Dewan Rakyat · 16 July 2008
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 1,963 turns · 66,973 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Pelupusan Wang Kertas Denominasi RM500 Dan RM1,000Urgent matter
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dibawa ke Majlis Mesyuarat Dewan yang mulia ini untuk ditangguhkan mesyuarat dengan tujuan membincangkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan mengenai isu pelupusan wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 yang perlu dibahaskan oleh Dewan Rakyat yang mulia ini, kerana timbul keanehan di mana pihak Bank Negara Malaysia membuat pengumuman pada 27 November 2007, mereka yang memiliki wang keras denominasi RM500 dan RM1,000 masih boleh ditebus dengan nilai yang sama, manakala sebelum ini Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa pada 12 September 1998, wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 dinyahkan dan ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999. Tarikh 1 Julai 1999 hingga 27 November 2007 sudah berlalu lebih lapan tahun. Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum dinyahkan sebanyak 1,989,479 keping kertas RM500 dan 4,523,731 berharga RM1,000 dengan nilai muka sebanyak RM5.54 bilion. Kesediaan Bank Negara Malaysia menerima penukaran sah laku wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 menimbulkan tanda tanya rakyat dan pelbagai pihak, siapakah mahu menukarnya yang baki ini dan disyaki ianya tersimpan di luar negara oleh pihak atau individu tertentu dan kenapa tidak ditukar lapan tahun dahulu. Perkara ini adalah perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai spekulasi serta menjejas kewangan dan ekonomi negara terutama akan menghilangkan keyakinan pelabur-pelabur asing akan ketelusan Kerajaan Malaysia masa kini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan dan terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Pasir Mas pada hari Isnin, 14 Julai 2008. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan
(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa bagi syarat pertama iaitu ianya tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Bagi syarat kedua iaitu
kepentingan orang ramai, saya setuju ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan sama ada ia berkehendakkan untuk disegerakan, saya berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu untuk disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Tuan Yang di-Pertua, saya telah memajukan satu usul...
Adakah ini point of order atau apa?
Saya ingin penjelasan.
Ya.
Sama ada boleh ianya dibawa untuk esok sekiranya tidak diterima pada hari ini oleh kerana usul daripada Yang Berhormat Pasir Mas telah diterima pada hari Isnin, dibawa pada pagi ini, maka adakah mungkin usul Yang Berhormat saya serahkan pada pagi semalam boleh dibawa untuk hari esok.
Ahli Yang Berhormat, sesiapa sahaja Ahli Yang Berhormat untuk berkehendakkan usul, buat usul balik ataupun sesiapa yang belum buat usul, failkan balik usul, hantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat ataupun saya sendiri. Selepas itu saya akan teliti sama ada usul-usul Ahli Yang Berhormat diterima atau tidak.
Ya, tetapi kalau hendak submit sekali lagi sebelum pukul 10.00 pagi ini, sudah tidak mungkin. Lalu boleh tidak yang saya serah semalam itu dikira sebagai untuk esok?
Itu tidak boleh, Yang Berhormat. Oleh kerana peraturan mesyuarat kita mengatakan bahawa apabila dua usul atau notis usul disampaikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat ataupun Tuan Yang di-Pertua, yang terdahulu dihantar itu yang diberi keutamaan.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminta Akta Universiti dan Kolej Universiti 197I; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I [Datuk Haji Idris bin Haji Haron]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2008) 2008 Bacaan Kali Yang KeduaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semual perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 di bacakan kali kedua sekarang”. [15 Julai 2008]
Sila Yang Berhormat Kepong, sambung perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam, saya sebutkan betapa perlunya 144 kerajaan tempatan, majlis tempatan perlu sensitif kepada penderitaan rakyat di seluruh negara. Ini termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sebagai mana yang disebutkan oleh saya semalam, ketika rakyat warga kota mengalami kesusahan dengan terjatuhnya perniagaan 50%, 70% di kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak kutip bayaran letak kereta, sekarang di beberapa tempat, di Kampung Baru, Sungai Besi, Kepong Baru, semua dikenakan kutipan bayaran letak kereta. Saya menyeru supaya pihak DBKL memberhentikan kutipan bayaran ini supaya kita dapat meringankan beban kepada warga kota. Begitu juga bagi semua kerajaan tempatan. Jangan waktu ini, kita kenakan kutipan hasil atau bayaran yang ditambah. Inilah, bagi ruang sedikit bagi rakyat Malaysia...
Penjelasan.
Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tadi Yang Berhormat Kepong menyebut tentang penderitaan warga kota. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kepong, apakah ukuran bahawa warga kota itu menderita. Seolah-olah di kota, kereta tak bergerak, ramai peminta sedekah, kedai-kedai jam, tak ada urus niaga, kedai makan pun tutup dan sebagainya. Akan tetapi, kalau kita tengok di bandar, di kota, ukuran warga kota yang mengatakan itu menderita, tidak wujud. Jadi apakah maksud atau ukuran kepada warga kota menderita tadi. Sekian, terima kasih.
Patutlah Yang Berhormat Ledang di utara Johor itu, utara Johor. Dia tak dapat pembangunan di situ, kawasan Iskandar bukan di situ. Itulah malangnya, tak tahu, tapi di Ledang, ada ladang-ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan sebagainya. Jadi, dia tak nampak sangatlah, siapa yang menderita. Harga minyak kelapa sawit pun tinggi sekarang, getah pun harga tinggi. Yang Berhormat Ledang, dia tak tahu lah itu, masalah, kasihan padanya... [Ketawa]
Boleh saya nak penjelasan sedikit lagi?
Boleh dapat penjelasan sedikit?
Yang Berhormat Kepong, sebab itu saya tanya, saya tanya ukuran, bukan hendak bandingkan Ledang dengan Kuala Lumpur. Saya tanya ukuran, ukuran kepada yang mengatakan warga kota itu menderita, maksud menderita itu apa?
Boleh bagi saya laluan juga?
Yang Berhormat Titiwangsa minta laluan juga Yang Berhormat. Awal pagi lagi. Sila Yang Berhormat Titiwangsa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya juga agak hairan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang. Apakah kita hendak tunggu warga kota bawa tempurung, bawa tupperware merata untuk... baru kita hendak ukur bahawa warga kota ini menderita? Apakah kita hendak tunggu perniagaan sehingga dah tutup semua, barulah kita masa itu sedar bahawa rakyat begitu terhimpit dan susah? Jadi, saya kira, ini bukanlah satu kenyataan yang menunjukkan prihatin dengan rakyat. Sebelum perkara itu berlakulah, maka kita perlu mengambil tindakan terutama dari segi menambahkan penderitaan rakyat melalui penambahan parking meter dan sebagainya. Minta penjelasan.
Itu memang, Yang Berhormat Titiwangsa, kerana ada titi, dia hendak tolongkan... [Ketawa] Hendak tolong warga kota, itu betul juga Yang Berhormat Titiwangsa. Yang Berhormat Ledang itu, di sini Yang Berhormat Ledang, di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini pun meminta RM20 juta untuk
subsidi bantuan makanan tambahan kepada warga di luar bandar. Yang Berhormat Ledang pun dapat manfaatlah daripada subsidi ini kerana di dalam rang undang-undang ini, nampaknya subsidi sahaja sampai RM18 bilion, termasuk RM20 juta untuk luar bandar. Saya berharap, kerajaan tempatan termasuk DBKL mengambil sikap prihatin kepada rakyat dan dengan ini, memberhentikan segala kutipan dan tambahan kepada rakyat jelatanya. Dan...
[Bangun]
Baik.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kepong. Saya masih lagi terganggu dengan soalan kawan saya, Yang Berhormat Ledang dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Saya fikir, yang diminta penjelasan daripada Yang Berhormat Kepong ini, ialah penderitaan Yang Berhormat sebutkan di kota ini, mana yang lebih teruk, penderitaan di kota atau penderitaan di kampung, penderitaan di Ledang, penderitaan di Kinabatangan, penderitaan di Langkawi, penderitaan di Arau, di Batu Pahat, di Kuala Krau, penderitaan yang mana?... [Disampuk] Ya, di Tumpat... [Dewan riuh] Penderitaan yang mana yang lebih teruk? Penderitaan di kota ataupun di kampung-kampung. Terima kasih.
Memang Yang Berhormat Tumpat, soalan itu tepat juga kerana penderitaan itu berlaku di seluruh negara. Akan tetapi, jenis penderitaan itu di Kuala Lumpur misalnya, tidak serupa. Kalau di Ledang, seseorang itu seperti Yang Berhormat, kawan-kawan dia, kalau seorang dapat RM3000 sebulan itu, di Ledang memang boleh hidup dengan lebih selesa. Akan tetapi, kalau dapat RM5000 di Kuala Lumpur itu, susahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat pun tahu, inilah masalah perbezaan yang diminati oleh Yang Berhormat Ledang itu, di Kuala Lumpur itu, pengemis- pengemis itu diimport daripada luar. Ada sindiket yang mengimport. Kalau Yang Berhormat Ledang hendak tahu, saya akan bawa dialah. Tiap-tiap kali ada pasar malam, sindiket itu bawa pengemis-pengemis daripada luar negara kita, kudung situ, kudung sini, mendakap anak dan sebagainya, kerana rakyat Malaysia, warga kota pun sangat belas kasihan lah itu, kerana itulah. Saya berharap Yang Berhormat Ledang tidak terlibat dengan sindiket sedemikian... [Ketawa]
Teruskan, teruskan.
Di sini, kerana saya nampak subsidi yang terlalu banyak sangat, ini sememangnya perbekalan tambahan ini perbekalan subsidi, hampir RM18 bilion yang dimintakan dan sekarang ini saya hendak membincangkan sesuatu perkara yang penting kerana sekarang di Amerika Syarikat, mereka bukan sahaja menghadapi masalah sub prima yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun semalam, bahkan juga dua bank yang besar, yang sekarang pun menghadapi kesusahan, perlu dibantu, diselamatkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
Apa yang pentingnya ialah bank-bank ini mendapat bon. Saya pun tidak tahu sama ada Malaysia membeli bon untuk kedua-dua bank itu tetapi saya nampak negara China dia beli sampai USD1,700 juta untuk bon-bon bank seperti ini. Ini bermakna apa sahaja yang berlaku di Amerika Syarikat, dengan kesusahan yang dihadapi oleh bank-bank yang besar ini akan menjejaskan ekonomi dunia termasuk di Malaysia. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan juga Pengarah Federal Reserve, ada mengatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat tidak begitu teruk, namun kita nampak Amerika akan mengalami kesusahan kemerosotan ekonomi. Ini akan menjejaskan kita. Walaupun Yang Berhormat Menteri dan timbalannya sudah mengatakan bahawa ia tidak menjejaskan sangat kerana eksport kita ke Amerika sekarang ini tidak sampai 20%, yang selebihnya sebanyak 50% dieksport ke China, India dan sebagainya. Itu memang betul juga kerana kita perlu mempelbagaikan eksport kita. Walau bagaimanapun ini tidak
bermakna kita tidak akan menghadapi kesusahan. Di sinilah saya hendak bertanya mengenai pemberian subsidi yang begitu banyak ini. Pertamanya, berapakah jumlah subsidi yang akan diberi kepada rakyat Malaysia sekarang ini. Pada sesi yang lepas pihak Yang Berhormat Menteri Kewangan II sudah menyebutkan hampir RM60 bilion subsidi kita iaitu RM58 bilion. Di sini kita hendak tahu berapakah jumlah untuk subsidi-subsidi termasuk makanan, minyak masak dan sebagainya bagi tahun ini. Dari segi ini kita mesti bersama-sama. Semua rakyat mesti berusaha bekerjasama untuk menghadapi masalah krisis ekonomi yang kita akan hadapi kerana kita belum tahu lagi sama ada pertumbuhan ekonomi kita akan mencapai 6% seperti yang dianggarkan ataupun tidak. Sekarang ini inflasi kita dianggarkan 5%.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kepong. Penganalisis menjangkakan bahawa dengan kenaikan global harga minyak dunia ini, krisis dunia akan berlaku dan recession ini akan bertambah. Saya hendak bertanya pada pandangan Yang Berhormat Kepong, adakah Yang Berhormat bersetuju untuk meredakan ini supaya kerajaan memperuntukkan RM5 bilion atau RM6 bilion untuk meredakan harga minyak ini supaya harga barang dapat dikawal dengan baik. Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kerajaan memperuntukkannya?
Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan mesti mempertimbangkan dengan cara bukan tidak memberi subsidi tetapi corak subsidi ini diubah sedikit seperti yang saya sebutkan semalam menjadi rebat. Rebat, kalau rebat itu penghalang di kampung-kampung dengan pokok-pokok yang tumbang. Rebat itu tidak serupa tetapi ejaannya serupa juga. Saya mengharapkanlah rebat ini tidak menjadi rebat. Kita mesti mempertimbangkannya.
Minta sedikit sahaja lagi.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 35(7).
Duduk dulu, Yang Berhormat.
Tanpa niat untuk mengambil kuasa Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak bertanya adakah setiap pembahas dihadkan waktu berucap sebab kita hanya dua hari sahaja dan orang lain pun ada juga agaknya. Jadi, kita hadkan dari awal waktu berucap bagi setiap Ahli Yang Berhormat.
Ya, Terima kasih.
Saya bersetuju, Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Silakan Yang Berhormat Kepong. Selepas ini nanti...
Saya minta laluan, sikit lagi. Bukan rebat sahaja tetapi yang pentingnya untuk meredakan kenaikan harga barang ini perlu subsidi bagi minyak diesel. Ini pandangan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan itu?
Tuan Yang di-Pertua, subsidi adalah perkara yang sangat rumit kerana sebagaimana yang saya sudah sebutkan semalam, kita senang untuk memberi subsidi tetapi susah untuk memberhentikannya. Kita mesti mempertimbangkan cara-cara untuk memberi subsidi supaya pada suatu hari kelak kita dapat mengurangkan subsidi kerana negara tidak boleh menampung subsidi untuk selama-lamanya. Semua negara pun seperti itu. Kita mestilah peka kepada masalah ekonomi negara kerana semua Ahli Parlimen pun berhasrat untuk mewujudkan negara yang aman dan makmur. Dengan ini kita semua, Ahli Parlimen mestilah sedikit sebanyak faham mengenai ekonomi dunia. Di sini...
[Bangun]
Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Kepong. Kalau begitu pada pandangan Yang Berhormat, antara kedua-dua pilihan ini iaitu tambah lagi subsidi untuk turunkan harga minyak, adakah tidak baik berbandingkan kita menstrukturkan subsidi minyak supaya orang yang lebih patut menerima faedah akan mendapat faedah, bukannya tambah lagi subsidi tetapi turunkan harga minyak. Mana yang lebih penting sama ada menstrukturkan subsidi minyak ataupun turunkan harga minyak dengan menambahkan pula subsidi?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat ini, ‘rumah batu siap pahat berbunyi’, memanglah macam itu. [Dewan riuh]
Tidak mengapalah Yang Berhormat, cara dia menjawab begitu. Silakan Yang Berhormat Kepong.
[Ketawa] Memang macam itu. Tadi Yang Berhormat Muar dan dia bangun untuk menghalang saya memberi laluan kerana dia hendak masa untuk berucap tetapi Yang Berhormat Batu Pahat sendiri...
Tuan Yang di-Pertua, dia tidak menjawab soalan.
[Bangun]
Minta penjelasan.
[Bangun]
Yang Berhormat, ada empat Ahli Yang Berhormat yang bangun, Yang Berhormat, yang mana satu? Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kepong. Lanjutan daripada soalan Yang Berhormat Batu Pahat tadi, soalannya adakah Yang Berhormat Kepong bersetuju dalam usaha untuk penstrukturan semula subsidi ini rakyat didedahkan kepada satu bencana apabila dengan serta-merta diturunkan sebegitu besar tanpa persediaan yang cukup sampai rakyat menderita dan kalau kita hendak memperbaiki semula terpaksa mengadakan beberapa pelan penstrukturan yang lain yang nampaknya kerajaan yang ada ini tidak mampu buat, tetapi orang lain yang mampu buat. Terima kasih.
Yang Berhormat Kepong boleh jawab sekali.
Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kepong. Sebentar tadi Yang Berhormat Kepong menyebut bahawa negara akan mencapai pertumbuhan lebih kurang 6%. Bank Negara mengunjurkan 5.1%. Akan tetapi baru-baru ini Financial Research House seperti Asian Bankers telah pun meramalkan akibat kenaikan minyak ini inflasi akan mencapai 71%. Jadi, adakah Yang Berhormat Kepong bersetuju bahawa tindakan kerajaan menstrukturkan subsidi minyak ini banyak mudarat daripada manfaatnya.
Boleh jawab sekali gus? Sikit sahaja. Maksudnya begini, saya berminat sangat bila Yang Berhormat Kepong sebut tentang menstrukturkan semula subsidi seperti yang disebutkan oleh Ahli Parlimen yang lain tadi. Maknanya adakah Yang Berhormat Kepong bersetuju kalau subsidi ini tidak di struktur semula, orang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin? Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, memang Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Batu Pahat dan sebagainya. Saya berharaplah itu tujuan dia baik. Saya berharaplah itu, dan rebat kita ini satu jenis subsidi juga kalau kita naikkan harga
petrol dengan terlalu mendadak, ini memang menambahkan beban kepada rakyat termasuk Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Muar yang tak suka hendak dengar, ini memang, sebenarnya Yang Berhormat Muar pun sependapat dengan kita...
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok jam daripada semalam lima minit pagi ini sudah 20 minit. Jadi kita minta Tuan Yang di-Pertua tetapkan ruling kalau boleh dibebaskan, kita bebas. Saya cuma minta.
Terima kasih, terima kasih Muar. Yang Berhormat Kepong duduk sekejap Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mengkaji sama ada itu yang disebutkan sebagai kononnya restructure semula, penstrukturan semula. Sama ada ini penstrukturan atau menambah beban. Ini memang satu perkara.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan kenyataan yang dibuat malam tadi, yang mana mengatakan kalau harga minyak itu rendah maka inflasi akan tinggi. Maka untuk mengatasi inflasi dicadangkan seolah-olahnya mencadangkan kita naikkan harga minyak lagi tinggi. Lagi tinggi harga minyak lagi rendah inflasi. Adakah teori ini satu teori Yang Berhormat pernah dengar di sekolah atau universiti kah? Ataupun mungkin dalam buku komik mungkin ada la kot. Terima kasih Yang Berhormat.
Kita dengar semalam, memang satu teori baru untuk ekonomi... [Ketawa] Satu teori baru. Saya nampak Yang Berhormat Tambun pun dia ketawa juga, satu teori yang baru mengenai inflasi. Inflasi ini melibatkan pelbagai faktor Tuan Yang di-Pertua. Bukan kerana kita turun naik. Kalau turun harga minyak, kita akan mewujudkan inflasi yang lebih tinggi dan sebagainya, tidak semestinya. Ini melibatkan banyak faktor dan di sini kita tak dapatlah hendak bincangkanlah kerana Yang Berhormat Muar pun dia sudah gatal hendak bangunnya... [Ketawa]
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong, Peraturan Mesyuarat 37. Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Pasir Mas, Peraturan Mesyuarat 37(2) seperti aman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar tadi. Kalau umpamanya Yang Berhormat bersetuju bahawa tidak ramailah yang akan dapat berbahas nanti, maka saya benarkan pencelahan yang ramai. Tidak apalah pencelahan begitu tetapi saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, kita cuma ada dua hari lagi. Kalau ramai yang hendak berucap, kasi indikasi iaitu tulis nama masing-masing, hantar, supaya kita dapat tahu berapa ramai dan kita boleh agih-agih masa berapa minit seorang. Kalau boleh begitu, boleh?..... Cuba berdiri berapa ramai saya tengok... [Ramai Ahli Yang Berhormat bangun hendak berucap] Aduh! Yang ini termasuk Peringkat Jawatankuasa ya? 39 yang hendak berucap termasuk di Peringkat Jawatankuasa nanti fikirkanlah, berapa minit? Kalau Ahli Yang Berhormat mahu dua minit seorang boleh. Jadi Yang Berhormat Kepong tolong singkatkan untuk keadilan dan yang mencelah itu tolong juga jangan terlampau ramailah. Kalau boleh sepuluh minit seorang. Ha, Yang Berhormat Kepong? Ada lagi lima minit lah Yang Berhormat Kepong. Terima kasih.
Di sini lah mengenai itu subsidi, inflasi, masalah yang dihadapi oleh negara kita. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kita macam mana kita dapat menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat kerana kegagalan bank-banknya sekarang. Apakah strategi kita untuk menghadapinya? Dan juga setakat ini bagaimana, setakat mana kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga kita, yang pertama.
Yang kedua itu, setakat mana kita dapat memupuk budaya berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dan juga dengan keadaan sedemikian, adakah kita dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing industri. Di sini Tuan Yang di-Pertua, semalam kita ada dengar itu keuntungan Petronas sudah meningkat RM61 bilion dan juga pemberian kepada kerajaan pun sudah meningkat. Apakah itu strategi pihak kerajaan untuk menggunakan ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tasik Gelugor bahawa pemberian daripada Petronas sekarang itu sudah lebih daripada RM332 bilion? Bagaimanakah pihak kerajaan menggunakan wang begitu banyak untuk negara kita. Saya berharap tidak akan berlakunya itu pembaziran lagi. Dan juga ini ada terlibat dengan itu integriti. Saya berharap tindakan seperti dua, tiga hari yang lepas, kita dapat menahan orang-orang daripada misalnya daripada Ketua-Ketua Pengarah dan Timbalannya daripada Jabatan Imigresen ditahan. Saya tak tahu sama ada mereka itu salah atau pun tidak. Walau bagaimanapun, ini memang kita mesti mempertingkatkan usaha untuk mencegah rasuah dan penyelewengan-penyelewengan yang lain. Tidak mudah misai dicukur, Susahlah hidung terluka, Sudah terdorong kepada kukur, Tinggallah tempurung sahaja. Di sini Tuan Yang di-Pertua kerana ada ramai yang hendak berucap, saya berharap itu Yang Berhormat dapat menjawab tindakan-tindakan yang sudah diambil oleh pihak kerajaan, termasuklah pasukan petugas khas menangani kenaikan harga barang kerana dengan kenaikan harga petrol, semua barang pun memang ikut menaik. Apakah keberkesanan pasukan petugas khas menangani kenaikan harga dan juga Jawatankuasa Khas Kabinet membendung inflasi? Bagaimana hal ini dapat dilakukan termasuklah penyeragaman ke atas harga barang-barang perlu yang mendapat subsidi, serta diselaraskan harga barang kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Apakah peruntukan yang diberi untuk penyeragaman dan penyelarasan yang dihasratkan oleh pihak kerajaan, dan juga setakat ini, apakah senarai barangan yang perlu diberi subsidi oleh kerajaan? Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini supaya kita tahu senarai barangan yang diberi subsidi setakat ini. Saya banyak lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya berharap semua rakyat, semua parti dapat bersama-sama kita menghadapi kesusahan yang akan kita hayati tidak lama lagi kerana dunia akan menghadapi satu krisis ekonomi. Kemerosotan ekonomi dunia dan akan menjejaskan ekonomi kita dan kita mestilah bersama-sama untuk menghadapi cabaran seumpama ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut serta dalam membahaskan hasrat kerajaan untuk mengemukakan kepada Dewan ini bagi satu jumlah perbelanjaan RM20 bilion lebih kurang yang pada saya mengambil kira beberapa faktor iaitu untuk memastikan suasana global hari ini dapat kita tangani tanpa menjejaskan kedudukan rakyat kita terutamanya yang di luar bandar. Dalam senario hari ini, pada saya, rakyat di bandar sebenarnya mendapat tekanan yang lebih besar. Di luar bandar mereka yang terlibat di dalam industri pekebun kecil umpamanya kelapa sawit dan getah, mereka mendapat pendapatan yang sedikit lebih daripada biasa disebabkan harga komoditi berkenaan yang naik. Akan tetapi kita kena lihat, mereka yang tinggal di bandar, tekanan kenaikan harga barang dengan jumlah pendapatan yang sama sebenarnya cukup membebankan. Oleh sebab itu, jumlah RM20 bilion ini perlulah kita sokong dengan beberapa adjustment dengan izin agar tumpuan yang kita berikan ini benar-benar mendapat manfaat kepada rakyat. Tanpa menafikan hak yang lain, pada saya kerajaan kena melihat suasana ini secara yang lebih meluas. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang merangsang ekonomi dari segi pelancongan, sektor pelaburan, pada saya itu satu perkara yang baik. Cuma saya minta kerajaan dapat memberikan status terkini koridor-koridor yang diumumkan kerana semasa
kita membuat perancangan koridor-koridor yang terlibat, mungkin suasananya berbeza. Hari ini dalam tempoh pelaksanaan, ada banyak perkara yang telah berlaku sama ada dalam negara ataupun luar negara, sama ada perpindahan kuasa politik dalam negara ataupun tekanan harga minyak dan bekalan makanan di luar negara. Ini menyebabkan pelabur-pelabur mungkin mempunyai pertimbangan yang berbeza dan saya rasa kerajaan perlu mengemukakan kepada Dewan ini tentang apakah pelan B, kalau ada dalam bagaimana kita menghadapi suasana global hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut satu perkara khusus tentang usaha kerajaan untuk menambahkan bekalan makanan dengan pengumuman RM4 bilion lebih kurang untuk mencari kawasan-kawasan baru dalam kita mengeluarkan hasil tanaman padi umpamanya. Kita menyokong. Carilah tanah-tanah yang boleh kita keluarkan hasil yang tinggi kerana apabila berlaku suasana recession, bekalan makanan tidak cukup, sekurang- kurangnya kita bersedia untuk mendapatkan makanan dari dalam negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari pihak kementerian yang berkaitan, di kawasan saya, di Muar atau dalam negeri Johor, ada dua tempat sahaja yang mengusahakan penanaman padi iaitu di Sawah Ring dan di Sungai Balang. Sungai Balang adalah dalam kawasan Parlimen Muar. Ada lebih kurang 308 hektar kawasan padi yang mana sepanjang masa tidak dapat mengeluarkan 10 tan satu hektar seperti yang disasarkan. Paling banyak dalam satu kawasan itu boleh dapat dalam 6.8 tan. 308 hektar ini adalah satu kawasan yang besar. Kalau ada kawasan yang boleh keluarkan 6.5 tan sehektar, maka saya rasa ada satu potensi yang boleh kita gunakan pada kawasan lama seperti ini dalam kita mencari kawasan-kawasan baru. Saya yakin ia ada di merata tempat dalam negara kita yang berkemampuan untuk mengeluarkan 10 tan sehektar ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik atas kekangan- kekangan yang ada. Kawasan sawah yang telah wujud sejak tahun 1950 ini tidak perlu kita ketepikan dalam kita berusaha untuk mencari kawasan-kawasan baru. Masalah yang saya ingin beritahu, pihak jabatan pun saya rasa sudah melihat tapak sawah ini adalah bekalan saliran air yang tidak mencukupi. Sebahagian besar di sebelah barat, kawasan 300 hektar ini tidak dapat menerima bekalan air yang mencukupi. Jikalau kita melihat keperluan, sesungguhnya berapakah jumlah yang hendak dibelanjakan? Saya rasa tidak sampai RM3 juta pun. Cumanya saya tidak boleh meminta RM3 juta untuk diselesaikan hanya untuk di Muar atau di Sungai Balang ini kerana kita melihat satu jumlah yang lebih besar. Akan tetapi saya berharap kerajaan dapat membuat pendirian dalam kita mencari kawasan baru, apakah status kawasan-kawasan sawah padi yang ada bukan sahaja di Muar tetapi di seluruh negara supaya akhirnya kalau dapat kita bangunkan, kita tidaklah membiarkan orang yang selama ini terlibat dalam pengurusan sawah padi. Begitu juga hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita dimaklumkan ada satu perkembangan yang pada saya merisaukan. Para saintis percaya bahawa ada satu bentuk senjata yang dipanggil geophysical yang dibangunkan oleh kerajaan ataupun negara Rusia yang hari ini dikembangkan oleh Amerika Syarikat. Senjata ini dikatakan boleh mewujudkan suasana malapetaka. Kita tahu malapetaka itu diturunkan secara semula jadi. Akan tetapi, hari ini ada pihak-pihak tertentu menggunakan kepakaran teknologi untuk mewujudkan gempa bumi, gunung berapi dan senjata geophysical ini diakui oleh para saintis. Jadi saya rasa kerajaan negara ini perlu memberi penjelasan kepada rakyat supaya dakwaan-dakwaan kononnya satu-satu malapetaka itu diturunkan ataupun dibuat oleh setengah-setengah pihak untuk mengganggu pembangunan negara. Kita hendak pastikan negara kita dapat bertahan. Jika perkara ini benar, tidak boleh dikenakan kepada negara kita dalam bentuk gempa bumi, taufan dan sebagainya kerana negara kita sangat bertuah. Selama ini tidak pernah berhadapan dengan suasana yang sebegitu tetapi di lewat tahun ia sudah berlaku.
[Bangun]
Yang Berhormat Sri Gading.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua saya lihat begitu tenang pagi ini. Ia memberikan gambaran yang elok kepada kita semua. Sebelum Yang Berhormat Muar pergi jauh, dalam menghadapi kemelesetan ekonomi yang juga berkait dengan kehidupan rakyat, sana sini berkata tekanan dalam kehidupan. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Muar kerana saya tidak berapa pasti pembangunan-pembangunan wilayah, tuntutan yang di hadapan kita ini RM108 bilion. Kita tidak tahu jumlah yang sebenarnya dalam membangunkan pembangunan-pembangunan wilayah ini iaitu pembangunan Iskandar Malaysia, pembangunan Wilayah Ekonomi Utara, Wilayah Ekonomi Timur, Sabah dan Sarawak. Kita tidak pernah diberitahu jumlah sasaran yang diperlukan dan berapa lama projek ini akan mengeluarkan hasil. Saya rasa mengikut pengalaman kita, ia akan memakan masa yang panjang. Oleh yang demikian, kalau kewangan yang sebegini besar kita laburkan dalam pembangunan yang memang saya tidak nafikan kebaikannya kepada negara dan rakyat, tetapi dalam masa yang terdekat, apakah boleh agaknya kita alihkan sedikit dan mungkin kita tangguhkan pembangunan-pembangunan yang tidak berapa penting untuk disalurkan balik wang yang diperuntukkan itu untuk kepentingan kehidupan rakyat yang memang rasa tertekan seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Muar terutama penduduk- penduduk bandar. Penduduk-penduduk di kampung yang ada getah dan kelapa sawit, alhamdulillah. Akan tetapi bukan itu sahaja golongan rakyat dalam negara ini. Jadi macam mana pandangan Yang Berhormat Muar, salah seorang calon Ketua Pemuda Malaysia? [Ketawa] Agak-agak sayalah. Terima kasih.
Terima kasih buat pengumuman.
Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.
Ya, tidak mengapa. Peraturan mesyuarat memakan diri, 3 minit. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading kerana membuat pengumuman bagi pihak saya. Tidaklah saya menafikan, tetapi saya tidak setujulah dengan pengumuman sebegitu. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada asas kerana rakyat yang terlibat dalam pembangunan-pembangunan ini perlu dilibatkan. Hari ini kalau kita turun bila kita berbual di kalangan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pusat telah membuat satu perancangan yang kepada saya cukup strategik. Akan tetapi kadangkala mereka yang berada dalam kawasan-kawasan pembangunan ini tidak dilibatkan. Disebabkan perkembangan ekonomi yang semakin perlahan ini, saya rasa untuk mencapai hasrat koridor yang dicadangkan, kita perlu melibatkan mereka yang ada di kawasan tersebut supaya hasilnya nanti dapat dinikmati bersama. Oleh sebab itu saya bersetuju sebahagian daripada ucapan itu dimasukkan dalam ucapan saya. Kerajaan kena beritahu apakah sasaran pulangan selain daripada menyediakan peluang pekerjaan dan seumpamanya. Kalau RM100 bilion dilaburkan, adakah kita akan mendapat lebih kurang RM200 bilion akhirnya?
Ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan supaya inisiatif ini tidak diserang, direndah- rendahkan sehingga akhirnya melengahkan lagi pencapaian. Akhir sekali kerana ada lagi dua minit, saya ingin menyentuh tentang satu perkara. Saya minta dalam kita mengembangkan syiar Islam, dalam kita berdakwah, ada satu perkara yang saya lihat dapat kita gunakan kerana tidak boleh sahaja kita beritahu bahawa negara kita mengamalkan satu Islam yang moderate tetapi tidak menunjukkan apa contoh-contohnya. Apabila saya berjalan, saya dapati ada satu perkara yang paling baik yang telah kita capai iaitu Tabung Haji. Ini kerana, buku panduan mengerjakan haji di Tabung Haji sebenarnya cukup lengkap. Ramai orang sebenarnya tercari-cari cara kaedah mengerjakan haji dengan tertib dan tersusun. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk kita meletakkan negara kita Malaysia di pentas dunia dari segi agama Islam ini. Satu perkara yang boleh kita buat, terjemahkanlah buku panduan haji dalam semua bahasa bukan sahaja bahasa Inggeris, bahasa Tiong Hua, bahasa Hindu tetapi kalau boleh dalam
bahasa Sepanyol, bahasa Perancis. Ini kerana umat Islam di seluruh dunia boleh menggunakan kelebihan yang ada, yang terbukti keberkesanannya yang dikeluarkan oleh Tabung Haji dalam negara Malaysia ini untuk dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam dalam dunia ini. Akhirnya insya-Allah kalau mereka dapat melihat bagaimana tertib, tersusunnya kita dalam ibadah ini, maka mereka akan lebih tertarik dengan kaedah, cara negara kita dalam mengetengahkan syiar Islam. Jadi, Tuan Yang di-Pertua dalam tempoh masa yang diberikan ini, saya yakin RM20 bilion ini amat penting untuk kita sediakan bagi perbelanjaan kerajaan untuk diluluskan kerana suasana hari ini adalah terlalu sempit, terlalu tertekan. Bukan Malaysia tetapi seluruh dunia. Saya harap kerajaan dapat benar-benar memainkan peranan supaya pengagihan itu dapat dirasai dari seluruh peringkat masyarakat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk membahaskan belanjawan tambahan pertama 2008. Pada asasnya belanjawan tambahan ini ialah untuk menampung program- program subsidi yang telah dibelanjakan kerajaan. Daripada RM20.1 bilion belanjawan tambahan ini, RM19 bilion adalah untuk membiayai subsidi termasuk rebat kepada pemilik kenderaan sebanyak RM5 bilion. Walaupun kerajaan menjimatkan RM13 bilion setahun apabila menaikkan harga petrol dan diesel tetapi menggunakan RM5 bilion untuk memberi rebat kepada pemilik kenderaan sebagai gula-gula bagi meredakan kemarahan rakyat. Kerajaan juga menanggung akibatnya apabila terpaksa menambah peruntukan belanjawan pembangunan sebanyak RM2.4 bilion setahun bagi menampung kenaikan harga petrol dan diesel seperti mana yang dibentangkan dalam Kajian Semula Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesembilan baru-baru ini. Jadi, penjimatan sebenar daripada penarikan subsidi petrol dan diesel hanyalah RM5.6 bilion sahaja setahun iaitu RM13-5-2.4 jadi RM5.6 bilion. Kenaikan harga petrol dan diesel ini menyebabkan kenaikan harga barangan secara menyeluruh. Tidak kurang daripada 10%. Dengan kata lain, kerajaan mengurangkan kuasa membeli rakyat atau memiskinkan rakyat sebanyak 10%. Apatah lagi, menurut laporan Unit Perancangan Ekonomi Negara, pendapatan suri rumah sebenar sekiranya indeks harga pengguna sebenar digunakan, maka peningkatan pendapatan suri rumah sudah menjadi negatif. Ini kerana pertumbuhan ekonomi dipacu oleh perbelanjaan swasta dan kerajaan dan ia tidak membawa kesan kepada peningkatan pendapatan suri rumah. Tuan Yang di-Pertua, dengan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh perbelanjaan kenaikan harga petrol dan diesel, ini akan membantut pertumbuhan ekonomi. Ini kerana 50.4% daripada KDNK 2007 dijana oleh perbelanjaan. Daripada 6% pertumbuhan ekonomi yang dinikmati negara, 5.2% disumbangkan oleh perbelanjaan swasta dan kerajaan. Jadi, kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan KDNK. Kita boleh merumuskan bahawa ekonomi negara akan menjadi lebih parah dengan kenaikan harga petrol dan diesel berbanding jika sekiranya ia kekal pada tahap yang lama. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk bawah satu tajuk iaitu penjualan Wisma Angkasa Raya oleh Bank Rakyat kepada Tanah Tuah Development Sdn, Bhd. Saya tertarik dengan tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Julai 2008, tajuknya berbunyi Ke Bawah Duli Agong Diminta Campur Tangan - Hak Bumiputera Makin Terhakis. Berlandaskan tajuk utama akhbar ini, saya ingin membangkitkan satu isu yang melibatkan kepentingan ahli koperasi Bank Rakyat yang mempunyai keahlian lebih daripada 1.4 juta bumiputera. Ia melibatkan hartanah milik ahli koperasi Bank Rakyat di lokasi terulung negara iaitu di tengah-tengah kawasan tiga segi emas atau golden triangle berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Hartanah yang saya maksudkan ialah Wisma Angkasaraya. Mengikut penilaian yang dibuat oleh penilai hartanah antarabangsa, Collier International Property Consultant
yang dikeluarkan pada bulan Mei 2008, hartanah ini jika dibangunkan dengan pembangunan kompleks perdagangan bernilai tinggi. Ia boleh mencecah nilai hampir RM1.6 bilion. Penganalisis Aseambankers pula, En Ong Chee Ting mengatakan dalam akhbar The Star 28 Mei 2008, saya quote, Berdasarkan pembangunan Menara YNH di Jalan Sultan Ismail, Wisma Angkasaraya boleh dibangunkan semula dengan pembangunan yang akan memberi nilai hampir RM1 bilion. Walau bagaimanapun, saya difahamkan Bank Rakyat telah pun menjual Wisma Angkasaraya ini kepada Tanah Tuah Development Sdn. Bhd. dengan harga RM152 juta sahaja dengan opsyen diberi kepada Bank Rakyat untuk memiliki salah sebuah menara yang akan dibina dengan harga RM450 juta. Saya mahu pengesahan sama ada perkara ini benar atau tidak? Saya bangkitkan isu ini kerana akhbar The Star bertarikh 28 Mei melaporkan Sunrise Berhad telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Reliance Pillar Sdn. Bhd. dan Lembaran Segimaju Sdn. Bhd. untuk memiliki Tanah Tuah Development Sdn. Bhd. dengan harga hanya RM57.4 juta. Sunrise Berhad akan membayar RM27 juta dengan tunai dan RM30.4 juta lagi melalui pendahuluan oleh pemegang saham kepada Tanah Tuah Development Sdn. Bhd. Sebanyak RM5 juta telah pun dibayar sebagai deposit. Dalam pengumuman itu lagi, Sunrise Berhad menyatakan Tanah Tuah Development Sdn. Bhd memiliki kepentingan pendaftaran ke atas sebidang tanah pegangan kekal berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Pemilikan Tanah Tuah Development Sdn. Bhd merupakan pelaburan yang baik kerana hartanah yang diperolehinya mempunyai potensi untuk dibangunkan dengan pembangunan perdagangan bernilai tinggi dan ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan Kumpulan Sunrise Berhad dalam pemilikan hartanah di lokasi terulung negara.
Saya minta perkara ini diperjelaskan kerana transaksi ini amat mencurigakan. Satu, Bank Rakyat menjual Wisma Angkasaraya kepada Tanah Tuah Development Sdn. Bhd yang saya kira sebuah syarikat bumiputera dengan harga RM152 juta, dengan opsyen diberikan kepada Bank Rakyat memiliki sebuah menara yang saya telah katakan tadi. Ini bermakna Bank Rakyat kehilangan tanah seluas 1.6 ekar di kawasan terulung negara, bersama Wisma Angkasaraya dengan harga RM152 juta. Sekiranya Bank Rakyat memilih opsyen untuk memiliki salah sebuah menara yang akan dibangunkan kelak, maka ia terpaksa membayar RM298 juta pula iaitu perbezaan di antara menara sebanyak RM450 juta, dengan harga jualan Wisma Angkasaraya sebanyak RM152 juta....
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Saya ada banyak ya Tuan Yang di-Pertua dan maaf kerana saya keluar tadi... [Dewan riuh seketika]
Ya, kita tadi...
Berilah saya peluang kerana ....
Ya, kita tadi bersetuju, semua Ahli Yang Berhormat setuju 10 minit saja.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah penting. Ini adalah tanah bumiputera di tengah kota raya.
Saya terpaksa serahkan kepada Majlis kerana mereka bersetuju 10 minit seorang.
Boleh, bolehlah.... [Dewan gamat seketika]
Tapi Ketua Pembangkang....[Mikrofon dimatikan]
Okey, jadi bermakna daripada pembangkang, oleh kerana Ketua Pembangkang ini, janganlah ramai bercakap ya, pasal tadi kita catat 39. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, tak ada sesiapa pun yang ganggu setakat ini.
Ya, sila tapi maksud saya tadi mereka bersetuju bahawa 10 minit kerana ada 39 Ahli Yang Berhormat Yang Berhormat berdiri. Jadi kalau ada Ahli Yang Berhormat yang memberi masa itu kepada Ketua Pembangkang, saya tidak ada masalah. Sila.
Terima kasih. Dua, belum pun perjanjian jual beli dimuktamadkan, Tanah Tuah Development Sdn. Bhd telah pun menjual kepentingannya kepada Syarikat Sunrise Berhad dengan harga RM57.4 juta. Adakah Syarikat Sunrise Berhad sebuah syarikat bumiputera? Ia seolah-olah satu transaksi jualan atas angin di mana pemegang saham Tanah Tuah Development Sdn. Bhd. memperoleh RM57.4 juta apabila menjual syarikatnya dan selepas itu menyerahkan segala urusan jual beli dengan Bank Rakyat dan pembangunan ke atas tapak Wisma Angkasaraya itu kepada Kumpulan Sunrise Berhad. Tiga, saya nak tengok mana dia jaguh-jaguh yang sanggup mempertahankan hak milik hartanah 1.43 juta ahli koperasi Bank Rakyat yang terdiri daripada bumiputera daripada kerenah pemimpin kepimpinan koperasi ini yang sanggup menjual Wisma Angkasaraya melalui satu transaksi yang amat mencurigakan. Empat, sebenarnya Bank Rakyat berupaya membangunkan sendiri pembangunan perdagangan bernilai tinggi melalui kerjasama dengan pemaju hartanah, baik dari dalam mahupun luar negeri dan terus mengekalkan pegangan atas hartanah Wisma Angkasaraya. Dalam jangka panjang, pulangan kepada ahli koperasi bank juga jauh lebih baik daripada menjual terus kepada Tanah Tuah Development Sdn. Bhd yang telah pun menjual kepentingannya kepada Syarikat Sunrise Berhad. Saya harap kerajaan dapat memberi penjelasan yang telus dan ikhlas dan terus terang demi kepentingan ahli koperasi Bank Rakyat seramai 1.43 juta orang bumiputera. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan jual beli hartanah ini, maka saya minta kerajaan menggunakan segala kuasa untuk menghalang dan menyekat daripada dimeterai. Siasatan juga perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlaku salah laku atau penyelewengan dalam urusan ini. Saya juga meminta BPR menyiasat kes ini. Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak ketinggalan dalam pembangunan koridor. Dalam perbahasan Kajian Semula Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, saya telah membangkitkan isu daripada mana kerajaan akan mendapat sumber kewangan yang membiayai pembangunan koridor-koridor yang mencecah RM1.1 trilion. Ia melibatkan Pembangunan Koridor Sabah, RM105 bilion; Pembangunan Koridor Sarawak, RM334 bilion; Pembangunan Koridor Wilayah Iskandar Johor, RM382 bilion; Pembangunan Koridor Utara RM178 bilion; dan Pembangunan Koridor Pantai Timur RM112 bilion. Persoalan ini masih belum terjawab. Saya harap persoalan ini diberi penjelasan sejelas-jelasnya kerana ia melibatkan sumber kewangan yang begitu besar. Dalam Belanjawan Tambahan ini, kerajaan menggunakan kaedah pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka sebanyak RM108.5 juta untuk membiayai perbelanjaan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar atau IRDA; Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Utara, NCIA; dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu ECERDC. Melihat keutamaan yang diberikan dalam pembangunan koridor-koridor ini, saya merasa sedih kerana Kerajaan Barisan Nasional berterusan membelakangkan pembangunan di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Tidak ada langsung peruntukan untuk pembangunan koridor-koridor Sabah dan Sarawak dalam belanjawan tambahan ini. Sepatutnya Sabah dan Sarawak yang perlu diberi keutamaan kerana negeri-negeri ini jauh ketinggalan dalam arus pembangunan. Apatah lagi negeri-negeri inilah yang telah memberi kemenangan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang membolehkan mereka terus memerintah pada hari ini. Sayang seribu kali sayang, YB-YB dari Sabah dan Sarawak begitu gah terus memuji, mendukung dan mempertahankan Kerajaan BN kononnya mereka prihatin kepada rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya YB. Kinabatangan.
Saya harap mereka dapat membuka mata dan melihat sendiri keutamaan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam peruntukan pembangunan koridor-koridor ini. Jadi tidak hairanlah kenapa Sabah dan Sarawak terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Saya cadangkan mereka menyeberang sahaja...
[Bangun]
[Bangun]
Ada dua Ahli Yang Berhormat. Satu dari Sabah, satu dari Sarawak berdiri Yang Berhormat.
Saya tiada masa. Minta maaf.
Dia tak ada masa.
Saya mencabar mereka menyeberang sajalah ke sebelah sini demi masa depan yang gemilang untuk Sabah dan Sarawak.
Tak beranilah. Bagi laluan.
Saya minta penjelasan. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya...
Kalau berani, bagilah laluan.
Ini bukan kira berani tak berani. Yang berani itu kalau cross over itu yang itulah baru berani.
Tak beranilah tu... [Dewan riuh seketika]
[Bangun]
Yang Berhormat Putatan, sila duduk Yang Berhormat Putatan.
Saya minta penjelasan, kenapa dalam belanjawan tambahan ini tidak ada langsung peruntukan untuk pembangunan koridor-koridor Sabah dan Sarawak, sedangkan koridor-koridor lain mendapat peruntukan. Adakah pembangunan koridor-koridor Sabah dan Sarawak sekadar gimik pilihan raya atau ia sengaja ditinggalkan kerana kerajaan tidak ada perancangan sebenar untuk membangunkan koridor-koridor di Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk tentang sistem pengangkutan awam. Banyak telah diperkatakan tentang kepincangan dalam pengurusan sistem pengangkutan awam. Dalam kemelut kenaikan harga petrol dan diesel, keperluan pengangkutan awam yang baik dan efisien amat kritikal. Menurut akhbar dan media perdana, penggunaan kemudahan pengangkutan awam meningkat begitu mendadak sejak kenaikan harga petrol dan diesel. Bas-bas, coach-coach LRT dan kereta api Komuter penuh sesak sekarang ini. Walau bagaimanapun, dalam Kajian Semula Separuh Penggal RMK-9, kerajaan hanya menambah peruntukan sebanyak RM1.6 bilion sahaja untuk pengangkutan awam. Dalam Belanjawan Tambahan ini pula, kerajaan hanya memperuntukkan tambahan RM18 juta sahaja. Itu pun sewa pajakan tujuh pesawat Fokker 50 dan lima pesawat Twin Otter bagi kegunaan perkhidmatan udara luar bandar. Tidak ada peruntukan baru atau tambahan bagi meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan awam lain. Seperti mana yang saya sarankan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK-9, sepatutnya kerajaan menggunakan penjimatan daripada penarikan subsidi petrol dan diesel untuk mengurangkan beban rakyat dengan menyedia dan memperbaiki sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan efisien terutamanya sistem pengangkutan bas bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan bandar-bandar utama lain termasuk Kuching dan Kota Kinabalu. Baru-baru ini Yang Berhormat Kinabatangan
membangkitkan isu kepincangan dalam penyelenggaraan bas-bas syarikat pengangkutan awam di bawah kelolaan Syarikat Scomi. Sekarang saya ingin membangkitkan pula kepincangan dalam penyelenggaraan coach-coach kereta api Komuter kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Tuan Yang di-Pertua, kepincangan dalam penyelenggaraan perkhidmatan KTM Komuter. Perkhidmatan KTM Komuter yang mula diperkenalkan pada tahun 1995 dengan 62 set electric multiple units atau EMU, kini hanya mempunyai sekitar 30 set EMU yang beroperasi sepenuhnya. Kekurangan set EMU telah menyebabkan kecelaruan jadual perjalanan KTM Komuter dan mendatangkan kesukaran kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada mod pengangkutan ini. Mengapakah tindakan tidak diambil ke atas kontraktor Malaysian-Korean Railway Company yang sepatutnya telah siap membaik pulih, overhaul, dengan izin, 15 daripada 50 set EMU di bawah kontrak tiga tahun untuk overhaul 50 EMU yang ditawarkan secara runding terus pada awal 2007. MKRC iaitu Malaysian-Korean Railway Company adalah anak syarikat Multipurpose Berhad.
Syarikat papan utama yang mempunyai kaitan dengan Parti MCA. Apakah ini puncanya? Maka tindakan tegas tidak diambil ke atas MKRC walaupun ternyata telah gagal memenuhi keperluan kontrak. Seterusnya apa sebenarnya telah terjadi kepada baki 12 set EMU yang masih mempunyai nilai buku puluhan juta ringgit berdasarkan jangka hayat EMU selama 30 tahun dan hanya digunakan cuma 13 tahun sahaja. Apakah KTMB tidak bercadang untuk cuba membaik pulih set EMU tersebut sebagai langkah segera untuk menambah set EMU lain dari membeli set EMU baru melalui proses tender yang dikeluarkan baru-baru ini. Perlu diingatkan proses tender akan memakan masa yang agak lama dan pengguna KTM Komuter akan terus dihukum ekoran sikap alpa dan perancangan yang tidak teliti oleh pihak pengurusan tertinggi KTMB. KTMB turut mengalami kekurangan lokomotif disebabkan 20 lokomotif yang dibeli dari Dalian Locomotive & Rolling Stock Works China (Dalian) pada akhir 2003 masih belum ditauliahkan untuk penggunaan komersial KTMB. Lokomotif yang tiba di Malaysia secara berperingkat-peringkat itu iaitu enam buah pada 5 November 2005, enam buah pada 28 Disember 2005 dan lapan buah pada 21 Januari 2006 diketahui masih belum boleh ditauliahkan atas sebab-sebab teknikal. Persoalannya, setelah lebih dua tahun berada di KTMB dan masih belum ditauliahkan, apakah tindakan susulan KTMB dan Kementerian Pengangkutan? Adalah difahamkan kontrak pembelian telah ditandatangani dengan China TieTong Telecommunications Corporation (CTTTC) sebuah syarikat telekomunikasi kereta api dan bukannya secara terus dengan pengeluar lokomotif iaitu Dalian. Mengapakah keadaan ini dibiarkan berlaku? Untuk makluman, Petronas telah menandatangani kontrak belian dua lokomotif dengan Dalian pada September 2000. Lokomotif keluaran Dalian itu masih beroperasi dan digunakan oleh Petronas sehingga kini. Mengapakah kontrak dengan CTTTC tidak ditamatkan dan tindakan susulan diambil seperti mengadakan rundingan terus dengan Dalian untuk mengenal pasti punca masalah teknikal yang dialami sekian lama oleh lokomotif keluarannya. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk tentang peningkatan kualiti pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua.
Sikit saja lagi Tuan Yang di-Pertua.
Perkara 35(7) tadi, apakah Tuan Yang di-Pertua akan menetapkan masa tambahan ihsan kepada Ketua Pembangkang sebenarnya?
Dipersetujui tadi bahawa ramai ahli-ahli pembangkang yang sudi untuk memberi masa kepada Ketua Pembangkang. Jadi saya akan tolak nanti mana saja.
Saya setuju.
Yang tadi berdiri, dia kasi masa kepada Ketua Pembangkang. Sila teruskan.
Terima kasih. Saya harap Yang Berhormat Batu Pahat dengar ini. Sama-sama duit rakyat kita ini. Sabar sekejap. Banyak lagi masa untuk Yang Berhormat Batu Pahat berbincang. Berdebat pun boleh lagi kalau diberikan ruang oleh Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik kepada peruntukan tambahan sebanyak RM23 juta untuk menampung pelaksanaan program pentauliahan top business school. Saya ingin bertanya universiti mana yang telah dipilih untuk pentauliahan ini. Apakah ia akan setanding dengan program yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura atau Australian School of Business atau London Business School atau University Harvard. Banyak program yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan sudah terkenal bukan saja dalam negara tetapi juga di luar negara. Sebagai contoh, program Ijazah Undang-undang Sivil dan Syariah oleh Universiti Islam Antarabangsa; Ekonomi dan Kejuruteraan oleh Universiti Malaya; Ekonomi Asas Tani dan Pengurusan Estate oleh Universiti Putra Malaysia; Komunikasi dan Sosiologi oleh Universiti Sains Malaysia; Perakaunan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman; Perhotelan oleh UiTM dan sebagainya. Saya cadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi memberi tumpuan khusus untuk menggarapkan lagi program-program yang sudah terkenal ini yang terdapat di universiti-universiti tempatan agar menjadi top school sekurang-kurangnya di rantau ini kalaupun tidak di dunia pun. Ini bagi menarik pelajar-pelajar luar negara datang belajar di sini dan yang akan menjadi sumber pendapatan kepada negara selain memberi pendidikan berkualiti kepada rakyat Malaysia. Dalam usaha kerajaan menarik ramai lagi pelajar luar negara, kita menghadapi persaingan hebat dari negara-negara Teluk dan Asia Barat yang semakin banyak menubuhkan universiti-universiti yang berkualiti dan bertaraf dunia. Dengan pengaliran sumber kewangan yang melimpah hasil kenaikan harga minyak dunia, mereka berupaya menarik begitu ramai cendekiawan dan pakar-pakar dari seluruh pelosok dunia untuk mengajar dan membuat penyelidikan di universiti-universiti mereka. Kita kehilangan persaingan untuk menarik pelajar-pelajar dari negara-negara Islam seperti Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah dan sebagainya. Sekiranya kualiti dan piawaian universiti-universiti tempatan tidak dipertingkatkan setaraf universiti kelas dunia. Yang lebih membimbangkan lagi, kita juga mungkin menghadapi penghijrahan cendekiawan- cendekiawan kita dan pakar-pakar tempatan ke negara-negara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya nak masuk tentang peranan wanita dalam kepimpinan universiti. Dalam perbahasan baru-baru ini, Yang Berhormat Batu Pahat - saya sebut nama ini mempersoalkan keupayaan dan kewajaran wanita mengetuai universiti-universiti awam tempatan. Kononnya prestasi universiti merosot sejak wanita dilantik menjadi naib canselor di dua buah universiti tempatan. Saya ingin menjelaskan bahawa banyak universiti terkemuka di dunia diketuai oleh wanita sekarang ini. Di antaranya termasuk Vice- Chancellor University Cambridge, Professor Alison Richard; President University Harvard, Professor Drew Gilpin Faust; President Massachusetts Institute of Technology, Professor Susan Hockfield; President University Princeton, Professor Shirley Tilghman; President University Pennsylvania, Professor Amy Gutmann; President University Brown, Professor Ruth J. Simmons dan banyak lagi. Semua ini mereka terdiri daripada wanita. [Tepuk] Universiti-universiti yang saya sebut adalah merupakan 10 universiti terbaik dunia.
[Bangun]
World top ten university.
Yang Berhormat Pasir Mas berdiri Yang Berhormat.
Boleh minta penjelasan sikit.
Minta maaflah.
Yang Berhormat Pasir Mas, dia mohon maaf.
Maaf ya. Okey. Jadi tidak benar prestasi universiti merosot apabila dipimpin oleh wanita. Sebenarnya, pengongkongan melalui pelbagai akta seperti AUKU, Aku Janji, tekanan politik dan pelbagai kerenah birokrasi dan lain-lain lagi yang menyebabkan kemerosotan prestasi universiti tempatan. Bukannya kerana dipimpin oleh wanita. Tuan Yang di-Pertua, yang ketujuh. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam tempatan. Saya didatangi ramai pelajar kelulusan politeknik dan institut kemahiran tidak diterima masuk ke universiti awam tempatan untuk melanjutkan pelajaran mereka walaupun mendapat kelulusan cemerlang. Berbanding dengan universiti-universiti di negara-negara lain seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, kebanyakannya memperluas dan mempelbagaikan kelayakan untuk memasuki universiti-universiti mereka. Malah lulusan SPM, STPM, matrikulasi, diploma- diploma dan sijil-sijil yang ditauliahkan pelbagai universiti pendidikan di negara kita pun diiktiraf dan diterima masuk oleh universiti-universiti di negara-negara tersebut. Saya harap kerajaan menilai semula kelayakan memasuki universiti-universiti tempatan untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia mendapat pendidikan tertinggi di universiti-universiti awam tempatan. Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan stem cell dan tabung darah tali pusat. Saya juga tertarik kepada peruntukan RM8 juta untuk membiayai kos pelaksanaan perkhidmatan transplantasi stem cell dan tabung darah tali pusat. Setahu saya, isu ini banyak diperdebatkan di serata dunia baik dari sudut agama, sosial, etika mahupun politik. Ia bukan saja boleh menjurus kepada proses pengklonan manusia tetapi juga penggunaan bahagian-bahagian manusia untuk tujuan penyelidikan, perubatan, kosmetik dan juga percampuran sel-sel dan bahagian-bahagian manusia dengan haiwan. Malah Amerika Syarikat masih melarang pembiayaan kerajaan dalam penyelidikan stem cell embryonic. Ini kerana ia melibatkan penggunaan janin-janin manusia yang digugurkan. Sebahagiannya pula masih hidup dan bernyawa digunakan sebagai bahan penyelidikan untuk menghasilkan pelbagai kegunaan baik perubatan, kosmetik malah persenyawaan dengan haiwan. Jadi saya minta penjelasan batas-batas penggunaan transplantasi stem cell ini dan tabung darah tali pusat ini dari sudut agama, sosial dan etika.
Apa peruntukan undang-undang atau fatwa-fatwa sedia ada bagi menjamin ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara atau hukum-hukum agama. Apa peruntukan undang-undang sedia bagi mengawal dan menyekat penyalahgunaan perkhidmatan transplantation stem cell dan tabung darah tali pusat ini? Apa matlamat kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan ini? Adakah ia setakat menyedia perkhidmatan sahaja atau lebih daripada itu? Tuan Yang di-Pertua, yang akhir satu perenggan. Kenaikan yuran perkhidmatan sokongan kesihatan. Dalam belanjawan tambahan ini, kerajaan memperuntukkan tambahan RM61.6 juta untuk membiayai kos semakan harga ubat-ubatan dan peralatan yang dibekalkan dan kenaikan yuran perkhidmatan sokongan bagi syarikat konsesi. Dalam belanjawan asal 2008 kerajaan sudah memperuntukkan sebanyak RM667.3 juta untuk bekalan ubat-ubatan dan peralatan. Selain itu kerajaan juga memperuntukkan RM992 juta untuk pengurusan perubatan ibu pejabat dan negeri-negeri. Sudah banyak diperkatakan tentang kewajaran kerajaan menswastakan perkhidmatan sokongan kesihatan. Sekarang jelas dengan peruntukan yang begitu besar sekali pun kerajaan masih memerlukan peruntukan
tambahan untuk menampung kenaikan yuran perkhidmatan sokongan bagi syarikat konsesi sebanyak RM61.6 juta. Saya minta penjelasan kenapa kerajaan perlu membayar kenaikan yuran perkhidmatan bagi syarikat konsesi ini dengan begitu besar? Sila nyatakan syarikat-syarikat konsesi yang mendapat manfaat dari kenaikan yuran perkhidmatan ini dan apa perkhidmatan yang disediakan? Bukankah kerajaan sudah memuktamadkan kadar yuran- yurannya sebelum perkhidmatan disediakan. Adakah ia sebab kenaikan harga ubat-ubatan dan peralatan atau faktor-faktor lain? Kalaulah disebabkan kenaikan harga maka rakyat seluruhnya sedang mengalami keperitan yang lebih dahsyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel, bahan makanan dan lain-lain termasuk perkhidmatan kesihatan. Ini jelas membuktikan kerajaan lebih prihatin kepada tuntutan syarikat konsesi penswastaan daripada rakyat jelata. Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih. Lebih kurang setengah jam Ketua Pembangkang berucap jadi sepuluh minit masa dia, jadi terpaksalah korban dua orang daripada pembangkang punya masa. Jadi saya nampak Yang Berhormat Ipoh Timur sudah berdiri tapi untuk keadilan selepas pembangkang terpaksa saya panggil BN. Jadi sekarang saya panggil Yang Berhormat Batu Pahat. Selepas itu nanti Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berapa minit?
Sepuluh minit. Kecuali ada nanti Ahli Yang Berhormat yang bagi masa sama Yang Berhormat.
Insya-Allah sepuluh minit Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya amat bangga di negara kita ini Ketua Pembangkang adalah wanita. Sebelum isteri saya marah saya, perlu saya perbetulkan kenyataan tadi. Saya mempersoalkan apakah kemerosotan prestasi universiti itu berpunca kerana naib canselor itu wanita ataupun kerana kelemahan yang ada naib canselor itu sendiri. Kalau kelemahannya maka tidak apalah, cari yang lebih sesuai. Kalau semua naib canselor adalah wanita di Malaysia ini pun tidak apa juga asalkan baik. Itu saja isunya. Sebab saya tahu di negara kita kejayaan wanita bukan lagi semata-mata kerana kuota. Saya ada jumpa wanita cukup marah bila sebut pasal kuota sebab bila sebut kuota seolah-olah menghina keupayaan dan prestasi kaum wanita. Oleh itu yang penting ialah kejayaan wanita ini kerana prestasi mereka bukan lagi kerana kuota, itu yang penting sebenarnya. Itu yang ingin saya pertahankan, harap maklum.
Itu maksudnya Yang Berhormat Batu Pahat sudah condong kepada meritokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berbalik kepada isu yang kita perbahaskan sekarang ini.
Penjelasan.
Tidak bagi laluan. Sepuluh minit, minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, isu yang berbangkit sekarang ini ialah pertambahan perbelanjaan yang begitu banyak yang diperlukan untuk kita luluskan dan antaranya ialah RM15 bilion untuk isu kenaikan harga minyak sekarang ini. Berasaskan kepada apa yang kita lihat ini RM10 bilion itu ialah untuk subsidi diesel, petrol dan juga gas. Apa yang berbangkit yang sedang kita hadapi sekarang ini ialah apakah dengan kenaikan harga minyak ini akan kita meneruskan dasar subsidi minyak itu. Sebab itulah kalau diberikan pilihan iaitu sama ada kita menstrukturkan subsidi minyak ataupun tambah lagi subsidi minyak untuk turunkan harga minyak, maka yang terbaik ialah menstrukturkan semula subsidi minyak. Apa maksud menstrukturkan subsidi minyak? Iaitu pertama untuk memastikan orang yang berhak sahaja mendapat faedah.
Apa maksud menstrukturkan subsidi minyak iaitu supaya kita memberikan subsidi kepada perkara yang lebih penting seperti subsidi makanan ataupun menambahkan biasiswa ataupun apakah makna menstrukturkan subsidi minyak ini ialah untuk memastikan ekonomi kita kembali kepada landasan yang betul. Sebab itulah bagi saya yang penting ialah bukan hendak tambah lagi RM5 bilion, hendak turunkan harga minyak 50 sen, yang sebenarnya kita hanya berbalik kepada cara lama iaitu orang kaya juga yang dapat faedah. Yang lebih penting ialah kita menstrukturkan subsidi minyak supaya dua juta rakyat asing negara kita tidak dapat subsidi tersebut dan yang pasti ialah supaya penyeludupan minyak petrol, diesel dan sebagainya dapat diatasi. Itu sebenarnya, itu yang menyebabkan bagi saya menstrukturkan subsidi minyak itu lebih penting daripada kita menurunkan harga minyak 50 sen dengan hendak tambahkan lagi subsidi RM5 bilion. Sedangkan RM5 bilion itu lebih baik kita agihkan, kita belanjakan untuk perkara- perkara lain yang lebih penting. Sebab itulah saya menyokong usaha yang dilakukan iaitu RM5 bilion untuk rebat ini. Iaitu kita pulangkan balik sebanyak RM5 bilion kepada mereka yang menggunakan kenderaan 2000cc ke bawah. Saya yakin bahawa ini adalah usaha awal kerana selepas habis satu pusingan kerajaan akan mencari pendekatan yang lain iaitu bagaimana orang yang tidak ada kereta, yang tidak ada motor, yang mendapat faedah. Yang lebih penting di sini ialah kita sudah memulakan sesuatu iaitu berani untuk menstrukturkan semula subsidi minyak sebenarnya. Jangan selama-lamanya kita bergantung kepada subsidi minyak untuk turunkan harga minyak yang tidak baik kepada ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang ingin saya bahaskan iaitu yang berkaitan tentang B.6 ini. Jabatan Perdana Menteri mengenai dengan koridor-koridor ini. Saya menyambut baik terutamanya di Johor, Wilayah Pembangunan Iskandar. Akan tetapi saya juga ingin memberikan perhatian di sini dan mengharap kerajaan memberikan tumpuan iaitu menggunakan pendekatan trickle down, iaitu apa juga kekayaan yang kita peroleh daripada pelaburan-pelaburan ini yang masuk ke Iskandar Malaysia ini mesti juga sampai kepada semua lapisan rakyat yang ada di negara kita. Oleh kerana itulah saya mengharap bahawa di dalam kita menjayakan pembangunan Iskandar Malaysia sama ada di NODE 1 ataupun di NODE 2. Maka kita harus mengambil model-model yang pernah berjaya seperti penyusunan Kampung Melayu Majidi yang perlu ada di kawasan Wilayah Iskandar ini iaitu kampung-kampung tersusun supaya mereka yang golongan sederhana juga mendapat tempat. Kalau boleh juga kita menyediakan rumah mampu milik di kawasan NODE 2 di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. Ini supaya apa yang kita rasa bimbang selama ini iaitu tidak dapat dimanfaatkan oleh semua golongan maka ia dapat diatasi dengan adanya perancangan seperti ini. Sebab saya melihat kejayaan Kampung Melayu Majidi di kawasan Johor Bahru dalam Johor Bahru, apa salahnya konsep yang sama dibawa masuk di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. Kalau kita hendak bercakap tentang agihan kepada kaum yang lain maka kita mesti menyediakan kawasan perumahan mampu milik untuk semua pihak, semua kaum. Jadi dengan cara inilah maka barulah kita melihat manfaat besar kepada pembangunan koridor ataupun terutamanya Wilayah Pembangunan Iskandar yang sudah pun bermula. Kalau kita lihat Projek Nusa Jaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor sudah pun hampir siap.
Jadi sebab itulah, saya harap bila kita menyebut tentang trickle ini, maka kita boleh memberikan kerja-kerja kepada kontraktor kita seperti cleaning services, itu yang berunsur perkhidmatan seperti cleaning dengan izin. Kita boleh bagi kepada syarikat-syarikat yang kecil.
Minta laluan.
Yang Berhormat Padang Serai saya bagilah.
Okey, bagus.
Minta laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Ini bila sebut tentang kontraktor-kontraktor tadi dan juga agihan kepada kontraktor Melayu dan sebagainya saya hendak bawa ini. Saya seorang Ahli Parlimen India, Hindu, di mana saya ada satu surat di mana ditulis oleh seorang Melayu kepada jurutera daerah JKR Melayu, kononnya surat ini mengatakan bahawa, saya bacakan surat ini. “Dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas F, Melayulah, di atas dirujuk. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong dan bersimpati kepada parti pembangkang”. Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F, kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi, apa surat ini? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ya, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya mengatakan keadilan sebab ada setengah kontraktor ini, dia ada 50 syarikat di bawah nama orang lain tetapi dia pemilik sebenarnya. Dia menggunakan, mendaftar 50 syarikat atas nama-nama orang lain. Jadi ini yang tak adil. Jadi macam mana orang lain mahu bersaing dengan dia? Jadi sebab itulah saya kata, bahawa saya senarai hitamkan untuk memberikan keadilan kepada orang lain.
Ini tak sebutlah 50, tak sebutlah 50.
Sebab itulah saya buat sedemikian.
Ini sebut...
Ahli-ahli Yang Berhormat, cukup.
Senarai hitam.
Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai cukup, ya.
Menyokong pembangkang.
Oleh kerana itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, pembangkang lagi tak layak.
Ini...
Mengata kerajaan macam-macam, bila bab projek, dia minta projek pada kerajaan.
Nak layak macam mana?
Ini berlaku di negeri Selangor.
Ini seorang pemimpin,...
Di negeri Selangor...
Pemimpin Melayu memecahbelahkan kaum orang Melayu...
Pemimpin menyalahgunakan kuasa. Sampai letak...
Okey, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ini tak keluar dalam Hansard nanti Yang Berhormat. Ucapan ini sebab bercelaru sangat. Seorang-seorang cakap baru dapat masuk. Sila Yang Berhormat Batu Pahat. Kalau Yang Berhormat Padang Serai hendak cakap, suratkah, memokah, apa benda itu, nanti tunggu Yang Berhormat berucaplah ya. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
10 minit tak banyak.
Komen tentang pembangkang dulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Sumber Manusia. Berkenaan Kementerian Sumber Manusia ini, kita berterima kasih kerana kerajaan menghidupkan semula tabung yang dipanggil sebagai PTPK ini. Ini cukup penting sebenarnya sebab kita melihat di negara kita ini lebih kurang 50,000 orang sebenarnya hendak mendapatkan sijil kemahiran ini ataupun kelulusan dalam bidang kemahiran tetapi apa yang berlaku, apabila tabung ini dibekukan pada 2003, maka mengakibatkan banyak institut latihan, kemahiran yang terpaksa ditutup. Daripada 800 yang ada terutamanya bumiputera Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini tinggal 50 sahaja. Itu pun nyawa-nyawa ikan. Puncanya ialah apabila kerajaan membekukan tabung ini yang menyebabkan pelajar tidak ada peluang untuk mendapatkan pinjaman, untuk mendapatkan latihan di institut latihan kemahiran ini. Jadi, oleh kerana itulah, kalau kita melihat kepada statistik, ada 540,000 lulusan SPM setiap tahun dan 300,000 ini sebenarnya yang memerlukan tempat belajar di Institut Latihan Kemahiran ini tetapi kalau hanya setakat tambah 100 juta, sudah tentulah tidak dapat menampung sebab kalau untuk 300,000 dia memerlukan lebih kurang RM350 juta sebenarnya. Ini perlu diberi perhatian sebab kita tidak mahu anak-anak lulusan SPM ini apabila mereka tidak mendapat tempat, maka merekalah yang menimbulkan masalah gejala sosial, mat rempit dan sebagainya. Di samping itu, yang lebih penting ialah...
Penjelasan.
...untuk menyelamatkan Institut Latihan Kemahiran yang ada khususnya swasta yang dimiliki oleh bumiputera ini.
Kalau hendak bagi, bagi Yang Berhormat. Ada satu minit.
Minta maaf, Yang Berhormat Kinabatangan. Satu minit sahaja masa yang tinggal. Jadi, oleh kerana itulah, saya berharap ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia. Sebab itulah saya kata RM5 bilion yang hendak diambil untuk turunkan harga minyak 50% ini, apa faedahnya. Lebih baik kita laburkan, lebih banyak untuk pembangunan sumber insan ini yang lebih mendatangkan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Jadi, tak payahlah dengar teori tambah RM5 bilion, turun RM0.50 sebab itu adalah pendekatan populis sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, masa sudah habis.
Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Apa sikit Yang Berhormat?
Ya, sikit sahaja iaitu Tuan Yang di- Pertua, saya berharap bahawa janji-janji yang mana kita akan memberikan peruntukan yang besar kepada polis ini ditunaikan. Terutamanya pembelian baju kalis peluru 2,000 helai ini yang diperlukan sebab kita terima kasih negara kita sekarang ini semakin huru-
hara. Banyak sangat gangguan dan dikacau oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, peralatan polis mesti dipertingkatkan, diperlengkap, peronda dan sebagainya ini.
Baik, Yang Berhormat.
Supaya negara kita, adalah negara yang aman dan damai, supaya pembangkang tidak boleh mengeksploitasikan keamanan ini untuk meruntuhkan ekonomi kita yang baik ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Bangun]
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Yang di-Pertua, saya kesal dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya sikap pelampau sexist, male chauvinist pigs atau MCP Yang Berhormat Batu Pahat. [Tepuk] Yang mengeluarkan kenyataan mengenai kelayakan dan kewibawaan wanita untuk menjadi vice chancellor universiti-universiti negara kita.
Saya sudah buat pembetulan tadi.
Pada saya, masalahnya ialah bukan...
Sudah buat penjelasan.
Tak ada masa, tak payah.
Tak apa Yang Berhormat.
Tak payah. Kepada seorang yang begitu male chauvinist pigs tak payah. Masalah ialah bukan agenda tetapi ialah mengenai meritokrasi dan kalau kita rela mengatakan meritokrasi supaya sesiapa rakyat Malaysia tak kira wanita atau lelaki, tidak kira kaum Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, menjadi vice chancellor, tentulah kita boleh balik kepada masa kegemilangan universiti-universiti kita di mana boleh di dalam 50 universiti yang terbaik. Bukan sekarang, luar daripada 200 universiti. Oleh kerana inilah, tidak ada sistem meritokrasi tetapi dalam perbahasan kita untuk supplementary untuk satu masa di mana negara kita, dunia menghadapi satu krisis global sama ada kenaikan harga minyak ataupun kekurangan makanan, satu elemen yang sangat mustahak untuk mengatasi masalah-masalah ialah keyakinan. Keyakinan kerajaan selepas tsunami 8 Mac yang menunjukkan bahawa rakyat jelata tidak ada keyakinan kepada Barisan Nasional, keadaan tidak begitu baik. Sebenarnya apa yang berlaku pada hari Isnin, melihat keyakinan kejatuhan lebih serius. Apa yang berlaku pada hari Isnin? Kenapa boleh berlaku tanpa ada sebab, tanpa sebab yang baik? Polis boleh melancarkan satu kempen tiga hari melibatkan 1,600 anggota untuk cripple dan menyusahkan beratus ribu penduduk-penduduk di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang tanpa apa-apa sebab. Apa sebab mengadakannya ? Seolah-olah mengatakan bahawa satu demonstrasi di Parlimen? Ini jelas menunjukkan yang kita benar. Tak ada demonstrasi, seorang pun kita tak keluar. Inilah...
Minta laluan.
Tak ada masa. Inilah oleh kerana...
Minta laluan.
Inilah oleh kerana tanpa menunjuk sebab- sebab tak ada diberi oleh menteri...
Yang Berhormat Pasir Salak bercakap nantilah.
Padahal mereka pergi Pasar Seni. Tak dapat sampai sini.
Menteri Dalam Negeri, saya petik daripada The Star di mana menteri berkenaan kata, “Bahawa ada satu Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat pada 9 Julai 2008 di Ibu Pejabat PKR dan saya, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kepong ada menghadiri”.
Ini dusta, fitnah. Oleh kerana tidak ada itu langsung mesyuarat Pakatan Rakyat pemimpin-pemimpin tertinggi. Akan tetapi ini asas maklumat intelligence di mana untuk mengadakan satu operasi three days backlog Kuala Lumpur dan Lembah Klang, bagaimana boleh? Yang Berhormat Menteri ada membuat tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dia ada seorang snitch kepada United States. Nampaknya dia menteri untuk snitch. Menteri untuk informer-informer bukan sahaja menteri untuk snitch, tetapi snitch-snitch yang cakap bohong. Sampai sekarang Yang Berhormat Menteri tidak tarik balik tuduhan itu, tidak berasas tetapi masalahnya bukan tarik balik, bagaimana dia boleh percaya dua blog, dua ucapan dan dua SMS sebagai asas untuk lancarkan satu gerakan yang begitu raksasa. Bukankah ini tidak bertanggungjawab! Bagaimana polis boleh percaya dua blog, dua ucapan dan dua SMS. Jikalau begitu siapa yang boleh ada keyakinan kepada integriti, kredibiliti dan kewibawaan kerajaan ini. Adakah ini sebabnya ada pecah belah dalam Barisan Nasional? Bukan sahaja dalam UMNO tidak ada kepercayaan kepada nombor satu dan nombor dua. Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir kata kalau Naib Presiden UMNO Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd.Yassin cabar kerusi nombor dua, dia boleh menang!
Keluar tajuk.
Itu mengenai keyakinan. Dalam UMNO pun tidak ada keyakinan. Dalam Barisan Nasional pun tidak ada keyakinan. Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, selain daripada Kinabatangan patutlah pergi Sepilok.
Minta penjelasan sedikit.
Apa Sepilok?
Tidak ada orang yang ada semangat...
Jangan marahlah...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua....
Tarik balik, tarik balik, tarik balik.....
Taat setia kepada... cakap besar...
Tarik balik! Apa Sepilok? Tuan Yang di-Pertua..
[Bangun]
[Bangun]
Di sini boleh bercakap besar..
Tarik balik...
Apa....
Tarik Balik! Apa Sepilok? Tarik balik!
Liar, jangan liarlah.
Itulah apa yang kita tengok dalam Sepilok.
Pelakon, ini salah tempatlah. Patut dia pergi panggung wayang.
Apa makna pergi Sepilok?
Tuan Yang di-Pertua, patut dia di panggung wayang. [Dewan riuh]
Saya minta...
Tarik balik...
... Krisis di negara kita..
Tarik balik.
Oleh kerana orang semacam itu boleh menjadi Timbalan Presiden BBC.
Tarik balik...
Where got confidence?
[Menyampuk]
Makna confidence. Itulah...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Syabas kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Itulah ketua mereka. Akui sebagai ketua mereka. Semua pergi Sepilok boleh baik. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat? [Dewan riuh] Yang Berhormat, tidak dapat mesyuarat kita Yang Berhormat.
Ya, boleh saya terangkan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bangun]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]
Duduk, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kapit minta tolong duduk.
Saya teruskan. Di sini Yang Berhormat Menteri kata dia rela tarik balik tuntutan bahawa tiga orang kita ada menghadiri, dia mahu check mengenai alibi. Apa alibi? Masalahnya ialah dia perlu tunjukkan kebenaran bahawa tuntutan beliau kita ada satu Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat pada 9 Julai, benar. Bukan kita proof tidak benar. Kalau begitu...
Jangan cakap bohong.
... kalau begitu dia percaya SMS, dia percaya kepada blog-blog, kenapa beliau tidak mahu percaya blog-blog mengenai Timbalan
Perdana Menteri dan mengenai isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah ada terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibu. Kenapa untuk pembangkang we are proven we are deem guilty until proven innocent. Akan tetapi untuk Timbalan Perdana Menteri untuk Barisan Nasional mereka deem innocent until proven guilty?
[Tepuk]
Bukankah ini double standard? Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tarik balik, bukan sahaja tarik balik tetapi meminta maaf. Bukan sahaja meminta maaf tetapi beliau perlulah memberi satu penerangan yang baik...
Masa sudah lebih.
.. tanpa dia patutlah resign, kalau tidak Perdana Menteri patut pecat beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Ini kredibiliti dalam empat bulan ini, kita diberi jaminan bahawa akan adakan reformasi supaya mengembalikan kepercayaan orang ramai dan pelabur-pelaburan dalaman serta di luar Malaysia. Apa yang berlaku semalam...
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Ya, itu injury time sedikit.
Ya, tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur tidak berhenti pun.
Masa sudah habis.
Habis, habislah. Saya hendak berucap juga.
Ini orang tua sudah nyanyukkah?
Yang Berhormat, biarlah saya yang membuat keputusan.
[Bangun]
Yang Berhormat, saya uruskan Yang Berhormat.
Tapi kita Barisan Nasional pun hormat juga, satu minit.
Duduklah.
Dia tidak ikut arahan.
Masa sudah habis.
Yang Berhormat....
Saya berharap bahawa kalau mahu kembalikan keyakinan orang ramai terhadap Malaysia, jaminan bahawa mengadakan reformasi semacam kehakiman, polis, IPCMC, kehakiman mengenai pelantikan ketua hakim yang baru perlu proses Judicial Commissioner mengenai korupsi, semua perlulah dilaksanakan. Kalau tidak keyakinan tentu tidak akan dipulihkan.
Baik Yang Berhormat.
Akhirnya, saya harap bahawa kita boleh dapat satu penjelasan mengenai perkara penjualan MV Megastar, di mana Tun Dr. Mahathir ada berkata bahawa Proton sudah rugi RM800 juta. Dia ada membuat cadangan menyatakan Royal Commission Enquiry. Sewaktu dia menjadi Perdana Menteri saya selalu
mencadangkan supaya mengadakan Royal Commission Enquiry, dia tidak setuju. Sekarang dia pun belajar mahu Royal Commission Enquiry diadakan dan Proton rugi RM800 juta dengan penjualan MV Megastar, RM5. Ini bersabit dengan soal keyakinan...
Baiklah Yang Berhormat Ipoh Timur, baik, baik.
Masa sudah habis Ipoh Timur.
Balik Sepilok.
Terima kasihlah bekerjasama dengan saya. Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, 10 minit saya kira dari sekarang.
10 minit Yang Berhormat. Jangan tunjuk tangan, jangan tunjuk mulut.
Saya terlalu kecewa melihat gelagat pelakon badut veteran daripada pembangkang. [Dewan riuh] Memang hebat lakonan dia. Dia sentiasa memainkan lagu lama Tuan Yang di-Pertua. Dia selalu menari di gelanggang yang tidak sama rata. Itulah dia Yang Berhormat Ipoh Timur yang selalu salah tempat. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya secara ikhlas ingin menyatakan syabas, tahniah! Kepada pihak polis sebab mereka telah menjalankan amanah, tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan oleh rakyat sehingga negara kita pada hari ini di antara salah satu negara yang paling aman, damai, makmur dan bebas daripada segala-gala kejahatan yang luar biasa. Memang bukan semua pasukan dalam polis itu baik. Ada satu, dua orang yang tidak baik tetapi keseluruhannya dan...
Penjelasan.
Tidak ada masa.
10 minit Yang Berhormat, tidak payah ganggulah.
Dengar dahulu, kalau tidak jelas dengar. Saya kasi jelas kepada semua pembangkang semua.
Siapa yang banyak mengganggu tidak payah cakap kali ini.
Cantik! Kita lihat bagaimana risikan polis baru-baru ini di mana pakatan sebahagian pembangkang mungkin bukan semua terlibat, saya tahu ada pakatan dia dan pihak polis telah membuat pencegahan. Bak kata pepatah Melayu ‘berjimat semasa ada’, ‘jangan sudah terhantuk baru hendak tengadah’. Jadi pihak polis telah menjalankan kewajipan dia menghalang sesuatu perkara yang dijangka akan berlaku dengan halangan-halangan tersebut. Maka ianya tidak berlaku dan kita semua selamat. Tetapi pembangkang, Ipoh Timur menafikan kenyataannya. Dia memang begitu, selalu retorik. Alasan dia kerajaan memanipulasikan isu. Sebetulnya memang berlaku, dia orang yang menipu. [Ketawa]
Siapa yang menipu?
Pembangkanglah.
Tidak, tidak, Kinabatangan yang menipu.
Nanti saya buat ‘ketamlah’ bagi sama you. [Ketawa]
Kita tidak pernah menipu, kita menyatakan sesuatu yang benar.
Cakap faktalah.
Fakta dia.
Ini Tuan Yang di-Pertua...
Ini apa ini, saya bukan kasi laluan!
Tuduhan tidak berasas.
Bukan saya kasi laluan.
Baik Yang Berhormat.
Kalau kawan minta...
Cakap dengan fakta, cakap dengan fakta.
[Menyampuk]
Ah! duduklah.
Yang Berhormat Padang Serai jangan hilang giliran masa untuk berucap.
Nanti tangan saya gatal lagi susah. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, 36(12).
[Ketawa] Nanti gatal sekali lagi, duduklah, apa ini?
Peraturan, Peraturan 36(12). Mana- mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. [Dewan riuh]
Keliru, keliru!
Sila duduk Yang Berhormat.
Go back to school, study first! [Tepuk] Tidak ada kena-mengena.
Duduklah Yang Berhormat Padang Serai.
Saya pasti kamu tidak akan menjadi guru yang baik.
Saya bukan mahu menjadi guru yang baik, saya mahu menjadi ahli politik yang baik.
Saya belum habis Yang Berhormat, saya nak beri jawapan kepada Yang Berhormat Padang Serai. Kalau kita nak selidik semua tuduhan, selidik semua itu, nak verify kata orang putih dengan izin. Semua tuduhan, sebutan itu, saya ingat Dewan tak jadilah kerja. Jadi Yang Berhormat, 36(12) itu jangan pakai selalu sangatlah.
Tapi ini...
Yang Berhormat Padang Serai, saya tersenyum Yang Berhormat.
Go back to school!
Saya tersenyum Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, itulah kita mahu buat keputusan, jangan banyak cerita. Keputusan sudah kita terima, jangan guna pakai perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena, mengganggu masa saya Tuan Yang di-Pertua. Banyak perkara yang rakyat mahu dengar saya hujahkan.
Ya baik Yang Berhormat. Sila.
Saya balik kepada soal pokok.
Kurangkan politik sikit Yang Berhormat ya.
Balik kepada soal pokok, minggu lalu saya pernah bertanya dengan Menteri Kesihatan berhubung dengan kerjaya doktor on call iaitu bekerja lebih daripada masa. Saya meminta Menteri Kesihatan turun ke hospital-hospital di seluruh negara, periksa report card doctor on call ini berapa jam mereka bekerja? Baru tahu apa yang berlaku di bawah. Selepas saya berhujah, saya menerima lebih kurang 30 SMS daripada doktor di seluruh negara. Mereka rasa tertekan dan mereka amat bersetuju dengan cadangan yang saya bawa. Mereka tidak ada waktu rehat, nurse disebaliknya selepas bekerja 24 jam, keesokan harinya berehat tetapi doktor tidak. Dia kata mereka bukan robot, doktor pun pandai sakit, pandai rosak dan pandai mati juga. Jadi saya mahu minta...
Nak kena perbetulkan itu Tuan Yang di-Pertua. Nurse tak pernah kerja 24 jam, dia cuma kerja 8 jam sahaja.
Ini penjelasan ke apa ke? Soalan tambahan ke ini? Saya jadikan kalau betul dia punya cakap, saya jadikan ucapan dia sebahagian daripada ucapan saya. [Dewan riuh]
Wah, Yang Berhormat Kinabatangan bekerjasama dengan Yang Berhormat Titiwangsa.
Ini baru bagus, sumbangan yang bagus. Sumbangan yang bagus, kita terima.
Baik, sila Yang Berhormat.
Oleh sebab itu, kerajaan harus memikirkan sesuatu yang terbaik untuk semua pihak. Kita banyak kali bercakap soal justice, soal keadilan, kesaksamaan tetapi pengarah-pengarah hospital, dia punya otak pergi mana? Saya ingat ada mereng sikitlah macam Yang Berhormat Ipoh Timur. Dia tak tahu nak arah mana doktornya. Sudahlah kerja dari 6 petang hingga 6 pagi, esoknya sambung lagi sampai 5 petang. Ini merupakan satu penyeksaan kepada golongan- golongan profesional iaitu doktor itu sendiri. Itu sebabnya di hospital kita tak ada doktor, lepas sahaja kontrak, semua mahu lari. Yang lain kalau ada duit sendiri, dia nak bayar dengan kerajaan untuk lari daripada hospital kerajaan. Sudahlah gaji kecil, sengsara lagi. Jadi inilah yang patut dilihat, harus dilihat secara saksama bagaimana hendak menyelaraskan usaha-usaha murni seumpama ini. Kalau tidak, maka alamatlah golongan profesional seperti doktor-doktor yang kita ada ini, mereka akan menjelajah dari satu negara ke negara yang lain.
Pertama untuk mengelak daripada tertekan ataupun torture daripada tugasan- tugasan yang tidak ada hala tujunya, yang tidak ada ketentuannya. Kedua, mereka juga kena mencari sesuatu yang lebih, contoh pembayaran gaji ataupun elaun di antara doktor negara dengan tidak usah jauhlah, Singapura contohnya, terlalu jauhlah. Kita jangan ambil Singapura lah sebab dia sudah lebih maju daripada kita, negara-negara miskin di Eropah pun, mereka akan dapat bayaran yang lumayan. Oleh sebab itu, pada saya topik ini harus dilihat secara saksama dan lebih melihat kepada pendekatan yang lebih rasional. Kita berkehendakkan masyarakat kita sihat. Kalau kita mahu sihat, mentaliti para doktor kita juga kena sihat. Saya tidak boleh melihat bahawa doktor yang bekerja lebih jam, tidak tidur ini boleh menjalankan tugas secara profesional, mungkin ubat yang untuk mematikan orang, dia sangka ubat untuk cure, untuk memulihkan. Jadi ini perlu dielak daripada berlaku sebab ianya akan menimbulkan komplikasi di kalangan masyarakat. Ini akan mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan kepada institusi kedoktoran kita dan juga hilang keyakinan kepada para doktor kita sedangkan bukan itu yang mereka mahu. Mereka ingin menjalankan kewajipan mereka secara baik tetapi oleh kerana tekanan yang luar biasa itu, maka menimbulkan sesuatu yang negatif di kalangan mereka.
Penjelasan, penjelasan.
Saya bagi, saya gentleman bukan macam dia.
Satu minit Yang Berhormat.
Ya penjelasan. Apa guna Yang Berhormat cakap banyak-banyak? Bukankah ia sia-sia sahaja. Ini boleh dilihat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas menggulung, satu minit sahaja. Oleh sebab dia lihat semua Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak wujud, doesn’t exist, kosong. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, barulah ucapan mereka diminati oleh Menteri. What’s Barisan Nasional MP’s say is utter rubbish, he doesn’t want to reply, why’s wasting time? [Dewan riuh]
Ini bukan pertanyaan, publisiti murahan. Biar dia syok sendirilah, tetapi apa yang penting apabila pilihan raya rakyat menyokong Barisan dan kita memerintah. Kita akan pastikan yang pembangkang akan tetap menjadi pembangkang. Spesies-spesies seperti ini lain kali kita akan hilangkan daripada Dewan Rakyat ini sebab banyak gangguan yang luar biasa.
Tuan Yang di-Pertua, ini melampau.
Tak payahlah.
[Ketawa] Ini lagi tidak faham- faham.
Masa tamat, masa tamat!
Okey, Yang Berhormat Kinabatangan dah habis masa.
Ha, tengok tangan dia macam ketam!
Tak payah dengar dia Yang Berhormat.
Ini Yang Berhormat Kinabatangan memang suka makan ketam, pernah kena gigit ketam ke? [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hormati masa.
Ya, terima kasih. Saya bagi Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pasir dah emas Yang Berhormat, kena bagi peluang.
Terima kasih, terima kasih. Berkenaan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya nak merayu kepada pihak-pihak akhbar baik cetak dan elektronik supaya melaporkan berita- berita daripada Dewan Rakyat hasil daripada percakapan, pandangan-pandangan yang bernas untuk diketahui oleh rakyat dan mengurangkan laporan-laporan, berita-berita kekecohan yang tidak memberi faedah langsung untuk diketahui oleh rakyat. Walaupun kekecohan itu merupakan satu berita tetapi berita yang tidak memberi manfaat, manakala cadangan-cadangan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain termasuk Pasir Mas tidak diketahui oleh rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya nak merujuk pagi tadi saya ada mengemukakan satu usul di bawah 18(1) tetapi ditolak mengenai dengan isu pelupusan wang yang berharga RM500 dan RM1,000 dahulu yang dibuat keputusan oleh Bank Negara sah lakunya 1 Julai 1999. Akan tetapi tiba-tiba pada 27 November 2007 selepas 8 tahun, wang ini boleh ditukar kembali. Saya hendak tanya kenapa keputusan ini dibuat selepas 8 tahun? Berapa jumlah wang RM500 dan RM1,000 yang ditukar kembali selepas tarikh yang ditetapkan pada 1 Julai? Individu manakah? Siapakah sebab saya diberitahu mungkin ada seorang, dua individu menukar beratus juta ringgit nilai nota wang yang berharga RM500 dan RM1,000 ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini penting kerana boleh menjejaskan. Dari segi laporan kunci kira-kira wang negara sebab kalau dia tukar beratus-ratus juta dan wang itu sudah lupus lama, maka boleh menimbulkan masalah. Ini kononnya ada berita-berita mengatakan ada kaitan dengan hasrat Gabenor Bank Negara untuk letak jawatan. Betul atau tidak? Kalau tidak betul, tidak apa, saya nak minta penjelasan.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada semalam dalam perbahasan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Ada kenyataan yang dibuat di mana saya sebelum itu hendak mengucapkan tahniah kepada Petronas khususnya kepada pengurusan Petronas, lebih-lebih lagi kepada presiden dan pengerusinya Tan Sri Hassan Marican yang lama berkhidmat dengan Petronas, yang menerajui Petronas dgn berjaya dan merupakan satu-satunya institusi GLC yang cukup cemerlang dan sudah pun diumumkan membayar RM64 juta semalam kepada kerajaan daripada cukai royalti dan seumpamanya, bilion maaf RM64 bilion. Beliau menyebutkan bahawa pengasas Petronas yang disebut oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek semalam adalah Allahyarham Tun Razak. Memang Petronas ditubuhkan pada zaman Allahyarham Tun Razak sebab Tun Abdul Razak pada waktu itu adalah Perdana Menteri, tetapi pengasas Petronas yang sebenarnya untuk rekod adalah Yang Berhormat Mulia Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Hakikat ini mesti diperbetulkan oleh pihak media sebab bukan masalah kita hendak mendewakan mana-mana pihak tetapi rekod khidmat cemerlang seseorang pemimpin mesti diperbetulkan. Saya tahu maklumat Tuan Yang di-Pertua, waktu Malaysia mula hendak mencari gali minyak pada waktu itu ada pihak kerajaan luar termasuklah kuasa-kuasa besar memujuk Yang Berhormat Ahli Parlimen Gua Musang sampai hendak menyogok supaya syarikat-syarikat seperti Shell diizinkan mengendalikan korek minyak di Malaysia tetapi Yang Berhormat Gua Musang pada waktu itulah selaku Menteri Kewangan berusaha menjadi pengasas dan kemudian melahirkan pandangan-pandangan dan idea- idea yang tegas, yang meyakinkan pimpinan Tun Abdul Razak pada waktu itu dengan cara
menubuhkan Petronas, memiliki Petronas 100% sehingga Petronas berjaya seperti sekarang. Tahniah kepada Ahli Parlimen Gua Musang, ini rekod dan akhirnya ianya maju begitu pantas sekali ke berpuluh negara hasil daripada pimpinan yang Amat Berhormat bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Jadi dua tokoh ini saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas hendak menyampaikan tribute syabas, tahniah di atas kejayaan yang gemilang ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang ketiga yang saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Mas hendak bagi laluan tak.
Tidak, tidak. Saya tiada masa.
Jadi Yang Berhormat Sibuti, sila duduk Yang Berhormat.
Sekejap lagi, saya ada perkara-perkara penting lagi. Perkara yang keempat yang saya hendak sentuh disini, sudah saya sebut Petronas tadi mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak campur tangan dalam urusan Petronas ini, jangan ada tangan-tangan politik tidak kira siapa. Biarlah pengurusan Petronas gemilang dengan seperti apa yang ada sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat yang saya hendak sebutkan tadi, saya hendak rujuk syarikat-syarikat GLC ini, government-linked company ini. Apabila saya dengar perbahasan sebelum ini beberapa kali perbahasan baru saya nampak jelas iaitu ada agensi-agensi, syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan yang diperbadankan oleh Kementerian Kewangan dan sahamnya di bawah pegangan Kementerian Kewangan tetapi agensi ini sebenarnya dari segi tanggungjawab contohnya TNB, Tenaga Nasional, Universiti Tenaga Nasional ataupun MAS seumpamanya, sebenarnya siapa yang bertanggungjawab memantau perjalanan syarikat ini. Sekarang ini saya difahamkan ianya langsung di bawah Kementerian Kewangan tetapi menteri-menteri juga bertanggungjawab dalam contohnya Tenaga Nasional, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, MAS contohnya di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi menteri-menteri kementerian ini tidak boleh masuk campur dalam urusan syarikat-syarikat ini, yang mengurusnya ialah pihak Khazanah Nasional terus kepada Kementerian Kewangan. Pengarah Urusan Khazanah Nasional saya dengar gajinya, kedudukannya macam maharaja, betulkah elaun sebulan RM120,000, lain-lain kemudahan berapa banyak dan siapakah yang memantau mereka ini? Kementerian Kewangan mempunyai banyak tanggungjawab yang sepatutnya memantau dari segi dasar tetapi dari segi pengendalian syarikat-syarikat besar ini ianya semua diletak oleh Kementerian Kewangan. Saya hendak cadangkan supaya semua syarikat milik kerajaan ini diletakkan di bawah kementerian- kementerian yang berkaitan dengan apa yang mereka jalankan sekarang ini bagi memudahkan pelantikan pengerusi, ahli-ahli lembaga pengarah dan seumpamanya seharusnya diserahkan kepada menteri-menteri bertanggungjawab sebab apabila ada sidang Dewan Rakyat masalah berbangkit, menteri yang kita tanya, Pengarah Urusan Khazanah Nasional tidak ada di sini walau gaji sebesar gunung. Jadi kita minta ini ditimbangkan. Jadi perkara seterusnya begitu juga. Pengeluaran AP-AP, permit-permit ini macam contohnya pengimportan beras di bawah kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, dia hendak kuat kuasa, dia hendak jaga supply and demand dan hendak jaga dari segi penguatkuasaan harga, dia kena tahu harga beras tetapi permit dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pelaksanaan dibuat oleh kawal selia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kenapa tidak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
Termasuklah AP kereta sekalipun yang sepatutnya tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Jadi penyelarasan seumpama ini mesti diperbetulkan supaya tidak bertindih, lebih profesional, ada pertanggungjawaban, ada accountability, pembahagian tugas, kerja yang lebih merata di kalangan barisan Kabinet dan juga bertanggungjawab kepada kerajaan yang saya maksudkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya hendak tanya Ketua Pembangkang sudah keluar. Ketua Pembangkang ini masuk keluar, masuk keluar.
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Ketua Pembangkang. Semalam cadangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau Pembangkang memerintah hendak turun minyak RM0.50. Saya hendak tanya Kementerian Kewangan yang akan menjawab nanti, saya tiada sentimen apa-apa, yang ini saya hendak tanya bolehkah kerajaan menurunkan segera RM0.50 sebab waktu dalam hujah perbahasan sebelum ini saya menyokong. Sepatutnya minyak naik secara berperingkat-peringkat, jadi cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bab ini saya sokong. Apakah kerajaan boleh buat, ini cadangan yang baik boleh terima. Jangan sentimen peribadi sebab hal peribadi letak ke tepi. Ini soal urusan rakyat, bab perkara ini saya menyambut baik kalau boleh sebab ia selaras dengan apa yang saya sebut waktu dalam perbahasan di sini. Yang lain saya tidak campur, saya bab ini sahaja dan akhir Tuan Yang di-Pertua, meritokrasi yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur sebentar tadi. Meritokrasi, saya menyokong apa jua prinsip yang baik tetapi meritokrasi mesti berasaskan kepada prinsip penyusunan semula masyarakat berbagai kaum, mesti. Tidak boleh lari dari itu dan untuk itu kalau hendak dipakai meritokrasi peringkat permulaan saya cadangkan untuk jawatan polis-polis dengan askar-askar, prebet-prebet di bawah ini jangan kita serah kepada orang Melayu sahaja bertanggungjawab kepada keselamatan negara tetapi bangsa lain hendak kek sahaja lebih, hendak jawatan lebih tetapi keselamatan negara tidak turut mengambil bahagian. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Baik Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan dan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang sangat prihatin terhadap keperluan rakyat, saya menyokong penuh terhadap penambahan sejumlah RM2.9 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebagai sebuah kawasan yang banyak bergantung kepada sektor pertanian, saya bercadang agar segala peruntukan yang diluluskan disalurkan kepada kawasan dengan seberapa segera agar rakyat boleh menjalankan kerja-kerja pertanian dan pada masa yang sama membantu meningkatkan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan agar agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas peruntukan di Sarawak dan Sabah memastikan agar rakyat diberi tunjuk ajar dari segi teknikal malah juga dari segi perancangan ekonomi.
Ini adalah untuk membolehkan para petani mempunyai ilmu pengetahuan dalam kedua-dua bidang supaya mereka menjadi petani yang bijak dan berilmu. Tuan Yang di-Pertua, rakyat di Sabah dan Sarawak adalah orang yang paling gembira pada kali ini kerana kerajaan menambahkan peruntukan kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dan dalam menyokong penambahan peruntukan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya hendak nyatakan di sini bahawa kami memang berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana peruntukan lebih kepada Sabah dan
Sarawak. Cuma yang kami pohon di sini agar dipercepatkan pelaksanaannya agar ia menjadi hadiah istimewa sempena 45 tahun Sarawak bersama menubuh Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pula sebuah kementerian yang amat penting bagi membantu petani menghasilkan produk pertanian mereka dengan baik. Oleh itu saya menyokong penuh peruntukan tambahan untuk kementerian ini dan saya berharap agar pihak kementerian menyegerakan bantuan ke arah perparitan dan saliran. Ini adalah kerana akibat dari perparitan dan saliran yang baik, maka tanaman juga boleh tumbuh dengan baik akhirnya boleh membantu masyarakat meningkatkan hasil pertanian dan sekali gus meningkatkan ekonomi mereka. Saya juga ingin menyarankan agar peruntukan kementerian juga digunakan untuk memberi latihan atau pendidikan kepada wanita bagi memperkasakan golongan wanita terutama sekali dalam bidang perubahan iklim. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian perlu sedar bahawa mendidik dan memperkasakan golongan wanita adalah kunci kepada membasmi kemiskinan kerana dengan mendidik dan memperkasakan wanita, wanita boleh mencapai potensi tertinggi mereka. Saya juga mencadangkan agar kementerian menggiatkan lagi aktiviti pendidikan terhadap kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim kerana dengan memperkasakan rakyat dalam pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim berkait langsung dengan ekonomi negara. Kita juga boleh menikmati alam sekitar yang berkualiti tinggi. Tuan Yang di-Pertua, mempromosi kebudayaan dan kesenian negara pula perlu disokong bagi mengekalkan khazanah negara kita. Dengan peruntukan tambahan seperti ini saya berharap tidaklah menjadi halangan kepada kementerian di peringkat negeri untuk mengadakan program-program kesenian di negeri seperti Sabah dan Sarawak. Kita mempunyai banyak lagi potensi dalam bentuk kebudayaan yang masih belum diterokai dan belum didokumentasikan sebagai khazanah negara. Saya juga mencadangkan agar peruntukan tambahan digunakan juga untuk menambahkan lagi bilangan perpustakaan desa kerana untuk mencapai tahap masyarakat yang berilmu kerajaan bertanggungjawab membekalkan masyarakat dengan bahan bacaan terutama sekali bahan bacaan untuk kanak-kanak yang perlu ditambahkan dan diperbaharui selalu untuk menarik minat membaca di kalangan mereka. Tuan Yang di-Pertua, pemimpin-pemimpin negara juga disarankan agar sentiasa mengambil perhatian terhadap kepelbagaian dari segi kaum, bangsa dan agama penduduk yang berada di Malaysia. Maka untuk mempromosikan budaya, kesenian dan menyatupadukan kaum yang berbilang bangsa dalam apa juga keputusan kerajaan hendaklah pastikan semua kaum utama disertai dan dilibatkan dalam proses membuat sebarang keputusan berkaitan dengan negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana berjaya mendapatkan peruntukan tambahan untuk membantu rakyat miskin dan yang memerlukan. Kami dari Sabah dan Sarawak sememangnya sudah lama menunggu agar diberi peruntukan yang seimbang dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia. Syukur alhamdulillah dengan peningkatan jumlah bantuan bulanan kepada masyarakat miskin mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sebaik-baiknya. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana wanita terdiri dari golongan yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara saya menyarankan agar program-program latihan dan pendidikan untuk wanita dipertingkatkan dan dirancang dengan lebih strategik. Ini bertujuan untuk memastikan wanita diberi ilmu yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi, politik dan sosial semasa kerajaan. Dengan itu saya berharap agar bilangan wanita yang memegang jawatan di peringkat membuat keputusan dipertingkatkan lagi. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak baru-baru ini menganjur dengan izin World Rainforest Festival di bawah Kementerian Pelancongan dan negeri Sarawak mencatat rekod kedatangan pelawat seramai 3.3 juta yang menerima perolehan sebanyak RM4.6 bilion. Selama tiga hari pada minggu lepas seramai 22,543 pelawat yang hadir ke
Rainforest Festival. Dari jumlah tersebut 62% datang dari luar negeri Sarawak dan sebanyak RM119 million dipungut oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sarawak. Jadi saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan bantuan dari segi promosi pelancongan di negeri Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri ini mempunyai banyak potensi untuk diketengahkan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya menyarankan agar peruntukan yang dengan izin diannounce oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1 bilion untuk negeri Sabah dan Sarawak kalau boleh diagihkan kepada setiap Ahli Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya dalam RM3 juta untuk seorang ahli Dewan Rakyat. Sekian, saya menyokong. Terima kasih. [Tepuk]
[Mengangkat tangan]
Angkat kaki angkat tangan pun saya tak pandang Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya bersama-sama membahaskan mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat balik kepada anggaran perbelanjaan ini memanglah kebanyakannya adalah untuk mengurus. Jadi saya merasakan bahawa kerajaan kita banyak membelanjakan untuk pengurusan dan kita kena ingat kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai yang membuat keputusan, menteri-menteri kita diamanahkan ataupun kerajaan diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus wang rakyat. Ini adalah satu amanah yang besar. Jangan sampai kita dalam mengurus kewangan negara ini membazir, tiris ataupun bocor di dalam penggunaan wang ini. Saya hendak memberikan beberapa contoh yang saya rasakan tidak patut berlaku kerana sedangkan rakyat kita sekarang ini terutamanya dahulu pun ramai yang susah tetapi sekarang makin susah. Sekarang kalau kita lihat majlis-majlis keraian yang diadakan oleh mana-mana jabatan sekalipun untuk mesyuarat, untuk program-program perasmian dan sebagainya sebahagian besar kewangan itu digunakan untuk perbelanjaan ini. Ini adalah perbelanjaan hangus dan kita lihat bahawa kadang-kadang jamuan yang dihidangkan dengan menu-menunya dan sebagainya ini adalah wang rakyat. Kadang-kadang saya tak faham kenapa bila kita pergi mesyuarat maka makanan tengah hari disiapkan.
Yang Berhormat.
Makan tengah hari disiapkan...
Minta laluan sedikit.
...dan bila kita lihat di situ bukan disiapkan hanya untuk orang yang bermesyuarat tetapi kadang-kadang hampir satu jabatan akan tumpang makan sekali. Saya rasa kita patut ubah budaya ini kerana ini adalah wang rakyat. Ramai rakyat kita susah sedangkan kita bergaji tinggi.
Hendak bagi peluangkah Yang Berhormat? Yang Berhormat Putatan.
Tidak, tidak.
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan duduk.
Ini saya punya.
Sila duduk.
Kalau kita pergi keluar negara, kalau kita lihat kalau disiapkan makanan pun ala kadar. Mungkin hanya sandwich atau kuih-muih tetapi tidaklah elaborate, dengan izin seperti yang berlaku...
Boleh sokong tak?
...di negara kita ini.
Hendak sokong boleh?
Ya. Jadi saya minta amanah ini...
Tidak payah, Yang Berhormat.
...semua orang yang mempunyai kuasa membuat keputusan, membuat bajet dan segala-galanya...
Yang Berhormat, kami pun hendak sokong ini, Yang Berhormat. Kami sokong.
Mesti ingat duit ini duit rakyat. Sekiranya ada di antara rakyat kita yang kebuluran, tidak makan satu hari, kita menanggungnya. Ini amanah. Jadi saya harap begitu. Begitu juga saya harap menteri-menteri, pegawai-pegawai tinggi, kalau tidak betul saya, tolong betulkan. Risalah di hadapan saya ini menunjukkan bahawa ada elaun-elaun sehinggakan RM40 ribu setahun kepada Perdana Menteri atau kepada menteri, tolong verify. RM40 ribu setahun untuk dapur dan perhiasan rumah. Peruntukan percutian, tiket penerbangan RM50 ribu, untuk hotel, duit poket dan sebagainya. Bil elektrik percuma ditanggung kerajaan, telefon percuma ditanggung kerajaan. Saya minta perkara-perkara ini disemak semula. Ini kerana kalau kita hidup sebagai rakyat biasa pun, bil telefon tidak rasmi mesti kita tanggung sendiri. Kenapa perlu rakyat menanggung bil telefon kita ini?
Ha, yang ini saya tidak sokong. Yang tadi saya sokong. Boleh mencelah?
Ya, kita mesti asingkan.
Ledang, minta tolonglah Yang Berhormat jangan ganggu.
Kalau kita melihat kepada Sayidina Umar Al-Khattab, Sayidina Abu Bakar, kita mesti melihat balik kepada para sahabat- sahabat ini bagaimana pemerintahan mereka yang menjaga amanah rakyat ini. Banyak lagi pembaziran dan pemborosan yang berlaku di dalam negara kita. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ingatlah kalau kita hanya memikirkan hanya untuk mengayakan manusia, banyak mana pun rakyat tidak akan merasa cukup. Begitu juga para menteri, banyak mana pun tidak akan mencukupi. Jiwa dan hati rakyat perlu kita lunakkan dengan contoh yang baik daripada pemimpin-pemimpin. Kalau setakat 10% kita memotong elaun kita, ini tidak mencukupi. Ini tidak mencukupi kerana banyak lagi elaun yang lain. Saya kadang-kadang bila sudah jadi wakil rakyat ini, pagi orang bagi makan, tengah hari orang bagi makan, malam orang bagi makan, saya pun hairan. [Disampuk] Ini saya hendak beritahu kerana kenapa perlu rakyat menjamu kita? Kenapa perlu jabatan- jabatan menjamu kita? Kita menjalankan tanggungjawab kita. Kita ada gaji kita, elaun kita untuk kita beli makan tengah hari kita, makan pagi kita, makan malam kita. Ini saya minta kita semua mengambil tanggungjawab ke atas perkara ini. Kedua ialah saya ingin menyebut mengenai...
Boleh mencelah tak?
Saya ingin menyebut mengenai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah...
Potong elaun.
...pertambahan RM20 juta lagi. Saya menyokong untuk Orang Asli dan sebagainya. Cuma saya hendak bertanya, dari mana peruntukan kerajaan ini diambil kepada penghulu-penghulu Pusat? Dari mana akan diambil elaun-elaun untuk JKKP ini? Adakah ia daripada wang ini? Kita hendak tengok di dalam Parlimen ini dibentangkan banyak mana dihabiskan kepada JKKP dan penghulu-penghulu Pusat ini. Mereka, bagi saya, adalah ejen-ejen UMNO untuk memastikan dan kerja mereka adalah kerja politik, pelantikan politik dan kehadiran mereka di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah untuk memecahkan masyarakat kita di sana. Tuan-tuan, eh tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian... [Disampuk]
Ya, berucap dalam Dewan, Yang Berhormat.
Ya, ya, minta maaf. Masih tersasul, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak patut kewangan Persekutuan bukan sahaja digunakan untuk JKKP ini tetapi saya hendak tanya tiap-tiap kali pak menteri-pak menteri turun, pegawai-pegawai kementerian turun untuk urusan-urusan parti, kewangan mana yang digunakan. It’s high time, dengan izin. Kita asingkan tugas politik kita, kerja politik kita daripada tugas kerajaan. Kita mesti mengasingkan political work from governmental work. Government and party is not the one and the same thing, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kalau-kalaulah kita menggunakan, misalnya turun untuk kerja-kerja parti dengan wang rakyat, kami tidak reda, kami tidak halal kerana itu adalah wang rakyat...
Tuan Yang di-Pertua...
...dan parti tidak berhak mengguna wang rakyat untuk kerja-kerja parti.
Ini berlaku kepada Menteri Besar PAS yang buat kerja ini di Perak, menggunakan jentera kerajaan...
Saya tidak memberi izin. Duduk, duduk Pasir Salak. Saya tidak izinkan. Saya tidak kacau.
Menteri Besar Perak yang buat kerja ini.
Tuan Yang di-Pertua, kenapa sensitif sangat? Kalau betul menteri besar menggunakan
Ya, ambil tindakan kepada Menteri Besar Perak.
Tidak apa, Yang Berhormat. Dengar sahaja, Yang Berhormat.
Saya ingin menyentuh mengenai kuota. Saya bukan tidak menyokong kuota meritokrasi. Saya sokong. Tadi bila Yang Berhormat Batu Pahat menyebut mengenai wanita merasa terhina sekiranya kita menggunakan kuota kerana wanita sekarang hendak dia diiktiraf sebagai orang yang layak kerana kemahirannya, kebolehannya dan bukan kerana dia seorang wanita. Begitu juga saya rasa kalau kita menggunakan sistem kuota tanpa panduan yang baik, berasaskan meritokrasi, maka kita menghina bangsa kita sendiri. Kita orang Melayu patut sampai ke satu tahap bila kita hendak teruskan kuota dan yang tidak berasaskan meritokrasi. Ini kerana kalau kita sayangkan mereka, kita sayangkan anak-anak kita, mereka perlu belajar bersaing dengan pelajar lain.
Saya bersetuju dengan Pasir Mas mengenai meritokrasi. Bila kita bercakap mengenai meritokrasi, kita tidak hanya bercakap mengenai meritokrasi berasaskan kelulusan akademik. Dalam meritokrasi itu, faktor seperti pendapatan keluarga, sekolah dari mana mereka datang, mana mungkin kita membezakan seorang penuntut yang mendapat 9A daripada MCKK misalnya, dengan seorang murid yang mendapat 9A daripada Sekolah Menengah Pokok Sena di Padang Terap. Itu sekolah saya dahulu. Tidak mungkin kita membezakan. Jadi tentulah kalau ada dua manusia, dua penuntut dengan sama keputusan akademiknya, meritokrasinya dan tempatnya terhad, tentulah kita bagi kepada mereka yang dari sekolah luar bandar. Bagi saya, kita orang Melayu tidak patut takut dengan soal meritokrasi dan sistem meritokrasi jika sekiranya sistem meritokrasi itu diberi weightage..
Yang Berhormat, masa sudah habis.
...ataupun pemberatan yang adil, maka kita akan lihat selagi mana orang Melayu yang miskin yang berada di luar bandar memerlukan bantuan daripada kerajaan, maka mereka tetap akan mendapat bantuan ini.
Baik, Yang Berhormat.
Sekiranya mereka ini adalah daripada bangsa lain sekalipun, jika kita menggunakan pemberatan yang adil, maka mereka juga patut diberi bantuan. Tidak timbul soalan bila kita membuat meritokrasi, maka orang Melayu akan terpinggir.
Baik, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Rembau.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya turut ingin tampil membahaskan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2008. Tadi Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur yang telah keluar dari Dewan ini telah menyerang kelemahan pihak Polis Diraja Malaysia. Beliau selalu menyalahkan Polis Diraja Malaysia tetapi pada hari ini di Dewan yang mulia ini, saya hendak tanya, siapa sebenarnya yang tidak menghormati undang-undang negara. Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan Rakyat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya menjadi Prime Minister in waiting. Beliau ini diminta datang ke balai polis untuk memberi keterangan tetapi beliau tidak pergi, tidak menghadirkan diri di balai polis. Siapa yang tidak menghormati undang- undang? Bukannya pihak Polis Diraja Malaysia tetapi sebenarnya Prime Minister in waiting inilah yang telah menunjukkan satu contoh yang cukup tidak baik dengan tidak menghormati undang-undang. Siapa sebenarnya yang seolah-olah above the law? Adakah ini petanda apa yang akan berlaku jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Ada dua set undang-undang – satu untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan di sini apabila dibangkitkan tentang soal undang-undang, kita melihat sahaja kepada contoh yang diberi. Contoh dan teladan yang telah diletakkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan yang tidak menghormati undang- undang langsung dengan tidak menghadirkan diri di balai polis untuk memberi keterangan. Apa yang dia takut, saya hendak tanya. Apa yang dia hendak takut hendak bagi keterangan? Takut kepada kebenaran. Ini adalah satu contoh di mana beliau sendiri takut kepada kebenaran, takut memberi keterangan kepada pihak polis.
Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tahu bahawa ada banyak keraguan dan sebagainya berhubung kait dengan laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi, di sini, saya mahu buat satu cadangan dan permintaan, saya sokong kenyataan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda semalam agar satu independent forensic team, pasukan forensik berkecuali, mungkin daripada luar negara, dijemput oleh pihak kerajaan untuk membantu dalam siasatan terhadap laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akan tetapi, atas semangat kebenaran, atas semangat tidak takut kepada kebenaran, saya harap, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang juga minta Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sukarela memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis untuk siasatan yang lanjut. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana di bawah undang-undang Malaysia pada hari ini, kita tak boleh paksa mana-mana pihak...
[Bangun]
Yang Berhormat, tak payah...
...untuk memberi sampel DNA tetapi saya minta...
Minta penjelasan, penjelasan.
Yang Berhormat hendak bagi?
Sekejap, sekejap, saya bagi.
Duduk Yang Berhormat.
Sit down.
Kalau Yang Berhormat bagi tu, ingat, sepuluh minit, Yang Berhormat.
Saya hendak tekankan di sini, bahawa kalau kita tak takut kebenaran, saya harap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tampil pada hari ini di balai polis memberi keterangan dan kalau berani bagi sampel DNA untuk kita uji sama ada laporan polis tersebut adalah betul atau pun tidak. Ini adalah soal penting untuk masa depan negara kita, ya.
[Bangun]
Yang mana satu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Bendera atau pun Yang Berhormat Kuala Krai?
Yang Berhormat Balik Pulau dahulu.
Yang Berhormat Balik Pulau.
Yang Berhormat Rembau, mohon penjelasan. Apa yang telah dibuat hari ini terhadap tuduhan bahawa forensic report yang dikatakan telah direka, fabricated, dengan izin, mohon penjelasan, apa yang telah dibuat oleh kerajaan pada hari ini?
Sebab itu saya cadangkan agar satu pasukan forensik berkecuali, independent, daripada luar negara boleh diundang oleh kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada lagi tuduhan daripada pihak pembangkang mengatakan bahawa perkara ini difabricated, direka, direka cipta, sandiwara dan sebagainya. Once and for all, dengan izin, kita hendak tahu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ada moral kredibiliti untuk menjadi pemimpin di negara kita. Ini kebenaran. Kalau berani, tampil ke hadapan, bagi keterangan dan bagi sampel DNA. Saya rasa, kerana tidak
ada ramai yang berdiri, semua setuju dan mungkin perkara ini boleh dapat disampaikan kepada...[Ketawa] [Tepuk]
[Bangun]
Inilah masalah pembangkang, Tuan Yang di-Pertua. Baru dicabar, baru nak naik, baru nak berdiri. Kalau sebelum ini, duduk senyap sahaja. Tak apalah, cukup, cukup, duduk, duduk,duduk. Cukup, saya dah bagi dah.
Saya bangun sebelum dicabar lagi.
Saya gentleman, Tuan Yang di- Pertua, saya dah bagi laluan.
Dia ni banyak putar belitlah.
Tak apa.
Tak apa, tak apa Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.
Tahniah Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai boleh teruskan menganjurkan konsert rockers.
Saya mintalah Yang Berhormat dan lain-lain cakap lurus-lurus, jangan putar belit ya.
Terima kasih. Saya ingin pergi kepada anggaran perbelanjaan tambahan ini, Maksud B.11, iaitu Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Dalam hal ini, kerajaan telah pohon untuk tambahan untuk RM15 bilion dalam bentuk subsidi, petrol, diesel dan rebat. Saya ingin sentuh tentang apa yang dibangkitkan dalam debate semalam, di antara Yang Berhormat daripada Kemaman iaitu Menteri Penerangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya ingin bangkitkan dua, tiga perkara sahaja, Tuan Yang di-Pertua kerana masa suntuk. Yang Pertamanya adalah janji Parti Keadilan Rakyat yang dibuat sebelum pilihan raya iaitu harga minyak akan diturun daripada kadar RM1.92 jika mereka memerintah dan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Akan tetapi semalam, pembohongan Parti Keadilan Rakyat dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim terdedah untuk semua rakyat Malaysia melihat bahawa beliau hanya mampu janji penurunan minyak sebanyak 50 sen daripada harga pasaran pada hari ini. 50 sen daripada RM2.70 adalah RM2.20. Itu jauh lebih tinggi daripada RM1.92 yang dijanjikan sebelum pilihan raya. Jadi, sekarang ini, siapa yang bohong rakyat.
Tuan Yang di-Pertua.
Siapa yang tidak dapat tunaikan janji kepada rakyat, siapa yang putar belit fakta, siapa yang tidak tahu menguruskan ekonomi dengan baik. Sila duduk.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Padang Serai, saya minta duduk. Baru sahaja masuk dalam, mahu cakap, Sila duduk. Saya tak bagi laluan Tuan Yang di-Pertua. Nanti saya bagi. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat.
Nanti saya bagi laluan.
Saya minta laluan.
Biarkan saya habis.
Bagilah, kita minta penjelasan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau, duduk, duduk dahulu. Semua duduk Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat, saya dengar, duduk dahulu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, pasal tuduhan, saya dengar banyak tuduhan Yang Berhormat di Dewan ini. Akan tetapi... [Disampuk] Yang Berhormat, dia tak bagi laluan. Ini bukan peraturan, yang mana tidak ada point of order, maknanya dia boleh bercakaplah Yang Berhormat, tak bagi laluan.
Peraturan 36(6).
Tak ada, siapa ketua dia tu? Peraturan 36(6) itu antara Ahli Yang Berhormat, bukan Datuk Seri Anwar, saya minta maaf, dia bukan Ahli.
Ya, ini dia juga menyentuh Pakatan Rakyat, kononnya berbohong. [Mikrofon dimatikan]
Yang Berhormat, saya ini seorang peguam tau. Kalau generic allegation tak ada mampu dibuat di mahkamah Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, sila duduk, Yang Berhormat. [Disampuk] Tak ada, Sila Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, macam inilah Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak habiskan point saya, lepas itu Yang Berhormat Gombak boleh.
Yang Berhormat Gombak, dia akan bagi laluan.
Saya akan habiskan point saya, lepas itu yang Gombak boleh mencelah. Ya, kita gentleman [Dewan riuh]
[Bangun]
Duduk, Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Saya berdiri, saya berdiri, tiba- tiba semua masuk Tuan Yang di-Pertua. Jadi...
Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun][Menyampuk]
Tak apalah, tak apa. Yang Berhormat Silam duduk, Yang Berhormat Silam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa...
Nanti, saya mahu tahu! [Dewan riuh]
Yang Berhormat Rembau, terus, teruskan.
Yang Berhormat Padang Serai, duduklah.
Saya mohon Yang Berhormat Rembau, minta penjelasan.
Yang Berhormat, teruskan. Yang Berhormat, dia tak bagi peluang. Dia dah bagi Yang Berhormat Gombak, selepas ini, kata dia. [Dewan riuh]
Saya bagi kepada Ketua Pembangkang selepas ini ya, selepas ini. Saya menghormati, saya bagi laluan.
Yang Berhormat Padang Serai, dia dah bagi dengan Ketua Pembangkang, janganlah bising, kita ini bukan budak-budak lagi Yang Berhormat. [Dewan riuh] Dengar sedikit cakaplah. Kalau tak faham sedikit benda macam ini, saya tak tahu lagi. Sila Yang Berhormat Rembau.
Pagi-pagi janganlah minum todi, control lah sedikit. [Ketawa]
Dia mengajak saya. Saya bukan ...
Saya minta maaf, saya minta maaf. I’m sorry, I’m sorry, sit down, I’m sorry, sit down.
Yang Berhormat Padang Serai, dia kata sorry itu, dia kata sorry.
Jokelah, itu pun tak fahamkah?
Tak apa, duduk Yang Berhormat.
Apalah.
Minta dia tarik balik.
Itu pun tak fahamkah?
Dah kata sorry, sudahlah tu. Maaf, lebih. [Ketawa]
Saya dah minta maaf, saya tarik balik, joke, takkan itu tak faham.
Sudah, tarik balik, Yang Berhormat. Yang Berhormat, tak apa. Yang Berhormat Padang Serai, Kapar, dia dah kata tarik balik dan sorry. Dia kata...
Tak apa, tak apa, saya cakap dahulu ya. Tadi saya sentuh tentang pembohongan 50 sen ini, dia dahulu dia janji nak turunkan harga minyak daripada RM1.92 sen, semalam baru kata 50 sen.
Minta dia tarik balik, Tuan Yang di- Pertua.
Jadi, ini satu pembohongan yang memutarbelitkan apa yang ada dalam janji pilihan raya. Saya hendak sentuh tentang kaedah yang disebut oleh Datuk Seri Anwar semalam, memang satu kaedah yang amat lucu, kerana beliau sebut bahawa RM2 bilion itu dapat datang daripada pengurangan reserve margin daripada IPP. Reserve margin daripada IPP, kalau kurangkan reserve margin daripada 40%, 20%, penjimatan itu tak pergi kepada kerajaan. Penjimatan tersebut pergi kepada Tenaga Nasional Berhad, bukannya duit itu boleh masuk kepada kerajaan. TNB, for your information, dengan izin, adalah public listed company, bukan syarikat 100% dimiliki oleh kerajaan, itu pun tak faham, bekas Menteri Kewangan. Bukan dia boleh mintak daripada TNB, special dividen macam Petronas, kalau Petronas, 100% on company by the government, you can ask for a special dividen. TNB, public listed company, macam mana you nak minta special dividen daripada TNB untuk dapat RM2 bilion ini? [Tepuk] Tak masuk akal. Memperbodohkan rakyat. Simplistic.
Dia tak reti tu.
Tak reti apa, siapa kata tak reti, berdiri!
Baik, baik Yang Berhormat Rembau. Masa dah habis Yang Berhormat.
Saya nak bagi laluan kepada Yang Berhormat Gombak ini.
Bagi laluan sekarang, kalau tak, tak ada masa lagi.
Tapi, sebelum saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Gombak.
Tak ada, tak ada, masa dah habis.
Tapi Tuan Yang di-Pertua, saya pohon Tuan Yang di-Pertua, kalau saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Gombak, saya ada right of reply, setuju atau tidak?
Yang Berhormat, kita dah tetapkan masa dan peraturan ini, macam mana yang Yang Berhormat sebut itu, sama juga lah tu. Hendak bagi peluang, bagi peluang sekarang. Saya bagi.
Tapi, adakah saya mempunyai right of reply?
Ya, saya akan bagi.
Okey. Sila.
Ya, saya akan bagi. Tunggu-tunggu Yang Berhormat Rembau. Yang hendak bagi tadi kepada Yang Berhormat Permatang Pauh ataupun Ahli Yang Berhormat Gombak? Satu sahaja, Yang Berhormat.
Kedua-dua. Dia janji kedua-dua.
Kalau macam itu masa tidak ada, Yang Berhormat. Pilih yang mana satu, Yang Berhormat.
Saya hendak bagi kepada pemimpin sebenar parti Keadilan Rakyat iaitu Gombak.
Silakan, Permatang Pauh.
Pauh behind the throne.
Silakan, Yang Berhormat.
Jangan laga-lagakanlah, macam UMNO jugalah. [Dewan riuh]
Memang inilah perangai. Kerana inilah UMNO pun...
Tidak mengapalah.
Macam UMNO juga, Perdana Menteri bukan Kepala Batas, Perdana Menteri Rembau.
Oh, thank you. Thank you very much. Terima kasih. Terima kasih. [Ketawa]
Okeylah, Yang Berhormat. Kalau tidak saya tutupkan perbahasan Rembau itu, Yang Berhormat.
Guna kedudukan sebagai menantu, ugut pegawai kerajaan, ugut pemimpin...
Baik, Gombak. Sila duduk, Gombak. Silakan Yang Berhormat.
Ini giliran saya, dia bagi saya, Tuan Yang di-Pertua.
Saya sudah dengar, dia kata pilih satu orang sahaja.
Dia bagi saya dan dia kata Gombak.
Saya juga ada batasan-batasan yang tertentu, Yang Berhormat. Saya dengar cakap Rembau tadi.
[Bertanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di belakang] Dia kata Gombak, bukan?
Gombak.
Ha, dia kata Gombak. Gombak. Sebut sekali lagi, Gombak.
Saya hendak dengar betul-betul ini. Yang Berhormat Rembau, kalau hendak bagi Gombak, Gombak sahaja. Kalau bagi Permatang Pauh...
Tuan Yang di-Pertua, Gombak sudah buang masa jadi saya bagi Permatang Pauhlah.
Ha, tengok. Dia takutlah itu. Dia sudah buang masa. [Dewan riuh] Sekarang dia tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Saya hendak jawab. Apa yang disebut oleh Datuk Seri Anwar semalam ialah ini adalah langkah awal. Kita turunkan 50 sen kerana kita ambil sikap yang bertanggungjawab. Kalau dalam ...
[Bangun]
Nanti dululah. Nanti, nanti, nanti. Saya belum habis lagi.
Retorik.
Saya belum habis lagi. Ini langkah...
[Masih berdiri]
Duduk dulu. Saya bercakap, duduk.
Saya sudah tahu, Tuan Yang di-Pertua.
Ini floor dia, bukan you punya floor, Yang Berhormat Gombak.
Tidak boleh berdiri. Duduk dulu, saya tengah bercakap.
Dia tidak ada idea. Dia tidak ada idea.
Duduk dulu.
Cepat sikit, ya?
Duduk. Duduk. Duduk.
Cepat sikit, Gombak. Cepat sikit.
Ha, ikut arahan saya. Ahli-ahli Pembangkang: [Ketawa]
Yang Berhormat Gombak, apabila saya bagi arahan Yang Berhormat berdiri juga. [Dewan riuh][Ketawa]
Sebab dia bagi laluan kepada saya, Tuan Yang di-Pertua.
Dia bagi laluan, kuasa di tangan saya, Yang Berhormat. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Semalam itu adalah langkah awal kerana dalam suasana ekonomi hari ini di mana inflasi semakin hari semakin meningkat, walaupun Bank Negara telah umumkan, walaupun Kerajaan UMNO masih lagi membohong kononnya inflasi 3%, baru-baru ini terdedah Bank Negara dengan secara terbuka mendedahkan angka sebenarnya sudah mencecah 7%. Jadi, dalam keadaan ekonomi pada hari ini mana mungkin kita menurun secara mendadak. Kita bukan hendak cari populariti tetapi kita adalah Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab kepada rakyat dalam negara ini. Ini peringkat awal dan sekiranya suasana mengizinkan kita akan teliti semula supaya harganya lebih rendah dan ia dapat memanfaatkan rakyat terbanyak, bukan menantu Perdana Menteri dan bukan kroni dan keluarga mereka sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat tidak hendak tahu sekiranya, sekiranya, sekiranya. Rakyat hendak tahu janji sebelum pilihan raya. Saya masih lagi ingat, tengok video, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, “Kalau saya jadi Perdana Menteri, esok saya akan turunkan harga minyak daripada RM1.92”. Hari ini hanya dapat turun 50 sen! Itu satu pembohongan yang cukup besar terhadap rakyat! [Tepuk] Soal ini, Tuan Yang di-Pertua, belum ada responsibility, belum ada tanggungjawab kerajaan, dia tidak tahu macam mana hendak laksanakan janji-janji pilihan raya. Yang terakhir sekali untuk saya menggulung ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
[Bangun]
Sudah tidak ada lagi, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Rembau habis ini, sudah habislah tu.
Saya tidak bagi. Saya tidak bagi. Saya tidak bagi.
Dia tidak bagi. Tidak payah. Tadi saya bagi peluang kepada Yang Berhormat.
Tadi, tidak hendak ambil.
Tolonglah saya.
Kita pun tahu taktik ini Yang Berhormat. Saya pun mengetahui juga taktik ini, bagi yang satu dulu lepas itu saya juga. Sila, Yang Berhormat Rembau.
Sikit saja. Ini adalah penting, Tuan Yang di-Pertua.
Semua pun penting, Yang Berhormat.
Tidak, tidak. Ini adalah kerana ia peribadi.
Cukuplah tu!
Minta maaf, Yang Berhormat Pasir Salak. Tadi saya di atas, tidak dapat turun untuk menjawab.
Sudahlah, tadi pun tidak pun tidak kasi orang.
Ya, tadi tidak bagi orang.
Tolong bagi saya peluang. Ini peribadi. Saya tidak sentuh yang lain tetapi peribadi.
Tadi, tidak cakap.
Saya hendak turun tetapi lif lambat.
Saya sudah tidak yakin lagi.
Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat-amat simpati dengan kedudukan Ketua Pembangkang kerana dia tertekan dalam keadaan hari ini. Jadi, oleh kerana saya amat simpati, saya bagi laluan kepada Ketua Pembangkang untuk...
Yang Berhormat berucaplah, selepas ini nanti saya bagi Ketua Pembangkang berucap.
Eh, berapa kali hendak berucap!
Dia sudah berucap, Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak boleh berucap lagi. Memang tidak mengikut semangat standing order kalau bagi dia berucap lagi. Saya boleh bagi dia laluan.
Ini, Yang Berhormat, saya pun sudah bagi beberapa laluan beberapa banyak, Yang Berhormat. Ini sudah panjang sangat ini. Kalau Yang Berhormat bagi laluan, Yang Berhormat akan berdialog dengan dia.
Tuan Yang di-Pertua, demi kebenaran kita perlu dengar apa yang akan disebut oleh Ketua Pembangkang. Demi kebenaran!
Sila duduk, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang. Saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Rembau minta DNA daripada suami saya. Setakat sekarang ini, laporan polis yang dibuat tidak diberikan kepada kami. Macam mana Yang Berhormat Rembau boleh tahu dan hendak minta DNA sekarang? [Disorak] Bagaimana Yang Berhormat Rembau boleh tahu apa dalam laporan polis? Itu yang saya hendak tanya Yang Berhormat Rembau, kenapa masih belum masuk court, belum lagi kena dakwa, belum apa-apa lagi. Pukul dua nanti akan pergi ke IPK - IPP, tetapi kenapa Yang Berhormat Rembau minta DNA? Bagaimana
Yang Berhormat Rembau tahu? Apakah Yang Berhormat Rembau tahu content dalam laporan polis? Itu soalan saya. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan.
Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain diam. Tolong diam.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan. Pertamanya, laporan polis tidak diberikan kepada Ketua Pembangkang sebab suami beliau masih lagi tidak memberi keterangan kepada polis. [Dewan riuh] Masih lagi tidak lagi menghadirkan diri! Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab....[Dewan riuh]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Sila duduk. Sila duduk. Bawa bertenang.
Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk.
Tuan Yang di-Pertua, kedua, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu menahu tentang siasatan ini tetapi yang saya tahu, yang minta, yang tergerak hati saya untuk minta DNA ini secara sukarela diberi kepada pihak polis adalah bentuk laporan polis tersebut. Saya tidak hendak sebut di Dewan yang mulia ini, tetapi bentuk laporan polis yang dibuat adalah tuduhan- tuduhan liwat dan salah satu...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Sudah, Yang Berhormat. Sudah, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua sebagai lawyer salah satu bukti yang diperlukan untuk memastikan bahawa ada homosexual intercourse adalah bukti DNA, Tuan Yang di-Pertua. Kita perlukan DNA!
Baik, Yang Berhormat. Sudah, sudah, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sorry, Tuan Yang di-Pertua. Saya perlu jawab sampai habis.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sudah habis masa, Yang Berhormat.
Hendak bagi DNA. Ini tuduhan liwat, maknanya ada homosexual anal intercourse! Ada penetration!
Masa Yang Berhormat sudah habis.
Jadi, kalau tidak takut maka tunjuk, bagi DNA agar...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Masa Yang Berhormat sudah habis. Yang Berhormat Rembau, duduk Yang Berhormat Rembau. Sudah habis, Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat. Masa sudah habis, Yang Berhormat. Saya minta maaf. Masa Yang Berhormat sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Sebab?
Point of order.
Tidak ada point of order, Yang Berhormat.
Point of Order 36(12).
Yang Berhormat tidak payah...
No, ini point of order. Dengar saya dulu. A statement...
Saya dengar, Yang Berhormat. Dengar saya dulu, Yang Berhormat. Minta dengar saya dahulu.
Satu statement yang dibuat oleh Rembau...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat, dengarlah saya dahulu. Kenapa point of order Yang Berhormat saya tidak boleh dengar? Semua mulut ini macam cacing kena abu, Yang Berhormat.
Sekarang dengar point of order.
Jangan tunjuk sebelah sini sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sana pun cacing juga! [Disorak] Saya minta Tuan Yang di-Pertua berlaku adil.
Dia seorang sahaja yang berdiri, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pasir Salak, tu!
Tuan Yang di-Pertua.
Berapa orang yang berdiri saya bilang, Yang Berhormat. Saya hitung! Saya duduk di sini senang hitung berapa orang berdiri. Menteri duduk, semua duduk. Yang berdiri Yang Berhormat Rembau seorang sahaja. Saya bersetuju dengan...
Berapa bilangan berdiri? Tuan Yang di-Pertua cakap suara cacing sebelah kiri. Tidak boleh begitu. I mean mesti berlaku adil.
Duduk, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Gombak marah sangat ini pasal apa? [Ketawa]
Saya tak ada sebut pembangkang cacing...
[Ketawa]
Tengok Yang Berhormat Pasir Salak! Tengok! [Ketawa]
Yang Berhormat ini...
Bapak cacing pun ada... [Ketawa]
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat sensitif tak berfasal. Tangan saya pegang sebelah sini, tangan ini bercakap macam itu. Tak kan tangan macam ini. Fikir sikit lah [Dewan ketawa][Riuh] Yang Berhormat...
Pembangkang memang tak faham apa-apa.
Tangan itu tangan kiri hanya tunjuk sini. Cacing paling besar di sana. [Ketawa]
Okey saya hendak Yang Berhormat Puchong.
Tuan Yang di-Pertua ada Speaker, ada cacing, ada bapak cacing. Saya tak tahu lah. Tuan Yang di-Pertua ada point of order di sini itu penting. Point of Order 36(12) yang menyatakan, “Any member who imputes statements That mislead the House is deemed to be contempt of the House and the member may be referred to the Committee of Privileges for the offence” Tuan Yang di-Pertua ini satu isu yang amat penting. Yang Berhormat Rembau tadi yang kita semua dengar beliau kata, beliau kata bahawa oleh sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim belum beri statement itu menjadi sebab di atas mana laporan polis tidak diberikan kepada beliau. Semua orang dengar, semua dengar Yang Berhormat Rembau cakap macam itu.
Ya, ya, dengar!
Dan saya hendak tanya Tuan Yang di- Pertua, adakah Yang Berhormat Rembau pegang teguh kepada alasannya itu, say it now? Adalah Yang Berhormat Rembau tetap menyatakan...
[Menyampuk]
Hold on! Hold On! Hold On..
Dengar dulu. Diam dulu.
Adakah Yang Berhormat Rembau tetap memegang teguh bahawa itu sebenarnya alasan. Itu sebenarnya alasan. Datuk Seri Anwar tidak beri statement. Oleh itu, pihak polis tak bagi kepada dia laporan polis. Tuan Yang di- Pertua saya hendak tahu betul tidak?
[Bangun]
Jawab Yang Berhormat Rembau. Jawab.
Tak ada Yang Berhormat Rembau. Duduk Yang Berhormat Rembau, minta maaf duduk Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat saya minta maaf duduk. Saya dah dengar Yang Berhormat hendak baca peraturan sudah beri alasan, saya sudah dengar. Saya sudah Yang Berhormat Rembau duduk jadi dengar saya lagi. [Disampuk] Takkan Yang Berhormat hendak berucap sepanjang hari. [Dewan riuh] Duduk Yang Berhormat. Dibaca peraturan, dituju kepada Speaker, Speaker peraturan dia membuat keputusan. Bukan minta ahli membuat penjelasan. Kalau itulah pendirian Yang Berhormat Rembau, itu fasal dia Yang Berhormat. Jadi tunggu Yang Berhormat. Yang Berhormat minta saya mesti bersetuju dengan Yang Berhormat itu tidak betul Yang Berhormat. Peraturan ini...
[Menyampuk]
Dengar dulu, dengar saya juga. Jadi kalau Yang Berhormat Rembau cakap macam itu mungkin Yang Berhormat Rembau kurang memahami macam mana polis bertindak.
[Bangun]
Okey tunggu Yang Berhormat!
Tuan Yang di-Pertua yang bagi jawapan...[Mikrofon dimatikan] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bukan saya bagi. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Saya tak boleh bercakap. Bila saya bercakap Yang Berhormat berdiri. Jadi siapa yang boleh bercakap dalam Dewan ini? Yang Berhormat sahaja yang boleh bercakap. Jadi kadang-kadang kita tegur Speaker banyak bercakap. Inilah sebab dia. Kalau tak saya tak hendak bercakap, saya hendak dengar orang yang bercakap sahaja. Tolong Yang Berhormat, saya buat keputusan. Keputusan saya di bawah 42, 43 akan selesailah benda itu. Jadi persoalannya sama ada impression Yang Berhormat Rembau mengatakan bahawa kalau tak dapat ini, tak boleh buat ini. Itu Yang Berhormat Rembau punya pendapat, pendirian tetapi yang buat penyiasatan ialah pihak polis Yang Berhormat, tak kan polis mengikut apa Yang Berhormat Rembau sebut dalam Dewan.
[Bangun] [Menyampuk]
Jadi Yang Berhormat janganlah ikatkan polis dengan apa Yang Berhormat Rembau sebut dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal polis kena ikut arahan Yang Berhormat Rembau.
Cacing bangun lagi. [Ketawa]
Yang Berhormat Pasir Salak, tolonglah, minta tolonglah.
Inilah masalahnya ini. Orang yang macam ini pun boleh jadi Wakil Rakyat. Kalu jadi Penghulu pun nasib baik sudah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membantu Tuan Yang di-Pertua. Bukan soal polis kena ikut Yang Berhormat Rembau. Siapa Yang Berhormat Rembau? Kalau dia bukan menantu Perdana Menteri tidak ada siapa dia sekarang. [Dewan riuh][Tepuk] Tapi Tuan Yang di- Pertua apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Puchong ialah dia misleading...
Sama juga Tuan Yang di- Pertua, kalau bukan Yang Berhormat Gombak bukan ‘balachi’ Anwar Ibrahim siapa lah dia sekarang.
...dia misleading - Duduklah! Tak tahu peraturankah? Duduk! [Dewan terlalu riuh]
Tapi Yang Berhormat Padang Serai dengan Yang Berhormat Puchong juga...
Duduk! Duduk! [Dewan riuh] [Ramai ahli berdiri]
Yang Berhormat Gombak tak payah. Timbalan Menteri pun duduk. Tak payahlah Yang Berhormat. Saya belum pakai ini Yang Berhormat.. [Mengangkat dan menunjukkan ‘gavel’]
Saya minta laluan dari Speaker! [Dewan riuh]
[Mengangkat dan menunjukkan ‘gavel’] Saya biasanya letak sini Yang Berhormat, saya ketuk kepala.
Ha Ketuk! [Ketawa]
Tak guna hendak ketuk sini. Kalau ketuk sini orang tak dengar. Keluar daripada sini ketuk kepala mungkin orang dengar. [Ketawa][Disampuk] Bukan ketawa sana sahaja semua sekali Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi ialah Yang Berhormat Rembau dia mislead Dewan ini. Sebab laporan polis sesiapa pun boleh ambil. Pergi balai polis bayar RM2 boleh dapat salinan. This is a public document, mengapa setelah dua minggu...
Itu peribadi Anwar.
Pergilah ambil laporan polis.
Yang Berhormat dengar dulu. Jangan berucap panjang sangat masa kita...
Betul Tuan Yang di-Pertua, tapi apa yang dibangkitkan hari ini ialah seolah-olah tuduhan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Rembau itu kita membenarkan. Tak benar, peguam Datuk Seri Anwar sudah menulis tiga surat pada Bukit Aman, sampai hari ini kita tidak dapat satu salinan pun laporan polis yang kononnya di buat pada 26 hari bulan.
Baik, baik Yang Berhormat.
Yang Berhormat Gombak lebih banyak buat tuduhan yang bukan-bukan.
Siapa yang buat kita tak tahu, apa tuduhan kita tidak tahu tapi hari ini Yang Berhormat Rembau tahu semua kandungan laporan polis berkenaan. Bagaimana dia boleh tahu? [Dewan riuh]
Baik Yang Berhormat. [Dewan riuh] [Mikrofon dimatikan]
...yang juga dianggotai oleh Rembau.
Sudahlah, Yang Berhormat Rembau sudahlah. Sudahlah.
Semua institusi kerajaan, sebab itu saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua buat ruling dia telah mengelirukan Dewan yang mulia ini dan mesti dirujuk kepada jawatankuasa untuk diambil tindakan.
Yang Berhormat Puchong pun duduk jugalah.
Point of order, saya hendak teruskan dengan...
Itu Anwar Ibrahim punya hal.
Point of order ini ditunjuk pada peraturan sahaja Yang Berhormat. Lepas itu Speaker buat ruling. Lepas Speaker buat ruling Yang Berhormat tak setuju apa punya point of order buang dalam tong sampah Yang Berhormat.
Dengar cakap Tuan Yang di- Pertua.
Masalah Yang Berhormat fikir dia sendiri bijak sahaja. Itu masalahnya Yang Berhormat saya dah baca dua...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan satu isu yang berkenaan dengan peraturan 36(12) itu sahaja. Kenapa susah sangat Tuan Yang di-Pertua hendak dengar saya?
saya dah dengar Yang Berhormat.
Lepas itu kita kena gantung pula. Itu yang menjadi reaksi nampaknya. Tuan Yang di-Pertua senang sahaja, di sini saya menyatakan bahawa Yang Berhormat Rembau adalah seorang penipu dan pengecut kerana saya berikan peluang kepada dia untuk pastikan, tetapkan, tadi dia kata sedemikian, adakah kata atau tidak? Itu yang saya hendak tahu. Adakah dia pegang teguh kepada itu? Kalau berani we query outside. Kalau berani, itu yang kita hendak tahu dan kalau Tuan Yang di- Pertua, kalau dia tidak pegang teguh kepada bukankah itu mengelirukan mahkamah ini? Dia datang ke sini setiap hari mengatakan macam-macam mengelirukan. Tapi Tuan Yang di-Pertua nampaknya hendak beri penjelasan untuk pihak dia. Tidak boleh! Tuan Yang di- Pertua sepatut...
Yang Berhormat duduk Tuan Yang di-Pertua. Ini kah perangai orang baik Yang Berhormat?
36(12), 36(12)
Duduk. Jam dah 12.59 Yang Berhormat. Tak apa Yang Berhormat tak payah Yang Berhormat. Kita dengar semua. Besok kita nilai dalam Hansard apa Yang Berhormat Rembau sebut.
[Menyampuk]
Apa hendak pukul? Saya pukul Yang Berhormat juga. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua saya perlu jelaskan 36(12) Point Of Order. Saya hendak jelaskan di sini. [Disampuk] Dengar dulu, sabar, dengar dulu.
Yang Berhormat Pasir Salak minta tolong biar dengar dulu.
Yang saya terdengar Yang Berhormat Permatang Pauh cakap adalah hasil siasatan polis bukan saya maksudkan laporan polis. [Dewan riuh] Memang saya setuju.
Ha! Now dia tukar. Now dia takut.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan sahaja. [Dewan riuh]
Yang Berhormat. Ya, saya tahu Yang Berhormat semua cerdik.
Tuan Yang di-Pertua...
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak. Saya sudah dengar Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua ini Anwar Ibrahim punya hal peribadi, apa yang sibuk-sibuk.
Apa Yang Berhormat Pasir Salak bangun? [Dewan riuh]
Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau minta tolong duduk Yang Berhormat. Kita duduk dulu. Duduk dulu.
Saya minta dia tarik balik apa yang dia kata tadi.
Yang Berhormat saya juga dengar Yang Berhormat Gombak buat tuduhan Yang Berhormat. Jadi saya dengar tuduhan daripada sana, dengar tuduhan daripada sini, jadi siapa yang hendak direfer kepada Committee of Privilege Yang Berhormat? Jadi saya fikir kita dah balance dah. Kita tengok dan lihat sama ada dalam Hansard esok hari dia mempunyai elemen- elemen yang menunjukkan bahawa apa tuduhan itu valid atau tidak. Yang Berhormat Padang Serai saya tahu Yang Berhormat memang aktif, memang gagah, memang berani, Malay Mail minggu lepas pun ada buat komen Yang Berhormat buat ucapan dalam Geology Act itu. Kita dah baca semua dah Yang Berhormat. Minta tolong Yang Berhormat.
[Menyampuk]
[Menyampuk]
Saya faham Yang Berhormat. Itulah kena belajar dengan Ipoh Timur. Ipoh Timur kata we are not going to take action sampai kita baca apa yang ditulis dalam Hansard Yang Berhormat. Belajar dengan orang tau macam ini. Orang dah lama macam ini. Kenapa kita mahu bising pula. Belajar Yang Berhormat. [Disampuk] Tak ada takut Yang Berhormat. Orang berani tak ada takut Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat Rembau masa Yang Berhormat Rembau sudah habis. Tak ada jawapan lagi kalau hendak, tunggulah gulungan menteri nanti kalau hendak bercakap lagi. Jadi soalan tuduhan dan tuduhan, banyak tuduhan jadi siapa hendak refer kita? Semua hendak refer to Committee of Privilege jadi saya pun kena tuduh tak buat kerja betul Yang Berhormat. Kalau saya betul menggunakan peraturan Yang Berhormat. Saya boleh keluarkan dua, tiga orang daripada Dewan. Kosong Dewan, jadi kita tak hendak Yang Berhormat. Kita hendak gunakan Parlimen ini sebagai venue kita ‘berkelakar’ ...bercakap dan jagalah percakapan. [Disampuk] Orang Sarawak ‘kelakar’ ni cakap Yang Berhormat. [Ketawa] Kalau saya dah marah saya dah keluar cakap-cakap Sarawak itu.
[Menyampuk]
Saya sedih melihat Yang Berhormat Padang Serai juga termasuk. Jadi Yang Berhormat saya mendengar semua. Saya dengar Yang Berhormat Gombak sebut, saya dengar apa Yang Berhormat Puchong sebut, saya dengar apa Yang Berhormat Padang Serai sebut, saya
dengar apa Yang Berhormat Rembau sebut, saya dengar apa Yang Berhormat Pasir Salak sebut.
Saya tak ada bercakap apa pun. [Ketawa]
Tak apa Yang Berhormat. Hansard akan menunjukkan, jadi dalam keadaan yang sedemikian Yang Berhormat kita tak ada-apa lah semua sama. Lemparan-lemparan, hujah-hujah yang genting itu sahaja Yang Berhormat. Jadi biarlah menteri yang bertanggungjawab menjawab pada hari menteri menggulung besok. Jadi itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih kerana kerjasama dengan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan untuk sesi pagi ini ditangguhkan dahulu dan kita mula lagi pada jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih kepada Speaker. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Dijemput Yang Berhormat Menteri untuk membawakan usul.
Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulMotion
Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 17 Julai 2008”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya hendak mengucapkan selamat datang kepada jiran saya, rombongan daripada Sekijang. [Tepuk] Segamat. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Guru Besar Daerah Segamat. Pagi tadi Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti ucapan daripada Yang Berhormat Kepong. Saya bertanya tentang ukuran derita warga kota yang
didakwanya tetapi beliau tidak menjawab. Beliau mengalihkan kepada isu lain, tetapi tidak mengapalah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap tentang subsidi minyak. Dari peringkat awal dahulu, semasa saya berucap di sesi pertama, saya menyebut tentang perlunya kita bersyukur. Perlunya kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan sebagainya. Sebab itu apabila kerajaan yang menstrukturkan semula subsidi minyak, petrol khususnya, yang saya kelaskan kepada 30 sen campur 70 sen, kita harus bersyukur. Ini adalah kerana walaupun harga minyak petrol pada paras RM3.00 pada masa itu, tetapi kerajaan telah pun memberikan subsidi bernilai 30 sen dan 70 sen. 30 sen semua dapat, 70 sen kepada mereka yang mempunyai kenderaan di bawah 2,000 cc Bagi motosikal di bawah 250 cc. Rebat itu kepada saya ialah subsidi. Yang Berhormat daripada Kepong pagi tadi saya hendak cadangkan, subsidi rebat yang 70 sen kita naikkan, saya bersetuju. Oleh sebab itu, kita harus bersyukur dengan apa yang telah kita terima. Kita bersyukur kerana kita telah diberi satu subsidi yang cukup cantik, 30 sen campur 70 sen. Jadi di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan pada peringkat awal ini, kalau boleh kita terima 70 sen sebagai satu subsidi dalam bentuk rebat dan molek serta wajar dinaikkan nilai rebatnya bagi kenderaan RM625 setahun dan bagi motosikal RM150 setahun ditambah mungkin dua kali ganda atau RM1,000 bagi kereta ataupun RM300 bagi motosikal dalam usaha kita hendak mengurangkan beban rakyat. Akan tetapi asasnya ialah kita terima ini sebagai satu subsidi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Ini adalah kerana pada peringkat awal seperti saya sebutkan tadi, struktur itu sudah cantik. Struktur subsidi sangat cantik, sangat molek. Kita jangan anggap ini adalah satu kenaikan yang mahal daripada RM1.92 sen kepada RM2.70 sen kerana 70 sen itu sebenarnya dipulangkan semula. Oleh sebab itu apabila saya mendengar perbahasan malam tadi, struktur ini tidak disebut, saya agak kecewa sedikitlah Tuan Yang di-Pertua. Mungkin kerana soal masa yang tidak cukup tetapi dalam Dewan yang mulia ini saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa subsidi itu nilainya ialah 30 sen campur 70 sen. Jadi saya minta supaya 70 sen ini ditambah nilainya setahun kepada lebih daripada RM625 bagi kenderaan dan lebih daripada RM150 bagi motosikal.
[Bangun]
[Bangun]
Saya silakan Yang Berhormat Sekijang dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Ledang. Tadi saya tertarik dengan Yang Berhormat Ledang menyebut untuk menaikkan rebat bagi kenderaan yang mana kereta 2,000 cc ke bawah tadi sebanyak RM625 setahun dan motosikal RM150. Jadi saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Ledang, kalau betul kita hendak menolong kepada mereka yang berpendapatan rendah, bolehkah kita agaknya menaikkan 100% bagi rebat motosikal ini sebab biasanya orang yang memakai motosikal ini orang yang berpendapatan rendah. Akan tetapi berbanding dengan mereka yang berpendapatan tinggi ini maknanya menggunakan kereta. Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat dalam hal ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya tambah sedikit lagi kerana masa tidak cukup. Apa pun kenaikan yang kita sebut subsidilah bagi mereka yang berpendapatan rendah, betul- betul rendah kalau ukurannya tadi menggunakan motosikal, saya bersetuju. Sekurang- kurangnya yang ada motosikal hidupkan road tax masing-masing kerana selama ini kebanyakan yang ada motosikal di peringkat bawahan mungkin tidak ada road tax, sebab ada road tax boleh dapat rebat yang sebagaimana dibayar RM150 setahun.
[Bangun]
Hendak bagi Yang Berhormat Sri Gading?
Yang Berhormat Sri Gading, sekejap ya.
Sila Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Ledang. Yang Berhormat Ledang telah menggambarkan keperihatinan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Saya amat menyokong cadangan untuk meningkatkan, menaikkan rebat ini kepada satu angka yang lebih besar daripada enam ratus ringgit lebih atau RM150 lebih untuk motosikal dan seperti mana yang dinyatakan kalau agaknya naik sampai seribu tiga ratus kereta, motosikal naik sampai lima ratus setahun kalau kerajaan mampu kita tak tahu. Kementerian Kewangan ada Menteri Kewangan di sini mampu, boleh tak cadangan yang cantik, molek, indah ini dimasukkan dalam bajet kita pada bulan Ogos yang akan datang. Kalau itu dapat direalisasikan, maknanya kalau kita ada kelebihan wang, kelebihan pendapatan, marilah pihak kerajaan membantu rakyat yang memang mengharapkan sangat bantuan Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mudah-mudahan Tuan Yang di-Pertua sihat walafiat...
Sihat Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Itulah saya rasa cadangan yang saya rasa cukup bernas yang dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat Sri Gading dan saya sangat menyokong. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua tentang pemberian subsidi diesel menggunakan fleet card ini. Sekarang ini, saya difahamkan yang menerima kemudahan fleet card bagi kegunaan diesel ialah pengusaha bas sekolah, pengusaha pengangkutan awam. Ini saya sangat menyokong dan sebenarnya kalau kita bercakap tentang kos pengangkutan, sepatutnya tidak naik kerana fleet card ini boleh dipohon, boleh didapatkan daripada kementerian yang berkenaan. Cuma saya menerima banyak aduan Tuan Yang di-Pertua daripada pengusaha-pengusaha syarikat pengangkutan, fleet card sukar didapati, fleet card susah didapatkan daripada kementerian yang berkenaan. Jadi, saya mintalah supaya pemberian fleet card ini dipermudahkan kerana kita tahu yang hendak diangkut ini orang awam, barang keperluan awam dan sebagainya. Tidak timbul soal harga diesel naik kerana bagi mereka yang ada fleet card masih lagi menggunakan harga diesel yang lama yang sebelum dinaikkan baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh bab ini kerana ia sangat berkaitan dengan kepentingan rakyat
[Bangun]
Sama ada melibatkan orang ramai, melibatkan orang yang berpendapatan rendah dan sebagainya.
Minta penjelasan boleh?
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat.
Tidak boleh?
Akan tetapi, hujahnya ialah... Sedikit, sekejap-sekejap.
Okey, okey.
Hujahnya ialah kita hendak bantu rakyat yang berpendapatan rendah. Selama ini kita bantu dan kita sangat prihatin. Cuma saya kurang selesa apabila segala kita bantu ini tidak mendapat respons yang kuat, kurang, kurang impaknya. Mungkin kerana media yang tidak cenderung kepada usaha yang kita buat ataupun telah diputar belitkan oleh pihak tertentu dan sebagainya. Sebab itu saya kata pada peringkat awal tadi mesti kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita senaraikan semula apakah yang kita dapat. Silakan Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Ledang, saya cuma minta penjelasan sedikit ataupun persetujuan. Sementara kita melihat syarikat-syarikat pengangkutan ini mempunyai masalah mendapatkan fleet card, kita juga mendapati di kampung-kampung di mana banyak teksi sapu, bas sapu yang tidak register dengan JPJ yang sebenarnya digunakan oleh untuk orang kampung, keluar daripada kampung membawa barangan dan sebagainya. Mereka ini juga tidak mendapat fleet card kerana tidak berdaftar dengan JPJ. Apakah Yang Berhormat Ledang setuju kalau boleh kita minta kepada kerajaan untuk sektor pengangkutan yang tidak berdaftar ini diberi kelonggaran sedikit atau mencari jalan bagaimana cara untuk ini. Minta kalau boleh masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Yang di-Pertua, kalau yang bercakap itu orang daripada Sabah dan Sarawak, saya sangat bersetuju kerana kementerian harus mengambil kira keadaan sebenar di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat.
Sila.
Yang Berhormat Ledang ini hujah-hujahnya agak hebat sekali. Yang Berhormat Kota Melaka pun setuju, apa pula Yang Berhormat Ledang, baik Kota Melaka pun. Saya pun risau juga. Ada sesuatu yang kita tidak tahu pun saya tidak tahu. Namun, tentang saranan Yang Berhormat tadi ada baik dalam perbelanjaan akan datang, dilihat kembali bagaimana kos beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia terutama sekali yang berpendapatan rendah dari segi kenaikan harga minyak. Ini kerana yang belah sana sentiasalah hendak menjadikan ini Majlis politik, tetapi saranan bahawa tadi oleh Yang Berhormat Sri Gading mengapa tidak rebat ini ditambah. Saya ingin menyokong apa pandangan Yang Berhormat Ledang mengapa tidak, tetapi rebat ini jangan beri kepada semua kereta. Kalau satu keluarga ada empat biji kereta, pendapatannya tinggi dan semuanya RM5,000, tidak payah lagilah. Namun, bagi yang berpendapatan rendah, mungkin RM2,500 ke bawah, tetapi satu kereta satu rumah sahaja bagi kereta 1.3 liter yang kecil seperti proton saga. Kalau sudah kereta dia dua iaitu BMW, Mercedes, Proton, semua beri rebat saya rasa itu bukan bijak. Yang kita patut bela dan kita patut bantu ialah mereka yang berpendapatan rendah. Untuk itu saya minta pandangan Yang Berhormat Ledang, adakah Yang Berhormat Ledang setuju dengan saranan daripada Yang Berhormat Sri Gading tadi bahawa masuk dalam belanjawan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh umumkan nanti untuk tahun depan bagi meringankan beban terutama mereka berpendapatan rendah. Tekanan dari segi kenaikan kos saraan hidup kerana kenaikan minyak ini memang tinggi. Untuk itu, kerajaan tidak ada pilihan kerana ini harga dunia tetapi kerajaan boleh memikirkan sesuatu untuk meringankan beban kepada yang berpendapatan rendah tetapi bukan beri rebat pada semua tetapi mereka terdiri daripada satu rumah, satu keluarga, satu keluarga, satu kereta. Bagi perhatian kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk beri rebat pada tahun hadapan.
Mungkin ini boleh diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet beliau nanti. Apa pandangan Yang Berhormat Ledang tentang saranan Yang Berhormat Sri Gading tetapi saya tidak bersetuju bagi semua kereta. Yang kaya raya, tidak payah tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah, pegawai kerajaan, angkatan keselamatan, semua yang berpendapatan rendah di negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat Ledang tentang saranan perkara ini?
Yang Berhormat Ledang boleh respond, kemudian gulung.
Okey, saya respons, kemudian saya gulung. Saya sangat bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Rompin tadi supaya apabila kita struktur semula biarlah faedahnya menjurus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
(i) supaya struktur subsidi minyak ini diperhalusi supaya yang memerlukan mendapat lebih faedah; dan (ii) supaya fleet card bagi pengguna diesel ini dipermudahkan terutamanya daripada kementerian yang berkenaan. Sekian, terima kasih.
Ya. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di kalangan pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO, cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mewujudkan satu pelan induk pengangkutan adalah amat membingungkan ataupun dengan izin, quite amusing. Ini bermaksud selama 50 tahun ini, kerajaan telah lalai dalam tanggungjawabnya kerana kerajaan telah kerajaan mengurus tanpa sebarang pelan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Sekarang harga minyak telah meningkat dengan cepat sekali. Apa ini alternatif bagi rakyat Malaysia? Mana dia sistem pengangkutan awam berkesan yang sering dijanjikan oleh pihak kerajaan? Penggunaan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang telah menurun sehingga 16% sahaja berbanding dengan 40% pada tahun 1980-an. Sepatutnya bagi bandar raya sebuah negara yang maju, penggunaan sistem pengangkutan awam adalah melebihi 70%. Sekarang kita hendak datang ke Parlimen pun tidak ada bas yang boleh dinaiki kecuali menggunakan teksi. Pada tahun 2006, semasa harga Petrol dinaikkan sebanyak 30 sen, kerajaan telah berjanji memperuntukkan RM4.4 bilion kepada dana sistem pengangkutan awam. Apa telah terjadi dengan dana ini? Pada masa itu juga, kerajaan mengemukakan pelan LRT yang baru di mana satu aliran baru ditubuhkan ke Kota Damansara dan aliran yang sedia ada di panjangkan ke Puchong. Akan tetapi bukan sahaja kerja ke atas projek LRT langsung tidak bergerak selama tiga tahun ini, sekarang kerajaan sekali lagi mengemukakan pelan yang sama sebagai menjawab kenaikan harga petrol. Surat Khabar The Star dan lain-lain pun menerbitkan pelan LRT yang dikemukakan sebagai satu pelan yang baru, memberikan berita baik kepada penduduk-penduduk di Lembah Klang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia akan memberi tumpuan kepada sistem pengangkutan awam tetapi seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, cakap kerajaan tidak serupa bikin. Peningkatan harga petrol bulan lalu dianggap menjimatkan kerajaan sebanyak RM13.7 bilion. Akan tetapi hanya 11% ataupun RM1.6 bilion sahaja daripada penjimatan tersebut diperuntukkan untuk menaiktarafkan sistem pengangkutan awam di Malaysia.
Walaupun peruntukan baru sebanyak RM30 bilion telah diumumkan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, tiada peruntukan tambahan diberi untuk sistem pengangkutan awam.
[Bangun]
Ya.
Boleh celah sikit?
Sikit ya.
Saya ingin penjelasan. Petaling Jaya Utara datang ke negeri Selangor, negeri Selangor sudah diperintah oleh Parti Pakatan dan negeri Pulau Pinang diperintah oleh DAP yang mana Yang Berhormat daripada DAP. Jadi, buatlah saja. Kenapa dok blame kerajaan yang lama ini? Yang tak buat, tak mengapa, okey tapi kenapa blame? Buat sekarang kerana kita dah memerintah negeri, tunjukkan teladan. Kita negeri kaya, bukan negeri miskin. Kalau Perlis itu miskin tapi Penang dan Selangor negeri kaya. Buatlah.
Itu masalah senang saja. Sebab negeri Selangor, dia punya annual budget, satu budget RM1.3 bilion. Annual budget bagi Pulau Pinang RM380 juta sahaja. Menteri Pengangkutan, dia punya bajet RM23 bilion. Apa nak buat? Mana boleh bagi.
Itu bajet yang tak termasuk pengangkutan. Masukkan pengangkutan, besarkan bajet.
Pengangkutan satu tanggungjawab pihak Persekutuan. Bukan tanggungjawab dalam negeri.
Tak, itu tak. Local government lah.
Ya, seorang-seorang berucap Yang Berhormat ya.
[Bangun]
Nak bagi Yang Berhormat Rembau Yang Berhormat? Nak bagi Yang Berhormat Rembau?
Saya nak habiskan.
Pohon mencelah.
Tak payahlah, tak payahlah.
Sekejap, bagi habis dulu sikit boleh? Takut tak cukup masa nanti.
Okey, jangan lupa.
Bukan tak bagi, bukan tak bagi. Takut tak cukup masa nanti.
Jangan lupa.
Ha, saya punya tak panjang.
Yang Berhormat ada enam minit Yang Berhormat ya.
Mana saya berhenti tadi. Okey, jumlah RM1.6 bilion langsung tidak mencukupi untuk memberikan pengangkutan alternatif yang memuaskan untuk rakyat terutamanya di kawasan bandar seperti Lembah Kelang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kegagalan sistem pengangkutan awam di Malaysia hari ini siapa patut bertanggungjawab? Adakah Kementerian Pengangkutan dan menteri-
menterinya sebelum ini yang bertanggungjawab? Selepas tsunami politik yang baru bulan lepas, sekali lagi, kita bertuah mendapat seorang Menteri Pengangkutan yang baru tapi saya kesian sama dia. Bukan sahaja dia kena menghadapi cabaran yang sukar sekali untuk memulihkan maruah MCA selepas dilantik presiden pada bulan Oktober yang akan datang, dia telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan yang langsung tidak berkuasa untuk menaik tarafkan pengangkutan awam di Malaysia.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Rembau Yang Berhormat. Nak bagi jalan?
Sikit ya?
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat daripada PJ Utara ada sebut tentang penjimatan daripada penstrukturan semula subsidi ini dan sebahagian daripada itu digunakan untuk pengangkutan awam. Ini soal keutamaan daripada segi penjimatan yang didapati oleh kerajaan. Sama ada kerajaan akan membelanjakan duit itu untuk pengangkutan awam ataupun untuk perkara-perkara yang lain. Kerajaan Barisan Nasional telah putuskan untuk membelanjakan duit tersebut sebahagian besar dalam bentuk subsidi makanan dan juga dasar keselamatan makanan. Jadi adakah Yang Berhormat daripada PJ Utara menyarankan agar duit untuk menampung subsidi bagi seluruh rakyat Malaysia untuk memberi makanan yang cukup dengan harga yang munasabah itu diambil untuk pengangkutan awam bagi rakyat yang ada di Lembah Kelang. Ini adalah trade-off Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Penjelasan, penjelasan.
Jawab dululah, jawab dululah.
Sama soalan. Sama, sama soalan.
Aiya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat PJ Utara. Adakah Yang Berhormat sedar pada tahun 2006, Februari 28, kerajaan naik harga minyak 30 sen. Boleh jimat RM4.4 bilion. Kerajaan janji untuk menaik taraf pengangkutan awam. Pada masa sekarang, mana RM4.4 bilion ini pergi? Ini semua janji-janji tidak dikotai.
Buat sikit-sikitlah. Mana boleh buat terus. Sikit-sikit, peringkat-peringkat.
Ini menunjukkan Barisan Nasional satu parti yang tidak menunaikan janjinya.
Saya pohon laluan sebab ini dituju kepada kerajaan, saya Ahli Parlimen kerajaan. Saya minta laluan.
Saya dah bagi tadi, saya dah bagi tadi.
Sikit saja, sikit saja.
Saya tahu, faham you kata minyak dah naik sebab itu RM4.4 bilion itu sudah tidak ada. Saya tahu, saya tahu.
Ya, memang betul. Jadi jawablah. Tolong didik sikit kepada Yang Berhormat .... sama.
Tadi Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau....
Ya, teruskan Yang Berhormat.
...telah berkata bahawa subsidi makanan lebih penting. Subsidi makanan yang ditambah hanya tak sampai RM2 bilion, tak sampai RM2 bilion.
Dasar Keselamatan...
Nak bagi Yang Berhormat?
Tak bagi jalan.
... Makanan Negara adalah sebanyak RM4 bilion.
Subsidi makanan tak sampai RM2 bilion. Mana boleh kata...
Dasar Keselamatan Negara...
Yang Berhormat.
...mengutamakan perbelanjaan terhadap subsidi makanan.
...Food Security Policy...
Yang Berhormat Rembau, cukuplah Yang Berhormat Rembau.
.....Jangan macam inilah. Saya gentleman selalu. Saya tak bagi, duduk dulu.
Kenapa Yang Berhormat PJ Utara tak baca RM4 bilion untuk Dasar Keselamatan Makanan?
Inilah dia. Tuan Yang di-Pertua.
Ya teruskan, teruskan Yang Berhormat PJ Utara.
Tak, saya tak nak orang putar belitkan fakta.
Tak apalah Yang Berhormat.
Eh, saya nak berikan fakta. You tak bagi saya jawab, saya nak jawab ini.
RM4 bilion untuk Dasar Keselamatan Makanan.
Jangan bisinglah Yang Berhormat Rembau.
Ya teruskan Yang Berhormat PJ Utara.
Okey, perkara yang satu. Subsidi makanan tak sampai ....
Yang Berhormat Rembau jadi menteri senang. Bapa mertua Perdana Menteri.
Minta jalan Yang Berhormat ya.
...subsidi makanan tak sampai RM2 bilion. Yang kedua, maksud Yang Berhormat Rembau itu sistem pengangkutan awam di kawasan Lembah Kelang, di Johor Bahru, di Pulau Pinang tidak penting, tidak penting. Oleh sebab itu dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang ketiga, walaupun minyak petrol, harga minyak petrol pasaran seluruh dunia telah meningkat, akan tetapi bajet negara kita sejak tahun 2005 telah meningkat sekurang-kurangnya RM40 bilion. Kenapa tak boleh
berikan sedikit, lebih sikit untuk pengangkutan awam. Kenapa tak boleh? Kegagalan sistem pengangkutan awam di Malaysia hari ini siapa yang patut bertanggungjawab?
Gulung Yang Berhormat, gulung.
Okey. Hakikat ini, hakikat yang dijelaskan Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi suruhanjaya yang baru iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam. Penubuhan suruhanjaya ini nampaknya lucu sedikit kerana kita sudah ada Kementerian Pengangkutan. Kenapa pula perlu sebuah Suruhanjaya Pengangkutan lagi? Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya baru ini adalah sebab Kerajaan Barisan Nasional ini mempunyai cara menguruskan...
Main blog sajalah.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tahu tak ada blog.
Ya, gulung Yang Berhormat, gulung.
Tak layak jadi wakil rakyat pun. Main bloglah.
Okey, kerana Kerajaan Barisan Nasional ini mempunyai cara mengurus sistem pengangkutan awam yang tidak masuk akal dan barangkali yang terkekok di seluruh dunia. Pengurusan sistem pengangkutan awam di Malaysia bukannya tertumpu di Kementerian Pengangkutan tetapi dibahagi kepada 13 agensi kerajaan di kementerian yang tidak berkaitan terutamanya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menguasai pengendalian lesen bas dan teksi, Kementerian Kewangan yang menguasai bas dan LRT (Rapid KL) dan Kementerian Pengangkutan yang menguruskan kereta api KTM. Oleh sebab itu saya menyeru supaya kerajaan mengetepikan faktor kepentingan politik dan fikiran yang kolot dan mengambil langkah untuk menggabungkan semula badan dan agensi-agensi yang melibatkan sistem pengangkutan awam di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Kita yakin Yang Berhormat Menteri akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan jika diberikan kuasa yang berpatutan. Kalau tidak, apa gunanya kerajaan menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya...
Ya, masa dah tamat Yang Berhormat. Masa dah habis.
Dah habis? Ayat akhir. Kalau tidak, apa gunanya kerajaan menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya yang baru ini yang hanya menunjuk-nunjuk bahawa peralatan kerajaan telah pun gagal menyelesaikan masalah rakyat selama ini. Terima kasih.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Pontian.
Oleh kerana hanya 10 minit, saya tidak akan memberikan laluan kepada sesiapa pun.
Kedekut, kedekut. [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua sebab mengapa diperlukan perbelanjaan tambahan ini iaitu sama ada ia untuk maksud- maksud yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan secukupnya. Mengapakah perancangan yang dibuat dengan apa yang sebenarnya berlaku kadang-
kadang tercapah dan tersasar daripada perbelanjaan yang sepatutnya. Adakah kerana ketidakcekapan kita untuk merancang dengan teliti? Kali ini pula kita sedang membincangkan tambahan peruntukan RM20.153 bilion. Daripada angka berkenaan, RM15 bilion adalah untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Saya ingin bertanya RM10 bilion bagi menampung bayaran subsidi gas, LPG, diesel dan petrol itu, bagaimanakah pecahan bayarannya kepada syarikat-syarikat minyak yang berlainan. Difahamkan bahawa RM5 bilion rebat tunai itu pula sudah meningkat kepada RM6.1 bilion. Sekali lagi dicadangkan agar rebat tunai untuk motosikal 250cc ke bawah dinaikkan daripada RM150 kepada RM250. Ini adalah cadangan saya yang sama untuk kali ketiga di Dewan Rakyat ini. Tambahan RM100 atau lebih dapat membantu rakyat yang ramai menggunakan motosikal sama ada di bandar atau luar bandar. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak pekebun kecil sawit di kawasan Pontian dan seluruh negara.
Kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kerana menarik balik cadangan cukai durian runtuh kepada pekebun kecil sawit dan kepada 112,635 orang peneroka FELDA di seluruh negara. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat di bawah agar tidak dikenakan tambahan bebanan. Inilah contoh kerajaan yang peka kepada pandangan wakil-wakil rakyat di Dewan yang mulia ini. Tetapi saya ingin mengingatkan kepada mereka yang mencadangkan levi itu agar dibayar kepada pekebun kecil agar keluar daripada kepompong bilik pejabat berhawa dingin daripada membuat polisi berdasarkan teori akal yang tidak memahami, tidak turun padang, tidak menyelami kesusahan rakyat yang akhirnya setelah pekebun kecil gempar, baru nak ditarik balik atau diperbaiki arahan itu. Seperkara lagi, tambahan peruntukan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hanya RM20 juta. Adakah ini menunjukkan yang kementerian ini sudah baik perancangannya. Sudah lengkap dan tidak perlu ditambah apa-apa. Saya kurang yakin terhadap hal ini disebabkan satu contoh. Dalam soalan bertulis saya agar dinyatakan senarai semua jalan kampung dan projek lain kementerian dalam Parlimen Pontian bukan dalam daerah yang akan dinaik taraf, diselenggara atau dibina baru untuk tahun ini dan Rancangan Malaysia Kesembilan serta nyatakan nilai dan jadual pelaksanaannya. Dalam jawapan yang diberi, disebut sebatang jalan dari pekan Nanas ke Tanjung Piai bernilai RM26,430,000. Sedap bunyinya namun jawapan itu tidak betul. Itu bukan jalan dalam Parlimen Pontian tetapi dalam Parlimen Tanjung Piai. Ini satu lagi contoh pegawai tidak turun padang, tidak turun melihat jalan yang berlubang-lubang, jalan tanah merah yang berdebu bila panas dan becak semasa hujan. Mereka tidak melihat kemalangan anak-anak sekolah terjatuh dari motosikal dan basikal kerana lubang atau jalan masih berbatu kasaran. Saya amat risau tentang kerenah penyampaian awam atau delivery system yang kurang cekap seperti ini. Ya, memang mereka di luar bandar sebahagiannya adalah pekebun sawit dan getah, kurang tertekan sebab harga komoditi sawit dan getah yang tinggi tetapi saya ingin menarik perhatian di sini bahawa tidak semua orang kampung yang ada kebun. Ramai yang hanya bekerja di kebun orang lain atau jumlah kebunnya hanya sekadar satu atau dua ekar atau sekadar ada tapak rumah. Saya mohon diberi angka berapakah jumlah pekebun kecil sawit getah yang ada di seluruh negara dibandingkan dengan keluarga-keluarga di luar bandar. Pada pemerhatian kasar saya, terlalu ramai keluarga yang masih tidak memiliki kebun atau sebarang harta. Hatta ramai orang kampung yang masih memerlukan rumah murah atau rumah mesra rakyat. Saya ingin tahu di mana dalam RM20 bilion ini terdapat bantuan bagi pembinaan rumah PPRT yang hanya diperuntukkan RM50 juta sedangkan keperluannya ialah RM700 juta. Mengapa tidak dipohon peruntukan tambahan itu. Mengapa banyak diberikan kepada Kementerian Pelancongan? RM167 juta. Adakah sebahagian RM167 juta itu termasuk pembangunan awal ecotourism di Pulau Pisang misalnya. Saya juga ingin mengalu-alukan bantuan RM200 sebulan yang akan diberikan kepada nelayan di seluruh negara. Saya ingin mencadangkan agar bantuan seumpama ini boleh difikirkan untuk diberi kepada semua mereka di kawasan bandar yang tidak mempunyai rumah disebabkan kemiskinan, terpaksa menyewa, bersesak-sesak di rumah-rumah pangsa sebilik atau dua
bilik yang luas keseluruhan rumah mereka yang dipenuhi enam tujuh lapan orang itu keluasannya mungkin sekadar tandas rumah orang-orang kaya yang menjadi pedagang dan peniaga di bandar-bandar. Bantuan sewa rumah itu hanyalah kepada mereka yang termiskin di bandar- bandar tanpa mengira kaum dan disyaratkan kepada penyewa rumah-rumah pangsa saja. Untuk permulaan, senarainya boleh didapati dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kementeriannya memohon RM45 juta peruntukan tambahan. Program Top Business School Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM20 juta tentunya melibatkan pembangunan usahawan di kalangan siswa-siswi. Secara umumnya, apa juga program untuk membudayakan keusahawanan adalah dialu-alukan. Sehubungan dengan itu, perbelanjaan tambahan RM108.5 juta bagi membiayai tiga pihak pembangunan wilayah perlu melihat kepada pembangunan usahawan di tiga wilayah tersebut termasuk juga RM91 juta bagi penajaan pelajar SPM 2007 yang cemerlang. Wajar mensyaratkan agar pelajar-pelajar berkaitan didedahkan kepada kepentingan berniaga, menjadi usahawan apabila tamat sebagai profesional dalam negara kita ini. Saya ingin mencadangkan adakah RM91 juta ini termasuk biasiswa JPA. Ingin bertanya kepada JPA sama ada biasiswa itu termasuk 2,000 pelajar cemerlang. Saya ingin bertanya mengapakah kuota 55:45 pelajar bumiputera bukan bumiputera itu dilaksanakan. Pada ketika yang sama, peratus penduduk Malaysia ialah nisbah 66:32. Mengapakan angka yang lebih adil tidak dipilih mengikut komposisi ini iaitu 66% pelajar bumiputera dan 32% bukan bumiputera. Program bumi hijau RM25.9 juta wajar dimasukkan juga program ternakan seperti ikan keli dan ayam kampung. Insentif kepada pengusaha pertanian sebanyak RM513 juta wajar diperjelaskan. Saya kira insentif itu wajar hanya diberikan kepada pemilik tanah yang mengusahakan ekar tanah yang tertentu seperti sepuluh ekar ke bawah. Kepada pengusaha yang besar, mempunyai modal yang banyak tidak perlu diberikan insentif. Insentif juga wajar diberikan kepada pengusaha golongan miskin yang bercucuk tanam kontan di reserve sungai atau reserve tanah milik JPS di seluruh negara. Ini merupakan tanah terbiar yang luas. Seperkara lagi apakah angka tanah terbiar yang disebut dalam sesi ini oleh Kementerian Pertanian yang saya kira hanyalah tanah-tanah terbiar yang mempunyai pemilik. Dalam laporan Jabatan Pertanian 2007, terdapat 10,800,000 hektar tanah berumput yang tidak termasuk hutan yang terbiar di seluruh Semenanjung. Harap jelaskan angka ini. Akhirnya saya ingin penjelasan dari Kementerian Kewangan tentang kekhuatiran Tan Sri Hassan Merican yang menyebut dalam akhbar hari ini bahawa hampir 50% daripada hasil negara terkini adalah daripada sumber minyak dan gas yang merupakan bukan sumber kekal. Tahun ini Petronas menyumbang RM67.6 bilion kepada sumber kewangan kerajaan. Ini mewakili 44% pendapatan. Jika dicampurkan 67% sumbangan cukai syarikat minyak yang lain, memang benar hampir 50% hasil negara bergantung kepada sumber yang akan habis. Kita mesti meneliti pandangan Tan Sri Hassan Merican dengan serius. Kerajaan mesti mencari hasil lain. Tingkatkan pelaburan dalaman dan FDI, tingkatkan sumber eksport dan kurangkan kebergantungan kepada import. Produk-produk yang merupakan import substitute, dengan izin iaitu produk yang boleh menggantikan import perlulah dibanyakkan. Pakar-pakar ekonomi kita wajib mengkaji untuk mencari sumber-sumber baru kekayaan negara. IKS mesti dihebatkan dan produk hiliran daripada sawit dan getah mesti diteroka. Produktiviti sehektar kebun dan produktiviti pekerja di semua peringkat mesti ditingkatkan. Dengan produktiviti yang bertambah, maka hasil negara akan bertambah kesan daripada multiplying effect dengan izin, akan menggandakan ekonomi negara. Daun selasih daun kayu, terima kasih, thank you. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Gombak.
Bismillaahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Malaysia sekali lagi menghadapi hari kegelapan apabila
sebentar tadi lebih kurang jam 12.30 tengah hari seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini telah ditangkap dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan pada petang ini untuk membangkitkan perkara ini kerana saya merasakan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang semakin hari semakin terdesak dan nazak terpaksa menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk institusi polis untuk menekan rakyat, menzalimi parti-parti politik dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Saya dan pimpinan Pakatan Rakyat baru saja kembali daripada IPK Kuala Lumpur. Rakyat sedang berhimpun menzahirkan kemarahan mereka. Mengapa perkara ini berulang sekali lagi? Apakah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ingin mencabar kesabaran rakyat pada hari ini? Saya ingin beri amaran kepada UMNO dan Barisan Nasional, jangan cabar kesabaran di kalangan rakyat pada hari ini. [Tepuk] Perkara yang berlaku pada 1998...
Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat Batu Pahat.
Saya tidak beri laluan.
Kalau boleh jangan kaitkan UMNO. Ini urusan polis.
Saya tidak bagi laluan. Berlaku pada tahun 1998 di bawah rejim Dr. Mahathir bin Mohamad. Hari ini diulangi sekali lagi di bawah pentadbiran kononnya menggelar Hadhari. Menggunakan polis secara kekerasan. Kalau 1998 menyaksikan bagaimana polis dikerah untuk memecahkan pintu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini apakah Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Tuan Yang di- Pertua sedar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjalanan pulang daripada Badan Pencegah Rasuah.
Beliau memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah pada jam 10 pagi tadi. Bagaimana bukti-bukti yang ada di dalam tangannya, di mana Ketua Polis Negara dan Peguam Negara telah mereka cipta bukti-bukti untuk menuduh dan menyalahkan Datuk Seri Anwar pada tahun 1998, kita tidak takut. Kita berdepan dengan Badan Pencegah Rasuah untuk mengemukakan, memberi kerjasama, bukti yang kita ada bahawa dua pemain, dua watak inilah yang digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk menjahanamkan sistem kenegaraan dalam negara kita. [Tepuk] Komando bertopeng digunakan tahun 1998 untuk memecah rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuan Yang di-Pertua, cara yang sama digunakan pada jam 12.30 hari ini. 15 anggota komando bertopeng menahan Datuk Seri Anwar di Jalan Segambut, bukan di rumah, bukan di pejabat. Dalam keadaan kita sudah beri jaminan kepada pihak polis, bahawa Datuk Seri Anwar akan tiba jam 2 petang di IPK. Pihak polis juga telah dimaklumkan secara rasmi dan telah membuat kenyataan rasmi, bahawa Datuk Seri Anwar akan tampil pada jam 2 petang ini. Mengapa jam 12.30 anggota polis dikerah dengan komando bertopeng untuk menangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim di tepi jalan besar Jalan Segambut dalam perjalanan pulang beliau ke rumah. Apakah pihak polis diperalatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional? Di mana Menteri Dalam Negeri? Saya minta Menteri Dalam Negeri datang ke dalam Dewan Rakyat hari ini juga, [Tepuk] kerana rakyat ingin tahu, siapa sebenarnya yang mengarahkan sikap kebinatangan yang dilakukan oleh pihak polis pada jam 12.30 hari ini.
Tarik balik perkataan “kebinatangan” itu, tidak elok.
Penjelasan, penjelasan. Adakah Yang Berhormat Gombak setuju, bahawa cara Datuk Seri Anwar ditangkap sangat provokatif,
sangat tidak adil, sangat tidak profesional khasnya oleh kerana Datuk Seri Anwar sudah diberi jaminan akan melaporkan kepada pihak polis yang melahirkan kekhuatiran rakyat, bahawa pihak polis tidak boleh bebas dan profesional dalam menangani isu ini, dan perlulah satu badan yang bebas untuk siasat segala kes yang menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur dengan izin, this is abuse of due process. Peguam sudah beri tahu secara bertulis, jam 2 petang kita akan datang dan jam 10 pagi sudah pun beliau berada di Badan Pencegah Rasuah memberi keterangan. Keterangan beliau terpaksa dipendekkan supaya beliau tampil di IPK jam 2 petang. Pihak polis semalam dan hari ini keluar lagi kenyataan dalam akhbar mengatakan dia beri tempoh sehingga jam 2 petang. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua CID. Dia sendiri beri jaminan, dia beri tempoh sampai 2 petang. Mengapa jam 12.30 dengan ganas, dengan zalim tahan seorang pemimpin di tepi Jalan Segambut, menggunakan komando bertopeng lebih 15 buah kenderaan polis kepong di Segambut. Tidak bolehkah tunggu beliau sampai ke rumah? Tidak bolehkah tunggu di IPK? Mengapa hendak tunjuk kuasa? Kalau dia hendak tunjuk kuasa, saya hendak beritahu Menteri Dalam Negeri dan polis, rakyat akan bangun tunjuk kuasa rakyat dalam masa yang terdekat. [Tepuk]
Pergi dah.
Jangan cabar kesabaran rakyat.
Sudahlah.
Jangan cabar kesabaran rakyat. Yang Berhormat Jerlun duduk, kamu tidak ada hak!
Bukan rakyat Yang Berhormat sahaja dalam negara ini. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Hendak tahu liwat ke tidak?
Tidak usah hendak action.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak patut dihalang daripada bercakap macam ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini kita bawa kerana kita merasakan...
Duduk Yang Berhormat Tumpat.
Hendak bagi Yang Berhormat Jerlun Yang Berhormat?
Yang Berhormat Tumpat, silakan.
Yang Berhormat Tumpat.
Saya pertamanya ingin memprotes sikap kawan juga, tetapi dalam kes ini perlu serius Yang Berhormat Pasir Salak.
Ya, I’m also serious.
Ini bukan tempat dan masa untuk bercakap...
Saya juga serius!
Tidak boleh macam itu. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, tidak boleh masuk Yang Berhormat, ya.
Apa pasal pula?
Belum jadi Ketua Polis Negara sudah biadab Tuan Yang di-Pertua.
Tidak boleh cakap “biadab” Yang Berhormat.
Belum jadi Ketua Polis Negara sudah biadab.
Yang Berhormat “biadab” tidak boleh digunakan.
Kurang ajar!
Apa masalah?
Tidak mengikut peraturan mesyuarat.
Pandai menyalak sahaja!
Yang Berhormat Pasir Salak tidak boleh mencelah, dia sedang mencelah Yang Berhormat Tumpat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri laluan, duduk.
Teruskan Yang Berhormat Gombak, teruskan.
Yang Berhormat Padang Serai pun mencelah.
Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Tumpat sebut ini perkara serius. Kita hendak tahu di mana pendirian Menteri Dalam Negeri? Siapa yang keluarkan arahan? Apakah arahan ini dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara yang sedang disiasat, kerana kalau UMNO hendak lancarkan fitnah sekali lagi seperti fitnah yang dilancarkan oleh Dr. Mahathir, silakan. Kononnya liwat, silakan. Kita sudah berdepan dengan isu ini tahun 1998. Tuduh berlaku di Tivolli Villa, bangunan pun tidak wujud lagi.
Gulung Yang Berhormat.
Hari ini Yang Berhormat Rembau hendak cabar bagi DNA test. Jangan cabar kita, bukan masalah kita tidak boleh bagi DNA test, tiada masalah.
[Bangun]
Duduk, duduk, saya tidak beri laluan. Sudah cakap sudah pagi tadi.
Yang Berhormat Rembau, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Duduklah Yang Berhormat Rembau, duduklah.
Tuan Yang di-Pertua, yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sebentar tadi, laporan polis pun kita belum boleh terima.
Setuju DNA?
Sudah dua minggu, sudah dua minggu kita minta laporan polis daripada pihak polis. Peguam sudah tulis tiga surat Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.
Tadi ada gangguan Yang Berhormat Pasir Salak saya minta extra.
Semua sepuluh minit Yang Berhormat, ya.
Sebab itu kita sudah hilang keyakinan kepada institusi polis negara ini. Saya minta supaya tindakan diambil terhadap Ketua Polis Negara di atas tindakan yang berlaku pada hari ini. [Tepuk] Kezaliman, kemungkaran yang dilakukan akan menjahanamkan sistem kenegaraan kita. Orang ini tidak boleh dipercayai, dialah pelancar fitnah 1998 bersama Dr. Mahathir. Hari ini the same players, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, same script, paten yang sama, fitnah yang sama, pemain yang sama. Kalau dulu Musa Hassan adalah pegawai penyiasat hari ini Musa Hassan adalah Ketua Polis Negara. Kalau dulu Ghani Patail adalah Ketua Pendakwa Raya hari ini Ghani Patail adalah Peguam Negara. Semua pemain yang sama, fitnah yang sama. Saya cabar UMNO kita berdepan dengan rakyat, kalau mereka berani dalam melancarkan fitnah ini. [Tepuk]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya....
Bila-bila masa sahaja boleh.
Gulung Yang Berhormat.
Saya cabar bagi DNA, bagi DNA.
... hendak menggunakan Dewan yang mulia ini, saya minta Menteri Dalam Negeri supaya tampil dalam Dewan Rakyat, jawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengapa perkara ini berlaku? Kita tidak percaya Datuk Seri Anwar berada dalam tahanan polis. Kita percaya masalah yang sama akan berlaku kerana tahun 1998 Musa Hassan pernah sebut kepada isteri Timbalan Perdana Menteri ketika itu, “Jangan bimbang, Datuk Seri Anwar safe and sound”. Akhirnya black eye incident berlaku. Apakah orang seperti ini hendak kita letakkan keyakinan dalam menjalankan institusi polis. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan saya menggesa, saya mendesak Perdana Menteri gunakan kuasa yang ada, jangan ikut cakap menantu, jangan ikut cakap polis. Guna kuasa untuk berlaku adil kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini. Kalau ada Yang Berhormat Gombak yang mencabar UMNO, UMNO tetap menerima cabaran tersebut. [Tepuk] Kita hendak tahu...
Bapa you sudah tak yakin yang UMNO...
Duduklah.
Yang Berhormat Batu.
[Bangun]
Cukuplah, Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat. Ya, teruskan Yang Berhormat Jerlun.
[Bangun]
Saya bercakap sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah...
Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Saya bercakap di sini sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat. Jadi, kita di sini pun semuanya dipilih oleh rakyat.
Setelah menipu takkan naik harga minyak tapi naik.
Bukan semua. Bukan semua.
Apa yang kita buat...
Yang Berhormat Shah Alam, jangan campur.
Apa yang saya bangkitkan di sini pun adalah untuk kepentingan rakyat. Rakyat menuntut. Rakyat ingin tahu kebenaran sebenarnya. Kita hendak tahu liwat ke, tak liwat? Itu sahaja yang kita hendak tahu. [Tepuk] Tak payah hendak buka cerita-cerita lain fasal laporan polis dan sebagainya. Yang kita hendak tahu, berani ataupun tidak tunjuk bukti benda ini betul ataupun tidak? Yang soal DNA pun kita hendak tahu.
[Bangun]
Sebab kita hendak tahu sebab apa, sebab kita tahu ada pemimpin-pemimpin belah sana yang kononnya meminta supaya kena ada empat orang saksi. Macam mana hendak kena ada empat orang saksi yang tak ada besar dosanya...
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
...melihat sahaja perkara itu berlaku tanpa menahan?
Kamu pertikaikan hukum Islam ke?
[Bangun]
Ini undang-undang Islam.
Minta jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat Jerlun?
[Menyampuk]
Hai, pertikai hukum Islam ke?
Jangan bercakap Yang Berhormat! Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, kena minta jalan ya. [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Duduklah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]
Saya pun seIslam dengan Yang Berhormat.
Islam apa? Pertikai hukum Islam?
Bukti...
Ya, Yang Berhormat teruskan Yang Berhormat Jerlun.
[Bangun]
Bukti itu...
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Bukti itu.
[Bangun]
DNA pun bukti juga. Jadi gunalah kaedah moden sekarang ini.
Apa, Islam tak moden ke?
Apa yang hendak ditakutkan sangat.
[Bangun]
Islam tak moden ke?
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Kena minta jalan, Yang Berhormat Jerlun hendak beri jalan Yang Berhormat Jerlun?
Kalau Yang Berhormat...
Ini cabar Islam. Yang Berhormat Jerlun cabar Islam ke?
...tunjuklah kebenaran itu dengan bukti-bukti.
[Bangun][Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, kena minta jalan ya.
Ini apa ini? Menghina hukum Islam.
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Gombak berucap tak macam ini Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kita biarkan Yang Berhormat Jerlun berucap.
Sebab dia menghina Islam.
Kita biarkan Yang Berhormat Jerlun berucap. Biarkan dia berucap.
Tak usah lama sikit.
Biarkan dia berucap Yang Berhormat.
Menghina Islam. Tarik balik.
Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat Jerlun.
Tarik balik.
Terhadap Allah.
Saya...
Biadab...
Saya pun dengar tadi,...
Yang Berhormat...
Ahli Yang Berhormat daripada Gombak...
Tarik balik!
Tarik balik!
Yang Berhormat daripada Gombak...
Tarik balik perkataan itu!
Yang Berhormat daripada Gombak tadi cakap, kononnya ayah saya yang...
Dia tak bagi jalan Yang Berhormat. Dia tak bagi jalan. Duduklah.
[Menyampuk]
...menyalah guna kuasa untuk mengarah pihak polis untuk bertingkah laku begitu terhadap Datuk Seri Anwar Ibarahim.
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Duduk Yang Berhormat.
Sekarang ini, Tun Dr. Mahathir sudah bersara selama lima tahun.
Saya minta penjelasan.
Ya, minta penjelasan boleh tetapi dia tak bagi Yang Berhormat.
Sudah lima tahun dia sudah bersara.
Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Jadi, tuduhan apa lagi yang dia hendak buat? Orang sama yang mana pula yang dituduh ini? Orang yang tak terlibat pun hendak bangkit, nak ungkit-ungkit lagi perkara yang sama.
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam, dia tak bagi jalan.
Apa yang benar, yang saya percaya ialah Datuk Seri Anwar memang berlaku seperti itu. [Tepuk] Memang dia yang lakukan perkara-perkara yang terkeji ini.
[Menyampuk]
Jadi, itulah sebabnya, saya cabar seperti Yang Berhormat Rembau sebut tadi, bagilah DNA-DNA itu. [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Duduk Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat...
Siapa yang takut?
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]
[Bangun]
Angkat sumpah dengan Al-Quran pun tak apa. Kita akan terima.
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Siapa takut?
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Bangun]
Angkat sumpah dengan Al-Quran pun tak apa. Kita akan terima. [Dewan riuh] Minta dengan Tok Guru Nik Aziz pun boleh juga.
[Menyampuk][Bangun]
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat!
Jangan mimpi hendak tarik balik. Pemimpin macam ini...
Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat semua duduk. Yang Berhormat Jerlun, duduk Yang Berhormat Jerlun.
Hendak minta bukti pun tak boleh. Hei, dia ini besar sangat ke? Lebih besar daripada undang-undang dunia ke?
Kalau berani.... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Cukuplah Yang Berhormat.
Bagi DNA itu. Itu sebagai bukti. Kalau betul-betullah. Kalau tak betul, tak betullah.
Yang Berhormat Jerlun, habis masa Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Apa yang hendak takut sangat?
Sudah habis masa Yang Berhormat.
Apa yang hendak takut sangat?
Yang Berhormat Jerlun, boleh habiskan berucap Yang Berhormat.
[Bangun][Menyampuk]
Habiskan, habiskan Yang Berhormat.
Itu sahaja. Yang saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua,...
[Bangun][Menyampuk]
Duduklah Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat!
Saya pun...
Ya, habiskan Yang Berhormat Jerlun.
Ini dia punya floor. [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Duduklah, ya. Dia habiskan ucapan. Ya, habiskan Yang Berhormat.
Saya pun terharu apabila...
Yang Berhormat Jerlun, habiskan.
Saya terharu dengan kesepakatan yang kita lihat berlaku di Pakatan Rakyat ini bersama dengan Ahli Pas. Di mana Yang Berhormat Baling pun kita tengok videonya. Yang Berhormat daripada Baling...
Yang Berhormat Gombak, cukuplah.
...telah bercakap, yang kita lihat video- videonya di mana dia telah menerima...
Ya, habiskan Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu, duduklah Yang Berhormat. Biarkan dia habiskan. Dia hendak habis dah!
Sebentar tadi, dia cabar. Bila kita terima cabaran dia, dia suruh tarik balik pula. Apa ini. [Tepuk]
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Hendak tahu siapa yang berani, siapa anak jati yang berani berdepan dengan saudara-saudara semua, inilah dia! [Tepuk]
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Keluarlah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduklah. Yang Berhormat Gombak, duduklah Yang Berhormat Gombak. [Dewan riuh] Yang Berhormat Gombak, duduklah ya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam! Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kalau nak suruh saya cakap dekat luar, dekat luar pun saya cakap. Dalam blog pun saya cakap.
Ya, Yang Berhormat Jerlun, habiskan Yang Berhormat Jerlun. Habiskan ucapan Yang Berhormat Jerlun.
[Menyampuk][Dewan riuh]
Soalan dia. Soalan dia, kita hendak tahu...
Duduklah bagi dia cakap. Dia hendak habis dah.
...rakyat...[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat! Apa ini Ahli-ahli Yang Berhormat? Ahli-ahli Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Tak bolehlah tunjuk perangai macam ini Yang Berhormat. Cukuplah, ya! Tadi Yang Berhormat Gombak pun mencabar. Yang Berhormat Gombak cabar dengan dia tadi. Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat.
Saya bukan mencabar. Saya menyebut bapanya apa salahnya?
Ya, Yang Berhormat Gombak cabar dengan menyebut nama beliau tadi. Janganlah macam itu.
Jadi, saya sekali lagi...
Tadi, Yang Berhormat Gombak pun sebut. Jangan, cukuplah, ya. Habiskan Yang Berhormat Jerlun.
Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Jerlun, saya minta Yang Berhormat tamatkan perbahasan.
Ya. Insya-Allah, saya tamatkan. Dengan soalan saya sebutkan tadi...
Ya, duduklah Yang Berhormat.
...Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin tahu sebagai rakyat juga, wakil rakyat kepada rakyat di Jerlun, ingin tahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, meliwat ke tidak meliwat. Itu sahaja yang kita hendak tahu. [Tepuk]
Ya, cukuplah Yang Berhormat. Baik.
[Menyampuk][Dewan riuh]
Cukuplah. Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Apa yang dia kata dia kena tarik balik dan minta maaf!
Itu ucapan dia Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.
Tak senonoh dalam Dewan ini.
Macam mana hendak panggil. Duduklah Yang Berhormat.
Dia kena minta...
Yang Berhormat Titiwangsa, ya.
Terima kasih...
Yang lain duduk Yang Berhormat. Yang lain duduk, ya.
Tuan Yang di-Pertua. Yang dihormati Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku pada hari ini. Apa yang telah dilakukan, yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Jerlun adalah merupakan satu kesalahan yang jatuh di bawah hukum kazab, iaitu menuduh seorang yang baik melakukan zina dan sebagainya tanpa membawa empat orang saksi. [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Ini adalah satu kazab.
[Bangun]
Hukumannya dipukul 80 kali kerana menuduh seorang yang baik yang melakukan satu perkara yang tidak di dalam pengetahuannya tanpa membawa empat orang saksi.
Mohon laluan.
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Ya? Saya tidak bagi apa-apa laluan.
Saya mohon laluan sebab dia sentuh tentang saya.
Jadi, dia kenalah mesti...
Yang Berhormat Rembau, dia tak beri jalan, sila duduklah Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau duduk Yang Berhormat. Dia tak bagi jalan Yang Berhormat Rembau. Dia tak bagi jalan. Duduk. Ya, teruskan Yang Berhormat Titiwangsa.
Ini adalah satu kesalahan kazab, kita kena menyedari sebagai seorang Islam kita mesti sedar...
Dia buat tuduhan terhadap saya. Saya pohon laluan daripada Yang Berhormat Titiwangsa. Pohon laluan daripada Titiwangsa, sedikit sahaja.
Yang Berhormat Rembau, dia tidak bagi jalan.
[Bangun]
Mohon penjelasan.
Saya bagi Shah Alam.
Kenapa bagi Shah Alam? Kenapa tidak bagi kat kita?... [Dewan riuh]
Duduklah Rembau.
Duduklah Rembau, duduk Yang Berhormat Batu Pahat. Ya teruskan Shah Alam.
Dia bagi kat Shah Alam sebab dia tahu Rembau tidak ada apa hendak cakap?
[Bangun][Menyampuk]
Duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Waste of time hendak bagi Yang Berhormat Rembau. Terima kasihlah kepada Titiwangsa. Saya hendak tanya kepada Titiwangsa selain daripada soal kazab ini, tidakkah Islam mengajar kita bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya? Dan tidakkah apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang...
Point of order Tuan Yang di- Pertua...
Biadab seperti tadi maka jelas...
Ada point of order, Yang Berhormat Shah Alam.
Duduk, duduk point of order.
Point of order ya.
Point of order 36 (6)... [Dewan riuh] “No member shall impute improper motives to any other member”. Sangkaan jahat. Tadi Yang Berhormat Titiwangsa telah menyangka jahat terhadap saya dan juga Yang Berhormat Jerlun menuduh...
Ini Oxford kah ini?
Menuduh Tuan Yang di- Pertua...
Pergi belajarlah standing order.
Ini Oxford belajarkah?
Diam Yang Berhormat.
Menuduh saya dan Yang Berhormat Jerlun telah membuat fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya cuma hendak terangkan di sini...
Tidak payah, tidak payah.
Yang Berhormat, cukuplah ya.
Jangan takut, jangan takut.
Tidak payah terang.
Tidak payahlah.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya hendak terangkan...
Tuan Yang di-Pertua....
... Ini floor saya...
Dia menyalahgunakan....
Cukuplah Yang Berhormat Rembau.
....Asas kepada kenyataan yang dibuat oleh saya dan Yang Berhormat Jerlun...
Dia menyalahgunakan....
Saya baca Tuan Yang di-Pertua ya.
Ini bukan satu sangkaan.
Sila duduk Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat. Tidak perlu berucap Yang Berhormat.
Tidak, saya baca asas. Asas pendapat Yang Berhormat Jerlun...
Saya sudah faham Yang Berhormat.
Tidak payah, tidak payah.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah penghakiman, judgment yang dibuat oleh Federal Court terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini judgement, saya teruskan. Saya hendak baca...
Sudahlah...[Dewan riuh]
Yang Berhormat Rembau duduklah Yang Berhormat. Saya sudah faham 36(6) Yang Berhormat. Tidak perlu baca Yang Berhormat.
Saya perlu baca. To summarize... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Rembau, tidak perlu baca Yang Berhormat. Ya, teruskan Titiwangsa.
[Menyampuk]
Jadi, saya merasakan perkara ini mestilah selaku Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikan mesyuarat mestilah memerhatikan perkara-perkara ini tidak berterusan.
Perkara apa Yang Berhormat?
Ini bukan sahaja...
Perkara mana satu Yang Berhormat?
Yang salah Qazaf tadi. Sebab kesalahan Qazaf ini adalah satu kesalahan yang berat.
Menteri akan jawab Yang Berhormat. Menteri mendengar Yang Berhormat, menteri akan jawab.
Menghentikan maksud saya.
Saya mohon mencelah Yang Berhormat Titiwangsa.
Kemudian saya juga hendak menjawab....
Minta penjelasan mengenai Qazaf.
Terhadap apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam sudah pastinya dalam Islam ini yang pertamanya adalah....
Yang Berhormat Titiwangsa.
Seseorang itu... Saya bagi selepas ini, tidak bersalah sehingga dibuktikan.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Yang Berhormat Batu Pahat duduk, dia tidak bagi Yang Berhormat.
Saya bagi kepada...
Yang Berhormat Kuantan.
Yang Berhormat Kuantan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Titiwangsa....
Ahli Yang Berhormat, tolong duduk dahulu. Sila duduk.
Ini hendak lecturelah.
Sila duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.
Cikgu sudah sampai.
Bukan cikgu, siapa yang bercakap cikgu?... [Ketawa][Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini saya hendak minta tolong daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, minta tolong daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada experience dalam persidangan. Itu makanya apabila perkara yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dibahaskan itu dibawa, inilah yang jadinya. Yang semua yang bercakap ini adalah pemimpin-pemimpin negara. Yang Berhormat Gombak akan menjadi Timbalan Perdana Menteri... [Tepuk] [Dewan riuh]
[Bangun]
Duduk dahulu Yang Berhormat Gombak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Duduk dahulu. Suatu ketika nanti Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Jerlun ini akan menjadi perdana-perdana menteri... [Tepuk] [Dewan riuh]
Dua Perdana Menteri?... [Ketawa]
[Bangun dan tunduk kepada Tuan Yang di-Pertua]
Batu Pahat macam mana, Batu Pahat?
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, kadang-kadang ada baiknya kita berbahas dengan berhemah kerana Ahli Yang Berhormat ini adalah pemimpin-pemimpin. Timbul begini oleh kerana perkara yang tidak kena-mengena dengan Supplementary Budget itu yang dibawa.
Yang Berhormat Rembau yang bawa dahulu, Yang Berhormat Rembau.
[Bangun]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya belum lagi habis bercakap di bawah Peraturan Mesyuarat 42 dan 43. Tolonglah, sekarang ini Yang Berhormat Titiwangsa sedang bercakap pula dengan hal agama. Tidak kena mengena dengan Supplementary Budget. Jadi cabar-mencabar itu biasalah dalam persidangan. Akan tetapi jangan keterlaluan. Saya dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur berbahas dengan Yang Berhormat Kinabatangan tidak apa, ada hadnya. Namun kalau sudah tidak ada had, inilah Tuan Yang di-Pertua macam guru besar. .. [Ketawa] Kerana Ahli-ahli Yang Berhormat bertabiat macam penuntut-penuntut. Semualah, malu kita kalau kita tangguhkan 15 minit keluar, selepas sejuk masuk balik. Sayang duit rakyat. Kasi timbul 15 minit selepas itu masuk. Selepas itu diam-diam lagi. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat, tolongan jangan habiskan masa kita semua. Siapa tadi Yang Berhormat berucap ini?
Saya.
Yang Berhormat Titiwangsa berucap khusus kepada Supplementary Budget Yang Berhormat Titiwangsa berucap khusus kepada Supplementary Budget RM12 bilion. Jangan dengan soal-soal yang lain.
RM20 bilion.
RM20 bilion. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati dengan apa yang diperkatakan oleh Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi satu perkara yang tidak benar mestilah dibetulkan...
Ahli Yang Berhormat duduk dahulu.
... kemungkaran...
Yang Berhormat Titiwangsa duduk dahulu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Saya hendak cakap hadis ini.
Nanti dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu. Ahli Yang Berhormat, saya tekankan setiap kali sampai dunia kiamat apa yang disebut oleh pembangkang kerajaan tidak akan percaya. Sampai lagi dunia kiamat akan datang juga pembangkang tidak akan percaya apa yang disebut oleh BN.
Kalau betul kita percaya. Kalau betul kita ikut.
Yang Berhormat Padang Serai.
Penjelasan Tuan Yang di- Pertua.
Nanti dahulu Yang Berhormat Shah Alam. Jadi bermakna di dalam perbahasan, saya nampak bahawa kalau pun ada fakta-fakta yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak sama ada sebelah kanan atau sebelah kiri, sememangnya dipertikaikan. Apa lagi perkara-perkara yang political. Jadi saya mohon kerjasama. Sekarang pula Yang Berhormat Titiwangsa mahu kasi timbul lagi hadis. Keluar lagi hadis dari sebelah sana. Selepas itu mempertikaikan lagi hadis mana yang lebih sahih.
[Bangun]
Tolonglah, duduk dahulu Yang Berhormat Shah Alam.
Penjelasan.
Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 42(3). Tadi Tuan Yang di-Pertua sebut semua. Tidak semua, sebahagiannya. Pasir Mas tidak campur... [Ketawa] Itu nombor satu. Nombor dua saya minta Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kalau perlu guna kuasa gunalah. Itu sahaja, terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Pasir Mas, saya letihlah. Kalau saya gunakan kuasa-kuasa itu apa faedah? Adakah itu menunjukkan bahawa saya lebih besar kuasa? Tolonglah, saya mohonlah betul-betul kepada Yang Berhormat Titiwangsa jangan lagi hadis itu. Teruskan kepada apa yang kita bahas tadi iaitu Supplementary Budget. Tolonglah.
Tuan Yang di-Pertua, takkanlah saya hendak cakap hadis tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Di mana tempat yang lain kita hendak bercakap kalau bukan di dalam Dewan yang mulia ini?
Boleh kalau di luar sana.
Kita mesti difahamkan tentang perkara ini sebab ramai di sini adalah orang Islam yang dilakukan jenayah kazab.
Ya Yang Berhormat Ipoh Timur.
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Serai duduk dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Tuan Yang di-Pertua ada sebut nama saya mengenai sama ada kita mengikut Peraturan Mesyuarat
sebenarnya ialah 67(5) dengan izin, dalam bahasa Inggeris ialah “On the motion to refer as mentioned in paragraph (3) having been proposed and seconded, the debate on the motions for the Second Reading of the Supplementary Supply Bill and the Supplementary Development Estimates shall proceed and shall be confined to the general principles of Government policy and administration as indicated by the supplementary appropriation included in the Bill and the Supplementary Development Estimates and on the general policy of the Government with respect to such of the purpose for which the Development Fund is applicable”, dan sebagainya.
Konvensyen Parlimen ini untuk selama 50 tahun ini ialah general principles of the government policy and the general principle the government, ia bererti bahawa dalam perbahasan sama ada Bajet atau Supplementary Estimate Second Reading ialah segala aspek yang ada bersabit dengan government policy. Bererti bahawa penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah relevan oleh sebab ia bersabit sama ada kepercayaan kepada polisi kerajaan yang timbul. [Tepuk] Akan tetapi apa yang tidak begitu peraturan mesyuarat ialah seperti apa Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Rembau buat, buat fitnah dan dusta di sini, itu di luar peraturan mesyuarat.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Itulah makanya kalau mahu jadi Ahli Yang Berhormat, satu lagi kriteria yang perlu kamu ingat, telinga mesti tebal, kesabaran mesti tinggi daripada orang lama kerana apabila kamu di gelanggang perbahasan, ada hujah-hujah sebelah yang mungkin tidak boleh diterima oleh orang-orang biasa. Saya tidak mengehadkan perbahasan kalau tidak menimbulkan kekecohan. Itulah makanya ada peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Sila Yang Berhormat Shah Alam.
Kita boleh terima hujah-hujah yang kukuh yang ada asas tetapi mengeluarkan kenyataan “saya yakin dia bersalah”, atas dasar apa? Ini merupakan kata-kata yang tidak bertamadun, ianya tidak merupakan satu kata-kata yang bertanggungjawab dan ini tidak mengira the rule of law.
Saya nak bercakap juga.
Kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan...
Bergilir-gilir Yang Berhormat Pasir Salak.
Kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang seperti itu.
Okey.
Saya memohon Tuan Yang di- Pertua nasihatkanlah orang-orang muda ini yang celupar mulutnya sikit, yang keluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berhenti daripada tindakan seperti itu. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak sila.
Sikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Nanti dulu, nanti dulu, lepas ini saya panggil Yang Berhormat Titiwangsa. Sila.
Saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam tapi jangan double standard. Bila you buat tuduhan kepada isteri Timbalan Perdana Menteri, you buat tuduhan kepada Timbalan Perdana Menteri, oh boleh, boleh pula? Bila orang lain buat tuduhan, tak boleh! This is double standard, porah!
Yang Berhormat Pasir Salak, inilah ini. [Dewan riuh]
Ini orang tidak siumanlah. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Padang Serai sila, sila. Yang Berhormat Shah Alam sudah bercakap, sila-sila.
Tuan Yang di-Pertua, tok guru saya, Tok Guru Nik Aziz mengajar saya. [membaca sepotong ayat] Saya perlu katakan kebenaran itu dan Dewan yang mulia inilah tempatnya saya boleh mengatakan kebenaran itu. Sebentar tadi Yang Berhormat Jerlun, agama saya agama Hindu, saya sekarang kurang pasti bila dia timbulkan fasal itu empat saksi dan sebagainya. Boleh ke dia mempersoalkan? Itu satu. Saya pun tidak tahu, saya sekarang bila keluar daripada Dewan ini, I want to have a clear mind. Hukum-hukum itu, bolehkah seseorang mempersoalkan? Saya mahu tahu. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun juga tanpa apa-apa yang berasas menuduh saya punya penasihat, penasihat saya, penasihat parti saya dituduh tanpa apa-apa bukti sama seperti yang dilakukan oleh bapa beliau pada tahun 1998.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih. Yang Berhormat Batu Pahat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih banyak. Sebenarnya saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam tentang soal tamadun ini, hendak bertamadun. Akan tetapi itulah saya kata bahawa jangan kita lihat satu pihak sahaja. Tadi saya dengar Yang Berhormat Gombak juga menyebut polis adalah binatang, saya rasa ini pun tidak manis, tidak sesuai. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua saya nak kena jawab.
Jadi sebab itu saya kata jangan tuduh orang lain sahaja, kena tengok diri sendiri, baru tamadun namanya.
Ini satu tuduhan yang jahat.
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Padang Serai...
Tuan Yang di-Pertua, 36(6).
Saya tahu itu 36(6).
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua tahu, yang tak tahu ini Yang Berhormat Batu Pahat. [Tepuk] Sebab Tuan Yang di-Pertua, dia membuat satu tuduhan yang cukup liar dan jahat dan tidak bertanggungjawab.
Yang Berhormat Gombak, duduk, itu sangkaan jahat. Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu semua. Yang Berhormat Kinabatangan pun duduk dulu.
Kalau Tuan Yang di-Pertua setuju... kerajaan maka tindakan perlu diambil. [Dewan riuh]
Boleh...
Tuan Yang di-Pertua, saya tak sebut polis itu binatang, saya tak sebut. Saya sebut cara pengendalian polis itu adalah amalan kebinatangan. [Dewan riuh]
Apa pula maksudnya itu?
Boleh check dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, binatang dengan kebinatangan, dua benda yang berbeza.
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Batu Pahat, sekarang saya buat keputusan kepada semua ini.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua ada kamus di atas itu, saya tengok.
Tak apa, tidak apa saya tengok kamus, saya dengar tadi apa Yang Berhormat Gombak cakap. Tak apa saya faham itu.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua penjelasan saya dulu.
Okey, last Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, asas kenyataan daripada Yang Berhormat Jerlun berdasarkan kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan. [Dewan riuh] Ini bukan soal fitnah, ini bukan soal fitnah, dua daripada tiga Mahkamah Persekutuan...
Itu mahkamah Mahathir!
... telah buat penghakiman. Ini mahkamah sama yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penghakiman sah...
Okey Yang Berhormat Rembau, saya faham, saya faham.
... mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang homoseksual.
Yang Berhormat Rembau duduk, sudah saya faham. Yang Berhormat Padang Serai sila duduk. [Dewan riuh]
Cukuplah tu!
Sudahlah, Ahli-ahli Yang Berhormat sudahlah. Saya akan buat keputusan sekarang. Yang Berhormat Padang Serai sudahlah! Saya buat keputusan sekarang. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat memang betul. [Dewan riuh] Jadi kalau ...
Tak boleh semua betul Tuan Yang di- Pertua. Ia mesti ada betul, mesti ada yang salah, yang betul di sini, yang salah di sana. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, saya bukan nak...
Ini Yang Berhormat Gombak, kalau main perkataan...
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf.
Yang Berhormat Gombak, kalau main perkataan dengan saya, saya pun boleh main perkataan.
Bukan, Tuan Yang di-Pertua kata...
Kerana kedua-dua ini menegakkan benang basah, mana betul mana tidak. Jadi kalaulah saya tengok segala perkara yang dibuat daripada tadi, semua pun tidak betul. [Ketawa]
Tidak betul?
Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak.
Saya ingat Tuan Yang di-Pertua pun pening.
Yang Berhormat Shah Alam duduk, Yang Berhormat Padang Serai duduk. Kita mahu main perkataan sekarang ya? Ahli-ahli Pembangkang: Ya.
Mahu bermain dengan perkataan? Apa erti menegak benang basah? Mula-mula Yang Berhormat Gombak yang bawa isu mengenai dengan soal tidak ada kena-mengena dengan dasar, itu interpretasi saya, dengan apa yang dibahas. Selepas itu semua Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri, masing-masing tuduh menuduh.
Tuan Yang di-Pertua...
Tak Yang Berhormat Rembau dulu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau dulu.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Gombak, bolehkah Yang Berhormat duduk dulu? Yang Berhormat Gombak sudah bercakap, semua mesej yang disampaikan, semua kita dah dengar, satu dunia sudah tahu.
Sikit sahaja. Saya nak bantu Tuan Yang di-Pertua.
Kalau bantu saya, tolong duduk, itu bantu saya. Kalau bercakap tidak membantu saya, itu bagi stress lagi saya kerana ada lagi nanti Ahli Yang Berhormat berdiri.
Saya nak bantu dari segi penjelasan Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya isu ini bukan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya nak beritahu saya setuju, ini bukan nak permainan perkataan. Saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua, ini isu besar, serius, bukan kita nak main dengan perkataan. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, ia bermula daripada Yang Berhormat Rembau apabila dia membuat tuduhan yang liar, jahat dan zalim pada pagi ini. Kemudian kebetulan jam 12.30 berlaku satu tangkapan yang tidak berperikemanusiaan.
Ya, saya dengar itu.
Dan sebab itu saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Ipoh Timur dalam Peraturan Mesyuarat 67, dalam membahaskan isu ini bukan Yang Berhormat Gombak menyimpang daripada topik sebenarnya yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Ini soal dasar, dasar kepolisian negara kita yang bersifat kebinatangan dan tidak bertanggungjawab. [Dewan riuh]
Okey, terima kasih.
Saya tidak menyimpang daripada tajuk perbahasan Tuan Yang di-Pertua.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Gombak, terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Shah Alam saya tidak mahu dengar lagi point of order. Tolonglah Yang Berhormat Shah Alam kerana apabila Yang Berhormat point of order, ada lagi berdiri point of order. Saya punya point of order lebih besar. [Ketawa] Hijau lagi ini. [Ketawa] Point of order Yang Berhormat Shah Alam baru biru, tipis. [Ketawa] Jangan lagi, tolonglah Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Padang Serai, tolonglah, kita teruskan Mesyuarat, kita tidak ada masa lagi ni.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(6) berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak menuduh isteri Timbalan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri bersalah. Saya hanya menyatakan kalau hendak ikut satu amalan kerajaan yang telus apabila seseorang pembesar dituduh dan ada orang buat kenyataan bersumpah, dia kena digantung jawatan supaya dapat disiasat. Saya tidak kata dia bersalah, saya ingat Yang Berhormat Pasir Salak tidak faham dan saya tidak pelik orang Barisan Nasional tidak faham. Pasal ini amalan kerajaan yang bersih dan telus yang mereka memang tidak faham. Kalau kita hendak belajar rasuah, kita tanya mereka tetapi kalau kita hendak belajar tentang bersih dan telus itu kena belajar dengan kita, minta maaf.
Terima kasih, terima kasih. Dari awal tadi lagi penjelasan itu yang paling jelas saya dengar tetapi hujungnya. [Dewan riuh] Itulah saya tidak benarkan point of order, saya kata saya punya lebih tebal lagi, inilah ini! Ruling saya kita teruskan perbahasan. Sudahlah masing-masing sudah kasi keluar stim, sudahlah. Yang Berhormat Titiwangsa bercakap tolonglah tumpukan kepada apa yang sedang kita bahas pada tengah hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menggulung sudah ucapan saya. Saya sudah tidak ada mood dah Tuan Yang di-Pertua hendak berucap tentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008, sebab perkara dasar dan polisi kita tidak dapat bereskan di sini. Saya hendak baca juga hadis saya itu. Sebagai orang Islam saya hendak baca juga hadis itu.
Sila, sila baca hadis, saya mahu dengar hadis itu. Sila Yang Berhormat Pasir Mas kita dengar hadis dulu. Duduk dulu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuantan duduk dulu.
Dengar sekejap hadis saya. [Membaca sepotong hadis]
Ahli-ahli Yang Berhormat tolong senyap.
Tersasul sebab sudah banyak sangat ini. Yang membawa maksud “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ubah dengan tangan atau kuasa kamu, sekiranya tidak mampu maka ubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah membenci dalam hati. Demikianlah selemah-lemah iman”. Sekian sahaja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih. Nanti dahulu Yang Berhormat Titiwangsa, saya mahu tanya. Apa yang berlaku sebentar tadi tunjuk-menunjuk semua ini dengan bahasa yang tidak baik mungkar atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua, yang Qazaf itu mungkar dan kita mesti memperbetulkan Tuan Yang di-Pertua.
Yang ini tunjuk-tunjuk, tuduh-menuduh ini tidak mungkarkah ini?
Itu perkara yang benar mesti disebut ini tidak menggunakan lidah itu.
Tetapi maksud saya semacam begini yang berdiri, teriak- teriak ini, mungkarkah ini?
Tidak, itu adalah kita untuk membetulkan menggunakan lidah Tuan Yang di-Pertua cuma mungkin ada caranya yang betul.
Okey, sekarang tolong Ahli-ahli Yang Berhormat kita ikut hadis tadi itu. Jadi pengertian saya termasuk juga dengan tabiat-tabiat kita seperti Ahli Yang Berhormat ini yang tunjuk-menunjuk, tuduh-menuduh itu dalam pengertian mungkar juga saya nampak. Sila siapa yang bercakap tadi, siapa yang berucap tadi?
Tuan Yang di-Pertua.
Siapa yang berucap tadi?
Saya tadi pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Titiwangsa ,Tuan Yang di-Pertua.
Nanti sekejap, sekejap. Point of order ke, apa?
Tuan Yang di-Pertua, tadi lupa tadi.
Yang Berhormat Titiwangsa kalau semua orang baik di dunia ini tuhan tidak ciptakan neraka, Tuan Yang di-Pertua.
Saya kena perbetulkan Tuan Yang di-Pertua. Kalau orang Barisan Nasional hendak masuk neraka silakanlah, kalau macam itu. Kami semua bercita-cita hendak masuk syurga, jadi mesti melakukan perkara baik, nahi mungkar.
Ini kufur nama dia. Jangan kufur, jangan melebihi kuasa Tuhan.
Sudahlah, sudahlah, sudahlah. Yang Berhormat Titiwangsa sudahlah perkara begini sudahlah. Yang Berhormat Pasir Mas sudahlah.
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 42. Tadi Tuan Yang di-Pertua ada tersebut nama Yang Berhormat Pasir Mas, apa pasal? Saya tiada apa-apa.
Mungkin saya tersasul Pasir Mas, kerana Yang Berhormat Pasir Mas selalu berdiri untuk bercakap.
Saya sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya parti Bebas, saya hendak bercakap. Saya sudah dengar semua tadi, betul saya pun naik cuak. Tuan Yang di-Pertua pun dengar tadi saya tidak boleh terima semua ini. Saya hendak keluar dan kalau Tuan Yang di-Pertua hendak ikut saya minum kopi pun boleh juga, biar depa bergasak. Terima kasih.
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sebenarnya tengah pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Titiwangsa semasa Tuan Yang di-Pertua masuk tadi. Boleh tak saya soal lagi sekali?
Masa sudah habis Tuan Yang di- Pertua.
Dia sudah duduk, itu sudah lalu. Saya tidak boleh benarkan itu.
Sebenarnya saya tengah pohon penjelasan semasa Tuan Yang di-Pertua masuk tadi dan saya terpaksa duduk.
Saya sudah janji tadi.
Dia sudah duduk.
Yang Berhormat balik tanya Yang Berhormat Kubang Kerian dulu, dia faham.
Yang Berhormat Kinabatangan. Sila Yang Berhormat Kuantan, tidak mengapalah sebab wanita yang tanya, tidak apa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa sebab sudi terima pencelahan saya ini. Saya pohon penjelasan sedikit berkenaan apa Yang Berhormat Titiwangsa katakan tadi berkenaan dengan kazab. Adakah Yang Berhormat Titiwangsa bermaksud kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini saya rasa Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Jerlun ada menyebut berkenaan satu keyakinan, a conviction. Satu keyakinan bahawa DNA perlu dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu conviction juga saya dengar pagi tadi Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Jerlun mengatakan demikian seolah-olah ada satu conviction Datuk Seri Anwar itu salah. Seolah-olah ada satu maklumat daripada dalam berkenaan dengan jalan cerita konspirasi. Jadi adakah itu sebabnya mereka beria-ia sangat meminta Datuk Seri Anwar membuat ujian DNA dan sebab itulah Yang Berhormat Titiwangsa mengatakan supaya jangan ada unsur fitnah di sini. Mohon penjelasan Yang Berhormat Titiwangsa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan pergi sejauh itu kerana kita tidak perlu sampai ke situ. Apa yang sekarang ini adalah masalah kazab di sini yang harus kita selesaikan supaya tidak terus berlaku pada masa akan datang. Kita tidak semudah-mudahnya menuduh seseorang yang baik melakukan perkara yang tidak baik ini, tidak boleh berterusan Tuan Yang di-Pertua, dia kena berhenti di sini sahaja. Jadi ini yang mahu saya ketegasan di sini. Sekian sahaja, wassalam.
Terima kasih. Selepas ini berucapkan? Tiada point of order. Okey, Yang Berhormat Shah Alam. Sila, 10 minit Yang Berhormat Shah Alam. Sepatutnya saya kasi lima minit sahaja pasal tadi banyak penjelasan Yang Berhormat Shah Alam bagi.
Pilih kasih. Itu penjelasan isu- isu sampingan.
Ya, tetapi itu pun menjejaskan masa juga. Sila, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya melihat di sini bahawa dalam bajet tambahan yang dipohon ada lebih kurang dalam RM20 bilion lebih yang telah digunakan sebagai subsidi untuk makanan. Saya hendak tanya sama ada Kerajaan Barisan Nasional, Jemaah Menteri akan keluarkan arahan kepada semua kedai-kedai runcit supaya jangan menjual beras subsidi kepada sejuta lebih pekerja asing di negara kita. Ini kerana kalau mengikut hujah mereka berhubung dengan subsidi untuk minyak dahulu, mereka kata kalau disubsidikan minyak maka kita rugi. Ini kerana kita subsidi minyak selepas itu orang Singapura beli minyak kita maka mereka akan mendapat manfaat subsidi itu. Jikalau ada alasan yang sama ataupun berdasarkan kepada alasan yang sama maka, saya rasa kemungkinan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan keluarkan arahan kepada kedai-kedai runcit jangan beri orang Bangladesh dan orang Pakistan beli beras dekat kedai mereka kerana takut-takut mereka termakan subsidi yang telah dibayar oleh kerajaan. Saya hendak tahulah kalau ada lagi mutiara-mutiara hikmat ekonomi yang telah dipelajari oleh Kerajaan Barisan Nasional daripada ‘Majalah Gila-gila’ yang selain daripada malam tadi, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan ataupun seperti mana yang disebutkan sebelum ini berhubung dengan menjual barang yang ada subsidi kepada orang asing. Ini kerana merupakan satu perkara yang cukup aneh, ini yang pertama. Yang kedua, saya merasakan bahawa bagi Kerajaan Pakatan Rakyat di kelima- lima negeri dan juga sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat, kiranya kita dapat membentuknya maka soal pembaziran dan ketirisan adalah di antara isu yang terpenting. Saya khuatir kerana Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini merupakan satu kerajaan yang dirasuki paranoia iaitu takut kepada bayang-bayang mereka sendiri. Mereka sentiasa menggunakan isu keselamatan dalam negeri untuk mengambil tindakan-tindakan yang membazir dan merugikan negara.
Dahulu bila time pilihan raya seperti mana Tuan Yang di-Pertua pun pernah dengar, mereka telah membatalkan penggunaan dakwat kekal yang telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit. Baru-baru ini, mereka telah mengadakan latihan di antara polis dan tentera untuk menghadapi tunjuk perasaan yang hendak dianjurkan oleh Protes. Kita tahu bahawa apabila mereka mengadakan latihan-latihan seperti ini, sudah pasti ianya akan menelan belanja yang cukup besar. Baru-baru ini lagi bagaimana mereka telah mengubah dan menjadikan kawasan Parlimen kita seolah-olah sebagai satu zon peperangan dengan siap barb wirenya dengan izin, dengan tentera, dengan polis yang mengawal dan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang begitu besar. Dalam keadaan kerajaan yang dirasuki perasaan paranoia ini, saya cukup khuatir bahawa pembaziran akan merupakan the order of the day dengan izin Tuan Yang di-Pertua oleh kerana mereka ketakutan. Dengar sahaja khabar angin daripada perisik, maka bermacam-macam operasi dan tindakan yang dilakukan. Saya melihat bahawa mereka telah menetapkan atau membelanjakan lebih kurang RM113 juta kalau tak silap sayalah, saya tak perasan tadi untuk keselamatan. Saya risau dalam keadaan mereka khuatir akan kedudukan dan akan kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional, mereka akan menggunakan pihak keselamatan berkali-kali untuk menjaga dan untuk menakut-nakutkan rakyat. Sedangkan mereka tahu bahawa mereka sudah kehilangan sokongan rakyat lebih- lebih lagi hasil daripada kenaikan harga minyak yang mendadak. Dalam debat yang telah diadakan pada malam tadi kita telah melihat bagaimana respons daripada rakyat Malaysia sama ada dalam radio IKIM, radio 24 ataupun di dalam bloggers ataupun dalam internet bagaimana rakyat menyuarakan sokongan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pandangan yang telah disampaikan oleh beliau. Kita cukup khuatir bahawa tindakan yang terdesak yang dilakukan pada tengah hari ini adalah hasil daripada itu. Saya hendak beritahu kepada Barisan Nasional sekiranya kerajaan ini tidak lagi disukai dan tidak lagi disokong oleh rakyat jelata, jangan kita cuba menahan, jangan kita cuba memaksa, jangan kita menyalahgunakan polis dan tentera untuk menakut-nakutkan rakyat kerana dalam keadaan yang seperti itu, kita menggunakan wang rakyat untuk menakut-nakutkan rakyat. Begitu juga apa yang telah disiarkan dalam akhbar. Saya cukup kecewa. Satu keadaan di mana ada wakil rakyat daripada Kota Belud kalau tak silap saya. Dia ada tak hari ini? Kalau dia tak ada pun harap-harap boleh sampaikan kepada dia. Bagaimana dia telah mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan sikap politik gangsterisme dengan izin, di mana menyebut bahawa sekiranya ada usaha untuk pihak SAPP ataupun parti-parti bukan bumiputera yang lain lompat ke Pakatan Rakyat maka darah akan mengalir. Saya memohon Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kata-kata dan cakap- cakap samseng yang seperti itu. [Tepuk] Kita kena bersikap bertamadun. Kalau rakyat sudah tak hendak, rakyat sudah tak suka, kita akui hakikat itu dan kita serahkan sahajalah amanah dan tanggungjawab pemerintahan kepada golongan yang telah mendapat keyakinan rakyat. Jangan gunakan pihak polis, jangan gunakan pihak tentera, jangan mewujudkan satu suasana yang kononnya ada ancaman keselamatan negara, sedangkan ancaman yang ada bukan kepada negara tetapi ancaman yang ada hanya terhadap Barisan Nasional. [Tepuk] Kedua, saya hendak sebut dalam soal isu minyak ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam debat semalam dia telah membawa hujah dia. Okey, alhamdulillah tapi saya hendak tanya kepada wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional yang beria-ia sangat menyokong penstrukturan kembali sistem subsidi dan sebagainya. Adakah mereka faham bahawa pada hakikatnya rakyat Malaysia terpaksa membeli minyak berdasarkan harga pasaran antarabangsa? Bagaimana kita rakyat sendiri terpaksa beli minyak kita sendiri berdasarkan harga pasaran antarabangsa? Dan harga pasaran antarabangsa telah naik bukan oleh kerana faktor-faktor yang realistik ataupun yang sebenarnya tetapi atas faktor-faktor spekulasi, atas faktor-faktor yang di luar kawalan kita seperti peperangan dan sebagainya. Sedangkan kos pengeluaran minyak di bumi Malaysia ini tidak meningkat. Mungkin mekanisme yang
digunakan dahulu pada tahun 80-an, 90-an dalam suasana pasaran dahulu adalah satu mekanisme yang munasabah.
[Bangun]
Tak ada masa, duduk sahajalah.
Kata hendak tanya, biarlah saya jawab.
Saya tak suruh sesiapa bertanya.
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Dua minit sahaja. Mana boleh. Lalu dalam keadaan suasana pasaran yang tidak realistik dan dipengaruhi oleh unsur-unsur spekulasi dan juga peperangan yang tidak ada kena-mengena dengan rakyat di negara Malaysia, mengapa kita tak fikirkan satu mekanisme penentuan harga minyak yang baru yang berdasarkan kepada kos yang kita keluarkan minyak itu. Inilah sebabnya mengapa negara-negara pengeluar minyak yang lain mereka boleh kekalkan harga mereka pada satu tahap yang rendah, walaupun harga pasaran antarabangsa naik. Ini kerana harga yang mereka jual di dalam pasaran tempatan ditentukan berdasarkan kepada kos, campur kos perkhidmatan, campur keuntungan dan bukan ditentukan oleh pasaran antarabangsa. Dengan sikap yang sebegini Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional ialah mereka melayani rakyat sendiri sebagai orang asing. Itulah sebabnya mengapa dahulu bila disebut soal subsidi, tak hendak bagi subsidi minyak kerana kalau orang asing datang mereka beli minyak di negara kita, mereka dapat subsidi. Maka sekarang ini dibatalkan subsidi dan rakyat Malaysia dilayani seolah-olah sebagai orang asing...
Mana ada kita batal semua, tarik sedikit sahaja.
...menafikan hakikat...
Kalau tarik semua lagi mahal.
Menafikan hakikat bahawa sebenarnya kos minyak bukan USD130 ataupun USD145 sebarrel tetapi cost production kita adalah hanya dalam USD30 per barrel ataupun paling tinggi USD40 per barrel yang bererti selagi mana ianya dijual dengan harga melebihi RM1 satu liter, Petronas tetap mendapat keuntungan. Maka Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut tindakan Barisan Nasional menaikkan harga minyak itu telah menyebabkan kemarahan rakyat. Tindakan Barisan Nasional menyekat jalan oleh kerana paranoia mereka, ketakutan mereka dalam keadaan mereka sedar rakyat tidak lagi menyokong mereka telah juga menyebabkan kemarahan rakyat. Sekali lagi mereka mencabar rakyat apabila mereka mengambil tindakan yang sewenang-wenangnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak. Mereka bukan mencabar kami Tuan Yang di- Pertua, mereka bukan mencabar Pakatan Rakyat. Mereka kena faham benda ini. Mereka mencabar kesabaran rakyat. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Silam. Dari kiri lepas itu ke kanan.
Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan anggaran perbelanjaan mengurus perbelanjaan mengurus tambahan pertama tahun 2008.
Apabila kita melihat kepada anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama tahun 2008 dan kita hubung kait dengan sejarah negara ini iaitu ketika sebelum pilihan raya umum yang pertama tahun 1969 keadaan politik negara kita penuh dengan suasana yang saya lihat ada persamaannya dengan sekarang ini apabila di kalangan pihak pembangkang memperoleh kerusi yang lebih.
Sebab di sini kita melihat mereka menuntut tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pembangkang pada ketika itu tentang hak-hak istimewa sama ada kaum bumiputera ataupun masyarakat Melayu itu sendiri, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai sebahagian daripada kontrak sosial terhadap kedaulatan bahasa Melayu, pelbagai perkara yang menyentuh hati nurani masyarakat Melayu dan bumiputera. Jadi saya melihat dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama bagi tahun 2008 ini iaitu kita melihat pembangunan holistik yang diperkenalkan oleh kerajaan, sebagai contohnya, pembangunan koridor. Dalam anggaran perbelanjaan pada tahun 2008 tambahan pertama ini, saya melihat penekanan untuk pembangunan koridor di negeri Sabah tidak begitu jelas. Oleh sebab ada beberapa buah tempat di kawasan negeri Sabah yang juga terlibat dalam pembangunan koridor ini sebab kita melihat keadaan ekonomi yang semakin perlahan ini, jadi kita berharap agar kerajaan dapat menambah peruntukan untuk membolehkan menjana aktiviti ekonomi di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat. Kalau kita lihat kawasan-kawasan yang ada pembangunan koridor di negeri Sabah ini memang ada keterlibatan penduduk yang padat. Di samping itu juga saya ingin menarik perhatian dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama ini iaitu dari segi peruntukan kepada sektor perkhidmatan awam dengan memberikan sebanyak RM101 juta iaitu lebih kurang dalam RM10 juta bagi menampung perbelanjaan kursus Advanced Management Development. Sesungguhnya kursus seumpama ini memang amat kita galakkan dan kita harapkan dan saya ingin mencadangkan kepada kerajaan dan Kementerian Kewangan supaya kursus-kursus seumpama ini diberi keutamaan terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak, sebab kita melihat dari segi penduduknya yang bertaburan luas, terutamanya di kawasan luar bandar. Jadi cawangan INTAN di negeri Sabah harus diberikan peruntukan yang lebih untuk menganjurkan program-program seumpama ini bagi membolehkan kesedaran dan tahap pendidikan ataupun maklumat yang diperolehi oleh rakyat di negeri Sabah dan di kawasan luar bandar akan mendapat perhatian daripada kerajaan. Kita mesti sedar betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Jadi kita melihat bagaimana dalam anggaran perbelanjaan ini juga kita itu apabila kerajaan memberi peruntukan dalam kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni, saya bersetuju. Saya ingin menekankan dan mencadangkan kepada kerajaan supaya kempen- kempen seumpama ini sangat dititikberatkan sebab kita melihat kekuatan bangsa Malaysia ini akan hanya dapat kita capai jika ada perpaduan yang kukuh. Sebenarnya sudah tidak wujud masalah-masalah yang kita hadapi sekarang ini dalam suasana ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa tahap perpaduan di kalangan rakyat di negara ini semakin berkurangan bukannya berpunca daripada kekurangan tahap kesefahaman itu. Akan tetapi kita melihat bagaimana semangat nilai-nilai yang baik dan murni ini tidak begitu diambil perhatian dan diambil berat. Jadi kita mencadangkan kepada kerajaan terutamanya di negeri Sabah supaya peruntukan ini sebenarnya kalau kita lihat dari segi kadar ataupun yang diberikan ini tidak memadai dan kita harus memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang strategik yang mendapat perhatian, terutamanya kawasan yang banyak terdapat rakyat berbilang kaum. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan kerajaan di sini supaya memberi keutamaan kepada pemberian peruntukan iaitu dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hanya dalam Anggaran Perbelanjaan Pertama Tahun 2008 ini hanya diberikan kepada masyarakat Orang Asli di Semenanjung. Saya mencadangkan di sini supaya kerajaan juga mengambil kira dalam perancangan akan datang untuk memberi keutamaan, terutamanya kepada kawasan penduduk yang berada di kawasan pesisiran pantai yang
mana terlibat dalam aktiviti nelayan. Mereka ini harus diberi penumpuan agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, sebab kita tidak mahu masalah ataupun apa yang mereka hadapi sekarang ini dari segi punca pendapatan yang mereka perolehi sangat tidak begitu baik dan mereka ini sebenarnya ramai yang masih berada dalam kemiskinan. Di samping itu juga kita mohon kepada kerajaan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus ini kita cadangkan di masa akan datang supaya memberi keutamaan terutamanya dari segi pembinaan rumah-rumah golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar. Oleh sebab kita melihat kalau dari segi kesejahteraan rakyat itu diberi keutamaan, sudah tentu masalah sosial yang lain, segala keluhan rakyat dapat kita bendung dan mereka ini akan akur dan faham tentang perancangan kerajaan. Namun, apa yang jelas di sini sekarang ini ialah semacam kedengaran bunyi guruh di langit sahaja tetapi tidak ada hujan. Jadi kita berharap supaya di masa akan datang projek-projek pembangunan yang menjadi keutamaan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah perlu dipertingkatkan dan perlu menuju kepada sasaran yang sangat diperlukan. Sebagai contohnya kalau di kawasan-kawasan tempat yang padat dari segi jarak infrastrukturnya yang tidak teratur, tidak begitu mendapat perhatian. Jadi kita berharap di masa akan datang supaya kakitangan dan pegawai kementerian yang bertanggungjawab dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar ini mengambil perhatian yang berat, sebab banyak lagi perkara yang belum mendapat perhatian. Saya juga bersetuju dengan rancangan kerajaan iaitu dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya dalam memberi peruntukan kepada program top business school diperbanyakkan di Sabah dan di Sarawak sebab kita melihat iaitu dari segi kemudahan asas dan kursus-kursus seumpama ini sangat berkurangan. Kita juga melihat bagaimana ramai pelajar daripada kawasan luar bandar terutamanya di negeri Sabah, mereka ini tidak mempunyai pekerjaan. Jadi dengan adanya program seumpama ini, saya berharap dan mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan pusat-pusat aktiviti top business school ini bagi membolehkan ramai graduan ataupun mahasiswa tempatan dapat mencari peluang, bukan hanya menumpukan kepada kerja yang berorientasikan kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam anggaran perbelanjaan ini juga saya ingin menarik perhatian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...
Seminit lagi, Yang Berhormat.
... yang telah diberi peruntukan yang banyak dalam anggaran tambahan ini. Saya mencadangkan supaya aktiviti pertanian dan asas tani ini diberi tumpuan juga di kawasan-kawasan luar bandar, terutamanya seperti di kawasan saya sendiri yang banyak kawasan tanah yang belum dimajukan. Saya juga dalam sidang yang lepas ada membentangkan dan mencadangkan kepada kerajaan supaya Pusat Akuakultur Negara yang saya cadangkan perlu diwujudkan di Parlimen Silam itu saya sangat mengharapkan supaya dapat dilaksanakan dengan segera. Sebab dengan adanya pusat akuakultur tersebut, akan dapat mengurangkan segala bebanan dan masalah kemiskinan yang kita harapkan dan mudah-mudahan rancangan kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar ini dapat kita capai seperti mana yang telah dirancang. Dalam kesihatan, saya sangat berharap iaitu dalam anggaran perbelanjaan ini apabila kita melihat peruntukan yang diberikan kepada pengambilan jururawat kontrak daripada luar negara, saya mencadangkan kepada kerajaan terutamanya supaya mereka mengambil perhatian kepada Hospital Lahad Datu dan Kunak supaya kakitangan sokongan ditambah di hospital-hospital tersebut. Oleh sebab apabila kita melihat baru-baru ini bagaimana masalah kekurangan kakitangan sokongan ini telah menyebabkan dari segi cara mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan saya begitu terhad. Jadi kita tidak mahu menyalahkan sesiapa ataupun pihak kerajaan dalam hal ini dan kita berharap supaya kementerian yang bertanggungjawab dapat mengambil perhatian
ini. Oleh sebab ini adalah punca kita akan berhadapan dengan masalah jika sekiranya kerajaan tidak mengambil perhatian. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar kad debit kebajikan iaitu diperkenalkan supaya bantuan wang kebajikan yang diberikan kepada ibu tunggal, bapa tunggal dan OKU diserah ataupun dikirim kepada mereka dengan lebih tepat supaya mereka mendapat bantuan dengan kadar yang cepat.
Sebab kita melihat sekarang ini, masalah-masalah yang kita hadapi ialah dari segi bantuan itu, ada yang tidak sampai, dan kita sangat mengharapkanlah terutamanya, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di kementerian tersebut, di Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengambil kira untuk memastikan program yang diatur, yang dirancang oleh jabatan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Sesungguhnya, Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2008 ini, saya sangat mengalu-alukan dan kita berharap supaya pelaksanaannya ini lebih telus dan pelaksanaan ini juga harus lebih teratur dan di dilaksanakan dengan kadar yang segera, sebab kita tidak mahu dari segi planning ataupun perancangan yang tidak teratur, dengan gerakan dan tindakan yang lembab menyebabkan usaha ini akan gagal, dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan juga dengan Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini kita berharap supaya semua perkara yang dirancang oleh kerajaan ini dapat sekurang-kurangnya kita merancang dilaksanakan dan dapat mengurangkan segala bebanan yang dihadapi oleh rakyat. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dewan yang mulia ini, hari ini saya pertama sekali mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai perbahasan ini. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 ini, kita berbincang tentang prinsip pengurusan kewangan negara. Bila Dewan ini dibentangkan dengan bajet, bermaksud kerajaan bentangkan rancangan kerajaan dalam kewangan negara. Bila kita bahaskan supplementary bill, dengan izin, bermaksud kita menilaikan prestasi atau keupayaan kerajaan secara praktik menguruskan bajet atau kewangan negara. Kini, kita terpaksa berbincang dan berbahas tentang supplementary bill bermaksud, perancangan ini tidak tepat dalam sasarannya. Ini juga mencerminkan kepimpinan negara, kepimpinan kerajaan dalam menguruskan sumber kewangan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sambung sedikit tentang perbahasan ini, sepatutnya dinilai oleh rakyat, tetapi malangnya Menteri Penerangan hanya membenarkan Dewan ini untuk siaran langsung secara terhad, dan kita tidak dapat menyaksikan pengurusan kerajaan dengan baik. Akan tetapi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk ucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan kerana sudi mengambil langkah yang berani untuk membahaskan isu yang berkepentingan rakyat secara terbuka dalam TV. Dasar ini sepatutnya disertai oleh rakyat dan seluruh lapisan masyarakat. Saya hanya ingin sambung sedikit isu subsidi ini, dalam isu subsidi, kita harus ingat, subsidi ini tidak ada kaitan dengan inflasi. Semalam, dalam perbahasan, Menteri Penerangan mewakili kerajaan menyatakan negara-negara yang mempunyai subsidi minyak yang tinggi seperti di negara Iran, Venezuela, rakyatnya memang menikmati harga minyak dan bahan-bahan api yang murah. Akan tetapi datang juga dengan harganya, come with a price, dengan kelemahannya iaitu inflasi yang tinggi. Saya ingin membetulkan, subsidi ini tidak ada kaitan dengan inflasi. Sebenarnya subsidies atau dengan membenarkan rakyat menikmati harga bahan api yang murah akan mengawal inflasi. Negara Iran dan Venezuela terpaksa menderita kerana inflasi yang tinggi. Ini adalah kerana embargo antarabangsa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah, kerana kerajaan
mereka mengambil satu pendirian yang antagonistik terhadap kuasa-kuasa asing ini. Itulah sebab, kalau Iran ingin menjualkan minyaknya dalam harga antarabangsa dengan USD140 pun, dia tak akan dapat pasaran.
[Bangun]
Saya tidak benarkan perbahasan di sini.
Tak beri laluan.
Takut.
Itulah sebab kita menghadapi masalah ini. Saya bukan takut, saya hanya ingin menjelaskan. Apa pun, saya tidak mahu engage dalam satu perbahasan dalam isu ini. Itulah sebab kita harus faham ini bukan satu isu negara, kita boleh pilih inflasi tinggi atau subsidi minyak yang membenarkan rakyat menikmati mutu hidup yang baik. Tuan Yang di-Pertua, kita dipilih di sini sebagai wakil rakyat adalah kerana memang impian rakyat menyaksikan negara kita maju, makmur dan segala kekayaan ini dapat diagihkan secara saksama. Rakyat juga memilih kita hari ini, kita melihat keseimbangan di antara parti pembangkang dan juga parti pemerintah, kerana demokrasi ini adalah asas untuk menguruskan negara kita secara baik. Itulah sebab hari ini saya rasa sedih, setelah menyaksikan kejadian yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim. Saya dapat berdiri di sini sebagai wakil rakyat adalah kerana saya sepuluh tahun lalu, telah menyaksikan kezaliman yang berlaku ini. Saya tidak seperti Yang Berhormat Gombak atau sesiapa yang dulunya dalam Barisan Nasional. Saya tidak kenal Anwar Ibrahim, saya tidak berniat untuk mempertahankan dia sebagai peribadi atau karakter dia. Akan tetapi, sebagai rakyat, kita ingin melihatkan perseimbangan dan kemajuan demokrasi yang subur dan kita boleh kurangkan supplementary bill ini kerana memang ini satu pembaziran. Saya rasa sedih kerana dalam isu ini, kita melihat memang jelas ada double standard dalam pengurusan undang-undang. Bila kita melihat bagaimana cara Anwar ditangkap, ini kita harus ketepikan sifat kepartian kita. Saya tidak nampak ini adalah isu Pakatan Rakyat. Akan tetapi, besok atau petang ini, seluruh dunia akan baca surat khabar mereka di negara masing-masing, melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan pergolakan. Sebuah negara yang hanya dengan izin, hit the international headline, bila ada isu-isu yang pelik. Tadi, kawan-kawan kita dari Barisan Nasional mengatakan bandingan tuduhan kita terhadap Timbalan Perdana Menteri. Saya juga tidak ingin memburukkan imej Timbalan Perdana Menteri kita, tetapi isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin tinggi baik pun dalam isu pembunuhan atau isu liwat memang memalukan negara kita. Kalau kita uruskan negara ini, secara ini, saya agak kita tidak dapat meletakkan negara kita dalam pentas antarabangsa yang dapat keyakinan pelabur asing, keyakinan domestik supaya ekonomi kita dapat dipulihkan, ekonomi kita dapat maju.
Tuan Yang di-Pertua, saya anggap tindakan provokasi ini biarpun oleh penguatkuasaan harus dihentikan. Kita tidak ingin melihat cabaran terhadap rakyat yang kini merasa sudah cukup terbeban dan sengsara dengan ekonomi mereka. Saya masih ingat 10 tahun yang lalu - bukan kerana kita bangkit untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya sendiri tidak bangkit untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya melihat satu kemerosotan ekonomi dalam negara kita yang diserang krisis, tetapi pemimpin kita tidak dapat menguruskan perbezaan pendapat dengan cara yang bertamadun. Adakah perlu Timbalan Perdana Menteri kita - pada waktu itu saya bukan orang Barisan Nasional, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin negara. Adakah perbezaan pendapat di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dapat diselesaikan dengan cara yang sivil. Kini pakatan rakyat duduk hampir separuh daripada Dewan ini dan kita juga menguruskan lima buah negeri. Kalau kita dianggap sebagai mengancam kedudukan
istimewa Barisan Nasional, adakah kita perlu menggunakan cara yang memburukkan imej seorang insan yang dikatakan persaudaraan sesama Islam? Perpaduan orang Islam sangat penting sebagai asas kepada perpaduan negara kita. Betul. Kalau sesama orang Islam hina menghina, bagaimana boleh kita meyakinkan bangsa-bangsa lain yang ada di dalam negara ini? Saya haraplah ini sudah cukup. Saya tidak bercakap sebagai partisan. Saya harap saat ini semua parti, semua ahli politik mengetepikan perbezaan dan juga rasa syak wasangka dan kita tegaskan bahawa hak asasi dan prinsip demokrasi ini harus dipatuhi. Tidak kira siapa, biarpun Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa dalam Barisan Nasional yang dihina, dianiayai atau dizalimi kita harus bangkit untuk mempertahankannya. Dengan itu saya harap penyampaian ini sebagai suatu tanda menunjukkan niat yang baik kepada yang di sebelah sana supaya kita bersama-sama berganding untuk mengatasi masalah ini dan mengutuk segala tindakan yang tidak mematuhi hak asasi manusia. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Bolehkah saya, Tuan Yang di-Pertua? Jasin.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara- perkara yang saya ingin bincangkan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, khususnya kepada kementerian yang berkaitan, bilakah kerajaan akan memberikan subsidi kepada pengusaha-pengusaha teksi ataupun kereta sewa di kawasan-kawasan luar bandar ataupun di bandar-bandar kecil ini, terutamanya yang menggunakan petrol ini. Mereka yang menggunakan minyak diesel sudah lama mendapat subsidi sebagaimana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya terdahulu daripada ini yang mendapat fleet card ini, sedangkan mereka yang menggunakan petrol tidak mendapat subsidi ini. Mereka ini seolah-olah dianaktirikan dan kebanyakan mereka ini pula menggunakan kereta buatan negara kita iaitu Proton yang sememangnya menggunakan petrol. Kalau di kawasan Lembah Klang ataupun di bandar-bandar besar, saya percaya teksi-teksi ini ada mempunyai pilihan iaitu mereka boleh menggunakan NGV, tetapi bagi kawasan bandar kecil atau kawasan luar bandar, kereta sewa atau teksi ini tidak mendapat pilihan sebegini. Mereka terpaksa menggunakan petrol untuk bahan bakar. Dengan keadaan yang sebegini mereka begitu terdesak pada ketika ini kerana terpaksa menampung bayaran ansuran kereta, membuat penyelenggaraan kereta dan juga menampung ataupun menyara perbelanjaan keluarga mereka. Jadi, saya minta kepada kementerian yang berkaitan supaya perkara ini dapat diambil tindakan yang secepat mungkin agar penderitaan mereka ini dapat diselesaikan. Ini adalah kerana mereka tidak boleh menaikkan tambang tetapi mereka terpaksa pula membayar harga bahan bakar atau bahan api yang begitu tinggi. Perkara kedua ialah saya ingin menyentuh tentang penggunaan bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan kita, yang mana ia adalah merupakan bahasa rasmi negara kita. Saya ingin bertanya, sejauh manakah sebenarnya penggunaan bahasa ini di dalam negara kita. Kalau di dalam perkhidmatan kerajaan - sektor kerajaan, memang kita menggunakan sepenuhnya, tetapi dalam sektor swasta ia begitu kurang digunakan sama ada dalam bentuk lisan ataupun dalam bentuk tulisan. Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan iaitu syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan - GLC misalnya, berapa peratus sebenarnya GLC-GLC ini menggunakan bahasa Malaysia di dalam surat-menyurat, minit mesyuarat dan dalam mesyuarat mereka menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Saya mendapati banyak
rungutan yang diterima oleh mereka yang membuat perniagaan dan sebagainya terpaksa menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, saya ingin tahu daripada Kementerian Kewangan kerana GLC-GLC ini terletak di bawah kelolaan mereka. Saya juga ingin tahu daripada Kementerian Pelajaran yang mana pengajaran dalam subjek Matematik dan Sains dibuat dalam bahasa Inggeris. Kita mendapati bahawa kebanyakan anak-anak luar bandar ini memang tidak begitu cekap dalam penggunaan bahasa ini dan menyebabkan keputusan mereka begitu merosot sekali. Saya juga difahamkan bahawa dalam circular yang dikeluarkan baru-baru ini di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Cina boleh digunakan di dalam pengajaran Matematik dan Sains ini. Saya minta kepada kementerian untuk membuat keputusan yang cepat agar anak-anak ini tidak tertinggal jauh ke belakang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Petronas yang juga salah satu badan yang mengeluarkan biasiswa ataupun pinjaman di mana anak-anak yang dihantar belajar di Eropah dan juga Australia. Kita mendapati bahawa JPA dan MARA telah dua kali menaikkan kadar biasiswa ataupun pinjaman mereka, namun bagi Petronas masih lagi di takuk yang lama. Kalau dulu pemegang biasiswa Petronas ini, mereka adalah merupakan yang tertinggi tetapi kini mereka ini mendapat biasiswa yang terendah pula pada setakat ini. Kita pula banyak meminta daripada Petronas untuk membelanjakan itu dan ini untuk negara kita tetapi pelajar-pelajar yang dikelolakan oleh Petronas ini apabila kenaikan sara hidup begitu tinggi di luar negara, maka pelajar-pelajar ini begitu sengsara. Kita tidak mahu melihat anak-anak kita, disebabkan oleh masalah tidak ada kenaikan kadar biasiswa ini, mereka tertinggal belajar dan sebagainya.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi yang telah bersetuju untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara di dalam kawasan saya. Yang mana tapak pembinaannya telah pun dibayar, dibeli dan saya sungguh berharap sebagaimana dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan dahulu bahawa ia dapat direalisasikan. Ini kerana sebagai mana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dalam Kajian Separuh Penggal yang lalu bahawa infrastruktur dan pendidikan ini tidak akan dikurangkan dan saya berharap pembinaan ini akan menjadi kenyataan di dalam kawasan saya. Saya juga ingin tahu bagaimana sebenarnya FELCRA Berhad memilih peserta- peserta yang berjaya menjadi peserta di bawah kelolaan mereka ini. Di mana saya mendapati bahawa FELCRA ini memproses permohonan terlalu lama. Kalau saya boleh mengambil contohnya agaknya di dalam kawasan saya misalnya FELCRA Gugusan Pogoh yang terletak di dalam kawasan saya. Permohonan telah dibuat hampir 20 tahun tetapi baru tahun 2008 diumumkan peserta-peserta mereka. Permohonan dibuat sebelum tahun 1990 dulu, tahun 2000 baru temu duga dan 2008 pula baru hendak umumkan siapa yang boleh atau layak untuk menjadi peserta di bawah kelolaan FELCRA ini. Jadi kalau dah 20 tahun Tuan Yang di-Pertua, tentulah sosioekonomi masyarakat telah berubah. Kalau dulu mungkin mereka miskin, mungkin sekarang telah menjadi orang kaya ataupun dulu yang kaya telah menjadi miskin, kalau dulu kanak-kanak sekarang telah menjadi orang dewasa. Ada sebahagian daripada mereka itu pula telah meninggal dunia. Jadi proses permohonan sampai 20 tahun ini saya rasa dalam negara kita ini terlalu tidak efisien Tuan Yang di-Pertua. Saya menyarankan kalau FELCRA tidak boleh memproses secepat mungkin, mereka kena belajar dengan FELDA yang dapat menguruskan tanah-tanah rancangan yang saya kira begitu cekap pada hari ini. Yang mana banyak permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dapat di atasi. Kalau dia kata memang tidak boleh, kita minta dia tutup sahajalah tidak payah diberi sampai 18 tahun, 20 tahun untuk memproses permohonan sahaja. Saya tidak tahu dalam tersebut ke mana perginya wang-wang hasil yang telah ada pada sesuatu kawasan yang telah dibangunkan itu Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin tahu daripada kerajaan kenapa kontrak ataupun kontrak pembinaan yang kecil-kecil yang di bawah sekitar RM20 juta pun diberikan kepada GLC
yang ini menjadi rungutan ramai kepada kontraktor-kontraktor. Yang mana sepatutnya GLC ini yang mana tidak boleh dibuat oleh kontraktor-kontraktor sama ada bumiputera atau kontraktor biasa makna kita beri kepada GLC, tetapi ini sekitar RM20 juta pun diberi kepada GLC ini. Jadi ini tidak adil untuk pertandingan dengan kontraktor-kontraktor yang sedia ada di dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin tahu apakah kegiatan yang dijalankan oleh Yayasan Pelaburan Hartanah Bumiputera yang telah pun kita luluskan peruntukannya kalau tak silap saya lebih RM2 bilion pada penggal yang lepas dan saya tidak mendengar apa khabar daripada RM2 bilion ini, Tuan Yang di-Pertua. Yang mana saya tidak tahu sama ada ianya benar-benar berfungsi sebagai Yayasan Hartanah Bumiputera atau sebaliknya Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ingin tahu, sila senaraikan hartanah-hartanah ataupun apa juga property yang telah disenarai ataupun yang dibeli oleh pelabur hartanah dan senaraikan juga siapa yang terlibat sama di dalam menjayakan Yayasan Hartanah ini. Maknanya syarikat-syarikat mana yang diberi peluang sama-sama dengan yayasan ini untuk membangun yayasan ini. Kadang-kadang kita bagi dekat dia, tapi lepas itu kita pun tidak tahu di mana sebenarnya duit yang kita telah luluskan daripada Dewan yang mulia ini.
Seminit lagi Yang Berhormat. Seminit lagi.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon daripada Kementerian Sumber Asli supaya dalam tahun 2006 dan 2007 kawasan saya di negeri Johor paling teruk dilanda banjir. Pada ketika ini nampaknya saya amat berterima kasih ada bantuan-bantuan yang dihulurkan sebagai mana dalam perbelanjaan tambahan ini. Akan tetapi saya ingin minta kepada kementerian untuk membuat kajian yang menyeluruh di dalam kawasan itu. Bukan sahaja di dalam kawasan bahkan dalam Daerah Segamat sekalipun kalau perlu dibina satu atau dua dam untuk menampung ataupun empangan di dalam kawasan tersebut maka kita perlu membina. Oleh sebab apabila banjir berlaku dalam kawasan ini maka aliran arus yang deras berlaku dan penduduk-penduduk tidak dapat kadangkala menyelamatkan diri. Ini kerana apabila banjir berlaku arus yang kencang dan ada bahan-bahan yang hanyut daripada air dan menyelamat mangsa ini adalah sukar. Tahun 2006 dahulu mereka sebahagiannya tinggal di bumbung-bumbung untuk menyelamatkan diri. Kita tidak dapat menyelamat pada waktu malam pada ketika itu kerana air yang terlalu kencang dan ada hanyutan-hanyutan daripada sisa-sisa sampah dan sebagainya. Kita takut keselamatan tidak terjamin maka tidak dapatlah menyelamatkan pada waktu malam. Namun, alhamdulillah pada masa siang hari itu kita dapat menyelamatkan mereka ini semua. Jadi saya minta dibuat kajian menyeluruh dan kalau boleh sungai-sungai yang ada di sekitar itu Tuan Yang di-Pertua, terutamanya Sungai Muar yang mengalir di kawasan saya ini dikorek ataupun digali dasar-dasarnya. Yang mana saya rasa timbunan-timbunan sampah, pasir tidak pernah diusik sejak sekian lama daripada ini yang telah mendap di situ yang mana saya fikir ianya juga menyebabkan salah satu juga daripada banjir ini berlaku dalam kawasan saya Tuan Yang di-Pertua. Dengan kata-kata itu saya memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua saya pun pening kepala dengan tindak-tanduk pihak sebelah sana. Namun, saya hendak menyatakan sokongan saya kepada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu itu tadi dan menyatakan solidarity kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Saya hendak bercakap fasal burunglah petang ini. Tuan Yang di-Pertua industri burung walit ini merupakan industri yang berkembang maju pada kebelakangan ini kerana terutamanya di kalangan masyarakat Cina. Ia kerana industri burung walit ini menghasilkan sarang burung yang merupakan satu makanan yang berkhasiat tradisional yang digemari
oleh masyarakat Cina khasnya kepada mereka yang baru menjalani pembedahan, kejelitaan wanita dan memperkuatkan stamina. Mungkin Tuan Yang di-Pertua pun banyak makan sarang burung ni, bird nest.
Saya allergic Yang Berhormat makan sarang burung. Ya sarang burung. Ini betul. Saya allergic.
Ini makanan yang berkhasiat yang sangat berharga. Harga pasaran sekarang saya difahamkan bahawa di antara RM4,000 hingga RM6,000 satu kilogram. Ini merupakan pasaran yang cukup besar, kerana kebanyakan sarang burung yang dihasilkan di Malaysia ini di eksport ke negara China. Bayangkan kalau 1% orang Cina di negara China makan sarang burung ini termasuk 13 juta orang makan sarang burung ini. Malaysia merupakan salah satu negara yang menghasilkan kualiti sarang burung yang baik, sarang burung yang berkualiti tinggi. Malaysia dan Indonesia, dua negara sahaja yang dapat menghasilkan sarang burung yang kualitinya tinggi. Ini telah menjadi satu fenomena di kebanyakan bandar-bandar besar di Nibong Tebal beribu-ribu kedai, Sitiawan, Ipoh, Seremban, Port Dickson banyak tempat. Banyak rumah-rumah kedai dijadikan sarang penternakan burung walit ini yang menghasilkan bird nest ini. Akan tetapi, walaupun ini lumayan industri ini telah menimbulkan pelbagai aduan kacau ganggu kepada penduduk-penduduk dan telah menimbulkan pelbagai aduan. Minggu lepas Yang Berhormat Tenggara pun ada bangkitkan, tetapi masalahnya sekarang kita melihat satu pertindihan di kalangan kerajaan. Pada satu pihak, Kementerian Asas Tani dan Pertanian ada mengeluarkan garis panduan penternakan burung walit. KPKT juga ada mengeluarkan garis panduan. Seolah- olah kerajaan menggalakkan industri ini.
Akan tetapi, di masa yang sama di pihak PBT, di pihak kerajaan negeri tidak membenarkan. Dia tidak keluarkan lesen. Ini telah menimbulkan pelbagai pertindihan. Apabila kita mengadu bahawa orang-orang ini menjalankan industri ini secara haram, tanpa lesen, pengusaha-pengusaha ini datang lobi saya. Dia beritahu ada garis panduan. Ini kerajaan yang menggalakkan. Yang Berhormat Menteri pada minggu lepas ada mengatakan bahawa rumah kedai dibenarkan. Akan tetapi masalahnya rumah kedai ini kebanyakannya rumah kedai di kawasan perumahan. Rumah kedai, belakang rumah. Jadi orang yang tinggal di rumah itu kompelin, mengadu bahawa ini akan menjejaskan kesihatan mereka. Jadi saya melihat satu pertindihan di sini, tidak konsisten di kalangan kerajaan. Saya mengalu-alukan, kalau kerajaan hendak menggalakkan industri ini yang mungkin bernilai berbilion-bilion ringgit, dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, mungkin ini satu industri baru yang boleh kita perkembangkan. Akan tetapi biarlah ia tidak menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat setempat dan tidak menimbulkan isu-isu kesihatan. Saya minta supaya pihak KPKT, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Kementerian Kesihatan supaya kalau boleh tubuhkan satu jawatankuasa dan tengok bagaimana kembangnya industri ini tetapi syaratnya jangan menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk-penduduk setempat. Kita lihat kawasan di bandar-bandar ada banyak kedai-kedai yang terbengkalai. Kalau hendak buat industri ini baik kita buat di kedai-kedai yang terbengkalai. Mungkin ini satu cara juga untuk kita revive rumah kedai yang telah terbengkalai dan tidak memberikan kacau ganggu kepada penduduk. Jadi saya berharap pihak KPKT, Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dapat melihat bagaimana kita kembangkan industri ini tetapi pada masa yang sama menjaga kepentingan masyarakat-masyarakat setempat supaya aduan-aduan ini dapat diminimumkan. Saya berharap ini mendapat satu penjelasan daripada pihak kementerian. Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua saya hendak bangkitkan juga berkenaan dengan kadar faedah. Bank Negara Malaysia akan bermesyuarat pada minggu hadapan mengenai menentukan sama ada kadar faedah akan dinaikkan. Saya ingin membuat seruan kepada pihak Kementerian Kewangan supaya mengkaji, kalau boleh
menurunkan kadar faedah perumahan. Ada pelbagai pihak telah menyeru supaya kadar faedah untuk perumahan ini diturunkan. Saya ada mengikuti program The Exchange pada minggu lepas, pihak Persatuan Pembeli Rumah dan juga Persatuan Pemaju REHDA ada membuat seruan supaya kadar faedah untuk perumahan ini boleh diturunkan. Kalau kadar faedah untuk membeli kereta adalah di kalangan 3% hingga 4%, mengapa kadar faedah untuk perumahan ini tidak boleh diturunkan? Bagi saya, perumahan ini lebih penting. Agenda sosialnya lebih penting daripada membeli kereta. Budaya di kalangan orang-orang muda kita, kalau di aset pertama yang dia hendak membeli, dia beli kereta dahulu. Dia tidak membeli rumah. Kita kalau boleh kita ada pengangkutan awam yang baik, kita menggalakkan budaya di kalangan orang muda kita supaya melabur di dalam perumahan lebih baik daripada membeli kereta kerana rumah itu tetap. Apa yang lebih penting daripada sebuah keluarga ialah rumah. Jadi saya ingin pihak ASLI juga ada membuat seruan supaya kadar faedah untuk perumahan ini diturunkan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji, menurunkan kadar faedah untuk perumahan ke satu tingkat, mungkin 4% kepada pembeli- pembeli rumah yang mungkin silingnya dari RM150,000 ke bawah iaitu untuk perumahan kos rendah. Ini supaya memberi penggalakan kerana saya melihat ini sebagai satu win-win situation. Di pihak pembeli, kos membeli rumah itu rendah dan dia juga dapat merangsang supaya sektor pembinaan, sektor perumahan ini dapat berjalan walaupun dalam kelembapan ekonomi. Kalau kita kelembapan ekonomi, sektor yang paling terjejas ialah sektor hartanah. Kalau sektor hartanah ini terjejas, sektor pembinaan terjejas. Sektor pembinaan ini ada banyak sektor sampingannya. Kalau boleh kita dapat merangsang sektor ini, maka ini akan dapat membantu kita untuk mengatasi kelembapan ekonomi. Saya juga ingin menyentuh, memberi cadangan kepada kerajaan supaya mengkaji. Kalau boleh kita membentuk satu tabung perumahan negara yang mirip kepada model PTPTN, khasnya untuk menggalakkan, memberikan pinjaman kepada rakyat Malaysia yang tidak memiliki rumah. Kepada mereka yang berpendapatan rendah dan tidak memiliki rumah, first time house buyer, supaya memberikan pinjaman kepada mereka dengan kadar faedah yang rendah, mungkin 3% model PTPTN. Ini supaya dapat menggalakkan rakyat Malaysia khasnya mereka yang tidak mempunyai sokongan dokumen yang baik untuk membeli rumah. Ini adalah kerana bank- bank ini mempunyai syarat-syarat yang begitu ketat sekali. Dia hendak payment slip dan sebagainya yang mungkin dengan adanya Tabung Perumahan Negara, ini dapat membantu. Saya juga ingin menegur sedikit tentang bank-bank perdagangan ini kerana dalam kelembapan ekonomi, ramai yang mungkin terlewat bayar. Saya sendiri, saya full time politician. Semasa pilihan raya tidak ada pendapatan. Bulan tiga pilihan raya, bulan lima Parlimen baru keluarkan gaji. Saya tiga bulan tidak bayar ansuran rumah saya. Tiga bulan terlewat. [Disampuk] Saya tidak ada kronilah, tidak dapat pendapatan untuk jaga saya. Akan tetapi saya tiga bulan tidak bayar. Bank yang memberikan pinjaman kepada saya ialah Alliance Bank. Dia mengenakan penalti kepada saya, naikkan kadar faedah saya. BLR plus four. BLR sekarang 6.8%, tambah 4%. Ansuran rumah saya RM720. Tingkatkan sehingga RM1,150.00. 50% pertambahan. Bagi saya, boleh tanggung lagi dan saya akan boikot bank ini. Saya akan tutup semua akaun saya dalam bank ini dan tukar kepada bank yang lain. Akan tetapi saya menyuarakan masalah ini bagi pihak rakyat biasa. Ramai rakyat yang mungkin dia ada masalah pusingan dan sebagainya tidak dapat bayar ansuran, ini perkara biasa, tiga bulan. Akan tetapi kalau mereka ini dikenakan satu kadar ataupun kos pinjaman yang begitu tinggi sekali, macam mana mereka dapat menampung? Jadi apabila saya menanyakan bank, dia kata ini adalah garis panduan daripada Bank Negara Malaysia, kerana tiga bulan dia kata tidak bayar, non performing loan, NPL. Semalam Menteri Penerangan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya pada tahun 1998 yang menukarkan NPL dari enam bulan sehingga tiga bulan membankrapkan
ramai SME. Mengapa tidak tukar? Saya hendak tanya sama ada NPL sekarang ini tiga bulan? Kalau NPL ini tiga bulan, patut ia dipanjangkan kepada enam bulan. Saya berharap pihak Kementerian Kewangan boleh mengambil tindakan ini supaya memberikan garis panduan kepada bank-bank ini. Jangan memangsakan rakyat-rakyat yang menghadapi keperitan ataupun kesusahan dari segi kewangan. Dia tidak bayar boleh kenakan caj penalti ataupun kadar faedah late payment interest, tetapi janganlah tingkatkan kadar faedah ini 4%, 5% lebih daripada BLR. Ini sungguh menyusahkan orang ramai. Saya berharap pihak Kementerian Kewangan dapat mengkaji perkara ini. Satu perkara lagi saya hendak sentuh ialah berkenaan dengan peruntukan kawasan Parlimen. Saya ada bertanya kepada pihak Jabatan Perdana Menteri mengenai dengan peruntukan kawasan untuk kawasan Parlimen saya pada tahun ini. Saya diberikan jawapan sebelum pilihan raya, bulan Februari. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan RM752,500.00. Tahun ini, satu tahun peruntukan kawasan Parlimen, hanya RM500,000. Akan tetapi satu bulan sebelum pilihan raya, dan satu bulan itu tidak cukup 30 hari. Bulan Februari itu, 13 hari bulan Februari, kita bubar Parlimen. 13 hari sahaja. Tolak cuti Tahun Baru Cina, 6 dan 7 Februari, hari Ahad dan Sabtu, tidak sampai tujuh hari bekerja. Cukup efisien Jabatan Perdana Menteri ini menguruskan 96 projek, RM752,500. Satu bulan, 13 hari. Saya hendak tanya, saya hendak akauntabiliti dalam perkara ini, mengapa peruntukan diberikan kepada pusat perkhidmatan sebanyak RM100,000? Bagaimana peruntukan-peruntukan ini dapat diuruskan dengan begitu cepat dalam 12, 13 hari? RM750,000 diluluskan. Saya ingin kerajaan iaitu pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan penjelasan dan saya ingin mengulangi sekali lagi permintaan saya. Kita hendak supaya peruntukan kawasan ini diagih-agihkan ataupun diberikan kepada semua Ahli Parlimen supaya kita dapat menguruskan peruntukan kawasan Parlimen ini. Walaupun jawapan yang diberikan ialah peruntukan kawasan Parlimen ini diberikan kepada semua kawasan termasuk kawasan-kawasan ahli pembangkang, tetapi dia kata, kita hanya boleh memberikan nasihat bagaimana dia menggunakan wang ini. Saya berbalik kepada Negeri Sembilan, Pejabat Pembangunan Negeri. Saya tanya pengarah itu, apakah, bagaimanakah cara kita, mekanisme kita untuk memberi nasihat kepada Pejabat Pembangunan Negeri untuk menyalurkan peruntukan ini? Jawapannya, “tidak tahu”. Belum ada garis panduan, belum ada guideline, sebab Yang Berhormat kawasan pembangkang. Belum ada guideline, belum ada arahan dari pihak atasan. Ini bulan enam, sudah tiga bulan selepas pilihan raya. Tidak ada arahan lagi? Jadi saya hendak supaya pihak kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada perkara ini kerana ini adalah peruntukan untuk kawasan, untuk kebaikan rakyat. Kita bukan hendak memakai wang itu untuk modal politik kita. Apa yang hanya kita mahu ialah supaya kita mempunyai ada cara untuk kita menguruskan, untuk menyalurkan peruntukan ini untuk kebaikan rakyat. Itu sahaja.
Bukan kita hendak pegang wang itu untuk dijadikan modal politik, bukan! Jadi, saya harap kalau kerajaan mengatakan bahawa kita lepas pilihan raya, baiklah terima mandat rakyat. Kita bersama-sama memajukan rakyat, memberikan pembangunan kepada rakyat. Mengapa peruntukan kawasan ini dipolitikkan? Kalau kerajaan betul-betul serius, betul-betul komited, saya harap saya mahu minta sekali lagi supaya Jabatan Perdana Menteri mengubah dasar ini supaya semua peruntukan kawasan Parlimen ini diagihkan kepada semua Ahli-ahli Parlimen termasuk Pakatan Rakyat dan memberikan kebenaran kepada kita untuk menguruskan peruntukan ini. [Tepuk] Tanpa melalui Ketua-ketua bahagian Barisan Nasional. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Terpaksa saya ambil sebelah kanan, ya. Yang Berhormat Pasir Salak. 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa sokongan saya kepada peruntukan-peruntukan tambahan yang dipohon kerana kita berkehendakkan kepada jabatan kerajaan dan jentera kerajaan yang mempunyai cukup peruntukan kewangan mereka bagi maksud pengurusan pentadbiran dan juga perbekalan. Ini kerana tanpa resources dengan izin yang cukup, mana mungkin jentera kerajaan dapat berfungsi dengan sebaik mungkin. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, dengan sebab itu saya percaya permohonan-permohonan ini perlulah kita beri sokongan. Saya harap pihak pembangkang juga buat pertama kalinya inilah kita melihat bahawa mereka benar-benar bermaksud berniat baik sebagaimana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Rasah tadi dan juga Yang Berhormat daripada Batu ingin melihat pembangunan negara turut menyokong permohonan ini. Segala pandangan- pandangan yang diberikan secara konstruktif itu saya ingat tentunya akan diambil pertimbangan dari pihak kerajaan. Cuma pandangan-pandangan yang mungkin tidak begitu sesuai bukan sahaja daripada pembangkang tetapi juga daripada Barisan Nasional pun tidak diambil. Tidak ada pilih kasih dalam soal ini, bukan semua yang kita cakap di sini diguna pakai bergantung kepada sama ada ianya sesuai atau tidak sesuai. Tadi Yang Berhormat Rasah pun ada menyebut tentang permohonan supaya peruntukan kawasan Parlimen diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen masing-masing. Sebenarnya pihak Barisan Nasional pun menghadapi masalah yang sama, kita juga tidak dapat kemudahan ataupun mekanisme seperti yang diminta. Peruntukan diberi kepada jabatan yang berkenaan dan kita juga menghadapi beberapa masalah dengan jabatan- jabatan untuk mendapatkan supaya...
Minta penjelasan. Boleh?
Boleh, cepat sedikit. Masa suntuk.
Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat pasir Salak, sama ada bersetuju ataupun tidak supaya semua Ahli Parlimen tanpa kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, supaya kita ada mekanisme untuk menentukan bagaimana peruntukan itu digunakan. Wang itu disimpan di dalam Pejabat Pembangunan Negeri, saya tidak ada bantahan tetapi mekanisme itu ada supaya cadangan wakil rakyat itu dipertimbangkan.
Ya, faham-faham. Yang Berhormat, saya menyokong permintaan itu tetapi walau bagaimanapun kita dalam Barisan Nasional banyak kali sudah minta, pun tidak dapat-dapat juga. Jadi, mungkin pihak kerajaan ada perkiraan-perkiraan mereka tersendiri yang kita harap keputusannya itu keputusan yang baik bagi kita semua. Selain daripada itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini memberi peringatan dan juga sedikit pandangan, teguran kepada jabatan-jabatan kerajaan. Gunakanlah peruntukan ini sebaik mungkin, jangan ada pembaziran, jangan ada penyalahgunaan dan bekerjalah dengan cara yang betul-betul berkesan. Pegawai-pegawai kerajaan telah disediakan pejabat-pejabat yang begitu selesa, yang lengkap, yang mempunyai peralatan yang cukup, diberi elaun yang cukup, gaji yang cukup. Jadi, jalankanlah tugas dan amanah ini dengan penuh bertanggungjawab. Ini kerana malang bagi kita kalau kerajaan memberi peruntukan berjuta-juta, berbilion-bilion ringgit tetapi hasrat dan matlamat kerajaan tidak tercapai. Bukan disebabkan dasar kerajaan, bukan disebabkan oleh pemerintah tetapi pihak pelaksanaan. Inilah yang saya selalu bangkitkan dan saya perlu bangkitkan sekali lagi apabila perkara ini kita bincangkan.
Saya minta juga kepada menteri-menteri dan timbalan menteri supaya mengambil tindakan proaktif hands on dengan izin dalam memantau pelaksanaan projek-projek rakyat. Dalam Dewan ini, kita pun rasa dukacita jugalah, di manakah dia menteri-menteri, timbalan- timbalan menteri yang sepatutnya bukanlah kita hendak kata hari-hari mesti ada di Parlimen, bukanlah kita katakan 24 jam. Kita tidak minta mereka bersama dengan kita sampai lewat begini tetapi saya dapati kurang penyertaan daripada menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri. Kita berbincang soal kementerian masing-masing. Ini bukan urusan Kementerian Kewangan sahaja. Kita ada menteri kewangan di sini, dia tunggu daripada awal sampai sekarang. Saya ucap syabas dan tahniah kepada beliau. Saya ucap ini bukan kerana dia rakan saya daripada Perak tetapi kerana seorang menteri yang begitu bertanggungjawab tetapi yang lain mana? Kita bincang macam-macam kementerian ini, Kementerian Sumber Asli, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Pelancongan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya tetapi mereka tidak ada. Memanglah ada pegawai mencatat di belakang tetapi berbeza dengan sendiri hadir dalam Parlimen ini dan merasakan suasana, cita rasa, perasaan, degup jantung hati Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat. Rakyat yang diwakili oleh pihak pembangkang, rakyat yang diwakili oleh pihak Barisan Nasional. Kita mewakili rakyat masing-masing tetapi saya merasa kesallah apabila Yang Berhormat Gombak tadi bercakap seolah-olah pembangkang sahaja mewakili rakyat dan mencabar kononnya rakyat akan bertindak. Bolehlah, Okeylah bertindaklah wakil rakyat yang diwakili oleh pembangkang. Kita rakyat kita yang kita wakili pun boleh bertindak, boleh berdepan. Dia hendak cabar mencabar, Apa ini? Kerana masalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu masalah peribadi dia, saya pun tidak mahu campur. Betul atau tidak betul, kita tidak tahu. Yang hendak pergi sokong, tidak sokong, hendak kata bersalah tidak bersalah ini, pasal apa? Pihak pembangkang membela seolah-olah tidak bersalah. Kalau bersalah esok, apa hendak jadi? Saya pula, kalau saya kata bersalah, esok saya hendak jawab dengan Allah S.W.T. bagaimana?
Mohon penjelasan.
Ya.
Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Ringkas sahaja. Bukan soal kita mempertahankan dia seolah-olah dia tidak bersalah. Kita hanya mengikut Prinsip Udang- undang Islam yang seseorang itu tidak bersalah kecualilah mengikut proses undang- undang didapati dan diputuskan bersalah. Itu sahaja.
Ya.
Okey, terima kasih. Yang Berhormat, ini soal undang-undang. Saya pun bukan ahli undang-undang, Yang Berhormat pun bukan pakar undang-undang. Serahkan kepada pihak berkuasa. Ada mahkamah, Mahkamah Syariah, mahkamah sivil. Dalam negara kita ini, tengok mahkamah mana yang hendak melaksanakan undang-undang ini? Sivilkah, Syariahkah? Biarlah mereka. Apabila kita sudah lantik mereka itu buat apa? Bayar gaji, beri kemudahan, merekalah yang buat kerjanya.
Yang kita ini sibuk nak jadi peguam, nak jadi hakim semua ini pasal apa? Kita di sini membuat undang-undang. Bukan kita di sini nak menjatuhkan hukum.
[Bangun]
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Tok guru dia? Okey, tak apa. Jangan panjang-panjang ya, masa sikit ini. Saya bagi chance, tak apa.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju pendapat-pendapat ini yang saya rasakan menyokong tentang satu keadilan dan juga laksanakan tugas polis yang betul oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Saya sokong tapi apabila kita melihat sendiri bahawa semalam Ketua Pengarah...
Pendek, pendek.
Pengarah CID Malaysia.
Ringkas, ringkaskan Yang Berhormat. Dia tak ada masa dah, habis masa dah.
Pengarah CID Malaysia, dia keluar dalam televisyen, dia kata Datuk Seri Anwar kena hadir pukul 2. Sebelum pukul 2, dia...
Ini pun telah dibahaskan tadi Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak dah bahas ya.
Jadi, bila hari ini dengan tiba-tiba baru balik dari BPR, tiba-tiba disekat di jalan dan kemudian ditahan.
Faham, faham.
Ya, ya.
Dah bahas ini Yang Berhormat.
Belum habis lagi.
Faham dah, faham.
Dengar dulu penjelasan saya.
Faham.
Belum, ini minda saya ini. Jadi, bila dia ditahan macam itu pada pukul 12.30 sebelum satu setengah jam. Jadi kita melihat pegawai polis bertindak melulu tanpa pemikiran yang waras. Apa kata Yang Berhormat terhadap pegawai polis yang salah guna kuasa ini.
Cukup, cukuplah Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Pasir Salak respons dan gulunglah Yang Berhormat. Habis dah 10 minit Yang Berhormat.
Mana pula.
Yang Berhormat mula jam lima tadi.
Saya rasa baru lima minit. Baru lima minit. Okey, saya tadi bercakap soal undang-undang, penghakiman. Itu ada dia punya mahkamah dia. Saya tak bercakap soal polis lagi. Yang Berhormat daripada Padang Serai membangkitkan soal tindak tanduk polis. Saya pun tak tahu nak menyokong polis, tak menyokong polis pun. Kita serah kepada pihak polis. Mungkin mereka ada sebab musabab tapi saya nak bagi ingatan, saya dah lama dalam UMNO. Jangan tuduh UMNO berkonspirasi. Saya tak tahu menahu hal ini. Saya orang yang lama aktif dalam UMNO, I’m activist UMNO. Saya tak ada terlibat langsung dalam soal Datuk Anwar Ibrahim. Dulu atau sekarang! So, saya tak mahu terlibat dan saya percaya ramai sini ahli-ahli UMNO juga yang tak terlibat. Kenapa dituduh UMNO konspirasi, UMNO yang mengaturkan ini semua. Ini tuduhan yang tidak patut, tidak patut. Sangkaan buruk yang sentiasa dimainkan terhadap kita.
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Serai cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat Padang Serai.
Jadi sebab itu Tuan Yang di- Pertua, cukuplah ya.
Ya, cukup. Yang Berhormat Padang Serai.
Jadi, marilah kita bersabar dan bertenang. Dalam soal ini, soal peribadi. Serahkan kepada pihak berkuasa, serah kepada Allah S.W.T. Allah Taala yang tahu sama ada betul tak betul. Jangan kita pula melebihi Allah dalam hal ini. Saya tak tahu soal tadi hadis disebut ...apalah, begitu, begini hukum sebab saya ini orang jahil. Yang Berhormat dari Titiwangsa...
[Menyampuk] Qazaf, Qazaf.
Qazaf. Yang Berhormat dari Titiwangsa, dia alim. Dia tahu hukum. Saya orang jahil. Jadi dengan sebab itu saya tak mahu campur. Saya serah kepada pihak yang alim, yang berpengetahuan dalam hal ini, yang berkuasa. Kita serahkan. Kalau kita dah tubuh pihak yang berkusa, kita pula nak mengambil kuasa itu, nak membuat kerja pihak hakim, pihak mahkamah, ini sudah tak betul. Jadi Yang Berhormat,
[Bangun]
Yang Berhormat Batu, tak ada masa Yang Berhormat Batu. Dah habis masa dah Yang Berhormat Batu.
Ada apa itu?
Yang Berhormat Batu.
Bagilah chance Tuan Yang di- Pertua, kang dia kata saya takut pula.
Tak, tak wujud isu takut.
Tak, nanti tuduh saya takut. Bukan saya kata Yang Berhormat takut.
Tak, tak. Pada pendapat Yang Berhormat Pasir Salak, baik pun UMNO atau Barisan Nasional tidak involve, kebanyakan saya percaya pun tidak setuju dan akan mengutuk sebarang tindakan konspirasi ini tetapi sebab UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah, bagi perspektif rakyat, selalu dia akan salahkan UMNO. Itulah sebab saya harap kalau nak bersihkan...
Okey, terima kasih.
Lebih baik kita betulkan keadaan ini.
Terima kasih. Itu persepsi pihak pembangkang. Rakyat jelata pada umumnya tidak ada sangkaan jahat macam ini. Orang-orang Islam, dia baik. Orang-orang bukan Islam pun baik sangka. Tak ada sangka buruk tetapi yang suka bersangka buruk ini apa orang kata to paint a bad picture dengan izin terhadap integriti dan kredibiliti kerajaan. Ini pasal pembangkang nak mengambil keuntungan politik. Ini yang masalahnya. Itu sebab tsunami politik disebut berkali-kali. Dah bersidang berbulan-bulan dah, bangkit juga tsunami politik. Common man, stop it lah. Enough is enough dengan izin. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena... saya pun menghadapi banyak masalah dalam kehakiman, soal kita punya kehakiman. Kadang-kadang kita kalah, kita menang. Kita ditangkap ISA pun kalau di fikir-fikirkan tak begitu ada alasan yang munasabah. Lebih kuranglah, apa yang nak dibangkitkan? Ini semua dugaan hidup. Orang kata kalau kita nak berumah di tepi pantai, jangan takut bermain ombak.
Ya, gulung Yang Berhormat.
Sikit, sikit saja.
Boleh.
Kalau Yang Berhormat Pasir Salak ditangkap ISA lagi, sayalah orang pertama yang akan membantahnya![Tepuk]
Cukuplah Yang Berhormat.
Terima kasih, terima kasih banyak. Itu yang saya sayang kepada Yang Berhormat Titiwangsa ini. Jadi, banyak perkara lain saya nak bangkitkan tapi biar saya simpulkanlah begini. Marilah saya menyeru kepada rakan-rakan dari Barisan Nasional juga daripada pembangkang...
[Menyampuk] Yang Berhormat Pasir Salak dia memang suka masuk ISA.
Yang Berhormat Batu Pahat.
Yang Berhormat Batu Pahat ini nak kena tangkap nampaknya. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya, kita dah menggunakan masa begitu banyak. Kalau dikira-kira saya ingat satu pertiga daripada masa kita habis dibazirkan dalam perbincangan, perdebatan yang tidak berfaedah. Mari kita bersama-sama bermaaf-maafan, hulur tangan antara satu sama lain. Kita buat kerja untuk rakyat. Ini saya betul cakap. Saya pun orang kata umur dah 60 tahun ini. You know, I’m here dengan izin this for...
[Menyampuk] Kerajaan campuran.
Apa itu? Jadi, gangguan ini susah nak bercakap ini.
Gulung Yang Berhormat.
Ha, jadi saya nak gulung. Ini permintaan sayalah. Saya rasa bila di luar itu rasa cukup mesra, macam kawan-kawan sahabat baik semuanya. Apa pasal masuk dalam ini jadi lain? Personaliti bertukar, karakter bertukar. I think something must be wrong with all of us. We are crazy people dengan izin. [Ketawa] Jadi, saya rasa enough is enough. Ada apa lagi itu?
Habis dah.
Peraturan mesyuarat,
Baik, terima kasih.
36(6). Kalau nak kata crazy people pada yourself itu okeylah tapi janganlah ambil semua orang pula crazy people termasuk Tuan Yang di-Pertua juga.
Ya, dia tak tuju pada siapa- siapa Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya bergurau.
Okey, terima kasih.
Saya ini orang baik. Saya bergurau saja. Tak ada maksud jahat ya. Baik, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, PAS dengan PAS berucap tadi dah. Saya bagi peluang pada wakil BN.
Saya juga ingin mengambil bahagian dalam membahaskan peruntukan tambahan yang telah pun dipohon oleh kementerian dan juga kerajaan sebanyak RM20.1 bilion dan yang paling banyak sekali saya tengok ialah RM15 bilion di Kementerian Kewangan. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah pun membuat penstrukturan semula minyak dengan memberikan sasaran yang tepat kepada rakyat yang perlu menerima peruntukan termasuk juga rebat RM5 bilion yang diberikan terus kepada rakyat yang memerlukan dan RM4 bilion yang memerlukan kajian dan juga pembelaan daripada segi makanan negara. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, ada lagi sebahagian daripada rakyat yang tidak merasa kerana dia tak ada kereta, dia tak ada motor iaitu kumpulan rakyat termiskin. Dalam menilai pembangunan rakyat termiskin ini, saya dapat melihat keperluannya Tuan Yang di-Pertua iaitu dalam kajian yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan dan juga pegawai kita di mana lebih daripada 40,000 rumah PPRT diperlukan dalam negara kita. Akan tetapi peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar cuma RM54 juta sahaja dan kita memerlukan lebih kurang RM650 juta lagi.
Saya memohon sangat kepada Kementerian Kewangan supaya dapat meluluskan lebih kurang RM650 juta ini khusus untuk membina sekali gus rumah-rumah rakyat termiskin. Mereka tidak ada rebat kereta, tidak ada rebat minyak motosikal yang mereka dapat tetapi rumah mereka sangat daif. Sebahagiannya bocor dan susah sekali kehidupan keluarga dalam rakyat termiskin ini. Saya memohon supaya peruntukan sekali gus ditambah kepada kementerian yang berikut daripada Kementerian Kewangan bagi membolehkan kewangan yang sebanyak itu dapat digunakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sekali gus pada Rancangan Malaysia Kesembilan ini dibina terus sebelum 2010. Sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam negara kita ini akan dapat dinikmati oleh kumpulan rakyat termiskin yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan melihat kehidupan yang terdesak daripada kumpulan rakyat termiskin ini yang memerlukan jaringan keselamatan sosial ini dikaji semula bagi membolehkan kumpulan ini menerima nikmat bantuan dan sokongan kerajaan dengan angka yang sewajarnya. Ini mengambil kira tentang kehidupan mereka yang sangat sukar disebabkan oleh tekanan hidup yang ada pada hari ini. Tuan Yang di- Pertua, saya juga dapat melihat bagaimana kementerian pengangkutan mendapat peruntukan lebih kurang RM18 juta. Saya mewakili masyarakat luar bandar supaya sebahagian daripada peruntukan ini bukan saja digunakan di dalam bandar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kenderaan awam, tetapi juga termasuk meningkatkan kualiti kenderaan-kenderaan awam di kawasan luar bandar. Sebahagian daripada kampung-kampung kita tidak terdapat perkhidmatan bas dan sebahagian lagi yang tidak cukup kualiti yang baik untuk mereka menikmati kemudahan ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan juga mendapat peruntukan yang banyak.
Boleh mencelah, Yang Berhormat Jempol?
Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tertarik apa yang Yang Berhormat Jempol sebut tentang kemudahan pengangkutan di luar bandar. Saya minta pandangan Yang Berhormat Jempol. Kita dapati sekarang ini banyak di kawasan luar bandar, kita ada sekolah-sekolah menengah, sekolah kebangsaan dan sebagainya dan banyak kawasan ini tidak mempunyai kemudahan pengangkutan. Akibatnya ramai daripada pelajar-pelajar
sekolah yang rumahnya jauh daripada sekolah terpaksa menggunakan kemudahan motosikal sedangkan mereka ini di bawah umur, yang tidak membolehkan mereka menggunakan motosikal ini. Jadi akibat daripada sini, banyak berlaku kemalangan dan pihak polis pun tidak boleh mengambil tindakan yang terlalu tegas kerana boleh menyusahkan mereka. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Saya minta Yang Berhormat kalau boleh kita sungguh-sungguh, pihak kerajaan bersungguh-sungguh mengusahakan supaya kemudahan pengangkutan luar bandar ini dipertingkatkan lebih daripada bandar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat tadi kerana perniagaan kenderaan awam ini sebenarnya tidak menguntungkan sampailah masa dan ketikanya kerajaan memainkan peranan di lokasi laluan-laluan yang tidak menguntungkan ini, kerajaan mestilah memainkan peranan menyediakan kemudahan bas dan juga pengangkutan awam terutama sekali mengangkut masyarakat yang memerlukan persekolahan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan juga dapat peruntukan yang agak lumayan.
[Bangun]
Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan dapat membangunkan hutan-hutan rekreasi kita yang banyak telah pun sedia ada dibangunkan tetapi tidak cukup infrastruktur yang lengkap.
Minta laluan.
Sebentar Yang Berhormat. Saya tunggu ayat habis. Sabar.
Minta maaflah Yang Berhormat Klang sebab masa sangat sedikit.
Soalannya pendek sekali.
Dia tidak bagi Yang Berhormat. Lepas ini Yang Berhormat boleh berucap ya.
Sikit sangat. Lepas ini Yang Berhormat bercakap. Maaf ya atas izin Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan dapat membangunkan kemudahan-kemudahan yang lebih baik kepada hutan- hutan lipur bagi membolehkan masyarakat, kualiti hidup rakyat akan dapat dipertingkatkan dengan rakyat kita dapat melancong di kawasan-kawasan yang lebih murah tetapi dapat menyempurnakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam zaman ekonomi yang sedemikian rupa. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga mendapat RM23 juta peruntukan. Saya memohon kepada kementerian ini supaya dapat membangunkan satu kompleks adat perpatih yang akan dapat membangunkan kebudayaan yang sangat unik ini berhampiran dengan Teratak Zaaba, Jempol, Negeri Sembilan. Teratak Zaaba adalah merupakan warisan budaya yang telah pun dibangunkan oleh kerajaan dengan mengutarakan tokoh yang sangat ternama. Hari ini kerajaan telah menyediakan tanah yang cukup bersebelahan dengan Teratak Zaaba untuk didirikan sebuah kompleks budaya yang boleh meletakkan Kompleks Adat Perpatih bagi meletakkan segala warisan budaya Negeri Sembilan yang menjadi contoh amalan kehidupan yang sangat baik dan murni yang menjadi amalan masyarakat Negeri Sembilan.
[Bangun]
Saya yakin dan percaya sekiranya kompleks ini dapat disediakan oleh kerajaan, akan dapat meletakkan tokoh-tokoh adat perpatih di tempat yang saya sebutkan tadi sekali gus menjadi tempat rujukan, lawatan dan pembelajaran di kalangan masyarakat dalam negara kita sekali gus meningkatkan prestasi pelancongan yang ada dalam negara kita.
Nak bagi Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading?
Sikit. Sikit saja.
[Ketawa] Susah nak tolak Yang Berhormat Sri Gading. Minta maaf Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Boleh sikit? Sikit saja.
Masa tidak ada langsung. Sikit saja.
Saya nak bercakap tentang Pendeta Zaaba. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Jempol membangkitkan Teratak Pendeta Zaaba. Pendeta Zaaba ini pejuang bangsa, pejuang bahasa. Pejuang bangsa, pejuang bahasa yang sepatutnya bukan teratak namanya. Kena ubah nama tersebut. Satu. Yang kedua saya difahamkan keceriaan yang dikatakan teratak yang saya tidak bersetuju ini tidak begitu menonjol. Kenapa agaknya tidak ada usaha- usaha yang agak boleh merangsang anak-anak muda kita datang melawat dan dapat berbagai-bagai pengetahuan tentang Pendeta Zaaba ini supaya jasa yang begitu besar kepada bangsa ini tidak hilang begitu sahaja. Saya harap ada tindakan-tindakan yang lebih merangsangkan supaya Zaaba yang begitu berjasa benar-benar dikenang oleh bangsa Melayu dan juga dikenang oleh masyarakat di negara kita ini. Bagaimana pendapat atau pandangan Yang Berhormat Jempol? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Boleh gulung Yang Berhormat Jempol ya selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Sri Gading kerana setakat ini hanya kerajaan negeri yang membelanjakan pembangunan teratak tersebut dan kalau sekiranya pihak kementerian yang banyak duit ini dapat menambah lagi segala kemudahan- kemudahan dan juga meningkatkan dia punya keceriaan, saya yakin dan percaya ia akan selari dengan nama yang begitu hebat. Sehingga hari ini pun kita tidak dapat melahirkan pendeta kita yang kedua. Inilah seorang yang pernah dicatatkan dalam sejarah kita. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya dapat melihat Kementerian Dalam Negeri dapat menyediakan peruntukan yang banyak juga. Saya mencadangkan supaya kementerian ini dapat membangunkan pondok-pondok polis di rancangan tanah FELDA. Hari ini banyak masalah yang timbul di rancangan tanah FELDA. Kekurangan tenaga keselamatan dan juga pondok-pondok polis di kawasan tersebut menyebabkan masalah keselamatan ini tidak terkawal dan ini menjadi masalah yang berterusan.
Berkaitan dengan perbincangan yang telah pun dibuat berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya hendak merakamkan ucapan tahniahlah kepada polis kerana orang kampung telefon kita, kenapa pula istimewanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ini? Dia tidak mahu pergi bila dipanggil oleh polis. Sepatutnya kita jangan membahaskan tindakan polis mengambil tindakan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke balai polis.
Tidak. Fakta ini tidak betul.
Sepatutnya kita mesti bahaskan kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu ke balai polis apabila dipanggil oleh polis. Kenyataan ini telah pun dikeluarkan dalam televisyen, dalam akhbar. Sama ada dapat surat tidak dapat surat, itu tidak penting. Yang pentingnya ialah maklumat tersebut telah tersebar kepada rakyat.
Itu tidak betul.
Yang Berhormat, kita sudah bincang panjang lebar tadi mengenai perkara ini.
Tadi pembangkang kata rakyat yang menjadi hakim. Hari ini rakyat juga menjadi hakim tentang ketidakadilan kita. Apabila polis ambil tindakan, itu tidak adil, tetapi bila kita ingkar arahan polis, itu adil.
Gulung Yang Berhormat, masa habis Yang Berhormat.
Jadi rakyat juga membuat keputusan berkaitan dengan apa yang telah pun dibuat oleh kita semua. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih dan saya menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kekurangan masa saya akan tumpukan isu saya ataupun soal saya mengenai satu isu yang belum dibangkitkan, iaitu mengenai Kementerian Pelancongan. Soalan saya ialah berkaitan dengan Projek Eye on Malaysia satu-satu projek Kementerian Pelancongan yang menelan belanja sebanyak RM30 bilion. Kementerian Pelancongan telah membeli tiket sebanyak RM5.7 million, iaitu lebih kurang 500 thousand tickets daripada firma yang mengelolakan projek ini iaitu MST Ad Suria dan dipercayai bahawa pembelian sebanyak RM5.7 million ini adalah satu bail out untuk firma berkenaan. Soalan saya kepada kementerian itu ialah, adakah wajarnya ACA dijemput ataupun Badan Pencegah Rasuah dijemput untuk investigate hal ini, itu sahaja. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tidak payah komen begitu Yang Berhormat. Saya bagi tahu tadi, sekejap Yang Berhormat. Saya bagi tahu tadi ketika Yang Berhormat Titiwangsa berucap dia kena susuli dengan Shah Alam dua-dua dari pembangkang. Saya bagi Yang Berhormat Pasir Salak kemudian Yang Berhormat Jempol untuk perbaiki keadaan. Terima kasih Yang Berhormat. Lepas ini kita balik kepada sebelah sini ya. Teruskan Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga mengambil bahagian dalam perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2008. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyatakan di sini, bahawa kami Ahli-ahli Parlimen dari negeri Sarawak sangat-sangat merasa sedih dan dukacita apabila kita dikatakan seolah-olah kita pengemis, apabila kita memohon peruntukan-peruntukan untuk kawasan kami di luar bandar. Itulah, kami mengharapkan bahawa kita tidaklah dicapkan sebagai pengemis. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak membetulkan fakta-fakta berkaitan dengan penubuhan Petronas. Pada tahun 1965 ilham untuk mewujudkan sebuah Syarikat Petroleum Nasional Berhad dinamakan Petronas diasaskan oleh pada masa itu ialah Tun Abdul Rahman Yacob, salah seorang Timbalan Menteri Tanah dan Galian bukan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Dalam tahun 1974, Menteri Kewangan pada masa itu ialah Tun Tan Siew Sin bukannya Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh. Dia telah membuat rang undang-undang yang minyak Sarawak dimiliki oleh Kerajaan Pusat, padahal masa itu Terengganu dan ...
Boleh minta jalan?
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat.
Tidak ada masa...
Ini soalan fakta.
Yang Berhormat, masa tidak ada.
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Pada masa itu...
Saya percaya fakta itu tidak betul.
...Terengganu dan Sabah belum ada...
Sebab pengasasnya yang mengendali bukan Tengku Razaleigh.
Yang Berhormat Pasir Mas, biar dia berucap Yang Berhormat.
...Eksplorasi minyak. Tun Abdul Rahman Yacob mendapat dengan izin, Queen Council yang berpendapat dan memutuskan minyak Sarawak milik negeri Sarawak dan bukan milik Kerajaan Pusat.
Itu betul, itu proses...
Yang Berhormat.
Penubuhan...
Yang Berhormat Pasir Mas kena minta jalan Yang Berhormat Pasir Mas.
Perdana Menteri Malaysia pada masa itu ialah Allahyarham Tun Abdul Razak, membawa usul menarik balik Rang Undang- undang Minyak Sarawak milik Kerajaan Pusat. Dalam tahun 1975 sebuah rang undang- undang telah dipersetujui untuk menubuhkan sebuah syarikat iaitu Petronas dan diterajui oleh Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh dan Tun Ismail Ali - Bank Negara pada masa itu. Persetujuan 5% royalti disetujui oleh Stephen Yong, Timbalan Ketua Menteri Sarawak kerana pada masa itu Tun Abdul Rahman berada di luar negara. Allahyarham Tun Abdul Razak telah mempersetujui dalam satu mesyuarat agar dinaikkan royalti minyak 5% dikaji semula selepas lima tahun. Apa boleh buat, Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia lebih awal. Kita di Sarawak amat berharap agak Kerajaan Pusat mengkaji semula seperti dijanjikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Hasil minyak yang pertama sekali untuk Petronas datang dari Sarawak, janganlah...
Boleh sekali lagi saya minta jalan?
Jangan sesiapa pun bertanya...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
... kenapa Sarawak diberi peruntukan lebih.
Tidak bagi Yang Berhormat, tidak bagi.
Dan patutlah Sarawak mendapat peruntukan lebih atas jasa minyak Sarawak. Negeri Sarawak adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia yang terbesar sama dengan Sabah. Kami di Sarawak amatlah berbangga dapat membantu seluruh bangsa Malaysia dengan membangun dan janganlah kami pula dianggap lupa daratan apabila kami memohon peruntukan yang lebih sedikit.
Di Dewan yang mulia ini kita tidak membuat bising, kita tidak bersuara menengking, tetapi kita faham bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalannya sedar bahawa pembangunan negeri Sarawak di beberapa tempat di luar bandar masih belum lagi seperti apa yang kita hendakkan. Sebab itulah kami Yang Berhormat-Yang Berhormat dari negeri Sarawak kawasan di luar bandar memohon agar peruntukan lebih diberi kepada kami. Di sini juga saya menyokong Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini kerana tiap- tiap perbelanjaan yang dikaji dan dibuat adalah untuk rakyat seperti untuk tambahan makanan, untuk minyak masak, untuk pelajaran dan juga untuk keselamatan dalam negara Malaysia. Dengan yang demikian kita tidaklah ragu-ragu untuk mengatakan, untuk memohon peruntukan diberi kepada negeri Sarawak dan juga negeri Sabah lebih banyak dari negeri-negeri yang lain. Oleh yang demikian, saya sentiasa berdoa...
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 14(1).
Saya sentiasa berdoa agar...
Sekejap Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.
...kita rakyat...
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.
Saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(1). Oleh kerana Yang Berhormat daripada Sibuti menyentuh mengenai dengan kenyataan saya yang mesti saya perbetulkan, iaitu saya menyebut bahawa yang menggerakkan...
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 14(1), tak berkenaan Yang Berhormat.
Tak berkenaan? Tak masuk juga?
Tak masuk.
Tak apa. Terima kasih.
Tak apalah Yang Berhormat. Menteri nanti perbetulkan kenyataan Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih. Di mana saya ya? [Ketawa] Begitu juga dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebab di luar bandarlah yang banyak kekurangan, sebab itu kami percaya, meminta pertambahan peruntukan bukan kerana kami ini pengemis. Kami tidak pengemis. Kita sama-sama di dalam Dewan ini bukanlah pengemis. Kerana kita adalah wakil rakyat dari kawasan kita, kita hendak melihat kawasan kita itu diberikan kesaksamaan apa yang diperlukan oleh rakyat. Oleh yang demikian, saya berdoa sekali lagi kepada semua kita di dalam Dewan ini baik yang beragama Islam, baik yang apa juga agama mereka, agar kita sentiasa bersatu padu, bersama-sama bekerja untuk memajukan kawasan kita dan negeri kita, negara kita Malaysia. Sekian, terima kasih.
Takbir!
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian, untuk membahas Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun oleh kerana ini adalah perbahasan atas pengurusan wang oleh kerajaan dan dasar kerajaan. Masalah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional adalah pembaziran, lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang ataupun prosedur yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Gabenor Bank Negara pun, saya tak faham pun, telah meletak jawatan di Khazanah. Mungkin ada banyak skandal kewangan dalam GLC. Kalau tidak, kenapakah seorang Gabenor Bank Negara perlu meletak jawatan? Sedangkan beliau adalah seorang pegawai kerajaan untuk menjaga kepentingan kewangan negara kita. Saya harap Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan boleh memberi satu penjelasan, kenapakah beliau meletak jawatan daripada Khazanah? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Petronas kerana dapat keuntungan RM100 bilion yang telah diumumkan pagi ini di dalam surat khabar. Namun, saya ingin bercakap di sini, baru-baru ini saya dapati 300 tiket penerbangan first class telah diisu untuk 300 pegawai tinggi Petronas untuk pergi ke Johannesburg, Afrika Selatan untuk mengadakan satu seminar dan tarikh seminar itu untuk tujuh hari daripada 24 Julai 2008. Tiap-tiap tiket penerbangan dari MAS, Thai International, Singapore Airlines atau Emirates adalah lebih kurang RM22,000 satu tiket. Jumlah kos 300 tiket ini untuk pegawai tertinggi Petronas adalah lebih kurang RM6.5 juta. Saya menyatakan bahawa kemungkinan kos untuk hotel mewah lima bintang, makanan dan pocket money berjumlah lebih daripada RM10 juta. Saya sokong penuh jikalau pegawai Petronas menganjurkan seminar di Afrika Selatan untuk mempromosikan Petronas dan untuk mendapat lebih banyak projek daripada negara asing. Saya mendapati bahawa minggu lepas Petronas telah membatalkan penganjuran seminar tersebut di Afrika Selatan dan kalau tak salah saya, Petronas perlu membayar 30% dari kos tiket penerbangan berjumlah RM2 juta. Bukankah kerugian RM2 juta ini sebenarnya kerugian rakyat dan bukan kerugian pegawai Petronas? Ini adalah amat jelas bahawa pembatalan seminar di Afrika Selatan dalam masa singkat menunjukkan holiday mewah untuk pegawai tertinggi Petronas dengan menggunakan wang rakyat...
[Bangun]
...ataupun membazirkan wang rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua tahu...
Yang Berhormat Segambut bangun Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat dari Wangsa Maju setuju tak kalau saya cadangkan Syarikat Petronas mengumumkan bahawa sebanyak 7.2% atau RM41.4 bilion keuntungan yang diperuntukkan oleh Syarikat Petronas yang telah diberi kepada pemegang saham minoriti kumpulan. Setuju tak Yang Berhormat dari Wangsa Maju bahawa Syarikat Petronas mesti mengumumkan kepada rakyat semua, siapakah pemegang saham minoriti itu? Terima kasih.
Memang saya setuju dengan Yang Berhormat dari Segambut. Ini adalah untuk accountability daripada satu GLC, sebab GLC ini menggunakan wang rakyat bukan wang UMNO ataupun wang Barisan Nasional. Wang rakyat jelata, wang negara kita. Kenapakah mereka tidak mengumumkan. Siapakah yang hutang ini? Memang ini bukannya Petronas sahaja. Saya rasa ada banyak lagi GLC dalam kerajaan yang demikian. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua tahu jikalau tiada tsunami politik pada 8 Mac 2008, seminar di Afrika Selatan akan diteruskan oleh Petronas. Saya ingin bertanya
kepada Perdana Menteri, bagaimana atau apakah tindakan kerajaan akan diambil untuk memastikan pegawai tinggi GLC untuk menganjurkan seminar khasnya untuk kepentingan GLC tertentu dan bukan semata-mata untuk holiday pegawai tertinggi masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan isu mengenai dengan AirAsia berhutang sejumlah lebih kurang RM30 juta untuk pembelian minyak dari Petronas dan sehingga hari ini Menteri Kewangan belum memberi penjelasan mengenai perkara ini. Saya ingin tahu kenapakah Petronas tidak berani untuk menuntut hutang tersebut daripada AirAsia? Sama ada Petronas telah diarah oleh Kementerian Kewangan ataupun the fourth floor boy dengan izin, supaya jangan ambil tindakan terhadap AirAsia. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberi penjelasan atas isu ini. Seminggu lepas Timbalan Menteri Pengangkutan telah confirm bahawa hutang AirAsia kepada MAHB ialah RM110 juta. Minggu lepas Datuk Tony Fernandez telah menulis satu komen dalam blog saya, http://weechookeongmp.wordpress.com, bahawa AirAsia tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pengangkutan. Saya amat hairan dengan pertikaian demikian. Saya ingin menanya kepada Menteri Kewangan, kenapakah AirAsia boleh mempertikaikan hutang ini? Hutang ini terhadap apa, sama ada ini untuk airport tax? Sebab saya tahu bahawa hutang ini adalah hutang kepada airport tax.
Sedangkan kalau seorang mahasiswa hutang kerajaan RM3,000, RM10,000 mereka akan diheret ke mahkamah ataupun peniaga kecil kalau hutang cukai pintu kerajaan tempatan ataupun DBKL, mereka akan diheret ke mahkamah dan syarikat yang berhutang service tax, mereka akan diheret ke mahkamah dan AirAsia ini satu syarikat yang amat special tidak ambil apa-apa tindakan. Sila beritahu kenapakah Tony Fernandez boleh mengatakan dalam surat khabar mereka masih dalam perbincangan dengan Menteri Kewangan untuk berunding dengan hutang ini. Kenapa sebuah syarikat swasta hutang kepada GLC dan Menteri Kewangan perlu turun padang untuk buat satu perundingan sama ada Kementerian Kewangan ada kepentingan atau orang tertentu ada kepentingan dalam AirAsia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan pelebaran Jalan Genting-Klang, saya tidak dapat menerima jawapan daripada Menteri Wilayah Persekutuan bahawa kos pelebaran Jalan Genting-Klang ialah RM40 juta di mana kos pengambilan tanah telah mencecah RM25 juta. Oleh itu sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk melebarkan jarak jalan yang begitu pendek tidak melebihi tiga kilometer dengan kos yang begitu tinggi sekali iaitu RM15 juta. Berani saya cakap dengan terus terang di sini bahawa kos untuk melebarkan jalan ini tidak akan melebihi RM5 juta pun. Kedua, saya telah memeriksa pembinaan jalan yang terbabit dan mendapati tidak ada sebarang tanah persendirian yang diambil atau compulsory aquisition dengan izin, dan jikalau diambil ia tidak akan berjumlah sebanyak RM25 juta. Ini adalah satu jawapan yang tidak benar. Saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan di Parlimen satu laporan yang lengkap mengenai tanah yang diambil secara compulsory aquisition dengan izin...
Habiskan Yang Berhormat.
...untuk tujuan pelebaran jalan itu iaitu dengan izin, break down cost untuk setiap bidang tanah yang diambil oleh tujuan melebarkan jalan. Saya ingin sentuh mengenai penstrukturan Badan Pencegah Rasuah. Memang kita bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri. Kemungkinan it’s a bit too late dengan izin, dan juga sebab kita dapat tahu ada banyak pengumuman oleh Perdana Menteri yang akhirnya sia-sia sahaja seperti IPCMC, Judicial Appointment Committee dan juga kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah serius mengenai perkara ini, untuk memperstrukturkan Badan Pencegah Rasuah, saya harap beliau mengambil tindakan dengan tegas dan perkara yang pertama di bandar raya, DBKL adalah membuat satu siasatan terhadap seorang pegawai di dalam Jabatan Perancang Bandar DBKL, En. Mahadi bin Che Ngah. Oleh kerana beliau meluluskan banyak projek perumahan di Kuala Lumpur...
Habiskan Yang Berhormat.
...yang tidak menurut...sebentar, sedikit sahaja... yang tidak menurut procedure, dasar-dasar di DBKL. Seperti satu projek di Damansara di hill slope dengan izin. Apabila dapat protest daripada persatuan, dia keluarkan satu stop working order. Ini menunjukkan bahawa perintah pembangunan itu adalah bermasalah tetapi boleh keluarkan perintah pembangunan lagi dan juga ada banyak projek di bawah nama syarikat Platinum Victory Sdn. Bhd di Wangsa Maju yang juga dapat banyak DO yang meluluskan sewenang-wenangnya. Saya harap Perdana Menteri mengarahkan BPR untuk membuat satu siasatan terhadap pegawai ini. BPR boleh panggil beliau membuat satu deklarasi harta bendanya ataupun asset declaration.
Minta laluan.
Habiskan Yang Berhormat.
Saya tahu mesti munculkan pelbagai rasuah... tersebut terima kasih.
Minta laluan.
Sorry. Hendak penjelasan? Okey, okey.
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Sedikit.
Yang Berhormat, masa sudah habis.
Belum, belum, belum. Sila, sila.
Tuduhan itu tadi, Yang Berhormat minta supaya diambil tindakan oleh Badan Pencegah Rasuah, apakah tidak lebih baik Yang Berhormat buat aduan supaya Badan Pencegah Rasuah boleh buat siasatan pada pegawai yang berkenaan.
Baik. Lebih adil begitu.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Ini kali kedua sahabat saya ini cakap yang baik.
Tidak apa Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Memang kita akan buat satu laporan BPR tidak lama lagi. Tetapi yang penting saya tegur Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya mengambil tindakan sebelum kita membuat laporan. Itu lebih baik, terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan tentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Tuan Yang di-Pertua, kita sedang menghadapi satu keadaan yang cukup sukar. Walau bagaimanapun, saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap kerajaan dalam kesungguhannya dalam menguruskan kewangan dan kredibiliti pemimpin-pemimpin kita terutamanya dalam usaha kita untuk memperkenalkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM20.1 bilion bagi meringankan bebanan-bebanan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada mempunyai tiga faktor utama yang menjana pembangunan ekonomi. Yang pertamanya swasta, yang keduanya pengguna dan ketiganya adalah kerajaan. Pada masa kini pihak swasta cukup berhati-hati dan mereka tidak menambahkan pelaburan mereka. Sementara pengguna sudah pandai berjimat- cermat dan tidak berbelanja.
Sekarang hanya tinggal kerajaan sahajalah untuk merancakkan aktiviti pembangunan ekonomi. Seharusnyalah apa yang dibuat oleh kerajaan untuk menambah peruntukan sebanyak RM20.1 bilion ini adalah cukup bertepatan sekali. Sekiranya kerajaan mengurangkan perbelanjaan, ianya akan mengakibatkan ekonomi kita tidak berkembang, standstill dengan izin, dan juga apa pun terjadi dengan izin, no job creation. Kerajaan hendaklah menangani empat isu utama melalui bajet ini. Yang pertamanya perubahan iklim yang menjadi masalah global pada ketika ini. Keduanya kekurangan energy. Jadi seharusnyalah kita lebih fokus untuk mewujudkan alternatif. Ketiganya kekurangan makanan, kita mestilah memberikan peruntukan yang secukupnya supaya sektor ini dapat terus berkembang dan membantu kita untuk mempertingkatkan ekonomi. Akhirnya sektor yang keempat, inflasi. Pada akhir bulan Mac, kita mencatat angka sebanyak 3.8%, Jun ini angka rasmi belum dikeluarkan tetapi Bank Negara menganggarkan 6%. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai Ahli-ahli Parlimen sama-sama menyumbang idea dan pendapat bagi memastikan supaya kita dapat memberikan cadangan-cadangan bernas. Bukan kita hanya pandai mengkritik tetapi seharusnyalah kita membantu kerajaan dalam menyampaikan cadangan-cadangan yang boleh meningkatkan lagi pendapatan.
Di sini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar desas desus yang mengatakan Bank Negara akan meningkatkan OPR pada ketika ini sebanyak 3.5%, justeru BLR kita akan naik ataupun meningkat. Pada ketika ini, BLR kita hanya kepada angka 6.75%, saya nak betulkan angka sebenar tadi, ada satu Yang Berhormat sebut tadi. Sekiranya BLR ini dipertingkatkan kepada satu angka misalnya 7.25%, apa yang akan terjadi? Cost of fund dengan izin akan bertambah mahal. Keduanya, ekonomi kita akan tumbuh perlahan dan pengangguran akan terus naik. Justeru itu adalah diharapkan supaya kerajaan lebih berhati-hati dan memikirkan tentang kebajikan rakyat supaya inflasi ini tidak terus menaik. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, daya saing ialah satu perkara yang amat penting dalam survival sesebuah negara. Kita ingin mengucapkan setinggi tahniah pada tahun 2008, kita diletakkan di nombor 19 daripada 55 buah negara. Tahun dulu kita nombor 23 tetapi kita jangan lupa yang mana kita ketinggalan itu seharusnyalah kita perbaiki. Dalam IMD membuat keputusan, kriteria-kriteria ini seharusnyalah kita kaji semula. Kita nampak apa yang diumumkan oleh timbalan menteri semalam, pertama economic performance kita nombor lapan. Government efficiency kita nombor 19, business efficiency kita nombor 14, sementara infrastruktur kita nombor 25. Kita jatuh pada infrastruktur. Di sini saya ingin mencadangkan kalau boleh pihak kerajaan seharusnyalah memastikan supaya apa juga masalah yang kita hadapi ataupun apa juga masalah yang dihadapi oleh pelabur-pelabur mestilah kita perbaiki. Apa yang kita lihat pada ketika ini, majoriti rangkaian fiber optic kita di Malaysia adalah tidak setara. Di Malaysia kita dimiliki oleh satu syarikat sahaja iaitu TM yang juga menguasai fiber rail dan juga fiber comp. Disebabkan kurang persaingan, harga yang dibayar oleh pengguna adalah tinggi dan kualiti agak kurang baik. Kerajaan juga baru-baru ini lancarkan high speed broadband melalui syarikat yang sama iaitu TM. Seperkara lagi, TM juga bertindak sebagai wholesaler dan juga retailer yang telah menyebabkan menyukarkan lagi persaingan dalam industri penyediaan internet. Contoh ketara ialah apabila kerajaan membenarkan persaingan dalam industri telekomunikasi mobil. Kos telah turun dan kualiti meningkat. Adakah kerajaan akan mencadangkan agar TM memecahkan bidang wholesale dan juga retail bukan sahaja di peringkat akaun malah di peringkat pengurusan. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di negeri Melaka dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kita diberi hanya RM4 bilion. Maknanya setiap tahun kita diberikan RM800 juta setahun. Melaka sebenarnya menyumbang kepada kerajaan pusat sebanyak RM1.9 bilion setahun dalam bentuk pelbagai cukai, maknanya pelbagai bayaran tetapi kita hanya diberikan peruntukan sebanyak RM4 bilion sahaja. Apa yang kita bayar
kepada kerajaan pusat untuk lima tahun adalah sebanyak RM9 bilion. Maknanya dua kali ganda daripada apa yang kita dapat. Maka dengan ini Melaka memohon Kerajaan Pusat seharusnyalah memberikan satu peruntukan sebanyak RM1 bilion lagi untuk membangunkan 18 pekan kecil dan membina jalan-jalan pantai daripada Kuala Linggi ke Sungai Rambai kerana seperti yang saya sebut tadi pada ketika ini hanya kerajaan sahajalah yang boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, tentang subsidi. Instrumen subsidi, kerajaan boleh menyerap semua subsidi tetapi untuk jangka panjang, ia tidak baik untuk negara dan juga generasi akan datang. Jika kerajaan ingin popular dan menjaga hati rakyat dengan mengekalkan jumlah subsidi, kerajaan boleh bankrap dan pemimpin akan datang menghadapi masalah besar. Instrumen subsidi adalah baik untuk politik tetapi sebenarnya tidak baik untuk ekonomi. Justeru tidaklah hairan jika penarikan semula jumlah subsidi menjadi isu yang dimainkan oleh pembangkang untuk kepentingan politik masing-masing. Tindakan berani dan mengejutkan yang diambil oleh kerajaan ini patutlah dilihat secara positif serta wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kecekapan ekonomi dan memaksimumkan lagi peruntukan sumber yang kita miliki di dalam negara ini sekali gus untuk memakmurkan negara dan juga rakyat.
Ya, gulung Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua tiga perkara lagi kalau boleh. Yang pertamanya pembayaran subsidi melalui pejabat pos. Saya berharap supaya kita dapat meredakan keadaan dan tohmahan daripada banyak pihak. Kalau boleh kerajaan mengumumkan kepada seluruh masyarakat tentang pemilikan pejabat pos ini yang dipilih untuk membuat pembayaran subsidi-subsidi ini. Keduanya, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada ketika in 51% daripada ekonomi negara adalah dipacu oleh pengguna ataupun consumers. Jadi saya nak tanya pada kerajaan, apakah usaha kerajaan untuk mengekalkan pacuan ini supaya apa yang sedang berlaku kepada ekonomi USA dan juga New Zealand tidak berlaku di sini. Apa berlaku di sana pada ketika ini, dengan izin slow growth economy disebabkan oleh weak spending of consumer. Jadi dengan sebab itu, kita berharap semoga tambah lagi more money in consumers pocket supaya kita dapat merancakkan lagi pertumbuhan. Keduanya kita berharap supaya sumbangan EPF ini kita dapat kurangkan supaya lebih banyak take home salary kepada rakyat kita. Dalam masa yang sama saya mencadangkan supaya kita mengurangkan income tax. Saya menghormati masa Tuan Yang di-Pertua, tetapi yang akhirnya sekali ialah pada ketika ini tentang kemiskinan. Bumiputera sebenarnya mencatatkan angka kemiskinan sebanyak 5.1% pendapatan isi rumah adalah yang paling terendah sekali, sebanyak RM3,156 sebulan. Jurang ekonomi di antara bumiputera dan bukan bumiputera masih lagi lebar. Berdasarkan perbezaan dengan izin marginal increase di atas, nampaknya jurang ini akan semakin melebar, bukannya mengecil. Hak milik ekuiti dan aset bumi juga masih rendah lagi berbanding dengan kaum Cina yang memiliki sebanyak 42% sementara kaum bumiputera hanya 19.4% sahaja. Maka memang wajarlah kerajaan mesti memberikan perhatian yang lebih kepada kaum bumiputera apatah lagi di kalangan-kalangan yang terpinggir terutamanya mereka-mereka yang di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam perbahasan belanjawan tambahan ini saya ingin mengambil bahagian dalam beberapa perkara dan saya tidak akan menyentuh banyak perkara-perkara yang
telah disentuh oleh sahabat-sahabat saya sama ada daripada pembangkang ataupun daripada pihak kerajaan. Pertama sekali, saya nak sentuh, nak lanjutkan apa yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Batu Pahat mengenai kesan kenaikan mendadak harga minyak kepada penduduk-penduduk miskin di luar bandar.
Saya menyarankan supaya subsidi beras diberi dengan secara kupon kepada penduduk-penduduk miskin di luar bandar sebagaimana kerajaan telah mengeluarkan kupon kepada nelayan-nelayan untuk minyak diesel. Ini kerana keadaan di luar bandar yang tidak mempunyai motor, tidak mempunyai kereta, mereka tiak dapat subsidi rebat. Oleh kerana itu sangat terhimpit mereka terutama sekali bagi Orang-Orang Asli. Jadi kerajaan perlu fikir bagaimana seharusnya untuk melegakan sedikit keadaan kehidupan orang-orang miskin di luar bandar. Saya percaya dengan cara pemberian kupon kepada penduduk miskin di luar banar ini boleh meringankan sedikit bebanan di kalangan mereka. Kupon yang saya maksudkan ialah kupon untuk barang asasi seperti beras. Yang kedua, saya meneliti dalam bajet tambahan ini yang berjumlah lebih daripada RM2 bilion, saya tidak nampak satu peruntukan khusus yang terang untuk membaiki infrastruktur dalam kawasan-kawasan jelapang padi. Sedangkan kita sedang berkata bahawa untuk membaiki, untuk meningkatkan pengeluaran padi daripada tiga tan, empat tan kepada 10 tan, saya tidak nampak ini. Jadi saya minta pihak Kementerian menerangkan seperti di KADA. Keadaan tanah kawasan KADA ini tinggi rendah dan air pada sesuatu musim yang dikehendaki tidak sempurna, tidak ada usaha-usaha untuk mengatasi sehingga sekarang ini. Apa kata kalau kerajaan memikirkan untuk membuat rubber damp di Sungai Kelantan iaitu di Tendong supaya dapat disekat air itu dan air yang disekat ini dia cukup untuk mengairi kawasan yang beribu ekar itu di kawasan KADA. Saya percaya kalau ini tidak dibuat, kadar pengeluaran padi di kawasan KADA hanya sebanyak empat tan atau lima tan, tidak akan sampai kepada lapan tan. Jadi kalau langkah ini dibuat dan kalau peruntukan cukup dengan belanja lebih kurang RM30 juta sahaja, RM40 juta sahaja membuat rubber damp di perairan Kelantan itu iaitu di Sungai Kelantan itu di kawasan Tendong saya percaya bahawa kawasan Lemal, kawasan Kemubu dapat perairan yang cukup. Saya telah membuat research dengan pegawai-pegawai, mereka tidak dapat mengatakan kalau tidak ada peruntukan dan tidak cukup air ini dengan sempurna tidak usah angan-angan, tidak usah fikir bahawa keadaan ini dapat mengeluarkan sebagaimana kehendak Perdana Menteri iaitu mengeluarkan makanan lapan tan sehingga sepuluh tan. Tuan Yang di-Pertua, lazimnya halangan-halangan yang berlaku di dalam bidang pertanian khususnya di luar bandar ini ada beberapa perkara. Apa yang paling bermasalah ialah sikap petani dan sikap orang kampung yang menerima bantuan itu sendiri. Sikap orang kampung, petani ini bagaimana hendak ubah paradigma mereka supaya mereka benar-benar terlibat dengan pertanian. Bukan untuk sara diri tetapi secara komersial. Buku Bumi Hijau dilancarkan tetapi tanah terbiar di kawasan kampung mereka masih tidak berubah. Cuba Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pergi ke kampung-kampung, 10 tahun dahulu tanah-tanah itu pun tidak diusahakan, sekarang pun tidak diusahakan. Paradigma, sikap petani ini tidak boleh mengubah dan tidak maju. Bagaimana langkah kerajaan untuk mengubah ini, apakah program atau kursus yang harus dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani? Yang keduanya sikap pegawai-pegawai yang telah ditugaskan pada program- program pertanian, projek-projek pertanian ini supaya berjaya. Sebahagian daripada pegawai-pegawai ini, pegawai-pegawai yang ditugas ini lebih bersikap white collar ataupun kepegawaian, tidak semua tetapi sebahagiannya. Ini berlainan dengan pegawai-pegawai yang ditugas di Thailand, mereka lebih bersikap blue collar.
Jadi sikap tanggungjawab inilah kalau dapat diubah, saya percaya bahawa pegawai pertanian punyai kebolehan, kemahiran itu akan lebih komited dalam menjayakan projek-projek pertanian di luar bandar sebagaimana kehendak kerajaan. Kalau tidak dapat diubah, saya percaya bahawa kegagalan demi kegagalan akan berlaku dan matlamat untuk memajukan kawasan luar bandar dengan pertanian ini tidak akan berjaya dengan sempurna. Yang ketiga, di antara perkara-perkara yang saya perhatikan iaitu pemantauan. Pemantauan kepada projek-projek yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini biasanya berakhir dengan kurang sempurna ataupun gagal langsung. Seperti katakanlah Projek Kolam Air Tawar, kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM5,000 satu kolam dengan benih dan sebagainya. Akan tetapi apabila lebih daripada enam bulan, kolam air tawar itu menjadi kolam terbiar. Kerajaan Malaysia rugi lebih daripada RM300 juta setahun untuk ini kerana kolam itu tidak berfungsi. Kalau kolam-kolam ini berfungsi, ternakan air tawar ini telah melimpah di pasaran. Oleh kerana itu, maka agensi kerajaan seperti LKIM mengambil sikap untuk membuat ternakan ikan air tawar di masa ini dengan cara di tasik-tasik yang besar tidak lagi serah kepada petani-petani. Jadi hasrat ini kalau pemantauan ini dapat dibuat, mekanisme ini dapat diwujudkan, saya percaya bukan sahaja kita dapat mengekang pembaziran tetapi menjayakan projek itu dan boleh menaikkan taraf hidup sekurang-kurangnya sampingan kepada orang-orang luar bandar.
Boleh minta laluan sedikit? Yang Berhormat sedikit sahaja.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, boleh Yang Berhormat saya menyatakan persetujuan di atas semua yang disebutkan tadi.
Terima kasih, saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak sama dengan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Apa yang saya hendak tanya, apakah tindakan kerajaan untuk mengambil kedua-dua perkara ini sama ada mengubah sikap dan paradigma petani ataupun pegawai ini. Ini yang mesti diusahakan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit pembangunan Wilayah Iskandar. Kita tidak menentang kemajuan itu, Wilayah Iskandar satu projek koridor yang sangat baik. Akan tetapi kebimbangan rakyat kita terutama sekali bumiputera bahawa tanah-tanah yang diberi kepada pelabur asing ini akan hilang tergadai. Saya menyarankan Tuan Yang di-Pertua supaya Kerajaan Malaysia melalui Kerajaan Negeri Johor supaya memberi beberapa zon tertentu kepada pelabur-pelabur asing ini dengan cara leasehold 99 tahun bankable, tidak dengan cara freehold. Jikalau freehold bererti semuanya akan hilang tetapi kalau leasehold 99 tahun ianya akan balik semula kepada kerajaan ini. Saya sarankan itu kalau dapat Kerajaan Johor dapat menggunakan Land Code, Kanun Tanah Negara supaya perkara ini dapat disempurnakan dengan tidak menggagalkan projek yang kita hendak itu. Beberapa zon sahaja bukan semua seperti kilang dan sebagainya itu biasanya kita bagi dalam leasehold. Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit lagi. Saya hendak sentuh di Kelantan, kita bincang banyak dari segi pertanian ini. Saya hendak minta Kementerian Pengangkutan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, apakah usaha-usaha untuk membawa keluar produk-produk pertanian ini dan produk-produk IKS ini ke luar negara daripada Kelantan, daripada kawasan-kawasan ini?
Ini satu perkara yang sangat penting kerana kelemahan yang berada dalam kegagalan masalah ini adalah marketing, transport. Tak bolehkah kerajaan fikir untuk menjadikan kawasan lapangan terbang Pengkalan Chepa boleh mengambil barang-barang kargo untuk dihantar ke negara Arab, Eropah sekali gus dengan tidak melalui lapangan terbang ini. Bolehkah fikir? Saya kata boleh tapi pasal apa usaha ini tidak dibuat.
Habiskan Yang Berhormat.
Ya, saya hendak habis sudah. Tuan Yang di-Pertua, ECER telah dilancarkan dan Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan lebih kurang 3,000 ekar tanah untuk kawasan petrokimia di Bachok. Apakah usaha-usaha untuk memajukan ekonomi luar bandar ini seperti di Bachok, Pasir Puteh, Setiu, Jerteh. Kalau dapat diadakan satu kawasan petrokimia sama ada daripada Kelantan ataupun melalui paip daripada Songkhla yang hanya berhajat kepada satu paip yang sangat kecil, 19 inci sahaja untuk petrokimia ini. Kalau dapat dilakukan, saya percaya ECER akan berjalan dan akan berjalan dengan gemilang khususnya kepada bumiputera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di petang yang tenang ini, saya bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain, saya ikuti satu demi satu Ahli-ahli Parlimen kita baik daripada rakan-rakan Barisan Nasional mahupun rakan-rakan daripada parti pembangkang telah pun melontarkan berbagai-bagai pandangan, berbagai-bagai cadangan. Saya harap segala yang dicadangkan, segala yang diperkatakan dapat kiranya dipertimbangkan kerana dalam ramai-ramai Ahli Parlimen yang membahaskan tambahan bajet kita ini, tentulah ada mutiara-mutiara yang boleh memberikan input kepada kerajaan supaya dalam mentadbir dan mengurus negara ini, kerajaan dapat memberikan sesuatu yang baik kepada rakyat. Ada 17 kementerian kita bahaskan dan semua kementerian ini kementerian- kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat. Akan tetapi masalah rakyat sejak akhir-akhir ini Tuan Yang di-Pertua sahabat yang saya segani, kehidupannya makin tertekan, makin terhimpit. Sahabat saya yang baru sahaja menghabiskan ucapan pandangan beliau walaupun daripada parti PAS, saya rasa amat bernas. Umpamanya seperti apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat sahabat saya sebentar tadi memberikan bantuan beras kepada rakyat. Orang yang ada kereta, ada subsidi yang akan diterima, mungkin juga subsidi itu tidak juga seberapa tetapi sekurang- kurangnya boleh meringankan beban,tetapi rakyat dalam negara ini masih tidak diberikan perhatian kepada mereka dalam golongan yang kais pagi makan pagi. Adakah perangkaan telah diperoleh? Rakyat kita yang sangat mengharapkan belas ihsan daripada kerajaan yang diberi mandat untuk memerintah negara ini. Ini amanah. Dalam memikul amanah ini, orang yang susah, yang menderita, yang tertekan harus diberikan keutamaan...
[Bangun]
Yang Berhormat Kapit bangun Yang Berhormat.
Oh, Yang Berhormat Kapit. Jemput.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya tertarik mendengar apa yang telah disebutkan Yang Berhormat Sri Gading tadi. Ada golongan yang tidak pun mempunyai motosikal ataupun kenderaan jalan raya sebab di kawasan saya memang kita belum ada jalinan jalan raya seperti Yang Berhormat Sri Gading tahu sebab Yang Berhormat Sri Gading pun sudah sampai ke Kapit untuk melihat sendiri keadaan di sana. Jadi di Kapit penduduk-penduduknya bertaburan di tepi anak-anak sungai di seluruh kawasan yang besar. Kawasan Parlimen Kapit ini 7,071 kilometer persegi. Jadi penduduk-penduduk di sana hanya ada satu pilihan sahaja. Tak ada pilihan. Cuma bergantung kepada mempunyai perahu dan mempunyai bot enjin yang perlu dibeli dengan wang yang begitu besar. Cara itu juga bukan efisien sebab perjalanan menggunakan satu liter sama dengan perjalanan satu meter menggunakan kenderaan di jalan raya. Soalan
saya ataupun yang saya hendak minta bantuan daripada Yang Berhormat Sri Gading suarakan bagaimanakah kaedah kerajaan, sudah setakat ini kerajaan memikirkan ataupun mengadakan satu cara untuk membantu mereka yang duduk seperti yang saya sebutkan tadi di luar bandar, masyarakat kita di sana yang tak mempunyai motosikal ataupun kenderaan. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Kapit. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri apabila saya dijemput oleh sahabat saya dari Kapit melawat kawasannya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Kapit. Kita selalu bertanya apa perancangan kerajaan? Kadangkala perancangannya itu cukup cantik. Hoo!...
Hoo!
Cukup indah, cukup tersusun.
Masalahnya Yang Berhormat?
Kita kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua khayal apabila diberikan taklimat akan dibuat begitu, akan dibuat begini. Hoo!.... [Ketawa] Akan tetapi sayang seribu kali sayang di Kapit saya melihat penderitaan rakyat, di kapit saya melihat bagaimana rakyat yang miskin tidak dapat pembelaan... [Tepuk] Apakah kita dengan teori-teori yang muluk-muluk tetapi tindakannya tidak begitu cantik, tidak begitu berkesan. Sampai bila kita hendak menipu rakyat dengan segala perancangan tetapi pelaksanaannya...
[Bangun]
Yang Berhormat Kapit bangun lagi Yang Berhormat.
Sila.
Yang Berhormat Sri Gading, terima kasih. Akan tetapi saya tak hendak Dewan ini terkeliru sedikit sebab kita sentiasa membela rakyat di sana sebab itulah dalam beberapa kali kawasan Parlimen Kapit tak pernah dimenangi oleh pembangkang. Baik PKR sekarang ataupun yang pembangkang dahulunya. Kita memang membela, program memang ada cuma belum lengkap...
Tak payah Yang Berhormat.
... dan kita minta apalah pandangan Yang Berhormat Sri Gading kali ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Saya tidak mempertidakkan seperti...
Jangan terlanjur.
Biar saya...
Ya, teruskan Yang Berhormat.
... dalam forum saya ini. Biar saya menghuraikannya.
Yang Berhormat Kapit, seorang wakil rakyat, Ahli Parlimen Barisan Nasional yang begitu komited, bersungguh-sungguh, saya akui banyak perubahan semasa beliau, sudah tiga atau empat penggal menjadi Ahli Parlimen...
Tiga penggal.
...tetapi masalah-masalah seperti saya bagi contoh, anak-anak murid di sekolah Kapit, pukul 10 malam kena tutup lampu elektrik kerana hendak jimatkan benzin yang digunakan untuk menyalakan dia punya generator. Belanja untuk membawa benzin petrol ini dari Sibu ke Kapit lebih mahal daripada seorang yang naik kapal terbang dari Sibu hendak ke Kuala Lumpur. Ini apa cerita ini? Budak-budak hendak buat homework malam-malam tidak dapat. Bukan Yang Berhormat Kapit tidak perjuangkan tetapi masalah ini masih berterusan. Saya akui banyak sudah perubahan-perubahan tetapi secara menyeluruh, kita masih gagal. Bukan hendak menafikan kebaikan kerajaan.
Yang Berhormat Sri Gading, satu lagi saya hendak membawa mengemaskinikan pandangan Yang Berhormat. Terima kasih sekali lagi. Kita berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran yang dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin sebab tahun lepas dibelanjakan di kawasan saya RM200 juta untuk membekalkan kesemua sekolah-sekolah di kawasan itu dan di kawasan Parlimen Hulu Rajang untuk kita sekarang dibekalkan dengan elektrik 24 jam. [Tepuk] Itu pembangunan yang kita terima dan kita sangat bangga dengan itu. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Gambaran yang saya bawa ini tiga tahun yang lalu. Sebagai contoh, Kapit saya jadikan contoh teladan. Mungkin sudah ada perubahan-perubahan yang drastik yang begitu hebat, tahniah, tetapi contoh ini sebenarnya masih berlaku di kawasan- kawasan seluruh negara termasuk Kinabatangan ini.
Penjelasan. Terima kasih. Ini saya punya topik, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat bincang sebelah-sebelah, Yang Berhormat. Masa pun tidak ada.
Tidak boleh. Kita mahu official kerajaan mahu tahu apa masalah kita. Saya sehaluan dengan Yang Berhormat Sri Gading walaupun kawasan dia ini kawasan di pinggir bandar maju tapi jiwanya menyebelahi jiwa kita, orang kampung, orang luar bandar. Masalah kita hadapi memang sama iaitu di Kapit. Di Kinabatangan pun begitu. Yang saya hairan, kerajaan umum berbilion-bilion, berjuta-juta ringgit – Menteri Pelajaran pun umum kawasan saya RM147 juta – saya tidak tahu dia belanja apa dengan RM147 juta ini.
Panggil BPR!
Baik, Yang Berhormat.
Jadi saya mahu Yang Berhormat supaya menyarankan kepada menteri-menteri kerajaan dan agensi-agensinya, cakap mesti tunai. Kalau tidak, kalau dia orang Islam, janji dia ditagih di akhir hayat nanti. Jangan mempermainkan rakyat dengan pengumuman berbilion-bilion ringgit tetapi realitinya kosong.
[Menyampuk]
Saya setuju dengan ucapan Yang Berhormat Kinabatangan. Dalam penjimatan masa, ucapannya masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya.
Minta gulung, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua pun ada masalah di kawasan dan semua sekali. Ambil contoh, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita ini peruntukan tambahan. Sewaktu kita membuat bajet tahun lepas, yang digunakan untuk tahun ini, kita telah pun mengira, telah pun kira, telah pun kira,
telah pun kira sekian bilion dan yang membuat ini adalah pakar-pakar ekonomi [Disampuk] tetapi dalam jangkaan apa yang telah pun kita bentangkan dalam bajet, tiba-tiba ada kekurangan. Kekurangan ini RM20 bilion. Makcik saya jual kuih pun pandai kira-kira. [Disampuk] [Ketawa] Kalaupun kira-kira dia itu tidak berapa tepat pun, RM2, RM3 sahajalah. Dia buat bajet untuk meniaga kuih dia.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, saya baru mula, Tuan Yang di-Pertua, mukadimah saya ini. Saya memerlukan Tuan Yang di- Pertua benarkan saya bercakap bagi pihak rakyat yang miskin, yang tertindas di seluruh negara...
Saya faham.
...bagi saya satu jam, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, setuju, setuju.
Dan saya rasa semua Ahli Parlimen di Parlimen ini...
Yang Berhormat, jangan buat macam itu, Yang Berhormat.
...bersetuju untuk saya bawa masalah rakyat ini, kemuka soal-soal yang penting yang kerajaan harus selesaikan.
Tidak apa Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.
Kenapa Tuan Yang di-Pertua?
Perkiraan saya pun betul juga, Yang Berhormat. Perkiraan ini. Yang Berhormat, ini soal perkiraan.
Bisa gulung, Tuan Yang di- Pertua.
Minta tolong, Yang Berhormat.
Saya ini sudah lama di Parlimen.
Saya faham, Yang Berhormat.
Kalau ikut hati saya, Tuan Yang di-Pertua saya remuk-remukkan kertas ini, Tuan Yang di-Pertua, [Ketawa] kerana memperjuangkan masalah rakyat. Akan tetapi kerana menghormati Tuan Speaker, saya berharap masalah rakyat yang miskin, yang tertindas, yang memang mengharapkan bantuan kerajaan, mana-mana kementerian harus menjuruskan bantuan kepada mereka agar kita yang memikul amanah ini tidak disoal oleh Allah S.W.T. di yaumil akhir besok.
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Saya tidak bertanggungjawab kerana saya telah pun mempersoalkan ini untuk kerajaan. Seperti mana saya katakan, ada atau tidak perangkaan yang dapat diambil atau dikemukakan di dalam Dewan ini, rakyat yang kais pagi makan pagi...
Baik, Yang Berhormat.
...kais petang, makan malam. Rakyat yang masih bergerobok buruk yang dijadikan rumah, rakyat yang anaknya tidak mampu dihantar ke sekolah, rakyat yang sakit terlantar yang tidak dapat pembelaan. Jenis- jenis ini rakyat harus diberikan perhatian.
Yang Berhormat, cukuplah. Kita sudah faham, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.
Baik, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat. [Ketawa] Saya hendak tarik nafas dahulu, Yang Berhormat. [Ketawa] Tarik nafas ya. Telok Intan, sila.
Terima kasih.
Terima kasih Sri Gading. Cukup hebat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama sekali saya nampak ada peruntukan atau tambahan perbelanjaan pada Jabatan Perdana Menteri. Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang Parliamentary reform iaitu pembaharuan di Parlimen sendiri yang saya fikir di mana-mana ada satu pembaharuan, kita harus mulai dari Parlimen. Saya sebagai Ahli Dewan yang mulia ini pada pertama kali amat menyesal kadang-kadang kelakuan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini menarik perhatian orang ramai sampai kita terima banyak panggilan telefon. Di mana baru-baru ini seorang daripada Ahli Dewan ini telah menggunakan satu tanda atau sign language yang dikatakan lucah, tetapi kelemahan Dewan yang mulia ini tidak dapat mengambil sebarang tindakan. Saya amat kecewa dengan kejadian itu. Imej Parlimen kita telah terjejas dan sebagai...
Minta penjelasan. Mungkin saya yang dia maksudkan.
Silakan, Kinabatangan.
Ya. Yang Berhormat, saya ingin minta penjelasan. Itu tanggapan Yang Berhormat. Setiap wakil rakyat, setiap manusia ada body language dia, bermacam-macam. Apakah kita mahu mentafsir? Gaya Yang Berhormat pun saya boleh tafsir apa maksud gaya Yang Berhormat. Itu saya punya tafsiran tetapi sebetulnya Yang Berhormat tidak ada niat langsung. Begitu juga saya.
Terima kasih.
Jadi jangan mengata dulang, tengok dulu diri sendiri, sudah baikkah ataupun belum. Kalau belum baik, relakslah, ucaplah bajet.
Terima kasih Kinabatangan.
Baik, baik. Yang Berhormat.
Kalau tidak pandai, belajar lagilah.
Ya, saya masih belajar, tetapi pengajaran dari ahli-ahli macam ini, macam mana nak belajar?
Saya boleh ajar, saya memang tukang ajar.
Tidak apa Yang Berhormat.
Yang Berhormat pergi YouTube, tengoklah apa yang terjadi.
Tak apa Yang Berhormat Telok Intan. Yang Berhormat Telok Intan, berikan ucapan, tak payah sebut.
Saya teruskan, jadi, reform, dengan izin....
It’s up to the rakyat to judge, it’s not you. You want to challenge?
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sambung. Jadi, Parlimen ini harus ada reform termasuk kelakuan Ahli-ahli Dewan di sini yang senior seperti Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Padang Serai baru, ini Yang Berhormat Kinabatangan saya tidak tahu sudah berapa term?
Saya memang terror.
Akan tetapi saya masih ingin belajar banyak lagi.
Tak payah, tak payah. Sila Yang Berhormat Telok Intan.
Yang Berhormat Pasir Salak, saya tunggu- tunggulah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua....
Saya menghargai kalau bagi sahaja cadangan-cadangan, tak payah sebut nama ataupun...
Mengenai reformasi di Parlimen Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggesa kerajaan untuk memberi lebih ruang kepada Ahli-ahli Parlimen, seperti di Cambodia dan Indonesia, tiap-tiap Ahli Parlimen diberi kakitangan dibayar penuh oleh Parlimen untuk tujuan penyelidikan dan sebagainya. Juga satu lagi adalah, keadaan Ahli-ahli Parlimen di Malaysia sekarang ini, orang ramai memerlukan Ahli- ahli Parlimen turun ke kawasan mereka dalam apa cara masalah pun. Jadi, apabila kita pergi ke kawasan, banyak masa yang boleh digunakan untuk penyelidikan mengenai isu-isu di Parlimen. Lot of research work, dengan izin, terjejas juga, tergendala juga. Oleh itu kerajaan bolehlah pergi ke satu kempen seluruh negara untuk memberitahu rakyat apakah rules of Parliamentarian, iaitu dengan ADUN-ADUN, kita lebih selesa membuat kajian dan penyelidikan untuk perkembangan dan kemajuan Parlimen dan meningkatkan taraf Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cara-cara Dewan yang mulia ini...
Yang Berhormat, bagi saya beri ajaran dan teguran sedikitlah. Saya dah 18 tahun Yang Berhormat. Dalam bajet tambahan ini, tak ada soalan Parlimen ataupun hubung kait dengan Parlimen Yang Berhormat. Jadi, masukkan ucapan Yang Berhormat berhubung dengan bajet ini sahaja ya. Mungkin lain kali dalam budget session dalam bulan Ogos nanti kita boleh buat perkara ini. Sila, Yang Berhormat.
Akan tetapi, saya difahamkan tadi, mengikut Peraturan Mesyuarat 67, kita boleh bangkitkan semua isu yang melibatkan dasar.
Tidak Yang Berhormat. Dasar ialah terkandung dalam kertas kuning ini sahaja Yang Berhormat.
Kementerian-kementerian dan jabatan yang ada terlibat dengan bajet tambahan ini. Sila Yang Berhormat. Saya menghargai apa yang Yang Berhormat sebut, saya minat dengan apa Yang Berhormat sebut tapi malang sekali...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan kembali dengan topik-topik itu lain kali bila ada peluang. Mengenai perbelanjaan tambahan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan dengan perbelanjaan untuk murid-murid kita yang mendapat 9A dan ke atas. Ini adalah satu permintaan yang cukup bagus, tetapi pelaksanaan ini haruslah adil. Semua pelajar yang mendapat 9A dan ke atas mesti secara automatik mendapat bantuan kewangan dari kerajaan, saya harap kerajaan jangan pilih kasih. Seterusnya mengenai undang-undang kita, iaitu saya mendapati bukan sahaja undang-undang, tetapi taraf pengajian tinggi iaitu universiti tempatan kita, jangan salah faham rakan-rakan saya Yang Berhormat, saya tidak mengutuk atau memandang rendah terhadap semua universiti tempatan, tetapi apa yang kita kena ambil perhatian adalah standard universiti kita makin lama makin turun. Jadi, kita tidak boleh berbangga pada masa ini, kalau kita banding dengan taraf Universiti Malaya pada 20 tahun lalu. Pada tahap ini, kalau banding dengan 15 tahun atau 20 tahun lalu, tahap kita sudah amat turun. Mengapa? Ini harus diberi pandangan yang serius oleh kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih. Berkenaan dengan peruntukan untuk Kementerian Pengajian Tinggi seperti yang dibangkitkan oleh...
Apa ini?
Mencelah.
Mencelah? Sila.
Berkenaan dengan peruntukan tambahan untuk Kementerian Pengajian Tinggi, kalau kita tengok tadi, tambahan yang diminta iaitu sebanyak RM178 juta, berbanding dengan peruntukan asal yang telah diberi sebanyak RM8.8 bilion. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, Menteri Pendidikan Tinggi ada membuat kenyataan akhbar hari ini....
Saya peringatkan Yang Berhormat Telok Intan ada 10 minit. Jadi, bagi pencelahan banyak ni, kawan-kawan bercakap panjang lebar, habislah masa Yang Berhormat.
Okey. Peruntukan subsidi yang dinyatakan untuk pengajian tinggi setakat hari ini bernilai RM5.9 bilion. Jadi, kalau pengajian tinggi ini dilihat sebagai satu faktor yang penting dengan bajet tambahan, atau peruntukan tambahan, kenapa RM5.9 bilion ini yang telah dikatakan sebagai subsidi kepada IPTA gagal untuk melahirkan graduan yang berkualiti, yang marketable seperti banyak dibincangkan oleh Ahli-ahli Parlimen kita, Yang Berhormat sekalian, boleh bersetuju dengan perkara ini? Terima kasih.
Ya, saya setuju sebab ini adalah dasar pendidikan kita, bukan sahaja pengajian tinggi, tetapi dasar pendidikan di sekolah-sekolah di negara kita ini. Sebab saya harap sangat, menteri-menteri kita yang bertanggungjawab macam Menteri Pendidikan menumpukan perhatian beliau kepada menaikkan taraf pendidikan kita dari tahap sekolah-sekolah rendah dan menengah, bukan sibuk lambung keris di sana dan sini... [Dewan riuh] Saya minta sangatlah, kita punya standard education, dengan izin, pengajian tinggi ini, ia berdasarkan kepada pendidikan di sekolah rendah dan menengah. Budak-budak sekolah kita dari sekolah rendah dan menengah pergi ke institut-institut pengajian tinggi ini, kita kena ada penuntut-penuntut yang bagus pada dasarnya. Jadi, kita kena menumpukan perhatian kita kepada mengeluarkan anak-anak, murid-murid yang begitu cekap pada tahap sekolah rendah dan menengah, baru masuk ke universiti.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai, bidang belia dan sukan kita semua maklum bahawa taraf sukan kita amat rendah, seperti bola sepak, pada satu masa negara- negara seperti Korea dan Vietnam kita boleh bersaing dengan mereka. Akan tetapi, pada masa ini, saya fikir lebih kurang 150 tempat kita di dunia. Jadi, saya haraplah, kementerian akan mengambil langkah-langkah untuk mengadakan pengurus-pengurus, persatuan- persatuan seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia dikendalikan olah orang-orang yang profesional, bukan ahli-ahli politik yang sibuk dengan hal-hal lain. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, mengenai law reform dan tindakan polis baru- baru ini, saya harap polis akan lebih profesional dalam semua penyiasatan mereka di mana kalau seseorang saksi dipanggil untuk beri keterangan mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah, notis di bawah seksyen itu harus diserahkan secara peribadi kepada saksi atau suspect. Ini, sebelum ia diserah, mereka diberkas pula. Ini tidak profesional dalam pengendalian mereka, walaupun saya sokong tindakan polis untuk mengawal keselamatan negara, tetapi cara polis mengendalikan kerja mereka haruslah lebih profesional dalam pengendaliannya. Beberapa hari yang lalu kita telah menyaksikan polis membuat road block dekat Parlimen dan seluruh Bandar Raya Kuala Lumpur.
Masa Yang Berhormat sudah habis. Sila gulung Yang Berhormat.
Ini telah memberi satu gambaran yang kita dalam satu negara police state. Jadi saya harap pihak polis mengambil tindakan dan mengendalikan kerja mereka secara profesional. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Yang di-Pertua, Parit Buntar ingin turut sama untuk memberikan pandangan-pandangan dalam perbekalan tambahan ini. Saya akan mulakan dengan pepatah Melayu yang menggambarkan suasana yang sedang kita hadapi dalam negara kita, Malaysia yang tercinta ini iaitu yang telah diutarakan oleh semua wakil rakyat tidak kira daripada mana-mana parti mereka, ‘Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’. Saya kira itulah sebaik-baik ungkapan yang kita ucapkan khususnya dalam kita melalui saat-saat genting pada hari ini walaupun kita berbincang dengan berbagai-bagai pandangan dan pendapat kita untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi rakyat dan negara kita tanpa mengira mana-mana latar belakang parti yang diwakili. Dalam hal ini, saya ingin merakamkan, sebagai amanah kepada penderitaan yang dilalui oleh rakyat yang kais pagi makan pagi itu ialah keadaan pada hari ini yang paling mencabar kepada kerajaan ialah bagaimana memperjuangkan nasib golongan petani, pesawah, nelayan dan mereka yang bekerja mengharapkan belas ihsan daripada industri- industri yang ada pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan sebagai amanah pertemuan saya dengan warga kilang Nikko yang sudah di highlightkan di dalam media tentang bagaimana mereka telah dipecat. Hampir 1,000 anggota warga kilang yang dipecat. Walaupun Kementerian Sumber Manusia telah memberi jaminan bahawa mereka ini akan cuba menuntut untuk diberi gaji bulan ini, namun saya kira masalah itu adalah lebih besar daripada itu. Mereka datang bertemu dengan saya kerana sebahagian besarnya daripada Parit Buntar - lebih kurang dalam 400 warga kilang. Di sini saya ingin merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia dalam rangka perbekalan tambahan ini, perlulah ada kalau boleh peruntukan bagi kita menjangka bukan sahaja kilang Nikko yang akan menutup kilang dan yang memangsakan warga industri kilang tetapi saya yakin banyak lagi kilang yang akan mengalami masalah yang sama. Akhirnya yang akan menjadi mangsa ialah golongan warga kilang yang mereka terpaksa mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah kehidupan mereka ini.
Kedua ialah tentang nelayan. Saya masih merasakan bahawa subsidi kepada nelayan ini perlu dipertingkatkan, bukan hanya dengan pemberian RM100 kepada awak- awak yang mengikut bot-bot nelayan ataupun tambahan beratus ringgit daripada tangkapan mereka, tetapi yang utama ialah subsidi diesel. Ini adalah kerana mereka hendak ke laut untuk menangkap ikan dengan subsidi yang pada hari ini saya difahamkan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ialah sebanyak 1,800 liter untuk tahan selama sebulan. Namun pada hakikatnya, dengan realiti yang ada, ia hanya dapat bertahan 10 atau 15 hari sedangkan baki hari-hari yang lain mereka terpaksa menanggung beban yang tinggi untuk membeli diesel bagi mereka turun ke laut. Oleh itu, saya merakamkan semua ini sebagi sokongan daripada rintihan-rintihan yang telah diluahkan pada petang hari yang tidak ada orang mendengar ini, supaya dirakamkan dalam Dewan yang mulia ini hasrat kita untuk memperjuangkan kepentingan dalam tambahan perbelanjaan sebanyak RM20 bilion ini, kalau boleh biarlah sasaran terhadap golongan ini tercapai dan bukan hanya seperti yang disebut retorik. Walaupun ada di sana tanggapan bahawa mungkin kita menggunakan kaedah dengan penstrukturan semula subsidi ini maka kita hanya mengalami sekali sahaja masalah dan kemudian kita dapat terus berjalan. Itu satu teori dan pandangan yang telah pernah disebut oleh Yang Berhormat Batu Pahat dalam petikan rencana yang ditulis oleh pakar ekonomi. Namun saya ingin juga menyebut dalam tulisan tersebut bahawa adalah penting dalam penstrukturan ini, target group yang akan menerima kesan utama daripada penstrukturan ini juga perlu ada satu data yang tepat, kena pada sasarannya. Kalau tidak seperti yang disebut, walaupun berbilion-bilion diperuntukkan tetapi saya takut tersasar dan tidak sampai kepada target group yang sebenarnya merekalah yang memerlukan bantuan-bantuan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai pelbagai pihak menyatakan bahawa penstrukturan subsidi ini baik untuk negara kita - saya setuju. Itu satu pandangan. Itu satu perspektif. Mereka juga mengatakan rakyat tidak selama-lamanya perlu bergantung pada subsidi pun saya bersetuju, tetapi soalannya, mengapa kita tidak merancang dengan lebih awal untuk kita mengambil model-model daripada negara pengeksport minyak yang dengan kekayaan minyak mereka menggandakan lagi perbendaharaan negara untuk meringankan beban rakyat. Contohnya di Norway, mereka mempunyai satu skim. Pada waktu yang sama mereka adalah negara yang kaya dengan minyak tetapi di sana ramai yang tidak menggunakan kereta kerana di sana untuk membeli sebuah kereta terlalu tinggi harganya. Inilah maksud saya, pendekatan kita terhadap masalah yang kita hadapi ini perlu holistik dan tidak hanya melihat kepada satu aspek kemudian kita terus meletakkan tanggapan kita dengan cara inilah satu-satunya kita dapat selesai, sedangkan kita tidak melihat tanggapan secara menyeluruh cara untuk menyelesaikan masalah. Saya tidak mahu kita ini menjadi fire fighting, ada masalah kita pergi sini, ada masalah kita pergi sana, itulah kerja kita tanpa satu perancangan yang baik. Oleh itu saya ingin bertanya dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 ini tentang peruntukan sebanyak RM91 juta bagi melaksanakan program baru biasiswa. Saya kira ini adalah satu yang baik kerana ia dapat memberi galakan kepada pelajar-pelajar kita yang mendapat 9A ke atas tanpa kita melihat daripada mana mereka ini. Namun begitu saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah statistik tentang golongan pelajar yang mendapat 9A ini supaya biarlah peruntukan sebanyak RM91 juta ini benar-benar sampai kepada mereka seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi, kita tidak mahu peruntukan yang besar ini dengan peningkatan pelajar yang mendapat 9A ini tidak sampai kepada sasarannya. Kedua ialah tentang Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Difahamkan bahawa peruntukan sebanyak RM14.5 juta di peruntukan dalam perbekalan tambahan ini bagi Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Saya rasa bajet yang begitu besar, kalau sekadar kita meletakkan poster ataupun banner ataupun sekadar buat iklan TV tetapi tidak ada di sana kesan, tidak ada di sana contoh, tidak ada di sana suasana, tidak ada di sana suatu environment yang kondusif, dengan izin supaya lahirnya nilai-nilai yang murni ini, maka saya minta supaya peruntukan sebanyak RM14.5 juta ini
betul-betul memberi kesan dan impak. Bukanlah contohnya, kalau kita di dalam Dewan yang mulia ini, dalam suasana kita berdebat, kadang-kadang kita tersasar, kadang-kadang kita tergelincir dengan kata-kata dan tindakan kita, saya kira kitalah yang memberikan contoh yang buruk kepada rakyat dan kempen Nilai-Nilai Murni ini, rakyat akan gelak sahaja kerana mereka tengok kita di sini pun lebih kurang dua kali lima sahaja.
Masa Yang Berhormat sudah habis, sila gulung.
Oleh itu kita minta supaya biarlah peruntukan sebanyak RM14.5 juta dalam Kempen Budi Bahasa ini betul-betul dapat melahirkan satu masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai budi bahasa yang sebenarnya. Akhirnya saya ingin membuat kesimpulan bahawasanya semua yang kita hadapi hari ini perlu kita lihat sebagai rakyat Malaysia dan saya mohon kepada semua wakil rakyat, janganlah semata-mata pandangan ini datang daripada pembangkang maka semuanya ditolak.
Seperti mana kalau boleh pandangan-pandangan daripada pihak kerajaan. Kalau betul maka dibincangkan bersama. Kita tidak mahu berada di dalam keadaan bergaduh sesama kita dan menggadaikan kepentingan yang lebih besar untuk rakyat. Ini tidak akan berlaku jika kita masih mengamalkan politik sempit sesama kita yang menganggap pembangkang semuanya salah, yang menganggap juga bahawa yang kerajaan buat semua tak betul. Perlu ada satu mekanisme untuk kita cari penyelesaian untuk masa depan dan kepentingan negara yang kita cinta. Sekian, saya ucapkan terima kasih.
Saya menghargailah ucapan Yang Berhormat, hanya Norway 48% personal income tax Yang Berhormat. Saya mempunyai banyak keluarga di Norway. Tak semuanya elok. Sila Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk mengenai subsidi gas asli, diesel dan petrol berjumlah RM10 bilion berikutan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa dan sebanyak RM5 bilion lagi untuk menampung bayaran rebat tunai kepada rakyat Malaysia, yang memiliki kenderaan sendiri berikutan tindakan kerajaan menaikkan harga jualan runcit petrol dan diesel dikuatkuasakan 6 Jun 2008. Tuan Yang di-Pertua, rakyat seperti mana yang kita maklum mengeluh panjang berikutan harga runcit petrol dan diesel kerana kenaikan mendadak dari RM1.92 bagi petrol kepada RM2.70 seliter. Sungguh membebankan walaupun kerajaan mengambil langkah membayar rebat tunai. Mengikut pandangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam program debat malam kelmarin bahawa kerajaan boleh mengurangkan lagi pada harga 50 sen. Menjadikan rate RM2.20 seliter atas alasan yang beliau diberikan adalah wajar kerana jika kerajaan berhemat berbelanja termasuk mengurangkan capacity reserve, tenaga yang diberikan kepada IPP. Maka penjimatan yang boleh dilakukan boleh membantu mengurangkan beban rakyat. Pengumuman kelmarin bahawa Petronas mendapat keuntungan bersih RM61 bilion menjadi bukti bahawa kerajaan boleh mengambil sebanyak RM1 bilion hingga RM2 bilion untuk menampung langkah menurunkan harga 50 sen lagi. Tuan Yang di-Pertua kenaikan harga petrol dan diesel telah membawa kepada kenaikan harga barang keperluan, makanan dan perkhidmatan. Rakyat sudah berasa keperitan hidup akibat keadaan ini. Langkah yang diperkenalkan kerajaan untuk mengurangkan kos import makanan dan menggalakkan pengeluaran makanan sendiri adalah langkah yang memakan masa untuk mendapat hasil. Itulah jika berjaya. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi bayaran rebat hendaklah meliputi kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat terutama yang mempunyai turnover
tahunan yang kecil. Walaupun syarikat bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi kos pengangkutan yang tinggi mula dirasai oleh pengusaha dan peniaga menyebabkan mereka menyerap kos pengangkutan dalam harga barangan dan perkhidmatan mereka. Satu golongan yang kita tidak boleh meminggirkan rakyat yang tidak ada kenderaan harus membantu lebih banyak berbanding dengan golongan yang memiliki kenderaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan membangkitkan masalah pembangunan tanah lereng bukit di Bukit Ceylon yang telah dibenarkan oleh DBKL untuk membangunkan projek ini adalah usaha sama antara UM Land Berhad dan MMC untuk membangunkan 17 tingkat bangunan. Tanpa ada papan tanda untuk mempamerkan tajuk projek ini, dan lagi satu projek yang membina tiga blok 43 tingkat kondominium di Jalan Ceylon hanya 30 meter jauh dari tapak projek yang saya sebut tadi. Saya musykil bagaimanakah DBKL boleh membenarkan dua projek yang raksasa di tempat kediaman. Selama ini ialah satu kawasan diklasifikasikan sebagai kawasan low density, dengan izin. Dan juga Istana Pahang yang terletak di dua projek sebelah. Para penduduk telah datang mengadu kepada saya selaku wakil rakyat di kawasan tersebut bahawa aduan dan bantahan mereka kepada DBKL tidak diambil berat oleh Datuk Bandar. Tuan Yang di-Pertua, para penduduk bimbang bahawa mereka terdedah satu lagi tragedi Highland Towers yang pernah berlaku di Hulu Klang berbelas tahun lalu. Jika usaha memberhentikan projek berisiko tinggi gagal dilakukan. Tuan Yang di-Pertua kita wajar ingat bahawa Hutan Simpanan Bukit Nanas yang melibatkan Bukit Ceylon ialah satu kawasan seluas 26 hektar.
Yang Berhormat, Segambut bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?
Habis nanti, yang kaya dengan fauna dan flora yang satu-satunya tinggal di pusat bandar raya Kuala Lumpur. Hutan Simpan Bukit Nanas yang diwartakan sejak 1906 terselamat dari kerakusan pemodenan selama ini dan saya bimbang Bukit Ceylon bakal musnah jika tidak ada langkah menyelamatkan dilakukan segera dengan memberhentikan atau menarik balik perintah pembangunan yang di lulus oleh DBKL. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bintang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, setuju tak Yang Berhormat Bukit Bintang bahawa Datuk Bandar DBKL kontrak beliau akan ditamatkan pada hujung tahun ini. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bukit Bintang kerajaan tidak sepatunya memperbaharui kontrak beliau. Memandangkan beliau sepanjang masa ini sebagai Datuk Bandar agaknya selama setahun setengah lebih dia telah pergi ke luar negara sebanyak 15 kali. Pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Segambut. Saya mencabar Datuk Bandar supaya meletakkan jawatan jika enggan menyelamatkan hutan simpan. Memberhentikan semua projek kawasan ini supaya hutan simpan tunggal di pusat bandar raya Kuala Lumpur diselamatkan. Tuan Yang di-Pertua saya ingin merujuk pengurusan dan pembangunan komuniti di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang memohon kelulusan peruntukan sebanyak RM20,600,000 juta untuk membiayai peluasan kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela bagi tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita bercakap untuk memperluaskan kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela ke kawasan baru. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Rukun Tetangga yang ada sekarang terutama di Kuala Lumpur, kebanyakan pondok sudah buruk malah ada yang dirobohkan dan tapak diambil oleh pihak lain. Jawatankuasa tidak berfungsi dan pondok-pondok disalah guna. Bukan sahaja kita melihat pondok Rukun Tetangga tidak dibuka, ahli jawatankuasa entah ke mana, malah tiada aktiviti yang dijalankan untuk membolehkan penduduk-penduduk berkumpul, bermesra dan mendapatkan pertolongan tetapi tiada langsung kegiatan rondaan sukarela yang dilakukan. Sebab itu salah satu punca peningkatan pelbagai kes jenayah dalam satu-satu kawasan ialah ketiadaan Rukun Tetangga, rondaan sukarela dan golongan penduduk yang
prihatin. Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, negara kita bebas dari ketidaktenteraman awam tetapi di bandar-bandar besar masalah jenayah, pengedaran dan pengagihan najis dadah, maksiat masih berleluasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati seolah-olah jabatan yang bertanggungjawab tidak begitu bersemangat untuk menarik dan menggalakkan setiap golongan rakyat melibatkan diri di dalam Rukun Tetangga dan kawasan serta menjalankan rondaan sukarela di kawasan masing-masing. Saya mendapati di setiap kawasan terdapat persatuan penduduk masing-masing yang mana dapat menyatukan semua penduduk dengan menjadi ahli persatuan dan dikenakan bayaran yuran berpatutan. Persatuan penduduk nampaknya lebih aktif dari Rukun Tetangga sendiri. Saya ingin mencadangkan supaya digubal peraturan untuk ahli-ahli persatuan penduduk ini diberi peranan untuk melaksanakan aktiviti Rukun Tetangga serta rondaan sukarela dengan syarat mengadakan peruntukan untuk persatuan masing-masing. Sebenarnya tidak perlu di dalam sesuatu kawasan mempunyai banyak organisasi seperti persatuan penduduk, Rukun Tetangga, RELA dan sebagainya yang dipimpin oleh sama ada orang yang sama ataupun berlainan sedangkan ini menyusahkan jawatankuasa kerana terpaksa menggunakan pelbagai organisasi walhal ia boleh dibuat dengan hanya mengadakan persatuan penduduk sebagai badan induk yang boleh mengatur aktiviti kemasyarakatan dan rondaan sukarela. Kita hendaklah memastikan bahawa mereka yang tidak mencari kepentingan diri haruslah dipilih menerajui tugas-tugas itu. Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya jabatan memperkembangkan tahap..
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.
Sedikit, sedikit lagi.
Habiskan itu ya.
Melihatkan satu-satu persatuan penduduk dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan rondaan sukarela, apa insentif yang pernah diberikan kepada Rukun Tetangga maka haruslah sama diberikan kepada persatuan penduduk. Kelemahan kerajaan hari ini ialah menyediakan prasarana dan kemudahan untuk orang awam tetapi kebimbangan untuk membangkitkan ketenteraman orang awam melalui kerja-kerja sukarela telah berkurangan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Gelang Patah.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menambahkan bantuan kewangan kepada OKU serta penjaga mereka. Salah satu syarat pemberian subsidi kepada OKU ialah mereka harus bekerja sampingan atau masih diupah oleh majikan. Saya memahami cadangan ini adalah baik untuk para OKU tetapi dalam keadaan sebenar, bukan semua OKU berjaya mendapat kerja. Mereka bukan enggan bekerja tetapi tiada majikan yang mahu menerima mereka. Selain itu kecacatan mereka bukan sahaja menyusahkan mereka dalam pencarian kerja tetapi juga menyekat mereka dalam pemilihan pekerjaan. Oleh itu, saya menyeru pihak kementerian haruslah lebih fleksibel dalam pemberian subsidi bantuan ini. Kementerian harus memahami kesusahan OKU serta menghulur bantuan kepada mereka walaupun mereka tidak mematuhi syarat-syarat tersebut.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong Yang Berhormat Silam mengenai bantuan kewangan kepada pihak OKU, keluarga miskin atau warga emas kerana saya sering dapat aduan daripada mereka tentang kelewatan menerima bantuan kewangan. Kadangkala kelewatannya boleh sampai tiga atau empat bulan dan ia telah menimbulkan kerumitan kehidupan mereka. Saya berharap pihak kementerian memberi perhatian dalam perkara ini mengambil tindakan yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi mengenai masalah keciciran. Masalah keciciran merupakan masalah yang paling ketara berlaku di setiap sekolah menengah. Satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran menunjukkan kemiskinan bukan faktor utama pelajar di negara ini tercicir daripada sistem pendidikan. Saya berpendapat bahawa faktor utama keciciran pelajar ialah mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar atau ketiadaan minat untuk belajar kerana menghadapi masalah dalam bahasa. Didapati sebanyak 67.5% pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran mereka manakala 31.3% lagi tidak berminat untuk belajar. Pelajar yang lemah dalam akademik selalu berasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan. Ini mungkin peningkatan kadar keciciran bagi pelajar. Aktiviti pembelajaran yang melibatkan kerja-kerja berpasukan dan interaksi sosial kreatif harus dijadikan modul pengajaran kepada pelajar yang lemah dalam akademik. Saya berharap pihak kementerian dapat menambah dan memperkenalkan pendidikan aliran vokasional lebih awal di peringkat sekolah menengah bagi mengatasi masalah keciciran 83,000 pelajar dari sekolah rendah hingga tingkatan lima dalam sistem persekolahan di negara ini. Langkah ini bagi membolehkan pelajar yang tidak berminat dengan pendidikan akademik meneruskan pengajian mereka dalam bidang latihan vokasional. Pendidikan aliran vokasional haruslah ditingkatkan kualiti dalam tenaga pengajar dan bahan pengajaran supaya dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir dan boleh bertanding dengan pekerja di negara maju. Dengan memiliki kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka mudah memperoleh pekerjaan. Kes jenayah akan menurun kerana mereka tidak mudah cenderung terlibat dalam jenayah atau menyalahgunakan dadah. Selain itu sekolah menengah boleh bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir. Sekiranya MLVK dapat dipupuk di peringkat sekolah menengah, saya percaya ia dapat memperkembangkan sumber tenaga mahir dengan menyediakan peluang dalam peningkatan kemahiran dan kerjaya.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi saya ingin menyentuh mengenai projek poliklinik baru di Taman Universiti Skudai iaitu di kawasan saya. Pihak Kementerian Kesihatan telah meluluskan projek pembinaan ini pada Jawapan Lisan tahun 2006 dan projek ini telah menyerahkan kepada pihak Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan pembinaannya. Memandangkan telah hampir satu tahun projek pembinaan ini masih belum dimulakan, maka saya ingin tahu bilakah projek pembinaan poliklinik ini akan dimulakan. Saya berharap dapat tarikh yang tepat dan dengan ini saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Ya. Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bahas dalam satu akta menggunakan sejumlah wang dari kumpulan yang disatukan iaitu untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada B.28 iaitu Kementerian Pengangkutan. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berhubung dengan kedudukan AirAsia dan MAS. Kalau kita lihat permintaan yang dibuat oleh AirAsia
menerusi penerbangan daripada Kuala Lumpur, sektor Kuala Lumpur ke Singapura iaitu sebanyak dua kali seminggu. Ini hanya boleh dilaksanakan selepas tahun 2009 nanti. Namun, apa yang didapati sekarang, AirAsia telah meminta lebih penerbangan kepada kedua-dua sektor ini seolah-olah mencuri sedikit business yang selama ini dimiliki oleh syarikat penerbangan yang 60% ataupun 65% dimiliki oleh kerajaan. Oleh itu, kita minta Kementerian Pengangkutan dalam hal ini untuk memastikan road dapat dikawal sepenuhnya oleh Menteri Pengangkutan sekarang dalam memastikan bahawa kedudukan harga lama ataupun old price hasil daripada kenaikan minyak ini dalam perniagaan yang begitu mencabar ini, maka kita minta Kementerian Pengangkutan memastikan bahawa syarikat milik kerajaan ini dapat terus berjalan lancar tanpa saingan daripada sebuah syarikat penerbangan yang terdapat di dalam negara kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik tentang...
[Bangun]
Baru hendak mula mukadimah. Tidak apalah, Yang Berhormat Rasah sebab kawan, bagilah.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau pun kawan baiklah.
Tetapi ingat Yang Berhormat, masa hanya 10 minit Yang Berhormat.
Saya hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Arau. Adakah Yang Berhormat tidak yakin kepada pengurusan MAS untuk bersaing dengan AirAsia? Kerana hujah daripada Yang Berhormat Arau seolah-olah masih hendak melindungi MAS ini dan tidak dibukakannya kepada persaingan. Adakah Yang Berhormat tidak yakin dengan daya saingan MAS? Minta penjelasan.
Yakin Tuan Yang di-Pertua dengan pengurusan MAS. Ini kerana daripada pengurusan yang baru inilah kita melihat MAS telah dapat menapak, telah membuat keuntungan hasil daripada kerugian yang dihadapi sejak sekian lama, hasil daripada penstrukturan yang dibuat oleh pengurusan baru, kita lihat MAS telah mencapai keuntungan tidak seperti beberapa tahun yang lalu. Cuma yang pasti di sini, laluan ini sudah lama dimiliki oleh MAS. Sudah tentu kalau laluan ataupun road ini dimiliki oleh MAS. Ianya tidak harus ada kacau ganggu daripada syarikat penerbangan lain dan apatah lagi syarikat penerbangan ini bukan milik kerajaan. Bukan soal perlindungan di sini tetapi kita minta Kementerian Pengangkutan atau Menteri Pengangkutan yang mempunyai kuasa dalam hal ini membuat pertimbangan yang seadilnya untuk mempertahankan apa yang telah dimiliki oleh MAS sejak sekian lama dalam menguasai industri penerbangan di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik tentang double track iaitu pembinaan terutamanya yang mengambil peruntukan jumlah yang begitu besar daripada sektor Padang Besar ke Ipoh misalnya, yang melibatkan jumlah peruntukan RM12.6 bilion kalau tidak silap saya. Dengan jumlah yang begitu besar, kita mahu pihak kerajaan merancang perancangan-perancangan susulan hasil daripada pelaksanaan double track ini. Terutamanya double track yang ada menerusi Padang Besar ke Butterworth atau ke Ipoh ini rata-ratanya akan digunakan untuk tujuan pengangkutan. Sebab itulah dalam masa kita membuat dua railway ataupun double track ini dengan kos yang begitu tinggi. Rancangan susulan supaya kita tidak mengalami masalah ataupun projek ini akan berada dalam keadaan yang tidak dapat diutilizekan sepenuhnya. Maka sudah tentu ICD ataupun Depot perlepasan darat yang terdapat di Padang Besar yang selama ini dikendalikan oleh Multimodal Freight ini, perlu dinaikkan taraf dan diberi nafas baru. Ini kerana saya difahamkan masih terdapat tanah yang berhampiran dengan kawasan sempadan. Kelewatan kita membuat keputusan dalam kita upgradekan, memastikan bahawa ICD di Padang Besar ini dapat dinaikkan taraf dalam keadaan sebagai ICD yang bertaraf antarabangsa. Ini menyebabkan beberapa perniagaan yang sepatutnya
direbut oleh KTM dan juga Multimodal Freight telah ‘lari’ ke tempat lain. Di mana kerajaan Thailand telah mengambil keputusan hasil daripada kelewatan kita membuat keputusan ini, mereka telah membina jeti-jeti ataupun long site mereka sendiri untuk mereka mengeksport barang iaitu menggunakan pelabuhan kita, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang sebagai federal ring port, dengan izin. Maka, mereka tidak lagi menggunakan kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh negara kita. Disebabkan itulah dalam masa kita memperuntukkan peruntukan yang besar dalam double track ini, kita juga perlu memikirkan perancangan susulan yang kita fikirkan kita harus dibuat bersama. Ini kerana, kita tidak mahu pada masa kita membina lebuh raya, kita tidak memikirkan soal telekomunikasi, perhubungan yang juga merupakan sesuatu yang amat penting. Selepas lebuh raya siap, barulah kita merancang untuk membuat menara-menara ataupun tower di sepanjang lebuh raya berkenaan bagi memastikan coverage yang juga dapat digunakan oleh pengguna-pengguna lebuh raya berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik tentang perkara yang juga cukup penting tentang sektor automatif negara. Kita melihat pada tahun 2006, terdapat kejatuhan dalam penjualan kereta Nasional kita iaitu Proton Saga. Namun, selepas Pengarah Eksekutif baru dilantik yang di bawa masuk, yang diambil daripada Syarikat Perodua Sdn. Bhd., kita lihat Proton telah bertukar wajah. Walaupun pada masa ini kita tidak dapat rakan kongsi yang sepatutnya bersama-sama dengan kita untuk kita mengetengahkan kereta kebanggaan negara ini di peringkat antarabangsa. Maka kita lihat apabila kita sukar untuk mendapatkan rakan kongsi, kita masih lagi mampu bersaing, kita masih lagi mampu mengeluarkan model-model baru, kita masih mampu bersaing di pasaran dan masih lagi dalam galakan eksport. Kita melihat sehingga tahun kewangan 31 Mac 2006 yang lalu, Proton telah mencatatkan keuntungan RM162 juta. Jadi, walaupun Pengarah Eksekutif ini dapat membuat perubahan terutamanya dalam peningkatan perolehan, kawalan kos yang lebih baik, penambahbaikan kualiti, kecekapan operasi yang lebih tinggi untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan. Akan tetapi dalam masa yang sama kita harus melihat bahawa persaingan apabila akta ini akan dijalankan tidak lama lagi, kita harus mempunyai rakan kongsi terutamanya mereka yang telah mempunyai R&D yang cukup baik dalam industri automatif ini. Disebabkan itulah, dalam hal ini walaupun Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan hasil bekerjasama kita dengan Agusta penjualan share kita telah menyelamatkan kita daripada kerugian yang begitu banyak. Itu adalah satu langkah yang baik. Akan tetapi kesukaran kita untuk mendapatkan rakan kongsi dalam tempoh yang terdekat ini, saya merasakan adalah sesuatu yang amat kita perlu mengambil tindakan segera. Ini kerana kita tidak mahu satu masa nanti kalau Proton kita tukar, bawa kereta Nasional ini kita alih kepada Perodua dan Proton ini mungkin akan berperanan sebagai kilang memasang assembler semata-mata. Seperti mana yang berlaku kepada Syarikat Astra di Indonesia yang bertindak memasang kereta-kereta daripada Syarikat Toyota dan diberi nama Kijang di Indonesia.
Dalam hal ini walaupun kita sudah ada pengurusan yang telah membuat perubahan baik, biarlah pihak kerajaan memastikan bahawa ianya terus dikawal. Kita tidak harus ada lack of controlling dalam hal ini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua untuk pastikan dalam saat ini, dalam masa ini, kita sebenarnya telah mendapat satu keadaan yang mana kita dapat bersaing hasil daripada kita tidak mempunyai rakan kongsi tapi kita masih mampu dapat bersaing dalam pasaran terbuka seperti syarikat-syarikat automotif yang lain. Kita rasa bangga sebenarnya. Saya menonton sebuah filem dalam HBO di hotel ketika berehat-rehat, apabila sebuah kereta polis di bandar kecil di London menggunakan kereta Proton sebagai kereta rasmi mereka. Ini merupakan sesuatu yang cukup membanggakan.
Betul ke tu?
Ini betul. Bermakna kalaulah ini diberi perhatian oleh kerajaan, jadi dalam hal ini kesilapan kita untuk tidak silap mencari kawan ataupun rakan kongsi ini sebenarnya mesti di bawah pengawasan dan pengawalan kerajaan. Tuan Yang
di-Pertua, perkara yang seterusnya saya ingin bangkitkan tentang kemalangan jalan raya. Masih lagi dalam...
Masa dah habis Yang Berhormat.
Dah habis? Sekejap saja Tuan Yang di-Pertua sebelum saya touch down. Kemalangan jalan raya ini berlaku dalam keadaan kita ada sistem lebuh raya yang begitu hebat. Rangkaian lebuh raya kita yang kalau dilihat merupakan di antara yang terbaik di Asia tapi 6000 kematian bukan melambangkan sistem ini telah mencapai satu perkara yang membanggakan selain dia ada nilai tambah yang harus diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Contohnya kita harus ada sistem kamera pengkomputeran automatik di sepanjang lebuh raya. Sistem kamera ini harus dipasang di sepanjang lebuh raya. Kalau kita di tempat-tempat, di lampu-lampu isyarat, di tempat-tempat yang sering berlaku kemalangan kerana sistem ini sebenarnya secara tidak langsung boleh menolong untuk kita mengatasi masalah yang merupakan masalah di antara masalah berat yang kerajaan harus menambah peruntukan bagi memastikan perkara ini dapat diatasi dengan kadar yang segera. Walaupun undang-undang telah pun dibuat, pelbagai peraturan dibuat begitu ketat, denda yang dikenakan begitu tinggi tetapi pengguna-pengguna kita apabila mereka melihat soal tanggungjawab di jalan raya ini masih dalam keadaan peringkat yang memerlukan bimbingan, penguatkuasaan yang amat kuat daripada pihak kerajaan.
Baik, baik Yang Berhormat.
Jadi saya patuh dan akur kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Saya mohon menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Tuan Yang di-Pertua, subjek pertama yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan orang kurang upaya. Bilangan orang kurang upaya di Malaysia dianggarkan sekurang-kurangnya 1% daripada bilangan penduduk. Sebenarnya menurut dengan izin, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, 10% daripada jumlah penduduk di sesebuah negara adalah terdiri daripada orang kurang upaya. Dengan erti kata lain, keseluruhan golongan orang kurang upaya di Malaysia mencecah 2.8 juta orang. Sebagai sebuah kerajaan yang membela nasib rakyat, adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa golongan OKU adalah terlibat dalam pembangunan negara dan mereka tidak akan dipinggirkan, dieksploitasi atau didiskriminasikan. Untuk membolehkan OKU menikmati kesejahteraan hidup yang lebih sempurna dan bermakna, peluang yang sama dalam pekerjaan adalah amat penting. Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pendaftaran secara online dan manual. Sehingga Mac 2007, sistem ini telah mendaftarkan seramai 9,070 orang dan telah berjaya menempatkan seramai 6,799 orang dalam sektor pekerjaan. Selepas 15 bulan iaitu setakat 30 Jun tahun ini, seramai 9,921 orang OKU telah berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan 7,104 orang telah berjaya ditempatkan dalam pekerjaan. Dengan erti kata lain, sistem pendaftaran ini hanya berjaya menempatkan lebih kurang 20 orang OKU dalam sektor pekerjaan dalam satu bulan. Jumlah ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan OKU di Malaysia. Adalah jelas sekali bahawa sistem pendaftaran ini bukan satu kaedah yang berkesan untuk membela nasib OKU dan mengatasi masalah pengangguran di kalangan mereka. Memandangkan Kementerian Sumber Manusia tiada rancangan untuk mensyaratkan majikan menyediakan pekerjaan
wajib untuk OKU, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penempatan pekerjaan bagi OKU yang tidak mampu berniaga. Menurut kertas Konsep Guru Kurang Upaya Cemerlang Pendidikan Khas 2006 yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan telah komited untuk menyediakan 1% daripada jumlah jawatan kepada OKU dan tanggungjawab ini adalah dipikul oleh Kementerian Sumber Manusia. Jadi soalan saya, apakah bilangan OKU yang telah diupah oleh kerajaan setakat ini. Pada tahun 2007, Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan satu geran bantuan yang diberi nama Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Tujuan geran bantuan ini diwujudkan adalah untuk bantu pengusaha OKU membantu OKU yang lain mendapat pekerjaan. Soalan saya, sehingga hari ini berapakah pengusaha OKU yang telah memohon geran bantuan ini? Berapakah pengusaha OKU telah memberi geran skim bantuan ini? Apakah jumlah geran yang telah diberi kepada pengusaha OKU sama ada Kementerian Sumber Manusia berkeyakinan bahawa skim tersebut akan mencapai segala objektif yang dihasratkan. Saya minta maklumat daripada menteri berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, sejak harga petrol dinaikkan secara begitu drastik, penggunaan-penggunaan pengangkutan awam telah bertambah. Walaupun Menteri Pengangkutan pada 9 Julai 2008 telah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa RapidKL telah memperoleh 1130 bas baru semenjak tahun 2006 bagi menambahkan laluan baru dan meningkatkan perkhidmatan yang sedia ada. Bilangan bas yang membekal perkhidmatan di seluruh negara adalah amat tidak mencukupi. Saya baru menerima sepucuk e-mel daripada penduduk di kawasan saya. Beliau tinggal di Taman Serdang Raya. Menurut e-mel beliau, bas-bas yang pergi ke kawasan perumahan beliau adalah bas Metro yang bernombor 17 dan 18 sahaja. Bas-bas tersebut pergi ke Serdang Raya dan juga pergi ke UPM tetapi tiada bas yang pergi ke stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang hendak pergi ke stesen LRT Bukit Jalil terpaksa memakai kenderaan sendiri ataupun teksi. Ini adalah salah satu contoh sahaja yang membuktikan bahawa kekurangan bas yang berkhidmat di seluruh negara untuk meringankan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di daerah Klang Valley. Kita harus menggalakkan rakyat kita untuk menggunakan pengangkutan awam tetapi polisi sebegini tidak akan berjaya sekiranya kualiti dan kuantiti bas tidak dinaikkan. Saya ingin tahu sama ada kajian telah dibuat oleh kerajaan untuk mendapatkan bilangan bas yang diperlukan dan sekiranya ada, apakah rancangan kerajaan untuk memenuhi keperluan tersebut. Selain daripada itu, perkhidmatan bas perjalanan panjang juga adalah amat kurang memuaskan. Sekiranya kita hendak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan bas perjalanan panjang, kita harus memastikan bahawa bas- bas tersebut akan bertolak tepat masa dan perhentian bas adalah cukup selesa. Akan tetapi hakikatnya adalah bas-bas perjalanan panjang terutamanya bas-bas perjalanan panjang di Puduraya jarang bertolak tepat masa. Coach di Puduraya tidak bertolak mengikut jadual masa.
Mereka hanya akan bertolak apabila coach penuh dengan penumpang. Banyak coach di Puduraya enggan bertolak sekiranya bas itu tidak penuh walaupun sudah sampai masanya. Ini adalah pengalaman peribadi saya. Saya pernah duduk di dalam bas itu dan menunggu selama satu jam. Saya ingin bertanya, apakah peratusan larian yang mengikut jadual dan cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Tambahan pula keadaan Perhentian Bas Puduraya juga adalah kurang memuaskan. Adalah jelas sekali bahawa perhentian tersebut adalah terlalu kecil sampai tidak dapat memuatkan bas-bas perjalanan panjang. Saya ingin bertanya, apakah rancangan kerajaan untuk menyediakan satu perhentian bas yang lebih selesa untuk semua pengguna bas. Saya berharap kerajaan akan mengambil perhatian terhadap isu-isu tersebut. Sekian saja, terima kasih.
Sebelah sini Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat.
Bismillahir rahmanir rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan mewakili rakyat Kedah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam sambutan Jubli Emas 50 tahun memerintah Negeri Kedah...
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan, pertama sekali berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Pada 9 Julai yang lalu, satu accident berlaku iaitu penerbangan Nuri ataupun helikopter Nuri terpaksa mendarat cemas berhampiran dengan rumah saya lebih kurang 100 meter dari rumah saya mengakibatkan rakyat Jerai semuanya terkejut melihat keadaan perkhidmatan Nuri yang dianggap amat lemah dalam mempertahankan negara. Namun, kementerian mesti melihat. Kalaulah kita merasakan tentera menjaga keselamatan negara, siapakah pula ingin menjaga keselamatan tentera. Maka baru-baru ini kita telah mendengar peristiwa tragedi kematian anggota tentera setelah helikopter Nuri jatuh mengakibatkan kematian. Kita harap Menteri Pertahanan menghentikan serta-merta dan bilakah pula menteri berkenaan mengizinkan perkhidmatan Nuri ini beroperasi sehingga berlaku seperti mana disebut sebentar tadi dan dengan ini saya mengharapkan kementerian hentikanlah perkhidmatan Nuri itu dengan mengganti helikopter yang lebih baru, lebih canggih bagi keselamatan tentera-tentera Malaysia dalam operasinya demi kepentingan nyawa tentera kita. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperuntukkan sehingga RM20 juta ingin melihat pembangunan di luar daerah. Sudah tentulah rakyat ingin melihat perkembangan ini. Maka dengan itu kita mengharapkan kementerian mestilah lebih telus dan ikhlas dalam melaksanakan pembangunan rakyat di luar bandar ini agar tidak berlaku pertembungan setelah mana kementerian telah menubuhkan jawatankuasa JKKP yang akan kita melihat bertembung terutama di lima buah negeri Pakatan Rakyat ini. Saya minta jangan jadikan isu JKKP ini menghalang pembangunan-pembangunan khususnya di luar bandar berkaitan di negeri Pakatan Rakyat kerana duit yang dibelanjakan bukanlah duit Barisan Nasional tetapi duit rakyat, dari rakyat, untuk rakyat. Kemudian mesti diagih sama rata tanpa mengambil kira negeri-negeri ataupun semangat kepartian semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran. Apa yang saya menerima makluman bahawasanya Kementerian Pelajaran di bawah bantuan OKU pelajar-pelajar harian telah dihentikan. Saya minta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Kementerian Pelajaran bersama-sama untuk menjayakan bantuan- bantuan pelajar OKU di sekolah harian yang telah dihentikan seketika ini. Kemudian saya merujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya menyebut kalimah kata-kata Umar R.A... [Bercakap dalam Bahasa Arab] “Ajarlah perempuan-perempuan kamu, wanita kamu dengan Surah An-Nur.” Di sana terdapat beberapa bab dan pengajaran-pengajaran berkaitan dengan kepentingan wanita, hal ehwal kehidupan wanita dan wanita merupakan anugerah Allah kepada golongan lelaki. Namun wanita di Malaysia ini telah didedahkan dengan berbagai- bagai isu-isu besar. Contohnya isu pelacuran, hamba pengiklanan, perdagangan tubuh, GRO dan sebagainya. Saya minta kementerian ini perlu melihat dan menyusun semula kehidupan wanita ini agar wanita lebih bertanggungjawab dan wanita dimuliakan seperti mana Allah memuliakan kaum wanita seperti Hawa. Jadi janganlah kita memperdagangkan tubuh badan wanita di semua sektor awam ataupun pengiklanan dan jadilah seperti Negeri Kelantan dan Negeri Kedah yang telah pun kita ubah suai. Walaupun iklannya melibatkan wanita, wanita menutup aurat yang memuliakan golongan wanita. Kita minta kementerian ini sekarang berbincang hal-hal perjawatan wanita saja, dan mengambil kira tentang keperibadian, taraf dan status wanita dimuliakan.
Wanita juga ibu kita, wanita juga melahirkan Rasul, wanita merupakan golongan yang paling dikehendaki oleh lelaki. Dan sebab itulah saya mengambil kira kementerian ini perlu mengkaji semula, pembangunan ini perlu diambil kira untuk melahirkan golongan isi rumah atau ahli keluarga masyarakat yang penyayang. Seterusnya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya menerima rungutan pelbagai isu subsidi minyak terutama daripada kalangan bas pekerja. Bas kilang difahamkan tidak mendapat subsidi minyak. Tidak seperti bas sekolah, bas ekspres, teksi dan seumpamanya sedangkan pengusaha bas kilang atau bas pekerja ini membawa pekerja-pekerja di kalangan rakyat jelata yang sememangnya akan memberi sokongan kepada ekonomi negara. Kemudian kita melihat sekarang di kawasan perindustrian Sungai Petani dan Perai. Kebanyakan pekerja-pekerja tempatan sebagai kontrak semata-mata seperti pekerja buruh asing. Pada mereka tidak ada pembiayaan SOCSO, KWSP dan seumpamanya. Kita minta Kementerian Sumber Manusia mengkaji semula agar mana janganlah menjadikan pekerja tempatan seperti pekerja-pekerja asing. Dilayan tidak seperti mana pekerja tempatan. Mereka juga menyumbang ekonomi dalam negara kita. Kemudian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperuntukkan begitu tinggi. RM29 bilion. Saya mohon agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini melihat semula baja yang disediakan oleh pihak MADA melihat sama, adakah baja semburan atau cecair keluaran MOA dan baja semburan tonik tanaman dan seumpamanya yang berlonggok-longgok di rumah petani-petani kerana petani tidak yakin dengan kualiti tersebut. Kita harap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan lebih serius untuk mengambil supaya diberi jaminan lebih baik. Paling tidaknya petani-petani dapat mengguna, tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membeli baja-baja luar...
[Bangun]
Terus sikit lagi saja. Kemudian saya merujuk kepada Kementerian Belia dan Sukan, kementerian yang dianggap paling baik, kementerian yang menjaga golongan muda... [Bercakap dalam Bahasa Arab] “Akal yang sempurna bermula dari jasad ataupun badan yang sihat.” Kementerian Belia dan Sukan mestilah betul-betul menggerakkan golongan muda ini. Golongan ini merupakan golongan yang penting bagi negara dan mengenal pasti kerosakan-kerosakan dan bersegera merawat dan memulihkan keadaan yang sedia ada terutamanya disebut oleh rakan-rakan tadi berkaitan dengan bola sepak tempatan, liga-liga tempatan dan juga aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri dan seumpamanya yang sudah tentulah memberi nama baik kepada negara sekiranya proses ini berjalan dengan baik, dapat melahirkan jaguh-jaguh bola sepak tempatan dan juga atlet-atlet di semua peringkat. Namun, perlu kita ingat apakah sesuai dengan jaminan RM1 juta kepada atlet-atlet ke Olimpik yang kita melihat satu angka yang cukup besar jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang juga turut memainkan peranan dalam sukan negara mereka. Namun kita tidak mahulah sekadar menjanjikan sebelum kita melihat kejayaan-kejayaan atlet negara kita tidak memuaskan. Jadi dengan harapan supaya kalaulah sekalipun mereka berjaya membawa pulangan warna pingat, apakah kali yang seterusnya RM2 juta pula jadi pertaruhan. Apakah ini satu tindakan yang bijak? Membelanjakan harta atau wang negara dalam bentuk tawaran-tawaran kepada atlet-atlet tempatan. Suka saya ingatkan kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, semalam kepergian Almarhum Datuk Ahmad Basri Akil yang merupakan individu besar dalam bola sepak tempatan dan juga bola sepak Negeri Kedah. Inilah satu contoh yang perlu diikuti oleh individu-individu yang menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia. Kita melihat bagaimana Almarhum tidak ada kepentingan politik dan kepentingan peribadi.
Beliau sentiasa mengkritik mana-mana yang melakukan kesilapan dan beliau juga merupakan anak tempatan yang berjaya mengharungi bola sepak tempatan dan juga negara. Pada zaman beliaulah pada tahun 1989 Pasukan Bola Sepak Kebangsaan berjaya mengharungi pingat emas pada Sukan Sea pada tahun tersebut. Ini sebagai contoh
Almarhum, sebagai tokoh untuk memajukan bola sepak dalam negara kita mahupun negeri Kedah. Kita minta kepada individu-individu Timbalan Presiden FAM mestilah mempunyai sikap yang lebih lunak terutama daripada lima buah negeri ini, yang sekarang sedang hebat pertarungan dalam Liga Piala Malaysia. Dan seterusnya kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kebudayaan merupakan satu pengenalan diri kita kepada dunia luar. Maka kita minta kementerian ini perlu jaga selamatkan budaya dan adat resam Melayu dan semua kaum di negara kita. Janganlah kita membiarkan budaya-budaya luar masuk, budaya punk, budaya yang boleh melabelkan kita, memperlihatkan kepada orang luar kepada kita seolah-olah Malaysia tidak mempunyai budaya. Kita sedang melihat pelbagai budaya sudah masuk meresap ke dalam golongan muda khususnya, dan kita minta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan supaya sentiasa memperkenalkan budaya baik budaya sopan-santunnya supaya anak-anak muda generasi kita...
Yang Berhormat, masa.
Okey, sedikit lagi, last. Akhir sekali saya suka menyebut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi tentang automotif, kereta Proton. Sebenarnya Proton berhadapan dengan isu yang tidak ada kualiti. Mungkin Ahli Yang Berhormat sekalian memakai Mercedes, kereta-kereta besar, tetapi kami yang pakai kereta Malaysia ini walaupun digunakan oleh pihak pembangkang, bank untuk loan sembilan tahun, tetapi hasilnya kita melihat setahun dua tahun kereta Malaysia sudah hilang kualitinya. Kita mengharapkan kementerian tersebut mengambil kira. Apa sudah jadi dengan Proton Tiara, Proton Juara, kesemuanya sudah hilang di permukaan bumi Malaysia ini? Apakah ini industri yang baik? Maka sebab itu kita jangan salahkan orang lain kalau rakyat memilih kenderaan luar sedangkan kita gagal dalam membawa cabaran kualiti kereta Proton itu sendiri.
Baik Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas keizinan ini.
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. I go straight to the point, dengan izin. Hari ini kita lihat di surat khabar Petronas, umumkan keuntungan bersih RM61 bilion dari Mac 2007 hingga 2008. Untuk pembayaran royalti seperti kepada negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu ialah jumlah RM4.8 bilion. Harga minyak naik sudah buat Sabahan sengsara dalam pocket, dengan izin dan susah hati. Keuntungan besar RM61 bilion ini melalui dari Sabah, Sarawak dan Terengganu. Royalti minyak untuk Sabah hanya 5%. Apakah kita boleh buat di Sabah dengan 5%? Itulah Sabah hingga sekarang masih miskin, kurang kemajuan dan menghadapi kemiskinan 20%. Selain itu Sabah juga penyumbang tertinggi dalam cukai COSS dari kelapa sawit RM berbilion. Petronas umum pembayaran RM67.6 bilion kepada Kerajaan Persekutuan. Itulah 44% dari jumlah pendapatan negara dalam setahun. Dari wang tersebut itu, berapakah jumlah wang sumbangan dari Sabah? Saya ingat banyak juga. Sebenarnya Sabah patut mendapat lebih banyak peruntukan dari Persekutuan untuk kemajuan dan membawa rakyat Sabah keluar dari kesusahan dan kemiskinan. Saya ingin mencadangkan di sini, untuk keadilan kepada semua pihak di Sabah, rebat tunai dan subsidi minyak petrol dan diesel perlu dinaikkan sebab keadaan jalan raya sangat teruk di Sabah dan kemiskinan tertinggi.
Sudah habiskah Yang Berhormat?
Saya minta jalan.
Belum habis Yang Berhormat?
Dia belum habis, saya mahu bantu sedikit.
Sudah habis.
Sudah habiskah?
Sudah habis.
Bagilah, Kota sama Kota. Yang Berhormat Kota Belud.
Berapa minit Tuan Yang di-Pertua?
10 minit Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya cuba habiskan dalam masa yang cepat ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada masalah tentang anak-anak remaja di Sabah yang berasal dari Sabah dan kini berada di Singapura. Dua tiga hari yang lalu, kita telah mendapat satu berita bahawa ada lebih kurang 70 orang anak-anak muda Sabah yang telah ditawarkan pekerjaan di Singapura oleh agensi-agensi pekerjaan di Malaysia ini. Mereka telah pergi ke Singapura dan akhirnya terlibat dalam kerja-kerja yang bukannya yang ditawarkan, iaitu dalam sektor hotel. Akan tetapi yang berlaku ialah mereka dipaksa untuk menjalankan kerja-kerja buruh kasar dan juga hamba seks kepada gadis-gadis dari Sabah ini. Ada lebih kurang 70 orang yang sekarang ini terperangkap dalam sebuah apartment yang telah sekian lama di sana, dan saya minta supaya Kementerian Sumber Manusia, kita minta, kita lihat di sini Kementerian Sumber Manusia minta RM100 juta supaya membuat satu penyiasatan terhadap agensi-agensi pekerjaan yang menawarkan kerja-kerja yang tidak wujud ini, ini amat penting. Saya minta juga supaya Malaysian High Commission di Singapura untuk menyiasat perkara ini, kerana ini melibatkan rakyat Sabah dan juga rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada B.31 - Kementerian Pelancongan. Saya dapati Tuan Yang di-Pertua kualiti pemandu pelancong ataupun tour guide di negara ini amat rendah sekali. Ini telah menjejaskan industri pelancongan, kerana saya ingin bercerita sedikit satu cerita di mana seorang hartawan atau jutawan yang datang ke negeri Sabah baru-baru ini yang menyamar menjadi pelancong biasa untuk melihat bagaimana keberkesanan dan kecekapan industri pelancongan di negeri Sabah untuk beliau melabur di negeri Sabah. Beliau mengambil satu tour group, tour plan, dengan izin, di mana tour itu bermula dari Kota Kinabalu sampailah ke Gunung Kinabalu. Selama perjalanan itu nampak gayanya pemandu pelancong itu tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku di persekitaran jalan raya dan sebagainya. Malah sejarah Gunung Kinabalu itu juga tidak dapat difahami secara cekap dan baik oleh pemandu pelancong ini. Jadi saya minta kalau boleh Kementerian Pelancongan, memberi sedikit penekanan kepada pemandu-pemandu pelancong ini dari segi training, dengan izin dari segi kecekapan mereka memberitahu tentang tempat-tempat yang menarik di kawasan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Kementerian Pengangkutan. Ada dua perkara yang saya hendak sentuh. Satunya adalah AirAsia dengan MAS ini iaitu perang harga. Tempoh itu saya bertanya kepada kementerian dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada waktu itu dengan mengatakan bahawa soalan saya tidak relevan kepada perang harga yang berlaku di antara MAS dan AirAsia. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau dengan perang harga yang berlarutan ini kita minta dan bertanya kepada kerajaan apa langkah kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan untuk memastikan keselamatan kapal terbang-kapal terbang ini, kerana kalau perang harga ini berterusan, tentunya syarikat-syarikat penerbangan ini mahukan kapal terbang ini sentiasa berada di udara dan untuk mengambil keuntungan yang lebih. Jadi saya tidak tahu, kadang-kadang saya khuatir juga kalau keselamatan ataupun penyelenggaraan kapal terbang-kapal terbang ini dikompromikan. Satu lagi saya hendak sentuh tentang Kementerian Pengangkutan ini ialah tentang double tracking. Tadi Yang Berhormat Arau bercerita tentang double tracking ini ataupun landasan berkembar. Kita akan berbelanja lebih kurang RM12.6 bilion untuk double tracking ataupun landasan berkembar ini. Saya minta kalau boleh kerajaan betul-betul memastikan landasan ini boleh digunakan pada masa yang akan datang, kerana kalau hanya digunakan untuk mengangkut kargo, saya rasa jumlah yang dibelanjakan ini begitu besar sekali.
Apa salahnya kalau kita minta supaya kerajaan memastikan spesifikasi trek ataupun landasan itu boleh menampung keperluan, contohnya kereta api elektrik, bullet train, yang masa akan datang. Saya difahamkan melalui sumber-sumber bahawa trek yang akan dibuat untuk double tracking ini tidak akan mampu digunakan untuk kereta api gerabak, bullet train ini. Jadi saya minta kerajaan untuk melihat semula sama ada RM12.6 bilion yang kita akan belanjakan ini dapat digunakan untuk teknologi yang masa akan datang yang akan kita introducekan dengan izin di negara kita. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan yang meminta lebih kurang RM39 juta. Saya ingin memberi cadangan, oleh sebab prestasi sukan kita ini begitu menurun sekarang ini, saya tercari-cari sebabnya dan mungkin salah satu caranya untuk kita menaikkan semula prestasi sukan ini ialah mungkin untuk melihat berfikir di luar kota. Saya dapati kebanyakan atlet kita, ahli-ahli sukan kita ini tidak mempunyai jati diri yang kuat. Bukan kerana mereka tidak mampu dari segi tenaga, otot dan sebagainya tetapi minda itu yang perlu diberi perhatian. Maka itu saya ingin cadangkan kalau boleh walaupun kita sentiasa menumpukan kepada jurulatih yang berwibawa untuk melatih atlet kita. Mungkin kita perlu berbelanja sedikit untuk menyediakan khidmat psikologi dan juga khidmat kaunseling kerana dengan ini pakar-pakar psikologi dan kaunselor ini mungkin boleh memberi semangat secara khusus kerana ini adalah bidang mereka, untuk menaikkan lagi taraf prestasi ahli-ahli sukan kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya selalu melihat pihak pembangkang seolah-olah tidak mahu prestasi negara kita, ekonomi negara kita ini tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara yang mundur. Kata mereka, mereka mahu supaya Malaysia ini dijudge, dibenchmarkkan dengan negara-negara yang lebih jauh lebih maju daripada kita.
Penjelasan.
Saya tidak ada masa, sekejap sahaja. Saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kita juga harus melihat, benchmark prestasi kita dengan negara-negara yang merdeka lebih kurang sama dengan mereka. Walaupun mereka ini mundur, kita perlu tahu di mana prestasi kita kerana dengan melihat prestasi negara-negara ini walaupun mundur sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita telah mencapai kejayaan.
Walaupun sementara saya bersetuju kita sentiasa mesti melihat Korea Selatan, Taiwan dan Singapura menjadi benchmark kita tetapi untuk berlaku adil kepada kerajaan ini, kita juga perlu melihat benchmark kita dengan negara-negara yang mundur yang sama- sama sebelum ini menjadi koloni British supaya kita dapat melihat kejayaan kita. Ini perlu supaya kita berlaku adil kepada kerajaan dan juga kepada parti-parti yang memerintah sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan program-program ataupun majlis-majlis kerajaan dalam hotel- hotel. Saya kira kerajaan perlu menimbangkan semula keputusan ini kerana ianya akan melibatkan banyak faktor. Contohnya dari segi employment dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak nampak apa beza sangat kalau kita menggunakan hotel dan juga dewan-dewan kerajaan kerana yang akan hanya membezakannya ialah sewa kerana kalau kita mengadakan majlis di dewan-dewan kerajaan juga kita akan terpaksa order, menempah makanan. Kalau ini berlaku, saya risau dalam masa yang terdekat ini, hotel-hotel ini akan mengurangkan employment ataupun pekerja mereka dan yang akhirnya mendapat risiko, mendapat kesannya ialah pekerja-pekerja, orang-orang muda yang bekerja di hotel ini. Jadi saya minta kerajaan supaya menimbang semula keputusan untuk tidak menggunakan khidmat hotel-hotel ini untuk mengadakan program-program kerajaan. Yang terakhir, saya tidak bersetuju dengan wakil rakyat atau Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu tadi mengatakan 5% negeri Sabah dianaktirikan dan sebagainya, 5% royalti minyak dan sebagainya. Saya selalu mengatakan saya mahu tahu perancangan daripada parti Pakatan Rakyat. Apakah dengan memberi negeri Sabah 20% royalti minyak seperti yang dijanjikan? Apakah mereka juga berjanji untuk memastikan bahawa negeri Sabah mendapat bajet RMK-10 yang tertinggi seperti yang ada sekarang ini. Walaupun mungkin kita dapat 5% Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita mendapat bajet dari RMK-9 yang terbesar. Jadi saya tidak tahu, manalah tahu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam keseronokan mereka memberi 20% kepada rakyat Sabah, mereka juga menipu kita kerana mungkin pada waktu itu, Perdana Menteri mereka juga akan membuat keputusan untuk memberi kita hanya RM1 bilion atau RM2 bilion dalam RMK-10. Jadi ini perlu diterangkan kepada rakyat supaya rakyat tidak keliru.
Ya gulung Yang Berhormat.
Yang terakhir, saya rasa Tuan Yang di-Pertua kerana masa saya sudah habis.
Habiskan.
Last point dengan izin. Yang ini ialah tentang imej polis. Saya mintalah kepada parti pembangkang supaya kita bersama- sama melihat imej polis ini kerana ini adalah pasukan keselamatan negara kita. Saya tahu kadang-kadang dalam keadaan kita terlalu ghairah berpolitik, kita selalu meletakkan imej polis ini sebagai musuh kita, sebagai satu institusi yang tidak boleh dipercayai. Saya mengucapkan syabas kepada Pakatan Rakyat, kerana setiap kali ada masalah seperti mana yang berlaku sekarang ini, pemimpin mereka menuduh dulu polis dan juga pejabat Peguam Negara dan dengan memberi casting doubt ini, mereka minta, mereka berharap supaya apabila kes pemimpin tertentu ini dibawa ke muka pengadilan, mereka boleh menggunakan alasan ini untuk mengkompromikan kesahihan kes ini. Jadi saya minta sama-samalah kita mengangkat martabat imej polis. Malah kalau saya lihat Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri minta RM113 juta, kalau boleh tambah lagi untuk memastikan pihak polis ini dapat bekerja dengan lebih baik. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sudah 38 Ahli Yang Berhormat berucap, saya akan panggil tiga orang lagi, kemudian saya minta menteri untuk menggulung. Esok kita mulakan peringkat
jawatankuasa dan seperti Yang Berhormat sedia maklum, 17 jawatankuasa untuk diselesaikan satu hari suntuk esok. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan penambahan peruntukan sebanyak RM20 bilion di hadapan kita hari ini, bajet kerajaan untuk tahun ini telah meningkat ke RM150 bilion. Ini merupakan 30% daripada Keluaran Kasar Dalam Negara atau GDP negara kita. Penglibatan kerajaan Malaysia dalam ekonomi negara adalah besar. Di negara Thailand, bajet kerajaan hanya 20% daripada GDP negara Thai. Di Singapura pula, bajet kerajaan hanya 16.7% daripada GDP Singapura. Manakala di Malaysia bajet kerajaan telah sampai 30% daripada GDP Malaysia. Oleh sebab bajet kita begini besar, adalah amat perlu jumlah ini dibelanjakan dengan cermat dan secara yang berkesan. Malangnya di negara kita ini, pelaksanaan projek tidak begitu berkesan dan juta-juta ringgit duit rakyat dibazirkan. Ini saya sentuh beberapa contoh, Hospital Specialist Pandan di Johor tidak dapat dipakai selama setahun kerana masalah dalam sistem air-cond di hospital itu. Hospital baru di Alor Setar memerlukan kerja-kerja tambahan untuk membaiki infrastruktur hospital. Makmal komputer di sekolah runtuh tersendiri. Bangunan pentadbiran hutan simpanan di Gerik tiba-tiba juga runtuh tersendiri. Retakan di ring road dua di Kuala Lumpur dan banyak lagi projek. Kesemua ini merupakan pembaziran wang rakyat berjumlah berjuta-juta ringgit. Saya harap pihak-pihak berkenaan akan melaksanakan mekanisme yang berkesan yang dapat mengawal dan mengurangkan pembaziran wang rakyat. Antara mekanisme yang harus dilaksanakan ialah jurutera perunding yang mengawal selia projek-projek pembinaan swasta harus dilantik dan dibayar oleh kerajaan dan bukan oleh pemaju yang melaksanakan projek itu.
Harus mengadakan dengan izin separation of powers. Senarai hitamkan syarikat, pemaju dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan yang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan dalam kontrak. Saya menerima hasrat kerajaan ingin memperkembangkan kapasiti kontraktor bumiputera melalui pemberian kontrak kepada mereka. Ini harus dilakukan untuk memupuk kebolehan kontraktor bumiputera, tetapi saya ingin mengesyorkan pendekatan dengan izin, tough love. Ertinya tough love adalah walaupun kerajaan sayang kontraktor bumiputera dan mahu memupuk kebolehan mereka, adalah penting kerajaan memastikan prestasi kontraktor ini adalah memuaskan. Jika tidak bukan sahaja kapasiti kontraktor tersebut tidak dikembangkan tetapi orang awam akan dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan berkurangan dari segi kualitinya. Hanya dengan disiplin seperti ini, kapasiti golongan kontraktor dapat dibina. Akhirnya saya ingin menyentuh Kementerian Dalam Negeri yang diperuntukkan RM140 juta sebagai peruntukan tambahan. Adalah amat penting untuk pihak polis memelihara kredibiliti mereka di pandangan orang ramai. Pihak polis mesti menangani kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan saksama. Hak Datuk Seri untuk dilepaskan dengan jaminan harus dihormati. Sebarang langkah oleh polis yang ditafsirkan oleh orang ramai sebagai kezaliman atau membalas dendam harus dielak sekiranya polis mahu memelihara imej dan kredibiliti mereka di kalangan orang ramai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam Anggaran Belanja Mengurus Tambahan Pertama 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah dapat membangunkan koridor-koridor yang ada di seluruh Malaysia terutamanya koridor atau East Coast Economic Region yang terletak di mana dalam kawasan saya juga termasuk dalam koridor tersebut.
Jadi apa yang saya harapkan walaupun namanya East Coast selalu mereka sebut Pantai Timur di sebelah pantainya sahaja, jadi bagi kami kawasan yang terletak di pedalaman ini perlu diambil kira. Jadi apa sahaja program dan projek yang hendak dibuat atau aktiviti yang hendak dirancang dan dilaksanakan itu perlulah secara serata dan janganlah berat kepada kawasan-kawasan di Pantai Timur atau di tepi pantai sahaja yang menyebabkan kadang-kadang kita di sebelah pedalaman rasa terpinggir dan sebagainya. Apabila kita melihat pelan yang diberikan kepada kita itu biasannya kita lihat sangat jarang atau jarang-jarang sekali timbul. Kalau kata P. Ramlee itu jarang-jarang timbullah satu projek, satu program yang kadang-kadang kita sendiri pun tidak tahu apakah program itu telah dilaksanakan dahulu oleh kerajaan sebelum wujudnya East Coast projek ini ataupun program ataupun apa yang dibuat itu dirancang di atas kertas sahaja. Jadi, okey sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lipis. Bercakap pasal projek atau program pembangunan di Pantai Timur; Pahang, Kelantan dan Terengganu, kita selalu bercakap pasal jalan raya daripada Bentong, Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu jam teruk termasuk Tumpat. Selepas itu kita bercakap pasal jalan kereta api yang masih lagi belum diperbaiki landasan, sistem perkhidmatan, pasal stesen-stesen kereta api seolah-olah seperti di kandang kambing. Kita bercakap juga tentang Sabah dan Sarawak yang diberi perhatian khusus RM1 bilion. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya mencadangkan supaya Menteri Kewangan juga memberikan peruntukan yang khusus untuk Pahang RM1 bilion, untuk Terengganu RM1 bilion, untuk Kelantan juga RM1 bilion terutama negeri Pahang diberi keutamaan, terima kasih.
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi dan kalau ada RM1 bilion. Akan tetapi kalau RM1 bilion itu bagilah kepada negeri yang menang Barisan Nasional macam Pahang, Terengganu, manakala Kelantan ini kalau sudah balik kepada Barisan Nasional kita bagi balik. Akan tetapi nampaknya sahabat-sahabat dari sana pun nampak sedih mukanya, kalau kerajaan pertimbangkan apa salahnya, bagilah dan sebagainya.
Yang Berhormat Kuala Krau Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Tentang pengagihan peruntukan, kita selalu bercakap tentang ada juga agensi-agensi kerajaan seperti Yang Berhormat Lipis selalu sebut, Yang Berhormat Maran selalu sebut, Ahli-ahli Parlimen negeri Pahang selalu sebut tentang agensi yang telah dibubarkan, IADP Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu sepatutnya setiap tahun mendapat RM2 juta untuk satu daerah. Selepas itu kita ada ECER Pantai Timur tetapi ini khusus untuk Pantai Timur, jarang atau sedikit sangat untuk Lipis, untuk Kuala Krau, untuk Maran tetapi tertumpunya kepada Gambang, Kuantan, Terengganu dan Kelantan termasuk daerah Mersing. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya cadangkan juga supaya Lembaga Wilayah Jengka, DARA dan juga IADP ini dengan segera dihidupkan semula selain daripada projek pembangunan wilayah Pantai Timur. Terima kasih.
Saya yang ini pun saya bersetujulah dengan Kuala Krau sebab kalau kita lihat pembangunan ECER ini dia meliputi tiga negeri dan dia boleh dibuat secara umum sahaja sebenarnya. Jadi kalau kita melihat dahulu kita pernah ada IADPlah yang saya ingat di kawasan saya Jengka, DARA semua tidak terlibat. IADP yang rasa saya yang terlibat sangat, saya lihat banyak projek yang dapat dilaksanakan oleh penduduk kampung terutama golongan-golongan petani, peladang dan penternak ikan sungai. Yang miskin ini mendapat manfaat daripada projek-projek sebegini. Akan tetapi apabila IADP tidak ada habis semuanya, habis kering kontang tiada apa lagi. Oleh sebab apabila kita tanya bajetnya sudah tidak ada dah untuk membantu dan mereka mengatakan bahawa projek-projek ini diberi kepada Jabatan Pertanian, Jabatan
Parit dan Saliran dan sebagainya. Contohnya jalan ladang, sampai sekarang jalan ladang ini pun ada.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Maran bangun Yang Berhormat.
Sekejap, apabila jalan ladang tidak ada, kadang-kadang jalan kampung betul ada sampai ke kampung. Namun, hendak masuk ke ladang tiada siapa yang hendak membantu jadi kesan dia harga buah-buahan yang mahal ini jadi murahlah harga ini. Sila Yang Berhormat Maran.
Hai, Yang Berhormat Araulah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya hendak minta sokongan Yang Berhormat Lipis. Dahulu memang sebenarnya kita memang tidak bercadang, kita tidak bersetuju untuk menutup DARA, Jengka dan IADP ini. Akan tetapi ketika itu saya difahamkan dijanjikan oleh kerajaan supaya peruntukan yang ada itu lebih kurang RM138 juta tiap-tiap tahun itu diserahkan, diberikan kepada kementerian-kementerian, atau jabatan berkenaan. Saya hendak mencadangkan, minta pandangan Yang Berhormat supaya peruntukan ini balik diberi semula kepada jabatan-jabatan yang ada dalam kawasan kita kawasan Maran ke, kawasan Lipis ke, kawasan Kuala Krau dan sebagainya bagi memastikan supaya perjalanan kawasan-kawasan ini, projek-projek di kawasan ini berjalan dengan baik. Satu lagi saya minta pandangan Yang Berhormat apabila ketiga-tiga agensi ini ditutup, projek-projek ataupun pembangunan-pembangunan infrastruktur yang dahulunya dibina oleh agensi ini telah terbiar, ini kawasan saya sendiri Yang Berhormat. Saya minta kalau boleh kita gesa kerajaan, kementerian berikan perhatian. Ini kerana kalau kita biarkan perkara ini berlaku bukan sahaja melambatkan pembangunan ini bahkan kita akan banyak merugikan infrastruktur yang telah pun dibina oleh kerajaan selama ini. Terima kasih.
Sekali jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lipis. Minta Yang Berhormat tolong bagi injury time dekat Yang Berhormat Lipis. Yang Berhormat, projek yang kita minta ini sebenarnya adalah duit peruntukan kerajaan, wang rakyat yang perlu dibelanjakan dengan hati-hati. Ini kerana saya melihat walaupun IADP satu masa dapat mengembalikan beberapa masalah pertanian, masalah makanan, masalah tanaman dan sebagainya telah dapat tetapi ianya bersifat sementara. Tidak ada pemantauan dibuat seterusnya menyebabkan program-program ini gagal di pertengahan jalan, sebab itu apa pandangan Yang Berhormat Lipis sama ada bersetuju dengan saya ataupun tidak. Apa yang kita hendak buat janganlah kita buat macam kita hendak import lembu daripada Australia, lembu pencen yang sudah ditembak, susu tidak ada, menopause, tidak boleh beranak. Jadi apabila datang ke Malaysia, apa pun tidak jadi. Apa yang kita hendak buat sesuatu, kita buat biar dirancang, planningnya, organizingnya, controllingnya biar dalam keadaan yang selari barulah kita mendapat satu hasil dan benda ini berterusan dan mendapat manfaat kepada rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat Lipis?
Terima kasih Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Arau. Jadi bagi Yang Berhormat Maran tadi memang peruntukan yang diambil maknanya selepas IADP itu ditutup sepatutnya dipulangkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkenaan seperti Jabatan Pertanian, Kementerian Luar Bandar, masa itu di luar bandar, Jabatan Parit dan Saliran dan sebagainya tetapi malangnya peruntukan ini sudah tak ada dan saya rasa pun kalau diberi mereka akan meletakkan secara am tanpa mengkhususkan kepada mana-mana jabatan itu dan khusus untuk IADP.
Jadi kesannya benda itu dibuat secara menyeluruh dan pegawai-pegawai yang dahulu pernah bertugas dalam IADP itu akhirnya dia diletakkan di tempat lain. Pegawai tak cukup. Jadi kalau kata Yang Berhormat Arau tadi kalau kita hendak buat program pegawai yang memantau pun tak ada kerana mereka juga telah ditempatkan di tempat lain tidak khusus kepada sesuatu projek itulah kesannya program itu akan gagal. Bagi saya selain daripada kita memberi projek kesedaran minda. Pembangunan modal insan itu juga patut dibuat supaya selari dengan projek yang diberi. Sebagai contoh kita beri RM5,000 saya selalu panggil patah kandar. RM5,000 separuh jalan habislah. Ayam mati dan sebagainya ataupun kalau lembu dia disembelih untuk kendurilah sebab itu apa yang kita buat saya setuju supaya dirancang betul-betul dan mungkin disepadukan sebab itulah kita panggil dahulu IADP Bersepadu...
[Bangun]
Hendak bagi Yang Berhormat Maran Yang Berhormat?
Saya bagi, last.
Terima kasih Yang Berhormat. saya hendak tarik satu lagi di kawasan-kawasan yang terlibat ini. Di kawasan-kawasan di IADP ini DARA, Jengka dan sebagainya kebanyakannya kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir dan banyak kampung tradisional ini mungkin saya ingat tempat-tempat lain pun ada. Akhirnya apabila umpamanya di Maran di Pahang itu apabila berlaku banjir tahun 1999 ramai daripada penduduk kawasan banjir dipindahkan kepada satu kawasan yang baru Kampung Baru kita panggil dan saya hendak tarik balik pemahaman Yang Berhormat sekalian kepada kewujudan Kampung Baru di kawasan–kawasan yang bukan bumiputera yang dahulu terlibat dengan komunis dan Kampung Baru ini masih ada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya supaya Kampung Baru di kawasan-kawasan luar bandar ini juga kita kategorikan sebagai Kampung Baru seperti mana Kampung Baru di kawasan-kawasan yang dahulu terlibat dengan pengaruh komunis dan kita berikan peruntukan khas sama ada diletak bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun bawah kementerian lain yang turut terlibat.
Yang Berhormat Lipis selesaikan Yang Berhormat.
Tak sempat ini. Mereka banyak mencelah, tak ada injury time?
Tak apalah Yang Berhormat.
[Ketawa] Jadi sebenarnya macam Kampung Baru tadi Tuan Yang di-Pertua memang kita ada. Sebenarnya penempatan saya rasa dipanggil sebagai penempatan banjir dipindahkan tapi malangnya kadang-kadang penempatan banjir ini tidak disertai dengan penempatan dari segi ekonomi. Macam penempatan komunis dan sebagainya saya melihat di kampung-kampung baru ini mereka diberi tanah sebidang untuk membuat rumah dan sebagainya atau rumah dibuat oleh kerajaan dan selepas itu mungkin ada agensi yang lain seperti FELCRA menyediakan pula untuk kegiatan ekonomi dan sebagainya tapi malangnya bagi projek pemindahan banjir ini mereka bagi rumah lepas itu tinggallah rumah sahaja. Kesannya macam di tempat saya dia di seberang Sungai Pahang perumahan dibuat di sebelah sini atas bukit tapi kegiatan ekonominya di sebelah sana sungai. Jalan tak ada, jambatan tak ada terpaksa kayuh perahu sampai sekarang.
[Bangun]
Jadi saya setujulah supaya...
Tak ada masa Yang Berhormat. Habis masa.
...kita susun balik dan sebagainya. Akhir sekali...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Akhir sekali...
Sedar tak masa yang dibagi kepada Yang Berhormat Lipis 21 minit.
Saya sudah suruh gulung Yang Berhormat.
Saya hendak gulung sudah ini. hendak gulung. Duduk. Saya hendak gulung sudah.
21 minit.
Sila duduk, saya hendak gulung.
Tak sampai 21 Yang Berhormat. Saya tahu tak sampai 21, jangan buat andaian begitu Yang Berhormat. Ada rekod sini. Dia cuma makan masa dua minit sekarang seperti yang lain pun lakukan begitu. Tak sampai 21 minit. Dia baru masuk 13 minit Yang Berhormat. Selesaikan Yang Berhormat Lipis.
Jadi dalam merangka program ini saya mintalah dalam merangka program yang berkait dengan ECER ini supaya pegawai- pegawai yang terlibat yang khusus yang akan duduk dalam Majlis ECER ini supaya turun padang betul-betul. Jangan buat program atas kertas. Sebagai contohnya Lipis diletakkan dalam itu sebagai beef valley sampai sekarang saya pun pening. Saya bertanya dengan pegawai-pegawai veterinar di sana di mana kita hendak buat beef valley ini. Tak ada tempat.
Ya, cukup Yang Berhormat.
Lepas itu kita berbincang dan berjumpa dengan pegawai itu kita bercerita tentang bahawa apakah niche area yang sepatutnya ada di dalam kawasan Parlimen Lipis ini seperti program ekopelancongan dan warisan dan sebagainya dari segi pelancongan begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Bila kita review barulah mereka tercengang. Rupanya selama ini mereka sendiri pun tak perasan tentang niche area yang ada di satu tempat. Jadi apa yang saya harapkan dalam kita melaksanakan Pembangunan Wilayah Pantai Timur ini niche area sesuatu tempat perlu dikaji, pegawai-pegawai yang ada perlulah turun padang. Jadi oleh kerana saya menghormati masa yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Ya terima kasih. Yang Berhormat Batu Gajah. Selepas ini saya minta menteri untuk menggulung Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat ringkas dua minit sahaja. Saya bagi lapan minit kepada mereka.
Tak boleh atur begitu Yang Berhormat.
Saya dua minit sahaja. Saya tolong jimat masa agar kawan saya pertama kali bahas ini boleh...
Lagi tiga, minta tiga orang lagi.
Saya bagi Yang Berhormat Segambut nanti. Tolonglah Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, terima kasih.
Kita semua rajinlah di sini kerana mahu bahas. Saya ingin teruskan kepada isu berkenaan biasiswa dan saya ingin mendapatkan maklumat yang paling asas. Lepas ini saya akan membahaskan dengan lebih mendalam semasa peringkat jawatankuasa. Berkenaan dengan RM91 juta biasiswa bawah Program Penajaan Pelajar SPM 2007 ini untuk pelajar cemerlang 9A saya hendak tahu ini untuk berapa orang pelajar dan ratio, nisbah di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Kita telah dengar banyak berkenaan isu biasiswa ini yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli dalam Dewan ini yang masih tidak puas hati dengan nisbah pemberian biasiswa JPA ini dan saya ingin tahu apa lagi jenis biasiswa yang disediakan untuk pelajar-pelajar yang lain. Setahu saya ada biasiswa program luar negara, ijazah luar negara, ijazah dalam negara dan saya mohon maklumat- maklumat nisbah di antara bumiputera dengan bukan bumiputera untuk program-program biasiswa yang lain yang ditawarkan oleh JPA ini. Selain itu ia adalah berkenaan apakah syarat-syarat dan polisi-polisi yang diguna pakai oleh pihak JPA apabila memberikan biasiswa ini kepada pelajar-pelajar. Ada ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan berkenaan perkara 153 kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak tapi saya hendak tahu bagaimana untuk menyekat berapakah kadar yang sesuai yang munasabah patut diberi untuk bumiputera dan bukan bumiputera apabila mempertimbangkan pemberian biasiswa di bawah program- program JPA ini. itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta menteri untuk menggulung ya.
Minta tolonglah untuk orang baru.
Sudah berucap. Hari itu masa midterm review saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Segambut.
Bagi peluang Tuan Yang di-Pertua.
Ya, menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan banyak terima kasih kepada 40 orang Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat dasar rang undang-undang perbekalan tambahan pertama tahun 2008. Ada banyak isu yang dibangkitkan ada setengahnya terkeluar daripada rang undang-undang ini. Maka yang itu saya tidak akan sentuh. Saya akan sentuh hanya perkara-perkara yang menyentuh rang undang-undang ini. Izinkan saya untuk menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat dari Kepong membangkitkan tentang isu kutipan bayaran tempat letak kereta. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak DBKL sedang melaksanakan sistem elektronik dan dengan itu ia sebenarnya menggantikan sistem lama dan tidak ada sebarang peningkatan daripada kos bayaran sewa tersebut. Yang Berhormat juga menyentuh tentang Pos Malaysia dalam pelaksanaan...
Tuan Yang di-Pertua, jawapan itu separuh sahaja. Apa yang pentingnya walaupun tidak ada kenaikan harga dengan penggunaan cara baru, tetapi yang pentingnya di tempat-tempat yang belum ada kutipan bayaran tempat letak kereta ini, sekarang ia hendak bermula untuk mengutip bayaran itu. Itulah yang dimaksudkan oleh saya, bukan elektronik ataupun bukan cara yang lain.
Saya ambil maklum apa Yang Berhormat nyatakan itu berdasarkan maklumat saya perolehi, ini hanya untuk kawasan- kawasan yang memang telah dilaksanakan tempat letak kereta berbayar dan sistem elektronik itu dipanggil PN display system. Yang Berhormat Kepong juga menyentuh mengenai dengan bayaran kepada Pos Malaysia dalam konteks membayar tunai bagi rebat melibatkan kenderaan passenger RM625 dan motosikal RM150. Untuk makluman Yang Berhormat, kita belum lagi putuskan dengan Pos Malaysia di mana kata Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua tempoh hari, apabila pihak kementerian membuat keputusan ini akan dimaklumkan kepada Parlimen. Yang Berhormat juga menyentuh mengenai dengan krisis ekonomi dan kaitannya dengan Malaysia. Kita membuat pelbagai persepsi mengenai dengan masalah minyak dan juga penstrukturan subsidi, tetapi premis perbincangan kita mesti berdasarkan kepada falsafah rasionalisme. Seperti mana yang kita maklum dalam tempoh yang terdekat ini berlakunya kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia. Satu tong daripada USD70 dan sekarang sampai USD145. Jadi apa yang berlaku dalam negara kita ini adalah yang dipanggil sebagai import price push inflation. Inflation ini sebagaimana kita maklum ada dua jenis. Satu ia mampu. Ia mampu in apabila berlaku peningkatan permintaan. Ini akan mengakibatkan peningkatan harga. Kedua dari segi kos push. Kos push ini ada tiga jenis. Satu, jenis yang dipanggil sebagai wage push. Kedua profit push iaitu di mana firma-firma inginkan keuntungan banyak meningkatkan harga jualan dan yang kita hadapi sekarang adalah import price push inflation iaitu inflation daripada luar. Ini bukan sahaja mengakibatkan harga minyak. Ini juga mengakibatkan harga makanan. Harga makanan dunia begitu tinggi. Dalam tempoh dua tahun ini, harga makanan telah meningkat lebih 200% disebabkan pertama, permintaan yang tinggi. Negara China dengan affluent society, India. Malah kalau kita lihat di Afrika, Tuan Yang di-Pertua, dahulu mereka makan couscous, sekarang mereka makan beras. Jadi permintaan dunia meningkat. Di samping itu penawaran dunia juga telah berkurangan kerana negara-negara yang makin meningkat perkilangan, perindustrian mereka menukar daripada pertanian kepada perindustrian. Kemudian berlaku global warming macam di Myanmar umpamanya, telah menghancurkan seluruh industri padi. Di samping itu kenaikan kos baja. Jadi kita berhadapan dengan import price push inflation melibatkan minyak dan juga makanan....
[Bangun]
Ya, Segambut.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong pasal pemasangan parking meter yang baru di Kuala Lumpur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kebelakangan ini selepas pilihan raya di seluruh kawasan Kuala Lumpur DBKL telah memasangkan parking meter yang baru kecuali kawasan Setiawangsa. Adakah ini benar? Minta penjelasan.
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat tanya adakah benar, tentulah saya tidak dapat memberi jawapan kepada Yang Berhormat. Saya minta notis kepada perkara tersebut. Saya meneruskan apa yang saya ceritakan tadi ya. Apa yang berlaku di Kementerian Kewangan, kita membuat penterjemahan harga setong kepada harga pasaran. Apa yang berlaku, daripada satu tong kita terjemahkan kepada liter. Yang Berhormat tengoklah saya, Yang Berhormat. Kemudian daripada US Dollar kita terjemahkan kepada Ringgit. Daripada situ kita masukkan kos operasi refinery, transportation dan sebagainya. Akhirnya kita akan dapat harga pasaran. Harga pasaran bagi minyak, contohnya apabila harga setong USD92.98, harga pasaran adalah berjumlah RM2.47. Bila naik kepada USD125.37, dia naik kepada RM3.00. Sekarang bila naik USD140 harga satu liter di pasaran sudah RM3.34. Jadi ini yang berlaku.
Jadi kita telah memantau harga ini. Yang Berhormat, sekarang ini kita berhadapan dengan dunia yang dipanggil sebagai uncertainty world, dalam dunia yang uncertainty. Kita tidak boleh secara sombong mengatakan harga minyak akan turun kerana kita tidak tahu kerana dalam dunia minyak ini. Sekarang ini oleh kerana permintaan minyak satu hari 85 juta tong, manakala 84 juta tong satu hari, manakala supplynya 85 juta tong satu hari, dia punya margin sedikit. Jadi apa yang berlaku, ada fear factor dalam industri minyak ini. Apabila ada sahaja berita, katalah berita tentang Amerika hendak serang Iran, maka berlaku spekulator, dia beli forward market selepas itu pengeluar lock di situ, jadi harga menjadi naik. Jadi kita dapati daripada RM192 yang kita membayar tahun lalu subsidi sebanyak RM8.7 bilion dengan peningkatan harga tersebut kita dapati bahawa kalau kita tidak melakukan perubahan kepada harga minyak, maka subsidi kita akan menjadi terlampau banyak. Jadi keputusan kerajaan, kita naikkan harga pasaran adalah pada masa kita buat keputusan USD115 satu tong harga pasaran RM3.00 tetapi kita buat keputusan kita bagi RM2.70 harga tetap. Bermakna ada 30 sen dari segi RON97. Dia RON97 lain, 92 lain, diesel lain dan lain-lain harga, LPG lain. Jadi saya ambil RON97 ada 30 sen subsidi. 30 sen subsidi itu kita buat kiraan kita pada tahun ini, kita memerlukan sebanyak RM15.6 bilion. Itu yang kita minta RM15 bilion itu. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, harga minyak setong bukan USD115. Dia jadi USD140, lebih daripada itu. Jadi dari bulan Januari hingga Jun, subsidi sebenar yang perlu kita bayar adalah sebanyak RM10.2 bilion. Dari Jun hingga Disember, dengan kenaikan harga kita perlu membayar RM11.7 bilion menjadikan RM21.9 bilion. Maknanya selepas ini kita mungkin kena minta lagi tambahan kerana ini unexpected events. Bukan sesuatu yang boleh kita rancang seperti kata Yang Berhormat kita mesti mempunyai satu sistem kewangan yang begitu efisien, efektif, awal tahun kita buat satu belanjawan yang tetap, kemudian tidak ada perubahan. Ini unexpected, Tuan Yang di-Pertua....
[Bangun]
Jasin bangun, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mengucapkan tahniah kerana penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi cukup baik sekali, terutama dengan keadaan uncertainty dan cost-push yang berlaku pada ketika ini. Pada ketika ini, kita mengeksport minyak. Sementara itu, kita juga mengimport minyak untuk kegunaan tempatan. Jadi, kita tapis minyak tersebut di Melaka. Apa yang berlaku ketika semua minyak mentah yang kita tapis di sana? Semasa kita tapis tadi, kita bukan sahaja mendapat petrol, kita juga mendapat diesel, gas, sulfur, dan bitumen. Jadi, saya hendak minta kalau boleh penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rate of recovery daripada komponen yang kita dapati daripada satu tong minyak mentah tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak silap saya, wastage kita 50% sebab minyak kita jenis light sweet yang premiumnya tinggi. Minyak yang kita hasilkan ini lebih relevan, digunakan di luar negara dan tidak digunakan dalam negara kita. Kegunaan dalam negara kita import daripada luar iaitu daripada Petronas, ExxonMobil dan juga Shell. Kita import dan ada refinery centre masing- masing dan ini digunakan dalam negara kita. Jadi, berbalik kepada perkara Yang Berhormat tadi. Berdasarkan kenaikan itulah kerajaan membuat keputusan kita memberi subsidi. Subsidi kita ada dalam dua bentuk. Ini sama sahaja dalam buku ekonomi, kalau Yang Berhormat baca. Apa dia subsidi? Satu, subsidi in-kind, dengan izin. Subsidi in-kind ini yang kita lodge RM2.70 itu, that is subsidi in- kind. Dari segi subsidi makanan roti, umpamanya. Roti Yang Berhormat makan, satu roti beratnya 400 gram. 100 gram subsidinya 10 sen, Yang Berhormat. Jadi, macam saya
makan 200 gram sehari, maknanya satu hari 20 sen saya dapat subsidi, setahun RM75 subsidi. Itu roti. Itu subsidi in-kind, dengan izin. Satu lagi subsidi in cash. Ini yang kita bagi yang rebat itu. Tujuannya kita mengapa kita dalam bentuk cash adalah supaya kita menggunakan sistem yang tidak berteras kepada kuantitatif. Kuantitatif ini apabila kita buat subsidi ia across the board, Tuan Yang di- Pertua. Semua orang dapat, tetapi kita rasa ia tidak patut. Kita berpendapat bahawa orang yang berpendapatan rendah mesti dapat lebih daripada orang yang berpendapatan tinggi. Jadi, sistem yang terbaik buat masa ini adalah sistem rebat sebab kita boleh menggunakan tier system - orang yang berkenderaan seperti motosikal berapa kita bayar dan sebagainya. Namun demikian, sistem ini adalah sistem sementara Kita sedang melihat beberapa alternatif yang kita akan gunakan. Kalau kita gunakan alternatif itu sekarang, ia memakan masa yang panjang. Jadi, kita terpaksa daripada RM1.92 tadi dengan harga pasaran RM3 - pada masa itu kita buat keputusan, subsidinya banyak, kita terpaksa mencari satu sistem yang mana sistem tersebut boleh dilaksanakan serta-merta. Yang Berhormat menyentuh beberapa isu strategik. Saya menghargai pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat bercakap tentang konteks penjimatan. Sebenarnya perkataan Yang Berhormat itu, “penjimatan” dari segi mikronya perkara yang kecil Yang Berhormat, tetapi dari segi makronya meningkat daya saing negara. Saya bercakap mengenai perkara ini di banyak tempat terutamanya dengan syarikat-syarikat. Saya melihat kita hidup dalam dunia ini satu dunia yang berterusan. Ini bukan satu..., event and then that’s all, it’s finish. Kita berhadapan dengan harga minyak yang tinggi kemudian habis, tetapi sebenarnya kita akan berhadapan dengan masa depan lagi. Jadi, pada masa yang sukar ini, kalau rakyat Malaysia sama ada individu dan juga syarikat boleh mengurangkan perbelanjaan dengan meningkatkan efficiency, bermakna produktiviti yang tinggi dengan penghasilan turnover yang tinggi, penghasilan yang rendah, apa akan terjadi kepada negara kita? Ini maknanya berlaku kenaikan minyak ini memberi blessing kepada kita. Saya percaya, kalau ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini ranking kita nombor 19 dalam dunia dari segi perdagangan, kita akan naik kepada nombor 12 berdasarkan kepada competitiveness yang kita miliki. Yang Berhormat menyentuh tentang Petronas. Ramai orang menyatakan keuntungan Petronas besar. Jadi, mengapa Petronas tidak mahu memberi keuntungannya kepada kerajaan. Kita mesti faham. Itulah yang saya katakan, premisnya kena betul. Siapakah Petronas? Petronas adalah satu badan korporat yang bersaing dalam negara dan luar negara. Maknanya bottom line nya adalah untuk memperoleh keuntungan dan dalam proses memperoleh keuntungan apa yang mesti dibuat oleh syarikat korporat? Antara lain syarikat korporat akan melakukan pelaburan. Syarikat korporat akan membeli kelengkapan- kelengkapan baru, terutama dalam sektor petroleum ini yang kos pelaburannya tinggi. Syarikat korporat juga berhutang. Pinjaman daripada bank, perlu bayar bank. Setelah ini diambil kira, akhirnya kita lihat dari segi penyata kewangan Petronas pada 31 Mac, keuntungan bersihnya pada tahun 2008 adalah sebanyak RM35 bilion. Revenuenya RM102 bilion. Kita mesti ingat revenue ini gross, selepas ditolak dengan semua cukai tinggal RM35.6 bilion. Berapa banyak cash Petronas? Accumulated cash sampai sekarang adalah sebanyak RM45 bilion. Satu-satu syarikat yang mempunyai kredibiliti mesti mempunyai cash yang cukup sebab kadang-kadang berlaku contingencies. Katalah umpamanya Petronas banyak bergiat di Sudan, tiba-tiba macam kes sekarang ini, tutup operasi. So, you need cash. You cannot give out cash kepada semua orang. Itu satu. Dalam dunia yang berhadapan dengan uncertainty, saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Sungai Siput. Kedua-dua tokoh ini melihat kepada future. Kedua-dua tokoh ini kata, katalah setelah kita lakukan semua ini tiba-tiba berlaku economic depression. What is economic depression? Ia adalah apabila pertumbuhan negara negatif, berlaku stagflation. Maknanya tidak ada pembangunan dan inflasi tinggi, apa akan terjadi? Dalam konteks berhadapan dengan inflasi, yang paling immediate kita hadapi adalah kita memerlukan sumber yang banyak. Maknanya kerajaan memerlukan sumber yang banyak, rakyat juga menggunakan sumber yang banyak. Jadi, Yang Berhormat Sungai Siput menyatakan tempoh hari kalau dia layoff, kakitangan dikeluarkan, inilah duit
yang boleh kita gunakan untuk masa depan. Dalam dunia uncertainty kita tidak boleh belanja semua. Tiba-tiba bila berhadapan dengan masalah, we will be cornered, tidak boleh hendak buat apa-apa. Jadi, apa yang...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Dalam ucapan saya, saya tidak pernah sebut apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya cuma bertanya kalau sejak adanya Petronas pada tahun 1974, daripada tahun 1974, Petronas sudah memberi kepada kerajaan sebanyak RM332 bilion. Yang saya tanya, bagaimana kita gunakan wang ini sahaja. Semalam saya dengar Ben Bernanke membayangkan keadaan di Amerika Syarikat menghadapi masalah sekarang termasuk masalah bank dan sebagainya. Beliau sudah menyebutkan masalah krisis ekonomi di Amerika Syarikat. Dengan demikian, saya pun hendak bertanya bagaimana kita dapat dan bersiap sedia untuk menghadapi ekonomi yang kian merosot.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali kita tidak boleh buat satu kenyataan ekonomi merosot. Apa yang berlaku kita berhadapan dengan import price caused a push inflation. Bagaimana dengan kesihatan ekonomi kita? Our economic health is still strong. Kalau ikut dari segi IMF, saya tidak mahu ambil orang kata kita buat projection dan serahkan kita punya nanti orang kata ini tidak ada kredibiliti. Dari segi IMF, IMF membuat estimate bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita pada tahun ini akan berada antara 5% hingga 6%. This is IMF. Bolehkah Yang Berhormat terima itu IMFnya?
[Bangun]
Kita lihat pada suku tahun pertama, kita telah mencapai pertumbuhan 7.1%. Di sini kita lihat bahawa setiap sektor apabila kita bercakap tentang pertumbuhan, kita bercakap tentang gross domestic product, GDP. Bagaimana kita baca gross domestic product? Dalam konteks negara kita, kita lihat dari segi dua bahagian. Satu dari segi pengeluaran sektor-sektor industri dalam negara kita, dan satu lagi dari segi perbelanjaan. Kita dapati bahawa pada suku tahun pertama, kedua-dua sektor tersebut telah merekodkan pertumbuhan. Sektor perbekalan pengeluaran 7.1%, sektor agriculture, 63%, services 8% pertumbuhan. Kemudian sektor demand side, penawaran, demand consumption semua peningkatannya antara 6% hingga 10%.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengikut Peraturan Mesyuarat, timbalan menteri dirujuk sebagai Yang Berhormat Menteri semasa menggulung sebab mewakili kementerian. Saya tertarik penggulungan Yang Berhormat kerana menyentuh tentang kemerosotan ekonomi kita. Ia juga menyentuh pasal kekangan ekonomi kita. Saya ada bingung sedikit, keliru sedikit Yang Berhormat. Apabila Yang Berhormat menyentuh soal pekerja-pekerja yang ditetapkan kerja kerana kemelesetan ataupun kesusahan oleh syarikat-syarikat yang tidak dapat pinjaman wang daripada bank. Walaupun dikatakan ekonomi negara kita ini kukuh, tetapi bank-bank pada hari ini Yang Berhormat, amat sukar mendapat pinjaman terutama sekali peminjam-peminjam yang pernah meminjam dan pernah ada rekod dalam CTOS ini. Pada penggal yang lalu, saya ingat Yang Berhormat Jasin berkali-kali menyentuh...
Yang Berhormat jangan bawa isu baru Yang Berhormat.
Ini penjelasan. Minta penjelasan. Ini bahawa kementerian dahulu berjanji akan memantau, berjanji untuk pergerakan CTOS ini yang masih lagi merekodkan perkara-perkara yang masih belum kena update. Jadi ini menyusahkan kepada peniaga-peniaga yang meminjam wang di bank ini.
Jadi selain daripada perniagaan, pinjaman kereta pun dia refer juga kepada bank dan ini melalui CTOS. Adakah CTOS ini agensi kerajaan ataupun syarikat persendirian bahawa di mana peniaga-peniaga sukar mendapat pinjaman?
Boleh saya sambung? Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kita menghadapi dengan uncertainty yang serba kemungkinan boleh berlaku macam-macam dalam dunia sekarang ini. Maka sebab itu, macam kata tadi Petronas perlu mempunyai wang tunai untuk menghadapi kemungkinan ini ataupun dalam gambar yang lebih besar sebagaimana yang kerajaan sendiri pun kata, kita mesti belanja dengan berhemah. Belanja berhemah maknanya belanja dengan cara yang betul, dengan cara yang telus, berjimat-cermat sebab kalau kita dapat memastikan bahawa wang negara itu diurus dengan baik, kita boleh untung sana sikit, sini sikit. Contohnya, penjualan Augusta. Beli dahulu RM350 juta. Ada orang beli, jual balik dengan harga 4 Euro. Ada orang dapat faedah RM800 juta. We lost eight hundred and million, contohnya. Double tracking yang dahulunya diputuskan oleh kerajaan, daripada Johor Bahru ke Padang Besar, RM14 bilion. Dibatalkan kemudiannya diberi kepada satu syarikat lain berharga RM12 bilion daripada Ipoh ke Padang Besar, separuh berapa pula rugi di situ? Saya ambil contoh lagi, banyak lagi pembaziran-pembaziran, kalau dikutip- kutip...
Ya, Yang Berhormat.
Kalaulah saya pinjamlah. Ini a matter of, orang kata perbahasanlah. Tidak ada sentimen apa-apa yang disebut dalam debat, soalan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau kita boleh turun 50 sen, dan dia kata, upaya dan boleh turun 50 sen dan kita perlu cari RM5 bilion. So, kalau kita jimat-cermat, we can get this RM5 bilion, easily, dengan izin. Kalau tidak ada rasuah, tidak ada penyalahgunaan kuasa, tidak ada pihak yang tamak...
Ya, ringkas Yang Berhormat.
Ini sebab saya hendak tangkap Yang Berhormat tadi, pasal Yang Berhormat kata tadi, Yang Berhormat kata uncertainty, we cannot look soal ini dalam isolated, dalam keadaan the specific because we have to see in total, in big picture. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin berbalik kepada tajuk Yang Berhormat Timbalan Menteri bawa tadi iaitu tentang Petronas. Iaitu tentang pelaburan Petronas dan return of investment, dengan izin, yang dibawa oleh Petronas kepada 31 ataupun 32 buah negara di dunia ini, 33 buah negara. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat, ada di kalangan negara yang kita membuat pelaburan ini, kita tidak mendapat apa-apa return kecuali beberapa negara sahaja yang memberi keuntungan kepada kita. Memandangkan minyak negara, stok simpanan minyak kemungkinan akan habis, mungkin tahun 2015 atau selebihnya, tidakkah kita bercadang untuk mengadakan stok penimbal walaupun kos untuk mengadakan stok penimbal hadapan ini agak lebih mahal. Akan tetapi sebagai perancangan untuk menghadapi keadaan uncertainty seperti mana dengan izin, Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita perlu membuat sesuatu. Ini kerana kita bimbang dengan keadaan sekarang dengan negara tidak mengeluarkan minyak. Yang ada stok penimbal ini, mereka akan menjual dalam lambakan pasaran. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sedikit mengenai Petronas. Bolehkah Dewan yang mulia ini diberitahu tentang Petronas yang melabur di Indonesia. Bagaimanakah dengan sambutan atau sokongan dari rakyat Indonesia?
Tuan Yang di-Pertua..
Teruskan Yang Berhormat.
Pertama sekali Yang Berhormat Kota Melaka. Saya minta maaflah. Yang Berhormat Kota Melaka tiba-tiba sahaja mencelah, saya tidak ada figure, saya mohon notis. Yang Berhormat Putatan, iaitu tentang CTOS. Apa yang berlaku Yang Berhormat, kita telah pun membuat draf terakhir untuk agensi rujukan kredit. CTOS ini adalah usaha pihak swasta dan tidak ada sebarang regulation. Dia tidak ada regulatory body, dengan izin, kerana tidak ada masa itu. Dia ditubuhkan di bawah Registrar of Companies. Jadi apa yang dibuat oleh Kementerian Kewangan, kita telah gubal satu rang undang-undang dan telah pun dihantar kepada...
[Bangun]
Nanti saya habis dahulu, nanti saya habiskan dahulu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat.
Jadi kita telah hantar ke Pejabat AG untuk semak dan insya-Allah akan dibentangkan dalam Parlimen akan datang.
Mengenai dengan masalah CTOS ini, apa yang telah dibuat oleh association of bank dengan izin telah memberitahu kepada bank, mesti mengikut satu sistem. Sistem di mana apabila bank mahu merujuk kepada CTOS bagi pemohon yang ingin mendapat pinjaman, mesti mendapat kelulusan pemohon pinjaman. Katalah saya mohon mesti dapat kelulusan saya, kalau tidak, tidak boleh. Apa yang berlaku, selepas daripada itu kalau tidak silap saya bulan Julai tahun lalu, pihak association of bank beritahu kepada bank, apa yang berlaku sehingga daripada tahun yang lalu, 19 Julai 2007 sehingga sekarang, dari segi Kementerian Kewangan, kita dapat aduan tidak lebih daripada 10 berbanding dengan dahulu, banyak. Jadi, sekiranya ada lagi masalah-masalah, sebab saya suka melihat benda ini secara formal Tuan Yang di- Pertua.
Boleh saya beri.
Nanti. Dalam mesyuarat- mesyuarat dengan sektor swasta, perkara-perkara ini dibangkitkan. Susah mendapat pinjaman dan sebagainya, itu memang kita gunakan sistem yang formal. Sistem yang formal di Bank Negara dia ada BNM link. Maknanya kita lapor situ adalah lapor kepada Kementerian Kewangan, kita akan ambil tindakan. Sila.
Sebelum Yang Berhormat jawab apa yang saya tanya tadi. Oleh kerana berbangkit hal CTOS, Yang Berhormat ... bangkit, saya hendak beri maklumat sahaja. Sekarang ini ada perkara-perkara yang terbaru berlaku, peguam- peguam mengambil kesempatan. Apabila ada satu penghukuman dibuat di atas satu-satu kes. Yang kesnya tidak banyak, mungkin RM5 ribu, RM10 ribu yang memang jauh lagi sampai ke notice of bankruptcy. Lawyer ini tulis surat kepada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat, kalau syarikat itu dia dapat judgment, dia kata bayar kalau tidak akan dilaporkan pada CTOS. Jadi, macam ada satu bentuk macam ugutan. Bagi orang yang naif dengan undang-undang buat dia panik tidak pasal-pasal sahaja oleh sebab takut dekat CTOS ini. Lawyer pun dah mula tulis surat masuk perkara ini. Jadi, saya minta Yang Berhormat ambil perhatianlah dan jawab soalan apa yang saya bangkitkan tadi.
Terima kasih Yang Berhormat atas maklumat tersebut. Kemudian, Yang Berhormat menyentuh mengenai dengan pembaziran. Isu ini saya pun tidak dapat saya hendak beri jawapan. Yang Berhormat telah menyentuh beberapa projek kerana akhirnya, selagi saya tidak lihat kepada butir-butir projek tersebut saya pun tidak berani untuk memberi sebarang maklumat mengenai apa Yang Berhormat nyatakan. Tentunya apa yang kita mahu prinsip negara mestilah berteraskan kepada value for money. Itu teras, ia akan meningkatkan ekonomi sesebuah negara itu.
Yang Berhormat Arau menyentuh tentang pelaburan di beberapa buah negara dan kemudian Yang Berhormat menyentuh tentang stok penimbal. Jadi, perkara ini saya bawa balik ke kementerian lah Yang Berhormat ya, pandangan Yang Berhormat ini. Yang Berhormat Muar menyentuh tentang koridor raya. Koridor ini seperti mana yang kita maklum adalah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan, GLC dan juga oleh pihak swasta dan pelaburan daripada pihak swasta. Saya tidak mempunyai statistik yang mencukupi untuk dibincangkan di sini. Di dalam perbincangan yang telah kita adakan yang mana saya sendiri jadi pengerusi untuk kita berbincang dalam fokus group ke arah untuk mengadakan peruntukan bagi Belanjawan 2009. Antara perkara yang dilihat, koridor raya ini mesti menuju ke arah untuk membangunkan ekonomi setempat dan juga not only fact, there spill over effect pada kawasan sekeliling. Dalam meningkatkan per kapita dan pendapatan per kapita, saya lihat dari segi planningnya begitu baik. Saya mengambil maklum berapa Ahli Yang Berhormat mengatakan on paper tidak cukup, ia mesti diterjemahkan dalam bentuk realiti, turun ke bawah. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah bahawa rancangan ini jangka panjang sampai tahun 2025. Kita melihat kepada konteks apa yang berlaku masa lalu menjadi pengajaran kepada kita. Maknanya kita melihat pembangunan ini mesti memberi impak kepada pertama, penduduk tempatan. Kita melihat apakah struktur-strukturnya. Ada tempat-tempat di mana penduduk tempatan mempunyai latar belakang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Bagaimana kita hendak bawa masuk di dalam mainstream sampai ke peringkat itu. Di samping itu, kita melihat kepada SME bentuk mana yang boleh penduduk tempatan mengambil bahagian. Sila.
Ya. Sila Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin bertanya Yang Berhormat. Pada masa blue print ini dibuat dalam perancangan koridor wilayah tidak kiralah utara, timur, Iskandar, Sabah, Sarawak. Saya nampak ianya dibuat dengan tergesa-gesa. Malah kementerian yang patut dilibatkan contohnya kalau kita hendak jalankan aktiviti pertanian, Kementerian Pertanian saya difahamkan tidak diajak berbincang. Jadi, benarkah kalau hendak dibuat sesuatu yang bawa kebaikan ianya harus dibuat dengan terperinci dan memerlukan masa untuk dibuat kajian bagi memastikan perkara yang kita rancang ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini?
Dalam ...
Sama, sama Yang Berhormat. Betul, saya sokong Yang Berhormat Arau ini sebab rancangan koridor ini tidak dibincang, tidak ada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Mengenai dengan pengurusan kewangan negara, dia ada tatacara dia, prosedurnya, kemudian dimasuk melalui Rancangan Malaysia Pembangunan, Lapan, Sembilan. Tiba-tiba, keluar muncul tanpa melalui Pelan Rancangan Pembangunan Malaysia. Itu, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau itu betul dan saya harap lain kali jangan buat lagi. Kalau tidak payah jawab, beri alasan. Mamang tidak betul, lain kali jangan buat lagi. Terima kasih.
Saya ambil maklum Yang Berhormat ya. Apa yang ingin saya nyatakan, di dalam penglibatan saya sendiri tentang koridor ada koridor-koridor ini yang master plannya masih lagi di dalam proses, ada yang telah siap. Jadi, lima-lima koridor ini mempunyai status yang berbeza. Apa yang kita minta ialah supaya ada satu koordinator untuk melihat kepada semua. Oleh kerana kita melihat, katalah Northern Corridor mempunyai kompetensi dalam bidang A, manakala Koridor B memerlukan juga mempunyai master plan dalam bidang A tersebut tetapi tidak mempunyai kompetensi. Jadi, melalui proses penyelarasan, dia bolah gunakan master plan yang telah disediakan di Koridor A untuk Koridor B. Dengan itu akan mengukuhkan semua koridor.
Ada koridor-koridor yang telah menerima pelaburan seperti Iskandar umpamanya advances, mempunyai pelaburan lebih - saya tidak ingat jumlah itu tetapi sudah mempunyai pelaburan. Setengahnya MoU. Apa yang ingin saya nyatakan ialah satu perancangan jangka panjang sehingga tahun 2025. Kemudian Yang Berhormat menyentuh tentang kawasan padi. Yang ini Kementerian Pertanian ambil perhatian untuk mempunyai saliran. Yang Berhormat Muar menyentuh tentang geofizikal. Yang ini saya perlu notis kerana tadi saya berbincang dengan pegawai-pegawai, tiada siapa yang dapat maklumat lagi. Yang dikatakan oleh Yang Berhormat Muar, Rusia telah mencipta satu alat yang dipanggil gafizikal. Dia boleh tekan butang itu, berlaku gempa bumi . Saya belum dapat maklumat tersebut. Saya mohon notis. Kemudian, Tabung Haji. Ini akan dilakukan oleh Tabung Haji mengenai dengan buku-buku panduan.
Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi, saya pun simpatilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Terutama dalam kita menghadapi dalam kita menghadapi zaman yang cukup sukar ini. Secara global, satu ketika dahulu institusi kewangan telah mengunjurkan harga minyak satu, dua bulan yang lalu. Dikatakan mungkin kita akan menghadapi harga minyak sebanyak USD200 satu tong dan ini sebenarnya tidak mustahil dan baru-baru ini pula ada unjurkan dia akan naik kepada USD300. Jadi, kita sedang berhadapan dengan keadaan yang cukup runcing, dalam masa yang sama, kita juga mempunyai satu perancangan yang cukup besar untuk mendirikan koridor ini. Saya pada mulanya saya sokong, tetapi apabila mendapat penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, sekarang saya berfikir semula sama ada kita mempunyai keupayaan pada ketika ini kerana lebih baiklah kita menjana pertumbuhan yang boleh merancakkan lagi terutamanya daripada pengguna. Misalannya kita berikan peruntukan kepada projek-projek kecil di luar-luar bandar yang boleh memberikan keuntungan kepada peniaga-peniaga kecil, Kelas F. Orang ini sebenarnya yang memutarkan pertumbuhan ekonomi.
Yang keduanya, negara kita sebenarnya mengamalkan Dasar Ekonomi Terbuka dan pada ketika ini kita dapati banyak negara terutamanya Amerika Syarikat, New Zealand sedang menghadapi satu kemelut inflasi di mana kelemahan para pengguna. Ianya mungkin akan menyebabkan perkara tersebut boleh mengakibatkan ekonomi kita juga terjejas kerana kita mengamalkan Dasar Ekonomi Terbuka. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam saya berbincang isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kepong, saya menyatakan dunia ini tidak statik, makna dunia yang dinamik. Jadi apakah approach kita, adakah kita nak fokus kepada satu-satu sektor ataupun kita nak pergi kepada sektor-sektor yang menyeluruh. Jadi, pandangan kerajaan, kerajaan bukan menggunakan wang terlampau banyak untuk membangunkan koridor raya ini. Kerajaan akan menggunakan pada had kewangan yang cukup dari segi infrastruktur dan kemudian pelabur-pelabur tempatan dan juga luar negara akan masuk ke koridor tersebut untuk menjana pertumbuhan ekonomi tersebut. Di samping itu, seperti mana kata Yang Berhormat, kita juga membantu peniaga-peniaga di mana semua ini kita buat. Kalau koridor ini berjayalah, saya sebenarnya saya tidak mempunyai maklumat. Saya terlupa. Kalau tidak saya boleh bentang di sini, kita boleh nampak bagaimana pertumbuhan itu akan berlaku. Bermakna seluruh negara kita akan memperoleh satu pembangunan yang tinggi yang menjadikan negara kita lebih kompetitif. Jadi kerajaan berpendapat kita buat semua ini. Kita mempunyai wang, kita buat semua. Maknanya bila kita buat koridor, koridor tersebut itu akan menjana kewangan dia
sendiri, yang peniaga kecil akan menjana kewangan dia sendiri. Masing-masing akan menjana kewangan. Kemudian Yang Berhormat menyentuh mengenai dengan ekonomi terbuka. Ekonomi terbuka ini satu realiti yang kita kena terima. Ini adalah, kita pertama sekali kita tidak boleh lagi menganggap bahawa sesebuah negara itu mempunyai sovereigty yang penuh. Kita boleh buat apa kita suka. Kalau kita buat apa kita suka, orang akan repelled, dengan izin. WTO membuat satu keputusan liberalisasi dan ini terpenting bagi negara kita kerana negara kita merupakan negara perdagangan. Apabila individu-individu kata, apakah kerajaan telah beri, saya berani mengatakan saya pergi bawa misi perdagangan dahulu dan berbincang, tidak ada nation, dengan izin yang penduduknya 24 juta orang dalam tempoh waktu yang pendek menjadi sebuah negara yang ke19 terbesar daripada segi perdagangan dunia. Apabila ini menjadi APEX kepada pertumbuhan negara, bagi perniagaan, pasaran itulah dia punya bottom-line nya kerana kita mempunyai pasaran yang besar dengan 230 buah negara, pelaburan dalam banyak. Tak betul kalau ada individu daripada pembangkang kata pelaburan kita kecil, Vietnam lagi besar, tidak betul. Statistik yang diberi oleh UNTAD, UNTAD laporan dia beri pada tiap-tiap Oktober. Jadi latest yang ada, bulan Julai belum ada kerana dia keluar bulan Oktober. Yang ada tahun 2006. 2006, pelaburan asing luar yang masuk ke negara kita USD6 bilion. Vietnam USD2.3 bilion. Jadi, tak betul. Mengapa kita cakap tak betul? Oleh kerana perdagangan kita besar, pelaburan datang ke negara kita dan pelaburan inilah sebenarnya yang telah menjana 11 juta lebih pekerjaan sektor swasta yang kita semua bekerja dan daripada itu bayar cukai kepada kerajaan, kita dapat cukai banyak, individu pun bayar cukai. Ini dia, dia punya ekosistem yang menjadi cycle yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Jadi oleh kerana negara kita sebuah negara perdagangan, kalau kita tutup pintu, orang repelled, kita akan habis....
[Bangun]
Saya nak tambah sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya saya ada sebut tadi iaitu, dengan izin, kita ada three main economic drivers. Yang pertamanya swasta. Yang keduanya pengguna. Yang ketiganya kerajaan. Kalau kita nak meneruskan usaha untuk membangunkan koridor ini, pertamanya kita mesti menyiapkan infrastruktur kita dulu. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, pihak swasta sebenarnya berhati-hati dan mungkin mereka tidak ada yang mempunyai kekuatan dalam keadaan yang uncertainty ini. Macam mana pandangan Yang Berhormat?
Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya berteraskan kepada statistik. Ada koridor yang memang telah ada usahawan, ada pelaburannya dah, memang dah ada pelaburan. Jadi Yang Berhormat tadi betul kata ada tiga assist of growth: the government; private sector dan people. Jadi ketiga-tiga ini perlu pertumbuhan. Dia tidak boleh tempang satu dan yang lagi satu elok, ketiga-tiganya perlu dan tadi saya cakap koridor, saya bercakap berdasarkan statistik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma nak membantu sebenarnya iaitu tentang koridor ini. Saya memang dapati ramai yang membangkitkan persoalan ini. Saya rasa puncanya ialah kerana delivery system iaitu menyampaikan maklumat itu tidak dapat turun secara menyeluruh kepada pihak ramai. Apa dia tentang koridor terutamanya Pembangunan Wilayah Iskandar ini, Iskandar Malaysia ini sebab Iskandar Malaysia ini sebenarnya sudah berjalan, dan sudah pun menerima pelaburan hampir RM4 bilion sebenarnya, dan saya oleh kerana saya dah tiga kali hadir dalam perbincangan yang dipanggil oleh Khazanah, meminta input daripada orang politik dan sebagainya. Jadi saya... Iskandar Malaysia ini saya cukup memahami dan menghayati. Jadi saya ingin mencadangkanlah, untuk Iskandar Malaysia ini yang sudah pun berjalan sekarang ini, barangkali mereka dipanggillah untuk memberikan taklimat ke Parlimen ini, adi boleh tahu dan sambil itu boleh memberi pandangan sebab bagi saya Iskandar Malaysia ini cukup penting sebab dia, orang kata menyebabkan kita boleh bersaing dengan Singapura. Saya dengan Singapura ini memang nak berlawan sangat.
Jadi sebab itu saya mengharap kejayaan Iskandar Malaysia dan lagipun konsep pembangunan koridor ini penting sebab dia menyeluruh dan seimbang. Jadi saya harap kalau boleh kita panggillah IRDA ini datang ke Parlimen memberi penerangan dan Ahli Parlimen boleh memberi pandangan tentang social safety net yang kita tuntut sebenarnya daripada Johor supaya mesti ada di Iskandar Malaysia.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat, saya bersetuju pandangan Yang Berhormat ya. Saya nampak malah banyak dasar-dasar yang kerajaan buat yang tidak disebarkan, rakyat tak faham. Itu sebabnya ada isu-isu negatif, yang isu negatif ini menyelubungi rakyat. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Kalau kita berusaha daripada sekarang, secara efektif kita menyebarkan maklumat, jadi orang tahu. Perkara ini saya ambil maklumlah. Yang Berhormat Permatang Pauh menyentuh tentang perbelanjaan swasta dan kerajaan, yang ini telah saya sentuh. Kemudian, penjualan bangunan Wisma Angkasaraya kepada Tuah Development dan kepada Sunrise. Yang ini Tuan Yang di-Pertua, jawapan secara bertulis telah diberi kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, jadi saya tidak ada lagi input tambahan ke atas perkara tersebut. Kemudian beliau menyentuh tentang Sabah dan Sarawak Koridor, ini telah saya sentuh. Isu diskriminasi tak berlaku seperti mana kata Yang Berhormat tadi ya....
Kapit!
Yang Berhormat Kapit tadi, Yang Berhormat ya.
Beliau menyentuh tentang Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga Midterm Review yang mana peruntukan bagi Sabah dan Sarawak banyak. Kerajaan tahu. Tak akan lah kerajaan nak menganaktirikan sesiapa, ini saja satu retorik yang kita gunakan atas tujuan tertentu. Kerajaan melihat daripada segi parameter yang besar. Kemudian Yang Berhormat juga menyentuh tentang sistem pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam disentuh oleh beberapa Ahli Parlimen. Semasa kerajaan memutuskan untuk naikkan harga minyak kepada RM1.92 sen berdasarkan kepada harga setong minyak dan juga bila diterjemahkan daripada segi harga pasaran di Malaysia daripada segi liter, kita jangka kita boleh jimat sebanyak RM4 bilion tetapi harga minyak naik, jadi penjimatan itu tidak berlaku. Apa yang terjadi sekarang ini kita telah pun, kerajaan telah menubuhkan satu tabung kumpulan wang amanah. Untuk pengetahuan, wang itu sebenarnya untuk tujuan itu. Sehingga ini lebih kurang RM500 juta telah digunakan.
Dari segi sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ini sebenarnya satu dilema yang bukan mudah untuk diselesaikan. Pihak prasarana mempunyai seribu buah bas dan bas ini dijalankan oleh RapidKL. Seribu buah bas ini cukup tetapi masalah di Kuala Lumpur adalah kesesakan lalu lintas. Jadi perkara ini yang sedang dilihat oleh kerajaan. Di samping itu kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Pengangkutan melibatkan semua kementerian untuk melihat secara holistik keperluan pengangkutan di negara kita. Kemudian Yang Berhormat juga menyentuh mengenai Program Top School Business. Yang ini kita ambil maklum mana tujuannya adalah untuk bersaing dengan Universiti Singapura dan juga Australia malah semua universiti di dunia ini. Kemudian peranan wanita tentulah kita bersetuju seperti mana kata Yang Berhormat Batu Pahat merit- based. Malah dari segi kumpulan JUSA dalam kerajaan pun telah bertambah kepada 25%. Kalau tiga empat tahun lalu 15%, sekarang telah pun meningkat, JUSA pun telah meningkat bilangan mereka. Okey, saya ingat cukuplah. Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh mengenai subsidi. Ini telah kita bincang. Kemudian Koridor Iskandar. Saya ambil maklum apa Yang Berhormat nyatakan itu.
Cuma tentang subsidi sikit saja. Subsidi itu. Kita dengar hujah semalam iaitu nak turunkan RM0.50 sen ini kita perlu RM5 bilion saja supaya dapat turun RM0.50 sen dan RM5 bilion ini nak ambil daripada mana. Antara yang disebut ialah RM2 bilion ini daripada IPP itulah. Saya nak tanya, adakah itu munasabah nak ambil daripada IPP sebanyak RM2 bilion?
Perkara ini telah disentuh oleh Yang Berhormat Rembau saya ingat bahawa isunya antara IPP dengan TNB. Sebarang penjimatan akan dimiliki oleh TNB. Kemudian kita bercakap tentang mengurangkan kepada 50 sen. Di mana saya nyatakan tadi Yang Berhormat ya, harga pasaran RM3 sekarang dah sampai RM3.40 sen. Kalau kita ambil RM3.40 sen harga pasaran, sekarang RM2.70 sen. Maknanya sudah 70 sen kurang yang telah diberi oleh kerajaan. Jadi oleh kerana harga ini dia moving target, jadi 50 sen itu di mana? Kemudian kita bercakap dalam konteks Petronas. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, kita berhadapan dengan berbagai-bagai dimensi. Bermakna dari segi seorang ahli politik, dia boleh bercakap dari segi needs dia, interest dia. Interest dia adalah untuk mempengaruhi orang ramai. Ini kita boleh buat dan untuk buat explanation bukan mudah. Melalui lima minit tidak dapat membuat explanation. Kerajaan punya needs berbeza. Kerajaan mesti pertama menjaga keselamatan negara, mesti jaga kesejahteraan rakyat dan mesti jaga masa depan rakyat. Maknanya kerajaan melihat dari segi parameters yang luas. Itu yang saya katakan tadi, apabila kita membuat keputusan, satu kita mesti melihat kepada situasi yang uncertainty ini. Kita tidak boleh keluar duit ikut suka kita sampai kita lupa perancangan kita masa hadapan. Kemudian dari segi masa hadapan kita mesti lihat. Kemudian kapasiti. Nak ambil duit daripada Petronas, daripada IPP, kapasiti kita, setakat mana kapasiti tersebut. Seterusnya effects yang lain, effects yang lain yang mesti kita ambil kira. Jadi dari segi seorang politician, memang mudah kita menyatakan sesuatu tetapi kerajaan melihat dalam konteks yang begitu besar. Kemudian Yang Berhormat menyentuh mengenai dengan polis. Yang ini diambil maklum Yang Berhormat ya tentang kelengkapan-kelengkapan polis, situasi kedudukan polis pun makin lama makin berisiko berhadapan dengan berbagai-bagai kedudukan kestabilan sosial dan politik yang juga turut terjejas. Kemudian Yang Berhormat Ipoh Timur menyentuh tentang penjualan Agusta oleh Proton semalam. Saya telah sentuh perkara ini. Kita melihat dari segi business logic, bukan political logic. Business logic bermakna Proton mesti merupakan satu entiti business yang mesti mempunyai viability masa hadapan. Jadi dalam konteks itu, apabila di dalam perjanjian awal, apabila Proton membeli Agusta, mereka mesti menanggung hutang yang berjumlah 107 bilion Euro. Jadi apa nak buat? Syarikat pun bukan untung sangat. Jadi keputusan daripada business logic, Proton jual tetapi tidak diikatkan dengan hutang tersebut. Kalau diikat dengan hutang tersebut, makna kena bayar hutang kita boleh jual dengan harga yang lebih tinggi. Kemudian Yang Berhormat Kinabatangan menyentuh tentang doktor. Perkara ini diambil maklum oleh kementerian. Betul kata beliau. Doktor tidak boleh bekerja sepanjang waktu. Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh tentang isu pelupusan wang. Isu pelupusan wang ini, apa yang dimaklumkan adalah bahawa kita telah membuat satu keputusan untuk wang kertas RM500 dan RM1,000 ini ditarik balik. Pada masa tarik balik, ada 1.99 juta keping wang RM500 bernilai RM994.7 juta dan 4.5 juta keping wang RM1,000 bernilai RM4.5 bilion. Sehingga 30 Jun, wang RM500 ini telah pun ditukar balik. Sekarang ini berbaki 152,000 keping bernilai RM75.8 juta dan wang RM1,000 tinggal 28,501 keping bernilai RM28.5 juta. Kemudian mengenai dengan kedudukan gabenor-gabenor tidak ada ...
Saya nak tahu selepas ditarik balik pelupusan di mana bermula daripada November 2007, selepas lapan tahun dah tempoh masa lupus, tiba-tiba berbangkit boleh ditukar balik. Saya nak tahu jumlah ini. Saya nak tahu selepas November 2007, berapa jumlah yang ditukar balik.
Jumlah yang ditukar adalah sebanyak ditukarkan RM500 - 1,800,037 keping daripada dahulu, bukan sehingga ya, bernilai RM908 juta dan kemudian bagi RM1,000 sebanyak 4,000,495.
Itu bila Yang Berhormat? Itu bila punya?
Sehingga 30 Jun 2008.
30?
Jun 2008.
Baik, yang saya nak angkanya 2007. 2007 ke atas ya. Angka 2007 ke atas, sebab isu yang saya bangkitkan ini ialah pelupusan asalnya 1 Julai 1999. Tiba-tiba, bulan November 2007 baru-baru ini Bank Negara Malaysia mengizinkan balik ditukar duit ini yang harga RM500 dengan RM1,000 ini. Yang saya nak tahunya selepas itu. Siapa yang tukar? Kenapa dia buat keputusan demikian sesudah lapan tahun? Itu yang saya nak tahunya...
Saya minta notis. Saya tidak mempunyai maklumat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh habis tidak dalam masa sepuluh Yang Berhormat?
Berapa, sepuluh minit?
Ya.
Okey saya laju. Saya laju Tuan Yang di-Pertua.
Ya, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Okey, Petronas saya dah sentuh dah. Kemudian Yang Berhormat Batang Sadong ada satu isu Yang Berhormat Batang Sadong.
Sambung esok, sambung esok.
Ada, ada time lagi. Boleh 9.30 malam. Peruntukan desa sebanyak 1,039 telah pun didirikan. Program untuk wanita, perkara ini diambil perhatian oleh kementerian. Salah satu Program Jejari Bestari. Program di Sabah dan Sarawak akan dilakukan. Kemudian dasar 30%, perkara ini telah saya sentuh. Yang Berhormat Kota Raja menyentuh mengenai the word of the government, dengan izin. Beliau menyentuh mengenai... Ya? Okey, nak balik dah. Okey, okey. Yang Berhormat Rembau balik juga... [Ketawa] Balik dah, bertulis ya. Bertulis susah ini tetapi beliau menyentuh tentang RM15 bilion subsidi ini. Perkara ini telah saya sentuh...
[Bangun]
Saya harap yang saya punya dapat jawapan bertulis.
Yang Berhormat Ledang.
Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab besok.
Kita memberi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membuat keputusan Yang Berhormat.
Ya, esok pagi kerana telah terlalu banyak.
Okey, kita ada masa lagi. Tidak banyak lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Ledang fleet card, perkara ini beliau menyentuh tentang susah dapat fleet card. Perkara ini kita akan pastikan tidak susah. Yang Berhormat PJ Utara pelan induk pengangkutan, perkara ini telah disentuh. Selepas itu Yang Berhormat Pontian menyentuh mengenai dengan efficiency projek dilaksanakan. Itu dia punya pokoknya. Kemudian top business corridor, perkara ini pun telah disentuh. Yang Berhormat Gombak menyentuh isu politik, tidak perlu saya jawab. Begitu juga Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Titiwangsa...
[Bangun]
Tak ada apa?
Peraturan mesyuarat.
Yang ke berapa Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan. Kita telah ada usul yang memutuskan bahawa sidang tamat pada 9.30. Kalau nyatakan membenarkan melanjutkan 15 minit...
Cukuplah. Saya bagi budi bicara kepada menteri kerana Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk memanjangkan mesyuarat, 12(3) sehingga 15 minit Yang Berhormat.
Akan tetapi saya pohon penjelasan...
Perkara 12(3), mesyuarat boleh panjangkan 15 minit Yang Berhormat.
Kalau itu masa mesyuarat ialah 5.30 petang. Saya pohon apakah saya boleh dibetulkan kalau saya ada apa-apa kesilapan tetapi sekarang usul....
Yang Berhormat, ianya termasuk apa-apa yang telah diputuskan oleh majlis. Kita memutuskan mesyuarat berakhir jam 9.30 malam. Walau bagaimanapun, dalam perkara 12(3), Tuan Yang di-Pertua boleh memanjangkan selama 15 minit.
Sebenarnya Yang Berhormat, sebahagian besar isu-isu yang dibangkitkan adalah isu-isu yang sama. Bukanlah ada isu- isu yang berbeza. Jadi saya akan perhatikan balik mana-mana isu yang terkeluar daripada isu yang sama itu, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih.
Saya minta jawapan bertulis mengenai dengan....
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon jawapan berkenaan dengan biasiswa.
Ia termasuk dalam jawapan yang akan dibuat secara bertulis Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini semua tidak betul. Kita semua tunggu untuk jawapan. Kalau tergesa-gesa sampai 9.30, tidak habis, kita sambung.
Yang Berhormat, kita....
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya pohon, sini ada, saya tunggu jawapan. Dan saya pohon...
Yang Berhormat...
Boleh saya jawab?
Ini tidak bermakna kalau mesyuarat sedemikian.
Saya jawab, okey. Yang Berhormat Batu Gajah menyentuh mengenai RM91 juta. untuk siapa? Ini adalah untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat 9A. Semua sekali akan dapat biasiswa tersebut, okey.
Tuan Yang di-Pertua, itu bukan jawapan. Itu Yang Berhormat tidak perlu bagi tahu, ini sudah tertulis. RM91 juta untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 9A. Yang saya minta, ialah berapa orang yang terlibat, satu; apakah nisbahnya; ketiga ialah apakah program yang lain dalam Jabatan Perdana Menteri seba sudah bangkit isu hak kedudukan istimewa Melayu...
Terima kasih Yang Berhormat.
Tidakkan saya hendak ulang ucapan lagi?
Cukup Yang Berhormat.
Yang, Yang Berhormat bagi tadi itu bukan jawapan. Saya sudah tahu pelajar-pelajar yang mendapat 9A akan diberikan RM91 juta.
Yang Berhormat...
Jangan sebut hak istimewa Melayu tahu?
Sudah, Sudah, Sudah, cukup, cukup, cukup.
Yang Berhormat Lipis duduk.
Yang Berhormat...
Apa Yang Berhormat Lipis ini mengamuk? Mengapa mengamuk?
Duduk Yang Berhormat.
Saya tanya soalan baik-baik. Mengapa mengamuk?
Jangan sebut hak istimewa Melayu.
Yang Berhormat, tidak perlu mengamuk Yang Berhormat.
Itu bukan Perlembagaan Yang Berhormat Lipis atau UMNO. Ini Perlembagaan Persekutuan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Baik, cukuplah. Yang Berhormat pun jangan mengamuk Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Lipis mengamuk, Yang Berhormat tidak perlu mengamuk.
Apa ini?... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu butiran lengkap yang ingin Yang Berhormat perolehi itu akan diberi oleh kementerian masing-masing di Peringkat Jawatankuasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang ialah peringkat dasar. Saya perlukan maklumat asas ini agar saya boleh bahas dalam Peringkat Jawatankuasa.
Sudah lebih 15 minit.
Yang Berhormat Batu Gajah sekejap...
Tuan Yang di-Pertua, ini asas. Saya minta...
Diam dahulu Yang Berhormat. Jawapan secara bertulis adalah merupakan jawapan daripada menteri Yang Berhormat. Kita di sini pun kerana terdesak untuk mengurus masa yang ada diberikan kepada kita Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, tetapi bukan cara macam ini.
Semua isu yang dikemukakan dijawab secara lisan, kita tidak akan dapat menghabiskan agenda kita.
Ini adalah asas. RM91 juta adalah asas.
Yang Berhormat, jawapan secara bertulis juga merupakan jawapan Yang Berhormat.
Akan tetapi saya tidak boleh tanya soalan tambahan kalau macam itu. Ini peringkat dasar. Saya perlu maklumat untuk peringkat jawatankuasa.
Cukup Yang Berhormat.
Inilah masalah.
Masalah apa? Saya pun tidak dapat juga. Sama- sama tunggulah.
Yang Berhormat boleh terima, saya tidak boleh terima. Yang Berhormat boleh leka dalam tanggungjawab, saya tidak boleh begitu.
Cukuplah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tamatkan mesyuarat pada hari ini dan sambung semula pada pukul 10 pagi esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.36 malam.