Sarawak · 15 May 2023

19th Assembly, 2nd session, 1st meeting (unedited) · not final · 11 turns · 1,850 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSarawak publishes only unedited transcripts (Belum Disunting). The 19th Assembly was dissolved on 26 Oct 2026. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Tuan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi dan Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dif-dif kenamaan, Tuan-tuan dan Puan-Puan. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat berjumpa lagi di Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-19. Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat ke persidangan pada kali ini dan kepada semua yang hadir pada hari ini. Persidangan kita akan berlangsung selama lapan hari, mulai hari ini, Isnin, 15 hingga 24 Mei 2023, kecuali Sabtu, 20 Mei 2023 dan Ahad, 21 Mei 2023. Semoga kita dapat bersidang dalam suasana yang muhibah dan penuh bertatatertib.

Sidang Dewan yang dihormati sekalian, persidangan kita pada kali ini berlangsung di dalam bulan Syawal. Semangat sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi berkobar-kobar terasa dan suasana meriahnya masih berterusan. Dengan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di dalam dan juga di luar Dewan yang mulia ini. Maaf zahir dan batin.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak yang telah disambut pada 4 Mei 2023 kepada semua penganut agama Buddha. Sidang Dewan yang dihormati sekalian, sukacita saya 15 MEI 2023 mengumumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan hadir untuk menyampaikan ucapan kepada sidang Dewan pada pagi ini. Dengan itu, saya menangguhkan Mesyuarat Dewan sebentar untuk membolehkan saya mengiringi keberangkatan masuk Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Ragad Kurdi Taib ke dalam Dewan.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.23 pagi)

(Mesyuarat dimulakan pada pukul 11.30 pagi)

[Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, diiringi oleh Tuan Speaker, Timbalan Speaker, Setiausaha Dewan, Pemangku Timbalan Setiausaha Dewan dan Bentara Mesyuarat masuk ke Dewan Mesyuarat]

Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Tuan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Premier, Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan-tuan dan Puan-puan. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana dapat bersama lagi pada Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas pada hari ini. Saya berharap persidangan ini akan diadakan dalam suasana aman dan harmoni, seperti menjaga nama baik Dewan yang mulia ini. Kita telah pun terkenal kerana mempunyai sikap ini diseluruh Negara kita.

Tuan Speaker, saya amat gembira kerana politik Negara kita berada dalam keadaan stabil. Patik merafak sembah ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebijaksanaannya, beliau dapat menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

Pelantikan Perdana Menteri telah dapat dilaksanakan dengan teratur dan aman selalu melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Saya yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau dapat membangunkan negara dengan lebih cemerlang dan terbilang.

Saya gembira dengan sokongan Kerajaan Sarawak, Kerajaan Perpaduan telah dapat dibentuk. Insya-Allah, Kerajaan yang stabil pasti dapat membawa kemakmuran kepada Sarawak. Ini sudah menjadi cara kita hidup kerana percampuran di antara semua kaum dalam Negeri ini adalah cukup baik kerana mereka tahu, dan yakin hubungan erat Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan akan terus membawa banyak kebaikan kepada rakyat seluruh negara.

Saya berharap Kerajaan Perpaduan dapat segera menyelesaikan tuntutan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan IGC, Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan. Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan terus melaksanakan pembangunan di Sarawak untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang baik, membangun infrastruktur asas, menjaga kebajikan Sarawak dan meningkatkan tahap keselamatan khususnya kawasan sempadan.

Tuan Speaker, saya bersyukur kerana tahun ini kita akan merayakan ulang tahun ke-60 Kemerdekaan Sarawak. Tema, “Sarawak Maju Makmur” amat bertepatan. Sejak 60 tahun, banyak kejayaan telah kita capai dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Tidaklah dapat diwaham lagi bahawa tempat kita di dalam Malaysia ini telah pun menjamin keteguhan kita dalam masyarakat yang berbilang kaum dan kita mempunyai pergaulan yang cukup baik. Marilah kita sama-sama menghargai sumbangan para pejuang kemerdekaan Sarawak. Begitu 15 MEI 2023 juga sumbangan pemimpin-pemimpin yang telah membawa kestabilan dan pembangunan yang kita nikmati sekarang.

Saya gembira kerana pelbagai program dianjurkan sempena sambutan perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka. Perayaan ini sudah pasti mengukuhkan lagi semangat perpaduan di antara kaum kita yang cukup ramai dan bertaburan di kawasan bandar, di tengah, di luar bandar dan dekat sempadan dengan jiran-jiran yang lama kita kenal seperti Republik Indonesia dan saudara kita Sabah.

Syabas kepada Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, kerana berjaya memulihkan ekonomi sejak pandemik COVID-19. Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bernilai RM6.7 bilion telah banyak membantu rakyat yang terkesan. Saya yakin melalui Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030, Sarawak akan menjadi ekonomi maju, yang kita dapat sama-sama banggakan. Banyak inisiatif pembangunan strategik seperti ekonomi digital telah melonjakkan ekonomi Sarawak.

Saya gembira kerana Kerajaan Sarawak meneroka ekonomi baharu. Strategi ini mampu meningkatkan ekonomi dan hasil Sarawak.

Syabas kepada Kerajaan Sarawak kerana ekonomi baharu berasaskan teknologi hijau telah menarik banyak pelaburan ke Sarawak. Usaha ini membantu, menjaga dan memelihara alam sekitar kita.

Saya juga menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak meningkatkan penyelidikan dan pembangunan ke atas sumber asli Sarawak. Perniagaan karbon dan penyelidikan oleh Sarawak Biodiversity Centre telah menghasilkan sumber ekonomi baru yang akan menggandakan bukan sahaja pendapatan Sarawak tetapi bakat anak-anak Sarawak khususnya dalam bidang perkhidmatan dan kesihatan.

Saya juga mengalu-alukan usaha Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan. Saya yakin usaha ini akan menjadikan Sarawak pengeksport makanan utama. Ia juga dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan petani.

Tuan Speaker, Sarawak mengamalkan ekonomi terbuka. Banyak peluang perniagaan dan pekerjaan berkualiti disediakan. Saya menyeru rakyat terutama golongan muda untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran. Ini penting untuk meningkatkan daya saing kita merebut peluang ini. Ia juga penting bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.

Syabas kepada Kerajaan Sarawak kerana berjaya menubuhkan Sekolah Antarabangsa, Universiti dan Institusi Kemahiran. Usaha ini mampu menghasilkan modal insan Sarawak yang berkualiti khususnya kepada generasi muda.

Tuan Speaker, saya gembira kerana Kerajaan Sarawak melaksanakan banyak program dan bantuan kebajikan kepada rakyat. Saya juga gembira Program Kebajikan juga dilaksanakan oleh Badan Bukan Kerajaan, syarikat dan individu. Semangat ini harus kita sentiasa pelihara.

Syabas kepada Kerajaan Sarawak kerana sentiasa saksama dengan semua kaum. Hak rakyat sentiasa dipelihara sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Dasar ini merupakan tonggak perpaduan dan toleransi kaum. Sama-samalah kita meraikan perpaduan dalam kepelbagaian.

Tuan Speaker, marilah kita sama-sama menjadikan Sarawak terus maju dan makmur agar kita dapat hidup dengan aman demi generasi kini dan akan datang.

15 MEI 2023 Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat beragama Islam, Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha dan Selamat Hari Gawai kepada masyarakat Dayak. Semoga amalan kunjung-mengunjung semasa perayaan terus disemai. Saya nampak ini adalah satu daripada asas kita menyatupadukan semua rakyat dalam bidang politik, bidang sosial dan bidang pergaulan.

Dengan lafaz Bismillaahirrahmaanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

[Bacaan Doa oleh Sahibul Fadilah, Imam Besar Negeri Sarawak]

Tuan Speaker

Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Bagi pihak Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan dan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas pada pagi ini

Ahli-ahli Berhormat, sesi bergambar untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan diadakan di anjung hadapan bangunan ini sejurus selepas Majlis Jamuan Makan Tengahari. Dewan akan bersidang semula pada jam 9.00 pagi pada esok hari, Selasa,16 Mei 2023.

[Keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib meninggalkan Dewan Mesyuarat]

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.59 pagi)

LAPORAN-LAPORAN, ‘COMMAND PAPERS’, ‘HANSARD’ DAN ‘VOTES AND PROCEEDINGS’ YANG DIBENTANG PADA 15 MEI 2023

Premier Sarawak

Tuan Speaker

1/2023 Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) - Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 2/2023 Bintulu Development Authority (BDA) - Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 3/2023 Bintulu Development Authority (BDA) - Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 4/2023 The Board of Trustees of Yayasan Sarawak Annual Report for the year ended 31st December 2021

Menteri Kewangan Dan Ekonomi Baru

Tuan Speaker

5/2023 Second Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure for the Year 2022 (Cmd. 1 of 2023) 6/2023 Memorandum on the Second Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure for the Year 2022 (Cmd. 2 of 2023) 7/2023 Second Supplementary Estimates of Development Expenditure for the Year 2022 (Cmd. 3 of 2023) 8/2023 Memorandum on the Second Supplementary Estimates of Development Expenditure for the Year 2022 (Cmd. 4 of 2023) 9/2023 First Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure for the Year 2023 (Cmd. 5 of 2023) 10/2023 Memorandum on the First Supplementary Estimates of Ordinary Expenditure for the Year 2023 (Cmd. 6 of 2023) 11/2023 First Supplementary Estimates of Development Expenditure for the Year 2023 (Cmd. 7 of 2023) 12/2023 Memorandum on the First Supplementary Estimates of Development Expenditure for the Year 2023 (Cmd. 8 of 2023) 13/2023 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak 2021 14/2023 Laporan Ketua Audit Negara Negeri Sarawak Tahun 2021: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri 15/2023 The Loans and Loan Guarantees Ordinance 1999: Details of Agreements Relating to Borrowings by the State for the Year 2021 And 2022

Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar

Tuan Speaker

16/2023 Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) - Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 17/2023 Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) - Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 18/2023 Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan - Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 19/2023 PTB Tabung Amanah Pembangunan Bandar bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 20/2023 Jabatan Tanah & Survei Sarawak - Penyata Kewangan Tabung Perolehan Tanah Khas bagi tahun berakhir 31 Disember 2021

Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan

Tuan Speaker

21/2023 Statement Of Receipt and Repayment for Sarawak Microcredit Scheme Trust Fund for the Year Ending 31st December 2021

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Tuan Speaker

22/2023 Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 - Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) 23/2023 Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 - Majlis Bandaraya Miri 24/2023 Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 - Majlis Daerah Lundu 25/2023 Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 - Majlis Daerah Simunjan

Menteri Pengangkutan

Tuan Speaker

26/2023 PTB Tabung Bendungan Sungai-sungai Sarawak bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 27/2023 PTB Akaun Amanah Dana Boya dan Api Negeri Sarawak bagi tahun berakhir 31 Disember 2021

Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi

Tuan Speaker

28/2023 Lembaga Air Sibu - Laporan Tahunan 2019

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Tuan Speaker

29/2023 Penyata Rasmi Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Kesembilan Belas – 21 November 2022 hingga 1 Disember 2022 30/2023 Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) - 21 November 2022 hingga 1 Disember 2022 31/2023 Pertanyaan-pertanyaan Bukan Lisan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kesembilan Belas – (21 November hingga 1 Disember 2022) 32/2023 Pertanyaan-pertanyaan Bukan Lisan Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kesembilan Belas – (17 hingga 26 Mei 2022) 33/2023 Pertanyaan-pertanyaan Bukan Lisan Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelapan Belas – (04 hingga 13 November 2019) 34/2023 Laporan Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Ke-55