Sarawak · 21 May 2025

19th Assembly, 4th session, 1st meeting (unedited) · not final · 158 turns · 39,472 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSarawak publishes only unedited transcripts (Belum Disunting). The 19th Assembly was dissolved on 26 Oct 2026. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Tuan Speaker

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi dan Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, I wish to make the following announcement. Pursuant to Standing Order 69(2)(b), the Standing Orders and Selectional Committee have nominated the Chairman and Members for the following successional Select Committee.

(a) Public Accounts Committee under Standing Order 70:

(i) Yang Berhormat Dato Ir. Lo Khere Chiang; (ii) Yang Berhormat Dato Mohd Chee Bin Kadir; (iii) Yang Berhormat Encik See Chee How; (iv) Yang Berhormat Encik Wilson Nyabong anak Ijang; (v) Yang Berhormat Encik Miro anak Simuh; (vi) Yang Berhormat Encik Rolland Duat anak Jubin; (vii) and the Chairman of this Committee is Yang Berhormat Tuan Haji Razaili bin Haji Gapor.

(b) House Committee under Standing Order 71:

(i) Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah; (ii) Yang Berhormat Dato Sri Dr Stephen Rundi anak Utom; (iii) Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin; (iv) Yang Berhormat Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi; (v) Yang Berhormat Datuk Francis Harden anak Hollis; (vi) Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep; (vii) And I, being the Speaker, shall be the Chairman of the House Committee.

(c) Public Petitions Committee under Standing Order 72:

(i) Yang Berhormat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; (ii) Yang Berhormat Datuk Dr Jerip anak Susil; (iii) Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang; (iv) Yang Berhormat Datuk Dr Penguang Manggil; (v) Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew; (vi) Yang Berhormat Datuk Ir. Aidel bin Lariwoo; (vii) And I, being the Speaker, shall be the Chairman of the Public Petitions Committee.

(d) Committee of Privileges under Standing Order 73:

(i) Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas; (ii) Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan; (iii) Yang Berhormat Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; (iv) Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; (v) Yang Berhormat Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali; (vi) Yang Berhormat Datuk Dr Malcom Mussen anak Lamoh; (vii) Yang Berhormat Dato Haji Idris bin Haji Buang; (viii) And I, being the Speaker, shall be the Chairman of the Committee of Privileges.

Pursuant to Standing Order 71, I, being the Chairman of the House Committee in exercise of power under Standing Orders appoint the following members of the Dewan Undangan Negeri to be the Dewan Undangan Negeri Event Committee:

(a) Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh; (b) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi; (c) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail; (d) Yang Berhormat Datuk Dr Haji Annuar bin Rapa’ee; (e) Yang Berhormat Datuk Snowdan Lawan; (f) Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol; (g) Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee; (h) Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing; (i) Yang Berhormat Ir. Christopher Gira anak Sambang @ Gira anak Sambang; (j) Yang Berhormat Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi; (k) Yang Berhormat Encik Safiee bin Haji Ahmad; (l) Yang Berhormat Datuk Hamzah bin Haji Brahim; (m) Yang Berhormat Puan Dayang Noorazah bte Awang Sohor; (n) Yang Berhormat Encik Friday anak Belik; (o) Yang Berhormat Encik Johnny Pang Leong Ming; (p) And the Chairman of the Committee is the Yang Berhormat Datuk Hajah Rosey binti Haji Yunus.

The committee shall assist the House Committee in planning, organizing, managing, and monitoring any events or matters relating and incidental to the comfort and convenience of the services, amenities and facilities to the Members of the DUN.

Ahli-ahli Yang Berhormat, I have granted leave of absence under Standing Order 81 to Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh; Deputy Minister for Urban Planning, Land Administration and Environment and Honourable Member for N.41 Kuala Rajang for today’s sitting and Yang Berhormat Dato Sri Tiong King Sing; Honourable Member for N.52 Dudong for today’s sitting until 28th May 2025.

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan LisanQuestions

Tuan Speaker

Yang Berhormat Dato Mohd Chee bin Kadir, Kabong.

Dato Mohd Chee bin KadirPBB · GPSKabong

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 62.

Stok Ikan Dalam Laut/Sungai-Sungai dan Penguatkuasaan Pencerobohan Kapal

(62) YB Dato Mohd Chee bin Kadir bertanya kepada Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah:

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengisi semula (replenish) stok ikan dalam laut/ sungai-sungai di Sarawak amnya dan di Daerah Kabong khususnya? dan (b) Apakah tindakan penguatkuasaan bagi membendung pencerobohan kapal-kapal negara asing agar kepentingan nelayan-nelayan tempatan terbela dan terjaga?

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji IsmailPBB · GPSTimbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) · Bukit Kota

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kabong, Jabatan Pertanian Sarawak di bawah Kementerian saya sememangnya ada menjalankan program pelepasan anak ikan asli seperti empurau, tengadak dan udang galah, lampam jawa dan sebagainya di sungai-sungai seluruh Sarawak terutama di kawasan yang mempunyai Projek Tagang sebagai langkah membaik pulih ekosistem dan populasi ikan di sungai-sungai. Sumber anak ikan yang dilepaskan adalah hasil keluaran stesen perikanan darat di bawah seliaan Jabatan Pertanian Sarawak. Untuk Bahagian Betong, kementerian saya telah melaksanakan Program Pelepasan Anak Ikan seperti tengadak, empurau, lampam dan siakap sejak tahun 2019 sehingga kini iaitu di kawasan Sungai Layar, Batang Saribas, Beting Maro dan Kabong. Bagi Daerah Kabong, pada September 2022, pelepasan benih ikan lampam sebanyak 5,000 ekor di kolam terbuka Tanjung Kembang, Kabong dan pada November 2024, pelepasan benih ikan tengadak sebanyak 6,000 ekor di Rumah Jembu Rantau Sukat, Roban, Kabong.

Selain itu, untuk meningkatkan populasi ikan tempatan, spesies ikan asing invasif dilihat mampu mengancam ekosistem ikan asal Sarawak selain mengganggu alam sekitar dan ekonomi. Oleh itu baru-baru ini, kementerian saya dengan kerjasama pelbagai agensi telah menjayakan sebuah Program Pemburuan Ikan Asing Invasif di Sungai Sarawak bertujuan mengurangkan ancaman spesies ikan asing invasif di perairan darat, memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat tentang bahaya ikan invasif dan cara pengurusan di peringkat komuniti serta menjalankan kajian inventori sumber perikanan darat di sungai Sarawak.

Antara kaedah tangkapan yang digunakan adalah seperti menggunakan joran, jala, pukat, bubu dan taut di lingkungan sepanjang satu kilometer bermula daripada jeti pasar basah Petanak sehingga ke jeti penambang Kampung Gersik. Tangkapan terhadap spesies ikan asing invasif ini telah direkodkan dan kemudiannya dilupuskan manakala spesies ikan asal akan dilepaskan. Antara spesies ikan asing yang popular adalah yang dipanggil ikan bandaraya dan ikan keli Afrika.

Tuan Speaker, yang menariknya, ada ikan asing ini diternak secara komersil seperti ikan tilapia dan ikan udang kara, ini dikategori sebagai ikan asing. Oleh itu saya berharap agar para penternak tidak sewenang-wenangnya melepaskan ikan ini ke sungai-sungai ataupun tasik-tasik kita. Program Pemburuan Ikan Asing ini akan diteruskan di beberapa lokasi di seluruh Sarawak.

Manakala bagi meningkatkan sumber perikanan laut Sarawak, pihak Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) telah melaksanakan Projek Pembangunan dan Pengurusan Sumber Perikanan Melalui tukun tiruan di negeri Sarawak. Sebanyak 201,972 tukun telah dilabuhkan sehingga tahun 2024 yang melibatkan sebanyak 77 kawasan tapak tukun di mana yang berfungsi untuk menghalang aktiviti pukat tunda dan menyediakan tempat pembiakan dan perlindungan bagi ikan-ikan di laut. Sebanyak 17 unit tukun darat lembut telah berjaya dilabuhkan di perairan laut Kabong pada 20 Julai 2024 dan 17 unit lagi akan dilabuhkan pada bulan Ogos pada tahun ini.

Pelaksanaan projek ini adalah dari tahun 2021 hingga 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta. Ini adalah peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan sementara Kerajaan Sarawak juga telah pun memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk menyediakan tukun tiruan bagi tujuan yang sama di perairan Sarawak melibatkan sepanjang 746 km.

Jawapan soalan bahagian (b), untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kabong, pengawalan dan penguatkuasaan di perairan Sarawak tetap diteruskan oleh pihak JPLS melibatkan tangkapan terhadap vessel nelayan asing dengan kerjasama agensi sedia ada iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, penurunan kuasa di bawah Akta Perikanan 1985 juga telah diberikan kepada Sarawak Coastguard (UKPS) untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan perikanan.

Berkenaan statistik tangkapan vessel nelayan asing dan tempatan, terdapat penurunan sebanyak 17 tangkapan dari tahun 2019 ke tahun 2024, pada tahun 2019 yang mencatatkan jumlah kes tangkapan sebanyak 81 buah vessel manakala pada tahun lepas, 2024, mencatatkan penangkapan sebanyak 64 buah vessel. Terima kasih.

Dato Mohd Chee bin KadirPBB · GPSKabong

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri atas jawapan. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan.

(a) Apakah status berkenaan pemasangan peralatan mobile tracking unit (MTU) yang diwajibkan untuk vessel zon C2 di Sarawak? Dan (b) Apakah dasar kerajaan mengenai perolehan vessel perikanan dari luar negara?

Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji IsmailPBB · GPSTimbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) · Bukit Kota

Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kabong atas dua soalan tambahan tersebut.

Untuk menjawab soalan tambahan pertama, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kabong, pemasangan peralatan Mobil Tracking Unit (MTU) untuk vessel nelayan zon C2 di Sarawak telah diberi penangguhan selama enam bulan pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, peraturan pemasangan MTU ini masih diwajibkan untuk vessel - vessel zon C2.

Jawapan kepada soalan tambahan kedua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kabong, dasar kerajaan mengenai perolehan vessel perikanan dari luar negara yang dibenarkan hanyalah terdiri daripada lima sumber iaitu, buatan tempatan, Persatuan Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Turkiye. Berdasarkan arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), perolehan vessel perikanan dari lima (5) buah negara yang menuntut kedaulatan Laut China Selatan yang dilarang adalah dari China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan juga Brunei Darussalam.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Duri, Kalaka.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 63

Penganjuran Regatta

(63) YB Tuan Haji Mohamad bin Duri bertanya kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan: Penganjuran Regatta Ketika ini dijalankan secara berasingan dan tidak diselaraskan. Apakah perancangan kerajaan untuk menyelaraskan penganjuran Regatta di seluruh Sarawak yang menekankan standard dan garis panduan Regatta, sokongan logistik dan kewangan serta promosi dan penglibatan komuniti?

Datuk Sebastian Ting Chiew YewSUPP · GPSTimbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) · Piasau

Selamat pagi kepada semua. Thank you, Tuan Speaker. For the information of the Honourable Member for Kalaka, the Regatta is the oldest water sport in Sarawak and continues to attract many visitors with its unique blend of tradition, thrilling sportsmanship, and vibrant atmosphere. The organisation of a Regatta depends on river conditions and local factors, while the event categories and boat types are influenced by local traditions and cultural practices.

The Sarawak Government strongly supports the organisation of Regattas across the state. To facilitate this, the Divisional Tourism Task Group (DTTG) was established to coordinate tourism-related projects and programmes at the divisional level, including Regatta events. The DTTG also promotes community involvement through various complementary activities such as food fairs, handicraft and local product sales, homestay packages, and local tour offerings.

Financial support is also made available through the Tourism Event Grant, which Regatta organisers can apply for. All applicants must comply with government’s guidelines, including obtaining approval from the Sarawak Rivers Board (Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, LSS). Organisers are required to prioritize safety by taking the following measures:

(a) Assessing the physical condition and suitability of the river; (b) Forming a safety team involving agencies such as LSS, the Marina Polie Force, the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM), and the Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM); and (c) Ensuring that all participants wear life jackets and adhere to safety protocols. The government welcomes proposals to better coordinate the organisation of Regatta, particularly with regard to the frequency of smaller scale Regattas. At the same time, the existing Regatta regulations will be and should be reviewed to further strengthen safety measures for both participants and the public. Thank you.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan atas jawapan itu tadi. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan.

(a) Apakah Regatta yang tersenarai di bawah kalendar pelancongan tahun 2025? dan (b) Bagaimanakah acara Regatta dapat menyumbang kepada sosioekonomi setempat?

Terima kasih.

Datuk Sebastian Ting Chiew YewSUPP · GPSTimbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) · Piasau

Thank you very much, Tuan Speaker and thank you very much, Honourable Member for Kalaka for your two supplementary questions. Question number 1, my answer would be this. Now, there are a total of eight Regatta events listed in 2025 Sarawak Tourism Calendar, namely:

(a) Pesta Saratok 2025 (11th – 13th July 2025); (b) Pesta Sebauh 2025 (19th – 20th July 2025); (c) Regatta Belaga 2025 (3rd – 10th August 2025); (d) Regatta Baram 2025 (18th – 21st September 2025); (e) Pesta Besaug Dalat 2025 (26th – 28th September 2025); (f) Regatta Telaga Air 2025 (3rd – 5th October 2025); (g) Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2025 (31st October – 2nd November 2025); and (h) Regatta Lingga 2025 (28th – 30th November 2025).

The multiple Regattas’ series aims to attract participant from within and outside Sarawak including Brunei and Indonesia. The Regattas mentioned above will be held in different districts of Sarawak highlighting the state’s diverse culture and historical attractions. The Regatta of course will foster a sense of comradeship, teamwork and friendly rivalry.

Now, the Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival is Sarawak Regatta. Turn back to the era of the Brooke in the 19th century, it was then initiated to resolve conflicts among local trades by replacing warfare with boat races promoting unity and peace. Now, the Sarawak Regatta it is an annual boat racing event held at the Waterfront Sarawak River in Kuching. It is a significant cultural and sporting event that attracts participants and spectators from other regions as I have mentioned just now including Brunei and Indonesia.

Now, the highlights for Sarawak Regatta are the most prestigious title in the Regatta is the Raja Sungai awarded to the winner of the Men’s Bidar 30 Crew Race. This event is highly competitive and draws significant attention from spectators. And of course, the overall economics spin-off is there, the hotel rooms are fully packed, and with local people are going there, food and other spin off are definitely there. That is my answer to question no. 1.

Question number 2, the organisation of the Regatta contributes significantly to local socioeconomic development. The event attracts visitors from both within and outside Sarawak creating business opportunities for food vendors, local entrepreneurs, restaurants, transport operators, handicraft sellers, the hospitality sector and of course, the homestay providers. Thank you.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Anyi anak Jana, Ngemah.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 64. Menaik Taraf Jalan Raya di DUN Ngemah

(64) YB Encik Anyi anak Jana bertanya kepada Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan: Terdapat empat jalan raya yang sering terputus laluan sama ada, ke sekolah dan beberapa buah rumah panjang jika berlakunya banjir. Jalan raya tersebut ialah, Jalan Pedai, Jalan Ulu Tuah, Jalan Sungai Urap dan Jalan Sedaya Lama. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menaik taraf keadaan jalan raya di kawasan tersebut?

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Terima kasi, Tuan Speaker. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah, pihak JKR Sarawak telah mengenal pasti masalah banjir di kawasan Jalan Pedai, Jalan Ulu Tuah, Jalan Sungai Urap, Jalan Sedaya Lama. Walau bagaimanapun, bagi cadangan untuk menaik taraf aras jalan bagi Jalan Ulu Tuah, Jalan Sungai Urap, Jalan Sedaya Lama, pihak JKR Sarawak akan mengemukakan cadangan tersebut di bawah peruntukan Emergency Response Works tahun 2025.

Sebagai perancangan jangka masa panjang, kaedah pembaikan ataupun rawatan yang lebih intensif perlu dilakukan ke atas ketiga-tiga jalan tersebut dan pihak JKR Sarawak akan mengemukakan cadangan menaik taraf di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 untuk pertimbangan dan kelulusan. Terima kasih.

Encik Anyi Anak JanaPRS · GPSNgemah

(Soalan Tambahan) Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri. Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan iaitu:

(a) Dimanakah lokasi kritikal yang telah dikenal pasti di sepanjang Jalan Sedaya Lama dan Jalan Ulu Tuah? dan (b) Berapakah anggaran kos bagi kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan tersebut?

Terima kasih.

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Ngemah untuk dua soalan tambahan tadi.

Yang pertama, bagi Jalan Sedaya Lama, Jalan Sungai Urap, lokasi kritikal yang telah dikenal pasti adalah di kilometer 1.4 hingga 1.6 di sepanjang Jalan Sedaya Lama, Jalan Sungai Urap dan panjang keseluruhan jalan ini adalah sebanyak 5.25 kilometer. Dan untuk perancangan jangka panjang, kos untuk menaik taraf keseluruhan jalan ini adalah sebanyak RM3.6 juta, yang merupakan jalan utama ke tiga buah rumah panjang iaitu Rumah Ajen Ruan, Rumah Stanley dan Rumah Stephenie.

Dan untuk Jalan Ulu Tuah, lokasi kritikal yang telah dikenal pasti adalah di kilometer 0.2 hingga 0.3 di Jalan Ulu Tuah dan panjang keseluruhan jalan adalah 8.1 kilometer. Dan untuk perancangan jangka panjang, kos untuk menaik taraf keseluruhan jalan ini adalah sebanyak RM46.8 juta yang merupakan jalan utama ke 11 rumah buah panjang iaitu Rumah Panjang Lily, Rumah Ronald, Rumah Jerome, Rumah Cosmas, Rumah Boniface, Rumah Joshua, Rumah Barnabas, Rumah Seliau, Rumah Henry, Rumah Dedong dan Rumah Ricky.

Dan bagi Jalan Pedai, panjang keseluruhan jalan adalah 3.7 kilometer dan jalan ini sering mengalami masalah banjir semasa musim hujan kerana aras jalan keseluruhan yang rendah dan tidak mempunyai sistem perparitan yang baik. Untuk perancangan jangka panjang kos untuk menaik taraf keseluruhan jalan ini adalah, sebanyak RM22.2 juta, yang merupakan jalan utama ke lima buah rumah panjang iaitu Rumah Panjang Anthony Rangip, Rumah Connie, Rumah Tadong, Rumah Tingai dan Rumah George.

Dan untuk soalan tambahan yang kedua, kos bagi kerja-kerja menaik taraf bagi kawasan kritikal di jalan-jalan tersebut yang dianggarkan sebanyak RM550,000 untuk Jalan Sedaya Lama, Jalan Sungai Urap dan RM275,000 untuk Jalan Ulu Tuah. Manakala, bagi menaik taraf keseluruhan Jalan Pedai yang dianggarkan berjumlah RM22.36 juta. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh, Bawang Assan.

Dato Sri Wong Soon KohPSBBawang Assan

Thank you Tuan Speaker. My question is no. 65.

MASwings

(65) YB Dato Sri Wong Soon Koh to ask the Minister for Transport:

(a) Has the acquisition process of buying over MASwings been fully completed? and (b) Would the change in ownership disrupt the operation of our RAS?

Datuk Dr Jerip anak SusilPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya) · Mambong

Thank you, Tuan Speaker and thank you, Member for Bawang Assan for this question.

Tuan Speaker, I am sure this question creates a lot of interest amongst the Members of this House. And for the information of the Honourable Member for Bawang Assan, the full acquisition of MASwings Sdn. Bhd. by AirBorneo Holdings Sdn. Bhd., which is the wholly owned subsidiary of the Government of Sarawak is expected to be completed by 31st December 2025, when the legal and beneficial interest of the ownership of MASwings Sdn. Bhd. is expected to be fully transferred to AirBorneo Holdings. Sdn. Bhd.

After the execution of the Sale and Purchase Agreement between AirBorneo Holdings and the Malaysia Aviation Group in February 2025, the completion of the transaction is subject to the satisfaction of conditions precedent. Hence, during the period between February 2025 until December 2025, both parties shall work towards fulfilling the conditions, including but not limited to obtaining the necessary regulatory approvals from the Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), the Malaysian Aviation Commission (MAVCOM), the International Civil Aviation Organisation (ICAO) and the International Air Transport Association (IATA), transfer of operating assets from the Malaysia Aviation Group (MAG) to AirBorneo Holdings, and carry out the preparation for the transition of operations from MAG to AirBorneo.

The second part of the question, the schedule, frequency and network of the Rural Air Services (RAS) is expected to remain the same even after the takeover by the Government of Sarawak. In terms of operation, the period between the signing of the Sale and Purchase Agreement (SPA) in February 2025 until December 2025 is to allow for proper and smooth transition of operation from the Malaysia Aviation Group to AirBorneo.

Furthermore, as the entire workforce of MASwings will be retained, their extensive experience in managing rural air services operations will be leveraged to ensure continuity, operational stability, and service reliability throughout and beyond the transition period.

Dato Sri Wong Soon KohPSBBawang Assan

(Supplementary Question) Thank you, Timbalan Menteri Pengangkutan. Tuan Speaker, I have two supplementary questions. We know that there are certain requirements to complete the acquisition of MASwings. My question is:

(a) What are the regulatory matters required to complete the acquisition of MASwings?

And, we also know that there is the existing Rural Air Service agreement between MASwings and the Federal Government; and

(b) When will the current Rural Air Service agreement between MASwings and the Federal Government expire?

Thank you.

Datuk Dr Jerip anak SusilPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya) · Mambong

Thank you, Tuan Speaker. Indeed, these questions are very relevant and pertinent to the issue at hand.

For the information of the Honourable Member for Bawang Assan, in terms of regulatory matters, the Sarawak-owned airline, currently operating as MASwings and set to be rebranded as AirBorneo, will continue to operate under the existing Air Service Licence (ASL) and Air Operator Certificate (AOC) which is held by MASwings.

However, as part of the acquisition process, formal approval for changes in the airline’s structure is required from the relevant authorities, which includes the Ministry of Transport Malaysia, the Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), the Malaysian Aviation Commission (MAVCOM), the International Civil Aviation Organization (ICAO) and the International Air Transport Association (IATA). These approvals are essential to ensure that the new ownership complies with all applicable national and international aviation laws and regulatory standards.

With regards to the period as when the current Rural Air Service Agreement between MASwings and the Federal Government expire, for the information of the Honourable Member for Bawang Assan, the existing interim Rural Air Services (RAS) agreement between the Federal Government and MASwings Sdn. Bhd. was signed on the 19th of December 2024 for a duration of 12 months and is set to expire on 31st December 2025.

In this regard, my ministry, together with AirBorneo, is engaging with the Ministry of Transport Malaysia, relevant federal agencies and other key stakeholders to work out on the terms and conditions of the new RAS agreement. This is to ensure a continued and uninterrupted air connectivity to the rural and remote communities in Sarawak and Sabah.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Lidam anak Assan, Katibas.

Encik Lidam anak AssanPBB · GPSKatibas

Thank you, Tuan Speaker. My question is no. 66.

Negotiation Status of the MA63

(66) YB Encik Lidam anak Assan to ask the Premier of Sarawak: What is the current negotiation status of the MA63 for Sarawak?

Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman GhazaliPBB · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri- Persekutuan) · Samariang

Terima kasih, Tuan Speaker.

For the information of the Honourable Member for Katibas, as of May 2025, negotiations between the Sarawak Government and the Federal Government regarding the implementation of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) are ongoing. Very much so. To date, nine (9) key areas have been resolved, namely:

(a) Handing over of regulatory authority for Liquefied Petroleum Gas (LPG) to the Sarawak Government through PETROS;

(b) Amendment, and this is very important one. Amendment to Article 1(2) of the Federal Constitution, restoring Sarawak and Sabah’s status as equal partners in the formation of Malaysia, in line with the MA63; (c) Amendment to the interpretation of the term "Federation" under Article 160(2) of the Federal Constitution, which now constitutionally includes the Malaysia Agreement 1963 and related instruments such as the Inter-Governmental Committee (IGC) Report as part of the Federal Constitution;

(d) Amendment to Article 161A to provide full authority to the Sarawak Government to define the term "native" more comprehensively and inclusively, which we have done;

(e) Empowerment for issuance of Deep-Sea Fishing Licences to Sarawak Marine Fisheries Department (Jabatan Perikanan Laut Sarawak) and Ministry of Food Industry, Commodity and Regional Development;

(f) Recognition of the Sarawak Public Works Department (JKR) and the Department of Irrigation and Drainage (DID) as Technical Departments under Treasury Instruction 182, allowing them to administer federal projects in Sarawak valued up to RM50 million;

(g) Amendment to the Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995 [Act 533] to appoint permanent representatives from Sabah and Sarawak to the Board; now we have our representatives in LHDN Board

(h) Special Guidelines to facilitate the return of land reserved or rather unutilized land for federal purpose in Sabah and Sarawak; and

(i) Amendment to the Sarawak Labour Ordinance (Cap.76) which has come into force on 1st May 2025.

For the information of the Ahli Yang Berhormat bagi Katibas, the Sarawak Government has partially resolved matters in respect of Financial Review under Article 112D of the Federal Constitution. In this regard, as an interim arrangement, the Federal Government has agreed to increase the amount of the Special Grant for Sarawak from RM300 million to RM600 million for a period of five years. We are thankful for these. However, the Sarawak Government strongly hope and urges that the Special Grant formula which we have submitted a few years ago be acted upon and agreed to, in the spirit of partnership and in recognition of Sarawak’s constitutional rights under the Federal Constitution and the Malaysia Agreement 1963.

Apart from the matters that have been totally and partially resolved, the Sarawak Government is actively pursuing on matters that have been agreed in principle. These matters are as follows:

(a) Empowerment of environmental regulatory authority to the Sarawak Government through the Natural Resources and Environment Board (NREB); and

(b) Amendment to the Federal Constitution regarding the power to appoint the Judicial Commissioner in Sarawak, for which the Sarawak Government has submitted a draft proposal to amend Article 122AB of the Federal Constitution to the Judicial Appointments Commission.

However, there are also matters that still require further discussion and negotiation. Meaning, still not fully resolved. These matters are, number one, not fully resolved, still under negotiation are:

(a) Proposal to increase the number of members of Parliament from the States of Sabah and Sarawak in the House of Representatives;

(b) Proposal to amend Item 25A (Tourism) in List I (Federal) to List III (Concurrent), the Ninth Schedule of the Federal Constitution;

(c) Health matters, such as the proposed delegation of authority to the Director of Health of Sarawak to carry out functions under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 (Act 586) and other issues concerning the development, improvement, and planning of healthcare facilities in Sarawak;

(d) Education matters, such as staffing issues, the implementation of Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) subjects in English, and the use of English for Technical and Vocational Education and Training (TVET);

(e) Recognition of Sarawak Rural Water Supply Department (JBALB) as Technical Department under the Treasury Instruction 182;

(f) Establishment matter under Article 112 of the Federal Constitution;

(g) Borneonisation of the Federal Public Service in Sarawak; and

(h) Development of the Sabah-Sarawak-Kalimantan Border Area.

I wish to inform the Ahli Yang Berhormat bagi Katibas that the Sarawak Government will continue to engage with the Federal Government to ensure all our rights embedded under the MA63 and IGC Report as well as the Federal Constitution are restored and respected by the Federal Government. Thank you.

Lidam anak AssanPBB · GPSKatibas

(Supplementary Question) Thank you, Ahli Yang Berhormat. Tuan Speaker, I have two questions, supplementary questions.

(a) For the matters that remain unresolved, not even partially. Are there any specific issues that are currently being prioritized by the Sarawak Government? and (b) What is the status of the Sarawak Government regarding the unresolved MA63 issues?

Thank you.

Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman GhazaliPBB · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri- Persekutuan) · Samariang

Thank you, the Honourable Member for Katibas. Well, for the unresolved matters, for us all unresolved matters are important matters. And we shall continue to pursue all these unresolved matters. All are very important all are the same, we give priority, and we shall continue to pursue these but for now our utmost or top priority at the moment are:

(a) The Special Grant Formula as part of the Financial Review under Article 112D of the Federal Constitution; we hope that the discussion of this will be soon that this to be acted upon and agreed to the Special Grand Formula under the Article 112D; and the other one would be

(b) The propose increased of parliamentary seats for the State of Sabah and Sarawak to better reflect the spirit and intent of the MA63.

For all these matters, we will continue on our ongoing negotiation with the Federal Government through dialogues, through consultations, through discussions, through diplomacy.

No matter how difficult it will get, we will continue. I want to reiterate that our stand and firm position in all our negotiations is always Sarawak first, our right first. Meaning, the Federal Government in all our negotiations, we insist that the Federal Government must acknowledge our rights, must acknowledge our constitutional and legal right as enshrined under the MA63, under the IGC report, the Federal Constitution, the State Constitution and our state laws. All this must be recognized. This is our stand and our position. Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Adam Yii Siew Sang, Pujut.

Encik Adam Yii Siew SangSUPP · GPSPujut

Terima kasih, Tuan Speaker. My question no. 67.

Flood Mitigation Plans in Miri

(67) YB Encik Adam Yii Siew Sang to ask the Minister for Public Health, Housing and Local Government: What are the immediate and long-term flood mitigation plans by the Sarawak Government for Miri, particularly in frequently flooded areas such as Pujut, where recurring floods have caused significant hardship to residents?

Datuk Dr Penguang ManggilPDP · GPSTimbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempat (Kerajaan Tempatan) · Marudi

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Pujut for asking a very pertinent questions which rates what are the immediate and long-term flood mitigation plans by the Sarawak Government for Miri, particularly in frequently flooded areas such as Pujut, where recurring floods have caused significant hardship to the residents? As I have mentioned during the last sitting in this august House, the occurences of flash flood especially in cities and towns is a global phenomena caused by global warming or commonly known as climate change and Sarawak is not spared.

The frequency and intensity of such flooding has increased over the years. The occurence of the recent flood in certain parts of Miri raised by the Ahli Yang Berhormat bagi Pujut is one of such incidences predictably caused by combination of factors such as a very high rainfall intensity which I termed as skyburst over a very short period of time, compounded by a high or kingtide. As a consequence, the existing drainage system is unable to cope up with such big volume of surface runout enhance flooded the low line areas as well as the nearby flood plan.

In our efforts to address this problem in Miri, in particular DID has undertaken a flood mitigation project, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri, Sarawak Phase 1 which was commenced in November 2023 with a cost of RM25.655 million. This project includes the construction of two pump stations at Jalan Miri – Lutong beside the Lutong Bridge and at Jalan Permaisuri next to the cemetery Sg. Baong with the aims of mitigating the flood problems at Kampung Pangkalan Lutong and Jalan Jee Foh.

In addition to this project, Rancangan Tebatan Banjir Phase 2 has also been approved under RMK-12. The detail design has been completed and is expected to be tendered by the last quarter of 2025. This phase 2 will cover Pujut, Lopeng and part of Taman Tunku.

In the long-term, DID is contemplating of undertaking a more disruptive, innovative and a sustainable solution by perhaps constructing a serious vertical sharp system which would serve as a reservoir to collect the access surface run-off connected by underground tunnels which will slowly discharge the access water to the nearby river. Alternatively, we may also use the existing sewage underground tunnels to collect and discharge the access water like what is being done in Canada and other western countries.

Encik Adam Yii Siew SangSUPP · GPSPujut

(Supplementary Question) Thank you, Tuan Speaker. I have two supplementary questions:

(a) What is the total scheme value of the project for this Phase 2? and (b) What are the main components of the project?

Datuk Dr Penguang ManggilPDP · GPSTimbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempat (Kerajaan Tempatan) · Marudi

Terima kasih sekali lagi, Tuan Speaker. For Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri in Empangan Sungai Miri Sarawak Phase 2, a scheme value of RM50 million has been approved and a ceiling of RM5 million has been set a site under RMK-12 to carry out detailed design, survey works and land acquisition. The main component of this phase 2 includes: (a) Deepening, widening and construction of riverwall especially along Sungai Dalam; (b) Construction of retarding all retention ponds (c) Removal of dilapidated drainage structures as well as upgrading and construction of additional drainage system

Terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Allan Siden Gramong, Machan.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya no. 68.

Proposed New Road to Ng. Geremai, Kanowit

(68) YB Encik Allan Siden Gramong bertanya kepada Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan: Apakah status terkini bagi Projek URDA iaitu Proposed New Road to Ng. Geremai, Kanowit di bawah Agensi RECODA yang dijangka siap pada suku kedua tahun lepas?

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Machan, Proposed New Road Ng. Geremai, Kanowit telah siap sepenuhnya pada 28 Oktober 2024 iaitu lebih awal daripada tarikh siap jadual iaitu pada 2.12.2024.

Projek ini telah dilaksanakan di bawah peruntukan State Alternative Funding oleh pihak RECODA dan projek ini telah memberi manfaat kepada 10 buah rumah panjang melalui pembinaan lima (5) spur route di sepanjang jalan ini. Tempoh bagi memperbaiki kecacatan atau Defect Liability Period adalah selama 12 bulan dari tarikh projek siap dan setelah tamat tempoh, projek ini akan diserahkan kepada pihak JKR Sarawak bagi tujuan penyelenggaraan di bawah penyelenggaraan jalan raya negeri. Sekian, terima kasih.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ada dua (2) soalan tambahan:

(a) Apakah skop utama pembinaan projek ini? dan (b) Berapakah spur route yang telah dibina dan bilangan rumah panjang yang mendapat manfaat daripada spur route tersebut?

Terima kasih.

Datuk Ir. Aidel bin LariwooPBB · GPSTimbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) · Sadong Jaya

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Machan untuk dua (2) soalan tambahan.

Skop utama pembinaan projek ini proposed new road to Ng. Geremai, Kanowit adalah meliputi pembinaan 10.05 km jalan bertar bertaraf standard JKR R1 dan lima (5) buah spur route dan 34 buah RC Culvert termasuk dua (2) buah jambatan di Sungai Melipis dan Sungai Kelubong dan untuk soalan tambahan yang kedua ada terdapat lima (5) buah spur route yang telah dibina dengan jumlah panjang kira-kira 2 km yang telah memberi manfaat kepada 10 buah rumah panjang antaranya ialah Rumah Balai, Rumah Jellian, Rumah Julian, Rumah Vosco Abang, Rumah Joferi, Rumah Donny, Rumah Kak Siti, Rumah Stanley, Rumah John Johnis dan Rumah Beniface. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Yang Berhormat Encik Royston bin Valentine, Tellian.

Selamat pagi, Salam Sejahtera, Tuan Speaker. Soalan saya no. 69.

Penerima SKAS

(69) YB Encik Royston bin Valentine bertanya kepada Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru:

(a) Berapakah jumlah sebenar penerima SKAS setakat ini mengikut kategori? dan

(b) Adakah sasaran 850,000 penerima telah dicapai dan apakah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu penerima yang tiada akses kepada telefon pintar atau aplikasi SPay Global, terutamanya warga emas dan masyarakat luar bandar?

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua · Bukit Saban

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Tellian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Tellian, jumlah yang layak menerima SKAS berdasarkan sumber data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu 886,288 orang yang terdiri daripada kategori berikut:

(a) 410,529 penerima bagi Kategori Isi Rumah; (b) 361,295 penerima bagi Kategori Bujang; dan (c) 114,464 penerima bagi Kategori Orang Warga Emas.

Sehingga 13 Mei 2025, seramai 758,483 orang atau 85% daripada 886,288 orang yang layak menerima SKAS telah mendapat bantuan melalui e-dompet SPay Global, iaitu:

(a) 387,260 orang atau 94% daripada keseluruhan penerima berjumlah 410,529 orang bagi Kategori Isi Rumah;

(b) 287,058 orang atau 80% daripada keseluruhan penerima berjumlah 361,295 orang bagi Kategori Bujang; dan

(c) 84,165 orang atau 74% daripada keseluruhan penerima berjumlah 114,464 orang bagi Kategori Warga Emas.

Untuk memastikan bantuan disalurkan sepenuhnya kepada penerima SKAS, Kerajaan Sarawak akan terus membantu para penerima SKAS mengaktifkan aplikasi SPay Global masing-masing. Sementara itu, untuk sokongan teknikal berkaitan SPay Global, pengguna boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan SPay Global melalui emel [email protected] atau dalam talian 082-224599. Selain itu, mereka boleh mendapatkan bantuan di Pusat Servis Sarawak, Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat ADUN di kawasan masing-masing. Thank you.

(Soalan Tambahan) Terima kasih, Timbalan Premier. Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ada dua soalan tambahan.

(a) Berapakah nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut kategori dan implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Sarawak ketika ini? Dan

(b) Apakah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memastikan penerima SKAS ini mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak?

Terima kasih.

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua · Bukit Saban

Terima kasih, Yang Berhormat Tellian. Tuan Speaker, bagi soalan no. 1, Kategori Isi Rumah, seramai 410,529 orang menerima SKAS bernilai RM800.00 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM328.4 juta. Bagi Kategori Bujang, seramai 361,295 orang menerima bantuan sebanyak RM250.00 dengan implikasi kewangan berjumlah RM90.3 juta. Bagi Kategori Warga Emas yang seramai 114,464 orang dengan kadar RM450.00 implikasi kewangan sebanyak RM45.8 juta. Oleh yang demikian, implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan GPS Sarawak bagi menyalur bantuan SKAS kepada 886,288 penerima adalah sebanyak RM464.5 juta.

Bagi soalan nombor dua, apakah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memastikan semua yang layak menerima SKAS. Kerajaan memang sedar bahawa ada beberapa mereka yang layak tetapi tercicir daripada senarai tersebut. Bagi mereka itu, kita minta mereka mengemukakan permohonan dan permohonan rayuan itu dibuka dari 1 Februari 2025 sehingga 31 Mac 2025. Setelah senarai permohonan dimuktamadkan, bantuan SKAS akan disalurkan ke dompet elektronik (e-wallet) penerima.

Kerajaan GPS Sarawak memang menentukan bahawa semua yang layak dapat bantuan ini akan menerima bantuan. Oleh yang demikian, maka kita telah pun memohon dana tambahan sebanyak RM107 juta. Ini akan digunakan untuk memberi bantuan kepada penerima yang tercicir pada Fasa 1 dan Fasa 2. Terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, question time is up.

Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025Bill

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan · Bukit Saban

Tuan Speaker, I beg to move the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025 to be read a second time.

Tuan Speaker, the Dewan Undangan Negeri Sarawak had, on 14th May 1985, passed the Infrastructure Development Trust Fund Bill, 1985 which was tabled by the then Minister for Works and Special Functions. This Ordinance came into operation on 1st June 1987.

During the 1990’s, the developer could only develop their properties after constructing adequate infrastructure facilities leading towards their properties. Very often such in area the burden of financing and implementing the access road, water and electricity supply had fallen heavily on the shoulder one or few pioneering developers. Due to the difficulties encountered this way, many building projects were inevitably delayed in the process, which naturally will cause an increase in cost especially in the end. Therefore, the establishment of a trust fund to circumvent this problem considered in 1985.

The main objective of this Infrastructure Development Trust Fund Ordinance, 1985 is to create trust as a revolving fund consisting of money appropriated from time to time from the State Considerate Fund into the trust fund for the purpose of building certain basic infrastructure such as roads, water, electricity supplies to this development area.

The objective was to assist any individual or group of developers or investors or persons who have private undertakings to develop land for housing, commercial or industrial purposes. By establishing this trust fund, it would alleviate the initial burden of capital outlays required for infrastructure development from developers in any approved new development plan. It also enabled developers to expedite and ensure the smooth implementation and cost effectiveness of any approved development projects.

Redundancy Of The Infrastructure Development Trust Fund

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan · Bukit Saban

Tuan Speaker, in today’s economic landscape, private developers are financially resilient and capable of undertaking development projects and stand a high chance of securing project financing from the bank. Furthermore, over the years, the Sarawak Government had significantly strengthened our fiscal capacity, and our budget governance has become more structured and strategic, enabling more allocation for basic infrastructure development across Sarawak. Thus, retaining this fund is no longer relevant, as it has outlived its original purpose. The Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri had decided to close this trust fund.

Tuan Speaker, the Bill comprises seven clauses. Clause 1 spells out the title of the Bill, gives power to the Minister charged with the responsibility for infrastructure development to appoint the date of coming into force of this Bill. Clause 2 provides interpretation a few phrases referred in the Bill. Clause 3 enables the Infrastructure Development Trust Fund to be dissolved upon the date of coming into force of this Bill.

Clause 4 requires all the moneys in the trust fund, subject to the direction of the State Financial Secretary, to be transferred into the Consolidated Fund. However, before this trust fund is dissolved, should there be any expenses incurred in managing and administrating this trust fund, Clause 5 permits such expenses to be paid out of this trust fund.

Besides that, Clause 6 gives the power to the Minister to make modification to any of the provision of this Ordinance in the event there is any difficulty or anomaly arising out of this Ordinance, implementing the Ordinance. Upon the coming into force the Bill, Clause 8 makes clear that the Infrastructure Development Trust Fund Ordinance, 1985 is repealed.

CONCLUSION

Tuan Speaker, the trust fund has served its intended purpose and is no longer relevant. As such, the dissolution of this trust fund and repealing the Infrastructure Development Trust Fund Ordinance, 1985 is both timely and justifiable. Therefore, I humbly urge all Members of this august House to support this Bill. Tuan Speaker, I beg to move.

Tuan Speaker

Another Minister to second.

Datuk Amar Dr Sim Kui HianSUPP · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Batu Kawah

Tuan Speaker, I beg to second.

Tuan Speaker

Thank you. Now, I shall call upon the Honourable Members of this august House to debate on the Second Reading of the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025. Under Standing Order 31(8), I limit the speeches a maximum of 15 minutes. Any Honourable Member who wishes to speak? Honourable Member for Tamin.

Thank you, Tuan Speaker, for giving me the opportunity to participate debate on proposed Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Ordinance, 2025.

First and foremost, I would like to congrats Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Premier; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan and Ahli Undangan Negeri N.37 Bukit Saban for tabling the Bill in this august House.

Tuan Speaker, this Bill represents a necessary step in our ongoing journey to modernize and streamline the financial governance of our state. It is not merely a repeal of old Ordinance, it is a clear signal that Sarawak is moving forward with a greater efficiency, transparency, and fiscal responsibility.

Relevance And Redundancy Of The 1985 OrdinanceBill

Tuan Speaker, the Infrastructure Development Trust Fund Ordinance, 1985 served its purposes at a time when Sarawak was laying the foundation for large scale infrastructure development. However, four decades have passed. The economic and administrative landscape of Sarawak has evolved significantly.

The fund, as it stands today, is no longer essential. Its function can be better managed under the Consolidated Fund, which offers better oversight, accountability, and integration with the state’s broader financial planning mechanisms.

Fiscal Prudence And Administrative Clarity

By transferring the remaining money from the Infrastructure Development Trust Fund into the Consolidated Fund, we are taking a decisive step toward fiscal prudence. This move would reduce administrative duplication, enhances financial reporting, and allows for more coherent budget management across departments.

Tuan Speaker, this is not just about dissolving a fund, it is about enhance the way public funds are managed in Sarawak for the benefit of all rakyat.

Safeguard And Ministerial Discretion

Tuan Speaker, I commend the proposed of this Bill for including clear provisions to manage potential difficulties during the implementation. The Minister empowers to make necessary modifications to ensure a smooth transition. This flexibility is essential for the practical governance and ensures that process remains responsive to any unforeseen administrative challenges.

Reflecting Good Governance

Finally, Tuan Speaker, this Bill reflects the values of good governance that we aspire to uphold responsibility, accountability, and a commitment to fiscal integrity. It sends a clear message that Sarawak is not bound by outdated structures. We are prepared to evolve and to ensure that our financial institutions and mechanisms are in line with present and future needs.

Tuan Speaker, for that, I fully support the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025. Thank you.

Tuan Speaker

Member for Meluan.

Tuan Speaker, thank you for giving me the opportunity to debate on this Bill, Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025. The Infrastructure Development Trust Fund Sarawak (IDTF) was established by the Sarawak State Government to facilitate the financing of infrastructure projects in the state. The fund aims to provide a sustainable source of financing for the development of key infrastructure such as roads, bridges, utilities and public buildings.

The IDTF allows the government to pool resources and funds from various sources, including government grants, private sector investments and public-private partnerships. This enables the state to undertake large-scale infrastructure projects that may otherwise be financially challenging to implement.

Tuan Speaker, by setting up the IDTF, the Sarawak Government can ensure the timely and efficient delivery of infrastructure projects which are essential for driving economic growth, improving quality of life and fostering regional development. The fund also helps to promote transparency and accountability in the management of public funds embarks for infrastructure development.

All for these whiles, the Infrastructure Development Trust Fund Sarawak plays a crucial role in supporting the State Government’s efforts to build a modern and sustainable infrastructure network that meets the needs of its people and contributes to the overall socio-economic development of the region.

Tuan Speaker, managed by the Ministry of Infrastructure and Port Development (MIPD), the IDTF’s role extends beyond infrastructure development; it is a catalyst for socio-economic growth. By facilitating the construction of essential infrastructure, the fund contributes to improve connectivity, access to basic services and economic opportunities for the people of Sarawak.

Under the 12th Malaysia Plan (12MP), Sarawak has allocated RM38 billion to fund 1,412 projects aimed at the infrastructure gaps with a significant focus on physical project. Additionally, the MIPD’s development budget for 2025 has seen a 64% increase to RM1.31 billion, underscoring the state’s commitment to enhance road networks, port facilities and rural-urban connectivity.

The Infrastructure Development Trust Fund Sarawak is a cornerstone in the state’s pursuit of a modern, sustainable and inclusive infrastructure network, reflecting a strategic approach to development that prioritizes the well-being of its citizens and the state’s economic prosperity.

Tuan Speaker, upon dissolution, all remaining money with the IDTF are returned to the State’s Consolidated Fund, ensuring no loss or no additional outlay is required from the government. The government does not need to inject new funds to close the trust. The dissolution process is administrative and does not necessitate further financing. Any outstanding commitments or liabilities of the fund are covered using the existing resources within the trust, not by new government spending.

Nevertheless, I believe that repealing the Infrastructure Development Trust Fund (IDTF) won’t harm infrastructure financing and may even allow us to gain more in the future. With greater control over natural resources and rising state income, Sarawak might now be in a better fiscal position to fund infrastructure directly without needing a dedicated trust fund. If Sarawak’s income from oil, gas, timber or other sectors has grown, the government may now have the liquidity and fiscal strength to finance infrastructure projects directly through the state budget, without needing a ring-fenced fund like IDTF.

Removing the IDTF may allow for more flexible, timely responses to evolving infrastructure needs. However, it’s important note that the IDTF might have provided long-term funding predictability, shielding infrastructure projects from political or economic volatility. The key risk with repealing it is ensuring that infrastructure investment doesn’t fall victim to short-term budget pressures or political shifts.

So yes, repealing the IDTF might not only be harmless but could even be beneficial - provided Sarawak continues to strengthen the fiscal management, maintains robust capital investment strategies and ensures infrastructure remains a budgetary priority. I hereby strongly support this Bill. Thank you.

Tuan Speaker

Member for Batu Kitang.

Dato Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Good morning and thank you, Tuan Speaker. I rise today to speak in support of the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025. This Bill seeks to formally dissolve a fund that has long served its historical purpose - the Infrastructure Development Trust Fund, established in 1985 and its initial objective was clear: to support developers in building essential infrastructure, such as roads, drainage, and water supply, particularly in new housing estates during a time when private development was gaining much momentum.

However, Tuan Speaker, times have changed. With improved financing models, more robust planning frameworks and enhanced oversight mechanisms, the rationale for maintaining this Trust Fund no longer holds. The Ministry of Works and Special Functions, which previously oversaw the Fund, has since undergone structural changes. Project delivery units now operate under different models that are better suited to the demands of modern development. This Bill, therefore, provides the legal mechanism to:

(a) Formally dissolve the Trust Fund; (b) Transfer all remaining balances under the direction of the State Financial Authority to the Consolidated Fund; and (c) Cleanly terminate any statutory references associated with it.

Tuan Speaker, let us not forget that this Trust Fund once played a pivotal role in shaping our physical landscape. It helped build the roads, drains and basic infrastructure that laid the foundation of many of our communities today. We should therefore dissolve it not with disregard but with due respect - acknowledge its role and closing this chapter with dignity.

With that, I fully support the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025. Thank you, Tuan Speaker.

Tuan Speaker

Any other Honourable Members wishes to speak? Honourable Member for Bawang Assan.

Dato Sri Wong Soon KohPSBBawang Assan

Tuan Speaker, thank you for allowing me to participate in the debate of the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025 tabled by the Honourable Deputy Premier; Minister for Infrastructure and Port Development.

Tuan Speaker, the original Infrastructure Development Trust Fund (IDTF) was established, as was told by the Honourable Deputy Premier in 1985, four decades ago under the Sarawak Infrastructure Development Trust Fund Ordinance. Looking back after a lapse of 40 years, the fund had several structural and operational limitations.

Some of this obvious limitation or we may say defects of Infrastructure Development Trust Fund 1985 may include:

(a) The 1985 Ordinance in general lacked modern governance mechanisms, such as transparent accountability structures or adaptability to evolving priorities like sustainability. For instance, our later development plans emphasised integrating environmental considerations into infrastructure planning which the older financial framework like the IDTF could not adequately address;

(b) As we shifted toward productivity-driven, technology-intensive growth, the IDTF, designed in 1985, was unable to support these evolving priorities such as high-value infrastructure;

(c) Infrastructure Development Trust Fund generally lacked accountability mechanisms which can lead to potential mismanagement or misallocation of funds;

(d) Infrastructure Development Trust Fund suffered from inadequate funding flexibility and had limited its ability to adapt to economic shifts.

Tuan Speaker, without adaptive governance, the IDTF might fail to address emerging needs like rural-urban connectivity or port or airport modernisation.

Tuan Speaker, the dissolution of IDTF under the 2025 Bill has to come about because of all the defects mentioned above so that we can address these historical shortcomings to enhance Sarawak’s capacity to meet with up-to-date or contemporary challenges. The passing of this Bill could modernise Sarawak’s financial governance and enhance strategic allocation of funds.

However, Tuan Speaker, whether or not we can accomplish meeting our objectives would depend very much on our ability to meet our new challenges and mitigating our transitional risks and successful adaptation to this new paradigm shift to better financial management and streamlined governance.

Tuan Speaker, the dissolution of the Infrastructure Development Trust Fund represents a momentous move in our move to infrastructure financing and management. Indeed, this move must be seen as our broader efforts to rationalize our public finance management which is moving towards unifying financing, and this unify financing can reduce fragmentation of development funding mechanisms which can bring about strategic overall prioritization of infrastructure projects. The creation of infrastructure consolidated fund is also an alignment with modern development frameworks which is consider better practices in public financial management.

However, Tuan Speaker, I would like to suggest that upon implementation of this new financial model, the ministry should prepare a detailed implementation schedule for the dissolution of examples, including timelines, various responsibilities and audits trails. In addressing the change over, I would also like to suggest that a dedicated transition task force should be set up to oversee the migration of funds and project documentations.

All in all, Tuan Speaker, the reform must be seen as our state’s vision to modernize our infrastructure financing system to ensure that the money spent will bring maximum value to our people. The dissolution or the repeal of the Infrastructure Development Fund underscores Sarawak’s efforts to modernize financial governance, prioritize flexibility. While this move can enhance efficiency, effectiveness and success, all this, I think will hinge, importantly, stringent oversight and the state’s ability to leverage alternative funding models effectively.

In summary, Tuan Speaker, by consolidating funds under this financial model, the new financial model, the state is on its way to accelerate infrastructure development, reduce bureaucratic inefficiencies and assert more financial independence. With the above observations, Tuan Speaker, I fully support the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025 tabled by the Honourable Deputy Premier, and Minister for Infrastructure and Port Development. Sekian. Thank you.

Tuan Speaker

Honourable Member for Lingga.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. First, I would like to thank Tuan Speaker for giving me the opportunity to participate in the debate on the Second Reading of the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025, which was presented by the Honourable Deputy Premier; Minister for Finance and New Economy; Minister for Infrastructure and Port Development; and Member of the N.37 Bukit Saban State Legislative Assembly.

Tuan Speaker, I stand before you today to advocate for the passage of the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025. This Bill represents a strategic and forward-thinking step towards modernizing our financial management framework and ensuring the efficient allocation of resources for Sarawak’s future prosperity.

Reaffirming Commitment to Infrastructure

Let us be clear, this Bill is not a retreat from our commitment to infrastructure development. On the contrary, it is a reaffirmation of that commitment, a recognition that we must adapt and evolve our approach to meet the challenges and opportunities on the 21st century. This is why this Ordinance will be in place as per Sub-Clause (6), to tackle issues that may arise.

The Rationale for Dissolution

The Infrastructure Development Trust Fund Ordinance, 1985, served its purpose in its time. However, times change, and so must our financial instruments. Maintaining separate, specialized funds like this one can led to inefficiencies, bureaucratic delays, and a disconnect between funding and current priorities. As stated in the Ordinance Clause 5, this will help manage funds administration cost effectively.

Building on a Solid Foundation (Ordinance of 1963)

Tuan Speaker, this bill does not seek to overturn the existing financial framework but to build upon it. The Financial Procedure (Contingencies and Trust Funds) Ordinance, 1963, established the foundation for managing funds within Sarawak, including trust funds and the Consolidated Fund. This bill leverages the framework established by the 1963 Ordinance to streamline our financial management and ensure that resources are deployed effectively. The Ordinance stated that, trust funds can only be established as trust funds specified in the Schedule and that the trust funds are governed by Dewan Undangan Negeri Legislative Council.

Benefits of Consolidation into the Consolidated Fund

Tuan Speaker, consolidating the Infrastructure Development Trust Fund into the Consolidated Fund offers numerous advantages:

(a) Enhanced Flexibility: It provides the government with the flexibility to respond swiftly to emerging infrastructure needs, without being constrained by the limitations of a specific fund. This framework enables us to quickly channel resources to critical projects, whether it’s ongoing rural electrification or new sustainable development initiatives;

(b) Streamlined Administration: Consolidating funds reduces administrative overhead, eliminates duplication, and frees up resources that can be redirected to infrastructure development. This cost saving that occurs because of Clause 5 of the Ordinance;

(c) Strategic Alignment: It allows for a reassessment and alignment of resources with our current infrastructure priorities. From our digital infrastructure expansion to our transportation network improvements, the Consolidated Fund provides the agility to fund what matters most to Sarawak's growth.

Linking to Specific Projects

Tuan Speaker, this isn’t just about abstract financial management. It is about real-world impact. The money that are not used will be reverted to Sarawak’s consolidated fund for example by consolidating funds, we can accelerate rural electrification and water supply projects, bringing reliable power and clean water to every Sarawakian household.

We also can support the expansion of our digital infrastructure, connecting communities and fostering economic opportunities in the digital age, and we also can invest in sustainable development projects ensuring that we protect our environment while promoting economic growth.

Transparency and Accountability

We understand that some may be concerned about accountability are paramount. Let us reassure that the transfer of funds will be done with full transparency and the financial procedure Contingencies and Trust Funds (Amendment) Direction, 2025 will be made and made available to the Legislative body before implementation.

Conclusion

Tuan Speaker, to conclude, the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025, is a crucial step towards building a brighter future for Sarawak. It is a Bill that promotes efficiency, strategic resource allocation, and responsiveness to the needs of our people. I urge all members to support this Bill and join in building in more prosperous and sustainable Sarawak for generations to come. Therefore, I hereby fully support this Bill. Thank you.

Tuan Speaker

Honourable Member for Ngemah.

Encik Anyi anak JanaPRS · GPSNgemah

Tuan Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran), 2025 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan di Dewan yang mulia ini.

Pembubaran Rang Undang-Undang Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran), 2025 ini adalah merujuk kepada Ordinan Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur tahun 1985. Kesemua dana dan perolehan kewangan di dalam Tabung Amanah tersebut berlandaskan Seksyen 3 pada Ordinan tersebut akan dipindahkan ke dalam Dana Disatukan atau “Consolidated Fund” Kerajaan Sarawak.

Pembubaran Rang Undang-Undang Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran), 2025 ini akan memberikan alternatif baharu ke arah kawal selia kewangan pendapatan dan dana kewangan yang lebih efisien dan efektif yang diuruskan oleh Kerajaan Sarawak. Ini sangat penting kerana ia akan memperkukuhkan kuasa untuk mengawal selia urusan perolehan dan perbelanjaan Kerajaan Sarawak.

Tuan Speaker, seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini sedia maklum, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sangat menitikberatkan penubuhan sebuah entiti disatukan untuk pengurusan aset dan pelaburan bagi meningkatkan hasil Kerajaan Sarawak dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan penubuhan “Sarawak Sovereign Wealth Future Fund” atau Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak (SFWSF) dengan modal awal RM8 bilion dalam misi Kerajaan Sarawak untuk membina dana simpanan jangka masa panjang bagi negeri yang kaya dengan sumber asli.

Justeru, pembubaran Rang Undang-Undang Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran), 2025 ini mampu membuka arah baharu yang akan menjadi peneraju dalam pelaksanaan polisi yang baharu dan yang telah sedia ada. Tadbir urus dan pelaksanaan yang baik dalam bidang-bidang kewangan ini akan memperkukuhkan misi dan visi Sarawak untuk menjadi masyarakat maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Tuan Speaker, dengan penerangan yang serba sedikit ini, saya sangat optimis akan kejayaan Sarawak di dalam delegasi dan tataurus selia kewangan bagi memperkukuhkan lagi kewangan dan perolehan masa depan Sarawak dan juga rakyat Sarawak. Oleh yang demikian, saya menyokong penuh agar Rang Undang-Undang Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (Pembubaran), 2025 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Kedua di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Honourable Member for Tellian.

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat pagi, Salam Sarawakku sayang dan Salam Sarawak Maju Makmur.

Tuan Speaker, Tellian menyokong penuh Usul Pemansuhan Infrastructure Development Trust Fund, 2025 yang dibentangkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Saban merangkap Timbalan Premier; dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak. Usaha pemansuhan ini sudah pasti akan memberikan banyak kelebihan dan manfaat penting kepada pengurusan kewangan dan pembangunan Sarawak terutamanya.

Yang pertama kalau kita dapat lihat pemansuhan Ordinan Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur 1985 dan pembubaran Tabung tersebut akan membolehkan semua baki dana dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri, “Consolidated Fund”. Maka, ini akan memperkukuhkan pengurusan sumber kewangan Sarawak, meningkatkan kecekapan dan memudahkan penyelarasan peruntukan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur yang lebih menyeluruh serta telus pada masa akan datang.

Yang kedua, dengan penabungan dana ke dalam Kumpulan Wang Disatukan ini, Kerajaan Sarawak pasti akan dapat merancang dan melaksanakan projek pembangunan berdasarkan keutamaan semasa serta keperluan rakyat tanpa terikat dengan struktur tabung yang lama yang mungkin kurang fleksibel dan sudah tidak relevan pada masa kini. Ini juga membolehkan pemantauan dan pelaporan yang lebih baik sejajar dengan amalan pengurusan kewangan moden yang kita amalkan ketika ini.

Yang ketiga, usul ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan Sarawak sebaliknya ia mengoptimumkan penggunaan dana sedia ada dan mengurangkan kos pentadbiran yang mungkin timbul sekiranya tabung lama ini dikekalkan.

Tuan Speaker, secara keseluruhannya, usul ini akan memperkukuh asas kewangan Sarawak dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif pembangunan strategik dan memastikan setiap dana yang dibelanjakan memberi manfaat maksimum kepada keseluruhan rakyat Sarawak. Akhir sekali, langkah ini selari dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk memperkemas dasar pembangunan, meningkatkan tadbir urus dan memastikan setiap sen dana awam digunakan secara berkesan demi memanfaatkan rakyat Sarawak secara keseluruhannya. Tellian yakin dengan pemansuhan Ordinan ini Sarawak akan dapat mengerakkan agenda pembangunan infrastruktur secara lebih strategik, efisien dan mampan. Justeru itu, Tellian menyokong penuh Rang Undang-Undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Any other Honourable Member who wishes to speak? I shall now call upon the Honourable Deputy Premier to do the winding-up.

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan · Bukit Saban

Okay, thank you very much, first of all, I would like to record my appreciation to lapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, cadangan…(Inaudible)… okay, alright. I better get JKR to check the system, ya.

I mentioned earlier, the objective of this Bill is to dissolve the Infrastructure Development Trust Fund which was set in 1985. It was clearly at that time, the situation was different, the development status of Sarawak was different, the financing system was limited as well as the government’s, infrastructure development fund was also limited, and therefore, at that particular time, there is a need to have this fund. As time goes on as, it has been mentioned in my pembentangan tadi dengan pertukaran ekonomik lanskap, dengan ada bank-bank yang dapat membantu, the developer in their programme at the same time, the government also has the significant strength in financial capacity, maka telah diputuskan bahawa tabung ini tidak ada peranan lagi lalu kita dissolve.

I can assure ada beberapa Ahli Yang Berhormat tadi, they express worry that the dissolution of this Trust Fund will affect the development of infrastructure in Sarawak. I can assure you, it will not, because this Fund was set for specific purpose and that purpose is no longer relevant and has nothing to do with our infrastructure plan in the future in Sarawak. As you notice, we are implementing a massive infrastructure program in Sarawak - second trunk road, coastal road, project rakyat dan sebagainya bagi JKR. We have been entrusted to implement almost 30 over billion road project.

Maknanya, walaupun ini dissolve, it will not affect. So, Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan risau, we will try our best to continue. Because why? Our Yang Amat Berhormat Premier, Datuk Patinggi N.26 Gedong is a very capable leader, has proven to be able to raise fund either development fund, or alternative fund to fund our development project in Sarawak. So, I can assure you do not worry on that. In fact, this will not affect the strategy and the momentum that are taken by the Sarawak Government especially under the leadership and mentorship of Yang Amat Berhormat for Gedong to see that Sarawak will be a developed State by 2030.

Ahli Yang Berhormat bagi Bawang Assan, I am very happy that he stands up and express his opinion here because he is the most knowledgeable person in this Dewan on this Fund. I saw his pulling away the limitation, restriction. That is why even during his time, it was already contemplated that this Fund is not able to assist or achieve its objectives. And now, we have to take out his comment and I can assure him that moving forward, it will be done seamlessly and with transparency.

For the information of this Dewan, the balance of Fund from the Infrastructure Development Trust Fund is placed in the Development Bank of Sarawak as at 22nd October 2024. As at today, we have RM52,839.509.96 and last year it earned interest of one million plus. So, this amount will then be credited to Consolidated Fund once the Bill is full in force. So, with that Tuan Speaker, once again thank you very much for the contributions, ideas, proposals from lapan of Ahli Yang Berhormat. Actually, I don’t expect so many is going to speak, but I think all are interested to contribute, so, thank you very much.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Motion standing in the Order Paper in the name of the Honourable Deputy Premier; Minister for Infrastructure and Port Development; and Member for N.37, Bukit Saban be referred to the Committee of the Whole House. As many as are of the opinion say “Yes”.

Government: Yes… (Resounding “Yes”)

Tuan Speaker

As many as are of the contrary opinion say “No”. The “Yes” have it. The Motion is passed and referred to the Committee of the Whole House.

The Dewan shall now resolve into the Committee of the Whole House to consider the Bill which stands committed to the Committee.

Committee Of The Whole House

Tuan Speaker

[Tuan Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Pengerusi

The Dewan shall now consider the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025.

Clauses 1 to 7

Tuan Pengerusi

The question is that Clauses 1 to 7 be ordered to stand part of the Bill. As many as are of the opinion say “Yes”.

Government: Yes… (Resounding “Yes”)

Tuan Pengerusi

As many as are of the contrary opinion say “No”. The “Yes” have it. The Clauses 1 to 7 are ordered to stand part of the Bill.

Enacting Clauses, Schedule and Title

Tuan Pengerusi

The Dewan shall now resume.

House Resumed

Tuan Pengerusi

[Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan · Bukit Saban

Tuan Speaker, I wish to report that the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025 has been considered by the Committee of the Whole House and agreed to without amendment.

Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025Bill

Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPBB · GPSTimbalan Premier Sarawak; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan · Bukit Saban

Tuan Speaker, I beg to move that the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025 be now read a third time and do pass.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, the question before the Dewan is that the Infrastructure Development Trust Fund (Dissolution) Bill, 2025 be read a third time and do pass. As many as are of the opinion say “Yes”.

Government: Yes… (Resounding “Yes”)

Tuan Speaker

As many as are of the contrary opinion say “No”. The “Yes” have it. The Bill is read a third time and pass.

Bill is read a third time and passed

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, we have a short break. Sitting resumes at 11.30 a.m.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.03 pagi)

(Mesyuarat dimulakan pada pukul 11.45 pagi)

[Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]

Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri SarawakMotion

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, I shall now call upon Honorable Member for N.1 Opar to move the motion.

Tuan Speaker, Salam Sejahtera, Salam Sarawak Maju Makmur. Terima kasih, Tuan Speaker atas penghormatan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, semasa Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, pada 19 Mei 2025 hari Isnin di Dewan yang mulia ini.

Titah ucapan Tuan Yang Terutama Tun penuh dengan aspirasi, ketegasan dan wawasan demi kemajuan Sarawak yang kita cintai ini. Ini mencerminkan iltizam dan komitmen Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier. Sebelum saya meneruskan usul penghargaan ini, saya dengan penuh hormat dan sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Premier atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ataupun PERKIM bagi penggal 2025 hingga 2028. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang Yang Amat Berhormat Premier yang bersifat progresif dan juga inklusif.

Dengan penuh hormat dan sukacita, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Satok atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang bertanggungjawab ke atas Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad ataupun (PETROS). Peranan beliau sangat penting dalam menyelaras pembangunan sektor tenaga dan gas di Sarawak, selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab kepada tenaga hijau di rantau Asia.

Tuan Speaker, Kerajaan Sarawak sentiasa peka dengan isu-isu dan cabaran semasa yang melanda peringkat global akibat daripada konflik geopolitik, revolusi teknologi, perubahan iklim dan perang tarif global. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi semasa serta kestabilan global. Mempelbagaikan peluang ekonomi dalam bidang strategik seperti tenaga hijau, teknologi digital dan inovasi merupakan langkah proaktif Yang Amat Berhormat Premier untuk memperkukuh daya tahan ekonomi Sarawak.

Kerajaan Sarawak sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dengan melaksanakan pelbagai polisi dan inisiatif baharu demi kesejahteraan rakyatnya. Sistem tadbir urus sedia ada yang diamalkan di Sarawak ini amat efektif untuk menjamin kestabilan dan keharmonian di Sarawak dan di dalam negara kita amnya. Justeru itu, kita semua harus bersama-sama berusaha memelihara kestabilan ini, kerana terbukti Kerajaan GPS di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier telah berjaya memacu ekonomi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi, sehinggalah Bank Dunia menobatkan Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi di Malaysia. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada visi dan dasar transformasi ekonomi yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak sejajar dengan aspirasi Pelan Strategik Pembangunan Pasca Covid-19 bagi tahun 2030.

Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama Tun dengan jelas menyentuh pelbagai cabaran semasa termasuk perubahan iklim, jurang pembangunan bandar dan luar bandar, dan isu kos sara hidup. Justeru itu, Tuan Yang Terutama Tun menyeru agar semua pihak bekerjasama dan bertindak secara proaktif dalam menangani cabaran ini demi kemakmuran rakyat. Pihak pembangkang pula haruslah memainkan peranan dengan baik sebagai semak dan imbang, walaupun ada ketikanya bersifat sedikit nakal dan mengguris hati sesetengah pihak.

Tuan Speaker, dalam ucapannya juga, Tuan Yang Terutama Tun menekankan komitmen Sarawak sebagai peneraju dalam membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui melalui pembangunan tenaga hijau seperti hidrogen dan solar di mana Sarawak mampu diangkat sebagai “Battery of ASEAN” yang akan membekalkan tenaga bersih di rantau ini. Usaha ini harus diteruskan di bawah program yang dikenali sebagai waste to energy melalui pengurusan mampan sisa buangan untuk menjana tenaga seterusnya boleh menjana pendapatan untuk Sarawak.

Inisiatif ekonomi kitaran turut diketengahkan sebagai agenda penting ke arah pembangunan mampan. Pembangunan modal insan juga menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak. Dengan evolusi teknologi yang semakin pesat berkembang, kita memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, fleksibel dan responsif terhadap keperluan industri semasa. Kesungguhan Sarawak ini sangat jelas dipertontonkan di mata masyarakat dunia melalui penubuhan beberapa sekolah antarabangsa dan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak yang berasaskan teknikal dan vokasional yang mengutamakan bidang Science, Technology, Engineering, dan Mathematics ataupun STEM bagi memenuhi keperluan industri masa kini. Pelaburan dalam bidang pendidikan teknikal, digital dan STEM menjadi keutamaan selari dengan agenda memperkasakan modal insan untuk keperluan masa hadapan negara.

Tuan Yang Terutama Tun mengagumi kesungguhan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier dalam memartabatkan bidang ilmu dan pendidikan dalam kalangan anak-anak Sarawak. Ini jelas melalui usaha Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak yang menuntut di universiti dan institusi pengajian tinggi milik Sarawak dalam bidang-bidang terpilih bermula tahun 2026. Tuan Yang Terutama Tun turut menekankan pentingnya kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan pihak industri agar pembangunan modal insan dapat digarap secara menyeluruh dan relevan dengan keperluan semasa.

Untuk memastikan pembangunan di Sarawak ini terus berkembang secara seimbang, Tuan Yang Terutama Tun menyeru agar pembangunan keperluan asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan bekalan air bersih terus diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi membuka potensi ekonomi demi kesejahteraan hidup rakyat.

Dalam bidang ekonomi dan juga peluang pelaburan pula, Tuan Yang Terutama Tun melihat Sarawak sebagai sebuah wilayah yang sangat progresif di Malaysia kerana kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta berpandangan jauh selain pengurusan fiskal yang berhemah. Pengambilalihan Bintulu Port Authority dan Syarikat Penerbangan MASwings seterusnya penubuhan AirBorneo merupakan satu kejayaan yang besar dan satu kepercayaan kepada Kerajaan Sarawak. Pencapaian terbaharu ini mampu melonjakkan ekonomi Sarawak dalam perdagangan antarabangsa, pelancongan dan juga perindustrian seterusnya akan menarik pelaburan yang berkualiti datang ke Sarawak.

Tuan Speaker, Sarawak terus menunjukkan kemajuan dalam memperjuangkan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63, Laporan Inter-Governmental Committee (IGC), Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak yang sebelum ini dilihat semakin terhakis. Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama Tun menyeru agar Kerajaan Persekutuan menyelesaikan dengan segera semua tuntutan-tuntutan Sarawak dalam usaha untuk memperkukuhkan kuasa autonomi Sarawak khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan, kewangan dan sumber asli yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan Sarawak. Pembangunan ekonomi, sosial, kesihatan dan keselamatan Sarawak juga harus diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang Terutama Tun menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63 harus terus dihormati demi memastikan hak dan kepentingan Sarawak terus terpelihara.

Ucapan Tuan Yang Terutama Tun memperakui peranan penting PETROS sebagai pengurus sumber gas di Sarawak akan menjamin kedaulatan sumber asli negeri serta memberikan peluang autonomi kepada rakyat. Pelantikan PETROS sebagai Gas Aggregator tunggal di Sarawak yang dibuat di bawah Distribution of Gas Ordinance, 2016 merupakan satu lagi kejayaan Kerajaan GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Pencapaian ini selaras dengan rekomendasi daripada IGC Report 1962 yang telah dilaksanakan melalui Borneo State (Legislative Power) Order, 1963 yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan. Semua pihak harus menghormati hak perlembagaan ini bagi membolehkan PETROS melaksanakan peranannya sebagai Gas Aggregator. Kerjasama antara PETROS dan PETRONAS hendaklah dimuktamadkan dengan kadar segera untuk mempercepatkan pembangunan rantaian industri minyak dan gas di Sarawak demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Kejayaan yang dicapai oleh Sarawak hari ini bukanlah datang bergolek dari gunung gading puncak mahligai atau datang melayang dipuput bayu atau ribut tetapi kejayaan ini dicapai hasil daripada kestabilan politik Kerajaan GPS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Tuan Yang Terutama Tun menyeru agar kita semua di dewan yang mulia ini serta sekalian rakyat jelata, memelihara kemakmuran sosioekonomi yang kita miliki, yang kita nikmati hari ini dengan mengekalkan kekuatan dan kestabilan politik sedia ada, tidak terpengaruh kepada hasutan anasir-anasir luar yang boleh mengganggu-gugat kestabilan politik dan wawasan Sarawak ke arah ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Kerajaan Sarawak sentiasa peka dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Satu lagi inisiatif penting yang mendapat perhatian Tuan Yang Terutama Tun adalah Sumbangan kepada Keperluan Asas Sarawak atau SKAS bagi membantu rakyat Sarawak membeli keperluan asas makanan untuk mengurangkan beban keperluan harian akibat dari kenaikan kos sara hidup.

Dengan mengharungi kerancakan evolusi teknologi yang semakin pesat termasuklah pembangunan Artificial Intelligence (AI). Tuan Yang Terutama Tun menasihatkan kita semua agar sentiasa memelihara dan memperkukuh perpaduan dan keharmonian sosial kerana telah terbukti di Sarawak ini bahawa kesatuan dalam kepelbagaian ini merupakan asas kestabilan dan kemajuan ekonomi di Sarawak.

Belia adalah harapan bangsa. Tuan Yang Terutama Tun sangat kagum dengan kejayaan Sarawak menjuarai SUKMA Ke-21 di Kuching pada tahun lepas. Bakat belia dan anak muda Sarawak dan kemampuan penganjuran acara sukan berprestij telah terserlah sehingga Sarawak dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi beberapa acara sukan semasa temasya termasuk Sukan Asia Tenggara 2027 kelak. Ini merupakan platform untuk memperkenalkan Sarawak di pentas antarabangsa.

Tuan Yang Terutama Tun juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam Sarawak atas khidmat bakti mereka dalam melaksanakan dasar dan program Kerajaan secara efisien dan penuh integriti, cekap dan berkesan demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Jelaslah bahawa ucapan Tuan Yang Terutama Tun bukan sahaja memberi hala tuju yang jelas kepada kerajaan Sarawak malah menjadi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat untuk berganding bahu membangunkan Sarawak Ibu Pertiwiku.

Tuan Speaker, izinkan saya menyentuh beberapa isu yang berkaitan dengan kawasan saya di Dewan Undangan Negeri N.1 Opar. Terdahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada 28 orang Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat dari kawasan N.1 Opar yang berada di hadapan saya. Selamat datang. Dan mereka sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama kita bagi mendengar perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada hari ini.

Pembangunan Infrastruktur

Sejajar dengan saranan Tuan Yang Terutama Tun untuk memperluaskan projek infrastruktur asas ke kawasan luar bandar bagi membuka potensi ekonomi dan kesejahteraan rakyat, saya mewakili sekalian rakyat di DUN N.1 Opar ingin mengusulkan beberapa projek infrastruktur yang harus terus diberi perhatian oleh Dewan yang mulia ini.

Jalan Akses ke Jambatan Selampit dan Menuju ke Kampung Selampit

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang telah menyalurkan peruntukan untuk pembinaan jambatan Selampit pada tahun 2017, bukan 2018, dan Kerajaan Sarawak khususnya pihak JKR Sarawak sebagai agensi pelaksana yang telah melaksanakan pembinaan Jambatan Selampit di Lundu. Jambatan sepanjang 200 meter ini sedang dalam pembinaan dan saya sangat berharap ianya dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Buat masa ini, akses menuju ke Jambatan Selampit dan akses selepas Jambatan Selampit menuju ke Kampung Selampit masih belum ada peruntukan. Keseluruhan jarak yang dicadangkan adalah sepanjang lebih kurang 2 kilometer menggunakan standard Jabatan Kerja Raya (JKR) jenis R2 dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM22 juta sehingga ke dalam Kampung Selampit.Saya memohon pertimbangan Yang Amat Berhormat Premier untuk menyalurkan peruntukan nanti di bawah Projek Rakyat bagi pembinaan jalan akses ini kelak.

Menaik taraf Jalan Bitokan Selampit

Ingin saya menarik perhatian semua ahli dalam Dewan yang mulia ini, bahawa apabila Jambatan Selampit sudah siap kelak, ia akan mempengaruhi keadaan Jalan Bitokan-Selampit sedia ada sepanjang lebih kurang 5.5 kilometer. Kebanyakan kenderaan berat seperti lori yang mengangkut buah sawit akan melalui Jambatan Selampit dan melalui jalan Selampit Bitokan untuk menuju ke kilang sawit berhampiran. Dengan muatan berat yang sangat padat sudah pasti akan merosakkan jalan raya sedia ada selain tidak begitu selamat bagi pengguna kenderaan kecil. Sekali lagi saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Premier untuk menyalurkan dana di bawah Projek Rakyat dengan anggaran kos sebanyak RM66 juta mengikut kiraan JKR. Jalan ini akan menjadi laluan utama menuju Kampung Selampit, Kampung Kendaie, Kampung Pasir Hilir, Kampung Pasir Tengah apabila jambatan sudah siap kelak.

Jalan Kendaie-Sedaing, Jalan Biawak

Jalan Kendaie-Sedaing ini telah diluluskan pada tahun 2023 dengan kos sebanyak RM77 juta di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di mana Jabatan Kerja Raya Sarawak merupakan agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan. Sehingga hari ini, pembinaan jalan raya ini masih belum dimulakan lagi. Sekalian rakyat dari Kampung Kendaie, Kampung Bukit Batu, Kampung Pasir Hilir dan Sekolah Kebangsaan Kendaie sangat mengharapkan supaya pembinaan jalan raya ini dapat dilakukan dengan kadar segera. Justeru itu, saya merayu agar kawan saya dari JKR Sarawak dapat mempercepatkan pembinaan jalan raya ini demi untuk kesejahteraan penduduk terlibat. Walaupun Manchester United berada di kedudukan yang ke-16 carta Liga Perdana Inggeris, kita harus bersemangat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab demi untuk rakyat. Saya tahu Pengarah JKR pun sama juga, Manchester United, sama dengan saya.

Bangunan Tidak Selamat di Sekolah

Satu isu yang amat penting dan menyentuh masa depan generasi muda kita ialah isu sekolah daif dan bangunan tidak selamat di sekolah. Kalau mengikut tafsiran sekolah daif, tiada sekolah daif dalam kawasan N.1 Opar. Namun demikian, ada bangunan sekolah yang sudah tidak selamat tetapi masih digunakan sebagai bilik kelas. Bangunan sudah usang, uzur namun sekolah tiada pilihan. Keadaan seumpama ini terdapat di SK Selampit, Lundu di dengan bangunan kelas yang sudah uzur dan tidak sesuai digunakan lagi tetapi sekolah tiada pilihan, masih menggunakan kelas berkenaan. Selayaknya sekolah ini perlu dibina semula dan saya berharap Kerajaan Persekutuan melihat perkara ini dengan lebih serius.

Menaik taraf Imigresen, Custom Quarantine dan Security (ICQS) di Biawak.

Tuan Speaker, pintu masuk antarabangsa Biawak merupakan satu infrastruktur strategik yang amat penting bagi kawasan N.1 Opar dan juga Daerah Lundu khasnya. Menaik taraf Immigration, Custom Quarantine dan Security (ICQS) di pintu masuk Antarabangsa Biawak ini adalah sangat penting kerana ia merupakan penghubung antara Sarawak dengan Kalimantan Barat di Indonesia.

Pada masa ini, ICQS Biawak masih dalam keadaan yang sangat sederhana dan serba kekurangan dari segi kemudahan fizikal, teknologi dan keselesaan pengguna. Sedangkan di pihak negara jiran di Indonesia, Pos Lintas Batas Negara, Aruk yang terletak bersebelahan telah melalui transformasi secara besar-besaran, dilengkapi dengan kemudahan moden, sistem keselamatan canggih dan infrastruktur mesra pengguna.

Untuk menjadikan Pintu Masuk Antarabangsa Biawak sebagai gerbang utama ke Nusantara, maka kita harus menyediakan kemudahan di pintu masuk yang setaraf dan kompetitif untuk perdagangan rentas sempadan, pelancongan dua hala, hubungan diplomatik yang lebih erat dan juga perdagangan antarabangsa. Dapat kiranya Kerajaan Sarawak membantu untuk mempercepatkan usaha menaik taraf Pintu Masuk Antarabangsa ini menggunakan dana Sarawak terlebih dahulu. Hospital Lundu Yang Baharu

I would like to address the condition of the Lundu Hospital. Currently, it stands as one of the oldest hospitals in Sarawak. This year is 60 years. The actual years is more than 60 years old, and the majority of its facilities are outdated and not suitable for a functioning healthcare facility. This is unacceptable for a community that deserves better health care services. Given that the site for a new hospital is already prepared, I and my fellow colleague for N.3 Tanjong Datu has brought up this issue in the august House last year, urge the Federal Government to approve and allocate funds for the construction of a new Lundu District Hospital. Modernizing our healthcare facilities is not just an improvement, it is a necessity for providing quality healthcare for our residents.

Menaik taraf Jalan Kampung Pasir Tengah

Kampung Pasir Tengah merupakan satu perkampungan Masyarakat Rara. Di Sarawak ini hanya tiga Kampung Rara sahaja Tuan Speaker sebagai tambahan. Di mana jalan raya menuju ke kampung tersebut sangat sempit dan bertaraf jalan kampung. Dengan jarak lebih kurang 4.5 kilometer, jalan raya sedia ada perlu dinaik taraf ke jalan JKR jenis R2 berserta dengan sebuah jambatan dengan anggaran kos lebih kurang sebanyak RM60 juta. Saya berharap agar jalan raya ini mendapat perhatian sewajarnya daripada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak demi kesejahteraan rakyat.

Elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum

Mereka ada di atas. Tuan Speaker, isu berkaitan dengan elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah dibincangkan dalam beberapa persidangan yang lalu namun masih belum ada keputusan daripada Kerajaan Sarawak. KMKK merupakan penghubung penting antara kerajaan dengan rakyat. Kadar elaun semasa yang diterima oleh Pemanca adalah sebanyak RM1,300 sebulan dengan kadar kenaikan RM30 setahun, Penghulu (RM1,100) sebulan dengan kenaikan RM20 setahun dan Ketua Kaum hanya RM900 sebulan. Jumlah ini dilihat tidak lagi setimpal dengan tanggungjawab, dan beban tugas serta komitmen mereka.

Saya mencadangkan agar kadar elaun baharu KMKK ini diseragamkan dan dinaikkan sekurang-kurangnya kepada gaji minimum sektor awam iaitu RM1,700 sebulan. Ini adalah satu bentuk pengiktirafan terhadap jasa mereka dalam menyelaras program kerajaan, menjaga keharmonian kampung serta menyantuni golongan memerlukan bantuan seperti warga emas, OKU dan keluarga yang berpendapatan rendah. Dengan elaun yang lebih munasabah, mereka akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dan kita dapat menghasilkan lebih ramai pemimpin akar umbi yang berkualiti dan berdedikasi.

Keperluan Pengangkutan Awam ke Daerah Lundu

Tuan Speaker, satu lagi keperluan asas yang sangat penting bagi penduduk tempatan serta pelancong untuk datang ke Daerah Lundu ialah pengangkutan awam yang konsisten dengan harga tambang yang berpatutan.

Kalau sebelum ini, ada perkhidmatan bas yang datang ke Lundu dan ke Sematan, namun kini perkhidmatan bas tersebut telah pun dihentikan. Ketiadaan perkhidmatan bas ini telah merencatkan perhubungan dalam kalangan penduduk. Terdapat juga rungutan daripada pelancong asing yang sudah sampai ke Kuching yang ingin datang ke Lundu dan Sematan untuk menikmati keindahan flora dan fauna yang menarik, pantai-pantai yang bersih dan memukau, serta ekopelancongan yang autentik, namun hasrat mereka terbantut kerana tiada pengangkutan. Tidak semua penduduk memiliki kenderaan. Justeru, mereka memerlukan sistem pengangkutan awam. Saya memohon kepada Menteri Pengangkutan Sarawak untuk meneliti perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya berhubung dengan perkara yang disebutkan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar perkhidmatan bas ulang-alik dari Kuching ke Lundu dan Sematan diwujudkan semula secara tetap dan berjadual serta merangkumi dua hala iaitu laluan Kuching – Lundu – Kuching dan juga laluan Lundu – Sematan – Lundu.

Status Terkini kampung-kampung yang terletak dalam Kawasan Forest Reserve Extension

Tuan Speaker, tahun lalu saya ada membangkitkan mengenai kampung-kampung yang terletak dalam kawasan Forest Reserve Extension khususnya Kampung Pasir Hulu, Kampung Jantan dan juga Kampung Temaga Dayak. Penduduk kampung sering bertanya kerana rumah mereka yang sudah didiami dalam kawasan tersebut lebih dari seratus tahun lalu, terletak dalam kawasan hutan simpan. Saya berharap jabatan dan kementerian berkenaan dapat memberi penyelesaian dan jawapan yang jelas.

Isu Kesihatan Awam – Rabies Outbreak

Tuan Speaker, I would like to address a pressing public health concern that continues to afflict our beloved State of Sarawak, the persistence of rabies outbreak. Since its resurgence in 2017, rabies has posed a significant threat to both human and animal populations across our divisions.

Human Rabies Cases (2017 – 2025)

As of April 2025, Sarawak has recorded a total of 82 human rabies cases, resulting in 75 fatalities, culminating in a shocking mortality rate of 91.5%. The distribution of cases is as follows; Kuching (27), Sibu (26), Serian (15), Bintulu (6), and the other areas reporting fewer than five cases each. In 2023 alone, there were 17 reported cases, marking an 85.5% increase compared to the previous year. This alarming trend underscores the urgency of our collective action for rabies-positive animals, as the simple truth remains, no bite means no disease.

To effectively combat rabies and ensure the health of our community, I propose that the government increases the manpower of the DVSS. In 2024, the department had requested an additional 566 staff members to support their operations. The establishment of 30 Veterinary Mobile Teams (VMT) is essential to accelerate vaccination coverage to at least 200,000 dogs annually and to implement the seven outlined strategies effectively. If the government does not approve the additional posts requested for the establishment of these mobile teams, we risk failing to eradicate rabies as stipulated in our PCDS 2030.

Animal Rabies Cases

Between January and November 2024, 114 ouf of 822 animal samples tested positive for rabies. The majority were from Kuching (74) cases, followed by Bintulu (14), Samarahan (8), Serian (6) and other divisions reported less than five cases.

Mempercepatkan pelaksanaan Skim Additional and Late Application Fund (ALAF) di Daerah Lundu di Kawasan N. 1 Opar.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kerana satu isu yang amat mendesak dan memerlukan tindakan segera, iaitu berkaitan dengan pelaksanaan Skim Additional and Late Application Fund (ALAF) di kawasan luar bandar, khususnya di Kawasan N. 1 Opar dan amnya di Daerah Lundu.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 102 permohonan daripada penduduk di kawasan saya sejak tahun 2023 yang masih belum menerima sebarang makluman berkenaan status kelulusan skim ini. Situasi ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila banyak rumah baharu telah didirikan hasil daripada peningkatan jumlah penduduk dan pembukaan kawasan penempatan baharu. Namun begitu, mereka masih belum menikmati bekalan elektrik yang sewajarnya, malah terpaksa bergantung dengan penjana kuasa sendiri yang mahal dan tidak mesra alam. Saya merayu agar pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, bersama-sama dengan Sarawak Energy Berhad dapat mempercepatkan proses kelulusan dan pelaksanaan skim ALAF ini di kawasan luar bandar yang terlibat, khususnya Kawasan N. 1 Opar, demi memastikan hak asas rakyat untuk menikmati bekalan elektrik tercapai.

Pelaksanaan segera skim ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup penduduk, tetapi juga menyokong pembangunan sosio-ekonomi di kawasan luar bandar. Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan merupakan asas kepada aktiviti keusahawanan, pendidikan, keselamatan dan pembangunan modal insan. Maka, saya berharap agar perkara ini dapat diberi keutamaan yang sewajarnya

Permudahkan Proses Perlaksanaan Projek Greater Kuching

Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana telah meluluskan penubuhan Greater Kuching Co-ordinated Development Agency (GKCDA). Melalui agensi ini, banyak projek-projek keperluan asas dapat dilaksanakan, khususnya kawasan saya di DUN N.1 Opar. Antaranya adalah Projek Menaik taraf Sawah Padi, Pembinaan Jalan-Jalan Pertanian, Pembinaan System Paip Graviti, Penurapan Jalan Rumah Ke Rumah, Pemasangan Lampu Jalan Dalam Kampung, Pembinaan Dewan Serbaguna, Pembinaan Jambatan Konkrit dan membina fasiliti untuk aktiviti pelancongan.

Kebanyakan projek ini telah sekian lama dinantikan oleh penduduk kampung sejak 61 tahun yang lalu. Kebanyakan mereka berasa teruja dan gembira apabila mendapat tahu projek-projek yang mereka tunggu sekian lama sudah diluluskan di akhir tahun 2023. Projek-projek ini bagaimanapun mengalami kesukaran untuk dilaksanakan kerana isu-isu seperti keperluan pertapakan ataupun siting, dan keperluan kelulusan State Planning Authority (SPA). Sebagai contohnya untuk membina sebuah dewan serbaguna di kampung dengan kos Rm450,000, sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan kerana memerlukan kelulusan pertapakan ataupun siting walhal dewan tersebut akan dibina di atas tanah orang kampung yang telah secara sukarela dan bersurat memberikan kelulusan tanah mereka untuk tujuan membina dewan tersebut. Bolehkah prosedur pelaksanaan yang digunapakai dalam perlaksanaan projek-projek Rural Transformation Project (RTP) diguna pakai bagi tujuan ini?

Kita mahu projek tersebut dilaksanakan untuk rakyat dengan cepat kerana setelah menunggu dua tahun setelah diluluskan, tetapi projek tidak dibina lagi, dan kita wakil rakyat ini yang dikatakan “cakap kosong” walhal dana untuk projek tersebut memang sudah tersedia ada di Economic Planning Unit (EPU) di bawah seliaan GKCDA. Saya merayu kepada agensi yang berkenaan, untuk membenarkan pelaksanaan mana-mana projek seumpama ini mencukupi dengan consent letter daripada pemilik tanah bagi membina dewan serbaguna atau surat izin lalu bagi membina jalan-jalan pertanian serta system paip graviti.

Tuan Speaker, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi ruang dan peluang kepada saya sebagai pencadang untuk membahaskan Usul Penghargaan di atas Ucapan Tuan Yang terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak semasa persidangan Dewan kali ini.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada rakan-rakan yang menyambut Hari Wesak, Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat, mungkin ada dalam kalangan kita di sini yang isteri dia jururawat dan Selamat Hari Guru, khasnya, buat isteri saya Cikgu Luyah Diman, yang tidak dapat dengan saya pada hari ini dan semua guru serta golongan pendidik.

Gawai Dayak akan menyusul tiga hari selepas persidangan ini. Di kesempatan ini, saya ingin menguncapkan Selamat Ari Gawe Dayak ka samuhe’ey warga Dayak ang akan nyambut Ari Gawe Dayak di maey aja kita kandiak. Berbelanjalah secara berhemah dan sambutan Gawai Dayak tahun nian agar diri nyambut ia secara sederhana. Oreeeeeedahhh! Oooohhhhhhaaaa! Izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun. Tidak dapat nyanyi, suara sik bagus.

Ampus Ka Uma Mebet Padi, Nyamur Banih Ka Tangah Payak; Napant Selesai Nanpant Baranti, Ada Jawapan Baru Picayak.

Di Dahan Ara HInggap Kenari, Singgah Sekawan Di Pohon Jati; Terima Kasih Saudara Saudari, Memberi Tumpuan Sepenuh Hati.

Tuan Speaker, maka dengan ini saya mohon mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya menerima Usul Penghargaan ini dengan sebulat suara. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, I shall now call upon Honourable Member for N.61, Pelagus to second the Motion.

Tuan Speaker, Salam Sarawakku Sayang and Salam Sarawak Maju Makmur. Thank you for giving me the opportunity to speak in support of the Motion of Appreciation to the opening address of the His Excellency the Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

First and foremost, I wish to express the highest gratitude and appreciation to His Excellency the Governor of Sarawak for delivering a visionary and comprehensive speech during the Opening Ceremony of the First Meeting of the Fourth Session 19th Sarawak State Legislative Assembly on the 19th of May 2025. The speech covered wide-ranging issues and outlined the strategic direction of our beloved Sarawak amid an evolving and challenging global landscape.

I fully support the Motion of Appreciation as the speech highlighted key areas crucial for Sarawak’s future, including economic diversification, technological transformation, infrastructure development and inclusive social progress. Before I proceed further, I would like to extend my heartfelt condolences to the families of the late Tun Abdullah Ahmad Badawi, the fifth Prime Minister of Malaysia and former Ulu Sadong Assemblyman, Datuk Amar Dominic Andrew Dago Randan, on their recent passing. May their soul be granted eternal peace and their contributions to the nation and Sarawak be forever remembered with gratitude and respect.

I would also like to take the opportunity to extend my sincere congratulations to the Honourable Member for N.8 Satok on the recent appointment as the Deputy Minister for Utility, entrusted with the responsibility over Sarawak Energy Berhad (SEB) and Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). I wish you, Sir, success in fulfilling this important role and carrying out your duties with dedication and excellence. Selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang Yang Berhormat Dato.

Tuan Speaker, the geopolitical uncertainties, climate change and global economic shifts highlighted by His Excellency are both real and pressing. I commend the proactive leadership of the Right Honourable Premier in navigating these challenges by investing in green energy, artificial intelligence, and digital transformation in line with PCDS 2030. The strategic international engagements, particularly the recent mission and/ or visit to Europe, reflect Sarawak’s ambition to emerge as a global player in sectors such as semiconductors, education and aerospace.

Tuan Speaker, Sarawak’s commitment to green energy is commendable. Initiatives like Sarawak Petchem’s methanol exports and the Waste-to-Energy program not only reduce our carbon footprint but also create skilled job opportunities and spur local economies. These efforts align with our aspiration to be the “Battery of ASEAN”. Equally important is the development of rural infrastructure. The completion of key bridges such as Batang Rajang, Bintulu-Jepak and Muara Lassa to name a few brings immense benefit to rural connectivity and economic development. These physical linkages must continue to be strengthened to support agriculture, tourism and SMEs.

Tuan Speaker, although the Sarawak Government continues to implement numerous infrastructure development projects across Sarawak, including in Kapit Division and other rural regions, we continue encounter several challenges on the ground.

A recurring issue involves the alignment of government infrastructure projects such as roads and utilities that intersect with existing land use, including Sarawak Energy Berhad’s (SEB) high-tension transmission line wayleaves, PL-designated oil palm plantations, and Licensed Planted Forest timber areas. These overlapping jurisdictions have often led to project delays, as contractors are either denied access or imposed with unreasonable fees by PL landowners or LPF license holders.

This situation is not only counterproductive but also undermines our shared goal of delivering timely and essential infrastructure to benefit the rakyat, particularly in remote areas and underserved communities. I urge the government to review and revise the terms and conditions of these licenses to prevent such obstructions. Amendments should be considered to Forests Ordinance and Land Code to introduce clear provisions to prevent licence holders from unreasonably hindering government development initiatives meant for public benefit.

Furthermore, there have been instances where timber companies have imposed charges on contractors transporting transportation materials for rural construction, road construction Rural Transformation Programme (RTP) projects via timber roads. In such cases, I propose that Government regulates access and imposes a standardized and reasonable fees structure, rather than allowed rates to be dictated by the Sarawak Timber Association, which is an association of private business entity. Road access for public development projects must remain under the firm and fair jurisdiction of the government.

Tuan Speaker, I would also like to highlight the poor condition of the Jiwa Murni Road stretching from Baleh Bride through Sungai Oyan to Merit. The road is in a severely deteriorated state and is in urgent need of maintenance. Although it has not yet been officially handed over to the Public Works Department (JKR), I strongly urge the government to explore alternative means, whether through special maintenance allocations an inter-agency coordination to carry our immediate repair works. We must not allow jurisdictions or procedural delays to compromise the safety and mobility of the rural population who depend on this route daily.

Tuan Speaker, I would also like to take this opportunity to urge the government to expedite several long-overdue development projects in Kapit, which are critical to improving connectivity, supporting rural livelihoods and enhancing food security in the region.

The provision of a proper ferry service, including the construction of ferry ramps and approach roads at Nanga Tulie and Nanga Melipis which has been long overdue since its approval in 2019 is urgently needed to ensure safe and reliable river crossing for rural communities. The proposed new road from the junction of Melekun Road to SK Nanga Kebiaw to provide school children and local residents with safer and more efficient access to education and basic services.

The establishment of an Agriculture Training Centre at Nanga Mujong to adopt modern and sustainable farming practices. The Central Processing and Packaging Centre (CPPC) and Agri-Food Terminal in Bleteh that will help strengthen the agriculture value chain and promote Kapit as a key agri-producer in the region and the construction of the 3.7 km by-pass road from Bukit Goram to the Kapit-Song Road, along with a bypass road at the existing traffic light junction, must be expedited to reduce congestion and improve traffic flow in Kapit Town. These projects are not just infrastructure upgrades – they are investments in the future of our rural communities and must be implemented without further delay.

Tuan Speaker, communication infrastructure remains a pressing concern in Kapit, a rapidly developing town with numerous ongoing projects. Despite mobile devices indicating 4G and even 5G signals in certain areas of the town, the actual quality of service remains poor. Many users struggle to make or receive calls, particularly during peak hours, due to network congestion. This suggests that while signal strength may appear adequate, but and underlying issue lies in the limited bandwidth capacity and insufficient backhaul infrastructure.

Therefore, I strongly urge the relevant authorities, particularly the Sarawak Multimedia Authority (SMA) to conduct a thorough assessment of the current telecommunications framework in Kapit. In addition, I call all telecommunication service providers to increase the frequency and scope of their network upgrades to ensure reliable and high-quality connectivity that matches the town’s pace of development.

Tuan Speaker, Sarawak’s consistent political stability, sound fiscal management and strategic leadership make it a preferred destination for high-impact investments. The takeover of Bintulu Port and MASwings, followed by the establishment of AirBorneo, signal our readiness to become a regional logistic hub. We must ensure that local businesses and entrepreneurs actively participate and benefit from these developments.

Strengthening the federal-state relations based on the Malaysia Agreement 1963 is vital. Sarawak’s rights over education, health and natural resources must be respected and expedited. I urge the Federal Government to honour these commitments swiftly under the spirit of Malaysia MADANI.

The appointment of PETROS as the sole gas aggregator in Sarawak makes a significant milestone in our journey towards greater control over our natural resources. As rightly highlighted by His Excellency, this strategic move empowers Sarawak to play a central role in planning and managing its own gas industry in accordance with our constitutional rights. In this regard, I echo the hope expressed by His Excellency that the collaboration between PETROS and PETRONAS can be finalised without further delay. A successful partnership will not only enhance the development of Sarawak’s oil and gas sector but also contribute meaningfully to the shared prosperity of both Sarawak and Malaysia.

Tuan Speaker, Sarawak’s social welfare programs such as Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), housing subsidies and entrepreneurship assistance are clear testament to the government’s commitment to the wellbeing of the people. Those initiatives have directly improved the livelihood of many, particular in underserved communities. However, to maximise their impact, I urge that they be continuously monitored, evaluated and expanded to ensure that no group is left behind.

Equally commendable is Sarawak’s social cohesion, which continues to be a model of unity in diversity. Our ability to maintain harmony across ethnic and religious lines reflects the success of inclusive governance. It is vital that we continue to nurture this spirit of Segulai Sejalai – living together in unity, for it remains the foundation of our political stability and social progress.

Tuan Speaker, in line with improving access to basic services in rural areas, I would like to draw attention to the need to upgrade the Nanga Mujong Health Clinic, which currently operates as a Type 6 and 7 facility. I strongly propose that it is upgraded to at least a Type 3 or 4 clinic, which would allow for the presence of a full-time Medical Officer (Doctor) and the provision of essential services such as X-ray imaging and laboratory diagnostics.

In addition, I recommend that the Nanga Mujong clinic be designated as a satellite clinic, as it serves patients not only form Nanga Mujong but also from Sungai Majau and the Mid-Baleh region. This will significantly enhance healthcare access to remote communities who otherwise face long and difficult journeys to seek treatment. Furthermore, since the land for the proposed health clinic at Nanga Pelagus has already been identified and is ready, I respectfully urge the Ministry of Health to expedite the construction process to meet the urgent healthcare needs of the surrounding population.

Tuan Speaker, with rapid development in the evolution of technology, education is the critical part to further strengthen Sarawak’s human capital development as being emphasised by His Excellency the Governor of Sarawak.

The establishment of international schools and Sarawak-owned higher education institutions focused on technical and vocational education (TVET) is well aligned with present and future industry demand. The Sarawak Government’s initiative to provide free higher education for Sarawakian students studying in Sarawak-owned universities and higher learning institutions in selected fields beginning 2026 give significant benefits to the people of Sarawak.

Equally commendable is the role played by Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) an institution that has become a symbol of youth empowering, digital transformation, and inclusive economic growth. TEGAS exemplifies the government’s commitment to nurturing a generation that is not only educated but also innovative and resilient. Under the strategic direction of the Sarawak Government, TEGAS has evolved into a dynamic platform for talent development, particularly in key areas such as Technical and Vocational Education and Training (TVET), Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), digital innovation, entrepreneurship, start-ups and social enterprise. These sectors are fundamental to our journey towards a competitive digital economy.

TEGAS’s achievements in fostering a vibrant start-up and entrepreneurial ecosystem are particularly noteworthy. Through well-structured accelerator programs, pitching competitions, mentorship schemes and access to seed funding, TEGAS has empowered a new generation of Sarawakian entrepreneurs. Today, we proudly witness the emergence of homegrown tech companies and social enterprises making meaningful impacts not only within Sarawak but also on national and international platforms.

Tuan Speaker, in view of Sarawak’s rapid development trajectory and the increasingly complex responsibilities undertaken by the Sarawak Government, I propose to this august House that consideration be given to amending the Sarawak Constitution to increase the number of Ministers within the Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak (Cabinet Sarawak). The current maximum number of 10 Ministers was set many years ago, during a very different phase of our state’s growth and governance landscape.

Today, with Sarawak playing a far more prominent role, not just within Malaysia but also on the global stage in areas such as green energy, digital transformation, education, infrastructure and economic diversification, our governance structure must evolve accordingly. Expanding the number of ministers would enable more focused portfolios, strengthen policy delivery, and enhance the overall administrative efficiency of the Sarawak Government. This is a necessary and timely step to ensure Sarawak remains agile, responsive and future-ready in managing its development agenda.

Before I conclude, I also wish to recognize the unwavering dedication of our civil service. The implementation of the SSPA and monthly special allowances show the government’s appreciation for their services. More professional development and conducive working environments must be provided to elevate public service delivery. As elected representatives, we carry the responsibility to translate the vision laid out in His Excellency’s address into impactful policies and outcomes for the people. We have great confidence that under the present leadership of our Sarawak Premier and the Sarawak Government, we can transform and elevate Sarawak to be a high-income state that will create a more balanced regional development across the nation.

Lastly, I humbly take this opportunity to sincerely wish all Honourable Members Selamat Ari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. Macam YB Opar, Ooohaa! With that, Tuan Speaker, I beg to move and support the Motion. Thank you.

Tuan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, the question is that the Motion in the name of the Honourable Member for Opar be approved.

Before I call upon Honourable Members to debate on the Head of State’s address, I would like to inform that three days have been set aside for Honourable Members who are not Members of the Cabinet to debate. That is from today 21st May 2025, tomorrow 22nd May 2025 and Friday 23rd May 2025. Under Standing Order 31(8), I hereby limit Members’ speeches to a maximum of 20 minutes. We have a break. Sitting resumes at 2.30 p.m.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.52 tengah hari)

(Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.41 petang)

[Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Speaker

Perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, under Standing Order 31(8), I hereby limit the time for Members to a maximum 20 minutes. Any Honourable Member who wishes to speak? Yang Berhormat N.38 Kalaka. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang, Salam Sarawak Maju Makmur dan Salam Segulai Sejalai.

Terima kasih Tuan Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 kali ini.

Tuan Speaker, dalam ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa Sarawak terus menunjukkan prestasi cemerlang di pentas nasional dan antarabangsa walaupun berdepan cabaran ekonomi global. Walaupun konflik geopolitik, revolusi teknologi, perubahan iklim dan perang tarif global memberikan kesan langsung kepada ekonomi negeri, namun Sarawak berada di landasan yang kukuh untuk menghadapi segala kemungkinan.

Langkah proaktif yang diambil oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari amatlah dipuji. Usaha beliau meneroka tenaga hijau, teknologi digital, dan inovasi membuka lembaran baharu ekonomi Sarawak bukan sahaja di dalam negeri malah di peringkat global.

Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak turut menyifatkan usaha Kerajaan Sarawak membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah tepat dan berpandangan jauh dalam menghadapi perubahan iklim global. Beliau menyifatkan langkah Kerajaan Sarawak memperkukuhkan agenda tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah tepat dalam menghadapi perubahan iklim global serta mengangkat Sarawak sebagai Battery of ASEAN.

Beliau berbangga dengan kejayaan Sarawak PETCHEM, mengeksport methanol pertama ke China dan pelancaran projek methanol hijau adalah bukti komitmen Sarawak terhadap bahan api rendah karbon. Usaha Waste to Energy juga memperkukuhkan pengurusan sisa secara mampan sambil menjana pendapatan negeri Sarawak.

Selain itu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak turut menyambut baik langkah kerajaan Sarawak memperkukuh pembangunan modal insan yang responsif terhadap keperluan industri masa kini, termasuk melalui penubuhan Sekolah Menengah Yayasan Sarawak serta institusi pendidikan teknikal dan vokasional milik negeri. Pemberian pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak dalam bidang terpilih di institusi milik Kerajaan Negeri bermula tahun depan adalah inisiatif yang memberi impak besar.

Selain itu juga, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap kejayaan kerajaan Sarawak pimpinan Premier menyiapkan beberapa jambatan utama yang menyambungkan bandar dan luar bandar seperti Jambatan Marudi, Muara Lassa, Bintulu-Jepak dan Batang Rajang. Prasarana lengkap ini penting untuk meningkatkan produktiviti luar bandar dan membuka peluang dalam pertanian, pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana (IKS). Sarawak kini muncul sebagai wilayah yang progresif dengan kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas dan pengurusan fizikal yang berhemah.

Langkah strategik Kerajaan Sarawak mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Maswings serta menubuhkan AirBorneo sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan negeri sebagai hab logistik serantau.

Semoga pimpinan Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam memimpin negeri ini terus mencapai kejayaan yang cemerlang, terbilang demi kelangsungan pembangunan Sarawak yang dicintai. Kita berdoa dan berharap semoga Sarawak terus maju makmur di bawah pimpinannya.

Tuan Speaker, izinkan saya terus mengemukakan rintihan, kehendak, rayuan suara hati rakyat di kawasan tempat saya iaitu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.38 Kalaka. Ia mengambil kira keperluan dan kepentingan rakyat yang perlu diberi perhatian segera.

Bekalan Air Terawat

Tuan Speaker, pembangunan luar bandar harus memberi keutamaan kepada penyediaan bekalan air bersih di setiap pelosok bahagian dan daerah di negeri ini khususnya kawasan yang diwakili saya iaitu DUN N.38 Kalaka.

Terdapat enam buah kampung dan tujuh buah rumah panjang di kawasan saya yang amat memerlukan tindakan segera pihak kerajaan negeri untuk mengatasi masalah bekalan air terawat khususnya di Kampung Paloh, Kampung Hilir Perpat, Kampung Tengah Perpat, Kampung Hulu Perpat, Kampung Kaba Hulu, Kampung Kaba Hilir, Rh Tanjung di Perpat, Rh Siti Belanda, Rh Christpoher, Rh Joshua di Kali Kaba dan Rh Galing, Rh Raweng dan Rh Mujah di kawasan Lubok Nibong.

Untuk makluman, kesemua perkampungan dan rumah panjang yang disebutkan tadi sehingga kini masih belum dibekalkan sumber air terawat daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Mohon jasa baik kementerian serta jabatan terbabit untuk memberikan perhatian bagi memastikan isu keperluan asas penduduk di kampung itu disegerakan serta juga turut menjejaskan beberapa buah sekolah. Kita amat memandang serius perkara ini di mana isu kemudahan asas seperti ini, persepsi dan harapan rakyat adalah untuk melihat projek penyambungan saluran bekalan air terawat di sini dapat disiapkan dalam masa yang terdekat seperti yang pernah dimaklumkan dahulu.

Jambatan Sungai Krian

Tuan Speaker, terdapat satu lagi tuntutan penduduk terhadap janji kerajaan suatu ketika dahulu, iaitu pembinaan projek Jambatan Tanjung Kalimah-Pagan atau mungkin boleh digelar sebagai Jambatan Sungai Krian Dua. Ibarat tidak lengkap perhubungan tanpa jambatan itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya, bilakah projek jambatan tersebut akan ditender dan seterusnya dapat dilaksanakan?

Sebelum itu, saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan JKR Sarawak yang telah memulakan projek pembinaan di Jalan Kupang-Bajau, yang mana kerja di tapak sudah bermula pada bulan Februari lalu. Satu keterujaan yang tidak terkata, lebih-lebih lagi penduduk yang mendambakannya berpuluh tahun. Besar harapan saya agar ia dapat disiapkan mengikut jadual perancangannya.

Blok Kedai Kosong di Pekan Saratok

Saya juga ingin membangkitkan tentang blok kedai kosong sama ada milik Majlis Daerah atau SEDC yang lokasinya di sebelah pentas utama Sri Kalaka. Saya ingin menarik perhatian pihak Majlis Daerah Saratok dan Kementerian Kerajaan Tempatan atau SEDC untuk mengambil tindakan segera untuk mengisi kekosongan kedai tersebut.

Projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF)

Tuan Speaker, pelaksanaan Projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF) adalah merupakan antara inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak sejak tahun 2018 bagi menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar.

Beberapa buah kampung dan rumah panjang di kawasan DUN N.38 Kalaka tidak ketinggalan dalam menerima bantuan ini yang mampu meringankan beban penduduk dan kita juga difahamkan ada sesetengah penduduk masih menggunakan set generator dan kos minyak petrol yang sangat mahal telah membebankan mereka.

Ekoran pertumbuhan kampung dalam DUN N.38 Kalaka sedang pesat, maka banyak rumah-rumah baharu yang belum mempunyai bekalan elektrik. Saya ingin bertanya, bagi tahun 2025, ada atau tidak projek baharu khususnya di bawah ALAF akan dilaksanakan di DUN Kalaka? Sehingga kini, berapakah permohonan di bawah ALAF yang masih menunggu untuk diluluskan sebagai contoh RH Lawat yang saya telah pohon, belum ada kelulusan.

Adalah satu masalah sikit dalam menyiapkan Projek ALAF yang berlaku di kawasan N.38 Kalaka iaitu berkaitan dengan pemasangan meter yang agak lambat. Soalannya, adakah SESCO kekurangan meter atau kontraktor “internal wiring” yang lambat menghantar borang AC01 untuk mendapat kelulusan atau lambat menghantar “testing result”. Mohon pihak SEB ambil tindakan yang sewajarnya.

Pertanian – Padi

Tuan Speaker, seperti tempat lain, DUN Kalaka mempunyai tanah yang luas untuk pertanian seperti padi bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Wilayah Sarawak sebagai jelapang padi baharu dan pengeluar beras utama.

Saya cukup “ntengouk” (kata orang Saratok) mendengar perancangan kerajaan untuk membangunkan banyak kawasan lain dalam penanaman padi. Jadi sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah agar membantu kami di DUN Kalaka untuk merealisasikan rancangan tersebut dari segi peruntukan, kepakaran, teknologi dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Tuan Speaker, sebagai permulaan, saya telah mencadangkan Kampung Kaba sebagai perintis. Dengan peruntukan sebanyak RM4.8 juta daripada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan kami serius menjadikan Kalaka sebagai pengeluar padi utama di Sarawak.

Mohon kementerian berkaitan untuk melihat dengan lebih dekat usaha kami di DUN Kalaka dalam penanaman padi. Bahkan kami ada banyak kawasan lain yang boleh diterokai dan sekarang kami sibuk menyediakan jalan-jalan pertanian dan telah menaik taraf jalan pertanian di kawasan Niyiar dan Jelupang.

Skim Pembesaran Kampung (SPK)

Tuan Speaker, SPK merupakan usaha yang sangat signifikan untuk meningkat kesejahteraan rakyat. Dengan adanya SPK, ahli yang ramai dalam satu rumah, dalam satu keluarga berpeluang untuk berumah sendiri, jika diluluskan lot perumahan.

Tuan Speaker, saya ingin bertanya, apakah status terkini projek-projek SPK dalam DUN N.38 Kalaka yang sudah diluluskan? Ada atau tidak Kerajaan meluluskan SPK baharu di DUN Kalaka pada tahun ini?

Dan bagaimanakah jika terdapat permohonan daripada penduduk untuk meminda lokasi SPK? Apakah prosedur yang perlu dibuat dan berapa lamakah tempoh proses pemindaan tersebut?

Klinik Kesihatan Jenis 3

Tuan Speaker, saya mencadangkan agar sebuah Klinik Kesihatan (Jenis 3) perlu diwujudkan bagi menampung keperluan Hospital Saratok yang dilihat semakin sesak dan tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah pesakit luar yang semakin meningkat. Terlalu banyak aduan yang telah diterima kerana masa menunggu giliran bermula daripada jam 8.00 pagi hingga ke pukul 1.00 petang seperti yang diadukan oleh penduduk. Ini satu petanda yang jelas betapa Klinik Kesihatan (Jenis 3) sangat-sangat diperlukan dan diwujudkan di Daerah Saratok.

Industri Kecil Sederhana (IKS)

Tuan Speaker, saya ingin bertanya, ada atau tidak perancangan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) untuk mengadakan lebih banyak program berkaitan di luar bandar seperti di DUN Kalaka untuk membantu usahawan IKS?

Mungkin boleh dicadangkan pihak MINTRED untuk turun padang ke Saratok sempena Pesta Saratok atau Regata Kalaka yang bakal berlangsung bulan Julai 11, 12 dan 13, Insya-Allah Yang Amat Berhormat Premier akan bersama di sana. Berapakah peruntukan tahunan yang digunakan untuk membantu pemain IKS di negeri ini amnya dan di DUN Kalaka khususnya?

Pasukan Bomba Sukarela/Komuniti

Tuan Speaker, dalam DUN Kalaka, masih banyak kampung atau rumah panjang yang jauh dari balai BOMBA yang terdekat. Justeru, apabila berlaku kebakaran di kawasan yang jauh itu, impak kebakaran memangnya tragis.

Baru-baru ini empat kuarters guru, nasib baik cikgu sik diam, siang hari angus di SK Kampung Perpat, musnah sepenuhnya. Saya ingin bertanya, apakah usaha kerajaan untuk memperkasakan pasukan BOMBA sukarela di setiap kampung? Setakat ini berapakah jumlah pasukan BOMBA sukarela yang telah ditubuhkan di Sarawak dan DUN Kalaka khususnya? Juga berapakah jumlah keahliannya?

Berapakah jumlah pasukan BOMBA sukarelawan yang harus ada di negeri ini, yang dapat bertindak sebagai “first responder” jika belaku kebakaran? Dan berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk menubuhkan pasukan BOMBA Sukarela (termasuk kos pembelian kelengkapan, kenderaan dan bilik Gerakan)?

Rumah Ibadat

Tuan Speaker, sebelum ini saya diberitahu tentang kelulusan kerajaan untuk mendirikan dan menggantikan masjid dan surau yang usang untuk dibuat baharu di kawasan DUN Kalaka. Setakat ini, bagaimanakah status terkini kesemua projek pembinaan masjid dan surau baharu tersebut? Kerana, mungkin terdapat isu yang menghalang projek ini diteruskan, maka dapatlah kita ikhtiar awal untuk penyelesaian isu dicari dan diambl tindakan.

Saya juga ingin bertanya, berapakah peruntukan yang telah dan akan diberikan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada rumah-rumah ibadat masyarakat Buddha, Kristian di DUN Kalaka?

Elaun KMKK

Isu mengenai elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk Setiausaha JKKK masih menjadi tanda tanya dalam kalangan pimpinan peringkat kampung. Masing-masing memainkan peranan yang cukup besar dalam menguruskan kampung dan saya percaya, sudah tiba masanya kerajaan memuktamadkan dan menoktahkan kenaikan elaun tersebut. Bukan sahaja lama tidak disemak, tetapi elaun yang diterima kini sangat tidak setimpal. Oleh demikian, mengulangi gesaan yang sama, saya mohon kenaikan elaun KMKK termasuk Setiausaha JKKK dan Ahli Majlis Daerah agar dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Pengurusan Sampah

Sampah masih menjadi isu yang utama di kebanyakan kawasan, terutama apabila tiada perkhidmatan mengutip sampah bagi kampung mahupun rumah panjang yang jalannya tidak berturap. Saya ambil contoh Kampung Kupang, Kampung Perpat yang sebahagian jalannya belum lagi berturap. Disebabkan perkara tersebut, pihak Majlis tidak dapat mengambil sampah ke kawasan berkenaan, sedangkan kawasan yang belum berturap sampai 50 kilometer.

Saya faham sekiranya perkara ini ketetapan atau undang-undang Majlis Daerah, namun sekiranya boleh dilakukan dengan budi bicara, alangkah baiknya, alangkah bagusnya, misalnya, Kampung Kupang ke Saratok, jarak hanya 49 kilometer dan bahagian jalan yang belum berturap pula hanya 10 kilometer sahaja.

Adakah menjadi masalah besar bagi pihak Majlis untuk mengambil sampah di Kampung Kupang? Sedangkan kawasan lain yang jaraknya lebih jauh, diambik juak. Jadi saya mohon agar pihak Majlis Daerah Saratok atau Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh mempertimbangkan untuk mengambil sampah di Kampung Kupang, Kampung Perpat dan di sekitarnya sebab saya merasakan adalah lebih baik untuk tidak menggalakkan penduduk membuang sampah sesuka hati ataupun ke dalam sungai.

Sebagai penutup, Tuan Speaker, demikianlah beberapa cadangan dan isu yang telah saya nyatakan dan mohon diberi perhatian dan tindakan bagi memenuhi aspiration rakyat khususnya kawasan luar bandar seperti kawasan di DUN N.38 Kalaka. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah berjaya melaksanakan projek pembangunan sepanjang tahun 2024 dan 2025.

Semoga niat dan urusan kita dipermudahkan Allah SWT untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat selari dengan slogan “Utamakan Sarawak”. Tidak lupa ucapan tahniah saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana telah mengendalikan sidang DUN kali ini dengan jayanya.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Gawai” kepada semua masyarakat Dayak dan saya juga ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha” kepada Muslimin dan Muslimat di mana jua berada. Dan dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, Kalaka dengan sukacitanya menyokong Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-19 kali ini.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Warabakatuh. Terima kasih.

Tuan Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kalaka. Next on my list is Yang Berhormat Daro. Please, silakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut membahas Usul Ucapan Pembukaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-19 pada 19 Mei 2025 yang lalu.

Tuan Speaker, saya mewakili penduduk di Kawasan N.43 Daro ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun, yang inti pati ucapan juga telah memberi peringatan kepada kita supaya mengambil langkah berhati-hati serta meneruskan usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif yang proaktif dan strategik sepertimana mana yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Premier bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik geopolitik, revolusi teknologi dan perubahan iklim termasuk perang tarif global baru-baru ini.

Tuan Speaker, dalam memajukan wilayah Sarawak yang kita cintai ini, penekanan pembangunan modal insan khususnya meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan muda iaitu betapa pentingnya pendidikan dalam dunia serba canggih dan ledakan teknologi yang pantas termasuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan perlu diberi perhatian dan penekanan yang sewajarnya. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan kemajuan ekonomi serta meneroka peluang-peluang pelaburan yang baharu perlulah ditingkatkan dengan melaksanakan pelbagai langkah-langkah yang strategik.

Selain daripada itu, Tuan Yang Terutama Tun juga menekankan pentingnya wilayah Sarawak ini mengekalkan kestabilan politik serta meningkatkan perpaduan dan keharmonian kaum seterusnya memberi perhatian bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat lebih baik meskipun kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, kita amat yakin, dengan adanya kerajaan yang berpandangan jauh serta berwawasan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier, bukan sahaja akan mampu membawa kemajuan kepada Sarawak, tetapi memastikan rakyatnya hidup sejahtera.

Begitu juga pentingnya keakraban hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Keikhlasan dan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan semua tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63, Laporan Inter-Government Committee (IGC), Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak amatlah diharapkan agar dapat diselesaikan dengan kadar yang secepat mungkin.

Tuan Speaker, seterusnya, sekarang izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang spesifik khususnya yang berkaitan dengan kawasan di N.43 Daro.

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan, Tuan Speaker. Beberapa tahun yang lepas, termasuk persidangan penggal yang lalu, saya telah menyuarakan isu tentang keperluan kemudahan utiliti di kawasan N.43 Daro khususnya bekalan elektrik, bekalan air bersih dan talian telekomunikasi.

Alhamdulillah, saya mewakili rakyat kawasan N.43 Daro ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier, khususnya Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak kerana telah berjaya menunaikan impian dan harapan rakyat.

Kalau dulunya hampir 60% kawasan kami tiada bekalan elektrik tapi sekarang ini hampir kesemua kampung dan rumah panjang telah menikmati bekalan elektrik 24 jam. Cuma kini, hanya tinggal satu pakej Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sahaja yang masih dalam pelaksanaan.

Begitu juga dengan kemudahan telekomunikasi, hampir kesemua penempatan di kawasan saya telah menikmati rangkaian telekomunikasi 4G dan kini hanya tinggal dua menara sahaja lagi di bawah program JENDELA yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijangka akan siap pada suku ketiga tahun ini.

Manakala yang lainnya, khususnya di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), telah beroperasi sepenuhnya. Ini bermakna 16 daripada 18 menara telah pun siap sepenuhnya dan dilengkapi dengan alatan telekomunikasi. Selain daripada itu, tujuh buah rumah panjang di penempatan Sungai Passin, yang merupakan sebuah penempatan yang paling jauh di hulu di bawah DUN N.43 Dato, bukan sahaja telah menikmati talian 4G, malah turut dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN).

Berkenaan dengan bekalan air bersih pula, meskipun belum siap sepenuhnya, tetapi telah banyak loji-loji berjaya dinaik taraf, begitu juga dengan projek Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS).

Apa yang membanggakan kita, usaha melaksanakan kemudahan ini demi kesejahteraan rakyat adalah dilaksanakan dengan dana Kerajaan Sarawak sendiri.

Tuan Speaker, sebuah projek yang amat besar impaknya kepada rakyat di Daro dan di sekitarnya ialah projek Jambatan Muara Lassa. Satu sejarah terindah yang telah tercipta pada 9 Januari 2025 ialah Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 km, merupakan jambatan jalan pesisir yang pertama siap daripada 16 buah jambatan jalan pesisir yang telah diluluskan dan telah dibuka untuk kegunaan orang ramai seterusnya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier pada 22 Februari 2025 yang lepas.

Meskipun dua buah jambatan yang berhampiran iaitu Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Igan belum siap sepenuhnya, namun impaknya sebagai a game changer amat dirasai oleh penduduk Daro. Tidak dinafikan projek ini bukan sahaja semata-mata sebagai kemudahan perhubungan ataupun connectivity tetapi berupaya meningkatkan ekonomi penduduk setempat khususnya para peniaga dan para usahawan.

Sehubungan itu, Tuan Speaker, dengan rasa syukur, kami masyarakat di Daro merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Sarawak, khususnya Yang Amat Berhormat Premier, yang telah meluluskan projek jambatan yang bernilai hampir RM600 juta ini dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Sarawak sendiri.

Keperluan Kelas Pendidikan Khas

Aspek pendidikan amat penting khususnya di peringkat sekolah rendah dan didapati masalah keciciran pelajar yang tinggi terutamanya pelajar di luar bandar adalah daripada kalangan anak-anak yang memerlukan pendidikan khas. Masalah ini berlaku disebabkan tidak semua sekolah kebangsaan mempunyai kelas pendidikan khas, khususnya sekolah di luar bandar, sehingga anak-anak istimewa ini tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya dan ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang lain.

Di kawasan saya, hanya sebuah sekolah iaitu SK Hijrah Badong sahaja yang mempunyai kelas pendidikan khas. Sehubungan itu, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dapat mencari kaedah yang terbaik untuk menyediakan pendidikan khas ini dengan lebih banyak serta mudah diakses, khususnya sekolah di luar bandar agar anak-anak istimewa ini dapat dididik dengan menggunakan metodologi dan teknik pendidikan yang sesuai agar bakat dan potensi mereka dapat dibangunkan untuk menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

Menubuhkan Kolej Atau Pusat Pendidikan Tingkatan 6

Seterusnya, menubuhkan kolej dan pusat pendidikan tinggi ataupun pendidikan Tingkatan 6. Tuan Speaker, salah satu institusi pendidikan bertaraf pra-universiti yang terdapat di Daerah Daro adalah pusat Tingkatan 6 yang pada masa ini menumpang di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro. Pusat ini juga menampung pelajar dari SMK Matu, SMK Semop dan SMK Belawai.

Sebagai pusat Tingkatan 6 yang menampung pelajar daripada luar bandar, ianya memerlukan mereka tinggal di asrama. Maka, saya melihat keperluan sebuah pusat atau kolej khusus untuk Tingkatan 6 perlu dibina di Daerah Daro agar satu kemudahan pusat pendidikan yang kondusif khusus untuk pelajar-pelajar di peringkat pra-universiti ini dilengkapi dengan keperluan khas termasuk kepada yang mengambil aliran sains dan teknologi serta asrama yang selesa dapat disediakan. Ini penting supaya mutu pendidikan khususnya kepada pelajar di luar bandar dapat diperkasakan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat universiti.

Setakat ini, pelajar Tingkatan 6 yang masih menumpang di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah menghadapi masalah kekangan kemudahan kelas dan prasarana lain kerana berkongsi dengan pelajar-pelajar yang lain sehingga terpaksa mengehadkan bilangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.

Oleh itu, besarlah harapan saya semoga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan untuk membina sebuah kolej ataupun sekurang-kurangnya pusat khas untuk Tingkatan 6 di Daerah Daro supaya ia dapat menyediakan kemudahan pendidikan, seterusnya berupaya menarik lebih ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 6 sebagai pilihan pra-universiti sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Agensi Antidadah Kebangsaan (Aadk)

Yang seterusnya adalah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Tuan Speaker, masalah penggunaan dadah nampaknya masih menjadi musuh nombor satu negara. Situasi ini lebih teruk dengan adanya pelbagai jenis dan bentuk dadah sintetik dewasa ini. Tindakan penguatkuasaan, pemulihan dan program kesedaran perlu diperkasakan. Salah satu agensi yang amat penting dalam melaksanakan usaha ini adalah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang saya dapati perkhidmatan ini masih amat kurang di Sarawak. Kalau di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, setiap daerah mempunyai pejabat AADK dengan kakitangan sekitar 30 orang.

Walau bagaimanapun, di Sarawak, bukan hanya tidak semua daerah ada pejabat AADK, tetapi kakitangan yang sedia ada di pejabat AADK pun amat sedikit dalam lima ke enam orang sahaja untuk menjalankan ataupun melaksanakan tugas yang melibatkan kawasan yang besar terutamanya dan memerlukan masa perjalanan yang panjang.

Sehubungan dengan itu, saya memohon agar Kementerian yang berkenaan di peringkat Persekutuan pertimbangkanlah untuk menubuhkan pejabat AADK di setiap daerah di Sarawak termasuk menambahkan kakitangan agar fungsi dan tanggungjawab AADK dapat dipertingkatkan.

Memperkasakan Jabatan Teknikal

Tuan Speaker, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan khususnya dalam aspek infrastruktur di bawah Kerajaan GPS amat pesat sekali lebih-lebih lagi bagi kawasan di luar bandar. Pelbagai jenis projek seperti projek RTP, Projek Rakyat, projek di bawah Rancangan Malaysia, dan projek di bawah agensi pembangunan dan lain-lain lagi banyak dilaksanakan di kawasan kita. Projek RTP umpamanya amat banyak bergantung kepada tiga agensi utama untuk melaksanakannya, iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan Majlis Daerah selaku agensi teknikal. Saya mohon agar Kerajaan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun lebih dikenali sebagai DID, mewujudkan pejabat di Daerah Daro yang diketuai oleh Jurutera Awam, J9 serta menempatkan sekurang-kurangnya dua orang Penolong Jurutera, J5 seperti mana pejabat JKR Daerah Daro agar kebergantungan kepada kakitangan pejabat DID di Bahagian Mukah sahaja untuk melaksanakan projek di Daerah Daro termasuk Daerah Matu dan di Daerah Tanjung Manis dapat dikurangkan. Dengan cara ini, ianya bukan sahaja menjimatkan masa dan kos perjalanan tetapi memudahkan agensi ini memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Daerah Daro khususnya bagi kerja dan perkhidmatan lain di bawah agensi ini.

Projek Persekutuan

Seterusnya adalah projek Persekutuan. Tuan Speaker, dikesempatan ini juga, saya ingin mendapatkan maklumat status terkini berkenaan dua buah projek Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan di kawasan saya iaitu membina Jalan Rumah Jingga/ David Multifarm/ Rumah Seli/ Rumah Gang/ SK Singat, Sg. Lengan, Bahagian Sibu, Sarawak di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan pembinaan SK Batang Lassa yang baharu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya telah dimaklumkan bahawa segala urusan pengambilalihan dan pembayaran pampasan tanah telah pun selesai dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Sehubungan itu, saya selaku wakil rakyat di kawasan ini memohon agar pelaksanaan bagi kedua-dua projek ini dapat disegerakan memandangkan kedua-dua projek ini amat diperlukan serta penting dalam meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar. Selain itu, kelewatan melaksanakan projek ini dikhuatiri boleh menyebabkan isu lain seperti kenaikan kos bahan binaan sehingga memerlukan Notice of Change (NOC) bagi mendapatkan peruntukan tambahan yang akan melambatkan lagi pelaksanaan projek ini. Seterusnya pembangunan sektor pertanian.

Pembangunan Sektor Pertanian

Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap potensi besar dalam sektor pertanian di kawasan Daro, khususnya melalui Skim Padi Daro yang terletak di Nangar. Sejak dibangunkan pada tahun 1975, kawasan seluas 3,283 hektar ini telah dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti sistem pengairan dan jalan-jalan ladang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak. Namun sehingga kini, potensi penuh kawasan ini belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun kemudahan asas telah disediakan sejak tahun 1970an, pengurusan dan kesinambungan projek ini dilihat longgar dan tidak berstruktur.

Kawasan ini sebenarnya berpotensi menjadi model perintis untuk pertanian pintar (Smart Farming) di pesisir, termasuk penggunaan sistem IoT (Internet of Thinking) untuk kawalan air dan baja, serta mekanisasi sepenuhnya agar menarik minat golongan muda tentang penanaman padi.

Jika diberi perhatian serius, Daro boleh menyumbang secara langsung kepada sasaran Sarawak sebagai pengeksport makanan, sekaligus menjana ekonomi luar bandar berasaskan agromakanan moden.

Sehubungan dengan itu, di sini saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pembangunan ataupun pelan pelaksanaan yang sedang dirancang atau akan dilaksanakan bagi Projek Padi Daro seluas 500 hektar di bawah projek “RM 1 Billion Development of Paddy Irrigation Scheme”.

Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru supaya pelaksanaan projek Proposed Development Drainage Infrastructure at Sungai Ilas/ Sebena (Block 63) dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian khususnya buah-buahan di Sungai Ilas, Meradong yang terkenal sebagai “Food Basket” di Bahagian Sarikei.

Keperluan Perumahan Rakyat

Tuan Speaker, kita sedia maklum Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah kediaman sendiri. Selain membina Rumah Spektra dan Rumah Mampu Milik, Kerajaan Sarawak juga memberi bantuan RM10 ribu untuk membayar deposit pembelian rumah pertama dan menyediakan pinjaman perumahan melalui Mutiara Mortgage. Bagi mencapai matlamat ini, saya ingin mengesyorkan agar kementerian atau agensi yang berkenaan perlu membuat kajian yang terperinci bagi mengetahui keperluan sebenarnya rumah mampu milik di setiap daerah di negeri ini supaya perancangan perumahan yang bersepadu dan menyeluruh dapat dilaksanakan.

Selain itu, saya dimaklumkan bahawa kegagalan untuk mendapatkan rumah mampu milik adalah disebabkan pinjaman perumahan Mutiara Mortgage mereka ditolak. Oleh itu, saya ingin mendapat pencerahan berapakah peratusan permohonan pinjaman perumahan Mutiara Mortgage yang telah ditolak ini dan apakah faktor dan punca permohonan mereka ini tidak berjaya?

Kemakmuran Malaysia

Tuan Speaker, kebelakangan ini pelbagai komen dan persepsi yang negatif telah kita dengar tentang Sarawak termasuk kepada Yang Berhormat Premier oleh beberapa pihak terutamanya yang di sebelah sana. Nampaknya, sama ada mereka ini dengan sengaja atau tidak mahu faham atau jahil akan sejarah penubuhan Malaysia khususnya inti pati yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga IGC ataupun dipengaruhi oleh rasa cemburu dan dengki dengan kemajuan yang pesat berlaku di Wilayah Sarawak sehingga menyebabkan jiwa dan hati mereka buta untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku telah menyumbang kepada kemakmuran Malaysia juga.

Tidakkah mereka sedar jika Sarawak maju, maka Malaysia juga maju? Pengiktirafan dan pencapaian yang Yang Amat Berhormat Premier terima daripada negara luar, di atas inisiatif yang telah beliau laksanakan seperti Tenaga Lestari dan Ekonomi Hijau sebenarnya juga telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Oleh itu, kemajuan dan kejayaan Sarawak bukanlah sesuatu yang perlu dicemburui dengan hasad dengki tetapi perlulah dicontohi kalau nakkan negara Malaysia kita ini maju. Lihatlah perkara-perkara yang baik juga, bukan hanya mencari perkara yang buruk sahaja. Perbuatan sebegini telah menyebabkan ada dalam kalangan pembangkang disebabkan oleh taksub dengan kehebatannya untuk mencari keburukan sahaja demi mendapat publisiti dan populariti, sehingga sanggup berlagak seolah-olah menjadi pakar mengenai spesis burung Kenyalang.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, izinkan saya menyampaikan enam rangkap pantun.

Pagi hari mandi di sumur, Anak dara pergi perigi; Sarawak kini maju dan makmur; Berkat usaha pemimpin bestari.

Rambut terurai diikat sanggul, Sanggul tinggi berlapik selendang; Premier ini pemimpin unggul; Berkorban demi Sarawak gemilang.

Terima kasih Dewan mulia, Bersidang lancar penuh muafakat; Speaker bijak penuh wibawa; Usul dibahas capai sepakat.

Ke Daro darat ke Matu Laut, Sejarah kita usah dilupa; Hak Sarawak kita menuntut; Perjanjian Malaysia Enam Puluh Tiga.

Air tuak dalam tempayan, Tanah bendang pemakai menua; Gawai Dayak jaga warisan; Lantang senang nguan menua.

Lembu dikandang pisau diasah, Takbir bergema di subuh hari; Raya bertandang penuh barakah; Aidiladha pengorbanan menanti.

Tuan Speaker, dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Gawai Dayak, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang, Nguan Menua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri… sorry, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakan-rakan dan taulan yang meraikannya. Dengan ini, Tuan Speaker, saya menyokong Perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Tun dan saya akhiri dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

Timbalan Speaker

Waalaikumusalam. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Daro. Dipersilakan, Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Semuja.

Encik John anak IlusPBB · GPSBukit Semuja

Terima kasih, Tuan Speaker. Selamat tengah hari, Salam sejahtera, Salam Sarawakku Sayang, Salam Sarawak Ibu Pertiwiku, Salam Sarawak Maju Makmur, Salam Segulai Sejalai dan Salam Indi Awang Indi Asung.

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang dan kesempatan ini kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sempena Upacara Pembukaan Persidangan kali ini.

Dengan kesempatan ini, selaku wakil rakyat bagi kawasan N.23 Bukit Semuja, ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Premier kita yang telah dipilih dan dilantik sebagai Yang di-Pertua baru bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) baru-baru ini. Beliau juga telah menerima Anugerah Pemimpin Muslim Cemerlang Dunia Tahun 2024 pada Forum Perniagaan dan Ekonomi ASEAN Sarawak (ASBEF) Tahun 2025 dan Anugerah Felo Kehormat Pertubuhan Perancangan Malaysia (MIP) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang beliau dalam mentransformasikan negeri kita Sarawak ini. Mudah-mudahan dengan kebijaksanaan beliau, wilayah kita ini akan lebih ke hadapan lagi dalam berbagai bidang di masa akan datang.

Minyak dan Gas

Tuan Speaker, dalam kerancakan kita menumpukan Pembangunan Wilayah kita secara menyeluruh, inklusif dan mampan dalam berbagai sektor seperti fizikal, ekonomi, sosial dan juga politik kita harus tidak leka dengan tekanan-tekanan yang sering mengganggu gugat perancangan kita. Jadi, kita ambil perkara ini dengan serius.

Rakyat di luar sana, sama ada di bandar mahupun di luar bandar sedang memerhati dan mengharap Kerajaan GPS yang sedang mentadbir negeri kita pada hari ini, mempercepatkan penyelesaian dalam isu atau konflik di antara PETROS dan juga PETRONAS.

Isu ini telah dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pemimpin-pemimpin veteran khususnya dari luar. Ada di antara mereka sengaja menuding jari ke arah pemimpin kita yang telah, yang sudah tidak ada lagi dan tidak dapat mempertahankan apa yang mereka lalui pada masa itu. Mungkin mereka dipaksa, diugut ataupun dijanji tanpa hitam putihnya. Selain dari itu, PDA Tahun 1974 tidak pernah dibawa ke Dewan yang mulia ini.

Keraguan, Kesahan dan Kebolehlaksanaan Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974 yang merupakan salah satu ordinan yang telah dibuat semasa Perintah Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969. Namun, perintah darurat ini sudah ditarik balik pada tahun 2011. Menurut sumber yang kita terima, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada tahun Perintah Darurat ditarik balik, mengatakan Kerajaan telah memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat telah dibatalkan.

Oleh itu, kami dari Bukit Semuja, berdiri teguh di belakang kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita dalam menyelesaikan kemelut ini untuk kebaikan wilayah kita yang lama diketepikan oleh mereka selama ini.

Bencana Banjir

Tuan Speaker, pada hari pertama, rakan kita kaum Cina yang sedang meraikan Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, kita dikejutkan dengan bencana banjir yang agak serius khususnya di Bintulu dan kawasan-kawasan lain di negeri ini. Bahagian Serian juga tidak ketinggalan dalam menghadapinya khususnya di kawasan DUN N.23 Bukit Semuja. Bencana banjir tersebut telah banyak membawa kesan dan kerugian harta benda seperti rumah, tanaman pertanian, ternakan dan banyak lagi.

Oleh itu, Tuan Speaker, kita di Serian meminta pihak yang berkenaan khususnya Kementerian yang berkaitan untuk menilai semula jalan Pan Borneo dari simpang Kampung Hulu Serian hingga ke simpang masuk ke Kampung Ranchan dari arah Sri Aman ke Serian. Jalan tersebut yang kira-kira kurang dari 2 km menjadi satu benteng untuk menakung air banjir pada masa itu. Sepanjang jalan tersebut, tempat seperti Kampung Munggu Limo dan Kampung Ranchan Medang yang jarang sekali dilanda banjir tetapi kali ini terpaksa dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara.

Masalah-masalah seperti ini, seperti kekurangan kulvert di sepanjang jalan tersebut, kulvert yang terlalu kecil dan ketidaksesuaiannya antara penyebab punca air bertakung dan melambatkan aliran air melaluinya. Seandainya ada dialog ataupun engagement dengan pemimpin akar umbi sebelum pembinaan, sudah pasti perkara ini besar kemungkinannya tidak akan berlaku. Mohon, pihak yang disebut tadi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Yang kedua, memohon pihak Kerajaan juga untuk menaikkan paras jalan di Simpang Slabi Sangkam dan Simpang Kampung Sorak Melayu di Jalan Slabi-Mantung Merau di mana kawasan ini selalu ditenggelami air banjir dan menyebabkan jalan utama tersebut terputus. Di samping itu, khususnya di Simpang Slabi khususnya hanya dalam kira 1 km, kurang daripada 1 km perlu dikaji dan dinilai semula tahap ketinggiannya.

Seterusnya, mohon pihak yang berkenaan untuk mengkaji dan mencari jalan dan kaedah yang terbaik untuk membuat pembentungan/ flood mitigation di sebelah ulu Sungai Batang Sadong/ Batang Kayan/ Batang Kedup yang selalu dilimpahi air dan menyebabkan banjir ke kawasan di sebelah hilir Sungai Sadong. Ini pasti akan mengawal aliran sungai secara perlahan dan tidak mendadak seperti sekarang ini.

Sektor Pertanian

Tuan Speaker, di Persidangan Pertanian Serantau di Sibu baru-baru ini, kita dimaklumkan bahawa Sarawak mencatat defisit imbangan dagangan makanan sebanyak RM6.44 bilion pada tahun 2024, sekali gus menunjukkan kebergantungan tinggi negeri ini terhadap makanan import. Persidangan tersebut yang menghimpunkan lebih 700 peserta dari negara kita Malaysia, Indonesia dan Brunei, sebagai platform perkongsian pengetahuan dan inovasi dalam memajukan sektor pertanian.

Kita dimaklumkan juga bahawa Kerajaan Negeri sangat komited melaksanakan transformasi sektor pertanian berasaskan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran tempatan dan mengurangkan kebergantungan tersebut. Pertanian perlu bergerak ke arah sistem moden dan berteknologi bagi memastikan keterjaminan makanan dalam jangka masa panjang. Dan menekankan keperluan untuk menarik minat golongan muda menyertai sektor tersebut dengan memperkenalkan pertanian sebagai kerjaya profesional yang berpendapatan tinggi. Sektor pertanian negeri perlu mengubah persepsi terhadap pertanian. Golongan muda kini perlu melihat sektor ini sebagai peluang kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah dan berpendapatan tinggi, berbeza daripada amalan dan pulangan sebelumnya.

Oleh itu Tuan Speaker, kita cadangkan untuk memastikan permasalahan ini tidak berlanjutan, berpanjangan serta memudaratkan kestabilan dan keselamatan negeri kita, maka Kerajaan harus berani dalam memperkenalkan model serta polisi yang akan memudahkan perancangan dan pelaksanaan untuk meningkatkan hasil pertanian kita.

So, cadangan pertama, kerajaan kita melalui Kementerian yang berkenaan harus bijak dalam menentukan arah tuju industri yang sangat penting. Contohnya, kita harus fokus kepada komoditi atau produk mengikut kawasan yang sesuai di negeri ini. Buat secara berkelompok dan secara besar-besaran agar kita dapat menumpukan tenaga dan sumber kita. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan rantaian pengeluaran secara khusus dan boleh menarik minat para peserta untuk bergiat dalam rantaian tersebut.

Sekarang ini, semua pihak beria-ria hendak memajukan kawasan masing-masing mengikut keinginan sendiri. Sesuai ataupun tidak, itu kita tidak tahu. Bila orang sebut pasal kelapa sawit, semua nak ikut, datang lagi kopi ikut juga. Secara umumnya, sejak dulu lagi penanaman yang popular adalah getah dan lada, selepas itu koko dan banyak lagi. Para petani kita pun ikut juga. Alangkah baiknya kita fokus dari dahulu lagi dan saya pasti sudah tentu R&D kita akan mencari jalan terbaik untuk meningkatkan hasil dari masa ke masa. Kematangan dalam bidang tersebut dapat dicapai dan penambahbaikan serta penambahan hasil dapat dicapai.

Yang kedua, mohon pihak yang berkenaan melihat kembali polisi tanah kita, dari segi kegunaannya. Ambillah contoh dari negara-negara seperti Vietnam, Thailand iaitu Asia Tenggara ini yang menjadi gergasi dari segi export atau pengeluaran hasil tanamannya. Tidak semestinya kita belajar dari negara-negara yang maju ataupun yang lebih maju. Kita boleh belajar dari negara-negara ketiga, seperti yang disebutkan tadi dan saya pasti ada sesuatu polisi yang boleh kita ikut atau padankan dengan keadaan kita di negeri Sarawak kini.

Penubuhan Badan Mengawal Selia Tanaman Kopi

Tuan Speaker, kebelakangan ini, kita sering dengar dan baca bahawa di beberapa tempat dan kawasan di negeri ini, penanaman kopi semakin popular. Penglibatan pekebun kecil dalam tanaman ini semakin hari semakin bertambah dan ada antara petani sudah memulakan pemprosesannya sendiri. Tidak ketinggalan juga, dengan bantuan Jabatan Pertanian Sarawak dalam membekalkan anak-anak kopi serta input-input yang berkaitan dan saya percaya industri ini akan cepat membangun.

Disebabkan kopi semakin popular adalah di cadang di Dewan ini agar satu badan ditubuhkan seperti tanaman ataupun komoditi lain di negeri ini. Antara tujuan penubuhannya adalah untuk memastikan perkara-perkara ataupun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penanaman kopi ini dikendalikan oleh badan khusus dan sudah pasti akan bertanggungjawab dalam mengawal selia, menjalankan polisi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kopi ini. Buat permulaannya adalah dicadang agar badan ini diletakkan di bawah jagaan Lembaga Koko Malaysia yang mana komoditi yang mereka uruskan adalah hampir sama.

Mengembalikan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sarawak di Peringkat Sekolah Rendah

“Those who cannot remember the past are condemned to repeat it”. Ini adalah daripada George Santayana. (A Spanish-American philosopher, essayist, poet and novelist).

Tuan Speaker, this quote highlights the importance of studying history to learn from mistakes and improve future outcomes. Thus, I wish our GPS Government is willing to look into and re-introduced the teaching of our Sarawak history in our primary school, like those of us in the 60’s and 70’s. By doing so, our young and the next generation to know more about our past history and learn from it. They are able to appreciate the good events and not to repeat any bad one. So, we hope our Education Ministry are able to look into this.

Permasalahan di Kawasan

Wisma Persekutuan Bahagian Serian

Tuan Speaker, ada beberapa masalah di kawasan, yang pertama ialah berkenaan dengan Wisma Persekutuan Bahagian Serian. Perkara ini pernah saya bawa di Dewan ini agar ada satu tempat, kawasan ataupun kompleks bangunan untuk menempatkan pejabat-pejabat di bawah Kerajaan Persekutuan di Bahagian Serian. Ini akan memudahkan orang ramai berurusan dan tidak lagi seperti sekarang ini, pejabat-pejabat ini berselerak dan ada juga masih menumpang di Kota Samarahan. Oleh itu, sekali lagi mohon pihak yang berkenaan untuk ambil tindakan yang sewajarnya.

Sekolah dan Pendidikan

Kedua adalah berkenaan dengan sekolah dan ini sekali lagi menjadi isu rutin yang sering dibawa dan disebut di Dewan pada setiap kali persidangan. Jadi pagi tadi, para pelajar dari SMK Serian juga berada di Dewan ini dan oleh itu kita memohon supaya SMK Serian nombor 2 dan juga SK Sri Sadong dipercepatkan pembinaannya.

Majlis Daerah Serian

Yang ketiga ialah Majlis Daerah Serian. Mohon agensi yang berkaitan untuk memaklumkan status terkini, mengenai perkembangan dan cadangan untuk menaik taraf Majlis Daerah Serian ke Majlis Perbandaran. Adakah cadangan ini diteruskan atau tidak? Namun demikian, selaku wakil rakyat dari kawasan ini, kami mengharapkan ia menjadi kenyataan satu hari nanti.

Ketua Masyarakat Serian

Seterusnya berkenaan dengan Ketua Masyarakat di Serian. Sekali lagi di Dewan yang mulia ini, kita ingin memaklumkan bahawa jawatan Temenggong untuk masyarakat Melayu Bahagian Serian masih kosong, Pemanca bagi Daerah Serian untuk kaum Iban pun masih kosong, bukan kosong, tetapi kerana jawatan belum diwujudkan. Begitu juga dengan jawatan Penghulu kaum Cina, juga tidak, belum diwujudkan. Selain daripada itu, untuk mewujudkan jawatan Kapitan bagi kawasan Serian pun tidak ada perkembangan yang terkini. Jadi mohon pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera.

So, dengan itu, Tuan Speaker, sebagai penutup, Bukit Semuja menyokong usul ini dan sebelum mengundur diri, ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua, sama ada di Dewan ini ataupun di luar sana. So, dengan ini “Selamat Andu Gawai Dayak 2025.” Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Bukit Semuja. Ahli-ahli Yang Berhormat, I got on my list, I have Bukit Assek, Baleh and Pending. May I call upon Bukit Assek, please.

Encik Chieng Jin EkSUPP · GPSBukit Assek

Tuan Speaker, thank you for giving me the opportunity to debate on our Honourable Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak’s address. I wish to convey my deepest appreciation for the visionary address delivered by His Excellency, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, during the recent opening of the First Meeting of the Fourth Session of the Nineteenth Sarawak State Legislative Assembly. His Excellency’s speech offers profound insights and will undoubtedly serve as a guidance for the Sarawak Government in its pursuit of lasting prosperity and social harmony.

Tuan Speaker, I respectfully rise to draw the attention of the Honourable Ministries, and this esteemed august House on the following five critical issues. It is my sincere hope that prompt and resolute actions will be taken to address these matters effectively and without delay.

Defending Sarawak’s Rights, Honouring MA63 and Demanding Fair Partnership

Tuan Speaker, today, I rise not just as the elected representative of N.51 Bukit Assek but as a proud Anak Sarawak to defend what is rightfully ours to speak up for fairness and to ensure that our constitutional safeguards under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) are upheld and not compromised.

Over the past weeks, Sarawakians have witnessed renewed discussions surrounding our oil and gas resources. While voices from outside Sarawak continue to speak of “national unity” and “economic stability”, we must be clear, the issue is not about weakening national institutions like Petronas. The real issue is justice, legality and the recognition of Sarawak’s rights that were agreed upon when we formed Malaysia in 1963.

Let us be reminded that Sarawak is not just one of the states in Malaysia, we are the founding partner of this federation. Our unique position is rooted in history and enshrined in legal instruments such as MA63, the IGC Report and the Cobbold Commission Report and these documents must be respected in both spirit and substance.

Tuan Speaker, the Distribution of Gas Ordinance (DGO) 2016, passed by the Dewan, provided the legal basis for Sarawak to regulate its own gas distribution. It is not a challenge to national unity; it is the rightful exercise of our legislative power.

We have every constitutional right to manage our own resources. The laws passed by this House must be observed by all corporations, including Petronas, when operating within our state and this is not about confrontation, it is about asserting the sovereignty granted to Sarawak under the Federal Constitution and MA63.

I welcome the recent announcement by our Yang Amat Berhormat Premier Sarawak that three key consensuses were reached with Yang Amat Berhormat Prime Minister:

1. Recognition of Sarawak Laws; 2. Recognition of PETROS as a sole gas aggregator in Sarawak; and 3. Increased equity for Sarawak in LNG commercial arrangement.

And these are encouraging developments. However, we must always stay alert. Sarawak must lead in charting its own energy future, from traditional petroleum to hydrogen and beyond.

Tuan Speaker, I call on all Honourable Members here, regardless of political affiliation to stand united. Let’s speak with one voice. Let us reject any narrative that frames Sarawak’s rightful assertion of its constitutional powers as “confrontational”. It is not. It is our duty.

Propose to set up LPG bottling plant in Central Zone of Sarawak

Tuan Speaker, earlier this year, in February, many residents in Sibu and the surrounding central region experienced difficulties in obtaining LPG gas cylinders. This situation arose when the Bintulu PUSAKA LPG Bottling Plant was forced to temporarily stop operations due to a landslide incident. As a result, the local distributors had to collect LPG gas cylinders from Kuching, doubling the transport distances and causing significant delays in distribution.

Thankfully, this challenge was addressed swiftly. I would like to take this opportunity to record my sincere appreciation to the Ministry of Utility and Telecommunication Sarawak and PETROS for their immediate and effective response. Thanks to their coordination, additional transportation capacity was mobilized, and the shortage was managed in a timely manner. The Bintulu bottling plant has since been repaired and has resumed normal operations.

Tuan Speaker, while this incident has been resolved, it has revealed a structural weakness in our LPG supply network, the over reliance on only two bottling plants in the state: one in Kuching and one in Bintulu. Any disruption at either plant inevitably affects the entire supply chain, especially in the central region.

Therefore, I wish to propose, for the consideration of this Honourable House and the relevant ministry, the establishment of a third LPG bottling plant in Central zone of Sarawak, ideally in Tanjung Manis. With its strategic location and existing industrial infrastructure, Tanjung Manis is well-positioned to serve as a dedicated supply base for Sibu, Mukah, Sarikei, Bintangor, Kapit and nearby areas at the central zone of Sarawak.

Tuan Speaker, it is not merely a redundancy, but a long-term strategic investment in supply chain resilience. A third bottling facility would strengthen our state’s energy security, reduce risks of future shortages, and ensure uninterrupted access to LPG for our people, even in times of unforeseen emergencies.

Renewal of House Land Title should be exempted from current policies for Bukit Assek Redevelopment area

Tuan Speaker, I rise today to speak on a very important matter concerning the people of Bukit Assek and the house land title renewal process currently overseen by the Sibu Municipal Council.

Let me begin by stating clearly: I do not object to the Sibu Municipal Council (SMC) having a set of Standard Operating Procedures (SOPs) in place, to assess applications for house land title renewals. In fact, it is necessary to ensure that buildings are structurally sound, that sanitation systems are working, and that public health and safety are not compromised.

However, I must strongly emphasize that the Bukit Assek Redevelopment Area should be treated as an exception.

Bukit Assek sits on peak soil, and this has caused serious damage to many buildings and public infrastructure in the area. Many houses are visibly tilting, slanting, and some are no longer fit for human habitation. It is extremely concerning that such conditions exist in a location so close to the town centre. This is precisely why the government has identified Bukit Assek as a priority area for redevelopment.

Yang Amat Berhormat Premier of Sarawak has already announced that the Bukit Assek Redevelopment Plan will begin in 2026. The final planning details will soon be finalized, and I am confident that a formal announcement will be made by the Yang Amat Berhormat Premier soon.

In the meantime, many land titles in the Bukit Assek area are soon expired. Some have been renewed, some are in the process of being renewed, and others have yet to apply. As I received many feedback from the public that based on the current SOPs enforced by the Sibu Municipal Council (SMC), unfortunately many properties in the area do not qualify for renewal, simply because the structures are already in poor condition or because houseowners cannot afford costly upgrades.

Tuan Speaker, with redevelopment just around the corner, is it truly reasonable to force these houseowners to spend more money to repaint their homes, to repair aging septic tanks, or install the new drainage systems, only to have these buildings demolished in less than two years?

Let’s be honest, such rigid enforcement of these requirements only serves to burden the people further, especially those from the lower-income households. It is simply unfair.

Therefore, I urge the relevant authorities, particularly the Sibu Municipal Council to revise their SOPs. I propose that properties located at the officially designated Bukit Assek Redevelopment Area should be exempted from these harsh requirements for the house land title renewal set by Sibu Municipal Council.

Challenges Faced by Swiftlets Farmers in Sarawak

Tuan Speaker, the swiftlet nest industry has long been a valuable asset to Sarawak’s economy. According to the protem committee of Persatuan Walit Kenyalang Sibu, with an estimated eight tonnes of bird’s nests produced monthly, worth around RM24 million, this sector supports thousands of livelihoods, especially in rural communities.

Sarawak is globally recognized for having some of the best quality, the bird’s nest, particularly due to our high sialic acid content, which enhances market value. Our state boasts over 20,000 birdhouses in rural areas, 6,000 in urban settings and more than 100 processing factories. This shows that Sarawak has a highly developed and mature industry with strong potential for growth and global expansion.

However, despite its success, the industry continues to face serious regulatory and operational challenges. Only 10% of swiftlet farmers are currently registered, making regulation and monitoring difficult. One major barrier is the complex licensing system, which involves multiple agencies, which include local councils, the Veterinary Department, The Sarawak Forestry Corporation (SFC), and the State Planning Authority.

A few weeks ago, I had the opportunity to meet with the protem committee of Persatuan Walit Kenyalang Sibu, who shared their frustrations and challenges in the period of the year 2023 and 2024, they submitted 268 license applications and yet until today, there have been no updates or approvals. This situation is deeply discouraging for farmers who have shown strong willingness to comply with regulations.

The current system is constrained by legislation such as the Wildlife Protection Ordinance, enacted in the 1990’s, which no longer reflects today’s realities. SFC and related authorities are bound by these outdated laws, and this has become a bottleneck to progress.

Therefore, I strongly support the call for Legalisation, Standardisation, and Globalisation. We must simplify and modernize the licensing process, adopt the Malaysia Standard on Good Animal Husbandry Practice, and assist farmers in obtaining in certifications needed for export.

To achieve this, I propose the formation of a Lembaga Walit Sarawak, a dedicated body to overseeing the registration, enforcement, development, and revenue collection for this sector. Let us work together to create a regulatory framework that empowers our swiftlet farmers, strengthens quality assurance and positions Sarawak as a global leader in swiftlet nest production.

Flood Mitigation Projects

Tuan Speaker, I would like to raise the pressing issue of flooding in Sibu, particularly in the Bukit Assek constituency. The flooding remains a serious concern, causing damage to property, disrupting lives, and threatening the public safety.

Phase 1 to 3 of the Sibu Flood Mitigation Project, previously funded by the Federal Government, have brought meaningful improvements. However, Phase 4, which covers Aman Road to Paramount Hotel has yet to commence. This phase is crucial, as it will protect an additional 618 hectares of central Sibu, particularly Bukit Assek area and benefit thousands of households and business.

I am pleased to inform this august House that Phase 4 will be funded by the Sarawak Government. Planning and design work has already been completed, and the project is ready for tender, but yet pending final approval from the Sarawak Planning Authority (SPA). I respectfully urge the Government to expedite the approval process so that construction can begin in the beginning of 2026.

In addition, I would like to propose two other important flood mitigation projects for Bukit Assek constituency under the 13th Malaysia Plan (RMK-13):

First, the upgrading of Roads and Drainage at Bukit Lima Nature Reserve and Kampung Usahajaya, Sentosa. Phase 1 of this project is scheduled for completion in August this year, which is encouraging. However, Phase 2 is urgently needed to complete the drainage network and ensure long-term flood resilience in this low-lying area. This area, the houses, the area of houses schools, churches, temples, residential homes and ecotourism spot, it deserves continued support.

Second, I propose the Drainage Upgrade at Jerwit and Ek Dee Areas, which are densely populated and frequently affected by flash floods. Upgrading the aging drainage system here is essential to protect residents’ health, property, and livelihood.

Tuan Speaker, flood mitigation is not just about infrastructure, it is about safeguarding the lives, supporting economic development and building climate resilience.

I respectfully call in this House and the relevant ministries to give priority funding and approval to Phase 4 of the Sibu Flood Mitigation Project and to include both proposed drainage upgrades for Bukit Assek in RMK-13.

In conclusion, Tuan Speaker, GPS under the leadership of YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, the Premier of Sarawak is a people-centric government that places the well-being of our rakyat at the heart of its agenda. We remain steadfast in our commitment to understanding the needs and aspiration of the people in our pursuit of a better and more prosperous Sarawak. I trust that all relevant ministries and agencies will take attention of these concern and respond with prompt and effective measures to address the challenges faced by our communities.

As the Dragon Boat Festival (Duanwu Jie) approaches on 31st May 2025, I would like to take this opportunity to extend my warmest wishes to all the Chinese Honourable Members, the staffs and the community. May this festive season bring you peace, health, and happiness.

To our Dayak community, I would also like to wish you Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai and with that, Tuan Speaker, I express my full support for the visionary address delivered by His Excellency, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. Thank you.

Timbalan Speaker

Terima kasih Ahli Yang Berhormat for Bukit Assek. Next on my list is Ahli Yang Berhormat for Baleh.

Thank you. Tuan Speaker, ribuan terima kasih saya ucapkan di atas peluang ini untuk membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena pembukaan Persidangan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada hari Isnin, 19 Mei 2025 yang lalu. Dengan kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan N.8 Satok di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS).

Saya juga ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang telah meninggal dunia pada 14 April 2025 lalu, sememangnya jasa beliau amat kita hargai.

Tuan Speaker, pelbagai isu dan cabaran semasa timbul turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak dan juga Malaysia secara keseluruhannya. Ketidaktentuan ekonomi global yang melibatkan revolusi teknologi yang memerlukan kita untuk berubah ke arah teknologi terkini dan berkapasiti tinggi, perubahan iklim serta kejutan daripada perang tarif global yang turut memberi kesan kepada ekonomi Sarawak.

Langkah proaktif yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dalam meneroka dan mempelbagaikan peluang ekonomi telah menempatkan Sarawak berada di landasan yang tepat untuk mencapai negeri yang maju menjelang tahun 2030.

Usaha Kerajaan Sarawak dalam membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui amatlah bertepatan sekali. Dunia kini sedang beralih kepada sumber tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui untuk menangani isu perubahan iklim global dan bakal menjadikan Sarawak sebagai “Battery of Asean”. Langkah ini telah menyokong usaha ASEAN POWER GRID untuk membekalkan tenaga bersih di rantau ini.

Sehubungan itu, perkembangan sosioekonomi serta keadaan politik Sarawak yang stabil turut mendukung Pelan Pembangunan Modal Insan Sarawak dengan menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada warga Sarawak dapat direalisasikan.

Tuan Speaker, komitmen Kerajaan Sarawak dalam membangunkan projek infrastruktur dapat membuka potensi ekonomi serta dapat merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar kerana pembangunan yang inklusif dan seimbang. Saya percaya bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dan tidak pernah membiarkan kawasan di luar bandar ketinggalan daripada arus pembangunan.

Kita sedia maklum bahawa projek infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air bersih serta telekomunikasi sedang giat diperluaskan ke kawasan luar bandar demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

Tuan Speaker, izinkan saya menyentuh isu-isu bagi kawasan saya di N.64 Baleh.

Jalan Perhubungan

Seperti yang kita sedia maklum, hampir 80% kawasan di N.64 Baleh menggunakan jalan balak sebagai jalan perhubungan utama. Jalan-jalan dan jambatan yang rosak akan segera dibaiki oleh syarikat pengusaha balak di kawasan berkenaan sebaik sahaja menerima aduan daripada Tuai Rumah atau Ketua Masyarakat di kawasan masing-masing.

Tetapi sekarang, keadaan jalan tidak lagi seperti dahulu kerana banyak kawasan balak telah ditutup dan tidak ada lagi syarikat balak yang beroperasi. Banyak jalan dan jambatan yang telah rosak dan tidak dapat diselenggara oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya, Bahagian Kapit) kerana masih dikategorikan sebagai kawasan balak aktif walaupun tidak ada lagi beroperasi pembalakan di kawasan tersebut.

Saya menggesa pihak kerajaan agar mengenalpasti dan mengambil alih jalan balak yang tidak lagi aktif agar kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja naik taraf jalan dapat dilaksanakan. Jambatan-jambatan lama yang sudah rapuh dan tidak selamat digunakan perlu diganti dengan kaedah “Bailey Bridge” yang lebih mudah dan cepat dipasang. Manakala kos bagi pemasangan lebih rendah berbanding pembinaan jambatan konkrit ataupun jambatan besi.

Jalan perhubungan terputus menjejaskan aktiviti harian penduduk rumah panjang. Malah beberapa buah sekolah dan juga klinik-klinik kesihatan turut terjejas. Menggunakan sungai sangat berbahaya kerana banyak jeram dan arus sungai yang amat deras. Manakala, jalan alternatif yang dibina di bawah Program Jiwa Murni pula banyak yang perlu diselenggara dan dinaik taraf kerana beberapa tempat terlalu tinggi dan curam.

Terdapat masalah dalam proses mengambil alih jalan tersebut kerana spesifikasi pembinaannya tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Jabatan Kerja Raya. Maka, kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak dapat dilaksanakan dan ianya merugikan rakyat yang menggunakan jalan tersebut sebagai jalan penghubung ke rumah panjang, sekolah-sekolah dan klinik kesihatan yang berhampiran. Semua agensi yang terlibat perlu duduk bersama bagi mencari cara penyelesaian berkenaan perkara tersebut.

Jalan Perhubungan ke Baleh HEP

Tuan Speaker, jalan perhubungan ke Baleh HEP dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun nanti. Namun begitu, jalan tersebut kini diancam dengan hakisan, terdapat tiga bahagian di jalan tersebut telah runtuh, manakala beberapa bahagian lagi telah dikenalpasti akan runtuh bila-bila masa. Saya menggesa agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), juruperunding dan kontraktor yang terlibat bagi pakej yang masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) agar mencari cara penyelesaian untuk mencegah tanah runtuh di sepanjang jalan tersebut.

Sehubungan itu, jalan tersebut belum lagi dipasang dengan kemudahan lampu jalan, ini menyebabkan keadaan jalan begitu gelap pada waktu malam. Oleh yang demikian, saya mohon agar pemasangan lampu jalan di sepanjang jajaran jalan ke Baleh HEP perlu disegerakan terutama yang melibatkan simpang rumah panjang di sepanjang jalan tersebut. Pihak polis perlu juga melakukan rondaan yang lebih kerap lagi untuk memastikan pengguna jalan raya berasa selamat dan selesa ketika memandu di sepanjang jalan tersebut. Kemalangan ngeri pernah berlaku di jalan tersebut akibat kecuaian penunggang motosikal melakukan aktiviti lumba haram yang telah melibatkan kematian beberapa orang remaja yang masih bersekolah berumur di antara 15 hingga 23 tahun. Mohon pihak berkuasa mengambil berat akan perkara ini.

Bekalan Air

Tuan Speaker, sumber bekalan air di kawasan saya semuanya berpunca daripada anak sungai yang berdekatan dengan rumah panjang. Inisiatif kerajaan Sarawak mahupun Kerajaan Pusat membekalkan tangki simpanan air kepada hampir semua rumah panjang di kawasan pedalaman dan luar bandar perlu beri pujian dan dihargai oleh rakyat. Ikhtiar ini adalah untuk memastikan bekalan air sentiasa ada bagi memenuhi keperluan harian dan isi rumah.

Sehingga kini, belum ada kes-kes yang tidak diingini yang melibatkan bekalan air yang diambil daripada sumber sungai walaupun tidak terawat. Namun, kualiti air daripada sungai-sungai terbabit perlu diambil perhatian memandangkan banyak sungai-sungai yang terjejas akibat pembinaan jalan dan pembangunan infrastruktur yang lain.

Kita perlu memikirkan kaedah atau cara bagi memastikan sumber air graviti tersebut benar-benar selamat untuk diminum serta untuk kegunaan harian yang lain. Perlu ada kesedaran daripada semua pihak bagi memastikan sumber air betul-betul selamat digunakan untuk kegunaan seharian.

Saya menyeru agar semua pihak termasuk agensi-agensi yang berkaitan seperti Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kesihatan perlu mencari cara atau mekanisme bagi menjaga dan memastikan sungai kita bersih dan selamat untuk diminum dan digunakan bagi kegunaan harian. Setiap kampung atau rumah panjang perlu ada tempat untuk pembuangan sampah sarap supaya tidak menjadikan sungai sebagai mangsa pencemaran.

Jika di jajaran Pan Borneo terutama U-Turn berada dalam keadaan kotor akibat pembuangan sampah. Tabiat masyarakat yang suka membuang sampah sarap ke sungai juga menjadi isu di kawasan pendalaman, malah yang lebih teruk lagi ada paip kumbahan terus ke sungai menyebabkan sungai semakin tercemar dan tidak selamat untuk diminum. Tabiat sebegini perlu diubah untuk kelangsungan sungai sebagai sumber makanan protein dan sumber bekalan air untuk kegunaan seharian.

Bekalan Elektrik Ke Kawasan Luar Bandar

Tuan Speaker, penduduk di kawasan luar bandar dan pendalaman telah mendapat bekalan elektrik hasil inisiatif daripada Sarawak Energy Berhad dengan kerjasama kerajaan Sarawak untuk membekalkan elektrik kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pendalaman yang tidak mempunyai sambungan kepada grid utama melalui program SARES.

Melalui program SARES ini telah banyak kawasan telah dibekalkan dengan bekalan elektrik dan telah mengurangkan kebergantungan kepada penjana kuasa jenis diesel atau benzine yang mahal dan ianya tidak mesra alam. Program ini telah meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan sosioekonomi penduduk yang tinggal di luar bandar.

Namun begitu, sistem ini hanya dapat membekalkan kuasa elektrik sekitar 3 kWh hingga 5 kWh sehari bagi setiap isi rumah dan ini tidak sesuai untuk kegunaan komersial ataupun industri. Oleh yang demikian, bekalan elektrik sistem grid masih diperlukan pada masa hadapan.

Di Tunoh, pembinaan Pejabat Daerah Bukit Mabong hampir siap dibina dan mungkin boleh diduduki pada bulan Oktober 2025 nanti. Jika pejabat tersebut beroperasi nanti, bekalan elektrik di Skim Penempatan Baru Tunoh memerlukan kuasa elektrik yang lebih besar dan memerlukan bekalan elektrik 24 jam.

Penyambungan bekalan elektrik 33 kV voltan sederhana atau Mediuam Voltage Covered Conductor (MVCC) Line dan pembinaan 33 kV atau 11 kV Sub-Station diperlukan di Tunoh supaya kerja-kerja pembangunan bandar baru dan penempatan semula lima buah rumah panjang yang dapat dilaksanakan.

Mohon pihak SEB menilai semula perancangan untuk menangguhkan projek membekalkan elektrik menggunakan sistem grid hanya kerana ianya melalui bekas jalan balak Nangka Serangkang sepanjang 37 km ke Tunoh. Ini bukanlah alasan untuk tidak meneruskan rancangan asal untuk membekalkan elektrik ke Tunoh memandangkan Tunoh merupakan pusat pentadbiran Daerah Bukit Mabong.

Dengan ini, kita tidak perlu menunggu pembinaan jalan dari simpang Baleh HEP di Nanga Merirai ke Skim Tunoh untuk siap dibina. Semakin tertangguh pelaksanaan penyambungan bekalan elektrik, semakin lama kita menunggu pembangunan baru di Tunoh untuk dilaksanakan.

Isu Stesen pertanian Daerah Bukit Mabong di Tunoh

Tuan Speaker, stesen pertanian yang berada di Tunoh bertanggungjawab memberikan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pertanian, bantuan teknikal serta menganjurkan program pembangunan pertanian kepada 138 buah rumah panjang di bawah Jabatan Pertanian Daerah Bukit Mabong.

Kita faham dengan situasi agensi yang beroperasi di kawasan pedalaman seperti di Tunoh. Banyak cabaran dan rintangan yang perlu diharungi untuk memastikan perkhidmatan berkualiti dan berterusan.

Pejabat dan juga kuarters kakitangan Jabatan Pertanian sudah siap, namun perabot dan peralatan pejabat masih belum dibekalkan. Set penjana elektrik ataupun generator set sudah rosak, manakala kabel elektrik di pejabat dan kuarters memerlukan pendawaian semula kerana soket-soket berserta dengan suis lampu banyak yang telah rosak.

Saya mohon agar pihak Kerajaan Sarawak perlu mempertimbangkan peruntukan untuk membaik pulih set penjana elektrik yang sedia ada supaya dapat membekalkan tenaga elektrik secara berterusan untuk kegunaan operasi pejabat dan kuarters kediaman. Jika bekalan elektrik terputus, bekalan air juga bermasalah kerana pam air juga tidak berfungsi untuk membekalkan air ke tangki simpanan yang sedia ada.

Saya mencadangkan agar Kerajaan Sarawak perlu mempertimbangkan pemasangan sistem tenaga solar sebagai alternatif untuk membekalkan elektrik 24 jam supaya stesen beroperasi mengikut perancangan jabatan.

Stesen Pertanian Tunoh perlu diangkat sebagai Pusat Pentadbiran Jabatan Pertanian Daerah Bukit Mabong dapat beroperasi menjelang penghujung tahun ini seperti yang telah dirancang oleh Jabatan Pertanian Bahagian Kapit. Secara tidak langsung, usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan dan pentadbiran kawasan luar bandar sentiasa diberi keutamaan.

Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak

Tuan Speaker, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan menerusi pelbagai program kebajikan dan saluran bantuan sosial secara berkesan. Mengambil contoh Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak Sarawak di bawah golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital SPAY. Begitu juga dengan semua pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi yang diberikan bantuan khas RM1,200 tanpa mengira pendapatan per kapita keluarga. Banyak lagi bantuan turut disediakan oleh Kerajaan Sarawak termasuk Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS), pemberian baucar buku, komputer riba percuma dan lain-lain.

Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Sarawak

Tuan Speaker, bagi memudahkan urusan pembelian rumah dan pemilikan rumah untuk rakyat Sarawak, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan beberapa jenis inisiatif. Antaranya, bagi penduduk di kawasan luar bandar, ianya telah dimanifestasikan menerusi Skim Pinjaman Rumah Panjang iaitu pinjaman tanpa faedah bagi memastikan mereka mendapat kediaman yang selesa untuk didiami. Skim ini menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM50,000 sepintu dalam bentuk bahan binaan untuk komuniti rumah panjang membina atau membaiki rumah mereka. Selain itu, Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) yang telah memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 pemilik rumah pertama setakat ini. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Sarawak telah menyediakan bayaran deposit RM10,000 untuk membeli rumah sebagai usaha membantu rakyat khususnya golongan muda memiliki rumah kediaman sendiri. Pelbagai lagi bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha memastikan rakyat Sarawak memiliki dan mendiami rumah sendiri dengan selesa.

Tuan Speaker, sebagai kesimpulannya, ucapan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak menunjukkan asas ekonomi yang kukuh, amalan tadbir urus yang baik serta pengurusan kewangan yang cemerlang oleh Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak. Kestabilan politik menjadikan Sarawak kekal kukuh dan membolehkan Kerajaan Sarawak merangka serta melaksanakan dasar-dasar yang progresif, berwawasan dan berorientasikan rakyat. Kita amat yakin bahawa di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Kerajaan Sarawak yang sedia ada, kita dapat mentransformasi dan memartabatkan Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi yang mewujudkan pembangunan serantau yang lebih seimbang di seluruh negara.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, dengan kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada masyarakat muslim dan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua kepada sahabat Dayak yang akan menyambut Hari Gawai tidak lama lagi. Dengan ini saya menyokong Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat bagi Baleh. Next, Yang Berhormat for Pending, please.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Thank you, Tuan Speaker for allowing me to participate in the debate on Motion of thanks to the address of Tuan Yang Terutama delivered in this august House on 19th May 2025.

Tuan Speaker, is Sarawak truly ready to attract high-value foreign investment, or are we merely putting on a show while the fundamentals remain broken? The Sarawak Government has spent millions flying our Minister Yang Amat Berhormat Premier and their entourage around the world promoting Sarawak as the new frontier for investment. But the real test is not in the brochures or speeches. It is what happens when those investors land here and see the ground reality.

Energy: Promises Made, Power Not Delivered

Sarawak often boasts of its 5,745 MW in electricity generation capacity. But what matters to investors is not the installed capacity. It is its availability, industrial-grade power when and where it's needed. The truth is hard to ignore. Sarawak Energy Berhad (SEB) is not delivering fast enough. While industrial parks are launched with ribbon-cutting ceremonies, the power needed to run the factories is still in planning or not ready. The gap is costing us real investments. Investors don’t wait three years, five years or more. They move to Johor, Penang or Vietnam where infrastructure matches ambition. Take Baleh Dam for example - 1,285 MW hydropower project meant to strengthen our grid. Its delay only reinforces the perception that Sarawak cannot meet its own timelines. If we cannot deliver on core infrastructure, what confidence can we offer to high-value investors?

Land: Delayed, Disjointed and Not Ready

Land readiness is another bottleneck. We speak of industrial zones, but how many are truly shovel-ready, gazetted, with land titles, utilities, and road access in place? Investors aren’t interested in potential 10 years down the line. They want to start the building tomorrow. But what they encounter are unclear titles, delayed approvals, and missing infrastructures. Until we fix these on-the-ground realities, no amount of promotional missions abroad will convert interest into immediate investment.

Red Tape and Fragmented Governance

The regulatory environment in Sarawak remains stuck in the past. Investors must deal with a maze of agencies where each working in silos, with no coordination, no standard timeline, and no sense of urgency. Land approvals, environmental clearances, utility connections, import permits-each comes with its own delay… (Interruption)…

Timbalan Speaker

Yang Berhormat.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Some projects have been left hanging…(Interruption)…

Timbalan Speaker

Yang Berhormat.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

…for over a year just for…(Interruption)…

Timbalan Speaker

Before you proceed, I just want to ask are you basing your argument on this general sort of observation or are you basing on facts?

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

I’m basing on facts and from the people I interviewed, and they tell me… (Interruption)…

Timbalan Speaker

You can substantiate that?

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

I cannot reveal the source… (Interruption)…

Timbalan Speaker

Because it’s too general… (Interruption)…

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Because I need to… (Interruption)…

Timbalan Speaker

Too vast… (Interruption)…

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

No. These are the problems. I mean it is general. Let the Minister answer. This is the problems we have to solve it. I will tell you I will come out with solutions how you deal with it. You can ask SESCO now, do they have electricity? ... (Interruption)…

Timbalan Speaker

You see. What I’m saying is while you can speak… (Interruption)…

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Ya… (Interruption)…

Timbalan Speaker

…..towards that angle but you must base it on facts and based on text which are verified.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

It is fact. It is fact… (Interruption)…

Timbalan Speaker

The thing is you are doing it… (Interruption)…

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

No… (Interruption)…

Timbalan Speaker

Too general… (Interruption)…

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

It is not general. It’s the issue. That’s the problem… (Interruption)…

Timbalan Speaker

Anyway, you go on again… (Interruption)…

Human Capital: The Missing Piece

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Okay, I come to next point, now is the Human Capital, do we have enough Human Capital? Do we have skilled Sarawakians to support the investor?

Mega Projects

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Mega Projects, okay this is based on facts, it was just announced by the Premier last week. We have heard of the H2biscus and H2ornbill projects since early 2022 when MOU was signed. But ask ourselves, have these projects actually operational today? Last week, Yang Amat Berhormat Premier announced that the project has yet to complete their Front End Engineering Design. Most of these announced mega projects remain at the MOU and feasibility stage.

Tuan Speaker, the government is not ready, and investors know it. So, it is our time for our state administration to stop prioritising international appearances and start fixing what is broken at home. The government must establish a dedicated task force to align power supply timelines with investment rollouts, particularly in priority growth zones. Sarawak Energy Berhad must be held accountable through performance-based targets tied to industrial readiness and not vague or shifting projections. Talking about electricity, let me spice up this this august House a bit. “Kebelakangan ini, ada yang berkata kepada saya, sekarang kalau ada masalah bekalan elektrik, carilah Adik Jo, dia boleh selesaikan. Siapa itu Adik Jo? Jadi saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, haraplah kita dapat cari Adik Jo yang mampu membantu, maka saya harap beliau mendengar suara rakyat yang saya bangkitkan di sini. Masalah ini mesti diselesaikan segera”.

Affin Card

Tuan Speaker, my next issue, the Affin Bank Card. Tuan Speaker, the Hornbill has been on the centre stage for the past one week after I exposed the wrong Hornbill featured in the Affin Bank Card which was recently launched by our Yang Amat Berhormat Premier and marketed exclusively for Sarawakians. This is not making a mountain out of a molehill. No more molehill. It is an outright distortion of Sarawak's identity, an insult cloaked as a tribute. It is indeed very embarrassing for our Yang Amat Berhormat Premier to launch a product representing Sarawak with glaring mistake. Instead of our state bird, the Rhinoceros Hornbill (Burung Kenyalang) the card displays the Great Hornbill, a species that does not exist in Sarawak. It hails from Peninsular Malaysia, India, and parts of Southeast Asia, but certainly not from Borneo.

Renowned Sarawakian zoologist and bird expert Jason Teo has clearly confirmed that the bird depicted is not the Rhinoceros Hornbill. And to add insult to injury, the image was not even specifically designed by Affin Bank. It was in fact lifted from a stock image website, Dreamstime. Meaning downloads by the image, not original design. There was no Sarawakian input. No local artist. No cultural consideration. Yet Affin Bank has the audacity to spin that this as a creative product of their own. This is dishonest, deceptive, and frankly, disgraceful.

Tuan Speaker, instead of dealing with the core issue, certain individuals like MBKS Mayor Wee Hong Seng have opted to launch personal attacks against me. As for Sarawak GPS, they can marshal all their cyber troopers to discredit me, but the truth remains unchanged. Their actions reveal one thing; they are more concerned with saving face than standing up for the truth respecting Sarawak's identity.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat… Yang Berhormat… let me see. Hold on, stop you’re the time. You are referring to the Mayor of MBKS, is it? So, I think because of the Standing Order, you should not refer to him because he is not able to defend himself here. So, as far as your debate is concerned, I think it is irrelevant to bring this here because it takes your time, go for another subject, please.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Okay, I wouldn’t mention himlah haiyaa not so worth it alsolah. Not a single Sarawak GPS leader has pointed out the hornbill mistake, the wrong hornbill. Their silence speaks volumes. Goes to show how disconnected the Sarawak GPS leaders are from the sentiments of Sarawakians who deeply value our heritage and proudly uphold our symbols.

Tuan Speaker, if this card had not been marketed as a proud identity of Sara wakians, I would not have even bordered to raise this issue. But because it was presented as a reflection of Sarawak identity, our pride, our soul, I refuse to stay silent.

Tuan Speaker I am kind of sympathizing with Sarawak Tourism Board. Year in year out, the Board worked relentlessly to promote our Burung Kenyalang, including through the Gateway to Borneo campaign. Yet the very Minister task with leading this mission appears to lack even a basic appreciation for this iconic emblem. His statement made two days ago is a dismissal of the Board's tireless efforts and a blow to the cultural dignity of Sarawak. With due respect, the Minister, it is very unwise for the Minister to come out with that statement.

So, I urge the Sarawak Government to assert its authority as a significant shareholder holding 31.25% in Affin Bank and demand immediate rectification by withdrawing the current card from circulation. Ask Affin to stop circulating the card. Redesign the card, using the correct hornbill. They have made a profit in the first quarter of this year. So, they have the money. Don’t tell me no budget. They sure got budget. So, redesign the card using the correct hornbill or Burung Kenyalang and issue a formal, public apology to Sarawak for this unacceptable misrepresentation.

If Sarawak Government cannot even correct a blatant disregard for our own state’s identity, then what is the credibility do we have in claiming influence over institutions we partially own. Ownership without the will to act is nothing more than symbolic. This card is issued by our own bank, is by the bank owned by Sarawak Government. So how can we just leave it like that. How can we just ignore the mistake.

It is our responsibility to uphold the dignity of Sarawak and to defend the integrity of our identity, and to ensure that symbolic misrepresentations are not left unaddressed. We must not confuse our future generations. The Rhinoceros Hornbill is our state bird. The Great Hornbill is not our hornbill. So don’t confuse the people, don’t confuse our future generations. Just replace the card with the correct Burung Kenyalang. Our state bird is very specific, and it is Rhinoceros Hornbill. No compromise.

Tuan Speaker, I wish to highlight a long-standing issue that demands urgent attention that is the absence of Chinese Officers-in-charge of Police Districts (OCPD) in Sarawak. Sarawak has 28 police districts, supported by approximately 85 police stations and 15 outposts. While the exact number of personnel remains classified, estimates suggest that there are about 7,000 police officers and rank-and-file members serving the state. Yet, in the last decade, not a single Chinese OCPD has been appointed in Sarawak. This is especially troubling in districts with significant Chinese populations such as Kuching, Miri, Sibu and Bintulu.

Tuan Speaker, this is not merely about numbers, it reflects a deeper concern which is lack of representation, communication, and cultural understanding between law enforcement and the communities they serve. Sarawak is a model of racial harmony and unity. These values must be reflected in all sectors, particularly in leadership roles within critical institutions like the Royal Malaysia Police (PDRM). Leadership should mirror the diversity of our society.

For example, the last Chinese OCPD in Kuching was ACP Mun Kok Kiong, who served until 2011 before being transferred to Miri, where he completed his service in 2012. Since then, no Chinese officer has led in major districts like Kuching Sibu, Miri or Bintulu. In Sibu, a town with a large Chinese population, the last Chinese OCPD was the late DSP Vincent Siong Man Heng, who retired in the mid-1990s.

Over the years, other dedicated Chinese OCPDs have served Sarawak diligently, including Supt Ambrose Chung (retired in Miri in 2004), DSP Chung Aik Peng (retired in Serian, in 2016), Supt. Ng Ah Lek (retired in Padawan, 2015) and then Supt. Choo Yin Kok (retired in Padawan, 2016) and then Supt DSP Lee Thian Lien… (Interruption)...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, this is a federal matter, isn’t it? It is, or you are making this point for the general public or even this DUN, just to know. Stop the time. Because I think no ministers here will be able to answer you. I think its more on the federal matter and I think the best thing is to ask your friend Yang Berhormat Padungan, on your right-hand side to bring it up to Parliament.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Tuan Speaker, you know the request from the state is very important. Is G to G, you understand that? Government to Government.

Timbalan Speaker

Yes, but the way you put it up, you can make a request, but…(Interruption)…

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Yes, so, I request the State Government to bring this matter to the attention of the Federal Government like when you fight for our oil and gas rights. Nothing wrong. Tell the Federal Government, tell the Ministry of Home Affairs. Let us work towards fair and inclusive representation within PDRM Sarawak.

Timbalan Speaker

Your Yang Berhomat friend for Padungan is from the MADANI Government too. (Laughter).

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Stop the time, stop the time. Now, I move on to the next point Tuan Speaker.

Tuan Speaker, if the Sarawak Government is willing to welcome foreigners under the Malaysia My Second Home (MM2H) programme, then we must also show the same courtesy and consideration to our fellow Malaysians from Sabah and West Malaysia especially those in the civil service who have served Sarawak with dedication.

We have doctors, teachers, professors, police officers and armed forces personnel who are transferred here and have contributed with loyalty and honour. Many of them spent decades in Sarawak, bringing their families and building their lives here. Yet, under the current State Immigration Policy, they are required to return to their home states upon retirement regardless of how long they have served and how rooted they have become in our communities.

Many civil servants have raised this concern with me directly, particularly those civil servants who are non-Sarawakian with non-Sarawakian spouses. They regard Sarawak as their home and wish to remain here after their service ends. Despite their contributions, there is no clear immigration policy allowing them to stay on not even for those who have held the highest ranks Department Directors, Police Commissioners, or even Senior Military Officers. I took the initiative to confirm with our Immigration Department last week. Currently, there are no provisions for these retired civil servants to stay in Sarawak post-retirement, even if they have invested in property or spent most of their careers here.

Tuan Speaker, I can’t understand, on one hand Sarawak allows foreigners to settle in Sarawak under the MM2H. On the other hand, we ask our own fellow Malaysians people who have served us faithfully to leave immediately upon their retirement. Where is the fairness in this? To be clear, this is not about West Malaysians or Sabahans or promoting West Malaysians or Sabahans. It’s about recognizing Malaysians who have contributed to Sarawak. Many members of this House, including the Honourable Member for Batu Kawa, have spouses from West Malaysia. So, this is not an “us versus them” issue. It is a matter of respect and common sense.

Therefore, I urge the Sarawak Government to introduce a policy that allows retired non-Sarawakians civil servants with non-Sarawakians spouses who have demonstrated their commitment to Sarawak to apply for Sarawak Citizenship Status or at least as permanent resident. Let us not close the door on those who have stood with us, serve beside us, and made Sarawak their home.

Unsafe Walkways at Bintawa Hawker Centre Expose MBKS’s Partisan Priorities

Tuan Speaker, the condition of the three fully constructed walkways at the frontage of Bintawa Hawker Centre requires urgent rectification. Although the renovation was completed late last year by MBKS using the funds from the Federal MADANI Government, the quality of work particularly on the walkways raises serious safety concerns. The walkway was constructed in such a funny way whereby one section was constructed using proper cement while the other section was quite inexplicable, paved with ten small cement slabs. As anyone with basic construction knowledge would understand, these slabs are prone to sinking, especially during rainy days resulting in an uneven and slippery surface. This is especially hazardous for the elderly and vulnerable groups. Yet, MBKS is playing blind over it.

In March this year, Yang Berhormat Kelvin Yii, Member of Parliament for Bandar Kuching and I personally raised this matter with the Mayor of MBKS when we met him at Kenyalang Community Market. We clearly highlighted the risks and urged immediate repairs. YB Kelvin Yii even followed up with an official letter to the Council offering to fund the necessary upgrades using the constituency allocation funding if MBKS has no money.

Yet Tuan Speaker, to this day, till now, till today MBKS has neither acted nor responded. Not only has the Council failed to address a clear safety hazard, but it has also declined to allow the MP, the Member of Parliament, to step in and resolve the issue at no cost to the Council. One would reasonably expect that public safety would override political considerations. But apparently, in SUPP’s world, accepting assistance from a DAP representative is a greater offence than allowing the elderly to risk injury.

Tuan Speaker, this is precisely the kind of petty, small-minded behaviour of the Council that erodes public trust. I urge the Mayor and MBKS Leadership to put aside political insecurity. We were all elected to serve the public. If MBKS is able to carry out the repairs, do it immediately. If not, grant the necessary approval and allow the Member of Parliament for Bandar Kuching to fund the work – a sincere offer made in the interest of the public.

Tuan Speaker, sebelum saya menutup, saya pun ingin berpantun. This is the first time I berpantun di sini.

Burung Kenyalang terbang berkawan, Singgah sebentar atas pokok sena; Kami berdua bukan ramai Kawan, Tapi suara kami bukan suka-suka.

Abang Jo ke luar bawa delegasi, Adik Jo jaga kabel kadang senyap-senyap; Duduk 82, pembangkang hanya dua sisi, Tapi yang bersuara, siapa paling kerap?

Timbalan Speaker

Point of order. Hold on, point of order. What point of order?

Okay. Nanti boleh sambung pantun but I am raising a point of order. Pantun tersebut berbunyi, “sapa ada kabel boleh jumpa Adik Jo”. I think that is, you know, imputing improper motive. So, Standing Order 32... (Interruption)…

Timbalan Speaker

I guess you better withdraw the pantun with another pantun.

So, withdraw the pantun please. Make another pantun. Next time, I will, saya tolong buat pantun.

Timbalan Speaker

I agree. It’s an improper motive.

Puan Violet Yong Wui WuiDAP · PHPending

Abang Jo ke luar, bawa delegasi, Adik Jo jaga elektrik, kadang senyap-senyap; Duduk 82, pembangkang hanya dua sisi, Tapi yang bersuara, siapa paling kerap?

Sarawak Indah tanah bertuah, Rakyat menanti bukan sekadar madah; Biar dua, kami tak goyah, Yang lena bangun, jangan asyik megah.

With that I conclude, Thank you Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Thank you, Ahli Yang Berhormat bagi Pending. Ahli Yang Berhormat bagi Ba’ Kelalan, please.

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Tuan Speaker, I rise to express my gratitude for the opportunity to address this esteemed House in debating the Motion of Appreciation on the address delivered by His Excellency the Governor of Sarawak on 19th May 2025. I’ll go straight into issues affecting my constituency Ba’ Kelalan immediately, Tuan Speaker.

Infrastructure Development

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Sarawak-Sabah Link Road (SSLR)

Tuan Speaker, I commend the State Government’s commitment to bridging rural and urban divides through transformative infrastructure projects, notably the Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) in my constituency of Ba’Kelalan. This project is pivotal in unlocking the socio-economic potential of rural areas, particularly in my constituency of Ba’Kelalan, Ulu Limbang and Baram, by facilitating agricultural trade and market access, as outlined in paragraph 28 of His Excellency’s address.

However, I note with concern that Phase 2 of the SSLR, scheduled for completion in November 2026, was only 45% complete as of March 2025. Geotechnical challenges, including unpredictable terrain and soil movements, have contributed to delays. While I appreciate the efforts of all parties to expedite progress, I urge the authorities to ensure that construction quality and safety standards remain uncompromised. The durability of the road and the safety of its users must remain paramount.

Tuan Speaker, furthermore, I draw attention to unresolved issues concerning land and property along the SSLR alignment. Several families in my constituency have reported damage to their homes, with some rendered uninhabitable. These homeowners claim they are yet to receive the compensations due to them. I call upon the responsible sub-contractor to address these grievances promptly and with empathy, ensuring fair and timely compensation to affected households.

Road from Long Kumap to CIQS at Ba’Kelalan/ Long Bawan Border

Tuan Speaker, the deplorable condition of the road from Long Kumap, at the end of Package 3 of the SSLR, to the Customs, Immigration, and Quarantine Station (CIQS) at the Ba’Kelalan/ Long Bawan border remains a pressing concern. This stretch, reduced to a muddy timber track in parts, is impassable and unfit to serve as a vital link between Sarawak and Indonesia’s new capital, Nusantara.

In 2023, the Member of Parliament for Lawas announced a federal allocation of RM80 million under the Ministry of Rural and Regional Development for this road to be implemented by the Sarawak Drainage and Irrigation Department (DID). An additional RM30 million was requested to address funding shortfalls. Despite my raising this issue in the November 2024 sitting of this House, the response indicated that the additional allocation was still pending federal approval.

Tuan Speaker, at the 2024 RECODA briefing in Miri, I highlighted the embarrassment of allowing such substandard road conditions to persist, particularly when compared to the superior infrastructure on the Indonesian side. With the CIQS at Ba’Kelalan now operational since 5th April 2025, I urge the State and Federal Governments to prioritise and expedite funding and construction of this critical ‘last mile’ link to uphold Sarawak’s dignity and facilitate cross-border connectivity.

Gabma (Post Gabungan Malaysia-Indonesia)

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Tuan Speaker, during a recent visit to Long Bawan, Indonesia, I observed a joint Malaysia-Indonesia security post, known as ‘Post Gabungan Malaysia-Indonesia’ (GABMA), located on the Malaysian side of the border before the CIQS. This post is manned by both Malaysian and Indonesian military personnel. While I acknowledge the intent of this joint operation to enhance border security, the presence of Indonesian soldiers on Malaysian soil raises concerns about sovereignty and security.

With the CIQS now fully operational and staffed by Immigration, Police, and Customs officers, I question the continued necessity of the GABMA post. I propose that joint security operations be conducted from respective sides of the border to avoid any perception of compromised sovereignty. I urge the government to review this arrangement urgently and provide clarity on its strategic necessity.

Renewal Of Gun Licences And Cartridge Purchase Permits

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Tuan Speaker, in rural constituencies such as Ba’Kelalan, hunting remains a vital source of sustenance, necessitating firearms and ammunition. However, the process for renewing gun licenses and obtaining cartridges purchase permits is unduly burdensome. Apparently, the sole authority to approve such applications rests with the District Officer (DO) in Lawas, I believe they have in district as well whose frequent unavailability due to official commitments has caused significant delays.

So, Tuan Speaker, residents face substantial costs, with travel expenses from Ba’Kelalan, Long Semadoh, and Long Sukang to Lawas amounting to RM160.00, RM100.00, and RM40.00 to and fro, respectively. Multiple trips are often required, with some applicants waiting up to a month for approval. Just last month, I myself experienced delays when attempting to obtain a license to purchase new cartridges. It took almost a month for me to have my application signed by the District Officer who was unavailable due to his busy schedules.

To alleviate this hardship, Tuan Speaker, I propose that the authority approve these applications be delegated to Sarawak Administrative Officers (SAOs), of which there are three in Lawas, as far I know. This would enhance efficiency and reduce the financial and logistical burden on rural communities. I urge the government to implement this change expeditiously.

SCHOOLS

SK Long Sukang

Tuan Speaker, the prolonged delay in completing SK Long Sukang remains a matter of grave concern and an embarrassment to the state. Approved in 2009 under the 9th Malaysia Plan with a budget of RM25 million, the project was listed as a top priority under Rolling Plan 1 of the 11th Malaysia Plan. In 2017, an additional RM19 million was approved to complete the remaining 30% of the project, yet no progress has been made.

In January 2025, the Public Works Department (JKR) declared the school unsafe for occupation, leaving the future of its pupils, teachers, and staff uncertain. This situation jeopardizes the education and safety of our children. Of course, I am aware that this matter is under the Federal Education Ministry, nevertheless I respectfully urge the Minister to take a personal interest in resolving this matter with the Federal Ministry and to clarify the government’s plans to either re-tender or complete the project, ensuring a safe and conducive learning environment.

Proposed SMK Long Semadoh

Tuan Speaker, I was informed last year that the proposed upgrading of SK Long Semadoh to a Comprehensive Special Model School (K11) has been under assessment by the Ministry of Education and the Sarawak Education Department. Since land was acquired in 2013, nothing has been done. During the 2016 election campaign, the then Federal Minister for Energy, Green Technology, and Water announced that the Prime Minister had approved RM35 million for the construction of SMK Long Semadoh. Yet, 12 years on, the project remains unrealised.

The absence of a secondary school in Long Semadoh forces young children to attend distant boarding schools, exposing them to risks such as bullying, drug abuse, and illegal gambling. Parents are understandably concerned about their children’s safety and well-being. I therefore urge the government to expedite the assessment process and provide a definitive timeline for the project’s inclusion in the 13th Malaysia Plan.

Future Of Our Youths

Encik Baru BianPSBBa'kelalan

Tuan Speaker, I draw the House’s attention to remarks by Tan Sri Muhammad Ibrahim, former Governor of Bank Negara Malaysia, who warned that our youths’ risk being relegated to low-skilled, low-wage jobs. He highlighted issues such as underemployment, reliance on foreign labour, brain drain, and stagnant wages, with fresh graduates earning RM2,000–RM3,000 instead of the RM7,000-RM8,000 needed for a decent standard of living.

To secure a brighter future for Sarawak’s youths, we must reform our education system to prioritize technology, digital skills, critical thinking, and innovation, while expanding Technical and Vocational Education and Training (TVET). A high-skill, high-wage economy is essential to retain talent and address wage stagnation. I commend the Sarawak Government’s efforts to chart its own course in governance and urge continued leadership in these areas, particularly where federal action may be lacking.

CONCLUSION

Tuan Speaker, as we approach the Gawai celebrations, I extend my warmest wishes to all Dayaks within and beyond this august House, Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai. And to all Muslim friends, Selamat Hari Raya, Aidiladha. May Sarawak continue to prosper and may justice and righteousness flow like a river from this House to every corner of our beloved state.

With these observations, Tuan Speaker, Ba’Kelalan wishes to support the Motion of Appreciation on the opening address delivered by His Excellency the Governor of Sarawak on 19th May 2025. Thank you for your indulgence, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Thank you, Yang Berhormat Ba’Kelalan. May I call upon with respect, Yang Berhormat Balingian, please.

Thank you, Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang dan Salam Segulai Sejalai. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam Perbahasan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19.

Sarawak kini berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global, perubahan iklim dan konflik geopolitik, namun begitu kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak wajar dipuji atas tindakan proaktif meneroka peluang ekonomi baharu terutama dalam bidang tenaga hijau, digital dan inovasi di samping memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor pendidikan dan teknologi. Komitmen Sarawak terhadap pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi kitaran terserlah melalui inisiatif menjadikan Sarawak sebagai Battery of ASEAN. Kejayaan eksport metanol ke China, pelancaran Projek Metanol Hijau serta usaha pengurusan sisa ke arah waste-to-energy. Dalam aspek pembangunan modal insan, tumpuan diberikan kepada melahirkan tenaga kerja kemahiran tinggi melalui penubuhan sekolah antarabangsa, institusi pendidikan teknikal, pemberian pendidikan tinggi percuma selain menggalakkan kerjasama erat antara institusi pendidikan dan industri.

Pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik, air dan telekomunikasi telah dan terus dipertingkatkan khususnya di kawasan luar bandar sekali gus memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Sarawak juga semakin menonjol sebagai destinasi pelaburan strategik melalui penambahbaikan infrastruktur dan pengukuhan sektor logistik termasuk pengambilan Bintulu Port Authority dan MASwings serta penubuhan AirBorneo. Hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan turut dipuji dengan harapan segala tuntutan hak Sarawak yang ditarik balik secara sengaja atau tidak dapat diselesaikan segera demi manfaat bersama. Pelantikan PETROS sebagai gas aggregator tunggal di Sarawak adalah selaras dengan hak Perlembagaan Negeri dan kerjasama bersama PETRONAS diharapkan dapat dimuktamadkan bagi memajukan industri minyak dan gas.

Kestabilan politik Sarawak menjadi asas utama kepada pembangunan mampan dan keyakinan pelabur manakala pelbagai inisiatif kebajikan, pendidikan, kesihatan dan keusahawanan terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Sarawak yang juga terus menjadi contoh perpaduan dan keharmonian sosial dalam pelbagai budaya, etnik dan agama. Kejayaan dalam pembangunan belia dan sukan termasuk persiapan sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 membuktikan keupayaan negeri di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 berjalan lancar, manakala persiapan untuk Rancangan Malaysia Ke-13 dijangka akan terus memacu pembangunan negeri. Sumbangan penjawat awam juga diiktiraf melalui penambahbaikan sistem saraan dan kemudahan di tempat kerja.

Secara keseluruhannya, Sarawak berada di landasan yang kukuh untuk mencapai status ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 selaras dengan aspirasi pembangunan yang mampan dan inklusif. Tuan Speaker, seterusnya saya akan mengetengahkan isu dan permasalahan rakyat di kawasan saya.

JALAN RAYA

Jalan Tringkas (Skoyan-Sitieng)

Tuan Speaker, pada penghujung tahun 2024 sehingga awal tahun 2025, Sarawak telah dilanda bencana banjir besar yang memberi kesan menyeluruh di seluruh negeri. Kawasan Balingian juga tidak terkecuali daripada musibah ini, khususnya di kawasan Ulu Mukah yang turut terjejas teruk. Antara kawasan yang dikenal pasti sering dinaiki air saban tahun ialah laluan dari Penakub Cina, Jalan Tingkas (Skoyan ke Sitieng), Jalan Sesok-Teh Labak-Sau dan laluan Kampung Penakub Ulu-Teh-Tabo.

Laluan ini amat kritikal kerana apabila berlaku hujan lebat terutamanya semasa monsun timur laut, kawasan ini mudah terputus hubungan. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan penduduk, malah menyulitkan pihak berkuasa untuk menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada komuniti yang terjejas. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar jalan di kawasan tersebut dinaik taraf supaya laluan ini kekal dapat diakses walaupun ketika musim hujan atau banjir. Saya percaya langkah ini bukan sahaja meningkatkan daya tahan infrastruktur kita terhadap bencana, malah menjamin kebajikan rakyat di kawasan luar bandar, terutama sekali di kawasan N.58 Balingian.

Jalan Bukut – Sungai Bawan – RGC Balingian

Satu cadangan yang amat penting dan wajar diberi keutamaan iaitu pembinaan jalan penghubung dari Bukut ke Sungai Bawan sehingga ke RGC Balingian. Projek ini bukan sahaja bersifat strategik, malah akan membawa manfaat kepada lebih 3,500 penduduk yang mendiami 30 buah rumah panjang di bawah Pentadbiran Daerah Kecil Balingian. Pembinaan jalan ini akan mempercepatkan masa perjalanan dan aksesabiliti antara kawasan pedalaman dan pusat pentadbiran sekali gus memudahkan penduduk khususnya di kawasan Bukut dan Ulu Arip di bawah DUN Kakus untuk menjalankan urusan rasmi di Pejabat Daerah Kecil Balingian serta pejabat-pejabat Kerajaan lain yang terdapat di pekan kecil Balingian.

Projek ini memberi impak langsung kepada dua kawasan DUN iaitu DUN Kakus dan DUN Balingian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, surat permohonan telah diajukan oleh Dato Sri ADUN Kakus kepada Yang Amat Berhormat Premier tahun lepas. Maka, saya memohon agar Kerajaan Sarawak memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan projek ini demi kesejahteraan rakyat dan peningkatan jaringan infrastruktur luar bandar yang mampan.

Pendidikan

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Balingian yang telah dikategorikan sebagai projek sakit. Sejak diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 sekitar tahun 2013, kemajuan projek ini hanya mencapai 20% berbanding jadual asal sebanyak 70%. Akibatnya, pelajar di Balingian terpaksa berulang-alik ke Mukah yang bukan sahaja membebankan mereka, tetapi juga menjejaskan prestasi akademik. Begitu juga dengan SK Sungai Badengan yang perlu diberi perhatian khusus dan serius. Saya menyeru agar pihak dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu ini demi memastikan hak pendidikan anak-anak di Balingian tidak terus terabai.

Bekalan Air Bersih

Satu lagi isu yang masih meresahkan rakyat di kawasan N.58 Balingian ialah berkaitan tekanan air rendah yang kerap berlaku terutama semasa waktu puncak penggunaan. Masalah ini dilaporkan berlaku dari Kampung Kuala Balingian sehingga ke kawasan Setuan. Kita tidak menafikan bahawa kewujudan beberapa industri berat di kawasan Balingian telah menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam penggunaan air yang secara langsung memberi tekanan kepada sistem bekalan air yang sedia ada. Sehubungan itu, saya mohon agar pihak yang berwajib segera mengambil tindakan konkrit untuk menangani isu ini demi menjamin bekalan air yang stabil dan mencukupi kepada rakyat.

Projek ALAF

Sebagaimana yang kita semua maklum, perkhidmatan elektrik bukanlah sekadar untuk kemudahan asas, tetapi merupakan pemangkin utama kepada pembangunan sesebuah komuniti. Ia membuka akses kepada pendidikan yang lebih baik, meningkatkan tahap kesihatan, dan secara keseluruhannya memperbaiki mutu kehidupan rakyat.

Namun, amat mendukacitakan apabila sehingga hari ini, Projek Bekalan Air di kawasan saya masih belum menunjukkan sebarang perkembangan antaranya di kawasan Bayan Tasik, Bayan Ulu, Liok, Penipah, Kampung Sg. Alo, Kampung Jebungan, Kampung Sesok Baru, Kampung Sesok dan banyak lagi kawasan yang lain di bawah N.58 Balingian. Meskipun isu ini telah saya bangkitkan dalam persidangan Dewan yang lalu. Oleh itu, saya sekali lagi mohon agar pihak berkenaan segera mengambil tindakan segera untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek yang telah dirancangkan untuk kawasan N.58 Balingian.

Mahkamah Tetap

Saya ingin turut menyentuh keperluan mendesak untuk mempercepatkan pembinaan mahkamah tetap di Mukah dan menubuhkan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya di daerah ini. Perkara ini telah diketengahkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PEMADAM Daerah Mukah pada 28 April 2025, sebagai langkah positif dalam menangani peningkatan kes-kes jenayah, khususnya berkaitan penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan di kawasan ini. Ketiadaan mahkamah tetap menyebabkan perbicaraan kes-kes jenayah terpaksa dibawa ke mahkamah di luar daerah, yang bukan sahaja menyusahkan pihak terlibat, tetapi juga melambatkan proses keadilan. Justeru, saya memohon agar pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian serius terhadap cadangan ini demi memperkukuhkan sistem perundangan dan keselamatan masyarakat di Mukah.

Telekomunikasi

Saya ingin menyentuh satu lagi isu yang sangat penting dalam usaha memperkasakan pembangunan luar bandar iaitu berkaitan kelajuan capaian internet di kawasan N.58 Balingian. Kita menghargai usaha kerajaan dalam menaik taraf infrastruktur telekomunikasi terutamanya dari peralihan rangkaian 3D kepada 4D di banyak kawasan luar bandar. Namun begitu, perubahan dari segi teknologi ini tidak semestinya diterjemahkan kepada pengalaman pengguna yang lebih baik. Malah, banyak rungutan diterima daripada penduduk kampung yang mengatakan walaupun mereka menerima isyarat 4D namun kelajuan internet masih perlahan dan tidak stabil.

Keadaan ini menjadikan lebih teruk ketika musim perayaan seperti Hari Raya yang lalu, apabila ramai anak perantau pulang ke kampung. Kesannya rangkaian menjadi sesak dan tahap kelajuan merosot dengan ketara menyukarkan komunikasi dan penggunaan perkhidmatan digital termasuk urusan kerja dari rumah dan pendidikan dalam talian.

Sehubungan itu, saya merayu agar pihak berwajib tidak hanya menumpukan kepada liputan isyarat semata-mata tetapi juga mengambil langkah untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti rangkaian, agar rakyat luar bandar benar-benar dapat menikmati perkhidmatan internet yang lancar dan setanding dengan kawasan bandar. Ini adalah penting bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan GPS dalam memperluaskan pelaksanaan ekonomi digital secara inklusif sehingga ke pedalaman.

PELANCONGAN

Projek Nelayan Park

Saya ingin mengangkat satu cadangan pembangunan yang amat bermakna bagi komuniti nelayan dan rakyat di kawasan Seberang Mukah, khususnya di Kampung Litong, Kampung Tanjung, Kampung Bunut dan Kampung Sungai Alo. Cadangan ini merangkumi pewujudan satu Projek Nelayan Park, yang akan menggabungkan elemen kampung tradisional, aktiviti perikanan serta ekosistem pantai sedia ada sebagai aset semula jadi atau natural capital untuk dimajukan secara lestari. Projek ini bukan sahaja akan memperkasakan ekonomi komuniti nelayan melalui infrastruktur yang lebih baik, tetapi juga boleh dijadikan pusat interaktif dan pendidikan berasaskan perikanan, rekreasi dan pemeliharaan budaya maritim tempatan.

Muara Sungai Badengan

Selain itu, saya turut ingin mencadangkan agar kawasan pantai di Muara Sungai Badengan turut dibangunkan sebagai satu projek pelancongan baharu. Antara kemudahan yang dicadangkan ialah penyediaan jalan masuk ke kawasan pantai serta kemudahan aktiviti memancing dan sukan rekreasi.

Dengan pembangunan ini, saya percaya kawasan Seberang Mukah dan Mateding bukan sahaja akan menjadi destinasi pelancongan yang menarik, tetapi juga menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat, di samping memelihara warisan komuniti nelayan yang menjadi identiti penting kawasan pesisir Sarawak.

Taman Perindustrian Mateding

Pada 30 Mac 2021, PETRONAS telah mengumumkan penemuan penting, iaitu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali wildcat Sirung-1 dalam Blok SK405B di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC). Penemuan ini terletak di perairan cetek wilayah Balingian – satu anugerah besar yang berpotensi untuk merancakkan Pembangunan ekonomi di kawasan ini. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar satu premis pendaratan hasil minyak dan gas diwujudkan di kawasan N.58 Balingian.

Kawasan Mateding dikenal pasti sebagai lokasi paling strategik untuk menempatkan aktiviti ini. Sekiranya direalisasikan, projek ini akan membuka banyak peluang baharu, terutamanya sekali gus untuk golongan belia dan anak jati Balingian, sekali gus mengurangkan penghijrahan tenaga kerja ke bandar.

Bagi menyokong pembangunan industri ini , saya turut mencadangkan agar sebuah institusi latihan teknikal ditubuhkan di kawasan ini. Penubuhan institusi ini penting bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran dan kompeten, selari dengan keperluan sektor minyak dan gas serta industri berkaitan. Saya percaya, dengan pendekatan dua serampang ini, pendaratan industri dan Pembangunan Kemahiran Balingian mampu melonjak menjadi antara hab pembangunan industri baharu yang mampan dan berdaya saing di kawasan tengah Sarawak.

Tidak lama lagi, masyarakat Dayak akan menyambut perayaan Hari Gawai dan sebagai penutup, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai ngagai semua bala kaban belayan ke ngintu, gayu guru, gerai nyamai, lantang senang, celap lindap bertuah melimpah nguan menoa. Dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada. Dengan itu, Balingian mohon menyokong dan disudahi dangan Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat bagi Balingian. Next, I think, I believe this is our last debater, Ahli Yang Berhormat bagi Meradong, please, for today.

Datuk Ding Kuong HiingSUPP · GPSMeradong

Thank you, Tuan Speaker, for giving me the opportunity to participate in the Motion of Appreciation to His Excellency, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Governor of Sarawak, in conjunction with His Excellency’s Opening Address for the First Meeting of the Fourth Session Nineteenth Sarawak State Legislative Assembly.

His Excellency amongst many other pieces of advice, stress the importance of Political Stability and Harmony in Diversity, that have become the major thrusts that propelled Sarawak towards a high-income region in Malaysia well ahead of time.

Tuan Speaker, please allow me to go into some local issues in my constituency.

Screening of Special Needs Students

Special needs children referring to children who require additional support and accommodation due to various physical, developmental, emotional or learning differences. This can include conditions like emotional and behavioural disorders, physical disabilities, speech and language disorders, learning disabilities, sensory disabilities, ADHD and developmental disabilities.

In the Meradong District alone, there are 49 school children waiting to undergo screening exercise before they can be assigned to special classes or PPKI. Unfortunately, there are not enough trained officers within our Education Department to conduct the screening exercise effectively so that these students can be assigned to their respective classes as soon as possible. I, therefore, urge our Ministry for Education, Innovation and Talent Development and also Ministry for Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development to look into this matter seriously to ensure that all our special needs students can have suitable education like any other children at the earliest possible stage.

Now it is time for us to sit up and take notes on welfare and education for our special needs students. According to the Department of Social Welfare or JKM, registered Autism cases rose from 6,991 in 2013 to 53,323 in 2023. Globally, it is estimated that about 1 in every 100 students or children are diagnosed with Autism according to the World Health Organisation (WHO). Sarawak, being at the forefront of many fields, surely, we can also lend a big hand to help out our special needs children by setting up more early intervention programmes or schools and special clinics to speed up the screening processes.

Proposed Setting up of Centre for Pre-University Education in Meradong

Tuan Speaker, the establishment of a pre-university centre in Meradong is the most appropriate and strategic initiative aimed at addressing several key educational and socio-economic needs in the region. With the recently completed Batang Rajang bridge, Meradong has become a central hub for providing pre-university education not only to central region but also the coastal regions like Tanjung Manis, Belawai, Pulau Bruit, Matu and Daro.

Moreover, Meradong boasts the lowest cost of living in the region. And one can always appreciate the nature world in its purest form with minimal artificial additions or interventions. All these make it all the more ideal environment for budding young students to live and study in. Therefore, I urge the Ministry for Education, Innovation and Talent Development to consider setting up a Centre for Pre-University Education in Meradong.

Proposed Upgrading of Running Tracks and Football Field at Bintangor Sports Complex

Tuan Speaker, here, I would like to thank the Ministry for Youth, Sports and Entrepreneur Development for successfully bid for the budget for the proposed project that has taken off in March 2025 with the completion date scheduled to be in September 2025. This is indeed great news to students in Meradong District and casual joggers alike who are frequent users of the running tracks. The schools will then have no need to go to Sarikei to conduct their sports activities. Furthermore, with the full range of sports facilities, we hope to produce more young athletes from Meradong.

I would like to take these opportunities to ask the Ministry for further funding to renovate the indoor stadium and other facilities including electrical rewiring, sanitary facilities, external works including fencing and premix roads of the Bintangor Sports Complex.

Ketua Masyarkat and Ketua Kaum

Tuan Speaker, in March 2021, I have submitted an application for creating three new Kapitans, one new Chinese Penghulu and one new Iban Penghulu for Meradong District. So far, we haven’t received any feedback from the authority concerned. The people living in areas without a Kapitan are facing problems as far as certification from the headmen is concerned.

Moreover, in my constituency, there are more than 180 longhouses and only about 100 longhouses have obtained official Tuai Rumah certificate. A few years back, the government had conducted an exercise whereby longhouses with less than 20 doors are allowed to submit their application for Tuai Rumah certificate. After the exercise, quite a few Tuai Rumah have obtained their certificate. Therefore, if the financial situation permits, I would like to urge the government to carry out another similar exercise so that more Tuai Rumah can obtain their certificate.

Street Lighting (Both Conventional and Solar)

Tuan Speaker, the street lightings in Meradong District are acutely insufficient and the Pasi/ Bintangor Road after two years of implementation, still leave a stretch of around 1km that is still not illuminated. I was told there are projects lined up for street lightings to Pasi/ Bintangor Road and other areas in Meradong. I sincerely hope that the relevant authority, that is JKR, will make sure that the projects will materialize as soon as possible.

RTP Projects

Tuan Speaker, for the information of this august House, RTP Projects in my constituency have been slowing down over the past two years. I’ll rather believe this is due to the sheer workload faced by the implementing agencies rather than bureaucracy and red tape somewhere along the way. I understand projects in our schools are facing delays as they need time to get approval from JPNS but lately we need to deal with more and more government agencies for various other technical issues.

Moreover, there are issues with lack of takers for the RTP projects. Concerning this issue, I hope the Resident Office of the Sarikei Division can fast track the procedures to choose contractors from the district level to divisional level and then to open out for all the contractors by shortening the waiting time for each stage. Another matter I would like to highlight here is the rejection of supplying fire extinguishers to longhouses under RTP because it is movable. I urge the relevant authority to be more compassionate and less rigid in this matter because it is for the safety of people in the longhouses.

ALAF Projects and Connection Charges Government Financial Assistance (CCGFA)

ALAF and CCGFA schemes for electricity supply to new households are most beneficial and meaningful to the people, especially those in the rural areas. Unfortunately, we are facing a lack of funding for the CCGFA and ALAF schemes in Meradong. There are no ALAF projects being implemented in my constituency for the last two years. Therefore, I would like to urge the Ministry to speed up the implementation of the schemes.

Access Road to Rh. Janggu and Rh. Dagang

Tuan Speaker, the access road to Rumah Janggu and Rh Dagang at KM3, Jalan Kelupu, Bintangor, has proven to be the biggest headache not only to the people from the two longhouses, but also to the people’s representative and local government agencies. Various projects had been carried out including RTP, Jalan Perhubungan Desa, MARRIS and so on, but the end result is always failure due to ground settlement which causes the road prone to flooding during king tides coupled with heavy rain. The floodings have prevented school children to go to school and adults to go to work. I would, therefore, like to request the Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Sarawak and Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak to visit the site and propose a suitable road construction method to overcome the stretch of road mentioned above.

Tuan Speaker, before I conclude, I wish to take this opportunity to wish all our Dayak friends Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa and to all our muslim friends, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2025. With this, I wish to support the Motion of Appreciation to His Excellency’s opening address. Thank you.

Timbalan Speaker

Thank you. Yang Berhormat Meradong. With respect Yang Berhormat Batu Kitang, please.

Dato Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Thank you, Tuan Speaker. I’m truly honoured and grateful for the opportunity to participate in this debate on the opening address delivered by Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

First and foremost, I wish to congratulate Tuan Yang Terutama for his articulate speech which outlines a clear vision for Sarawak’s on-going progress and prosperity we thanked his excellency for his continuous guidance and wisdom during these important times. I fully support the key points raise by the Tuan Yang Terutama particularly on the strategic importance of our oil and gas industry. The empowerment of PETROS as the sole gas aggregator and the emphasis on human capital development through education.

Tuan Speaker, I wish to extend my heartfelt congratulations to our YAB Premier as well for his visionary leadership and unwavering commitment to Sarawak’s development. Under his leadership, Sarawak has advanced in asserting our constitutional rights, expanding our economic base, and leading Malaysia in green energy, the digital economy, and education reform. Our YAB Premier has placed Sarawak on a path of sustainable growth, balancing economic advancement with social fairness and environmental responsibility.

To say that we Sarawakians are thankful does not seem enough. His leadership has instilled in us Sarawakians pride, strengthened our unity, and renewed our faith in Sarawak’s future. At the same time, I extend my sincere thanks to our YAB Premier for approving the upgrade of Jalan Batu Kitang RM500 million and Jalan Bau Lama another RM500 million into a dual carriageway. His swift action after driving the route himself, shows true leadership. This project will greatly improve connectivity from Batu Kitang to Bau and boost tourism.

I would also like to congratulate the Honourable Member for N. 8 Satok on his appointment as the Deputy Minister for Utility, overseeing Sarawak Energy Berhad (SEB) and Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). His role is crucial in steering our energy sector towards greater efficiency and sustainability.

Infrastructure and Federal Cooperation

Tuan Speaker, I wish to express my sincere appreciations to YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi, our Federal Minister for Works, for approving the Mile 8 Exchange and Flyover Project RM400 million. I first raised this critical need in this Assembly on 18th April 2023, with follow-up requests on the 27th of April and 17th May in the same year. This long-awaited development will ease traffic congestion for thousands of commuters. We are fortunate to have a fellow Sarawakian in federal office who understands and values our infrastructure needs.

Local Governance in Batu Kitang

Tuan Speaker, Batu Kitang’s population continues to grow. I wish to highlight the urgent need for two more Penghulus and two new Ketua Kampungs. Currently, Penghulu Hajjah Sabtuyah binti Yusuf manages the Malay kampungs from Mile 3 to Mile 6, an area far too large for one person. We must appoint a second Penghulu and a Bidayuh Penghulu for our Dayak communities.

Taman Indah Landeh, Taman Sri Permai, and Taman PPR Landeh house over 7,000 residents. These communities deserve formal leadership. Mr. Ghani anak Chunggat and Mr. Mohd Mansur Abdullah have served diligently, even without official titles. It is time we formally recognise their roles.

Drug Rehabilitation and SDGs

Kampung Haji Baki has proudly maintained a drug-free record for the past three years. But we must remain vigilant. Currently, Sarawak has only one rehabilitation centre, PUSPEN in Puncak Borneo. With the 2024 amendment to the Drug Dependants Act (Treatment and Rehabilitation) Act, I urge both Federal and State authorities to establish additional rehab centres and halfway houses in Sarawak. These should offer detox services, counselling, vocational training, and life skills programs. This aligns with the United Nation Sustainable Development Goals, especially Goal number 3: Good Health and Well-Being and Goal number 10: Reduced Inequality.

Engineers and Consultants

Tuan Speaker, I would like to address concerns from our engineers, our architects, and consultants, the professionals who ensure our state develops with foresight and integrity. Yet, Engineering Consultancy Practices (ECPs) in Sarawak face unsustainable conditions. The Board of Engineers (BEM) Scale of Fees remains stagnant while costs salaries, software, hardware, insurance continue to rise. More challenging is the undercutting in appointments through a tendering process. Discounts of 30% to 50% off the gazetted scale are disturbingly common. This must stop. Underpaying professionals sends the wrong message to our youths. In the 2024 SPM exams, 800 Sarawakian students didn’t even show up. They are losing motivation. If even engineers are underpaid, what message are we sending?

First, we must make the Board of Engineers Malaysia Scale of Fees mandatory and enforce it across all government projects. Second, BIM (Building Information Modelling) must not be treated as a free add-on. BIM requires expensive software and skilled personnel. AutoCAD suffices for standard projects, BIM should be separately scoped and compensated. Finally, the Sarawak-Specific Professional Indemnity Insurance (SPII) requirement is creating a double burden. All ECPs already maintain national PII under BEM rules. SPII results in double premiums for a risk claimable only once. This is unjust, especially for small firms. If a client demands extra insurance, they should bear the cost.

Tuan Speaker, we in Sarawak, are looking and calling on our best minds to gather and to build Sarawak. If we want the best, we must treat them accordingly. Our YAB Premier recognises the value of human capital. I urge all agencies to follow his lead: enforce the Board of Engineers Malaysia Scale of Fees, abolish discount demands, pay for BIM, and assign insurance costs fairly. We are building Sarawak’s future. Let us not forget those who are building it.

Oil and Gas Autonomy

Tuan Speaker, thank you for the opportunity to speak on a matter of deep importance in this august House. As lawmakers, it is our solemn duty to amplify the people’s voice. Across Sarawak, there is growing discontent over how the Petroleum Development Act 1974 and Territorial Sea Act 2012 were imposed without consultation, consent, or fairness. For over 50 years, Sarawak has surrendered more than RM1 trillion worth of oil and gas while receiving disproportionately little in return. Some try to shift blame, saying Sarawakian MPs voted for these Acts. This is used to attack the GPS Government.

But Malaysia was under Emergency rule when PDA74 was passed. The Internal Security Act allowed detention without trial. The political climate was not one of open or fair negotiation. Many decisions were made under duress. Much was obscured from scrutiny. Many Sarawakians including our representatives were not fully aware of the implications. Can we truly say Sarawak gave its free and informed consent? Now that we are better informed, we carry a solemn duty not just to speak, but to ensure the truth is recorded. Let it be entered into the Hansard, PDA74 and Territorial Sea Act 2012 were never tabled, debated, or passed in this august House, and to this day, they remain unendorsed. Their application is unconstitutional, unjust, and incompatible with the MA63. Other oil-producing states may be subject to the PDA74, but Sarawak is not merely another state. We formed Malaysia as an equal partner. Without the MA63, there is no Malaysia. Our rights are protected by the Federal Constitution, the IGC Report, and MA63. I hope Malaya hasn’t forgotten that the MA63 was carved into the Federal Constitution, effective February 11th, 2022. No law passed unilaterally in Parliament can override those guarantees not without this House’s consent. That consent was never given.

Malaya has gained far more economically from its association with Sarawak than we have from being in the Federation. Yet now we are told that defending our rights is dividing or unpatriotic. To the people of Sarawak, I say, your voices matter. Let Putrajaya know Sarawakians are awake, aware, and united. Let this august House send a clear message; we are not stirring emotions we are standing for justice and future generations. Let the Hansard show that this House stood firm and defended Sarawak’s constitutional rights.

Oil Refineries And Skilled Jobs

Dato Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Sarawak should build its own oil refineries, like Singapore. Malaysia once imported billions in refined oil from Singapore, a country with no oil at all. With our own refineries, Sarawak could reduce crude oil outflow, boost revenue, and create thousands of skilled jobs for Sarawakians. The time has come to harness our own resources for our own future.

Education And Human Capital

Dato Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Tuan Speaker, how do we build human capital and stop the outflow of our best brains after nurturing them for 21 years only to lose them to serve other countries? Thankfully, the GPS Government is doing the right thing, offering free tertiary education and monthly stipends of RM1,200 so students need not choose between exams and family income. Education is the first step in breaking the cycle of poverty. We also applaud the scheme whereby Sarawakians who are already employed, and even those aged 60 and above can apply under this initiative to promote lifelong learning.

Our Yang Amat Berhormat Premier’s recognition of the UEC allows students from Chinese aided schools to study in Sarawak owned universities, especially in strategic fields. We are not just building universities; we are nurturing capable individuals to energise the private sector and strengthen public institutions.

Public Safety And Infrastructure

Dato Ir. Lo Khere ChiangSUPP · GPSBatu Kitang

Tuan Speaker, security is a growing concern. More CCTVs must be installed across Sarawak’s urban and semi-urban areas. They deter crime and aid enforcement. Singapore, which is roughly the size of MPP’s jurisdiction, has 90,000 CCTVs and targets 200,000 by 2030. May I respectfully ask, how many are operational in Sarawak today? And what is our five (5) year target?

I also urge approval for a new access road linking Jalan Stephen Yong/ Jalan Batu Kitang to Jalan Landeh/ RPR Landeh. Currently, the congestion is worsening due to rapid housing development. Residents of Jalan Arang face dangerous and heavily loaded lorry traffic which also disturbs the peace in the community. I urge the Member for Padungan to press his Commercial Vehicles Licensing Board (CVLB), his affiliates, under JPJ to act immediately. We also need an update on the Trans-Borneo Railway Feasibility Study. Sarawakians deserve clarity.

The Batu Kitang Flood Alert Sirens must be checked twice a year. They must function properly because lives are at stake. The damaged stretch of road from Batu Kitang Bridge to Kampung Haji Baki junction should be tar-sealed while awaiting the double carriageway to be materialise. This will improve safety in the interim. The 15th Mile roundabout is a dangerous item and must be upgraded to an elevated U-turn. Finally, roads in our city gets flooded and water splashes left and right as vehicles drive through surface water during heavy rainfall due to clogged roadside drainage holes. Regular inspections and maintenance by all relevant agencies are urgently needed. BOMBA: FIRE AND RESCUE SERVICES

Tuan Speaker, Sarawak is Malaysia’s largest state. Our geography poses unique challenges for fire management. We have only 39 fire stations, Selangor has 38, yet it is just 8,104 square kilometres less than 10% the size of Sarawak. West Malaysia, which is roughly our size, has 261 fire stations. The disparity is staggering. Some may say station distribution is based on population density but fires in kampungs hours away from help are just as deadly. Let us, however, acknowledge the outstanding dedication of our Bomba personnel. Despite very limited resources and vast coverage areas, they go beyond the call of duty often at great personal risk.

As Bomba falls under federal jurisdiction and the Federal Minister in charge for Housing and Local Government is YB Nga Kor Ming from the DAP, I urge the MP for Stampin to convey the urgent need for better fire prevention infrastructure. He should also push for funds to equip kampungs with firefighting tools. Volunteer brigades can be trained but they cannot replace proper infrastructure Sarawak needs for more than 39 fire stations.

I am disappointed with YB Pending while trying to make a big issue out of the bird on Affin Bank’ s card. She has failed to appreciate the bigger picture. Sarawak is the only state in Malaysia owning 31.25% of Malaysia commercial bank on top of development bank that we have. The debit card Affin Bank has issued is only privileged to Sarawakians with the “K”, and four (4) times a month one can withdraw from any ATM machines with no additional charges and no annual charges as long as terms and conditions are fulfilled. With six (6) branches now and three (3) new branches coming up, many high paying jobs are going to be created, and Affin Bank has been requested by our Yang Amat Berhormat Premier to better look after our SMEs.

Tuan Speaker, Sarawak may not be as developed in terms of infrastructure but in many ways, we are ahead in terms of vision, unity, fairness and sustainability. Our policies are people centric. Our language rights are constitutionally grounded. Our education vision is inclusive. We enjoy political stability, and Putrajaya should understand this, when Sarawak prospers, Malaysia prospers. We must continue this momentum and demand our fair share from the Federal Government, not as a favour but as our right under the MA63.

Tuan Speaker, finally, I would like to take this opportunity to wish our Dayak community, Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa and Selamat Hari Raya Aidiladha to our Muslim community. Thank you, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Thank you, Yang Berhormat Batu Kitang. I would like to call, maybe our last speaker tonight, finally, Tanjong Datu, Yang Berhormat Tanjong Datu, please.

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya menerima banyak soalan daripada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, mintak cepat sikit ucapan, sidak nak pulang tapi saya rasa sik banyak yang nak diucap, masih sempat sembahyang Asar habis sebelum Maghrib.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato Timbalan Speaker di atas pelanjutan angkat sumpah tempoh hari, berik tepuk sikit, dan berharap agar Timbalan Speaker diberi kesihatan yang berterusan untuk memberi khidmat bakti kepada Dewan ini. Aaminn.

Thank you for allowing me to debate on the Motion of Appreciation to the Opening Speech of His Excellency Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. The speech covered all aspects to set the direction of the State into becoming a fully developed status and high-income region in the year 2030. Furthermore, I would like to state here that no other leader in our country, more so this region, is worthy of a praise other than our Yang Amat Berhormat Premier, Honourable Member for Gedong. He has put us on a chart to greatness on being the nation’s leader in invention and innovation. Though they are many nay-sayers who doubts our Yang Amat Berhormat Premier, but time and time again he has proven the nay-sayers wrong with more and more achievements for the region and we are projecting another blockbuster revenue for this year. On another note, I would like to congratulate Honourable Member for N.8 Satok on his recent appointment as the Deputy Minister for Utility on SEB & PETROS affairs.

Tuan Speaker, in this debate, I would like to elaborate on a few points of the speech and how it relates to my constituency and perhaps other constituencies as well. I commend my fellow Honourable Member for N.1 Opar for giving an insightful debate on his role as the proposer for the Motion today. We both share the same vision in which to develop Lundu District as the main tourism hub of Southern Sarawak. The Yang Amat Berhormat Premier has laid all the foundations in making Sarawak a national powerhouse. So now it is the time for us Sarawakians to take up this challenge and uplift ourselves to have the mindset of being a developed region in the country.

Pembangunan Modal Insan/ Pendidikan

Tuan Speaker, saya turut menyokong apa yang disebut di dalam ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, iaitu “evolusi yang pesat berkembang ini memerlukan modal insan yang berkemahiran, fleksibel dan responsif terhadap perubahan dalam keperluan industri”. Saya berterima kasih dengan Kerajaan Negeri yang telah mengenal pasti Daerah Lundu dan Sematan berpotensi untuk menjadi pusat pelancaran satelit seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Premier.

Oleh itu, amatlah tepat sekali sekiranya industri aeroangkasa, khususnya melibatkan latihan industri, ditempatkan di kawasan saya. Kerjasama antara CENTEXS dan i-CATS amatlah penting supaya impian ini dapat direalisasikan. CENTEXS boleh menjadi satu gateway untuk anak-anak muda mendapatkan latihan yang bersifat lebih hands on dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma dan degree di i-CATS.

Dan saya juga turut mendengar berita baik bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah bercadang untuk meneruskan pembinaan pusat matrikulasi di Sematan. Pembangunan ini amatlah kami alu-alukan kerana ia bukan sahaja dapat menambah populasi di Daerah Sematan malahan turut dapat meningkatkan peluang sosioekonomi setempat.

Pembangunan Infrastruktur

Tuan Speaker, pembangunan infrastruktur sememangnya menjadi impian saya serta rakan-rakan Ahli Yang Berhormat lain di Dewan ini agar suatu masa kelak kita tidak perlu lagi berbincang ataupun berbahas mengenai keperluan infrastruktur di kawasan masing-masing. Ia adalah satu impian yang saya merasakan boleh dicapai pada masa akan datang. Tetapi realitinya masih ada lagi yang ketinggalan dan perlu diberi perhatian.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Premier kerana tahun ini sahaja tidak kurang daripada tiga buah jambatan yang telah dirasmikan. Antaranya termasuk Jambatan Muara Lassa, Jambatan Marudi dan Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan Sarikei ke Tanjung Manis. Sehubungan dengan itu, saya mewakili penduduk di kawasan N.3 amatlah berharap agar Jambatan Rambungan turut dapat disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan supaya ia dapat menyempurnakan jalan di pesisiran negeri ini.

Antara yang lain, saya juga turut berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier dan Kerajaan Negeri kerana N.3 Tanjong Datu telah dimasukkan ke dalam Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) dengan peruntukan sebanyak RM150 juta yang telah disediakan dapat mempercepatkan lagi pembangunan di kawasan saya. Pada hemat saya, sekiranya semua projek ini dilaksanakan dengan sempurna, ia sudah merangkumi sebanyak 70% development coverage di kawasan saya.

Saya juga turut berterima kasih dengan kelulusan projek air yang berjumlah sebanyak RM250 juta untuk loji rawatan air dan kerja-kerja penyambungan paip di kawasan saya dan berharap dengan siapnya projek ini, ianya dapat mengurangkan jumlah aduan yang kerap saya terima di peringkat pusat khidmat.

Walaupun sedemikian, jika kita lihat pembangunan air dan jalan raya di kawasan saya yang sudah hampir sempurna, Tanjong Datu masih lagi mempunyai masalah ketidakstabilan bekalan elektrik serta keluasan jaringan telekomunikasi yang kurang memuaskan. Beberapa tempat di kawasan saya terutama sekali di zon Sempadi khasnya Kampung Kangka, dan Kampung Sungai Limo, sering mengalami telecommunication blackout yang meresahkan warga kampung untuk berhubung dengan dunia luar. Maklumlah di zaman kinek tok susah juak mun kita sik ada nak bertelefon, sikda berinternet. Saya berharap agar perkara ini dapat diambil perhatian oleh agensi yang terlibat.

Bagi elektrik pula saya mencadangkan pihak Sarawak Energy untuk membuat satu survei yang spesifik di kawasan Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan bagi memastikan keperluan elektrik pada masa 5 ke 10 tahun yang akan datang. Ini disebabkan perancangan bagi resort-resort dan hotel-hotel mahupun projek kerajaan yang lain sememangnya memerlukan additional power supply supaya pembangunan ini tidak mengalami gangguan dan perancangan masa depan dapat ditentukan dengan lebih teratur. Saya tidak mahu ia menjadi satu situasi chicken and egg, di mana adakah pembangunan infra datang dahulu ataupun bekalan elektrik dan air yang datang dahulu.

Hospital dan Balai Polis

Tuan Speaker, walaupun hospital dan balai polis adalah di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan tetapi saya ingin juga menyatakan di sini bahawa kedua-dua bangunan ini amatlah daif di kawasan saya dan perlu penambahbaikan dan pembaharuan. Saya difahamkan Balai Polis Lundu dalam keadaan yang sangat daif. Oleh itu saya amatlah berharap agar wakil agensi Persekutuan yang ada bersama kita di Dewan ini dapat mengangkat perkara ini ke Kementerian yang bertanggungjawab.

Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri di Lundu

Tuan Speaker, ingin juga saya menyentuh satu lagi perkara penting iaitu keperluan kepada penyediaan perkhidmatan Kerajaan yang lebih menyeluruh dan mudah diakses. Sebagai kawasan yang semakin berkembang pesat, terutamanya dengan limpahan pelaburan dalam sektor pelancongan, pertanian moden dan teknologi angkasa, sudah tiba masanya kita mewujudkan satu kawasan khusus atau kompleks yang menempatkan agensi-agensi kerajaan yang sudah wujud di Lundu.

Bangunan-bangunan agensi kerajaan negeri seperti JBALB, DID dan JKR antaranya berada dalam keadaan daif, berselerak dan terletak jauh dari pusat Pekan Lundu. Saya berharap agar Kerajaan boleh mempertimbangkan penambahan kompleks ini supaya ia boleh melengkapkan pembangunan kompleks baharu pentadbiran Lundu yang sudah dalam peringkat tender.

Kewujudan pusat sehenti ini akan menjimatkan masa dan kos penduduk luar bandar yang sebelum ini terpaksa datang ke Kuching untuk urusan-urusan rasmi. Kita ingin memastikan bahawa apabila rakyat datang ke pejabat kerajaan, mereka disambut dengan fasiliti yang bersih, cekap, mesra rakyat dan serba lengkap selari dengan imej negeri Sarawak sebagai negeri yang mengutamakan tadbir urus yang berkesan dan perkhidmatan rakyat yang berkualiti tinggi.

Kelestarian Alam Sekitar

Tapak Rizab Manusia dan Biosfera UNESCO

Saya menyatakan sokongan penuh terhadap usaha untuk mengiktiraf Gunung Pueh sebagai Tapak Rizab Manusia dan Biosfera UNESCO. Kawasan ini memiliki nilai biodiversiti yang tinggi, dengan pelbagai spesis flora dan fauna yang endemik serta hutan yang menjadi ekosistem yang penting bagi rantau ini. Sekiranya mendapat pengiktirafan ini, ia bukan sahaja akan meningkatkan profil ekopelancongan Lundu, malah memberi ruang kepada pembangunan ekonomi yang mampan berasaskan pemulihan alam semula jadi.

Namun keunikan Lundu-Sematan bukan sahaja terbatas kepada daratannya. Kita juga dikurniakan keindahan laut yang luar biasa daripada pantai-pantai bersih yang terbentang luas, sehingga ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulang Talang-Talang dan Pulau Satang yang menyimpan khazanah marin yang sangat bernilai.

Salah satu tarikan utama yang perlu diketengahkan adalah kehidupan penyu yang terdapat secara semula jadi di kawasan ini dan pantai serta perairan sekitar Lundu menjadi lokasi pendaratan dan penetasan penyu yang aktif. Potensi besar ini boleh diangkat sebagai produk eko-pelancongan yang bertaraf antarabangsa, dan dinaikkan ke tahap yang setanding dengan populariti kehidupan penyu di Terengganu. Kehidupan marin ini bukan sahaja menjadi tarikan kepada pelancong tempatan, tetapi juga kepada penyelidik, pencinta alam, pelancong luar negara yang menghargai keunikan alam sekitar.

Saya percaya bahawa pemuliharaan dan pelancongan boleh bergerak seiring, memberi manfaat kepada rakyat setempat melalui penciptaan pekerjaan, peluang perniagaan dan pembangunan komuniti yang inklusif tanpa menjejaskan alam semulajadi yang kita warisi bersama.

Kemajuan Sosial dan Kesejahteraan Rakyat

Tuan Speaker, saya turut bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun, berkenaan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya bersyukur kerana Kerajaan Sarawak turut memberi perhatian terhadap kebajikan dengan kesenangan rakyat yang terkesan, ini termasuklah memberi bantuan SKAS dan juga bantuan kepada pelajar-pelajar yang belajar di Semenanjung. Sehubungan dengan itu, saya juga turut bersetuju dengan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat lain di sini, di mana mereka merasakan bahawa elaun ketua masyarakat dan kaunselor juga seharusnya di-revise dan ditingkatkan, sebagai menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tuan Speaker, iya jak jako saya pada hari tok. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambut pada 1 Jun dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada kaum Muslim yang akan menyambut pada 7 Jun nanti. Sekian, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Datu. I think, Yang Berhormat is the last speaker for the night, ya? I want to pantun before we knock off for the day.

Malam ini menanam padi, Pagi esok menanam jagung; Malam ini kita berhenti, Pagi esok perbahasan disambung.

Insya-Allah. Terima kasih.

(Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.07 petang)