Dewan Rakyat · 13 November 2008
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 682 turns · 40,183 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Bismillaahir rahmaanir rahiim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang telah melancarkan kempen untuk menurunkan kadar harga barangan, mudah-mudahan ini dapat membantu dan meringankan lagi beban rakyat... [Tepuk]
1. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan bekalan mencukupi untuk pasaran makanan supaya harga minyak masak tidak melambung naik, yang pasti akan terus membebankan rakyat kita, memandangkan kecenderungan pihak swasta untuk menjual minyak sawit sebagai bahan mentah untuk bio-diesel dan bukan untuk pasaran makanan.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah penggunaan minyak sawit dalam negara untuk kegunaan makanan pada tahun 2007 adalah sebanyak 0.85 juta tan. Jumlah tersebut merupakan 5.4% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit negara sebanyak 15.8 juta tan bagi tahun 2007. Harga minyak sawit ditentukan oleh bekalan dan permintaan di pasaran, purata harga minyak sawit mentah meningkat dari RM1,500 se tan pada 2006 kepada RM2,516.50 sen pada 2007. Manakala bagi tempoh Januari hingga Ogos 2008 purata harga minyak sawit mentah meningkat dengan ketara kepada RM3,343.50 sen se tan. Kenaikan harga minyak sawit ini memberi kesan ke atas harga minyak masak bagi pengguna isi rumah tempatan. Namun pada 12 November 2008, harga minyak di pasaran ialah RM1,520 dan ia tidak memberi kesan sangat kepada bekalan minyak masak. Sehubungan dengan itu kerajaan melalui pelaksanaan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak telah memberi subsidi minyak masak bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi pada harga kawalan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak 1997. Jumlah subsidi minyak masak yang telah dibayar dalam tempoh Januari 2007 hingga Julai 2008 adalah sebanyak 1.4 bilion. Di samping itu, Malaysia dan Indonesia sebagai negara pengeluar terbesar minyak sawit dunia yang telah masing-masing bersetuju menetapkan had 6 juta tan minyak sawit mentah bagi tujuan pengeluaran bio-diesel. Ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan agar bekalan minyak sawit untuk pasaran makanan sentiasa mencukupi. Sehingga bulan Ogos 2008 terdapat 10 buah kilang bio-diesel yang beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 942,000 tan setahun iaitu 15.7% daripada 6 juta tan yang ditetapkan. Sekian.
Terima kasih jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat bagaimana pihak kerajaan dapat mengatasi masalah peningkatan kos pengeluaran yang terpaksa ditanggung
oleh pengilang minyak masak pula, kerajaan boleh melaksanakan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak tahun 1997. Dalam skim ini, pengeluar kelapa sawit dikehendaki membayar SES untuk dimasukkan ke dalam Dana Akaun Amanah Industri atau dikenakan cukai windfall, dengan izin, berdasarkan paras harga minyak sawit mentah semasa. SES dan cukai ini kemudiannya diberikan kepada pengilang minyak masak dalam bentuk subsidi berdasarkan kepada perbezaan kos pengeluaran dan harga minyak masak yang telah ditetapkan. Soalan tambahan saya,Tuan Yang di-Pertua sejauh manakah kejayaan skim ini dalam mengawal harga minyak sawit dan pada masa yang sama, adakah kerajaan akan mewujudkan stok minyak sawit seperti stok petroleum dalam usaha kerajaan untuk mengawal harga minyak sawit supaya sentiasa stabil demi kebaikan rakyat dan negara kita? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sejak bulan Julai 2008 kerajaan telah menukarkan Skim COSS, Cooking Oil Subsidy Scheme kepada windfall levy. Tujuan windfall levy adalah untuk membiayai subsidi minyak masak dan juga aktiviti-aktiviti kerajaan yang lain. Windfall levy telah diselenggarakan oleh Kementerian Kewangan dan kutipan dilaksanakan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditugaskan untuk membuat bayaran kepada kilang penapis yang membekalkan minyak masak untuk pasaran tempatan, di mana peruntukan sebanyak RM1.2 bilion diminta berasaskan anggaran perbezaan harga minyak sawit olein dengan harga syiling minyak masak yang ditetapkan oleh kerajaan. Dan kalau kita lihat memanglah kerajaan menetapkan harga minyak masak ini, iaitu 1 kilo bungkusan ialah RM2.50 sen sama ada tahun lalu atau pun tahun ini kita memang kekalkan harga RM2.50 sen sekilo.
Begitu juga bagi dua kilogram yang botol, kita mengenakan RM6.25. Ini adalah minyak masak subsidi khas untuk isi rumah. Namun apa yang kita nampak hari ini ialah penggunaan minyak masak ini dalam sektor-sektor industri kecil. Namun begitu, kerajaan terus memberi subsidi kepada minyak masak ataupun minyak olein ini. Kalau kita lihat hari ini, paras harga minyak masak atau minyak olein ini adalah lebih kurang sama dengan harga subsidi. Namun apabila harga minyak masak nanti naik lebih daripada paras RM1,700, sudah pasti kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang besar. Jadi itu sahaja, sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah ada satu mekanisme ataupun satu kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan untuk memastikan supaya harga minyak di pasaran domestik ini tidak berubah mengikut keadaan perubahan harga minyak sawit di pasaran antarabangsa sebab kita merupakan negara pengeluar kedua terbesar di dunia. Jadi apakah ada satu mekanisme untuk memastikan rakyat kita sendiri dapat menikmati harga minyak sawit yang rendah? Dengan penurunan harga minyak sawit, tetapi rakyat kita masih terpaksa membeli dengan harga yang mahal. Jadi minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pengguna minyak masak tidak terjejas langsung. Di mana harga yang kita berikan kepada mereka untuk minyak masak itu adalah sama sahaja. Yang perubahannya adalah pada CPO iaitu crude palm oil, minyak mentah. Jadi apabila kita lihat kenaikan, memang Malaysia dan Indonesia cuba mendapatkan satu harga yang berpatutan. Akan tetapi oleh sebab stok simpanan yang begitu besar, di mana Malaysia mempunyai stok sebanyak 2 million tan dan Indonesia dianggarkan mempunyai lebih kurang 3 million tan, jadi stok yang begitu besar inilah menjadi punca kepada kejatuhan harga.
Namun demikian, kalau kita lihat kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan semula harga yang jatuh. Sebenarnya kalau kita lihat harga yang dianggap paling stabil adalah di dalam lingkungan RM2,000 hingga RM2,500. Kalau harga minyak terlalu tinggi di pasaran dunia, maka ini sudah pasti akan membebankan consumer atau pengguna. Kalau harga terlalu rendah, ia akan menjejaskan pula pengeluar. Jadi harga yang berpatutan atau stabil adalah lebih kurang RM 2,000. Kami percaya harga akan kembali kepada RM2,000 dalam jangka masa yang singkat ini disebabkan oleh kejatuhan harga ini merupakan sesuatu yang dipanggil sebagai attractive kepada pengguna untuk membeli. Jadi kami percaya harga ini akan kembali kepada RM2,000 dalam jangka masa yang pendek. Sekian.
2. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah faktor yang menyebabkan terdapat peralatan yang canggih di hospital kerajaan tetapi tidak mempunyai pakar untuk mengendalikannya khususnya di kawasan pedalaman termasuk di Hospital Langkawi.
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Kuala Kedah. Memang menjadi hasrat Kementerian Kesihatan untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan dilihat adil. Memang menjadi prinsip dan dasar Kementerian Kesihatan supaya sistem penyampaian ini memenuhi prinsip-prinsip pendemokrasian iaitu baik dari sudut peralatan mahupun dari sudut perkhidmatan pakar. Kementerian Kesihatan sedaya upaya telah menyediakan alat-alat perubatan yang sesuai di hospital-hospital kerajaan bergantung pada status hospital tersebut sama ada ia hospital pakar atau hospital tanpa pakar. Begitu juga peralatan-peralatan terkini dan juga peralatan yang canggih, sesuai dengan perkhidmatan kepakaran. Justeru itu, senario ataupun suasana di mana terdapat peralatan-peralatan yang terkini dan canggih tetapi tidak dapat digunakan oleh pakar tidak berlaku, malah keadaan sebaliknya berlaku. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak musykil dengan jawapan Yang Berhormat Menteri ini sebab di ground ataupun di lokasi hospital, satu contohlah yang saya ingin sebut iaitu CT scan. Walaupun saya bukan bidang perubatan tetapi bidang pertanian, mesinnya ada, peralatannya ada tetapi tidak ada pakar yang boleh mengendalikan peralatan tersebut. Kalau hospital di peringkat pakar di bandar, saya tidak nafikan. Akan tetapi soalan saya ialah hospital di luar bandar. Contoh yang saya sebutkan tadi ialah Hospital Langkawi, tanah kelahiran saya. Jadi, ekoran daripada itu, pesakit- pesakit kronik terpaksa dibawa ke Tanah Besar. Situasi ini juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Mungkin mempunyai peralatan tetapi tidak mempunyai pegawai ataupun perkhidmatan doktor yang tidak mencukupi. Jadi, kos untuk membawa mahal, peralatan yang mahal dan sebagainya, tetapi tidak mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah ini. Soalan tambahan saya ialah adakah monitoring system ataupun sistem pemantauan dibuat secara rapi untuk memastikan, antara jawapan Yang Berhormat Menteri, peralatan dengan perkhidmatan sokongan ini boleh dilaksanakan dengan jayanya. Ini adalah kerana apabila doktor ini keluar daripada hospital dan tidak ada orang mengendalikan peralatan tersebut, jadi akan menjejaskan dan merugikan wang rakyat. Jadi pohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat daripada Kuala Kedah. Saya sebenarnya prihatin tentang apa yang terjadi. Ini berlaku semasa kita merancang. Umpamanya Hospital Langkawi. Hospital Langkawi ini adalah hospital daerah.
Akan tetapi oleh sebab lokasinya adalah lokasi yang agak istimewa di negeri Kedah, maka hospital tersebut kita panggil ‘hospital daerah berpakar’. Apabila hospital daerah berpakar, dalam perancangan awalnya diharapkan semua kepakaran wujud. Akan tetapi oleh sebab masalah-masalah tertentu, maka hanya empat kepakaran sahaja wujud, iaitu wujudnya pakar bius. Maknanya kalau hendak buat pembedahan, boleh dibuat di Hospital Langkawi dengan kemudahan dua dewan bedah. Kedua, dia ada pakar sakit puan. Maknanya, orang Langkawi kalau dia menghadapi kesulitan untuk bersalin, alternatifnya dibuat pembedahan...
Saya rasa Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah punya soalan yang tersirat, di bandar layanan first class, di kampung, ‘mampuslah engkau’. Ha, begitu umpamanya. Itulah yang hendak ditanyakan ini. Minta maaf... [Dewan riuh][Ketawa]
Baik, baik, baik.
Tunggulah Yang Berhormat Sri Gading, sabar sikit. Jadi, oleh sebab empat kepakaran ini wujud, selain itu kepakaran-kepakaran yang lain umpamanya oftalmologi dan juga ENT terus wujud dan pada masa sekarang, empat kepakaran ini hari-hari ada. Yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah adalah kemudahan CT scan. Kemudahan CT scan ini perlu diuruskan oleh orang yang mahir dalam radiologi. Jadi kepakaran radiologi ini tidak wujud di Hospital Langkawi.
Ia hanya wujud di Hospital Alor Star dan juga Hospital Sungai Petani. Bukan hari- hari pakai CT scan, Yang Berhormat. Sebab itu CT scan ini adalah peralatan yang canggih, mahal dan perlu diselenggarakan dan diuruskan oleh mereka yang benar-benar pakar. Terima kasih.
Terima kasih lah ajaran daripada Yang Berhormat tu tapi lain kali jangan ajar Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Hospital Jempol, ada pakar, ada peralatan canggih tetapi hospital ini tidak beri perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai contoh, pelajar-pelajar kita yang ditawarkan masuk ke universiti untuk mendapatkan laporan perubatan terpaksa pergi ke Hospital Kuala Pilah yang sangat jauh dari Jempol. Kenapa ini berlaku?
Hospital Jempol adalah hospital daerah, saya pun sudah buat lawatan. Ia mempunyai enam orang pegawai perubatan tetapi tidak ada kepakaran dan ia tidak mengendalikan kes-kes outpatient, dengan izin. Bermakna kalau pemeriksaan perubatan, ia tidak dikendalikan oleh hospital. Ia dikendalikan oleh klinik yang terdekat atau klinik yang terdekat sekali di kawasan Jempol adalah Kuala Pilah. Jadi pemeriksaan perubatan biasa tidak dilakukan di hospital daerah. Terima kasih.
3. Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti kereta Proton setaraf dengan kereta-kereta mewah lain tanpa meningkatkan harga supaya disukai, menarik dan diminati oleh penduduk Malaysia amnya dan dunia khasnya.
Tuan Yang di-Pertua, Proton menumpu kepada membangunkan kereta untuk masyarakat umum ataupun mass market appeal, dengan izin, berbanding dengan premier market, dengan izin. Antara kriteria yang didukung oleh Proton adalah untuk dipasarkan dengan harga yang mampu dimiliki, menampilkan ciri-ciri keselamatan yang berkesesuaian di samping mempunyai ciri keselesaan penumpang yang sederhana dan berpatutan. Proton tidak menggunakan teknologi yang sofistikated seperti mana yang dimiliki oleh kereta- kereta mewah kerana ini akan meningkatkan harga kereta.
Sejak pengeluaran kereta pertama Proton dalam tahun 1987, Proton sentiasa meningkatkan kualiti produk. Antaranya:- (i) penekanan kepada kawalan kualiti dalam semua aspek operasi daripada reka bentuk dan pemasangan; (ii) mewujudkan sistem pemantauan untuk mengenal pasti defects, dengan izin, dari segi pengeluarannya; dan (iii) bekerjasama dengan vendor untuk mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi. Pada bulan Jun yang lalu, Proton telah memperkenalkan Kempen Peningkatan Kualiti yang bertujuan untuk memastikan defect kereta tersebut tidak ada. Ini berbanding dengan sistem kawalan kualiti yang dilaksanakan sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kejayaan Proton sebagai pengeluar kereta nasional amat membanggakan kerana telah mengeluarkan pelbagai jenis jenama semenjak Proton Saga 1985 atau 1987. Di sebalik kejayaan ini, Proton sering kali dipersoalkan dari segi kualiti, prestasi kenderaan dan pengendalian pusat servis. Soalan tambahan saya, harga alat ganti yang mahal dan bekalan yang terputus di Pusat Servis Proton seperti plag kabel yang merupakan alat ganti asas dikatakan telah terputus bekalannya beberapa hari di Lembah Klang. Apakah langkah Proton untuk memastikan harga alat ganti yang lebih murah dan bekalannya tidak terputus serta pada ketika ini difahamkan terdapat 370 Pusat Servis Proton di seluruh negara. Masalahnya, adakah benar Proton dikatakan tidak mahu menerima pesanan tempatan atau local order dari jabatan kerajaan menyebabkan kenderaan Proton terpaksa memilih membuat penyelenggaraan bukan di Pusat Servis Proton. Tambahan pula, perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Servis Proton ini mengambil masa yang agak lama di antara tiga hingga empat jam. Kemudian ada pula yang terpaksa datang semula kerana pemeriksaan yang kurang rapi dan teliti menyebabkan pemeriksaan semula.
Yang Berhormat, ini ucapan ini, Yang Berhormat.
Jadi, soalannya apakah Proton dalam menjamin untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Servis Proton supaya dapat memuaskan hati semua pelanggan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita maklum, pihak Proton pada tahun ini telah memperkenalkan apa yang dipanggil sebagai 3S iaitu sales, services dan spare parts dengan tujuan supaya sistem perkhidmatan, servis Proton dapat meningkat. Oleh kerana soalan Yang Berhormat nyatakan ini spesifik, saya akan mendapatkan maklumat daripada Proton apakah kelemahan-kelemahan yang masih lagi dihadapi oleh Proton kerana kita harap kereta nasional ini akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Proton ini adalah satu projek nasional dan kita juga ingin melihat bahawa projek ini dapat maju, tetapi salah satu sebab Proton menghadapi masalah ialah apabila beribu-ribu AP dikeluarkan saya bimbang masa depan Proton nanti. Oleh sebab itu saya hendak tanya kementerian, apa kedudukan ataupun perancangan kementerian terhadap AP ini. Tambah lagi kita akan menghadapi ekonomi gawat tidak lama lagi. Adakah AP ini akan dikurangkan ataupun diberhentikan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kereta Proton berhadapan dengan persaingan, baik dari kereta nasional, Perodua dan juga kereta- kereta yang dipasang secara CKD oleh assembler dalam negara yang telah wujud sebelum ini. Dari segi AP, persaingannya tidak besar kerana mengikut statistik di sini, kita ambil pada tahun 2007, jumlah AP yang diluluskan adalah sebanyak 50 ribu, tetapi yang dipakai adalah 27 ribu. Maksudnya diluluskan, macam kita luluskan overdraf 100 ribu, yang digunakan 20 ribu. Maknanya yang digunakan hanya 27 ribu. Dari segi pasaran kereta negara kita, kereta passenger, pasarannya setahun adalah lebih kurang 400 ribu unit di mana pasaran kereta bagi tahun 2007, Perodua menguasai 36%, Proton 26% iaitu sebanyak 117 ribu unit. Kemudian kereta-kereta assembler ini seperti Toyota, Honda dan sebagainya menguasai sebahagian daripadanya. Maknanya kalau 27 ribu tadi dibandingkan dengan 400 ribu, bilangannya kecil. Apa yang berlaku sekarang ini, kita sedia maklum bahawa industri automotif begitu kompetitif. Pada tahun ini peningkatan domestik secara purata 16% berbanding tahun lalu tetapi bulan Oktober ini telah jatuh sebanyak 25%. Ini terjadi di seluruh dunia. Jadi untuk memastikan Proton terus berdaya maju, apa yang Proton lakukan sekarang ini adalah untuk melihat kepada pasaran luar kerana sebanyak 150 ribu unit pengeluaran itu tidak cukup. Dia perlukan 150 ribu unit setakat break even, tetapi dari segi economies of scale mesti 250 ribu. Maka pihak Proton sekarang melihat kepada pasaran-pasaran tertentu terutama emerging market seperti China yang telah mula eksport. Di Timur Tengah telah ada rakan untuk memasang kereta Proton di sana terutama di Iran. Kemudian di Asean. Inilah pasaran-pasaran yang akan ditumpukan oleh Proton di mana pada tahun 2010, cadangan Proton adalah sebanyak 40% daripada keseluruhan jualannya daripada pasaran eksport, manakala pada tahun 2015, sebanyak 60% daripada pasaran eksport. Masa itu Proton dijangka akan mencapai economies of scale tiga kali ganda daripada yang diperlukan.
4. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan : (a) berapakah bilangan bot pukat tunda yang telah didenda atau di saman kerana melakukan kesalahan ketika beroperasi di laut di:- (i) seluruh negara; (ii) di Pahang; dan (b) apakah jenis kesalahan-kesalahan tersebut dan bilangannya mengikut kesalahan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, (a) Pada tahun 1985 kerajaan telah memperkenalkan Akta Perikanan bagi mengawal vessel dan nelayan yang menangkap ikan di perairan negara kita.
Secara khususnya akta ini diperkenalkan untuk mengawal dan mengurus sumber laut supaya mampan dan juga untuk menghindar konflik antara nelayan tradisional dan nelayan komersial. Untuk tujuan ini bot-bot dilesenkan mengikut zon: Zon A bagi nelayan tradisi, Zon B, C dan C2 untuk laut dalam. Jika bot ataupun nelayan melanggar syarat-syarat peraturan yang ditetapkan oleh akta maka mereka dikenakan tindakan. (i) Bagi menjawab soalan Yang Berhormat secara khusus, saya dimaklumkan bahawa dari Januari hingga Oktober 2008 sebanyak 996 buah vessel
tempatan melibatkan 3,839 orang nelayan tempatan telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 499 buah bot adalah bot pukat tunda dan mereka dikenakan kompaun sebanyak RM844,250. (ii) Untuk negeri Pahang seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sejumlah 43 buah vessel pukat tunda telah ditahan dengan nilai kompaun sebanyak RM113,400. Sebagai perbandingan pada tahun 2007, tahun lepas, sebanyak 1,013 vessel ditahan dengan bilangan nelayan 3,841 dan nilai denda sebanyak RM2.5 juta. Bagi bot asing pula daripada Januari hingga Oktober 2008, 58 kes tangkapan melibatkan 404 orang nelayan ditangkap melibatkan vessel daripada Thailand, Indonesia, Filipina dan juga Vietnam dengan jumlah denda sebanyak RM12.2 juta. (b) Jenis kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut, ada empat kategori utama iaitu:- (i) melanggar kawasan zoning. Bot-bot tidak boleh keluar daripada Zon A, B, C dan C2, empat zon semuanya. Yang melanggar syarat ini sebanyak 260 bagi seluruh Malaysia dan 25 di negeri Pahang; (ii) penggunaan nelayan asing tanpa kelulusan. Nelayan asing tidak boleh digunakan untuk bot A umpamanya. Cuma ia boleh digunakan untuk laut dalam tetapi ada juga yang melanggar peraturan ini menggunakan nelayan rakyat asing untuk beroperasi di bot-bot A dan B. Untuk ini bagi seluruh negara di Malaysia sebanyak 117 kesalahan dan bagi negeri Pahang sebanyak enam kesalahan; (iii) melanggar kawasan zoning dan penggunaan nelayan asing tanpa kelulusan, dua kesalahan oleh sebuah vessel, 80 bagi seluruh negara dan lima bagi Pahang; dan (iv) mereka yang tidak menggunakan lesen ataupun melanggar syarat lesen dengan tidak mengusahakan sendiri bot mereka. Di bawah kategori ini sebanyak 42 bagi seluruh negara dan tujuh bagi negeri Pahang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya dapat mendengar bahawa ada tindakan-tindakan yang ketat dikenakan di atas kesalahan-kesalahan ini. Tuan Yang di- Pertua, Kuantan merupakan satu tempat nelayan yang mempunyai pangkalan yang ada di mana 374 bot berdaftar di pangkalan di Kuantan. Demi memaksimumkan peranan bot pukat tunda ini, selain daripada kita mengawal kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan,
saya dapati antara masalah lain yang mereka hadapi ialah kekurangan bekalan minyak diesel. Allocated quota kepada 374 bot ini ialah sebanyak 5.7 juta liter sebulan. Akan tetapi jumlah minyak diesel yang diberikan kepada pangkalan Kuantan hanya merupakan 4 juta liter sebulan. Kemudian apabila masalah bot bertukar pangkalan...
Soalannya, Yang Berhormat.
Kemudian apabila masalah bot bertukar pangkalan, kita tidak menukar. Saya tahu diesel di bawah lain.... [Disampuk] Cuma saya hendak mengatakan bahawa LKIM merupakan penasihat kepada nelayan. Saya hendak tahu kerana saya lihat mereka tidak memainkan peranan untuk membantu keberkesanan prestasi...
Soalannya, Yang Berhormat.
Saya hendak tahu apa dia peranan kementerian untuk membantu bot-bot ini menambahkan prestasi kerana apabila tidak ada diesel, tidak cukup bekalan, tidak cukup kuota, mereka tidak boleh ke laut.
Sudah, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Tuan Yang di- Pertua tahu soalan ini terkeluar daripada soalan asal, tetapi biasanya menteri jawablah. Itu biasa. Yang Berhormat Kuantan kata tadi bahawa kuota tidak cukup dan keduanya kalau diubah pangkalan maka ini tidak dibenarkan. Pertamanya, saya maklumkan bahawa kuota ini memang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berdasarkan kepada jumlah peruntukan yang disediakan iaitu sebanyak 99 juta liter untuk sebulan. Kuota itu ditetapkan oleh kerajaan dan diagihkan ke seluruh negara. Kuantan merupakan salah satu pangkalan ikan yang terbesar di negara kita, memang banyak bot dan pendaratannya pun banyak. Kerajaan fleksibel dalam perkara ini dan saya akan menyiasat kebenaran tohmahan Yang Berhormat berkaitan dengan diesel dan jika wajar kita bersedia untuk menimbangkan semula. Keduanya berkaitan dengan pemindahan pangkalan. Memang pada peringkat awal ia tidak dibenarkan kerana ada penyelewengan tetapi kalau genuine, kalau ia benar- benar berlaku daripada Kemaman, Kuala Terengganu berpindah ke Kuantan vessel itu maka kuota yang berhak dimiliki oleh vessel yang berpindah dari Johor ataupun Terengganu ke Kuantan boleh dipindahkan tertakluk kepada kelulusan daripada LKIM. Dakwaan bahawa LKIM tidak membantu ini adalah tidak benar. Saya menegaskan bahawa LKIM begitu prihatin kepada isu-isu masalah nelayan dan memang nelayan amat menghargai dan mensyukuri bantuan yang diberikan oleh LKIM bukan seperti Yang Berhormat Kuantan yang membuat dakwaan yang tidak berasas tadi. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat bertanyakan soalan tambahan saya akan baca Peraturan Mesyuarat 24(3)(ii): “Apa-apa pertanyaan tambahan tidaklah boleh terdiri daripada beberapa pertanyaan atau gabungan beberapa pertanyaan.”
“Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah hendak berbahas.” Minta tolong kerjasama dengan Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih. Soalan saya memang ada kaitan dengan soalan asal bukan macam sahabat daripada pembangkang yang selalu mengelirukan Dewan... [Disampuk] Ini soalan tambahan, soal pukat tunda. Yang Berhormat Pokok Sena ini dia jaga pokok sahaja.
Sudah, sudah, Yang Berhormat.
Dia kacau saja. Dia macam cacing yang kena panas. Nanti aku ambil air panas, kena nanti... [Ketawa] Soalan tambahannya, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, soal pukat tunda yang melanggar syarat lesen. Kedua, yang beroperasi di luar kawasan zon dan yang ketiga pula yang beroperasi macam-macam kesalahan. Akan tetapi antara nelayan ini, ini manusia... [Disampuk] Tunggulah dulu, sabar. Jadi, adakah kerajaan sebagaimana yang saya cadangkan pada masa dahulu memperkasakan pencegahan. Saya ada mencadangkan dengan meletakkan treta-pod di kawasan-kawasan yang dilarang terutama sekali di kawasan-kawasan yang mempunyai terumbu-terumbu di laut. Perkara ini masih lagi berleluasa di kawasan pantai negeri Sabah. Tiap-tiap hari saya menerima panggilan telefon, kompelin tentang penarikan pukat tunda ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi satu jawapan yang boleh meyakinkan rakyat di pantai negeri Sabah ini.
Tuan Yang di-Pertua, pukat tunda merupakan antara pukat yang paling popular bagi nelayan-nelayan dan banyak yang dilaporkan tentang pencerobohan ini melibatkan bot-bot yang menggunakan pukat tunda. Kadang-kadang pukat tunda ini dia menceroboh umpamanya kawasan A. Inilah untuk nelayan tradisional, nelayan pantai. Jadi, Tuan Yang di-Pertua kita telah menubuhkan beberapa agensi termasuklah Agensi Maritim yang ditugaskan untuk menguatkuasakan beberapa akta termasuk Akta Perikanan. Jabatan perikanan juga ada pegawai-pegawai penguat kuasa. Nelayan juga diberi pendedahan dan education exposure untuk membolehkan mereka mengetahui apa yang boleh dibuat, apa yang tidak boleh dibuat. Secara umumnya ada dua keadaan. Yang pertama ada nelayan yang sengaja melanggar syarat peraturan. Yang kedua, yang tidak sengaja. Dalam kedua-dua kes ini Jabatan Perikanan memang amat bertimbang rasa. Bagi mereka yang tidak sengaja, maka denda kompaun sahaja dikenakan tetapi mereka yang terus terang melanggar termasuklah bot-bot laut dalam ini, maka tindakan tegas akan diberikan. Insya-Allah, kita akan memperkasakan lagi tindakan, penguatkuasaan untuk memastikan bahawa mereka yang mempunyai pukat tunda ini tidak menceroboh kawasan- kawasan yang mana mereka tidak sepatutnya beroperasi. Ini memang kita mendapat banyak kompelin seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan tadi, daripada nelayan tradisi khususnya di mana mereka yang menggunakan pukat yang tidak sepatutnya berada di kawasan pengairan umpamanya bawah pada lima batu nautika beroperasi di tempat tersebut. Ini menimbulkan masalah dan kita akan meningkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan. Selain itu, kita juga akan memberikan pendidikan yang lebih baik kepada nelayan agar mereka faham undang-undang dan tidak melanggar syarat-syarat peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Perikanan. Terima kasih.
5. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Pertahanan menyatakan, jumlah anggota tentera di negara ini serta pecahan mengikut jantina dan kaum. Apakah langkah- langkah terkini yang diambil bagi meningkatkan profesionalisme anggota dan usahausaha memperbaiki kebajikan mereka khasnya di kalangan anggota yang berpangkat rendah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jumlah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini adalah seramai 101,630 orang. Pecahan mengikut jantina dan kaum adalah seperti berikut:-
| Jantina/Kaum (Lelaki) |Bilangan (Orang)|Peratus| |-------------------------------------|---------------:|------:| |Melayu | 83422| | |Cina | 598| 0.6| |India | 1249| 1.3| |Lain-lain/bumiputera/ Sabah & Sarawak| 8693| 9.3| |Jumlah | 93962| 92.5|<END_TABLE_MARKER> | Jantina/Kaum (Perempuan) |Bilangan (Orang)|Peratus| |------------------------------------|---------------:|------:| |Melayu | 6832| 89.0| |Cina | 51| 0.7| |India | 67| 0.9| |Lain-lain/bumiputera/Sabah & Sarawak| 711| 9.4| |Jumlah | 7668| 7.5|<END_TABLE_MARKER> Jumlah keseluruhan: | Kaum |Bilangan (Orang)|Peratus| |------------------------------------|---------------:|------:| |Melayu | 90254| 88.8| |Cina | 649| 0.6| |India | 1316| 1.3| |Lain-lain/bumiputera/Sabah & Sarawak| 9411| 9.3| |Jumlah | 101630| |<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan langkah-langkah terkini, yang diambil oleh ATM dalam meningkatkan profesionalisme anggota adalah seperti berikut: (i) ATM sememangnya dari semasa ke semasa menghantar anggota menghadiri kursus yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing di dalam dan juga di luar negara; (ii) mengadakan pertukaran pegawai dan anggota dengan angkatan tentera negara asing terutama dalam bidang kejurulatihan, muzik, kemahiran, pengendalian kapal selam dan kereta kebal, taktik peperangan dan sebagainya; (iii) mengadakan exercise ketenteraan dari semasa ke semasa sesama pasukan dan perkhidmatan ATM dan juga bersama dengan anggota tentera anggota asing seperti di bawah Five Powers Defence Arrangements ataupun FPDA yang melibatkan anggota tentera dari Britain, Australia, New Zealand, Singapura dan Malaysia; (iv) menghantar anggota-anggota ATM berkhidmat dalam misi-misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di mana anggota-anggota mendapat pendedahan dan pengalaman dalam pengurusan pengaman dan juga situasi pengurusan operasi atau konflik sebenar; dan (v) bagi menghadapi cabaran knowledge based society, ATM telah menghantar ramai anggota dari pangkat bawahan sehingga atasan melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara bagi membolehkan kelulusan pengajian dalam pelbagai bidang dari peringkat diploma sehingga ke peringkat PhD. Ini bagi membolehkan anggota-anggota meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran dalam merangka strategi ketenteraan dan juga melibatkan peralatan-peralatan teknologi tinggi
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kebajikan anggota. ATM amat prihatin dan berusaha untuk menjaga kebajikan mereka secara menyeluruh terutama di kalangan anggota yang berpangkat rendah. Usaha-usaha diambil oleh ATM adalah di antaranya seperti berikut:- (i) penambahbaikan dalam segi skim perkhidmatan; (ii) mewujudkan pelbagai elaun dan insentif bagi perkhidmatan yang kritikal; (iii) peluang kenaikan pangkat; dan (iv) mempertingkatkan taraf kualiti hidup dengan menyediakan rumah kediaman dan prasarana yang lebih selesa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada angka yang disebutkan tadi hanya 1.9% anggota tentera ini adalah terdiri daripada bukan bumiputera, terlalu sedikit. Adakah gaji yang kurang tinggi menjadi puncanya dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan gaji tentera agar mereka yang berada di barisan hadapan mempertahankan negara ini, yang sanggup mati dan hidup untuk negara ini sentiasa terbela? Apakah langkah-langkah kementerian untuk menambah belia pelbagai kaum bagi menyertai Angkatan Tentera Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan tidak mendapat sambutan daripada kaum bukan bumiputera bagi memasuki pasukan tentera ini pada pandangan kementerian pertahanan bahawa bukan tertakluk kepada gaji. Yang mana kalau kita lihat dari segi gaji tentera pada hari ini, sebagai seorang prebet, gaji pokok sahaja sudah menjangkau RM1,400.20 termasuk elaun perkhidmatan dan juga elaun COLA nya. Kalau di Kuala Lumpur ini RM150, kalau bujang. Kalau berkahwin RM300 dan juga ada kemudahan-kemudahan seperti perumahan. Kalau tidak ada perumahan dibekalkan, mereka akan diberi elaun perumahan. Jadi, apa yang dirasakan bahawa bagi kaum bukan bumiputera ini mungkin mereka tidak atau pun mencari pekerjaan yang lebih fleksibel tanpa ada disiplin dan juga mungkin daripada segi ikatan disiplin inilah yang menyebabkan mereka ini tidak berminat untuk memasuki Angkatan Tentera Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha dalam mempertingkatkan lagi bukan sahaja dalam menarik ramai belia-belia termasuk untuk menarik masyarakat bukan bumiputera ini untuk menyertai angkatan tentera dengan mengadakan berbagai-bagai upacara seperti mengadakan ekspo kerjaya ATM. Yang mana kita adakan dua tahun sekali dan juga kita mengadakan promosi-promosi kerjaya di sekolah-sekolah, IPTA, IPTS dan juga kita mengadakan road tour mempromosikan kerjaya ketenteraan di sekolah-sekolah yang terpilih dan begitu juga sesi penerangan berhubungan dengan aspek-aspek ketenteraan dalam sesi-sesi pameran seperti LIMA, DSA, Hari Ulang Tahun ATM dan seterusnya melalui hebahan media cetak dan media elektronik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalannya ialah masa kini walaupun Kerajaan Malaysia berusaha dengan begitu gigih untuk mendapatkan mereka yang bukan daripada orang Melayu. Soalannya, jadi kerana Kerajaan Malaysia berusaha begitu gigih dan gagal mendapatkan sambutan daripada masyarakat bukan Melayu. Adakah kerajaan merancang untuk pergi kempen di kalangan penuntut-penuntut sekolah khususnya sekolah menengah dengan memberikan tunjuk ajar dan juga galakan dan juga apa-apa kemudahan serta kebajikan yang boleh diperoleh apabila bertugas dengan ATM. Adakah kerajaan merancang begitu?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Malahan saya telah pun menyatakan banyak usaha promosi yang telah dibuat. Jadi dalam usaha- usaha promosi itu bahawa penerangan-penerangan dan kemudahan-kemudahan telah dinyatakan kepada para peserta dan termasuk ....
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan dia spesifik. Adakah rancangan untuk buat kempen pergi ke sekolah-sekolah India, sekolah-sekolah Tamil, sekolah-sekolah Cina, sekolah- sekolah yang tak ada masuk itu prospektus, rangka gaji, skim opt-service dengan izin, yang ada dihantar tempat-tempat ini. Ini soalan dia.
Selain daripada apa yang saya telah nyatakan bahawa daripada segi spesifik mengikut kaum tidak dibuat. Akan tetapi daripada segi institusi pengajian sama ada di sekolah-sekolah menengah yang mana ada kumpulan kaum-kaum bukan Melayu juga dalam sekolah tersebut. Begitu juga di institusi-institusi pengajian tinggi di mana promosi-promosi seperti ini telah dilakukan dan dalam promosi- promosi ini, pendedahan-pendedahan berkaitan dengan ketenteraan dan juga berkaitan dengan gaji termasuklah dengan kemudahan-kemudahan yang diberi semasa berkhidmat dalam tentera ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming telah diberi bercuti untuk hari ini, menghadiri Dewan Undangan Negeri. [Soalan No.6 – Y.B. Tuan Nga Kor Ming (Taiping) tidak hadir] [Soalan No.7 – Y.B Tuan Billy Abit Joo (Hulu Rajang) tidak hadir]
8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, kenapakah pelantikan Naib Canselor (VC) di universiti-universiti di negara ini tidak mengikut kelayakan para ahli akademik dan masih berasaskan pengaruh politik.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Baling yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pelantikan Naib Canselor institusi pengajian tinggi awam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan pengurusan tertinggi universiti khususnya Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor adalah dilaksanakan oleh satu badan bebas yang dilantik oleh kerajaan dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilih ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin Tuan Yang di- Pertua, Search Committee. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada tokoh-tokoh yang terkenal dan berwibawa dalam pelbagai bidang dan juga merupakan pemegang-pemegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Asas pemilihan adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti visi, misi, kepimpinan, pengurusan, pencapaian akademik, pengiktirafan, keperibadian dan kemahiran berkomunikasi. Tuan Yang di-Pertua, calon-calon dikenal pasti akan ditapis melalui beberapa sesi temu duga dan dinilai berdasarkan kepada kriteria tersebut serta prestasi mereka semasa temu duga. Tuan Yang di-Pertua, sebelum tiga bulan tamat perkhidmatan seseorang Naib Canselor itu, kementerian akan menubuhkan Jawatankuasa Semakan atau Jawatankuasa Carian bagi menilai prestasi Naib Canselor berdasarkan KPI, berdasarkan kepada petunjuk prestasi yang ditetapkan serta amalan terbaik yang lain. Sekiranya jawatankuasa berpuas hati dengan prestasi Naib Canselor sedia ada, maka jawatankuasa akan mengesyorkan kepada kementerian melalui Yang Berhormat Menteri supaya perkhidmatan seseorang Vice Chancellor itu disambung semula. Sekiranya jawatankuasa tidak berpuas hati Tuan Yang di-Pertua, maka calon-calon lain yang berkelayakan akan dicadangkan. Melalui penubuhan jawatankuasa tetap ini, proses pemilihan Naib Canselor IPTA pada tanggapan kementerian akan menjadi lebih telus dan
berintegriti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan termasuklah politik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Memang daripada segi prosedur yang dijalankan oleh pihak kementerian untuk sebarang pelantikan kepada jawatan tinggi di universiti-universiti. Akan tetapi apakah kerajaan sedar pernah berlaku sedikit masa yang lalu, seorang Profesor Madya pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor sedangkan masih ramai profesor penuh yang lebih senior daripada beliau. Apakah pertimbangan yang dibuat terhadap Profesor Madya berkenaan juga perlu di sini untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah relevannya Peperiksaan Tahap Kecekapan ataupun PTK yang begitu banyak dibelanjakan wangnya tapi hasilnya tidak seberapa dan kalau boleh begitu jugalah untuk penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bukankah kita mengecilkan ruang perwakilan mahasiswa kepada Majlis Perwakilan Pelajar boleh menyekat pertumbuhan intelektual mahasiswa kita sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada tiga soalan di dalam soalan tambahan ini dan saya percaya soalan yang pertama berkaitan dengan seorang Profesor Madya yang telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan pelantikan- pelantikan Timbalan Naib Canselor, saya telah sebutkan sebentar tadi proses yang sama akan dilakukan. Akan tetapi kalau kita melihat daripada Jawatankuasa Tetap Carian Timbalan-timbalan Naib Canselor dan juga Naib Canselor ini, mereka adalah merupakan orang-orang yang mempunyai kelayakan-kelayakan serta kepakaran dan pengalamannya begitu luas di dalam menilai seseorang calon itu sama ada mereka layak ataupun tidak untuk menduduki jawatan-jawatan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya pihak kementerian menerima sebarang calon yang disokong oleh Jawatankuasa Carian ini kerana berdasarkan sokongan dan rekomendasi mereka ini, pihak kementerian mempunyai ruang yang amat tipis untuk mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat. Jadi saya harap Yang Berhormat Baling kalau perlu, mungkin dia kata pernah berlaku. Jadi saya kira ia tidak berlaku lagi sekaranglah kerana Jawatankuasa Carian ini kalau saya bacakan nama-nama pun adalah di kalangan orang-orang yang amat dikenali sama ada di pihak Pembangkang dan juga di pihak kerajaan. Mahu baca?
Bacalah, baca.
Yang Berhormat Kepong, boleh baca Yang Berhormat Kepong? Saya sebut Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Tan Sri Dr. Mohd Salleh Mohd Yasin. Beliau adalah merupakan Canselor United Nations University. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Tajuddin Ali.
Beliau adalah pernah menjawat jawatan Presiden Tenaga Nasional Berhad dahulu. YBhg Datuk Dr. Ir. Haji Ahmad Zaidee Laidin, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Lin Sin Yan, YBhg Tan Sri Profesor Datuk Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim, YBhg Datuk Profesor Emeritus KJ Ratnam, YBhg Tan Sri Datuk Profesor Agustine Ong Soon Hock, YBhg Tan Sri Datuk Profesor Dr. Anuar Ali. Mereka-mereka ini adalah tokoh-tokoh yang terkenal yang saya kira mempunyai pengalaman yang luas, yang boleh membuat keputusan berasaskan kepada fakta dan angka dan tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang pihak. Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan bagi mengaitkan PTK dan kenaikan pangkat saya kira kementerian telah mengambil satu tindakan yang begitu besar apabila mengiktiraf pemegang-pemegang ijazah PhD dengan meletakkan mereka ke tingkat 52. Mengiktiraf pemegang-pemegang PhD dan pada masa yang sama kita juga mengiktiraf kekananan seseorang pensyarah yang tidak memiliki ijazah PhD. Bagi mengehadkan Majlis Perwakilan Pelajar di dalam pelantikan Vice Chancellor ini Tuan Yang
di-Pertua, ada di dalam perbincangan kita untuk meletakkan seorang wakil MPP untuk menyumbang pendapat dan pandangan mereka terhadap mana-mana pelantikan jawatan- jawatan kanan di dalam IPTA kita. terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Apa MPP itu Yang Berhormat?
Majlis Perwakilan Pelajar, terima kasih.
Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam usaha kita untuk mendapatkan calon Vice Chancellor yang mempunyai mutu yang tinggi, tidakkah ada cadangan supaya pengisian jawatan ini diiklankan, dibuka kepada pemohon-pemohon supaya kita mendapat senarai yang lebih kompetitif. Bukannya yang disenaraikan, sebab ini dibimbangkan adanya nanti pengaruh politik dan sebagainya. Dibuka supaya lebih kompetitif dan ada pilihan yang terbaik sebenarnya, itu satu. Kedua ialah soal pelantikan Naib Canselor Universiti Malaya ini maksudnya Naib Canselor yang ada sekarang ini dia mengeluh kerana dia mengatakan misinya belum selesai dan apakah sebenarnya kita tidak mahu mengisi tempat itu dengan Naib Canselor daripada kalangan wanita juga. Ini Yang Berhormat Bukit Mertajam marah sebab dia kata seolah- olah tidak ada kesaksamaan gender. Saya mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan membuka jawatan-jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bagi institusi pengajian tinggi di negara kita ini, ia adalah merupakan satu cadangan yang baik. Akan tetapi pada masa yang sama dalam tangan yang lain pihak kementerian tidak memandang rendah orang- orang, tokoh-tokoh yang telah kita sebutkan tadi. Di mana mereka ini juga mempunyai pandangan-pandangan yang saya kira merangkumi setiap aspek pendidikan tinggi di negara kita. Kita menghormati pandangan mereka dan semua pandangan-pandangan ini diambil pakai. Saya yakin akan tiba masanya suatu hari nanti apabila kita telah bersedia jawatan- jawatan ketua eksekutif bagi institusi pengajian tinggi negara kita ini akan dibuka di khalayak melalui media dan sebagainya. menjawab soalan Yang Berhormat Batu Pahat yang kedua, saya kira pernah dikatakan oleh Princess Rania apabila menerima anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya yang menyatakan rasa kagumnya kepada negara kita kerana mempunyai seorang Naib Canselor wanita yang pertama bagi sebuah universiti yang berjenama. Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil kira...
[Menyampuk]
Bagilah saya menjawab Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kalau Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak dengar saya duduklah.
Mahu dengarlah, tetapi seorang sudah kata kagum. Apa ini?
Tidak apa Yang Berhormat.
Ada berapa Naib Canselor?
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Seorang yang mengatakan kagum itu adalah seorang yang mempunyai jenama. Bukannya orang seperti Yang Berhormat Bukti Mertajam. Ini Princess Rania.
Mahu 15 nama wanita okey.
Yang Berhormat saya mintalah tidak payah dialog dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Tidak ada. Tuan Yang di-Pertua saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam menyebut kesaksamaan gender. Saksama bukan bermakna sama. Saksama ini maknanya meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Dalam konteks Universiti Malaya kita memerlukan seorang yang berprestasi tinggi yang boleh mengangkat Universiti Malaya. Jawatankuasa tetapi mendapati Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon ini yang mempunyai pengalaman yang luas di Universiti Malaya sendiri bukan sahaja di dalam institusi pengajian tinggi awam tetapi juga telah diberikan peranan untuk membangunkan Multimedia Universiti daripada zero kepada hero. Ini prestasi Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, kalau wanita tidak diberi peluang langsung macam mana ada pengalaman?
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Jangan memandang rendah kepada wanita okey?
Yang Berhormat, bukan. Saya tidak memandang rendah kepada wanita.
Memang Yang Berhormat memandang rendah kepada wanita.
Yang Berhormat.
Mintalah Yang Berhormat tenanglah. Saya minta berilah jawapan Yang Berhormat.
Saya bagi. Tuan Yang di-Pertua ....
Nama calon-calon. Semua calon, maklumkan untuk naib canselor. Maklumkan!
Yang Berhormat...
Namakan semua calon untuk naib canselor Universiti Malaya!
Yang Berhormat...
Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat bagi sahaja jawapan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua...
...Semua calon!
Ya, semua calon!
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Itu baru telus!
Tuan Yang di-Pertua, UM ...
Nanti kalau hantar keluar nangis lagi.
Universiti Kebangsaan Malaysia pun naib canselor adalah seorang wanita Tuan Yang di-Pertua.
Saya kata seorang tidak cukup. Ada 17 buah universiti. Sekurang-kurangnya 30%.
Baik Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bukit Mertajam...
ini bukan masanya Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya sentiasa menghormati wanita.
[Ketawa]
Saya sentiasa menghormati wanita.
Yang Berhormat...[Dewan riuh]
Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan kesempatan ini untuk menidakkan kehormatan saya pada wanita. Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat Bukit Mertajam benar-benar menghayati dan menghargai prestasi. Tidak kira sama ada ianya wanita, membatasi pelbagai kaum. Saya katakan tadi kita mengharapkan prestasi, meletakkan prestasi sebagai perkara utama untuk meletakkan seorang visi pada universiti yang berjenama ini... [Dewan riuh]
Sudah Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat.
Peluang sudah diberi. Peluang sudah diberi, peluang telah ditunjukkan.
Dua tahun mana cukup. Hendak melaksanakan...
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan dua tahun mana cukup, empat tahun mana cukup....
Nama calon naib canselor?
Ia bukannya sesuatu yang objektif, ia sesuatu subjektif tetapi kita telah meletakkan sasaran dan kita tahu pencapaian. Adakah kita hendak menidakkan....
Soalan nombor sembilan.
Jawatankuasa tetap yang telah dilantik.
Ini dikatakan gender tidak saksama
Yang Berhormat ...
Faham? Gender tidak saksama?
Soalan nombor sembilan
Saya katakan Yang Berhormat perlu faham. Saya katakan ia berasaskan kepada prestasi....
Ini bahaskah atau apa ini?
Kalau wanita ...
Tolonglah berhentilah. Sudahlah menteri ...
Macam mana ada prestasi kalau tidak ada peluang?
Peluang telah diberikan. Peluang telah diberikan Tuan Yang di-Pertua.
Sudahlah. Tidak apa.
Saya harap Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan ambil kesempatan politik. Jangan ambil kesempatan politik dalam isu ini. Kita Kerajaan Barisan Nasional meletakkan prestasi sebagai perkara utama. Kalau wanita berprestasi tinggi..., itu saya katakan, kita bukan bercakap tentang adil.
Ini tidak adil!
Yang Berhormat kita ....
Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat Timbalan Menteri sudahlah. Cukuplah.
Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap tentang kesaksamaan gender. Kesaksamaan ialah meletakkan orang yang mempunyai prestasi tinggi memegang jawatan utama di dalam universiti di negara kita dan kita telah meletakkan wanita dan saya percaya banyak lagi ruang untuk wanita... [Dewan riuh]
Apa semua ini? Sudah, sudahlah Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey Yang Berhormat Batu Gajah...
Tuan Yang di-Pertua...
Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat, duduklah.
Saya suka maklumkan, saya betul-betul kena jelaskan kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai tidak kurang daripada lima orang TNC-TNC wanita yang berwibawa di Universiti Teknologi Malaysia, TNC di Universiti Pertahanan. Mereka ini adalah timbalan-timbalan naib canselor yang berwibawa. Yang Berhormat Bukit Mertajam berilah ruang kepada mereka. Jangan menidakkan mereka.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Bukit Mertajam, tolonglah Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya tahu, dengar dahulu. You tidak dengar cerita orang...[Dewan riuh] Memperjuangkan satu-satu perkara dengan bijaksana dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya tegaskan di sini bahawa Kementerian Pengajian Tinggi tidak mengamalkan pilih kasih terhadap gender. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, saya pernah duduk dalam Jawatankuasa Pilihan ini. Saya juga pernah dalam Jawatankuasa Pilihan ini dan saya mengetahui fleksibiliti jawatankuasa ini dan dibenarkan membuat advertisement dalaman kepada universiti-universiti untuk mencari orang yang layak. Jadi tidak ada bendungan dan tidak ada arahan daripada sesiapa. Saya mengetahui kelulusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu diterima pakai oleh kementerian begitu sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, tetapi...
Jawapan yang baik daripada Tuan Yang di- Pertua.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]
Baik...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Ipoh Timur...
Yang Berhormat kita pindahlah. Saya berpindah ke soalan seterusnya.
Saya tidak tahulah DAP ada saksama atau tidak.
Tidak payahlah. Yang Berhormat lain itu, siapa itu?
9. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, adakah kementerian bercadang menyekat kemasukan lambakan produk barangan elektrik yang tidak berkualiti ke negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat seperjuangan saya dari Sekijang. Kemasukan barangan elektrik yang tidak berkualiti ke negara ini dikawal melalui penggunaan standard. Standard mandatori diguna pakai untuk memastikan hanya produk yang menemui standard yang ditetapkan diimport ke negara ini. Mekanisme ini adalah selaras dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia WTO dan diguna pakai oleh ahli WTO untuk mengawal kemasukan produk import yang tidak berkualiti demi menjaga keselamatan dan kesihatan pengguna Alam Sekitar dan sebagainya. Sehingga hari ini, Jawatankuasa Standard Industry Electrical di bawah SIRIM Bhd telah membangunkan 732 standard bagi barangan elektrik dan elektronik. Daripada jumlah ini, 57 standard telah dijadikan mandatori. Manakala baki 675 diguna pakai secara sukarela. Antara barangan elektrik yang dikenakan standard mandatori adalah kabel tenaga dan wire harness dengan izin, cord telefon dan cord tenaga. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, lambakan barang-barang elektrik yang tidak berkualiti di dalam negara kita ini memang berleluasa walaupun Yang Berhormat Menteri tadi ada menyatakan tadi ada satu standard yang dipakai untuk mengimport barang-barang ini. kita mendapati bahawa barang-barang yang diimport ini masih banyak lagi yang tidak berkualiti walaupun dengan menawarkan dengan harga yang murah, tetapi ianya begitu berbahaya kepada pengguna dan rakyat kita. Saya ingin tahu daripada kementerian apakah tindakan selain daripada ditetapkan standard tadi, apakah tindakan dan perancangan daripada kementerian untuk memastikan dari segi keselamatan rakyat kita dapat terjamin apabila menggunakan peralatan-peralatan elektrik yang diimport ini yang begitu berleluasa dalam negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, para pengimport perlu mendapatkan sijil kelayakan standard daripada SIRIM Bhd dan Suruhanjaya Tenaga sebelum mengimport barang-barangan elektrik dan elektronik. Di samping itu bagi barangan elektrik dan elektronik yang tertentu, pengimport juga perlu mendapatkan lesen import dari Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Kastam yang bertanggungjawab untuk memastikan para pengimport barangan elektrik mendapatkan sijil kelayakan standard dan lesen import sebelum barangan tersebut dibenarkan masuk ke negara ini. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap penguat kuasa dan terhadap pemantauan produk yang tidak berkualiti di negara ini serta yang membahayakan keselamatan pengguna di pasaran tempatan melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya lihat cadangan kerajaan untuk menurunkan duti import daripada 10%-50% dan 60% kepada 5% ke 30% sahaja duti import terhadap barang-barang elektrik seperti pengisar, periuk nasi, microwave, cerek elektrik dan sebagainya. Ini nampak macam ada satu cadangan pada tahun hadapan, kita akan buka pasaran kemasukan pasaran barang-barang elektrik yang juga akhirnya membawa kepada kesan kesihatan, lambakan dan sebagainya. Jadi kita harus bersedia tahun hadapan kerana kita agak nampak membuka seluas-luasnya pintu kemasukan pada barang-barang yang dikatakan akhirnya menjadi lambakan kepada dumping market ini. Macam mana?
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang sebenarnya tiada bidang kuasa dalam perkara kemasukan lambakan produk barangan elektrik yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Kementerian berkenaan ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap yang saya katakan tadi penguat kuasa dan juga pemantauan produk yang tidak berkualiti yang berbahaya. Jadi isu yang telah pun dibangkitkan, saya harap saya akan dapat kerjasama daripada Kementerian tersebut untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian terima kasih.
10. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapakah keuntungan syarikat-syarikat televisyen dan penyiaran swasta di negara ini serta cukai yang dikutip daripada mereka semenjak tahun 2004 sehingga kini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat keuntungan yang dilaporkan serta jumlah cukai pendapatan yang telah dibayar oleh syarikat televisyen dan penyiaran swasta bagi tahun 2004 hingga 2007 adalah seperti berikut. Keuntungan bersih dari tahun 2004 hingga 2007 berjumlah RM1,411 juta. Manakala cukai dibayar dari tahun 2004 hingga 2007 adalah sebanyak RM104.59 juta.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat akses kepada menyampaikan maklumat serta hiburan kepada rakyat di negara kita, Astro merupakan syarikat televisyen atau penyiaran swasta yang tertinggi accessibility nya kepada masyarakat kita, iaitu melalui 169 saluran termasuk saluran TV di luar negara. Dengan kadar cukai yang begitu rendah dibayar oleh sebahagian daripada ini termasuklah syarikat penyiaran seperti Astro, adakah justifiable ataupun berpatutan dengan jumlah yang begitu rendah dengan akses kepada membentuk dan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui kandungan-kandungan yang dipaparkan dalam saluran tersebut. Adakah munasabah kita memberi ruang kepada mereka ini sedangkan cukai yang kita kutip amatlah rendah berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pembayaran cukai berdasarkan kepada pendapatan bersih yang diperolehi, yang di bawah Akta Cukai berdasarkan item-item yang perlu dibayar. Jadi bukan berdasarkan kepada berapa banyak channel yang dimiliki oleh syarikat tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada cukai-cukai yang dikutip oleh syarikat- syarikat televisyen dan channel swasta ini, saya nak tanya dari segi tanggungjawab sosialnya, adakah satu peruntukan supaya keuntungan yang diterima disalurkan kepada apa juga aktiviti termasuk pengiklanan yang menjurus kepada tanggungjawab sosial seperti masalah penyelesaian mat rempit dan sebagainya, yang saya rasa tanggungjawab TV pun ada juga penyelesaian yang boleh disalurkan melalui iklan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kita tidak mengadakan peraturan di mana kita meminta syarikat-syarikat televisyen kerajaan mahupun swasta untuk melaksanakannya. Akan tetapi kita mendapati bahawa terutama saluran-saluran televisyen kerajaan ada mengadakan iklan-iklan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.
11. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin [Papar] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, bilakah kementerian akan mengiktiraf kursus Sarjana Muda Undang- undang (LLB Hons) yang ditawarkan di Universiti Multimedia dan Universiti Utara Malaysia dan mengapakah kementerian membenarkan kursus ini ditawarkan kepada para pelajar sekiranya ia tidak mendapat pengiktirafan MQA memandangkan kedua-dua universiti ini adalah milik kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada seorang Ahli Parlimen wanita dari Papar dan saya menghormati Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, isu pengiktirafan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi ialah isu pengiktirafan oleh badan-badan profesional bagi tujuan pengamalan profesion serta kelayakan untuk menduduki peperiksaan bagi tujuan mendapat pelesenan bagi pengamalan profesion tersebut. Tuan Yang di-Pertua, di dalam konteks ini kedua-dua IPT iaitu UUM dan MMU, Universiti Utara Malaysia dan Multimedia Universiti telah melalui proses penilaian oleh pihak panel penilai yang dilantik oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang atau dalam ringkasnya LKPUU bagi tujuan menentukan sama ada pelajar lulusan program LLB dari kedua-dua IPT tersebut boleh dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Certificate of Legal Practice atau in short, CLP, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua atau dalam bahasa Malaysianya, Sijil Amalan Guaman yang dikendalikan oleh LKPUU. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perbincangan dengan LKPUU, status terkini ialah LKPUU sedang menunggu laporan panel penilaian oleh ahli-ahli panel yang sedang diselaraskan oleh pengerusi panel bagi kedua-dua program tersebut dan dijangka akan dibawa ke mesyuarat LKPUU. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks Kementerian Pengajian Tinggi, untuk makluman Yang Berhormat, Program Sarjana Muda Undang-undang (LLB) yang ditawarkan oleh Universiti Multimedia telah pun mendapat perakuan akreditasi bermula pada 16 Februari 2008 hingga 15 Februari 2013. Ini perakuan akreditasi bagi program akademik. Manakala Universiti Utara Malaysia pula, memperoleh perakuan akreditasi bermula pada 26 Oktober 2007 hingga 25 Oktober 2012. Harap maklum Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya juga sebenarnya menghormati Yang Berhormat Timbalan Menteri sebagai seorang yang adil dan pejuang kepada kesaksamaan gender, insya-Allah... [Tepuk] Soalan tambahan saya sebagai seorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang, saya sebenarnya memahami permasalahan yang dihadapi oleh adik-adik graduan Sarjana Undang-undang ini di dalam menangani persepsi masyarakat, di mana seorang graduan undang-undang perlu melangkau kelayakan akademik semata-mata untuk diterima sebagai seorang peguam yang baik. Di dalam erti kata yang lain, perlu ada additional qualifying assessment, dengan izin diperlukan untuk membantu graduan-graduan ini diterima sebagai graduan yang berkualiti. Soalan saya, apakah tindakan pihak kementerian di dalam membantu graduan- graduan lulusan Sarjana Undang-undang ini dalam usaha kita melahirkan peguam yang bukan sahaja berkaliber, tetapi mampu bersaing dalam pasaran profesion ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat di atas pengiktirafan tadi. Saya harap Yang Berhormat Bukit Mertajam pun boleh terimalah, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu memang menjadi kebimbangan kepada pihak kementerian hari ini. Bukan sahaja kita mahukan graduan-graduan ini keluar dengan gulungan ijazah masing-masing terutama di bidang undang-undang, tetapi kita mahu mereka ini menjadi pengamal undang-undang yang boleh dihargai dan dihormati oleh masyarakat. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, MQA atau Malaysia Qualifications Agency ini telah pun menetapkan bahawa badan-badan seperti Bar Council, profesional body ini berada di dalam Joint Technical Committee mereka untuk menentukan kelayakan- kelayakan yang boleh diberi kepada mana-mana IPTA ataupun IPTS di dalam dan di luar negara yang bakal mengeluarkan pengamal-pengamal guaman.
Jadi di sinilah sebenarnya Yang Berhormat, dalam satu tangan kita memerlukan mereka ini keluar beramai-ramai, tetapi dalam tangan yang lain kita mahu mereka ini mempunyai kualiti. Jadi badan-badan inilah yang menggariskan minimum kualiti standard bagi pengamal-pengamal, peguam-peguam yang bakal menjadi peguam di luar sana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam tahun lalu, ada seorang Hakim Mahkamah Rayuan yang menyatakan perasaan tidak puas hati beliau berkenaan dengan standard- standard graduan khususnya dari universiti-universiti negara ini dalam bidang undang- undang. Di sini saya ingin tanya, adakah kerajaan sedar bahawa kualiti atau standard of lawyer yang dikeluarkan dengan izin oleh universiti-universiti tempatan semakin berkurangan, very low standard? Dan kebanyakan mereka khususnya daripada universiti- universiti tempatan juga selepas daripada itu dilantik sebagai majistret dan sebagainya. Mereka ini juga pada masa akan datang menjadi hakim dan sebagainya dan akan menyandang jawatan-jawatan yang tertinggi di dalam badan kehakiman negara ini. Soalan saya, adakah apa-apa tindakan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa Lembaga Profesion Undang-undang ataupun sebarang badan yang sedia ada untuk memastikan, bahawa standard-standard peguam-peguam yang diiktiraf sebagai peguam di negara ini atau peguam di Malaysia ini akan diperbaiki dan dipertingkatkan dalam masa yang akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kementerian sedar. Oleh sebab itulah MQA yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara mengambil kira penuh pandangan Bar Council di dalam menentukan sesebuah program itu di dalam mana-mana universiti, awam dan swasta boleh diberikan peluang untuk mengeluarkan graduan-graduan terbaik amalannya ataupun tidak.
Itu sebablah apabila kementerian mengadakan dialog dengan badan-badan ini, Yang Berhormat boleh concurrent dengan saya, ada wakil-wakil daripada Bar Council yang bersama kita yang mengatakan mereka memerlukan satu proses yang agak panjang, proses yang laborious untuk memastikan program-program yang ada pada IPTA kita ini boleh mengeluarkan peguam-peguam yang terbaik di pasaran. Itu sebab apabila kita melihat antara tahap-tahap yang perlu dilalui oleh mana-mana pelajar undang-undang. Tahap awal, tahap pertengahan, tahap kedua, tahap ketiga dan sebagainya yang akhirnya akan ditentukan ikhtisas mereka, profesionalisme mereka akan ditentukan oleh badan profesional yang diwakili, Yang Berhormat. Jadi inilah yang saya katakan kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kualiti- kualiti pengamal-pengamal guaman yang ada di luar sana melalui badan-badan profesional yang memang memerhati program-program yang berada di IPTA dan IPTS secara dekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli- ahli Yang Berhormat, masa soal jawab telah tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam ] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.21 [Jadual] – Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
[Bangun]
Yang Berhormat Rasah duduk dulu.
Tuan Pengerusi, tiga hari lalu saya ada membangkitkan satu perkara untuk dapat satu ruling ke atas apa yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau ada berbohong apabila menyatakan dengan umum di Dewan ini apabila ketiga-tiga hakim iaitu Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah tidak dipecat tetapi bersara. Itu satu perkataan yang tidak berasas kerana itu bukan apa yang terjadi. Apa yang terjadi adalah ketiga-tiga hakim ini adalah dipecat daripada jawatannya.
Baik Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi ada berjanji untuk memberi satu ruling dalam dua, tiga hari. Sudah lebih dari dua, tiga hari sekarang. Bolehkah saya dapat ruling sekarang?
Saya kata dua, tiga hari. Kalau dinilai dua, tiga hari plus itu lima. Jadi Yang Berhormat, saya minta ruling ini dan saya buat keputusan supaya dibuat pada minggu hadapan. Saya kena cek semua butiran Yang Berhormat kerana dia mempunyai banyak implikasi. Pertama, soalan keputusan yang dibuat oleh tribunal, saya hendak tengok sendiri saya tidak hendak dengar orang lain. Kedua, keputusan yang dibuat Majlis Raja-raja dan apakah implikasi apabila telah menerima surat daripada Majlis Raja-raja itu nanti dan kenapa dia jadi sedemikian? Jadi dengan itu saya belum mendapat kesemua butiran-butiran ini dan dengan itu saya telah beritahu kepada setiausaha pagi tadi saya akan buat satu keputusan pada awal minggu hadapan, Yang Berhormat. Insya-Allah saya akan buat keputusan. Ya, Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tuan Pengerusi, saya hendak menimbulkan satu persoalan dalam Butiran 140000 - Lembaga Pertubuhan Peladang. Saya ingin bertanyakan kepada pihak menteri apakah dasar keahlian dalam Lembaga Pertubuhan Peladang ini? Seorang pengundi di kawasan saya yang bernama Encik Mohan Pacumuthu beralamat di Taman Seremban Jaya. Beliau merupakan seorang peladang kecil, ingin menjadi ahli pertubuhan peladang di kawasan Rembau dan beliau telah memohon untuk menjadi ahli Pertubuhan Peladang kawasan Rembau pada tahun 2007 tetapi oleh sebab Seremban Jaya ini dekat dengan Rembau, kawasan Rasah ini dekat berjiran dengan Rembau. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Mungkin Yang Berhormat Batu Pahat tidak faham, saya bersebelahan dengan Rembau sebenarnya. Jadi pengundi di kawasan saya ini Taman Seremban Jaya, beliau ini menjadi ahli Pertubuhan Peladang kawasan Rembau tetapi beliau mendapat satu surat daripada Pertubuhan Peladang kawasan Rembau, bertarikh 26 Mei 2008. Saya membaca surat ini, ”Dengan hormatnya berhubung dengan perkara di atas, dukacita dimaklumkan iaitu permohonan tuan untuk menjadi ahli telah ditolak dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah yang telah diadakan pada 23 Mei 2008. Permohonan tuan terpaksa ditolak oleh sebab pertubuhan kami bertaraf bumiputera. Lesen perniagaan kami adalah bertaraf bumiputera.” Saya hendak mendapatkan kepastian adakah Lembaga Pertubuhan Peladang ini hanya eksklusif untuk bumiputera kerana saya cek dalam website Pertubuhan Peladang, tidak ada satu perkataan dalam website tersebut yang mengatakan bahawa keahlian Pertubuhan Peladang itu hanya eksklusif untuk bumiputera. Dalam website itu mengatakan bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang merupakan satu badan kepunyaan peladang untuk kepentingan ahli dan masyarakat peladang keseluruhannya. Objektifnya untuk mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, dedikasi dan bersatu. Saya hendak tanya kalau ini ada dibezakan dan ada diskriminasi tidak membenarkan bukan bumiputera untuk menjadi ahli Pertubuhan Peladang, bagaimana negara kita ataupun pihak kerajaan mengatakan bahawa hendak memajukan pertanian, menggalakkan masyarakat tani untuk bersaing dan sebagainya. Adakah ini satu dasar yang patut? Saya bertanya pendapat rakan saya Yang Berhormat Kota Bharu, beliau mengatakan bahawa kalau dalam pertanian pun ada diskriminasi ini, dosa besar... [Tepuk] Saya hendak tanya, mengapa seorang rakyat Malaysia berketurunan India, beliau seorang peladang kecil yang hendak menjadi ahli Pertubuhan Peladang untuk mendapatkan sedikit subsidi baja itu, mengapa ditolak? Saya berharap kementerian...
Itu sebab HINDRAF.
Saya berharap pihak kementerian memastikan perkara ini tidak berlaku di peringkat akar umbi dan kalau ada dasar itu, saya harap boleh diperbetulkan.
Yang Berhormat Rasah, sedikit sahaja, setengah minit.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau beginilah dasar yang dibuat oleh LPP saya rasa petani-petani di Sekinchan mungkin tidak dapat menjadi ahli dalam pertubuhan ini sebab kebanyakan di Sekinchan ini daripada bukan bumiputera. Apa pandangan Yang Berhormat Rasah?
Ya itu sebabnya kita hendak mendapatkan kepastian. Saya minta supaya pihak menteri memaklumkan Dewan yang mulia ini, apakah dasar sebenar pihak kementerian dalam perkara ini? Kalau tidak ada dasar ini, kalau di peringkat bawah itu mengamalkan dasar dia sendiri, maka saya harap pihak kementerian boleh mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai di bawah itu kerana ini merosakkan perpaduan negara kita. Bukan sahaja di atas merosakkan agenda untuk memajukan pertanian, merosakkan juga agenda perpaduan di negara kita kerana rakyat tengok. Saya hendak mendapatkan subsidi baja, saya bukan bumiputera, tidak dapat. Bukankah ini satu diskriminasi? Jadi saya harap pihak kementerian mengambil perhatian yang cukup serius dalam perkara ini. Saya juga cek dalam website tersebut, salah seorang ahli lembaga pengarah bernama Encik Francis Harden Hollis, saya tidak tahulah adakah dia bumiputera atau tidak. Pada pandangan saya bukan seorang bumiputera yang menduduki lembaga pengarah tetapi pada hakikatnya ada orang yang minta menjadi ahli dalam Pertubuhan Peladang ini daripada kaum bukan bumiputera tidak dibenarkan. Saya berharap menteri memberikan satu penerangan yang jelas dan memastikan perkara ini tidak berlaku. Perkara yang kedua yang ingin saya bangkitkan di sini berkenaan dengan Butiran 10740 - Pembangunan Industri Khinzir.
Penjelasan. Yang Berhormat Rasah, setujukah dengan saya bahawa yang kita perlu di negara ini adalah satu polisi yang bukan mengikut warna kulit tetapi satu polisi yang kompetitif, satu polisi yang boleh diterima pakai untuk semua orang ramai supaya kita ada satu polisi yang di mana akan memberi manfaat kepada semua bangsa. Polisi yang sedia ada di kementerian ini bukan aneh pada pandangan saya. Saya rasa kebanyakan kementerian di dalam kerajaan, polisi-polisinya nampaknya adalah terpesong dan terus kepada bangsa dan ini perlu satu pandangan yang baru. Saya berpendapat hanya Kerajaan Pakatan Rakyat sahaja yang dapat mengimplementasikannya, apa pandangan Yang Berhormat?
Tidak, ini sudah berbohong. Pakatan Rakyat tengoklah Ahli Parlimen apa sudah dibuat di negeri Selangor, apa ada, keadilan apa yang ditunjukkan.
Duduk dahulu Yang Berhormat batu Pahat.
Yang Berhormat Batu pahat tiada asas.
Beri laluan.
Saya cukup setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat...
Boleh bagi laluan?
Hendak bagi laluan Yang Berhormat?
...Kerana inilah dasar yang kita perjuangkan dalam Pakatan Rakyat. Kita memperjuangkan supaya semua dasar itu mengikut keperluan dan bukannya mengikut warna kulit kerana walaupun kita mengikut, kebanyakan besar yang mendapat subsidi ini, sebahagian besar yang mendapat kepentingan itu ialah masyarakat bumiputera, masyarakat Melayu juga tetapi kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu melihat kepada warna kulitnya kerana dia kulit hitam, dia orang India tidak dibenarkan menjadi ahli Peladang, tidak diberikan subsidi. Itu saya rasa yang paling tidak adil. Kalau di Amerika Syarikat, orang berkulit hitam boleh menjadi presiden, di Malaysia seorang rakyat Malaysia berketurunan India, subsidi baja tidak dapat. Itu yang saya rasa cukup menyedihkan di negara kita.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, sebab itu saya kata jangan jadikan satu contoh untuk mengatakan bahawa ada diskriminasi. Kita dengar itu hari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah pun menyatakan bahawa dari segi jumlah mereka yang berpendapatan di bawah RM1,000 ini majoriti orang Melayu. Jadi apakah salah maksudnya satu dasar untuk mengimbangi permasalahan tidak seimbangan dari segi income disparity ini. Ini bukan soal perkauman.
Yang Berhormat Rasah, sambung sedikit. Serupa lebih kurang. Yang Berhormat Rasah, penjelasan. Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Rasah, penjelasan.
Ya sila Pontian.
Saya perlu bagi wanita dahulu.
[Ketawa] Terima kasih. Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah. Saya rasa tadi apa Yang Berhormat Batu Pahat katakan bahawa kerana ramai Melayu yang pendapatannya di bawah RM1,000 jadi dia kata tidak salah. Saya rasa sekiranya kita tidak mengambil kira warna kulit, hanya ambil kira pendapatannya. Jadi orang Melayu akan dapat, orang India akan dapat, Orang Asli akan dapat dan sesiapa yang kurang pendapatan daripada RM1,000, bukankah itu yang terbaik? Mengapa hendak berdasarkan kepada warna kulit atau pun bumiputera atau tidak.
Itu yang saya kata yang kaya-kaya bukan Melayu yang kaya-kaya sanggup mengorbankan kekayaan yang ada.
Yang Berhormat Batu Pahat tidak boleh macam itu.
Yang Berhormat Batu Pahat saya sudah bagi peluang. Bagi saya jawab Yang Berhormat Batu Pahat. Kalau Tuan Pengerusi boleh bagi...
Yang Berhormat, kekalkan butiran Lembaga Pertubuhan Peladang, Yang Berhormat.
Saya ada butiran. Terima kasih. Minta maaf Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Batu Pahat, saya hendak menjawab. Memang kita setuju bantu masyarakat Melayu miskin, kita tidak ada permasalahan dalam DAP tidak ada masalah. Dalam dasar Pakatan Rakyat kita membantu semua yang miskin mengikut keperluan. Kalau kita ada satu dasar untuk memberikan kepada mereka yang memerlukannya memang majoritinya mendapat pertolongan itu ialah masyarakat Melayu, tidak ada masalah itu tetapi apa masalah untuk bantu masyarakat India yang miskin, masyarakat Cina yang miskin, masyarakat Kadazan yang miskin. Itu perbezaannya di antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.
Termasuklah Orang Asli.
Memang kita bantu yang miskin tidak mengira kaum, India, Cina semua memang kita bantu.
Cukuplah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rasah, kita tidak berbincang Dasar Ekonomi Baru di sini. Kita dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian.
Saya ada satu butiran lagi. Satu butiran lagi 10740 mengenai pembangunan industri khinzir. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan merupakan satu kawasan penternakan khinzir yang begitu besar sekali di Negeri Sembilan dan di seluruh Malaysia sebelum wabak JE ini melanda 10 tahun yang lepas. Memang JE telah memusnahkan keseluruhan industri penternakan khinzir di Bukit Pelanduk ini. Saya ada bertanya satu soalan kepada pihak kementerian dua hari yang lepas berkenaan dengan apakah dasar kerajaan, dasar kementerian untuk membenarkan Bukit Pelanduk ini dihidupkan semula penternakan khinzir. Jawapan daripada pihak kementerian yang mengatakan bahawa tidak ada halangan membenarkan kawasan Bukit Pelanduk ini menjadi satu centralized pig farming area ataupun PFA tetapi masalahnya di katakan jawapan di sini bahawa projek PFA di kawasan Bukit Pelanduk Negeri Sembilan masih tidak dapat dilaksanakan sehingga kini disebabkan beberapa isu teknikal yang belum diselesaikan. Isu-isu teknikal tersebut ialah pengurusan PFA seperti: (i) rumah kediaman pekerja; (ii) sistem pengolahan sisa untuk abature; (iii) pagar di sekeliling kawasan projek sepanjang 7.7 kilometer dengan ketinggian 7 kaki; (iv) kandang babi tertutup; (v) jalan masuk baru; dan (vi) kemudahan biosecurity yang lain. Saya hendak bertanya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian benar-benar ikhlas untuk membenarkan PFA ini dihidupkan semula kerana jawapan yang sama saya telah terima empat lima tahun lepas saya tanya dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan. Jawapan yang sama diberikan setiap kali masalah teknikal tidak dapat diselesaikan, masalah teknikal tidak dapat diselesaikan empat lima tahun belum diselesaikan lagi. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak menteri, bagi satu jawapan yang terus terang kepada pihak peladang khinzir di Bukit Pelanduk ini sama ada harapan lagi atau tidak untuk menghidupkan semula penternakan khinzir ini. Kalau tidak boleh bagi, tidak dibenarkan cakap sahaja. Biar mereka tukar kepada industri lain, tidak payah tunggu lagi, tiada harapan kosong kerana setiap kali ia ini dijadikan isu pilihan raya. Setiap kali pilihan raya umum, pilihan raya kecil saya ingat lagi pilihan raya kecil Telok Kemang pada tahun 2000 dibenarkan, dikatakan akan hidup semula, bagi janji kosong kepada peladang khinzir. Akhirnya lapan tahun sudah tidak dapat yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional dalam Parlimen Telok Kemang, dalam DUN Chua juga merupakan salah satu isu yang penting ini.
Masa habis Yang Berhormat.
Jadi saya harap kementerian bagi satu jawapan yang terang sama ada dibenarkan atau tidak. Kalau dibenarkan bila satu time frame, satu dateline, kalau tidak dibenarkan cakap tidak dibenarkan.
Tidak payah benarkan, batalkan sahaja.
Masa, masa.
Kita buat di Rasah. Ladang khinzir buat di Rasah.
Yang Berhormat masa sudah habis Yang Berhormat.
Saya boleh kalau bagi tiada masalah.
Ipoh Barat pun boleh.
Penjelasan sedikit Yang Berhormat Rasah. Kalau ikut logik Yang Berhormat Rasah tadi kerana janji-janji kosong tadi itu maka BN kalah 2008 jadi kalau bagi balik nanti BN menang pula kah atau bagaimana... [Ketawa] Kalau BN menang.
Bagi lesen sahaja kepada Yang Berhormat Kuala Krai Tuan Pengerusi... [Ketawa]
Baik jangan bagi. Itu kena fikir betul- betul.
Kenapa ramai sangat yang bangun ini, Yang Berhormat Batu Pahat.
Saya mencadangkan untuk keadilan mana yang layak dan memohon mengikut prosedur kena dipertimbangkan, terima kasih.
Bagi Yang Berhormat Batu Pahat.
Yang Berhormat Rasah, masa habis Yang Berhormat.
Okey. Yang Berhormat Kuala Krai jangan bimbang saya yakin dan percaya Negeri Sembilan akan jatuh dalam Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi menyokong belanjawan di peringkat Jawatankuasa ini saya mulakan dengan butiran 00900 - Projek Pertanian Yang Lain. Jadi di sini saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian apakah yang dikatakan sebagai Projek Pertanian Yang Lain ini kerana saya lihat peruntukan yang diberi kepada Projek Pertanian Yang Lain ini ialah sebanyak RM1.62 bilion makna satu peruntukan yang besar juga. Keduanya saya hendak masuk kepada 01000 – Projek-projek Pembangunan Pertanian Bersepadu. Saya percaya Projek Pertanian Bersepadu di Pahang Barat yang termasuk juga dalam Parlimen Lipis dahulu telah rasa saya dimansuhkan pada tahun 2000 lebih kurang dan kesan daripada pemansuhan itu banyak projek-projek yang telah kita adakan oleh Kementerian Pertanian ini telah terbengkalai. Jadi saya bertanya kepada kementerian apakah dasar mengenai dengan projek pertanian bersepadu ini. Saya berharap Projek Pertanian Bersepadu ini dihidupkan semula di dalam Pahang Barat atas apa nama pun tidak apa tetapi apa yang penting ialah peruntukan-peruntukan, projek-projek yang telah dilaksanakan dahulu dihidupkan semula kerana rasa saya banyak yang telah terbengkalai dan yang paling ketara bagi saya, saya kaitkan pula dengan 14800 ialah Jalan-jalan Ladang.
Kesan daripada ketiadaan Projek pertanian Bersepadu ini atau IADP ini banyak jalan ladang yang dibuat dahulu telah tidak diselenggarakan dengan baik dan sebagainya. Jadi mengenai dengan jalan ladang ini juga bagi saya, saya hendak bertanya kepada kementerian adakah jalan ladang ke ladang yang diusahakan oleh Kementerian Pertanian sahaja yang dibina.
Tidak jalan-jalan ladang ke dalam ladang-ladang atau pun kawasan-kawasan pertanian persendirian kerana bagi saya, jalan kampung diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Akan tetapi jalan ladang ini kita tidak tahu kementerian mana yang menguruskannya. Hanya saya tengok di sini dan peruntukkannya rasa saya tidak besar sangat dan kalau kita hendak membuat seluruh jalan ladang yang ada di Malaysia, hendak membaiki balik, rasa peruntukan yang lebih besar perlu diadakan. Ini sangat penting terutamanya bagi penduduk untuk membawa hasil pertanian dan perladangan mereka. Sebab saya berkata begitu ialah kerana dalam lawatan saya terutamanya dalam Kawasan Parlimen Lipis, mereka menunjukkan jalan-jalan yang teruk. Memang tidak mungkin untuk mereka gunakan. Sesetengah itu sudah memang tidak boleh hendak lalu. Boleh buat bendang dekat situ. Rosak sangat. Jadi bila saya bertanya kepada Jabatan Pertanian, mereka mengatakan mereka tidak ada peruntukkan untuk jalan ladang ini dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Berikutnya adalah Butiran 02600 iaitu Penyiasatan Semula Gunaan Tanah. Saya lihat ada beberapa projek terutamanya dalam kawasan Parlimen saya yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian yang gagal. Mungkin bagi saya kajian ataupun penyiasatan tentang kegunaan dan kesesuaian tanah ini yang tidak dibuat dengan betul. Sebagai contohnya ada satu kawasan tanah berkelompok di dalam DUN Jengka, Parlimen Lipis yang ditanam dengan pisang. Akan tetapi hasil daripada buah pisang itu dikatakan tidak manis. Ia tidak sesuai untuk dibuat makanan biasa tetapi hanya untuk kerepek saja. Kesannya sampai sekarang kawasan itu sudah mula tumbuh lalang. Ditinggalkan dan mula tumbuh lalang. Rasa saya tidak lama lagi jadi hutan belantara baliklah. Di tinggalkan begitu saja. Begitu juga dengan ada satu kawasan yang hendak di tanam dengan nangka. Akan tetapi sampai sekarang sudah diberi kepada pemaju. Katanya ada pemaju yang akan menguruskan hal itu tetapi sampai sekarang rasa saya sudah dua tahun atau setahun lebih projek itu dimulakan. Tanah-tanah di situ telah disodok dan sebagainya. Dibersihkan tetapi sekarang ini saya lihat projek itu tidak kunjung tiba. Sudah mula naik lalang dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah kerana tanahnya tidak sesuai dan sebagainya. Jadi saya berharap dari segi penyiasatan, kegunaan tanah ini perlu dibuat dengan teliti agar kejadian-kejadian seperti ini tidak berulang. Saya meneruskannya dengan Butiran 10710 - Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging yang saya kaitkan juga dengan 11030 - Beef Valley. Kalau kita lihat dari segi pengumuman ECER yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lalu di dalam kawasan Parlimen Lipis ataupun Daerah Lipis ini, satu daripada projek yang dikenal pasti ialah dari segi Beef Valley. Jadi sampai sekarang pun nampaknya tidak ada kawasan yang dikenal pasti untuk dijadikan Beef Valley ini. Saya hendak bertanya dengan kementerian, adakah Program ECER juga melibatkan Kementerian Pertanian dalam konteks ini kerana saya lihat ada Kepala yang menunjukkan Beef Valley dalam di bawah program kementerian. Jadi, adakah Projek Pembangunan Industri Lembu ini hendak dibagikan kepada penduduk-penduduk kah, dibahagi-bahagikan dan kita minta penduduk-penduduk ini untuk menambah pendapatan mereka dengan memberi peluang untuk mereka mengumpulkan lembu dan kerbau di padang ragut yang telah diwujudkan dan sebagainya. Rasa saya kalau kita hendak melaksanakan program yang begini, saya percaya stafnya juga perlu ada yang sesuai dan cukup sebab saya nampak pegawai-pegawai di Pejabat Haiwan atau Pejabat
Veterinar ini hanya bertaraf Penolong Pegawai yang diletak dalam kumpulan sokongan satu. Jadi mereka ini bila kita tertanya tentang teknikal dari segi ternakan lembu, kerbau dan sebagainya, kadang-kadang mereka ini tergagap-gagap untuk menjawab dan sebagainya. Jadi ini rasa saya memberi kesan juga kepada proses pembangunan itu. Yang berikutnya saya hendak sentuh tentang Butiran 25600 iaitu Pembangunan Industri Ternakan Ikan Sangkar. Di Lipis ini, satu daripada anugerah Allah SWT ialah Sungai Pahang. Hulu Sungai Pahang yang dipanggil sebagai Sungai Jelai. Airnya deras. Hanya sekarang ini sedikit kotor kerana mungkin ada pembalakan dan dari segi bijih. Bijih lombong emas dan sebagainya yang menyebabkan airnya agak kotor sedikit. Akan tetapi masih lagi sesuai dan sebagainya untuk kita bangunkan industri ternakan ikan sangkar ini dan rasa saya industri ternakan ikan sangkar ini yang memang dimulakan semasa Program IADP dulu. Pembangunan Pertanian Bersepadu dulu masih terus dikekalkan oleh penduduk-penduduk kampung dan ia menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan juga kepada penduduk-penduduk kampung.
Laluan sedikit.
Oleh kerana airnya deras, air Sungai Jelai yang deras, jadi rasa ikan yang terdapat di Lipis ini lebih baik rasa saya rasanya daripada kawasan-kawasan lain termasuk Kuala Kraulah. Ya, sila.
Setengah minit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya. Bila sebut tentang Sungai Lipis ini, saya tertarik dengan projek bela ikan patin. Sebelum ini kita pernah dikejutkan bahawa ikan patin ini dibela di tempat lain dan diberi makan makanan yang tidak halallah kita kata. Kemudian, dibawa ke Sungai Lipis ini seolah-olah untuk disamak. Adakah perkara memberi makan ikan di Lipis ini dengan makanan yang tidak halal itu masih berterusan dan bagaimana agaknya pihak Yang Berhormat sendiri sebagai Ahli Parlimen dapat memberi keyakinan kepada masyarakat tentang perkara ini?
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Mungkin Titiwangsa tidak ada sungai kot. Dia buat kolam saja, ya. Jadi sebenarnya tuduhan itu hanya satu teknik atau taktik untuk merosakkan industri. Sebenarnya saya sudah melawat hampir setiap sangkar ikan yang ada di sepanjang Sungai Jelai dan saya sendiri bertanya dan melihat daripada mana benih yang mereka peroleh. Benih ikan ini. Jadi saya lihat benih ini didapati dari satu kawasan iaitu pusat pembenihan ikan di Jerantut. Di bawah Jabatan Pertanian. Jadi, isu di bawa daripada tempat-tempat lain dan dicelup di Lipis itu sebenarnya tidak timbul. Mungkin orang Lipis sendiri. Saya tidak tahulah orang di Kuala Lumpur. Akan tetapi orang Lipis dia kenal ikan patin Lipis dengan ikan patin di tempat lain. Dia kenal. Dia tengok ikan pun dia sudah tahu. Rasanya memang berbeza sangat. Saya sendiri selalu menyuruh isteri saya makan dahulu kalau ikan patin. Saya tidak tahu. Dia kata jangan makan yang ini. Dia tahu. Kalau di Kuala Lumpur jangan makan. Yang ini bukan ikan patin sangkar. Ikan patin kolam dengan ikan patin sangkar memang berbeza. Sangat-sangat berbeza dari segi rasanya. Jadi industri patin ini, yang meruntuhkannya mungkin kerana ada juga mereka- mereka yang tidak bertanggungjawab terutama di tempat lain yang saya pun tidak tahulah di mana ya.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Akan tetapi yang menyebabkan industri ini. Ini bagi saya tuduhan. Datanglah ke Lipis. Rasalah ikan patin Lipis. Mungkin Yang Berhormat Kuala Krau pun tersenyum juga sebab Sungai Jelai ini sampai ke Lipis.
Rasa saya seterusnya ialah Pembangunan Industri Padi ini dalam konteks bekalan makanan, Dasar Jaminan Makanan Negara iaitu 04700 dengan 180600.
Rasa saya kedua-kedua ini boleh disamakan, kita selalu mendengar tentang apabila kita nak mengadakan Jelapang padi, Industri padi dan sebaginya kita nak buat secara besar-besaran. Bagi saya, pengalaman saya mengikut rombongan ke Taiwan dulu yang istimewa saya lihat ialah di satu tempat di Ilan di sana, di mana keliling rumah keliling bandar pun ada sawah padi dan sebagainya. Apabila saya tanya adakah petak-petak sawah yang dipunyai oleh ini adakah dibuat secara besar-besaran, ada pengusaha yang besar dan sebagainya. Mereka mengatakan tidak, ia dibuat secara kecil-kecilan. Bagi saya, saya suka nak mencadangkan kepada pihak kementerian agar memikirkan perkara ini, sebab bagi saya jika kita nak buat satu jelapang padi di Sarawak dan Sabah itu bagus juga, tapi proses dia rasa saya mengambil masa yang lama untuk membuat ini. Sedangkan kita telah ada sawah-sawah yang terbiar yang dipunyai oleh penduduk-penduduk kampung, rasa saya apa yang penting ialah kita motivasikan balik, kita panggil para belia dan sebagainya yang berminat dengan pertanian ini supaya mereka mengusahakan balik secara kecil-kecilan. Rasa saya lebih cepat dan lebih memberi manfaat. Jadi harapan saya supaya kementerian memikirkan perkara ini, oleh kerana nampak Tuan Pengerusi dua tiga kali dah, ya, ya, ya. Jadi setakat ini dulu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat menteri, saya ingin menyentuh soal B.21 Kementerian Pertanian... [Ketawa] Teringatkan helikopter nak tabur baja dengan racun, 06000 berkaitan dengan Pemberian Subsidi Baja, 08000 - Insentif Pengeluaran Padi,110000 - MADA, 010400 iaitu Industri Padi dan Beras. Saya ingin menyentuh yang pertama sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat menteri tentang kedudukan pengeluaran beras dalam negara kita ini. Berapa sebenarnya tahap sara diri yang ada pada waktu ini, kerana saya sendiri pun agak confused dengan target dan matlamat. Kalau ikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan kalau tidak silap saya Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan menjelang 2010 ini, kita harap kita boleh capai sebanyak 86% tahap sara diri untuk pengeluaran beras dalam negara kita. Sedangkan kalau saya lihat pada angka yang saya peroleh daripada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga, iaitu pada tahun 2005, pada waktu itu tahap sara diri kita berada pada kadar 72%. Dalam buku ini pun kalau kita lihat dalam muka surat 217 ini, memastikan pengeluaran beras dalam negara kita memenuhi sasaran sekurang- kurangnya 72% tahap sara diri. Jadi saya lihat macam seolah-olahnya kita masih tidak keluar lagi, tidak meningkat daripada tahun 2005. Jikalau tahun 2009 kita hanya baru nak capai 72%, saya masih tidak nampak lagi apakah langkah-langkah yang boleh memberikan satu jaminan untuk kita capai pada tahun 2010 iaitu pada tahap 86%. Jadi ini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang angka ini dan program-program tindakan yang boleh meyakinkan kita, bahawa kita tidak akan menghadapi masalah yang besar kalau berlaku sekali lagi krisis seperti mana yang berlaku sebelum ini. Maka kita akan mampu untuk pada tahun 2010 itu untuk capai tahap sekurang- kurangnya 86%. Kedua, berkaitan dengan soal pemberian, soal insentif pengeluaran padi ini dan juga pemberian subsidi baja. Saya lihat bahawa kita menyambut baik usaha untuk memberi insentif galakkan kepada pengeluaran padi ini dengan memberikan apa-apa bantuan yang sepatutnya. Akan tetapi saya nampak dari segi bantuan yang diberikan itu, umpamanya baja ataupun racun, tidak membuat satu kajian yang teliti tentang keperluan
ataupun kegunaannya munasabah ataupun tidak dengan keadaan persekitaran ataupun tanah di satu-satu tempat atau kawasan-kawasan sawah padi umpamanya. Saya lihat bahawa ini seolah-olah macam kementerian ini tidak dapat memenuhi objektif dia, kalau dalam buku ini, pelanggannya ialah petani, pelanggan dia petani, penternak dan juga nelayan. Ini seolah-olah baja itu dikeluarkan, racun itu diberikan dengan tanpa satu kajian menyeluruh, seolah-olahnya kita tidak jadikan petani ataupun penternak dan sebagai pelanggan kita. Kita jadikan syarikat-syarikat pengeluar baja ini sebagai pelanggan kita,kita lebih utamakan mereka. Mereka keluar baja, baja itu elok ke tidak elok ke kita pakai ambil saja. Umpamanya macam saya pernah sebut di sini, hari ini masih lagi berlaku berkaitan dengan soal baja organic growth umpamanya masih lagi berlaku dan masih dikeluarkan, diberikan pada kawasan-kawasan tertentu. Walaupun di kawasan umpamanya MADA di sebelah bahagian saya, di kawasan Pokok Sena umpamanya diberikan juga baja yang lain daripada organic growth ini, diberikan baja umpamanya NS yang bentuk garam tanaman benih, semburan tonik tanaman dan sebagainya. Akan tetapi saya nak sebut kepada Yang Berhormat Menteri bahawa hanya yang boleh digunakan, dimaklumkan kepada saya oleh petani-petani hanya rendaman benih dan juga semburan kalau tidak silap saya. Garam itu macam pernah sebut itu masih lagi diberikan pada kali ini dan mereka katakan boleh pergi pungutlah di bawah tangga rumah-rumah petani, maka mereka tidak guna. Tonik diberikan tanpa diberikan tunjuk ajar ataupun kursus taklimat bagaimana cara untuk digunakan, sebab bila mereka katakan bahawa tonik tanaman ini bila digunakan lebih akhirnya daun padi itu akan jadi rosak. Jadi akhirnya petani tidak berani guna sebab mereka tidak tahu guna berapa had boleh digunakan dan sebagainya. Saya lihat bahawa kita kira keluar saja, kita kata bagi, jangan nanti rakyat petani kata kita tidak bagi apa. Jadi sebab itu selalu saya sebut dalam perbahasan bajet di peringkat dasar, saya katakan kita harus melihat dari segi aktual atau pelaksanaan bajet peruntukan yang kita buat itu. Ini supaya dia betul-betul dapat memenuhi kehendak dan keperluan kepada kumpulan sasaran kita ataupun tidak. Kalau tidak nanti kita pakai belanja, kita ada peruntukan dan kita belanjakan. Akhirnya ia tidak mendatangkan atau memberikan keuntungan yang besar kepada petani-petani. Kemudian berkaitan dengan soal racun, walaupun dibangkit oleh beberapa kawan- kawan saya tadi, saya pun nak bangkit juga sedikit berkaitan dengan soal racun yang diberikan...
Laluan sedikit Yang Berhormat.
Sekejap, sekejap, saya nak habiskan sikit lagi ni. Racun ini soal diberikan racun, saya nak tanya kenapa kawasan luar MADA diberikan lima kategori ya? Lima kategori dengan 32 jenis, dia sepatutnya begitulah, di mana-mana pun tidak kira luar MADA ataupun dalam MADA. Namun, di dalam MADA ini, hanya diberikan tiga jenis, sedangkan sepatutnya lima kategori dari 32 jenis racun. Jadi saya nak tanya, pasal apa yang buat keputusan untuk diberikan dalam kawasan MADA ini tiga jenis, adakah Pengerusi MADA yang juga bekas Menteri Besar Kedah? Saya nak tahu perkara itu, yang keduanya Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri, saya juga minta penjelasan pasal apa pula baja itu diberikan dalam kadar satu hektar RM240, Yang Berhormat Arau ya? Kalau tidak silap saya RM240 satu hektar, diberi mengikut hektar. Jadi mereka boleh pergi kepada PPK untuk ambil racun tersebut, tetapi kalaulah dalam pilihan racun itu tiba-tiba RM235, jadi ada baki lagi RM5. RM5 itu tidak ada barang yang ada harga RM5. Jadi duit itu tidak boleh diambil, jangan kata duit itu tidak boleh dipulangkan kepada petani. Untuk petani nak tambah duit nak bagi cukup dengan harga racun pun tidak boleh ambil, jadi saya pun tidak tahu apa punya pengurusan, management
macam ini meniaga macam mana kan? Patutnya kalau tidak nak bagi duit balik, izinkan petani untuk tambahkan duit untuk dapatkan barang, untuk ditampung dengan duit tersebut. Jadi saya pun tidak tahu, sehingga saya telah difahamkan oleh kawan-kawan daripada petani Tuan Pengerusi, satu-satu PPK, lebihan duit ini, RM10 – RM12 ribu. Jadi kita nak tahu duit ini ke mana, sebabnya duit ini sepatutnya peruntukan mengikut hektar kepada petani.
Jadi sepatutnya diberi balik kepada petani, tetapi saya katakan bahawa saya bersetuju kalau tidak bagi pun tetapi syaratnya izinkan petani untuk tambah duit untuk dapatkan racun yang mereka perlu. Jadi, ini yang seharusnya dilihat sebagai satu masalah yang dihadapi oleh petani-petani. Kemudian dalam insentif untuk pengeluaran padi dan beras di negara ini, kerajaan pernah mengeluarkan satu yang disebut sebagai matching grant maknanya untuk memudahkan supaya petani-petani boleh membelikan peralatan- peralatan atau pun jentera-jentera yang kecil-kecilan ini untuk mereka mengusahakan mengurangkan kos pengeluaran. Akan tetapi masalah yang dihadapi sekarang ini macam matching grant ini macam lambat proses dia, macam di kawasan saya di satu kawasan sahaja bukan di keseluruhan kawasan itu masih ada lagi 28 jentani yang tidak dapat diberikan tidak dapat dibekalkan kepada petani-petani. Jadi, sepatutnya maknanya mereka matching grant ini maknanya kalau harganya RM5 ribu jentani itu maknanya petani RM2,500 kerajaan akan bayar RM2,500 geran, saya difahamkan itu oleh kawan-kawan daripada petani. Jadi, saya lihat bahawa sepatutnya kita harus menyediakan peruntukkan yang cukup untuk mempercepatkan proses pengeluaran padi supaya dari segi kos pengeluarannya berkurangan dan ini akan memberikan kebaikan dari sudut pendapatan dan dengan sendirinya target kita untuk mendapatkan 10 tan satu hektar itu akan dapat dicapai secara yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Gulung Yang Berhormat.
Ya, saya hendak gulung Tuan Pengerusi, maaf kepada kawan-kawan saya tidak dapat bagi laluan tadi. Saya hendak sentuh berkaitan dengan B.16000 iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Yang Berhormat Menteri di Kedah sekarang ini ada 1,000 hektar ke 1,000 hektar saya pun ingat maknanya lebih kurang lah 1,000 hektar di Negeri Kedah ini, tanah yang ditanam dengan tanaman nanas iaitu ditanam bukanlah orang nampak secara meluas maknanya secara kecil-kecilan. Dalam kawasan saya agak banyak kawasan penanaman nanas dan diakui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Saya ucapkan terima kasihlah bahawa nanas di Kedah ini adalah antara nanas yang nombor satu di Malaysia iaitu nanas hasil daripada cantuman nanas Sarawak dengan nanas gondol daripada Johor maknanya dia campur dua itu dia jadi elok makna boleh mengatasi nanas daripada Johor. Akan tetapi, persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini ialah dari segi pertama sekali peranan FAMA umpamanya dari segi pemasaran ini tidak begitu baik dan petani- petani nanas ini, peladang-peladang nanas ini masih bergantung kepada usaha mereka sendiri untuk membuat pemasaran. Jadi, FAMA ini nampak macam tidak meningkat dia punya ini, hanya fikir soal Pasar Tani sahaja daripada Pasar Tani biasa kepada Pasar Tani Mega. Jadi itu tidak nampak ada perkembangan dari sudut pemasaran untuk kebaikan kepada petani-petani. Jadi saya hendak minta supaya Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) ini dapat memberikan tumpuan yang lebih baik untuk turut membantu bagaimana persoalan mengatasi masalah pemasaran khususnya bagi peladang-peladang nanas di Kedah. Kemudian, soal ada satu yang disebut peruntukkan RM2,400 satu ekar kalau tidak silap saya berkaitan dengan soal benih, baja dan racun kalau tidak silap saya RM2,400 satu ekar.
Saya dimaklumkan bahawa permohonan ini proses permohonan ini agak lambat. Proses permohonan ini kelulusan dia agak lambat dan ini agak menyulitkan dan menyusahkan kepada peladang-peladang. Jadi, saya minta supaya kita juga harus melihat, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia harus lihat sekarang ini kita bukan sahaja untuk hendak tanam nanas untuk hendak buat kenduri, untuk buar acar dan sebagainya tetapi kita pun sudah menerokai sebelum itu dalam bentuk mengetinkan nanas. Akan tetapi saya mengharapkan bahawa sekarang ini sepatutnya kita boleh membuat nanas dalam bentuk cip, nanas-nanas goreng, sekarang ini di pasaran yang ada di Malaysia itu kita menggunakan cip nanas itu daripada Taiwan. Akan tetapi kita sudah ada pengeluaran nanas yang sepatutnya kita boleh lahirkan dia sebagai cip nanas untuk jadikan makanan ringan bagi rakyat Malaysia dan juga untuk tujuan eksport untuk masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, oleh kerana Yang Berhormat Pasir Salak tidak ada, boleh saya ganti? Lima minit sahaja Tuan Pengerusi.
Saya jemput Yang Berhormat Labuan Yang Berhormat. Selepas Yang Berhormat Labuan seperti yang diputuskan semalam menteri akan menjawab. Yang Berhormat saya minta maaf Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat boleh mencelahlah nanti. Boleh mencelah nanti Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan peluang untuk Labuan turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Dalam perbahasan ini saya akan memfokus kepada butiran - 00500 LKIM dan juga butiran 11000 - Taman Burung Labuan. Pertama adalah untuk LKIM yang mana seperti mana yang kita tahu Labuan adalah sebuah pulau yang dimiliki oleh Persekutuan yang mana kedudukannya adalah di antara Sabah dan Sarawak. Adakah langkah-langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjadikan Labuan sebagai Pusat Perikanan Laut Dalam iaitu Deep Sea Fishing Hub bagi kawasan Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan terutamanya untuk penangkapan ikan tuna dan yang lain-lain. Seperti mana yang menteri maklum, saya rasa tanah yang telah ditambak di Kiam Sam di Pulau Labuan telah pun siap sedia hampir 10 tahun yang memakan belanja berpuluh juta ringgit. Sehingga kini kawasan tersebut belum lagi dibangunkan, kalau tidak silap sebahagian daripada kawasan tersebut adalah diperuntukkan untuk Jabatan Perikanan dan LKIM. Jadi, apa salahnya kalau ada peruntukan yang lebih itu jadikanlah Pulau Labuan yang begitu strategik untuk dijadikan pusat tangkapan laut dalam yang mana saya rasa facility yang ada di Labuan sudah mencukupi untuk mengadakan sebuah pelabuhan perikanan Laut Dalam. Kedua iaitu untuk kemudahan-kemudahan pembiayaan pembelian kapal ikan laut dalam melalui Agro Bank. Apa yang kita lihat sekarang, kemudahan-kemudahan tersebut masih begitu ketat dia punya pensyaratan yang mana saya rasa seperti mana bank-bank lain pendapatan haruslah tetap. Seperti mana yang kita sedia maklum pendapatan nelayan- nelayan yang ada di Malaysia ini tidaklah seperti orang yang makan gaji dengan kerajaan ataupun yang mendapat kontrak dengan Petronas. Akan tetapi pendapatannya adalah tidak menentu untuk membolehkan terutamanya kaum bumiputera bergiat dalam perusahaan penangkapan ikan laut dalam mereka harus mempunyai kapal yang canggih dan juga kapal yang berbentuk lengkap dengan peralatan-peralatan untuk penangkapan laut dalam. Jadi kemudahan-kemudahan yang sedemikian saya rasa kementerian harus memberikan perhatian terutamanya kepada bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam penangkapan ikan laut dalam. Di mana kemudahan-kemudahan daripada bank, terutamanya Agro Bank yang mana kalau boleh cagaran yang diberikan atau diperoleh daripada nelayan tersebut biarlah cukup dengan harga kapal tersebut.
Sekiranya nelayan tersebut tidak dapat membayar, biarlah Agro Bank ataupun bank yang tertentu mengambil alih kapal tersebut dan mungkin dilelong ataupun mungkin di offer ke tempat lain. Janganlah kadang-kadang pensyaratan terlalu ketat sehinggakan pengusaha-pengusaha ikan tersebut tidak dapat membeli kapal yang ada di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu kos untuk pembuatan kapal Laut dalam antara RM750,000 sampai mencecah kepada RM2 juta bergantung pada equipment peralatan yang ada di kapal tersebut, lebih canggih peralatannya lebih mahallah dia punya kos. Ketiga kemudahan atau fleksibiliti untuk pembayaran pembelian kapal tersebut yang mana mungkin kita boleh bagi dia punya tempoh pembayaran dalam 10 tahun ke 15 tahun kerana kapal tersebut kalau kita maintain dengan baik dia punya economic life dengan izin, boleh mencecah kepada 20 tahun masih boleh dipakai terutamanya macam di Norway dan tempat-tempat di Jepun, kapal-kapal perikanan yang di maintain atau dijaga dengan baik boleh dipakai sehingga 30 tahun.
Jadi kalau kita bagi fleksibiliti pembayaran untuk pemilik-pemilik kapal tersebut sehingga mencapai 10 tahun dan 15 tahun, saya rasa tidak mustahil kaum bumiputera di Malaysia ini memperoleh atau boleh memiliki kapal-kapal laut dalam yang canggih. Seterusnya iaitu kemudahan-kemudahan untuk pemuliharaan ikan sangkar. Di Labuan masih begitu mundur perusahaan tersebut yang mana pada saat ini cuma satu atau dua perusahaan pemeliharaan ikan sangkar dimiliki oleh kaum non-bumiputera, istilahnya. Akan tetapi untuk membolehkan, saya rasa bumiputera di Labuan ataupun di Sabah dan Sarawak membuat projek-projek tersebut, kerajaan atau kementerian harus lebih fleksibel dalam memberikan pendidikan ataupun latihan-latihan kepada bumiputera untuk ikut serta dalam projek-projek pemeliharaan ikan sangkar tersebut. Ini adalah kerana apa yang kita lihat di Labuan, kawasannya cukup bagus, terlindung, airnya bersih, tetapi projek-projek tersebut kurang mendapat perhatian daripada kaum bumiputera. Saya mengharapkan agar kementerian melalui LKIM dapat memberikan perhatian untuk kepentingan penduduk-penduduk setempat. Yang seterusnya adalah Butiran 11000 iaitu Taman Burung Labuan. Walaupun Labuan cuma sebuah pulau, ia mempunyai taman burung yang pada mulanya begitu indah. Akan tetapi di saat-saat terakhir ini Tuan Pengerusi, kelihatannya tidak ramai peminat untuk mengunjungi taman burung tersebut. Apakah langkah-langkah kementerian untuk menaiktarafkan taman burung tersebut sehinggakan menjadi satu tempat yang lebih baik dan juga yang memberikan perhatian kepada pendatang-pendatang ataupun pengunjung-pengunjung terutamanya pelancong yang datang ke Labuan. Apa yang kita lihat pada saat ini, walaupun ada taman burung tetapi burung yang ada pun terbatas, tidak begitu banyak dan kurang mendapat perhatian. Even local pun saya lihat jarang berkunjung ke taman burung tersebut. Jadi, kalaulah ada peruntukan seperti mana ada di dalam Bajet 2009, kelihatannya peruntukan terlalu sedikit, saya rasa tidak ada cara lain kecuali kita upgrade dan tambah peruntukan untuk memperbaiki taman burung tersebut. Kalaulah setakat yang ada sekarang ini yang setakat hidup segan mati tak mahu, saya rasa bagus taman burung itu ditiadakan sahaja. Ini kerana ia tidak menarik pelancong langsung. Kalau kita mahu menarik pelancong, kita tambah dan upgrade lagi. Mungkin bukan burung sahaja yang kita taruh di situ, mungkin sebahagian daripadanya adalah binatang-binatang yang lain di sekitar taman burung tersebut. Yang terakhirnya Tuan Pengerusi, adalah mengenai lesen nelayan pantai ataupun nelayan yang perahunya cuma 2 atau 3 batu daripada pantai. Apa yang kita lihat sekarang, masih banyak nelayan-nelayan pantai ataupun nelayan yang menggunakan perahu kecil tidak mempunyai lesen sehinggakan kadang-kadang kalau tidak mempunyai lesen, tidak mendapat kemudahan daripada persatuan nelayan dan juga daripada LKIM. Saya mengharapkan supaya LKIM lebih memberikan perhatian kepada nelayan-nelayan tersebut dan memberikan fleksibiliti untuk mereka memohon dan juga untuk mendapatkan lesen
supaya mereka ini dapat kita legalize menjadi nelayan yang berdaftar. Jadi saya harapkan apa yang saya suarakan tadi mendapat perhatian daripada pihak kementerian dan Labuan turut menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya amat menghargai saranan-saranan yang bernas yang dikemukakan oleh Yang Berhormat semasa mengambil bahagian di dalam perbahasan belanjawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk itu saya mengucapkan setinggi penghargaan atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat. Saya dapati juga bahawa ramai Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini adalah pakar dalam bidang pertanian. Ada yang sudah bekerja di dalam bidang pertanian, ada yang baru membuat lawatan ke tempat-tempat tertentu, ada yang belajar daripada buku- buku. Jadi saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran...
Belajar dekat Taiwan pun ada.
...Yang ada di kalangan Yang Berhormat ini membantu pegawai-pegawai saya untuk meningkatkan kecekapan kerana ramai pegawai-pegawai yang hadir di dalam Dewan ini mengikuti dengan penuh minat hujah-hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat khususnya pandangan-pandangan yang bernas untuk meningkatkan kecekapan. Banyak hal-hal yang dibangkitkan berkaitan dengan kecekapan delivery system dalam menyampaikan subsidinya. Umpamanya Yang Berhormat Arau membangkitkannya dan begitu beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Saya amat menghargai saranan tersebut, cumanya apabila saya mendengar hujah-hujah ini saya berharap satu hari nanti saya dapat pergi kepada semua kawasan Ahli Yang Berhormat. Malangnya, saya masih lagi tidak dapat pergi kepada semua. Saya berkesempatan untuk melawat kawasan Parlimen dan saya mengucapkan terima kasih atas sambutan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat semasa lawatan tersebut membolehkan saya mengetahui masalah-masalah di peringkat akar umbi dan saya berharap Ahli Yang Berhormat akan terus memberikan pandangan kepada saya. Saya akan menjawab hal-hal padi. Ini banyak dibangkitkan maka saya akan memberikan tumpuan lebih sedikit kepada padi. Lain-lainnya berkaitan perikanan juga penting, FAMA juga kita akan jawab. Akan tetapi sebelum saya menjawab mengenai padi, saya tertarik dengan saranan Yang Berhormat Arau di mana Yang Berhormat Arau mencadangkan supaya kementerian menubuhkan pusat maklumat perikanan. Seperti mana Yang Berhormat Arau sebut, pusat maklumat ini penting. Kita mengetahui dengan mewujudkan satu database yang mantap. Bukan saya kata tidak ada database langsung. Database itu ada, maklumat itu ada, tetapi saranan Yang Berhormat Arau supaya diadakan satu pusat maklumat yang canggih dan memuatkan maklumat berkaitan dengan industri hiliran, huluan dan lain-lainnya, jadi ini satu perkara yang memang penting. Kita memang ada maklumat ini tetapi atas saranan Yang Berhormat Arau, maka Insya-Allah kita akan memantapkan lagi database sistem maklumat dan ini akan dapat membantu kita dalam merancang seperti mana cadangan Yang Berhormat Arau, merancang dengan lebih teliti lagi segala hal-hal yang berkaitan dengan perikanan. Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga mempunyai pandangan yang agak sama berkaitan database ini. Cumanya Yang Berhormat Pengkalan Chepa bercakap tentang tanah terbiar. Beliau mencadangkan supaya ada pusat maklumat supaya kita tahu berapa sebenarnya keluasan dan jenis tanah terbiar. Kata Yang Berhormat dengan itu boleh kita merancang dengan lebih teliti termasuklah untuk menambahkan pengeluaran makanan negara. Jadi dengan itu dapat membendung inflasi dan lain-lain. Jadi, sistem maklumat yang canggih adalah penting dan saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa bermula awal tahun hadapan, kita berharap akan ada satu pusat maklumat setempat berkaitan semua program dan projek pertanian di setiap kawasan Parlimen.
Jadi kalau Yang Berhormat Arau, Pengkalan Chepa, Pokok Sena, Batu Pahat ataupun Pontian hendak tahu apakah program atau projek pertanian di kawasan masing- masing, maka ini dapat diberikan dalam tempoh yang singkat. Sekarang ini ada, tetapi kena pergi ke merata-rata. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang membuat saranan khususnya Yang Berhormat Arau, dan juga Yang Berhormat Pengkalan Chepa supaya kita membangunkan sistem maklumat yang lebih canggih untuk membolehkan kita membuat perancangan yang lebih teliti. Tuan Pengerusi, oleh sebab banyak hal-hal padi yang dibangkitkan, maka saya akan menjawab hal-hal padi. Selepas itu saya akan menjawab hal-hal lain berkaitan dengan ikan, FAMA, haiwan dan lain-lain. Tuan Pengerusi, yang pertama Yang Berhormat Kuala Kedah. Di antara isu-isu yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan tahap sara diri. Dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Pokok Sena sekejap tadi di mana Yang Berhormat Pokok Sena kata dia confuse. Dia baca, dia kata ada 72% dan ada 86%. Memang Yang Berhormat Pokok Sena kadang-kadang confuse lah... [Ketawa]
Yang Berhormat Pokok Sena memang selalu confuse.
Kadang-kadang confuse... [Ketawa] Jadi untuk makluman, saya sudah memberi penjelasan banyak kali. Sebelum ini di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, khususnya angka 65% digunakan. Di masa itu Tuan Pengerusi, kalau ditanam lebih banyak padi, maka negara lebih rugi. Kenapa begitu? Ini kerana beras lebih murah dibeli di luar negara. Tanam banyak padi kena bagi lagi banyak subsidi. Itu pandangan beberapa pihaklah. Oleh yang demikian, dasar ketika itu iaitu lebih lima tahun yang lalu ialah tahap sara diri ini adalah 65%. Jadi, mungkin dasar ketika itu relevan untuk masa itu. Ini adalah kerana untuk mendapat beras tidak ada masalah, murah sahaja. Lebih murah daripada beras yang dikeluarkan di Pokok Sena atau Kuala Kedah.
Akan tetapi akhir-akhir ini, macam Yang Berhormat Pokok Sena sebut tahun 2005, masa itu 70%, sekarang ini sekitar 73% iaitu tahap sara diri sekarang. Tahap sara diri ini dikira berdasarkan kepada penduduk dengan pengeluaran negara, dan import. Itu perkiraannyalah. Tidak payahlah saya pergi teknikalnya, kita melihat kepada penggunaan per kapita bagi setiap seorang, jumlah import dan pengeluaran. Jadi Tuan Pengerusi, seperti yang saya maklumkan, untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah juga Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Arau dan lain- lain bangkitkan tentang hal padi, maka kita berhasrat untuk menambah tahap sara diri kepada 86% pada akhir 2010. Lagi dua tahun. Jadi hendak naik dari 72% kepada 86% ini memerlukan satu pendekatan bersepadu, memerlukan kegigihan, komitmen yang tinggi, bukan sahaja belanja. Belanja wang boleh banyak, boleh kita belanja banyak untuk padi tetapi petani umpamanya tidak menguruskan ladang dengan baik macam Yang Berhormat Kuala Kedah sebut, tidak dilatih dengan sebaiknya. Kerajaan memang amat komited untuk menambah pengeluaran padi tetapi kalau respons daripada petani, kalau mereka kurang gigih umpamanya, maka ini akan membantut rancangan kerajaan untuk menambah lagi pengeluaran padi negara. Itu merupakan perancangan kerajaan, tetapi suatu hari nanti, akhir 2010, 86%. Satu hari nanti kita berharap akan dapat mengeluarkan sepenuhnya keperluan negara kita kerana ini penting sebagai makanan asas negara, penting kita pastikan bahawa negara kita mengeluarkan beras yang mencukupi, termasuk bagi Sabah dan Sarawak. Umpamanya di Sarawak cuma 50% mengeluarkan keperluan negeri tersebut. Di Sabah cuma 30%. Itu sebabnya untuk makluman beberapa Ahli Yang Berhormat tadi bertanya kenapa kita hendak buat besar-besar termasuklah Yang Berhormat Lipis tadi sebut kenapa tidak tumpu yang kecil-kecil. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Lipis, kita bukan hendak tumpu besar sahaja, yang kecil pun kita majukan. Peruntukan disediakan untuk memulihkan kawasan sawah yang kecil-kecil ini. Jadi, Tuan Pengerusi, satu hari nanti kita hendak tambah pengeluaran padi supaya kita
dapat mengeluarkan segala keperluan rakyat Malaysia dan kalau boleh kita hendak eksport juga ke luar negara. Ini menjadi dasar kerajaan pada hari ini.
[Bangun]
[Bangun]
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Okey.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Ini berkenaan dengan pengeluaran padi. Saya mahu tahu apakah pendirian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terhadap isu FTA, perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat. Ini kerana banyak negara lain, agreement ini telah memusnahkan bidang pertanian mereka. Umpamanya, Mexico, lebih kurang 2 juta petani jagung itu telah hilang kerja mereka kerana pasaran mereka dibanjiri oleh keluaran Amerika yang disubsidikan. Jadi apakah pandangan kementerian terhadap FTA dengan Amerika? Adakah kementerian setuju ataupun adakah syarat-syarat tertentu untuk melindungi petani kita? Terima kasih.
Tuan Pengerusi, pandangan Amerika Syarikat mengenai FTA yang berkaitan dengan perniagaan beras ini jelas. Amerika Syarikat mahu supaya dibebaskan perdagangan, tidak ada sekatan, tidak ada duti import. Itu pandangannya. Dalam perundingan, kita ada pendirian yang tegas kerana padi beras ini satu tanaman yang strategik. Maka kita tidak rela untuk dibebaskan sepenuhnya perdagangan dalam padi dan beras. Kita mempertahankan pendirian tersebut dan Amerika Syarikat memahami pendirian kita mengenai padi dan beras ini, kita tetap dengan pendirian bahawa kita tidak akan buka pasaran beras dan padi secara bebas. Ini kerana akan menjejaskan masa depan petani dan mereka yang terlibat dalam bidang padi di seluruh negara...
[Bangun]
Ya, sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Sebenarnya saya tidak keliru, tetapi Yang Berhormat Menteri menambahkan lagi kekeliruan saya. Bila disebut tadi, Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa dalam 2005 kita berada pada 72% tetapi Yang Berhormat Menteri sebut sekarang sekitar 73%. Akan tetapi dalam buku kita akan capai tahun depan, 72% dan daripada 72% kita harap lonjakan boleh naik sampai 2010 kepada 86%. Jadi itu saya katakan, angka itu kadang-kadang saya takut. Yang dalam buku ini dia pakai yang belajar yang dulu pakai cetak balik sahaja. Itu saya kata kadang-kadang ada juga items, saya tengok dalam buku belanjawan ini, ia statik, ia tidak berubah. Dia kata, yang dulu sudah ada, pakai, ikut yang lama. Jadi perangai ini ada juga kadang-kadang. Saya hendak tanya, Yang Berhormat Menteri, sejak daripada program 10 tan satu hektar itu telah dilancarkan oleh pihak kementerian, berapa peratus ia boleh membantu kepada lonjakan untuk pertambahan pengeluaran padi dan beras dalam negara kita. Daripada 72%, mungkin hendak naik. Berapa banyak yang sudah boleh membantu kita itu.
Dua perkara, Tuan Pengerusi. Yang pertama mengenai angka-angka ini. Mengenai padi dan beras ini, ia juga sensitif kepada cuaca. Kadang-kadang banjir besar melanda di Kedah, umpamanya tahun 2006. Baru-baru ini pun banjir di Pendang umpamanya. Ini yang menjadikan angka kadang-kadang turun naik. Kalau banjir besar menjejaskan pengeluaran. Maka itu kadang-kadang angka itu kalau kita tengok tidak logik kalau turun naik mendadak tahun demi tahun, tetapi itu penjelasannya.
Mengenai keberkesanan projek apa yang dipanggil dahulunya 10 tan, sekarang ini kita cuba cari nama barulah kerana bila bercakap tentang 10 tan ini sebenarnya tidak banyak negara yang menghasilkan 10 tan. Ada beberapa orang petani di Sekinchan mendapat 10 tan. As a target, dengan izin, ia boleh dijadikan target tetapi sekarang ini kita di Kedah, MADA umpamanya, projek ini dilaksanakan melalui mini estet di mana dikumpulkan beberapa petani dalam satu kawasan, di Jelai umpamanya, 100 orang petani yang dikumpulkan dan terdapat peningkatan hasil. Jadi di bawah projek ini, terdapat bimbingan yang bersepadu termasuklah di Jelai ini, daripada MARDI, membimbing petani-petani berkenaan, memberi latihan tentang pembajaan yang sesuai, kawalan air, dan pengurusan ladang. Maka saya difahamkan di Jelai umpamanya, ia telah naik kepada kira-kira tujuh metrik tan satu hektar. Sebelumnya enam metrik tan. Jadi itu kejayaan yang dicapai. Di MADA menjelang tahun 2010, kita berharap keluasan yang diuruskan di bawah mini estet ini akan bertambah pada kira-kira 10 ribu hektar. Satu hari jika diuruskan secara kaedah tersebut, maka ini berpotensi untuk menaikkan pengeluaran di kawasan MADA.
[Bangun]
[Bangun]
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Pendang?
Yang Berhormat Ranau.
Menteri sebut Pendang tadi.
Dia bangun awal sedikit, Yang Berhormat. Selepas ini Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya begitu tertarik dan mendengar dengan teliti apabila Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan dan penerangan mengenai dengan bagaimana mempertingkatkan pengeluaran beras dan padi di negara kita. Akan tetapi saya tidak nampak adakah fokus kementerian Yang Berhormat Menteri bulat-bulat dari segi penanaman padi sawah ataupun padi bukit. Saya ingin bertanya sama ada penanaman padi bukit juga diambil kira. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi, seperti yang dimaklumkan dalam Dewan ini banyak kali, Yang Berhormat Ranau, tumpuan kita juga kepada padi bukit. Untuk itu peruntukan RM24 juta telah diluluskan oleh kerajaan. Sebelum ini padi bukit ini bantuan cuma kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Tidak ada bantuan Persekutuan. Bermula sekarang kerajaan akan mengeluarkan peruntukan RM24 juta iaitu kira-kira RM9 juta bagi negeri Sabah dan RM15 juta bagi negeri Sarawak untuk baja dan racun padi bukit. Jadi padi bukit juga penting, bukan sahaja padi sawah kerana seperti saya maklumkan tadi di Sabah pengeluarannya cuma 30% dan dapat menampung keperluan negeri Sabah dan di Sarawak cuma 50%. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri kerana menyebut Pendang tadi. Memang tahun ini sudah dua kali banjir di Pendang dan banyak kawasan sawah padi yang telah padinya hanyut, tidak boleh ambil hasil. Apa yang saya hendak tanya ialah tentang estet padi yang dibuat di Jelai, sempadan dengan kawasan sayalah iaitu jalan hendak ke Alor Star.
Estet padi ini dikatakan telah meningkat sehingga 7 metrik tan per hektar. Saya hendak tanya dari segi penerimaan petani terhadap konsep estet ini adakah mereka menerima dan adakah ia akan diteruskan ke kawasan-kawasan yang lain kerana hasilnya sudah meningkat daripada 4, 5 tan ke 7 tan. Ini satu perkara yang baik. Satu lagi kesan daripada banjir yang menyebabkan masalah satu jenis siput yang kita panggil siput gondang emas. Siput gondang emas ini apabila banjir berlaku dia pergi ke kawasan-kawasan yang tidak terkena banjir iaitu dia cari kawasan yang tidak tenggelam. Ia menyebabkan satu lagi masalah penularan. Saya harap pihak kementerian memberi perhatian yang cukup serius terhadap siput gondang emas ini. Emas ini emas yang tidak boleh digunakan, tidak boleh dijual. Kita pergi ke Beijing hendak dapatkan pingat emas tetapi gondang emas ini datang ke dalam sawah. Saya harap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi perhatian yang lebih terhadap perkara ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya menjawab celahan daripada Yang Berhormat. Sebenarnya dalam membuat jawapan tersebut saya juga menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan sama oleh Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Arau berkaitan dengan gondang emas ini. Jadi saya jawab yang pertama berkaitan dengan penerimaan konsep mini estet dan seterusnya sama ada ada perancangan untuk menambah kawasan. Mengenai penerimaan konsep, saya dimaklumkan bahawa ia diterima baik. Di Jelai umpamanya, oleh kerana kejayaan projek perintis tersebut, maka petani-petani di sebelahnya memohon daripada ketua unit untuk menyertai unit yang sama kerana mereka melihat bagaimana ketaranya peningkatan hasil. Oleh yang demikian, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pendang tadi, penerimaannya amat baik sekali dan kita bersyukur kerana kaedah ini diterima baik. Sama ada hendak memperluaskan, sudah pasti kita hendak buat. Tadi disebut sekarang ini cuma ada kira-kira 2,000 hektar dan sekarang ini hendak ditambah 10,000 hektar dan suatu hari nanti kita harap lebih daripada 50%. Sesetengahnya mungkin tidak sesuai oleh sebab- sebab tertentu, bukan semua sesuai dan dapat ditukar kepada mini estet. Akan tetapi kalau 50%, bayangkan kalau daripada 6, 7 metrik tan naik yield nya ini merupakan kira-kira 15%. Jadi kalau keseluruhan dapat naik 10% hingga 15% sudah tentu ia akan membantu untuk menambah pengeluaran negara. Mengenai siput gondang emas, ini satu isu yang besar di seluruh negara sebenarnya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah semalam. Tuan Yang di-Pertua, memang ini satu masalah yang serius. Mengikut maklumat yang diberikan kepada kami ada tiga ancaman besar di MADA, nombor satunya siput, keduanya tikus dan ketiganya ialah penyakit seperti karah dan lain-lain. Ini merupakan tiga ancaman utama. Siput adalah antara yang paling serius. Pada masa ini ada cara mengawalnya termasuklah amalan kultura dengan mengawal paras air sawah dalam lingkungan rendah supaya siput tidak boleh membiak. Ada juga cara biologi dengan melepaskan itik ke sawah. Ada juga dengan cara kimia, ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, kenapa tidak dibenarkan menggunakan ‘tea seed cake’ ini. Ini diharamkan kerana mempunyai kandungan toksik yang terlalu tinggi dan ini akan menyahkan hidupan air seperti ikan dan lain-lain, maka kerajaan tidak membenarkan penggunaan ‘tea seed cake’ Setakat ini memang keadaannya bertahan, tidak merebak dan tidak berkurangan. Ini masalah yang besar. Langkah-langkah masih diteruskan oleh pihak MADA dengan tiga pendekatan tadi, dengan menggunakan baja kimia termasuk ‘delicide’ umpamanya digunakan dan juga dengan menggunakan netting dan kultura itu. Dengan itu kita harap masalah ini dapat dikurangkan dan yield padi akan meningkat dengan kawalan yang lebih berkesan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan sasaran penghasilan padi, Yang Berhormat Menteri tadi membayangkan bahawa ada kemungkinan sasaran program 10 tan
sehektar itu akan dinilai kembali berasaskan kepada banyak negara lain pun tidak mencapai sasaran itu. Yang Berhormat Menteri juga sebut tadi bahawa faktor banjir, bencana alam turut menyumbang kepada tidak tercapainya sasaran itu. Di satu sisi, saya dapati bahawa satu elemen penting yang membantutkan sasaran pencapaian hasil padi ini ialah kemudahan prasarana pertanian. Apabila saya teliti di bawah maksud pembangunan, perkara yang berkaitan dengan menyediakan sistem pengairan moden pertanian ini bajetnya tidaklah begitu besar; 12800, ada sebut pasal pengairan 12900, 15400, 15100 semuanya pasal itu, jumlahnya kecil. Bahkan kalau di kawasan saya, di Machang, memang sudah ada pun dibuat kajian oleh perunding yang dilantik oleh kementerian berkenaan dengan cadangan mewujudkan sistem pengairan moden bagi mengatasi masalah bendang yang sekarang ini luas menjadi tanah terbiar sedangkan sumber airnya itu lumayan, berdekatan dengan Sungai Kelantan. Saya hadir mesyuarat berkenaan dengan pengurusan tanah terbiar ini. Jabatan yang berkaitan dengan agensi pertanian memaklumkan di peringkat daerah bahawa masalahnya ialah masalah prasarana pertanian. Pada tahun depan kelihatannya, kalau kita tengok dokumen di bawah kementerian ini butiran perbelanjaan, angka itu tidak menjanjikan bahawa projek itu boleh disegerakan. Itu yang pertama, tetapi di sana di bawah item 00900 - Projek Pertanian Yang Lain belanjanya sampai RM1.6 bilion. Apakah boleh kita anggap bahawa perbelanjaan yang begitu besar berbanding dengan bajet agensi. Bajet agensi ini kecil sahaja macam LKIM - 57, KADA -17 LPP – 9. Tetapi bila projek pertanian yang lain RM1.6 bilion. Jadi, apakah dari sudut urutan meletakkan keutamaan itu diambil kira dengan menyediakan prasarana pertanian ini.
Tuan Pengerusi, sebenarnya...
Sedikit laluan.
Yang Berhormat Titiwangsa, hendak bagi?
Terima kasih. Saya berminat untuk bertanya tentang masalah siput gondang ini. Pertamanya, saya ada pernah melihat dalam dokumentari bagaimana siput gondang ini boleh diatasi dengan cara yang lebih natural iaitu dengan melepaskan itik ke dalam sawah. Adakah usaha ini telah dilakukan secara bersungguh-sungguh? Keduanya, saya difahamkan juga bahawa siput gondang ini ada nilai pemakanan atau nutrition di situ, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Adakah kementerian juga membuat kajian terhadap nilai pemakanan siput gondang.
Mengenai nilai nutrition siput gondang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, belum ada kajian tentang setakat mana ia memberi khasiat yang tinggi untuk menaikkan semangat, saya tidak tahulah. Akan tetapi berkaitan dengan penggunaan itik ini saya sudah sebutkan tadi, Yang Berhormat Titiwangsa pun sudah dengar bahawa antara tiga kaedah digunakan ialah menggunakan itik. Cuma soalnya kesungguhan. Semua kerja yang kita buat bersungguh-sungguh, Yang Berhormat Machang tadi bertanya berkaitan dengan prasarana. Ada dua perkara yang penting dalam prasarana pengairan ini. Pertamanya prasarana baru dan keduanya penyelenggaraan prasarana. Kedua-duanya penting bukan sahaja yang baru. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebenarnya termasuklah Kajian Separuh Penggal, kerajaan menambah peruntukan untuk pengairan ini kepada RM2 bilion, adalah satu angka yang besar bagi seluruh negara. Ini juga termasuk iaitu kena campur, ada dua di bawah pembangunan dan mengurus untuk tahun ini beberapa tempat dimasukkan di bawah belanja mengurus untuk menyelenggarakan tali air. Di Machang pun Yang Berhormat pernah tulis surat kepada saya. Yang Berhormat sudah dapat jawapan kepada surat itu?
Yang Berhormat Menteri, sebab itu saya bangkitkan. Saya boleh hantarkan lagi surat, tidak masalah.
Di Machang, walaupun yang menangnya Keadilan, kami kalah di Machang, tetapi kita juga akan menyediakan lebih RM20 juta untuk pengairan padi di Machang... [Tepuk] Yang Berhormat Arau marah.
Ha, itu kerajaan yang adil.
Kerana ‘adil’lah dia kalah.
Jangan berlawan-lawan begitu, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya teruskan mengenai padi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Kuala Kedah. Yang Berhormat Arau membangkitkan kenapa MADA ini cuma mengehadkan LPP bagi lima komponen racun yang boleh digunakan di seluruh negara. Yang Berhormat Arau bertanya, juga yang ditanya oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kuala Kedah tetapi yang banyak tanya Yang Berhormat Araulah, kenapa MADA ini hadkan kepada tiga jenis sahaja.
Jadi ini adalah berdasarkan kepada perbincangan. Antara dua sebab kenapa digunakan tiga jenis ini sahaja, Yang pertama, perbincangan antara petani dengan pihak MADA. Kedua, kajian yang dibuat oleh MADA mendapati bahawa inilah perkara utama kenapa yield di MADA ini kurang iaitu masalah kulat, masalah tikus, masalah siput. Ini tiga jenis masalah yang paling besar yang menjejaskan prestasi di MADA. Itu sebabnya pihak pengurusan MADA, saya telah berbincang dengan petani-petani, telah membuat keputusan bahawa cuma tiga komponen sahaja yang diedarkan kepada petani. Oleh kerana datang pihak Arau ini saya kena ambil seriuslah. Dia pun orang MADA juga, MADA Kuala Kedah. MADA jugalah tapi MADA lain. MADA dan juga dari Kuala Kedah dan Pokok Sena. Maka kita ada tubuhkan sebuah jawatankuasa bernama Jawatankuasa Majlis Muafakat yang menghimpunkan mereka yang terlibat dalam sektor padi dan beras di Kedah ini. Insya-Allah bulan ini akan mengadakan mesyuarat pertama dan isu-isu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut. Jadi saya cadangkan petani-petani bincang dengan MADA dan jika didapati sesuai maka mungkin pihak MADA boleh membuat pengubahsuai sewajarnya. Ini adalah atas kehendak petani, kebanyakan petani. Bukan semua, mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi kebanyakan mereka bersetuju untuk digunakan 32 jenis racun lima komponen. Tiga sahaja yang digunakan di kawasan MADA. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau juga membangkitkan tentang ketirisan dan juga kecekapan agensi-agensi untuk menyampaikan bantuan kepada petani. Yang Berhormat Arau mencadangkan supaya diwujudkan satu one-stop-center. Kenapa tidak beliau menyatakan bahawa ada Kawal Selia Padi dan Beras, ada BERNAS, ada LPP. Untuk makluman Yang Berhormat Arau, dua agensi utama yang menyalurkan bantuan ialah BERNAS, yang kedua LPP - Lembaga Pertubuhan Peladang. Kalau baja LPP dan kalau subsidi padi RM248 satu metrik tan itu diagihkan oleh BERNAS. BERNAS mengagihkan bantuan ini sebelumnya dikendalikan oleh pihak LPN. Jadi, apabila BERNAS diswastakan tahun 1996, BERNAS mengambil alih tanggungjawab ini. Salah satu tanggungjawab sosial sebelumnya kerajaan terpaksa mengaji orang mengadakan infrastruktur untuk mengagihkan bantuan. Jadi bila BERNAS diswastakan, ini adalah satu tugas BERNAS. Itu sebabnya kenapa BERNAS terlibat dalam menyampaikan subsidi. Bagi baja dan racun pula juga disediakan oleh LPP. Pada pandangan kami oleh kerana dua agensi utama terlibat iaitu BERNAS dan LPP, tidaklah menjadi masalah besar. Yang Berhormat mencadangkan supaya disatukan semua sekali. Pada masa ini kita rasa dua agensi ini boleh menjalankan tugas dengan sempurna. Cumanya isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Arau ialah berkaitan dengan lambat. Duit lambat sampai, banyak lagi Ahli Yang Berhormat membangkitkan perkara ini, insentif umpamanya. Insentif ini adalah berkaitan dengan kalau seorang petani itu mengeluarkan ada tambahan pengeluarannya. Maka dia dapat 65 sen satu kilogram ataupun RM650 satu metrik tan. Ini satu skim yang baru dilaksanakan setahun setengah. Itu peringkat awalnya, memang saya mengakui ada masalah tahun lepas dan awal tahun ini. Akan tetapi setelah kita mendapat banyak pandangan daripada Yang Berhormat, sistem dan kaedah sudah pun diperbaiki. Hari ini semakin baik dan kita mengambil serius pandangan Yang Berhormat Arau supaya diperbaiki lagi sistem ini. Insentif ini lambat sampai dan kita berjanji untuk meningkatkan kecekapan agensi-agensi pertanian dalam menyampaikan perkhidmatan yang diamanahkan kepada mereka. Saya telah menjawab berkaitan mini estate, Projek 10 Tan dan lain-lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Arau juga membangkitkan tentang broker. Broker ini memang satu...
Penjelasan.
Sila Yang Berhormat.
Penjelasan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan racun tadi Yang Berhormat kata ada rundingan antara petani dengan MADA. Ada Lembaga Pengarah PPK ini sedang mengikuti persidangan kita ini live dalam internet. Mereka menghubungi saya, tidak rundingan mereka kata. Mereka kata tidak rundingan. Saya beritahu petani-petani kawasan saya dan beberapa kawan saya yang merupakan jawatankuasa atau Lembaga Pengarah PPK, mereka sedang mengikuti melalui internet dan mereka kata tidak betul. Mereka tidak ada rundingan malah sekarang ini mereka kata bahawa jenis masalah penyakit itu sama sahaja antara MADA dengan luar MADA, sama sahaja. Kenapa harus MADA diberikan hanya tiga kategori, di luar MADA diberi lima kategori. Jadi saya takut nanti Pengerusi MADA iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah ini bagi maklumat tidak betul kepada Dato’ Menteri. Dia hendak jaga dia punya, dia sudah kalah. Kerajaan dia jatuh dalam pilihan raya baru-baru ini, jadi dia tidak mahu juga imej dia sebagai Pengerusi MADA itu terjejas. Patutnya Pengerusi MADA itu kena bagi pada Menteri Besar Kedahlah. Itu baru betul.
Yang Berhormat Pokok Sena ini buat tuduhan melulu ya? Seperti biasa ya.
Bukan tuduhan melulu Yang Berhormat. Ini fakta.
Tidak ada kaitan dengan Pengerusi. Saya tidak berunding dengan Pengerusi MADA. Maklumat tidak datang daripada Pengerusi MADA. Maklumat...
Pengerusi MADA lah suruh pegawai MADA bagi.
Jadi lepas ini Yang Berhormat bagi nama. Saya hendak pastikan kesahihan maklumat ya. Takut Yang Berhormat pusing-pusing, confuse lagikan. Lepas bagi nama dan kita hubungi serta merta petani-petani berkenaan.
Yang Berhormat Pokok Sena ini memang selalu confuse. Confuse sahaja.
Yang Berhormat Arau pun tidak nafi.
Jangan confuse kan orang.
Yang Berhormat Arau pun tidak nafi, dia mengaku, dia mengangguk bahawa...
Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, kita...
Bagi nama sekaranglah.
Bagi nama. Lepas ini bagi nama.
Tidak bolehlah bagi nama. Ini rahsialah nanti black list.
Apa pula rahsianya. Mana kita tahu.
Ini memang UMNO dok blacklist selalu... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Cukup Yang Berhormat ya.
Transparent. Kita hendak transparent. Sebut nama dia.
Saya hendak sebut sekarang bahawa saya cabar Yang Berhormat Menteri sila turun untuk bertemu dengan semua Jawatankuasa PPK. Saya katakan kita bertemu dengan jawatankuasa PPK.
Yang Berhormat Cukup Yang Berhormat ya.
Apa maklumat, apa pandangan mereka terhadap MADA khususnya terhadap Pengerusi MADA sekarang ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi seperti saya maklumkan tadi, kita sudah tubuhkan satu Jawatankuasa Majlis Muafakat.
Yang Berhormat Pokok Sena bagi nama pegawai itu. Senang kita berhubung.
Siapa itu?
...Majlis Muafakat antara petani, MADA, pegawai dan lain-lain, BERNAS dan isu-isu begini boleh dibangkitkan dalam majlis tersebut. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya pergi kepada...
Sah Yang Berhormat Pokok Sena penakut.
Lepas ini bagi Yang Berhormat Pokok Sena ya. Seterusnya Yang Berhormat Pengkalan Chepa ada bangkitkan tentang katanya peruntukan RM3.5 juta yang masih disediakan oleh kerajaan negeri untuk membantu petani-petani mendapat baja ini. Sebagai sejarahnya baja ini memang di peringkat awal ada sedikit sebanyak masalah di Kelantan ya, agihan baja ini. Akan tetapi bermula April 2007, kaedahnya sudah pun berubah di mana selain daripada PPM, tok imam, ketua unit dan pegawai juga boleh mengesahkan. Dulunya ada pengikut-pengikut fanatik parti PAS ini dia tidak mahu mendapat pengesahan daripada ketua kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pusat ini. Jadi itu menjadi masalah. Kalau dia tidak mahu pergi, tidak dapatlah. Jadi mengambil kira...
Saya mohon penjelasan.
Kejap, saya hendak habis ini. Mengambil kira pandangan tersebut...
Saya rasa tak betul itu. BN yang tidak mahu sign bukan kita tidak mahu pergi.
Dia tidak mahu pergi Yang Berhormat, dia tidak mahu pergi. Saya orang Kelantan saya tahu. Yang Berhormat Kuala Krai bukan orang Kelantan.
Bukan orang Kelantan pun, orang Kelantan sudah terima kita jadi orang Kelantan sekarang ini. Sama sahaja perangai dahulu...
Nama Yang Berhormat Kuala Krai bukan Kelantan. Baru sahaja Kelantan, Kelantan celup ini… [Ketawa]
Tidak ada tempat hendak bertanding kah? Datang Johorlah, bertanding dekat Johor.
Semangat negeri Kelantan daripada yang Kelantan lain.
Saya carikan tempat dekat Johor.
Duduklah Yang Berhormat Batu Pahat itu.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Rompin kata Kelantan klon.
Betapa terbukanya orang Kelantan. Tidak macam Batu Pahat.
Jadi Kerajaan Pusat memang hendak bagi ini hak semua rakyat Malaysia. Dulu memang ada masalah peringkat awal dan kita mengakui ada yang tidak dapat. Bermula April 2007 kita sudah ubah kaedah. Mungkin ada lagi pengikut-pengikut fanatik tidak mahu pergi. Dulu satu saluran sahaja, sekarang ada empat saluran jadi tidak harus berbangkit. Saya harap perkara ini dihebahkan oleh semua. Ini sebuah kerajaan yang memang prihatin duit rakyatlah, hendak tanam padi tidak kira siapa ya.
Minta laluan sikitlah. Yang Berhormat Menteri, pasal baja. Boleh?
Ya Yang Berhormat Machang, sila Yang Berhormat Machang.
Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya...
Yang Berhormat Machang Kelantan juga Yang Berhormat.
Saya akui bahawa, saya tidak tahu di Kuala Krai tapi di Machang memang penjelasan tentang agihan subsidi baja disampaikan dengan bertanggungjawab oleh jabatan di bawah kementerian. Bab itu saya setuju Yang Berhormat Menteri. Pengalaman di Machang itu betul. Walaupun saya orang Kedah tapi orang rumah saya orang Machang, saya boleh cakaplah bab ini. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya, satu ketika dulu, kalut, heboh orang bercakap pasal skandal baja ini yang menyebabkan nafas kimia dan syarikat yang berkaitan.
Agihan baja ini diberi kepada nafas kimia kemudian dia lantik satu syarikat. Baja subsidi kerajaan itu dia pek balik, dia jual. Riuh masa itu. Mahkamah Shah Alam pun tubuhkan sebuah jawatankuasa siasat. Dia keluarkan dengan fakta-fakta itu. Saya hendak tahu bagi memastikan bahawa subsidi baja ini sampai terus kepada kumpulan sasaran, saya hendak tahu setakat mana kes tersebut telah ditangani oleh Kementerian Pertanian. Skandal baja subsidi kerajaan yang di pek semula oleh sebuah syarikat dengan menggunakan premis yang disewa oleh syarikat yang lain. Panjang kisahnya, butirannya ada dalam simpanan saya, saya hendak tahu setakat mana masalah itu telah diselesaikan.
Yang Berhormat sudah habis masa.
Tuan Pengerusi ini cerita-cerita lamalah. Oh, sudah habis masa, tetapi sebelum saya habis orang Machang tidak faham kalut itu apa. Kena bagi explanation apa kalut ya... [Ketawa]
Kalut, gelabah, kelam kabut...
Confuse, confuse macam Yang Berhormat Pokok Sena.
Chaos, haywire, bolehlah itu.
Ya, ya. Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pagi kita tempohkan hingga pukul 2.30 petang ini. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi, untuk memberi peluang kepada sahabat-sahabat saya yang sedang menunggu giliran kementerian mereka dibahaskan dalam Dewan ini dengan izin Tuan Pengerusi, saya mohon izin untuk menamatkan kira-kira jam 3.30. Jadi saya harap Ahli Yang Berhormat akan bersabarlah. Tadi saya telah melayani banyak persoalan, jadi kali ini saya akan melayani beberapa persoalan tapi bukan semualah. Boleh ya Tuan Pengerusi? Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan bab padi, tadi banyak kita bincang bab padi. Saya sudah sentuh sedikit tentang Yang Berhormat Lipis yang mencadangkan supaya kawasan-kawasan kecil juga diberi perhatian termasuklah di Lipis. Saya ingin menekankan di sini bahawa pada hari ini, kerajaan menggalakkan tanaman padi. Jadi tidak timbul kita cuma nak galakkan kawasan MADA, KADA dan lapan jelapang padi yang ada. Kerajaan bertekad untuk menggalakkan penanaman padi di seluruh kawasan di Malaysia termasuklah di luar jelapang umpamanya sebagai contoh ada Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan tentang peruntukan untuk luar kawasan MADA.
Saya dimaklumkan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kelapan tidak ada pun peruntukan disalurkan di kawasan MADA tetapi di bawah RMK-9 khususnya di bawah Kajian Separuh Penggal kira-kira RM135 juta ringgit disediakan untuk kawasan luar MADA termasuklah di Pendang yang tak ada dalam Dewan pada sekarang ini. Jadi, ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu bukan saja kawasan jelapang tetapi juga kawasan di luar jelapang. Yang Berhormat Rompin mencadangkan supaya Rompin dijadikan sebagai jelapang padi. Saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Pusat telah menerima permohonan daripada kerajaan negeri pada bulan September dua bulan yang lalu untuk menjadikan Rompin juga sebagai sebuah jelapang.
[Bangun]
Jadi hari ini di Rompin ini ada kira-kira 5000 hektar Tuan Pengerusi, ada kira-kira 1500 orang petani. Cuma 17%-18% sahaja daripada Rompin ini ditanam dua kali setahun kerana tidak ada sistem pengairan. Jadi itu sebabnya kenapa kerajaan negeri telah membuat permohonan supaya Rompin juga dijadikan sebagai jelapang padi. Jadi oleh kerana perkara ini baru diterima oleh kementerian, kita akan berbincang dengan EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan agensi pusat yang lain dan kita akan cuba dapatkan peruntukan di bawah RMK-10 dan kita berharap jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk memajukan Rompin, maka pengeluaran di Rompin ini akan bertambah dan tanaman dua kali setahun yang sekarang ini cuma 17%-18% sahaja akan dapat ditambah keluasannya di Rompin.
Yang Berhormat Menteri, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Ada seorang yang bangun.
Saya selesai padi dulu. Jadi seterusnya mengenai padi lagi Tuan Pengerusi, saya nak sentuh tentang Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang membangkitkan dua perkara KADA ini. Yang pertama Yang Berhormat Pengkalan Chepa mencadangkan supaya dibina rubber dam untuk mengatasi masalah kekurangan air. Memanglah pada bulan tertentu khususnya Februari hingga Jun air di Sungai Kelantan yang merupakan sumber air bagi KADA ini berkurangan. Jadi cadangannya supaya dibina rubber dam. Kita telah buat siasatan, ini memerlukan kira-kira RM20 juta untuk membina rubber dam tersebut. Pada masa ini tidak ada peruntukan. Pada masa ini air banyaklah di Kelantan, tak ada masalah. Cumanya daripada bulan Februari hingga Jun memang kekurangan air jadi insya-Allah kita akan berikhtiar untuk mendapatkan peruntukan RM20 juta dan ini dalam tempoh RMK-10 untuk memastikan bekalan air tidak terputus di kawasan KADA. Mengenai bendang Pak Yong 113 hektar di Tumpat, ini merupakan masalah lama dah oleh kerana kawasan ini kawasan di bawah paras laut ataupun below sea level. Jadi yang diperlukan ialah kita membina tebing Sungai Golok. Kita kena tinggikan dan juga kira- kira 10 kilometerlah, jadi ini memerlukan peruntukan. Jadi setakat ini kita belum ada peruntukan, jadi di bendang Pak Yong ini cuma sekali sajalah menjadi padi, musim sekarang ini iaitu Oktober hingga Mac. Pada musim ini memanglah seperti Yang Berhormat Pengkalan Chepa nyatakan memang pada masa ini air banyak cuma saya tak faham kenapa Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang bangkit, bukan Yang Berhormat Tumpat yang bangkit. Jadi seterusnya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, mengenai padi lagi. Saya rasa itulah hal-hal penting mengenai padi. Saya nak tamatkan bab-bab padi...
Tuan Pengerusi, pasal padi...
...Sikit lagi. Ini berkaitan dengan Yang Berhormat Kuala Kedah dan Batang Sadong membangkitkan tentang tadi dan sudah dijawab tadi sudah iaitu kawasan luar MADA. Yang Berhormat Batang Sadong juga ada memberi cadangan supaya sistem pengairan diperbaiki di kawasan Yang Berhormat Batang Sadong. Kita berbincang dengan kerajaan negeri bagaimana keadaan di sana dapat diperbaiki. Pada masa ini kita cuma menyediakan peruntukan RM700,000 untuk menyelenggarakan tali air yang terdapat di kawasan Yang Berhormat Batang Sadong.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Dato’ Menteri. berkaitan dengan padi sebab Dato’ Menteri kata nak habis bab padi ini. Saya nak balik kepada isu bab racun tadi, tak selesai lagi itu, tak jawab habis itu. Satu yang saya pertahan apa yang saya katakan tadi bahawa saya sudah check pekeliling yang dikeluarkan oleh MADA dan dilekatkan di semua pejabat-pejabat PPK bahawa jadual kawasan-kawasan jadual racun ini, luar MADA dan juga dalam MADA lima kategori 32 jenis. Tiba-tiba daripada segi pelaksanaannya, hanya dibuat untuk tiga kategori saja, tidak kepada lima kategori. Jadi saya nak katakan bahawa ini saya akan persoalkan siapa yang membuat keputusan dan saya check tadi tidak ada satu pengerusi-pengerusi Jemaah Pengarah PPK itu dipanggil untuk membuat perundingan ataupun apa-apa mesyuarat dengan pihak MADA sama ada pihak pengurusan ataupun pihak pengerusi MADA iaitu Pengerusi UMNO Negeri Kedah. Satu lagi Yang Berhormat Menteri yang Yang Berhormat tidak jelas lagi, duit Yang Berhormat Menteri. Satu hektar RM240 dia punya kos kalau tak silap saya tetapi bila saya katakan bahawa apabila petani pergi ambil racun RM235 lebihan RM5, duit lebihan itu tidak diberi balik. Kalau nak beli tak cukup, kalau kita nak tambah duit tak diterima. Jadi saya nak kata siapa yang membuat keputusan seperti ini yang akhirnya menyebabkan setiap satu- satu PPK itu lebihannya RM10,000 ataupun RM12,000 duit yang sepatutnya diperoleh oleh petani kerana diberi itu bukan kepada petani, atas hektar, atas keluasan kawasan sawah padi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara kedua yang dibangkitkan. Yang tidak cukup atau pun lebih tadi. Yang tidak cukup katanya petani tidak dibenarkan untuk menambah RM5. Jadi, saya akan siasat aduan tersebut. Walaupun ini duit kerajaan, bukan milik sesiapa, jadi kalau lebihan kena pulang pada kerajaan. Jadi, saya akan siasat. Cuma yang kedua tadi, saya tadi jumpa Yang Berhormat di luar Dewan. Minta nama tidak dapat lagi, saya tunggulah sebelum Yang Berhormat balik ke Pokok Sena, bagi nama siapa yang membangkitkan perkara ini. Saya hendak tahulah, saya akan siasat hingga ke akar umbi. Saya beri jaminan akan siasat hingga ke akar umbi.
Dia begini. Saya tidak akan beri nama sebab saya tahu bahawa itu bahaya kalau saya beri nama. Maknanya ada orang akan ...
Dia takut apa? Kalau Yang Berhormat kelentong, orang lain mana tahu.
Akan tetapi saya katakan kalau betullah… [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] MADA beritahu bila tarikh mesyuarat dengan PPK, bila tarikh mesyuarat, hari apa, yang dikatakan ada rundingan…
Saya akan beritahu setelah Yang Berhormat Pokok Sena bagi nama kepada saya.
Saya katakan bahawa petani...
...Spesifik, jangan Yang Berhormat reka-reka sahaja. Tidak boleh cakap dalam Dewan sahaja, tidak boleh bohong.
Saya hendak sebut, petani memerlukan sebab antara racun yang diperlukan oleh petani ialah racun rumput dan serangga. Ini yang dalam MADA tidak dapat, macam mana MADA kata itu tidak ada keperluan kepada petani MADA. Ini racun yang diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah buat pengakuan dalam Dewan ini. Memang ada senarai 32 racun, lima komponen. Saya mengaku bahawa di MADA cuma tiga komponen sahaja dan kenapa begitu, ada proses perundingan. Itu yang saya kata. Yang Berhormat mempertikaikan. Jadi, berilah keterangan pada saya. Saya tunggu. Selagi tidak dapat keterangan, saya tidak boleh siasat.
Saya minta Yang Berhormat Menteri beritahu bila rundingan itu berlaku, tarikh itu bila dibuat.
Bagi nama dahulu.
Bila tarikh mesyuarat antara pihak pengurusan... dengan...
Bagi sahajalah nama itu.
Bila perundingan Yang Berhormat.
Untuk apa dia hendak nama? Saya katakan bila tarikh mesyuarat?
Pasal apa takut, kita bukan hendak ambil ISA, bukan hendak masuk ISA
No, ni. Tidak, tidak. Ini isu ...
Bagilah nama Yang Berhormat Pokok Sena, bagi nama.
Dia cuba tidak bagi laluan sudah.
Nanti runding di luar, bila mesyuarat begitu jangan paksa di sini bila mahu...
Tidak, saya katakan bahawa tidak ada seorang pengerusi pun, Jemaah Pengarah PPK dipanggil mesyuarat berunding dengan pihak MADA negeri Kedah. Tidak ada, tidak ada. Jadi, saya minta tarikh. Kalau sudah kata MADA kata ada rundingan iaitu Datuk Mahathir Khalid iaitu pengerusi MADA, pengerusi UMNO negeri Kedah kata ada rundingan, sila beri tarikh bila. Tidak ada tarikh.
Ini saya punya floor Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu beri laluan sudah. Selagi Yang Berhormat Pokok Sena tidak bagi nama, saya tidak beri laluan sudah.
Ini bukan soal floor tak floor, tetapi saya katakan...
Mesej Yang Berhormat Pokok Sena sudah didengar dan ...
Saya katakan ini keadilan untuk petani. Jangan ada masalah-masalah tertentu, akhirnya sepatutnya petani memperoleh
perkara-perkara yang menjadi keperluan. Sebab itu saya katakan perlu diteliti apa keperluan sebenarnya kepada petani.
Ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya hairan bin ajaib kenapa dia tidak mahu bagi nama ini? Apa susahnya nama ini?
Tidak perlu nama.
Apa masalah tarikh mesyuarat?
Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Pokok Sena, nanti runding di luar dengan Menteri. Menteri ini baik, Menteri baik orangnya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jasin. Dari tadi Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita bincang tentang padi ini kerana ini menjadi makanan asasi rakyat Malaysia dan kita masih lagi bergantung kepada import kerana pengeluaran kita lebih kurang dalam 70%. Usaha kita untuk mewujudkan satu Pelan Pembangunan Pertanian yang mampan, kita mesti realistik dan kita perlu jelas tentang matlamat kita kerana yang pertamanya untuk membasmi kemiskinan. Kebanyakan petani-petani dalam kawasan saya adalah di bawah paras kemiskinan. Keduanya kita bercakap tentang food security. Jadi, apa yang perlu kita buat pada ketika ini selain dari meningkatkan pengeluaran kerana matlamat kita 10 tan. Di kawasan saya hanya dapat 3 atau 4 tan, setinggi-tinggi. Saya ucap tahniah kepada Jabatan Pertanian yang banyak memberikan bantuan. Pada ketika ini kita bercuti pada dua, tiga bulan kerana jabatan sedang menjalankan perataan, perkapuran dan juga perparitan. Akan tetapi, apa yang saya hendak cadangkan di sini kepada petani-petani kecil kita ini, dengan tanah yang kecil dan modal yang terhad, dan jenis bantuan yang diberikan semestinya kalau boleh berbentuk subsidi supaya kita dapat memberikan semangat kepada mereka untuk meneruskan usaha ini. Ini kerana kebanyakan daripada penanam-penanam padi ini sudah tua dah dan tidak mungkin orang muda akan mengambil alih kerja mereka. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Jasin dan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya
Yang Berhormat Jasin tadi menyatakan bahawa kerja- kerja sedang dijalankan untuk rata tanah, kapur dan perairan. Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu petani. Maknanya on the ground, dengan izin, perkara ini berlaku. Terima kasih pada Yang Berhormat Jasin kerana prihatin. Subsidi memang kita bagi. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi setiap hektar petani dapat RM1,250 baja, racun, banyak itu. Dia dapat kata lima tan satu hektar, dia dapat RM5,000. Dari RM5,000 itu, kerajaan kosnya RM1,250 ditanggung oleh kerajaan. Jadi, itu subsidi. Itulah subsidi baja yang diberikan oleh kerajaan untuk memastikan kita dapat mengeluarkan padi dan beras yang mencukupi.
Minta laluan.
Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak tutup bab padi.
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua, jadi seterusnya saya hendak pergi kepada ... kerana rakan-rakan saya banyak tunggu belakang ini. Dari tadi lagi.
Sedikit Yang Berhormat Menteri
Ini pasal saya sudah bangkitkan ...
Ini banyak lagi ini. Yang Berhormat Padang Serai nanti saya last pasal kena lawan sedikit.
Yang Berhormat Menteri, hendak minta penjelasan
Padi sudah habis sudah.
Ya, dari Melaka juga, hendak tambah sedikit boleh?
Tadi lagi saya minta laluan
Berapa banyak lagi?
Sedikit sahaja.
Saya hendak teruskan. Tuan Yang di-Pertua, saya kerana ramai kawan-kawan tunggu ini. Saya sudah cakap panjang.
Menteri teruskan.
Tadi sudah beri peluang banyak sudah, tadi sudah beri peluang sudah. Tadi setengah tidak ada dalam Dewan pagi tadi.
Tidak dapat peluang, bahas pun tidak dapat.
Tetapi ...
Sekarang kita beri hal perikanan, hal FAMA, hal vet. Empat perkara lagi, hal perikanan, hal FAMA, hal haiwan dan seterusnya hal lain termasuk hal-hal Cameron Highlands.
Yang Berhormat Menteri, pasal padi ini.
Menteri kata hendak beredar ke tajuk lain.
Yang pertama berkaitan dengan Rompin, bangkitkan tentang ikan layaran. Memang jabatan sedar perkara ini berlaku di mana dalam musim- musim tertentu, ikan layaran ditangkap oleh nelayan. Jadi, kita ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin membangkitkan perkara ini dan kita akan tingkatkan
penguatkuasaan khususnya bulan Ogos, September, Oktober. Inilah masanya ikan layaran ini banyak. Jadi, Yang Berhormat Rompin mahu supaya tidak ditangkap ikan layaran ini untuk memastikan bahawa Rompin terus menjadi daya penarik kepada pelancong. Ramai yang pergi ke sana katanya mengikut Yang Berhormat Rompin untuk melihat ikan layaran. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seterusnya Yang Berhormat Labuan membuat cadangan supaya Labuan dijadikan sebagai pusat laut dalam. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memanglah satu hari nanti kita berharap Labuan akan menjadi pusat pendaratan laut dalam. Untuk makluman hari ini kita sedang membelanjakan RM3.8 juta di Labuan ini dan bulan Mac dijangka beroperasi pusat pendaratan ikan di Labuan dan kita menggalakkan nelayan-nelayan untuk mendaratkan ikan laut dalam di Labuan. Itu berkaitan dengan Labuan. Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan isu pencemaran di Pantai Seri Tujuh. Memang ini berlaku Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua pada dua bulan yang lalu, jabatan telah mengeluarkan bantuan kita-kira RM800,000 kepada 89 pengusaha. Ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa, bukan Yang Berhormat Tumpat ya. Yang Berhormat Tumpat tidak bangkit apa, senyap sahaja Yang Berhormat Tumpat ini. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa, bangkit Yang Berhormat Tumpat. Saya tidak tahu pasal apa Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang membangkitkan. Jadi, RM800,000 sudah pun disalurkan, 89 pengusaha dan yang penting ialah jangka panjang. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa ialah pencemaran. Oleh kerana ia perlu salinity level tertentu, apabila air tawar ini bercampur dengan air masin, maka ikan siakap itu mati. Itu masalahnya. Jadi, kalau ikut jangka panjang, kawasan ini memang kerana Kerajaan Negeri ini banyak sangat tebang balak di atas-atas Tuan Yang di-Pertua, maka air ini banyak turun, maka berlaku banyak pencemaran. Oleh yang demikian, yang merananya ialah kawasan Tumpat lah Tuan Yang di-Pertua. Jadi, jangka panjangnya tidak ada jalan lain, kecuali kena pindah tempat atau pun Kerajaan Negeri mengambil tindakan supaya pencemaran yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa itu dapat dielakkan. Oleh itu, Yang Berhormat Tumpat, saya beri peluang satu, rakan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpaksa tinggal petang tadi kerana ada hal lain dan minta rakan saya yang amat taat kepada perjuangan untuk membangkitkan perkara itu dan dimaklumkan awal pagi tadi bahawa beliau telah berjaya membangkitkannya. Mungkin saya sebut sedikit tentang padi tadi, bendang ... ini Yang Berhormat Menteri sudah puluhan tahun merasai masalah oleh sebab kekurangan air melalui saliran air maka mereka hanya boleh menanam padi setahun sekali. Jadi, jika diusahakan supaya sepenuhnya menerima air melalui saliran maka saya harapkan bahawa mereka akan dapat menanam sekurang-kurangnya dua kali setahun. Keduanya ada jalan … yang sedang dibina tetapi jalan itu di samping memberi nikmat penggunaannya sebagai jalan raya juga akhirnya menjadi benteng kepada air yang bertakung di musim tengkujuh ini.
Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri pastikan ada laluan-laluan air di bawah Jalan Kasban itu supaya air tidak bertakung di musim-musim tengkujuh. Berkaitan dengan ikan Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri di kawasan Tumpat, Geting dan di pulau-pulau itu merupakan tempat di mana projek atau industri ikan dalam sangkar khususnya ikan siakap yang dikatakan terbesar dari sudut perusahaan oleh bumiputera di seluruh negara. Jadi saya mohon perhatian Yang Berhormat Menteri kerana masalah air payau ini keluarnya air dari kawasan bendang padi ke kawasan lagun di Pantai Sri Tujuh itu akan terus merosakkan bentuk komposisi airnya dan ini akan mematikan ikan siakap dalam sangkar tersebut. Manakala di bahagian lain pula di kawasan Tumpat Yang Berhormat
Menteri, iaitu di kawasan-kawasan di pulau yang berhampiran dengan Bandar Tumpat itu dijadikan tempat di mana ikan-ikan siakap ini dibela dalam sangkar juga dan oleh itu boleh hidup dengan subur kerana aliran airnya berjalan di samping air itu nampaknya kekal air payau. Jadi saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri memberi tumpuan yang lebih kerana industri ini amat berjaya daripada hasil usaha rakyat. Saya haraplah sumbangan daripada TEKUN itu diagih-agihkan sama rata. Sebab ada sedikit masalah orang-orang sana memaklumkan saya bahawa agihan TEKUN ini nampaknya diberikan hanya kepada orang-orang UMNO dan orang-orang PAS kurang mendapat manfaat daripadanya. Saya berharapkan supaya Yang Berhormat menteri memberi perhatian juga akan hal ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tumpat dapat berucaplah, dia curi tulang sedikit, tidak apalah ambil kesempatan untuk TEKUN tiada kaitan dengan kementerian saya. Ambil perhatianlah, yang penting kita prihatin kepada mereka 89 orang dan pegawai saya sudah pergi ke sana untuk menyampaikan bantuan. Saya minta maaf tidak dapat pergi, insya-Allah saya akan melawat kawasan ini sedikit masa lagi dan mereka telah tulis surat kepada saya untuk makluman Yang Berhormat Tumpat; bukan kerana itu tetapi untuk menyatakan terima kasih kepada Kerajaan Pusat RM800 ribu diberikan. Yang Berhormat Pengkalan Chepa bangkitkan Tok Bali, Yang Berhormat Pengkalan Chepa mendakwa bahawa kebanyakan ikan Tok Bali ini katanya kebanyakannya pergi ke Siam. Ini tidak betul. Sebenarnya 80% mendarat sekarang ini, dahulu peringkat awal betul ada kira-kira 250 vessel di Tok Bali ini; sekarang 20% ikan ini memang ke Thailand dan 80% di Malaysia. Jadi, untuk makluman Tuan Pengerusi tahun 2011, Kompleks LKIM di Tok Bali akan siap dengan belanja kesemuanya 3 fasal ialah RM90 juta. Dibuat satu projek Barisan Nasional di Kelantan yang dia kalah sejak tahun 1990 lagi tetapi kita teruskan pembangunan di Kelantan. RM90 juta untuk Kompleks LKIM Tok Bali dan apabila kompleks siap akan ada industri hiliran dan ini akan menggalakkan lagi bot-bot Malaysia untuk mendarat ikan Tok Bali bukan di Siam lagi. Jadi dakwaan Yang Berhormat Pengkalan Chepa bahawa kebanyakan Tok Bali ke Siam tidak betul. Untuk makluman, hari ini ada 307 buah bot dan sebenarnya kebanyakan mereka mendaratkan ikan di Tok Bali. Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan supaya....
Yang Berhormat Padang Serai...
Nanti akan tiba giliran...
Dengan ikan, dengan ikan...
Padang Serai tidak ada ikan, ada?
Tidak ada, ini sangkut paut dengan...
Nanti kejap, di pasar Batang Sadong ada giliran sampai. Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan supaya pasar nelayan wujudkan di Batang Sadong. Untuk makluman Tuan Pengerusi, sekarang cuma dua di Sarawak, di seluruh Malaysia ada 14. Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan sebuah lagi didirikan di Batang Sadong dan kita ambil perhatian dan kita akan membuat permohonan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Labuan membangkitkan tentang lesen sampan, ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Saya sudah maklumkan beberapa kali dalam Dewan ini bahawa kerajaan sudah pun buat keputusan bahawa sampan yang dahulunya beroperasi tanpa lesen. Ini
merupakan bot-bot tradisional yang jumlahnya kira-kira 16,000. Proses untuk melesenkan bot-bot ini sedang berjalan, jadi oleh kerana proses baru bermula memanglah macam Labuan kata ada 107 di Labuan. Insya-Allah kalau memenuhi syarat, syaratnya kena full time. Dia tidak boleh jadi cikgu kah, pegawai kerajaan hendak juga lesen sampan, tidak boleh ya Jadi ada syarat-syaratnya, mana yang memenuhi syarat ada pun sudah diluluskan dan kita akan lihat pada Yang Berhormat Labuan ini sebagai satu kes istimewa kerana dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Dewan ini. Jadi satu lagi perkara berkaitan dengan perikanan ialah berkaitan dengan elaun sara hidup dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kuala Kedah. Ini berkaitan dengan Yang Berhormat Arau mengatakan bahawa ada nelayan tidak dapat elaun sara hidup. Ini adalah kerana nelayan-nelayan ini belum ada lesen. Jadi apabila dilesenkan 16,000 maka nelayan ini layak untuk mendapat elaun sara hidup. Jadi ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah berkaitan dengan nelayan yang belum dilesenkan. Jadi...
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Jadi Tuan Pengerusi, sehingga kini 30,000 nelayan sebenarnya sudah pun menerima elaun sara hidup ini dan apabila nelayan belum mendapat lesen...
Yang Berhormat Menteri mohon penjelasan.
... Maka sudah pasti mereka juga akan menikmati elaun sara hidup. Jadi itulah hal-hal berkaitan...
Yang Berhormat Menteri, saya minta laluan.
Yang Berhormat Padang Serai.
Ada Pengerusi di sini, bukan saya.
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Pengerusi kata menteri...
Yang Berhormat Padang Serai, semua Ahli Yang Berhormat tahu dalam pencelahan penjelasan begini apabila yang berucap itu dia menghadang jalan, waktu dia berdiri menghadang jalan, dia yang tidak kasi laluan. Bukan saya yang menghadang jalan, menteri yang berkenaan.
Menteri ini baik, boleh kasi jalan.
Yang Berhormat Kinabatangan boleh menteri? Ini ada nelayan.
Satu, ini penting sebab lama saya tunggu.
Yang Berhormat Pontian dahulu.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang Kompleks LKIM di Tumpat akan dibina. Saya ingin bertanya tentang Kompleks LKIM di Pontian, tapaknya sudah ada lama tetapi bilakah akan dibina? Itu sahaja, pendek, ringkas.
Boleh sekali?
Untuk makluman Pontian, Tumpat tidak ada. Di Tok Bali Pasir Puteh dan Yang Berhormat Pontian telah tulis surat kepada saya mengenai kawasan anak buah saya ini. Insya-Allah kita akan ambil perhatian dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Menteri. Saya juga terpanggil untuk bertanya bagaimana pula kedudukan dengan Kompleks Nelayan di Sandakan. Ura-ura hendak diwujudkan tetapi sehingga hari ini nampak belum nampak dimulakan. Adakah juga nelayan-nelayan di Sabah khususnya di sekitar Kinabatangan, Sandakan juga terlibat dalam agihan elaun sara hidup ini? Kalau tidak saya minta kerajaan mempertimbangkan untuk memberi kepada nelayan-nelayan di sana kerana mereka juga rakyat Malaysia yang masih kais pagi makan pagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Pengerusi, ini dua persoalan. Pertama betul tidak ada ura-ura hendak wujudkan Kompleks Perikanan Sandakan. Betul, ada ura-ura, jadi belum ada kepastian lagi. Jadi Ahli Yang Berhormat insya-Allah kita akan cuba memajukan. Sabah belum ada lagi, Sarawak ada di Tanjung Manis dan Pahang di Kuantan. Jadi insya-Allah kita akan berusaha dalam tempoh RMK-10. Mengenai soalan kedua, elaun sara hidup ia dipakai untuk seluruh negara, Sabah dan Sarawak. Di Sabah ini dia berbeza sedikit oleh kerana Jabatan Perikanannya di bawah kerajaan negeri. Maka kita sudah pun ada perundingan kaedah-kaedah sudah pun ditetapkan dan proses untuk meluluskan bot-bot belum ada lesen, yang paling banyak di Sabah Yang Berhormat. Daripada16,000 tadi, kira-kira 7,000 hingga 8,000 di Sabah. Separuh daripada bot-bot tradisional belum lesen di Sabah, paling banyak di Sabah. Oleh kerana ia melibatkan kerajaan negeri, kita kena berunding dengan kerajaan negeri. Akhir sekali Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bijaksana. Yang Berhormat Kinabatangan pergi tangkap ketam… [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu, rakyat Malaysia mahu tahu di Kuala Kurau , Perak dahulunya ada bot-bot laut dalam bot-bot besar dibenarkan untuk berlabuh dan juga berniaga ataupun keluar ke laut dari Kuala Kurau. Kemudian saya dengar khabar bahawa oleh kerana satu pertelingkahan dan campur tangan kerajaan, bot-bot besar tidak lagi dibenarkan berlabuh ataupun tidak lagi diberi lesen untuk berlabuh ataupun keluar dari kawasan Kuala Kurau. Saya hendak tanya adakah selepas berpuluh tahun ini, kerajaan berhasrat untuk melonggarkan syarat itu dan memberikan sekali peluang kepada rakyat persekitaran Kuala Kurau untuk menjalankan aktiviti penangkapan secara besaran dari situ ke laut dalam, itu soalan saya. Macam Yang Berhormat Kinabatangan memang tak ada ketam mahu tangkaplah.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Padang Serai. Saya akan siasat perkara ini, kenapa dulu ada, sekarang tak ada. Tadi sebut Kuala Kurau, lepas Kuala Krau di Pahang. Dah dua kali, tak apa, saya faham, Kuala Kurau di Perak ya.
Kuala Kurau, Perak.
Jadi saya akan siasat aduan tersebut. Selesai hal-hal perikanan Tuan Pengerusi, sekarang pergi pada FAMA. FAMA ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Padang Serai ada juga bangkit dan juga Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Rompin mahu supaya FAMA memainkan peranan lebih penting dalam membeli pengeluaran petani. Saya ingin maklumkan di sini bahawa kita akan mantapkan lagi apa yang dikatakan production planning, perancangan pengeluaran.
Maknanya perancangan pengeluaran dengan pemasaran hendaklah dikaitkan dengan lebih rapat lagi. Mungkin dalam kes-kes tertentu, petani-petani tidak mempunyai maklumat pasaran yang mencukupi untuk membolehkan mereka merancang dengan baik iaitu mendapat harga yang baik. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Jempol yang telah membangkitkan perkara ini. FAMA telah diberikan peruntukan baru tambahan RM25 juta pada November, pada bulan inilah untuk membolehkan ia terlibat dalam urus niaga membeli barangan tertentu. Ini peruntukan baru dan kita harap dengan peruntukan tambahan ini, maka FAMA akan dapat memantau dan menyelesaikan kalau pun tidak sepenuhnya dapat mengurangkan masalah lambakan buah-buahan yang disebut oleh Yang Berhormat Rompin dan lain-lain Yang Berhormat. Berkaitan dengan Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol mahu supaya diadakan satu pasar tani kekal di Jempol. Untuk makluman, satu masa dahulu memang ada rancangan tetapi ada masalah tanah maka kita pindahkan peruntukan ini ke KM12, Jalan Seremban-Kuala Pilah dengan kosnya RM6 juta. Jadi Jempol Tuan Pengerusi, ada empat pasar tani tetapi Yang Berhormat Jempol minta supaya yang kekal. Ini pasar tani biasa, yang kekal ini ada kemudahan tandas, ada car park dan lain-lain. Jadi pada masa ini, itulah di Negeri Sembilan dan sekarang ini hanya tinggal empat sahaja yang kekal di Malaysia ini iaitu di Jerantut, Bukit Gambir di Muar, satu perancangan di Jerai dan sekarang ini yang keempat di Seremban, empat sahaja di seluruh Malaysia. Jadi Yang Berhormat mahu yang kekal, jadi kita tengok dulu macam mana prestasi di KM12 Jalan Seremban-Kuala Pilah ini dan selepas itu kita akan buat keputusan berkaitan cadangan Yang Berhormat tadi. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Padang Serai ada membangkitkan tentang kacang buncis. Mengikut beliau kacang buncis RM2, sampai di pasaran RM6. Jadi Yang Berhormat sedia maklum, seorang yang ada sedikit pengetahuan tentang pertanian ya. Maklum bahawa daripada ladang ke pasaran itu banyak peringkat, tiga peringkat. Yang pertama, kena bungkus dulu. Packing sekarang ini kena ada cara dan kaedah tertentu. Kalau packing nya kelam kabut atau kalut satu macam, maka tak ada siapa yang akan beli. Yang keduanya, ia melibatkan pengangkutan, lori dan sebagainya. Yang ketiga yang penting ialah kerosakan lepas tuai. Khususnya sayur-sayur, buah, leafy vegetables ini, sawi, kangkung, ia boleh mengalami kerosakan kalau tak jaga, risikonya tinggi. Itu sebabnya kenapa ada perbezaan, harga-harga ladang, tiga tambahan kepada harga ladang. Yang pertama ialah kotak-kotak untuk bungkus. Yang kedua pengangkutan, umpamanya daripada Cameron Highlands ke Selayang. Dulunya RM100 satu tan, sekarang RM150 satu tan. Yang ketiganya ialah kerosakan lepas tuai. Jadi kita akan terus berusaha untuk membantu petani-petani supaya mendapat harga. Daripada kajian kita, kita dapati bahawa, jika FAMA terlibat secara langsung maka mungkin dapat mengurangkan margin sedikit orang tengah. Akan tetapi kalau orang tengah terlibat, maka margin lebih tinggi dan dengan itu petani-petani mungkin tidak mendapat harga yang setimpal. Saya bagi peluang satu sahaja kepada Yang Berhormat Padang Serai kerana ini melibatkan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Berkenaan dengan kacang buncis itu sekali lagi, memang benar kos penghantaran satu tan daripada Cameron Highlands ke Kuala Lumpur RM100 untuk satu tan. Biasanya satu lori itu akan bergerak bila sudah lebih daripada 5,6 tan hingga 20 tan. Kacang buncis ini Yang Berhormat, saya cadangkanlah, saya cadangkan kepada kerajaan agar tidak menggalakkan penggunaan orang-orang tengah, middle men ini kerana lesen- lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini hanyalah kepada beberapa orang tertentu di kawasan pasar besar Selayang dan monopoli mereka itu mengakibatkan anjakan ataupun lonjakan yang terlalu tinggi sayur-sayuran jangka pendek ini. Kerana pengalaman saya sebagai seorang yang betul-betul terlibat dalam penanaman kacang buncis atau semua sayur-sayuran jangka pendek ini.
Jadi saya cadangkan kerajaan mencarikan satu tempat seperti apa yang berlaku FAMA ke dan sebagainya untuk pekebun-pekebun membawa sendiri ataupun melalui agen- agen mereka dibenarkan untuk menjual di satu tempat di kawasan Kuala Lumpur di mana ini akan mengakibatkan penurunan harga. Percayalah Yang Berhormat Menteri, tidak akan lebih daripada RM1.50, daripada ladang hingga ke kedai yang akan menjual ataupun hingga ke dapur kita. Harga ladang tambah RM1.50 paling lebih kadang-kadang RM1 ataupun 50 sen sahaja. Paling lebih RM1.50 sahaja daripada ladang hingga ke dapur kita. Ini daripada pengalaman saya melibatkan diri dalam perniagaan dan juga pertanian ini.
Bukan ke dapur, ke perut terus.
Ya, betul juga itu, memang pandai. Jadi saya juga cadangkan bahawa bukan sahaja setakat memberi lesen kepada orang- orang tengah ini tetapi mesti ada satu runding balas ataupun satu aktiviti di mana pegawai- pegawai kerajaan yang terlibat dalam mengeluarkan lesen ini ada satu aktiviti pemantauan ataupun pengawasan terhadap penjualan sayur dan juga terhadap cara keuntungan penjualan harga-harga sayur ini. Ini cadangan saya Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat yang ada cadangan terperinci yang hendak berucap semasa Jawatankuasa ini, seperti saranan Tuan Pengerusi, tulislah kepada kami dan insya-Allah kita, panjang sangat tu berucap. Jadi beza harga kacang buncis dengan harga ladang dan pasaran ini, mengikut maklumat FAMA harga ladang ialah RM4.30, di pasar ialah RM5.85. Jadi bezanya RM1.55, Yang Berhormat kata RM1.50, yang survey kita buat ialah RM1.55, lebih 5 sen lah. Insya- Allah kita akan cuba kurangkan jurang tersebut ya.
Yang Berhormat, minta laluan sikit, Yang Berhormat.
Okey, satu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Oleh kerana saya tidak sempat untuk mendapat peluang bahas dalam peringkat Jawatankuasa cuma saya ingin mencelah dari sudut apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi tentang pasaran. Cuma saya tengok juga di sini ialah laluan pasaran produk pertanian ke luar negara. Kalau ikut itu butiran 020100. Jadi apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kemudahan laluan pasaran produk pertanian ke luar negara di tempat kita ini terutama sekali tidak begitu mendapat perhatian. Contohnya MAS kargo tidak memberi kemudahan untuk kita eksport pertanian kita ke luar negara, tidak sebagaimana yang diberi oleh Thai Airways. Jadi kerajaan Thailand mengarahkan Thai Airways untuk menyediakan dan memberi kemudahan eksport pertanian di negara dia sehingga kemudahan itu disubsidikan dan diberi satu insentif. Akan tetapi MAS kargo kita, kita tidak ada sehinggakan pengeksport-pengeksport di tempat kita terpaksa mengubah laluan untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan lain termasuklah Singapore. Satu ketika dahulu kalau kita ingat bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia yang berjaya mengeksport ikan hiasan ke luar negara. Akan tetapi oleh kerana MAS kargo tidak dapat menyediakan kemudahan ini, maka pengeksport ikan hiasan ke luar negara mereka menggunakan penerbangan Singapore. Sampai di Singapore, maka Singapore pun cap pengeluarannya ialah keluaran Singapore sedangkan barang itu barang Malaysia. Jadi ini, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri untuk mengatasi masalah ini?
Tuan Pengerusi, isu ini isu yang rumit melibatkan yang utamanya ialah connectivity kalau bandingkan dengan Thai Airways dia terbang ke lebih banyak destinasi daripada MAS, SIA pun begitu juga. Itu antara sebab kenapa mungkin tidak banyak barang yang diangkut melalui MAS. Walau bagaimanapun saya untuk makluman Yang Berhormat Baling kita akan bincang perkara ini dengan pihak Kementerian Pengangkutan bagaimana boleh kita atasi masalah tersebut. Akhir sekali berkenaan FAMA ini Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pokok Sena ada bangkit tentang nanas. Nanas di Kedah ini ada kira-kira 200 hektar. Tidak ada pejabat nanas di Kedah cuma tahun ini baru dibuka, ada empat orang pegawai. Masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi ialah masalah pasaran. Jadi kalau mana-mana petani ada masalah pasaran, kita harap mereka akan dapat berhubung dengan pegawai FAMA. Di setiap daerah ada pegawai FAMA dan kita difahamkan bahawa memanglah betul petani-petani memasarkan nanas ini tentang bantuan sesiapa. Baguslah, itu ini yang kita hendak. Saya masih ingat lagi Yang Berhormat Marang selalu dia cakap dalam Dewan ini, dia hendak petani-petani yang lebih bertanggungjawab, nelayan bertanggungjawab. Ini bos Yang Berhormat Pokok Sena maka eloklah itu kalau petani memainkan peranan, jangan selalu kita harapkan kerajaan. Ada masalah semua kerajaan, ini hendak kerajaan. Jadi inilah yang kita hendak supaya berdikari tetapi kalau ada masalah kita boleh membantu dan hubungilah pegawai FAMA kalau ada masalah berkaitan nanas ini. Jadi...
Boleh penjelasan?
Ini susah, saya boleh tidak saya mohon izin Tuan Pengerusi, ini last lah sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat.
Sebab tadi tidak diberi peluang bercakap. Sebenarnya bila sebut tentang nanas ini Tuan Pengerusi, di Johor memang pengeluar nanas dulu dan di tempat saya sekarang ini masih ramai orang menanam nanas. Baru-baru ini memang ada masalah tetapi apabila kerajaan benarkan untuk guna racun paraquat selesailah masalah. Namun sekarang ini masalah seperti mana yang dibangkitkan Yang Berhormat Pokok Sena tadi iaitu ada nanas ini dia tidak boleh dijual semua. Maksudnya tidak boleh dibeli yang disebut mata satu ini. Jadi dia akan musnah begitu sahaja dan kebanyakan mereka di Rengit, Batu Pahat dalam Parlimen saya dan mereka ini adalah pekebun kecil. Jadi saya fikir mungkin boleh dijadikan IKS sebenarnya nanas-nanas yang tidak terjual yang tidak dibeli ini daripada membazir begitu sahaja boleh ditukar menjadi projek IKS yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena seperti jem, kerepek dan sebagainya ini. Chip maksudnya dalam standard Yang Berhormat Pokok Sena lah. Jadi saya rasa ini harus diberi perhatian dan sekarang ini kalau baja itu sudah meningkat tinggi sekali ganda, kalau dulu RM56 satu beg sekarang sudah RM140 sedangkan harga nanas cuma naik 20 sen sahaja. Jadi saya bimbang Lembaga Nanas Negara dia tidak diberikan perhatian sebenarnya. Apa perancangan-perancangan baru dia, penyelidikan dia sehingga akhirnya kita terus mundur dalam soal penanaman nanas. Sebenarnya nanas yang paling baik di Johor bukan di Pokok Sena yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi sebab Johor ini semua boleh tanam tanah dia subur termasuklah UMNO itu kuat di Johor. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat pasal nanas.
Memang benar sekali. Jadi sudah habis, habis-habis.
Ada sedikit pasal nanas tadi.
Jadi Yang Berhormat Batu Pahat insya-Allah saya akan melawat Batu Pahat, Rengit, Pontian dan lain-lain untuk melihat sendiri keadaan nanas ini untuk memberi keyakinan di sini bahawa kerajaan amat prihatin dan memberi perhatian cukup istimewa kepada nanas ini. Untuk makluman nanas merupakan salah satu daripada buah-buahan yang paling tinggi eksportnya. Umpamanya tahun lepas kira-kira RM25 juta peningkatan yang ketara. Jadi kita ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Seterusnya pergi kepada hal-hal berkaitan dengan haiwan ternakan. Yang Berhormat Jempol mohon supaya dibina sebuah rumah sembelih. Pada masa ini rumah sembelih terdekat bagi Jempol ialah Kuala Pilah kira-kira 30 kilometer. Jadi Jempol ini memanglah benar berjaya di bidang ternakan khususnya pengusaha integrasi lembu di kawasan FELDA, di mana saya difahamkan ada kira-kira 6,500 ekor lembu. Jadi bilangan begitu banyak, jadi Yang Berhormat mahu supaya dibina sebuah rumah sembelih. Untuk makluman Yang Berhormat rumah sembelih kelas C, kelas paling bawah sekali yang mampu untuk menyembelih dan memproses 20 ekor lembu, kosnya kira-kira RM3 juta. Untuk pengetahuan Yang Berhormat oleh sebab pesat kemajuan di Jempol ini, kita akan buat permohonan...
Yang Berhormat menteri minta jalan.
Permohonan kepada EPU untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Minta maaf saya tidak dapat kerana janji pukul 3.30 Tuan Pengerusi, mohon izin Tuan Pengerusi, saya cakap banyak tadi. Saya pun sudah tidak ada suara. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong yang tadi minta supaya dikuatkuasakan undang-undang berkaitan pemuliharaan alam sekitar, ternakan ayam, lembu dan babi. Kerajaan Pusat menyediakan garis panduan tetapi yang menguatkuasakannya ialah kerajaan-kerajaan negeri. Saya difahamkan ada beberapa buah kerajaan negeri...
Yang Berhormat Menteri boleh minta jalan sedikit?
Johor, Negeri Sembilan, Pahang antaranya sudah pun kuatkuasakan ataupun ada enakmen ternakan unggas dan membolehkan kerajaan negeri berkenaan mengambil tindakan. Jadi kita harap perkara ini akan dapat ditandatangani bersama dengan Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Rasah membangkitkan tentang Bukit Pelanduk, ternakan babi. Dia tanya betulkah Kerajaan Pusat ini hendak teruskan dengan projek ini? Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kita difahamkan bahawa hampir keseluruhan infrastruktur sudah pun siap cuma yang belum siap ialah jalan berturap, longkang belum konkrit lagi dan yang penting pagar keselamatan belum siap lagi. Jadi tadi Yang Berhormat mendakwa jawapan sama sahajalah. Sama kerana belum ada kemajuan dan apabila sudah selesai dan dengan persetujuan Kerajaan Negeri Sembilan, mungkin kawasan ini akan dibangunkan semula sebagai kawasan penternakan babi di Negeri Sembilan. Mengenai Taman Burung di Labuan, terima kasih Yang Berhormat Labuan membangkitkan usaha-usaha untuk menggalakkan lagi kunjungan kepada taman ini. Untuk makluman, kita sediakan peruntukan RM1 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk Taman Burung ini. Ini merupakan salah satu tarikan utama di Labuan. Labuan ini memerlukan banyak lagi daya tarikan dan apabila berjayanya taman ini maka sudah pasti Labuan akan ada satu produk pelancongan yang baru. Seterusnya saya hendak bangkit hal-hal lain secara...
Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya sedikit sahaja.
Saya sudah selesai tadi pertanian, sudah selesai. Kalau hujung ada masa saya bagi ya? Saya teruskan, hujung saya bagi peluang kalau ada. Mengenai Agrobank, Yang Berhormat Rompin dan Padang Serai juga Labuan ada sebut tentang Agrobank ini. Saya dimaklumkan bahawa di bawah beberapa skim, Agrobank memang tidak kena cagaran. Yang Berhormat mahu supaya tidak dikenakan cagaran.
Memang ada skim-skim umpamanya Skim Modal Usahawan Tani yang merupakan mikro kredit, tidak dikenakan sebarang cagaran, pinjaman sehingga RM50,000. Jadi kalau petani ada hendak pinjam daripada Agrobank dan setakat ini RM159 juta telah pun dikeluarkan daripada Januari hingga Oktober tahun ini melibatkan 13,100 orang petani seluruh negara yang meminjam di bawah skim MUST, Skim Modal Usahawan Tani ini tanpa cagaran. Itu contoh di mana bank telah membantu usahawan kecil. Saya telah minta pihak pengurusan semalam sebenarnya saya berjumpa dengan Lembaga Pengarah Agrobank supaya lebih prihatin kepada pengusaha kecil ini termasuk IKS dan pihak Agrobank akan kemukakan cadangan bagaimana mereka boleh membantu IKS. Khususnya dalam masa kita menghadapi kegawatan ekonomi hari ini, mereka akan kemukakan satu cadangan bagaimana Agrobank boleh menjalankan peranan dan akan lebih agresif lagi untuk membantu usahawan kecil di seluruh negara. Yang Berhormat Labuan membangkitkan tentang syarat-syarat ketat untuk meminjam daripada Agrobank bagi membeli bot laut dalam. Sebenarnya syarat-syarat ada longgar, kadar faedahnya rendah, tempoh bayarannya panjang dan jika ada kes-kes tertentu Yang Berhormat Labuan bolehlah merujuk kepada saya untuk saya siasat perkara ini. Seterusnya saya hendak sentuh pula berkaitan dengan R&D ataupun penyelidikan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Batang Sadong. Saya ingin memaklumkan bahawa MARDI merupakan agensi utama yang memainkan peranan untuk penyelidikan dan pembangunan di kementerian. MARDI telah mencapai banyak kejayaan, menjadikan MARDI sebuah institusi yang dihormati, disegani bukan sahaja di dalam negara tetapi di seluruh dunia. Jadi Yang Berhormat Rompin mahu supaya apa yang ditemui oleh research R&D di MARDI itu dikomersialkan. Jadi untuk makluman seperti Yang Berhormat Rompin sendiri sedia maklum sebagai bekas menteri yang menjaga MOSTI, kerajaan ada beberapa tabung, dana termasuklah MARDI mengendalikan hari ini techno fund yang melibatkan pertanian.
Sudah pun ada beberapa orang petani yang sudah mendapat faedah daripada hasil kerja-kerja MARDI dan telah pun diberikan pinjaman untuk mengkomersialkan tanaman mereka. Jadi saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Rompin sebab sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan, pengalaman yang luas dalam bidang ini, atas cadangan yang diberikan. Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan supaya Institut Penyelidikan Padi di bina di Batang Sadong. Saya ingin memaklumkan bahawa di MARDI sudah pun ada institut ini dan kita yakin bahawa institut ini di MARDI sudah pun berperanan dengan berkesan. Tidak ada perancangan untuk mengadakan institut ini di tempat lain kerana untuk buat research and development ini kena ada satu pendekatan yang menyeluruh, yang holistik dan komprehensif. Kalau cuma pakar-pakar tertentu dua tiga orang terlibat, ini tidak membolehkan percambahan buah fikiran, inovasi dan kreativiti. Jadi itu sebabnya pada masa ini kita tidak ada rancangan untuk menubuhkan Pusat Kajian Padi di tempat-tempat lain. Seterusnya berkaitan dengan venture capital. Yang Berhormat Rompin mencadangkan diadakan venture capital. Saya dimaklumkan bahawa memang hari ini sudah pun ada venture capital yang diusahakan pihak swasta untuk melabur dalam bidang pertanian. Umpamanya ada dana teroka agri-food yang mana pihak Khazanah juga terlibat dengan sebahagiannya. Dengan dana RM200 juta, setakat ini RM55 juta sudah pun dikeluarkan di bawah venture fund untuk membiayai projek pertanian ini khusus untuk pengeluaran daging halal, penternakan kambing, tanaman hidroponik dan juga akuakultur. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lipis bertanya sama ada big valley ini terdapat di Wilayah ECER. Saya hendak memaklumkan memang ada kertas Projek Pembangunan
Kluster Lembu Pedaging adalah dalam peringkat akhir penyediaan. East Coast Economic Region ataupun Pembangunan Wilayah Timur Ekonomi ini memang ada komponen yang penting untuk menggalakkan ternakan lembu pedaging dalam bentuk cluster dan apabila dimuktamadkan maka ini akan menjadi salah satu daripada perusahaan utama insya-Allah. Seterusnya hal-hal lain, Yang Berhormat Lipis membangkitkan berkaitan dengan satu kawasan yang katanya kurang sesuai untuk pisang. Jadi betullah kata Yang Berhormat daripada 45 hektar, hanya lima hektar yang digunakan untuk tanaman pisang. Mengikut siasatan pertanian memang sesuai tetapi masalah timbul kerana masalah pengurusan peserta dan kurangnya komitmen peserta. Oleh kerana Ahli Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan ini, insya-Allah kita akan siasat untuk memastikan bahawa projek ini dapat dihidupkan dan dimajukan semula. Tuan Pengerusi, saya ada satu dua perkara lagi dan kalau ada masa boleh bagi peluanglah.
Laluan.
Sedikit lagi hendak habis.
[Bangun]
Jadi berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Rasah berkaitan dengan PPK ini, masalah Encik Mohan. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita PPK ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan saya sendiri telah ke sana. Sekinchan dan ahli-ahli PPK di sana umpamanya di Perak, 40% merupakan ahli-ahli daripada kaum Cina. Jadi tidak benar bahawa PPK tidak menerima ahli-ahli daripada kaum bukan bumiputera. Cuma soalan spesifik daripada Yang Berhormat Rasah, berkenaan PPK Rembau ini ada taraf bumiputera. Jadi dia hendak pertahankan taraf bumiputera, itu antara sebabnya kenapa mungkin ia tidak membenarkan Encik Mohan menjadi ahli. Bagaimanapun saya hendak tekankan yang pertama bukan menjadi dasar kerajaan. Kerajaan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia, warganegara yang lebih 18 tahun umurnya boleh menjadi ahli PPK. Yang keduanya, semua rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan baja dan subsidi lain dan kalau Yang Berhormat Rasah ada maklumat Encik Mohan tidak dapat bantuan yang berhak diterimanya, maklumkanlah kepada kami. Cuma ini kes terpencil di Rembau dan saya akan minta LPP berbincang dengan Pengerusi PPK Rembau ini bagaimana boleh kita mengatasi perkara ini. Itu berkaitan dengan Rembau.
Penjelasan.
Akhir sekali Yang Berhormat Padang Serai ini. Dia ada membuat beberapa dakwaan yang tidak berasas. Antaranya dia kata Ahli Parlimen Cameron Highlands ini tidak tahu tentang pertanian dan tidak jaga petani di sana. Ini dakwaan yang tidak benarlah, bukan Yang Berhormat Padang Serai bela Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Cameron Highlands yang bela Yang Berhormat Padang Serai. Saya nampak Yang Berhormat Padang Serai pun angguk. Dakwaan beliau adalah amat tidak munasabah.
Penjelasan.
Penjelasan.
Jadi saya bersama Yang Berhormat Cameron Highlands akan berjumpa dengan petani-petani. Saya sudah ke Cameron Highlands, saya jumpa dengan petani dan mengadakan dialog. Saya bersama Yang Berhormat Cameron
Highlands saya akan mengadakan pertemuan dengan petani Cameron Highlands untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi. Mengenai angka petani Melayu itu, yang sebenarnya ialah 66 orang, 3%. Di Cameron Highlands terdapat 2,200 orang petani, Cina; 65%,India; 31%, Melayu; 3%, 66 orang. Satu dakwaan yang tidak berasas Yang Berhormat. Yang Berhormat cuba menyelewengkan fakta. Yang Berhormat menyatakan bahawa Jabatan Pertanian tidak ada alat untuk mengukur pH di Cameron Highlands. Ada seorang daripada Amerika kata keluar daripada poket boleh tahu apa pH, value ataupun nilainya, labelnya di Cameron Highlands, ini tidak benar. Jabatan Pertanian mempunyai banyak alat tersebut dan memang instant boleh kita tahu pH. Cuma kalau mahu details soal investigation memang perlu kalau mahu details tetapi ramai orang hendak ialah pH sahaja. Jadi itu dakwaan tidak benar dan saya harap Yang Berhormat Padang Serai bercakap di Dewan perkara yang benar. Jangan hendak menjatuhkan imej kerajaan dengan menyatakan perkara-perkara yang tidak benar saya mahu Yang Berhormat Padang Serai lebih bertanggungjawab macam mana Barisan Nasional bertanggungjawab.
Penjelasan.
Jadi oleh kerana masa sedikit sahaja lagi, saya bagi pelaunglah beberapa orang. Saya bagi Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Padang Serai.
Padang Serai.
Terima kasih. Arau dahulu. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri iaitu berhubung dua perkara, pendek sahaja. Saya ingin menarik perhatian yang lain sekali saya ini untuk kepentingan industri perikanan negara iaitu berhubung dengan Zon Ekonomi Eksklusif. Tidak bolehkah kita merancang dengan penguat kuasa kita yang pelbagai yang terdiri daripada APMM, jabatan perikanan, polis marin atau sebagainya ini termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia pun, kita adakan satu tracking system yang jelas di kawasan- kawasan ini membolehkan hanya bot-bot tertentu sahaja dikhaskan untuk menangkap ikan di kawasan-kawasan tertentu seperti mana yang lazim dipraktikkan di beberapa negara barat. Yang kedua, saya minta Yang Berhormat Menteri membuat siasatan berhubung dengan pendaratan ikan di Songkhla menerusi bot C1 dan C2. mereka dikatakan mengambil minyak daripada negara kita, minyak subsidi tetapi pendaratan ikan telah dibuat di negara jiran. Kalau ianya benar, maka kerajaan harus menangani perkara ini dengan kadar yang segera. Terima kasih.
Penjelasan.
Saya minta juga Kota Melaka juga boleh Menteri.
Yang Berhormat Rasah dahulu, Yang Berhormat Padang Serai, baru Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa dasar kerajaan dari segi ini tidak ada diskriminasi tetapi saya menjadi keliru. Ini kerana Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa tidak ada semua rakyat Malaysia diberikan, boleh menjadi ahli
pertubuhan peladang tetapi di sebaliknya Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa pertubuhan peladang kawasan Rembau ini bertaraf bumiputera. Jadi bagaimana, saya rasa keliru itu. Saya harap ada satu perintah, ada satu arahan yang jelas kepada semua pertubuhan peladang. Saya harap Yang Berhormat menteri boleh ambil tindakan sebab ini surat rasmi daripada pertubuhan peladang kawasan Rembau yang mengatakan bahawa pemohon ini tidak dapat diterima kerana pertubuhan kami bertaraf bumiputera. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil satu tindakan yang wajar, membuat satu arahan kepada semua pertubuhan peladang di seluruh negara supaya semua rakyat Malaysia berhak untuk menjadi ahli pertubuhan peladang ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya percaya menteri memang ada turun padang pergi ke Cameron Highland berjumpa dengan petani tetapi berjumpa dengan beberapa petani yang diatur dan bukan semua. Seperkara lagi kalau mahu jumpa petani-petani yang betul-betul buat kerja di ladang boleh hubungi saya. Seperkara lagi, alat pengukur pH yang tadi Yang Berhormat Menteri katakan itu mungkin benar kerajaan telah mengagihkan ataupun ada peruntukan untuk jabatan-jabatan pertanian tetapi di Cameron Highlands, Pejabat Pertanian Cameron Highlands saya sendiri yang pergi apabila ladang tomato saya ada menghadapi masalah acidic level. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Jadi masalah itu tidak dapat diselesaikan sehingga tiga minggu kerana tanah itu terpaksa dihantar ke Petaling Jaya dan ini benar. Mungkin maklumat yang diberikan oleh pegawai-pegawai Yang Berhormat Menteri datang ke sini baca, tetapi Yang Berhormat Menteri tidak ada turun ke ladang-ladang ataupun...
Tuan Pengerusi, tidak boleh bangkitkan kepentingan peribadi di dalam Dewan. Hak peribadi tidak boleh dibangkitkan.
Saya bangkitkan ini masalah peladang-peladang di Cameron Highlands. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Hah, siapa beri tanah? Cameron Highlands beri tanahkah?
Ini peraturan Dewan!
Tuan Pengerusi, saya.. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Jadi, apa yang saya bangkitkan di sini - Yang Berhormat Arau, tidak adalah. Apa yang saya bangkitkan di sini adalah masalah yang memang berlaku di kawasan pertanian. Masalah yang dihadapi oleh petani-petani dan akibat daripada mereka tidak dapat kesampaian daripada kerajaan, mereka terpaksa cari jalan sendiri dan kerajaan mesti proaktif terhadap ini, dan kalau perlu tolong turun dan pergi tengok sendiri. Jangan daripada pegawai-pegawai sahaja. Pegawai di Kuala Lumpur memberi laporan. Bila mereka balik dan check stock, ada perkakas di pejabat di Cameron Highlands di sana. Akan tetapi ini memang tidak ada. Tidak berlaku dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang betul-betul bernas, tetapi jawapan itu adalah daripada pegawai-pegawai. Terima kasih.
Yang terakhir Tuan Pengerusi Yang Berhormat daripada Seremban.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sungguhpun saya tidak dapat peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya dua perkara. Yang Berhormat Menteri, tanaman buah-buahan tempatan memang saya percaya juga digalakkan oleh kementerian. Saya ingin tahu tentang satu projek iaitu Taman Buah- buahan Tropika di Selandar. Selandar, Melaka yang pada tahun 2003 dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu. Tidak sampai lima tahun projek ini yang bernilai berpuluh juta telah gagal keseluruhannya dan dikatakan sebab tanah itu tidak sesuai untuk tanaman buah-buahan. Saya ingin minta satu penjelasan daripada kementerian. Adakah kajian atau laporan yang telah diterima oleh kementerian dan apakah sebabnya kajian tanah atau soil test tidak dibuat terlebih dahulu semasa projek ini dilaksanakan? Apa akan terjadi kepada tapak itu? Adakah satu tanaman atau satu projek yang lain ada menggantikannya? Tadi tentang ternakan. Saya juga hendak meminta penjelasan daripada kementerian iaitu tentang Melaka Beef Sdn. Bhd. yang kalau tidak salah saya rugi hampir RM1 juta. Apakah sebab projek ini gagal dan adakah sebab kawasan itu tidak sesuai untuk ternakan atau apa-apa sebab yang boleh kementerian beritahu kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Yang pertama, Yang Berhormat Seremban mengenai projek 2003 di Selandar. Saya tidak ada maklumat pada masa ini dan saya akan siasat kenapa ia gagal.
Itu di Melaka, Yang Berhormat Menteri. Bukan di Seremban.
Ya, sorry. Di Melaka, ya. Minta maaf. Di Selandar. Mengenai Melaka Beef Sdn. Bhd. di Selandar, Melaka. Yang kedua Melaka Beef Sdn. Bhd. rugi, saya kurang pasti sama ada ini projek kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat. Kita akan siasat. Yang Berhormat Padang Serai ada menimbulkan dua perkara. Saya tidak boleh jumpa dengan semua 2,200 orang petani. Yang Berhormat pun tidak pernah jumpa 2,200 orang ya. Jadi berwakil-wakillah. Biasa berjumpa dengan wakil persatuan. Jadi lain kali saya pergi saya jumpa kumpulan lain pulalah. Jadi mengenai pH tadi, ini dakwaan serius, Yang Berhormat. Saya ambil perhatian berat dan saya akan siasat. Akan tetapi pada awalnya Yang Berhormat semalam sebut tentang kita tidak mampu. Jadi jawapan saya, kita mampu. Alat itu ada dan boleh instance. Itu dibangkitkan semalam, Yang Berhormat. Sekarang ini Yang Berhormat bangkit cerita lain. Tomato ada hal peribadi pula ya. Jadi saya akan siasat perkara ini sampai ke akar umbi dan akan maklumkan kepada Yang Berhormat sewajarnya. Mengenai Yang Berhormat Rasah, PPK tadi. Yang Berhormat, bertaraf bumiputera ini kontraktor. Kontraktor ya. PPK adalah untuk semua Malaysia. Seperti yang saya maklum, di bawah PPK atau Pusat Khidmat Kontraktor, ada kontraktor yang bertaraf bumiputera dan ada yang bertaraf bukan bumiputera. Ini adalah untuk memberi peluang kepada bumiputera. Jadi mungkin PPK ini mahu supaya ia terus dapat kontrak. Kalau hilang taraf bumiputera, dengan adanya ahli bukan bumiputera dia akan hilang peluang. Itu mungkin. Jadi bukan PPK bertaraf bumiputera. Kontraktor bertaraf bumiputera. PPK tidak ada bumiputera dengan bukan bumiputera. Saya akan siasat perkara ini. Kita akan berunding dan berbincang dengan Yang Berhormat Rembau.
Seterusnya mengenai cadangan Yang Berhormat Arau. Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita ada VMS atau vehicle monitoring system untuk bot laut dalam. Bagi bot baru diwajibkan. Hendak renew dengan izin, kena pasang. Jadi insya-Allah satu hari nanti sudah pasti apabila kita makin canggih, perlu ada alat ini untuk kita tahu sama ada mereka ke laut ataupun tidak. Berkaitan dengan pendatang dari di Songkla, saya ingin memaklumkan bahawa sejak bulan Jun, vessels diwajibkan untuk mengisytiharkan tangkapan mereka di Malaysia. Kalau tidak, tidak dapat diesel. Kalau Yang Berhormat ada maklumat yang terperinci berkaitan perkara ini kerana bermula Jun, kalau tidak isytiharkan pendaratan di Malaysia kalau jual di Songkla, tidak layak mendapat subsidi. Jadi Yang Berhormat kata dapat subsidi tetapi jual di Songkla. Ini memang di bawah peraturan baru tidak boleh dan kalau Yang Berhormat ada maklumat terperinci, bagi kepada saya. Akhir sekali, Yang Berhormat Pokok Senalah. Ada lagi itu. Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Pokok Sena akhir, ya. Taklimat kepada Pengurus PPK. Tadi dakwaan diberikan pada 20 September 2008, taklimat Jemaah Pengarah PPK kepada semua pengarah 15 Oktober, Taklimat Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA 11 November dan taklimat kepada kesemua unit masih diteruskan. Jadi bermula 29, Yang Berhormat mendakwa tidak pernah dirunding petani-petani ini. Tiga tarikh. 20 September, 15 Oktober dan 11 November iaitu dua hari lepas diadakan taklimat. Jadi dakwaan Yang Berhormat adalah tidak benar. Yang Berhormat berkata, berbohong Dewan ini menyatakan bahawa tidak ada perundingan dengan petani. Tidak benar. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya amat menghargai segala pandangan termasuk Yang Berhormat Pokok Sena. Insya-Allah kita akan membuat siasatan atas perkara yang belum lagi dapat diselesaikan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ada lagi, itu.
Habis, Yang Berhormat. Sudah diambil tindakan, Yang Berhormat. Akan diambil tindakan.
Itu kena bagi ruang lagi dekat saya. Ada lagi hujah.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,807,494,100 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM3,807,494,100 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan RM2,777,272,800 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,777,272,800 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.22 [Jadual] - Maksud P.22 [Anggaran Pembangunan 2009] -Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala B. 22 dan Kepala P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir rahmanir rahim. Saya hendak menarik perhatian Jawatankuasa pada hari ini pada Butiran 020400 - Pendidikan Masyarakat, Butiran 020500 - Bina Insan dan Butiran 020800 - Latihan, bersekali. Pada hari ini saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan menghargai peranan dan sumbangan pihak KEMAS di kawasan saya di Batang Sadong, kerana sumbangan mereka dalam mendekati rakyat dan membantu orang ramai melalui program mereka dengan izin, Outreaching Program. Membantu rakyat dari segi pelajaran untuk tadika dan juga orang-orang kampung mempelajari ilmu-ilmu melalui tenaga pengajar KEMAS.
Di sini saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada kementerian akan menggunakan peruntukan ini untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai mereka, pegawai-pegawai KEMAS melalui latihan dan meluaskan lagi ilmu yang ada. Ini bagi meluaskan kawasan yang boleh mereka capai melalui tenaga pengajar mereka supaya boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka di kawasan-kawasan kita kerana kawasan kita ialah satu kawasan yang begitu terpencil dan memerlukan ilmu pengetahuan dari tenaga pengajar KEMAS ini supaya mereka boleh membantu orang setempat untuk belajar. Kalau boleh saya ingin mencadangkan di sini kerana pada masa ini kita nampak harga kelapa sawit sudah menurun. Maka saya nak mencadangkan agar pihak KEMAS boleh memperkenalkan penggunaan-penggunaan bahan-bahan lain dari tanaman kelapa sawit ini dari segi buahnya kah, bijinya kah, dari dahannya kah. Dari pokok kelapa itu sendiri banyak bahan dengan izin, raw materials itu boleh menggunakan untuk menghasilkan produk-produk lain dan boleh melatih orang kampung menghasilkan dan menjadi pengusaha kelapa sawit ini supaya mereka boleh mengeluarkan produk dari kelapa sawit ini untuk dikomersialkan. Seterusnya ialah Butiran 01700 - Bekalan Elektrik Luar Bandar, 01702 – Sarawak, 01707 – Pemasangan / Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung dan 02000 - Bekalan Air Luar Bandar dan juga 02002 – Sarawak. Kalau kita lihat masih ramai lagi penduduk di negeri Sarawak masih belum dapat menikmati bekalan air bersih, bekalan elektrik ke luar bandar dan juga jalan kampung yang baik. Pada satu masa dulu teringat saya menonton televisyen, seorang pelajar selepas menduduki peperiksaan SPM dan sudah keluar keputusannya. Pelajar dari semenanjung ini mengatakan apabila ditanya, diinterview oleh pemberita di televisyen, pelajar ini menyatakan, “Saya apply untuk masuk universiti melalui online application”, dengan izin, dan dia kata di semenanjung ini senang, mana-mana pun dapat. Saya sebagai seorang yang dari kawasan terpencil dari negeri Sarawak, apabila menyaksikan perkara ini di televisyen, saya merasa bagi pihak pelajar-pelajar baru lepasan SPM ataupun Form 6 yang juga akan dikehendaki untuk apply secara online kerana mereka mempunyai masalah. Walaupun sekarang ini kita ada jalur lebar, high-speed broadband kah, mana- mana di seluruh negara ini dan ada sebahagian di negeri Sarawak, tetapi kalau tidak ada bekalan elektrik, tidak ada gunanya bagi mereka. Jadi ini menyedihkan bagi mereka. Jadi saya berharap peruntukan kali ini digunakan untuk mempercepatkan proses untuk membekalkan bekalan air, elektrik dan juga jalan raya untuk kawasan kita di Batang Sadong.
Seterusnya juga mengenai bekalan air dan elektrik, ia juga memberi implikasi sampingan kepada penduduk kampung di kawasan kita kerana kalau tidak ada elektrik dan bagi penduduk di luar bandar ini untuk menikmati seperti menggunakan lampu, mereka perlu membeli genset. Untuk mengaktifkan genset ini mereka memerlukan bahan api untuk ia menjadi aktif dan untuk membeli bahan api ini, sudahlah mereka ini orang luar bandar, sudahlah jauh dari kawasan bandar mereka perlu turun naik untuk pergi membeli bahan api ini walaupun sekarang ini harga minyak sudah menurun. Akan tetapi orang susah lebih bertambah susah lagi kerana mereka terpaksa turun naik membeli minyak untuk mengaktifkan bahan api untuk membolehkan mereka menikmati elektrik melalui genset ini. Jadi saya berharap pihak kementerian mengambil perhatian terhadap ini juga dan bagi pelajar-pelajar, mereka memerlukan siaran televisyen yang berkaitan untuk membantu mereka meluaskan lagi minda mereka kalau mereka menonton TV, maka boleh lagi membantu mereka menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Jadi ini yang mereka tidak dapat nikmati di kawasan-kawasan yang terpencil seperti kawasan kita di Batang Sadong, itu saja perbahasan saya. Terima kasih
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada menteri dan timbalan menteri pada hari ini. Saya nak menyentuh tentang 03200 - Program Kesejahteraan Rakyat. Saya rasa ini mungkin melibatkan perumahan rakyat ataupun rumah-rumah yang akan dibuat untuk rakyat di samping pembasmian kemiskinan di luar bandar. Saya mendapat berita daripada kawasan berhubung dengan satu kes, saya rasa ini bukan spesifik tapi ini melibatkan ramai rakyat. Apabila dia mendapat berita bahawasanya perumahan rumah mesra rakyat yang melibatkan geran ataupun tanah untuk dibina rumah, dia pun pergilah ke pejabat untuk mendapatkan borang. Akan tetapi apa yang menjadi masalah yang dirisaukan oleh rakyat ialah apabila dia meletakkan kad pengenalan untuk disemak, pegawai membawa masuk kad pengenalan dalam pejabat dan dia kata, “Pakcik kena isi borang UMNO dulu”. Ini yang menjadi masalah pada orang kampung, kadang-kadang mereka merasa begitu tergurislah, nak mendapat borang pun terpaksa isi borang UMNO dulu. Ini rakyat yang miskin yang tidak ada rumah nak mendapatkan rumah. Saya nak tahu adakah ini merupakan dasar daripada kementerian. Keduanya, 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar, begitu juga dengan jalan-jalan ini. Apa yang berlaku di tempat saya dua tiga tempat dan saya dah masuk dua tiga kali dalam blog saya dan saya juga telah bawa pemberita Metro ke tempat saya. Jalan yang terpaksa kalau kita nak guna, kena guna gear lompat. Dia dari rumah Pengerusi JKK jalan tar daripada jalan besar jalan tar, di tengah-tengah dalam 100-200 meter tidak dimasukkan tar kerana dia masukkan jalan itu start daripada tangga rumah Pengerusi JKKK. Sekarang ini JKKP lah saya rasa, tapi saya harap Perdana Menteri yang baru yang berjanji 30 kilometer daripada bandar itu akan ditarkan ataupun dimasukkan jalan. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku pada masa yang akan datang. Kemudiannya yang ketiga iaitu 01707 – Pemasangan / Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung, saya mendapat gambaran bahawasanya tidak ada lagi lampu-lampu ini, adakah perkara ini benar? Kita dapati pengedaran lampu-lampu ini juga bertompok-tompok, tidak menyeluruh kepada kawasan-kawasan kampung. Saya harap perkara ini diperbetul oleh menteri yang baru walaupun tidak ada kawasan tetapi insya-Allah akan menang timbalan presiden. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil peranan dalam perbahasan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, saya rujuk kepada P.22 Butiran 030200 - Pendidikan Pra - Sekolah. Saya dapati di negeri Sabah terutamanya di kawasan saya Tuan Pengerusi ialah masalah dari segi pengambilan tanah tapak untuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh orang kampung ataupun pemimpin-pemimpin tempatan di kampung untuk
menubuhkan sekolah-sekolah pra sekolah Tabika KEMAS ini. Saya ingin bertanya sama ada kementerian ada mempunyai satu gerakan yang teratur untuk meminta kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan tapak-tapak, menjadikan tapak untuk membina Tabika KEMAS ini.
Seperti mana yang kita tahu, pendidikan pra sekolah ini amat penting. Baru -baru ini saya telah diberitahu oleh pegawai-pegawai KEMAS di daerah Kota Belud bahawa masalah yang terbesar ialah pengambilan ataupun kawasan yang perlu di ambil untuk menyediakan tapak untuk pembinaan Tabika KEMAS ini. Kemudiannya, saya ingin merujuk juga kepada butiran 01700 – Bekalan Elektrik Luar Bandar dan juga bersama dengan 02000 – Bekalan Air Luar Bandar yang ada berhubung kait dengan negeri Sabah 01703 dan 02003. Tuan Pengerusi daerah Kota Belud adalah salah satu daerah yang termiskin di negeri Sabah dan negeri Sabah adalah salah satu negeri yang termiskin. Jadi, by extension dengan izin, daerah Kota Belud ini yang merupakan antara daerah yang termiskin di negara Malaysia. Jadi, saya minta kementerian untuk memberi perhatian yang khusus kepada daerah ini yang begitu besar yang meliputi kawasan daripada kaki Gunung Kinabalu sampailah beberapa pulau di Laut China Selatan. Saya minta supaya kalau boleh perhatian diberikan kepada jalan-jalan kecil yang menuju ke kampung-kampung di mana hasil-hasil tuaian tanaman dan buah-buahan tidak dapat dibawa ke pekan untuk dijual akibat kekurangan jalan-jalan kampung yang memasuki tempat-tempat berkenaan. Kalau boleh saya minta dari Yang Berhormat Menteri untuk menyenaraikan kepada saya mungkin kalau boleh perancangan kementerian untuk RMK-9 khusus kepada Parlimen Kota Belud. Seterusnya Tuan Pengerusi saya juga ingin menyentuh tentang butiran 040000 – RISDA. Di negeri Sabah RISDA ini mungkin tidak begitu aktif ataupun ternampak tidak begitu aktif. Saya diberitahu mereka hanya mengadakan program-program training dan sebagainya. Saya tidak tahu apakah kekangannya tetapi tujuan penubuhan RISDA untuk membentuk masyarakat pekebun kecil yang lebih progresif ini perlu diperluaskan dan diberi perhatian di negeri Sabah. Saya tidak tahu sama ada kekangan ini dari segi enakmen atau Akta Kerajaan Negeri itu mungkin boleh diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang terakhir ialah butiran 045000 – LIGS atau Lembaga Industri Getah Sabah. Saya dapati di sini diperuntukkan sebanyak RM4 juta lebih, RM4.75 juta, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apa sebenarnya peruntukkan ini, untuk apa? Tujuannya? Kerana di negeri Sabah ini kita dengar banyak masalah pekebun-pekebun kecil ini tidak dapat diselesaikan oleh LIGS atau Lembaga Industri Getah Sabah ini. Contohnya masalah benih getah yang tidak cukup dan harga getah yang tidak dapat distabilkan oleh LIGS, dan juga enakmen-enakmen negeri atau pun akta-akta kerajaan negeri yang melarang untuk penjualan getah asli, getah kepingan ini daripada pembeli di luar negeri Sabah. Saya tidak tahu, itu adalah bidang kuasa kementerian atau tidak cuma saya ingin hendak tanya peruntukkan RM4.75 juta itu untuk apa? Diharap supaya kementerian dapat memberitahu kepada LIGS supaya mereka lebih proaktif dalam menjaga kepentingan pekebun-pekebun kecil di negeri Sabah. Terima kasih.
Ya. Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin memberikan sedikit pandangan mengenai perkara yang kita bincangkan dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini yang antara bidang cakupannya atau salah satu agensi yang terlibat adalah KESEDAR, satu kawasan yang luas di Kelantan Selatan yang dikendalikan oleh satu agensi pusat yang melibatkan tanah dan juga urusan-
urusan pembangunan tanah dan infrastruktur. Ada 15 aktiviti Tuan Pengerusi di bawah KESEDAR ini. Saya ingin memuji kebelakangan ini hubungan antara kerajaan negeri dengan KESEDAR agak baik malah beberapa pampasan ataupun premium-premium tanah sudah mula dibayarkan kepada kerajaan negeri. Jadi suasana cukup baik dan Pengerusi KESEDAR pun Ketua Bahagian Kuala Krai dan Kuala Krai telah mencalonkan Tan Seri Menteri sebagai calon ini jadi kita rasa kena bagi perhatian sikit lah Kuala Krai, ya. Mudah- mudahan kita akan dapat satu kepimpinan yang baik. Jadi, saya hendak mengambil peluang ini mengajak kementerian untuk menggunakan suasana yang sedang baik ini untuk meminta ataupun mengajak kerajaan negeri melalui wakil rasmi kerajaan negeri duduk di dalam KESEDAR yang suatu ketika dulu pernah ada saya dimaklumkan setiausaha kerajaan negeri berada tetapi tidak lama dan selepas itu tidak ada wakil kerajaan negeri di dalam lembaga berkenaan. Saya rasa sebagai sebuah agensi yang besar dalam sebuah negeri Kelantan elok rasanya. Ini masa yang sesuai untuk mempunyai seorang wakil rasmi daripada kerajaan negeri. Di harapkan supaya permintaan ini dipertimbangkan. Mengenai perkara B.22 mengenai Bekalan Air Luar Bandar, saya ingin bertanya sama ada kementerian ini melalui KESEDAR jugalah akan mempertingkatkan lagi urusan penyampaian bekalan air, memperbaiki yang ada dan menambah yang ada kerana kita tahu di kawasan-kawasan KESEDAR masih lagi banyak tempat-tempat yang tidak dapat bekalan air yang baik kerana air Kelantan hanya meliputi sebahagian, kemudian air-air daripada Jabatan Kesihatan sebahagian. KESEDAR mempunyai tanggungjawab dan juga peranan yang besar dan kita mencadangkan supaya untuk mengelakkan masalah keputusan air dan juga air yang tidak berkualiti supaya KESEDAR memberikan tumpuan dengan perbelanjaan yang ada itu sebahagiannya ditumpukan kepada pembekalan air selamat kepada penduduk-penduduk di Kelantan Selatan termasuk di Kuala Krai. Begitu juga, saya hendak menarik perhatian kepada jalan-jalan luar bandar 02300 memang dilema sekarang ini ialah keadaan jalan yang sangat teruk ditambah pula dengan keadaan cuaca yang lembap yang menyebabkan banyak jalan-jalan di luar bandar rosak. Saya telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada kementerian melalui surat saya, itu hanya sebahagian kecil daripada beberapa keadaan yang saya maklumkan kepada kementerian untuk di ambil tindakan kerana keadaan terlalu meruncing sehingga perhubungan antara penduduk di satu kampung dengan kampung yang lain terjejas kerana jalan yang begitu rosak. Jadi, saya rasa pembangunan jalan-jalan ini tidak meningkatkan kos yang tinggi, sebahagiannya hanya memerlukan jalan konkrit yang dibuka bukan untuk kereta pun untuk laluan motosikal dan basikal sepanjang 6km, 7km yang saya rasa belanjanya tidak banyak. Jadi atas surat-surat yang saya telah kemukakan kepada kementerian kita harap dapat diberikan sedikit perhatian supaya dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah-masalah yang ada. begitu juga dalam pembangunan jambatan-jambatan kecil. Jambatan, walaupun tidak kecil sungainya banyak di Kelantan ini memerlukan bantuan walaupun jabatan yang lain, kementerian yang lain saya minta Kementerian Luar bandar dan Wilayah ini memanjangkan masalah yang ada di beberapa tempat ini supaya ada pembangunan yang bersepadu, mungkin dengan Jabatan Kerja Raya dan sebagainya kerana masih ada lagi kampung-kampung di kawasan saya dan di Kelantan sana yang tidak boleh dihubungi dengan jalan raya melainkan menggunakan perahu-perahu dan juga bot-bot. Jadi dalam era pembangunan kita kali ini, saya rasa perkara ini patutnya sudah berlalu dan kita minta diberikan perhatian oleh kementerian. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
[Bangun].
Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sebenarnya sikit sahaja.
Sikit sahaja Yang Berhormat.
Ya, P.22 ini iaitu Butiran 01000 – Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Saya membangkitkan perkara ini sebab di kawasan saya ada tiga penempatan Orang Asli. Pertama ialah di Minyak Beku ini saya ingin tahu maksudnya bilakah pemindahan penempatan Orang Asli ini akan dilaksanakan.
Kalau boleh saya minta dalam usaha kita untuk mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli ini, maka perkara ini dapat diberikan perhatian. Yang keduanya ialah penempatan Orang Asli di Rengit, kampung bumiputera dalam kebanyakan daripada mereka berniaga barang-barang secondhand yang diambil daripada Singapura. Mereka ini sebenarnya selain daripada menjadi nelayan mereka juga menjual barang-barang ini dan dahulunya sudah pun diberikan kelulusan pembangunan untuk menambak kawasan tersebut untuk didirikan tempat yang lebih teratur untuk mereka berniaga. Ini disebabkan saya melihat kebanyakan pelanggan ini datangnya dari seluruh Malaysia membeli barang-barang elektrik terutamanya dan perabotan jati daripada secondhand yang dibawa daripada Singapura. Ini sebenarnya baik untuk menambah jumlah pendapatan mereka. Oleh sebab itulah saya berharap jalan masuk itu maksudnya dibangunkan semula sebab jalannya terlalu sempit, kereta banyak masuk terutamanya lori yang membawa barang-barang ini. Jadi saya berharap kalau kita memberikan perhatian kepada mereka, sebenarnya ini baik untuk mereka menambah pendapatan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Yang keduanya ialah tentang kehidupan. Kebanyakan mereka ini adalah nelayan sebenarnya. Saya difahamkan di pihak LKIM sepatutnya Kementerian Luar ini boleh bekerjasama dengan mereka yang mengadakan projek transformasi nelayan. Saya rasa ini wajar juga diambil contoh oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini supaya nelayan-nelayan di kalangan Orang Asli ini, mereka tidak ada perubahan sebenarnya dari segi hasil pendapatan mereka. Mungkin boleh ditiru projek LKIM ini iaitu transformasi nelayan ini. Butiran yang kedua yang ingin saya sentuh di sini ialah Butiran 01707 iaitu Pemasangan Penyelenggaraan Lampu-lampu Jalan Kampung ini. Saya dapati bahawa seperti tidak ada keseimbangan di dalam memberikan peruntukan ini. Contohnya di kawasan Parlimen saya di Rengit, boleh dikatakan sepanjang jalan kampung itu penuh dengan lampu-lampu jalan tetapi di Senggarang tidak ada. Baru-baru ini saya sudah mengemukakan permohonan baru yang mengikut segala peraturan yang dikenakan, dah hampir enam bulan semenjak jadi Ahli Parlimen ini sampai sekarang pun belum lagi ditunaikan. Saya berharap ini dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian. Yang ketiga ialah Butiran 02500 iaitu Jalan Kampung dan Penyelenggaraan. Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana banyak memberikan peruntukan untuk menaik taraf jalan-jalan kampung ini. Cuma yang menjadi masalah ialah boleh dikatakan kita masih menggunakan specs yang lama, dengan izin. Iaitu kalau boleh, kita jangan lagi bina jalan kampung dengan lebar yang sama. Ini adalah sebab boleh dikatakan orang- orang kampung semua sudah ada kereta. Jadi, kadang-kadang boleh satu kereta sahaja lalu atau pun bila dua kereta bertembung, maka satu kereta terpaksa berhenti lebih jauh lagi untuk memberi laluan kepada kereta yang datang. Jadi kalau boleh, maksudnya ubahkan lebar jalan ini sesuai dengan keadaan perubahan masyarakat di kampung yang
sudah memiliki banyak kereta ini. Jadi, tidak adalah kita terpaksa lagi memohon peruntukan tambahan untuk side table dan sebagainya. Yang kedua adalah dari segi kualiti. Jalan-jalan kampung ini sering rosak. Akhirnya kita terpaksa memohon peruntukan tambahan untuk menaik taraf jalan-jalan yang rosak ini, yang berlubang balik dan sebagainya. Saya berharap biarlah kali ini kita menentukan specs yang lebih berkualiti tinggi supaya jalan kampung ini tidak rosak. Yang akhir sekali Tuan Pengerusi tentang KEJORA ini. KEJORA di Johor ini dia menjadi satu isu ialah kerana apabila dia diswastakan, habis tanah-tanah ini diberikan kepada satu pihak yang lain. Akan tetapi dari segi pentadbiran, pengurusan dan sebagainya, tidak diswastakan atau diambil alih. Akan tetapi tanah 40,000 ekar ini iaitu tanah KEJORA khususnya di kawasan Desaru ini diambil alih. Jadi, seperti tidak adil. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku dan ini membawa kesan sebenarnya kepada KEJORA itu sendiri dan saya harap ia ada sedikit penjelasan apakah kita tidak boleh mengubah balik keadaan ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, amat ringkas sekali iaitu berkaitan dengan KEMAS, 00400 Pendidikan Prasekolah. Beberapa bulan yang lalu, Yang Berhormat Menteri mengumumkan bahawa kementerian telah memutuskan untuk memberi dan membekalkan vitamin-vitamin kepada pelajar-pelajar iaitu anak-anak kita di KEMAS. Saya terkejut dan terperanjat mendengar pengisytiharan Yang Berhormat Menteri itu dan diumumkan bersekali bahawa sejumlah RM17 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Tuan Pengerusi, saya bukan doktor ataupun pharmacist. Akan tetapi saya ada sedikit sebanyak membaca beberapa iaitu berbagai-bagai laporan dan tulisan daripada pakar-pakar perubatan, doktor dan sebagainya. Yang mana ada di kalangan tulisan-tulisan tersebut termasuk yang terakhir yang saya baca merumuskan bahawa manusia yang mengambil vitamin ini secara umumnya hayat mereka lebih pendek daripada manusia yang tidak mengambil vitamin. Ini fakta yang saya baca dan kalau hendak dipersoalkan, saya boleh rujuk balik melalui Google tentang maklumat tersebut. Jadi saya agak bimbang apabila kementerian membuat keputusan untuk anak- anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun ini. Saya tidak mahu nanti pada 3, 4 tahun atau 5, 6 tahun yang akan datang, kita akan baca laporan bahawa beberapa ratus ribu rakyat Malaysia telah terencat itulah, terencat inilah, cacat sana, cacat sini kerana 5, 6 tahun dahulu di peringkat KEMAS, mereka telah diberikan vitamin yang telah dipersetujui dan diputuskan oleh kementerian. Kalau itu berlaku, yang saman-saman itu adalah satu hal, yang berbilion-bilion lainnya. Akan tetapi kehilangan tenaga insan, manusia, tenaga rakyat Malaysia amatlah membimbangkan. Jadi harapan saya ialah kementerian benar-benar membuat kajian dan mendapatkan rujukan daripada Kementerian Kesihatan dan pakar-pakar kesihatan dan seboleh-bolehnya membuat sedikit penyelidikan tentang baik-buruknya vitamin-vitamin ini untuk anak-anak. Kalau dari segi makanan sihat, sama ada susu, telor, roti yang baik dan sebagainya, itu sudah tentu saya sokong dan saya fikir tidak kontroversi pandangan itu. Makanan yang sihat diberikan di sekolah, air yang dirawat dan tidak kotor atau tidak terlalu banyak klorin dan sebagainya, itu sudah tentu sepatutnya diberi perhatian oleh kementerian. Akan tetapi untuk memutuskan dengan semudah itu vitamin untuk anak-anak kita ini, saya amat-amat bimbang dan ragu-ragu sekali. Keduanya dalam perkara yang sama ialah yang berkaitan dengan masalah Kementerian Pelajaran kita selama beberapa tahun ini menganggap bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat lemah. Menyebabkan kerajaan terpaksa mengorbankan dasar bahasa kebangsaan kita tentang bahasa Melayu ini sehingga merubah sistem pendidikan
kita dan memaksa anak-anak kita untuk diberikan pengajaran dalam bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik. Apa kata kalau KEMAS memberikan sedikit penumpuan kepada pengajaran bahasa Inggeris di peringkat KEMAS lagi supaya apabila anak-anak kita pergi ke sekolah rendah nanti, akan mempunyai penguasaan selain daripada bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, juga bahasa Inggeris. Kalaulah itu berjaya KEMAS capai dan lakukan, maka ia tidak akan lagi menjadi asas kepada jabatan dan kementerian lain untuk mewajibkan pula bahasa Inggeris. Saya bimbang kalau dibuat keputusan selepas UPSR ini bahawa penguasaan bahasa Inggeris masih lagi lemah, kerajaan dan Kementerian Pelajaran membuat dasar pula bahawa bukan sahaja matematik dan sains tetapi geografi dan sejarah mesti diajar di dalam bahasa Inggeris.
Kalau itu kesimpulan kementerian yang mana setakat ini pengalaman kita dengan Kementerian Pelajaran ini amat-amat membimbangkan dan mengelirukan kita. Jadi itu dua sahaja cadangan saya, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Rembau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin tampil untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa. Pertamanya saya rujuk kepada Maksud Pembangunan 22, Perkara 03200 iaitu Program Kesejahteraan Rakyat dan di sini saya melihat bahawa hampir RM700 juta telah diperuntukkan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan untuk program tersebut dan sebahagian besar 50% telah pun dibelanjakan dan pada tahun depan diperuntukkan hampir RM200 juta. Jadi di sini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah falsafah untuk digunakan duit bagi Program Kesejahteraan Rakyat ini kerana saya tahu antara tujuan utama program ini adalah untuk menghapuskan kemiskinan tegar, memberi kemahiran dan sebagainya kepada miskin tegar di kawasan luar bandar. Akan tetapi saya hendak soal di sini, apakah pencapaian setakat ini dan apakah fokus bagi tahun depan untuk memastikan program ini berjaya termasuklah keutamaan dari segi wilayah dan juga falsafah pembangunan tersebut. Ini kerana kalau kita lihat kerajaan pada hari ini ada tujuan, ada matlamat untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2010, tetapi satu masalah yang besar juga adalah bagaimana miskin tegar ini yang akan mungkin masuk ke dalam golongan miskin sahaja dapat diangkat daripada golongan miskin ke golongan middle class dan sebagainya. Saya rasa itu pun satu cabaran yang penting yang barangkali kita perlu memberi penekanan sedikit kepada program tersebut. Apabila mereka keluar daripada miskin tegar, saya rasa senang kerana mungkin kita bagi bantuan kebajikan, kita perkasakan dari segi ekonomi sedikit sebanyak. Namun untuk sustain, untuk kekalkan perkasaan itu daripada kerajaan untuk memastikan bahawa mereka yang miskin tegar ini keluar terus daripada kepompong miskin itu. Itu menjadi satu perkara yang penting dan saya harap ada penelitian yang sedikit dalam jawapan menteri nanti dari segi pendekatan, fokus dan juga keutamaan dari segi pelaksanaan Program Kesejahteraan Rakyat ini di kawasan luar bandar. Yang kedua adalah Maksud Pembangunan 22, Perkara 02300 dan juga 02500 yang berhubung kait dengan jalan luar bandar, penyelenggaraan jalan kampung dan sebagainya. Seperti mana Yang Berhormat Menteri tahu ini menjadi masalah ruji atau staple problem bagi wakil-wakil rakyat terutamanya seperti saya dan rakan-rakan yang datang dari kawasan luar bandar yang mewakili rakyat di luar bandar. Di sini saya minta sekali lagi dijelaskan apakah kriteria keutamaan, prioriti dari segi perbelanjaan yang cukup besar ini untuk jalan-jalan kampung dan juga jalan-jalan luar bandar seperti mana yang saya rasa semua wakil rakyat telah kemukakan permintaan dan wish list masing-masing. Saya pun di ketiga-tiga DUN yang saya mewakili di kawasan luar
bandar pun saya sudah hantar wish list saya dan saya harap menteri boleh memberi gambaran bagaimana perbelanjaan ini akan dilaksanakan agar diberi secara adil dan saksama kepada setiap kawasan yang ada di luar bandar. Yang ketiga, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pengerusi, Maksud Bekalan 22, Perkara 100300 berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Di kawasan Rembau juga, di Kampung Miku, di Kampung Seperi dan juga di Kampung Seri Kendung ada banyak masyarakat Orang Asli di sana. Di sini saya agak risau sedikit kerana kalau kita melihat Perkara 100300 dalam One-Off Item, kita melihat bahawa ada peruntukan one-off sebanyak RM23.1 juta. Akan tetapi kalau kita lihat pula kepada Butiran 030300 iaitu dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli itu sendiri, kalau kita lihat dari segi khidmat pengurusan, perancangan dan penyelidikan, pembangunan sosioekonomi, kesihatan dan perubatan, semuanya dikurangkan peruntukan dari tahun 2008 sampai ke 2009. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah sebab peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam perkara yang asas seperti kesihatan, seperti perkasaan ekonomi dan sebagainya dikurangkan. Ini kerana bagi saya kita tidak sepatutnya membiarkan Orang Asli ini jadi satu masyarakat yang dispossess sedang tidak dijaga, yang tidak dibawa bersama dengan kita dalam arus pembangunan perdana dan sebagainya. Apabila saya melihat ada kekurangan dari segi peruntukan daripada tahun lepas, saya pohon Yang Berhormat Menteri mungkin ada jawapan untuk menunjuk bahawa ini mungkin satu perkara yang tidak diteruskan selepas ini. Terakhir adalah mengenai Bekalan Air Luar Bandar, Maksud Pembangunan 22, Perkara 02000. Di sini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian, adakah tidak bekalan air luar bandar untuk estet-estet ini masuk juga dalam Skim Bekalan Air Luar Bandar. Ini kerana saya rasa estet-estet lama ini dan terutamanya saya melihat kepada kawasan saya sendiri ada estet yang telah ditubuhkan, diwujudkan pada zaman British dahulu seperti Estet Ladang Perhentian Tinggi yang masih lagi mendapat air melalui air bukit dan sebagainya. Kini kita telah memohon daripada kementerian untuk diadakan bekalan air terus kepada estet-estet tersebut. Saya telah buat lawatan, saya rasa betul-betul bahawa ini menjadi keutamaan kerana sudah sekian lama sejak pra kemerdekaan estet-estet ini tidak diberi bekalan air yang bersih, yang constant, yang dibiayai dan dibina oleh kerajaan. Jadi saya harap dalam Bekalan Air Luar Bandar ini perhatian yang lebih juga boleh diberi kepada estet-estet terutamanya estet-estet lama ini yang sudah tentunya kita rasa perlu kepada pembiayaan daripada kerajaan. Terima kasih.
Bandar Tun Razak.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyertai perbincangan mengenai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, B.22 dan perkara yang saya hendak bincangkan, pertama ialah 020000 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Yang pertama, saya melihat belanja yang akan dibelanjakan secara menyeluruh ialah melebihi RM444 juta. Saya hendak menteri menjelaskan tentang berapa jumlah guna tenaga yang digunakan dalam usaha menjalankan pentadbiran dan operasi KEMAS ini dan pecahan pendapatan purata yang telah dibuat sudah berapa tahun. Tahun sebelumnya kerajaan telah membelanjakan pada 2008 lebih RM500 juta dan tahun akan datang adalah RM444 juta.
Kedua, saya dapati ini supaya kita dapat melihat adakah ini merupakan pendapatan utama guna tenaga dalam KEMAS ataupun merupakan pendapatan sampingan dan kita akan melihat bagaimana guna tenaga ini dapat digunakan dalam menjalankan usaha-usaha kebajikan yang diutarakan oleh kementerian ini. Ketiga, saya ingin membangkitkan tentang isu mengenai Pengurusan Pemakanan dalam 20700. Saya dapati dalam ceraian itu ada lima guna tenaga, lima jawatan yang membelanjakan RM80 juta dan saya ingin melihat penerangan tentang pecahan penggunaan dana tersebut dan bagaimana ia akan dapat menolong dalam usaha strategi KEMAS sepenuhnya. Perkara yang keempat, saya juga meneliti tidak ada peruntukan untuk JKKP dalam belanja ini. Jadi nanti pihak menteri akan menerangkan dalam saluran mana perbelanjaan JKKP dimasukkan supaya kita dapat, sebab biasanya JKK ini adalah antara bayaran- bayaran yang dibuat oleh negeri. Akan tetapi Oleh kerana kita sudah ada JKKP ini jadi saya hendak tengok peruntukan yang mana dan peruntukan ini diambil daripada mana.
Perkara yang ketiga, kita akan menggunakan sejumlah lebih kurang RM300 juta untuk menyediakan sistem aplikasi pangkalan data dan rangkaian komunikasi KEMAS dan teknologi maklumat info desa. Jadi, daripada perbincangan yang dibincangkan oleh ramai rakan, kalau ini ada maknanya ada connectivity dan berapa banyak unit ataupun pangkalan unit desa ini yang tiada mempunyai rangkaian ini dan berapa ramai bilangan yang tidak mempunyai elektrik. Jadi, kalau itu kita boleh kaji sama ada perbelanjaan RM300 juta ini akan meresap ke semua desa ataupun sebahagian daripadanya. Saya dapati perbelanjaan ini semakin lama semakin menurun dan apakah yang telah digunakan? Satu perkara yang jelas daripada pengalaman saya dalam pembelian komputer dan seterusnya, biasanya alat-alat ini akan write-off nya ataupun terjejasnya, ataupun susut nilainya atau depreciation, hanya tiga tahun. Akan tetapi kalau perbelanjaan ini sudah melebihi empat tahun, besok duit itu nanti akan digunakan semula bagi membeli komputer- komputer. Jadi, ini bukan dapat digunakan sepenuhnya. Adakah syarikat yang terlibat dalam usaha penswastaan. Kalau ada penswastaan, apakah syarikat-syarikat yang terlibat dalam usaha penswastaan ini dan bagaimana akhirnya sistem-sistem ini akan memberi manfaat kepada KEMAS. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin menyentuh 01702 berkaitan dengan bekalan elektrik luar bandar. Sarawak menyertai Malaysia sudah genap 45 tahun. Namun apa yang kami masih perlukan di Sarawak ialah bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalan-jalan raya. Di kawasan saya sendiri, kawasan Parlimen Mambong, kampung-kampung yang terdekat hanya 22 kilometer daripada Bandaraya Kuching, di selatan bandar raya Kuching. Namun ada juga kampung- kampung yang jauh yang terletak di sempadan. Di kawasan Parlimen Mambong terdapat 20 buah kampung yang belum lagi menikmati bekalan elektrik luar bandar. Selain daripada itu terdapat lebih daripada 25 buah kampung lagi yang memerlukan bekalan elektrik tambahan. Kalau hendak kira jumlah rumah memang banyak. Oleh itu saya akan beri senarai kepada kementerian. Saya tidak sebutkan di sini. Keduanya, saya ingin menyentuh tentang bekalan air bersih luar bandar. Begitu juga dengan perkara ini. Ada 55 buah kampung lagi memerlukan bekalan air bersih luar bandar di kawasan Mambong, kerana rakyat di situ tidak boleh dan tidak dapat menggunakan air sungai yang kian tercemar. Perkara yang terakhir iaitu yang ketiga ialah jalan-jalan luar bandar. Di kawasan Parlimen Mambong, dalam Kajian Separuh Penggal terdapat enam batang jalan yang saya faham telah pun diluluskan dengan pengagihan peruntukan sekali. Jalan-jalan tersebut ialah:
(i) Jalan Tiang Bukap ke Kampung Bayur; (ii) Jalan Tiang Bukap ke Kampung Sira, ke Kampung Nyabet, ke Kampung Taee; (iii) Jalan Sungai Serin ke Kampung Sekuduk, ke Kampung Chupak; (iv) Jalan Bau ke Kampung Semadang; (v) Jalan Anah Rais ke Kampung Sadir ke Kampung Sebakar; dan (vi) Jalan Siburan ke Kampung Mesaan, ke Kampung Sungai Duuh dan Kampung Sentah . Saya harap jalan-jalan yang saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan di peringkat Jawatankuasa B.22. Saya ingin menyentuh Butiran 010700 berkenaan dengan pembangunan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan sejauh mana perancangan untuk menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dan kawasan di antara negeri terutama di antara negeri di sebelah Pantai Timur dan Pantai Barat terutama kami termasuk juga Sabah dan Sarawak. Kalau kita lihat dari keseimbangan infra terutama di kawasan luar bandar kami masih jauh ketinggalan dan saya harapkan dengan peruntukan RM2,787,655 ini benar- benar diberi manfaat kepada rakyat. Kami di Kelantan cukup serik dengan kes yang berlaku satu ketika dahulu di mana lebih daripada RM37 juta peruntukan PPRT telah disalahgunakan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan. Jadi, kita tidak hendak perkara ini berlaku sebab kita kena ingat satu peringatan daripada hadis Rasulullah s.a.w bagaimana Nabi menyebutkan seseorang pemimpin yang diberikan amanah oleh rakyat kepada mereka tetapi apabila mereka mati dalam keadaan menipu rakyat maka haram baginya syurga dan haram baginya bau syurga. Kita harap ini adalah menjadi peringatan bagi kita orang beriman. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh bagaimana permasalahan yang berlaku terutama berkaitan dengan kawasan luar bandar. Kita lihat rata-rata rakyat masih lagi berdepan dengan masalah, jalan yang pecah, lampu jalan yang masih kurang. Begitu juga permasalahan bekalan air dan bekalan elektrik yang seharusnya perkara ini selesai. Kita sudah 52 tahun merdeka. Seharusnya perkara ini tidak menjadi satu masalah di dalam kita mendakwa kita Malaysia Boleh, di dalam kita mendakwa kita negara yang maju. Jadi, bagaimana boleh perkara-perkara asas kepada rakyat ini masih belum selesai sedangkan peruntukan berbilion-bilion ringgit setiap tahun diperuntukkan tetapi sasarannya tidak sampai kepada apa yang dihasratkan. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh 010900 iaitu berkenaan dengan butiran pembasmian kemiskinan. Kita lihat sekarang ini bagaimana laporan menyebutkan dalam negara kita mempunyai lebih daripada 57,850 orang golongan miskin tegar yang ada di seluruh negara. Saya ingin penjelasan sejauh mana program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membebaskan mereka semua ini daripada kemiskinan. Apakah perancangan yang dibuat dan sejauh mana usaha kerajaan untuk menangani isu ini terutama dalam berdepan kadar inflasi yang semakin meningkat. Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 020500 berkenaan dengan Program Bina Insan. Saya ingin penjelasan apakah program yang disediakan untuk membina kesedaran rohani di kalangan remaja sebab laporan yang didedahkan ini yang dibentangkan kepada kita banyak berkaitan dengan KEMAS dan tadika. Ini adalah bagi
golongan prasekolah. Jadi bagaimana dengan golongan-golongan masyarakat kita yang perlu dibina kesedaran terutama yang melibatkan remaja-remaja yang sekarang ini masih lagi terjebak dengan banyak masalah terutama di kawasan-kawasan luar bandar termasuk lepak dan sebagainya termasuk juga dengan penagihan dadah.
Jadi, sejauh mana kementerian prihatin terhadap golongan ini dan sejauh mana program bina insan ini dilakukan kerja sama dengan kerajaan negeri-negeri. Minta penjelasan daripada pihak kementerian. Yang seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 06000 berkaitan dengan RISDA. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang dibuat oleh kerajaan pelbagai program dan latihan yang telah diberi kepada anak-anak pekebun kecil dan bagaimana supaya mereka menambahkan lagi pendapatan mereka. Saya ingin penjelasan setakat ini berapakah mereka yang telah berjaya melalui latihan-latihan yang telah disediakan melalui RISDA dan sejauh mana pekebun-pekebun RISDA ini diberi kebajikan terutama mereka yang masih berada di bawah tahap kemiskinan. Rata-rata kita lihat terutama kalau di Kelantan, terutama di musim tengkujuh ini golongan ini adalah golongan keluarga yang miskin yang berdepan dengan cabaran yang cukup hebat terutama apabila hendak berdepan dengan musim persekolahan untuk mempersiapkan alat-alat persekolahan dengan harga komoditi getah yang semakin menurun. Sudah tentulah ini merupakan satu tekanan yang hebat. Jadi, saya ingin penjelasan, apakah bantuan khas kepada golongan ini untuk meringankan beban mereka terutama apabila berdepan dengan musim persekolahan dan musim tengkujuh ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 01700. Bekalan elektrik luar bandar masih menjadi masalah. Kita lihat masih lagi banyak kampung-kampung terutama di kawasan pedalaman yang tidak mendapat bekalan elektrik. Jadi, apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa seluruh negara kita mendapat kemudahan elektrik di masa akan datang. Saya ingin juga menyentuh Butiran 01707 pemasangan dan penyelenggaraan jalan iaitu jalan-jalan utama dan begitu juga tentang penyelenggaraan jalan-jalan kampung dalam Butiran 02500 terutama kami di kawasan Parlimen yang sentiasa terdedah dengan banjir. Kita lihat sekarang ini banyak jalan yang dibuat terutama yang dikendalikan oleh projek yang dilaksanakan melalui JKK. Jalan ini hanya dibuat sebagaimana yang disebut oleh salah seorang Yang Berhormat tadi iaitu hanya dimulakan di rumah penyelia kampung dan dia akan berhenti di sekerat jalan, dia akan sambung balik apabila ada rumah orang UMNO di depan. Ini juga berlaku di kampung saya.
Lawak mu lah.
Ini boleh tengok sendiri. Sila datang ke kampung saya, saya boleh tunjuk bukti. Ini dekat dengan rumah saya sendiri bagaimana apa yang sedang berlaku, sekerat jalan sahaja yang di tar. Jadi, saya ingin penjelasan kerana apakah pemantauan dibuat, kenapa diskriminasi berlaku sedangkan semua rakyat membayar cukai kepada kerajaan. Ini adalah duit rakyat, bukan duit kerajaan, bukan duit daripada UMNO, Barisan Nasional sebab kita tidak hendak sebagaimana baja padi tadilah, bagaimana baja padi cap dacing sedangkan ini adalah duit negara bukan duit Barisan Nasional. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 090300 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Saya ingin penjelasan sejauh manakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memberikan kesedaran agama kepada Orang-orang Asli terutama bagi mereka yang telah memeluk Islam sebab kita melihat bagaimana kebanyakan daripada mereka yang memeluk Islam ini dibiarkan dan pendakwah-pendakwah kita tidak istiqamah maknanya
untuk membimbing mereka sedangkan kita lihat ada di kalangan kampung-kampung Orang Asli di Kelantan banyak pendakwah Kristian yang setiap minggu masuk ke kampung- kampung Orang Asli untuk mengajar mereka kepada agama Kristian, Jadi, sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian. Saya ingin juga penjelasan berkenaan dengan Butiran 010800 Institut Kemajuan Desa atau INFRA. Sejauh mana dan apakah program yang telah dilaksanakan untuk yang telah dilaksanakan dalam program ini dan apakah bentuk penyelidikan yang dijalankan dan apakah hasil yang telah dapat dipergunakan untuk diperkembangkan dalam masyarakat? Apakah ada seminar-seminar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang telah dijalankan setakat ini? Jadi, sekadar itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh perkara P.22, 01702 Bekalan Elektrik Luar Bandar khusus untuk Sarawak. Di sini saya ingin memohon agar pihak kerajaan memberi perhatian terhadap permohonan yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri iaitu bekalan elektrik di sepanjang Sungai Limbang, Sarawak yang lebih khusus iaitu dari Kampung Meritam ke Kampung Ulak. Apa yang dipohon hanyalah RM16 juta daripada yang telah dianggarkan iaitu RM158,500,000. Saya di sini ingin menyentuh tentang perkara P.22, 020002 iaitu Bekalan Air Luar Bandar. Kita telah pun membuat anggaran untuk menyambung continuation project dengan izin, untuk bekalan air yang telah pun dipasang kepada sebahagian daripada kawasan di sepanjang Sungai Limbang di kawasan saya. Di anggarkan hanya diperlukan untuk sampai ke penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan ini hanyalah RM10 juta daripada RM90 juta yang telah diperuntukkan untuk negeri Sarawak. Kampung yang terbabit adalah Kampung Meritam hingga ke Kampung Ulak, Kampung Ipai, Kampung Lubok Sigantang dan Lubok Piasau. Juga saya ingin menyentuh perkara P.22, 02004 iaitu Bekalan Air Alternatif. Ini adalah untuk kawasan-kawasan yang tiada sambungan daripada bekalan air grid, iaitu kawasan di sebelah pedalaman daripada kawasan Medamit hinggalah ke Hulu Mendamit. Yang hanya diperuntukkan untuk tahun 2009 hanya RM700 ribu yang mana ianya boleh digunakan untuk membuat rain harvesting, dengan izin. Di sini juga saya ingin memohon agar pihak kerajaan memberi perhatian kepada P.22, 02300 Jalan Luar Bandar. Saya ingin sekali lagi menekankan iaitu jalan Meritam hingga ke Bong Abai yang berkali-kali telah saya sebut dalam perdebatan iaitu untuk memohon RM70 juta sahaja daripada RM850 juta untuk peruntukan 2009 ini. Jalan ini amatlah penting kerana ianya akan membuka kawasan-kawasan jelapang padi dan juga sebagai kemudahan, keselesaan rakyat sepanjang Sungai Limbang ini. Sebagai untuk menekankan lagi kepada pihak kerajaan bahawa kawasan ini adalah kawasan kubu kuat untuk Barisan Nasional dan saya tidaklah mahu lagi dianggap sebagai ungkapan yang telah diberikan oleh penduduk di kawasan tersebut seperti baru merdeka semalam. Satu lagi ialah tentang item P.22, 02500 iaitu Jalan Kampung dan Penyelenggaraannya. Saya telah pun membuat anggaran dengan adanya jalan kampung kalau di campur semua dalam kawasan saya adalah 1000km. Apa yang diperlukan dalam tahun 2009 dan kalau boleh seterusnya memadailah RM2 juta setahun iaitu untuk menyelenggarakan dalam 1000 km. Ini boleh digunakan untuk membuat penyelenggaraan dua kali dalam setahun apabila diperlukan semasa musim hujan dan sebagainya kerana jalan-jalan ini apabila di musim hujan dan juga apabila Sungai Limbang melimpah maka jalan ini menghadapi banyak kerosakan yang teruk. Selalunya agensi-agensi pun menuding jari siapa yang hendak menyelenggarakannya dan peruntukan apa yang digunakan. Jadi, di sini kalau boleh kita mintalah pihak kerajaan untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2 juta untuk di kawasan saya setiap tahun untuk tujuan ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan anggaran perbelanjaan terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Saya hanya hendak bawa satu point sahaja dan menumpukan perbahasan saya kepada Butiran 030200 dan 030300 yang berkaitan Orang Asli. Saya ingin mengesyorkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan satu kajian terperinci sejauh mana rancangan perladangan di tanah-tanah Orang Asli telah berjaya untuk meningkatkan pendapatan mereka untuk membasmikan kemiskinan antara Orang Asli. Daripada pengalaman saya di Sungai Siput, ada beratus-ratus ekar tanah Orang Asli yang dibangunkan dengan ladang kelapa sawit dan getah. Tujuannya adalah baik untuk membantu Orang Asli dalam dua cara: pertama, untuk memberi mereka peluang bekerja; dan kedua, untuk memberi mereka dividen daripada untung daripada ladang- ladang ini.
Akan tetapi masalahnya di Sungai Siput, kesemua projek-projek di Pos Poi, projek di Pos Perwor , projek-projek di Pos Legap dan juga Kampung Pelentuk. Semua ini telah diswastakan oleh RISDA kepada syarikat-syarikat swasta dan di semua tempat ini. Keempat-empat tempat ini, syarikat swasta ini menggaji orang asing untuk kerja di situ. Mereka masukkan orang asing bekerja di situ, jadi orang Asli di tempat itu tak dapat bekerja. Satu lagi ialah sampai sekarang dia mengatakan tiada untung. Jadi semua tempat ini, peserta di kampung-kampung ini hanya dapat RM300 hingga RM400 setiap tiga atau empat bulan. Jadi pada puratanya hanya RM100 sebulan. Jadi ini saya ingat kita perlu kaji kerana beribu-ribu, berjuta-juta ringgit kerajaan digunakan atas satu projek yang begitu baik tapi dia punya manfaat tak sampai kepada orang Asli, kepada sasaran dia. Saya rasa kita kena tumpukan bolehkah projek-projek ini dipindahkan ke tangan orang Asli. Adakah cara kita buat itu dan saya ingin mengesyorkan kita boleh juga minta bantuan kepada NGO orang Asli seperti POASM iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, ataupun YOAP Perak iaitu Yayasan Orang Asli Perak ataupun COAC, Centre for Orang Asli Concerns untuk dapat pandangan daripada mereka dan kita kena tengok apakah caranya. Ini bukan hanya diambil oleh dua, tiga orang, Orang Asli, ketua kampung kah tok batin kah, mereka jadi kaya. Apakah caranya kita boleh pindahkannya kepada satu kampung. Mungkin melalui koperasi kah apa kah. Jadi saya haraplah kerana saya ingat ini tak akan ambil belanja yang banyak kerana belanja telah dibuat. Ladang sedia ada tapi masalahnya dia punya untung tak pergi ke sasaran. So untuk ubah suai ini, saya ingat tak akan ambil belanja yang banyak tapi ini kena disiasatlah dan tengok apa yang boleh dilakukan. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut sama membahaskan Butiran B.22 iaitu saya ingin rujuk kepada Butiran 01000 - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah tujuan ataupun niat kementerian sebab baru-baru saya ada dengar pengumuman bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar akan mewujudkan ataupun memanjangkan
perwujudan Jabatan Orang Asli ke negeri Sabah. Ini kerana kalau kita lihat daripada segi Perlembagaan negara kita bahawa kewujudan bumiputera di negeri Sabah ini memang diiktiraf di bawah Perlembagaan negara kita Perkara 153 dan kita di negeri Sabah adalah diisytiharkan sebagai golongan bumiputera dan bukan Orang Asli. Jadi saya ingin tahu kenapa dan mungkin juga faktor ataupun sebab-sebab inilah kenapa mungkin daripada segi pelaksanaan pembangunan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar bagi negeri Sabah ini tidak begitu ditekankan ataupun diperluaskan. Jadi saya mohon supaya pihak kementerian Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan dan adalah tidak patut untuk kita memanjangkan jabatan tersebut ke negeri Sabah sebab orang Asli tidak wujud di negeri Sabah. Yang seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 0800 - Teknologi Maklumat dan Info Desa. Saya dapati di kawasan saya, Parlimen Silam ada dua buah medan info desa. Medan info desa untuk daerah Kunak sehingga ke hari ini belum lagi dipasangkan dengan kemudahan asas komputer walaupun bangunan tersebut telah lama siap. Jadi saya berharap supaya Yang Berhormat Menteri dan kementerian ini mengambil perhatian dalam perkara ini. Kita tidak mahu nanti masyarakat setempat akan mempertikaikan peranan kementerian itu sendiri dan tidak ada gunanya kita membina kemudahan asas tersebut jika tidak dilengkapi dengan baik oleh pihak kementerian. Menyentuh tentang perkara Butiran 101703 - Peruntukan, 01704 - Estet-estet dan, 01707 – Pemasangan / Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Di sini saya ingin bertanya kepada pihak menteri, apakah rancangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk mewujudkan pusat-pusat latihan\FELCRA salah satu agensi di bawah kementerian kalau tengok Butiran 03100, saya ingin mencadangkan oleh sebab satu kawasan ladang di kawasan Parlimen Silam yang dimiliki oleh FELCRA antara yang terbesar di negeri Sabah, saya ingin mencadangkan supaya ladang tersebut diwujudkan sebagai pusat latihan untuk luar bandar bagi membolehkan kita dapat membentuk pendidikan latihan kepada masyarakat luar bandar bagi melatih mereka daripada segi bidang-bidang kemahiran yang baik terutamanya daripada segi perusahaan seperti tanaman agar-agar dan sebagainya. Saya juga ingin menarik perhatian daripada segi jalan-jalan kawasan luar bandar di kawasan saya di Parlimen Silam. Saya mohon kepada kementerian ini mengambil berat terutamanya Jalan Kuala Teburi-Hulu Teburi. Pihak kampung tersebut telah mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian lebih kurang selama tujuh tahun tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak kementerian. Jadi saya merayu supaya pihak kementerian mengambil berat dalam perkara ini. Seterusnya berkenaan bekalan air luar bandar. Baru-baru ini kementerian telah pun meluluskan peruntukan. Terima kasih kepada pihak kementerian untuk kawasan saya di kawasan Tungkuk tetapi dia hanya sampai ke Kampung Segangan di kawasan DUN Tungkuk, tidak menyeluruh sampai ke kawasan Tambisan. Jadi sebagai cadangan, saya minta pihak kementerian terutamanya dalam rancangan belanjawan untuk 2009 ini supaya dapat dimasukkan bekalan air di kawasan DUN Tungkuk tersebut sampai merangkumi kawasan Tambisan sebab kita menghadapi masalah utama dan ini akan menjejaskan daripada segi kemudahan asas dan bekalan air bersih untuk kawasan saya di kawasan Tungkuk. Saya juga berharap supaya di kawasan Kampung Pangi dalam daerah DUN Kunak di ambil perhatian berat oleh pihak kementerian dan pada masa yang sama juga jalan kampung tersebut supaya dapat dibaiki dengan segera sebab sudah mengambil masa lebih kurang 10 tahun sehingga sekarang ini belum lagi diambil perhatian dan diambil inisiatif oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah tersebut. Kemudian saya juga ini merujuk kepada Butiran 02402 - Pengupayaan Gerakan Daya Wawasan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sebab saya nampak banyak sudah program-program yang telah dirancang dan dilancarkan oleh pihak kerajaan tetapi kita melihat bagaimana kampung-kampung tertentu sahaja yang diberi tumpuan oleh pihak kementerian. Di kawasan saya sendiri juga ada beberapa buah kampung gerakan
daya wawasan yang perlu diberi keutamaan dan diberi perhatian supaya mendapat bantuan yang sewajarnya. Pihak kementerian sendiri juga dapat mengambil inisiatif bagi memastikan keselarasan pembangunan ini dapat diagihkan kepada semua pihak kawasan luar bandar. Kemudian Butiran 02401 – Ameniti Sosial. Saya melihat kawasan saya sendiri di Parlimen Silam, kemudahan-kemudahan ameniti sosial yang begitu terhad. Saya telah pun banyak kali mencadangkan kepada pihak kementerian daripada segi kemudahan- kemudahan tersebut, namun jelas kemudahan yang ini belum lagi dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Jadi saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil inisiatif dan mengambil perhatian berat dalam pembangunan dan pelaksanaan ameniti sosial di kawasan Parlimen Silam. Seterusnya Butiran 02404 – Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Kalau kita lihat kawasan Tambisan dan zon kawasan Tanjung Labian-Tanjung Batu di kawasan Parlimen Silam dalam DUN Tungkuk yang penduduknya itu ramai yang terdiri daripada kaum bumiputera dan mereka ini daripada segi pendapatan ekonomi mereka pun masih di bawah paras kemiskinan. Maka, pada sidang yang lepas pun saya telah mencadangkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya Program Lonjakan Mega Luar Bandar ini juga diwujudkan di kawasan Silam. Insya-Allah..., saya akan memberi kerjasama kepada Yang Berhormat Menteri untuk mendapatkan kawasan yang sesuai sebab dengan cara ini saja kita boleh dapat menggerakkan lagi daripada segi pembangunan yang menyeluruh di kawasan luar bandar di kawasan Parlimen Silam itu sendiri.
Kita berharap juga supaya pihak kementerian dari segi bantuan untuk penduduk kawasan pesisir pantai ini, walaupun mungkin Kementerian Pertanian yang bertanggungjawab, tetapi saya difahamkan kementerian ini juga bertanggungjawab dari segi penghapusan kemiskinan tegar ini. Jadi kita berharap supaya Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian dapat mengambil perhatian berat dalam melaksanakan pembangunan ini secara menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar seperti kawasan Parlimen Silam. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekadar hanya menyambut perkara-perkara yang telah pun disebutkan oleh ramai Yang Berhormat dalam perbahasan Maksud B.22 ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sudah menjadi semacam semua Yang Berhormat mengutarakan senarai aduan nampaknya, a wish list. Saya pun turut sama nampaknya kerana khususnya Tuan Pengerusi, inilah kementerian yang seharusnya mampu merapatkan jurang pembangunan wilayah. Namun sekian lamanya, di mana silapnya pun kita tidak tahu Tuan Pengerusi. Saya ingin untuk menyambung sedikit sini dalam peruntukan yang sebesar RM3.8 bilion ini. Satu, Butiran 02000 kembali kepada perkara yang paling asas, Bekalan Air Luar Bandar. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak sahaja. Ini di Kuala Selangor masih lagi terdapat di negeri maju, Kuala Selangor Tuan Pengerusi. Rakyat kami di Kuala Selangor yang tidak punya bekalan air bersih. Di Kampung Seri Aman Tambahan berdepan dengan Penjara Sungai Buloh, 30 buah rumah di DUN di bawah Parlimen Kuala Selangor yang masih tidak ada lagi bekalan air bersih. Masih menggunakan perigi. Begitu juga sepertimana Yang Berhormat Rembau sebutkan, kita tidak nampak satu komitmen khususnya untuk membawa keluar kepompong kemiskinan dalam estet- estet Butiran 02000 ini dari segi bekalan air luar bandar yang terperangkap dalam estet- estet ini. Estet di Kuala Selangor ini banyak, Coalfields dan seumpamanya. Mereka
terperangkap dalam kemiskinan ataupun peminggiran daripada pembangunan. Kita minta menteri supaya memberikan penegasan yang lebih supaya perkara ini dapat ditangani segera dan mereka dapat bersama dalam arus pembangunan negara. Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, Butiran 02500 Jalan Kampung dan Penyelenggaraan. Saya kira sudah sampai masanya spec jalan-jalan di luar bandar ini perlu dipertingkatkan, supaya dapat semacam jalan-jalan yang dibina oleh JKR kerana kerosakan jalan-jalan ini dengan tambahan, dengan lampu-lampu yang walaupun telah banyak kali kita pohon. Kalau di tempat Kuala Selangor ini Jalan Raja Abdullah, Kampung Bukit Kerayung dan banyak lagi masih lagi tidak dapat bekalan ataupun tidak dapat ameniti yang asas seperti jalan yang baik ataupun dengan juga lampu-lampu. Jadi ini perkara yang saya kira akan dapat membantu keceriaan, keselamatan dan juga peningkatan kualiti hidup rakyat di luar bandar. Butiran 02401 - Ameniti Sosial satu lagi cara bagaimana kementerian mampu berikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita di luar bandar ini menikmati sedikit ameniti sosial seumpama futsal, padang bola mereka yang kesemuanya memerlukan peruntukan-peruntukan itu sampai dan dapat dinikmati. Contohnya permohonan yang kami buat di Pantai Remis Jeram, Jeram Batu 20. Kesemua ini masih lagi menunggu untuk sekian lamanya. Paling tidaknya lapan bulan sejak saya jadi Wakil Rakyat di Kuala Selangor. Juga begitu saya ingin masuk sedikit kepada perumahan. Saya masih menunggu bagaimana kementerian boleh memberikan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira dia daripada kerajaan mahupun Pakatan Rakyat - pembangkang. Borang-borang seperti Program Mesra Rakyat ini di samping PPRT, sehingga kini rakyat bertemu dengan kita di Pusat Khidmat Rakyat. Akan tetapi borang itu tidak ada, mengapa perlu diadakan ataupun dipinggirkan ataupun dinafikan hak Ahli Parlimen untuk sekadar mendapat borang dan dijadikan saluran yang berkesan untuk menyalurkan peruntukan-peruntukan ini. Jadi itulah antara perkara yang ingin saya sebutkan. Saya ingin bertanya program lonjakan mega luar bandar ini. Peruntukan RM28 juta ini bagaimana? Bagaimana untuk benar-benar rakyat, semualah di luar bandar termasuk Kuala Selangor ia dapat memanfaatkan program-program yang besar bunyinya, hebat bunyinya tetapi kita mahu lihat perkara ini dapat disalurkan dengan berkesan dengan sistem penyampaian yang baik dan dapat dielakkan ketirisan dan kebocoran. Ia boleh dibaiki, sekiranya kalau sistem penyampaian itu baik dengan tidak ada dualisme ataupun khususnya dengan wujudnya JKKP yang bercanggah dengan semangat dan amalan demokrasi federalism. Ini perkara yang perlu diperhatikan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun pada kali ini untuk menyertai perbahasan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya ingin menyentuh B.22, Butiran 020600 sekali gus Butiran 020700 tentang Kurikulum Naziran serta Pengurusan Pemakanan. Saya ingin menyentuh tentang kurikulum yang diguna pakai di Tadika KEMAS. Saya berharap agar modul sedia ada ditambah di Tadika KEMAS. Dengan modul pendidikan Islam untuk peringkat awal. Ini kerana kebanyakan ibu bapa tidak berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika KEMAS disebabkan kurangnya elemen agama dalam modul mereka. Kanak-kanak ini boleh didedahkan dengan nilai-nilai Islam yang sesuai dengan perkembangan minda mereka. Begitu juga dengan pemakanan yang disediakan di Tadika KEMAS haruslah menitikberatkan aspek kesihatan dan pembangunan minda kanak-kanak. Saya mencadangkan agar kementerian memberi vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak di samping penyediaan makanan utama kepada kanak-kanak tersebut.
Seterusnya B.22 tentang Butiran 030300 - Pembangunan Sosioekonomi. Banyak kali isu tentang kualiti hidup Orang Asli telah dibangkitkan di Dewan ini seperti di kawasan Parlimen saya ada dua perkampungan Orang Asli, iaitu Kampung Sungai Perah dan Kampung Suak Padi yang mana memerlukan bantuan pihak kementerian untuk menaik taraf rumah yang sedia ada, yang sudah usang serta kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti dewan serba guna memandangkan mereka selalu mengadakan majlis dan program yang berskala besar. Sehubungan itu pusat Internet Desa juga haruslah diperluaskan agar dapat dinikmati oleh masyarakat Orang Asli. Saya percaya di Parlimen lain juga terdapat penempatan Orang Asli yang memerlukan perhatian daripada pihak kementerian. Jadi saya berharap agar peruntukan yang disediakan dapat diagihkan oleh kementerian dengan sebaik-baiknya. Kita tidak mahu pembangunan sosioekonomi Orang Asli terpinggir dan sebagai kerajaan prihatin kita mahu Orang Asli pada hari ini turut sama menyumbang kepada kemajuan negara. Seterusnya B.22, Butiran 020500 iaitu Bina Insan. Dilihat modul yang diguna pakai kurang mantap dan berkesan, jadi pihak kementerian disarankan mengkaji modul sedia ada dan memperbaiki serta menambah baik modul yang sedia ada agar kompeten dengan keadaan masyarakat sekarang. Pengisian modul haruslah mencerminkan usaha kementerian untuk memantapkan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat luar bandar serta meningkatkan pengetahuan melalui pendidikan tidak formal.
Seterusnya Butiran 010900 - Pembasmian Kemiskinan. Saya lihat usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian dalam membasmi kemiskinan sangat dihargai. Kementerian haruslah membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat luar bandar agar dapat memperbaiki ekonomi mereka dan seterusnya membasmi kemiskinan tegar. Sumbangan-sumbangan haruslah disertai dengan inisiatif yang baik untuk mereka guna pakai bagi menaik taraf ekonomi dan sosial mereka. Saya melihat sumbangan kerajaan kepada rakyat miskin tanpa ada usaha bagi mereka memajukan diri hanya usaha jangka pendek. Kita mahu agar rakyat miskin ini diberi kemahiran dan modal bagi mengubah hidup mereka. Kita seharusnya memberikan mereka pancing dan ikan, bukan ikan semata-mata kerana jika kita memberi pancing dan ikan, mereka akan tahu menggunakan pancing tersebut untuk mendapatkan lebih banyak ikan yang sama. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian melalui pegawai-pegawai dapat juga memantau...
Ikan tidak ada ikan kena racun, macam mana.
...Dan memberikan motivasi kepada mereka. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya pada petang ini. Saya ingin merujuk kepada P.22 Butiran 02300. Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya berkenaan dengan jalan-jalan luar bandar ini permasalahan yang agak ketara itu berlaku di ladang-ladang sawit di mana dimiliki oleh pihak swasta. Semasa program DO masuk kampung, saya telah menghadiri satu majlis ini dan permasalahan ini dibangkitkan di mana jalan-jalan di luar bandar ataupun jalan-jalan di kampung ini perlu dibina di kawasan ini kerana inilah satu-satunya jalan. Akan tetapi yang menjadi masalahnya jalan ini terpaksa melalui ladang kelapa sawit pihak swasta terbabit. Semasa majlis tersebut, pihak swasta bersedia memberi laluan kepada pihak-pihak yang ingin membesarkan jalan tersebut dengan kadar yang dari segi pampasannya boleh berunding.
Jalan-jalan yang saya maksudkan ini ialah ladang kelapa sawit di Ladang Kerilla iaitu jalan ini menghubungkan Kampung Gobek, Pasir Panjang dan terus ke Sokor. Masalah ini cukup penting apabila musim banjir iaitu apabila musim tengkujuh hanya jalan ini sahajalah yang boleh dilalui untuk menghantar bekalan-bekalan kepada kampung- kampung yang terputus hubungan. Jadi untuk secara detail saya rasa saya akan meminta pihak pejabat tanah dan pihak ladang tersebut membuat permohonan rasmi kepada pihak kementerian. Saya ingin berbalik kepada P.22 Butiran 03900 - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan iaitu KESEDAR. Di KESEDAR kawasan saya ini agak luas juga kawasannya melibatkan DUN Gual Ipoh iaitu melibatkan Kampung Peralla, Kampung Air Naga, di mana kampung-kampung ini telah termasuk dalam kawasan KESEDAR. Yang menjadi masalahnya di dalam kawasan pentadbiran KESEDAR ini, pihak Pejabat Tanah mahupun dari kerajaan negeri, untuk membuat sesuatu kemajuan itu ada pertindihan. Maknanya kawasan ini kepunyaan pihak KESEDAR. Apabila berlaku kerosakan, saya bagi contoh ada berlaku kerosakan jalan akibat banjir di mana berlaku tanah jerlus apabila penduduk kampung cuba bergotong-royong membaik pulih jalan tersebut, ia telah dihalang oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang berkepentingan dalam KESEDAR tersebut. Dia menghalang penduduk kampung daripada membaik pulih jalan tersebut dengan alasan dia mahu supaya projek tersebut di tender terlebih dahulu. Maknanya katanya kalau benda ini di repair untuk dia mendapatkan tender projek tersebut, kerugian. Jadi benda-benda ini dalam keadaan begini saya rasa pihak-pihak kementerian berkaitan dengan KESEDAR ini, haruslah memberi pekeliling kepada pegawai-pegawai mereka supaya perkara-perkara seumpama ini tidak terjadi di musim-musim kecemasan dan saya pun berasa amat duka cita. Semasa gotong-royong itu saya turut hadir sekali dan saya tengok ada orang-orang berkepentingan yang menghalang gotong-royong tersebut. Maknanya orang kampung hendak menyimen jalan tidak bagi, alasannya kerana dia kata dia hendak angkat projek ini terlebih dahulu dan dikeluarkan tender. Saya juga merayu kepada kementerian supaya memberi perhatian terhadap kawasan-kawasan perkuburan di Kampung Air Naga dan juga di Kampung Peralla 1. Kubur-kubur ini terletak dalam kawasan KESEDAR dan tidak ada point api ataupun suasana agak gelap dan kubur-kubur ini terletak di atas bukit di mana permohonan penduduk setempat ialah supaya pihak KESEDAR dapat mewujudkan satu tiang lampu jalan dan juga point elektrik untuk memudahkan kerja-kerja menggali dan mengebumikan jenazah di kubur tersebut. Saya juga ingin mengambil perhatian pihak kementerian supaya masalah tangki air besar yang bocor di Kampung Air Naga iaitu tangki air ini juga terletak di kawasan KESEDAR di mana pihak Kelantan Water tidak dapat memasuki kawasan ini kerana itulah saya kata dari segi bidang kuasa tadi. Pasal di kawasan FELDA jadi agak kesukaran untuk pihak-pihak tertentu membantu atau menyumbangkan bantuan. Tangki air yang besar ini telah bocor agak lama dan telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Jajahan di mana wakil KESEDAR tersebut telah memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah tangki air tersebut. Akan tetapi sehingga ke hari ini sudah berlarutan sehingga tiga empat bulan di dapati tidak ada apa-apa tindakan yang diambil dan itu mengakibatkan pembaziran yang cukup besar terhadap air, sedangkan air di kawasan tersebut agak kesukaran. Berkenaan dengan jalan-jalan yang dibaiki atau yang dibuat oleh kontraktor- kontraktor di dalam kawasan KESEDAR itu sendiri. Ada beberapa jalan iaitu saya ingin memaklumkan di sini ialah Kampung Air Som, Air Limau dan Bukit Capung. Jalan-jalan ini telah dilakukan baik pulih di upgrade dalam bulan Mac atau April, tetapi apa yang mendukacitakan tidak sampai dua minggu, jalan-jalan ini telah pecah dan hancur apabila dilalui oleh kenderaan-kenderaan yang membawa buah-buah kelapa sawit dan difahamkan jalan-jalan ini hanya ditaburkan batu kasaran dan terus ditar.
Jadi itulah pembaziran-pembaziran dan saya mencadangkan supaya kontraktor orang-orang yang membuat kontrak tersebut di dalam kawasan KESEDAR di Peralla dan Air Naga ini hendaklah diganti dengan orang lain, cari orang UMNO lainlah saya cadangkan. Ini bukan sahaja merumitkan penduduk, tetapi membazirkan duit sebenarnya, dengan harapan apabila benda itu rosak dibuka tender kembali. Jadi sekadar itu sahajalah dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang, sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyentuh Maksud P.22, 02300 jalan-jalan luar bandar.
Saya ingin menarik perhatian kementerian ini, di Kapit telah dicadangkan dua batang jalan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini di jalan luar bandar iaitu Jalan Nangga Melipis ke Rumah Mulai Hulu Sungai Melipis dan juga Jalan Song ke Sungai Takan. Kedua-duanya ialah jalan luar bandar di kawasan Parlimen saya. Saya ingin penjelasan dan saya ingin menarik perhatian kementerian juga, bilakah kedua-dua jalan ini dibina? Sebab saya bimbang ura-uranya oleh sebab kemelesetan ekonomi, kononnya kita tak cukup wang untuk kita membina kesemua jalan itu, melaksanakan kesemuanya yang telah dicadangkan, dirancang di Sarawak akan digugurkan daripada senarai. Saya tidak mahu kedua-dua jalan ini digugurkan oleh sebab di kawasan saya, di kawasan Kapit ini, kita sudah tidak berapa ada jalan. Kawan saya Yang Berhormat Padang Serai dengar kah? Saya memperjuangkan rakan-rakan di Kapit, bukan Yang Berhormat Padang Serai nanti bercerita bahawa dia saja yang ...
Tak perlu respond Yang Berhormat.
Okey lah, saya tidak menjolok... [Ketawa] Jadi satu lagi saya akan menyentuh P.22 Butiran 03200 iaitu program kesejahteraan rakyat. Ini Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan rumah mesra rakyat. Saya hendak tahu adakah sekarang dibolehkan program ini dipanjangkan kepada penduduk-penduduk di rumah panjang kerana di Sarawak kaum Dayak, kaum Iban kebanyakannya di rumah panjang. Jadi dulu program ini dimaksudkan hanya kepada rumah berasingan, yang sebuah-sebuah rumah itu. Kalau masih begitu, saya ingin menyeru ataupun mohon kepada kementerian agar mereka yang duduk di rumah panjang ini diberi juga peluang untuk mereka memohon bantuan seumpama ini. Jadi skim rumah mesra rakyat ini. Oleh sebab mereka yang duduk di rumah panjang walaupun tidak duduk di rumah berasingan seperti kaum-kaum kita yang lain, seperti kaum Melayu dan sebagainya, kita juga memerlukan bantuan seperti ini. Jadi ini penting bagi penduduk-penduduk di luar bandar. Kalau tidak adalah sukar bagi kita hendak menjelaskan kepada mereka.
Saya pun sokong.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sukar bagi kita untuk menjelaskan kepada mereka sebab mereka juga pengundi Barisan Nasional dan juga pengundi Parlimen Kapit juga tetapi kita tidaklah sentuh kerana politik. Kita membangkitkan perkara ini oleh sebab yang sebenarnya mereka yang duduk di rumah panjang itu juga memerlukan bantuan daripada kerajaan seperti ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, walaupun saya seorang Ahli Parlimen di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur tetapi saya terpanggil juga untuk bercakap tentang beberapa isu. Iaitu tentang Butiran 010800 berkenaan dengan Institut Kemajuan Desa ataupun INFRA. Jadi saya sebagai seorang Ahli
Parlimen yang baru, jadi saya pun baru mengetahui pada hari ini tentang Institut Kemajuan Desa ini dan juga saya mendapat maklumat daripada internet yang terletak di Bangi. Di mana institut ini salah satu daripada tujuannya adalah untuk meningkatkan jati diri dan juga kemahiran pekerja-pekerja agensi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan termasuklah JKKKP tadi itu. Jadi saya ingin mengetahui di sini sebab antara program yang dijalankan ialah program pengkomputeran desa untuk kanak-kanak desa. Jadi saya ingin mendapat penjelasan berapa banyakkah program-program yang telah dijalankan sejak tahun 2007 sehingga sekarang dan peratusnya mengikut negeri. Kemudian yang seterusnya, saya juga dimaklumkan bahawa ada penyelidikan- penyelidikan yang dijalankan. Jadi apakah bentuk penyelidikan yang dijalankan oleh INFRA ini? Adakah penyelidikan-penyelidikan ini, kalau boleh disenaraikan penyelidikan- penyelidikan ini yang telah dan sedang dijalankan dan apakah hasilnya. Dan sebanyak mana hasil penyelidikan ini digunakan untuk pembangunan masyarakat. Di samping itu, di antara aktiviti INFRA, saya lihat ada seminar-seminar dan juga konvensyen-konvensyen peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah dijalankan. Bagaimanakah, apakah hasil daripada seminar-seminar ini? Dan siapakah peserta-peserta ataupun golongan-golongan sasaran yang telah mengikuti seminar-seminar dan konvensyen tersebut. Seterusnya, saya selaku wakil rakyat mewakili rakan-rakan yang lain ingin bertanya bagaimanakah kami wakil-wakil rakyat dapat memanfaatkan aktiviti-aktiviti dan program-program INFRA secara langsung. Kemudian, Butiran 010900 – Pembasmian Kemiskinan. Sebanyak RM1.652 juta telah diperuntukkan untuk pembasmian kemiskinan ini. Apakah program-program yang telah dijalankan? Adakah dengan RM1.652 juta yang diperuntukkan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membasmi kemiskinan seperti yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dan wakil-wakil rakyat yang lain. Jadi di sini kita mengharapkan supaya komitmen yang lebih daripada kerajaan untuk pembasmian kemiskinan. Sepatutnya setelah 51 tahun dengan hasil mahsul yang begitu subur dan juga begitu makmur di negara kita, sepatutnya tidak timbul lagi miskin tegar di negara kita. Jadi saya mengharapkan supaya kementerian memainkan peranan yang lebih serius dan bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan kementerian ini lebih kepada untuk membawa agenda BN dan juga propaganda BN. Seperti apa yang berlaku, kita tahu guru- guru KEMAS ini memang digunakan untuk kempen BN. Jadi kalau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, sudah pasti kita akan menjadikan KEMAS ini agen rakyat, bukan agen Barisan Nasional ataupun agen BR. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan panggil seorang lagi dan itu akan menjadikan 20 Ahli Parlimen berucap untuk kementerian ini. Saya rasa cukuplah itu, selepas seorang ini, saya jemput menteri untuk menjawab. Saya jemput Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud Bekalan dan Pembangunan 22 ini iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pertamanya saya nak melihat Butiran 00100 – Pendidikan Masyarakat. Bila saya melihat objektif pendidikan masyarakat ini ialah membentuk golongan remaja dan dewasa luar bandar agar mempunyai minda dan sikap positif serta meningkatkan kemahiran menerusi pendidikan tidak formal supaya berupaya menjalankan cara hidup yang berkualiti dalam aspek kesihatan, kehidupan berkeluarga, ekonomi dan kesedaran sivik.
Jadi memang saya penuh yakin dan percaya dengan jabatan yang mengendalikan pendidikan masyarakat ini iaitu KEMAS kerana saya begitu dekat dengan KEMAS ini dan saya melihat memang mereka berusaha bersungguh-sungguh. Namun begitu, di sini saya ingin memberi beberapa cadangan agar dapat difikirkan oleh pihak kementerian mengenai dengan pendidikan masyarakat ini. Pertamanya, saya percaya KEMAS mempunyai jentera yang cukup di peringkat daerah dan sebagainya. Hanya kita kena menambah mungkin pemaju masyarakatnya sahaja. Bagi saya melalui aspek literasi dan kemahiran komputer, bagi saya KEMAS harus mengambil inisiatif ini dan menjadi peneraju utama. Dan secara langsung KEMAS boleh melantik pemaju-pemaju masyarakat yang berkemahiran dalam bidang ini secara kontrak. Saya percaya sekiranya ini dapat dilaksanakan, jurang digital yang ada di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar ini dapat kita rapatkan dan rasa saya melalui pusat info desa dan sebagainya, kita dapat melaksanakan program ini.
[Bangun]
Begitu juga dengan 00200 iaitu gerakan masyarakat.
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Ya, satu minit.
Tuan Pengerusi, saya nak tolong dia. Tuan Pengerusi, penjelasanlah. Memang itu satu cadangan yang baik, bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita semua macam mana kita memantau kerana kita pun nak tolong menteri juga. Macam mana kita memantau ini? Kadang kala berlaku perkara-perkara kecurangan dan sebagainya yang tidak diingini dan kita mesti memantau program-program seumpama ini supaya ia berkesan.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kepong, bukan satu kawasan bandar. Bagi saya dari segi aspek pemantauan dan pelaksanaan ini kita pulangkan kepada pegawai-pegawai yang ada di dalam kementerian. Saya penuh yakin dengan pegawai-pegawai yang duduk di dalam Kemas dan sebagainya dan kalau hendak detailnya mungkin saya akan salurkan pada kementerian bagaimana kita hendak melaksanakannya tidak kepada Keponglah ya. Jadi di samping itu bagi saya program pendidikan masyarakat dari segi kenegaraan dan semangat patriotik ini terutamanya di kalangan remaja patut juga kita perkuatkan, kita dalam Kemas ini. Walaupun sekarang ini kalau kita lihat pendidikan masyarakat di Kemas ini banyak menjurus kepada program-program kemahiran dan bina insan tetapi bagai saya aspek kenegaraan, aspek-aspek patriotisme ini perlu juga dipertingkatkan kerana negara kita banyak sebenarnya cabaran-cabaran dan sebagainya. Dan dengan mekanisme yang ada dalam Kemas itu sendiri saya percaya dan yakin Kemas dapat melaksanakan perkara ini...
Tuan Pengerusi celah sekejap.
Sila Yang Berhormat.
Nanti masa tidak cukup ini.
Tidak apa cukup nanti Tuan Pengerusi extend insya-Allah. Terima kasih, since saya tidak ada masa untuk bercakap so saya celahlah ya. Tuan Pengerusi saya ingin minta penjelasan daripada Lipis mengenai tentang program patriotisme dan kenegaraan yang diperkatakan tadi di peringkat Kemas. Saya hendak tanya bagaimana hendak menjelaskan kedudukan ini kalau kita bandingkan kualiti tadika Kemas berbanding dengan tadika swasta dalam satu pengajian yang di conduct, yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia, tadika Kemas dari segi
fizikalnya, dari segi kakitangannya, dari segi mutu kualiti pengajarannya dan syllabu snya jauh lebih jauh beza, jauh lebih rendah mutunya dengan tadika swasta. Seperti perkara pertama ya, kerusi dan meja yang digunakan dari segi amat baiknya kalau tadika swasta mencatat 4 point ke atas, tadika Kemas 2 point ke bawah, itu satu. Dari segi bangunan dan premis 4 ke atas untuk swasta dan 2 ke bawah Kemas Dari segi peralatan pun sama juga, dari sikap guru begitu juga. Guru prihatin dan penyayang tadika swasta 4 ke atas, tadika Kemas 2 ke bawah. Guru memberi perhatian begitu juga, personaliti guru juga begitu. Saya tidak mahu, sekali lagi saya tidak mahu ...
Betullah, swasta bayar mahal.
....Satu ketika bahawa saya turun padang saya berpeluang untuk pergi ke tadika-tadika Kemas ini yang mana guru-guru yang mengajar itu masih lagi mengajarkan angan-angan mat jenin sedangkan kita anak-anak kita sudah terdedah kepada globalisasi. Jadi itulah membuatkan anak-anak kita masih lagi ketuanan yang berkeris dan tidak punya kenegarawan yang seperti kualiti yang tinggi. Itu terima kasih.
Tadika Pasti macam mana?
Terima kasih Ampang. Jadi saya melihat Ampang bersungguh-sungguh membandingkan antara tadika Kemas dengan tadika swasta. Bagi saya perbandingan ini macam membandingkan ayam dengan itiklah, benda yang tidak sama. Tadika Kemas kita dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan yang terhad tetapi semangat yang tinggi oleh kerajaan untuk melaksanakannya...
Boleh celah lagi?
Akan tetapi bagi tadika swasta ....
Tadika Pasti bumbung pun tidak ada.
Itu tidak ada kena mengena.
....Dibayar ya dibayar, mereka bayar tentulah mereka hendakkan ini tetapi bagaimanapun saya penuh yakin dan percaya pemaju-pemaju masyarakat dalam Kemas ini sentiasa....
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?
...Dilatih dan diberi perhatian. Okey sila.
Tadika yang saya perkatakan adalah tadika yang dalam kualiti yang sederhana. Fees nya tidak jauh sangat berbeza dengan tadika Kemas tetapi memang ini satu hakikatnya bahawa kalau kita turun padang kita lihat guru-guru di tadika Kemas ini adalah guru-guru yang maaf kalau saya kata guru- guru yang daripada golongan makcik-makcik. So bagaimana you hendak cakap tentang kualiti sedangkan valuenya tidak ada.
Ha, yang ini tidak betul.
Apa salahnya makcik-makcik.
Batu Pahat tidak boleh macam ini Batu Pahat.
Ini tuduhan liar.
Minta laluan Yang Berhormat.
Ya Lipis hendak bagi jalan Lipis? Ya sila Arau.
Ini menghina makcik-makcik tidak boleh.
Terima kasih Lipis.
Nenek macam mana?
Tidak, Menteri Kemas pun pakcik- pakcik juga... [Ketawa]
Tidak, saya cuma hendak betulkan sedikit fakta Tuan Pengerusi. Sebenarnya Kemas telah mengemas, mempertingkatkan mutu pengajaran. Sekarang ini banyak guru-guru Kemas muda dan mempunyai pendidikan di peringkat diploma. Saya tolong bela bagi pihak kerajaanlah sebab dia tidak berapa faham lagi Ampang.
Terima kasih Yang Berhormat.
Akan tetapi saya...
Ini ada mabuk kah apa?
Hendak bagi jalan kah Yang Berhormat?
Belum bagi jalan sudah cakap.
[Menyampuk]
Duduk, duduk dahulu.
Sudah lupakah kita sama-samakan, you selalu mabuk bawah pokok kelapa, kan?
Duduk dahulu. Jadi bagi saya, saya setuju dengan Yang Berhormat Arau bahawa memanglah tadika Kemas ini mungkin ada kekangan dan sebagainya dan rasa saya merupakan satu penghinaan kepada pemaju- pemaju masyarakat Kemas yang sentiasa komited, yang sentiasa bersungguh-sungguh. Kita mengatakan berbagai-bagai tetapi sebenarnya saya percaya Kemas, sebab itulah sebabnya jangan duduk jauh. Kita duduk di seberang sana kita melihat dalam kaca mata seberang, kita rasa semuanya di seberang itu indahkan? Ha itulah masalahnya.
Boleh saya mencelah sedikit saya hendak cakap ini hakikatnya.
Nanti dahulu.
Hakikatnya.
[Bangun]
Tidak, duduk, duduk, duduk. Ini floor saya, saya belum bagi lagi ya. Ha sila, sila Ampang duduk dahulu. Okey sila Padang Serai duduk dahulu. Saya tidak berapa nampak Padang Serai itu duduk. Jadi inilah hakikat
dia, kadang-kadang kita membandingkan tadika yang dibayar walaupun sedikit sederhana apa sahaja pun tetap dibayar. Sedangkan ini adalah khidmat kerajaan yang bersungguh- sungguh untuk membangunkan masyarakat. Ini yang penting dan saya percaya kerana anak saya dahulu pun saya pun tidak mampu dahulu. Saya masuk tadika Kemas mereka berjaya dan sebagainya melalui tadika Kemas, tidak ada masalah. Sebab itulah kadang- kadang kita jangan sempitkan minda kita, kita fikirkan yang lain semua tidak baik, yang kita sahaja yang baik. Ha itulah masalah dia.
Ya cukuplah Yang Berhormat masa sudah habis.
Ini masalah pada Ampang ya.
Boleh sedikit lagi?
Jadi saya oleh kerana tidak ada masa kita pun sudah 17.27, tidak lama lagi nanti loceng pun sudah hendak berbunyi balik jadi rasa saya baik saya teruskan.
Tidak apa tunggu locenglah dengar penjelasan saya.
Banyak yang lain ya. Hendak bagi lagi? Ha bagi okey cakap.
Okey tadi Lipis ada katakan bahawa tentang tadika Kemas yang ditaja oleh kerajaan, itulah yang saya hendak sampaikan di sini. Bila ditajakan kerajaan dengan ada bajet yang disediakan, tolong pertingkatkan mutu dari segi fizikal dan guru-gurunya. Itu yang kita hendak sampaikan di sini, bukanlah kita hendak menghina tetapi you seorang wakil rakyat yang berpelajaran tinggi dan sebagainya untuk merancang perkara-perkara begini agar anak-anak kita menjadi .....
Dia biasa Anchor beer sahaja.
Padang Serai, tolong diam Padang Serai.
...Menjadi pemimpin akan datang akan dapat menerajui negara kita dengan lebih berkualiti. Tidaklah masih lagi tahap lama.
Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis habiskan Yang Berhormat.
Terima kasih Ampang, terima kasih ya. Jadi saya percaya perkara ini memang sentiasa dibuat. Usaha meningkatkan kemahiran, usaha ini memang satu usaha yang berterusan. Dan kita berterusan jadi bila Kemas melaksanakan berterusan bukan bermakna kita hendak overnight. Secara hari ini kita sebut, esok sudah jadi ataupun hari ini kita sebut, semalam sudah jalan. Walaupun 50 tahun tetapi kalau kita lihat usaha itu berterusan.
Ya cukuplah Yang Berhormat habiskan.
Usaha berterusan ya. Saya sebenarnya banyak lagi tetapi gangguan Ampang tadi ini hanya satu lagilah rasa saya yang saya hendak sebut di sini.
Habiskan Yang Berhormat.
Iaitu 0.2300 iaitu Jalan Luar Bandar. Saya percaya banyak sudah jalan kampung, jalan luar bandar yang telah dibuat oleh kementerian ini. Hanya bagi saya ada satu jalan yang mungkin tertinggal, terlepas pandang iaitu jalan daripada Bandar Baru Kuala Lipis ke Kuala Kecau melalui Matuk dan ke Kuala Kenong. Jadi jalan ini kerana di situ langsung tidak ada jalan kampung terletak ataupun jalan luar bandar, terletak di seberang Sungai Jelai dan memang sampai sekarang mereka terpaksa naik bot dan sebagainya. Jadi apa yang saya harapkan pihak kementerian memberi perhatian kepada jalan ini kerana di situ juga terletak Taman Rimba Kenong. Jadi kalau ada jalan ini dapatlah menarik pelancong datang ke Taman Rimba Kenong ini di samping dapat memberi kemudahan pada masyarakat dan juga dapat membangunkan ekonomi di situ dengan adanya chalet dan sebagainya. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih.
Ya terima kasih. Kita jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Pengerusi saya terlebih dahulu ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada lebih daripada 20 Ahli-Ahli Parlimen yang ....
19, Yang Berhormat.
19 ya, 19 Ahli-Ahli Parlimen yang telah membuat pertanyaan, memberi pandangan, membuat cadangan dan juga yang ramai sekali ialah membuat permohonan-permohonan bagi tempat masing-masing.
Yang Berhormat sambung esok... [Ketawa] Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 17 November 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.