Terengganu · 1 July 2018

14th Assembly, 1st session, 1st meeting · 8 turns · 1,360 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Marilah kita sama-sama memulakan majlis ini dengan membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Majlis Pelantikan Yang Dipertua Dewan dan Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada pagi ini akan dimulakan dengan – Membaca Perisytiharan Memanggil Mesyuarat dan diikuti dengan Pemilihan Yang Dipertua Dewan serta Upacara Mengangkat Sumpah Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. Selepas itu akan diadakan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Sekarang saya akan teruskan dengan membaca PERISYTIHARAN: PERISYTIHARAN Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, Darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.T.), Darjah Kerabat DiRaja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R.), Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.), Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M.), Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.), Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z.), Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.), Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T.), Darjah Kerabat Baginda Syed Putra Perlis (D.K. (Perlis)), Darjah Kerabat Johor

Yang Amat Dihormati (D.K. (Johor)), Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B. (Brunei)), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Perak (D.K. (Perak)), Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K. (Negeri Sembilan)), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kedah (D.K. (Kedah)), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kelantan (D.K. (Kelantan)), Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K. (Selangor)), Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.), IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala Jajahan Takluknya. BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal 44(1) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) bahawa BETA hendaklah dari semasa ke semasa memanggil Dewan Undangan Negeri bermesyuarat: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, Darjah Utama Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.T.), Darjah Kerabat DiRaja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R.), Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.), Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M.), Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.), Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z.), Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.), Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T.), Darjah Kerabat Baginda Syed Putra Perlis (D.K. (Perlis)), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K. (Johor)), Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B. (Brunei)), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Perak (D.K. (Perak)), Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K. (Negeri Sembilan)), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kedah (D.K. (Kedah)), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Kelantan (D.K. (Kelantan)), Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K. (Selangor)), Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.), IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala Jajahan Takluknya, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada BETA sebagaimana yang tersebut, ADALAH DENGAN INI memanggil Dewan Undangan Negeri bermesyuarat dan menetapkan 1 haribulan Julai 2018 bersamaan dengan 17 haribulan Syawal 1439 pada pukul 9.30 pagi sebagai tarikh dan masa bagi Mesyuarat Pertama dalam Penggal Pertama bagi Dewan Undangan Negeri Keempat Belas yang akan diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu.

xxx t.t. xxx .................................

Sultan Terengganu Mohor Negeri

Dikurniakan di Istana Badariah, Kuala Terengganu, pada 27 haribulan Mei 2018 bersamaan dengan 11 haribulan Ramadan 1439 [SUK.TR.637/(C) BHG.6] Yang Menjunjung Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, xxx t.t. xxx …………………………….

DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR Menteri Besar, Terengganu PEMILIHAN YANG DIPERTUA DEWAN

Setiausaha Dewan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menurut Fasal 27A Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) dan mengikut Fasal 1 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada hari ini akan diteruskan dengan memilih seorang Yang Dipertua Dewan.

Saya telah menerima satu surat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bertarikh 20 Jun 2018 memberitahu cadangan Yang Amat Berhormat hendak mengemukakan calon untuk dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan dan calon yang dicadangkan itu juga telah memberikan kesanggupan berkhidmat sekiranya beliau dipilih. Ini adalah

menepati dengan kehendak Fasal 2(1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Oleh yang demikian, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan hormatnya memohon membuat cadangan seperti berikut: Bahawa saya cadangkan Yang Berbahagia Tuan Haji Yahaya bin Ali mengambil tempat di dalam Dewan ini sebagai Yang Dipertua Dewan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menyokong cadangan itu.

Setiausaha Dewan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, menurut Fasal 2(3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berbahagia Tuan Haji Yahaya bin Ali dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan. Saya dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Haji Yahaya bin Ali untuk mengangkat sumpah dan mengambil tempatnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman.

YANG BERBAHAGIA HAJI YAHAYA BIN ALI SEBELUM MENGAMBIL TEMPAT YANG DIPERTUA DEWAN, MENGANGKAT SUMPAH MEMEGANG JAWATAN YANG DIPERTUA DEWAN DI HADAPAN SETIAUSAHA DEWAN.

Yang di-Pertua

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana telah memberi kepercayaan untuk diberi amanah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Sebelum Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Yang Berhormat dimulakan, saya mohon izin untuk menangguhkan sekejap Dewan ini.

BENTARA MESYUARAT, SETIAUSAHA DEWAN DAN YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA DEWAN BERARAK KELUAR DEWAN DAN MASUK SEMULA

DIDAHULUI DENGAN BENTARA MESYUARAT MEMBAWA COKMAR. YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, majlis disambung semula.

Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan

Yang di-Pertua

Sekarang saya akan mulakan UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU. Bagi memulakan upacara ini, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Wakil Rhu Rendang, Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar tampil ke hadapan. Sementara itu Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila bersedia mengikut giliran susunan tempat duduk:-Y.B. Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka) Y.B. Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal) Y.B. Mohd Nor bin Hamzah (Wakil Bukit Payong) Y.B. Dr. Azman bin Ibrahim (Wakil Jabi) Y.B. Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar (Wakil Ladang) Y.B. Ariffin bin Deraman (Wakil Alur Limbat) Y.B. Haji Hanafiah bin Mat (Wakil Cukai) Y.B. Wan Sukairi bin Abdullah (Wakil Wakaf Mempelam) Y.B. Dr. Haji Mamad bin Puteh (Wakil Kuala Berang) Y.B. Haji Nurkhuzaini bin Ab. Rahman (Wakil Kota Putera)

Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh) Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Buruk) Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik (Wakil Sura) Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading) Y.B. Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir) Y.B. Haji Alias bin Harun (Wakil Rantau Abang) Y.B. Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan) Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed (Wakil Bandar) Y.B. Ab. Razak bin Ibrahim (Wakil Air Putih) Y.B. Maliaman bin Kassim (Wakil Ajil) Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik) Y.B. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman (Wakil Seberang Takir) Y.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said (Wakil Kijal) Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Mamat (Wakil Telemong) Y.B. Haji Nawi bin Mohamad (Wakil Hulu Besut)

Y.B. Haji Roslee bin Daud (Wakil Bukit Besi) Y.B. Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (Wakil Jertih) Y.B. Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor (Wakil Langkap) Y.B. Haji Bazlan bin Abd. Rahman (Wakil Batu Rakit) Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman (Wakil Kuala Besut) Y.B. Datuk Abd. Halim bin Jusoh (Wakil Permaisuri)

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana kita telah selesai mengadakan Majlis Mengangkat Sumpah Seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Semoga majlis kita pada pagi ini mendapat barakah dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Dengan ini, saya ingin tangguhkan Persidangan ini kepada hari esok , 2 Julai 2018, jam 9.30 pagi. Sebelum kita bersurai, ada sedikit pemakluman iaitu selepas pada ini ada Sesi Bergambar untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat bersama dengan Anggota Pentadbiran Kerajaan. Yang kedua, saya ingin menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menikmati jamuan ringan di Damai Lounge. Manakala bagi ketua-ketua jabatan di Perkarangan U2 di luar sana.

Marilah sma-sama kita tangguh majlis ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

Saya tangguhkan mesyuarat kita. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.00 PAGI.