuat menjadi penyelesaian kepada isu ini. Jadi kerajaan terlibat sebagai melihat apakah cadangan-cadangan ini? Jadi saya lihat begini isunya adalah bilamana kebanyakan liquidator yang kadang-kadang dilantik hampir lebih sepuluh tahun, lima belas tahun ini sehingga kini belum dapat membentangkan penyelesaian yang sewajarnya. Jadi di sinilah kita sekarang ini insyaAllah soalan yang dikemukakan apakah ianya boleh diselesaikan? Berikan saya masa sehingga hujung tahun ini. Saya nampak ada beberapa projek yang sebenarnya boleh digugurkan terus daripada senarai yang ada kerana ianya tidak perlukan penglibatan Kerajaan dan banyak juga projek yang kita selesaikan adalah berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan urusan tanah dan sebagainya. Dari susut teknikalnya boleh diselesaikan. Dan juga yang akhirnya kini kita mencadangkan beberapa projek di bawah Tabung TEPAT iaitu tabung yang disediakan oleh Kerajaan semenjak tahun 2010 untuk menyediakan beberapa infrastruktur. Kadang-kadang isu dia tak ada jalan

masuk, tak ada infrastruktur ataupun tak ada septic tank saja yang kita boleh selesaikan. insyaAllah. Jadi insyaAllah, saya akan kemukakan kalau ada soalan lagi tahun depan saya akan bawakan penjelasan tentang berapakah telah diselesaikan. Contoh di Hulu Selangor kita ada sembilan projek. Di antaranya, Koskan dan juga Serendah yang saya nampak ada projek itu yang tak payah diteruskan pun. Ya. Tanahnya ada tapi pemiliknya belum ada pun. Jadi kenapa kita nak masukkan dalam senarai projek terbengkalai? Eloklah terus kita gugurkan. Jadi antara perkara yang saya boleh jelaskan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Permatang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 45.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)Questions

Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-Berapakah jumlah penerima bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Negeri Selangor? Perincikan mengikut DUN. Nyatakan jumlah permohonan diterima dalam bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi Januari hingga Jun 2021.

Apakah kriteria utama kelulusan permohonan ANIS?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Permatang di atas soalan mengenai Bantuan Anak Istimewa Selangor atau AnIS. Sebelum saya menjawab tentang figurenya, saya ingin mengatakan di sini bahawa kita ada dua jenis bantuan. Pertama adalah bantuan terus kepada anak istimewa dalam bentuk bantuan khas iaitu peralatan-peralatan yang diperlukan oleh anak istimewa. Kita juga ada bawahnya ialah terapi-terapi tertentu yang diperlukan anak istimewa. Dan kita juga ada subsidi untuk mereka yang hadir kepada Institusi Intervensi. Early. EIP, pusat-pusat EIP. Jadi, di atas itu saya ingin menyebut bahawa keseluruhan penerima Bantuan Khas Anak Istimewa di Selangor

adalah 405 orang meliputi 56 DUN di Selangor dan perincian mengikut DUN tu panjang. Saya boleh beri kepada Yang Berhormat namun untuk Permatang nampaknya tidak ada yang memohon untuk peralatan dan tiada juga untuk pendidikan. Ya. Yang Berhormat yang lain kalau ingin tahu nanti kita beri secara bertulis ya. Panjang kot kalau saya nak baca. Untuk Ahli Yang Berhormat jumlah permohonan yang diterima untuk YAWAS bagi tempoh Januari hingga julai 2021 sebenarnya banyak 2,817 permohonan atas talian. Ini masa PKP kita dengan jumlah permohonan yang telah diluluskan hanya sebanyak 405 orang yang merangkumi dua kategori tersebut iaitu kategori pendidikan sebanyak 322 permohonan telah diluluskan dan dalam proses pembayaran terus ke pusat pendidikan seperti yang dipohon oleh pemohon. Dan kategori peralatan sebanyak 83 permohonan yang telah diluluskan dan dalam proses pembelian peralatan yang akan dihantar terus kepada pemohon. Manakala sebanyak 2,234 permohonan telah ditolak. Saya akan terangkan kenapa penolakan ini. Dan 209 masih dalam proses semakan. Berikut adalah antara kenapa ianya ditolak. Yang pertama adalah tiada penghantaran sebarang dokumen sehingga tarikh akhir permohonan. Teguran ini pun saya telah berikan kepada YAWAS sebenarnya. Ada di antara pemohon-pemohon ini dia isi nama dan sebagainya terus hantar tanpa memberi borang-borang, dokumen-dokumen yang diperlukan. Dan saya sebenarnya telah minta supaya kes-kes sebegini dirujuk kepada pusat-pusat khidmat DUN untuk mendapat maklumat-maklumat seterusnya. Tapi kadang-kadang maklumat yang diberi itu tidak lengkap menyukarkan pihak YAWAS untuk trace untuk kesan mereka ini. Ianya tiada penghantaran sebarang dokumen. Isi nama, isi anak OKU, tidak ada bukti langsung. Kedua adalah tidak melengkapkan dokumen sehingga tarikh akhir penghantaran dokumen. Diberi peluang lagi sampai tarikh tutup pun masih tidak lagi menghantar borang dokumen yang telah dilengkapkan. Dan ketiga adalah tidak memenuhi syarat permohonan misalnya umur dan sebagainya. Kriteria utama bagi kelulusan permohonan AnIS adalah permohonan pemohon makna dia penjaga pemohon menghantar dokumen permohonan yang lengkap dan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak YAWAS. Dokumen umum yang lengkap adalah seperti berikut ialah salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa atau penjaga, salinan kad pengenalan pasangan, salinan sijil daftar kad nikah ibu bapa anak OKU ataupun surat perakuan anak angkat, empat salinan kad pengenalan anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah, salinan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan doktor berkenaan masalah anak ataupun dan akhir sekali borang pengesahan pemastautin yang sah mesti rakyat Selangor. Bagi permohonan AnIS bagi kategori pendidikan, dokumen sokongan tambahan yang kita perlukan adalah salinan surat tawaran pusat terapi untuk mengetahui berapakah yuran yang perlu dibayar setiap bulan? Kedua ada salinan sebutharga pusat terapi dan salinan penyata bank pusat terapi ataupun pusat pendidikan ini kerana bayarannya akan dibuat terus kepada pusat pendidikan. Manakala bagi permohonan AnIS kategori peralatan dokumen sokongan tambahan yang diperlukan adalah mempunyai preskripsi doktor. Memandangkan peralatan yang akan dibekalkan adalah berdasarkan preskripsi yang dinyatakan. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 46.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Pemulihan Industri SukanQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha sukan akar umbi yang terkesan akibat pandemik? (b) Apakah "exit strategy" Kerajaan Negeri supaya fasiliti sukan dapat dibuka semula? Nyatakan strategi bagi fasiliti terbuka, separa terbuka dan tertutup.

Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Kampung Tunku yang bertanyakan tentang bagaimana untuk membantu pengusaha sukan dan apakah “exit strategy” yang ada daripada Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha sukan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker sebagaimana yang dilaporkan oleh Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia Sukan Selangor. Terdapat anggaran lebih kurang 500 pengusaha sukan yang berdaftar dan yang terdiri daripada persatuan sukan, operator dan pengusaha sukan di dalam negeri Selangor. Jumlah ini adalah berdasarkan pada permohonan yang kita terima ketika kita menjalankan program vaksin pada pengusaha sukan baru-baru ini. Pelbagai jenis sukan dan pengusaha sukan yang boleh kita sebut di antaranya adalah pengusaha sukan ekstrem, pengusaha Gym, pengusaha Kelab Golf, pengusaha sukan Pinball, pengusaha Futsal, pengusaha litar lumba dan banyak lagi yang boleh kita sebut. Namun Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha membantu semua pengusaha sukan bagi membuka semula operasi mereka. Di antara langkah dan inisiatif yang telah diambil Kerajaan Negeri adalah menganjurkan Program Vaksinasi Atlet Dan Pengusaha Sukan dengan menyediakan 1000 kuota khusus untuk para penggiat sukan yang terdiri daripada operator, pengusaha dan pekerja dalam industri sukan. Fasa pertama program ini telah kita jalankan pada 10 Ogos yang lalu dan inisiatif ini amat significant sebagai usaha mencapai immuniti berkelompok atau herd immunity dan juga merancakkan kembali industri sukan yang sudah sekian lama terjejas akibat COVID-19. Yang Berhormat dan Yang Berhormat Speaker. Bagaimana pula “exit strategy” kita? Pada asasnya perancangan “exit strategy” kita bagi sukan ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis

Keselamatan Negara. Kerana ini adalah bidang kuasa mereka. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak berdiam diri ketika mana rakyat tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sukan. Lalu apa kita buat?

Yang pertama untuk makluman Yang Berhormat, kita mengambil peluang pada waktu ini menambah baik dan membaiki infrastruktur dan kemudahan sukan yang terdapat dalam negeri Selangor kita. Yang kedua kita pastikan para penggiat dalam industri sukan menerima dua dose sebagai langkah persiapan apabila sukan ini dibuka kemudian. Dan yang ketiga, menyediakan kerjasama dengan para pengusaha ini, ini sebagai “exit strategy” membantu pengusaha sukan. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan mereka ini menjalankan program secara kerjasama ataupun aktiviti secara bekerjasama dengan mereka dengan secara tidak langsung dapat membantu aktiviti ataupun peluang ekonomi mereka. Kita boleh adakan kerjasama larian marathon. Kita boleh adakan kerjasama ekstrem motor cross. Kita boleh adakan kerjasama program bina badan kelak. Kita boleh adakan kerjasama futsal. Kita ada kerjasama juga dengan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya di negeri Selangor. Lalu pada waktu ini untuk makluman Yang Berhormat semasa PKP ini berlaku kita telah pun ada kerjasama dengan persatuan sukan ini di antaranya kerjasama dengan Persatuan Chess, catur, Persatuan Sukan Elektronik Selangor, Persatuan Warisan Kesenian Laksamana Selangor, Persatuan Tekwando Global Malaysia. Persatuan Slumber Negeri Selangor, Persatuan e-Sport di ke semua sembilan daerah yang ada dalam negeri Selangor dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia dan banyak lagi Yang Berhormat. So, this is the exit strategy. Hoping that dengan izin cakap orang putih pula. Dengan izin kita berharapkan apabila ada kerjasama dengan Kerajaan Negeri pertama mengiktiraf sukan mereka yang kedua menyalurkan bantuan kepada usaha yang mereka buat. Terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya lega mendengar apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat EXCO sebab sebenarnya adik lelaki saya juga bekerja dalam industri gym dan dia juga mengalami potongan gaji sebanyak 20%. Saya ingin tanya sekiranya keadaan PKP ataupun lockdown dengan izin ini berterusan adakah pihak Yang Berhormat EXCO ataupun Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan bantuan kewangan one-off kepada pengusaha-pengusaha sukan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Untuk maklumat sekarang ini fokus kita adalah bantuan kepada para atlet kita iaitu atlet yang akan pergi ke SUKMA. Kepada jurulatih kepada atlet kita. Dan kepada pengusaha sukan yang disebut oleh Kampung Tunku, khususnya abang yang terlibat dalam gym tersebut, insyaAllah kita akan masuk ke fasa yang

boleh membantu sekira one-off sekiranya bantuan kewangan diizinkan. Cuma maksudnya kita tidak terlepas fokus kepada mereka. Kita akan pergi kepada mereka ini sekiranya selesai kita dengan memberi fokus kepada para atlet kita.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya. Sabak.

Pagoh oh Pagoh soalan saya nombor 47.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Mpkk Yang Berprestasi Baik Dan Mendapat Markah Penilaian Yang Tinggi Dari Pejabat Daerah DigugurkanQuestions

47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mengapakah terjadinya pengerusi MPKK yang berprestasi baik dan mendapat markah penilaian yang tinggi dari pejabat daerah digugurkan sedangkan yang mempunyai prestasi kurang baik dikekalkan?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sabak yang bertanya. Merujuk kepada garis panduan dasar tatacara peraturan dan mengenai pelantikan dan perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi serta urusan Majlis Pengurusan Komuniti Ketua Kampung ataupun MPKK Negeri Selangor. Setiap Pejabat Daerah Dan Tanah berperanan menjalankan proses temu duga kepada semua calon-calon pengerusi MPKK yang terdiri daripada calon-calon baru dan calon-calon yang sedia ada. Setiap kali wujudnya kekosongan Jawatankuasa Kampung ataupun Ketua Kampung. Parti-parti politik di bawah Kerajaan Negeri akan memberikan cadangan nama-nama calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan tersebut kepada Jawatankuasa Pemilih di peringkat negeri. Keputusan akhir pelantikan pengerusi MPKK dibuat di bawah Jawatankuasa Pembangunan Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Juga Kampung Tradisi. Setelah berbincang dengan seluruh wakil-wakil parti, politik di bawah Kerajaan Negeri dan seterusnya kertas pertimbangan diangkat ke peringkat MMKN untuk kelulusan. Setelah MMKN membuat keputusan dan meluluskan calon yang dicadangkan ke Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon yang telah lulus. Seterusnya Pejabat Daerah dan Tanah akan membuat penilaian prestasi selepas tempoh percubaan enam bulan selepas pelantikan. Laporan syor dan juga akan diangkat kepada Jawatankuasa Penilai dan Tatatertib untuk penilaian pengakuan dan

pengesahan. Selain daripada itu, Jawatankuasa Penilaian dan Tatatertib boleh membuat keputusan untuk menyambung ataupun menamatkan perkhidmatan setelah mendapat syor dan persetujuan daripada wakil-wakil parti. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, soalan Subang Jaya no.48.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Komunikasi Kerajaan Tempatan Semasa PkpQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan penambahbaikan sistem yang telah dilaksanakan oleh 12 PBT untuk berkomunikasi dengan stakeholders dan orang awam semasa PKP.

b)

Sila nyatakan cara bagaimana orang awam dapat tahu berkenaan sistem komunikasi baru yang diamalkan oleh PBT-PBT?

c)

Sila nyatakan langkah-langkah penambahbaikan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker dan juga terima kasih Subang Jaya. Tuan Speaker, Pihak Berkuasa Tempatan ataupun PBT di Negeri Selangor telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan sistem bagi memudahkan stakeholder ataupun orang awam untuk berkomunikasi dan berurusan dengan PBT semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antaranya adalah seperti berikut: i. Penubuhan Bilik Gerakan COVID 19 Semua PBT juga telah membuka operasi Bilik Gerakan COVID-19 yang beroperasi bermula semasa tempoh PKP bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membuat pertanyaan berkaitan Pematuhan Prosedur Operasi Standard COVID-19 di Negeri Selangor.

ii. Sistem Temu janji Pengoperasian perkhidmatan kaunter secara pendaftaran janji temu (online) dengan menggunakan Google Form. Orang awam boleh terus

menghubungi no. telefon bimbit/ no. telefon pejabat/ emel pegawai yang bertugas untuk bertanyakan hal-hal berkaitan perkhidmatan di PBT semasa tempoh PKP.

iii. Kaunter Drop Box Orang awam yang ingin berurusan dengan pihak PBT boleh menghantar dokumen melalui kotak yang disediakan mengikut Jabatan/ Bahagian.

iv. Perkhidmatan secara online Sebarang urusan perkhidmatan dan pembayaran boleh dilaksanakan secara dalam talian. Antaranya perkhidmatan yang bayaran cukai taksiran dan pembaharuan lesen.

Bagi pihak PBT Negeri Selangor, pihak PBT Negeri Selangor menggunakan pelbagai platform komunikasi bagi memastikan orang ramai mendapatkan maklumat atau info sepanjang tempoh PKP.

i-PBT telah memperkasakan penggunaan secara hebahan infografik berkenaan senarai perkhidmatan setiap Jabatan/ Unit ke dalam portal/ laman web rasmi PBT dan laman sosial rasmi PBT seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

ii-PBT juga akan menyediakan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PBT kepada pihak media massa.

iii-Menggalakkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) ataupun Jawatankuasa Penduduk (JKP) atau Ahli Majlis mempromosikan komunikasi baru kepada komuniti setempat.

Bagi langkah-langkah penambahbaikan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Melaksanakan lebih banyak program dan integrasi melalui atas talian.

ii. Mendidik komuniti ke arah capaian maklumat dan transaksi digital.

iii. Penambahbaikan peralatan elektronik unit untuk live streaming dan semua aktiviti dalam talian yang berkaitan bagi memastikan kelancaran program yang dikendalikan.

iv. Memberi latihan kepada pegawai dan petugas yang bertanggungjawab mengendalikan platform medium digital. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya, adakah pihak PBT ada bercadang untuk memberi moratorium kepada pengecualian cukai pintu premis-premis dan kediaman.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini tiada berkaitan dengan soalan pokok, Tuan Speaker.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, soalan tambahan. Yang ini berkaitan dengan soalan saya.

Timbalan Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih YB EXCO berkenaan penjelasan yang diberi tadi, memang saya mengucapkan tahniah kepada Majlis. Saya memohon YB untuk memberikan sedikit nasihat kepada orang ramai di sana yang mungkin menghadapi masalah di mana mereka menggunakan saluran yang sedia ada, tetapi mungkin bukan semua tetapi sebilangan pegawai yang tak menjawab, maka mereka pun tak tahu langkah seterusnya patut diambil untuk mendapat balasan daripada jabatan-jabatan tertentu. Itu sahaja.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Subang Jaya. Kerajaan Negeri ambil maklum. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Soalan saya no.49.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Tanah TerbiarQuestions

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah Kerajaan Negeri ada bercadang menyenaraikan tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan oleh komuniti setempat untuk pertanian bagi menampung keperluan harian penduduk?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih sahabat baik saya, Yang Berhormat Taman Templer, yang bertanyakan adakah Kerajaan Negeri ada bercadang menyenaraikan

tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan oleh komuniti setempat untuk pertanian untuk tujuan pertanian. Tuan Speaker, pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menyenaraikan tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan oleh komuniti setempat untuk tujuan pertanian. Walau bagaimanapun, PBT ada menyediakan panduan bagi mengusahakan kebun komuniti mengikut kategori seperti tanah kawasan hijau ataupun lapang pasif, tanah milik agensi seperti rentis TNB dan seumpamanya di mana komuniti ataupun ahli jawatankuasa penduduk perlu mendapat kelulusan daripada PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan. Bagi tanah terbiar yang merupakan tapak yang disediakan oleh pemaju untuk kemudahan awam seperti tapak sekolah, dewan, klinik, tadika, surau atau masjid yang belum dibina, maka ia perlu mendapat persetujuan daripada agensi yang menjadi pemilik tanah tersebut untuk diusahakan bagi aktiviti pertanian oleh penduduk setempat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya. Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya no.50.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Selangor Smart Agro Park (SSAP)Questions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini kemajuan SSAP?

b)

Berapa ramai peserta atau syarikat yang terlibat dalam pembangunan kawasan pertanian berintegrasi dalam projek SSAP?

c)

Apakah pelan Kerajaan berkenaan usaha menjaga kelestarian flora dan fauna dalam kawasan pembangunan tersebut?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Sungai Panjang bertanyakan soalan berhubung dengan pembangunan Smart Selangor Smart Agro Park di Changkat Menteri SSAP. Untuk makluman Yang Berhormat, Selangor Smart

Agro Park (SSAP) adalah sebuah projek pembangunan hub sekuriti makanan berteknologi tinggi di atas tanah milik PKPS berkeluasan 971 hektar yang terletak di Changkat Menteri, Sabak Bernam.

Untuk makluman, kerja-kerja pembangunan di tapak SSAP belum dimulakan lagi bagi memastikan segala syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dipatuhi terlebih dahulu. Walau bagaimana pun perancangan telah sedang dibuat untuk melaksanakan projek ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) telah membenarkan kerja-kerja pemulihan (remedi), antaranya lainnya seperti pembinaan sistem perparitan, kolam takungan, penstabilan tanah, kawalan hakisan tanah dan kelodakan serta kawalan saliran tanah gambut, selaras dengan arahan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling melalui surat pada tarikh 9 April 2021.

PKPS juga sedang menyiapkan laporan EIA berdasarkan arahan daripada JAS dan kerja-kerja pembangunan dijangka bermula pada November 2021. Untuk bahagian B, jumlah peserta dan syarikat yang terlibat dalam pembangunan kawasan pertanian berintegrasi dalam projek SSAP adalah seperti berikut :

Bil Nama Syarikat Keluasan Tanah Jenis Tanaman 1 Top Fruit Sdn Bhd 100 Ekar Tanah Umbisi (Tuber Crop) 2 Astana Consolidated Sdn Bhd 200 Ekar Jagung & Agro Pelancongan 3 Macamatch Sdn Bhd 200 Ekar Kelapa Mataq & Pisang 4 Oscar Making Sdn Bhd 300 Ekar Kalapa Mataq 5 Sri Lagong Agriculture Corridors Sdn Bhd 100 Ekar Kelapa Mataq 6 Geomining Industries Sdn Bhd 100 Ekar Kalapa Mataq 7 Grasiagate Berhad 100 Ekar Cili 8 Agro Harvest Plantations Sdn Bhd 200 Ekar Kelapa Mataq 9 Prima Agung Sdn Bhd 200 Ekar Kelapa Mataq 10 Petrogas Resources Sdn Bhd 200 Ekar Sayur-sayuran

Keseluruhannya ialah 1700 ekar. Bahagian C nya, pelan Kerajaan berkenaan usaha menjaga kelestarian flora dan fauna adalah merupakan agenda penting, walau pun di dalam kawasan pembangunan pertanian. Dengan itu telah mewujudkan beberapa aspek disediakan bagi Kawasan ini. i-Pewujudan kawasan rayau kehidupan liar ataupun koridornya dengan menyediakan apa dipanggil “Central Forest Spine” seluas 521 hektar yang

merupakan 53.6% lebih daripada separuh kawasan pembangunan ini adalah di reserve kan untuk Kawasan hutan untuk pembangunan SSAP ini disediakan untuk hutan dan juga untuk menjaga flora dan fauna. ii-Zon Penampan seluas 50 meter dari sempadan tanah di sekeliling pembangunan ini disediakan dalam memastikan ekosistem hidupan liar terjaga. iii-Pengekalan pokok bersaiz 60cm DBH, DBH ini ialah diameter at breast level atau pun diameter pada paras dada yang diukur daripada pokok, 60cm ke atas di dalam kawasan plot pertanian untuk memastikan pokok ini tidak akan ditebang, untuk memastikan kesinambungan landskap dan ekologi hutan tetap dipelihara. Sekian, terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya yang pertama adalah bagaimana cara pemilihan peserta-peserta tersebut dan berapa lama tempoh pajakkan ataupun sewaan yang mereka diluluskan untuk mengusahakan tanaman-tanaman yang telah ditetapkan tersebut dan keduanya sewaktu pelancaran ini, saya dijemput dan juga saya hadir, saya mengambil maklum makluman EXCO bahawa EIA masih lagi dalam proses kelulusan, namun pada ketika pelancaran tersebut saya dapat melihat secara mata kasar yang telah berlaku pun penebangan pokok-pokok hutan. Jadi apakah status penebangan-penebangan tersebut, adakah ianya menjejaskan sudah menjejaskan ekosistem kerana sistem perparitan baru saja dalam pembinaan ataupun masih lagi dalam perancangan untuk dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Untuk makluman, penebangan pokok-pokok ini hanya di kawasan pelancaran itu saja, tidak ada lagi unsur, kerja-kerja yang melibatkan penebangan selepas sehingga kelulusan EIA di perolehi. Kerana ianya akan menjadi panduan kepada sebarang pembangunan di kawasan berkenaan. Jadi kerja itu hanya di peringkat ditapak perasmian itu sahaja. Yang keduanya adalah syarikat-syarikat ini sebagaimana juga yang saya sebutkan semalam, pemilihan mana-mana peserta bukan sahaja di SSAP termasuk juga di Fruit Valley dan juga di TKPM, mesti melalui jawatankuasa khas yang ada di dalam PKPS yang akan menilai dan melihat, mengkaji, meneliti berapa aspek berhubung syarikat-syarikat ini iaitu kedudukan kewangannya dan cadangan pembangunannya semua diteliti dan juga track record syarikat-syarikat ini supaya kita nak pastikan mereka yang ada hari ini yang dapat ini berkeupayaan dari segi kewangannya dan juga dari segi kepakaran untuk membangunkan projek-projek tanaman yang telah kita persetujui dan juga aspek pemodenan dan juga jenis tanaman itu pun penting kerana kita nak pastikan ia menepati dasar negeri iaitu

tanaman bernilai tinggi yang kita kehendaki dan juga kita syarat kan juga penglibatan entrepreneur 30% sekurang-kurangnya supaya mereka dapat bangunkan di kawasan-kawasan masing-masing.

Ini juga merupakan aspek-aspek penting yang kita teliti dan untuk tahunnya kita memang untuk pertanian ini kita tidak boleh memberikan tahun yang pendek sebab dia punya ROI, return investment nya memerlukan masa dan kita walau bagaimanapun, kita akan dalam perjanjian itu, kita ada ruang kalau mereka gagal berfungsi dengan baik kita boleh terminate ataupun tamatkan untuk diganti dengan peserta ataupun pemohon yang lain. Minimum biasanya kalau untuk pertanian yang besar ini 10 tahun paling minimum kita kena sediakan tetapi ruang ada untuk kita tamatkan jika berlaku pelanggaran syarat ataupun ketidakupayaan mereka dalam melaksanakan program-program atau projek pertanian di kawasan ini. Terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speakar, soalan Pelabuhan Klang no.51.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Pangsapuri Teluk Gedung Indah, Pelabuhan KlangQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini permohonan bantuan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan kerosakan di Pangsapuri Teluk Gedung Indah?

b)

Bilakah kerja-kerja pembaikan kerosakan di pangsapuri tersebut akan dilakukan?

c)

Adakah penduduk di kawasan tersebut perlu berpindah sekiranya kerja-kerja pembaikan dilakukan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang bertanya. Tuan Speaker, pihak majlis

telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM5.75 Juta kepada Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor yang kemudian memanjangkannya permohonan tersebut kepada Yang Berhormat Menteri KPKT pada 18 Februari 2021. Di antara kerja-kerja yang dipohon meliputi pembaikan mendapan tanah, struktur bumbung, pembaikan struktur konkrit dan lantai dan juga mengecat bahagian luar bangunan, bumbung dan kerosakan am dan kerja-kerja pendawaian elektrik. Setakat ini, pihak KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM124.00 sahaja bagi kerja pembaikan pemegang tangga handrail di blok A dan B pangsapuri Teluk Gedung. Teluk Gedung Indah pada 30 April 2021. Setakat ini, kerja-kerja pembaikan yang telah diluluskan berjumlah sebanyak RM124.00. RM124,000.00 ini dalam proses pelantikan kontraktor yang akan dimuktamadkan pada bulan September 2021. Setakat ini, MPK tidak bercadang untuk memindahkan penduduk sekiranya kerja pembaikan dilaksanakan. Walau bagaimanapun perkara ini akan disemak dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, menjawab soalan tersebut. Cuma saya nak tanya adakah kedudukan ataupun struktur pangsapuri tersebut masih selamat atau tidak? Sebab saya lihat pemendapan terus berlaku tetapi penduduk masih ada di situ tidak dipindahkan. Sekiranya apa-apa berlaku pada masa akan datang siapa kah yang kita akan pertanggungjawabkan? Sebab isu ini sudah lama dan saya ingat Yang Berhormat Seri Serdang pernah datang turun melawat ke pangsapuri ini dan pemendapan terus berlaku, itu yang merisaukan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kerajaan Negeri akan meminta agensi yang berkaitan seperti MPK, IKRAM dan agensi-agensi yang lain untuk buat semakan dan makluman yang terkini akan dimaklumkan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Timbalan Speaker, boleh saya bantu sebab soalan itu kena mengena sikit dengan portfolio saya. Ingin saya maklumkan di sini bahawa dalam siasatan atau pun apa yang kita lihat tidak adapun isu yang berbangkit tentang mendapan ya ianya lebih kepada permohonan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kinrara tadi adalah untuk isu-isu yang berkaitan dengan elektrikal ya tidak ada berkaitan dengan perkara tersebut. Ada satu perkara yang ingin saya nyatakan dalam Dewan ini, bila kita berurusan dengan pihak KPKT berkaitan dengan isu-isu mendapan, isu-isu berkaitan dengan struktur ya struktur lah kita kata, KPKT menjawab bahawa mereka tidak ada peruntukan khas ataupun bajet yang diperuntukkan untuk isu ini. Jadi kes ini sebenarnya tidak dia menyebabkan

bukan sahaja di situ, di Gedung Indah dan di Perembang dan sebagainya. Keseluruhan projek-projek ataupun bangunan-bangunan yang mengalami mendapan ini tidak ada peruntukan daripada KPKT. Jadi, in syaa Allah perkara ini akan terus kita desak supaya adanya satu tabung khas yang diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah ke tidak keselamatan tempat yang dikatakan oleh Pihak-pihak PBT di seluruh Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 52.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Penyelesaian Terhadap Masalah Kekurangan KrematoriumQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah kerajaan merancang untuk menambahkan krematorium di setiap PBT?

b)

Kalau ya, dalam tempoh berapa lama rancangan ini akan direalisasikan?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker. Pada masa ini, Negeri Selangor telah mempunyai 7 Pusat Krematorium iaitu dua (2) buah di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam, dua (2) di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan masing-masing satu (1) unit di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Sepang.

Di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor, terdapat dua (2) permohonan pembinaan krematorium iaitu di Jeram dan Ijok yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang. Manakala di Kajang, Majlis Perbandaran Kajang telah menerima permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi pembinaan krematorium di Mukim Beranang. Permohonan ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (MPKj) bertarikh 9 Mac 2021. Selain daripada itu, terdapat juga cadangan pembinaan satu pusat krematorium oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat di atas tanah yang telah diwartakan seluas 5 ekar terletak di Jalan Serdang Belah, Sungai Buaya, Mukim Tanjung Dua Belas Kuala Langat dan satu pusat krematorium terletak di Hulu Kelang oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya

(MPAJ). Pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengesahkan pihaknya telah pun mengemukakan permohonan peruntukan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi pembinaan krematorium di Mukim Tanjung Dua Belas. Lawatan kerja telah dibuat bersama wakil ICU JPM pada 3 Ogos untuk pengesahan tapak dan tindakan selanjutnya. Sementara itu juga, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor iaitu (LIMAS) Bil 1/2021 pada 2 Februari 2021 telah mengambil maklum penarikan semula Kebenaran Merancang bagi cadangan pembinaan krematorium di Kapar, Klang. Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas mengenai status cadangan pembinaan ini. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya. Terima kasih. Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya berkenaan dengan cadangan untuk membina krematorium di Jalan Serdang Belah itu, saya ingin mendapat kepastian sekali lagi bahawa permohonan itu adalah daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat kepada Kerajaan Persekutuan, bilakah permohonan itu dilakukan? Dikemukakan oleh MPKL adakah Yang Berhormat mempunyai maklumat itu? Ataupun dibekalkan tentang maklumat tentang perkara itu?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker, saya tidak ada maklumat bilakah permohonan itu dibuat tetapi lawatan kerja telah pun dibuat oleh ICU Jabatan Perdana Menteri pada 3 Ogos untuk pengesahan tapak dan tindakan selanjutnya. Jadi bererti memang sudah dibuat sebelum Ogos.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Rawang.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Timbalan Speaker. Bagi pihak Rawang saya ingin menggunakan Peraturan Tetap 24 (2) untuk ambil Soalan No. 53. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya benarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Vaksinasi Warga AsingQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Dalam jumlah setengah juta warga asing di Negeri Selangor, jangkaan berapa ramai telah mengambil vaksin?

b)

Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu warga asing mengambil vaksin?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Yang Berhormat Rawang telah bertanya mengenai jumlah warga asing di Negeri Selangor berapa yang telah menerima vaksin ya. Berdasarkan data di dalam sistem Mysejahtera sehingga 22 Ogos 2021 seramai 597,724 orang warga asing di Negeri Selangor telah mendapat vaksinasi dos pertama. Mana kala 333,847 orang untuk dos kedua. Sementara itu, SelVAX telah memberi 120 ribu dan 30 dos ya kepada warga asing. Saya tidak dapat pecahan untuk dos pertama dan kedua ya. Jadi itu lah jumlah yang kita ada memang Kerajaan Negeri mengambil beratlah ya kesejahteraan warga asing ini yang menetap di Negeri Selangor yang seperti kita tahu, selamat, kalau selamat seorang selamat semua ya kita hendak semuanya selamat.

Berdasarkan data Jabatan Imigresen Malaysia lebih 30% pekerja di Selangor adalah warga asing. Sebagaimana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19 yang tertinggi dengan kluster kilang dan tempat kerja antara penyumbang utama kadar kes harian. Situasi ini turut menyebabkan golongan pekerja termasuk warga asing perlu diberi vaksinasi dengan kadar segera bagi memastikan penurunan COVID-19 dapat dikawal. Maka menyedari hakikat ini lah Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program SelVAX Industri yang turut melibatkan pekerja warga asing merupakan satu usaha tambahan bagi melengkapkan usaha Kerajaan Persekutuan. Selain itu, program SelVAX telah melaksanakan secara walk-in bermula 3 Ogos 2021 yang turut menyediakan slot khusus bagi warga asing pada 10 Ogos sehingga 13 Ogos bertempat di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya untuk mempercepatkan sasaran imuniti kelompok di negeri ini.

Antara cabaran yang perlu dihadapi dalam pemberian vaksinasi kepada warga asing adalah berikut, ini termasuklah program PICK dan juga program SelVAX kita. Ketiadaan dokumen sah oleh segelintir warga asing menyebabkan golongan ini tidak mahu mengambil vaksin. Kedua, terdapat warga asing yang mempunyai dokumen dengan nombor pasport yang sama tetapi negara berlainan. Nombor 3, janji temu vaksinasi warga asing diberi secara berkumpulan besar di sesuatu PPV, menyebabkan kesesakan dan aduan dari warga negara. Bagi mengatasi masalah itu, masalah ini, pihak COVID-19 Immunization Task Force atau CITF telah mengasingkan temu janji bagi warga asing di PPV terpilih.

Warga asing yang mempunyai masalah komunikasi dan hadir tanpa penyelia telah mengakibatkan terdapat warga asing yang sedang dalam kuarantin tetapi hadir ke PPV dan golongan warga asing yang tidak mempunyai rekod pendaftaran sah atau pendatang tanpa izin perlu disasarkan bagi pelaksanaan out reach pemberian vaksin satu dos. Terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Berkenaan dengan vaksinasi warga asing kita sedia maklum ada beberapa kategori warga asing ini. Warga asing ini mungkin terdiri daripada mereka yang sah mempunyai permit dan ada majikan dan daripada sah yang ada majikan ini mungkin permitnya telah tamat tempoh. Dan satu lagi kategori dia tidak sah ataupun PATI, pendatang asing tanpa izin yang mungkin ada majikan dan mungkin dia tidak ada majikan yang kita boleh kenal pasti.

Jadi saya, soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan pelaksanaan SelVAX Industri kenapa tidak SelVAX Industri ini dilaksanakan secara betul-betul bersungguh-sungguh bagi memastikan khususnya warganegara asing yang ada majikan ini kita wajibkan majikan itu kalau warga, kalau pekerjanya tidak boleh pergi mendapatkan vaksinasi secara walk-in percuma yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, kita wajibkan dia ambil ini sebagai syarat untuk dia meneruskan operasi khususnya industri yang memang betul-betul besar lah bukannya industri yang ada 3, 4 orang pekerja ni. Tapi yang ada ratusan pekerja yang industri itu memang beroperasi sepanjang tempoh PKP. Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Sungai Burong. Sebenarnya kalau ikut perancangan Kerajaan Negeri SelVAX Industri ini merangkumi semua golongan ya pada ketika awal itu SelVAX komuniti adalah mereka di dalam komuniti tanpa mengira sama ada mereka PATI ke apa, tetapi apa yang berlaku apabila dan masa itu semua majikan malah Selgate menerima banyak pendaftaran daripada industri di dalam Selangor dan kemudian MITI juga memulakan program apa yang kita panggil PIKAS ya di mana menggunakan PH Corp. untuk membuat vaksinasi pekerja asing dengan syarikat-syarikat dan juga malah CIBD juga membuat apa di panggil CIVac untuk mereka di dalam industri pembinaan.

Jadi, pada awalnya kita rasa kita boleh mevaksinasikan mereka kerana majikan semua sanggup untuk membayar kerana mereka hendak mula, nak buka dan ini memang antara syarat yang kita fikir jangka masa panjang mestilah pekerja semua menerima vaksinasi. Tapi saya tidak tahu nak menyatakan bahawa ini adalah bagus ke tak bagus apabila mantan Menteri MOSTI mengumumkan bahawa dia akan

memulakan program walk-in kepada semua orang ya makna dia termasuk industri, makna tak kira asal kan rakyat Malaysia, penduduk Malaysia dan pekerja yang berdaftar dengan majikan mereka itu boleh buat walk-in. Makna tiada kena bayaran maka pada ketika itu ramai industri, banyak industri yang belum commit semuanya meninggalkan apa yang kita kata vaksinasi melalui SelVAX Industri sebab yang ini kena bayar, PIKAS kena bayar, CIVac kena bayar jadi bila kerajaan buka untuk walk-in maka kita lose control, kita hilang kawalan ke atas kilang-kilang ini untuk memaksa mereka untuk ambil vaksinasi dengan kita.

Dan Kerajaan Negeri Selangor memang di dalam perancangan kita dalam SOP untuk kilang-kilang beroperasi ini, selain daripada mewajibkan 80% daripada pekerja wajib vaksinasi lengkap ya. Kita juga akan mengenakan syarat-syarat dengan mereka perlu membuat testing agak regular dan semua ini kita perlu buat sama PBT kerana kuasa untuk memberi lesen dan sebagainya adalah di bawah PBT tapi sekarang ini kita belum dapat mengimplementasinya kita tunggu lah Kabinet tu bila siap ya sebab kita terpaksa bekerjasama dengan MITI dalam hal-hal ini kita tidak boleh membuat undang-undang mengatasi undang-undang yang telah ditetapkan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat ya. Jadi saya harap, bagi saya rasa Selangor telah sangat baik hati lah Yang Berhormat apabila kita buat program malah sebelum program walk-in untuk warga asing bermula daripada 10 Ogos itu, Yang Berhormat-Yang Berhormat kita memang sudah mendesak untuk boleh membawa masuk ya warga asing tak kira lah PATI ke amah yang ada, ada, ada, visa ke tidak. Sesiapa sahaja dalam masyarakat, itu sebabnya vaksinasi kita untuk penduduk Selangor, kita sudah tidak lagi melihat mereka ada dokumen atau tidak. Jadi kita sebenarnya itu pun mungkin KDN belum orang kata flex the muscles dengan izin maka kita telah melakukan sebaik mungkin di Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan yang berikutnya. Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker, soalan 54.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Vaksinasi SelangorQuestions

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mengapakah Selangor menpunyai kadar vaksinasi populasi yang paling rendah berbanding dengan negeri lain? Apakah sebab sebenar?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Baik, Seri Kembangan bertanya mengenai kadar vaksinasi populasi yang kita paling rendah, ya. Untuk makluman semua, saya nak betulkan sedikit fakta. Hari itu saya silap menjawab Yang Berhormat Banting bertanya tentang bila kita dapat vaksin kita. Saya silap menyebut yang kita telah membuat pembayaran pada bulan Februari, sebenarnya tidak. Kita membuat pembayaran pada bulan Jun sebenarnya. Jadi untuk tidak menimbulkan fitnah lagi ke atas isu itu. Saya cuma menyatakan bahawa, MPRA telah diluluskan untuk Sinovac ini pada 23 April, ya. Dan 1 Jun, Selgate siap menandatangani kontrak dan membuat pembayaran. Tapi dos pertama kita hanya mula tiba pada 25 Jun, ya. Dos pertama kita pada 25 Jun, dan kemudian setelah berlaku untuk beberapa minggu, dos kita terhenti. Dan ingat tak hari itu, masa kita terpaksa membatalkan, menunda program-program vaksinasi kita kerana dos kita tidak diturunkan kepada kita. Jadi itulah antara, makna kita sudah hilang peluang beberapa minggu daripada kelulusan MPRA untuk kita sudah bersedia bayar tapi kita belum dapat beli, untuk dapat delivery itu. Untuk maklumat Yang Berhormat, kadar vaksinasi di Selangor pernah berada dalam kedudukan yang agak rendah berbanding jumlah populasi antaranya disebabkan bekalan stok vaksin, ya. Bekalan stok vaksin yang rendah dan tanpa bekalan vaksin yang cukup Selangor tidak dapat meningkatkan kadar vaksinasi melainkan menggunakan sebaik mungkin semua bekalan vaksin yang telah diberikan. Saya ingat, saya telah memberi semalam dalam jawapan untuk bulan-bulan di mana kita menerima vaksin. Memang paling rendah, Mac, April dan Mei. Meningkat dalam bulan Jun, yang paling banyak kita terima adalah di bulan Julai. Jadi ini ialah pada masa Julai , kita banyak memberi vaksinasi. Memang vaksin untuk Negeri Selangor, kita paling tinggi pada bulan Julai sebanyak 2,928,900 dos dan pada bulan Jun, 528,332 dos. Dan saya kira kita perlu mengucapkan, merafakkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor apabila baginda menzahirkan kekecewaan, menyatakan kekecewaan bahawa Selangor mempunyai populasi yang tinggi dan kemudian juga mempunyai kadar jangkitan yang tinggi tapi peruntukan untuk Selangor jauh dari negeri-negeri lain.

Saya ingat petugas ... Data terkini vaksinasi per populasi antara negeri-negeri pusat sehingga 18 Ogos menunjukkan kadar vaksinasi di Selangor adalah pada 22 Ogos adalah 89.97%, ya. Dan inilah jumlah untuk dos pertama belum lagi dos kedua. Dos kedua kita menghampiri 60%, insyaAllah. Buat masa sekarang Negeri Selangor bukanlah negeri yang mempunyai kadar vaksinasi terendah lagi per populasi berbanding negeri-negeri lain. Selain itu, satu jawatankuasa khusus juga telah diwjudkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Greater Klang Valley Task Force yang melakukan satu operasi search operation capacity untuk meningkatkan lagi jumlah vaksinasi di Lembah Klang. Terima kasih.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker, soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ya, Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya ada dua soalan. Satu, pada pandangan Yang Berhormat, mengapakah kelambatan vaksin boleh berlaku di peringkat awal? Dua, mengapa Kerajaan Pusat tidak boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk membekalkan vaksin secara percuma kepada kita? Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Soalan ini saya tiada jawapan ya sebab kenapa, mengapa. Ini ada soalan-soalan yang subjektif, interpretasi persepsi kita. Mungkin berlainan daripada orang yang ada kuasa. Jadi apa yang saya bentangkan tadi itu sudah cukup nyata bagaimana kita hanya dapat delivery first vaksin kita yang kita beli sendiri, 25 hari selepas kita membuat bayaran. Lagi satu, kita juga tengok bagaimana kita menunjukkan bahawa Selangor walaupun negeri yang paling padat dan paling tinggi tapi peruntukan untuk Selangor itu dikebelakangkan hanya dalam bulan Julai kita nampak peningkatan yang tertera. Jadi sebagai orang politik, Yang Berhormat lebih faham untuk menginterpretasikan perkara ini. Tak payahlah saya bawa ke dewan ini. Terima kasih.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, soalan susulan.

Timbalan Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih EXCO, Yang Berhormat EXCO kerana telah memberi satu gambaran yang agak jelas, bukan kabur tapi pada masa yang sama tidak begitu jelas. Sedikit jelas. Soalan saya adalah, apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat EXCO bahawa pada ketika ini jumlah pada 22 Ogos, kita masih ada 11% daripada jumlah yang didaftar di Negeri Selangor yang belum dapat dos yang pertama. Manakala ada 40% yang belum dapat dos yang kedua. Kalau kita campurkan peratusan ini, maksudnya masih ada beberapa juta penduduk di Negeri Selangor yang belum dapat dos complete lah, yang sempurna. Hari ini, kita boleh nampak majoriti daripada PPV bukan sahaja di Negeri Selangor tetapi di Kuala Lumpur sudah tutup. Di mana berjuta-juta orang penduduk Negeri Selangor boleh dapat vaksin mereka? Terima kasih. Ini soalan saya.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Setuju saya dengan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat. Masalah kita adalah pendaftaran MySejahtera adalah...bila kita tengok pendaftaran MySejahtera, dia adalah dikira daripada data DOSM yang itu akhir pada 2010 yang tak silap saya, bancian yang terakhir diadakan. Jadi analisa itu tentang berapa ramai rakyat Malaysia itu atau rakyat Selangor sendiri sudah float, it is underestimated. Jadi figure yang kita keluarkan kita kata 89% penerima dos pertama itu adalah daripada... 89% daripada MySejahtera punya pendaftaran bukan daripada

keseluruhan rakyat Selangor. Jadi kalau ikut PICK, memang Mantan Menteri MOSTI mengatakan bahawa kita sudah mencapai KPI. Kerana kita sudah sampai hampir ke 90% daripada figure MySejahtera, ya. Tapi ramai yang tidak daftar. Tambah-tambah warga asing tidak berdaftar, PATI tidak berdaftar, UNHCR tidak berdaftar. Jadi memang jumlah sebenar, saya ingat daripada saya di Parlimen dulu, tiada ada siapa, tak consistent jawapan mengenai berapa ramai warga asing yang ada pada kita. Bukan tidak ada, tak tahu. Dan yang ada hanya yang berdaftar dengan majikan, mendaftar dengan PERKESO. Kalau ikut PERKESO, yang bekerja di kilang berdaftar hanya 500,000. Ya, yang lain itu. Ya, semuanya sebab baru-baru ini bila program untuk buat calitan RTK, PERKESO hanya memperuntukkan 500,000 untuk calitan ini. Makna yang lain, kita semua tak tahu. Jadi Yang Berhormat sekalian, memang Selangor belum selamat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan yang berikutnya. Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Timbalan Speaker, soalan saya No.55.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Bantuan Kerajaan Selangor Tahun 2021Questions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Selangor bagi tahun 2021? Siapakah kumpulan sasaran dan penerima?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker dan terima kasih Hulu Kelang atas soalan yang telah dikemukakan khususnya untuk “Menyenaraikan dan juga memberikan penjelasan berkenaan program-program” bantuan secara asasnya sejak dari 2008 kita telah memperkenalkan program-program kebajikan Kerajaan Negeri dengan beberapa terma dan juga beberapa fokus. Antaranya hasil negeri untuk rakyat, Inisiatif Peduli Rakyat iaitu kepedulian kepada rakyat dan kita teruskan dengan Program Inisiatif Peduli Rakyat dengan satu paradigma yang tertentu. Kalau saya boleh simpulkan dengan mudah, bermula tahun 2008 fokus kita ialah memastikan hasil negeri dikembalikan kepada rakyat. Iaitu kita memberikan apa hasil lebihan yang kita ada dalam pelbagai program yang kita susun. Kita mula pada tahun 2008 dengan sekitar 7 program; Air Percuma, Program Skim Mesra Usia Emas, Program TAWAS, Penyusunan Semula Hasil Batuan dan Pasir, One Stop Crisis Centre untuk wanita pada ketika itu, berkembang menjadi lebih 21 pada tahun 2013.

Berkembang dengan lebih banyak menjadi hampir 40 pada tahun 2014, 2015 dan 2016. Dan kita susun semula menjadi 33 pada ketika ini dengan mencantumkan serta menggugurkan beberapa program dengan beberapa fokus baru dan menghasilkan beberapa program-program baru. Kalau dahulu kita cakap kita kongsikan apa yang kita ada. Seterusnya kita melaksanakan program dengan melihat apa keperluan tambahan hasil permintaan rakyat. Dan sekarang formatnya adalah kita berikan berdasarkan kepada keperluan. It based on need atau pun bukan based on request ataupun based apa yang kita ada kerana pada ketika ini kita ingin memastikan fiskal dan disiplin kewangan negeri berada dalam keadaan baik. Negeri mempunyai simpanan yang layak, tidaklah terlalu banyak tidaklah terlalu sikit. Boleh digunakan ketika kritikal dan boleh digunakan bila sampai saat-saat tertentu. So, kita ada 33 program. Tuan-tuan boleh tengok dalam senarai 33 program daripada Air Percuma, ada program baru seperti RiDE, ada yang kita ubah seperti Skim Perkahwinan kita ganti dengan program RiDE sebagai contoh. Ada program-program baru seperti AnIS sebagai contoh, ada program untuk anak kurang upaya, ada program untuk pemerkasaan dalam Hijrah sebagai contoh, dengan program NaDi. NaDi sebelum ini tidak ada dan kita tambah dengan NaDi. Jadi keseluruhannya sebenarnya, kalau kita berbelanja RM2.2 Bilion sebagai contoh, kita akan berbelanja hampir satu per empat atau lebih sebenarnya. Lebih satu per empat digunakan untuk program-program kebajikan ataupun memastikan tidak ada sesiapa pun tertinggal di negeri ini bagi memastikan pembangunan dan kemajuan negeri.

Bukan hanya dalam bentuk pemberian, ada juga dalam bentuk pemerkasaan. Hijrah sekarang ini kita ada 50,000 peminjam-peminjam seluruh Negeri Selangor. Kita saja akan belanja RM80 Juta dalam Kita Selangor 2.0. Ia adalah dalam bentuk pinjaman dan dibayar dan mereka mengembangkan perniagaan. RiDE sebagai contoh, ia dalam satu usaha untuk memastikan anak-anak muda mendapat sedikit bantuan dan sokongan untuk mendapatkan lesen permotoran mereka. Dan mereka dapat berniaga dalam perniagaan e-Hailing sebagai contoh. Ini semua dikembangkan dan dilaksanakan. Kalau kita rujuk dalam Kita Selangor 2.0, kita ada 25 program sebagai contoh. Kita Selangor 1.0, kita ada 20 program. Kita lihat tentang pemberian-pemberian ini sekali lagi, kita menggunakan konsep yang sama iaitu konsep memberikan kepada mereka yang memerlukan berbanding dengan kita share kepada semua. Its not a share prosperity tetapi give our prosperity kepada mereka yang memerlukan supaya yang berkelebihan dapat membantu. Jadi kalau ditanya soalannya adalah apakah jenis-jenis bantuan, kita ada banyak. Kita ada faktor kesihatan, Peduli Sihat sebagai contoh, bantuan Sihat Selangor. Kita ada program perniagaan, Dana Usahawan Mikro sebagai contoh, Hijrah, NaDi sebagai contoh, RiDE juga boleh dikategorikan tersebut. Malahan dalam Kita Selangor 2.0, kita lihat antaranya pekerjaan, so kita laksanakan Selangor Freelance, Selangor Rakan Digital, kita laksanakan Selangor Kerjaya dalam bentuk website dan permohonan-permohonan. Itu semua mengikut kepada keperluan kerana menjangkakan begitu ramai mungkin orang kehilangan kerja akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dan juga kesan-kesan daripada pandemik dan sebagainya. So apa yang dilakukan

pihak Kerajaan Negeri daripada semasa ke semasa kita melihat kepada keperluan-keperluan ini. Kita melihat kepada apakah bentuk sokongan-sokongan ini, its not just a populist policy, policy-policy yang nak jadi populist tetapi juga akhirnya menekan dalam tempoh jangka panjang. Itu yang kita buat sebagai contoh Program Air. Saya faham mungkin ada orang kurang selesa kenapa kita hanya hadkan kepada kelompok B40 ataupun mereka yang layak. Kan kita dah sebutkan bahawa, kalau kita berikan kepada mereka ini RM11 – RM12 sebulan sangat bermakna tapi kalau ada orang yang mempunyai 2-3 rumah setiap buah rumah mempunyai satu kolam renang nilai RM11 itu mungkin tidak bernilai kepada mereka. Jadi apa yang kita buat, mereka yang sudah berkemampuan sudah layak membayar, bayar lah harga penuh, yang masih memerlukan rumah kos rendah yang layak. Kita buka permohonan setakat ini lebih 250,000 sebenarnya isi rumah Selangor dapat. Kalau dulu nikmatnya kepada tuan rumah sebagai contoh.

Tuan rumah akan dapat, tetapi sekarang nikmatnya kepada siapa, kepada yang penyewa sebab ia ke atas penama. Kalau orang yang menyewa ini pindah ke rumah yang lain dia boleh juga memohon untuk meneruskan program Air Darul Ehsan. Yang sedikit sebanyak akan mengurangkan kos mereka dengan air percuma diteruskan kepada lebih 250,000 rakyat, dan kita masih lagi mempunyai senarai kalau hendak masukkan mungkin dalam 400 ribu, 500 ribu masih boleh ditampung berdasarkan kos sebelum ini. Tetapi hasilnya apa, hasilnya kita dapat jimatkan sebahagian, sebahagianya kita pulangkan balik dalam beberapa program. Antaranya kita tambah program peduli sihat. Pada yang lepas, kita ada cuma ada 40 ribu pada tahun 2019. Tahun 2020 kita berjaya petingkatkan lebih 65 ribu program penerima peduli sihat. Tetapi tidak terlalu mudah memberi pada orang. Kita betul-betul kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi dengan ini, saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih, ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan Mesyuarat seterusnya, sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih, ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Bismilahirohmanirohim... Assalamualaikumwarahmatuwahibabarokatuh.. Salam sejahtera, Yang Berhormat Tuan Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat dalam dewan ini, terutama sekali saya ingin menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke-4, Dewan Negeri Selangor yang ke-14 tahun 2021. Segala amanat dan pesan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan patik junjung dan pastinya dengan jujur dan penuh integriti-integriti demi

kesejahteraan seluruh rakyat di Negeri Selangor ini. Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan juga Mufti Negeri Selangor yang baharu sahaja dilantik. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pasukan pimpinan Kerajaan Negeri, yang diterajui oleh Y.A B Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari atas usaha yang berterusan demi memastikan setiap rakyat dalam Negeri Selangor ini dapat mengharungi pandemik COVID-19 yang melanda tanpa dipinggirkan dari setiap sudut mana pun. Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh soal bantuan rakyat menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dengan tema Bersama Menuju Kejayaan, yang dilanjutkan ditambah baik dari Pakej Kita Selangor 1.0 yang saya kira adalah pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang terbaik pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri. Malah yang terbaik di antara kesemua negeri-negeri dalam negara ini. Pada 1 Jun 2021 Negeri Selangor telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ataupun juga dipanggil sebagai total lockdown. Ianya telah menyebabkan banyak perniagaan terpaksa ditutup, dan rakyat tidak dibenarkan keluar bekerja kecuali di sektor yang perlu sahaja. Pada 9 Jun 2021, Y.A.B Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan pakej kita Selangor 2.0. yang bertujuan untuk menginsafi keluhan rakyat yang sedang dilanda kesusahan COVID-19 ini. Di kawasan Dun Seri Setia pula, terdapat dua kawasan yang terlibat, iaitu di PSJ 8, Mentari Court dan juga Pangsapuri Damai PSJ 8. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Bencana Daerah Petaling, Yang Berbahagia Dato’ Johari Anuar bersama pasukan-pasukannya yang menjalankan tugas dengan lebih baik sekali. Pakej Kita Selangor 2.0 ini meliputi 25 program dengan nilai keseluruhan sebanyak RM551.56 Juta, yang disasarkan untuk memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1.6 Juta rakyat dalam Negeri Selangor. Pengumuman bantuan rakyat menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar tersebut adalah bukti Kerajaan Pakatan Harapan lebih banyak mentadbir dan sentiasa bersama-sama dengan rakyat. Tuan Speaker, buat seluruh rakyat Negeri Selangor, percayalah bahawa Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha dalam memastikan setiap rakyat di Negeri Selangor ini, dilindungi dan dijaga kebajikannya. Menginsafi musibah yang menimpa ahli keluarga yang kehilangan insan yang tersayang akibat COVID-19 menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan sumbangan akhirat kematian jumlah RM1000 untuk setiap pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Selangor. Keseluruhan dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk perkara ini ialah sebanyak RM2.5 Juta dan tarikh permohonan ini telah dilanjutkan sehingga tarikh 31 Disember 2021.

Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor, selain itu Selangor juga kekal sebagai negeri yang cukup prihatin dengan nasib Orang Kurang Upaya apabila golongan OKU di Selangor menerima bantuan one off berjumlah RM500. Ramai rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau yang kini dikenali sebagai Pelan Pemulihan Negara ini. Pakej bantuan yang dilanjutkan dari Pakej Kita Selangor 1.0 seperti inisiatif bakul

makanan untuk golongan berpendapatan terendah adalah terbukti dapat membantu dan meringankan beban rakyat. Program yang dilaksanakan di setiap 56 Dewan Undangan Negeri adalah bersifat inclusive, holistic dan bertepatan dengan matlamat Kerajaan Negeri iaitu kebajikan rakyat haruslah diberi keutamaan dengan mengetepikan perbezaan idealogi politik.

Saya juga ingin menyusulkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar dapat lah kiranya dipertimbangkan untuk menambah lagi peruntukkan kepada Pakej Selangor Kita 2.0 ini. Terutamanya kepada program-program yang memberi bantuan secara langsung kepada seluruh rakyat di negeri Selangor. Terutamanya peniaga-peniaga kecil yang amat terkesan dengan pendapatan mereka. Saya minta pada Kerajaan Negeri mengambil perhatian kepada peniaga-peniaga terutamanya mereka yang menyewa gerai-gerai Majilis. Merayu agar dipertimbangkan kadar bayaran sewaan tersebut. Memandangkan perniagaan mereka yang tidak berniaga sekarang ataupun tidak boleh untuk berniaga akibat kekangan pandemik ini. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara percuma bagi melakukan pengesanan awal untuk mengelakkan penularan dikalangan komuniti dan masyarakat setempat di seluruh Dun dalam Negeri Selangor. Tidak ada Pakatan Harapan di dunia ini yang membuatnya kecuali Pakatan Harapan di Selangor sahaja. Tuan Timbalan Speaker sebagai langkah sokongan kepada program PICK Kerajaan Negeri juga telah melancarkan program vaksin Selangor yang dikenali sebagai SelVAC. Program ini terbukti dapat membantu meningkatkan kadar roksenasi kepada rakyat di Negeri Selangor di samping melindungi ekonomi Negeri Selangor yang menyumbang kepada hampir 25% kepada keluaran dalam Negara kasar. Insentif Kerajaan Negeri membeli sendiri vaksin bagi melaksanakan program SelVAC juga terbukti membantu Kerajaan Persekutuan apabila 19 Ogos yang lalu Kerajaan Negeri telah bersetuju meminjamkan 500 ribu dos vaksin yang dimilikinya kepada Badan Bertindak COVID-19 Kebangsaan atau CITF. Saya berharap bekalan vaksin untuk rakyat Negeri Selangor ini dapat dipastikan sentiasa mencukupi walaupun kita juga terpanggil untuk membantu Kerajaan Persekutuan. Pada peringkat awal Program Vaksinasi Negara dilaksanakan tumpuan vaksinasi tidak diberikan keutamaan kepada Negeri dan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai keutamaan vaksinasi ini juga dilakukan di Lembah Klang di mana kegiatan sektor industri adalah pusat khususnya di Negeri Selangor. Akibat dari wabak COVID-19 ini telah merebak dengan cepat kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai serta lahirnya kluster-kluster kilang yang merebak tanpa kawalan. Saya mengharapkan selepas ini Menteri untuk Kementerian yang menjaga operasi kilang yang dilantik daripada Kerajaan Pusat yang baharu di bawah Perdana Menteri Ke-9 tidak akan memberi kebenaran sewenang-wenangnya kepada kilang yang bukan dalam kategori perkhidmatan tidak perlu. Bagi beroperasi dan memastikan kluster kilang tidak menyumbang kepada pertambahan kes COVID-19 di Negeri Selangor. Di kesempatan ini juga saya, menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang secara peribadi telah menzahirkan ingatan kepada semua Ahli Dewan Negeri Selangor agar jangan terlalu banyak berpolitik serta merebut kuasa dan kedudukan sehingga melupakan

tanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Pergolakan pertelagahan dan tidak ketentuan politik negara yang begitu ketara sejak kebelangkan ini telah menyebabkan Baginda Sultan Selangor dukacita dan Beliau kesal apabila melihat Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat rebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat kita. Saya ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang gelombang pandemik COVID-19 yang kita terpaksa lalui ini adalah berpunca daripada kegelojohan dan ketamakan kuasa. Setengah ahli politik yang bersengkonkol membeli Adun Sabah sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Negeri Sabah, dan terjadinya pilihan raya Negeri Sabah. Kegagalan Kerajaan Persekutuan ketika itu, mewajibkan kuarantin wajib buat individu yang pulang mengundi dan berkempen di Pilihan raya Negeri Sabah telah mengakibatkan berlakunya penyebaran besar-besaran wabak COVID-19 di seluruh negara dan membawa kepada bencana yang kita hadapi pada hari ini. Namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur nyawa rakyat yang telah terkorban akibat COVID-19 ini tidak dapat dikembalikan. Apa yang penting sekarang adalah untuk kita melangkah ke hadapan dan perlu positif mengharapkan kesilapan, kelalaian yang berlaku tidak akan diulangi semula. Sekali lagi saya berharap agar kerajaan persekutuan yang baharu akan lebih tegas dalam mengendalikan perkara ini pada masa hadapan.

Saya juga menyokong saranan yang dikemukakan oleh Y.A.B Sungai Tua bahawa tauliah tidak akan diberi kepada Ahli politik, tetapi bagaimana pula dengan jawatankuasa, yang memegang jawatan tertentu di dalam parti politik tetapi masih lagi terlibat dalam jawatankuasa surau dan masjid. Akhir kata saya juga ingin menyampaikan penghargaan dan berterima kasih di atas segala pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh semua petugas-petugas barisan hadapan. Khususnya kepada para doktor jururawat dan kakitangan hospital yang bertungku lumur bekerja bagi memberi rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19. Saya sangat menghargai semangat mereka yang tidak pernah luntur, di dalam melaksanakan tanggunjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Negri Selangor. Dan tidak lupa juga saya ingin merakamkan penghargaan ucapan penghargaan yang khusus dibuat semua frontliner dan rakyat di kawasan yang diamanahkan kepada saya iaitu di Dun Seri Setia, dengan ini Seri Setia menyokong titah ucapan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian. Asalamualaikumwarahmatuallahibabarokatuh..

Speaker

Sungai Pelek

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya seperti rakan-rakan yang berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Tertarik dengan ucapan titah Tuanku begitu jitu, begitu lengkap dan memberi nasihat dan juga amaran kepada kita semua. Dan tadi dalam jawapan EXCO bahawa saya rasa dia tidak berani kata dalam excercise vaksinasi khas untuk Selangor sebenarnya ada sabotaj daripada kerajaan pusat. Saya berani kata demikian kerana saya sejak MCO dan saya sudah tengok, saya sudah meneliti langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan Pusat khas

untuk Selangor memang ada sabotaj. Saya bagi satu contoh sahaja, apa salahnya Kerajaan Negeri Selangor apabila hendak membeli vaksin terus daripada Negeri China kah ataupun Negara mana, mengapa tidak dibenarkan dan apabila dibenarkan dia pun ambil masa yang terlalu panjang seperti yang dijelaskan oleh EXCO Kesihatan tadi. Jadi oleh kerana kelembapan ini, Selangor jadi mangsa. Kita semua tahu, tak payah saya cakap lagi. Selangor merupakan populasi yang paling tinggi, industri yang paling padat dan sebagainya. Tetapi sampai hari ini kita masih nampak Selangor tinggi saja orang yang positif dan kematian pun paling banyak seperti dikatakan dalam titah ucapan tuanku. Dan semalam 393 orang mati dan di antara itu 100 nya brought in dead. Mengapa brought in dead? Maksudnya dia sudah mati sebelum masuk hospital. Adakah ini tak cukup bed ke? Tak cukup ambulans ke? Apa macam? Jadi kita sudah jadi mangsa. Selangor sudah jadi mangsa. Jadi saya harap mungkin walaupun kita sudah ada taskforce yang ditubuhkan khas untuk COVID-19, apa salahnya kalau Selangor adakan satu jawatankuasa khas untuk menangani wabak COVID-19 sebab saya rasa kita tak boleh berharap hanya pada kerajaan pusat.

Sebentar nanti, kita akan ada seorang Menteri Kesihatan yang baru. Saya belum tahu siapa akan jadi menteri tapi saya harap dengan Menteri Kesihatan baru dia boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor. Jangan macam dulu sampai info data pun tak mahu bagi kita. Kita pun sekarang macam seperti baik Y.B. Pelabuhan Klang. Dia pun pertikai. Saya pun sama-sama pertikai. Adakah data yang kita terima officially itu adakah itu benar? Adakah data rasminya ada betul? Saya pun pertikai. Ramai yang pertikai dan sebelum saya teruskan saya nak ingin perkatakan kita ni dalam Dewan yang mulia ini di sini ke di sana ke kita seharusnya jangan menganggap kita ni adalah musuh dalam politik. Kita hanyalah bersaing dalam politik. Jadi kalau boleh sejak dari hari ini, kita ada kita buang itu sikap holier than thou, maksudnya saya ialah kita sama-sama ADUN, kita jangan ada sikap rasa kita yang lebih suci, kita yang lebih bersih, kita yang lebih hebat. Jangan macam itu. Bila kita menang, kita jadi kerajaan. Bila kita kalah, kita jadi pembangkang.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Tuan Speaker.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Bersama-sama main peranan yang

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Y.B. Sungai Pelek, boleh saya mencelah?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ya. Dipersilakan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Tuan Speaker.

Speaker

Silakan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker, Y.B. Tuan Speaker. Setuju tak pandangan, minta pandangan pada Y.B. Sungai Pelek bahawasanya apa yang saya katakan semalam itu keberkesamaan kita khususnya kita fokus pada pandemik COVID-19 ini. Setuju tak pada pandangan saya kebersamaan ini diteruskan untuk mencapai matlamat kita di Selangor ini?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya setuju. Sebab itu apabila Perdana Menteri yang baru menjemput Ketua Pembangkang bersama-sama berjumpa, ada perjumpaan atau rundingan, saya amat setuju. Ini adalah satu cara yang baik. Ini akan menunjukkan Kerajaan yang sekarang ada bersama dengan pembangkang yang ada akan bersama-sama menangani isu pandemik dan juga isu ekonomi. Bagi rakyat, mana-mana saya pergi persepsi saya ialah rakyat sekarang dia sudah jemu, dia sudah bosan dengan orang politik yang sentiasa main politik. Sehinggakan Tuanku Sultan Selangor pun ada menzahirkan perasaan dia. Jadi apa yang penting ialah kita kena menangani pandemik dengan baik. Lepas itu kita memulangkan, kita memberangsangkan ekonomi balik. Kadang-kadang rakyat sudah susah. Kalau bukan mati kerana COVID, mati kerana tak ada cukup makan ke apa ke tekanan ke sehingga membunuh diri. Jadi, saya tengok keadaan sudah susah. Jadi saya mintalah orang politik di peringkat negeri ke di peringkat negara ke masa sudah sampai untuk berunding, untuk bekerjasama untuk menjaga kepentingan rakyat.

Dan jadi saya nampak negeri Selangor sistem kita sudah baik, SOP semua sudah ada, tetapi saya sentiasa menerima pengaduan daripada orang awam bahawa pelaksanaannya ada kelemahan.MSeperti OSC, One Stop Centre menerima pengaduan bahawa ada benda yang tidak betul sistem itu. Perlu tambah baik dan negeri Selangor memang sudah famous ataupun semua orang sudah setuju, satu Malaysia sudah tahu) kita merupakan kerajaan yang prihatin dan banyak kita beli, beri khidmat peduli ataupun prihatin kepada rakyat. Memang famous. Tetapi saya rasa masih boleh ditambah baik seperti satu example saya bagi sini Skim Peduli Sihat. Tiba-tiba saya terima pengaduan bahawa ramai yang layak, tidak dapat ataupun cancel, dibatalkan). Saya pun tidak faham mengapa ini begini. Saya haraplah EXCO yang menjaga program ini boleh meneliti. Kalau boleh menambahbaikkannya.

Jadi saya tidak bercadang panjang lebar. Sebelum saya ucapkan terima kasih kepada Tuanku, saya ingin beri tahu bahawa apabila saya nampak wabak di negeri Selangor sangat teruk, saya pernah menulis surat kepada Tuanku, meminta Tuanku untuk memberi perhatian dalam hal ini dan saya nampak Tuanku pun sudah keluarkan statement secara terbuka dan selepas itu exercise vaksinasi di Selangor bertambah baik. Sebab itu saya mengambil kesempatan hari ini untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku Sultan Selangor. Dengan ini saya mengakhiri ucapan hari ini. Terima kasih.

Speaker

Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan ruang untuk saya berbahas di penghujung sesi perbahasan kali ini. Hanya beberapa perkara yang ingin saya ketengahkan dalam tempoh singkat ini. Pertamanya, saya mengambil kesempatan untuk menyembah ucapan terima kasih dan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor pada 23 Ogos yang lalu. Sesungguhnya keprihatinan dan kepedulian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Tuan Speaker, umum maklum bahawa kerajaan negeri telah sedaya upaya menangani dan mengurus Pandemik COVID-19 dengan pelbagai inisiatif bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 di samping membantu rakyat yang terkesan sepanjang tempoh pandemik atau semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun dipertikaikan dan dikritik oleh sesetengah pihak, namun saya memahami dan menginsafi kebimbangan orang ramai akan situasi pandemik COVID-19 yang boleh membawa maut serta impaknya terhadap kesejahteraan hidup rakyat. Namun demikian, antara yang mendapat maklum balas baik dalam kalangan masyarakat malah mendapat pujian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan adalah Program Saringan Berperingkat dan Bersasar (Mass and Targeted Testing) dan Program Vaksin Selangor (SelVAX) dan program terbaru yang diumumkan adalah Pemberian Kit Ujian Air Liur atau Saliva Test Kit secara percuma kepada rakyat yang sebanyak 60,000 kit yang bakal diedarkan tidak lama lagi. Program Saringan Mass and Targeted Testing antara lain adalah bagi mengenal pasti silent carriers dan menghentikan kes-kes sporadic yang tidak bergejala dalam masyarakat. Oleh kerana kerajaan negeri melaksanakan program saringan secara besar-besaran di semua kawasan DUN, maka tidak hairanlah kaedah yang disarankan oleh WHO ini iaitu find, test, trace and isolate dengan izin telah menyumbang kepada kadar kenaikan angka kes COVID-19 di negeri Selangor selain kepadatan penduduk rakyatnya yang tinggi iaitu sejumlah 6.5 juta orang berbanding negeri-negeri lain.

Selain daripada itu juga kesedaran yang tinggi dan meluas dalam kalangan masyarakat di Selangor untuk segera melakukan ujian COVID-19 terutamanya di klinik atau hospital swasta juga menjadi penyumbang kepada peningkatan saringan serta kadar positivity. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sepanjang tempoh Julai 2021, 85% ujian saringan harian yang dijalankan di negeri Selangor adalah dilakukan di facility swasta.

Tuan Speaker, Selangor sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu hampir 25% merupakan pusat tumpuan pelbagai industri dan sektor perkilangan. Negeri Selangor menjadi tempat tinggal kepada para pekerja kilang dalam sektor ini sama ada warganegara mahupun bukan warganegara. Pada 6 Ogos 2021 yang lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr. Shaari Ngadiman telah melaporkan bahawa sektor kilang dan tempat kerja merupakan penyumbang utama kepada tercetusnya kluster-kluster baharu hasil daripada saringan tempat kerja dan

bukannya berkait dengan perayaan ataupun komuniti. Bagi tempoh Julai 2021 sebanyak 96 cluster daripada 179 kluster aktif atau 54% adalah daripada sektor perkilangan. Faktor lain juga berpunca daripada penempatan atau asrama pekerja industri dan kilang khususnya warga asing di dalam persekitaran yang sempit dan sesak termasuklah bas pekerja. Oleh kerana itu, adalah penting bagi kerajaan menyegerakan proses vaksinasi warganegara mahupun bukan warganegara kerana virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal warna kulit, umur mahupun warganegara. Maka janganlah kita mendiskriminasi golongan warga asing dalam hal ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.A.B. Sungai Tua, Y.B. Seri Serdang serta Ahli Jawatankuasa Selangor Taskforce atas segala saranan baik yang telah disyorkan kepada kerajaan negeri bagi menangani pandemik ini termasuk peruntukan berjumlah RM75.877 Juta bagi Pakej Kita Selangor dan RM551.56 Juta bagi Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah dirangka bagi membantu rakyat dari pelbagai latar belakang yang terjejas akibat pandemik ini.

Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh jentera kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Sukarelawan Team Selangor, Sukarelawan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selgate, Selgate Healthcare serta para petugas kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mahupun klinik-klinik swasta yang telah menjayakan semua program anjuran kerajaan negeri serta kakitangan Pusat-pusat Khidmat DUN yang telah bersama dalam usaha ini. Keputusan pantas kerajaan negeri Selangor untuk membeli vaksin sendiri bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi rakyat menerusi Program SelVAX untuk segera mencapai herd immunity demi kemaslahatan rakyatnya merupakan langkah tepat dalam menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan dengan kerjasama kerajaan persekutuan. Sehingga 25 Ogos 2021, sebanyak 377,953 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Selangor melalui Program SelVAX. Ini menjadikan sejumlah 3.18 juta rakyat Selangor atau 66.9% telah menerima lengkap dua dos vaksin sekali gus telah memperlihatkan kesan positifnya apabila kadar kemasukan pesakit ke hospital telah berkurangan sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri yang saya hormati, isu kesihatan mental menjadi perhatian dan perbualan masyarakat hari ini. Dengan pelbagai tekanan dan cabaran di sepanjang tempoh pandemik ini, masyarakat menjadi semakin tenat dan gusar malah hal ini boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan baik. Saya menyambut baik inisiatif baharu Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam yang dipanggil Selangor Mental Sihat atau SEHAT iaitu sebuah fungsi d aplikasi Selangkah yang membolehkan pengguna melakukan ujian saringan awal kendiri untuk mengetahui tahap kesihatan mental masing-masing yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Namun saya ingin mencadangkan agar inisiatif subsidi terapi bagi menangani isu kesihatan mental rakyat Selangor dapat dipertimbangkan di masa akan datang. Kerana kos bagi menjalani sesi terapi dan perubatan tidaklah murah dan wajar dibantu golongan yang berpendapatan rendah, mahupun golongan M40 yang terjejas

kesihatan mentalnya demi menjaga nyawa dan kesejahteraan rakyat Selangor khasnya.

Tuan Speaker, saya amat tersentuh dengan keprihatinan Baginda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor berhubung pemeliharaan hutan simpan kekal demi menjaga kelestarian alam sekitar. Saya menyokong penuh dasar Kerajaan Negeri yang mensasarkan 32% kawasan negeri diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada tahun 2025. Malah usaha pemeliharaan kawasan bakau juga adalah penting kerana kawasan ini merupakan zon penampan semula jadi untuk mencegah hakisan pantai mahupun sungai. Pembangunan yang pesat telah membawa kepada permintaan yang tinggi kepada pasir sungai dan ia menjadi komoditi utama dalam sektor pembinaan. Pengambilan pasir sungai sering dikaitkan dengan kemerosotan morfologi sungai, hakisan tebing dasar, pencerobohan zon penampan sungai dan kualiti air sungai. Saya ingin memperingatkan kepada semua bahawa dalam kita mengejar pembangunan dan mengaut hasil sumber mineral yang ada di negeri ini, hendaklah kita beringat bahawa sungai dan laut ini juga merupakan habitat kepada hidupan lain dan juga menjadi sumber pendapatan para nelayan dan penduduk kampung. Saya ingin bawa perhatian Ahli Dewan kepada isu kawasan saya iaitu berkenaan kerja-kerja pengorekan pasir di Kampung Asahan, Mukim Pasangan. Aduan pertama yang pernah saya terima pada tahun 2019 berkaitan dengan hakisan tebing sungai yang agak membimbangkan dan telah mengubah landskap asal Sungai Selangor dan terkini apabila kerja-kerja baru ditapak C oleh pihak Kumpulan Semesta telah mula dijalankan yang menurut penduduk tempatan dan para nelayan adalah dekat dengan kawasan tempat mereka memancing dan mencari rezeki dan itu tidak jauh dari kawasan jeti Pontun, Kampung Asahan yang telah dirasmikan oleh Y.B. Pandan Indah. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan dan kegusaran penduduk kampung kerana kesan daripada aktiviti ini boleh menjejaskan sumber pendapatan keluarga dan penduduk kampung serta para nelayan apatah lagi pada beberapa bulan lalu baru sahaja dilepaskan 50,000 benih ikan dan juga udang di kawasan berhampiran. Saya berharap agar Pihak Berkuasa Negeri dapat memantau aktiviti pengorekan pasir ini dan memastikan pematuhan garis panduan pengambilan pasir sungai oleh pihak yang menjalankan aktiviti tersebut. Kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang demi mengaut keuntungan semata-mata. Saya berharap agar kelestarian alam sekitar di kawasan Sungai Selangor khususnya di kawasan tersebut yang juga berhampiran dengan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan dapat terus dipelihara dan dilindungi dan yang terakhir Tuan Speaker, kesan dan impak negatif yang dirasai oleh pemain industri pelancongan dan perhotelan apabila COVID-19 ini melanda saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan negeri berapakah jumlah pekerja yang terkesan yang telah diberhentikan akibat penutupan hotel-hotel dan juga kesan terhadap industri pelancongan ini. Ramai pekerja tempatan mahupun warga asing yang terjejas dalam industri ini yang telah hilang pekerjaan dan banyak hotel-hotel yang telah gulung tikar. Jadi berapakah jumlah pekerja yang terkesan yang telah hilang pekerjaan

Y.B. TUAN LAU WENG SAN

: Minta penjelasan.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

...serta hotel-hotel yang terpaksa gulung tikar di negeri Selangor ini dan bagaimana pihak Kerajaan Negeri.

Y.B. TUAN LAU WENG SAN

: Sedikit sahaja. Sekejap sahaja.

Speaker

Ya.

Y.B. TUAN LAU WENG SAN

: Saya ingin bertanya kepada Bukit Melawati setujukah dengan saya bahawa pemulihan alam sekitar termasuk hutan paya bakau ini dan juga pembangunan dan perancangan pemulihan industri pelancongan ini sebenarnya boleh berjalan serentak di mana kita boleh memastikan kedua-duanya akan melonjakkan industri pelancongan ini selepas pandemik ini berakhir dan bukan semata-mata untuk kerajaan fokus kepada kebajikan pekerja-pekerja dalam industri pelancongan ini. Setujukah Y.B. dengan saya?.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Y.B. Banting. Saya bersetuju dengan pandangan Y.B. Banting itu kerana sebagai contoh di kawasan saya sendiri di Bukit Melawati kedua-duanya amat berkait rapat. Kita mempunyai banyak pusat-pusat pelancongan dan pada masa yang sama pemuliharaan alam sekitar amat penting dalam sektor pelancongan di daerah Kuala Selangor kerana inilah aset kita. Jadi saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat melihat dan memantau serta mengawal aktiviti pemuliharaan alam sekitar ini dan juga aktiviti perindustrian, pembangunan agar tidak menjejaskan dan menjaga kelestarian alam sekitar pada masa yang sama juga dapat memulihkan semula sektor pelancongan di daerah Kuala Selangor khususnya, dengan itu Tuan Speaker saya ingin menyokong usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker di atas kebenaran yang diberikan kepada saya untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri kita pada hari Isnin yang lalu. Tuan Speaker, saya ada beberapa perkara yang saya nak bawa dalam perbahasan saya pada, belum tengah hari lagi, pagi ini. Tadi kita dah dengar dah pembentukan bukan kabinet baru, Bandar Klang, tapi macam reshuffle sahaja, yang kita pelik ini orang yang gagal pun dia lantik semula. Jadi saya rasa kabinet yang dibentuk ini bukan kabinet keluarga Malaysia lah. Ini saya kira kabinet yang gagal ditambah dengan kabinet gagal, yang amat malanglah kita sebagai rakyat juga masyarakat dalam negara kita ini dapat kabinet gagal, kemudian lantik juga kabinet yang gagal. Y.B. Tuan Speaker, saya nak menyentuh sedikit soal berkaitan dengan

apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Rawang yang menyentuh soal berkaitan dengan soal penerangan khususnya Kerajaan Negeri. Tadi disebutkan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, kita ada dalam lebih kurang 33 program insentif Peduli Rakyat, belum lagi program vaksinasinya, program swab test nya, program khairat kematian dan sebagainya, yang jadi masalah kepada kita seluruh masyarakat dan rakyat di negeri Selangor ini ada di kalangan rakyat. Saya ingat bukan di kalangan rakyat sahaja sebab Ketua Pembangkang pun tidak tahu apa program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor. Sebab itu saya nak minta kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan juga EXCO selalu saya tibai, saya maki Ketua Pembangkang sahaja, tetapi kali ini saya nak minta Kerajaan Negeri supaya segera wujudkan urus setia penerangan untuk kita memberikan penjelasan, taklimat dan juga penerangan kepada seluruh masyarakat dan rakyat di negeri Selangor tentang kejayaan apa program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Setuju?. Ini saya bawa dalam Dewan ini, Kerajaan Negeri kena laksanakan. Itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya saya juga menyokong teman dan juga sahabat saya daripada Sungai Panjang yang membawakan soal berkaitan dengan pemakaian baju kebangsaan, bukan baju Melayu. Baju kebangsaan, sebab itu saya nak minta supaya kita di dewan yang mulia ini dibenarkan kami Ahli-Ahli Y.B. ini pakai baju kebangsaan. Apa tak segak ke saya pakai baju kebangsaan ini?. Selain daripada itu, ia kita dibenarkan juga nak pakai macam Y.B. Bandar Klang, nak pakai macam Y.B. Kuang, nak pakai macam hero hindustan pun ada juga belakang itu.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Taman Templer. Saya ada satu...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Nanti sekejap masa tak ada ini. Saya nak habis. Saya pergi laju. Selain daripada baju kebangsaan, saya nak mencadangkan juga supaya pemakaian baju batik. Kalau bukan kita nak mempromosikan baju batik ini siapa lagi?. Tak akan kita nak harapkan orang Venezuela, tak akan kita nak harapkan orang Filipina, nak mempopularkan, mempromosikan pakaian baju batik.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Silalah, sila-sila.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Taman Templer. Hari ini nampak sangat segak. Untuk makluman semua kalau kita boleh lihat ADUN-ADUN wanita walaupun terpaksa pakai blazer hitam tetapi kita juga pakai batik lah, adalah boleh nampak. Soalan saya untuk Taman Templer ialah bolehkah Dewan Negeri Selangor mencontohi Dewan-Dewan Negeri ataupun Dewan Rakyat di mana

mereka membenarkan boleh pakai batik, baju kebangsaan dan juga boleh pakai blazer yang bukan warna hitam. Boleh tak?.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini macam orang main sepak takraw Bukit Lanjan, saya ini killer. Y.B. Bukit Lanjan ni feeder, Bukit Lanjan angkat bola itu memang cantik, saya lipat pari kena kepada Y.B. Tuan Speaker yang itu. Saya memang setujulah, saya memang setuju sangat sebab kalau kita tengok di Singapura pun dalam persidangan di Singapura pun kita tengok Ahli Parlimennya Perdana Menteri. Dia pakai kemeja sahaja.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya rasa bukan masalah soal berkaitan baju tetapi isi perbahasan kita, apa yang kita nak bawa, apa yang nak kita terjemahkan, apa tindakan yang nak kita berikan pada masyarakat dan rakyat. Bantuan kita kepada masyarakat dan rakyat. Itu sebenarnya itu, masa pun tak berapa nak ada juga ini. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga ada menyebutkan soal berkaitan dengan alam sekitar, saya kalau boleh Tuan Speaker saya minta izin.

Speaker

Tidak diizinkan. Pakai 1 sekurang-kurangnya jangan tak pakai. Ini kita bertamadun sedikit.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Isu alam sekitar ini Tuanku ada menyebutkan soal berkaitan dengan penjagaan hutan simpan di negeri Selangor ini tak banyak sangat sudah, sebab negeri Selangor ini negeri pembangunan. Selangor ini negeri pembangunan sebab itu saya nak minta Kerajaan Negeri kalau boleh setiap tahun kita adakan program tanam pokok. Tak kisahlah 50,000 batang ke, 100,000 batang ke kita tanam pokok banyak-banyak di negeri Selangor ini sebab inilah bumi, inilah negeri yang kita nak tinggalkan kepada generasi yang akan datang nanti. Kita tak hendak generasi akan datang nanti pergi ke kubur kita kencingkan kubur kita disebabkan kesilapan dan juga kesalahan kita. Ini soal alam sekitar jangan kita main-main.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Boleh mencelah? Tuan Speaker.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sila.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Templer, pokok ini macam-macam, kalau saya tak mahulah pokok yang dicadangkan dari Jeram. Kita menyahut, kita memang negeri yang bestari selain pembangunan itu pembangunan yang mampan, negeri pembangunan tetapi kita mewarisi juga alam sekitar, Habluminannas.. Habluminannas. Cuma benda ini ada juga persekitaran menjadi keutamaan kita. Rasa-rasa apa yang disarankan oleh Templer tadi. Kita bersetuju benarlah dengan

Selangor ini negeri yang contoh ya. Selain pembangunan, kita kekalkan hutan yang ada. Terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Templer. Boleh?

Speaker

Tanya speaker dulu.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Boleh Speaker?. Baik saya nak tanya, saya berminat dengan yang dinyatakan oleh Templer tadi tentang cintai alam sekitar ini. Apa pandangan Templer yang mana kejadian yang berlaku baru ini di Kedah.

Templer, minta tambah Templer. Tanam pokok balak boleh Templer?.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Setuju-setuju. Saya setuju. Tanamlah apa pokok apa pun. Jangan tanam ganja sahaja. Itu sahaja. Tanamlah apa pokok pun, yang di Kedah apa yang berlaku di Kedah itu kita tak tahulah. Kita minta SPRM siasatlah sebab katanya tebang balak. Kemudian Menteri Besar kata tak tebang balak. Kita pun tak tahu macam mana gondolan air itu boleh turun daripada atas gunung itu turun menimpa penduduk yang ada di bawah. Kampung saya itu di Gua Cempedak itu. Tapi nasib baiklah kampung saya tak kena, kampung orang rumah saya itulah saya nak bagi tahu. Kemudian Tuanku ada juga menyebutkan berkaitan dengan rasuah ini. Saya nak minta kita di negeri Selangor ini kalau bolehlah. Ini baru selesa bercakap.

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kalau bolehlah kita di negeri Selangor ini soal berkaitan dengan rasuah ini kita jadikan rasuah ini sebagai musuh nombor satu masyarakat dan rakyat di negeri Selangor ini. Kalau dulu kita katakan dadah...

Speaker

Yang Berhormat pakai dulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya patuh, saya patuh. Saya akur, saya akur, saya akur.

Speaker

Nak berkobar-kobar tak apa. Tetapi pakai mask.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

...Rasuah ini. Sebab itu soal berkaitan rasuah ini saya nak minta Kerajaan Negeri walaupun isu berkaitan dengan pendidikan ini bukan bawah kita tapi ada institusi agama yang duduk...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Minta mencelah Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya nak minta kalau boleh kita di negeri Selangor ini isu berkaitan dengan rasuah ini, bencinya kita kepada rasuah ini supaya di dalam sistem pendidikan kita dimasukkan soal berkaitan dengan isu rasuah ini.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ya, sila-sila.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Setuju dengan apa yang dikatakan dengan Taman Templer. Tetapi apa yang saya maklumkan dalam perbahasan saya mengenai rasuah di mana mantan Menteri Besar telah memperoleh duit dalam akaunnya sendiri melalui developer-developer di negeri Selangor itu. Jadi adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk siasat perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, Tuan Speaker.

Speaker

Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Speaker, saya mohon Tuan Speaker supaya menjemput mungkin Pengarah, Jabatan Kesihatan berada di dalam Dewan apabila Yang Berhormat Templer tanggalkan mask dia, isukan saman. Kalau tidak dia sengaja berapa kali dah. Kita kena tahu, sebab ini live telecast, satu dunia tengok. Tuan Speaker sila ambil tindakan seperti ini kalau tidak, malu ni.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya minta maaf Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Speaker

Terima kasih, Bandar Baru Klang, saya maklum. Ambil maklum Yang Berhormat Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini yang kita nak ni..

Speaker

Yang Berhormat Taman Templer,

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, ini yang kita nak... maksudnya walaupun kerajaan....

Speaker

Speaker cakap, Taman Templer

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini dia. Ini yang kita nak, kalau kita tak betul, dia tegur. Ini yang kita nak. Kerajaan dengan kerajaan

Speaker

Taman Templer jangan buka suka-suka.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dah tak buka lagi dah. Walaupun kerajaan...

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Minta maaf sekali lagi. minta maaf sekali lagi. Minta maaf.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dah minta maaf la tadi tu.. Kan dah puji, tadi itu. Sungai Pelek ni jangan macam-macam, pelik sangat perangai itu. Saya dah sebut semalam, kalau betul, kita adu kepada rasuah, kita adu kepada Suruhanjaya, SPRM. Soalan daripada Jeram, Hero Hindustan tadi. Kita adukan kepada SPRM. Biar SPRM yang buat kerja. Kemudian seterusnya soal berkaitan dengan perpaduan. Tuanku ada menyebutkan soal berkaitan dengan perpaduan. Tuanku ada menyebut soal berkaitan dengan perpaduan. Kita nak sebutkan negara kita ini, tahun ini, tahun yang ke-64 tahun kita merdeka. Dengan slogan, Malaysia Prihatin. Kita tak ada negara kedua, kita tak de negara ketiga, kalau andai negara ini hancur. Inilah negara kita, tak kiralah kita Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke, Kadazan ke. Sebab itu kita kena sayang negara kita ini. Yang Berhormat Speaker, saya nak beritahu, walaupun 64 tahun kita merdeka, kita masih ada lagi, mereka yang tidak bertanggungjawab memainkan isu perkauman dalam negara kita ini. Nun di Pulau Pinang, DAP memerintah, mereka tetap menyalahkan DAP. Nanti akan hancurlah orang Melayu di Pulau Pinang. Kalau DAP memerintah di Pulau Pinang, dah DAP memerintah Pulau Pinang, nanti orang Islam tak boleh bersembahyang. Isu azan, yang dimainkan di Pulau Pinang, dan kita nak beritahu di Pulau Pinang ni, azan subuh boleh azan tiga empat kali. Tak ada masalah. Masjid di Pulau Pinang ada, orang Melayu di Pulau Pinang ada. Ini isu yang sepatutnya 64 tahun, kita merdeka, sepatutnya kita berpolitik, secara matang. Secara berintegriti. Macam saya sebutkan, kalau kita tak suka, kalau engkau tak suka aku, jangan mainkan isu perkauman. Isu bangsa, isu agama. Tak suka aku, nak jatuhkan aku, nak jatuhkan parti aku, sebabkan apa. Disebabkan manifesto, disebabkan dasar, disebabkan kami tak buat kerja. Itu kamu boleh jatuhkan kami. Bukan kita mempermainkan isu perkauman. Memang, Yang Berhormat Bandar Klang, bermasalah bercakap dengan pakai ni.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat, Yang Berhormat Taman Templer...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terutamanya 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, kita tengok terlalu banyak isu, kalau saya nak senaraikan, terlalu banyak isu yang dimainkan, yang dihadapkan kepada kita, Pakatan Harapan. Isu Adib-nya.

Wakil daripada PAS tak ada. Kalau tidak saya nak tanya, dulu isu Adib ini sampai adakan demonstrasi, himpunan di Padang Merbok.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Templer, berkenaan dengan perpaduan,

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tapi sekarang, bila dah memerintah, kita tak dengar isu Adib, RUU 355, isu pakaian pramugari, isu arak, isu pemandu mabuk, isu Genting...

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat, berkenaan dengan perpaduan, Yang Berhormat...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Nanti kejap la. Saya bagi, saya bagi, saya bagi.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Sikit je, 10 saat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya bagi, saya bagi. Kejap.

Speaker

Sungai Panjang duduk dulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tapi bila dah jadi kerajaan, isu ini ghurub. Isu ini hilang. Isu ini tak ada, bila ditanya oleh pemberita, kepada Timbalan Presiden PAS. Dulu masa jadi pembangkang begitu berkokok. Suarakan itu, berhimpun, mengadakan demonstrasi, tapi sekarang ini, tak ada. Apa dia kata, dulu masa jadi pembangkang, kita boleh suarakan apa juga kita nak suarakan. Tapi bila jadi kerajaan, senyap. Beku. Dulu tak mahu, tak boleh bersama UMNO, Barisan Nasional, dulu ratib PAS setiap hari mampuih UMNO, mampuih UMNO, dulu. Tapi sekarang ni, kalau tak bersama dengan UMNO, Barisan Nasional, tak tidur sebantal dengan UMNO, Barisan Nasional, sekarang ni, tak boleh tidur. Sebab itu, sekarang ini UMNO dan juga PAS,

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bukan setakat tidur, tapi mereka dah, emm, emm.... (tunjuk bahasa isyarat tangan)... Dulu, bukan main lagi, bersama dengan DAP...

Speaker

Yang Berhormat, ini (tunjuk bahasa isyarat tangan) apa ini, saya tak faham. Tolong perjelaskan. Apa ini. (tunjuk bahasa isyarat tangan). Perjelaskan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Cium, cium.

Speaker

Saya tak berapa tahu, apa benda itu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dulu dengan DAP... bukan main lagi. Ada gambar, berpeluk dengan Lee Guan Eng, berpeluk dengan Lim Kit Siang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat, Yang Berhormat,

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tapi kita nak tanya, apa salah DAP.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat, sikit saja. Berkenaan...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Apa salah DAP...

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Berkenaan dengan perpaduan, Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sila, sila...

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer, saya ingat apa Yang Berhormat sampaikan itu, hasratnya itu, pada pandangan saya, betul la Yang Berhormat, berkenaan dengan perpaduan tadi. Tetapi apabila kita nak bercerita tentang politik yang matang dan juga kita nak mengorak langkah terus ke hadapan, demi kita membangun negeri kita Selangor dan terus nak melangkah membina semula ataupun membangun semula negara kita Malaysia, dalam konteks perpaduan dan juga kesaksamaan, kerjasama cross-party politik ini, saya berpandangan, Yang Berhormat janganlah ungkit kisah-kisah lama ini. Kita lihat terkehadapan. (Dewan Riuh), kita lihat terkehadapan. Dan saya nak tanya juga, Yang Berhormat setuju tak, oleh kerana, titik hengit bengit, dan juga persepsi-persepsi itulah yang menyebabkan kestabilan politik ini terjejas kerana sentimen, kerana label-label ini yang telah dilabelkan. Jadi kita sebagai ke depan ini, kita mengorak langkah lah. Supaya kita boleh bekerjasama dengan siapa pun. Tidak kira di mana kita berada, sama ada kita di kerusi pembangkang dan juga kerajaan, dengan tujuan hasrat dan juga matlamatnya untuk membina dan juga menyumbang kepada negeri kita dan juga negara kita, Malaysia. Apa pandangan Yang Berhormat. Kita lupakan lah, apa semua persepsi yang lama itu, kita mengorak langkah ke hadapan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tapi saya nak mencelah. Saya nak mencelah, celahan tersebut. Kalau Sungai Panjang, cadangkan kita tak ungkit peristiwa-peristiwa lama, hari ini saya nampak kabinet baru, tetapi nampak muka-muka lama juga. (Dewan Tepuk). Macam mana ini?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya setuju sangat dengan Bukit Lanjan tadi. Saya dah sebutkan di awal tadi tu. Dapat kerajaan gagal, kerajaan tebuk atap, sekarang ini pun dapat juga, kerajaan gagal, kerajaan tebuk atap. Tak ada makna pun. Soal berkaitan pembentukan kerajaan baru ini. Sebab itu, yang seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak menyebutkan juga soal

berkaitan apa yang disebut oleh teman-teman dan sahabat-sahabat saya, ada di dalam negeri Selangor ini, kita tengok agensi-agensi kerajaan, contohnya macam JAIS, saya kena berterus terang lah. Saya kena berterus terang. Ya, kita hormati para pegawai dan juga kadi, kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara profesional. Tak salah kalau nak kata mereka nak menganuti mana-mana parti politik, nak jadi PAS ke, nak jadi Amanah ke, nak jadi DAP ke, nak jadi UMNO ke, tak ada masalah. Tetapi waktu bekerja, waktu kamu bertugas, kamu kena profesional. Jangan mainkan sentimen kepartian. Apa yang disebutkan oleh Meru, apa yang disebutkan Pelabuhan Klang, kita nampak seolah-olah, Jabatan Agama Islam sekarang ini sudah dikuasai oleh orang politik yang mementingkan kepentingan politik tembolok mereka di dalam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Taman Templer, mohon pencelahan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taman Templer tadi bahawa ada unsur-unsur sedemikian. Apakah dengan wujudnya orang-orang yang berkecenderungan politik dalam jabatan kerajaan, akan memberi kesan kepada polisi dan dasar seperti mana apa yang berlaku. Ya, umpamanya, macam yang saya sebutlah, pemberian tauliah, kalau sama dengan kawan-kawan, ataupun sama sealiran, dapat. Orang tak sealiran, tak dapat. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sebab itu saya sebutkan, mereka kena berlaku adil. Sebab awal lagi saya sebutkan berkenaan soal amanah, soal berkaitan berintegriti, soal berkaitan rasa tanggungjawab. Dia tidak profesional, betul Sungai Pelek. Jaga kepentingan parti politik mereka saja. Soal tauliah, kita pun tahu. Masjid dan juga surau, sekarang ini, yang mendominasikan program kuliah, adalah daripada Parti Islam se-Malaysia (PAS). Semalam yang disebutkan oleh Meru, semalam yang disebutkan oleh Pelabuhan Klang. Kita ahli politik, yang menang dalam pilihan raya pun tidak diberikan ruang, kadang-kadang, bercakap di surau dan juga di masjid. Kita reti lah, time bila nak kita bercakap berkaitan soal politik, bila masa kita nak bercakap soal berkaitan keperitan kehidupan masyarakat dan rakyat dalam negeri Selangor ini. Sebab itu saya nak minta, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri pun ada, supaya tolong siasat, Yang Berhormat Dato’. Kita tak setuju. Kalau orang itu datang dari parti Amanah pun, kita minta supaya dia juga disiasat. Ini ketelusan, sikap kita, dalam Pakatan Harapan. Kemudian yang terakhirnya, saya nak bawa juga la...

Speaker

Akhir, ya..

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Isu Taman Templer ni, khususnya yang Berhormat daripada Pandan. Isu jalan daripada Selayang ke Rawang itu. Ha.. itu yang pertama la. Kemudian soal, jalan ini pun, gelap, gelap. Kita minta lampu. Kemudian berkaitan banjir, anak Sungai Udang, saya pergi laju lah. Kemudian, tanah kubur, tanah kubur ini, sekarang ini, memang dah padat betul sekarang ini. Terutama di

Sungai Tua, Sungai Tua ini, saya berkongsilah dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kemudian di Bukit Lagong, kemudian ada permintaan di Kampung Melayu Batu 16, supaya dapat diperuntukan sebidang tanah untuk dijadikan tanah atau tapak perkuburan. Seterusnya, kita juga memerlukan...

Speaker

Yang Berhormat, dah, sampai dah, tak ada seterus. Dah, tak ada seterus.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sikit lagi, sikit lagi, seminit lagi. Kemudian seterunya pembinaan sebuah masjid dan juga sekolah di Templer Park, yang ini. Sebab kawasan itu membangun sangat dah. Projek perumahan pun banyak. Dia ada satu surau saja, kemudian sekolah tak ada. Kemudian, yang seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhinggalah kepada barisan hadapan dan juga saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Taman Templer menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Taman Templer. Saya persilakan Dengkil.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Ada berapa banyak masa saya diperuntukan, Speaker.

Speaker

Ada tiga minit. Tapi tak apa, saya tengok keadaan, boleh sambung selepas rehat waktu makan. Mungkin, saya bagi sedikit ruang.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Bagilah ruang dan peluang pada Dengkil. Dengkil ini jarang bercakap.

Speaker

Landing yang terakhir.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Boleh ya, setuju ya., setuju. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Dengkil untuk turut serta dalam perbahasan titah menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersempena pembukaan Dewan Negeri Selangor pada tahun 2021. Di kesempatan ini, Dengkil ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Yang Berhormat Dato’ Nor Azmie bin Diron, Pegawai Kewangan Negeri yang baru, Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kasim, dan pelantikan Mufti Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Sahibus Samahah Dato’ Dr Anhar bin Opir. Selamat maju jaya dan selamat bertugas saya ucapkan. Semoga pentadbiran Kerajaan Negeri serta agensi di bawah terus cemerlang di bawah kepimpinan yang baru.

Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang jelas menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan baginda terhadap isu COVID, isu kebajikan rakyat, isu kesihatan, isu perkauman, ekonomi, sosio alam sekitar, dan integriti yang berlaku pentadbiran pemerintahan baginda. Sebahagian besar titah Baginda menyentuh isu COVID di negeri Selangor. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor. Dalam menangani wabak COVID-19, perbagai inisiatif yang dilaksanakan. Antaranya Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Pertama, Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor, Pakej Kitar Selangor 2.0, yang merangkumi 25 program insentif.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan sahabat daripada Ketua Pembangkang, Sungai Air Tawar, dengan kenyataan, mengatakan usaha Kerajaan Negeri Selangor tidak membuahkan hasil ataupun tidak memberi impak dalam menangani isu COVID-19 di dalam negeri Selangor. Ini kerana saya mengambil contoh di kawasan saya di DUN Dengkil, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor telah menggerakkan aset-aset Kerajaan Negeri, agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri. Bagi membantu pengurusan pandemik COVID-19. Seperti inisiatif COVID, CAC, yang diadakan di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Dewan Orang Ramai, Dengkil. Dan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, memudahkan kepada warga Dengkil, amnya Sepang, dalam membuat saringan percuma, jika didapati bergejala. Dengan adanya CAC, rakyat Selangor tidak perlu membelanjakan wang, untuk....

Speaker

Dengkil, sila duduk.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Duduk..

Speaker

Ya, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 12.00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 3.00 petang. Dewan ditangguhkan.

(Dewan Ditangguhkan)

(Dewan Disambung Semula)

(Tuan Speaker Mempengerusikan)

Speaker

Selamat sore dewan disambung semula. Saya mempersilakan Yang Berhormat Dengkil, saya bagi sepuluh minit yang terakhir untuk selesaikan.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang budiman. Saya terus menyambung ucapan Titah Menjunjung Kasih Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya menyangkal dengan kenyataan Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Selaku ketua pembangkang Negeri Selangor, yang mengatakan usaha Kerajaan Negeri tidak membuahkan hasil ataupun tidak memberi impak dalam menangani isu COVID-19 di Negeri Selangor. Ini kerana saya mengambil contoh, apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, barisan EXCO, telah mengerakkan segala aset yang ada di peringkat PBT mahupun peringkat daerah bagi membantu menguruskan pandemik COVID-19. Dengan adanya inisiatif CAC (COVID Assessment Center) yang di adakan di kawasan saya seperti di stadium mini Bandar Baru Salak Tinggi, dewan orang ramai Dengkil, memberi manfaat kepada masyarakat, memudahkan bagi warga Sepang, khususnya Dengkil membuat saringan percuma jika didapati bergejala. Dengan adanya CAC, rakyat Selangor tidak perlu membelanjakan wang yang banyak membuat ujian saringan di klinik-klinik swasta kerana bayaran yang agak mahal.

Yang Berhormat Speaker, saya juga berpandangan dengan adanya program saringan percuma ini dapat mengelakkan penularan di kalangan masyarakat setempat, sekurang-kurangnya adanya program sebegini individu yang didapati positif COVID-19 akan segera mengambil langkah-langkah kuarantin kendiri di rumah. Memandangkan yang lebih membimbangkan kita sedia maklum terdapat satu varian yang bahaya iaitu varian delta yang sekarang ini ada pula delta plus dan yang baru hanya merebak dalam masa 15 saat melalui udara adalah varian lambda yang belum masuk lagi di negara ini. Di kawasan saya terdapat banyak kluster yang baru, antaranya kluster Desa Air Hitam, kluster Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, kluster Desa Pinggiran Putera, Kluster Jendram Hilir, kluster Sungai Melur dan banyak lagi kluster yang terdapat di Sepang. Apa yang membimbangkan saya, kepenatan dan dalam keadaan tertekan petugas barisan hadapan, tetap perlu menjalankan tugas mereka untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti yang terlibat dalam kluster COVID-19. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada, terima kasih lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam memperuntukkan sebanyak RM50,000 kepada semua ADUN pembangkang menerusi program mesra rakyat. Dengan adanya peruntukkan ini, di kawasan Dengkil hampir 800 keluarga mendapat manfaat bakul makanan. Kalau boleh, boleh tambah, tak boleh minta la tambah lagi. Sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang memerlukan ketika menghadapi emosi yang tidak stabil. Seiring dengan Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu yang juga turut membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan dapat meneruskan kelangsungan hidup menerusi pemberian bakul prihatin negara.

Yang Berhormat Speaker, Baginda Tuanku turut menitahkan rakyat Selangor seluruhnya agar memberikan kerjasama untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 segera supaya Negeri Selangor boleh mencapai imuniti kelompok. Untuk makluman

Yang Berhormat sekalian, antara program yang dilaksanakan di kawasan Dengkil untuk membantu komuniti antaranya adalah sanitasi percuma untuk keluarga-keluarga yang didapati positif COVID, memberikan perkhidmatan Dengkil Care iaitu salah satu inisiatif memberi pemanduan percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan (OKU) ataupun tidak berkemampuan ke pusat PPV ataupun (Pusat Pemberian Vaksin. Alhamdulillah seramai 300 penerima dos vaksin telah menggunakan perkhidmatan yang saya sediakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, Dewan Yang Mulia, setakat hari ini Pejabat ADUN Dengkil telah memperuntukkan sebanyak hampir 5000 bakul makanan dan Pejabat ADUN juga turut menyumbangkan sebuah van kepada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang untuk kegunaan PKD Sepang menguruskan pesakit COVID-19 di Sepang. Pejabat DUN Dengkil juga turut bekerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, mengumpul nama-nama pesakit yang terlantar untuk memastikan mereka dapat menerima vaksin di rumah. Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Pegawai Daerah Sepang Datuk Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sepang pada 19 Julai 2021, telah turun meninjau keadaan Hospital Serdang yang pada ketika itu terdapat keperluan mendesar dalam menguruskan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat. Ini susulan terdapat aduan dari pesakit dan pihak hospital sendiri.

Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan bersetuju menyalurkan bantuan logistik tambahan kepada a Hospital Serdang dengan menyediakan 20 unit khemah modula tent, dilengkapi dengan penyaman udara, tanda dan ruang solat bagi yang beragam Islam untuk kegunaan hospital mengendalikan kes COVID. Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah bersetuju untuk menambah keperluan-keperluan lain di Hospital Serdang. Beliau juga turut turun ke ground zero iaitu bilik forensik, bilik mayat. Beliau juga ada mendapat makluman mengenai situasi yang berlaku di Jabatan Forensik Hospital Serdang. Saya bersetuju apa yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Pelabuhan Klang, situasi emosi yang tidak stabil mengenai waris-waris yang kehilangan keluarga ketika pandemik COVID-19 ini. Namun begitu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Agama Islam kerana mengambil langkah drastik dalam menyusun atau meletakkan SOP yang baru bagi mengelakkan kecelaruan menguruskan jenazah COVID. Namun begitu, apa yang saya mohon kepada Pejabat Agama Islam agar menilai semula prosedur ataupun syarat-syarat yang diletakkan bagi NGO yang menguruskan jenazah ini. Bukan semua NGO yang menguruskan jenazah ini zalim, ada NGO yang menguruskan jenazah ini secara percuma, fardu kifayah dan saya mohon pihak Pejabat Agama Islam Negeri Selangor menyatakan, menilai semula ataupun memberi peluang kepada NGO-NGO yang menguruskan jenazah COVID-19 ini. Saya ingin bertanya kepada Pejabat Agama Islam, ramai di kalangan waris-waris ini mengadu kalau boleh ahli keluarga mereka yang kehilangan, kehilangan orang

tersayang,mereka hendak di kebumikan di kawasan kariah mereka masing-masing. Contoh kalau di Serdang, mereka di Serdang yang Dato’ Menteri Besar juga telah mewartakan bahawa tanah perkuburan Cyber 10 tanah perkuburan COVID. Ada yang duduk di luar daerah Sepang dan mereka ingin waris-waris mereka ingin ahli keluarga mereka dekat. Saya minta Pejabat Agama Islam meneliti semula syarat-syarat tersebut dan harga kalau Kerajaan Negeri mengatakan pengurusan jenazah COVID ini percuma, kita minta bagi kepastian bahawa memang percuma, jangan ada sebarang caj bagi meringankan beban emosi keluarga waris yang kehilangan orang tersayang. Saya sangat bersetuju apa yang dikatakan Pelabuhan Klang, kalau semalam saya lihat hampir menitiskan air mata, saya rasa apa yang Pelabuhan Klang rasa.

Yang Berhormat Speaker, saya juga mendapat makluman mengenai status Hospital Putrajaya, maaf-maaf, Hospital Cyberjaya yang akan dijadikan sebagai Hospital swasta dan bukan lagi hospital kerajaan. Bukan itu sahaja, semua peralatan perubatan telah siap sedia di Hospital Cyberjaya telah dipindahkan ke hospital COVID Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain dan pihak Cyberview sebagai developer dengan izin kepada hospital ini telah mendapat arahan daripada pihak kerajaan untuk memajakkan hospital ini kepada pihak ketiga yang berminat sebelum Julai 2021. Persoalan saya, apakah Kerajaan Negeri boleh campur tangan, Kerajaan Negeri boleh campur tangan berkenaan status Hospital Cyberjaya ini kerana Hospital Cyberjaya ini telah digazet kan dan di war-warkan untuk kemudahan khususnya bagi penduduk sekitar Sepang, Puchong, Serdang, Bangi dan kawasan-kawasan sekitarnya. Penduduk amat kecewa jika Hospital Cyberjaya ini diswastakan kerana kebanyakan penduduk di sekitar mendapat rawatan di Hospital Serdang. Hospital Serdang pula dilihat tidak mampu menampung jumlah pesakit atau menerima rawatan yang terlalu ramai merangkumi penduduk sekitar dan Hospital Serdang juga telah diberi taraf sebagai Hospital COVID. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat membantu campur tangan mempercepatkan proses pembinaan hospital baru, contoh bagi kawasan di Bandar Baru Salak Tinggi, bagi memudahkan penduduk sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi Labu untuk mendapatkan rawatan. Dah habis ke Tuan Speaker. Tak boleh tambah lagi Tuan Speaker.

Speaker

Minit yang terakhir la.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Yang terakhir ya, banyak lagi ni Tuan Speaker. Sehubungan itu, saya ingin mengambil peluang dalam Dewan Yang Mulia ini, ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada mantan Yang Berhormat, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas jasa dan pengorbanan beliau yang sangat dirasi serta dihargai. Kita boleh lihat ramai rakyat yang sedih. Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin dan rata-rata bersyukur dengan adanya insentif Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu berhubung dengan pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi, PEMULIH. Kerajaan ini

lah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-lestari, i-sinar dan moratorium automatik bagi membantu rakyat ...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Speaker, masa dah habis.

Speaker

Ya ya, terima kasih atas teguran ingatan daripada Jeram, masa dah habis.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

... Kita telah menjadi antara negara terawal ...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Melanggar titah Speaker, salah. Minta keluar daripada dewan.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Sikit lagi, sikit lagi. Alhamdulillah

Speaker

Saya bagi yang terakhir, ending, ayat terakhir.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Alhamdulillah, ayat terakhir. Alhamdulillah ia memberi kesan positif dan membantu aliran tunai masyarakat rakyat yang tengah susah. Lipatan sejarah akan mengingati beliau sebagai Perdana yang Ke-8 .

(Dewan riuh)....

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Terima kasih, dengan ini menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Dengkil.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Banyak lagi ni.

Speaker

Ya Dengkil, duduk. Dengkil duduk, tutup mic, mic tutup. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian perbahasan Titah Menjunjung Kasih Usul Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah tamat. Seperti apa yang kita sedia maklum Dewan Negeri Selangor merupakan peneraju Dewan-dewan Negeri di Malaysia sentiasa mempraktikkan demokrasi yang subur yang sihat dan memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada Ahli-ahli Dewan untuk berbahas walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 yang kritikal dalam tempoh sejak hari Selasa sehingga hari Jumaat ini tiga hari setengah. Seramai 33 Ahli Dewan Negeri mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Dewan semua sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk memberi respons dan penggulungan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Banting, Sijangkang, Kota Damansara, Meru dan Sabak yang telah pun menyentuh isu-isu di bawah portfolio jagaan saya. Yang Berhormat Banting mengatakan bahawa Kerajaan Negeri memberi fokus untuk menarik pelaburan dan sektor Industri Aeroangkasa. Dan dalam keadaan penularan pandemik COVID-19 dan keperluan peralatan perubatan Yang Berhormat Banting mengesyorkan Kerajaan Negeri merangka strategi memberi tumpuan untuk menarik pelaburan dalam industri perubatan, peralatan perubatan berteknologi tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Banting dan Yang Berhormat sekalian, pelaburan dalam sektor peralatan perubatan merupakan salah satu industri yang diberi keutamaan. Kita tidak boleh mengabaikan sektor Aeroangkasa yang begitu penting untuk masa depan Selangor kerana walaupun kita telah menyediakan satu pelan tindakan Selangor Aerospace Action Plan yang begitu lengkap komprehensif tetapi masih juga ada yang tertinggal kerana perkembangannya di luar jangkaan kita. Umpamanya baru-baru ini kita telah menerima satu pertanyaan dan dalam proses kita menilai dan mungkin akan dilancarkan dalam Aerospace juga dalam sektor Aerostack ataupun airship yang ini di luar jangkaan kita tidak rangka pelan kita tapi ini penting dia bukan setakat Aerostack dia melibatkan data center dan dia merupakan kalau berjaya pelaburan di Selangor merupakan paling besar di dunia yang akan berada di sini dia ada super hanger dan sebagainya. Jadi disebabkan itu tidak boleh hilang fokus dalam perkara ini. Saya tahu Yang Berhormat Damansara amat prihatin dalam sektor Aeroangkasa kerana beliau dalam sektor ini sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa. Dalam kelulusan projek pengilangan yang diluluskan oleh MIDA industri dalam pembuatan perubatan diletakkan di bawah industri pembuatan produk scientific and manufacturing equipment. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 sebanyak 2 projek pengilangan bagi mengeluarkan produk scientitic and manufacturing equipment telah pun diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah 26 Juta ringgit dan sebanyak 14 juta ringgit adalah daripada pelaburan tempatan dan 12 juta ringgit daripada pelaburan asing. Di samping itu promosi bagi pelaburan untuk barangan peralatan perubatan juga turut diberi perhatian di bawah kluster sains hayat atau life science yang merupakan salah satu lima kluster industri yang diberikan tumpuan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor iaitu kalau kita melihat dalam Selangor Industry Master Plan tadi yang kita buat sebelum ini yang masih berkuat kuasa Aeroangkasa ini atau life science ini merupakan satu daripada lima kluster yang diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Di samping itu Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor juga akan menganjurkan Selangor International EXPO Medic, SIE Medic 2021, buat kali pertama yang merupakan salah satu komponen cara Selangor International Business Summit 2021 iaitu SIBS 2021 yang akan diadakan pada 18 hingga 21 November 2021 di Kuala Lumpur Conventioan Center KLCC, kita naik taraf ke KLCC. SIE Medic ini akan menghimpunkan pemain-pemain daripada industri bekalan peralatan perubatan dan dynos tic, penjagaan kesihatan, farmasi hospital yang mempromosikan dan mempamerkan perkhidmatan kesihatan terkini. Serentak dengan pameran ini juga

kita akan mengadakan persidangan perubatan Antarabangsa Selangor dalam 3 tema utama. Iaitu vaksinasi, penjagaan warga emas, kesihatan digital. Sebelum ini pernah Kerajaan mengumumkan kita akan membangunkan satu tapak yang dinamakan Selangor Bio Bay yang masih dalam proses walaupun menghadapi cabaran yang cukup besar dan proses bukan senang kita tidak boleh tunggu sampai pandemik baru boleh kita pergi ke bidang ini. Kita sudah mulakan tetapi persaingannya memang hebat, lepas itu kita mengambil masa sedikit untuk membangunkan Selangor Bio Bay seluas 1 ribu ekar di Pulau Indah. Ya Tuan Speaker.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Speaker

Silakan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan dan Yang Berhormat kerana telah pun melihat perkara dengan begitu pantas sekali. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat apakah penjelasan ataupun penerangan yang boleh Yang Berhormat berkenaan dengan situasi sebab tadi ada disebut tentang persaingan. Kalau diikutkan contest Malaysia, negeri mana yang menjadi persaingan yang hebat kepada Selangor dan di rantau Asia Tenggara, siapakah negara yang di depan kita, di depan Malaysia kalau di seluruh dunia apakah konteks kedudukan Malaysia dan Selangor? Itu adalah persoalan daripada saya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, kalau dalam konteks Malaysia Pulau Pinang adalah negeri yang mendapat pelaburan yang paling banyak sejak dari dulu lagi, kerana ada sektor elektronik membantu dan baru-baru ini mereka juga kalau tak silap saya 2020 mereka dapat pelaburan yang besar daripada FDI dalam bidang ini di Pulau Pinang. Itu adalah pesaing utama dan kedua kalau kedudukan Malaysia, Selangor berada di tingkat ke dua. Kemudian dalam Asia Tenggara ini memang terunggul adalah Singapura. Ada biopolis yang memang adalah bertaraf dunia lebih menumpukan pada farmasi kemudian kalau negara lain mungkin kita juga bersaing dan mungkin kita sedikit ketinggalan di belakang negeri Thailand ya. Dan kita anggarkan mungkin dalam sedikit masa lagi Indonesia juga merupakan persaingan yang hebat kerana penduduknya yang padat maka dia dapat perhatian pelabur-pelabur asing yang sudi melabur di tempat populasinya tinggi.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya sila.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Nak tanya apakah kekangan berbandingan Singapura, Thailand kemungkinan besar Indonesia pada masa hadapan menjadi pesaing kepada Selangor Bio Bay, what our competitive edge compare to them dan apa ialah kekurangan kami berbanding mereka?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya kira kalau nak banding dengan Singapura kita jauh ketinggalan kerana mereka memang melabur banyak kerajaan negeri Singapura banyak memberi insentif, insentif yang cukup menarik oleh itu kalau nak kejar ke tahap Singapura dia mengambil masa yang amat panjang, tapi di negeri Thai disebabkan intensif juga dan disebabkan juga populasi yang padat. Indonesia sudah tentu ya. Walaupun sekarang dia berada di belakang kita, tapi pasaran cukup besar. Kalau Pharmaniaga sekali pun, bilangan pejabat di Pharmaniaga dia Indonesia banyak di Malaysia. Disebabkan dia adalah satu negara kepulauan banyak pulau, banyak populasinya. Jadi mungkin dalam jangka masa yang singkat ini, mungkin Vietnam akan merupakan apa tu pesaing kita yang hebat. Yang ada pada Malaysia adalah kedudukan kita yang strategik dan juga dari segi graduan kita yang cukup besar. Sebab itu kita juga telah Selangor untuk menggiatkan sektor ini kita juga telah menyediakan dan dah siap cuma belum hantar ke MMKN untuk diluluskan iaitu Selangor Bio Tech Action Pelan 2021 hingga 2030 dan ini melibatkan berbagai-bagai bidang perubatan termasuk pertanian yang akan juga akan masukkan ke dalam pelan atau action plan, pelan tindakan bio teknologi untuk 2021 hingga 2030. Yang Berhormat Banting dengan geran digitalisasi yang melibatkan 1.2 juta ringgit untuk 280 Selangor SMP melalui Selangor SME Digitalisation Matching Grant ini adalah peringkat pertama ada peringkat kedua sebab peruntukan keseluruhannya adalah 5 juta ringgit setahun. Tapi untuk peringkat pertama 1.2 juta ringgit telah pun diedarkan dan beliau menyatakan ini adalah satu program yang bagus tetapi Yang Berhormat menyatakan bahawa usahawan khususnya usahawan kecil, usahawan digital kecil e-commerce kecil yang turnover tak sampai 300 ribu ringgit setahun adakah mereka dibiarkan begitu sahaja. Itu sudah tentu tidak. Tuan Speaker geran padanan digitalisasi PKS ini merupakan geran bertujuan memberi pertolongan khusus kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai perolehan tahunan berjumlah sekurang-kurangnya 300 ribu ringgit dan tidak melebihi 3 juta ringgit. Geran padanan ini bertujuan mempercepatkan PKS yang sedia ada untuk menerapkan pendigitalan jualan atas talian menjimatkan kos operasi dan meningkatkan keberkesanan perniagaan dalam menghadapi wabak COVID-19. Untuk makluman Yang Berhormat Banting, Kerajaan Selangor juga prihatin kepada usahawan mikro yang memperoleh jualan tahunan 300 ribu ringgit. Di bawah SIDEC, 3 program telah dilaksanakan untuk membantu mereka. Sebelum itu adalah SITEC sekarang kita tukar SIDEC Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation, dan kita tubuhkan syarikat SIDEC Sdn Bhd. Yang pertamanya kempen Selangor e-bazar telah pun diadakan sepanjang tahun 2020 dan 2021 iaitu Selangor e-bazar Raya 2020, Selangor e-bazar 11 tahun 2020, Selangor e-Bazar CNY Chinese New Year 2021 dan Selangor e-bazar Raya 2021. Kempen tersebut membantu PKS dan perniagaan mikro menerapkan digitalisasi dalam perniagaan mereka untuk terus bertahan dalam situasi ekonomi yang mencabar dalam pasca pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan 7 juta ringgit kepada peniaga-peniaga e-dagang dalam bentuk baucar diskaun. Hasilnya telah terbukti amat memberangsangkan jualan terus berjumlah 144. 26 juta ringgit serta kesan riak sebanyak 2.9 bilion ringgit telah pun dicipta melalui 4 pusingan kempen Selangor e-

Bazar. Seramai 294 ribu jumlah peniaga baru telah mendapat manfaat di mana 74,837 adalah peniaga baru e-dagang. Keduanya SIDEC juga menganjurkan program online 100 dan brand 100 untuk usahawan menyesuaikan diri dalam eko sistem e-dagang. Program tersebut merupakan program SIDEC yang membekalkan penyediaan kedai di laman perniagaan sedia ada iaitu web stor dan pembangunan laman web e-dagang website yang lengkap dengan nama domian, cluod, posting, shopping card dan payment gate away. Penyelesaian penuh e-dagang dan sokongan membantu PKS untuk mendigitalisasikan dalam pelaksanaan adopt sea dan penyertaan iaitu adoption on boarding serta meningkatkan penjenamaan perniagaan di atas talian. Ketiga bagi usahawan yang berminat untuk menambah ilmu berkenaan e-dagang, SIDEC menyediakan pelbagai siri kelas e-dagang yang memberi pengenalan kepada e-dagang dan pemasaran digital dari peringkat permulaan hingga lanjutan. Iaitu dia ikut peringkat bagi mereka yang baru untuk startup untuk yang baru nak masuk ke dunia e-dagang untuk perniagaan yang kecil yang mikro ini, mereka belum sampai tahan untuk naik ke digitalization kita mulakan dengan kelas ini, kelas e-commerce kemudian kita ada brand seratus, online seratus membimbing mereka. Apabila perniagaan mereka meningkat sampai turnover sampai ke tahap 3 ribu ringgit maka mereka akan layak untuk mendapatkan geran padanan ini supaya ia boleh upgrade. Dia nak upgrade sistem e-postnya, nak upgrade sistem perakaunannya supaya seluruh pengurusannya digitalization. Jadi itu caranya. Jadi tidak bererti kita tidak bila geran RM5juta ini tidak diberikan kepada mereka yang memberi turnover kurang daripada RM300,000 kita abaikan mereka. Tidak! Itu adalah yang kelas alimentari kita, kita bahagikan. Bila dia sampai ke tahap itu maka kita bagi lagi. Kita kena ikut peringkat-peringkat. Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang mencadangkan Kerajaan Negeri berbincang dengan pihak MIDA berkenaan cadangan projek pelaburan yang hendak dilaksanakan agar industri yang ditempatkan di Selangor tidak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian pihak Kerajaan Negeri Selangor menerusi Invest Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak MIDA dalam mengenal pasti potensi pelaburan yang dibawa masuk ke negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri juga sentiasa menasihatkan para pelabur akan kepentingan kepada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Menerusi mesyuarat penyelarasan yang saya sendiri mempengerusikannya setiap bulan para pelabur sering diingatkan tentang perkara ini. Ini bermakna segala dasar dan keperluan teknikal telah diteliti oleh pelbagai agensi sebelum sesuatu kelulusan perancangan pembangunan diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Namun begitu kita tidak menafikan terdapat juga syarikat-syarikat yang ingkar kepada pematuhan syarat-syarat pembangunan yang ditetapkan oleh agensi teknikal. Ini adalah isu penguatkuasaan. Bagi kes-kes seperti ini tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Itu adalah proses yang biasa di mana khususnya untuk alam sekitar bukan Invest yang menentukan ya. Bukan Kerajaan Negeri Selangor tapi dia berperingkat kalau katakan kilang kertas di Banting di Kuala Langat sebelum ini memang proses penilaian kesan kepada alam sekitar dinilai oleh Jabatan ataupun Kementerian Alam Sekitar itu

sendiri. Di Peringkat Persekutuan. Kemudian diturunkan di peringkat Jabatan Alam Sekitar di peringkat Negeri juga PBT. Kemudian di peringkat PBT itu sendiri. Semua kita tahu kita semua. Saya tahu ada bantahan, ada aduan daripada penduduk. Kita juga melihat, kita mendengar dan menilai sama ada aduan itu berasas atau tidak. Kerana yang persatuan-persatuan tempatan mereka tidak ada kepakaran. Mereka bergantung kepada pengetahuan yang di peroleh daripada Internet dan kemudian dia membuat kesimpulan. Bahawa yang ini tidak sesuai, yang itu tidak sesuai. Kita kena menilai. Dan pengalaman saya sebelum ini juga melihat disebabkan tekanan seperti ini konsultan yang dilantik oleh Kementerian Alam Sekitar dia tidak berani membuat keputusan. Kerana saya mengambil satu contoh dia kata, Jabatan Alam Sekitar tidak berani kelulusan dia masih khuatir sebab konsultan dia mengatakan air daripada selepas perkilangan itu bila di discharge ke sungai dia akan mendatangkan kesan alam sekitar yang negatif. Kekhuatirannya. Jadi tapi apabila kita bertanyakan bukti-buktinya didapati tahap-tahap kebersihan atau tahap kualiti air di Sungai Langat adalah pada tahap tiga. Sementara itu air yang disedut daripada sungai itu tahap tiga tu lepas digunakan lepas diproses bila dimasukkan kembali ke sungai dia ada pada tahap kedua lebih baik daripada air yang diambil.

Jadi pertanyaan saya kepada konsultan tersebut adalah bagaimana air yang lebih bersih bila dibuang ke dalam sungai yang lebih kotor dia boleh dia menyebabkan kesan negatif yang lebih teruk? Tak mungkin. Takkan ia akan jatuh ke tahap tiga? Ke tahap empat? Dan disebabkan itulah apabila ada perbincangan seperti itu maka proses itu berjalan dan kita menilai dengan cara yang lebih betul. Tapi kalau kita mempercayai aduan-aduan tersebut tanpa membuat penilaian maka kita akan membuat kesilapan yang besar dan pelaburan seperti itu mendatangkan nilai yang amat tinggi. Kilang kertas di Kuala Langat. Keseluruhan pelaburan hampir RM10 bilion. Dan mendatangkan untuk tahun 2020 keseluruhan pelaburan kita di Selangor mencipta hampir 20 ribu peluang pekerjaan. Sebab itu kita penilaian kita, kita perlu berhati-hati tapi kita kena berani membuat keputusan apabila walaupun ada tekanan dan aduan daripada penduduk yang tidak ada mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam hal ini. Tapi setiap aduan juga kita lihatnya dengan baik. Tuan Speaker, Yang Berhormat Kota Damansara memaklumkan terdapat Syarikat Aero Angkasa yang beroperasi dalam kawasan DUN Kota Damansara yang membuat pemberhentian pekerja secara tidak adil. Pihak syarikat menggunakan alasan kesan penularan pandemik COVID-19 untuk tidak membayar gaji pekerja. Tuan Speaker sekiranya benar dakwaan tersebut penganiayaan oleh majikan kepada pekerja, Kerajaan Negeri percaya pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara ini. Berhubung dengan status keahlian syarikat di dalam majlis Aero Angkasa Negeri Selangor pihak Kerajaan Negeri akan membuat semakan lanjut sebelum sebaran keputusan dibuat. Untuk hal ini juga kita sebenarnya banyak membantu bidang Aero Angkasa dalam semasa PKP, PKPD dan sebagainya kerana kita tidak boleh membenarkan operasi itu dihentikan untuk jangka masa yang panjang. Dia melibatkan keseluruhan rangkaian bekalan seluruh dunia. Global Supply Chain. Jadi umpamanya untuk

pembuatan kapal terbang. Kepak dia dibuat di Subang. Kalau kita berhentikan operasinya maka proses untuk assembly pesawat ini tidak boleh dijalankan sebab kepak dia tak ada. Kepaknya umpama Airbus A320 iaitu pesawat yang dipakai oleh AirAsia.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tuan Speaker. Tuan Speaker?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya. Jet peribadi kalau Yang Berhormat mampu bolehlah.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tuan Speaker.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya. Sila-sila.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Yang Berhormat EXCO menyentuh tentang syarikat yang saya bahaskan masa perbahasan saya. Isu utama syarikat tersebut ialah pampasan tidak dibayar sebagaimana yang dijanjikan. Itu je. Dan melibatkan ramai. Saya terima e-mel banyak. Jadi mereka ini terlibat dengan aktiviti Aero Angkasa Kerajaan negeri Selangor sebab ada pengarah mereka terlibat dalam tu. Jadi saya harap kalau mereka mempunyai ciri-ciri begini saya rasa Kerajaan Negeri Selangor kena tengok balik yang menerajui syarikat itu perlu kita pertimbangkan ke sama ada mereka ini layak dalam jawatankuasa tersebut ke tidak. Sebab berkali-kali. Ini bukan kali pertama cuma kali ini saya tak sebut nama syarikat je. Saya harap pihak Kerajaan Negeri Selangor bertindak tegas terhadap syarikat ini yang sentiasa menyusahkan pekerja, itu sahaja. Saya harap dapat dipertimbangkan perkara itu.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Baik. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberikan maklumat syarikat kepada Pihak Kerajaan Negeri untuk kita melihat bagaimana kita boleh membantu pekerja-pekerja yang dihentikan kerja dengan cara yang tidak adil. Sudah tentu ada selain daripada lunas undang-undang iaitu membuat laporan kepada jabatan berkenaan supaya kes boleh dibawa ke mahkamah. Di peringkat negeri Selangor kalau kita boleh membantu kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu pekerja-pekerja kita sementara tidak memudaratkan perusahaan Aero Angkasa di Selangor ini. Tuan Speaker, Yang Berhormat Meru menyatakan apabila sesuatu projek pelaburan diluluskan akan ada peluang pekerjaan baru namun peluang-peluang pekerjaan tersebut diisi oleh pekerja asing. Tuan Speaker untuk maklumat Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian Dasar Buruh Negara adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus berkenaan tenaga kerja warga asing di Selangor dan kita tidak boleh mengadakan dasar seperti itu sebab kita tidak ada kuasa dalam perkara itu. Dasar berkenaan warga kerja asing hanya ada di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan diguna pakai di semua negeri di Malaysia. Proses kelulusan dan pengawalan kemasukan warga asing hanya dilaksanakan oleh agensi-

agensi Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri mensyaratkan kepada syarikat-syarikat asing yang memperolehi kelulusan projek-projek perkilangan di bawah syarat-syarat Lesen Pengilang atau Penyelarasan Perindustrian 1975 untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan seperti berikut. Pertama syarikat hendaklah melatih rakyat Malaysia supaya pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat jawatan. Dua, sekiranya pihak syarikat memerlukan guna tenaga tambahan, jumlah guna tenaga sepenuh masa tambahan syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia. Penggajian rakyat asing termasuk pekerja yang di perolehi melalui penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar semasa. Ketiga, jumlah guna tenaga sepenuh masa syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia. Penggajian rakyat Asing termasuk pekerja yang diperolehi melalui penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar semasa. Walaupun secara dasarnya Kerajaan menggalakkan majikan mengambil pekerja di kalangan warga tempatan namun begitu khidmat tenaga asing ini masih diperlukan oleh sektor perindustrian bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan. Tuan Speaker, ya sila.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO di peringkat Kerajaan Negeri apa tindakan yang boleh kita buat bagi pengilang-pengilang yang tidak mengikut akta ini. Mungkin dia lebih mengutamakan warga luar daripada warga tempatan untuk mengisi jawatan. Dan mungkin dalam perbahasan saya, saya lebih fokuskan kepada pekerja di peringkat bawahan ini. Kalau kita tengok pada ketika ini macam operator dan sebagainya banyak diisi oleh warga asing. Dan mereka ini yang bawa masalah dalam negara kita. Ha itu maksud saya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, Tuan Speaker. Kerajaan Negeri tidak ada kuasa tidak ada undang-undang yang membolehkan Kerajaan Negeri mengambil apa-apa tindakan. Semua ini perlu diambil tindakan oleh Kementerian berkenaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dalam mengeluarkan permit dan sebagainya. Tuan Speaker, Yang Berhormat Sabak menyatakan bahawa Selangor walaupun berjaya menarik pelaburan yang tinggi pada tahun 2020 tetapi tiada projek pelaburan ke Sabak Bernam, Sabak pun hilang. Tuan Speaker, dalam mencorak pembangunan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa memberi fokus untuk membawa pembangunan ke setiap daerah di negeri Selangor. Khususnya ke daerah-daerah yang kurang membangun berbanding dengan daerah-daerah yang terletak dalam kawasan Lembah Klang. Dalam merancakkan pembangunan di kawasan Sabak Bernam, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Daerah Sabak Bernam di Peringkat Negeri bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di daerah Sabak Bernam. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pandan Indah. Dan selain itu Kerajaan Negeri melalui agensi pelaburan negeri sentiasa mempromosikan kawasan-kawasan industri yang ada di daerah Sabak Bernam sebagai tapak pelaburan kepada pelabur-pelabur yang berpotensi. Bagi

tempoh Januari hingga Mac 2021 sebanyak dua projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM41juta dan daripada projek ini sebanyak 136 potensi peluang pekerjaan telah pun diwujudkan. Dan dua projek diluluskan di Daerah Sabak Bernam ini adalah seperti berikut. Ini juga untuk pengetahuan Tuan Speaker ya, ini Sabak Bernam dua projek. Satunya Suria Press Sdn. Bhd. Produk keluaran Non Conjugated Packaging Boxes And Cases. Berkaitan kertas. Duanya. See Hau Global Sdn. Bhd. Produk keluaran Recycle Resin, Plastic Pallet Dan Plastic Bin And Boxes. Tuan Speaker untuk Selangor pelaburan kita dalam tiga tahun yang lalu memang mencatatkan rekod yang paling tinggi dalam sejarah negeri Selangor. Dalam tahun 2018 sebanyak RM18.9 bilion telah pun kita perolehi. Itu adalah rekod yang paling tinggi untuk Selangor. Pada 2019 walaupun dia turun sedikit tetapi masih lagi satu rekod yang tinggi iaitu RM17.17 bilion. Dan pada tahun 2020 walaupun dalam keadaan pandemik kita masih berjaya mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM18.4 bilion. Itu adalah satu pencapaian memang di luar jangkaan dan kita menjangkakan tahun 2021 mungkin akan turun sedikit disebabkan kita tidak dapat menjalankan apa-apa aktiviti termasuk lawatan dalam tahun 2020 ini. Itu adalah satu cabaran yang cukup besar. Cuma ada satu lawatan ke luar negara iaitu ke San Francisco yang dibuat pada sebelum PKP pada tahun 2020. Dan tahun ini belum ada lagi aktiviti fizikal yang boleh dijalankan melainkan aktiviti secara maya. Kita buat tahun lepas kita buat Selangor International Business Summit secara maya. Semua kegiatan kita ada buat secara maya, kita buat webinar dan sebagainya. Tapi tahun ini ada dua program yang akan kita buat, setakat ini kita masih lagi merancangnya sebagai kegiatan yang boleh membenarkan kehadiran fizikal iaitu Selangor Aviation Show yang akan diadakan pada November tahun ini dan juga yang saya sebutkan sebentar tadi Selangor International Business Summit juga pada bulan November.

Saya berharap kita dapat adakan dengan berjaya dan Tuan Speaker saya ingin memaklumkan bahawa kita menghadapi banyak cabaran dalam usaha untuk menarik pelaburan. Ada tiga peringkat cabaran di peringkat serantau. Kita menghadapi persaingan yang cukup hebat dari negara-negara Asean pada tiga tahun yang berturut-turut, daripada 2017 hingga 2019. Jumlah pelaburan asing ke Malaysia telah pun merosot, berada di belakang empat negara di Asia itu sendiri. Selain dari Singapura dan Brunei yang selalunya yang mempunyai FDI yang cukup tinggi tapi pada tahun 2017, kita telah pun berada di belakang Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Ini cukup membimbangkan kita. Bayangkan Vietnam sudah mendahului Malaysia, Filipina sudah mendahului Malaysia, negeri Thai mendahului Malaysia dan Indonesia mendahului Malaysia. Jadi kita harus menghadapi cabaran tersebut. Tapi disebabkan kita ada lagi advantage kerana tenaga kerja yang terlatih di Malaysia yang cukup ramai, kedudukan kita dan juga kestabilan politik walaupun ada pertukaran Perdana Menteri dalam satu penggal 3 kali. Tapi keseluruhannya masih stabil, dasarnya tidak banyak berubah tapi kita menghadapi masalah seperti ini dan kita masih mengkaji bagaimana kita mengatasi kelemahan kita.

Keduanya, persaingan dalam negara seperti yang saya sebutkan tadi seperti dalam sektor peralatan perubatan kita menghadapi persaingan yang cukup hebat dari Pulau Pinang. Kita juga menghadapi cabaran dari Sabah Sarawak, di mana kos tanahnya rendah, Negeri Sembilan kos tanahnya rendah, Pulau Pinang dan Kedah juga disebabkan kos rendah. Dan ini juga perlu kita atasi tapi kita tak mampu nak turunkan sebab harga tanah ditentukan oleh pasaran. Baru-baru ini, untuk tahun ini Kedah memperoleh RM 43 bilion dalam 3 bulan. Luar biasa, Selangor kita hanya ada RM 4 bilion untuk sehingga Mac 2021. Itu ada cabaran dalam negara itu sendiri. Kemudian di peringkat Negeri Selangor kita menghadapi cabaran seperti kereta angkatan yang dibuat oleh NGO dan sebagainya memberikan gambaran yang negatif kepada orang luar umpamanya alam sekitar sebagai contohnya. Walaupun kita ada masalah kadang-kadang dalam penguatkuasaan, tetapi kadang-kadang masalah alam sekitar ini dia bukan kesan jangka masa panjang. Bila kilang itu dalam proses pembinaan kilang, dia menyebabkan sedikit masalah alam sekitar tetapi bukan bererti dalam proses bila dia beroperasi dia akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar tetapi gambaran yang diberikan disebabkan hebahan-hebahan dalam Internet dan sebagainya. Dia memberi gambaran kita seolah-olah tidak menjaga alam sekitar. Itu yang menyebabkan isu-isu sering dibangkitkan tapi sebenarnya dia tidak ada isu. Dan kita mengambil tindakan termasuk pelabur-pelabur yang tidak mematuhi peraturan semasa mereka memohon KN dan sebagainya. Memang kita mengambil tindakan yang tegas. Umpamanya saya ambil contoh di Kuala Langat, salah satu kilang kertas di mana dia membuat pembinaannya sebelum memperoleh kelulusan kemajuan, KM belum beri, dia dah buat dah. Dan pernah kita kenakan denda sebanyak RM 4 juta selepas rayuan dia turunkan 50% masih kena bayar RM 2 juta. Itu menunjukkan ketegasan PBT kita walaupun kita mengalu-alukan pelaburan tetapi apabila mereka enggan mematuhi peraturan, kita masih mengenakan tindakan yang ketat dan juga hukuman yang berat. Dan juga seperti isu, banyak isu sebenarnya tidak sewaktu dia, umpamanya pengangkutan.

Sistem pengangkutan itu begitu penting untuk sebuah negeri maju untuk nak majukan industri. Tapi umpamanya apabila kita nak buat lebuh raya, memang ada aduan, ada yang tidak puas hati tapi kita kena menilainya dan mengkajinya dengan cara yang rasional, dengan cara saintifik. Umpamanya lebuh raya, memang lebuh raya dia bukan penyelesaian yang sempurna untuk mengatasi kesesakan jalan raya tetapi dia merupakan salah satu penyelesaian yang perlu khususnya, di Selangor ini banyak kawasan telah pun dibangunkan. Pembangunan yang baru termasuk pembinaan sama ada MRT, LRT ataupun lebuh raya yang baru. Dia akan melalui kawasan yang kita panggil brown field. Jadi disebabkan dia melalui kawasan brown field, dia menjejaskan mungkin tuan punya tanah, nak ambil tanah, nak ambil rumah orang, kadang-kadang terpaksa jadi dalam perkara seperti itu kita akan ikut lunas undang-undang. Bila kita menjemput, katakan dia menyentuh Rancangan Tempatan. Kawasan itu sebelum ini tidak ada reserve utk MRT atau lebuh raya. Bila kita nak ambil, kita kena tukar Rancangan Tempatan. Ada prosesnya, di bawah undang-undang. Pendengaran perlu diadakan, oleh siapa? Oleh pihak berkuasa tempatan. Itu

kita akan melalui prosesnya. Jadi di peringkat Negeri Selangor apabila ada cadangan nak buat MRT, LRT atau lebuh raya atau sebagainya cadangan itu daripada pihak swasta melalui pihak Kerajaan Persekutuan akan datang ke Kerajaan Negeri Selangor dan cara yang kita lakukan adalah kita luluskan, sebab prinsip kita tak boleh tolak. Tolak bererti tiada langsung. Maka kita benarkan pada dasar tetapi tertakluk kepada syarat-syarat.

Dua daripada syarat tersebut adalah, satunya dia kena melalui proses di bawah Seksyen 20A ( Town and Country Planning Act ). Kita kena lalu proses tersebut. Ada rundingannya. Mereka kena adakan consultancy atau engagement dengan berbagai stakeholder. Perlu diadakan. Itu satu peringkatnya. Kemudian di peringkat PBT, dia kena kalau nak buat pengubahan pada Rancangan Tempatan perlu ada pengawal, perlu ada proses-prosesnya sebelum dia datang kembali pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan. Jadi proses itu kita ikut, tak perlu kita risau sangat. Kita perlu ikut proses itu. Tapi kalau kita terlalu risau dan menjawab aduan tersebut seolah-olah kita begitu defensive, maka dia merugikan kita. Di Selangor ini kita tidak ada pilihan, kawasan green field dah tak ada. Kita nak jaga hutan. Kita nak jaga sampai 30% dan lebih daripada itu. Tapi pembangunan orang tak pergi kawasan hutan, lebuh raya dia buat di kawasan yang ada manusia. Ya.

Pertanian pun perlu di kawasan hijau. Jadi MRT, LRT, lebuh raya mesti melalui kawasan orang menduduki. Kalau tak ada orang, memang MRT tak buat. Jadi proses itu, disebabkan kita dah banyak kawasan brown field, saya berharap Yang Berhormat sekalian dapat meyakinkan penduduk-penduduk sekiranya perlu kita terpaksa buat di kawasan mereka, terpaksa mengambil tanah mereka juga, kita akan memberi pampasan yang secukupnya. Tapi kita buat dengan secara adil, buat secara dengan seboleh-boleh meminimumkan kesan negatif kepada mereka. Tapi tidak boleh, tidak boleh tidak. Kita terpaksa melakukan sesuatu yang mungkin mendatangkan ketidakselesaan sementara. Tapi ini adalah untuk pembangunan Negeri Selangor yang sustainable. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Tiga.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker. Bismilahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya dalam dewan ini dalam menyampaikan perbahasan bagi menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan saya ingin menyatakan di sini alhamdulillah tiada banyak perkara yang disentuh. Tapi empat Yang Berhormat memberikan ataupun bertanyakan beberapa isu iaitu Sungai Air Tawar, Kota Anggerik, Banting dan Dusun Tua in sya Allah saya cuba jawab sebaik mungkin.

Untuk Sungai Air Tawar, tak ada pula dia. Pergi jumpa menteri agaknya. Sungai Air Tawar bertanya tentang, adakah impak moratorium yang diberi oleh Hijrah ini? Jadi izinkan saya untuk bercakap tentang kalau diikutkan apa yang setelah saya jawab dalam soalan yang lepas. Kita, ia terbukti bahawa daripada bilangan 100% pembayar-pembayar Hijrah ini ataupun pinjaman ini. Kita lihat 70 ataupun 55% sahaja yang mengambil moratorium ini, iaitu dalam 7362. Dan selepas kita tamatkan enam minggu tersebut, hanya 544 orang sahaja yang mohon penjadualan semula. Jadi apa yang boleh saya rumuskan di situ, ini menunjukkan moratorium yang telah dimulakan ini alhamdulillah dua kali telah memberikan nafas kepada peminjam untuk menyusun semula kedudukan kewangan mereka. Walaupun kita mulakan dengan enam minggu.

Dan pihak Air Tawar juga bertanya, Yang Berhormat bertanya tentang apakah moratorium Hijrah ini ada faedah terakru? Saya ingin mengatakan di sini, kita tidak mengenakan apa-apa caj, caj faedah terakru ataupun apa-apa caj tambahan. Kalau untuk memudahkan kepada Yang Berhormat semua untuk memahami bagaimanakah moratorium Hijrah ini diberi. Maksudnya kalau moratorium itu diberi selama enam minggu, katalah peminjam itu ada berbaki 20 minggu lagi nak bayar jadi pada ketika enam minggu itu sistem telah pun tutup dan tidak mengenakan apa-apa bayaran. Selepas minggu keenam, maknanya minggu ketujuh selepas dilaksanakan ia akan mula balik minggu pertama daripada 20 minggu yang patut dia bayar. Kita anjakkan saja. Tiada apa caj, tiada apa-apa faedah yang dikenakan. Maksudnya kalau dia perlu bayar RM100, kekal RM100 selama mereka masih lagi membayar ataupun perlu menyelesaikan hutang ataupun pinjaman tersebut. Jadi untuk itu, saya nak beritahu jauh bezanya antara moratorium yang dibuat di bank-bank dengan moratorium Hijrah yang telah dilaksanakan. Itu jawapan saya kepada Sungai Air Tawar.

Kota Anggerik pula telah pun menimbulkan isu yang berkaitan dengan isu peniaga Kompleks PKNS. Kita tengok sejarah Kompleks PKNS. Air Tawar masuk lambat jadi tak ada celahan ya. Apa ini PKNS tadi banyak sejarahnya, panjang sejarahnya. PKNS juga telah pun menyambut ulang tahun ke-57 tahun ini, tetapi apa yang ingin saya jawab ada 8 perkara yang telah pun dilaksanakan oleh pihak PKNS di bawah PREC.

Pertama, pengecualian bayaran sewa. Lanjutan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang bermula daripada 15 Jun 2021 di mana ia telah disambung hingga kini. Kita tengok PKNS telah memutuskan untuk memberi pengecualian bayaran sewaan kepada semua penyewa-penyewa non-essential di Kompleks PKNS Kuala Selangor dan juga beberapa PKNS di Bangi dan juga di Kompleks PKNS Shah Alam. Jadi non-essential ini kita tahulah mereka yang begitu terkesan kerana mereka tak dapat buka sebab kebenaran tidak dibenarkan. Jadi itu perkara yang pertama. Kita juga bagi juga rebat sewaan, pembayaran sewa daripada 10% kepada 50% kepada para penyewa PKNS sejak April 2020 hingga September 2020 dan bergantung pada jenis perniagaan juga. Yang ketiga, pengecualian pembayaran faedah lewat bayar. PREC juga telah memberikan pengecualian pembayaran faedah lewat bayar dari bulan Jun tahun lepas hingga 2021. Mana-mana

yang tak bayar, yang lewat itu kita kata tak apa, pengecualian itu tak perlu dibayar sehingga Disember 2021. Malah kita membantu peniaga-peniaga, usahawan-usahawan di bawah pengurusan PREC ini, yang mana PREC telah pun menyediakan Bazaar Lokal. Bazaar Lokal ini apa? Adalah satu platform e-dagang iaitu untuk para peniaga melakukan bisnes secara dalam talian. Dengan kos-kos pemasaran ditanggung oleh pihak PREC. Maksudnya kita menggalakkan penyewa-penyewa yang telah menyewa unit-unit di bawah PKNS ini. Mereka kita bimbing, kita bantu, kita sediakan kos-kos yang patutnya mereka kena bayar kalau buat kat tempat lain untuk mereka mulakan perniagaan dalam talian. Supaya mereka kekal berniaga menggunakan platform-platform yang ada ataupun melalui Bazaar Lokal yang telah disediakan. Dan setakat ini Bazaar Lokal sudah mempunyai lebih 500 produk yang dimuat naik dan 200 peniaga yang telah pun berada di dalam platform e-dagang ini.

Selain daripada itu, kita juga menyediakan aktiviti di ruang legar. Program Jom Beli, pihak PREC telah pun menyediakan dan tidak ada kos tambahan, sewaan, kecuali kos penyediaan RELA dan juga apa ni penyediaan sedikit booth, karpet, kerusi dan sebagainya. Promosi di pihak media sosial juga PREC telah lakukan yang turut membantu para penyewa dengan giat dan kita lihat ya di bawah Kompleks PKNS, Shah Alam kita lihat banyak promosi-promosi telah dilakukan dan di muat turun di media sosial begitu juga kita masih lagi mengekalkan promosi, iklan-iklan. Dan akhirnya yang ke lapan, PREC juga dalam perhatian dan perbincangan untuk mempertimbangkan moratorium sebanyak 50% kepada sewaan selama empat (4) bulan pada peniaga-peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam. Kompleks PKNS, Bangi dalam tempoh PKP 3.0 ini. Jadi jangka pendeknya kita ada, jangka panjang pun kita apa ni sediakan tetapi apa pun saya mengharapkan kita lihat banyak lah kerisauan yang wujud kadang-kadang kita tengok dalam, dalam media sosial saya juga banyak di teks tentang perkara ini. Saya harap penjelasan hari ini, in syaa Allah boleh diambil oleh semua dan akhirnya kita boleh bagi penjelasan kepada pihak, pihak apa ni bukan sahaja Yang Berhormat Kota Anggerik tetapi pihak yang bertanya di dalam media sosial.

Yang ketiganya, kita lihat saya ingin menjawab tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting. Isu berkaitan dengan kelancaran rumah ataupun pelancaran rumah mampu milik lah. Kita tahu disebabkan pandemik COVID banyak penangguhan dan sebagainya tapi saya ingin menyatakan di sini menurut apa yang kita faham ada dua (2) badan pengawal kepada pemajuan atau pun binaan rumah ya kalau rumah itu adalah pemajuan di bawah rumah harga bebas ianya adalah di bawah ruang lingkup apa ni KPKT ataupun Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta 118 tetapi mana-mana rumah yang pemajuannya di buat untuk pemajuan khusus Rumah Mampu Milik Selangor, itu akan diseliakan ataupun dilihat oleh Lembaga Perumahan Negeri Selangor.

Sebab itu saya telah jawab dalam jawapan pagi tadi iaitu kita telah tubuhkan dua (2) Jawatankuasa untuk pastikan ya kita pantau supaya kalau ada kelewatan dan

sebagainya kita terus berhubung dengan pihak pemaju. Now, keadaan sekarang ini yang paling baik, alhamdulillah kita telah bangunkan satu sistem ya sistem di mana kita tracking, kita, kita tengok ya bagaimanakah pergerakan pemajuan tersebut. Kalau dulu satu-satu tempat pemajuan itu contohnya kebenaran merancangnya ada sebahagiannya untuk Rumah Mampumilik ataupun kos rendah pada ketika itu lah ya sebelum 2008 dan kita tengok tak dibangun-bangunkan dan tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat tapi sekarang ni dengan ada dua (2) Jawatankuasa yang kita wujudkan itu di peringkat Negeri dan juga peringkat PBT termasuk juga dengan sistem kita wujudkan jadi kita boleh track berapa banyak sebenarnya apa ni pemajuan ataupun telah pun dilaksanakan oleh pihak pemaju. Jadi,

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan sikit.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Ya, silakan Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Jawapan Yang Berhormat itu masih adalah berkenaan dengan pemaju rumah kos rendah ataupun Rumah Selangorku ataupun Rumah Idaman yang telah diluluskan kebenaran merancang. Ada pemaju yang bercadang ataupun berhasrat untuk membina rumah kos rendah tetapi apa ni kebenaran merancang mereka masih belum lagi diluluskan ataupun masih belum lagi diserah dan mereka nak bina. Tetapi melihat kepada keadaan sekarang yang mana rumah harga bebas mereka rugi tidak ada pulangan ataupun tidak mencukupi untuk menampung kos yang mereka perlu tanggung sekiranya mereka dapat kelulusan untuk membina rumah kos rendah nanti dan oleh sebab itu, mereka sekarang pull handbreak dan menyebabkan pembinaan rumah kos rendah tidak dapat dimulakan. Kalau yang sudah mula tu saya rasa terpaksa lah mengikut apa-apa yang di undang-undang yang ditetapkan tetapi rumah kos rendah yang ada perancangan di situ tetapi paper mereka belum masuk lagi dan mereka ingat kalau saya masuk kos apa ni caj pemajuan kena bayar dan sebagainya rumah harga bebas saya tak ada pulangan mencukupi untuk menampung kos yang saya perlu bayar untuk rumah kos rendah jadi dia tarik handbreak dan sekiranya ini berlaku untuk dua atau tiga tahun yang akan datang kita mungkin akan hadapi masalah kekurangan ataupun kesuntukan bekalan rumah kos rendah. Now, we not be able to see the impact but it could be one or two years down the road. So, ini pertanyaan saya.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

OK. Terima kasih Banting, memang begitu maknanya kalau kos-kos itu ataupun pemajuan itu telah masuk KM itu satu perkara tetapi yang belum lagi, yang baru diluluskan ya oleh pihak Jawatankuasa dan diangkat kepada MMKN diluluskan contohnya daripada rumah kos rendah ataupun perubahan kepada rumah harapan dan idaman tersebut mereka hendak buat jadi apakah mereka perlu melalui beberapa step yang lain contohnya kan. Belum masuk lagi sebab mereka risau aliran tunai sekarang ini agak, agak orang kata tidak baik. Jadi selain daripada kita telah pun menetapkan polisi saya tidak ingat tahun bila tetapi yang kita buat sekarang ini pembinaan tidak lagi seperti dulu. Dulu siap kos, rumah

harga bebas baru buat rumah kos sederhana rendah ataupun kos rendah ataupun mampu milik.

Sekarang diminta supaya buat sama ada dulu kan yang kos mampu milik ini ataupun buat serentak. Hah! Itu persoalannya sebab itu saya ingat apa yang boleh saya sebutkan sekarang ini dengan perkara yang Jawatankuasa yang saya sebutkan tadi dan juga kita lihat bagaimana wujudnya Jawatankuasa ini kita telah pun mengenal pasti, satu mana-mana pemajuan yang masih tertangguh ataupun ada masalah dan kita menjadi medium pemudah cara ya tiap-tiap bulan kita bincang sama ada dengan PBT ataupun dengan pemaju apakah masalah-masalah yang dihadapi dan juga, ada juga kita, kita apa ni, kita buatkan satu arahan yang drastik, ya kita stop kan sebab mereka masih ingkar mereka terus buat rumah harga bebas tetapi masih mengetepikan rumah mampu milik yang sepatutnya dibuat untuk kepentingan mereka yang mempunyai pendapatan yang kurang tinggi ini.

Jadi untuk itu saya juga faham bila Banting menyatakan di situ apakah kita ada buat pengecualian caj pemajuan bagi pembangunan rumah mampu milik ya di sini saya ingin menjawab sebenarnya selain daripada galakan rumah mampu milik yang kita sebut 2.0 itu kita telah pun memberikan mereka sedikit kelonggaran untuk pergi berubah kepada harapan dan idaman ya kita lihat di bawah sebenarnya perkara ini telah pun menjadi concern ataupun kerisauan, ataupun keprihatinan kita ataupun Kerajaan khususnya di bawah Lembaga Perumahan sebab itu telah pun mengemukakan satu kertas pertimbangan bertajuk ataupun Cadangan Pengecualian Caj Pemajuan Bagi Pembangunan Rumah Mampu milik ya telah pun kita angkat pada 28 April 2021 tetapi untuk sekarang ini ya menunggu, kita sementara kita menunggu keputusan yang ada untuk sementara waktu, saya rasa Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang diwartakan pada November 2010, saya rasa cukup untuk membolehkan, memberikan ruang sementara kepada pemaju-pemaju yang ada.

Apa Akta ini sebut? Ya, menyatakan bahawa ada Klausa yang menyatakan bagaimana caj pemajuan itu ditentukan lepas tu ada juga pengecualian caj pemajuan khususnya kepada Tanah Kerajaan, ya rumah-rumah kebajikan dan sebagainya.

Perkara 7(2), menyatakan pemohon boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pembayaran secara ansuran bagi caj pemajuan yang melebihi RM100.00 ya. RM100,000.00 minta maaf ya. RM100,000.00 sebelum tempoh pembayaran yang ditetapkan. Jadi saya harap perkara ini boleh di apa ni difahami oleh Yang Berhormat semua kerana kita yakin undang-undang sekarang ni telah ada mungkin sekarang ini disebabkan pandemik COVID ini kita perlu melihat semula dan in syaa Allah, kalau tidak menjadi aral bila kertas itu telah pun disediakan kita akan mengangkat perkara ini untuk dibincangkan dan diputuskan. Itu berkaitan dengan Banting

Dan sekali lagi saya mengangkat isu yang dibangkitkan oleh Kota Anggerik. Khususnya berkaitan dengan status 53 unit rumah untuk penempatan Orang Asli, Bukit Cherakah yang masih belum selesai ya. Sebenarnya panjang ya Yang Berhormat Speaker tetapi saya akan bekalkan juga nanti selepas saya memberikan sedikit ringkasan.

Apa yang ingin saya bawa di sini elok lah kita sikit tengok latar belakang supaya semua memahami apa yang berlaku sebenarnya. Ya, pada Kerajaan Negeri telah pun menandatangani perjanjian penswastaan dengan ECO Asli Development Sdn. Bhd. pada 25 Mei 1999 dan perjanjian tambahan pada 24hb. Oktober 2001 bagi membangunkan seluas 273 ekar tanah di Bukit Cherakah, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling. Jadi, balasan yang telah dipersetujui di bangun satu tapak ini, kita dah persetujui sebanyak 39 juta 585 ribu 10 ringgit iaitu 273 ekar ini yang akan diagihkan antara masyarakat Orang Asli Kampung Air Kuning, Bukit Cherakah dan Kerajaan Negeri Selangor. Sebahagiannya bagi pada Orang Asli sebahagian lagi dibangunkan. Itu ceritanya dan apa yang kita dapat daripada exercise ini, pertama, pulangan kepada Orang Asli, ini penting ya. Pulangan pada Orang Asli ini tak silap saya telah pun dibincangkan dan telah pun diputuskan bersama dan tarikhnya minta maaf saya tak pula dapat retrieve di sini.

1999 pada awal 2009, ok, balasan yang kita kata pulangannya ada 5 perkara:-

1. 21 unit rumah Banglo setinggan jenis A dan 9 unit jenis B berukuran 2,000 kaki persegi iaitu bernilai pada ketika itu RM295,000.00. Iaitu keseluruhan projek itu 8 juta 850 ribu ringgit dan telah selesai. Dah bagi ya. Dah bagi.

2. 30 unit rumah teres dua tingkat, berukuran 1,440 kaki persegi. Itu juga dah selesai.

Yang masih kita lihat yang ada lagi 30 unit rumah pangsa kos sederhana rendah berukuran 7,000 kaki persegi yang mana ini dalam pembinaan. Ini yang mungkin Yang Berhormat bangkit kan ya.

Yang keduanya, 23 unit rumah pangsa kos rendah berukuran 650 kaki persegi, ini juga dalam pembinaan dan yang akhirnya kemudahan berkaitan Dewan, Surau, Tadika dan Rumah Guru serta Rekreasi khusus untuk Orang Asli itu juga telah selesai dilaksanakan.

Jadi yang tertangguh daripada lima (5) ini ada dua (2) lagi projek iaitu projek ataupun rumah yang perlu diserahkan kepada Orang Asli iaitu 30 unit + 23 unit, iaitu 53 unit keseluruhannya dan daripada itu juga pulangan pada Orang Asli kita perlu bayaran tunai pula kepada mereka dan ini penting sebab itu adalah kawasan yang mungkin ditentukan pada ketika itu. Kita telah, Kerajaan telah membuat pelaburan ASB

dewasa pada mereka iaitu kita telah buat kesemua mereka itu telah dapat ASB sebanyak 1.5 juta. Pelaburan ASB remaja bagi anak-anak yang remaja kita letakkan 230 ribu ringgit. Selesai.

Pampasan tanaman penduduk juga selesai sebanyak 2 juta. Pampasan tanaman Orang Asli luar juga selesai sebanyak setengah juta ringgit. Tetapi saraan hidup ya kepada 30 keluarga ini yang dimaklumkan di sini sepatutnya selesai diselesaikan sehingga lah mereka berpindah yang ini tertangguh. Yang ini tertangguh. Iaitu mereka telah keluarkan sebanyak 3.12 juta sehingga Ogos 2021 kerana jumlah bayaran mengikut perjanjian ialah minta maaf ini tak tertangguh ini masih terus, masih diteruskan ya jadi kita ada juga sini Kerajaan bayarkan sumbangan masuk rumah, sumbangan masuk rumah banglo, tabung, aktiviti ya 21,000 kita bagikan.

Yang kita, ada sedikit masalahnya adalah tabung amanah kebajikan dan juga tabung amanah pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada mereka dan kita lihat sepatutnya 1.5 juta hanya bayaran yang dibayar oleh Kerajaan sebanyak 500 Kerajaan pula oleh pemaju 500 ribu ringgit kerana atas permohonan JKKK Orang Asli mohon agar pembayaran diberhentikan sehingga arahan seterusnya. Saya rasa ini Y.B. Hee akan melihat perkara ini lah.

Jadi apa yang saya ingin rumuskan di sini sebenarnya Kerajaan Negeri saya memantau projek ini dengan rapat dan in syaa Allah 53 unit rumah yang kita, yang Kerajaan janjikan itu ya sepatutnya siap Oktober 2020 tetapi tertangguh tetapi semalam, sehingga semalam saya berhubung, pihak pegawai saya berhubung dan mereka menjanjikan, in syaa Allah pada awal suku tahun depan projek ini dapat diteruskan dan ada progres daripada ini mudah-mudahan ianya dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi saya juga sebenarnya prihatin tentang masalah yang ada mungkin juga kita boleh berbincang. Saya minta sangat Yang Berhormat, mungkin juga Yang Berhormat apa ni, EXCO Orang Asli untuk berbincang supaya sedih juga lah kalau kita lihat manakah mungkin penempatan sementara kepada mereka ya dalam konteks sekarang boleh dibincang dengan pihak pemaju untuk ianya dapat diselesaikan. Jadi itu sahaja ya Yang Berhormat. Akhirnya Dusun Tua juga bertanya tentang isu keusahawanan saya rasa banyak telah pun dibantu ataupun telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Kelang jadi saya rasa saya tidak akan menjawab sekali lagi. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Batu Tiga. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Kemuning.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah bangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio seliaan saya. Khususnya kepada Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat Balakong, Yang Berhormat Bukit Lanjan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Speaker. Sebenarnya

Yang Berhormat Kota Damansara yang perkara yang dibangkitkan tentang program rekalibrasi tenaga kerja dan juga penganiayaan pekerja saya rasa, saya percaya rakan saya Bandar Baru Kelang, Yang Berhormat Bandar Baru Kelang telah menjelaskan sebaik-baiknya.

Walau bagaimanapun saya ingin memberitahu dengan wujudnya Unit Pembedayaan Pekerja Selangor. Baru-baru ini iaitu pada 18 Ogos, baru kami dapat tubuhkan walaupun STANDCO pembedayaan dan pembangunan pekerja telah di wujudkan di akhir tahun, tahun lalu namun disebabkan perlu ada hala tuju dan juga program yang perlu disusun maka Unit Pembedayaan Pekerja Selangor telah diwujudkan pada 18 Ogos 2021. Saya percaya dengan wujudnya UPPS ini, kita dapat merapatkan jurang di antara jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Dengan pengujudan ini, kami percaya pada masa akan datang akan wujudnya lebih banyak peluang dan ruang kepada kerajaan negeri Selangor untuk terlibat dengan perancangan program-program bersekutuan di mana penglibatan pihak berkuasa tempatan, jabatan agensi peringkat negeri akan dilibatkan bersama mengikut bidang kuasa dan peruntukkan undang-undang masing-masing, bagi membantu menyelesaikan isu-isu di antara majikan dan pekerja.

Dalam pada tu juga cadangan Yang Berhormat Bukit Lancang berhubung Job Creation dan Job Placement di PBT, GAC dan agensi kerajaan di mana beliau juga telah merujuk kepada MBPJ yang melantik pekerja sambilan dari kalangan ibu tunggal bagi kerja-kerja pembersihan. Tuan Speaker, cadangan tersebut diambil maklum dengan wujudnya UPPS, saya percaya kita dapat membuat banyak lagi perjumpaan dan juga mesyuarat bersama dengan pihak-pihak yang berwajib dalam merancang dan merencanakan program-program dalam masa akan datang.

Saya juga meminta Yang Berhormat Yang Berhormat sekalian yang berminat dalam membangunkan membedayaan program-program ini, boleh lah datang berjumpa dengan saya di pejabat saya dalam merancang program-program yang terbaru. Kita maklum bahawa ini adalah satu portfolio yang baru maka saya perlukan sokongan dan dokongan daripada semua Yang Berhormat. Bagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balakong berkaitan JKM adalah pejabat sentiasa dilaporkan tutup, kes yang dirujuk tidak disiasat, JKM gagal membantu OKU dan warga emas, bantuan persekutuan tidak diturunkan ke Negeri Selangor mencadangkan keperluan Kerajaan Negeri untuk melantik pekerja sosial sendiri untuk menguruskan kebajikan rakyat yang memerlukan.

Tuan Speaker, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah peneraju utama dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan yang berlandaskan profesionalisme kerja sosial. Kebajikan kumpulan sasaran adalah keutamaan JKM semasa pandemik COVID-19 melanda negara dan perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa, pegawai JKM merupakan petugas barisan hadapan yang bertugas di pusat-pusat kuarantin, kawasan perintah kawalan diperketatkan (PKPD), membuat agihan bakul makanan,

menyelaraskan sumbangan bantuan daripada badan bukan kerajaan dan memberi perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling pada golongan yang memerlukan.

Walau bagaimanapun, sepanjang Januari hingga Ogos 2021 terdapat sembilan (9) pejabat JKM yang ditutup sementara kerana akur dengan arahan-arahan peraturan tetap operasi SOP daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi membendung penularan wabak apabila kakitangan jabatan yang positif Covid-19. Ini kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai kadar jangkitan yang tertinggi di Malaysia. Semasa krisis wabak ini, JKM telah mengaktifkan bilik gerakan di semua pejabat JKM di daerah seluruh Selangor. Bilik gerakan ini beroperasi bagi menerima aduan, permohonan bantuan dan lain-lain perkhidmatan JKM daripada masyarakat yang memerlukan. Bilik gerakan ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang waktu bekerja dan akan dipanjangkan waktu operasi tersebut mengikut situasi semasa di Negeri Selangor.

Pemanjangan panggilan telefon, divert call kepada pegawai petugas juga dibuat di luar waktu bekerja untuk melayani kes-kes yang memerlukan. Untuk makluman, jumlah kumulatif laporan aduan bilik gerakan JKM yang dilayani sehingga 24 Ogos 2021 adalah sebanyak 90,080 kes. Dengan purata aduan harian berjumlah 1,500 hingga 2,500 kes sehari. Bagi kes yang dirujuk, JKM akan menyiasat mengikut prosedur yang ditetapkan. Setiap kes yang direkodkan dengan jelas dan teratur. Perujuk boleh menghubungi JKM untuk mendapatkan status-status tindakan kes yang dirujuk. Bagi permohonan bantuan kewangan permohonan digalakkan sepenuhnya secara atas talian. Pemohon atau perujuk boleh menyemak sendiri atas tindakan kes secara atas talian menggunakan sistem pengurusan e-bantuan dengan melayari Laman Sesawang JKM.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, perkhidmatan JKM kepada golongan OKU dan Warga Emas lebih banyak menggunakan pendekatan secara atas talian. Bagi menguruskan permohonan pendaftaran OKU dilakukan menerusi sistem maklumat OKU yang boleh dilayari melalui Laman Sesawang JKM. Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2021 sebanyak 3,869 permohonan pendaftaran dan kad OKU telah diluluskan dan dikeluarkan kepada pemohon. Manakala program pemulihan dalam komuniti melibatkan pelatih OKU pula dijalankan sesi pembelajaran dan pemulihan secara atas talian. Program ini dilaksanakan di 58 buah PDK melibatkan 2,148 orang pelatih OKU di Negeri Selangor.

Tuan Speaker, program secara atas talian juga dilaksanakan kepada Warga Emas yang berdaftar sebagai Ahli Pusat Aktiviti Warga Emas di Selangor. Iaitu melibatkan seramai 3,661 orang di 18 buah Pusat Aktiviti Warga Emas. Contoh program yang dilaksanakan adalah Pengajian Al-Quran, Webinar Paweh, Program Kalam Jadi, Citra Minda Intergenerasi. Mesyuarat dan perbincangan isu, aktiviti dan penyediaan laporan paweh. Bagi OKU dan Warga Emas yang memerlukan bantuan kewangan, JKM menyalurkan bantuan seperti berikut, Bantuan Orang Kurang Upaya tidak

berupaya bekerja dengan kadar RM300.00 sebulan dipertimbangkan kepada Orang Kurang Upaya yang tidak berupaya bekerja kerana keadaan kecacatan mereka yang teruk dan tidak berupaya bekerja.

Kedua, elaun pekerja Orang Kurang Upaya dengan kadar RM450.00 sebulan dipertimbangkan kepada Orang Kurang Upaya yang sedang bekerja yang berpendapatannya kurang daripada RM1,500.00 sebagai insentif supaya mereka terus bekerja.

Ketiga, bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya terlantar dan pesakit kronik terlantar dengan kadar RM500.00 seorang sebulan dipertimbangkan kepada penjaga Orang Kurang Upaya terlantar atau pesakit kronik terlantar. Bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga penjaga serta memastikan penjagaan yang berkualiti.

Keempat, bantuan Warga Emas dengan kadar RM500 sebulan dipertimbangkan kepada Warga Emas yang tidak mempunyai pendapatan untuk meneruskan kehidupan harian.

Tuan Speaker, dengan itu jumlah penerima bantuan OKU dan Warga Emas di Negeri Selangor adalah seramai 38,051 orang. Pada tahun 2021, JKM Negeri Selangor menerima peruntukan bantuan Persekutuan sebanyak 151 juta 809 ribu 500 ringgit. Peruntukan ini disalurkan kepada penerima bantuan JKM Skim Bantuan Persekutuan seramai 39,331 orang jumlah perbelanjaan sehingga Julai adalah sebanyak RM115.1 juta. Manakala penerima bantuan JKM Skim Bantuan Am Negeri adalah sebanyak 5,253 orang dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta. Dalam tempoh PKP tahun 2021, JKM Negeri Selangor menerima peruntukan Persekutuan bagi Program Prihatin Rakyat seperti berikut:-

(a) Program Bakul Makanan - Inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 agar dapat meneruskan kelangsungan hidup sebanyak 71,962 bakul makanan diagihkan kepada ketua isi rumah dan telah memberi manfaat kepada seramai 288,00 orang ahli isi rumah.

(b) Bagi bantuan khas OKU pemulih merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti diberhentikan kerja. Dibayar separuh gaji. Diarah bercuti tanpa dibayar gaji. Atau bekerja sendiri. Bayaran diluluskan dengan kadar RM500.00 selama tiga (3) bulan iaitu berjumlah RM1,500.00 setiap individu OKU. Seramai 905 OKU di Negeri Selangor telah diluluskan bagi menerima bantuan ini.

(c) Bantuan khas kepada pengusaha taska pemulih. Untuk meringankan bebanan pengurusan taska dalam mematuhi panduan pencegahan

SOP penularan Covid-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan dalam Fasa 1 sebanyak 385 taska di Negeri Selangor telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.06 juta. Permohonan bagi Fasa 2 masih dibuka sehingga 31 Ogos 2021.

Tuan Speaker, isu perjawatan atau kekurangan pegawai di JKM Negeri Selangor bukan lah perkara baru. Waran Perjawatan terakhir JKM di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah diluluskan pada 28 Februari 2017. Justeru, JKM akan berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan penstrukturan semula perjawatan-perjawatan ini dengan mengambil kira bebanan kerja sedia ada yang sangat tinggi dan semakin kompleks. Penstrukturan semula perjawatan ini di harap dapat mengambil kira penambahan bilangan pekerja sosial dan melancarkan perkhidmatan jabatan kepada kumpulan sasar terutamanya semasa dan pasca pandemik ini. Untuk makluman bersama, perjawatan JKM di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak 76 penjawatan tetap. Pengisian sehingga hari ini adalah seramai 68 orang. Selain itu terdapat 4 orang lantikan kontrak dan 2 orang pekerja sambilan harian. Penempatan jawatan Ibu Pejabat JKM di negeri adalah seramai 25 orang dan di Pejabat Kebajikan Masyarakat seramai 53 orang.

Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk kepada Yang Berhormat Kota Damansara berhubung mencadangkan beliau telah mencadangkan agar kuota bagi penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor ditambah bagi setiap DUN.

Tuan Speaker, untuk makluman Y.B. Kota Damansara, bilangan terkini penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor sehingga 5 Ogos 2021 adalah 20,371 orang iaitu 19,360 penerima KISS dan 1,363 penerima KISS ibu tunggal. Melalui proses pemutihan penerima KISS yang telah dilaksanakan oleh pihak DUN pada tahun ini, kerajaan negeri akan memperhalusi dan melihat kembali isu kuota ini dan akan memastikan pengisian kuota sepenuhnya sebanyak 25,000 warga ibu di negeri Selangor yang layak dan yang memenuhi kriteria dapat menerima inisiatif yang sewajarnya.

Tuan Speaker, saya teruskan untuk Kota Damansara (masih lagi Y.B. Kota Damansara) yang telah menanyakan tentang memungut data SMUE di selaras dan dikemas kini oleh pihak DUN supaya waris dapat dimaklumkan segera dan dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat bersama dengan ADUN. Pada masa kini, pengemaskinian maklumat, ahli yang boleh dibuat di peringkat Pejabat Pusat Khidmat DUN adalah maklumat nombor telefon ahli dan waris sahaja. Pengemaskinian maklumat selain nombor telefon hanya boleh dibuat di peringkat YAWAS bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan, penukaran maklumat tanpa pantauan, kecuaian kemasukan data dan lain-lain. Selain itu, kemasukan dan pengemaskinian maklumat bagi ahli yang telah meninggal dunia perlu dibuat peringkat YAWAS bagi memastikan maklumat ahli tersebut adalah benar dan tiada sebarang tuntutan yang dibuat secara berasingan oleh waris melalui Pejabat DUN.

Untuk makluman, YAWAS juga sedang dalam proses pemurnian data bersama JPN untuk kemas kini maklumat terkini ahli SMUE dan dijangka selesai pada bulan September. Sekian, Tuan TUAN TIMBALAN SPEAKER.

Timbalan Speaker

Terima kasih Y.B. Kota Kemuning. Saya persilakan Y.B. Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Maklum balas bagi isu yang berbangkit yang dibangkitkan oleh Y.B. Balakong mengenai status balai raya dan dewan orang ramai seliaan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat.

Tuan Speaker, Daerah Hulu Langat sentiasa komited dalam memastikan kemudahan awam dan asas desa dalam keadaan yang baik. Kemudahan balai raya, dewan orang ramai dan ini penting bagi membolehkan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MPKK melaksanakan program yang melibatkan penglibatan masyarakat setempat. Daerah Hulu Langat terdapat 68 balai raya termasuk dewan orang ramai di bawah seliaan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di mana digunakan dan dikendalikan oleh MPKK dan kampung tradisi serta kampung baru. Bilangan balai raya dan juga dewan orang ramai mengikut kawasan DUN seperti berikut :-

a) Untuk DUN Semenyih terdapat balai raya 18 dan dewan orang ramai 1; b) Untuk DUN Dusun Tua 14 balai raya dan 6 dewan orang ramai; c) Kajang 4 balai raya dan 2 dewan orang ramai; d) Sungai Ramal 8 balai raya dan 1 dewan orang ramai; e) Balakong 2 balai raya dan tiada dewan orang ramai; f) Pandan Indah tiada balai raya, 1 dewan orang ramai; g) Lembah Jaya 2 balai raya dan 2 dewan orang ramai; h) Bukit Antarabangsa tiada balai raya, 3 dewan orang ramai; dan i) Teratai (DUN Teratai) 1 balai raya dan 3 dewan orang ramai.

Jumlah dewan orang ramai sebanyak 19 dan balai raya 49. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat sedang mengemas kini maklumat pemilik tanah bagi tapak balai raya dewan orang ramai yang berada di bawah Daerah Hulu Langat

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ya, Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Peraturan Tetap 11(B) masa persidangan untuk persidangan termasuk hari Jumaat ianya sepatutnya akhir pada pukul 4.30 petang. Maaf, saya terpaksa berdiri untuk bangkit perkara ini.

Timbalan Speaker

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Peraturan Tetap kita telah dipinda dan

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Maaf, bila? Bila?

Timbalan Speaker

8 Julai.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

8 Julai?

Timbalan Speaker

8 Julai 2021. Cuma tidak sempat dicetak oleh pihak Dewan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya? Waste our formers Speaker. (ketawa). Kalau pada bulan Julai 2021 ada pindaan, sepatutnya dibentangkan at least dalam Dewan kan? Masa itu tak ada Dewan. Mungkin kita boleh dapat

Timbalan Speaker

Telah diluluskan lebih awal, telah diluluskan lebih awal pada 2019 dan pada hari ini Sidang kita mengikut enakmen akan tamat pada hari Jumaat (untuk hari Jumaat) sehingga jam 5.30 petang. Hari Jumaat saja. Ya. Teruskan Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Y.B. Tuan Timbalan Speaker.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat

Timbalan Speaker

Bukit Gasing sila duduk.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Boleh tanya sikit? No, jika Peraturan Tetap ini telah ditukar walaupun tak sempat nak cetak, sekurang-kurangnya laman web itu boleh diperbaharuilah. Sebab Peraturan Tetap yang di laman web pun masih menunjukkan 4.30.

Timbalan Speaker

Baik, baik.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Boleh bantu sikit. Sebab dalam surat jemputan yang kita terima memang ada catat masa sampai 5.30. so saya rasa semua fahamlah isu ini.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Maaf Y.B. Kajang. Surat itu satu perkara, tapi Peraturan Tetap is another issue lah. Cuma pada hari ini kita tak

ada Peraturan Tetap yang terkini. Yang kita rujuk sekarang yang dalam website Dewan Negeri itu saja. Tapi saya ambil maklum apa yang disebut oleh Tuan Timbalan Speaker. Jadi dipersilakan dan sorry.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Saya teruskan. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat sedang mengemas kini makluman tentang pemilikan tanah bagi tapak balai raya dan dewan orang ramai yang berada di bawah Daerah Hulu Langat. Sekiranya didapati mana-mana balai raya dan dewan orang ramai yang masih belum diwartakan sebagai tapak balai raya, proses pewartaan di mana pejabat daerah adalah pegawai penyelaras dan juga melaksanakan dan memastikan tiada isu penyalahgunaan balai raya serta masalah-masalah lain yang boleh mengganggu kelangsungan pengoperasian MPKK dan menggunakan balai raya dan juga dewan orang ramai tersebut.

Pejabat Daerah Hulu Langat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja baik pulih dan menyelenggara balai raya dan juga dewan orang ramai yang digunakan di bawah MPKK berdasarkan tahap kritikal. Semua permohonan dan peruntukan boleh untuk baik pulih dan penyelenggaraan balai raya dan juga dewan orang ramai kesemuanya diperolehi daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor peruntukan kecil di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli Parlimen. Permohonan peruntukan juga boleh dibuat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun melalui Peruntukan Program Mesra Rakyat (PMR) di bawah Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor ataupun ICU. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Y.B. Tanjung Sepat. Saya persilakan Y.B. Paya Jaras.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh portfolio saya iaitu Y.B. Balakong, Y.B. Sementa dan Y.B. daripada Meru.

Y.B. Balakong telah menyentuh hal sukarelawan kita dan Kajang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Y.B. Balakong. Dan untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, sukarelawan kita surf akan berangkat ke Yan Kedah pada hari Ahad dan Isnin nanti bagi membantu mangsa banjir di sana dan pada hari Selasanya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah bersetuju untuk sama-sama hadir dalam majlis di Kedah (Yan) nanti. Berkaitan dengan dana Y.B. daripada Seri Setia juga akan turut sama dan Kota Anggerik (saya difahamkan).

Berkaitan dengan isu PERKESO ataupun ride yang dibangkitkan oleh Y.B. Sementa. Pertamanya saya terima kasih kepada Y.B. Sementa kerana memanglah ride ini adalah di kalangan belia kita bukan sebagai pekerjaan part time ataupun pekerjaan suka-suka. Tetapi kerajaan ingin merakamkan penghargaan dan pandang tinggi

terhadap mereka yang membuat p-hailing ini kerana merekalah yang telah menyambung harapan daripada keluarga ketika mana keluarga tidak boleh keluar ke mana-mana sewaktu PKP ini. Jadi saya nak maklum kepada Ahli Yang Berhormat sekalian, cuba kita bayangkan dalam satu hari adik-adik kita ini hanya mampu menghantar paling tinggi 24 hantaran. Dengan 24 kali penghantaran itu, mereka hanya dapat sekitar RM100 ke RM110 sehari dalam keadaan menempuh risiko dan pelbagai. Mustahil mereka bekerja 30 hari berturut-turut. Kalau 20 hari dengan RM100 (RM2,000). Kalau RM120 dalam tempoh 20 hari (RM2,400). Jadi pendapatan mereka ini juga tidak menentu kerana tergantung kepada kemampuan menghantar 24 kali. Ada yang menghantar tidak sampai 24 kali pun. Menurut data p-hailing Malaysia iaitu penghantar, terdapat 70,000 penghantar makanan di Malaysia. 30,000 adalah dalam Selangor dan Kuala Lumpur dan saya berandaian kalau 50% daripada 30,000 itu maknanya 15,000 adalah mereka adik-adik kita di dalam Negeri Selangor ini.

Y.B. Sementa membangkitkan tentang risiko. Betul. Kita akui risiko. Tetapi asas pokok kebajikan ini adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan iaitu di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana di bawahnya ada JTK dan PERKESO. Pada asasnya kita tahu bahawa kerajaan persekutuan boleh mengambil cadangan sebagaimana yang disebut oleh Bukit Gasing apa salahnya kalau kerajaan persekutuan mengenakan syarat kepada syarikat yang besar ini. Bayar PERKESO pada adik-adik kita ini daripada mereka sedangkan mereka membuat bilion ringgit hasil daripada keuntungan syarikat-syarikat ini. Ini adalah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Tetapi sebagai kerajaan negeri, kita tidak lepas tangan. Kita memperkenalkan RIDE. Y.A.B Dato’ Seri memperkenalkan RIDE. Kita bagi pada adik-adik kita RM500 dan sebahagian dari RM500 ini kita bayar juga kepada PERKESO. Jadi pada tahun 2020, kita telah mem PERKESO kan adik-adik kita ini seramai 3,700 adik-adik kita untuk kita bagi PERKESO kepada mereka. Kita bayar PERKESO. Dan pada tahun ini, kita ada 3,000 lagi adik-adik kita yang memohon, kita akan bayar bantuan dan kita akan memberi PERKESO kepada mereka. Soalnya di mana tanggungjawab kerajaan persekutuan?

Yang Berhormat sekalian, saya ingin membentangkan statistik kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, mereka yang menghantar p-hailing ini paling tinggi mereka berumur 21 hingga 23 tahun iaitu 31%. Yang kedua tinggi adalah mereka yang berumur di antara 24 hingga 30 tahun iaitu 24%. Yang ketiga di antara 17 hingga 20 tahun 17% dan yang paling rendah mereka berumur di antara 31 hingga 40 tahun. Betul dalam ucapan Y.B. Sementa ride dahulunya dibayar kepada mereka yang berumur 17 hingga 30 tahun, tetapi pada tahun ini kita buka umur daripada 17 hingga 40 tahun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian juga, kalau ikut dasar statistik kita, statistik data kita paling rendah mereka terlibat p-hailing adalah Daerah Sabak Bernam. Mungkin Y.B. Sabak boleh membantu kita untuk mempromosikan lagi kerja ini. Yang kedua, Sepang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor masih 5% daripada peserta ride adalah daripada daerah ini. Dan Kuala Langat 7% dan yang paling tinggi sudah tentunya Daerah Petaling.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk rangkumkan soalan daripada Sementa in, apa tugas kita? Saya akan minta pegawai saya membuat satu temu janji dengan Y.B. Sumber Manusia yang baru ini (yang mana orang lama jugalah) untuk bertemu dengan Y.B. Menteri dan mengemukakan pandangan kita sebagaimana yang dibawa oleh Y.B. Bukit Gasing iaitu membuat satu dasar, membuat satu badan untuk memantau dan mengambil kira kebajikan mereka-mereka yang terlibat dengan p-hailing ini. Insyallah jika dapat tarikh daripada Y.B. Menteri nanti, saya akan membawa pandangan daripada. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ini kepada pengetahuan Y.B. Menteri supaya satu tindakan dapat diambil.

Dan yang terakhirnya berkaitan dengan pelantikan PBS. Kita saya akan ambil maklum tentang perkara yang dibuat oleh Y.B. Meru itu dan insyallah bagi saya sedikit masa kerana beberapa technical issue yang saya perlu selesaikan tapi saya bagi jaminan kita akan selesaikan isu ini segera. Terima kasih Y.B. Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Y.B. Kajang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahas mengambil bahagian dalam perbahasan di mana isu-isu yang telah dibangkitkan berhubung dengan pelancongan, dengan alam sekitar, orang asli dan juga teknologi hijau. Dan saya mendahulukan dengan bab pelancongan ya.

Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Y.B. Bukit Malawati untuk senaraikan jumlah pekerja yang dihentikan pekerjaan akibat penutupan hotel-hotel dan juga hotel terpaksa menutup operasinya akibat Pandemik COVID-19. Melalui Laporan Status Operasi Hotel-hotel di Negeri Selangor yang diterima oleh pihak Persatuan Hotel Malaysia Selangor Chapter iaitu MSH, sehingga bulan Mac 2021 sebanyak 10 buah hotel telah pun ditutup operasi sepenuhnya. Manakala 38 buah hotel ditutup sementara akibat situasi semasa industri pelancongan yang suram kesan daripada impak Pandemik COVID-19 khususnya pada tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di samping itu, semenjak 1,032 orang pekerja industri perhotelan negeri Selangor telah pun terkesan dari segi pendapatan di mana 60% daripadanya telah kehilangan pekerjaan. Sementara 40% lagi diberikan cuti tanpa gaji atau dikenakan potongan gaji di antara 20% hingga 50%.

Untuk menjawab Y.B. Kampung Tunku berhubungan hubungan orang asli berkenaan dengan jangkitan COVID-19. Masyarakat orang asli yang dijangkit COVID-19 adalah sebanyak (yang ini setakat 22 Ogos 2021) sebanyak 613 dijangkiti COVID-19 daripada jumlah 20,737 orang asli. So ini menunjukkan bahawa peratusan sebanyak 2.6% iaitu kurang daripada 3% daripada jumlah penduduk orang asli di negeri Selangor telah pun dijangkiti COVID-19.

Untuk kadar vaksinasi orang asli pula adalah sebanyak untuk orang dewasa yang layak untuk divaksinkan adalah 14,352 orang. Setakat 22 Ogos 2021 sebanyak 9,633 orang asli telah pun divaksinkan iaitu 67.1% yang telah lengkap dos pertama sebanyak 2,815 ataupun bersamaan dengan 19.6%. manakala yang telah pun lengkap dua dos adalah sebanyak 6,818 orang iaitu bersamaan dengan 47.5%. Ini menunjukkan kadar vaksinasi di kalangan orang asli adalah tinggi iaitu lebih daripada 2/3. Manakala ada banyak lagi masih ada 4,000 lebih orang asli yang belum disuntikkan kerana ada kalangan mereka takut kerana ada kalangan mereka tak percayai. So kita masih cari orang ini di mana kerja-kerja untuk buat suntikan adalah dijalankan oleh Hospital Orang Asli Gombak dan juga kerjasama PKD dan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia.

Untuk menjawab soalan yang timbulkan oleh Y.B. Bukit Malawati juga yang prihatin terhadap pencemaran sungai, pengorekan pasir di Kampung Asahan yang akan mencemarkan sungai kononnya. LUAS telah pun mengeluarkan tiga kebenaran bertulis dan Lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemaran Pencemar kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Iaitu KSSB bagi aktiviti pengorekan pasir melibatkan Kampung Asahan iaitu :-

i. Sungai Selangor, Kampung Asahan Plot C Mukim Pasangan Daerah Kuala Selangor. Panjang korekan 1.65kilometer; ii. Sungai Selangor Kampung Asahan Plot A Mukim Pasangan Daerah Kuala Selangor sepanjang 2kilometer; iii. Sungai Selangor Kampung Asahan Plot B Mukim Pasangan Daerah Kuala Selangor sepanjang 1.65kilometer.

Yang semua ini tempoh Kebenaran Bertulis daripada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Terdapat hanya satu tapak yang beroperasi berkaitan aktiviti cuci gali pasir di kawasan Kampung Asahan iaitu Plot A. Dua tapak lagi iaitu di Plot B hanya menjalankan pengeluaran stockpile dan di Plot C tidak beroperasi sehingga kini. Pemegang lesen ataupun Kebenaran Bertulis perlu menjalankan pemantauan kualiti air secara bulanan pada jarak 10meter di bahagian hulu dan hilir tapak lokasi serta di titik pelepasan efluen tapak dengan berdasarkan dua parameter iaitu jumlah pepejal terampai iaitu total suspended solid (TSS) dan minyak dan gris ataupun oil and grease (O&G).

Berdasarkan Laporan Pemantauan Kendiri yang dilaksanakan oleh pemegang lesen iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd, tiada pelepasan efluen direkodkan untuk bulan Jun dan Julai bagi tapak Plot A bagi aktiviti percucian dan bacaan bagi parameter di 10meter hulu dan hilir tapak adalah seperti berikut:-

i. Untuk parameter TSS iaitu total suspended solid – Jun 2021 di hulu bacaan 89miligram per liter, di hilir 138miligram per liter. Untuk bulan Julai 2021 di hulu 6miligram per liter, dan di hilir 20miligram per liter;

ii. Untuk Oil and Grease – bacaan Jun 2021 kurang daripada 1miligram per liter, hilir juga kurang 1miligram per liter. Untuk Julai (Bulan Julai 2021) juga kurang 1miligram per liter dan hilir juga kurang 1miligram per liter.

Berdasarkan Laporan Kualiti yang dikemukakan ini, peningkatan kekeruhan adalah tidak ketara dan aktiviti masih terkawal.

Bagi Sungai Selangor yang berkelebaran 60meter ini hanya 1/3 daripada tengah sungai dengan kedalaman pengorekan tidak melebihi 1.5meter sahaja dibenarkan. Untuk pengorekan berdasarkan garis panduan pengambilan pasir sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor berdasarkan skim yang dikemukakan hanya 5,000meter padu pasir dikeluarkan dalam tempoh sebulan daripada 49,500meter padu simpanan pasir di dalam sungai. Semakan dan pemantauan susulan oleh LUAS dijalankan pada Oktober 2021, setakat ini tiada aduan diterima oleh LUAS berkaitan gangguan ataupun pencemaran di kawasan ini dan disebabkan oleh aktiviti cuci gali pasir tersebut dengan pemantau dengan pematuhan skim yang ditetapkan yang tidak memberi impak pada morfologi sungai dan hidupan akuatiknya.

Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Y.B. dari Bukit Lanjan, Y.B. Banting, Y.B. Sijangkang berkenaan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat Bukit Lanjan adalah dalam perbahasan beliau telah pun mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjadi perintis untuk melancarkan darurat iklim untuk menangani isu perubahan iklim selaku negara ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu United Nation Framework Convention On Climate Change Malaysia sedia komited untuk menangani isu perubahan iklim dan memenuhi obligasi negara di bawah konvensyen mengikut agenda dan keutamaan pembangunan sosioekonomi negara. Dalam masa yang sama pelaksanaan tindakan perubahan iklim negara juga adalah selari dengan prinsip sejagat iaitu prinsip beban sama tanggungjawab berbeza dengan keupayaan tersendiri iaitu common but differentiated responsibility with respect capability serta memenuhi matlamat pembangunan mampan dan aspirasi pembangunan rendah karbon dan berdaya tahan iklim negara.

Dalam hal ini, penyelarasan dasar dan tindakan mitigasi serta adaptasi perubahan iklim negara adalah diterajui kementerian persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu KASA. Pada masa kini, usaha-usaha sedang pun ditumpukan untuk melaksanakan tindakan pengurangan perlepasan Green House Gases iaitu GHG melalui pelbagai sektor iaitu tenaga, industri pemprosesan dan guna produk sisa pertanian perhutanan dan guna tanah bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG negara di bawah Paris Agreement. Dalam masa yang sama, tindakan adaptasi bagi membina daya tahan negara terhadap impak perubahan iklim juga sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan.

Namun demikian, Kerajaan Negeri bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar iaitu Masscomm sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan darurat iklim memandangkan pada masa ini masih tiada dasar yang mengawal selia tindakan darurat iklim termasuk kriteria-kriteria yang menentukan sama ada darurat iklim wajar dilaksanakan atau tidak. Bagi perbahasan yang melibatkan Ahli Yang Berhormat Banting yang membangkitkan isu pencemaran udara yang berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka dan kilang haram khususnya pada waktu malam di Kuala Langat. Bagi memastikan kawalan pencemaran kualiti udara berada dalam tahap yang baik, kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar iaitu JAS Negeri Selangor telah melaksanakan Program Penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan juga penguatkuasaan secara tersasar dengan memberi tumpuan ataupun keutamaan kepada sektor industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar seperti berikut :-

i. Premis yang ditetapkan buangan terjadual; ii. Loji pengolahan kumbahan; iii. Industri kimia.

Jabatan Alam Sekitar Selangor menumpukan penguatkuasaan melalui pasukan rondaan kepada punca pencemaran udara terutamanya semasa musim kering di kawasan berisiko tinggi berlakunya pembakaran terbuka seperti di kawasan tanah gambut Johan Setia Klang, tapak pembinaan dan juga kawasan industri yang melepaskan udara melalui cerobong kilang. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah pun melaksanakan sebanyak 130 pemeriksaan penguatkuasaan ke atas premis-premis perindustrian di daerah Kuala Langat. Hasil pemeriksaan tersebut, Jabatan Alam Sekitar Selangor telah pun mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut:-

i. Notis Arahan sebanyak 20; ii. Kompaun sebanyak 42; iii. Kertas Siasatan di bawah Seksyen 29(A) Larangan Pembakaran Terbuka iaitu 4 kes; iv. Kertas Siasatan di bawah peraturan efluen perindustrian sebanyak 1 kes; v. Kertas siasatan di bawah peraturan udara bersih sebanyak 3 kes; vi. Penahanan operasi kelengkapan udara bersih sebanyak 4 kes; vii. Penahanan operasi kelengkapan buangan terjadual sebanyak 1 kes;

Selangor juga telah pun mulakan kaedah mengesan punca pelepasan asap dari pembakaran terbuka terlalui teknologi dron haba iaitu thermal drone pada waktu malam. Melalui teknologi ini, visual haba ataupun udara yang diperoleh dapat mengenal pasti punca sebenarnya pelepasan asap tersebut dan seterusnya memudahkan pasukan penguatkuasaan mengambil tindakan penguatkuasaan

selanjutnya. Isu lambakan sisa klinikal yang dibangkitkan oleh Ahli Berhormat Sijangkang, dimaklumkan bahawa peletakan kontena-kontena di luar premis Radicare Malaysia Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang merupakan tindakan mitigasi sementara kerana fasiliti nya menghadapi masalah yang meruncing disebabkan penjanaan sisa buang yang tinggi melebihi kapasiti loji pelupusan.

Sisa klinikal semasa pandemik COVID-19, 80% daripada lambakan sisa klinikal ini adalah terdiri daripada sisa-sisa makanan pesakit COVID-19, botol vaksin, personal protective equipment (PPE), test kit dan sebagainya yang dijana kan daripada hospital dan pusat kuarantin risiko rendah iaitu PKRC awam dan juga swasta. Secara keseluruhannya, kapasiti rawatan di loji pelupusan adalah sebanyak 30 metrik tan sehari, namun semasa pandemik COVID-19 melanda negara kita, penjanaan sisa klinikal telah pun meningkat dengan ketara. Untuk rekod, penerimaan sisa klinikal sebelum pandemik adalah sekitar 26 metrik tan sehari dan purata penerimaan sisa klinikal terkini untuk bulan Ogos 2021 adalah dalam 60 metrik tan sehari.

Selain daripada Selangor, loji pelupusan turut menerima sisa klinikal daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Diunjurkan perjalanan, penjanaan sisa klinikal akan mengalami penurunan menjelang akhir tahun ini di mana keadaan pandemik jangka semakin reda apabila pemberian vaksin mencapai imunisasi kelompok. Berdasarkan pelan pengurusan sisa klinik tidak dirawat, Badlock yang telah di kemukakan oleh pihak Radicare Malaysia Sdn Bhd kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Penyelesai Badlock secara keseluruhan dapat dicapai menjelang suku tahun pertama tahun depan.

Boleh mencelah Speaker.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Yang Berhormat tadi menyebutkan bahawa sebahagian besar ataupun kalau tak silap saya, saya dengar 80% adalah sisa daripada makanan pesakit-pesakit COVID-19. Kenapa pula sisa makanan ini juga dilupuskan di Radicare ini sebab dia bukannya clinical waste. Jadi kalau itu jumlah peratusan yang begitu besar, saya kira ia sangat membebankan kepada Radicare sendiri sebab walaupun dia mendapat kelulusan untuk melupuskan 30 ribu metrik tan sehari, tetapi keupayaan pada hari ini saya dimaklumkan hanya sekadar 15 ribu tan sehari dan jumlah yang datang setiap hari lebih kurang dalam 75 ribu tan metrik sehari. Jadi lambakan yang begitu besar yang tidak selesaikan walaupun tadi Yang Berhormat menyebutkan sehingga hujung tahun ini, saya khuatir dalam jarak yang begitu dekat ini dengan jumlah yang begitu besar, mungkin tidak dapat diselesaikan dan mungkin ada sesuatu yang Kerajaan Negeri boleh membantu dalam urusan pelupusan ini dan saya ingat dah mungkin Yang Berhormat boleh berikan ulasan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Untuk makluman Yang Berhormat, Radicare Malaysia Sdn Bhd sedang mendapatkan incinerator yang kecil untuk menurunkan untuk menambahkan kapasiti ini. Di mana mereka sedang dapatkan incinerator baru untuk menjalan tugasan. So kita harap Yang Berhormat juga boleh bantu kita kerana Yang Berhormat juga dari kalangan PAS, suruh la menteri buat kerja sikit, tak kan la sampah-sampah klinikal daripada negeri lain pun perlu buang di Selangor. So ini tak adil untuk Selangor, kena fikir juga kerana Radicare dia bukan setakat untuk bertanggungjawab untuk urusan masalah di Selangor waste. Tapi juga zon tengah meliputi Putrajaya, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, semua ini PPE, makanan sisa pesakit COVID semua hantar ke Selangor. So saya ini satu persatu memberi masalah kepada Selangor, mana keadilan. So saya harap Yang Berhormat berhubung dengan menteri KASA untuk selesai masalah ini.

Speaker. Saya ingat itu bukan isunya, sebab saya melihat kalau 80% daripada jumlah klinikal waste itu adalah daripada sisa makanan, saya ingat tak patut dengan incinerator keupayaan incinerator-incinerator radicare itu dibebankan dengan untuk pelupusan sisa makanan ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Ini lah Yang Berhormat, 80% ini sisa makanan ini daripada mereka daripada makanan ini dimakan oleh yang tinggalkan oleh pesakit COVID-19. So ini juga ada virus dalam makanan itu. So tak kan kita buang saja merata tempat, membiarkan PBT, tak boleh. Dia perlu menggunakan kaedah pelupusan cara melalui klinikal ini, tak kan nak panggil PBT uruskan, tak boleh Yang Berhormat. So tak kan kita pegang makanan itu, kerana telah pun dimakan dan tinggalkan oleh pesakit kerana banyak pesakit-pesakit COVID-19 ini, semasa mereka makan makanan di pusat-pusat, kerana makanan tak edar, tak sedap, mereka sikit nak buang, makan sikit nak buang, ada mereka tak selera nak makan, ada yang langsung tak mahu makan, biarkan. So makanan terpaksa dibuang begitu sahaja. So itulah saya harap Yang Berhormat faham, so kita juga minta di mana kita juga Kerajaan Negeri akan sentiasa pantau melalui PBT keadaan yang di mana sekarang ini memang kawasan telah pun dipenuhi oleh sampah-sampah daripada luar juga. Untuk mengenai isu pencemaran di Parit Batu 3, Batu 9 Sijangkang pula. Kawasan ini menerima beban pencemaran yang tinggi akibat aktiviti perkilangan dan juga kumbahan daripada perumahan serta pengaruh air pasang surut daripada sungai Langat. Dan pihak Alam Sekitar bersama agensi seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) akan menyediakan pelan penyelesaian kepada masalah ini yang turut yang melibatkan pihak industri dan orang awam secara bersepadu. Untuk maklumat lanjut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa memandang serius dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan setiap insiden pencemaran diambil tindakan segera bagi memastikan sumber air Negeri Selangor terpelihara.

Bagi aktiviti pencemaran yang disebabkan oleh efluen industri, pihak LUAS sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pelbagai agensi yang lain. Tindakan bersepadu juga dilaksanakan bersama Jabatan Alam Sekitar berhubung pelepasan efluen perindustrian bagi mematuhi peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling iaitu efluen perindustrian 2009. Selaras akta kualiti alam sekeliling 1974 yang, selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 28 Oktober 2020, kertas ringkasan MMKN NO.36/382020 yang telah pun disahkan MMKN 39 2020 pada 18 November 2020 Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS telah mengambil tindakan-tindakan berikut melalui pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah Negeri Selangor (SJAM) dalam meningkatkan pemantauan dan pengawasan seperti berikut:

i-Pemantauan statik dan rondaan skuad pantas LUAS yang beroperasi 4 jam di kawasan strategik sumber air di lembangan sungai Selangor dan lembangan sungai Langat termasuk sungai Semenyih. Bagi pengawalan dan pengawasan insiden pencemaran sumber air yang berisiko henti tugas loji rawatan air (LRA) ii-Pembangunan stesen telemetri kualiti air bagi tujuan sistem amaran awal iaitu early warning system di hulu muka south yang berisiko di sungai Selangor dan juga sungai Semenyih. iii-Pemantauan berkala terus dilaksanakan oleh LUAS bersama agensi berkaitan melalui platform Ops sumber air Negeri Selangor bagi memastikan sumber air di kawasan sekitar dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.

Inisiatif pihak LUAS penyediaan kajian inventori guna tanah dalam 50 meter, rizab sungai di sungai Langat untuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi tujuan kawalan dan pencegahan bersama agensi-agensi berkaitan. LUAS akan mengambil tindakan sewajarnya yang akan bersama berkenaan untuk memastikan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar yang lestari dalam memastikan kelestarian sungai Langat termasuk biodiversiti ekosistem persekitarannya. LUAS juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan dalam seksyen 79 enakmen LUAS 1999. Untuk menjawab soalan yang timbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Melawati dan juga Yang Berhormat Taman Templer berkaitan cadangan untuk melaksanakan program penanaman pokok setiap tahun bagi memelihara alam sekitar di Negeri Selangor dan juga pemeliharaan hutan persisiran pantai dan juga sepanjang sungai.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong usaha dan inisiatif pemuliharaan hutan dan alam sekitar di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa melalui program penanaman pokok berdasarkan rekod Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menanam pokok sebanyak 544,787 batang pokok sejak tahun 2010 hingga 2020. Selain daripada JPNS, program tanam pokok turut dilaksanakan setiap tahun oleh Pejabat

Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan. Antaranya penanaman pokok bakau, kebun komuniti, tanaman landskap dan juga rekreasi, penanaman pokok buah-buahan kawasan hutan perosok serta persisiran pantai dan sungai di seluruh Negeri Selangor.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Dari manakah penanaman pokok itu dilakukan, apakah permohonan, permintaan atau bagaimana.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap agensi melalui PBT ataupun Jabatan Perhutanan, mereka ada program tersendiri, so mereka akan buat program secara bulanan ataupun tahunan untuk menanam pokok di pelbagai tempat. Penanam pokok ini bukan setakat tengok batang pokok, ia juga melibatkan buluh, landskap juga merupakan salah satu usaha ke arah itu lah. So kita memang setiap tahun tidak miss tidak miss untuk penanam pokok ini. Hanya kerana dua tahun ini saja, kerana PKP, proses itu telah pun dilambatkan. Sampai mana ni, ok. Penanam pokok juga telah dilaksanakan melalui program-program bersama orang awam dan turut disertai oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor dan juga Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, setiap tahun. Namun demikian program ini tidak diteruskan pada tahun 2020 dan 2021, berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara ini. Ini kerana program tanam pokok bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor diadakan secara berskala besar dengan penanaman kira-kira 5,000 batang pokok dan melibatkan sekitar 2,000 peserta. Secara umumnya, usaha ini menunjukkan kesedaran alam sekitar yang amat tinggi di kalangan masyarakat Selangor, khususnya bagi menjamin kelestarian alam sekitar. Mengawal impak pencemaran, dan seterusnya menjadi tarikan ekopelancongan di negara ini. Pada masa kini, inisiatif program penghijauan Malaysia telah dilancarkan melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok bagi tempoh tahun 2021 sehingga tahun 2025. Pelancaran program ini juga telah berlangsung di negeri Selangor pada 4 Januari 2021 yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah menyatakan komitmen untuk menetapkan matlamat menanam sebanyak 2 juta pokok setahun, bagi menyokong program penghijauan ini. Sehingga kini sejumlah 100,000 pokok telah pun berjaya ditanam di negeri Selangor. Untuk makluman, apa sahaja spesies pokok boleh ditanam melainkan spesies tumbuhan yang tidak berkayu seperti palma, buluh dan lain-lain.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kurma boleh. Kurma.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Ada boleh, kalau ada batang pokok, consider pokok lah.

Bagi menjayakan matlamat ini, Kerajaan Negeri Selangor menyeru kerjasama daripada semua pihak sama ada agensi-agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi swasta, Anak Syarikat Kerajaan Negeri iaitu GLC, badan-badan bukan

kerajaan atau NGO, institusi-institusi pendidikan awam dan swasta serta sehingga badan perseorangan. Semuanya yang terlibat boleh memuat turun aplikasi peranti mudah alih penghijauan Malaysia yang telah disediakan. Yang Berhormat Hulu Kelang, boleh muat turun, penghijauan Malaysia, di mana daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana iaitu badges, dengan laksanakan tugasan iaitu task. Dapatkan mata ganjaran, point dan nikmati ganjaran iaitu reward yang ditawarkan.

Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Banting, berkenaan cadangan menetapkan had 30 peratus kawasan hutan simpan kekal di setiap daerah. Tuan Speaker, secara dasarnya cadangan untuk menetapkan komitmen 30 peratus kawasan hutan simpan kekal bagi setiap daerah sivil adalah amat baik dan menyokong kepada dasar-dasar alam sekitar di peringkat negara dan juga antarabangsa. Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum komitmen 30 peratus kawasan hutan simpan kekal di setiap daerah sivil ini dikuatkuasakan. Kajian ini penting bagi memastikan komitmen tersebut berjaya laksana dan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditentukan. Dalam konteks perundangan misalnya, terdapat implikasi sekiranya suatu kawasan tanah diwartakan sebagai hutan simpan kekal di bawah Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Hal ini menyebabkan pengurusan kawasan tersebut akan menjadi lebih kompleks dan mempunyai kawalan tertentu bagi tujuan pembangunan ataupun kemajuan. Justeru itu dalam masa yang terdekat ini adalah lebih wajar sekiranya, cadangan penetapan komitmen 30 peratus di kawasan hutan simpan kekal bagi setiap daerah sivil ini diperluaskan skopnya kepada komitmen 50 peratus kawasan hijau bagi setiap daerah sivil selaras dengan komitmen negara Malaysia untuk mengekalkan 50 peratus kawasan berhutan. Kawasan hijau bagi maksud ini adalah merujuk kepada mana-mana guna tanah yang telah dizonkan di bawah Rancangan Tempatan Daerah sebagai kawasan hutan. Pertanian, taman-taman awam, kawasan perlindungan dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, iaitu KSAS serta lain-lain yang berkaitan. Berdasarkan status keluasan hutan dan pertanian di negeri Selangor pada tahun 2012.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang.. Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Penjelasan. Terima kasih. Sebenarnya saya ingin memperbetulkan soalan saya, pada masa itu, saya bertanya, mencadangkan supaya kalau di negeri Selangor kita menetapkan 30 peratus adalah hutan simpanan kekal. Dan barangkali untuk setiap daerah kita letak satu target tertentu. Tidak semesti 30 peratus, mungkin 10 peratus, mungkin 50 peratus, kerana setiap daerah situasinya adalah berbeza. Jadi itu sebenarnya adalah cadangan saya. Tapi saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat iaitu selain daripada menetapkan satu peratusan tertentu untuk hutan simpanan kekal di setiap daerah, kita juga perlu memastikan 50 peratus adalah kawasan lapang, kawasan hijau. Yang itu saya juga menyambut baik. Cuma untuk hutan simpanan kekal ini, mungkin kita boleh menetapkan satu peratusan, kalau untuk daerah Petaling, tidak munasabah kalau kita

letak 30 peratus, kalau untuk daerah Hulu Selangor, 30 peratus terlalu rendah. Mungkin boleh sampai 50 peratus. Tapi untuk Kuala Langat, mungkin kita boleh menetapkan 30 peratus. Saya mencadangkan sedemikian kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan. Tidak semestinya. 30 percent, but it can be up and down, bergantung pada situasi.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih, cadangan daripada Yang Berhormat. Biar saya habiskan dulu ini. Berdasarkan....

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, sorry... saya ada, sebenarnya saya ada soalan. Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kajang, bahawa kononnya sekarang Kerajaan Negeri nak melihat bukan sahaja peratusan hutan simpan sahaja, tetapi nak gabungkan sehingga satu, digelar sebagai satu kategori kawasan hijau termasuk pertanian dan sebagainya. Betul atau tidak? Saya nak semak dengan Yang Berhormat Kajang. Itu cadangan ataupun sedang dilaksanakan ataupun... bukan green line... dia kata pertanian juga.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih. Ini merupakan satu cadangan. Komitmen untuk Negara Malaysia keseluruhan, di mana di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di mana memang ada cadangan begitulah. Bukan setakat kita mengekalkan, hutan simpan kekal sebanyak lebih 30 peratus, tapi juga kita tambah dengan semua jenis hutan ini menjadi keluasan kawasan 50 peratus.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya nak beri sedikit cadangan dan juga mungkin panduan kepada Kerajaan Negeri. Ini agenda yang ingin mengeruhkan apa hutan simpan kekal, apa kawasan hijau, apakah padang permainan, apakah ladang. Ladang kelapa sawit, ataupun kawasan pertanian. Semua ini sebenarnya adalah agenda yang dari dulu, mereka dah cuba banyak kali untuk mereka gabungkan, supaya mereka boleh bagi tahu satu dunia bahawa Malaysia ada 70 peratus kawasan hijau. Ini adalah agenda yang sangat berbahaya. Kita mesti kekalkan dan bahagikan dengan satu, we have to be very, dengan izin, we have to be very clear of our demarcation. Kawasan pertanian adalah kawasan pertanian, ia bukan kawasan hijau, dia bukan kawasan hutan simpan. Kawasan hutan simpan, kalau kita ikut semua kategori di peringkat antarabangsa, tidak boleh dimasukkan, sebagai contohnya kelapa sawit. Tetapi banyak kali di Malaysia, saya rasa berdekad-dekad. Semasa saya mahasiswa, ada pihak yang cuba masukkan ladang kelapa sawit sebanyak hutan simpan dan sebagainya. Tapi kalau di peringkat antarabangsa, ia tidak boleh diterima. Jadi kalau pada ketika ini, Kementerian Sumber Asli, sedang mempromosikan agenda tersebut. Saya harap Kerajaan Negeri Selangor boleh kekalkan pendirian iaitu menolak cadangan ataupun pendirian tersebut. Kelapa sawit, hutan, dua perkara yang berbeza. Penanaman padi, kawasan hijau padi, hutan simpan, dua perkara berbeza. Kawasan hijau, yang sebenarnya kawasan hijau adalah di kawasan perbandaran. Ia di bawah, dengan izin, national physical plan. Dia juga beza daripada hutan simpan dan kawasan hijau. Itu saja Yang Berhormat Kajang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih, cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan. Berdasarkan status keluasan kawasan hutan dan pertanian di negeri Selangor pada tahun 2012, iaitu Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Pengekalan kawasan hijau dapat dicapai sehingga melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah negeri, iaitu berjumlah 567,400.62 hektar. Untuk menjamin hasrat ini dilaksanakan secara berterusan, Selangor perlu mengekalkan sebahagian kawasan kelapa sawit dan getah sebagai kawasan kekal dirian pokok seterusnya komitmen 50 peratus kawasan hijau di setiap daerah sivil lebih relevan dan berjaya dilaksanakan. Makluman hutan simpanan kekal, di Negeri Selangor mengikut daerah sivil adalah seperti berikut :

Untuk makluman, pertama, Daerah Hulu Selangor, kita masih ada hutan keluasan hutan simpan kekal sebanyak 82,538.18 hektar, iaitu merangkumi, 47 peratus daripada Daerah Hulu Selangor. Di mana Hulu Selangor merupakan hutan simpan, keluasan hutan simpan yang paling tinggi di Negeri Selangor. Bukan setakat Hulu Selangor. Yang kedua, Sabak Bernam juga. Sabak Bernam mempunyai 50,953.1 hektar, ataupun bersamaan 51.33 peratus keluasan Daerah Sabak Bernam. Yang ketiga, Hulu Langat berjumlah 31,181.68 hektar, iaitu 37.15 percent. Gombak, 30,561.40 hektar, iaitu 48.65 peratus. Kuala Selangor, 24,768.29 hektar, iaitu 20.73 peratus. Klang, 25.17 peratus, Kuala Langat, 7.72 peratus, Petaling hanya 7.61 peratus, Sepang lagi rendah, 6.94 peratus. Jumlah keseluruhan hutan simpan kekal di Selangor adalah 250,207.39 hektar, iaitu bersamaan dengan 31.44 peratus daripada keluasan Negeri Selangor. Yang ini merupakan keluasan tanah berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang telah disediakan pada tahun 2017. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat, daripada....

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kajang, masa dah tamat...

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Saya ada satu lagi perkara yang sangat penting yang perlu disambung esok. So, berkenaan dengan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. So, itu saya perlu lebih kurang setengah jam.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, Tuan Speaker, Peraturan Tetap, Seksyen 11, saya boleh ingat, (b). Dah 5.30. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya ingat nak minta satu minit, rupanya setengah jam. Ahli-ahli Yang Berhormat, sedikit pembetulan dan pencerahan yang telah saya sebut tadi, iaitu Pindaan terhadap Peraturan Tetap 11 ini telah dilakukan pada Sidang Bajet yang lepas. Dan warta Kerajaan yang telah diedarkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu pada, warta telah dibuat pada 8 Julai 2021, Peraturan-peraturan Tetap dan bagi Dewan Negeri Selangor Pindaan 2021. Pindaan Peraturan Tetap 11 Sub Perenggan 1 (b) dengan penggantian perkataan 4.30 petang kepada 5.30 petang. Harap maklum.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 5.30 petang, dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari Isnin 30 hari bulan Ogos 2021, jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)