Dewan Rakyat · 10 November 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 578 turns · 37,547 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan — [Soalan No. 1- Y.B. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (Alor Gajah) tidak hadir]Questions

Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara · question

2. Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan sebab kegagalan kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi, terutamanya di bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru dan juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti Perhentian Bas Pudu Raya dan KL Sentral.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kegagalan kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi terutamanya di bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru dan juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti Perhentian Bas Pudu Raya dan KL Sentral adalah disebabkan perkara-perkara seperti berikut: (i) sikap pemandu yang berasa mereka mempunyai pilihan untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang di mana kemungkinan pemilik lesen dikenakan tindakan gantung atau batal lesen sekiranya sabit kesalahan hasil aduan atau tangkapan penguat kuasa LPKP atau JPJ; (ii) sikap penumpang yang masih mempunyai persepsi yang kurang tepat tentang konsep menggunakan khidmat teksi di mana penumpang masih bertanyakan pemandu tentang harga tambang dan lokasi, sedangkan mereka sepatutnya hanya perlu terus masuk ke dalam teksi dan meminta pemandu ke destinasi yang diingini; dan

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

(iii) sikap pengadu yang kurang memberi kerjasama dalam menyampaikan maklumat secara lengkap untuk laporan terperinci disediakan serta mengelak untuk menjadi saksi atas kesalahan melibatkan pemandu. Walau bagaimanapun, pihak kementerian serta agensi-agensi penguat kuasa lain terus menguatkuasakan sistem tambang bermeter melalui: (i) operasi harian dan berkala di kawasan zon teksi dengan mengambil tindakan terhadap teksi yang terbabit oleh LPKP; dan (ii) operasi penyamaran dengan menaiki teksi bagi memastikan pemandu menggunakan meter oleh JPJ. Secara keseluruhannya bagi tempoh Januari hingga Jun 2008 sebanyak 1,298 kes tangkapan dibuat untuk pelbagai jenis kesalahan melibatkan teksi di Semenanjung Malaysia oleh LPKP. Daripada jumlah ini sebanyak 771 kes atau 60% merupakan kes tangkapan terhadap kesalahan enggan menggunakan meter. Terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah ini adalah satu masalah yang agak lama sejak saya pertama kali datang ke Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu. Pertama kali datang kena tipu oleh pihak polis - pihak polis pula - pihak pemandu teksi dengan harga yang mahal. [Ketawa] Tahun ini juga saya melancong ke Pulau Pinang, perjalanan yang agak pendek dari KOMTAR ke Padang Brown yang memakan masa tidak melebihi 5 minit pun kena RM10 juga. Masalah ini sudah lama. Kenapa sampai sekarang ini belum lagi dapat selesai? Kenapa bila saya pergi ke negara lain walaupun bukannya negara maju seperti Singapore dan Hong Kong, pergi Thailand, pergi Vietnam, pergi Jakarta, semua pakai meter. Semua dapat pakai meter.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat. Soalan, Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Soalan saya, berapa antara yang ditangkap kerana tidak menggunakan meter telah pun digantung lesennya. Adakah kementerian terlalu lenient terhadap pemandu-pemandu teksi yang tidak mengikut peraturan dan adakah kementerian benar-benar berhasrat untuk menghapuskan masalah ini? Kalau tidak, adakah ianya lebih baik jika tugas ini diserahkan kepada...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Panjang sangat itu.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...Kementerian Pengangkutan dan kalau tidak, boleh jadi tugas ini boleh diserahkan kepada kuasa negeri-negeri untuk menyelesaikan masalah ini.

Patutlah kena pukul oleh polis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya nyatakan tadi ada tiga sebab mengapa kita sukar mengambil tindakan. Salah satu sebabnya seperti Yang Berhormatlah, saya ingat. Ini masuk kategori yang ketiga iaitu sikap pengadu yang tidak memberikan kerjasama. Kalau Yang Berhormat sudah naik kereta teksi di Pulau Pinang, sepatutnya Yang Berhormat ambillah dia punya nombor – ambil nombor, ambil nama, beritahu jam pukul berapa – hantar kepada saya. Saya janji saya mesti ambil tindakan. Kita boleh gantung dan kita boleh batalkan. Tindakan kita sudah ambil.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya sudah kata tadi bahawa setengah daripada tangkapan yang kita buat, 771 kes kita telah ambil tindakan kerana tidak menggunakan meter dan soalan Yang Berhormat, kita di...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ada digantung tidak?

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sabarlah. Itu yang polis pukul itu, belum habis jawab lagi sudah bangun. [Disorak]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa ini cheap shotlah. What a cheap shot.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Padan kena pukul.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa ini?

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Yang Berhormat, patut Yang Berhormat nasihat dia. Ini my floor. Saya belum habis jawab lagi.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini jawab takutkah?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tak betul, tak betul.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

We must understand.

Orang jahat mesti kena pukul. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

We must understand the trouble went through.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Ipoh Barat minta tolong. Yang Berhormat Menteri jawab teruskanlah.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan understand. Sama-samalah kena understand. Janganlah suruh kerajaan sahaja faham, pembangkang tak nak faham. Sama- sama kena faham. Bagi saya habis dahulu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bukan guna floor untuk serang Ahli Parlimen yang baik macam Tun...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudahlah, sudah.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh siapa-siapa samsengkah?

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan samseng, sebab dia yang mula-mula jolok sarang tebuan. Okey saya hendak bagi tahu..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tindakan yang telah kita ambil ialah sebanyak 1,173 iaitu, kita sudah beri amaran - 80, kita gantung – 23, kita batalkan lesen – 700 dan kita kompaun – 1,063. Bermakna tindakan telah diambil. Akan tetapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua, kalau ramai lagi pengguna-pengguna teksi tampil ke hadapan memberikan maklumat lebih terperinci, kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang sebenarnya, pendapat saya berbeza daripada yang lain. Ini adalah kerana kita nampak, kita simpati kepada pemandu-pemandu teksi kerana rate yang diberi oleh kementerian kadangkala kecil dan rendah, terendah di dunia. [Disampuk] Terendah di dunia. Kalau kita pergi ke Australia, kita bayar hapus kita. Akan tetapi apa yang saya mahu tahu di sini, sama ada kementerian mahu mengkaji semula kerana di tempat-tempat bandar besar seperti di Kuala Lumpur, kalau peak hours, memang teksi sudah mahu dapat keuntungan. Oleh kerana kita bayar rendah, terpaksa kita mahu minta teksi bantu kita boleh bagi yang lebih. Jadi lebih baik kalau kementerian mencadangkan untuk menaikkan rate teksi di dalam bandar-bandar besar. Ini kerana di waktu peak hours mereka tidak boleh cari makan. Adakah kementerian mahu mengkaji rate untuk teksi bermeter ini? Tuan Yang di-Pertua, satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apa, apa banyak sangat?

Satu lagi saya minta sebab ada pesanan dari kawan-kawan. Kita ada tetamu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini masa soalan, tidak boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Kita ada tetamu di belakang iaitu Sekolah Menengah Agama Perlis. Jadi kita alu-alukan kedatangan mereka. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, selamat datang kepada Sekolah Menengah Agama Perlis ke Parlimen.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan yang saya percaya selalu naik teksi ini. Jadi kalau selalu naik teksi, dia tahu apa masalah pemandu teksi. Kita sedar bahawa tambang kadar teksi yang kita kenakan kepada pemandu teksi ini memang agak murah kalau dibandingkan dengan negara-negara lain. Oleh sebab itulah, salah satunya punca mengapa pemandu teksi ini tidak menggunakan meter, menggunakan tambang yang agak mahal kerana mereka masih tidak berpuas hati dengan kadar yang kita tetapkan. Oleh itu, kadar yang kita sudah tetapkan ini ialah semenjak tahun 2005. Sudah empat tahun kita belum buat kajian. Oleh sebab itulah kita sekarang ini sedang membuat kajian secara terperinci sama ada permohonan yang diminta oleh persatuan teksi ini, sekali tutup pintu - di mana sekarang tutup pintu RM1.00, dia minta RM2.00. Jadi kenaikan seratus peratus. Inilah yang sedang kita kaji dan saya rasa kajian telah selesai kita buat dan kemungkinan besar pada awal tahun hadapan kita akan umumkan kadar yang baru, dan bila kita umumkan kadar yang baru, kita harap boleh diterima termasuklah pembangkang kena terima bila kita umumkan kadar yang baru. Jangan ambil kesempatan, bila kita naikkan sahaja kadar tambang, mereka menjadi jaguh pula. Seolah-olah kerajaan sentiasa hendak menekankan rakyat. Jadi ini kita kena kaji supaya tidak menyusahkan rakyat bila kita membuat keputusan. [Dewan riuh] Terima kasih.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

3. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:- (a) sejauh manakah kesan sampingan terhadap kenaikan harga petrol ke atas golongan berpendapatan rendah yang menggunakan motosikal baru-baru ini; dan (b) apakah usaha pihak kementerian dalam memantau keselamatan dan kebajikan penunggang motosikal dalam situasi ekoran daripada kenaikan harga petrol yang mendadak kebelakangan ini.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, harga petrol telah dinaikkan pada 5 Jun 2008 daripada RM1.92 sen seliter kepada RM2.70 sen seliter. Akibat pertambahan kos ini, untuk pengguna motosikal di bawah 100 c.c. yang merupakan 40% daripada pengguna motosikal di Malaysia, seorang pengguna motosikal akan perlu berbelanja tambahan sebanyak RM9.50 sen sebulan jika perjalanan harian mereka sejauh 20 kilometer. Sementara dilakukan sehingga RM19.00 sebulan bagi perjalanan harian sehingga 40 kilometer. Ini menggunakan andaian kapasiti tangki minyak dan kadar pukul rata penggunaan minyak bagi motosikal bersaiz 100 c.c. Bagi pengguna kereta pula, seorang akan membelanjakan RM31.00 tambahan sebulan untuk perjalanan harian sejauh 20 kilometer atau RM62.00 sebulan bagi perjalanan harian sejauh 40 kilometer. Ini menggunakan andaian jenis kereta yang paling lazim didapati di jalan raya di negara kita. Dijangkakan bahawa akibat daripada peningkatan kos ini, pengguna akan mencari pengangkutan alternatif yang ekonomik iaitu penggunaan motosikal dan juga pengangkutan awam dijangka meningkat. Tuan Yang di-Pertua, statistik JPJ menunjukkan bahawa di antara bulan Mei 2008 dan bulan-bulan berikutnya, terdapat pertambahan pendaftaran motosikal baru dan penurunan jumlah pendaftaran kereta baru. Pendaftaran motosikal baru bertambah daripada 42,046 buah pada bulan Mei kepada 51,188 buah pada bulan Jun. Sementara 59,412 buah pada bulan Julai dan turun sedikit kepada 49,047 buah pada bulan Ogos menjadikan bilangan pendaftaran motosikal baru bagi Januari ke bulan Ogos 2008 berjumlah 389,254 buah motosikal berbanding dengan 484,598 buah motosikal untuk keseluruhan pada tahun 2007. Ini menunjukkan trend peningkatan yang mendadak dan boleh dikaitkan dengan kesan peningkatan harga petrol. Manakala perangkaan kemalangan maut untuk motosikal bagi bulan Julai hingga September 2008 memperlihatkan peningkatan berbanding jenis kenderaan lain. Purata peratusan kemalangan maut bagi bulan Julai hingga September adalah 64.27% berbanding 57.62% bagi bulan April sehingga Jun 2008. Satu kesan positif yang didapati dari kesan peningkatan harga minyak ini adalah terdapatnya peningkatan jumlah penumpang yang menggunakan mode pengangkutan awam. Statistik Jabatan Kereta Api Malaysia menunjukkan bahawa bagi bulan-bulan Januari sehingga September 2008 jumlah penumpang yang menggunakan kedua-dua sistem LRT, sistem Monorel dan Komuter mencecah 240,517,069 berbanding 168,556,310 orang untuk keseluruhan bagi tahun 2007 dan 160,772,215 bagi tahun 2006. Kesimpulannya kenaikan harga petrol memberikan kesan positif dan signifikan kepada peningkatan penggunaan sistem pengangkutan awam motosikal kerana lebih efektif. Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat ini kerajaan telah menghebahkan program invokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya melalui media bagi mengingatkan penumpang dan pembonceng motosikal supaya memakai dan mengikat topi keledar dengan kemas serta menggunakan topi keledar yang diluluskan oleh pihak SIRIM. Kerajaan juga telah memperkenalkan advisory speed bagi motosikal pada had 60 kilometer sahaja agar dapat mengurangkan risiko kecederaan penumpang sekiranya berlaku kemalangan melibatkan motosikal. Kerajaan juga telah menasihati pengguna-pengguna motosikal supaya menaiki mode pengangkutan yang lebih selamat seperti bas, kereta api bagi perjalanan pulang ke kampung semasa pulang musim perayaan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedar atau tidak hari ini negara kita cukup ramai penunggang motosikal di mana-mana jalan raya. Akan tetapi motorist ini sering kali terlupa isu keselamatan.

Pada masa yang sama, penguatkuasaan kita pun tidak begitu serius dalam memantau keselamatan penunggang motosikal. Kita lihat contoh seperti yang terdapat di federal highway dan motosikal, ada motorcycle lane tetapi ada motorist tidak mahu menggunakan motorcycle lane. Satu contoh lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan banyak sangat contoh Yang Berhormat.

Ini serius ini. Ini contoh satu hari. Hari ini surat khabar Sin Chew Daily, ini mat rempit. Ini semua menunjukkan satu kebiadaban mereka kepada generasi yang muda bahawa mereka ini golongan tidak takut mati. Kedua- dua contoh ini, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan yang akan diambil, yang kerajaan akan ambil ataupun kementerian akan mengubah akta ataupun undang-undang ke atas perkara tersebut? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bintulu. Bagi soalan pertama, kerajaan memang serius tentang mengatasi masalah mat rempit, perlumbaan haram dan sebagainya. Ini juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak, yang menguatkuasakan undang-undang sekarang ini ialah polis dengan JPJ. Sebagaimana kita sedia maklum, polis ada di mana-mana, tetapi mat rempit ini juga ada di mana-mana. Ada tempat yang mana polis tidak membuat kawalan ataupun membuat operasi. Di situlah mereka juga akan membuat perlumbaan haram. Bagi soalan yang kedua bahawa adakah kementerian kerajaan menggubal undang-undang. Memang kerajaan sedang menggubal undang-undang bagi menguatkuasakan undang-undang terutama sekali perlumbaan, pelumba-pelumba haram di mana satu undang-undang akan dikemukakan kepada Parlimen ini iaitu bagi maksud untuk menangkap, mendenda dan juga mendakwa penunggang-penunggang motosikal yang tidak mengikut lorong yang disediakan oleh kerajaan. Saya juga ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan telah pun banyak buat perancangan. Antaranya, untuk membina lorong daripada negeri Perlis ke Johor Bahru iaitu lorong pengguna penunggang motosikal yang mana akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dalam Rancangan Malaysia ke-10. Jadi saya harap dengan adanya lorong ini, maka kita akan dapat mengurangkanlah kemalangan dan juga accident yang berlaku kepada penunggang dan juga pembonceng motosikal. Terima kasih.

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya, ramai di antara penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan di jalan raya ini ialah pelajar-pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi yang banyak menggunakan motosikal. Persoalan saya, apakah langkah yang komprehensif untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar di peringkat ini, sama ada sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi dan apakah tindakan kepada pelajar-pelajar yang kebanyakannya tidak mempunyai lesen memandu. Akhir sekali, polis telah menyatakan bahawa tidak membenarkan penunggang motosikal masuk ke bandar. Apakah ini benar? Langkah ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi pelajar- pelajar ini mereka sepatutnya mempunyai lesen dan ini juga perlu kerjasama daripada semua pihak terutama sekali kepada ibu bapa, sebab para pelajar ini tidak akan mampu untuk membeli motosikal sekiranya ibu bapa mereka tidak memberikan wang untuk membeli motosikal. Keduanya yang dimaksudkan, apakah kempen ataupun skim. Kempen kita juga sama seperti kempen dengan masyarakat umum seperti mengadakan berbagai- bagai acara, iklan di radio, di televisyen dan juga yang saya sebutkan di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas dengan pelbagai VCD yang telah kita terbitkan bagi memberikan kesedaran kepada penunggang-penunggang motosikal. Bagi soalan yang ketiga itu, adakah kerajaan mengharamkan motosikal untuk pergi ke bandar, itu sebenarnya masih dalam kajian dan ini melibatkan beberapa pihak terutama sekali Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga Kementerian Pengangkutan. Jadi, ini masih dalam kajian. Sekiranya kerajaan mendapati bahawa ini adalah baik untuk para penunggang motosikal barangkali kita laksanakan. Jika tidak baik kita juga perlu

mendengar daripada pihak public ataupun orang awam sama ada cadangan ini baik untuk mereka. Saya rasa juga bahawa pihak kerajaan perlu meningkatkan sistem pengangkutan awam. Kalau dapat ditingkatkan, dapat diperkasakan pengangkutan awam, saya percaya cadangan untuk mengharamkan ataupun melarang motosikal, penunggang-penunggang motosikal pergi ke bandar barangkali mungkin tidak mempunyai apa-apa halangan bagi mereka. Akan tetapi, kalau sistem kita seperti sistem yang ada masa kini, saya fikir agak berat kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan untuk tidak membenarkan motosikal pergi ke bandar. Terima kasih.

John a/l FernandezDAP · PRSeremban · question

4. Tuan John A/L Fernandez [Seremban] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah peratusan penyelesaian yang dicapai bagi Permohonan Prosiding Pendamaian (reconciliation proceedings) iaitu sebanyak 21,618 kes yang dirujuk di bawah Seksyen 106 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) bagi tahun dari tahun 2004, 2005 dan 2006.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Seremban di atas persoalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tahun 2004 hingga 2006 jumlah kes yang dirujuk ke tribunal adalah sebanyak 12,666. Bagi tahun 2004 kes-kes yang didamaikan dalam tahun tersebut ialah 138 atau 3.5% dari jumlah 3,969 kes. Pada tahun 2005 kes-kes yang didamaikan ialah 115 atau 2.7% dari 4,261 kes. Sedangkan pada tahun 2006 kes yang didamaikan ialah 115 atau 2.6% dari 4,436 kes. Terima kasih.

Tuan John A/L FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri. Daripada jawapan, saya lihat kes-kes yang selesai ialah sangat rendah dan saya tahu banyak kes yang dihantarkan kepada pejabat pendaftaran tidak di selesai. Oleh sebab success rate ialah sangat rendah soalan tambahan saya ialah adakah kementerian apa-apa rancangan untuk hapuskan seksyen ini ataupun buat pindaan di Seksyen 106 untuk jimatkan masa semua pihak. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Di atas pandangan dan cadangan Yang Berhormat berikan, sebenarnya bila kes-kes ini datang ke tribunal dia, saya sendiri pun melihat penyelesaiannya atau untuk mendapatkan penyelesaian terlalu rendah. Ia disebabkan, selalunya apabila mereka pergi ke situ, perkahwinan sudah pun tidak boleh direconcilekan untuk mencari jalan penyelesaian. Jadi sebab itulah dia punya keupayaan kita untuk menyelesaikan kes-kes ini melalui proses ini menunjukkan kurang kejayaannya. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat itu akan saya bincangkan untuk kita tengok bagaimana, adakah perlunya ada proses ini ataupun ia tidak perlu langsung.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam UMNO Seremban.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Janganlah macam itu.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat sedar bahawa kebanyakan kes-kes yang dirujuk kepada reconciliation baru ini semua ini gagal kerana ramai di antara yang dilantik oleh kementerian untuk duduk dan mendengar kes-kes ini untuk memberi pertolongan adalah tidak tahu mengenai adat dan culture mereka. Dalam pengalaman saya sendiri di mana ramai antara mereka yang telah pergi ke sana sangat kecewa kerana ada pegawai-pegawai tidak faham di antara apa itu ‘thali’ untuk seorang wanita India. Bila perkara ini dibangkitkan dia kata “Thali itu apa? Itu saya tidak tahu”, itu yang dikatakan oleh pihak yang terlibat dalam reconciliation proceedings ini. Saya berpendapat kita perlukan berbilang bangsa. Jangan kita adakan sahaja di mana sekarang hanya lebih pegawai-pegawai kerajaan yang kebanyakannya bukan India dan bukan Cina.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini merumitkan lagi perkara tersebut kerana ini adalah satu di antara faktor-faktor personel di mana kerajaan patut mengambil tindakan menolong mereka. Bukan apabila kita pergi ke kementerian, kita pergi ke pejabat-pejabat kita nampak tidak ada seorang pun orang India atau orang Cina bekerja di sana dan ini merumitkan serta patut diatasi. [Tepuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, selalunya Yang Berhormat ini menyimpang banyak. Jadi soalan ini dikemukakan, untuk pengetahuan Yang Berhormat, di dalam ini bukan ada kena-mengena dengan orang Islam punya perkahwinan. Kebanyakan pegawai yang melaksanakan tugas adalah terdiri daripada orang bukan Islam pun ada. Yang memberikan saya segala angka-angka ini adalah salah seorang daripada orang keturunan India. Jadi Yang Berhormat kalau ada specific kes seperti itu bawa kepada kita untuk kita tengok supaya keadilan dapat dicapai. Kita punya tujuan ini bukan hendak score point. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat dia punya pengerusi sahaja yang terdiri daripada pegawai kerajaan. Dua orang lagi, tiap-tiap panel ini ada tiga orang. Seorang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat seorang lagi NGO atau di Sabah dan Sarawak kita lantik ketua-ketua masyarakat untuk Sabah dan Sarawak supaya mereka menguruskan perkara ini adalah mereka yang mengetahui soal-soal budaya, adat. Kalau ada yang spesifik Yang Berhormat tidak puas hati bagi tahu kita, kita bawa. Jangan buat just general statement dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Menyampuk] [Soalan No. 5 – Y. B. Datuk Juslie bin Ajirol (Libaran) tidak hadir]

Mohd Hayati bin OthmanPAS · PRPendang · question

6. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan berapakah kadar radiasi bukan pengionan (non ionic radiation) yang dibenarkan di dalam menara komunikasi dan kadar selamat antarabangsa serta bagi setiap alat telefon bimbit yang dibenarkan.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kadar radiasi bukan pengionan atau non ionic radiation yang dibenarkan bagi menara komunikasi dan alat telefon bimbit di negara ini adalah dalam penetapan kepada tahap pendedahan kepada umum atau exposer limit for public. Kita mengambil pakai tahap pendedahan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Sinaran tak mengion atau International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP) yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mengikut garis panduan ICNIRP, tahap pendedahan kepada umum adalah pada kadar 45.7 volt per meter pada 800 megahertz sehingga 75 volt per meter pada 2.15 gigahertz. Frekuensi di antara 800 megahertz sehingga 2.10 gigahertz, ini merupakan frekuensi yang digunakan bagi sistem telefon bimbit generasi kedua dan generasi ketiga. Tuan Yang di-Pertua, tahap emisi radiasi yang dihasilkan menara telekomunikasi mahupun struktur sistem pemancar kebiasaannya adalah jauh lebih rendah dari tahap bagi pendedahan kepada umum yang ditetapkan pihak ICNIRP ini. Sebagai contoh, bagi kes menara telekomunikasi di Taman Subang, ujian bacaan radiasi yang dijalankan pihak Agensi Nuklear Malaysia selama 48 jam menunjukkan tahap bacaan di antara 0.2 volt per meter pada 900 megahertz sehingga 3.3 volt per meter pada 2.15 gigahertz. Secara amnya, pada tahap yang paling tinggi pada 2.15 gigahertz ianya cuma 4.4% dari tahap pendedahan yang ditetapkan ICNIRP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak SKMM juga telah mengeluarkan buku kecil bertajuk Radiation, Mobile Phones, Base Station and Your Health yang diterbitkan pada tahun 2003 dan 2005 untuk menjelaskan isu berkaitan dengan kesan radiasi daripada menara telekomunikasi dan telefon bimbit kepada kesihatan manusia. Satu lagi buku panduan Guidance to Safety And Health Aspects of Based Station and Mobile Phones diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007 juga boleh menjelaskan isu yang sama, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada British Medical Journal

mengeluarkan kenyataan reflect study yang dibuat oleh 12 kumpulan penyelidik daripada tujuh buah negara Eropah selama empat tahun yang dikoordinasi oleh kumpulan penyelidik dari Jerman yang bernama ‘Verum’ mereka mendapati kesan daripada penggunaan telefon bimbit ini terhadap sel adalah perpecahan - bahasa Melayu saya tidak boleh hendak sebut - dengan izin single and double stranded DNA, makna dalam DNA sel-sel kita itu berpecah yang menyebabkan kita tidak boleh di repair oleh sel kita yang menyebabkan sel-sel yang bermitasi ini boleh menyebabkan sel barah ataupun kanser di masa akan datang. Kajian dijalankan menggunakan makmal iaitu Specific Association Rate dengan kadar 0.3 sehingga 2 watt per kilogram padahal telefon biasa kita yang biasa ini, Nokia yang saya pakai ini 0.1 hingga 1 watt per kilogram dia punya radiasi. Soalan saya, apakah kementerian berhasrat untuk meletakkan kadar radiation yang dikeluarkan oleh setiap hand phone ini atas hand phone ataupun mana-mana hand phone - sebab sekarang ini Timbalan Menteri banyak hand phone tiruan dan hand phone tiruan dan diimport yang ada televisyen dan ada radio. Mungkin transmisi radiasinya lebih tinggi kalau kita bandingkan dengan hand phone biasa yang tidak televisyen dan tidak ada radio di dalamnya, pohon jawapan terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kaji selidik yang dijalankan oleh beberapa buah negara yang dilaporkan di British Medical Journal yang Yang Berhormat sebutkan tadi, saya tidak ada keputusan di hadapan saya dan boleh kita berbincang Yang Berhormat. Berkenaan dengan adakah tidak kementerian akan menyediakan amaran pada sesuatu telefon bimbit atau alat-alat telekomunikasi yang ada, kementerian kita dan SKMM memang mengikut standard-standard atau piawaian-piawaian yang disediakan oleh mana- mana bandan antarabangsa yang boleh diterima pakai di dunia dan sekiranya diperlukan pada masa yang akan datang saya ingat tiada keberatan untuk kementerian mengikut apa standard yang diadakan oleh kerajaan ataupun pentadbiran-pentadbiran di mana-mana juga, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tarik perhatian kepada Timbalan Menteri ada kemungkinan bahawa penyelidikan yang telah dibuat oleh researchers ini dipengaruhi oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Kita tidak boleh tolak kemungkinan ini kerana dahulu syarikat-syarikat tobacco ataupun rokok mempengaruhi penyelidikan mengenai kesan daripada mereka yang menghisap rokok dan akibatnya penyelidikan tersebut telah terpengaruh ke arah syarikat-syarikat tersebut. Dalam hal ini saya hendak tanya kepada kementerian, adakah kementerian jelas bahawa ada banyak lagi penyelidikan yang ada di luar yang mendedahkan sebenarnya betapa bahayanya kegunaan telefon bimbit dan sebagainya khususnya dalam pendedahan radiasi kepada kanak-kanak kecil yang menggunakan telefon bimbit dan oleh kerana sel barah otak umpamanya memerlukan 10, 20 tahun sebelum dia dapat dikesan.

Apakah kementerian mencadangkan ada garis panduan bagi ibu bapa untuk kegunaan telefon bimbit bagi kanak-kanak. Soalan kedua adalah mengenai garis panduan mengenai lokasi di mana menara- menara Telekom ini diletak. Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan garis panduan bagi kerajaan tempatan dan pihak berkuasa tempatan agar lokasi Menara Telekom ini tidak diletak di kawasan sekolah dan juga kawasan perumahan kerana saya melihat banyak menara telekomunikasi ini diletak betul-betul tengah kawasan perumahan dan juga berhampiran dengan sekolah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Berkenaan dengan kaji selidik yang dijalankan oleh beberapa agensi, saya tidak dapat pastikan bahawa kaji selidik ini adalah disponsor atau dipengaruhi oleh syarikat-syarikat

telekomunikasi. Akan tetapi kebiasaannya scientist tidak mengikat diri sendiri dengan pembiayaan oleh mana-mana agensi lebih-lebih lagi yang ada kaitan dengan kaji selidik mereka itu. Sekiranya ada juga, saya percaya para scientists ini tidak akan mengguna pakai kaji hasil selidik yang disediakan oleh mereka ini ataupun result yang diperolehi dari kaji selidik mereka. Berkenaan dengan pendedahan radiation ataupun radiasi kepada kanak-kanak di mana sel-sel badan mereka belum matang, itu memang ada dalam terbitan beberapa majalah tetapi keputusan muktamad belum diperolehi berkenaan dengan perkara tersebut. Berkenaan dengan garis panduan di manakah boleh diletakkan menara-menara telekomunikasi, memang ada garis panduan di peringkat kerajaan tempatan dan perumahan. Satu pengetahuan yang saya boleh berkongsi sama dengan Dewan yang mulia ini, saya difahamkan bahawa sekiranya menara itu jauh sangat daripada pengguna telefon bimbit, misalnya yang ada berapa bar dekat muka telefon yang kita pakai, sekiranya kita jauh sangat daripada menara telekomunikasi itu, telefon yang kita pakai terpaksa bekerja lebih kuat dan menggunakan lebih banyak lagi radiasi untuk menyambung suara ataupun maklumat yang kita hendak hantar kepada menara telekomunikasi supaya boleh dipancarkan kepada penerima yang kita hendak sambungkan telefon yang kita pakai itu. Jadi oleh yang demikian, ada eloknya kalau menara itu tidak jauh sangat. Mengikut garis panduan, semua menara-menara yang dibenarkan dibina di negara kita adalah mengikut peraturan yang sedia ada dan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

7. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk melengkapkan golongan wanita dengan kemahiran keusahawanan terutama sekali dalam bidang pemasaran dan perakaunan perniagaan.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada Yang Berhormat Batang Sadong ini ada dua bahagian. Bahagian yang pertama tentang kemahiran keusahawanan itu sebenarnya telah dijawab ketika Yang Berhormat Menteri menggulung perbahasan Bajet 2009 baru-baru ini. Tentang yang lebih spesifik iaitu bidang pemasaran dan perakaunan perniagaan. Apakah langkah-langkah kerajaan khususnya kementerian ini untuk membantu golongan usahawan wanita. Ada dua perkara yang kita lakukan. Satu ialah dari segi latihan yakni latihan dalam bidang pemasaran dan juga latihan dalam bidang perakaunan perniagaan. Latihan ini pun terbahagi kepada dua. Satu ialah latihan pemasaran dan perakaunan perniagaan yang menjadi satu modul daripada kursus-kursus asas yang dilakukan oleh sama ada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), MARA, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ataupun Perbadanan Nasional Berhad atau PNS. Satu lagi ialah memang latihan kursus tentang pemasaran dan atau latihan kursus tentang perakaunan perniagaan. Maknanya kursus itu memang kursus khas untuk pemasaran dan atau perakaunan perniagaan. Di situ kita akan ada modul-modul yang lebih lengkap. Misalnya dalam bidang perakaunan, dalam bidang pembungkusan, pelabelan, penjenamaan dan sebagainya. Usaha yang kedua ialah dari segi pendedahan dan memberikan pengalaman yang sebaik-baiknya kepada usahawan wanita. Ini kita lakukan dalam pelbagai jenis program. Misalnya dalam program ’Groom Big’ dengan izin yakni kita melatih dan mendidik serta membimbing usahawan-usahawan wanita daripada yang kecil iaitu IKS untuk mereka membuat pemasaran yang lebih baik dan sebagainya. Juga yang kedua dalam Program ‘Satu Daerah Satu Industri’. Kita juga mengumpulkan yang ketiganya kita juga menubuhkan pusat pengumpulan produk keusahawanan. Setakat ini sudah ada di Kedah dan di Selangor.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Temerloh

Yang keempat melalui Program Gerak Usahawan di mana kita cuba mengadakan pemadanan ataupun matching dengan izin antara golongan usahawan wanita dengan usahawan yang lebih berjaya. Termasuk juga yang kelima ialah dengan menaja promosi mereka. Ini ada dua. Satu dalam bentuk periklanan di mana kita memberikan bantuan 50% daripada jumlah pengiklanan itu kita taja. Keduanya dari segi pemasaran perdagangan dengan membawa usahawan wanita ini mengikut treat feast dengan izin termasuk di luar negara. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau mendengar jawapan tadi memang kita sedar bahawa memang banyak program-program terutama sekali latihan diadakan untuk usahawan golongan wanita. Adakah pihak kementerian memantau keberkesanan program yang dijalankan dan kalau boleh pihak kementerian memberitahu berapakah peruntukan yang disalurkan untuk usahawan golongan wanita di negeri Sarawak dalam bidang latihan ini. Terima kasih.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk jumlah sebenar yang diperuntukkan untuk Sarawak yang ini saya pohon notis. Akan tetapi jumlah yang kita sediakan untuk bidang ini saja dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah sebanyak RM2.7 juta. Dari segi pemantauan, memang kita memantau dari semasa ke semasa dan kalau saya boleh bagi contoh misalnya dalam tahun 2007, daripada program- program latihan yang dianjurkan oleh INSKEN saja, sebanyak 2,553 orang peserta wanita telah mengambil bahagian. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,021 yakni 40% telah memulakan perniagaan mereka dan sebanyak 894 orang yakni 35% telah memantapkan atau meningkatkan perniagaan mereka. Walaupun kita dapati ada lagi lebih kurang 638 orang yakni 25% masih belum memulakan perniagaan. Pada waktu yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa kalau dilihat dari sudut jumlah wanita yang menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah kementerian, lazimnya jumlah mereka itu sangat besar. 70% daripada peserta. Akan tetapi apabila dilihat jumlah yang sebenarnya menjadi usahawan secara keseluruhannya, yang itu masih kecil bila berbanding dengan usahawan lelaki. Itulah sebabnya maka sekarang kementerian sedang merangka sebuah pelan tindakan keusahawanan wanita untuk memastikan sekurang-kurangnya kita dapat menjawab sebahagian daripada cabaran ataupun sebahagian daripada matlamat di bawah pelan kesaksamaan gender.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Sebagaimana yang kita maklum Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri sendiri mempengerusikan sebuah Jawatankuasa Kabinet Kesaksamaan Gender dan oleh kerana kementerian belum mempunyai sebuah pelan tindakan khusus walaupun kita tidak pernah tidak memberi tumpuan kepada keusahawanan wanita, maka kita insya-Allah hujung tahun ini akan mengeluarkan satu pelan tindakan keusahawanan wanita untuk bukan sahaja memantau, tetapi lebih penting lagi untuk memastikan sesetengah atau sebahagian besar kalau tidak semua daripada strategik dalam Dasar Wanita Kebangsaan, Pelan Tindakan Wanita Negara misalnya dapat kita penuhi. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan kita sudah dengar tadi banyak pendekatan yang telah digunakan oleh pihak kementerian. Akan tetapi saya dapati bahawa selalunya wanita yang mahu menjadi usahawan ini kena affiliate ataupun memasuki satu-satu badan seperti Dewan Perniagaan Wanita contohnya untuk mendapat peluang-peluang ataupun akses kepada apa yang ditawarkan oleh pihak kementerian ini Apa yang saya ingin tahu, adakah pihak kementerian melaksanakan program untuk outreach kepada golongan wanita yang sebenarnya memerlukan untuk dibantu tetapi tidak tahu bagaimana mahu akses ataupun tidak ada kaitan dengan badan-badan politik contohnya yang boleh membawa mereka kepada akses yang ditawarkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan tanya Yang Berhormat Temerloh. Sebenarnya kita memang dari satu segi menggalakkan

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

usahawan wanita untuk menyertai organisasi-organisasi yang berkaitan dengan keusahawanan. Ini semata-mata bertujuan untuk memberikan mereka suatu platform. Pertamanya untuk membolehkan mereka bersuara, ini proses participation, proses parti demokrasi yang saya fikir Dewan ini sentiasa tegakkan. Keduanya adalah untuk membolehkan mereka mempunyai satu kumpulan tempat mereka boleh berkongsi pengalaman, berkongsi maklumat dan juga membentuk semasa satu konsortium atau platform dengan izin untuk mereka melakukan perdagangan ataupun perniagaan secara berkumpulan. Itu satu perkara yang penting bukan sahaja untuk wanita tetapi untuk usahawan-usahawan yang lain terutamanya yang baru memulakan perniagaan. Namun demikian tidak bermakna bahawa kita memaksa mereka mesti menjadi anggota satu organisasi baru mereka dapat mengikuti kursus kita. Kursus kita adalah terbuka kepada semua. Dari segi outreach ini kita sudah ada misalnya contoh yang terbaik adalah program Giat MARA sebab Giat MARA ini ada di semua kawasan Parlimen. Kalau ada yang belum itu, mungkin tidak sampai 10 kawasan Parlimen yang baru sahaja yang mungkin belum ada Giat MARA dan insya-Allah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini akan diwujudkan Giat MARA di semua kawasan Parlimen dan Giat MARA kita di seluruh negara sudah mula menganjurkan program-program kursus pendek Tuan Yang di-Pertua khusus untuk wanita termasuk ibu tunggal dan ini adalah program yang mereka memang cari peserta di kalangan wanita akar umbi, terima kasih.

Yusmadi bin YusoffPKR · PRBalik Pulau · question

8. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian kerajaan serta langkah-langkah untuk membantu pasangan di mana suami ataupun isteri rakyat Malaysia yang pasangan adalah warga negara asin yang menetap di Malaysia bagi memperoleh status penduduk tetap bagi mengelakkan berlaku masalah status satu pihak yang akan menjejaskan kebajikan anak-anak yang lahir daripada perkahwinan campur.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar semasa kerajaan adalah memberi keutamaan kepada permohonan di mana salah seorang daripada pasangan adalah warga negara Malaysia, sebelum seorang warga negara asing memperoleh status bermastautin tetap ataupun permanent resident dengan izin, mereka perlu mendapatkan permit masuk terlebih dahulu Seksyen 10(1) Akta Imigresen 1999 (63) memperuntukkan bahawa permit masuk merupakan satu dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada warga Negara Asing bagi membolehkan mereka masuk dan tinggal di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, seseorang yang dikeluarkan permit masuk adalah layak untuk memperoleh taraf pemastautin tetap dan seterusnya dikeluarkan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Di Malaysia anak yang dilahirkan boleh mendapat kerakyatan kalau salah seorang dari ibu bapa adalah pemegang Perlembagaan atau permanent resident. Melalui spouse program dengan izin Tuan Yang di-Pertua, seseorang pemohon boleh mendapat multiple visa selama lima tahun kemudian kerajaan boleh menimbangkan untuk mendapatkan Perlembagaan. Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari bahawa terdapat jumlah permohonan yang tinggi. Jumlah permohonan semasa dibuat tertunggak ialah dalam proses rayuan di kementerian sahaja 5880 manakala permohonan baru di Jabatan di seluruh negara adalah 20,000. Sehubungan dengan itu maka satu pasukan bertindak khas permit masuk diwujudkan pada 24 Oktober 2008 bagi permohonan-permohonan tersebut. Terima kasih.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, ya betul ada dasar tadi, ada syarat-syaratnya. Akan tetapi persoalannya, kenapa tidak boleh perjelaskan berapa lama permohonannya. Kerana rungutannya bukan tidak tahu syaratnya tadi itu, tidak tahu noktahnya itu. Ada yang menunggu sehingga tidak tahu sama ada diluluskan atau tidak dan saya rasa kes ini banyak dan mohon penjelasan sejauh mana kementerian bekerjasama dengan Kementerian Luar kerana saya rasa itu merupakan satu dengan izin window pertama

dengan izin apabila berlakunya perkara-perkara sebegini selain daripada kementerian Yang Berhormat, terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, kalau seseorang telah mempunyai multiple visa and the spouse program di bawah Program Spouse dia boleh mendapat permanent residence setelah lima tahun jika suaminya adalah rakyat Malaysia dan jika isterinya rakyat Malaysia dan suaminya rakyat asing setelah 10 tahun mereka boleh memohon untuk mendapat permanent resident. Setelah mendapat kedudukan permanent resident, mereka seterusnya untuk memohon setelah beberapa tahun bagi tujuan mendapatkan kerakyatan. Walau bagaimanapun ini menimbulkan masalah dari segi pengetahuan kita akan mengambil langkah-langkah yang memberitahu kepada orang ramai bagaimana mereka boleh membuat permohonan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang saya faham dari Yang Berhormat Balik Pulau dan itu pun yang saya hendak tanya ialah tempoh hendak meluluskan permohonan ini sebenarnya kalau pasport kita boleh bagi dalam masa sehari, tetapi permohonan pemastautin tetap ini dia tidak menentu, enam tahun pun dia tidak ada jawapan dan pengurusan. Jadi ini menimbulkan masalah. Itu yang pertama, tempoh itu apakah tidak ada satu garis panduan bahawa dalam kes ini dalam masa seminggu boleh diluluskan ataupun sebulan supaya tidak menunggu lama dan yang kedua yang menjadi persoalan di sini ialah penasihat isteri ini dia berkahwin dengan orang asing di luar negara kemudian bercerai, dia balik ke Malaysia bawa anak dia. Akan tetapi anak dia sukar sangat mendapat Perlembagaan hinggalah bertahun-tahun sudah besar sekolah menengah dan sebagainya dan menimbulkan banyak masalah. Jadi apakah ada garis panduan tentang perkara ini?

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, selalunya dia tidak patut mengambil beberapa tahun. Daripada jumlah kes-kes rayuan yang dibuat kepada kementerian daripada jumlah kes 583 yang saya ada pada tahun 2008 Oktober misalnya 152 telah diluluskan dan 87 telah ditolak. Daripada itu 64% telah diluluskan tetapi kerana dia mengambil masa kerana kena menyemak beberapa maklumat. Kita tidak boleh buat sebagaimana pasport dalam dua minggu tiga minggu kerana dia mengambil masa. Walau bagaimanapun, kalau ini menimbulkan apa-apa masalah yang didapati yang kes-kes khusus akan kita kendalikan menguruskannya setelah boleh membawa kepada kementerian untuk kita mengambil tindakan yang diperlukan. Berkenaan apa Yang Berhormat bertanya berkenaan kalau seorang anak dilahirkan di luar negara, seharusnya dia tidak patut menimbulkan masalah kalau dia didaftarkan di suruhanjaya ataupun kedutaan. Apabila dia tidak mendaftar di bawah kedutaan apabila dia membawa pulang, maka pada ketika itu kita mesti mengambil langkah untuk memberikan mereka kedudukan sama ada permanent residence ataupun kerakyatan, dia mengambil masa sedikit, terima kasih.

Tiki anak Lafe (Tekhee) SPDP · BNMas Gading · question

9. Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe [Mas Gading] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kemajuan terkini Kolej Komuniti di seluruh negara dari segi kemudahan pembelajaran, tenaga pengajar, penerimaan masyarakat ‘relevancy’ kursus yang diajar, employability graduan dan adakah mekanisme digunakan untuk memastikan program ini tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 37 buah Kolej Komuniti induk dan 19 buah Kolej Komuniti cawangan di seluruh negara. Kolej-kolej yang beroperasi di premis kekal mempunyai kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti bilik, dewan kuliah, bengkel dan makmal komputer.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Kluang

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan beberapa Kolej Komuniti akan dinaiktarafkan dengan pembinaan asrama pelajar, pusat sukan, kelengkapan keselamatan dan pembekalan perabot terbina. Pada masa ini terdapat seramai 1,127 tenaga pengajar tetap yang berkelayakan dalam pelbagai bidang dengan kelulusan peringkat diploma hingga ke sarjana sedang berkhidmat di kolej komuniti seluruh negara. Manakala pada sesi pengajian Julai 2008 jumlah enrolmen pelajar ialah seramai 17,082 orang. Bilangan ini menunjukkan penerimaan masyarakat yang semakin bertambah seiring dengan bilang permohonan ke kolej komuniti iaitu 24,272 pada 2006. 43,724 pada 2007 dan 49,401 pada 2008. Di samping itu sehingga 31 Ogos 2008 seramai 307,682 orang telah menyertai kursus pendek di bawah program pembelajaran sepanjang hayat yang diperkenalkan sejak tahun 2002. Sebanyak 33 program pendidikan dan latihan dalam bidang teknik dan kemahiran sedang dijalankan di Kolej Komuniti. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lepasan sekolah menengah untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang teknologi perniagaan dan perkhidmatan industri. Dari jumlah ini, 11 program merupakan program peringkat diploma yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan Work Based Learning (WBL) dengan izin khusus untuk lulusan sijil Kolej Komuniti. Program WBL mewajibkan pelajar menjalankan latihan pekerjaan selama setahun di tempat kerja. Program ini dibangunkan secara kolaboratif dengan pihak industri bagi membantu lulusan kolej komuniti mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian. Kajian Pengesahan Graduan 2007 menunjukkan 75% daripada 4,367 responden iaitu 3,275 orang telah menyertai pasaran kerja. Di mana 70% bekerja dengan sektor swasta 16% membuat pengusahaan sendiri, 7% dalam sektor awam dan selebihnya dalam syarikat berkaitan kerajaan dan sebagainya. Seramai 960 atau 22% telah memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi meninggalkan hanya 3% atau 132 orang yang memilih untuk tidak menyertai pasaran kerja ataupun melanjutkan pengajian atas sebab-sebab tersendiri, sekian.

Datuk Dr. Tiki anak LafeSPDP · BNMas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu baik tadi. Jadi tahniah kepada kementerian. Namun demikian ini soalan spesifik, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kolej komuniti di kawasan saya telah diluluskan pada tahun 2001 dan kursus telah bermula pada tahun kemudian. Namun demikian kolej komuniti itu masih lagi menumpang di sebuah sekolah teknik dan masalah yang mereka hadapi adalah dari segi ruang. Sehingga mereka tidak dapat memperkenalkan kursus-kursus yang baru dan mereka hanya sehingga hari ini hanya dapat menjalankan kursus-kursus yang berkaitan dengan komputer, yang asas sahaja. Hasilnya anak-anak atau bakal pelajar daripada kawasan saya dan juga daripada kawasan Tuan Yang di-Pertua menghadapi masalah dari segi memilih kursus dan juga oleh kerana jauh dari kawasan Mas Gading, kawasan saya dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menanyakan apakah garis panduan atau kriteria-kriteria yang digunakan oleh kementerian bagi mendirikan kolej-kolej komuniti ini khususnya kampus induk yang merupakan kemudahan yang terpenting bagi memastikan program aktiviti yang dijalankan oleh kolej-kolej komuniti ini betul-betul memberi manfaat kepada masyarakat. Sekian.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat untuk Kolej Komuniti Mas Gading kapasiti asal yang sebenarnya ialah 600 pelajar tetapi enrolmen semasa hanya 127 dan nampak banyak ruang lagi kita boleh usahakan supaya pelajar dapat ditambahkan lagi. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kalau ikut rancangan KPT memanglah satu bangunan tetap akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga kriteria utama yang diambil kira untuk mendirikan satu kolej komuniti termasuklah:

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

(i) jumlah bilangan penduduk; (ii) jumlah bilangan pusat atau institusi latihan kemahiran awam yang terdapat di kawasan berkenaan; (iii) tahap kapasiti institusi-institusi berkenaan; (iv) pembangunan dan aktiviti industri setempat; (v) potensi bilangan pelajar; dan (vi) mempunyai peruntukan. Sekian.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah graduan-graduan daripada kolej komuniti dan kolej-kolej lain ini mempunyai teknikal skil yang diterima baik oleh employers khususnya dipihak industri. Cuma di antara rungutan yang agak kuat yang dibangkitkan oleh mereka ialah tentang penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Tidakkah kementerian bercadang untuk memberikan penekanan kepada pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin khususnya sekarang ini supaya pelajar-pelajar kita yang keluar daripada kolej komuniti mendapat peluang yang lebih baik untuk menyesuaikan diri mereka dalam alam pekerjaan ini, terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat KPT memang prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Tapi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga sebenarnya kursus-kursus yang dijalankan di kolej komuniti kesemuanya adalah berasaskan kepada permintaan dan keperluan setempat. Di samping itu ianya juga adalah menurut permintaan guna tenaga negara. Ini merupakan di antara inti pati kejayaan graduan kolej komuniti berjaya mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Jadi kolej komuniti ini memang dia berbeza dengan universiti ataupun institusi yang lain. Dia memang untuk melatih pelajar supaya mereka dapat dilatih semula dan juga kelulusan yang diminta pun tidak setinggi seperti mereka yang masuk ke universiti. Hanya lulus dalam bahasa Malaysia sudah boleh masuk dalam kolej komuniti untuk kursus jangka panjang. Sekian, terima kasih.

Zuraida binti KamaruddinPKR · PHAmpang · question

10. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada kementerian itu bersedia membekalkan komputer riba berkos rendah secara percuma seperti projek One Laptop Per Child (OLPC) yang dibuat oleh negara maju bagi menggalakkan penguasaan ICT di kalangan pelajar.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, cadangan untuk membekalkan komputer seperti konsep One Laptop Per Child merupakan satu idea yang sangat baik dan bermanfaat kepada murid-murid. Namun buat masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia belum bersedia untuk membekalkan komputer riba berkos rendah secara percuma kepada semua murid-murid sekolah berikutan peruntukan tinggi yang diperlukan bagi tujuan ini. Anggaran kos bagi sebuah komputer riba berkos rendah tanpa kos perisian adalah sekitar RM1,000 dengan jenama yang terhad di pasaran Sekiranya komputer ini dibekalkan kepada 5.43 juta orang murid, amount yang akan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah melebihi RM5.43 bilion.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Walau bagaimanapun, KPM sedang mengkaji kesesuaian konsep One Laptop Per Child (OLPC) menerusi program perkongsian pintar MOE iaitu Intel School Adoption

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Project. Input bagi kesesuaian dan keberkesanan program ini secara menyeluruh hanya akan dapat dinilai sepenuhnya apabila program ini tamat pada tahun 2010 nanti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akses komputer kepada murid pada masa sekarang adalah pada kadar 1:40. Sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP KPM 2006 hingga 2010 adalah 1:20. Bagi merapatkan nisbah ini, pelbagai usaha telah dilakukan dan dirancang seperti membaiki dan menambah kemudahan akses komputer di sekolah.

Memandangkan program makmal komputer yang lepas yang telah dilancarkan oleh kementerian, saya rasa adalah satu kegagalan yang besar. Dengan adanya laporan audit negara menunjukkan bahawa kehilangan sebanyak RM9.56 juta peralatan program tersebut, saya jangka kementerian harus membuat satu perancangan yang lebih teliti apabila ingin melancarkan program One Lab One Computer ini dan juga mungkin untuk mempercepatkan lagi mengambil contoh di barat yang mana mereka buat joint venture dengan syarikat-syarikat swasta untuk memberikan laptop-laptop ini kepada penuntut-penuntut di Malaysia. Memandangkan bajet yang dibentangkan untuk pendidikan adalah sebanyak RM37 bilion, jadi saya kira kementerian harus cuba meningkatkan program ini secepat mungkin. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tentang makmal komputer, sebenarnya kita mengakui bahawa akses komputer itu adalah satu perkara penting bagi pelajar dan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah pemantapan apa yang telah disebutkan dan kita menerima baik apa juga teguran atau komen daripada Laporan Audit Negara. Berbalik kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, bukan sekadar RM5.43 bilion yang dibelanjakan sekali one-off, ianya oleh sebab hayat komputer itu, penggunaan itu mungkin dalam dua tiga tahun. Maka setiap kali penggantian itu juga perlu dibuat. Kita mengambil kira faktor itu juga tetapi tidak bermakna kalau kita membekalkan satu laptop kepada pelajar, sekadar itu yang kita akan bagi. Dari segi perisiannya, bagaimana kita hendak buat. Sebab itulah Kementerian Pelajaran, kita telah mengadakan usaha sama dengan Syarikat Intel dan Oracle dan dua memorandum understanding telah dibuat. Oleh sebab saya telah menyatakan bahawa ini masih lagi dalam fasa, baru habis fasa pertama usaha sama KPM dengan Intel dan ada pula tindakan susulan yang sedang diambil. Kita hanya mengambil sepuluh sekolah secara rintis dan bagaimana kita memperkenalkan e-Pembelajaran dan juga dari segi kita melatih guru-guru kita. Kita juga dalam projek rintis itu memberikan sebuah komputer kepada seorang pelajar. Bermakna kita hendak tengok bukan sekadar kita bekalkan hardware. Dari segi perisian juga kita kena bagi perhatian. Di samping itu untuk makluman Yang Berhormat, SchoolNet yang kita bekalkan ialah 97.85 tidak kira di mana pelosok di Malaysia dan kita telah bekalkan dengan belanja RM93 juta. Ini menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelajaran dalam soal ini dan oleh sebab masih lagi tertakluk kepada kekangan kewangan, maka saya rasa dari semasa ke semasa kita mencari alternatif dengan penglibatan pihak swasta, dengan itu juga dapat kita merealisasikan hasrat yang sama. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya tidak nampak Yang Berhormat di belakang berdiri tadi, itulah bagi Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya bersetuju bahawa komputer merupakan satu perkara yang penting dalam zaman ini tetapi sekiranya pelajar ini belum tahu membaca, jadi saya rasa komputer ini tidak banyak berguna. Ini kerana apabila hendak guna untuk research atau buat apa-apa, dia mesti tahu membaca dulu. Jadi saya hendak mendapatkan pendapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rasionalnya kita adakan kelas komputer di banyak sekolah dari pelajar darjah satu sampai ke darjah enam. Saya rasa ramai di antara mereka sekurang-kurangnya ada 20% pelajar yang tidak dapat membaca. Jadi apakah rasional untuk mereka belajar komputer juga? Seperti di banyak sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, mereka membayar untuk belajar kelas komputer. Ini juga berkaitan dengan cyber cafe yang kita katakan cyber cafe tidak sepatutnya berada

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

berdekatan sekolah kerana mereka ponteng sekolah untuk pergi ke cyber cafe untuk bermain game komputer. Jadi banyak cyber cafe ini ialah untuk game komputer bukan untuk go on the net ataupun gunakan untuk mendapatkan maklumat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, soalan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi apakah pendirian, apakah kementerian akan buat ke atas permit untuk cyber cafe dan juga kelas komputer untuk pelajar-pelajar yang belum mahir dalam membaca?

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, nampaknya banyak soalan dalam satu soalan tadi. Pertama, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat, komputer itu penting sebagai satu akses kepada pendidikan, tetapi mungkin Yang Berhormat kena bezakan. Kadangkala dalam syllabus kita, sukatan pelajaran kita, kita telah menetapkan mata pelajaran yang diajar dan ada SJK(C) yang mengambil inisiatif untuk mereka mengadakan tambahan kelas komputer. Itu yang sedang berlangsung atau sedang dilakukan di SJKC. Itu adalah atas usaha PIBG sekolah masing- masing dan ianya telah dilancarkan di sekolah agak lama juga dan kita tidak melarang penglibatan PIBG dalam soal ini. Kedua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat tadi yang menyatakan ada yang tidak boleh membaca bagaimana mereka menjadi celik komputer. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada program berasingan. Di bawah Kementerian Pelajaran sekarang, kita ada program KIA 2M secara khusus untuk kita membimbing dan mengadakan pemulihan kepada pelajar-pelajar yang lemah supaya mereka boleh membaca dan menulis. Itu adalah secara khas. Di samping itu bagi pelajar yang above average, nampaknya mereka tidak ada masalah dari segi mereka surf net dan sebagainya, itu tidak menjadi masalah. Maka kita kena seiring dengan zaman, peredaran zaman ini begitu cepat dan kita lakukan itu supaya kita tidak ketinggalan. Berbalik kepada soalan cyber cafe Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat itu adalah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menggalakkan apa jua akses komputer yang sihat, yang tidak ada unsur-unsur negatif, itu kita sokong. Akan tetapi bagi apa-apa masalah untuk melibatkan perjudian dan sebagainya itu nampaknya bukan bidang kuasa kami. Apatah daya kita dari sudut Kementerian Pelajaran. Saya mencadangkan Yang Berhormat boleh bawa perkara ini kepada, kalau berlaku di Pulau Pinang berjumpa dengan Ketua Menteri. Itu bidang kuasa kerajaan negeri dan juga kepada jabatan-jabatan atau pihak berwajib. Terima kasih.

Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian · question

11. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah peratusan syarikat pengeksport bumiputera, bidang-bidang perniagaan utama yang terlibat dan apakah langkah-langkah berkesan bagi jangka masa pendek dan panjang untuk menambah secara berlipat ganda jumlah pengeksport bumiputera.

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan maklumat yang terdapat di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia iaitu MATRADE, sebanyak 2,839 ataupun 26.6% syarikat yang berdaftar adalah milik bumiputera. Bilangan ini termasuk syarikat yang telah mengeksport keluaran mereka dan juga syarikat yang belum mengeksport tetapi berminat dan berkeupayaan untuk mengeksport. Antara bidang utama di mana syarikat pengeksport bumiputera terlibat ialah sektor makanan dan minuman yang berasaskan pertanian, kraf, perabot, pakaian dan aksesori, farmaseutikal, dandanan diri, kosmetik serta peralatan dan komponen automatif. Bagi membangunkan pengeksport bumiputera, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui MATRADE telah menganjurkan pelbagai program dan

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

aktiviti. Antaranya ialah program pembangunan pengeksport bumiputera, BEDP yang dirangka khusus bagi membimbing dan membangunkan pengeksport bumiputera untuk menerokai pasaran antarabangsa. Di bawah program ini, pengeksport bumiputera diberi bimbingan secara intensif selama tiga tahun dengan diberikan pendedahan serta tunjuk ajar dalam pelbagai aspek perniagaan eksport.

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Ia mensasarkan pembangunan dan peningkatan dari segi pengetahuan dan kemahiran supaya pengeksport bumiputera mampu serta berkeyakinan untuk bersaing di pasaran dunia yang kompetitif. Sehingga 31 Julai 2008 sebanyak 58 syarikat pengeksport bumiputera telah mendapat faedah daripada program ini. Tuan Yang di-Pertua, dari segi skim bantuan kewangan pula kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti berikut:- (i) geran pembangunan pasaran disediakan khusus untuk enterprise kecil dan sederhana (IKS) termasuk pengeksport bumiputera bagi membiayai kos promosi dan pembangunan pasaran eksport seperti penyertaan di pameran antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan dan misi pemasaran khusus; (ii) geran promosi jenama (BPG) pula disediakan untuk membantu syarikat IKS termasuk pengeksport bumiputera membiayai sebahagian daripada kos membangun serta mempromosikan jenama produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa. Syarikat yang layak boleh memperoleh bantuan sehingga maksimum RM2 juta bagi satu jenama sahaja. Sehingga 31 Julai 2008 sebanyak 11 atau 17.1% syarikat pengeksport bumiputera telah berjaya mendapatkan BPG berjumlah RM20.77 juta; dan (iii) dana eksport perkhidmatan iaitu SEF. Ianya bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat perkhidmatan dan profesional termasuk syarikat bumiputera bagi membiayai kos membida projek-projek di luar negara, menjalankan kajian kemungkinan feasibility study bagi projek-projek di luar negara dan mempromosikan perkhidmatan profesional di luar negara. Sehingga 31 Julai 2008 sebanyak 161 iaitu 34% syarikat pengeksport perkhidmatan bumiputera telah mendapat faedah dari dana eksport perkhidmatan ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menganjurkan kegiatan langkah-langkah promosi eksport yang melibatkan aktiviti-aktiviti berikut: (i) pameran perdagangan antarabangsa di luar negara melibatkan lebih dari 30 negara di timur, barat, di selatan Asia, Amerika Syarikat, Asian dan European Union (EU). Sehingga 31 Julai 2008 sebanyak 517 iaitu 14% syarikat pengeksport bumiputera telah menyertai pameran antarabangsa luar negara; (ii) pameran perdagangan antarabangsa di dalam negara iaitu Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) dan, International Trade yang disebutkan INTRADE juga diadakan. Semenjak MIHAS dilancarkan pada tahun 2004 hingga 2008 sebanyak 446, iaitu 41% syarikat pengeksport bumiputera telah menyertai MIHAS sebagai pemama exhibitors, manakala bagi INTRADE yang dilancarkan pada tahun 2007 sebanyak 63 syarikat pengeksport bumiputera telah menyertai INTRADE sebagai pemama; (iii) misi perdagangan dan pelaburan di pasaran yang berpotensi dan telah kukuh iaitu misi jualan khusus bagi sektor perkhidmatan terutamanya dalam bidang kesihatan,

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

perkhidmatan, ICT, pendidikan, pembinaan dan perkhidmatan lain yang berkaitan; (iv) kaunter promosi di pasaran-pasaran baru di luar negara di mana penyebaran maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan Malaysia dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pembeli dan pengguna di luar negara; (v) promosi di stor dan juga di incoming buying mission. Begitu juga seminar dan bengkel bagi meningkatkan pengetahuan dan keupayaan syarikat bumiputera di bidang eksport. Sehingga 31 Julai 2008 sebanyak 11,484 iaitu 44.6% syarikat pengeksport bumiputera telah menyertai program latihan yang telah dianjurkan oleh MATRADE. Antara tajuk yang diliputi termasuk penjenamaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, panjang jawapan itu.

...peraturan perdagangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Panjang Yang Berhormat.

Kerana ini amat penting Tuan Yang di-Pertua. Tidak banyak lagi. Satu paragraph sahaja. Kualiti produk, pembiayaan eksport dan maklumat terkini pasaran dan perjanjian perdagangan bebas (FTA). Maklumat dan informasi terkini mengenai pasaran dan perdagangan melalui pangkalan data pengeksport Malaysia, perpustakaan perniagaan bahan-bahan terbitan, laporan pasaran, laporan kajian barangan, pangkalan data serta berita online dan laman web MATRADE. Penubuhan pusat pameran eksport Malaysia di Kuala Lumpur dan di luar negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenis dan kualiti keluaran dan jenama barangan Malaysia. Para pengeksport termasuk syarikat bumiputera adalah dipelawa untuk mengambil bahagian di dalam pameran tetap ini bagi mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan mereka di pasaran antarabangsa, dan akhir sekali pusat pameran eksport Malaysia di luar negara sehingga 31 Julai 2008 sebanyak 196 iaitu 17.59% syarikat pengeksport bumiputera telah menyertai misi perdagangan antarabangsa luar negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih atas jawapan panjang lebar oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah ada jawapan, soalan lagi Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Ada soalan lagi. Apakah punca tidak ramai pengeksport bumiputera ini cuma 26% sahaja sedangkan penduduk bumiputera 66%. Bagaimana cara untuk mengatasinya menambah bilangannya terutama di luar bandar dan adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan program kerjasama tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera dari segi pengeksport untuk menambah bilangan. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan tersebut. MITI telah mengadakan beberapa program yang mengikut program yang dijalankan oleh MATRADE dan juga MIDA di mana beberapa program, iaitu yang disebutkan MATRADE outreach program telah dijalankan. Program ini bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Setiap syarikat dibiayai oleh MATRADE untuk menyertai tiga aktiviti galakan iaitu, pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan dan misi pemasaran setiap tahun selama tiga tahun. Jadi kriteria ini termasuklah beberapa kriteria

iaitu jumlah jualan kurang dari RM25 juta, 50% milik bumiputera, begitu juga bilangan pekerja kurang dari 150 orang. Jadi MATRADE menanggung perbelanjaan untuk syarikat menyertai aktiviti-aktiviti seperti berikut ini amat baik sekali memberi peluang kepada syarikat bumiputera kita yang ingin mengeksportkan produk-produk mereka menerusi pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan dan misi pemasaran seminar yang dikendalikan oleh MATRADE, pameran produk di Malaysia, export exhibition centre di luar negara dan juga di dalam negara. Semua ini ialah dijalankan sebagai satu outreach program untuk membantu pengeksport bumiputera yang sekarang ini, yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi mungkin belum mencukupi lagi. Jadi kita berharap dengan adanya program yang seperti ini kita dapat meningkatkan lagi penyertaan bumiputera kita dalam bidang pengeksport ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Yang Berhormat memberitahu tadi bahawa sekitar 26% sahaja syarikat-syarikat pengeksport ini di kalangan bumiputera.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Adakah di dalam 26% itu mereka benar-benar dimiliki sepenuhnya oleh golongan bumiputera ini ataupun adakah dalam maklumat kementerian Yang Berhormat bahawa syarikat ini dialibabakan? Ini soalan tambahan saya.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk kita classify syarikat tersebut tetapi yang penting sekali ialah kriteria yang 51% hak milik bumiputera itu. Jadi kita pun tahu bahawa dalam usaha kita menjalankan mempromosikan syarikat bumiputera ini menjalankan kegiatan mereka, kita rasa memang semua kriteria atau kelayakan itu memang kita tetap ambil apabila kita memberi bantuan ataupun bimbingan kepada mereka. Sekian, terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1). Dengan izin, sekali lagi saya bangun untuk minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya telah masukkan usul 18(1) untuk membincangkan isu bagaimana Duta Malaysia ke Serbia, Dato’ Saw Ching Hong telah diusir oleh negara bekas Yugoslavia iaitu negara Serbia kerana isunya mengiktiraf negara Kosovo. Saya melihat trend pejabat Speaker menolak usul ini dalam kamar ini nampaknya tidak sihat dan telah ramai Ahli Yang Berhormat yang telah berdiri di sini memohon supaya dipertimbangkan setidak-tidaknya Speaker mengizinkan usul ini dibaca pada pagi ini. Apa salahnya? [Tepuk] Kalau tidak diizinkan pun, kami akan bangkit untuk menggunakan peraturan ini. Isu ini saya rasa kalau hanya kita menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(3), tidak perlu disegerakan, bagi kami pengusiran duta kita keluar daripada negara Serbia ini di atas isu Kosovo sangat penting. Ini maruah negara, ini integriti negara. Seorang duta dihalau keluar begitu sahaja dan alasan yang diberikan tidak perlu disegerakan. Saya rasa ini trend yang tidak sihat bagi Parlimen Malaysia yang menolak usul dalam kamar. Saya mohon penjelasan Tuan Speaker supaya trend ini dikaji. Ini rayuan kami. Jadi kami hendak menggunakan peraturan mana lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ini negara kita. Maruah negara kita yang saya rasa perlu kita pertahankan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada empat penjelasan yang saya

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

harap Yang Berhormat boleh terima. Kedua, Yang Berhormat mengatakan tadi bahawa minta keputusan jangan dibuat dalam chamber dan dibawa ke sini, saya akan bincang dengan Speaker pasal usul-usul yang lain. Yang satu ini, Yang Berhormat, keputusan telah dibuat dan saya tidak boleh menarik balik, Yang Berhormat ya. Kita ada peraturan dan boleh digunakan peraturan-peraturan yang ada untuk mengatasi masalah secara peraturan itu sendiri. Jadi, penjelasan yang saya sebut di sini ialah negara Malaysia masih hendak berbaik-baik dengan semua negara seluruh dunia termasuk dengan Serbia, Yang Berhormat. Kedua, perhubungan diplomatik Malaysia dengan Serbia ini masih wujud, Yang Berhormat, walaupun duta kita diusir keluar sebagaimana Yang Berhormat telah sebutkan tadi. Ketiganya, kita tidak mahu memutuskan ataupun berpatah arang dengan Serbia sebagai negara yang mempunyai prinsip hendak berbaik-baik dengan seluruh dunia. Jadi kalau perkara ini dibawa ke Parlimen, Yang Berhormat, dengan sendirinya perkara itu akan digembar-gemburkan di negara lain bahawa kita telah berbincang di peringkat Parlimen, bukan sahaja di peringkat pentadbiran ataupun peringkat kementerian. Jadi ini kita hendak cuba elakkan. Itulah kenapa perkara ini tidak dibenarkan dan dibaca dalam chamber, Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Speaker, minta maaf Tuan Speaker. Saya rasa bahawa isu ini sangat penting, sepatutnya dibincangkan di Parlimen, bukan di medan yang lain. Kita bukan hendak memutuskan di sini untuk putus hubungan ataupun tidak, tetapi yang pentingnya isu itu mesti diperbincangkan, menunjukkan keprihatinan kita, kecintaan kita kepada negara Malaysia. Kita tidak boleh biarkan orang boleh buat sewenang-wenang kepada wakil negara kita, duta kita. Saya rasa tidak timbul isu kalau mungkin ada cadangan untuk mengatakan putus hubungan, tetapi bukan dapat diputuskan dalam Dewan Parlimen tetapi kita akan mintalah pendapat dan pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen apa yang harus kita lakukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Dalam Kementerian Luar Negeri, saya cadangkan Yang Berhormat bangkitkan perkara ini dan insya-Allah kita akan bagi peluang kepada Yang Berhormat untuk bercakap. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Speaker...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Majlis... Ya, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Speaker, saya rujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 November dan saya rujuk kepada muka surat 96. Ini ada dicakap oleh menteri itu, “Apabila panel iaitu tribunal membuat keputusan dan mendapati bahawa mereka ada melakukan kesilapan, jadi apa yang berlaku, mereka bukan dipecat, mereka diberhentikan awal.” Ini adalah mengenai Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan Suleiman dan Dr. George Seah. Apa yang dikatakan oleh menteri dalam Dewan yang mulia ini adalah satu perkara yang tidak benar, satu pembohongan besar kerana apa yang sudah terjadi adalah pada 28 Oktober, ini ada dilaporkan dalam The Malayan Law Journal, “The Lord President of Malaysia, Tun Salleh Abas was dismissed from his office on 8 August 1988,” dan mengenai dua hakim yang lain yang ada dipecat dan ini pun ada dalam majalah The Malayan Law Journal bagi Yang Arif Tan Sri Wan Suleiman, “The tribunal by majority recommend that Y.A. Tan Sri Wan Suleiman be removed from office.” iaitu dipecat daripada jawatannya. Bagi Yang Arif Dato’ George Seah, “Three members of the tribunal or the discharge has been established and among misbehavior recommend that Yang Arif Dato’ George Seah be removed from office.”

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Apa yang dikatakan oleh menteri itu dalam Dewan yang mulia ini pada 6 November adalah satu kenyataan yang tidak benar dan oleh itu melanggar Peraturan Masalah 36(12). Saya baca itu, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan...” – dalam perkataan mengelirukan termasuk memesongkan Dewan – “...disifatkan sebagai menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Tuan Speaker, saya ada beri dengan umum bahawa saya akan membangkit perkara ini dalam Dewan yang mulia ini hari ini tetapi menteri itu tidak berani untuk hadir hari ini. Saya mahu dapat satu ruling....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Jika apa yang dikatakan oleh menteri itu adalah tidak benar, satu perkara yang tidak berasas itu bermakna dia melanggar dengan peruntukan 36(12) dan harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah mendengar point of order yang dibangkit oleh Yang Berhormat dari Bukit Gelugor dan saya juga terpaksa berhati-hati Yang Berhormat sebab kalau Yang Berhormat melihat track record saya, saya jarang membuat keputusan begitu sahaja. Saya akan buat penyelidikan dahulu sebelum saya membuat keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi, bagi saya peluang dua atau tiga hari untuk mendapat butiran-butiran bukan sahaja daripada lejar-lejar yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tetapi juga melihat apakah sebenarnya keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan pada ketika itu. Jadi dengan itu nanti, boleh saya memberi penjelasan yang lanjut dan kalau kita tidak terima baru kita membuat keputusan Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat, terima kasih.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PERBEKALAN 2009 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PERBEKALAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] - Maksud P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2009] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Kepala Bekalan B.10 hingga B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Sila Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, saya akan tumpukan B.1020300. Ini mengenai kemelut ekonomi yang melanda negara akibat dari kegawatan ekonomi dunia. Saya mencadangkan agar Kementerian Kewangan mengambil satu sikap lebih terbuka untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang diambil itu tidak hanya bermaksud menyelamatkan syarikat-syarikat teman atau kroni tetapi untuk merencana satu program ekonomi yang menyeluruh dengan mengambil kira semua pandangan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita telah mengusulkan supaya program pemulihan ini harus mengambil kira pandangan daripada pelbagai kalangan, mempertahankan usaha memacu pertumbuhan tetapi menjamin supaya pengagihan ekonomi terutama bagi rakyat miskin baik di bandar terutamanya di desa dan pendalaman diberikan perhatian. Setakat ini Kementerian Kewangan khususnya Menteri Kewangan tidak sama sekali mengambil kira pandangan luar dari kelompok tertentu tidak seperti yang pernah diusahakan sebelum ini. Perkara berikut ialah 30200 mengenai PERWAJA. Saya ada menyentuh dalam perbahasan yang lalu, tetapi saya ingin menambah satu hal yang dikira mendesak. Saya telah mendapat maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Akaun Awam Bagi Tahun 2007. Tuan Pengerusi, Kementerian Kewangan pada 13 September 1998, ini menarik untuk dibangkitkan semula kerana pemecatan saya hanya dua minggu sebelum itu. Sebaik sahaja saya dipecat, maka kerajaan, Kementerian Kewangan telah meluluskan semua hutang kumpulan PERWAJA yang kami tahan di Kementerian Kewangan supaya dapat diadakan penelitian berdasarkan Laporan Ketua Audit PricewaterhouseCoopers. [Tepuk] Jadi ini meyakinkan saya bahawa langkah tersebut ada muslihatnya dan apa yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan pada 13 September 1998 bagi meluluskan semua hutang Kumpulan PERWAJA yang ditukarkan ke dalam bentuk geran daripada kerajaan dari tahun 1998 hingga tahun 2007. Ini sesuatu kerja bailout yang akan menjahanamkan kedudukan kewangan ekonomi negara. Laporan Ketua Audit Negara menyarankan supaya peruntukan tujuan ini perlu disediakan kerana sumber pembiayaan pinjaman adalah daripada Kumpulan Wang Amanah. Sehingga akhir tahun 2007, tunggakan bayaran balik pinjaman bagi syarikat tersebut berjumlah hampir RM4 bilion. Jadi, kerajaan sehingga kini belum memberi penjelasan mengapa saranan Ketua Audit Negara agar menyediakan peruntukan dan dibentangkan di dalam Parlimen, belum dilakukan, kerana jumlah ini adalah jumlah daripada Kumpulan Wang Amanah Negara. Perkara berikut di bawah tajuk yang sama ialah mengenai isu penjana tenaga bebas. Perkara ini dibangkitkan dan ia membebankan rakyat kerana kerajaan tidak bersedia untuk berunding semula dengan IPP yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda sementara rakyat diminta bayar harga petroleum dengan kadar yang tinggi. Syarat-syarat perjanjian IPP diingkari dan wang TNB digunakan untuk membeli tenaga dari IPP walaupun syarat-syarat itu diingkari. Alasan kerajaan, hormat perjanjian. Sebenarnya hormat syarikat gergasi dan tidak ada keberanian pihak kementerian khususnya menteri untuk berhadapan dengan syarikat besar walaupun perjanjian itu nyata merugikan rakyat dan pengguna.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Boleh mohon penjelasan? Terima kasih Tuan Pengerusi. Di dalam jawapan Yang Berhormat Menteri sebelum ini, ada disebutkan bahawa sekarang ini TNB dan juga syarikat IPP ini dibenarkan berunding semula untuk menyemak kembali segala perjanjian yang ada itu. Jadi, tidakkah kita boleh menunggu sebentar daripada hasil perbincangan itu? Ini bermakna maksudnya bahawa kerajaan cukup prihatin terhadap isu yang berbangkit ini. Jadi, kita tunggulah hasil dari perbincangan tersebut.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat dari Batu Pahat, agak lumayan dan senang, boleh tunggu 10 tahun. Akan tetapi rakyat miskin di desa tidak sanggup tunggu dan terpaksa membayar setiap bulan. Itu bezanya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Janganlah cakap begitu. Saya bertanya dalam keadaan yang...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, saya jawab pun dalam keadaan yang baik supaya fakta itu difahami. Kita...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya ingin mengingatkan bahawa perbahasan pada peringkat Jawatankuasa ini...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kementerian Kewangan, butirannya adalah seperti...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, saya sudah baca butirannya, 30020 termasuk IPP. PERWAJA sudah saya sebut. Ini termasuk isu IPP kerana ini melibatkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan sentuh peringkat perbahasan pada isu-isu dasar.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini tidak dasar Tuan Pengerusi iaitu perjanjian IPP ini kerana melibatkan kos.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, baik.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat tadi kerana mengingatkan saya supaya menekankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Laporan Ketua Audit Negara ini menyebut di antara lain: (i) tidak ada bukti yang menunjukkan laporan status operasi dan penyelenggaraan bulanan dan penyata kewangan tahunan penjana tenaga bebas digunakan oleh kementerian bagi melaksanakan fungsi kawal selia yang berkesan seperti mana yang ditetapkan di dalam Piagam Pelanggannya. Benar, kita sedang berunding. Akan tetapi selama manakah kita harus berunding? Lima tahun, sepuluh tahun lagi? Perundingan selalunya menyebabkan kita kalah bila berhadapan dengan syarikat-syarikat besar; (ii) tidak ada bukti menunjukkan account maintenance reserve yang diselenggara oleh Sigari Allergy Ventures Sdn. Bhd., Teknologi Tenaga Perlis Konsortium dan TNB Jana Manjung, semakan Jawatankuasa Kewangan Penjana Tenaga Bebas yang terlibat mendapati maklumat berhubung penyelenggaraan akaun ini tidak didedahkan. Ini satu perkara yang cukup serius. Pematuhan kepada syarat perjanjian penting bagi menjamin dana yang dapat membiayai kos penyelenggaraan bagi setiap masa;

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

(iii) semakan terhadap penyata kewangan YTL Power Generation dan Panglima Power Sdn. Bhd. bagi tahun 2005 mendapati ada pembelian peralatan penjanaan loji tenaga dibuat melebihi had nilai ditetapkan dan tidak dapat dipastikan sama ada maklumat lengkap berhubung pembelian aset berkenaan ada dikemukakan oleh penjana bebas terlibat kepada Suruhanjaya Tenaga seperti mana dikehendaki di dalam syarat lesen;

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

(iv) dari bulan September hingga Disember 2005 YTL Power Generation telah membekalkan tambahan tenaga berjumlah 174.4kwj berdasarkan pesanan faksimile dan secara ad hoc didapati bekalan tambahan ini tidak termasuk dalam syarat perjanjian. Maknanya syarat perjanjian bekalan yang dihadkan tidak dipatuhi. Ini Tuan Pengerusi hanya sebahagian pelanggaran perjanjian yang dilakukan hingga akhir tahun 2005. Oleh yang demikian jaminan kerajaan untuk mengkaji semula itu tidak harus dilakukan sekadar menyenangkan habuan telinga rakyat tetapi ternyata tidak memberi kesan yang sesungguhnya kerana selagi perjanjian ini tidak diperbetulkan dan IPP tidak dituntut supaya patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan, beban akan terus ditanggung oleh rakyat. Secara rumusan, kesimpulannya, saya ingin menyentuh oleh kerana Menteri Kewangan kedua pun hadir. Terima kasih. 20400 - Saya bangkitkan tentang peruntukan PERDA yang terlalu kecil tidak munasabah. War-war nak tolong bumiputera, ini hebat sekali, tetapi kalau tengok peruntukan bumiputera Pulau Pinang, ternyata hampas sahaja. Kedua, ialah tentang kedudukan kelima-lima negeri yang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Menteri Kewangan Kedua harus sedar bahawa dia pun dari Pulau Pinang mewakili kawasan Parlimen Tasek Gelugor. Jangan dianggap remeh usaha menjamin pembangunan negeri-negeri ini dan oleh kerana negeri-negeri ini memilih dan berdasarkan kebijaksanaan pengundi-pengundi memilih Pakatan Rakyat janganlah mereka dihukum. Kami bagi jaminan seperti mana yang dilakukan lima-lima negeri ini, bahawa kawasan- kawasan yang tidak memilih calon Pakatan Rakyat masih tetap diberi pembelaan. Itu bezanya pendirian kami berbanding Kerajaan BN. [Tepuk] Oleh yang demikian, saya ingin menekankan supaya kelulusan projek ini diteliti semula. Bukan sahaja khusus kepada PERDA tetapi juga di Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa tajuk B.10 sehingga B.12. Pertamanya tentang pengurusan penganalisisan ekonomi muka surat 169, butiran 02000. Pertamanya rating terkini yang diberikan oleh badan-badan penarafan antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti S&P dan Moody, kita hendak tahu apakah kedudukan kita terutama dengan defisit kita yang semakin melebar. Kalau dulu kita hanya menjangka dalam 3.6% tetapi sekarang kita telah berada pada 4.8%. Walaupun ianya di bawah threshold, rate of sum ataupun di bawah piawaian benchmark antarabangsa 5% tetapi perkara ini kita bimbang akan terus melebar. Keduanya krisis Tahun 1997 yang berpunca di Asia Tenggara yang berpunca daripada tertumpu pada serangan ke atas nilai mata wang. Krisis kali ini yang bermula di USA telah meranapkan sistem ekonomi itu sendiri. Yang terakhirnya, kita dapat baca bahawa tiga buah bank, yang pertamanya Bear Sterns, Lehman Brothers dan Merilyn Lynch. Ketiga-tiga bank ini adalah dengan izin Tuan Pengerusi, amongst the top 5 investment bank in the world collapse in within months. Jadi hanya dua sahaja bank sekarang survive kerana mendapat suntikan daripada kerajaan.

Keadaan ini telah berjangkit ke Eropah dan Asia serta Jepun yang terakhirnya di negara China kita baca daripada satu jurnal lebih daripada 1,500 kilang pembuatan terpaksa gulung tikar. Sebenarnya negara kita telah pun mendapat bahangnya melalui pertumbuhan eksport yang lebih perlahan dan kejatuhan hasil dari komoditi seperti minyak, minyak mentah, minyak sawit dan juga harga getah. Menteri Kewangan haruslah dapat menjelaskan tindakan-tindakan kita yang sedang dan yang bakal kita ambil untuk melindungi negara kita agar rakyat tidak bimbang dan pelabur kita tidak lari. Ini selari dengan dasar kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan juga kita jangan lari daripada falsafah bajet kita selain daripada membangunkan negara kita juga mengembangkan ekonomi, ketiganya kita mahu memberikan keyakinan kepada pelabur dan juga rakyat. Dalam konteks ini, rakyat sepatutnya dimaklumkan dan rakyat sepatutnya diberikan penerangan dengan jelas apa yang terjadi ketika ini. Dengan izin information’s disseminations, kita mestilah cepat dan cekap. Justeru, peranan kita harus berhati-hati dan bijak dalam menyampaikan maklumat supaya kita menjadikan dalam keadaan yang boleh boomerang kepada kita. Kita hendaklah berhasrat untuk gambarkan perkara sebenar bukan kita hendak jadikan keadaan yang panik, tetapi kita memaklumkan apa yang terjadi pada masa kini. Seharusnyalah kerajaan dapat menjalankan penerangan oleh semua Agensi- agensi kerajaan. Kita tidak hendak apa berlaku kepada Pilihan Raya ke-12. Banyak daripada kerusi-kerusi yang baik kita kalah kepada pembangkang kerana pembangkang telah mengambil peluang dengan menyampaikan diayah-diayah bahawa kenaikan harga barang disebabkan oleh kesilapan kerajaan menguruskan kewangan. Bahkan sebenarnya inflasi berlaku adalah atas faktor luaran kerana mereka sebenarnya telah memanipulasikan.

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

36(12)

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Ya, Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

Saya merujuk kepada 36(12) kerana apa yang dikatakan oleh Jasin adalah tidak benar. Memang semua orang sedar betapa peritnya rakyat hari ini...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mana ada mengelirukan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...dengan kenaikan harga barang- barang.

Dr. Haji Mohd Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Memang betul apa yang Jasin cakaplah.

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

Pembangkang bukan menabur fitnah atau apa. Itu semua adalah kebenaran. Pembangkang bertanggungjawab, [Bercakap dalam bahasa Arab]. Kita hanya katakan kebenaran itu kerana negara menghadapi krisis yang amat perit sekali.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

Saya harap Jasin tarik apa yang dia kata.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tak ada kena mengena.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Sebentar ya Yang Berhormat. 36(12) adalah merujuk untuk merujuk seseorang ahli kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.

Tidak faham.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat oleh Jasin tidaklah sampai ke tahap untuk merujuk beliau ke peringkat Jawatankuasa.

Tuan N. GobalakrishanPKR · PRPadang Serai

Mintak dia tarik balik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi boleh saya teruskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat Jasin.

Saya teruskan. Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya katakan bahawa pihak pembangkang sebenarnya telah mengambil kesempatan menggunakan isu kenaikan harga barang menuduh kerajaan seolah-olah kita tidak berkeupayaan menguruskan kewangan. Akan apa yang terjadi...

Dr. Haji Mohd Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itulah kerja pembangkang.

...adalah faktor luaran kenaikan harga barang yang berlaku seluruh dunia disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin membincangkan tentang pengurusan strategik muka surat 170 butiran 030100. Dalam keadaan krisis ekonomi seperti sekarang adalah wajar bagi pihak kerajaan mengambil alih sebagai pemandu ekonomi negara. Pendekatan defisit bajet kita yang munasabah adalah sesuatu yang patut disokong seperti saya sebut tadi dalam keadaan yang memerlukan walaupun kita terpaksa menaikkan angka defisit kita pada angka yang dapat diterima seharusnyalah diberikan sokongan. Defisit kita sekarang pada 4.8% dan defisit ini kalau boleh jangan ia berterusan kerana ianya akan mengakibatkan hutang kita akan dengan izin accumulate.

KDNK kita semasa Perdana Menteri membentangkan bajet pada bulan Ogos yang lalu sebanyak 5.4%, sekarang telah pun diunjurkan sebanyak hanya kepada 3.5%. Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan kita kerana kerajaan peka tentang keadaan semasa. Saya hendak berbalik semula tentang perkara yang saya bincang tadi kerana Yang Berhormat Padang Serai sudah kacau. Apa yang saya hendak minta daripada Menteri Kewangan, sesi penerangan kepada semua rakyat seharusnya di buat oleh semua agensi-agensi kerajaan. Kita tidak hendak nanti kerajaan akan terperangkap, rakyat akan menyalahkan seolah-olah kerajaan tidak berkeupayaan menguruskan kewangan kita. Kita mesti terangkan kepada mereka dan kalaulah kita mengamalkan dasar ketulusan inilah masanya kita mesti buktikan kepada seluruh rakyat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, tetapi pendekatan ini tidaklah boleh diteruskan bagi tempoh yang lama. Mengikut jangkaan kerajaan berapa lama keadaan ini akan berterusan dan saya hendak tahu pakah usaha untuk menyerahkan semula tugas ini kepada sektor swasta. Kita mesti adakan banyak private investment, mewujudkan keyakinan pelabur dan peniaga supaya mereka terus mengembangkan perniagaan new investment dan berkembang. Yang terakhirnya Tuan Pengerusi, saya bincangkan tentang Perkara NAPIC muka surat 174, Perkara 050300. Menurut laporan NAPIC penggal kedua 2008 terdapat overhang hartanah kediaman yang telah siap sebanyak RM4 bilion naik daripada penggal pertama 2008 yang bernilai sebanyak RM3.9 bilion. Pada masa yang sama terdapat 51,781 buah rumah kediaman yang sedang dibuat tetapi belum sempat dijual. Apa langkah yang sedang kita ambil untuk mengatasi overhang ini terutamanya akan membebankan pihak pemaju. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melalui agensi-agensi seperti UDA, MARA dan juga ACDC negeri membeli untuk kuota bumi, selepas itu kita sewakan dengan kadar yang berpatutan untuk mendapatkan pulangan dan dalam masa yang sama kita dapat mempertahankan kuota bumiputera. Tentang perolehan kerajaan, 010300 - Perolehan Kerajaan bukan sahaja berorientasikan business seperti kecekapan, ketelusan dan juga keuntungan tetapi

hendaklah juga berorientasikan keadilan sosial, berasaskan fair justice iaitu supaya kita dapat merapatkan jurang. Keduanya perolehan kerajaan hendaklah juga mencerminkan daya saing serta menjadi instrumen untuk mendapatkan projek-projek di luar negara. Oleh itu disyorkan agar perolehan kerajaan yang melebihi threshold tertentu turut dibuka kepada pembida asing seperti macam contoh kita buat Daya Bumi, macam kita buat Twin Tower kerana apa yang terjadi pada ketika ini, pembida asing selalunya tidak diberikan peluang maka kita tidak competitive Kita lihat apa yang terjadi pada simen, kerana simen ini hanya dibekalkan oleh dalam negara, pengeluar-pengeluar simen sesuka hati melambungkan harga, menyusahkan kepada pihak-pihak kontraktor. Kita tengok apa yang terjadi pada besi kerana kita menutup pintu untuk import besi, besi dinaikkan dalam keadaan yang cukup membebankan. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan kos-kos competitive kontraktor kita tidak dapat belajar serta tidak akan berdaya saing. Mungkin kita akan jadikan ianya sebagai umpan untuk kontraktor tempatan mendapatkan kerja di luar negara. Mungkin ada yang soal, kenapa kita memberikan keutamaan kepada kontraktor luar kerana kontraktor luar ini akan lebih cost competitive apa juga kerja yang kita berikan kepada mereka akhirnya mereka akan berikan kepada pada orang tempatan dan barang- barang keperluan adalah daripada barang tempatan. Saya menghormati masa Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh 010000 dan 010100 yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan dan pengurusan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan soal jumlah projek runding terus yang dikendalikan di bawah Kementerian Kewangan, berapa jumlah projek runding terus yang telah pun diluluskan dan diberikan oleh pihak kementerian. Ini kerana kita melihat bahawa saya difahamkan banyak projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan in diberikan secara runding terus dan apa asas-asas pertimbangan yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya oleh pihak kementerian untuk memberikan projek tersebut secara runding terus, tidak dibuat secara open tender. Yang kedua saya hendak minta sedikit penjelasan berkaitan dengan kelulusan kerajaan untuk memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan projek high speed broadband dengan jumlah hampir RM12 bilion dan hampir RM3 bilion ditanggung oleh kerajaan tanpa membuka satu tender terbuka sedangkan saya telah pun difahamkan bahawa ada satu anak syarikat daripada GLC Pahang ataupun Terengganu, kalau tidak silap Pahang juga menyatakan kesediaan untuk mengendalikan projek high speed broadband ini tanpa mendapat atau mengambil wang kerajaan, tanpa menggunakan peruntukan kerajaan. Saya pun tidak tahu kenapa perkara ini tidak diberikan pertimbangan tetapi apa yang hendak saya bangkitkan di sini ialah bukan saya katakan bahawa kita tidak perlu kepada satu high speed broadband, memang dia menjadi satu keperluan kepada negara kita tetapi persoalannya ialah apakah kita perlu kepada satu pembinaan infra yang baru ataupun kita harus upgrade kepada infra-infra yang sudah sedia ada dalam negara kita. Ini saya nampak tidak diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan sebab bagi saya, saya katakan kalau kita membangunkan ataupun upgrade infrastructure yang ada iaitu menggunakan infrastructure yang power, tenaga yang ada ini sudah tentu boleh menyumbang kepada penyediaan high speed broadband ini tanpa membabitkan kos kewangan yang tinggi. Saya percaya bahawa kalau kita mempertimbangkan untuk menggunakan infra tenaga yang dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Nasional kita ini sudah tentu bahawa perbelanjaannya tidak sampai kepada RM5 bilion dan ini menggunakan DPL ataupun PLC iaitu Digital Power Line ataupun Power Line Currier Ini sudah pun diamalkan oleh banyak negara di dunia ini termasuk di Australia dan Asia kita termasuk di Indonesia. Indonesia

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

sendiri sedang mengadakan percubaan untuk Power Line Currier ini dan di negara-negara Asia yang lain pun sudah banyak termasuk di Vietnam, di Australia. Begitu juga di Europe termasuk di Belgium dan juga beberapa negara di Europe yang lain menggunakan teknologi currier ini iaitu menggunakan sistem Power Line Currier ataupun Digital Power Line ini untuk membangunkan sistem high speed broadband di negara mereka termasuk juga di Southern America, di South America dan di North America iaitu termasuk juga Syarikat IBM pun menggunakan DPL ataupun PLC. Jadi bagi saya bahawa ini yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk penjimatan kewangan dalam negara kita dan sekali gus kita boleh menjana kewangan khususnya kepada Syarikat TNB itu sendiri sebab TNB boleh menyediakan infra yang sudah sedia ada dan ini hanya memerlukan kelulusan daripada pihak kerajaan untuk membenarkan TNB menyewa Power Line Currier itu untuk digunakan syarikat-syarikat telekomunikasi. Sudah tentu bukan hanya Telekom sahaja yang boleh mengguna Power Line Currier ini ataupun Digital Power Line ini termasuk juga syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain, yang besar iaitu seperti Digi dan juga Maxis dan ini sudah tentu lebih baik daripada kita hanya memberi kepada Telekom yang akhirnya monopoli dalam high speed broadband ini dan sudah tentu tidak baik untuk pengguna tetapi kalau ketiga-tiga syarikat ini boleh menggunakan Power Line Currier, TNB pun dapat keuntungan daripada penyewaan dan akhirnya kita akan melihat pengguna juga akan dapat perkhidmatan yang lebih baik dari segi persaingan antara tiga syarikat ataupun beberapa syarikat yang besar, yang ada dalam negara kita. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya hendak minta penjelasan ini kerana saya melihat bahawa seperti kerajaan langsung tidak melihat kepada infra yang telah sedia ada. Seolah-olah macam kita ini hendak belanja dua kali padahal kita hanya perlu belanja sekali saja. Kita telah belanja sekali. Malah dari segi infra yang dimiliki oleh TNB ini secara menyeluruh di seluruh negara kita, di semua tempat. Ia juga mempunyai pelanggan yang lebih besar daripada syarikat- syarikat telekomunikasi. Jadi sudah tentulah bahawa penggunaan broadband in sendiri akan lebih menyeluruh dalam negara kita. Jadi saya minta penjelasan dan minta pertimbangan supaya dapat diberikan pertimbangan sewajarnya untuk apa yang saya cadangkan tadi. Kedua saya hendak sebut berkaitan dengan soal 030300 yang berkaitan dengan Kawalan dan Pemantauan. Saya hendak minta penjelasan juga berkenaan apa yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan setiap tahun yang menunjukkan bahawa ada unsur-unsur kebocoran, unsur- unsur penyelewengan yang berlaku dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang akhirnya mengakibatkan perolehan yang diperoleh oleh kerajaan, oleh kementerian-kementerian yang lain ini dan jabatan-jabatan itu tidak merupakan satu perolehan yang memuaskan yang boleh kita banggakan. Akhirnya kita terpaksa membelanjakan satu perbelanjaan yang sangat-sangat besar kalau dilihat kepada apa yang telah pun disebut oleh Ketua Audit Negara akhir-akhir ini. Umpamanya saya katakan bahawa apa yang berlaku dalam Kementerian Belia dan Sukan. Bukan menteri sekaranglah. Menteri dulu. Dalam Kementerian Dalam Negeri umpamanya, pembelian helikopter dan akhirnya helikopter tersebut tidak boleh dipakai. Jadi seolah-olahnya kita beli helikopter potong. Kita ambil daripada India yang dok jual kereta potong ini, kita beli helikopter potong. Jadi akhirnya kita balik ke sini, kita tidak boleh daftar dengan Jabatan Penerbangan Awam. Saya kata bahawa satu benda yang tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kita sudah tahu apa spec yang dikehendaki, apa yang ditentukan oleh Jabatan Penerbangan Awam, barulah kita pergi beli helikopter. Ini kita beli dulu kemudian kita balik tidak boleh hendak daftar. Begitu juga dalam kes laporan audit yang membabitkan Kementerian Pertahanan yang membabitkan kos perbelanjaan yang hampir RM7 bilion. Ini bakal Perdana Menteri dan bakal Presiden UMNO. Bagi saya bahawa sepatutnya kerajaan harus membersihkan

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

nama baik sebab disebut di situ ialah Kementerian Pertahanan. Maknanya Kementerian Pertahanan waktu dulu, bukan yang Kementerian Pertahanan sekarang. Jadi ini saya mohon penjelasan apa tindakan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dalam memastikan pemantauan dan kawalan khususnya hasil daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara. Kemudian berkaitan dengan 020500 - Subsidi Gas Cecair (LPG), Diesel dan Petrol sebanyak RM21 bilion. Pertama, saya hendak sebut di sini bahawa saya tidaklah hendak membahaskan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Pembentangan yang kedua, peruntukan yang disebut sebagai belanjawan kerana kita sudah pun menyebut di sini kita iktiraf peruntukan tersebut. Itu bukan peruntukan walaupun disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Dia sebut RM7 bilion itu sebagai peruntukan. Sepatutnya peruntukan harus dibentangkan secara yang teratur mengikut peraturan dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya bahawa apa kewajaran untuk kita mengambil penjimatan daripada RM21 bilion, RM7 bilion itu untuk kita berikan kepada sektor-sektor yang lain. Saya bersetuju kepada sektor-sektor tertentu umpamanya yang menyentuh soal kepentingan orang ramai. Akan tetapi kita harus ingat RM21 bilion peruntukan subsidi ini ialah untuk mengurangkan harga. Maknanya untuk memberikan kemudahan kepada rakyat terbanyak. Akan tetapi kalau kita ambil RM7 bilion itu kita beri kepada sebahagiannya daripada SPN iaitu Syarikat Perumahan Negara umpamanya, mungkin syarikat itu dapat tetapi pembeli rumahnya tidak akan dapat. Pembeli rumah kalau dia ada duit dia boleh dapatlah tetapi dia tidak akan mendapat harga yang munasabah. Akan tetapi kalau subsidi itu terus dikekalkan, diberikan pertama subsidi kepada harga minyak, minyak gas dan sebagainya, harga diesel, sudah tentulah bahawa kita akan mendapat harga minyak dan harga gas yang lebih murah. Saya juga mempersoalkan hari ini bahawa ialah kenapa harga gas LPG umpamanya, harga pasaran dunia Oktober baru-baru ini USD840 ataupun USD850 per metrik tan, sekarang harga Novembernya hanya sekitar USD480 per metrik tan. Kenapa kita masih lagi membayar dengan harga yang tinggi umpamanya untuk gas LPG? Jadi sebab itu saya katakan bahawa tadi harga gas LPG itu harga November ialah sama dengan harga November 2006. Jadi sepatutnya bahawa kita sudah pun memiliki kalau ditambah dengan subsidi kerajaan dengan harga gas LPG yang ada ini, kita sudah dapat kadar harga yang lebih murah. Sudah tentu ini akan dapat mengurangkan kos kehidupan masyarakat dan rakyat. Begitu juga dengan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya gulung. Saya gulung. Begitu juga dengan harga-harga minyak petrol dan diesel. Sepatutnya kita sudah mendapat harga yang lebih rendah. Malah lebih rendah daripada RM1.92 sen. Jadi saya nampak seolah- olahnya sekarang ini bahawa bukannya kerajaan yang menampung subsidi. Seolah- olahnya harga semasa dunia sekarang ini, pengguna yang menampung dan membayar subsidi kepada kerajaan. Jadi saya minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh perkara yang pertama iaitu mengenai dengan 010400 - Pengurusan Pinjaman Perumahan. Pertama saya menyokonglah langkah tambahan RM7 bilion yang diumumkan di mana kerajaan mengumumkan iaitu tempoh bayar balik untuk kakitangan kerajaan ditambah daripada 25 tahun ke 30 tahun. Pada saya, yang penting ialah berdasarkan kepada butiran ini, kita melihat jumlah peminjam yang diluluskan sudah pun bertambah sebenarnya dan dianggarkan pada tahun 2009 ialah sebanyak 57,303 orang. Bagi saya ini amat penting diberikan perhatian kerana kita tidak mahu kakitangan kerajaan kita ini apabila mereka berhenti kerja mereka tidak ada rumah ataupun tidak memiliki rumah. Kita mestilah memastikan bahawa setiap kakitangan kerajaan ini mereka memiliki rumah dan kalau suami isteri bekerja, sekurang-kurangnya ada dua rumah yang mereka miliki. Oleh kerana itulah saya amat menyokong langkah di mana RM1.2 bilion peruntukan

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

tambahan yang kita jimat daripada penjimatan subsidi minyak, RM21 bilion itu yang dianggarkan untuk subsidi minyak kita dapat jimatkan RM7 bilion. Maka RM1.2 bilion ini ialah diperuntukkan untuk tambahan rumah kos rendah dan sederhana dan dapat dimiliki oleh kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah ini. Cuma, saya ingin tahu apakah dengan adanya pertambahan ini, maka untuk kita mengatasi masalah kakitangan yang tidak mempunyai rumah terutamanya rumah murah ini, apakah kerajaan akan melonggarkan syarat iaitu rumah mesra rakyat ini juga boleh dipohon oleh mereka yang ada geran tanah tetapi pendapatan mereka kurang daripada RM2,000. Maksudnya mereka juga dibenarkan untuk memohon kemudahan rumah mesra rakyat ini. Saya harap ini dapat diberikan keutamaan dalam usaha kita untuk memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan kos rendah dan sederhana ini. Sebab itulah saya agak keliru dengan Yang Berhormat Pokok Sena tadi yang macam tidak faham-faham juga penjimatan sebanyak RM21 bilion kerana penjimatan ini hasil daripada harga minyak yang rendah sekarang ini. Akan tetapi apa yang beliau cuba hendak mempertahankan satu sistem ekonomi yang sudah tidak sesuai iaitu hendak teruskan juga beri subsidi minyak ini. Sedangkan harga minyak minggu depan insya-Allah turun lagi. Inilah kerajaan prihatin. Akan tetapi dalam soal pinjaman perumahan ini, saya harap kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan REHDA iaitu Persatuan Pemaju Perumahan yang mahu menjual kuota rumah bumiputera ini di pasaran terbuka. Bagi saya ini adalah satu permintaan yang agak melampau. Permintaan mereka supaya rumah kos rendah dan sederhana ini juga dikecualikan daripada diskaun bumiputera ini juga bagi saya adalah tidak wajar. Sebenarnya REHDA tidak boleh menjadikan alasan isu-isu diskaun, kuota dan sebagainya menyebabkan berlaku kelembapan kepada sektor hartanah sekarang ini. Bagi saya itu hanyalah alasan yang tidak boleh dilayan oleh pihak kerajaan. Oleh kerana itu, saya ingin bersetuju dengan Yang Berhormat Jasin tadi iaitu bahawa kalau boleh rumah- rumah yang tidak terjual untuk kuota bumiputera ini dibeli terlebih dahulu oleh agensi- agensi kerajaan dan kemudian dijual balik kepada kakitangan kerajaan yang mampu selepas itu untuk membelinya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi saya fikir ini adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh REHDA, maka berlakulah apa yang dikatakan sebagai win-win ini. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 080000. Kita dapati bahawa timbul satu masalah sekarang ini pihak kerajaan mengutip cukai korporat. Ini pun kita dapati sekarang ini kebanyakan korporat ini menggunakan alasan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, maka mereka tidak mampu membayar cukai korporat ini. Dalam keadaan ini kita melihat bahawa kerajaan sudah pun berusaha untuk mempertingkatkan kaedah pengutipan cukai ini. Oleh kerana itu dalam keadaan kita mengejar orang-orang atau individu yang tidak membayar cukai yang begitu meningkat sekarang ini, maka kita tidak boleh melupakan golongan ini, sebab ini juga adalah sumber perolehan kepada kerajaan dan kecekapan mengutip cukai ini adalah penting sebagai sumber pendapatan negara untuk kita terus memajukan negara ini. Oleh kerana itulah saya mengharapkan dalam persoalan ini golongan korporat tidak terkecuali daripada tindakan tegas kerajaan sebenarnya dan apa yang berlaku, kita melihat pihak swasta ini selalu menggunakan kepakaran akauntan-akauntan mereka untuk membuat laporan kewangan yang tidak tepat untuk mengelakkan cukai ini, ini semua orang tahu dan saya tidak tahu apakah kaedah pihak kerajaan sebenarnya untuk membanteras kegiatan ini. Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh sedikit tentang Butiran 070000 - LADA iaitu Langkawi ini. Kita lihat bahawa dalam butiran ini disebut tentang perbelanjaan dari segi promosi Langkawi sebagai pusat pelancongan yang menarik dan pusat bebas cukai. Saya ingin tahu di sini, iaitu jumlah pelancong asing yang masuk ke kawasan ini hasil daripada perbelanjaan promosi yang kita lakukan ini. Apa yang kita dapati sekarang ini seolah-olah di Langkawi sudah tidak ada lagi tambah nilai ini. Di zaman bekas Perdana

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Menteri kita Tun Mahathir, banyak perkara diwujudkan di Langkawi ini Pekan Buku dan sebagainya. Akan tetapi sekarang ini seolah-olah tidak mendapat perhatian yang khusus dan sebab itulah apabila kita pergi ke Pekan Kuah itu, kita melihat bandarnya seperti tidak terurus dan tidak tersusun sedangkan kita mahu menjadikan Langkawi ini sebagai pusat pelancongan dan apa makna promosi itu kalau sekiranya tidak ada tambah nilai baru kepada Langkawi ini, sedangkan pekan itu adalah merupakan kekuatan yang mesti ada kepada Langkawi itu sendiri. Dan yang terakhir Tuan Pengerusi...

Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Boleh saya minta penjelasan sedikit? Mengenai LADA ini Tuan Pengerusi. Saya baru balik dari Langkawi kelmarin. Saya lihat bahawa pameran bangunan-bangunan yang telah diperuntukkan - dan pameran terbiar. Saya sangat menyokong ucapan Yang Berhormat Batu Pahat seolah-olah kerajaan sekarang ini tidak mengambil endah langsung apa yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri dahulu. Saya ingin mendapat penjelasan berapakah kos bangunan- bangunan yang terbiar ini dan saya bertanya kepada Menteri Besar Kedah, apakah tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengatasi bersama dengan LADA ini? Katanya pihak YAB telah meminta satu tarikh daripada Perdana Menteri untuk membincangkan perkara ini bagi menyelesaikan masalah-masalah bangunan-bangunan dan projek-projek terbiar ini. Apakah Kerajaan Persekutuan respons ataupun tidak langsung mengambil endah terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri dahulu? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, saya akan gulung Tuan Pengerusi. Itu yang saya bangitkan sebab saya pun baru balik dari Langkawi dijemput oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi ceramah di Langkawi dan kerajaan Kedah bayar saya RM2,000. Kalau boleh jemput selalulah, tetapi janganlah marah kepada Sheikh Muszaphar pula pasal dia berceramah dapat bayaran kerana ceramah tersebut. Dia menafikan itu tidak betul. Inilah pembangkang selalu cakap benda yang tidak betul. Yang akhir sekali Tuan Pengerusi, tentang Perkara 010200 - Pengurusan Rayuan Cukai Pendapatan ini. Kalau kita lihat kepada butiran ini, kita lihat semakin bertambahnya kes-kes ini Maksudnya rayuan yang didaftarkan semakin bertambah dan perbicaraan yang ditetapkan juga bertambah. Jadi saya ingin tahulah maksudnya jumlah yang telah diselesaikan dan jumlah yang telah dibayar balik kepada pembayar cukai yang terlebih membayar cukai ini. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja sekian terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa dalam Kementerian Kewangan. Di sini Tuan Pengerusi saya ingin rujuk kepada perolehan dan di sini saya rasa amat gembira bahawa Kerajaan Pusat akhirnya bersetuju untuk menerima pakai sistem tender terbuka, kerana saya rasa itu adalah satu langkah yang betul dan menepati keperluan antarabangsa dan juga mempertingkatkan prinsip-prinsip ketelusan. Saya masih ingat apabila saya memperkenalkan sistem baru ini untuk perolehan dan perbekalan kontrak kerajaan di negeri Pulau Pinang sebaik saya mengambil jawatan sebagai Ketua Menteri baru. Saya telah dikritik dengan begitu tegas sekali kerana ingin menggunakan sistem tender terbuka. Dan dalam hal ini saya amat gembira bahawa apa yang saya dikritik sekarang pula diikuti dan dicontohi oleh pihak Kerajaan Persekutuan termasuk bakal Timbalan Perdana Menteri kita iaitu Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menyatakan sistem ini sepatutnya diguna pakai lebih lama lagi, tetapi dengan semangat it’s better late than never. Lebih baik lambat daripada tidak diamalkan langsung. Ini Tuan Pengerusi menunjukkan bahawa apa yang digunakan oleh kerajaan- kerajaan Pakatan Rakyat memang betul dan bahawa kalau tidak dipelopori atau dimulai oleh Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, saya rasa Kerajaan Pusat tidak akan mengikutinya. So, saya ingin di sini mengucapkan syabas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang memulakan proses ini dan syabas kepada Kerajaan Pusat yang akhirnya mengakui bahawa sistem lama lapuk yang akhirnya menimbulkan kronisme tidak boleh pakai, ikut sistem

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

baru telus, terbuka yang dipakai oleh Pakatan Rakyat iaitu sistem terbuka. Saya harap ia bukan hanya di satu dua jabatan sahaja kerana saya tidak lihat di kementerian– kementerian lain memakai sistem ini. Saya harap bahawa Kementerian Kewangan boleh berikan satu arahan di semua peringkat mestilah pakai sistem terbuka termasuk di Kementerian Pelancongan yang banyak skandal, tidak tahu menteri buat apa. Tetapi diharap sistem tender terbuka ini boleh diterima pakai di semua peringkat. Pada masa yang sama mengenai perolehan Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya tentang dua skandal terbaru secara spesifik yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional. Bukan ini yang berlaku sebelum ini, tetapi yang baru 8 Mac selepas pilihan raya. Satu Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan pelaburan sebanyak RM5.2 bilion telah dikeluarkan oleh Khazanah kepada satu subsidiarinya yang membuat wafer fabrication, dengan izin di mana RM50.2 bilion telah dilaburkan sejak 1994. Sehingga sekarang apa yang ita lihat daripada penyata kewangannya ialah ia telah mengalami kerugian RM1 bilion dalam tahun 2007.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Dalam jumlah ini kalau kita lihat kerugian terkumpul saya rasa share holder’s funds yang telah dilabur ini pun telah hangus sama sekali. Tahun 2005 rugi RM864 juta, 2006 rugi RM646 juta. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan penjelasan tentang kedudukan pelaburan ini. Adakah permintaan mereka untuk mendapat satu suntikan baru, suntikan Tuan Pengerusi sebanyak RM8.5 bilion ini akan dilayan oleh Kerajaan Pusat dan sekiranya tidak adakah ini bermakna bahawa ia akan dianggapkan sebagai hutang lapuk atau return off sama sekali dengan izin. Saya rasa rakyat berhak tahu dengan sejumlah besar sebanyak RM5.2 bilion ini, siapa yang bertanggungjawab membuat pelaburan yang salah ini, sebabnya ia gagal dan apakah tindakan boleh dibuat. Saya harap satu penjelasan penuh dan sama ada satu kertas putih harus diberikan dengan kerugian yang maha besar ini, RM5.2 bilion. Saya rasa ada banyak kegunaan yang boleh diberikan dan kebaikan yang boleh diberikan kepada rakyat dengan RM5.2 bilion. Satu lagi ialah mengenai pembelian oleh Maybank sebanyak RM10.8 bilion untuk membeli dua buah bank di luar negara. Satu, 20% di MBC Bank di Pakistan sebanyak RM2.8 bilion dan satu lagi ialah di bank Indonesia, membeli bank 100% sebanyak RM8 bilion iaitu Bank Indonesia...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itu sudah banyak kali jawablah oleh Menteri. Tidak payah ulang.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

International iaitu sebanyak RM10.8 bilion kerana jawapan yang diberikan ia kurang memuaskan. Bukankah ia lebih baik, ini yang kita hendak tanya kerana ia melebihi dua kali ganda harga pasaran sekarang. Kalau kita jual sekarang saya rasa RM4 bilion pun orang tidak mahu. RM10.8 bilion dengan RM4 bilion bezanya RM6 bilion, besar. RM7 bilion besar, perbezaan RM7 bilion. Kerugian oleh Maybank cukup untuk stimulus package plan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk cuba menghindari kita daripada kesan-kesan kegawatan ekonomi. So ini satu perkara yang penting, yang harus diperjelaskan dengan lebih lanjut. Saya hendak tanya Tuan Pengerusi, bukankah lebih baik sekiranya Maybank gunakan RM10.8 bilion untuk berikan pinjaman mudah kepada rakyat Malaysia. Ini RM10.8 bilion boleh memanfaatkan, memberikan faedah kepada saya rasa beratus-ratus ribu rakyat Malaysia, peminjam wang untuk perumahan dan juga untuk peniaga-peniaga kecil. Sehingga sekarang jawapan yang diberikan saya rasa amat tidak memuaskan kerana ada saluran, kita boleh dengan izin get out of the deal, don’t want to get out of the deal throwing good money after back. Sebagai sebuah bank atau sebuah bank kita tidak boleh bersikap dengan begitu tidak profesional dengan begitu lalai sehingga untuk menjaga air muka diri sendiri, rela buangkan wang rakyat pemegang saham dan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu saya rasa itu satu perkara yang amat penting yang harus diperjelaskan. Saya tidak mahu tentang skandal-skandal lain kerana masa sepuluh minit tidak cukup. Kalau hendak sebut skandal lain saya ingat satu hari pun tidak cukup. Hanya

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

dua perkara ini yang saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan bantuan. Akhirnya tentang peruntukan untuk negeri saya, negeri Yang Berhormat Menteri juga. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan akan tambah 200 bas untuk Rapid Penang. Ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi sekarang, sungguhpun ada hasrat tapi tidak terlaksana kerana nampaknya CBLB atau LPKP tidak mahu bagi lesen. Apa sebabnya? Sekarang bas ada, wang ada tapi lesen tidak ada. Ini serupa juga, mengapa ada miscommunication. Ini macam LPKP sudah lawan tauke atau sebenarnya LPKP yang jadi tauke, tauke tidak mahu bagi itu sudah tidak jadi lagi. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh pastikan ia akan terlaksana dan tidak akan mati pucuk. So, kalau begitu saya rasa tidak bermakna langsung. Di sini Tuan Pengerusi, saya juga hendak tanya tentang peruntukan-peruntukan kerana dalam keadaan di mana kita menghadapi kegawatan ekonomi. Satu perkara penting ialah untuk bersiap sedia sekiranya ada sebarang kehilangan pekerjaan. Apakah skim-skim latihan semula untuk pekerja-pekerja yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kita harap bahawa untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang yang agak terdedah ke atas perkembangan antarabangsa khususnya dalam pasaran eksport, boleh berikan sedikit peruntukan untuk membuat latihan semula ini. Saya hendak minta kalau boleh bahawa satu dana ini hanya untuk job retraining yang boleh diuruskan oleh pihak kementerian bahawa satu dana sebanyak RM500 juta disediakan untuk latihan semula. Hal ini kerana kalau kita lihat di Singapura untuk hampir 20 ribu pekerja telah diberhentikan kerja dan kebanyakannya daripada Malaysia. Baru-baru ini di Bank...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...DBS pun telah hampir seribu orang pekerja telah pun diberhentikan kerja.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya harap perkara ini boleh dilaksanakan. Akhir sekali ialah tentang projek-projek berkaitan dengan keselamatan memerangi jenayah dan juga untuk projek tambatan banjir di Pulau Pinang. Sehingga sekarang permintaan untuk mengatasi masalah ini belum dapat reaksi daripada pihak Kerajaan Pusat sungguhpun telah dijanjikan. Seperti CCTV telah dijanjikan untuk pasangkan 24. Sudah diluluskan tapi masih belum nampak lagi. Kita harap kita boleh rasa, yang penting sekali Tuan Pengerusi bahawa RM7 bilion yang dijanjikan ini. Rakyat tidak boleh lihat, tidak boleh sentuh dan tidak boleh rasa. Itu sebab kita cadangkan buatlah satu stimulus pakej di mana rakyat bukan sahaja boleh nampak, boleh sentuh tapi boleh rasa keberkesanannya yang membawa perbezaan ke atas mutu kehidupan mereka. Itu sebab kita cadangkan kalau hendak bagi apa-apa cadangan, stimulus pelan bagilah wang secara langsung atau bantuan wang secara langsung Tuan Pengerusi kepada rakyat biasa. Janganlah bagi kepada kontraktor-kontraktor sahaja. Bagilah kepada yang makan gaji.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa ia lebih bermakna. Itu sebab kita selalu minta kalau boleh bagi RM6,000 kepada setiap keluarga yang kurang RM6,000. You hendak minta jalan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih.

Tuan Pengerusi, Bekalan 10 010500 e-perolehan. E-perolehan ini dijalankan oleh Commerce Dot Com 1999 buat syarikat paid-up capital RM40 juta. MOF ada special share dalamnya. Syarikat ini bertanggungjawab untuk membangunkan sistem dan modul. Bagi setiap modul yang hendak dilaksanakan itu pembekal kena bayar. Kalau modul itu perlu difahami, latihan kena buat, yuran juga dikenakan ke atas pembekal. Untungnya luar biasa tapi nilai tambahnya

tidak begitu ketara Yang Berhormat Menteri. Misalnya hendak daftar sebagai supplier. CDC charge RM450 bagi setiap tiga tahun. Kemudian kena beli smart card pula harganya RM150. Semakan saya mendapati sehingga hari ini 133,654 pembekal telah berdaftar dan kali dengan RM600, untung atas angin RM80,192,400. Bandingkanlah kalau berapa sebenarnya kos hendak jalankan, hendak run this company. Data center hosting dan ICT infra barangkali RM1 juta setahun. Staffing barangkali RM9.6 juta setahun. Sewa cyber view garden, pejabat lebih kurang RM3 juta setahun. Tapi untung untuk satu modul mendaftarkan pembekal sahaja sudah RM80 juta. CDC ini atau Commerce Dot Com yang terlibat dengan e-perolehan ini dia charge 0.8% bagi setiap PO. Dia akan charge juga maksima 9,600 untuk PO melebihi RM1.2 juta.

Akan tetapi amalan yang kerajaan buat sekarang ini ialah, katalah projek itu harganya RM5 juta, dia keluarkan lima PO. Jadi lima darab 0.8% darab RM1 juta, dia akan dapat RM40,000 padahal kalau RM5 juta itu dikeluarkan satu PO sahaja, pembekal cuma perlu bayar RM9,600, tetapi ini tidak, amalan sekarang ini dia keluar beberapa PO bagi jumlah melebihi RM1.2 juta. Kemudian dia buat pula Module Tender2U's notification ini, average RM50 sebulan. Kita andaikanlah daripada 133,000 tadi yang pembekal berdaftar, notify dia kena bayar RM50 kali RM65,000 kali 12 bulan. Satu perniagaan yang cukup lumayan Tuan Pengerusi. Jadi kita mohon penjelasannya begini sahaja, apa nilai tambahnya apakah pembekal boleh cepat dapat bayaran? Apakah e-Perolehan, e-Procurement ini semakin menambahkan kecekapan penyampaian kerajaan, itu kita mohon penjelasan. Kedua, P.10 - 02900 - Penyertaan Equiti Dalam Projek Strategik dan P.10 - 09000 - Pelbagai Suntikan Ekuiti. Saya merujuk kepada EPF. Dalam semakan saya mendapati, EPF ini macam angsa telur emaslah sebenarnya. Asal sahaja ada masalah dalam negara, EPF lah dicari dulu. EPF ini duit simpanan pekerja. ValueCap RM5 bilion, saya baca Financial Daily muka depan baru ini Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua sebut bahawa “RM5 billion extended but provident fund not taking equity stake in ValueCap”. Bagi loan tetapi tidak ada ekuiti, itu ValueCap. Bakun - RM3 bilion, PTPTN - RM7.5 bilion, Bank Pembangunan untuk infra RM5 bilion, KLIA Berhad - RM1.2 bilion, Permodalan Nasional Berhad - RM500 juta, TimedotCom - saya masih ingat ini skandal satu ketika dulu, RM270 juta sebab bila dia buat IPO public tidak beli. Harga RM1.90 tetapi EPF dia minta beli harga RM3.30. Selesai duit kita RM100 juta. Kemudian Star LRT ada masalah, EPF lagi RM600 juta. Senarainya ada lagi tetapi setakat saya bagi A sampai H tadi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri apa landing polisi EPF ini. Boleh tidak kita, saya pun ada caruman juga tidak banyaklah tetapi ada. Jadi saya fikir saya ada locus standi untuk bangkit yang ini bagi pihak pengundi saya juga dan rakyat seluruhnya. Apa landing polisi? Boleh tidak kita tanya apakah loan properly secure? Boleh tidak kita tanya juga apa polisi, what percentage go to what industries, supaya dia membantu kita memahami kalau kerajaan cukup terdesak hendak buat keputusan terpaksa membangkitkan perkara-perkara ini. Dalam topik ini juga Yang Berhormat Menteri saya mohon penjelasan, kekuatan kewangan kerajaan itu setara mana termasuk reserve, gold umpamanya saya semak Bank Negara website, rupanya simpanan emas kita ini jatuh menjunam selepas 1998. Saya print graf ini menjunam sebanyak 84%, gold reserve negara kita. Apa jadi sebenarnya selepas 1998. Ke mana gold reserve itu dibelanjakan apa alasan pengurangan begitu mendadak selepas 1998 ini? Duit EPF sudah susah, gold reserve pun susah juga kah? Hendak tanyalah ini dalam peringkat Jawatankuasa ini. Yang Berhormat Menteri, industri strategik ini juga melibatkan soal PERWAJA tetapi anehnya masa dia sakit dulu Parlimen inilah digunakan untuk minta persetujuan bantu PERWAJA. Kemudian tidak boleh selamat juga, boleh kepada Maju Holding dan akhirnya jual kepada Maju Holding dengan harga RM1.00. Maju Holding kepada Kingsteel, Kingsteel listed. Saya hendak tanya polisi ini bila sudah listed itu apa jadi kepada loan

government dulu itu. Apa kerajaan ada ekuiti dalam listed company yang baru ini? Berapa sebenarnya, apa investment am kerajaan yang bertanggungjawab. Berapa nilai pegangan kita sebenarnya dalam ini? Sebab sekarang ini Kingsteel yang menikmati. Masa sakit kerajaan guna duit rakyat bantu, masa sudah pulih dia senaraikan industri pembinaan melambung naik dia dapat senaraikan pula. Jadi keuntungan daripada penyenaraian itu, bagaimana kepentingan kerajaan dilindungi daripada PEWAJA ini? B.10 - Perbendaharaan Butiran 030200, Menteri Kewangan Diperbadankan. Saya tengok daripada 2006 syarikat MKD ini, Menteri Kewangan Diperbadankan ini 296 jumlahnya. Kemudian 2007 jadi 419. Begitu pesat sekali berkembang syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Saya mohon sedikit kalau Yang Berhormat Menteri boleh berkongsi maklumat memberikan penjelasan. Kemudian kenapa sampai empangan hidroelektrik Bakun ini saya tengok laporan Ketua Audit muka surat 69, daripada RM4.5 bilion melonjak sampai RM7.5 bilion sekarang ini. Saya juga hendak mengajak perhatian Dewan kepada P.10 - 050000, Institut Penilaian Negara. Saya baca dalam Institut Penilaian Negara ini dia hendak bagi pendidikan dalam bidang hartanah melalui pengajian tinggi. Bolehkah saya tahu apakah program yang telah dijalankan untuk mencapai matlamat tersebut. P.10 - 060000, Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin. Sedia maklum CIQ ini kalau kita semak dalam laporan audit berapa kali, aduan banyak tentang siling rosak, kotor, terkopak, berkulat di bahagian booth Jabatan Imigresen. Laluan motosikal kotor, lampu tidak berfungsi dan segala macam. Jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 3,523 kes. Kenapa bilangan aduan begitu banyak, apakah tindakan ataupun penalti dikenakan ke atas kontraktor yang bertanggungjawab? B.10 - Perbendaharaan Butiran 090200, yang saya hendak tanya ialah kenapa sewa mesin fotostat dalam pejabat tiba-tiba melambung dari kosong pada 2008 kepada RM8.148 juta pada tahun 2009. Apakah kita telah beralih ke dasar leasing? Kalau begitu apa jadi kepada mesin-mesin yang lama yang sedia ada. Pembangunan 10, Perbendaharaan Butiran 04600 - Suntikan Modal Untuk Menaiktaraf Infrastruktur Teknologi Maklumat Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM100 juta. Pada tahun 2009, RM20 juta telah diperuntukkan untuk suntikan tersebut. Jadi bolehkah kita tahu kenapa kita perlu memberi suntikan berulang dan jumlahnya begitu banyak untuk membangunkan infra yang sama? Jadi Tuan Pengerusi, di bawah butiran ini juga kita tengok di bawah Bank Negara Yang Berhormat Menteri, ada SME Sekretariat. Saya tengok SME Sekretariat ini dia simpan database peserta SME tetapi saya juga dapati program SME ini ada di beberapa kementerian lain. Di MOSTI pun ada di MECD pun ada, Kementerian Pembangunan Usahawan pun ada. Jadi data SME ini berselerak atau fragmented dengan izin. Jadi kalau kita hendak bangunkan satu dasar berkaitan SME dengan keadaan data yang berselerak. Bank Negara ada database dia sendiri, MOSTI ada database dia sendiri, MECD ada database dia sendiri. Database ini pula masing-masing diuruskan dan belum tentu MOSTI ada pegawai yang pakar dalam bidang SME ini. Bila saya berbual, berdialog dengan peserta SME dia orang beritahu kalau peserta SME Melayu dia orang sukakan MECD. Kalau peserta SME bukan Melayu dia orang senang berurusan dengan MOSTI. Akibatnya database itu berbeza. Jadi kalau kita hendak bangunkan selangkah ini tonggak kepada ekonomi. Bahkan kalau kita tengok dari segi loan out standing, dalam pasaran kewangan kita, inilah yang paling tinggi sekali SME dan peluang pekerjaan juga paling ramai di sini. Dalam keadaan ekonomi sekarang saya fikir tumpuan kerajaan haruslah diberikan secara lebih terurus dari segi ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, boleh gulung.

Itulah pengakhiran saya, terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, selamat sejahtera Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.10 - Butiran 010000, 020000, 030400, 090000. Dalam menangani krisis ekonomi dan kewangan antarabangsa, banyak pemimpin-pemimpin dunia sama ada barat dan timur dan pakar-pakar ekonomi di negara barat sendiri meminta supaya dicari sistem dasar konsep alternatif dalam melakukan kegiatan ekonomi.

Di sini menunjukkan betapa wajibnya pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi muamalah Islam dalam kegiatan ekonomi. Di Britain terbukti bank Islam di Britain adalah bank yang selamat daripada krisis ekonomi menyebabkan bank itu mendapat sambutan daripada masyarakat yang bukan Islam. Usaha kerajaan dalam meningkatkannya bukanlah untuk mengekalkan sistem riba. Seboleh-bolehnya riba itu ke arah dihapuskan dan ditukar kepada muamalah Islam mudarabah, Qiradh, musyarakah, Bai-Bitamin Ajil, jual salam dan lain-lain. Kita melupai bahawa nabi kita Nabi Muhammad SAW adalah orang yang pertama dalam sejarah yang menunjukkan kegiatan bank apabila baginda memegang barang- barang amanah bukan sahaja kepada orang Islam termasuk orang yang bukan Islam. Ketika berlakunya hijrah ditugaskan Sayidina Ali bin Abi Talib ra supaya memulangkan barang dan wang kepada tuan punya. Menunjukkan bahawa yang penting ialah amanah dan sifat amanah dalam membangunkan manusia sangat penting. Zuhuf bin Auf sebagai satu contoh lagi sebelum beliau meninggal mewasiatkan supaya membayar hutang-hutang kerana beliau adalah menjadi tempat simpanan barang- barang. Mewasiatkan kepada anaknya supaya mencari selama empat tahun orang yang berhutang. Kalau ada sesiapa yang beliau berhutang. Biasanya orang lari daripada hutang, ini pergi cari orang yang berhutang dalam masa empat tahun. Menunjukkan betapa amanah dan dalam tempoh empat tahun setelah berjuta hutang dibayar masih ada lagi baki harta sebanyak 30 juta dirham atau dinar dan orang Islam yang pertama melakukan cek dalam muamalah pada zaman kerajaan Abasiyah apabila khalifah Islam menggunakan kertas yang ditulis dengan berapa harga bayaran diambil duit daripada baitulmal. Ini adalah peristiwa sejarah yang patut kita ulangi bukan sahaja menjadi bahan sejarah. Oleh kerana itu Bank Negara hendaklah memulakan sendiri dalam kegiatan muamalah Islam ini dan mengelakkan diri daripada saham-saham yang bersifat perjudian. Membeli bank daripada luar negara kerana mengharapkan untung daripada faedah dan sebagainya. Sebenarnya, telah nyata membawa kerugian. Kedua saya ingin menyentuh tentang hasil judi kerana dalam buku ini menunjukkan strategi kerajaan dalam menangani masalah judi ini ialah untuk mengawal dan mengurangkan perjudian. Perkara yang haram ini ada yang haram oleh semua agama dan ada perkara yang diharamkan oleh agama Islam sahaja. Dalam perkara yang diharamkan oleh semua agama seperti judi langkah-langkah hendaklah diambil untuk menghapuskan bukan sahaja mengawal dan mengurangkan. Menghapuskan kerana ia mendapat sokongan daripada semua penganut semua agama. Perlembagaan kita mengakui Islam adalah agama Persekutuan. Dalam masa yang sama agama-agama lain diakui. Ini bersama menghapuskan judi di mana lesen judi adalah di bawah Kementerian Kewangan. Premis perjudian di bawah kerajaan negeri. Kita pernah mencuba di Kelantan menghapuskan pusat-pusat perjudian di Kelantan hasilnya kita mendapat ucapan terima kasih daripada yang bukan Islam sendiri kerana mengatasi masalah keluarga dan di sana ada peraturan yang diharamkan oleh agama Islam, agama lain tak haram seperti arak, babi dan lain-lain sebagai contoh. Kerajaan perlu membuat kawalan dan mengurangkan dan seboleh-bolehnya dalam pengagihan hasil ini kerajaan menyediakan akaun yang khusus, simpanan yang khusus dalam perkara yang diharamkan oleh Islam supaya kewangan ini diperuntukkan kepada mereka yang diizinkan oleh agama mereka sahaja supaya orang Islam yang menerima pendapatan yang benar-benar halal dan berkat.

Kemudian saya ingin menyentuh perkara yang berkait dengan mata wang. Kita perlu mata wang yang kukuh. Sepatutnya kerajaan hendaklah bebas daripada menggantungkan mata wang kita dengan mata wang asing. Usaha mesti dilakukan secara bersepadu dengan negara-negara jiran, negara serantau dan negara Islam sendiri. Kita melihat bagaimana negara-negara Eropah yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang kuat mereka boleh bertahan dalam menghadapi pelbagai krisis antarabangsa dan mereka telah berjaya mewujudkan euro pergantungan kepada negara-negara Eropah. Mengapa kita negara serantau tidak boleh mengadakan kerjasama seperti itu ataupun negara Islam yang mempunyai sumber-sumber yang banyak dan kita boleh bergantung kepada negeri kita sendiri. Ketiga dalam pengagihan ekonomi saya mengharapkan supaya pengagihan ekonomi dilakukan secara adil dan demokratik. Peruntukan bukan sahaja diberikan kepada nelayan. Sepatutnya diberi kepada buruh-buruh, diberi kepada pekebun-pekebun kecil yang menghadapi masalah menurunnya harga getah dan harga kelapa sawit. Pegawai- pegawai rendah yang menghadapi masalah inflasi, kawasan setinggan yang menghadapi pelbagai masalah. Di mana bantuan diberi bukan sahaja kepada nelayan dan secara demokratik saya mengulangi apa yang disebut oleh rakan-rakan supaya peruntukan yang sama diberi kepada negeri di bawah Pakatan Rakyat dan di sana ada peruntukan yang saya ingin memberi peringatan. Sebagai contoh umpamanya di sana ada perkara-perkara yang tidak mengikut Perlembagaan. Pelantikan JKK. JKK ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa yang berlaku hari ini Kerajaan Persekutuan melantik JKKK campur urusan negeri dan beri elaun dan peruntukan kepada JKK. Ini merugikan Kerajaan Pusat. Ini tanggungan kerajaan negeri. Sepatutnya biar kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat jangan takut dalam masalah politik. Ini kita perlu mengendalikan dengan cara yang adil dan demokratik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk turut sama membahaskan bagi maksud B.10 dan B.12 butiran 010000 Kumpulan-kumpulan Wang Simpanan dan 03000 Perkhidmatan Sistem dan Kawalan. Yang saya akan sentuh Tuan Pengerusi adalah soal mengenai kumpulan wang simpanan walaupun tiada dalam spesifik butiran KWSP ini tapi saya tertarik dengan apa yang tersiar dalam surat khabar di negeri Sabah pada malam semalam iaitu bertarikh pada 9 November 2008 hari Ahad semalam. Ini berkenaan dengan sistem pengurusan EPF sekarang yang mana dikatakan telah dianggap sebagai ATM kepada kerajaan. ATM kepada kerajaan, bank. Jadi komen- komen dan respons daripada beberapa penulis ini yang ketara tidak bersetuju dengan urusan EPF itu untuk meminjamkan RM5 bilion kepada ValueCap Yang tidak puas hati Tuan Pengerusi adalah pencarum-pencarumnya lebih kurang 500 pekerja yang mencarum. Ini telah di bantah oleh MTUC dan beberapa orang yang berkenaan. Menyentuh dengan bailout berjumlah RM5 bilion kepada ValueCap. Ini saya rasa harus diperjelaskan oleh kerajaan. Yang Berhormat Menteri harus memberi penjelasan kepada rakyat jelata kita. Ini kita tidak mahu rakyat kita tersentuh dengan apa-apa tindakan. Ini mesti diperjelaskan, saya ulangi. Berkenaan dengan public scrutiny dengan syarikat ValueCap ini tidak sama sekali kita tahu siapa orang yang belakang ValueCap ini. ini menjadi satu persoalan kepada pencarum-pencarum. Adakah bailout plan ini betul-betul memberi hasil kepada pencarum- pencarum? Jadi ini saya rasa perlu kita perjelaskan kerana tidak ada gerenti bahawa RM5 bilion itu akan memberi pulangan yang baik kepada pencarum-pencarum.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat.

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Putatan untuk menyambung perbahasan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingin saya menyambung perbahasan yang mana yang saya sentuh tadi pelaburan Biocorp ini yang berjumlah RM10 bilion dalam stok dianggap sebagai ada valuelah. Itu yang kita tahu. Apa yang menjadi kekhuatiran kita adalah pada praktikalnya, fundamentally syarikat yang besar-besar ini yang ditubuhkan pada 2003 ini telah menjalankan urus niaganya dengan harga yang tidak rendah dan tidak kompetitif. Jadi ini menjadi satu kekhuatiran kepada pencarum-pencarum dalam EPF ini. Jadi sejak tahun 2003, belum ada public scrutiny ke atas akaun kepada syarikat tersebut. Terima kasih menteri. Saya masih dalam EPF. Saya mohonlah kepada pihak kementerian kalau boleh melihat dan perjelaskan kepada pencarum-pencarum untuk memberikan confidence kepada pencarum ini dan tidak tertanya-tanya akan masalah itu. Saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya Yang Berhormat Menteri tentang permasalahan pengurusan EPF ini, tentang pemberian balik kepada pencarum terutama sekali kes-kes pencarum yang sudah meninggal dan kepada siapa seharusnya dibayar oleh kumpulan simpanan itu. Ada satu kes yang saya sendiri terlibat, caruman isteri saya yang mungkin susah mahu diminta balik daripada EPF kerana memerlukan banyak dokumen. Oleh kerana kes tidak ada will, yang meninggal tiba-tiba ini, will pun tidak disediakan, surat yang dikatakan orang bumiputera di Sabah ini memerlukan Jadual 3 dan ini banyak diperlukan oleh pegawai-pegawai. Jadi ini agak menyusahkan. Kita bukan senang berurusan dengan pegawai-pegawai di dalam organisasi EPF ini, jadi sampai sekarang sudah tiga tahun belum dapat diuruskan lagi. Jadi saya mohonlah dengan pihak kementerian kalau boleh lihat perkara pengurusan dan pemantauan dalam organisasi EPF atau KWSP ini. Sekian, Tuan Pengerusi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan isu ini iaitu di mana baru-baru ini kerajaan memaklumkan untuk pemberian elaun khas kepada semua kakitangan awam iaitu COLA sebanyak RM300. Malangnya saya telah berjumpa dengan beberapa pekerja sokongan ini dan mereka ada kebimbangan sebab seharusnya bantuan RM300 itu dibagi kepada semua pekerja, tetapi ia berbeza-beza. Pekerja yang tinggal di rumah kerajaan, dia dibagi penuh, sementara yang ada rumah sendiri, dia bagi separuh dan pekerja-pekerja yang di luar bandar ada yang dapat RM100, ada yang RM150, sedangkan pengumuman kerajaan iaitu rata-rata RM300. Jadi ini mengelirukan mereka dan mereka berkata kepada saya bahawa sara hidup di negara kita ini meningkat iaitu harga barang, harga yang lain-lain, makan, minum. Ini membimbangkan mereka sebab dalam pengumuman itu seharusnya ia tidak dibeza- bezakan. Kalau pun dia pegawai tinggi, di luar bandar kah, di bandar kah, seharusnya sama – RM300. Jadi apakah justifikasi Kementerian Kewangan ke arah agihan tersebut

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

dan saya harap Yang Berhormat Menteri mengangguk-angguk, mungkin ada jawapannya supaya kita boleh leraikan permasalahan ini supaya jangan menjadi isu kepada kita di mana kakitangan kerajaan ada kebimbangan. Ini kerana mereka juga rakyat kita yang mencari pendapatan dan kerajaan telah putuskan untuk memberi RM300. Kenapa yang ada RM300, ada RM150, ada yang RM100? Kenapa jadi begini? Yang kedua, saya memang mengalu-alukan keputusan kerajaan melalui Kabinet baru-baru ini iaitu untuk mewujudkan petrochemical plant di Sabah. Pada peringkat awalnya iaitu kerajaan memutuskan untuk cuma memasang paip gas dari Sabah ke Miri, Sarawak, kalau tidak silap saya. Jadi dengan keputusan Kabinet, saya ingin bertanya, bilakah downstream activity ini dilaksanakan. Adakah ia secara segera ataupun mungkin cuma kita diberi macam umpan supaya kita tidak lagi mempersoalkan sesuatu. Rakyat Sabah meminta saya bertanya apakah jaminan ini boleh dilaksanakan sebab dengan adanya pewujudan, kalaupun pun tidak refinery, seterusnya petrochemical plant ini, bermakna downstream activity akan mempertingkatkan sokongan ekonomi di negeri Sabah iaitu peluang pekerjaan ada, pewujudan chemical baja dan sebagainya. Maka ianya akan membantu mempertingkatkan ekonomi negeri Sabah itu sendiri sebab pada hari ini Sabah masih lagi dikategorikan sebagai negeri nombor dua termiskin di negara kita. Saya kadang-kadang malu kenapa negeri Sabah dikategorikan sebagai negeri termiskin. Kinabatangan, daerah kedua termiskin di seluruh Malaysia, sedangkan kita mempunyai hasil mahsul sumber semula jadi yang cukup.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi di antara wilayah ini tidak jauh jurang perbezaannya, iaitu mencari pendekatan, kenapa daerah ini mundur, kenapa daerah ini miskin? Apakah cara kita untuk mempertingkatkan ekonomi di wilayah ini? Inilah yang seharusnya. Data-data yang perlu dimiliki oleh agensi- agensi kerajaan untuk memastikan supaya rakyat Malaysia yang berada di Sabah, di daerah-daerah terpencil tidak tertinggal jauh dalam industri pembangunan negara. Kita berbicara, di bandar semua berbicara soal globalisasi, soal borderless, soal high speed broadband, ICT, tetapi rakyat di kampung pukul 6 petang sudah gelap Tuan Pengerusi. Mereka tidak ada lampu, tidak ada air. Jadi apakah cara mekanisme yang sebaik mungkin untuk diguna pakai oleh kerajaan bagi memastikan, bahawa jurang perbezaan pembangunan di antara wilayah ini dapat dipastikan contohnya tahun 2015, pastikan. Akan tetapi kalau kita cakap tahun 2015, 2012 pun belum ada orang bilang riak- riaknya untuk dilaksanakan. Maka rakyat bertanya kepada kami. Kami ini pemimpin di peringkat pertengahan. Jadi apakah yang perlu kami jawab? Ruang yang sebegini pula diguna pakai oleh pembangkang untuk memutarbelitkan lagi keadaan. Mana rakyat yang terpesong, terpesonglah. Akan tetapi apa lagi rakyat, pemimpin pun boleh terpesong. Jadi kita harus mencari kaedah ke arah bagaimana kita menyelesaikan persoalan- persoalan yang sebegini agar tidak berlarutan. Ini adalah disebabkan kita sudah merdeka lebih 51 tahun. Kalau dikira pakai tangan, 51 tahun itu sebetulnya bukanlah satu angka yang terlampau jauh atau yang terlalu tinggi. Akan tetapi dari segi inti pati yang sebenarnya, 51 tahun ini sudah memadai untuk kita menyedari akan permasalahan yang kita hadapi. Permasalahan ini sekiranya kita tidak ada cara membendung, ia akan mengakibatkan rakyat bangkit untuk menentang kerajaan yang sedia ada. Jadi kita tidak mahu perkara ini berlaku sebab saya percaya bahawa kerajaan yang ada ini masih relevan. Apabila kita ada pendekatan yang baru ke arah untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat Sabah khususnya di kawasan saya di Kinabatangan. Ini disebabkan mereka ini rata-rata di dalam pilihan raya, kawasan ini sebetulnya tidak pernah kalah. Susah pembangkang tawan. Saya pun hairan. Semakin susah rakyat dia, semakin dia bagi juga kepada kerajaan. Jadi pembangkang jangan bermimpi-mimpilah mahu datang ke sana. Sayang saya penat lelah. Berkampung-kampung, berkumpul pun tidak boleh jual tembus, sebab rakyat di sana mereka terus memberi sokongan dan harapan. Mereka memang berharap kepada Kerajaan Barisan Nasional dan mereka cukup yakin sebab saya pun cukup yakin!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya berjuang kalau tidak ada keyakinan, saya tidak akan berjuang. Akan tetapi saya yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu dengan syarat. Rasa saya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri iaitu komitmen kita ke arah melihat bagaimana anjakan paradigma untuk kita lontarkan secara saksama kepada seluruh bangsa Malaysia sama ada di Sabah, di Sarawak, di Semenanjung, kita harus lihat. Pegawai-pegawai, dia harus melihat. Jangan hanya melihat buku, apa yang tertera dalam buku. Kita harus melihat apa yang tidak ada di dalam buku. Apa kemusykilan yang dihadapi oleh rakyat di luar bandar? Apa masalah yang mereka hadapi? Apa yang mereka mahu? Mereka tidak mahu seperti projek bermega-mega, berbilion-bilion. Seperti projek jambatan, pembangkang kalau tidak bikin dia marah, kita minta jalan raya RM20 juta, RM30 juta, dia tidak marah. Inilah masalahnya! Jadi kalaulah boleh projek-projek mega kerajaan ini diberhentikan untuk dua atau tiga tahun. Kita sudah ada lapangan terbang bertaraf dunia, kita sudah ada segala-galanya. Kita fokus pula kepada pembangunan di luar bandar. Jika ini dapat diuruskan secara bijaksana, saya cukup berkeyakinan, pilihan raya yang ke tiga belas, seluruh kawasan di luar-luar bandar akan dimenangi oleh Barisan Nasional. Ini bukan pancingan! Ini realiti! Apabila kita berbicara soal realiti, memang pembangkang tidak senang hati. Cuma saya ingin mengetengahkan strategi yang sebenarnya untuk melumpuhkan strategi pembangkang. Maka kita kena perbaiki kehidupan masyarakat di luar bandar termasuk di Kelantan. Kalau kita boleh buat sebegini, pembangkang akan terus jadi pembangkang. Mungkin spesies mereka ini akan berkurangan, bukan mengembang. Bukan tujuan kita untuk mengecilkan kumpulan mereka, tetapi di dalam strategi untuk memberi keyakinan kepada rakyat ini, maka kita harus ada sesuatu yang kita bawa dan boleh meyakinkan perubahan. Mungkin Yang Berhormat ini pun saya tengok, kalau kita atur bagus-bagus, di sana dia pun bangun. Rakyat ini dia ada mentaliti. Dia manusia biasa. Dia ada hati, pemikiran, minda, akal, telinga. Kalau kita ketengahkan yang baik- baik, cuma orang gila dan bodoh sahaja tidak mahu berfikir untuk merobah. Kalau dia masih waras, manusia ini bagaimanapun keadaan dia, dalam diri dia ada sekeping daging iaitu hati yang naluri dia boleh membicarakan soal-soal baik. Jikalau kita sebagai kerajaan boleh meyakinkan rakyat, bahawa sama ada di bandar, di luar bandar, jurang ekonomi, jurang pendapatan, jurang pembangunan wilayah ini dapat kita uruskan secara bijaksana, percayalah Tuan Pengerusi kita akan terus memerintah negara ini dengan penuh aman, damai dan saksama. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.10, B.11, B.12 sekali gus oleh sebab masa tidak mengizinkan. Dengan merujuk kepada Butiran 20000 dan juga sampai kepada 020500. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Sebelum ini ada diumumkan bahawa projek Rancangan Malaysia Kesembilan dikaji semula dan akan disemak, di mana projek-projek tertentu akan ditangguhkan berdasarkan kepada perkembangan ekonomi semasa sebelum ini. Saya hendak bertanya, apakah penyemakan ini sudah selesai dibuat? Kalau selesai, secara spesifiknya adakah maklumat dan berapakah jumlah peratus sebenarnya projek ini ditangguhkan dan projek-projek mana yang dimaksudkan ini? Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Kinabatangan dan begitu juga Yang Berhormat Batu Pahat tadi. Iaitu bukan soal akhirnya nanti siapa yang menang dan siapa yang kalah. Yang penting kepada saya ialah penyusunan semula pembahagian kekayaan negara ini di kalangan kaum di dalam negara kita ini. Kita tahu bahawasanya soal matlamat dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu kedudukan pencapaian kaum bumiputera sebanyak 30% yang sehingga hari ini belum tercapai. Tahap sekarang ini difahamkan hanya sekitar 17% atau 18%. Itu pun mengambil kira ekuiti dalam institusi-institusi yang diperbadankan oleh pihak kerajaan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Oleh itu, di dalam menentukan projek - sebab Kementerian Kewangan ini paling berkuasa dalam menentukan dan pengagihan projek. Jadi kalaulah projek-projek ini diagihkan dengan sempurna mengikut keutamaan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, Sabah lebih-lebih lagi Kelantan seumpamanya, negeri yang saya anggap begitu mundur lagi. Baru-baru ini pun sewaktu belanjawan dibentangkan, pendapatannya kurang lebih RM300 juta sahaja dengan defisitnya RM20 juta. Manakala negeri yang begitu kaya dengan hasilnya dan memandangkan kepada pendapatan RM300 juta lebih dengan defisit, kita bayangkan berapa jumlah pendapatan rakyat Kelantan yang sejumlah besarnya hampir 95% adalah kaum bumiputera. Jadi kalau projek-projek diagihkan mengikut keutamaan ini, bukan sahaja negeri-negeri yang mundur turut membangun, tetapi sekali gus ia dapat membantu meningkatkan tahap penyertaan kaum bumiputera sama ada dalam semua bidang termasuk dalam bidang pemilikan tanah, harta, saham seumpamanya dan berbagai- bagai lagi. Jadi oleh itu, saya sangat berharap supaya projek-projek mega di negeri-negeri yang sudah maju dapat ditangguhkan buat sementara waktu, termasuk Jambatan Pulau Pinang yang baru hendak didirikan ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Walaupun Yang Berhormat Tan Sri dari Pulau Pinang, saya percaya kalau hendak dibanding dengan projek-projek flood mitigation di Kelantan, Projek Mitigasi Banjir yang sangat-sangat diperlukan untuk pembangunan Kelantan itu dapat diteruskan kerana ia dapat menjana ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkat penyertaan bumiputera dan sekali gus apabila dibuat kajian nanti tentang kedudukan pembahagian kekayaan dalam negara kita ini termasuk pelbagai kaum, ini boleh membantu menambah pencapaian kalau tidak ia akan bertambah jurang lagilah. Apabila semua ini selesai, mungkinlah baru pada waktu itu ISA boleh dihapuskan, perkara-perkara yang boleh membabitkan soal perpecahan di antara kaum. Akan tetapi, selagi jurang pendapatan antara kaum tidak dapat diselesaikan ia seperti api dalam sekam. Buatlah apa pun undang-undang, retoriklah macam mana sekalipun, parti mana perintah sekalipun at the end of the day dengan izin Tuan Pengerusi ia tidak akan dapat diselesaikan masalah perpaduan ini. Jadi sebab itu, saya minta projek-projek untuk negeri-negeri yang mundur ini, Kelantan, Terengganu walaupun menghasilkan minyak, Pahang, lebih-lebih lagi Sabah supaya benar-benar diberi keutamaan kali ini, dipraktik sungguh-sungguh, diagih sungguh- sungguh supaya rakyat di kawasan ini dapat menikmati dan sekali gus kaum bumiputera yang ramai di sini dapat mengangkat kedudukan mereka, itu yang pertama. Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, hendak merujuk kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri, Butiran 080000 ini, tadi dibangkit oleh Yang Berhormat Batu Pahat, memang saya pun hendak bercakap bab perkara ini. Soal mencari kewangan untuk negara ialah pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang lain tahu belanja saja. Saya hendak tanya, berapakah jumlah syarikat-syarikat korporat yang setakat ini tertangguh tidak membayar cukai. Tadi Yang Berhormat Batu Pahat bangkit ada di kalangan syarikat-syarikat korporat mengemukakan akaun hitam yang cuba hendak mengelakkan cukai. Saya percaya dalam negara kita ini saya cukup yakin, tidak tahulah Tuan Pengerusi mengikut pandangan hemah saya tidak sedikit yang mengelak dan lari daripada cukai dengan menggunakan berbagai- bagai-bagai kebijaksanaan, kabel, kontak, akaun yang tidak betul dan seumpamanya. Saya mengucapkan tahniah kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri setakat ini yang bertungkus-lumus cuba mencari tidak kira jerung kecil, besar yang wajib membayar cukai tetapi saya hendak tahu angka sebenarnya yang tertunggak termasuklah orang-orang individu, orang-orang yang kaya-raya. Ini saya maksudkan saya hendak tanya, Tuan Pengerusi, hendak tanya Kementerian Kewangan sejauh manakah pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri memburu mereka-mereka yang mendapat AP dari segi membayar cukai. Apakah mereka cukup membayar cukai dengan kaedah yang betul sebab pemilik-pemilik AP - approve permit kereta-kereta mewah ini terutamanya yang menjual AP sampai RM30 ribu, RM40 ribu satu AP yang ada pendapatan sampai RM500 ribu satu bulan atau pun hampir sejuta satu bulan. Apakah mereka membayar cukai dengan betul. Manakala kakitangan kerajaan, mereka-mereka yang berkhidmat dengan pihak

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

swasta yang makan gaji, yang tidak boleh elak dan jauh sekali mereka boleh menipu borang cukai pendapatan. Mereka tidak boleh lari dari segi membayar cukai tapi mereka- mereka ini menikmati kemewahan, hidup dengan begitu lumayan tetapi mengelak daripada membayar cukai. Jadi saya hendak tahu dari segi jumlah berapakah kutipan cukai di kalangan pemegang-pemegang AP kereta ini. Ini pada saya penting. Yang kedua saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kewangan juga, dalam negara kita ini agak aneh sedikit. Orang yang di isytihar bankrap hidup mewah. Di negara maju di negara-negara lain, orang yang bankrap dia pakai selipar, dia pakai baju singlet, dia tidak boleh keluar rumah. Di Malaysia ini, dia bankrap tapi rumah banglo, kereta besar. Jadi saya hendak tahu kaedah ini sebab ada pihak-pihak yang cuba lari cukai dengan memindahkan, dengan tidak membayar hutang cuba telah memindahkan segala harta kepada isteri, kepada anak-anak saudara ataupun proksi walaupun sekarang ini sudah ada undang-undang di mana harta isteri ataupun anak-beranak mereka, saudara mara mereka tetapi masih lagi mereka dapat mengelakkan daripada tidak membayar cukai. Hal ini kerana saya dah nampak, saya dah bertemu, saya pernah tengok orang yang sudah bankrap tapi saya tengok gaya hidup dia cukup luar biasa, kereta dan rumahnya. Jadi, saya hendak tanya dan selain daripada itu imbuhan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ada memberi imbuhan kepada pemberi-pemberi maklumat dan ganjaran- ganjaran yang mereka tahu ada pihak-pihak yang memiliki harta yang lebih tapi tidak declare harta mereka, orang yang memberi maklumat mendapat ganjaran. Jadi, sejauh manakah, berapa banyakkah jumlah, ini merupakan insentif kepada mereka-mereka yang memberi maklumat untuk memburu mereka-mereka yang tidak membayar hasil ini. Ini penting sangat Tuan pengerusi dan Yang Berhormat Menteri Kewangan sebab kita mahu menentukan keadilan berlaku dalam masyarakat negara kita ini. Oleh sebab itu kita lihat ada yang mewah, mewah sangat, yang miskin, miskin sangat, yang terlepas daripada undang-undang terlepas, terlepas, yang bijak yang ada kabel terlepas. Jadi perkara-perkara seumpama ini sepatutnya menjadi fokus pihak Kementerian Kewangan terutamanya Jabatan Hasil Dalam Negeri ini. Jangan terlepas sesiapa sekali pun, dari segi membayar hasil ini dan kalau perlu diberi insentif kepada kakitangan Jabatan Hasil Dalam Negeri patut diberi insentif, kalau perlu perlindungan yang lebih dari segi undang-undang. Saya menyokong penuh supaya masalah hasil ini tidak dapat dikecualikan oleh semua pihak termasuklah firma-firma guaman, semua sekalilah, firma akauntan dan sebagainya, kita mahu pastikan bahawa kerajaan dapat kutip cukai. Di negara barat ataupun di negara maju lebih-lebih lagi maaf, di negara-negara maju, persoalan cukai cukup serius. Hukumannya cukup serius. Kita berbeza di sini sebab masyarakat masih lagi boleh bermain dengan undang-undang. Yang ketiga, saya hendak rujuk pada Butiran 12000 - Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. Institut Jantung Negara sekarang ini ramai orang yang sakit jantung dan perlu pada pembedahan. Apakah Yang Berhormat Menteri Kewangan sedar ianya terlalu commercialize sudah sekarang ini dan kosnya begitu tinggi sehingga kalau ingin buat angioplasty pun memakan belanja dekat dua tiga puluh ribu. Satu stand jantung kalau sakit jantung, hendak pasang satu jarum, satu jarum harga tujuh lapan ribu, belum masuk kos pembedahan. Satu pesakit yang memerlukan pembedahan angioplasty sahaja memerlukan dua tiga puluh ribu apatah lagi pembedahan bypass. Jadi, bagaimana golongan-golongan yang tidak berupaya, memang ada kalau ada surat sokongan dikecualikan bagi mereka yang miskin, tetapi kita tahu tidak sedikit mati sakit jantung akibat daripada kerana tidak upayanya untuk membuat pembedahan bypass ataupun pembedahan angioplasty ini. Jadi, ini perkara penting supaya institusi kesihatan ini Tuan Pengerusi dan Menteri Kewangan, saya harap kalau boleh jangan dilihat dari segi konteks komersial sangatlah. Ia harus dilihat dalam konteks service kepada rakyat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Satu lagi Tuan Pengerusi, saya ada hendak membawa satu perkara yang amat penting iaitu masalah COLA yang disebut oleh Yang

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Berhormat Kinabatangan tadi. Saya ada terima memorandum salinan daripada kakitangan Pejabat Pos. Pejabat Pos ini telah dikorporatkan sudah 17 tahun. Mereka ada kemukakan cadangan untuk mendapat COLA kerana penyelarasan gaji tidak dapat dibuat mengikut perkhidmatan lain oleh sebab syarikat ini tidak menguntungkan supaya dengan COLA ini mereka dapat juga menikmati gaji yang secukupnya. Sesudah hampir 25 tahun bekerja masih lagi pendapatan RM1200, tidak lebih. Jadi dengan pembahagian COLA daripada Kementerian Kewangan mungkin dapat membantu kalau tidak silap saya lebih kurang 9,000 kakitangan Pejabat Pos, saya tidak tahu angka yang tepat, 9,000 kakitangan posmen ini yang mendapat pendapatan Tuan Pengerusi, RM1000 lebih sahaja, tidak sampai RM1100 pun sebulan sesudah hampir 25 tahun bekerja. Jadi saya minta pihak Kementerian Kewangan mengkaji COLA bukan sahaja diberi kepada agensi kerajaan secara langsung tetapi juga agensi-agensi yang sudah dikorporat, yang dulu kakitangan kerajaan tapi syarikat ini rugi, mereka juga patut diberi pembelaan yang setimpalnya. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun].

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada 060000 - Perkhidmatan Kastam. Pada bulan Julai yang lalu, kementerian telah mengumumkan bahawa restoran yang terletak di luar hotel di mana jualan tahunannya kurang daripada RM3 juta dimansuhkan pengutipan cukai perkhidmatan. Saya ingin menyuarakan permasalahan yang timbul ekoran daripada tindakan yang di ambil oleh pihak kementerian.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya tahu niat baik kerajaan untuk membantu restoran-restoran dan juga orang ramai, consumer memandangkan masalah kegawatan ekonomi tetapi ada restoran yang mempunyai jualan tahunan yang melebihi RM3 juta. Sebaliknya sekarang mereka mengalami masalah kekurangan perniagaan, sebagai contohnya dua buah restoran yang berhadapan, satu restoran di mana jualan tahunannya kurang RM3 juta sebaliknya sekarang mendapat lebih pelanggan pergi sebab tidak perlu membayar cukai perkhidmatan 5% malahan restoran yang bertentangan yang mencapai jualan tahunan lebih daripada RM3 juta mengenakan 5% cukai perkhidmatan ke atas pelanggannya. Pelanggannya juga mempersoalkan perniagaan restoran tersebut, mengapa restoran bertentangan tidak kutip, sini pula kutip. Jadi susah, amat menyulitkan pemilik restoran. Saya sebut untuk menjelaskan perkara itu dan secara tidak langsung mengakibatkan perniagaannya telah terjejas. Ini perkara satu. Perkara kedua ialah berkenaan 080000 - Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tuan Pengerusi, Akta Cukai Keuntungan Hartanah ada memperuntukkan bahawa ketua pengarah boleh memberi pengakuan kepada imigresen untuk melarang mana-mana individu yang gagal membayar cukainya untuk ke luar negara, seksyen 22 tetapi banyak masalah telah timbul. Saya mempunyai satu kes spesifik di mana sekeluarga tiga orang. Mereka mempunyai joint account suami isteri namanya Puan Kong Yun Yin, Yie Ah Haa, mereka telah membawa port pakej pergi melancong tetapi apabila mereka mahu keluar daripada pintu lapangan terbang mereka telah disekat, kononnya mereka telah berhutang dengan pihak lembaga dan jumlah yang dihutangkan kononnya adalah RM178 sahaja tetapi pada masa yang sama sebelum itu pihak lembaga telah mengembalikan sekeping cek bernilai tersebut menyatakan beliau telah terlebih bayar. Persoalan di sini timbul kerana wujudnya dua akaun, satu akuan pelupusan hartanah dan satu akaun cukai pendapatan di mana tiada connection, sambungan di antara kedua link, di antara kedua-dua akaun untuk menyelaraskan sama ada seseorang individu itu masih berhutang atau tidak kepada pihak lembaga. Jadi akhirnya ia telah mengakibatkan sekeluarga ini bukan sahaja merasa sangat malu kerana mereka pergi untuk melancong serombongan, mereka telah kerugian lebih

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

kurang RM7,000. Jadi menurut Akta Cukai Keuntungan Hartanah yang diperuntukkan bahawa pihak lembaga boleh mengadakan kaunter-kaunter untuk mengutip bayaran. Apabila ini sangat jelas, dalam akta ini memperuntukkan bahawa apabila seseorang individu itu dilarang ke luar negara kerana ada satu perakuan daripada Ketua Pengarah, mereka boleh menjelaskan bayaran itu kepada pegawai polis yang bertanggungjawab di situ atau imigresen tetapi dalam kes ini mereka tidak boleh membuat bayaran atau mendapatkan penjelasan lanjut dari pegawai imigresen. Mereka diminta pergi PKNS Shah Alam, di sana diminta pergi Putrajaya, dari Putrajaya diminta pergi Ipoh. Ini bukan kes pertama Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini saya ada minta sama ada pihak kerajaan boleh mempertimbangkan boleh mengadakan satu kaunter bayaran kepada mereka apabila dengan dimaklumkan bahawa mereka mempunyai hutang dengan pihak lembaga mereka boleh menjelaskan pada tempat tersebut di lapangan terbang, di pintu keluar sebagai contohnya. Dalam kes ini mungkin satu nilai ditetapkan, yang ini hutang hanyalah sebanyak RM178 sahaja, bagaimana dengan mereka yang RM10,000, RM12,000, RM13,000 dan dalam kes ini Puan Kong Yun Yin membayar cukai tepat pada masanya setiap tahun. Kerana kelemahan sistem tadi saya telah maklumkannya, jadi mungkin satu nilai boleh ditetapkan dan selain itu satu kaunter diadakan bagi pengutipan cukai ini. Akhirnya berkenaan dengan KWSP, EPF. Sebelum itu saya ada bangkitkan di mana mungkin pihak Kumpulan Wang Simpanan ini boleh meneliti dalam aspek undang- undang di mana apabila seorang individu dia masih bujang dia telah menamakan warisnya, penerima carumannya itu, apabila dia telah berkahwin dengan secara automatiknya penama itu boleh dibatalkan. Saya telah bangkitkan sebelum ini sudah banyak kes di mana semasa bujang dia menamakan kakaknya sebagai penerima carumannya jika berlaku apa- apa ke atasnya tetapi selepas itu beliau berkahwin, mempunyai anak, tidak pergi menukar nama penerima waris dan apabila terjadi apa-apa ke atas pencarum ini saudara-maranya yang dinamakan sebelum dia berkahwin menerima wang caruman tersebut. Masalah timbul apabila ada perbalahan di kalangan ahli keluarganya. Jadi mungkin pihak kementerian boleh menimbangkan dalam aspek ini secara automatik terbatalnya apabila seseorang telah berkahwin, penama yang dinamakan sebagai penerima caruman tersebut. Yang Berhormat Menteri mungkin boleh senyum, rasa sangat aneh cadangan ini tetapi kenyataannya banyak masalah timbul di akar umbi di mana saudara mara enggan membenarkan caruman itu kepada isteri dan anak si mati yang bukan pencarum kepada si mati tersebut. Jadi dalam beberapa aspek ini saya pohon Yang Berhormat Menteri boleh mengambil perhatian, itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Pengerusi, saya sebut dua tiga perkara sahaja. Pertama mengenai perkhidmatan kewangan. Hari ini kita dapati bahawa satu pengumuman oleh International Rating Agency Fitch yang sudah downgrade outlook untuk Malaysia daripada positif kepada stabil yang menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia dalam ekonomi global semakin mendesak dan mencabar. Sungguhpun minggu lalu Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ada kemukakan satu simulate package RM7 bilion tetapi nampaknya tidak begitu berkesan sehingga kita boleh lihat daripada prestasi KLSE. Adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan sedar bahawa isu yang utama ialah kepercayaan, confident untuk mengembalikan confident dan cara economic stimulate package itu RM7 bilion dikemukakan dalam Parlimen tanpa apa-apa pindaan kepada Bajet 2009 tidak melahirkan kepercayaan bahawa bolehlah dengan sedaya upaya mengatasi masalah ekonomi. Bukankah ini sebenarnya oleh kerana semua pucuk pimpinan UMNO sangat busy oleh kerana party election sehingga 80% masa mereka tertumpu kepada party election dan ketepikan tugas-tugas mereka sebagai menteri, ekonomi Malaysia. Bukankah ini sebenarnya satu cabaran kepada Malaysia. Saya harap bahawa ini boleh ditelitikan kalau

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

ada menteri-menteri UMNO sangat sibuk, tidak boleh tumpu masa, lebih baik mereka ambil cuti daripada Parlimen, daripada Kabinet, daripada kerajaan, lima bulan cutilah, keluar untuk kempen.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, cantik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Jangan sacrifices, mengorbankan tanggungjawab untuk negara kita.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Siapa yang tidak bertanggungjawab untuk negara kita. Yang Berhormat Ipoh Timurlah selalu membuat tuduhan yang bukan- bukan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ada Yang Berhormat kempen dalam...

Perangai tidak ubah-ubah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dalam UMNO kita tahu begitu corrupt, money politics. Kenapa, beranikah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kena minta jalan Yang Berhormat.

Siapa yang tidak berani?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

1,000 complaints korupsi dalam parti UMNO election, 1,000 complaints.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itulah transparent nama dia.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Habislah sudah gaduh.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...itulah UMNO, parti yang corrupt...

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

DAP pakai lantik saja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya mahu teruskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

BN saya mahu cabar kamu semua...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang kedua ialah mengenai ValueCap dan EPF. Saya harap ValueCap...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ada masa saya entertain sekarang tiada masa. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memberi keterangan kenapa pengumuman mengenai RM5 bilion tambahan untuk diberikan kepada ValueCap daripada EPF dibuat secara tergesa-gesa tanpa apa-apa accountability dan ketulusan dan tanpa mendapat persetujuan daripada khasnya pencarum-pencarum all the EPF contributors, dua juta orang contributors yang nampaknya mereka tidak bersetuju. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

MTUC sudah buat satu pendirian bahawa mereka bantah. Bukankah kedudukan MTUC amat penting oleh kerana mereka mewakili pekerja-pekerja bukan seperti Ahli Parlimen di sini yang mewakili diri sendiri saja. Saya berharap bahawa ValueCap, apabila ValueCap ada diumumkan 2003 ada diumumkan RM10 bilion, Yang Berhormat masa itu penasihat atau advisor kepada bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir. Maka itulah RM10 billion all the money are in, all the money in mana tidak ada in. Nampaknya ini another David Cooperfield. Money in tetapi 5 sen, separuh saja. Kedua, kenapa kita tidak ada satu laporan yang terperinci mengenai prestasi ValueCap dalam lima tahun ini sehingga kita tidak tahu apa yang berlaku. Sangat gelap dalam ini. Inilah satu perkara yang sangat penting. Ketiga, bukankah Yang Berhormat setuju bahawa apa yang penting ialah confidence. Confidence bukan daripada segi ekonomi saja tetapi sistem governance.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sistem governance supaya semua pelabur-pelabur yang berminat dalam Malaysia ada rasa yakin untuk datang melabur dan apa yang berlaku semalam sebagai contohnya di mana Ahli Parlimen PJ Utara, dua orang ADUN dan 23 orang ditangkap oleh kerana candlelight vigil Ini tidak akan memberi confidence kepada pelabur-pelabur khasnya apabila Selangor CPO bercakap bohong. Berkata bahawa mereka ditangkap. Bukan nafikan bahawa mereka ditangkap apabila National anthem dimainkan. Sebenarnya adalah video-video yang menunjukkan mereka ditangkap semasa National anthem dimainkan. Kalau pegawai-pegawai tinggi kerajaan boleh bercakap bohong seperti itu, apa confidence pelabur-pelabur ada dalam Malaysia ini. Mengenai perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan analisa ekonomi, saya mahu timbulkan satu perkara. Dalam dua tiga hari ini satu perkara, isu besar di Sabah iaitu mengenai lawatan ICAC Hong Kong. Bukan untuk mengajar ACA bagaimana mengadakan rang undang-undang yang baik tetapi untuk siasat satu kes money laundry di mana seorang yang terkemuka iaitu Michael Chia ditangkap di Hong Kong International Airport pada 14 Ogos dan RM16 juta ada dirampas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya setuju orang itu disiasat. Dia pengkhianat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh dan bagi pihak contribution Sabah UMNO bagi Permatang Pauh contribution. [Beberapa Ahli ketawa] Kenapa sampai sekarang apabila rombongan tiga orang ICAC di Sabah untuk dapat maklumat, kenapa Ketua Menteri Sabah enggan jumpa mereka? Ini kerana dialah seorang yang terlibat dalam tuduhan-tuduhan wang ini dan sebenarnya kalau tidak silap bukan RM16 juta yang terlibat. Ada laporan dua hari dahulu bahawa angka yang terlibat dalam money laundering ialah RM100 juta. RM100 million! Kenapa dalam perkara ini, ICAC datang ke Sabah untuk siasat dan ACA tidak mahu siasat. ACA kata mereka tidak mahu siasat. Kenapa Kementerian Kewangan tidak mahu beri kerjasama? Adakah Kementerian Kewangan serius untuk memerangi money laundering. Apa-apa jenis money laundering yang berlaku sama ada dalam Malaysia atau di luar negara yang melibatkan rakyat Malaysia khasnya ahli-ahli politik Malaysia, khasnya Ketua Menteri Sabah! Ketua Menteri Sabah yang kita tahu dialah satu money launderer untuk UMNO election. Calon- calon dalam UMNO election. Tidak payahlah saya sebut siapa dia sokong. Saya boleh sebut kalau saya dicabar.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sebut, sebut.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebut, sebut, sebut. [Ketawa]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mahu saya sebut?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, masuk dalam butiran, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mengenai economic analysis. Saya harap dalam perkara money laundry ini serius. Ia menunjukkan bahawa dua hari dulu saja kita adalah satu National Integrity Convention yang menunjukkan kita mahu membanteras rasuah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebutlah! Siapa, siapa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

National Integrity Convention diadakan di Sarawak, satu negeri yang maha corrupt, satu Ketua Negeri yang maha infamous dalam perkara ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Buktikan, buktikan, buktikan!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Bagi laluanlah sikit.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

..... Ada seriousness dalam corrupts dan dalam perkara ini akhirnya....

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Hey, bagi laluanlah sikit.

Pergi tengok anak. Anak, anak.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Akhirnya oleh kerana keadaan ekonomi yang begitu gawat, ekonomi yang begitu gawat tetapi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat, duduklah Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Ipoh Timur, laluan!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

... Jangan kita lari daripada tanggungjawab kita supaya kita boleh kutip wang.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Bagilah laluan!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Dia tidak bagi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Perkara ini ada dibangkit oleh Yang Berhormat Rasah bahawa mengenai...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

... Empat ekor. Empat ekor, dua kali seminggu menjadi sekarang tiga kali seminggu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Ipoh Timur, tolong jawab!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Easy money! Easy money untuk siapa tetapi rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa-mangsa segelintir orang mungkin orang tokoh-tokoh MCA...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

... Tokoh-tokoh UMNO.

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Daripada empat ekor, empat ekor itu. Nanti, nanti. Empat ekor itu dan saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh mengurangkan...

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Apa itu?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat Rembau.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Pengerusi...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ada harapkah? Ada harapan sungguhpun...

Duduk, duduk!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Duduk, duduk!

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Ipoh Timur duduklah, Yang Berhormat Ipoh Timur duduk. Ikut peraturan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Duduk, duduk!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Hey, peraturan mesyuarat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Berdiri atas apa? Berdiri atas apa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah, kita jangan gaduh, Yang Berhormat. Kita dengar, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, berdiri atas apa?

Duduk!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau, peraturan mesyuarat yang mana, Yang Berhormat? Peraturan mesyuarat. Saya tengah tanya, Yang Berhormat. Saya mahu tanya peraturan mesyuarat yang mana satu, ya?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Atas apa? Atas apa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Rembau. Peraturan mesyuarat mana, Yang Berhormat.

36(6).

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukan, atas apa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yang Berhormat Ipoh Timur duduklah!

Duduk!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Ya, peraturan mesyuarat mana, Yang Berhormat?

Duduk, duduk, duduk! Duduk dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Jerlun duduk dah, Yang Berhormat Jerlun duduk itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dulu Yang Berhormat.

Duduk! Ini saya punya floor.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, yang mana peraturan Mesyuarat yang mana, Yang Berhormat?

Minta dia duduk dulu, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah, Yang Berhormat. yang mana satu, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, 36(6). Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

36(6), ya.

Jadi ini dinosaur ini dia tidak hendak duduk. [Dewan riuh] [Beberapa Ahli ketawa] Minta dinosaur ini duduk dulu.

Dinosaur putih!

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Rembau belum jadi Speaker.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Memang, memang Yang Berhormat Ipoh Timur dinosaur Parlimen.

Dinosaur ini melenting tidak cantik.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Belum jadi Speakerlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Janganlah panggil Ahli Yang Berhormat dinosaur, Yang Berhormat.

Dinosaur, duduk dulu dinosaur. Ini bukan dinosaur. Duduk, duduk!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau, janganlah panggil Yang Berhormat dinosaur, Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Menyampuk]

Dinosaur ini mengaum saya rasa lucu sangatlah. Sila duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

36(6). Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. 36(6).

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tadi banyak, banyak kenyataan yang dikeluarkan...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita dengar. Yang Berhormat Ipoh Timur, kita dengar dulu Yang Berhormat ya. Duduk dulu, Yang Berhormat.

Ini perangai Ahli parlimen yang paling lama dalam Parlimen. Berperangai macam ini di depan kanak-kanak kecil. Di depan kanak-kanak kecil inilah perangai dinosaur Parlimen. Ada peraturan mesyuarat dia tidak hendak duduk. Dia masih lagi mahu cakap dan mahu jerit. Duduk dulu, duduk!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

36(6) Peraturan Mesyuarat. Tadi disebut Tuan Pengerusi beberapa kali Ketua Menteri Sabah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap, Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekejap, sekejap.

Ahli-ahli UMNO, orang UMNO, Parti UMNO rasuah dan corrupt! Ini adalah sangkaan yang cukup jahat yang dituju kepada Parti UMNO! [Dewan riuh] Saya minta kalau tidak ada bukti.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, Yang Berhormat.

Kalau tidak ada bukti kukuh melontarkan dan melemparkan tuduhan yang melulu terhadap Parti UMNO, saya minta ditarik balik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Itu Ketua Menteri Sabah disebut sebagai paling corrupt dan paling rasuah!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, Yang Berhormat ya.

Tuan Pengerusi, saya minta atas maruah sahabat-sahabat kita daripada Sabah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, cukup Yang Berhormat ya.

... Tempat-tempat lain daripada UMNO dan Barisan Nasional, saya minta.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ya, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekejap, Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya mendengar...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dulu. Saya sedang bercakaplah, Yang Berhormat! [Dewan riuh] 36(6), Yang Berhormat! 36(6). Saya ingin membuat keputusan tentang Peraturan Mesyuarat 36(6).

Dengarlah dulu. Apalah! Duduk dulu!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hey, saya mendengar. Baik, sila duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Rembau, sila duduk. Saya mendengar tentang ucapan perbahasan Yang Berhormat Ipoh Timur yang mempertikaikan tindakan terhadap Ketua Menteri. Saya ingat itu...

Dia buat tuduhan, Tuan Pengerusi! Tuduhan direct!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap, Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Speaker cakap duduklah! Speaker cakap!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, saya minta Yang Berhormat alihkan perbahasan daripada topik itu. Akan tetapi pada masa yang sama saya juga minta Yang Berhormat Rembau tidak menggunakan perkataan dinosaur untuk mengaddress Ahli- ahli parlimen. Yang itu juga tidak bagus.

Yang mana lebih teruk Tuan Pengerusi? Membuat tuduhan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Ipoh Timur kena tarik balik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Okey, saya mahu teruskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya mahu teruskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Nanti habis masa Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat habiskan ayat terakhir.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya tidak minta dia tarik balik oleh kerana lima bulan dia sudah habis. [Ketawa] Tidak payah minta dia tarik balik.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Lima bulan sudah habis, balik.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sebagi penggulungan, saya berharap Yang Berhormat Menteri berminat dalam isu penting ini bahawa janganlah menggalakkan gambling, kurangkan tiga kali empat ekor yang bermula dengan 1 Oktober, tambah dua kali kepada tiga kali kurangkan kepada dua kali. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itu padang golf tidak berani jawab kah?

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak berucap Yang Berhormat?

Kalau dalam Dewan bebas kah buat fitnah, tuduhan, tohmahan, bebas? Saya hendak tanya. Yang Berhormat Ipoh Timur buat macam-macam tuduhan fitnah. Tuan Pengerusi biarkan begitu sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri akan jawab Yang Berhormat.

Bukan soal menjawab. Ini soal dia membuat tuduhan palsu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ini reflect kepada diri masing-masing Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak berucap Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Ipoh Timur tarik balik...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat sudah berucap.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa Yang Berhormat Batu Pahat?

Duduk Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk berucap dalam Maksud Bekalan 11. Saya ingin merujuk kepada Bekalan 022100.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of Order 36(6). Tadi saya dengar Yang Berhormat Padang Serai confirm Yang Berhormat Ipoh Timur memang kepala dinosaur, tarik balik, mana boleh. Dia bukan dinosaur, dia wakil rakyat yang matang. Mana boleh you kasi confirm.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Padang Serai yang cakap tadi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Padang Serai yang bagi confirm. Dia kata Yang Berhormat Ipoh Timur dinosaur.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Minta dia tarik balik.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan dengan Yang Berhormat Batu Pahat sudah hilang akal.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Ramai yang cakap dinosaur tadi Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak cakap macam itu. Saya kata kalau Yang Berhormat Rembau kata Yang Berhormat Ipoh Timur dinosaur, memang Yang Berhormat Ipoh Timur adalah dinosaur yang besar dalam Parlimen. [Ketawa]

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

DAP setuju kah, DAP setuju kah PKR punya statement itu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan, kalau mahu debat datang malam ini ke Dewan Perhimpunan Cina, saya boleh debat. Sekarang duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Duduk, duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukup Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan sebut dinosaur lagi Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya ingin merujuk kepada Bekalan 022100 - Kuala Lumpur International Airport Berhad yang diperuntukkan anggaran RM1 bilion lebih. Tuan Pengerusi, RM1 bilion lebih selepas hampir 10 tahun dibina lapangan terbang KLIA. Setiap tahun ada anggaran berbilion-bilion yang seharusnya disalurkan kepada rakyat yang miskin. Kenapa pada satu masa di mana banyak syarikat diswastakan dan syarikat-syarikat yang berniaga boleh mendapat keuntungan, saya mahu tanya kepada menteri kenapa diperuntukkan duit sebegitu banyak setiap tahun pada hal pentadbiran KLIA Bhd. itu tidak begitu prihatin. Apabila saya setiap kali pergi ke KLIA saya melihat persekitaran KLIA ada beribu-ribu pokok-pokok kelapa sawit kepunyaan KLIA Bhd.. Pokok- pokok kepala sawit pun yang.... Ahli-ahli Barisan Nasional: [Ketawa] Apa ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat. Teruskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...yang boleh ditender dan boleh mendatangkan beratusan ribu setiap tahun tidak dibuat dengan betul. Akan tetapi mereka mempertikaikan penerbangan-penerbangan yang sedia ada di negara ini seperti AirAsia yang hari saya sendiri melalui internet booking enam penerbangan ke India pada bulan Januari dari 5 hari bulan ke 10 hari bulan. Enam penerbangan dengan harga kos kurang dari RM4,000 untuk pergi dan balik. Kita belum pernah mendengar macam ini dalam puluhan tahun MAS di negara ini. Akan tetapi hari ini kita ada. Kalau satu syarikat seperti AirAsia boleh mendapat keuntungan dengan menjual tiket kurang daripada harga setengah, mengapa tidak MAS ataupun KLIA Bhd. ini juga berfungsi macam itu. Berbilion-bilion dibelanjakan padahal hanya RM25 juta sahaja dianggarkan untuk IJN pada tahun 2009. Kerajaan setiap tahun setiap kali apabila menghadapi masalah, mereka ambil duit daripada EPF. Akan tetapi pekerja-pekerja itu

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

sering kali sakit jantung kerana kerajaan ini dan apabila dimasukkan ke IJN mereka tidak mendapat keprihatinan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Padang Serai, boleh tanya? Saya tidak faham.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh duduk, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Marah MAS ke, marah KLIA ke, marah IJN?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Batu Pahat, saya ada 10 minit sahaja tolong duduk. Kalau mahu datang malam ini kita debat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat kena minta jalan Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Atau marah kelapa sawit?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Batu Pahat kamu balik sekolah dahululah. Saya tahu kamu memang Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional mereka datang ke Parlimen ini saya tidak tahu untuk apa. Tengok semua kerusi kosong. Tengoklah sebelah sini, lihat dan belajar. Jadi Tuan Pengerusi...

Sana tidak ada kerja lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kawan boleh bagi?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, saya minta kalau dia orang mahu cakap malam ini pergi debat. Saya boleh aturkan bersama Yang Berhormat Ipoh Timur dengan mereka.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu Yang Berhormat. Sekarang ini dia minta jalan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak berani.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mahu bagi ke tidak?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak ada masa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mahu bagi ke tidak? Kawanlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, sila duduk.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kawan pun tidak bagi kah? Ini macam punya kawan kah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia jemput pergi mesyuarat malam ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Pergi tangkap ketamlah Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi Tuan Pengerusi, apa yang saya mahu kaitkan di sini ialah berbilion-bilion dibelanjakan yang seharusnya duit itu sampai kepada rakyat. Rakyat yang seharusnya menerimanya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi kita dengar KLIA diperuntukkan berbilion, saya juga melihat pemberian khas kepada Wilayah Persekutuan sebanyak RM25,000,500, pemberian subsidi gas secair LPG, diesel dan petrol sebanyak RM21 bilion, bantuan kewangan kepada Indah Water RM250 juta. Saya juga melihat subsidi kadar faedah kepada Bank Pembangunan Malaysia sebanyak RM180 juta. Apabila saya baca ini semua, saya melihat tidak masuk akal apabila rakyat ataupun pekerja-perkara yang begitu banyak menyumbang kepada EPF tetapi mereka tidak diberi perhatian healthcare yang sewajarnya. Kerajaan seharusnya memberikan perhatian kepada healthcare mereka. Projek- projek dan agihan bernilai beratus-ratus juta dan berbilion, tetapi untuk healthcare dan IJN ada yang menunggu sehingga lapan bulan kerana mereka tidak mampu bayar. Saya minta menteri, mengapa pada tahun 2006 hingga sekarang beratus-ratus bilion diperuntukkan, tetapi pada kali ini hanya RM25 juta sahaja diperuntukkan. Mengapa tidak kerajaan tubuhkan satu yayasan di bawah IJN sendiri di mana yayasan ini dapat membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah jantung. [Tepuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey, masa habis.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi, Tuan Pengerusi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Menyampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sabarlah Yang Berhormat Kinabatangan. Rakyat di Kinabatangan menunggu kamu untuk cakap...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, tidak payah dengar. Speaker ada di sini Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, saya juga ingin merayu kepada kerajaan bahawa Dana Harta Urus Sdn Bhd yang diperuntukkan RM880 juta itu prihatin sedikit supaya mereka-mereka yang memiliki perniagaan-perniagaan ataupun premis yang diambil alih itu dibantu, diberi perhatian. Ini kerana bank-bank yang mengambil alih melalui dana harta ini mereka tidak membantu langsung mereka-mereka yang telah berusaha kadang-kadang 20 tahun, 30 tahun untuk membina satu bangunan satu premis atau perniagaan itu. Apabila diambil alih oleh dana harta, mereka langsung tidak diendahkan. Daripada langit, mereka jatuh ke tanah. Mereka bankrap dan tidak ada apa-apa.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Masa itulah seharusnya kerajaan ini melihat mereka dengan baik. Mereka mesti teliti dengan baik, mereka mesti lebih prihatin tentang mereka yang telah begitu lama menggunakan tenaga dan masa mereka membina perniagaan itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung, boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya juga Tuan Pengerusi, menyentuh peruntukan RM250 juta untuk Indah Water, iaitu setiap kali kita pergi ke sana sini kerja Indah Water di seluruh negara memang tidak betul tetapi kerajaan setiap kali memberi, memberi, dan memberi, apa yang rakyat dapat? Mereka juga kena membayar bil-bil yang terlalu tinggi. Seharusnya duit ini disalurkan hanya kepada mereka, syarikat-syarikat yang menunjukkan persembahan yang baik bukan seperti KLIA dan lain-lain syarikat. Saya juga meminta menteri supaya memastikan supaya bank-bank menjadi payung yang baik kepada ahli-ahli perniagaan bila mereka susah. Ahli-ahli perniagaan hari ini apabila mereka sudah di CTOS, CTOS sepuluh tahun, lima belas tahun dahulu hari ini bank-bank langsung tidak mahu memberi apa-apa bantuan ataupun meneliti permohonan- permohonan mereka yang susah. Jadi Menteri Kewangan mestilah memberi perhatian kepada rakyat dan saya harap beratus juta dan bilion yang digunakan daripada KWSP ini, Menteri Kewangan berilah perhatian kepada pekerja-pekerja. Pendapatan negara begitu banyak, perbelanjaan negara lebih banyak daripada itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tapi pekerja-pekerja di sektor kerajaan dan swasta hari ini gaji mereka tidak setimpal dengan status ataupun standard kehidupan hari ini. Jadi saya minta Menteri Kewangan tolonglah ambil perhatian kepada perkara ini dan juga tolonglah, tolonglah, tolonglah supaya Institut Jantung Negara ini lebih berkesan untuk mereka yang betul-betul mahu kerana pada hari ini mereka yang ada duit dia terus boleh bayar dan potong queue dan terus masuk untuk operation, padahal rakyat yang miskin mereka tidak dapat. Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi peluang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut mahu berbahas tentang belanjawan di peringkat Jawatankuasa ini. Saya akan memfokuskan beberapa perkara sahaja Tuan Pengerusi. Butiran 020300, Butiran 030100, dan mungkin beberapa perkara yang lain termasuk 020500. Saya memerhatikan peruntukan RM5 juta emolumen dalam memberikan peruntukan pengurusan, penganalisisan ekonomi. Kalau diberikan lebih pun tidak apa Tuan Pengerusi, tetapi hingga kini kita minta Yang Berhormat Menteri supaya tidak hanya dalam pengurusan urus tadbir kewangan dan ekonomi negara nyata setiap kali kita mendepani krisis kita tidak hanya menyuntik dana yang cukup besar seolah-olah dana kita tidak punya had. Seolah-olah duit kita semacam tumbuh di pokok. Apa yang jelas dalam menangani krisis seperti ini sebenarnya kita ada peruntukan menganalisis ekonomi yang seharusnya setiap tahun ini RM5 juta, bahkan sebenarnya RM6 juta dengan perkhidmatan bekalan sekali gus. Seharusnya sektor kewangan dan ekonomi yang sewajarnya mempunyai paksi research base ia seharusnya merupakan dan berpasakkan kepada pengetahuan, kepada research knowledge base. Tetapi nyata pengurusan urus tadbir negara ini ekonomi khususnya, boleh dikatakan rata-ratanya umpama ad hoc minta maaf Yang Berhormat Menteri, saya perlu merakamkan di Dewan yang mulia ini. Ia bukan sahaja ad hoc, bahkan bersikap knee-jerk dan terkadang kali free flock. Kita tidak nampak satu kesungguhan untuk benar-benar menekuni, satu pencerakinan atau menstrategikan ekonomi dan kewangan dalam satu jangka time line yang lebih daripada setahun berdasarkan research. Maka dengan itu setiap kali kita berdepan dengan krisis kerana kita tidak ada anticipative thinking, dengan izin. Kita tidak pernah mahu meramalkan. Bahkan terkadang- kadang lebih teruk daripada itu kita dalam penafian. Baru-baru ini seperti Pakatan Rakyat menegaskan perlukan kita kembali revisit belanjawan. Kita dalam penafian, bahawa kita bebas daripada krisis kewangan dunia. Seolah-olah kita boleh decouple our economy from the crisis of American life crisis dan seumpamanya. Ini jelasnya Tuan Yang di-Pertua merupakan satu sikap yang boleh mudahnya disebut sebagai sikap angkuh, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, yang perlu kita tamatkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

“Tuan Pengerusi” Yang Berhormat. Kita sedang dalam Jawatankuasa.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, maaf, maaf.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Janganlah retorik.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan retorik. Hendak debat boleh. Jadi oleh kerana itu Tuan Pengerusi, kita minta sungguh-sungguh supaya ditunjukkan satu pengurusan yang lebih bersifat research base, kerana kita diperuntukkan RM6 juta setiap tahun supaya perkara ini ditangani dan diurus tadbir dengan baik. Sebab itu kita always in crisis because we are not managing our economy well, dengan izin. Kalau kita sebutkan, ambil sahaja satu suntikan paling mutakhir, RM5 bilion menggunakan dana KWSP. Mudah- mudahnya Menteri Kewangan mengarahkan Tuan Pengerusi. Seharusnya KWSP punya panel investment sendiri. Satu suntikan RM5 bilion. Saya ingin tanya sejauh mana dilakukan research? Sejauh mana dikaji baik buruknya? Sejauh mana ia bersifat jangka lebih panjang daripada pemikiran ad hoc dan...

Minta pertanyaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Bagi jalan Yang Berhormat?

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Oleh kerana itu Tuan Pengerusi, tidak payahlah. Sepuluh minit sahaja. Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin sebutkan ...

Sini bukan sana.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak apa. Yang Berhormat Pasir Salak jangan ‘mula menyalak’ susah saya.

Berapa bilion baru cukup?

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

RM5 bilion ini ada Tuan Pengerusi ...

Yang Berhormat sudah buat kajian berapa bilion? Berapa bilion agak boleh?

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya tidak mahu komen.

Kalau RM5 bilion tidak cukup berapa bilion?

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...tolong duduk. Tuan Pengerusi...

Berapa bilion baru cukup?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Cakap sahaja. Too academic.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Biarkan dia Yang Berhormat, ya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Kuala Selangor. Value Cap ini ....

Cakap akademik sahaja. Bankraplah negeri kalau macam ini Menteri Kewangan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tolonglah perjelaskan.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kalau Yang Berhormat Kuala Selangor ada research sendiri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin sebutkan RM5 bilion yang disuntik ke dalam pasaran saham in money market untuk katanya dengan izin, to shore-up under value companies. Kita tahu sejak awal tahun ini market capitalization di Bursa Malaysia hilang sebanyak RM614 bilion. 7 Oktober sahaja RM20 bilion, 10 Oktober - RM25 bilion. RM5 bilion ini seumpama mencurahkan garam di lautan. Tuan Pengerusi, saya ingin sebutkan sejauh mana RM5 bilion ini dilakukan atas dasar research? Sejauh mana perkara ini diukur dan dilakukan assessment. Kerana yang jelasnya siapa yang untung adalah mereka yang menunggu companies ini dijack up pricenya lalu mereka keluar. Kita tidak mahu sebut siapa yang keluar ini. Mereka yang mungkin antara lainnya, yang telah meminjam untuk membeli saham-saham ini khususnya yang untuk memenuhi 30% saham bumiputera setiap kali IPO ataupun apa yang dikatakan sebagai tawaran Initial Public Offers dahulu.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini yang cukup menyakitkan hati mereka, penganalisis ekonomi di negara kita ini. Tuan Pengerusi saya ingin sebutkan seterusnya juga dalam nada yang sama yang dikatakan pengurusan kawalan kewangan strategik, Butiran 010100. Kalau benar-benar ia strategik hari ini, 19 buah research houses mengatakan bahawa Bursa Malaysia dan pasaran saham kita tidak attractive. Ini satu perkara yang jangan kita ambil senang kerana mutakhir ini, kita telah lihat bagaimana dalam hal unjuran ke depan ini dikatakan saya bersedia untuk mengaku bahawa kita punya beberapa faktor sama ada dari sudut surplus dagangan kita ataupun surplus dalam current account kita. Kesemua itu adalah sihat fundamentalnya baik tetapi mutakhir ini kita mengalami nilai kewangan ringgit yang semakin merosot. Kita mungkin boleh berkata at least our currencies are still better than Australia, Korean Warn, New Zealand dan juga Singapura tetapi kita perlu ingatkan bahawa keempat- empat, maaf Euro, bukan Singapura. Keempat-empat currency ini tidak dalam kawalan dikata manage float. Mereka tidak mengurus kewangan mereka ini kerana mereka adalah free floating. Dengan kata lain a bit technical Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi tetapi kita tidak boleh compare apple with apple kerana mekanismenya lain. Apa yang jelas adalah penurunan nilai mata wang kita yang andainya ia berterusan, perkara confidence dalam investment ke negara kita ini akan turut terjejas. Ada empat perkara, empat faktor dikemukakan oleh beberapa penganalisis. This is why we must refer to the research dan tidak boleh hidup dalam penafian sahaja. Satu persoalan penurunan, international reserve kita mutakhir ini, ya bulan Oktober sudah turun kepada USD107 bilion from September - USD109.7. Lebih kurang sebulan sahaja sudah menurun sebanyak hampir RM10 bilion. Ini meninggalkan kesan yang buruk kepada nilai wang dan seandainya nilai wang terjejas maka kemasukan sama ada portfolio investment tambah-tambah lagi long term investment in FDI juga akan turut terjejas. Itu faktor pertama, faktor kedua adalah peningkatan defisit fiskal in term of our bajet. Dengan penurunan pendapatan yang kami anggarkan sebanyak bukan kami sahaja but research houses, CIMB, Asiambankers semua menyebutkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, menyebutkan bahawa tidak kurang daripada RM20 bilion akan kehilangan pendapatan. Kita bercakap tentang tambahan yang dapat kita lakukan atas apa yang dikatakan penjimatan fuel subsidi itu sebanyak RM7 bilion. Itu semua tidak sebenarnya realise kalau kita masih kekurangan, tidak kurang daripada RM15 bilion dari segi pendapatan. Lalu increase ataupun peningkatan defisit fiskal juga akan menjejaskan keyakinan kepada ekonomi negara. Ketiganya penurunan harga komoditi yang diunjurkan tidak tahu berapa lama. Keempat sekali adalah kesan sampingan ataupun kesan contagious kesan bumerang yang berlaku atas kelembapan ekonomi global. Kesemua ini meletakkan bahawa pengurusan kewangan strategik negara perlu kita pertingkatkan dan kita tidak nampak satu kesungguhan politik, the political will yang ada pada kementerian untuk benar-benar membawa negara ini untuk menjadi benar-benar kompetitif. Hari ini hari demi hari, kita kalau boleh juga saya sebutkan bagaimana peningkatan household debt to GDP juga meningkat kepada 66.7%. Satu parameter yang perlu kita ambil kira termasuk juga ratio, nisbah bank kredit kepada loan securitization oleh cagarmas yang merupakan satu yang mengingatkan kita kepada krisis subprima yang semakin meningkat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, yang semakin meningkat, sudah sampai kepada paras 100.4% of GDP KDNK. Kita ingat pada krisis 1998 Tuan Pengerusi, ia ke paras 141% of KDNK. Kesemua perkara ini tidak meletakkan kita selesa untuk mengatakan bahawa kita akan dapat mendepani krisis ini dengan baik. Satu lagi Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Last Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan bagaimana setelah kerajaan commit dalam bulan Jun yang lalu membawa penurunan mengejut sebesar itu, 78 sen satu liter yang sekarang ini sudah dikembalikan empat kali diberikan penurunan harga petrol at the pump, masih lagi belum ada satu cara untuk menangani inflasi. Saya ingin minta, saya, Tuan Pengerusi saya minta...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey, masa sudah cukuplah itu, cukuplah masa.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau ada point bangkit kemudian.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Masa sudah cukup.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Diberi peluang bercakap tidak hendak bercakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Last sekali last Tuan Pengerusi, last sekali, saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan kepada Dewan ini bagaimana perhitungan harga petrol diesel at the pump. Kalau saya ambil keseluruhannya, parameter kos operasi...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Banyak ulang-ulangnya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Margin syarikat, komisen pemilik stesen, kesemuanya itu harga yang ada hari ini harga USD67 ke USD65 setong, tidak menggambarkan harga yang dikenakan oleh kerajaan pada petrol dan diesel di pam. Hal ini kerana dikatakan kita ada RM21 bilion fuel subsidi, kalaulah kita telah RM7 bilion pun dengan forgone sales tax, saya minta apa sebenarnya harga yang sewajarnya, yang sepatutnya harga fuel dan diesel at the pump kerana congakan dan perhitungan saya, hisab saya, harga petrol dan diesel tidak sejajar. Tidak seharusnya begini kerana harga hari ini seharusnya jauh lebih rendah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin turut serta membahaskan di peringkat Jawatankuasa dan saya merujuk kepada Maksud Pembangunan 10 Perbendaharaan 13000 dan juga kepada Maksud Bekalan 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, 021000. Tuan Yang di-Pertua saya ingin...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kena sebut Tuan Pengerusi sekarang dalam peringkat Jawatankuasa.

Ya? Tuan Pengerusi, minta maaf. Tuan Pengerusi, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, perbelanjaan di bawah kerajaan ini perlu diteraskan kepada satu prinsip iaitu prinsip sustainability di mana kita tidak perlu belanja perkara yang tidak akan ada kesudahannya iaitu kita letakkan duit kita dalam satu ibarat black hole. Jadi saya hendak bangkitkan dua perkara yang pertamanya ialah berhubung dengan Cyberview Sdn. Bhd. Cyberview Sdn. Bhd. ini ditubuhkan pada tahun 1996 iaitu 12 tahun dahulu dan Cyberview Sdn. Bhd. ini adalah pemilik tanah bagi Cyberjaya yang menjadi nadi kepada Multimedia Super Corridor. Antara tugas Cyberview Sdn. Bhd. ini adalah untuk membangunkan enterprise building, bangunan-bangunan keusahawanan untuk dijual sewa kepada syarikat-syarikat. Saya melihat kalau kita lihat daripada anggaran harga projek RM745 bilion dan perkara ini

telah berlangsung sejak tahun 2000 dan berterusan sampai RM30 juta pada tahun akan datang. Bagi saya ini menunjukkan bahawa barangkali sustainability, prinsip sustainability itu masih lagi tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan kerana saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pulangan yang kita dapat ataupun Cyberview Sdn. Bhd. dapat daripada pelanggan-pelanggan iaitu syarikat-syarikat yang bertempat di Cyberjaya. Sudah tentunya apabila kita telah mengasaskan, menubuhkan Cyberjaya ini kita melihat kepada satu sustainable model di mana syarikat-syarikat ICT tersebut akan datang dengan pelaburan swasta untuk memastikan bahawa segala pembangunan kawasan tersebut akan diambil alih oleh swasta sendiri. Inilah sebenarnya model yang dipakai oleh kawasan-kawasan ICT yang lain seperti Silicon Valley di Amerika Syarikat seperti di Bangalore dan sebagainya.

Akan tetapi pada waktu itu kita memang hendak ada government push satu rangsangan daripada kerajaan di mana kerajaan masuk dahulu untuk membina prasarana, bangunan dan sebagainya tetapi ada juga kebimbangan pada waktu itu di mana perkara ini akan menjadi satu property play, satu projek yang lebih memberi tumpuan kepada hartanah daripada isu yang sebenar iaitu penyelidikan, software development dan sebagainya. Jadi saya hendak tanya di sini adakah Cyberview Sendirian Berhad ini akan terus menjadi satu syarikat yang dipunyai oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang akan menelan perbelanjaan yang cukup besar pada tiap-tiap tahun dan apakah pulangan yang diharapkan daripada syarikat-syarikat yang bertempat di Cyberjaya. Sudah tentunya kalau duit ini diperlukan untuk penyelenggaraan, maintenance dan sebagainya akhirnya syarikat-syarikat tersebut juga perlu menyumbang melalui keuntungan mereka dan sebaginya kepada upkeep gentrification dan sebagainya Cyberjaya. Saya tahu banyak insentif kita bagi kepada syarikat-syarikat tersebut cuma masalah yang kita hadapi di sini ialah sustainability. Kedua, dalam isu Cyberjaya ini adalah saya melihat sejak kebelakangan ini banyak syarikat masuk ke dalam Cyberjaya tetapi banyak menjurus kepada BPO, business process outsourcing ataupun back office di mana mereka letak regional back office, DHL dan sebagainya di Cyberjaya dan tidak menjurus kepada research and development sedangkan tujuan asal kita ada MSCdan juga Cyberjaya ini adalah untuk kita bentukkan value added knowledge industry dan sebagainya. Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini adalah lebih kepada ‘low-end’. Bukan saya hendak merendahkan industri BPO tetapi memang tidak lihat bahawa tujuan asal Cyberjaya itu telah dicapai. Yang kedua Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri adalah Butiran 021000 iaitu bantuan kewangan kepada Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK). Sekali lagi saya hendak sentuh tentang isu sustainability. Kalau kita tengok IWK ini diswastakan pada tahun 1994. Pada waktu itu Yang Berhormat daripada Permatang Pauh pun Menteri Kewangan juga dan ini merupakan salah satu daripada privatization yang boleh dikatakan gagal kerana pada tahun 2000 kerajaan terpaksa membeli semula segala ekuiti dalam Indah Water Konsortium ini. Jadi di sini saya hendak tanya kerana perbelanjaan ini cukup besar tiap-tiap tahun RM150 juta, tahun depan RM250 juta apakah pelan tindakan untuk IWK memandangkan IWK ini ada konsesi selama 30 tahun kalau tak silap saya dan apakah falsafah di belakang keputusan kerajaan untuk terus bantu IWK sebagai syarikat yang 100% dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Di sini saya hendak tanya sama dari IWK ataupun pembetungan ini adalah dilihat sebagai satu public good. Kalau public good kita tak payah letak di bawah syarikat. Kita minta kerajaan tempatan ataupun kerajaan terus bayar untuk servis tersebut melalui satu jabatan kerajaan tetapi kalau perkara ini adalah satu corporatized services maka kita tak boleh sustain, tak boleh teruskan satu syarikat yang tiap-tiap tahun tidak mendapat keuntungan dan antara sebabnya adalah pelanggan iaitu rakyat tak hendak bayar arears dalam IWK, IWK tak boleh hendak paksa dibayar semula hutang-hutang daripada rakyat, bil dan sebagainya kerana ini bukan macam api dan air. Api dan air boleh ditutup tetapi pembetungan itu tak boleh ditutup. Ada satu cadangan dahulu untuk

dicantumkan pembetungan ini dengan bekalan air tetapi saya difahamkan bahawa strategi ini pun tidak dilaksanakan oleh kerajaan buat waktu ini. Jadi saya rasa soalan pokok yang perlu saya rasa kerajaan menjawab pada hari ini adalah sama ada pembetungan ini melalui IWK adalah dilihat sebagai satu public good di mana kalau dilihat sebagai public good saya percaya Yang Berhormat Menteri pun faham tidak diperbadankan melalui satu koperasi yang lost making ataupun kalau dia betul-betul dilihat sebagai satu perkhidmatan yang dikorporatkan satu corporatize services maka sudah tentunya kita tak perlu ada satu black hole yang mana tiap-tiap tahun RM100 juta, RM200 juta perlu diberikan kepada syarikat ini yang tak pernah mendapat keuntungan sejak dia dapat konsesi pembetungan pada tahun 1994. Yang terakhir Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri adalah mengenai ValueCap dan ini disentuh secara terus kepada tanggungjawab Kementerian Kewangan dalam hal tersebut. Malangnya soalan ini masih lagi tidak terjawab apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa KWSP akan meminjam sebanyak RM5 bilion untuk beli syarikat-syarikat yang nilainya rendah pada waktu ini. Masih lagi ada satu soalan iaitu hutang ValueCap terhadap Khazanah, KWAP dan juga PNB sebanyak RM5.1 bilion yang sepatutnya dibayar balik pada tahun 2006 tetapi dipanjangkan tempoh bon tersebut kalau tak silap saya sampai Februari tahun 2009. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada duit yang disalurkan daripada KWSP itu sebenarnya adalah sebahagian daripada duit itu akan menampung pembayaran bon semula kepada Khazanah, KWAP dan juga PNB kerana ini sekali lagi adalah soal sustainability. Kalau ValueCap ini tak sustainable kenapa kita bagi banyak duit ke dalam black hole tersebut dan kita semua tahu bahawa pasaran saham pada waktu ini memang under value dan apakah market capitalization yang telah hilang di kalangan syarikat-syarikat yang ValueCap ini ada saham dalam syarikat-syarikat tersebut akan menjejaskan lagi pelan untuk ValueCap beli saham dalam keadaan pasaran sebegini rupa. Jadi sekali lagi adalah soal sustainability sama ada kita dapat bayar balik bon tersebut, sama ada bon itu wujud kerana saya baca perkara ini dalam berita sama ada bon ini wujud sebanyak RM5.1 bilion dan sama ada bon itu dapat di redeem dapat dibayar semula dan adakah duit daripada KWSP ini yang diambil pada sesi ini dan diumumkan pada sesi ini akan diguna untuk membayar semula bon ataupun adakah ia akan diguna untuk membeli saham-saham dalam syarikat-syarikat tertentu. Sekian, terima kasih.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Jangan complaint ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Dewan bagi perkara B.10 iaitu yang melibatkan Butiran 060100, 060200, 060300 yang melibatkan perkhidmatan kastam iaitu melibatkan tiga perkara. Yang pertama melibatkan pengurusan, operasi dan juga pencegahan. Tuan Pengerusi, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana ketiga-tiga ini amat penting. Perkhidmatan kastam ini adalah perkhidmatan yang amat diperlukan oleh kerajaan. Kalau kita menjana pendapatan bagi cukai tidak langsung iaitu bagi memastikan kecekapan dan keefisienan kita yang tepat, cekap dan berkesan bagi memastikan semua strategi percukaian yang telah dirancangkan ini kita akan dapat mencapai sasaran seperti yang diinginkan dan dirancang oleh pihak kementerian. Tuan Pengerusi, dalam ketiga-tiga operasi ini ianya melibatkan soal-soal yang berkaitan dengan penggunaan equipment ataupun instrumen moden dan saya difahamkan dalam Butiran 090600 iaitu pembaik pulih ataupun penyelenggaraan mesin pengimbas kerana difahamkan di kawasan-kawasan kemasukan pintu-pintu utama seperti di Johor Bahru, Klang, Pulau Pinang, Padang Besar dan juga Bukit Kayu Hitam. Setiap penggunaan mesin-mesin pengimbas ini masih lagi dalam peringkat yang tidak memuaskan kerana sepatutnya mesin-mesin pengimbas yang kita gunakan sepatutnya mesin pengimbas yang terkini ataupun yang paling moden yang boleh kita mengenal pasti iaitu barang-barang kulit, PU, PV dan sebagainya supaya ianya dapat dibezakan terus. Tujuannya adalah untuk memastikan proses handling ataupun loading, uploading ini akan dapat berjalan dengan cepat dan tidak timbul iaitu lori ataupun kontena

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

yang keluar masuk daripada negara luar Thailand dan sebagainya ini berada dalam proses handling yang begitu lama yang menyebabkan mereka boleh mencari alternatif lain ataupun kaedah lain bagi memastikan mereka dapat menguruskan persoalan import dan eksport ini dengan membawa masuk terus menerusi kaedah-kaedah dengan membuat pelabuhan baru, jeti baru dan sebagainya di negara mereka sendiri. Jadi dalam hal ini pihak kastam harus cekap kerana dalam peruntukan yang begitu besar ini kita berharap pengurusan dan pelaksanaan prosedur pungutan ini selain ianya dapat menguntungkan kerajaan ianya sekali gus kita harus pastikan bahawa segala yang kita buat ini kita harus juga mengelak dan mencegah aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap secara langsung yang boleh mengurangkan cukai tidak langsung seperti mana yang disasarkan oleh kerajaan ini.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian ini kerana terutamanya di Padang Besar. Di Padang Besar ini saya ingat satu permohonan telah dibuat kepada pihak kementerian dan kepada Unit Analisis Cukai pun iaitu untuk mendapat lesen ICD ataupun depot pelepasan darat. Saya merasakan di sini sudah ada advantage, dengan izin, Tuan Pengerusi, yang sedia ada di situ iaitu jalan kereta api, kita ada lebuh raya yang menghubungi ke Bukit Kayu Hitam, dari Padang Besar pun sudah dibuat laluan pintas yang masanya begitu cepat, tetapi lesen depot pelepasan darat ini masih lagi belum dapat dilaksanakan, diluluskan dengan cepat oleh pihak kerajaan kerana masalah-masalah tertentu yang bukan lagi, kerana kita sudah ada tanah di kawasan berkenaan yang dianggap cukup hebat. Hasil daripada kelewatan kita menguruskan lesen depot pelepasan darat ini, kebanyakan perniagaan yang melibatkan barang-barang basah dari negara Thailand, terutamanya perkembangan ekonomi di Selatan Thailand ini, mereka telah beralih pandangan dengan menubuhkan jeti ataupun pelabuhan sendiri di negara mereka seperti di Satun, di Bara dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa mereka hilang kepercayaan kepada kita, kepada anak syarikat KTMB iaitu Multimodal Freight yang menguruskan semua urusan yang menggunakan wagon ini tidak dapat mengendalikan segala-galanya dengan lancar dan berkesan walaupun dilihat dari segi keuntungannya kalau dibuat, diurus tadbir dengan baik, kita akan dapat keuntungan yang berlipat ganda hasil daripada kedudukan Padang Besar sebagai kawasan yang di tengah-tengah kawasan perdagangan INTGT ini. Jadi Tuan Pengerusi, dalam ini saya pohon jasa baik Yang Berhormat Tuan Pengerusi supaya mempertimbangkan selain kita memiliki semua kelengkapan supaya kita dapat menguruskan semua perjalanan dan juga facilities yang amat diperlukan dalam konteks kita meningkatkan pungutan cukai tidak langsung ini dengan lebih besar, maka peluang-peluang perniagaan yang terhidang di hadapan mata harus kita rebut dengan kadar yang segera. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian tentang 00200 iaitu P.10 – Pengkomputeran LHDN. Saya minta di sini, Tuan Pengerusi, selain sistem itu diupgradekan, kita minta pembinaan bangunan-bangunan baru di LHDN yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan patut diteruskan kerana badan yang dianggap yang memerlukan imej korporat dan juga kecekapan dalam pengurusan ini selain daripada sistem komputer yang kita ada, kita perlu buat pada bangunan-bangunan binaan baru ini, cadangan saya ialah kita buat sekali gus daripada pembinaan sampailah siap siaga untuk digunakan. Maknanya dibuat sekali gus, tidak perlu kita siapkan bangunan maka kita keluarkan tender untuk LHDN dan sebagainya. Jadi dengan ini kita melihat proses untuk kita memastikan kecekapan dalam sistem pengurusan LHDN ini yang saya anggap dari segi komputer, dari segi pembangunan kompleks-kompleks baru ini seperti mana yang kita rancang tidak akan ditangguhkan oleh pihak kerajaan. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kepada 04300 – Pembangunan Aerospace: CTRM. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri berhubung dengan

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

kedudukan anak syarikat CTRM di USA, di Amerika Syarikat yang terlibat dalam pembinaan kapal terbang two sitters, dengan izin, ataupun dua tempat duduk ini. Tuan Pengerusi, saya difahamkan anak syarikat kita di Amerika Syarikat ini tidak begitu berdaya saing kerana dari segi pengurusannya kita meletakkan 100% pengurusan yang melibatkan warganegara asing. Jadi kedudukan sekarang, kalau sekiranya ianya tidak berdaya saing walaupun dari segi teknologinya kita boleh mendapat pindahan teknologi dan sebagainya, kita kadang-kadang kita berbangga apabila kerajaan kita memiliki syarikat pembuat kapal terbang dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama kalau ianya melibatkan suntikan yang diperlukan pada setiap masa sudah tentu pelaburan ini akan mendatangkan kerugian. Jadi apakah status kedudukan pelaburan dan ekuiti sekarang yang kita miliki, anak syarikat kita dalam pembuatan kapal terbang dua tempat duduk yang ada di Amerika Syarikat itu. Kemudian sekarang ini perkembangan CTRM yang kita lihat di negara kita apabila CTRM telah melonjak dengan mendapat tender-tender terbaru daripada Boeing dan juga Airbus dalam pembuatan komposit dan sebagainya ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan CTRM ini harus dipuji yang mungkin dari segi pengurusan yang sedia ada sekarang telah berjaya melestarikan hasrat dan wawasan kerajaan. Tuan Pengerusi, yang terakhir saya ingin menarik perhatian 010400 iaitu tentang Pengurusan Pinjaman Perumahan. Saya minta Yang Berhormat Menteri memperjelaskan tentang tempoh bayaran balik kerana walaupun pinjaman perumahan ini dibuat oleh kerajaan atas tujuan galakan bagi pembeli-pembeli rumah ini dapat memiliki rumah yang selesa mengikut kemampuan masing-masing, tetapi kadang-kadang kita rasa tempoh bayaran balik 25 dan 30 tahun itu adalah terlalu lama. Jadi dalam hal ini boleh atau tidak kerajaan timbangkan supaya tempoh bayaran balik ini dapat kita pendekkan sedikit mengikut pelbagai cara dan kaedah yang tidak membebankan peminjam. Yang terakhir sekali saya ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri walaupun satu masa dahulu saya pernah mencadangkan bahawa pinjaman Rumah Mesra Rakyat ini dikhaskan untuk bukan kakitangan kerajaan tetapi di sini kalau kita lihat kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah iaitu di peringkat PRA, PAR dan sebagainya, saya rasa kerajaan wajar mempertimbangkan bagi mereka yang memiliki tanah sendiri untuk pinjaman Rumah Mesra Rakyat yang melibatkan bayaran RM100 sebulan ini selama 25 tahun dan 30 tahun. Mengikut tempoh yang saya difahamkan sekarang, had pinjaman telah pun dinaikkan selaras dengan kenaikan harga barang dan juga kehendak semasa ini, jadi boleh atau tidak ini dipertimbangkan selain kita berikan kepada petani, nelayan dan golongan yang tidak berumah tetapi dipertimbangkan juga untuk kakitangan- kakitangan bawahan yang sememangnya dirasakan tidak mampu untuk mereka mendapat rumah sendiri atas kedudukan ekonomi global yang berlaku pada masa ini. Jadi mungkin dengan pertimbangan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini akan sedikit sebanyak mengurangkan bebanan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang di usia yang mempunyai anak yang masih di alam persekolahan yang memerlukan belanja dan juga peruntukan yang lebih dalam sedikit sebanyak pertolongan yang kita buat selama ini adalah merupakan usaha-usaha yang harus dibuat secara berterusan. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih.

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyertai perbincangan dalam Jawatankuasa Perbekalan berkaitan dengan Perkara B.11. Saya akan berbincang atas tiga perkara iaitu Perkara 022500 - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan 021700 – Pelaksanaan Penyusunan Semula Pengangkutan Awam di Lembah Klang dan akhir sekali, 022100 – KLIAB. Tuan Pengerusi, PUNB ini sudah lahir lebih daripada 15 tahun. Saya antara mereka yang serba sedikit mencuba membangunkan institusi ini, tetapi masa sekarang saya dapati perkembangannya tidak begitu seperti yang kita jangkakan.

Dahulunya kita telah tubuhkan PNB sebagai tempat untuk penggemblengan simpanan masyarakat bumiputera, PUNB sebagai satu asas pembangunan usahawan masyarakat bumiputera. Akan tetapi jika dibandingkan pertumbuhan kedua, boleh jadi PNB lebih besar lagi sumbangannya daripada PUNB. Saya dapati pembangunan usahawan ini perlu kita awasi kerana pada masa sekarang walaupun kita ada beberapa projek. Saya difahamkan peruntukan ini adalah peruntukan prosper, tetapi banyak lagi peruntukan- peruntukan yang lain. Saya hendak ingatkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri kerana terdapat banyak lagi usaha-usaha pembangunan usahawan di pelbagai kementerian, umpamanya pembangunan usahawan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sendiri, di MARA, di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan dan seterusnya. Ini kepada saya tidak ditumpukan sepenuhnya oleh sebab kos mentadbirnya pun agak tinggi, oleh itu kita mesti lihat daripada segi kejayaannya dan bagaimana pengurusan ini dibuat. Saya takut nanti terlalu banyak yang kita lakukan dan terdapat pertindihan yang saya rasa tidak memberikan satu kecekapan dalam usaha kita membangunkan masyarakat bumiputera dalam bidang perindustrian dan juga perdagangan. Saya rasa beberapa perkara yang perlu kita lihat dan saya juga lihat ramai juga pengusaha-pengusaha bumiputera sudah begitu cekap sehinggakan dia dapat tiga atau empat daripada tempat-tempat punca kewangan itu dan menidakkan orang-orang lain yang tidak reti melobi dari segi mendapatkan pertolongan. Jadi terdapat banyak perkara-perkara bertindih. Jadi oleh sebab itu saya mencadangkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya ada data. Data bukan sahaja nama syarikat sahaja tetapi nama mereka-mereka yang telah dapat melalui indeks nombor kad pengenalan. Jadi kita boleh dapatkan kedua- dua nama ahli lembaga pengarah. Kalau kita perhatikan, sudah sepuluh tahun dan lebih dari setengah bilion sudah kita gunakan untuk PUNB dan berapa bilion sudah kita gunakan untuk beberapa kementerian yang lain. Saya khuatir tentang pembangunan ini dan dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini bukan sahaja kita membangunkan usahawan-usahawan ini tetapi kita boleh jadi terpaksa menolong usahawan-usahawan ini supaya bergerak dan maju supaya mereka tidak juga dapat masalah yang besar sehinggakan merugikan kita. Ini kerana pelaburan kepada mereka-mereka yang sudah kita kenal pasti sebagai usahawan-usahawan yang kita perlu bangunkan. Tuan Pengerusi, saya juga hendak membangkitkan walaupun banyak perkara yang saya boleh bincangkan tentang pembangunan usahawan, tetapi masa terhad. Saya hendak ingatkan supaya kalau dapat Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan berapa angka tunjuk yang boleh kita kongsi bagaimana kita mempertingkatkan lagi penyertaan usahawan bumiputera di dalam arus utama ekonomi kita. Kedua, saya ingin membangkitkan tentang penyelidikan yang telah dibuat iaitu pelaksanaan penyusunan semula pengangkutan awam di Lembah Kelang. Pada tahun ini kita membelanjakan hampir lebih daripada RM1 bilion. Selepas itu pada tahun hadapan nampaknya dikurangkan. Akan tetapi saya dapati selaku menteri besar, kajian-kajian pelaksanaan itu tidak dibincangkan secara terbuka kepada mereka-mereka yang melaksanakannya. Jadi oleh sebab itu akan terdapat beberapa ketidakaturan pengurusan pengangkutan. Terdapat beribu-ribu bas tetapi penggunaan bas itu tidak teratur. Oleh sebab itu kita dapati kalau orang yang menunggu bas, sekali datang bas lima. Selepas itu satu jam lagi, baru datang satu. Kemudian datang lagi tujuh. Jadi maknanya ada sistem- sistem yang perlu kita jaga. Jadi, untuk itu selaku menteri besar, saya ingin bertanya sama ada dia menggunakan transportation model ataupun tidak. Bagaimana dia menjalankan usaha-usaha tersebut supaya kita dapat bersama-sama menolong mengurangkan kesesakan jalan raya di Lembah Kelang. Perkara yang kedua, saya rasa ini di antara strategi-strategi terbaik yang boleh difikirkan oleh Kementerian Kewangan di dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang

cepat. Ini adalah oleh sebab kita akan menghadapi satu kemelesetan yang boleh jadi tidak dibahaskan oleh pihak kerajaan tetapi kita akan merasakan. Jadi oleh sebab itu usaha untuk menjana pertumbuhan yang cepat, kita boleh membuat pelaburan ataupun pembangunan pengangkutan-pengangkutan di Lembah Kelang ini dengan cepat dan dengan cara itu the multiplier effect kesannya akan dapat menolong mengurangkan kemelesetan yang kita akan hadapi. Seperti pengalaman di KLIA, salah satu daripada usaha yang dilakukan oleh kita dahulu ialah dengan adanya pembangunan KLIA. Terdapat satu pertumbuhan juga memberi usaha mempertingkatkan lagi penggunaan kewangan dalam ekonomi dan dia terus dapat menaikkan lagi pembangunan ekonomi dalam keadaan yang meleset. Saya akan beralih kepada KLIA, rakan saya daripada Padang Serai, dia mempersoalkan. Akan tetapi saya hendak terangkan cara dia mempersoalkan.

Tuan Pengerusi

Ya, dua minit lagi Yang Berhormat.

Dua minit lagi. Habis ini. Jadi, yang penting ialah dalam segi pembangunan, kita sudah bangunkan KLIA. Jadi, kalau kita sudah bangunkan KLIA, operating untuk mentadbirkan KLIA tidak perlu lagi diberikan subsidi. Jadi pengurusan KLIA itu sendiri mesti menunjukkan keupayaan, kebolehan supaya dapat menarik banyak pengguna. Dengan cara itu, kecekapan pengurusan itu lebih penting. Jadi oleh sebab itu, daripada cara kerajaan mengatur, dia buat the infrastructure tetapi maintenance, penggunaannya itu akan dibayar daripada pengguna. Itu sistem yang difahami. Bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia. Bagaimana kita menggunakan penggunaan wang negara dari segi pembinaan asas dan bagaimana kita mentadbirkan dari segi apa yang dipanggilkan maintenance. Jadi oleh sebab itu kalaulah kita menggunakan tiap-tiap tahun lebih daripada RM1 bilion, harga KLIA yang saya tahu ialah di antara RM5 bilion, maknanya 20% dan 25% daripada sekarang kita kena tambah lagi. Jadi ini satu keadaan yang saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri bagaimana keadaan ini boleh dikurangkan dan kita mesti ukur kecekapan pengurusan KLIA itu sendiri.

Jadi saya harap tiga perkara yang saya sebutkan tadi, satu PNB, kedua pembangunan pengangkutan di Lembah Klang, ketiga pengurusan di KLIA supaya kita dapat mengurangkan kos pengendalian di mana-mana pasaran yang telah kita lakukan. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Berapa lagi, tujuh lagi yang mahu bercakap ya, lapan, sembilan. Kepong memang tidak mahu bercakap ya? Tak apalah Kepong sudah cakap. Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin bangkitkan perkara mengenai suntikan wang yang dijalankan oleh kerajaan Maksud B.10, Butiran 090000. Pelbagai suntikan ekuiti, dan saya difahamkan sebanyak lebih RM4.3 bilion telah disuntikkan setakat ini, di mana wang-wang ini disuntikkan supaya mengatasi atau meningkatkan taraf hidup masyarakat. Saya difahamkan baru-baru ini MIC telah memohon agar lebih daripada beberapa juta ringgit perlu disuntikkan di dana untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya telah bangkitkan satu perkara pada sesi yang dahulu, di mana saya telah bertanya, kenapakah kerajaan telah tidak mengikut aku janji yang mereka sendiri beritahu bahawa meningkatkan ekuiti masyarakat India dari 1.2% ke 3% pada tahun 2010 tapi sekarang telah ditangguhkan ke tahun 2020. Apakah sebab kriteria, apakah sebab ini terjadi di mana peningkatan taraf hidup masyarakat India telah ditangguhkan dan apakah yang perlu dibuat supaya kita dapat mempercepatkan, membawa lebih masyarakat India dalam arena di mana semua

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

masyarakat yang mendapat manfaat dalam pembangunan negara juga akan menikmati seperti masyarakat-masyarakat yang lain. Kenapa masyarakat India ini dipinggirkan? Dalam hal ini, apakah cadangan kerajaan dalam suntikan wang ini yang dicadangkan di Butiran 090000 di mana untuk masyarakat Orang Asli, apakah suntikan wang yang telah dicadangkan? Untuk masyarakat bumiputera berapakah wang yang telah dicadangkan? Untuk masyarakat bumiputera Kadazan, bumiputera Iban, berapakah wang yang telah disetujui untuk disalurkan? Dan dari dahulu saya sudah katakan bahawa jika kerajaan ingin memberi wang, memberi pertolongan kepada mana-mana masyarakat, jangan wang-wang ini disalurkan kepada parti-parti politik. Saya difahamkan sekarang bahawa Presiden MIC Dato’ Seri S. Samy Vellu telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa berjuta-juta ringgit akan disalurkan kepada parti politik ini, di mana kita semua tahu pada tahun 1984, di mana lebih daripada RM100 juta dikutip daripada masyarakat India dan telah diperdayakan, wang-wang itu telah ditipu dan semua telah hangus. Adakah ini satu cara di mana kerajaan juga akan menolong parti politik di mana wang-wang itu akan disalurkan, kerana di surat khabar hari ini dengan izin saya baca Tuan Pengerusi, “Government yes to unit trust for Indians”. Ini yang dikatakan, “The government has agreed in principle to MIC’s proposal to set up a mechanism”. Mechanism as proposed by MIC - under the Permodalan Nasional Berhad to increase equity ownerships among Indians. Dan saya percaya bahawa suntikan wang yang dicadangkan lebih dari RM300 juta. Banyak wang dari sini juga akan disalurkan kepada suntikan wang ini dan apakah manfaat-manfaat yang akan diperolehi dengan suntikan wang ini. Dan kepada semua masyarakat yang saya nyatakan, sila beri, senaraikan berapa peratus dan berapa dari tempoh masa bilakah semua ini dapat dicapai. Selain daripada itu, Tuan Pengerusi saya ingin beralih kepada B.11, Butiran 021600 - Pengurusan Sisa Pepejal. Tahun dahulu bila akta ini diluluskan di Parlimen,beberapa bantahan telah dibuat dan kerajaan tidak mengira bantahan-bantahan tersebut, tetapi tiap-tiap tahun yang kita nampak, berjuta-juta ringgit disalurkan untuk syarikat-syarikat ini dan saya difahamkan sekarang e-Idaman yang akan beroperasi di negeri-negeri utara, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis juga wang berjuta-juta ringgit akan disalurkan, berapakah wang-wang ini yang telah disetujui akan disalurkan?Apakah manfaat dari suntikan wang-wang ini dan wang yang sekarang, yang akan disuntikkan sebanyak RM15 juta kepada Syarikat Southern Waste Management? Apa yang akan memberi keuntungan kepada negara, kepada rakyat dengan memberi suntikan wang sebanyak lebih RM15 juta ini dan dalam hal ini tahun dahulu juga saya difahamkan ada suntikan wang, apa yang telah tercapai dalam hal ini. Tuan Pengerusi, selain daripada itu adalah B.10 iaitu GST, di mana kalau saya tidak salah tahun dahulu pun saya ada ingat bahawa wang sebanyak lebih kurang RM15 juta telah diagihkan untuk membuat beberapa penyiasatan atau studies mengenai GST dan oleh kerana kegawatan ekonomi GST ini implementasinya telah ditangguhkan ke satu tarikh, patut tahun ini tapi saya difahamkan sekarang telah ditangguhkan. Kalau sedemikian kenapa perlu lagi kita memberi wang untuk membuat studies dan sebagainya untuk manfaatkan siapa? Untuk mengkayakan siapa? Kenapa wang ini perlu diagihkan kepada studies seperti GST dan dalam hal ini bilakah GST ini akan diimplementasikan atau ia akan dihapuskan, kerana kita tahu dari permulaannya ini adalah satu permainan politik oleh Barisan Nasional, di mana pada tahun 2005 atau 2006, bila dicadangkan masa itu ekonomi negara sangat kuat, kerajaan berasa bahawa GST diperlukan, tetapi telah ditangguhkan. Sebenarnya satu cara di mana tahun dulu ditangguhkan, kerana kerajaan tahu pilihan raya pada tahun hadapan, iaitu pada tahun ini, sekarang ia ditangguhkan kerana kegawatan ekonomi dan adakah kerajaan ada niat untuk mengimplementasikannya, oleh kerana ada possibility dalam mengimplementasikan GST ini beberapa syarikat-syarikat telah pun meningkatkan dan GST telah dimasukkan dalam harga barang-barangan dan harga dalam proses ini telah naik. Jadi apakah usaha yang telah dibuat oleh kerajaan supaya perkara- perkara ini tidak terjadi? Akhir sekali Tuan Pengerusi ini B.11, Butiran 022700 iaitu Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada PBT. Saya hendak tahu dalam hal ini, apakah wang yang telah diagihkan untuk negeri Perak khususnya dan untuk kerajaan-kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

dan Selangor dan tolong senaraikan berapakah PBT yang akan mendapat wang-wang peruntukan ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin bercakap ringkas sahaja dalam perkara berkaitan dengan Perbendaharaan ini. Pertamanya ialah Butiran 020500 berkaitan dengan Subsidi Gas Cecair (LPG), Diesel dan Petrol yang bernilai RM21 bilion. Tuan Pengerusi ini adalah suatu isu yang besar tetapi saya ingin merujuk khusus tentang pengendalian subsidi ini dan bagaimana puncanya. Saya dimaklumkan bahawa di Mesyuarat Majlis Raja-Raja pun dibangkitkan tentang ketidakadilan pengagihan manfaat gas dan minyak ini hanya kepada negeri-negeri yang terlibat dengan pengeluaran minyak dan gas dan tidak kepada seluruh negeri di tanah air kita ini. Tetapi lebih malang lagi Tuan Pengerusi kalau kita lihat kepada buku anggaran hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2009 ini.

Sebenarnya negeri Kelantan telah terlibat dalam memberikan keuntungan atau pendapatan kepada Petronas dan kepada Kerajaan Malaysia. Di dalam buku ini dinyatakan bahawa semenjak tahun 2007 lagi negeri Kelantan melalui Projek Operasi Petroleum pihak berkuasa bersama Malaysia-Thailand telah mengeluarkan minyak dan gas yang mana dalam tahun 2007 bernilai RM44 bilion kalau tidak silap saya ataupun RM238 juta, tahun 2008 RM268 juta dan tahun 2009 ini dianggar RM547 juta. Ini bermakna bahawa ianya sepatutnya mengikut perjanjian yang sedia ada yang tidak pun dianggap terlalu adil itu memberikan kepada negeri Kelantan hasil royalti yang sepatutnya daripada perolehan ini tetapi setakat yang saya lihat tidak ada satu sen pun royalti minyak dan gas yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti mana yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain. Jadi saya ingin bertanya dan menyeru kepada kerajaan untuk berlaku adil bukan sahaja selaras dengan memberikan minyak ini hasilnya dibahagikan kepada seluruh negara tetapi sekurang-kurangnya mengamalkan apa yang telah diamalkan untuk negeri-negeri lain seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak maka, ia seharusnya diberikan juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Keduanya Tuan Pengerusi ialah Kepala 022100 - Kuala Lumpur International Airport Berhad dan 022200 Pembiayaan Funding Gap KTMB. Berkaitan dengan KLIAB itu sebagaimana saya sentiasa bangkitkan bahawa Syarikat KLIAB ini adalah sebuah syarikat awam, public company, Malaysia Airports Berhad dan kita masih lagi terus membiayainya dan untuk kali ini berjumlah RM1,000,000,096. Saya tidak tahu kenapa ianya sebegitu besar jumlahnya dan apakah kaitannya dengan sebuah operasi yang berbentuk perniagaan ini. Berkaitan dengan itu juga, kita dimaklumkan bahawa kerajaan melalui MAB ini akan terus membangunkan satu lagi terminal untuk syarikat penerbangan awam tambang murah LCCT dan saya hendak tahu adakah ini untuk tujuan tersebut. Saya juga hendak tahu daripada kementerian adakah LCCT ini akan dikendalikan secara yang lebih berkesan, yang tidak mengenakan kepada penumpang-penumpangnya terlalu banyak halangan, terlalu menyusahkan penumpang- penumpangnya, terminalnya jauh, tidak ada kemudahan pengangkutan sebagaimana yang mungkin ada untuk terminal besar KLIA itu dan penumpang daripada terminal kepada kapal terbang untuk berlepas ataupun daripada kapal terbang ke terminal apabila sampai, kalau hujan misalnya dan dari segi efficiency berjalan ke tempat kapal terbang dan dari kapal terbang ke terminal itu. Adakah perkiraan-perkiraan ini dilakukan untuk memastikan bahawa penumpang-penumpang walaupun menggunakan perkhidmatan syarikat kapal terbang tambang murah ini tidak lah terlalu sulit dan susah untuk sampai ke terminal apabila telah pun check in untuk kemudiannya menaiki pesawat. Jadi saya menyerulah kepada pihak kementerian untuk memberikan kepada pengguna-pengguna syarikat-syarikat kapal terbang tambang murah ini lebih sedikit kemudahan-kemudahan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati

perkhidmatan penerbangan sama ada melalui syarikat-syarikat biasa MAS dan sebagainya ataupun syarikat-syarikat yang berharga murah seperti AirAsia, Fire Fly dan sebagainya. Berkaitan dengan 022200 KTMB itu, ini juga suatu isu yang saya juga sentiasa bangkitkan. Saya Tuan Pengerusi seperti juga Tuan Pengerusi merasakan bahawa Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah Sarawak terlalu dianaktirikan dari segi perkhidmatan pengangkutan kereta api. Kita semua harus mengakui bahawa perkhidmatan kereta api merupakan perkhidmatan pengangkutan barangan ataupun orang yang sangat penting dalam mana-mana negara sekalipun. Akan tetapi amat jelas dalam perancangan jangka panjang kerajaan sehingga kini sangat tidak memberikan tumpuan kepada bagaimana hendak memberikan khidmat ini supaya ianya meliputi seluruh negara bukan sahaja daripada Johor Bahru ke Padang Besar perkhidmatan kereta apinya yang ada perancangan walaupun itu pun tidak menentu perjalanan, perancangan dan pelaksanaannya. Ianya lebih buruk lagi jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan pengangkutan kita di Pantai Timur Tanah Melayu dan di seluruh Sabah dan Sarawak. Kalau kita bandingkan bagaimana di zaman penjajahan dahulu, suatu pelaburan yang cukup besar yang dilaburkan oleh penjajah British kalau di Pantai Timur itu ada berbelas jumlah terowong-terowong kereta api yang dibina dalam tahun 1920-an, 1930-an, 1940-an yang sudah tentu menelan belanja yang cukup besar ketika itu. Dalam zaman kemerdekaan negara ini tidak ada satu pun terowong baru yang dibina untuk kereta api oleh kerajaan kita yang merdeka lebih 50 tahun ini. Oleh itu ini saya fikir suatu perbandingan, perbezaan yang amat jelas bahawa tumpuan yang cukup-cukup rendah yang diberikan kepada perkhidmatan kereta api secara umumnya tetapi secara lebih khusus lagi untuk kawasan-kawasan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu dan juga untuk Sabah dan Sarawak. Ini mungkin terbukti dengan hanya funding gapnya RM50 juta sahaja dan terbukti dengan keadaan di mana kedudukan KTMB itu sendiri tidak menentu keadaannya. Kadang-kadang ianya dibiayai bantuannya oleh kerajaan, ianya diswastakan tetapi syarikat yang mengendalikannya tidak memberikan tumpuan dan tidak sanggup mengeluarkan modal. Jelas kelihatan bahawa yang mendapat swastanya lebih berminat kepada hartanah bukannya perkhidmatan pengangkutan kereta api, yang mereka minat ialah membina KL Sentral sebagai projek hartanah bukan projek yang berkaitan dengan pengangkutan kereta api tetapi daripada puncanya ialah penswastaan KTMB. Jadi ini saya memohon kepada pihak kerajaan supaya memberikan tumpuan, supaya ianya tidak terus begitu dan terus merugikan masyarakat kita terutama sekali di Pantai Timur tanah air negara kita dan juga di Sabah dan Sarawak. Ketiganya Tuan Pengerusi, 091100 - Perjawatan Baru (LADA) dan ada beberapa kepala berkaitan dengan LADA. LADA ini kami telah berpeluang untuk pergi ke Langkawi semalam dan dapat bertemu dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan masyarakat di sana. Ada persepsi bahawa LADA sudah tidak menerima, mungkin tidak semestinya bermula daripada selepas pilihan raya, mungkin sebelum itu lagi pun tumpuan tidak diberikan kepada Langkawi dan tumpuan kepada Langkawi ini kalau dari sudut kerajaan pusat di Kuala Lumpur ini ialah sudah tentunya melalui LADA. Jadi dikatakan bahawa keadaan sekali lagi tidak sangat diberi perhatian oleh pihak pusat, perjalanan dan pengendalian projek-projek dan harta-harta LADA di Langkawi itu tidak dikendalikan dengan sebaiknya. Oleh itu saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah pun ingin mengetahui daripada kerajaan pusat apakah sikap, apakah dasar dan apakah perancangan kerajaan pusat berkaitan dengan masa depan LADA ini. Saya difahamkan bahawa LADA ini ada tempohnya dan ianya akan berakhir tidak begitu lama lagi. Jadi mungkin kita ingin mendengar adakah kerajaan dengan memberikan peruntukan-peruntukan yang tidak sebesar sangat ini RM7 juta, RM6 juta, RM250 itu adakah itu petanda bahawa ianya sekadar memberikan peruntukan untuk memastikan bahawa wujudnya the presence dengan izin of LADA di Langkawi itu masih ada tetapi tidaklah seberapa sangat ataupun sebenarnya kerajaan pusat masih berminat membangunkan Langkawi untuk menjadikan Langkawi itu tempat pelancongan yang sesuai dengan nilai-nilai masyarakat kita di Malaysia ini atau bagaimana.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Jadi saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk memberikan sedikit penjelasan berkaitan dengan LADA itu. Yang terakhirnya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan CTRM iaitu 04300, Pembangunan Aerospace: CTRM sebanyak RM30 juta. Saya ingin sekadar mengetahui apa sudah berlaku kepada CTRM ini. Adakah ia masih berjalan, masih aktif, masih memberikan manfaat kepada negara ataupun ia sudah tidak lagi sebenarnya memberikan apa-apa manfaat dan RM30 juta itu sekadar peruntukan untuk menampung kos perbelanjaan, hutang dan sebagainya sebab saya tidak mengetahui tentang ada perkembangan yang konkrit dalam bidang aerospace technology ataupun aerospace development di bawah tajuk CTRM ini. Mungkin terakhir sekali di bawah ini ialah 09300 - Suntikan Modal Untuk Pembinaan Kampus Cawangan Newcastle University di Wilayah Pembangunan Iskandar, South Johor. Ini nilai jumlah besarnya RM100 juta dan untuk 2009 ini sebanyak RM20 juta. Saya ingin tahu kenapakah kerajaan terlibat dalam memberikan modal untuk penubuhan sebuah universiti di Wilayah Pembangunan Iskandar (South Johor) ini. Apakah rasionalnya sebab ini suatu universiti. Ia sudah tentu selain daripada khidmat pendidikannya dikendalikan sebagai sebuah perniagaan dan kalau ianya sebuah universiti yang ternama seperti Newcastle ini, ia kemungkinan besar akan berjaya mendapat pelajar dan oleh itu mendapatkan pendapatannya untuk membiayainya. Jadi adakah ini sumbangan - sebab suntikan. Adakah ia pinjaman atau ia geran. Maknanya perbelanjaan hangus yang kita berikan dan kalau itu terpaksa kita lakukan, adakah ini bermakna bahawa sebenarnya Pembangunan Iskandar ini tidak begitu mendapat sambutan sehinggakan kita terpaksa memberi suntikan-suntikan untuk memastikan mereka datang.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin perkatakan. Yang pertamanya, seperti yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi berkenaan dengan special draw. Kita mendapat banyak rungutan daripada rakyat yang telah membuat aduan mengapa kerajaan membenarkan special draw kepada syarikat-syarikat 4D ini kerana sebelum ini setiap minggu ada tiga kali draw 4D ini iaitu hari Rabu, hari Sabtu dan hari Ahad. Akan tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan telah berkali-kali memberikan kebenaran untuk Syarikat 4D ini untuk mengadakan special draw pada hari Selasa. Saya hendak tanya apakah rasional dan apakah syarat yang dikenakan kepada Syarikat 4D ini kerana banyak rungutan daripada rakyat kerana terlalu banyak draw. Mengapa hari Selasa dibenarkan dan kita mengharapkan supaya kerajaan membatalkan kebenaran kepada Syarikat 4D ini untuk mengadakan special draw pada hari Selasa. Itu yang saya rasa permintaan daripada rakyat. Kedua saya juga merujuk kepada 020200 - Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari ataupun perkhidmatan analisis ekonomi dan sumber. Berkenaan dengan satu perkara yang saya ingin katakan di sini ialah isu kredit kad. Saya merasakan bahawa pemberian kad kredit oleh syarikat-syarikat kad kredit dan bank-bank ini terlalu mudah sekarang. Terlalu mudah untuk orang-orang muda mendapat kad kredit. I have nothing against untuk orang mendapat kad kredit. Memang perlu dalam zaman konsumerisme ini. Memang kad kredit ini kadang-kadang menyenangkan orang untuk membelanjakan wang dan sebagainya apabila pergi melancong dan sebagainya. Akan tetapi saya tidak mahu melihat masyarakat kita terlalu taksub kepada budaya

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

konsumerisme, membelanjakan wang yang bukan milik kita. Kredit yang belum kita dapat menabung wang itu dan membelanjakan wang itu. Ini kerana pada hari ini kita lihat orang ramai terutamanya golongan muda tidak perlu pergi bank untuk memohon kad kredit. Dalam shopping mall pun boleh dapat, petrol kiosk pun boleh dapat dan sebagainya. Terlalu mudah untuk orang ramai mendapatkan kad kredit ini. Jadi saya mengharapkan supaya kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengetatkan syarat-syarat kepada pemberian kad kredit ini kerana ada orang saya tahu memohon sepuluh kad kredit. Mungkin tiap-tiap orang kredit limitnya RM5,000 hingga RM8,000. Tidak banyak, satu kad kredit tetapi kalau sepuluh, RM50,000 atau RM80,000. Kalau tidak mampu bayar, mereka mungkin akan dibankrapkan dan saya juga berharap kerajaan memaklumkan Dewan yang mulia ini berapakah orang di Malaysia setakat ini yang telah dibankrapkan kerana hutang kepada kad kredit. Pada ironinya, pinjaman untuk perumahan. Saya juga dapat keluhan daripada orang ramai bahawa kebelakangan ini bank-bank tempatan mengenakan syarat-syarat yang terlalu ketat untuk pemberian pinjaman kepada perumahan kerana perumahan sebenarnya kadang-kadang ia dicagarkan kepada bank. Sepatutnya bank tidak ada apa- apa risiko yang besar dalam pemberian kredit kepada pinjaman perumahan. Akan tetapi pinjaman perumahan terlalu ketat kerana kalau-kalau ada orang yang mungkin terlewat sedikit membayar pinjaman mereka dalam pinjaman yang lain, maka CTOS itu akan membuatkan rekod yang tidak baik dan menyebabkan pemohon atau peminjam itu susah untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Ini bukan saja menyusahkan orang yang ingin membuat pinjaman itu tetapi juga kepada syarikat hartanah dan kepada pemaju-pemaju perumahan kerana susah untuk menjual rumah mereka. Perkara yang ketiga yang ingin saya katakan ialah berkenaan dengan 020000, bayaran pindahan dan pemberian. Saya juga hendak mengatakan bahawa di sini berkenaan dengan pemberian kepada kerajaan negeri ataupun senarai bersama. Saya pernah bertanya dalam DUN Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan bahawa Majlis Kewangan Negara telah membincangkan perkara ini untuk meningkatkan kadar pemberian kepala, capitation grant kepada kerajaan negeri kerana dalam sistem federalism kita, kita melihat bahawa di Malaysia ini kerajaan negeri memang kurang hasilnya agak terhad kerana ada kerajaan-kerajaan negeri yang mungkin sumber aslinya tidak banyak. Hasil tahunan mereka cukup rendah. Misalnya Kerajaan Negeri Sembilan kurang daripada RM200 juta setahun. Jadi saya berharap kerajaan boleh mengkaji semula dan memaklumkan bahawa sama ada pemberian capitation grant itu akan dinaikkan kadarnya supaya hasil kerajaan negeri itu dapat dipertingkatkan. Itu harapan supaya dapat dipertimbangkan. Berkenaan dengan 021000 - Bantuan Kewangan Kepada IWK. Dalam perkara ini saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Rembau tadi yang mengatakan bahawa kita tidak boleh terus memberikan bantuan kewangan setiap tahun kepada IWK ini kerana itu satu back hole katanya. Saya setuju bahawa IWK ini patut dijadikan sebagai satu public goods kerana pada hari ini terlalu banyak hutang kepada IWK dan kita tidak boleh mengatakan bahawa sistem pembetungan ini dibatalkan. Memang tidak mungkin. Jadi kita harap kerajaan boleh menstrukturkan semula IWK ini supaya perbelanjaan untuk IWK ini dapat ditanggung melalui PBT kerana sebelum diswastakan, memang ia ditanggung oleh PBT. Jadi rakyat tidak faham mengapa dia perlu membayar bil pembetungan. Akan tetapi kalau perbelanjaan itu kerajaan boleh memperuntukkan perbelanjaan itu melalui PBT, saya rasa ini dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi pada hari ini. Saya berharap juga pihak Kementerian Kewangan juga memberikan penjelasan mengenai 021100, bayaran untuk sektor strategik yang saya lihat di sini RM864 juta. Saya berharap pihak Kementerian Kewangan boleh memberikan penjelasan apakah bayaran itu? Apakah sektor strategik yang dimaksudkan kerana tidak jelas di sana. Setakat itu saja, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Kepala Perbendaharaan butiran 030200 - Penyelarasan Syarikat MKD, Penswastaan Perusahaan Awam. Projek Bakun melibatkan tiga pakej utama iaitu pakej kerja sivil, pakej kerja elektro mekanikal dan pakej talian penghantaran. Setakat 31 Disember 2007, sejumlah RM3.1 bilion telah dibelanjakan untuk projek Bakun. Namun beberapa kelemahan dalam pembinaan empangan utama yang dilaksanakan oleh Malaysia-China Hydro Joint-Venture atau MCHJV. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah: (i) pakej kerja pembinaan terowong utama yang sepatutnya siap pada bulan September 2007 telah diberikan lanjutan masa sehingga bulan Jun 2010. Antara faktor yang menyebabkan kelewatan ini adalah kerana terdapat 16 arahan perubahan kerja dikeluarkan; (ii) kos tambahan berjumlah RM708 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan walaupun kontrak yang ditandatangani adalah secara fix lump sum price yang menetapkan semua risiko kenaikan kos perlu ditanggung oleh MCHJV. (iii) kegagalan MCHJV menyiapkan kerja mengikut tempoh asal telah menyebabkan kontraktor-kontraktor bagi kerja elektro mekanikal menuntut bayaran ganti rugi berjumlah RM510.80 juta. Setakat 31 Disember 2007 sejumlah RM100 juta telah diluluskan oleh SHSB untuk dibayar kepada kontraktor- kontraktor berkenaan; dan (iv) kegagalan SHSB iaitu Sarawak Hidro Sdn. Bhd dalam membuat bayaran kepada MCHJV mengikut kaedah yang ditetapkan dalam syarat kontrak menyebabkan SHSB tidak dapat memperoleh keuntungan daripada pertukaran mata wang USD berjumlah RM90.02 juta. Anggaran kos asal projek pembinaan empangan hidro elektrik Bakun telah meningkat dari RM4.5 bilion ke RM7.5 bilion. SHSB telah meminjam sejumlah RM5.20 bilion untuk pelaksanaan projek Bakun. Antaranya pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM3 bilion. Keduanya tajuk yang sama, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih sepenuhnya Kedah Akuakultur Sdn. Bhd mulai Oktober 2000. Aktiviti utama syarikat ini adalah menjalankan projek ternakan udang harimau di Jerlun Kedah. Secara keseluruhannya, pihak audit mendapati pengurusan KASB adalah tidak memuaskan kerana KASB mengalami kerugian terkumpul pada akhir tahun 2006 berjumlah RM95.73 juta. Prestasi kewangan KSB yang lemah telah menjejaskan keupayaan syarikat untuk terus beroperasi. Ketiga atas tajuk yang sama juga, Syarikat Perumahan Negara Bhd telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi selesa, dan mampu dimiliki menjelang tahun 2020 khusus bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. SPNB adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan dengan modal berbayar RM10 juta. Sehingga bulan April 2008, SPNB telah menerima geran dan pinjaman berjumlah RM1.86 bilion daripada Kerajaan Persekutuan. Prestasi pengurusan SPNB secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan kerana SPNB telah menghadapi tahap defisit secara tahun 2005 hingga kini. Kerugian bagi tahun 2007 adalah RM33.89 juta. Ini disebabkan jumlah perbelanjaan SPNB meningkat setiap tahun terutamanya perbelanjaan kos tenaga manusia dan sumber hasil SPNB tidak dapat menampung kos operasinya. Seterusnya Butiran 050000. Pembinaan kompleks kastam imigresen dan kuarantin yang bernilai RM1.27 bilion

telah disubmitkan secara fast track dan kontraktornya telah dipilih secara rundingan terus. Projek ini sepatutnya disiapkan pada 31 Oktober 2005, tetapi hanya dapat disiapkan pada 31 Mei 2007 setelah lanjutan masa selama 334 hari diluluskan dan dua perjanjian tambahan ditandatangani. Antara faktor yang menyebabkan projek ini lewat disiapkan ialah kelewatan pengesahan pemindahan paip oleh Public Utilities Board Singapore dan akibat daripada penamatan pembinaan jambatan serta keperluan mengkaji semula program untuk pelaksanaan kerja di Johor Bahru Central. Jadi, itulah di antara yang saya ingin bangkitkan Tuan Pengerusi. akhir sekali saya ingin sebut di sini pihak Kerajaan Barisan Nasional janganlah hendak marahkan pembangkang di atas kritikan dan keteguran kami. Malah Kerajaan Barisan Nasional manfaatkan lontaran teguran kami untuk membaiki keadaan sebelum terlambat dan terus dilanda tsunami. Sekian, terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan kastam ia Butiran B.10 060000. Dalam Julai tahun lalu kerajaan telah mengamalkan satu sistem bahawa custom declaration form akan dibuat secara internet dan sebuah syarikat yang namanya adalah Dagang Net telah dilantik sebagai satu monopoli syarikat untuk mengeluarkan form-form deklarasi kepada shipping agent supaya mereka boleh buat declaration untuk shipment mereka. Sejak pengamalan implementasi amalan baru ini nampaknya tidak ada apa-apa improvement dari segi masa yang diambil oleh untuk memproses deklarasi-deklarasi shipment dan di samping itu kos yang lebih tinggi telah dikenakan ke atas shipping agent yang sering kali perlu beli declaration form dari Dagang Net untuk membuat deklarasi kastam ke atas shipment mereka. Saya ingin tahu apakah rasional kerajaan untuk mengimplementasikan amalan yang baru ini. Nampaknya ia tidak improve efficiency of the custom in import or export tetapi ia sebaliknya menaikkan kos syarikat-syarikat perkapalan. Ini perkara pertama, saya haraplah kerajaan jika boleh deklarasi form-deklarasi form ini boleh dibekalkan oleh office- office custom tidak payah melalui satu syarikat Dagang Net, ianya hanya akan menaikkan kos sahaja. Perkara kedua yang saya ingin sebutkan di sini adalah mengenai perolehan kerajaan. Saya fikir kita sudah sampai masanya perolehan kerajaan harus dibuat atas kriteria-kriteria syarat-syarat yang tidak berdasarkan perkauman. Saya masih dapati dalam surat pekeliling perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perbendaharaan, terdapat banyak syarat perolehan yang berdasarkan kaum. Contohnya adalah Surat Pekeliling Perbendaharaan bilangan 2 tahun 2007 mengenai garis panduan pelaksanaan program penyelenggaraan infrastruktur awam. Antara syarat-syarat yang, satu syarat yang penting adalah projek penyelenggaraan infrastruktur awam haruslah diberi kepada kontraktor Kelas F tempatan dan mengikut pusat khidmat kontraktor, Kelas F hanya dikeluarkan kepada kontraktor bumiputera sahaja dan di samping itu Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 2007 garis panduan pelan projek infrastruktur asas. Di dalam garis panduan ini juga terdapat syarat-syarat bahawa projek-projek infrastruktur asas harus diberikan kepada kontraktor Kelas F atau kontraktor bumiputera sahaja. Saya kira sudah sampai masanya kita melayangkan segala warga negara sebagai warganegara Malaysia

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Orang Cina, orang Melayu, orang India, orang Dayak, we are all Malaysian.. Oleh itu tidak munasabahlah kerajaan melanjutkan polisi-polisi bahawa perolehan kerajaan masih berlandaskan syarat-syarat kaum. Sila Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat mempersoalkan keistimewaan bumiputera ini. Sedar atau tidak Yang Berhormat, Perlembagaan kita membenarkan sepertimana yang telah tersenarai dalam dasar ekonomi baru kita. Saya tahu pihak Yang Berhormat memang menentang dengan dasar ekonomi baru ini, tetapi apa Yang Berhormat sentuh tadi ialah tidak bersetuju dengan

apa yang pengakuan dalam Perlembagaan terutama sekali Artikel 153 dalam perlembagaan kita. Adakah Yang Berhormat bertujuan untuk membatalkan keistimewaan bumiputera ini?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya tidak ada apa-apa tujuan untuk mengisytiharkan, mempertikaikan keistimewaan bumiputera, tetapi saya hanya menuju kepada surat pekeliling perbendaharaan yang dikeluarkan oleh MOF. Ini bukanlah peruntukan di dalam Perlembagaan. Oleh itu, saya haraplah Yang Berhormat dari Putatan jangan confuse the issue atau jangan mengapi-apikan perasaan perkauman. Kita...

Yang Berhormat, saya minta penjelasan. Bukan mempermainkan, bukan mengapi-apikan perkauman. Saya minta penjelasan sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kalau begitu saya terimalah dan itulah penjelasan saya. Ini adalah surat pekeliling...

Pihak pembangkang yang mengapi- apikan ini. ini mahu cari gaduh.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Putatan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini adalah surat pekeliling perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Ministry of Finance. Saya anggap kontraktor Melayu sekarang pun cukup berdaya untuk bersaing dengan kontraktor Cina atau kontraktor kaum- kaum lain. Oleh itu, sampailah masa kita untuk membatalkan surat pekeliling perbendaharaan yang menyatakan syarat-syarat perolehan yang berlandaskan kaum. Perkara ketiga adalah mengenai...

Tuan Pengerusi

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya. B.11, 020200 - Royalti Minyak Sepanjang masa ini, royalti minyak yang diterima oleh negeri Sarawak adalah 5%. Memandangkan sepanjang masa ini pembangunan negeri Sarawak dari segi infrastructure basic, public transport jauh mundur daripada Semenanjung Malaysia. Oleh itu saya agak bersetuju dengan Yang Berhormat daripada Tumpat tadi yang mengatakan negeri Sarawak, Sabah telah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat dari segi pembangunan, dan pengangkutan awam. Oleh itu saya mencadangkan jika Kerajaan Pusat yang sentiasanya tidak mengambil berat tentang pembangunan, pengangkutan awam, pembangunan infrastruktur di Sarawak, sampai masanya kita mengkaji semula royalti minyak yang dikutip oleh negeri Sarawak. Meningkatkannya dari 5% yang sekarang kita berhak untuk kutip ke 20% supaya negeri Sarawak dapat lebih dana untuk membangunkan pengangkutan awam dan infrastruktur asas untuk negeri kita sendiri. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan dua perkara. Pertama sekali berkenaan dengan item 020100. Ini berkaitan dengan elaun ex-gratia dan pemberian sagu hati untuk tahun 2008 dan 2009. Dari sini kita lihat bahawa anggaran yang diberikan adalah dalam anggaran RM1.5 bilion ataupun untuk tahun 2009; RM2.5 juta. Tuan Pengerusi, apa yang kita jelas tahu daripada apa yang kita dengar dalam Dewan ini dua tiga hari yang lalu pada sesi yang minggu lepas adalah bahawa jumlah bayaran ex gratia kepada hakim-hakim tahun ini telah pun meningkat sehingga amount RM10.5 juta. So, di sini saya ingin tahu kenapa terdapat perbezaan yang besar sekali di antara apa yang dianggarkan di dalam item 020100 dan apa yang dinyatakan oleh menteri dalam pejabat Perdana Menteri dua tiga hari yang lalu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terdapat lebih kurang satu perbezaan RM8 juta di sini. Jadi keadaan itu saya ingin tahu apakah butir-butir khusus berkenaan dengan elaun ex gratia dan pemberian sagu hati di bawah tajuk ini, 020100. Selain daripada itu, saya juga mahu merujuk kepada 030200 dan ini berkenaan dengan bayaran tuntutan insurans dan pampasan. Terdapat empat kategori berlainan dan di sini yang berkenaan dengan 03200 - pampasan kerana tuntutan yang dibuat kepada kerajaan. Jumlah adalah dalam lingkungan RM500,050 dan juga untuk 2009; RM600,000. Di sini saya ingin dapat tahu apakah tuntutan-tuntutan yang dibuat terhadap kerajaan yang menyebabkan pampasan perlu diberikan oleh kerajaan sebanyak itu. Adakah ia juga meliputi tuntutan-tuntutan medical negligence. Medical negligence di mana hospital- hospital kerajaan terlibat. Di sini ingin saya nyatakan perlu, perhaps, kerajaan perlu mengkaji semula sama ada ianya lebih bijak untuk memastikan bahawa semua hospital kerajaan diinsuranskan ataupun dilindungi oleh insurans. Ini adalah penting untuk dua sebab. Pertamanya, kita lihat dari sejarah kes-kes yang difailkan terhadap kerajaan bahawa terdapat kelewatan yang amat sangat pada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyelesaikan kes-kes di mana terdapat kecuaian terhadap kakitangan kerajaan khususnya doktor. Di sini saya berikan satu contoh. Lebih kurang setahun dahulu terdapat seorang bayi yang dilahirkan di Hospital Klang. Di situ terdapat masalah berkenaan satu suntikan kepada lengan beliau, arm yang menyebabkan lengan beliau terputus dan terjatuh. Sehingga hari ini tidak ada sebarang penyelesaian dibuat. Kalau kita bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh hospital- hospital private di mana insurans are involve kita lihat bahawa penyelesaiannya cepat. Ada rundingan dan penyelesaian yang cepat. Apa yang penting di sini adalah untuk kita menilai. Pampasan itu bukan digunakan untuk apa-apa sahaja, pampasan perlu untuk rawatan mereka-mereka yang telah pun cedera akibat daripada rawatan cuai. Di sini saya ingin tahu sama ada kerajaan tahu, sedar berkenaan dengan masalah ini dan sama ada kerajaan akan mengambil sebarang tindakan untuk mengatasi masalah itu. Sebab kedua adalah ini, kalau kita lihat dan saya rasa dalam Jabatan Peguam Negara terlalu banyak kes-kes yang rumit, yang mereka perlu putuskan ataupun they have to handle. Di sini kalaulah kita dapat berikan kepada insurans di mana peguam-peguam tertentu yang fasih dalam bidang kuasa ataupun bidang perubatan ini boleh mengambil alih kes-kes ini. Saya rasa bahawa dua perkara boleh berlaku. Pertama kes-kes ini dapat selesai dengan cepat. Kedua kerajaan juga tidak perlu untuk keluarkan wang beratus-ratus, berjuta-juta untuk penyelesaian kes-kes macam ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

So, saya harap bahawa kementerian boleh memberi saya satu penjelasan berkenaan, apakah butir-butir di bawah tajuk-tajuk tersebut pampasan terhadap kerajaan sama ada ianya hanya terhadap medical negligence ataupun terdapat apa-apa yang lain. Di sini juga lagi satu aspek sama ada ianya juga melibatkan kes-kes kecuaian pada pihak polis, di mana pihak polis tanpa sebarang sebab menahan rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Macam semalam terdapat satu procession di PJ, polis tangkap. Bukan sahaja tangkap hentam Ahli Parlimen daripada Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Beliau dihentam Tuan Pengerusi, bukan sahaja Tony Pua lagi seorang State Assemblyman Selangor ditumbuk. Saya pergi semalam pada pukul 1.00 pagi tidak dibenarkan langsung untuk masuk jumpa mereka. Ini tingkah laku polis. So, sekarang okey, bermulanya perbincangan sama ada satu tindakan perlu dibawa terhadap polis. Adakah semua ini ditanggung oleh pihak kerajaan di bawah pampasan-pampasan ini? Adakah kerajaan sekarang sedia untuk membuat satu penyelidikan khusus ke dalam perkara ini? Against, ...help for insurance to take care of these things. Jadi apa yang boleh berlaku adalah kita dapat independent lawyers yang boleh menasihatkan pihak polis supaya jangan membuat sedemikian. Independent lawyers who are neutral yang boleh memberikan nasihat-nasihat yang tertentu. Tuan Pengerusi saya hendak menyatakan perkara ini oleh sebab terdapat satu kes di Johor Bahru, lapan atau sembilan tahun dahulu di mana seorang ini didapati tergantung di dalam sel balai polis.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sehingga sekarang kes itu tidak diselesaikan, kes terhadap pihak kerajaan. Saya tidak tahu siapa yang betul ataupun siapa yang tidak betul, tetapi isunya ini masa yang panjang oleh pihak kerajaan untuk selesaikan kes-kes begini. Bukankah sudah tiba masanya di mana perkara-perkara ini seharusnya diletakkan kepada tangan ataupun di dalam tangan pihak ketiga yang boleh menyelesaikannya dengan lebih cepat dan juga lebih adil. So, kalau boleh Tuan Pengerusi saya inginkan penjelasan berkenaan perkara-perkara itu dan setakat itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 sekali gus dengan 020400, mengenai dengan pertama sekali Bank Islam. Sebagaimana kita tahu bahawa pemegang saham Bank Islam ini adalah 100% bumiputera pada satu ketika dulu, iaitu pertama sekali Majlis Agama Islam semua negeri, Lembaga Tabung Haji, EPF dan individu. Pada tahun 2006, pegangan saham dalam Bank Islam yang dahulunya 100% oleh rakyat Malaysia telah pun jatuh hanya tinggal 60% sahaja lagi, di mana 40% telah pun dijual kepada DIG ataupun Dubai Investment Group dengan harga hanya RM1.20 satu saham. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri kenapa dijual sampai kepada 40% yang memperlihatkan wang kita mengalir ke pihak luar sedangkan Dubai adalah di antara negara yang tidak menyokong pada penubuhan Bank Islam pada satu ketika dulu. Jualan tersebut kononnya untuk mengukuhkan kewangan Bank Islam yang menimpa kerugian besar, oleh sebab peruntukan yang amat besar atas hutang lapuk dan pinjaman yang menghadapi kerugian besar oleh sebab peruntukan yang dikatakan hutang lapuk tadi. Jadi harapan pengurusan Bank Islam pada jualan saham tersebut kepada DIG adalah kononnya untuk menampung perniagaan perbankan Bank Islam di rantau Timur Tengah melalui DIG tadi. Cuma malangnya apa yang kita dapati sehingga sekarang Bank Islam belum lagi mendapat sebarang perniagaan daripada DIG. Jadi soalan ini bangkit dan pernah dibangkitkan dalam banyak mesyuarat dan kalau saya lihat, dengan report yang ada di tangan saya ini, diakui sendiri oleh mesyuarat agung tahunan yang lalu, di mana Pengarah Urusan Bank Islam sendiri mengakui dengan harapan untuk mengembang perniagaan di Timur Tengah, tetapi sebenarnya keadaan itu tidak berlaku. DIG yang belum memberi sebarang perniagaan kepada Bank Islam sudah pun mendapat pulangan atas pelaburannya untuk tahun kewangan 2007 yang lalu, yang difahamkan dalam anggaran sebanyak 12%. Jadi benda tidak dapat lagi untung sudah dapat. Jadi pulangan tersebut adalah bukan semata-mata dari operasi Bank Islam tetapi sebenarnya daripada melalui tarikan balik peruntukan hutang lapuk tadi. Sungguhpun Bank Islam mendapat keuntungan sejumlah RM255 juta dalam tahun kewangan 2007, tetapi sebaliknya apabila kita campur kembali peruntukan hutang lapuk dan hutang lapuk yang dapat dikutip balik yang dibuat pada tahun 2006, sebenarnya Bank Islam mengalami kerugian operasi dalam anggaran sebanyak RM19 juta. Jadi saya ingin tahu di manakah kecekapan dan kebijaksanaan pengurusan Bank Islam untuk membawa Bank Islam kepada taraf yang kita harapkan boleh dihormati di dunia. Persoalan yang selanjutnya Tuan Pengerusi ialah keuntungan yang ditunjukkan oleh Bank Islam pada tahun 2007 juga adalah atas peruntukan dasar perakaunan mengenai dengan peruntukan hutang lapuk. Di mana pada tahun 2006, dasarnya adalah hutang yang tidak dibayar dalam tempoh tiga bulan, diperuntukkan sebagai hutang lapuk tetapi sebaliknya pada tahun 2007, dasar tersebut telah ditukar kepada enam bulan. Bagaimana dan kenapa keadaan ini boleh berlaku dengan semena-mena, semudah begitu sahaja. Saya timbulkan ini Tuan Pengerusi kerana kita dapat lihat keadaan kepincangan yang berlaku kepada Bank Islam adalah lari daripada asas penubuhannya yang awal dulu. Kedua, sehubungan dengan Butiran 020200 dan 020400 ini juga saya ingin menyentuh Syarikat Takaful Malaysia. Sehingga sekarang saya difahamkan sebanyak tidak kurang daripada 18 buah cawangan telah pun ditutup di seluruh negara termasuklah cawangan yang beroperasi sejak mula iaitu cawangan di Bangi, diikuti dengan Taman Tun, Medan Mara dan sebagainya.

Sedangkan Takaful mencatatkan keuntungan tahun demi tahun sejak penubuhan dan apakah penutupan ini menunjukkan bahawa Syarikat Takaful Malaysia telah tidak mampu lagi untuk menguruskan keuntungan di cawangan-cawangan mereka di seluruh negara? Begitu juga saya ingin mendapat penjelasan daripada menteri, apakah pihak pengurusan takaful ini tidak ada perasaan tanggungjawab masyarakat terutama sekali kepada pemegang polisi takaful di daerah-daerah dan kawasan-kawasan terutama sekali yang jauh daripada bandar-bandar? Di manakah letaknya nilai Islam? Kalaulah kita katakan untuk menguruskan syarikat takaful, kita terpaksa tutup cawangan sedangkan cawangan-cawangan inilah yang menghidupkan takaful itu sendiri dengan kemudahan- kemudahan yang dapat diperoleh oleh mereka juga yang jauh di luar bandar. Paling aneh difahamkan dalam satu setengah tahun yang lalu, lebih daripada 500 orang pegawai dan kakitangan takaful di seluruh negara berhenti. Mereka berhenti dengan kepakaran, kemahiran yang ada pada mereka. Ada di antara mereka terpaksa berhijrah ke luar negara. Ini sesuatu yang cukup mendukacitakan apabila sistem dan kedudukan takaful ini lari daripada landasan dia yang asal dulu.

Jadi penutupan beberapa cawangan sebenarnya menjejaskan imej takaful. Dahulu kita ada cawangan-cawangan di negeri dan juga di daerah-daerah dan sebagainya tetapi dengan kurangnya cawangan apakah boleh membabitkan satu penjanaan keuntungan yang lebih berlipat ganda kepada syarikat takaful itu sendiri berbanding dengan adanya cawangan-cawangan sebagaimana yang lalu. Satu lagi saya ingin timbulkan berkaitan dengan syarikat takaful ini Tuan Pengerusi ialah mengenai dengan dividen. Sebab saya sendiri terlibat sebagai salah seorang daripada orang yang mendapat atau memanfaatkan syarikat takaful ini, dengan kereta dan sebagainya tapi dividen pada tahun 2007 syarikat takaful berkenaan sudah tak bayar lagi. Walaupun baru-baru ini dalam jawapan sesi soal jawab di Parlimen ini pihak Menteri Kewangan menjawab kita sudah bayar balik sejumlah 15% dalam jenis mudarabah dan sebagainya. Kalau mudarabah dalam Islam dia tak boleh tetap percent sebab mudarabah ini diperolehi melalui sejauh mana keuntungan kita dapat. Kalau dapat untung banyak maka banyaklah keuntungan itu. Kalau dapat sedikit maka sedikitlah. Akan tetapi kalau ditetapkan 15%, kalau saya hendak sebut mudarabah jenis apa yang takaful guna ini. Ini yang sebenarnya.

Tuan Pengerusi

Seminit lagi Yang Berhormat untuk gulung.

Jadi mudarabah bukan boleh ditetapkan pasal dia mungkin berubah dari sehari ke sehari kerana berasaskan kepada perniagaan keuntungan atau untung rugi operasi tersebut. Tuan Pengerusi, takaful juga mencatat keuntungan dalam perniagaan pada tahun 2007. Kenapa agihan keuntungan tersebut tidak dibuat kepada pemegang polisi sedangkan syarikat mengambil kira bahagian keuntungannya dalam akaun untung rugi syarikat. Kemudian dalam tahun 2008 ini takaful mula mengagihkan keuntungan kepada pemegang polisi tapi hanya dibayar dan diberi kepada orang yang isi borang. Macam mana kalau orang itu tak isi borang dan orang itu tak tahu maklumat borang ini keluar. Jadi apabila keuntungan yang diperoleh oleh orang yang tak isi borang dan keuntungan yang diperoleh oleh orang yang tidak tahu ke mana keuntungan ini dibawa oleh takaful dan yang anehnya di sini ialah apabila takaful mencatatkan rugi tetapi kalau kita lihat di muka surat 82 yang saya rasa tak perlu dibaca di sini yang disebut rugi tapi dimasukkan dalam akaun hasil takaful. Ini kalau dalam laporan 2007 ini di muka surat 82. Jadi macam mana yang dikata rugi tapi sebenarnya keuntungan di sana dimasukkan ke dalam akaun hasil takaful itu sendiri. Ini saya rasa Tuan Pengerusi saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan semoga kita dapat betulkan balik kedudukan Bank Islam Malaysia Berhad ini dan juga Syarikat Takaful Malaysia Berhad sebab kita takut dan bimbang imej Islam di atas penubuhan awal dan paling ralat untuk saya kerana kempen penubuhan Bank Islam dan kempen untuk penyertaan takaful pada peringkat awal dahulu saya salah seorang di antara pegawai yang terlibat untuk kempen ini. Kalau institusi

ini sudah naik kita bangun kita runtuhkan jadi apa makna ada pada kedudukan Islam ini. Wallahualam. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Perkara B.11 iaitu Bayaran Ganti Rugi Pulang Balik dan Hapus Kira. Perkara 40000, 40200, 40300. Yang pertama berkenaan hapus kira pinjaman. Kalau kita lihat pada dua tahun iaitu 2008 dan 2009 jumlah yang telah diisytiharkan dihapus kira dan juga anggaran untuk dihapus kira untuk sepanjang tempoh sehingga 2009 adalah berjumlah RM455 juta. Ini termasuk juga sebagai mana yang diterangkan oleh pihak menteri termasuk dalam kaedah untuk mencapai MPL serendah 2.5% termasuk menghapus kira hutang dan juga menghapus kira pinjaman-pinjaman yang diberikan oleh kerajaan kepada badan-badan tertentu. Perkara ini juga termasuk dalam kaedah untuk memberi pengecualian ataupun penghapus kiraan cukai yang dalam Perkara B.10 80000 berkenaan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kalau dilihat pada tahun 2007 dan sebahagian daripada anggaran 2008 seperti mana dibentangkan juga dalam Parlimen ini, jumlah penghapus kiraan cukai terhadap cukai-cukai yang telah ditafsir untuk cukai langsung dan tidak langsung adalah berjumlah sehingga RM980 juta untuk dua tahun. Mengikut jawapan yang lalu dikatakan penghapusan cukai ini adalah berkait dengan permohonan-permohonan yang telah diluluskan di bawah seksyen 129 bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Walau bagaimanapun, unjuran yang dinyatakan di bawah Perkara 40000 ini tidak dinyatakan langsung penghapus kiraan ini termasuk dengan hapus kira cukai yang telah sepatutnya dikutip tapi dihapus kira tidak termasuk. Jadi saya hendak tanya kepada menteri jumlah RM890 juta yang dinyatakan sebagai hapus kira cukai terhadap tafsiran- tafsiran yang telah dibuat sepatutnya duduk ataupun dinyatakan di bawah anggaran tahun 2008 agaknya perlu dinyatakan semula ataupun secara tepatnya tidak tersenarai di bawah bahagian bayaran ganti rugi pulang balik dan juga hapus kira. Jumlah ini juga menyentuh kepada kaedah untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun kerajaan mengambil pilihan dan kaedah menghapus kira tersebut. Kalau kita perhatikan kepada jumlah RM890 juta yang dihapus kira ini Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh mempertimbangkan satu keputusan yang jelas mengikut sebab-musabab yang konkrit iaitu berdasarkan kepada kemiskinan, humanitarian dan juga keadilan, justice and humanitarian dengan izin. Akan tetapi perkara ini yang dilihat sebagai keputusan diambil dalam memutuskan sesuatu cukai yang patut dipungut ini tetapi dilangsaikan atau dihapus kira banyak reflectant dengan izin kepada syarikat-syarikat yang membuat permohonan secara direct. Saya ingin nyatakan di sini terdapat juga banyak kes di mana surat-surat tertentu dikeluarkan oleh pihak yang secara langsung terlibat dengan Kementerian Kewangan menulis kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menyatakan permohonan dan juga mencadangkan kes-kes dihapus kira cukai sedangkan kita lihat pegawai-pegawai yang terlibat di Lembaga Hasil Dalam Negeri bertungkus-lumus untuk mendatangkan hasil kepada kerajaan termasuk dalam kes-kes penyiasatan. Mereka juga sebahagiannya menggadai nyawa terutama dalam kes-kes yang rumit seperti penyiasatan cukai, penggalakan cukai dan sebagainya tapi akhirnya setelah jumlah berjaya ditunjukkan atau dihasilkan oleh mereka tetapi dalam bab pengutipan cukai ini kita memberi ruang untuk menghapus kira jumlah yang bertungkus-lumus dikira atau di tafsir oleh mereka. Perkara ini juga berlaku dalam kes-kes with holding tax iaitu cukai pegangan yang sepatutnya kita telah pertingkatkan sebagaimana tahun 2005 dan 2004, kita berjanji untuk mempertingkatkan kuasa with holding tax atau cukai pegangan terutama kepada kes-kes pengaliran keluar wang yang akan dihantar oleh sebahagiannya pekerja asing atau juga kepada pelabur-pelabur asing yang menggunakan participation atau partisipasi tempatan sebagai proksi kepada pelaburan mereka.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Perkara ini juga akan menjadi signifikan apabila kita telah membuat perubahan ataupun membuat pindaan terhadap pemberian elaun modal kepada syarikat-syarikat di bawah takrifan SME ataupun Small and Medium Enterprise ataupun syarikat-syarikat kecil dan sederhana. Baru-baru ini kita mencadangkan bahawa pemberian elaun modal kepada industri kecil dan sederhana ini diberi pada tahun ketiga sedangkan pada tahun-tahun terdahulu elaun modalnya dikira sebaik sahaja tahun pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, tetapi baru-baru ini kita buat pindaan dan alasan yang diberikan oleh Menteri Kewangan pada masa itu adalah untuk mengelakkan syarikat-syarikat induk atau syarikat- syarikat besar yang mempunyai pelaburan dalam syarikat IKS ini mengambil kesempatan terhadap syarikat kecil ini untuk mendapat faedah elaun modal yang sepatutnya diberi kepada syarikat-syarikat kecil. Walau macam mana pun, di dalam keadaan ekonomi yang kita sendiri jangka akan berlaku sedikit penurunan dari segi pertumbuhannya, kita sepatutnya menggalakkan lebih lagi kepada industri kecil dan sederhana ini, tetapi halangan yang nampak jelas akan berlaku kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana apabila mereka merasakan pemberian elaun modal ini tersekat untuk tahun ketiga sahaja dan apabila pelabur-pelabur yang akan membantu sumbangan modal terhadap syarikat-syarikat kecil dan sederhana melihat hanya tahun ketiga mereka boleh memanfaatkan, tahun pertama, kedua, ketiga, sekiranya berlaku kerugian, maka kerugian itu tidak boleh dibawa ke hadapan...

Tuan Pengerusi

Seminit lagi, Yang Berhormat. Boleh gulung.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

...dan dianggap sebagai hangus. Maka sudah tentu keputusan untuk membuat pelaburan dan membantu syarikat-syarikat kecil ini barangkali akan dilupakan begitu sahaja dan kesan ini akan berlaku pada tahun hadapan. Perkara terakhir yang saya hendak sebut di sini ialah Menteri Kewangan yang baru beberapa minggu yang lalu telah mengumumkan dengan jelas bahawa kebimbangan kerajaan di mana tahun 2009 akan datang akan juga menyaksikan bahawa RM18.1 bilion wang negara akan diangkut keluar atau dihantar keluar oleh pekerja-pekerja asing yang berada dalam negara kita dan setakat ini kita tidak punya langkah yang konkrit untuk menyekat perkara ini. Walaupun kita ada satu kaedah iaitu sekatan di bawah withholding tax, namun jumlah yang sedikit yang dihantar oleh berpuluh-puluh ribu atau beratus ribu pekerja asing ini memang tidak boleh disekat melalui peruntukan withholding tax kerana jumlahnya terlalu sedikit. Maka oleh kerana Menteri Kewangan ada dalam Dewan pada hari ini, saya mencadangkan bahawa kita luaskan peruntukan withholding tax ini kepada setiap ringgit jumlah yang diremit keluar, kita perlu aplikasikan withholding tax untuk tujuan penilaian sekurang-kurangnya kita punya tempoh bertenang ataupun grace period selama dua minggu. Perkara ini banyak dilakukan oleh negara yang menyekat setiap jumlah wang yang dihantar ke luar negara oleh pekerja asing yang berada dalam negara kita, disekat, diberi satu tempoh untuk kajian, termasuk untuk melihat sama ada remittance adalah tujuan meremit pendapatan mereka sendiri ataupun remittance terhadap kumpulan ataupun grouping remittance yang mungkin juga terlibat dalam anasir-anasir kegiatan yang sebenarnya tidak legal tetapi remittance hanya kita boleh kawal ataupun kita perlu ada satu kaedah withholding yang kita anggap sebagai taxation. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa Mesyuarat hari ini sudah selesai dan saya dapati bahawa ramai Ahli Yang Berhormat telah turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Seramai 25 orang telah pun turut berbahas dan saya kalau boleh besok minta Menteri Kewangan untuk menggulung.

Tuan Pengerusi

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa, 11 November 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang.