Sarawak · 24 November 2022

19th Assembly, 1st session, 3rd meeting (unedited) · not final · 118 turns · 36,638 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSarawak publishes only unedited transcripts (Belum Disunting). The 19th Assembly was dissolved on 26 Oct 2026. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Tuan Speaker

Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat pagi dan Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, I have granted leave of absence under Standing Order 81 to Yang Berhormat Dr. Ripin bin Lamat, Deputy Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development and Honourable Member for DUN N.72 Lambir for today’s sitting.

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan LisanQuestions

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Encik Abdul Yakub bin Arbi, Balingian.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 113.

Mahkamah Baharu Bahagian Mukah

(113) YB Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi bertanya kepada Premier Sarawak: Apakah status pembinaan Mahkamah Baharu Bahagian Mukah?

Datuk John Sikie anak TayaiPRS · GPSMenteri di Jabatan Premier · Kakus

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Balingian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Balingian, pada masa ini Kerajaan Sarawak belum ada perancangan untuk membina bangunan baru untuk Mahkamah Bumiputera di Bahagian Mukah. Ini disebabkan terdapat ruang yang masih mencukupi di bangunan pejabat-pejabat daerah sedia ada iaitu di Pejabat Daerah Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis untuk urusan Mahkamah Bumiputera.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan:

(a) Berapakah bilangan kes Mahkamah Bumiputera bagi setiap daerah di Bahagian Mukah? dan (b) Berapakah bilangan staf yang mengendalikan kes Mahkamah Bumiputera di Bahagian Mukah?

Terima kasih.

Datuk John Sikie anak TayaiPRS · GPSMenteri di Jabatan Premier · Kakus

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Balingian dan terima kasih juga kepada Tuan Speaker.

Jadi saya akan jawab sekaligus untuk kedua-dua soalan. Bagi Daerah Mukah, sebanyak 24 kes yang terkumpul dan bilangan staf di Daerah Mukah adalah seramai enam orang. Di Daerah Dalat hanya dua kes terkumpul yang dikendalikan oleh dua staf. Di Daerah Matu ada tiga kes terkumpul dan dikendalikan oleh enam staf dan di Daerah Daro ada sembilan kes terkumpul yang dikendalikan oleh tiga orang dan di Tanjung Manis lima kes terkumpul yang dikendalikan oleh tujuh orang staf. Terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Encik Kennedy Chukpai Ugon, Murum.

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat pagi, Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang. Soalan saya nombor 114.

Bekalan Air Bersih Terawat di BRS Sg. Asap

(114) YB Encik Kennedy Chukpai Ugom bertanya kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi:

(a) Kenapa bekalan air bersih terawat di BRS Sg. Asap sering terputus semasa musim kemarau dan musim banjir? dan (b) Apakah inisiatif yang telah diambil dan perancangan jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah ini?

Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji JunaidiPBB · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) · Pantai Damai

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Murum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Murum, sumber air mentah untuk Loji Rawatan Air Sungai Asap ialah daripada Sungai Koyan. Ketika musim kemarau, loji ini mengalami kesukaran untuk merawat air sungai tersebut disebabkan perubahan kualiti air mentah yang mendadak. Keadaan ini menyebabkan keupayaan loji untuk merawat air terbatas dan penghasilan air di loji tersebut menurun sebanyak 20% ke 40%.

Manakala, ketika musim banjir pula, muka sauk ataupun raw water intake tidak dapat berfungsi sepenuhnya akibat paras air yang tinggi dan juga aliran air sungai yang deras sehingga menyebabkan fungsi muka sauk terjejas dan kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilaksanakan selepas air surut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Murum, pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) sentiasa memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan muka sauk ataupun raw water intake ini sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik.

Untuk menjawab Soalan (b), bagi Ahli Berhormat bagi Murum. Dua pendekatan telah pun diambil oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar untuk mengatasi masalah ini, iaitu perancangan jangka masa pendek dan juga perancangan jangka masa panjang.

Untuk perancangan jangka pendek, dua pendekatan diambil iaitu pertama kerja-kerja penambahbaikan muka sauk akan dilaksanakan pada tahun 2023, iaitu tahun depan bagi memastikan kerja-kerja muka sauk tidak terjejas ketika musim banjir dan pendekatan kedua ialah kerja-kerja penambahbaikan loji sedia ada akan sentiasa dilaksanakan agar dapat meningkatkan penghasilan peningkatan air ketika musim kemarau. Maknanya, kedua-dua pendekatan ini akan dapat mengatasi masalah semasa musim kemarau dan juga musim banjir.

Pendekatan kedua bagi perancangan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri Sarawak telah pun menyediakan Proposed Upgrading of Existing of Sungai Asap Water Treatment Plant and other facilities dan telah pun dikemukakan untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi memastikan masalah gangguan bekalan air ini dapat diselesaikan dengan lebih menyeluruh. Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima Kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas pencerahan dan jawapan. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan:

(a) Apakah skop kerja dan kos bagi projek jangka pendek bagi projek penambahbaikan muka sauk upgrading of the raw water intake di Sungai Koyan? dan (b) Apakah cadangan skop kerja bagi projek jangka panjang bagi projek Upgrading of Existing Sungai Asap Water Treatment Plant?

Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji JunaidiPBB · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) · Pantai Damai

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Murum. Untuk menjawab soalan pertama, skop kerja projek penambahbaikan muka sauk di Sungai Koyan merangkumi pengukuhan struktur yang sedia ada merangkumi operasi pengepaman air berterusan semasa musim banjir. Selain daripada itu, penggantian untuk sistem penapisan air akan dibuat untuk memastikan pengeluaran bekalan air terawat mencukupi semasa musim kemarau. Anggaran bagi kos melaksanakan projek jangka masa pendek ini ialah sebanyak RM1.5 juta.

Untuk soalan kedua, bagi Ahli Yang Berhormat bagi Murum, satu cadangan projek Proposed Upgrading of Existing Sungai Asap Water Treatment Plant. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Murum antara skop kerja yang dicadangkan bagi projek ini adalah seperti berikut:

(a) Kerja-kerja meningkatkan kapasiti daripada 5 juta liter sehari yang ada sekarang kepada 10 juta liter sehari. Daripada 5 hingga 10 million litres per day; (b) Pembinaan muka sauk ataupun raw water intake yang baharu di Sungai Koyan; anggaran kos projek yang kedua ini ialah sebanyak RM16.7 juta.

Terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Encik Johnny Pang Leong Ming, Tanjung Batu.

Encik Johnny Pang Leong MingSUPP · GPSTanjong Batu

Good morning, Tuan Speaker. My question is number 115. Thank you.

Sarawak State Government Jurisdiction in Port Authority

(115) YB Encik Johnny Pang Leong Ming to ask the Minister for Infrastructure and Port Development Sarawak: Whether the Sarawak Government should consider transferring 100% autonomy to Sarawak State Government jurisdiction in Port Authority? Priority to local Sarawakians to hold important management post in the management and operation team.

Dato Majang anak RenggiPRS · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan) · Samalaju

Terima kasih, Tuan Speaker; dan terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Tanjung Batu.

For the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Tanjung Batu, over 80% of the global trade by volume and about 70% of trade value is handled by ports worldwide. It is undisputed that ports are crucial and play significant roles in contributing to the economic growth of Sarawak. It is the Sarawak Government’s policy that its Port Authorities be controlled and managed by our own Sarawakians.

The Sarawak Government holds 100% autonomy over Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis and Samalaju Port Authorities. As for the Bintulu Port Authority, it is a Federal Statutory Body under the jurisdiction of the Ministry of Transport, Malaysia.

On employment matters, I am pleased to inform the Ahli Yang Berhormat bagi Tanjung Batu that all management and operation posts in our Sarawak Port Authorities are now filled by Sarawakians.

Encik Johnny Pang Leong MingSUPP · GPSTanjong Batu

(Supplementary Questions) Terima kasih, Yang Berhormat Dato Timbalan Menteri. Tuan Speaker, I have two supplementary questions.

(a) How many personnels are serving in Bintulu Port Authority? and (b) How many are Sarawakians?

Thank you.

Dato Majang anak RenggiPRS · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan) · Samalaju

Tuan Speaker, terima kasih sekali lagi Ahli Yang Berhormat bagi Tanjung Batu.

To answer your first supplementary question. There are a total number of 124 personnel serving in Bintulu Port Authority. The breakdown are as follows:

(a) Management and Professional Groups - total 29 personnel (all permanent); and (b) Support Group - total 95 personnel (54 permanent, 41 contract staffs).

As for the second questions, I wish to inform that out of the total number of 124 personnel serving in Bintulu Port Authority, 118 personnel or 95.2% are Sarawakians. There are as follows:

(a) 26 out of 29 personnel or 89.7% in the Management and Professional Group; whilst (b) 92 out of 95 personnel or 96.8% in the Support Group.

Thank you.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Datuk Hamzah bin Haji Brahim, Stakan.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 116.

Kompleks Sukan dan Dewan Serbaguna di DUN N.17 Stakan

(116) YB Datuk Hamzah bin Haji Brahim bertanya kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak: Adakah Kerajaan mempunyai rancangan bagi membina Kompleks Sukan dan Dewan Serbaguna di DUN N.17 Stakan untuk keperluan masyarakat khususnya para belia di kawasan Stakan juga untuk aktiviti serta program sosial dan majlis-majlis tertentu yang dirancang?

Dato Gerald Rentap JabuPBB · GPSTimbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan) · Layar

Terima kasih, Selamat pagi, Tuan Speaker.

Manok tichas YB Stakan tanya soalan, MYSED beri jawapan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Stakan, Kementerian saya mempunyai perancangan untuk memastikan setiap daerah dilengkapi dengan kemudahan sukan yang akan memanfaatkan belia dan masyarakat setempat bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Pihak Kementerian akan mempertimbangkan pembinaan prasarana sukan tertakluk kepada peruntukan dan keperluan semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Stakan di Samarahan di Bahagian Samarahan walaupun Stakan memang salah satu daripada daerah di Bahagian Samarahan tetapi kebanyakan fasiliti sukan terdapat di Samarahan Asajaya. Stakan memang pinggir bandar dan memang agak susah untuk mencari tanah atau lapangan untuk membuat fasiliti sukan. Tapi, kita meminta menyeru Yang Berhormat mengemukakan cadangan di Kawasan Stakan kepada Kementerian untuk mendapat penyeliaan dan pertimbangan yang sewajarnya.

Untuk makluman juga, di Kawasan Samarahan, kita ada facilities seperti Stadium Tertutup Samarahan, yang ada gelanggang futsal, bola tampar, bola jaring, dan bola baling. Stadium Terbuka Samarahan yang biasa digunakan untuk permainan bola sepak, Kolam Renang Samarahan, Kompleks Sukan Asajaya yang ada gelanggang futsal, padang bola sepak dan trek balapan, dan juga di RGC Gedong ada facilities untuk kegunaan bola sepak dan untuk orang awam.

Dalam pada itu juga, kita memandang berat kepada pembangunan sukan dan memastikan aktiviti-aktiviti sukan dijalankan. Kita telah melaksanakan Program Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan di kawasan luar bandar di seluruh Negeri Sarawak termasuk Program Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan. Ini juga termasuk program kita MYSED Go Rural Program, Jelajah Belia Sarawak, Sarawak Active Community, Youth Entrepreneur Setup dan Program Pencarian Bakat Baru. Kementerian juga sentiasa melihat aktiviti atau program yang boleh memberi faedah kepada pengurusan bakat belia.

Dalam pada itu juga, Jabatan Belia dan Sukan di bawah Kementerian Sukan Malaysia ada juga mengadakan program seperti program Malaysian Sports League bagi setiap-setiap bahagian. Untuk pengetahuan juga, pada masa SUKMA yang lepas saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat bagi Stakan yang telah membawa kemenangan daripada pihak tinju, yang mana dua budak tinju kita Dealoniel Mcdelon Bong “Kilat Boy” dan juga Jackson Sambai telah mendapat emas dan ini merupakan salah satu daripada pencapaian cemerlang kita, atlet kita. Atlet di kawasan tentera, apa tu, di Muara Tuang, Kem Tentera Muara Tuang. Kita pun ada juga mengadakan pusat atlet kita di Samarahan, bola sepak, badminton, muay thai, renang, memanah, bola jaring, kayak, perahu panjang. Terima Kasih.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Encik Royston bin Valentine, Tellian.

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat pagi, Salam sejahtera. Soalan saya nombor 117.

Menaik taraf kelengkapan kesihatan di Hospital Mukah dan Perancangan Membina Hospital Baharu

(117) YB Encik Royston bin Valentine bertanya kepada Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Apakah perancangan Kerajaan Sarawak terhadap keperluan mendesak untuk menaik taraf kelengkapan kesihatan serta penempatan doktor pakar secara tetap di Hospital Mukah dan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina Hospital baharu di Mukah mengikut model kesihatan sendiri (spesifikasi/ standard/ gred)?

Encik Michael Tiang Ming TeeSUPP · GPSTimbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) · Pelawan

Tuan Speaker, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Tellian. Federal Ministry of Health had announced on 8th September 2022 to upgrade the Mukah Hospital to Minor Specialist Hospital, currently, there are no plans to build a new hospital in Mukah as Mukah Hospital is providing specialist services under the cluster hospital concept where specialists from the Bintulu Hospital conduct periodic visiting specialist clinic in Mukah Hospital.

(Supplementary Questions) Thank you, Deputy Minister. Tuan Speaker, I have two supplementary questions:

(a) What is cluster hospital? Kindly state the cluster that Mukah Hospital is in; and (b) What are the visiting specialist services provided in Mukah Hospital now?

Encik Michael Tiang Ming TeeSUPP · GPSTimbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) · Pelawan

Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Tellian for your supplementary questions. For the information of Ahli Yang Berhormat for Tellian, the Cluster Hospital Concept was initiated by the Federal Ministry of Health since 2014 to broaden and optimize service delivery of specialist care to the rural areas. A cluster comprising of several hospitals in the same locality is led by the major specialist of State hospitals which aims to improve coordination between hospitals and to increase coverage of specialist care. This shall help to improve the quality of health care delivery to communities regardless of locations especially rural areas.

To date, six cluster hospitals involving 23 hospitals in Sarawak have been formed. Mukah Hospital is one of the non-lead hospitals of Hospital Kluster Sarawak Barat together with the Dalat Hospital, led by the Bintulu Hospital. Specialists in Bintulu Hospital will provide visiting services to both non-lead hospitals to ensure delivery of specialist care to both areas.

As to second supplementary question by the Ahli Yang Berhormat bagi Tellian, Mukah Hospital currently provides Visiting Specialists services in Obstetrics and Gynaecology, Internal Medicine, General Surgery, Psychiatry, Otorhinolaryngology in layman’s term (Ear, Nose and Throats), Ophthalmology means eye, Paediatric, Emergency Medicine and Radiology. Thank you.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Encik Wilson Nyabong anak Ijang, Pelagus.

Thank you, Tuan Speaker, my question is no. 118.

Kuota Skim Bantuan Buah-Buahan Dan Tanaman Komoditi Lain

(118) YB Encik Wilson Nyabong anak Ijang bertanya kepada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak: Bagaimanakah pendekatan Jabatan Pertanian mengagihkan kuota Skim Bantuan Buah-buahan, tanaman komoditi lain kepada satu bahagian di Sarawak?

Encik Maclaine Ben @ Martin BenPBB · GPSTimbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) · Kedup

Terima kasih, Tuan Speaker dan Selamat pagi. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi DUN N.61 Pelagus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Pelagus, kaedah yang digunakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak bagi mengagihkan kuota bantuan-bantuan pertanian kepada setiap bahagian di seluruh Negeri Sarawak adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima melalui Jabatan Pertanian daerah-daerah di bahagian tersebut. Selain itu, kuota turut berdasarkan kepada kesesuaian dan fokus jenis tanaman serta jumlah peruntukan yang diterima.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Pelagus juga, dana atau peruntukan yang disalur ke DUN N.61, Pelagus adalah seperti berikut. Program-program atau projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, 2016 hingga 2020, kita telah mengagihkan sebanyak RM526,000 yang melibatkan 64 bilangan peserta.

(a) RM40,500 dana Negeri; dan (b) RM478,500 adalah dana Persekutuan.

Bagi tahun 2019 hingga 2020, DUN N.61 Pelagus telah pun menerima bantuan sebanyak RM1.78 juta yang melibatkan 2,310 peserta dan program-program adalah melibatkan tanaman-tanaman dan juga ternakan-ternakan di kawasan tersebut dan bagi tahun 2021, sebanyak RM56,500 telah pun disalurkan melalui bantuan yang melibatkan tujuh orang peserta. Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan tambahan:

(a) Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk membangunkan tanaman agro makanan di Kawasan DUN N.61 Pelagus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12? dan (b) Apakah modul pelaksanaan perniagaan yang akan dikenalkan bagi membangunkan sektor pertanian secara komersial seperti yang dicadangkan di kawasan DUN N.61 Pelagus? Sekian,

Terima kasih.

Encik Maclaine Ben @ Martin BenPBB · GPSTimbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) · Kedup

Terima kasih atas soalan tambahan. Usaha Kerajaan Dalam Membangunkan Tanaman Agromakanan di Kawasan DUN N.61 Pelagus

Untuk makluman bagi Ahli Yang Berhormat bagi Pelagus, Kerajaan sedang mengenal pasti kawasan di DUN N.61 Pelagus dan Baleh yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pengeluaran tanaman agro makanan secara komersial. Berdasarkan kesesuaian dan topografi tanah di kawasan tersebut, jenis tanaman agro makanan yang berpotensi untuk dibangunkan termasuk tanaman durian, dabai dan jagung bijian.

Model Pelaksanaan Perniagaan

Bagi soalan kedua, model perniagaan yang dicadangkan untuk diperkenalkan bagi membangunkan sektor pertanian secara komersial di kawasan ini adalah melalui Public-Private-Community Partnership (PPCP). Pelaksanaan model ini membabitkan persetujuan bersama antara petani dengan syarikat peneraju berteraskan kepada pendekatan sewaan serta pertanian kontrak yang mana hak petani ke atas pemilikan tanah masih kekal dan tidak terjejas. Syarikat peneraju juga akan menanggung modal pengurusan dan mengurus aktiviti pertanian dan pemasaran hasil pertanian. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat Encik John anak Ilus, Bukit Semuja.

Encik John anak IlusPBB · GPSBukit Semuja

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat pagi, Salam sejahtera, Salam Perpaduan. Soalan saya ialah 119.

Tuan Speaker

Soalan no. 119.

Bantuan Kebajikan di Daerah Serian

(119) YB Encik John anak Ilus bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak: Berapakah jumlah para penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di Daerah Serian mengikut kategori masing-masing?

Encik Ricky @ Mohammad Razi bin SitamPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti) · Saribas

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Semuja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Semuja, perkhidmatan bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dan kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Pengendalian permohonan bantuan kebajikan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh Sarawak. Di bahagian Serian, terdapat Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian yang beralamat di Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Jalan Pengarah Rahun Debak, Serian.

Manakala, setiap permohonan yang diterima akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi memastikan kelayakan bantuan kepada pemohon. Bagi Daerah Serian, Bahagian Serian, statistik kumulatif bantuan daripada bulan Januari hingga Oktober tahun ini antaranya adalah daripada lapan jenis skim bantuan. Bagi skim bantuan yang pertama, Bantuan Warga Emas dengan kadar bantuan RM500. Bilangan kes di Serian berjumlah 1,124 penerima dengan perbelanjaan RM5,522,000.

Manakala, bagi Skim Bantuan Kanak-Kanak dengan kadar bantuan daripada RM150 sehingga RM1,000 dengan bilangan kes 468 orang, perbelanjaan RM1,359,350. Untuk bantuan kedua ini, Bantuan Kanak-Kanak ini, Kerajaan Sarawak telah memberi top up untuk setiap bantuan RM50. Jadi, perbelanjaan keseluruhannya RM229,350 daripada top up Kerajaan Sarawak.

Manakala, Skim Bantuan Am dengan kadar bantuan RM200 ke RM300, bilangan kes di Serian setakat ini 751 dengan perbelanjaan RM1,635,700 dan seterusnya bagi kategori Skim Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya kadar bantuan yang ditetapkan RM450. Bilangan kes di Serian seramai 80 dengan perbelanjaan setakat ini RM356,400 dan skim bantuan yang kelima iaitu Bantuan Penjagaan OKU atau pesakit kronik terlantar dengan kadar bantuan yang ditetapkan RM500, bilangan kes di Serian 104 dan perbelanjaan RM518,500 dan skim bantuan yang keenam, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja. Kadar bantuan yang ditetapkan RM300 dan bilangan kes yang terdapat di Serian seramai 461 dengan jumlah perbelanjaan RM1,366,800 dan untuk bantuan ini Kerajaan Sarawak juga telah memberi top up iaitu RM50 untuk satu penerima dengan perbelanjaan RM227,800.

Manakala, ada dua lagi bantuan, skim bantuan iaitu Bantuan Anak Pelihara dengan kadar bantuan RM250 ke RM500 dan yang kelapan Bantuan Belia-Beliawanis dengan jumlah kadar bantuan RM200 setakat ini di Serian tidak ada penerima. Jadi, keseluruhan jumlah penerima di Bahagian Serian dengan jumlah 2,988 kes dengan perbelanjaan RM11,215,900 berbanding dengan seluruh Sarawak, kita telah membelanjakan RM205,493,020 daripada lapan skim bantuan tersebut.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat bagi Bukit Semuja, bantuan kebajikan adalah bersifat sementara bagi membantu individu atau keluarga dalam kalangan produktif atau tidak produktif yang tidak mampu dan berkeperluan sehingga dapat dipulihkan untuk hidup berdikari atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti dan setiap permohonan akan disiasat dan diberi pertimbangan berdasarkan kelayakan dan bukan hak. Tanpa mengira latar belakang kaum, agama, jantina dan antara kriteria asas dalam mempertimbangkan bantuan ini adalah yang pertamanya mesti warganegara dan bermastautin di Malaysia.

Kedua, pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan dan garis kemiskinan berjumlah RM990 sebulan bagi permohonan bantuan Negeri manakala pendapatan garis kemiskinan dengan jumlah RM1,169 sebulan bagi permohonan bantuan persekutuan; dan permohonan terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dengan mengambil kira bilangan, tanggungan, tahap ketidakupayaan, sokongan keluarga dan keadaan rumah pemohon.

Terima kasih.

Encik John anak IlusPBB · GPSBukit Semuja

(Soalan tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti). Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan. Sungguhpun jawapan tadi diberi sangat terperinci dan saya ingin mengucapkan terima kasih. Soalan tambahan yang pertama ialah:

(a) Berapa lamakah satu-satu permohonan itu diproses sama ada dilulus ataupun sebaliknya? dan (b) Adakah pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan sama ada permohonan mereka dilulus ataupun tidak?

Soalan ini kerana banyak pertanyaan telah dibuat kepada kita kerana bertahun-tahun lamanya tidak ada jawapan daripada Jabatan Kebajikan ataupun Kementerian berkenaan. Sekian, terima kasih.

Encik Ricky@ Mohammad Razi bin SitamPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti) · Saribas

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Semuja. Saya sangat setuju dengan Ahli Yang Berhormat kerana permohonan bantuan kebajikan ini sangat sensitif dalam keadaan tertentu dan menjadi banyak pertanyaan daripada permohonan-permohonan daripada setiap kawasan.

Jadi untuk soalan tambahan yang pertama, untuk makluman bagi Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Semuja, prosedur dalam memproses permohonan bantuan kebajikan bulanan mengikut piagam pelanggan bahawa setiap permohonan baru yang lengkap diterima hendaklah selesai siasatan dalam tempoh dua minggu dan keputusan sama ada diluluskan atau tidak diluluskan hendaklah dimaklumkan dalam masa satu bulan dari tarikh permohonan.

Setiap permohonan bantuan berserta dokumen lengkap yang telah didaftarkan hendaklah dijalankan siasatan oleh pegawai kes bagi menentukan kelayakan pertimbangan bantuan. Siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Kes hendaklah mengambil kira perkara berikut mengikut kesesuaian kes yang disiasat, sekiranya berkaitan, terutama sekali, ekonomi pemohon, persekolahan, kesihatan, tempat tinggal, kemahiran atau latihan.

Manakala, untuk soalan tambahan yang kedua, yang berkaitan dengan lulus ataupun tidak lulus, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Semuja, pemakluman keputusan permohonan sama ada lulus atau tidak lulus akan dimaklumkan kepada pemohon ataupun warisnya ataupun perujuknya secara bertulis dan, atau melalui panggilan telefon dalam masa satu bulan dari tarikh didaftarkan. Terima kasih.

Tuan Speaker

Honourable Member Ir. Lo Khere Chiang, Batu Kitang.

Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Terima kasih, Tuan Speaker. My question is 120.

Mile 9 Flyover

(120) YB Ir. Lo Khere Chiang ask the Minister for Infrastructure and Port Development Sarawak: When is Mile 9 flyover going to be implemented?

Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. For the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Batu Kitang, the Government is aware of the importance of the construction of Mile 9 Flyover at traffic light junction in front of Penrissen Camp. Indeed, the State Government intends to upgrade the signalised traffic light junction at Mile 8 to Flyover following the opening of Flyover Mile 4, Mile 6, Mile 7 and Mile 10. Heavy traffic congestion is concentrated at Mile 8 traffic light junction.

Therefore, the Public Works Department Sarawak has submitted the proposal for consideration to the Federal Government on the implementation of the said project within estimated cost of RM220 million under the 12th Malaysia Plan via Rolling Plan 3 exercise in 2023. We hope for a favourable feedback from the Federal Government through the Kementerian Kerja Raya Malaysia in year 2023 and if this project is implemented surely it could ease traffic congestion at the Mile 8 traffic light junction and improve a level of service from F to C in terms of traffic volume management. Thank you.

Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

(Supplementary Questions) Thank you, Tuan Speaker. Thank you Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur). I have two supplementary questions. Thank you.

(a) What is the scope of works for the proposed projects? and (b) How long is the expected construction period?

Ir. Aidel Bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Thank you, Honourable Member for Batu Kitang for the two supplementary questions. For question number one, the scope of the proposed projects are:

(a) Construction of the Flyover at Mile 8 junction; (b) Widening of the existing Mile 8 signalised junction; and (c) Widening of the 4 km of the existing four lane road to six lane road connecting from Mile 7 Flyover until Mile 10 Flyover.

On question number two, as these projects involved heavy utility relocation and some trip accession along the way from Mile 7 to Mile 10, the construction period for the project is 36 months. Thank you.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat, I would appreciate that while you speak, address the Chair not addressing each other. You address the Chair. Yang Berhormat Encik Anyi anak Jana, Ngemah.

Tanah di Kawasan DUN N.49 Ngemah

(121) YB Encik Anyi anak Jana bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar: Berapakah keluasan tanah di Kawasan DUN N.49 Ngemah yang telah diukur di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri? Apakah perancangan pihak Kementerian selepas ini khasnya bagi kawasan yang belum diukur di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di kawasan DUN N.49 Ngemah?

Datuk Haji Len Talif SallehPBB · GPSTimbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar · Kuala Rajang

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah, setakat 31 Oktober 2022, jumlah Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, yang telah dikeluarkan di dalam DUN N.49 Ngemah adalah sebanyak 366 Surat Hak Milik dengan keluasan lebih kurang 612 hektar atau 1,511 ekar. Melalui Program Pengukuran Tanah NCR inisiatif baru, setakat tempoh yang sama terdapat sembilan kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri dengan jumlah keluasan 27,266 hektar atau 67,374 ekar yang melibatkan tiga kawasan. Daripada sembilan kawasan ini, berkeluasan lebih kurang 19,974 hektar atau 49,355 ekar telah diluluskan untuk diukur secara individu peringkat kedua bagi pengeluaran Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri. Bagi menjayakan proses pengukuran lot individu ini, para penuntut hendaklah memastikan:

(a) Kehadiran mereka semasa pengukuran di lapangan; (b) Tanah bebas daripada pertikaian; (c) Sempadan tanah masing-masing ditanda dengan jelas; dan (d) Tuntutan disahkan oleh Ketua Masyarakat ataupun Ketua Kaum yang bertauliah.

Bagi kawasan di bawah DUN N.49 Ngemah, yang masih terdapat tuntutan Hak Adat Bumiputera yang sahih, maka para penuntut adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan secara bertulis di Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Sibu. Sehubungan itu, Tuan Speaker, mana-mana pihak yang membuat tuduhan atau tohmahan yang menyatakan Kerajaan GPS tidak mengiktiraf tanah Hak Adat Bumiputera adalah satu pembohongan. Terima kasih.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan:

(a) Apakah kemajuan pengukuran perimeter tanah NCR di DUN N.49 Ngemah mengikut jumlah permohonan yang diterima setakat ini? dan (b) Apakah tujuan pengukuran tanah Seksyen 6 dan juga pengukuran tanah Seksyen 6A? Terima kasih.

Datuk Haji Len Talif SallehPBB · GPSTimbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar · Kuala Rajang

Terima kasih sekali lagi Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat DUN N.49 Ngemah. Untuk soalan nombor satu, setakat ini Jabatan Tanah dan Survei telah menerima 16 permohonan bagi pengukuran perimeter tanah NCR di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di dalam kawasan Ngemah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 14 permohonan telah diluluskan dengan keluasan lebih kurang 62,822 hektar atau 155,233 ekar. Manakala, dua lagi permohonan masih dalam proses semakan. Daripada 14 kawasan yang diluluskan, 12 kawasan telah siap diukur perimeter di mana sembilan kawasan dengan keluasan 27,266 hektar atau 67,374 ekar telah diwartakan di bawah Seksyen 6. Manakala, tiga kawasan yang keluasannya 15,928 hektar atau 39,349 ekar pula akan diwartakan dalam masa terdekat. Dua lagi kawasan yang telah diluluskan adalah dalam peringkat pengukuran.

Untuk menjawab soalan kedua, perbezaan di antara Seksyen 6 dan Seksyen 6A. Untuk makluman Ahli Yang Berhomat bagi Ngemah, pengukuran tanah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri adalah untuk pengukuran secara perimeter dan mewartakan tanah NCR sebagai Reserved Communal Bumiputera. Manakala, pengukuran tanah di bawah Seksyen 6A KTN pula adalah untuk mengukur dan mengeluarkan Surat Hak Milik Tanah, Native Communal Title bagi tanah Native Territorial Domain (NTD). Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Dato Sri Tiong King Sing, Dudong.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSDudong

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya, soalan no. 122.

Elaun Rawatan Hemodialisis bagi Golongan B40 dan M40

(122) YB Dato Sri Tiong King Sing bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak: Apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kementerian yang menyebabkan golongan B40 dan M40 yang berdaftar untuk elaun rawatan hemodialisis di Bahagian Sibu belum menerima bantuan tersebut untuk tahun 2022?

Ricky @ Mohamad Razi bin SitamPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti) · Saribas

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Dudong, pada tahun 2022, seramai lapan orang penerima bantuan pesakit buah pinggang dari Bahagian Sibu telah diluluskan pelanjutan berjumlah RM199,460. Pesakit yang telah diluluskan bantuan sedang menjalani rawatan dialisis di pusat rawatan seperti berikut:

(a) Yayasan St. John Ambulance; (b) Rajang Medical Centre; dan (c) Sibu Kidney Foundation.

Peruntukan telah diluluskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan pembayaran akan disalurkan kepada pusat badan bukan Kerajaan atau swasta. Manakala, bilangan pesakit yang telah diluluskan bantuan bagi menjalani rawatan hemodialisis di Bahagian Sibu antaranya pada tahun 2020, bagi permohonan baru kita ada lima bilangan pesakit dengan jumlah yang telah diluluskan RM14,392. Manakala tahun 2021, untuk kategori pelanjutan bantuan, ada tiga bilangan pesakit dengan kelulusan RM32,220. Manakala pada tahun yang sama 2021, permohonan baru yang telah diterima ada enam dengan kelulusan RM126,720, dan pada tahun ini 2022, bagi kategori pelanjutan bantuan ada lapan bilangan pesakit yang telah diluluskan adalah berjumlah RM199,460. Jadi, kriteria kelayakan pemohon yang perlu dinilai di sini:

(a) Tiada had umur, maknanya muda ataupun warga emas boleh memohon; (b) Kriteria yang kedua yang perlu dilihat juga mesti orang Sarawak. Kad Pengenalan status “K”, sama ada lelaki atau perempuan, dan menetap di Sarawak; (c) Bukan penjawat awam, bukan pesara awam dan bukan pencarum PERKESO; (d) Pesakit baharu yang telah disahkan Pakar Nefrologi Kerajaan untuk mendapatkan rawatan klinikal; (e) Tergolong dalam kriteria B40 dan M40 dengan pendapatan per kapita tidak melebihi RM1,020; (f) Tidak mendapat subsidi rawatan dan bantuan pengangkutan daripada mana-mana agensi Kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan; dan (g) Penerima bantuan tetapi maksudnya penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak tetapi masih memerlukan bantuan sokongan seperti bantuan pengangkutan, case by case basis. Ok, terima kasih.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSDudong

(Soalan tambahan) Terima kasih, jawapan diberi daripada Yang Berhomat Timbalan Menteri.

(a) Kalau mana-mana pihak meminta bantuan hemodialisis, the processnya, berapa lama mahu diambil di bawah B40 ataupun M40? dan (b) Berapakah penerima bantuan khas pesakit buah pinggang dan belanja keseluruhan untuk melaksanakan inisiatif ini pada tahun ini?

Terima kasih.

Ricky @ Mohamad Razi bin SitamPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti) · Saribas

Terima kasih, Tuan Speaker. Seperti yang saya huraikan pada awal tadi, pertama sekali pihak Kementerian akan membuat penilaian berdasarkan kriteria permohonan dengan syarat-syarat yang telah diperjelaskan dan di peringkat Kementerian, kita ada satu jawatankuasa yang akan bermesyuarat membincangkan bersama dengan beberapa orang pakar yang berkaitan iaitu pakar perubatan daripada Kementerian Kesihatan ataupun yang telah dilantik daripada pihak swasta.

Manakala di Sibu, sejak bantuan ini telah diperkenalkan pada tahun 2020 sehingga 31 Oktober tahun ini, di Sibu sahaja kita ada seramai 21 orang pesakit buah pinggang yang telah dibantu dengan jumlah perbelanjaan setakat ini RM372,792. Manakala, untuk perbelanjaan keseluruhan untuk melaksanakan inisiatif seperti ini pada tahun 2022, maaf, pada tahun ini seramai 111 orang pesakit telah dibantu dengan jumlah perbelanjaan adalah RM2,191,436. Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Tuan Haji Razali bin Haji Gapor, Beting Maro.

Terima kasih, Tuan Speaker.

Salam Beting Maro, salam Belaga, Salam GPS, salam perjuangan, Soalan saya 123, Salam Datuk Menteri, mohon jawapan.

Pusat Inovasi Digital

(123) YB Tuan Haji Razaili bin Haji Gapor bertanya kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi: Apakah cadangan Kerajaan untuk meningkatkan liputan internet dan perhubungan telekomunikasi di Kawasan DUN N.29 Beting Maro? Adakah Kerajaan bercadang untuk membina pusat inovasi digital untuk komuniti Beting Maro?

Datuk Liwan LagangPRS · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) · Belaga

Terima kasih, Tuan Speaker. Pantun kita berjumpa di Tingkat 7, nanti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Beting Maro, dalam usaha untuk meningkatkan liputan internet dan perhubungan telekomunikasi di Sarawak, khasnya di kawasan DUN N.29 Beting Maro terdapat lima buah menara telekomunikasi telah siap dibina di bawah inisiatif Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) Fasa 1.

Menara-menara tersebut akan beroperasi menjelang suku pertama tahun 2023. Manakala, dua buah lagi menara SMART Fasa 2 dan seluruh menara di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih dalam peringkat pelaksanaan. Dan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tiga menara telekomunikasi sedia ada yang telah beroperasi menggunakan perkhidmatan jalur lebar melalui inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) dan lokasi-lokasi tersebut adalah di Kampung Beladin, Kampung Sepinang dan juga Pekan Pusa. Manakala, sebuah lagi menara telekomunikasi sedia ada di Kampung Pusa juga akan dilengkapi dengan MySRBN dan akan beroperasi pada penghujung tahun ini. Satu bulan saja lagi.

Kerajaan Sarawak, diterajui oleh GPS juga telah menyediakan perkhidmatan internet melalui inisiatif WiFi saluran menerusi Sarawak Multimedia Authority (SMA) sebagai penyelesaian sementara di tiga buah lokasi di DUN N.29 Beting Maro sehingga menara baru dibina iaitu di Belok Kelili, Perpustakaan Desa Kampung Tengah Pusa dan Kampung Semarang. Manakala di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 oleh Kerajaan Persekutuan, beberapa inisiatif untuk menambah-baik kualiti liputan telekomunikasi sedang dijalankan dan dilaksanakan di DUN Beting Maro seperti berikut:

(a) Menaik taraf 25 buah stesen pemancar dari perkhidmatan 3G ke 4G; dan (b) Perluasan liputan kawasan gentian optik meliputi 38 buah premis yang masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Beting Maro juga, Kerajaan Sarawak juga dalam perancangan untuk menyediakan sebuah Digital Community Centre (DCC) di Perpustakaan Awam Pusa. Selain itu, terdapat tiga buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ataupun PEDi telah dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui MCMC di Batang Maro, Kampung Beladin dan Kampung Kalok.

(Soalan tambahan) Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri atas jawapan dan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah mendirikan banyak menara telekomunikasi ini. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan:

(a) Bilakah menara-menara baharu SMART Fasa 2 dan JENDELA Fasa 1 yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dijangka beroperasi? dan (b) Di manakah terletaknya lokasi menara telekomunikasi yang baru SMART Fasa 2 dan JENDELA Fasa 1 di DUN N.29 Beting Maro?

Datuk Liwan LagangPRS · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) · Belaga

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Tuan Speaker, jawapan untuk soalan satu, menara SMART (Fasa 2) dan JENDELA (Fasa 1) yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dijangka, ya, dijangka siap menjelang suku keempat 2023.

Manakala lokasi SMART (Fasa 2) dan JENDELA (Fasa 1) di DUN N.29 Beting Maro adalah seperti berikut:

(a) Pangkalan Feri Pusa, Beladin; (b) Semarang, Sepinang; dan (c) Kampung Hulu Pusa.

Terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, question time is up.

SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS BACAAN KALI YANG KEDUA RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2023), 2022 DAN USUL UNTUK MERUJUK RESOLUSI ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2023

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, under Standing Order 31(8), I hereby imposed 20 minutes on any Member who wishes to speak. I shall now call upon the Honourable Member for Dudong.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSDudong

Tuan Speaker, thank you for giving me the opportunity to participate at this Budget Sitting. Since the establishment of Gabungan Parti Sarawak on 12th June 2018, the State Budget has been presented yearly with the goal of catalyzing the State’s economy into a higher gear and accelerating the development for the benefit of the people of Sarawak; to allow them to live and work in peace and contentment. The area of economic growth has become increasingly widened and the State Budget has expanded gradually compared to RM10.036 billion for 2022 and RM9.832 billion in 2021. It cannot be understated that the revenue is projected to reach RM11.035 billion in 2030 which would be the largest collection ever in Sarawak’s history.

I would like to take this opportunity to record my congratulations to our Yang Amat Berhormat Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, under whose leadership, the Sarawak State Budget has brought much good news to the people of Sarawak and achieved economic prosperity. We should look forward to a strong cooperation between the GPS and other agencies, to achieve effective communication and mutual trust, with a goal of properly implementing the 11 strategic priorities of the 2023 Sarawak Budget with a total of 38 initiatives. These include:

(a) Achieving economic prosperity; (b) Stimulating economic growth; (c) Promoting investment and business development; (d) Transforming Sarawak into a competitive economy; (e) Developing human capital; (f) Accelerating digital adoption and the big data usage; (g) Balancing economic growth with environment sustainability; (h) Strengthening social welfare; (i) Strengthening cultural, sport and youth development; (j) Promoting research and development alongside innovation in science and technology; and (k) Strengthening Sarawak Public Service capacity and service delivery.

In the process of implementing these economic strategies, we must pay attention to the grassroots feedback, particularly those in rural and suburban areas at this moment.

While the Sarawak Government has committed to implement wider coverage of water and electricity supply, many people have complained that there is still limited and difficult access to the water and electricity supply in the scattered areas. Although many places already have the infrastructure of pipelines and electrical cables have been installed but they did not have the utility services supply in certain areas. So I would like to suggest, the officer should be going down to the grounds to analyse it and to find out the reason why it has not been able to supply the services.

Another issue we have repeatedly brought up is the issue of telecommunication network connection. With the advent of the digital economy, stable network connection has become a basic needs of the people. The Sarawak Government has stated in this Budget that 7,000 telco towers need to be built to achieve 99% coverage throughout Sarawak. However, the fact remains that many people in rural and suburban areas have raised the issue that they do not even have nominal network signal. The people will not be pleased with the number that we presented on paper and only get more disappointment by the lack of action and improvement to the actual living condition.

Therefore, I respectfully suggest that the relevant agency formulates a series of project and to ensure benefiting to the people such as utility supply and telecoms tower. There must be progress phases, with clear completion timeline layout in each area so that the people can focus and realise when these services will be reached.

Gradual improvement on infrastructure issues on each area must be updated and communicated to the people for them to understand the progress of the problem project. This is better than bringing piece meal solution with half finished projects in any of the areas, which will make the people wait for development indefinitely. Solution must be implemented with precision and gradually completed on time and clear the timelines.

Sarawak has long enjoyed a reputation for multiracial harmony, freedom and equality. For this, we must ensure that the Civil Service recruitment system in Sarawak is free from the taint of racism so that job seekers who are interested in joining the Civil Service must be treated fairly. Unfortunately, I have received lots of feedback from the people including Dayak, Bidayuh, Melanau, Chinese and others who feel that they have been denied the equal opportunity when applying for jobs and failed their job application due to the discrimination even though they have a good result, they have a good opportunity that they feel they should be able, but normally they are not given the chance.

Civil servants in many agencies are also known to consist only of people from specific ethnic. Many among the youngsters’ generation especially feel that this is unfair. I would like to highlight that this issue of discrimination and unfairness impact the Government seriously which must be seriously investigated. Do not let this people continue to be annoyed or unhappy with the Government’s system otherwise accused the Government system of being racist against certain group of people as well it is important to maintain the harmony and unity in Sarawak especially the system will affect the efficiency of the Government implementation or on the progress will be tarnished, will be delayed also. But even if they are fortunate enough to be hired into the Civil Service, many still facing obstacles that hamper their promotions or career advancement in the Government agency or in some of the Ministry. Some who have served in the system view that because they do not know how to please their superiors. They are also left out of promotion.

On the other hand, they see their colleagues who can curry favour with their superior even they do not know how to perform their duty but he can get the special attention and able to move up to a higher rank. So, senior becomes junior, junior becomes senior. Many said that they have worked hard for half of their lives but had never been appreciated for the good work performance. All these factors in result in hardworking people become disappointed with the Government system and lead to the entire department to be dragged down.

I hope that the authority concerned will give a close look at the system’s difficulty and weaknesses and work on inculcating the concept of diversity, harmony, win-win and common prosperity and not let some group of the people affected the unity and harmony among the people of Sarawak.

That Yayasan Sarawak issue has been raised out by a lot of people on the ground and the grassroot, they feel that the Government our Yang Amat Berhormat Premier can consider that the Yayasan Sarawak Board of Directors should be given a chance to other races like Dayak, Chinese or any, Bidayuh, Kayan, Kenyah or whatever is that, be also given a chance. Some to be appointed to be the Yayasan Board of Directors.

Many State Civil Service are not supporting the GPS in this coming Election. What I have heard and I have seen some of the campaigners even though on the social media and the followers especially in the rural and suburban or urban areas to vote for the Opposition. At this juncture, the agency and the Ministry should make a study, while the Government had taken care of their welfare, looked after their interest, they are still going in that direction.

The Sarawak Government had approved RM10 million this year to spend on surveying the Rajang and Igan Rivers. However, the relevant department, DID had only received RM2.8 million from this fund so far to work for the hydraulics survey for these two rivers, while the remaining RM7.2 million has not been released yet. I appeal to the Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Premier of Sarawak and Yang Berhormat Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Minister for Public Health, Housing and Local Government to look into this matter and assist especially the Ministry closely and instructing the remaining funds, appealing that the remaining fund to be released as soon as possible so that the DID can carry out more efficiently and complete the necessary riverbanks survey or hydraulics survey of these two rivers immediately to determine the level of siltation of the river and to get all the data so that the professional, the consultant can do a proper design and how we resolve this siltation and get a proper discharge system for Rajang River and Igan River. This must be completed, if not the design, we will not be able to formulate.

I have received many complaints that if the flash flood in Sibu is not resolved soon, many residents cannot hope to recover the flash flood when they are in flood especially the crops, the agriculture crops they have been planting and planting and towards the end they do not get any harvest because due to the siltation of the Rajang River and Igan River.

In my constituency, for example in my constituency of Dudong, the people lived there are much looking forward to the dredging of these two rivers to finally be solved at least to control the flash flood issue because Dudong is a very fertile land, sustainable, suitable for agriculture development, but the delay of the solving of the flood problem over the years means the proper agriculture development cannot be significantly developed, sacrificing so much by the residents who stay there. The income of business opportunity also will not have any chance for them to participate.

Tuan Speaker, it is necessary for the Government agencies at all levels to undergo digital transformation in order to deliver the Government’s services and programs more efficiently and transparently. However, it is also clear that our Government’s system seems to be stagnant on par with the present conditions in 1950s red tapes. We have bureaucracy and for example we want to implement one of the projects being mentioned and approved, normally when the day of announcement, until the day of implementation, the fastest is I understand at least 2½ years. The people feel that this takes too long. If the Government agency or the Ministry wants to implement, they should have moved on the implementation, the timeline should be streamed down and there are a lot of process that can go concurrently and also look into it and whatever is overdue or red tape or bureaucracy, we should take it off from the system. If not, they will be taking a lot of time to process it.

For example, my Bintulu have the Bintulu Development Authority implementing a Resettlement Scheme. We have been coming to talk about it, coming to two years, it is still in progress, still talking about procedures, still talking about all kinds of bureaucracy. So, I would like to urge, this need to be look into it, because the people are waiting for resettlement so we can resolve a lot of ground issues and the people will be more happy to move forward on that.

And the other thing here that I would like to highlight, shortage of allocations from the Ministry of Public Health Housing and Local Government, SMC and SRTC. I write to appeal to this Ministry, to please look into it. The Municipal Council or SRTC Sibu Road Urban Council always tell the people that they don’t have the money to do the maintenance, to do the upgrading. For example, SRTC, if you depend the money from the SRTC, how much can you collect from the SRTC because all these people are from the rural areas. Why can’t the Ministry aggregate to have the sum of budget for this Ministry to carry out, working on the budget to upgrade the necessities. I think this need to be studied and need to be done. Like the Sibu Municipal Council, their drainage system, in one year can only clean two times but in Bintulu, for example in our Bintulu Development Authority, we have the contract, they have the tender, they have the contract for two years or one year, they need to clean the drainage system every month. We should not leave it to one year twice or one year once, this is ridiculous. That’s why it would cause flooding, the system must be changed, it must be look into.

So, lastly, I would like to appeal all the Government Department and the Ministry very seriously looking at the grassroot, voice at grassroot issue, my career with the practical action, implementation if not otherwise people will tell us we are only talking about to the people always kong kali kong. We have already talked but towards the end still talk, coming to zero action or zero result. So, this is very important that is why my mean of kong kali kong this is the meaning, semua cerita kosong. So, thank you very much, Tuan Speaker for giving me the opportunity.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat bagi Tupong.

Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Supply (2023) Bill, 2022.

We welcome the State 2023 Budget as it represents the next step towards a more concerted development in Sarawak whereby with its financial resilience, we look towards transforming the State in line with its vision becoming a developed and high-income State in 2030.

With the projected revenue of RM11.035 billion, it is the highest revenue projected thus far and is a validation towards the Gabungan Parti Sarawak’s (GPS) success in developing Sarawak’s economy while maintaining financial prudence. This is only possible with the support of Sarawakians with the GPS Government, giving it the utmost trust and mandate in administrating Sarawak.

The RM10.797 billion budgeted under the Ordinary Expenditure is in keeping with the trend of the GPS Government tabling double digit budgets to meet the demands of Sarawakians for development in aspects of infrastructure and economy. This is done all while Sarawak is expected to generate a surplus of RM238 million which is a reflection of our stellar financial standing. The Budget also represents the aspirations of Sarawakians whereby it continues to be development-oriented and rural focused. Amid the economic challenges ahead, the needs of the rakyat are being prioritised, ensuring that crucial facilities will continue to be provided for their benefit. With its eleven strategic thrusts, comprising multiple facets, it paves the way for the fulfilment of GPS’s election manifesto both in the last Sarawak State Election and the recently concluded General Election.

In Sarawak, with GPS, amidst the political standstill happening in the country, we have hit the grounds running and ensure that our pledges are fulfilled. The rakyat must come first. This is the manifestation of a stable Government in Sarawak through the GPS that the people continue to be prioritised amidst trying times. As outlined by the Yang Amat Berhormat Premier, we look forward to the new Federal Government to listen and meet the aspirations of Sarawak and Sarawakians and the fulfilment of its obligations in the federation.

Tuan Speaker, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier untuk memperkenalkan banyak inisiatif dalam menjana pendapatan, salah satu daripadanya adalah pendekatan revenue engineering. Selain dari itu juga, beliau telah memperkenalkan sumber-sumber baru pendapatan berasaskan digital technology dan beberapa pendekatan dan penekanan kepada teknologi baru dalam menjana pendapatan Sarawak. Penekanan kepada teknologi green hydrogen yang merupakan tuntutan global membuktikan Sarawak melihat dan bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Dewan ini telah menjadi saksi kepada pengenalan inisiatif-inisiatif baru dalam kita memajukan Sarawak dan menjanakan pendapatan Sarawak.

(a) Oil and Mining Ordinance telah memastikan kuasa kita dalam melaksanakan SST bagi produk petroleum Sarawak; (b) Forestry Bills yang telah diperkenalkan dan memperkenalkan terma carbon stock; (c) Land Bills yang memperkenalkan terma spektrum dan carbon storage; (d) Dan kali ini selari dengan manifesto GPS, Dewan yang mulia ini telah meluluskan Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Bill demi masa depan Sarawak.

Pengenalan dan pendekatan yang mengikut peredaran zaman dan keperluan global ini bakal menyediakan platform bagi generasi-generasi muda Sarawak untuk menjana pendapatan melalui industri-industri baru dan bakal mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Penambahan pendapatan Sarawak telah dapat memastikan pembangunan yang pesat dapat dilaksanakan di Sarawak. Projek-projek kecil rakyat melalui Program RTP dilaksanakan di seluruh Sarawak. Projek-projek membaik pulih rumah kepada yang memerlukan dirasai oleh mereka yang memerlukan dan ianya masih dijalankan secara berterusan.

Selain daripada itu, sewaktu COVID-19 melanda kita, Kerajaan GPS telah tampil untuk membantu rakyat melalui BKSSnya. BKSS bukan sahaja dalam bentuk bantuan kewangan kepada penerima tetapi dalam bentuk bantuan sewa premis perniagaan, diskaun bil elektrik, diskaun sewa skim perumahan, bantuan one-off kepada SMEs dan banyak lagi. Semua ini dirangkum dalam Program Bantuan BKSS. Dana-dana Sarawak juga telah membolehkan kita untuk melaksanakan projek-projek berskala besar seperti projek telekomunikasi, utiliti seperti elektrik dan air, projek-projek jalan, projek-projek jambatan dan pelbagai projek lain yang secara terusnya memberi manfaat kepada rakyat. Ini semua dapat kita laksanakan kerana barisan kepimpinan kita mempunyai visi yang jauh dan out of the box idea dalam memastikan pembangunan Sarawak berterusan dengan kadar yang pantas dan salah satu faktor yang paling penting lagi yang telah menyumbang kepada kejayaan kita adalah perpaduan yang begitu kukuh sekali di antara kaum di Negeri Sarawak.

Terima kasih saya ucapkan kepada kepimpinan yang terdahulu kerana telah menyediakan landasan perpaduan yang begitu kukuh sekali. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk kita pastikan perpaduan yang kita warisi ini kita pertahankan. Ianya merupakan tanggungjawab yang begitu mencabar sekali terutama sekali dengan kebebasan media sosial. Sentimen-sentimen yang amat membahayakan perpaduan kaum amat mudah meresap ke dalam hati manusia. Tanggungjawab kita adalah untuk menjaga keharmonian ini dan tidak meniup api perkauman dan agama demi masa depan anak-anak kita.

Kerajaan GPS telah terbukti dalam mempertahankan hak Sarawak dan juga mempertahankan kepelbagaian agama dan budaya dan kebebasan beragama. Pada tahun 2018, apabila PH ketika itu PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH menjadi Kerajaan Persekutuan dan selepas itu Perikatan Nasional yang terdiri daripada BERSATU, PAS, BN dan GPS menjadi Kerajaan Persekutuan dan seterusnya sewaktu UMNO menjadi Perdana Menteri Kerajaan ketika itu, perjuangan kita tetap sama tanpa berganjak sedikit pun demi menjaga keharmonian Sarawak.

I’m sure the DAP would understand what I’m saying as they have worked together with PAS before and now they are working with UMNO. We are not going to negotiate on any matters that matter most to Sarawakians. I would like to adopt the Honourable Members for Samariang’s statement, “Regardless of who the Federal Government is, we will never compromise on our rights to religious freedom. Come hell or high water or friends or foes”, I believe our Premier will do what’s best for Sarawak.

Janganlah ada pihak-pihak yang cuba bermain dan menyemarakkan sentimen perkauman dan agama demi kepentingan politik. Janganlah jadi tidak bertanggungjawab dan berlagak tidak bersalah seolah-olah tidak tahu sedang melakukan tindak-tanduk yang menjurus kepada ketegangan kaum. Nobody will emerge victorious. Yang ruginya Sarawak dan rakyatnya.

Sesiapapun menjadi PM atau parti mana sekali pun menerajui Kerajaan Persekutuan, GPS akan tetap berjuang untuk mempertahankan hak kita dan memastikan perpaduan kaum terpelihara di Sarawak. Setiap daripada Ahli dalam Dewan yang mulia ini tidak mengira agama, sentiasa memperjuangkan pembangunan-pembangunan seperti masjid-masjid, gereja-gereja dan rumah-rumah ibadat yang lain di kawasan masing-masing. Marilah kita bersatu hati tidak mengira parti politik untuk mengekalkan keamanan dan keadaan ini.

Tuan Speaker, selari dengan pembangunan infrastruktur dan industri-industri baru yang bakal membuka banyak peluang pekerjaan, maka sudah tentunya keperluan bagi rumah-rumah kediaman akan meningkat tak mengira di bandar-bandar besar ataupun pekan-pekan kecil. Saya ingin mengesyorkan program-program pembangunan Rumah-rumah Mampu Milik diperluaskan dan ditambahkan lagi.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan kerana Projek Pembesaran Jalan Matang Keempat to a four lane telah dimulakan semula. Jalan ini merupakan antara jalan utama Bandaraya Kuching bukan sahaja di kawasan DUN N.6 Tupong dan apabila siap nanti, cabaran utama adalah di bulatan Matang ataupun dikenali sebagai bulatan Emart. Saya memohon kepada Kerajaan untuk melihat kepada pembinaan shallow underpass di Bulatan Jalan Matang ataupun dikenali sebagai bulatan Emart Matang.

Tuan Speaker, saya juga ingin memohon agar peruntukan tambahan diberikan kepada PBT-PBT kalau di dalam kes DUN N.6 Tupong kepada DBKU dan MPP untuk memastikan pelaksanaan Projek-projek Rakyat dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. Saya pasti jika mengharapkan pendapatan sedia ada badan-badan ini, sudah tentu tidak cukup untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur ataupun maintenance infrastructure yang berada di kawasan-kawasan yang terlibat. Seperti yang pernah saya kongsi sebelum ini, kawasan DUN N.6 Tupong terdiri daripada kawasan-kawasan perumahan yang telah lama sedia ada dan kawasan perumahan yang baru. Kawasan perumahan-perumahan yang lama sudah tentu memerlukan maintenance infrastructure yang sedia ada. Parit yang sudah rosak perlu dibina semula, jalan yang sudah rosak perlu diturap semula. Dan sudah tentu, dengan peruntukan yang lebih kepada PBT-PBT ataupun badan-badan ini, ianya dapat diselaraskan dengan Program RTP dan bukannya menggunakan peruntukan RTP untuk melaksanakan projek-projek di bawah seliaan badan-badan ini.

Projek tebatan banjir juga merupakan antara keutamaan kami di Kawasan DUN N.6 Tupong, jadi kawasan-kawasan seperti Pinang Jawa, Taman Sejoli, Matang Jaya, Taman Malihah masih lagi berhadapan dengan cabaran banjir kilat and we would like to propose the Government to revisit the Proposed Project Rancangan Tebatan Banjir yang pernah diperkenalkan dahulu. Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang dan ruang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada ahli keluarga, rakan-rakan yang menyambut Hari Krismas dan saya mohon menyokong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Speaker

Honourable Member for Serembu.

Encik Miro anak SimuhPBB · GPSSerembu

Tuan Speaker, not yet. Actually, I am not ready yet. Thank you.

Tuan Speaker

Honourable Member for Pelagus.

Sorry, Tuan Speaker. I still not complete my speech. Thank you.

Tuan Speaker

Honourable Member for Tellian.

Salam sejahtera, Salam damai dan Salam Sarawakku Sayang.

Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut berbahas di dalam Usul Belanjawan Sarawak bagi tahun 2023 kali ini.

Bertemakan ”Sarawak Didahulukan: Ke Arah Masyarakat yang Inklusif, Makmur dan Harmoni” jelas menggambarkan Bajet Sarawak 2023 kali ini merangkumi keseluruhan keperluan rakyat Sarawak untuk seluruh lapisan masyarakat.

Lima prinsip utama dan 11 teras strategik digariskan secara terperinci dalam Belanjawan 2023 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM10.797 bilion. 60% daripada jumlah keseluruhan ini menumpukan kepada pembangunan kawasan luar bandar. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier dan Kerajaan Sarawak kerana sentiasa meletakkan pembangunan luar bandar sebagai keutamaan.

Tuan Speaker, penghuraian ucapan saya akan lebih fokus kepada kawasan yang saya wakili di Kawasan DUN N.57 Tellian dan sedikit sebanyak merangkumi Sarawak secara keseluruhannya.

Pembangunan Industri Dan Perniagaan

DUN N.57 Tellian adalah Pusat Pentadbiran Bahagian Mukah. Mukah merupakan salah satu Nod Pertumbuhan Utama di bawah Pelan Pembangunan SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy) iaitu salah satu daripada lima koridor pembangunan ekonomi yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk merangsang pertumbuhan yang diterajui pelaburan di kawasan luar bandar.

Selain daripada Bintulu, Mukah dirancang untuk memenuhi keperluan industri hiliran bagi Sarawak dan kita sedia maklum di Mukah terdapat satu kilang industri iaitu Press Metal Sarawak kilang peleburan aluminium yang menghasilkan jongkong aluminium dan aloi yang merupakan bahan mentah utama untuk banyak produk aluminium seperti bingkai bangunan dan pintu, badan kenderaan, bahan perindustrian, dan banyak lagi produk lain untuk dieksport dan memenuhi permintaan pasaran tempatan. Industri seumpama Ini amat penting bagi mencetuskan lebih banyak pembangunan sosioekonomi di bandar Mukah malahan memberi manfaat langsung kepada Sarawak.

Tuan Speaker, saya cukup yakin Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia untuk meneruskan pembangunan di Mukah khasnya melalui SCORE mahupun agensi pembangunan baru yang ditubuhkan iaitu RADDA bagi mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan mahupun perniagaan kepada para lepasan sekolah dan graduan yang belum lagi mendapatkan kerja walaupun sudah beberapa tahun tamat pengajian.

Selain daripada pemerkasaan pembangunan industri, saya mencadangkan melalui Bajet 2023 ini pihak berkuasa tempatan bersama apa jua agensi berkaitan dapat mewujudkan ruang ekonomi yang lebih berdaya saing untuk golongan usahawan dan peniaga di kawasan Bandar Mukah terutamanya.

Tapak terletaknya bangunan pasar lama Mukah yang hangus pada 20 tahun yang lepas kini dijadikan tempat letak kenderaan yang luas kawasan berkenaan amat sesuai untuk dibangunkan satu bangunan ikonik yang direka bentuk bagi melambangkan budaya dan kaum yang ada di Mukah untuk menempatkan golongan usahawan dan peniaga yang ada di market lama Mukah yang kian uzur sebelum dibangunkan projek yang lebih besar seperti Waterfront Mukah.

Ini secara langsung akan mengubah landskap Pasar Lama Mukah menjadi lebih menarik sebagai tarikan baharu pelancongan sekaligus menjadi pemangkin utama perkembangan mampan sosioekonomi Bahagian Mukah secara keseluruhannya.

Mukah Science Park Dan Tarikan Pelancongan

Tuan Speaker, sebahagian daripada pembangunan SCORE juga, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan Kajian Taman Sains Mukah untuk merangka pelan bagi mewujudkan Taman Sains di Mukah.

Mukah memerlukan suntikan baharu pembangunan, dan sebagai kawasan pesisir pantai yang mempunyai sumber semula jadi yang pelbagai, terdapat banyak kawasan yang boleh diterokai secara saintifik untuk tujuan pendidikan dan dijadikan produk yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Dengan penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi di Mukah, Taman Sains boleh menjadi pusat penyelidikan bagi ahli akademik, saintis dan pelajar tempatan mahupun dari luar. Saya mohon Kerajaan Sarawak untuk melihat semula pelan ini dan meneruskan pelaksanaannya selaras dengan melahirkan generasi Sarawak yang berintelektual dalam mencapai wilayah termaju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Tuan Speaker, selain Taman Sains, kedudukan Mukah yang berada di pesisir pantai juga membuka ruang yang luas untuk memperkasakan industri pelancongan dalam skala yang lebih besar. Untuk rekod pada 21 dan 22 November lepas, satu penggambaran rancangan realiti TV dari luar negara iaitu “Pechino Express Borneo” (Peking Express 2022) telah memilih Mukah sebagai salah satu destinasi perhentian mereka. Program ini berkonsepkan perlumbaan yang bermula dari India terus ke Sarawak dan berakhir di Kemboja. Majoriti penglibatan peserta dan krew untuk penggambaran berkenaan adalah dari Itali dan “viewership” atau jumlah penonton yang dianggar akan menonton rancangan realiti TV ini adalah sekitar 21 juta yang meliputi Itali, Jerman, Austria, United Kingdom dan Ireland.

Impak program ini secara langsung akan menaikkan lagi nilai pelancongan Sarawak secara amnya dan Tellian khasnya. Oleh itu, peluang seumpama ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak Kerajaan untuk menarik lebih ramai lagi orang luar untuk datang ke Sarawak dengan membuat pelaburan dalam penyediaan pelbagai kemudahan seperti anjung usahawan, inap, hotel, ikonik struktur yang melambangkan adat dan budaya serta kelengkapan kemudahan lain seperti rangkaian telekomunikasi di tahap maksimum di kawasan berkenaan.

Kelestarian Alam Sekitar

Tuan Speaker, Sungai Tellian merupakan sungai utama yang merancakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat di Kawasan Tellian sejak sekian lama. Pengeluaran hasil pertanian seperti rumbia masih lagi menggunakan sungai pada masa sekarang. Malahan, penempatan penduduk di Kawasan Mukah adalah sebahagian besarnya masih lagi di tebingan sungai walaupun sudah ada kemudahan jalan raya, sungai tetap menjadi pilihan untuk aktiviti penghiliran rumbia dan aktiviti ekonomi yang lain.

Maka dengan itu, sungai ini perlulah diberi facelift di kawasan tertentu termasuk perlindungan tebingan sungai dan penyelenggaraan sungai bagi mengelakkan sungai ini terhakis mahupun cetek. Begitu juga sungai-sungai lain seperti Sungai Petanak, Sungai Judan dan Sungai Penat.

Saya memohon agar pihak Kerajaan, melalui agensi yang bertanggungjawab, dapat meneliti perkara ini secara lebih mendalam termasuklah pemuliharaan tebingan sungai melalui Projek Benteng Hakisan dalam Bajet 2023 ini nanti. Sistem saliran dan perparitan di sekitar Bandar Mukah termasuk di kawasan SPS Kuala Lama, Jalan Muhibah, Jalan Hj. Mohd Pauzi, Jalan Pinang, Jalan Boyan dan Kampung Kuala Lama amatlah perlu dinaik taraf juga bagi mengelakkan situasi banjir kilat sering kali berlaku pada musim hujan dan king tide.

Pendidikan Dan Bandar Pintar Mukah

Tuan Speaker, dalam aspek pendidikan, dicadangkan agar UiTM Mukah dan Politeknik Mukah dapat menaik taraf tawaran program-program pengajian ke peringkat ijazah bagi menampung jumlah pelajar diploma yang layak menyambung pelajaran sekaligus memperkasakan pendidikan tinggi lebih-lebih lagi di wilayah tengah ini. Maka, pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan tidak perlu berhijrah jauh keluar untuk melanjutkan pelajaran mereka dengan kos yang saya sudah pasti lebih tinggi.

Di peringkat sekolah pula, kekurangan guru dalam kalangan anak-anak tempatan yang bertugas di Sarawak menjadi kebimbangan kita ketika ini. Daripada maklumat yang saya peroleh daripada pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Mukah, data kemasukan guru baharu sekarang, mulai tahun 2021, ialah 85% guru dari Semenanjung Malaysia dan hanya 15% dari kalangan anak-anak Sarawak dengan bilangan guru tempatan yang akan bersara setiap tahun pula melebihi peratusan pengambilan guru baharu dalam kalangan anak-anak tempatan, amat membimbangkan kita kerana kita mahu jumlah guru dalam kalangan anak-anak Sarawak harus sentiasa mencukupi untuk berkhidmat di negeri sendiri. Amatlah mustahil sekiranya tiada anak-anak Sarawak yang layak untuk jawatan guru ini.

Saya juga difahamkan, masih ramai anak-anak tempatan Sarawak yang memiliki ijazah Pendidikan belum ditempatkan ke mana-mana sekolah dan kita berharap agar pihak kementerian berkaitan memberikan keutamaan kepada anak-anak tempatan untuk perkara ini. Mohon pihak kementerian untuk mendapatkan data berkaitan perkara ini untuk kita perhalusi dan bantu bakal-bakal guru anak Sarawak melalui perbelanjaan bajet 2023 akan datang.

Tuan Speaker, inisiatif Bandar Pintar Mukah juga dirancang sebagai sebahagian daripada pembangunan SCORE. Saya difahamkan bahawa Kerajaan telah menyediakan Pelan Induk Bandar Pintar Mukah sebelum ini. Oleh kerana inisiatif ini telah dilancarkan bertahun-tahun yang lalu, saya tidak pasti sama ada pelan ini masih sah atau selaras dengan konsep semasa bandar pintar.

Walau bagaimanapun, memandangkan Mukah adalah sebuah bandar membangun dengan penambahan populasi penduduk terutamanya di kawasan bandar dengan kemasukan ramai pelajar dari luar ke Institut Pengajian Tinggi dan kemahiran yang ada di Mukah serta kewujudan kilang industri seperti Press Metal Sarawak, Mukah Power Generation dan Sarawak Coal Resources yang juga menarik tenaga kerja dari luar Bandar Mukah mula mengalami kesesakan sama ada di jalan raya mahu pun keperluan tempat kediaman.

Oleh itu, kita perlu menyuntik idea-idea baharu dalam mengurus dan membangunkan Bandar Mukah ini. Konsep bandar pintar seperti lampu isyarat pintar di kawasan persimpangan yang kerap berlaku kemalangan, contohnya di simpang empat berdekatan dengan Menara Pehin Setia Raja Mukah yang kerap berlaku kemalangan, pengurusan sisa pintar, pengangkutan awam pintar seperti e-hailing dan lain-lain keperluan harus dimasukkan ke dalam Pelan Pembangunan Bandar Mukah. Saya difahamkan, kali terakhir Pelan Pembangunan Bandar Mukah dikaji adalah pada tahun 2005.

Pembangunan Infrastruktur Asas Jalan Raya, Bekalan Air Terawat Dan Elektrik

Tuan Speaker, di kawasan rumah panjang juga menjadi keutamaan saya agar diperuntukkan bajet untuk tujuan ini. Sama ada melalui Projek Rakyat mahupun sumber-sumber lain yang boleh digunakan. Sebagai contoh, Nanga Baoh merupakan satu-satunya kawasan di bawah DUN N.57 Tellian yang belum mendapatkan akses jalan raya sepenuhnya apatah lagi bekalan elektrik dan air terawat. Isu-isu jalan yang terputus hubungan disebabkan banjir di kawasan rumah panjang juga harus diselesaikan dengan segera. Kawasan yang terlibat ialah Kawasan Ulu Baoh, Bukit Inkerbai, Lubok Bemban, Sebakong dan Dijih.

Rumah Mampu Milik

Sebanyak RM52 juta akan disediakan dalam belanjawan tahun 2023 untuk tujuan ini. 21 projek Rumah Mampu Milik akan dibangunkan di Bahagian Kuching, Serian, Betong, Sibu, Mukah dan Miri oleh Housing Development Corporation. Saya mohon agar ada kuota projek-projek ini nanti dibahagikan di kawasan Tellian terutamanya di Skim Pembesaran Kampung yang telah diluluskan di kawasan berkenaan iaitu Skim Pembesaran Kampung Judan, Skim Pembesaran Kampung Petanak Fasa 1 dan Skim Pembesaran Kampung Tellian Fasa 1 Stage 1 yang telah dikemukakan sekarang. Saya faham, keperluan perumahan ini menjadi permintaan utama penduduk di seluruh Sarawak dan Kawasan Tellian turut dahaga akan keperluan ini.

Saya juga memohon agar cadangan empat SPK baharu yang dimaklumkan kepada saya dalam sidang DUN yang lepas di mana saya difahamkan akan dikemukakan dalam kajian separuh penggal RMK-12 dapat dilaksanakan secara terancang dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air serta bekalan elektrik. Empat SPK berkenaan adalah SPK Tellian Fasa 1 (Stage 2), SPK Tellian Fasa 2 (Stage 1), SPK Sg. Ragei/ Sg. Pegei dan SPK Petanak Fasa 2.

PERTANIAN

Tuan Speaker, dalam sektor pertanian pula, Mukah telah menyaksikan pembangunan pertanian yang aktif kebelakangan ini dengan memberi tumpuan kepada tanaman kontan secara kecil-kecilan dan sederhana di atas tanah persendirian. Pelbagai inisiatif telah diusahakan oleh penduduk tempatan untuk memanfaatkan tanah yang ada dan pelbagai juga bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan untuk perkara ini. Saya gembira kerana ramai orang yang terlibat dalam aktiviti ini terdiri daripada generasi muda walaupun sebahagian daripada mereka melakukannya secara sambilan dan dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Dengan minat yang ditunjukkan oleh generasi muda ini, saya berharap Kerajaan dapat merancang lebih banyak inisiatif melalui Belanjawan 2023 untuk melaksanakan pertanian moden di Mukah terutamanya melalui kaedah fertigasi dan kaedah moden yang lain. Saya yakin inisiatif ini dapat membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk tempatan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030.

Perkhidmatan Kesihatan

Tuan Speaker, tidak ketinggalan juga cadangan untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan di Bahagian Mukah ini, saya faham bidang kuasa kesihatan sememangnya berada di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. Tapi kalau menunggu dari Kerajaan Persekutuan, nampak gayanya tahap perkhidmatan kesihatan di Mukah akan sentiasa mengundang kepada risiko mati dalam perjalanan apabila kes-kes kritikal terpaksa dirujuk ke Hospital Bintulu dan Sibu yang memakan masa dua jam perjalanan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak di atas jawapan terhadap soalan yang saya kemukakan pada pagi tadi dalam Dewan yang mulia ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin memberi cadangan kalau belum dapat bina hospital baru, menaik taraf fasiliti kesihatan pun sudah memadai termasuk menempatkan doktor-doktor pakar di Mukah secara tetap, secara tetap pun sudah memadai untuk kita.

Ini adalah suara-suara rakyat yang semestinya menjadi keutamaan untuk tindakan kita di peringkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Saya berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara berperingkat secepat mungkin.

Tuan Speaker, di dalam menyusun atur pelbagai pembangunan infrastruktur di seluruh pelosok Sarawak, Kerajaan kita sentiasa prihatin terhadap satu lagi perkara penting yang kita perlu fokuskan iaitu pembangunan modal insan. Ia telah digariskan sebagai salah satu daripada 11 teras strategik dalam Belanjawan Sarawak 2023. Pembangunan modal insan yang saya tekankan adalah lebih kepada pembentukan sahsiah diri masyarakat kita yang pada zaman sekarang kian goyah dengan masalah-masalah lama seperti penyalahgunaan dadah serta musuh terbaru kita adalah judi atas talian.

Ramai masyarakat kita bukan sahaja golongan muda malahan yang sudah berusia dibelenggu masalah hutang apabila terlibat dalam gejala judi atas talian ini. Di sini, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Utiliti dan Tekekomunikasi melalui badan yang mengawal selia berkenaan digital technology seperti MCMC untuk mengawal seterusnya menyekat laman sesawang/ aplikasi perjudian secara atas talian di Sarawak ini.

Tuan Speaker, dengan peruntukan tahunan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Sarawak yang juga merangkumi bajet untuk RTP dan MRP bagi setiap kawasan DUN dan tambahan dana dalam bentuk Projek Rakyat dari Yang Amat Berhormat Premier serta yang terbaru pembentukan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang meliputi keseluruhan Bahagian Mukah, saya yakin akan lebih banyak pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyat kita selaras dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi digital di wilayah Sarawak ini.

Tuan Speaker, maka dengan ini, saya mohon menyokong Belanjawan 2023 dengan penuh keyakinan bahawa Kerajaan GPS sentiasa ada dalam menjamin Sarawak yang stabil, maju dan makmur. Maka dengan ini saya mohon menyokong usul ini. Sekian, terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Tellian. Next, I think I have from my list, next is Ahli Yang Berhormat Daro. Followed by the Ahli Yang Berhormat Ba’kelalan. Ahli Yang Berhormat Bukit Assek. Ahli Yang Berhormat Bukit Semuja for the time being. If they can get themselves ready. May call upon Ahli Yang Berhormat Daro, please.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang. Terima Kasih, Tuan Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahas Rang Undang-Undang Perbekalan (2023), 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru pada 21 November 2022 yang lepas.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah ke atas kesemua Ahli-ahli Parlimen GPS yang telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 23 daripada 31 Kawasan Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lepas. Kemenangan ini merupakan petanda yang cukup jelas terhadap keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti GPS yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak selaku Pengerusi GPS untuk menyuarakan suara rakyat di peringkat Persekutuan demi kebaikan Sarawak yang kita sama-sama sayangi ini.

Selain itu, mandat yang diberikan ini juga merupakan amanah bagi GPS untuk memperjuangkan hak-hak Sarawak dari pelbagai aspek, termasuklah dalam menuntut kesemua hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Jadi, saya merayu agar kita sentiasa bekerjasama, kerana kerjasama yang jitu di antara Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak sangat diperlukan agar kebajikan rakyat serta usaha-usaha meningkatkan taraf hidup dan juga perjuangan kita dalam memajukan Sarawak dapat dimantapkan.

Tuan Speaker, pembentangan Bajet ataupun Belanjawan Sarawak 2023 ini sekali lagi memberi keutamaan kepada pembangunan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat Sarawak. Saya sebagai salah seorang wakil rakyat bagi kawasan luar bandar, berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di atas komitmen beliau untuk menambah baik kualiti kehidupan seluruh rakyat Sarawak amnya dan khususnya masyarakat di luar bandar. Sebagai rakyat Sarawak, kita seharusnya berasa sangat bangga dan bersyukur kerana mempunyai sebuah Kerajaan yang stabil, yang fokus mencari pelbagai cara untuk menjaga, membangun dan seterusnya memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak.

Tuan Speaker, Belanjawan Sarawak 2023 dijangka menjana lebihan sebanyak RM238 juta dengan unjuran hasil sebanyak RM11.035 bilion dan jumlah perbelanjaan biasa berjumlah RM10.797 bilion merupakan unjuran pendapatan yang tertinggi untuk Sarawak setakat ini. Ini adalah disebabkan usaha berterusan oleh Yang Amat Berhormat Premier yang sentiasa mencari ilham dan pendekatan untuk menambah dana Sarawak demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Tema Belanjawan Sarawak 2023, “Utamakan Sarawak: Ke Arah Masyarakat yang Inklusif, Makmur dan Harmoni” yang berorientasikan pembangunan, terutamanya di kawasan luar bandar, di mana diperuntukkan dana sebanyak RM4.54 bilion ataupun 60% daripada Belanjawan Sarawak 2023 khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan luar bandar. Melalui pertambahan peruntukan Belanjawan Sarawak setiap tahun ini telah jelas membuktikan kesungguhan Kerajaan GPS dalam membangunkan Bumi Kenyalang ini secara holistik dan merangkumi semua aspek.

Tuan Speaker, alhamdulillah, saya mewakili rakyat di kawasan DUN N.43 Daro menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih khususnya kepada YAB Premier Sarawak kerana telah meluluskan penubuhan sebuah agensi pembangunan di kawasan Lembah Rajang yang dinamakan sebagai Rajang Delta Development Agency (RADDA) bersama dengan beberapa agensi pembangunan di kawasan lain di Negeri ini. Dengan adanya agensi-agensi ini, sudah pasti mampu mempercepatkan pembangunan infrastruktur secara terancang dan tersusun khususnya di kawasan pedalaman luar bandar serta mencapai pembangunan yang seimbang di seluruh Negeri selaras dengan usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri termaju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Tuan Speaker, sekarang izinkan saya untuk mengemukakan beberapa isu yang memerlukan perhatian Dewan yang mulia ini. Terutamanya yang melibatkan kawasan saya di DUN N.43 Daro.

Projek Sakit

Di kawasan saya, terdapat dua buah Projek Rakyat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang sangat ditunggu oleh rakyat serta berimpak tinggi dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk yang telah diluluskan oleh YAB Premier Sarawak pada tahun 2018. Projek-projek tersebut adalah:

(a) Projek Pembinaan Jalan Passin-Matu sepanjang 17.6 kilometer; dan (b) Projek Jalan Bawang Assan/ Tanjung Manis/ Sg. Ilas/ Kpg. Sabena (Fasa II) sepanjang 24 kilometer.

Malangnya, kedua-dua projek yang sepatutnya dijadualkan siap pada penghujung tahun 2022 ini telah terbengkalai dan dikategorikan sebagai projek sakit di mana prestasi kerja hanya dibawah 10% sahaja. Difahamkan kontraktor yang ditawarkan projek ini telah pun ditamatkan.

Tuan Speaker, sesungguhnya kegagalan pihak kontraktor melaksanakan projek ini seperti yang dirancangkan telah menimbulkan rasa amat kecewa di kalangan penduduk di kedua-dua kawasan ini yang amat mengharapkan impian mereka supaya kampung dan rumah panjang mereka dapat dihubungi oleh jalan raya nampaknya masih belum kesampaian. Sehingga ke hari ini, mereka masih bergantung sepenuhnya dengan perhubungan sungai yang bukan sahaja jauh lebih menyusahkan malah amat mahal dari segi kos.

Oleh itu, bagi pihak penduduk di kawasan saya ini ingin merayu kepada Kementerian yang berkenaan khususnya Jabatan Kerja Raya Sarawak supaya memberi perhatian serius untuk mempercepatkan pelaksanaan menyiapkan kedua-dua projek ini memandangkan projek ini amat penting dan telah lama terbengkalai. Maka, saya memohon agar kaedah menyiapkannya dapat diberi keutamaan melalui kontraktor penyelamat (rescue contractor). Sekiranya ia dilaksanakan melalui proses tender semula, maka masa yang diperlukan akan lebih panjang. Kedua-dua projek jalan ini bukan sahaja sebagai perhubungan semata-mata, tetapi merupakan sebagai “game-changer” dalam meningkatkan taraf hidup ataupun sosioekonomi masyarakat setempat terutamanya dalam bidang pertanian yang merupakan sektor utama penduduk di luar bandar.

Klinik Kesihatan Daro

Tuan Speaker, sekali lagi saya bangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini kerana sehingga hari ini, sebuah klinik kesihatan bagi menggantikan klinik kesihatan lama yang telah terbakar pada tahun 2015 masih belum dilaksanakan sepenuhnya sejak kerja-kerja menembok telah siap lebih dua tahun yang lalu. Rakyat tertanya-tanya bilakah lagi klinik kesihatan ini akan dibina? Yang memburukkan keadaan lagi, kebanyakan holding project yang dipasang semasa kerja-kerja menembok dilaksanakan dahulu telah roboh menjadi eye-sore seolah-olah projek terbengkalai. Sehubungan itu, saya mewakili penduduk di Kawasan Daro merayu agar projek membina Klinik Kesihatan Daro (Jenis 4) dapat dipercepatkan. Sudah tujuh tahun Klinik Kesihatan Daro beroperasi di tempat sementara dalam keadaan yang amat tidak selesa serta serba-serbi kekurangan. Projek ini sepatutnya diberi keutamaan kerana ia merupakan projek bagi menggantikan bangunan lama yang telah terbakar.

Klinik Pergigian Daerah Daro

Tuan Speaker, saya difahamkan bahawa Projek Klinik Pergigian Daerah Daro telah dikategorikan sebagai Projek Sakit di mana kontraktor yang dilantik melalui tender telah gagal menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan sehingga kontrak ditamatkan. Dalam hal ini, sekali lagi satu penantian yang telah sekian lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat di Daerah Daro masih belum dapat dipastikan bila akan siap. Ini bermakna masyarakat di Daerah Daro masih terpaksa bergantung dengan perkhidmatan pergigian dari Klinik Pergigian Daerah Mukah dan Dalat yang hanya dilaksanakan sekali sebulan sahaja.

Justeru itu, saya merayu agar pelantikan Kontraktor Penyelamat dapat disegerakan. Semoga projek ini dapat disiapkan awal seterusnya dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Sekolah Daif

Tuan Speaker, pelaksanaan projek bagi sekolah daif (Fasa I dan Fasa II) di Negeri Sarawak sebelum ini termasuk di kawasan saya iaitu SK Kpg. Tebaang, Daro masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana menunggu peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan ekoran daripada perubahan kos (NOC). Sehubungan itu, saya memohon agar Kerajaan Sarawak dapat membantu serta mencari inisiatif lain supaya pelaksanaan projek ini dapat disegerakan demi menjamin kualiti pendidikan di Negeri ini.

Masalah Hakisan Tanah Di SK Batang Lassa, Daro

Tuan Speaker, sekali lagi saya menyuarakan masalah hakisan tanah yang mengancam SK Batang Lassa, di Daerah Daro dalam Dewan yang mulia ini untuk perhatian khususnya Jabatan Pendidikan Sarawak. Kedudukan beberapa bangunan agak bahaya terutamanya bangunan Pra Sekolah kerana sudah terlalu hampir dengan tebing sungai yang terhakis. Apa yang merisaukan saya lagi ialah sekolah ini merupakan sekolah berasrama. Jika tiada usaha proaktif yang dilakukan dalam masa yang terdekat oleh pihak Jabatan Pendidikan untuk mengatasi masalah ini atau mengalih sekolah ini ke lokasi yang lebih selamat, maka, kita tidak mahu peristiwa sekolah masuk sungai akan berlaku lagi serta boleh mengancam nyawa anak murid yang belajar di situ. Seterusnya adalah berkaitan dengan wayleave ataupun izin lalu.

Izin Lalu (Wayleave)

Tuan Speaker, terima kasih kepada Kerajaan GPS yang telah berusaha melaksanakan projek demi kesejahteraan rakyat terutamanya projek bekalan elektrik luar bandar. Walau bagaimanapun, terdapat Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan saya telah mengalami kelewatan dan kesukaran untuk dilaksanakan kerja-kerjanya kerana menghadapi masalah berkaitan izin lalu (wayleave) daripada syarikat ladang-ladang kelapa sawit.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan memastikan syarikat-syarikat ladang Kelapa Sawit agar membantu dalam memberi izin lalu (wayleave) bagi membolehkan mana-mana projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar. Adalah dicadangkan juga supaya perkara ini dimasuk terus dalam syarat pemberian Provisional Lease agar ianya tidak menjadi pertikaian di kemudian hari.

Memperkasakan Sektor Pertanian Luar Bandar

Tuan Speaker, sektor pertanian merupakan satu pekerjaan yang begitu sinonim dengan penduduk luar bandar. Oleh itu, usaha Kerajaan memperkasakan sektor pertanian amatlah dialu-alukan melalui inisiatif strategi transformasikan pertanian yang berasaskan teknologi moden yang lebih kompetitif.

Selain mewujudkan Agropark, Infrastruktur asas pertanian yang sedia ada seperti sistem pengairan dan saliran serta jalan-jalan bund perlu diselenggarakan dan dinaik taraf sepanjang masa agar tidak menjejaskan aktiviti pertanian para petani kecil-kecilan di kampung-kampung. Oleh itu, saya memohon agar peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) bagi tujuan ini perlulah ditambah. Selain daripada itu, saya juga ingin mengetahui apakah perkembangan terkini pelaksanaan projek apa yang kita panggil Food Basket Negeri yang turut melibatkan kawasan di DUN N.43 Daro seperti mana yang telah dirancangkan sebelum ini.

Telekomunikasi

Tuan Speaker, terima kasih atas inisiatif dan usaha Kerajaan dalam meningkatkan kemudahan komunikasi khususnya di kawasan luar bandar dengan membina 3,471 buah menara komunikasi telah siap dibina di seluruh Sarawak.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan menara komunikasi ini berfungsi, maka pemasangan fasiliti komunikasi perlulah disegerakan. Ini kerana terdapat beberapa menara komunikasi di kawasan DUN N.43 Daro khususnya yang telah siap sepenuhnya lebih setahun yang lepas masih belum beroperasi. Perjudian Dalam Talian

Tuan Speaker, sejak kebelakangan ini, nampaknya perjudian dalam talian ataupun online gambling semakin berleluasa seperti sesuatu yang tidak menyalahi dari segi undang-undang. Pusat-pusat yang mengendalikan perniagaan perjudian dalam talian ini telah merebak ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang. Fenomena ini perlu dihentikan serta merta. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas bagi membendung masalah ini. Sekiranya masalah ini tidak dibendung secara serius mulai sekarang ianya akan menjadi barah atau masalah besar kepada masyarakat khasnya kepada generasi yang akan datang.

Memperkasakan Generasi Muda

Tuan Speaker, generasi muda atau belia merupakan pelapis kepimpinan yang akan mewarisi Negeri dan Negara yang kita cintai ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada YAB Premier Sarawak yang tidak pernah lupa golongan ini dengan menyediakan bajet khas kepada golongan belia sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Dalam memperkasakan golongan belia ini Kerajaan perlu memberi penekanan melahirkan generasi muda atau belia antara lainnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(a) Berpelajaran; (b) Berilmu; (c) Berdaya saing; (d) Bebas dadah; (e) Berinovasi; (f) Berinovatif; (g) Belia berwawasan; dan (h) Pemikiran yang profesional.

Dengan adanya pelapis belia seperti di atas, Insya-Allah Sarawak akan melahirkan belia yang berprestasi tinggi khususnya dalam menjadikan Negeri termaju menjelang tahun 2030 seperti mana negara-negara maju di dunia yang ini. Dalam mencapai impian ini satu usaha seperti berikut perlu dirancang dan dilaksanakan secara serius iaitu:

(a) Hapuskan dadah di kalangan belia Sarawak. Harus bertegas dalam kegiatan dadah. Kalau belia musnah maka Negeri dan Negara juga akan musnah;

(b) Perbanyakkan Program Peluang Kedua Pendidikan ataupun peluang “second education” bagi yang gagal dalam akademik di peringkat sekolah. Khususnya sekolah menengah seperti banyakkanlah Program Vokasional dan juga program "hands-on" bagi membangunkan belia berdaya saing dan juga berdaya maju;

(c) Melahirkan generasi bertamadun. Kerajaan perlu memperuntukkan bajet khusus untuk menyokong penuh pendidikan agama di kalangan masyarakat berbilang kaum yang ada di Sarawak ini; dan

(d) Rangka Strategi yang komprehensif bagi menyemaikan semangat "Sarawakku Sayang" dalam kalangan belia/ Generasi Muda. Insya-Allah, aman makmurlah sekiranya kita dapat memupuk semangat ini di kalangan belia ataupun generasi muda khususnya di Negeri kita ini.

Kemudahan Kuarters Kerajaan dan Pejabat Kerajaan

Tuan Speaker, terima kasih kepada YAB Premier di atas keprihatinan beliau ke atas kebajikan kakitangan awam dengan memperuntukkan RM28 juta bagi penyelenggaraan pejabat dan kuarters Kerajaan terutamanya di kawasan luar bandar serta peruntukan tambahan sebanyak RM167 juta khas untuk menaik taraf dan membina premis Kerajaan yang baharu. Saya berharap agar sebahagian dari peruntukan ini turut disalurkan bagi membina dan menaik taraf kuarters dan pejabat-pejabat kerajaan di kawasan DUN N.43 Daro kerana didapati kebanyakan kuarters dan Pejabat Kerajaan di Daerah Daro yang sudah usang serta memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih untuk memberi keselesaan kepada kakitangan Kerajaan yang bertugas di Daerah Daro.

PENUTUP

Tuan Speaker, sebagai mengakhiri ucapan saya, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Kristian dan selamat menyambut Tahun Baharu 2023. Semoga tahun 2023 nanti akan memberi lebih pembangunan, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan kepada bumi Sarawak yang kita sayangi ini.

Akar sirih melilit Pinang, Terbang perkasa Burung Kenyalang; Tahniah semua Calon GPS yang menang, PRU-15 Sarawak Cemerlang.

Pergi ke Kapit membeli tawak, Mutu buatan sungguh eksekutif; Terima kasih YAB Premier Sarawak, Membentang belanjawan inklusif dan eksklusif.

Brunei Darussalam Negara Kerabat, Tersohor nama Sang Adi Jagat; Belanjawan melonjak ekonomi infrastruktur diperhebat, Memakmur Negeri mensejahterakan rakyat.

Kek GPS beracuan Sarawak, Semua Kaum bertoleransi saling menghormati; Ayuh kita berganding mempertahankan Sarawak, Biar berkocak Sungai Sarawak ikan dituba tidak akan mati.

Akhir kata, Jaga Sarawak. Intu Sarawak. Dengan itu, Tuan Speaker, saya sukacitanya menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022. Sekian, Sarawak First! Sarawakku Sayang! dan terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Daro. The next one, I would like to call upon Ahli Yang Berhormat bagi Ba’Kelalan, please.

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Timbalan Speaker, thank you for giving me the opportunity to address this august House today to participate in the debate on the Supply (2023) Bill, 2022.

DELAY IN GAZETTING AMENDMENT TO THE DEFINITION OF “NATIVE”

Tuan Speaker, in recent times, children of mixed marriages between natives and non-natives had been encountering various problems in matters of land transfers, inheritance, entry into educational institutions etc. because of ambiguities or confusion or perhaps refusal of some bodies or institutions to accept the wider definition of “native” to include children of mixed marriages.

To address this issue, Article 161A of the Federal Constitution was amended in December 2021, defining “native” in Sarawak by reference to the definition of races considered indigenous by State laws.

Tuan Speaker, in February this year, the Interpretation (Amendment) Bill, 2022 was unanimously passed at the State Legislative Assembly (DUN), conferring the native status to children of mixed marriage, of which one parent is a native, by the following definition of “native”, “a person who is a citizen and a natural born child of a person of a race indigenous to Sarawak”. This definition gives a clearer picture that only one of the parents needs to be of an indigenous race in order for the child to be considered a native. The amendment also provided an updated of list of tribes considered to be natives of Sarawak.

Tuan Speaker, the then Minister in the Prime Minister’s Department is reported to have said that as per the Interpretation (Amendment) Bill, 2022, the recognition is now given to Sarawak children with mixed parentage even though only one parent is a native and that the amendment thus solves many serious legal problems affecting children of mixed marriages including the issue of inheritance and transfer of land ownership.

The natives of Sarawak were understandably elated when the amendment was passed in February, thinking that their native status was finally being recognized. However, many are still encountering obstacles in land transfers and other matters, reason being that the amendment was not yet been gazetted.

The Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Law, MA63 and State-Federal Relations) had said in February when the Bill was passed, that the amendment was timely and necessary to give effect to the 2021 amendment to the Federal Constitution, adding that the gazetting would be implemented by the State Government through the State Secretary, within two weeks after passing of the Bill in this august House.

Tuan Speaker, a very close relative as recently as last month faced the problem of transferring a native land status to him by reason, according to the land office, that this law is not gazetted yet.

I would like to ask the Honourable Minister in charge the reason for the delay in gazetting the amendment, and to expedite the gazetting so that the amendment to the Federal Constitution can be made effective without further delay.

Local Issues

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Electricity

Ba’Kelalan residents have faced with many challenges daily. Frequent blackouts, unannounced water supply interruptions, poor internet and mobile connections, floods, just to name a few. Not much is being done to resolve these problems even though I have highlighted them at almost every sitting of the Dewan Undangan Negeri.

On the frequent power outages, I was made to understand that the cause is the failure of the transformers along the grid. Many of these transformers are old and need to be replaced.

The Government claims that as of the end of 2021, Sarawak overall electricity supply coverage reached 98.6 per cent, with full coverage for urban areas and 96.5 per cent over the rural areas, while the remaining 3.5 per cent to be achieved by 2025. That statistic sounds good but that is no comfort to the people of Lawas who have been putting up with regular power interruptions for many years now. I notice every time I am in Lawas, that there are blackouts on an average of at least twice a week and every time we have bad rainy days.

Sarawak Energy has been exporting power to Indonesia since 2016. They are not short of money. Nor are we short of electricity if we are selling to Indonesia. It is well and good to want to earn profits, but the Government must make sure the people are well taken care of first. Considering the many dams, the Government has built to generate power, it is embarrassing that many rural folks still do not enjoy the benefits. Can the minister tell us whether there is an immediate plan to replace the old transformers in Ba’Kelalan Lawas and the measures that will be implemented in the meantime to alleviate the problems of the people with the erratic power supply.

Water

The people of Lawas also have to contend with constant water-supply problems. In this day and age, it is unacceptable that the Government cannot even manage to ensure reliable water supply for the people in the smaller towns and rural areas, yet it talks daily about ART and hydrogen buses and other mega projects for the cities.

During the recent two weeks of campaigning in Lawas, there was a day where no water flowed in our pipes in Kpg Siang-Siang, Trusan, confirming the complaints had I received from Lawas folks that our water supply is very unreliable. I recall, the Minister in charge while replying to my query on this problem at our last DUN sitting, saying that the Government has planned to increase the capacity of the Gelugus and Trusan Treatment Plants. I would like an update on the status of these projects in Lawas and whether they will resolve once and for all the water supply woes of the people.

Internet Connection

The internet connection in Lawas and surrounding areas is another source of extreme frustration for the people. If it exists at all, it is unstable and erratic. Speed tests done in Lawas show upload speeds of 16.1 to 32 Mbps (megabytes per second). In Kuching and KL, residents are provided 300 Mbps in residential premises. The people of Lawas and Ba’ Kelalan feel they are being cheated because they pay the same for the various internet packages but do not get what their city cousins enjoy.

Tuan Speaker, good internet connection is considered a necessity in today’s world, especially for youths and businesses. Without a good connection, they cannot perform online banking, shopping, and many other processes which are now increasingly migrating online.

I have also heard many complaints from telcos about the telecommunication towers which they are forced to lease from SACOFA which in 2002 was granted a 20-year monopoly by the State Government to build, manage, lease and maintain telecommunication towers in the State. There are problems with electricity supply and maintenance, even cutting of the grass around the towers which have some connection with the contractors that supply diesel to run the gen-sets that supply the power.

SACOFA’s major shareholder CMS is a politically connected company which owns many businesses in Sarawak and should have the resources to maintain the towers they owned. Now that the 20-years monopoly is up, it is hoped that there will not be an extension and that the telcos will be allowed to build their own towers so that telecommunication services and internet can be improved throughout Sarawak.

Flooding

Tuan Speaker, on flooding. Lawas and the surrounding areas have been experiencing bad floods which not only affect houses and businesses. Each time it rains many villages near the highway are flooded because the road is elevated and there is no proper drainage for the rain runoff which ends up in peoples’ houses and surrounding lands. This is not a new problem and it appears to be getting more serious over the years. Earlier this month Lawas airport had to close and flights cancelled because of the flood.

Besides building a new airport as announced by the Premier recently, the Government must find ways to resolve the problem of floods. Proper drainage system must be implemented and steps taken to mitigate the effects of climate change, one of which is heavy rain and flooding.

Road Infrastructure

Tuan Speaker, road infrastructure. The Government has announced that a road will be built from Long Luping to Buduk Nur at the Indonesian border at the cost of RM80 million.

Tuan Speaker, from my knowledge of roads construction, this sum is not enough to build this length of road. Can the Minister in charge update us on the status of this road?

PETRONAS Pipeline Explosion

On the PETRONAS pipeline explosion. Tuan Speaker, the explosion at KM132 of the Sabah-Sarawak Gas Pipeline on 16 November 2022 killed one man and injured two others. This was the sixth incidents of gas leak or explosion since 2014 and it should raise red flags about the safety of this pipeline. This gas pipeline which helped PETRONAS to reap millions or billions in profit does not benefit the people of Lawas who live and work in its vicinity. In fact, it is a hazard to their lives and safety.

Tuan Speaker, I understand from my sources that the leak which lead to the explosion may have been caused by soil movements. That has been the most common reason given by PETRONAS for the past incidents. Whatever the cause maybe, we cannot allow our people to be at risk of death and injury from explosion that happen when there is soil movement. Soil movement is not preventable especially in our equatorial climate of hot and dry and then wet seasons.

Although the cause of this explosion is still under investigation, I urge the Government to order the pipeline to be closed until independent qualified international experts are brought in to make a thorough inspection of the whole stretch of pipeline and the report made public. It should not be allowed to operate unless and until we are assured of the safety aspects.

Schools

Tuan Speaker, on schools. In my recent visit to my Kawasan Ba’ Kelalan, I discovered two projects for schools that were supposed to have been completed in July and April 2022, this year, respectively. The projects I’m referring to are:

(a) The repair and improvement of 11 schools in N.81 Ba’ Kelalan Lawas District; and (b) The installation of hybrid solar for 134 rural schools in Sarawak, or they call it Projek Pemasangan Solar Hibrid untuk 134 buah sekolah luar bandar Negeri Sarawak.

Tuan Speaker, on the board at the project site, the contractor for the first project is Kalaka Sdn Bhd and completion date is supposed to be 7th July 2022. For the second project, the contractor stated on the Board is Demi Cerah Construction Sdn Bhd from Kota Kinabalu, Sabah.

Of the first project, work is yet to start on some schools whilst one or two have just started piling. However, none has been completed as per the date stated on the board erected at the project sites.

On the second project, most are left abandoned halfway and there are no signs that they will be continued. I understand that the first project is part of the RM1 billion loan repayment to the Federal Government that was ploughed back for repairing dilapidated schools in Sarawak and the second project is part of the RM1.25 billion project, to supply solar hybrid energy to 369 rural schools in Sarawak.

Tuan Speaker, again our children are to suffer and be shortchanged many times over by these irresponsible contractors. I want to know whether these projects will be continued and whether action will be taken against these contractors for their failures.

Tuan Speaker, as you can tell from my speech, the people of northern Sarawak are not given equal treatment in the provision of basic amenities and facilities. I hope the Government will make every effort to correct this unfairness that is their burden just because of the location in which they were born.

In conclusion, may I wish all Christians a blessed Christmas. To all, A Happy New Year. May God bless Sarawak! Thank you, Tuan Speaker, for your indulgence.

Timbalan Speaker

Thank you Ahli Yang Berhormat for Ba’ Kelalan. Next, I would like to call Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah, please. Then followed by Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Assek. Get yourselves ready.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang. Pujian dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan kasih kurniaNya saya berpeluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022.

Sebelum itu, dengan rasa syukur, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Premier Sarawak, Menteri Kewangan Dan Ekonomi Baharu Sarawak, yang telah mengepalai kemenangan besar GPS pada Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU 15) yang lepas.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2023), 2022Bill

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 yang telah diketengahkan oleh Premier pada Isnin, 21 November 2022 yang lepas.

Rang Undang-undang Perbekalan tersebut yang bertemakan “Sarawak First: Towards an Inclusive, Prosperous, and Harmonious Society” adalah amat tepat pada masanya dan berjiwa besar dengan formula yang berpaksikan kepada lima prinsipal yang telah digariskan dalam Rang Undang-undang tersebut.

Di samping itu, kekuatan Rang Undang-undang Perbekalan tersebut yang disokong oleh 11 Strategic Thrusts yang saya boleh disimpulkan sebagai holistik kerana ianya meliputi bidang ekonomi, pelaburan, modal insan, the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0), Pembangunan Lestari, Bidang Sosial dan Budaya, Pembangunan Belia dan Sukan serta menitikberatkan keberkesanan perkhidmatan Negeri kita Sarawak.

The Rascom Development Agency (Rasda)

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Tuan Speaker, saya dengan ini juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Premier Sarawak yang telah mengumumkan baru-baru ini the RASCOM Development Agency (RASDA), dengan peruntukan RM1.5 bilion. Penubuhan RASDA ini membuktikan Premier Sarawak memiliki visi dan misi lestari bagi pembangunan di setiap pelosok Negeri Sarawak.

Saya dengan ini penuh yakin dengan penubuhan RASDA yang menjadikan pembangunan di keempat-empat kawasan penempatan semula kawasan keselamatan Rajang (RASCOM) di Kanowit dan juga Selangau akan lebih sistematik, berimpak tinggi dan secara lestari. Jadi, saya berharap perancangan ini dapat dipercepatkan demi meningkatkan kemudahan dan pembangunan di keempat-empat Skim Penempatan Semula iaitu SPS Nanga Jagau, SPS Nanga Ngungun, SPS Nanga Tadak dan juga SPS di Nanga Sekuau iaitu DUN N.59 Tamin.

Tuan Speaker, dengan penjajaran kepada Sarawak to attain a high-income economy by the year 2030, saya mengambil peluang ini untuk menggariskan 4K di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022.

Kemajuan Ekonomi

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Jadi, “K” yang pertama adalah kemajuan ekonomi. Kawasan DUN N.49 Ngemah mempunyai banyak peluang untuk industri nilai tambah bagi meningkatkan ekonomi dan bukannya hanya meliputi produk mentah sahaja yang bergantung kepada prospek pasaran. Contohnya, kilang/ gudang kecil dibina bagi penghasilan dengan jenama tempatan seperti:

(a) Produk Hiliran Lada Hitam; (b) Produk akhir dan nilai tambah bagi buah-buahan seperti dabai dan rambutan untuk menghasilkan produk berasaskan buah-buahan sejuk beku, kerepek dan juga gula-gula.

Impak kesan positif kepada contoh produk (a) dan (b) yang tersebut di atas akan:

(a) Menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan ini mengurangkan proses urbanisasi iaitu generasi muda berpindah ke bandar untuk mencari pekerjaan; (b) Menambah pendapatan penduduk tempatan; (c) Membuka peluang bagi produk tersebut dieksport ke dalam dan juga ke luar Negara; (d) Peningkatan dalam jenis perniagaan logistik seperti keperluan pengangkutan dan pengangkutan produk; (e) Melahirkan (supply chain) rangkaian pemasaran yang akan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kawasan DUN N.49 Ngemah.

Di Kawasan DUN N.49 Ngemah juga berupaya untuk membuka peluang ekonomi pelancongan berasaskan sustainability dan come back nature. Dengan pendekatan ini, para pelancong akan mengalami pengalaman seperti:

(a) Pengalaman sebenar kehidupan seharian tentang cara orang tinggal di rumah panjang (bertani, berkebun, alam semula jadi) berbubu, mengail secara tradisi yang meneroka hutan dara seperti Bukit Sepali; (b) Menempuhi real life experience dengan adanya homestay yang bertaraf tinggi dan seni kraf tangan seperti pua kumbu, produk rotan, (ngambuh) ataupun membuat parang dan sebagainya.

Tuan Speaker, jadi untuk “K” yang kedua ialah Kecemerlangan Pendidikan. Kecemerlangan Pendidikan adalah pemangkin masa depan terbaik bagi anak-anak muda terutama anak-anak muda di luar bandar. Tidak dinafikan pada dewasa ini, kebanyakan golongan dan generasi yang telah berjaya pada hari ini bermula dengan pendidikan dan kejayaan yang cemerlang terutamanya dalam bidang pendidikan. Generasi kita, khususnya di kawasan luar bandar perlu sedar bahawa perubahan dalam gaya hidup mereka boleh diubah sekiranya mereka berjaya di dalam bidang pendidikan. Oleh itu, kita mahu golongan pelajar kita serius bila menimba ilmu di sekolah kerana kita mempunyai harapan tinggi untuk menjadikan mereka insan yang berjaya dan berguna pada masa hadapan.

Pendidikan diperlukan untuk mendorong anak-anak kita dibekalkan dengan pendidikan, disamping berupaya mengasah keupayaan anak-anak kita merebut peluang dan mencapai kemajuan serta kecemerlangan. Maka, untuk menjadikan Malaysia dengan sebuah negara yang terbilang atau Sarawak amnya, pendidikan cemerlang berpandukan falsafah pendidikan kebangsaan dapat mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun demi mencapai wawasan Negara yang kita impikan.

Persoalannya, bagaimanakah kita dapat merealisasikan pendidikan cemerlang demi membentukkan Negara terbilang? Maka, hayatilah menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, institusi sekolah sentiasa ditambahbaik, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan, jurang pendidikan dirapatkan, naik taraf sekolah luar bandar hendaklah dipertingkatkan. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama, maka pendidikan kita akan menjadi lebih bermakna sekaligus menjayakan hasrat pembinaan citra Negara yang berjaya. Benarlah bahawa pendidikan cemerlang Negara terbilang. Tanpa gagal, anak-anak hendaklah dipersiapkan untuk gigih berusaha meningkatkan diri demi mengejar ilmu dalam bidang pendidikan.

Kemahiran Belia

Tuan Speaker, “K” yang ketiga yang saya gariskan adalah berkaitan dengan kemahiran belia sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan. Kerajaan berfungsi sebagai platform yang mampan dalam melatih tenaga kerja yang tepat untuk menaikkan taraf kemahiran rakyat Sarawak dalam industri yang berkaitan. Hub kemahiran bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keusahawanan belia melalui Latihan, pengajian teknikal dan vokasional berteraskan keperluan industri. Ini selaras dengan slogan “Membangunkan Kemahiran, Menyokong Pembangunan”.

Menaik taraf kemahiran tenaga kerja mengikut keperluan industri serta membolehkan tenaga kerja menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan yang penting dapat meningkatkan tahap pendapatan keseluruhan serta mengatasi isu sosio ekonomi kesan daripada pengangguran. Pembangunan dan kemajuan Negara lazimnya dikaitkan dengan usaha dan inisiatif daripada pemimpin dan pentadbir negara. Sebaliknya, setiap peringkat umur dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan dan menaikkan Negeri kita Sarawak. Khususnya golongan belia yang bakal pengganti kepada ketua-ketua keluarga, organisasi mahupun pemimpin-pemimpin Negara.

Peranan belia dalam membangunkan dan memajukan Sarawak atau Negara hendaklah menguasai ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan kemahiran diri. Pendidikan merupakan kunci kejayaan terhadap sesuatu perkara. Dengan kemudahan teknologi pada hari ini, tiada alasan yang menjadi penghalang kepada golongan belia untuk mendapatkan sebarang ilmu dan pengetahuan. Orang-orang di sekeliling golongan belia seperti ibu, bapa dan guru wajar memberikan sokongan untuk mereka mempelajari pelbagai kemahiran atau skills. Golongan belia seharusnya diberi ruang dan peluang dalam membangunkan dan memajukan Negeri kita Sarawak. Mereka yang bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara seharusnya dibentuk dengan elemen ilmu, kemahiran dan kepimpinan yang terbaik.

Oleh itu, golongan belia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Bak kata pepatah, “belakang parang pun kalau diasah akan dapat menjadi tajam”. Dalam dunia yang semakin kompetitif pada hari ini, semangat tidak berputus asa dan konsisten dalam mempelajari sesuatu yang baharu hendaklah diamalkan oleh golongan belia. Belia pada hari ini perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ketidak tentuan pada masa hadapan.

Kemudahan Infrastruktur

Tuan Speaker, “K” yang keempat dan terakhir adalah berkaitan dengan Kemudahan Infrastruktur. Di DUN N.49 Ngemah, banyak peluang lagi yang boleh ditingkatkan di iaitu memperhebatkan dan menyediakan kemudahan teknologi digital bagi menyediakan kampung digital iaitu peluang untuk pemasaran digital bagi mempromosi, mengeksport dan menjual hasil-hasil produk akhir secara talian kepada para pengguna dan juga pelanggan ke seluruh dunia. Saya melihat potensi besar bagi tujuan mengeksport produk dan juga perkhidmatan dari Kawasan saya kerana Lapangan Terbang Sibu dan Pelabuhan Sibu yang sedia ada.

Di samping itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan kerana telah menyediakan kemudahan asas infrastruktur di DUN N.49 Ngemah yang pada masa sekarang lebih kurang 90% di Kawasan saya telah mendapat kemajuan yang sebaiknya. Namun demikian, saya berharap agar kemudahan infrastruktur seperti jalanraya dapat menghubungkan kesemua kampung, rumah panjang dalam masa yang terdekat ini. Terutama sekali kawasan yang agak jauh di pedalaman seperti di Skim Penempatan Semula Nanga Jagau dimana mereka buat masa ini masih menggunakan jalan balak.

Penutup

Tuan Speaker, dengan ini, saya memohon menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (2023), 2022. Utamakan Sarawak, Sarawak First. God Bless Sarawak. Sekian, terima kasih. Thank you very much.

Timbalan Speaker

Thank you very much Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah, next I would like to call upon Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Assek.

Encik Chieng Jin EkSUPP · GPSBukit Assek

Thank you, Tuan Speaker for giving me the opportunity in participating the debate on the Supply (2023) Bill, 2022. First of all, I would like to extend my sincere congratulations to the YAB Premier of Sarawak and under his leadership, the Sarawak Government is projected to collect revenue of RM11.035 billion for year 2023, and this is the highest ever revenue projected thus far, reflecting our relative achievement in boosting the State’s coffer.

At the same time, Sarawak is striking for a greater height, where the Sarawak Government is presenting the biggest ever budget of RM10.797 billion in the history of Sarawak with surplus of RM238 million. It is an expansionary budget that invests heavily in infrastructures and place the wellbeing of the rakyat at its centrepiece.

God doesn’t close one door without opening another. Although the COVID-19 pandemic led to health and economic crisis that disrupted businesses and affected people’s livelihood across the globe, however the pandemic presents and unlocks the new opportunities for Sarawak to forge ahead for a brighter future in which the pandemic has stimulated digitalisation across the sectors.

With the vision of the YAB Premier of Sarawak, the Post COVID-19 Development Strategy 2030 was formulated by the Sarawak Economic Action Council (SEAC) to ensure that Sarawak is able to embark on a full-fledges transformation capitalising on the mega trends around the world such as globalisation, supply chain resilience, digitalisation, the new industrial revolution, circulate economy and transition towards a low carbon economy.

Tuan Speaker, the vision of Post Development Strategy 2030 consists of three pillars which are economic prosperity, inclusive society and environmental sustainability and to achieve the goals of Post COVID-19 Development Strategy 2030, the YAB Premier of Sarawak set the theme of the budget 2023 as “Sarawak First: Towards an Inclusive, Prosperous, and Harmonious Society”.

What is inclusive society? Inclusive society indicate all Sarawakians will have an equal opportunity to participate in the State’s overall development and enjoy equitable distribution of wealth through jobs and business opportunities.

From the Supply (2023) Bill, 2022, Sarawak Budget 2023 priorities efforts to accelerate development. The most investment in this Sarawak Budget is allocated in infrastructure development which ensure the citizens of Sarawak have great access to employment and business opportunities to improve their standard of living.

The disparity of income between the rural and city dwellers is still an important issue in Sarawak. The main issue of poverty in the rural areas can be seen from the lack of proper education, health access, the development of infrastructure, the diversity in economics, and youth urban immigration. As such, the rural transformation programmes are a must as Sarawak gears towards becoming a high-income State by 2030. And it is high time for Sarawakians living in the rural areas to be provided with the right infrastructure and public utilities to transform their livelihood.

Furthermore, Sarawak Budget 2023 also concerns on the Sustainable Urban Renewal Programme. Sustainable urban renewal is a concept to integrate the global concept of sustainability into urban renewal process. Urban areas especially in the early-developed cities grow and deteriorate from time to time. Adversely changed the urban environment worsen the living conditions of the citizens and therefore, the urban renewal projects to improve the built environment take place.

Bukit Assek Redevelopment Plan

The YAB Premier of Sarawak is a visionary leader with farsighted and wisdom in transforming Bukit Assek into a new and thriving part of downtown central business district in Sibu that can attract investment and uplift the economy of Sibu to the next level. He has instructed the LCDA to spearhead the task to revamp the 497 acres the low-lying, water-logged parts of Sibu into a modern cityscape.

Besides the study visits to Australia and Singapore, the Sarawak Government has also engaged with international consultants, who will work together with our local consultants to best tailor the masterplan of the Bukit Assek Redevelopment Plan. The Sarawak Government has announced the initial funding of RM1 billion signified the GPS Government’s commitment to the Bukit Assek Redevelopment Plan.

If Sibu is to be developed into a modern city, this is the area which must be tackled first. There are no two ways about it. To transform Sibu, is to redevelop the Bukit Assek area. The plan is huge and complicated, but again, with a strong political will, I believe Bukit Assek redevelopment can be done for the benefit of the people of Sibu, and Sarawak as a whole and the people of Sibu have a full confidence in the GPS.

Poor Cellular and Internet Coverage

Tuan Speaker, in this era of technology, technology has become essential for remote working, distance learning, digital economy activities and keep the Government running efficiently. And this is obviously apparent during the COVID-19 pandemic and with the restriction of movement, cloud computing technology plays an important role to enable us to persevere and adapt to the new norm.

Businesses, governments and end-users all depend on data centres to host, process, analyse and access the data. Therefore, the network connectivity is the most concern to digitalize Sarawak to trigger the digital economy.

Sarawak Budget 2023 concerning on enhancement of the digital connectivity to widen the internet coverage and connectivity is the essential to digitalize Sarawak. In my constituency, the black spot poor internet coverage areas such as Bukit Penyau, Nanga Salim, Pulau Keladi, and some areas along Jalan Dr. Wong Soon Kai need immediate attention from the relevant agencies and Ministry.

Tuan Speaker, the Sarawak Budget 2023 not only focuses on development and economy, but also on the social development of the State. Sports allocation as an important aspect in this budget as sports foster positivity, self-esteem and self-identity and foster healthier lifestyles. The Sarawak Government is targeting to produce eight Sarawakian Olympians by 2030 as part of the efforts in making Sarawak the sports powerhouse in Malaysia.

Immediate Repairing of Stadium Tun Zaidi, Sibu

Immediate attention to repair the damage facilities in the Stadium. To ensure the people of Sibu continuing enjoy the sport activities in the stadium. So I hope the Ministry for Youth and Sport and Sarawak Sport Council can take immediate attention and providing allocation for the immediate repairing of Stadium Tun Zaidi, Sibu.

New Linked Road Construction In Sibu

Tuan Speaker, traffic congestion always be the nightmare for Sibu, and the problem is getting worse now. During the recent officiating the “Sarawakku Sayang Programme 2022” in Sibu, Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak announced five new linked roads in Sibu namely:

(a) Connecting road from Sibu Jaya to Jalan Kong Yit Khim which is under construction at the moment; (b) Connecting road from the Aman Roundabout to Jalan Tunku Abdul Rahman, sub-connecting to the Jalan Oya; (c) Connecting road from the Jalan Ulu Sungai Merah to Jalan Tunku Abdul Rahman; (d) Connecting road from Jalan Teku, Pasai Siong to Kemuyang area; and (e) Jalan Kong Yit Khim, dual carriageway from intersection road to the traffic light section of Jalan Salim and Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

And besides, the Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak also approved the upgrading of Jalan Oya Phase 2 project during the recent ceramah at Ulu Sungai Merah shoplots area at Sibu. And, with the construction and upgrading of these six new linked roads in Sibu, I believed that the traffic jam issues in Sibu can be reduced and improved. And once again, the GPS Government proven to be a caring and “rakyat-oriented” Government.

Flash Flood Issues in Sibu

Flash flood issue is severe in Sibu, a comprehensive flood mitigation plan needs to be carried out soon and at the moment, Sentosa flood mitigation and 4th phase of Sibu flood mitigation still not yet commenced. And, people of Sibu is suffering and I would like to appeal to the relevant Ministry and the agencies to carry out soon.

Providing Welfare and Assistance

Due to COVID-19 pandemic, the unemployment rate is increased from 3.3% in 2019 to 4.8% in 2020. And this pandemic causes hardships to Sarawakians. I strongly agree with the Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak to provide a huge sum under the Sarawak Budget 2023 for the welfare of the Sarawakians which has been highlighted under the Strategic Thrust Eight especially Bantuan Bencana, the Low-income Household Empowering Programs, the Housing Deposit and Repayment Assistance Scheme and etc. And those aids benefit community especially widows, children, and senior citizens and etc. And many under privileged groups and B40 families in my constituency badly needed the social welfare assistance from the Government.

And in conclusion, the Sarawak Budget 2023 which is framed across 11 Strategic Thrusts, is a strategic, comprehensive and integrated roadmap to position Sarawak for the future. And with this the Sarawak Budget 2023, I am confident that we are in the right track to move forward to a bright future of Sarawak. And with this, I fully support this Supply (2023) Bill, 2022. We together fight for Sarawak. Sarawak First. Utamakan Sarawak. Thank you.

Timbalan Speaker

Thank you Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Assek. The next one will have Yang Berhormat Balingian, and to be ready after him will be Ahli Yang Berhormat, no sorry, Ahli Yang Berhormat Bukit Semuja first, to be followed by Ahli Yang Berhormat Balingian and Ahli Yang Berhormat Kalaka. If we do have the time before lunch break. Ahli Yang Berhormat Bukit Semuja, please.

Encik John anak IlusPBB · GPSBukit Semuja

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang dan kesempatan ini kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Usul Perbahasan Atas Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada hari yang pertama, Isnin lepas, untuk persidangan kali ini.

Ucapan tahniah dan syabas serta berbanyak terima kepada beliau kerana belanjawan tersebut adalah dianggap paling komprehensif dan inklusif kepada semua walaupun lebih fokus kepada pembangunan luar bandar dan kesejahteraan rakyat.

Tuan Speaker, Belanjawan Negeri 2023 yang bertemakan “Sarawak First: Towards an Inclusive, Prosperous, And Harmonious Society” merupakan kesinambungan program dari tahun-tahun sebelum ini untuk mengurangkan jurang khususnya dari segi pembangunan di antara bandar dan luar bandar. Ini juga untuk menjamin Sarawak stabil, maju dan makmur.

Dalam pembangunan tanpa henti seperti ini, yang menjadi landasan dan arah tuju ke arah negeri maju mengikut acuan kita sendiri dalam tahun 2030. Agenda yang jelas dengan perancangan yang tersusun, maka diharapkan tindakan ini berjalan dengan lancar, teratur dan menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.

Belanjawan tahun 2023 menampakkan surplus sebanyak RM238 juta dari anggaran hasil sebanyak RM11.035 bilion berbanding dengan perbelanjaan yang dianggarkan RM10.797 bilion. Namun demikian, bajet kali ini merupakan satu sejarah yang mana ia adalah yang tertinggi bagi Negeri Sarawak jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Di sebalik perkembangan ini, Yang Amat Berhormat Premier juga menegaskan supaya Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak 10% Bajet Pembangunan Persekutuan harus diberi kepada Kerajaan Negeri. Yes sir, we strongly support that as well.

Greater Kuching Cordinated Development Agency (Gkcda)

Encik John anak IlusPBB · GPSBukit Semuja

Tuan Speaker, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, izinkan saya bagi mewakili rakyat dari Kawasan Bukit Semuja untuk memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier yang telah meluluskan penubuhan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) yang diumumkan pada awal bulan Jun yang lepas. Dalam persidangan yang lepas, kita wakil-wakil rakyat dari kawasan selatan telah memohon di Dewan yang mulia ini untuk penubuhan agensi tersebut agar pembangunan dapat dipercepatkan di kawasan ini. Sekali lagi, Thank you very much, Sir.

Tuan Speaker, ada beberapa perkara yang ingin saya kemukakan di Dewan yang mulia ini dan memohon pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Renewable Energy (Palm Oil Mills)

Tuan Speaker, under the Post COVID-19 Development Strategy 2030, renewable energy has been recognised as one of the enablers to propel the growth of economic sectors in the State. In line with the aspiration to achieve a sustainable growth and prosperity for Sarawak by 2030 as South East Asia's powerhouse through affordable, reliable and renewable energy. I wish to highlight in this august House on the potential of generating renewable energy from palm oil mill industry.

During the palm oil milling process, it produces wide variety of solid and liquid wastes. The solid wastes are comprising of empty fruit bunches (EFB), palm kernel shell (PKS), decanter cake and mesocarp fibre. The liquid waste, or known as palm oil mill effluent (POME) are produced as a result of condensation, clarification and mill washing process.

The solid wastes are commonly used to generate energy for palm oil mills operation. The energy usually produced by burning mesocarp fibre and PKS in biomass boiler to generate steam to power steam turbines. For a standard palm oil mill with the capacity to process 60 metric tonne per hour of fresh fruit bunches (FFB), it normally produces about 35 to 45 metric tonne per hour of steam. Part of this steam is used to generate electricity up to 1.2 to 2.5 megawatt and the rest is used as process steam for sterilisation. The electricity generated from this process are mainly use to power mill machinery and equipment. For each metric tonne of FFB processed, it required around 15 to 25 kilowatt hour (KWh) of electricity, therefore, a 60 metric tonne palm oil mill only requires about 0.8 to 1.5 MW of electricity. These make the palm oil mill self-sustainable in energy where the shell and mesocarp fibre alone can supply more than sufficient energy to meet the mill's requirement. With the advancement in boiler technology, pressed EFB fibre can now be used as a boiler fuel as a new boiler can take up higher moisture fuel.

Tuan Speaker, the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) has enforced a mandatory requirement for all the mills to install methane trapping or methane avoidance facilities by year end 2023. This is to avoid the release of methane gas, a powerful greenhouse gas (GHG) to the environment. The methane captured from the anaerobic digestion of POME is one of the highly potential renewable energy sources for Sarawak. One-meter cube (M3) of POME can generate approximately 15 to 35-meter cube (M3) of biogas depending on the methane trapping technologies used. For a 60-metric tonne per hour palm oil mill, the POME produced ranging from 780 to 1,200-meter cube (M3) daily, which is equivalent to 11,700 to 42,000-meter cube (M3) of biogas. The biogas captured can generate around two to three MW electricity use as gas engine. In Peninsular Malaysia, the electricity generated from biogas can be supplied to the power grid based on the feed in tariff (FiT). The FiT for electricity generated from biogas is RM0.34/KWh.

Thus, using POME to produce biogas is an alternative and sustainable way to control POME GHG emissions while providing economic benefits to the palm oil mills in Peninsular Malaysia. However, palm oil mills in Sarawak are unable to sell their excess electricity to the State power grid. Therefore, to establish a methane trapping plant to produce electricity seems to be unattractive to the private sectors with most of the methane trapping plant being set-up merely to comply with the mandatory requirements of MPOB. If all the 84 palm oil mills in Sarawak are equipped with methane trapping and power generation facilities, there will be an approximate 168 - 252 MW of sustainable energy available to be supply to the power grid. To put into perspective, this capacity is even higher than the capacity of Batang Ai hydroelectric plant of 108 MW.

Therefore, the State has the potential to harness the renewable energy from methane produced by the palm oil mills given the right regulatory support.

Peruntukan Untuk Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain

Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Premier kita di mana dalam satu majlis di Sibu pada 14 November 2022, telah mengumumkan mengenai penambahan peruntukan untuk Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain atau singkatannya UNIFOR daripada RM50 juta bagi tahun ini kepada RM100 juta untuk tahun 2023. Bagi pihak rakan-rakan lain yang bukan beragama Islam, Thank you very much, Sir. However, as I go through our State budget for 2023, I didn't come across any of this subject matter, or maybe I miss something somewhere somehow. Our house of worships, need our Government support and assistance and help in funding as we also understood and recognised that the only our beloved State of Sarawak is helping such an organisation.

Bantuan untuk Sekolah -Sekolah

Melihat kepada keperluan dan keadaan sekolah-sekolah di kawasan, banyak yang harus kita boleh bantu bagi memastikan keadaan lebih selesa dan seronok bagi anak cucu kita bersekolah. Kita sentiasa bersedia membantu agar keadaan pengajaran dan pembelajaran lebih selesa serta keselamatan terjamin dan suasana sekolah lebih menyeronokkan. Terdapat beberapa buah sekolah telah kita bantu seperti pembinaan dewan terbuka, padang permainan dinaik taraf, sistem perparitan dan banyak lagi yang kita lakukan sebelum ini.

Tuan Speaker, baru-baru ini kita telah menerima arahan atau maklumat daripada pihak sekolah dan juga Pejabat Pendidikan di kawasan bahawa kita tidak dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa pengetahuan, makluman dan juga kelulusan dari pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan. Maka dengan itu, kita menyarankan agar perkara ini harus diperhalusi agar bantuan untuk sekolah-sekolah tidak terhad dan dipermudahkan.

Bantuan Perumahan

Dalam inisiatif keempat dalam belanjawan tahun 2023, perkara yang berkaitan dengan Longhouse Loan Scheme yang hanya memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2023 dan kadar pinjaman hanya RM30,000 satu pintu. Melihat kepada kenaikan harga bahan binaan dan keadaan semasa, maka adalah dipohon agar Kerajaan menaikkan kadar dari RM30,000 ke RM50,000 untuk satu pintu dan peruntukan tahunan haruslah ditambah.

Mohon juga daripada Kerajaan Negeri agar menyediakan satu jenis model bantuan yang serupa dengan program Spektra Permata beracuan dengan keadaan di Negeri ini khususnya bagi mereka yang menduduki tanah NCR yang tiada geran. Ini sedikit sebanyak akan membantu pihak Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah perumahan terutamanya untuk golongan muda atau mereka yang baru mendirikan rumah tangga masing-masing.

Sekolah-Sekolah Baru dan Giatmara Serian

Tuan Speaker, perkara mengenai pembinaan sekolah baru di Serian telah diketahui umum sejak beberapa tahun yang lalu dan sudah beberapa kali dibawa di Dewan yang mulia ini. Perkara yang sama diulangi dari satu persidangan ke satu persidangan tetapi masih belum juga kita tahu apakah kesudahannya. Oleh itu, dipohon sekali lagi daripada pihak yang berkenaan, apakah yang terjadi dengan SMK Serian No. 2 dan SK Sri Sadong?

Giatmara Serian yang telah wujud sejak tahun 1993 dan bertapak di bangunan lama Pejabat Daerah Tebakang atau dinamakan Kubu Tebakang dan pada 1999 berpindah ke site office dan Kuarters JKR. Kampung Kakai Serian yang kelihatan sudah usang dan tidak menampakkan kesesuaiannya sebagai pusat Latihan yang selamat dan kondusif. Pada tahun 2011, Kerajaan telah meluluskan satu bidang tanah atas nama Giatmara Serian dan dengan itu, kita memohon agar pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya supaya Pusat Latihan Teknikal Giatmara Serian dapat pusatnya sendiri yang lebih moden, kondusif dan juga lebih selamat.

Kompleks Sukan Serian

Sebagai bahagian yang baru dan termuda, kita di Bahagian Serian sangat memerlukan satu kompleks sukan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lain seperti yang terdapat di bahagian yang lain. Kita melihat ke hadapan dan sudah pasti dari masa ke semasa, program dan aktiviti sukan peringkat bahagian sering diadakan secara bergilir dan sudah pastinya Bahagian Serian akan dijadikan host bila-bila masa.

Dengan ini, Tuan Speaker, tiba masanya pihak Kementerian berkenaan mengambil kira untuk melakukan sesuatu agar Kompleks Sukan dibina di Serian seperti apa yang nyatakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN N.36 Layar baru-baru ini yang mengatakan bahawa setiap daerah dilengkapi dengan kemudahan sukan.

Jambatan Penghubung Ke Kampung Senyabah, Serian

Kejadian jambatan milik Syarikat Tradewinds yang runtuh pada awal bulan Julai lepas merupakan salah satu jambatan penghubung ke Kampung Senyabah dekat Gedong. Kampung tersebut dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan sangat memerlukan satu jambatan baru di tapak berdekatan dengan kampung tersebut. Maka dengan itu, mohon pihak yang berwajib mengambil tindakan selanjutnya.

Seterusnya Tuan Speaker, saya meneruskan lagi isu-isu dan masalah lain bagi kawasan dan juga agar pihak yang berwajib untuk mengambil peringatan juga.

Lebuhraya Pan Borneo (Jajaran Serian Ke Simpang Pantu)

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan pihak kontraktor ataupun pihak Kerajaan atas pembinaan pondok perhentian bas yang telah siap dibina. Ini sangat diperlukan oleh penduduk setempat dan telah ditanya dalam persidangan yang lepas.

Kedua, memohon pihak yang berkenaan untuk melaksana dan menyiapkan sembilan buah jejantas atau overhead bridge agar dipercepatkan.

Dan ketiga, memohon pihak yang berwajib untuk mempercepatkan pemasangan lampu jalan agar kawasan-kawasan yang strategik seperti P-turn, U-turn, simpang jalan dan juga boleh sepanjang jajaran tersebut demi keselamatan para pengguna. Bukan sahaja memasang atau menyiapkannya tetapi memastikan ianya beroperasi.

Bencana Banjir

Pertama, tebingan Sungai Sadong di Kampung Hilir Serian yang susur akibat banjir pada awal tahun 2021 yang menjejas dan mengancam keselamatan penduduk kampung. Mohon pihak yang berkenaan mengambil tindakan dengan segera.

Kedua, kawasan Kampung Ranchan sering dilanda banjir kilat, apabila hujan lebat. Mohon pihak yang berkenaan membuat pemantauan, penilaian dan mengkaji apakah punca sebenar masalah tersebut dan seterusnya mencadang tindakan penyelesaian.

Ketiga, jalan utama Slabi Mentung Merau di persimpangan masuk ke Kampung Slabi Sangkam yang rendah, sering terputus akibat limpahan air semasa banjir. Mohon pihak berkenaan menaikkan paras jalan dengan mengambil kira kawasan sekeliling dengan segera.

Bekalan Elektrik Luar Bandar (ALAF), Street Lighting and Tangki Air

Mohon dipercepatkan untuk meluluskan permohonan-permohonan yang telah dikemukakan kepada pihak yang berwajib sebelum ini. Permohonan sentiasa diterima dan dihantar dari semasa ke semasa disebabkan penambahan rumah dan penduduk dan juga kawasan kampung, ini termasuk permohonan street lighting serta tangki air.

Tuan Speaker, mohon juga agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan untuk mengurangkan kekerapan perkara-perkara seperti berikut berlaku:

(a) Bekalan elektrik kerap kali terputus apabila hujan lebat ataupun ada angin yang kuat di kawasan kita; dan (b) Terputus bekalan air atau tekanan air sangat rendah tanpa notis di beberapa tempat di kawasan Bukit Semuja.

Jawatan Ketua Masyarakat

Aku minta amat-amat ari perintah Sarawak ngambi panteh ngato penuduk Temenggong bansa Melayu ngau bansa Iban di sitak Serian. Utai tu lama udah di jaku arid ulu tiap maya besidang, sigi disebut aja-aja. Sampai kinitu lalu entai disaut perintah. Aku ngarap utai upa tu di ato panteh agi, ngambi kami serupa upa bangsa bukai tauka nur bukai. (Dengan izin Tuan Speaker, I’m using Bahasa Remun).

Ucapan terima kasih

Sekali lagi Tuan Speaker, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai, staf dan kakitangan agensi-agensi Kerajaan, sama ada Negeri dan Persekutuan, badan-badan berkanun dan pihak swasta atas kerjasama tahun 2022 ini. Semoga semangat kerja berpasukan ini akan diteruskan.

Untuk kesejahteraan dan kebajikan kakitangan awam, kita perlu lihat secara menyeluruh keadaan semasa khususnya selepas gejala COVID-19. Maka dengan itu, saya mohon agar Kerajaan Negeri melihat kembali tentang kemudahan-kemudahan kakitangan awam, contohnya beberapa jenis pinjaman agar kadarnya dinaikkan mengikut keadaan semasa.

Before I end my speech and to put it into record, the Bill on the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Bill, 2022 is one of the manifestos for the last State General election for GPS. It is not like what other party had done, manifestos is not a bible, not necessary to be honoured but for us in GPS, it is a task that need to be fulfilled as promised.

So, dengan ini, selamat menyambut Hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian, selamat bercuti dan selamat tahun baru kepada semua. Dengan ini saya menyokong. Thank you very much.

Timbalan Speaker

Thank you very much, Ahli Yang Berhormat for Bukit Semuja. Before we break for lunch, we call upon Ahli Yang Berhormat for Balingian and Ahli Yang Berhomat for Kalaka. Ahli Yang Berhormat for Balingian, please.

Terima kasih, Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Ucapan Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak pada 21 November 2022.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan dengan merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak atas kemenangan yang lebih besar GPS pada PRU-15 yang lalu. Pertambahan kerusi yang dimenangi pada PRU-15 yang lepas membuktikan rakyat Sarawak memerlukan GPS untuk mewakili suara mereka di peringkat persekutuan.

Kita doakan dan berharap agar Sarawak tidak akan terpinggir dan kekal dalam pelan arus pembangunan nasional biar siapapun yang akan menerajui kepimpinan Negara.

Tuan Speaker, saya juga turut berbangga dan bersyukur dengan pandangan jauh Yang Amat Berhormat Premier sehingga dapat merangka satu bajet yang dianggap inklusif dan menyeluruh. Bajet 2023 juga dilihat merangkumi semua lapisan masyarakat dan tidak ada kelompok yang akan tertinggal bagi menikmati hasil Sarawak yang dijana melalui kekayaan sumber asli dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang terancang.

Langkah Kerajaan yang masih lagi menyediakan sebilangan besar peruntukan bagi mengekang penularan COVID-19 adalah amat tepat kerana sekiranya wabak ini tidak dapat dikawal dengan baik, akan terjejaslah pergerakan masyarakat dan aktiviti perniagaan. Impaknya adalah hasil perniagaan menurun dan prestasi ekonomi Sarawak akan juga turut menguncup.

Kita amat memuji akan langkah dan usaha Kerajaan GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier untuk memulih dan menstruktur semula ekonomi yang turut terjejas kesan dari konflik Rusia/ Ukraine yang masih lagi berterusan selain kesan dari kemerosotan ekonomi kuasa-kuasa besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah.

Tuan Speaker, seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier bahawa prestasi ekonomi Sarawak pada tahun 2020 adalah semakin baik dari 5.5% kepada 6.5%. Kita jangkakan ianya akan semakin meningkat. Hasil yang diunjurkan pada tahun 2022 pula, adalah RM10.159 bilion selepas pindaan. Unjuran ini dilihat akan terus kekal dan meningkat secara relatifnya.

Tuan Speaker, Bajet 2023 Sarawak ini diformulasi dengan lima prinsip teras yang cukup bermakna. Pertama, langkah Kerajaan memacu ekonomi dengan robus, saksama dan berdaya saing. Kedua, membangunkan Sarawak sebagai sebuah wilayah ekonomi yang lebih kompetitif dan mampu bertahan. Ketiga, untuk menjadikan masyarakat Sarawak yang pintar dengan penggunaan teknologi digital agar lebih berpengetahuan dan berinovasi. Keempat, prinsip berterusan Sarawak untuk membina rakyat yang sentiasa bersatu, harmoni dan prihatin di mana tiada golongan yang akan terpinggir. Prinsip yang kelima dan terakhir, Sarawak akan terus merancang untuk masa depan di mana perancangan fiskal yang lebih mampan bagi memastikan keselamatan masa hadapan cucu-cicit kita terjamin dan juga generasi pelapis yang akan mendokong pemerintahan Sarawak selepas kita.

Tuan Speaker, setelah mendengar secara teliti apa yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak tentang pencapaian ekonomi Sarawak khususnya pada tahun 2022 ini dan jangkaan masa hadapan serta langkah-langkah untuk memulihkan mana-mana sektor yang terkesan akibat wabak COVID-19, inflasi dan konflik di luar Negara, saya amat yakin dan percaya bahawa bajet lebihan ataupun surplus budget 2023 yang telah disampaikan adalah bertepatan dengan visi dan aspirasi Yang Amat Berhormat Premier demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Tuan Speaker, saya beranggapan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini faham bahawa penyediaan bajet adalah untuk memastikan bahawa wang yang dibelanja tidak melebihi pendapatan yang diterima di samping mengajar pemimpin agar dapat berjimat di dalam merancang dan melaksanakan projek dan bersifat lebih berhemah. Kesimpulannya, dalam bahasa paling mudah adalah bahawa Sarawak akan menyediakan rancangan perbelanjaan bajet mengikut keselesaan dan kemampuan kedudukan kewangan ketika itu.

Tuan Speaker, dalam kesempatan ini, saya ingin mengutarakan beberapa isu di kawasan saya.

Alam Sekitar

Benteng Hakisan

Ini adalah isu semasa kempen PRU-15 yang lepas. Bagi kawasan Kampung Litong, rakyat di kawasan tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada agensi pelaksana kerana telah membina benteng hakisan di Kampung Litong dan mereka berharap agar fasa kedua projek pembinaan benteng tersebut diteruskan sampai ke hujung kampung.

Pembinaan bagi benteng hakisan sungai di N.58 Balingian perlu dikaji oleh agensi yang dipertanggungjawabkan bagi mengatasi masalah hakisan. Kawasan yang terlibat adalah Kampung Kuala Balingian, Kampung Teh Labak, Kampung Sau, Kampung Sesok, Kampung Seberang (yang merangkumi Kampung Tanjung, Kampung Bunut, Kampung Sungai Alo, Kampung Tutus Hilir), Kampung Suyong, Kampung Jebungan, Kampung Penakub Ulu, Kampung Tegak, Kampung Sau/ Sitieng, Sungai Parit Kampung Lintang, Setuan Besar dan beberapa rumah panjang berhampiran dengan Sungai Liuk.

Sungai

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengutarakan beberapa isu berkenaan dengan sungai yang telah tercemar sama ada sisa buangan domestik mahupun industri yang berhampiran. Beberapa kawasan perlu dilaksanakan pembersihan sungai seperti di Sungai Bunut, Sungai Kenyana, Sungai Sesok, Sungai Sa (Balingian), Setuan Besar, Setejuk dan Setuan Kecil.

Infrastruktur Asas

Sistem Perparitan

Sistem perparitan yang perlu dikaji semula di kawasan lokaliti Penakup Ulu, Kampung Jebungan, Penakub Bazaar, Kampung Litong, Kampung Bunut, Kampung Lintang Balingian, Kampung Tutus Hilir dan Kampung Seberang Mukah.

Jalan raya

Masalah jalan kampung yang sempit, sering dibangkitkan oleh penduduk di kawasan saya terutamanya di Kampung Litong, Kampung Bunut, Kampung Tanjung, Kampung Sungai Alo, Kampung Tutus Ulu, Kampung Jebungan, Kampung Tegak, Kampung Penakub Ulu, Kampung Teh, Kampung Tabo, Kampung Tutus Hilir, Kampung Sungai Ragei, Kampung Bedanga, Kampung Suyong dan Kampung Kuala Balingian. Saya mohon jalan tersebut dinaik taraf.

Permohonan pembinaan Jalan Sg. Arip/ Bukut ke RGC Balingian telah diajukan kepada Yang Amat Berhormat Premier pada 18 Februari 2021. Mohon dipertimbangkan dengan kadar segera.

Pada mesyuarat persidangan DUN yang lepas, permohonan Jalan Pelata Kuala Balingian ke Liok dan Jalan Persekutuan dari Balingian menuju ke Sungai Anak/ Pan Borneo telah dipertimbangkan oleh kementerian yang berkenaan. Oleh yang demikian, saya mohon dipercepatkan kelulusan dan pelaksanaannya.

Perlu saya utarakan di sini juga, rakyat sering bertanya, bilakah Jalan Tellian by-pass dan jambatan kedua Batang Mukah akan dibina?

Permohonan jalan Kampung Teh ke Kampung Kelapa Baru Mukah, telah pun diajukan kepada agensi pelaksana. Mohon mendapat kelulusan dan dilaksanakan secepat mungkin.

Jambatan

Perlu diambil perhatian permohonan rakyat di kawasan saya yang menghubungkan Rh. Pantau ke Rh. Latip dan juga Rh. Simon ke Rh. Janin di Setuan Besar, ianya perlu dibina atas sebab jambatan yang sedia ada adalah uzur dan tidak lagi selamat digunakan.

Jeti Nelayan

Kebanyakan penduduk di N.58 Balingian menjalankan aktiviti sebagai nelayan terutamanya di kawasan Kampung Litong, Kampung Sg. Alo, Kampung Bunut, Kampung Tanjung dan juga Kampung Kuala Balingian memohon untuk dibina jeti untuk kegunaan nelayan pantai.

UTILITI

Elektrik

Terdapat beberapa rumah panjang yang masih tiada bekalan elektrik seperti Rh. John di Bayan Ulu, Rh. Enjat di Kuala Balingian, Rh. Jemut dan Rh. Langi Tuba di Setuan Kecil, Rh. Helena di Liuk dan juga Rh. Raweng di Bayan Tasek. Oleh yang demikian, mohon dipercepatkan penyambungan.

Bekalan Air Bersih

Terdapat isu tekanan air rendah di beberapa Kawasan N.58 Balingian seperti di Kampung Bunut, Kampung Litong, Kampung Tanjung, Temesu, Bukit Ambun, Bayan Ulu, Balingian, Kuala Balingian dan Setuan mohon disiasat dan diambil tindakan oleh agensi yang berkenaan.

Manakala di kawasan Maban hingga ke Pelata masih ada yang belum mempunyai sistem penyaluran bagi membekalkan air bersih. Mohon agensi yang berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan.

Telekomunikasi

Masalah liputan telekomunikasi yang terhad hampir berlaku di kebanyakan Kawasan N.58 Balingian. Mohon ditingkatkan tahap capaian internet.

KEAGAMAAN

Untuk makluman, penduduk Islam di Kampung Litong adalah yang terbanyak di DUN N.58 Balingian. Atas sebab itu, surau yang sedia ada sudah uzur, perlu dibina baru. Harap dapat dipertimbangkan permohonan bina baru surau dalam Projek Rakyat.

Mohon penyambungan jalan ke tanah perkuburan Kampung Sesok Baru dan tanah perkuburan Kristian di Sayo Balingian.

Mohon tanah perkuburan baru di Bayan Tasik dan Setuan Besar yang dilengkapi dengan infrastruktur asas dan utiliti.

Berdasarkan isu pada kempen PRU-15 yang lepas, penduduk di Kawasan N.58 Balingian yang ada memohon pembinaan Chapel di Bayan Ulu dan Setuan Besar dan juga menaik taraf Tua Pek Kong di Pekan Balingian.

Untuk pembinaan Chapel dan Tua Pek Kong, kita akan susuli permohonan ini kepada UNIFOR.

PELANCONGAN

Kepelbagaian budaya dan adat resam di N.58 Balingian boleh dijadikan produk pelancongan. Dengan itu, kita mohon kepada agensi yang berkenaan untuk menyediakan tapak kaul di Kampung Litong, Kampung Sebuloh, dan di Kuala Balingian.

Taman-taman yang terdapat di Kawasan N.58 Balingian diakui oleh pengunjung mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Oleh yang demikian, kita sarankan fasiliti yang sedia ada dinaik taraf supaya ianya kekal dan menarik. Taman yang sedia ada adalah Taman Tanjung Pedada dan Taman Kenyana yang kini terbiar.

Skim Penempatan Semula Dan Skim Pembesaran Kampung

Di kawasan saya, DUN N.58 Balingian, rakyat memohon agar Skim Pembesaran Kampung diperlengkapkan dengan utiliti dan infrastruktur asas.

Terdapat juga permohonan baru dikemukakan oleh penduduk dari Kampung Bunut, Kampung Suyong, Kampung Lintang, Kampung Pulat, Kampung Teh Labak dan Kampung Sau/ Sitieng untuk Skim Pembesaran Kampung. Memohon status permohonan rumah mesra rakyat bagi 22 peserta yang telah ditemuduga dan diluluskan bagi skim pembesaran Kampung Balingian.

Berdasarkan maklumat yang saya peroleh dari pihak HDC, penyediaan dokumen telah siap, tender akan dikeluarkan pada hujung April 2022 dan dijangka akan ditawarkan kepada penender yang berjaya pada penghujung Jun 2022. Namun sehingga kini sepi tanpa berita.

Fasiliti Kesihatan

Terdapat banyak fasiliti kesihatan yang daif dan uzur, perlu dinaik taraf seperti Klinik Kampung Sesok, Klinik Kampung Teh, Klinik Kesihatan Kuala Balingian termasuk satu-satunya jambatan yang menghubungkan klinik ke jalan utama, kini tidak selamat untuk digunakan.

Manakala, Klinik Kesihatan Balingian juga perlu dinaik taraf termasuk mewujudkan farmasi dan menambah kuarters dari yang sedia ada untuk kakitangan di klinik tersebut.

EKONOMI

Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Premier kerana meluluskan Projek Medan Selera Matadeng di bawah Projek Rakyat. Kini sudah beroperasi dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya memohon fasa kedua Medan Selera Matadeng dipercepatkan pembinaan bagi memberi manfaat kepada peniaga-peniaga kecil yang berdekatan.

Village Commercial Centre (VCC) dicadangkan untuk dibina di Kampung Sesok, Kampung Teh, Kampung Seberang, Kampung Sau, Kampung Penakub Ulu, Kampung Jebungan dan Kampung Seberang yang merangkumi kawasan Tutus Ulu, Sg. Alo, Kampung Litong, Kampung Bunut serta Kampung Tanjung. Ini akan menggalakkan penglibatan peniaga kecil di kawasan tersebut.

PENDIDIKAN

Masalah sekolah daif sering diungkit oleh penduduk di kawasan saya, kita mohon dipercepatkan naik taraf SK Kuala Balingian. Manakala bagi SK Jebungan dan SK Kenyana, perlu dipercepatkan pelaksanaan pemindahan ke tempat yang lebih sesuai memandangkan kawasan tersebut berlaku hakisan dan banjir.

Geran Tanah

Mewakili penduduk di kawasan Bukit Ambun dan Bayan Ulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan GPS kerana menyerahkan surat hak milik tanah pada 11 November yang lalu.

Namun demikian, masih terdapat isu permohonan geran tanah yang sudah disukat seperti di kawasan Bayan Tasik, Sebetong, Liok, Bedengan, Balingian, Matadeng, Kuala Balingian. Kita sarankan supaya dipercepatkan pengeluaran geran tanah supaya ianya tidak menjadi isu politik setiap kali tiba pilihan raya.

Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan yang menyambutnya dan Selamat Tahun Baru. Dengan ini, saya mohon menyokong Belanjawan Sarawak 2023 bersempena Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Balingian. Ahli Yang Berhormat bagi Kalaka last one to speak before our lunch break. This afternoon, I expect Ahli Yang Berhormat bagi Batu Kitang to be ready and Ahli Yang Berhormat bagi Pelagus. All right? Okay. Ahli Yang Berhormat bagi Kalaka, please.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang dan Salam Ibu Pertiwiku. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi membahaskan Belanjawan Negeri bagi tahun 2023. Dengan ini, saya menyatakan sokongan ke atas Belanjawan Negeri 2023 seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Premier Sarawak selaku Menteri Kewangan dan Ekonomi baharu pada 21 November 2022 yang lalu.

Sesungguhnya, belanjawan ini adalah berita gembira kepada penduduk di Negeri Sarawak kerana belanjawan kali ini merupakan sejarah untuk Negeri Sarawak. Ia merupakan belanjawan yang terbesar di mana 70% tertumpu kepada pembangunan, manakala 60% kepada pembangunan di luar bandar. Penduduk di luar bandar di Negeri ini khususnya di kawasan saya sendiri DUN N.38 Kalaka amat memerlukan perhatian Kerajaan untuk menggiatkan aktiviti pembangunan.

Belanjawan Negeri 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM10.797 bilion dilihat akan menekankan ke arah setiap lapisan masyarakat selain menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas di Negeri ini, sekaligus bajet ini sebagai jalan strategik, komprehensif dan bersepadu untuk masa depan Sarawak. Daripada jumlah itu, sebanyak RM3.997 bilion untuk belanja mengurus dan RM6.8 bilion perbelanjaan pembangunan bagi membiayai rancangan dan projek pembangunan.

Dengan pendapatan sebanyak RM11.035 bilion dan perbelanjaan sebanyak RM10.797 bilion, bajet Negeri Sarawak untuk tahun 2023 dijangka mencatat lebihan sebanyak RM238 juta yang akan berorientasikan pembangunan dan fokus kepada luar bandar. Daripada RM7.506 bilion, anggaran yang dikaji semula dicadangkan di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan untuk tahun 2023, sebanyak RM4.540 bilion atau 60% adalah khusus untuk pembangunan di luar bandar. Peruntukan untuk pembangunan luar bandar mengalami peningkatan dari tahun ke tahun.

Syabas kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana memberikan penekanan yang berterusan terhadap pembangunan di luar bandar yang begitu mustahak ke arah mencapai objektif pembangunan yang pastinya akan membuka lebih banyak peluang di luar bandar dan kawasan pedalaman ke arah mensejahterakan ekonomi penduduk luar bandar.

Bajet 2023 ini bertepatan sekali dengan usaha berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan pengagihan yang seimbang dalam jangka masa panjang bagi pembangunan di seluruh Negeri Sarawak agar jurang antara bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.

Bagi saya, bajet 2023 yang bertemakan “Sarawak First”, “Sarawak didahulukan: Ke arah Masyarakat yang Inklusif, Makmur dan Harmoni” ini menitikberatkan kepentingan rakyat Sarawak dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030, dengan menjadikan agenda pembangunan sebagai nadi utama sebagai perjuangan Kerajaan GPS

Tuan Speaker, keutamaan ke atas pembangunan luar bandar harus memberi fokus kepada penyediaan infrastruktur asas seperti pembinaan jalan-jalan raya bukan sahaja pembangunan jalan Pan Borneo tetapi keutamaan harus diberikan juga kepada jalan pesisir pantai yang nyata padat dengan penduduk sama ada yang tinggal di sepanjang sungai di sekitar Negeri Sarawak. Kawasan pesisir ini merupakan pusat aktiviti ekonomi yang aktif dan mempunyai sumber yang banyak sama ada dalam bidang pertanian, perladangan, perikanan, pelancongan mahupun pengangkutan.

Begitu juga, tumpuan harus diutamakan kepada pembinaan lebih banyak jalan-jalan kampung di seluruh Negeri Sarawak. Kita tidak mahu ketinggalan seperti di negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung Malaysia memandangkan ramai generasi muda luar bandar yang sekarang banyak merantau di negeri lain yang apabila balik ke kampung halaman masing-masing akan membandingkan taraf pembangunan kemudahan infrastruktur ini.

Pembinaan jalan-jalan raya luar bandar dan jambatan pagan, Jambatan Awik di kawasan saya akan membuka banyak peluang kepada aktiviti pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan. Ia akan menyediakan persekitaran kondusif bagi merancakkan aktiviti ekonomi yang mana mampu dimajukan di luar bandar seperti bidang perladangan, pertanian, akuakultur, pemprosesan makanan dan industri pelancongan.

Selain daripada itu, pembangunan luar bandar harus memberi keutamaan kepada penyediaan bekalan elektrik dan bekalan air bersih di setiap pelosok bahagian dan daerah di Negeri ini khususnya di kawasan yang diwakili iaitu DUN N.38 Kalaka. Baik pulih sekolah-sekolah daif perlu dipercepatkan.

Tuan Speaker, seperti yang kita sedia maklum, ketika Sarawak mengejar status negeri maju menjelang tahun 2030 nanti, capaian internet dengan kelajuan yang tinggi merupakan salah satu fokus Kerajaan GPS. Bagaimanapun, apa yang masih menjadi cabaran untuk Negeri ini ialah sebahagian besar kawasan luar bandar belum mempunyai capaian internet yang tinggi. Saya percaya Kerajaan GPS tetap dalam usaha komited untuk melengkapkan kawasan di luar bandar dengan capaian internet terutamanya di kawasan yang saya wakili yang bukan sahaja memberikan manfaat yang positif kepada penduduk tetapi juga pelengkap kepada pembangunan infrastruktur.

Bagi pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) oleh Kerajaan Negeri Sarawak GPS termasuk di DUN Kalaka adalah merupakan salah satu inisiatif yang penting bagi menyediakan rakyat dengan kawasan penempatan yang lebih tersusun dan selesa. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana telah meluluskan peruntukan berjumlah RM27 juta untuk melaksanakan Fasa Pertama SPK Kampung Kupang. Kerajaan GPS telah membalas budi rakyat yang menyokong GPS kerana telah menyukat semua kampung tradisi terutamanya di Kampung Perpat, Kampung Kaba, Kampung Kupang. Tahniah dan syabas juga kepada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong kerana telah selesai membuat sukatan kampung-kampung tradisi di DUN N.38, Kalaka.

Tuan Speaker, Belanjawan Sarawak 2023 turut menggariskan matlamat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat khususnya menjadikan pemilikan rumah lebih mudah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kemudahan pemilikan rumah itu adalah inisiatif keempat di dalam 11 Strategik Teras Belanjawan yang bertemakan “Sarawak First”, “Sarawak Didahulukan: Ke Arah Masyarakat yang Inklusif, Makmur dan Harmoni”. Inisiatif ini dilihat adalah untuk meningkatkan peluang dan memudahkan pemilikan rumah itu dimanifestasikan menerusi pelbagai inisiatif. Bagi kawasan saya DUN N.38 Kalaka, terdapat masalah utama yang melanda adalah kesesakan di kediaman rumah di 14 buah kampung di Saratok yang memerlukan inisiatif serta usaha lain bagi memberi keselesaan hidup kepada rakyat di kawasan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mencadangkan agar diwujudkan atau dibina perumahan mampu milik serta perlu ditambah di kawasan DUN N.38 Kalaka bagi mengelakkan kesesakan perumahan di 14 buah kampung tersebut. Saya mewakili penduduk di DUN Kalaka berharap agar cadangan ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri Sarawak menerusi agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan demi faedah penduduk di luar bandar di kawasan DUN saya.

Tuan Speaker, hakisan tebingan Sungai Krian daripada Kampung Masjid Hulu Saratok hingga ke Kampung Melango keseluruhannya perlu diberikan perhatian yang serius memandangkan terdapat banyak struktur-struktur tebingan sungai yang semakin terhakis. Punca berlakunya masalah hakisan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh banyak faktor. Dalam tinjauan saya bersama agensi Kerajaan baru-baru ini di Kampung Melango khususnya, terdapat beberapa rumah kediaman penduduk telah terjejas impak daripada hakisan tebingan sungai tersebut. Masalah hakisan tanah tebingan sungai tersebut perlu diatasi dengan segera sebelum isu keselamatan penduduk serta kemusnahan harta benda akan terjadi. Bukan itu sahaja, isu banjir kilat yang sering berlaku terutamanya di musim hujan pada masa kini telah memberi kesan atau igauan ngeri kepada penduduk di sekitar kawasan, kampung-kampung dan taman perumahan di Saratok yang dilihat tidak berpenghujung terutamanya sekali di kawasan Pasar Saratok.

Oleh itu, saya mencadangkan dan memohon agar Belanjawan 2023 memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu banjir kilat di Saratok dengan membuat kerja-kerja pelebaran serta mendalamkan lagi Sungai Melango. Di samping itu, saya berharap Jabatan Pengairan dan Saliran supaya menambahkan lagi monsoon drain bagi tujuan flood mitigation. Dicadangkan juga agar dibuat pembersihan dan pengindahan lagi Sungai Melango Saratok bagi tujuan pelepasan air dari kawasan perumahan, Kampung Melango serta Pekan Saratok.

Tuan Speaker, isu kerosakan jeti dermaga atau lebih dikenali sebagai Wap Jelatong oleh warga Saratok kini sudah semakin uzur. Baru-baru ini, sebelum PRU yang Ke-15, jeti yang berusia 52 tahun telah tenggelam dan rosak. Rosak teruk mungkin disebabkan oleh arus Sungai Krian yang kuat ketika air pasang besar dan bila-bila masa akan runtuh dan roboh. la sekaligus telah memberi kesan kepada penduduk di beberapa rumah panjang dan kampung melayu di sekitar yang mendiami kawasan seberang Pekan Saratok telah terkesan dengan ketiadaan jeti itu yang merupakan laluan alternatif dan shortcut ke Pekan Saratok.

Oleh itu, saya mohon kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk membina jeti baharu bagi menggantikan jeti yang telah uzur tersebut. Ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk di beberapa rumah panjang dan Kampung Kupang berulang alik ke pekan Saratok.

Tuan Speaker, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan tiga inisiatif dalam teras strategik kelima Belanjawan Sarawak 2023 iaitu membangunkan modal insan. Inisiatif yang pertama adalah meningkatkan kualiti pendidikan. Untuk itu, saya mohon dicadangkan agar Sekolah Rendah Aliran Agama perlu dibina untuk membekalkan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah Agama yang sedia ada, sekali gus mampu membawa limpahan dalam sektor pendidikan di Kawasan DUN N.38, Kalaka.

Tuan Speaker, golongan belia merupakan ejen utama untuk pembangunan negeri yang mampan, perubahan sosial, pertumbuhan ekonomi dan inovasi teknologi. Komposisi penduduk di Sarawak menunjukkan bahawa belia mewakili 43%, yakni 1.2 juta daripada penduduk Sarawak. Golongan ini merupakan sumber tenaga yang penting kepada rakyat Negeri ini kerana mereka bermotivasi tinggi dan mempunyai kreativiti yang tepat pada masanya. Juga, dengan sahsiah diri yang mantap, mereka mampu menjamin pembangunan negara yang lebih kukuh di masa depan.

Namun kita jangan mudah lalai jika golongan belia terdedah dengan gaya hidup yang tidak sihat dan berhadapan dengan pelbagai masalah sosial bererti negara dan masyarakat menghadapi masa depan yang gelap.

Dalam konteks ini, orang bijak pandai menyatakan, bila mana kita hendak melihat bentuk negara pada masa depan, lihatlah generasi belia pada hari ini. Kiranya golongan belia pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, sudah tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Dalam arus kemajuan dunia global, banyak berlaku kebanjiran dan limpahan budaya asing yang negatif menyebabkan belia muda terpengaruh dengan budaya menagih dadah serta judi online.

Adalah diharapkan agar Kerajaan memperbanyakkan anjuran program-program yang memberi pendidikan untuk belia-belia menjauhi dan membenci dadah serta judi online ini memandangkan masalah penyalahgunaan dadah serta judi online semakin menjadi-jadi sehingga menular ke kawasan pedalaman serta kawasan sekolah.

Kerjasama dan penglibatan komuniti secara holistik bersama pemimpin masyarakat, jabatan-jabatan, badan bukan kerajaan, keluarga dan pihak yang bertanggungjawab ini penting bagi memastikan usaha membanteras dadah dan judi online ini menampakkan hasilnya.

Tuan Speaker, dalam Belanjawan 2023, Kerajaan Sarawak akan terus mempergiatkan pelaksanaan program-program untuk membangunkan belia di Negeri ini dengan menyediakan peruntukan bagi golongan tersebut.

Dalam usaha membantu melonjakkan ekonomi belia terutamanya dalam bidang perniagaan, setelah mereka gagal melanjutkan pelajaran tetapi mempunyai keinginan menceburi bidang keusahawanan, adalah perlu Kerajaan mewujudkan pelbagai inisiatif serta perancangan untuk membantu golongan ini yang bercita-cita menjadi usahawan muda bagi meningkatkan tahap ekonomi mereka sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran.

Selepas negara mengalami musibah pandemik COVID-19, ramai anak muda di Negeri ini terutamanya di DUN N.38 Kalaka hilang pekerjaan dan mengambil inisiatif untuk berniaga sendiri dari rumah bagi menampung sara hidup individu ataupun keluarga. Pandemik tersebut telah membuka peluang kepada golongan muda untuk terlibat dalam perniagaan terutamanya dalam bidang jualan pelbagai makanan.

Namun, apa yang saya lihat masa kini apabila semakin ramai belia-belia menceburi bidang perniagaan bagi meningkatkan ekonomi mereka, masalah utama yang dilihat adalah tiada tempat yang strategik atau tempat yang sesuai diwujudkan untuk mereka menjalankan perniagaan.

Justeru itu, mohon dicadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Saratok menyediakan tempat yang sesuai untuk golongan belia menjalankan perniagaan mereka seperti menyediakan kiosk atau kedai kepada golongan tersebut.

Media Sosial

Tuan Speaker, akhir-akhir ini penggunaan media sosial dan teknologi internet sering disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan kita GPS sungguh terbuka sehingga tiada kawalan dan penapisan ke atas kandungan internet.

Kebanyakan negara-negara lain seperti Singapura dan China mengambil sikap yang tegas ke atas perkembangan penggunaan teknologi internet di kalangan rakyat mereka. Namun, keterbukaan Kerajaan kita dalam perkara ini telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan maklumat yang salah yang berunsur fitnah, provokasi dan hasutan yang melibatkan sensitiviti kaum, adat resam dan kepercayaan agama.

Perkara ini jika tidak dipantau dan dikawal dikhuatiri membawa kepada kehancuran masyarakat kita yang berbilang kaum dan kepercayaan. Kita mengharapkan masyarakat kita mendapat maklumat yang sahih tetapi sebaliknya berlaku. Pelbagai provokasi negatif tersebar seperti anti-agama, anti-politik tertentu, sebaran gambar-gambar yang menghina agama, hasutan perkauman, fitnah menghina pemimpin dan sebagainya. Saya khuatir jika perkara ini tidak dikendalikan sebaiknya, ia akan membawa kepada perpecahan kaum dan kehancuran masyarakat.

Kita bertanggungjawab mempertahankan keharmonian dan perpaduan masyarakat kita yang sering menjadi contoh kepada negara-negara lain. Kita tidak mahu generasi akan datang menerima kesusahan akibat kelalaian kita kerana memandang remeh perkara ini. Apatah lagi, aliran antarabangsa seperti liberalisma dan pluralisma kelihatan semakin aktif melakukan penyebaran terutamanya melalui internet yang amat pantas lagi berkesan kepada golongan muda kita.

Mereka melancarkan serangan secara halus lagi tersusun dengan penyebaran berita yang menghina agama, melaga-lagakan antara kaum sama ada melalui simbol, laman sesawang ataupun blog serta laman sosial seperti Facebook, WhatApps dan Twitter. Penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantas tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

Maka saya berpandangan sudah tiba masanya Kerajaan melalui Kementerian berkaitan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk merancang dan mengambil tindakan sewajarnya agar isi kandungan internet ditapis agar tidak menyeleweng memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Demikianlah beberapa cadangan dan isu yang saya ingin nyatakan dan mohon diberi perhatian dan tindakan bagi memenuhi aspirasi rakyat khususnya kawasan luar bandar selaras dengan target dan sasaran Belanjawan Negeri 2023.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada agensi Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan GPS dan Persekutuan yang telah berjaya melaksanakan projek pembangunan di sepanjang tahun 2022 ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang kita sayangi, yang memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar pada pembentangan Bajet 2023 ini. Semoga niat dan urusan kita dipermudahkan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat selari dengan slogan Sarawak First.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan selamat menyambut Tahun Baru 2023 kepada semua. Dengan ini, saya menyokong Belanjawan 2023 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan bagi Perbelanjaan 2023. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Kalaka. Sambungan perbahasan kita akan diteruskan pada pukul 2.30 tengah hari ini. The House stand adjourned until then 2.30 p.m. Thank you.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.08 petang)

(Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.41 petang)

[Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita menyambung semula Perbahasan ke Atas Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023), 2022 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi Tahun 2023. Seterusnya Yang Berhormat Batu Kitang.

Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Thank you, Tuan Speaker. Thank you for the honour and the opportunity to debate Yang Amat Berhormat, the Premier’s address at this Third Meeting of the First Session of the 19th Sarawak State Legislative Assembly.

I wish to congratulate our Premier of Sarawak for a handsome win in the 15th General Election, winning 23 out of 31 parliamentary seats. I also wish to thank my 32,000 voters who have given me their unwavering support as well in the just concluded GE15. I wish to assure our people that I shall continue to serve our rakyat dutifully and diligently. Fighting for the rights of Sarawak will always be my priority and mission.

I would also like to emphasize that Honourable Member for Padungan who stood in the Stampin Parliamentary Constituency should apologise to Sarawakians.

During his campaigning he said, GPS equal UMNO and Najib will be out of jail and Zahid will be pardoned if GPS wins the election. Honourable Member for Padungan owes Sarawakians a big apology for misleading them with his lies.

Budget

I also wish to congratulate our Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak, Honourable Member for N.26 Gedong for presenting the best ever budget in the history of Sarawak for 2023 at more than RM11 billion.

I am indeed proud that with his prudent wisdom he has made Sarawak richer and with the projected revenue of RM11.035 billion, total Ordinary Expenditure of RM10.797 billion, the 2023 State Budget is expected to generate a surplus of RM238 million.

Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Bill

Tuan Speaker, I also wish to congratulate our Premier of Sarawak for successfully tabling the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Bill, which is our Premier’s brainchild project.

I know unfortunately, Honourable Member for Padungan on his Facebook page criticised the Bill on Sovereign Wealth Fund saying that the finances should be more transparent. I wish to remind Honourable Member for Padungan to take a look at himself first. Where is the RM4 million given to him during the MOU signing ceremony? Honourable Member for Padungan has been an ADUN and MP for three terms. Where is his report card? I have mentioned it before and I am still waiting for him to produce his report card. As well as his apologies to the people of Sarawak, I haven’t seen it on Facebook yet. I’ve mentioned it before and I’m still waiting for him to produce his report card. Honourable Member for Padungan also said that councils in general only submitted financial reports every few years. Honourable Member for Padungan must be so busy with the event this few days that he did not realise the financial reports from MPP, MBKS, Samarahan including 18 other councils are sitting on his table this very DUN session.

Multi-Racial State

Our Premier of Sarawak in his budget speech reiterated that Sarawak does its best when it comes to our openness to diversity and multiculturalism. This is a blessing for us that we are all united together despite our differences in race, religion and cultural belief.

There is no other State in Malaysia where different races can sit and eat together in coffee shops or restaurants. The Sarawak Government has always promoted unity among us and this is something we should treasure and teach our generations to come “togetherness”. Unifor is another entity found only in Sarawak. RM50 million has been allocated to churches and temples in 2022 to promote healthy development of all religious and cultural exchanges in Sarawak.

Sarawak has demanded for many rights to be returned through MA63 and the IGC report and as Premier of Sarawak stated, the Sarawak Government will not waver on the rights due to her. GPS has spoken loudly and I urge all Sarawakians to continue to support GPS led by our Premier Sarawak who only wants the best for Sarawak.

Ongoing Projects

Tuan Speaker, I wish to thank our Premier again and the GPS Government for the construction of a sludge treatment plant at the Batu Kitang Water Treatment Plant. The construction of water treatment plant No. 5 at Landeh, also in Batu Kitang, a water storage tank at Bukit Sipaya, the rehabilitation of water treatment Plant No. 1 also at Batu Kitang and other water supply projects costing a total of 125 million. These construction projects will no doubt create job opportunities and economic activities in my Batu Kitang Constituency for many years to come.

Education

Tuan Speaker, the Sarawak Government’s emphasis on education is well-known. The teaching of Science and Mathematics in the English Language is only done in Sarawak. In our drive to improve Sarawak, Sarawak is also teaching Science, Technology, Engineering and Mathematics in English to ensure that our students can compete in the global arena.

Our GPS Government has also emphasised UEC and each year, allocations are pumped into Chinese schools to assist them. This year alone, RM22 million were allocated to Chinese schools, and that’s only in Sarawak, only found in Sarawak. Our Sarawak Government is the first in Malaysia to recognise UEC and despite multiple promises by Pakatan Harapan before is still not recognised yet. Let’s hoped it would be recognised this time round.

The Accident-Prone Mile 15 Roundabout

Tuan Speaker, I have spelled out the danger faced by road users at the roundabout at Mile 15, Kuching/ Serian Road. This roundabout was badly designed, I would say, and constructed by JKR during the days of Pakatan Harapan. How can a small roundabout be constructed in the middle of a straight highway? It has caused a lot of accidents there, even fatality.

Since its completion, within six months, there were over 200 accidents. This is something the Federal Public Works Department (JKR) Malaysia should immediately look into and to change this lane to a designated U-turn similar to the ones in Siburan, not a roundabout.

I have been there many times and when it rains, the situation is worse as road users' vision can be affected by the pouring rain. I trust that the Federal Government can address the problems as soon as possible to prevent more people from being injured or killed.

Cycling Lanes for New Housing Estates

Tuan Speaker, I wish to propose that cycling paths be put in new development areas. Cycling as a hobby and exercise is catching on fast among the young and the old. With cycling tracks, we can have a wide area of cycling paths and tracks. As traffic is increasing, there are cyclists who have no choice but to cycle on the main roads. This is dangerous for both cyclists and vehicular traffic. So, with cycling paths done in housing estates and eventually connecting to these main roads which will also have cycling lanes, cyclists do not have to travel far in order to cycle and they can be safe too.

Grab Subsidies

Tuan Speaker, I wish to propose that subsidies be given to Grab drivers. As Grab has been so popularly used during the pandemic, it would be a good idea to use them to continue to deliver food to every corner in Sarawak as well as a form of public transport. The State Government may consider subsidising Grab drivers so that passengers will need to pay less, thereby encouraging and increasing the use of Grab, thereby increasing income opportunities for Grab drivers, bringing convenience to locals and tourists alike and most objectively, reducing the number of vehicles on the road if passengers opt for shared rides. This way, traffic congestion on our roads will be greatly reduced. As time goes on and once other forms of public transport gets commissioned including the Autonomous Rail Transport and Hydrogen Buses, we will need fewer private and individual vehicles on the road, thereby reducing pollution and immense traffic congestion.

Secondary School

Tuan Speaker, Padawan including Batu Kitang, is growing fast in terms of population. We need another secondary school to cope with the increasing number of school children. There are many children in Padawan and Batu Kitang who are forced to travel a fair distance due to the lack of a secondary school in Padawan area and I wish to propose that this secondary school be built in Batu Kitang. I would also like to draw attention to the call for Sarawak teachers to be given priority to teach in all schools in Sarawak in line with Sarawak’s call for education autonomy to be returned to Sarawak.

Fire Station

Besides schools, a fire station is urgently needed as well. There is one in Bau and the other nearest one is in Kuching. There is none in Padawan and the transit time can be long if there is major traffic on the roads. This was one of my pledges during the recent election. I guess the job now rests on the Member for Padungan.

Flooding

Tuan Speaker, many have said it and I wish to reiterate again that flash flooding is a pertinent issue not only in Sarawak but the whole of Malaysia. Sarawak, however, needs a substantial amount of funds from the Federal Government to address this issue. My Batu Kitang constituency has not been spared from experiencing flooding after just one hour of heavy rain. Sarawak may need to plan for major drainage reserves under our approved plans in future. Developers will not be able to carry out these major drainage works, understandably, as such heavy costs will render their projects not viable. The Federal Government ought to come in to assist to build up these drainage reserves assuming a fully developed environment to adequately accommodate future drainage requirements. Billions of Ringgit are required to efficiently address flooding issues in Kuching and greater Kuching, not to mention the whole of Sarawak.

Marris Funds

Tuan Speaker, there are many old housing estates in my Batu Kitang constituency and even more in under MPP jurisdiction. Drains and footpaths, especially back lanes in old housing estates need to be addressed, need to be reconstructed. RM22 million from Marris funds for Padawan Council annually is grossly insufficient to address these issues. Marris Funds come from the Federal Government and there is an unreasonable condition attached to this Marris funds wherein repair to back lanes of housing estate cannot be done and funds from Marris cannot be used. With RM80 billion siphoned from Sarawak annually, Marris Funds should be reviewed and should be increased substantially to meet the needs today.

Digital Connectivity

I wish to congratulate our Premier of Sarawak for approving a substantial allocation for tower construction and to establish better telecommunications and internet accessibility in his budget speech.

Handphone services in Kuching are known to be bad. If the services are so bad, I wonder about those in outskirts area. I often, have my conversation cut off when driving at Mile 4. Upon reaching Mile 7, my handphone conversation would be cut off again and this in in Kuching. I hope that our authorities concerned will beef up the construction of more telecommunication poles so that access to WIFI and phone services will not be disrupted. In some urban areas, people have difficulty connecting to their WIFI as well.

And so, there was a need to widen internet coverage and connectivity especially to rural communities. Now that we are in the technology era, it is important that more telco towers are constructed so that students will have access to do their schoolwork. During the pandemic, we notice that many rural students were unable to study due to the lack of internet connections. This is something we need to look into seriously and urgently.

Hydrogen Economy

Tuan Speaker, our Premier of Sarawak is indeed a farsighted leader. He has long since held a vision for the hydrogen economy. Congratulations for his wise judgement. This is something already happening globally. Hydrogen will indeed be the energy source of the future. From the Premier’s his tabling of the Sarawak Budget, Premier disclosed that globally, USD 160 billion of direct private investments have been recorded, private investment, and more than USD 400 billion additional private investment in hydrogen plants have been taken up by various governments worldwide.

Timbalan Speaker

Ahli Yang Berhormat, you have one minute.

Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Thank you, Tuan Speaker. Honourable Tuan Speaker, I wish to express my full support for the Supply Bill (2023), 2022 delivered by our Honourable Premier of Sarawak, Honourable Member for N.26 Gedong.

Finally, I would like to wish our Christian community selamat menyambut Hari Krismas and a Happy New Year to all Sarawakians. Thank you, Honourable Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Thank you, Ahli Yang Berhormat for Batu Kitang. Next, I shall call upon Ahli Yang Berhormat for Pelagus.

Tuan Speaker, first and foremost I wish to congratulate our Right Honourable Premier for introducing the budget of RM10.797 billion for the year 2023. Out of the total budget, RM3.997 billion or 37% is for operating expenditure and RM7.506 billion or 63% is proposed for development expenditure. Sarawak revenue estimates for year 2023 is projected at RM11.035 billion and is expected to generate a surplus of RM238 million.

2023 Budget is an expansionary budget that invest heavily in infrastructures development and our State which focus on rural area. Allocation of RM4.540 billion or 60% of the proposed development expenditure for 2023 budget is indeed a commitment by GPS Government to continue developing rural areas to support the Sarawak Post COVID-19 Development Strategy 2030 that transform the socio-economic well-being of Sarawakian by providing access to economic opportunities and social services in a sustainable manner by introducing a value management framework in the process of planning, evaluating and undertaking the project to ensure it will produce the desired result. GPS Government will continue to hasten the development in the rural areas in order to narrow the gap between urban and rural areas. 2023 Budget is not only a fiscal plan but it is a foundation for Sarawak future with 11 strategic thrusts and many initiatives.

All the 11 strategic thrusts are well structured with many development initiatives for us to implement especially the people-centric projects such as RTP with the allocation of RM420 million, Projek Rakyat RM500 million and RM237 million special project (MRP). The impact of these projects are high and I request the Government to allocate more fund for these three projects.

Tuan Speaker, now I am going to highlight the development need in my constituency N.61 Pelagus and in Kapit, part of DUN N.63 Bukit Goram.

Infrastructure

I have six items need to be updated and act upon.

(a) I urge the Government to expediate the construction of ferry ramp at Ng Tulie which was approved in 2019 and our people on the north side of Kapit Town across Rajang River are looking forward to the ferry service operation;

(b) In order to develop the NCR land in between Sungai Amang and Sungai Sut, I request the Government to construct a new road link from Sungai Amang bridge to Sungai Sut connecting Antaroh Road;

(c) To construct new road from Rumah Mengga, Batang Rajang to Rumah Theophilus Unan, Rumah Nyangon, Rumah Umping and to Rumah Sigan, Sungai Belabut Baleh which benefitted 23 settlement or 23 longhouses;

(d) To upgrade 7-kilometre ex-logging road from Song Logging company road pass by Bukit Raya to URDA Road at Rumah Belaja, Ng Benin Batang Rajang;

(e) We want the status of the proposed bleteh/ airport Kapit bypass road, the project was approved by our Prime Minister during his visit to Kapit last year; and

(f) Also, the status of upgrading of the existing airport road to Penghulu Nyangau Road Kapit, upgrading of Jalan Bleteh from Sarawak Energy substation to existing traffic light Kapit. Proposed construction and completion of Jalan Bukit Goram/ Nanga Yong, Kapit Package B Phase 2 Kapit and proposed alternative road linking Kapit town, Bukit Goram road to Kapit/ Song Road in Kapit.

Telecommunication/State Digital Economy Initiatives

Tuan Speaker, I fully support the Government initiative to spearhead the Digital Economy to optimize the potential of digital economy and digitalization of our State to transform key economic sectors including agriculture, manufacturing, tourism, e-commerce, service and digital Government. With the approval of Electronic Sarawak Government Activities Bill 2022, it will help to enhance the Government work process. Now SMA and MCMC had build 3,471 towers statewide and I urge the telecommunication service provider to fully utilize the completed tower within Pelagus constituency.

Agriculture

Tuan Speaker, I touch on Agriculture. Strategic Thrust Four, transforming into a competitive economy.

Initiative 1: Venturing into Commercial Agriculture

It is a right move for the Government to strategies and transform agriculture into commercial agriculture with new farming technology that will increase the production such as fertigation and hydroponic system.

Tuan Speaker, the site for the proposed Agriculture Integrated Training Centre at Nanga Mujong in Kapit has been identified and approved by SPA and I hope the Government could start the construction of this Agriculture Training Centre next year, under the 12th Malaysia Plan. On the top of this, I would like to request the Government to establish a permanent food park in Pelagus. This morning the Deputy Minister did answer my question about agriculture matter and we have a proposed plan for Kapit and maybe in Bukit Mabong). Create job, business opportunities and to provide sustainable income for the participants. I would like to request more quota, that one is already answered also, than the previous year for rubber planters in Kapit and Bukit Mabong district through District Agriculture for 2023.

Education

Tuan Speaker, the proposed location of SMK Melekun has been identified and I urge the Ministry of Education to consider building this proposed secondary school which is badly needed for students from 11 primary schools within Pelagus constituency to continue their secondary education.

Besides SMK Melekun, I request i-CATS to branch out to Kapit Division. The college is urgently needed by the community in Kapit so that we can provide skill training to meet manpower needed by the industries.

I come to know that land matter is one of the challenges to build a new school in Sarawak and I hope the Ministry of Education, Innovation and Talent Development Sarawak can sort out this issue with the Ministry of Education Malaysia. On the top of this, I want to know what is the status of upgrading/ repair of SK Nanga Antaroh and SK Lepong Baleh Kapit.

Medical and Health Facilities

Tuan Speaker, after checking with Land and Survey, the site of Klinik Desa at Nanga Pelagus located at Lot 5, Block 1, Oya Land District, with land size of 1.244 hectare was acquired by the Government long time ago, that was on 21st October 2004 and I urge the Ministry of Health to consider in building this clinic. Other than this, Klinik Desa Ng Bena need urgent attention due to poor conditions.

Ketua Kaum/ Ketua Masyarakat Allowance

I understand any increase in allowances of Ketua Kaum/ Ketua Masyarakat will involve the State Government in extra financial expenditure. Since Ketua Kaum/ Ketua Masyarakat are part of us to disseminate information in the longhouses and kampong in the State, I suggest the allowance of Ketua Kaum - Tuai Rumah is increased to RM1,500 and Ketua Masyarakat - Penghulu is increased to RM2,000, Ketua Masyarakat - Pemanca to RM2,500 and Ketua Masyarakat - Temenggong to RM3,000. After all the minimum wage in Sarawak is RM1,500.

RGC for DUN N.61 Pelagus

Tuan Speaker, since the delineation of State Constituencies in 2015. Pelagus does not have a small town. Merit Sub District, Nanga Merit is already taken up by Belaga Constituency.

As such, I do hereby propose a Rural Growth Centre (RGC) at Nanga Pelagus for Pelagus Constituency. It is timely because it can be a gateway to Merit/ Anap/ Sangan and to Bintulu once the ferry service at Nanga Tulie is operating and the ongoing road construction cost RM280 million from Nanga Tulie to Nanga Pelagus is completed.

I am confident that this RGC will fast develop due to its strategic location nearby Pelagus Rapid, Pelagus National Park and where we can revive the abandoned Pelagus Resort. There are many tourist attractions nearby such as the longhouses nearby, jungle tracking and even we can build a cable car service to see the scenic view of Pelagus Rapid and supply of exotic fresh water fish such as local fish like empurau also can, tengada also can, labang also can, that is the local community can have the catch at that area, that will help to attract the tourists to the area. I earnestly hope that the Government will consider my request to create RGC for Pelagus.

Tuan Speaker, I conclude, I fully support our 2023 State Budget. May I take this opportunity to wish all Christians a blessed Christmas to come and everyone a Happy New Year 2023. Thank you.

Timbalan Speaker

Thank you, Ahli Yang Berhormat for Pelagus. I have on my list, next is Ahli Yang Berhormat for Kabong, Ahli Yang Berhormat for Engkilili, Ahli Yang Berhormat for Meluan, and lastly Ahli Yang Berhormat for Murum. Oh, Ahli Yang Berhormat for Tamin will be after Murum. Is there anybody else who wants to speak today, besides these, because… if that’s the list, then we proceed accordingly. Ahli Yang Berhormat for Kabong, please.

Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbillalamin. Saya memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya saya berpeluang dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sarawak bagi tahun 2023 dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Speaker, Dewan yang mulia, kita hari ini berbincang dan berbahas mengenai Belanjawan Tahunan Sarawak 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru; Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar; dan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, memperlihatkan Kerajaan Sarawak menambah baik setiap elemen polisi dan inisiatif bagi memastikan keperluan dan kehendak rakyat dipenuhi.

Belanjawan Sarawak 2023 bertemakan: Sarawak Didahulukan: Ke Arah Masyarakat Yang Inklusif, Makmur dan Harmoni” yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iCATS Ke-19 di sini pada Isnin lalu bukan sekadar rancangan fiskal untuk tahun 2023, tetapi juga demi masa depan Sarawak. YAB Premier telah mengetengahkan 11 teras strategik yang akan menjadikan Sarawak lebih selamat, lebih terjamin, lebih berdaya tahan dan lebih makmur ke arah mencapai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sebelum saya meneruskan perbahasan, saya mewakili penduduk kawasan iaitu DUN N.40 Kabong ingin merakamkan dan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang juga selaku Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas kemenangan cemerlang GPS apabila memenangi sebanyak 23 kerusi Parlimen daripada 31 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 minggu lepas. Ini cukup membuktikan sekaligus menggambarkan rakyat Sarawak sekarang begitu yakin dengan corak serta agenda pembangunan Gabungan Parti Sarawak dalam membangunkan kawasan-kawasan di Negeri Sarawak khasnya.

Tuan Speaker, melalui usul belanjawan yang diketengahkan, ia membawa harapan besar dan pada masa sama menjadi penggerak untuk rakyat bekerjasama dan memecut ke arah ekonomi negeri yang lebih sistematik dan pesat. Ini kerana bajet tersebut tidak membebankan rakyat malah memupuk pembangunan industri-industri di Sarawak dan belanjawan ini akan menjadi asas pada masa depan Sarawak dan dengan adanya dana kekayaan berdaulat Sarawak yang telah diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini, saya menganggarkan Sarawak akan menjadi lebih bebas dari segi kewangan di masa hadapan.

Tuan Speaker, penduduk luar bandar di Negeri ini khususnya di kawasan saya sendiri DUN N.40 Kabong amat memerlukan perhatian daripada Kerajaan untuk menggiatkan aktiviti pembangunan. Bajet 2023 ini bertepatan sekali dengan usaha berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan pengagihan yang seimbang dalam jangka panjang bagi pembangunan di seluruh negeri agar jurang antara bandar dan luar bandar dapat dirapatkan. Belanjawan Sarawak 2023 turut menggariskan matlamat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat khususnya menjadikan pemilikan rumah lebih mudah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Melalui inisiatif ini, sebanyak RM90 juta diperuntukkan pada Belanjawan Sarawak 2023 yang bakal memudahkan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) memiliki rumah menerusi inisiatif Skim Bantuan Rumah Panjang serta Skim Deposit Perumahan dan Bantuan Bayaran Balik (HDRAS) yang akan diteruskan pada tahun hadapan. Selain fokus meningkatkan peluang untuk pemilikan rumah, Kerajaan turut menyediakan bantuan sewa dan pembaikan rumah. Justeru itu, saya mencadangkan agar perumahan mampu milik ini dibina di DUN N.40 Kabong bagi melaksanakan impian kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 memiliki kediaman sendiri.

Tuan Speaker, saya ingin mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kawasan yang saya wakili iaitu DUN N.40 Kabong.

Ban Pecah di Empayang

Ban ini telah pecah lebih dari setahun dan masih belum dibaik pulih sepenuhnya hingga ke hari ini. Hingga ke hari ini, ban itu masih lagi dalam proses baik pulih. Walaupun ada usaha-usaha oleh agensi berkaitan untuk membaik pulih ban tersebut, akan tetapi kerosakan yang dialami oleh petani-petani di kawasan tersebut amatlah besar di mana tanaman mereka banyak musnah akibat kemasukan air masin ke dalam kebun mereka. Kelewatan membaik pulih ban tersebut adalah kerana terlalu banyak birokrasi yang harus dilalui oleh agensi pelaksana. Maka, saya meminta dalam keadaan sebegini rupa, kaedah-kaedah fast tracking hendaklah digunakan untuk meminimakan kerugian yang dialami oleh pekebun-pekebun.

Hakisan di Beberapa Lokasi Sepanjang Sungai Seblak

Akibat rempuhan air yang deras, banyak lokasi di sepanjang Sungai Seblak mengalami hakisan yang teruk dan banyak ban telah pecah. Banyak usaha telah dijalankan untuk menambah baik ban-ban yang telah pecah namun kekuatan air pasang surut tetap akan merosakkan benteng tebingan sungai dan memusnahkan ban disepanjang Sungai Seblak. Yang Amat Berhormat Premier telah bersetuju mengambil pendekatan dengan membina channel diversion untuk menyelesaikan permasalahan ini. Saya harap agensi yang telah dipertanggungjawab agar melaksanakan channel diversion dengan kadar yang segera dan janganlah berlengah-lengah lagi. Pagi tadi, saya menerima berita ada satu lagi kejadian ban pecah di kawasan Empayang.

Ancaman Pukat Tunda kepada Nelayan Pesisir Pantai

Nelayan-nelayan di Kabong merupakan nelayan pesisir pantai akan tetapi punca pendapatan mereka makin hari makin berkurangan akibat aktiviti-aktiviti para nelayan pukat tunda yang tidak menghiraukan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perikanan Laut yang mengharamkan pukat tunda di kawasan pesisir pantai. Apakah tindakan pasukan Maritim dalam membanteras aktiviti haram nelayan pukat tunda di perairan Pantai Kabong? Adalah diharapkan agar Kerajaan dapat menurunkan sukun tiruan di persisiran Pantai Kabong untuk mengelak aktiviti pukat tunda dari terus berleluasa.

Pembersihan Parit Kiri/ Kanan Jalan Nyabor ke Kabong

Penduduk-penduduk yang tinggal di sepanjang jalan ini kerap kali mengadu parit di sepanjang jalan tidak diselenggarakan dengan baik di mana pengaliran air tersekat-sekat mengakibatkan kekerapan banjir kilat. Agensi yang bertanggungjawab hendaklah lebih proaktif dan pembersihan parit hendaklah diselenggarakan sekurang-kurangnya setiap empat bulan sekali.

Balai Bomba untuk Kabong

Setiap kali kita menyuarakan permohonan untuk pembinaan Balai Bomba di Kabong, jawapan yang diberi ialah Kabong tidak memenuhi kriteria untuk pembinaan sebuah Balai Bomba. Adakah Kerajaan menggunakan kriteria itu untuk menafikan hak rakyat Kabong untuk mendapat sebuah Balai Bomba? Begitu banyak kebakaran telah berlaku dan baru-baru ini, 10-unit rumah kedai telah musnah dijilat api. Pasukan Bomba bila tiba di tempat kejadian, bukannya datang untuk memadam api tetapi untuk menonton rumah-rumah yang telah musnah dijilat api. Maka, demi keselamatan harta benda rakyat, saya merayu agar kriteria-kriteria atau syarat-syarat yang ditetapkan diberi kelonggaran agar Balai Bomba dapat akhirnya dibina di Kabong.

Projek-Projek yang belum bermula

Walaupun telah mendapat kelulusan, projek-projek berikut belum lagi bermula dan rakyat di Kabong ternanti-nanti untuk melihat projek-projek tersebut menjadi kenyataan.

(a) Bina baru Pejabat Daerah Kabong; (b) Bina baru Dewan Masyarakat Kabong; (c) Bina baru Masjid Daerah Kabong; dan (d) Anjung Usahawan.

Tuan Speaker, sejak dilaksanakan pada tahun 2018, MRP-PPRMS begitu banyak membantu penduduk di DUN N.40 Kabong. Sebanyak 251 penerima telah menerima manfaat projek ini sehingga penerima projek untuk fasa 1 tahun 2022. Tiada yang lebih menggembirakan selain daripada melihat penduduk atau penerima projek PPRMS tersenyum syukur menyaksikan rumah mereka yang telah siap dibaik pulih. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan GPS yang dipimpin oleh Premier Sarawak atas usaha meneruskan projek ini untuk membela golongan yang memerlukan bantuan membaik pulih rumah yang mana bajet pada tahun hadapan sebanyak RM80 juta disediakan untuk membantu golongan B40 membaiki rumah mereka yang daif.

Festival Layang-layang Antarabangsa Kabong (KIKF)

Tuan Speaker, penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa Kabong (KIKF) di Pantai Tanjung Kembang telah berjaya melonjakkan nama Daerah Kabong dalam peta pelancongan antarabangsa. Penganjuran festival antarabangsa yang merupakan edisi kedua telah dianjurkan dan berjaya melibatkan 30 buah negara termasuk beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia menyertainya.

Kita amat berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang menjawab soalan lisan daripada saya pada 22 November lepas menyatakan akan terus memberi sokongan serta suntikan dana yang boleh dipohon iaitu geran sokongan acara dan pesta untuk membantu penganjuran Pesta Layang-layang Antarabangsa Kabong yang berkaitan dengan pelancongan, kesenian dan kebudayaan.

Skim Pembesaran Kampung (SPK)

Tuan Speaker, pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) oleh Kerajaan Sarawak termasuk di DUN N.40 Kabong adalah merupakan salah satu inisiatif penting bagi menyediakan rakyat dengan kawasan penempatan yang lebih tersusun dan selesa.

Tuan Speaker, untuk makluman SPK Kampung Hulu Kabong bagi Fasa 1 akan mula diagih selewat-lewatnya Januari tahun hadapan. SPK Hulu Kabong Fasa 1 melibatkan kos sebanyak RM30 juta dengan 205 lot termasuk 200 lot kediaman di tapak seluas 61 ekar sudah selesai pada peringkat penyediaan tapak dan jalan-jalan masuk. Menerusi agensi pembangunan bahagian Betong (BDDA), kita telah memohon mencadangkan agar diwujudkan SPK Fasa 2 bagi memberi lebih peluang kepada penduduk kampung mendapatkan lot kediaman.

Pusat Aktiviti Warga Emas

Tuan Speaker, seperti yang kita sedia maklum, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak perdampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (Development) bagi golongan warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi Kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tuan Speaker, untuk makluman, pihak kita pada 5 November lalu telah menghantar surat cadangan penubuhan PAWE untuk kawasan N.40 Kabong kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Antara faktor utama yang mendesak penubuhan ini ialah berdasarkan pecahan purata umur yang bersumberkan daftar pemilih terkini (Ogos 2022), purata umur 51 hingga 60 tahun ialah sebanyak 14.9% bersamaan 2,143 orang dan purata umur 16% bersamaan 2,304 orang.

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di DUN N.40 Kabong

Tuan Speaker, izinkan saya untuk mencadangkan agar Kerajaan melalui berkaitan agar memberi perhatian khusus kepada pembangunan industri kecil dan sederhana di DUN N.40 Kabong. Ini adalah kerana Kabong mempunyai potensi dibangunkan sebagai industri desa berasaskan produk hasil tani seperti daripada rumbia, pokok apong dan lain-lain hasil tani yang masih lagi murah dari segi bahan mentah. Industri ini bertahan lama dan semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Saya mencadangkan Kerajaan membina satu pusat pengeluaran untuk menjenama dan memasarkan produk yang pelbagai ini.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat, your time is almost up. Your last point.

Penubuhan Betong Division Development Agency (BDDA)

Tuan Speaker, kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Premier Sarawak kerana meluluskan penubuhan BDDA dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Sudah tentu semua kawasan DUN dalam Bahagian Betong akan mendapatkan manfaat dari peruntukan itu dan sekaligus akan mempercepatkan pembangunan dalam kawasan DUN N.40 Kabong. Di antara projek yang dirancangkan ialah Kompleks Sukan Kabong yang akan dibina untuk belia-belia bergiat aktif dalam sukan. Selain itu, prasarana sukan di setiap pelosok kawasan N.40 Kabong akan dibina. Untuk melonjakkan daya tarikan pengunjung-pengunjung ke pantai Tanjung Kembang, sebuah medan selera akan dibina. Banyak lagi projek-projek yang bersifat People Centric akan dibina.

Tuan Speaker

Conclude.

I’m going to conclude, Tuan Speaker. Tuan Speaker, masalah pencapaian Internet. Seperti rakan-rakan yang lain yang berucap sebelum saya, saya juga mengalami masalah yang sama.

Tuan Speaker, akhir kata sebelum saya mengundur diri, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal, Krismas kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat serta semua yang meraikan perayaan ini dan di kesempatan ini juga, saya ingin menzahirkan penghargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak atas pembentangan Belanjawan Sarawak 2023 yang sentiasa memenuhi aspirasi rakyat Sarawak. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Kabong. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Perbekalan 2023 bagi Rang Undang-undang 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak pada 21 November 2022.

Tuan Speaker, please allow me to go into some local issues that has been dear to the people’s heart of my constituency, N.33 Engkilili, Sarawak as below:

Jalan Raya/ Jalan Perhubungan

Saya ingin memohon agar jalan raya/ jalan perhubungan di Rh Lidom, Sg Paya/ Rh. Upok di Ng Menjua/ SRK Ng Menjua/ Rh Mengga/ Panchor/ Rh Panjang di kawasan Emperan/ Rh Dau di Entalau/ SK Entalau/ Klinik Entalau/ Rh. Sawing di Merutih. Kesemua kawasan tersebut terletak di kawasan Ulu Skrang dan pertimbangan untuk membina jalan raya/ jalan perhubungan tersebut haruslah dipertimbangkan untuk dibina kerana sejak Malaysia merdeka, mereka tidak pernah menikmati pembangunan infrastruktur jalan raya kecuali jalan balak yang telah usang.

Di samping itu juga, saya memohon untuk membina jalan perhubungan di kawasan Rh Mulok di Kujoh ke kawasan Belawan kerana dengan adanya jalan tersebut akan membolehkan mereka untuk membangunkan tanah-tanah mereka untuk bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan kehidupan mereka. Jalan yang dicadangkan itu juga terletak di kawasan Ulu Skrang.

Saya juga memohon agar Jalan Simpang Sebeliau/ Ulu Skrang dimasukkan ke dalam Marris Projek agar jalan perhubungan tersebut dapat dinaiktarafkan demi keselesaan rakyat tempatan yang menggunakan jalan tersebut untuk kegunaan harian mereka.

Tuan Speaker, selain itu juga saya juga memohon agar mempertimbangkan untuk pembinaan jalan Nanga Belaie menuju ke Sungai Pinang, Pincoh, Tumbang, Keranggas, Pelo, Pulau dan Ulu Akup untuk kesenangan para penduduk di kawasan-kawasan tersebut.

Permohonan ini juga, semuanya terletak di kawasan Ulu Skrang. Tambahan, jalan raya haruslah di naik taraf kerana keadaan jalan raya yang sangat uzur yang sekarang keadaan jalan raya tersebut adalah jalan kelapa sawit yang digunakan sebagai jalan perhubungan utama. Jalan-jalan yang terlibat tersebut adalah di kawasan:

(a) Stuga; (b) Geligau; (c) Spalau; (d) Empelam; (e) Ensurai; (f) Basi; (g) Tekalong; (h) Tanjong; (i) Tawai; dan (j) Pak.

Kesemua ini terletak di kawasan Batang Ai, Engkilili. Permohonan ini memang saya telah bentangkan dan highlight setiap kali persidangan dewan tetapi setakat ini tidak ada jawapan dan tindakan seterusnya.

Jambatan

Tuan Speaker, kedua, saya memohon untuk pembinaan jambatan. Saya mencadangkan untuk membina Jambatan Entalau di Ulu Skrang. Jambatan ini nanti akan digunakan sebagai jalan perhubungan untuk menyeberangi Sungai Ulu Skrang ke kawasan rumah/ SK Ng. Entalau/ Klinik Kesihatan Ng. Entalau dan juga Rh Dau di Entalau. Selain daripada itu, saya mencadangkan agar jambatan juga dibina di Ng Merio, di antara hadapan bandar pasar Engkilili harus dipertimbangkan seperti yang saya sebutkan semasa permohonan dan ucapan yang lepas di Dewan yang lepas.

Bekalan Air Bersih

Tuan Speaker, nombor tiga ialah bekalan air yang bersih. Perkara masalah bekalan air bersih ini telah pun saya bincangkan dan dipohon sejak sekian lama, bermula dari RMK-9 dan sekarang bayangkan sudah masuk RMK-12, namun belum dapat diselesaikan oleh pihak Kerajaan. Kawasan-kawasan yang saya mohonkan untuk bekalan air bersih tersebut di kesemua kawasan-kawasan di Batang Air Hilir Engkilili/ Skrang Hilir Engkilili/ Kawasan Kaong dan Tisak serta kawasan-kawasan di Ulu Skrang.

Tuan Speaker, saya juga memohon agar pihak Kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan wad air bekalan air yang selalu terganggu di kawasan Engkilili, Sedarat dan Jelukong dan kawasan-kawasan yang sekitar tersebut.

Permohonan Bekalan Elektrik

Memohon agar projek-projek alaf ataupun yang telah lambat telah disenaraikan dalam senarai yang telah diluluskan untuk dibina dengan segeranya oleh pihak-pihak kontraktor yang ditawarkan untuk membinanya dengan kadar segera.

Klinik Skrang Skim Dan Fly Over Atau Jejantas

Saya memohon agar Klinik Skrang Skim dinaik taraf dan dibesarkan dari segi fizikal bangunan serta wad pesakit dan juga kuarters para kakitangan untuk menampung jumlah bilangan kakitangan yang meningkat dan juga untuk menampung jumlah pesakit yang tinggi.

Selain itu, memohon untuk membina jejantas yang menyeberangi jalan raya Pan Borneo Highway dari kawasan kampung-kampung ke Klinik Skrang Skim demi keselamatan para pesakit dan keluarga mereka untuk ke klinik. Hal ini kerana, ramai golongan tua yang selalu pergi ke klinik bersendirian dan berjalan kaki tanpa ditemani oleh ahli keluarga mereka. Dan rekod kemalangan jalan raya telah berlaku di kawasan tersebut. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pembinaan jejantas ini amatlah diperlukan dan harusnya dibina dengan kadar segera oleh pihak yang berkuasa.

Pusat Haemodialisis

Buat masa sekarang, ramai pesakit yang menghidapi sakit buah pinggang dan menjalani rawatan haemodialisis telah datang ke Betong Hospital untuk mendapatkan rawatan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan ini amat membebankan mereka dari segi jarak perjalanan ke Betong dan juga kos kewangan yang mereka perlu gunakan. Oleh itu, saya mencadangkan agar sebuah Pusat Haemodialisis Centre yang baharu dibinakan di Klinik Skrang Skim atau di Klinik Lubok Antu.

Menara Telekomunikasi

Tuan Speaker, saya mohon agar menara telekomunikasi di kawasan DUN Engkilili dibekalkan peralatan-peralatan seperti disarankan oleh ADUN yang lain, Yang Berhormat-Yang Berhormat wakil rakyat yang lain, supaya dapat berfungsi untuk kegunaan internet dan perhubungan komunikasi. Di samping itu, saya telah difahamkan oleh pemilik-pemilik tanah tempat menara telekomunikasi tersebut didirikan masih lagi belum diberi pampasan. Oleh itu juga, saya merayu kepada Kerajaan untuk mempertimbangkan perkara ini dengan kadar segera.

Skim Pinjaman Rumah Panjang (Housing Loan Rumah Panjang)

Saya memohon agar pihak HDC mempertimbangkan permohonan-permohonan untuk membina rumah panjang yang baharu bagi kawasan N.33 Engkilili dengan mengetepikan latar belakang politik. Hal ini kerana, jika rakyat dapat skim pinjaman rumah panjang ini dapat membantu mereka untuk menaiktaraf rumah kediaman mereka dan mereka juga dapat duduk di rumah mereka tanpa keadaan rumah yang daif.

Bangunan Sekolah/Kuarters Yang Usang

Memohon agar pihak Kerajaan menyelesaikan masalah-masalah di sekolah-sekolah di kawasan DUN Engkilili yang bangunan sekolah masih daif dan juga kuarters guru yang usang. Hal ini boleh memberi kesenangan kepada para cikgu yang mengajar jauh di pedalaman dan juga murid-murid yang belajar di luar pedalaman tersebut. Kasihan mereka.

Kos Kehidupan Tinggi

Pada masa kini, kehidupan rakyat amatlah sukar khasnya berkenaan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Harga barang kegunaan harian seperti baja dan racun pertanian serta barang makanan yang tinggi adalah isu yang sangat dirasai oleh setiap rakyat. Begitu juga harga komoditi seperti harga kelapa sawit, getah, lada yang sebelum ini merupakan sumber pendapatan ekonomi mereka dan kini telah terjejas dengan amat teruk.

Saya merayu kepada Kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian dengan kadar segera untuk mengatasi masalah rakyat seperti ini.

Peruntukan MRP dan RTP

Walaupun pihak PSB adalah merupakan parti pembangkang tetapi pihak kita tetap sedia menghulurkan tangan dan pandangan yang bernas untuk membangunkan Sarawak serta rakyatnya bersama Yang Amat Berhormat Premier.

Oleh itu, saya memohon kepada Kerajaan untuk menyalurkan peruntukan tersebut kepada setiap kawasan atau setiap wakil rakyat ADUN Sarawak yang telah dipilih oleh para pengundi untuk kemajuan rakyat dan keharmonian dan kestabilan Negeri Sarawak dari segi pembangunan secara menyeluruh.

Tuan Speaker, dengan ini saya menyokong penuh bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili. Ahli Yang Berhormat bagi Meluan, seterusnya Ahli Yang Berhormat bagi Murum dan yang akhir sekali, Ahli Yang Berhormat bagi Tamin. I shall call upon the Honourable Member for Meluan, please.

Thank you, Tuan Speaker for giving me the opportunity to debate on this Bill.

Tuan Speaker, the past two years has been very challenging for us, socially and economically. Never in our lifetime, we have seen such a devastating pandemic as COVID-19. Yet, we endure it and are still standing tall. Thanks to our fiscal discipline and prudent management of the Sarawak resources over the years under the GPS Government. Our huge reserve has enabled us to carry out BKSS and a lot of other assistance during COVID-19. We even introduced Post COVID-19 Development Strategy.

The proposed budget of RM10.797 billion with a surplus of RM238 million for 2023, has shown our consistent fiscal discipline.

GPS Government continued its policy to be a rural development-biased. Whereby, RM4.540 billion or 60% will be for the development in rural areas. We would like to accelerate the development in rural areas as fast and as effective as we can. This will ensure the people in rural areas like Meluan will be able to enjoy the facilities at par with those in the urban areas. With all the infrastructures in place, we will be able to tap the potential of our rich resources and the business will flourish and the rakyat will be able to generate more income. Meluan is still in needs of more infrastructure development projects.

It is my personal goal to connect all longhouses in Meluan with roads and bridges. I wish the Yang Amat Berhormat Premier can allocate more funds and to undertake the delayed projects from the Federal Government.

I would like to thank the Yang Amat Berhormat Premier, for his recent announcement to undertake the High-Level Water Tank Bukit Agok Project from the Federal Government with an allocation of RM78 million which will benefit 58 longhouses. Also, the development of Julau Waterfront and Dewan Mini Market with an allocation of the RM38 million and RM15 million respectively.

The rakyat in Meluan also very grateful with the announcement by the Yang Amat Berhormat Premier for SEDC Energy to build the petrol station in Julau. I hope, SEDC Energy will commence this project as soon as possible. This has been the plead from the rakyat in Meluan for a long time.

In addition to that, I would like to propose the road construction from Jalan Ulu Lijan to Rumah Changan.

I humbly proposed that the GPS Government to takeover from KPLB the construction of the long-awaited road from Nanga Entabai, Rumah Kiroh, Rantau Limau, Phase Two. We are growing impatient over the delayed projects from KPLB.

Another plead from the people in Meluan is the naked telecommunications tower. The rakyat in Meluan growing impatient, and I hope the relevant authorities take whatever actions needed to install these towers with the antenna or telecommunication disc to connect them to the digital world.

Apart from that, I am very happy that Pasar Julau now connected with fibre optic high-speed internet, I wish this could be extended further up to Nanga Entabai by 2023.

Tuan Speaker, Meluan is the main producer of Sarawak pepper and significant numbers of palm oil smallholders.

However, most of these pepper farms and palm oil smallholding has a very poor road access. Therefore, I would like to request for special Fund, Farm Road Development Fund not only for Meluan but the whole Sarawak. I noticed lately, Sarawak Land Development Board has carried out farm road projects and they deliver it efficiently. Unfortunately, I was told that the fund available is very limited. Therefore, I would like to propose more funds be given to them. In Meluan, I hope at least RM5 million can be allocated annually for this purpose.

Of late, the prices of commodity, pepper and palm oil are not encouraging. But the price of farm inputs has increased tremendously. I would like to see more creative efforts by the Ministry of Food Industry, Commodity and Regional Development to address this issue. Despite the Ministry announcement of incentive-based policy, I do hope in these difficult times, our farmers can still be given fertilisers and chemicals subsidies. I would like to take this opportunity to ask the Department of Agriculture to speed up the delivery of the announced RM60 million fertilisers assistance last year which is still not delivered to Meluan.

In addition to that, I would like to see more creative agriculture development project in Meluan, especially to uplift the pepper production into a thriving industry. Meluan is in a very strategic location and has good potentials to become the food production hub for the central region. Therefore, I would like to propose that Meluan to be included in Agroparks and precision farming parks planning.

Tuan Speaker, the inclusion of food security strategy in the Budget 2023 is very timely. It is time to improve our self-sufficiency amidst the growing tension and economic crisis globally. Over the years, we can see the decline in rice productions. We can hardly see new production areas. This may due most of the farmers shifted to more profitable crops. We need to create a new attractive scheme to encourage more farmers venture into rice productions. This is vital to our food security.

Tuan Speaker, the project delivery efficiency is vital. I would like to applaud the Yang Amat Berhormat Premier for his commitment to introduce Value Management Framework in our process of planning, evaluating and undertaking projects of a certain threshold. The people-centric projects must be given utmost priority and the delivery must be speed up. Us, the Yang Berhormat has done our job, that is to ensure there is budget available for the projects in our area. Now, the implementing agencies must upgrade themselves with necessary capacities and capabilities to ensure all the approved projects be delivered as per schedule.

On the other hand, more autonomy or empowerment should be given to Divisional JKR Office especially in Sarikei to ensure efficient implementation of people centric infrastructure projects. JKR HQ must delegate its responsibilities to Divisional JKR; be given more authorities rather than become "Reporter" to the JKR HQ. Think outside the box. Faham, we cannot rely solely on JKR. Maybe we can implement some of the projects through other State agencies, like the Sarawak Land Development Board or LCDA. Some projects are too small to be given full commitments and attention from JKR due to their overload of projects. These are my humble proposals.

Nonetheless, I would like to acknowledge the effort made by our Deputy Premier Yang Amat Berhormat Datuk Amar, who is the Minister of MIPD, working very hard since day one to initiate a lot of efforts to rescue the sick projects. Thank you, Yang Amat Berhormat Datuk Amar.

Tuan Speaker, another important issue I would like to raise here is the insufficient budget ceiling for certain projects. Most of the time, we allocate certain budget celling for road and bridges projects before we do the engineering design is some cases, the final engineering design could be more than allocated budget celling. For these certain cases, after the open tender, all the tenderers price much higher than estimated cost by the consultants. The process of obtaining additional budget ceiling could be lengthy. These are one of the major causes of delayed projects. I hope the relevant authorities could look into these and improve the efficiency of the process

Tuan Speaker, our Head of Departments also should emulate the Yang Amat Berhormat Premier leadership, to think outside the box to be more creatives and transform their respective ministries and departments. We are depending on them to deliver the development projects and assistance to the Rakyat. We anticipate huge allocations in years to comes for development by the GPS Government.

Therefore, the announcement in Budget 2023 to restructure our public sector for service delivery excellence is very timely. In strategic sectors, we should headhunt professional Sarawakians in the industry to join the civil service. We must do away with time-based promotion for the civil service, it must be on merit basis. There are young capable officers who perform exceptionally in their ministry or departments, they deserve to be promoted. The Civil Service should do more to attract professionals and talented Sarawakians.

Tuan Speaker, the Yang Amat Berhormat Premier’s ingenious revenue re-engineering initiatives has been proven fruitful, as we can see our projected revenue rise up to RM11.035 in 2023 compared to RM6.86 billion in 2017. The Yang Amat Berhormat Premier, not just a political maverick, he is an economical maverick. Under his leadership, it made our job easier as the Yang Berhormat. We are able to plan and accelerate the development in our area. In contrary to the claimed that Sarawak will go bankrupt, we continue to generate impressive revenues. As the saying goes "An empty vessel makes the loudest sound, so they that have the least wit are the greatest babblers." The State Budget Proposal for 2023 is true to its theme "Sarawak First: Towards an Inclusive, Prosperous and Harmonious Society". I beg to support the Bill. With that Tuan Speaker, I conclude my speech. Salam Sarawakku Sayang and thank you.

Timbalan Speaker

Thank you, Ahli Yang Berhormat for Meluan. Next is Ahli Yang Berhormat for Murum please.

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat petang, Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Atas Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan bagi Perbelanjaan 2023 yang dibentangkan oleh YAB Premier Sarawak: Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu di Dewan yang mulia ini pada 21 November 2022 yang lalu.

Dengan kesempatan ini, Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada YAB Premier atas kejayaan membentang Belanjawan bagi tahun 2023 yang bertemakan “Utamakan Sarawak: Ke Arah Keterangkuman, Kemakmuran dan Keharmonian Rakyat Sarawak.”

Bajet 2023 ini adalah “Development Oriented” dan “Rural Focused” kerana dari jumlah keseluruhan Bajet 2023 yang bernilai RM10.797 bilion diperuntukkan RM7.506 bilion digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan daripada itu diperuntukkan 60% iaitu RM4.540 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan di Luar Bandar.

Bajet 2023 ini juga merupakan satu anggaran bajet yang surplus kerana dijangka hasil unjuran pendapatan Negeri Sarawak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM11.035 bilion manakala jumlah perbelanjaan sebanyak RM10.797 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM238 juta akan dicatat sebagai lebihan surplus pendapatan Negeri Sarawak. Perolehan yang lebih tinggi ini dijangka dari punca aliran hasil baharu Negeri Sarawak di atas usaha gigih yang berterusan oleh YAB Premier Sarawak; dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu. Terima kasih, YAB Premier.

Tuan Speaker, ini jelas membuktikan kewibawaan dan kebijaksanaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan YAB Premier mentadbir urus Negeri ini dengan cekap. Kerajaan GPS memang komited bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak dapat tercapai dan menjadi Negeri termaju menjelang tahun 2030 demi kesejahteraan seluruh lapisan rakyat di Bumi Kenyalang yang bertuah ini.

Tuan Speaker, saya menyambut baik Bajet 2023 dan tentu sekali akan membawa berita baik kepada rakyat di pedalaman terutamanya kawasan saya di N.66 Murum kerana belanjawan ini sekali lagi adalah “Rural Focused Budget” dengan fokus kepada beberapa inisiatif di bawah 11 Strategic Thrusts selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 iaitu menjelang 2030, rakyat Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh data dan inovasi di mana semua rakyat akan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan. Merangsang Pembangunan Luar Bandar

Tuan Speaker, pembentukan Agensi-Agensi Pembangunan di bawah RECODA oleh YAB Premier amat tepat sekali bagi mempercepatkan pembangunan di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman secara terancang dan tersusun.

Di bawah Upper Rejang Development Agency (URDA) yang melibatkan kawasan N.66 Murum beberapa projek pembangunan termasuklah kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan air terawat fasa satu sedang dilaksanakan namun belum siap sepenuhnya lagi. Saya mohon agar agensi pelaksana mengambil tindak segera untuk menyiapkan projek-projek ini kerana rakyat tidak sabar lagi untuk menikmati kemudahan-kemudahan ini.

Seiring dengan Belanjawan ini, besarlah harapan saya agar Kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan khas yang secukupnya melalui URDA bagi melaksanakan projek-projek kemudahan asas ini di kawasan saya antaranya di Jelalong Tubau, Sg. Asap, Sg. Belaga, Long Urun, Metalun, Tegulang dan Sg. Linau yang belum lagi menikmati kemudahan asas ini.

Pembangunan Infrastruktur

Tuan Speaker, infrastruktur dan kebolehcapaian jalan raya ke kawasan pedalaman merupakan pemangkin (enablers) kepada kejayaan pelaksanaan PCDS 2030. Maka dengan itu saya mohon jasa baik Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), Jabatan Kerja Raya dan semua agensi yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan penyediaan keperluan asas rakyat di DUN Murum. Antara beberapa jalan yang sangat kritikal yang memerlukan tindakan segera adalah seperti berikut:

(a) Naik taraf Jalan Bekas Balak ke Ulu Jelalong, Tubau (88 km); (b) Naik taraf Jalan kampung (Feeder Road) ke 25 buah rumah panjang di Jelalong dan Tubau (45 km); (c) Naik taraf Jalan Bekas Balak ke Skim Penempatan Metalun (18k m) dan Skim Penempatan Tegulang (9 km); (d) Naik taraf Jalan Bekas Balak ke Lusong Laku (55 km); (e) Naik taraf Jalan Bekas Balak ke Long Lawen (15 km); dan (f) Naik taraf Jalan Bekas Balak ke Long Unan & Long Senep lebih kurang (15 km).

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jalan bekas-bekas balak ini merupakan jalan akses utama penduduk di kawasan ini dan keadaannya amat teruk dan tidak selamat untuk digunakan terutamanya musim hujan.

Tuan Speaker, Saya amat bersimpati dengan nasib rakyat kita di kawasan ini kerana kadang-kadang akses jalan ini terputus ekoran timber crossing yang sudah reput terjatuh. Saya telah menggunakan peruntukan MRP dan RTP saya untuk membantu namun ia tidak mencukupi maka penduduk terpaksa bergotong-royong membaikinya kerana tiada pilihan. Besarlah harapan saya agar Kerajaan memberi perhatian yang serius dalam perkara ini.

Permodenan Sektor Pertanian

Tuan Speaker, sektor pertanian tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan rakyat di kawasan luar bandar termasukklah di kawasan N.66 Murum. Oleh itu, saya ingin menyarankan agar pihak Kementerian Pemodenan Pertanian, terus membuat kajian yang komprehensif bagi mengenal pasti tanaman yang mempunyai nilai komersial yang berimpak tinggi yang boleh dimajukan di kawasan DUN Murum secara berskala besar (Commercial Scale) dengan menerapkan penggunaan teknologi pertanian moden selaras dengan visi dan misi Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak.

Dengan itu saya ingin mencadangkan beberapa sektor pertanian yang bernilai tinggi dan berpotensi memberi pulangan kepada petani kita seperti berikut: (a) Penanaman kelapa sawit dengan menyediakan “Mini Mill” untuk pekebun-pekebun kecil sawit kita di kawasan Tubau, Sungai Asap, Long Urun dan Murum; (b) Penanaman Lada Hitam secara komersial di kawasan Ulu Jelalong (Rh. Jeranding) dan juga di Sg. Linau (Lusong Laku); (c) Penternakan Haiwan (Livestock farming) secara komersial seperti penternakan khinzir (PFA) dan juga “Integrated Farming” di kawasan Tubau, Sungai Asap, Urun dan Murum; (d) Penternakan ikan dalam sangkar secara komersial di Tasik Bakun dan Tasik Murum; (e) Penanaman padi berskala besar dan komersial di kawasan sungai Linau terutamanya kawasan Lusong Laku; dan (f) Penanaman kopi berskala besar dan komersial di Asap dan Metalun.

Kemudahan Utiliti Asas

Tuan Speaker, kemudahan utiliti asas seperti bekalan air bersih terawat dan bekalan elektrik merupakan keperluan asas yang amat penting dan mustahak dalam kelangsungan hidup kita setiap hari. Namun, masih lagi terdapat rakyat kita yang belum menikmati keperluan asas ini khususnya bagi beberapa rumah panjang di kawasan Jelalong, Tubau, Long Bala, Long Koyan, Long Urun dan Sungai Linau. Saya memohon agar kementerian yang bertanggungjawab dapat memberi pencerahan berhubung dengan inisiatif yang telah diambil dan status pelaksanaan dalam menyelesai isu berkenaan bekalan kemudahan utiliti asas yang amat penting ini.

Transformasi Digital Ekonomi

Tuan Speaker, transformasi digital ekonomi ataupun transformasi digital adalah “game changer” ke arah negeri berasas digital ekonomi yang pastinya memerlukan infrastruktur digital seperti menara dan rangkaian sistem telekomunikasi yang baik dan stabil termasuk pemasangan fibre optic bagi mengoptimumkan capaian internet berkelajuan tinggi. Oleh itu, saya mohon agar lebih banyak infrastruktur digital dibina di kawasan-kawasan pedalaman termasuk di DUN Murum yang merangkumi kawasan-kawasan seperti Tubau, di Jelalong, Sungai Linau dan di Urun agar masyarakat kita tidak ketinggalan dalam agenda transformasi digital ekonomi ini.

Dalam pada itu, saya memohon agar Projek Perkampungan Digital (Digital Village) dengan High speed broadband internet di Skim Penempatan Sungai Asap disegerakan pelaksanaannya sebagai pemangkin bagi memacu sektor pertanian moden, eko-pelancongan, pendidikan dan kemudahan perbankan di pedalaman selaras dengan hala tuju PCDS 2030. Saya juga memohon agar Rural ICT dan Digital Training Programme dilaksanakan di DUN Murum selari dengan adaptasi Program Pertanian Pintar Sarawak 2023 bagi menggalakkan dan mengembangkan potensi petani dan usahawan tani kita di pedalaman.

Estet Perindustrian Kecil dan Anjung Usahawan

Tuan Speaker, selaras dengan program perindustrian Negeri yang sedang rancak melaksanakan pelbagai estet perindustrian kecil, maka saya ingin mencadangkan supaya sebuah estet perindustrian kecil dan anjung usahawan juga dibina di Daerah Kecil Sungai Asap dan Pekan Tubau yang mempunyai potensi bukan sahaja kerana lokasinya yang strategik tetapi di atas pemintaan yang tinggi daripada usahawan muda kita.

Pusat Komuniti “Rural Service Centre” (RSC)

Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan mewujudkan Pusat Komuniti atau Rural Service Centre (RSC) di Tubau, Metalun, Tegulang dan Lusong Laku bagi memperkasakan komuniti di luar bandar agar perkhidmatan Kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat di luar bandar ke peringkat akar umbi dengan baik.

Isu-isu Skim Penempatan Semula Bakun dan Murum

Tuan Speaker, saya ingin mengutarakan sedikit permintaan daripada rakyat kita yang telah memberi laluan kepada Projek Mega Empangan Hidroelektrik Bakun dan Murum di Skim Penempatan Bakun dan Murum. Perkara-perkara ini sekali lagi telah disuarakan pada pilihan raya PRN yang Ke-12 dan juga PRU Ke-15 yang lepas seperti berikut:

(a) Pemberian Tanah Gantian untuk Lot Pertanian yang tak sesuai; (b) Peruntukan Tanah Tambahan yang dijanjikan; (c) Permohonan Lot Kediaman dan Lot Pertanian bagi Keluarga Baru ataupun Extended Family; (d) Menyegerakan pembinaan Jalan Pertanian ke Lot Pertanian di BRS Sungai Asap (135 km); (e) Pengukuran Tanah Temuda, NCR dan NTD bagi tanah-tanah yang tidak tenggelam di Tasik Bakun; (f) Pembayaran pampasan kepada tuntutan tanah dan kuburan yang belum selesai; (g) Baik pulih rumah kediaman, mengganti pendawaian elektrik dan naik taraf sistem pembentungan di BRS Sg. Asap, MRS Tegulang and Metalun yang kian uzur; (h) Menyegerakan pembinaan jalan akses ke Skim Penempatan Metalun (18 km) dan Tegulang (9 km); (i) Menyegerakan pelaksanaan tanaman sara hidup bagi penduduk di Skim Penempatan Metalun dan Tegulang; (j) Pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) bagi 3,200 KIR dan Skim Penempatan Semula (SPS) bagi 850 KIR; (k) Membaik pulih dan menaik taraf dewan serbaguna dan mini stadium di BRS Sg. Asap; dan (l) Peruntukan untuk pembinaan Gereja Umum dan Pusat Roman Katolik (R.C.) di BRS Sg. Asap.

Tuan Speaker, saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan kita yang amat prihatin ini dapat mempertimbangkan dan menunaikan permintaan-permintaan daripada rakyat yang terkesan secara langsung dengan Projek Mega Hidroelektrik Bakun dan Murum demi kesejahteraan rakyat kita.

Ucapan Penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Premier

Tuan Speaker, I must congratulate our Yang Amat Berhormat Premier for his noble idea and farsighted vision to establish the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund by recognising the potential future depletion of the State’s natural resources and income derived from these resources intends to ensure that it can continue to financially support the future initiatives and development of the State which safeguards the interests of the future generations of the people of Sarawak and at the same time strengthen the State’s financial position.

Tuan Speaker, dengan penubuhan Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board ini, saya amat yakin dan tentu sekali akan mewujudkan satu lagi new revenue stream bagi menjana pendapatan untuk Negeri Sarawak sementara menabung secara berhemah demi menjamin masa depan generasi akan datang yang lebih cerah. Apabila pendapatan Sarawak bertambah, maka, pembangunan akan menjadi semakin rancak di seluruh Sarawak dan kebajikan rakyat akan lebih terjaga dan terjamin. Semangat yang tersirat dalam penubuhan Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak ikhlas dan komited untuk menunaikan janji manifesto GPS semasa PRN Ke-12 dan PRU yang lepas. Marilah kita semua rakyat Sarawak bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama untuk terus mendokong dan menyokong usaha murni kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak demi kegemilangan Sarawak.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Gabungan Parti Sarawak yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana telah berjaya memenangi 23 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan semasa PRU Ke-15. Ini membukitkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Sarawak ke atas kepimpinan Kerajaan GPS Sarawak. Syabas Yang Amat Berhormat Premier dan semua Ahli Parlimen yang telah menang pada PRU Ke-15. Tuan Speaker, untuk mengakhiri ucapan perbahasan ini saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Speaker dan Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana telah berjaya mengendalikan persidangan kita ini dengan begitu bijak, profesional dan cemerlang sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai, petugas-petugas Dewan yang mulia ini dan semua agensi Kerajaan baik persekutuan dan negeri yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas masing-masing.

Dengan kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2023 kepada seluruh rakyat Sarawak.

Dengan ini saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023. Sekian, terima kasih. God bless Sarawak.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Murum. Our last speaker this afternoon is, I got it, is Ahli Yang Berhormat bagi Tamin. Silakan.

Save the best for the last, Tuan Speaker. Thank you, Tuan Speaker for giving me this opportunity to debate on this budget. I wish to congratulate the Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak for tabling the Supply (2023) Bill, 2022 on the State Budget for the Year 2023. In his speech for the Budget 2023, the Yang Amat Berhormat Premier highlighted economic performance in year 2022 and reported that Malaysia’s overall economic recovery has been strong expanded by 9.3% in the first three quarters of 2022. Sarawak economic performance in 2022 expected to grow between 5.5% to 6.5% due to the support from strong external demands and improvement in domestic economic activities. In the manufacturing and services sectors, business activities continue to improve including transport and storage with growth in the passenger traffic and visitors. Over the period from January to August 2022, the number of visitors to Sarawak has increased to two million. This encouraging trend will be continued into year 2023.

Tuan Speaker, I like to highlight again in the first eight months of 2022, the volume of LNG exported increased by 3.8% compared to the corresponding period in 2021. With the expected higher output of natural gas, growth in the mining sector is projected at 2.7% in 2022. Agricultural sector growth is marginal with the production of crude palm oil increased by 1.3% in the first nine months of 2022. Crude palm oil price for 2022 is projected to remain strong ranging between RM4,500 per tonne to RM5,000 per tonne. Not forgetting, it was reported construction sector is projected to remain favourable at 5%, boosted by the implementation of Variation of Price (V.O.P) mechanism.

Tuan Speaker, the State’s revenue for 2022 has now been revised upward to RM10.159 billion from RM10.036 billion mainly due to favourable prices of oil and gas and as well as crude palm oil. Of the revenue projection, 95% or RM9.695 billion contributed by collection from State Sales Tax (SST), cash compensation in lieu of oil and gas rights, and dividend income. The State’s revenue for 2023 projected total amount of RM11.035 billion of which RM10.797 billion is for Development Expenditure and out of which RM3.997 billion is for Operating Expenditure. Hence, this budget proposal is a surplus budget.

Tuan Speaker, I would like to highlight the Honourable Members in this august House on the comparisons of other states in Malaysia budget 2022 in Malaysia. I took for example:

(a) Selangor approved budget for 2022 is for RM 2.34 billion; (b) Sabah approved budget for 2022 RM 4.6 billion; (c) Johor approved for budget 2022 only RM 1.958 billion; and (d) And then recently the Penang Government table budget for 2023 with deficit budget of RM467.12 million for expected revenue of RM522.35 million and approved budget for the 2023 for the Penang Government is RM989.47 million, this is deficit budget.

That show that the GPS Government under the leadership of the Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak has proven capable in managing the State of Sarawak with an expected revenue RM11.038 billion in 2023 and tabling budget 2023 of RM10.797 billion, this is surplus budget. Congratulations to all Sarawakians. Therefore, this is fitting for the 2023 State Budget proposal as per the themed as “Sarawak First: Towards an Inclusive, Prosperous, And Harmonious Society”.

The State fiscal strategy continues our balanced approach by managing debt prudently, reducing the deficits caused by COVID-19 expenditures, while rebuilding and revitalising the economy. This Budget is a foundation for Sarawak’s future, a financially responsible plan towards achieving economic prosperity with various initiatives introduced.

Among the strategic thrusts are:

(a) Creating Employment and Business Opportunities

Investment in infrastructure development to ensure the people have greater access to employment and business opportunities to improve their standard of living.

(b) Increasing Opportunity for the Home Ownership

Under the Longhouse Loan Scheme for the long house or rumah panjang where it offers interest free loan up to RM30,000 per door in the form of building materials to build or repair their units.

(c) Providing Assistance for the House Rental and Repair

An initiative to assist the B40 group to repair their dilapidated houses in improving their living conditions.

Tuan Speaker, I am in full support for the Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Bill, 2022 which was tabled by the Yang Amat Berhormat Premier on 22nd November 2022 in this august House. The proposed Sarawak Sovereign Wealth Fund would provide a long-term resource for investment and the income from fund could be used in social, environmental and economic development of Sarawak and its generations. It is projected that our Sarawak government are targeting saving of RM 8billion for the first year, RM 14 billion after 7 years, RM 27 billion after 14 years and RM 52 billion after 20 years. This saving will benefit our future generations.

Tuan Speaker, I would like to thank the Yang Amat Berhormat Premier during the gathering in Ngungun on 17th November 2022, the Right Honourable Premier had announced and approved the establishment of the new development agency namely RASCOM Development Agency or RASDA with approved budget of RM 1.5 billion.

RASDA would cover constituencies namely Machan, Ngemah, Tamin and Kakus. This is a reflection of the State Government’s inclusiveness in ensuring greater urban economic integration, expected to be better coordination and more effective projects implementation. I believe this agency would accelerate development within these areas. Thank you again GPS Government.

Tuan Speaker, now I would like to bring up in details on development in DUN N.59 Tamin. I would like to thank the GPS Government for the projects and now in various stages from tender process and construction stage.

However, the Selangau Mini Sport Complex is still incomplete and abandoned after COVID-19 in 2022 eh… 2020. This project is located at middle of Selangau Town and the signboard become eye sore to the public. This shows bad image to Government of the day non-completion project. It is my hope to see the project can commence and the construction can start as soon as possible.

Besides that, also many RTP projects such construction of futsal fields and multipurpose halls unable to take off due to the land issue not resolve. Therefore, I would like to appeal to Land and Survey to expedite approval of these project. Hence, these facilities will be benefitting the people from that area.

Infrastructure

Tuan Speaker, I would like to request the State Government for infrastructure development such as roads and bridges in DUN N.59 Tamin. These roads are main access road to connect to small towns within that area. The proposed road as follows:

(a) Upgrading abandoned logging road from Nanga Sekuau to Nanga Bunau Oya, Selangau; (b) Upgrade of abandoned logging road from Nanga Kua to Ulu Mukah; (c) Upgrade of gravel road Jalan Nanga Tajam Batang Oya; (d) Upgrade of logging road Jalan Sapudun Tanjong Taroh Selangau; and (e) Ugrade of gravel road of Jalan Igu Tamin, Selangau

Water supply

Tuan Speaker, I would like to request additional allocation for implementation station of water supply projects for the followings area:

(a) To upgrade Stapang Water Treatment Plant (WTP) and extension of pipeline within these areas; and (b) To upgrade the Selangau Water Treatment Plant (WTP) and laying of pipes along the Selangau-Bintulu road up to Arip, along Jalan Ulu Selangau road and along Jalan Dijih Baoh.

Electricity

Tuan Speaker, it is my regrets to mention the construction and completion of the Rural Electricity Supply (RES) Phase 3 last mile Selangau along Jalan Nanga Kua/ Jalan Ulu Mukah. This project no progress or abandoned. Therefore, I would like the Ministry to take the necessary action to expedite this project because this is needed by the local people.

Telecommunication Tower – Internet Coverage

Tuan Speaker, currently only 27 telco towers in Tamin which caused very poor or slow internet coverage in the rural areas. As we focus to move to a digital economy. Therefore, I request funds for construction of additional telco towers for better internet coverage in Tamin.

Education – Improvement for dilapidated schools

Tuan Speaker, in the proposed Budget 2023 highlighted Strategic Thrust Five: Developing Human Capital, as one of the initiatives is enhancing quality of education.

On this point, I would like to say we all want to help our children to reach their full potentials. Therefore, to achieve this, first, I think we need to provide interesting and safe environment to attract children to love schooling.

Hence, I seek for budgets to upgrade the dilapidated schools and this is to include schools which is deems to be unsafe in Tamin. I have identified a few schools which are:

(a) SK Nanga Arau, Ulu Mukah (b) SK Sungai Pelugau, Selangau (c) SK Sungai Buloh, Selangau (d) SK Nanga, Selangau (e) SK Nanga Kua (f) SK St Mark (g) SK St Mathew (h) SK Sebentik; and the last one is (i) SMK Ulu Balingian

I also would like request funds for construction of a new Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Selangau. Whereby at the moment the staff of the PDD Selangau renting an office at shophouses in Selangau.

Selangau New Township

Tuan Speaker, in view of rapid development in Selangau especially for the palm oil industry, Selangau town become crowded at the moment. Therefore, Selangau Town needs to expand to cater the increasing of population. Hence, I would like to the appeal to Government to establish the Selangau New township in the future.

Agriculture

Tuan Speaker, fast growing economic activities in Selangau such as vegetables, fruits, livestock and so on. These produces need to be stored or keep to maintain the quality. At the moment, no facility to preserve these products, therefore, I would like request for the establishment of the collection centre in Selangau.

Conclusions

Tuan Speaker, I am dedicated to bridge the development gap between the rural and urban and hence I am appealing for more funds to be approved in DUN N.59 Tamin.

For that I wish to inform this august House, I am giving my full support for the State Budget 2023 which was presented by the Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak on 21st November 2022.

Finally, to end my speech, I would like to wish a blessed Merry Christmas to all Christians and a Happy New Year to everyone. Thank you very much.

Timbalan Speaker

Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Tamin. Ahli-ahli Yang Berhormat, the sitting is now adjourned and the House shall resume its sitting at 9.00 a.m. tomorrow. Insya-Allah.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.38 petang)

‘HANSARD’ YANG DIBENTANG PADA 24 NOVEMBER 2022

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Timbalan Speaker

225/2022 Penyata Rasmi Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Kelima Belas – 28 November hingga 7 Disember 2005