Dewan Rakyat · 6 November 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 1,048 turns · 41,506 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ismail bin Abdul MuttalibPAS · PNMaran · question

1. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Mutalib [Maran] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah pegawai dan kakitangan KEMAS di seluruh negara mengikut taraf jawatan tetap, kontrak, sambilan dan sebagainya dan apakah kerajaan bercadang untuk menyerapkan seluruh kakitangan kontrak yang ada ke jawatan tetap.

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad TaibMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini jumlah kakitangan KEMAS keseluruhannya adalah seramai 832 orang bertaraf tetap yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional hingga Kumpulan Sokongan II dan seramai 14,723 orang bertaraf kontrak yang terdiri daripada Kumpulan Sokongan I hingga ke Kumpulan Sokongan II. Kementerian belum bercadang mewujudkan jawatan tetap dan berpencen kepada kakitangan kontrak. Sungguhpun demikian mereka juga mendapat faedah dan kemudahan- kemudahan seperti kakitangan tetap meliputi Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan Sara Hidup (COLA) dan kemudahan rawatan percuma.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita akui bahawa dahulu peranan KEMAS cukup besar dalam membina perubahan masyarakat dan juga sosial khususnya masyarakat luar bandar. Namun apakah kementerian sedar bahawa kita perhatikan terdapat pertindihan tugas dan fungsi di antara kementerian-kementerian dan juga mungkin agensi-agensi di bawah kementerian itu sendiri. Umpamanya kementerian, prasekolah kita ada di dalam KEMAS dan ada juga dalam Jabatan Pelajaran. Tabika kita ada dalam KEMAS dan kita ada juga dalam Perpaduan. Dalam agensi umpamanya, ada RISDA, ada FELCRA dan kadang- kadang menjalankan tugas yang mungkin hampir sama. Ini mungkin menjejaskan dari segi peruntukan dan juga kakitangan. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan penyelarasan balik kepada pertindihan tugas ini supaya kita dapat memastikan peranan sebenar KEMAS yang dimainkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah ini dan juga KEMAS itu khususnya dapat lebih berkesan dalam kita membina kesedaran masyarakat khususnya ketika kita berhadapan dengan cabaran- cabaran yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang pada hari ini. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Sememangnya tugas yang dipertanggungjawabkan kepada KEMAS tertumpu pada kawasan-kawasan yang ada hampir 7,000 kampung ataupun lebih tepat lagi 8,400 kelas KEMAS di seluruh negara di kawasan-kawasan kampung meliputi 180,000 kelas tadika KEMAS kanak-kanak yang melibatkan seramai 14,000 orang guru.

Di kawasan-kawasan bandar di mana kawasan-kawasan wujud kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum ada Tadika-tadika Perpaduan. Memang ada penyelarasan di antara KEMAS, Perpaduan dan juga Kementerian Pelajaran di mana yang ada kelas tabika Kementerian Pelajaran biasanya KEMAS tidak akan menyertai. Mengenai perkara kedua iaitu membina masyarakat, memanglah KEMAS bertanggungjawab membina masyarakat. Kalau JKR - jurutera dan arkitek membina bangunan, tetapi KEMAS ada tanggungjawab untuk membina manusia ataupun dalam bahasa Inggerisnya human capital development - membina insan, mengupayakan masyarakat, mengerak masyarakat. Jadi KEMAS memang berfungsi bersama-sama dengan sebahagian daripada kakitangan RISDA dan juga FELCRA untuk mengupayakan dan membina masyarakat supaya masyarakat dapat dibina dengan kemajuan fizikal yang dibawa oleh kementerian- kementerian lain seperti JKR dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya ingin tahu berapakah jumlah wang yang diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan KEMAS di seluruh negara dan bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa wang yang dibelanjakan untuk membayar gaji kakitangan KEMAS ini tidak disalahgunakan oleh kakitangan ini, terutama apabila berhadapan dengan pilihan raya. Semasa pilihan raya, kakitangan KEMAS ini digunakan sepenuhnya bekerja untuk parti Barisan Nasional. Jadi, bagaimanakah kerajaan memastikannya, sebab gaji dan wang yang dibayar adalah dari wang rakyat. Seharusnya kakitangan KEMAS ini, berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk parti Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, bagi jumlah gaji, saya minta notis, insya-Allah kita akan sampaikan kepada Yang Berhormat dari Rantau Panjang. Mengenai peranan, ini perception, Yang Berhormat ya. Boleh kita kata, boleh kita menuduh macam itu. Akan tetapi sebenarnya peranan KEMAS sejak daripada ia ditubuhkan pada zaman Allahyarham Tun Razak, awal tahun 60-an dahulu dengan adanya kelas dewasa, pembaharuan, perubahan, mengubah rangka pemikiran, membawa masyarakat daripada masyarakat yang tidak menghantar anak ke sekolah, terutamanya anak-anak perempuan tidak dihantar ke sekolah pada tahun 40-an, 50-an, KEMAS berjaya mengubah minda masyarakat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apa, guna mereka untuk jawatan timbalan presiden punya pertandingan, insya-Allah boleh menang.

Bukan untuk BN, untuk UMNO sekarang ini.

Yalah. [Ketawa] Jadi, sebenarnya ia mengubah minda masyarakat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya, tetapi apa yang Yang Berhormat dari Rantau Panjang sebut sebentar tadi itu, sebenarnya itu saya tidak tahu, kalau ianya berlaku demikian... [Disampuk]

Sivarasa a/l K. RasiahPKR · PHSungai Buloh · question

2. Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah peruntukan elaun kebajikan tergendala sehingga banyak antara mereka yang tidak dapat bantuan bulanan secara tersusun, mengapa ini berlaku.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Subang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM menyediakan pelbagai skim bantuan kewangan untuk membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun untuk satu tempoh keadaan mereka dapat dipulihkan untuk berdikari.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Besar

Buat masa ini tidak ada secara khusus dikesan kes-kes yang mana bayarannya tergendala, Yang Berhormat. Pada masa ini terdapat empat cara pembayaran bantuan iaitu: (i) melalui bayaran bank; (ii) bayaran di pusat-pusat bayaran setempat; (iii) bayaran di Pejabat-pejabat Kebajikan Masyarakat daerah, jajahan ataupun bahagian; dan (iv) bayaran ke rumah klien yang tidak berkemampuan dari segi fizikal untuk ke tempat bayaran yang dinyatakan. Langkah-langkah penambahbaikan ke atas sistem pembayaran dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkesan kepada penerima bantuan. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh JKM adalah menetapkan semua urusan bayaran bantuan secara bulanan kepada penerima bantuan dan cek daripada negeri mesti ditunaikan pada 5 hari bulan pada setiap bulan di semua Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah, jajahan dan bahagian. Langkah ini dapat membantu penerima bantuan JKM merancang perbelanjaan hidup mereka dengan lebih teratur dan buat masa ini kelewatan pembayaran bantuan sekiranya ada berlaku bukanlah berpunca daripada ketiadaan peruntukan untuk pembayaran elaun-elaun di bawah kesemua Skim Bantuan Kebajikan Persekutuan, tetapi oleh faktor-faktor lain. Antaranya: (i) penerima bantuan tidak tinggal setempat ataupun kadang- kadang diambil oleh waris ataupun anak untuk tinggal sementara bersama mereka; (ii) tiada di rumah semasa pegawai datang untuk bayaran; serta (iii) sukar untuk mengesan alamat terakhir mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi tadi dan saya menghargai usaha-usaha yang telah dibuat supaya memastikan bayaran ini sampai. Oleh sebab pada bulan Mei tahun ini, kita dapat banyak laporan mengenai bayaran tergendala selepas peralihan kuasa di beberapa kerajaan negeri. Akan tetapi kebimbangan besar saya sekarang Tuan Yang di-Pertua, adalah bahawa hakikat di akar bumi atau realitinya sebilangan besar warganegara kita tidak dapat bantuan kebajikan sebab mereka tidak ditakrifkan di atas garis kemiskinan yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Fahaman saya ialah garis kemiskinan ini digunakan sekarang baru dinaikkan. Betul? Pada beberapa bulan dahulu adalah RM400 lebih sebulan untuk satu isi rumah, baru dinaikkan kepada RM720 untuk seisi rumah, tetapi ini jauh kurang daripada piawaian antarabangsa, Tuan Yang di-Pertua, yang digunakan iaitu lebih kurang 60% daripada median income, dengan izin. Median income itu ialah jumlah di mana 50% adalah di atas dan 50% adalah rumah di bawah. Jadi kalau kita ikut piawaian antarabangsa itu di negara kita, di mana pendapatan seisi rumah adalah lebih kurang RM3,000, sepatutnya garis kemiskinan yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah RM2,000 sebulan seisi rumah. Jadi soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, adalah adakah jabatan sedia mengkaji semula garis kemiskinan yang digunakan sekarang? Untuk memastikan golongan besar penduduk negara kita yang memerlukan bantuan kebajikan ini berhak mendapat ini, dan inilah sebuah kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat akan buat sekiranya diamanahkan oleh rakyat. [Disampuk]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itulah soalan saya. Adakah Kerajaan Barisan Nasional sedia mengkaji semula, sebab jelas garis kemiskinan yang digunakan sekarang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak sesuai dengan realiti hidup di akar umbi. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat dari Subang. Keprihatinan Yang Berhormat itu kita ambil kira, tetapi saya kira Kerajaan Barisan Nasional jauh lebih prihatin daripada Kerajaan-kerajaan Negeri Pembangkang yang ada pada hari ini, kerana kalau hendak diikutkan JKM memang sentiasa dari semasa ke semasa membuat kajian ataupun review semula kadar kelayakan mahupun kadar penerimaan setiap bantuan. Baru-baru ini pun banyak yang telah dibentangkan termasuklah kenaikan kelayakan isi rumah yang mana kita jangka hampir sekali ganda, Yang Berhormat, akan menikmatinya daripada 54,000 kepada 110,000. Dan saya kira, Yang Berhormat, jumlah atau kadar yang dikeluarkan oleh bantuan Persekutuan ini, skimnya adalah jauh lebih tinggi daripada kadar bantuan yang dikeluarkan oleh kebajikan negeri, yang mana di negeri- negeri hanya sekitar RM50 dan yang tertinggi di Melaka RM450. Jadi saya kira, Yang Berhormat, walaupun kita memang prihatin dengan rakyat, insya-Allah atas kemampuan negara di masa hadapan kelak di bawah Kerajaan Barisan Nasional, kita akan sentiasa mengkaji dan meningkatkannya lagi, insya-Allah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah apa yang kita lihat sekarang ini kebanyakan bantuan- bantuan yang diberikan ini tidak sebenarnya menggalakkan mereka untuk berdikari, lebih kepada bantuan-bantuan yang sebenarnya tidak akan mengubah nasib mereka. Jadi, tidakkah maksudnya kementerian bercadang mengubah pendekatan dan konsep ini sebab kita tidak mahu dijadikan negara kita ini macam negara kebajikan di Great Britain, akhirnya rakyat dia menjadi malas sebenarnya. Jadi yang ini saya rasa pembangkang mungkin dia hendak buat jadi macam Great Britain lah itu sebenarnya. Kita mesti ubah iaitu bantuan yang menyebabkan mereka boleh berdikari. Saya mohon penjelasan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Batu Pahat yang penyegan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Inilah dia Ahli Parlimen Barisan Nasional yang prihatin, konstruktif. [Tepuk]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rakyat suka jadi macam Great Britain.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Di negara kita, Yang Berhormat, apa yang dilaksanakan oleh JKM adalah memberikan bantuan kepada dua kumpulan. Satu, kumpulan yang produktif, iaitu yang mana kita memberi bantuan secara sementara mereka dapat berdikari semula, sama ada ibu tunggal, kematian suami mengejut, mungkin memerlukan masa dengan kemahiran yang kita berikan, dengan rangsangan emosi dan semangat, bila mereka mampu berdiri ataupun berdikari, kita akan berhentikan bantuan. Satu lagi kepada kumpulan yang tidak produktif seperti kepada warga emas yang tiada waris, yang tiada langsung pendapatan sama ada pencen ataupun bantuan daripada anak-anak mereka. Jadi kita memang tidak ada bertujuan untuk menjadi sebuah negara kebajikan sebagaimana yang diuar-uarkan oleh negeri pembangkang tetapi tidak buat. Kita tidak uar-uarkan, tetapi kita laksanakan, kita bantu rakyat yang memerlukan. Harapan kita adalah supaya kumpulan ini dengan bantuan seperti Geran Pelancaran dengan bantuan-bantuan daripada agensi dan institusi di bawah kementerian lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, Pusat GIATMARA, Institut Keusahawanan, kita harap mereka ini dengan sokongan kumpulan-kumpulan ini, mereka akan dapat berdikari. Yang paling utama adalah kita memberi sokongan moral kepada mereka supaya tidak terus bergantung kepada bantuan kebajikan ini seumur hidup. Terima kasih.

Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar · question

3. Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta Menteri Pelancongan menyatakan sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan cadangan sesetengah pihak supaya tanda-tanda jalan dan nama-nama tempat ditulis dalam berbagai-bagai bahasa, demi untuk kemudahan pelancong yang datang ke negara ini.

Datuk Seri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri Pelancongan · Pengerang

Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya bagi Kementerian Pelancongan, sepanjang ini papan-papan tanda jalan tidak pernah menimbulkan masalah kepada pelancong. Berkenaan dengan bahasa sebenarnya, bahasa yang hendak diletakkan iaitu bahasa pelancong sebenarnya tidak pernah menjadi isu. Kalau kita lihat Kementerian Pelancongan bertanggungjawab bagi pemasangan papan tanda penerangan pelancong. Pemasangan papan tanda penerangan pelancong memang di dalam pelbagai bahasa tertakluk kepada tempat-tempat yang diadakan untuk kehadiran pelancong. Jadi kalau kita tengok dalam aspek pertanyaan Yang Berhormat daripada Padang Besar iaitu berkenaan dengan isu tanda-tanda jalan dan nama-nama tempat yang ditulis dalam bahasa-bahasa tertentu untuk kemudahan pelancong, Kementerian Pelancongan ingin menjawab bahawa itu tidak menjadi isu. Isunya ialah pelancong dapat diterangkan berkenaan dengan mana-mana tempat lawatan pelancong bukan sahaja, pertama berdasarkan kepada papan tanda penerangan pelancong yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, dan keduanya adalah kadang- kadang kewujudan dengan izin, brochure-brochure ataupun risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dalam bahasa-bahasa tertentu untuk memberikan penerangan kepada pelancong-pelancong mengenai tarikan pelancongan yang ada di dalam negara kita. Terima kasih.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau penamaan nama-nama jalan ini dan bahasa-bahasa yang digunakan tidak menjadi pendorong kepada kemasukan pelancong dan kemudahan pelancong, apakah sebabnya yang sesebuah negeri itu terlalu beria-ia sangat? Bukankah ini satu unsur chauvinistic kerana mereka sudah menjadi tuan di dalam sesuatu negeri, maka mereka kena buat sesuatu. Kadang-kadang inilah yang menjadikan satu masalah di dalam negara kita. Kadang-kadang kita sanggup melupakan heritage di dalam negara. Mahu melupakan sejarah dan dengan itu pemikiran mereka lebih sempit daripada apa yang mereka anggap.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi Kementerian Pelancongan, isu itu mungkin lebih eloklah ditanyakan kepada kerajaan negeri terutama sekali mungkin di Pulau Pinang di dalam isu baru-baru ini. Bagi Kementerian Pelancongan, apa yang kita dapati, contohnya kehadiran pelancong daripada Cina, Hong Kong dan Macau adalah sebanyak 728,176 pada Januari hingga September 2008. Jadi kalaulah kita hendak mengatakan kerana jumlah pelancong dalam bangsa tertentu, maka bahasa perlu pada bahasa tertentu, bagi saya apakah agaknya jawapan pihak-pihak tertentu kepada jawapan saya iaitu kalau kita tengok kehadiran pelancong daripada Thailand pada masa yang sama iaitu sebanyak 1.1 juta. Adakah perlu kita letakkan pada jalan tanda itu dalam bahasa Siam? Jadi inilah sebenarnya yang menjadi persoalan. Kalau kita tengok pula kehadiran pelancong yang banyak dalam bahasa daripada negara Timur Tengah, adakah kita wujudkan dalam bahasa Arab? Di Timur Tengah ini, bahasa Arab ini, ustaz-ustaz daripada pembangkang ramai. Kadang-kadang mungkin Arab daripada Yaman macam Yang Berhormat Kota Tinggi ataupun Hadralmaut ataupun bahasa Arab daripada Dubai, bahasa Arab daripada Oman dan sebagainya..

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Arab boleh bertanding jadi Naib Presiden UMNO kah?

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kehadiran pelancong di dalam negara kita tidak pernah kena mengena dalam isu papan tanda jalan, tidak ada kena mengena. Pelancong tetap datang.

Jadi apa yang Kementerian Pelancongan lakukan ialah mewujudkan papan tanda pelancongan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dan juga risalah-risalah untuk membantu kefahaman pelancong apabila datang ke negara kita. Jadi soalan Yang Berhormat daripada Padang Besar itu saya tidak boleh jawablah sama ada apakah motif, Yang Berhormat Padang Besar kena tanyalah kepada mereka yang meletakkan tanda jalan pada bahasa tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ialah masa kita globalize. Di Amerika kita pun lihat the first African American sudah menjadi Presiden. [Dewan riuh] Ini merupakan perubahan mentaliti.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat, tapi dia tak tukar nama jalan. Dia tak insist on their own language.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Besar, tidak mengapalah, sila, sila.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tak lama lagi...

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Dia tukar presiden sahaja.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tak lama lagi Melayu jadi presiden Singapura.

Obama bercakap American, very perfect American.

Tak pernah Melayu jadi presiden besar di Singapura.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya bersetuju sesiapa yang boleh…

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, tertib! Sila.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sesiapa yang sesuai, dia jadi presidenlah. Tak kira apa warna kulitnya.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Dia tak insist sekolah, bahasa dia. Dia ajar...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dia tukar jalan sahaja.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi di sini pun, memang Malaysia merupakan satu negara yang berbagai-bagai bangsa. Kita hendak tunjukkan bahawa Malaysia Truly Asia. Kalau Malaysia Truly Asia, bahasa itu Asialah.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

Hei, cakap Cinalah! [Dewan riuh]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Soalannya, di universiti kita mengajar berbagai-bagai bahasa. Kita hendak mereka ajar bahasa...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tak lama lagi Melayu jadi songsang DAP.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, saya dengar itu Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

…Bahasa Jepun dan bahasa-bahasa yang lain di airport. Kita ada berbagai-bagai bahasa juga. Di Sarawak, di jalan-jalan tanda...

Soalan, soalan mana?

Soalan?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi saya rasa, apakah masalahnya sekiranya Pulau Pinang meletakkan lebih banyak bahasa di atas jalan supaya lebih ramai orang tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tak ada soalanlah!

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi saya rasa ini bukan sahaja masalah ataupun jawapan yang perlu diberi daripada...

Sudah selesaikah belum?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

…Kerajaan Pulau Pinang tetapi sebagai kerajaan pusat, Menteri yang menjaga pelancongan...

Ceramahkah, ceramah?

Ini soalan bukan ceramah!

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan Yang di-Pertua

Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Melanggar Perlembagaan! Melanggar Perlembagaan!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

…Rakyat Malaysia!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Inilah keturunan Melayu yang akan menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. [Dewan riuh] [Disampuk]

Bila mati?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri, sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersimpati dengan Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Agaknya dia tidak begitu mendengar dengan tepat penerangan yang saya beritahu. Pertamanya, jalan punya tanda jalan itu adalah tertakluk kepada kadang-kadang kerajaan negeri dan majlis bandaran. Kementerian Pelancongan meletakkan papan tanda pelancongan. Yang mana Yang Berhormat tanya memang banyak bahasa! Yang Berhormat bukan pelancong, Yang Berhormat ialah rakyat Malaysia. Manalah Yang Berhormat tahu?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dia tak hormat Perlembagaan!

Bahasa itu ada, papan tanda pelancongan ada, risalah ada. Jadi Yang Berhormat, masalah Yang Berhormat hendak memperkaumkan isu pelancongan ini, bagi saya mempolitikkan pelancongan.

Bohong! Bohong!

Ini tidak patut dijalankan. Hendak bercakap tentang Obama menang, itu dua parti bertanding. Republican Democrate, kita banyak parti politik. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan hendak mempertikai Obama dari segi pelancongan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri lagi aksen.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dia langgar Perlembagaan!

Persoalannya ialah, kita melakukan dari segi bahasa. Kalau kita tengok risalah dan kita tengok papan tanda pelancongan Tuan Yang di-Pertua, semua bahasa ada, bahasa Cina ada…

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Bahasa Tamil ada, bahasa Urdu ada, bahasa Arab ada tertulis. Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam itu... [Dewan riuh]

Ertinya bolehlah, bolehlah banyak bahasa itu. Ertinya boleh! Bukan tak boleh banyak bahasa!

Yang Berhormat, saya jawab soalan, yang lain tak payah jawab.

Melancong boleh, jalan tak boleh kenapa?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini cuma pasal jalan sahaja, bukan soal bertengkar ini!

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Jangan gores hati orang Melayu.

Tuan Yang di-Pertua

Kita mahu dengar apa jawab Yang Berhormat Menteri.

Tak dengar.

Bersyukurlah tinggal di…

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bertengkar setiap hari.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Abdul Halim bin Abdul RahmanPAS · PRPengkalan Chepa · question

4. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah progresif untuk membangunkan tanah-tanah terbiar di kampung-kampung (tidak termasuk tanah padi) dan apakah sumbangan terhadap tuan tanah dan mekanisme pemantauan supaya projek pembangunan tanah terbiar berjaya.

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, program pembangunan tanah terbiar telah dilaksanakan sejak tahun 2001 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui jabatan dan agensi di bawahnya. Sehingga tahun 2005, seluas 974 hektar tanah terbiar telah pun dibangunkan. Pada tahun 2007, seluas 552 hektar tanah terbiar telah dibangunkan melalui Program Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian atau ACDA yang melibatkan integrasi projek tanaman, ternak air, ternakan dan industri asas tani. Bagi tahun 2008 hingga tahun 2010 pula, dijangka seluas 2,400 hektar tanah terbiar akan dibangunkan dengan tanaman padi, buah-buahan seperti pisang, betik, nangka, nanas, mangga, sayur- sayuran, kelapa, serai dan tanaman singkat masa. Pelaksanaan program ini berlandaskan kepada konsep MOA Incorporated, di mana semua jabatan dan agensi bersatu menggembleng tenaga kepakaran dan sokongan teknikal bagi memastikan penggunaan sumber tanah secara optimum. Jabatan Pertanian melalui Pejabat Pertanian Daerah, mengambil pendekatan komprehensif dengan mendapatkan kerjasama JKKK dan Pejabat Tanah dan Daerah bagi mengenal pasti tanah terbiar dan pemilik tanah. Pelbagai program diatur bagi memberi penerangan dan menarik minat tuan tanah untuk turut serta dalam membangunkan tanah milik mereka. Program Pembangunan Tanah Terbiar boleh dilaksanakan oleh pemilik tanah sendiri atau pemilik tanah menyewakannya kepada usahawan. Melalui usahawan, tuan tanah mendapat manfaat dari segi sewaan atau profit sharing dengan izin, mengikut kadar yang dipersetujui bersama oleh tuan tanah dan pengusaha. Program ini menekankan kepada pembangunan infrastruktur kawasan, seperti pembersihan dan penyediaan kawasan, sistem saliran dan sistem pengairan. Bantuan amalan teknologi seperti input pertanian turut dipertimbangkan untuk pusingan pertama projek sahaja. Bagi memastikan projek pembangunan tanah terbiar berjaya, penyertaan peserta yang komited dan mempunyai inisiatif tinggi untuk berjaya menjadi kriteria utama pemilihan peserta. Pemantauan berkala dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dari semasa ke semasa bagi memastikan projek yang dilaksanakan mengikut jadual kerja dan berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Di dalam ucapan bajet dan juga titah Raja, ada disebut sebagai kemiskinan tegar sifar, inflasi sifar. Akan tetapi, saya tidak nampak ada satu perancangan kerajaan tanah terbiar sifar, khususnya tanah yang tidak berbentuk sawah padi. Jadi persoalan saya dua tiga perkara. Pertama sekali, adakah kerajaan mempunyai perancangan yang komprehensif pelan tindakan untuk membasmikan tanah-tanah terbiar ini di kampung-kampung. Katakanlah 2015 kah, 2000 adakah? Dan adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas tertinggi yang menyelaraskan di antara kementerian-kementerian yang berkaitan, agensi-agensi dan kerajaan negeri. Ketiganya, Tuan Yang di-Pertua kita tengok di Jepun, soalan ketiga. [Ketawa] Di Jepun tidak ada tanah terbiar kerana ia dikendalikan secara teratur oleh agensi-agensi kerajaan. Di Thailand banyak produk pertanian ini diselaraskan melalui pemasaran yang dikendalikan secara terus daripada orang kampung. Adakah kerajaan tidak hendak tengok semua ini dan membaiki sistem yang disebutkan tadi yang tidak berkesan? Terima kasih.

Satu Yang Berhormat, saya ingin mempertikaikan dikatakan sistem yang tidak berkesan. Yang Berhormat, saya tadi berhenti kepada tidak sampai ke contoh-contoh. Di mana tanah-tanah terbiar telah menghasilkan begitu banyak menambahkan pendapatan. Akan tetapi, berbalik kepada soalan Yang Berhormat. Satu Yang Berhormat, apa yang dicadangkan Yang Berhormat semuanya begitu baik, molek segala-galanya molek. Akan tetapi, saya ingin memaklumkan bahawa tanah ini satunya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, itu tidak boleh lari Yang Berhormat. Kerajaan negeri dan kedua kita di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedaya upaya kita mencari data, di mana tanah-tanah terbiar yang boleh kita bangunkan untuk aktiviti pertanian, yang ada di bawah kuasa kita lah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Yang Berhormat tadi saya ceritakan tindakan-tindakan yang di ambil. Jadi saya bagilah sikit pre-amble lah. Jadi Yang Berhormat kita pertama adalah untuk mendapat data bank atau data-data mengenai tanah terbiar. Jadi Yang Berhormat saya ingin nak memaklumkan bahawa proses ini memakan masa yang begitu panjang dan kekangan-kekangan yang dihadapi. Yang Berhormat, saya ingin berkongsilah kekangan. Satu Yang Berhormat, ini saya memerlukan kerjasama termasuk Yang Berhormat yang bertanya dan semua Ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia. Pertama, masalah kami bila dah dikenal pasti di mana tanah-tanah terbiar masalah kami yang utama, mencari siapa pemilik tanah. Pemilik tanah Yang Berhormat sebab tanah ini tanah mereka. Jadi, kekangan pertama pemilik tanah sukar dikesan dan kalau dapat dikesan pun pemilik tanah di luar kawasan itu. Dia tidak ada di dalam kawasan itu. Ketiga, tanah pula mempunyai banyak penama. Tanah itu penama-penamanya begitu ramai yang menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan persetujuan di kalangan mereka. Susah hendak dapat persetujuan untuk menggunakan tanah dan kadang-kadang ada juga pemilik tanah yang uzur dan tidak mahu menyewakan tanah mereka. Dia kata, biarlah tanah ini, tidak buat apa-apa pun. Jadi Yang Berhormat kami, yang dapat kami kesan yang statistik saya beritahu tadi itu insya-Allah, syukur alhamdulillah telah kami dirikan. Yang Berhormat eloklah saya bagi contoh sebab untuk menghargai Yang Berhormat yang bertanya ini macam sebagai contoh di Pengkalan Chepa. Kami dah dapat menjalankan satu projek berkelompok iaitu tanaman singkat masa, di mana tanah terbiar di kawasan Yang Berhormat iaitu di Tanjung Chat, di jajahan Kota Bharu, kita tanam dengan jagung manis. Hanya 20 hektar Yang Berhormat, jagung manis sahaja dan pengeluarannya 70.3 tan metrik, makna berjaya Yang Berhormat.

Akan tetapi masalah yang asas tadi itu kami mohon juga bantuan bersama dan insya-Allah Yang Berhormat cadangkan tadi menubuhkan jawatankuasa bersama dan sebagainya insya-Allah. Ini adalah sebab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani satu sahaja tidak dapat. Kita memerlukan JKKK, kita memerlukan Pejabat Tanah, kita memerlukan Pejabat Daerah, kita memerlukan kementerian-kementerian lain untuk sama- sama menggembleng tenaga. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Hai! Payah dapat soalan.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Timbalan Menteri.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Seminggu tidak dapat satu.

Tuan Yang di-Pertua

Belum nasib Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cadangan saya adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu syarikat atau pun satu lembaga bagi memajukan tanah-tanah yang terbiar ini, terutamanya tanah-tanah yang seperti dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Di mana tanah-tanah yang mempunyai waris yang ramai dan setengahnya telah pun meninggal dunia dan terbiar begitu sahaja, dalam kita memastikan bahawa semua perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa itu dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan.

Terima kasih Yang Berhormat, cadangan memang baik dan sebenarnya cadangan daripada Yang Berhormat tadi pun memang elok. Akan tetapi, ini adalah menggunakan satu jawatankuasa yang lebih besar. Penggemblengan beberapa kementerian dan kerajaan mencari satu jalan untuk kita, bagi kami di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kami hendak membangunkan tanah-tanah ini sebagai tanah yang menjadi produktif, yang mengeluarkan hasil. Jadi terima kasih Yang Berhormat mengenai syarikat tadi itu, mungkin satu daripada jalannya, tetapi Yang Berhormat bila sudah dikenal pasti tanah ini kami memang menggalakkan anchor kompeni dengan izin, untuk mengusahakan tanah itu. Jadi, supaya kepentingan tuan punya tanah dijaga dan kepentingan syarikat itu pun sama-sama lah ada win-win lah bermaknanya. Jadi ini adalah satu cadangan yang baik dan kita difahamkan memang banyak lagi tanah-tanah terbiar di seluruh negara yang sebenarnya boleh kita bangunkan untuk mengeluarkan hasil dari aktiviti pertanian. Terima kasih.

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah. Tidak ada lagi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Itu nanti saya akan layan selepas sesi soal jawab.

Saya ada soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat pendirian lama sudah waktu bulan Mei.

Richard Riot anak JaemSUPP · GPSSerian · question

5. Datuk Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan nama-nama projek (Pembinaan Baru) Jalan Luar Bandar (JALB) yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Serian dalam Rancangan RMK-9.

Tuan Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Selangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Serian. Untuk makluman Yang Berhormat dari Serian, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan terdapat sebanyak dua projek yang dianggarkan bernilai RM26.85 juta telah diluluskan pelaksanaannya di bawah kawasan Parlimen Serian. Senarai nama jalan-jalan tersebut adalah seperti berikut: (i) membina Jalan Sorak Melayu, Serian; dan (ii) membina Jalan Tebakang Melayu-Kampung Krusen, Serian. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Projek Pembinaan Jalan Tebakang Melayu-Krusen, sebenarnya telah pun dimulakan. Tuan Yang di-Pertua, JKR Sarawak melalui Unit Perancangan Negeri Sarawak telah memasukkan satu batang jalan iaitu Jalan Muara Ahi-Mapu Tragu-Mapu Kijabu dalam senarai asal. Saya ulang, dalam senarai asal projek-projek untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Malangnya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi jalan itu tidak ada dalam senarai. Jadi soalan saya di sini ialah mengapa ini boleh terjadi dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi kepastian supaya Jalan Muara Ahi-Mapu Tragu-Mapu Kijabu ini dimasukkan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Serian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Serian bukan sahaja jalan yang dia sebutkan tadi yang ada dikeluarkan dari senarai asal selepas kajian separuh penggal. Kita menghadapi bermacam-macam kekangan dan antara satu ialah kekurangan wang terutama sekali dalam senario ekonomi sekarang. Jadi saya tidak boleh bagi jaminan apa yang telah dikeluarkan itu dapat dimasukkan balik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dari Serian, misalnya pada mulanya 34 batang jalan utama hendak dibina di Sarawak, tetapi disebabkan bermacam-macam kekangan hanya 28 sekarang yang ada peruntukan dan dua batang jalan yang saya sebut tadi saya beri jaminan ia akan dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ini soalan spesifik, nanti dahulu nanti dahulu, soalan spesifik dari Sarawak. Sila Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan menteri ada sedar atau tidak selalu kalau Menteri, Timbalan Menteri dia punya kriteria akan priority macam di Serian itu saya sudah dengar banyak kali dia ulang balik, ulang balik sama juga jawapan. Tolonglah boleh beri satu penjelasan dalam senarai tadi dikemukakan sudah berapa lama dia orang dapat priority? Dia punya kenapa tidak boleh dapat priority? Saya minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua priority ini memang dari semasa ke semasa tidak akan tetap. Kalaulah, misalnya, jalan yang disenaraikan oleh Yang Berhormat yang telah dipohon kepada kerajaan pada mulanya ada projek ekonomi yang hendak dilaksanakan di sana maka ia akan dianggapkan sebagai priority. Akan tetapi sekiranya projek ekonomi itu tidak jadi dilaksanakan ataupun dibatalkan ataupun ditangguhkan maka jalan tersebut juga akan tergugat dari segi prioritynya. Sekian, terima kasih.

Amran bin Abdul GhaniPKR · PRTanah Merah · question

6. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pendatang tanpa izin bermula dari tahun 1997 hingga 2007 serta kos ke atas setiap seorang bagi menghantar pulang ke negara asal.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua bagi menjawab Yang Berhormat dari Tanah Merah ingin saya memaklumkan Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan menganggarkan terdapat lebih kurang satu juta orang PATI di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya keadaan PATI di negara ini adalah terkawal. Ini adalah hasil dari tindakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Negara Malaysia. Pihak Jabatan Imigresen hanya mempunyai statistik tangkapan PATI seluruh negara bagi tahun 2001 hingga 2008. Bagi tempoh 2001 hingga 2007 seramai 271,375 orang PATI telah ditangkap menerusi penguatkuasaan yang bersepadu sebagaimana yang saya katakan tadi. Kos perbelanjaan mengurus untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin kembali ke negara asal mereka melalui pengangkutan laut adalah RM205 bagi setiap seorang ke Indonesia. Manakala kos perbelanjaan melalui pengangkutan udara pula adalah dalam lingkungan RM1,200 hingga RM3,600 bagi setiap orang bergantung pada negara asal PATI yang hendak diusir. Terima kasih.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi permasalahan PATI ini, pendatang tanpa izin ini sebenarnya telah lamalah kita dengar rintihan daripada Sabah, Sarawak tetapi kenyataannya pendatang tanpa izin ini semakin lama semakin ramai di negara kita. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menterilah, bolehkah nyatakan kes-kes pembunuhan, rogol, rompakan maknanya keseluruhan jenayah yang dilakukan oleh warganegara asing yang haram di dalam negara kita. Maknanya walaupun yang telah tamat tempoh pasport, tetapi yang telah melakukan kesalahan-kesalahan jenayah termasuk yang telah jatuh hukuman, sedang di bicara dan juga yang telah baru ada laporan polis. Nyatakan kes-kes ini maknanya dalam dua tahun kalau boleh lima tahun yang ke belakang jumlah kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin ini. Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua untuk jawapan yang diminta secara terperinci itu dia memerlukan soalan bertulis. Saya fikir lebih baik Yang Berhormat hantar secara bertulis boleh saya perincikan maklumat yang Yang Berhormat perlukan tetapi secara keseluruhannya mengikut laporan ialah 2% daripada jumlah, total dengan izin, kes-kes jenayah yang dilakukan oleh orang-orang asing yang berada di dalam negara kita.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kita semua tahu yang satu juta lebih ini yang pendatang asing ini bukan PATI bukan sahaja kerana seludupan tetapi juga ada yang over stayed. Dalam hal ini, apakah yang dibuat oleh kerajaan supaya bila ada over stayed kebanyakan dari mereka adalah di mana tidak dibayar gaji atau telah diseksa. Mereka telah melarikan diri tetapi terpaksa berada di negara ini supaya mendapat wang yang cukup untuk balik ke negara asal mereka yang kita perlu memberi perhatian kepada mereka. Jadi soalan saya adalah, apakah tindakan yang telah diambil dan sebagainya supaya ada satu task force yang special untuk mengatasi masalah-masalah ini. Juga pendirian kerajaan, adakah ini benar iaitu kita akan mengurangkan pekerja-pekerja asing ke negara ini setiap tahun dari sekarang? Adakah itu pendirian kerajaan atau pendirian iaitu kita akan membenarkan sesuka hati sesiapa juga yang ingin membawa pekerja asing ke negara ini?

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua berkenaan soalan Yang Berhormat yang daripada jumlah pekerja asing tanpa izin ini ada di antara mereka adalah orang-orang yang telah duduk lebih tempoh atau cuba melarikan diri. Dalam kes-kes yang macam ini kalau dilaporkan kepada kita, kita akan mengambil tindakan untuk mengenakan kompaun dan mereka boleh dihantar balik dengan kerjasama yang kita ada dengan kedutaan ataupun suruhanjaya di peringkat dalam negara kita, suruhanjaya pekerja yang ada di dalam negara kita oleh negara-negara asing.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Itu tidak menimbulkan masalah tetapi kebanyakannya adalah hasil daripada orang kita sendiri membawa masuk pekerja tanpa izin ke dalam negara kita. Jumlah yang terbanyak adalah kumpulan yang begini, tetapi kalau ada kumpulan yang teraniaya, kita buat laporan, Insya-Allah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih. [Soalan No. 7 – Y.B. Puan Norah binti Abd. Rahman (Tanjong Manis) tidak hadir]

Mohd Firdaus bin JaafarPAS · PRJerai · question

8. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menaikkan harga atau subsidi padi berikutan dengan kenaikan melampau harga beras.

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini harga minimum terjamin atau JMP pembelian padi ialah pada RM750 se tan metrik. Di samping itu, kerajaan juga memberi subsidi harga padi pada kadar RM248.10 bagi setiap tan metrik padi bersih dan kering yang dijual di pintu kilang. Walaupun harga minimum terjamin pembelian padi ialah RM750 bagi setiap tan metrik padi yang dijual, harga sebenar jualan pada ialah sekitar RM1,000 se tan metrik, contohnya di Selangor. Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minimum terjamin pembelian padi dan subsidi harga padi memandangkan keseluruhan bantuan berjumlah RM923.06 juta setahun yang diberikan kepada petani adalah mencukupi dan telah banyak membantu dalam meringankan beban petani. Bantuan-bantuan yang diberikan secara tahunan kepada petani-petani adalah merangkumi baja subsidi di bawah Program Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan berjumlah RM255.06 juta, subsidi harga padi berjumlah RM448 juta, insentif peningkatan hasil berjumlah RM40 juta, bantuan baja tambahan sebanyak RM95 juta setahun dan bantuan upah bajak RM100 sehektar berjumlah RM55 juta setahun. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Berkaitan dengan harga padi dan juga subsidi. Sebelum ini kita sedia maklum Kementerian Pertanian telah meletakkan satu tema “Pertanian Satu Perniagaan”. Maka dengan itu sudah tentulah Kementerian Pertanian akan berusaha untuk memastikan setiap produk mereka adalah untuk menghasilkan keuntungan. Persoalannya, apakah kementerian bersetuju bersama dengan petani-petani seluruhnya mempertahankan harga padi yang sedia ada, RM1,000 se tan metrik dan subsidinya walaupun harga diesel, petrol dah mula menurun supaya dapat mempertahankan pendapatan petani. Yang kedua, persoalan timbul ialah bekalan benih padi, sebelum ini dikawal selia oleh Jabatan Pertanian. Satu beg 20 kilo bernilai RM28, sekarang ini telah diswastakan maka benih padi tersebut telah pun melambung sehingga RM36 ke RM40 satu beg. Ini akan menambah bebanan kepada petani. Jadi saya mohon kepada kementerian untuk melihat kepada dua soalan yang ditimbulkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan harga minimum terjamin adalah RM750 se tan metrik, bermakna harga ini kita akan jamin tidak kurang daripada RM750 tetapi harga di atasnya ia boleh naik setinggi mana. Jadi ini adalah satu persaingan yang sihat sebenarnya Yang Berhormat, dan Kerajaan Negeri Selangor lah yang selalu memberi satu lead player dengan izin, di mana telah mengapungkan dengan sebegitu rupa, harga padi sebegitu tinggi. Jadi Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat katakan, kita pastikan jangan turun kurang daripada RM750 tetapi kita tidak mengehadkan kalau harga itu melebihi. Jadi itu adalah satu petanda yang begitu baik sebenarnya adalah persaingan yang begitu sihat.

Insya-Allah Yang Berhormat kita memang prihatin sebab bagi kami beras atau padi ini dikategorikan sebagai tanaman yang sensitif, yang memang kami akan memberi pemantauan yang begitu rapi. Mengenai benih padi yang melambung tinggi Yang Berhormat, sebenarnya benih padi ini pun kami beri subsidi juga. Jadi walaupun harga dikatakan melambung tinggi tetapi sebenarnya telah dibantu dengan subsidi benih padi sah. Jadi kami hendak menggalakkan supaya penanam-penanam padi menggunakan benih padi sah. Oleh yang demikian walaupun ada peningkatan harga sebab pada masa itu banyak daripada input-input adalah meningkat dengan mendadak. Jadi kami juga telah memberikan subsidi khas untuk pembelian benih padi dan pada masa yang sama kita memastikan bahawa segala kos-kos yang berkaitan dengan padi ini kita beri satu bantuan yang begitu besar Yang Berhormat. Jadi sebenarnya kalau mengikut bajet, kalau Yang Berhormat melihat bajet, yang terbesar adalah untuk industri padi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Pada saya Tuan Yang di-Pertua, isunya bukan soal subsidi atau soal harga tinggi tetapi soal produktiviti. Saya yakin sekiranya produktiviti meningkat, harga padi stabil dan pendapatan petani meningkat. Jadi soalan saya ialah, setakat ini sejauh mana kemajuan, cadangan ataupun pernah satu ketika disebut oleh Kementerian Pertanian untuk meningkatkan pengeluaran padi bagi setiap hektar ini. Dari segi R&D nya, dari segi sumbangan kepakaran lain, maksud saya kemajuan sehingga sekarang, apakah? Adakah ini akan mencapai target tersebut dalam tempoh yang singkat ini? Sebab itu BNBBC melawat Taiwan. Di Taiwan dengan tanah sekangkang kera, boleh menghasilkan padi berkali-kali ganda berbanding dengan negara Malaysia. Kita terpaksa melawat Taiwan bukannya berdasarkan laman web semata-mata sebab laman web banyak yang bohong, sebab itu kita ke sana. Yang ini kita kena belajar. Minta jawapan daripada timbalan menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itulah Yang Berhormat, selain daripada kita memberi insentif, kita memberi bantuan dan sebagainya, kita juga meningkatkan dari segi R&D. Jadi oleh yang demikian, MARDI memang kita telah memberikan tumpuan untuk memastikan bahawa mencari satu jalan dari segi bukan sahaja variety atau benih padi yang boleh mengeluarkan produktiviti yang tinggi tetapi juga mungkin dari segi kaedah-kaedah penanaman dan sebagainya. Mungkin memendekkan masa, itu adalah satu juga cara untuk kita meningkatkan produktiviti. Jadi Yang Berhormat, memang ini kita unjurkan dan oleh yang demikian, kita ada lagi satu insentif, kita namakan insentif peningkatan hasil. Bermakna kalau kita biasa mengeluarkan dalam tiga tan, jadi kalau ada peningkatan hasil kita juga memberikan insentif iaitu insentif peningkatan hasil yang berjumlah RM650 setan metrik untuk setiap tan kenaikan. Ini adalah satu sebab kami merasakan penggalakan juga boleh dalam bentuk kewangan, boleh juga kita buat R&D, dan boleh juga kita memastikan bahawa sentiasa petani-petani ini diberi satu penumpuan yang begitu fokus. Terima kasih Yang Berhormat sebab Yang Berhormat kata itulah sebab ke Taiwan dan sebagainya. Jadi kita pun memang belajar juga bersama-sama dengan back-benchers untuk kita sama-sama menggembleng tenaga dan fokus untuk kita. bukan sahaja meningkatkan pendapatan dan juga meningkatkan produktiviti dan hasil daripada padi beras negara. Terima kasih.

Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian · question

9. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kutipan pelbagai zakat yang berjaya dikutip oleh kerajaan pada tahun 2006-2007 dan yang terkini serta langkah-langkah terbaru dan berkesan bagi memastikan mereka yang sepatutnya membayar zakat boleh melaksanakannya dengan cara yang mudah dan canggih.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Bagan Datok

Tuan Yang di-Pertua, kutipan pelbagai zakat hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebenarnya. Ini selaras dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan iaitu Hal Ehwal Pengurusan Agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, atas inisiatif JAWHAR dengan data-data yang telah dikutip, memperlihatkan bahawa Majlis-majlis Agama Islam Negeri telah memberikan kerjasama dengan memberikan data jumlah pengutipan zakat seluruh negara adalah sebanyak RM670.6 juta pada tahun 2006 dan sebanyak RM807.1 juta pada tahun 2007. Ini merupakan peningkatan sebanyak 20.3%. Bagi memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan berzakat, majlis-majlis agama Islam telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan potongan gaji, pembukaan kaunter di mana sehingga ini sebanyak 119 kaunter telah dibuka di seluruh negara, kemudahan kiosk dan mesin deposit cek yang beroperasi 24 jam. Kami juga telah melantik amil-amil yang bertugas khusus bagi mengumpul zakat termasuk amil korporat, pelantikan agen-agen pungutan zakat terdiri daripada bank-bank perdagangan, Pos Malaysia Bhd dan Persatuan Akauntan Persekutuan Malaysia atau MATA Kini usaha proaktif juga sedang dilaksanakan oleh majlis-majlis agama Islam negeri untuk melantik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA sebagai agen kutipan zakat. Bayaran zakat melalui bank boleh dibuat menerusi pelbagai kemudahan canggih yang disediakan termasuk bayaran melalui kaunter bank, internet, ATM machine, phone banking dan SMS. Kemudahan ini insya-Allah, akan dipanjangkan dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berlandaskan kemajuan ICT serta kemampuan kewangan majlis-majlis agama Islam negeri berkenaan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih soalan tambahan. Zakat diagihkan kepada lapan asnaf ataupun kumpulan penerima. Setakat manakah zakat telah digunakan untuk membantu meningkatkan ekonomi umat Islam tanpa mengira kaum di negara ini dan berikan contoh-contoh program yang berkaitan.

Memang zakat diagihkan kepada asnaf tanpa mengira kaum yang beragama Islam. Oleh yang demikian, apa yang telah kami lakukan dengan kerjasama Baitulmal dan juga Pusat Pungutan serta Pusat Pengagihan Zakat negeri-negeri, pengagihan kepada asnaf yang memerlukan peningkatan tahap ekonomi termasuklah program-program dengan memberikan modal perniagaan perbengkelan, peruncitan, pengeluaran bahan makanan, perniagaan pasar malam dan pelbagai lagi. Apa yang telah dipertekankan oleh Baitulmal sekarang ini ialah kita tidak berhajat hanya memberikan tetapi kita berhajat untuk memberi kail supaya mereka boleh tangkap ikan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa, sistem zakat dalam Islam adalah merupakan sistem yang merangkumi Addhaman ataupun maknanya jaminan dan juga Atta’min Al Ijtimaie ataupun insurans sosial. Dari penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi kita melihat bahawa kutipan yang menyeluruh terhadap semua pihak yang wajib dan agihan yang menyeluruh kepada setiap yang berhak yang berdasarkan kepada Haddul Kifayah mungkin perlu dipertingkatkan, sebagaimana walaupun kita sudah menyediakan saluran-saluran untuk kutipan zakat, tetapi kita lihat pelaksanaannya tidaklah sebagaimana cukai pendapatan. Jadi apakah langkah kerajaan ke arah mempertingkatkan lagi usaha kutipan ini walaupun ia adalah bidang- bidang kuasa kerajaan negeri?

Begitu juga, apakah kerajaan mempunyai sesuatu perancangan khas untuk mempergiatkan ekonomi, fakir miskin yang menerima zakat? Maknanya takkanlah pula kita sentiasa memberi bantuan untuk hanya mengeluarkan zakat kepada mereka yang berhak menerima zakat, tetapi kita tidak menyediakan satu perancangan untuk menggiatkan orang- orang yang menerima zakat ini dari segi ekonomi mereka. Dan juga apakah kerajaan mempunyai suatu jaminan untuk memberi perlindungan kepada penerima-penerima zakat supaya charge-charge tertentu atau bayaran-bayaran tertentu yang dilakukan oleh agensi-agensi, pihak-pihak berkuasa, yayasan-yayasan dan sebagainya dikecualikan daripada orang-orang yang menerima zakat? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa usaha telah dilakukan di dalam upaya untuk mengutip zakat. Di antara usaha-usaha itu telah saya nyatakan. Namun beberapa daya baru yang telah digunakan termasuklah pengutipan zakat daripada badan-badan korporat yang kerjasamanya telah kami perbincangkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Begitu juga skema potongan gaji merupakan satu lagi mekanisme yang telah kami lakukan dan ia merupakan skema yang paling popular. Saya mengambil beberapa contoh umpamanya yang saya diberikan autoriti iaitu di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, zakat fitrah umpamanya, cuma RM4.5 juta pada tahun yang lalu. Berbanding dengan zakat pendapatan yang berjumlah RM111.2 juta dan juga zakat perniagaan sebanyak RM23.3 juta. Ini memperlihatkan bahawa usaha-usaha ke arah pengutipan zakat melalui kaedah-kaedah dan mekanisme yang telah saya sebutkan itu telah berjalan. Kita tidak boleh kembali kepada dasar dan kaedah konvensional seperti pengutipan zakat tanaman, mungkin tidak sesuai. Walau bagaimanapun, Wilayah Persekutuan tetap mengutip zakat tanaman umpamanya tahun lalu berjumlah RM4.7 juta walaupun tidak ada banyak tanah pertanian di Wilayah Persekutuan, zakat binatang pun ada juga iaitu RM1,533.48. Saya tidak tahu di mana mereka pelihara binatang. Ertinya komitmen ataupun iltizam pembayar-pembayar zakat tetap ada dan usaha- usaha turut dilakukan dan saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Baling sebagaimana yang telah pernah dilontarkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena yang mencadangkan beberapa mekanisme baru dilakukan supaya ada usaha-usaha yang terkini yang boleh menggamit mereka untuk membayar zakat termasuklah dengan memberikan insentif kepada badan korporat syarikat-syarikat orang Islam yang ekuitinya dipegang oleh orang Islam secara majoritinya dan juga koperasi-koperasinya dikecualikan 2.5% daripada zakat yang telah dibayar itu daripada keseluruhan cukai pendapatan. Dan usaha ini memang diteruskan dan saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat di sana dan di sini, yang telah menyarankan beberapa mekanisme baru dan insya-Allah sama-sama kita bincangkan agar usaha-usaha yang tidak kelihatan sekarang ini di pihak kami akan terus dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan jumlah ini akan lebih meningkat lagi dan saya yakin pada tahun 2008 ini, jika keadaan ekonomi tidak terlalu teruk sangat, sebanyak RM1 bilion zakat insya-Allah, akan dapat kita kutip pada tahun ini.

Muhammad bin HusainPAS · PRPasir Puteh · question

10. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya berdasarkan penilaian pihak kerajaan.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkah-langkah integrasi yang diambil oleh kerajaan telah berjaya menurunkan bilangan kemalangan dan kecederaan, injury accident dengan izin. Walaupun bilangan kenderaan baru daftar meningkat sehingga lebih satu juta kenderaan setiap tahun dalam tempoh tiga tahun yang lepas, bilangan kemalangan yang melibatkan kecederaan iaitu kemalangan maut, kemalangan parah dan kemalangan ringan telah menurun daripada 46,269 kes pada tahun 2004 kepada 27,035 kes pada tahun 2007. Iaitu penurunan sebanyak 19,234 kes berbanding 41% dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang didapati berkesan untuk berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan tiga pendekatan iaitu pendidikan, penguatkuasaan dan kejuruteraan. Dari segi pendidikan, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya. Di sekolah-sekolah bermula dengan murid tahun satu pada tahun ini dan bakal berkembang sehingga tingkatan empat menjelang tahun 2011. Selain itu Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta sedang giat mengadakan Kempen “Evokasi” bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan memupuk daya pemanduan berhemah. Sasaran Program “Evokasi” ini ialah supaya pengguna-pengguna mengamalkan sikap kawalan kehendak diri dengan mengutamakan pemakaian topi keledar, tali pinggang keledar, dan lapan petua keselamatan jalan raya. Kempen media adalah satu lagi komponen penting di bawah program pendidikan di bawah program ini. Kementerian Pengangkutan telah memperhebatkan kempen keselamatan jalan raya dengan memperbanyakkan siaran iklan-iklan keselamatan jalan raya di radio-radio, televisyen dan juga akhbar-akhbar. Penguatkuasaan - Dari segi program penguatkuasaan, pihak PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan operasi bersepadu sepanjang tahun dengan mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 bagi kesalahan trafik yang serius serta ops khas terhadap penunggang-penunggang motosikal dan pemandu bas ekspres. Pemeriksaan khas oleh JPJ dan juga PDRM di stesen-stesen bas utama di seluruh negara yang dimulakan pada Ogos tahun 2007, masih diteruskan sehingga sekarang bertujuan bagi memastikan pemandu dan bas ekspres sentiasa berkeadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Di samping itu, operasi khas musim perayaan Ops Sikap yang dilaksanakan oleh PDRM dan juga JPJ didapati berjaya mengurangkan bilangan kematian daripada 24 kematian sehari, sebelum Ops Sikap ialah satu pada 17 kematian sehari pada hari biasa. Pada purata 15 kematian sehari semasa Ops Sikap. Walau bagaimanapun, bilangan kenderaan yang berada di jalan raya biasanya meningkat sehingga dua kali ganda pada waktu puncak atau masa musim perayaan. Kejuruteraan - Bagi mendekatkan kejuruteraan pembinaan lorong khas motosikal di Jalan-jalan Persekutuan adalah diutamakan kerana kejuruteraan sedemikian juga akan menyumbang untuk mengurangkan kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal kepada 39% berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya atau (MIROS). Selain itu, JPJ juga telah mengenal pasti dan melaksanakan peraturan United Nations Economic Commission for Europe atau (UNECE) bagi pembinaan bas dan juga lori agar industri pembinaan bas dan lori tempatan menepati piawaian keselamatan antarabangsa. Pembuat kereta juga diwajibkan untuk memasang beg udara, tali pinggang keselamatan, sistem brek ABS, anti-lock braking system bagi model baru yang dibina mulai tahun 2008. Kerajaan juga amat komited untuk merealisasikan sasaran mengurangkan angka kematian dengan kadar 50% seperti ditetapkan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2005-2010. Seperti yang ditetapkan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010, di samping itu kerajaan telah pun menetapkan wawasan sifar kematian sebagai sasaran bagi semua program keselamatan jalan raya, baik yang dilaksanakan oleh agensi di bawah Kementerian Pengangkutan mahupun rakan-rakan kongsi agensi kerajaan dan pihak swasta. Terima kasih.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengikut statistik yang dikeluarkan tahun 2003 umpamanya, perbandingan antara Indonesia dengan Thailand. Indonesia dengan kadar kematian sebanyak 8,761 tetapi rakyatnya ialah 228 juta. Sedangkan di Thailand kadar kematian ialah 13,116 orang, tetapi rakyat 63 juta.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Sedangkan Malaysia rakyatnya lebih kurang 28 juta tetapi kematiannya ialah 6,282 orang pada tahun 2003. Ertinya walaupun berdasarkan kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, bahawa ada penurunan tetapi masih lagi tinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara di sekitar kita. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa di antara sebab berlakunya kemalangan yang agak besar dalam negara ialah kerana banyak jalan kelewatan menyudahkan pembinaan. Di Pasir Puteh contohnya, iaitu Lebuh Raya Tok Bali ke Bandar Pasir Puteh yang sudah lama dan dikatakan sudah bertukar tiga kontraktor, sampai sekarang pun belum siap. Sedangkan Pasir Puteh juga di antara tempat yang agak banyak berlaku accident atau kemalangan. Begitu juga kalau kita lihat di antara pakej yang disebutkan oleh Perdana Menteri waktu mengisytiharkan Rancangan Malaysia Kesembilan di Kelantan dengan RM7 bilion termasuklah lebuh raya antara Kuala Krai dan Kota Bharu. Kita dengar berita kemungkinan jalan ini pun akan dibatalkan sedangkan jalan itulah jalan yang paling sibuk yang menyebabkan banyak kemalangan. Saya selalu berulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur, jalan...

Tuan Yang di-Pertua

Panjang sangat mukadimah itu Yang Berhormat.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Sedikit lagi. Jalan Gua Musang ke Kuala Lipis umpamanya. Sampai hari ini pun kita nampak jalan itu sangat sempit sedangkan ia merupakan satu jalan yang kenderaan banyak lalu, khususnya di waktu hari raya. Akhir sekali bahawa kita dengar berita Jambatan Sultan Yahya Kedua di Kota Bharu kemungkinan juga akan terbengkalai. Ini juga di antara sebab sedangkan jalan itu adalah banyak kenderaan yang menggunakannya. Jadi, saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih

Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Puteh. Pertamanya saya ada dapat perbandingan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tentang Indonesia dan Thailand. Akan tetapi saya ingin menjelaskan bahawa sebenarnya berlaku kemalangan jalan raya ialah disebabkan sikap rakyat Malaysia sendiri. Kalau kita pergi ke Indonesia misalnya, di Indonesia, sistem jalan atau trafik mereka lagi teruk daripada trafik kita. Akan tetapi kerana pemandu-pemandu mereka adalah pemandu yang berhemah walaupun pemandu-pemandu selalu menggunakan hon, mereka tidak marah tetapi kalau di Malaysia, cubalah Ahli-ahli Yang Berhormat hon sahaja, mungkin ada yang turun kereta mahu bergaduh. Jadi ini adalah satu sikap. Di Malaysia ini juga sebenarnya kita telah mempunyai sistem, mempunyai berbagai-bagai kempen Tuan Yang di-Pertua mengenai keselamatan jalan raya, tetapi masih juga berlaku disebabkan sikap kita sendiri, tidak mengutamakan tentang keselamatan orang lain dan pejalan kaki. Suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan menjawab tentang soal jambatan, ataupun soal jalan raya. Ia bukan tugas di bawah kementerian saya, tetapi saya ingin memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, banyak kempen telah dilakukan. Misalnya pada tahun 2008 ini kempen iklan-iklan, foto album, ertinya foto album memberikan laluan kepada pejalan kaki. Petua keselamatan jalan raya, kita menggunakan para artis kita yang popular seperti Adibah Nor dan juga... Petua-petua sempena dengan musim perayaan, Mawi, Nabil dan juga Kamal Afandi. Iklan-iklan musim perayaan. Ini semua adalah keselamatan, kita guna para artis kita supaya menarik perhatian kepada rakyat Malaysia supaya menghormati atau pun mengikut peraturan di jalan raya. Kita guna ini, kita belanja Tuan Yang di-Pertua RM45 juta setahun, untuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Banyak untuk iklan-iklan dan kempen-kempen di seluruh negara, tetapi masih juga berlaku kemalangan. Apakah kita boleh salahkan kepada kerajaan atau kita salahkan diri kita? Banyak lagi iklan-iklan seperti iklan khas musim perayaan, rancanglah perjalanan anda - ada, gunakan pengangkutan awam - ada, melintas dengan selamat - ada.

Tuan Yang di-Pertua pada tahun 2000, kita juga menggunakan celebrations seperti menggunakan tali pinggang keledar di belakang, sos cili, ini juga kita telah adakan kempen dengan iklan-iklan sos cili, di mana seorang remaja disuruh atau diarah oleh ibu dia pergi kedai yang berhampiran, tetapi dia terlupa memakai topi keledar dan akhirnya dia accident, meninggal dunia. Dengan tiga, empat bahasa, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan juga bahasa Tionghoa atau bahasa Cina. Ini juga sebagai satu penarikan kepada semua bangsa. Saya telah pun mengarahkan pihak JKR supaya memasukkan juga dua bahasa daripada dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak. Terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri memilih mana satu bahasa tempatan yang akan mereka masukkan dalam iklan ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, misalnya jungle menggunakan tempat melintas jalan raya yang disediakan, Sunday morning jangan mencelah-celah di antara kenderaan. Ini berlaku dengan motosikal. Motosikal jalan di tengah-tengah. Kereta kiri kanan jalan raya, motosikal mencelah-celah di tengah-tengah. Ini semua ada iklan. Misalnya hospital ‘gunakanlah topi keledar untuk kanak-kanak’ dan akhir sekali father ‘beri laluan’. Semuanya ini telah kita lakukan. Jadi untuk soalan Yang Berhormat tentang jambatan, jalan raya itu saya tidak boleh beri jawapan kepada Yang Berhormat kerana itu adalah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. Mungkin ada menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendoakan semoga rakyat Malaysia boleh mengikuti kempen yang diberikan cuma saya hendak bertanya mulai 1 Januari 2009, kita difahamkan penumpang kereta kenderaan persendirian belakang dikehendaki menggunakan tali pinggang keledar. Saya tak tahu berapa ramai lagi rakyat Malaysia sedar tentang perkara ini tetapi saya hendak bertanya ada kenyataan dibuat, satu kereta boleh dinaiki lebih daripada lima orang. Jadi saya hendak tanya kalau di belakang itu duduk empat orang adakah dibenarkan oleh kementerian dan kalau boleh tali pinggang apa dia hendak pakai. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Muar. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, bahawa pada Januari 2009, enam bulan kita hendak buat praktis ataupun percubaan bagi penumpang- penumpang kita yang menggunakan kenderaan terutama sekali yang naik di belakang. Sebenarnya di Dewan yang mulia ini saya telah jawab bahawa hanya kereta- kereta sedan atau kereta yang besar tetapi dia hanya tiga sahaja tali pinggang di belakang maka satu itu tidak menerima apa-apa kesalahan kalau dia tidak gunakan. Maknanya tiga sahaja. Kalau sekiranya kita boleh membawa passenger empat tetapi tiga sahaja ada tali keledar maka seorang itu tidak memakai, dia dikecualikan daripada tindakan. Akan tetapi kalaulah ada inisiatif daripada pemilik kenderaan ini dia boleh membeli, dia boleh sambung tali keledar ini. Jadi itu yang saya ingin jelaskan kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua.

Yussof bin MahalUMNO · BNLabuan · question

11. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah ada perancangan kementerian untuk membangunkan sebuah kolej komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi ada perancangan untuk menubuhkan sebuah kolej komuniti di Labuan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Ekoran itu kementerian telah menjalankan kajian niche analysis dengan izin, pada tahun 2006 bertujuan untuk menilai keperluan dan kesesuaian menubuhkannya. Walau bagaimanapun, hasil kajian tersebut mendapati belum sampai masanya sebuah kolej komuniti di Labuan perlu ditubuhkan. Ini kerana didapati institusi-institusi latihan awam yang tersedia ada di Labuan sekarang, masih mencukupi untuk menampung permintaan pendidikan yang berteraskan latihan kemahiran di kalangan penduduk di Labuan. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Walaupun kelihatannya ada harapanlah, tetapi memandangkan ada sebab-sebab tertentu yang mungkin dilambatkan untuk mengadakan kolej komuniti di Labuan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri apakah kriteria-kriteria yang paling minima untuk mengadakan kolej komuniti di Labuan sedangkan seperti mana yang kita tahu Labuan adalah sebuah wilayah yang telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Bolehkah kita memberikan pertimbangan walaupun kadang-kadang ada kriteria yang tidak mencukupi tetapi memandangkan status Labuan itu sendiri, kita minta supaya dapat diadakan kolej komuniti tersebut di Labuan. Terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di antara kriteria utama yang diambil kira untuk menubuhkan kolej komuniti termasuk: (i) jumlah bilangan penduduk; (ii) jumlah bilangan pusat atau institusi latihan kemahiran awam yang terdapat di kawasan berkenaan; (iii) tahap kapasiti institusi-institusi berkenaan; (iv) pembangunan dan aktiviti industri setempat; (v) potensi bilangan pelajar; dan (vi) mempunyai peruntukan. Hasil kajian yang paling ketara yang tidak memihak kepada penubuhan sebuah kolej komuniti di Labuan ialah potensi bilangan pelajar malahan kajian tersebut mendapati kapasiti pelajar di sekolah menengah teknik di Labuan adalah di bawah paras optimum. Penduduk Labuan yang berminat dalam pendidikan berteraskan latihan kemahiran mempunyai pilihan untuk menyertai institusi awam yang ada di Labuan iaitu di Pusat Giat MARA dan Institut Latihan Perindustrian di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Bagi pelajar-pelajar pula, sudah ada sebuah sekolah menengah teknik seperti yang saya sebut tadi. Pelajar dan penduduk lain Labuan boleh juga memilih untuk mendapatkan pendidikan latihan kemahiran di Kota Kinabalu di mana terdapat pelbagai institusi awam dan juga swasta. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita memang tahu bahawa kerajaan telah pun membuat niche analysis tentang kolej komuniti dan kerajaan juga telah pun mengumumkan bahawa kolej komuniti sudah mencukupi di dalam negara kita. Namun satu ketika dahulu, kerajaan mengatakan bahawa kalau bukan kolej komuniti, cawangan kolej komuniti untuk mengendalikan kursus-kursus yang tertentu diwujudkan di kawasan Parlimen. Oleh yang demikian, adakah kerajaan ingin meneruskan dengan cadangan itu iaitu mewujudkan cawangan kolej komuniti di kawasan Parlimen?

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang Kementerian Pengajian Tinggi telah menubuhkan banyak cawangan kolej komuniti di merata-rata tempat di Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa peka dengan keperluan pembelajaran rakyat kita, di samping sentiasa mendengar seruan-seruan Yang Berhormat berhubung penubuhan kolej komuniti di kawasan Parlimen masing-masing. Dalam hubungan ini Yang Berhormat, adalah digalakkan untuk membuat permohonan serta mengemukakan justifikasi dan data-data sahih yang dapat menyokong permohonan berkenaan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tanah Merah, Pendang.

Che Uda bin Che NikPAS · PRSik · question

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan memandangkan e-petrol yang dikeluarkan untuk nelayan pesisir pantai sering mengalami masalah server down, akibatnya hanya urus niaga pembelian yang terhad dapat dilakukan dan dalam amaun yang terlalu kecil. Adakah menteri sedar perkara ini dan tindakan yang diambil bagi memastikan golongan nelayan terbabit mendapat apa yang telah diperuntukkan untuk mereka.

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, LKIM menyedari masalah nelayan mendapatkan petrol bersubsidi pada bulan Jun tahun 2008. Ini disebabkan beberapa faktor iaitu: (i) pelaksanaan uji cuba kerja sistem e-perisytiharan yang disambungkan kepada server e-petrol dan e-diesel mulai pada 1 Jun 2008; dan (ii) pada masa yang sama syarikat telekomunikasi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf talian GPRS yang digunakan dalam kedua-dua sistem berkenaan. Oleh yang demikian, LKIM telah mengambil tindakan dengan mengadakan perbincangan dengan syarikat pembekal iaitu Petronas, Caltex, Shell dan BHP untuk melaksanakan jualan secara manual. Melalui kaedah ini apabila berlaku masalah gangguan talian nelayan boleh mendapatkan petrol bersubsidi dari stesen pam yang berdaftar menggunakan kupon petrol bersubsidi yang dikeluarkan oleh LKIM. Maklumat pembelian oleh nelayan akan dimasukkan ke dalam sistem oleh kakitangan pada setiap hari bagi membolehkan syarikat pembekal membuat tuntutan. Mengikut rekod pembelian, didapati bahawa dengan alternatif yang telah dilaksanakan bilangan transaksi belian petrol bersubsidi telah pulih seperti sedia kala iaitu sebanyak purata 8,000 transaksi sehari. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas tadi ada berdiri untuk menarik perhatian saya mengenai dengan satu peraturan mesyuarat. Sila Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit tadi kerana atas tujuan untuk mendapat soalan tambahan. Jadi saya rujuk kepada peraturan, mana sudah lupa. [Ketawa] Apa dia?

Tuan Yang di-Pertua

Sila-sila Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini di bawah peraturan... Tuan Yang di-Pertua ada dalam peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua patut memberi peluang kepada pihak yang bangun, orang yang ditengok dahulu untuk beri soalan tambahan dan saya tengok saya bangun, Tuan Yang di-Pertua tengok kepada saya tetapi bagi kepada orang lain. [Ketawa] Saya tengok Tuan Yang di-Pertua selalu memandang ke depan ni, jarang ke sebelah sana, jarang sebelah sana. Jadi kena pusing-pusing sedikitlah, terima kasih.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Saya setuju.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sebab saya bangkit Tuan Yang di-Pertua sepanjang sidang ini saya tengok soalan saya pun tidak naik. Selepas itu kemudian di waktu soalan tambahan sukar dapat, jadi saya hendak register untuk makluman Tuan Yang di-Pertua , terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya pun berpendapat sama juga Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Banyak kali kita minta peluang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, saya tidak ada menjemput Yang Berhormat Padang Serai untuk berdiri. Tadi saya sudah janji Yang Berhormat Pasir Mas kerana dia berdiri membangkitkan standing order ataupun peraturan mesyuarat. Jadi pada bulan Mei yang lalu, saya menyatakan bahawa sewaktu sesi soal jawab saya tidak akan benarkan point of order yang dibangkitkan kalau tidak sangat-sangat relevan kepada sesi soal-jawab. Sila duduk.

[Berdiri]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya pun sama, saya minta perhatian Tuan Yang di-Pertua sebelah kiri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai sudahlah. Saya respons kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau susunan soalan-soalan pada setiap hari pun dipersoalkan...

Soalan saya tidak pernah naik.

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan Tuan Yang di-Pertua sering kali diingkari atau ditentang dengan tidak munasabah. Saya mohonlah kerjasama daripada Ahli Yang Berhormat yang saya dan timbalan-timbalan saya buat adalah demi untuk kebaikan Dewan setiap sesi berjalan dengan lancar dan sedemikiannya. Saya perhatikan, saya mohon maaf kalau apa komen saya ini mungkin tidak digemari oleh Yang Berhormat. Saya perhatikan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat. Itulah kadang-kadang peraturan mesyuarat kita menghabiskan masa. Jadi untuk itu sebagai respons saya, telah pun kita tahu sejak bulan April tahun ini dalam Parlimen ke-12. Jelas nyata bahawa pendirian Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua iaitu soalan tambahan cuma dua. Walaupun sering kali diingatkan bahawa kalau soalan tambahan itu mesti disingkatkan, masih juga soalan tambahan berleret, mukadimah panjang dan dua tiga rangkaian itu juga tidak dibenarkan. Jadi ingatlah Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa, itu tidak dibenarkan, bahawa itu respons saya kepada Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Saya minta Tuan Yang di-Pertua nasihat pihak kerajaanlah, menteri-menteri apabila jawab meleret-leret panjang sangat. Saya tengok tadi Timbalan Menteri Pertanian saya hendak tanya tadi hal tanah terbiar, dia jawab sama banyak dengan tanah terbiar, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya rasa semua pihak telah mengenai dengan pendirian Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua dalam soal ini. Setiausaha Dewan sesi soal jawab. Sila.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 18(7). Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengemukakan satu usul mengenai krisis di Sri Lanka di mana lebih kurang 330,000 orang menjadi refugees sekarang dan beribu-ribu orang telah meninggal dunia.

Tuan Yang di-Pertua

Apa peraturan mesyuarat itu Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

18(7) Tuan Yang di-Pertua. Di antara tiga kriteria yang diguna pakai oleh Tuan Yang di-Pertua adalah apabila menolak dalam mahkamah adalah terkandung dalam satu di antara tiga perkara. Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua dengan the highest respect to the Chair bahawa ini adalah satu perkara yang patut dibenarkan dan bukan terikat dengan satu di antara tiga perkara di sana. Ini kerana beberapa kali empat tahun dahulu saya ada bangkitkan satu perkara juga dibenarkan di Dewan yang mulia ini di mana ...speech di mana menteri sendiri datang pada pukul lapan untuk membincangkan hal tersebut. Beberapa keadaan negara yang sama, keadaan yang sedikit berbeza, sekarang adalah beribu-ribu orang tiap-tiap hari dibunuh. Bukankah satu perkara kalau kita boleh bercakap, berdebat mengenai hal-hal Palestin, di Afghanistan, di Iran, di Sudan, di Bosnia, di Rusia kenapa di Sri Lanka tidak dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham apa maksud Yang Berhormat. Saya ingin juga menarik perhatian Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 18(8). Di mana apabila Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(7) ataupun 18(1) dan 18(2), maka dia tidak boleh lagi diulang, dibaca dalam Dewan. Saya faham itu Yang Berhormat dan Yang Berhormat perlu sedar bahawa setiap keputusan yang kita buat itu kita buat dengan alasan-alasan konkrit. Walaupun saya benarkan Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas dengan soal-soal luar negara, itu bukan dalam bidang kuasa Yang Berhormat sedangkan apabila kita membahaskan di bawah Usul 18(1) dan 18(2), kita harus juga ingat bahawa Peraturan Mesyuarat 14 itu. Aturan mesyuarat telah pun disenaraikan di bawab Peraturan 14(1). Dan seterusnya itu untuk disingkirkan, mendengar lagi perbahasan yang lain, tidak mudah Yang Berhormat. Itulah makanya Tuan Yang di-Pertua harus berpuas hati dalam soal ini. Saya tidak puas hati. Sila Setiausaha teruskan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Meminta laluan]

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Sini.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar itu walaupun saya tidak toleh ke sana. Baca dahulu apa 36(12).

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tadi 36(12) adalah mengelirukan Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang mengelirukan Dewan?

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang itu sudah berakhir.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tadi Tuan Yang di-Pertua kata apa- apa peraturan yang...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching, peraturan mesyuarat Yang Berhormat bangkitkan itu perlu diangkat sewaktu...

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tapi tadi, tadi Tuan Yang di-Pertua kata apa-apa...

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya dengar. Sila. Yang Berhormat Batu Gajah janganlah terlampau. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalu umpamanya ada satu wakil yang berdiri begini, jangan lagi campur hal. Ahli-ahli Yang Berhormat, kadang-kadang kesabaran saya apabila teruji sangat, ada limitnya. Sila teruskan.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Okey. Boleh saya teruskan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dalam jawapannya dia ada menyeru supaya pihak pembangkang untuk bekerjasama dengan kerajaan. Ini bunyinya cantik tetapi saya tahu kelmarin ada satu taklimat atau jamuan yang diadakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tetapi Ahli Parlimen daripada pembangkang sini tidak seorang pun dijemput. Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dijemput.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Talam dua muka.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila, sila saya faham.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Jamuan itu diadakan... Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Tuan Yang di-Pertua biarkan saya habiskan ayat saya. Diadakan di...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching, saya faham Yang Berhormat, saya faham. Yang Berhormat Bandar Kuching, saya faham. Ahli-ahli Yang Berhormat tolong senyap. Yang Berhormat Batu Pahat tolong duduk, Yang Berhormat Putatan tolong duduk. Ini soal point of order, point of order Ahli-ahli Yang Berhormat bukan sewenang-wenang kita berdiri dan kita kata point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Point of order adalah suatu perkara yang paling mustahak, bukan sewenang- wenang dibangkitkan. Yang Berhormat Bandar Kuching saya faham. Saya respons, saya respons Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya faham Peraturan Mesyuarat 42 apabila Tuan Yang di-Pertua bercakap, siapa yang berdiri duduk, siapa yang sedang bercakap berhenti bercakap. Duduk! Peraturan Mesyuarat 36(12), duduk. Ahli Yang Berhormat yang lain tidak payahlah campur. Peraturan Mesyuarat 36(12) ialah peraturan mesyuarat yang ada kaitan. Apabila seorang Ahli Yang Berhormat sengaja memesongkan fakta, saya telah sebut beberapa kali, sengaja. Dalam soal ini, dengan soal jemputan kepada suatu majlis adalah tidak ada kena mengena dengan Peraturan Mesyuarat 36(12).

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching, itu keputusan saya. Kalau Yang Berhormat Bandar Kuching tidak juga setuju, rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 43, buat usul.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua biar saya habiskan hujahan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan. Sila, sila. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dengar itu Yang Berhormat Batu Gajah. Apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor cakap peraturan mesyuarat orang lain jangan campur. Saya dengar. Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bukan main-main sudah sekarang ya, jangan campur. Saya mahu dengar Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana ini peguam terkemuka, kerana ini Ahli Parlimen yang terlama. Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak main- main.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Peraturan Mesyuarat 43 serta 44.

Tuan Yang di-Pertua

Sila baca Peraturan Mesyuarat 43.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Peraturan Mesyuarat 43, meletakkan tatatertib dalam tangan Tuan Yang di-Pertua dan 44 memberi kuasa untuk mengambil tindakan. Perkara yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai apa yang terjadi kelmarin. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Salak telah menyatakan perkataan ‘bastard’ iaitu ‘anak haram’ ke atas rakan saya Yang Berhormat dari Ipoh Barat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dah tarik balik, dia dah tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sudah sebut apabila seorang ahli bercakap, jangan campur. Kalau lagi Ahli-ahli Yang Berhormat ada yang mencelah begitu, saya keluarkan daripada Dewan. Sila teruskan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Perkataan ‘anak haram’, ‘bastard, ‘bloody bastard’ bukan hanya unparliamentary. Lebih daripada itu.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi apa fatwa Yang Berhormat?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Gunakan perkataan ‘anak haram’ Tuan Yang di-Pertua, itu tidak boleh ditarik balik sahaja. Apa yang harus dibuat adalah untuk Yang Berhormat dari Pasir Salak untuk minta maaf. [Tepuk] Atau tindakan tatatertib diambil terhadap dia iaitu dia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bolehkah saya dapat satu ruling Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya sangat-sangat bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Bukit Gelugor di mana Peraturan Mesyuarat 43 dan 44 itu adalah kuasa Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 44 adalah kuasa Speaker untuk membuat ruling mendenda Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak mengikut peraturan mesyuarat. Manakala 43 adalah kuasa Speaker sepanjang persidangan mesyuarat mesti diendahkan. Tanggungjawab pertama, saya setuju tetapi sejak saya menjadi Tuan Yang di- Pertua daripada bulan April sampai sekarang, termasuk Yang Berhormat Bukit Gelugor telah meluahkan hujah ataupun cakap yang unparliamentary yang kadang-kadang oleh kerana demi untuk menjamin bahawa perbahasan dalam Parlimen robust align. Jangan kita dituduh untuk sentiasa campur, maka kadang-kadang saya dan timbalan-timbalan saya terpaksa pura-pura tidak dengar. Saya setuju itu tetapi kelmarin saya juga ambil tahu apa yang berlaku dalam Dewan walaupun saya tidak di dalam kerana ada monitor dalam bilik saya. Saya mendengar, saya memberi perhatian yang serius dan pada ketika itu Timbalan Yang di- Pertua telah membuat keputusan untuk Ahli Yang Berhormat yang berkenaan menarik balik dan Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Barat juga untuk menarik balik. Jadi, pada hari kelmarin, perkara itu sudah selesai. Kalau tidak selesai, ianya akan berpanjangan. Jadi biarlah perkara yang selesai itu kita anggap sebagai selesai. Kita semua ambil iktibar daripada ini. Saya tidak akan main-main. Kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat lagi mulai daripada saat ini yang kadang- kadang mencelah tidak mengikut peraturan mesyuarat, saya akan ambil tindakan dan saya juga telah beri arahan kepada timbalan-timbalan saya supaya berbuat demikian. Setiausaha, teruskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta maaf, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Sama. 43, tidak bermakna perkataan yang dikeluarkan itu...

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya buat keputusan. Keputusan kelmarin pun telah dibuat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tapi Tuan Yang di-Pertua, perkataan itu memang tidak boleh diterima.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Adakah ini bermakna...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, saya telah buat keputusan. Timbalan Yang di-Pertua sudah buat keputusan juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Adakah ini bermakna perkataan itu...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk. Sila teruskan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PERBEKALAN 2009 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PERBEKALAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] – Maksud P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang menyambung perbahasan pada hari ini ialah Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa untuk mengehadkan tempoh perbahasan. Saya mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab pada tepat jam 3.30. Jadi saya benarkan Ahli-ahli Yang Berhormat selepas Yang Berhormat Kubang Kerian bercakap, 10 minit seorang dan ingat Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam mana-mana Parlimen di dunia pun bukan semua boleh bercakap, itu konvensyennya. Jadi, Yang Berhormat yang ingin bercakap panjang lebar itu janganlah selfish sangat. Secara konvensyen saya benarkan Yang Berhormat Permatang Pauh bercakap berjam-jam, secara konvensyen saya benarkan Ketua DAP bercakap berjam-jam, secara konvensyen saya jemput PAS juga berjam-jam. Jadi jangan yang dihujah oleh ketua masing-masing itu direpeat balik seperti dengan soal Eurocopter, dengan soal korupsi. Pilih saja mana isu yang belum disebut kerana itu adalah lebih tertib. Sila Yang Berhormat Kubang Kerian. Selepas ini 10 minit tiap seorang.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambung ucapan saya semalam bila saya merujuk Kepala B.6 tentang butiran 050000 dan butiran 050500. Tuan Pengerusi, untuk mengakhiri topik ini, saya sekali lagi meminta supaya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus mengambil langkah-langkah yang proaktif dengan pemikiran-pemikiran baru dan segar termasuklah dapat memandu dan memberikan petunjuk-petunjuk dan tindakan-tindakan yang lebih proaktif supaya semua undang-undang ataupun enakmen-enakmen Majlis Agama Islam di peringkat negeri-negeri juga dapat diselaraskan. Dan tidak menjadi suatu yang boleh dipertikaikan apabila antara suatu negeri dengan suatu negeri yang lain, terdapat undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang tidak selaras yang boleh membuka ruang kepada mana-mana pihak, untuk mempertikaikan tentang kelemahan sistem urus tadbir Islam dalam negara kita.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Maka dengan sebab itulah pandangan-pandangan baru, ijtihad-jtihad baru yang mesti dikeluarkan oleh para alim ulama kita, mestilah terus tumbuh dengan subur supaya segala hak, segala apa yang menjadi keperluan khususnya perkara-perkara yang melibatkan orang-orang bukan Islam dalam mahkamah syariah dapat disempurnakan dan diberikan hak itu kepada mereka, supaya tidak timbul lagi fitnah ataupun tuduhan-tuduhan bahawa Mahkamah Syariah ini tidak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mahkamah-mahkamah sivil dalam negara kita. Kemudian Tuan Pengerusi, saya pergi kepada perkara Butiran B.6 120000 yang melibatkan tentang Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Kehakiman negara kita. Di sini sekali lagi Tuan Pengerusi, saya berdiri bagi mewakili Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini, supaya kerajaan dapat untuk mendedahkan dengan jujur dan ikhlas, berapakah sebenarnya bayaran ex gratia yang diberikan, yang dihadiahkan kepada bekas-bekas hakim yang telah pun disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah pun meletakkan jawatan, yang tidak ada lagi dalam Dewan yang mulia ini. Perkara ini sangat penting dan saya ingin mendapat penjelasan adakah pendirian ini bersifat confidential, sulit dan tidak boleh didedahkan kepada rakyat sedangkan kita harus ingat bahawa setiap sen wang yang dibayar kepada bekas-bekas hakim ini adalah merupakan wang rakyat. Pembayar-pembayar cukai daripada setiap golongan dalam negara kita. Saya cukup kesal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi penggulungan peringkat dasar yang lalu enggan ataupun takut untuk memberikan angka ataupun jumlah sebenarnya bayaran yang diberikan kepada bekas-bekas hakim ini. Maka lagi sekali saya berdiri untuk mencabar beliau. Kalau benar beliau ini keturunan anak cucu Datuk Panglima Bukit Gantang, maka sila dedahkan. Sila untuk memberikan suatu angka yang jelas berapakah jumlah sebenarnya. Kalau ia termasuk dalam OSA dan tidak boleh didedahkan, kita ingin tahu dan ingin mendapat suatu hujah yang empirical, hujah yang tepat dan telus kenapa kerajaan menyembunyikan jumlah ataupun angka ini supaya dapat diberitahu ke dalam Dewan yang mulia ini dan rakyat di luar sana, juga pastinya mahu mengetahui berapakah jumlah wang yang diberikan kepada bekas-bekas hakim ini. Maka dengan sebab itulah Tuan Pengerusi, saya melihat bahawa isu ini telah menjadi suatu isu yang menjadi tarikan dan saya sedar bahawa isu ini bukan saja ditulis dalam jurnal undang-undang negara kita. Akan tetapi apabila saya menyemak melalui internet, kita juga telah mendapati bahawa isu ini juga telah menjadi perhatian kepada pengamal-pengamal undang-undang dan ditulis di dalam jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa. Oleh itu, maruah negara perlu diselamatkan. Ketulusan seharusnya mengambil tempat dan telah sampai masanya untuk kita mendapat segala apa yang insya-Allah akan diberikan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri pada petang ini. Kemudian Tuan Pengerusi, saya kembali kepada kepala B.8 Butiran 050000 - Perkhidmatan Gubalan Undang-undang Parlimen dan juga 060000 - Perkhidmatan Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang di Jabatan Peguam Negara. Saya mengambil kesempatan ini Tuan Pengerusi untuk mengutarakan isu ini supaya telah sampai masanya, time is right dengan izin, it is very timely dengan izin, suatu penyemakan semula terhadap undang-undang dan akta-akta yang telah pun diterima pakai ataupun telah pun diamalkan dalam negara ini sejak merdeka. Maka lagi sekali saya berdiri di sini supaya suatu ruang diberikan dan suatu peluang disediakan bagi kita sama ada Ahli-ahli Parlimen, sama ada badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial, yang membela nasib rakyat dalam negara kita, yang menghadapi pelbagai masalah khususnya apabila melibatkan mereka dalam aspek perundangan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Pengamal undang-undang, mereka yang terlibat secara langsung sebagai hakim dan sebagai peguam-peguam dalam mana-mana mahkamah di setiap peringkat supaya mengambil dan menyediakan satu ruang sebagai satu diskusi, satu discourse yang terbuka dengan hati yang rela dan ikhlas untuk melihat kembali pelaksanaan beberapa akta yang dianggap oleh rakyat dalam negara kita ini sebagai akta yang cukup mencengkam. Saya kembali kepada ISA sebagai contoh. Di sini perlu kepada satu review, perlu kepada satu penyemakan semula dan perlu kepada suatu pandangan-pandangan baru yang lebih menyegarkan dalam konteks negara kita telah merdeka 50 tahun. Sampai bila kerajaan akan bangun berhujah dan berhadapan dengan rakyat bahawa akta ini masih diperlukan sedangkan telah terlalu banyak bukti, terlalu banyak apa yang dikatakan keputusan-keputusan dan terlalu banyak kes-kes yang telah kita lihat dalam negara kita sejak 50 tahun yang lalu bahawa akta ini semakin hari semakin menghampiri zaman ataupun tempoh ajalnya. Oleh itu, suatu perbincangan, suatu discourse dan suatu diskusi sangat penting. Kerajaan mesti bersedia mendengar. Kerajaan mesti bersedia untuk menerima pakai pandangan-pandangan ini supaya kerajaan tidak hanya dilihat ataupun berlandaskan kepada akta ini untuk menongkat dan memastikan kekuasaan kepada mereka ini kekal dan mengambil suatu kesempatan politik terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ini. Tuan Pengerusi, ISA pada semangat dan roh asalnya dan falsafah asalnya adalah kita mengadakan suatu perbincangan yang saya pernah berkesempatan mengambil bahagian dalam suatu diskusi bersama dengan Ahli-ahli Parlimen di Great Britain. Sama ada mereka daripada conservative ataupun mereka daripada labor party. Mereka sendiri merasakan dan memberikan pandangan mereka bahawa akta ini telah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya dan tidak pernah diamalkan di tanah air mereka sendiri. Akta ini pada asalnya adalah untuk berhadapan dengan golongan-golongan subversif pada waktu itu dan hari ini sejarah telah menyaksikan bagaimana operasi-operasi besar sebagai contoh Operasi Lalang, Operasi Kenari dan seumpamanya. Kita melihat kepada suatu penyalahgunaan kuasa yang bersandarkan kepada akta ini untuk kepentingan kerajaan pada waktu itu. Oleh itu sudah sampai masanya kita merasakan bahawa akta ini perlu dikaji dan suatu ruang perbincangan perlu diadakan. Begitu juga dengan OSA...

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Dengan Akta Polis dan Akta Mesin Cetak yang bagi saya telah sampai masanya bagi Jabatan Peguam Negara sendiri mengambil inisiatif supaya kita dapat melihat Malaysia pada masa yang akan datang akan lebih menyediakan ruang dan tempat untuk rakyat menikmati keadilan dalam erti yang sebenarnya dalam negara kita. Biarlah Tuan Pengerusi, semakin lama kita beredar daripada titik pembebasan daripada penjajahan, kepada era yang ada pada hari ini, sepatutnya rakyat menikmati suatu era kehidupan yang lebih baik, yang lebih adil, yang lebih saksama, yang lebih menjamin tentang hak dan setiap inci hak mereka itu mesti ditegakkan di atas bumi yang bernama Malaysia ini...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Kita tidak boleh semata-mata berlindung di atas nama akta-akta ini yang kononnya meletakkan beban itu kepada rakyat yang kita berhujah. Itulah hujah yang stereotaip, sejak kita merdeka dan kita memiliki suatu pemikiran yang cukup sempit dan cukup membeku, yang lebih beku daripada Kutub Selatan dan Kutub Utara yang hari ini pun kedua-dua kutub ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada yang bangun, Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...Menghadapi masalah kecairan oleh kerana fenomena yang berlaku dalam negara kita. Sila.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat. Membincangkan tentang ISA ini, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Pada saya undang-undang yang telah disebutkan tadi iaitu ISA, OSA, Akta Mesin Cetak dan sebagainya ini. Pada saya Tuan Pengerusi, hakim yang paling tepat untuk menilai sama ada undang-undang ini masih relevan dalam negara kita dalam konteks negara kita adalah rakyat. Kita tahu sejak merdeka sampai sekarang, pihak pembangkang menggunakan isu ISA relevannya, kezalimannya dan betapa rakusnya undang-undang ini diperkosa oleh kerajaan dan apabila setiap kali kita berdepan dengan pilihan raya, kita meletakkan pilihan kepada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional masih menggunakan ISA dan setiap kali kita menang pilihan raya.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian, apakah ini bukan satu endorsement daripada rakyat kepada undang-undang yang bernama ISA dan OSA yang setiap kali dipersembahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Setiap kali kerajaan meletakkan bahawa sesungguhnya apabila mereka bertanding, undang-undang ini berada di depan dan boleh ditolak oleh kerajaan. Soalan saya Yang Berhormat ialah, apakah ini bukan endorsement daripada rakyat bahawa rakyat masih memerlukan undang-undang ini untuk mengekalkan keamanan negara kita. Terima kasih.

[Bangun]

Yang Berhormat Kubang Kerian, minta laluan.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Minta laluan Yang Berhormat Kubang Kerian, boleh? Satu soalan. Untuk jawab sekali tentang ISA.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Mana satu Yang Berhormat Kubang Kerian?

Boleh disekalikan Yang Berhormat, Machang.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi, saya bagi Yang Berhormat Rembau dulu kemudian Yang Berhormat Bukit Gantang.

Machang, Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Kubang Kerian berapa lama lagi Yang Berhormat punya speech?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ada dua, tiga perkara lagi yang mungkin paling tinggi pun saya mengambil 12.30 saya boleh berhenti.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan panjang sangat Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, saya cuba.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kena...

Tambahan, tambahan.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kubang Kerian kerana memberi laluan. Saya juga ingin sentuh sedikit tentang isu Akta Keselamatan Dalam Negeri. Saya ringkaskan point saya memandangkan kesuntukan masa.

Saya tertarik dengan hujah tadi dan saya setuju bahawa kita perlu bendung kepada apa sahaja usaha untuk menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini untuk tujuan politik, tetapi pada masa yang sama, saya ingin juga tanya kepada Yang Berhormat dari Kubang Kerian, pada pendapat peribadi Yang Berhormat, adakah di Malaysia ini masih ada ruang dan tempat untuk undang-undang preventif detention. Iaitu penahanan yang boleh mencegah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara. Kalau ada tempat untuk preventif detention law ataupun undang-undang yang membenarkan kepada penahanan untuk mencegah sesuatu yang boleh menggangu-gugat keselamatan, apakah cadangan Yang Berhormat dari Kubang Kerian untuk meminda, untuk buat pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun untuk mengenal pasti satu undang-undang baru untuk memastikan bahawa perkara ini dapat kita kekalkan sebagai satu safeguard, sebagai satu perkara yang boleh melindungi negara kita daripada kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara. Jadi, saya hendak melihat jauh daripada apa yang kita bincang pada hari ini iaitu penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kepada satu solution. Apakah pendapat Yang Berhormat Kubang Kerian sama ada setuju ataupun tidak bahawa masih lagi perlu ada preventive detention law di Malaysia ini. Terima kasih.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Yang Berhormat, Bukit Gantang, kes yang sama juga.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sekejap, sekejap. Saya jawab ini dulu selepas itu saya bagi Yang Berhormat Bukit Gantang, serta Yang Berhormat Machang.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Benda yang sama, benda yang sama.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sekejap, sekejap. Terima kasih Tuan Pengerusi dan rakan-rakan saya daripada Kota Belud dan juga Rembau. Saya rasa Yang Berhormat Rembau lebih, ialah alhamdulillah saya tengok pemikiran pun sudah lebih matang dan saya harap boleh jadi Ketua Pemuda UMNO. Rakan-rakan saya daripada Kota Belud dan Rembau, perimeter kami adalah Islam, itu perimeter. Saya rasa segala undang-undang yang menghukum manusia ini sebelum ianya dibawa ke satu medan pengadilan adalah satu undang-undang yang tidak bertamadun. Ini dipersetujui satu konvensyen yang terpakai dalam mana-mana negara yang menghormati tamadun dan menghormati manusia dan manusiawinya. Itu falsafah yang saya belajar yang berasaskan kepada keadilan Islam yang mesti ditegakkan di atas muka bumi ini. Oleh itu, kalau kita mahu sesuatu undang-undang pencegahan sebagai contoh, ianya juga mesti berlegar dalam frame work ini. Parlimen Malaysia boleh mencipta sejarah kalau kita mempunyai satu iltizam politik yang tinggi, yang tulus dan ikhlas untuk kita mencipta satu akta baru dalam Parlimen ini, untuk kita memberikan keadilan hatta namakan apa sahaja, preventive action dan seumpamanya tetapi ia mesti duduk dan ia mesti bersemayam, ia mesti bertakhta di atas satu falsafah yang jelas iaitu keadilan untuk manusia sejagat. Ini saya boleh bersetuju dan kalau kita punya iltizam yang tinggi, insya-Allah sama ada kita di pihak kerajaan ataupun kita di pihak pembangkang, kita boleh mencipta undang- undang yang adil untuk semua ini. Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Pengerusi. Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa Kem Kamunting, tempat tahanan ISA ini berada di negeri Perak, tempat negeri saya sendiri. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat negeri Perak telah buat keputusan bahawa kita hendakkan supaya kem ini dipindahkan ke tempat lain. Mungkin boleh ke Sabah ataupun ke Negeri Sembilan. Kita orang Perak memang tidak mahu akta yang zalim dan tempat diletakkan orang-orang yang dizalimi. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Silakan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sila Yang Berhormat Machang.

Tuan Pengerusi, terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian terima kasih bagi laluan. Adakah Yang Berhormat Kubang Kerian setuju bahawa kalau kita pakai logik Yang Berhormat Kota Belud ini, hukuman rakyat setiap kali pilihan raya, kalau rakyat kekalkan kerajaan yang mengekalkan ISA maknanya rakyat setuju ISA. Kalau logik itu diterima pakai dalam Dewan ini, Yang Berhormat Kota Belud adalah pemimpin UMNO yang sokong ISA, tetapi dia kalah Timbalan Ketua UMNO bahagian. Pakai logik yang sama juga, maknanya orang UMNO di tempat dia di Tuaran, tolak dia sebenarnya. Kalau dia bersetuju dengan ISA, apakah bermakna orang UMNO Tuaran setuju ISA? Kalau orang UMNO Tuaran setuju ISA kenapa dia kalah Timbalan Ketua UMNO Tuaran? Itu logiknya, itu logik. Baik, apakah Yang Berhormat Kubang Kerian juga bersetuju jika saya katakan bahawa ketika Yang Berhormat Rembau membangkitkan soal ada tidak ruang kita semak balik apa yang disebut sebagai langkah pencegahan, saya bersetuju penuh dengan Yang Berhormat Kubang Kerian. Prinsip keadilan Islam dan prinsip keadilan sejagat juga. Apakah ini terlalu susah hendak kita faham atau terlalu susah hendak kita laksanakan semata-mata kerana undang-undang pencegahan? Susah sangat kah hendak bawa orang yang kita hendak tuduh itu ke muka pengadilan? Susah sangat kah hendak kita maklumkan dia apa butiran kesalahan dia, pertuduhan dia? Susah sangat kah hendak bawa dia ke hadapan hakim? Susah sangat kah hendak benarkan dia lantik peguam? Susah sangat kah bila dia telah dijatuhkan hukuman, dia dibenarkan membuat rayuan? Ini prinsip keadilan sejagat. Prinsip keadilan Islam juga. Jadi Dewan yang mulia ini harus melihat perkara ini sebagai satu perkara besar supaya tidak ada ruang atas nama istilah pencegahan apa pun, tetapi prinsip keadilan sejagat itu dipijak-pijak, apa pandangan?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, terima kasih.

Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sini menyentuh perkara sama.

Saya hendak sikit sebab hendak jawab tadi.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Nanti dulu, saya tidak cukup masa.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kubang Kerian janji hendak habis 12.30.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Banyak sangat kawan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Pengerusi, tadi Tuan Pengerusi sudah buat keputusan seorang 10 minit sahaja.

Saya pohon Tuan Pengerusi sebab perkara ini penting.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya tahu apa arahan Yang Berhormat, apa keputusan dibuat. Yang Berhormat Batu Pahat tolonglah tunjukkan your level of education Yang Berhormat. Saya dengar, saya ada nota sini.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya jawab dulu, ada ruang saya bagi lagi.

Dua minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tahu apa keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Pengerusi tadi, sini ada nota Yang Berhormat dekat sini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tidak ada sebab tadi Yang Berhormat Kubang Kerian sebut 12.30 hendak berhenti.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Betul, betul Yang Berhormat. Saya lebih mengetahui daripada Yang Berhormat. Jadi biar saya buat keputusan ya.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Baik saya jawab dulu Tuan Pengerusi, nanti saya bagi ya. Yang Berhormat Rembau nanti saya bagi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gantang tadi tentang Kamunting. Kamunting ini suatu benchmark atau suatu penanda aras kezaliman yang mesti diruntuhkan. Kita meruntuhkan Kamunting ini bukan maknanya ataupun kerana ianya duduk di Perak ataupun di mana-mana sahaja. Di mana pun berlaku kezaliman, kita akan runtuhkan. Hatta di Kelantan atau di negeri-negeri Pakatan Rakyat sekiranya kami berlaku zalim, rakyat boleh menjatuhkan kami, itu prinsipnya. Seperti juga Berlin Wall, Tembok Berlin yang pejuang-pejuang kemanusiaan berdekad-dekad lamanya, pejuang-pejuang pembebasan berjuang untuk meruntuhkan tembok ini akhirnya dia runtuh. Dia runtuh dengan apa, dia runtuh sebab apa? Sebab tembok itu melambangkan kezaliman, melambangkan berlakunya pemisahan, satu perlambangan tentang manusia itu dan manusiawinya itu tidak dihormati, ia runtuh. Oleh itu dia menjadi pengajaran dan sejarah ini menulis untuk kita belajar dan untuk kita mentelaah supaya kita juga jangan membuat satu kesilapan yang sama. Sahabat saya daripada Machang tadi ada menyebut tentang preventif law ini ataupun pencegahan ini. Keadilan berdiri, dia tidak mengira di tempat majoriti atau di tempat minoriti. Itu bukan perimeter kita. Kalau kita merasakan ia benar, dia mesti berdiri dan terus berdiri. Kalau kezaliman itu ditabalkan ataupun diselimuti ataupun diwarnakan ataupun dikosmetikkan dengan apa jua nama, ianya akan terdedah suatu masa. Kepalsuan akan tetap ditatap dan dihukum oleh manusia. Jadi pada saya prinsip itu jelas. Perkara yang kita mahu adalah keadilan yang mesti dirasai, keadilan yang mesti dinikmati, keadilan yang mesti menjadi suatu yang dikembalikan kepada manusia ini. Oleh itu Tuan Pengerusi, kita mahu dan sampai masanya semua akta ini dilihat semula dan kita tidak boleh melihat ini sebagai hanya suatu bahan yang tidak boleh diubah. Manusia ini dinamik, negara ini dinamik, Parlimen ini dinamik. Cuba beritahu saya mana bangsa yang mulia, mana tamadun yang agung, yang tidak mengalami perubahan. Kalau pemimpinnya angkuh, sombong, pemimpinnya tidak mahu belajar daripada sejarah, pemimpinnya tidak akur dengan perubahan, maka tamadun itu akan lenyap. Harta tamadun Islam dan kerajaan besar Islam sendiri pun kalau mereka melakukan kezaliman, mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar batas-batas ajaran aturan wahyu ini, mereka juga dihukum oleh Allah SWT. Oleh itu bagi saya telah sampai masanya kita melihat, bahawa akta-akta yang zalim ini mesti dihapuskan dan diganti dengan satu akta yang ia mesti berdiri untuk memberikan pembelaan kepada semua rakyat dalam negara kita. Saya bagi satu sahajalah, Yang Berhormat Rembau.

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sekejap-sekejap.

Point yang sama juga, lebih kurang.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Lepas dia Yang Berhormat Rembau balik, lepas itu saya tidak bagi lagilah Tuan Pengerusi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya teringat selalunya terhadap satu ungkapan oleh Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz. Dalam ceramah Tok Guru selalu mengatakan kebenaran itu adalah sama seperti satu bola. Satu bola di mana bola itu ditahan di dalam air dan tahan. Yang menahan bola itu kezaliman, yang menahan itu samalah dengan tangan kita yang tahan. Kerana bola yang berisi dengan angin itu the spirit, angin itu suatu hari akan menolak keluar daripada air itu. Sama seperti itu juga, seperti kata Yang Berhormat Kota Belud tadi, tangan itu ada lima jari menahan bola itu. Dalam tsunami pilihan raya lalu empat negeri selepas Kelantan kita menang. Ini bukan berkenaan dengan HINDRAF, ini ISA. Empat negeri kita menang menandakan mungkin dua, tiga jari daripada tangan itu sudah pun lemah hanya tunggu masa untuk ini. Jadi saya hendak katakan di sini, kebenaran itu pasti ditegakkan dan saya setuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian, tetapi saya tidak setuju dengan Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Rembau perlu sedar Yang Berhormat Rembau bukan anak kepada Perdana Menteri. Yang Berhormat Rembau hanya menantu...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Rembau...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat jangan personal Yang Berhormat.

Cakap di luarlah!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, terima kasih. Saya terima Yang Berhormat Rembau yang matang semalam dan juga tadi, memang cukup matang tetapi saya jemput Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kota Belud dan semua rakan kalau dapat pergilah ziarah setiap keluarga tahanan ISA.

Saya ada pergi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta supaya keluarga mereka diziarah, supaya kita boleh tahu kepahitan, kesusahan dan ketidakbenaran yang berlaku kepada mereka. Saya juga minta supaya - kalaulah saya dalam Barisan Nasional macam dulu Setiausaha Agung Pemuda MIC, saya akan duduk di situ. Saya sudah duduk dalam Barisan Nasional 15 tahun. Masa itu, ini yang saya katakan 15 tahun itu pembangkang macam ini, macam itu, macam ini, macam itu. Akan tetapi bila saya sendiri melihat kezaliman daripada sebelah sini baru saya sedar. Saya minta jangan sekadar hanya untuk bercakap. Tolong turun dan lihat sendiri kesusahan dan kezaliman yang sedang berlaku kerana Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Okey, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kubang Kerian diingatkan...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, last Yang Berhormat Rembau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak hendaklah komen tentang retorik yang datang daripada Yang Berhormat Padang Serai mahupun daripada Yang Berhormat Machang tadi. Cuma saya ingin sentuh semula kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.

Secara pokoknya pada prinsip-prinsip yang disebut tadi, Yang Berhormat Kubang Kerian tidak menafikan bahawa memang ada tempat untuk preventive detention. Cuma soal keadilan, soal bagaimana kita memberi keadilan kepada rakyat yang ditangkap yang ditahan dan sebagainya. Saya cadangkan di sini supaya kita tidak melanjutkan debat di sini ataupun hujah di sini, sama-sama kita memikirkan. Saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian sebagai Ketua Pemuda PAS, sama-sama kita memikirkan satu akta yang boleh mengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ini adalah jemputan daripada saya. Kita keluar daripada Dewan ini dan kita sama-sama bincang. Saya harap kita dapat keluarkan atas semangat generasi muda yang hendak bawa kepada perubahan yang sepertimana dikatakan tadi “jumud, beku” seperti kutub utara, selatan dan sebagainya. Kita jemput, saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian untuk sama-sama kita bincang perkara ini dengan goodwill, dengan hati yang ikhlas untuk kita cari penyelesaian dalam hal ini.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tidak apa. We are willing to engage. Itu jangan bimbang, tapi dengan syarat akta itu dimansuhkan. Ada iltizam, semua pihak kita mansuhkan dan kita bersedia untuk bincang demi kebaikan negara. Saya rasa kita tidak punya masalah dan kalau jadi Ketua Pemuda UMNO besok jangan lupa. Jangan sudah menang besok lupa pula.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Mana boleh beri syarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya pindah kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kubang Kerian duduk kejap. Sikit sahaja..

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini jawatankuasakah atau perbahasan dasar?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya faham Yang Berhormat Pasir Mas. Sudah dibuka ruang oleh Yang Berhormat Rembau, buatlah betul di Dewan ini, tengoklah nanti. Sila Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya akan kaji peraturan mesyuarat dan kita boleh buat usul dan kita boleh engage, insya-Allah. Kita tidak ada masalah. Kita terbuka untuk rakyat, kepentingan semua rakyat dalam negara kita. Minta maaflah saya tidak ada masa.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat tidak payahlah.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi saya kembali kepada mungkin kepada yang terakhir tentang B.6, Butiran 010500 tentang Biro Tatanegara. Saya rasa Biro Tatanegara ini juga memerlukan suatu nafas baru, suatu anjakan paradigma sama ada dari segi pensyarah-pensyarahnya, tokoh-tokoh yang mengendalikannya, kurikulumnya, syllabus yang dipakai dan seumpamanya. Apa sebenarnya fungsi dan matlamat BTN ini? Tuan Pengerusi, sejak tahun 2004 saya berada dalam Dewan yang mulia ini, kedengaran ada berita-berita yang kadang- kadang saya tidak mahu menjadi seorang yang dikatakan hanya hearsay, dengar-dengar begitu, saya bawa fakta dalam Parlimen. Telah dua tiga tahun dan dua tiga siri dalam BTN ini dipanggil pegawai-pegawai kerajaan untuk hadir dalam latihan. Nama Yang Berhormat Permatang Pauh, nama Yang Berhormat Ipoh Timur, nama Yang Berhormat Marang, nama saya dianggap sebagai subversif, pengkhianat negara. Orang merbahaya kepada negara. Jadi saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku, di samping fakta-fakta yang lain kalau saya dedahkan tentang ada modul yang mengapi-apikan perkauman dalam negara kita ini. Inikah dia negara yang kita hendak bina?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dan Tuan Pengerusi, kita lahir pada hari ini ialah untuk memimpin negara untuk generasi hari ini dan akan datang. We are leaders of tomorrow. Kita adalah pemimpin untuk hari esok. Kita pemimpin yang dilahirkan, bertanggungjawab terhadap negara kita yang ada pada hari ini. Saya tidak bercakap, saya sedar saya orang Melayu dan kadang-kadang saya pun malu juga. Dalam diri saya ini Tuan Pengerusi separuh Cina separuh Melayu. Bangsa apa saya ini? Yang Berhormat Pokok Sena bapa Pakistan, mak Melayu. Yang Berhormat Tenggara mana Yang Berhormat Tenggara? Jadi kalau kita hendak bermain di atas premis ini kita mengambil BTN ini untuk tujuan ini, saya rasa negara kita akan runtuh. Negara kita akan hancur. Negara kita akan menghadapi suatu zaman yang cukup gelap. Kita mereput, kita rotten to the core. Saya rasa sudah sampai masanya BTN... Saya hendak bagi pandangan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Hapuskan!

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Mungkin tidak dihapuskan, biar saya berikan pandangan dahulu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bubarkan!

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya hendak memberikan pandangan supaya BTN mesti menganjak paradigmanya, mesti keluar daripada rangsangan dan kongkongan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Kita mesti melihat negara ini. Saya ingin mencadangkan supaya BTN membuat suatu model yang baru, pendekatan yang baru. Tuan Pengerusi, kita lihat Barack Obama. Saya melihat isu Presiden baru Amerika ini bukan kepada sama ada dia orang kulit hitam atau kulit putih...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dia kulit campur hitam. Dia campurlah.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tidak mengapalah, itu memang Allah sudah jadikan dia begitu seperti mana kita, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Barat dan seumpamanya. Memang kita ditakdirkan lahir begini. Namun apa yang telah berlaku pada hari adalah apa the moral of the storynya yang ingin saya kongsikan bersama. Tuan Pengerusi pun banyak membaca buku-buku yang tersohor ini...

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sekejap., biar saya habiskan para ini dulu. Saya melihat isu ini adalah isu rakyat Amerika bosan, mereka jijik. Mereka merasakan telah sampai masanya mereka ingin sesuatu yang segar, baru dan meyakinkan bagi Amerika yang baru. Saya rasa itu isunya. Kalau kita mengambil hujah hanya atas sentimen perkauman yang kita sedia maklum, dasar aparteid ataupun kita mengambil konsep dalam satu istilah sains politik the white supremacy ini, saya rasa Obama tidak boleh menang.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mohon penjelasan.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya sudah tidak bagi. Saya sudah tidak ada masa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Minta dengan baik ni.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya melihat Obama tidak boleh menang kalau majoriti orang kulit putih itu tidak menyokong dan memberikan undi kepadanya. Saya merasakan...

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bagilah satu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya bagi Yang Berhormat Padang Besar sekejap. Bagi saya... in one breath. Saya tidak mengambil pendekatan perkauman di sini, Tuan Pengerusi. Saya melihat rakyat Amerika ini memang melihat dasar luar yang lebih adil. Kita faham sama ada masyarakat yang so-called the white supremacy sama ada mereka di Britain, Amerika Syarikat ataupun Australia, mereka menjaga hal ehwal dalam negeri mereka dengan baik.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tuan Pengerusi, saya ingin hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat. Memang saya akur bahawa kita pun setuju dan gembira dengan kemenangan Obama, tetapi tanya balik adakah Obama datang dan mendesak supaya sekolah-sekolah berbahasanya diwujudkan di Amerika? Adakah Obama mendesak bahawa nama-nama jalan itu diwujudkan atas nama datuk nenek dia? [Disampuk] Tidak! Saya hendak bertanya sama ada... [Disampuk] Yang Berhormat cakap perubahan paradigma, adakah Yang Berhormat sanggup mengajak kawan-kawan Yang Berhormat supaya kita memikirkan anak-anak kita masuk kepada satu sekolah sahaja, tidak ada sekolah itu atau sekolah ini yang berbahasa berlainan dan menjadi champion kepada bangsa mereka dalam bahasa mereka? Masuk dan menjadikan kita satu bangsa satu negara. Jangan dalam keadaan kita berbeza-beza, sengaja hendak dibezakan-bezakan kita hendak menegakkan macam di Amerika. Ini yang saya hendak tanyakan kepada Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat sanggup mengajak kawan-kawan Yang Berhormat menganjakkan paradigma supaya dengan paradigma yang baru ini kita dapat memupuk dan membangunkan satu bangsa Malaysia yang benar.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat Padang Besar, sebenarnya kami sudah pergi jauh.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya!

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita sudah pergi jauh. We are government in the waiting, insya-Allah.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Sudah terlewat, Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tidak mengapa, lewat atau tidak lewat itu bukan masalah kita.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta izin sikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Kubang Kerian, mohon laluan.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Macam mana hendak pergi jauh, di negeri Perak mereka bagi tanah untuk membangunkan dan membesarkan lagi sekolah- sekolah bagi pihak satu bangsa, bagi tanah 400 hektar, satu hektar untuk satu sekolah. Adakah ini satu cara untuk membina satu bangsa yang baru?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kubang Kerian, boleh saya jelaskan mengenai Perak? Bagi saya satu minit.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

New brand. New Malaysian.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Masa dah cukup!

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya tidak punya banyak masa. Biar saya habiskan sikit dahulu. Saya rasa kita sudah pergi jauh. Kita adalah government in the waiting. Kita punya iltizam dan jangan bimbang. Semua parti-parti yang ada di dalam negara ini, kerajaan yang akan wujud, sekiranya kami dipilih dalam pilihan raya akan datang ataupun bila-bila masa, kerajaan yang social contractnya, asas-asas Perlembagaan nya dijamin oleh Perlembagaan dalam negara, that is...

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Kita hendak dengar apa DAP kata.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Itu bukan masalah bagi kita.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, Yang Berhormat Taiping.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Izinkan saya memperbetulkan kenyataan yang terpesong daripada Yang Berhormat Padang Besar. Walaupun dia seorang bekas Menteri dan menjawat jawatan Menteri untuk semua rakyat Malaysia tetapi berfikiran sangat sempit. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak bukan sahaja menganugerahkan tanah kepada sekolah Sumbangan Wang Orang Awam (SUWA) sebanyak 1,000 hektar ia bukan 400 hektar, tetapi pada masa yang sama Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak sayang kepada semua bangsa. Kita juga memberikan tanah seluas 6,500 ekar kepada Kolej Islam Perak Darul Ridzuan. [Disorak] Mengapa ini tidak pernah disebut? Kita menaikkan elaun kepada semua mufti, guru KAFA tetapi tidak pernah diberikan liputan dan laporan yang adil. Ini bermaksud kerana fikiran dan sangkaan jahat yang terpesong, yang menyebabkan anak-anak Malaysia tidak dapat bersatu. Dasar diskriminasi kaum dalam negara ini patut berakhir dan dikuburkan dengan segera. Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sehingga MCA pun tuntut Timbalan Perdana Menteri. [Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian kerana kebaikan hati bagi saya ruang untuk memohon penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingatkan Yang Berhormat Kubang Kerian ada tiga minit sahaja lagi, ya?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebenarnya memang kita menaruh harapan yang tinggi. Yang menjadi masalahnya ialah kita sering menjadikan sesuatu perkara itu sebagai satu alat untuk kita hendak mengelirukan dan menjadikan alasan bahawa sebenarnya kitalah yang memperjuangkan sesuatu, contohnya tentang kemenangan Barack Obama ini. Namun apakah dengan kemenangan itu kita ingin mengatakan bahawa sudah berlaku anjakan paradigma di Amerika? Apakah dasar Zionis, Yahudi yang mereka amalkan itu akan berubah? Apa yang berlaku di Palestin dan apa yang berlaku di negara- negara lain itu semua adalah dasar Zionis yang belum menjamin. Kemenangan Barack Obama itu sebenarnya atas dasar perkauman yang sudah dihapuskan di Amerika. Jangan kita sebenarnya menjadikan apa yang berlakunya di Amerika itu untuk mengatakan di negara kita ini seolah-olah kita tidak berlaku. Soalnya apakah pembangkang juga serius dalam perkara ini? Soal pelantikan Perdana Menteri yang dimainkan, sebab itu adalah sentimen yang digunakan untuk hanya menyalahkan orang yang lain sedangkan saya tahu PAS juga tidak akan merasa gembira dalam soal siapa yang hendak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Oleh sebab itulah hendak pujuk 10 orang Ahli Parlimen UMNO supaya melompat masuk PAS supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri itu tidak jatuh kepada DAP. Apakah ini juga satu perkara yang positif? Sebab itu saya kata, akhirnya jangan melakukan blaming the victim.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa sudah habis.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini sebenarnya tidak adil juga. Jangan hanya menyalahkan satu pihak. Lihat diri kita sendiri. Jangan beralasan dengan sesuatu perkara lain untuk menuduh orang lain. Kita kena tengok diri kita juga.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya gulung, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, 12.30 ya?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, ya. Saya gulung.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tidak bagi peluang kepada Yang Berhormat untuk beri peluang kepada semua orang.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, ya saya gulung. Sebab itu saya katakan tadi bahawa dalam konteks saya bercakap tentang BTN, perlu kepada nafas baru, paradigma yang baru. Saya mengambil contoh Obama itu bukan daripada sudut itu, bukan dari sudut perkauman yang sempit. Cuma saya mengajak kepada suatu yang berlaku, yang begitu besar, yang semua rakyat dunia melihat tentang perubahan ini. Saya faham tentang lobi Amerika itu. Saya rasa itu kita semua faham tetapi kita lihat dulu. Obama telah menjanjikan, dulu Bill Clinton berjanji, George Bush berjanji tetapi rakyat akan tolak dia. Kalau Obama melakukan kesilapan yang sama, rakyat akan tolak mereka. Itu tidak ada masalah bagi kita. Jadi Tuan Pengerusi, untuk akhirnya saya ucapkan terima kasih dan mengharapkan semua yang saya sebutkan tadi mendapat perhatian.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya memperingatkan Yang Berhormat ya, tadi ruling yang dibuat oleh Speaker ialah 10 minit tiap-tiap seorang bercakap selepas Yang Berhormat Kubang Kerian. Jadi saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebab itu dalam Al-Quran ada memperingatkan kita, ia kata, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, melainkan mereka yang bertakwa.” Jadi sebab itu saya akan hargai masa ini. Saya ingin berhujah dalam Butiran 250200 - Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan - 250300 dan Pembangunan Lima Koridor - 00113. Saya sebenarnya berhasrat juga terpanggil untuk berhujah berhubung dengan isu-isu ISA, politik tetapi saya tengok hujah baik tetapi tempat dan ruang yang salah sebab kita berbahas dalam kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri, bukan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Justeru itu, saya berharap kita semua melihat secara bijaksana ke arah bagaimana hujah kita, kita lontar. Jangan kita terpanggil, ada yang berdiri, bertanya seolah-olah kita atas dasar. Sebetulnya tidak. Kita berada dalam satu jawatankuasa kecil membincangkan satu-satu yang terperinci. Kenapa bincang soal kebebasan, soal politik? Saya pun mahu turut serta tetapi saya rasa tidak sesuai. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada EPU, Unit Perancang Ekonomi, apa fungsi dan peranannya yang sebenarnya ke arah melihat pembangunan seimbang dapat diwujudkan di negara kita? Ini adalah sebab rakyat Malaysia di Sabah, di Kinabatangan juga rakyat Malaysia. Kenapa kami tertinggal? Kenapa kami terpinggir?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Shut up! This is my floor. Don’t disturb me.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sabar, sabar, sabar sedikit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You shut up!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sabar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu tanya, sebatang jalan raya yang telah dimuatkan, direncanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Simpang Lenuyukat-Sogosogo-Pinanga, Rancangan Malaysia Kesembilan digugurkan. Saya tanya EPU, tulis surat, dia jawab masuk Rancangan Malaysia Kesepuluh. Apa jaminan ia masuk? Betulkah ia masuk ataupun tidak?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya bukan macam pembangkang yang berhujah tidak berfakta, tidak beralas. Kalau benar kerajaan ini zalim, sudah tentu rakyat menghukum kerajaan ini. Kita harus percaya kepada qada dan qadar, kuasa di tangan Allah SWT. Manusia biasa, kita semua merancang, kerajaan merancang, pembangkang merancang, perancangan Tuhan juga ketentuan Dia. Pilihan raya baru-baru ini rakyat memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional, Allah SWT masih memberi restu. Kenapa kita terlalu berkehendakkan kuasa dengan tidak memikirkan soal-soal kepentingan rakyat dan negara. Saya meminta kerajaan bertanggungjawab memastikan pembangunan seimbang ini dapat dilaksanakan. Saya bukan mengugut, saya jauh sekali untuk memikirkan sesuatu yang difikirkan oleh pembangkang. Peranan saya memastikan perancangan ini dapat diselaraskan mengikut kehendak-kehendak semasa. Rakyat Sabah di Kinabatangan masih memerlukan pertolongan kerajaan. Kami tidak meminta bangunan bermega-mega, berbilion-berbilion, kami minta sebatang jalan raya 49 kilometer ini dapat diberi peruntukan dengan segera. Itu sahaja saya minta. Bukan minta bukan-bukan. Demikian dengan rakan saya di Sarawak seperti di Kapit, kawasan ini terlampau sengsara, kenapa tidak diambil perhatian! Jangan tunggu rakyat merubah keadaan. Kita ubah keadaan. Saya juga ingin menyentuh...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah, Padang Serai. 10 minit sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan. Tidak ada jalan. Ini serius, ini bukan main-main. Ini soal rakyat. Ini bukan soal kuasa politik dan sebagainya sebab siapa jua yang berkuasa politik, kalau dia tidak ada komitmen kepada rakyat, akhirnya dia akan jatuh juga. Dalam dunia ini tiada yang permanent, tidak ada yang selama-lamanya, umur kita pun tidak tahu, esok lusa entah siapa mati. Masalah rakyat, kita harus lihat. Ini masalah rakyat. Saya mahu tanya Unit Penyelarasan, ia hanya menyelaras program-program pembangunan ekonomi bukan pelaksana. Apakah kerajaan tidak boleh melihat, bagi peruntukan kepada agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan di kementerian mereka. Kalau dipegang oleh EPU, dipegang oleh Unit Penyelarasan, bagaimana perancangan boleh berjalan dengan licin, dengan lancar? Kenapa tidak boleh kita ubah ini? Itu sebab pembangkang beria-ia merubah keadaan sebab melihat kelemahan kita. Kenapa diberi ruang kelemahan didedahkan kepada lawan kita? Saya bertanya satu lagi. Saya tahu ada empat minit lagi iaitu pelaksanaan koridor di Sabah khususnya. Apa sudah jadi dengan koridor ini? Rakyat di Sabah berkata, “Dato’, Yang Berhormat, jangan-jangan koridor ini jadi kaki lima”, dia kata. Ini sebab koridor ini antara lain kalau bahasa kampung saya, kaki lima. “Jadi apa sudah jadi dengan program kaki lima kita ini?” dia kata. Apakah ia hanya akan jadi kaki lima? Bila koridor ini dapat dijustifikasikan, dapat dilancarkan programnya dan saya mahu tahu apa content, apa impak besar sekiranya koridor ini dijalankan? Apakah hasil di Kinabatangan? Apakah masalah kemiskinan dapat dikurangkan? Apakah jalan raya luar bandar, jalan kampung dapat dilaksanakan? Apakah air bersih dapat dibekalkan? Apakah api elektrik yang selama ini gelap-gelita boleh diterangkan? Kalau boleh, saya amat bersetuju, tetapi kalau hanya “melepas batuk di tangga”, maka itu namanya “senjata makan tuan”. Tuan Pengerusi, saya menyeru agensi-agensi yang berkenaan lihat secara bijaksana. Kita orang politik telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan, tetapi pelaksanaannya kita terapkan kepercayaan kepada agensi-agensi, pegawai-pegawai, pentadbir-pentadbir di peringkat kerajaan. Jangan pula kita yang membentuk rumah ini mereka yang merobohkan rumah yang kita bina ini. Menteri-menteri harus melihat secara konstruktif ke arah bagaimana agensi di bawah kementeriannya berjalan. Berjalankah KSU saya, pengarah-pengarah saya? Bergeligakah otak dia? Kalau tidak, buat apa dia duduk situ! Buat apa jadi menteri kalau tidak faham, kalau tidak berani!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Buat apa kita segala-galanya ini? Kuasa yang ada diturunkan kepada rakyat. Sebab itu pilihan raya kita minta kuasa kepada rakyat sebab untuk dikembalikan kepada rakyat. Itu sahaja! Kenapa kita pilih lima tahun? Kenapa tidak kita lebih dua pertiga majoriti? Kenapa tidak kata pilihan raya 50 tahun sekali? Sebab kita tidak mahu pemimpin kita jadi gila. Kita tengok pemimpin-pemimpin kita tamak kuasa sebab itu lima tahun sudah cukup. Sebab itu mana-mana Wakil Rakyat tidak berkhidmat, tidak bekerja, dia kalah pilihan raya. Macam saya kerja, rakan-rakan kerja, tidak boleh kalah. Ini simple calculation dia. [Disampuk] Ini samalah, datanglah ramai-ramai. Gotong- royong pun tidak apa lah. Di kawasan saya bawalah apa yang ada. Insya-Allahlah, rakyat tetap pilih saya jugalah. [Dewan riuh] Satu kampung datang tolong gotong-royong. Saya satu orang sahajalah.

Kita bantu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Wangsa Maju.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak payahlah dibantu oleh orang lain. Saya sahaja satu orang berhadapan kalau saya bukan saya mendahului kuasa Tuhanlah. Akan tetapi insya-Allah, rakyat berpihak dengan saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya mengundur diri. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya bagi macam inilah Yang Berhormat. Banyak yang berdiri hendak bercakap, sudah empat orang daripada pembangkang semalam bercakap dengan panjang lebar. Baru seorang Barisan Nasional. Jadi saya akan bagi Yang Berhormat Batu Pahat, selepas itu pergi ke sini dan sampai habis, balik semula. [Menunjuk kepada Ahli yang bangun]. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

BEBAS bila? BEBAS?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat lah. Saya tengok baju Yang Berhormat itu. Saya puji Yang Berhormat pakai baju Melayu. Kena bagi selepas ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Selepas ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Selepas ini, selepas ini ya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, sebelum itu saya ingin menyebut sedikit pasal Bandar Kuching tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat berpengalaman di Dewan Negara. Sebutkan butiran Yang Berhormat, ya. Sebutkan butiran.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya, ya. Cuma sedikit penjelasan sahaja tentang Bandar Kuching. Sebenarnya pihak BNBBC yang...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Peraturan mesyuarat. Perkara ini sudah habis diputuskan oleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, ya, Yang Berhormat Batu Pahat saya bersetuju dia, perkara sudah diputuskan. Saya ingat...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Pengerusi jika dia mahu sebut lagi...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Pengerusi, saya ingin menjelaskan sebenarnya pihak BNBBC yang menghantar surat kepada Menteri untuk memberi penjelasan tentang program lawatan kami di Taiwan. Oleh sebab itu kita tidak jemput pembangkang. Itu sahaja untuk penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Selepas dia..

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan bahawa tahniah juga saya ucapkan kepada...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kenapa jamuan itu atau taklimat itu diadakan? Kenapa itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Pihak pembangkang kerana turut membahaskan butiran-butiran di dalam belanjawan ini. Walaupun sebelum...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah. Saya kata sudahlah Bandar Kuching, sudah Batu Pahat. Dah sudah itu. Berhenti itu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dia sudah memulakan perbahasan soal belanjawan. [Disampuk]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Dia mulakan dengan tuduhan kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak ada tuduhan Yang Berhormat. Dia hanya membuat penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin mengucapkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuduhan ini lain, Yang Berhormat. Saya faham bahasa Melayu ini, bukan pandai tapi faham.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Terima kasih dan juga tahniah kepada pihak pembangkanglah kerana turut membahaskan Belanjawan 2009 ini walaupun di peringkat awal dia hendak tolak, tetapi nampaknya mereka berbahas juga semua butiran di peringkat jawatankuasa ini. Sebenarnya mereka menerima bajet ini untuk dibahaskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita prihatin!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan di sini bahawa nasib baiklah kita tidak membahaskan bajet alternatif yang akan mengakibatkan ekonomi negara akan menguncup sebenarnya. Kita sebenarnya memang membahaskan bajet yang sama iaitu yang melibatkan sebanyak RM207,000 bilion ini. Tidak ada perubahan, cuma oleh sebab ada penjimatan melalui subsidi minyak dan sebagainya yang dijangkakan sebanyak RM7 bilion, maka kerajaan membentangkan langkah-langkah baru sebagai satu pakej. Sebab semua negara membentangkan pakej mereka untuk berhadapan dengan cabaran ekonomi global, jadi bukan maksudnya ini sebagai supplementary ataupun bajet baru.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Cuma kita menyelamatkan sedikit wang daripada RM207 bilion ini melalui penjimatan kerana harga minyak pun turun. Jadi apa salahnya kita mengemukakan satu langkah baru dengan hasil penjimatan ini daripada bajet yang sama sebenarnya, yang bajet alternatif tidak terfikir bagaimana hendak menjimatkan wang itu. Yang mereka fikirkan ialah hendak potong pula yang akan menyebabkan ekonomi negara akan menguncup. Jadi kalau boleh kena faham sikitlah perkara ini. Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh terus kepada B.3 iaitu butiran 020200 dan 020400 mengenai dengan pengauditan negara ini. Dalam perkara butiran ini, saya mendapati bahawa memang banyak yang telah dilakukan oleh Jabatan Audit Negara apabila melakukan pengauditan ini. Cuma yang menjadi persoalan ialah banyak kes yang telah pun diketengahkan yang melibatkan soal pembaziran dan salah pengurusan kewangan sebenarnya. Akan tetapi apakah sebenarnya ataupun follow up dan kuasa tindakan? Oleh sebab itulah saya mengharapkan Jabatan Audit Negara ini melalui butiran ini, saya mengharapkan mereka melakukan follow up sama ada tindakan telah diambil. Seperkara lagi ialah saya mendapati bahawa pengauditan terhadap PBT ini, pihak berkuasa tempatan ini terutamanya yang melibatkan PBT yang banyak menjalankan perniagaan. Sepatutnya dia mengeluarkan lesen perniagaan kepada orang ramai tetapi dia juga yang terlibat di dalam perniagaan ini. Contohnya, bagi saya seperti bazar Ramadhan dan sebagainya. Jadi sepatutnya perkara ini diaudit oleh Jabatan Audit Negara, apakah ini dibenarkan dan di manakah wang itu sebenarnya dibelanjakan? Apakah wang itu dibelanjakan untuk mereka mengadakan lawatan luar negara dan sebagainya. Jadi perkara-perkara seperti ini sebenarnya yang harus diberi perhatian. Saya amat dukacitalah sekiranya tidak ada tindakan-tindakan susulan sebenarnya daripada laporan-laporan Audit yang telah dikemukakan. Contohnya, penyerahan barang rampasan kepada stor Pencegahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sepatutnya dua hari. Akan tetapi ada kes 37 barang rampasan diserahkan antara empat hingga 205 hari dan sijil pemusnahan walaupun sudah dikeluarkan, tetapi ada barang yang masih tersimpan di stor- stor ini yang tidak dimusnahkan. Contohnya adalah bunga api dan sebagainya. Oleh sebab itu kita kadang-kadang takut, ada di kalangan mereka pula jual bunga- bunga api ini. Oleh sebab itu kadang-kadang kita hairan ada majlis-majlis, orang masih membakar mercun dan bunga api. Di manakah mereka dapat? Yang kita sering dengar ialah dibeli daripada kastam dan sebagainya. Jadi kita bimbang bahawa yang tidak dimusnahkan ini walaupun sijil pemusnahan sudah ditandatangani tetapi masih ada barang yang tersimpan. Jadi oleh sebab itu, perkara-perkara ini mesti ada follow up. Jika tidak, tidak ada gunanya laporan-laporan Audit yang dikemukakan ini sehinggakan orang masih menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Contoh lagi, tentang pembelian kontrak beli mesin x-ray RM33 juta oleh Kementerian Kesihatan kepada syarikat yang bernama Glotel ini yang tidak pun tersenarai di pusat khidmat kontraktor dan subkontraktor pula yang diberikan hak oleh Glotel ini adalah yang tidak ada pengalaman pun untuk mengendalikan mesin iaitu syarikat Allied Physics ini. Maksudnya dia tidak ada kelayakan pun ataupun lesen untuk mengendalikan bahan radioaktif ini. Jadi kalau setakat ada laporan oleh Jabatan Audit tetapi tidak ada follow up, jadi apa maknanya? Jadi saya berharap Jabatan Audit Negara melalui butiran yang saya sebutkan itu diberikan lebih banyak perbelanjaan supaya follow up boleh dilakukan sama ada tindakan adalah diambil ataupun tidak. Sebagai contohnya, laporan yang dikemukakan oleh Audit mengenai dengan 45 projek ekopelancongan yang tidak berpotensi. Maksudnya tidak ada di dalam senarai pun syarikat 45 projek ini. Jadi selepas itu apakah tindakan yang dapat diambil? Jadi oleh sebab itulah saya rasakan Jabatan Audit Negara ini perlu diberikan satu bidang kuasa baru dan supaya mereka ini boleh membuat tindakan-tindakan lanjutan seperti mana kita lihat tentang kes...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Yang melibatkan investment sebanyak RM500 juta kepada Columbia Aircraft di mana pulangannya sebanyak RM25 juta sahaja. Syarikat yang mengendalikan investment ini pun tidak mengeluarkan sebarang aircraft, hingga ke hari ini pun tidak ada. Ini sebab kebanyakan wang itu dihabiskan oleh senior officers mereka untuk berbelanja yang bukan-bukan dan satu lagi ialah mereka sendiri tidak berpengalaman. Jadi saya berharap ini diberi perhatian oleh pihak Jabatan Audit Negara. Kemudian saya hendak beralih kepada B.4. Minta maaflah sebab...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah habis Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Belum sedikit lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya sebut Yang Berhormat sudah habis. Bukan tanya Yang Berhormat sudah habis. Yang Berhormat sudah habis sudah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya hendak 10 minit, 10 minit Yang Berhormat. Kita setuju 10 minit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit sahaja tentang BPA ini Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat berterusan makna dia saya tidak boleh habiskan satu orang lagi. Kita 10 minit, 10 minitlah itu. Yang Berhormat mesti mengetahui apa erti 10 minit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Perkara B.6 ini tentang BPA. Siasatan mereka saya harap kerana kes banjir di tempat saya di Taman Tanah Merah Tuan Pengerusi sebab telah pun berlaku. Kalau dilihatkan di sini tentang Butiran 100000 ini seolah-olah mereka telah banyak menjalankan tindakan iaitu 90% dapat diselesaikan. Namun dalam kes banjir di Taman Tanah Merah ini tidak ada pun tindakan walaupun laporan sudah dibuat pada tahun 2006. Jadi saya bimbang maksudnya sebenarnya mereka tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Tuan Pengerusi saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Masa tidak mengizinkan 10 minit apalah sangat yang boleh kita cakapkan tetapi tidak apalah Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya rujuk pada B.6 - Jabatan Perdana Menteri sekali gus 030000 termasuklah 040000 - Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - 050000 dan juga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang. Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya mengingatkan diri saya di waktu peringkat jawatankuasa, kalau saya membuat rujukan tentulah saya akan bercakap secara spesifik mengikut apa yang diperuntukkan. Kecuali kita datang dengan tangan yang kosong maka kita beretorik dan semuanya perbahasan jadi peringkat dasar. Itulah apa yang berlaku mengambil masa yang panjang.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Betul Yang Berhormat tadi semua itu dasar Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Jadi pertamanya saya ingin merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara - 040000 dan sekali dengan Jabatan Peguam Negara. Saya hendak tanya pertamanya dalam soal pemantauan keselamatan negara ini tadi di bincang soal ISA. Saya sudah bangkit di peringkat dasar dahulu untuk dicadangkan supaya ISA dipinda tetapi kerajaan bertegas tidak akan meminda. Jadi yang saya hendak tanya apakah mungkin setiap tahanan ISA apabila mereka ditahan pihak kerajaan mengeluarkan mengenai butiran sebab-sebab mereka ditahan kepada awam. Seperti kertas putih, white paper setiap tahanan ada sebab-sebab mengapa mereka ditahan maka dikeluarkan order paper punya maklumat untuk disiarkan dalam akhbar dihebahkan kepada rakyat dan rakyat tahu kenapa dia ditahan. Oleh sebab mereka mengatakan mereka tidak bersalah. Manakala pihak kerajaan tahan untuk preventif sebab mereka mungkin boleh menimbulkan huru-hara. Jadi cara mengatasi untuk puas hati keluarkan sebab-sebab butiran-butiran mengenai kenapa mereka ditahan. Kedua, Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya hendak tanya sejauh manakah persiapan ataupun sikap pro aktif pihak Majlis Keselamatan Negara yang memang beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk keselamatan negara dan Jabatan Peguam Negara mengambil berat mengenai dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 November baru-baru ini. Hari ini saya baca dalam akhbar keluar pula titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang mengingatkan soal perkara-perkara yang sensitif yang tidak harus diungkit lagi. Jadi apakah Akta Hasutan yang ada sekarang ini tidak mencukupi untuk mendakwa pihak-pihak tertentu yang terus menerus cuba menggugat Perlembagaan Negara mempersoalkan macam-macam perkara. Kita tengok dalam website, dalam tulisan- tulisan yang datang daripada mana pun kita tidak tahu. Dari Singapura, siapa yang menulis, macam-macam menghina kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu. Begitu juga mempersoalkan asas Perlembagaan Negara. Jadi sifat, sikap apa yang dikatakan sekarang ini saya hendak tanya, apakah kita sudah terjerumus dan mula terikut-ikut dengan apa yang dikatakan liberalisasi sekarang ini, liberalisasi. Jangan, saya hendak ingatkan diri saya sebagai orang Islam, Malaysia pun agama rasmi negaranya Islam. Saya orang Melayu saya hendak mengajarkan rakan-rakan Ahli- Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam ini juga yang rasa diri mereka Melayu. Walaupun kita mendukung dasar sekarang ini terjebak dengan liberalisme, dasar keadilan sejagat, hak asasi manusia tetapi kita dalam Islam kita ada hukumnya. Hukum halal haramnya, Al-Quran, hadis dan ijtimak ulama. Tidak semua boleh mengatasi atas nama hak keadilan sejagat dan hak asasi manusia selagi mana ianya terkandung dalam Al-Quran hadis dan ataupun juga paling tidak benda yang tidak terang dirujuk pada ijtimak ulama. Saya mengatakan demikian sebab kecenderungan tadi sampai dibangkitkan soal kemenangan Obama dan Amerika ini satu perubahan agama dan bangsa merentasi kaum, tidak begitu. Amerika sudah 250 tahun. Walaupun Obama menang kulit hitam, saya yakin dasar mereka, ‘gana’ mereka di dunia tidak akan berubah. Yahudi baik zionis tidak akan berubah. Mereka mengamal dua parti sistem iaitu demokrat dengan republikan. Kita lihat di Amerika dia tukar kerajaan lapan tahun sekali. Dahulu sebelum ini demokrat Bill Clinton lapan tahun jatuh kepada republikan lapan tahun. Ini giliran demokrat dia bukan boleh dijadikan alasan ke arahan ini merentasi kaum, tidak ada. Saya pernah tengoklah insya-Allah mudah-mudahan satu hari lagi dalam parti-parti semua parti politiklah; kalau boleh mana-mana parti politiklah yang mendukung parti pelbagai kaum ini dalam negara kita ini kita tengok ada juga orang Melayu jadi Presiden, Melayu jadi Setiausaha Agung, biar sama rata. Jangan bercakap tidak serupa bikin. Saya menyatakan demikian Tuan Pengerusi, saya bangkitkan perkara kenyataan Majlis Raja-Raja ini sebab ini perkara penting. Tidak ada makna kemajuan, pembangunan kalau negara kita menghadapi huru-hara. Saya bercakap melalui pengalaman yang juga bekas tahanan ISA dua kali. Saya sendiri mengalami penderitaannya tetapi saya tidak ungkit banyak sebab saya meletakkan kepentingan negara lebih daripada segala-galanya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi Tuan Pengerusi dalam soal saya sebut tadi Akta Keselamatan maaf Akta Hasutan, sama ada Akta Hasutan ini saya minta dikaji balik apakah sudah berpuas hati. Kalau puas hati kenapa ada kes-kes yang dilaporkan selama ini Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa mereka ini. Apakah mereka dapati sesudah disiasat bahan bukti tidak cukup burden of proof kerana di mahkamah apa yang dikatakan beyond reasonable doubt. Kalau ianya kurang saya mencadangkan supaya Akta Hasutan ini dikaji semula dan diperkemaskan lagi. Ini supaya kalau boleh walaupun Akta Keselamatan nanti masih wujud tetapi kerajaan cuba mengelak daripada mengguna ISA tetapi mengguna Akta Hasutan dan mendakwa mereka ini di mahkamah terbuka. Sebab tidak ada siapa pun mempersoalkan dakwaan di mahkamah terbuka yang mereka persoalkan ialah detention without trial. Oleh itu pihak kerajaan terutamanya yang saya sebutkan tadi Jabatan Peguam Negara khususnya mengkaji perkara ini supaya seboleh-bolehnya segala kes di bawa ke mahkamah terbuka. Saya percaya banyak kes-kes ini tetapi pihak kerajaan saya nampak juga ada kadang-kadang juga berlembut oleh kerana hendak tunjuk sikap keterbukaan, sensitiviti, hendak jaga undi, hendak jaga itu, hendak jaga ini jadi timbullah macam-macam perkara. Saya tidak peduli soal itu semua Tuan Pengerusi yang penting saya katakan tadi apa yang disebut oleh dalam kenyataan Majlis Raja-Raja haruslah diambil iktibar. Saya minta supaya pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara dua-duanya sekali kalau boleh diwujudkan satu jawatankuasa task force untuk mengambil, beri perhatian yang cukup kepada kenyataan ini. Itu pertama. Yang kedua, bersabit dengan JAKIM. JAKIM pun saya harap, saya hendak tanya walaupun kita tahu urusan agama Islam ini Tuan Pengerusi diletak di bawah negeri dan Majlis Raja-Raja tiap-tiap negeri tetapi saya kecenderungan mufti-mufti negeri. Oleh kerana keterbukaan ledakan internet masing-masing bercakap dan menulis dalam akhbar sehingga banyak pandangan-pandangan di kalangan mufti ini pun turut bercanggah di antara satu sama lain. Ada juga pihak-pihak mufti menulis soal-soal hal keselamatan, mengemukakan macam-macam hujah. Saya tidak ada masa. Saya pun juga menulis ada keluar dalam Buletin Utama. Panjang saya bercakap bab ISA termasuk dalam hukum menyentuh mengenai dengan pandangan Islam juga. Sebab kewajipan menjaga keselamatan adalah juga tuntutan agama Islam kita. Jadi jangan kita suka beretorik tidak tentu fasal kita tidak tahu hujung pangkalnya, kita mahu cakap sahaja akhir sekali negara kita jadi macam Lebanon. Negara kita boleh jadi seperti negara-negara yang menghadapi macam-macam masalah. Jadi oleh itu saya minta pihak JAKIM supaya kalau boleh diadakan penyelarasan supaya mufti-mufti terutama, sebab keluar daripada mulut mufti dia jadi macam seolah-olah fatwa. Keluar daripada seorang tokoh politik yang berlatar agama dia jadi fatwa, juga jadi ikutan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Yang Berhormat ada dua minit lagi hendak sambung ke ataupun sekarang?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dua minit?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak payah sambunglah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sambung tengah hari?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak, tidak. Saya habiskanlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Habis, habis, okey.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya habiskanlah minta izin. Tidak payahlah saya sambung, saya sambung panjang pula nanti. Jadi saya minta perkara ini diselaraskan. Saya hendak cakap dengan cara yang detail tetapi masa tidak mengizinkan. Yang ketiga, akhir sekali Unit Pelaksanaan ini. Di Kelantan ada JPP dari segi pelaksanaan pembangunan. Saya hendak minta supaya peranan JPP ini supaya ianya dilihat semula terutama dalam melaksanakan projek-projek. Hentikanlah melaksanakan projek, ikut cadangan-cadangan daripada parti-parti politiklah. Maknanya kalau di Kelantan, biar saya sebut terus teranglah, UMNO lah iaitu melalui bahagian-bahagian yang mengagih-agihkan projek, yang akhirnya menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat. Akhirnya sama-sama UMNO mereka berbalah. Jadi elok serahkan kembali kepada JPP ini dan biar dilaksanakan mengikut prosedur peraturan yang ditetapkan dalam kerajaan supaya ianya berlaku keadilan. Jadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, yang akhir sekali saya hendak sentuh mengenai dengan ini saya terima surat layang daripada seorang kakitangan kerajaan. Yang akhir saya hendak baca ini campur tangan ini untuk JPA. “Campur tangan Menteri dalam kenaikan pangkat pegawai kanan seperti KSU, TKSU adalah keterlaluan. JPA kini tidak ada taring sama sekali. Pegawai yang pandai bodek Menteri atau boleh ikut kehendak Menteri dan akan dapat kenaikan pangkat; manakala pegawai yang rajin, cekap tetapi kerja mengikut peraturan tidak akan dapat kenaikan pangkat. Dahulu perkara ini tidak pernah berlaku kenaikan pangkat ikut seniority. Akan tetapi setelah Perdana Menteri kekalkan sistem merit iaitu pegawai junior boleh naik pangkat melalui pegawai senior kononnya berdasarkan merit maka berlakulah kacau bilau dalam sistem kenaikan pangkat pegawai kerajaan. Ada Menteri yang campur tangan dalam kenaikan pangkat pegawai hingga ke peringkat setiausaha bahagian hingga telah menimbulkan kekecewaan pegawai-pegawai. Sistem melanjutkan tempoh perkhidmatan KSU, Ketua Jabatan yang sepatutnya telah bersara tetapi disambung perkhidmatannya secara kontrak sangat mengecewakan ramai pegawai kerajaan kerana kenaikan pangkat terbantut. Pada masa ini hampir kesemua KSU dilanjutkan perkhidmatan secara kontrak. Hendak lanjutkan perkhidmatan KSU Ketua Jabatan mesti dapat kelulusan Menteri, hendak dapat kelulusan Menteri mesti pandai bodek dan mesti ikut bulat-bulat kehendak Menteri. Ini juga berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam perkhidmatan awam kerana KSU terpaksa ikut cakap Menteri walaupun melalui peraturan.” Betul atau tak betul wallahualam. Saya hendak pihak kerajaan menjawab sebab saya terima panjang lagi dia tulis ini pada saya macam-macam.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi sebab saya sekarang ini banyak terima benda-benda macam ini supaya disampaikan pula dalam Dewan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Saya gunakan kuasa di bawah 12(3) untuk memanjangkan tiga minit lebih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sekarang jam sudah pukul satu Yang Berhormat. Saya sudah bagi tahu tadi saya akan bagi peluang tetapi selepas pukul 2.30 lah Yang Berhormat ya. Duduk dahulu Yang Berhormat bukan masa bercakap lagi Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Majlis Mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang ini. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau, 10 minit.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang perkara B.6 iaitu menyentuh tentang JAKIM, Jabatan JAKIM, Butiran 050600 - Informasi Islam. Tuan Pengerusi, JAKIM sebenarnya harus dilihat memainkan peranan dengan peruntukan yang begitu besar supaya dalam informasi Islam ini, JAKIM harus terlibat secara langsung terutamanya dalam rancangan-rancangan televisyen. Kalau dari segi jangka panjangnya, JAKIM boleh merancang untuk diadakan saluran sendiri bagi memastikan saluran dan informasi Islam dapat disampaikan seperti mana yang dibuat oleh Astro Oasis yang kita lihat mendapat sambutan yang begitu hebat daripada peminat- peminat, daripada orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam sendiri. Jadi dalam hal ini, untuk jangka masa terkini bagi Bajet 2009 ini, kita harap pihak JAKIM akan memfokuskan kepada usaha-usaha untuk menerbitkan rancangan-rancangan atau sponsor kepada rancangan-rancangan berunsur Islam bagi memastikan bahawa rancangan-rancangan ini sebenarnya dapat memberi informasi sebenar daripada tanggapan dan persepsi negatif yang dilemparkan kepada agama Islam ini. Selain daripada itu, disebabkan ada lima lesen saya difahamkan yang diperuntukkan untuk RTM, Radio dan Televisyen Malaysia, yang digunakan hanya dua, sementara tiga lagi belum digunakan. Jadi JAKIM boleh berunding dengan pihak RTM ataupun Kementerian Penerangan bagi mendapatkan hak untuk diadakan sebuah channel ataupun saluran bagi TV Islam ini. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada B.4 iaitu Butiran 030200 iaitu menyentuh tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu bertugas ke luar negara. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bertugas ke luar negara ini apa yang sebenarnya telah dilakukan? Kalau hendak belajar sistem pendaftaran kepada pemilih-pemilih, sistem pemilihan yang diadakan sekarang pun masih dalam keadaan yang belum cekap dan efisien sebenarnya. Kalau kita ingin melihat sistem pengundian yang lebih efisien hasil daripada lawatan, tinjauan, assessment yang dibuat kepada pilihan raya-pilihan raya tertentu di luar negara, pilihan raya di negara kita pun masih lagi kalau dari segi keputusan, dari segi teknikal, dari segi apa pun masih berada dalam keadaan yang perlu diperbetulkan. Oleh itu, saya mahu pihak kementerian memperjelaskan, apakah yang dimaksudkan dengan bertugas ke luar negara ini? Supaya kita lebih jelas peruntukan yang kita berikan kepada SPR ini, biar ianya digunakan secara saksama. Dan ianya mendapat manfaat yang terbaik demi menjamin sistem pilihan raya yang lebih adil, yang lebih saksama yang dapat dilaksanakan di negara kita ini.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menarik perhatian B.6 tentang Biro Tatanegara. Biro Tatanegara adalah sebuah badan yang ditugaskan untuk memperjelaskan dasar-dasar kepada semua peringkat dan golongan masyarakat. Dalam hal kemelut yang berlaku dalam negara sekarang ini, terutamanya terdapat sedikit ketegangan di antara kaum yang mempersoalkan hak masing-masing sehinggakan ada rakan-rakan yang mempersoalkan, kenapa tidak boleh jadi itu? Kenapa tidak boleh jadi ini? Kenapa tidak boleh jadi Perdana Menteri? Kenapa tidak boleh jadi Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya? Maka dalam hal ini, soal kita, di peringkat kita, telah diberi amanah untuk menjadi pemimpin tetapi apa yang perlu kita didik ialah mereka yang berada di usia-usia remaja, di peringkat persekolahan yang terdiri dari kalangan pelajar yang mana mereka ini sebenarnya harus didedahkan tentang sosial kontrak, tentang fakta sejarah yang sebenarnya. Supaya, mereka lebih mengetahui bahawa pemimpin di masa ini selain kita berpolitik tetapi ada satu lagi amanah, tugas dan tanggungjawab kita, yang kita perlu beri perhatian. Iaitu kita memastikan bahawa kita memberi pendedahan kepada pelajar semua kaum. Kita bawa mereka ke satu tempat, kita terangkan fakta sebenar. Bukan nak didik mereka untuk menyokong kerajaan atau mendidik mereka menyokong parti pembangkang tetapi mendidik mereka memahami fakta sebenar yang membolehkan mereka menjadi insan ataupun warganegara yang terbaik demi agama, bangsa dan negara. Tuan Pengerusi, yang terakhir sekali kerana saya tidak mahu bercakap panjang, saya ingin menarik perhatian B.6 iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia -170000 iaitu cadangan untuk memperuntukkan sejumlah peruntukan yang agak besar iaitu RM314,940,400 dan dicadangkan pada tahun 2009. Iaitu perjawatan yang diwujudkan lebih kurang 4,034 jawatan bagi pegawai-pegawai dan juga yang terlibat dalam APMM ini kerana APMM ini baru sahaja diluluskan oleh Parlimen dan baru sahaja memulakan tugas. Dan sekarang ini saya difahamkan sebahagian daripada kakitangan yang terlibat dalam APMM ini diserap daripada angkatan tentera, polis dan juga badan-badan yang lain. Jadi peruntukan yang besar ini kita hendak melihat, selain daripada itu ia melibatkan tentang operasi, tentang logistik. Yang saya mahu kerana APMM ini tugasnya ialah mengawal selia pantai-pantai kita daripada segi keselamatan, mengawal soal pencerobohan nelayan, memerhatikan apa sahaja yang berlaku kerana negara kita merupakan negara yang keseluruhannya dikelilingi oleh pantai yang besar yang sudah barang tentu kalau hanya diharapkan kepada pasukan tentera, polis dan sebagainya, sudah tentu tidak mampu untuk kita menjaga keselamatan negara pada masa ini. Jadi APMM ini telah diberi tanggungjawab yang begitu berat iaitu di mana mereka menolong mengawal pantai-pantai negara daripada anasir subversif dan sebagainya. Cuma saya ingin menarik perhatian di sini kerana peruntukan sejumlah RM314 juta ini merupakan peruntukan yang agak besar. Selain daripada perjawatan seperti yang disenaraikan, ianya juga terlibat dalam operasi logistik yang juga menelan belanja yang cukup besar kerana dari segi APMM ini, apabila ia menguatkuasakan undang-undang, ia berlaku sedikit pertindihan di antara penguat kuasa-penguat kuasa yang lain seperti perikanan, polis marin dan sebagainya. Dalam hal ini, kita mahu APMM, pada saya undang-undang kita telah buat di dalam Dewan yang mulia ini, tetapi bagi nelayan-nelayan kecil terutamanya di kawasan Parlimen saya, di kawasan Parlimen Arau yang juga terlibat dengan perkara ini serta sekumpulan nelayan kecil yang terlibat dengan pukat rawa sorong. Iaitu mereka ini sebenarnya itulah yang mereka ada pendapatan. Walaupun dari segi undang-undangnya memang salah, tetapi amalan ini telah dibuat tradisi sejak turun-temurun yang lalu. Kalaulah sedikit tidak ada tolak ansur kepada mereka kerana itulah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hanya setakat mereka pergi ke laut, mereka dapat RM50, RM60 bagi membeli susu anak, menyara kehidupan keluarga, membeli barang-barang harian, itu yang termampu.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Apabila bot dan pukat mereka telah ditangkap oleh APMM, kita sedia maklum bahawa pada Dewan yang mulia ini, denda yang dikenakan bagi tangkapan-tangkapan yang melibatkan soal perikanan adalah cukup tinggi. Di mana saya rasa, sudah barang tentu mereka tidak mampu untuk membayar denda berkenaan dan kesannya bot dan juga hasil serta alat-alat tangkapan ini dirampas. Mereka terpaksa datang kepada Ahli Parlimen hendak minta tolong, hendak dapat dana baru dan sebagainya.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

10 minit, Yang Berhormat Padang Besar.

Tuan Pengerusi

Seminit lagi Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Ada seminit lagi. Saya ingat nanti Yang Berhormat Padang Besar boleh bercakap 10 minit kerana masa ini pun kesuntukan dan nampak Tuan Pengerusi agak firm dalam soal masa pada hari ini. Tuan Pengerusi, jadi dalam hal ini kita minta ada sedikitlah kelonggaran, tangkaplah pencerobohan nelayan asing, penjualan diesel yang berlaku di tengah laut hasil daripada pukat C1, C2 yang dibuat terlalu berleluasa satu masa dulu. Ini yang harus dijadikan fokus. Akan tetapi nelayan-nelayan kecil ini memang mereka melanggar peraturan, tetapi pertimbangkan sedikitlah tentang kesusahan rakyat kerana di sini, pada saya, APMM ini kita yang buat. Jadi budi bicara accountability harus ada pada mereka kerana nelayan-nelayan kecil mereka susah. Walaupun dibantu dengan apa pun, kecuali kita bagi satu cara ataupun kaedah baru untuk mereka menggunakan tangkapan yang lain, kaedah lain agar mereka tidak terlibat dalam pukat rawa sorong ini yang menyebabkan aktiviti ini memang dilarang oleh undang-undang, tetapi hidupan laut, walaupun benda ini telah berlaku lama pun masih tidak habis-habis. Masih lagi ada udang harimaukah, udang apa masih banyak lagi dalam laut tu, walaupun pukat rawa sorong ini dianggap boleh memusnahkan keseluruhan ekologi dan hidupan laut.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Dewan...

Tuan Pengerusi

Wanita, wanita dikasi dulu, sila. Yang Berhormat Kota Raja belum pernah saya dengar berbahas. Dalam peringkat jawatankuasa dan mana-mana, yang selalu berbahas umpamanya macam Yang Berhormat Ipoh Barat, kasi laluanlah.

Tuan Pengerusi

Setuju, terima kasih. Begitu juga Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Pada Serai selalu bercakap, setiap minit pun berdiri. Sila Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat lain. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kepada Maksud B.1, Butiran 01000 - Urusan Parlimen. Sebenarnya perkara yang akan saya bangkitkan hari ini Tuan Pengerusi, tidak ada dalam ini tetapi kerana kita Ahli Parlimen, maka saya merasakan bahawa satu peruntukan perlu diadakan untuk Ahli-ahli Parlimen untuk mengurus pusat-pusat khidmat masyarakat mereka. Saya sebagai Ahli Parlimen yang baru, amat merasakan tekanan ini kerana pertama, kami tidak ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Walaupun sebelum ini RM500 ribu dikatakan untuk satu Parlimen, tetapi saya telah bertanya dan saya telah menelefon dan akhirnya ke atas budi bicara Perdana Menteri.

Kita dipilih oleh rakyat Tuan Pengerusi dan kita diharapkan menjalankan tanggungjawab, tetapi bagaimana kita hendak menjalankan tanggungjawab apabila kita tidak diberi prasarana, kemudahan untuk kita melakukan tanggungjawab. Saya dan kawan- kawan yang lain, serupa jugalah saya ingat dengan kawan-kawan daripada Barisan Nasional tetapi saya rasa kawan-kawan, Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Barisan Nasional mempunyai kelapangan sedikit di segi kewangan, kerana masing-masing mungkin ada post-post, jawatan-jawatan dalam GLC dan sebagainya. Ada yang menjadi pengerusi dan ada yang memegang board of directors dan sebagainya, tetapi kami tidak ada. Terus terang saya cakapkan di sini, bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk rakyat. Kita semua tahu bahawa rakyat tidak membezakan antara Ahli Parlimen dengan ADUN. Bagi mereka itu adalah wakil rakyat. Kami ada masalah, kami datang dan kamu perlu tolong. Setakat ini Tuan Pengerusi, kebanyakan kami menggunakan elaun-elaun yang ada. Saya sendiri tidak memakai pemandu Tuan Pengerusi kerana elaun pemandu itu boleh saya gunakan untuk menggaji kerani di pejabat dan pegawai perhubungan di dalam pejabat saya. Jadi saya harap dimasukkan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin berdiri. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat kasi laluan atau tidak. Yang Berhormat Rompin berdiri.

Tidak mahu.

Tuan Pengerusi

Dia tidak mahu Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, kemudian. Saya hendak kata sebab 10 minit sahaja Tuan Pengerusi. Jadi saya harap bahawa akan datang nanti maka perkara ini dibawa dan Parlimen dapat bersetuju. Seperti di negara-negara lain, walaupun kita Ahli Parlimen daripada parti pembangkang, seperti di Turki, di Indonesia, di Thailand, mereka semua ada peruntukan untuk pejabat, malah mereka juga ada peruntukan gaji untuk pembantu-pembantu mereka, tetapi kita tidak ada. Kita kena berkhidmat untuk rakyat, kita kena buat research. Kita kena buat itu dan ini, padahal kita tidak ada kemampuan di segi kewangan. Jadi saya mohon pihak Parlimen dan Tuan Pengerusi sendiri untuk melihat kepada perkara ini. Kedua, saya ingin membawa kepada Maksud B.4, Butiran 010300 - Teknologi Maklumat. Dalam perkara ini kita lihat SPR sekarang ini menjalankan pendaftaran pemilih sepanjang tahun. Setiap tiga bulan, senarai daftar pemilik ini diupdatekan. Tuan Pengerusi, saya pun tidak faham kenapa kita mesti buat kerja dua kali sedangkan Jabatan Pendaftaran Negara sudah ada maklumat ini. Seharusnya, sewajibnya, pendaftaran pemilih adalah secara automatik. Semua rakyat yang mendaftar pada umur 21 tahun boleh mengundi. Kalau kita boleh menyelamatkan satu lagi sistem teknologi maklumat yang ada di SPR dan kita boleh menyelamatkan duit rakyat dan memudahkan rakyat. Bila rakyat telah membuat kad pengenalan pada umur 21 tahun, JPN sudah ada dia punya maklumat siapa yang layak mengundi. Maka apa yang perlu dilakukan oleh JPN dengan SPR hanya untuk coordinate. Kalau jabatan kerajaan dengan jabatan kerajaan tidak dapat bekerjasama, maklumat daripada JPN tidak boleh pergi kepada SPR, maka apakah kita harapkan antara parti pemerintah dengan parti pembangkang? Jadi saya harap ini dapat dibetulkan. Kita boleh menyelamatkan wang rakyat, kita boleh mengurangkan kesusahan kepada rakyat, maka tidak timbul lagi bahawa rakyat tidak mendaftar. Kempen yang perlu kita jalankan ialah kempen kesedaran untuk mengambil bahagian di dalam pilihan raya. Maklumat ini semua sudah lengkap dengan JPN. Satu lagi perkara mengenai pendaftar pemilih ini...

[Bangun]

...Setiap tiga bulan, kita terpaksa, parti-parti terpaksa membeli senarai tambahan bagi senarai pemilihan.

Tuan Pengerusi

Macam mana Yang Berhormat Rembau, hendak bagi jalan kepada Yang Berhormat Rembau?

Saya rasa saya tidak perlulah melayan, saya tidak mahu sebab saya ada 10 minit sahaja lagi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rembau tidak perlulah.

Kemudian saya minta bahawa perkara ini dikaji dan saya rasa it is just a matter of political will, dengan izin sama ada kerajaan hendak melakukannya atau tidak. Oleh kerana soalan ini kami telah ajukan kepada Pengerusi SPR dan mereka sering menjawab bahawa, “Oh! kami tidak boleh buat apa-apa, ini adalah keputusan kerajaan”. Jadi kita balik kepada kerajaan, sama ada Kabinet yang ada sekarang dalam kewarasan dan kebijaksanaan, mereka boleh memastikan bahawa kita tidak ada duplication di dalam kerja-kerja yang sebenarnya kita boleh selamatkan kewangan negara. Perkara ketiga Tuan Pengerusi, saya ingin pergi kepada perkara yang telah disebutkan oleh dua sahabat sebelum ini, namun saya rasa penting saya sebutkan di sini adalah mengenai BTN. Ini adalah dalam Maksud B.6, Butiran 010500 - Biro Tatanegara. Saya lihat perkara ini telah berulang kali dibangkitkan dari beberapa tahun yang lepas dan Biro Tatanegara telah diwujudkan dari tahun 1974. Sehingga sekarang maklumat mengatakan bahawa lebih daripada 10 juta peserta telah mengikuti khusus ini. Yang menjadi kebimbangan saya, anak saya pun biasa pergi BTN. Apabila saya tanya macam mana kursus BTN, beliau kata what are you teaching us, apa yang mak ajar kami tidak sama dengan apa yang BTN ajar. Kita mengajar keadilan, kita mengajar bahawa kita semua manusia, bahawa semua kita ada hak di negara ini dan kita tidak boleh benci antara satu sama lain. Kita adalah kebetulan, saya dilahirkan Melayu, Teresa Kok - Cina, dan Yang Berhormat Padang Serai - India, We have no choice of what color or what race dengan izin, siapa kita hendak. Kalau kita tanyakan, Adam dengan Hawa pun kita tidak tahu bangsa apa. Adam dan Hawa pun kita tidak tahu bangsa apa. Kalau boleh masalah perpaduan adalah masalah hati. Sekiranya kita, rakyat kita 90% yang pergi kepada BTN adalah daripada keturunan Melayu...

Minta laluan.

...Diapi-apikan dengan semangat kemelayuan. Saya tidak menafikan kemelayuan kita ini, tetapi haruskah ia diapi-apikan. Dan apa yang ditanam dalam BTN ini, sama ada benar atau tidak, tetapi ada saksi-saksinya menyebabkan kita orang Melayu yang pergi ke situ, anak-anak sampai menangis, apabila ditanam dengan siege mentality. Orang Melayu seolah-olah terancam, esok akan pupus. Seolah-olahnya orang Melayu ini tidak boleh berdikari sekiranya tidak ada undang-undang yang...

Ini 36(6). Ini membangkitkan sangkaan jahat, membangkitkan semangat. Ini...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin

Saya tidak ada sangkaan jahat. Saya hendak jawab Tuan Pengerusi.

Saya ada point of order. Bagilah saya cakap point of order saya.

Saya tidak mendatangkan...

Bagilah saya cakap point of order saya. Ini memupuk sensitiviti...

Tuan Pengerusi

Sangkaan jahat? Tidak apa-apa.

Jangan menuduh... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin.

Apa ini, balik kepada... dengan baiklah. Baru pupuk semangat perpaduan, bukan buruk sangka.

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin, sila duduk Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk Yang Berhormat Pasir Salak.

Ini apa yang Yang Berhormat Ipoh Timur cakap macam hama dah ini...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat, satu minit lagi.

Okey, tiada injury time? Kacau sahaja, hendak berikan masa saya pendek.

Tuan Pengerusi

Tidak ada, yang injury time inilah saya beri satu minit pasal sekarang 14.52.

Jadi, apa yang hendak saya katakan kalau betul apa yang saya katakan ini tidak benar, pembohongan, buat suruhanjaya bebas. Buat suruhanjaya bebas, panggil anak-anak kita, buat satu penyiasatan. Kalau saya berani mengatakan di sini apa yang saya katakan sini bukan suatu pembohongan. Kita ada program-program itu di hijack oleh ultra-Malays, ultra-Malays yang keterlaluan menyebabkan anak-anak kita merasakan bahawa tidak ada jalannya untuk mewujudkan bangsa Malaysia. Sudah ada dalam hati mereka untuk hidup bersama tetapi apabila pergi kepada BTN, they come out confused, they come out more confused. Mungkin tidak semua kursus-kursus atau pun fasilitator BTN yang bertindak begini, tetapi kalau kita membuat satu suruhanjaya bebas menyiasat perkara ini, nama-nama mereka ini akan keluar.

Tuan Pengerusi

Gulung Yang Berhormat.

Jadi, saya berharap, perkara-perkara ini kita membelanjakan RM70 juta lebih untuk BTN setahun. Ini adalah satu angka yang sangat tinggi. Jadi, janganlah kita menghabiskan wang rakyat dengan kononnya hendakkan satu integrasi perpaduan, tangan kanan kita buat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, tangan kiri BTN menghancurkannya. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

[Bangun]

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

10 minit.

Barisan Nasional tidak adakah?

Gombak 10 minit juga? Sama dengan yang lain?

Tuan Pengerusi

Yang ketua-ketua sudah bercakap. Yang lebih...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Apa pula beza dia?

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada B.6, Butiran 010500 muka surat 122, tajuk Biro Tatanegara. Saya bersetuju bahawa teman-teman saya dari Kubang Kerian dan juga Kota Raja telah pun membangkitkan perkara ini, tetapi saya hendak bawa dalam aspek yang lain Tuan Pengerusi. Istilah dan nama Biro Tatanegara itu sendiri membawa maksud yang cukup penting dalam usaha kita untuk membentuk satu masyarakat Malaysia dan sudah tentulah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia ini kita memerlukan kekuatan kepimpinan Biro Tatanegara. Peruntukan yang diberikan untuk tahun depan ialah RM72 juta. Satu jumlah yang besar. Akan tetapi apakah hasil daripada peruntukan yang besar ini. Hasil yang kita lihat hari ini ialah masyarakat Malaysia hari ini kucar kacir, tidak ada identiti bangsa Malaysia kerana BTN lah menjadi agen propaganda jahat UMNO dan Barisan Nasional! [Tepuk] Sepatutnya kepimpinan Biro Tatanegara ini melihat secara serius mendidik anak bangsa kita tentang sistem pemerintahan negara Malaysia yang berpaksikan kepada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. BTN bertanggungjawab untuk menghimpunkan anak-anak kita sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, pegawai pentadbir, pegawai kerajaan untuk memupuk kasih sayang, rasa hormat sesama kita sebagai bangsa Malaysia. Akan tetapi Tuan Pengerusi, amat malang sekali, BTN hari ini digunakan untuk menghimpunkan anak-anak sekolah, pelajar-pelajar universiti, pegawai-pegawai kerajaan khususnya pegawai-pegawai kerajaan daripada lima buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Apa kerja BTN? Menghasut, mencerca, memfitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Melayu hancur, Melayu tidak ada masa depan kalau Pakatan Rakyat terus memerintah. Ini bibit-bibit permusuhan yang dibawa oleh Biro Tatanegara. Oleh sebab itulah kita lihat sekarang ini, berlaku ketegangan kaum di antara Melayu, Cina dan India. Jangan salahkan Pakatan Rakyat, jangan salahkan DAP, jangan salahkan PAS, jangan salahkan Keadilan. Yang bertanggungjawab ialah BTN dan UMNO yang menghancurkan bangsa Malaysia melalui modul dan juga gerak kerja BTN yang amat berbahaya ini. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian. Teliti semula, baik dari segi kurikulumnya, modulnya, kepimpinannya. Saya rasa cukup bahaya kalau kita tidak memikirkan perkara ini secara serius. Saya beri contoh, saya hendak bawa aspek ini kerana saya juga menjadi serangan utama Biro Tatanegara. Gambar saya diedarkan dalam kursus BTN, gambar Ketua Pembangkang diedarkan. Kononnya kita ini agen Yahudi, agen Amerika dan juga agen asing. Apakah saya ini agen Amerika, apakah saya ini agen Yahudi? Tuan Pengerusi, saya Melayu, Tuan Pengerusi juga Melayu, bumiputera Islam. Kita tidak akan compromise soal Melayu dan Islam. [Tepuk] Akan tetapi, sebagai pemimpin Melayu wahai Yang Berhormat Rompin, pemimpin Islam yang adil, kita juga mesti melakukan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak, hadap sama saya bukan sama Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rompin sudah berdiri. Hadap sama saya Yang Berhormat Gombak. Sila.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Ada dua minit lagi. Ya, sila.

Dua minit? Maksud saya ialah sebagai pemimpin Melayu Islam, sementara kita mempertahankan orang-orang Melayu dan bumiputera Islam, kita juga mesti dan wajib berlaku adil kepada kaum-kaum yang lain.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Saya ingin menegaskan sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi. Ini kenyataan rasmi Pakatan Rakyat. Bukan hari ini, ini kita ulangi sekali lagi pada 8 September 2008, ditandatangani oleh Ahli Parlimen Marang, Ipoh Timur dan juga Permatang Pauh. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama yang lain. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Jelas ini pendirian Pakatan Rakyat. Jadi UMNO jangan cuba menghasut Raja-Raja Melayu, jangan cuba menggunakan BTN untuk menghasut anak-anak kita. Kami akan mempertahankan dan kami mahu membentuk bangsa Malaysia supaya negara kita jauh lebih maju daripada apa yang telah dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Akhirnya Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada muka surat 68, Butiran 010000 - Urusan Parlimen. Saya sekali lagi ingin menyentuh perkara ini kerana peruntukan yang begitu besar ialah untuk kita memastikan menjunjung prinsip-prinsip Parlimen dan keputusan yang dibuat. Tuan Pengerusi telah membuat keputusan yang amat jelas dan bertanggungjawab semalam bahawa perbahasan Bajet 2009 khususnya di peringkat Jawatankuasa ini tidak mengambil kira pakej rangsangan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Akan tetapi lihat, apa yang berlaku oleh agen-agen propaganda UMNO dan Barisan Nasional? Khususnya Utusan Malaysia, seolah-olah Parlimen menerima bajet Dato' Sri Mohd. Najib 2009. Ini memberikan tafsiran yang salah. Belum lagi menjadi Perdana Menteri sudah cuba menguasai media, menyekat kebebasan melaporkan apa yang tepat yang telah dilakukan dalam Parlimen. Berbeza dengan The Star, sekurang-kurangnya memberikan gambaran yang lebih adil dan balance dalam melaporkan keputusan Tuan Pengerusi petang semalam. Akan tetapi lihat Utusan Malaysia dan juga TV3. Sepatutnya saya ingin mencadangkan kepada Tuan Pengerusi supaya mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia di bawah Peraturan 80 dan 80A. Mereka mesti bertanggungjawab melaporkan apa yang telah kita putuskan dalam Dewan Rakyat dengan tepat dan benar. [Tepuk] Kalau tidak Tuan Pengerusi kita ikut kepimpinan negeri Kelantan di mana kita tidak membenarkan Utusan Malaysia melaporkan apa juga prosiding yang berlaku di dalam Dewan rakyat ini Tuan Pengerusi. [Tepuk] Bagi saya ini satu perkara yang amat penting Tuan Pengerusi, kerana keputusan yang dibuat oleh Tuan Pengerusi. Keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat kalau ada sedikit menyinggung kedudukan pimpinan tertinggi UMNO khususnya bakal Perdana Menteri Malaysia, kalau berlaku pada Mac 2009. Ini semua dipadamkan menggunakan kuasa dan kedudukan, menghalang media cetak dan media elektronik untuk melaporkan apa yang benar. Memberi gambaran yang salah kepada rakyat dan saya kira kalau ini berterusan tidak ada makna kita memberikan kelulusan bajet yang begitu besar kepada Parlimen kalau ada pemimpin Kerajaan Barisan Nasional yang tidak menghormati prosiding dan peraturan Parlimen.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ha!

Tuan Pengerusi

Reaksi itu daripada tindakan Yang Berhormat Rompin atau apa?

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut menyertai dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa umumnya perkara 020000 - Unit Perancang Ekonomi iaitu mengenai dengan perancangan ekonomi. Yang kedua saya juga ingin menyentuh perkara pentadbiran 010500 - Biro Tatanegara. Saya tertarik dengan hujah belah sana biasalah tentang perancangan ekonomi. Saya nampak bahawa yang belah pembangkang tidak mahu menerima apa yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan yang baru. Ini kerana satu dasar yang baru menyebabkan kita respons kepada kedudukan ekonomi yang ada. Dasar-dasar yang kita buat dasar yang expansionary bukan dasar contraction. Ini Yang Berhormat Gombak dan pegawai-pegawai kanan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh tak boleh terima. Ini dasar yang dibentangkan baru-baru ini dasar seperti yang ketua pembangkang bentang masa beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu. Ini tak dapat diterima. Rata-rata rakyat Malaysia Tuan Pengerusi dapat menerima, positif, respons yang baik. Kita lihat Tuan Pengerusi apa yang sekarang ini digunakan dasar oleh Amerika, dasar oleh Eropah menangani krisis kewangan yang mereka hadapi secara global yang kita hadapi dahulu apa yang kita buat di sini. Ini Yang Berhormat Gombak tak boleh terima. Ini saya nampak bahawa Yang Berhormat Gombak kena terima kenyataan.

[Bangun]

Saya tak bangun Yang Berhormat duduklah. Saya tak bagi. Duduk dahulu. Masa 10 minit.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Kerana apa saya minta supaya dasar bawah perancangan ekonomi kita berjumlah RM21 juta...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan Tuan Pengerusi.

Apa penjelasan? Saya tak bagi! Duduklah dahulu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Peraturan.

Tak ada, tak ada. Saya tak bagi sebab tadi saya tak bangun.

Tuan Pengerusi

Dia tak kasi laluan Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tak apa, tak apa. Apa? Kata menghormati kebebasan Dewan yang mulia. Bila hak saya Yang Berhormat Gombak, itulah Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak bila hendak katakan ahli demokrasi...

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Gombak ini tegur Yang Berhormat Rompin boleh.

...Kemuliaan Dewan Yang Berhormat Gombak tak boleh terima juga! Apa Yang Berhormat Gombak ini!

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat.

Ingat Yang Berhormat Gombak mewakili semua Ahli Parlimen kah?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.

Apa ini Yang Berhormat Gombak? Yang Berhormat Gombak bercakap saya dengar.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat 36(11).

Tuan Pengerusi

Duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Bila saya bercakap Yang Berhormat Gombak kalau ahli demokrat Yang Berhormat dengarlah. Ini perbahasan! Duduklah. Ini hendak tolong Yang Berhormat Gombak. Dahulu ini bukan bersama Yang Berhormat Gombak pun. Yang Berhormat Gombak belah sana dahulu. Saya tahulah saya geng Yang Berhormat Gombak juga, sementara sahaja...

Tuan Pengerusi

Duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi saya mahu bawa 36(12).

Apa pula 36(12)? Muruku saya minta tak kasi. Kata...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Duduklah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Duduk, duduk!

Pandang sanalah cakap, dengan sana bukan dengan saya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai duduklah Yang Berhormat. Biar dia habiskan. Biar dia habiskan.

Bagilah muruku dahulu kepada saya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bagi roti canai.

Janji hendak bagi kuih tapi tak bagi juga. Kata kita perpaduan. Hari raya saya jemput Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bagi saya laluan, bagi saya laluan awak duduk. Takutkah?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat tolong jangan habiskan masa lagi. Singkat sahaja masa ini. Kalau mahu cerita nanti di luar. Ahli Yang Berhormat cerita di luar nanti.

Saya minta Tuan Pengerusi menjadi satu sejarah apa yang kita buat semasa krisis kewangan Asia dahulu benar dapat membangkitkan dan memulihkan kembali ekonomi negara kita. Menyelamatkan bank, usahawan-usahawan kita, usahawan kecil, menyelamatkan peluang pekerjaan negara kita. Ini kerana dasar kita yang benar pada ketika itu oleh Tun Mahathir. Sebab itu dalam akhbar bila saya baca tadi ini akan jadi natijah, satu nota dalam sejarah. Saya bersetuju dalam akhbar mengapa tidak kata model yang kita buat model yang betul, yang benar. Barat menyokong kita. Yang Berhormat Gombak sahaja tak dapat terima. Betul sebab itu sekarang ini Yang Berhormat Gombak masih lagi mengemukakan entah macam mana penasihat dia, kena bawa daripada barat jugalah. Dia menasihati formula yang lama.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Petaling Jaya Utara pun tak setuju.

Tak setuju yang mana?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Lepas ini belanja minum kopi. Duduk, duduk. Terima kasihlah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tak bersetuju dengan Yang Berhormat Rompin.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat.

Saya nampak, mengapa tidak...

Tuan Pengerusi

Saya lagi lebih tidak bersetuju kalau celahan begitu.

...Perancang Ekonomi duit yang ada, rekod statistik kejayaan kita. Ada juga dicadangkan mengapa tidak kalau baru-baru ini satu pakar ekonomi di Amerika dapat Nobel Prize, Yang Berhormat Rembau tahu...

Paul Krugman!

Paul Krugman boleh dijadikan Nobel Prize mengapa tak dicadangkan Tun Mahathir diberi Nobel Prize juga! Mengapa tidak? Betul tak?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul!

Dasar Paul Krugman mengatakan bahawa apa yang kita buat itu betul. Paul Krugman yang menyanggah kepada Bush, tapi apa formula Yang Berhormat Gombak, dia bagi formula Bush.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mahathir boleh dapat untuk zalimlah.

Formula Bush ini Yang Berhormat Gombak yang sambut. Saya bukan menuduh dia ejen itu tidak tapi dia mungkin...

Siapa yang jadi agen Yahudi? Siapa yang bayar pada Jack...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Gombak.

Saya tak kata. Yang Berhormat duduk. Saya tidak menuduh Yang Berhormat Gombak ejen Yahudi. Ada saya tuduh?

Bayar Jack Abramoff, Tun Mahathir.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Makan pada hati itu yang terasa pedas.

Saya tidak tuduh Yang Berhormat Gombak ejen Yahudi. Yang bangun itu buat apa?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta Yang Berhormat Rompin yang takut kasi laluan boleh?

Saya tidak tuduh Yang Berhormat Gombak itu, Yang Berhormat Gombak ini, tidak!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Rompin yang takut kasi laluan.

Sebab Yang Berhormat Gombak kawan saya juga. Luar boleh minum kopi juga. Perbezaan pendapat sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Takutlah takut?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mengakulah takut ya?

Apa ini? Kata hendakkan demokrasi. Saya hendak balik kepada kebebasan akhbar. Ini yang melaungkan kebebasan akhbar siapa? Belah sana. Sekarang sudah menang pilihan raya tak payah kebebasan akhbar sudah. Kena saman Utusan Malaysia pula. Apa ini? Apa ini kebebasan akhbar? Cakap sahajalah kalau berani!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuntut keadilan.

Saya malas mengusik kawan saya Yang Berhormat Seputeh sebab hari ini dia tak merah. Kalau merah saya puji pakaian dia.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin, dua minit lagi Yang Berhormat Rompin.

Alhamdulillah, Yang Berhormat Seputeh tidak ada, lagi pakai hendak saman Utusan sebab dia bersetuju. Saya hendak buat sesuatu, esok saya bagi. Kita Dewan yang mulia mesti menghormati kebebasan akhbar, betul atau tidak?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul!

Kalau akhbar tidak bersetuju dengan kita, kita saman. Apa double standard media ini?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan.

Pembangkang tentang kebebasan media ini, kalau menyokong kita, kita setuju. Kalau tidak sokong kita, kita saman. Ini standard pembangkang tentang kebebasan akhbar ini. Ini apa ini!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ikut kebebasan, ikut penghakiman mereka sendiri. Itu yang menjadi masalah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak sangka standard bekas Menteri macam inilah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Padang Serai duduklah.

Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Gombak kita minum kopi selepas ini, boleh borak.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Mertajam lagi campur lah pula.

Yang Berhormat Bukit Mertajam campur juga sebab dia tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Seputeh. Kalau Yang Berhormat Seputeh...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin dua minit lagi Yang Berhormat Rompin.

Yang Berhormat Seputeh naik dalam DAP, tidak mungkin.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Patutlah sedih. Bekas menteri punya standard ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

Hah, ini 36(6). Engkau muruku tidak bagi pada saya lagi. Jangan kata dekat aku... [Ketawa] Janji pembangkang, janji muruku pun tidak bagi, apa yang dia hendak hormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sudahlah. Ini tak patutlah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Seputeh duduk, Yang Berhormat Bukit Mertajam, sudah duduk. Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sudah makan nasi beriani.

Hari raya dia pun tidak. Janji bagi muruku satu pun tidak boleh bagi, apa ini standard Yang Berhormat Padang Serai ini.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, amaran pertama duduk. Yang Berhormat Seputeh amaran kedua.

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya sayu kepada...

Tuan Pengerusi

Seminit lagi Yang Berhormat Rompin.

Tuan Pengerusi

Seminit lagi, amaran terakhir.

Saya sayu kepada Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja tidak ada peruntukan, tetapi Yang Berhormat Seputeh tidak endah. Kerajaan Negeri Selangor Yang Berhormat Seputeh Exco. Yang Berhormat Kota Raja tidak peduli pandang sahaja kenapa Yang Berhormat Seputeh parti DAP, yang ini parti PAS kah atau parti apa?

PAS. Ini PAS tulen atau PAS ‘taki’ sebab dia tidak sokong. Ini PAS tulen, yang itu PAS ‘taki’ sahaja.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rompin hadap kepada saya Yang Berhormat Rompin bukan sama Ahli-ahli Yang Berhormat di situ, sama saya di bawah Peraturan Mesyuarat 35.

Minta maaf Tuan Pengerusi. Saya minta terakhir saya menyokong. Kalau kita hendakkan prinsip...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, ini keluar tajuk.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Yang Berhormat Bukit Mertajam dia bersaing dengan Yang Berhormat Seputeh.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Gombak lagi banyak dia keluar tajuk tadi.

Kalau dia naik dalam DAP, Yang Berhormat Bukit Mertajam tiada tempat.

Tuan Pengerusi

Sila gulung Yang Berhormat Rompin.

Saya gulung... [Ketawa] Kalau kita menghargai prinsip-prinsip demokrasi seperti kebebasan akhbar, kita praktik, jangan cakap sahaja. Itu saya mohon menyokong, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Wanita tidak mengapa kita bagi balance wanita.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dahulu wanita, sekarang wanita.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Penyertaan wanita. Sila, 10 minit ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, Perdana Menteri telah menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Kabinet Kesaksamaan Gender pada tiga tahun yang lalu. Jadi saya rasa yang perlunya tetapi saya rasa kecewa kerana di dalam bajet di sini tiada satu butiran untuk kesaksamaan gender. Saya ingin mencadangkan supaya diadakan satu butiran iaitu kesaksamaan gender supaya boleh dilaksanakan. Tiada gunanya kita ada satu jawatankuasa tetapi tidak diberi bajet, tidak diadakan rancangan jadi ia tidak dapat dilaksanakan. Umpamanya dalam Unit Perancang Ekonomi - Butiran 250200 apakah gender perspektif yang ada? Apa yang kita hendak ialah ada perspektif gender di dalam semua bidang iaitu di dalam semua butiran di sini umpamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Apakah perspektif wanita dan perspektif lelaki yang ada di dalam Jabatan Kemajuan Islam ini sekiranya tidak ia tidak dapat kerana keperluan wanita dan keperluan lelaki adalah tidak sama. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional serius atau pun benar-benar peka kepada kedudukan wanita ataupun gender, dia patut adakan di dalam bajet ini, ada sekurang- kurangnya satu butiran untuk kesaksamaan gender.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Bukit Mertajam minta penjelasan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti. Jadi saya amat kecewa kerana walaupun sudah lama berkata bahawa kita akan mengarusperdanakan, kita hendak mainstream kan perspektif gender tetapi tidak dilaksanakan. Ya Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Simple sahaja saya hendak minta penjelasan. Apa maksud Yang Berhormat Bukit Mertajam tentang kesaksamaan gender ini sebenarnya, apa maksudnya?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, saya rasa budak-budak di sekolah pun tahu... [Tepuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jelaskanlah apa dia, kuota kah, lelaki dan perempuan sama sahaja kah?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Benda ini saya penah kemukakan dalam ini Dewan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tolong jelaskan, jangan cakap budak sekolah tetapi tolong beritahu apa kesaksamaan gender, apa dia.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Duduklah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Apa beza dia?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dalam Islam ada beza sedikit tahu. Jangan kaitkan dengan agama.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara duduklah dahulu.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Duduk dahulu. Kalau awak tidak mahu duduk macam mana saya hendak jelaskan.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tidak tahu, cakaplah tidak tahu.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kesaksamaan gender maksudnya dalam Islam pun, perspektif Islam katakan semua manusia adalah sama, sama ada lelaki atau perempuan harusnya diberi peluang yang sama, human right hak. Hak asasi yang sama. Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya cadangkan supaya kita adakan perbahasan mengenai equality antara gender di luar Dewan, satu kuliah bagi pihak-pihak Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang khusus untuk mereka, tidak payah bahas di sini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itu saya sangat setuju, bila-bila masa.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Panggil Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Yang Berhormat Bukit Mertajam, jawapan Yang Berhormat tidak jelas. Apa hendak guna Islam pula. You punya pandangan tentang kesaksamaan gender.

Tuan Pengerusi

Batu Pahat!

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Bagi amaran satu... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Seputeh, sering kali campur hal. Sila.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey. Saya rasa sudah sampai masa kita mesti serius untuk melaksanakan agenda kesaksamaan gender ini. Selepas pilihan raya kali ini, 8 Mac pihak Barisan Nasional banyak kurang Ahli Parlimen wanita dan juga menteri wanita di dalam Kabinet pun telah dikurangkan dari tiga ke dua. Ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak serius, dia hanya cakap sahaja tetapi bikin yang lain. Cakap lain, bikin yang lain. Oleh itu saya minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum undur sebagai Perdana Menteri dia boleh buat satu agenda yang baik untuk wanita di seluruh Malaysia iaitu dalam kementerian beliau mewujudkan satu butiran kesaksamaan gender. Di bawah Jawatankuasa Kabinet ini sepatutnya semua kementerian adakan satu gender focal points. Satu dia mesti ada pegawai yang menjaga supaya semua dasar di dalam kementerian itu ada pandangan termasuknya pandangan gender. Jadi saya minta supaya dalam semua kementerian diadakan juga butiran gender focal points. Dia mesti ada kakitangan yang menjaga, yang bertanggungjawab untuk mengarusperdanakan perspektif gender. Sekiranya tidak ada bajet, tidak ada pegawai yang dipertanggungjawabkan, maka sia-sia sahaja. Cakap sahaja! Hanya untuk menipu rakyat, menipu para wanita bahawa kerajaan ini dalam dasar ada perkara seperti ini tetapi tidak dilaksanakan. Oleh itu saya rasa ini tidak baik sama ada apa-apa agama pun, Islam atau bukan Islam ia tidak baik untuk menipu. Jadi saya rasa kalau Barisan Nasional ini sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, yang betul-betul mementingkan kesaksamaan gender, yang prihatin kepada kaum wanita, saya menyeru dan mencadangkan supaya diadakan butiran kesaksamaan gender di dalam Jabatan Perdana Menteri dan juga mengadakan butiran gender focal points di dalam semua kementerian. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak, 10 minit Yang Berhormat Pasir Salak. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Waalaikumussalam.

Yang dikasihi Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil bahagian untuk bercakap tentang tajuk Jabatan Perdana Menteri serta peruntukan yang dimasukkan ke dalamnya. Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kepala berapa?

Kepala, kepala. Ada kepala di sini. Nak ulang berapa kali kepala? Kepala, kepala. Ini dalam ini, dah habis baca dah?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tak, Tuan Pengerusi saya rasa kena bagi ini. Kalau tidak, dia pakai pederas ikut kepala dia saja. Mana boleh! Ini tak boleh, dia kena khusus. Dia kena tahu semak kepala mana, kepala mana. Kepala lutut ke kepala mana ke, kena elok-elok sikit.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah tu Yang Berhormat Pokok Sena. Teruskan, teruskan Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Pengerusi, saya ingin memberi pandangan. Di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, kita mendapati bahawa pengambilan tenaga kerja untuk melaksanakan projek-projek pembangunan untuk rakyat terjejas disebabkan oleh banyaknya jawatan-jawatan yang tidak diisi. Pengambilan ini pada pengamatan saya dan juga banyak orang iaitu mengambil masa yang terlalu lama. Ini bermakna kecekapan di pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dalam hal ini perlulah dipertingkatkan, nombor satu. Kedua ialah berhubung dengan Unit Perancang Ekonomi. Unit Perancang Ekonomi pun adalah sangat penting sebagai satu tempat di mana ianya menentukan hala tuju pembangunan negara kita daripada segi ekonomi, sosial dan sebagainya. Mengikut pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah, banyak projek yang telah diluluskan oleh kerajaan yang terbantut disebabkan banyaknya birokrasi di peringkat jabatan kerajaan. Unit Perancang Ekonomi yang merupakan sebagai nadi atau penyelaras kepada semua ini tidak dapat melakukan peranan yang diberi kepada mereka bagi memastikan projek-projek dilaksanakan dalam tempoh yang dirancang. Ia membawa banyak implikasi. Pertamanya kelambatan dalam pelaksanaan akan menyebabkan kos yang bertambah, dengan izin is unnecessary additional cost to the project. Kalau kita nak membina sebuah jambatan umpamanya kalau sepatutnya siap tahun 2008 tetapi kalau ianya berlanjutan dua atau tiga tahun lewat daripada itu, kos dia mungkin meningkat 50% ataupun kalau kita tidak bernasib baik akibat daripada kenaikan harga barang dan sebagainya, mungkin berlipat kali ganda. This is bad planning, dengan izin. Saya mendapati bahawa Unit Perancang Ekonomi kita, memanglah kita banyak telah mencapai kejayaan. Akan tetapi banyak lagi improvement ataupun kebaikan atau penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Perancang Ekonomi yang boleh membantu kepada kepesatan pembangunan ekonomi negara dan juga kesejahteraan rakyat sekiranya pegawai-pegawai ataupun pengarah- pengarah di Unit Perancang Ekonomi ini betul-betul profesional, betul-betul berwibawa, betul-betul bertanggungjawab dan juga melaksanakan projek mengikut target ataupun target date yang ditetapkan. Kalau lima tahun, laksanakan dalam tempoh lima tahun. Jangan mengambil masa sepuluh tahun. Kalau dalam tempoh tiga tahun, laksanakan dalam tempoh tiga tahun. Time is money dan money is cost, dengan izin. Kos kepada rakyat, kepada negara. Inilah cara- cara untuk menjimatkan perbelanjaan negara. Kos yang bertambah dengan kelalaian, dengan kelembapan, dengan kelesuan adalah kos yang tidak perlu ditanggung oleh rakyat dan tidak perlu ditanggung oleh kerajaan. Kita bercakap untuk menambah peruntukan demi peruntukan, padahal satu daripada cara ialah to save cost, to minimize cost dan ini caranya kita meningkatkan competitiveness daya saing negara. Kita bercakap untuk meningkatkan daya saing negara, tapi cara ini tidak menolong kepada peningkatan daripada segi daya saing.

Jadi dengan sebab itu saya menyeru kepada pihak kerajaan khususnya Jabatan Perancang Ekonomi supaya betul-betul profesional. Saya banyak kes yang saya boleh bagi contoh di mana ianya pergi balik-pergi balik, mesyuarat-mesyuarat dan tidak kepastian. Jadi saya rasa tidak menyahut kepada seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berkata bahawa kita hendak melihat public delivery system yang cekap, yang berkesan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Jadi Tuan Pengerusi, habis bab Unit Perancang Ekonomi. Saya pergi kepada Biro Tatanegara. Kita telah mendengar tadi rakan-rakan daripada sebelah pihak sana yang mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh BTN. Program-program yang diadakan oleh BTN dituduh sebagai memecahbelahkan antarabangsa atau kaum di dalam negara kita ini dan Yang Berhormat Kota Raja menyebutkan begitu dan juga Yang Berhormat Gombak pun begitu. Tuan Pengerusi, kalau kita baca apa yang tercatat di dalam dokumen ini jelas sekali tujuan ...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta laluan.

...Biro Tatanegara ialah untuk kita melihat satu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat cintakan negara, cintakan bangsa dan ingin melihat negara kita dipacu ke hadapan menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya. Juga melihat bangsa Malaysia menjadi satu bangsa yang boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. Tuan Pengerusi, tidak ada niat yang lain daripada itu malah saya rasa kita perlu berterima kasih kepada pegawai-pegawai BTN yang kadang-kadang melakukan atau melaksanakan program dengan tidak mengira masa. Hari hujung minggu, public holidays dan sebagainya. Mereka sanggup turun padang dan saya minta maaflah kepada Yang Berhormat Kota Raja yang mengatakan bahawa tadi menyebut kita di Malaysia ini dilahirkan bukannya kita hendak dilahirkan sebagai seorang Cina atau seorang Melayu atau seorang India, memang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tidak elok kalau dia berdiri begitu sahaja, Yang Berhormat Padang Serai. Kasi laluan atau tidak?

Tidak.

Tuan Pengerusi

Tidak. Sila duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Jadi, kita tidak minta dilahirkan Melayu, Cina, India, betul tetapi dilahirkan begitu. Allah SWT menciptakan kita pelbagai bangsa. Ini belajar, belajar agama, belajar al-Quran tapi ini tidak menerima hakikat iaitu kita dilahirkan pelbagai bangsa. Saya dilahirkan Melayu, saya mesti, saya diajar, dituntut oleh agama kita supaya cinta kepada bangsa kita, menjaga keselamatan bangsa kita. Mana ada satu ajaran agama yang menuduh atau menuntut supaya bangsa kita tidak dipelihara, supaya diabaikan, keselamatannya kita tidak pentingkan, kemajuannya tidak dipedulikan. Mana ada ajaran agama yang begitu. Tunjuk di dalam sunah ataupun di dalam firman yang mengatakan bahawa kita tidak boleh cinta dan sayang dan menjaga keselamatan negara kita.

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Salak, hadap sini, hadap sini.

Tuan Pengerusi, penyelewengan ini perlu diperbetulkan. Kita cinta, sayang kepada bangsa Melayu bukan kita benci kepada bangsa lain. Kita juga menghormati, kita sayang kepada bangsa lain, rakan-rakan kita di dalam negara kita ini. Kita sayang kepada rakan-rakan kita daripada kaum Cina, daripada India, daripada apa juga sekali pun. Kita sayang kepada mereka, kita mahu membantu mereka, kita mahu mereka berjaya, kita mahu mereka senang, kita tidak mahu mereka susah. Ini pegangan kita. Jangan disalahtafsirkan dan ini dibuktikan bukan dengan retorik, bukan dengan ucapan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tolong duduk. Bukan dengan retorik, kita telah buktikan dengan bentuk tindakan. Kita berjuang habis-habisan ke arah ini. Dengan sebab itu kita lihat hari ini kejayaan apa yang dicapai oleh orang Melayu, apa yang dicapai oleh orang Cina, apa yang dicapai oleh orang India. Kita dihormati di seluruh dunia. Satu bangsa Malaysia berbagai kaum yang berjaya. Kenapa ini perlu dipertikaikan? Yang Berhormat Kota Raja dan juga mana rakan kita dari Gombak? Tak payah sebutlah nanti dia tak ada. Yang mempertikaikan kejayaan kita, yang tidak mengiktiraf kita orang kita sendiri. Pada hal kita pergi ke Mekah semua menghormati kita sebagai orang yang mana jemaah Malaysia yang berjaya, yang berbudi bahasa, yang ada adat dan sopan, ada kemajuan ekonomi, orang-orang Cina pergi ke luar negara daripada Malaysia dihormati sebagai pedagang-pedagang dan peniaga-peniaga yang berjaya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Maksud Yang Berhormat Pasir Salak...

...Hasil daripada perjuangan dalam negara kita ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Orang kita termasuk sayalah. Termasuk sayakan?

Tuan Pengerusi

Tolong, tolong Yang Berhormat. Tolong.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Termasuk semua orang India, Melayu dan Cina. Orang kita. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Duduk, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila gulung, Yang Berhormat.

Jadi jangan dipertikai bahawa kita saja beretorik atau bercakap tetapi tidak melakukan. Kita lakukan! Saya sebut berulang kali. Semalam dijawab oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Kaum India datang ada dua kelas. Satu bekerja sebagai buruh dan satu sebagai kerani-kerani. Yang berjaya ialah kerani-kerani. Yang buruh masih buruh.

Tuan Pengerusi

Sila gulung, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Itu betul! Memang betul, Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Pengerusi

Sila gulung, Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai.

Jadi Tuan Pengerusi, saya ramai rakan-rakan India daripada estet yang telah berjaya masuk ke universiti, keluar dengan ijazah-ijazah dan menjadi pegawai-pegawai, menjadi usahawan, menjadi peniaga.

Tuan Pengerusi

Sila, Yang Berhormat. Sila gulung.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ramai lagi yang susah, ramai lagi yang belum masuk universiti.

Tuan Pengerusi, kalau ikut susah, saudara-mara saya pun banyak susah lagi. Banyak adik-beradik saya susah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Bukannya orang India saja susah! Banyak lagi kaum Melayu ini, saudara-mara kita yang susah!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sabah dan Sarawak lagi ramai susah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, sila gulung Yang Berhormat.

Kita banyak lagi. Kita mengakui ramai lagi orang India yang susah. Kita mahu bela mereka. Kita mahu bela mereka. Kita mahu tolong mereka. Kita mahu tolong yang susah. India, Melayu dan Cina.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Itulah niat Pakatan Rakyat.

Tuan Pengerusi

Tolonglah, Yang Berhormat. Sila gulung, Yang Berhormat.

Yang memusingkan ini ialah saudara-saudara sekalian. Tolonglah! Jangan putar belit!

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat. Sila gulung.

Jangan putar belit.

Tuan Pengerusi

Saya bagi injury time dua minit sudah, Yang Berhormat.

Okey terima kasih, Tuan Pengerusi. Jadi saya minta jangan diputar-belitkan. Fakta adalah di depan kita, ya. Tidak boleh dibelit-belitkan. Kita telah berjaya dan kita akan terus berjaya untuk membela semua kaum, India, Melayu, Cina, Iban dan sebagainya! [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

...Barisan Nasional.

Tuan Pengerusi

Okey, sekarang saya jemput kementerian iaitu dari Jabatan Perdana Menteri untuk menggulung. Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, kita minta...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 35(2) dan izinkan saya membacanya.

Tuan Pengerusi

Sila baca.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jika dua atau lebih daripada dua ahli bangun serentak, maka Tuan Pengerusi hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya. Saya ingin memohon. Saya harap Tuan Pengerusi beri saya peluang untuk menjelaskan. Saya ingin tahu, mengapakah saya telah bangun sejak semalam...

Saya juga.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Saya tidak diberi peluang. Apakah Tuan Pengerusi tidak nampak saya bangun, satu dan ini telah menafikan peluang saya untuk membangkitkan isu-isu bagi pihak pengundi saya. Jadi saya hendak tahu apakah sebabnya dan apakah kayu penyukat yang digunakan oleh Tuan Pengerusi untuk menentukan siapa untuk berucap. Kalau katakan hadkan masa, masa dasar saya hanya sepuluh minit. Diminta boleh bangkitkan masa jawatankuasa. Bila bangkitkan jawatankuasa, hadkan masa. Bila Yang Berhormat Menteri jawab, kata hanya akan beri peluang mereka yang ada hujah baru bagi peluang mereka celah. Jadi saya hendak...

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Sudah panjang sangat itu.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat yang lain, jangan campur. Saya mahu dengar.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Pohon, saya hendak tahu daripada Tuan Pengerusi. Saya hendak pohon, saya hendak tahu dari Tuan Pengerusi, saya rasa sangat aneh sebenarnya.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apakah sebab sejak semalam saya bangun sehingga hari ini, sekarang ditutup perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi

Cukup. Saya Tuan Pengerusi. Saya tahu, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya langsung tidak dipanggil untuk membangkitkan dan menyuarakan perkara bagi pengundi kawasan saya.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Jawapan singkat kepada Yang Berhormat. Saya tidak nampak. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya harap Tuan Pengerusi bersikap adil.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Gajah, saya sudah jawab.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya pohon Tuan Pengerusi bersikap adil!

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, saya sudah jawab. Ahli Yang Berhormat, sila duduk. Sila, sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, saya pohon bersikap adil saja. Saya ada cuba banyak kali, Tuan Pengerusi. Saya pohon, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Teruskan.

Tuan Pengerusi...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya sudah banyak kali cuba menarik perhatian. Sejak semalam saya ada maklumkan Timbalan Tuan Pengerusi ambil perhatian dekat sini ada bangun.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Melampau ini Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah, saya sudah buat keputusan bahawa...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, saya pohon keadilan itu saja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah, sudah saya buat keputusan bahawa...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, adalah untuk mempengerusikan Mesyuarat dengan adil. Itu saja! Saya pohon Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah tahu risiko diakan? Jangan berdegil-degil.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, jangan selalu memaklumkan bahawa akan menggunakan kuasa. Tuan Pengerusi, bagi jawapan saya tidak nampak! Saya sudah banyak kali pohon!

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat Batu Gajah ingkar. Tidak ikut dan tidak patuh dengan arahan saya, saya sekarang ini menggunakan kuasa saya di bawah 44(2), untuk mengarahkan Yang Berhormat keluar daripada Mesyuarat ini sehingga selesai pada hari ini. Sila, Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, saya harap Tuan Pengerusi bersikap adil. Itu saja saya pohon.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah, sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya hanya datang untuk memainkan peranan!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat di Barisan Nasional...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Untuk bangkit dan berucap! Itu saja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching jangan campur! Yang Berhormat Bandar Kuching jangan campur!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bukan! Bukan! Ini bukan campur tangan! Ini tidak adil terhadap Yang Berhormat Batu Gajah!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi tidak boleh!

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching! Yang Berhormat Bandar Kuching, jangan campur! Kalau Yang Berhormat Bandar Kuching juga enggan kepada kuasa saya, saya juga gunakan kuasa di bawah 44(2), Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Batu Gajah sila keluar.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Pengerusi, ini tidak adil. Mereka dari sana juga berdegil-degil, Tuan Pengerusi hanya kasi amaran saja! Kita dari sini tidak ada amaran!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi hanya bagi alasan saya tidak nampak! Bagaimana saya boleh terima, Tuan Pengerusi!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

...ini tidak adil!

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, saya ingin memohon satu minit sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak adillah, Tuan Pengerusi!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi bersikap adil! Itu saja saya pohon!

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Permatang Pauh, peraturan mesyuarat ataupun apa?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak Tuan Pengerusi, bertujuan menjawab penjelasan selepas mendengar penjelasan Tuan Pengerusi. Alasan tidak memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat Batu Gajah kerana kebetulan Tuan Pengerusi tidak ternampak. Kalau itu adalah alasan Tuan Pengerusi, saya pohon pertimbangan lain. Itu bukanlah kesilapan Yang Berhormat Batu Gajah dan juga bukan kesilapan Tuan Pengerusi. Kebetulan tidak nampak.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Terima kasihlah Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, kalau itu pertimbangannya Tuan Pengerusi untuk mengambil tindakan...

Tuan Pengerusi

Terima kasihlah Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Saya fikir wajar dipertimbangkan semula sebab salahnya itu, tidak nampak.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Permatang Pauh, saya faham. Tolong duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu pendirian saya dan tahu kesabaran saya. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat faham dan tahu setiap Mesyuarat adalah Mesyuarat Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya cuma mengemudikan Mesyuarat mengikut peraturan mesyuarat. Pernahkah Ahli-ahli Yang Berhormat dengar bahawa Yang Berhormat Batu Gajah saya tidak kasi peluang? Pernah? Ahli-ahli, saya sudah arah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya cuma sekarang respond kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Ahli- ahli Yang Berhormat harus sedia maklum bahawa apabila Pengerusi ataupun Tuan Yang di-Pertua memutuskan sesuatu di bawah peraturan mesyuarat apatah lagi kalau sudah mengeluarkan kuasa untuk mendenda, ia tidak boleh ditarik balik. Itulah berkali-kali saya kasi amaran. Amaran pertama, amaran kedua dan amaran ketiga kerana apabila kuasa seseorang Tuan Pengerusi itu dirunding dan ditarik balik, Tuan Pengerusi tidak ada kuasa lagi. Sedangkan sekarang ini pun, dipersoalkan dalam segala sudut. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang cuba mempersoalkan kuasa Tuan Pengerusi. Konon perkataan itu tidak wajar diluahkan tetapi yang membantah itu adalah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri! Yang habitual untuk menghujah perkara yang di luar peraturan mesyuarat. Jadi saya, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh oleh kerana mengingatkan saya dengan apa itu keadilan dan sub-discipline. Saya mohon kerjasama daripada Chief WHIP kerajaan dan daripada pembangkang bahawa jangan permainkan kuasa Tuan Pengerusi dan terima kasih atas teguran. Saya tidak menarik balik iaitu Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Bandar Kuching, sila keluar daripada Mesyuarat sehingga Mesyuarat selesai untuk hari ini.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Pengerusi, point of order. Dalam perkara ini bolehkan saya... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Timur, apa point of order Yang Berhormat Ipoh Timur?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, point of order mengenai keputusan yang ada dibuat. Bukan saya mahu cabar keputusan, tetapi apa yang penting bagi nama baik dan maruah Dewan yang mulia ini bahawa kita dapat adil tetapi lihat adil. Oleh kerana kita tahu adalah berlaku Ahli-ahli Parlimen pihak di sana di mana berdegil-degil tetapi nampaknya immune daripada apa-apa tindakan.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Sudahlah, Yang Berhormat Ipoh Timur. Duduklah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Timur, itu pun seolah-olah menuduh kepada saya!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Dan ada persepsi yang timbul dalam perkara ini.

Tuan Pengerusi

Itu menuduh! Itu saya kasi cuma beberapa jam saja. Jangan lagi mencabar kesabaran saya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching! Bentara, kedua-dua ini Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Bandar Kuching, keluar! Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, kita tidak mahu cipta sejarah. Di bawah Tuan Pengerusi paling ramai Ahli yang digantung atau dihalau, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila Ahli Yang Berhormat, dua Ahli Yang Berhormat sila keluar.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Use your power wisely, itu sahaja saya pohon Tuan Pengerusi. Saya hanya mahu ucap, itu sahaja. Saya hanya mahu minta ambil perhatian. Saya hanya mahu ucap bagi pengundi saya, itu sahaja. Tuan Pengerusi, tidak boleh sekadar bagi jawapan saya tidak nampak.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yalah sedikit, sedikit halau.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sejak semalam saya telah bangun.

Tuan Pengerusi

Bentara, sila jalankan tugas.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sejak semalam saya minta ambil perhatian. Saya ada bangun. Itu sahaja saya punya rayuan. Saya hanya minta keadilan.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Bandar Kuching, sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, sekadar kata, “Saya tidak nampak”, bagaimana saya boleh terima jawapan itu Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi

Sila keluar.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Minta penjelasan Tuan Pengerusi. Saya cuma...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, tidak ada penjelasan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya sebagai first timer Ahli Parlimen dan saya hendak minta penjelasan apa yang harus kita buat supaya kita boleh menarik perhatian Tuan Pengerusi supaya diberi peluang untuk berucap dalam Parlimen.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Bagaimana, cara macam mana, kalau kita bangun tidak dapat hendak ucap.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji HaronUMNO · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi I · Tangga Batu

Peraturan, peraturan...

Tuan Pengerusi

Sila duduk Yang Berhormat Jelutong, sila duduk Yang Berhormat Jelutong. Sila, sila. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam mana Parlimen di dunia pun bukan semua wakil rakyat dapat berucap, bukan semua, tetapi apabila Ahli Yang Berhormat perhatikan cara saya dan timbalan-timbalan saya, segala konvensyen yang saya tengok dalam dunia yang saya ikuti, Ketua Whip, Ketua Pembangkang, ketua-ketua parti, saya bagi laluan. Saya tidak berhentikan. Itu adalah sebagai anggapan bahawa apa yang dihujah oleh Ketua Pembangkang, ketua parti masing-masing adalah bagi pihak wakil-wakil rakyat di belakang. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu respons saya kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, saya mohon kerjasama, kalau Perdana Menteri berucap selama satu jam setengah pasal bajet, saya mahu Yang Berhormat Permatang Pauh berucap dua jam jangan enam jam. Saya mahu Ipoh Timur berucap satu jam, jangan tiga jam. Saya mahu juga daripada PAS berucap satu jam, jangan dua jam.

Tuan Pengerusi

Jangan ada celahan-celahan yang membangkitkan seolah-olah Dewan ini adalah pasar politik. Segala perkataan-perkataan yang memalukan dihujah oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang dinamakan Ahli Yang Berhormat dan berpangkat-pangkat pula. Ahli Yang Berhormat, kadang-kadang saya rasa sedih dan malu. Saya tidak tahu mengenai dengan soal Ahli Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini di peringkat awal untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Jadi, ada perkara-perkara yang telah dibangkit waktu perbahasan dasar dahulu telah pun saya jawab dan saya akan menjurus kepada perkara yang dibangkit dalam Jawatankuasa ini. Yang Berhormat Ipoh Timur ingin mengetahui sama ada kaum Cina dan India boleh menjadi Perdana Menteri kerana di Amerika Syarikat orang berkulit hitam telah menjadi presiden. Kita ucap tahniahlah kepada Amerika Syarikat, tetapi selepas 232 tahun barulah dapat seorang Presiden Kulit Hitam. Tuan Pengerusi, di Malaysia kita lebih awal lagi membenarkan iaitu Perdana Menteri datang dari mana pihak sekalipun seperti contoh kita lihat di negeri Pulau Pinang dari dahulu lagi iaitu seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina menjadi Ketua Menteri sehinggalah pada hari ini, sudah tentulah negeri tidak boleh melakukan satu perkara yang dilarang oleh Perlembagaan. Jadi jelas menunjukkan iaitu bahawa tidak ada halangan bagi seorang masyarakat Cina, India atau apa bangsa sekalipun untuk menjadi Perdana Menteri. Cuma apa yang ada dalam Perlembagaan kita ialah orang itu menjadi Perdana Menteri mestilah mendapat sokongan dan keyakinan daripada majoriti Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam Dewan. Tuan Pengerusi, yang keduanya...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Terima kasih. Sebenarnya kita telah membaca mengenai pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas itu. Selepas ucapan saya ini di mana dalam satu press conference ditanya soalan yang sama dan beliau berkata bahawa itu dibenarkan oleh Perlembagaan, itu betul. Saya kemukakan soalan ini oleh kerana adalah selepas 50 tahun ada lebih ramai khasnya ahli-ahli politik, termasuk Ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak terima apa yang sebenarnya asas Perlembagaan, bahawa dalam Perlembagaan tidak ada memberi apa-apa syarat bahawa tidak memberi halangan kepada sesiapa yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Sungguhpun masalah sama ada boleh tidak boleh dari segi political reality itu hal yang kedua. Akan tetapi, bukankah ini menunjukkan bahawa kita sudah mundur di belakang dan dalam aspek nasional integrasi, itu sudah gagal. Kalau 50 tahun dahulu seorang rakyat Malaysia, budak-budak ada mimpi apabila besar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, macam budak di Amerika mahu menjadi Presiden US atau di UK mahu menjadi Perdana Menteri Britain, ini biasa. Akan tetapi sekarang nampaknya mimpi pun tidak boleh diadakan oleh kerana dasar-dasar pembinaan negara yang begitu menghindarkan fikiran semacam itu. Bukankah ini patutlah menjadi satu fikiran dan kajian dalam kenapa nation building sudah mundur begitu.

Tuan Pengerusi, ahli UMNO tidak pernah membangkang seorang bukan Melayu untuk menjadi Chief Executive sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat negeri. Sebagai contoh Yang Berhormat Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini yang mana Ketua Menterinya datang dari...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya sebut Perdana Menteri.

Tidak, tidak dia serupa. It’s follow. Kalau di peringkat bawah boleh, di peringkat Malaysia pun bolehlah. Jadi sebagai contoh, tunjuk keikhlasan. Di Pulau Pinang, kita tahu bahawa kerajaan yang dahulu sebelum kerajaan sekarang. Kerajaan itu dianggotai oleh orang-orang Melayu UMNO, dia bersetuju dan membenarkan iaitu GERAKAN untuk menjadi Ketua Menteri dan sebelum itu MCA. Akan tetapi apa yang saya hairan, di negeri Perak yang terbaru ini DAP ada 18, mengapa rakan- rakan Pakatan Rakyat tidak membenarkan orang-orang Cina untuk menjadi Menteri Besar. Sebab majoritinya saya difahamkan iaitu bahawa 17 ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP dan cuma beberapa sahaja dari, minta maaf. 13 dari PKR...

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Minta penjelasan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

...Dan juga dari PAS. Mengapa tidak jadi Menteri Besar seorang Cina? Sudah tentu ia tidak dipersetujui oleh rakan-rakan Yang Berhormat iaitu PAS dan PKR, bukan UMNO. Jadi saya hendak sebut di sini iaitu bahawa jangan salahkan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta laluan.

...Begitu juga, kalau di peringkat kebangsaan bila sampai pada masanya iaitu dilihat bahawa kalau dalam Dewan Rakyat kita ini semuanya bersetuju iaitu supaya seorang dari masyarakat India ataupun Cina atau Kadazan dia mendapat keyakinan daripada Ahli-ahli Parlimen yang wujud, maka tidak ada sebab mengapa dia tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Itu sahaja, dan hari ini pun kita lihat dalam Dewan Rakyat kita 67%, 68% Ahli Parlimennya adalah orang-orang Melayu dan juga pada masa-masa lepas. Mungkin sebab itulah yang menyebabkan iaitu bahawa yang menjadi Perdana Menteri selama hari ini adalah kerana ramai Ahli Parlimen itu dalam kerajaan majoritinya orang Melayu. Akan tetapi satu hari besok kalau ada orang Cina yang layak yang boleh terima, saya ingat tidak ada halangan. Jadi bukan bermakna perkara ini tidak pernah berlaku, bermakna kita tidak bersetuju. Jangan bangga dengan Amerika 232 tahun baru dapat seorang kulit hitam. Malaysia sejak merdeka Cina sudah jadi Ketua Pulau Pinang.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya utarakan soalan itu kerana sangat jelas dan ini dibuktikan bahawa dalam Dewan yang mulia ini pun ada Ahli-ahli Parlimen UMNO yang menentang konsep yang boleh menerima pada segi Perlembagaan sekurang- kurangnya bahawa tidak ada halangan terhadap sesiapa warga negara Malaysia tidak kira kaum dan agama menjadi Perdana Menteri dan ini kita boleh dilihat apa yang berlaku semalam. Akan tetapi apa Yang Berhormat Menteri tanya mengenai kedudukan di Perak. Bukankah benar oleh kerana perbezaan antara Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Perak, di mana di Perak adalah peruntukan mewajibkan seorang Melayu menjadi Menteri Besar selain daripada ini dikecualikan oleh Sultan Perak. Adakah Yang Berhormat Menteri sendiri dan UMNO sebagai parti, rasa dalam perkara ini bahawa seorang wakil DAP patut menjadi Menteri Besar Perak. Adakah itu pendirian Yang Berhormat Menteri dan adakah itu pendirian UMNO?

Jadi sekarang Yang Berhormat kata yang tidak setuju Sultan Peraklah?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tidak, jangan putar belit. Saya sangat jelas. Ini adalah peruntukan dalam Perak, perbezaan Malaysia dan Perlembagaan negeri, tapi apakah pendirian Yang Berhormat? Adakah UMNO kata DAP patut ambil alih jawatan itu. Itulah.

Saya bukan rakan Yang Berhormat dalam parti Pakatan Rakyat. Tanya rakan-rakan PAS dengan PKR. Jangan tanya saya, apa tanya saya pula?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Oleh kerana Yang Berhormat Menteri tanya.

Kita tidak pernah bergabung sebagai sebuah kerajaan. Tanya rakan-rakan. Jangan tanya saya, ya? Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Timur ingin mengetahui sama ada...

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

...Kerajaan akan meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dan akan melaksanakan reformasi badan kehakiman sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berundur. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, kerajaan tidak bersetuju dengan tafsiran Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa kuasa badan kehakiman telah dihapuskan. Kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk melancarkan beberapa inisiatif bagi menguatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman termasuklah menambah baik pentadbiran, pendengaran kes di mahkamah serta menubuhkan jawatankuasa pelantikan kehakiman. Langkah-langkah tersebut bukanlah perkara yang mudah dan harus diambil satu persatu supaya kepentingan negara dan setiap kumpulan di ambil kira. Kerajaan berharap pihak pembangkang tidak akan cuba menggagalkan inisiatif penambahbaikan yang telah diumumkan demi kepentingan politik semata-mata kerana ia hanya akan melambatkan penambahbaikan aspek-aspek sistem kehakiman yang diperlukan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Nampaknya ini kali yang pertama satu pengumuman mengenai pendirian Yang Berhormat Menteri selepas beliau ambil alih tanggungjawab hal ehwal undang-undang bahawa dalam reformasi kehakiman, kerajaan tidak bercadang untuk meminda Perkara 121 supaya kembalikan kuasa judiciary kepada kehakiman. Sungguhpun predecessor beliau ialah, dulu Yang Berhormat Senator Zaid Ibrahim. Masa beliau memegang jawatan bertanggungjawab mengenai keadilan atau law in order bahawa law dalam reformasi judiciary termasuk satu pindaan kepada Perkara 121 supaya kembalikan kedudukan Perlembagaan di mana judicial power balik kepada judiciary supaya doctrine separation of power sangat jelas supaya tendensi di mana ada banyak akta-akta dan ketepikan exclude judicial review dihapuskan. Semua trend ini nampaknya diketepikan. Adakah ini satu perkembangan yang menunjuk bahawa judicial reform sangat terhad kalau bukan hollow and empty sahaja?

Tuan Pengerusi, saya tidak mahu komen tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan saya suatu masa dulu iaitu menteri yang menjaga undang-undang. Tidak adil untuk saya membuat apa-apa komen kerana dia tidak ada di sini untuk membalas apa yang saya sebut. Cuma saya ingin menyatakan iaitu bahawa sebagai menteri kita tidak ada pendapat dan pendirian peribadi. Apa yang kita lakukan ialah melaksanakan keputusan Jemaah Menteri dan inilah keputusan Jemaah Menteri. Mungkin di masa-masa lepas kita terkeliru di antara keputusan dan juga pandangan beliau. Itu menyebabkan Yang Berhormat mengambil kesimpulan bahawa di antara reform yang hendak dilakukan oleh kerajaan termasuklah meminda 121 walhal ini belum lagi diputuskan oleh pihak kerajaan. Jadi apa yang saya sebut di sini ialah bukan pendirian saya tapi adalah keputusan Jemaah Menteri iaitu bahawa kita tidak akan meminda 121. Tuan Pengerusi, dalam...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan sikit. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa mengenai dengan reformasi kehakiman itu adalah keputusan Jemaah Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya minta tanya Yang Berhormat Menteri sebab ini soal pampasan yang diberi kepada enam hakim itu yang dipecat pada tahun 1987. Pada masa itu menanya Yang Berhormat Menteri yang dulu tetapi beliau tidak jawab. Yang Berhormat sendiri pun sama pada peringkat dasar pun tidak jawab. Kata “tidak tahu, tidak tahu”. Sekarang Yang Berhormat Menteri telah tahu atau tidak bahawa sama ada Jemaah Menteri ini telah buat keputusan untuk membayar pampasan kepada keenam-enam hakim tersebut dan berapakah yang dibayar kepada hakim-hakim ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya saya hendak menjurus ke situlah. Dalam perbahasan sebelum ini sama ada di peringkat titah ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga dalam perbahasan bajet telah dibangkit soal berkenaan dengan pembayaran yang telah dibuat kepada hakim-hakim. Saya percaya dalam perbahasan yang baru habis ini pun dibangkitkan lagi oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Jadi saya ingin maklumkanlah kepada pihak Parlimen, Tuan Pengerusi iaitu jumlah yang telah diberikan bayaran ex gratia Tun Mohamed Salleh bin Abas ialah sebanyak RM5 juta. Kepada Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh RM2 juta, Tan Sri George Seah RM2 juta, Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer RM500 ribu, Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh RM500 ribu, Tan Sri Azmi bin Kamaruddin RM500 ribu. Jadi keseluruhannya ialah yang dibayar kepada hakim-hakim ini ialah sebanyak RM10,500,000. Tuan Pengerusi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Angka-angka yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri ini sama ada telah diputuskan oleh Jemaah Menteri? Pertama. Kedua, jikalau diputuskan sama ada Jemaah Menteri memberi kuasa kepada menteri dahulu memberi pampasan tersebut. Soalan yang ketiga, sama ada keenam-enam hakim ini telah menerima pension mereka atau tidak dan kalaulah mereka seharusnya menerima pencen pada masa tahun 1987 hingga pembayaran pampasan ini, berapakah mereka layak dapat pension? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin sebut di sini iaitu bahawa di peringkat Jemaah Menteri kita membuat keputusan secara dasar. Maknanya keputusan mahu bayar, tidak mahu bayar. Jadi kita mengambil keputusan untuk bayar. Soalnya apabila mengira berapa jumlahnya itu merupakan perkara yang harus dilakukan oleh pihak di pejabat berkenaan untuk menentukan berapa. Jadi kita cuma kata setuju untuk diberikan bayaran ex gratia tapi berapa jumlahnya...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

...Sudah tentulah ditentukan oleh pihak Secretariat Cabinet. Nanti saya tidak habis lagi.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat sebelum Ahli Yang Berhormat selesai berucap. Jangan dulu...

Keduanya, apa yang dilakukan oleh menteri yang lepas, saya sudah sebut sebentar tadi ianya mestilah berdasarkan kepada keputusan yang dibuatkan oleh Jemaah menteri. Ia tidak boleh membuat sesuatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Jemaah Menteri. Jadi saya percaya apa-apa perkara seperti kata membayarkah, apakah itu sudah tentulah, maknanya Jemaah Menteri bersetuju dia pergilah bayar. Yang penting dasar itu diputuskan oleh Jemaah Menteri. Yang Berhormat ingin tahu berkenaan dengan pencen...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta..

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Minta...

Nantilah sekejap. Ini belum habis lagi. Yang ketiga...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Nantilah sekejap. Saya hendak jawab rakan saudara ini. Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, jangan bertabiat begitu, Yang Berhormat Padang Serai.

Yang Berhormat, saya ingin menyatakan iaitu bahawa sememangnya pencen telah pun dibayar kepada semua seperti berikut: (i) Yang Amat Berhormat Tun Salleh Abas sebulan kita bayar RM5,102.16 sen; (ii) Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman bin Pawanteh mendapat pencen sebanyak RM4,815; (iii) Tan Sri George Seah dibayar pencen sebanyak RM5,916.90 sebulan; (iv) Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer pencennya yang terakhir diterima ialah sebanyak RM4,815; (v) Yang Berbahagia Tan Sri Wan Hamzah bin Md Salleh dibayar RM6,508.59 sebulan; dan (vi) Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Azmi Kamarudin menerima bayaran pencen sebanyak RM5,916.90. Jadi, inilah jumlah yang dibayar.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Minta Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Dengan pembayaran ex-gratia yang saya kira begitu besar jumlahnya, apakah ini merupakan satu admissions - kesalahan bagi pihak kerajaan. Ini kerana Tun Salleh Abas dan yang lain-lain dipecat mengikut saluran yang betul iaitu melalui penubuhan tribunal dan sebagainya dan sekarang ini Kabinet membuat keputusan membayar ganti rugi. Jadi, saya tengok ini agak aneh dan tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Ini juga boleh menimbulkan pandangan dan persepsi ramai pihak bahawa ini adalah kerja dan kesilapan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri yang dahulu. Itu persepsi. Oleh sebab itu saya ingin bertanya, kerana kalau saya sendiri ditanya secara peribadi tidak bersetuju, tidak patut dibayar sebegini banyak. Ia jadi blessing disguised pula bagi pihak yang dipecat. Ini kerana kita tahu kesalahan beliau, kenapa beliau dirujukkan ke tribunal dan pihak Perdana Menteri dahulu pun ada menjawab dalam blognya dengan jelas bagaimana surat beliau yang dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan disalin kepada Raja-Raja, maka sebab itu ia dirujukkan kepada Tribunal. Ini menimbulkan banyak kekeliruan di kalangan rakyat. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, apa juga bentuk bayaran yang kita buat kepada bekas hakim tidak bermaksud merupakan satu admissions iaitu bahawa kita bersalah. Ini adalah kerana seperti mana yang saya jawab sebentar tadi pencen kita bayar. Apakah hendak dijadikan juga pencen yang kita bayar selama 20 tahun itu juga sebagai petunjuk bahawa kita bersalah. Saya tidak sebut lagi iaitu bahawa kita juga pernah bayar gratuiti kepada mereka. Jadi, sebelum kita bangkit soal ex-gratia payment ini, bayaran memang dibuat daripada segi pencen setiap bulan dan dari segi gratuiti kita bayar kepada mereka.

Jadi, kalau Yang Berhormat hendak katakan apa juga bentuk bayaran merupakan admission of guilt, maka selama 20 tahun kita dok bayar pencen dan gratuiti ini admission of guilt kah itu? Tidak begitu! Sebab itulah bagi kita tidak keberatan untuk membuat apa- apa bentuk bayaran kerana sememangnya selama 20 tahun kita dok bayar pencen dia dan 20 tahun dulu pun kita telah memberikan dia gratuity payment. Jadi, itu tidak boleh dibaca sebagai admission of guilt.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Yang Berhormat Padang Serai dahulu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ini mengenai pembayaran eksport gratia kepada hakim-hakim. Saya melihat bahawa bekas Ketua Hakim Negara, khususnya Tun Salleh Abas yang saya baca telah melalui satu masa yang begitu pahit dalam hidupnya. Walaupun sebelum itu beliau adalah the Chief Executive ataupun the symbolic leader of justice, di negara ini dengan izin. Orang yang dalam satu jawatan sebegitu, beliau dipaksa oleh satu tribunal yang ditubuhkan dan beliau mengalami pelbagai kepahitan dalam hidup selepas dibuang macam itu. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa wang ganjaran sebagai ex-gratia sebanyak RM5 juta itu... Wang sebanyak RM5 juta itu kadang-kadang bila diberikan perniagaan ataupun projek kepada orang-orang tertentu komisen beratus juta tetapi ini adalah pemimpin kepada kehakiman di negara ini, adakah RM5 juta itu memadai? Selepas dibayar wang ganjaran ex-gratia, ini dipersoalkan pula oleh mereka. Apakah pendapat Menteri bila kita katakan bahawa orang seperti Tun Salleh Abas ini yang menjawat jawatan paling tinggi di negara ini, di mana saya sendiri menghormati jawatan itu lebih penting daripada Perdana Menteri sendiri... [Disampuk] Menjaga kehakiman di negara ini. Jadi... Ini saya punya, nanti you boleh cakap. Jadi, bila dia diberi RM5 juta selepas melalui malu yang begitu besar dan pelbagai dilakukan, adakah itu memadai, Yang Berhormat Menteri?

Tuan Pengerusi, saya ingin mengatakan apa yang disebut oleh Yang Berhormat adalah betul. Sebenarnya dia kata iaitu bahawa jawatan CJ itu lebih tinggi daripada Perdana Menteri sebab mengikut protokol dia memang di hadapan Perdana Menteri. Itu betul, Yang Berhormat. Yang betul itu betullah. Keduanya, kita tidak mempertikaikan pun. Yang dok mempertikaikannya ialah Yang Berhormat Wangsa Maju tanya berapa jumlahnya. Tidak ada siapa pun yang mempertikaikannya berapa jumlahnya. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Sebenarnya kita tidak boleh meletakkan satu kuantum berapa sebenarnya yang dianggap sebagai berpatutan untuk kita bayar kepada seseorang sebab ini soal harga diri dan maruah, mana kita boleh letak harga. Namun ini kita perlu bayar. Jadi, kita merasakan iaitu RM5 juta itu sesuai tetapi ada orang yang mengatakan ini terlalu mahal dan orang mengatakan ini terlalu murah macam Yang Berhormat katakan. Jadi, apa sekali pun kita kena memutuskan kerana kita perlu membuat pembayaran. Jadi, saya hendak sebutkan di sini bahawa saya bersetuju dengan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan sikit.

Saya bacakan ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu dia berucap pada bulan April berkenaan dengan isu ini. Dia mengatakan, dengan izin: “Again, ladies and gentlemen, let us move on. For many the events of 1988 were an upheaval of the nation judicial system. Rightly or wrongly many disputed both the legality and the morality of the dated prosidings.” For me personally, “I feel was a time of crisis from which the nation never fully recovered.

Again, ladies and gentlemen, let us move on. I do not think it wise or helpful to revisit past decision as it would only serve to prolong the sense of crisis something our nation can do without. The rakyat wants movement and progress not continuing strive”. Ini yang penting, “Therefore, the government…” Inilah sebab kita bagi ex-gratia payment. “The government would like to recognize the contribution of these six judges to the nation, their commitment towards upholding justice and to acknowledge the pain and loss they have endured. For Tan Sri Eusoffe and Tan Sri Wan Suleiman and their families I know this sentiment is made too late. For Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamarudin, Tan Sri Wan Hamzah and Datuk George Seah although this acknowledgment is 20 years too late, it is made with much hope that the measure of pain and loss may yet be heal”. Number two, payment ini kita buat kerana Perdana Menteri kata, “In recognition of the contributions of the six upstanding judges the government had decided to make goodwill ex-gratia payments to them. Gentlemen, I do not presume to equate your contributions, pain and loss with mere currency but I hope that you could accept this as a heartfelt and sincere gesture to mend what has been.” Jadi, inilah sebab bayaran itu dibuat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat kita tidak boleh meletakkan satu nilai yang dianggap sebagai berpatutan tetapi kerajaan terpaksa menentukan satu jumlah supaya pembayaran itu boleh dibuat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Saya hendak minta penjelasan. Pertama sekali saya hendak sebut bahawa kita tidak mempertikai bahawa semua para bekas hakim itu harus diberikan pembelaan yang wajar atas apa yang berlaku kepada mereka yang saya anggap sebagai satu penganiayaan dan akhirnya kesan daripada tindakan mereka itu telah menjejaskan institusi kehakiman. Akan tetapi yang saya persoalkan ialah apabila Menteri tadi mengatakan bahawa kita telah membayar pencen mereka sejak 20 tahun dahulu. Ini fahaman saya, apabila mereka dipecat, mereka sudah hilang kelayakan untuk mendapat pencen. Jadi saya dok faham bahawa yang mereka hanya diberikan ex-gratia ini, makna pencen mereka tidak dapat. Jadi seolah-olah dilihat mereka dapat dua kali, pencen mereka dapat, ex-gratia mereka dapat sedangkan pemecatan mereka menyebabkan mereka hilang kelayakan. Jadi saya hendak minta pencen itu untuk apa, ex-gratia itu untuk apa? Adakah ex-gratia ini untuk sesuatu yang disifatkan oleh rakan-rakan tadi sebagai menebus malu dan sebagainya, sedangkan pencen itu telah pun mereka dapat sebelum itu. Akan tetapi yang penting bagi saya, kerajaan sepatutnya harus membuat satu pengisytiharan tribunal ataupun satu tribunal baru untuk membebaskan mereka ini semua, membebaskan mereka daripada tindakan yang pernah diambil oleh satu tribunal dahulu. Itu dari segi maruah, bukan hendak dinilai dengan wang ringgit. [Tepuk] Akan tetapi dalam konteks ini saya kata bahawa seolah-olahnya kita telah memperuntukkan dua kali tanpa membebaskan.

Tuan Pengerusi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Menteri, isu yang sama.

Ia sebenarnya begini. Apabila panel membuat keputusan dan mendapati bahawa mereka ada melakukan kesilapan, jadi apa yang berlaku, mereka bukan dipecat, mereka diberhentikan awal. Begitu juga iaitu bahawa kalau kita optional. Kalau macam orang pilih optional iaitu bahawa sepatut berhenti 56 tahun tetapi 46 ke atas, mereka pilih untuk berhenti. Jadi bermakna bahawa pencennya berjalan, tetapi dia minta berhenti awal. Begitu juga di sini, keputusan dibuat oleh panel of judges yang terdiri daripada hakim-hakim yang datang daripada negara-negara yang berdekatan, Fiji, Singapura dan juga Sri Lanka. Mereka mendapati iaitu bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Sebab itu saya percaya pihak pencen, Jabatan Pencen Malaysia tidak mungkin boleh membuat pembayaran pencen itu kalau dia melanggar undang-undang. Jadi oleh kerana dia tidak melanggar undang-undang, maka sebab itu pencen terus dibayar.

Jadi dia dinasihati untuk berhenti awal dan mereka berhentilah. Jadi sebab itu dia tidak hilang kelayakan dia. Itu perbezaannya. Ya, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan saya yang pertikaikan perkara ini. Kita tidak pertikaikan. Cumanya kita hendak tahu berapakah pampasan yang diberi. Saya telah sebut dalam perbahasan saya bahawa kita sokong memberi pampasan kepada mereka kerana saya ingatkan mereka dipecat dan mereka hilang pencen because secara umum kita tahu sesiapa bekerja dengan kerajaan, jadi civil servant, kalau dipecat, memang mereka hilang pencen. Saya tidak faham Yang Berhormat Menteri mengatakan di sini bahawa mereka bukan dipecat, mereka retired awal. Itu bukan yang sebenarnya. Kalau kita pergi check semua keratan akhbar pada masa itu, mereka telah dipecat, were dismissed by the tribunal. Tribunal itu tidak boleh mengatakan mengarahkan mereka meletak jawatan awal. Please, jangan mengelirukan Dewan di sini. Tribunal untuk apa? Tribunal itu ditubuhkan untuk memecat mereka, bukan bersara awal. Please don’t fool us, tolong. Dahulu Yang Berhormat Menteri kata, “Oh, tidak tahu”, sekarang sudah tahu. Pekerja-pekerja Yang Berhormat itu mungkin kerja kuatlah.

Okey, terima kasih ya. Tidak apalah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri janganlah begini. Kita perlu hendak tahu sahaja berapa, tetapi yang saya tengok RM5 juta ini, saya rasa terlampau tinggi.

Pertikailah itu kan?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukan, bukan, kita kata terlampau tinggi.

Pertikailah ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Memandangkan...

Kata RM5 juta terlalu tinggi, pertikailah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukan, oleh kerana mereka telah dapat pencen.

Yalah, pertikailah itu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dapat pencen.

Pertikailah itu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Memang ini kalau pergi mahkamah pun mungkin tidak dapat ini.

Pertikailah itu. Yalah, pertikailah itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya tidak pertikai. Kalau kerajaan bersetuju bahawa mereka telah mengaku salah dalam perkara ini.

Minta penjelasan.

Biar, biar saya jawab. Saya jawab. Tuan Pengerusi, tidak pernah orang panggil panel ataupun bawa kes ke mahkamah, macam dia kata panel itu dibentuk kerana hendak memecat. Mana ada? Memecat ini hukuman. Bawa pergi mahkamah, hendak tentukan sama ada salah, tidak salah. Itu dia. Pecat itu hukuman. Tidak ada orang panggil sediakan satu panel hakim untuk memecat. Tidak ada.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mereka membuat keputusan untuk memecat.

No, no, no.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Menyampuk]

Soal pecat itu hukuman. Soal mengesyorkan supaya berhenti awal itu merupakan hukuman. Orang tidak pernah panggil mahkamah untuk pecat orang, tidak ada. Itu silap dia. Saya tidak tahu dia belajar di mana. Kemudian Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, tidak boleh, saya rasa dalam Dewan ini kita tidak boleh membawa surat khabar dalam Dewan menceritakan, “Ini merupakan perkara yang sahih telah berlaku”. Tidak boleh. Petang tadi pun Gombak mempertikaikan tentang laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia. Jadi maknanya kita tidak boleh ambil surat khabar ini sebagai bukti sahih bahawa satu perkara telah berlaku kerana dia ada slant dia. Utusan Malaysia buat slant macam itu, The Star buat slant yang lain, The New Straits Times buat slant lain. Jadi surat khabar tidak boleh dijadikan sebagai bukti sahih iaitu bahawa Salleh Abas semua telah dipecat. Tidak! Itu laporan akhbar, tidak sahih. Jadi begitulah, saya ingat Yang Berhormat tidak boleh bangkit di sini mengatakan laporan akhbar banyak mengatakan iaitu bahawa dia dipecat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan, minta penjelasan.

...Surat khabar bukan bukti sahih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Minta laluan.

Saya hendak bagi jalan, saya bagi Shah Alam.

Belakang.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya rasa beginilah, Tuan Pengerusi. Akhirnya kita kena tanya, apakah yang telah kita pelajari. What is the lesson learnt? Dengan izin. Kita memberi ex gratia, tetapi kita tidak hendak mengaku bahawa kita telah melakukan satu kesilapan dan kita tidak hendak mengenal pasti di mana loop holes yang dalam kita punya prosedur yang boleh menyebabkan kesilapan yang sama akan berulang kembali. Dan kita akan dapati ada kes-kes yang mana orang akan mengatakan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas bahawa sebenarnya mereka tidak dizalimi dan memang apa yang dikenakan ke atas mereka adalah memang patut. Lalu what have we learnt? Dengan izin. Saya rasa kalau kita benar-benar ingin membersihkan nama mereka, maka we have to come clean. Soal bayaran berapa hendak bayar itu, itu semua okeylah, boleh dikatakan itu satu perkara yang very subjective, masing-masing akan nilaikan itu, ada yang kata terlalu rendah, ada yang kata terlalu tinggi dan sebagainya tetapi yang pentingnya, kita kena mengakui bahawa pada masa itu ada abuse of power, salah guna kuasa oleh pihak eksekutif terhadap pihak judiciary, kehakiman dan benda yang seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan inilah pengajaran yang perlu kita pelajari. Kalau kita tidak buat begitu, maka the main lesson from this incident, daripada peristiwa ini semua, kita tidak akan selesaikan dan nama mereka tidak sebenarnya dibersihkan kerana kita hanya memberikan mereka wang atas satu penghargaan tanpa kita mengatakan bahawa pihak tribunal telah membuat satu keputusan yang tersilap atas desakan dan dorongan daripada pihak eksekutif.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu saya memohon kepada pihak Menteri lah, dalam kes ini biar negara kita dan rakyat kita mempelajari daripada pengalaman ini. Jangan kita menutup dengan menggunakan bahasa-bahasa yang indah dan kita rasa semuanya selesai. Sebenarnya tidak! Contohnya Yang Berhormat Pasir Mas, jelas. So, this issue there is no closure. There is no closure. Sedangkan apa yang diharapkan oleh Ahli Yang Berhormat is to give closure. Akan tetapi ia tidak akan tercapai dengan cara ini. Wallahualam. Terima kasih.

Tuan Pengerusi boleh? Belakang tak nampak.

Kita mempunyai berbagai-bagai pandangan. Yang Berhormat jangan fikir pemikiran Yang Berhormat itu pandangan yang mainstream dan majoriti. Mungkin Yang Berhormat Pasir Mas yang mewakili mainstream punya pemikiran. Jadi kita jangan bercakap seolah-olah kita sahaja yang betul. Saya hendak beritahu di sini iaitu bahawa kerajaan ini saya telah baca alasan mengapa kita telah memberikan wang ex gratia payment ini? Saya kira kalau Yang Berhormat esok sudah tubuhkan kerajaan, maafkanlah teruslah pada ketika itu, tiada masalah. Saya pun masih menunggu, tarikh terakhir bagi kepada Ketua Pembangkang 1.1.2009. Saya pun sudah letih hendak menjawab ini. Sampailah masanya orang lain pula tolong menjawab ke paras ini. Jadi...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi...

Bagi Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih walaupun di belakang, dapat juga peluang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya sebab saya bukan seorang peguam dan bukan juga seorang hakim. Jadi tidak begitu arif tentang hal undang-undang ini. Akan tetapi saya cuba untuk memahami dengan membuat kajian sedikit sebanyak. Saya telah bertanya kepada rakan-rakan peguam berkenaan dengan isu ini. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan sama ada betul ataupun tidak iaitu hakim-hakim yang telah diambil tindakan ini mereka sebenarnya kalau tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikenakan ke atas mereka, mereka ada judicial review. Dia boleh ambil tindakan untuk membersihkan ataupun untuk melepaskan hukuman yang dikenakan kepada mereka. Jadi, yang menghairankan kenapa mereka tidak pergi mengambil tindakan judicial review dalam hal ini? Kenapa dipersalahkan? Kita ada court of law. Ada proses undang-undang. Jadi, apa yang telah berlaku itu mereka telah melakukan kesalahan dan panel ini adalah modus operandi ataupun prosedur. Tidak ada panel, nanti kata tidak mengikut peraturan pula. Diadakan panel, kata panel disediakan untuk menghukum. Ini tuduhan. Jadi dengan sebab itu saya rasalah kalau hendak ikut kepentingan peribadi, kita banyak hal juga. Saya pun banyak orang laporkan kepada saya bermacam-macam. Saya tidak tuntut apa-apa pun. Saya tidak tuntut! Saya pernah dipecat. Saya itu, saya ini, tidak pernah tuntut apa-apa pun! [Ketawa] I got a big heart. Ya, ini orang kerajaan menunjukkan sikap hati yang besar dan begitu baik memberikan ex gratia. Inilah kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional yang ada hati perut. Yang ada hati perut, ada belas ihsan, ada kasihan! Bukan kerana itu, tanda telah melakukan kesalahan. Hendak membalas balik atau membayar balik kesalahan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Orang yang mengaku salah tidak akan tuntut.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Padang Serai dia tidak tahu. He doesn’t know what I am talking about dengan izin. So, please lah, don’t get involve in this, please. Minta penjelasan. So, yang tadi judicial review itu, betul ada atau tidak, boleh? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya sebenarnya lawyer ini, sesama mereka pun sukar untuk mendapat satu bersependapat. [Disampuk] Bukan, bukan persefahaman, tidak! Persefahaman bukan, understanding itu. Persefahaman ialah understanding. [Disampuk] Ya? Kata sepakat tentang persatuan. Oleh sebab itu kena ada hakim, ada mahkamah. Jadi sebab itu ada lawyer A, ada lawyer B. Sesama dia pun dia tidak mendapat persepakatan daripada segi satu keputusan. Oleh sebab itu, kita perlu hakim. Hakimlah yang akan menentukan. Jadi di dalam hal Tuan Pengerusi, kalau Yang Berhormat Pasir Salak bertanya, itu pendapat segelintir peguam. Tanya peguam yang lain pula, dia ada pendapat yang lain. Jadi oleh sebab itu, perkara ini akan berlarutan. Oleh sebab itu kita minta supaya tidak usah teruslah semacam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, “Let’s move on”. Saya hendak...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Sekejap. Saya hendak jawab yang mengatakan tidak faham sama ada dia dipecat ataupun dihentikan perkhidmatan. Saya jawab betul tadi iaitu kita telah menghentikan perkhidmatan dia. Bayaran kepada hakim ini, hakim yang ditamatkan perkhidmatan, layak dibayar ganjaran dan pencen di bawah seksyen 3 akta saraan hakim 1971, iaitu akta 45. Cara pengiraannya adalah di bawah seksyen 4 akta 45. Jadi betullah saya cakap tadi. Maknanya dia bukan dipecat. Dia ditamatkan perkhidmatan. Jadi sebab itu, pencen boleh dibayar. Takkanlah kita hendak buat benda yang bertentangan dengan undang-undang.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan, minta penjelasan.

Saya hendak ini, prefect saya ini. Duduk dahululah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Alah. Takutkah?

Ini prefect saya.

Terima kasih anak peguam saya, anak murid saya. Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, berkaitan dengan panel. Berkaitan dengan bekas Ketua Hakim Negara itu dan ada kaitan dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Kalau Yang Berhormat ingat di dalam Parlimen lepas, yang mana Yang Berhormat ketika itu diberi penghormatan juga untuk menjadi menteri berkaitan dengan undang- undang kehakiman dan mahkamah ini. Apabila dibangkitkan di dalam Parlimen tersebut tentang judicial review, Yang Berhormat sebenarnya tidak sangat menolak kecuali Yang Berhormat dalam Parlimen dan luar Parlimen mengulangi kata-kata bahawa jika ada terdapat fakta-fakta baru yang besar dan mencukupi untuk dibuka semula, maka ia boleh dibuka semula. Itu pandangan Yang Berhormat Menteri pada ketika itu. Jadi, soalan yang terkena itu mengusahakan judicial review rasanya tidak bertepatan dengan prosedur. Prosedur yang diakui oleh Yang Berhormat dahulu ialah kerajaan memang ada kuasa untuk melantik suatu panel sekali lagi untuk mereview panel yang telah membuat keputusan itu. Jadi saya pertamanya ingin bertanya apakah pendirian Yang Berhormat masih lagi begitu? Keduanya, bar council baru-baru ini telah mewujudkan panelnya yang tersendiri dan mengikut apa yang dilaporkan di dalam akhbar, Panel Bar Council Malaysia itu mendapati bahawa pemecatan ataupun tindakan terhadap hakim-hakim ini adalah bersalahan, tidak betul, tidak tepat dan menggesa supaya pandangan tersebut diguna pakai oleh pihak kerajaan. Adakah ini pendirian pihak kerajaan hari ini? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat betul, Yang Berhormat betul. Iaitu kalau ada fakta-fakta baru... [Disampuk] Ya, betul memang prefect saya. Saya hormat dia. [Ketawa] Ya, prefect. Kita hormat bukan di sekolah sahaja, sampai di luar pun hormat dia. [Ketawa] Beginilah Barisan Nasional, UMNO. Tuan Pengerusi, memang betul iaitu kalau ada fresh evidence, fakta baru, fresh facts.

Jadi, dan kalau ada fresh facts ini, ini hakim. Dia tidak boleh dibicara oleh mana- mana mahkamah kita di negara. Kita kena form another panel. Kena panggil baliklah sebab hakim ini dengan izin, can be tried by the peers. Dia tidak boleh the ordinary, mahkamah yang menghakimi, membicarakan kita, tidak boleh digunakan untuk mereka. Jadi saya memang begitu kalau ada fresh facts yang menunjukkan bahawa apa yang berlaku itu perlu di review balik, itu satu yang boleh dilakukan. Cuma Yang Berhormat Tumpat, keputusan Bar Council itu bukanlah fresh facts lah. Ya. Pertamanya, tidak boleh Bar Council sekarang ini membuat penilaian dalam perkara ini, pertamanya dia partisan. Dia telah jelas menunjukkan itu bahawa dia daripada awal tidak bersetuju. Bagaimana kita boleh mengharap dan yakin dengan keputusan yang dibuat oleh satu badan yang daripada awal lagi tidak bersetuju dengan apa tindakan yang telah di ambil oleh kerajaan pada tahun 1998. Jadi, kita tidak boleh ambil apa yang diputuskan oleh mereka tetapi kalau Yang Berhormat sebutkan tadi, kalau ada fresh facts, that’s nothing to stop daripada kita untuk menghakimi dan mendengar perbicaraan ini semula. Ya, Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sikit sahaja Yang Berhormat. Saya hendak tanya Yang Berhormat bersabit dengan bekas Hakim Negara yang dipecat, Tun Salleh Abbas. Baru-baru ini dia ada memohon untuk mendaftar sebagai peguam tetapi ditolak oleh Bar Council. Manakala Hakim K. C Vohrah juga bekas hakim, diterima. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya tidak boleh hendak menjawab bagi pihak Bar Council because saya bukan wakil Bar Council dalam kerajaan ini. Minta maaf, tetapi fakta itu kita ambil maklumlah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya amat tertariklah dengan jawapan Yang Berhormat mengenai dengan katanya tamat perkhidmatan enam hakim-hakim ini, tamat perkhidmatan mereka. Saya rasa Yang Berhormat Menteri mesti sedar bahawa enam hakim ini dipecat asasnya dari apa? Daripada kes UMNO juga. Ya, di mana sebelas orang ini mempertikaikan apa-apa yang berlaku di Mesyuarat Agung UMNO pada masa itu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kami bahawa bagaimanakah atau atas alasan apa mereka ini ditamatkan perkhidmatan? Saya rasa tamatkan perkhidmatan dengan pecat sama sahaja... [Disampuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Lain!

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sama sahaja.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Lain, lain!

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mereka mesti salah baru ditamatkan perkhidmatan mereka. Kalau mereka tidak salah, kenapa tamatkan perkhidmatan mereka. Jadinya, kalau mereka salah, kenapakah bayar pampasan yang banyak begini? Ini menunjukkan bahawa keenam-enam hakim ini tidak bersalah, yang bersalahnya adalah kerajaan. Sila beri penjelasan. Terima kasih.

Pertamanya, berkenaan dengan kes UMNO itu, itu bukan fakta ya. Itu speculations semata-mata. It’s only your speculations. Kemudian, saya agak susah hati jugalah kalau seorang peguam yang lulus daripada London tidak faham apa yang saya cakap, apatah lagi... tetapi yang anehnya Ahli Parlimen lain faham. Ahli Parlimen lain faham.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawab soalan sahaja.

Sudah tentu, saya dah kata, bahawa saya dah baca dalam bahasa Inggeris pun saya baca, keratan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengapa kita bagi ex gratia payment. Dah jelas, dah disebut. Dan dalam masa yang sama, Jabatan Pencen tidak boleh membuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan Akta Pencen. Jadi, apabila dia buat bermakna tidak bertentangan. Jadi, saya biarlah, luncai boleh terjun dalam sungai dengan labu-labu....

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat sedar atau tidak, mereka ini dipecat kerana mereka ini membuat... [Dewan riuh]

Kalau itu pandangan Yang Berhormat, ha, sila! Hendak terjun sungai pun terjun lah. Ya, terjunlah sebab... terjunlah, terjunlah ya. Sebab Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tak jawab... gunakan macam-macam... [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Baru tadi Padang Serai kata, jangan pertikai, dia pertikai. Jadi pertikaian ini berlaku sesama dia. Jadi saya minta Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata, mereka..., alasan sebab yang diminta oleh Wangsa Maju tadi Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bahawa tidak tahu dan bukan itu tetapi, adakah kesemua hakim-hakim ini yang dipecat oleh tribunal itu, adakah kesemua mereka juga terlibat dengan kes UMNO itu. Adakah mereka hakim-hakim yang sama, yang terlibat.

Yang terlibat dengan UMNO itu yang telah pun meninggal dunia iaitu Justice Hashim, yang itu yang terlibat, yang mengharamkan UMNO. Jadi dia tidak termasuk dalam enam hakim tersebut.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, penjelasan!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dalam perkara ini, belum habis.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sambung hak tadi. Sambung.

Dr. Mohd Hatta bin Md RamliAMANAH · PHKuala Krai

Bagi pada prefect lah.. Saya takut dengan dia masa sekolah dulu... [Ketawa] [Memberi tabik hormat kepada Y.B. Pokok Sena]

Saya ingat yang paling jambu putih ini, Kubang Kerian.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan tengok yang jambu, jambu ini bahaya ini. Ini perangai lama ni dok ada... [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa] [Dewan riuh]

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi dan rakan saya Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kita agak tidak puas hati lagi dengan jawapan Menteri itu. Kalau lah maknanya hakim-hakim itu diminta untuk menamatkan perkhidmatan mereka lebih awal, itu tidak perlu satu tribunal tetapi pada waktu itu, satu tribunal ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Jadi apa sebab dan musababnya pada waktu itu hakim-hakim ini dipanggil dan apa kesalahan mereka yang diputuskan oleh tribunal yang menyebabkan mereka itu diarah untuk menamatkan perkhidmatan mereka lebih awal. Itu saya minta penjelasan. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan pengerusi. Saya dah sebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Berapa lama lagi Yang Berhormat? Ini...

Kita tidak tambah masa, jadi saya ingat lepas saya habis ini. Saya ingat saya boleh berhenti dan memberi jawapan bertulis kepada yang lain, untuk membenarkan rakan saya daripada Bagan Datok untuk menjawab dalam perkara yang penting juga yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Jadi, yang akhir sekali Tuan Pengerusi, saya dah sebut itu bahawa kita bukan panggil panel untuk memecat orang. Kita panggil panel untuk membuat penyiasatan sama ada mereka telah melakukan kesalahan ataupun tidak. Selepas didapati bersalah, barulah sama ada dinasihati untuk berhenti, itu merupakan hukuman. Sama ada dipecat dan kita tahu itu bahawa dalam pentadbiran dan apa juga, kita ada... ada perkara yang kita telah dinasihatkan untuk berhenti...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa kesalahan dia?

Dr. Mohd Hatta bin Md RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Jadi kesalahannya Tuan Pengerusi saya ingat kita ada..., saya pun tidak ada buku dengan saya iaitu 20 tahun punya. Jadi kalau Yang Berhormat hendak, saya lepas ini saya bagi tahu kepada Parlimen, saya bagikan laporan ini 20 tahun dulu Yang Berhormat bacalah apa kesalahannya yang dilakukan oleh...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dia tidak akan punya!

Tuan Pengerusi, dengan itu saya ucapkan terima kasih...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Belum habis tentang perkara ini...

Dan saya serahkan kepada rakan saya untuk menjawab yang lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Menteri, sila.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2009 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Agama Islam. Yang Berhormat Kubang Kerian telah menyentuh beberapa isu berhubung dengan JKSM atau Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Mahkamah Syariah supaya memainkan peranan yang dapat menampakkan keadilan pada Sistem Perundangan Syariah. Contohnya, apabila melibatkan kes murtad di Mahkamah Syariah, hak orang-orang bukan Islam untuk memberi keterangan dapat diberikan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang permohonan berhubung kes yang melibatkan permohonan keluar Islam atau pengesahan status seseorang yang bukan dari agama Islam, Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan, memberikan kebebasan kepada mana-mana orang yang berhajat untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing tetapi tertakluk kepada fasal 4. Walau bagaimanapun, hak kebebasan yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1) ini, tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu luas sehingga meliputi hak kebebasan untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa. Peruntukkan ini juga jelas menunjukkan bahawa seseorang Islam tidak boleh keluar dari agama Islam sesuka hati mereka. Sesungguhnya, sekiranya seseorang ingin keluar daripada agamanya, mereka hendaklah mengikut kaedah, undang-undang atau amalan yang ditentukan dan ditetapkan oleh agama itu sendiri. Peruntukan berhubung perkara ini sememangnya terdapat di dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri. Sebagai contohnya, dalam Bahagian Kesebelas, seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan, 2003.

Dalam seksyen 119 yang menyebut keluar daripada agama Islam menentukan bahawa seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan telah meninggalkan agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia telah memperoleh satu pengisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Suatu permohonan bagi pengisytiharan di bawah subseksyen 1 hendaklah dibuat secara expatiate kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam sebagai agamanya. Permohonan di bawah subseksyen 2 hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk meninggalkan agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan itu. Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen 2, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah menasihati orang itu supaya bertaubat dan jika hakim berpuas hati orang itu telah bertaubat ikut hukum syarak hendaklah merekodkan taubat orang itu atau jika orang itu enggan bertaubat sebelum membuat apa-apa perintah terhadap orang itu menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari. Dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang semula agama Islam sebagai agamanya. Tuan Pengerusi, dalam perkara kedua dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, ia juga menyentuh tentang keseragaman dan penyelarasan pelaksanaan undang-undang Islam di Mahkamah Syariah seluruh negara. Untuk maklumat Yang Berhormat penubuhan Mahkamah Syariah adalah berdasarkan kepada Perlembagaan yang memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mentadbirkan undang-undang Islam yang eksklusif kepada undang-undang diri atau personal law berdasarkan kepada kehendak Jadual Kesembilan, Senarai II Butiran 1, tetapi ia disertakan dengan sekatan tertentu melalui Perlembagaan dan akta. Berdasarkan undang-undang sedia ada kuasa yang melibatkan urusan hal ehwal agama Islam ini terletak secara langsung di bawah bidang kuasa raja pemerintah negeri- negeri. Oleh itu sebarang isu berhubung kait dengannya harus mendapat perkenan raja- raja dan sultan terlebih dahulu. Mahkamah Syariah pula hanya berbidang kuasa setakat apa yang dikanunkan dalam undang-undang yang terpakai sahaja. Tuan Pengerusi, kerajaan juga bukan sahaja memperkemaskan organisasi pentadbiran Mahkamah Syariah malah turut juga melihat sumbangan yang boleh diberikan oleh peguam syarie di Mahkamah Syariah seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Convention Peguam Syarie Seluruh Malaysia telah diadakan pada 14 Jun yang lalu anjuran JKSM dan convention seumpama ini akan diteruskan insya-Allah sepanjang empat tahun.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Pokok Sena bangun Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang soal bidang kuasa negeri-negeri ini berkaitan dengan soal Islam. Dan ada satu perkara yang berkaitan dengan soal Islam ini, iaitu soal sijil Halal. Soalannya sekarang ini dijawab kepada saya dalam satu soalan, ada beberapa negeri lagi yang masih belum memberikan persetujuan kepada kerajaan untuk mengizinkan sijil Halal yang sepatutnya di bawah tanggungjawab negeri-negeri ini untuk dikendalikan oleh HDC. Sebab yang saya difahamkan mereka hanya memberikan keizinan sebelum itu sudah ada rundingan keizinan itu hanya kepada pihak JAKIM bukan kepada satu pihak yang lain. Jadi adakah ini bermakna bahawa kuasa yang sedang dilakukan seolah-olahnya macam kerajaan merampas kuasa secara tidak langsung tanpa membuat satu rundingan yang jelas tentang soal sijil Halal ini.

Tuan Pengerusi, beberapa rundingan sebenarnya telah dijalankan apabila Halal Industrial Development Corporation ditubuhkan ianya bukan merampas, tetapi menjalankan fungsi yang sama sebagaimana yang telah pernah dijalankan oleh JAKIM yang lalu. Malah pegawai-pegawai JAKIM itu diserapkan dan dipinjamkan di HDC bagi melaksanakan tugas yang sama kerana soal pensijilan Halal bukan hanya pengeluaran sijil, tetapi ialah tentang soal bagaimana mendakwah bukan sahaja ummah, tetapi juga orang- orang di luar sana untuk bersama-sama memberikan penghayatan terhadap mengasimilasikan usaha penghalalan bukan sahaja kepada produk, tetapi juga kepada perkhidmatan dan kepada pengeluaran barang berkenaan. Dalam hal ini ada beberapa negeri yang merasakan belum dapat turut serta di dalam persetujuan ini. Bukan kerana ketika HDC bersama-sama dengan JAKIM malah sebelum itu ketika JAKIM mengendalikan sendiri pun belum bersetuju untuk turut sama. Akan tetapi saya akan turun menghadap dan mohon perkenan Tuanku Raja-raja Melayu supaya bersetuju dan sesungguhnya insya-Allah kita tidak pernah berhasrat untuk merampas sebarang kuasa pihak negeri. Tuan Pengerusi saya....

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat saya mohon penjelasan. Tuan Pengerusi boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kulim Bandar Baharu ya.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri saya ada bangkit dua persoalan berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan tadi Mahkamah Syariah dan Peguam Syarie. Iaitu tentang penubuhan Majlis Peguam Syarie mewakili peguam-peguam syarie seluruh negara yang buat masa ini kita belum ada lagi satu badan induk untuk peguam-peguam syarie, dan menimbulkan masalah dari segi pengawalan, penyeliaan dan pendaftaran peguam-peguam syarie. Jadi apakah tindakan yang sedang diambil atau langkah yang dicadang untuk diambil bagi maksud tersebut? Kedua, saya bangkitkan di dalam ucapan dasar bajet berkenaan dengan cadangan supaya pemisahan dibuat di antara bahagian pendakwaan, penguatkuasaan dan Mahkamah Syariah dari segi pegawai-pegawainya. Kerana apa yang berlaku sekarang ini pegawai yang sama ditukar-tukarkan dalam lingkungan yang sama. Terdapat contoh baru- baru ini seorang Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang agak baik dengan kelulusan yang hebat ditukarkan ke bahagian lain. Ini menimbulkan persepsi daripada hakim, dia menjadi pegawai pendakwa, jadi bagaimana hubungan dia dengan mahkamah apabila dia membuat pendakwaan dan memberi persepsi seolah-olah nanti akan ada sebagai satu pakatan. Kita tidak mahu ada persepsi yang seperti itu, maka dicadangkan supaya adakan pemisahan tersebut. Apakah langkah kementerian atau Yang Berhormat Menteri sendiri berkenaan perkara ini? Terima kasih.

Saya jawab satu-satu.

[Bangun]

Sebagai tambahan kalau dibenarkan ya. Yang Berhormat Menteri saya yakin Yang Berhormat Menteri yang arif mengenai perundangan Islam. Saya rasa undang-undang Islam amat menekankan mengenai aspek kebebasan kehakiman. Saya rasa di dalam kerangka common law yang kita ada kehakiman, itu terasing. Saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana Hakim Mahkamah Syariah kita ada contohnya di Wilayah Persekutuan ialah di bawah Jabatan Kehakiman Syariah, di bawah Jabatan Perdana Menteri. Yang mana saya sebagai orang luar melihat bahawa hakim itu berada di bawah eksekutif, yang mana yang hendak dibuat ialah satu keputusan bersifat kehakiman.

Saya rasa dalam hal ini Islam juga amat mempertekankan mengenai aspek kebebasan kehakiman itu. Mungkin sama berat seperti yang ditekankan dalam common law. Dan saya rasa mungkin dalam hal ini satu keputusan dasar perlu dibuat kerana Ketua Hakim yang dikenali oleh rakyat, sebenarnya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman. Jadi seolah-olah jawatannya eksekutif, tetapi yang hendak dibuatnya itu Ketua Hakim. Jadi di situ saya rasa satu dasar perlu dibuat dan saya mohon penjelasan agar perkara itu tidak berlarutan. Terima kasih.

Saya bagi peluang kepada Machang juga.

Saya sentuh tajuk halal bukan tajuk mahkamah, saya pun bukan peguam dalam bab itu. Pertama, apakah aspek pemantauan dalam bahagian halal hab JAKIM ini Yang Berhormat Menteri. Sering kali terabainya kerana kekurangan kakitangan. Bukan hanya dari aspek pemantauan sebenarnya di peringkat panel hendak meluluskan sijil, bincang pasal sijil, itu pun biasa baca laporan audit sepatutnya panel ini bermesyuarat setahun 24 kali, tetapi yang dia mesyuarat ialah tiga tahun 30 kali. Jadi membawa kepada kelewatan dari segi permohonan meluluskan sijil-sijil. Itu teguran spesifik di dalam laporan audit yang terbaru, apakah sudah ada ikhtiar atau usaha untuk memperbaikinya? Itu satu yang kedua ialah, dek kerana kekurangan kakitangan aspek pemantauan ini sebenarnya yang menjadi masalah. Apakah JAKIM bersedia untuk mengamalkan prinsip guna sama dari segi menggunakan khidmat pegawai ini? Misalnya pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang selalu buat pemeriksaan terhadap barang-barang keperluan. Apakah kepada mereka ini boleh diturunkan bidang kuasa bagi lesen pada mereka untuk melakukan tugas yang sama memantau soal halal ini? Apalagi kerana soal halal ini Tuan Pengerusi, ia mengguna pakai Akta Perihal Dagangan 1972, ia tidak ada akta khusus berkenaan bab halal ini, akta halal ini. Jadi itu tiga perkara yang saya fikir Yang Berhormat Menteri boleh membantu menjelaskan lagi kefahaman kita tentang perkara ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bukanlah bersetuju dengan apa yang telah saya lontarkan di Dewan ini dulu dengan hasrat untuk bersama-sama dengan kita di sini, berpindah ke kawasan ini. Akan tetapi apa yang beliau cadangkan bagi mewujudkan Majlis Peguam Syarie, sebenarnya adalah mewujudkan satu lagi Bar Council tetapi untuk hakim-hakim syarie. Sebenarnya satu jawatankuasa teknikal telah dibuat dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan undang-undang profesion guaman syarie ini telah dijadikan sebagai satu rang undang-undang yang akan mewujudkan Majlis Peguam Syarie. Saya yakin di dalam waktu yang terdekat ini, Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie ini yang akan disebut kemudian sebagai Islamic Bar Council ataupun Bar Council Syarie akan dapat dibuat. Ini adalah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat telah melontarkan pandangan ini dan kami mengambil langkah proaktif untuk merealisasikannya kerana kita tahu bahawa peguam-peguam syarie ini Tuan Pengerusi, terpaksa memperoleh Sijil Amalan Guaman di 14 buah negeri kalau mereka mahu mengamalkannya. Ini adalah sesuatu yang agak ganjil kalau penyeragaman ini tidak dapat dilakukan. Yang keduanya, mengenai pemisahan antara pendakwaan dan penguatkuasaan. Jawatan kepada penguatkuasaan ini telah diwujudkan dan JPA telah meluluskan tidak kurang daripada 50 jawatan baru bagi melaksanakan penguatkuasaan itu. Malah kita juga telah wujudkan badan sokongan keluarga bagi pihak penguatkuasaan ini mengambil kira mana-mana kes-kes penceraian yang berlaku, diberi perlindungan terlebih dahulu. Ertinya langkah-langkah proaktif ini telah kita lakukan.

Insya-Allah, kita bersama-sama membentangkan rang undang-undang yang akan disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara ini kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya kami dapat maklum balas untuk kita sama-sama berartikulasi bagi memikirkan apakah kaedah yang terbaik bagi rang undang-undang ini apabila dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Diluluskan oleh semua tanpa banyak permasalahan, kerana kita telah bincangkan di luar. Yang Berhormat Balik Pulau bertanya mengenai tentang keberadaan Ketua Hakim Syarie yang juga menjadi Ketua Pengarah JKSM. Saya ingin menyebut bahawa terdapat separation of power dengan izin, antara ketua pengarah yang menjadi pentadbir kepada jabatan dan juga sebagai Ketua Hakim Syarie apabila bertindak di dalam mahkamah. Walaupun ianya diletakkan di bawah portfolio yang saya diberikan penggalasan, kebertanggungjawaban, tetapi saya fikir apabila JKSM ini, satu hari menjadi satu jabatan yang besar dan seluruh infrastrukturnya dikemaskinikan dan semua negeri dapat menerima pakai, guna sama perkhidmatan yang diadakan, saya fikir ianya akan berada di dalam satu entiti yang berbeza nanti, Insya-Allah.

Boleh saya minta sedikit sahaja? Saya memohon penjelasan di situ kerana dari segi aspek lain, imitiativenya akan memberi gangguan kepada kerja-kerja kehakiman. Contoh, aspek gajinya, aspek promosinya. Manakala hakim yang dikatakan di dalam kerangka undang-undang common law ataupun di dalam kerangka yang lain, gajinya dan sebagainya itu di bawah Perlembagaan. Yang mana lebih memberi satu keselesaan kepada satu proses ataupun judicial activism dengan izin, bakal berlangsung dengan lebih terjamin. Jadi saya memohon itu kerana saya risau selagi perkara itu tidak dapat diselesaikan kerana ia akan mengongkong dan tidak akan memberi satu keselesaan kepada hakim apatah lagi dalam Islam, banyak lagi faktor-faktor lain yang ditekankan mengenai aspek-aspek siqah dan sebagainya. Terima kasih.

Memang itu satu pandangan yang telah diambil kira oleh pihak kami apabila separation of power, insya-Allah dengan izin, kita lakukan. Kami mengambil kira pandangan-pandangan semua pihak termasuklah Persatuan Peguam Muslim, Peguam Syarie serta pihak NGO serta ahli-ahli politik dari pelbagai parti supaya kita dapat bersama-sama melakukan tindakan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat. Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan terima kasih pada idea-idea yang bagus ini dan saya fikir ianya harus dilaksanakan dalam kadar segera yang boleh. Yang Berhormat Machang bertanya…

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh tanya sedikit Yang Berhormat? Tuan Pengerusi, saya hendak tanya Yang Berhormat, dalam dunia Islam ini negara manakah yang mempunyai sistem kehakiman yang teratur yang baru dibina seperti ini yang boleh diambil sebagai contoh? Kalau tidak ada, adakah kita negara pertama sekali di dunia yang cuba membuat satu kaedah yang terbaik tetapi mencari jalan bagaimana ianya dapat dijalankan dengan sempurna? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, apa yang diberikan lontaran pandangan oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi ada kebenarannya. Kita tidak mahu mendabik dada kita negara Islam yang pertama melaksanakan perundangan yang begitu. Walau bagaimanapun, banyak negara-negara Islam yang telah mengikuti sistem yang telah dibuat oleh Malaysia sendiri tetapi saya menyeru negeri-negeri yang belum menggunakan perkhidmatan guna sama dalam JKSM ini, marilah bersama-sama. Hasrat kami tidak, tidak langsung berhasrat untuk merampas sebagaimana yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, tidak mahu dan tidak berhasrat untuk merampas kuasa negeri-negeri. Apa yang kita mahu lakukan ialah melakukan pengawasan menggunakan perkhidmatan guna sama dan mahkamah ini dari segi infrastrukturnya dibiayai oleh Persekutuan. Dari segi gajinya dibayar oleh Persekutuan untuk meringankan beban kerajaan negeri yang telah ada antaranya parah, tidak dapat membayar gaji.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta pandangan. Dengan itu adakah bermakna kita menunjukkan contoh terbaik bagi dunia Islam untuk menunjuk ke arah mana sistem perundangan Islam yang wajar dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain kerana ada yang menyangka bahawa kita ini buat itu tak kena, buat ini tak kena. Maka saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada pendirian dan kedudukan kita ini adalah terbaik yang kita cuba untuk melaksanakan.

Hakikatnya begitulah kerana kalau selama ini kita sering dimanifestasikan sebagai badan yang tidak efisien di dalam melaksanakan organisasi dan institusi keagamaan, persepsi ini kini telah berubah. Ini ditambah yakini oleh adanya dukungan daripada rakan-rakan yang selama ini tidak bersetuju, dengan keterbukaan yang kita lakukan, mereka bersama-sama dengan kita. Bukan hasrat kita untuk menuding jari terhadap kelemahan-kelemahan terdahulu, tetapi dengan pendekatan yang terbaru ini, [Membaca sepotong ayat Al-Qur’an] ianya telah dapat membuka satu pintu besar bagi kita mengadakan ijtimak, muzakarah ataupun apa- apa istilah yang digunakan untuk sama-sama memberikan Islam satu agama yang berada di daulah, di maqam dan harakat yang tinggi bagi kita sama-sama memberikan garapan terhadap kedudukannya tanpa membincangkan dan berselisih faham dengan perkara- perkara khilafiah terhadap perkara-perkara yang furuk, perkara-perkara yang kecil, dengan izin, petty cases yang harus diutamakan dan kita meninggalkan perkara-perkara yang prinsip. Yang Berhormat Machang membangkitkan tentang aspek pemantauan dan juga perkhidmatan guna sama dan juga undang-undang khusus bagi produk-produk halal. Saya ingin menyatakan bahawa Akta Halal sedang didrafkan oleh HDC dan draf ini akan dibukakan kepada Jabatan Peguam Negara. Saya yakin apa yang telah dilakukan oleh HDC akan saya berikan kepada semua Ahli-ahli Parlimen dulu untuk penelitian sebelum kita bawa ke Dewan yang mulia ini untuk dibentangkan. Kami juga telah mengadakan perundingan dengan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Apa yang telah kita lakukan, JAKIM telah turut mengundang HDC bagi menjelaskan peranan dan bidang kerjasama dalam pensijilan halal ini. Yang mutakhir Tuan Pengerusi, kita akan lakukan muzakarah ini, persidangan pada 24 November ini supaya kita dapat bersama-sama untuk merealisasikan apa yang telah kita bincangkan. Begitu juga dari segi guna sama dan pemantauan. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Machang. Selama ini pun kita mengadakan perbincangan dengan pihak penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk melakukan pemantauan yang sama.

Minta celahan sedikit lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teliti di bahagian halal hab JAKIM ini ada tiga bahagian, keluar sijil, pantau dan kuat kuasa serta pengurusan tetapi bab pemeriksaan premis ini diserah kepada syarikat sendirian berhad. Apa nama alasan untuk pemeriksaan premis itu tidak dimasukkan dalam tugasan bahagian halal ini sebab bila diberi kuasa oleh kerajaan kepada syarikat tertentu untuk melaksanakannya, dia sudah tentu melibatkan elemen pembayaran duit kerajaan kepada syarikat ini. Apakah pejabat kerajaan ini tidak punyai keupayaan untuk melakukan pemeriksaan premis sehingga terpaksa kita out source tugas itu kepada syarikat ini? Kalau begitu, sudah berapa lama sebenarnya kita bagi kepada syarikat ini dan sudah berapa banyak pula kita belanja?

Memang ada outsourcing dengan izin, Tuan Pengerusi terhadap pemeriksaan premis-premis ini kerana kemampuan kita adalah terbatas. Oleh kerana keterbatasan itulah menyebabkan bukan semua negeri kita ada syarikat-syarikat yang melakukan pemantauan itu dari segi kebersihan, dari segi pembekalan barang halal, dari segi memenuhi standard ditetapkan, bagaimana pelesenan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan diberikan. Namun saya yakin apabila JPA memberikan kelulusan kepada SGC untuk menambah pegawai-pegawai penguatkuasaan, insya-Allah kita akan melakukannya sendiri tanpa perlu ada outsourcing nya.

Tuan Pengerusi, saya fikir lain-lain soalan yang berkenaan, saya akan buat dengan jawapan bertulis...

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bangun]

...Namun saya bersetuju dengan soalan yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Tumpat.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Ini saya?

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi. Saya pun menunggu-nunggu untuk menyentuh tentang satu lagi halal. Walaupun tidak halal hab untuk makanan tetapi yang amat halal dan dilakukan oleh kerajaan dan disokong sebab Yang Berhormat kawan saya Padang Besar amat bimbang, takut kita ini tidak menyokong apa yang dilakukan oleh keadaan tentang Islam ini. Contohnya Yang Berhormat, ialah kewangan Islam atau Bank Islam yang mana Kerajaan PAS Kelantan daripada tahun 1990 lagi menarik balik depositnya daripada bank- bank lain dan memasukkannya dalam Bank Islam, menandakan sokongan. Kedua, contoh Tabung Haji misalnya. Walaupun Yang Berhormat mengisytiharkan baik budinya memberikan kemudahan kepada pimpinan Menteri Besar Perak tetapi ini adalah sebenarnya suatu yang semua rakyat menyokongnya sebagai suatu usaha yang baik yang perlu diberikan sokongan. Jadi, yang dalam semangat ini selain daripada halal hab dari sudut makanan itu, halal yang sebenar memberikan keuntungan, manfaat kepada rakyat dan negara tidak kira agama, kaum ialah perbankan Islam ataupun kewangan Islam. Di mana kita Malaysia juga terlibat dari awalnya dengan Bank Islam tetapi dilaporkan agak ketinggalan kerana bukan sahaja Dubai tetapi Singapura, Hong Kong dan sebagainya cuba menjadikan negara-negara mereka sebagai pusat untuk dana-dana Islam ini didepositkan dan merupakan suatu perniagaan yang besar. Jadi soalan saya ialah ini halal hab yang pertama sekali yang dilakukan oleh dunia Islam dan ini tidak ada kaitan dengan furuk. Walaupun ada katanya pemegang dana yang mencari tempat untuk meletakkan dana mereka ini ada membuat sedikit perbezaan tentang syarat-syarat kewangan Islam di Dubai yang dikatakan berbeza dengan di Malaysia, tetapi saya hendak tanyakan apakah usaha-usaha kita terus ditingkatkan untuk memastikan bahawa Malaysia ini kekal menjadi dan meningkat kedudukan kita sebagai tempat di mana dana-dana Islam ini diletakkan untuk kita menjadi pengurusnya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, apa yang telah dilakukan, kami menyediakan garis panduan mengikut hukum syarie, hukum syarak terhadap iktisad Islam ini. Apa yang telah kita telah lakukan adalah dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan juga pihak EPU di dalam menyediakan kerangka perbankan Islam di mana untuk rekod, lebih 60% sukuk seluruh dunia. Dia tidak berada di Dubai atau Kuwait atau di Bahrain, ianya berada di Malaysia dan kitalah yang memulakannya. Saya berazam, bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, para ilmuwan Islam, para pemikir Islam, untuk mengadakan Kongres Ekonomi Islam pada 24-26 Disember nanti. Di mana kita akan menggarap beberapa idea untuk menyediakan kerangka besar yang akan menggaris bawahi, apakah bentuk iktisad Islam yang akan kita jadikan bukan hanya sebagai alternatif kepada sistem perekonomian dan perbankan serta sistem kewangan Islam di dunia yang telah bobrok runtuh dan mula terdampar sekarang. Ini kerana mereka sebenarnya sedang melihat apakah model-model yang harus digunakan oleh mereka sebagai gantian kepada sistem konvensional yang ada sekarang ini. Kami telah menyediakan beberapa kertas kerja dengan kerjasama IKIM untuk dimuatkan dalam persidangan anjuran Harvard Business School dan beberapa sekolah ekonomi yang lain di Amerika dan di Eropah untuk memperlihatkan bagaimana pengurusan sistem perbankan dan kewangan Islam yang dijalankan di sini. Di samping dijadikan sebagai kes studi yang akhirnya akan dimasukkan dalam Harvard Business Review dan beberapa jurnal yang lain untuk dijadikan panduan.

Ingin saya sebutkan bahawa saya secara peribadi telah diminta untuk merasmikan persidangan kewangan global dua minggu yang lalu dan saya telah maklumkan di Dewan yang mulia ini dan beberapa kertas kerja yang bertaraf antarabangsa telah kami terjemahkan dan kami sebarkan di negara-negara Arab, di Eropah dan beberapa negara yang lain untuk diikuti. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak saya yakin soal perbankan kewangan, takaful dan beberapa hal iktisad Islam yang lain akan dapat kita laksanakan...

Yang Berhormat Menteri boleh bagi peluang tak?

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Padang Besar. Saya dulu kot.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah mengenai komitmen terhadap ekonomi Islam dan perbankan Islam. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa persoalan yang selain daripada persoalan produk, antara persoalan daripada mula sistem itu diperkenalkan ialah persoalan governance juga yang amat ketara kerana rata-rata Islamic bon dengan izin, bon Islam, Islamic debt security dan sebagainya. Saya juga terlibat di peringkat awal, kebanyakannya sekarangnya default bukan apa, kerana penilaian terhadap pemohon tidak dibuat dengan cara baik. Mungkin kerana sifat-sifat yang saya istilahkan sebagai permasalahan governance. Saya rasa memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, bagus untuk mempromotekan Islamic economy, ekonomi Islam. Akan tetapi bagaimana persoalan governance itu juga perlu dilihat kerana kebanyakan kes yang datang ke mahkamah, rata- rata kebanyakan corporate loan ataupun dipanggil debt security dengan izin, hutang Islam..., bank itu, banyaknya default ataupun telah gagal dibayar dan memberi satu imej yang tidak baik kepada sistem perbankan Islam itu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi memang terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki terhadap pelaksanaan sistem ini. Walaupun pada dasar dan prinsipnya, ia nampak baik di atas kertas tetapi apabila ianya dilaksanakan terdapat lompang-lompang yang harus diperbaiki. Saya fikir soal Islamic debt security dan rating ataupun arahan yang diberikan itu, memang harus menggunakan benchmark ataupun garis panduan yang baru sebagaimana yang ada dalam sistem perbankan yang ada sekarang ini.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pagi tadi Yang Berhormat daripada Taiping ada menyebutkan bahawa Kerajaan Negeri Perak memberi tanah kepada Kolej Islam Negeri Perak dan juga membayar elaun bayaran bulanan kepada guru KAFA dan juga Imam-imam Masjid Negeri Perak. Katanya saya sebagai bekas menteri tidak mengetahui tetapi setelah saya siasat, saya dapati Kolej Islam Negeri Perak adalah milik Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak semasa Barisan Nasional dulu telah menganugerahkan sebidang tanah dan bukan di bawah kerajaan sekarang. Wakil kita daripada Taiping mengatakan kerajaan negeri sekarang membayar kepada guru-guru KAFA dan imam-imam walhal wangnya adalah keputusan dan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Jadi, saya hendak minta sama ada yang saya sebut ini adalah benar kerana Yang Berhormat adalah seorang yang berasal dari Perak bahawa saya mengatakan tadi – semasa Yang Berhormat tidak berada di sini tadi, saya mengatakan Kerajaan Negeri Perak sekarang mengeluarkan 2,500 ekar tanah kepada sembilan sekolah-sekolah Cina tetapi tidak membantu apa-apa sekolah-sekolah pun yang berasaskan yang bukan Cina. Jadi, dia mengatakan Kerajaan Negeri Perak memberinya tetapi sebenarnya anugerah tanah kepada kolej Islam dibuat oleh Barisan Nasional dahulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkas sedikit Yang Berhormat.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Ya. Soalan saya begitu, sama ada betul atau tidak?

Inilah satu kejahilan individu yang mengatakan bahawa kerajaan sekarang inilah yang memberikan tanah kepada kolej Islam berkenaan padahal kerajaan dahululah yang memberikan tanah berkenaan. Ini rekod yang tidak boleh dinafikan. Begitu juga soal elaun KAFA. Saya ingin memberitahu bahawa elaun KAFA, terdapat 1,357 guru-guru KAFA, saya hafal angka itu. 1,357 guru KAFA di Perak yang dibayar gajinya oleh JAKIM dan wangnya diperolehi oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri Perak baru mula berhasrat untuk membayar tambahan RM50. Baru mula berhasrat, belum bayar lagi.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Menyampuk]

Ertinya komitmen itu datang daripada Kerajaan Persekutuan. Imam-iman juga dibayar oleh JAKIM, wang peruntukan daripada Kerajaan Pusat setakat ini. Ada hasrat untuk menambah tetapi belum berkemampuan dan belum dilaksanakan. Ada satu ketika RM50 diberikan sebagai top up, dengan izin kepada RM500 itu tetapi ada kalangan tertentu yang menggunakan RM50 ini sebagai komitmen yang begitu tinggi daripada pihak kerajaan itu dan tidak berterima kasih kepada yang memberi RM500. Seolah-olah RM50 lebih banyak daripada RM500. Budak tadika pun tahu yang RM500 lebih banyak daripada RM50. [Tepuk] Inilah hakikatnya, mahu mengaburi fakta yang sebenar. Saya harap dengan tidak menyentuh mana-mana individu tetapi itulah hakikatnya. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kita memberikan RM500 elaun kepada JAKIM tetapi mereka menambah RM233 dan mereka akan menambah kepada RM1,500. Itulah hasratnya dan insya-Allah mereka akan tambah hanya RM1,000 kerana kalau RM1,500 akan menjejaskan kedudukan kewangan. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor tetapi saya minta juga negeri-negeri yang diperintah oleh bukan Barisan Nasional, ikut langkah Kerajaan Negeri Selangor tambah jadi RM1,500 tiap- tiap guru KAFA, barulah kami tabik tujuh kali pada pemimpin negeri berkenaan.

Minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya minta sedikit laluan lagi. Saya pun naik semangat dengar ...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bagi Yang Berhormat Menteri?

Boleh sedikit lagi? Boleh, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Yang Berhormat Padang Besar beri bola tanggung, jadi tentulah Yang Berhormat Bagan Datok akan smash sebab Yang Berhormat Taiping balik sudah. Akan tetapi seruan Yang Berhormat Menteri tadi soal supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan ini turut membantu, saya cuma hendak berkongsi satu perkara. Di Kelantan Yang Berhormat Menteri, ada dua sekolah Cina. Satu di Kuala Krai, yang berpuluh tahun masa di bawah Kerajaan Barisan Nasional minta hak milik tanah tidak dapat-dapat pun dan dapat itu pun setelah Tuan Guru Datuk Nik Aziz jadi Menteri Besar. Itu fakta pertama. Sebuah sekolah Cina lagi di Kota Bharu, minta tanah untuk besarkan sekolah mereka, itu juga diluluskan. Itu saya fikir dasar yang tidak ada siapa pun hendak pertikai sebab itu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Padang Besar ialah hendak tunjukkan bahawa inilah keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di Perak iaitu tolong Cina tidak tolong Melayu sebab cara berfikir itu politik perkauman. Itu telah dihukum oleh rakyat negeri Perak pun. Hakikatnya Barisan Nasional kalah di Perak. Itu hakikatnya. Akan tetapi saya menghargai pengiktirafan Yang Berhormat Menteri sekurang- kurangnya usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang telah pun pengumumannya dibuat oleh Menteri Besar menaikkan elaun guru agama kepada RM1,500. Satu perjumpaan untuk memaklumkan pengumuman itu secara rasmi akan dibuat dalam sedikit masa lagi.

Jadi, soal pendidikan ini saya fikir biar kita bersetuju dari sudut prinsip umumnya tidak payah kita tengok daripada perspektif perkauman dan saya yakin Yang Berhormat Menteri cukup arif dari segi melihat ini, cuma tidak apa lah, dari segi politik sekali dapat bola tanggung, smash itu saya tidak kecil hatilah. Terima kasih.

Satu lagi.

Tuan Pengerusi, saya tidak berhasrat smash bola tanggung tetapi kalau sampai bola itu pada saya, saya terpaksa melakukan sesuatu dengan cara yang betul.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya terharulah kerana Yang Berhormat Menteri menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menaikkan elaun guru-guru KAFA. Dan saya tertarik untuk bersama-sama memohon penjelasan ini kerana saya terlibat secara langsung dalam perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang buat pertama kalinya bersidang selama tujuh hari berbeza dengan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, maksimum persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lebih dari dua hari. Maka, usaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru ini ialah untuk menggunakan sekolah agama rakyat, sekolah rendah agama bagi memperkasakan anak-anak kita, orang- orang Melayu Islam supaya berpegang teguh kepada prinsip, ada idealisme perjuangan, memiliki sahsiah dan keperibadian yang mulia. Maka, untuk memperkasakan sekolah agama ini, kita mengambil keputusan untuk menghargai sumbangan guru-guru agama ini, guru-guru KAFA dengan menaikkan elaun mereka daripada RM738 kepada RM1,500. Saya salah seorang pembahas dalam Dewan Undangan Negeri untuk mencadangkan perkara itu dan alhamdulillah Menteri Besar Selangor telah pun bersetuju dan akan dibuat pengumuman dalam masa yang terdekat. Persoalan dan penjelasan yang saya pohon daripada Yang Berhormat Menteri, mengapa perkara ini berlaku hanya pada hari ini. Sedangkan UMNO sebelum ini memperjuangkan Melayunya, ketuanan Melayunya, cabut kerisnya tetapi elaun guru-guru KAFA di bawah paras kemiskinan negara kita. Seolah-olah mereka tidak menghargai sumbangan guru-guru KAFA ini untuk memperkasakan anak bangsa. Hanya bawah Pakatan Rakyat dengan sokongan PAS dan DAP, kita naikkan elaun melebihi garis kemiskinan negara kepada rakyat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Itu satu perkara sahaja, satu perkara sahaja.

Terima kasih.

Minta sedikit laluan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Macam tidak ikhlas sahaja.

Tuan Pengerusi. Yang tadi berkenaan dengan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya hendak tanya, berapa banyak Yang Berhormat Menteri hendak beri ini?

Sekejap, sekejap. Tuan Pengerusi, garis kemiskinan Selangor ialah RM1,500. Sekejap, sekejap. Garis kemiskinan kebangsaan RM720. Sebenarnya apa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya RM1,000. Jadi, guru KAFA Selangor sebenarnya masih berada di bawah garis kemiskinan. Jangan mendabik dada. Saya sebut figure.

Yang Berhormat...

Ini floor saya, floor saya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduklah Yang Berhormat Gombak, jangan hendak bercakap pula.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Gombak standard lah sedikit.

Selangor ya...

Garis kemiskinan di negeri Selangor bukan RM1,500. Garis kemiskinan di Selangor yang diumumkan oleh mantan Menteri Besar yang kononnya hanya 1% miskin tegar ini berdasarkan garis kemiskinan RM600 ke bawah sebab itu Kerajaan Pakatan Rakyat baru ini mencadangkan dalam Dewan Undangan Negeri untuk menaikkan garis kemiskinan ini kepada RM1,500. Ini penjelasan saya hendak beri kepada Yang Berhormat Menteri.

Baguslah kalau berhasrat mahu menaikkan RM1,500. Ertinya kalau bagi RM1,000 masih berada di bawah garis kemiskinan dan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor masih gagal untuk meletakkan guru KAFA ini berada di atas garis kemiskinan. Begitu juga dari segi kutipan zakat...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Begitu juga dari segi kutipan zakat. Tuan Pengerusi, kutipan zakat. Zakat yang dikutip di negeri Selangor ialah tertinggi di Malaysia. Jumlahnya, accumulative RM495 juta berbanding dengan Wilayah hanya mengutip RM452 juta dan Johor yang ketiga RM177 juta. Akan tetapi berapa lebihan pendapatan zakat ini? Dari segi agihan pendapatan oleh Selangor daripada RM495 juta, agihannya sahaja RM411 juta. Ertinya ada lebihan RM84 juta. Oleh sebab itu, saya ingin menyarankan Selangor berikah guru-guru KAFA ini, imam-imam masjid ini berada betul-betul di atas garis kemiskinan. Saya cadangkan Selangor, kalau betul-betul ikhlas naikkan RM2,000 elaun KAFA, barulah betul prihatin kepada rakyat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Barulah cakap besar, naik RM2,000.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh hendak bayar duit bola.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tadi mendengar dari luar, Yang Berhormat Menteri menjawab tentang negeri Perak dan saya terus online mereka bertanya dan mereka telah memberi jawapan iaitu guru-guru KAFA akan dinaikkan tambahan daripada kerajaan negeri daripada gaji asalnya RM500 di bawah paras kemiskinan Kerajaan Pusat Malaysia sendiri...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah bagi tahu Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

...Dan akan ditambah sebanyak RM75 dalam masa terdekat sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah dengar Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini mengulang balik.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Kemudian guru-guru tadika Islam...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Gombak sudah bagi tahu Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Dengarlah dahulu, Subhanallahlah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mengulang!

Dengar dahulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Gombak sudah sebut tadi.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tak, saya hendak sebut balik...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Gombak sudah sebut Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

...Yang kerajaan Perak sendiri...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tak payah berhujahlah.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

...Untuk guru-guru tadika Islam semuanya akan dinaikkan kepada RM575 supaya sama dengan guru-guru KAFA. Jadi itu pembetulan yang ingin saya maklumkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, ini satu makluman yang cukup baik daripada Ahli Yang Berhormat, sebab orang Perak yang tak ada tempat di Perak tetapi bertanding di Wilayah Persekutuan. Saya ingin sebutkan bahawa memang kita benar bagi RM500 seluruh negara termasuk Perak tetapi saya sebut tadi di Dewan yang mulia budak tadika pun tahu RM75 lebih kecil daripada RM500. [Bercakap dalam bahasa Arab] dengan izin. Tidak namanya bersyukur kepada Allah Taala jika tidak berterima kasih kepada manusia yang beri. [Tepuk] Saya berterima kasih dan ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak tetapi hargailah yang bagi RM500 itu. Jangan mendabik dada kerana RM75! Ini hakikatnya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Bukan marah, geram. [Ketawa] Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang berbaju kuning hari ini telah membangkitkan isu di mana terdapat mufti yang telah memberikan pandangan dan pendapat dalam media masa tentang sesuatu isu yang bukan bidang kepakaran mereka seperti isu keselamatan menyebabkan masyarakat terkeliru. Tuan Pengerusi, sesuatu pandangan dan pendapat yang dikeluarkan oleh mana- mana mufti atau mantan mufti yang bukan melalui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri bukanlah suatu fatwa. Ianya adalah bersifat pandangan peribadi. Pandangan tersebut akan menjadi satu fatwa selepas ianya diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak serta diwartakan. Proses pengeluaran fatwa adalah melalui muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi agama Islam dan fatwa yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut dan ianya akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Perundingan Syarak Negeri-negeri dan fatwa yang diputuskan oleh muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atas arahan Mesyuarat Majlis Raja-raja tidak boleh dipinda dan akan diwartakan oleh negeri yang berkenaan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Pengerusi. Tadi bila saya bangkitkan perkara oleh kerana masa begitu terhad 10 minit yang saya bangkit tadi saya ambil contoh yang saya maksudkan ialah sekarang ini terdapat mufti-mufti yang menulis dalam akhbar ataupun bercakap di mana-mana begitu bebas dan begitu terbuka. Oleh kerana mereka ini berjawatan mufti pandangan-pandangan mereka bagi mereka yang naif menganggapkan ini satu pandangan yang betul kalau tidak pun dikatakan fatwa. Saya membangkitkan perkara ini Yang Berhormat sebab saya cukup bimbang Tuan Pengerusi, sekarang ini kecenderungan yang dikatakan liberalisasi yang saya beranggapan lahir daripada dunia barat. Dahulu ini muncul di antara gereja dengan pemerintah dahulu. Saya tak payah panjangkan cerita ini. Cuma saya bangkitkan perkara ini oleh kerana akhir-akhir ini banyak pihak bercakap atas nama liberalisasi yang bersandarkan kepada hak asasi, keadilan sejagat dan macam-macam lagi. Merentasi kaum dan agama apatah lagi bila Obama kulit hitam menang di Amerika lagi ghairah tentang merentasi agama, kulit dan sebagainya. Semuanya ini retorik politik dan agenda politik tetapi akhirnya timbul banyak kekeliruan. Kita dalam negara kita Malaysia ini ada perundangan, ada Perlembagaan. Yang kita tahu ada perkara- perkara yang boleh disentuh, ada perkara yang tak boleh disentuh apatah lagi dalam aspek-aspek agama.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sebab itu saya hendak bertanya bagaimana JAKIM hendak memantau dan menangani masalah yang berbangkit ini sebab kebimbangan saya ia boleh menjurus ke arah yang banyak kekeliruan lagi dan banyak kerumitan akan timbul pada masa akan datang. Sebab itu saya bangkitkan perkara ini supaya diambil ingatan. Saya mengingatkan diri saya apa pun atas nama politik saya hendak bersatu atas nama sebagai orang Islam, atas nama bangsa Melayu. Itu sikap saya, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, atas point yang sama supaya Yang Berhormat Menteri dapat peluang terus. Terima kasih Tuan Pengerusi. Lanjutan pandangan sahabat saya Yang Berhormat daripada Pasir Mas soal tulisan-tulisan mufti setengahnya saya melihat sebahagian daripada tulisan mereka itu cukup bermutu tinggi terutama kemampuan mereka mengupas isu kontemporari. Terbaru, baru-baru ini saya terbaca tulisan salah seorang mufti ini yang mengulas berkenaan bagaimana kita harus melihat kemelut ekonomi sekarang dari perspektif agama dengan mengambil banyak pengajaran daripada Al-Quran. Yang ini bidang Yang Berhormat Menteri. Misalnya tulisan yang sarat dengan pengajaran itu mengambil kisah bagaimana zaman Namrud dan Nabi Ibrahim. Namrud lambang kerajaan yang sudah lama berkuasa sampai lupa diri. Bahas tak bagi ruang langsung...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini sudah bagi...

Ini dalam tulisan mufti saya sedang kongsi ini. Sebab itu apabila Namrud berbahas, kata Nabi Ibrahim, “Tuhan aku boleh hidup dan mematikan”. Namrud kata, “Aku pun boleh”. Dia kata, “Seorang aku perintahkan bunuh, seorang aku lepas”. Nabi Ibrahim minta laluan, Namrud bagi. Yang kedua ialah dia kata, “Tuhan aku naikkan matahari dari timur turunkan daripada barat”.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ibrahim bagus.

Ya Nabi Ibrahim bagus maknanya. Yang Berhormat Menteri, tulisan-tulisan ini cukup kontemporari. Satu ketika Mesir dilanda masalah ekonomi. Tak ada formula kerajaan boleh selesaikan. Nabi Yusuf dibawa keluar dari penjara. Yang Berhormat Pasir Salak, Nabi Yusuf dibawa keluar dari penjara dan formula penyelesaian pakej rangsangan ekonomi Nabi Yusuf ini boleh menyelesaikan masalah sebab pada peribadi Nabi Yusuf itu berjaya mendapat kepercayaan rakyat Mesir pada waktu itu. Trust dengan izin. Kalaulah Nabi Yusuf keluar dengan pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion kah, RM10 bilion kah, tapi kalau peribadinya itu penuh masalah rakyat tak akan dapat tertarik dan menjayakan sama. Ini tulisan mufti ini. Dia ceritakan tentang Qarun timbun kekayaan atas nama Dasar Ekonomi Baru. Dia sama kaum dengan Nabi Musa alaihissalam iaitu Bani Israel tapi Nabi Musa dikasihi rakyat, disayangi tapi Qarun ini kunci gudang hartanya Yang Berhormat Menteri tak mampu dipikul oleh segerombolan lelaki paling gagah waktu itu atas dasarnya itu. Jadi panjang kisahnya. Tulisan mufti macam ini Yang Berhormat Pasir Mas saya fikir perlu bahagian informasi Islam JAKIM memperbanyakkan cetakannya dan berkongsi dengan rakyat melihat bahawa dalam kemelut ekonomi ada isyarat dari langit sebenarnya jangan sampai kita lupa diri berkuasa lama bukan bermakna kita betul segala-galanya. Terima kasih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, boleh sama?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berapa lama lagi ini?

Saya sepatutnya sudah berhenti dari tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau sudah habis jangan bagi peluang Yang Berhormat.

Saya fikir Tuan Pengerusi biar saya jawab...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau tidak keluar cerita macam-macam lagi Yang Berhormat. Saya minat dengar cerita ini juga tapi tidaklah petang ini untuk dengar cerita sahaja.

Tuan Pengerusi, saya cukup menghargai kecemburuan masa Tuan Pengerusi sendiri tetapi cuma saya ingin menyentuh asalkan tulisan-tulisan itu tidak sesat. Ianya cuma berbentuk takwil itu sebabnya kita tidak mengambil tindakan yang menghukum. Tindakan kami ialah mendakwah, bukan menghukum. Tulisan-tulisan yang dibuat oleh mufti atau bekas mufti yang berkenaan selagi ianya tidak dolalah cuma hanya takwil apatah lagi lontaran-lontaran idea barunya itu mengimbau sejarah Nabi Ibrahim, Namrud dan sebagainya tentu ianya dapat dijadikan panduan untuk kita semua. Akhirnya Tuan Pengerusi...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Ada laluan lagikah Tuan Pengerusi?

...Yang Berhormat Arau...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tambahan, tambahan.

...Membangkitkan tentang soal JAKIM...

Tuan Pengerusi, tambahan sedikit.

...Supaya dapat bekerjasama dengan RTM lebihkan rancangan-rancangan bercorak agama bagi menangkis tohmahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam terhadap Islam, serta cadangan untuk mewujudkan TV JAKIM. Saya ingin menyebutkan Yang Berhormat Arau bahawa usaha sedang dijalankan bagi menukarkan MEP dengan izin, Media Elektronik dan Penerbitan JAKIM untuk jadi JAKIM TV dalam waktu yang terdekat dan insya-Allah penerbitan-penerbitan RTM dan juga stesen TV swasta juga akan menggunakan bahan-bahan daripada JAKIM, insya-Allah. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Ada seminit lagi Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tak ada seminit lagi Yang Berhormat. Jaga masa kerja saya Yang Berhormat. Sudah habis Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Seminit lagi itu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Menteri seorang lagi hendak jawablah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri sudah habis Yang Berhormat. Kalau ada terlebih masa saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 12(3) untuk menyambungkan Majlis. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM70,494,400 untuk Maksud B.1; RM1,959,000 untuk Maksud B.2; RM150,825,700 untuk Maksud B.3; RM39,375,900 untuk Maksud B.4; RM50,260,700 untuk Maksud B.5; RM3,661,392,300 untuk Maksud B.6; RM1,721,299,400 untuk Maksud B.7; RM139,377,600 untuk Maksud B.8; RM161,032,700 untuk Maksud B.9 dan RM16,904,400 untuk Maksud B.40 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Wang sebanyak RM70,494,400 untuk Maksud B.1; RM1,959,000 untuk Maksud B.2; RM150,825,700 untuk Maksud B.3; RM39,375,900 untuk Maksud B.4; RM50,260,700 untuk Maksud B.5; RM3,661,392,300 untuk Maksud B.6; RM1,721,299,400 untuk Maksud B.7, RM139,377,600 untuk Maksud B.8; RM161,032,700 untuk Maksud B.9 dan RM16,904,400 untuk Maksud B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10,288,559,000 untuk Maksud P.6 dan RM50,288,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10,288,559,000 untuk Maksud P.6 dan RM50,288,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi hari Isnin iaitu 10 November 2008. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang.