Sarawak · 10 May 2024

19th Assembly, 3rd session, 1st meeting (unedited) · not final · 135 turns · 43,854 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSarawak publishes only unedited transcripts (Belum Disunting). The 19th Assembly was dissolved on 26 Oct 2026. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Tuan Speaker

Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi dan Salam sejahtera.

Ahli-ahli Yang Berhormat bagi pihak Dewan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier; Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan Ahli Yang Berhormat bagi N.14 Batu Kawah yang telah menerima Clinical Research Malaysia Leadership Award in conjunction with Clinics Trials Day & CRM Trial Connect 2024 pada semalam, 9 Mei 2024 di Kuala Lumpur.

Ahli-ahli Yang Berhormat, I have granted leave of absence under Standing Order 81 to Yang Berhormat Dr Annuar bin Rapa’ee, Deputy Minister for Higher Education and Innovation and Member for N.55 Nangka for todays’ sitting.

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan LisanQuestions

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong, Machan.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 201.

Permohonan melalui program RES Last Miles, SARES dan ALAF

(201) YB Encik Allan Siden Gramong bertanya kepada Menteri Utiliti dan Komunikasi: Apakah status projek dan apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan melalui Program RES Last Miles, SARES dan ALAF khususnya di kawasan ulu seperti Ulu Poi dan Ulu Machan, Kanowit?

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji JunaidiPBB · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) · Pantai Damai

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih, Yang Berhormat bagi Machan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Machan, projek bekalan elektrik khususnya di kawasan Ulu Poi dan Ulu Machan di Kanowit sedang dilaksanakan di bawah skim, Rural Electrification Scheme atau RES Last Miles Fasa 2 dan Fasa 3 yang dijangka siap pada penghujung tahun ini. Untuk kawasan Ulu Poi, tujuh projek telah siap sepenuhnya manakala lima projek lagi masih dalam peringkat pelaksanaan. Projek ini akan memberi manfaat kepada 234 isi rumah apabila siap sepenuhnya nanti.

Bagi kawasan Ulu Machan pula, sebelas Projek RES Last Miles telah dilaksanakan. Daripada jumlah ini, lapan projek telah siap sepenuhnya manakala tiga projek lagi masih dalam pelaksanaan. Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 189 isi rumah apabila siap nanti.

Untuk projek SARES ataupun Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme, hanya satu projek SARES telah siap dilaksanakan di kawasan Machan, iaitu di Rumah Langit anak Angol, Nanga Bilat Sungai Poi, Kanowit. Manakala bagi projek ALAF ataupun Additional and Late Applicant Fund, setakat ini 51 buah rumah panjang dan premis telah dikenal pasti untuk pelaksanaan. Daripada jumlah ini sebanyak 14 projek ALAF telah siap sepenuhnya dan 37 projek lagi masih dalam peringkat survei dan peringkat menyiap reka bentuk.

Bagi mempercepatkan proses permohonan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar pula, kementerian kami telah menambah baik proses sedia ada. Pengesahan dan kesesuaian rumah dapat dikenal pasti di peringkat awal bagi memendekkan masa untuk kerja-kerja survei di tapak. Terima kasih, Tuan Speaker.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan tambahan.

(a) Berapakah jumlah kos pelaksanaan projek RES Last Miles di Ulu Poi dan Ulu Machan? dan

(b) Nyatakan nama rumah panjang yang masih dalam pelaksanaan di bawah projek RES Last Miles di Ulu Poi dan Ulu Machan.

Terima kasih.

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji JunaidiPBB · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) · Pantai Damai

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Machan.

Untuk jawapan soalan yang pertama, jumlah kos pelaksanaan bagi projek RES Last Miles untuk kedua-dua kawasan, iaitu Ulu Poi dan juga Ulu Machan di kawasan Kanowit, jumlahnya adalah sebanyak RM24 juta manakala untuk soalan kedua, antara rumah panjang yang masih dalam pelaksanaan untuk pelaksanaan projek RES Last Miles ini, kedua-duanya di kawasan Ulu Poi dan Ulu Machan.

Untuk Ulu Poi ialah Rumah Sait, Rumah Linda, Rumah Umau, Rumah Tarang dan Rumah Ghani. Manakala yang masih dalam pelaksanaan untuk kawasan Ulu Machan ialah Rumah Engkayau, Rumah Sandah dan Rumah Lajang. Terima kasih, Tuan Speaker.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Billy Sujang, Opar.

Terima kasih, Tuan Speaker.

Manchester United masuk gua, Membawa roti untuk kudapan, Soalan saya nombor 202, Silakan pak menteri beri jawapan.

Penyukatan Tanah NCR

(202) YB Encik Billy anak Sujang bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar: Terdapat sebanyak 58 buah kampung dalam DUN Opar. Liputan penyukatan tanah NCR di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 18 masih lagi rendah. Apakah perancangan kementerian agar penyukatan tanah ini dapat dipercepatkan untuk mencapai liputan penyukatan sehingga 100%?

Datuk Haji Len Talif SallehPBB · GPSTimbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar · Kuala Rajang

Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Opar. Dan maaf, saya tak, sik pande berpantun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Opar, setakat 31 Mac 2024 tahun ini, sebanyak 29 kawasan kelulusan lebih kurang 14,662 hektar atau 36,230 ekar telah diluluskan untuk pengukuran perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu peringkat pertama dalam kawasan DUN Opar.

Daripada jumlah itu, 23 kawasan berkeluasan 11,271 hektar atau 27,851 ekar tanah telah siap diukur. Dua kawasan lagi berkeluasan 1,203 hektar atau 2,973 ekar sedang diukur. Manakala, empat lagi kawasan berkeluasan 1,998 hektar atau 4,937 ekar akan diukur dalam masa terdekat. Melalui peringkat kedua program tersebut pula, sebanyak tujuh kawasan telah diluluskan untuk pengukuran lot individu. Daripada jumlah itu, satu daripadanya berkeluasan lebih kurang 159 hektar atau 393 ekar telah siap diukur. Lima lagi kawasan berkeluasan 3,416 hektar atau 8,441 ekar sedang diukur manakala 2,058 hektar atau 5,085 ekar daripadanya telah siap diukur melibatkan 2,048 lot. Satu lagi kawasan berkeluasan lebih kurang 271 hektar atau 670 ekar akan dimulakan pengukuran tertakluk kepada kesediaan penuntut tanah di lapangan.

Manakala di bawah Pengukuran Kampung Tradisional pula, sebanyak 35 kampung telah mengemukakan permohonan bagi pengukuran dan pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh buah kampung telah diluluskan. Dua daripadanya telah siap diukur dan lima lagi akan dimulakan pengukurannya. Manakala permohonan bagi 28 kampung lagi sedang dalam pelbagai peringkat proses semakan.

Bagi mana-mana kampung lain yang belum lagi dimasukkan dalam program pengukuran tersebut, ketua kaum dan ketua masyarakat boleh mengemukakan permohonan mereka kepada Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching.

Bagi memastikan pengukuran tanah NCR diproses dan dilaksanakan dengan berkesan, penuntut-penuntut tanah mestilah bersedia untuk tanah mereka diukur dengan mengenal pasti sempadan tanah masing-masing, memastikan tanah yang dituntut bebas daripada pertikaian dan hadir semasa pengukuran di lapangan. Seterusnya penubuhan jawatankuasa tanah atau land committee dalam kalangan penuntut tanah adalah amat digalakkan dalam membantu kerja-kerja persediaan sebelum, semasa dan selepas pengukuran dilaksanakan. Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan tambahan.

(a) Bagi 23 kawasan yang telah siap diukur parameter, apakah status pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan-kawasan tersebut? dan

(b) Apakah proses yang perlu dilalui bagi pengeluaran surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak setelah ia diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak? Terima kasih.

Datuk Haji Len Talif SallehPBB · GPSTimbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar · Kuala Rajang

Terima kasih sekali lagi, Tuan Speaker dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Opar.

(a) Untuk menjawab soalan pertama, setakat 31 Mac 2024, daripada 23 kawasan yang telah siap diukur perimeter, sebanyak 17 kawasan berkeluasan lebih kurang 7,324 hektar atau 18,99 ekar telah diwartakan sebagai Rezab Komunal Bumiputera pertanian di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak manakala baki enam lagi kawasan sedang dalam pelbagai peringkat proses pewartaan; dan

(b) Bagi menjawab soalan kedua, bagi kawasan yang telah siap diukur perimeter dan diwartakan di bawah Rizab Komunal Bumiputera pertanian di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak, penuntut tanah yang bersedia untuk tanah mereka diukur secara lot individu hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis untuk pengukuran dan pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.

Setelah kawasan tersebut siap diukur secara lot individu, Jabatan Tanah dan Survei akan menyediakan jadual tuntutan tanah hak adat bumiputera. Jadual tuntutan itu akan dipamerkan di tempat-tempat umum seperti surau, gereja, dewan dan balai raya selain turut dipamerkan di pejabat daerah selama 30 hari. Paparan jadual tuntutan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mereka yang berkepentingan untuk menyemak jika terdapat sebarang kesilapan dalam jadual tuntutan sebelum surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dikeluarkan.

Tuan Speaker, maklumat-maklumat ini adalah penting bukan sahaja untuk Ahli Yang Berhormat bagi Opar dan warga Opar tetapi untuk kesemua warga Sarawak yang relevant dan boleh dimanfaatkan kepada semua yang berkepentingan. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Friday anak Belik, Krian.

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat pagi, Salam sejahtera. Soalan saya no. 203.

Cadangan Pembinaan Jambatan ke Rumah Jantai, Lubok Nibong Awik, Saratok

(203) YB Encik Friday anak Belik bertanya kepada Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak: Apakah status terkini cadangan pembinaan jambatan ke Rumah Jantai, Lubok Nibong Awik, Saratok yang telah diluluskan di bawah peruntukan RMK-12 oleh KKDW sejak beberapa tahun yang lalu?

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSSadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Krian, cadangan pembinaan jambatan ke Rumah Jantai, Lubok Nibong Awik, Saratok telah diluluskan di bawah Program Jambatan Luar Bandar (JMLB) dalam Rolling Plan 2, RMK-12. Pertapakan, iaitu siting telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri (State Planning Authority) pada Disember tahun lepas, Disember 2023 dan buat masa ini, projek ini adalah di peringkat pelantikan jururunding.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan tambahan.

(a) Bilakah projek pembinaan jambatan ini akan bermula? dan (b) Apakah skop kerja dan kos bagi projek ini?

Terima kasih.

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSSadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Krian atas dua soalan tambahan.

(a) Projek membina jambatan Rumah Jantai, Lubok Nibong Awik, Saratok ini akan dijangka bermula pada suku pertama tahun 2025; dan

(b) Skop kerja bagi projek ini adalah merangkumi pembinaan jambatan konkrit, iaitu to reinforce concrete bridge menuju ke Rumah Jantai dari Jalan Ulu Awik sepanjang 70 meter dengan kelebaran 4.5 meter dan kos projek ini yang telah diluluskan adalah berjumlah RM4 juta.

Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Lidam anak Assan, Katibas.

Encik Lidam anak AssanPBB · GPSKatibas

Thank you, Tuan Speaker. My question is no. 204

Reduce Poverty in Song District

(204) YB Encik Lidam anak Assan to ask the Premier of Sarawak: Considering that Song District has been declared as one of the poorest districts in government as per DOSM 2020 data, what steps have the Minister taken to reduce poverty within the district?

Dato Sri Hajah Fatimah AbdullahPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti · Dalat

Tuan Speaker, Yang Berhormat bagi N.62 Katibas is asking about the poor in the Song District, considering that Song District has been declared as one of the poorest districts in Malaysia, as per DOSM 2020 data. What steps have the Ministry taken to reduce poverty within the district?

Tuan Speaker, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Katibas, the Sarawak Government is undertaking multi-dimensional approach to tackle poverty issues especially in the rural areas. This includes the provision of basic infrastructures and utilities, capacity building, access to health and education services, housing, and various socioeconomic projects.

Under the 12th Malaysia Plan, the Sarawak Government has allocated RM27.12 million to implement various socioeconomic projects in Song District. These include RM24.9 million for 116 projects under Rural Transformation Project (RTP) and RM1 million for 129 projects under Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS). In addition, a sum of RM1.22 million has been allocated for socioeconomic development in Song District under the Upper Rajang Development Agency (URDA). These include entrepreneurship programmes, inland fisheries development programmes, skills training, and community support programmes for poor households in the Song District.

Tuan Speaker, in addition to that I would like to mention here at the micro level, various assistances are given specifically to benefit the poor. In the Song district as of March 2024, 739 individuals from poor families received monthly financial assistance through the Jabatan Kebajikan Masyarakat under various schemes such as:

(a) Bantuan Warga Emas – RM500 per month; (b) Bantuan Kanak-kanak (it ranges from RM150 – RM1,000); (c) Bantuan Pekerja OKU – RM450; (d) Penjagaan Pesakit Terlantar / OKU Terlantar – RM500 per month; (e) Bantuan OKU tidak bekerja – RM350; and (f) Bantuan Am – RM250 – RM300 per month

I would also like to mention here through various initiatives by the Sarawak Government and implemented through our Ministry in the Song district, 26 buah Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak that is taska and tadika, menerima geran tahunan khas sebanyak RM5,000 setahun dan tujuan geran khas tahunan ini antaranya adalah untuk memberi makanan seimbang kepada setiap kanak-kanak yang berada di taska dan di tadika. Obviously, this also benefits our children from the poor families.

I would also like to mention here, as of April 2024, 508 children di Daerah Song, in the Song District have successfully opened an account through the Endowment Fund Scheme. As of April 2024, 327 mothers, ibu yang telah bersalin juga telah mendapat bantuan sebanyak RM450 seorang.

Encik Lidam anak AssanPBB · GPSKatibas

Thank you, Minister. Since you have given very detailed answers. In fact you have already preempted my questions. However, I have requested here that if you can furnish us with the lists of the hardcore poor and the poor so that we can provide direct intervention to reduce the incidents of poverty, both absolute and relative poverty.

I think, secondly, I would like to suggest also since the data collected by the Department of Statistics in 2020, it’s about four years ago. I think it is timely that we recalculate or recalibrate again what is that status after what we have done so far. I think listening to the Minister, we have done quite a lot. However, we cannot leave the statistic open ended It must be calculated or recalibrated further so that we can provide another form, if any, form of intervention to reduce this incident because we know that Sarawak has achieved high income state and become the subject of the poor people? Why we are poor, what the government has been doing to assist us. So, if I have the opportunity, Minister, to work with you on this. Thank you.

Tuan Speaker

That is a very long supplementary question. (Laughter).

Dato Sri Hajah Fatimah AbdullahPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti · Dalat

Tuan Speaker, I am not sure whether it’s a question or a comment actually.

Tuan Speaker

It’s a comment.

Dato Sri Hajah Fatimah AbdullahPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti · Dalat

It’s a comment. It’s an opinion and we appreciate it. Tuan Speaker, we appreciate that opinion and that we are very glad to work together with the Yang Berhormat bagi Katibas. Thank you.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Wilson anak Ijang, Pelagus.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 205

Sekolah di Daerah Kapit

(205) YB Encik Wilson Nyabong anak Ijang bertanya kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat:

(a) Berapa buah sekolah di daerah Kapit yang belum disambung dengan kuasa elektrik melalui grid? Dan (b) Apakah status pembinaan SK Pelajau Kapit?

Datuk Francis Harden anak HollisSUPP · GPSTimbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat) · Simanggang

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Pelagus,

(a) Terdapat tiga buah sekolah di Bahagian Kapit, iaitu SK Nanga Tiau, Baleh, SK Lubok Mawang, Baleh, dan SK Sungai Menuan, Bukit Goram yang belum disambung ke grid elektrik dan masih menunggu genset; dan

(b) Bagi cadangan projek SK Pelajau Kapit, projek tersebut telah dibatalkan dan dicadangkan dengan pembinaan SMK Goram dalam RMK12 RP-5.

Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan tambahan.

(a) Apakah status terkini projek-projek penyambungan grid elektrik ke sekolah-sekolah lain di Bahagian Kapit? dan (b) Mengapakah Projek SK Pelajau dibatalkan?

Datuk Francis Harden anak HollisSUPP · GPSTimbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat) · Simanggang

Terima kasih, Tuan Speaker. Jadi untuk menjawab soalan-soalan tambahan. Pertama, Projek Penyambungan ke Grid Elektrik di lima buah sekolah, iaitu SK Nanga Peraran, Pelagus, SK Sungai Tunuh, Baleh, SK Nanga Merit, Belaga, SK Nanga Metah, Baleh dan SK Temenggong Koh, Baleh, sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun 2024.

Jadi, untuk menjawab soalan tambahan yang kedua, cadangan projek tersebut dibatalkan kerana sekolah-sekolah rendah yang sedia ada masih boleh menampung keperluan penduduk setempat. Cadangan baharu boleh dikemukakan adalah untuk membangunkan sekiranya ada keperluan pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Johnichal Rayong anak Ngipa, Engkilili.

Tuan Speaker. Soalan saya no 206.

Rancangan Projek di Bawah SADA

(206) YB Encik Johnichal Rayong anak Ngipa bertanya kepada Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak. Apakah rancangan-rancangan projek yang telah diluluskan bagi kawasan DUN Engkilili di bawah SADA?

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili, terdapat dua projek jalan raya yang telah diluluskan bagi kawasan DUN Engkilili di bawah program SADA, iaitu Sri Aman Development Agency iaitu:

(a) Proposed Construction of Jalan Sebeliau Ng. Entalau, Sri Aman Division; dan (b) Proposed Bukong By-Pass ke Engkilili/Kampung Bulu ke Lubok Antu Road, Sri Aman Division.

Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ada dua soalan tambahan.

(a) Apakah skop kerja dan anggaran kos bagi cadangan projek membina Jalan Sebeliau, Ng Entalau, Sri Aman? dan

(b) Apakah skop kerja dan anggaran kos bagi cadangan projek Bukong Bypass, Engkilili ke Kampung Bulu, Lubok Antu road, Sri Aman.

Terima kasih.

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili atas dua soalan tambahan.

(a) Skop kerja bagi Projek Membina Jalan Sebeliau Ng. Entalau, Sri Aman adalah untuk membina jalan baru bermula dari Klinik Kesihatan Nanga Entalau dengan jajaran sepanjang 8 km dengan standard piawaian JKR R3 dan skop-skop kerja yang lain ialah kerja rawatan tanah, sistem perparitan, perabot jalan dan anggaran kos keseluruhan bagi projek ini adalah sebanyak RM68 juta. Buat masa ini, design and tender documentation have been completed and ready for tender and we expect this propose project will be tender by this month quarter two 2024; dan

(b) Skop kerja bagi projek membina jalan Bukong Bypass, Engkilili, Kampung Bulu, Lubok Antu Road, Sri Aman, iaitu membina jalan baru sepanjang 3 km dengan piawaian JKR R3 sistem perparitan, perabot jalan dan tiang lampu jalan dengan anggaran kos keseluruhan projek ini adalah RM39.5 juta of which costing component to include land concession, location of utility and construction tender cost dan macam projek yang pertama tadi, projek ini juga akan ditender selepas gawai iaitu tahun ini, iaitu pada quarter two 2024 kerana tender dan documentation tender sudah disiapkan oleh pihak JKR.

Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Safiee bin Haji Ahmad, Daro.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih. Tuan Speaker, soalan dari Daro no. 207.

Jalan Sepanjang 11.16km dan Jambatan di DUN Daro

(207) YB Encik Safiee bin Haji Ahmad bertanya kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah: Apakah status pelaksanaan projek membina jalan Rh. Jingga/ David Multifarm/ Rh. Seli/ Rh. Guang/ SK Singat, Sg. Lengan, Sibu, Sarawak sepanjang 11.16 km termasuk sebuah jambatan yang telah diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak merupakan agensi pelaksana. Bilakah ia akan ditender serta kerja-kerja dijangka dimulakan?

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji IsmailPBB · GPSTimbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) · Bukit Kota

Tuan Speaker, bagi makluman Ahli Yang Berhormat bagi Daro, Projek Membina Jalan Rumah Jingga, David Multifarm, Rumah Seli, Rumah Guang, SK Singat, Sungai Lengan, Sibu adalah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Malaysia (KKDW); dan agensi pelaksana yang dilantik adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak.

Jalan sepanjang 11.5 km ini akan memberi kemudahan kepada lapan buah rumah panjang dan sebuah sekolah rendah, iaitu:

(a) Rumah Jingga; (b) Rumah Jawa; (c) Rumah Bungkuk; (d) Rumah Igat; (e) Rumah Seli; (f) Rumah Guang; (g) Rumah Francis; (h) Rumah Lanting; dan (i) SK Singat.

Dengan memberi kemudahan kepada sekitar 1,738 orang penduduk. Projek ini telah diluluskan oleh KKDW pada tahun 2021 dengan kos RM70 juta pada tahun 2021.

Walau bagaimanapun, setelah kajian di lapangan oleh DID, keperluan untuk menambah kos kepada RM10 juta lagi, iaitu kepada RM80 juta, maka DID perlu mengemukakan permohonan Notice of Change (NOC) dan ianya telahpun diserahkan kepada KKDW pada Disember 2023 dan kini sedang menunggu kelulusan.

Sebaik sahaja kelulusan diberikan, yang kita jangka pada tahun ini juga. Mudah-mudahan pada bulan ini, maka projek ini akan segera ditender dan pembinaannya akan mengambil masa selama 30 bulan. Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan:

(a) Apakah punca kepada kenaikan kos tersebut? dan (b) Saya juga ingin tahu apakah komponen-komponen utama dalam projek berkenaan?

Terima kasih.

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji IsmailPBB · GPSTimbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) · Bukit Kota

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Daro.

Peningkatan kos adalah disebabkan penambahan skop kerja berikutan kajian semula jajaran akibat:

(a) Kejadian hakisan tebing sungai yang telah berlaku pada bulan September 2023 di kawasan tersebut; serta

(b) Keperluan tambahan untuk membina jalan spur, jalan penghubung di dua kawasan penempatan atas permohonan penduduk setempat.

Komponen utama projek adalah:

(a) Pembinaan jalan berturap sepanjang 9.6 km spesifikasi JKR-R1, (b) Pembinaan jalan penghubung sepanjang 1.9 km (spur road), (c) Pembinaan satu jambatan konkrit; dan (d) Pembinaan struktur pembetung, parit tepi jalan dan perabot jalan. Oh, jalan pun ada juga perabot.

Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Miro anak Simuh, Serembu.

Encik Miro anak SimuhPBB · GPSSerembu

Thank you and a very good morning to Tuan Speaker. My question is no. 208.

River Transport System

(208) YB Encik Miro anak Simuh to ask the Minister for Transport Sarawak: What is the immediate plan to implement the ‘River Transport System’ from Kuching Waterfront to Siniawan Heritage Town based on the study that has been completed by the consultant?

Dato Henry Harry anak JinepPDP · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) · Tasik Biru

Good morning, terima kasih, Tuan Speaker. Thank you, the Honourable Member for N.18 Serembu.

For the information and update of the Honourable Member for N.18 Serembu, the study on the navigation of Sungai Sarawak, stretching from Kuching Waterfront to Siniawan Town Jetty, in actual fact, has not been finalised. We are in the process of the final stage and will be completed by the end of Quarter 2 this year, 2024.

Encik Miro anak SimuhPBB · GPSSerembu

(Supplementary Question) Thank you, Tuan Speaker. Thank you, Deputy Minister. I have got two supplementary questions to be asked:

(a) What are the important aspects of this study? and (b) When will the Sungai Sarawak navigation study project be expected to be completed?

Thank you.

Dato Henry Harry anak JinepPDP · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) · Tasik Biru

Thank you, Honourable Member for Serembu.

Now, for the supplementary question no. 1, there are a few aspects that the study has to look into:

(a) Analyzing the safe navigation check;

(b) To identify the dangers spot along the river, certain spots are deep, certain spots are shallow for navigation; and

(c) Of course, to identify certain places of interest for the visitors and then by identifying the places of interest, we need to identify where we need to put up jetties and also or could be jetties along the whole stretch.

And for the second supplementary question, the whole project is to be completed by 2027 and of course subject to the funds available and allocation approved by the government. Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat YB Encik Nicholas Kudi, Baleh.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 209.

Waris Senapang Patah

(209) YB Encik Nicholas Kudi anak Jantai bertanya kepada Premier Sarawak: Senapang patah merupakan harta pusaka warisan bagi kaum Dayak dan pewarisnya adalah ahli keluarga yang menjaga bilik utama keluarga. Jika penjaga bilik utama ini tidak mempunyai anak atau waris sah, adakah senapang patah tersebut boleh diwariskan kepada saudara yang lain?

Datuk Jefferson Jamit anak UnyatPBB · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang dan Adat Bumiputera) · Bukit Goram

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat bagi Baleh.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Baleh, Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin serta mengambil berat mengenai isu pemilikan senapang patah didalam kalangan individu agar keselamatan masyarakat secara amnya adalah terjamin dan terpelihara.

Sejajar dengan keperluan dan budaya tempatan polisi semasa, Kerajaan Sarawak telah membenarkan senapang patah untuk diwarisi dengan syarat ianya telah didaftarkan semula dan penggunaan mestilah lulus tapisan keselamatan dan kesihatan. Jadi, buat masa sekarang, Kerajaan Sarawak hanya membenarkan senapang patah untuk diwarisi daripada ibu bapa kepada anak lelaki atau anak perempuan saja. Terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan sebentar tadi. Saya ada satu soalan tambahan.

(a) Berapakah statistik pemilik senapang patah individu secara keseluruhan di Sarawak dan berapakah statistik pemilik di Bahagian Kapit?

Datuk Jefferson Jamit anak UnyatPBB · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Premier · Bukit Goram

Terima kasih, Yang Berhormat bagi Baleh. Terima kasih, Tuan Speaker.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Baleh, statistik pemilik senapang patah secara keseluruhannya di Sarawak sebanyak 45,568 manakala statistik pemilik senapang patah di Bahagian Kapit sebanyak 5,626. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Dato Paulus Palu Gumbang, Batu Danau.

Dato Paulus Palu GumbangPBB · GPSBatu Danau

Terima kasih, Tuan Speaker.

Pembinaan Klinik Long Napir

(210) YB Dato Paulus Palu Gumbang bertanya kepada Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Bilakah kerajaan bercadang untuk meneruskan pembinaan Klinik Long Napir yang sudah dua kali tergendala?

Datuk Michael Tiang Ming TeeSUPP · GPSTimbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) · Pelawan

Thank you, Tuan Speaker and thank you the question from Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau on the construction of Klinik Long Napir.

Tuan Speaker, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau, the commitment of the Sarawak Government in providing a better and equitable healthcare to the rakyat, by making the fund available under the proposed funding mechanism which I have mentioned in my reply during the previous question and answer session and also as announced by the YAB Prime Minister in early April, that new proposed mechanism will enable the possibilities of pushing forward the existing approved project such as Klinik Kesihatan Long Napir which is delayed due to notice of changed. The Ministry of Health Malaysia is still planning to continue with the construction of the said clinic. Currently, the Ministry of Health Malaysia has reviewed and endorsed the revised cost estimate submitted by the Sarawak Public Works Department. The retender process will only be carried out once the revised cost estimate is approved by the Ministry of Economy Malaysia.

Dato Paulus Palu GumbangPBB · GPSBatu Danau

(Supplementary Question) Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. I have two supplementary questions.

(a) What is the revised project ceiling cost for the Klinik Kesihatan Long Napir? and (b) May I know what are the project components for this clinic?

Thank you.

Datuk Michael Tiang Ming TeeSUPP · GPSTimbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) · Pelawan

Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau for the two supplementary questions.

The answer to question number one, the revised project ceiling cost for Klinik Kesihatan Long Napir is at RM9.523 million and for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau, the project components for the Klinik Kesihatan Long Napir include Type 6 clinic building. It means this type of clinic can handle 50 to 100 patients per day and eight Class G residential units. Thank you.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Anyi anak Jana, Ngemah.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 211.

Bekalan Air Bersih Terawat di DUN Ngemah

(211) YB Encik Anyi anak Jana bertanya kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi: Setakat Mei 2023, terdapat 69 buah rumah panjang di DUN Ngemah belum lagi menerima bekalan air bersih terawat. Adakah pihak kementerian mempunyai perancangan bagi menyambung bekalan air bersih terawat ke penempatan tersebut?

Datuk Dr. Haji Hazland bin Abang HipniPBB · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) · Demak Laut

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah yang mengemukakan soalan kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi mengenai bekalan air bersih terawat untuk kawasan DUN Ngemah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah, 69 buah rumah panjang di kawasan DUN Ngemah, yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, dijangka akan mendapat bekalan air melalui projek Proposed Kanowit Regional Water Supply, Sibu Division yang telahpun diluluskan oleh Kerajaan Sarawak di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia yang ke-12 (KSP RMK-12). Projek ini kini dalam peringkat pelantikan perunding, siasatan tapak dan juga kerja-kerja ukur dan menyediakan reka bentuk yang akan bermula dalam masa yang terdekat. Pembinaan projek ini dijangka akan bermula pada suku keempat tahun 2025. Terima kasih.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

(Soalan Tambahan) Terima kasih, YB Timbalan Menteri. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan.

(a) Apakah skop kerja projek Proposed Kanowit Regional Water Supply, Sibu Division? dan (b) Apakah rancangan pihak kerajaan untuk meningkatkan bekalan air di kawasan Kanowit?

Thank you.

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji JunaidiPBB · GPSTimbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) · Pantai Damai

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah. Untuk menjawab soalan yang pertama, projek Proposed Kanowit Regional Water Supply, Sibu Division ini merangkumi skop kerja seperti berikut:

(a) Pemasangan saluran paip air pelbagai saiz; dan (b) Pembinaan stesen pam penggalak, tangki takungan air dan tangki air aras tinggi.

Untuk menjawab soalan yang kedua mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan bekalan air di kawasan Kanowit, Kerajaan Sarawak akan membina loji rawatan air baharu berkapasiti 25 juta liter sehari melalui projek Proposed New Kanowit Water Treatment Plant Sibu Division. Projek ini kini dalam peringkat pelantikan perunding, siasatan tapak dan kerja-kerja ukur serta reka bentuk dan akan dimulakan dalam masa yang terdekat. Pembinaan projek ini dijangka akan bermula pada suku keempat tahun 2025. Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Yap Yau Sin, Kota Sentosa.

Encik Yap Yau SinSUPP · GPSKota Sentosa

Thank you, Tuan Speaker. My question is no. 212.

Talikhidmat

(212) YB Encik Yap Yau Sin to ask the Premier of Sarawak: Has Talikhidmat enhanced the complaint redressal system in Sarawak and has it served its role to improve the government delivery system and ultimately provide a more effective and efficient government service for the public?

Tuan Speaker

Question 212.

Datuk Abdullah Bin Haji SaidolPBB · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) · Semop

Assalamualaikum dan Selamat pagi, Tuan Speaker.

Tuan Speaker, soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Kota Sentosa is of relevant interest by all the YBs in the Dewan, I believe. It is about the government’s delivery system via the Talikhidmat and his question is basically about whether the system has been enhanced and whether the role effectively of the system and also whether it provide effective and efficient government service.

Untuk makluman Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kota Sentosa, this system have gone through many technical administrative improvement since it was introduced in 1996 and UKAS took over as the coordinator of this system in 2019 and this system has done tremendous assistance in providing the government delivery system and of course, Yang Berhormat Kota Sentosa himself is among the YBs that who frequently utilise the Talikhidmat system and through your Pusat Khidmat and we truly appreciate your utilising the system and coming back with a lot of comments and advice on how to improve it and be rest assured Yang Berhormat Kota Sentosa and all complaints and concerns by the public, we try our best to attend it through various stage of the Talikhidmat and of course it will go through various agencies and of course, some of the concerned may not be address immediately, it may take some time because there is a long-term solution to it but at the same time, Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini bahawa setiap aduan dan perkara datang daripada public contohnya, I have to compliment Pejabat Residen Mukah di mana kawasan saya berada, di mana mereka membuka WhatsApp aduan which consist of all the Pegawai Daerah, semua Wakil Rakyat, Ahli Parlimen and Head of Agencies and aduan-aduan daripada masyarakat kawasan boleh juga disalurkan melalui sistem WhatsApp sebegini sekali dengan gambar dan will be attended by the relevant Officers and also at the same time, I must also put on record that Kementerian seperti Kementerian Yang Berhormat Sebuyau, Kementerian Utiliti, that he has open up WhatsApp group. Tiga WhatsApp group perkara berkaitan dengan air, electricity dan telekomunikasi and all the YBs are inside those WhatsApp group and we received a lot of complaints and concerned through that particular WhatsApp group, and it is being attended by all the relevant officers, Head of Departments which we truly appreciate. Sehingga jalan jeraya yang tebik, pokok bunga tumbang atas jeraya pun being attended. Thank you.

Encik Yap Yau SinSUPP · GPSKota Sentosa

(Supplementary Question) Thank you, Deputy Minister for your comprehensive reply. I hope the Ministry understands that as ordinary YBs, we do not have access to the regulatory authorities that are supposed to provide public services to the rakyat. So, I have two supplementary questions:

(a) Are there steps taken to ensure responses on Talikhidmat are proper and accurate? and (b) Are there any regulatory penalties?

We must have a regulatory penalty. If there are any for those who deliberately give a false reply or a false response on the Talikhidmat. Because we have situations whereby, you know when we lodge a complaint on the Talikhidmat; longkang tersumbat, jalan raya berlubang, longkang tidak dibersihkan, rumput tidak dipotong, semua salah YB. So, everything is our fault, and the Opposition are more than happy to point a finger at the YB when the actual fact is that the YBs have no control. As an ordinary YB, we have no control over the public services responses that they are supposed to carry out. So, that is my second supplementary question which is, are there any regulatory penalties for those officers who deliberately give a false reply. Thank you.

Datuk Abdullah bin Haji SaidolPBB · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) · Semop

Tuan Speaker, truly appreciate the concerns by the Yang Berhormat bagi Kota Sentosa which actually probably majority of the YBs equally share such concern.

To answer your first question, be rest assured that every complaint are being attended to through various phases of administrative process and at the end of it, it will be addressed by all the relevant agencies and of course, the response by the Talikhidmat call centre will very much depends on what is the response from the various agencies whether it has been solved or still ongoing and sebagainya.

But in the case, just in case that the Yang Berhormat after receiving response of certain concerns being marked as solved and when you are on the ground which you are frequently does, then you noticed that is not being fully satisfied. I would advise the Yang Berhormat – Yang Berhormat yang berkenaan to go to the relevant agency which the nearest would be the Pejabat Daerah or at the same time from being channelled to us the photo of the matters which is not being fully attended.

We truly appreciate such kind of feedback and response, of course it is very constructive and definitely will help in improving the whole administrative process of attending public complaint but, for on your second part question is very difficult for me to answer. Of course frustration is there but I leave it to the Head of Public Civil Service Department whether there is a reprimand kind of things and then of course we have to go through other than our quarterly meetings and engagements with all agencies to ensure that efficiencies are in place and of course while all these are through digital system, you know what we call it, we’re going through a digital agenda here. But of course, there are certain matters to be attended to by the relevant officers and human interventions. And nothing is perfect but definitely, your concerns raised in your second question will be noted by our Head of Department who are also dalam Dewan sekarang ini dan saya yakin ketua mereka, Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri, he will take note of that and probably will go through under the process to ensure that efficiencies are fully in place. Thank you.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Johnny Pang Leong Ming, Tanjong Batu.

Encik Johnny Pang Leong MingSUPP · GPSTanjong Batu

Thank you Tuan Speaker. My question is no. 213. Thank you.

Safety Supervision and Regular Disclosure of the Air Pollution Index

(213) YB Encik Johnny Pang Leong Ming to ask the Minister for International Trade, Industry and Investment: In light of the explosion last December at Samalaju Industrial Park that caused injuries and significant damage, what measures are being enforced for safety supervision and regular disclosure of the air pollution index to address safety and environmental concerns in the area?

Datuk Dr Malcom Mussen anak LamohPRS · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan · Batang Ai

Thank you, Tuan Speaker. Thank you, Honourable Member for Tanjong Batu. I noted that you have raised this issue in your speech yesterday. Anyway, for the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Tanjong Batu, the government has enforced the following measures:

(a) Intensify enforcement to ensure industry adheres to legislation by implementing various mitigation measures to reduce the impact of pollution;

(b) The industry must appoint a competent person to handle air pollution control equipment, effluent treatment system and scheduled waste;

(c) The industry must install continuous emission monitoring of air pollution emission at chimneys to enable reporting to Department of Environment through the i-remote online system;

(d) The industry to take immediate and appropriate mitigation measures if the pollution emissions exceed the prescribed limits;

(e) Inspect and maintain all the pipeline systems to ensure the integrity of the pipeline to prevent similar incident from happening again;

(f) To review and improve safe operating procedures for works involving hydrogen gas; and

(g) Lastly, to review the post-risk assessment of the whole system.

Thank you.

Encik Johnny Pang Leong MingSUPP · GPSTanjong Batu

(Supplementary Question) Thank you, Tuan Speaker and thank you, Deputy Minister. Here, I have two supplementary questions.

(a) What action has been taken by the company involved in this incident?

(b) Did the incident cause any environmental impact?

Thank you.

Datuk Dr Malcom Mussen anak LamohPRS · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan · Batang Ai

Thank you, Tuan Speaker. Thank you, Honourable Member for Tanjong Batu. For this supplementary question number one, the company has appointed a third-party technical investigation team to undertake forensic investigations of the accident. They manage to use an advanced technology tool to really determine the root cause of that accident. But anyway, nonetheless, the company has presented their finding and outcome to the government. As such, the company will undertake the necessary medicative measures after that incident. And for supplementary question no. 2, from the findings of the environmental authorities, there were no air and water pollution observed and dictated at the surrounding plant area. It is noted that all the air pollution control system function well during the accident. Thank you.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Adam Yii Siew Sang, Pujut.

Encik Adam Yii Siew SangSUPP · GPSPujut

Thank you, Tuan Speaker. My question is no. 214.

Krokop as Heritage Zone

(214) YB Encik Adam Yii Siew Sang to ask the Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts: Does the ministry have plans to consider Krokop, for designation as heritage zone in recognition of its historical significance as one of the earliest settlements established by the Chinese community in Miri City to boost cultural tourism in Miri and Sarawak?

Datuk Snowdan LawanPRS · GPSTimbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) · Balai Ringin

Good morning. Thank you, Tuan Speaker, and thank you, Honourable Member for Pujut. For the information of the Honourable Member for Pujut, the Ministry and the Sarawak Museum Department do not have plans to gazette any area as a heritage zone along racial line. But nevertheless, a proposal for Krokop to be designated as a heritage site can be submitted to the Sarawak Museum Department for consideration. Thank you.

Encik Adam Yii Siew SangSUPP · GPSPujut

(Supplementary Question) Thank you, Tuan Speaker and thank you, Honourable Deputy Minister. I have two supplementary questions:

(a) What are the criterias to consider for any building, monument, or site to be declared and gazetted as heritage? and (b) What are the procedures to be undertaken for any building, monument, or site for gazetting?

Thank you.

Datuk Snowdan LawanPRS · GPSTimbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) · Balai Ringin

Thank you, Tuan Speaker; and Honourable Member for Pujut. For the supplementary question no. 1, under Section 32(1) Sarawak Heritage Ordinance, 2019, the Director shall establish and maintain a register known as the Sarawak Heritage Register containing the list of:

(a) Buildings situated in Sarawak which;

(i) were build before the year 1940 and are of such historical significance to warrant their preservation; (ii) Are of special architectural, artistic or cultural interest; or beauty; or (iii) Are closely associated or connected with the person or the event important to the history of Sarawak;

(b) Underwater heritage objects or sites; (c) Heritage buildings or sites; (d) Historical sites having natural or cultural heritage; and (e) Traditional knowledge or traditional cultural expression.

And, is in the opinion of the Director ought to be retained as heritage.

And for the answer to supplementary question no. 2, and further will be conducted by the Sarawak Museum Department to evaluate historical or heritage significance. A report will be prepared for the Director’s approval. If required, then the proposal will be referred to the Sarawak Heritage Council. Thank you.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, question time is up.

Sambungan Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri SarawakMotion

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, under Standing Order 31(8), I imposed a time limit of 20 minutes for every speech. I shall now call upon Honourable Member for Lingga. Ahli Yang Berhormat, please bear with me. The system does not really respond.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabaraktuh, Salam sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak semasa Perasmian Persidangan Pertama bagi Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas pada hari Isnin, 6 Mei 2024.

Tuan Speaker, sebelum meneruskan hujahan, saya mewakili seluruh masyarakat di kawasan DUN N.28 Lingga ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8 pada 26 Januari 2024. I have high hopes under his leadership as Head of State that Sarawak will continue to prosper.

Salam takziah juga diucapkan kepada seluruh keluarga Almarhum Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Februari 2024. Kami semua mendoakan agar roh Almarhum sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sangat mengagumi kepimpinan YAB Premier yang prihatin, komited dan berpandangan jauh. YAB Premier telah banyak membawa pendekatan dan idea-idea baharu untuk mempercepat dan mengembangkan ekonomi Sarawak berlandaskan pelaksanaan Post COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030). Banyak inisiatif pembangunan strategik sedang giat diusahakan yang bakal membawa ekonomi baharu di negeri Sarawak dan serba sedikit kita telah melihat hasilnya apabila Sarawak menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi Malaysia, selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan melepasi ekonomi Johor.

YAB Premier yakin dengan ekonomi baharu, Sarawak bakal menjana pendapatan tinggi kepada negeri, serta membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak Sarawak. Inilah rakyat Sarawak mahukan.

“The future is not something we enter. The future is something we create” – quoted by Leonard I.Sweet.

Tuan Speaker, di dalam perutusan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, turut menitikberatkan perancangan pembangunan di bawah PCDS 2030 yang berteraskan keterangkuman sosial, tiada rakyat akan terpinggir dalam arus pembangunan. Projek berimpak tinggi dan bersifat people centric di bawah Projek Transformasi Luar Bandar dan Projek Rakyat sudah pasti akan meningkatkan taraf hidup dan menjaga kebajikan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Justeru itu, saya ingin menggariskan beberapa perkara untuk diambil perhatian supaya penambahbaikan dapat dilakukan sama ada di peringkat negeri atau peringkat DUN N.8 Lingga.

Pendidikan

Tuan Speaker, pendidikan ialah sebuah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan, seperti perkongsian laporan Bank Dunia di press release 25 April 2024, “Malaysia needs more sophisticated and advanced skills to transition into a high-income country”, said the World Bank Country Director for Brunei, Malaysia, the Philippines, and Thailand.

Daripada laporan tersebut Bank Dunia mengesyorkan empat faktor untuk meningkatkan hasil pembelajaran, namun saya pada hari ini mengambil dua faktor itu untuk di ambil perhatian. Faktor pertama ialah mengukur hasil pembelajaran pelajar dengan teliti dan penanda arasnya mengikut piawaian antarabangsa di samping mengukur prestasi guru secara menyeluruh. Sebelum penularan COVID-19, bermula tahun 1998 hingga tahun 2021 penanda aras bagi anak-anak di peringkat sekolah rendah di Tahun 6 ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Biarpun pemansuhan UPSR telahpun dibuat namun Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) masih diteruskan hingga ke hari untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Mengapa masih wujudnya PKSK ke sekolah-sekolah khusus? Kenapa sekolah khusus tidak menggunakan Keputusan yang dinilai di sekolah rendah yang sedia ada? Dan, kenapa pula masih ada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil ujian ke PRSK sedangkan sekolah-sekolah lain tersedia ada?

Pentaksiran ke sekolah khusus bertujuan untuk menilai tahap kelayakan pelajar yang berprestasi cemerlang untuk dimasukkan ke sekolah khusus. Begitu juga ibu bapa itulah impian mereka untuk menempatkan anak-anak ke sekolah yang bertahap tinggi dan berkualiti dengan harapan anak-anak kelak mempunyai masa depan yang cerah.

Justeru itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sarawak mewujudkan satu Ujian Penilaian Sekolah Rendah peringkat negeri di bawah pelaksanaan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Negeri Sarawak. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti pendidikan anak-anak Sarawak khususnya.

Seterusnya faktor kedua bagi meningkatkan hasil pembelajaran ialah menyediakan program latihan guru yang berkesan, serta dasar yang mempertimbangkan pengalaman dan keperluan guru, sekali gus memastikan keberkesanan dan kelestarian.

Tuan Speaker, kebiasaannya kita hanya melihat bagaimana hendak meningkatkan prestasi pelajar di sekolah-sekolah. Namun prestasi guru juga harus dititikberatkan. Seperti peribahasa Melayu tang menyebut, “Sukakan gaharu kerana baunya, Sukakan guru kerana ilmunya”.

Maka dengan itu, saya sangat bersetuju dengan saranan Bank Dunia agar guru dan barisan pendidik diberi peluang untuk meningkatkan kualiti mengajar. Dengan itu, saya mencadangkan agar guru dan barisan pendidik yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran contohnya dari Diploma ke Ijazah Sarjana Muda, seterusnya ke Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) ditawarkan biasiswa sepanjang pengajian, khususnya guru yang berasal dari Sarawak. Ini adalah salah satu langkah untuk menggalakan guru dan barisan pendidik sentiasa menambah ilmu dan pengalaman seiring dengan perubahan waktu dan pemodenan teknologi.

According to World Bank report: Malaysia children are not learning sufficiently in school. The report found that while the average student spends 12.5 years in school, they only learn the equivalent of 8.9 years. In comparison, Vietnam, which spends less on education than Malaysia, offers students 12.09 years of schooling for 10.7 years of learning. In neighbouring Singapore, the average children spend 13.9 years in school and learns the equivalent of 12.8 years.

Sebab itulah, Yang Amat Berhormat Premier fokus kepada kepentingan Pembangunan modal insan kerana kekayaan sumber asli semata-mata tidak menjamin kejayaan sepenuhnya. Ambil contoh seperti negara Singapura dan Jepun yang mampu menjadi sebuah negara berkuasa ekonomi besar kerana kekuatan sumber manusianya walaupun tidak mempunyai sumber asli. Pembangunan modal insan terlatih dan berpengetahuan luas dengan sistem pendidikan bertaraf dunia adalah menjadi keutamaan Sarawak dalam misi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Vandalisme dan Pencurian

Tuan Speaker, kegiatan vandalisme terhadap aset utiliti dan telekomunikasi di Sarawak menunjukkan peningkatan ketara di antara tahun 2022 dan tahun 2023 dengan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) dalam laporan berita Jiwa Bakti pada 26 April 2024 yang lepas, sebanyak 521 kes vandalisme direkodkan pada 2022 melibatkan aset telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan edaran gas dengan jumlah kerugian RM3,763,606 Manakala pada tahun 2023, sebanyak 1406 kes vandalisme direkodkan melibatkan aset telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan edaran gas dengan jumlah kerugian RM19,673,977. Kenaikan kerugian mencecah 80% dari tahun 2022 ke tahun 2023 amatlah membimbangkan.

Justeru itu, saya sangat bersetuju dengan cadangan ADUN N.38 Kalaka dalam perbahasan beliau semalam mencadangkan agar pihak berkuasa mengenakan denda atau hukuman yang lebih berat kepada semua pesalah vandalisme dan kecurian aset utiliti termasuklah pemilik kedai yang membeli barang daripada hasil curi tersebut. Sehubungan itu, kerjasama warga penduduk termasuk KRT, Skim Rondaan Sukarela (SRS), KMKK dan JKKK kampung bersama agensi dan pasukan keselamatan memainkan peranan penting untuk memberi maklumat pesalah-pesalah yang disyaki sekiranya berlaku sebarang kecurian di kawasan perumahan dan kampung.

Pembinaan Baharu Pejabat dan Kuaters Daerah Kecil Maludam

Tuan Speaker, sekarang izinkan saya untuk mengemukakan dan menyentuh beberapa isu di dalam kawasan DUN N.28 Lingga khususnya yang memerlukan perhatian Dewan yang mulia ini.

Yang pertama ialah perancangan Projek Pembinaan Baharu Pejabat dan Kuaters Daerah Kecil Maludam. Untuk makluman, semua permohonan pertapakan bagi projek tersebut telah pun diluluskan pada 25 Januari 2024, dengan anggaran keluasan tapak 16.89 ekar seperti yang dikongsikan oleh Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong.

Khabar berita ini serba sedikit memberi harapan kepada semua petugas di pejabat Daerah Kecil Maludam agar projek ini dapat dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat dengan menggunakan reka bentuk pejabat dan kuaters JKR Sarawak Pre-Approved Plans. Ini adalah kerana keadaan Pejabat Daerah Kecil Maludam tidak lagi selamat kerana terdapat retakan pada tiang kayu di bawah bangunan pejabat tersebut akibat kesan banjir setiap tahun di daerah kecil tersebut.

Tuan Speaker, Jabatan Perairan dan Saliran Sarawak telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan kerja-kerja perlindungan tebingan sungai di sepanjang Batang Seterap merangkumi Kampung Hilir Lingga, pasar Lingga dan Kampung Hulu Lingga yang melibatkan kos sebanyak RM90 juta. Namun, kos tersebut tidak lagi relevan atas sebab faktor kenaikan harga bahan binaan dan kini ia dianggarkan melebihi RM100 juta.

Maka, pada 20 Mac 2024 satu kunjungan hormat dan taklimat bersama-sama Yang Amat Berhormat Premier telah diadakan bagi membincangkan isu tersebut. Dan salah satu penyelesaian yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Premier adalah untuk memindahkan penduduk kampung di tebingan Sungai yang terjejas dengan hakisan tanah ke lot Skim Pembesaran Kampung (SPK) Lingga. Dianggarkan sebanyak 86 buah rumah harus dipindahkan ke SPK Lingga. Namun, lot SPK Lingga yang sedia ada sudah hampir penuh dan tidak dapat menempatkan kesemua 86 buah rumah yang bakal dipindahkan. Dengan itu, saya mencadangkan agar satu kawasan SPK yang baharu bagi menempatkan penduduk yang terjejas. Skim Pembesaran Kampung (SPK)

Tuan Speaker, sebentar tadi saya telah menyebut berkenaan dengan SPK Lingga. Berhubung dengan perkara tersebut sebanyak 235 lot SPK Lingga telah dipenuhi oleh peserta yang layak. Namun demikian, terdapat kekangan daripada peserta SPK Lingga untuk membina rumah atas faktor tanah lot SPK Lingga tersebut belum lagi dirata, ditembok dan tiada infrastruktur asas seperti sistem saliran dan jalan. Oleh itu, kami memohon Kerajaan GPS untuk memperuntukkan sebahagian bajet 2024 untuk kerja merata, menembok dan membina sistem saliran di SPK Lingga demi memudahkan urusan peserta untuk memohon pembinaan rumah mampu milik di lot masing-masing.

Tuan Speaker, program Skim Pembesaran Kampung ini telah mendapat banyak sokongan dan sambutan yang positif daripada seluruh rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman dan pesisir Sarawak. Begitu juga kepada penduduk di kawasan Kampung Ladong dan Lemanak di Daerah Sri Aman yang berhasrat agar SPK baharu dapat ditawarkan kepada mereka terutamanya dalam kalangan yang kurang berkemampuan. Langkah ini juga dapat membantu mengurangkan bebanan mereka yang terpaksa berkongsi rumah hingga melebihi daripada tiga keluarga dalam satu rumah. Diharap permohonan ini mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan GPS.

Tuan Speaker, berbalik semula dengan SPK Lingga. Di SPK Lingga terdapat 10 buah rumah telah dibina melalui Program Perumahan Negeri Sarawak. Namun sedihnya pada bulan lepas iaitu pada bulan Syawal, bakal-bakal pemilik rumah tersebut mengadu sudah menunggu hampir tiga tahun tetapi rumah belum diserah milik sehingga ke hari ini. Mereka turut menyatakan kebimbangan dengan keadaan rumah tersebut yang telah lama terbiar. Diharap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu tersebut.

Tuan Speaker, Kementerian Utiliti di bawah Kerajaan GPS sangat komited dalam meningkatkan kapasiti bekalan air bersih terutamanya di kawasan pedalaman dan pesisir. Seperti dalam jawapan soalan bertulis, tiga projek telah dikemukakan dalam RMK-12 untuk kelulusan dan pelaksanaan, iaitu:

(a) Upgrading works at Pusa, Beladin and Maludam Water Treatment Plant; (b) Proposed construction and completion of New Engkelili Water Treatment Plant, Sri Aman Division; and (c) Proposed Sri Aman Regional Water Supply Grid, Sri Aman Division.

Pada kesempatan ini, saya juga mencadangkan agar kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air di Daerah Lingga turut dilakukan. Ini adalah kerana, kadar penggunaan air di Daerah Lingga semakin meningkat. Pada masa ini, purata bekalan air bersih seluruh kawasan zon Lingga bergantung pada tiga kawasan loji air, iaitu;

(a) Loji Rawatan Air Stumbin berkapasiti 0.65 juta liter sehari; (b) Loji Rawatan Air Seduku berkapasiti 2.0 juta liter sehari; dan (c) Loji Rawatan Air Lingga Berkapasiti 0.65 juta liter sehari

Secara keseluruhan 3.3 juta liter sehari air dapat dibekalkan kepada seluruh penduduk kawasan Daerah Lingga yang dianggarkan berkepadatan penduduk sebanyak 12,290 orang. Namun demikian, penduduk kawasan telah mengadu bekalan air tidak mencukupi hingga kerap kali berlakunya ketiadaan atau kekurangan bekalan air pada hampir setiap hujung minggu.

Oleh itu, dicadangkan agar penilaian semula bekalan air bersih dibuat di kawasan Daerah Lingga yang dijangka akan mempunyai banyak pembangunan sosioekonomi dan kemudahan awam akan dibina kelak. Rentetan daripada isu bekalan air, warga penduduk serta KMKK di kawasan Daerah Lingga dan Daerah Kecil Maludam turut mengadu tentang bil bekalan air rumah ke rumah tidak disediakan oleh pihak JBALB setiap bulan. Malah pernah terjadi bil air tersebut tidak disediakan hingga melebihi tempoh tiga bulan. Diakui sememangnya terdapat kaedah dalam talian yang disediakan oleh pihak JBALB bagi menyemak dan membayar bil air melalui pautan PayBills dan Sarawak Pay tetapi tidak semua warga kampung khususnya warga emas tahu untuk menggunakan kaedah tersebut. Apatah lagi apabila melibatkan kawasan kampung yang masih belum atau lemah rangkaian telefon dan internet seperti di Seduku, Stumbin, Tanjung Bijat dan seberang sungai Batang Lupar. Mohon perkara ini diambil perhatian dan diambil tindakan sewajarnya agar isu seperti ini dapat ditangani.

Tuan Speaker, Daerah Sri Aman kini berkembang pesat dengan pelbagai projek yang masih dalam pembinaan. Antaranya Projek Jambatan Batang Lupar Dua, projek di bawah pelaksanaan SADA dan projek-projek rakyat termasuk juga aktiviti ladang-ladang sawit. Daripada itu maka banyaklah jentera-jentera berat menggunakan jalan di sekitar Daerah Sri Aman hingga menyebabkan banyak jalan-jalan yang berlubang dan rosak di sekitar kawasan yang terjejas. Begitu juga jalan utama di kawasan Triso Meludam yang sering kali rosak dan berlubang akibat jentera-jentera berat.

Semestinya kita tidak menghalang aktiviti-aktiviti projek pembangunan dijalankan. Oleh itu, saya mohon perhatian dan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyalurkan peruntukan tambahan kepada Majlis Daerah Sri Aman, Majlis Daerah Betong, JKR Bahagian Sri Aman, JKR Bahagian Betong untuk membaik pulih serta menurap semula jalan-jalan yang rosak ini bagi mengelak peningkatan kes kemalangan di sekitar kawasan Sri Aman yang terjejas.

Tuan Speaker, throughout all the issues I have covered, there are many things that I still need to acquire as an elected representative, the tasks entrusted to me to serve the government and the people must be the top priority to ensure that our Premier of Sarawak’s manifesto and the GPS’s mission and vision can be implemented at excellent results.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang beragama Islam biarpun bulan Syawal sudah berlalu. Turut diucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambut, Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Selamat Hari Guru buat semua guru yang sedang berkhidmat dan bersara dan Selamat Gawai Dayak, Ngajih Ka Lantang Senang Gayu Guru Gerai Nyamai Betuah Belimpah Nyambut Taun Ti Datai.

Tuan Speaker, I hereby fully support the Motion of Appreciation to Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak during the official opening of the 19th State Legislative Assembly. Thank you.

Tuan Speaker

Honourable Member for Opar.

Tuan Speaker, Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi saya peluang dalam perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Upacara Pembukaan Mesyuarat Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada 6 Mei 2024 yang lepas. Ucapan Tuan Yang Terutama Tun amat bermakna sebagai panduan untuk memacu hala tuju Sarawak yang lebih cemerlang.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bersama-sama barisan kabinet Sarawak yang telah berjaya mengemudi Sarawak sebagai sebuah region yang sangat disegani di negara kita ini sehingga mendapat pengiktirafan daripada Bank Dunia sebagai sebuah region berpendapatan tinggi hasil daripada inisiatif pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sangat yakin dan percaya dengan Kerajaan GPS yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Premier untuk terus maju dan berdaya saing di peringkat global dan antarabangsa serta kekal stabil dan harmoni seterusnya maju dan makmur Sarawak Ibu Pertiwiku.

Saya sangat yakin dengan gandingan mantap antara pemimpin senior dan juga pemimpin muda berserta dengan semangat dedikasi dan komitmen yang jitu dalam kalangan pemimpin serta ketua-ketua jabatan di sektor awam yang akan terus merubah landskap pembangunan Sarawak untuk terus gemilang, maju dan makmur menjelang tahun 2030 selaras dengan sasaran di bawah Post COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030). Kejayaan dan kemajuan yang telah kita capai ini haruslah boleh dinikmati oleh seluruh rakyat di Sarawak terutama sekali di kawasan luar bandar seperti di kawasan yang saya wakili sekarang.

Dalam keghairahan menikmati kemajuan dan pembangunan, kita tidak pernah lupa kepada pemimpin kita yang terdahulu termasuklah mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 21 Februari 2024 yang lalu. Semasa kepimpinan Allahyarham, beliau telah banyak merubah landskap politik, ekonomi, pembangunan, teknologi dan keharmonian pelbagai kaum, bangsa, agama dan adat resam di Sarawak yang berkonsepkan politik pembangunan di samping memperkasakan keterangkuman sosial. Allahyarham Tun Pehin Sri Taib jugalah yang telah memberi ruang kepada kaum minoriti seperti kaum Salako di Daerah Lundu untuk berada di dalam Dewan yang mulia ini mulai pada tahun 2001 melalui mantan Yang Berhormat Dato Ranum Anak Mina dan legasi ini saya teruskan seperti pada hari ini. Salam takziah dititipkan buat keluarga besar Allahyarham Tun Pehin Sri Taib daripada saya serta seluruh warga di DUN N.1 Opar.

Tuan Speaker, intipati utama ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun yang baru-baru ini telah memberi penekanan kepada kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial, kemampanan alam sekitar, kestabilan politik, meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan awam, mengekalkan perpaduan dan keharmonian seterusnya mengekalkan hubungan yang akrab dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan agenda pembangunan di Sarawak. Semua aspek yang telah dinyatakan di atas sangat diperlukan untuk memastikan Sarawak berada dalam landasan yang betul untuk mencapai region termaju menjelang tahun 2030.

Perjuangan terhadap hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63 haruslah diteruskan agar hak-hak yang terhakis selama ini terutama sekali berkaitan dengan kesihatan dan pendidikan dapat dikembalikan segera selaras dengan peruntukan di bawah MA63, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan. I am using the word, “region” for Sarawak as Sarawak is not a state like any other states in Malaysia. We are together to form Malaysia. Without Sarawak, there is no Malaysia.

Sarawak harus mempunyai autonomi penuh dalam bidang perubatan dan kesihatan awam memandangkan Sarawak ini sangat luas dan memerlukan ongkos yang tinggi untuk menyediakan prasarana, anggota perkhidmatan kesihatan dan kemudahan kesihatan. Kebergantungan kita kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal ini melambatkan proses perolehan seterusnya merencatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA)

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana telah meluluskan penubuhan Greater Kuching Coordinate Development Agency (GKCDA) untuk Bahagian Kuching dan Serian tahun lalu. Ini telah memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan projek-projek berimpak tinggi dan people centric termasuklah menyediakan infrastruktur asas seperti dewan serbaguna sebanyak 30 buah di kawasan N.1 Opar bernilai RM13.5 juta, dua buah jalan raya dengan nilai sebanyak RM3.2 juta, jalan pertanian sebanyak 10 buah dengan nilai sebanyak RM7.55 juta, jalan rumah ke rumah sebanyak 58 kampung dengan nilai sebanyak RM11 juta, jambatan sebuah dengan nilai sebanyak RM1 juta, lampu jalan dengan nilai sebanyak RM5 juta, sawah padi sebanyak tujuh buah dengan nilai RM23 juta, sistem bekalan air paip graviti sebanyak 22 unit dengan nilai sebanyak RM12.14 juta, Pekan Baru Bagak di kawasan N.1 Opar dengan nilai sebanyak RM60 juta serta kemudahan pelancongan sebanyak RM1.7 juta yang mampu merubah gaya hidup rakyat khususnya di kawasan N.1 Opar ini.

Kesan daripada pelaksanaan projek-projek ini mampu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk setempat. Adalah diharapkan agar agensi-agensi pelaksanaan bagi projek-projek ini dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera untuk memastikan projek-projek ini dapat dijalankan dengan jayanya. Memandangkan GKCDA ini terlibat dengan banyak projek-projek berasaskan kejuruteraan awam, saya mencadangkan agar GKCDA dilengkapi dengan anggota perkhidmatan awam teknikal seperti Jurutera Gred 41 dan juga Juruukur Bahan Gred 41 melalui pengambilan secara Jawatan Berasaskan Caruman ataupun JBC. Ini akan membolehkan GKCDA bertindak sebagai agensi teknikal untuk melaksanakan projek-projek dalam kawasan jajahannya.

Memperkasakan Sektor Pertanian

Tuan Speaker, izinkan saya untuk menyentuh serta mengemukakan beberapa isu yang memerlukan perhatian segera daripada Dewan yang mulia ini lebih-lebih lagi di kawasan N.1 Opar yang telah terkehel daripada landasan lebih dari 10 tahun yang lalu. Memandangkan DUN N.1 Opar secara keseluruhannya terletak dalam kawasan luar bandar yang diliputi hutan adalah sangat perlu untuk memastikan kemakmuran ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kajian penggunaan tanah harus segera dilaksanakan khususnya di kawasan-kawasan yang masih belum diteroka dan diusahakan untuk aktiviti pertanian yang bersesuaian. Selain daripada kelapa sawit, penanaman kopi, lada, sayur-sayuran, buah-buahan dan penternakan ayam, itik, lembu, kambing dan khinzir juga sangat sesuai diusahakan di kawasan N.1 Opar kerana keadaan tanahnya yang rendah serta rata dan tidak jauh dari Bandaraya Kuching. Oleh yang demikian, saya menjemput pihak Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak serta agensi-agensi seperti Jabatan Pertanian, Sarawak Land Development Board (SLDB), Sarawak Land Consolidation and Research Authority (SALCRA), Sarawak Paper Board, Jabatan Veterinar Sarawak dan lain-lain agensi yang berkaitan pertanian untuk terus menggandakan usaha bagi mempromosi dan melaksanakan aktiviti pertanian dan perladangan sebagai aktiviti utama untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat di kawasan N.1 Opar. Kita sama-sama turun padang sambil menyantuni rakyat kerana mereka sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

N.1 Opar sangat berpotensi untuk dijadikan jelapang padi Sarawak kerana terdapat sebidang tanah seluas 800 hektar di Kampung Jangkar, Lundu yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sawah padi. Suatu ketika dahulu, iaitu sekitar tahun 2010, pernah mendapat perhatian daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, namun projek tersebut terhenti. Apabila saya mengambil alih tampuk sebagai wakil rakyat Opar, saya melihat ini merupakan satu keperluan untuk pertanian lestari khususnya bagi penanaman padi sebagai salah satu sekuriti makanan di Sarawak. Ini adalah selaras dengan dasar dan inisiatif YAB Premier untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeluar beras utama di negara ini. Untuk memulakan kerja-kerja awalan, peruntukan sebanyak RM3 juta di bawah GKCDA telah disediakan dalam tahun ini dan saya berharap agar Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Jabatan Pertanian Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan tampil semula untuk membangunkan kawasan ini untuk dijadikan sebagai pusat pengeluaran beras dan pusat penghasilan benih padi.

Lain-lain kawasan sawah padi yang telah disediakan peruntukan bagi tujuan menaik taraf sawah padi adalah di kawasan Sawah Nowang Kampung Jugan, Sawah Sibakung Kampung Tebaro, Sawah Kirangga Kampung Sedaing, Sawah Rukam di Kampung Rukam, Benjey dan Gamer di Kampung Biawak, Sawah Sibatok di Kampung Sebako, Sawah Puduh dan Sungei Ular di Kampung Jangkar. Saya berharap pihak DID akan dapat menyegerakan proses dokumentasi dan pelaksanaan naik taraf prasarana seperti jalan masuk, tali air dan ban bagi sawah-sawah yang dinyatakan di atas.

Penyukatan Tanah NCR

Kerja-kerja penyukatan tanah NCR telah lama dinantikan oleh penduduk luar bandar di Sarawak. Terima kasih kepada menteri yang telah menjawab soalan saya pagi tadi. Namun kebanyakan tanah di kawasan luar bandar masih lagi tidak disukat dan tidak memiliki geran tanah. Di kawasan Bidayuh, selain daripada penyukatan tanah yang dilakukan oleh Jabatan Tanah dan Survei, ada juga yang menggunakan inisiatif penyukatan tanah NCR oleh Dayak Bidayuh National Association (DBNA) dengan hasrat untuk mempercepatkan proses penyukatan tanah. Selepas penyukatan tanah melalui inisiatif DBNA ini selesai dilakukan, verifikasi dokumen akan dilakukan di pihak Jabatan Tanah dan Survei. Terdapat beberapa buah kampung yang dokumen dan data survei masih tersangkut di Pejabat Tanah dan Survei dalam proses verifikasi. Saya mohon sekiranya proses ini dapat dipercepatkan.

Daripada 58 buah kampung yang terdapat di kawasan N.1 Opar, secara sahnya hanya beberapa buah kampung sahaja yang telah lengkap dikeluarkan surat tanah, iaitu Kampung Sebiris dan Kampung Jugan. Kampung-kampung lain seperti yang dimaklumkan oleh Menteri sebentar tadi, yang telah disukat namun geran tanah masih belum dikeluarkan antaranya adalah Kampung Judin, Kampung Stungkor, Kampung Temaga Melayu, Kampung Temaga Dayak, Kampung Stenggang dan juga Kampung Sebigo. Kampung-kampung yang sedang dalam proses penyukatan adalah seperti Kampung Jangkar, Kampung Rukam, Kampung Sedaing, Kampung Bokah, Kampung Pasir Hilir dan juga Kampung Sebigo Dayak. Adalah diharapkan kerja-kerja penyukatan ini dapat dipercepatkan dan saya telah membawa perkara ini dalam persidangan yang lalu dan akan terus membawanya dalam sidang DUN seterusnya sehinggalah perkara ini selesai.

Untuk kampung-kampung yang terlibat dengan ladang SALCRA, sebahagian daripada geran tanah telah dikeluarkan oleh pihak SALCRA khususnya peserta-peserta SALCRA seperti di Kampung Opar, Kampung Rumih, Kampung Stenggang, Kampung Stungkor Lama, Kampung Stungkor Baru, Kampung Raso 1, Kampung Raso 2, Kampung Bokah, Kampung Semapu, Kampung Judin dan juga Kampung Sebako. Walau bagaimanapun, untuk Fasa 1 SALCRA Kampung Sebako masih lagi belum menerima geran tanah walaupun telah tamat tempoh dan kini memasuki fasa penamaan semula. Saya pernah bertanyakan mengenai perkara ini dalam persidangan DUN yang lepas namun belum mendapat jawapan yang positif daripada pihak SALCRA. Ini telah menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat serta shareholder sehingga timbul rasa marah.

Sepatutnya geran tanah dikeluarkan kepada pemilik setelah tamat tiga tahun tanah diusahakan. Bila geran tanah tidak dikeluarkan, wakil rakyatlah yang dipersalahkan. Saya percaya perkara ini bukan sahaja berlaku di DUN N.1 Opar, tetapi perkara sama berlaku di DUN lain. Jika tanah tidak disukat, lama-lama nanti tanah orang kampung akan menjadi milik orang lain yang tidak diketahui asal usulnya. "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama- lama, tanah diambil orang". Itu jadinya akan diambil orang lain, jadi kita tidak mahu perkara ini berlaku.

Untuk kawasan yang telah dikeluarkan geran tanah, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kepada yang belum ada geran tanah, saya dengan rendah hati merayu kepada agensi berkenaan supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut ini. Jangan biarkan api terus membara kerana apabila meletus, akan merosakkan kawasan yang luas seperti yang berlaku di Gunung Ruang baru-baru ini. Segerakanlah kerja-kerja penyukatan tanah di kawasan luar bandar ini.

Terdapat satu lagi isu yang membelenggu kawasan perkampungan tradisi di DUN N.1 Opar, iaitu kampung-kampung tradisi yang terletak di dalam kawasan Forest Reserve, seperti dalam kawasan forest, apabila Forest Reserve Extension dilakukan pada tahun 2005. Perkara ini melibatkan Kampung Pasir Ulu dan juga Kampung Jantan. Untuk Kampung Pasir Hulu, lebih separuh daripada kawasan perkampungan tradisi terletak dalam kawasan Forest Reserve Extension manakala di Kampung Jantan, satu pertiga daripada kampung tradisi tersebut terletak dalam kawasan Forest Reserve Extension. Sejarahnya mereka ini telah mendiami kawasan perkampungan tersebut lebih dari 100 tahun yang lalu. Geografinya, pada hari ini mereka dilanda keresahan kerana tempat kediaman mereka serta semua usaha dan aktiviti pertanian mereka terletak dalam kawasan Forest Reserve Extension.

Atas dasar SarawakKu Sayang serta Sarawak First, saya selaku wakil rakyat kawasan ini dengan rendah hati merayu Kerajaan GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei untuk mengkaji semula perkara ini dan mengeluarkan kedua-dua buah kampung ini dari kawasan Forest Reserve Extension dengan menganjakkan Forest Reserve lebih ke atas kaki Gunung Pueh yang berhampiran, demi melindungi hak dan kepentingan anak-anak Sarawak yang kita sayangi. Jangan biarkan mereka ini marah sehingga menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Masalah di kawasan N.1 Opar ini jika tidak dapat diatasi akan menjadi masalah kepada Sarawak. Ayuh sama-sama membantu rakyat Sarawak. Selagi tidak selesai, saya akan terus menyuarakan perkara ini.

Pembinaan Infrastruktur

Terima kasih sekali kepada Kerajaan GPS dan Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan beberapa buah projek infrastruktur dalam kawasan DUN N.1 Opar, antaranya ialah:

(a) Jambatan Selampit yang bernilai RM27.93 juta. Dalam penggulungan sidang DUN yang lepas, iaitu pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua tahun 2023, Menteri Utiliti dan Pembangunan Pelabuhan telah memaklumkan bahawa proses tender Jambatan Selampit akan dilakukan pada akhir tahun yang lalu namun sehingga hari ini tender masih belum dibuka lagi. Ini telah memanjangkan tempoh menunggu kepada penduduk yang sangat mengharapkan jambatan ini dibina. Saya berharap proses tender bagi jambatan ini akan dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun 2024.

(b) Jalan Kendaie ke Selampit yang bernilai RM72 juta. Kerja-kerja awalan survei bagi jalan alternatif ini sedang dilaksanakan. Apabila siap kelak, jalan raya ini akan memberi kemudahan kepada penduduk dari Kampung Kendaie dan sekitarnya untuk berurusan ke Kuching dan Lundu serta tempat-tempat lain dalam jarak yang lebih dekat.

(c) Jalan Kendaie ke Sedaing bernilai RM77 juta. Menaik taraf jalan dari Jalan Biawak ke Kendaie, Lundu sepanjang 10 kilometer sudah lama dinantikan oleh penduduk kampung. Jalan raya berturap mengikut piawaian R1 ini bila siap kelak akan memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Kendaie, Kampung Bukit Batu dan Kampung Pasir Hilir untuk berulang-alik ke Pekan Lundu dan sebagainya.

(d) Lundu New Water Treatment Plant di Jangkar bernilai RM60 juta. Ini merupakan pembinaan loji rawatan air baharu yang akan dibina dengan mengambil sumber air dari Sungai Jangkar dan Sungai Sedaing. Bila siap kelak akan memberi kemudahan bekalan air terawat dalam kawasan DUN N.1 Opar dan N.3 Tanjong Datu.

(e) New Lundu/ Sematan Regional Water Supply bernilai RM110 juta. Projek ini akan menyediakan rangkaian sambungan paip air dari loji rawatan air ke sistem distribusi dan retikulasi di kawasan N.1 Opar hingga kawasan N.3 Tanjong Datu.

(f) Membina jambatan di Sungai Jangkar bernilai RM3 juta. Jambatan besi yang merentangi Sungai Jantan ini perlu diganti kerana sudah mengalami kerosakan yang agak teruk. Dengan nilai RM3 juta, dijangka akan dapat disiapkan. Semoga pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera sebelum musim tengkujuh. Untuk memastikan projek-projek di atas dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut spesifikasi yang telah digariskan, saya berharap mana-mana agensi pelaksana yang terlibat dengan projek-projek tersebut dapat memainkan peranan untuk memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual, tidak menjadi projek “sakit” yang akan merugikan rakyat dan kerajaan.

Sistem Pelupusan Sampah di Siluk, Lundu

Pembinaan sistem pelupusan sampah di Kampung Siluk, Lundu telah bermula pada tahun 2022. Sehingga hari ini, pembinaan sangatlah lambat berbanding jadual asal pelaksanaan. Sistem pelupusan sampah ini, apabila siap kelak akan digunakan untuk merangkumi pelupusan sampah dari Daerah Bau dan Lundu. Sistem pembuangan sampah, Sanitary Land Field di Bau dan Lundu pada masa ini sudah penuh. Harap masalah ini juga tidak dipandang ringan sehingga menyusahkan kita semua suatu masa kelak. Penyelesaian terbaik adalah dengan menyegerakan penyiapan loji pelupusan sampah ini.

Kompleks ICQS Biawak

Baru-baru ini kita telah menerima ejekan daripada seorang penumpang dari negara jiran yang datang ke Sarawak menggunakan perkhidmatan bas dari Pontianak ke Kuching yang baru diperkenalkan. Sebaik turun dari bas di Pos Kawalan Biawak, beliau mengatakan bahawa keadaan di Pos Kawalan di Malaysia lebih teruk berbanding apa yang terdapat di negara mereka. Dakwaan beliau berasas kerana kalau dibandingkan dengan pos kawalan di negara jiran, ternyata pos kawalan mereka lebih cantik, luas dan teratur. Sudah tiba masanya untuk menambah baik struktur dan perkhidmatan di kompleks imigresen, kastam, kuarantin dan keselamatan di ICQS Biawak. Ruangan menunggu serta lorong keluar dan masuk negara perlu ditambah baik sejajar dengan arus pembangunan perdana. Kemudahan ini sangat penting untuk menjamin keselamatan negara serta memudahkan pergerakan pelawat dan barangan.

Klinik Biawak dan Hospital Lundu

Untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan penduduk khususnya di kawasan sepanjang Jalan Biawak, pembinaan Klinik Biawak yang baharu adalah sangat perlu untuk disegerakan. Di samping menyediakan kemudahan perubatan kepada ICQS di Biawak, klinik yang baharu akan memberi keselesaan kepada penduduk. Klinik sedia ada sudah tidak sesuai kerana ianya adalah sebuah rumah yang telah dijadikan sebagai klinik. Tambahan pula pemilik bangunan tersebut telah mengeluarkan surat arahan untuk mengosongkan klinik tersebut tahun lalu. Segerakanlah membina Klinik Biawak kerana tapak sudah ada.

Hospital Lundu adalah antara hospital tertua yang terdapat di Sarawak ketika ini. Kebanyakan fasiliti di situ sudah usang. Kemudahan lama yang selayaknya dihantar ke muzium atau arkib. Memandangkan tapak sudah tersedia, saya berharap akan ada kelulusan dari Kerajaan Persekutuan untuk membina baru Hospital Lundu ini.

Sebagaimana yang dimaklumi, persempadanan di N.1 Opar adalah sangat panjang. Penduduk yang bersempadan ini sering berulang-alik dalam urusan seharian. Adalah amat dibimbangi pergerakan penduduk ini memberi kesan negatif terutamanya dalam isu penyalahgunaan dadah, keselamatan, jenayah dan pencerobohan sempadan. Pencerobohan dari sempadan ini turut mengundang penyakit seperti rabies, demam babi dan sebagainya. Sejauh manakah pihak Majlis Keselamatan Negara menangani isu ini kerana dibimbangi pencerobohan kawasan akan berleluasa?

Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)

Terima kasih kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi atas pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang telah banyak memberi faedah kepada masyarakat di kawasan saya. Bagaimanapun, daripada rekod yang kami ada, masih seramai 82 orang pemohon dari pelbagai kampung di N.1 Opar yang masih menunggu untuk dibekalkan dengan grid bekalan elektrik luar bandar ini. Sejak akhir-akhir ini, pelaksanaan projek ini semakin lambat. Kampung-kampung yang terjejas, antaranya Kampung Stungkor Lama, Kampung Raso, Kampung Bokah, Kampung Judin, Kampung Serayan, Kampung Jangkar serta Kampung Sebako, kampung saya sendiri. Saya berharap agar pihak kementerian dapat membantu untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini agar penduduk setempat dapat menikmati kemudahan asas ini seperti orang lain serta memberi keselesaan kepada mereka.

Jabatan Pengairan dan Saliran (DID)

Beberapa lokaliti dalam kawasan N.1 Opar juga sering mengalami masalah banjir terutama sekali semasa musim tengkujuh. Antara yang paling teruk terjejas ialah Kampung Pasir Hulu Kawasan Ranto Panjang, laluan masuk ke Kampng Sebako, Kampung Pasir Tengah dan Kampung Bitokan. Perkara ini memerlukan kajian terperinci dan menyeluruh daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk penyelesaian jangka masa panjang supaya masalah ini tidak menjadi beban kepada kehidupan mereka yang terkesan, peralatan serta pergerakan harian.

Tuan Speaker

Yang Berhormat, you have to conclude.

Okay, Yang Berhormat.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, elok kita berfikir sejenak, ke manakah hala tuju Sarawak selepas ini? Sesungguhnya, Sarawak merupakan region yang telah mempunyai kabinet sendiri lebih awal daripada kabinet Malaysia. Apabila kita semua bersetuju bahawa Dewan Undangan Sarawak ini seharusnya lebih elok dikenali sebagai Parlimen Sarawak kerana kedudukan kita sebagai sebuah region. Saya serahkan kepada tampuk kepimpinan Sarawak untuk memperhalusi perkara ini, moga-moga ia akan menjadi kenyataan suatu hari kelak, God willing it will be there. There is no reason why it could not be as we are not a state, but Sarawak is a region.

Tinggal lagi selama 20 hari kami kaum Dayak akan menyambut perayaan Hari Gawai Dayak. Perayaan ini bukan sahaja diraikan oleh kaum Dayak malah seluruh masyarakat di Sarawak sama-sama meraikan perayaan ini. Di sinilah toleransi kaum yang sebenar di negara kita. Justeru itu, dalam Bahasa Salako, “aku maok ngucapkan Salamat Ari Gawe Dayak 2024 ka semuhe’ea Ahli-ahli Yang Berhormat ngan Katua-katua Jabatan Kaum Dayak ang ada da’amp Dewan ang mulia nian pada ari nian. Samoga Gawe Dayak tahun nian marek diri barakat, untung tuah, dingin sajuk ngan nyaman tarigas”.

Makan beradat di atas apar, Berlauk ikan masak kari, Demikianlah perbahasan dari Opar, Mohon perhatian dari pihak Menteri.

Ikan panggang di atas bara, Ambil lilin pasang pelita, Jika tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Tuan Speaker, dengan ini saya menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Honourable Member for Meluan.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil peluang bagi membahas Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8. Saya amat yakin, Sarawak akan terus maju makmur dan sejahtera di bawah Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri.

Saya juga ingin mengambil peluang ini mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Beliau telah memberi sumbangan yang amat besar ke atas pembangunan membawa Sarawak ke arah yang lebih makmur.

Tuan Speaker, Sarawak menikmati pembangunan yang begitu pesat hasil daripada “Revenue Re-Engineering” YAB Premier. Kita dapat melihat aktiviti pembinaan dan pembangunan ada di mana-mana. Di DUN Meluan tidak terkecuali menikmati hasil daripada pembangunan inklusif kepimpinan YAB Premier. Namun yang demikian, sebagai wakil rakyat, kita mempunyai tanggungjawab bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan dan juga pegawai-pegawai di lapangan untuk memastikan segala visi ini dapat dilaksanakan dengan cekap.

Kita amat bertuah dengan pendapatan Sarawak yang mencecah sehingga RM13 bilion pada tahun lepas. Meluan tidak ingin ketinggalan dan ingin melihat apa yang telah dirancang, dilaksanakan dengan cekap supaya kita dapat merancang dengan pesat lagi.

Infrastruktur Luar Bandar

Tuan Speaker, saya ingin menekankan kecekapan dan kesegeraan pelaksanaan Projek Infrastruktur Luar Bandar di Meluan. Kita sudah menghampiri penghujung Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Oleh itu, saya akan memberi fokus untuk menyiapkan projek-projek yang telah dirancang untuk RMK-12.

Pertama sekali, saya ingin memberi penghargaan kepada JKR Sarawak yang baru-baru ini telah menganugerahkan kontrak untuk membina jalan di Ng. Maong ke Klinik Ng. Maong, SK Ng. Ju, Rumah Gerasi dan Rumah Mengiring, Ulu Ju.

Namun yang demikian, saya juga ingin memohon agar Fasa 2 Jalan Ng Entabai-Rantau Limau dilaksanakan dengan segera. Jalan-jalan ini amat penting untuk menghubungkan last frontier di Meluan untuk membuka jalan kepada rakyat di kawasan ini untuk turut sama memajukan ekonomi kawasan mereka.

Di samping itu, saya juga memohon agar jalan-jalan ini dilengkapkan dengan lampu jalan. Ini termasuk jalan yang sedia ada di Meluan, terutama dari Pasar Julau ke Ng. Entabai yang amat gelap pada waktu malam dan merbahaya terutama di musim hujan. Begitu juga jalan dari Simpang Julau ke Pasar Julau yang belum sepenuhnya diterangi dengan lampu jalan termasuk simpang-simpang ke rumah panjang di sepanjang jalan-jalan ini.

Tuan Speaker, masalah bekalan air merupakan masalah yang masih lagi membelenggu rakyat di Meluan. Di kawasan Jalan KJD di sepanjang jalan Pan Borneo dan juga Pasar Julau masih lagi menghadapi masalah gangguan bekalan air yang sangat kerap. Kita ingin melihat bukan sahaja projek bekalan air di kawasan ini dipercepatkan, tetapi kita ingin melihat langkah yang lebih proaktif daripada JBALB untuk mencari penyelesaian sementara.

Sekiranya pelaksanaan projek ini mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan, kita ingin tahu apakah langkah segera yang lebih berkesan untuk mengurangkan beban mereka. Penghantaran air bersih ke kawasan-kawasan yang terkesan perlulah lebih cekap dan kita harus mencari jalan yang lebih efektif.

Saya ingin memohon sekali lagi, untuk perayaan Gawai yang akan datang ini, untuk dipastikan bahawa gangguan bekalan air tidak terjadi di kawasan Pasar Julau dan juga sepanjang Jalan KJD terutamanya.

Saya juga ingin mencadangkan agar task force bersama oleh JBALB bersama-sama Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat DUN Meluan ditubuhkan untuk menyelesaikan perkara ini segera. Kita perlu memastikan rakyat dapat melaporkan masalah mereka dan mendapat jawapan dengan kadar segera. Saya tidak mahu rakyat Meluan secara tiba-tiba mengalami masalah bekalan air tanpa mengetahui punca dan juga tidak tahu di mana untuk bertanya. Untuk kawasan yang belum mendapat bekalan air terawat di Meluan pula, saya ingin tahu apakah perkembangan terkini cadangan Projek Bekalan Air Luar Bandar Ulu Merurun-Sengaih dan juga Projek Bekalan Air Luar Bandar Bukit Agok Entabai.

Infrastruktur Kesihatan

Tuan Speaker, Klinik Kesihatan Daerah Julau sudah berusia 60 tahun, sudah tua dan usang, sudah boleh pencen kalau ia pegawai kerajaan. Klinik ini pada asalnya hanya menumpang di atas tanah Kanowit District Council yang juga telah tamat pajakan. Saya telah difahamkan bahawa ianya telah sedia untuk ditender dengan nama Projek Pembinaan Baharu Klinik Kesihatan (Jenis 4) Julau dengan Kuarters dan Pejabat Kesihatan, Sarikei, Sarawak pada 14 Julai 2023 dan sepatutnya dikeluarkan surat setuju terima pada 22 Mac 202. Kos asal projek ialah RM50 juta. Namun yang demikian, permohonan perubahan skop sehingga meningkatkan kos kepada RM80 juta mengakibatkan projek ini masih lagi tidak dapat ditender.

Saya memohon agar keutamaan projek ini fokus kepada bangunan dan fasiliti klinik terlebih dahulu dan kuarters dibangunkan berasingan supaya kos kekal di bawah RM50 juta. Saya percaya Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai perancangan untuk kediaman penjawat awam dan akan mengambil kira kakitangan Kementerian Kesihatan di dalam perancangan ini. Kementerian Kesihatan tidak boleh merancang secara bersendirian dan perubahan-perubahan skop ini hanya akan melambatkan projek dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban atas ketidakcekapan pelaksanaan.

Tuan Speaker, the Malaysian Dialysis and Transplant Registry melaporkan lebih 51,000 pesakit yang menjalankan dialisis dan jumlah ini dijangka menjangkau 106,000 pesakit pada tahun 2040.

Di Meluan, kita juga melihat peningkatan pesakit buah pinggang yang memerlukan dialisis. Namun, amat menyedihkan melihat pesakit-pesakit ini di Meluan terpaksa pergi ke Kanowit dan Sibu untuk mendapatkan dialisis.

Saya memohon agar diwujudkan satu pusat dialisis di Meluan untuk mengurangkan kesukaran dan juga beban kewangan mereka untuk mendapatkan dialysis. Pusat khidmat saya juga bersedia memberi kerjasama dan sokongan kepada Jabatan Kesihatan untuk menjalankan kempen kesedaran dan apa juga inisiatif berkaitan penyakit ini di Meluan.

Di samping itu, saya juga memohon agar semua klinik di Meluan ditempatkan doktor kesihatan terutamanya di klinik kawasan pedalaman seperti Klinik Ng Ensiring, Klinik Ng. Maong, Klinik Ng. Entaih, Ng. Lasi.

Ekonomi Pertanian

Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Timbalan Premier yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak atas kelulusan Sarawak Ports Authority Bills, 2024. Ini merupakan satu langkah bijak yang akan memberi kesan yang amat positif yang menjadi pemangkin kepada ekonomi luar bandar. Seperti kata Tuan Speaker, “Like casting stone in the sea, the ripples will go far.”

Justeru itu, kita harus memberi perhatian yang lebih besar kepada pembangunan infrastruktur ekonomi pertanian luar bandar, dan Meluan tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan manfaat.

Infrastruktur jalan ladang merupakan satu projek yang memberi impak tinggi di luar bandar. Masih ramai lagi pekebun-pekebun di Meluan yang masih lagi berjalan kaki sehingga berkilometer jauhnya. Oleh itu, saya mohon peruntukan khas RM10 juta setahun untuk membangunkan infrastruktur jalan ladang di Meluan. Sekiranya boleh, program ini dijadikan satu inisiatif tahunan di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) menerusi Sarawak Land Development Board (SLDB). SLDB juga boleh dijadikan agensi khas untuk membina dan menyelenggara semua jalan kebun dan ladang di seluruh Sarawak. Ini adalah supaya inisiatif ini boleh berkesan dan fokus serta kita mempunyai satu agensi khas yang fokus untuk membangunkan infrastruktur pertanian.

Tuan Speaker, Meluan merupakan pengeluar lada berkualiti tinggi dan penyumbang utama eksport lada Sarawak. Walaupun tanggungjawab memajukan ekonomi ini terletak di bawah agensi persekutuan, namun masih wajar sekiranya Kerajaan Sarawak juga mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan industri ini secara komersial.

Saya merasakan industri lada di Sarawak masih belum dimajukan sepenuhnya. Lembaga Lada Malaysia sebagai badan utama untuk komoditi ini terbatas fungsinya di dalam penyelidikan dan pembangunan serta pemberian subsidi.

Oleh itu, eloklah sekiranya badan berkanun negeri seperti Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak mengambil inisiatif untuk mengkomersialkan industri lada.

Kita harus mencari jalan bagaimana untuk membantu pekebun kecil lada untuk meningkatkan hasil mereka dari segi nilai jualan mereka. Kita faham harga komoditi dunia adalah di luar kawalan kita. Namun yang demikian, pekebun kita boleh beralih daripada menghasilkan lada hitam kepada penghasilan lada putih dan creamy white, di mana harga lada putih dan creamy white jauh lebih tinggi berbanding lada hitam.

Lembaga Lada Malaysia dan badan berkanun Sarawak harus mencari jalan untuk memperkenalkan sistem atau teknologi yang boleh membantu pekebun kecil ini menghasilkan lada putih dan creamy white dengan lebih mudah. Ini adalah low hanging fruit untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil kita.

Tuan Speaker, saya menyokong hasrat Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah untuk mengubah pemikiran petani kita untuk bergerak ke arah industri dan juga pemberian insentif untuk menggantikan subsidi lama. Oleh itu, program dan projek yang kita perkenalkan haruslah selari dengan hasrat ini. Saya ingin melihat lebih banyak skim pembangunan berskala besar dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk memajukan sektor pertanian secara industri. Rakyat kita di Meluan mempunyai banyak tanah dan sangat rajin. Cuma kekangan mereka adalah dari segi modal dan juga jaminan pembelian hasil mereka.

Justeru itu, saya mencadangkan diwujudkan di bawah Kerajaan Sarawak, Projek Ladang Rakyat dengan kerajaan membangunkan tanah NCR pekebun kecil dengan tanaman komersial dan maintenance sehingga menghasilkan buah secara geran melalui badan berkanun negeri.

Kemudian, setelah mencapai kematangan atau menghasilkan buah, diserahkan kepada pekebun kecil. Kita boleh menetapkan had setiap peserta tidak melebihi lima hektar, untuk secara berkelompok tidak kurang daripada 500 hektar. Kita juga boleh mewujudkan program yang sama untuk melebihi lima hektar setiap pemilik individu tetapi secara pinjaman mudah daripada kerajaan.

Untuk memastikan hasil ini kemudiannya dibeli dengan harga yang baik, program ini harus dilaksanakan oleh badan berkanun negeri dan terus disertakan dengan purchase agreement. Kemudiannya, adalah tanggungjawab badan berkanun berkenaan untuk memasarkan hasil ini secara komersial.

Selain itu, saya juga ingin mengulangi permintaan saya pada sesi-sesi sebelum ini agar lebih banyak lagi projek pertanian dibawa ke Meluan terutamanya Collection, Processing and Packaging Centre (CCPC), PROSPEK ataupun Precision Farming Park dan juga Agropark.

Julau New Township

Tuan Speaker, Pasar Julau sedia ada telah mencapai kapasiti maksimum dan sudah tidak dapat lagi menampung keperluan penduduk dan juga menampung permintaan komersial. Oleh itu, saya ingin mencadangkan Julau New Township. Tapak cadangan ialah di Seberang Pasar Julau dan juga dicadangkan satu iconic bridge dibuat untuk menghubungkan kedua-dua tempat ini.

Julau New Township ini mampu menarik lebih banyak lagi aktiviti perniagaan serta boleh dijadikan pusat pentadbiran serta menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Julau. Kawasan ini strategik kerana tanah di kawasan ini luas dan boleh dihubungkan terus ke Machan di Kanowit pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama juga, memandangkan kesesakan teruk di Pasar Julau, saya ingin mohon agar tempat letak kereta bertingkat dibina di Pasar Julau. Kesesakan ini bukan saja pada masa musim perayaan malahan hujung minggu biasa pun sangat sesak. Tempat letak kereta sedia ada sudah tidak dapat menampung pengunjung ke Pasar Julau. Tapak cadangan untuk tempat letak kenderaan bertingkat ini adalah bersebelahan dengan tempat letak kereta di stesen bas yang sedia ada.

Pembangunan Belia Dan Sukan

Tuan Speaker, saya ingin menekankan pembangunan belia di Meluan. Untuk makluman dewan, daerah Julau merupakan sports powerhouse di Bahagian Sarikei. Saya amat berbangga dengan tenaga pengajar di SMK Julau dan juga SMK Julau 2 yang berjaya melahirkan atlet-atlet. Kedua-dua buah sekolah ini sentiasa mendapat tempat pertama dan kedua di kejohanan sukan peringkat Bahagian Sarikei. Ramai atlet kita mewakili Sarawak dan juga ada yang mewakili Malaysia. Justeru itu, saya memohon agar dipertimbangkan sekiranya salah satu daripada sekolah ini dijadikan sekolah sukan ataupun diberikan pengiktirafan untuk melahirkan lebih ramai atlet yang mampu bersaing ke peringkat tinggi.

Saya juga mencadangkan agar Stadium Julau yang sedia ada dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih baik seperti gym, asrama dan juga kemudahan sukan yang lain.Setiap hari, stadium Julau menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk bersenam sehingga wujudnya lebih ramai runner. Ini adalah satu amalan dan trend yang baik untuk rakyat Meluan ke arah gaya hidup yang sihat. Saya amat bangga melihat terutamanya ramai dalam kalangan cikgu-cikgu di Meluan yang membawa trend ini sehingga menjadi ikutan oleh Masyarakat setempat.

Dengan lahirnya ramai runner, maka saya memohon kepada Kementerian Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) mewujudkan acara larian tahunan di Meluan ke tempat bersejarah, iaitu Kubu Brooke Ng. Meluan.

Tuan Speaker, sebagai seseorang yang datang daripada bidang pendidikan, adalah menjadi harapan saya agar setiap keluarga di Meluan melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan. Saya percaya dengan infrastruktur sekolah yang semakin baik di Meluan, akan lebih ramai pelajar cemerlang yang kita dapat lahirkan.

Kita amat bertuah, oleh kerana visi Yang Amat Berhormat Premier, kita telah berjaya menubuhkan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak. Saya ingin melihat anak-anak Meluan turut menerima manfaat daripada penubuhan sekolah ini. Justeru itu, saya memohon agar syarat kemasukan ke sekolah ini tidaklah terlalu ketat bagi membolehkan anak-anak luar bandar terutama dari Meluan dapat memasuki sekolah ini.

Tuan Speaker

Yang Berhormat, you have to conclude.

Mohon tiga minit.

Di samping itu, saya melihat jurang pelajar di kawasan luar bandar ini masih lagi jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar di bandar. Terutamanya, pembelajaran dengan pelajar di bandar. Terutamanya, pembelajaran di luar waktu sekolah, tuisyen. Jika boleh dipertimbangkan, Yayasan Sarawak boleh meneliti bagaimana pusat tuisyen luar bandar boleh diwujudkan dengan fokus kepada mata pelajaran sains dan matematik.

Tuan Speaker, sebagai penutup, saya ingin melihat Meluan bergerak seiring dengan kemajuan pembangunan Sarawak. Bersama-sama bergerak ke hadapan, ke arah yang lebih makmur di bawah kepimpinan inklusif Yang Amat Berhormat Premier. Dengan kesempatan ini juga, belum terlambat sekiranya saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam terutamanya warga Sarawak.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak yang akan datang kepada seluruh orang Dayak. Besampi ke semua kitai gayu guru, gerai nyamai nguan menua. Majak maju mai pemansang ngagai bala rakyat kitai ba menua Sarawak ditu, maju mansang, makmur, segulai sejalai dalam perintah GPS. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Speaker

Member for Tanjong Datu. Before I call you to address the Dewan, allow me to welcome our illustrious visitors. Allow me to welcome His Excellency Irfan Davudov, Ambassador of the Republic of Azerbaijan to Malaysia, and Mrs. Shabnam Karimova, First Secretary of Republic of Azerbaijan Embassy. The Dewan Undangan Sarawak welcome you, Your Excellency. Member from Tanjong Datu, please proceed.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. I like to also welcome His Excellency Ambassador from Azerbaijan I believe into this august House.

Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud atas pemergian Almarhum pada bulan Februari yang lepas. Kita telah kehilangan satu permata di negeri ini dan beliau juga merupakan seorang sahabat kepada keluarga saya yang sangat rapat. Umum juga mengetahui Almarhum Tun merupakan seorang mentor kepada ayah saya, Almarhum Tok Nan kita. Begitu banyak kenangan bersama-sama keluarga Tun yang sekiranya dirakamkan di sini akan mengambil masa yang panjang.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sebagai Gabenor Sarawak yang baru.

Tuan Speaker, kita seharusnya berbangga kerana mendapat seorang pemimpin seperti Yang Amat Berhormat Premier kita atau Ahli Yang Berhormat bagi Gedong for his far-sightedness in navigating Sarawak into greater heights. His vision for Sarawak to move us from a traditional to a digital modern economy relying on renewable energy should be highly commended. With this direction, I am 100% confident that Sarawak will achieve the status of a developed state by 2030, if not earlier and at the same time become a renewable energy powerhouse.

Tuan Speaker, based on the current report from IMF and I quote, “The Malaysian economy moderated further to 3% in quarter four in 2023, bringing the overall growth to 3.7% in 2023”. Meanwhile, our region in Sarawak has reached a growth of 4% based on reports I got from EPU which is 0.3% higher than the national average. Even though it seems to be a small figure, but it is still in the amount of billions in terms of GDP.

Tuan Speaker, for the past four days, we have been debating and discussing issues and Bills in this august House, which include the introduction of the new Bill namely the Sarawak Ports Authority Bill, 2024. I fully concur with all the supporting arguments presented by my fellow assemblymen and further congratulate them in ensuring this Bill to be passed. Ports are important catalysts as we can see in our neighbouring countries, which play a big role in their respective successes. I would like to also highlight the particular statement made by Honourable Member for Bawang Assan in his debate, which I quote, “A centralized port will enhance greater and more efficient utilization of resources, from infrastructure, superstructure, to facilities, systems, people, and manpower while at the same, the central authority can improve enforcement and safety, synchronize standards and adherence to international regulations and bring about compliance of international maritime standards”. Thank you, Honourable Member for Bawang Assan for that wonderful explanation.

It is high time for a Bill such as this to be introduced and consequently passed. I would like to congratulate the Yang Amat Berhormat Premier and Honourable Member for Gedong for his vision in guiding us through the passage of this Bill.

To Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Honourable Member for Bukit Saban and his team from the Ministry to lead the charge, and also all the civil servants that had made the effort to ensure the benefits will keep on coming for our beloved region. Also not to forget our Yang Amat Berhormat Prime Minister and Minister of Transport who played a very important role in the realisation of this Bill.

Also, may I add, Tuan Speaker, with the current developments that we see around the main port cities in Sarawak. I would also like to see a plan in the future to develop a deep seaport mainly focusing on tourism and cruise ships probably in my humble constituency of Tanjong Datu and I am sure this will be a definite game changer in my area.

EDUCATION

Tuan Speaker, I would like to touch a bit on the state of education in this country. A Chinese proverb said, “If you want one year of prosperity, grow grain. If you want 10 years of prosperity, grow trees. If you want 100 years of prosperity, grow people.” I would like to touch on a matter concerning the state of education in our country. Based on the world bank report, I quote, “Too many children are not learning sufficiently in Malaysia, given the country’s aspirations and despite the concerted efforts to improve learning. The average child spends 12.5 years in school in Malasia by his or her 18th birthday, however, he or she learns only the equivalent of 8.9%. In neighbouring Singapore, the average child spends almost 14% years in school and learns the equivalent of 13 years. In Korea, a child spends 13.6 years in school and learns the equivalent of 12 years. Such success is not just limited to high-income of OECD countries”.

Malahan, in neighbouring, Vietnam, a lower-middle income country that spends a fraction of what the three countries spend on education a child spends 13 years in school, and learns the equivalent of 11 years, 10.7 years to be exact. To further add on, “While many children do well in Malaysia, a significant number do not learn enough. The majority of 58% of students in Malaysia become proficient readers when they finish Grade 5. However, the percentage of those who are non-proficient at the end of Grade 5 is higher than in countries with similar Gross National Income per capita, 34%. The performance is worse among the poorest children, where 61% do not achieve the expected proficiency levels. In contrast, in Vietnam, which has only 18% and 41% among the poorest children are not proficient in the reading the skills expected by the end of Grade 5”.

Tuan Speaker, this shows the major need for Sarawak to fight for our education autonomy and manage our own children to ensure we would be an educated society past beyond 2030. To a certain extent, I do agree that our syllabus is a comprehensive syllabus. However, the whole ecosystem of education needs to be tweaked or if not, a total overhaul to be on par with our counterparts as I have mentioned above. We definitely do not want to sink together with other states in Malaysia, on this boat. Let us have our own vessel by way of having our own autonomy in deciding our own curriculum.

We take for example, the learning loss faced by our children during the pandemic. What are the steps taken to get this so-called lost generation affected by it to get back on their feet in terms of education?

As we have listened to the answer given by Honourable Member for Nangka yesterday, we do hope that our friend in Putrajaya would not be hesitant and throw a spanner into the works of making certain approved matters in the devolution discussions into law. In addition, we should further improve relevant regulations or even consider amending the Education Act. This will ensure the policy of education affecting mainly Sarawak would not be at the whim and fancies of future ministers for education.

With that we must also credit the current Minister for Education for accommodating to our demands. The journey to autonomy should not be an arduous one. It should be a plain sailing endeavour as being repeated a number of times by our Prime Minister, that implementing the MA63 to the fullest is of the highest priority. All the components in the ecosystem must work well, namely the teachers, students, infrastructure, parents, and communities, as well as the curriculum must all work in tandem to ensure the favourable outcome for our sake of education.

Online Gambling

Tuan Speaker, allow me to touch on the issues of online gambling ataupun judi online, illegal online gambling di Sarawak ini. Masa kini, kita melihat banyak premis-premis mahupun di pekan-pekan besar, mahupun pekan-pekan kecil menjadi pusat-pusat perjudian haram online ini. Dan kebanyakan premis-premis ini bertopengkan kedai-kedai runcit ataupun kedai-kedai makan di hadapan tetapi menjalankan aktiviti-aktiviti menjual ataupun offering illegal online gambling services.

Yang menyedihkan lagi, kita melihat perkara ini melibatkan ramai para belia kita. Saya ingin menyeru kepada pihak PDRM dan juga imigresen untuk benar-benar mengambil tindakan terhadap aktiviti haram seperti ini, kerana saya tidak mahu melihat isu ini meningkat ataupun berkembang seangkatan dengan isu dadah yang membelenggu di negara kita ini. So, I hope all enforcement agencies do their part especially Police and Immigration. Ertinya kita selalu melihat di premis-premis ini yang bekerja adalah pekerja asing yang diragui status kewarganegaraan mereka ataupun status kedatangan mereka.

Constituency

Terima kasih, Tuan Speaker. Perkara terakhir yang ingin saya sentuh di sini adalah berkenaan dengan constituency. Tuan Speaker, izinkan saya menyentuh sedikit mengenai keperluan di kawasan di N.3 Tanjong Datu. Yang pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pentadbiran kerajaan pada masa ini yang telah memperuntukkan pelbagai projek di kawasan saya dan yang terbaru ini, GKCDA sebanyak RM150 juta. Walau bagaimanapun, dengan siapnya projek-projek seperti ini, saya percaya kawasan N.3 Tanjong Datu termasuklah Lundu, Sampadi dan Sematan masih lagi memerlukan beberapa peruntukan tambahan dan juga pemangkin-pemangkin ekonomi pada masa akan datang.

Jika kita lihat kepada projek-projek yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan, connectivity dan juga kemudahan-kemudahan awam bakal mencapai tahap 100%. Oleh itu, fokus saya yang seterusnya adalah kepada perkembangan ekonomi. Salah satu yang saya dapat cadang di sini adalah dengan menyeru pihak kerajaan menjadi fasilitator bagi menambahkan pelaburan terutama sekali pelaburan swasta dari segi pelancongan termasuklah infrastruktur sekali. Seperti contoh resort-resort, hotel-hotel dan kawasan perniagaan serta tarikan-tarikan pelancongan. Saya bersyukur kerana telah menerima beberapa projek pembangunan ekonomi seperti Anjung Usahawan Telok Melano, Anjung Usahawan Sematan dan juga penambahbaikan pasar-pasar di kawasan Lundu.

Saya juga ingin melihat kawasan Sampadi dibangunkan juga sebagai sebuah pusat ekonomi dan mungkin badan-badan seperti SEDC, ataupun kementerian MINTRED boleh membantu dari segi ini dan membuka satu kawasan pusat kegiatan ekonomi komuniti. Pada masa yang sama, pihak pentadbiran hendaklah juga memikirkan tentang approval perancangan pusat-pusat komersil yang semestinya kita perlukan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, tidak mustahil juga sekiranya satu pusat pembelajaran tertiary seperti kolej komuniti ataupun fakulti- fakulti daripada universiti sedia ada seperti UNIMAS dan UiTM untuk membuka fakulti yang baru di kawasan Tanjong Datu.

Pembangunan seperti ini sedikit sebanyak boleh membantu kepada perkembangan ekonomi masyarakat di Daerah Lundu dan meningkatkan household income kawasan setempat. Saya sudah mengkaji sendiri keperluan–keperluan di Tanjong Datu dan kami melihat bahawa hospitality dan tourism adalah cara yang terbaik sekali. Sekiranya hendak membuka kilang-kilang ataupun aset perindustrian, saya tidak merasakan mereka berminat untuk membuka di kawasan saya atas kekangan logistic, jarak pelabuhan dan pelbagai lagi faktor. Oleh itu, hanyalah sektor pendidikan, pelancongan dan hospitality yang menjadi pemangkin ekonomi di kawasan saya ini.

Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan, Tuan Speaker, Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua dan selamat kembali ke kampung, ke kawasan masing-masing bagi Ahli-ahli Yang Berhormat berbangsa Dayak dan ingin saya akhiri dengan kata-kata daripada Almarhum ayah saya, “Kita di Sarawak tok, berbagai bangsa, berbagai budaya, berbagai agama tetapi kita masih boleh makan sama, duduk sama, cari amoi pun sama.” Terima kasih, Tuan Speaker. Sehingga itu, saya menyokong penuh Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, allow me to address His Excellency Irfan Davudov Ambassador of the Republic of Azerbaijan. His Excellency an official from Azerbaijan, had graciously assisted in bringing home the President of Senate of Malaysia, Datuk Mutang Tagal from Azerbaijan to Sarawak. We wish to express our profound gratitude and thank him and his officials for that kind assistance.

For your information, Azerbaijan is a beautiful country, by the Caspian Sea. It is no doubt the reason why our President of Senate visited Azerbaijan as one of the first few countries to be visited in Europe. It has a proud military history, rich in oil and resources, and has just won military victory to recover their territory from their neighbour known as Nagorno-Karabakh. So, it is a beautiful country rich in oil, proud in its military history. Once more, Sir, thank you very much for your gracious assistance in bringing home our President of Senate who hails from the northern part of Sarawak. Today being Friday, we have an early break, Dewan resumes at 2.30 p.m.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.39 pagi)

(Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.38 petang)

[Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, I have a small but very important announcement to make. It is with the utmost sadness and regret that I have to announce that our Dewan Negara Speaker that is Yang Berhormat Datuk Mutang Tagal had just passed away while the Dewan was in session when Ahli Yang Berhormat Tanjong Datu was making his speech and while the Ambassador of Azerbaijan was in the Dewan. It is humbly requested that all Ahli-ahli Yang Berhormat and myself here, show our greatest respect to the late Datuk Mutang Tagal by giving one minute silence according to our individual belief, please.

(One Minute Silence)

Timbalan Speaker

Thank you. Ahli-ahli Yang Berhormat it is imperative that I as a Muslim would say, “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un” which means, “To the Creator we belong, to Him we shall return”. With that may we resume our sitting and first of all, I would like to call Ahli Yang Berhormat Simunjan please to give his speech.

Encik Awla bin IdrisPBB · GPSSimunjan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga pada 6 Mei 2024 yang lalu di Dewan yang mulia Ini.

Tuan Speaker, pada kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah yang lalu. Pemergian Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan kehilangan besar buat rakyat Sarawak. Sepanjang 33 tahun memimpin negeri ini sebagai Ketua Menteri Sarawak dan 10 tahun menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menghidupkan Sarawak hingga berjaya memperkasakan pembangunan, status ekonomi dan taraf hidup rakyat di bandar dan luar bandar secara menyeluruh. Jasa dan bakti Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang digelar, "Bapa Pemodenan Sarawak", telah memberi impak besar kepada negeri ini yang kini bergelar sebuah wilayah yang progresif dan berteknologi tinggi dalam industri moden.

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar kerana telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8 pada 26 Januari 2024 yang lalu. Saya yakin kepimpinan Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar akan lebih memacu pembangunan di negeri ini bersandarkan pengalaman serta keazaman beliau sebagai antara pemimpin yang memperjuangkan tuntutan hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tuan Speaker, amanat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam ucapan perasmian mengingatkan agar rakyat Sarawak memelihara kestabilan politik di negeri ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat untuk Sarawak. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak juga menyarankan agar seluruh rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan antara kaum masing-masing. Berlandaskan saranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, saya yakin seluruh rakyat di negeri ini akan dapat menikmati pembangunan yang mampan dan menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri membangun di Malaysia menjelang tahun 2030. Ini adalah kerana Kerajaan Sarawak telah berjaya meneroka beberapa ekonomi baharu berdasarkan teknologi hijau yang telah menarik banyak pelabur ke Sarawak. Selain daripada itu, usaha ini dapat membantu menjaga dan memelihara alam sekitar negeri ini.

Tuan Speaker, sememangnya tidak dapat disangkal lagi ilham Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah mengangkat Sarawak sebagai perintis kepada inisiatif peralihan Tenaga Boleh Baru (TBB). Kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak juga telah membuka banyak peluang pelaburan perniagaan yang sekali gus memperkenalkan Sarawak di mata global.

Bukan itu sahaja, kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak juga telah meletakkan Sarawak di kedudukan hadapan dalam Malaysia dengan inisiatif ekonomi digital yang telah diperkenalkan sejak tahun 2017. Kerajaan Sarawak yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Premier juga telah merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini hingga Sarawak menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan mengatasi Johor. Lebih membanggakan, Bank Dunia telah mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu, saya optimis seluruh perancangan yang disusun di bawah Post COVID-19 Development Strategy 2030 bakal dicapai sedikit masa lagi sekali gus akan menyaksikan tiada rakyat yang akan terpinggir daripada pembangunan seperti disasarkan.

Tuan Speaker, di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengemukakan beberapa isu yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri di kawasan saya di N.25 Simunjan.

Pejabat Jabatan Pertanian

Tuan Speaker, di Dewan yang mulia ini, saya telah mengusulkan kerap kali permohonan pembinaan baharu bangunan Pejabat Jabatan Pertanian Daerah Simunjan. Namun sehingga kini, belum ada tindakan daripada Kerajaan Negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bangunan pejabat Jabatan Pertanian Daerah Simunjan yang digunakan sekarang adalah bangunan yang telah beroperasi dalam tahun 1963. Keadaan bangunan yang diperbuat daripada kayu tersebut amat kritikal dan hanya menunggu runtuh kerana kebanyakan kayu telah reput. Di sini saya merayu agar isu ini dipandang serius oleh Kerajaan Negeri memandangkan bangunan tersebut tidak selamat untuk digunakan lagi. Fizikal bangunan yang usang sememangnya tidak menepati sasaran kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap apa lagi untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang ingin mendapatkan perkhidmatan.

Sekolah Daif

Tuan Speaker, saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang berkualiti untuk anak Sarawak. Hubungan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak telah menyakinkan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi membina dan menaik taraf bangunan sekolah-sekolah di negeri ini. Besarlah harapan saya agar sekolah-sekolah di kawasan DUN N.25 Simunjan juga mendapat tempias peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Antara sekolah yang memerlukan bangunan baru bangunan SK Sungai Buluh, Sadong Jaya. Keadaan bangunan sekolah sedia ada tidak selamat digunakan lagi. Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri memandang serius masalah ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang telah meluluskan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk pembinaan baharu bangunan SK Sageng, Simunjan.

Jalan Pesisir

Tuan Speaker, jaringan perhubungan jalan raya yang baik masih diperlukan untuk menghubungkan Pekan Simunjan ke pusat bandar. Besar harapan saya agar jalan yang menghubungkan Kampung Seruyuk ke Pekan Simunjan sepanjang 9 km dapat dibina. Ini kerana apabila siapnya Jambatan Batang Lupar nanti lebih banyak kenderaan melalui jalan ini dan akan memendekkan perjalanan ke pekan Simunjan.

Jaringan Telekomunikasi

Tuan Speaker, masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan N.25 Simunjan adalah masalah telekomunikasi yang lemah. Walaupun ada penambahan menara telekomunikasi, namun masalah ini masih belum selesai. Di sini saya ingin memohon agar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menambah lebih banyak lagi pencawang bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kebanyakan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah memerlukan pencapaian internet yang kuat untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah mereka.

Masalah Sosial

Tuan Speaker, dalam soalan lisan saya di Dewan yang mulia ini, antara masalah yang dihadapi di N.25 Simunjan adalah sering berlaku bekalan elektrik terputus, iaitu blackout tanpa notis. Soalan ini telah dijawab secara lisan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak. Antara punca berlakunya terputus bekalan ini adalah disebabkan vandalisme ataupun kecurian peralatan elektrik. Dengan ini saya memohon kepada pihak PBT, iaitu Majlis Daerah Simunjan supaya membuat pemantauan Bersama-sama pihak PDRM terhadap premis penjualan barangan terpakai yang berdekatan. Kita khuatir masalah ini akan terus berlaku dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri menanggung kos penyelenggaraan itu nanti.

Penutup

Tuan Speaker, kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh agensi kerajaan di Bahagian Samarahan dan Daerah Simunjan yang banyak membantu saya dalam merealisasikan pembangunan di DUN N.25 Simunjan. Saya harap kerjasama ini nanti akan terus berkekalan agar pembangunan di DUN N.25 Simunjan setanding dengan kawasan lain di Sarawak, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.

Pisang emas di bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh kubayar, Hutang budi dibawa mati.

Saya pasti dengan pucuk pimpinan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan Kerajaan GPS akan meneruskan pembangunan di negeri Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.

Bola ragbi bentuknya setengah bulat, Berlawan siapa kalah buka baju, Walaupun badan dimakan ulat, Tetap mahu Simunjan maju.

Belum terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh masyarakat Islam dan bagi masyarakat Dayak, saya ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak yang akan disambut tidak lama lagi dengan ucapan Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.

Dengan ini, saya menyokong penuh-sepenuhnya Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Simunjan. I have on my list next will be Yang Berhormat Murum, followed by our Chief Whip from our Backbenchers, Yang Berhormat Satok and then Yang Berhormat Batu Danau. Silakan Yang Berhormat Murum, please.

Selamat petang, Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya turut serta dalam pembahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Upacara Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin, 6 Mei 2024 yang lepas.

Tuan Speaker, menjunjung kasih dan penghargaan ke atas ucapan pembukaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah menyentuh pelbagai aspek yang amat bermakna dan sewajarnya menjadi iktibar serta panduan kepada kita untuk menabur khidmat bakti kepada rakyat Sarawak dengan lebih efektif dan efisien lagi. Antara perkara penting yang telah diberi penekanan adalah kemakmuran ekonomi dan keterangkuman sosial kemampanan alam sekitar, kestabilan politik, mengekalkan perpaduan dan keharmonian, meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan awam dan mengekalkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan. Perkara-perkara ini sangat penting bagi merealisasikan hasrat kita menjadi Sarawak sebagai sebuah wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang pada tahun 2030 melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini, ingin mewakili rakyat dari DUN Murum untuk menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Mantan Tuan Yang Terutama yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 21 Februari 2024.

Sesungguhnya jasa, pengorbanan serta khidmat bakti Almarhum akan dikenang serta dihargai sampai bila-bila.

Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-20, yang telah meninggalkan kita pada hari ini, 10 Mei 2024. Sesungguhnya, seluruh warga Wilayah Sarawak turut berdukacita diatas pemergian Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara. Doa kita, semoga Tuhan memberi kekuatan dan ketabahan kepada keluarga besar yang ditinggalkan dalam menghadapi dugaan ini serta dipermudahkanNya segala urusan.

Tuan Speaker, saya bersama seluruh warga N.66 Murum mohon berkenan menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8. Saya amat yakin dan percaya bahawa dengan pengalaman yang sangat luas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak mampu menerajui tampuk kepimpinan Sarawak ke tahap yang lebih cemerlang dan terbilang lagi.

Tuan Speaker, dengan kesempatan ini, saya mewakili rakyat di kawasan Murum dan Belaga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak diatas kejayaan memimpin Sarawak ke tahap yang amat membanggakan pada hari ini. Kejayaan demi kejayaan diperolehi yang meletakkan Sarawak sebagai sebuah wilayah penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi Malaysia dan seterusnya telah mendapat pengiktirafan Bank Dunia sebagai wilayah berpendapatan tinggi. Kejayaan ini merupakan hasil usaha yang murni dan inisiatif yang berterusan oleh Yang Amat Berhormat Premier membawa pendekatan idea-idea baru untuk mempercepatkan perkembangan ekonomi Sarawak.

Ini termasuk inisiatif ekonomi digital, pembangunan pusat data, tenaga hijau dan Tenaga Boleh Baharu, hydrogen, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon, ekonomi hijau dan ekonomi kitaran yang akan menjana sumber ekonomi baharu new sources of revenue stream kepada Sarawak. Dengan penambahan pendapatan Sarawak, maka pembangunan akan menjadi semakin rancak di seluruh Sarawak dan kebajikan rakyat akan lebih terjaga dan terjamin khususnya di kawasan pedalaman ataupun di luar bandar. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Sarawak agar terus bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama untuk terus mendukung dan menyokong kepimpinan dan usaha murni yang berterusan Yang Amat Berhormat Premier demi kegemilangan Sarawak yang maju dan makmur.

Kemakmuran Ekonomi dan Keterangkuman Sosial

Tuan Speaker, melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang merupakan cetusan minda Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang amat jelas dengan hala tuju pembangunan ke arah menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, di mana semua rakyat Sarawak akan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan. Keterangkuman sosial dan penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan memainkan peranan yang amat penting bagi merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar melalui aktiviti integrasi ekonomi luar bandar yang berskala besar, ke arah mencapai matlamat status wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Ekonomi Baru Berteraskan Teknologi Hijau

Tuan Speaker, kejayaan Sarawak mengembangkan sumber ekonomi baru berteraskan teknologi hijau dengan memberi perhatian serius terhadap kesan perubahan iklim serta pemanasan global untuk mencapai sasaran karbon sifar (net zero) menjelang tahun 2050. Kini, Sarawak menjadi perintis serta mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Antara sumber ekonomi baharu Sarawak di masa yang akan datang adalah melalui hasil tenaga boleh baharu (Renewable Energy) dengan pembinaan a cascading power source.

Saya menyambut baik dan amat tertarik dengan cascading power source ini kerana kawasan Murum mempunyai potensi besar kerana terdapat beberapa sungai yang cukup deras dan mungkin sesuai untuk pembinaan cascading power source ini. Antaranya di Sg. Danum, Sg. Mali, Sg. Seping, Sg. Baluipe, Sg. Murum dan Sg. Linau yang juga berdekatan dengan grid hidro Murum dan Bakun.

Tuan Speaker, walau bagaimanapun, saya hanya akan mengemukakan permohonan untuk pelaksanaan cascading power source ini setelah mendapat persetujuan daripada hosting community atau komuniti yang berdekatan dengan kawasan-kawasan ini. Saya yakin bahawa Kerajaan Sarawak mempunyai model pelaksanaan yang terbaik yang mengambil kira kepentingan semua pihak atau win-win situation agar rakyat tempatan akan turut terlibat dan mendapat manfaat sepenuhnya hasil dari pelaksanaan projek ini dan bukan hanya menjadi pemerhati atau bystander sahaja tetapi menjadi stakeholder selaras dengan semangat keterangkuman sosial di mana tiada yang terpinggir.

Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Sungai Asap, Belaga

Tuan Speaker, saya mewakili rakyat Murum ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan Projek Cadangan Pembinaan Baru Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Sungai Asap, Belaga. Namun pembinaan pejabat ini belum disiapkan lagi disebabkan kegagalan kontraktor sehingga kontrak terpaksa ditamatkan walaupun sudah mencapai 87.5% siap dan projek ini sepatutnya siap pada 25 Disember 2022.

Saya dapati bahawa projek ini telah ditinggal begitu sahaja sejak kontrak ditamatkan. Diharapkan agar projek ini tidak dibiarkan terlalu lama terbengkalai kerana dikhuatiri akan mendatangkan implikasi lain seperti kerosakan dan kecurian peralatan sehingga menyebabkan kerugian dan peningkatan kos yang tinggi untuk menyiapkannya nanti.

Tuan Speaker, pejabat pentadbiran ini amat diperlukan segera kerana Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap terpaksa beroperasi di kuarters kerajaan yang sedia ada. Keadaan ini sudah pasti bukan sahaja tidak mampu menyediakan ruang pejabat yang selesa dan kondusif bagi kakitangan awam kita dalam memberi perkhidmatan yang terbaik, malah sudah pasti turut menyukarkan rakyat yang mendapatkan perkhidmatan. Saya merayu dan memohon agar agensi yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi menyiapkan projek ini sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Digital Ekonomi dan Telekomunikasi

Tuan Speaker, transformasi digital adalah game changer ke arah digital ekonomi yang pastinya memerlukan infrastruktur digital seperti menara dan rangkaian sistem telekomunikasi yang baik dan stabil termasuk pemasangan fiber optic bagi mengoptimumkan capaian internet berkelajuan tinggi.

Di kesempatan ini, saya ingin mendapat pencerahan berhubung status pelaksanaan cadangan Projek Perkampungan Digital (Digital Village) di Skim Penempatan (BRS) Sungai Asap dengan high speed broadband internet yang telah mendapat sokongan Yang Amat Berhormat Premier yang tentu sekali akan menjadi pemangkin bagi memacu digital ekonomi dalam sektor pertanian moden, ekopelancongan, pendidikan dan kemudahan perbankan di pedalaman selaras dengan hala tuju PCDS 2030.

Kemudahan Utiliti Asas - Bekalan Air Bersih Terawat dan Bekalan Elektrik 24 Jam

Tuan Speaker, kemudahan utiliti asas seperti bekalan air bersih terawat dan bekalan elektrik merupakan keperluan asas yang amat penting dan mustahak dalam kelangsungan hidup kita setiap hari. Kita tidak dapat menafikan kesungguhan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak yang berusaha melaksanakan pelbagai projek dengan perbelanjaan yang besar bagi memastikan rakyat Sarawak menikmati kemudahan asas ini.

Saya memohon agar kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dapat memberi pencerahan berhubung dengan inisiatif yang telah diambil bagi memastikan kawasan yang belum menikmati bekalan air terawat ini seperti di Jelalong, Long Bala, Long Koyan, Long Urun dan Sungai Linau untuk mendapatkan bekalan ini.

Seperkara lagi, saya ingin memohon penjelasan berhubung dengan bekalan air terawat dan bekalan elektrik yang sering terputus dan black out di Skim Penempatan Semula (BRS) Sungai Asap. Saya sangat berharap agar kementerian dapat menoktahkan masalah yang berlarutan ini yang menjadi igauan rakyat kita di BRS Sungai Asap.

Naik Taraf Jalan Bekas Balak di Pedalaman

Tuan Speaker, infrastruktur dan kebolehcapaian jalan raya ke kawasan pedalaman merupakan pemangkin (enablers) kepada kejayaan pelaksanaan PCDS 2030. Maka dengan itu, saya ingin memohon pencerahan berhubung dengan permohonan saya yang dikemukakan pada persidangan yang lepas bagi menaik taraf jalan-jalan bekas balak dengan jumlah anggaran panjang keseluruhannya 374 km di DUN Murum khususnya di kawasan Jelalong, Tubau, Ulu Sungai Belaga, Long Urun, Metalun, Tegulang, Sungai Linau dan Sungai Asap. Keadaan jalan-jalan ini sangat teruk, timber crossingnya ataupun jambatannya sudah reput dan tidak selamat untuk digunakan terutamanya semasa musim hujan.

Saya berharap agar kerajaan melalui kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dapat mencari kaedah yang terbaik dan holistik bagi menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera. Saya juga menaruh harapan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat memberi peruntukan yang secukupnya bagi merealisasikan pembangunan di pedalaman yang telah lama terpinggir.

Isu-isu di Skim Penempatan Semula Bakun dan Murum

Tuan Speaker, pertambahan penduduk dan pengembangan masyarakat yang ditempatkan di skim penempatan semula telah menimbulkan pelbagai isu terutamanya yang berkaitan dengan sosioekonomi, kebajikan, tanah pertanian, infrastruktur dan kemudahan asas yang tidak memuaskan, perumahan, township, pusat pentadbiran dan sebagainya.

Dalam pemerhatian saya, terdapat keperluan yang kritikal dan mendesak untuk kerajaan menilai semula Revisit Social Impact keadaan semasa penduduk di kawasan penempatan semula ini khasnya di Skim Penempatan Semula Bakun dan Murum untuk membangunkan Pelan Tindakan Strategik dan holistik bagi membendung masalah ini secara menyeluruh.

Tuan Speaker, setiap kali bersidang saya telah membawa isu-isu di skim penempatan di Dewan yang mulia ini namun ianya secara "piecemeal". Justeru itu, saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar kerajaan menubuhkan satu Taskforce khas bagi membangunkan Pelan Tindakan Strategik dan Holistik yang menyeluruh dengan mengambil kira pelan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang agar komuniti kita di skim penempatan ini yang telah mengorbankan tanah pusaka mereka bagi memberi laluan kepada Projek Meja Hidro Bakun dan Murum, rasa tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Saya juga memohon agar kerajaan menyediakan Structural Plan dan Development Master Plan bagi pekan Sg. Asap agar perancangan pembangunan lebih tersusun dan mampan dengan tanah yang amat terhad. Saya berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

Tuan Speaker, sebagai mengakhiri ucapan perbahasan ini, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Speaker, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Tuan Setiausaha DUN kerana telah berjaya mengendalikan persidangan kita ini dengan begitu bijak, profesional dan cemerlang sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai Dewan yang mulia ini, semua agensi-agensi kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas masing-masing.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan yang beragama Islam di seluruh Sarawak. Manakala kepada kaban belayan kitai Dayak di serata manoa Sarawak ke Ngintu Hari Gawai Dayak diucapkan Selamat Hari Gawai, Selamat Birami Gawai, Selamat Tau Lepa Ajau, Sayu Do Ledoh, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang, Celap Lindap Nguan Menua.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang hebat, terima kasih ibu atas jasa dan pengorbananmu, semoga Tuhan selalu melindungimu. Kepada warga pendidik kita di seluruh negara saya ucapkan Selamat Hari Guru, “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.

Dengan ini, saya memohon menyokong Usul Penghargaan atas Ucapan Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di Dewan yang mulia ini oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, pada hari Isnin, 6 Mei 2024 yang lepas. Utamakan Sarawak. Sarawak First. Sarawak Maju Makmur. God Bless Sarawak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Murum. Next, I would like to respectfully call Yang Berhormat Satok, please.

Dato Ibrahim bin BakiPBB · GPSSatok

Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.

Tuan Speaker, thank you, Sir, for allowing me to participate in this debate for the Motion of Appreciation for the Governor’s address. Firstly Sir, I would like to extend my condolences to the family of late Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, the 20th Senate President on his passing prior this afternoon. The late Datuk Mutang was fellow lawyer elected as the MP for Bukit Mas at the aged of 27 in 1982 and was re-elected in 1986. Following that, he became a corporate figure and was involved in many associations contributing his experience and expertise. He made history by becoming the first Dayak of Lun Bawang ethnicity to be appointed as senate president, being appointed in February this year. He was a true “Anak Sarawak”, his passing is a big loss to the nation Sarawak, the legal paternity, and the business community, and may his soul rest in peace.

I would like to firstly also, secondly, congratulate His Excellency, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar for his appointment as the eighth Sarawak Governor by the Yang di-Pertuan Agong. I also wish to congratulate the Governor for being conferred the nations highest award, Seri Maharaja Mangku Negara which carries the title of “Tun”, the state’s highest award, Darjah Satria Bintang Sarawak, which carries the title “Pehin Sri”.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi brings his redeem of wealth of experience accumulated throughout his career where he started as a police officer then as a practising lawyer, and advocate and solicitor and later as a lawmaker of Federal Minister and his last stop as the Senate President before being appointed as the Eighth Sarawak Governor.

His contribution to Sarawak is immense especially in terms of returning Sarawak rights under the Malaysia Agreement 1963, during his stint as the de facto a Law Minister, Federal Law Minister. The Bill which he tabled in the Parliament to amend the Federal Constitution to be in line MA63 has been entered into law. He did it swiftly in about six months. He marked a new chapter in our history and paved the way for to a full restoration for Sarawak rights, insya-Allah. I’m confident with his experience and leaderships, wisdom and dedication, the Governor will be the beacon of unity, harmony, and progress for Sarawakians.

Economic Transformation

Tuan Speaker, I wish to thank his excellency, the Governor for his address in this august House on Monday. His speech addressed many facets on government’s initiatives of Sarawak to become a developed and high-income state by 2030.

Earlier this year, the Right Honourable Premier celebrated his seventh year in office and with his leadership, we are able to witness unprecedented transformation to our infrastructure, development and economy. We are ahead of other states in approach and adoption of environmentally sustainable policies and renewable energy, which I will not dwell in detail as my GPS colleagues have highlighted the same, wonderfully. No doubt, there are many looking to learn from our Premier for his wisdom and strategic leadership in managing Sarawak including those in Putrajaya. We are now the third highest contributor to the nation’s GDP having surpassed Johor. This speaks volumes to the effectiveness of our economic policies and the success of our long-term vision. I am confident with the leadership of the Premier, we can better our position and become the Malaysia’s second highest DGP contributor soon. Definitely, this is a tall order given the obvious advantages for Kuala Lumpur and Selangor, but with the resolve of the GPS Government and the people, this can be done.

Tuan Speaker, I commend the Sarawak Government and the leadership of the Right Honourable Premier to propel Sarawak as a major renewable energy hub in Southeast Asia and as among the global leaders of hydrogen economy. Last month, the Right Honourable Premier was invited as a panel member during the Central European Hydrogen Technology and Decarbonisation Forum in Poland. The Premier has also shared his perspectives in Netherlands, Japan, Indonesia, Singapore and among others in the past and has received numerous invitations on his views on the same subject in other countries. For example, a week from now, he is invited by Thailand. I am proud Sarawak is being held in high regard on the subject matter. The title of “Sarawak Asean Battery” or “Sarawak Green Energy Hub” is not more rhetoric or not based on reality or not as people say not rhetoric or just a dream. It is a reality. We have the capacity and the capability to realise the net-zero goal by 2050 whereby renewable energy is the cornerstone Sarawak’s economic and environmental sustainability.

Funding Federal Projects

I welcome the announcement by the Right Honourable Premier for Sarawak to provide initial funding and financing for selected Federal projects in our homeland and to be paid and reimbursed later by the Federal government. This is meant to speed up the implementation especially for high impact projects where they will be completed faster and with less bureaucracy and red tapes. This is a great compromise on the part of the Sarawak Government, whereby it has gone above and beyond its financial and constitutional responsibilities to put the interests of the people first, allowing them to enjoy better infrastructure and facilities. This is possible due to Sarawak’s financial capabilities. It has to be said, never, never in the history of this country that a State Government is issuing a loan to the Federal Government. It has been the other way around. Sarawak is the first. Not too long ago, if memory serves, there was a certain Finance Minister who held Sarawakians to ransom over loan repayment to Putrajaya, refusing to upgrade our dilapidated schools if we didn’t pay our loan in full. Today, I can only say, how the tables have turned! Regardless, the matter of education and health are still responsibilities under the Federal Government along with the projects related to it. I hope that the Federal Government makes good on their promise to reimburse Sarawak for those projects through a fair mechanism and don’t take our kindness for granted.

War Against Extremism

Tuan Speaker, I regret to inform this august House of an incident that occurred in my constituency of Satok whereby a Molotov cocktail was thrown in front of a convenience store chain. This firebombing incident was the third of its kind throughout the nation in an apparent hate campaign against the convenience store chain. Let’s be clear. This is a blatant act of violence and an attempt at terrorism which has absolutely no place in Sarawak and has never been our culture. We must reject all forms of extremism and the notion of extremist thinking.

Likewise, I wish to remind the politicians and the people to not stir racial sentiments and respect the sensitivities of our diverse communities. We must also acknowledge that our unity in Sarawak is still strong, and we must not allow sentiments that undermine our solidarity. I call upon Sarawakians to not engage in tribalism and glamorise division. In a developing nation, division will only set us back, division will only stagnate our development and division will fail us, this generation and the next.

I also call on the Sarawak Government and Putrajaya to promote efforts to strengthen unity, perhaps some course-correction is necessary as we progress as a country.

Changing Political Landscape

On Sarawak’s political landscape, recently a party which previously opposed the GPS Government closed its doors for good. In turn, the leaders from the party, PSB have pledged their support to the Right Honourable Premier and became Members of GPS.

This serves as a testament to our Premier’s leadership and vision as well as the policies and the success of the GPS government whereby even our former political foes are waving the white flag and choosing to abandon ship. Ada tinggal dua sahaja. Tak ada dia. Kalau tak saya mahu invite dia sama. Definitely, the door is always open for sincere politicians. This is an example of unity in our politics for a single purpose which is to see the betterment of Sarawak and to put Sarawak first.

In every journey, there is a destination. I say to those who are looking to join us, GPS is the destination and to put Sarawak First. GPS is the destination and not just a pit-stop. We don’t want fair-weather friends. We want those who are willing to be with us not only when the times are good but also when the going gets tough. To Bawang Assan, Engkilili and Ba’Kelalan, friends, I say welcome, and I look forward to working as a team for Sarawak, Sarawak First!

Akhir sekali, Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan khusus sekali kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), DBKU, MPP, JKR dan juga Jabatan Tanah dan Ukur yang telah bertindak pantas untuk menyelesaikan aduan dan permasalahan rakyat di Satok yang telah saya kemukakan. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Satok akan terus terjaga dan terpelihara.

Thank you, Tuan Speaker, for the opportunity to debate the Motion of Appreciation for the Governor’s address and I beg to move. Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Walaikumsalam. Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Satok. I would like to call Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau. Followed later on just for heads up Bukit Begunan, Krian and Engkilili. Silakan, Ahli Yang Berhormat bagi Batu Danau, please.

Penghargaan dan Terima Kasih kepada TYT The Yang di-Pertua Negeri

Encik Paulus Palu GumbangPBB · GPSBatu Danau

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat petang, Salam Sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.

Tuan Speaker, terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahas Usul Penghargaan Atas Ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak semasa majlis pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas pada 6 Mei 2024 yang lepas.

Tuan Speaker, first of all, on behalf of the people of N.80 Batu Danau, I wish to convey our condolences and sympathy to the bereaved family of our former Head of State, the late Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud who had passed on the 21st of February early this year.

He had done much for the State of Sarawak and his legacy stands as a testament to the life dedicated to the betterment of the people of Sarawak. With his passing on, Sarawak has lost an illustrious son, and he will be forever remembered by the people of Sarawak especially in Batu Danau for it was his politics of inclusion that the seat was allocated to the Bisaya community. And that’s the reason why I am here today. May his soul rest in eternal peace.

Tuan Speaker, I would like at the same time to take this opportunity on behalf of the Bisaya community and the people of N.80 Batu Danau to convey our condolences and sympathy to the bereaved family of the late Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, President of the Senate who had passed on earlier today. He was a former two-term Member of Parliament for Bukit Mas which included Limbang and Lawas, which is now divided into four Dewan Undangan Negeri seats which are Bukit Kota, Bukit Sari, Ba’Kelalan and Batu Danau.

Tuan Speaker, saya juga bagi pihak masyarakat pelbagai kaum di kawasan N.80 Batu Danau ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Sesungguhnya Sarawak amat beruntung kerana mempunyai seorang Yang di-Pertua Negeri yang mempunyai pengalaman yang amat luas dalam pelbagai bidang seperti perundangan serta mempunyai rekod yang panjang sebagai seorang wakil rakyat, menteri serta Speaker di peringkat persekutuan. Saya percaya Sarawak akan terus membangun, maju dan menikmati kemakmuran di bawah naungan beliau.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun di atas ucapan menzahirkan keyakinan, harapan serta saranan kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak untuk terus meningkatkan lagi tempo pembangunan serta kemajuan demi kesejahteraan rakyat.

Saya menyokong saranan Tuan Yang Terutama Tun supaya Kerajaan Persekutuan terus menyediakan peruntukan pembangunan yang secukupnya selaras dengan status Sarawak sebagai sebuah wilayah. Sesungguhnya kita amat menghargai saranan dan harapan Tuan Yang Terutama Tun supaya Kerajaan Negeri terus menuntut hak-hak Sarawak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) daripada Kerajaan Persekutuan supaya dikembalikan semula kepada Sarawak dengan segera selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Perlembagaan Persekutuan. Saya penuh yakin rakyat Sarawak akan terus memberi sokongan padu kepada usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan hak dan autonomi Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

Pembangunan Infrastruktur

Tuan Speaker, allow me now to touch on issues and problems affecting my constituency. Sebagai sebuah kawasan luar bandar, kawasan DUN Batu Danau sudah tentu masih banyak serba-serbi kekurangan terutamanya infrastruktur asas seperti jalan perhubungan desa, jalan pertanian, kemudahan sukan, bekalan elektrik, air terawat dan sebagainya.

Dalam pada itu, kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas usaha yang berterusan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur asas kepada kawasan-kawasan luar bandar dengan memperuntukkan dana di bawah Program RTP (Rural Transformation Project). Sesungguhnya, program ini telah memberi impak yang amat besar terutamanya bagi masyarakat luar bandar dengan mempercepatkan lagi penyediaan infrastruktur asas seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Sehubungan itu, saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana masih meneruskan program ini.

Jalan Perhubungan Desa

Tuan Speaker, dengan kesempatan ini, saya bagi pihak penduduk kawasan Kuala Medalam dan penduduk sekitarnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah memperuntukkan dana untuk menaik taraf Jalan Rh. Satu, Kuala Medalam yang dahulunya dibina di bawah Projek Jiwa Murni. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerja-kerja menaik taraf ini sedang berjalan ketika ini.

However, there are two spur roads along this road that have not been included in the scope of the upgrading works. The two spur roads are namely:

(a) Jalan Simpang Kampung Long Serangan; dan (b) Jalan Simpang Kampung Ensungei (Rh. Mual).

For the information of this august House, these two roads were earlier constructed with state funds. Both roads too are in dire need of repairs. Therefore, I hope the State Government could provide some funding to do remedial or better still upgrading works on them. Saya juga memohon supaya jalan-jalan berikut turut dinaik taraf:

(a) Jalan Simpang Sagan ke Ulu Lubai; (b) Jalan Bawang Ubur ke Kampung Tanjung Ungar; (c) Jalan Kampung Bambangan/ Braong; dan juga (d) Jalan Kampung Tubai Baru.

Sarawak-Sabah Link Road (Phase 2)

Tuan Speaker, on behalf of the people in Limbang in general and Batu Danau in particular, I wish to thank our state as well as the Federal Government for having approved the construction of the Sarawak-Sabah Link Road linking Lawas to Miri bypassing Negara Brunei Darussalam. I am happy to note that the construction of Phase 2 of the road would begin soon. The construction of this road will facilitate those who needs to travel from Lawas and Limbang to Miri and vice-versa without the hassle of going through negara Brunei Darussalam where the CIQS is only operational from 6.00 a.m. to 10.00 p.m. daily. or information of this august House, construction of Phase 1 of the said project from Kampung Melugus in Lawas to Long Luping had already started at the end of 2021.

Bekalan Air Bersih

Tuan Speaker, on treated water, I wish to thank the State Government for having successfully extending the capacity of the Berawan water treatment plant in Limbang, the completion of the high-level tank at Simpang Kampung Lubuk Tuan as well as the new freshwater intake at Kampung Ranggu. Completion of high-level tank in particular, had helped solved the low water pressure experienced by those living along the Nanga Medamit Road and the surrounding areas. On top of that, new connection to other areas which had not been possible before could now be done.

Sehubungan itu, saya ingin memohon supaya pemasangan dan penyambungan paip air terawat ini dilaksanakan ke Rumah Tanggai, Kampung Lubok Tuan yang terletak tidak jauh dari kawasan high-level tank ini dan Rh. Demong yang terletak di hujung jalan tersebut. Saya juga memohon supaya kawasan-kawasan yang lain disambung ke sistem retikulasi. Kawasan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

(a) Simpang Kampung Pengkalan Jawa ke Kampung Ukong; (b) Simpang Ukong ke Kampung Tanah Merah; (c) Pekan Nanga Medamit ke Pulau Brunei; dan juga (d) Simpang Sagan ke Ulu Lubai.

Bagi kawasan-kawasan yang jauh dari sistem retikulasi saya sekali lagi memohon supaya Kerajaan Negeri memberi pertimbangan untuk pembinaan lebih banyak lagi loji-loji yang berstatus standalone seperti yang telah dilaksanakan di Rh. Tugang, Ulu Lubai. Antaranya ialah:

(a) Rumah Jampong, Melaban; (b) Rumah Lembong, Kampung Entakong; dan (c) Perkampungan Penan Kampung Long Rayeh dan Long Sulong

Bekalan Elektrik

Tuan Speaker, saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri amnya dan SESCO khasnya kerana telah berjaya membekalkan bekalan elektrik 24 jam kepada hampir keseluruhan kampung dan rumah panjang di kawasan N.80 Batu Danau kecuali mereka yang tertinggal semasa pelaksanaan projek di kawasan masing-masing sebelum ini ataupun mereka yang membina rumah baru. Sungguhpun demikian, kita masih menerima banyak sungutan bahawa masa menunggu untuk penyambungan terutamanya di bawah Skim ALAF adalah terlalu lama. Oleh yang demikian, saya mohon pihak yang berkaitan untuk mencari penyelesaian terhadap perkara ini.

Waterfront for Batu Danau

Tuan Speaker, in a couple of years from now, Limbang Town will pride itself of having the longest waterfront in the State which is 1.6 km long when fully completed. In my constituency N.80 Batu Danau, the Nanga Medamit Waterfront is currently nearing completion. The project is being implemented by our Northern Regional Development Agency (NRDA).

At Kampung Batu Danau, the Persatuan Bisaya Sarawak organises the Pesta Nakod Babulang dan Lumba Kerbau annually. This year it runs from 6th to 8th May. This event has been included in the Ministry of Tourism Malaysia annual calendar. As part of the traditional Nakud Bebulang, there is an event where guests will be brought to the Babulang site by what we called “Bangkar”, or decorated rafts made from wood and bamboo. We have started to revive this ritual beginning two years ago in an effort to replicate how the event was done in accordance with our tradition since time immemorial.

Sehubungan itu, untuk membolehkan upacara ini dijalankan dengan mudah dan selamat, saya ingin menyampaikan permohonan bagi pihak masyarakat Bisaya amnya dan Persatuan Bisaya khasnya supaya satu waterfront dibina di Kampung Batu Danau. Waterfront ini bukan sahaja dapat digunakan semasa Pesta Babulang bahkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat perniagaan dan rekreasi bagi penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Masalah Kekurangan Tempat Letak Kereta di Hospital Limbang

Tuan Speaker, last but not least adalah masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Limbang yang amat kritikal. I think I have brought this up during my previous debate in this Dewan. Disebabkan kekurangan tempat letak kereta, pesakit-pesakit yang datang seawal 7.00 pagi pun terpaksa meletakkan kereta masing-masing di tepi-tepi jalan utama di luar kawasan hospital.

Oleh yang demikian, saya memohon sekiranya Kerajaan Negeri dan agensi yang berkaitan dapat membawa perkara ini kepada pihak persekutuan untuk mendapatkan satu penyelesaian yang terbaik demi keselesaan para pesakit yang datang untuk mendapat rawatan.

Conclusion

Tuan Speaker, sebelum saya duduk, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai dan staf Dewan Undangan Negeri dan semua anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan yang telah bekerja keras bagi menjayakan persidangan kali ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Speaker dan Yang Berhormat Dato Timbalan Speaker kerana telah mengendalikan perjalanan prosiding Dewan yang mulia ini dengan cemerlang.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan yang beragama Islam dan Selamat Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai kepada rakan-rakan yang berketurunan Dayak. Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Perasmian Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kesembilan Belas. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat bagi Batu Danau. Next, on my list is Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Begunan. Silakan, Yang Berhormat.

Datuk Mong anak DagangPRS · GPSBukit Begunan

Thank you, Tuan Speaker. Thank you very much for giving me the opportunity to participate in the debate on motion of thanks on the opening addressed by the Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak during the First Sitting of the Third Session Nineteenth Sarawak State Legislative Assembly on 6th May 2024.

Before proceeding Tuan Speaker, it is indeed saddened to hear that Yang Berhormat Senator Mutang Tagal, the President of the Senate Malaysia had passed away today. Therefore, on behalf of my constituency and my family I wish to convey heartfelt condolences and deepest sympathy to the family of the late Yang Berhormat Senator Mutang Tagal. His passing is a great loss to Sarawak and in particular to the Lun Bawang community. May his soul rest in peace.

Tuan Speaker, along with the rest of the Honourable Member of this august House I wish to congratulate Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar on his appointment as the 8th Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. With his vast experiences in many fields, a learned lawyer, a writer and having served as Federal Ministers, Senate, and Speaker, I am very confident Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri will share his thoughts, ideas, and vision for the betterment of the people of Sarawak.

Secondly Tuan Speaker, the words of wisdom and advice by the Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak should also serve as guideline for all of us while discharging our duties and responsibilities to the people we represented.

Tuan Speaker, in his opening address His Excellency touched on many subject matters of concerned including global challenges such as climate change, regional conflict and the need to observe International Agreement such as Sustainable Development Goals (SDGs) and environment social and governance. His Excellency stressed the importance of digital technology, the application of Artificial Intelligence and so on in order for the state to progress further. As we know, all countries in the world are moving in that direction trying to embrace the latest available technology.

Tuan Speaker, I must acknowledge here that since helming the Premiership, the Yang Amat Berhormat Premier has always emphasized on the importance of the digital technology to boost efficiency in economic growth and introduce the Post COVID-19 Development Strategy 2030 as a strategic framework for the state to move forward fast in order to achieve developed country by the year 2030. In fact, Sarawak is experiencing unprecedented economic growth in the past seven years. Because of that Sarawak is able to attain high-income state or income country with the gross national income per capita above USD13,000 as reported by the World Bank. This is made possible as the Sarawak Government under the leadership of YAB Premier adopted prudent financial management and policies and broadening the economic base and moving forwards toward adopting latest technology to increase efficiency.

Another testimonial Sarawak success under the YAB Premier is the very fact that Sarawak is now the 3rd largest gross national product contributor to Malaysia after Selangor and Kuala Lumpur. It is not an easy task to uplift the country’s economic standing and performance of the country without a good leader like YAB Premier and his good economic policies. If the state maintains the current rate of economic growth, achieving a developed country by the year 2030 is not something impossible.

As I had said the other day while debating on Motion tabled by YAB Premier, political stability and political certainty are one of the many ingredients to attract investment and boost economic development. Nothing could be done if the country is unstable and full of political uncertainty.

So, Tuan Speaker, let us cherish the peace and harmony we had enjoyed for the past many decades for the betterment of Sarawak. To all Sarawakians let us not be influenced by what is happening in the other parts of Malaysia but instead maintain and nurture the existing close relationship between the diverse ethnicities of different languages and religious backgrounds so that our State Government under YAB Premier could focus on the agenda to develop the state.

Tuan Speaker, now I would like to touch on matters of concern in my state constituency for the attention of the relevant ministry or the authority.

Maintenance and Improvement of Flood Mitigation Bund at Tanjong Bijat Area

Tuan Speaker, many longhouses and kampungs in Tanjong Bijat area from Kampung Seduku right up to Kampung Melayu Baur are situated near to Batang Lupar River. Earth bund was constructed to mitigate and prevent overflow of Batang Lupar River particularly during king tide and during monsoon season. Over the years, due to strong waves part of the bund around Kampung Stirau area caved in so some areas experienced flood during king tide and continuous rain. Therefore, I am requesting the relevant authority or ministry to take a look and take appropriate action.

Proposed New Pantu District Office Complex

Tuan Speaker, Pekan Pantu is under Balai Ringin State constituency. However, part of my area falls under the jurisdiction of the new Pantu District. In view of that I am obliged, and duty bound to raise this very important matter in respect of the proposed new office complex for the Pantu District.

The Pantu Sub District, Bahagian Sri Aman was elevated into full district by the YAB Premier during the last State General Election in December 2021. The present office building which served as Sub-District Office Pantu then is not able to accommodate the increase in staff. Prior to elevation into full district, the office has a staff strength of only 12 persons and now it has increased to 23 including a District Officer.

The staff have to bear working in a rather small and crammed space. As we all know, the District Office staff deal with and are engaging with members of the public most of the time. The present building lacks space to create a public waiting area for use by members of the public.

For the information of this august House, the Pejabat Residen Bahagian Sri Aman had recently organized workshop regarding the Sri Aman Integrated Administrative Centre (IAC) and building for District Office of Lingga and Pantu. I was made to understand that the report of the meeting had been submitted to the relevant authority for consideration.

Tuan Speaker, as a full district, the area can expect an increase in development activities in the near future. So, there is a pressing need for a new office complex to be constructed to accommodate additional staff. Therefore, Tuan Speaker, I hope the relevant ministry could kindly enlighten this august House regarding this matter.

Jelapang Paddy – Gran/ Stumbin/ Tanjong Bijat Area

Tuan Speaker, I have brought up this subject during the last DUN Sitting. However, I can’t help but once again touch briefly on this subject relating to Jelapang paddy at Gran/ Stumbin/ Tanjung Bijat which is under IADA Batang Lupar. I’m obliged to do so in view of the substantial fund that had been spent or poured into this granary area project such as for the construction of related infrastructure facilities and yet the end result or I would say rather the economic impact or spin-off on the surrounding communities to the surrounding communities is not as expected. If I may say the project has not achieved its objective to turn the area into one of the major producing, one of the major rice producing areas in Malaysia.

Tuan Speaker, on 8th February 2024 the Federal Minister for Agriculture and Food Security made official visit to granary area of Gran/ Stumbin/ Tanjong Bijat. The visit was organised by IADA Batang Lupar. That was the first time the Federal Minister for Agriculture and Food Security made an official visit to this particular granary area. I am happy that the Minister visited the area so he could see for himself the real situation or actual development that is taking place on the ground.

In his speech, the Minister announced paddy price of RM1,300 per metric ton which according to the Minister applied to Peninsular Malaysia and Sabah as well. This is indeed good news for farmers in the area who had been shortchanged for the past many years where prices of paddy are as low as RM0.60 per kilogram.

At the function, the Minister also announced grants to two anchor companies, Bernas and Avansia. With the grant from the Federal Government, I am hoping that the two anchor companies would be able to expand its operation for the benefit of the farming community in the area who depends very much on paddy as a source of income.

YAB Premier Visit

Now secondly, Tuan Speaker, on 10th March 2024, the Yang Amat Berhormat Premier made an official visit also to Gran/ Stumbin/ Tg. Bijat granary area. On behalf of the farmers from the area I wish to extend profound gratitude and thank you Yang Amat Berhormat Premier. This shows that YAB Premier is very concerned about what is happening on the ground regardless of whether it is a State or Federal funded project. I believe he wanted to see the project completed as planned and should have brought changes and improvement to the livelihood of the people in that particular area. To me, the Yang Amat Berhormat Premier is sending strong message to the anchor companies to develop the area as planned.

And thirdly, Tuan Speaker, during my recent visit to Banting, I observed work on the construction of farm road from Lingga to Banting has stopped. And this farm road is supposed to be part and partial of IADA Batang Lupar. According to Penghulu from Banting, work has indeed stopped for quite some time. The said project amongst others includes the construction of a barrage across Klauh River. Could the Minister inform this august House on the status of this project.

And fourth, and still on matter relating to project at Banting. I also observed work on SAWAS project at Banting has also stopped. Can the Minister clarify in this august House also regarding the status of this water project.

Conclusion

So, before I conclude, Tuan Speaker, since we are still celebrating raya, may I wish all Muslim friends, selamat menyambut Hari Raya and for all the Dayak community in Sarawak, I would like to wish selamat menyambut Gawai Dayak the coming Gawai Dayak in August, in June, sorry, Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Bertuah Belimpah and I also wish to thank Tuan Speaker, Deputy Speaker and all DUN staff, the head of Department both Federal and State and all those involved in the smooth running of the current DUN Sitting.

So, with that I support the Motion of Thanks on TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak opening addressed during the current DUN Sitting. Thank you, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Thank you, Yang Berhormat bagi Bukit Begunan. Next, on my list is Yang Berhormat Krian. Please.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 6 Mei 2024 dalam Dewan yang mulia ini.

Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8 pada 26 Januari 2024. Sesungguhnya pelantikan Tuan Yang Terutama Tun amatlah tepat dengan mengambil kira pengalaman serta jalinan semasa bertugas sebagai seorang menteri di peringkat persekutuan dan juga sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara sebelum dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Berbekalkan pengalaman dan jalinan yang baik dengan pemimpin di peringkat kebangsaan sudah tentu memberi kelebihan kepada Tun selaku seorang Ketua Negeri untuk memacu Sarawak ke tahap pembangunan yang lebih pesat dan mampan dan sekali gus membantu menyejahterakan rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penghargaan kepada sumbangan Mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Dengan kesempatan ini juga Tuan Speaker, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah meninggal dunia pada 21 Februari 2024 yang lepas. Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada Sarawak. Allahyarham juga telah memimpin Sarawak selama 40 tahun, iaitu sebagai Ketua Menteri dan juga sebagai Tuan Yang Terutama. Kepimpinan mantan Ketua Menteri dan Mantan TYT itu telah membawa impak yang besar kepada pembangunan Sarawak melalui dasar politik pembangunan yang beliau perkenalkan sebagai satu formula untuk membawa pembangunan dan transformasi kepada Sarawak dari segi ekonomi, sosial, politik dan perindustrian. Allahyarham juga berjaya membawa kestabilan politik dengan menyatukan masyarakat berbilang kaum di Sarawak supaya tidak terlampau taksub dengan politik perkauman tetapi memberi tumpuan kepada usaha untuk membangunkan Sarawak. Allahyarham Tun juga digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Bapa Pemodenan Sarawak, bukan saja merintis jalan malah telah meletakkan batu asas yang kukuh kepada pemimpin masa kini untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan pembangunan yang lebih mampan, yang menjadi landasan kepada usaha-usaha dan initiatif yang lebih holistik pada hari ini. Ini akan menjadi satu legasi yang menjadi inspirasi kepada kita sebagai pemimpin masa kini. Sesungguhnya, pemergian Allahyarham Tun satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara Malaysia.

Today, I join my other colleagues to honour the life and legacy of a remarkable leader whose impact will be felt for generations to come. They embodied integrity, compassion, and unwavering dedication to serving others. His vision inspired us to reach higher, his wisdom guided us through challenges, and his kindness touched countless lives. Though he may be no longer with us today, his spirit will continue to guide and inspire us as we carry forward his mission and strive to make Sarawak a better place for generations to come. Rest in peace Tun, your legacy will endure forever.

Intipati Ucapan Tuan Yang Terutama

Tuan Speaker, dalam ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 6 Mei yang lepas, telah menyentuh banyak perkara termasuk isu-isu antarabangsa yang mempengaruhi perdagangan luar Sarawak. Menurut Tuan Yang Terutama Tun, selain dari isu dan konflik serta ketegangan di beberapa negara, Malaysia juga terikat dengan perjanjian dan kesepakatan antarabangsa seperti Perjanjian Paris 2015, Strategic Development Goals, perubahan iklim dan lain-lain. Tuan Yang Terutama Tun juga menaruh harapan tinggi bahawa Sarawak akan mengalami tempoh pembangunan yang lebih pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang seperti yang disasarkan melalui Post COVID-19 Development Strategy 2030. PCDS 2030 adalah satu strategi yang komprehensif yang menggariskan strategi-strategi pembangunan pasca COVID-19 untuk membawa Sarawak ke arah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama Tun juga menekankan betapa pentingnya kestabilan politik di Sarawak yang menjadi tonggak kepada kesinambungan pembangunan ekonomi yang seterunya menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Kestabilan politik di Sarawak adalah hasil dari kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Premier Bersama-sama pemimpin-pemimpin politik yang lain, yang terdiri daripada pelbagai kaum, bersatu dan berjuang dalam satu platform politik yang mempunyai hala tuju dan agenda yang jelas demi pembangunan dan kemakmuran Sarawak. Adalah amat penting bagi semua kaum terus mengekalkan perpaduan yang ada untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan terus dinikmati bersama-sama.

Tuan Speaker, hubungan yang baik dan akrab antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak amatlah penting untuk memastikan Sarawak terus mendapat bantuan dalam bidang pembangunan. Kita masih memerlukan dana untuk melaksanakan banyak projek-projek pembangunan seperti sekolah, hospital, infrastruktur seperti jalan, bangunan, dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Kerajaan Sarawak juga amat memerlukan kerjasama dari Kerajaan Pusat dalam melaksanakan MA63. Oleh itu, saranan Tuan Yang Terutama Tun supaya Kerajaan Sarawak terus mempergiat usaha dan inisiatif untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat demi kesinambungan pembangunan dan mempercepatkan proses mengembalikan hak-hak Sarawak dalam MA63.

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin membangkitkan beberapa isu pembangunan yang melibatkan kawasan N.39 Krian seperti berikut:

Pembangunan Infrastruktur

Jalan Raya dan Jambatan

Tuan Speaker, tidak boleh dinafikan jaringan jalan raya yang baik adalah salah satu faktor penting jika sesebuah kawasan itu hendak maju. Ia bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduknya, tetapi juga menjadi pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan di kawasan tersebut. Walaupun di DUN Krian, 98% kawasan atau rumah panjang boleh dihubungi dengan melalui jalan raya, namun masih terdapat jalan-jalan terutama sekali spur roads yang masih dalam keadaan kurang baik dan memerlukan penambahbaikan atau upgrading. Antaranya ialah:

(a) Jalan Ulu Kabo/ Sungai Jirak/ Ulu Awik; (b) Jalan Ulu Risau; (c) Jalan ke SK Ulu Awik; (d) Jalan Lubok Kepayang; (e) Jalan Rh. Tanjong, Awik; (f) Jalan Belawong/ Engkala, Awik; (g) Jalan Ukir, Awik; (h) Jalan Ulu Krian/ Nanga Alum, Ulu Krian; (i) Jalan Ulu Sebetan; (j) Jalan Sungai Sarang, Lichok, Roban; (k) Jalan Rumah Nyambar, Dabai, Roban; (l) Jalan Rumah Dius, Kedoh; (m) Jalan Rumah Machup, Kedoh; (n) Jalan Rumah Jimmy, Brayang; (o) Jalan Rumah Tugau, Brayang; (p) Jalan Rumah Mang, Brayang; dan (q) Jalan Kawang/ Sungai Engkabang/ Drau.

Tuan Speaker, I am very thankful for our YAB Premier who had been very generous through the creation of BDDA iaitu Betong Division Development Agency whereby we are given RM1.5 billion and shared equally among all the ADUNs in Betong Division. With my share of RM200 million, Tuan Speaker, I had allocated the sum of RM190 million to upgrade 14 roads which is outside the above list in Krian. My big thanks also go to YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier, Minister for Infrastructure and Port Development for his kindness to have agreed to give all the ADUNs in Betong share, equal share in the BDDA allocation.

Tuan Speaker, sekali lagi saya ingin membawa ke Dewan yang mulia ini mengenai keadaan jalan di simpang Saratok, satu-satunya simpang di sepanjang Jalan Pan Borneo yang tidak mempunyai flyover, yang sering menjadi sebutan dan rungutan bukan saja penduduk Saratok, tetapi juga pengguna-pengguna Jalan Raya Pan Borneo. Kerisauan dan kebimbangan pengguna jalan raya semakin kedengaran berikutan kejadian-kejadian kemalangan yang agak kerap berlaku di tempat berkenaan. Oleh itu, Tuan Speaker, sekali lagi saya merayu kepada agensi berkenaan supaya satu flyover dibina di simpang Saratok demi keselamatan pengguna-pengguna Jalan Raya Pan Borneo dan penduduk tempatan.

Di samping itu juga, Tuan Speaker, saya juga ingin memohon supaya jalan feeder road dari simpang Saratok ke Pekan Saratok dinaik taraf ke jalan berkembar dua hala, iaitu dual carriage way. Ini adalah untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di pekan Saratok ke simpang Saratok hampir tiap-tiap hari.

Menara Telekomunikasi

Isu yang kedua Tuan Speaker, menara telekomunikasi. Sekali lagi saya mohon agar menara-menara telekomunikasi yang sudah didirikan tetapi belum beroperasi supaya disegerakan bagi memenuhi permintaan dan kegunaan penduduk setempat. Di kawasan Krian, kita juga menghadapi masalah pencerobohan haram dan vandalisme ke atas peralatan dan perkakas yang mengakibatkan beberapa menara tidak berfungsi. Untuk itu, saya mohon kerjasama orang ramai untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga harta benda kerajaan ini bagi menentukan ia selamat dan sentiasa boleh diguna pakai. Kita menyeru juga kepada pihak yang berwajib untuk mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini bukan sahaja menyulitkan penduduk tempatan tetapi satu kerugian kepada kerajaan yang terpaksa menanggung kos yang besar untuk menyelenggara menara-menara tersebut.

Bekalan Air Bersih Terawat

Isu yang keempat, bekalan air bersih terawat. Kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan projek bekalan air bersih terawat di kawasan-kawasan seperti berikut:

(a) Kawasan Ulu Gerejang yang telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; (b) Kawasan Ulu Sebetan yang telah diluluskan dalam Mid-Term Review RMK-12; (c) Kawasan Brayang/ Mudong/ Tapang Ujan/ Ibus yang telah diluluskan dalam Mid-Term Review RMK-12); dan (d) Projek Menaik Taraf Loji Bekalan Air di Kaki Wong yang juga diluluskan dalam Mid-Term Review.

Saya harap proses pelaksanaan projek-projek di atas dapat disegerakan supaya penduduk-penduduk di kawasan terbabit dapat menikmati bekalan air bersih tidak lama lagi. Dan bagi kawasan-kawasan yang masih menghadapi masalah bekalan air yang tidak konsisten, saya harap pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dapat mengkaji dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan secepat mungkin.

Bekalan Elektrik

Kelima, bekalan elektrik. Sehingga kini, bekalan elektrik daripada grid sudah dalam lingkungan 90% di kawasan Krian. Namun, masih ada lagi penduduk di rumah panjang dan rumah persendirian yang belum mendapat bekalan elektrik daripada grid sedia ada. Untuk makluman, sejak dua tahun yang lepas, kita sudah menerima dan mengemukakan sebanyak 126 permohonan ALAF dan sudah dikemukakan kepada pihak kementerian. Namun, setakat ini hanya tujuh permohonan telah diluluskan. Ini bermakna belum sesuku lagi. Maka dengan ini, saya merayu kepada pihak berwajib supaya mempercepatkan proses kelulusan ke atas permohonan tersebut demi keselesaan mereka yang terlibat.

Sekolah Daif

Isu yang keenam, sekolah daif. Tuan Speaker, kita menyambut baik pendekatan baharu yang telah diperkenalkan untuk melaksanakan Projek Membaik Pulih Bangunan Sekolah Daif yang dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak baru-baru ini. Melalui pendekatan baharu ini nanti akan dapat memudahkan lagi dan juga mempercepatkan proses meluluskan projek-projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

Fasiliti Kesihatan

Isu yang ketujuh, fasiliti kesihatan. Tuan Speaker, seperti yang kita sedia maklum, kemudahan kesihatan yang baik dan mencukupi adalah salah satu aspek penting bagi menentukan taraf hidup sesebuah masyarakat. Di kawasan DUN Krian, kita ada dua buah klinik kesihatan, iaitu Klinik Kesihatan Nanga Budu dan Klinik Kesihatan Nanga Atoi. Kedua-dua klinik kesihatan ini telah banyak membantu penduduk-penduduk di kawasan berkenaan.

Oleh itu, untuk memastikan kedua-dua klinik kesihatan ini terus memberikan khidmat yang terbaik kepada penduduk setempat, saya mohon supaya kemudahan sedia ada ditambah dan dinaik taraf. Saya mohon supaya kedua-dua klinik kesihatan ini disediakan dengan mesin haemodialysis untuk kegunaan pesakit-pesakit buah pinggang di kawasan berdekatan. Ini akan mengurangkan kebergantungan pada pusat haemodialysis yang sedia ada di Hospital Saratok yang sudah tidak mampu menampung permintaan yang kian bertambah. Di samping itu, Tuan Speaker, atas permintaan penduduk kawasan dari Kaki Wong, Babang dan Drau, saya memohon satu lagi klinik kesihatan diwujudkan di Kaki Wong, Krian untuk kegunaan penduduk-penduduk tempatan di kawasan berdekatan. For record, Tuan Speaker, in the 70s there was a klinik kesihatan at Kaki Wong but was closed down in the 90s. So, with the increase in population in that area, it is timely for the clinic to be reinstated for the sake of the people.

Sekolah Menengah Baharu di Krian

Kelapan, sekolah menengah baharu di Krian. Untuk mengatasi masalah kesesakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saratok buat masa ini, saya mencadangkan sebuah sekolah menengah baharu dibina di Daerah Kecil Nanga Budu, Ulu Krian. The proposed new secondary school will be located at the new administrative centre at Nanga Budu. It will cater for the needs of eight feeder schools within the area iaitu Krian, Budu dan Kabong. The establishment of this school later on will also help to spur further development in that area.

Ulu Paku/ Nanga Alum/ Ulu Budu/ Pakan Road

Isu yang kesembilan, Tuan Speaker, Jalan Ulu Paku/ Nanga Alum/ Ulu Budu, Pakan. I proposed for the construction of the road which will connect Ulu Paku to Nanga Alum, Ulu Budu, Pakan which will become a game changer in the interior of Betong, Saratok once the road is constructed. It will surely help to speed up socioeconomic development in the area and will also create a rich hinterland for Saratok, Betong and Pakan in the near future. The road will also shorten the travelling time and distance for people from Pakan, Julau, Ulu Krian and Ulu Paku.

Eco-Tourism

On tourism, Krian has a lot of scenic spots that can be developed as eco-tourism sites. There are rivers, waterfalls, and historical sites with their respective uniqueness that can be explored further. We have plans to organize various programmes and tourism related activities like Krian Fest which would feature river rafting and mountain bike jamboree in June. It is hoped that these events can attract people from outside Saratok so as to promote Ulu Krian as a tourist destination in the future. Therefore, I would like to propose to the government for more and better facilities to be built or provided to these areas like Wong Klansau, Wong Pillai, Bukit Tenggalat, and a few other places.

Masalah Sosial

Dadah

Tuan Speaker, sama juga dengan kawasan-kawasan lain, Krian tidak lari daripada menghadapi masalah sosial. Krian tidak lepas daripada berdepan dengan masalah sosial yang berkaitan dengan dadah dan juga online gambling. Kita amat risau kerana masalah ini telah merebak ke kawasan luar bandar di rumah-rumah panjang. Masalah ini bukan sahaja menjadi masalah sosial bahkan juga boleh menjadi masalah keselamatan dan ekonomi. Banyak kes-kes kecurian harta benda berlaku. Orang awam juga rasa diri mereka tidak selamat dan takut untuk menjalankan aktiviti harian terutama sekali dalam kalangan wanita. Jika masalah ini berterusan dan tidak ditangani dengan segera, kita risau ia boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan penduduk setempat. Oleh itu, kita mohon tindakan yang lebih efektif dan tegas daripada pihak yang bertanggungjawab.

PENUTUP

Sebagai penutup, Tuan Speaker, untuk mengakhiri perbahasan saya ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker bersama-sama kakitangan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas perkenan Tuan Yang Terutama Tun ke Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada 6 Mei yang lepas. Semoga dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Tun menjadi inspirasi dan landasan baru kepada kita semua dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk memacu Sarawak ke arah pembangunan yang lebih mampan menjelang tahun 2030. Dengan kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan yang meraikannya dan selamat menyambut Hari Gawai Dayak kepada rakan-rakan dari kaum Dayak dan juga kepada rakan-rakan yang akan balik kampung untuk meraikan Gawai, kita mendoakan semuanya akan selamat.

Oleh itu, Tuan Speaker, saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Krian. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili. Silakan.

Terima kasih, Tuan Speaker, kerana telah mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Penghargaan Atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada tanggal 6 Mei tahun 2024.

Seterusnya, sebelum meneruskan ucapan saya, dengan peluang ini, saya ingin menyampaikan salam takziah kepada Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal. The first Dayak menjadi Presiden Dewan Negara yang baru sebentar tadi telah meninggal dunia. May the lord grant the family strengths and comforts in this state of bereavement. May his soul rest in peace.

Seterusnya, saya ingin juga memberi ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar kerana telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8 baru-baru ini. Ucapan pembukaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada persidangan penggal ini amatlah menyentuh hati saya, terutamanya harapan beliau untuk menjadikan sesi persidangan kali ini sebagai satu platform yang efektif dan efisien bagi membentuk masa depan Sarawak yang lebih cerah.

Tuan Speaker, sebelum saya meneruskan perbahasan dengan lebih lanjut lagi, saya sebagai wakil rakyat bagi DUN N.33 Engkilili serta mewakili keseluruhan rakyat saya, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, mantan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Ke-4 dari tahun 1981 hingga tahun 2014. Juga mantan Ahli Parlimen dan juga mantan Menteri Kabinet dalam Kerajaan Malaysia.

Tuan Speaker, Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah seorang pemimpin yang kita sentiasa kenang kerana banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada Sarawak dan rakyatnya khasnya dan Malaysia amnya dari segi politik, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Bagaimanapun, saya yakin legasi beliau akan tetap diteruskan oleh barisan kepimpinan Kerajaan GPS yang ada sekarang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier kita yang mempunyai kepimpinan yang cemerlang dalam membangunkan Sarawak dalam Malaysia. Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier, ekonomi Sarawak akan terus berkembang maju dan merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi Malaysia iaitu selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di samping itu juga, Sarawak telah diiktiraf sebagai sebuah oleh yang berpendapatan tinggi, high-income oleh Bank Dunia dan sekali gus telah menaikkan nama imej Sarawak terutamanya di masa-masa yang akan datang. Faktor ini adalah hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif, program dan projek berimpak tinggi dalam pelbagai sektor ekonomi dan dengan perkembangan pembangunan strategik yang jelas dan inklusif memberikan Sarawak akan terus maju di bawah Yang Amat Berhormat Premier kita. Tuan Speaker, kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier merupakan pemimpin yang prihatin, komited serta berpandangan jauh dan ingin melihat rakyat Sarawak bersatu padu dalam satu dan agar tidak berpecah belah. Selain itu juga, beliau membawa pendekatan-pendekatan baru untuk membangunkan Sarawak termasuk inisiatif ekonomi digital, pembangunan pusat data, tenaga hijau dan tenaga boleh baharu, hidrogen, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon, ekonomi hijau dan ekonomi kitaran. Dengan yang demikian, di sini saya menyatakan akan terus menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier dan akan berkhidmat di bawah kepimpinan beliau khasnya selaku wakil rakyat bagi kawasan GPS yang baharu terutamanya untuk membangunkan kawasan N.33 Engkilili khasnya dan Sarawak amnya.

Tuan Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kerana telah memindahkan kedudukan kerusi saya daripada blok pembangkang kepada blok kerusi Kerajaan GPS dan dengan ini memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dengan lebih berkesan dan efektif sebagai wakil rakyat kerajaan.

Tuan Speaker, seterusnya juga saya ingin menyampaikan beberapa permohonan dan menyampaikan isu-isu semasa khasnya di kawasan DUN N.33 Engkilili dan antaranya ialah:

Permohonan Jalan Perhubungan

Untuk maklumat isu-isu seperti jalan perhubungan khasnya di Jalan Rumah Rentap Anak Lidom, Sungai Paya, Rumah Upok, Rumah Robert, SK Nanga Menjuau, SK Mengga, Panchor dan kawasan-kawasan persekitran Panchor, Rumah Emperan, Rumah Rimong di Begantong dan Rumah Liman Nanga Entalau dan Rumah Saweng Marutih. Kesemua kawasan-kawasan ini adalah di Kawasan Ulu Skrang, Engkilili, Daerah Lubok Antu yang cuma menggunakan jalan tanah dari bekas kayu balak. Mereka tidak minta banyak, Tuan Speaker, dan cuma memohon sekurang-kurangnya menurap kasi jalan batu pun boleh dan diberi ke rumah panjang tersebut. Itu menaik taraf jalan bekas balak itu untuk mereka pergi ke pasar, ke sekolah dan ke klinik. Cuba bayangkan apabila hari hujan, para penduduk rumah panjang tidak boleh keluar dari rumah panjang mereka tersebut, mereka terkandas. Saya sendiri pun telah terkandas dan oleh yang demikian permohonan ini haruslah diutamakan untuk diambil tindakan oleh pihak kerajaan kita.

Saya juga ingin bertanyakan berkenaan dengan status permohonan-permohonan yang saya bangkitkan semasa persidangan DUN-DUN yang lepas dan ingin tahu status-status tersebut yang terkini. Di samping itu juga saya ingin hendak mengetahui status terkini peruntukan sebanyak RM641 juta seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Premier Sarawak, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan semasa lawatan beliau di Engkilili pada 14 Januari 2024 terutamanya untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di kawasan DUN N.33 Engkilili. Besarlah hati saya, Tuan Speaker, agar projek-projek ini akan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Permohonan Bekalan Air Bersih

Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan masalah bekalan air bersih di kawasan saya, khasnya di kawasan Memaloi Batu 8, iaitu di Skrang yang melibatkan sekurang-kurangnya 65 pintu bilik. Mereka semua mempunyai meter air bersih tetapi telah terputus bekalan ekoran masalah teknikal sejak tahun 2018 dan sehingga sekarang tiada mendapat bekalan air bersih. Mereka semua membayar bil-bil air setiap bulan sejak tujuh tahun yang lepas namun sehingga sekarang tidak mendapatkan air bersih. Mohon pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera. Surat-menyurat berapa kali sudah pergi, tapi tidak ada tindakan yang seterusnya.

Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan untuk mengulangi permohonan-permohonan bekalan air bersih khasnya di kawasan Batang Air Hilir DUN N.33 Engkilili dan juga kawasan Tebarong Skrang, Kawasan Tabut, Kejemut, Tembong, Lipat sehingga ke Kaong dan Nanga Skrang. Kegunaan bekalan air mereka amatlah diperlukan bukan sahaja dari segi kesihatan untuk diminum tetapi juga dari segi keselamatan kerana semua kita tahu air sungai tersebut banyak itu buaya, banyak binatang ganas dan tidak selamat digunakan.

Bekalan Elektrik Luar Bandar (ALAF)

Beberapa rumah panjang telah memohon bekalan elektrik luar bandar di bawah Skim ALAF baik yang membina rumah yang baru atau yang telah terbakar. Antaranya ialah permohonan mendiang Rumah Panjang Chaong Skrang Skim yang memohon pada tahun 2020. Untuk maklumat segala wiring, soket elektrik telah lama sudah siap dipasang oleh para kontraktor dan dibayar oleh rumah panjang sendiri. Ingin juga saya mengulangi permohonan bekalan elektrik luar bandar yang bermasalah laluan izin lama ini sudah iaitu di Rumah Rawing, Rumah Empaling anak Repong dan Rumah Richard Tawan anak Sidu yang kesemuanya terletak di kawasan Tebarong Skrang yang telah tergendala sejak tahun 2011 dahulu. Semoga pihak kerajaan akan menyelesaikan masalah ini dan mohon juga kakitangan-kakitangan yang bertanggungjawab untuk turun ke padang bersama-sama dengan saya menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin kerana masalah isu ini sudah lama sejak tahun 2011.

Di samping itu juga, mohon penyambungan elektrik ke bekas rumah panjang yang telah terbakar pada tahun-tahun yang lepas iaitu di Rumah Polly Sulau, Bukong Pelasok Lidong Bangat dan juga Rumah Peter Minggat Mujan Ulu Skrang untuk tindakan dengan kadar segera bagi mengatasi masalah keputusan bekalan elektrik yang telah mereka timpa kerana masalah kebakaran rumah.

Permohonan-permohonan Liputan Internet

Tuan Speaker, ingin juga saya menyampaikan permohonan-permohonan dari rumah panjang di kawasan saya seperti di Rumah Ningkan Bukong Pelasok Bangat Betong dan Rumah Empading Nanga Bunu Skrang, kawasan Empelam Batang Air Engkilili dan juga kawasan-kawasan lain. Dengan adanya perhubungan internet ini sudah pasti akan dapat memberi faedah-faedah khasnya kepada murid-murid sekolah yang tinggal di rumah panjang.

Naik Taraf Daerah Engkilili dan Memohon Kawasan Skrang Sebagai Daerah Kecil Lubok Antu Bahagian Sri Aman

Permohonan menaiktaraf daerah Engkilili dan juga permohonan baru kawasan Skrang dijadikan sebagai Sub-District di Lubok Antu, Daerah Lubok Antu Bahagian Sri Aman. Tuan Speaker, ingin saya mengulangi permohonan saya yang lepas berkenaan dengan perkara ini. Saya tidak akan jemu untuk membuat permohonan ini berkali-kali selagi perkara ini belum tercapai. Pada masa sekarang Engkilili merupakan sebuah daerah kecil ataupun sub-district di bawah Daerah Lubok Antu, Bahagian Sri Aman. Kalau dibandingkan daerah Engkilili jauh lebih besar daripada daerah Lubok Antu dari segi penduduk, semua infrastruktur dan sebagainya, tapi mereka sebagai sub-district. Dengan kedudukan geografinya sukar dihubungi amatlah sukar untuk membangunkan kawasan ini jika ia masih berstatus sebuah daerah kecil.

Sekiranya permohonan ini dapat dipertimbangkan maka sudah pasti ia akan dapat memberikan keselesaan kepada penduduk-penduduk setempat terutamanya perjalanan mereka yang lebih dekat jika dibandingkan dengan perjalanan yang ada sekarang terutamanya dalam membuat urusan rasmi baik ke pasar ataupun ke pejabat dan sebagainya.

Tuan Speaker, sebenarnya permohonan untuk menjadikan Engkilili naik taraf ke sebuah daerah dan kawasan sekarang yang baharu dijadikan sebagai sub-district telah lama dimohon dan dicadangkan sejak tahun 2018 dahulu. Sebelum ini, banyak yang telah diatur kita. Malangnya, sampai sekarang tiada terjawab dengan jawapan yang positif. Amatlah besar harapan saya dan rakyat di kawasan Engkilili supaya kerajaan akan mempertimbangkan permohonan ini seperti yang telah diluluskan di kawasan-kawasan sub-district yang lain di Sarawak.

Masalah Banjir

Tuan Speaker, ingin juga saya membawa masalah-masalah banjir di kawasan saya khasnya di rumah panjang-rumah panjang di sepanjang Batang Ai, Engkilili dan juga di sepanjang Skrang Hilir hingga ke kawasan Nanga Lidong. Tiga minggu yang lepas, sekarang musim kemarau, masalah banjir telah terjadi di kawasan saya. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dan saya dimaklumkan adalah kerana masalah perparitan yang tidak ada.

Sektor Pertanian

Tuan Speaker, ingin saya bangkitkan berkenaan dengan sektor pertanian kerana kebanyakan para penduduk di kawasan saya adalah terdiri daripada para petani dan juga para pekebun. Saya amatlah tertarik hati dengan pengumuman oleh Yang Berhormat Dato Sri Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah baru-baru ini yang berkenaan dengan e-Tani. E-Tani sistem untuk agihan pertolongan dan keperluan sebenarnya untuk para petani atau pekebun. Saya memohon sistem ini disalurkan kepada kawasan saya.

Pelantikan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat

Pelantikan ketua kaum dan ketua masyarakat ini, Tuan Speaker, kalau kita tengok beberapa hari yang lepas begitu hangat sekali di social media, di Facebook, seluruh Sarawak, membayangkan, bercakap, berbual dengan pelantikan ini ekoran daripada viral di social media dan juga surat khabar.

Tuan Speaker, ingin saya membawa perkara ini di Dewan yang mulia ini khasnya di kawasan saya di DUN Engkilili yang di bawah jagaan Residen Bahagian Sri Aman dan juga Residen Bahagian Betong. Seperti yang kita maklum di social media beberapa hari yang lepas, seperti bantahan yang disuarakan oleh Persatuan Ketua-ketua Kaum dan Ketua Masyarakat di DUN Engkilili apabila perkara pelantikan atau sambungan semula tahun 2024 telah menjadi isu yang panas. Saya sebagai wakil rakyat dalam Kerajaan GPS sekarang di bawah Yang Amat Berhormat Premier tidak mahu perkara ini berlaku. Perpaduan rakyat dan segulai sejalai di kampung baik di rumah panjang haruslah dipelihara dan diutamakan. Adat dan kebudayaan di rumah panjang haruslah dihormati.

Tuan Speaker, ada sebuah rumah panjang di kawasan saya yang terletak di Tanjung Batang Ai, Engkilili berpecah belah dan telah membuat, Iban cakap beselapat ruai, ruai beselapat. Dinding di setiap dua, tiga pintu rumah panjang yang panjang menjadi kecil di kawasan ruai. Cuba bayangkan sebuah rumah panjang yang cantik, besar menjadi suasana yang sedemikian rupa. Semua ini adalah kerana isu ingin menjadi Tuai Rumah. Seperti yang kita dengar dan baca di social media banyak keadaan seperti ini telah berlaku khasnya di kawasan-kawasan rumah panjang terutamanya kaum Iban. Perkara seperti ini haruslah dielakkan dengan menghormati apa-apa keputusan oleh sesuatu keputusan oleh JKK Rumah Panjang tersebut. Siapa yang mereka pilih untuk menjadi Tuai Rumah itu adalah muktamad, jangan soalkan lagi. Oleh itu, Tuan Speaker, saya memohon agar Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan juga Betong menyelesaikan perkara ini dengan segera dan saya pun telah berbincang dengan pegawai-pegawai yang berkenaan. Terima kasih.

Isu Semasa

Tuan Speaker, dengan peluang ini saya juga mewakili keseluruhan majoriti para rakyat di DUN N.33 Engkilili untuk merakamkan kegembiraan yang positif berkaitan dengan kemasukan semula saya dalam blok Kerajaan GPS. Dengan langkah yang bijak oleh Yang Amat Berhormat Premier telah memudahkan perkara ini berlaku dengan lancar. Dengan ini juga untuk rekod ingin saya menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada Yang Amat Berhormat Premier yang juga selaku Pengerusi Kerajaan GPS untuk menerima saya sebagai wakil rakyat bagi DUN N.33 Engkilili dan juga dua orang rakan saya dari Bawang Assan dan Ba’Kelalan. Di samping itu juga saya ingin menyatakan keikhlasan dan sokongan penuh terhadap Yang Amat Berhormat Premier serta pemimpin-pemimpin komponen GPS yang lain serta memohon tunjuk ajar Yang Amat Berhormat Premier dari semasa ke semasa dari setiap sudut.

Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Speaker dan Timbalan Speaker yang kita sayangi kerana telah memberi keizinan untuk memindahkan saya daripada kerusi blok pembangkang kepada blok kerajaan. Kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain saya juga ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, dengan ucapan welcome back, welcome back YB. Sangat terharu di hati saya.

Tuan Speaker, sehubungan dengan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih, begitu terharu, kepada Yang Berhormat Dato dan juga Ahli Yang Berhormat bagi Satok sebentar tadi selaku Ketua Pemimpin Backbenchers GPS atas kata alu-aluan yang positif dan nasihat yang bernas, bagi saya sebagai Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili, Bawang Assan, dan Ba’Kelalan khasnya sebagai ahli-ahli GPS yang baharu. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Dato, ahli bagi N.8 Satok.

Tadi beliau cari Pending dengan Padungan, tidak ada, Padungan dan Pending dia cari. Marilah kita bekerjasama dan bersatu dalam GPS bagi menjadikan Sarawak akan terus makmur dan maju, Sarawak First, Utamakan Sarawak Ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Sri Presiden Parti PDP yang juga merupakan Menteri Tourism, Art and Culture di peringkat persekutuan dan juga ahli bagi N.50 Dudong, Yang Berhormat Timbalan Presiden, Ahli Berhormat bagi N.2 Tasik Biru dan kesemua Ahli-ahli Supreme Council PDP yang telah secara terbuka untuk menerima kemasukan ahli-ahli bekas PSB termasuk saya sendiri yang telah dibubarkan secara rasmi. Doa saya, semoga kita semua akan bersatu padu sebagai sebuah parti yang berdisiplin dan bekerjasama dengan kesemua komponen parti dalam komponen GPS dan juga Kerajaan GPS di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier yang kita sayangi.

Tuan Speaker, sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya mengucapkan kepada saudara-saudara yang beragama Islam, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kepada kaum Dayak, walaupun di mana saja kamu berada saya ucapkan Selamat Hari Gawai Dayak tahun 2024, Gayu Guru Gerai Nyamai, Celap Lindap Nguan Menua, Semua Utai Ulih Kitai Magang. Saya ingin merakamkan syabas kepada Tuan Speaker dan juga Timbalan Speaker sendiri Ahli Berhormat bagi N.16 Muara Tuang kerana telah menjalankan tugas yang penuh cemerlang dan dedikasi. Syabas, Tuan Speaker. Ucapan terima kasih juga kepada semua pegawai-pegawai kerajaan di pelbagai peringkat baik state or federal officer dan juga kepada Setiausaha DUN dan juga kepada kesemua kakitangan DUN yang telah menyumbang kepada kelicinan perjalanan mesyuarat pada kali ini. Syabas dan tahniah kepada kamu semua. Dengan ini, sebelum saya mengundurkan diri, saya menyokong penuh titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat bagi Engkilili, terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Ngemah. Silakan.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Upacara Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin, 06 Mei 2024.

Tuan Speaker, pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak kelapan pada 26 Januari 2024 yang lalu. Dengan pelantikan ini adalah tinggi harapan di bawah kepimpinan Tun, Sarawak akan terus maju dan makmur.

Saya juga ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah menghembuskan nafasnya pada 21 Februari 2024. Sepanjang di bawah kepimpinan beliau, Sarawak telah berubah dalam pelbagai sektor yang dapat kita nikmati hasilnya sehingga ke hari ini. Saya percaya, legasi kepimpinan beliau akan diteruskan oleh pemimpin Sarawak. Jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang oleh generasi yang akan datang. Dengan ini, ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan dalam kecemerlangan pembangunan Sarawak.

Tuan Speaker, dalam ucapan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 6 Mei 2024, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ada menyentuh beberapa isu yang perlu kita ambil perhatian. Tuan Yang Terutama Tun ada menyentuh pelbagai keperluan Sarawak menitikberatkan kelestarian alam sekitar bagi kelangsungan sumber semula jadi untuk jangka masa panjang. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti inisiatif pengurusan hutan mampan, iaitu melalui pewartaan Totally Protected Areas (TPAs) yang merangkumi Taman Negara, Hidupan Liar dan Rizab Semulajadi. Tindakan Kerajaan Sarawak dalam meluluskan undang-undang berkenaan dengan pelepasan gas rumah hijau, iaitu Environment (Reduction of Greenhouse Gases Emission) Ordinance, 2023 adalah amat bertepatan.

Kini, kita pasti bangga kerana Sarawak telah mempelopori pembangunan sistem pengangkutan awam yang dijana oleh tenaga hidrogen hijau yang melepaskan sifar karbon. Kerjasama rapat Sarawak dan Putrajaya juga ada disentuh oleh Tuan Yang Terutama Tun. Hubungan yang baik tersebut adalah penting bagi memastikan keselarasan dasar dan polisi pembangunan demi kepentingan Sarawak. Penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan Jawatankuasa Teknikal sebagai platform untuk membincangkan tuntutan Sarawak.

Selain itu, komitmen Kerajaan Persekutuan yang berterusan bagi meneruskan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di Sarawak adalah sesuatu yang sangat wajar. Kerajaan Persekutuan adalah dituntut untuk terus membantu dalam aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, pembangunan sempadan dan jaringan jalan yang utama dengan menitikberatkan pembangunan di kawasan luar bandar Sarawak.

Pembangunan Infrastruktur

Tuan Speaker, mewakili penduduk di kawasan DUN Ngemah, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan juga Kerajaan Persekutuan kerana memberi projek pembinaan Jalan Nanga Ngungun/ Nanga Ngemah By-Pass yang merangkumi jambatan Sungai Ngemah yang bersamaan dengan jalannya yang jaraknya 5.3 kilometer dengan kos sebanyak RM51 juta telah siap dan kini pengguna jalan raya bagi laluan Sibu – Kapit tidak perlu lagi melalui penempatan SPS Ngungun sebelum sampai ke Song dan juga Kapit. Jalan Nanga Dap sepanjang 7 kilometer yang telah dibina dengan kos sebanyak RM42 juta juga telah dibuka kepada orang ramai. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak amat prihatin dalam melaksanakan rancangan pembangunannya. Namun demikian, beberapa aspek projek pembinaan seperti berikut perlu diambil perhatian:

(a) Membaik pulih Jalan Nibong Tada yang jaraknya lebih kurang 40 kilometer. Ketika ini keadaan jalan raya di kawasan tersebut adalah membahayakan pengguna bagi laluan terbabit kerana jalannya banyak berlubang dan juga tidak rata;

(b) Jalan Nanga Ngungun/ Nanga Nirok/ Nanga Jagau yang dibina secara tiga fasa. Penduduk di kawasan ini dianggarkan lebih kurang 3,000 orang terpaksa bergantung kepada laluan jalan balak dan juga Sungai Ngemah sebagai jalan perhubungan. Mohon pihak kerajaan mempercepatkan pembinaan jalan raya ini yang ketika ini dibelakang jadual pelaksanaannya;

(c) Menyambung pembinaan Jalan Nanga Dap ke Nanga Ngemah ke Nanga Ngungun yang jaraknya dianggarkan 14 kilometer. Kawasan ini meliputi lapan buah rumah panjang dengan anggaran 1,000 orang penduduk. Ketika ini kawasan ini hanya dapat dihubungi menggunakan laluan Sungai Batang Rejang sahaja; dan

(d) Menyambung pembinaan Jalan Batu Luking kawasan DUN N.50 Machan ke Nanga Poi kawasan DUN N.49 Ngemah yang jaraknya 8 kilometer. Ini termasuk jalan ini 3 kilometer DUN Machan dan 5 kilometer DUN Ngemah.

Mid Rajang Regional Development Agency (MiRRDA)

Tuan Speaker, mewakili rakyat di kawasan DUN Ngemah sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas pengumuman Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bagi penubuhan Mid Rajang Regional Development Agency (MiRRDA). MiRRDA ditubuhkan selaras dengan Post COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030) yang meliputi N.49 Ngemah dan N.50 Machan di bawah Parlimen 210 Kanowit dan juga N.59 Tamin dan N.60 Kakus di bawah Parlimen Selangau. Pengoperasian MiRRDA perlu disegerakan untuk memudahkan pihak steering dan working committee merancang dan melaksanakan projek pembangunan khususnya di kawasan DUN N.49 Ngemah dan juga DUN-DUN yang lain.

Adalah diharapkan pengurusan dan pengoperasian MiRRDA diselaraskan dengan agensi pembangunan di kawasan lain yang telah menampakkan kejayaan seperti URDA, SADA dan agensi-agensi yang lain. Ini adalah penting bagi rakyat di kawasan terbabit dan juga untuk kepentingan politik wakil rakyat yang terlibat di kawasan-kawasan yang berkenaan.

Sosioekonomi

Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan DUN Ngemah merupakan kawasan yang sesuai untuk dibangunkan bagi projek ekonomi. Pembangunan ekonomi adalah sesuai dibangunkan terutama sekali di tiga buah Skim Penempatan Semula (SPS), RASCOM yang dikenali sebagai SPS Nanga Jagau, SPS Nanga Ngungun, SPS Nanga Tada serta kawasan-kawasan lain di DUN N.49 Ngemah.

Di sini, besar harapan rakyat di DUN Ngemah agar Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah dapat melihat potensi yang berkaitan dengan pertanian khasnya berkaitan dengan kesesuaian tapak, keluasan tanah dan produk pertanian. Beberapa produk pertanian seperti penanaman sacha inci, kelapa sawit, dabai, kopi, durian dan sayur-sayuran seperti halia, cili dan timun dilihat sesuai untuk dibangunkan di kawasan DUN N.49 Ngemah. Dengan memberi penekanan kepada pengeluaran produk pertanian tersebut, pihak kerajaan juga wajar mempertimbangkan penubuhan pusat pengumpulan produk pertanian di kawasan DUN Ngemah. Ketika ini, para petani dan pengusaha produk berkaitan dengan pertanian tiada pusat pengumpulan produk pertanian bagi memasarkan hasil pertanian mereka. Dicadangkan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan pusat pengumpulan produk pertanian ini khasnya di tiga kawasan SPS yang disebutkan tadi dan juga di kawasan-kawasan yang lain.

Pusat Kemahiran

Tuan Speaker, ketika ini tapak lama SMK Datuk Haji Abdul Rahman Yakub yang dikenali sebagai SEDAYA yang terletak di kawasan DUN Ngemah adalah kosong dan terbiar setelah SMK SEDAYA tersebut berpindah ke lokasi baru yang lebih sesuai dan praktikal. Saya difahamkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit bahawa mereka telah memohon untuk melupuskan tapak tersebut. Namun demikian, sehingga hari ini tiada maklum balas diterima berkaitan dengan pelupusan daripada Kementerian Pendidikan.

Oleh itu, dicadangkan agar pihak kerajaan mempercepatkan proses pelupusan tapak sekolah tersebut. Sekiranya pelupusan tapak tersebut sudah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, Kerajaan Sarawak boleh mengambil alih tapak tersebut untuk digunakan sebagai pusat kemahiran di kawasan DUN Ngemah yang terletak di SMK Sedaya lama ini tadi. Pusat kemahiran boleh ditubuhkan di kawasan tersebut bagi yang menawarkan kemahiran peringkat sijil tahap satu hingga tiga dan peringkat diploma. Kewujudan pusat kemahiran tersebut pastinya akan merancakkan pembangunan pendidikan di kawasan DUN Ngemah dan daerah Kanowit secara keseluruhannya.

Kemudahan Sukan dan Riadah

Tuan Speaker, penduduk di kawasan DUN Ngemah memerlukan kemudahan sukan dan riadah yang bersesuaian. Kawasan DUN Ngemah tidak mempunyai kemudahan sukan dan riadah yang bersesuaian untuk kegunaan rakyat di kawasan ini. Ketika ini, terdapat tiga gelanggang futsal di DUN Ngemah, iaitu di Skim Penempatan Semula Nanga Ngungun, di Skim Penempatan Semula Nanga Tada dan juga Rumah Barnabas Banyan di Sungai Tuah. Namun demikian, gelanggang futsal ini agak uzur dan terbuka. Jadi di sini saya mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menaik taraf gelanggang futsal tersebut daripada terbuka kepada berbumbung dan juga menambah baik kemudahan yang perlu disediakan di ketiga-tiga gelanggang futsal ini. Selain daripada itu, kawasan DUN Ngemah juga memerlukan satu pusat sukan yang sesuai bagi pelaksanaan program sukan dan riadah. Ketika ini, DUN Ngemah tidak mempunyai pusat sukan dan padang yang bersesuaian untuk kegunaan penduduknya.

Oleh itu, dicadangkan agar pihak kerajaan dapat membina mini stadium bagi kegunaan komuniti setempat untuk melaksanakan aktiviti mereka. Jadi, Skim Penempatan Semula (SPS) Nanga Ngungun begitu ramai penduduknya adalah lokasi yang strategik bagi pembinaan mini stadium di kawasan DUN Ngemah. Kawasan SPS Nanga Ngungun ini juga kawasan disekitarnya termasuk Pasar Nanga Ngemah, penempatan Nanga Nirok, penempatan Nanga Bat dan Lepong Ngemah mempunyai kepadatan penduduk sekitar 5,000 orang. Jadi cadangan Mini Stadium Nanga Ngungun ini juga pastinya akan memberi manfaat kepada beberapa buah sekolah yang berdekatan.

Penutup

Jadi untuk penutup, sebelum saya mengakhiri perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, belum terlambat rasanya saya menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua masyarakat Islam di Sarawak. Manakala bagi masyarakat Dayak yang akan menyambut Hari Gawai Dayak tidak lama lagi, saya mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai. Dengan ini, saya dengan ikhlas hati dan rendah diri menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah. Up on my list, the next one. Ahli Yang Berhormat bagi Tellian, followed by the Ahli Yang Berhormat bagi Stakan and then Ahli Yang Berhormat bagi Tupong. Is there anybody else would join the list? Ahli Yang Berhormat bagi Batu Lintang. Okay, may I call upon Ahli Yang Berhormat bagi Tellian. Thank you.

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat bah abei, Salam damai dan Salam Sarawak Maju Makmur. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Tellian untuk turut serta dalam perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bagi Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Sarawak Ke-19.

Tuan Speaker, terlebih dahulu saya mewakili rakyat di kawasan N.57 Tellian dan seluruh rakyat di kawasan Mukah merakamkan ucapan takziah kepada:

(a) Keluarga Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak; (b) Takziah kepada Keluarga Almarhum Datuk Abdul Ajis bin Abdul Majeed, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Balingian; dan takziah juga kepada (c) Keluarga mendiang YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara atas pemergian ketiga-tiga pemimpin negeri yang kita sayangi ini. Ini adalah kehilangan yang amat besar untuk rakyat Sarawak amnya.

Tuan Speaker, ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud atas segala jasa bakti serta pengorbanan Almarhum yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan wilayah Sarawak sejak permulaan penglibatan Almarhum dalam arena politik dan pentadbiran Kerajaan Sarawak.

Kita amat bersyukur kerana memiliki barisan kepimpinan yang tiada tolok bandingnya yang telah mendedikasikan sepenuh kehidupan mereka demi membangunkan wilayah Sarawak ini seperti apa yang kita nikmati pada hari ini.

Almarhum sememangnya pemimpin yang benar-benar telah memberi khidmat bakti dan hayatnya kepada Sarawak, sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatan Almarhum sebagai Ketua Menteri menempuhi cabaran tahun 80an sehingga abad ke-21 ini dalam politik Malaysia, secara amnya, ianya akan terus diabadikan dalam lembaran sejarah Bumi Kenyalang yang kita cintai ini. Terima kasih, Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8.

Mengamati ucapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena pembukaan persidangan kali ini, kita amat yakin dengan kepimpinan karismatik TYT Tun yang berpandangan jauh untuk meneruskan kegemilangan pembangunan serta kemajuan wilayah Sarawak ini di masa akan datang. Tambahan pula, kita mempunyai kekuatan pentadbiran Kerajaan GPS yang stabil diterajui oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

Menjamin kestabilan, kemakmuran dan kegemilangan Sarawak untuk memastikan wilayah ini terus berkembang maju dengan penjanaan pendapatan tahunan yang memberangsangkan daripada pelbagai sumber ekonomi baharu dan hijau meletakkan Sarawak semakin kehadapan berbanding negeri dan wilayah lain yang ada di Malaysia. Sarawak kini menjadi penyumbang ketiga terbesar keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Selangor dan kepimpinan kita menetapkan sasaran untuk mencapai kedudukan sebagai penyumbang kedua terbesar KDNK Malaysia sebelum pilihan raya negeri akan datang. Ini membuktikan kepimpinan Kerajaan Sarawak ketika ini adalah yang terbaik di antara yang terbaik.

Tuan Speaker, penekanan Kerajaan Sarawak terhadap kemampanan pembangunan, merangkumi pemeliharaan alam sekitar, kesejahteraan sosial dan tadbir urus yang baik adalah patut dipuji. Melalui inisiatif yang sejajar dengan matlamat pembangunan mampan dan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus, seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, Sarawak berhasrat untuk menjadi wilayah yang mampan.

Komitmennya untuk mengurangkan pelepasan karbon melalui promosi tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau menggariskan dedikasinya terhadap penjagaan alam sekitar. Selain itu, penerimaan Sarawak terhadap ekonomi digital dan teknologi menjanjikan impak positif kepada ekonomi dan kehidupan masyarakat, walaupun penting untuk kita mengutamakan kesedaran keselamatan, keselamatan siber, privasi dan perlindungan data dalam era digital ini untuk pembangunan menyeluruh dan mampan.

Kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier yang Berwawasan

Ekonomi Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier terus meningkat. Pencapaian ini adalah hasil daripada pelaksanaan inisiatif, program dan projek berimpak tinggi merentasi beberapa sektor ekonomi. Sarawak akan terus berkembang dan penyumbang signifikan kepada ekonomi negara dengan strategi pembangunan strategik yang jelas dan inklusif. Pengiktirafan Bank Dunia terhadap Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi mencerminkan pencapaian usaha Kerajaan Sarawak untuk mencapai pembangunan ekonomi yang mampan. Dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 menjelang tahun 2030 yang digerakkan oleh Premier, Sarawak menetapkan matlamat menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi dengan mengutamakan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Tuan Speaker, seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan kawasan saya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian yang terletak di Bahagian Mukah dan merupakan salah satu kawasan pentadbiran penting di Sarawak daripada pelbagai sudut pembangunan ekonomi dan sosial terutamanya.

Walaupun kawasan DUN Tellian ini terletak di Pusat Pentadbiran Bahagian Mukah, namun sebahagian besar kawasan ini merangkumi kawasan luar bandar yang belum lagi ada kemudahan asas, seperti bekalan air terawat, elektrik dan jalan raya dan rangkaian telekomunikasi. Isu-isu ini sudah pasti akan memerlukan perhatian dan tindakan sewajarnya daripada pihak Kerajaan Sarawak mahupun Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab. Dan isu-isu ini sentiasa saya bawa dalam setiap kali persidangan dari penggal pertama sehinggalah ke penggal ketiga pada hari ini dan sudah pasti tindakan susulan menyelesaikan isu-isu berkenaan menjadi harapan saya apatah lagi ia adalah impian seluruh rakyat di kawasan N.57 Tellian.

Daripada 105 buah rumah panjang, 16 buah perkampungan, 29 buah sekolah rendah, empat sekolah menengah termasuk MRSM Mukah, lima institut pendidikan tinggi dan kemahiran seperti UiTM, politeknik, CENTEXS, Giatmara dan yang terbaru adalah Kolej Laila Taib, menggambarkan kepadatan penduduk di kawasan ini yang menginginkan pembangunan yang mampan dan seiring dengan kemajuan yang dinikmati oleh bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Infrastruktur Asas - Bekalan Elektrik

Tuan Speaker, perkara pertama, infrastruktur asas bekalan elektrik, sistem grid bekalan elektrik di kawasan Telli’en di bawah pentadbiran Daerah Mukah adalah sebanyak 89.61%. Setakat hari ini, banyak permohonan dari kawasan rumah panjang terutamanya dari rumah persendirian di kawasan perkampungan telah dihantar kepada pihak kementerian melalui Pejabat Daerah Mukah. Saya mohon maklum balas status permohonan berkenaan dan saya mohon untuk dipercepatkan projek-projek bekalan elektrik dibawah skim ALAF dan SARES di kawasan N.57 Tellian.

Bekalan Air Terawat

37.66% daripada keseluruhan kawasan di dalam kawasan N.57 Tellian telah mendapat bekalan air bersih. Selebihnya masih banyak lagi kawasan yang belum disalurkan kemudahan asas ini seperti di kawasan:

(a) Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban di bawah daerah Mukah; (b) Sebakong dan Nanga Sikat juga di bawah daerah Mukah; dan (c) Kawasan Dijih, Ulu Baoh serta Nanga Boah di bawah daerah Dalat.

Saya difahamkan, projek-projek bekalan air terawat ke kawasan berkenaan sudah mempunyai perancangan untuk dilaksanakan malahan projek di Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban sudah pun diluluskan. Oleh itu, saya ingin tahu apakah status pelaksanaan Projek Pembekalan Air Terawat di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi?

Di samping itu, saya juga memohon maklum balas daripada pihak kementerian berkaitan penyelesaian jangka masa panjang untuk Projek SAWAS (Sarawak Alternative Water Supply) di kawasan Nanga Baoh.

Jaringan Jalan Raya

Tuan Speaker, jaringan jalan raya merupakan kemudahan asas yang menjadi pemangkin kepada kewujudan bekalan air dan elektrik, sebahagian kawasan Tellian terutamanya di Nanga Baoh dan Dijih masih belum ada kemudahan jalan raya. Sebelum ini projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Nanga Baoh ke Ulu Baoh telahpun diluluskan dengan kos sebanyak RM14 juta dan saya difahamkan kontrak projek ini akan ditamatkan atas sebab masalah sekatan tanah yang berlanjutan di kawasan berkenaan. Saya mohon pihak kementerian memberikan maklum balas berkaitan dengan status semasa projek ini.

Saya juga mohon maklum balas berkaitan cadangan naik taraf jalan di kawasan Jalan Tingkas Sebakong, Jalan Bukit Inkerbai, Jalan Lubok Bemban dan Sungai Tajam, Lubok Babi yang sering ditenggelami air semasa air pasang apatah lagi semasa musim banjir yang mengakibatkan penduduk di kawasan berkenaan terputus hubungan dan membahayakan keselamatan penduduk yang terpaksa meredah jalan berkenaan untuk turun bekerja dan melakukan rutin harian mereka.

Tuan Speaker, saya juga mohon pihak kementerian untuk memberikan maklum balas berkaitan dengan status cadangan pembinaan jalan baru seperti yang berikut:

(a) Jalan Sebakong, Ulu Sikat ke Lubok Bemban. Saya cadangkan agar jalan ini dihubungkan terus ke Rumah Remmy ak Buda di kawasan Dijih bagi melengkapkan akses jaringan jalan raya di kawasan berkenaan;

(b) Projek jalan di Kampung Tellian Ulu melibatkan pembinaan jalan Standard R1 JKR sepanjang kira-kira 1.5 kilometer;

(c) Cadangan baru projek jalan di Kampung Petanak Seberang yang menghubungkan Skim Pembesaran Kampung Petanak ke Kampung Petanak Hulu;

(d) Alternative Access Road to Petanak Scheme; dan

(e) Permohonan jalan pertanian akses darat ke kebun rumbia yang dikemukakan oleh pekebun rumbia di Kampung Tellian Tengah.

Saya mohon agar projek-projek yang dikemukakan ini mendapat tindakan sewajarnya dari pihak kementerian.

Tuan Speaker, isu sekatan tanah oleh penduduk merupakan isu utama dalam pelaksanaan apa jua projek kerajaan di sesuatu kawasan selain daripada isu kos, keadaan persekitaran dan bencana alam.

Dua projek besar di kawasan Tellian yang berhadapan isu sekatan tanah ini adalah Projek Jalan Nanga Baoh ke Ulu Baoh seperti yang saya nyatakan tadi dan Projek Bekalan Air Terawat di kawasan Lubok Bemban dan Bukit Inkerbai. Isu sekatan tanah seumpama ini seharusnya tidak berlaku sekiranya SOP pelaksanaan projek dilaksanakan dengan baik dan pemimpin di peringkat akar umbi (KMKK) itu sendiri memberikan kerjasama penuh untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan tanah di kalangan penduduk di kawasan yang mereka wakili.

Oleh itu, saya mencadangkan agar SOP pelaksanaan projek kerajaan dikaji semula terutamanya projek yang melibatkan tanah-tanah tidak bergeran seperti tanah NCR. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin diperingkat akar umbi untuk sentiasa memberikan kerjasama dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam membantu pelaksanaan projek-projek kerajaan demi membangunkan kawasan masing-masing. Janganlah timbul perkara seperti peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi.

Kemudahan Sukan dan Rekreasi

Tuan Speaker, kemudahan sukan dan rekreasi Mukah adalah sebuah bahagian yang amat luas dan sangat memerlukan kemudahan sukan yang lengkap untuk menampung keperluan penggunaan orang awam serta sekolah, malahan penganjuran pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk penduduk setempat. Selain itu, kemudahan sukan yang lengkap sudah pasti akan dapat mengasah bakat dan menghasilkan ramai atlet yang berkualiti untuk mewakili Sarawak mahupun Malaysia dalam pelbagai jenis sukan yang ada. Di samping dapat mengurangkan penglibatan golongan muda di dalam gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan judi online.

Oleh itu, saya memohon agar pihak kementerian mempertimbangkan dan membuat perancangan khusus untuk membina indoor stadium baharu, padang sintetik bola sepak dan padang hoki di pusat pentadbiran Bahagian Mukah ini.

Sukan Malaysia (SUKMA) Ke 21

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak kerana telah memilih Mukah sebagai salah satu dari sembilan bahagian yang terpilih untuk dijadikan venue bagi acara-acara yang akan dipertandingkan nanti.

Di kesempatan ini, saya ingin tahu apakah status persiapan semua venue untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 setakat ini terutamanya di Mukah dan apakah sasaran kutipan pingat serta acara yang berpotensi menyumbangkan pingat emas untuk kontinjen Sarawak pada temasya sukan terbesar di Malaysia untuk edisi kali ini?

Saya amat yakin Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bersama-sama pihak MSN dan SSC akan memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan perjalanan SUKMA ke-21 ini berjalan dengan lancar.

Pembangunan Fizikal

Tuan Speaker, Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA). Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier atas inisiatif mewujudkan agensi pembangunan ini bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan pesisir Sarawak terutamanya.

RADDA bakal melonjakkan pembangunan di kawasan yang terlibat secara lebih teratur dan cepat serta melengkapkan program pembangunan yang dirancang oleh wakil rakyat bersama agensi berkaitan untuk manfaat penuh kepada rakyat secara keseluruhannya. Harapan saya mewakili penduduk DUN Tellian agar projek-projek ini dapat dilaksanakan dengan segera dan saya menagih komitmen serta kerjasama erat setiap agensi teknikal yang terlibat bagi menjayakannya. Projek-projek di kawasan DUN Tellian yang dicadangkan di bawah peruntukan RADDA ini adalah:

(a) Projek New Mukah Integrated Market and Supporting Facilities; (b) Projek Pengawalan Hakisan Pantai Petanak, daerah Mukah; (c) Projek Anjung Ria SENAGA Mukah; dan (d) Projek Medan Selera Kaul Mukah.

Tuan Speaker, saya juga ingin memohon maklumbalas dari pihak Kementerian berkaitan status semasa projek-projek berikut:

(a) Projek Waterfront Mukah;

(b) Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah antara Sungai Penakub dan Sungai Tellian;

(c) Pemasangan Smart Traffic Light di persimpangan Jalan Wawasan dan Jalan Setia 2 atau lebih dikenali sebagai persimpangan hantu di simpang 4 jalan belakang Menara Pehin Setia Raja Mukah yang kerap kali berlaku kemalangan;

(d) Naik taraf sistem lampu isyarat kepada smart traffic light di persimpangan Jalan Hj Mohd Pauzi dan Jalan Orang Kaya Setia Raja; dan

(e) Projek memasang lampu di sepanjang jalan dari Kambatan Kuning sehingga ke persimpangan Jalan Airport Mukah.

Saya juga memohon maklumbalas dari pihak Kementerian berkaitan cadangan untuk menaiktaraf sistem perparitan di seluruh kawasan Bandar Mukah yang sangat perlu dinaik taraf, sering mengakibatkan air bertakung serta berisiko banjir kilat ketika musim hujan dan air pasang besar. Saya yakin kajian semula Pelan Perancangan Bandar Mukah yang dilaksanakan sebelum ini menitikberatkan kepada sistem saliran dan perparitan yang lebih sistematik.

Pendidikan

Tuan Speaker, seterusnya adalah berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan adalah asas pembangunan sesebuah negara dan memainkan peranan penting dalam perkembangan individu dan masyarakat. Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang berdaya maju, masyarakat yang makmur serta menyumbang kepada kemajuan negara secara keseluruhan. Oleh itu, segala keperluan berkaitan pendidikan amatlah perlu sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.

Sekali lagi dalam persidangan kali ini, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan Sarawak dapat membantu sekolah-sekolah kita bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal sekolah malahan dari sudut pembangunan akademik dan ko-kurikulum terutamanya berkaitan dengan pembahagian peruntukan untuk Bantuan Geran Perkapita (PCG) bagi murid di sekolah-sekolah di Sarawak yang tidak wajar dari segi kadar agihan peruntukan yang ditetapkan berdasarkan enrolmen murid pada tahun semasa dan tidak mengambil kira jarak serta lokasi sekolah.

Perkara ini memberikan masalah kepada sekolah-sekolah luar bandar seperti di kawasan Tellian untuk menghantar penyertaan bagi aktiviti di pelbagai peringkat apatah lagi bagi aktiviti yang dilaksanakan di peringkat negeri. Masalah ini akan menjejaskan peluang untuk pendedahan dan pengembangan bakat murid-murid yang berpotensi dalam pelbagai bidang.

Tuan Speaker, Mukah mengalami pertumbuhan dari sudut pembangunan dan ekonomi selari dengan kewujudan beberapa kilang industri, ladang, institusi pendidikan, dan syarikat-syarikat swasta di sekitar Bahagian Mukah. Kehadiran industri yang semakin meningkat ini menjadi petunjuk jelas kepada peningkatan jumlah individu yang juga pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Untuk mendapatkan maklumat mengenai caruman KWSP atau isu-isu lain yang berkaitan, individu mesti mengunjungi Sibu dan Bintulu untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter untuk urusan mereka. Berdasarkan rasional itu, saya senada dengan Balingian untuk mewujudkan Pejabat KWSP di Bahagian Mukah.

Tuan Speaker, saya juga ingin mendapatkan maklumbalas dari pihak Kementerian berkaitan permohonan Jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di kawasan Daerah Mukah yang telah dipohon mahupun yang akan saya pohon bagi jawatan-jawatan berikut:

(a) Pemanca Iban dan Pemanca Cina di Daerah Mukah; (b) Penghulu Iban bagi Kawasan Batang Mukah iaitu kawasan Ulu; (c) Penghulu Melanau bagi Kawasan Kuala Lama, Mukah; (d) Ketua Kaum bagi Kampung Penat; dan (e) Kapitan bagi sekitar perumahan dan Pasar Mukah.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Datuk Amar Speaker, YB Datuk Speaker, Setiausaha Dewan yang baharu dan seluruh warga DUN Sarawak atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan persidangan kali ini berjalan lancar. Terima kasih juga kepada semua agensi Kerajaan Sarawak dan persekutuan yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti dan cemerlang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Hari Guru, Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.

Tuan Speaker, dengan ini saya mewakili seluruh rakyat bagi kawasan Tellian menyokong penuh Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Semoga Tuhan Allah memberkati segala usaha kita semua untuk membangunkan Sarawak yang sejahtera dan harmoni. Nya aja jaku aku, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Tellian. Seterusnya kita dengan hormatnya memanggil Ahli Yang Berhormat bagi Stakan untuk berucap.

Assalamualaikum Warahmatullah. Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini.

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang telah menyampaikan amanat yang cukup penting dan nasihat yang cukup bernas semasa Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada Isnin, 6 Mei yang lalu.

Tuan Yang Terutama antara lain telah menekankan betapa pentingnya kerjasama rapat antara Sarawak dan Putrajaya, dalam memastikan keselarasan dasar dan polisi pembangunan demi kepentingan Sarawak yang memerlukan peruntukan yang besar bagi program pembangunannya di seluruh pelosok Bumi Kenyalang.

Stakan berdiri pada hari ini untuk menzahirkan sokongan penuh terhadap saranan Tuan Yang Terutama supaya Kerajaan Persekutuan terus menyediakan pembangunan secukupnya kepada Sarawak selaras dengan hak dan status Sarawak sebagai sebuah Wilayah. Seperti ditegaskan Tuan Yang Terutama, pengembalian hak-hak Sarawak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Penghargaan dan terima kasih juga atas komitmen Kerajaan Persekutuan yang telah dibuktikan dengan pembentukan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan Jawatankuasa Teknikal sebagai platform untuk membincangkan tuntutan Sarawak. Kerjasama rapat ini penting dan perlu diperkukuhkan lagi dalam usaha kita menuju Sarawak Negeri Maju 2030.

Dalam ucapan pembukaannya, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak juga menzahirkan perasaan bangganya dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam peralihan tenaga dan perdagangan karbon yang telah mendapat respons positif daripada pemain industri di peringkat global dan seterusnya membuka banyak peluang pelaburan, perniagaan dan pekerjaan baharu di Sarawak. Isu peralihan tenaga khususnya tenaga boleh baharu ini akan saya kupas serba sedikit dalam ucapan perbahasan saya pada hari ini, insya-Allah.

Penghargaan Premier Sarawak

Tuan Speaker, dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Premier kita, atas kepimpinan cemerlang dan kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak serta memimpin negeri ini sehingga Sarawak kini muncul sebagai negeri paling disegani di Malaysia malah turut mendapat pengiktirafan dunia. Izinkan saya kelakar Sarawak, Tuan Speaker. Sigek kita semua patut muji dan bangga dengan Premier kita tok, nya selalu berfikir di luar kotak, berani bertindak demi kebaikan Sarawak dan berpandangan jauh, sampei banyak udah pencapaian dan kemajuan diembaknya sejak menerajui Sarawak. Nei endak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun mintak Premier kita merik kuliah dengan menteri-menteri persekutuan sebelum tok. Sidak menteri ya maok belajar daripada kita di Sarawak tok. Nei ada Ketua Menteri ataupun Menteri Besar lain yang disuruh merik kuliah macam Premier kita tok. Tahniah dan syabas Yang Amat Berhormat Premier.

Tenaga Boleh Baharu

Tuan Speaker, sektor tenaga boleh baharu memainkan peranan penting dalam usaha peralihan tenaga, selain sebagai sumber tarikan pelaburan serta pertumbuhan ekonomi baharu negara. Ini selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai sasaran pembebasan gas rumah kaca (GHG) bersifat bersih menjelang 2050.

Malah kita beruntung kerana di peringkat persekutuan telah diwujudkan sebuah kementerian khusus, iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA, yang fokusnya adalah antara lain kepada pembangunan sumber tenaga boleh baharu. Lebih lagi bertuah bagi kita di Sarawak tok, kerana orang Sarawak sendiri dipilih sebagai menteri pertama PETRA, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, juga Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sarawak. Tahniah. Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kerajaan Persekutuan telah menetapkan komitmen untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara kepada 70% menjelang 2050 berbanding hanya 25% ketika ini.

Kelebihan Sarawak pula ialah kita kaya dengan sumber tenaga boleh baharu, iaitu tenaga bersumberkan alam semula jadi seperti hidro, angin, solar, ombak, geoterma, bio jisim dan bio gas. Kekayaan inilah yang harus kita manfaatkan sepenuhnya dan sebaik yang mungkin. Penggunaan sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga solar dan tenaga angin boleh dimanfaatkan ke arah menyediakan liputan bekalan elektrik kepada kawasan pedalaman dan terpinggir yang belum mendapat akses elektrik. Dengan pemasangan sistem tenaga boleh baharu seperti panel solar, penduduk yang belum mendapat akses elektrik berpeluang menikmati kemudahan berkenaan yang sekaligus akan turut menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup, kemudahan pendidikan, kesihatan malah ekonomi di kawasan yang terpinggir.

Tuan Speaker, pembangunan projek tenaga boleh baharu ini seperti loji penjanaan tenaga solar dan hidro juga pastinya membuka peluang lebih luas dalam aspek pekerjaan dan membantu melonjakkan ekonomi di sesebuah kawasan. Ini kerana pembinaan infra untuk projek tenaga boleh baharu memerlukan pekerjaan dalam sektor pembinaan sekali gus akan turut mencipta peluang pekerjaan.

Berdasarkan kajian, hampir 60% daripada tenaga elektrik Sarawak dihasilkan daripada sumber hidro. Di Sarawak sumber ini digunakan sebagai tenaga elektrik bagi kegunaan domestik dan pengeksportan tenaga. Potensi tenaga hidro amat besar memandangkan Sarawak mempunyai banyak sungai dan taburan hujan tinggi melebihi 4,000 milimeter setahun. Terdapat sumber biojisim yang sedang berada di peringkat pendidikan bagi pengeluaran bahan api daripada sumber boleh baharu untuk kegunaan pada masa hadapan dan pada masa ini Sarawak giat membuat kajian dalam penggunaan mikro alga untuk diproses sebagai bahan api.

Kuasa Hiproelektrik

Tuan Speaker, kajian mendapati Sarawak mempunyai kapasiti menjana sekurang-kurangnya 8,000 megawatt (MW) tenaga elektrik dan Ketika ini Sarawak menjana 3,452 MW tenaga elektrik menerusi tiga empangannya.

Di sini, saya ingin sarankan supaya projek aliran sungai (RoR) “hidro kecil” perlu diutamakan berbanding membangunkan empangan besar dalam meningkatkan kebergantungan kepada kuasa hidroelektrik. Terdapat beberapa fakta yang menunjukkan mengapa teknologi aliran sungai dikenali sebagai RoR lebih baik daripada empangan yang besar, iaitu:

(a) Kawasan hutan tidak perlu ditenggelamkan:

Berbeza dengan empangan yang besar, teknologi RoR ini tidak memerlukan kawasan hutan yang besar ditenggelamkan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Ini bermaksud ia tidak mengganggu ekosistem hutan dan tanah ladang yang penting untuk pemuliharaan alam sekitar.

(b) Perlindungan dan pemuliharaan hutan:

Hidro RoR “hidro kecil” mampu meningkatkan perlindungan dan pemuliharaan hutan negara. Kawasan tadahan air yang diperlukan untuk teknologi ini juga memberi insentif kepada pemuliharaan hutan dan penyerapan karbon yang berkesan. Tambahan pula, ia mengurangkan impak sosial daripada konflik hak tanah dan kehilangan biodiversity.

(c) Sistem RoR ini menghasilkan jejak karbon yang jauh lebih kecil berbanding dengan empangan hidro besar. Loji “hidro kecil” hanya bergantung kepada aliran air sungai untuk memutarkan turbin dan menjana elektrik. Ini menjadikannya lebih ramah alam dan menjimatkan kos berbanding dengan empangan besar.

(d) Kelebihan juga kepada masyarakat luar, teknologi ini juga memberi manfaat terutamanya kepada masyarakat luar bandar dan telah dilaksanakan di beberapa kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan hutan yang lebih padat.

Isu-Isu Di Dun N.17 Stakan

Tuan Speaker, izinkan saya mengemukakan rayuan, kehendak dan rintihan hati rakyat di kawasan DUN Stakan. Beberapa perkara yang saya kemukakan ini meliputi perkara-perkara yang baharu ataupun yang pernah saya sebut sebelum ini, dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan rakyat yang perlu diberi perhatian segera dan serius.

Pendidikan – Pembinaan Sekolah Baru

Tuan Speaker, tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan berusaha membangunkan modal insan secara holistik dan berterusan bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya asing.

Namun demikian, kebimbangan kita ialah adanya keperluan untuk pembinaan sekolah baharu khususnya sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan DUN Stakan. Hal ini demikian kerana DUN Stakan semakin berkembang pesat dengan pelbagai projek-projek pembangunan dan pembinaan bangunan komersial dan perumahan baru.

Justeru itu, jumlah penduduk semakin ramai, mendadak dan meningkat, dan sekolah sedia ada mempunyai kapasiti yang terhad untuk menampung dan menerima jumlah pelajar baharu. Ada dalam kalangan kelas kebanyakan sesetengah kelas terpaksa menempatkan sehingga 40 ke 50 orang murid. Keadaan ini secara langsung akan menjejaskan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Oleh itu, besarlah harapan saya agar agensi-agensi berkaitan khususnya Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tindakan secara tuntas dan segera bagi menangani permasalahan ini.

Pembangunan Seimbang – Kemudahan Infrastruktur

Tuan Speaker, masalah kemudahan infrastruktur turut menjadi keresahan penduduk dalam kawasan Stakan. Meskipun sesetengah kawasan telah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jaringan jalan raya, kemudahan komunikasi dan internet, dan sistem perparitan namun masih berlakunya banjir di kawasan-kawasan khususnya di kawasan perumahan.

Oleh itu, saya mohon kepada pihak kerajaan termasuk pihak Majlis Perbandaran, JKR dan DID untuk membuat perancangan pembangunan bandar yang holistik dan menyeluruh agar mempergiat lagi usaha untuk menambah baik sistem perparitan di sekitar kawasan ini serta mengurangkan masalah banjir pada masa ini sekali gus melenyapkan terus masalah banjir.

Saya telah membuat soalan secara bertulis berkenaan permasalahan banjir sebelum ini dalam kawasan khususnya DUN Stakan. Ya memang ada jawapan daripada Timbalan Menteri ataupun daripada wakil kementerian, tapi sehingga ke hari ini kalau kita lihat, perkara ini masih berlaku. Banjir masih berlaku walaupun dalam SOP daripada kelulusan kawasan perumahan ditetapkan setiap agensi telah membuat laporan dan penelitian, tapi setiap kali perkara ini sering berlaku, kenapa?

Ini menunjukkan kaedah yang telah kita buat sekarang mungkin tidak mencukupi dan tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak di kawasan yang telah kita luluskan. Lebih-lebih lagi kalau kita lihat dalam kawasan Stakan pada hari ini, setiap masa ada kelulusan kawasan perumahan, kawasan komersial dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa keadaan ini berlaku tanpa kita lihat kesan selepas berdirinya kawasan pembangunan yang telah dibuat.

Dan, Tuan Speaker, masalah kemudahan infrastruktur lain adalah berkait rapat dengan pembangunan yang seimbang. Tidak dinafikan jalan raya yang dibuat dan sebagainya, masalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sesetengah kawasan DUN Stakan, namun masalah ini masih berlangsungan disebabkan peningkatan populasi penduduk serta kawasan Stakan, yang merupakan laluan ulang-alik adik kakak kita dari seluruh pelosok Sarawak untuk ke Kuching. Dari Kuching nak pergi ke Asajaya, kena lalu kawasan Samarahan khususnya Stakan. Arum bulaknya, kita mengharapkan hari Sabtu dan hari Ahad, jalan ini akan kurang jem tapi berlaku jem juak pada hari Sabtu dan hari Ahad. Lebih lagi kalau ada polis molah roadblock. Apabila polis molah roadblock, JPJ molah roadblock, telefon saya krang kring.

Apahal tok YB! Sik tauk kah orang ari tok nak jalan sik rami, ari tok jak kamek nak raon ngembak anak bini kamek. Jem juak, Tuan Speaker. Jadi saya tok sik ada carik nak lain, saya telefon dengan Yang Berhormat bagi Sadong Jaya, bos saya ya. Ha, Yang Berhormat Datuk, tolonglah, macam ney cara kita nak nyelesei perkara tok. Kerana pengguna tidak fikir macam ney polis nak molah roadblock nak nangkap orang encuri tapi sidak nya adalah untuk menjalankan tugas. Tapi kesannya, apabila kita dipolah roadblock, jem berkilo-kilometer. Dah macam di Malaya nun kamek di Stakan nun. Tapi apa boleh buat, nak nama jadi YB tok, toklah bayaran kita, dianok oleh orang di mana-mana. Yang Berhormat Sadong Jaya, terima kasih kerana membantu saya sebelum ini.

Jadi, peningkatan yang telah membawa kepada penggunaan kenderaan persendirian terutamanya penduduk yang memerlukan pengangkutan untuk ulang-alik ke tempat kerja di mana kesesakan lalu lintas ini lebih kuat berlaku di waktu puncak.

Jadi saya cadangkan agar Kementerian Pengangkutan Sarawak meneroka langkah-langkah yang lebih fokus dan efektif seperti pelebaran jalan dan pembinaan jejambat dan jejantas dan kalau boleh polah laluan bertingkat, Yang Berhormat Sadong Jaya, selepas ini, Insya-Allah, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tuan Speaker, saya juga mempunyai beberapa cadangan. Dalam kawasan saya, selain penduduk kawasan perumahan yang mewakili hampir 70% daripada penduduk kawasan Stakan, ada sebahagian kampung-kampung yang berada di tepi sungai. kebanyakan sumber-sumber mata pencarian mereka adalah menjadi nelayan darat.

Jadi, sedia maklumlah bahawa wilayah Sarawak adalah merupakan wilayah yang mempunyai keunikan hasil laut dan sungai. Jadi, saya minta kalau boleh jabatan, agensi pertanian, membuat satu pindaan ataupun akta undang-undang baru untuk menjaga kepentingan bagaimana masyarakat kat kampung dapat mencari makan di sungei tanpa gangguan daripada pihak-pihak tertentu. Kerana dalam seluruh Sarawak tok, kalau kita lihat, banyak nelayan sebenarnya, khususnya nelayan darat. Nelayan darat tok adalah nelayan yang mengambil hasil tangkapan di dalam sungei. Jadi, kalau boleh dibuat persempadanan, saya minta dibuat persempadanan. Kawasan lain jangan masuk sungei tok, orang tok jangan masuk sungei tok.

Sebab apa, kalau kita nanggar, Tuan Speaker, 20 tahun lepas, udang galah ya RM16 aja sekilo, ari tok RM80. Dah sama rega di Malaya nun. Jadi apa yang kita nak banggakan di Sarawak? Hasil yang kita susah dapat, dijual dengan harga yang mahal. Jadi, apabila ada orang luar masuk ke sungai-sungai tertentu macam dalam kawasan saya, di Sungei Kuap, orang dari Kampung Merdang Limau, dari Kampung Merdang Lumut, dari Kampung Binyok, pendapatan mereka terancam apabila orang luar banyak ngambik udang dalam sungei sidaknya. Macam ney kita nak nahan sidaknya. Sikkan kita nak nembaknya. Lain gik sidaknya molah tuba di sia.

Timbalan Speaker

Mungkin Yang Berhormat, perlukah sidak yang pergi ngambik ikan atau udang tok diberik lesen ngekot kawasan? Pandangan kitak lah.

Itulah yang saya nak sebut tek. Terima kasih, kitak dolok dari saya. Jadi, Tuan Speaker, saya minta agensi pertanian mengkaji, bukan hanya dalam kawasan Stakan, saya percaya dalam kawasan Muara Tuang pun banyak. Jadi, sumber inilah menjadi cara sidaknya encarik duit pakei berik makan anak bini sidaknya. Anak sekolah, lebih lagi hari nak raya, Hari Gawai. Aduh, bagi kita mungkin kita tidak rasa, tapi bagi orang kampung RM100, RM200, itulah cara mereka untuk berik makan anak bini sidaknya. Jadi apabila turun sungei, datang dapat ikan bekut sikok duak ikok, temakul pun sik ada. Jadi, saya minta kerajaan ataupun agensi melihat macam mana kita menjaga kepentingan nelayan-nelayan darat. Nak iboh cerita pasal nelayan laut kah, ikan terubok dan sebagainya. Tapi nak di bahagian ulu tok kita harus jaga, berik kuasa kepada ketua kampung, berik kuasa kepada penghulu, untuk melarang orang luar nangkap ikan dalam kawasan kampung masing-masing. Ini pandangan saya dan saya yakin banyak Ahli-ahli Yang Berhormat luar bandar bersetuju dengan cadangan saya ini. Nangkap boyak saya sik tauk lah, Tuan Speaker.

Tuan Speaker, saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada ada juaklah projek datang ke kawasan saya, dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS, Malaysia) dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS, Sarawak) ataupun Department of Irrigation and Drainage (DID, Sarawak), iaitu Projek Samarahan Expressway, Sekolah Kebangsaan Muara Tuang, dan terima kasih kepada Sarawak juga atas kelulusan Rural Transformation Project (RTP) Taman Samarindah, sebelum ini, dah lulus tapi belum diimplement kerana banyak gilak proses kelulusan dan saya minta agensi berkenaan percepatkan proses kerana kita dah ngumum di kawasan tapi proses pelaksanaannya begitu lambat.

Begitu juak dengan Project High Level Water Tank dah diluluskan oleh Kerajaan Negeri tapi belum juak berdiri. Saya mintak kelulusan daripada agensi dipercepatkan dan harapan saya semua projek yang ada di dalam Kawasan dapat diimplement dengan cepat dan harus dimaklum juak dengan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Tuan Speaker, untuk mengakhiri perbahasan ini, saya ingin mengingatkan kita semua di dalam Dewan ini agar sentiasa bersatu hati dan sama-sama berganding bahu untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri yang aman, makmur lagi sejahtera seperti sekarang. Jangan kitak sik tauk orang di Malaya nun jeles dengan Sarawak pada hari ini. Jadi, kalungan tahniah kepada Tuan Speaker kerana telah dengan jayanya mengendalikan persidangan ini. Terima kasih juga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, ketua-ketua Jabatan dan kakitangan kerajaan kerana telah memberi kerjasama sepanjang Dewan bersidang. Tidak lupa juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama-sama teamnya dan juga pihak media yang bertungkus-lumus sebagai pihak penyampai untuk membuat liputan.

Kepada rakan-rakan dari masyarakat Dayak, saya ucapkan Selamat Hari Gawai dan kepada orang beragama Islam, tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maka dengan ini, saya menyokong usul bahawa Dewan yang mulia ini bersidang dan meluluskan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Pembukaan Persidangan Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19. Jadi, Tuan Speaker,

Pergi ke hulu menanam selasih, Sekian dulu, terima kasih.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Speaker

Honourable Member for Tupong.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.

Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Almarhum Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud, mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Februari yang lalu. Jasa beliau yang telah meletakkan asas yang begitu kukuh sekali dan kita di era ini telah dapat merasai kekuatan pembangunan ataupun pembangunan yang telah dibawa yang diilhamkan oleh beliau.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada kepada keluarga mendiang YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang Dipertua Dewan Negara yang telah meninggal dunia tengah hari tadi. Beliau meninggalkan legasi yang begitu besar sekali, mencipta sejarah menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara dari etnik Dayak dan Lun Bawang yang pertama dan beliau merupakan seorang negarawan, seorang peguam dan tokoh korporat yang disegani, menyumbang kepada pembangunan Sarawak, pembangunan komuniti serta ekonomi masyarakat luar bandar. Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada Malaysia dan Sarawak.

Pelantikan TYT Ke-8

Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini juga ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8. Ucapan sekalung tahniah juga kepada Tuan Yang Terutama Tun atas pengurniaan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun dan Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran Pehin Sri. Tuan Yang Terutama Tun mempunyai pengalaman yang amat luas dalam perkhidmatan beliau sebelum ini sebagai wakil rakyat, sebagai Menteri Kabinet Persekutuan dan seterusnya Yang di-Pertua Dewan Negara. Saya yakin dengan kepimpinan serta kebijaksanaan Tuan Yang Terutama Tun dapat memayungi rakyat serta Sarawak untuk kita terus kekal maju dan sejahtera.

Hubungan Sarawak dan Persekutuan

Tuan Speaker, dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, beliau telah menekankan kepentingan hubungan akrab antara Kerajaan Sarawak dan Putrajaya dalam memastikan hak-hak Sarawak yang terhakis dapat dikembalikan. Ini termasuk pengagihan dana pembangunan kepada Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan selaras dengan hak dan status Sarawak sebagai sebuah wilayah. Saya ingin menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kuantum pengagihan dana pembangunan kepada Sarawak bagi memastikan projek infrastruktur rakyat dapat kita laksanakan dengan lebih segera.

Ini juga sebagai satu pengiktirafan kepada Sarawak yang merupakan rakan setara atau equal partner bukan sahaja kepada penubuhan negara Malaysia tetapi juga kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan hari ini. Pendekatan sebelum ini di mana pengagihan dana pembangunan menggunakan kaedah population-based haruslah ditukar kepada needs-based, melihat kepada keperluan dan taburan penduduk di Sarawak. Ini penting supaya Sarawak dapat merealisasikan hasrat untuk menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 dan supaya infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada persekutuan setara dengan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak.

Janganlah jadikan kekayaan ataupun kejayaan Kerajaan Sarawak menjana pendapatan menjadi alasan untuk tidak menyalurkan peruntukan kepada Sarawak, ia sudah termaktub sebagai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Ini tidak harus berlaku dan kita harap di peringkat-peringkat, pegawai-pegawai yang mengurus tadbir pengagihan-pengagihan peruntukan ini tidak melakukan ataupun memastikan perkara ini tidak berlaku.

Sarawak Economy

Tuan Speaker, I am pleased to note that Sarawak is now among the top three contributors to the National GDP, where Sarawak is only behind Kuala Lumpur and Selangor. This is a manifestation of the economic policies and strategies of the Sarawak Government and augurs well with the objectives of the Post COVID-19 Development Strategy. No doubt, while the bulk of Malaysia's economy is concentrated mainly at the nation's capital, Sarawak has advantages of its own to balance the playing field.

Sarawak has resources that’s rich in economy, rapid infrastructure development as well as industrial and manufacturing growth, potential in agriculture and agribusiness and tourism with small and medium enterprise developments. This is backed by clear policies with a complete end-to-end implementation plan as well as having a business-friendly approach to support both foreign and domestic investments. I am confident under the leadership of the Right Honourable Premier; Sarawak has the capability to accelerate its growth rate and become Malaysia's second biggest GDP contributor in the coming years.

Income Redistribution

Tuan Speaker, we must not rest on our laurels as we must continue to ensure the wealth is being cascaded to the people to narrow the income disparity gap. The Federal Government is looking to implement income redistribution through the tax and transfer system, whereby progressive taxes are introduced, and cash transfers are made to the targeted group. However, for this to be effective, I call on the federal government to expedite the return of taxes collected in Sarawak to the Sarawak Government.

This will allow the better redistribution of wealth by the Sarawak Government through investments in infrastructure, education access and facilities as well as a social security net. I also propose that the federal government considers decentralising the authority as well as the funding for the future reimbursement of targeted subsidy implementation to the Sarawak Government.

In the case of centralised database hub or PADU, the tepid response and public participation were likely due to the trust deficit of the end users in the system as well as the need for better stakeholder engagement. Data collection, particularly of sensitive nature, if necessary, should be done by the government at the state level as it is closer to the people as well as having the mechanism allowing for better reach and participation by the people.

Being The Trendsetter

Tuan Speaker, recently Sarawak has caught the attention of the world where we are among the pioneers of green economy. The Right Honourable Premier was recently invited as a panelist for the World Hydrogen forum in Poland last month. It was attended by different governments and organisations focusing on Green Initiatives from all over Europe. The forum was interested in Sarawak's action plan and policies towards green energy.

This global reputation and recognition in our efforts towards energy transition are testament to the effectiveness of our energy policies and the political will to diversify our revenues. I said this before, and I say it again. This is the manifestation of Sarawak First which does not only mean putting Sarawak interests above and beyond, but it also means to be the first, ahead of the others to implement the transformation agenda, to be the leader of green economy and to be a developed and high-income state.

We are the trendsetter; we are setting the trend and soon others will follow. I would like to propose that the Sarawak Government to set up their own system and procedures for all agencies to calculate the reduction in carbon footprint in their daily activities in line with the United Nation Framework on Climate Change, Greenhouse Gas Protocol and The International Organisation for Standardization (ISO 14064) and to work towards reducing its carbon footprints. Yearly awards or recognitions can also be part of the total solution given to agencies which have the most reduced carbon footprint yearly. This is an initiative to educate and to inculcate the importance of reducing carbon footprints in whatever we do. Similarly, awareness on emissions reduction at schools is also of importance and must be done.

We have pioneered the approach in energy transition, our carbon trading law as well as our initiatives to assert Sarawak rights under Malaysia Agreement 1963. Today, Sabah is looking to follow in our footsteps and change the title of Sabah Minister to Sabah Premier. We had done it two years ago and we were the first.

Ensuring Democratic Principles

Tuan Speaker, I am surprised to learn that the Member for Padungan has claimed that the august House has become oppressive towards opposition members. On Wednesday he stood up here and was allowed the time and space to say what he had on his mind. The same thing happened on Tuesday when he debated on two of the three Bills. If he was really supressed, I don’t think he would have the opportunity to speak at all, but he is painting a picture that he is being supressed and that the august House is oppressive.

This is untrue. I suppose the government bench has been more than accommodating and open to whatever he has to say. Instead, the opposition members are the one who are always acted in an unparliamentary manner. I noticed that member from Pending twice has disguised her manner by posing naughty questions. I would like to remind her that accusation in the form of question is also a form of defamation in the eyes of the law.

I will always continue to speak on reforms in this august house and it needs to start with its members. Members must be responsible to all its action and must be held accountable to all its action. We must not allow members to get away with irresponsible act which contradict the standing order. I would also like to appeal to the chair to give members way in order whenever there is the Standing Order.

Honourable Member of Padungan, was upset and he got whacked the whole day, the only person that is responsible for that is himself. Padungan was asking for it, “bak kata orang tua mintak anok”. He had the option to keep quiet and sit out the debate like any others, but he insisted to say what was on his mind and he had to be responsible for that. The super majority by GPS in this august House is due to the confidence of the people in the Right Honourable Premier and the confidence that we are a government that is open and is guided by democratic principles.

Projek Pembetungan

Tuan Speaker, izinkan saya membawa beberapa isu kawasan. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Projek Pembetungan yang meliputi keseluruhan projek tersebut 80% - 90% daripada pelaksanaan projek tersebut adalah berada di kawasan N.6 Tupong. Projek pembetungan ini melalui pelbagai proses. Fasa yang pertama, fasa yang kedua, dan fasa yang ketiga. Dan ianya telah mendatangkan permasalahan kepada penduduk di kawasan N.6 Tupong. Dan kita sedar untuk kita menikmati pembangunan ini, kita perlu melalui proses-proses ini.

Tetapi Tuan Speaker, baru-baru ini, kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Projek Pembetungan ini telah mengalami satu kemalangan yang begitu serius sekali di kawasan N.6 Tupong apabila machinery beliau telah terjatuh dan menghempap pagar sebuah masjid N.6 Tupong dan seorang pekerjanya telah mengalami kecederaan yang begitu serius sekali. Bayangkan jika machinery tersebut terjatuh semasa orang ramai di masjid, sudah pasti ianya akan mendatangkan masalah yang begitu besar juga. Jadi, saya ingin memohon agar kerajaan melihat dengan serius dan mengambil tindakan yang serius kepada kontraktor ini! Jika perlu ditarik lesen itu balik, maka gantunglah! Sebab mesin yang tersadai minggu lepas masih lagi tersadai pada hari ini. Tindakan yang serius perlu diambil terhadap kontraktor ini, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Projek PPRT - Kos Nya

Tuan Speaker, satu lagi isu yang dibawa dikongsikan kepada saya ialah kontraktor-kontraktor kecil kelas F ataupun kelas G7 kalau tidak silap saya, G1. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Stakan. Mereka terutama yang telah mengambil Projek PPRT ini, Tuan Speaker, adalah projek yang kecil apabila projek yang kecil sudah tentu the elements of economics of scale tidak ada dan sudah tentu dengan kadar kenaikan harga-harga barang menjejaskan kontraktor-kontraktor kecil ini untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Jadi, saya mohon kerajaan untuk melihat ataupun mengkaji semula ataupun telah dikaji semula jumlah bagi sebuah rumah PPRT ini, telah dilihat adakah ia mengambil kira kenaikan harga-harga barang semasa.

Tuan Speaker. dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang telah respons kepada aduan-aduan yang telah kami di kawasan N.6 Tupong ajukan untuk kesejahteraan rakyat. Terutama sekali sudah tentu kepada DBKU, MPP, dan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah pantas mengambil tindakan apabila kita mengutarakan aduan-aduan daripada rakyat. Dan saya juga lupa tadi, Tuan Speaker, to welcome Ahli Yang Berhormat bagi Bawang Assan, Engkilili and Ba’kelalan to GPS and its shows the confidence that they have towards GPS.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tuan Speaker dan Timbalan Speaker serta Setiausaha Dewan dan seluruh kakitangan Dewan ini yang telah melaksanakan tugas dengan baik sekali.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak serta seluruh Sarawak Civil Services, Setiausaha Kerajaan Persekutuan, kakitangan-kakitangan agensi persekutuan, rakan-rakan media dan semua yang telah terlibat dalam melancarkan perjalanan Dewan Undangan kita pada kali ini and I would like to take this opportunity walaupun semalam merupakan hari terakhir bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dan kepada rakan-rakan yang bakal menyambut Gawai, Selamat Hari Gawai, nuju bala kaban menyadi enggau kaban kitai, dan Selamat Hari Guru kita ucapkan kepada semua guru-guru yang telah berkorban untuk memastikan kejayaan anak-anak muridnya. Thank you. Dan terima kasih Serembu dan saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucap Selamat Hari Ibu yang bakal tiba. Thank you, Tuan Speaker, for this opportunity to debate The Motion of Appreciation for the TYT’s address. I beg to support this motion. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahita’ala Wabarakatuh.

Tuan Speaker

Under Standing Order 9(1), I determine that this Sitting goes beyond 6.30 p.m.; I now call upon the Honourable Member for Batu Lintang.

Encik See Chee HowPSBBatu Lintang

Thank you, Tuan Speaker. Thank you for giving me this opportunity to participate in the debate on the Motion of Appreciation on the address by Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak delivered on 6th May 2024.

Tuan Speaker, the world is watching as our fairland Sarawak progresses steadily and surely towards our noble goals of PCDS 2030, particularly a high-income Sarawak’s economy which prioritises environmental conservation and sustainability.

Sarawak is being looked upon to take the lead in undertaking initiatives to greening the world, conservation, and sustainable development of our resources to alleviate the tide of climate change and global warming, a crucial endeavour which unfortunately remains hugely rhetoric amongst the superpowers and developed nations, with little being done.

Indeed, while we set out to realize our vision and mission on this most important subject matter which goes to determine not only Sarawak’s environmental health and sustainability, but also the wealth and economic well-being of Sarawak, our children, grandchildren and future generations of Sarawakians, our Right Honourable Premier is always minded of the needs for proper legislature, good governance, and the implementation of strategies and action plans which are in accord with the highest and world class standards.

Tuan Speaker, with our economic development and achievements which prioritise Sarawak’s environmental health and sustainability, we are setting and should continue to set the gold standards for others to benchmark and emulate. However, Tuan Speaker, our resolve in environmental conservation and sustainable development on our economic undertakings will be put to the tests and closely watched by everybody especially the leaders and governments of the developed countries in the South, most particularly in the planning, implementation and execution of the Kasawari Carbon Capture and Storage (CCS) project.

On March 1st, 2024, four companies: ENEOS Corporation, JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation, Mitsubishi Corporation, and PETRONAS CCS Solutions Sdn. Bhd. signed a Memorandum of Understanding to jointly study Carbon Capture and Storage (CCS) and establish potential CCS value chains from carbon dioxide (CO2) capture and accumulation in Tokyo Bay, shipping and CO2 storage in Malaysia.

In their statement, it is stated that the four companies have jointly started the evaluation of the overseas CCS value chain creation from Tokyo Bay (Keihin and Keiyo) to Malaysia, and that they will work together with the Japanese Government, the Malaysian Government, local governments, CO2 emitters and engineering companies to study the feasibility of accumulating one of the largest amount of emissions in Japan and storage in Malaysia. The establishing of potential CCS value chains is plainly “accumulation of CO2 emissions” in Japan, ship them for storage in Malaysia, and Sarawak to be exact.

While the richer developed economies of the Global North should undertake real climate actions by cutting their CO2 emissions at source, Japan has instead chosen the practice of exporting CO2 which is considered a cheaper option but questioned by many including environmental scientists as fundamentally against the principle of climate justice, as it is principally dumping their hard-to-abate CO2 in countries of the poorer developing Global South.

Tuan Speaker, I have serious doubt with the statement that “PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) has conducted comprehensive studies on the technological, geological, safety, and socio-environmental impacts of the Kasawari Carbon Capture and Storage Project (including the approved EIA and also the Impact Assessment on Marine Ecology)”. The signing of the MoU was on March 1st, barely two months ago, and the four companies have agreed to jointly study the venture, including its feasibility. What are in the EIA and the Impact Assessment on Marine Ecology that was purportedly commissioned and completed by Petronas Carigali two years ago?

Was there even the requisite “Conditions of Approval for the EIA Report” for the proposed Kasawari CCS Project being given by the Department of Environment, with the concurrence of Sarawak Government? Inexplicably, the Environmental Impact Assessment (EIA) Report for FDP SK 316 Gas Kasawari CO2 Sequestration Project, Sarawak was prepared by PETRONAS and submitted to the Federal Ministry of Environment. It is my understanding that this EIA Report and purportedly another report on the Impact Assessment on Marine Ecology are not open for public display and public comment.

Why is it important to make the EIA Report on this Kasawari CO2 Sequestration Project open?

(a) Tuan Speaker, most CCS projects have had unique engineering challenges which resulted in underperformance and cost blow-outs. This happened to the Gorgon CCS project in Australia, which is around the same size as the proposed Kasawari CCS project in Sarawak.

The Gorgon CCS project in Australia, by oil giant Chevron, was expected to capture at least 80% of the carbon dioxide emissions from the production of LNG (Liquefied Natural Gas). However, it has never operated up to its claimed capacity. Reportedly, in April 2023, emissions from Chevron’s gas project with the world’s largest industrial carbon capture system rose by more than 50%.

Gorgon then paid to compensate its target shortfall of 5.23 million tonnes of carbon dioxide, which is estimated to cost between USD100 million and USD184 million. Gorgon’s troubles arise from a source gas that is 14% carbon dioxide, but this is just a fraction of the 40% carbon dioxide content PETRONAS is looking to process at Kasawari;

(b) Even with the most advanced data, science and monitoring, subsurface unknowns can arise at any point and experts and scientists admit that CCS entails many risks, unknowns, and unexpected subsurface storage behaviours.

Leading CCS proponents consistently cite two projects in Norway as proof of the technology’s viability: Sleipner and Snøhvit. But, as pointed out in the report from the Institute for Energy Economics and Financial Analysis (IEEFA) “Norway’s Sleipner and Snøhvit CCS: Industry models or cautionary tales?”, “The two fields were among the most thoroughly studied pieces of earth on the planet. Despite the wealth of information in hand, scientists could not predict the geological challenges. Even the experts admit they never know for certain how carbon dioxide will react with the subsurface until the injections begin”.

The Norway’s Sleipner CCS project, after three years into operation, carbon dioxide migrated upwards from its lower-level injection point to the upper extent of the storage formation and into a previously unidentified shallower layer.

Additionally, a CCS project in Algeria where carbon dioxide had been injected into depleted gas fields from 2004 was suspended in 2011 when movement was observed in the layers of the ground that was supposed to prevent carbon dioxide from leaking out, provoking concerns of leakage. After five years into operation, the carbon dioxide pressure in the deposit strata had built up to extremely high levels. Eventually, the pressures grew strong enough that the injected CO2 caused a surface-level ground swell of 20-25 millimeters even though the storage formation was 1km underground. Therefore, there are many conditions that geoscientists must study upfront to ensure a subsurface formation both possesses the characteristics necessary to accept carbon dioxide and is safe to use. Are Subsurface Geotechnical Risks assessed for Kasawari and if yes, who did the assessment, and who is accountable for the study? Given that PCSB has conducted “comprehensive” studies, how viable is the subsurface storage formation? What are the study findings – will the gas migrate over time? Will the formations’ fault or deform in ways that allow the gas to escape? Are the formation’s boundaries sealed, or faulted such that the carbon dioxide has a path to move? What are mitigation measures if storage failures occur? and

(c) Unpredictable and unexpected behaviours that evolved years into operations, and ensuring permanent storage implies a high level of regulatory oversight, rigorous monitoring, high cost, and long-term liability.

Tuan Speaker, we understand, that PETROS, as the Carbon Storage Licensee, has developed a comprehensive regulatory implementation framework and guidelines to oversee the system's integrity, storage, safety performance, and socio-environmental impact, ensuring the safe and environmentally responsible operation of CCS projects. However, this august House must be mindful that self-regulation is inadequate and highly inappropriate as there are too many unknowns in subsurface conditions and potential deviations from plans or operations.

Robust regulatory oversight will be particularly important. Given the need for vigorous oversight, risk management-oriented regulations and strong compliance requirements to store carbon safely, reliably, and permanently, how competent our government agencies are, in terms of staffing, competency, capacity and resources, to be able to rise to the regulatory challenges effectively?

And we must be minded that our Land (Carbon Storage) Rules 2022 only stated a minimum period of not less than 20 years from the date of the closure of the storage site. Who holds the long-term liability for Kasawari’s carbon dioxide storage? How confident the state is for the storage permanence?

There should be greater transparency and meaningful public consultation or townhall meetings on this project given the huge uncertainties and risks we are all dealing with. Data on planning, operations and performance need to be collected and systematically disclosed so that the public are suitably informed when performance variations occur, as well as how variations are managed, and CCS integrity maintained.

It is our commitment to ensure that all projects and activities related to CCS meet international standards. In that respect, I would be most grateful if our government will make the EIA report and the report on the Impact Assessment on Marine Ecology open for public display and public comments.

And it is most crucial that Sarawak must engage our independent consultant to examine and advise us on the purportedly competencies studies on the technological, geological, safety, and socio-environmental impacts of the Kasawari CCS Project and we must engage accredited consultants to advise us on regulatory oversight to ensure the safe and environmentally responsible operation of this proposed Kasawari CCS Project.

It is undoubted that the proposed Kasawari CCS Project will give Sarawak a lucrative income for the next few decades and assure us of the wealth and economic well-being of Sarawak and all Sarawakians. However, we must be equally concerned of Sarawak’s environmental health and its sustainability.

And we must always remind ourselves that the other countries are looking upon our Right Honourable Premier and Sarawak to take the lead in our undertaking of initiatives, any initiatives to greening the world, conservation, and sustainable development of our resources to alleviate the tide of climate change and global warming. With proper legislature, good governance, and the implementation of strategies and action plans which are in accord with the highest and world class standards, for all, particularly the developing Global South countries to continue to benchmark and emulate Sarawak. Thank you, Tuan Speaker.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat bagi Kabong.

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Speaker

Waalaikumussalam.

Terima kasih, Tuan Speaker, kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada 6 Mei 2024.

First and foremost, on behalf of my constituents I would like to congratulate His Excellency Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar on his appointment as the Eighth Sarawak Head of state. We pray that Allah S.W.T would always look after his well-being so that he can discharge his duties to serve the people well.

Tidak dapat dinafikan bahawa ucapan Tuan Yang Terutama merangkumi pelbagai perkara untuk diambil perhatian oleh kita semua, lebih-lebih lagi pihak kerajaan. Di antaranya, Tuan Yang Terutama memberi pujian kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier yang berwawasan dan sentiasa membawa pendekatan dan idea-idea baharu untuk mempercepat dan mengembang ekonomi Sarawak sehingga diiktiraf sebagai wilayah berpendapatan tinggi.

Tuan Speaker, Kerajaan Sarawak sedang giat berunding dengan Kerajaan Persekutuan agar hak-hak yang terhakis dikembalikan semula kepada Sarawak dan yang belum dilaksanakan seperti yang dijanjikan di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah memberi komitmen dengan menyatakan pada 19 Januari 2023 di mana beliau berkata “Perjanjian Malaysia 1963 harus dipegang mesti ditunaikan”. Kita harap ini bukanlah “retorik” tetapi sincere statement yang ikhlas daripada seorang pemimpin tertinggi di Malaysia.

Kita orang Sarawak hanya menuntut hak-hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang diambil oleh pihak persekutuan. Itu sahaja. Kembalikan dan kembalikan dengan kadar segera. Juga diingatkan bahawa mengambil hak orang adalah satu perbuatan zalim dan berdosa besar dalam Islam. Maka Kerajaan Sarawak hendaklah bersungguh-sungguh dan tegas dan berani menuntut hak kita di bawah MA63 seperti yang decree oleh Tuan Yang Terutama.

Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama juga menyentuh dan memuji tentang komitmen tinggi Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk rakyat Sarawak. Pendekatan Kerajaan Sarawak untuk membina dan membiayai terlebih dahulu projek-projek pendidikan dan kesihatan dan akan dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan mendapat sanjungan dari Tuan Yang Terutama.

Maka, saya mewakili rakyat di N.40 Kabong memohon dari Kerajaan Sarawak agar mempertimbangkan klinik kesihatan di Nyabor dan Roban yang diperbuat daripada kayu dan dalam keadaan usang dan tidak selamat diduduki digantikan dengan bangunan konkrit untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada kakitangan klinik dan pesakit-pesakit.

Penduduk di Nyabor juga memohon agar dibekalkan dengan sebuah ambulans untuk memudahkan pesakit dibawa ke Hospital Sarikei, Sibu, Saratok atau lain-lain tempat. Ketika ini, Klinik Kesihatan Nyabor bergantung dan berkongsi ambulans dengan Klinik Kesihatan Kabong sekiranya tidak digunakan. Apa yang mendatang masalah ialah ambulans Klinik Kesihatan Kabong sentiasa sibuk.

Tuan Speaker, izinkan saya untuk terus menyuarakan beberapa perkara lain untuk kawasan yang saya wakili. Tuan Speaker, masalah tiga serangkai di DUN N.40 Kabong, iaitu bekalan elektrik, air dan jaringan telekomunikasi. Tiga perkara asas ini sememangnya sentiasa berlaku di kawasan saya sungguhpun sering kali saya usulkan setiap kali dewan yang mulia ini bersidang. Namun, sehingga sekarang tiga perkara utama ini sememangnya seperti berpisah tiada terutamanya pada musim-musim perayaan. Saya kongsikan situasi semasa Aidilfitri tahun ini. Menjelang Aidilfitri iaitu pada 9 April lepas di saat persiapan akhir dilaksanakan berlakunya gangguan bekalan elektrik pada sebelah petang. Seterusnya pada 1 Syawal, sekali lagi berlaku gangguan bekalan elektrik bermula jam 5.00 petang sehingga jam 8.00 malam. Pada 2 Syawal pula, masalah yang sama terus berlaku seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Apabila berlakunya masalah bekalan elektrik ini sudah pastinya akan turut menjejaskan sumber bekalan air dan juga masalah telekomunikasi. Dengan situasi ramai yang balik beraya, sesungguhnya masalah sebegini amatlah mengecewakan.

Sesi Libat Urus seringkali dilaksanakan bersama agensi berkaitan untuk membincangkan cara serta kaedah bagi mengurangkan permasalahan ini. Namun sehingga kini, perkara ini tetap berlaku. Ramai dalam kalangan penduduk mengeluh kerana beberapa peralatan elektrik mereka rosak akibat gangguan bekalan elektrik ini. Saya mohon pihak kerajaan mengambil serius terhadap perkara ini dan saya tidak akan pernah putus asa untuk menyuarakan masalah ini sehingga selesai. Saya menyokong penuh cadangan dari Ahli Yang Berhormat bagi Kalaka dan meminta pihak SESCO melaksanakan cadangan tersebut. Adalah diharapkan blackout tidak berlaku ketika rakyat di rumah panjang meraikan pesta Gawai Dayak nanti.

Tuan Speaker, untuk makluman, sebanyak 13 menara pencawang di bawah projek SMART dan JENDELA telah dibina di kawasan DUN N.40 Kabong. Tiga daripadanya sedang dalam pembinaan manakala 10 telah on air. Namun, masalah capaian Internet di kawasan berkenaan masih terganggu yang menyebabkan kalangan penduduk khususnya para pelajar, guru-guru serta usahawan niaga dalam talian yang memerlukan liputan Internet bagi menjalankan urusan harian mereka. Oleh yang demikian saya mohon perkara ini diambil tindakan serius dan sewajarnya.

Tuan Speaker, saya juga memohon Kerajaan Sarawak melalui kementerian berkaitan dan juga Sarawak Energy Berhad untuk mempercepatkan pemprosesan permohonan penyambungan bekalan elektrik menerusi Projek Dana Permohonan Tambahan Atau Lewat (ALAF) bagi kawasan DUN N.40 Kabong. Mengikut data dikeluarkan oleh Kementerian Utiliti Sarawak, untuk kawasan N.40 Kabong secara keseluruhan permohonan yang direkod sejak tahun 2022 ialah sebanyak 108 permohonan. Daripada jumlah berkenaan hanya sebanyak 13 permohonan telah siap dilaksanakan. Berbaki 95 permohonan masih lagi belum dilaksanakan. Bilakah pelaksanaan projek ini dapat disegerakan? Ia akan menoktahkan penggunaan generator dan mengurangkan beban kos minyak yang mahal kepada penduduk.

Tuan Speaker, untuk makluman bersama, perkara ini juga telah saya usulkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lepas. Saya hendak bertanya, apakah status terkini bagi tiga projek rakyat iaitu pembinaan Dewan Masyarakat Kabong, Pejabat Daerah Kabong dan Masjid Baharu Kabong yang dilihat masih belum nampak apa-apa sebarang kemajuan yang dijalankan sehingga ke hari ini? Contohnya, pembinaan Dewan Masyarakat Kabong mala jak madah duit sik cukup sedangkan saya telah menyarankan agar pihak berkenaan untuk buat dolok apa yang dapat dipolah menggunakan peruntukan kewangan yang sedia ada.

Tuan Speaker, untuk makluman juga saya telah difahamkan bahawa kos keseluruhan pembinaan Dewan Masyarakat tersebut berjumlah RM6.737 juta. Had siling sedia ada RM5.5 juta. Jadi, masih lagi kurang RM1.237 juta. Saya agak kurang gembira dengan perkembangan projek ini memandangkan kos sentiasa naik namun pembinaan belum lagi bermula apa-apa. Rakyat di kawasan DUN N.40 Kabong sehingga kini masih ternanti-nanti untuk melihat ketiga-tiga projek ini menjadi kenyataan. Tuan Speaker, saya ingin menyentuh isu berkaitan dengan projek Kabong New Town Extension yang difahamkan kini tengah dalam penyediaan tender dokumen untuk infrastructure works. Oleh itu, saya memohon Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Sarawak menyegerakan proses tender berkenaan kerana rakyat di DUN Kabong kini masih menunggu bilakah ia akan dibina dan bermula.

Tuan Speaker, peruntukan berjumlah RM15 juta telah diluluskan bagi membaik pulih ban yang telah rosak akibat hakisan air sungai berkaitan projek tebingan Sungai Seblak dekat Kampung Sungai Benang, Kampung Metang Desa dan Empayang. Namun begitu sehingga kini tiada tindakan susulan telah diambil memandangkan hakisan tanah yang berlaku semakin teruk sehingga meruntuhkan struktur jalan. Sekiranya tidak diambil tindakan, tidak mustahil air Sungai Seblak akan menenggelamkan lebih 400 buah rumah di ketiga-tiga perkampungan tersebut. Kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan hendaklah disegerakan kerana melambat-lambatkan pelaksanaannya memberi imej buruk kepada kerajaan yang sepatutnya prihatin terhadap masalah rakyat.

Tuan Speaker, Loji Perawatan Air Nanga Lichok perlu dinaik taraf memandangkan loji tersebut hanya mampu mengeluarkan air pada kadar maksimum 15 MLD (juta liter sehari). Sekiranya kemarau melanda, Loji Nanga Lichok tidak akan dapat mampu menampung permintaan berikutan kepadatan penduduk yang semakin hari semakin bertambah. Oleh itu, saya mencadangkan agar Loji Air Lichok dinaik taraf dengan raw water reservoir ditingkatkan dan diperbesarkan.

Tuan Speaker, saya minta kerajaan melalui kementerian serta agensi berkaitan mempercepatkan tindakan selanjutnya atau susulan berkaitan pembinaan Sekolah Kebangsaan Abang Leman, Kabong. Saya mohon kementerian memberi status terkini pembinaan SK Abang Leman, Kabong yang dalam pemerhatian saya sik pande siap-siap.

Tuan Speaker, kegiatan perjudian dalam talian yang semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya bagaikan barah yang sukar dicegah. Kedai judi dalam talian ini kita lihat ada di mana-mana. Malah kegiatan ini sudah berleluasa beroperasi di luar bandar. Di kawasan saya DUN N.40 Kabong tidak terkecuali. Ia mampu memberikan implikasi besar terhadap pembangunan serta menyumbang kepada masalah sosial, terutama dalam kalangan belia yang merupakan bakal menjadi pewaris negara pada masa akan datang.

Begitu juga penyalahgunaan dadah melibatkan belia-belia kita di kawasan N.40 Kabong. Saya akui terdapat banyak program telah dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis di-Raja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM). Namun, isu ini masih berlaku malah kian bertambah dan telah merebak ke kawasan luar bandar melibatkan penduduk kampung dan rumah panjang. Mungkin apa yang telah kita laksanakan selama ini belum memadai. Apakah tindakan kerajaan serta kementerian dan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan dalam membendung masalah ini?

Tuan Speaker, tarikh 13 Oktober 2020 merupakan permulaan sinar kepada pengusaha industri kecil dan sederhana di DUN N.40 Kabong apabila Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membina sebuah Anjung Usahawan dengan kos RM5 juta. Ini kerana dengan adanya Anjung Usahawan ini nanti ia akan menjadi platform usahawan berkembang maju. Namun yang demikian, sehingga sekarang tiada sebarang tindakan susulan diambil. Di sini saya mohon disegerakan proses pembinaan Anjung Usahawan Daerah Kabong agar projek ini boleh dimulakan segera setelah empat tahun diumumkan kelulusan pembinaannya.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkaitan pelantikan Pengerusi Majlis Daerah Saratok. Seperti kita sedia maklum, sebelum ini, sejak Majlis Daerah Saratok ditubuhkan pada 1948, hanya Pegawai Daerah Saratok sahaja dilantik bagi jawatan berkenaan. Justeru itu saya mencadangkan untuk dibuatkan penggiliran bagi lantikan jawatan Pengerusi Majlis kepada Pegawai Daerah Kabong juga. Adalah wajar sekiranya dibuat penggiliran memandangkan Kabong sudah pun bertaraf daerah penuh. Saya juga meminta agar kaunselor-kaunselor yang dilantik hendaklah disamaratakan jumlahnya di antara tiga kawasan DUN Krian, DUN Kalaka dan DUN Kabong, menjadikan setiap kawasan DUN masing-masing mempunyai 10 orang kaunselor untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Tuan Speaker, untuk mengakhiri perbahasan ini, saya minta setengah minit untuk satu lagi perkara yang perlu saya ketengahkan.

Tuan Speaker, pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) oleh Kerajaan Sarawak termasuk di DUN N.40 Kabong adalah merupakan salah satu inisiatif penting bagi menyediakan rakyat dengan kawasan penempatan yang lebih tersusun dan selesa.

Untuk makluman, Tuan Speaker, SPK Kampung Hulu Kabong bagi Fasa 1 telah mula diagihkan kepada penerima yang berjaya pada Ogos tahun lalu. Kerja-kerja Fasa 2 telah bermula. Saya ingin mencadangkan bagi Fasa 2 dibina dengan rumah model mesra rakyat untuk dijual kepada pemohon-pemohon yang berjaya nanti.

Di samping itu, kampung-kampung seperti Gerigat, Nyabor, Sesang, Empelam dan Alit juga memerlukan lot-lot rumah seperti SPK di Kabong dan lain-lain tempat, dengan kos prasarananya seperti penimbusan tanah, jalan raya, perparitan dan lain-lain dibiayai oleh kerajaan.

Tuan Speaker, untuk mengakhiri perbahasan ini, kepada rakan-rakan dari masyarakat Dayak, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang, Nguan Menua. Sebagai penutup, saya dengan ini, mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli Yang Berhormat bagi Beting Maro.

Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sarawak Maju Makmur.

Terima kasih, Tuan Speaker, atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Izinkan saya terlebih dahulu untuk mengambil kesempatan menyampaikan salam takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam takziah kepada keluarga mendiang Presiden Senate, Yang Berhormat Datuk Mutang Tagal. May his soul rest in eternal peace.

Tuan Speaker, dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di atas ucapannya sempena pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada Isnin, 6 Mei 2024 yang lalu.

Saranan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri menyentuh pelbagai bidang, antaranya, kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial, kemampanan alam sekitar, kestabilan politik, kecemerlangan Perkhidmatan Awam Sarawak, perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak, hubungan akrab antara Sarawak dan persekutuan, pengembalian hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian MA63, pembangunan ekonomi digital dan ekonomi hijau, isu perubahan iklim dan pelaksanaan Post COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030). Saranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri ini amat bermakna sebagai pedoman kita dalam melaksanakan agenda rakyat dan pembangunan ekonomi Sarawak yang mampan.

Tuan Speaker, saya bersama rakyat di DUN N.29 Beting Maro ingin merakam ucapan tahniah atas pelantikan Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan pada 26 Januari 2024 yang lalu. Semoga di bawah naungan pemerintahan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Sarawak akan terus maju makmur. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Premier, melalui PCDS 2030, telah memperkenalkan inisiatif progresif untuk mengubah landskap ekonomi Sarawak dengan meneroka ekonomi baharu untuk pembangunan masa depan Sarawak. Ekonomi baharu berasaskan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui telah melonjakkan pendapatan Sarawak kepada RM13.3 bilion pada tahun 2023, dan GDP RM147.9 bilion yang meletakkan Sarawak sebagai penyumbang GDP ketiga terbesar negara, selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pengembalian Pelabuhan Bintulu dari Kerajaan Persekutuan dan Penubuhan Sarawak Port Authority melengkapkan strategi pembangunan mampan Sarawak.

Isu Dan Keperluan Rakyat

Tuan Speaker, izinkan saya untuk mengemukakan beberapa isu yang melibatkan keperluan kawasan dan rakyat Beting Maro dengan harapan diberi perhatian sewajarnya.

Betong Division Development Agency (BDDA)

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier kerana telah menubuhkan Betong Division Development Agency (BDDA) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Penubuhan BDDA ini, dijangka dapat memastikan pembangunan di Bahagian Betong termasuk DUN Beting Maro dapat diselaraskan dengan lebih berkesan di samping dapat mempercepat pembangunan terutamanya dari segi infrastruktur. Di bawah BDDA ini, sebanyak 40 pelbagai projek bernilai RM205 juta akan dilaksanakan di DUN N.29 Beting Maro yang dijangka dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat DUN Beting Maro.

Perkhidmatan Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mampu dan mudah diperoleh penting untuk kesejahteraan rakyat terutama bagi golongan kurang mampu di luar bandar. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah melulus pusat x-ray dan sebuah pusat hemodialisis di Klinik Kesihatan Beladin. Ini sudah pasti memudahkan pesakit buah pinggang yang masa ini terpaksa pergi jauh ke Klinik Kesihatan Saratok, Debak dan Betong untuk mendapat rawatan.

Kemudahan Infrastruktur Masyarakat Nelayan

Tuan Speaker, terima kasih kepada kerajaan kerana sejak tahun 2010 hingga 2015, kerajaan telah meluluskan peruntukan yang amat besar untuk melaksanakan empat buah projek infrastruktur yang berimpak tinggi untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat nelayan di RGC Beladin. Empat projek tersebut ialah Kompleks Pendaratan Ikan Beladin, Projek Pembinaan 271 unit Perumahan Nelayan, Projek Slipway dan Projek Jeti Tambatan Nelayan di RGC Beladin.

Sayang sekali projek ini tergendala, sakit dan masih belum siap atau belum beroperasi lagi bagi dimanfaatkan oleh masyarakat nelayan di RGC Beladin selepas lebih 10 tahun dilaksanakan. Sehubungan itu, saya memohon kerajaan khususnya Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, LCDA, HDC dan juga Fishery Development Authority Malaysia (LKIM) supaya dapat memaklumkan status semasa projek-projek ini yang telah lama dinantikan oleh masyarakat nelayan di RGC Beladin.

Jelapang Padi

Tuan Speaker, DUN Beting Maro mempunyai kawasan jelapang padi tradisi di Kampung Batang Maro, Kampung Semarang, kawasan Satirah Tanjung Tebal Beladin dan kawasan Muton-Undai, tapi buat masa ini kawasan-kawasan ini tidak diusahakan sepenuhnya bagi pengeluaran padi. Bagi menyahut kesungguhan Yang Amat Berhormat Premier untuk menjadikan Sarawak pengeluar beras utama negara, saya mohon kerajaan supaya membuat kajian R&D untuk membangunkan kawasan-kawasan ini untuk projek penanaman padi berskala besar dan intensif. Projek rintis penanaman padi Lubuk Punggur Gedong oleh UPM bersama Global Farm Biotech dengan sistem pengairan dan saliran moden serta benih padi hybrid telah dapat meningkatkan pengeluaran sehingga 8 dan 12 tan sehektar dan boleh dijalankan lima pusingan dalam masa dua tahun. Pengeluaran hasil yang tinggi ini sudah pasti dapat mengurangkan kebergantungan Sarawak kepada beras import di samping dapat meningkatkan pendapatan penanam-penanam padi.

Industri Sagu dan Gula Apong

Pengeluaran gula apong dan sagu telah menarik ramai pengusaha dalam kalangan masyarakat luar bandar. Justeru, saya mohon kerajaan menyalur lebih banyak peruntukan bagi menyediakan infrastruktur yang diperlukan. Saya berharap agar Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah yang telah diluluskan penubuhannya dalam tahun 2022 dapat beroperasi segera bagi memastikan industri sagu dan nipah terus berkembang dan dapat memberikan pendapatan kepada Masyarakat pesisir luar bandar.

Perumahan Mampu Milik

Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk menjaga kesejahteraan rakyat melalui penyediaan Rumah Mampu Milik terutama untuk faedah kumpulan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, saya merayu dan mohon Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) melaksana segera Projek Pembinaan Rumah Spektra Permata yang telah dilulus pada tahun 2021 dengan peruntukan RM20 juta di tapak perumahan rakyat di Pusa.

Skim Pembesaran Kampung

Saya merayu dan mohon kerajaan dapat melaksanakan segera Projek SPK Batang Maro, SPK Spinang, SPK Beladin, SPK Tambak, SPK Pusa dan SPK Kalok Fasa 2 yang telah lulus bagi membolehkan rakyat Beting Maro memiliki lot untuk membina rumah sendiri. Bagi SPK Semarang dan SPK Kalok, saya mohon supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan dan kemudahan utiliti.

Pembangunan Daerah Pusa

Daerah Pusa telah diangkat sebagai daerah penuh pada 1 Ogos 2015, iaitu kira-kira sembilan tahun yang lalu dengan matlamat supaya lebih banyak kemudahan infrastruktur dan pelbagai perkhidmatan dapat disediakan. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli apakah status semasa pelan Pembangunan Daerah Pusa? Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melulus Projek Pembinaan Pejabat Daerah Pusa yang baharu dan berharap kerja pembinaan pejabat daerah ini dapat disegerakan.

Penubuhan Majlis Daerah Pusa

Tuan Speaker, saya bagi pihak warga Daerah Pusa ingin memohon supaya kerajaan dapat mewujudkan Majlis Daerah Pusa. Penubuhan Majlis Daerah Pusa akan pasti akan dapat memudahkan penyediaan perkhidmatan kerajaan di samping meningkat kemajuan sosio-ekonomi Daerah Pusa.

Pembinaan Sekolah Rendah Agama Antarabangsa

Saya mencadang dan memohon sebuah sekolah rendah agama antarabangsa dibina di RGC Beladin bagi memberi peluang anak masyarakat luar bandar di Daerah Pusa belajar di sekolah antarabangsa aliran agama. Tapak seluas 14 ekar untuk pembinaan sekolah rendah antarabangsa agama ini telah lulus di RGC Beladin. Diharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan dalam RMK-12 supaya pembinaan sekolah rendah agama antarabangsa RGC Beladin dapat disegerakan. Dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya sekolah rendah agama antarabangsa RGC Beladin ini diangkat sebagai feeder school kepada sekolah menengah agama antarabangsa hikmah Kuching yang dijangka beroperasi tahun 2027.

Bekalan Air Bersih Terawat

Tuan Speaker, Kampung Batang Maro adalah kampung yang masih belum mendapat bekalan air bersih terawat di DUN Beting Maro. Sehubungan itu, saya mohon supaya kerajaan dapat mempercepatkan pelaksanaan Projek Pembekalan Air Bersih Terawat Kampung Batang Maro yang sudah sekian lama berharap dan menunggu. Bagi mengatasi masalah tekanan air rendah dan kekurangan bekalan air terawat di kawasan Pusa, Beladin, Spinang dan Semarang, dicadangkan kerajaan membina high-level tank di Pusa, Beladin dan Spinang di samping menaik taraf Loji Rawatan Air Beladin kepada 10 MLD.

Jalan Raya Penghubung Desa

Jalan JPD Batang Maro telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa Wilayah dalam RMK-11 tetapi sehingga hari ini belum dilaksanakan. Saya mohon kerajaan dapat segera melaksanakan projek pembinaan jalan Batang Maro ini. Dalam masa yang sama, saya mohon kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina jalan bagi menghubungkan Kampung Beladin dengan Kampung Tanjung Asam dan seterusnya dengan Bandar Betong. Pembinaan jalan ini akan memendekkan perjalanan ke Betong di samping membuka kawasan di sepanjang jalan tersebut untuk pembangunan pertanian.

Gejala Sosial dan Judi Online

Kemajuan yang dicapai hasil kepesatan pembangunan telah mengubah corak kehidupan masyarakat yang semakin terdedah arus pemodenan. Tempias pengaruh negatif terhadap kemajuan ini adalah wujudnya gejala sosial yang berpunca daripada salah guna dadah dan judi yang telah merosakkan nilai murni masyarakat. Judi dan dadah menjadi asbab utama kepada peningkatan gejala vandalisme dan kecurian aset kerajaan dan hasil-hasil tani kerana mencari jalan mudah untuk memperolehi wang untuk membeli dadah dan berjudi. Terdapat banyak kedai-kedai telah dijadikan lokasi perjudian haram terutamanya perjudian online di Pekan Pusa dan di Kampung Beladin kerana kerajaan ini adalah dimohon supaya dapat meningkatkan usaha bagi mengawal dan mengambil tindakan tegas terhadap rumah-rumah judi haram tersebut.

Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin; dan Selamat Menyambut Hari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang bagi rakan yang meraikannya. Semoga perayaan kita sambut bersama-sama mendatangkan kegembiraan dan kemakmuran kepada kita semua. Saya akhiri ucapan saya dengan tiga rangkap pantun:

Duduk bersila tepi perigi, Mekar harum daun selasih; Tajam madah mengusik hati, Senyuman manis pengikat kasih.

Tuan Yang Terutama Tun payung junjungan negeri, Yang Amat Berhormat pemimpin berwawasan; Sarawak Maju Makmur berpendapatan tinggi, PCDS 2030 teras mencapai impian.

Negeri Sarawak ibu pertiwi, Tandang Sari Hikayat Puteri; Tuan Speaker tegas bijak bestari, Perbahasan usul penghargaan TYT setulus hati.

Tuan Speaker, dengan ini saya mohon menyokong. Jaga Sarawak, Intu Sarawak, Utamakan Sarawak. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalammualaikum Warahmatuhlahi Wabarakatuh.

Tuan Speaker

Any other Honourable Members who wishes to speak? Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang nak berucap? Jika tidak, saya tangguhkan mesyuarat kita. The sitting is now adjourned, and the House shall resume its sitting at 9.00 a.m. on Monday, 13th May 2024.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.14 petang)