Dewan Rakyat · 17 July 2008
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 1,479 turns · 57,400 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat ada makluman daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat.
Usul — MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 • Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan)Bill
• Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 dan Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai nombor 2 dan 3 ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.
Baiklah.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2008) 2008 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM20,153,679,997 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2008 bagi Maksud-maksud Bekalan B.6, B.7, B.11, B.12, B.20, B.21, B.22, B.23, B.25, B.28, B.31, B.32, B.42, B.44, B.45, B.46, B.48, B.49 dan B.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 11 Tahun 2008 dan Kertas Perintah 12 Tahun 2008, masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2008 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini adalah juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 11A Tahun 2008. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada beberapa perkara sebelum perbahasan dimulakan terhadap perkara 67(9), iaitu had perbahasan hendaklah ditumpukan kepada butiran-butiran yang terkandung di dalam Jadual kementerian tertentu. Dengan keadaan yang begitu dan dengan keadaan masa yang diperuntukkan kepada kita pada hari ini, saya ingin menggunakan kuasa 35(7) untuk mengehadkan masa perbahasan selama lima minit bagi seorang.
Kita buka perbahasan kepada Jabatan Perdana Menteri, Kepala Bekalan B.6 dan B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyebut Butiran 010000 mengenai pentadbiran iaitu peruntukan atau permohonan berjumlah RM44 juta untuk pelaksanaan projek Managed Portal Services (MPS) yang sudah lebih 10 tahun. Yang Berhormat Menteri kita ada melaksanakan electronic government, tetapi sekarang yang kita mahu tahu ialah sikap kerajaan mengenai electronic government - penggunaan internet. Kita selalu mendengar bahawa kerajaan ada menasihatkan rakyat janganlah percaya kepada apa yang ada dalam blog-blog, apa yang ada dalam internet tetapi nampaknya kerajaan sendiri percaya apa yang ada dalam blog-blog sehinggakan tadi Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ‘lari’. Kenapa dia ‘lari’? Kalau dia dengar saya sekarang, saya harap dia masuk balik ke dalam Dewan yang mulia ini. Kenapa kerajaan boleh percaya kepada dua blog, dua ucapan dan dua SMS bahawa akan ada satu demonstrasi besar-besaran pada hari Isnin dan oleh kerana itu melancarkan satu operasi melibatkan 1,600 orang anggota. Untuk tiga hari Kuala Lumpur dan Lembah Klang paralyzed dengan tanpa apa-apa asas. Ini menunjukkan bahawa sikap kerajaan mengenai electric government belum matang. Saya rasa ini amat mustahak kerana apalah guna mengadakan satu Managed Portal Services apabila kerajaan tidak boleh mengadakan satu pendirian yang jelas sebagaimana sikap mengenai netizenship sekarang ini - a cyber world. Saya harap khasnya dalam perkara ini Yang Berhormat Menteri bagi pihak Kementerian Dalam Negeri boleh menerangkan pendirian kerajaan mengenai blog-blog khasnya dalam election baru-baru ini, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengisytiharkan satu website, di mana dia ‘mempersilakan’ segala pandangan diberikan, tetapi kita dapati complaints bahawa segala e-mel yang dihantar ke website itu, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak dapat perhatian yang serius.
Perdana Menteri sendiri pun tidak ambil perhatian mungkin adalah staf-staf yang menguruskannya, dan ini nanti tidak memuaskan. Akhirnya saya berharap bahawa kalau kita mahu satu manage portal services yang cekap dan baik, kita perlulah satu sikap mengenai electronic government yang benar-benar terkini dan bukan macam sekarang di mana kerajaan ada double standard mengenai blog-blog dan tidak memberi perhatian yang serius dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan mengenai Butiran 200000, di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk memperluaskan dan memperbanyakkan kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela. Bagi saya, ini dapat kita mewujudkan silaturahim di antara satu sama lain terutamanya penduduk-penduduk di dalam sesuatu kawasan Rukun Tetangga itu. Terutamanya kini banyak kejadian pecah rumah dan sebagainya yang terletak di kawasan- kawasan Rukun Tetangga terutamanya yang berada agak berjauhan dengan pusat rondaan polis. Sebagai contohnya, di Lipis baru-baru ini dalam masa sebulan berlakunya tiga kejadian, atau empat kejadian pecah rumah yang melibatkan senjata. Masa diambil dan bagi saya kalau di Kuala Lumpur ini keadaan yang biasa tetapi di Lipis keadaan seperti ini adalah luar biasa. Walaupun polis memang cekap dan telah pun mengenal pasti penjenayah-penjenayah tersebut tetapi apa yang saya harapkan Tuan Pengerusi, bila kita meluaskan kawasan Rukun Tetangga dan kita mengadakan Skim Sukarela ini, janganlah pula pusat aktiviti Rukun Tetangga ini menjadi satu pusat untuk sesuatu pihak pula mengembangkan ideologi dan agenda- agenda kepartian masing-masing. Jadi ini menyebabkan semangat Rukun Tetangga itu tidak berlaku dan berlaku pula bukan kita hendak memadukan..., Jabatan Perpaduan mungkin akan jadi jabatan perpecahan, kalau kita tidak berhati-hati dan kita tidak memastikan Rukun Tetangga itu melaksanakan program-program mengikut objektif dan matlamat-matlamat sebenarnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga ingin membahaskan maksud B.6 dan B.7. Pertamanya ialah, sebanyak RM108,500,000 untuk koridor-koridor Iskandar dan Pantai Timur... [Disampuk] Bilion? Kat sini juta Yang Berhormat. Jumlahnya besar tetapi ini tambahan yang saya fikir saya telah bertanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tentang perkembangan Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur ini. Daripada jawapannya, nampaknya tidak ada apa-apa perkembangan yang sebenarnya telah berlaku. Jadi saya ingin mengingati dan menyeru kepada pihak kerajaan, dengan mengingatkan bahawa rakyat di Pantai Timur termasuklah di tengah Pahang di sebelah Barat Pahang sekali pun, tidak merasai lagi sikit pun kesan daripada...
Lipis Yang Berhormat! Program Koridor Wilayah Timur dan Lipis sekali.
...Program Koridor Wilayah Timur dan Lipis sekali. Terima kasih. Jadi saya ingin menyerulah kepada kerajaan supaya benar- benar menjadikan benda ini benar-benar zahir di bumi Pantai Timur yang melibatkan tiga-tiga negeri ini. Keduanya, Rukun Tetangga saya sama dengan Yang Berhormat Lipis supaya ditekankan lagi sebab masalah kecurian, pecah rumah, rompakan, rogol dan sebagainya berlaku dalam bandar dan juga luar bandar. Jadi saya menyeru kepada pihak kerajaan berilah perhatian terutama sekali dalam keadaan ekonomi yang menurun ini dijangkakan bahawa keadaan keselamatan, keadaan kecurian, keadaan pecah rumah dijangka akan meningkat. Oleh sebab itu, saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan supaya memberikan tekanan kepada Rukun Tetangga ini dan jangan dipolitikkan. Maaflah kami menjadi kerajaan di lima negeri Tuan Pengerusi, maaflah kepada BN tapi hormatilah dan kerjasamalah dan berilah kepada... [Tepuk] Rukun Tetangga ini hak untuk menjalankan tugas mereka. Apa-apa diskriminasi politik oleh pihak Barisan Nasional yang menterinya bertanggungjawab tentang Rukun Tetangga ini.
Seterusnya, Maksud B.7 iaitu RM91 juta - Program Penajaan Pelajar SPM 2007 yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ini saya dan kami menyokongnya. Dan kami berharap sebagaimana kita dengar dari semua pihak bahawa ini adalah galakan yang merentasi kaum, merentasi agama. Sekadar mengingatkan lagi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja semalam bahawa dalam apa hal keadaan sekalipun kedudukan sekolah-sekolah yang terpencil, pelajar-pelajar daripada keluarga miskin, keutamaan juga mestilah diberikan kepada mereka dan diiktiraf keputusan SPM mereka yang sudah tentu tidak setanding daripada sekolah-sekolah utama negara yang mempunyai kemudahan- kemudahan yang tinggi. Jadi saya harap dan menyerulah kepada Kementerian Pelajaran supaya memberi sedikit perhatian kepada pelajar-pelajar luar bandar, pelajar-pelajar keluarga miskin supaya keputusan SPM mereka, walau tak setara dengan yang hebat tetapi diberi pengiktirafan dan kedudukan, mereka dibiayai juga oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara tentang B.6 ini mengenai dengan Koridor Iskandar Malaysia ini. Saya ingin membangkitkan peranan IRDA ini sebenarnya. Apakah IRDA mempunyai satu business arm, dengan izin, yang tertentu mengendalikan aktiviti perniagaan? Sebab IRDA adalah satu pihak berkuasa tempatan. Jadi kalau ada satu business arm, dengan izin, yang mengendalikan aktiviti perniagaan ini..., saya ingin tahu, berapa kalikah seminar telah diadakan untuk memberi kefahaman kepada pelabur-pelabur tempatan khususnya dan saya ingin tahu, apakah yang telah diperjelaskan kepada kontraktor-kontraktor tentang peluang-peluang yang ada di IRDA itu? Dan satu lagi tentang social safety net, saya ingin tahu iaitu, apakah ada unit khusus yang mengendalikan tentang kontraktor-kontraktor kecil ini supaya mereka juga mendapat tempat di dalam pelaburan yang melibatkan RM4 bilion yang sudah pun masuk sekarang ini khususnya pelabur asing. Dan saya ingin penjelasan tentang RM100,8000 ini sebenarnya untuk apa. Apakah..., ada enam Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat berada di dalam IRDA ini dan sejauh manakah peranan mereka dalam menentukan apa-apa pembangunan yang di bawah kekuasaan tersebut? Mengenai B.7 ini Tuan Pengerusi, mengenai biasiswa sebanyak RM91 juta ini. Saya harap kita kembali kepada apa yang sudah dibangkitkan tentang masalah kuota ini supaya biasiswa ini juga kembali kepada asas Perkara 153 dalam Perlembagaan. Ini soal bukan kita menganggap bumiputera ini perlu dijadikan anak emas atau dimanjakan. Sebab mereka juga berusaha, mereka juga mendapat keputusan yang baik tetapi keputusan sudah pun ada di dalam 153 itu. Jadi oleh kerana itulah, saya harap ini diberi perhatian semula tentang 45%, 55% yang sudah pun diumumkan sebelum daripada ini. Saya ingin menyatakan bahawa, apa yang dilakukan ini bukanlah sebenarnya bertujuan untuk kita tidak memberikan keadilan tetapi ia adalah satu neraca sosial sebenarnya, untuk mengelakkan berlaku ledakan atau pun berlaku ketegangan sosial yang perlu kita elakkan. Sebab itulah saya mengharap, apa yang disebut ini bukan tujuan untuk dimanja atau dijadikan anak emas tetapi ialah untuk keseimbangan, dan sebenarnya mereka ini pun bumiputera ingin mendapat keputusan yang baik atas usaha mereka. Mereka boleh berusaha sebenarnya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada maksud B.7, RM91 juta untuk program penajaan pelajar SPM biasiswa bagi pelajar cemerlang 9A. Seperti yang saya bangkitkan semalam, saya ingin tahu ada berapa jenis biasiswa yang dibekalkan di bawah JPA ini? Kerana tadi Yang Berhormat Batu Pahat baru bangkitkan. Sebelum ini kita telah dengar Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Mas, membangkitkan berkenaan kuota yang diguna pakai.
Jadi biarlah kita mendapat satu penerangan yang sejelas-jelasnya, apakah kuota yang sebenarnya yang ditetapkan? Apakah kayu penyukat yang digunakan di dalam menetapkan kuota tersebut? Memang benar Yang Berhormat Batu Pahat menyatakan bahawa ini adalah Perkara 153. Akan tetapi, kita hendak tahu bagaimana ia diguna pakaikan? Jangan sekadar kerana ada diperuntukkan Perkara 153 ini, kita tidak boleh mengetahui bagaimanakah kadar ini, kuota ini ditetapkan. Pada masa yang sama, kita ada pelajar-pelajar dari kaum yang lain. Mereka kalau membaca Perkara 153, mereka mempunyai tuntutan juga. Pengesahan yang sah kepada biasiswa ini juga. Jadi saya pohon berkenaan perkara ini. Satu perkara lagi ialah berkenaan syarat-syarat kemasukan untuk memperoleh biasiswa ini juga mesti diberi penerangan. Mengapa setiap tahun berlaku pelajar-pelajar cemerlang yang tidak memperoleh biasiswa. Apakah pihak kementerian sudi menyenaraikan nama-nama semua pelajar yang diberikan biasiswa JPA ini bagi setiap tahun? Sebelum ini kita baca Ahli Yang Berhormat Rembau berkata, 90-10 ini telah tidak diikuti. Mahu kembali kepada 55-45 kuota permintaan non bumi. Akan tetapi yang kita mahu ialah ketelusan. Memang mereka yang patut dibantu sampai kepada mereka dan tidak hanya sekadar kerana Perkara 153 itu mengakibatkan pelajar yang lain dari kaum yang lain atau pelajar luar bandar yang tidak memperolehnya. Itu yang saya pohon penjelasan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut sama untuk membahaskan Maksud B.6 iaitu yang ketiga. Dari segi pembiayaan Rukun Tetangga, kita lihat di kawasan negeri Sabah, saya ingin tahu berapakah peruntukan khusus untuk negeri Sabah dan kalau ia juga boleh dipanjangkan sampai ke negeri Sarawak, sebab kita melihat vandalisme di kawasan-kawasan bandar-bandar utama di negeri Sabah semakin meningkat. Jadi program Rukun Tetangga dan skim rondaan sukarela bagi tahun 2008 ini sangat sesuai juga dipanjangkan dan diperbanyakkan di negeri Sabah terutamanya di bandar. Kalau di Pantai Timur, saya lihat di Lahad Datu dari segi vandalisme dan kejadian serta kes-kes kecurian dan rompakan ini sangat banyak berlaku. Jadi kita berharap supaya pembiayaan ini dapat diperluaskan ke negeri Sabah. Kemudiannya dalam Maksud B.7, saya menyokong iaitu sebanyak RM91 juta dikehendaki untuk membiayai program penajaan pelajar SPM bagi tahun 2007 harus juga dipanjangkan ke negeri Sabah. Kita melihat iaitu dalam Perlembagaan Negara kita pun telah menekankan tentang keutamaan diberikan kepada bumiputera. Kita melihat ada juga pelajar-pelajar yang datang daripada Sabah dan Sarawak juga sendiri perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan sebab kita tidak mahu melihat perkara ini akan tercicir terutamanya pelajar-pelajar di kawasan luar bandar. Contohnya seperti yang terdapat di kawasan saya iaitu Sekolah Sains Lahad Datu dan kita berharaplah supaya kerajaan sangat prihatin dalam hal ini dan kalau pun dari segi struktur ataupun agihan nisbah pelajar yang diambil itu daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak, perlu diselaraskan dan diambil kira. Kita tidak mahu perkara ini akan menyebabkan terutamanya pelajar-pelajar yang ada daripada negeri Sabah itu akan ketinggalan. Dalam B.7 juga, saya menyokong iaitu...
Mohon mencelah, Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat, tidak ada masa Yang Berhormat. Tidak perlulah ya.
Maaf, tidak ada masa. Peruntukan RM10 juta dari segi Advance Management Development Program dan saya berharap semacam semalam saya sudah tekankan dalam bahas iaitu supaya INTAN Cawangan Negeri Sabah diberi peruntukan yang banyak dalam pengagihan ini.
Ini disebabkan kita melihat dari segi urus tadbir pegawai-pegawai kerajaan banyak lagi yang perlu pendedahan kepada sistem pentadbiran yang lebih baik. Jadi dengan adanya kursus Advance Management Development Program ini, saya berharap ia akan dapat meningkatkan lagi sistem pengurusan kerajaan terutamanya di kawasan- kawasan yang terpencil seperti di kawasan-kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.6 dan B.7. Pertamanya B.6, pertama, khusus untuk pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Pertama, saya hendak bertanya berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk pelancaran yang dilakukan sebelum pilihan raya iaitu pelancaran Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur? Apakah perbelanjaan ini dibiayai oleh Petronas ataupun daripada dana kerajaan secara langsung? Keduanya, saya ingin mengetahui apakah Pembangunan Wilayah Timur ini mengikut apa yang saya dimaklumi dan yang saya baca. Adakah secara khusus lead agency yang akan mengendalikan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur ini? Pada awalnya saya difahamkan, saya agak mula-mulanya Petronas kerana Petronas banyak duit, tetapi rupa-rupanya Petronas hanya memainkan peranan dengan menyediakan rancangan input mengenai dengan rancangan Pembangunan Wilayah Pantai Timur. Saya dapati daripada kandungannya, sebahagian besar projek-projek ini adalah yang sudah pun tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan tidak ada perkara baru. Cuma namanya disebut Pembangunan Wilayah Pantai Timur tetapi sudah pun ada, iaitu sumbangan pihak kerajaan. Sebahagian pembahagian lagi adalah daripada pihak swasta. Ini yang saya sangsi sama ada kerajaan berupaya atau tidak dalam keadaan ekonomi sekarang dengan harga petrol yang naik, malah untuk mencari dana bagi makanan negara pun terpaksa menaikkan kos harga petrol dan seumpamanya. Jadi dimanakah wang ini akan didapati untuk membiayai kerana saya bimbang nanti, kita keluarkan belanja untuk pengurusan, melantik jawatan itu, jawatan ini, pelaksanaannya lambat, ia akhirnya menjadi pembaziran. Jadi, saya berharaplah. Satu lagi yang saya hendak tanya juga, dalam rancangan Pembangunan Wilayah Pantai Timur, ada satu program khusus iaitu hab halal yang akan dilaksanakan dalam kawasan daerah Pasir Mas yang mengandungi dua Parlimen iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang. Jadi saya hendak tahu sejauh manakah pelaksanaannya sekarang dan kemajuannya? Pada penglihatan saya yang balik tiap-tiap minggu ke kawasan saya, tidak ada apa-apa lagi yang dilakukan dan tidak ada apa-apa lagi yang dibuat. Kempen sahaja yang lebih, pelaksanaannya belum lagi kelihatan. Seterusnya yang akhir Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh mengenai dengan B.7i. Ini masalah biasiswa. Saya ingin menegaskan mengikut kefahaman saya Tuan Pengerusi, biasiswa ini adalah hak bagi pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera. Dia tidak timbul sebenarnya asas kuota. Kalau dirujuk kepada Perlembagaan, ia milik orang-orang Melayu dan milik kaum bumiputera tetapi hak kaum lain pun ada. Dalam konteks apa yang disebutkan dalam Perlembagaan, ini hak orang Melayu, hak kaum bumiputera yang ditukar dengan kerakyatan dahulu. 2.2 juta kerakyatan sebelum negara mencapai kemerdekaan. Jadi, oleh itu maka ia tidak patut dijadikan persoalan. Malah ia seharusnya dilihat dalam konteks yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi dalam soal kecemerlangan pendidikan, saya menyokong supaya semua pihak diberi perhatian dan diberikan biasiswa. Jadi saya hendak cadangkan, cara penyelesaiannya Tuan Pengerusi. Apa kata kalau kerajaan menubuhkan dana khas. Menubuhkan dana asing selain biasiswa untuk pelajar Melayu dan bumiputera yang harus tidak dijejaskan dan dicompromisekan dan saya tidak bersikap apologetik dalam soal ini kerana ini hak yang dijamin di dalam Perlembagaan. Akan tetapi untuk membiayai...
Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat, gulung, gulung...
[Bangun]
Tidak payah, saya tidak ada masa.
Minta penjelasan Yang Berhormat...
Tidak payah, saya tidak ada masa.
Ini perlu diperbetulkan.
Penjelasan.
Pohon penjelasan Yang Berhormat. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati.
Yang Berhormat Batu Gajah, Batu Gajah...
Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati
Yang Berhormat Batu Gajah, tak payah penjelasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat, nanti.
Yang Berhormat Pasir Mas ini salah faham.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat Pasir Mas, sila gulung, Yang Berhormat.
Jangan tunjuk tangan....
Mohon Penjelasan Yang Berhormat Pasir Mas.
Dengar saya bercakap dahulu, biar habis dahulu.
Yang Berhormat Pasir Mas, gulung Yang Berhormat Pasir Mas.
Dengar, semua cakap tipu.
Duduklah Yang Berhormat Batu Gajah.... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa yang nak saksi, saya pun nak sokong kaum-kaum Cina, kaum India ini pun. Memang saya nak sokong tetapi...
Habiskan perbahasan Yang Berhormat.
...Dengar saya cakap dahulu. Saya mempertahankan apa yang ada dalam perlembagaan. Simple language, dengan izin, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, lima minit dah habis, Yang Berhormat.
Untuk kaum-kaum lain, saya cadangkan, diwujudkan satu dana, yang mana kerajaan patut menjadi penggeraknya, memperoleh kewangan daripada agensi-agensi GCLC, korporat-korporat, supaya wang ini boleh digunakan untuk membiayai, menampung lain-lain lagi biasiswa yang diperlukan oleh... [Disampuk] Diamlah!
Baik Yang Berhormat.
Dengarlah!
Tak payah marah, Yang Berhormat. Masa dah habis Yang Berhormat.
Saya bukan marah, saya tak pernah kacau orang pun. Dengar! You nak cakap, you cakap!
Baiklah Yang Berhormat.
[Bangun]
[Menjerit]
Yang Berhormat Batu Gajah, duduklah Yang Berhormat Batu Gajah.
Samsenglah.
Yang Berhormat Pasir Mas, habiskan Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya hendak habislah ni. Saya nak ulang supaya Tuan Pengerusi, diwujudkan dana seumpama ini untuk menolong kaum-kaum lain selain daripada apa yang dibantu oleh kerajaan.
[Bangun]
Ya, baik. Yang Berhormat Batu Gajah, saya tak benarkan untuk penjelasan, duduklah. Tak payah bangun.
Jadi, Tuan Pengerusi, sebab itu saya nak mengulangi dari segi, saya nak minta kerajaan meneliti keputusan, resolusi yang disuarakan oleh Majlis Permuafakatan Melayu di Johor Bahru baru-baru ini, di kalangan cendekiawan–cendekiawan yang melahirkan pandangan mereka bersabit dengan kedudukan hak dan kepentingan orang-orang Melayu dan kaum bumiputera, dan juga lain-lain pertubuhan...
Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.
...Saya minta ianya diberi perhatian oleh pihak kerajaan, terima kasih Tuan Pengerusi .
Yang Berhormat Sri Gading.
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat pagi.
Selamat Pagi Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi yang bijaksana.
Ya, lima minit Yang Berhormat.
Sebelum saya meneruskan hujah saya dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa, Jabatan Perdana Menteri menyentuh tentang B.6, saya hendak mengalu-alukan kehadiran, ketibaan, kedatangan...
Lima minit sudah habis... [Ketawa]
...Ketua-ketua UMNO Negeri Johor... [Tepuk]
Apa ini?
Saya ulang sekali lagi, Ketua-ketua Wanita UMNO seluruh Negeri Johor.
Tuan Pengerusi, ini Dewan UMNO kah, Dewan Rakyat?
Tak apalah, biarkan Yang Berhormat bercakap... [Dewan riuh]
Dan juga murid-murid kita, dan juga para pengunjung yang ada di belakang kita, di depan Tuan Pengerusi.
Lima minit sudah habis ya.
Itu tidak termasuk dalam lima minit... [Ketawa] Itu alu-aluan, sebagai penghormatan Dewan kepada tetamu- tetamu kita... [Disampuk] Dan juga pegawai-pegawai polis di luar... [Ketawa] Saya bukan anti pembangunan dan jauh sekali daripada anti pelabur-pelabur luar. Kita mengalu-alukan pelabur-pelabur. Saya nak menyentuh tentang Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang bertapak di negeri tanah tumpah saya, Johor Darul Takzim, hebat...
Lima minit habis dah...
Tanah yang diperuntukkan kepada pembangunan Iskandar Malaysia ini, lebih daripada 200 kilometer persegi. Huh! Maknanya kita membenarkan tanah air yang tercinta ini dijadikan landasan untuk pihak- pihak luar mencari keuntungan. Saya tidak nafikan bahawa pulangan-pulangan tentu ada kepada negara Malaysia, tetapi saya ingin kepastian, ingin satu hakikat yang paling tepat harus diberikan keutamaan kepada rakyat negara ini...Ha, ha! Hoo!....
Tinggal lima saat.
Selalunya, kita akan bercakap tentang pembangunan di Johor ini, di selatan Malaysia ini, wilayah Malaysia ini, kita sering berkata bahawa kita nak menandingi Singapura... Ha, ha! Ho! Apakah pembangunan ini hanya nak menandingi Singapura, apakah tidak ada matlamat yang lebih suci, yang lebih mulia, yang lebih utama, kenapa kita nak membandingkan negara kita dengan negara-negara luar, itu tidak penting.
Ini, ada semangat, sebab isteri ada kat belakang kah? [Ketawa].
Teruskan Yang Berhormat, tak payah dengarlah Yang Berhormat.
Astaghfirullahhal’azim. Astaghfirullahhal’azim.
Tuan Pengerusi, dah lima minit dah.
Belum sampai Yang Berhormat, belum sampai.
Isteri yang mana tu?
Astaghfirullahhal’azim. Tuan Pengerusi... [Ketawa]
Satu minit setengah lagi Yang Berhormat.
Astaghfirullahhal’azim. Tuan Pengerusi, saya baru... Saya haraplah, gangguan-gangguan rakan itu ditolak sebagai...
Semangat itu simpan di rumah sedikit.
Jadi, ringkas Tuan Pengerusi ya?
Ya. Masih dalam Wilayah Iskandar, ya.
Hendak tentukan peluang pekerjaan, hendak tentukan kontraktor-kontraktor tempatan, mesti di beri keutamaan.
Eh! Saya menunjuk belakang pula ya... [Ketawa]
Mula-mula nak membina pembangunan ini dah kita gunakan tenaga-tenaga luar yang bukan rakyat Malaysia. Belum apa-apa, orang luar dah dapat keuntungan Tuan Pengerusi. Saya haraplah, pihak Khazanah yang diberikan tanggungjawab untuk membangunkan Wilayah Iskandar ini, tentukan bagaimana pulangan-pulangan yang harus diperoleh oleh rakyat tempatan, oleh anak-anak muda kita yang mesti diberikan keutamaan, kalau boleh dikuotakan, 80 peratus pekerjanya mesti rakyat Malaysia...
Cukuplah Yang Berhormat.
Cukup Tuan Pengerusi, saya mematuhi arahan Tuan Pengerusi yang begitu baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Macang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk mengambil bahagian membahaskan Peringkat Jawatankuasa, B.6, Jabatan Perdana Menteri, perkara pertama - Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Soalan yang saya nak kerajaan jawab ialah, sejak pelancarannya, di mana sekretariat ECER ini digerakkan. Khabarnya sejumlah lebih 30 kakitangan Petronas telah pun dikerah untuk berfungsi di dalam sekretariat ini, maknanya, akauntannya, pakar-pakar ekonominya, perancang kakitangan Petronas yang telah pun dialihkan daripada bekerja dengan Petronas, kepada menjayakan maksud ekonomi ini. Kalau itu berlangsung, berapa sebenarnya kakitangan Petronas yang telah pun dipindahkan, dan yang kedua, berapa pula kos yang melibatkan operasi ini? Sebab untuk membangunkan program yang begitu besar, dan period nya pula cukup panjang, cukup lama, sudah tentulah nak menggambarkan seriusnya kerajaan, ianya harus digerakkan melalui satu sekretariat ini. Jadi, saya mohon penjelasan lebih tentang perkara itu, pertama. Yang Kedua, B.6 - ii. Projek Managed Portal Services (MPS). Kita difahamkan bahawa kos sebenar projek ini ratusan juta. Hendak membangunkan laman-laman web bagi kementerian dan jabatan termasuk pihak berkuasa kerajaan tempatan, dan melalui fasa-fasa tertentu. Bercerita tentang kerajaan elektronik ini, kerajaan yang memanfaatkan bidang IT ini, saya ingin menarik perhatian kepada kementerian berkenaan. Sementara projek Managed Portal Services ini mengambil masa yang dibangunkan oleh sekali ini, milik anak kepada bekas Menteri Pertahanan dahulu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO Malaysia, Tengku Ahmad Rithaudeen punya anak, tidak apalah tidak ada runding terus, bincang begitu, bagi begitu, itu tidak apalah, kita anggap katakanlah kita terima. Kita hendak tahu setakat ini, setakat mana success storynya, pencapaiannya. Saya sebut begitu sebab di sana sini ada juga terdapat perkhidmatan yang turut diagihkan kepada misal kata, Precision Portal Sdn. Bhd. di Lembaga Hasil Dalam Negeri, satu jabatan penting kerajaan. Jumlah kos projeknya hampir RM250 juta. Tujuannya hendak sediakan satu sistem VPI atau di bawah sistem pentafsiran sendiri bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tahun mula baginya tahun 2000, tempoh siap sistem untuk syarikat patutnya 2001, untuk individu tahun 2004, cara lantikan ini runding terus tanpa tender, apa masalahnya sekarang? Masalahnya ialah kedua-dua sistem tidak menetapi spesifikasi Lembaga Hasil Dalam Negeri dan salah dalam kiraan taksiran dan ini serius sebenarnya. Kalau cukai yang sepatut dikutip ditaksir dengan tidak tepat, ianya akan membabitkan kerugian kedua-dua pihak – syarikat, individu ataupun kerajaan sendiri. Pada ketika syarikat yang dapat projek ini, sudah dapat bayaran habis. Bayaran kepada syarikat sudah selesai, tetapi sistem tidak boleh digunakan dan menimbulkan masalah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Hari ini kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara manual dan 80% daripada masa kakitangan terpaksa digunakan. Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. Lembaga Hasil Dalam Negeri balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius. Barangkali kerana hendak merangka spesifikasi itu pun bukan jabatan buat. Dia bagi kepada syarikat itu buat juga. Syarikat itu tentukan spec, syarikat itu dapat projek, syarikat itu buat tidak sempurna, tetapi Lembaga terpaksa tanggung akibatnya. Tugas asalnya seperti hendak kesan pembayar cukai yang mengelak cukai dan pemantauan dan siasatan. Spot check ke atas pembayar cukai juga tidak dapat hendak dijalankan.
Ya, gulung Yang Berhormat.
Pada ketika, ini janjinya.
Gulung ya.
Yang kedua, jabatan ini juga gagal untuk membayar balik lebihan cukai kepada pembayar cukai dalam masa dua minggu seperti yang dijanjikan akibat daripada kegagalan sistem ini dan kita mohon agar ianya mendapat penjelasan. Point saya yang terakhir, Tuan Pengerusi, soal e-Tanah. E-Tanah ini pun katanya dapat RM1.2 bilion kepada Precision Portal yang dikaitkan ada hubungan rapat dengan tiga tokoh penting Pemuda UMNO Malaysia. [Tepuk] Tiga tokoh penting Pemuda UMNO Malaysia. RM1.2 bilion nilai projek, tidak ada open tender, bagi begitu sahaja.
Siapa? Siapa?
Ya? Ini pasal peringkat Jawatankuasa, lima minit. Ini pun masa berbaki. Kita tunggu pusingan berikutnya.
Ya.
Tuan Pengerusi, RM65 juta diperuntukkan untuk pilot project di Pulau Pinang. Hendak sediakan apa? Sistem e- Tanah dalam proses pentadbiran dan urusan tanah, 9 modul perlu disediakan. Mula bila? 2006. Tempoh janji siap – 2007. Run trial – 2007. Apa hasilnya? Gagal. G-A- G-A-L, gagal! [Tepuk] Dalam bahasa Inggeris, dengan izin, failure, F-A-I-L-U-R-E. Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion without open tender, bagi sahaja. Belakangnya Pemuda UMNO Malaysia, berjuang untuk agama, bangsa dan negara, tetapi rompak di siang hari. [Tepuk]
Ya, cukuplah, Yang Berhormat.
Mohon penjelasan. Sudah cukup?
Sudah habis, Yang Berhormat.
Saya mohon berundur, terima kasih.
Dapat duit!
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak boleh panggil semua untuk berbahas, kita kesuntukan masa. Hari ini kalau cuma jam 11.00 malam kita berhenti, kita ada lebih kurang 12 jam bersidang dan kita ada 17 kementerian untuk diselesaikan. Kita tidak boleh mengambil masa lebih daripada 1 jam untuk satu kementerian. Saya akan panggil dua orang lagi sebelum saya minta menteri untuk menjawab. Saya panggil Ledang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara B.6, para i, RM108,500,000 untuk pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Ekonomi Utara dan Pantai Timur. Saya hendak tanya RM108,500,000 ini untuk apa? Adakah sebenarnya untuk gaji? Kalau untuk gaji, Tuan Pengerusi, saya hendak tanya adakah ada skim gajinya? Ini kerana saya dan rakan-rakan lain mendapat persepsi iaitu seperti yang berlaku dengan GLC. Baru-baru ini TNB mengumumkan. Nasib baik batal kenaikan gaji kepada Managing Director, sebulan RM100 ribu. Persepsi rakyat ialah gaji pengurus- pengurus, CEO, pegawai-pegawai syarikat yang berkaitan kerajaan, besar-besar belaka. Jadi Tuan Pengerusi, saya hendak kaitkan ini jangan ada agenda gaji yang tinggi di kalangan mereka dengan tertubuhnya pembangunan wilayah ini. Kedua, Tuan Pengerusi, akhir sekali saya hendak sokongan pandangan daripada Pasir Mas tadi soal biasiswa, begitu juga Batu Pahat. Perkara 153 dalam Perlembagaan tidak boleh dipertikaikan. Saya sokong pandangan daripada Pasir Mas disediakan dana lain untuk kaum yang lain, kaum India, kaum Cina, saya setuju, tetapi hak istimewa orang Melayu terhadap biasiswa mestilah sentiasa dipertahankan sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan. Sekian, terima kasih.
Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengulas ataupun bertanya sedikit kepada pihak kerajaan dalam perkara B.7, biasiswa ini. Saya ingin penjelasan sebab RM91 juta ini dalam konteks pemberian biasiswa tidaklah banyak. Adakah ini untuk menampung tambahan jumlah biasiswa JPA seperti yang dibangkitkan dalam Dewan ini yang telah diperkatakan oleh ramai Ahli Yang Berhormat kerana kerajaan mengumumkan pertambahan untuk pelajar-pelajar bukan Melayu. Kata sesetengah ahli kita, ianya akan mengambil kuota atau bahagian kepada pelajar-pelajar Melayu. Ertinya keknya tetap tidak besar tetapi sudah dibahagikan. Jadi adakah RM91 juta ini digunakan atau diperuntukkan untuk membesarkan kek ini supaya jumlah biasiswa itu tetap sama kepada orang Melayu, tetapi orang bukan Melayu mendapat bahagian tambahannya ataupun ini untuk benda-benda yang lain. Ada projek-projek lain ke atau untuk bantuan-bantuan, skim-skim yang lain, bukan biasiswa seperti yang kita bayangkan. Yang seterusnya dalam bab ini juga, kita hari ini dengar tentang perkara- perkara yang melibatkan Perlembagaan 153 yang mengatakan ini adalah hak kaum bumiputera. Saya tidak tahulah sejak bila hujah ini dikemukakan dalam Parlimen ini sama ada sesi ini sahaja ke atau sesi sebelumnya.
Orang apa itu?
Kalau sesi sebelumnya, saya pun pelik, tidak habis-habis lagi bangkit ini, tidak selesai. Bagaimana kerajaan-kerajaan sebelumnya? Takkan tidak dengar hujah-hujah ini? Maka timbul tiap-tiap kali hujah ini tidak selesai-selesai juga. Itu problemnya. Kerajaan mana dahulu? Sama juga, warnanya sama, lambangnya sama, hujahnya ini. Saya rasa kalau tambah dalam sesi ketiga pun macam ini juga.
Orang mana ini? Melayu ke apa ini?
[Menyampuk]
Kuala Krai.
Orang Malaysia.
Ori punya Kuala Krai. Jangan main-main. [Disampuk] [Tepuk] Soalan saya, bukan saya tidak bersetuju dengan apa yang dipandangkan, tetapi sudah berapa lama perkara ini atau baru kali ini baru sedar kah?
Minta penjelasan. Minta laluan boleh tidak, Yang Berhormat?
Yang Berhormat.
Masa tidak ada, sedikit sangat.
Ya, tidak ada masa Yang Berhormat.
Jadi saya hendak mohon penjelasan daripada kerajaan, apakah ini pertama kali kerajaan dengar tuntutan ini dan adakah kali ini akan didengar ataupun hanya dengar dan tutup fail dan kita sambung ke edisi-edisi akan datang. Seterusnya, daripada B.7, saya beralih ke belakang balik, B.6 iaitu mengenai peruntukan RM108 juta yang ternyata percentage kecil sahaja daripada jumlah peruntukan untuk semua koridor-koridor ataupun serambi-serambi ini. Seperti yang lain juga kita nak bertanya apa agaknya, ke mana agaknya nak dibelanjakan jumlah yang sedikit ini. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Pasir Mas yang bertanyakan sama ada ini telah digunakan untuk majlis-majlis perasmian sahaja. Kalau benarlah untuk majlis- majlis perasmian ini RM108 juta, saya tidak tahulah ke mana kita akan pergi dengan koridor ini yang dimulakan dengan begitu hebat funfairnya Tuan Pengerusi. Hebat dia punya intronya tetapi nampaknya tidak akan membawa ke mana-mana malah seperti Yang Berhormat Sri Gading...
...Utara RM9 juta.
...Tadi mempertikaikan sama ada benar-benar benda ini boleh dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan yang tidak nampak ada disediakan ini. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Saya dimaklumkan dua orang menteri akan menjawab untuk Jabatan Perdana Menteri. Silakan.
Tuan Pengerusi, saya boleh baca ke depan walaupun belum panggil. Pertamanya saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa ini. Tuan Pengerusi, saya akan menjawab tiga perkara iaitu berkenaan dengan biasiswa JPA, RT dan juga managed portal services yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Timur sebentar tadi. Yang lain itu akan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya berkenaan dengan portal ini tadi, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan tetap komited dengan e-Government dan penggunaan komputer dalam pentadbiran kerajaan kita pada hari ini. Cuma kalau Yang Berhormat Ipoh Timur bangkit, mana dia?
Keluar.
Okey. Kerana dia bangkit berkenaan soal SMS dan macam-macam lagi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bukan tidak boleh pakai, tidak boleh baca blog, cuma dia mahukan kita dalam konteks maknanya penggunaan media elektronik ini yang secara positif. Sudah tentu kita menggalakkan tetapi kita tidak menjangka bahawa ada segelintir rakyat kita, netizen kita yang menyalahgunakan media elektronik, komputer dan lain-lain. Jadi masalahnya apabila disalahgunakan sebab itu Perdana Menteri kata jangan percaya semua apa yang keluar dalam blog. Namun itu tidak bermakna bahawa kita tidak terima teknologi ini.
Jadi saya percaya Yang Berhormat Ipoh Timur juga begitu. Maknanya kalau teknologi ini digunakan secara positif untuk kebaikan, mengapa tidak. Dalam apa hal sekalipun, kalau ia digunakan secara tidak mendatangkan manfaat, kita tidak boleh terima dan tidak bersetuju. Jadi saya harap supaya Yang Berhormat Ipoh Timur tidak menganggap kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu sebagai menolak teknologi ini. Kemudian soal SMS, masalahnya ramai di kalangan kita walaupun polis, walaupun pihak kerajaan, kita tidak mahu mempercayai SMS yang dikeluarkan tetapi SMS itu bukan hanya dikeluarkan untuk hand phone pegawai-pegawai kerajaan ataupun anggota pentadbiran saja, tetapi SMS itu dikeluarkan kepada semua hand phone yang diterima oleh rakyat. Ramai rakyat yang percaya kalau sekiranya dikatakan bahawa satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan. Mungkin daripada pihak kerajaan kita tidak mahu percaya bahawa itu boleh berlaku tetapi yang menerima ini berjuta-juta orang yang ada hand phone dan mereka ini akan percaya dan mereka inilah yang akan datang berkumpul. Jadi sudah tentu pihak polis mesti mengambil tindakan prevention untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini akan berlaku. Jadi itulah saja. Tidak payahlah Yang Berhormat Ipoh Timur nak memperlekehkan sikap kita terhadap teknologi ini.
[Bangun]
Keduanya berkenaan dengan...
Nak bagi jalan Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Kepong.
You tidak bercakap tadi.
Saya nak cakap.
Nak cakap tidak ada peluang.
Tidak ada peluang.
Sekarang ini nak tanya kalau jawapan saya kepada Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat nak tanya apa?
Bagilah peluang dulu.
Saya anggap dia...
Tidak boleh ini.
Tidak payah.
Yang Berhormat Menteri boleh bagi jalan.
Saya anggap dia...
Tidak boleh bagi macam ini.
Tidak payah. Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak payah bantu dia walaupun dia lembut, tetapi Yang Berhormat tidak payah bantu dia. Saya tetap hormat dia sebagai wakil rakyat.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi, penjelasan. Yang Berhormat Padang Rengas memang dia. Saya pernah minta address email daripada dia tetapi susah.
Ha, susah. Ya, betul!
Susah. Mesti dia ada tetapi dia tidak gunakan.
Tidak ada dia cakap tadi. Tidak ada.
Dia takut. [Dewan riuh] Dia takutlah. Takut kita ada bagi dia mesej yang tidak diingini. Saya mintalah selepas ini dia bagi kita jugalah.
Kita belanjakan lebih RM44 juta untuk managed portal services. Dia nak managed portal services. Apakah sebenarnya yang berlaku dengan projek ini kerana peruntukannya besar? Saya bangkitkan ini kerana Yang Berhormat Menteri menguruskan hal-hal di Parlimen juga tetapi masalah IT di Parlimen tidak kemas kini. It’s not updated. Itu masalah. Dalam Dewan yang mulia ini pun tidak diupdated, apatah lagi di luar Dewan. Ini masalah rakyat. Tolonglah.
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Tolong bagi penerangan yang cukup untuk bagaimana diuruskan portal services ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan jawapan kepada Yang Berhormat sebentar tadi, soalan itu. Kalau nak yang betulnya kah, nak main agak-agak punya?
[Menyampuk]
[Ketawa] Tidak, saya akan bagi yang betul punya sebab sudah tentu dalam keadaan yang singkat saya tidak dapat nak memberikan jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun, betul Yang Berhormat. Dulu saya ada e-mel tetapi saya cancel lah ya sebab saya sebut sebentar tadi itu bahawa orang menyalahgunakan. Kalau e-mel itu hantar kepada saya nak tanya, nak minta tolong, tidak mengapa tetapi macam-macam keluar. Jadi Yang Berhormat pun fahamlah tetapi e-mel kalau saya adapun saya tidak mahu bagi kepada Yang Berhormat. Nombor telefon pun saya tidak nak bagi Yang Berhormat. Malam-malam telefon saya susah nanti. Orang syak wasangka. [Dewan riuh] [Ketawa] Yang Berhormat, jawapan berkenaan IT Parlimen saya akan bagi. Sebenarnya kita belum lagi bagi tender untuk menaiktarafkan semua sebab sekarang ini kita tengah fikir bahawa bangunan ini akan kekal sini dan kita di bawah RMK-9, midterm review kita minta supaya peruntukan diberi untuk bina bangunan lagi dan memperbesarkan kawasan Parlimen tetapi nampaknya kita tidak dapat. Jadi sebab itu kita kembali balik untuk mendapatkan peruntukan untuk memperbaiki dan upgrade IT dalam kawasan Parlimen.
Laluan. Minta laluan sikit.
Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Machang.
Managed portal, managed portal. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di peringkat jawapan kementerian ini, bila saya teliti beberapa perkara di bawah Projek Managed Portal Services ini, nilainya RM258 juta. Yang kita nak belanjakan sekarang ini RM44 juta. Ini melibatkan 102 laman web kerajaan tempatan dan 417 kerajaan pusat. RM258 juta termasuklah nak bangunkan IT dan juga latihan dan pembangunan usahawan sebanyak 4,000 orang. Bila saya kira-kira balik, kos ini bunyinya tidak munasabah. Pertama, jika kita buat perkiraan kasar, charge maintenance atau memelihara sebuah laman web adalah sebanyak RM3,800 sebulan. RM3,800 caj ini begitu tinggi dan jika kita teliti pula nisbah latihan graduan yang dijanjikan oleh syarikat itu berbanding dengan jumlah laman web, kita akan dapati lebih kurang tujuh orang graduan akan mengendalikan satu laman web. Nisbah ini juga tinggi. Kita tidak perlulah tujuh orang untuk maintain satu laman web, tetapi kalau katalah kita kekalkan tujuh, kita agih macam mana kerja-kerja dia ni? Jadi ini perkara yang saya fikir kelihatan kecil tetapi implikasi kewangan kepada kerajaan itu besar dan ia melibatkan sama kualiti kerja yang dihasilkan. Mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi memang selepas Yang Berhormat Ipoh Timur saya hendak bangkit perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang. Saya rasa Yang Berhormat Machang ada menyebut perkara yang kita harus membuat penyiasatan yang mendalam. Walaupun tidak ada di dalam Dewan saya mendengar di luar tadi, minum teh tarik.
Jadi saya tengok apa berbangkit itu perkara yang perlu jawapan. Pegawai saya ada bersama di sini dan saya akan suruh mereka untuk buat penyiasatan dan beri jawapan yang bertulis kepada Yang Berhormat Machang kerana saya sendiri pun tidak ada maklumat tentang perkara ini. Kemudian ada tiga orang Ahli Yang Berhormat berbangkit berkenaan Rukun Tetangga. Yang Berhormat Lipis, Rukun Tetangga ditubuhkan bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat. Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat pun tidak ada. Tidak boleh, bolehlah, bolehlah. Kita sebenarnya Rukun Tetangga ialah untuk menyatupadukan rakyat dan menjaga keselamatan kawasan tempat kita duduk dan juga untuk memupuk kejiranan. Jadi saya percaya Yang Berhormat, kalau ada kita sebagai wakil rakyat dapat tahu sekiranya ada usaha untuk mempolitikkan perkara ini ianya mesti dimaklumkan supaya kita boleh ambil tindakan terhadap mereka yang bersikap sedemikian. Termasuk kalau ada pegawai kerajaan pun kita kena dimaklumkan kerana memang tidak elok soal-soal kejiranan, soal-soal masyarakat di akar umbi tidak harus dipecahbelahkan.
Saya wakil Tumpat. On the ground sebelum tahun 1980 memang betul-betul berlaku mengikut kepentingan masyarakat. Akan tetapi selepas itu saya nampaklah di kampung saya sendiri kerana saya jawatankuasa ahli RELA tahun 1970-an lagi, sampai sekarang. Saya nampak saya pun tidak dipanggil dan semua hanya pergi kepada cawangan-cawangan yang diiktiraf oleh orang yang diiktiraf oleh UMNO sahaja, perlu diperbaiki. Keduanya saya tengok jawatankuasa ataupun anggota RELA ini kebanyakan yang berumur. Ini tidak patut. Saya mencadangkan supaya diambil di kalangan belia 25 tahun ke bawah lebih ramai kerana ini lebih cekap, lebih gagah dan lebih bertanggungjawab kalau kira untuk mengejar perompak, pecah rumah dan sebagainya. Ketiganya saya tengok dalam syarat senapang ini, saya mintalah Yang Berhormat Menteri supaya termasuk serupa saya ini lesen senapang yang juga kita boleh pinjamkan kepada RELA itu diberi keutamaan dalam meluluskan dan memperbaharui lesen-lesen senapang. Kadang-kadang sebulan tidak boleh lesen lagi walaupun syarat-syarat yang prosedur polis itu kita penuhi semua. Terima kasih, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan...
Yang Berhormat Menteri.
Bagilah saya jawab dulu.
Sama, perkara sama.
Tahulah sama, nantilah jawab. Hormatlah wakil rakyat Pangkalan Chepa. Ini Pakatan Rakyatkan? Jadi bila dia tanya, saya hormat dia, biar saya jawab dia dulu. Okey tidak apa, Yang Berhormat tidak hormat dia tidak apalah. Saya hormat dia saya hendak jawab dia. Jadi berkenaan dengan soalan berbangkit Yang Berhormat tadi. RT ini sukarela, kita tidak boleh memaksa dan mensyaratkan tentang satu-satu kumpulan sahaja yang sepatutnyalah mengikut pemikiran kita mesti diambil. Pada saya bila sukarela ini tidak kira mudakah atau tuakah. Saya juga tidak mahu hendak sokong kalau ada satu projek menggalakkan yang muda sebab pada saya ini sukarelawan. Jadi mereka yang sedar kita menggalak semua masyarakat. Jadi sebab itu Yang Berhormat jangan bimbang maknanya kita tidak akan hadkan kepada yang muda sahaja. Kita buat terbuka semua sebab kita juga menghargai warga emas macam Yang Berhormat ini. Kita mahu sumbangan sebenarnya daripada orang-orang lama supaya boleh menasihati yang muda-muda ini. Kadang-kadang yang muda-muda ini bila dia ada RT, ada kuasa dia sudah mula hendak ambil tindakan-tindakan. Takut di kampung nanti kalau ada pakai skirt pendek pun dia tahan pula kan. Jadi yang lama kena nasihat sebab itu gandingan lama dan muda itu perlu ada.
Berkenaan dengan senapang ini, kita memang berhati-hati dalam soal memberikan senjata kerana sebenarnya kita ada undang-undang iaitu senjata ini tidak boleh diperoleh tanpa permit. Begitu sekali kita menganggap senjata itu begitu perkara yang penting sehinggakan kalau mempunyai senjata tanpa fire army, tanpa permit boleh gantung. Jadi saya rasa apa yang digunakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dalam meluluskan ini dia mesti berhati-hati. Supaya ia tidak akan sampai kepada tangan, bukan kita tidak percaya kepada orang memohon itu tetapi orang lain akan dapat tahu bahawa kita mempunyai senjata dan mungkin senjata itu dicuri daripada kita. Jadi ini semua ini kita ambil kira. Jadi saya ingat biarlah kita lebih ketat dalam pemberian senjata daripada kita sewenang-wenangnya. Nanti kita tidak dapat nak kawal pula di mana senjata itu berada. Sila Yang Berhormat Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hormat Yang Berhormat Pengkalan Chepa sebab itu hendak tambahkan persoalan kepada soalan yang dikemukakan. Saya hendak tanya berkenaan dengan Skim Rondaan Sukarela. Di bawah Rukun Tetangga ini boleh diadakan beberapa Skim Rondaan Sukarela tetapi persoalannya, mengapa apabila ada wakil penduduk hendak tubuhkan Skim Rondaan Sukarela mereka perlu mendapatkan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga itu? Kerana di kawasan saya ada satu Rukun Tetangga SIS, ada penduduk hendak tubuhkan Skim Rondaan Sukarela tetapi pengerusi Rukun tetangga ini tidak hendak berikan kerjasama. Kononnya penduduk itu tidak dengar arahan dia. I mean tidak berapa dengar cakap dia, jadi dia tidak berikan kerjasama. Saya tidak faham, saya hendak tanya Pengarah Jabatan Perpaduan dan dia kata kena dapatkan kelulusan daripada Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga itu padahal pengarah tidak ada kuasa untuk meluluskan SIS ini. Saya minta penjelasan.
Yang Berhormat hendak mencadangkan pengerusi ini kita pilih secara demokratik?
Baiklah.
Okey, kalau jurus itu betullah. Maknanya tidak boleh satu sikap diktator yang dilakukan oleh seorang pengerusi. Saya kira kalau satu jawatankuasa organisasi sukarelawan ianya mesti dipilih oleh masyarakat di situ. Inilah jadinya apabila tidak dipilih. Juga seperti mana bahaya tadi iaitu kalau dia dilantik dan tidak dipilih maka akan berlaku kepolitikan. Saya akan menyokong kuat supaya untuk mengatasi masalah Yang Berhormat sebut tadi. Kita buat biar bagi masyarakat tempatan pilih siapa yang dia mahu selaku pengerusi dia.
Saya tadi memang hendak berucap tentang perkara ini, kerana saya memantau bahawa RT ini walaupun niatnya adalah baik tetapi terlalu banyak politik di dalamnya. Barisan Nasional sekurang-kurangnya di kawasan Bukit Mertajam menggunakannya sebagai tempat politik, kawalan politiknya. Jadi dia tidak dapat menjayakan melakukan tugasnya. Jadi saya sokong sekiranya boleh untuk dipilih semua ahli jawatankuasanya dipilih oleh komuniti tempatan supaya mereka pilih orang yang mereka hormati dan mereka boleh bekerjasama. Barulah ia dapat melakukan tugasnya. Jadi saya sokong cadangan ini.
Itulah Yang Berhormat, bila saya kata saya sudah tahu apa benda yang hendak dicakap, Yang Berhormat kata saya mengada-ada. Saya dah tahu dah apa Yang Berhormat hendak bagi itu, sebab itu saya jawab awal-awal. Memang betul, kita bersetuju! Iaitu bahawa satu organisasi sukarelawan, maknanya sukarela di kalangan masyarakat. Bagaimana pula kalau pengerusi dilantik itu dia tidak sukarela hendak bagi sumbangannya? Jadi saya bersetuju iaitu kita mengelak daripada kepartian, mengelak daripada satu sikap diktator oleh seorang pengerusi yang tahu bahawa kedudukan dia tidak boleh digugat maka dia boleh buat apa dia suka. Jadi saya menyokong, pegawai tolong ambil ya, ingatkan saya. Memang patut kita biarkan... Ya?
Arahan mesti diturunkan.
Ya, ya betullah itu. Nak tunggu ambil alih dulu kah? Nak suruh saya buat sekarang? [Ketawa]
Dua-dua pun boleh, tengok yang mana dahulu. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat membangkitkan perkara yang sama. Kita tidak mahu sukarelawan ini dilibatkan dengan soal politik, saya dah jawab dah. Yang Berhormat Silam membangkitkan berkenaan dengan Sabah, dan dia juga sebut Sarawak. Kerajaan menyalurkan dua jenis peruntukan kepada setiap kawasan rukun tetangga iaitu geran berjumlah RM4,800 setiap kawasan dan peruntukan aktiviti berjumlah RM2,200 menjadikan setiap kawasan mendapat RM7,000 untuk melaksanakan aktiviti mereka. Jadi sama sahaja ya, Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Yang terakhir sekali saya nak menjawab berkenaan dengan scholarship ini. Saya nak beritahu bahawa JPA punya pembiayaan ini, kita memberi pertama pada tahun 2007, satu skim yang baru yang kita beri kepada kecemerlangan. Kecemerlangan bukan sahaja tidak kira bangsa dan agama tetapi sebenarnya kita juga jangan diskriminasikan terhadap pelajar yang cemerlang walaupun datang daripada keluarga yang kaya. Ini kita kena ingat iaitu bahawa kalau betul-betul mahu cakap tentang kecemerlangan, jangan pula kita pertikai nanti kalau anak Menteri dapat kerana kecemerlangan. Jadi skim ini kita perkenalkan pada tahun 2007, tidak mengambil kira soal latar belakang, agama, bangsa dan kedudukan dalam masyarakat. Kita mendefinisikan apa itu kecemerlangan, 10A1 kah, 11A1 kah, apa-apalah, itu tidak ada banyak cerita. Akan tetapi bagi biasiswa yang lain, mereka pun cemerlang juga tetapi bukan cemerlang yang 11A1. Yang lain daripada ini, kita akan beri mengambil kira apa yang telah ada dalam Perlembagaan tetapi itu tidak bermakna bahawa yang bukan Melayu, tidak dapat. Yang kita dok berkelahi sekarang ini sebenarnya bukan kerana bukan Melayu tidak dapat. Cuma yang Melayu itu, percentage nya lebih tinggi daripada yang bukan Melayu. Itu sahaja, yang pertama ya. Akan tetapi ini dilakukan disabitkan oleh sebab memang betul iaitu bahawa di dalam perlembagaan, memang tidak boleh dinafikan bahawa ada peruntukan yang mengatakan satu kuota peruntukan, nisbahnya mungkin ditentukan dari semasa ke semasa iaitu akan diberikan kepada Melayu, bumiputera. Itu ada dalam Perlembagaan tetapi walaupun begitu selama hari ini pun bukan yang bukan Melayu tidak dapat, dapat. Kita tengok seperti kemasukan dalam universiti, kita mengenakan nisbah berdasarkan kepada jumlah penduduk, 55:45 dan saya tengok pun orang bukan Melayu, bukan bumiputera tidak ada masalah. Mereka boleh terima tetapi sebagaimana Yang Berhormat sebut di sini, yang kita nak tahu ialah jangan yang bumiputera itu pun kalau dia dapat, janganlah kelayakan dia itu rendah. Ini kerana saya faham sangat pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen yang bukan Melayu yang telah berhubung dengan saya dalam hal ini. Mereka tidak ada masalah, tidak ada masalah. Kalau Melayu dapat lebih sikit, tidak ada masalah, memang betul tetapi jangan berlaku perkara yang menjolok mata sehinggakan yang tidak patut, yang Melayu ini pun bumiputera...
Mohon mencelah Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Nanti sekejap, duduk dulu.
Yang Berhormat Lipis dengan Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Lipis ini gelap, hitam, saya tak nampak belakang. Sorry, Yang Berhormat tukarlah, pergi duduk sana saya nampak sikit. [Ketawa] Saya nak kata saya bincang benda ini, jangan kita bincang seolah-olah pertamanya bagi orang bukan Melayu merasakan apa yang ada dalam hak keistimewaan orang Melayu itu, yang bukan Melayu langsung tidak dapat. Ini tidak betul.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Melayu pula juga harus fikir...
Saya tidak cakap macam itu, bodoh!
Yang Berhormat Pasir Mas.
Jadi dua-dua di sini, persepsi mesti betul ya. Yang Melayu juga fikirkan itu bahawa jangan orang kata dia punya dominasinya sehinggakan begitu menjolok mata. Saya hendak beritahu, saya Melayu tetapi saya nak beritahu saya tidak bersetuju kalau sampai 80% diberikan kepada bumiputera dan 20% sahaja diberikan kepada bukan bumiputera. Saya tidak boleh terima. Saya kira dalam Perlembagaan tidak ada...
[Bangun]
Duduklah dulu, nak jadi menteri tunggulah. Saya tidak bersetuju, nak marah, marah tetapi saya menteri Barisan
20, no way! Saya nak beritahu tetapi kalau kita bercakap tentang mengikut nisbah penduduk, 55:45 kah, 60:40 kah, saya ingat itu lebih boleh ditelan oleh semua pihak. Jadi sebab itu saya hendak bagi jaminan kepada Yang Berhormat semua iaitu bahawa tidak boleh dinafikan memang ada dalam Perlembagaan hak keistimewaan orang Melayu, tidak boleh dinafikan. Akan tetapi nisbahnya itu ialah mengikut... kita carilah satu asas, mungkin satu asas itu ialah penduduk. Saya boleh beri jaminan iaitu bahawa yang bumiputera, nisbahnya tidak akan turun daripada 50%, itu saya boleh beri jaminan. Yang terbaik sekali ialah supaya kita mengambil nisbah mengikut nisbah penduduk bumiputera dan bukan bumiputera di dalam negara kita.
Ada lapan orang bangun Yang Berhormat.
Saya minta Yang Berhormat puntianak, eh Pontian. [Ketawa]
[Ketawa] Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan oleh EPU bahawa angka terkini nisbah penduduk ialah 66.1% bumiputera dan 32% lebih bukan bumiputera dan 1% lebih lain-lain. Jadi saya ingin mencadangkan 55:45 itu ditukar kepada 66:33 peratus. Satu lagi pandangan saya ialah orang kaya ini Tuan Pengerusi, dia mempunyai kewangan, sumber kewangan untuk menghantar anak-anaknya untuk belajar. Jadi mungkin kita boleh kurangkan sikit biasiswa untuk bagi orang kaya, boleh bagi tetapi kita lebihkanlah pada orang-orang kampung. Itu sahajalah, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dia anak orang miskin tetapi anak Yang Berhormat anak orang kaya tau, kena ingat ya. Betul saya bersetuju Yang Berhormat Pontian anak orang miskin, memang berjaya tetapi anak Yang Berhormat anak orang kaya. Jadi macam mana dengan anak Yang Berhormat kalau cemerlang? Saya ingat dalam soal kecemerlangan, kita tidak boleh kompromi. Dari segi pencapaian dia, saya langsung tidak bersetuju kalau kita menghukum satu budak dapat keputusan yang baik kerana bapanya kaya. Tak boleh, kalau tidak macam mana kita hendak mengejar kecemerlangan. Adakah dasar kita kecemerlangan hanya di kalangan yang kurang bernasib baik sahaja?
Tak boleh ya. Sebab kalau kita tak tolong budak cerdik di kalangan kaya, Singapura tunggu, bila-bila masa dapat scholarship. Kerajaan Singapura melihat mereka ini sebagai aset, kita pula melihat perkara ini sebagai masalah kepada kita, tak boleh. Jadi, dalam soal kata orang kaya, anak orang kaya, kalau anak dia cemerlang, saya rasa kita tidak akan...
Mohon izin.
[Bangun]
...Tunduk melainkan untuk kita...
Tuan Pengerusi.
[Bangun]
[Bangun]
...Melihat kepada kecemerlangan dia sahaja. Nanti dulu Yang Berhormat Batu Pahat, nanti kejap. Saya tak habis lagi.
Ya, duduk dulu Yang Berhormat.
Nisbah. Nisbah saya kata tadilah, maknanya asasnya macam mana. Asasnya penduduk. Berasaskan penduduklah tapi pada saya, saya kira, honestly saya cerita, 55:45 itu eloklah. Kerana yang bukan Melayu ini pun rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia, mungkin Yang Berhormat tak setuju dengan saya, minta buanglah saya tapi selagi saya jadi Menteri dan bertanggungjawab kepada JPA, saya rasa nisbah 55:45 sudah cukup elok dan telah kita amal daripada dulu lagi pun. Masuk ke universiti tempatan. Bukan semua orang Melayu ini semua...kalau 50 tahun dulu kita boleh bercakap betul, 50 tahun dulu memang Melayu mundur tetapi sekarang ini 51 tahun kemudian. Apakah Yang Berhormat berbangga hendak bercerita pada orang, orang Melayu masih susah lagi.
[Menyampuk]
Bukan soal pembangkang.
Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
Ini soal keadilan, bukan Parti Keadilan, tak!
Minta laluan.
Ini keadilan yang selalu...kepada saya. Jadi...
[Bangun]
Keadilan tak adil.
Tak apa nanti dulu. Saya tak ada masalah.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Pada saya, kita boleh ikut nisbah. Tidak ada masalah kerana kalau Yang Berhormat merasakan nisbah yang merupakan asas yang kita memberi biasiswa, kita beri tempat dalam di sekolah- sekolah, itu yang kita ikut dulu, 55:45, 30, 40 tahun...
Minta laluan.
...Jadi ianya berubah mengikut...
Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
Nanti, saya dengar bukan saya tak dengar. Saya tak pekak. [Ketawa] Relax.
Ya, panjang sangat itu. Bagilah kita hendak bertanya.
Banyak yang bertanya pun bersabar juga.
Menteri pun Menteri kita juga.
Tak apa, bagi saya cakap.
Kalau tak ada kita di sini tak ada menteri.
Kalau Yang Berhormat kata saya menteri...
Ya.
...Bagi saya jawab dulu.
Menteri pun kena beri chance kepada kita pula.
Siapa kata saya tak beri chance? Siapa kata saya tak beri chance? Nanti dulu.
Ranau pun minta laluan.
Saya hendak jawab dulu. Jadi...
Dia jawab dulu Yang Berhormat, ya.
Jadi, saya rasa, oleh kerana kita sebut tentang nisbah, kalau Yang Berhormat sebut tadi, itu EPU, kita ikutlah nanti. Itu nisbahnya kerana selama hari ini, 30, 40 tahun, memang nisbah penduduk yang kita gunakan sebagai asas. Saya hendak bagi Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih. Saya hendak tanya adakah pandangan Yang Berhormat tadi merupakan pandangan peribadi ataupun itu merupakan jawapan dasar kerajaan terkini? Saya tak nak argue lah sebab saya ada pandangan saya sendiri sebagai orang Melayu. So with due respect Yang Berhormat, so saya berharap Yang Berhormat pun respect saya. Yang Berhormat hendak buat apa itu, Yang Berhormat buatlah. Saya tak ada jadi halangan. Cuma saya hendak, saya tak diberi pandangan peribadi saya, hal biasiswa adalah milik orang Melayu dalam apa-apa pun kita terjemah, ia mestilah menjadi dilihat dalam aspek itu. Hendak tolong bangsa Malaysia, saya sokong tolong. Itu bab lain. Saya hendak stress itu tetapi tidak boleh kita bincang kerana hendak tolong semua kaum, semua kaum lain dengan mengambil kira perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat. Saya hendak stress what have been said in the constitution, that is all. Terima kasih.
What is being said in the constitution? What is being said? Apa yang dikata dalam Perlembagaan? Mengatakan itu bahawa, “Hendaklah ada satu peruntukan yang diberikan kepada bumiputera, satu nisbah untuk membantu bumiputera”. Dia tak sebut 70:30, dia tak sebut 50:50 dan saya hendak beritahu Yang Berhormat, apa yang saya cakap ini, saya mesti jawab. Itu bukan peribadi saya. Bukan pandangan peribadi saya, tapi apa yang diamalkan oleh JPA iaitu sekarang ini pemberiannya 55:45. Ya, 55:45, ikut nisbah. Namun, macam Yang Berhormat Pontian cakap tadilah, kalau ada nisbah berubah, maknanya dari segi menagih keadilan, ikut merit juga bukan bermakna hendak mencukupi jumlah Melayu itu kita ambil juga yang qualification dia rendah. Ikut merit juga.
Sekarang pun sudah banyak Melayu yang cerdik, pandai, banyak. Kalau hendak menggunakan asas itu bahawa dia luar bandar, luar bandar pun dia punya keputusan pun banyak 5A1, banyak!. Dulu 4A1, luar bandar pun kita boleh beri. Sekarang dah tak boleh. Kita sudah maju ke hadapan. Jadi, saya hendak sebut di sini, dalam Perlembagaan dia tak sebut 70 kah, apa. Itu terpulang kepada kerajaan yang ada pada hari ini untuk menentukan satu nisbah yang difikirkan adil. Itu sahaja, ya. Saya hendak beri Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya rasa peruntukan di dalam Perlembagaan itu ada tujuan dan maksud apabila ianya dimaktubkan. Pihak yang membuat penggubalan itu yang lebih mengetahui tetapi mereka tidak ada di sini. Kita membuat tafsiran dan takrifan kita. Jadi, jangan kita tersalah sasar dengan apa matlamat asal. Saya cuba hendak memahami tetapi mungkin kalau tak betul tolong perbetulkan. Ianya ialah untuk mengimbangi dari segi pembangunan modal insan di antara kaum yang berbagai di dalam negara kita ini. Ini matlamat. Kecemerlangan itu betul. Itu secondary but the primary objective saya rasa ialah mengimbangi pembangunan modal insan rakyat Malaysia berbagai kaum. Adakah kita sudah mencapai matlamat ini Yang Berhormat Menteri? Jangan kita, kerana kita hendak mengambil hati orang itu, hendak mengambil hati orang ini, nak itu dan ini, saya tidak, kita katakan kerajaan memegang kepada prinsip tidak populis. Kita tidak mahu populis tetapi sekarang ini kenyataan yang dibuat seolah-olah mahu populis.
Ya, baik cukuplah.
Minta maaflah. Saya beritahu kalau kerajaan berpendirian begitu, saya tak mahu sokong. Betul! Biar saya keluar daripada Dewan ini.
Keluarlah!
Keluarlah!
Keluarlah!
Kalau dasar kerajaan, keputusan kerajaan,...
Keluarlah!
Keluarlah!
Sabar, sabar. Saya sudah buat statement semalam saya tak nak berkelahi dengan pembangkang. Okey! Give me a chance to speak.
So, sekarang ini kelahi dengan kerajaan? Bagus!
Bukan berkelahi. Saya bagi pandangan. Saya ada hak untuk menegur.
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Saya mewakili rakyat kawasan saya, kalau tak percaya mari bawa ke kawasan Pasir Salak. Mesti mereka bersetuju dengan saya. Kita tidak akan berkompromi dari segi hak bumiputera dalam soal ini. [Tepuk] Tidak ada kompromi walau apa tindakan kita ambil sekali pun.
Rakyat Yang Berhormat Pasir Salak, bersetuju dengan kenaikan harga minyak tak?
Dengar, jangan campur aduk. Ini soal biasiswa.
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Biasiswa rujuk kepada rakyat. Naik harga minyak tak rujuk?
Apa campur aduk ini?
Yang Berhormat Shah Alam, dia tak beri jalan.
Kita bincang bukan tajuk minyak. Sekarang ini tajuk biasiswa. Inilah...
Huru-hara. Pemikiran bercelaru.
Saya tak nak berkelahi. Saya sudah baca, baca dalam surat khabar, keluar dalam televisyen, saya tak nak berkelahi.
Ringkaskan Yang Berhormat.
Mana ada ringkas. Ini soal hak orang Melayu.
Kena ringkaskan juga Yang Berhormat.
Hak biasiswa. Hendak ringkas macam mana! Tak ada! Saya sudah berjumpa dengan beberapa menteri yang lain dalam kerajaan.
[Menyampuk]
Saya tahu bahawanya, kedudukan yang sebenarnya kerajaan tetap mempertahankan hak bumiputera dalam hal biasiswa ini. Soal peratus-peratus itu, akademik.
Oo...
Kita boleh discuss di luar tetapi jangan sampai pemberian biasiswa ini untuk kita lakukan sedemikian rupa to compromise, kompromi hak bumiputera dalam hal ini. Saya tak bersetuju walau apa pun alasan Yang Berhormat Menteri beri, saya tak setuju.
Ini satu pendirian racistlah.
Ya, betul!
Yang Berhormat...
Saya dah cakap, saya, anak-anak saya juga pergi ke universiti dalam negeri, luar negeri, saya tak ada minta biasiswa! Saya tak ada! Seorang belajar ambil law di England, seorang belajar di Australia, seorang belajar di Ireland.
Oh!
[Menyampuk]
What “oh”?
[Menyampuk]
“Oh”, “oh” tak ada “oh”. Saya tak ada ambil biasiswa tetapi saya mahu bumiputera di luar bandar, bumiputera yang masih miskin, Sabah, Sarawak, mesti diberi pembelaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
[Menyampuk]
Duduklah.
Yang Berhormat Menteri.
Diam you!
Sila Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Rakyat Cina, India yang miskin.
ou shut up!
Duduklah Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Kawasan Yang Berhormat tiada India dengan Cinakah?
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah Yang Berhormat Ipoh Barat. Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat duduklah Yang Berhormat. You don’t have to rewind Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Come on!
[Menyampuk] ...Indian...
Apa dia ini?
Yang Berhormat Pasir Salak...
Apa cakap?
...Berdebat dengan orang di sana.
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Menteri, silalah.
Dia ingat, dia handal sangat.
Yang Berhormat Pasir Salak cukuplah, Yang Berhormat Pasir Salak.
You ingat you handal, you can...
[Menyampuk]
Yang Berhormat Pasir Salak.
You anti Melayu!
Yang Berhormat Pasir Salak cukuplah Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kita tidak perlu racist dalam Dewan Yang Berhormat, cukuplah. Ya, Yang Berhormat Menteri...
You penyokong HINDRAF, penyokong HINDRAF!
I am HINDRAF member.
Yang Berhormat Ipoh Barat penyokong HINDRAF, anti Melayu.
Yang Berhormat.
Six dollar man mana dapat?
Yang Berhormat, kita ada peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
You anti Malaysialah.
Tuan Pengerusi...
Ya, sila Menteri.
Yang Berhormat Menteri, kita ada sedikit tambahan kepada Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Putatan, cukuplah Yang Berhormat Putatan.
Ini penting.
You take my life you know, if you want too, I want this!
Jangan jadi herolah.
Tiada hero, you nak sekarang, let’s come, let’s go out, now come!
Yang Berhormat Pasir Salak bukan ini caranya Yang Berhormat Pasir Salak. Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Tidak mengapalah Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat cukuplah, ya tidak mengapa Yang Berhormat.
Now, now tak siuman come.
Tuan Pengerusi sudah pening...
Mahu debatekah?
Ini samseng!
Yang Berhormat Ipoh Barat duduk, Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Bukit Mertajam cukuplah.
Betullah samseng!
Tuan Pengerusi...
Silakan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk. Tidak payah respons Yang Berhormat, tidak payah respons. Ya, menteri silakan. Ya, saya cuba sudah. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Apa yang saya sebut daripada peringkat awal tadi, iaitu kita tidak mempertikaikan bahawa wujudnya hak keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia dan wujudnya social contract. Apa yang saya sebutkan ini bukan populis, berlaku adil sahaja tanpa mengkompromikan. Yang Berhormat Pasir Salak sendiri pun cakap sebentar tadi kalau hendak bercakap tentang peratusan kita bercakap di luarlah. Elok cakap di luarlah daripada segi apa yang dikatakan berapa peratusan, tetapi yang telah saya sebut sebentar tadi iaitu bahawa saya boleh bagi jaminanlah kurang daripada 50% tidak akan berlaku, sebab ini merupakan ada hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan yang tidak kita kompromi. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Krai...
Yang Berhormat Menteri.
Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri..
Bagi peluang wakil dari Sabah.
Yang Berhormat Putatan.
Kalau tak nak keluar, lawan macam mana.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang kami tahu selama ini Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri ini bagus, hatinya bagus tetapi hairan pada pagi ini kurang bagus. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri sedarkah bahawa ramai golongan bumiputera dari Sabah ini masih mundur, peribumi di negeri Sabah masih mundur jangan buat kami marah Yang Berhormat Menteri. Kita masih terkebelakang dalam apa juga segi bantuan daripada pihak kerajaan dan adakah kerajaan berniat untuk meminggirkan masyarakat yang kesian dari Sabah dan Sarawak ini? Itu pertanyaan saya Yang Berhormat Menteri.
Bila saya kata tidak mahu kepada bumiputera Sabah ini? Bila saya kata tidak bagi? Yang Berhormat boleh check Hansard esok pagi, tunjuk di mana saya kata bumiputera Sabah tidak perlu lagi dapat, bila? Kalau tidak ada Yang Berhormat sebut...
Akan tetapi peratusan Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi...
Ya, peratusan yang masih...
...Yang cakap meritokrasi kita belum lagi begitu peringkat seperti yang di Kuala Lumpur, kita masih mundur Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat ini orang baik. [Ketawa]
Seperti mana yang saya sebut sebentar tadi.
Yang Berhormat Batu Pahat duduk dahulu, biar Menteri habis bercakap. Yang Berhormat Ranau duduk.
Soal maknanya keistimewaan bumiputera dalam Perlembagaan itu tidak dipertikaikan langsung. Betul saya rasa Yang Berhormat concern maknanya bahawa di Sabah, Sarawak kalau hendak gunakan atas merit mungkin tidak adil, saya setuju sebab itu saya kata yang saya hendak buat ini populis tetapi adil. Kalau adil di Sabah, Sarawak supaya kita beri sedikit handicap sudah tentu kita laksanakan. Jadi ini kita bercakap secara umum di seluruh Malaysia berkenaan dengan apa yang dikatakan itu peratusan bumi, dan non-bumi dan sudah tentu Sabah, Sarawak perkiraannya berbeza.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya berapakah peratusan peribumi dari Sabah dan Sarawak dalam universiti sekarang?
Ha, itu dia, itu yang penting soalannya.
Yang Berhormat.
Saya tidak ada jumlah di sini, saya akan bagi tahu.
Sangat rendah Yang Berhormat.
Betul. Yang ini yang kita kena tolong. Saya sebut tadi bukan populis ada - adil. Sudah tentu Sabah, Sarawak menuntut kepada satu pertimbangan yang berbeza daripada Semenanjung. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang sebab saya kata tidak kompromi dari segi hak istimewa bumiputera dalam Perlembagaan, jadi tidak berkompromi. Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana timbul perbalahan ataupun barangkali timbul perbahasan tentang isu ini, tidakkah kita bercadang untuk mewujudkan satu jabatan khas untuk merealisasikan dan juga mengisi peruntukan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan ini supaya perkara-perkara kuota dan sebagainya ini dapat kita perbahaskan dengan lebih terperinci melalui jabatan khas ini.
Saya membangkitkan soal ini ialah kerana timbul masalah sekarang ini ialah soal kuota sebenarnya. Tadi berbangkit soal Sabah dan Sarawak, luar bandar. Jadi saya ingin membangkitkan ialah kerana soal level flying field, dengan izin yang masih tidak sama rata. Jadi barangkali perkara ini juga harus diambil kira dan kalau ia sudah menjadi amalan, maka saya bimbang ia sukar untuk diubahsuai balik nanti dan ini akan menimbulkan masalah. Saya juga ingin membangkitkan di sini, apakah untuk mengatasi masalah ini maka kita tambahkan lagi jumlah biasiswa itu supaya masalah mereka yang layak di kalangan bumiputera ini tetapi tidak mendapat biasiswa ini dapat di atasi juga. Jadi ini isu yang saya harap dapat penjelasan khususnya tentang jabatan khas tadi.
Tuan Pengerusi, saya ingat Yang Berhormat tidak mengikuti apa yang saya jawab. Saya cakap tentang skim cemerlang tadi berbeza daripada soal pemberian biasiswa di peringkat yang lain itu. Faham apa yang saya cakap? Dari segi kecemerlangan yang itu kita tidak kira kecemerlangan. Wakil rakyat Sabah, Sarawak dengar apa yang saya cakap. Yang cemerlang ini kita kata 11A1 yang itu kita tidak kira. Biar pun dia daripada Kuala Lumpurkah, dia daripada mana kita tidak kira, Melayu, Cina, India, Islam atau tidak Islam tidak kira yang itu. Itu yang saya kata yang tidak mengira kaum, yang lain itu mengikut dia punya keistimewaan orang Melayu kita diambil kira, yang itu jangan! Kalau masuk lambat jangan bertanya balik, saya sudah jawab awal, sebab itu waktu Menteri jawab datang awal-awal.
Mohon penjelasan.
Mohon penjelasan Yang Berhormat
Nanti sekejap.
Ramai yang berdiri, tunggu dahulu.
Nanti kejap. Saya perhabis ini dulu selepas itu boleh tanya. Biar saya habis dulu. Yang Berhormat Kuala Krai, dengarlah orang cakap ni. Ini prefect cakap...
Yang Berhormat Menteri, siapa yang datang lambat?
Yang tanya saya tentang merit tadi saya sudah jawab itu soal kecemerlangan.
Bukan tuju kepada sayalah datang lambat?
Makan cili kah? Tidak, rasa pedaskah? Tidak, saya cuma kata yang lambat datang, yang berbalik-balik tanya.
Yang Berhormat Batu Pahat awallah, adil kepada dia.
Ini mengenai dengan biasiswa lagi Yang Berhormat.
Memang biasiswa. Siapa kata saya pergi ke tempat lain sudah, tunggulah dulu biasiswalah ini. Yang Berhormat Kuala Krai, biasiswa khas yang tambahan RM91 juta, minat sangat 91 apa pasal? Biasiswa khas untuk pelajar yang cemerlang 9A dan ke atas selain daripada program yang sedia ada, ya RM91 juta itu memang untuk program ini, okey tambahan. Yang Berhormat Ledang, dana berasingan...
Minta penjelasan, Yang Berhormat.
Kalau 9A where is 11A cemerlang itu? Tadi you kata program 11A.
Yang Berhormat Bukit Mertajam duduklah.
11A dan juga yang ekstra.
Ada yang 11A pun tidak dapat tahun ini.
Dia 11A selepas itu dia...
Banyak sangat permintaan dia.
Yang Berhormat mintak tolonglah.
Belum program yang 11A. Kita juga apa yang dikatakan ada interview ada point dia semua datang, kurikulum dia, yang kita hendak buat ini yang akan datang ini flat tidak kira. 2007 ini masih lagi kaedah yang tahun lepas, itu sahaja.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk dululah Yang Berhormat.
Nanti kejap tidak habis lagi. Kemudian Yang Berhormat Ledang, dana berasingan untuk bukan bumiputera buat masa ini tiada dana khas untuk bukan bumiputera.
Yang Berhormat Ranau.
Okey saya boleh buka kepada Yang Berhormat Ranau.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan pengambilan pelajar ke pengajian tinggi ke luar negara yang lulusan daripada SPM 9A ke atas. Dalam tahun 2008, tahun ini kerajaan memperuntukkan hanya 2,000 pelajar. Daripada 2,000 biasiswa yang diberi kepada pelajar ke luar negara, sebanyak 1,100 bumiputera dan 900 pelajar bukan bumiputera. Sabah pula hanya mendapat 58 biasiswa sahaja iaitu 36 bumiputera dan 22 bukan bumiputera. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah harapan Sabah akan mendapat lebih banyak lagi di masa akan datang kerana bilangan 58 itu terlalu sedikitlah untuk Sabah dan saya rasa 58 ini tidak ngam untuk Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, bila kita bagi biasiswa dia bergantung juga kepada universiti yang masuk itu. Kalau kita hantar ke luar negara kita hantar Ivy League apa kah, saya percaya kalau ada budak Sabah yang dapat masuk Ivy League sudah tentu pejam mata kita bagi. Sebab soal kita yang 2,000 orang ini mereka diberikan kerana mereka dapat masuk ke universiti-universiti yang baik, Ivy League di Amerika dan juga di UK Oxford kah, yang itu yang kita beri pasal dia dapat tempat. Rugi, kalau dia dapat tempat di universiti yang terbaik kemudian dia tidak dapat scholarship rugilah, sebab itu kerajaan berdasarkan kepada dia diterima dalam universiti yang baik kita bantulah. Jadi kalau Sabah, Sarawak saya percaya kalau ada student-student Sabah, Sarawak yang dapat masuk Ivy League masuk universiti yang baik di UK memang pejam mata kita bagi, itu sahaja. Jadi, jangan Yang Berhormat salah faham. Kita hantar bagi scholarship kepada mereka yang dapat masuk ke universiti-universiti yang terbaik, itu Yang Berhormat kena ingat. Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang budiman. Pertamanya dari segi istilah biasiswa ini. Dari segi istilahnya sahaja sudah bermaksud bantuan kepada orang yang tidak mampu. Jadi bila saya dengar apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi, orang kaya pun sebenarnya banyak peluang yang mereka sudah ada yang terbuka kepada mereka berbandingkan dengan orang yang berpendapatan rendah.
Saya sendiri sebagai anak MARA dan rakan-rakan saya yang lain yang dapat masuk dalam MRSM contohnya, segan hendak minta biasiswa untuk hantar anak-anak kami masuk MRSM kerana kita tahu lebih ramai lagi orang yang lebih layak dari segi kurang pendapatannya dan merekalah patut diberikan peluang itu. Kalau pun kita mahu ikut sistem merit, saya kira lebih eloklah kita berikan peluang seluas-luasnya kepada mereka-mereka yang menghadapi pelbagai kekangan tidak kiralah kaumnya. Akan tetapi hakikatnya seperti yang kita tahu, lebih ramai di kalangan orang- orang terpinggir ini adalah daripada kalangan kaum bumiputera berbandingkan dengan bukan bumiputera. Jadi saya sebenarnya tidak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa mengikut sistem merit kita tidak kiralah kaya atau tidak kaya kita beri juga biasiswa kepada mereka yang sebenarnya mampu untuk menghantar anak-anak mereka sendiri ke IPT-IPT luar negara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun setuju juga cuma yang saya kata tidak kira bapa kaya tidak kaya itu yang group cemerlang, yang atas sekali. Katalah kita buat satu keputusan nanti, kita buat keputusan yang dianggap cemerlang yang tidak dikira latar belakangnya yang dapat 15A1. 15A1 ini kita pejam mata, dia orang kaya kah, dia Melayu kah dia bukan Melayu kah, yang itu pejam mata kita bagi sahaja pasal cemerlang 15A1 tetapi yang lain-lain itu kita ambil kira Yang Berhormat, yang lain-lain kita ambil kira. Saya sebut tentang skim excellent, yang paling tinggi sekali itu, pencapaian terbaik. Mungkin tahun depan kita buat kata apakah definisi kecemerlangan terbaik, kita kata 15A1. Siapa dapat 15A1, pergi. Orang kaya kah tidak kaya kah tidak apa.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Banyak yang berdiri Yang Berhormat Menteri, mana satu hendak bagi.
Saya minat Yang Berhormat Batu Gajah.
Yang Berhormat Batu Gajah yang diminati. Jangan panjang sangat Yang Berhormat Batu Gajah.
Bahaya ini.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya di bawah JPA ini keseluruhan ada berapa jenis program biasiswa yang sedia ada? Tadi ada dinyatakan ini adalah tambahan 9A pelajar cemerlang adalah program penajaan tambahan kepada pelajar yang cemerlang tidak ikut latar belakang, tetapi program-program yang lain yang luar negara, dalam negara bawah JPA dan program yang lain, apakah nisbah yang sedia ada bagi program-program yang lain bawah JPA? Ini perlu diperjelaskan sebab Ahli-ahli UMNO sedang mengapi-apikan isu ini. Timbalan Perdana Menteri baru minggu lepas menyatakan akan kaji dan semak semula pemberian JPA ini. Nisbah ini tetapi kalau kita boleh perjelaskan dalam Dewan ini bahawa jangan risau hanya satu program sahaja yang tidak mengikuti 90:10. Jadi perlu dijelaskan mungkin ada program lain JPA yang masih mengikuti nisbah tertentu yang telah ditetapkan dan perlu diperjelaskan Yang Berhormat Menteri. Saya pohon Yang Berhormat juga berkepakaran dalam undang-undang. Perlembagaan mengatakan kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, dia tidak menyatakan hak orang Melayu, ini ada perbezaan. Yang di-Pertuan Agong pula menetapkan kadar yang munasabah dalam pemberian biasiswa dan ada menyatakan juga kaum-kaum yang lain ada juga kepentingan mereka. Yang di-Pertuan Agong boleh menjaga, melindungi kepentingan sah kaum-kaum yang lain, yang kita tanya ialah minta ketelusan sahaja.
Syabaslah Yang Berhormat Menteri nampak hari ini sangat adil tetapi saya risau, nanti keluar dua hari kemudian kerana tekanan yang lain apa yang dikatakan dalam Dewan ini akan lenyap begitu sahaja. Itu saya pohon penjelasan, nisbah kepada program yang lain bawah JPA.
Yang Berhormat Menteri berapa lama lagi?
Tuan Pengerusi, habis jawab ini habislah.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Hak untuk semua bawah Perlembagaan Malaysia tetapi ada istimewa untuk bumiputera. Tidak ada masalah saya tahu. Jadi, detail nya saya tidak boleh hendak beritahu Yang Berhormat tetapi kalau Yang Berhormat, petang karang kita habis malam jumpa dekat bilik saya, saya boleh bagi. [Dewan riuh] Ini apa ini? Kepala kotor! Yang Berhormat Ipoh Barat.
[Bangun]
Penjelasan, penjelasan.
Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya hendak tahu dari menteri kenapa ada lagi situasi di mana murid-murid yang dapat 11A ini tidak boleh mendapat biasiswa, cannot get scholarship ada situasi yang sedemikian. Dan saya terima yang peratusan 55% dan 45% itu saya rasa adalah yang boleh diterima, tetapi adakah ia itu juga akan diguna pakai kepada semua macam Petronas, GLC lain dan MARA dan sebagainya. Ini adalah satu perkara yang sangat mustahak. Adakah kerajaan akan memberi arahan kepada semua GLC dan sebagainya supaya mengikut dasar yang baru ini.
Tuan Pengerusi saya menteri jaga JPA jadi territory orang lain dia punya turn suruh dia jawablah. Baik yang ada satu penjelasan, biasiswa yang 2007 ini sebenarnya walaupun kita bagi kepada sebenarnya 10A1. Kita belum ada lagi yang cemerlang ini yang maknanya yang kita decide 15A1 cemerlang bagi, belum lagi. Yang baru ini yang RM91 juta yang kita beri ini ialah kepada mereka yang mendapat keputusan SPM 10A1 dia boleh apply tetapi bukan automatik, kerana kita juga ambil kira pada - kerana excellent punya skim itu belum dilaksanakan. Yang biasiswa 2007 ini bermakna mereka yang ada 10A1 ke atas boleh mohon bukan automatik. Kita beri ambil kira yang ini yang dibangkitkan oleh semua Ahli-Ahli Parlimen, cukup popular. Pendapatan bapa mereka RM1500 ke bawah, itu yang kita beri. Jadi mungkin ada yang dapat 11A1, 10A1 bapa dia kaya bawah biasiswa 2007 kita tidak beri. Akan tetapi yang saya cerita tentang yang hak skim yang kita hendak rancang yang ini belum dilaksanakan lagi ya...
[Bangun]
[Bangun]
Shah Alam lah, Shah Alam. Bagilah PAS seorang, berlaku adil.
Tadi kan sudah dapat sudah.
Tadi sudah bagi sekali, berapa kali you hendak?
Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya pagi ini saya hendak ucapkan tahniahlah kepada saudara menteri yang menunjukkan keazaman untuk mencari dan melaksanakan sesuatu dasar mengikut prinsip-prinsip keadilan.
Hakikatnya bahawa di dalam penjelasan yang diberikan memberikan suatu takrif dan penerangan mengenai apa populis dan apa yang adil. Saya harap berdasarkan kepada penjelasan ini maka istilah-istilah populis yang sering dilemparkan...
Yang Berhormat Shah Alam minta percepatkan ucapan Yang Berhormat.
Ya, yang sering dilemparkan terhadap Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat akan berakhir. Ini kerana apa yang adil tidak semestinya populis. Yang populis bila kita buat sesuatu yang tidak adil tetapi mendapat sokongan daripada kaum-kaum yang tertentu. Seperti mana sebagai contohlah pagi ini wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional yang mendesak...
Tidak relevanlah Tuan Pengerusi.
...Supaya melaksanakan satu dasar yang tidak adil tetapi mungkin populis bagi mereka. Kita hendak sikap yang terbuka yang seperti mana yang ditunjukkan oleh tentang Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam ini berucap dasar semula Yang Berhormat.
Tidak ini komen, komen ya.
Yang Berhormat tidak perlu komen tanya apa soalan Yang Berhormat.
Ya, ya, yang memperjuangkan dasar...
Dengar, dengar saya dahulu Yang Berhormat. Dengar saya dahulu Yang Berhormat. Kalau kita tidak lulus separuh bajet Yang Berhormat yang kita janji sini pun semua berdebu tidak jadi pun. Itu yang saya pandangkan bukan Yang Berhormat punya view sendiri sahaja.
Ya, ya itu yang saya hendak pergi kepada soalan ini tetapi kalau tidak faham dia punya latar belakang itu tidak faham. Lalu sekarang ini seperti mana yang disebutkan tadi saya rasa bahawa soal yang telah dijelaskan tadi bererti soal kecemerlangan adalah satu aspek, daripada aspek yang lain soal ketidakseimbangan dan ketidakadilan sosial juga akan diambil kira. Dengan cara yang sedemikian adakah dasar yang akan dibawa ini merupakan satu penyimpangan daripada yang dahulu ataupun memang daripada dahulu inilah yang dihajati oleh kerajaan. Terima kasih.
Tidak ada penyimpangan. Daripada dahulu kita buat benda inilah, cuma yang kita pertikaikan tentang peratusan. Itu pun Yang Berhormat Pasir Salak kata bincang dekat luarlah peratusan itu.
[Bangun]
[Bangun]
Sudahlah Jempol, Sekijang duduklah Sekijang duduklah. Tidak payah lagilah Yang Berhormat, cukuplah.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat punya komen iaitu bahawa kita harus berani untuk berlaku adil walaupun tidak popular. Itulah yang dilakukan oleh kerajaan, yang menyebabkan Barisan Nasional tidak popular pada hari inilah kerana berlaku adil. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat makan masa satu jam lebih daripada pagi satu kementerian, itu pun belum setengah kementerian sebenarnya, seorang lagi perlu menjawab.
Kalau tidak RM20 bilion tidak mengalir kepada sistem kewangan Malaysia. Sumber-sumber hendak kita bagi dengan semua orang itu pun tidak sampai Yang Berhormat. Siapa yang salah? Kita sendiri yang salah Yang Berhormat, jangan salahkan sesiapa. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi saya mengambil kesempatan dan terpanggil untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai perbelanjaan perbekalan Jabatan Perdana Menteri. Saya akan menjawab soalan-soalan yang diajukan berkaitan dengan koridor-koridor pembangunan. Saya ucapkan terima kasih ya sekali lagi kepada semua Yang Berhormat- Yang Berhormat yang prihatin terhadap pembangunan koridor. Sebelum saya menjawab satu persatu permintaan-permintaan itu dan persoalan itu, izinkan saya mengatakan bahawa pembangunan koridor adalah satu projek raksasa yang telah diilhamkan dari 2006 sehingga 2025 dan di Sarawak sampai 2030. Proses mencatur ataupun merangka visi, pelan induk, mencari lead consultant, konsultan utama, kawasan, peliputan kawasan dan juga mengadakan ukuran-ukuran pembangunan dan pertumbuhan serta mengadakan kerangka legislatif yang tertentu serta fokus-fokus sektor mengambil masa. Dalam tempoh 2006 sampai 2007, untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat kita telah pun mengadakan perbincangan-perbincangan rata-rata dengan PBT-PBT dan juga kerajaan-kerajaan negeri dan beberapa puluh perundingan telah diadakan sebelum kerangka ini dapat dibentuk. Maka dalam tempoh 25 tahun, katakan 20 tahun, peringkat pertama ini barulah umurnya dua tahun, tahun 2006, satu setengah tahun dua tahun. Maka ada koridor-koridor yang belum disempurnakan pergerakan dia lagi tetapi ada koridor seperti IRDA, Iskandar telah pun bermula beroperasi. Yang Berhormat Tumpat telah menanyakan mengenai bagaimana pembangunan koridor ECER ini, beliau merasakan belum lagi meninggalkan kesan atau impak di peringkat akar umbi. So, dia meminta supaya memberi maklumat mengenai kerajaan adakah kerajaan benar-benar melaksanakan di ECER ini. Yang Berhormat Tumpat ya saya rasa Yang Berhormat Tumpat pun sedia tahu bahawa perkara-perkara yang berkaitan kerja-kerja awalan itu telah pun dijalankan. Cuma saya hendak maklumkan bahawa sudah ada projek-projek yang telah dimulakan. Contohnya kita sudah pun mengadakan pusat kecemerlangan di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok sejak Jun 2008. Kita juga telah pun menganjurkan dan memulakan projek agropolitan satu- satunya projek baru yang diilhamkan untuk mengatasi kemiskinan pertanian. Yang memberi mereka pembangunan in-situ yang telah dimulakan dan akan dijadikan salah satu pembangunan induk pertanian khususnya di KESEDAR. Di mana golongan- golongan miskin ini akan diletakkan seperti dalam projek skim-skim tanah dan di sebaliknya mereka juga akan diberi kewibawaan ekonomi, economic empowerment dengan izin. Di mana mereka juga akan melihat keluarga itu secara holistik bukan breadwinner sahaja yang akan dapat diberi tanah untuk bekerja dengan rumahnya dan sebagainya. Akan tetapi anak-anak dia yang muda kalau ada ibu yang ada keupayaan akan juga akan diberi kemudahan untuk majukan pertaniannya. Seperti cash crops, seperti kerja-kerja ekonomi kecilan dan inilah yang dilihat oleh kerajaan. Ini kerana kita ada generasi kedua dan sebagainya yang menjadi mangsa kepada pembangunan pertanian. Maka, seterusnya Yang Berhormat Batu Pahat juga telah meminta sama ada Iskandar Malaysia mempunyai business arm untuk mengendalikan pembangunan. Sebenarnya ada sedikit dengan izin, misconception di mana mereka mengaitkan agensi-agensi penggerak sebagai induk kepada pembangunan koridor ini. Sebenarnya agensi seperti Khazanah, Petronas, Sime Darby dan sebagainya adalah terlibat dalam kerja-kerja awalan.
Mereka memberi kepakaran mereka untuk merangka pelan induk kepada pemangkinan dan pembangunan koridor itu sendiri. Contohnya, dalam tempoh dua tahun, mereka akan serahkan kepada agensi yang akan menjaga dan bertanggungjawab terhadap pembangunan ini. Contohnya sekarang kita ada IRDA. Sama seperti Satu badan berkanun seperti Putrajaya Holding yang akan mengerakkan pembangunan dan hala tuju dan objektif yang diilhamkan dalam proses pembangunan koridor. Dalam konteks itu, oleh kerana Iskandar telah bermula awal, maka pergerakannya pantas sedikit. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sukacita dimaklumkan bahawa daripada RM42 bilion yang telah dirangka, sudah mencapai RM47 bilion, RM32 bilion telah pun pelaburannya sudah diperoleh setakat ini di Iskandar oleh kerana ianya dimulakan awal. Namun, untuk makluman Yang Berhormat Batu Pahat...
[Bangun]
IRDA akan bertanggungjawab untuk projek Iskandar Malaysia di mana tanggungjawabnya akan dijalankan bersama-sama dengan agensi kerajaan seperti agensi Persekutuan.
Minta penjelasan.
Ya. Mana? Silakan. Iskandar ya, Iskandar.
Iskandar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Timbalan menterilah mungkin menjadi Menteri kan. Adakah timbalan menteri yakin dengan sistem Barisan Nasional yang ada dan juga atas permintaan MIC, Barisan Nasional bahawa ahli-ahli perniagaan atau pun kontraktor-kontraktor India perlu diberi lebih peruntukan atau pun kontrak-kontrak di Iskandar? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri yakin bahawa Barisan Nasional akan melakukannya?
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan. Saya sebagai wakil MIC dalam Kerajaan Barisan Nasional akan memastikan bahawa keperluan masyarakat India juga akan diambil kira dan dijamin dalam proses pembangunan Iskandar kerana ianya ditempiasi dan disalurkan kepada semua. Saya akan memberi jaminan kepada Yang Berhormat, perkara ini akan dijaga dan akan direalisasikan.
Ini...
Penjelasan.
Penjelasan. Oleh sebab timbalan menteri kata, timbalan menteri jamin dan juga akan pastikan, bolehkah beritahu saya apakah jaminan dan berapakah peratusan kepastian kontraktor-kontraktor India yang akan menerimanya kerana katakan pasti akan menunjukkan satu angka. Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai. Saya rasa, kita baru memulakan proses dan sebagainya. Apabila kita ada jumlah kontrak yang bakal diberikan barulah kita boleh mencari perangkaan. Oleh kerana ini masih di peringkat bayi, belum lagi kanak-kanak dan bakal akan dewasa, berilah masa untuk kita melihat dan menyalurkan seruan-seruan Yang Berhormat Padang Serai. Maka, kalau minta statistik sekarang, mungkin sukar...
[Bangun]
Itu adalah jawapan jujur daripada saya. Dipersilakan.
Terima kasih. Cuma perlukan sedikit penjelasan sebab IRDA adalah badan berkanun yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bersama dengan menteri besar dan ada ahli-ahli PBT pun menjadi anggotanya. Jadi, sudah tentulah dia tidak boleh berniaga. Maksudnya dia mesti ada business arm nya sendiri.
Tak kan Khazanah, sebab Khazanah saya tahu lah ia di peringkat awal yang mengendalikan tetapi kalau sekiranya Khazanah menjadi business arm, saya takut ada conflict of interests. Nanti dia kontrol, macam Putrajaya lah, akhirnya semua Putrajaya yang buat, anak syarikat dia bumiputera lain kah, syarikat kecilan tidak dapat apa. Itu sebab saya tanya apa business armnya. Polisi IRDA buat, tetapi business armnya ini? Takkan Khazanah juga, kalau Khazanah memanglah orang lain tidak akan dapat.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan Yang Berhormat tetapi model pembangunan yang diadakan di peringkat IRDA ini berbeza sedikit. Sebenarnya IRDA ini hanya sebagai pemangkin, menyediakan segala prasarana untuk menggalakkan pelaburan-pelaburan daripada luar. Contohnya, kalau kita perhatikan total expected investment. Contohnya katakan IRDA ini, dari Federal Government, daripada Kerajaan Pusat kita melihat sebagai 9.1% sahaja daripada jumlah peruntukannya iaitu 4.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur yang akan jadi inspirasi pelabur luar masuk dalam. Seperti north kita ada satu kawasan di mana kita beri insentif-insentif. Kita adakan jalan raya, kita adakan pelabuhan-pelabuhan untuk memastikan bahawa orang luar akan datang masuk dan orang dalam akan dapat iklim pelaburan yang sempurna. Itu peranan, mungkin modelnya berbeza daripada Putrajaya dan seterusnya kita menggalakkan promosi maka mereka menggunakan kaedah-kaedah promosi dan kita juga akan memberi kepakaran perundingan kepada golongan-golongan ini kerana PBT tidak berupaya. Kerajaan negeri mungkin tidak ada keupayaan untuk melihat pembangunan yang begitu besar, yang melibatkan berbilion-bilion ringgit dan contohnya, PFI... [Disampuk] Saya habiskan dahulu ya. Private financing initiative sendiri 31% iaitu RM15 bilion, GLC dan private initiative pula RM27 bilion. Maka, saya rasakan bahawa dengan izin, concern daripada Yang Berhormat, saya pun terimalah bahawa kita tidak harus memonopoli sehingga pihak-pihak yang sepatutnya mendapat manfaat ditinggalkan atau dipinggirkan. Saya setuju dengan Yang Berhormat.
Itu yang saya keliru sekarang. Saya tanya business arm kepada IRDA sebab saya tidak mahu nanti Khazanah mempergunakan IRDA. Jadi, dia kontrol semua, dia pengaruhi keputusan. Jadi di mana yang kecil-kecil ini akan dapat dia punya peluang.
Saya faham Yang Berhormat. Maka, saya beri jaminan kita memulakan cara. Istilah facilitation perlu difahamkan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai mahu lagi? Saya mahu sambung lagi, ada banyak lagi yang ditanya ini. Ada banyak ini.
Beri Yang Berhormat Padang Serai dahulu Yang Berhormat.
Okey, dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini memuaskan hati saya apabila mendengar daripada timbalan menteri baru di mana dalam sistem Barisan Nasional berpuluh-puluh tahun beberapa kali Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri, kemudian Perdana Menteri yang baru telah umumkan...
Tanya soalan Yang Berhormat, tanya soalan Yang Berhormat.
Tidak, ini berkait. Telah umumkan bahawa bagi masyarakat India, ekuiti ekonomi mereka akan dinaikkan ke 3%. Jelas nampak bahawa ini telah gagal, dalam puluhan tahun ini telah gagal.
Dengan adanya Timbalan Menteri yang boleh memberi jaminan kepada saya tadi, dengan kepastian saya mahu tanya berapakah jangkaan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam IRDA ini akan disalurkan kepada kontraktor-kontraktor India dan juga jawatankuasa bawah Khazanah itu, berapa orang ahli lembaga dalam IRDA dari kaum India dan kaum bukan bumiputera.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, soal ekuiti 3% itu merupakan satu perkara yang menjadi concern dan saya sendiri telah berkecimpung dalam perjuangan untuk memastikan bahawa ada mekanisme-mekanisme di peringkat Jabatan Perdana Menteri untuk merealisasikan bahawa matlamat 3% - 2020 itu dapat direalisasikan. Satu jawatankuasa khas telah pun dibentuk untuk membincang bagaimana kita boleh menggunakan saham, unit trust sebagainya, sebagai meminta pandangan PNB bagaimana perkara ini dapat dimajukan ke hadapan. Engagement ini dengan izin, keterlibatan ini sedang dalam proses. Untuk jaminan yang saudara Yang Berhormat minta tadi, memberi angka-angka itu, saya tidak boleh beri. Mengenai Ahli-ahli Lembaga, saya akan maklumkan dan saya akan melihat setakat menakah penyertaan itu di peringkat lembaga di kalangan masyarakat India sedia ada. Seterusnya, izinkan saya teruskan. Dia hendak tanya juga. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan ekuiti masyarakat India. Semasa Yang Berhormat berada di sebelah sini, kita ada pernah bincang mengenai hal ini. Di mana ekuiti pencapaian yang telah diberitahu oleh kerajaan adalah pencapaian 3% sebelum atau pada tahun 2010 tetapi sekarang telah ditunda kepada tahun 2020. Apakah sebab ia terjadi? Ini adalah satu kecuaian oleh kerajaan. Setuju atau tidak? Apakah tindakan susulan yang telah diambil dan janji- janji yang dibikin tetapi tidak diimplementasikan.
Yang Berhormat, saya memang mengakui bahawa ada kekangan daripada sasaran awal tahun 2010 dan sehingga sekarang sasaran itu tidak tercapai. Selepas itu kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan sasaran itu sampai tahun 2020. Saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa baru-baru ini satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah dibentuk dan kita telah pun bermesyuarat tiga minggu yang lalu untuk melihat semua perkara-perkara yang melibatkan masyarakat India termasuk ekuiti dan apakah cadangan-cadangan yang boleh kita buat untuk memastikan bahawa ekuiti itu dapat dicapai...
[Bangun]
...Percayalah, kita akan cuba sedaya yang boleh untuk memastikan bahawa matlamat itu tercapai. Akan tetapi konteks volume itu terlalu besar dan kita tengah lihat bagaimana volume ekuiti itu dari segi capitalization dan bagaimanakah ini boleh direalisasikan adalah satu isu yang sedang kita bincang. Yang Berhormat, saya minta...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mintalah pindah kepada...
Saya ingat saya hendak teruskan kerana ada banyak lagi. Saya mohon maaflah kepada Yang Berhormat kerana...
Saya sekali saja ini, ini last ini.
Saya minta supaya jumpa saya di luar. Saya tidak izinkan, duduk.
Saya mahu tahu sebab tidak lengkap jawapan yang diberi.
Jawablah.
Saya akan teruskan dengan Yang Berhormat Batu Pahat yang terus menanyakan mengenai apakah social safety net yang telah diatur untuk Iskandar Malaysia.
Duduklah Yang Berhormat.
Yang Berhormat, sabar ya, duduk ya. Saya habiskan.
Sebab saya percaya Timbalan Menteri tidak tahu fakta dan memberikan fakta...
Saya mohon supaya Yang Berhormat sopan santun dan duduk. Saya akan bincang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, minta tolonglah Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Duduk Yang Berhormat. Saya dah terjawab, saya dah terjawab tadi dan saya tidak mahu pusing-pusing ke sana. Saya dah terjawab. Yang Berhormat, saya prihatin seperti Yang Berhormat. Percayalah. Duduklah, duduk. Saya minta supaya izinkan saya lanjutkan. Yang Berhormat, saya prihatin, lebih prihatinlah, lebih prihatin.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Sudah, sudah. Saya akan melihat dan saya akan dapatkan.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Saudara Yang Berhormat,
Tidak mahu hormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai. Kalau Yang Berhormat tak nak duduk, Yang Berhormat boleh keluarlah. [Dewan riuh] Saya sudah bagi tahu daripada tadi lagi. Saya nak habiskan, kita nak habiskan bahas ini, jawapan ini pada hari ini juga. Esok tidak ada persidangan dan seterusnya tidak ada persidangan.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dengar, dengar Yang Berhormat! Dengar saya punya percakapan Yang Berhormat.
Terima kasih!
Suruh dia keluar!
Kalau tidak habis, kita akan tertunda hingga bulan hadapan. Maknanya RM20 bilion yang kita janji hendak disalurkan kepada masyarakat, kepada rakyat untuk kepentingan orang ramai tidak dapat disalurkan. Kalau Yang Berhormat mahu bertanggungjawab pada hal ini, saya biarkan! Tengah bercakap siapa hendak jadi jaguh?
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat baru tiga bulan masuk sini. Saya sudah 18 tahun, Yang Berhormat. Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk soalan Yang Berhormat Batu Pahat mengenai social safety net sebagai satu agenda dalam projek Iskandar Malaysia. Saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa Rancangan Malaysia Kesembilan mempunyai lima teras dan salah satu teras utama adalah pembangunan modal insan. Pembangunan Iskandar Malaysia akan menjadikan pembangunan ini sebagai satu induk. Modal insan sebagai induk dan apabila kita memperkatakan soal pembangunan modal insan, maka perkara yang paling penting adalah kita menggunakan Iskandar ini sebagai satu cara untuk memberi keupayaan.
Bukan sahaja daripada latihan tetapi juga daripada segi peluang-peluang ekonomi kepada penduduk-penduduk di sana. Bukan sahaja penduduk di sana, maka ramai daripada rakyat Malaysia dapat berkecimpung dan melibatkan diri dalam pelbagai industri yang bakal akan dimajukan. Contohnya di dalam Iskandar Malaysia ini, fokus kita adalah terhadap finance, kewangan macam Singapura sudah menjadi satu financial hub. Maka kita ada peluang-peluang pekerjaan yang begitu banyak di situ. Education atau pendidikan, logistik, kesihatan, pelancongan dan juga pembangunan ICT. Maka ini berkaitan dengan niche market, pasaran-pasaran niche yang bakal akan dibentuk melalui ini kerana persaingan global semakin mencabar. Kalau kita tidak sediakan platform-platform ini, pemangkinan sebegini maka mungkin kita akan ketinggalan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita pastikan bahawa pendaftaran senarai kontraktor-kontraktor bumiputera juga sedang dijalankan supaya mereka dapat diberi keupayaan dan juga skim-skim perumahan sedang dirancang untuk memastikan bahawa kewajipan sosial itu dapat juga dipenuhi. Yang Berhormat dari Batu Pahat juga telah meminta mengenai apakah peranan lima pihak berkuasa ini di dalam IRDA. Maka, mereka akan membantu menjadikan IRDA sebagai satu metropolis yang benar-benar menunjukkan kemapanan dan juga pembangunan yang kukuh di peringkat antarabangsa. Yang Berhormat daripada Pasir Mas, beliau tak ada di sini tetapi saya menjawab juga, apakah status pelaksanaan halal hab...
Cuma sikit saja.
Yes, ringkas sahaja Yang Berhormat.
Ya, ya. Bidang kuasa PBT itu.
Jangan berucap Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Pahat, jangan berucap Yang Berhormat. Tanya terus soalan.
Ya, ya. Bidang kuasa PBT itu sebenarnya macam mana? Apakah kuasa dia akan diambil oleh IRDA tadi? Walaupun dia dalam anggota IRDA.
Yang Berhormat Batu Pahat harus tahu bahawa semua PBT terpaksa mengikut bidang kuasa yang sedia ada dalam Rang undang- undang Perlembagaan Malaysia kerana PBT adalah kerajaan yang ketiga. Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan ketiga di peringkat negara. Maka dalam konteks itu mereka terpaksa menjalankan tugas mereka mengikut rang undang-undang dalam Perlembagaan dan juga Akta Kerajaan Tempatan yang sedia ada. Walaupun IRDA menjadi pemangkin dan juga penyelaras tetapi rang undang-undang dan juga akta-akta yang sedia ada terpaksa dia akur. Kalau tidak, mereka akan berlanggar. Maka mereka akan berfungsi dan mereka juga melibatkan diri dalam Lembaga IRDA. Maka mereka juga become decision makers dalam proses itu. Maka saya rasa tidak akan ada konflik dalam konteks ini. Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas, apakah status pelaksanaan halal hab di Pasir Mas. Maka, untuk makluman Yang Berhormat, pelan pelaksanaan untuk Taman Industri Makanan Halal telah dimulakan pada tahun ini 2008. Akan dimulakan pada 2008 dan kos pelancaran ECER yang diminta oleh Petronas menelan belanja RM10.4 juta. Ini untuk tujuan perangkaan pelan induk ECER, selepas itu segala penyelarasan dan pemantauan dan pelancaran itu untuk kosnya. Seterusnya Yang Berhormat dari Sri Gading...
Penjelasan.
...Walaupun caranya begitu berkelakar dan begitu lembut.
Penjelasan. Tentang halal hab ini. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri. Saya sekali lagi ingin mendapat penjelasan daripada Timbalan Menteri berhubung dengan negeri-negeri yang telah memberikan anugerah kepada HDC untuk mengeluarkan sijil halal. Sampai sekarang Menteri masih lagi belum menjawab kepada saya. Itu yang pertama. Yang keduanya tentang jawatankuasa peringkat menteri di IRDA ini. Kita mendapat tahu bahawasanya ada wakil Singapura di dalam jawatankuasa peringkat menteri ini. Apakah peranan mereka di dalam jawatankuasa ini kerana daripada jawapan menteri kepada saya, tidak ada pun syarikat Singapura yang sekarang ini melabur di dalam Iskandar Malaysia ini. Terima kasih.
Untuk soalan yang pertama, kalau tidak silap saya, ada pegawai saya di sini. Saya ingat lima negeri itu sudah pun terlibat dalam pengiktirafan halal yang dikatakan tadi dan jawapan itu sepatutnya sudah ada. Saya tinggalkan di atas meja tetapi kalau tidak ada, jumpa saya selepas ini saya akan uruskan. Soalan yang kedua ini, saya tidak ada butiran-butiran terperinci dan saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Saya teruskan. Yang Berhormat Sri Gading, saya selalu memanggil beliau saudara kakanda saya. Baik, saya rasa beliau menanyakan mengenai...
[Bangun]
Soalan?
Tuan Pengerusi.
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah saya mencadangkan dalam jawapan daripada Yang Berhormat Menteri ataupun timbalan menteri jawablah terus kepada soalan-soalan yang ditanya. Kita tidak payahlah berpusing-pusing sebab sekarang ini di peringkat jawatankuasa bukan peringkat dasar. Kalau tidak nanti kita tidak boleh habis, Tuan Pengerusi. Saya haraplah!
Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kalau Tuan Pengerusi membuat ruling yang sama, saya ikut.
Ini bukan ruling, Yang Berhormat. Ini memang peraturan dalam masa jawatankuasa.
Kadang-kadang kita prihatin, itu sahaja. Maka saya akan ikutlah segala peraturan yang sedia ada. Yang Berhormat Sri Gading meminta kepastian supaya rakyat tempatan terus diberi keutamaan di Wilayah Iskandar Malaysia. Itulah matlamat dan juga induk perjuangan pembangunan koridor ini. Saya beri kepastian bahawa peringkat pegawai dan juga peringkat pembangunan koridor akan melihat ini sebagai satu inti pati dalam pembangunan koridor. Seterusnya Yang Berhormat Machang telah menanyakan mengenai di manakah Sekretariat ECER, dan berapakah bilangan kakitangan Petronas yang terlibat dalam projek ECER ini. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ini akan mempunyai pejabat operasinya di beberapa negeri. Contohnya di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan dan Kuala Lumpur. Di peringkat awal pergerakan ataupun pentadbiran pengurusannya dimulakan di Kuala Lumpur. Apabila semua prasarana disiapkan, maka kakitangan dengan kepakarannya yang sedia ada akan dipindahkan ke sana. Pada masa ini pentadbiran pengurusannya memang beroperasi di sini. Kalau kita lihat pelancaran ECER ini, ia bermula pada 30 Oktober 2007, baru beberapa bulan sahaja. Maka segala proses sedang dilakukan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat lebih kurang 32 pegawai Petronas yang terlibat dan dipinjamkan kepada ECER dalam kerja-kerja awalan ini.
Seterusnya Yang Berhormat Ledang telah menanyakan sama ada jumlah peruntukan bagi pembangunan koridor semata-mata untuk gaji ataupun bagi perkara- perkara lain. Untuk makluman Yang Berhormat, gaji dan emolumen ini bukan untuk gaji sahaja tetapi ia melibatkan perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan pengenaan bayaran tetap. Dalam konteks ini ia melibatkan perkhidmatan perunding, alat-alat kelengkapan pejabat, kos memulakan operasi, kos promosi, pembelian sistem kewangan bersepadu dan pengubahsuaian pejabat-pejabat wilayah pembangunan. Oleh itu ia merangkumi segala konsep secara holistik. Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat. Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat akan bersama-sama menjayakan ilham yang murni ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM173,210,000 untuk Maksud B.6 dan RM 101,000,000 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM173,210,000 untuk Maksud B.6 dan RM101,000,000 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.11 dan B.12 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Silakan, Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin bersama-sama membahaskan maksud B.11 dalam meluluskan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan Pertama ini. Saya ingin membahaskan dari dua aspek iaitu dari sudut prosedur proses membuat keputusan dan juga implikasi kewangan dari keputusan yang diambil. Jelas tindakan kerajaan dalam penstrukturan semula subsidi harga minyak pada 4 Jun 2008 meninggalkan kesan yang amat negatif kepada orang ramai yang menyempit dan menyusahkan hidup rakyat. Namun pihak Perdana Menteri dan kerajaan terus mempertahankan dasar Kerajaan Barisan Nasional dengan mengatakan bahawa rakyat harus melalui kesusahan ini bersama kerajaan dan juga fenomena ini merupakan fenomena kenaikan harga minyak global yang tidak dapat dielakkan. Rakyat terus diasak dengan pandangan bahawa ketidakharusan terus membebankan kepada Petronas dalam hal subsidi. Ini semua merupakan penjelasan kepada dasar kerajaan yang telah diuar- uarkan kepada umum. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan di sini, mengapakah dalam hal sepenting ini yang melibatkan dan membabitkan kesusahan hidup rakyat seharian, mengapakah tidak dirujuk hal ini kepada Parlimen. Keputusan itu dibuat selepas Parlimen habis bersidang. Apabila pemimpin Pakatan Rakyat membawa usul tergempar supaya...
Tuan Pengerusi, boleh saya tahu ini butiran berapa? Saya cari butirannya tidak kena.
B.11
Tidak, butiran. Butiran.
B.11. Saya baru buka because...
Butirannya. Tuan Pengerusi, kita cuba rujuk dan cari juga butirannya.
Butiran B.11. Tambahan sebanyak RM15 juta adalah dikehendaki untuk perbelanjaan seperti berikut...
Baca nombor butiran itu.
...Sebanyak RM10 juta dikehendaki untuk menampung subsidi. Tidak tahu atau sengaja hendak tanya?
Butiran.
Bukan juta!
Bilion!
Tidak payah. Jangan melambatkan Majlis Yang Berhormat, ya?
Sorry, bukan juta, bilion. Lagi banyak. Jadi apa yang saya hendak tanya, kenapa apabila Pakatan Rakyat membawa usul supaya diadakan sidang tergempar untuk sama-sama kita membahaskan isu tentang kenaikan harga minyak ini, kenapa tidak diadakan sidang tergempar Parlimen. Kerajaan terus membuat keputusan yang menyusahkan rakyat. Jadi, itu dari segi prosedur yang salah. Kalau tidak boleh diadakan sidang Parlimen kenapa pula tidak diadakan satu jawatankuasa khas terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya kita boleh memberikan input yang bijak sikitlah! Ini harapkan sebelah sana sahaja saya pun tidak pasti sama ada keputusan- keputusan yang dibuat itu cukup bijaksana.
[Menyampuk]
Itu dari segi prosesnya, dari segi prosedur membuat keputusan. Sekarang...
Yang Berhormat, kita berucap dalam Jawatankuasa, Yang Berhormat. Saya ingatkan. Saya hanya beritahu dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi jangan melambatkan, tetapi soalan yang ditanya itu betul, Yang Berhormat.
Saya terus membawa kepada implikasi kewangan daripada keputusan tersebut. Saya ingin sebutkan di sini bahawa Yang Berhormat Menteri Penerangan berkata dalam debat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Julai 2008 bahawa RM50 bilion subsidi akan diperlukan sekiranya ingin dikekalkan harga minyak pada harga lama iaitu RM1.92 seliter. Yang Berhormat Perdana Menteri pula berkata bahawa sebanyak RM13.7 bilion akan dapat diperoleh dalam savings daripada penstrukturan semula subsidi ini untuk membantu menyumbang kepada jumlah tambahan RM30 bilion untuk RMK-9. Yang Berhormat Menteri dan Hal Ehwal Pengguna...
Yang Berhormat, Yang Berhormat baca daripada... Persoalannya di sini subsidi gas cecair, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, ia sudah lari daripada butiran.
Saya hendak bawa kepada argument.
Yang Berhormat, tidak ada di bawah... Yang Berhormat. Ini perbincangan di bawah...
Spesifik, bah!
Dia ini baru, tidak faham!
Tidak apa, tidak apa. Yang lain itu duduk tunjuk faham sendiri.
B.11 berkenaan dengan RM10 bilion subsidi.
Sebut 020500.
RM10 bilion subsidi, gas cecair.
Gas cecair, diesel dan petrol berikutan kenaikan harga minyak di pasaran. Saya hendak bawa kepada argument itu, Tuan Pengerusi.
Tidak, tidak, Yang Berhormat. Kena tanya apakah gunanya ini, di mana hendak dibawa, siapa yang menerima, ini soalannya, Yang Berhormat.
Saya difahamkan ia digunakan untuk subsidi.
Yang memberi fahaman Yang Berhormat itu salah.
Dia kata di sini, untuk menampung bayaran subsidi, amat jelas. [Menunjuk kepada dokumen] Untuk menampung bayaran subsidi dan RM5 bilion untuk pembayaran rebat tunai. Saya hendak argue bahawa figures ini salah, tidak bolehkah Tuan Pengerusi?
Sila.
Boleh tak? Kalau figures itu salah. [Disampuk] Itu bukan dasar. Figures kalau salah tak boleh kita luluskan. Tuan Pengerusi boleh saya teruskan atau tidak?
Tidak payahlah Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis dah.
Saya... Saya hendak tanya Tuan Pengerusi kalau figures salah diketengahkan di sini.
Dari mana Yang Berhormat tahu yang figures itu salah?
Sebab itu saya hendak beritahu Tuan Pengerusi ini.
Yang Berhormat duduk dulu. Dengar saya punya penjelasan. Masa Yang Berhormat sudah habis satu. Yang kedua, you punya argument hendak tanya dengan saya sama ada figures ini betul atau salah. Siapa yang bagi tahu mana satu yang betul, mana satu yang salah? Kerajaan kata hendak gunakan RM10 juta ini. Itu sahaja soalan kerajaan. Soalan Yang Berhormat hendak guna RM1000 juta pun bukan soalan kerajaan. Inilah Yang Berhormat, kerana memahami apa bahasan dalam peringkat Jawatankuasa. Tanyakan soalan di sini. Kalau Yang Berhormat fikir yang ini tak mencukupi. Cadang kepada kerajaan tambah baru, tambah semula, tambah lagi.
[Bangun]
Hendak bahas. Hendak Bahas.
Habis masa sudah. Ini saya hendak tanya orang lain lagi. Okey saya bagi Yang Berhormat Arau lah.
Tuan Pengerusi pendek sahaja Tuan Pengerusi. Saya hendak minta dalam.
Yang Berhormat Arau sebelum bahas. Saya sekali ini hendak ikut betul-betul ini.
Saya ikut betul-betul, butiran Tuan Pengerusi. Cuma hendak minta sedikit cadangan.
Nilai.
Tidak sampai 20 patah perkataan.
Ya.
Tuan Pengerusi saya ingin mencadangkan supaya dipertimbangkan untuk fleet card subsidi ini yang RM1.45 sen untuk satu liter ini kepada pemilik-pemilik lori yang bawah 5000 kilogram. Tidak kira lori ini jenis skipper ataupun jenis kargo kerana di kawasan saya di negeri Perlis khasnya digunakan untuk membawa hasil pertanian terutamanya padi-padi ke kilang-kilang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi, tentang RM5 bilion untuk rebat ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Kewangan berhubung dengan dakwaan dia mengatakan kita belum menentukan komisen sebanyak mana akan diberikan kepada Pos Malaysia. Saya hendak tanya, apakah RM5 bilion ini termasuk komisen yang akan ditentukan? Sebab benda ini belum tentu lagi. Bila belum tentu kita tidak tahu. Mungkin perlu pertambahan daripada RM5 bilion kerana jumlah kenderaan yang terpaksa mendapat rebat ini mungkin bertambah selepas ini. Yang keduanya, tentang hak nelayan-nelayan untuk mendapat kuota minyak. Saya harap perlu ditambahlah sebab nelayan di Kuala Kedah banyak yang mengeluh sebab tidak kecukupan minyak dengan kadar subsidi yang baru RM1.43 sen itu. Terima kasih.
[Bangun]
Kota Belud.
Tuan Pengerusi, saya juga spesifik ini juga. Sikit sahaja. Dalam kod 024000, rebat tunai ini. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dalam ayat di sini iaitu sebanyak RM5 bilion adalah dikehendaki untuk menampung pembayaran rebat tunai kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan kapasiti enjin 2000 cc ke bawah, jip dan trak pick up 2500 cc ke bawah serta motosikal 250 cc ke bawah. Saya cuma hendak membawa perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa Perdana Menteri sewaktu melawat negeri Sabah baru-baru ini, telah menaikkan limit untuk negeri Sabah daripada 2500 cc kepada 3000 untuk Sabah dan Sarawak. Jadi saya tidak tahu sama ada ayat ini masih betul atau tidak untuk perhatian mesyuarat. Terima kasih.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan perkara 020500 dan 024000. Kita hendak bincangkan sama ada meluluskan tambahan RM15 bilion iaitu RM10 bilion dan RM5 bilion untuk meringankan beban rakyat. Seperti yang kita tahu peruntukan ini spesifik untuk subsidi harga minyak petroleum, gas dan LPG dan RM5 bilion untuk rebat yang digunakan pada kenderaan. Saya hendak tanya pada pihak menteri. Tambahan RM15 bilion ini bermakna tambahan hampir 100% daripada proposal asal atau peruntukan anggaran asal iaitu RM15.1 bilion. Ini bermakna tambahan 100% sedangkan kenaikan harga minyak ini 41%. Saya mohon pihak menteri justifiy ataupun terangkan bagaimana disperses boleh diterangkan kepada Dewan yang mulia ini. Perkara kedua, kerana tujuan untuk meringankan beban rakyat terutamanya yang akan dirasakan akibat kenaikan harga minyak dan petroleum. Terutamanya kepada pengguna kenderaan yang berkapasiti 2000 cc ke bawah. Saya menyokong dan memuji langkah untuk meringankan beban ini.
Saya teringat kepada satu tindakan kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan pada tahun 1999 dan tahun 2000. Di mana kita iltizam untuk meringankan beban rakyat, nampak nyata kerana pada tahun itu juga kerajaan telah memperkenalkan waiver year iaitu melepaskan semua pembayar cukai untuk satu tahun tertentu itu daripada tanggungan cukai ataupun kenaan tafsiran cukai. Pada tahun 2008 ini nampak perkara yang sama juga akan berlaku dan saya harap ini bukan pendekatan yang populis. Saya minta kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan supaya tahun 2008 dianggap tahun waiver year juga di mana semua pembayar cukai dikecualikan daripada pembayaran atau taksiran cukai. Sekurang-kurangnya untuk meringankan beban pembayar cukai serta masyarakat yang telah dihimpit oleh kenaikan harga minyak yang sedang melanda kita. Sekurang-kurangnya, atau pun sekiranya perkara itu tidak dibuat, sekurang-kurangnya kita adakan waiver year spesifik untuk pembayar cukai dalam kerangka atau skop penggajian sahaja.
Jangan jauh sangat Yang Berhormat.
Ya. Ya Tuan Pengerusi. Kita tahu bahawa 91% pendapatan kerajaan adalah hasil daripada kutipan cukai daripada badan korporat ataupun syarikat, bermakna hanya 10% sahaja yang dikutip.
Yang Berhormat tunggu lah dalam soalan cukai nanti.
Saya spesifik Tuan Pengerusi.
Ini bukan soal spesifik Yang Berhormat, tidak ada relevansi dengan butiran.
Saya hendak nyatakan di sini berkenaan dengan perkara B.12 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Seperti yang kita perhatikan tujuan kita sekarang untuk meluluskan sama ada RM300 juta perlu diluluskan kerana RM200,000 telah pun didahulukan oleh Kumpulan Wang Luar Jangka. Di sini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana perkara ini adalah perkara ulangan yang belum diterangkan. Perdana Menteri kita telah memaklumkan RM100 juta tambahan kepada tabung bencana, spesifiknya kepada tabung bencana tsunami yang sehingga pada hari ini tidak ada penerangan yang lengkap di mana perkara itu telah disalurkan atau dibelanjakan. Sekarang kita hendak lagi minta Dewan yang mulia ini ataupun mesyuarat ini meluluskan tambahan RM300 juta untuk tujuan yang sama iaitu untuk menyalurkan kepada bantuan bencana alam. Cuba kita tengok adakah bencana yang berlaku selama ini kecuali tsunami bernilai bantuannya RM300 juta dan termasuk RM100 juta yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri dua tahun yang lalu dan sehingga sekarang saya tidak mendengar atau melihat mana-mana penerangan berkenaan dengan RM100 juta khas ditujukan kepada tabung tsunami seperti yang dimaklumkan. Terima kasih.
[Bangun]
Limbang. Jangan berucap. Tanya soalan ya. Sentuhkan butiran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh berkenan butiran 020500. Saya ingin mengambil kesempatan di sini bahawa kalaulah dapat peruntukan ini dipanjangkan kepada NGV. Yang mana kita di Sarawak telah memohon supaya NGV ini dipercepatkan untuk masuk ke Sarawak juga. Jadi saya berharap dengan subsidi ini dapatlah dipanjangkan ke Sarawak dengan kehadiran NGV di sana.
Berkenaan dengan butiran 024000 ini, rebat tunai. Di sini saya ingin mengambil perhatian agar yang sebagaimana kita tahu di sini ia hanyalah untuk kereta. Saya telah difahamkan, kita juga memohon kalau rebat tunai ini juga dipanjangkan untuk bot-bot yang beroperasi di sepanjang sungai di Sarawak dan juga daripada cc kenderaan itu tadi ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, ia adalah 3,000cc yang telah diluluskan untuk Sarawak. Akan tetapi di sini, saya juga menyentuh keadaan di kawasan ulu, di Limbang dan di Sarawak secara amnya ialah kebanyakan ada lori 5,000 cc ini juga beroperasi. Jadi, kalau boleh ianya dipanjangkan untuk lori yang berkuasa 5,000 cc juga. Jadi di sini saya juga memohon agar fleet card ini dipercepatkan untuk semua bot. Saya telah difahamkan ia telah disenaraikan untuk semua keperluan bot di sepanjang sungai yang beroperasi di Sarawak telah pun dikemukakan kepada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Hulu Langat.
Ini wanita Yang Berhormat. Wanita, wanita.
Rantau Panjang Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud B.11 juga iaitu 020500 yang berkaitan dengan subsidi, gas dan cecair. Peruntukan yang begitu besar telah dipohon untuk tambahan yang berjumlah sebanyak RM10 bilion untuk menampung bayaran subsidi gas dan cecair. Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah pemantauan yang dibuat terutamanya di kawasan-kawasan sempadan, supaya subsidi minyak yang banyak yang seharusnya dinikmati oleh rakyat negara kita tetapi diambil kesempatan oleh rakyat asing. Kita lihat bagaimana penyeludupan minyak di kawasan sempadan berlaku secara aktif setiap hari di mana mereka menggunakan kenderaan plat tempatan, tetapi mereka membawa minyak dari negara kita menggunakan kenderaan tempatan menyeberang ke sebelah negara jiran, setiap jam berlaku. Jadi sejauh mana pemantauan yang dibuat yang seharusnya kita mengambil perhatian kerana kita akan mengalami kerugian yang berjuta-juta ringgit akibat penyeludupan yang tidak dikawal? Itu yang pertama. Yang kedua, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian iaitu berkenaan dengan peruntukan Maksud B.12, yang berkaitan dengan bantuan mangsa bencana termasuk juga berkaitan dengan mangsa banjir. Jadi, setakat ini banyak lagi kawasan terutamanya yang terlibat dengan bencana masih lagi belum menerima bayaran pampasan sebagaimana yang dijanjikan. Jadi sejauh manakah pemantauan yang dibuat dan apakah tindakan kerajaan supaya perkara ini tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja mengenai butiran RM5 bilion untuk rebat ini yang bertujuan kita membayar secara direct. Jadi, saya ingin tahu iaitu setelah habis satu pusingan nanti, rebat ini dibayar dengan kita memohon pertambahan sebanyak RM5 bilion. Apakah kerajaan akan menggunakan satu pendekatan yang indirect pula sebagai ganti supaya lebih adil, iaitu kita menggunakan sahaja subsidi itu dibayar melalui road tax iaitu mereka yang ada kereta, motor dan sebagainya, mereka sahaja yang terkena dengan subsidi ini. Satu lagi secara indirect ini mungkinlah income tax, jadi apakah pertukaran ini akan dibuat setelah habis satu pusingan kita membayar melalui direct rebate ini supaya tidak lagi perlu memohon pertambahan perbelanjaan seperti ini. Terima kasih.
[Angkat tangan]
Yang Berhormat yang angkat tangan itu. [Ketawa] Sila Yang Berhormat.
Minta maaf angkat tangan. Tuan Pengerusi, saya ingin menambah sedikit sahaja mengenai perkara 020500 itu. Saya difahamkan lori-lori atau kenderaan yang diberi fleet card itu hanya untuk lori-lori perdagangan. Akan tetapi bagi lori yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat, umpamanya lori daripada DBKL ataupun Alam Flora belum mendapat subsidi. Jadi saya minta supaya kita tambah atau extend kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri, jawab.
Tuan Pengerusi, pertamanya Yang Berhormat daripada Kuantan bangkitkan beberapa isu. Seperti mana kata Yang Berhormat Pengerusi adalah isu dasar dan bukan spesifik dalam jawatankuasa. Akan tetapi, apa yang saya ingin maklumkan bahawa kerajaan perlu membuat satu keputusan oleh sebab kenaikan harga minyak yang mendadak dan harga pasaran di Malaysia mendadak, apakah keputusan yang harus kita buat? Berapa banyak subsidi yang harus kita beri? Jadi berdasarkan kepada kajian, kita lihat bahawa harga pasaran meningkat kepada RM3.00. Ini berteraskan kepada USD115 dan sekarang naik USD140 dan harga pasarannya ialah RM3.34 sen. Jadi keputusan kerajaan adalah untuk kita memberi subsidi yang kita nilai keseluruhannya sebanyak RM15 bilion seperti mana yang telah dipohon oleh kerajaan. Kemudian keduanya Yang Berhormat Arau, menyentuh tentang fleet card untuk 5,000 kilometer...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuantan bangun.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau boleh saya bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan rebat ini. Saya mengandaikan RM5 bilion ini ialah untuk pembayaran dua bulan, pembayar cukai April dan Mei kerana ini adalah perbekalan tambahan setengah tahun pertama. Jadi maksudnya untuk dua bulan income tax, kita bayar rebat RM5 bilion, adakah itu bermaksud sepanjang tahun ia akan berjumlah RM30 bilion rebat tunai?
Rebat tunai ini kita bagi daripada masa kita umumkan, bulan Jun saya ingat sehingga kepada 31 Disember 2008. Tahun hadapan, kita akan membuat sistem sama ada kita akan teruskan itu seperti mana Yang Berhormat kata tadi, apakah sistemnya? Sistem ini kita sedang kaji apakah sistem, sama ada kita hendak terus secara rebat atau pun kita hendak menggunakan sistem kad.
Perkara-perkara ini sedang diperincikan di kementerian. Yang Berhormat daripada Arau menyentuh tentang fleet card bagi kenderaan lebih 5,000 kilogram. Apa yang kita sedang buat sekarang ini, kita mempunyai jawatankuasa untuk merangka apakah bentuk belanjawan untuk tahun 2009? Jadi perkara ini akan dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut. Yang Berhormat Pendang menyentuh tentang pemberian komisen kepada Pos Malaysia. Ini telah saya jawab semalam. Sehingga hari ini kita belum membuat keputusan. Pos Malaysia termasuk dalam badan yang dimiliki oleh kerajaan, tetapi saya ingin menyatakan bahawa rebat ini tidak termasuk dalam sebarang bentuk komisen kepada Pos. Rebat ini adalah kepada rakyat. Kemudiannya berkenaan dengan nelayan, kita mempunyai sistem yang diberikan kepada nelayan, di bawah sistem e-Petrol, e-Diesel Card. Yang Berhormat menyatakan bahawa minyak tidak cukup. Jadi perkara ini akan kita ambil perhatian. Yang Berhormat Kota Belud menyentuh tentang rebat untuk 3,000 cc. Saya akan menyemak perkara ini kerana apa yang berlaku, kita menyediakan dokumen-dokumen untuk dibawa ke mesyuarat ini lebih kurang sebulan yang lalu. Jadi pada masa itu, kita berbincang tentang 2,500 cc. Yang Berhormat dari Indera Mahkota menyentuh mengenai dengan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.
Cuma saya ingin minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab kita akan meluluskan jumlah ini dan kalau tidak termasuk dalam kategori 3,000 cc itu, saya takut nanti akan menjejaskan perancangan kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk yang ini kita luluskan dahulu untuk 2,500 cc. Kemudian kita akan buat adjustment kepada untuk tujuan yang akan datang. Yang Berhormat daripada Indera Mahkota menyentuh mengenai dengan RM15 bilion kenaikan harga minyak berapa peratus. Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang kita lakukan, kita mempunyai table dan kita melihat dari segi harga minyak tong. Berapakah harga minyak setong yang dipanggil sebagai West Texas Intermediate? Daripada harga itu, kita terjemahkan dalam bentuk ringgit. Selepas itu kita terjemahkan daripada tong kepada liter dan kemudian kita ambil kos operasi. Berapakah kos operasi yang dipanggil dalam terminologi industri minyak sebagai mist of flex, kita ambil itu, dan akhirnya kita akan dapat a right, dengan izin, harga pasaran di Malaysia. Dalam konteks harga minyak satu tong USD92.98, harga pam kita dah RM2.47. Pada masa itu harga pasaran dah RM2.47, harga tetap oleh kerajaan RM1.92. Maka subsidi kita RM0.55, ini pada bulan Januari, bulan Mei harga naik USD125.37 satu tong. Jadi, harga pasarannya adalah RM3.00 dan harga yang ditetapkan olah kerajaan RM1.92, subsidi adalah RM1.08. Yang ini untuk RON97, jadi, begitu kita buat, begitu terperinci kajian tersebut. Kemudian, Yang Berhormat Indera Mahkota menyentuh mengenai dengan kenderaan untuk tahun ini diisytiharkan sebagai tahun tidak kutip cukai. 1999 dan sekarang berbeza, 1999 kita sebenarnya membuat adjustment kepada sistem cukai kita, sebab itu tidak kutip cukai. Sekarang kita berhadapan dengan dunia, saya kata sebagai uncertainty, banyak perkara-perkara yang kita tak tahu, kenaikan harga dan sebagainya. Jadi, kalau kita bebaskan rakyat daripada pendapatan cukai, ini akan menjejaskan pendapatan negara. Apabila pendapatan negara terjejas, maka kita punya balance, bajet kita itu akan mengalami defisit yang tinggi, yang ini tidak elok untuk sesebuah negara. Kemudian, beliau menyentuh tentang Kumpulan Wang Amanah. Kumpulan Wang Amanah, untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian besarnya adalah untuk masalah banjir dan juga untuk memberi peralatan untuk menghadapi masalah banjir. Ada beberapa peralatan yang dibeli oleh kerajaan, bot penyelamat, trak dan sebagainya dan yang untuk sebahagian besarnya adalah untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, ribut dan juga kebakaran.
Yang Berhormat daripada Rantau Panjang menyentuh tentang ada yang tidak menerima lagi. Kalau Yang Berhormat dapat bagi tahu di mana, saya akan siasat, insya-Allah kita bagi. Kita tidak mahu individu dalam negara kita berhadapan masalah tidak dibela. Ini kita akan buat, ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi... Kemudian, Yang Berhormat Limbang menyentuh perkara sama tentang lori, dan perkara ini sebenarnya ada kita bincang, Yang Berhormat, yang mana melibatkan lori kelas ‘C’, yang dimiliki oleh individu tetapi menjalankan aktiviti mengangkut barang, yang ini tidak diberi perhatian, ini kita bincang dalam konteks bajet kita. Kemudian, NGV, seperti mana kita maklum, stesen ada 90 dan Petronas telah berjanji pada tahun 2010, kita akan ada 200 stesen baru, ini akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan supaya diberi keutamaan kepada beberapa tempat. Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh tentang model-model baru, dan model-model baru ini sebenarnya saya nyatakan kita sedang bincang dalam kementerian dan perkara ini akan saya bawa kepada kementerian. Yang Berhormat Hulu Langat menyentuh mengenai dengan lori-lori, fleet card ini termasuk pemilik daripada kilang-kilang. Ini akan kita kajilah, sama ada kita patut beri rebat untuk fleet card ini kepada syarikat yang memiliki manufacturing operation yang memiliki lori sendiri, adakah kita patut bagi, kita akan pertimbangkan. Terima kasih Tuan Pengerusi .
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,000,000,000 untuk Maksud B.11 dan RM300,000,000 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM15,000,000,000 untuk Maksud B.11 dan RM300,000,000 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.20, di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM438,000,000 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM438,000,000 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala bekalan B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas.
Saya merujuk kepada B.21, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di mana peruntukan RM2,500 juta diperlukan untuk program pengeluaran padi, penimbal beras dan pengeluaran dan produktiviti makanan - RM90 juta, program insentif kepada pengusaha pertanian - RM513 juta dan pengagihan hasil pertanian - RM39,150,000, Program Bumi Hijau – RM25 juta dan tanah terbiar.
Saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kalau dilihat daripada kepala aktiviti-aktiviti, saya dapati terdapat seolah-olah macam ada pertindihan iaitu perbezaan. Apakah bezanya peruntukan-peruntukan sebab akhirnya menjurus kepada program pertanian keseluruhannya. Oleh itu, saya berharaplah kalau pihak kementerian ada maklumat dan ada masa untuk menjawab dan menjelaskan dengan secara terperinci tentang peruntukan-peruntukan ini kerana ianya melibatkan wang yang banyak. Yang penting sekali ialah pengalaman lalu, yang saya lihat, Tuan Pengerusi, perbelanjaan-perbelanjaan ini kenalah di hands on, dengan izin, supaya ianya tidak membazir. Pembaziran yang saya maksudkan tadi, apa-apa bentuk peruntukan yang telah dicurahkan bagi mencapai matlamat sebagai mana yang telah dirancang memberi produktiviti yang semaksimum mungkin dengan tidak membazir. Banyak program pertanian yang telah dilaksanakan selama ini nampaknya kurang berhasil dan negara kita bukanlah negara yang besar, tanah pun tidak begitu banyak, maka sebab itu dahulu kerajaan telah mensasarkan melalui transformasi negara kita daripada pertanian menjadi negara perindustrian, kerana program pertanian sebenarnya tidak boleh menjadikan suatu bidang - program yang mana tidak boleh mengubah cara hidup rakyat terutamanya di luar bandar melalui bidang pertanian. Akan tetapi, sekarang ini, oleh kerana ada sedikit perubahan dari segi dasar menumpukan kepada program pembangunan pertanian dan balik semula ke luar bandar, ianya satu tindakan yang bijak, tetapi saya masih khuatir di mana walau pun peruntukan begini banyak kita juga akhirnya tidak mencapai kejayaan. Mungkin masa tidak banyak, cuma tinggal lagi, saya nak minta Kementerian Pertanian supaya mempelajari segala bentuk jenis pertanian, pembangunan pertanian, dengan penyaluran kewangan, bagaimana dilakukan oleh negara Thailand. Negara Thailand adalah negara yang bersempadan dengan negara kita. Saya tinggal di Pasir Mas, kawasan saya bersempadan dengan negara Thailand dan saya melihat hari-hari, boleh dikatakan apa yang kita makan sekarang ini kebanyakannya datang daripada Thailand. Kalau durian, buah durian Thailand, kalau mangga, buah mangga Thailand, cili, cili Thailand, sayur-sayuran daripada Thailand, yang banyaknya, selain datang daripada Indonesia, naik ikut Hulu Selangor, tetapi banyak daripada Thailand.
Yang Berhormat, ada satu minit lagi, selepas ini lah Yang Berhormat.
Okey, saya nak gulung ni, jadi elok pergi belajar di sana. Saya nak kongsi dengan Tuan Pengerusi, saya hendak bagi maklumat ni, Tuan Pengerusi. Saya pernah tengok di Thailand, dia ada satu tanah yang kecil, di bawah ada ikan, di atas ada kambing, ada ayam, ada itik, bersusun, cara bersepadu. Pokok-pokok dia semua menjadi. Petani-petani dia mempunyai motivasi yang tinggi, tetapi kenapa kita gagal, sebelah sahaja. Jadi, secara umumlah, saya nak bagi detail pun tak ada masa, tapi saya nak anjurkan supaya lebih banyak lawatan-lawatan, tak usah pergi jauhlah, pergi Thailand sahaja. Macam mana pokok mangga setakat paras lutut, berbuah begitu banyak, tapi kita di sebelah, kita tak jadi. Itu sahaja yang saya nak cakap, cukup, cukup, Tuan Pengerusi, Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Cheras akan bercakap pukul 2.30 nanti. Majlis bersidang semula. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pagi kita tangguhkan dahulu dan kita akan sambung semula pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada usul daripada Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan: (i) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008. Serta usul di nombor 5 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dibahas dan diputuskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Diminta Yang Berhormat Cheras untuk menyambung.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 150000 di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan, khususnya kepada pengeluaran dan produktiviti makanan sebanyak RM90 juta dan juga Program Pengeluaran Padi sebanyak RM802,850,000. Tuan Pengerusi, apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2004, pelantikan itu dikatakan oleh Perdana Menteri pada waktu itu adalah untuk memastikan menteri tersebut akan menanggung satu tanggungjawab yang begitu berat untuk berdepan dengan cabaran bagi membangun dan memperkembangkan industri pertanian yang semakin merosot dalam negara ini.
Tuan Pengerusi, Menteri itu dikatakan akan ditugaskan untuk menghidupkan semula pertanian di negara ini, memajukan pertanian negara dan khasnya bagi memajukan industri makanan bagi mempertingkatkan pengeluaran bahan makanan supaya pengeluarannya dapat mencapai satu tahap mencukupi untuk keperluan negara, Akan tetapi Tuan Pengerusi, segala bukti telah dinyatakan di sini bahawa apa jua usaha-usaha yang telah diambil oleh Menteri atau kementeriannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah gagal dan kurang berhasil. Ini boleh dibayangkan dalam hakikatnya bahawa import bahan makanan telah meningkat dari RM10.4 bilion pada tahun 1998 ke satu kadar yang ketara, iaitu meningkat kepada RM23.37 bilion pada tahun 2007. Ini merupakan satu peningkatan sekadar 125% jika berbanding dengan kadar 10 tahun yang lalu iaitu pada 1998. Ini adalah satu masalah yang besar. Cukup perhatian, cukup dana awam telah dibelanjakan, telah diperuntukkan dalam setiap tahun belanjawan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, tetapi semua usaha ini terbukti gagal dan adalah satu perkara yang cukup serius untuk kementerian memberitahu Dewan ini mengapakah kesemua kegagalan ini. Ini menunjukkan...
Gulung, gulung Yang Berhormat ya.
Gulung?
Lima minit, Yang Berhormat.
Baru start sahaja.
Lima minit sahaja. Sudah pagi tadi lagi lima minit.
Okey. Mengenai padi ini, saya ingin merujukkan di sini. Tuan Pengerusi, saya ingin merayu supaya subsidi padi yang diberikan kepada petani padi dipertingkatkanlah, sebab kadar sekarang yang dibayar kepada petani untuk setiap 100 kilogram padi adalah cuma RM24.81 sen, iaitu satu kadar yang ditetapkan lebih 10 tahun yang lalu. Maka walaupun adalah baik pengguna-pengguna menikmati padi yang harganya dikawal, tetapi petani padi yang menyumbang begitu besar dan banyak sekali untuk pengguna, mereka menderita masalah kekurangan pendapatan kerana harga dikawal dan subsidi begitu rendah. Ini adalah merupakan satu ketidakadilan kepada mereka. Maka saya harap subsidi itu dapat dipertingkatkan kerana baja sudah dinaikkan harganya 100% dan..
Masa, Yang Berhormat.
...Racun serangga pun telah dinaikkan lebih 100%. Ini adalah merupakan satu beban yang sangat besar kepada petani. Satu perkara lagi yang secara ringkasnya, baru-baru ini saya ada melawat ke Sekinchan dan saya mendapati satu masalah yang besar dihadapi oleh petani-petani padi di situ, iaitu palung-palung ataupun saluran air untuk ladang-ladang padi ini, kebanyakannya dibina pada tahun-tahun era penjajahan British lagi dan kebanyakan itu sudah usang...
Terima kasih Yang Berhormat.
...Terlalu uzur, bocor dan sering rosak pada musim kemarau atau kurang hujan, palung-palung ini kurang air atau tidak berair. Ini satu masalah yang sangat besar. Maka saya minta kalau ada peruntukan untuk mengeluarkan padi, sepatutnya sebahagian peruntukan ini adalah untuk memperbaiki atau meningkatkan atau menggantikan palung-palung yang cukup usang itu. Adakah perancangan bagi maksud itu? Terima kasih.
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud B.21 ini, tambahan sebanyak RM2.9 bilion yang dikehendaki untuk diluluskan iaitu yang akan digunakan. Di antaranya adalah untuk dasar jaminan bekalan makanan iaitu seperti Program Pengeluaran Padi, Stok Penimbal Beras dan juga Program Peningkatan Produktiviti Pemakanan dan sebagainya. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kementerian dengan jumlah peruntukan yang begitu besar kerana kita bimbang dalam keadaan sekarang walaupun kita telah mengemukakan cadangan kerana Yang Berhormat Menteri juga telah membangkitkan beberapa kali atas ketidakupayaan Syarikat Padi Beras Nasional Berhad untuk mengendalikan dasar jaminan makanan ini terutamanya dalam menjaga Program Stok Penimbal Beras yang berjumlah RM1 bilion lebih ini. Kita bimbang ia tidak akan sampai ke sasaran walaupun telah dilantik konsultan yang sememangnya tidak berbincang dengan pihak industri. Konsultan yang dilantik yang tidak ada background dalam industri padi beras, malah dibayar saya difahamkan RM1.5 juta. Itu satu jumlah yang besar untuk membuat kajian bagaimana kita boleh menghasilkan beras subsidi kerajaan. Kemudian dirasakan tidak sesuai, ditukar kepada beras nasional iaitu dari segi kampit yang dicadangkan untuk dikeluarkan dan dijual dalam pasaran pada kadar harga yang dikawal oleh kerajaan. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, kita memohon kepada pihak kerajaan. Walaupun Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa dalam kajian MIER dan sebagainya untuk kita melihat sama ada kesesuaian bagi kerajaan mengendalikan secara langsung perkara ini, tetapi dalam masa sekarang tindakan segera melibatkan jumlah perbelanjaan yang cukup besar sudah tentu ia tidak bersesuaian kalau kerajaan tidak ada satu body ataupun satu badan yang mengawasi perkara ini secara langsung. Ini kerana saya difahamkan ketika kita menghadapi krisis ini, kita atas dasar G to G atau government to government basis, dengan izin Tuan Pengerusi, kita telah buat pembelian di Bangkok dalam harga yang cukup mahal. Saya difahamkan siapa yang membuat akses perkara ini di Bangkok sedangkan di luar, out circuit daripada Bangkok, di luar daripada kawasan Bangkok yang merupakan tempat-tempat pengeluaran beras utama, di kawasan Nakonsawan, Supanburi, Surin dan sebagainya yang merupakan tempat-tempat pengeluaran beras utama tidak dikunjungi oleh mereka-mereka yang membuat akses mengenai harga di sini. Dalam keadaan sekarang, konteks pembelian beras komoditi di Thailand, kita tidak pakai surveyor macam dulu. Dulu masa LPN, masa Lembaga Padi dan Beras Negara, kita pakai surveyor. Surveyor ini yang berperanan untuk buat kajian beras di mana-mana tempat di Bangkok tetapi apabila menjadi kelam-kabut seperti ini, Yang Berhormat Menteri Pertanian telah pergi ke Bangkok dan telah membuat pembelian dalam G to G basis. Walaupun kita dapat bekalan berkenaan, tetapi ia tidak begitu terdesak sebab yang mewujudkan suasana panik dalam pasaran ini bukan kerajaan, bukan rakyat tetapi Syarikat Padi dan Beras Nasional Berhad sendiri yang tidak ada supply chain yang berkesan. Sepatutnya, ketika dia membawa masuk beras import mengikut keperluan negara, dia dah ada tunggu supply chain, kapal yang akan jalan di tengah laut yang sampai. Namun disebabkan pihak pengurusan - saya tidak faham kenapa perkara ini boleh berlaku. Kenapa perkara ini boleh berlaku sampai supply chain ini dibiarkan begitu saja. Sebab itu dalam hal ini, walaupun sole importer telah diberi kepada BERNAS dan saya difahamkan telah disambung lagi lima tahun, right to import, bukan as not as sole importer lagi. Lima tahun tanpa berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini diputuskan oleh EPU sendiri.
Jadi sebarang keputusan yang nak dibuat saya minta sangat-sangat Tuan Pengerusi, supaya ia di bincang dengan teliti dengan pihak industri. Konsultan yang kita lantik untuk melihat kajian yang dibuat untuk mengawal subsidi beras nasional ini tidak faham industri. Tidak panggil pun pengilang-pengilang, tidak panggil pemborong- pemborong, tidak panggil pun peruncit-peruncit untuk mendapatkan feedback ataupun maklum balas bagaimana seharusnya untuk dibuat. Sebab untuk kita melaksanakan tanpa mendapat maklum balas dari pihak industri yang terbabit, sudah tentu kita akan memberi kegagalan kerana ia melibatkan jumlah peruntukan yang besar. Saya merasa cukup bimbang Tuan Pengerusi dalam hal ini kalau pihak kementerian, yang merupakan pelaksana, yang tidak mengambil berat perkara ini ataupun hanya di peringkat awalnya bersungguh-sungguh tetapi di akhirnya kita lihat ia dibiarkan. Kita akan bimbang perkara ini tidak mencapai ke sasaran kita. Tuan Pengerusi, yang ingin saya bangkitkan ini. Kawasan Parlimen saya adalah kawasan yang terlibat boleh dikatakan 90% dalam industri padi dan beras. Sudah tentu apabila perkara ini berlaku, kita melihat banyak yang kita perlu perbetulkan. Macam tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheras. Walaupun Cheras tidak ada sawah padi tetapi Yang Berhormat Cheras berkunjung ke Sekincan. Saya nak bagi tahu Tuan Pengerusi iaitu di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan itu untuk program pengeluaran padi saja kita berikan peruntukan RM802,850,000. Mungkin ia melibatkan bantuan-bantuan subsidi labeling iaitu meratakan tanah, bantuan-bantuan subsidi untuk jentera pembajak, bantuan-bantuan subsidi untuk baja, bantuan-bantuan subsidi untuk racun, bantuan-bantuan subsidi mungkin untuk jentera penuai ataupun bantuan subsidi untuk lori-lori untuk kos pengangkutan bagi membawa padi ke kilang.
Yang Berhormat, masa cukup Yang Berhormat.
Sikit sebelum saya touchdown Tuan Pengerusi. Saya minta dari segi lain prasarana ini, kalau kita nak buat kita perlu biarlah ia dibuat dengan mendapat maklum balas yang sempurna dan kita minta pihak kementerian dalam hal ini, dalam keadaan yang sebegini biarlah peruntukan ini sampai ke sasarannya kerana sekarang ini ada rakyat yang beli beras sekilo, sekilo. Tidak mampu lagi nak beli tiga kilo. Yang tu yang kita kena fikirkan. Tuan Pengerusi, saya berharap dengan kemampuan menteri yang ada sekarang, biarlah perkara ini di bincang dulu dengan pihak industri terbabit bagi kita mendapat keputusan yang betul-betul tepat untuk kita melaksanakan bajet yang sebegini besar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan maksud B.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Khusus program pengeluaran padi sebanyak RM802,850,000 dan saya juga merujuk kepada yang berkaitan, Program Peningkatan Pengeluaran dan Produktiviti Makanan. Padi tu kira makanan jugalah ya – beras, daripada padi jadi beras. Jadi kalau kita lihat angka ini, RM800 juta campur dengan RM90 juta ada hampir RM900 juta. Jadi di sini, saya ingin memohonlah kepada pihak kementerian iaitu menepati maksud program ini supaya dapat memberikan maklumat kepada saya sebagai wakil rakyat di kawasan saya Pasir Salak yang mempunyai kawasan pengeluaran padi iaitu di Sungai Manik yang telah saya bangkitkan beberapa kali sebelum ini. Bolehkah daripada RM900 juta ini kita mendapat peruntukan untuk meningkatkan sistem pengairan kawasan padi di sana supaya hasil pengeluaran dan produktivitinya dapat ditingkatkan. Sebelum ini saya ada mendengar dalam Dewan yang mulia ini Menteri Kewangan telah pun membuat kenyataan iaitu tajaan, khususnya Kementerian Kewangan telah pun bersetuju untuk meluluskan peruntukan bagi menjayakan projek yang saya sebutkan tadi. Namun, angka peruntukan yang sebenarnya tidak disebut. Mungkin oleh kerana sekarang ini jumlah RM900 juta ini di depan kita, di sini kita akan dapat tahu daripada menteri berkenaan dalam hal ini.
Saya rasa adalah munasabah bagi pihak Kementerian Pertanian untuk memberikan keutamaan kepada projek ini di Sungai Manik iaitu jelapang padi tersebut. Ini kerana kawasan ini telah pun ada sejak sekian lama dan bersedia untuk menyumbang kepada matlamat kerajaan menambahkan hasil keluaran beras negara. Tidak perlu lagi bersusah payah hendak tebang hutan itu dan ini ataupun mengadakan infrastruktur asas sebagaimana yang perlu dilakukan sekiranya hendak membuka kawasan baru. Saya tidaklah pula menentang cadangan kerajaan untuk membuka kawasan- kawasan pertanian padi di tempat-tempat lain yang hendak dibuka baru bagi menambahkan hasil keluaran beras negara. Akan tetapi, saya rasa keutamaan hendaklah diberi kepada kawasan yang sedia ada yang hanya memerlukan peningkatan dari segi program yang hendak dilakukan. Ini menguntungkan negara, sangat-sangat menguntungkan. Jadi dengan sebab itu saya minta sangatlah kepada menteri yang berkenaan dan ini saya ulang berkali-kali, dan sekali kepada hari ini kerana saya merasa sangsi di atas komitmen pihak kementerian atau kerajaan dalam hal ini. Beberapa kali dan beberapa tahun perkara ini telah dibangkitkan dan setiap kali diberikan pengakuan, diberikan jaminan ianya akan dilaksanakan tetapi tidak dilaksanakan. Jadi kalau ini terus berlaku, hanya setakat jaminan kenyataan maka kita tidak akan melihat kejayaannya. Perlu saya ingatkan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan iaitu bukan sahaja kerajaan akan mendapat untung dari segi meningkatkan hasil makanan negara melalui program pembangunan sistem pengairan baru ini di kawasan Sungai Manik ini. Malahan, ianya juga akan membantu kerajaan dalam mencapai matlamat yang mana tidak kurang pentingnya kepada kerajaan dan rakyat.
Masa habis Yang Berhormat.
Saya gulung ya, Tuan Pengerusi. Iaitu matlamat kita berhubung kait dengan membasmi kemiskinan dan membangunkan ekonomi luar bandar. Ini adalah strategi serampang dua mata sebenarnya yang boleh kita capai matlamatnya daripada projek pembangunan pertanian padi di Sungai Manik ini. Jadi sekali lagi, saya sangat-sangat berharap bagi pihak rakyat di kawasan saya, pihak kerajaan akan dapat berikan peruntukan yang dipohon. Tidak banyak saya kira sekadar lebih kurang RM300 juta sahaja. Sekian, terima kasih... [Ketawa]
[Bangun]
Saya panggil Yang Berhormat Sik kemudian Yang Berhormat Lipis selepas itu menteri menjawab.
Assalamualaikum. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada B.21 di bawah tajuk Program Mengukuhkan Pasaran dan Pengagihan Hasil Pertanian sebanyak RM39,150,000. Jadi saya ingin menarik perhatian menteri supaya soal pengagihan atau pemasaran hasil-hasil pertanian ini perlulah diberi perhatian bersungguh-sungguh. Ini kerana kalau kita tidak mengambil perhatian dari awal, hasil-hasil usaha petani ataupun penggerak kepada pengeluaran hasil-hasil pertanian ini selalunya akan menjadi terbiar dan rosak. Ini kerana hasil-hasil pertanian tidaklah sama dengan hasil- hasil industri yang boleh disimpan lama. Hasil-hasil pertanian kecuali padi hanya mempunyai jangka hayat yang terlalu singkat. Mungkin tidak sampai seminggu. Jadi kalaulah pihak kementerian memberi perhatian kepada soal penghasilan semata-mata tetapi tidak memberi perhatian yang bersungguh-sungguh dalam soal pemasaran ataupun soal pengagihan hasil-hasil pertanian, ini bukan sahaja menyebabkan petani-petani rugi tetapi dalam jangka masa yang panjang menyebabkan petan-petani hilang keinginan untuk berusaha secara bersungguh-sungguh. Ini kerana apa yang dihasilkan tidak memberi faedah malah menambahkan beban hutang hasil daripada kerugian yang dialami tadi.
Perkara yang kedua, harga barangan adalah perlu untuk memastikan hasil- hasil pertanian dapat diberi galakkan atau berkembang. Jika hasil pertanian ini tidak dititik beratkan petani-petani akan merasa mereka teraniaya dan tidak lagi akan terus mengusahakan hasil-hasil pertanian yang ditentukan. Saya lihat dalam soal harga padi, walaupun ianya tahan lama dan bukan jenis yang mudah rosak, tetapi hari ini kita lihat harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah rendah daripada harga pasaran sebenar. Jadi keadaan ini menyebabkan petani-petani tidak senang. Ditentukan oleh kerajaan harga padi kalau tidak silap RM750, tetapi dalam pasaran sebenar di kilang- kilang swasta mereka ini akan mengambil hingga RM1,000. Jika ini berlaku bermakna kilang-kilang yang ada hubungannya dengan BERNAS ia akan menjadi stok makanan negara akan kita katakan ketinggalan di dalam mendapatkan hasil-hasil ini dan kesudahannya ia akan berlaku seperti yang berlaku pada hari ini. Iaitu bila tiba masa diperlukan stok yang dinyatakan ada tetapi tiada, dan ia membawa masalah besar dan merbahaya kepada negara. Perkara yang kedua, hasil daripada keadaan yang mengejutkan timbul kekurangan bahan makanan; kerajaan telah menentukan ataupun telah mengumumkan untuk membuka kawasan-kawasan baru. Saya menyokong penuh usaha ini kerana ia akan dapat membawa pembekalan hasil makanan yang banyak. Akan tetapi dalam jangka masa yang sama saya rasa usaha-usaha ini sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi mengambil masa untuk menghasilkannya. Jadi dalam masa yang terdekat ini saya mencadangkan supaya di bawah program pengurusan tanah terbiar tadi yang berjumlah RM25 juta itu digunakan sepenuhnya untuk memulihkan tanah-tanah yang terbiar; khasnya kawasan-kawasan padi atau bendang yang terbiar yang boleh dimajukan segera dan cepat mengeluarkan hasil. Ia berbanding dengan kos yang tinggi yang terpaksa kementerian tanggung atau kerajaan tanggung, jika kita hendak mencari kawasan baru dan ini juga mengambil masa yang lama untuk menyediakan infrastruktur bagi tujuan penghasilan makanan sebagai yang dinyatakan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Lipis.
Bagi maksud B.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani saya bercadang membincangkan yang satu itu iaitu sebanyak RM2.5 bilion yang dikehendaki untuk melaksanakan pelbagai program di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Tuan Pengerusi, bila kita melihat tentang jaminan bekalan makanan dan terutamanya dari segi beras, kita tengok banyak yang ditulis mengenai dengan pengeluaran padi, stok penimbal beras dan sebagainya. Kita selalu bercakap tentang pengeluaran padi secara besar-besaran. Kita bercakap tentang nak merancang tempat untuk menanam padi secara besar-besaran dan mengambil masa bertahun-tahun pula untuk membuat kajian. Sedangkan makanan dan sebagainya pada saya ialah keperluan segera. Kenapa kita tidak memikirkan banyak tanah-tanah sawah yang terbiar sekarang ini yang satu masa dulu memang merupakan jelapang padi atau kawasan tanaman padi yang sudah tidak diusahakan kerana tidak ramai lagi orang yang berminat pada masa itu untuk bertanam padi kesan daripada dasar kita mengubah daripada ekonomi pertanian kepada ekonomi industri dan sebagainya. Banyak anak-anak muda telah pergi ke bandar. Sekarang sudah tinggal terbiar. Jadi kenapa kita tidak berbalik mengusahakan tanah-tanah sawah ini dengan menggalakkan mereka membuat pertanian secara kecil-kecilan tetapi dikumpulkan dalam satu tempat supaya tanaman padi ini kita dapat segerakan dan akhirnya kita tak perlu menunggu lama. Saya ingat semasa saya kecil dulu tidak ada masalah dan tak timbul langsung perkataan tidak cukup beras untuk dimakan kerana di setiap rumah penduduk hampir di setiap rumah ada kepuk padi. Atas sebab itulah timbul peribahasa yang mengatakan, ‘ayam di kepuk mati kelaparan’ kerana di setiap rumah ada kepuk padi dan mereka tak pernah sebut pun masalah hendak membeli beras. Sekarang tinggal kepuk sahaja kan, padinya sudah tidak ada dah.
Jadi sebab itulah bagi saya walaupun kita membuat yang besar-besar ini dan sebagainya tetapi fokus kepada pertanian, petani-petani yang kecil yang kita boleh galakkan di kampung ini perlu diberi perhatian dan mereka ini dapat mengeluarkan pada saya, hasil padi yang segera dan untuk dijadikan beras dan sebagainya. Ini pada saya lebih kepada skim bekalan jaminan makanan kerana kalau mereka dah cukup beras, mereka tidak perlu lagi memikirkan untuk mencari duit untuk membeli beras dan sebagainya. Bagi saya pula, dari segi harga sepatutnya petani-petani ini yang menanam padi boleh digalakkan untuk menanam padi, mungkin tak perlu subsidi dan sebagainya tetapi kerajaan membeli padi atau beras itu dengan harga pasaran. Kalau tadi harga pasarannya RM1,000, kita tidak payah buat cut-off-point 750 dan sebagainya. Kalau RM1,000 kita bayar seribu dan sebagainya. Sebab dengan cara ini kita dapat menggalakkan petani-petani bertanam tetapi kalau kita menyekat harga, kita letak cut- off-point nya, 700 harga padi memanglah tiada siapa yang berminat. Akan tetapi kalau kita biarkan harga pasaran yang menentukannya tetapi apabila menjadi beras masa itu kalau kerajaan nak jual murah dengan harga subsidi, tak apa. Akan tetapi yang penting semasa membeli itu, mesti ada jaminan pasaran yang cukup tinggi dan cukup berpatutan bagi petani-petani ini untuk bertanam. Keduanya dari segi peningkatan pengeluaran dan produktiviti makanan sebanyak 90 juta. Jadi kita boleh memberi insentif kepada para petani untuk menjual makanan tetapi kita tahu bahawa bahan pertanian dan bahan makanan ini mudah reput. Sebab itu jaminan bagi saya bukan setakat jaminan untuk menjual tetapi jaminan untuk ada pasaran, ini penting. Jadi kerajaan bagi saya melalui agensi-agensi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memikirkan bagaimana segala jenis tanaman untuk makanan yang diusahakan oleh petani-petani dan sebagainya mendapat jaminan pasaran yang berpatutan. Ini untuk memastikan bukan sahaja petani-petani ini terus berminat tetapi petani-petani tidak meninggalkan bidang pertanian ini dan pergi ke bidang lain yang mereka rasa lebih terjamin hidup mereka. Sekian, saya menyokong, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Ya, minta Menteri untuk menjawab, sudah buat keputusan tadi Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ada enam orang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan mengenai Dasar Jaminan Makanan yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Pasir Mas, Cheras, Arau, Pasir Salak, Sik dan juga Lipis. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita merasakan bahawa ini adalah satu objektif atau dasar yang begitu penting di mana memanglah kita tak hendak menakut-nakutkan bahawa seakan-akan makanan dalam negara tidak mencukupi. Akan tetapi seperti apa yang dikatakan oleh ramai Ahli Yang Berhormat tadi kita mesti membuat persediaan daripada sekarang untuk memastikan bahawa keadaan-keadaan krisis makanan yang kita dengar dialami di negara-negara lain tidak menular ke negara kita yang kita cintai. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang ada tertera di hadapan, ia mempunyai objektif. Iaitu satu, meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara diri. Jadi tadi ramai Ahli- ahli Yang Berhormat yang mengatakan bahawa kita dahulunya keluaran sebegitu kecil. Jadi sekarang ini termasuk di dalam Dasar Jaminan Makanan ini, kita hendak meningkatkan tahap sara diri.
Kedua, memastikan bahawa bekalan bahan makanan mencukupi, bukan sahaja mencukupi, berkualiti dan selamat untuk dimakan. Ketiga, kita hendak memastikan bahawa pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi menjamin pengeluaran makanan agar tidak merosot. Jadi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa kita jangan lupa kepada mereka yang mengeluarkan bahan-bahan makanan ini supaya pendapatan mereka juga kita jaga dan kita jamin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pecahan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah dipohon oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Mas sebenarnya meliputi tujuh program dan adalah seperti berikut: (i) untuk meningkatkan pengeluaran beras negara iaitu yang berjumlah RM1,209.05 juta. Ia adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan, kerataan tanah, input pertanian iaitu termasuk kapur, untuk baja NPK mengawal perosak, insentif dan subsidi, untuk mekanisasi ladang, pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran yang banyak disebutkan tadi. Ini kerana kita mesti mengatur dari segi menguruskan air, pengairan, subsidi beras untuk Sabah dan Sarawak dan untuk penyelidikan sebab kita jangan lupa kita sentiasa harus mengadakan penyelidikan; (ii) untuk kita meningkatkan lagi stok penimbal beras. Jadi RM1,004.1 juta adalah untuk kita meningkatkan pengimbal beras di mana ianya adalah untuk kita membeli beras sebab SSL di dalam negara adalah 73%. Juga kos kita mengimport dan menyelenggarakan stok penimbal beras tersebut sebab sekarang ini kita hendak meningkatkan stok itu dari dua minggu sehingga ke tiga bulan; (iii) peningkatan produktiviti yang berjumlah RM90 juta iaitu untuk kita meningkatkan lagi produktiviti tanaman kekal pengeluaran makanan, zon industri akuakultur dan hatchery dan juga ternakan lembu serta kambing; (iv) insentif kepada pengusaha pertanian yang berjumlah RM513 juta di mana insentif ini adalah untuk meringankan beban dan meningkatkan pengeluaran bahan makanan sebab kita memang mendengar kerajaan begitu prihatin sebab dengan peningkatan harga minyak, semua input-input pertanian juga telah melonjak, meningkat tiga kali ganda. Jadi oleh yang demikian, kita telah memperuntukkan sejumlah RM513 juta untuk membantu; (v) mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian yang berjumlah RM39.15 juta. Ini adalah untuk pemasaran dan pengagihan juga ada disentuh oleh Ahli Yang Berhormat; (vi) pelaksanaan bumi hijau, di mana sejumlah RM25.9 juta adalah untuk kita memberikan kit atau starter kit untuk Program Bumi Hijau iaitu berbentuk biji-biji benih, baja, pamflet untuk makanan, bibit perikanan dan juga ternakan; dan (vii) pengurusan tanah terbiar yang berjumlah RM25 juta iaitu untuk kita menggunakan tanah terbiar itu untuk tanaman makanan dan juga perikanan.
[Bangun]
Jadi, itulah jumlah tadi iaitu RM2,900.62 juta. Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya hendak minta penjelasan. Bersabit dengan insentif kepada pengusaha pertanian ini, RM513 juta ini. Saya berminat mengenai dengan ternakan kambing. Saya hendak tanya, apakah ada peruntukan di dalam RM513 juta ini untuk ternakan kambing di Kelantan?
Terutamanya di Pasir Mas adalah kawasan yang paling sesuai ternakan kambing terutamanya memelihara kambing jantan, kambing jamnapari ini yang boleh membantu membiak kambing-kambing keseluruhannya. Jadi, ada atau tidak rancangan dalam program RM513 juta ini untuk di Kelantan tetapi di Pasir Mas? Terima kasih.
Yang Berhormat, saya minta maaflah Yang Berhormat kalau yang terlampau spesifik menjurus ke Pasir Mas. Akan tetapi saya memang tahu adalah termasuk untuk ternakan kambing, sebab saya telah memberitahu di dalam beberapa hari dalam soalan Parlimen, sebab sekarang SSL kita hanya 9%, di mana di dalam tahun 2015 kita hendak meningkatkan kepada 35%. Jadi Yang Berhormat, memang termasuk di dalam insentif RM513 juta ini iaitu satunya adalah untuk kita menyediakan seekor pejantan dan disediakan 25 ekor betina, Yang Berhormat. Jadi, bermakna ada, ada Yang Berhormat. Akan tetapi bila Yang Berhormat kata kepada Pasir Mas itu biarlah saya semak dan insya-Allah. Saya melihat Yang Berhormat begitu aktif untuk menjurus kepada pertanian peningkatan ini, apalah salahnya Yang Berhormat. Jadi, ada. Seekor pejantan dan 25 ekor betina.
Baru ini Yang Berhormat kata 80 ekor. Apa turun 25 ekor pula?
Tak, tak, tak. Ini skim. Ini insentif.
Oh, skim. Ingatkan kekuatannya. Terima kasih.
Tak, Yang Berhormat. Itu masih. Yang Berhormat, itu masih. Yang itu masih satu hingga 80 ekor betina, masih.
[Bangun]
Akan tetapi ini, ini adalah skim bantuan di mana dinamakan Skim Teras iaitu kita akan memberikan seekor pejantan dan 25 ekor kambing betina.
Sikit lagi. Apakah Yang Berhormat sedar di Kelantan ada kawasan ternakan kambing yang diusahakan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan dinamakan Projek Diraja? Saya minta Yang Berhormat kalau boleh ambil perhatian untuk melihat apakah insentif yang patut dibiayai untuk memperhebatkan lagi usaha yang dibuat di bawah Program Diraja ini. Terima kasih.
Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memang menganggotai jawatankuasa tersebut. Jadi, memang kita bukan sahaja melihat dari segi keperluan, kita memang mengadakan pemantauan dan juga mesyuarat bersama dengan mereka- mereka yang menjayakan program ini. Jadi Yang Berhormat jangan risau Yang Berhormat. Memang kita bersama. Yang Berhormat Cheras.
Saya ingin tahu, apakah telah berlaku pada satu program yang dicita-citakan iaitu ‘lembah daging’? Saya ingin tanya, sama ada projek ini masih wujud ataupun telah gagal keseluruhannya? Kalau tidak, memandangkan kita tidak berjaya, adakah rancangan untuk membatalkannya sekali lagi? Begitu juga pada setakat ini, berapa wang telah dibelanjakan untuk Program Lembah Daging? Keduanya, apa telah berlaku juga kepada ternakan arnab, ternakan ostriches, ternakan rusa yang digalakkan oleh kerajaan pada satu ketika itu?
Baik, baik Yang Berhormat.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebab giliran Yang Berhormat belum sampai tetapi tidak apa. Yang Berhormat, dari segi NFC atau National Feedlot Center, memang ada. Memang masih berjalan dan sekarang ini di dalam proses untuk kita mendapatkan baka-baka dibawa ke National Feedlot Center yang kita adakan di Gemas.
Jadi untuk makluman, itu juga adalah satu perancangan kita untuk meningkatkan SLL kita daripada sekarang dalam 25% kepada 40% iaitu untuk mengadakan pedaging. Insya-Allah, di Sabah ada satu program yang begitu berjaya untuk kita mengadakan juga pengeluaran tenusu atau susu lembu. Jadi, memang ianya berjalan. Untuk makluman Yang Berhormat, janganlah risau. Segala-galanya ini memang berjalan tetapi di sinilah Yang Berhormat, dari segi pertanian, dia tidak boleh esok kita mula hari ini sudah mendapat hasil. Sekurang-kurangnya kita berilah masa dalam lima tahun.
[Bangun]
Kambing boer itu pun dia hendak menjalankan kerja pun, saya tak pernah kata kambing boer itu satu hingga 80 ekor betina dalam satu hari. Saya tak pernah kata, satu hari. Saya kata, seekor kambing boer boleh memberi khidmat kepada 80 ekor kambing betina. Jadi ada pula yang saya menerima laporan mengatakan, saya mengatakan satu hari, kalau satu hari itu betul-betul kes dera Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Pendang Yang Berhormat.
Bukan. Saya, apa yang saya maksudkan...
NFC, saya...
Cukuplah Yang Berhormat Cheras, cukuplah.
Beef valley itu sudah lama ditubuhkan. Masalahnya ialah kami mendapati, daging-daging yang diimport dari negara-negara seperti Australia, Brazil, Negara China dan India itu adalah lebih murah daripada apa yang kami usahakan di sini. Maka, ini adalah satu alasan yang utama yang menyebabkan kegagalan beef valley. Beef valley itu sudah ditubuhkan lama.
Yang Berhormat, di depan kita ini kita bercakap tentang Dasar Jaminan Makanan Negara. Memang kita tahu, Yang Berhormat sendiri pula yang mengatakan tadi, kenapa BOT kita tinggi? Kenapa kita berbelanja berbilion-bilion defisit? Yang Berhormat sendiri juga mengatakan bahawa program kita telah gagal tetapi kenapa sekarang ini Yang Berhormat mengatakan di Brazil lebih murah, di China lebih murah? Kita Yang Berhormat sekarang ini, bercakap mengenai Dasar Jaminan Makanan Dalam Negara. Okey, Yang Berhormat kalau kita mengambil ketetapan yang diambil oleh Yang Berhormat, memang lebih murah kita mengimport tetapi tadi Yang Berhormat sendiri yang mengatakan, pertanian telah gagal. Kenapa defisit lebih besar dari tahun ke tahun tetapi dalam nada yang sama Yang Berhormat, sekarang ini Yang Berhormat mengatakan kenapa beef valley telah gagal? Kami tidak pernah mengatakan beef valley gagal. Yang Berhormat pergi sendiri di Gemas melihat, sekarang ini adalah pembersihan kawasan dan Yang Berhormat jangan lupa dari segi isu tanah kita kena selesaikan. Tanah adalah di bawah kerajaan negeri. Yang Berhormat kalau hendak ikut hati kami ini Yang Berhormat, kita mengimport beras lebih murah daripada kita mengadakan jelapang. Namun Yang Berhormat, sekarang ini kita di bawah Dasar Jaminan Makanan Dalam Negara. Yang Berhormat, anytime dengan izin, negara-negara yang kita mengimport itu akan memberhentikan mengeksport makanan kepada negara kita. Yang Berhormat telah terjadi, China sekarang tidak mengeksportkan beras kepada Malaysia. Sudah berhenti. India berhenti. Vietnam sebenarnya telah hendak memberhentikan bekalan beras. Sebenarnya, Thailand juga hendak memberhentikan bekalan beras, sebab apa, mereka juga hendak memberi makan kepada rakyat mereka sendiri. Jadi Yang Berhormat, kita sekarang mengadakan segala-gala ini supaya insya-Allah, di dalam 10, 20 tahun Yang Berhormat, kita pula akan menjadi negara pengeksport.
[Bangun]
Jadi Yang Berhormat, janganlah on one hand Yang Berhormat kata, mengapa gagal, on the other hand, kenapa kita tak membeli lebih murah? Jadi Yang Berhormat, be rasionallah. Saya hendak memberitahu di dalam Dewan yang mulia Yang Berhormat, bahawa isu makanan dia tidak mengira parti. Dia tidak mengira politik. Isu makanan masuk direct kepada darah daging, Yang Berhormat. Kita mesti menyokong sebenarnya Yang Berhormat apa-apa yang kita bawa atas dasar jaminan makanan sebenarnya tadi tidak sepatutnya ada bahas. Sokong sahaja sebab ini melintasi parti.
Saya sokong, saya sokong.
[Bangun]
Boleh minta penjelasan Yang Berhormat.
Ini sudah masuk topik ini, tidak tahu yang mana.
Topik yang sama.
Tuan Pengerusi.
Habiskan isu Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya turut menyokong matlamat ini. Memang siapa tidak mahu lihat negara kita berdikari, cukup makanan sendiri. Cuma saya bimbang takut nafsu kita besar tetapi tidak tercapai. Kalau tercapai macam kambing jamnapari okeylah, saya takut tidak sampai ke situ. Jadi saya ada tanya tadi tetapi tidak dijawab, mengenai dengan pengalaman daripada negara Thailand, belum sampai lagi? Akan sampai, okey. Saya ingat sudah lepas, terima kasih.
Tuan Pengerusi saya hendak minta penjelasan tentang pengurusan tanah terbiar ini oleh kerana Timbalan Menteri sudah pergi jauh, tentang kambing apa semua. Tentang pengurusan tanah terbiar, adakah RM2 juta ini termasuk apa yang telah dijanjikan oleh Timbalan Menteri semasa menjadi Setiausaha Parlimen dahulu berhubung dengan kawasan di Paya Kercut, Paya Nedam lebih kurang 1000 ekar yang sekarang ini berada dalam kawasan MADA tetapi sudah dianggap terbiar kerana tidak ada saliran. Dahulu timbalan menteri dan menteri pernah berjanji RM7 juta di situ. Apakah ini termasuk di dalam program-program pengurusan tanah-tanah yang akan terbiar tersebut. Kalau dibiarkan saya rasa mungkin akan jadi tanah terbiar lebih daripada 1000 ekar. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, kita habiskan yang telah di bawa sebelum ini Yang Berhormat.
Ya, yang baru-baru ini kemudian, ini masuk Thailand. Yang Berhormat terima kasih, kami pun turut melihat dan kadang-kadang kita pun cemburu juga dengan Thailand. Yang Berhormat, satu fakta yang saya hendak Yang Berhormat bersama- sama dengan saya iaitu satu masa dahulu kita inilah negara Malaysia adalah negara yang disegani dari segi bidang pertanian tetapi Yang Berhormat sendiri juga memberitahu bahawa kita telah beralih kepada negara perindustrian. Thailand tidak, dia carry on sahaja dengan izin. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, masa kita gunakan strategi perindustrian itu, Thailand telah memperbaiki bahkan pada masa itu Thailand banyak belajar daripada Malaysia. Oleh kerana mereka persistent, mereka telah dapat memajukan bidang-bidang pertanian mereka sehingga Yang Berhormat kata memang kita kagum juga Yang Berhormat. Kami kagum. Untuk makluman, memang kita ada jawatankuasa bilateral bersama dengan Thailand untuk mempelajari banyak dari segi pertamanya, mereka kita boleh kategorikan sebagai pertanian adalah survival di negara Thailand.
Betul Yang Berhormat, cuma yang saya maksudkan begini terutamanya kita lihat petani-petani di Thailand Tuan Pengerusi, dengan Malaysia. Malaysia ada pertubuhan peladang, pengerusinya adalah cikgu sekolah, guru besar sekolah. Campur aduk yang tidak menjadi petani. Di Thailand, saya hendak kalau yang belajar nombor satu ialah bagaimana Thailand mengubah rakyat dia menjadi petani yang cukup hebat. Sampai saya tengok petani Thailand Tuan Pengerusi dia tanam pokok durian, dia boleh tunggu dekat pokok itu sehingga pokok itu naik, dia tengok. Itu di Thailand Ataupun contohnya nelayan Thailand, apabila pergi ke laut, dia balik tiada ikan, dia tidak balik ke rumah, dia malu jumpa isteri dia. Dia boleh terjun ke dalam laut. Jadi saya hendak cadangkan kalau boleh kursus motivasi. Ini yang saya hendak sampaikan. Maksud saya kursus motivasi untuk petani-petani kita ini hendaklah digunakan modul seperti petani-petani Thailand. Ini penting. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Satu perkataan yang saya gunakan tadi dia menjurus kepada semua. Pertanian di negara Thailand adalah survival sebab itu dia sanggup terjun ke dalam laut, isteri pun tak nak jumpa dia. Kita Yang Berhormat, kita punya nelayan projek ikan laut dalam susah sangat hendak mencari orang kita yang sanggup tinggal di lautan selama tiga bulan. Paling- paling tiga minggu pun tidak tahan, kadang-kadang tiga hari dia dah balik. Jadi, survival Yang Berhormat. Namun, ini betul. Saya setuju dengan Yang Berhormat dengan sikap ini yang kita perlu pelajari tetapi memandangkan di Malaysia kita banyak alternatif. Sekarang ini Yang Berhormat, rata-rata umur petani atau nelayan di Malaysia 60 tahun ke atas, yang ini kami cuba hendak menukarkan persepsi kepada generasi-generasi muda ini kepada bidang pertanian bahawa pertanian ini boleh membuatkan orang jadi jutawan. Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau, dia tak jawab lagi. Belum sampai lagi.
Belum sampai.
Mencelah yang menteri jawab tadi, tambah Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan sikap. Ini kerana Thailand means survival, dengan izin Tuan Pengerusi sebab itulah mereka tidak ada bantuan subsidi dan sebagainya. Ya, berbalik kepada sikap petani kita, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Bekerja lebih kurang tiga jam sehari tidak sama dengan Thailand lapan, sembilan jam mereka berada di ladang. Jadi sikap sebegini kita hendak ubah mungkin sebab faktor usia seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi itu di antara perkara penting. Cuma kalau boleh kita tukar kepada mini estet yang diusahakan oleh syarikat- syarikat GLC dan diberi subsidi sebab subsidi itulah yang merupakan keuntungan kepada syarikat. Jadi kita hendak kerajaan bagi pertimbangan dalam perkara ini untuk kita memperbanyakkan makanan. Saya bersetuju untuk kita ada sense of belonging kita sendiri, tidak payah kita hendak import macam Yang Berhormat Cheras bangkitkan tadi.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itulah sekarang ini dan berbalik kepada Thailand tadi, GLC nya atau private sector memang betul-betul sama-sama menjayakan sektor pertanian. Jadi yang inilah yang kita harap-harapkan dan kita telah ada beberapa GLC-GLC yang telah kita cuba hendak bangunkan untuk memainkan peranan ini. Jadi itu habis kepada isu itu Yang Berhormat. Saya masuk kepada sedikit sahaja lagi kepada Yang Berhormat Cheras iaitu dikatakan meningkatkan lagi bantuan kepada pesawah. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini Yang Berhormat tidak kurang daripada RM2107.12 yang kita beri bantuan kepada pesawah setiap hektar. RM2000.17 ini termasuk skim baja padi kerajaan, insentif pengeluaran padi, insentif pembajakan dan insentif memberi kapur, untuk kita memberi jentera, semua ini Yang Berhormat saya rasa sudah.
Kita juga telah meningkatkan supaya harga padi minimum bukannya kita kata kita akan membeli harga RM750 setan. Harga padi minimum kita telah naikkan, bermula dahulu RM550 setan, selepas itu RM650, sekarang ini RM750. Akan tetapi bermakna kita tidak boleh membeli padi kurang daripada RM750 setan. Ini bermakna dia boleh float sehingga RM1200. Yang saya dapat dalam maklumat kami, ada mencecah dekat-dekat RM1100 satu tan metrik somewhere di Sekinchan. Sebenarnya kami memang salute lah Sekinchan sebab kita rasa mereka telah memberi satu contoh yang begitu baik.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Pernahkah kerajaan ambil langkah-langkah untuk mengkaji kenapa ada perbezaan yang amat besar dalam pengeluaran padi di antara petani-petani Sekinchan dibandingkan dengan MADA dan KADA dan lain-lain tempat di negara ini sehinggakan petani-petani Sekinchan boleh ditakrifkan antara yang terbaik di antara yang terbaik di dunia. Adakah kerajaan membuat kajian-kajian dan apakah hasil kajian itu?
Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, jawab yang telah dibangkitkan Yang Berhormat.
Yang Berhormat memang ada Yang Berhormat dan memang kami kagum dan berbalik kepada sikap. Sikap, teknologi kita boleh pakai tetapi sikap. Berbalik kepada Yang Berhormat Arau.
Penjelasan, boleh? Yang Berhormat, kita memang lebih melihat bahawa kementerian begitu fokus untuk mengangkat martabat keluarga masyarakat petani, penternak ini. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini saya tidak melihat contohnya di Sabah, banyak kali kita bangkitkan. Sudah berapa ramai petani tradisional, nelayan tradisional telah diangkat martabat mereka menjadi petani yang profesional. Contoh dia halangan yang dihadapi, Yang Berhormat mengatakan banyak insentif, banyak ganjaran. Seseorang petani hendak membuka satu ekar ladang, dia memerlukan peruntukan untuk irrigation, untuk perairan tetapi semua ini sukar diperoleh, di situlah halangan dia. Apa yang kita minta pegawai-pegawai dari kementerian, daripada agensi turun ke bawah, jangan menunggu orang melaporkan di pejabat. Kita kena cari mereka ini barulah kita melahirkan, boleh mengadakan produktiviti makanan dalam negara kita secara menyeluruh. Kalau kita duduk di pejabat sahaja, menunggu laporan, tidak akan selesai masalah ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat itu memang di bawah aktiviti pengembangan atau extension services. Jadi Yang Berhormat, saya mohon maaflah sebab keadaannya kadang-kadang dari segi sumber manusia di kementerian dan juga jabatan memang amat menyedihkan.
Inilah masalah kita macam mana hendak guna pakai RM4 bilion kalau sumber manusia pun tidak selesai? Bermakna kita bohong dia.
Yang Berhormat bukan bohong kita mencarilah jalan dari segi mekanisasi dan sebagainya.
Berapa tahun kita cari jalan, 10 tahun 20 tahun?
Kita jangan berdialog lah Yang Berhormat sebab kita boleh...
Bukan, masalahnya Tuan Yang di-Pertua, kita highlight perkara ini berkali-kali, beratus kali, tidak selesai. Jadi bila mahu selesai? Bila mahu selesai kita mahu tanya. Apakah di kementerian ada perubahan dari segi human resource dia ataupun tidak ada? Balik-balik kita kata kekurangan tenaga, bila kita cukup tenaga?
Yang Berhormat biarlah saya habis menjawab...
Ini masalahnya, yang kita tanya dia tidak jawab.
Saya sudah beritahu Yang Berhormat tidak hendak menerima. Jadi ini untuk Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau mengatakan bahawa kita ada mengatakan satu kajian di mana kita telah membawa konsultan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat tidak ada kita membawa konsultan daripada luar, kita menggunakan MARDI Tech.
Bukan konsultan dalaman, cuba Yang Berhormat pergi cek tengok.
MARDI Tech, dia dari MARDI di mana kita hanya membayar RM50,000 untuk dia mencari satu jalan di mana kita dapat mengadakan satu lagi iaitu penyeragaman harga beras.
Akan tetapi pihak industri tidak dipanggil dalam kita merumuskan semua keputusan?
Yang Berhormat kami hanya diberi dalam masa tidak sampai satu bulan.
Jadi kita tidak akan mendapat maklumat yang tepat Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jadi kita menggunakan dalaman dan Yang Berhormat tadi mengatakan dari segi pembelian beras di Bangkok di mana memanglah BERNAS adalah satu agensi yang telah diberikan satu kuasa untuk mengimport beras. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita tidak boleh terus kita mengecamkan BERNAS sebab bila Yang Berhormat Perdana Menteri Thailand datang ke Malaysia, telah mengadakan perbincangan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan di situlah telah diaturkan tanpa ada penglibatan BERNAS. Jadi hendak tidak hendak kita terpaksalah membeli apa yang telah diaturkan oleh Perdana Menteri sebab ini adalah satu G to G.
[Bangun] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Untuk makluman Yang Berhormat pada masa itu memang banyak negara lain yang minta beras itu tetapi dengan adanya kedudukan yang begitu baik di antara negara kita dengan Thailand, jadi kita dapatlah. Jadi Yang Berhormat, yang pentingnya kita hendak memastikan...
Duduklah Yang Berhormat Putatan. Duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat, bagi saya penjelasan sedikit, saya tertarik.
Itu menjurus kepada yang mana?
Ya saya menyokong subjek itu yang dibincangkan sekarang.
Yang BERNAS?
Yang BERNAS di Bangkok. Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan ketika kita berada dalam krisis kemuncak baru-baru ini tentang kekurangan harga beras 15% dalam pasaran. Diumumkan beras kita orang Thailand datang beli dan dibawa masuk ke Thailand. Dia datang beli di negara kita, tetapi sekarang ini berlaku lagi penyeludupan yang mana harga yang dibawa masuk dari Thailand lebih murah berkali-kali ganda daripada harga yang diimport oleh BERNAS. Saya ada bukti, sebab saya terlibat dalam pemasaran ini hampir 10 tahun dalam di negara Siam ini.
Sudah- sudahlah Yang Berhormat Arau. Saya tahu Yang Berhormat Arau ini tahu dan mengetahuilah. Sila, saya hendak dipercepatkanlah kita ada banyak lagi kementerian. Kita ada lapan jam lagi Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Putatan, tolonglah.
Tuan Pengerusi, just a little bit.
Tidak payah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh buat sendiri.
Tuan Pengerusi, mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak dan saya sebenarnya memuji sikap Yang Berhormat Pasir Salak memang tidak putus-putus membawa untuk meningkatkan pengairan dan saliran di Pasir Salak di mana memohon RM300 juta. Jadi Yang Berhormat kita juga memang tidak putus-putus juga untuk memastikan bahawa kawasan Kerian-Sungai Manik ini iaitu di bawah IADA juga mendapat...
Jangan haraplah RM300 juta, RM300 pun susah!
Jadi oleh sebab Yang Berhormat bahawa peruntukan ini adalah terhad. Jadi harus kita berkongsi di kawasan- kawasan yang lain tetapi Yang Berhormat, penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran dalam tahun 2008 kita ada RM4 juta. Peningkatan infrastruktur pengairan dan saliran juga RM4 juta dan di mana untuk tahun 2009 ke hingga 2010 insya-Allah kita akan tambahkan lagi RM18 juta. Jadi untuk semua ini untuk kita meningkatkan. Yang Berhormat juga katakan tadi...
Bagi jalan sikit, laluan.
...Tidak perlu kita cari kawasan baru kita guna kawasan yang ada. Memanglah Yang Berhormat itu yang kita hasrat- hasratkan tetapi pada masa yang sama khasnya di Sabah dan di Sarawak kita membuka kawasan baru.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat, saya terpaksa akur kepada Tuan Pengerusi.
Tidak, saya hendak minta berkenaan dengan kawasan Sarawak ini.
Saya akur kepada Tuan Pengerusi sebab saya juga faham banyak lagi kementerian yang perlu juga kita dengar perbahasannya.
Tuan Pengerusi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara yang tadi penjelasan, Sungai Manik.
Saya sudah beritahu kita memang ada memberikan peruntukan.
Sungai Manik bukan Sungai Manik Kerian, itu Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin tidak faham kawasan ini.
Itu di bawah IADA, IADA Kerian-Sungai Manik.
IADA tahu siapa saya yang... Saya bercakap soal kawasan Sungai Manik, jelapang padi Sungai Manik tidak masuk Kerian, satu perkara.
Ada Yang Berhormat memang kita masuk semua kawasan-kawasan padi di dalam jelapang dan...
Tidak mahulah cakap macam itu saya bercakap soal Sungai Manik.
Tidak apa.
Jangan bagi cakap umum, ini yang susah ini, jawapan...
Yang Berhormat, saya memberitahu ini bahawa semua kita ambil kira.
Saya hendak tahu berapa peruntukannya yang telah dibuat untuk kawasan Sungai Manik? Boleh beritahu tidak. Kalau tidak tahu tolong bagi bertulis.
Yang Berhormat, baiklah saya akan memberi secara bertulis.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ada bagi jawapan kalau tidak ada bagi tidak ada, senang sahaja.
Tuan Pengerusi, minta laluan sedikit daripada...
Sikit Yang Berhormat?
Ya, sikit sahaja, membantu. Saya membantu saya bukan macam Yang Berhormat Pasir Salak sama Yang Berhormat Kinabatangan. Saya bantu, saya bantu.
Ini yang tidak syok ini.
Saya bantu Yang Berhormat kerana ini satu isu yang berlaku di Sarawak. Penanaman padi bukit bernama beras Bario. Ini bantu Tuan Pengerusi, ini Sarawak, mahal.
Tidak bantu saya Yang Berhormat, kita ada 13 kementerian lagi Yang Berhormat.
Tidak, tidak ini sikit sahaja Yang Berhormat, ini penting. Saya mahu tanya dasar konsultan oleh pihak kementerian soal dasar slope bukit yang boleh tanam padi ini masih lagi dikekalkan tidak boleh dibangunkan kalau tanah itu slope nya lebih daripada 25 degree. Bagaimana kekeliruan ini, mana-mana berkaitan dengan tanah bukit itu boleh menghasilkan beras-beras yang baik.
Sudah, sudah Yang Berhormat Putatan. Bagi penjelasan dekat luarlah Yang Berhormat Timbalan Menteri soal tanah Bario.
Sebab itu adalah sesuatu yang baru dan itu teknikal, betullah kita akan berbincang di luar. Untuk makluman Yang Berhormat khasnya di Bario, saya akan membawakan pihak pegawai-pegawai MARDI ke Bario tetapi untuk makluman cerun-cerun ini kita akan melihat kepada tanaman padi yang sudah ada. Jadi bermakna dia tidak adalah masalah cerun tetapi yang mereka panggil saya ke Bario adalah untuk meningkatkan produktiviti beras Bario. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tadi belum habis Yang Berhormat Putatan sudah mencelah jadi saya hendak sambung balik.
Peruntukan yang disebut tadi RM4 juta untuk infrastruktur pertanian seluruh negara untuk tahun ini dan untuk 2009 pun disebut lebih kurang berapa juta, RM9 juta. Kalau macam ini punya peruntukan berapa jelapang padi Sungai Manik hendak dapat ini? Ini projek bukan projek main-main.
Yang Berhormat saya pun tidak pernah kata projek main-main Yang Berhormat.
Ini bukan projek main- main. Saya sudah bagi tahu kawasan Sungai Manik kalau kerajaan tidak bagi, cakap tidak hendak bagi, saya boleh bagi tahu.
Yang Berhormat, kita tidak pernah kata projek main-main.
Tidak, ini bukan main- main sudah lima tahun perkara ini saya bawa, ini macam gaya orang kata, “Melepas batuk di tangga”.
Yang Berhormat saya telah memberitahu tadi ....
Kenapa susah sangat hendak majukan kawasan...
Eh, Yang Berhormat, Yang Berhormat kena dengar juga kita kata Yang Berhormat...
Sudah, saya sudah dengar banyak kali. Saya sudah dengar Menteri jawab banyak kali.
Saya telah memberitahu Yang Berhormat tadi sebab Yang Berhormat telah membangkitkan, dan saya menjawab di mana program 2008, kita di bawah penyelenggaraan infrastruktur pengairan kita akan memberi RM4 juta.
RM4 juta hendak buat apa?
Macam mana, duit juga. Lepas itu untuk menaik taraf infrastruktur kita memberi RM4 juta lagi.
Tidak cukup.
Lepas itu di dalam 2009 hingga 2010 kita beri RM18 juta Yang Berhormat.
Yang Berhormat hendak buat projek apa ini?
Yang Berhormat seluruh negara, Yang Berhormat sudah dapat banyak itu kira Yang Berhormat okeylah.
Mana boleh okey orang kampung.
Kalau dia tidak mahu bagi dekat kitalah... [Ketawa]
Jadi berbalik kepada Sik...
Saya hendak bawa Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi ke Sungai Manik jumpa dengan petani-petani di sana okey tidak, okey?
Okey, okey, Yang Berhormat okey. Berbalik kepada Sik...
Apa ini.
Berbalik kepada Sik iaitu dia pentingkan pemasaran. Yang Berhormat memang kita juga pentingkan pemasaran sebab...
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat saya tahu Yang Berhormat apa sahaja yang kita jawab memang tidak memuaskan, tetapi saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat inilah ...
Ini projek main-mainkah?
Tidak Yang Berhormat, kami tidak pernah mengatakan projek main-main, tidak pernah Yang Berhormat. Jadi untuk Sik, FAMA telah menetapkan enam program utama yang terlibat bagi memastikan pengukuhan pasaran dan pengagihan hasil bagi memastikan kesediaan dan kecukupan makanan kepada pengguna, dengan memastikan bekalan dari ladang dibawa ke pasaran dengan cekap dan berkesan. Oleh yang demikian, RM391.5 juta telah diagihkan iaitu: (i) untuk membuat pusat pengumpulan dan edaran iaitu RM4.4 juta; (ii) pembangunan luang pasaran melalui pasar tani dan gerai buah-buahan segar RM4 juta; (iii) pengangkutan RM3.3 juta; (iv) bilik sejuk RM1.5 juta; (v) peningkatan keupayaan dan pembangunan sistem RM0.9 juta; dan (vi) untuk mengadakan modal pusingan iaitu RM25 juta. Mengenai dengan Yang Berhormat Lipis, iaitu dikatakan mengenai tanah- tanah terbiar. Jadi untuk makluman memang kita juga telah menyediakan peruntukan di bawah jaminan makanan ini untuk kita meningkatkan penggunaan tanah-tanah terbiar iaitu berjumlah RM25 juta, dan insya-Allah segala-gala yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi akan kita juruskan untuk kita memastikan bahawa di bawah pengurusan tanah terbiar ini akan membuahkan hasil. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,906,200,000 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,906,200,000 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas. Ya, Hulu Rajang. Tanya soalan Yang Berhormat satu persatu, ingatkan apa soalan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B.22. Peruntukan yang diberi ialah RM20 juta bagi tujuan yang begitu spesifik iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli. Saya juga menyokong penuh dan mengalu-alukan peruntukan kepada Orang Asli ini. Jadi, tiba masanya untuk kita mengambil perhatian yang sewajarnya kepada kaum ini. Cuma saya ingin bertanya mengapa tidak ada peruntukan yang sama, yang serupa untuk kaum Orang Asli di Sarawak iaitu kaum Penan yang juga dalam keadaan yang sama. Penan ini lebih susah. Kaum ini ada banyak masalah seperti ketiadaan kad pengenalan, sijil lahir, perkhidmatan kesihatan selalu saya sebutkan di sini.
Masalah mendapat makanan, tidak ada kegiatan pertanian yang teratur, masalah persekolahan dan tidak daftar pemilihan, masalah perhubungan, masalah pengangkutan dan lain-lain. Saya harap dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, next year budget tahun 2009 tindakan tertentu saya harap akan diambil untuk dirancang untuk kaum Penan seperti yang dibuat untuk kaum Orang Asli ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Hulu Rajang. Dia sahaja yang berucap untuk peringkat jawatankuasa tentang tajuk perbelanjaan tambahan untuk Orang Asli ini. Di Sarawak sebenarnya ada unit khas, kalau tidak silap saya, di bawah jagaan Yang Berhormat Dato’ Seri Abang Johari yang melihat perihal orang Penan ataupun orang-orang kawasan di hulu sekali. Saya harap Yang Berhormat dari Hulu Rajang dapat berunding dengan menteri tersebut dan mengemukakan apakah cadangan- cadangan yang patut dibuat pada masa akan datang melalui unit berkenaan.
Tuan Pengerusi saya ingin menanya di sini, ini peruntukan dari Kerajaan Pusat. Yang kita mahu adalah peruntukan dari Kerajaan Pusat terus kepada kaum Penan ini dan dalam keadaan yang sama dengan Orang Asli. Mengapa masalah ini diserahkan kepada kerajaan Sarawak, ini yang saya ingin tanya di sini.
Tuan Pengerusi, kalau mengikut Akta Orang Asli dahulu, orang Penan ini tidak termasuk dalam program yang sama untuk Orang Asli di Semenanjung. Kita ada cara-cara tertentu di Sarawak. Itulah saya cadangkan tadi buatlah cadangan melalui unit khas ini dan tidak salah peruntukan diberi oleh Kerajaan Pusat, tetapi unit yang koordinat, yang menyelaraskan, bantuan kepada orang suku kaum Penan ataupun orang-orang Hulu di hulu sana, yang di kawasan pedalaman adalah dibuat melalui unit khas ini di peringkat kerajaan negeri. Dan di peringkat Kerajaan Pusat belum ada unit tertentu yang menyalurkan terus kepada - sebenarnya dalam istilah kita di Sarawak, kita panggil dia orang Penan, belum lagi diiktiraf sebagai Orang Asli.
[Bangun]
[Bangun]
Kapit.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat...
Dia dahulukah?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, senang sahaja pertanyaan saya. Telah disebut dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tidak ada akta untuk membolehkan Kerajaan Pusat membela ataupun melihat kepada perihal Penan. Adakah tidak sekarang difikirkan oleh kementerian ini satu akta digubal supaya perihal Penan ini tidak semata-mata dibiarkan ataupun diletakkan kepada tanggungjawab peringkat kerajaan negeri sahaja? Sebab didapati lebih banyak dapat diperuntukkan daripada kewangan Kerajaan Pusat atau Federal Government untuk membantu kerajaan negeri untuk kita membela kaum yang agak terpinggir, yang agak tertinggal iaitu Penan ini. Terima kasih.
Sambung sekali Yang Berhormat.
Perkara yang sama.
Soal Orang Asli Semenanjung. Terima kasih Tuan Pengerusi, peruntukan RM20 juta ini yang diperuntukkan untuk makanan tambahan, mengangkut anak-anak Orang Asli, wang saku dan juga bantuan input ternakan dan sebagainya ini diberi kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kalau diberi kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, masalah Orang Asli 200,000 lebih sahaja di Semenanjung, tidak termasuk Penan tadi yang tidak termasuk dalam akta. Yang termasuk di dalam Akta 1956 adalah Orang Asli di Semenanjung. Jadi, saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri supaya peruntukan yang pada saya begitu besar ini, biar ianya betul-betul dilaksanakan oleh Pegawai JHEOA. 51 tahun kita sudah merdeka. Sebelum merdeka lagi akta ini ditubuhkan Yang Berhormat. Jadi, masalah ini tiap-tiap tahun Orang Asli ada kemiskinan tegar, ada kemiskinan tidak selesai masalah perumahan...
Yang Berhormat Arau sudahlah. Yang Berhormat.
Saya sambung sedikit.
Tanya soalan.
Sedikit Tuan Pengerusi.
Sedikit soalan.
Saya memangnya hendak berucap tadi tetapi saya keluar ke tandas, jadi minta maaf sebab untuk makluman Tuan Pengerusi, saya ini pejuang Orang Asli. Lama sudah, sebab Orang Asli ni ialah orang yang pertama yang menetap dalam negara kita. 20 juta ini disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi besar, tidak besar. Kecil, berapa ramai Orang-orang Asli di Sabah, Sarawak. Di Kelantan pun ada, di Perak pun ada. Saya hendak tanya berapa orang jumlah pelajar ini yang disebut akan membiayai kos pengangkutan, wang saku. Layan Orang Asli ini betul-betul. Beri mereka kemudahan seperti pelajar-pelajar lain dengan cukup sebab mereka memerlukan pembelaan. Jangan kita jadi seperti Australia, bercakap hak asasi tetapi Orang Aslinya tidak dilayan. Begitu juga di Amerika tetapi, kita di Malaysia biar mereka tengok negara Malaysia ini, bagaimana kita melayan, kita jaga Orang Asli, kemudahan-kemudahan komputer dan seumpamanya. Wujudkan kelas-kelas komputer, internet di kawasan pedalaman untuk Orang-orang Asli. Terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading.
Beri?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin bertanya untuk bantuan kepada pelajar-pelajar Orang Asli ini, adakah kita ada skim untuk mengeluarkan mereka daripada mana-mana mereka berada, di mana sekolahnya saya jangka tentulah tidak sebaik sekolah-sekolah berasrama penuh. Kalau kita ingin mengeluarkan mereka daripada kemiskinan...
Kancah kemiskinan Yang Berhormat.
...Daripada kemunduran. Adakah perancangan begini oleh kerajaan membawa mereka keluar, dididik di sekolah-sekolah berasrama penuh seperti yang kita lakukan untuk pelajar-pelajar bumiputera satu masa dahulu.
Baik, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kapit, dari Arau, dari Pasir Mas dan Kota Raja yang telah memberi pendapat terhadap isu-isu Orang Asli ini. Saya masih hendak menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Hulu Rajang berkenaan dengan bantuan subsidi misalnya.
Sebenarnya Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cara memberi subsidi dengan secara menyeluruh untuk orang-orang yang tinggal di luar bandar di Sarawak dan ini adalah termasuk orang-orang suku kaum Penan yang menggunakan perahu panjang iaitu long boat, menggunakan enjin sangkut sebagai transport mereka, juga untuk membantu orang yang menggunakan diesel dan sebagainya untuk generator set untuk membekalkan tenaga elektrik alternatif. Ahli Yang Berhormat dari Kapit membangkitkan sama ada jabatan ini atau pun kementerian ini akan mengemukakan satu akta untuk dipertimbangkan di masa depan. Memang kita sudah mendengar apa yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat supaya Kerajaan Pusat membantu secara direct, secara langsung Orang-orang Asli atau pun orang suku kaum Penan di Sarawak dan kita akan pertimbangkan ini dan saya akan bincangkan dengan bos saya, Menteri di kementerian ini. Ahli Yang Berhormat dari Arau bertanya sama ada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang akan bertanggungjawab sebagai penyalur untuk bantuan RM20 juta ini. Memang jabatan inilah yang akan ditugaskan untuk coordinate, menyelaraskan bantuan ini. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas mengatakan seolah-olah bantuan ini tidak cukup dan dia mengambil kira orang-orang yang dianggap serupa dengan Orang Asli di Semenanjung ini, di Sabah dan Sarawak. Sebenarnya peruntukan yang dipohon ini, yang telah diperakui oleh Kementerian Kewangan ini cuma untuk Orang-orang Asli di Semenanjung sahaja. Yang Berhormat dari Pasir Mas juga menanya, menyoal berapa ramai kah jumlah pelajar kerana peruntukan ini begitu sedikit akan mendapat manfaat daripada bantuan ini nanti. Sebenarnya peruntukan yang diperakui oleh Kementerian Kewangan ini hampir kesemuanya adalah dituju kepada atau pun disasarkan kepada Orang-orang Asli yang miskin tegar atau pun miskin dan bantuan sekolah ini akan disalurkan kepada 25,000 orang pelajar-pelajar Asli di sekolah menengah. Peruntukan untuk bantuan sekolah ini, sebanyak RM2.7 juta untuk pengangkutan dan RM2 juta untuk wang saku adalah untuk selama enam bulan sahaja iaitu mulai dari bulan Julai ini sehinggalah bulan Disember tahun ini. Ahli Yang Berhormat dari Kota Raja menanya sama ada, ada program khas untuk kita membantu Orang Asli ini supaya keluar dari kongkongan kemiskinan atau pun untuk memperbaiki keadaan sekolah, tahap akademik mereka. Memang dari awal dahulu kita memang ada program ini. Kita mengadakan program seperti memberi mereka subsidi pengangkutan, kita bantu mereka memberi wang saku, kita juga memilih sesiapa yang dilihat berkeupayaan dari segi pencapaian akademik dia. Kita pilih dan dia akan dipindah tertakluk kepada persetujuan keluarga dan dia sendiri, dipindah kepada asrama penuh dan juga institusi-institusi yang dianggap ternama di negara ini. Saya ingat itu sahaja yang telah dibangkitkan Tuan Pengerusi. Sekian terima kasih.
[Bercakap tanpa pembesar suara] Satu lagi Yang Berhormat.
Terima kasih. Tidak apa Yang Berhormat Tenggara. Selepas inilah cerita Orang Asli. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM20,000,000 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM20,000,000 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya hendak mendapat maklumat. Daripada jumlah RM151,500,000 Tuan Pengerusi negeri manakah yang paling banyak sekali menerima bantuan untuk kerosakan banjir ini mengikut negeri dan apakah wang ini sudah diguna sepenuhnya atau masih lagi ada wujud tempat-tempat kerosakan banjir yang belum dipulihkan sepenuhnya. Jadi, bagaimanakah tarif yang digunakan untuk menentukan bahawa ini rosak kerana banjir. Ini kerana saya dapati masih banyak lagi jalan-jalan di kampung yang rosak akibat banjir tetapi mungkin tidak disenaraikan akibat daripada kerosakan banjir. Saya hanya sekadar untuk mendapat maklumat ini kerana di kawasan saya di Pasir Mas juga untuk makluman tidak sedikit rosak akibat banjir oleh kerana limpahan air daripada negara Thailand. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Silam, Tuan Pengerusi.
Silakan Yang Berhormat... [Memandang kepada Yang Berhormat Indera Mahkota]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Perkara 20000 dan 30000 – 080200. Saya ingin bertanya kerana peruntukan ini adalah tambahan sebanyak RM90 juta yang diperlukan kerana RM61 telah didahulukan. Di bawah dua item ini Tuan Pengerusi, berkenaan perkhidmatan dan bekalan 30% dan 70% adalah pembelian aset. Boleh tak kita terangkan kepada Dewan, apakah bentuk atau klasifikasi aset yang dirangkumkan dalam RM103 juta ini dan sekiranya dia melibatkan pembelian aset untuk tujuan pemulihan banjir dan sungai, perkara ini sudah tentu akan melibatkan depreciation value dan sebagainya. Kalau boleh diterangkan apakah projection kita untuk angka RM103 juta ini. Terima kasih.
Okey, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud B.23, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu peruntukan tambahan sebanyak RM151,500,000 ini untuk negeri Sabah. Oleh sebab saya melihat ada beberapa kawasan di kawasan saya di Parlimen Silam di kawasan Segama yang selalu dilanda banjir, banyak kemudahan asas yang setakat ini belum diperbaiki dan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Jadi, saya mohon penjelasan dan berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan, yang diperuntukkan untuk negeri Sabah dan kepada daerah-daerah yang terlibat. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan telah belanja sebanyak lebih RM2 bilion untuk membina projek SMART Tunnel di bandar raya Kuala Lumpur supaya masalah banjir di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dapat diatasi dengan adanya SMART Tunnel ini tetapi apa result yang kita dapat? Masalah banjir di Kuala Lumpur masih belum selesai, bahkan banjir di Kuala Lumpur bertambah buruk. Apakah kerajaan membiayai sejumlah wang yang banyak ini untuk membina SMART Tunnel walaupun masalah banjir masih belum selesai di Kuala Lumpur. Kalau hujan turun melebihi setengah jam atau lebih satu jam, sistem saliran yang sedia ada tak dapat langsung menampung jumlah air hujan ini dan jalan-jalan utama akan dibanjiri oleh air. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah SMART Tunnel ini betul- betul dapat mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur dan kalau tidak, apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur ini. Pada hemat saya, adalah lebih baik kalau kita bagi peruntukan yang menaik taraf sistem saliran yang sedia ada. Contohnya seperti meluaskan atau mendalamkan longkang-longkang yang sedia ada daripada mendirikan SMART Tunnel yang bukan sahaja membazirkan wang rakyat, tetapi menyebabkan kesesakan lalu lintas semasa SMART Tunnel ini ditutup untuk menjalankan maintenance. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat, Kuala...
Rantau Panjang.
Rantau Panjang, minta maaf.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut menyentuh B.23 berkaitan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM151,500,000 untuk tambahan untuk pemulihan kerosakan banjir. Saya ingin penjelasan, sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian terutama di pusat-pusat pemindahan banjir. Sebab kawasan saya salah satu kawasan yang memang setiap tahun terdedah dengan musim banjir. Apa yang kita dapati terutama yang melibatkan mangsa-mangsa banjir yang uzur ataupun yang tua yang suasana di sekolah tempat pemindahan yang mungkin tidak sesuai terutama bagi mereka yang sakit. Jadi, apakah kerajaan bercadang untuk membina pusat-pusat pemindahan banjir yang lebih sesuai di tempat-tempat yang sentiasa terdedah dengan bencana banjir ini. Itu yang pertama. Yang kedua, apakah pemantauan juga dibuat terhadap sungai-sungai terutama kalau di Kelantan iaitu Sungai Golok yang sentiasa terdedah dengan hakisan banjir. Kita juga dapati di mana sungai-sungai yang di sebelah tebing sebelah Thailand ditambak dengan baik sehingga menyebabkan hakisan sungai menghala ke sebelah tebing sungai di sebelah sempadan sebelah Malaysia. Jadi apa yang berlaku ialah kesan kepada penduduk-penduduk di sekitar sungai itu yang sentiasa terdedah dengan bahaya dan daripada tinjauan yang kita lihat sebelum ini, saya pergi ke tempat masalah hakisan ini. Ada penduduk yang memang sangat-sangat hampir rumah mereka dengan tebing tetapi Bahagian Pengaliran dan Saliran telah memberhentikan projek mereka, tidak meneruskan sedangkan banjir semakin hampir, musim tengkujuh semakin dekat. Jadi apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan supaya masalah banjir ini tidak terus mengancam bukan sahaja harta benda tetapi terutama daripada segi nyawa penduduk-penduduk yang di sekitar dengan kawasan yang sentiasa terdedah dengan banjir. Itu sahaja, terima kasih.
Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan pemulihan kerosakan akibat banjir. Saya ingin tahu daripada kementerian, baru-baru ini pada tahun lepas sebelum pilihan raya, Perdana Menteri telah pergi ke Pendang melihat kawasan banjir dan berjanji RM27 juta akan diperuntukkan untuk meluaskan Sungai Pendang. Jadi saya hendak tahu setakat ini berapa banyak kah yang telah diturunkan. Ini kerana saya bertanya kepada DO, DO mengatakan tidak ada satu sen pun lagi peruntukan yang telah sampai kerana ia sering berlaku pada bulan 7, bulan 8, bulan 9 sehingga bulan 10. Ini masa-masa yang selalunya banjir berlaku di kawasan saya dan pada tahun 2006, dua kali dalam satu bulan. Jadi saya rasa ini merupakan satu peruntukan yang perlu disegerakan untuk meluas dan mendalamkan Sungai Pendang. Begitu juga tentang pemindahan rumah- rumah mereka yang berada di tebing-tebing sungai juga ada peruntukan sebenarnya. Akan tetapi masih belum lagi diterima kerana pada hujung tahun ini kita harap-harap tidak ada banjirlah tapi kalau sekiranya berlaku, mereka inilah yang seharusnya diberikan perhatian dahulu daripada peruntukan RM27 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tersebut. Sekian, Tuan Pengerusi.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Untuk bagi maksud B.23, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya tertarik dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakan- rakan tadi. Kita tahu kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar untuk membiayai kerja-kerja pemulihan kerosakan banjir yang berlaku. Saya nak tahu adakah kementerian memantau dan menyelaras kerja-kerja pemantauan yang perlu dilakukan terhadap sungai-sungai yang ada di seluruh negara. Contohnya di Kota Tinggi, kita ada 70 batang sungai dan antara sebab kenapa Kota Tinggi dilanda banjir teruk pada tahun 2006 dan 2007 ialah kerana keadaan sungai yang tidak dipantau dan diselaraskan dengan baik. Jadi, saya harap dalam bajet yang dibentangkan ini, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Pengerusi, itu B.23 ini saya hendak memberi peringatan kepada pihak kementerian mengenai projek tebatan banjir di Batu, Jinjang dan Gombak. Di sini ada pakej kedua tebatan banjir dan yang membelanjakan lebih RM800 juta dan ini perlu disiapkan satu tahun setengah dulu dah tapi sudah lewat, dan sampai sekarang projek ini masih berjalan dan tidak disiapkan sama sekali. Saya pun nak tahu apakah keadaannya, sama ada pihak kontraktor itu sudah tidak mampu untuk menyiapkan projek ini ataupun tidak? Apakah jumlah wang yang dikenakan, jumlah tambahan peruntukan bagi projek tersebut? Saya di sini hendak menekankan bahawa bila kita melantik kontraktor, kita mestilah mentafsirkan sama ada kontraktor ini mampu atau tidak. Kalau tidak sanggup untuk menyediakan projek
seumpama ini, mengapa kita bagi kontraktor ini dan jumlah wang ini bukan kecil. Lebih RM800 juta. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Sekijang dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Mohon beri laluan kepada Yang Berhormat Labuan juga, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja. Saya minta kementerian kerana kita lihat setiap kali banjir berlaku kerosakan- kerosakan dan kita mengeluarkan wang yang banyak untuk memulihkan kerosakan itu. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tenggara tadi bahawa kita perlu menyelenggarakan sungai-sungai kita. Antara punca yang mengakibatkan banjir ialah sungai kita menjadi cetek dan tidak ada penyelenggaraan bagi mengeluarkan pasir- pasirnya. Jadi, bagi daerah Seremban, saya minta supaya kementerian memberikan perhatian kepada dua batang sungai khususnya, satu di Sungai Temiang dan satu lagi Sungai Linggi yang selalu mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan sekelilingnya. Jadi saya minta supaya pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memberikan perhatian untuk menyelenggarakan dengan lebih kerap dua batang sungai ini iaitu Sungai Temiang dan Sungai Linggi. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin tahu adakah peruntukan ini termasuk juga untuk membeli bot-bot yang digunakan semasa banjir itu sendiri dalam kerja-kerja pemindahan dan penyelamatan. Keduanya ialah, adakah ia juga termasuk bekalan-bekalan semasa banjir itu sendiri untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir dan sekiranya ia ada termasuk, adakah ia diturunkan melalui Ahli-ahli Parlimen di kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bagi maksud B.23 ini saya rasa salah satu daripada kawasan yang teruk terlibat dengan banjir pada tahun 2006 dan 2007 juga termasuk dalam kawasan saya iaitu Parlimen Sekijang di daerah Segamat. Pertamanya saya ingin tahu daripada kementerian ini apakah perancangan yang telah dibuat oleh kementerian untuk mengatasi atau mengurangkan masalah banjir yang berlaku pada setiap tahun di kawasan Parlimen Sekijang ini khususnya di daerah Segamat, yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pun telah turun pada 7 Disember 2007 yang lalu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan kementerian untuk membuat kajian yang terperinci tetapi sehingga ini saya tidak nampak ataupun saya tidak dimaklumkan apa-apa perkembangan tentang perancangan-perancangan yang dibuat secara menyeluruh bagi daerah Segamat khususnya bagi kawasan Parlimen saya, Sekijang. Terima kasih.
Ya, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Tuan Pengerusi, soalan singkat sahaja, boleh?
Teruskan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya akan beri laluan nanti, Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Pasir Mas, Indera Mahkota, Silam, PJ Selatan, Rantau Panjang, Pendang, Tenggara, Kepong, Rasah, Kota Raja dan Sekijang. Saya ingin memaklumkan bahawa peruntukan yang dibawa ke Dewan ini iaitu Butiran B.23 sebanyak RM151,500,000 adalah khusus untuk kerja-kerja segera akibat daripada banjir tahun 2007. Untuk makluman bersama kerja-kerja ini adalah untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kesan dan impak banjir yang datang tanpa diduga pada masa itu untuk dua buah negeri iaitu negeri Johor dan juga negeri Pahang. Bagi negeri-negeri lain yang mana Ahli-ahli Parlimen membangkitkan soalan kerja-kerja tebatan banjir dan kerja-kerja penyelenggaraan ini sudah termasuk dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Peruntukan berjumlah RM151 juta lebih ini adalah kerja-kerja yang terpaksa dibuat pada masa itu dengan serta-merta. Untuk makluman bersama prestasi kerja setakat ini telah dilaksanakan keseluruhannya untuk negeri Johor dan sebahagiannya lagi di negeri Pahang sedang dilaksanakan. Untuk makluman bersama, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota iaitu aset 70% yang dikatakan, apakah pembelian aset-aset ini, ia termasuklah peralatan-peralatan seperti pam dan bantuan-bantuan mekanikal berkaitan dengan keperluan semasa banjir tersebut dan juga bot-bot yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja sebentar tadi. Tentang peruntukan-peruntukan kursus bagi negeri-negeri lain, persoalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Pasir Mas, Silam dan seterusnya daripada Yang Berhormat Pendang, yang ini saya mohon untuk membuat secara bertulis kerana ia terkandung dalam senarai belanjawan yang begitu tebal. Tentang SMART Tunnel yang ditanya oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi, saya ingin memaklumkan bahawa sejak projek ini dilaksanakan ia telah digunakan lebih daripada 20 kali dan ternyata bahawa ia adalah berkesan. Walau bagaimanapun, saya hendak memaklumkan bahawa banjir yang masih berlaku itu bukan kerana kelemahan SMART Tunnel tetapi ia adalah kerana terdapatnya sistem saliran dalam bandar yang masih yang masih lagi terganggu kerana amalan-amalan pembuangan sampah dan juga berlakunya blockage, dengan izin, gangguan-gangguan di dalam saliran tersebut. Sebahagiannya ini adalah kerana penyelenggaraan dalam bandar dan juga kerana adanya amalan-amalan yang tidak ‘smart’ dalam membuang sampah dan sebagainya.
Yang Berhormat Sri Gading bangun, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, ini adalah hari terakhir untuk sesi persidangan kali ini. Saya hendak menyentuh tentang tebatan banjir di Batu Pahat. Sehingga ke hari ini walaupun telah dimajukan, telah ditanya, dicadangkan dan diminta berkali-kali bahawa di Batu Pahat tebatan banjir ini sangat penting. Batu Pahat ini seperti kuali, Tuan Pengerusi. Hujan lebat dalam masa tiga jam sahaja ia akan banjir kilat yang kadangkala keadaannya datang secara kilat sedangkan hendak baliknya begitu lambat. Saya berharap kementerian dapat agaknya memberi satu jawapan yang menyenangkan orang-orang di Batu Pahat yang berjumlah hampir setengah juta, seluruh Batu Pahat yang mempunyai 18 mukim.
Tuan Pengerusi, kita mengalami kerugian tiap-tiap tahun, tiap-tiap kali banjir berlaku. Kalau dijumlahkan apa yang dikeluarkan oleh kerajaan kerana membetulkan kemudahan-kemudahan asas, apa yang menjadi kerosakan harta benda oleh penduduk-penduduk yang terlibat, ia berjumlah hampir berbilion. Saya pernah cadangkan di sini, daripada sumber JPS Batu Pahat memohon sebanyak RM1.19 bilion untuk mengatasi banjir yang selalu melanda daerah Batu Pahat. Namun sehingga sekarang, saya pun tidak tahu bagaimana keutamaan kerajaan memilih untuk menyenangkan rakyat. Apakah sesuatu yang agaknya boleh membereskan masalah-masalah yang ditanggung oleh rakyat dari kesan banjir yang sangat merugikan, yang sangat menyusahkan. Saya mintalah Yang Berhormat Timbalan Menteri mewakili menteri, berilah kepada kami orang-orang Batu Pahat satu jawapan yang akan menyenangkan dan memberikan...
Kepuasan, Yang Berhormat.
Ya, kepuasan. Untuk makluman, Yang Berhormat Timbalan Menteri datang daripada Pahat. Untuk makluman juga di daerah Batu Pahat seluruh kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah dimenangi oleh Barisan Nasional 100%.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.
Hendak jawab dulu atau pun hendak dengar ini. Sebab soalan itu pun ada.
Soalan saya relevan dengan tadi punya itu SMART Tunnel.
Sila Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Okey saya hendak tanya jikalau kami akan menerima definisi tadi bahawa SMART Tunnel tidak ada masalah. Jadi bolehkah kita kata hardware dalam SMART Tunnel adalah projek yang baik. Akan tetapi software adalah DBKL dengan izin, is not doing their job. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya ingin memaklumkan bahawa SMART Tunnel ini sistem pengalihan haluan air yang banyak supaya dapat di regulate atau dikawal supaya ia dapat disalurkan melalui SMART Tunnel dan tidak bertumpu pada satu tempat sahaja. Ia merupakan punca 90% daripada saliran ini adalah daripada kawasan Klang Gate, daripada Sungai Gombak dan juga daripada kawasan Sungai Gombak. Air ini kita dapati jika dibiarkan sekali gus datang ke pusat bandar dia akan menyebabkan keadaan banjir yang sangat buruk.
Berapa pajang SMART Tunnel Yang Berhormat?
Panjangnya adalah kalau saya tidak silap 2.7 kilometer.
[Bangun]
Yang Berhormat Arau tolong duduk dulu. Belum dijawab. Yang Berhormat Sri Gading belum dijawab. Yang Berhormat Kelana Jaya belum dijawab.
Tuan Pengerusi sama dengan Yang Berhormat Sri Gading.
Jikalau sama biar ada jawapan satu.
Ada sedikit tambahan. Sedikit tambahan.
Kalau tambahan selepas itu Yang Berhormat.
Hendak memperkukuhkan sedikit Yang Berhormat Sri Gading yang ketinggalan tadi.
Memang sudah kukuh Yang Berhormat Sri Gading itu Yang Berhormat. Memang kukuh Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri sudah bagi jalan Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, saya sudah membuat keputusan jangan bagi Yang Berhormat dulu. Selepas itu kalau hendak bangun, bangunlah. Itu adat Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi balik kepada SMART Tunnel tadi, tidak semua masalah itu adalah kelemahan City Hall ataupun bandar raya dia banyak faktor yang lain.
Menteri pun macam Yang Berhormat Kelana Jaya tercari-cari perkataan.
Saya minta maaf Tuan Pengerusi. Akan tetapi secara keseluruhannya saya kata bahawa SMART Tunnel ini baru sahaja siap dan masih lagi masih lagi di peringkat ujian dan saya percaya bahawa 27 kali lebih kurang yang telah digunakan ia terbukti bahawa dapat membantu...
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara duduk dulu. Ini masih SMART Tunnel.
...Keadaan banjir di pusat bandar.
Eh! Yang Berhormat Petaling Jaya? Ya, Selatan.
Tuan Pengerusi selain daripada itu saya juga ingin maklumkan bahawa SMART Tunnel ini merupakan satu-satunya di dunia. Di mana ia digunakan untuk dua tujuan. Satu, untuk menyalirkan air banjir dan satu lagi digunakan juga untuk laluan pengangkutan. Oleh itu, saya rasa setakat ini ujian-ujian yang telah dibuat membuktikan bahawa ia berkesan di dalam pelaksanaannya dan dapat membantu masalah tumpuan air banjir ke pusat bandar.
Ya benar Yang Berhormat. Saya boleh bantu sedikit Yang Berhormat. Sebenar di Jepun pada masa sekarang bukan SMART Tunnel, apa yang dikatakan water retention reservoir yang panjangnya 1.4 kilometer yang digunakan untuk menahan air apabila banjir berlaku dan dianggap sebagai yang berjaya. Macam SMART Tunnel Yang Berhormat juga. Ya, saya berjanji hendak bagi Yang Berhormat Batu tadi peluang untuk bertanya, tetapi Yang Berhormat Menteri belum jawab Yang Berhormat Sri Gading.
Saya jawab dulu Yang Berhormat lepas itu kalau ada kemudian.
Pasal SMART Tunnel lagi.
SMART Tunnel, bagi Yang Berhormat.
Saya ingin tahu. Setahu saya sebelum SMART Tunnel ini dipersetujui dan diluluskan ada satu pelan yang dianggap sebagai integrated plan untuk flood mitigation, dengan izin. Mengikut laporan ini telah mengesyorkan bahawa semua masalah banjir di Kuala Lumpur akan diselesaikan. Itulah sebab sebagai satu pakej kerajaan luluskan projek itu.
Jadi soalan Yang Berhormat?
Jadi setelah dibina SMART Tunnel hujah kementerian bahawa ini tidak menyelesaikan semua masalah hanya sebahagian daripada masalah. Kita ingin tahu sebahagian itu berapa percent dan yang lain itu apakah projek yang lain perlu dibuat supaya masalah Kuala Lumpur sebagai world class city ini dapat dicapai. Terima kasih.
Tuan Pengerusi...
Minta penjelasan. SMART Tunnel, SMART Tunnel. Mustahak.
Memang mustahak Yang Berhormat tetapi saya cerita Smart tunnel ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengikut jawapan 27 kali menutup ini SMART Tunnel untuk mengairi air dari terowong ini. Saya ingin tahu berapa jumlah penyelenggaraan untuk membaiki selepas air melalui terowong ini. Saya telah difahamkan bahawa lampu, semua alat-alat ini akan ditukar. Saya rasa anggaran amat besar. Saya ingin tahu berapa peratusan dari RM151 juta ini untuk menyelenggarakan SMART Tunnel ini?
Ya. Baik Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi saya betulkan panjangnya SMART Tunnel ini adalah 9.7 kilometer.
Sembilan?
Ya. Dari Kampung Berembang Ampang hingga ke Taman Desa. Saya juga ingin maklumkan bahawa soalan sama ada kerja-kerja penyelenggaraan berapa peratus, saya mohon untuk merujuk perkara ini kepada mereka yang terlibat dengan teknikal kerana daripada RM151 juta ini tidak terlibat dengan SMART Tunnel. Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya sebenarnya hari ini kalau boleh hendak tumpukan kepada soalan-soalan berkaitan dengan RM151 juta ini. Yang Berhormat Batu Pahat tadi ada menyatakan rasa kebimbangannya mengenai keadaan di Batu Pahat. Untuk makluman bersama sebanyak RM50 juta untuk...
Bukan Yang Berhormat Batu Pahat Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading.
Sorry, minta maaf. Saya teringat kepada Yang Berhormat Batu Pahat pula. . Sebenarnya RM50 juta telah dibagi di Batu Pahat untuk tebatan banjir jangka panjang Yang Berhormat dan ini termasuklah juga untuk mendalamkan muara Sungai Batu Pahat. Ini sedang dilaksanakan dan sedang diluluskan. Bagi mengatasi banjir-banjir ini kita dapati RM45 juta untuk membuang kelodak di Sungai Simpang Kiri, RM25 juta untuk membuang kelodak dan mendalam sungai sepanjang Sungai Simpang Kanan dan RM8 juta untuk membuang kelodak di Sungai Bekok. Projek ini di dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan ada juga yang sedang dibuka untuk tawaran pada masa ini, Yang Berhormat. Jadi itu tentang sungai yang disebutkan tadi.
Jadi begini Yang Berhormat, banjir besar dan terbesar serta lama di Johor selama 46 hari. PM datang TPM datang dan telah pun memberikan persetujuan untuk mengatasi secara muktamad banjir itu dengan membuat dem yang baru, melebarkan sungai dan membuat pintu- pintu air yang baru, yang macam-macam. Jumlahnya saya berunding dengan pegawai di JPS di Daerah Batu Pahat. Kertas kerja Daerah Batu Pahat itu yang saya majukan kepada kementerian. Saya tidak tahu agaknya di mana di simpan kertas kerja itu yang berjumlah RM1.9 bilion. Saya sedar agaknya dengan kewangan yang ada dan kemampuan yang ada pada kerajaan tetapi kalau dapat dimulakan, ini mungkin memerlukan masa yang panjang berfasa- fasa. Saya setuju, tetapi hendaklah ada satu komitmen daripada kerajaan benar- benar hendak mengatasi banjir di Batu Pahat ini dengan peruntukan yang sebegitu besar yang dibuat oleh JPS, Batu Pahat. Langkah-langkah awal macam mana soal-soal bagaimana penyelidikan harus dibuat, soal reka bentuk yang baru, ini memerlukan masa, memerlukan belanja. Jadi kalau RM40 juta, RM30 juta, saya bimbanglah masalah ini tidak dapat diselesaikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik, baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, apa yang kita lihat, kita telah pun berpengalaman banjir ini lebih daripada 50 tahun. Tidak adakah kaedah yang lebih mantap untuk menyelesaikan masalah banjir ini? Kita membelanjakan berbilion-bilion ringgit, tetapi itu juga kita setiap kali mendalamkan sungai. Itu memang cara yang asallah, membuang lumpur dan sebagainya. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Bolehkah kita cari satu kaedah yang lebih mantap yang mana benda ini tidak akan berulang? Contohnya, macam di Belanda. Tanah negara Belanda di bawah daripada paras laut dan negara Belanda juga adalah terkenal di dunia mengenai masalah untuk buat proses dredging, pembuangan lumpur dan sebagainya. Tidakkah kita berusaha untuk menjadikan Belanda sebagai konsultan kita supaya dapat memberikan Malaysia satu kaedah yang lebih baik daripada kita membelanjakan berbilion-bilion ringgit setiap tahun dan juga perkara ini tidak selesai. Sudah berapa lama pun tidak selesai and then kita haruslah mencari contoh yang terbaik supaya kita dapat menggunakan teknologi-teknologi yang mereka gunakan seperti mana yang ada digunakan di Belanda walaupun tanahnya di bawah daripada paras laut, tetapi mereka tidak mengalami masalah seperti kita di Malaysia. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi mungkin saya akan rumuskan sebentar lagi mengenai dengan usaha-usaha jangka panjang dan dengan sendirinya ini dapat menjawab juga apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan sebentar tadi. Jadi izinkan saya menjawab sebahagian daripada soalan-soalan yang dikemukakan tadi. Salah satunya ialah daripada Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam mengatasi banjir di Rantau Panjang dan di Sungai Golok. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia merancang untuk melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Golok di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di bawah KASBAN. Melalui projek ini, langkah-langkah yang dikenal pasti untuk mengatasi banjir ialah dengan melaksanakan komponen kerja seperti pembinaan benteng banjir di sepanjang tebing Sungai Golok, pembinaan lencongan banjir dari Rantau Panjang ke Sungai Lanchang dan juga pembinaan flood wall ataupun benteng-benteng. Maklumat seterusnya, projek ini dianggarkan kira-kira RM500 juta sedang dalam perancangan. Seterusnya saya mohon...
Minta jalan sedikit, minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada beliau sedar atau tidak bahawa di MRRII Highway itu, semasa hujan lebat sedikit di simpang hendak masuk ke Wangsa Maju, MRRII ini selalunya banjir dan menyebabkan kesesakan jalan. Apakah tindakan akan diambil? Bukan sekali, dua sahaja. Semasa hujan lebat sedikit, mesti banjir di kawasan simpang hendak masuk ke Wangsa Maju. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya tidak sedar tetapi saya percaya perkara ini di dalam perhatian pihak Jabatan Parit dan Saliran dan saya akan merujuk masalah itu. Mungkin saya boleh berjawab secara bertulis apakah tindakan atau langkah-langkah yang diambil. Seterusnya, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Silam. Di kawasan Sekamat yang mana, Segamat....
Segamal!
Okey. Segamal. Minta maaf Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan bahawa peruntukan untuk mengatasi banjir setakat ini sebanyak RM99.7 juta telah diperuntukkan. Detail nya saya akan bagi secara bertulis Yang Berhormat. Tentang pemantauan dan jangka panjang, saya akan rumuskan sebentar lagi. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin memaklumkan kita dapati bahawa keadaan perubahan iklim di dalam dunia ini telah menyumbang sebahagian besarnya kepada keadaan banjir yang lebih teruk daripada biasanya. Kita dapati bahawa hujan lebat merupakan salah satu punca yang mana purata hujan tahunan didapati telah bertambah dan pembangunan yang pesat iaitu lebih daripada 40% ini juga menyumbang kepada keadaan yang mana apabila hujan lebat, kita dapati kadar air bertambah sebanyak 190% dengan kelajuan air juga bertambah dua kali ganda. Kita dapati air pasang yang tinggi dan air ini juga ada kesan terus daripada masalah kecairan di Kutub Utara dan juga berkaitan dengan pemanasan global ini. Maka, kita dapati air laut telah naik parasnya dan apabila bertembung dengan air sungai semasa banjir, kita dapati air pasang yang tinggi ini telah mengeruhkan keadaan banjir. Kita dapati juga kemampuan ataupun kapasiti sungai yang tidak mencukupi yang mana tidak mampu menakung air yang berlebihan ini menyebabkan banjir yang begitu teruk. Untuk itu, langkah-langkah yang telah diambil adalah dalam bentuk mengalihkan saliran air dan lain-lainnya melalui pembinaan struktur seperti membina empangan, membuat kolam takungan, membina lencongan, mengadakan sistem pam untuk menyedut dan membuang air-air ini, melebarkan dan mendalamkan sungai dan juga membina benteng ataupun ban. Selain daripada itu, kita dapati langkah-langkah yang dibuat jangka panjang termasuklah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading dan lain-lain tadi bahawa kajian-kajian dibuat untuk lembangan sungai dan tebatan banjir untuk menentukan punca-punca penyelesaian. Enam belas kajian dalam pelaksanaan. Ini termasuklah semua tempat yang terlibat dengan banjir. Selain daripada itu, kajian pelan induk saliran juga dibuat yang mana 28 pelan induk saliran telah siap dibuat. Tujuan kajian ini ialah untuk mengambil kira kegunaan tanah, pelan struktur topografi, kawasan tadahan air dan lain-lainnya, untuk dibuat satu pemetaan kawasan banjir di negara ini untuk rujukan semasa membuat projek-projek pembangunan. Lagi satu ialah penyediaan garis panduan dan manual saliran mesra alam yang mana boleh dirujuk oleh mereka yang membuat pembangunan termasuk Majlis- Majlis Daerah Kerajaan Tempatan supaya mereka mengambil kira dan adanya panduan-panduan yang mesti diikuti sebelum satu-satu projek itu diluluskan. Selain daripada itu, Tuan Pengerusi, kempen kesedaran dan program pendidikan juga dibuat secara bersistematik untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan sungai dan supaya rakyat Malaysia tidak mengotorkan dan menyumbang kepada tersumbatnya sungai-sungai ini. Selain daripada itu, ramalan dan amaran banjir juga dijadikan satu acara...
Mohon laluan, Tuan Pengerusi. Saya nak bertanya, tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan tentang kempen-kempen yang diadakan dan sebagainya. Saya nak bertanya dengan kementerian. Adakah kementerian berpuas hati kah tidak dengan kempen Cintailah Sungai Kita, berpuas hati? Adakah program itu benar-benar berjaya? Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, jawab dengan benar. Terima kasih.
Dengan benarnya saya menjawab bahawa kempen ini telah diperluaskan daripada Cintailah Sungai Kita kepada projek mesra alam yang mana melibatkan wakil-wakil tempatan, masyarakat setempat dan kumpulan sasar yang berhampiran dengan sungai tersebut. Sama ada kementerian berpuas hati atau tidak, setakat ini, projek ini baru diperluaskan bahkan Yang Berhormat Menteri sendiri mempengerusikan jawatankuasa ini di peringkat kementerian untuk memastikan bahawa projek ini dibuat berleluasa dan sampai ke peringkat akar umbi.
Akan tetapi, tambahan Tuan Pengerusi, ini dah masuk kepada program lanjutan, tapi program yang memang dah dibuat daripada asal, kempen Cintailah Sungai Kita ini. Saya perhatikan, sebenarnya tidak berjaya, tidak mampu untuk merubah pemikiran dan tidak mampu untuk membangkitkan rasa tanggungjawab kepada rakyat yang ada. Kita perhatikanlah sungai-sungai kita yang ada ini, kalau kita berani mengatakan sungai kita ini bersih, banyak ikan yang boleh hidup dan kita boleh terjun, berenang macam dahulu dan mungkin baru boleh kita katakan kita telah berjaya dalam kempen itu dan baru boleh beralih kepada peringkat kedua, ketiga dan selanjutnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Sebenarnya, pihak kementerian tidak berpuas hati dengan program Cintailah Sungai Kita kerana skopnya begitu kecil dan dia tidak melibatkan pihak-pihak lain secara meluas. Maka itu ianya diperluaskan dan insya-Allah, saya yakin, kebimbangan Yang Berhormat Tenggara mengenai keberkesanan program ini, seterusnya dapat kita atasi, insya-Allah. Seterusnya, tadi saya mengatakan bahawa, secara jangka panjangnya, program-program kesedaran dan program pendidikan ini diharap dapat membantu kita mempertingkatkan lagi kesedaran dan penglibatan awam di dalam menjaga sungai dan saliran-saliran yang ada. Mengenai dengan ramalan dan amaran banjir, ini adalah di mana pihak kementerian menyediakan maklumat hujan dan paras air dan juga berusaha untuk mewujudkan sistem amaran awal di tempat-tempat yang berisiko tinggi banjir supaya dapat maklumat ini digunakan dan memudahkan kerja-kerja pemindahan awal dan lain- lain langkah oleh semua pihak di dalam menghadapi kemungkinan banjir. Seterusnya, pengurusan kawasan tadahan air, iaitu tempat punca-punca air juga akan diberi perhatian oleh semua pihak termasuk kerajaan negeri dalam mencapai kelestarian pembangunan yang mapan dan menjamin kualiti dan kuantiti air yang sewajarnya. Tuan Pengerusi, saya mohon juga memaklumkan bahawa pada masa ini, kita dapati bahawa pihak kementerian sedang bersungguh-sungguh mengambil langkah- langkah yang sepatutnya untuk memastikan bahawa capacity building ataupun kemahiran dan kemampuan pegawai-pegawai pelaksana di semua peringkat yang terlibat yang terlibat di bawah kementerian ini dalam hal-hal berkaitan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, penyelenggaraan sungai, dan seterusnya ini akan dibuat secekap yang mungkin. Dan ini diharap dapat menangani sebahagian daripada masalah-masalah yang dibangkitkan daripada segi pelaksanaan program-program dan projek-projek yang telah diamanahkan kepada kementerian ini.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM151,500,000 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM151,500,000 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi, saya ada point of order. Oleh sebab hari ini kita sudah hari yang terakhir untuk sesi Parlimen ini, dan ada banyak soalan-soalan yang kita telah serahkan kepada Parlimen yang belum dijawab, atau pun jawapan itu belum sampai kepada kita lagi. Ini adalah sangat penting. Oleh sebab kita telah hantar soalan itu pada 2 Jun, sekarang sudah sebulan lebih, tidak ada jawapan lagi, jawapan bertulis. Ini bermakna, Kerajaan BN...
Yang ini soalan yang mengehendaki notis yang soalan sebelum persidangan kah, atau pun...
Ya, soalan sebelum Parlimen bersidang. Sampai hari ini tak ada jawapan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini tak hormat Parlimen langsung. Kalau dia hormat Parlimen, mesti bawa jawapan, betul, setujukah?
Masalahnya Yang Berhormat, ini satu persoalan yang perlu saya jawab, Yang Berhormat Wangsa Maju, tak apa. Wangsa Maju tanya saya yang Ahli-ahli Yang Berhormat, biasalah, Ahli-ahli Yang Berhormat begini, kalau tidak mengaku, banyak lagi masalah, saya kira ada lagi 13 masalah yang kita perlu... Untuk makluman, kepada menteri-menteri yang belum memberi jawapan kepada persoalan yang tidak dijawab dalam sesi soal jawab, tolong hantar jawapan itu lebih awal. Itu maksud Yang Berhormat?
Bukan, Tuan Pengerusi, itu jawapan bertulis.
Ya, ya, jawapan bertulis, itu maksud saya, bermakna hantar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan.
Mesti diberikan pada hari ini sebab sesi Parlimen ini akan habis, hari terakhir, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Untuk persidangan akan datang.
Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, Kalau ada isu yang meronta-ronta untuk dilemparkan di luar, keluarkan dan singkatkan juga. Bermakna macam tumbukan kuat satu kali, Menteri jawab terus, jangan ada banyak bunga-bunga. Yang Berhormat Machang. Sila Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk maksud mengambil bahagian di bawah B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya cuba tuju terus kepada perkara yang saya nak timbulkan, iaitu bahagian tiga, RM42.5 juta dikehendaki untuk tampung perbelanjaan operasi sekretariat Majlis Harga Barang Negara dan melantik secara kontrak 2,000 graduan sebagai pegawai pemantau harga. Saya hormati kehadiran Yang Berhormat Menteri. Saya kira fungsi Majlis Harga Negara, setelah saya baca daripada pengumuman Yang Berhormat Perdana Menteri pada 22 Januari 2008 disebut, fungsi majlis ini adalah nak stabilkan harga barang keperluan dan dia akan adalah stok penimbal dan juga Pusat Panggilan Kebangsaan. Saya kira membahaskan tentang Majlis Harga Barang ini, dia tak boleh dipisahkan dengan isu inflasi. Saya memetik tiga perkara untuk kaitkan bagaimana isu Majlis Harga Barang Negara ini dengan inflasi. Saya masih ingat ketika Yang Berhormat Menteri membentangkan usul tempoh hari, sejurus selepas kerajaan menaikkan harga minyak dengan andaian bahawa inflasi akan dapat dikawal dan defisit dapat dikurangkan. Saya memetik tiga pandangan pakar ekonomi, yang pertama, Tan Sri Dr. Zetty Akhtar, dia beritahu kata kadar inflasi bulan Jun sudah menjangkau 6% akibat kenaikan mendadak harga petrol dan diesel. Profesor Emeritus Dr. Arif Karim pula pada 11 Julai yang lepas, dia kata pilihan dasar atau pun dalam Bahasa Inggerisnya policy option untuk negara kita adalah terhad kerana negara kita mengalami defisit belanjawan bagi 10 tahun yang lepas. Bila diteliti data-data Bank Negara, Tuan Pengerusi, untuk tempoh sembilan tahun kebelakangan, bila kita kira antara domestic price, dengan izin, berbanding Malaysian CPI, the coloration over the period or over a nine-year period for two factors of the domestic gasoline prices, average over one year and Malaysian CPI is significant at 0.51.
Maknanya data Bank Negara menunjukkan kalau tindakan dasar menaikkan gas ataupun bahan api ini, ia tetap akan menyumbang kepada kenaikan inflasi dan ini jauh berbeza sungguh dengan ucapan Yang Berhormat Menteri waktu membentangkan usul tempoh hari. Lalu hari ini kita mengajak Dewan untuk membincangkan dan mendapat persetujuan supaya peruntukan sebanyak RM42.5 juta ini dapat kita luluskan dan ianya adalah merupakan knee jerk reaction. Kita korek lubang dan kita tutup lubang sebab pendekatan ini yang bersifat mewujudkan stok penimbal dan juga pusat panggilan kebangsaan ini, saya kira jangka pendek dan ia tidak langsung mengatasi masalah kekurangan bekalan barangan keperluan dan menjamin harga barangan stabil di negara ini untuk tempoh jangka masa panjang. Saya berpendapat di bawah strategi penstabilan harga barangan keperluan kerajaan yang berdasarkan kawalan harga jualan dan bukan dengan menggalakkan lebih banyak persaingan bagi merendahkan harga jualan, masalah kekurangan bekalan barangan keperluan akan tetap wujud akibat kos pengeluaran tinggi tetapi harga jualan tetap pada tahap lebih rendah daripada pasaran. Saya berpendapat oleh kerana kerja-kerja pemantauan harga yang dikelolakan oleh Majlis Harga Barang Negara sehingga kita perlukan RM42.5 juta untuk perbelanjaan operasi sahaja. Ini baru sekretariat sahaja ini – perbelanjaan operasi. Maknanya kita akan lantik pegawai 2,000 orang sebagai pegawai pemantau harga. Jadi barangkali Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan kepada kita, membantu kita memahami keadaan ini, bagaimana sebenarnya Majlis Harga Barang Negara boleh menyumbang kepada mengatasi masalah inflasi ini. Kemudian pendekatan ini juga saya kira pada 2007, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah memberi kuasa setiap Ahli Parlimen, maksudnya Ahli Parlimen Barisan Nasional melantik sama pembantu majlis pengguna di setiap bahagian Parlimen. Pembantu-pembantu tersebut adalah dilantik di kalangan anggota parti politik. Mereka dapat elaun setiap bulan. Ini pengumuman yang dibuat oleh kementerian ada 2007, sebelum pilihan raya. Jadi apakah RM42.5 juta ini juga termasuk dalam membiayai emolumen bagi pembantu-pembantu tersebut? Jadi mohon Yang Berhormat Menteri terangkan juga setakat mana keberkesanan peranan pembantu majlis pengguna untuk jalankan tugas. Apakah latihan diberi kepada mereka? Apakah mereka punya kepakaran? Apa jaminan mereka dapat memberikan sumbangan yang berkesan? Maksud B.25, iii ini hanya menyentuh pegawai pemantau harga tetapi tidak memberikan butiran mengenai pembantu majlis pengguna. Adakah perbelanjaan mereka termasuk dalam perbelanjaan ini? Ringkasnya, saya mengajak Dewan meneliti sementara kita akan meluluskan RM42.5 juta kerana membelanjakan kos operasi bagi Majlis Harga Barang. Saya juga mengajak dan meminta Yang Berhormat Menteri agar dapat mengaitkan dengan faktor inflasi tidak seperti yang dibayangkan waktu Yang Berhormat Menteri membahaskan usul tempoh hari dengan andaian bahawa kita sebenarnya boleh mengawal inflasi. Sebab itu kita strukturkan semula subsidi sebab kita hendak alihkan perbelanjaan subsidi itu kepada, kata Yang Berhormat Menteri tempoh hari pemakanan, pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat, kemiskinan, keselamatan, pembangunan luar bandar. Bahkan Yang Berhormat Menteri sebut, bila kita strukturkan semula, kita boleh kurangkan defisit bajet sasaran 2008, 3.1%. Jika kita kekalkan subsidi sekarang, kita akan lebih daripada 6%. Nah, sekarang kita sudah tarik subsidi, harga minyak naik, tetapi dua perkara ekonomi yang saya petik tadi dan data-data Bank Negara menunjukkan angka inflasi terus meningkat. Apakah peningkatan ini boleh kita jawab dengan menubuhkan Majlis Harga Barang? Saya kukuhkan lagi hujah saya dengan mengajak Yang Berhormat Menteri meneliti balik. Waktu kita naikkan harga minyak 30 sen pada tahun 2006, kita berjimat sebanyak RM4.3 bilion. Kata kerajaan, dana ini hendak kita gunakan untuk membantu meningkatkan kemudahan prasarana pengangkutan awam terhadap soalan yang pernah dikemukakan dalam Dewan ini dan jawapan bertulis yang saya terima, daripada RM4.3 bilion yang dijimatkan itu, Yang Berhormat Menteri, cuma RM834 juta baru dibelanjakan.
RM4.3 bilion jimat tahun 2006 sehingga saat ini, baru RM800 juta dibelanjakan termasuk satu daripada butiran perbelanjaan ialah menjalankan kajian tentang sistem pengangkutan. Maknanya baru hendak buat kajian dan saya fikir ini serius. Semacam misleading, dengan izin. Jadi ketika mengambil bahagian untuk Majlis Harga Barang Negara, inilah saya fikir peluang terbaik, Yang Berhormat Menteri boleh membantu saya memahami perkara ini. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih. Terpaksa saya ikut giliran. Sila Ledang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Oleh kerana ini peringkat Jawatankuasa, saya mudah sahaja. Butiran B.25 tentang peruntukan yang disediakan sebanyak RM180,000 menampung subsidi tepung gandum. Saya hendak tanya, dalam Malaysia ini, berapa banyak pengimport tepung gandum? Adakah rancangan hendak tambah lagi pengimport tepung gandum dan menambahkan lagi bilangan pengedar? Itu satu. Kedua, peruntukan subsidi roti sebanyak RM74.4 juta ini. Ini cara bayar dia macam mana? Adakah kepada semua pengilang roti atau kepada satu-satu pihak dan sebagainya? Sekian, terima kasih.
Ya, PJ Selatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu peruntukan sebanyak RM74,400,000 yang membiayai program subsidi roti ini seperti mana yang disebut oleh kementerian, ianya bagi mengekalkan harga roti pada tahap semasa supaya mengurangkan beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah. Adakah pengeluar roti jenama seperti Gardenia dan Silver Bird juga dapat manfaat daripada program subsidi ini? Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua jenama roti ini, kalau kita tengok dari segi harganya, memang harganya sangat mahal berbanding dengan pengeluar roti kilang yang lain. Harganya ini bukan mampu dibeli oleh golongan yang berpendapatan rendah dan kita dapat perhatikan sebelum itu, kedua-dua kilang roti ini menaikkan harga roti mereka sesuka hati sahaja. Adakah harga roti kedua-dua jenama kilang ini dikawal oleh kementerian? Minta penjelasan. Terima kasih.
Ya, bergilirlah. Sila Indera Mahkota.
Berderet begitu... [Ketawa]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan Maksud 25 – 060000, disebut di sini sebagai one-off. Saya minta penjelasan, adakah ini bermakna untuk 2008 perbelanjaan sebanyak RM276 juta ini dibelanjakan secara sekali gus hingga tahun ini? Dan kalau itu berlaku, apa jadi sekiranya fenomena yang sama berkenaan dengan peningkatan harga barang, tepung dan roti berlaku tahun hadapan, kerana perkara ini melibatkan tambahan 30% daripada belanjawan asal. Anggaran asal iaitu sebanyak RM403 juta di campur dengan ini jadi RM680 juta untuk setakat ini. Perkara kedua, boleh atau tidak cadangan kepada pihak menteri supaya jumlah RM8,150,000 yang ada di Kepala 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan dimasukkan di dalam subsidi oleh kerana di belanjawan asal dahulu, anggaran asal dahulu telah terdapat RM115 juta untuk tujuan yang sama.
Kalau diambil dikira perkara 3 iaitu RM42.5 juta adalah sebenarnya untuk perbelanjaan operasi sekretariat harga barang. Bermakna ini bukan mendatangkan kesan langsung terhadap subsidi barangan yang kita bagi kepada masyarakat atau rakyat kita iaitu gandum dan roti. Kalau diambil kira jumlah ini, subsidi sebenar hanyalah RM191 juta, bukan RM234 juta seperti yang dimaksudkan dalam peruntukan ini. Mohon Menteri untuk beri penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh tentang RM42.5 juta ini berhubung dengan kawalan harga kerana kita dapati di pasaran sekarang ini mengikut maklumat daripada FOMCA, mereka mengatakan pengawalan harga hanyalah ditumpukan kepada barangan asas, bukan barangan yang ditambah nilai ataupun enriched formula. Saya hendak mengetahui adakah dakwaan ini benar, kerana kebanyakan barang di pasaran sekarang ini kebiasaannya dijual dengan Enriched Formula. Misalnya roti bila dia tambah vitamin ‘D’, ia sudah tidak dikawal lagi harganya. Apakah dakwaan ini benar, berasas ataupun tidak? Kemudian yang keduanya dari segi packaging. Kita dapati banyak barang yang dijual walaupun bendanya sama tetapi packaging nya selalunya tidak sama. Misalnya minuman tin dalam tin aluminium. Ada sesetengah 300 mililiter ada sesetengah 325 mililiter. Jadi apabila kementerian menyuruh rakyat memilih pengguna bijak faedahnya banyak. Bagaimanakah kita nak menilai sesuatu harga kerana packaging nya tidak sama? Jadi saya harap kalau boleh kementerian menetapkan kilang-kilang mengeluarkan dengan pakej yang sama. Kalau 300 mililiter, semua jenis minuman yang sama 300 mililiter ataupun dengan timbangan. Misalnya ada sesetengah susu dia 500 gram, ada sesetengah 525 gram. Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kementerian. Itu saja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Selepas Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Pasir Mas. Kena sabar Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai Maksud B.25 iii. ini, sebanyak RM42,500,000 ini untuk bayaran 2,000 graduan sebagai Pegawai Pemantau Harga iaitu price monitors, dengan izin. Saya nak tahu dari Yang Berhormat Menteri, apakah status pegawai-pegawai ini, berapakah bayaran gaji mereka dan kontrak untuk berapa lama mereka dilantik dan di mana mereka ditempatkan, kekesanan mereka dan adakah perlu dilantik graduan? Apakah untuk memantau harga satu kelulusan SPM atau diploma tidak cukupkah? Saya nak jawapan ini dan juga apakah keistimewaan mereka? Adakah mereka graduan-graduan ekonomi atau marketing. Tolong bagi penjelasan dan jawapan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk kepada B.25. Sama juga dengan Yang Berhormat Ledang tadi. Saya nak tanya bagaimanakah bentuk subsidi yang akan dibayar untuk tepung gandum dengan subsidi roti ini? Dan saya nak tanya apa beza gandum dengan roti ini, sebab roti dibuat daripada gandum? Subsidi untuk gandum telah diberi. Sekarang ini terpaksa bagi subsidi kepada roti. Mungkin kerana hendak buat roti pakai bahan api. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat sedar kalau boleh dibuat kempenlah untuk mengurangkan kos subsidi roti ini, kerana yang dibuat melalui bahan bakar supaya roti yang dibakar dengan arang, yang tanpa guna gas atau bahan api tetapi guna secara tradisional dulu. Roti ini lebih sedap Tuan Pengerusi sebab cara Benggali menguli roti itu dan dibakar masuk dalam itu, ia keluar rasanya lagi sedap...
Lebih sedap.
Lebih sedap dan cukup susah nak cari roti yang ini. Jadi apakah usaha pihak kementerian? Yang kedua, oleh kerana gaji dan kelulusan telah ditanya tadi, saya nak tanya soalan yang lebih penting. Apakah mereka yang akan dilantik sebagai Pegawai Pemantau Harga ini akan diberi latihan? Apakah kuasanya dan latihannya macam mana nak tentukan mereka ini supaya jangan jadi macam yang kita dengar cerita ada macam-macam penguat kuasa? Bila jadi penguat kuasa, dia patut memantau harga. Dia patut kawal selia padi dekat stor-stor, tetapi berlaku pula kalau ada hulur sana, hulur sini, berlakulah penyelewengan, berlakulah rasuah. Akhirnya tidak ke mana juga. Jadi latihan itu mestilah ada dimasukkan kesedaran, keimanan selain daripada undang-undang, tetapi ini yang dikatakan pembangunan insan ini. Supaya dia jadi ikhlas, dia tegas dan dia menjalankan kerja dengan betul. Saya percaya akan berkesan. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya nak timbulkan satu perkaralah harap Tuan Pengerusi izinkan. Ini pun kena-mengena dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tetapi sekadar point of interest. Saya ditanya di kampung Tuan Pengerusi. Ada orang kampung tanya saya. Dia kata, “Adakah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini wakil daripada parti PAS?” Saya kata, “Tidak, dia wakil UMNO”. Saya tanya, “Kenapa?” Dia kata, “Dalam TV kita tengok dia pakai ketayap”. Saya kata, “Tidak, dia rambut putih”, saya kata.
[Ketawa]
Sebab itu dengan rakyat ini kena sensitif. Semua perkara rakyat perhati. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi.
[Ketawa]
Jadi apa cadangan Yang Berhormat Pasir Mas mengenai dengan rambut putih tadi, mahu dikasi hitam? Sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kepong mahu ambil bahagian jugakah? Okey, seminit Yang Berhormat Kepong. Saya tahu Yang Berhormat Kepong boleh buat.
Satu minit?
Satu minit.
Satu minit saja ya. Baik, baik. Saya pun menikmati subsidi untuk roti. Tiap-tiap dua tiga hari saya dapat RM3 Wholemeal punya. Saya menikmatilah tu cuma setiap tahun kita beri subsidi RM100 juta untuk roti. Tepung gandum pun RM200 juta. Jadi jumlah RM300 jutalah untuk subsidi ini. Saya nak tanya bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, berapakah syarikat? Saya nampak dalam 7Eleven dua syarikat saja. Berapa syarikat yang keluarkan roti di negara ini dan dengan harga yang bersubsidi ini, berapakah syarikat yang dapat menikmati subsidi seumpama ini? Seterusnya mengenai Majlis Harga Barang Negara, kerana kita hendak lantik kontrak 2,000 orang graduan sebagai Pegawai Pemantau Harga dan adakah kontrak ini satu tahun, dua tahun atau tiga tahun. Macam mana mereka dilatih untuk mengawal dan memantau harga di seluruh Malaysia ini? Saya nampak 2,000 tidak cukup. Memang tidak cukup. Walau bagaimanapun, kita nak menyaksikan keberkesanan kecekapan para pegawai yang dilantik ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Sila.
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bertanya tentang soal yang dikemukakan di bawah Maksud B.25 iaitu tambahan sebanyak RM276,900,000 yang diperuntukkan bagi kementerian saya.
Pertama bagi tujuan subsidi untuk gandum dan juga subsidi untuk roti putih berserta dengan pembayaran sebanyak RM42.5 juta untuk perbelanjaan operasi Sekretariat Majlis Harga Barang Negara dan lantikan 2,000 orang graduan sebagai Pegawai Pemantau Harga. Kedua dari segi pemantauan harga ini. Dia adalah berbeza daripada Pembantu Hal Ehwal Pengguna yang hari ini saya sudah pun membuat keputusan bahawa mereka akan dipanggil Pembantu Hal Ehwal Pengguna ini disusun semula sebagai Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah untuk dapat dipusatkan dengan mengikut kawasan daerah, dan di bawah jagaan atau diselaraskan oleh cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di peringkat semua negeri. Iaitu tidak ada kaitannya dengan soal Ahli Parlimen Barisan Nasional ataupun bukan Barisan Nasional, tetapi sudah tentulah kalau ada penamaan calon-calon untuk dilantik sebagai Pembantu Hal Ehwal Pengguna daripada semua Ahli Parlimen, saya boleh menimbangkan. Mereka yang Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan-kegiatan kepenggunaan di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri. Pada keseluruhannya mereka tidak termasuk kepada pemantau harga yang diletakkan di bawah Majlis Harga Negara. Jadi yang dilantik sebanyak 2,000 orang, mereka dilantik melalui proses temu duga dan hari ini, walaupun adanya peruntukan sebanyak 2,000 jawatan, walaupun sudah dilantik, tetapi ada juga yang telah menolak. Jadi hari ini jawatan yang diisi kurang daripada 2,000. Mereka dilantik secara kontrak selama bagi satu tahun dan akan disambung semula kalau dilihat bahawa pemantauan yang mereka lakukan itu ada meninggal kesan yang baik dari segi untuk kita memantau keadaan harga barang-barang di bawah keputusan yang dibuat oleh Majlis Harga Negara. Mereka dibayar sebanyak RM1,500 sebulan dan mereka terdiri daripada graduan-graduan kerana ia dilihat sebagai pegawai kontrak dan ianya difikirkan bahawa setelah mereka ini lulus sebagai graduan universiti mereka mempunyai latihan, mereka mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik. Soal pemantauan harga Tuan Pengerusi, merupakan satu kerja tentunya tidak dapat kita laksanakan semata-mata oleh pihak penguat kuasa. Kerana pihak penguat kuasa sedang selain daripada mereka memantau harga-harga mereka juga diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang yang di bawah daripada kementerian ini. Bukan sahaja dari segi soal harga semata-mata, atas sebab itu Majlis Harga Barang Negara telah memutuskan supaya adanya bantuan lebih kepada kementerian untuk memantau harga di seluruh negara. Jadi bermakna 2,000 yang dilantik ini ditaburkan di seluruh negara dan memang sebenarnya adalah untuk membantu kementerian dari segi pemantauan harga. Ini kerana kalau hanya dibiarkan sahaja keadaan ini tanpa pemantauan mungkin kita tidak dapat melihat kepada trendnya. Walaupun sebenarnya saya menyatakan bahawa dari segi subsidi ataupun dari segi kedudukan barang-barang perlu bilangan jumlah barang-barang ini terhad kepada barang-barang asas dan barang-barang keperluan semata-mata. Akan tetapi perlu juga kementerian mengaturkan pemantauan kepada berbagai-bagai jenis barangan kerana ia dilaksanakan dan ia harus membuatkan kementerian mengikuti trend harga untuk mengetahui tentang keadaan yang sebenar. Selain daripada itu ada pertanyaan dari Yang Berhormat Ledang umpamanya dan juga dari Yang Berhormat Pasir Mas dan juga dari Yang Berhormat Kepong berhubung dengan soal subsidi yang diberi kepada roti dan juga tepung gandum. Roti yang dimakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kepong tidak menerima subsidi sebenarnya. Iaitu kalau roti wholemeal iaitu jenis makanan orang yang agak sudah mewah iaitu bukan roti putih. Yang mendapat subsidi ialah roti putih dan roti putih ini dianggapkan sebagai yang asas. Jadi bukanlah jenis roti wholemeal yang diperkaya dengan tambahan kadang-kadang dia ada tambah kismislah, dia tambah macam-macam barang. Itu tidak dapat subsidi. Yang diberikan subsidi ialah roti putih yang basic itu. Yang 400 gram dan kilang-kilang roti yang terlibat ialah bukan sahaja Gardenia atau High5 tetapi ada lagi 12 kilang-kilang roti yang kecil di seluruh negara yang juga membantu kepada pengeluaran roti putih.
Akan tetapi sudah tentu kalau kita duduk menetap di Lembah Kelang kita akan hanya lihat kehadiran roti seperti Gardenia dan High5 umpamanya. Ini yang akan pergi ke 7Eleven dan juga kepada pasar raya-pasar raya. Dari segi subsidi roti putih ini yang paketnya yang beratnya ialah 400 gram disampaikan bantuan subsidi itu direct, terus kepada pengilang dan memang termasuk pengilang seperti Gardenia dan Silver Bird. Juga ada 12 lagi pengilang roti yang kecil yang bukan seperti di peringkat atau tahap Silver Bird dan Gardenia. Untuk menentukan supaya penyampaian roti yang disubsidikan ini dapat sampai ke negeri-negeri lain daripada sebelah Pantai Barat, jadi adanya 12 kilang roti kecil yang terlibat dalam program ini. Pertanyaan dari Yang Berhormat Pasir Mas tentang mengapa roti putih disubsidikan sedangkan tepung gandum juga digunakan untuk membuat roti. Sebenarnya tepung gandum yang disubsidikan ialah tepung gandum yang dipanggil sebagai kegunaan am, general purpose. Sukar untuk menggunakan tepung gandum kegunaan am ini untuk membuat roti kerana ia mungkin tidak boleh naik. Jadi kalau hendak naik itu, hendak buat roti kena pakai tepung jenis yang diperkaya. Jadi sebab itu ada perbezaan bahawa kita memberi subsidi kepada tepung gandum kegunaan am dan juga subsidi kepada roti putih. Kalau dilihat kepada penggunaan tepung gandum jenis am ini sebenarnya selain daripada digunakan oleh isi rumah, IKS juga yang terlibat menggunakan tepung gandum jenis am ini dalam perniagaan mereka untuk menggoreng, buat kuih dan sebagainya. Jadi bermakna adanya juga permintaan kepada tepung gandum am terutamanya kepada perniagaan-perniagaan kecil. Jadi bermakna bahawa subsidi ini selain daripada diterima oleh isi rumah iaitu di peringkat household ia digunakan juga dan memberikan manfaat daripada mereka yang berniaga secara kecil-kecilan yang membuat kuih ataupun menggoreng dan sebagainya yang menggunakan tepung gandum jenis am. Selain daripada itu, ada satu pertanyaan tadi soal one-off ataupun sekali sahaja ataupun akan diteruskan. Dari segi peruntukan perancangan kerajaan sudah tentu subsidi ini akan berterusan akan tetapi buat masa ini kita hanya minta setakat 2008. Kita tidak bolehlah minta sampai 2009, nanti Ahli Yang Berhormat marah kita pula tidak ikut cara bajet. Akan tetapi ini menunjukkan komitmen kita untuk menentukan bahawa barang-barang yang digunakan bagi golongan berpendapatan rendah seperti roti putih dan juga tepung gandum jenis am ataupun penggunaan am diberikan subsidi untuk mengekalkan harga mereka supaya tidak membebankan golongan yang bergantung atau mengguna dan memakan barang-barang seperti ini. Saya sebenarnya hendak, bukan saya tidak sukalah menjawab kepada Ahli Yang Berhormat Machang tetapi saya rasa ada pandangan-pandangannya yang agak terkeluar dari segi peringkat jawatankuasa. Jadi kita boleh tunggu bajetlah untuk kita membahaskan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat Machang. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM276,900,000 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM276,900,000 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Sekarang kita beralih kepada B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan, terbuka untuk dibahaskan. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak tanya pihak Kementerian Pengangkutan, ini tambahan RM18,000,000 yang diperlukan. Sebelum ini dah berapa banyak yang dah diguna untuk menyewa pesawat Fokker 50 sebanyak tujuh buah dan lima pesawat Twin Otter ini dan untuk urusan apa? Siapakah yang mengendalikannya? Bagaimanakah jaminan keselamatannya supaya tidak timbul berlaku apa-apa kecemasan ataupun kemalangan seperti yang kita dengar sebelum ini. Jadi apakah ini banyak guna di Sabah dan Sarawak ataupun diguna untuk apakah tujuan yang diperlukan bagi tambahan RM18,000,000 ini untuk menyewa pajak 7 pesawat Fokker 50 dan lima pesawat Twin Otter dan daripada mana yang disewakan ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga soalan. Yang pertama ialah perkhidmatan udara luar bandar. Perkhidmatan ini telah diberikan kepada FAX dan dikembalikan kepada MAS melalui MASWing. Dan pada masa kapal terbang dikembalikan, di antara tujuh kapal terbang Fokker 50, hanya satu di dalam keadaan yang boleh digunakan. Dan juga sepuluh pesawat Twin Otter, hanya dua sahaja yang boleh digunakan. Jumlah kos untuk memperbaikinya adalah RM40 juta. Soalan saya ialah adakah kerajaan mengutip kos membaiki ini daripada FAX? Soalan yang kedua ialah MAS melalui MASWing telah memaklumkan bahawa MASWing telah membeli 20 pesawat ATR dari Perancis yang bernilai RM285 juta. Dan kapal terbang ini akan dihantar pada masa 2009 selama lima bulan daripada hari ini. Pesawat ATR ini akan menggantikan Fokker. Soalan saya ialah rancangan untuk menggantikan Fokker dengan kapal terbang ATR, mengapa kita memajakkan untuk tujuh pesawat Fokker 50 dan lima pesawat Twin Otter? Apa akan terjadi kepada kapal terbang ini bila kapal terbang ATR baru akan datang? Ketiga, apa rancangan kerajaan untuk perkhidmatan udara luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana pengangkutan udara ialah satu keperluan. Ini tidak dapat boleh diswastakan kerana ini bukan satu perniagaan yang akan memberi keuntungan. Oleh sebab ini ada satu keperluan, ini patut dijadikan satu tanggungjawab kerajaan. Oleh yang demikian, rakyat tidak akan dibebankan untuk membayar tambang yang tinggi. Inilah sahaja tiga soalan saya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam Maksud ini, peruntukan sebanyak RM18,000,000 adalah diberi bagi menampung pembayaran sewa pajakan tujuh buah pesawat Fokker 50 dan lima pesawat Twin Otter bagi kegunaan perkhidmatan luar bandar. Tuan Pengerusi, yang luar bandar itu saya suka sangatlah. Yang saya tidak suka Fokker 50 dan Twin Otter yang masih kita gunakan. Pada saya, sudah tibalah masanya pesawat Fokker dan Twin Otter ini digantikan dengan jenis pesawat yang baru dan yang lebih moden dan canggih. Bukan sahaja kita memerlukan pesawat yang lebih baru, memberikan keselesaan, perlu juga kita memastikan keselamatan pengguna. Tuan Pengerusi, pesawat Fokker 50 ini sudah terlalu tua seperti yang telah disebut oleh rakan yang berucap dulu daripada saya. Syarikat yang mengeluarkannya pun sekarang sudah tutup, tidak ada lagi. Soalan saya, apa perancangan syarikat MASWing, sebuah anak syarikat MAS Berhad yang mengendalikan perkhidmatan udara di luar bandar seperti di Sarawak.
Bagi menggantikan kesemua pesawat Fokker 50 ini dan Twin Otter tiga jenis pesawat yang baru, saya hendak perancangannya. Ini bagi MASWing untuk meneruskan perkhidmatan udara di negeri Sarawak, sesuatu yang amat penting kepada penduduk di pedalaman di Sarawak. Tuan Pengerusi, usaha untuk menggantikan pesawat yang lama ini dengan jenis yang baru amatlah penting. Ini memandangkan pesawat Fokker 50 sekarang selalu rosak. Pengalaman saya sendiri, perjalanan saya dari Kuching ke Sibu untuk ke kawasan saya ke Kapit selalu terganggu kerana masalah Fokker ini kerap kali rosak. Pengalaman saya yang terbaru, yang terkini ialah pada 5 Julai bulan ini, pesawat Fokker 50 yang dijadualkan berangkat dari Kuching ke Sibu pada awal pagi pukul 7 tidak dapat bertolak kerana rosak. Saya telah difahamkan kejadian seperti ini kerap kali berlaku. Saya pernah juga diberitahu oleh anak-anak kapal bahawa mereka tidak berasa senang menaiki ataupun melayan di pesawat Fokker 50 ini sekarang. Soalan saya, bilakah pesawat Fokker 50 ini digantikan seperti yang telah diumumkan. Apakah RM18 juta ini yang diperuntukkan dalam usul ini digunakan oleh MASWing di Sarawak ataupun digunakan oleh syarikat lain di negeri lain juga? Jadi seperti yang kita sedia umum, kita nak bukan sahaja untuk kita memberi layanan yang begitu baik, perkhidmatan udara luar bandar Sarawak yang selesa, senang diguna oleh pengguna. Malah kita juga bergantung pada perkhidmatan seperti ini untuk kita membangunkan lagi usaha kita, industri ecotourism kita di Sarawak. Sekarang ini negeri Sarawak menekankan bahawa satu-satunya industri yang boleh berpotensi tinggi untuk membantu kita di negeri Sarawak yang juga ada produk- produk tourism seperti yang baru-baru ini, minggu lepas Borneo Rain Forest Music Festival yang sekarang sudah global ataupun worldwide knowledge, produk yang begitu successful katanya. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan pun di sana untuk merasmikan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada masa itu. Dan untuk tourists ataupun pelancong-pelancong datang dan memeriahkan negeri Sarawak dengan senang, dengan mudah, kita bergantung sangat kepada perkhidmatan udara ke Sarawak. Jadi saya pohonlah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana wang ringgit yang sebegitu banyak yang boleh sepatutnya digunakan dengan tujuan yang begitu baik sekali, bukan sahaja untuk kita membayar pajakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, dua perkara saya nak timbulkan. Asalnya dulu pengangkutan perkhidmatan udara luar bandar ini dijalankan oleh Fly Asian Express, kemudian diserah kepada MASWing. Waktu hendak serah dulu itu, pesawat itu diservis sepenuhnya, itu saya semak daripada kenyataan menteri sebelum serah kepada MASWing, diservis sepenuhnya. Siapa sebenarnya bayar kos servis itu? Apakah Fly Asian Express ataupun Penerbangan Malaysia Berhad, siapa bayar? Dan berapa sebenarnya kos yang dikeluarkan untuk pembaikan tersebut? Itu perkara pertama. Yang kedua, saya difahamkan juga bahawa lebih 451 jumlah penerbangan itu dalam masa seminggu, sebenarnya adalah satu jumlah yang banyak tetapi operasi ini adalah operasi yang rugi. Jadi, saya difahamkan ada perjanjian sebenarnya. Ada arrangement di antara Malaysia Airlines dengan Kerajaan Malaysia iaitu jika sekiranya Malaysia Airlines boleh memperoleh keuntungan bersih lebih daripada 15%, maka penerbangan Malaysia Airlines akan observe ataupun akan menyerap kerugian tersebut. Jadi, sebenarnya dalam perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak, kawasan pedalaman ini, kita hendak tahu kerana RM18 juta ini saya anggap sebagai subsidi kerajaan. Saya semak 2006, RM10 juta. Berikutnya RM12 juta. Sekarang sudah jadi RM18 juta. Kalau ianya rugi, ruginya berapa?
Dan perancangan jangka panjang kerajaan untuk mengimbangkan antara memberikan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar Sabah dan Sarawak dengan keupayaan menyerap kerugian ini. Apakah ianya diserap oleh Malaysia Airlines ataupun oleh kerajaan? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya menjawab soalan-soalan ataupun perkara-perkara yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Selayang, dari Kapit dan juga dari Machang, saya ingin menjelaskan di sini tentang latar belakang kenapa kerajaan memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM18 juta. Sebenarnya, peruntukan RM18 juta ini diperlukan ialah untuk menampung keperluan bagi penerbangan luar bandar yang tidak menguntungkan. Perkhidmatan pengangkutan penting untuk Sabah dan Sarawak kerana keadaan geografi yang berbukit bukau serta luas, sukar untuk menghubungkan kawasan-kawasan terpencil di kedua-dua negeri berkenaan. Kesukaran untuk menghubungi melalui jalan darat ataupun air, mengakibatkan pengangkutan udara merupakan mood pengangkutan yang utama. Jadi, ini juga sebenarnya adalah atas permintaan Ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan-kawasan pedalaman, sama ada di Sabah mahu pun di Sarawak sama ada Ahli Yang Berhormat yang sudah pencen ataupun Ahli Yang Berhormat yang masih kekal dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, secara praktikalnya, penerbangan luar bandar ini merupakan perkhidmatan yang tidak ekonomik bagi syarikat penerbangan kerana bilangan penumpang adalah terhad dan pesawat yang digunakan tidak membawa jumlah penumpang yang ramai. Oleh hal yang demikian, atas faktor tanggungjawab sosial kepada rakyat di kawasan pedalaman, kerajaan memberikan subsidi kepada syarikat penerbangan yang dilantik untuk menjalankan operasi RAS ataupun Penerbangan Luar Bandar berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut bagi kemudahan penduduk setempat. Kadar tambang dan kargo serta caj-caj perkhidmatan lain yang dikenakan bagi perkhidmatan RAS sentiasa dipastikan berada dalam tahap minimum kerana ia tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan sebaliknya sebagai memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar. Oleh yang demikian, perkhidmatan yang disediakan oleh MASWing ini dianggap sebagai national service kerana ia dijangkakan mengalami kerugian untuk tempoh yang panjang. Perkhidmatan RAS sebelum ini pernah dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS, sebelum diserahkan kepada syarikat, Fly Asian Express ataupun FAX pada 1 Ogos 2006. Apabila rasionalisasi perkhidmatan udara domestik dilaksanakan, Jemaah Menteri pada 25 April 2007 telah memutuskan pemilihan semula perkhidmatan RAS oleh MAS daripada FAX. MASWing, sebuah anak syarikat milik penuh MAS telah dilantik untuk mengendalikan...
Penjelasan.
...Perkhidmatan RAS di Sabah dan Sarawak mulai...
Tuan Pengerusi, penjelasan.
...1 Oktober 2007.
Yang Berhormat Wangsa Maju minta laluan.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan Kabinet telah buat satu keputusan pada 2007, bahawa RAS ini diambil alih oleh MASWing daripada FAX, adalah sebuah anak syarikat AirAsia.
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kalau tak salah saya kerajaan telah memberi subsidi berjumlah RM60 juta kepada FAX ini sebuah anak syarikat AirAsia dan kenapakah kerajaan tidak menuntut subsidi ini oleh kerana FAX tidak dijalankan RAS ini dengan sempurna di Sabah dan Sarawak. Ini kerana yang kita ketahui ialah Kerajaan Sabah dan Sarawak juga ada buat banyak aduan terhadap RAS atau Rural Air Services, oleh FAX, Syarikat FAX ini. Terima kasih.
Minta laluan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan rumuskan kemudian tentang apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat wakil dari Wangsa Maju. Tuan Pengerusi, MASWing telah mengendalikan perkhidmatan sebanyak 20 buah destinasi di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan tujuh buah pesawat Fokker 50 dan juga lima buah pesawat Twin Otter yang dipajakkan daripada MASWing seperti berikut: (i) Sabah ada enam destinasi iaitu Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Kudat; dan (ii) Sarawak ada 16 destinasi iaitu Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Limbang, Mulu, Marudu, Mukah, Lawas, Bario, Bakalalan, Long Akan, Long Bangga, Long Sardin, Long Lalang dan Tanjong Manis. Kementerian Kewangan telah pun menetapkan bahawa kerajaan oleh Kementerian Pengangkutan membayar sewa panjakan masing-masing sebanyak USD40 sebulan bagi sebuah pesawat Fokker 50 dalam tempoh tiga tahun. Sementara USD20 sebulan bagi sebuah pesawat Twin Otter, tempoh pajakan 50 tahun. Berdasarkan kepada kadar pasaran semasa, terus kepada MASWing dan bayaran dimasukkan sebagai salah satu daripada skop perjanjian RAS yang telah ditandatangani di antara Kementerian Pengangkutan dengan MASWing. Tuan Pengerusi, tambahan peruntukan perbelanjaan mengurus bagi Maksud B.28, Kementerian Pengangkutan sebanyak RM18 juta adalah bagi menampung pembayaran sewa pajakan tujuh pesawat Fokker 50 dan...
Minta laluan. Saya hendak tanya sikit sahaja Yang Berhormat. Apakah kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan udara luar bandar daripada Kota Bharu ke Gua Musang? Sebab Gua Musang ini di kira kawasan yang juga terpencil dan melalui jalan raya juga agak jauh. Jadi, dulu ada lapangan terbang kecil yang boleh digunakan. Apakah tidak termasuk dalam pertimbangan kementerian? Terima kasih.
Tuan Pengerusi, setakat ini perkhidmatan luar bandar ini adalah hanya untuk Sabah dan Sarawak tapi kalau sekiranya ada keperluan daripada Kota Baharu ke Gua Musang, pihak kementerian ataupun MAS akan cuba membuat kajian sama ada keperluan atau tidak.
Okey, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju, duduk dulu Yang Berhormat Wangsa Maju. Kalau tidak ada persoalan-persoalan yang benar-benar perlu untuk dijawab, saya mohon kerjasama kerana kita ada beberapa kementerian lagi dan kita cuma ada masa beberapa jam lagi. Terpaksa kita habiskan sebelum sampai jam berapa, jam berapa. Bulan Ogos ada lagi persidangan bajet. Jadi mana yang difikirkan sekadar nota sahaja waktu bajet nanti keluarkan semua macam air deras keluar daripada empangan yang pecah. Sila menteri, tolonglah.
Tidak bagi peluang Tuan Pengerusi, oleh kerana dikasi itu...
Saya tahu Yang Berhormat Wangsa Maju, saya tahu itu. Kadang-kadang idea kita keluar pada masa begini tetapi kita juga harus pandai menjimatkan masa. Kenapa? Apabila ini tidak selesai terpaksa kita tunda di persidangan akan datang.
Tuan Pengerusi, oleh kerana ini wang, wang ini bukannya sedikit, RM18 juta.
Ya, RM18 juta. Jadi bermakna kalau dia juga tidak berapa berkenaan dengan soalan, saya juga berhak untuk tahan soalan-soalan itu kerana soalan yang dikemukakan adalah terkeluar daripada persoalan RM18 juta. Persoalan RM18 juta, Yang Berhormat Pasir Mas minta bolehkah perkhidmatan udara dibuat di Gua Musang. Itu sudah lain tidak termasuk di sana. Seolah-olah dalam masa perbahasan dasar.
Ya, itu Yang Berhormat Pasir Mas.
Okey, saya dengar sekarang sama ada Yang Berhormat Wangsa Maju tepat atau tidak, sila.
Gerenti tepat Tuan Pengerusi.
Jangan gerenti saya dengar dahulu, saya yang membuat keputusan.
Ya, tetapi saya ingin...
Pasal RM18 juta.
Ya RM18 juta ini.
Sila.
Ini kerana apa yang disebut di sini kadar sewa pajakan tujuh pesawat Fokker 50, dan lima pesawat Twin Otter ini. Oleh kerana ini yang kita tahu semasa MAS ataupun MASWing mengambil alih daripada FAKS untuk RAS Services ini, MAS mengambil alih tujuh pesawat Fokker juga. Akan tetapi pada masa mengambil alih ini, semua Fokker itu un air worthy, sudah rosak dan satu lagi enam un air worthy, satu telah di kanibalisme, ini sudah diketahui umum, MASWing. Kerajaan perlu membayar RM35 juta untuk membaiki tujuh pesawat ini.
Okey, soalan Yang Berhormat berkenaan RM18 juta ini.
Soalannya, saya hendak tanya sama ada RM35 juta ini termasuk di dalam RM18 juta ini ataupun kenapakah kerajaan tidak menuntut RM35 juta ini daripada FAKS subsidiary AirAsia? Terima kasih.
Terima kasih.
Sebenarnya soalan Yang Berhormat Wangsa Maju pun sudah terkeluar. Saya mengatakan bahawa RM18 juta ini adalah untuk perkhidmatan luar bandar. Saya juga ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Machang. Saya tidak mempunyai rekod seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Machang, tentang berapa, adakah pesawat tersebut telah diservis sepenuhnya atau diperbaiki sepenuhnya dan siapa yang membayar harga servis dan juga berapakah kos pembaikan. Jadi soalan ini adalah datang secara spontan Tuan Pengerusi. Saya mengaku saya tidak ada figure di sini tetapi saya berjanji akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Machang. Begitu juga bagi Yang Berhormat Wangsa Maju. Dia tanya tentang subsidiary RM60 juta. Ini pun soalan secara mendadak ataupun sepontan yang dibawa oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya berjanji kepada Yang Berhormat, kementerian saya tidak akan melengah-lengahkan jawapan, kita bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Sila teruskan menteri.
Bagi menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat Selayang. Sebanyak 20 ATR yang telah pun dibeli oleh MAS dan ini akan tiba yang pertama pada September 2008. Sementaranya yang lain akan sampai pada tahun 2010 menggantikan perkhidmatan Fokker 50. Seperti didakwa oleh Ahli Yang Berhormat Kapit bahawa, kapal-kapal ini sudah pun terlalu tua dan mungkin juga seperti cadangan daripada Yang Berhormat Kapit tidak memberikan keselesaan kepada penumpang-penumpang dan juga kepada anak-anak kapal. Bagi cadangan dan soalan daripada Yang Berhormat Kapit bahawa pihak MASWing telah pun menambah tujuh buah ATR juga sebagai langkah-langkah rancangan untuk menggantikan pesawat Fokker 50 dan juga Twin Otter. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM18,000,000 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM18,000,000 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Batu Gajah. Jangan terlampau panjang Yang Berhormat Batu Gajah, ini sudah petang Yang Berhormat Batu Gajah.
Ya, saya akan teruskan. Saya tahu ini peringkat jawatankuasa. Terima kasih Tuan Pengerusi atas nasihat. Saya ingin menarik perhatian kepada RM130 juta untuk kos pelaksanaan perlanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia dan projek pelancongan Eye on Malaysia. Saya hendak tahu keseluruhan kempen ini, kempen Tahun Melawat Malaysia telah mengguna pakai berapa perbelanjaannya dan tahap pencapaian kempen ini. Saya juga ingin fokus kepada projek pelancongan Eye on Malaysia. Sebelum ini dalam tahun lepas saya pernah bangkitkan berkenaan projek Eye on Malaysia ini yang di mana kerajaan telah menurut laporan telah menggunakan RM30 juta untuk sewa Eye on Malaysia ini. Saya hendak tahu keseluruhannya projek pelancongan Eye on Malaysia iaitu view Eye of Malaysia ini setakat ini, berapakah kos perbelanjaannya dan saya hendak tahu berapa pelawat yang telah melawat Eye on Malaysia ini dalam negara dan luar negara? Berapakah tiket yang telah dibeli oleh kementerian-kementerian, kerajaan daripada syarikat yang diberi projek ini bagi memastikan bahawa perniagaan berjalan bagi Eye on Malaysia ini dan memandangkan negeri Melaka telah mengambil alih Eye on Malaysia ini dan kononnya ada laporan menyatakan ia akan mengguna pakai juga perbelanjaan untuk merobohkan Eye on Malaysia ini? Jadi dengan ringkas keseluruhan Eye on Malaysia, berapa perbelanjaan diguna pakai? Jika kementerian kata Eye on Malaysia ini berjaya, mengapakah ia tidak diteruskan sebab kita nampak di Singapura, dia ada Singapore Flyer. Di mana mereka mengguna lima tahun untuk merancang, membina tetapi Eye on Malaysia satu setengah tahun sahaja Tuan Pengerusi dan dengar laporan ada RM30 juta untuk bayar sewa. Kalau berjaya mengapa tidak kekalkan, kalau tidak ini di mana kesilapan dan apakah ini pembaziran sebenarnya. Jadi saya pohon data-data tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Batu. Selepas Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan item ketiga ini sebanyak RM12 juta bagi membiayai kempen pengiklanan di Singapura, Kazakhstan, Indonesia dan Visit Malaysia Year. Saya ingin tahu apakah hubungan kita Malaysia ini dengan Kazakhstan? Bagaimana potensi pelancong-pelancong dari Kazakhstan datang ke Malaysia serta berapa kalau kita ada breakdown pengiklanan untuk Kazakhstan ini? Apakah justifikasi yang digunakan oleh kerajaan supaya kita mengiklankan di Kazakhstan dan tumpu dalam ini? Adakah hanya kerajaan sedang jumpa satu pasaran yang begitu besar sehingga kita perlu pengiklanan di Kazakhstan tetapi bukan di negara-negara Eropah, China, India dan negara-negara yang lain? Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga membangkitkan B.31 ini ialah tentang Butiran Tiga sahaja iaitu perbelanjaan tambahan sebanyak RM12 juta untuk kempen pengiklanan di Singapura, Kazakhstan, Indonesia dan juga travel fair yang dibuat di Singapura. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah dari segi penjenamaan ini, iklan yang dipasang di Singapura ini. Apakah kita masih mengekalkan penjenamaan Malaysia Truly Asia ini ataupun, apakah kita ada cadangan untuk tukarkan sahaja Malaysia unik di Malaysia. Oleh sebab saya tahu, bahawa orang Singapura dia memang ramai datang ke Malaysia lebih kerana perkara lain seperti makanan dan tidak lebih daripada itu. Sebab itu kalau kita lihat kereta Singapura ini ia banyak di Johor dan di Kuala Lumpur. Saya nampak ia tidak pergi jauh sampai ke Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Jadi sebab itulah saya membangkitkan perkara ini sebab apa yang saya dapati iklan-iklan yang ada di Singapura itu dia seolah-olah kita bukan menjual budaya kita, kesenian kita, sejarah dan keindahan semula jadi. Jadi sebab itulah saya takut ini tidak begitu berkesan. Saya mengambil contoh Singapura mengadakan F1 di waktu malam. Jadi, apakah sebenarnya kita mengambil peluang daripada kalendar F1 Singapura itu untuk kita menarik pelancong masuk ke negara kita terutamanya ke Johor sebab Johor itu pun banyak kawasan yang menarik sebenarnya? Itulah saya menanyakan persoalan ini ialah sebab apabila berlaku F1 di tempat kita, Singapura yang mengambil untung sebab mereka turun di Singapura terlebih dahulu. Sebab itulah kalau kita lihat tadi sebagai contohnya Indonesia di Bali, oleh sebab Bali tidak ada direct flight daripada negara Eropah, tetapi mereka transit di Kuala Lumpur dan mereka terus ke Bali bukan maksudnya mereka akan tinggal dua, tiga hari di Kuala Lumpur. Jadi ini perkara yang ingin saya tanyakan. Terakhir ialah tentang levi kereta Singapura yang masuk ke Malaysia. Saya ingat lagi tahun lalu Menteri Pelancongan kita sebelum ini ada mengatakan, bahawa levi akan dikenakan pada kereta-kereta Singapura yang masuk ke Malaysia. Ini diumumkan oleh Menteri Pelancongan, tetapi saya lihat hingga ke hari ini pun kita tidak lagi melaksanakannya. Jadi saya ingin maklumat tentang perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya mengenai Maksud B.31 item dua ini mengenai sebanyak RM25 juta penambahannya. Apa yang saya hendak tahu dari menteri ialah mengenai, adakah dalam jumlah ini kita agih-agihkan untuk setiap negeri kerana apa yang saya tahu macam negeri Sarawak tahun lepas dari industri pelancongan sahaja kita dapat mengutip sebanyak RM4.6 bilion? Jadi, saya hendak tahu sama ada dari RM25 juta ini kita mengagihkan untuk setiap negeri untuk industri pelancongan? Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas. Selepas Yang Berhormat Pasir Mas Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, mengenai Maksud B.31. Saya hendak minta pecahan perbelanjaan RM130 juta, iaitu berapa kos yang digunakan untuk perlanjutan kempen di luar negara untuk Tahun Melawat Malaysia dan berapa kos dibelanjakan dalam negara dan kos projek pelancongan Eye On Malaysia, bermakna ada tiga perkara ini. Saya hendak tahu apakah dalam kempen perlanjutan Tahun Melawat Malaysia di luar negara? Apakah Kelantan diketengahkan sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi pelancongan yang diminati oleh pelancong, kerana keindahan alamnya yang cantik, pantai, bukit, gua dan orang-orangnya pun baik-baik, ramah mesranya cukup hebat? Alhamdulillah.
Adakah dibawa macam Menora, Mak Yong, Puteri, yang ini semua ini adalah unsur-unsur budaya yang boleh dicommercializekan, yang boleh dijadikan bahan untuk tarikan pelancongan? Sebab saya kira Kelantan mempunyai potensi yang cukup baik. Janganlah kerana perbezaan politik, Kelantan diketepikan kerana ianya boleh membawa faedah yang banyak kepada Malaysia sebab pelancong luar Tuan Pengerusi, daripada Eropah semua ini dia bukan hendak tengok bangunan-bangunan besar lagi, tempat mereka sudah banyak. Hiburan-hiburan mereka tidak perlu. Mereka come here, dengan izin, they want to be closed to the nature. Macam kalau pergi ke Sabah dia hendak tengok, hendak naik Gunung Kinabalu, dia hendak tengok hutan, dia hendak tengok air, dia hendak dengar bunyi burung-burung, dia hendak macam ini. Ini yang mereka perlukan bukan lagi suasana bandar yang bising dan pelancong-pelancong ini pula saya tengok orang-orang yang dewasa, suami isteri berpimpin tangan, very loving saya tengok, orang Jepun saya tengok. Ini yang patut kita sasarkan, yang saya hendak tahu. Selepas itu dari segi perbelanjaan pula Tuan Pengerusi, ini penting pasal banyak. Perbelanjaan Kementerian Pelancongan ini untuk promosi pelancongan ia bukan macam melaksana tender-tender kontrak ini, ia lebih kepada ad hoc punya decision. Maknanya by quotation, kalau ada acara-acara, event-event. Jadi saya hendak tanya, apakah banyak perbelanjaan di dalam kempen ini termasuk yang kedua, RM25 juta ini dibuat secara ad hoc basis. Kalau ad hoc basis, apakah ianya di outsourcing? Kalau outsourcing, berapa syarikat yang dapat peluang? Jangan ditompokkan di satu syarikat sahaja supaya banyak syarikat diberi peluang untuk menjadi event manager atau pengurusan. Sebab saya dengar rungutan di luar, katanyalah mungkin betul mungkin tidak betul, hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang ada kabel, dengan pihak-pihak tertentu mereka diberi peluang lebih, buat iklankah, buat buku iklankah, buat buku cenderamatakah, jadi golongan-golongan tertentu. Jadi itu sahaja yang saya hendak bangkit Tuan Pengerusi supaya ianya boleh dilihat, di samping kita berbelanja untuk program pelancongan ini, ia juga boleh menentukan perbelanjaan yang diurus secara amanah. Jadi saya lupa tadi sedikit yang RM25 juta ini apakah produknya, produk acara-acara pelancongan ini? Sebab sebelum ini saya tengok kalau di Kelantan yang dalam negeri, depa dok buat jamuan makan Tuan Pengerusi. Jamu makan sana, jamu makan sini, ada sekali skala bagi kain pelekat sesama sendiri, pelancong tidak datang. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak sentuh sedikit tentang Eye On Malaysia. Saya hendak tahu, apakah rasionalnya Kementerian Pelancongan menggunakan sebahagian wang peruntukan ini memberi harga tiket sebanyak RM5.2 juta dari syarikat yang mengendalikan Projek Pelancongan Eye On Malaysia dan kemudiannya diagih kepada kementerian yang lain? Adakah tindakan ini hanya semata-mata hendak menyelamatkan syarikat itu yang dikatakan mengalami masalah kewangan? Sejauh manakah Eye On Malaysia ini dapat menarik pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri? Kalau ianya betul- betul dapat menarik pelancong, mengapa syarikat yang mengendali mengalami kerugian, dan mengapa projek yang hanya dirancang setahun kemudian dilanjutkan setengah tahun lagi? Mengapa kita tidak merangka atau membina satu Eye On Malaysia yang kekal selama-lamanya seperti mana yang berlaku di negara lain, seperti England dan juga Singapore? Mohon diberi penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Pengerusi. Saya ingin jugalah berbahas atas Maksud B.31. Tadi kita sudah dengar banyak tentang Eye On Malaysia, saya ingin bertanya sedikit juga mengenai projek ini. Tuan Pengerusi, Eye On Malaysia dikatakan satu projek yang berjaya. Kelmarin Yang Berhormat Menteri ada katakan ini di Dewan yang mulia ini, dan juga penganjur Eye On Malaysia ini semasa perbincangan dengan Kerajaan Negeri Melaka, juga mengatakan ini akan membawa keuntungan besar kepada negeri Melaka, jika Melaka menyewa atau membeli dengan terus projek ini. Selepas Melaka membelanjakan RM4.3 juta untuk Eye On Malaysia, sekarang satu persoalan telah ditanyakan di rakyat Melaka ini, betulkah Eye On Malaysia ini boleh mendapatkan keuntungan kepada negeri Melaka? Saya ingin tahu tentang syarat-syarat yang terikat dengan kontrak semasa kementerian yang menyewa projek ini. Dan tadi Yang Berhormat Batu Gajah dan juga dari lainnya menanya tentang pendapatan atau kutipan oleh projek ini dan juga sewaan. Saya harap bahawa jawapan yang diberi oleh kementerian ini dapat dengan jelas. Kita tahu adakah keputusan oleh Kerajaan Negeri Melaka ada betul ke tidak atas projek ini. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
Timbalan menteri menjawab.
Berkenaan Sarawak boleh sedikit? Terima kasih Tuan Pengerusi saya hanya menyentuh Maksud B.31 Perkara iii sebanyak RM12 juta untuk membiayai kempen pengiklanan. Soalan saya ataupun sebelum itu kita di Sarawak ataupun di Malaysia ada satu produk pelancongan yang begitu special, terulung, termasyhur, tidak ada yang sama di dunia ini iaitu Gunung Mulu, Gua Mulu bukan gunung. Saya ingin bertanya berapakah telah dibelanjakan oleh kementerian selama ini untuk mempromosikan Gua Mulu ini? Dan juga oleh kerana Gua Mulu ini adalah semula jadi kita tidak membelanjakan beratusan juta untuk kita mewujudkannya. Kita cuma akan berbelanja sedikit untuk kita membangunkan infrastruktur membawa, memudahkan pelancong pergi ke sana dan balik. Mengapakah kerajaan ataupun kementerian tidak menumpu perhatian yang sepatutnya kepada pembangunan untuk kita meraih potensi yang sebenarnya, yang berpotensi begitu besar produk pelancongan Gua Mulu ini. Jadi cadangan saya silalah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini ataupun tahun yang akan datang bagikan, bolehkah kementerian ini untuk mendapat lebih banyak peruntukkan untuk kita membangunkan ataupun mempromosikan Gua Mulu ini sebagai produk pelancongan di negeri Sarawak dan di Malaysia juga. Terima kasih.
Ya terima kasih Yang Berhormat. Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya hendak tanya sedikit berapa lama saya diberi untuk menjawab ini sebab kalau dilihat dengan soalan-soalan tadi sampai pukul 9.00 pun boleh.
Yang Berhormat kalau dapat disiapkan dalam 15 minit itu elok.
15 minit, saya cubalah. Tuan Pengerusi program yang dijalankan untuk RM12 juta bagi pembiayaan kempen pengiklanan di Singapura, Kazakhstan, Indonesia dan Visit Malaysia Year dengan izin, Travel Fair di Singapura. Antara program yang dijalankan ialah Program Insentif Visit Malaysia Year sebanyak RM865,000 pada Travel Fair Singapura. Peruntukan ini telah digunakan untuk menjalankan Travel Fair Singapura. Jumlah pengunjung adalah dianggarkan 30,000 orang. Program yang telah dilaksanakan di lokasi berkenaan adalah Suntex Singapore International Convention and Exhibition Centre. Program telah membantu dalam peningkatan kedatangan pelancong dari 9,656,251 orang pada tahun 2006 ke 10,492,692 orang pada tahun 2007. Seterusnya pengiklanan bersama Luxury Tours and Travel Pte Singapura peruntukan RM1,422,308 peruntukan ini telah digunakan untuk menjalankan kempen pengiklanan luaran di 30 buah bas persiaran Syarikat Luxury Tours and Travel Pte Limited. Strategi pengiklanan dilihat dapat memberi kesedaran dan peringatan yang sangat tinggi untuk Malaysia di pasaran ini. Kempen Rasa Sayang Malaysia September hingga Disember 2007, peruntukan sebanyak RM6,728,125. Kempen Rasa Sayang Malaysia telah dilancarkan pada 4 September 2007. Kempen ini adalah sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Objektif bagi kempen ini adalah untuk menyuntik semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menggalakkan mereka menjemput rakan-rakan niaga dan keluarga di luar negara untuk melawat dan melancong ke negara ini. Program insentif Visit Malaysia Year pengiklanan di pasaran Kazakhstan peruntukan sebanyak RM1,237,726 pengiklanan di pasaran Kazakhstan berlaku dari bulan September hingga November 2007. Kempen pengiklanan paparan pengeluaran untuk pasaran Jakarta, Surabaya, Bali, Banda Acheh dan Medan peruntukan sebanyak RM1,184,302...
Menteri, Timbalan Menteri.
Dia masih baca senarai itukan? Masih?
Tadi ada minta breakdown.
Yang Berhormat sudah habis baca senarai?
Banyak lagi.
Ha, tunggu Yang Berhormat ya.
Untuk... [Mencari teks] Kalau boleh tanya dahulu.
Bolehlah bagi.
Soalan saya yang tadi belum dijawab ialah Kazakhstan. Apakah alasan kita pergi ke Kazakhstan dan juga apa significant pada musim itu kita bagi iklan, mengapa tidak Turkmenistan atau tempat-tempat lain. Terima kasih.
Tuan Pengerusi soalan- soalan ada jawapannya tetapi soalan yang pertama hendak dijawab dahulu...
Okeylah tunggulah Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat Menteri kata itu tunggulah, tetapi kalau yang banyak sangat Yang Berhormat Menteri minta dipendekkan sedikit.
Okey. Kalau Yang Berhormat dapat kita jawab secara bertulis soalan yang tadi mengenai breakdown.
Ya saya bersetuju Yang Berhormat.
Untuk Kazakhstan, Kazakhstan adalah negara yang berpotensi tinggi, populasi negara Kazakhstan adalah lebih kurang 15 juta orang, growth rate sebanyak 0.33% di 2007. Dan ada berkaitan dengan relationship untuk rakyat Kazakhstan datang ke sini seperti mana kerajaan Malaysia telah pergi ke Kazakhstan dahulu.
Timbalan Menteri bolehkah beri maklumat berapa ramai pelancong datang dari Kazakhstan selepas kempen ini? Kalau boleh juga tanya sama ada kita survey potensi ke Mongolia tidak?
Seramai 2,270 orang dari Kazakhstan telah datang ke Malaysia. Mana tadi, sudah hilang sudah. Untuk pelancongan Tuan Pengerusi, kita melihat negeri-negeri mana yang patut kita membuat promotion dan kita telah melihat di manakah tempat-tempat yang senang dipromosikan dengan kurang wang dan sebanyak impak supaya pelancong- pelancong datang ke Malaysia. Kazakhstan adalah yang dilihat sebagai negeri yang berpotensi untuk mendatangkan pelancong dari negeri sana. Untuk Eye On Malaysia, ini hot topic, tetapi mata semua tidak pandang sini. Tuan Pengerusi, kutipan keseluruhan untuk Eye On Malaysia ialah lebih kurang RM1.5 juta. Breakdown tidak payah la. Belian tiket Eye On Malaysia pada tahun 2007. Tujuan pembelian diberi kepada agen-agen pelancongan serantau regional yang menggunakan tiket Eye On Malaysia sebagai insentif bagi menggalakkan lebih ramai pelancong-pelancong asing membeli pakej lawatan ke Malaysia. Di samping itu, tiket juga diberi kepada sekolah-sekolah terpilih di Singapura bagi menarik lawatan school excursion dengan izin, oleh murid-murid sekolah. Promosi Malaysia Truly Asia masih diteruskan...
Minta penjelasan. Eye On Malaysia.
Penjelasan Eye On Malaysia.
Silakan.
Yang Berhormat, tadi saya minta pecahan-pecahan, bukan sekadar kutipan sahaja tetapi perbelanjaannya. Kesemua pelaksanaannya, sewanya, kos membinanya, kos merobohkannya, maintenancenya. Selain daripada itu, tiket-tiket yang dibeli, berapakah jumlah yang diberi oleh kementerian sendiri untuk diberi secara percuma? Kalau memandangkan Eye On Malaysia boleh menarik pelancong, tak kan ambil peluang ini beri tiket. Kalau berpandangan tiket percuma, kita tidak payah guna taktik sedemikian. Ini sudah salah taktik. Ini bazirkan wang untuk mengayakan syarikat- syarikat tertentu...
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengatakan di sini bahawa...
Jadi, kalau Yang Berhormat beri jawapan baik-baik... [Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat, cara menarik pelancong ada macam-macam cara. Ada satu sahaja. Tak kan kita hendak buat macam promosikan Mulu sahaja. Kita mahu promosi banyak cara. Ada yang beri insentif, ada yang beri kepada ejen-ejen, banyak lagi ada. Untuk pengetahuan Yang Berhormat...
Minta laluan Yang Berhormat.
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, semalam.
Tuan Pengerusi, kalau saya tidak jawab, sampai malam.
Cukup Yang Berhormat.
Eye On Malaysia. Soalan sedikit tetapi ini penting. Ini kerana semalam saya telah mengemukakan satu isu yang mana Kementerian Pelancongan telah membeli 500,000 tiket.
I already explain...
The question was, is that a bail out?
It is not a bail out. It is a promotion, dengan izin.
[Bercakap tanpa pembesar suara] ...Surat khabar tempatan dan juga termasuk blog dan sebagainya menyatakan bahawa this was a bail out.
Tuan Pengerusi...
Duduk Yang Berhormat.
Blog adalah dalam Internet. Dalam Internet, macam-macam claim boleh dibuat dan...
[Menyampuk]
Itu spekulasi sahaja.
Yang Berhormat duduk. Belum habis pun.
Tuan Pengerusi, spekulasi janganlah dibawa ke Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat, minta penjelasan. Boleh kita sama-sama dalam Dewan ini pastikan spekulasi ini dilenyapkan. Bagi jawapan kementerian.
Sudah dijawab tadi Yang Berhormat.
Mana ada jawab perbelanjaan pecahannya. Mengaku ke tidak 500,000 tiket diberi kerana bail out.
Ini bukan bail out. Ini promosi.
Jadi berapa perbelanjaan keseluruhan Eye On Malaysia ini?
Keseluruhan, saya akan menjawab soalan.
Yang Berhormat Batu Gajah.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat, saya akan jawab...
Tunggu, tunggu. Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu lah. Dengar dahulu.
[Bercakap tanpa pembesar suara] ...jawab tidak bersedia.
Tidak dengar.
Bail out ke tidak bail out?
Tidak apalah, tidak apalah.
Saya kata Yang Berhormat Timbalan Menteri selalu datang dalam Dewan menjawab tidak bersedia.
Yang Berhormat, if you allow me to speak in English, I will speak very well in English kalau dengan izin.
Saya tidak minta bahasa Inggeris.
Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat
...Datang dalam Dewan tidak bersedia dengan jawapannya. Ini perkara sangat khusus. Eye On Malaysia!
Yang Berhormat, kalau...
Yang Berhormat Batu Gajah, saya dengar juga pertanyaan dan Menteri kata dia hendak jawab. Duduk la dahulu.
Jangan buang masa, straight to the point. Jawab!
Berapa banyak soalan tadi, who is wasting time?
Yang Berhormat Menteri, jangan dengar sangat la. Carry on sahaja jawapan itu.
Yang Berhormat, soalan berapakah harga keseluruhan yang dibayar untuk Eye On Malaysia? Pada tahun 2007 sebanyak RM43 juta dibelanjakan dan untuk tahun 2008 berjumlah RM9 juta. [Ketawa] Yang Berhormat cukup?
Pohon serius Timbalan Menteri.
Saya pohon yang lebih mendalam pecahannya.
Hendak mendalam pecahan lagi?
Sewa berapa, maintenance berapa, pelaksanaan berapa?
Berapa dalam dia hendak.
Yang Berhormat, kita bayar RM52 juta, kutipan baru RM1.5 juta. Yang Berhormat, Yang Berhormat don’t play in the House!
Baik Yang Berhormat.
Yang Berhormat, dengan izin the question here is you want the break down. If you want the break down, I can give the break down but I can tell you for a fact, the rest of Yang Berhormat here, will be quite annoyed because their question may not be answered, dengan izin.
Sudahlah Yang Berhormat Kota Melaka duduklah. Tolonglah Yang Berhormat.
Berlainan sedikit Tuan Pengerusi.
Tidak apa, yang lain demikian lainlah.
Jadi, Yang Berhormat.
Terima ugutlah saya.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sahaja yang interested dengan break down, saya akan menjawab secara bertulis.
Syarat-syarat utama dari yang mengikat dengan perjanjian. Ssaya hendak kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat jawab tentang syarat-syarat yang terikat dengan perjanjian itu atau sewaan itu.
Tuan Pengerusi, soalan- soalan dengan izin ridiculous ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan ridiculous sebab negeri Melaka akan belanja RM43 juta untuk bina Eyes On Malaysia. Kita mesti mahu tahu ini akan...
Ini kerana sebab...
...Bawa keuntungan ke negeri Melaka atau tidak. Kalau satu projek yang gagal, takkan kita nak Melaka bawa satu projek yang gagal. Sebab itu kita nak tahu. Jangan katakan ini ridiculous. Ini amat penting kepada negeri Melaka.
Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi.
[Menyampuk] Bawa balik ke Kuching lah.
Yang Berhormat Kota Melaka, duduklah. Tolong.
Tuan Pengerusi, di Malaysia, kita telah menambahkan bilangan pelancong sebanyak 19.5% daripada 17.54 juta ketibaan pada tahun 2006 ke 20.97 juta ketibaan pada tahun 2007. Secara keseluruhan, pendapatan yang diperolehi daripada pelancongan asing telah bertambah sebanyak 27.1% daripada 36.27 bilion pada tahun 2006 kepada...
Yang Berhormat Menteri.
...Kepada 46...
Saya minta jalan.
Tak habis cakap lagi, tunggu sebentar!
Boleh saya tunggu tapi bagi peluang ya.
Yang Berhormat Kota Melaka, duduklah.
Pada tahun 2007, sebanyak 46.09 bilion. [Dewan riuh] [Ketawa]
Kerana Eyes On Malaysia? [Ketawa]
Tuan Pengerusi.
Itu yang saya nak tanya. Adakah kerana Eyes on Malaysia. [Ketawa]
Saya tak habis lagi. Tunggu saya habis cakap dulu. Kalau tidak sampai pukul 12 malam semua kita di sini. [Dewan riuh] [Ketawa]
Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan telah berbuat secara banyak yang mungkin untuk meningkatkan pelancong datang ke Malaysia dan untuk membeli belah, spending money dengan izin. Keseluruhan ekonomi untuk negara kita maju, RM40.09 bilion ini bukan masuk ke Kementerian Pelancongan, ia masuk ke ekonomi Malaysia. Kalau tak salah saya, kutipan ini adalah nombor tiga dalam GDP kita. [Ketawa]
Sekarang boleh minta jalan?
Sila.
Okey. Tuan Pengerusi, saya ingin nak tanya Timbalan Menteri, adakah selepas angka-angka yang diberi ini bahawa Timbalan Menteri katakan Eyes On Malaysia ini berjaya, satu projek yang untung? Adakah ini yang timbalan menteri katakan bahawa Eyes On Malaysia ini satu projek yang betul- betul membawakan hasil dan keuntungan kepada sektor pelancongan?
Yang Berhormat, kalau kita lihat kos Petronas Twin Towers, itu adalah produk pelancongan juga. Twin Towers tertinggi di dunia dengan izin Tuan Pengerusi, Twin Towers. Jadi kita fikirlah ikon ini menarik pelancong datang ke negara kita. Ikon seperti Mulu juga menarik pelancong datang ke Malaysia. Kita di kementerian memang selalu mencari jalan untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Kos-kos yang dibayar untuk menarik pelancong ke Malaysia dapat dilihat dengan kepulangan duit ke ekonomi kita, ekonomi Malaysia. Bukan ekonomi Barisan Nasional, bukan ekonomi Pakatan Rakyat.
Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi.
Apa Yang Berhormat? Apa Yang Berhormat? Tak apalah.
Duduklah.
Teruskanlah, teruskan.
Awak duduklah dulu.
Saya tidak mahu bantuan.
Jadi yang tanya soalan- soalan tadi sekarang nampak minta cara bertulis.
Esok kasik.
Tuan Pengerusi...
Boleh lagi sambung sikit ke?
Tak payahlah Yang Berhormat Kota Melaka, sudahlah. Cukup Yang Berhormat. [Ketawa]
Bukan, belum habis lagi.
Saya tahu Yang Berhormat Kota Melaka belum habis cakap.
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, yang akhir saya nak tanyakan jika projek itu sebegitu berjaya, mengapa tak nak teruskan. Mengapa macam baik hati jual kepada Melaka dengan RM43 juta sahaja?
Sebab dia bodoh.
Jual dengan terus, bukan sewa.
Baik Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan bukan mahu highlight Kuala Lumpur sahaja, bukan sahaja mahu promote Langkawi, Penang, tetapi mahu dipromotekan seluruh negara. Jadi, kalau Melaka mahukan Eyes On Malaysia jadi Eyes On Malacca, biarkan. Lagi banyak pelancong akan pergi ke Melaka.
[Bangun] [Tepuk]
Nak tanya lagi?
Ha, boleh. Nak, nak lagi. Sedikitlah.
Okey.
[Bangun]
Yang Berhormat Melaka, sudahlah Yang Berhormat Melaka. Kalau Yang Berhormat betul sayang dengan Eyes On Malaysia itu, sayang dengan Melaka itu, tolong promote jugalah. Bantu kementerian. Tugas kita Yang Berhormat, tugas bersama. Ya.
Tuan Pengerusi, saya mahu memohon semua Yang Berhormat, kalau kita memang serius dalam kementerian-kementerian, kalau kita fikir kita tidak berapa puas, saya fikir Belanjawan 2009 bulan lapan nanti, ada peluang lagi. Kalau macam cara sekarang, macam cuma kita cerita saja, kelentong saja pun buang masa. [Dewan riuh] Kalau boleh saya minta...
[Menyampuk] Tarik balik, tarik balik.
Saya minta semua bekerjasama pasal kita ada banyak lagi kementerian. So, saya minta macam saya cadanglah, semua menteri, timbalan menteri ke jawab, kita terus ringkas sajalah. Direct to the question.
Okey.
Apa-apa soalan tanya daripada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
[Menyampuk]
Ha, tak apa. Yang Berhormat, gulung sajalah Yang Berhormat. Gulung. Oleh kerana persoalannya pun bukan banyak sangat iaitu Eyes On Malaysia, lepas itu program acara-acara pelancongan dan program pelancongan dan lawatan Kazakhstan dan sebagainya. Saya ingat biar ringkas sajalah, detail itu kalau Yang Berhormat...
Ini saya ingat kalau pembangkang dia mogok, dia keluar lagi cepat saya tengok. [Ketawa]
Kita beri secara bertulislah Yang Berhormat. Yang detail banyak sangat itu. Saya tahu kalau details yang banyak sangat, dibacakan semua sekali, saya ingat satu malam pun tak habis.
Jadi Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menanyakan soalan. Soalan-soalan yang tidak dijawab akan dijawab secara bertulis. Terima kasih. [Tepuk]
Saya dengar tepuk itu mesti semua bersetuju lepas ini ya. [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM167,000,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM167,000,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Ini orang kata ada baca sikit ini. Ada baca, itu semua bersetuju. [Ketawa]
Kepala Bekalan B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Segambut.
Yang, terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan pertama saya mengenai lebih daripada RM2 juta yang diminta oleh Kementerian Wilayah Persekutuan adalah tambahan jumlah ini dikehendaki untuk perbelanjaan sempena sambutan Hari Wilayah yang baru lepas. Saya hendak tanya kenapa Kementerian Wilayah Persekutuan enggan mendengar nasihat daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya mengelakkan apa-apa upacara atau aktiviti yang mewah bagi menjimatkan kos untuk long term benefit for the people, dengan izin Tuan Pengerusi. Isu kedua yang saya hendak tanya kepada Kementerian Wilayah Persekutuan ialah on one hand dengan izin Tuan Pengerusi. Kementerian Wilayah Persekutuan meminta tambahan sebanyak lebih daripada RM2 juta and on the other hand DBKL, selepas pilihan raya telah memasang parking meter yang baru di seluruh kawasan Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan bahawa hanya satu kawasan iaitu Setiawangsa yang tidak dipasang parking meter. [Disampuk] Ini bukan luar daripada tajuk sebab wang tambahan sebanyak RM2 juta ini boleh diberikan sebagai subsidi kepada rakyat. Jadi, pemasangan parking meter baru ini tidak diperlukan.
Tanyalah soalan...
Kalau tidak reti duduk sahajalah.
Baru selesai tanya dua soalan.
Bagus, Yang Berhormat.
Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Eh, Yang Berhormat Batu, hendak bagi you? Ini sudah gaduh siapa yang hendak bercakap dulu. Ha, Yang Berhormat Batu.
Terima kasih. Saya juga ada beberapa soalan dalam isu Hari Wilayah ini. Sambutan ini telah mengambil perbelanjaan sebanyak RM2 juta. Daripada acara-acara yang saya dapat daripada kementerian seolah-olah program-program ini tidak ada fokus. Kita tidak pasti apakah tujuan program-program ini sama ada untuk menjalinkan lagi silaturahim di antara masyarakat warga kota atau ini adalah program untuk menarik pelancong-pelancong asing. Saya juga ingin mendapat sedikit maklumat atau butir-butir tentang apakah breakdown program-program ini, sama ada program ini berpotensi komersial atau tidak? Kalau ada apakah sumbangan dari private sectors, dengan izin kepada program- program ini dari segi pengiklanan, sponsorship dan lain-lain lagi? Kalau sumbangan ini besar tidak mungkin perbelanjaannya hanya RM2 juta. Ia mungkin lebih besar daripada itu kerana ini adalah peruntukan tambahan. Jadi, kita hendak tahu kos sebenar kalau ditambah dengan sumbangan dari swasta. Terima kasih.
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Selepas ini Yang Berhormat Pasir Salak pula kacau. Ini bukan di Perak, ini di Wilayah Persekutuan. So, jangan kacaulah.
Wilayah pun Malaysia juga!
Memanglah! Walaupun kita ore kelate juga kan? Mengenai dengan tambahan yang sebanyak RM2 juta ini, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri ini mungkin tidak berapa layak sangat hendak beri jawapan oleh kerana Menteri sendiri tidak datang. Yang pentingnya apa yang kita tahu Kerajaan Persekutuan telah memberi arahan kepada semua agensi kerajaan dan juga kementerian untuk berjimat. Kalau kita hendak berjimat mengapa buat perbelanjaan yang banyak sedemikian. Adakah jumlah RM2.1 juta ini termasuk iklan untuk gambar Perdana Menteri yang di tepi bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu. Kita nampak, wah! ada gambar yang besar itu, gambar Perdana Menteri supaya memperingatkan kita ini ada lagi Perdana Menteri dalam negara ini sama ada ia included dalam kos ini. Saya rasa tidak perlu kita adakan satu sambutan Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan kerana Jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pun tidak baik langsung, bermacam-macam masalah dan tuduhan korupsi dalam DBKL. Kita ada Menteri Wilayah Persekutuan tetapi tidak mengawal selia DBKL, mengapa? Buat apa kita ada satu Kementerian Wilayah Persekutuan dan kita perlu buat perbelanjaan tambahan lagi sebanyak RM2.1 juta seperti Yang Berhormat Batu telah tanya. Berapakah yang telah kita gunakan untuk sambutan Hari Wilayah? Adakah sambutan Hari Wilayah ini untuk memperkasakan imej kementerian ataupun kerajaan sahaja? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Selepas Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Menteri menjawab. Oh, ada Yang Berhormat Sungai Petani lagi hendak bercakap. Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya hendak cadangkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kalau boleh untuk menjimatkan kos supaya hari-hari seperti Acara Flora, Warna-warni Malaysia diadakan sama tarikh dengan Hari Wilayah. Kalau tidak, saya hendak tanya sampai bila Hari Wilayah ini hendak diadakan yang seolah- olah Sambutan Hari Merdeka yang sudah tidak perlu lagi. Akan tetapi kalau hendak dibuatkan juga untuk tujuan mempromosi Malaysia secara tidak langsung untuk menarik pelancong, jadi eloklah kalau dicari jalan supaya tarikh 1 Mei itu, di mana ada acara-acara pelancongan termasuk acara atau program Kempen Melawat Malaysia diadakan pada hari tersebut supaya menjimatkan kos. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani dan selepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas dan teman-teman yang lain tadi. Sebenarnya Hari Wilayah ini tidak payah dibelanjakan besar-besar sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri mempunyai facilities yang cukup banyak, contohnya kuda, tempat bersukan dan ada tasik. Namun kalau kita lihat di belakang-belakang, lorong-lorong kecil masih lagi banyak sampah yang tidak terkutip, tong-tong sampah yang berlubang, berulat, tikus yang banyak dan bermacam-macam problem. Saya rasa daripada kita membelanjakan duit dengan tari-menari dan sebagainya tunjuk kepada orang tetapi yang sebenarnya di belakang lorong-lorong kecil yang kotor itu, tidak ada gunanya.
Saya sokong!
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cadangkan supaya daripada kita membazir duit begini gunakan apa yang kita ada, dalam keadaan rakyat yang menderita ini. Hendak tunjuk kuda atau apa, kita ada semua itu tetapi duit itu lebih baiklah kita gunakan untuk service yang lain. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya kepada Yang Berhormat Batu, Wangsa Maju, Segambut dan Sungai Petani yang begitu prihatin terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya cuma tidak pasti sama ada Ahli-ahli Parlimen tadi menyoal mengenai perbelanjaan atau membuat keputusan untuk menuduh Kementerian Wilayah Persekutuan. Pertama, Ahli Yang Berhormat Segambut telah menyoal, mengapakah membelanjakan kos yang begitu tinggi sedangkan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengurangkan perbelanjaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kertas Perintah 11 Tahun 2008 telah mengatakan jumlah peruntukan ini telah didahulukan daripada kumpulan wang luar jangka sebab penjimatan belum lagi dapat dikenal pasti pada masa itu. Ini bererti Yang Berhormat perlu baca sebelum menyoal. Wilayah Persekutuan telah merayakan sambutan Ulang Tahun Wilayah Persekutuan pada 1 Februari sebelum isu-isu kenaikan harga minyak dan saranan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang kedua beliau telah menyoal mengenai meter parking dan saya rasa tidak ada kena mengena dan tidak perlu jawab sebab tidak ada kena mengena dengan Anggaran Perbelanjaan Tambahan maka saya elak. Yang ketiga soalan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju, Ahli Parlimen Batu yang menyoal sama ada Kementerian Wilayah Persekutuan fokus atau tidak? Beliau percaya kita tidak fokus kerana menggunakan wang begitu banyak dan beliau juga menyoal kenapa...
Duduk dulu Yang Berhormat.
Untuk correction so that kita tidak salah.
Duduk dulu Yang Berhormat.
Please ask when Speaker ask you to speak. Please sit down. Now the floor is mine, dengan izin. Saya tak bagi laluan Tuan Pengerusi.
Hanya fokus program yang ada dalam Hari Wilayah supaya ada fokus atau tidak.
Tuan Pengerusi, apabila saya belum menyebut apa programnya, jadi mana boleh Ahli Yang Berhormat tahu kita tidak berfokus. Ini cara Pembangkang.
Tak apa Yang Berhormat. Tak apa.
Menuduh tanpa berasas.
Tak apa, minta menteri teruskan jawapan.
Yang keempat, Ahli Parlimen Wangsa Maju, sahabat saya, dan seluruh Parlimen yang mulia ini telah diumumkan bahawa Yang Berhormat Menteri dalam cuti sakit. Tak perlulah bangkitkan kenapa Menteri perlu ada di sini seolah-olahnya memburukkan nama Menteri.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Mas atas keprihatinan dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengkaji cadangan Yang Berhormat sama ada kita boleh mengadakan festival-festival ini selaras dengan pada Hari Wilayah. Akhir sekali kepada Ahli Parlimen Sungai Petani. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat walaupun Ahli Parlimen Sungai Petani masih sempat dan ada masa untuk melawat lorong-lorong kecil di Kuala Lumpur. Saya kurang pasti lorong-lorong kecil di mana sama ada... Terpulang kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Lorong belakang.
Belakang rumah awak.
Sebab kalau kita pergi ke...
Tak apa Yang Berhormat. Kadang-kadang nama yang kita disebut itu bukan dijemput Yang Berhormat. Sebut sahaja.
Yang Berhormat sebenarnya saya mengucapkan terima kasih. Susah hendak dapat Ahli Parlimen yang boleh melawat lorong-lorong kecil. Tuan Pengerusi inilah julung kali, julung kali Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengadakan istiadat menghadap dan pengurniaan Istiadat Diraja Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan. Sebelum ini tidak pernah. Sebelum ini dan tahun ini Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan telah diwujudkan pada tahun 2007 atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan telah menganugerahkan pada tahun 2008. Ia bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangun dan memajukan Wilayah Persekutuan dalam pelbagai bidang termasuk mereka yang bukan bermastautin tetapi turut memberi sumbangan dan khidmat cemerlang untuk Wilayah Persekutuan. Selaras dengan Rukun Negara sebagai kata Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, kita telah membelanjakan lebih kurang RM2.1 juta untuk Istiadat Diraja Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan seperti berikut. Pada tahun 2008 seramai 256 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan seperti berikut Datuk Seri Utama, Datuk Seri Utama Mahkota Wilayah Persekutuan, dua orang yang membawa gelaran Datuk Seri. Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima Mahkota Wilayah Persekutuan yang memberi gelaran Datuk. Johan Mahkota Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan, Ahli Mahkota Wilayah Persekutuan dan pingat. Kita telah menggunakan sebanyak RM381,000 untuk membeli pingat-pingat, untuk gelaran. Yang kedua, santapan Diraja RM435,000, jamuan teh Diraja RM1.05 juta di mana rakyat Wilayah Persekutuan seramai 3000 orang telah menyertai. Akhirnya pertandingan golf persahabatan bersama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang menelan kos sebanyak RM125,000. Terima kasih.
Baik terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,151,000 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,151,000 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk berbahas maksud B.42 - Kementerian Kesihatan mengenai tambahan sebanyak RM100 juta ini yang mana adalah RM2.9 juta adalah untuk membiayai kos sewaan ruang pejabat dan kos utiliti bagi penubuhan Global Service Centre Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO di Cyberjaya. Saya ingin tahu alamat untuk pejabat WHO ini di Cyberjaya, area untuk sewaan ini dan berapakah jumlah sebulan sewaannya? Saya ingin bertanya Menteri Kesihatan sedangkan kita telah menandatangani sebagai sebuah negara ataupun menjadi ahli WHO dan juga kita menandatangani satu treaty ataupun satu framework, WHO Framework Convention on Tobacco Control atau FCTC sebagai singkatannya. Mengapakah kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan sepenuhnya panduan- panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Framework Convention on Tobacco Control ini? Bukankah ini satu konflik atau yang tidak kita boleh reconcile. Dalam kita hendak menyewakan satu pejabat untuk WHO tetapi kita tidak melaksanakan dengan sepenuhnya garis panduan dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh WHO yang juga yang telah ditandatangani oleh semua negara yang menjadi ahli ini. Malaysia juga telah tandatangani pada tahun 2005, itu yang penting. Oleh itu FCTC ini untuk apa? Itu yang mengawal tobacco, rokok supaya kanak-kanak di dalam negara kita tidak menghisap rokok. Kita harap juga Wakil Rakyat Kinabatangan juga jangan merokok untuk jaga kesihatan beliau.
Saya kalau tidak merokok, saya tidak sihat. [Ketawa]
Okeylah sebab hendak jaga kesihatan dia. Nanti sakit kanserkah, apakah? Tak baikkan. Ya. So, itu yang penting dan saya harap kementerian janganlah hendak sewa pejabat untuk WHO dan sebaliknya tak berhasrat untuk melaksanakan garis panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan FCTC. Ini sangat penting oleh kerana kita hendak hapuskan dan kita ada kempen oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga, ‘Tak Nak’. Untuk apa? Untuk semua warga negara kita tidak menghisap rokok. Akan tetapi tidak berhasrat menurut semua garis panduan dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kenapakah kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semua panduan dan syarat yang telah ditetapkan oleh FCTC dan juga kita telah menandatangani pada tahun 2005? Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin bertanya di bawah tajuk B.42 ini iaitu khusus kepada RM10 juta untuk membiayai kos pengambilan dan juga pembayaran gaji jururawat kontrak ambilan luar negara. Apa yang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah pertamanya, berapa ramai jururawat luar negara yang terlibat dalam peruntukan ini dan juga pada keseluruhannya di dalam negara kita ini, berapa ramai sehingga kini kita telah mengambil jururawat asing ini dan daripada negara mana jururawat-jururawat ini diambil?
Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya pecahan belanjawan RM10 juta ini, yang disebutkan di situ membiayai kos pengambilan dan selain daripada itu pembayaran gaji. Jadi kos pengambilan ini sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kos pengambilan ini dan berapa juta wang yang digunakan untuk kos pengambilan ini dan dibayar kepada siapa? Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya kaedah menggunakan pekerja asing sebagai jururawat oleh pihak Kementerian Kesihatan ini adakah untuk jangka pendek? Berapa lama dan bagi jangka panjangnya adakah ia akan diberhentikan dan digantikan dengan jururawat-jururawat warganegara kita sendiri? Memandangkan bahawa kita mempunyai kewangan yang cukup, kenapa tidak kita latih warganegara kita sendiri untuk menjadi jururawat-jururawat yang diperlukan? Saya rasa ini tidak menjadi satu masalah besar untuk mewujudkan dan melatih jururawat-jururawat. Bukan untuk kita melatih pakar-pakar perubatan ataupun tenaga kerja yang berteknologi tinggi. Selain daripada itu nombor 6, RM61,600,000 ada disebut di situ peruntukan tambahan ini diperlukan untuk membayar kenaikan kadar yuran perkhidmatan sokongan hospital bagi syarikat konsesi. Kalau dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apa yang dimaksudkan dengan yuran perkhidmatan sokongan hospital ini satu, dan bagaimana pula timbulnya soal syarikat konsesi ini? Konsesi apa sebenarnya? Apakah peranan syarikat konsesi ini dalam perkara ini? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Saya hendak kemukakan empat soalan. Satu ialah untuk kawalan penyakit. Ada ditulis di sini tambahan sebanyak RM4 juta diperuntukkan. Saya ingin bertanya berkenaan dengan caj untuk pekerja-pekerja asing. Pada masa ini, kerajaan mengecajkan pekerja asing dengan kadar lebih daripada first class, tetapi hanya mereka yang disahkan dengan penyakit berjangkit dikecualikan. Masalahnya, apabila seseorang pekerja itu ada gejala-gejala umpamanya batuk, kita tidak tahu pada masa itu batuk kerana virus atau pun oleh kerana asma? Akan tetapi hanya jika batuk itu disebabkan oleh tibi, barulah dia dikecualikan. Jadi apa yang akan berlaku sekarang, ramai pekerja asing ini mereka lambat untuk datang ke hospital kerana mereka takut hendak bayar. Jadi ini akan sabotaj pelan kita untuk mengawasi penyakit berjangkit. Apabila mereka takut datang, dia terus batuk dekat rumahnya ataupun hostel dan pekerja lain dari Malaysia tempatan dan asing pun akan kena. Jadi saya mahu bertanya polisi itu. Mengecaj orang asing ini not good dari segi public health. Disebabkan mereka melambat-lambatkan datang ke hospital, maka semua orang akan kena sakit. Yang kedua, saya hendak bawa ialah untuk farmasi. Ada ditulis di sini sebanyak RM51,600,000 tambahan diperuntukkan. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan kita ini mempunyai makmal yang boleh analisa ubat-ubat generik? Ubat-ubat generik ini jauh lebih kurang harganya daripada brand name dan saya tahu bila Bahagian General Medical Store (GMC) dengan izin, diswastakan pada 90-an, kita hilang makmal kita juga. Jadi sekarang bila kerajaan hendak beli ubat-ubat generik, adakah dia berkapasiti untuk mengkaji ubat generik ini bagi memastikan ianya cukup taraf dan kualitinya. Soalan yang ketiga, ada ditulis di sini kenderaan. Ada hendak beli kenderaan untuk program kawal denggi. Sebanyak RM7,500,000 diperuntukkan. Saya ingin tahu adakah ini dibuat secara direct atau melalui agen-agen parti ketiga? Berapakah komisen untuk beli ini? Adakah harga beli kenderaan ini akan ditingkatkan kerana kaedah membeli melalui agen? Last sekali ini mengenai syarikat konsesi. Di sini dalam 30100, ia ditulis RM10 juta adalah untuk perkhidmatan dan bekalan. Jadi pada fahaman saya, ini satu kontrak untuk selama 14 tahun yang disign pada tahun 1976. Jadi kontrak konsesi itu masih berlanjutan sekarang. Jadi, jika ada kontrak dia dengan harga-harga yang tetap,
apakah sebabnya kita perlu RM10 juta lebih dalam bajet tambahan ini? Ini sahaja soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berkaitan maksud B.42, Kementerian Kesihatan. Yang pertama ialah perkara yang kedua, iaitu sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan untuk meningkatkan aktiviti kawalan demam denggi di seluruh negara. Saya hendak tahu Jawatankuasa Kabinet Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun menyatakan bahawa untuk mempertingkatkan lagi tahap kesedaran di kalangan masyarakat tentang betapa bahayanya penyakit demam denggi dan dia perlu bermula dari perubahan sikap yang perlu diamalkan oleh rakyat. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya air time, prime time itu diberikan oleh stesen-stesen TV yang ada di Malaysia ini supaya create programme awareness di kalangan rakyat yang ada. Selain daripada itu, adakah kementerian kesihatan juga bekerjasama mewujudkan kerjasama bijak dengan kementerian KPKT dari segi penubuhan sukarelawan COMBI seperti mana yang dilaksanakan di Johor. Adakah dia akan dilaksanakan di seluruh negara selain daripada mengkaji, apakah punca sebenar pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan kes demam denggi di Malaysia ini meningkat tinggi. Bagi perkara (vi) Tuan Pengerusi, sebanyak RM61.6 juta akan diperuntukkan untuk peralatan perubatan yang dibekalkan. Adakah itu bermaksud peralatan perubatan yang akan dibekalkan di hospital dan sebagainya. Kalau benar, saya harap, mudah- mudahan kementerian akan mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan lagi kualiti, peralatan perubatan yang ada di klinik-klinik desa, klinik- klinik kesihatan dan juga di hospital-hospital. Ini supaya perkhidmatan yang lebih berkualiti dapat diberikan kepada rakyat jelata. Terima kasih banyak.
Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin meminta penjelasan dari menteri mengenai perkara ii iaitu Perolehan Peralatan dan Kenderaan bagi Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor khususnya denggi yang saya rasa memang diperlukan. Ini kerana suasana demam denggi sekarang ini kalau mengikut laporan Kementerian Kesihatan, saya ucap terima kasih kepada kementerian yang setiap minggu melalui pengarah kawalan penyakitnya mengumumkan perkembangan- perkembangan mengenai penyakit ini kepada rakyat. Apa yang menakutkan kita adalah laporannya selalu menggambarkan kenaikan kes mengikut negeri, mengikut minggu ke minggu. Jadi, apakah kempen kawalan denggi ini seperti yang dibangkitkan oleh rakan- rakan yang lain tadi, memberikan kejayaan ataupun ada perkara-perkara lain yang kita mesti beri penekanan. Contohnya, pendidikan kesihatan mengenai penyakit ini dan cara penyebarannya yang saya rasa walaupun sudah lama kita establish kan tapi kalau kita melihat kepada amalan hidup harian kita, tempat-tempat pembiakan nyamuk masih banyak lagi dalam kawasan-kawasan tempat tinggal kita. Apakah ini merupakan keutamaan walaupun tidak menolak keutamaan mendapatkan peralatan-peralatan mungkin termasuk alat-alat menyembur dan sebagainya. Yang keduanya, mengenai pengambilan jururawat kontrak daripada luar negara. Saya ingin bertanyakan bilakah agaknya kita akan mempunyai jumlah pengeluaran jururawat yang kita latih sendiri di dalam negara kita? Saya difahamkan selain daripada jururawat yang dilatih oleh kementerian sendiri, kita sudah ada kolej- kolej swasta, MAHSA dan sebagainya Yang Berhormat melatih jururawat ini. Akan tetapi nampaknya kita masih lagi memerlukan jururawat daripada luar ini. Agak- agaknya bila kita boleh mendapat bekalan yang mencukupi jururawat ini, melalui latihan yang diberikan di dalam negara kita sendiri? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Eh, Yang Berhormat Wangsa Maju, tak ada dah? Okey, Yang Berhormat Wangsa Maju tanya pasal apa kita kena sewa. Ini adalah satu ruang terbaik untuk Malaysia menjadi global service centre, sebab itu kita ambil peluang. Perjanjian dan persamaan kita dengan WHO, di mana kita kena bayar sewa. Jadi, alamat dia adalah WHC dan WHO ini akan ditempatkan di Cyberjaya. Sewa dan utiliti lebih kurang alam RM200,000 sebulanlah. Saya tak nak jawab apa yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tentang FCTC kerana dia tak berkaitan dengan perkara yang kita luluskan dalam bajet ini. Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Kuala Krai bertanyakan tentang jururawat. Ingin saya maklumkan bahawa kenapa kita ambil jururawat kontrak daripada merata negara semata-mata kerana kita tidak cukup jururawat. Ini kerana mereka yang bersara atau pun mereka yang berhenti tiap-tiap tahun dalam lingkungan 15% daripada jumlah jururawat yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan iaitu lebih kurang 45,000 jururawat. Setakat ini, kita ada 32 kolej. Kita melatih lebih kurang dalam 3000 tiap-tiap tahun. Ini bermakna, dalam 15% kita kena ada sekurang-kurangnya 5000 pengambilan. Sebab itu kita tambah 2000 lagi melalui kerjasama dengan kolej-kolej Yang Berhormat Kuala Krai cakap tadi tu. Akan tetapi, kalau kita nak tunggu semua jururawat ini lulus, ambil masa yang agak lama dan kita tidak mampu untuk biarkan pesakit-pesakit kita terbiar tanpa perawatan daripada jururawat yang profesional. Ekoran daripada itu, Kabinet buat keputusan supaya kita ambil jururawat asing hanya untuk sementara. Jadi, kita akan ambil 1300 jururawat mulai tahun ini yang terdiri daripada pelbagai sektor untuk tiga tahun. Kita amat berharap ini dapat memberi nafas sementara bagi menampung kekurangan jururawat. Yang Berhormat juga bertanya, bila. Kalau kira perancangan, cadangan WHO, jururawat dan pesakit atau rakyat, dia punya nisbah adalah 1:200. Jadi, kita jangkakan kita dapat capai nisbah ini pada 2013. Yang Berhormat Pasir Salak juga bertanya bayaran kepada siapa ini yang kita peruntukkan RM10 juta. Kita kerjasama dengan SPA, jadi SPA yang akan jalankan interview ke merata negara. Baru-baru ini mereka telah pergi ke India untuk menemu duga jururawat-jururawat yang kita rasa perlu untuk ke keperluan negara. Selepas ini, mereka akan pergi ke Sri Lanka dan beberapa negara yang telah pun dikenal pasti. Yang Berhormat Pasir Salak juga tanya pasal yuran khidmat sokongan bersama-sama dengan soalan daripada Sungai Siput. RM10 juta ini untuk siapa? RM10 juta ini adalah untuk salah satu daripada konsesi iaitu Pantai Medivest. Perkara ini berlaku adalah di antara tiga konsesi iaitu Pantai, Medicare dan juga Faber, sewaktu mereka mencadangkan kerja-kerja tender, semasa anugerah tersebut dilakukan pada tahun 1994, kalau tak silap saya. Oleh kerana dia tender, Pantai mengemukakan kadar yang paling rendah. Jadi, dia berbeza dengan kadar yang diberikan kepada dua konsesi yang lain. Jadi, untuk memastikan ada elemen-elemen keadilan, maka kita naikkan kadar yang diberi kepada Pantai itu sama dengan kadar yang kita bagi kepada dua syarikat konsesi yang lain...
Yang Berhormat, boleh saya minta laluan?
Minta laluan.
Laluan, Yang Berhormat. Boleh tanya sedikit, Datuk?
Yang Berhormat hendak bagi Pasir Salak? [Ketawa]
Berkenaan dengan pertanyaan saya tadi itu. Selepas ini boleh, tidak ada masalah. Bagi dia panjang- panjang sedikit. Biar dia soal dalam-dalam. Ini sebut tadi Pantai Medicare, Pantai Medivest.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, apa perkhidmatan yang diberikan oleh mereka kepada hospital ataupun Kementerian Kesihatan sebenarnya dan kontrak ini telah berapa lama, berapa lama lagi dan berapa banyak yang telah dibayar oleh kerajaan kepada mereka di atas perkhidmatan yang diberikan? Terima kasih.
Ketiga-tiga syarikat ini termasuk Pantai, kita beri perkhidmatan kerana kita menganggap bahawa pengurusan pesakit patut diurus oleh doktor dan juga paramedik, sementara perkhidmatan yang tidak bersangkut paut dengan pesakit atau non clinical support patut diberi kepada mereka yang mahir. Jadi ketiga-tiga konsesi ini diberi lima skop kerja iaitu linen dan pendobian, pembersihan, clinical waste, facility management dan medical equipment maintenance. Konsesinya 15 tahun, ia akan tamat dua tahun lagi, 2011. Perlu saya nyatakan dalam Dewan ini, Malaysia merupakan negara pertama dalam dunia yang menswastakan semua khidmat sokongan bukan klinikal dan kita sebenarnya telah dapat banyak pertanyaan atau enquiry dan juga ketiga-tiga syarikat ini telah pun keluar negara memasarkan perkhidmatan mereka. Saya harap saya menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Salak.
Minta laluan sedikit. Terima kasih. Pasal yuran tambahan tadi itu kepada Pantai Medivest, nama lamanya Tongkah. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut 1994 diberi kontrak 15 tahun untuk lima support services. Kalau mengikut nilai kontrak ini, masa itu syarikat ini menjangkakan, dengan izin, saya baca, “This contract was expected to generate an annual revenue of RM600 million yielding a profit of at least RM50 million.” Maknanya waktu syarikat itu buat sebut harga, dia sudah ada sasaran. Ini beratus juga ini, Pasir Salak. Dia sudah jangka untung. Adatlah orang berniaga. Kalau jangkaan dia kemudiannya rugi, kenapa mesti kerajaan yang tanggung kosnya? Bunyinya pelik, aneh sedikit ini. Jadi sebab itu saya mohon sedikit penjelasan sebab kita kena ingat, dia memegang beberapa konsesi yang cukup mewah dari segi kontrak kerajaan ini, soal FOMEMA lah, soal pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Ini menjanjikan kepulangan yang cukup lumayan. Saya memegang dokumen kontrak yang disebut. Kalau alasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa sebut harga yang dia masuk pada 1994 lebih rendah daripada dua yang lain, Radicare dan yang satu lagi, kenapa mesti sekarang 2008, kita terpaksa minta persetujuan Parlimen untuk menampung kerugian perniagaan yang macam mana ini bunyinya? Mohon penjelasan sedikit..
Tuan Pengerusi, ia bukan kerugian. Kita berpendapat bahawa, pertama memang ada klausa dalam perjanjian tersebut, ketiga-tiga konsesi mereka boleh paid, jika terdapat perubahan dari sudut kos. Kita bagi dua syarikat sewaktu mula-mula dahulu, dua syarikat yang lain ini diberikan pada harga yang agak lebih baik daripada harga yang kita bagi kepada Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Tongkah. Jadi walaupun begitu, kerja-kerja yang dilakukan oleh Pantai sama kualiti dengan kedua-dua konsesi, bilangan hospital agak lebih kurang sama. Jadi adalah tidak adil jika kita tidak menerima appeal mereka sedangkan ia wujud dalam terma perjanjian konsesi tersebut. Jadi Yang Berhormat daripada PKR, Yang Berhormat laung-laungkan mesti wujud keadilan. Jadi bila kita melakukan keadilan, Yang Berhormat kompelin pula.
Mohon penjelasan sedikit. Saya tidak mahu menyeleweng pasal hal politik. Kita pergi kepada fact, dengan izin, Tuan Pengerusi.
Betullah itu sebab...
Tidak, tidak.
Tunggu, tunggu. Saya hendak beritahu kenapa kita buat begitu. Kerana pertama, sebagai contoh, dalam rate kejuruteraan biomedical, nilai dia telah meningkat daripada 7.5% kepada 9.3%. Itu kita sudah bahagi kepada dua syarikat yang awal. Jadi kalau kita tidak bagi kepada dia, sedangkan dia juga pelanggan kepada kementerian, ia adalah tidak adil. Sebab itu kita bagi. Kalau mana-mana syarikat, ia hanya kebetulan Pantai. Kalau ada company lain yang mempunyai isu dan masalah yang sama, kita akan bagi juga.
Cuma dia minta lambat. Jadi kita pun lulus lambat. Itu sahaja. Tidak ada apa- apa kepentingan. Cuma dahulu mungkin Tongkah dipunyai oleh... Yang Berhormat Machang pun tahu, tetapi sekarang Pantai adalah kepunyaan GLC.
Ya.
Jadi saya ingat, tidak ada apa-apa elemen politik atau tidak. Cuma yang saya hendak tekankan bahawa keputusan ini adalah keputusan Kabinet dan diluluskan oleh EPU setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan.
Mohon penjelasan.
Saya tidak mahu panjang-panjang lagi, Yang Berhormat. Saya puasa. 13 minit lagi hendak berbuka. Kalau Yang Berhormat baik, kita selesai di luar.
Tidak apalah. Tunaikan hajat kawan pun afdal juga. Sedikit sahaja.
Saya puasa itu kan lebih bagus.
Sedikit lagi.
Yang Berhormat, saya puasa. Kalau saya dapat habis cepat...
Macam mana Timbalan Menteri bagi excuse puasa ini? Puasa bukan maknanya kita melalaikan tanggungjawab.
Kita boleh bincang di luarlah.
Tidak ada. Ini saya mahu ianya direkodkan dalam Parlimen.
Saya tidak hendak jawab. Saya sudah jawab apa yang saya patut jawab.
Saya berpendapat...
This is my floor.
Saya mohon izin, saya mohon penjelasan.
Saya tidak bagi.
Terima kasih atas ibadat puasa itu.
Yang Berhormat Sungai Siput menyatakan bahawa pasal caj pekerja asing. Saya faham perkara ini sebenarnya dibincangkan di dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing iaitu pekerja- pekerja asing yang mempunyai penyakit, dia tidak berani datang ke klinik-klinik mahupun di hospital, kerana mereka takut ditangkap. Caj bagi pekerja asing adalah mengikut Akta Fi 1982. Mengikut akta itu, kita caj pekerja asing ini mengikut first class rate jika mereka masuk ke hospital, masuk dalam wad. Jadi mengikut Akta Fi, walaupun first class, tetapi pegawai perubatan yang menjaga atau director hospital atau pegawai kebajikan atau pegawai kebajikan perubatan ada hak untuk mengurangkan mengikut keperluan, tetapi perkara ini telah pun dikenal pasti dan jika ia melibatkan penyakit-penyakit yang berbahaya, melibatkan jangkitan, kita akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan mereka cepat-cepat datang. Terutama kita beritahu doktor klinik swasta untuk alert kita, yang mana mereka boleh bekerjasama untuk alert kita dan supaya dimasukkan ke hospital dan kita bagi kelonggaran dari sudut caj dengan harapan mereka dapat masuk ke hospital dan penyakit mereka dapat dirawat secepat mungkin.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang levi untuk pekerja asing adalah lebih kurang RM2 bilion setahun dan bajet kesihatan ada lebih kurang RM11 bilion.
Jadi, bolehkah sebahagian daripada levi ini disalurkan untuk kesihatan dan bagi mereka semua charge yang sama dengan rakyat Malaysia oleh kerana pekerja asing ini tidak tahu adakah sakit batuk itu batuk tibi kah atau pun batuk asma. Dia tidak tahu. Oleh kerana takut datang ke hospital dan bayar charge, dia akan melambatkan datang ke hospital. Ini tidak bagus daripada segi public health.
Saya faham Yang Berhormat Sungai Siput cuma levi RM2 bilion untuk pekerja asing itu dimasukkan dalam Akaun Wang Amanah Disatukan. Jadi dia tidak boleh nak keluarkan semata-mata untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, kita sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bahawa bagaimana kita nak pastikan dia ada bawah Workmen's Compensation Act Yang Berhormat. Dia bayar tiap-tiap tahun RM72 tetapi ia hanya melibatkan accident. Dia tidak melibatkan penyakit-penyakit berjangkit yang perlu masuk ke hospital. Yang ini tidak ada coverage bawah Workmen's Compensation Insurance Act dan perlu dibayar oleh majikan. Bukan semua majikan memberi perlindungan kesihatan kepada pekerja mereka. Yang Berhormat juga tanya sama ada kita ada makmal atau tidak untuk membuat kualiti assurance ubat-ubat generik - kita ada. Di bahagian farmasi kita ada segala peralatan bagi memastikan kualiti ubat generik yang didaftarkan di bawah JPFK adalah yang berkualiti. Yang Berhormat juga tanya pasal kenderaan, kenapa kita beli kenderaan. Ini adalah untuk memastikan program-program pencegahan dan promosi denggi berjalan seperti biasa dan kenderaan-kenderaan ini akan kita peroleh melalui peraturan Perbendaharaan cara biasa. Sama ada cara tender ataupun cara sebut harga daripada syarikat-syarikat yang berkelayakan mengikut peraturan kewangan.
Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada, ada daripada kenderaan ini digunakan di Sungai Asap di kawasan Pelaga ataupun di kawasan hulu-hulu sungai di Hulu Rajang yang boleh menggunakan jalan kayu balak.
Ya, ya. Saya dah pergi tempat Yang Berhormat. Saya faham. Yang itu tidak masuklah Yang Berhormat sebab ini denggi pun tidak ada di tempat Yang Berhormat. Yang ini untuk...
Ada denggi Yang Berhormat. Denggi berdarah. Ramai yang sudah mati.
Minta maaf Yang Berhormat. Kalau ada pun saya akan check dengan pegawai sama ada dibekalkan atau tidak. Akhir sekali Yang Berhormat Tenggara bertanyakan tentang program pencegahan denggi dan peralatan-peralatan yang kita beli. Sebenarnya pencegahan denggi ini adalah perkara yang berterusan dan saya masih ingat bulan lepas saya dengan Yang Berhormat menjadi pengerusi bersama dalam program pencegahan denggi di Johor. Memang betul apa Yang Berhormat cakap. Sebahagian besar daripada peruntukan tambahan ini adalah untuk Program COMBI dan kita beli peralatan- peralatan perubatan ini bukan untuk hospital tetapi untuk spesifik umpamanya ada kita panggil OV trap di mana dia boleh perangkap nyamuk dalam trap itu supaya ia tidak boleh keluar dan ini boleh membantu kita buat kajian mengenai tabiat nyamuk aedes tersebut. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM100,000,000 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM100,000,000 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala bekalan B.44 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan terbuka untuk dibahas.
Tuan Pengerusi, B.44. B.44, i - RM14,500,000 untuk digunakan bagi Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Berapa banyak yang dibelanjakan sebelum ini saya nak tahu dan apakah kesannya? Oleh sebab kita lihat di mana Tuan Pengerusi, kalau dilihat kepada gaya rakyat Malaysia lah, tidak banyak kesan kita lihat daripada kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni ini. Bagaimana kita lihat pemandu-pemandu di jalan raya? Kita lihat bagaimana apabila di waktu peak time kesesakan di stesen kereta api, cara nak naik kereta api, apabila datang hari-hari perayaan, bagaimana hilangnya Budi Bahasa dan Nilai Murni apabila berebut-rebut nak naik bas. Termasuklah nilai murni ini juga menghormati undang-undang negara, keluhuran perlembagaan yang bukan saja di kalangan bawahan tetapi juga di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi, pemimpin-pemimpin negara ataupun pemimpin- pemimpin parti politik yang kita lihat dari segi nilai budi dan bahasa dan nilai murni ini tidak berkesan...
Gembira saya mendengar Yang Berhormat. Saya gembira mendengar Yang Berhormat.
Jadi kempennya. Ya?
Gembira saya mendengarnya.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Termasuk dalam Dewan Yang Berhormat.
Dalam Dewan pun sama juga. Yang saya mengingatkan diri saya supaya budi bahasa dan nilai murni memanglah satu perkara yang cukup baik dari segi akhlak, dari segi pembentukan ke arah bangsa yang bertamadun, masyarakat mampan yang disebutkan. Ini ada kena-mengena dengan budi bahasa dan nilai murni. Akan tetapi ianya saya tengok tidak ada banyak perubahan yang cukup dan amat mendukacitakan. Jadi sebab itu Tuan Pengerusi, saya nak tanya apakah bentuk kempen yang dibuat ini. Yang saya tahu ialah membuat sepanduk, kain rentang, banting, ada gambar orang senyum tersengih, itu budi bahasa. Dari segi amalan praktiknya, apa dia punya content, produk kempen itu apa dia. Dalam semua aspek. Dia luas ini. Luas kalau kita lihat. Kalaulah Pelan Integriti Nasional itu berjaya, ia juga boleh menjurus ke arah melahirkan budi bahasa dan nilai murni. Masyarakat yang beramanah, pemimpin yang beramanah, yang tidak rasuah, yang tidak menyalahgunakan kuasa, tidak berfoya-foya membuang masa tidak tentu arah. Menghormati undang-undang. Orang bawah, orang atas, tidak kira siapa. Tidak timbul tuduh-menuduh sehingga kita lihat permainan politik pun sehingga sampai ke peringkat yang jelas tidak memperlihatkan nilai budi bahasa dan nilai murni. Jadi saya hendak tengok, hendak tanya bentuk kempen ini kerana masa tidak banyak tidaklah mampu saya menguraikan lebih. Kalau tidak banyak cerita saya boleh bawa keluar dengan pelbagai-pelbagai enologi yang saya boleh kemukakan untuk difahami oleh semua pihak. Kita hendak mengelakkan manusia daripada jadi hipokrit itu juga nilai murni. Hendak mengelak manusia jadi munafik, itu juga nilai murni. Jadi terlalu besar dia punya skop itu Tuan Pengerusi. Akan tetapi cukuplah setakat itu. Saya hendak tanya content kempen itu upaya ianya berkesan dan duit tidak membazir. Kalau tidak seperti mencurah air di daun keladi. Baik tidak usah, simpan duit itu buat beli makanan untuk rakyat senang. Tidak payah habiskan duit untuk ini.
Seterusnya yang kedua, RM4 juta bayar ubah suai pejabat JKKN di bangunan baru. Ini bangunan baru apa pula ini? Adakah bangunan-bangunan kerajaan sendiri? Kita tahu banyak sudah kementerian pindah ke Putrajaya. Banyak jabatan dan bangunan-bangunan kerajaan yang lama-lama dulu yang mungkin sudah tidak digunakan lagi.
Yang Berhormat Shah Alam jangan balik.
Yang tidak digunakan lagi... [Ketawa] Jadi Tuan Pengerusi, saya tengok macam di MATIC... [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Yang Berhormat Shah Alam ponteng!
Teruskan Yang Berhormat.
Saya baru saja cakap bab budi bahasa. [Ketawa] Jadi Tuan Pengerusi, contoh yang terbaik orang yang ada budi bahasa Yang Berhormat Sri Gading, sebab assalamualaikum dia itu cukup panjang, waktu TV tunjuklah... [Ketawa]
Itu budi bahasa la itu.
Jadi Tuan Pengerusi saya hendak sebut di sini kenapa macam di Bangunan MATIC saya tengok. Di Bangunan MATIC cukup cantik. Kemudian ada ruang-ruang yang kosong di bagi sewa jual roti. Roti itu boleh dijual di luar, ruangan itu boleh digunakan Jabatan JKKN ini. Tidak reti kah hendak jimat cermat! Ada jabatan baru, ada organisasi baru, buka pejabat baru. Lepas itu masuk pengerusi baru buat renovation. Masuk pengarah urusan baru tukar kerusi. Ini terus menerus pembaziran berlaku. Jadi saya tidak berapa berkenanlah yang ini, pasal banyak pilihan boleh buat. Jabatan kerajaan cukup banyak lagi yang lama-lama ini tapi sudah buat kena bayarlah.
Cukuplah Yang Berhormat.
Okey cukup. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Maksud B.44 perenggan satu dengan Kempen Budi Bahasa ini saya rasa eloklah. Kita pun sama-sama mengakui kelemahan kita masing-masing untuk memperbaiki budi bahasa kita terutamanya dalam Dewan ini. Maklumlah kita ini manusia, serba kekurangan. Insya-Allah mintakan perbaiki dari semasa ke semasa tapi maknanya apabila kita pun manusia juga...
Minum dulu bang!
Apabila diprovokasi. Soal maruah lebih penting. Karanglah.
Yang Berhormat Kubang Kerian. Lepas itu Menteri menggulung ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya cuma tidak mengambil masa yang panjang. Butiran bagi Maksud B.44 yang tentang Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang telah pun disentuh oleh rakan saya tadi dari Pasir Mas.
Saya juga berminat untuk bertanya kepada pihak kementerian siapakah sebenarnya golongan sasar kepada kempen ini? Apakah ada satu mekanisme untuk kita menilai ataupun mengukur tahap kejayaan kepada kempen budi bahasa dan menanamkan nilai murni dalam masyarakat kita pada hari ini? Tuan Pengerusi, kalau kita melihat kepada bangsa-bangsa yang maju dan juga tamadun-tamadun besar dunia pada hari walaupun negara mereka telah mencapai pada tahap negara maju, namun kita melihat nilai murni budaya mereka dan bahasa mereka tidak pernah sentuh dan tidak tercalar dalam apa jua cabaran zaman dan seumpamanya. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah Kempen-kempen ini juga dan menanamkan nilai murni ini dapat diterapkan di dalam agensi-agensi pelaksana sebagai contohnya di Kementerian Penerangan, stesen- stesen televisyen yang dimiliki oleh kerajaan dan juga stesen-stesen televisyen swasta yang mungkin telah terlepas pandang. Ini bila kita melihat kepada nilai dan kualiti drama-drama kita. Nilai dan kualiti filem-filem kita yang langsung pada hari ini saya yang yakin dan percaya bahawa Ahli Yang Berhormat juga boleh bersetuju dengan saya yang tidak menampakkan identiti, yang tidak nampakkan identiti kita. Hendak kata Melayu tidak Melayu, hendak katakan Cina pun tidak Cina, hendak katakan India pun tidak India. Jadi kita berada dalam zon kecelaruan dalam melihat identiti filem-filem kita dan drama-drama kita yang kita siarkan pada hari ini. Dalam sesi yang lalu, saya banyak bercakap tentang budaya orang Inggeris ini kalau kita melihat mereka, negara mereka maju pada hari ini ada identiti Inggeris itu. BBC dalam keributan, dalam persaingan mereka dengan stesen-stesen yang lebih besar pada hari ini dia tidak hilang jati diri. Kalau kita bertanya dengan orang Inggeris di United Kingdom. Kalau mereka hendak belajar ataupun kalau kita yang bukan orang Inggeris ini hendak belajar tentang apa yang dikatakan quick English maka channel yang dipilih adalah BBC. Di situ dipelihara bahasanya kesenian bahasanya. Orang Inggeris ada sastera budaya tinggi yang menjadi warisan mereka, heritage mereka dengan izin, Shakespeare masterpiece, Hamlet itu kekal sampai ke pada hari ini. Jadi orang Jepun kita melihat mereka maju, mereka menjajah dunia dengan jenama-jenama besar tetapi tengok filem mereka. Hatta filem yang kita import pun kita melihat budaya macam mana seorang isteri bercakap dengan suaminya. Kita melihat budaya itu kekal. Namun kalau kita lihat drama-drama kita pada hari ini, kita melihat yang mestinya adalah bila isteri bercakap dengan suami dalam keadaan yang menengking begitu, kasar begitu. Ini rata-rata drama-drama dan filem-filem yang dipertontonkan kepada rakyat dalam negara kita. Jadi saya melihat kempen ini adalah sekadar yang saya bersetuju tadi dengan rakan saya daripada Yang Berhormat Pasir Mas hanya ada kain rentang begitu, orang tersenyum begitu dengan gigi yang putih bersih. Itu sahaja.
Habiskan Yang Berhormat.
Di mana maknanya sasaran kita dan apa sebenarnya yang hendak kita capai daripada kempen ini. Jadi saya rasa ini penting kerana masalah nilai murni dan juga bahasa ini sangat penting dalam menentukan identiti dan jati diri mana-mana bangsa termasuklah kita di negara kita. Terima kasih.
Dijemput Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Kubang Kerian kerana sudi membangkitkan soalan. Dari persoalan tadi kita memang sedar tentang keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang keadaan berbudi bahasa di kalangan rakyat kita nampaknya makin merosot.
Terutama sekali yang kita lihat dengan mata kita sendiri. Sebenarnya kementerian saya telah mengadakan berbagai-bagai program untuk menanam nilai- nilai murni kepada semua kumpulan umur. Dari kumpulan sasar terdiri daripada murid- murid sekolah rendah ataupun tadika sehingga dewasa. Dan juga kempen-kempen itu diadakan di peringkat bukan sahaja di peringkat kebangsaan, di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah dan peringkat kampung. Bagi tiga tahun dahulu, tahun 2005, kita sudah belanja sebanyak RM2.5 juta bagi melaksanakan sebanyak 48 program dan dalam tahun 2006, kita belanjakan RM15 juta untuk menyempurnakan 72 program. Bagi tahun 2007, RM5 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan 44 program. Program-program yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan termasuk kumpulan sasarnya ialah institusi kekeluargaan kemasyarakatan. Contohnya: (i) program Balik Kampung Bersama Insan Tersayang; (ii) institusi pembelajaran termasuk Majlis Simposium Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni bersama pendidik; (iii) institusi perkhidmatan termasuk Kempen Budi Bahasa bersama Ahli Parlimen; (iv) Kempen Budaya Murni Barisan Hadapan termasuk agensi kerajaan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, PDRM, hospital, khidmat pelanggan agensi kerajaan dan juga institusi kemasyarakatan; (v) Kempen Budi Bahasa bersama masyarakat Cina dan kempen Budi Bahasa bersama masyarakat India; (vi) program budi bahasa di peringkat negeri, ia juga merangkumi institusi pembelajaran, institusi kemasyarakatan. Di peringkat daerah dan kampung, ia juga merangkumi institusi kemasyarakatan, institusi pembelajaran. Institusi kemasyarakatan itu merangkumi program kempen budi bahasa bersama program merakyatkan seni budaya dan institusi pembelajaran di peringkat daerah merangkumi program budi bahasa pelajar (IPTA), institut pengurusan, 15 IPTA dan institut ‘pergurusan’. Maaf, institut perguruan bukan pengurusan. Ketiga, di peringkat daerah juga merangkumi institusi perkhidmatan. Iaitu mengadakan kajian keberkesanan kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni. Selain daripada itu, Kempen Budi Bahasa juga mengadakan Program Lautan Budi Bahasa, ini khusus dalam tahun 2008. Iaitu bekerjasama dengan institusi kemasyarakatan ataupun NGO-NGO. Jadi tambahan pula, kementerian juga menggunakan pengiklanan dan promosi, billboard, media cetak, media elektronik, gegantung, flyers, pengiklanan budi bahasa pada badan bas, pengiklanan budi bahasa di LCCT, pengiklanan budi bahasa di Star LRT, kolum luar dan juga bahan-bahan Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni dalam bentuk beg kertas, buku panduan, wallet budi bahasa, poster, air mineral, gegantung, soft toys, topi pendek dan payung diedarkan kepada...
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri boleh mencelah tak?
Silakan.
Saya ingat kira lulus sahajalah.
Okey.
Kita luluskan sajalah, tak payahlah. [Ketawa]
Okey.
Masa tidak cukup.
Okey, saya setuju. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat...
Habiskanlah Yang Berhormat.
Ya?
Tak, kalau habis, habiskanlah Yang Berhormat ya.
Habiskan ya.
Yang tadi tanya tak payah jawab Yang Berhormat.
Okey tetapi orang kata ini soal budi bahasa kita nak menubuhkan ada ungkapan yang mengatakan, kita nak menanam pokok mengambil masa 10 tahun, tetapi kalau kita nak membentuk manusia iaitu membentuk insan yang mulia, ia mengambil masa 100 tahun. Itu menunjukkan usaha untuk menyemai nilai- nilai murni dan membentuk satu masyarakat yang berbudi bahasa dan juga bersopan santun, memang makan masa. Usaha itu perlu diteruskan selama-lamanya sehingga masyarakat kita muncul sebagai sebuah masyarakat yang mulia...
Yang bertanya pun dah balik.
Ya?
Yang bertanya tadi pun dah tak ada dah.
Ada lagi, ada lagi bukti-bukti yang mungkin mengagumkan...
[Ketawa]
Bagi pengetahuan Yang Berhormat Pasir Salak, mengikut satu survey yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2007, dalam satu survey itu kita dapat responden 10,721 responden terdiri daripada kumpulan umur yang berbeza-beza. Dari umur tujuh tahun hingga lepas 45 tahun termasuk kita semua ini. Jadi didapati hasil survey itu menunjukkan bahawa Kempen Budi Bahasa itu berkesan. Iaitu responden seramai 94.3% bersetuju bahawa Kempen Budi Bahasa yang dilaksanakan oleh kementerian itu mendatangkan kesan. Hanya 5.7% responden sahaja yang mengatakan ia tidak memberi kesan langsung. Saya rasa dari survey ini, ia menunjukkan untung persepsi atau tafsiran budi bahasa responden mungkin begitu tinggi dan mungkin pengalaman responden dalam majoriti besar di kalangan rakyat bersopan santun dan berbudi bahasa. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja kurang sopan. Kesimpulannya ialah Kempen Budi Bahasa dapat membangkitkan kempen mendapat kesedaran ataupun mengingatkan kita bahawa perlunya kita berbudi bahasa untuk menjadi seorang insan yang mulia.
Cukup!
Cukup? Okey. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM23,500,000 untuk Maksud B.44 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM23,500,000 untuk Maksud B.44 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM39,000,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM39,000,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sikit sahaja iaitu saya berterima kasihlah sebab kita membuka balik Tabung PTPK. Ini kerana kita tahu sebenarnya satu ketika dulu kita telah berjaya melahirkan 98 orang graduan melalui Khusus Kemahiran Vokasional ini. Akan tetapi sejak dibekukan kerana ingin memperbadankan tabung ini, maka kita lihat hari ini tinggal 10,000 sahaja pelajar yang masih ada. Itu pun kita lihat satu contoh yang paling jelas ialah ILKS atau Institusi Latihan Kemahiran Swasta, khususnya bumiputera ini kalau dulu ada 800, sekarang ini cuma tinggal lebih kurang dalam 50. Itu pun, “hidup segan, mati tak mahu”. Saya berharap dengan adanya tabung ini yang dimulakan balik dengan pertambahan RM100 juta, maka mungkin membantu ILKS ini untuk hidup semula. Maka, saya ingin bertanya di sini iaitu sebenarnya untuk seorang pelajar yang mengambil kursus vokasional ini, berapakah perbelanjaannya? Saya difahamkan 10,000 yang tinggal ini pun, sebenarnya 80% ditaja oleh FELDA. Bukan ditaja melalui tabung ini. Jadi RM100 juta ini sebenarnya untuk menampung berapa pelajar dan saya ingin tahu yang terkini, tinggal berapa lagi ILKS bumiputera, Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera yang masih hidup? Yang 50 ini ada lagi atau tidak sebenarnya? Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Batu Pahat yang telah membangkitkan satu soalan berkenaan keadaan dan tuju arah Tabung Sumber Manusia di dalam kementerian melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK. Sebenarnya Tuan Pengerusi, daripada tahun 2001 apabila tabung ini dimulakan iaitu kerajaan telah memberi bantuan secara pinjaman untuk kursus-kursus kemahiran, lebih kurang 120,000 telah mendapat bantuan melalui program-program kemahiran yang telah di sokong oleh kerajaan. Pada masa dahulu program ini dibuat sebagai melalui jabatan di bawah kementerian, manakala sekarang sudah diperbadankan dan program ini diteruskan melalui perbadanan. Pada masa ini 120,000 orang yang telah menerima latihan pada tiap-tiap tahun lebih kurang 10,000 orang diberi latihan dan mereka mendapat latihan ini di lebih kurang 220 Institusi Latihan Kemahiran Swasta. Daripadanya ada 130 institusi yang dimiliki oleh masyarakat bumiputera dan yang lain bukan bumiputera.
Enam institusi mengadakan kursus-kursus di peringkat Sijil Kemahiran Tahap Empat dan Lima dan mereka diberi bantuan melalui kursus. Manakala ILP yang lain, di mana kursusnya adalah daripada Tahap Satu, Tahap Dua dan Tahap Tiga, pembayaran-pembayaran ini dibuat secara percuma di peringkat ILP. Oleh itu, tujuan tabung ini ialah untuk beri pinjaman. Pinjaman ini untuk enam pusat latihan di bawah kerajaan dan untuk anak-anak mengikuti kursus di pusat-pusat latihan swasta dan jumlah yang kita boleh beri kepada setiap orang ialah lebih kurang RM10,000 pada setiap tahun. Ada kursus-kursus tertentu, di mana bayaran diberi lebih daripada RM10,000. Pada masa sekarang, untuk tahun ini dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kita berharap untuk memberi bantuan kepada 15,000. Akan tetapi pelatih sampai masa sekarang jumlah yang telah memohon untuk mendapat bantuan daripada kerajaan ialah cuma 5,000 orang sahaja. Oleh itu, masih ada peluang untuk anak-anak yang mahu mendapat bantuan daripada kerajaan untuk mengikuti latihan di dalam institusi-institusi yang ada dan mereka boleh memohon dengan kerajaan dan kita boleh memberi bantuan melalui skim-skim yang ada pada masa sekarang. Sekianlah sahaja Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan lagi terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat yang telah mengambil bahagian dan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat lain, untuk kerana memberi sokongan untuk mendapat kelulusan, untuk tambahan yang dimohon oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM100,000,000 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM100,000,000 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Sibuti, kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbincangan ini kerana saya melihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah yang terbaik untuk membantu kita, keluarga di kampung-kampung. Jikalau kita lihat di sini hanya RM45 juta, minta ditambahkan. [Ketawa] Ini kerana di kawasan kami di luar bandar tidak banyak keluarga, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu dan orang-orang tua miskin dapat bantuan. Saya lihat di sini, peruntukan RM45 juta tidak mencukupi, kalau boleh tambah lagi RM100 juta. Terima kasih. [Ketawa] [Tepuk]
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Terima kasih Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Pengerusi, sikit.
Yang Berhormat, saya buat keputusan tadi selepas Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Sudahlah Yang Berhormat Rasah.
Yang Berhormat tidak bangun tadi Yang Berhormat.
Sebenarnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tuan Pengerusi, sememangnya mengalu-alukan sokongan- sokongan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sibuti sebentar tadi. Alhamdulillah, sebenarnya Bekalan Tambahan sebanyak RM45 juta ini adalah RM35 juta untuk PDK dan RM10 juta untuk yayasan. Saya suka memaklumkan di sini bahawa antara agihan daripada RM40 juta ini adalah juga untuk membina satu PDK baru di Petong Sarawak. Yang Berhormat, jadi memang kita memberi tumpuan kepada kawasan- kawasan luar bandar juga khususnya kepada anak-anak OKU yang menjalani pemulihan dan pembangunan di PDK. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM45,000,000 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM45,000,000 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Ya, Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja. Saya hendak mendapatkan sedikit penjelasan Maksud B.49 Perkara 3, sebanyak RM23 juta adalah untuk menampung pelaksanaan Program Top Business School. Saya hendak tahu butir-butir berkenaan dengan program ini, apakah Top Business School yang dimaksudkan itu? Di manakah Top Business School itu? Universiti mana yang dipilih untuk ataupun Fakulti Perniagaan yang mana satu dipilih untuk menjadi Top Business School yang dimaksudkan itu? Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan penerangan kepada program ini. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong. Selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka dan kemudian saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Pengerusi, maksud B.49 terutamanya...
Tuan Pengerusi, Kementerian Kesihatan ini.
Siapa yang kacau ini tidak mengikut peraturan.
Tidak apa, teruskan Yang Berhormat.
Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Yang Berhormat Timbalan Menteri patut kita undang dia untuk bersama-sama membaca Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang hendak meletakkan universiti-universiti di Malaysia ini di tahap yang tinggi terutamanya sebagai universiti-universiti terkemuka misalnya di dalam lingkungan 50 universiti yang terbaik di dunia. Sekarang Tuan Pengerusi, kita nampak misalnya tahun lepas mengikut Times Higher Education Supplement, di UM hanya 246, USM - 307, UKM - 309, UPM - 364. Saya nampak Yang Berhormat Tambun tidak setujulah. Kita bukan di dalam lingkungan 100 pun, lebih 200 sampai 364.
Tuan Pengerusi paling penting sekali kita hendak menggunakan pelan strategi kita untuk meningkatkan misalnya saya diberitahu bahawa kita ada tiga fasa. Yang pertama dari sekarang kepada 2010 kita hendak mensasarkan tiga buah universiti tempatan berada di antara 200 universiti terbaik dan satu daripadanya berada di antara 100 universiti terbaik di dunia. Seterusnya fasa dua, daripada 2011 kepada 2015 dan fasa tiga, 2016 sehingga 2020. Yang Berhormat Sekijang, kita mesti mengambil perhatian. Kita hendak jadikan universiti ini pada 2020 itu satu daripada IPT tempatan berada di kedudukan 50 universiti terbaik di dunia.
Merapu.
Siapa yang bercakap merapu.
Teruskanlah Yang Berhormat, saya tidak nampak Yang Berhormat.
Siapa itu yang melanggar peraturan tadi, Yang Berhormat Sekijang kah? Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti mengambil perhatian kerana ini bukan universiti terbaik mungkin teruk sekali. Tuan Pengerusi, mengikut pelan strategik, kita hendak meningkatkan kepada di antara 50 universiti yang terbaik di dunia ini. Kita hendak, saya hendak Yang Berhormat menjawab bagaimana kita dapat memastikan sistem tadbir urus IPT kita cekap, berkesan dan telus menuju ke arah autonomi? Bagaimana kita dapat menetapkan kepimpinan dan pengurusan tertinggi IPT? Saya pasti tidak termasuk Yang Berhormat Sekijang.
Ya, gulung Yang Berhormat, gulung.
Hendak gulunglah ini dan memastikan IPT mempunyai persekitaran yang kondusif. Kalau ada Ahli-ahli Parlimen seperti sekarang yang melanggar peraturan, ini memang persekitaran yang tidak kondusif dan menambah baik kurikulum supaya sentiasa relevan dan memastikan pelaksanaannya ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Hendak habislah ni. Memantapkan sistem penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan pelajar untuk meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran. Yang Berhormat Sekijang tidak boleh dimasukkan ke dalam sistem ini kerana tahap itu tidak sampai. Menambah bilangan penyelidik dan kita perlu penyelidik dengan ketara dan corpus ilmu yang mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan aktiviti penyelidikan inovasi di IPT memperoleh sumber yang mencukupi dan sebagainya. Banyak lagilah termasuk memperluas dan memantapkan jaringan global IPT bukan setakat di Dewan yang mulia dengan ahli-ahli yang tidak begitu mengambil pusing mengenai pengajian tingi kita.
Habiskan Yang Berhormat.
Akhir sekalilah melaksanakan program APEX itu, bolehkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan kepada kita apakah APEX itu? Supaya Ahli-ahli Parlimen memahami program APEX yang diwujudkan oleh pihak kementerian. Tuan Pengerusi akhir sekali mengenai dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) itu. Sekarang kita minta untuk mempertingkatkan fungsi MQA kita ini dengan meminta RM12 juta dan dengan ini saya berharap di dalam 10 tahun ini, universiti- universiti Malaysia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh dengan maksud B.49, perkara pertama iaitu RM80 juta diperuntukkan untuk menapung pemberian elaun kepada pelajar untuk latihan industri. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini mengenai latihan industri ini. Adakah ia termasuk dengan latihan industri yang dijalankan bersama dengan persatuan-persatuan industri terkenal di dalam kilang? Adakah elaun ini diberi kepada pelajar dan juga pelatih iaitu yang melatih pelajar? Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa ada program yang dianjurkan oleh kementerian dengan persatuan khususnya kursus yang diadakan di dalam kilang untuk latihan industri kepada pelajar-pelajar. Adakah program ini juga termasuk di dalam peruntukan ini, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tiga Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa pada hari ini, kali ini Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah membangkitkan Top Business School. Sebahagian peruntukan telah disediakan iaitu sebanyak RM23 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, Kementerian Pengajian Tinggi dalam usahanya untuk menjadikan institusi pengajian tinggi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan seperti yang disebut Yang Berhormat Kepong tadi, kita telah pun menyediakan satu program Top Business School daripada 12 pusat pengajian siswazah perniagaan dan pengurusan di IPTA, kita pilih dua iaitu UKM dan UPM. Ini menjawab soalan kepada Yang Berhormat Rasah tadi, bagi menjadikan Top Business School ini sebagai pusat pengajian yang terkenal, UPM dan UKM memerlukan tenaga akademik yang terbaik dalam bidang masing-masing. Oleh kerana itu, mulai tahun 2007 hingga 2012 untuk Top Business School ini, UKM dipanggil TBS UKM dan TBS UPM masing-masing memerlukan peruntukan belanja mengurus sebanyak masing-masing RM11.5 juta dan juga RM23 juta. Jadi perincian keperluannya ialah untuk tenaga akademik Yang Berhormat, untuk UKM sebanyak RM10.2 juta dan untuk UPM adalah sebanyak RM10.2 juta. Untuk kakitangan sokongan, RM1.2 juta bagi UKM dan untuk UPM RM1.2 juta. Untuk maklumat Yang Berhormat lagi tentang Top Business School ini, kita sebenarnya mensasarkan untuk 12 universiti. Jadi kalau Yang Berhormat perlukan maklumat terkini tentang Top Business School ini saya ada angka yang banyak boleh diserahkan kepada Yang Berhormat secara bertulis selepas ini. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Kepong terima kasihlah kerana menunjukkan minat yang begitu tinggi di dalam kedudukan institusi pengajian tinggi kita di peringkat antarabangsa. Jadi Yang Berhormat bertanya tentang kedudukan kita yang begitu merudum. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, kita menyediakan sebanyak RM30.6 juta adalah untuk menampung penambahan tugas-tugas dan peranan dan jabatan. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat tahu tidak, tujuh teras yang disediakan oleh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ini antaranya ialah yang untuk meningkatkan kedudukan universiti kita ialah menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh pendidikan dan inovasi, memperkasakan institusi pengajian tinggi dan yang paling penting ialah mempergiatkan kegiatan-kegiatan pengantarabangsaan. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan oleh kementerian pada hari ini merangkumi kepada tiga bidang daripada yang di peringkat bawah ialah mengadakan bengkel, seminar dan persidangan. Ini diperuntukkan sebanyak RM3 juta. Menganjur pertandingan-pertandingan inovasi dan penyelidikan dan peringkat tempatan dan antarabangsa.
Ada jenama-jenama kita di institusi pengajian tinggi kita yang telah diterima di peringkat antarabangsa. Ini pun kita peruntukkan sebanyak RM3 juta dan program kempen kesedaran kepada pendekatan kedudukan institusi pengajian tinggi kita dan juga program penempatan pelajar-pelajar di universiti di dalam negara dan luar negara, pengukuhan program-program bersifat pembinaan sahsiah pelajar-pelajar dan sumbangan kepada United Nation University International Institute for Global Health. Ini pun kita ada menyumbang yang membawa keseluruhan peruntukan kita kepada RM30.6 juta tadi. Sekali gus Yang Berhormat menjawab kepada isu kedudukan kita di peringkat antarabangsa ialah semua kegiatan-kegiatan yang diletakkan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara kita ke arah meletakkan universiti-universiti kita ini, berada di peringkat yang tinggi di dalam THES ini, The Times Higher Education Supplement ini Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat juga menyebut beberapa perkara hendak minat penjelasan tentang APEX. APEX ini Yang Berhormat dia sebenarnya adalah program, Accelerated Program For Excellence, beberapa universiti yang telah dipilih terutamanya untuk mempergiatkan lagi kegiatan-kegiatan research. Kita telah melantik empat universiti sebagai universiti penyelidikan, RU dia panggil iaitu UPM, UKM, UM dan USM. Jadi ini ialah salah satu daripada kegiatan kita, APEX tadi adalah program- program yang disediakan oleh pihak kementerian dalam bentuk dana untuk membantu universiti-universiti itu supaya jadi centre of excellent. Jadi hendak jelaskan APEX dan centre of excellentt ini Yang Berhormat, dia ada empat ciri, dengan izin: (i) the product - the product and the services must be at the utmost quality, yang dikeluarkan oleh universiti tadilah; (ii) the system - the system that produces the product and services tadi must be able to ensure the consistency of the product and services. Tidak kiralah siapa jadi Menteri, siapa Timbalan Menteri, siapa pembangkang, siapa VC, siapa TLC, consistency atau ketetapan kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh universiti tadi menepati kehendak dan cita rasa pelanggannya di peringkat lokal dan juga di peringkat global; (iii) conducive working environment - yang mana universiti- universiti kita ini jadi sebuah a great place to live in ataupun a great place to work. Tempat yang orang bila masuk sahaja ambience, terasa ada kecemerlangan daripada VC nya sampailah ke tukang kebun dan juga security guard nya, pegawai-pegawai keselamatannya; dan (iv) the man - orang yang berada dalam itu, daripada VC sampailah ke staf-staf sokongan dan staf akademik adalah orang yang menampakkan ciri-ciri kualiti serta ciri-ciri kecemerlangan. Hendak bergerak ke arah ini Yang Berhormat dia bukannya satu kerja 24 jam, bukan kerja satu malam, ia memerlukan satu perjalanan yang panjang. Ini kerana ia adalah merupakan perubahan budaya, perubahan cara berfikir dan bila sudah jadi budaya ini apa yang kita buat we are at the stage of unconsciously competent. Kita hebat tetapi kita tidak sedar kita hebat, orang lain di seluruh dunia yang kata universiti kita yang hebat. Jadi ini Yang Berhormat perjalanan yang panjang dan perlu sokongan dari Yang Berhormat Kepong dan saya nampak Yang Berhormat Kepong pun sentiasa memberikan sokongan. Jadi autonomi dan sebagainya tadi, penyelidik dan sebagainya tadi adalah sebahagian daripada kegiatan-kegiatan yang kita kena masukkan dalam keempat-empat attribute of centre of excellent tadi, Tuan Pengerusi. Ini Yang Berhormat Kepong lah dan yang akhir sekali Yang Berhormat Kota Melaka.
Penjelasan yang terakhir.
Ini malam Jumaat Yang Berhormat Kepong, jangan main-main malam Jumaat ini. Okey, sila.
Penjelasan Tuan Pengerusi.
Ya, tetapi yang berkaitan dengan butiran Yang Berhormat.
Singkat sahaja mengenai Times Higher Education Supplement itu. Kajian itu ada penilaian rakan sepakaran yang telah dibuat oleh lebih 5,000 orang ahli akademik antarabangsa dan juga untuk kriteria kekerapan kajian yang dirujuk citations per faculty. Apakah yang dibuat oleh pihak kementerian untuk meningkatkan prestasi kita terhadap penilaian rakan sepakaran dan juga mengenai kriteria kekerapan kajian yang dirujuk citations per faculty itu yang tidak disebutkan oleh Yang Berhormat tadi?
Ini yang saya susah hendak cakap kepada Yang Berhormat Kepong. Masa saya cakap Yang Berhormat goyang-goyang kepala saya ingat Yang Berhormat faham. Semua yang saya sebut tadi ialah ke arah meletakkan universiti kita di tangga teratas di peringkat ranking dunia. Saya bercakap berbuih mulut sampai sakit-sakit tekak saya, nasib baik tidak terbatuk macam Yang Berhormat Pasir Salak. Saya sudah cakap tadi semua itu adalah di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara di mana akhirnya menjurus ke arah meletakkan universiti kita setaraf dengan universiti-universiti lain di dunia Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat, saya kata dia tidak boleh berlaku hari ini, Yang Berhormat hendak besok berlaku. Yang Berhormat sabar, tunggu mungkin Yang Berhormat sudah pindah sebelah sini Yang Berhormat dia jadi. Cara Yang Berhormat pun baiklah saya nampak. Bagi Yang Berhormat Kota Melaka. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka sebenarnya jawapan untuk Yang Berhormat tadi saya sudah sebutkan sekali di dalam jawapan untuk Yang Berhormat Rasah. Akan tetapi saya percaya Yang Berhormat bertanyakan tentang elaun industri kepada pelajar dan pelatih. Yang Berhormat, ini adalah untuk pelajar sahaja. Yang Berhormat, antara tujuan peruntukan latihan industri ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori kepada amali, mendedahkan pelajar kepada perkembangan teknologi terkini industri dan menajamkan kemahiran insaniah atau kemahiran soft skill pelajar-pelajar. Yang Berhormat, bidang-bidang dia perakaunan, sains sosial, kejuruteraan, teknologi maklumat, komunikasi, sains dan teknologi serta reka bentuk industri. Di luar negeri kita, ada juga Yang Berhormat iaitu program-program kejuruteraan. Jadi pelajar-pelajar diberi elaun RM200 hingga ke RM300. Peruntukannya kita bahagikan kepada dua, IPTA kita bagi RM70 juta dan untuk politeknik dan kolej komuniti kita ada RM10 juta Yang Berhormat. Jadi banyak program yang kita adakan antaranya baru-baru ini empat teknikal universiti telah membentuk dia panggil MTUN, Malaysian Technical University Network, rangkaian universiti-universiti teknikal termasuk Universiti Teknikal Melaka. Yang Berhormat, di mana kita telah mengadakan jaringan dengan industri-industri leader, pemain-pemain perusahaan perindustrian ini untuk kita meletakkan graduan-graduan kita supaya menepati kehendak pasaran apabila mereka bergraduan nanti. Jadi saya ucap terima kasih Tuan Pengerusi di atas...
Minta penjelasan sedikit.
Saya tidak perasan Yang Berhormat Serdang tadi tanya dalam ada bahas tadi tidak?
Tidak ada, tetapi saya boleh minta penjelasan kan? Sedikit sahaja tentang perkara ini.
Senyum sedikit kalau Yang Berhormat senyum saya bagi. Yang Berhormat senyum saya bagi, terima kasih.
Saya hanya tahu kerana pada pendapat saya baguslah latihan industri ini. Akan tetapi kenapa kerajaan tidak meminta pihak industri untuk membayar elaun ini kepada pelajar-pelajar dan kerajaan terpaksa menanggung pemberian elaun ini kerana pada pendapat saya pihak industri akan dapat manfaat juga. Kenapa mereka tidak boleh membayar elaun ini? Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Senyum Yang Berhormat Serdang lebih baik sikit daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Serdang, sebenarnya ada industri-industri yang menyediakan elaun-elaun untuk pelatih-pelatih kita, ada yang tidak menyediakan. Akan tetapi sebagai insentif kepada industri dan juga pelatih-pelatih kita menyediakan peruntukan ini untuk memberi mereka peluang dan ruang, memberikan peluang yang luas kepada pelatih- pelatih kita. Sebagai contoh untuk pengurusan perakaunan seperti institusi bank-bank dan sebagainya, institusi kewangan mereka menyediakan peruntukan untuk pelatih-pelatih kita dan kita tidak mengeluarkan perbelanjaan langsung untuk pelatih-pelatih kita ini. Kita kena tengok dari dua sudut Yang Berhormat. Dari sudut Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuka ruang seluas-luasnya, berikan latihan kepada pelajar-pelajar kita dan dari sudut penerima pelatih-pelatih ini. Jadi kalau kita timbangkan ada yang menyediakan dan ada yang tidak menyediakan. Dan peruntukan ini adalah untuk mereka yang tidak menyediakan elaun- elaun untuk pelatih-pelatih. Terima kasih Tuan Pengerusi dan inilah jawapan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM178,300,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan, Wang sebanyak RM178,300,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Pengerusi saya ringkas sahaja. Saya ingin tahu RM75 juta untuk menampung perbelanjaan Polis Diraja Malaysia semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 ini merangkumi apakah perkara, merangkumi perkara apa? Dan saya juga ingin ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada polis kerana memastikan perjalanan pilihan raya yang lalu berjalan dengan lancar. Akan tetapi saya ingin tahu mengapa boleh wujud 72,000 undi pos yang saya percaya pegawai polis adalah pengundi pos yang tidak dikembalikan. Apakah kerana tugas-tugas pegawai polis ini sehingga menjejaskan hak mereka mengundi? Sebab ada jawapan dari Parlimen, di mana saya perolehi 72,000 undi pos. Jadi saya pohon penjelasan aspek ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hendak tanya pasal RM75 juta ini daripada peruntukan untuk Polis Diraja Malaysia bagi perbelanjaan Pilihan Raya Umum Ke-12, khususnya saya hendak minta pecahan, secara khususnya berapa banyak yang diperlukan untuk polis, untuk menjaga kekacauan yang ditimbulkan oleh pembangkang dan berapa banyak yang diperlukan untuk menjaga keselamatan pihak Barisan Nasional.
Dan soalan yang kedua ialah mengenai Maksud B.62 ii., iaitu Program Misi Pengamanan Timor Leste. Saya hendak tanya berapa lama kita hendak ada di Timor Leste ini? Sebab saya nampak RM38 juta saya tidak tahu ini untuk annualkah ini, untuk tiga bulankah? Dan saya hendak tahu sama ada kita pun dapat geran daripada United Nations atau Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dan adakah kita satu-satunya negara yang ada di Timor Leste pada waktu ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rasah kemudian Yang Berhormat Segambut lepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Maksud B.62 - RM75 juta untuk pasukan polis. Saya hendak tanya berapakah jumlah daripada RM75 juta ini diguna untuk membayar mungkin elaun kerja lebih masa ataupun lebih banyak pergi pada membayar kos-kos pengangkutan ataupun seumpamanya. Saya bertanya demikian sebab yang penting sekali ialah membayar elaun kos lebih masa. Saya hendak mengambil kesempatan di sini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya bukan sahaja setakat hendak memuji, tetapi hendak mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia kerana telah menjalankan tugas dengan cukup cemerlang. Kita lihat di mana-mana sahaja di negara lainlah yang mengadakan pilihan raya, kalau tidak mati lima orang, sepuluh orang macam tidak sah pilihan raya, ini berlaku di mana-mana. Kita lihat apatah lagi di negara Afrika, di Latin Amerika malah di negara maju pun banyak berlaku kekacauan. Dan kekacauan ini kita tidak boleh tuduh, menuduh di antara satu sama lain, di antara parti mana ke parti mana, siapa yang bermula provokasi. Itu apabila terjadi terpulang kepada penyiasatan sebab yang baik ini ada di mana-mana, yang jahat ini pun ada di mana-mana, maksud saya begitu. It can be at anywhere, so saya tidak pertahankan dari segi kaca mata just kita belong kepada satu organisasi, maka organisasi kita itu baik segala-galanya - tidak. Sebab pepatah orang tua kata, “Buah kelapa itu satu tandan, satu itu ada yang buruk dan ada yang tidak guna, maka yang lain pun rosak habis”. Jadi saya tahniah kepada polis dan amat tidak, orang kata “tertib” kalau kita menyerang walaupun kita tidak puas hati mengenai dengan kerja-kerja polis tentulah ada sedikit sebanyak, tetapi dalam kita menegur jangan kita melampau. Menyebut polis bersifat ataupun menjalankan tugas seperti “kebinatangan” adalah sesuatu yang uncalled for yang tidak bertanggungjawab. Saya dahulu pun Tuan Pengerusi, untuk berkongsilah kena tahan ISA dua kali. Saya diintrograsi, yang mula-mula dahulu tahun 1974 sebagai pemimpin pelajar 60 hari 60 malam, Tuhan sahaja yang tahu tetapi saya tidak pernah kompelin. Merungut ada tetapi saya percaya sebab ada pandangan kita betul mungkin pihak keselamatan dia ada pula pemikiran mereka. Dan kita lihat kecekapan polis kita menjalankan tugas ianya lebih pada preventive atau pencegahan ini penting. Kalau sudah jadi tidak guna sudah, kalau sudah jadi segala-galanya sudah musnah, nasi sudah jadi bubur, tidak guna. Akan tetapi kita lihat di negara kita sepajang pilihan raya berjalan ianya tidak berlaku. Kalaupun ada incident kecil-kecilan koyak poster, adalah mungkin tampal menampal satu dua kecil sangat, tetapi tidak ada yang menggerunkan kita yang kita dengar. Ini kita patut ucap tahniah dan saya ucap syabas kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Sebab itu saya hendak tanya kalau RM75 juta ini kalaulah ianya banyak kepada kos-kos pengangkutan kurang kepada bayaran elaun lebih masa, saya sokong kalau ditambah lagi. Ini perkara-perkara yang patut, jangan kita dok marah dekat polis sahaja, kebajikan mereka kita tidak bela, kehidupan mereka kita tidak tanya khabar, tahu hendak marah sahaja.
Cuba kita jadi polis, cuba kalau kita ini ditakdirkan oleh Allah SWT tidak jadi Ahli Parlimen tiba-tiba jadi polis trafik masa pilihan raya. Duduk tengah hujan jaga trafik light, duduk tepi jalan rasalah badan. Silap sedikit kita melenting, kita marah, kita kena ada timbang rasa. Itu sahaja Tuan Pengerusi, oleh kerana ini yang terakhir jadi saya hendak ambil kesempatan sinilah bukan hendak melencong hendak ucap tahniah kepada Tuan Pengerusi dan juga dua Timbalan Tuan Pengerusi termasuk Datuk sendiri Datuk Ronald Kiandee dan juga Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang telah menjalankan tugas sebagai Tuan Pengerusi dan Timbalan Tuan Pengerusi yang cukup cemerlang, ini ikhlas.
Terima kasih Yang Berhormat ya.
Sebab saya tengok dalam masa beberapa hari ini kekecohan-kekecohan tanpa kewibawaan ketiga-tiga ini yang diketuai oleh Tuan Pengerusi kita tentu lain jadinya. Jadi saya haraplah supaya perjalanan mesyuarat akan datang lebih intelektual, lebih bertamadunlah orang kata. Kita berhujah, kita boleh tidak setuju pun tidak apa. Saya pun banyak tidak bersetuju, sama ada dengan pihak kerajaankah, pihak pembangkang, tetapi kita debat kita mengelak menggunakan bahasa-bahasa yang tidak baik. Sebab itu saya sendiri pun bukan main lagi saya control diri saya. Bila orang usik, cabar saya baru saya jawab saya never memulakan sesuatu...
Ada ketika...
...Terima kasih.
Yang Berhormat ada ketika Yang Berhormat hendak baling buku juga ya.
Itu sebab sudah naik angin tu, tetapi tidak baling. Saya...
Ada kempen budi bahasa Yang Berhormat.
Cara saya itu memberi penekanan untuk perhatian Tuan Pengerusi, tetapi saya tidak gaduh itu lain, saya lain. Kalau tengok betul-betul dalam televisyen balik, saya tengok okey tidak adalah lebih sangat. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih itu sahaja dan saya sekali lagi ucapkan tahniah semua Ahli Yang Berhormatlah, kita yang ada di sini yang dapat bertahan sampai pukul 9.00 malam termasuk diri saya sendiri yang lain ramai sudah balik. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan juga mengucapkan syabas kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana telah mengambil bahagian dalam misi pengaman di Timor Leste yang tentu ini adalah satu tindakan yang boleh meningkatkan imej negara di mata masyarakat dunia. Yang keduanya saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah khidmat perunding yang diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM625,000? Minta penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin.
Ini...
Soalan saya pertama ialah ada minta menteri menjelaskan bahawa perbelanjaan PDRM yang sama pada Pilihan Raya Umum Ke-11 berapa dan kalau ada penambahan berbanding dengan Pilihan Raya Umum yang Ke- 12, kenapa ada penambahan. Soalan yang kedua ialah perbelanjaan sebanyak RM600,000 lebih untuk pembayaran kepada khidmat perunding. Saya hendak tanya menteri, khidmat perunding apa itu? Kenapa kerajaan tidak ada perunding sendiri, tidak ada legal advisor sendiri ke dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rasah dan juga Yang Berhormat Segambut yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai perbelanjaan tambahan Kementerian Dalam Negeri. Pertama sekali Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Rembau dan juga Yang Berhormat Pasir Mas hendak tahu tentang apakah yang terlibat dalam perbelanjaan sejumlah RM75 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seperti yang kita semua maklum, Polis Diraja Malaysia mempunyai anggotanya sejumlah 96,000 lebih kurang. Dan semasa pilihan raya, oleh kerana kerajaan hendak memastikan supaya pilihan raya kali ini seperti juga pilihan raya yang dahulu dijalankan dengan sempurna, lancar dan tidak mempunyai banyak masalah. Maka, hampir 80% anggota polis telah pun deploy, dengan izin, dekat seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk menjaga keselamatan, menjaga supaya pilihan raya pada kali ini, kali yang ke-12 ini dijalankan tanpa sebarang kekacauan. Oleh yang demikian, RM75 juta ini memang merangkumi semua, banyak bandar. Saya ingin beritahu breakdown dengan izin, misalnya RM30 juta telah pun dibelanjakan dari segi perjalanan dan sara hidup. RM3.3 juta adalah perhubungan dan utiliti. RM2.7 juta untuk sewaan premis sebab apabila anggota ini dihantar ke pelbagai tempat, bukan semua tempat mempunyai balai polis atau pun IPD. Oleh yang demikian, pihak polis terpaksalah menyewa tempat-tempat untuk menjalankan operasi dan tugas mereka. Selain daripada itu, RM1.8 juta adalah untuk bahan-bahan makan dan minuman dan sebanyak RM16 juta adalah bekalan bahan mentah, bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kecil. RM8 juta dibelanjakan untuk bekalan dan bahan-bahan lain. RM5 juta penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dibeli dan RM8.4 juta iaitu perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti. Ini adalah semua berjumlah RM75 juta. Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun mengucapkan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat dari pembangkang. Jarang sekali mereka ini hendak puji pihak polis, tetapi kali ini mereka puji pihak polis. Sebenarnya, mereka haruslah memberikan pujian kepada pihak polis sebab selama ini kita bukan sahaja mempunyai pilihan raya yang bersih, yang selamat, pada masa yang sama juga, negara ini juga sentiasa dikawal dengan keselamatan yang cukup-cukup baik sekali... [Tepuk]
Untuk Yang Berhormat Batu Gajah mengenai RM72,000 undi pos yang tidak mengundi. Kita tidak dapat memberikan jawapan sebab kita bukan SPR. Sebenarnya 72,000 undi pos ini bukan sahaja setakat anggota Polis Diraja Malaysia. Ini termasuk juga lain-lain anggota sama ada tentera dan lain-lain yang tidak dapat mengundi secara terus maka mereka ini perlu mengundi mengikut undi pos lah. Banyak dari mereka ini tidak balik kalau 72,000 ini balik, saya ingat setengah daripada pembangkang tidak ada di sini. Yang Berhormat dari Rembau...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Saya sampaikan dalam undi pos tadi 72,000. Apakah pihak kementerian ada memastikan 72,000 ini adalah laporan yang menyatakan yang telah dihantar tetapi tidak dikembalikan. Jadi, pihak kementerian apakah ada pastikan bahawa anggota polis kita walaupun menjalankan tugas ini tetapi hak mereka untuk mengundi, mereka telah mengundi dan undi itu dikembalikan. Saya percaya mungkin undi ini kalau dikembalikan mungkin Barisan Nasional sudah tumbang... [Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat. Nada dia bukan tinggi itu. Okey dah, senyum pula.
Hendak balik dah Yang Berhormat.
Yang Berhormat dari Batu Gajah. Dalam negara kita ini, sistem pengundian ini bukan secara wajib, so siapa tidak mahu undi pun kita tidak boleh buat apa. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang tidak memaksa sesiapa mengundi. Kalau mereka ini dipaksa mengundi habislah pihak pembangkang. Selain daripada itu, Yang Berhormat Rembau juga bertanya mengenai misi. Misi pengaman yang berada di Timor Leste. Untuk makluman Dewan yang mulai ini, misi pengaman ini sudah mula sejak tahun 2006. Selain daripada negara Malaysia, Australia, Bangladesh dan juga lain-lain negara jiran di rantau ini diminta untuk membantu dalam misi pengaman ini. Setiap kali apabila kita hantar, mereka ini akan tinggal di Timor Leste menjalankan tugas untuk selama enam bulan. Setiap batch, setiap kumpulan yang dihantar adalah dalam lingkungan 250 orang anggota. Kita membelanjakan RM38.29 juta. Ini tidak bermaksud bahawa kita akan rugi semua ini. Sebenarnya apabila kita sudah berunding dengan pihak United Nations, Bangsa-Bangsa Bersatu maka kita harus menandatangani satu perjanjian ataupun MoU dan kita akan menandatangani MoU ini tidak lama lagi. Ini kerana dua-dua pihak negara kita, kerajaan kita dan pihak UN dah setuju dah. Selepas menandatangani MoU ini, maka segala apa yang kita belanja seperti kenderaan-kenderaan, belanja untuk membeli peralatan persenjataan termasuk dengan peluru-peluru dan juga peralatan perubatan yang kita keluarkan dahulu, mungkin kita pinjam dahululah, beli, selepas menandatangani MoU ini, pihak UN akan reimburse kita balik. Setiap tahun lebih kurang RM10 juta. Maksudnya, apabila kita habis tugas kita setiap tahun kita boleh tuntut RM10 juta. Maka kita tidak rugi begitu banyak dan berapa lama kita akan menghantar anggota kita, buat masa ini kita tidak tahu lagi. Ini adalah bergantung kepada keputusan United Nations dan juga negara-negara yang lain. Namun, sebagai jiran yang baik dalam rantau ini maka Malaysia sentiasa bersiap sedia untuk membantu negara-negara jiran kita. Yang Berhormat dari Pasir Mas juga tanya tentang elaun lebih masa. Saya tadi sudah beritahu breakdown. Sekali lagi, kalau Yang Berhormat hendak tahu, dari segi perjalanan dan sara hidup adalah RM30 juta. Maksudnya hampir-hampir dekat 45% dari RM75 juta ini digunakan untuk perbelanjaan perjalanan dan sara hidup. Untuk makluman Yang Berhormat juga...
Perjalanan ...
Tuntutan anggota yang bertugas di Sabah dan Sarawak akan diberikan lebih RM65 sehari dan di Semenanjung hanya RM60 setiap orang anggota.
Sikit saja. Perjalanan dengan elaun lebih masa itu lain tu. Saya nak tahu, yang boleh dibawa balik oleh anggota polis yang bertugas. Yang duit tambang lain, itu yang saya nak tahu tu. Terima kasih.
Baiklah. Yang Berhormat, seperti saya katakan tadi, mereka ini diberikan RM65 sehari di Sabah dan Sarawak dan RM60 sehari di Semenanjung. Daripada segi dia punya final figures ini dengan izin, saya ingat tak ada di sini. Tak apa, saya akan bagi tahu Yang Berhormat secara bertulis.
Cukup makan sajalah tu.
Ha, cukup sajalah. Ini kerajaan hendak memastikan supaya duit kerajaan tidak dibelanja dengan sewenang-wenangnya. Kalau tidak lebih banyak lagi. Oleh kerana kerajaan mempunyai semangat untuk berhemah, nak jimat, maka semua dikurangkan RM75 juta sahaja.
Itu pula caranya. Boleh saya minta jalan sikit?
[Menyampuk] Sokong. Polis bukan makna tak ada duit, tak boleh kena tangkap.
[Ketawa] Saya ingat Tuan Pengerusi...
Tak payah respons Yang Berhormat.
Ya lah, saya nak kena tarbiah Ahli Parlimen Pasir Salak ini. [Ketawa]. Betullah, makan berhemah itu berhemah. Dia berhemah, belanja besar pun kalau berhemah pun tak apa. Kena pada tempatnya. Kita tak mahu belanja yang tak berfaedah banyak. Yang mana kalau RM65 elaun kerja siang malam habis dengan duit makan saja. Patutnya adalah juga selepas dia belanja, dia tengok balance sekian banyak, ini selepas pilihan raya penat lelah, adalah juga. Jadi ini saya rasa tak salah, yang kita belanja dengan cara yang betul, tak apa banyak pun. Kalau rugi kita berniaga, kalau kerugian itu kerana memang tidak ada sebab, tidak ada kena mengena dengan penyelewengan rasuah, tak apa. Saya boleh faham. Jadi Yang Berhormat pun janganlah jawab dengan cara retorik, nanti saya... [Ketawa] Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi saya sebut tentang jumlah. Jumlah ialah RM30 juta ini maksudnya merangkumi semua, sebab anggota polis bila mereka menjalankan tugas, mereka ini tidak memberikan lebih banyak daripada RM65 ataupun RM60 seseorang. So, ini untuk makan sajalah. Ini anggota polis pun tak minta lebih daripada itu. Tuan Pengerusi, lagi seorang Yang Berhormat, Yang Berhormat Rasah telah pun bertanya sama ada RM625,800 ini adalah untuk pembayaran kepada khidmat perunding. Khidmat perunding adalah sebuah syarikat yang telah pun dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri supaya untuk membantu pihak polis daripada segi membantu pusat media. Mereka ini kerja bukan secara kontrak, mereka ini bila dia orang masuk, mengikut jam. Tiap-tiap jam mereka masuk, mereka ini berhak untuk menuntut dan mengikut apa yang ada pada kita. Pihak polis telah pun mengguna syarikat ini untuk membantu mereka daripada segi media, daripada segi pakej-pakej yang lain untuk menaikkan lagi martabat polis, macam mana polis dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Ini adalah beberapa tugas yang diberikan syarikat ini dan saya percaya ini adalah bukan satu jumlah kontrak, ini mengikut hourly rate yang mereka ini masuk.
Minta penjelasan, iaitu khidmat media ini kontrak diberikan secara tender atau runding terus?
Ini kita tak tahu sebab ini dihantar oleh Jabatan Perdana Menteri dan diberikan untuk kegunaan pihak Polis Diraja Malaysia dan ini tidak dijalankan oleh pihak polis. Baiklah, itu adalah beberapa perkara. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM113,918,997 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM113,918,997 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Bacaan Kali Yang KetigaMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Kita dapat makluman daripada menteri. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan.
Usul — MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 • Rang Undang-Undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 Timbalan Menteri Pelancongan [Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman binBill
Abdul Taib]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik Rang Undang-undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 seperti mana yang tertera pada no. 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Baiklah.
Usul Menteri Kewangan — Akta Kastam 1967Motion
(i) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2008 P.U.(A) 175 bertarikh 1 Jun 2008; (ii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri- negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2008 P.U.(A) 176 bertarikh 1 Jun 2008.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil ST. 74 dan ST. 75 tahun 2008 disahkan. Satu, Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2008 P.U.(A) 175 bertarikh 1 Jun 2008. Perintah ini bertujuan untuk menurunkan duti import ke atas zipper and parts dari 20% kepada 12%. Keputusan ini dibuat untuk mengurangkan duti perlindungan ke atas keluaran ini di samping menyelaraskan dengan kadar duti import di bawah FTA ASEAN China sebanyak 12% bagi tahun 2007 hingga 2008. Dua, Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2008 P.U.(A) 176 bertarikh 1 Jun 2008. Pindaan ini merupakan pindaan susulan dengan izin, consequential bagi menurunkan duti import ke atas zipper and parts seperti dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2008 di atas bagi keluaran yang sama daripada negara ASEAN. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
[Bangun] [Dewan riuh]
Ya, bahas Yang Berhormat, bahas.
Sudah janji dengan Yang Berhormat Kuala Krau lah tadi Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak akan mengambil masa. Beberapa kementerian pun saya tidak mengambil bahagian. Duti Kastam dan Eksais kita ini memang membawa sekurang-kurangnya RM30 atau RM40 bilion. Ia bukan main-main.
[Menyampuk]
Jangan kacaulah. Di situ dia melambatkan lagi.
Dia hendak pulanglah, Yang Berhormat.
Mengenai itu kita ada CEPT iaitu didaftarkan nama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT). CEPT bermakna barang-barang daripada ASEAN itu termasuk China tadi Zippers and Parts dikurangkan daripada 20%. Ini bermakna...
Peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi. Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Kepong.
Ya, Peraturan mesyuarat.
Berhujah, berbahas pandang Tuan Yang di-Pertua, jangan pandang sana.
Dia tahu itu. Dia tahu.
Memang saya pandang kerana hendak lihat Yang Berhormat Tangga Batu dan sebagainya juga. Pelbagaikan.
Yang Berhormat Tangga Batu di sini, Yang Berhormat.
[Menyampuk]
[Ketawa] Kacaulah. Macam mana? Melewatkan saja tu. Di sini zipper and parts itu tidak ada perjanjian dengan ASEAN dan kita mesti kurangkan duti import kita ini. Dengan mengurangkan sedemikian berapa peratus atau berapa juta dikurangkan kutip daripada barang-barang yang diimport ini? Kita hendak tahu juga kerana elaun Ahli-ahli Yang Berhormat di sini pun datang daripada punca duti import ini juga. Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah pihak Kementerian Kewangan dapat menjawab berapa kekurangan daripada Usul ini. Kita hendak tahulah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri tadi itu dia tidak jawab dengan betul.
Sudah jawab, Yang Berhormat.
Jawab yang bukan-bukan.
Dia jawab betul, Yang Berhormat.
Kalau elaun dia dapati daripada ini tidak sepadan dan tidak berbaloi dengan jawapan yang dia beri tadi itu. [Menunjukkan dokumen] Tuan Yang di-Pertua, di sinilah saya berharap dengan diluluskan Usul, kita dapat kutip dengan lebih baik dan kekurangan daripada itu kerana dikurangkan kepada 12% ini kutipan memang sudah kurang. Sekian, terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kepong yang bertanyakan iaitu berkenaan dengan ‘keturunan’ kadar cukai ini. Berapakah akan mengakibatkan...
Penurunan, Yang Berhormat Menteri.
Penurunan.
Penurunan. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah import zipper untuk tahun 2007 adalah lebih kurang RM22 juta. Dari negara China adalah RM2.6 juta, dan dari negara yang lain lebih kurang RM20 juta. Jadi daripada negara yang lain kadar cukai adalah sebanyak 20% tetapi dari negara China adalah sebanyak 12% sahaja. Jadi, ‘keturunan’...
Penurunan.
Penurunan, keturunan itu lain maknanya, Yang Berhormat.
Penurunan 20% daripada RM20 juta iaitu lebih kurang 8% daripada RM20 juta. Itu sahaja penurunan dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cukai duti ini diselaraskan supaya industri zipper di negara kita ini lebih berdaya saing pada masa yang akan datang. Ini adalah untuk menjelaskan bahawa industri ini adalah lebih selaras dengan negara-negara yang lain. Itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ini kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 5 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut bilangan 74 dan Statut 75 tahun 2008 disahkan, hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Parlimen Kedua belas telah berlangsung selama 16 hari. Bagi pihak Yang di-Pertua dan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan mesyuarat disempurnakan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai Parlimen serta pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat kali ini. Akhir kata selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 8.57 malam.