Dewan Rakyat · 17 November 2008
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 407 turns · 36,177 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Menteri Pelajaran menyatakan semenjak Rancangan Malaysia Kelapan hingga Rancangan Malaysia Kesembilan:- (a) berapa banyakkah sekolah baru yang telah dibina di negeri Sabah; dan (b) berapa banyakkah projek ini yang dibina dengan kaedah tender terbuka (negotiated), pilihan (selective) dan pelantikan secara rundingan terus.
Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sabah, di sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan, kementerian telah menyiapkan sebanyak 1,785 buah projek yang terdiri dari pelbagai program sekolah rendah dan menengah dengan kos sebanyak RM1.182 bilion. Manakala di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula, pembangunan infrastruktur di sekolah-sekolah melibatkan program-program seperti pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah harian, sekolah sukan, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik, institut pendidikan guru, rumah guru, asrama harian dan banyak lagi. Kesemua projek tersebut melibatkan siling berjumlah RM3,062,987,168 yang merangkumi 1,929 projek. Khusus mengenai sekolah baru di Sabah, sebanyak 51 buah projek telah dikenal pasti melibatkan 12 sekolah rendah dan 21 sekolah menengah yang telah pun siap. 14 sekolah buah rendah, 35 sekolah menengah harian, sebuah sekolah sukan dan sebuah sekolah menengah teknik termasuk projek- projek bekalan elektrik di luar bandar. Siling bagi semua projek ini adalah RM1,451,537,710. Sehingga kini sebanyak 17 buah sekolah rendah, 42 buah sekolah menengah, sebuah sekolah sukan dan sebuah sekolah teknik sedang dalam pembinaan manakala 31 buah sekolah terdiri daripada SK dan SMK sedang dalam peringkat pra bina. Bagi bajet mengurus pula, peruntukan yang telah disalurkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sekolah asrama dan institusi-institusi pelajaran yang lain dalam tempoh dari tahun 2006 sehingga 2008, adalah berjumlah RM174 juta. Peruntukan yang besar yang diluluskan untuk penyelenggaraan institusi pelajaran di negeri Sabah ini adalah berikutan keadaan fizikal bangunan yang sememangnya kita ketahui agak uzur dan memerlukan banyak penyelenggaraan dan baik pulih. Berdasarkan aktiviti penyelidikan dalam tempoh yang sama, sekolah-sekolah rendah telah menerima peruntukan sebanyak RM86.6 juta manakala sekolah-sekolah menengah telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM35.7 juta dan bagi penyelenggaraan asrama pula sebanyak RM29.5 juta diperuntukkan untuk tahun ini. Di samping itu, kementerian juga telah memperuntukkan sebanyak RM22.2 juta bagi mengurus penyelenggaraan prasekolah dan bangunan pejabat pelajaran negeri dan juga daerah. Pelaksanaan projek-projek tersebut dibuat melalui berbagai-bagai kaedah perolehan seperti rundingan terus, tender terbuka, tender terhad dan sebut harga. Keputusan bagi melaksanakan kaedah-kaedah tersebut adalah bergantung kepada keperluan projek berdasarkan pertamanya kesegeraan dan juga kesukaran dari segi
lokasi serta kaedah pembinaan yang memerlukan kepakaran yang khusus. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang datang menjawab soalan saya pada pagi ini. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana di Kalabakan Tuan Yang di-Pertua, kesemua 50 sekolah rendah atau menengah telah pun ada akses komputer pada keseluruhannya. Itu adalah satu-satunya kawasan Parlimen di seluruh negara yang telah diberi kemudahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertamanya, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, perabot-perabot yang dibekalkan kepada sekolah iaitu meja dan bangku, tidak ada mutu di Sabah. Sama ada kita mahu, mungkin kementerian mengkaji semula. Ini adalah kerana perabot-perabot yang disupply ke sekolah, hanya tahan tiga bulan sahaja dia patah menunjukkan kualitinya tidak begitu baik. Itu yang pertama. Keduanya, sejauh manakah kebenaran kenyataan bahawa banyak sekolah khususnya di luar bandar dibina, scalenya terlalu besar tanpa mementingkan kesesuaian hingga menjadi ‘gajah putih’. Maksudnya di sini Tuan Yang di-Pertua, sekolah besar, murid tidak cukup, kemudahan tidak cukup. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tahu sekolah menengah...
Yang Berhormat, pendekkan. Sebenarnya di dalam peraturan...
Ini peluang saya Tuan Yang di-Pertua, kerana Yang Berhormat Menteri ada di sini.
Saya faham Yang Berhormat. Peraturan kena ingat juga. Sila Yang Berhormat.
Sekolah Menengah Kalabakan di mana tanah telah disediakan, Sekolah Menengah Pulau Sebatek, tanah pun sudah disediakan, bila agaknya dimulakan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai Kalabakan, jumlah peruntukan yang telah pun kita salurkan kepada kawasan Yang Berhormat berjumlah RM70,734,478. ■1010 Pusat-pusat akses yang disebutkan oleh Yang Berhormat yang telah pun siap merupakan projek rintis yang sekarang ini yang boleh dijadikan contoh untuk kita perluaskan ke kawasan-kawasan lain. Berhubung kait dengan perabot, kita sekarang ini berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan di mana satu penyelarasan, saya setuju dari segi konteks kualiti perabot yang ingin dibekalkan di sekolah-sekolah kita. Di samping itu, tidak ada gunanya kita menyediakan sekolah-sekolah yang canggih, yang besar, yang mewah tetapi dari segi pengisiannya khusus dalam konteks perabot, tidak dapat diselaraskan. Mengenai scale yang terlalu besar, itu merupakan pendekatan yang dilakukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan di mana kita gunakan pendekatan design and build. Itu tidak digunakan lagi di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, malah skop projek-projek yang telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ini terpaksa dilihat semula kerana dengan kos barangan yang telah pun bertambah tinggi, maka skop yang telah ditetapkan dahulu lagi perlu diberi prioritize, dengan izin, dan keutamaan-keutamaan tertentu berhubung kait dengan skop ini terpaksa dikecilkan. Mengenai dua sekolah di SMK Kalabakan dan juga Pulau Sebatik, memang saya sedia maklum bahawa tanah telah pun dikenal pasti ini sebagai sebahagian besar daripada masalah kita tetapi dalam proses kita hendak meletakkan keutamaan. Saya akan cuba sedaya upaya memastikan kedua-dua buah sekolah itu akan disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, insya-Allah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada menteri. Memang kita tahu di Sabah ini agak mundur
sedikit mengenai bangunan-bangunan sekolah di mana kita tahu bahawa ada sekolah yang dibina yang sering kali akibat kebanjiran. Oleh kerana inilah sebab-sebabnya di kawasan saya banyak sekolah yang tidak dapat diguna sewaktu musim tengkujuh. Jadi apakah rancangan kementerian untuk menaiktarafkan sekolah-sekolah ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi sekolah daif dan sekolah-sekolah yang berada di kawasan-kawasan banjir di Sabah. Sebab itulah kita di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan peruntukan tertinggi iaitu RM3.4 bilion untuk melaksanakan 3,904 projek. Di bawah projek-projek yang telah pun kita senaraikan, sebahagian besarnya berhubung kait dengan naik taraf tetapi Yang Berhormat mesti maklum bahawa hendak membandingkan sekolah-sekolah di Sabah dengan Semenanjung agak tidak adil kerana keluasan kawasan di Sabah itu begitu luas, 73,710 kilometer persegi, bilangan sekolah pun besar, 121,271, bilangan sekolah murid iaitu sekolah-sekolah yang di bawah jumlah 150 murid, jumlahnya besar, 497 dan bilangan guru dan bilangan murid pun besar. Bermakna bila kita ambil kira keluasan Sabah, ambil kira sekolah-sekolah yang sedia ada, mengambil kira sekolah-sekolah kurang murid, kita mesti melihatnya dalam konteks yang lebih luas dengan peruntukan yang terhad ini, kita mesti beri keutamaan kepada sekolah-sekolah yang betul-betul memerlukannya dan di bawah Kementerian Pelajaran, saya akan pastikan sebagai Menteri Pelajaran bahawa jumlah yang ada ini, duit rakyat sebenarnya akan sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya, insya-Allah.
2. Dato’ Zahrain Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan memandangkan masih ramai pekerja kilang yang berpendapatan kurang dari RM500 sebulan, adakah kerajaan berhasrat untuk membantu mereka ini dengan menubuhkan tabung elaun saraan hidup (COLA).
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru di atas soalan nombor 2 ini. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, pemberian COLA kepada pekerja di sektor swasta adalah tertakluk kepada perbincangan dan perundingan bersama ataupun collective agreement yang diadakan di antara pihak majikan dengan pihak pekerja. Sungguhpun begitu, kerajaan sentiasa menggalakkan majikan untuk menyediakan pelbagai faedah kepada pekerja untuk membantu mereka. Selain daripada itu, juga sebarang bentuk pemberian faedah adalah berdasarkan kepada kemampuan syarikat tersebut dan pada ketika ini di samping gaji, pekerja juga menerima pelbagai faedah tambahan berbentuk monetary seperti elaun kehadiran dan juga bukan monetary seperti kemudahan tempat tinggal. Tuan Yang di- Pertua, ini adalah sekadar menamakan beberapa contoh faedah sahaja. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia bersedia untuk membantu memudahkan ataupun facilitate, dengan izin, perbincangan berkaitan hal ini di antara pihak majikan dengan pihak pekerja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bahawa ramai yang terlibat dalam pendapatan lebih kurang RM500 sebulan dan kita boleh anggap mereka ini termasuk dalam kumpulan miskin tegar, lebih kurang dua juta yang bekerja swasta yang gaji lebih kurang RM500. Mereka tidak diberikan COLA, tidak apa, tetapi mereka telah juga menyumbang terhadap pembangunan negara. Saya hendak tanya kementerian, adakah lain-lain pertolongan untuk mereka? Balam bajet yang lalu, kaum nelayan dan petani ada peruntukan tetapi mereka yang kerja swasta ini dianggap miskin tegar, ramai yang duduk di bandar. Jadi saya hendak tanya kementerian, adakah rancangan ataupun peruntukan untuk kerajaan memberi kepada mereka ini yang kita boleh anggap golongan miskin tegar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang telah diutarakan sebentar tadi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia memang sentiasa memantau pelaksanaan pembayaran gaji terutamanya di dalam sektor swasta di negara ini walaupun kita tahu pendekatan untuk menentukan gaji di pihak swasta ini adalah
berdasarkan kepada kuasa pasaran perjanjian collective tetapi kita ada satu lagi iaitu Majlis Penetapan Gaji dan bagi mereka yang mempunyai ataupun menerima gaji-gaji yang dikategorikan sebagai kategori di bawah paras kemiskinan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, MPG akan sentiasa diubahsuai, akan sentiasa dibuat mengikut kepada pembaharuan ataupun permintaan. Sebagai contohnya, Yang Berhormat, untuk mereka yang di kilang ataupun yang bekerja di sektor industri ini, kita pun menyedari hakikat bahawa mereka ini menerima gaji yang tidak lumayan. Jadinya, menyedari hakikat inilah maka Kementerian Sumber Manusia juga telah memohon dan telah membawa kepada Kabinet dan Kabinet juga telah meluluskan untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mengkaji perlu atau tidak MPG ini ditubuhkan dan ianya akan memperakukan dan insya-Allah masalah ini akan kita bincangkan di peringkat Majlis Penetapan Gaji. Terima kasih.
[Menyampuk]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Dalam...
Sri Gading banyak kilang, Tuan Yang di-Pertua.
Maran pun ada, Yang Berhormat.
Maran, hulu kampung.
Tuan Yang di-Pertua, Batu Pahat memang banyak kilang.
Tuan Yang di-Pertua...
Santubong pun banyak, Yang Berhormat.
Ya, lebih banyak di Sri Gading. Batu Pahat ini ada tiga kawasan perindustrian, kilang...
Ya, sila, sila.
...yang lebih kepada 40 ribu pekerja.
Yang Berhormat.
Saya tidak dapat, Tuan Yang di-Pertua?
Maran tengah naik sekarang kilang-kilang baru.
Maran yang bertanya, Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan.
Maran, ia kampung, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kita minta Maran tolak ansurlah.
Tolak ansurlah.
Di Sabah lebih banyak lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini penting, bukan...
Pendatang tanpa izin lagi.
Saya setuju soalan ini penting pasal jawapan ini..
Sila, sila Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat...
Kita bukan sekadar hendak jawapan, Tuan Yang di-Pertua, tindakan. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi saya laluan. Saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan melawan Tuan Yang di-Pertua punya arahan. Terima kasih.
Saya sudah terpandang Yang Berhormat Maran tadi, Yang Berhormat.
Ya, dia pakai ilmu pengasih, pagi ini Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Dia ada guna ilmu pengasihlah itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi sekarang memberi kesan yang besar kepada pekerja-pekerja kita dan saya difahamkan, banyak ini, bahawa pihak kerajaan tidak bercadang untuk meletakkan gaji minimum kebangsaan yang sepatutnya... ■1020
Soalannya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sri Gading ganggu saya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, soalan saya, apakah rasionalnya Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan menyatakan bahawa gaji minimum kebangsaan tidak wajar diperkenalkan pada masa ini sementara kadar gaji sektor pula ditentukan oleh kuasa pasaran. Ini perlu diberikan perhatian. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Maran di atas soalan tambahan yang telah dibentangkan tadi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini memang setakat ini dasar kerajaan ialah untuk kita mempromosikan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti ataupun Productivity Link Wages System (PLWS) dengan izin dan ia adalah bertujuan untuk menjamin daya saing negara ini bagi menyumbang kepada kualiti hidup pekerja di sektor swasta. Kita pun telah membuat satu kajian di peringkat Kementerian Sumber Manusia di mana daripada lebih kurang 70,000 majikan yang telah melaksanakan PLWS ini ia adalah berdasarkan kepada penawaran dan permintaan. Walau bagaimanapun berbalik kepada soalan tambahan nombor satu tadi, sekiranya masih lagi terdapat ada kekurangan ataupun kelemahan dari segi penetapan gaji di pihak swasta, saya memberikan contoh yang pertama tadi di sektor industri adalah inisiatif daripada pihak kementerian itu sendiri dalam usaha untuk membantu pekerja-pekerja di pihak industri. Ini bermakna kalau kita melihat bahawa terdapat gaji yang dilaporkan begitu kurang, Kementerian Sumber Manusia itu sendiri akan mengambil inisiatif untuk membuat satu kajian yang terperinci untuk mendalami dan mengambil kira purata gaji bagi semua mereka dan kita akan menganjurkannya di bawah MPG yang akan diutarakan. Untuk makluman Dewan juga, setakat ini di Asia Tenggara kita tidak ada mengamalkan gaji minimum untuk mana-mana negara pun, termasuklah untuk kebangsaan ataupun national minimum income wage sebagai contoh. Namun apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan daerah dan juga berdasarkan sektor itu sendiri. Insya-Allah kita mengambil dan menyambut baik keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat mengenai perkara ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Parlimen saya, Parlimen Parit Sulong pun banyak juga kilang dan industri yang ditubuhkan. Sudah semestinya kami di Kementerian Sumber Manusia akan sentiasa memerhati dan memantau sektor industri seperti ini. Sekian, terima kasih.
3. Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan: (a) adakah kementerian menolong ataupun menjalankan kerjasama dengan Dewan Perniagaan Cina dan India dalam ekonomi terutamanya kaum bumiputera; dan (b) berapakah bilangan penerima atau yang telah berjaya dibantu oleh pihak kementerian.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya jawab, saya ingin mengalu- alukan kehadiran Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang ada di galeri. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau MECD telah menetapkan sasaran untuk melahirkan 150,000 usahawan baru di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Dalam usaha untuk mencapai sasaran tersebut, kementerian telah melaksanakan beberapa program dan salah satu program tersebut ialah Program Usaha Sama Tulen. Program ini pada awalnya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Usaha Sama Tulen peringkat kementerian dengan dianggotai oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia. Keanggotaan tersebut telah ditambah dengan kemasukan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia serta wakil konsortium bank pada Mac 1996. jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Majlis Galakan Usaha Sama Tulen (MGUT). Tuan Yang di-Pertua, objektif penubuhan MGUT ialah bagi membantu usahawan-usahawan bumiputera untuk memperoleh kepakaran baru dengan bantuan usahawan bukan bumiputera yang selama ini menjadi majoriti di dalam pasaran. Dengan mengerakkan aktiviti-aktiviti MGUT dapatlah usahawan bumiputera dan juga bukan bumiputera salin bekerjasama mempelajari dan memanfaatkan kepakaran dan rakan usaha sama masing-masing. Dengan ini keseimbangan kepakaran dan peluang- peluang perniagaan akan dapat dirapatkan antara semua kaum di negara ini. Namun demikian, selepas tempoh 12 tahun sehingga tahun 2007, program ini telah melahirkan sebanyak 56 syarikat kerjasama. Namun kini hanya tinggal 11 buah syarikat usaha sama yang masih aktif. Prestasi usaha sama tulen juga kurang menggalakkan kerana kurang insentif dan masalah implementasi. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sudi menjawab soalan ini. Soalan tambahan saya ialah mengapakah Program Usaha Sama Tulen ini kurang berjaya. Adakah kerana kurang sambutan di kalangan usahawan bumiputera atau kurang kerjasama atau keengganan di kalangan peniaga bukan bumiputera. Apakah langkah atau rancangan kerajaan untuk meningkatkan usaha sama tulen ini khususnya di bidang peruncitan dan francaisi di kalangan usahawan mikro bumiputera terutama di kawasan luar bandar yang sedang membangun seperti di Parlimen saya Sabak Bernam. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Oleh kerana usaha sama tulen ini melibatkan dua kaum iaitu kaum bumiputera dan bukan bumiputera memang diakui agak sukar untuk menjalinkan dalam erti kata usaha sama tulen ini. Ini yang pertama bagi pihak usaha bumiputera masih lagi menganggap mereka menjadi ‘sleeping partner’ ertinya ‘sistem ali baba’ itu masih lagi wujud walaupun hasrat kita untuk mewujudkan usaha sama tulen. Kedua, bagi pihak bukan bumiputera pula, mereka melihat konsep kerjasama tulen ini satu peluang untuk mereka mendapat kerja-kerja khasnya kerja-kerja daripada pihak kerajaan. Nampaknya perkongsian pintar ini melalui kepakaran teknologi pasaran dan rantaian nilai masih sukar untuk diwujudkan di antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Oleh itu pihak kementerian tidak pernah merasa kecewa dengan hasrat ini. Maka kita telah menubuhkan satu jawatankuasa yang baru di mana kementerian sendiri mengambil alih. Menteri sendiri menjadi pengerusi kepada majlis ini yang sebelum ini majlis ini dipengerusikan oleh pengerusi dewan-dewan perniagaan. Ertinya kita hendak memberi peluang kepada dewan-dewan perniagaan untuk mereka bersama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah mereka, tetapi nampaknya tidak berapa jalan. Oleh sebab itu kementerian telah pun mengambil alih di mana menteri menjadi pengerusi dan KSU menjadi jawatankuasa pelaksana. Kita harap pada tahun
hadapan ini kita akan dapat melahirkan benar-benar usaha sama tulen ini. Dalam usaha kita, kita akan cuba memberi peluang kepada syarikat usaha sama tulen mendapat kerja dalam pihak kerajaan. Dalam masa yang sama kita akan mencari peluang bagaimana syarikat usaha sama tulen dapat merebut peluang-peluang pekerjaan ataupun perniagaan di sektor swasta. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, wanita UMNO Tanjong Karang ini manis-manis. Adakah Yang Berhormat Menteri pilih khusus untuk datang ke sini? [Ketawa] Terima kasih. Soalan saya, selain daripada kerjasama tulen apakah Yang Berhormat sedar bahawa syarikat-syarikat bumiputera menguasai sepenuhnya bukan sahaja bekalan tetapi juga networking perniagaan terutamanya dalam bekalan. Contohnya bekalan-bekalan bahan binaan, kedai-kedai spare parts yang perniagaannya mencecah bilion ringgit. Jadi, saya hendak tanya, dari segi kerjasama dengan Dewan Perniagaan China dan India ini apakah usaha kementerian, paling tidak kerjasama tulen supaya membantu usahawan bumiputera mewujudkan rangkaian spare parts di tiap-tiap daerah kepunyaan bumiputera ataupun kedai-kedai yang membekal bahan binaan. Ini kerana dalam bidang industri bahan binaan ini, kita tengok simen, besi, atap, aluminium, cermin yang melibatkan perniagaan yang berbilion ringgit. ■1030 Jadi, kalaulah dapat diwujudkan rangkaian melalui peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kedai-kedai seumpama ini, dahulu kerajaan pernah buat PERNAS, tidak berapa berjaya, macam-macamlah dia buat dan saya tidak yakin memang satu perkara yang idealis kalau dapat diadakan perniagaan usaha sama tulen ini, tapi peringkat di daerah-daerah, kawasan-kawasan Parlimen di setiap negeri, kalau diwujudkan rangkaian seumpama ini dengan mendapat kerjasama dewan peniagaan Cina dan India supaya mereka melantik usahawan-usahawan ini menjadi pembekal, syarikat-syarikat besar menjadi pembekal usahawan bumiputera, saya percaya ini satu langkah yang boleh membantu usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Mengenai pandangan Yang Berhormat itu kita tidaklah boleh dinafikan, sebab itulah kita wujudkan usaha sama tulen ini Tuan Yang di-Pertua supaya usahawan bukan bumiputera dapat membantu usahawan-usahawan bumiputera dalam berbagai-bagai bidang. Namun demikian, masalah yang dibangkitkan Yang Berhormat Pasir Mas tadi masih lagi wujud. Di samping kita mengharapkan usaha sama tulen ini berjalan dengan baik, kementerian juga terus berusaha untuk kita mewujudkan beberapa rangkaian di antara usahawan bumiputera untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera mendapat bekalan-bekalan seperti mana Yang Berhormat katakan tadi. Di antaranya, kita meminta MARA INC. Untuk memainkan peranan supaya dapat menjadi pembekal kepada usahawan-usahawan bumiputera yang memerlukan bekalan. Kedua, kita juga melantik Samata Industries Sdn. Bhd., satu syarikat usaha sama, satu syarikat bumiputera untuk menjadi pembekal kepada alat-alat ganti kenderaan dan juga saya minta maaf Yang Berhormat ada satu lagi anak syarikat yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan, saya lupa nama syarikat ini, yang mana syarikat ini sudah pun kita panggil berbincang, syarikat yang ditubuhkan oleh anak syarikat Kementerian Kewangan ini, ia diwujudkan untuk menjadi pembekal kepada bahan-bahan mentah, simen, besi dan sebagainya. Saya akan beritahu Yang Berhormat apa nama anak syarikat ini yang telah ditubuhkan. Ertinya, kerajaan terus berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera yang hari ini selalu menghadapi masalah-masalah seperti mana yang disebut Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Terima kasih.
4. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah perancangan untuk membanteras eksploitasi (seks) wanita dalam industri pengiklanan dan juga di dalam bidang sukan.
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri melalui
Lembaga Penapisan Filem sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memastikan semua kandungan dan iklan ditapiskan sebelum disiarkan. Bagi perkara yang berkaitan dengan industri pengiklanan, pihak Lembaga Penapis Filem ialah satu badan yang terdapat di Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan adalah bertanggungjawab untuk menapis semua iklan yang akan ditayangkan di televisyen. Dalam menjalankan tanggungjawab itu, LPF menggunakan garis panduan penapisan tahun 1993 yang telah disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi panduan dan juga kod kandungan yang disediakan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah seksyen 94 Akta Forum dan Multimedia 1998. Berhubung dengan pengiklanan yang menyentuh wanita, di dalam para 7 kod kandungan yang mengatakan bagi wanita dalam iklan, yang pertama iklan mestilah tidak menunjukkan wanita sebagai objek seks ataupun digambarkan sebagai pemuas nafsu lelaki semata-mata. Kedua, iklan mestilah memaparkan secara positif imej wanita. LPF juga merujuk kepada akta-akta, peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan tatacara pengiklanan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pada masa kini pihak LPF mendapati tidak ada eksploitasi wanita di dalam bidang pengiklanan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini. Sekiranya terdapat perkara-perkara tersebut, maka LPF akan mengambil tindakan memotong adegan-adegan berkenaan dan juga tidak dapat diselamatkan lagi akan terus tidak meluluskan untuk tayangan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya sedar bahawa isu ini bukanlah satu isu yang mudah walaupun kita sudah ada garis-garis panduan dan perundangan. Tetapi kita lihat realitinya walaupun media perdana kita seperti TV3 dan RTM dan sebagainya, masih lagi mematuhi garis panduan dan akta ini, tetapi kalau kita lihat misalnya ASTRO terutama TV8 dan juga di bidang kesukanan wanita digunakan sebagai penarik di dalam Formula One. Jadi, eksploitasi ini tidak semestinya dalam bidang pengiklanan sahaja, dia merentasi banyak bidang pengawasan. Saya lihat di sini bukan sahaja Kementerian Dalam Negeri, bukan sahaja Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi, Belia dan Sukan juga terlibat dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri tidak mengambil sesuatu yang proaktif dalam hal ini. Cuma saya ingin tahu sekarang ini, adakah kerajaan akan mencadangkan satu ataupun himpunkan semua akta-akta yang ada ini supaya lebih komprehensif dan ia merujuk kepada semua eksploitasi wanita di dalam semua bidang dan satu badan pemantauan yang hanya bukan memantau filem, bukan hanya setakat menapis filem tetapi dalam semua bidang. Satu badan pemantauan yang bersepadu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja, untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kita mempunyai beberapa badan penguatkuasaan untuk memantau dalam iklan-iklan yang mempunyai simbol kewanitaan dalam negara ini. Contohnya, forum kandungan dan juga Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan Siaran Televisyen dan Radio Awam dan Swasta, kedua- dua ini di bawah KTAK, Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi dan juga satu lagi... [Ketawa] Jangan ketawa, ini memang benar dan satu lagi Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri, ketiga-tiga badan ini yang sentiasa menjalankan kerja-kerja pemantauan. Bagi ASTRO pula ini, ASTRO ini telah pun diberikan kuasa untuk mengadakan self-censorship dengan izin dan ini adalah satu janji yang diberikan kepada ASTRO sebelum mereka ini diberikan lesen untuk mengendahkan televisyen swasta. Bagi isu eksploitasi wanita di bidang sukan, ini di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan dan saya juga difahamkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi input dan memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu jika mereka ini melanggari garis-garis panduan. Cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat di mana satu akta yang meliputi semua kementerian mengenai semua pengiklanan terhadap wanita, mengenai semua aspek kewanitaan dalam iklan, dalam filem atau lain-lain bidang disatukan. Ini satu cadangan yang bernas dan boleh diteliti oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
■1040
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah oleh kerana kita melibatkan wanita, di sini saya mengucapkan tahniah kepada rakan kita di sebelah sana tadi yang membawa isu ini. Bagi mereka yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang ini, adakah pihak kementerian memastikan bahawa sekurang-kurangnya beberapa orang ahli jawatankuasa itu dianggotai oleh wanita. Terima kasih.
Terima kasih, mengenai hal wanita ini memanglah ada wakil-wakil wanita dalam semua badan-badan. Jangan khuatir, kerajaan memang amat sensitif terhadap isu ini dan saya ingin memberi jaminan bahawa dalam Lembaga Penapisan Filem, dalam forum kandungan, semua badan-badan pengawal selia dan pemantauan ini mempunyai wakil-wakil daripada wanita. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bagaimana cara untuk menangani masalah pengemis yang semakin meningkat di kalangan rakyat tempatan dan asing dan berapakah jumlah pengemis yang ditangkap pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Libaran. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa peka mengenai masalah pengemis yang wujud di negara ini. Sungguhpun jumlah pengemis didapati semakin meningkat, namun dia masih di tahap terkawal. Antara tindakan yang diambil oleh kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM untuk menangani masalah pengemis pada masa ini adalah dengan mengadakan operasi menyelamat pengemis dari masa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977, Akta 183. Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi-agensi penguat kuasa iaitu pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Daerah dan Jajahan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Tuan Yang di-Pertua, JKM juga merancang untuk menyusun strategi mengadakan operasi penyerbuan secara mengejut dan berjadual secara lebih kerap di lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan pengemis di bandar-bandar besar seluruh negara seperti di Bandar Raya Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Butterworth dan Johor Bahru. Selain itu, JKM telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Membanteras Pengemis Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menangani isu pengemis dengan kerjasama antara agensi penguatkuasaan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan jajahan. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaraskan gerak kerja operasi dengan lebih kemas dan bersepadu. Tuan Yang di-Pertua, jumlah pengemis yang diselamatkan pada tahun 2005 hingga Julai 2008 adalah seperti berikut: Tahun Jumlah Pengemis (orang) 2005 911 2006 1,046 2007 1,261 Sehingga Julai 2008 512 Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau yang diselamatkan akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial. Sekiranya terbukti seseorang itu sebagai pengemis atau kutu rayau mengikut tafsiran Akta Orang papa, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan sama ada di Desa Bina Diri Jerantut, Pahang untuk lelaki atau di Desa Bina Diri Mersing, Johor untuk wanita mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.
Bagi pengemis asing yang diselamatkan melalui operasi yang dijalankan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana mereka bukan di bawah bidang kuasa kementerian ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan seorang wanita berumur 64 tahun mempunyai akaun simpanan lebih kurang RM15,000 di Seremban. Jadi ini seolah-olah merupakan satu pekerjaan baru bagi pengemis-pengemis. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah lain yang lebih berkesan untuk membanteras kegiatan pengemis pada jangka masa panjang keseluruhannya kerana seolah-olah ada tekong-tekong darat ataupun laut yang mengurus pengemis- pengemis ini. Jadi soalan saya juga, bagaimana menangani masalah ini juga khasnya di negeri Sabah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Baru hari ini kita dengar ada tekong darat selain dari tekong laut. Sememangnya Yang Berhormat ianya merupakan satu masalah yang agak besar kepada kita kerana pengemisan ini dijadikan sebagai satu kerjaya untuk meraih kesenangan. Dalam beberapa operasi juga kita mendapati di antara pengemis itu mempunyai di dalam tangan wang tunai dalam tidak kurang RM100 hingga RM300 yang terbesar. Itulah dia yang disebutkan tadi di daerah Seremban mempunyai wang simpanan di dalam bank sebanyak RM15,300. Walau bagaimanapun kementerian apabila menemui semasa operasi sama ada secara ad hoc ataupun atas aduan ataupun secara berkala, mendapati kumpulan pengemis ini yang di bawah takrifan pengemis sama ada mereka mengemis ataupun tidak tetapi berpelesir juga dalam takrifan, mereka tetap kita selamatkan. Ayat yang kita guna atau perkataan yang digunakan bukan kita tangkap tetapi kita selamatkan kerana itu objektif utama Akta Orang Papa tetapi yang didapati menipu ini akan kita hantarlah ataupun kita serahkan kepada pihak polis, pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Akta Orang Papa ini adalah untuk menjaga, memulihkan dan mengembalikan, mengintegrasikan mereka semula kepada kalangan keluarga dan masyarakat. Berkenaan dengan kedudukan di Sabah pula Yang Berhormat, walaupun Akta Orang Papa ini sebenarnya belum lagi dipanjangkan penguatkuasaannya di negeri Sabah tetapi kita telah menangani masalah pengemis ini bersama-sama dengan lain- lain agensi juga. Secara keseluruhannya kedudukan pengemisan adalah terkawal kecuali di beberapa buah bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga telah menubuhkan satu tindakan konkrit dengan mewujudkan jawatankuasa menangani pengemis yang juga melibatkan Dewan Bandar Raya, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Imigresen, pihak polis, Jabatan Kesihatan dan juga lain-lain jabatan dan agensi yang difikirkan sesuai. Pihak polis mengambil tindakan walaupun tidak ada akta tetapi pihak polis mengambil tindakan di bawah seksyen 23 Minor Offences Ordinance Sabah (Cap. 80). Pengemis warga negara asing yang ditemui juga di Sabah akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebagaimana di Semenanjung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mereka yang mengemis ini ada yang menggunakan laporan perubatan, menggunakan kecacatan anggota mereka, membawa anak kecil dan menggunakan unsur agama. Tidak kurang juga pengemis dari luar negara yang datang dengan satu tujuan sahaja untuk mengemis. Pengemis dari negara asing datang negara ini mengemis tetapi sebaliknya mereka tinggal di hotel. Bagaimanakah pihak kementerian boleh mengasingkan mereka daripada yang tulen dengan yang palsu sebelum menggunakan perkataan diselamatkan. Berapakah kos untuk menampung mereka pengemis palsu ini kerana perlu menghantar mereka balik atau sementara menunggu mereka menghantar balik. Ini kerana setahu saya Akta Orang Papa ini tidak memperuntukkan hukuman ke atas mereka. Bagaimana dengan dalang-dalang sindiket-sindiket ini? Pengemis asing boleh datang join nyanyian lagu, mengemis dan selepas itu tinggal di hotel. Jadi saya pohon bagaimana dalam aspek ini.
Faham Yang Berhormat. Saya sudah dapat soalan itu Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sebenarnya
itulah dia masalahnya kerana rakyat di negara Malaysia ini memang rakyat yang prihatin, rakyat yang penyayang, mudah simpati, mudah bersedekah dan negara mewah. Bukan negara berkebajikan macam yang hendak dibuat oleh pembangkang tetapi kita memang cukup mewah, rakyatnya tidak ada yang sampai kebulurlah sampai pengemisan ini hendak dijadikan kerjaya mudah. Kepada kumpulan pengemis yang menggunakan agama ataupun kanak-kanak, mereka juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang. Mereka boleh kita selamatkan di bawah akta kalau mereka genuine tetapi kalau mereka sengaja menggunakan agama, menggunakan kanak- kanak, kita ada undang-undang. ■1050 Kita juga ada Akta Kanak-kanak 2001 yang mana sesiapa yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak ini dan boleh disabitkan kesalahan. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 ataupun penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya sekali. Kepada tekong darat ataupun sindiket sebagaimana yang disentuh juga oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kementerian memang sedar wujudnya sindiket-sindiket ini termasuklah sindiket daripada kumpulan-kumpulan asing dan tugas kementerian adalah untuk menyelamatkan mangsa dan pengemis genuine, memulihkan mereka dan mereka yang menyalahgunakan ataupun menipu melalui sindiket ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia yang juga bekerjasama dengan kita. Yang Berhormat kata macam mana kita hendak tahu duduk di hotel dan sebagainya melalui operasilah, Yang Berhormat. Baru kita tahu, ya. Bila kita buat rate ataupun buat operasi, kita ambil perintah tahan mereka selama 24 jam dan kemudian ambil perintah untuk 30 hari untuk kita buat laporan sosial. Dari situlah maka kita akan tahu genuine atau tidak pengemisan mereka itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
6. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, apakah faktor-faktor yang diambil kira dalam penentuan struktur tarif yang baru dan bakal dikenakan kepada pengguna air setelah model pelaksanaan aktiviti sektor air yang baru dan pengambilalihan sektor air oleh kerajaan persekutuan berjaya dilaksanakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mengambil alih urusan pembekalan air kepada pengguna daripada kerajaan negeri. Ini termasuklah negeri Kedah yang sebelum ini agak bimbang sekiranya mereka berhijrah ke rejim baru di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air, mereka akan kehilangan kuasa ke atas syarikat yang menjalankan aktiviti operasi bekalan air di negeri. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. Pembaharuan yang diperkenalkan pada masa ini hanya akan melibatkan aspek pengawalseliaan dan penetapan dasar sektor air. Di samping itu, bagi membantu meringankan beban kewangan kepada industri perkhidmatan air, maka Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan satu syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, MKD iaitu Pengurusan Aset Air Berhad atau PAAB untuk membiayai perbelanjaan kapital dan mengambil alih hutang-hutang sedia ada kerajaan negeri. Industri perkhidmatan air selepas pembaharuan ini akan beroperasi secara aset light, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kadar tarif air di bawah Rejim Kawal Selia dan Pelesenan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta 655 tidak akan ditetapkan secara pre-determined dan berjadual. Sebaliknya kadar tersebut akan dikaji semula dan ditentukan setiap tiga tahun sekali bagi memastikan bahawa tarif yang dikenakan adalah berpatutan dan munasabah kepada pihak pengguna, syarikat operator air dan juga kerajaan. Asas dan parameter utama dalam menimbang sebarang penyelarasan tarif air adalah berlandaskan kepada pematuhan setiap syarat lesen dan petunjuk prestasi utama KPI yang akan ditetapkan oleh SPAN. Selain daripada itu, ulasan dan pandangan pengguna ke atas prestasi syarikat yang memohon penyelarasan tarif akan turut diperoleh daripada pengguna. Dalam hal
yang demikian, pengguna akan diberikan peluang mengemukakan maklum balas melalui satu instrument yang dikenali sebagai Forum Air. Tuan Yang di-Pertua, kaedah baru dalam menentukan kadar tarif air ini akan dilaksanakan secara telus dan jelas. Kerajaan yakin bahawa dengan pelaksanaan kaedah baru ini, satu kadar tarif yang berpatutan dan mampu dibayar pengguna akan diperoleh. Ia juga akan turut mengunjurkan pulangan yang berpatutan kepada syarikat- syarikat operator. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Air ini Yang Berhormat Menteri ataupun semua Ahli Dewan adalah merupakan anugerah Allah SWT. Air, tenaga dan padang ragut adalah merupakan anugerah Allah yang sepatutnya dikongsi dan kalau boleh kita mesti bergerak ke arah air ini sepatutnya kita bagi percuma kepada rakyat. Saya terima kasih kepada Selangor yang mulakan langkah yang begitu baik. Saya hendak tanya. Walaupun kita perlukan kepada pembiayaan untuk menguruskan pengurusan air ini, dalam konsep model yang dibentangkan, model industri air yang baru, saya hendak tanya dalam Dewan yang mulia ini, adakah satu kadar yang tetap maksudnya dalam menentukan elemen profit margin ataupun project return ini yang diambil kira dalam kita menentukan tarif air kerana apa yang kita faham bahawa dalam konsep modul industri air yang baru ini, kadar profit margin ini sepatutnya lebih rendahlah kerana risikonya yang begitu kurang. Yang kedua, berapakah jangkaan kos bagi pihak kementerian sendiri ataupun Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih dan bagaimanakah Pengurusan Aset Air Berhad iaitu PAAB ini ataupun Kerajaan Pusat membiayai kos pengambilalihan ini. Yang ketiga bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah ataupun kerajaan-kerajaan negerilah yang terlibat dalam pengambilalihan ini, saya ingin bertanya adakah kerajaan negeri ataupun pihak-pihak yang terbabit ini akan dipanggil untuk sama-sama berbincang dan terlibat dalam menentukan tarif air ini kerana setiap negeri mempunyai permasalahan dan juga rakyat yang berbeza dari segi pendapatannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Padang Terap. Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat nampaknya soalan tambahannya lebih panjang daripada soalan asal. Saya akan cuba...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri boleh jawab satu saja.
Okey, saya akan cuba jawab. Pertamanya, saya berterima kasih dengan Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat juga amat prihatin dan peka bahawa air ini keperluan yang begitu perlu bagi seluruh masyarakat dan juga untuk segala makhluk yang hidup di dunia ini. Akan tetapi, betul kalau air itu air hujan memang kita boleh dapat secara percuma tetapi untuk membekalkan air ke mana-mana kawasan, kita perlukan kewangan termasuk di negeri Kedah. Sebab itu kita, kerajaan apabila kita membuat rejim baru ini, kita adakan Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara adalah bertujuan untuk membekalkan air kepada pengguna dengan air yang berkualiti, boleh diminum, portable dengan izin, dan harga yang berpatutan. Berhubung dengan perkara ini, suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Padang Terap walaupun kawal selia itu berada pada Kerajaan Pusat sebagaimana Yang Berhormat minta, memang apabila untuk menentukan tarif harga elektrik, Kerajaan Pusat ataupun kementerian ini melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan berbincang dengan kerajaan negeri termasuklah di negeri Kedah yang mana baru-baru ini kira-kira dua minggu yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah berjumpa dengan Kerajaan Negeri Kedah dan memberi pandangan dan telah menjelaskan kepada Kerajaan Negeri Kedah kekeliruan Kerajaan Negeri Kedah yang bimbang sekiranya apabila mereka berhijrah ke rejim baru ini nanti, seolah-olah mereka kehilangan kuasa. Keuntungan yang mereka dapat nanti akan diambil oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat tidak ada berhasrat dan bercita-cita untuk mengambil sebarang keuntungan yang diperoleh oleh operasi kegiatan air yang diunjurkan oleh negeri Kedah. Cuma untuk mengawal selia operasi bekalan air yang ada di seluruh
negara di setiap negeri pada hari ini kerana pada hari ini setiap negeri yang ada di semenanjung ini, kawal selianya ditentukan oleh negeri masing-masing. Akan tetapi apabila berhijrah kepada rejim baru ini, di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air dan SPAN ini, maka kawal selia itu akan disatukan. Maknanya standard law been applied untuk semua negeri yang ada dalam negara ini dan dalam masa yang sama dari segi keuntungan juga akan ditentukan supaya syarikat-syarikat yang mengendalikan operasi bekalan air ini tidak mengaut keuntungan yang terlalu banyak agar tidak membebankan pengguna di masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jangkaan kos?
Terlalu panjang soalannya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana yang disebut tadi bahawa air adalah merupakan bekalan strategik yang cukup penting kepada negara kita. Jadi, apabila sesebuah negeri itu berhasrat untuk mengambil alih pentadbiran dan pengurusan bekalan air syarikat tertentu. Sebagai contohnya negeri Selangor mahu mengambil alih Syarikat SYABAS sedangkan SYABAS terbukti melaksanakan tugas mereka dengan cukup efisien dan sebab itulah ada memorandum bantahan daripada rakyat yang membantah tindakan kerajaan negeri untuk mengambil alih SYABAS dan dikatakan akan membawa pelabur daripada luar untuk sama-sama melabur dalam syarikat yang baru ini. ■1100 Ini sebenarnya cukup bahaya, jadi apakah ada kriteria tertentu dalam kita menentukan bahawa kerajaan negeri boleh mengambil satu syarikat yang sudah efisien, apakah Kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa untuk menentukan tujuan tersebut, dan saya ingin tahu juga tentang apa yang berlaku bekalan air di Johor iaitu kita jual pada Singapura, adakah kita akan mengkaji semula perjanjian ini yang hanya menguntungkan Singapura. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat yang sering kali membangkitkan dari segi bekalan air di negeri Selangor, ingin saya menjelaskan walaupun berhubung dengan bekalan air negeri Selangor antara SYABAS dengan kerajaan negeri, mereka ini merupakan business identity, walaupun mereka boleh jual beli, kerajaan negeri boleh ambil perniagaan ataupun beli perniagaan ini daripada pemilik konsesi ataupun jalan operasi pada hari ini, tetapi melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, kementerian ini pertamanya akan memastikan sekiranya dua-dua belah pihak ini, maknanya pemegang yang mengusahakan operasi itu pada hari ini dan kerajaan negeri bersetuju, kedua-dua pihak bersetuju, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN, masih lagi boleh memainkan peranan, akan pasti memainkan peranan, pertamanya memastikan bahawa transaksi itu tidak akan membebankan pengguna di masa akan datang, iaitu tarif yang akan digunakan masa akan datang itu perlulah dilihat terlebih dahulu. Kedua, siapa akan membiayai financing ataupun kewangan yang akan dicari oleh kerajaan di negeri ini kerana kita tidak mahu satu hari nanti, industri yang strategik ini dimiliki oleh pihak asing, dia ada kuota dia kalau tidak silap saya adalah lebih kurang 30% tidak boleh dimiliki oleh orang asing. Sekiranya ada kesilapan saya akan maklum kepada Yang Berhormat, Ini perkara pokok, tetapi yang paling penting sekali sekiranya kedua-dua belah pihak ini bersetuju akhirnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan melihat bagaimana peruntukan dari segi tarif yang akan dikekalkan kepada pengguna kerana yang penting sekali ialah mutu perkhidmatan air yang dapat dikecapi oleh pengguna supaya tidak membebankan dan tarif ini dapat dijaga. Berhubung dengan bekalan air ke Singapura ia tidak terletak di bawah bidang kementerian ini dan saya yakin dia terletak di bawah bidang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Terima kasih
7. Tuan Henry Sum Agong [Lawas] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Pusat Latihan JAKIM yang sudah diluluskan di Lawas akan dilaksanakan
Terima kasih Yang Berhormat Lawas, Tuan Yang di-Pertua, cadangan pembinaan Pusat Latihan JAKIM di Lawas telah dikemukakan oleh mantan Tuan Yang
Terutama Negeri Sarawak, Al-Marhum Tun Ahmad Zaidi Adruce pada penghujung Rancangan Malaysia Kelapan tahun 2008. Semasa kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kelapan pada Jun 2008, pelaksanaan pembinaan Pembangunan Pusat Latihan tersebut termasuk dalam rancangan yang ditangguhkan. Penangguhan ini dibuat memandangkan siling peruntukan sebanyak lapan juta yang disediakan bagi perlaksanaan projek ini tidak mencukupi bagi menampung kos pelaksanaan projek ekoran kenaikan harga bahan- bahan binaan dan kos bagi kerja-kerja pengalihan anak Sungai Gelugus di tapak pembinaan seperti mana yang disyaratkan oleh Jabatan Tanah dan Survey negeri Sarawak. Setelah semakan, didapati anggaran kos keseluruhan bagi pelaksanaan Projek Pusat Latihan Lawas, Sarawak ini meningkat kepada 19 juta. Walau bagaimanapun JAKIM telah membuat rayuan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar projek ini tidak ditangguhkan dan akan dapat diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Terima kasih
8. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan trend jenayah dalam negara keseluruhannya dan negeri Pulau Pinang secara amnya untuk tiga tahun yang lepas dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mencegah peningkatan indeks jenayah pada masa depan
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam yang mengemukakan pertanyaan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2005 sebanyak 157,365 kes jenayah indeks dilaporkan di seluruh negara, manakala bagi tahun 2006, jumlah kes jenayah indeks yang dilaporkan adalah sebanyak 196,780 kes, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 39,415 kes ataupun 25.05% lebih tinggi berbanding pada tahun sebelumnya. Trend yang sama turut dicatatkan bagi tahun 2007 di mana jumlah jenayah indeks yang dilaporkan bagi seluruh negara ialah sebanyak 209,559 kes, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,779 kes ataupun 6.49% lebih tinggi berbanding dengan 2006, walau bagaimanapun jumlah penyelesaian kes oleh pihak polis adalah tinggi iaitu sebanyak 76,209 kes ataupun 48.43%, pada tahun 2005, 6,016 kes ataupun 32.53%, pada tahun 2006 dan 82,270 kes ataupun 39.26% bagi tahun 2007. Pencapaian tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada standard yang ditetapkan oleh pihak Interpol iaitu sebanyak 20% sahaja. Tuan Yang di-Pertua, bagi Pulau Pinang pula, jumlah jenayah indeks yang dilaporkan bagi tahun 2007 adalah sebanyak, 11,516 kes, jika dilihat secara perbandingan terdapat peningkatan sebanyak 3,752 kes ataupun 32.58% pada tahun 2006 di mana jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 15,268 kes, manakala bagi tahun 2007, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 16,661. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,393 kes ataupun 9.12% berbanding dengan tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun kadar penyelesaian kes bagi kontinjen Pulau Pinang adalah jauh lebih tinggi melebihi kadar yang ditetapkan oleh pihak Interpol. Bagi tahun 2005, kadar penyelesaian kes adalah sebanyak 5,628 ataupun 48.87% manakala kadar penyelesaian kes bagi tahun 2006 adalah sebanyak 5,180 kes ataupun 33.9% bagi tahun 2007 adalah sebanyak 6,369 kes ataupun 38.2%. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak polis bagi mencegah berlakunya kes-kes jenayah, antaranya: (i) menghantar lebih ramai pegawai dan anggota polis tambahan ke kes di mana kerap berlakunya di kawasan- kawasan tertentu; (ii) mengadakan operasi bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan untuk membanteras jenayah; (iii) mewujudkan lebih banyak lagi balai polis dan pondok polis komuniti melalui sewaan building, sewaan bangunan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi ataupun menjadi tumpuan orang ramai;
(iv) mewujudkan hubungan yang erat di antara pihak polis dan masyarakat untuk mencegah jenayah serta memperluaskan lagi liputan CCTV di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan juga Timbalan Menteri, kita lihat bahawa bukan saja dari tahun 2005 tetapi sejak tahun 2003, ini indeks jenayah atau berlakunya jenayah telah membimbangkan kita semua, dan baru-baru ini, trend ini telah menjadi lebih ganas lagi, pada tempoh hari polis baru mengatakan terwujudnya ataupun tertimbulnya satu kumpulan yang menculik wanita, rogol dan rompak. ■1110 Jadi mengapa ini terjadi? Kita juga melihat bahawa ada kumpulan rompakan yang lebih ganas, mereka bukan saja merompak tapi juga membunuh. Saya lihat jawapan-jawapan yang diberi oleh pihak kementerian daripada dulu sampai sekarang tidak banyak berbeza. Saya rasa zaman telah berbeza dan cara jenayah telah menjadi lebih kompleks, tapi saya rasa pihak polis tidak meningkatkan cara untuk mencegah jenayah mengikut masa. Ini pandangan saya. Jadi saya rasa kita perlukan satu usaha yang lebih gigih. Sekarang kita semua...
Soalan Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
...Seperti pihak polis tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun sudah beberapa tahun. Umpamanya kes rogol telah meningkat on average four cases daripada 2003 sampai hari ini lapan kes.
Soalan Yang Berhormat.
Berlipat ganda. Jadi saya hendak satu jawapan yang lebih baik supaya dapat meyakinkan kita semua dan juga rakyat bahawa kerajaan dan juga kementerian dapat melindungi kita semua. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang begitu prihatin terhadap kes-kes jenayah yang berlaku di negara kita dan peningkatan peratusannya. Yang Berhormat telah pun sentuh tentang dua perkara. Yang pertama, peningkatan kes-kes ataupun jenayah-jenayah di negara ini. Yang kedua, kes-kes rogol. Biar bagi saya jawab tambahan yang pertama dulu iaitu peningkatan kes-kes jenayah. Yang Berhormat, sebelum kita memahami masalah yang dihadapi oleh pihak polis di Malaysia, harus memahami dahulu trend peningkatan kes-kes jenayah termasuk jenayah. Ini adalah satu trend yang dikhuatiri oleh semua pihak, bukan saja Yang Berhormat, termasuk pihak Polis Diraja Malaysia dan kerajaan. Daripada kajian terdapat dua aspek. Kes jenayah dari sudut mikro, kes jenayah dari sudut makro. Daripada sudut mikro memang nampaknya begitu banyak sekali tambahan demi tambahan. Kita sentiasa membaca dalam surat-surat khabar tentang jenayah-jenayah begitu berleluasa. Ini adalah gambaran yang ditonjolkan. Tambah lagi kemudahan yang diberikan kepada rakyat membuat police report di seluruh negara dan ini menyebabkan indeks jenayah terus meningkat. Akan tetapi pada mikronya kita masih dapat menangani kes-kes jenayah yang berlaku pada setiap hari. Seperti saya nyatakan kemudahan melaporkan di balai-balai polis menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah. Dengan pertambahan balai-balai polis, pondok-pondok polis komuniti, rakyat di setiap tempat di negara ini senang saja nak buat report. Bila kita buat report jenayah, tak kira sama ada ringan atau kes berat, semua akan dibawa jadi indeks jenayah. Dari segi kes rogol pula. Kes rogol, Yang Berhormat kata telah meningkat daripada empat hingga lapan purata pada hari ini. Memang benar, saya tak kata tak benar, benar. Mengikut statistik, itu adalah statistik yang benar, tetapi kita harus memahami juga sebab apa lapan kes. Lapan kes ini termasuk dengan kes-kes yang
dilaporkan sahaja. Kadang-kadang bukan kes rogol, kes suka pihak lelaki dan wanita tetapi bila sampai rumah, ibu bapa paksa, buatlah report polis dengan dakwaan dirogol. Yang kedua, kes-kes yang remeh-temeh ...
Berapa kes seperti itu, berapa kes?
Jika hendak dapat perangkaan tiba-tiba, saya tidak adalah.
Ini kerana menteri mengatakan itu adalah sebagai satu alasan tapi saya minta kalau tak boleh kasi pada waktu ini.
Boleh, saya bagi secara bertulis.
Yang Berhormat, jangan buat macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat, jangan macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat, tahulah peraturan Dewan sikit Yang Berhormat. Hormatlah Dewan sikit.
Dia yang bagi jawapan macam ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan terdesak, nanti bagi maklumat tak betul.
Yang Berhormat, saya faham. Saya faham Yang Berhormat amat prihatin tapi kalau tiba-tiba nak tanya saya perangkaan itu susahlah sikit. Kalau bagi notis, saya boleh bagi.
Ha, boleh dalam bertulis.
Satu, yang kedua ini banyak kes telah pun diselesaikan. Banyak kes yang so called rogol ini, telah diselesaikan sebab kadang- kadang bagi kaum Melayu, bila kes seumpamanya ini telah pun jadi kes dah berjaya kahwin dua-dua pihak. So kira kes selesailah. Baiklah Yang Berhormat, selain daripada itu juga kita harus memahami ini adalah satu fenomena. Saya bukan kata polis tidak cekap tetapi peningkatan jenayah ini adalah satu fenomena worldwide di seluruh negara, di seluruh dunia ini dan sebab bila saya sebut itu, kita harus pula beralih kepada sebab apa dia boleh jadi macam itu. Satu kajian telah dibuat oleh organisasi antarabangsa dan didapati bahawa ada setengah-setengah negara yang begitu tutup sekali bukan macam negara-negara seperti Malaysia, begitu terbuka. Kita bagi tahu rakyat bagi mereka tahu dan mereka bebas untuk buat report. Bila buat report telah pun tambah pula statistik indeks jenayah. Yang kedua, mencegah jenayah ini adalah tanggungjawab bersama pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia dan rakyat. Didapati juga peratusan yang tinggi rakyat kita tidak begitu rela bekerjasama dengan kerajaan untuk menjaga harta benda mereka ini. Bila mereka ini keluar daripada rumah, kenalah berkunci dengan baik. Saya bagi satu contoh dalam kawasan saya sendiri pihak berkuasa tempatan telah pun buat rangka besi itu. Bila tuan punya nak meletak motorbike kita ini, bukan saja letak, kalau boleh buatlah kerja sikit, tambah dengan lock rantai besi dengan rangka besi itu. Maksudnya kunci motorbike lepas itu ada pula tali rantai yang kita boleh buat tambahan tetapi malangnya tiap-tiap pagi bila saya balik kawasan, saya ingat peratusan besar motorbike yang di park situ hanya diletak saja, tak ada tambahan...
[Dewan riuh]
Ini adalah tanggungjawab bersama, saya tak kata Yang Berhormat, jangan Yang Berhormat. Saya jawab ...
Ini dalam kawasan, pergi Lorong Tiong. Banyak penagih dadah sana dan ...
Yang Berhormat ini dia tak faham Peraturan Mesyuarat itu. Tadi Yang Berhormat Speaker baru bagi tahu.
Saya pun tak fahamlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, duduk! Duduk Yang Berhormat! Saya tak fahamlah orang tua perangai budak-budak macam ini.
So kita kena tahu, saya tak kata police is doing a fantastic job, tidak. Polis sedang menjalankan tugas mereka tak kira sama ada efektif atau tidak, berkesan atau tidak tetapi polis masih soldier on, dengan izin. Satu misalan
ialah untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini kita mempunyai 107,000 kekuatan anggota polis. Masih tidak mencukupi dan dalam perancangan lima tahun ini kerajaan akan menambah lagi 60,000. Sampai tahun 2012, masa itu kita dapat melihat nisbah polis dan penduduk ialah 1:196, that’s is 2012. ■1120 Akan tetapi buat masa ini nisbah kita masih rendah lagi iaitu 1:260 di seluruh negara, Penang 1:275. Maksudnya we are still behind Interpol, Interpol 1:250. So oleh yang demikian kita dapat melihat perancangan pihak polis, perancangan kerajaan adalah cukup baik. Sama ada setakat ini kita berkesan atau tidak saya boleh jawab masih okey lagi tetapi tidak memuaskan lagi sampai 100%, okey sahaja. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, kerakusan nafsu manusia tidak mungkin dapat diselesaikan dengan undang-undang semata-mata. Apakah kerajaan bercadang untuk menilai balik undang-undang Islam yang terbukti lebih berkesan untuk menangani jenayah? Jadi apa sebabnya, kenapa kita sebagai negara Malaysia tapi kita enggan, agama Islam sebagai agama rasmi tapi kita kurang berkeyakinan untuk melaksanakan sistem undang-undang Islam dalam menangani jenayah di negara Malaysia. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Kita tidak boleh sekali gus buat ala Kelantan sebab negara ini adalah sebuah negara majmuk. Akan tetapi walau bagaimanapun, nilai-nilai Islam telah pun diserap masuk dengan begitu banyak undang-undang supaya ianya dapat dinikmati oleh rakyat. Walaupun majmuk kita dapat serapkan nilai-nilai Islam, nilai-nilai bangsa lain yang agak baik yang boleh semua ini kita bantu kerajaan supaya dapat menurunkan lagi indeks jenayah di negara ini. Yang Berhormat kata apa? Oh!, tanya DAP dulu. Perak dia kata Yang Berhormat. Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Jangan berbincang Yang Berhormat.
Terima kasih.
9. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada Malaysia sedang mengalami kemelesetan ekonomi atau tidak. Sila jelaskan dengan terperinci.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini kali yang terakhir negara kita mengalami kemelesetan ekonomi adalah pada tahun 1998. Sesebuah negara boleh dikatakan mengalami kemelesetan ekonomi apabila negara tersebut mencatat pertumbuhan negatif dalam KDNK ataupun GDP bagi dua suku tahun berturut-turut. Sewaktu kemelesetan ekonomi, aktiviti-aktiviti pelaburan dalam negara dijangka merosot dan pendapatan boleh diguna turut berkurang yang boleh mengakibatkan penggunaan swasta terjejas. Kadar pengangguran juga dijangka bertambah ketara disebabkan oleh tindakan syarikat-syarikat swasta yang operasi peniaganya terjejas bertindak mengurangkan pekerja manakala pencari kerja sukar mendapat pekerjaan. Dalam hal ini negara kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi seperti yang dijangka berlaku di beberapa negara lain. Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun 2007 dengan peningkatan KDNK sebanyak 6.3%. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan dalam negeri yang mantap. Aktiviti pelaburan telah meningkat dengan ketara dan penggunaan swasta telah mencatat peningkatan yang tertinggi sejak tahun 2000. Disokong oleh peningkatan dalam pendapatan boleh guna berikutan harga komoditi yang tinggi, pelarasan gaji sektor awan dan swasta serta pasaran buruh yang stabil. Tuan Yang di- Pertua manakala bagi tahun 2008 pula, ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan positif sebanyak 7.1% pada suku pertama dan 6.3% pada suku kedua pada tahun 2008. Dengan ini ekonomi mencatatkan pertumbuhan pada kadar 6.7% bagi setengah tahun pertama 2008. Pertumbuhan pada suku ketiga 2008 dijangka akan
diumumkan dalam masa terdekat ini. Walau bagaimanapun negara kita tetap tidak dikecualikan daripada bahang persekitaran global yang tidak menentu. Jikalau banyak negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan sesetengahnya dijangka mengalami kemelesetan. Ekonomi Malaysia pula dijangka berkembang perlahan pada separuh kedua tahun ini. Dengan itu ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan lebih kurang 5% bagi keseluruhan tahun 2008. Perkembangan ini menunjukkan bahawa ekonomi tidak mengalami kemelesetan sebaliknya berkembang dengan lebih perlahan. Tuan Yang di- Pertua, sesungguh pun negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2008, bahang ledakkan krisis kewangan global di Amerika Syarikat dan Eropah sudah mula dirasai seluruh dunia termasuk Malaysia. Untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang, untuk menjamin kesejahteraan rakyat kerajaan pada 4 November 2008 telah membentangkan beberapa langkah tambahan sebagai polisi respons terhadap krisis kewangan dunia. Berikutan langkah-langkah tersebut ekonomi negara kita diramalkan akan terus berkembang dengan kadar 3.5% pada tahun 2009.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Asas untuk memastikan bahawa ekonomi negara tidak mengalami kemelesetan adalah untuk memastikan bahawa kecairan dalam ekonomi kita kukuh. Kedua adalah untuk memastikan bahawa keyakinan untuk berbelanja di kalangan rakyat tinggi. Ketiga adalah untuk memastikan bahawa pekerjaan rakyat terjamin. Keempat adalah untuk memastikan bahawa rakyat terus dapat memiliki rumah mereka. Dalam jawapan Timbalan Menteri tadi saya tidak mendengar apa-apa langkah pun yang boleh memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa keempat-empat faktor yang saya sebutkan tadi itu masih terus terjamin dan rakyat masih boleh mempunyai keyakinan tinggi kepada ekonomi negara kita walaupun kita mungkin tidak menghadapi kemelesetan ekonomi. Jadi soalan tambahan saya apakah langkah-langkah khusus yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bahawa keempat-empat perkara yang saya sebutkan tadi itu masih lagi benar dalam ekonomi negara kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kerajaan telah pun dari mulanya telah pun mengambil langkah-langkah awal supaya negara kita tidak landasi kemelesetan ekonomi. Jadi dari mulanya telah pun banyak langkah- langkah diambil selain daripada RM7 bilion, program yang di umumkan baru-baru ini. Sebelum ini juga kita ada satu skim di mana IKS di negara kita diberikan bantuan untuk menjamin bahawa cash flow mereka masih sihat supaya IKS kita khasnya dari sektor pembuatan tidak gulung tikar supaya pekerja-pekerja mereka tidak akan mengalami pengangguran. Ini semua adalah di antara langkah yang diambil. ■1130 Untuk menambah perbelanjaan di negara kita, kerajaan juga mengumumkan untuk pemotongan caruman pekerja KWSP sebanyak 3%. Ini akan menambah wang tunai RM4.8 bilion setahun ke dalam poket pekerja supaya mereka boleh belanja di negara kita. Jadi bank-bank di negara kita juga masih kukuh dan masih memberi pinjaman dan kita tidak mempunyai credit crunch di mana bank telah pun berhenti memberi pinjaman dan sebagainya. Jadi atas langkah-langkah yang diambil itu kita boleh yakin bahawa ekonomi negara akan terus berkembang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab lisan pada pagi ini telah tamat. [Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup]
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Pembatalan Cadangan Penyaluran Gas Pipeline Oleh PetronasUrgent matter
Yang Berhormat sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya Datuk Eric E. Majimbun Ahli Parlimen Sepanggar merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) ingin memohon agar, Dewan yang mulia ini ditangguhkan untuk membincang dan mempertimbangkan agar cadangan pihak Petronas untuk meneruskan penyaluran gas Petronas pipeline dari depot Kimanis Sabah ke Bintulu Sarawak sejauh lebih kurang 500 kilometer dengan memakan belanja mengikut sumber bernilai RM3 bilion dibatalkan. Perkara yang tertentu ini adalah satu-satu projek unggul bagi pihak Petronas untuk membangun negeri Sabah khasnya di Kimanis dan di persekitaran agar gas asli ini dapat diguna sebagai industri minyak dan gas untuk menggalak proses dan industri hiliran. Gas asli yang diterokai dan dipunca hasil dari persekitaran perairan Malaysia dalam negeri Sabah adalah sumber asli negeri maka haruslah dilabur balik ke negeri bawah bayu ini. Perkara yang berkepentingan orang ramai ini tentunya dapat menarik pelaburan dalam negeri serta dalam luar negara akan memberi peluang kepada semua lapisan rakyat terutama kepada bumiputera Sabah di bidang pekerjaan serta perniagaan bagi penubuhan sosial ekonomi para penduduk tempatan. Dalam keprihatinan kepada rakyat Sabah tentu ini akan memastikan serta mempertingkatkan semangat kekitaan yang tinggi terhadap negeri dan negara kita. Perkara ini haruslah diberi penentuan segera demi untuk rakyat Malaysia khasnya di Sabah agar mereka tidak dihantui dengan projek Petronas hanya bagi kepentingan pemimpin tertentu, maka mengabaikan kepentingan rakyat Malaysia di Sabah yang pada masa kini masih di tahap termiskin jika dibandingkan dengan tahap ekonomi seluruh negara. Dewan ini harus juga mempertimbangkan terhadap integriti pucuk kepimpinan utama negara. Pengumuman pembatalan projek gas pipeline dari Kimanis ke Bintulu pada penghujung bulan Mei 2008 di Sabah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dicabar oleh pihak Petronas pada 11 Jun 2008 dengan pengumuman bahawa projek tersebut akan diteruskan dan dijangka siap pelaksanaan pada bulan Mac 2011. Atas sebab-sebab yang tertentu yang mempunyai kepentingan orang ramai serta haruslah disegerakan ini, maka di sini saya ingin mencadangkan. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Sepanggar pada hari Khamis 13 November 2008. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat pada hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang
(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu dan ini adalah juga bagi kepentingan orang ramai. Berkehendak disegerakan, saya berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya menolak Usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2)...
[Ingin mencelah]
Saya ada penjelasan hendak bagi. Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor dahulu, pada minggu lepas saya telah membuat satu kenyataan di dalam Dewan ini akan membuat keputusan saya berhubung dengan point of order yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor di bawah Peraturan 36(12) yang berbangkit daripada perbahasan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya bersedia untuk membuat keputusan dan saya sudah siap membuat penyelidikan saya tetapi, masalahnya Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri pada masa sekarang masih berada di luar negara. Beliau berangkat mengikut rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke Uzbekistan, Turkmenistan dan Kazakhstan selama satu minggu dan dijangka balik pada hujung minggu ini. Jadi amalan yang kita lihat, saya juga telah menyelidik bahawa amalan yang saya lihat di Kanada, amalan di India dan juga di United Kingdom bahawa apabila khususnya peraturan yang sama di bawah 36(12) ini dibangkitkan, kedua-dua pihak yang membangkit dan juga yang dituju masalah itu mesti dua-dua hadir dalam majlis dalam Dewan, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dalam keadaan sedemikian saya tidak dapat membuat keputusan dengan tidak ada kehadiran menteri itu sendiri dalam majlis ini. Sekian terima kasih.
Bolehkah hari ditetapkan?
Ya, saya sebenarnya sudah bincang dengan urus setia Dewan bahawa minggu depan kita akan tetapkan hari supaya Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada hadir pada satu tempat dan saya akan bagi notis Yang Berhormat. Terima kasih.
Point of order mengenai 36(12). Ini berlaku semasa Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat minggu lalu mengenai jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengenai pelantikan Vice Chancellor Universiti Malaya di mana bekas Vice Chancellor Datuk Rafiah Salim berkata bahawa dia dituduh, dia dihina oleh timbalan menteri, berkata dia tidak substandard, tidak mencukupi prestasi sebab itu perlu pertukaran Vice Chancellor dan bukankah ini sebenarnya jatuh di bawah 36(12) dan kita perlulah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk memperbetulkan perkara ini dan ada cadangan dikeluarkan buat pertubuhan- pertubuhan wanita bahawa patutlah minta maaf dan adakah dia akan minta maaf dalam perkara ini?
Yang Berhormat, prinsip yang ditentukan dan yang telah diterima pakai di negara Komanwel akan saya tetapkan pada apabila saya membuat keputusan pada kes Yang Berhormat Bukit Gelugor itu nanti dan saya akan putuskan bersama Yang Berhormat. Terima kasih.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.22 [Jadual] – Maksud P.22 [Anggaran pembangunan 2009] –Bill
■1140
Sila Yang Berhormat Menteri sambung jawab. Berapa lama lagi jawapan Yang Berhormat itu?
Lebih kurang satu jam. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terlebih dahulu sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perbahasan Belanjawan 2009 di peringkat jawatankuasa yang menyentuh perkara- perkara berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Terima kasih juga di atas semua pandangan-pandangan yang baik. Insya-Allah saya akan menjawab saranan dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang berkaitan pembasmian kemiskinan, isu- isu masyarakat Orang Asli, pembangunan wilayah, kemajuan tanah, prasarana, utiliti dan ameniti sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Institut Kemajuan Desa. Keprihatinan Yang Berhormat ke atas isu-isu yang menyentuh kementerian ini sangat- sangat dialu-alukan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan isu mengenai spesifikasi jalan luar bandar dan jalan kampung yang perlu ditingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, spesifikasi jalan luar bandar dan jalan kampung adalah berdasarkan kepada piawaian yang ditetapkan oleh JKR di mana secara keseluruhannya pembinaan jalan-jalan ini dilaksanakan oleh pihak JKR. Apabila jalan-jalan ini siap dibina, ianya akan diserahkan kepada JKR bagi kerja- kerja penyelenggaraan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Bagi makluman Yang Berhormat, kualiti pembinaan jalan kampung sentiasa dititikberatkan di mana pihak JKR melaksanakan ujian coring test bagi memastikan jalan yang dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Untuk keselesaan penduduk, kelebaran jalan kampung telah ditingkatkan kepada 14 kaki. Kelebaran jalan ini juga tertakluk kepada keizinan tuan tanah dan rizab jalan sedia ada kerana pelaksanaan jalan kampung tidak melibatkan proses pengambilan balik tanah.
[Bangun]
Yang Berhormat Rembau turut mengutarakan mengenai kriteria pelaksanaan jalan luar bandar dan jalan kampung bagi setiap kawasan di luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2009, sejumlah RM850 juta dan RM200 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan jalan luar bandar dan jalan kampung.
Terima kasih Tuan Pengerusi, tentang syarat-syarat pembinaan bagi projek jalan kampung, JKR dan juga kementerian telah menetapkan paling tidak sekurang-kurangnya tiga buah rumah mestilah dibina untuk projek jalan kampung tersebut. Adakah pihak kementerian dengan rayuan-rayuan yang tertentu oleh sebab terlalu lama sangat jalan kampung..., ada yang sebuah rumah, ada yang dua buah rumah tetapi masih lagi belum dapat dibina kerana syarat-syarat tersebut. Adakah budi bicara pihak kementerian atau menteri sendiri boleh memastikan supaya semua penduduk kampung itu menikmati jalan kampung walaupun sebuah rumah atau dua buah rumah, tidak mencukupi tiga buah rumah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya kita mengenakan syarat-syarat tertentu untuk membina jalan. Walau bagaimanapun sekiranya ada tempat-tempat yang tertentu yang memerlukan walaupun jumlah rumah kurang daripada syarat, pihak kementerian sedia mempertimbangkan.
Susunan keutamaan pelaksanaan projek jalan luar bandar dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan negeri atau Pejabat Pembangunan Persekutuan. Secara umumnya keutamaan pembinaan jalan dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut: (i) memberi manfaat kepada pengguna-pengguna yang ada mempunyai rumah; (i) memberi kemudahan perhubungan ke pusat-pusat kemudahan seperti sekolah, klinik, pasar, pusat riadah dan lain-lain; dan (ii) menghubungkan antara sebuah kampung dengan kampung yang lain, pusat-pusat kegiatan ekonomi dan ke pekan- pekan yang berhampiran untuk menghantar hasil-hasil daripada kampung. Yang Berhormat Kuala Krai, Silam, Tanah Merah, Pendang, Rantau Panjang telah membangkitkan isu mengenai jalan luar bandar dan jalan kampung yang rosak di kawasan Parlimen masing-masing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang sempurna bagi jalan-jalan di kawasan luar bandar. Kementerian mengambil perhatian terhadap aduan-aduan jalan rosak yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat dan akan menjalankan siasatan yang lebih terperinci bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan agar jaringan perhubungan jalan di kawasan luar bandar berada di dalam keadaan baik dan sempurna. Yang Berhormat Rantau Panjang juga telah membangkitkan isu jalan rosak akibat banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2008, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk membaiki jalan kampung yang rosak akibat banjir di negeri Kelantan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batang Sadong...
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian terutama projek-projek yang diluluskan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan sebab apa yang kita dapat maklumat bahawa semua projek-projek ini mesti ditandatangani oleh pemimpin masyarakat ataupun pemimpin Barisan Nasional di negeri Kelantan, sedangkan isu dan masalah rakyat tidak selesai. Jadi apakah kerjasama yang diberi terutama kepada kami Ahli Parlimen yang berdepan dengan isu masalah rakyat yang sangat kritikal sedangkan peruntukan ini dibuat kerana kepentingan golongan politik yang tertentu. Minta penjelasan.
Tuan Pengerusi, boleh sambung sikit? Berapa lamakah masa yang diambil oleh kementerian ini untuk memperbaiki jalan ataupun jambatan kampung yang rosak? Ini kerana di kawasan saya, di kawasan Dusun Pengapit itu, jambatan itu telah runtuh tiga tahun yang lalu dan ini amat menyusahkan rakyat di kawasan tersebut. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi perhatian kepada soal ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat. Mengenai pemantauan dan juga jumlah peruntukan yang diberi, sememangnya kementerian memberi keutamaan kepada jalan-jalan yang rosak. Kadang-kadang jalan rosak bukan kerana jalan tidak baik tetapi kerana keadaan- keadaan tertentu, banjir dan juga kegunaan jalan oleh lori-lori yang tak sepatutnya menggunakan jalan. Walau bagaimanapun, kita memperuntukkan sebilangan perbelanjaan untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak. Mengenai pemantauan, tandatangan, saya fikir ini kita kena siasat ya. Yang kedua mengenai selama mana masa diambil bagi kawasan Yang Berhormat di Sik. Memang benar ada di sesetengah tempat bila berlaku kerosakan jambatan, ia mengambil masa kerana mungkin agaknya pada tahun ini peruntukan untuk kawasan tersebut sudah pun digunakan. Namun demikian, pihak kementerian memang sentiasa memantau dan mendapatkan maklumat-maklumat untuk menggantikan jambatan-jambatan yang rosak. Tuan Pengerusi...
Minta penjelasan, sini Yang Berhormat Menteri.
Tadi Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan satu isu yang begitu penting agar kementerian ini tidak membawa elemen politik apabila hendak membangunkan kawasan luar bandar dan juga memperbaiki jalan-jalan kampung. Bagi membuktikan bahawa pihak kementerian tidak akan mengambil dasar atau pendekatan mendiskriminasikan kawasan-kawasan Parlimen di bawah Pakatan Rakyat atau pembangkang, apakah pihak kementerian sudi menubuhkan satu jawatankuasa melibatkan Ahli-ahli Parlimen bersama bagi memastikan pemantauan dijalankan bersama di dalam pemberian peruntukan bagi pembangunan kawasan luar bandar. ■1150 Sudikah bagi menghapuskan segala diskriminasi, dakwaan-dakwaan diskriminasi ini baru peruntukan itu benar-benar sampai ke kawasan luar bandar. Jangan seperti yang dibangkitkan tiga tahun jalan juga masih tidak diperbaiki. Sudikah Yang Berhormat, kementerian pandai menubuhkan JKKKP. Ha ini hendak tanya jawatankuasa bagi memastikan masalah di luar bandar jalan infrastruktur kemudahan ini sekali gus dihapuskan. Tidak payah sampai di Parlimen ini baru jumpa Menteri baru boleh bangkitkan baru perhatian diberi. Saya pohon.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Pengerusi boleh?
Maran, sila.
Tuan Pengerusi boleh jawab sekali. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya bekas pegawai kerajaan lebih kurang 20 tahun lebih dan sekarang Ahli Parlimen. Saya hendak buktikan kepada Dewan ini bahawa kerajaan Barisan Nasional saya boleh tunjuk saya ada gambar ada lambang pembangkang depan pejabat Adil jalan tar yang dibuat oleh kerajaan. Saya rasa dari segi diskriminasi tidak wujud saya minta menteri berikan penjelasan. Sekarang ini Tuan Pengerusi kita kadang-kadang menghadapi masalah di mana apabila kita hendak buat jalan, jalan luar bandar, jalan kampung dan sebagainya kita hendak lalu salah satu tanah orang-orang pembangkang ini tetapi mereka tidak benarkan. Saya boleh tunjukkan buktinya. Saya minta Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Menteri kalau tadi kita lihat beberapa orang Yang Berhormat pembangkang melahirkan rasa simpati mereka dan sebagainya saya minta tolonglah. Kerja yang dibuat oleh kerajaan oleh Barisan Nasional oleh pegawai kerajaan kita cukup besar. Terima kasih sedikit kepada mereka ini jangan sentiasa hendak buruk kepada kerajaan tetapi bila kita buat jalan baru dialah dahulu beli kereta baru... [Tepuk] Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Tuan Pengerusi minta laluan sedikit?
Pasir Salak sama Kalabakan minat lagi Yang Berhormat.
Sedikit Tuan Pengerusi.
Sila.
Yang Berhormat...
Kalabakan kah apa dahulu ini?
Pasir Salak.
Dari Pasir Salak potong jalan kah?
Little bit… [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Tadi dua pihak daripada Rantau Panjang dan juga Ipoh Timur dan juga Batu Gajah ada membangkitkan soal Barisan Nasional tidak mengambil wakil ataupun pandangan dan pendapat daripada pihak Pakatan Rakyat dalam mengendalikan projek-projek pembangunan jalan kampung dan sebagainya di luar bandar di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apa pandangan, pendapat Yang Berhormat Menteri pula iaitu di negeri Perak umpamanya di bawah Pakatan Rakyat Jawatankuasa Tanah Daerah tidak ada wakil daripada Barisan Nasional, walaupun Barisan Nasional menang. Di Pasir Salak kita ada dua daerah satu daerah Hilir Perak satu daerah Perak Tengah. Jawatankuasa Tanah Peringkat Daerah kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak jemput wakil daripada Barisan Nasional? Kita menang di situ bukannya kita kalah. Inilah double standard pihak pembangkang. Lagi satu mereka juga menggunakan politik. Banyak projek-projek yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat di negeri Perak yang patutnya urusan kerajaan tetapi parti-parti politik yang terlibat. PAS, PKR, DAP ambil bahagian pula dalam itu apa kena-mengena ini? Jangan bercakap apa orang kata dulang serpih, apa bahasa dia? Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Sekian terima kasih.
Kalabakan, Kalabakan.
Tuan Pengerusi mengenai dengan jalan luar bandar saya sudah kemukakan dalam Dewan yang mulia ini. Kebanyakan macam di kawasan saya di Pulau Sebatik satu jalan luar bandar daripada Sungai Tamang ke Sungai Tungkang RM42 juta sudah diturap tetapi masalahnya enam bulan lepas diturap dia sudah rosak. Jadi bila kita tanya siapa pemantau dia bilang JKR. Kenapa saya sudah minta mungkin ini Badan Pencegah Rasuah siasat apa sebab boleh jadi begini, kenapa pemantauan tidak ada? Jadi itu satu. Kedua semua kementerian sekarang ada pegawai-pegawai khas dilantik oleh menteri. Jadi pegawai-pegawai khas ini apa tugas? Dia mahu campur politik di Parlimen kah kawasan yang tertentu kah atau apa? Kerana kita nampak ada pegawai- pegawai khas ini dia datang pergi kawasan tidak bagi tahu Ahli Parlimen dia terus buat komen macam-macam seolah-olah dia lagi besar dari Ahli Parlimen yang ada. Jadi kita minta bukan satu kementerian semua kementerian ada jadi Kementerian Luar Bandar pun ada jadi minta jawapan.
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat...
Lipis.
Bagi peluang dahulu sama menteri untuk menjawab terlampau ramai sudah yang mencelah. Lipis lepas Lipis jawab ya Menteri.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Jadi mengenai jalan kampung ini rasa saya memang banyak telah dibuat oleh kementerian dan rasa saya di Rantau Panjang sendiri saya pernah beberapa hari berada di Rantau Panjang banyak jalan kampung di Rantau Panjang. Hanya Rantau Panjang ini dia tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan. Bagi dia bulan sahaja yang dia nampak.
Yang Berhormat kena pergi semua kawasan dahulu jangan tuduh.
Duduklah ini floor saya. Jadi apa yang penting bagi saya ialah ada setengah-setengah jalan kampung ini kerana kampung itu terlalu jauh daripada jalan besar taraf jalan yang dibuat itu agak kecil dan kalau kita hendak berselisih ada kereta-kereta yang hendak berselisih dia tidak ada bahu jalan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkara ini supaya gred jalan itu dinaikkan sedikit supaya jalan-jalan kampung ini dapat berselisihlah kereta tidak satu haluan sahaja. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri terima kasih.
Sebelum menteri menjawab ini sebagai ingatan kepada Ahli Yang Berhormat. Dalam penggulungan perbahasan begini janganlah bawa perkara- perkara baru kerana itu tidak adil bagi Menteri. Ada kadang-kadang saya dengar perkara-perkara khusus, spesifik ditanya kepada menteri, mengambil kesempatan semata-mata untuk minta penjelasan di dalam sesi begini. Menteri menjawab menggulung kepada soalan-soalan yang telah pun ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat. Tidak adil bagi Menteri untuk menjawab lagi sekali seolah-olah berbahas dengan perkara-perkara baru yang dibangkitkan yang memerlukan notis dari menteri. Sila menteri.
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sebenarnya tidak wujud diskriminasi seperti mana yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau saya hendak terang-terang bagi contoh luar bandar mungkin agaknya ramai kita tidak pergi luar bandar. Kita tengok di Kuala Lumpur misalnya. Ini di mana yang kita hari-hari boleh tengok tidak wujud langsung diskriminasi ya sama ada diwakili oleh parti kerajaan atau parti pembangkang kita tengok Kuala Lumpur. Begitu dijaga dengan baik bagi semua kawasan sama ada pembangkang atau kerajaan. Pasir Salak, Maran tadi pun ada menyebut mempertahankan pihak kerajaan mengenai diskriminasi, tidak wujud. Mengenai Pasir Salak mengenai Jawatankuasa Tanah ini saya fikir ini luar daripada bidang saya. Kalabakan-Pulau Sebatik, Sungai Taman ke Sungai Congkak enam bulan sudah rosak. Apakah pemantauan dibuat? Sebenarnya jalan-jalan kampung dibuat mengikut spesifikasi oleh JKR tetapi kita berharap kawasan-kawasan di luar bandar ini janganlah kalau misalnya di setengah-setengah tempat lori-lori balak mengguna jalan- jalan kampung yang dibina tentu jalan itu akan rosak. Untuk di Pulau Sebatik ini insya- Allah saya akan cuba mendapatkan maklumat. Yang Berhormat Lipis ini mengenai bahu jalan. Saya didatangi oleh wakil- wakil rakyat. Ada setengah-setengah wakil rakyat mencadangkan supaya spec jalan itu dikurangkan biar dia sempit, tidak lebar tetapi dipanjangkan kerana kawasan-kawasan itu hanya digunakan oleh kenderaan-kenderaan ringan seperti mana satu ketika dahulu Yang Berhormat daripada Batang Sadong datang berjumpa dengan saya. ■1200 Tidak mengikut specs yang besar. Akan tetapi Yang Berhormat daripada Lipis pula hendak minta supaya dilebarkan pula. Jadi, pihak kementerian akan melihat kesesuaian jalan ini mengikut tempat di sesuatu tempat. Ada sesetengah tempat, jalan itu boleh dengan izin, narrow, dan sesetengah tempat jalan itu perlu dilebarkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Limbang telah meminta agar lebih banyak jalan kampung dan jalan luar bandar dibina di kawasan masing-masing. Untuk Yang Berhormat Batang Sadong, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak satu projek jalan luar bandar yang telah diluluskan pelaksanaannya iaitu projek Jalan Gedung ke Simunjan, Sarawak. Projek ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang 18 kilometer dan dua unit jambatan dengan kos berjumlah 104 juta. Oleh sebab projek ini melibatkan kos yang tinggi, kementerian bercadang untuk melaksanakan projek ini secara berfasa. Pada masa ini proses penawaran sedang dijalankan dan dijangka dapat dimulakan pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, mungkin saya ingin mencelah berkenaan dengan jalan raya yang dikatakan tadi. Ada wakil rakyat minta dikecilkan dan ada wakil rakyat minta dilebarkan. Akan tetapi, saya fikir kalau sudah specification begitu, kita tidak boleh lagi ubah-ubah kerana kalau kita kata standardnya dahulu mahu pakai jentera berat, sekarang mahu pakai jentera ringan, itu bermasalah. Kalau jentera berat, mesti jentera berat kerana kadangkala jalan raya itu digunakan semacam di Pulau Sebatek, jalan raya digunakan jentera berat. Keduanya saya Yang Berhormat Menteri kalau boleh juga menjawab kepada saya berkenaan pegawai khas yang saya katakan tadi. Pegawai khas kementerian yang masuk ke kawasan dengan tidak memberitahu Ahli Parlimen. Jadi itu kita mahu tahu jawapannya juga.
Tuan Pengerusi, boleh saya sambung sedikit? Tentang kualiti jalan kampung, kadang-kadang kita tengok usaha yang dibuat oleh kerajaan itu semacam membazir. Baru sahaja jalan ini kita buat, sudah dirosakkan oleh kenderaan-kenderaan berat. Adakah dasar tertentu yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menentukan supaya kenderaan-kenderaan berat membayar deposit jalan sebelum kenderaan-kenderaan itu melalui jalan-jalan kampung dan setelah projek-projek yang diusahakan oleh mana-mana syarikat ataupun kenderaan berat yang lalu di jalan tersebut. Deposit yang dibayar kepada kerajaan itu digunakan untuk membaiki jalan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan dan Jempol. Dahulu semasa saya duduk di kampung, apa yang dibuat oleh pengerusi dan JKKK di kampung saya adalah membuat pengadang supaya kenderaan-kenderaan yang besar tidak boleh memasuki kawasan tersebut. Mungkin ini adalah satu daripada cara. Mengenai pegawai khas yang ditanya oleh Yang Berhormat daripada Kalabakan, saya tidak tahu pegawai khas daripada kementerian mana sebenarnya yang dimaksudkan? Sekiranya pegawai khas daripada kementerian saya, dia sebenarnya adalah bertugas di Parlimen dan bukannya bertugas untuk pergi melawat ke kawasan-kawasan. Dia bukan petugas untuk pergi ke kawasan-kawasan. Tugas dia adalah untuk berada di Parlimen bagi membantu saya dalam urusan Parlimen menjawab segala pertanyaan.
Yang Berhormat Menteri. Kalau begini, layaklah menjadi Timbalan Presiden. Layak, layak. [Tepuk] Jadi, begini Yang Berhormat Menteri, saya katakan demikian kerana ada pegawai khas Kementerian Luar Bandar ini pergi ke kawasan daerah Tenom. Dia masuk dan bagi macam-macam komen. Jadi, inilah saya mahu tanya, apakah sebabnya? Kalau pun mahu masuk, jumpalah Ahli Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kebetulan pegawai khas saya yang menjaga Parlimen adalah daripada Tenom. Jadi, barangkali dia pergi berjalan-jalanlah itu. Dia balik ke kawasannya. Yang Berhormat Mambong, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Silam, telah membangkitkan pelaksanaan projek jalan di kawasan masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, keenam-enam projek yang dinyatakan tiada di dalam senarai jalan luar bandar ke sembilan. Mengenai status dua projek jalan luar bandar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit, iaitu Jalan Nangga, Melipis dan Jalan Song Tahan, pada masa ini proses tawaran bagi kedua-dua projek tersebut sedang dijalankan dan dijangka dapat dimulakan pada pertengahan tahun hadapan. Yang Berhormat Tanah Merah telah membangkitkan isu mengenai pelaksanaan jalan luar bandar dan jalan kampung di kawasan ladang-ladang kelapa sawit milik swasta. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan jalan kampung dalam kawasan ladang tidak termasuk dalam skop dan kriteria program jalan kampung kementerian ini. Ini disebabkan spesifikasi jalan kampung yang dibina hanya mampu menahan had maksimum sebanyak lima tan dan akan rosak sekiranya dilalui kenderaan berat seperti lori kelapa sawit. Walau bagaimanapun, kementerian sedia untuk mempertimbangkan permohonan pembinaan jalan...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin berundur seketika berkenaan tugas-tugas pegawai khas tadi. Sedutan daripada Yang Berhormat Kalabakan tadi ialah kita dapati pegawai tersebut telah menggunakan bila pulang ke kawasannya, dinyatakan bahawa beliau seolah-olah mempunyai kuasa untuk mengemukakan ataupun membawa masalah-masalah di kawasan. Sebagai contohnya di kawasan saya yang mana kita dapati bahawa pegawai tersebut seolah-olah cuba membelakangi peranan Ahli-ahli Parlimen sebenarnya. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri yang kita cuba ingin ketengahkan supaya kita tidak mahu nanti terdapat overlapping yang mana kita melihat bahawa peranan sebagai wakil rakyat itu perlu diberi tumpuan. Kita tidak mahu nanti, orang lain menganggap bahawa peranan sebagai wakil rakyat ini dibayangi ataupun dibelakangi oleh pegawai-pegawai tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jawab sekali dengan Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan saya nampak bangun.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk Labuan, sebenarnya untuk jalan-jalan kampung, Alhamdulillah, kita telah pun dapat dilaksanakan hampir 80%. Cuma saya mendapati ada masalah sedikit mengenai mereka-mereka yang tinggal di Kampung Air di Labuan. Apakah peruntukan untuk jalan-jalan kampung tersebut? Kalau boleh dapat dipertimbangkan untuk membuat jambatan di Kampung Air. Cuma tinggal dua buah Kampung Air sahaja lagi yang belum diperbaiki ataupun belum diupgradekan jambatan- jambatannya. Yang satunya sudah pun diupgrade dan sudah dibuat jalan konkrit untuk kampung air. Jadi saya mengharapkan sekiranya Yang Berhormat Menteri dapat memberikan pertimbangan supaya mereka-mereka dari Kampung Air ini juga mendapat serupa seperti jalan-jalan kampung iaitu jalan simen di Labuan dan jambatan kayu yang ada sekarang diupgrade dengan konkrit simen ataupun jambatan konkrit. Yang keduanya di Labuan, Yang Berhormat Menteri saya menghadapi masalah sedikit tentang perhubungan dengan ketua-ketua kampung. In adalah kerana sepertimana di negeri-negeri lain di Semenanjung, ketua-ketua kampung ini adalah diusul ataupun di rekomen oleh ADUN. Akan tetapi malangnya di Labuan, bukannya di rekomen oleh Ahli Parlimen, tetapi disarankan ataupun dimajukan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan yang dahulunya, dia sendiri mantan Ahli Parlimen. Kalau dahulu dia mungkin boleh menggunakan kuasa daripada Parlimen dan juga sebagai Pengerusi Perbadanan. Akan tetapi masalahnya sekarang, apabila kita mahu berhubungan dengan ketua-ketua kampung, mereka seolah-olah kurang respect dengan Ahli Parlimen. Ini menyebabkan kuasa Ahli Parlimen di Labuan itu seolah-olah tidak merangkumi kepada ketua-ketua kampung tersebut kerana mereka lebih akur dengan arahan daripada Pengerusi Perbadanan. ■1210 Jadi saya harapkan apakah langkah yang terbaik untuk Ahli Parlimen Labuan supaya dapat berhubungan dan juga melaksanakan program-program kerajaan di kampung dengan melalui ketua kampung. Adakah Ahli Parlimen itu harus melantik wakil Ahli Parlimen di kampung-kampung berbanding dengan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Terima kasih.
Minta penjelasan, menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Tadi menteri ada menyebut pasal projek yang saya sarankan dalam permohonan saya iaitu untuk Limbang. Untuk pengetahuan menteri, jalan yang saya sebut iaitu dari Jalan Meritam ke Kampung Bong Abai itu yang sebenarnya telah pun dimasukkan dalam priority list daripada negeri. Ianya telah direview setelah saya berbincang dengan menteri di peringkat negeri dan di mana yang sepatutnya menjadi priority dan telah pun dikemukakan sebagai the new priority list jalan. Jadi di sini saya ingin hendak bertanya bagaimana kriteria yang betul-betul spesifik dalam pemilihan untuk memilih supaya jalan itu diberi keutamaan. Contohnya ialah seperti mana dikatakan Menteri tadi, yang ditanya oleh Kuala Krau tadi iaitu tentang kalau tiga buah rumah boleh dipertimbangkan untuk diberi jalan, bagaimana pula dengan kalau satu kampung yang mempunyai sepanjang sungai mempunyai penduduk mencecah dua ribu orang. Ini satu persoalan yang tidak berapa ngamlah, kata orang. Jadi di sini saya ingin supaya pihak kementerian review, dengan izin, semula list yang dikemukakan di peringkat negeri itu sebab saya yakin jalan yang sebut itu memang dalam list yang dikemukakan oleh pihak menteri. Terima kasih.
Terima kasih.
Libaran, Yang Berhormat, jawab sekali.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih menteri. Mengenai jalan ini, saya dimaklumkan bahawa ada dua jalan di dalam kementerian. Satu, jalan kampung dan satu lagi jalan naik taraf luar bandar. Apa yang menjadi kemusykilan kepada saya, Tuan Pengerusi, saya selalu membangkitkan naik taraf jalan luar bandar ini sebab jalan kampung ini saya tidak begitu bimbang kerana setiap tahun kita melaksanakan jalan kampung dan setiap Parlimen pun diperuntukkan untuk jalan kampung. Akan tetapi saya selalu bangkitkan tentang naik taraf jalan luar bandar di mana di kawasan saya, sebagai contoh, Jalan Dandulit dan Jalan Tanjung
Pisau; sudah tiga penggal saya mengemukakan jalan ini tetapi jawapan kementerian ialah jalan ini tidak dikemukakan oleh negeri supaya diangkat menjadi jalan atau naik taraf jalan luar bandar. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di Sabah, khasnya di kawasan saya contohnya, sebelum jalan kampung ini dilaksanakan, memang agak penting bahawa jalan luar bandar, jalan utama ini memang amat penting untuk dilaksanakan sebelum jalan-jalan menuju ke kampung-kampung dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat dari Tenom bangkit mengenai pegawai khas, memang pada dasarnya pegawai khas adalah menjalankan kerja-kerja yang dipertanggungjawab untuk Parlimen. Jadi sekiranya mungkin juga dalam Parlimen apabila timbul isu-isu yang berkaitan dengan kawasan-kawasan dan mahu diberikan jawapan, barangkali itu satu daripada tugas pegawai khas yang berasal dari Tenom ini memberikan bantuan kepada saya. Kebetulan beliau juga adalah merupakan salah seorang yang menjadi pemimpin Gerakan Pemuda di Tenom. Jadi barangkali beliau ingin juga membantu Yang Berhormat selaku Ahli Parlimen di Tenom dalam memajukan kawasan. Saya fikir kalau dapat Yang Berhormat dan juga pegawai khas ini bekerjasama demi kebaikan kawasan, saya fikir manfaat yang baik ialah kepada masyarakat di kampung. Yang Berhormat dari Labuan bangkit mengenai jambatan yang menyambungkan sedikit di kawasan Kampung Air, saya harap Yang Berhormat boleh menulis kepada saya mengenai...
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya apa yang telah pun disuarakan oleh Ahli Parlimen dari Kalabakan dan Tenom tadi ialah oleh kerana wujudnya kekeliruan, apakah pegawai-pegawai khas yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri ialah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan ataupun membantu Menteri dalam berkempen untuk kedudukan politik? Jadi apa yang telah kita lihat bahawa ianya apa yang telah disuarakan oleh Ahli Parlimen dari Tenom tadi bahawa pegawai khas itu telah pun menggunakan kedudukan sebagai pegawai khas untuk mendapatkan kedudukan sebagai ahli politik dan berkempen untuk Yang Berhormat Menteri dalam parti. Jadi kalau ianya ditugaskan untuk membantu menteri untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai dan bukan politik, maka kita faham. Jadi tidak ada gunanya kita membazir wang kerajaan, wang rakyat untuk berkempen semata-mata untuk kepentingan Menteri, bukan untuk kepentingan rakyat di kawasan tertentu. [Tepuk] Jadi minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tugas beliau ialah untuk membantu kementerian dalam membawa kemajuan, khususnya di kawasan dari Sabah. Oleh kerana kementerian saya luas, seorang sahaja pegawai yang dilantik dari Sabah. Yang lain-lain ada yang datang dari Kelantan dan ada yang datang dari Pahang. Jadi saya fikir pegawai yang berasal dari Sabah ini kebetulan pula beliau seorang pemimpin dan ahli politik menjalankan tugas dengan baik untuk memajukan kawasan, Tenom khususnya yang diberi tumpuan kerana beliau dari situ dan juga Sabah pada umumnya. Selain daripada itu beliau juga membantu tentang perjalanan menjawab soalan-soalan yang datang ke Parlimen. Berbalik kepada Yang Berhormat dari Labuan tadi, saya harap Yang Berhormat boleh menuliskan kepada saya tentang kawasan yang dikatakan perlu untuk membuat jalan oleh kerana jalan di Kampung Air itu terpaksa menggunakan jambatan, maka kita boleh menimbang. Mengenai pelantikan ketua-ketua kampung, bagi pihak kementerian, kita menerima senarai yang direcommend oleh masyarakat di situ menerusi apa yang dikatakan tadi Perbadanan Labuan untuk disampaikan kepada kita. Kita berharap Ahli-ahli JKK ini akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen untuk melaksanakan kerja. Kita berharap tidak wujud permasalahan antara ketua-ketua kampung dengan pemimpin-pemimpin parti. Mengenai Limbang, mengenai Jalan Meritam ke Bong Abai di Limbang dan Jalan Ulu Tambuli di Parlimen Silam sebenarnya...
Mengenai ketua kampung, JKK sebelum...
...kementerian akan menyenaraikan permohonan-permohonan ini di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan pembinaannya tertakluk kepada peruntukan pada ketika itu.
Minta laluan.
Ampang sama Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh kembali tentang apa ucapan menteri mengenai kerjasama JKKP di kawasan-kawasan Parlimen yang telah diberitahu bahawa akan memberi kerjasama kepada Ahli-ahli Parlimen setempat. Akan tetapi saya ragu tentang keikhlasan itu terutamanya di kawasan-kawasan Wakil Rakyat Pembangkang. Baru hari Sabtu yang lepas di kawasan saya, JKKP membuat satu program di dalam kampung saya di mana tempat saya tinggal di situ membuat satu program dengan Perpustakaan Negara yang mana sendiri tidak dimaklumkan dan tidak dijemput ke program itu. Jadi apakah ini prinsip kerjasama yang dikatakan ini, Menteri? Terima kasih. ■1220
Boleh minta sambung sekali, Yang Berhormat Menteri? Ini juga berkenaan dengan JKKP khususnya di Kedah di mana kerajaan belanja begitu banyak. Di sesuatu bahagian sahaja ada yang sampai RM100,000 lebih dengan jumlah yang besar membayar elaun-elaun kepada ketua- ketua kampung pusat ini. Saya bertanya kepada mereka kerana Kerajaan Negeri Kedah juga melantik Majlis Ketua-ketua Kampung. Jadi bila kita berjumpa dengan JKK Pusat, oleh kerana Kedah ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan ada Majlis Ketua-ketua Kampung sendiri dan mereka juga mempunyai tugas-tugas spesifik yang diberikan oleh kerajaan negeri, bila kita bertanya dengan JKKP apakah yang saudara boleh sumbang kepada masyarakat. Jawapannya mudah, “Do nothing, ambil duit duduk senyap- senyap.” Jadi, jumlah perbelanjaan yang begitu banyak, bagi saya itu agak membazirkan kerana pertamanya, JKPP tidak boleh berbuat apa kerana ia duduk dalam negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hendak tolong pun ada masalah limitation. Jadi, saya rasa mungkin kementerian boleh review balik. Duit yang dibelanjakan itu lebih baiklah diletakkan di KEMAS atau tabika. Itu pun tidak mengapalah kerana Kerajaan Pusat yang punya. Namun lebih baiklah diberikan peruntukan ini lebih kepada kelas-kelas ataupun bagi memperbaiki dewan-dewan di mana anak-anak kecil kita belajar. Walaupun ia kelas di bawah KEMAS tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada anak-anak di kampung daripada kita bayar kepada ketua-ketua kampung di negeri-negeri yang diperintahkan oleh Pakatan Rakyat yang akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat langsung. Macam mana pendapat Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya ingin memaklumkan mengenai Jalan Melintang ke Bung Ubai di Limbang dan Jalan Ulu Tembuli di Parlimen Silam. Sebenarnya kedua-dua jalan ini telah dimasukkan di bawah Kajian Separuh Penggal. Insya-Allah ia akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya pergi kepada Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Libaran membangkitkan perkara yang dikatakan sebagai menaikkan taraf. Sebenarnya kerajaan memang memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar juga iaitu lebih kurang RM1 bilion lebih termasuk di bawah Kajian Separuh Penggal dan apa yang diluluskan oleh belanjawan baru-baru ini. Tambahan rangsangan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengenai perbelanjaan yang agak besar ditumpukan untuk membina jalan-jalan kampung dan jalan-jalan luar bandar. Saya berharap dengan jumlah peruntukan yang besar yang diluluskan ini maka banyak kawasan terutamanya di Sabah dan Sarawak akan dapat dibina sebanyak dan secepat mungkin iaitu di kawasan-kawasan luar bandar yang agak ketinggalan sedikit jika dibandingkan dengan kawasan di Semenanjung.
Yang Berhormat Ampang membangkitkan mengenai program yang tidak dijemput oleh JKKP. Insya-Allah saya akan maklumkan kepada JKKP supaya menjemput Yang Berhormat dalam program-program yang dilaksanakan. Yang Berhormat Sungai Petani kata JKKP tidak ada kerja. Sebenarnya mereka telah pun bertugas dengan begitu baik. Saya sudah pergi ke Kedah, kalau kita lihat kampung- kampung yang dimajukan hampir 90% daripada infrastruktur luar bandar di Kedah dimajukan oleh JKK ini. Mereka sebenarnya adalah JKK asal. JKK mereka inilah yang telah memajukan kampung halaman hampir 50 tahun, banyak jasa mereka. Kalau kita kata mereka tidak menyumbang apa-apa sebenarnya dengan izin, we are not fair. Terima kasih. Yang Berhormat Lipis membangkitkan isu mengenai permohonan pembinaan jalan bandar baru Kuala Lipis, Kuala Kechau, Kuala Watun, Lipis, Pahang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat siling bagi projek luar bandar untuk Rancangan Malaysia Kesembilan bagi negeri Pahang berjumlah RM213.4 juta. Sehingga kini sebanyak tiga projek jalan luar bandar sedang dilaksanakan di kawasan Lipis dan satu projek baru akan dilaksanakan di kawasan ini dalam Rancangan Malaysia yang ini. Berhubung dengan permohonan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, kementerian akan menimbangkan permohonan tersebut untuk dilaksanakan. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Batang Sadong mengenai masalah bekalan elektrik masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya di seluruh negara. Apakah perancangan kementerian untuk mengisi masalah ini? Sukacita dimaklumkan bahawa sehingga akhir tahun 2007 liputan bekalan elektrik di kawasan luar bandar di seluruh negara adalah seperti berikut: Semenanjung Malaysia 99.9%, Sabah 79.2%, dan Sarawak 87.0% yang diambil daripada Sektor Tenaga Unit Perancang Ekonomi. Kerajaan sedar bahawa masih terdapat jurang yang besar antara liputan elektrik antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian kerajaan telah memperuntukkan peruntukan yang besar untuk memperbaiki keadaan ini. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sejumlah RM838.8 juta atau 85.1% daripada jumlah peruntukan keseluruhan program bekalan elektrik luar bandar diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah diberi peruntukan tambahan sebanyak RM640 juta untuk pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak. Berdasar kepada tambahan peruntukan ini kementerian mengunjurkan bahawa liputan bekalan elektrik di kawasan luar bandar di negeri-negeri Semenanjung mencapai 100% dan di Sabah dan Sarawak mencapai 90% pada akhir 2010. Khusus bagi kawasan Parlimen Batang Sadong kementerian kini sedang melaksanakan enam projek bekalan elektrik luar bandar. Sambungan talian grid bernilai RM3.1 juta dan memberi manfaat kepada 276 buah rumah. Projek ini sedang dalam pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya sebelum 15 September 2009. Kementerian juga telah mengenal pasti kampung-kampung di kawasan Parlimen Batang Sadong dan akan meneruskan pelaksanaan pada awal tahun 2009, tertakluk kepada keupayaan bekalan oleh pihak berkuasa elektrik negeri iaitu SESCO Bhd. untuk mengelakkan masalah susutan bahan bekalan. Yang Berhormat Kota Belud juga memohon supaya peruntukan untuk pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar diperbanyakkan khususnya di kawasan Parlimen Kota Belud. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejumlah RM841.25 juta selepas tambahan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan telah diperuntukkan untuk melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar di negeri Sabah. Kerajaan menjangkakan liputan bekalan elektrik dapat ditingkatkan kepada 90% di negeri Sabah pada akhir 2010. Khusus bagi Parlimen Kota Belud kementerian kini sedang melaksanakan satu projek bekalan elektrik luar bandar sambungan talian grid di Kampung Mendawang bernilai RM0.6 juta dan memberi manfaat kepada 26 buah rumah. Projek ini sedang dalam pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya sebelum 15 Julai 2009. Untuk makluman Yang Berhormat Sabah Electricity Sdn. Bhd. kini sedang menaik taraf stesen suis utama Kota Belud yang dijangka siap pada bulan Jun 2009. Sehubungan itu apabila siap pembinaan stesen suis utama ini kelak semua kampung di kawasan Kota Belud boleh disambung dengan bekalan elektrik. Yang Berhormat Mambong memaklumkan bahawa masih terdapat 20 buah rumah di kawasan Parlimen Mambong yang masih belum mendapat bekalan elektrik.
Yang Berhormat Limbang memohon agar kementerian meneruskan pelaksanaan projek bekalan elektrik di kampung-kampung di sepanjang Sungai Limbang Sarawak. ■1230 Bagi maklumat Yang Berhormat Mambong dan Yang Berhormat Limbang, permohonan Yang Berhormat supaya 20 buah kampung di kawasan Parlimen Mambong serta kampung-kampung di sepanjang Sungai Limbang diberi bekalan elektrik, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan akan menyenaraikan untuk pelaksanaan pada tahun 2009 sekiranya memenuhi skop pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar. Tuan Pengerusi, mengenai lampu jalan kampung seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat dan Pendang, adalah dimaklumkan bahawa agihan pemasangan lampu jalan di bawah Program Lampu Jalan Kampung Kementerian adalah seimbang iaitu tidak melebihi 10 unit sebuah kampung. Lokasi untuk pemasangan lampu jalan kampung ini diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung bagi memastikan agihan yang adil dan mengikut keperluan. Sehingga kini, sejumlah 155,398 unit lampu jalan di bawah Program Lampu Jalan Kampung sudah dipasang di seluruh negara. Kementerian juga kini sedang meneruskan pemasangan 6,368 unit lampu jalan pada tahun 2008 yang akan siap sepenuhnya pada bulan Julai 2009. Kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek lampu jalan kampung ini sehingga semua kampung mendapat manfaat daripada projek ini. Berdasarkan maklumat dari pihak berkuasa elektrik negeri tindakan untuk membaiki kerosakan akan diambil dalam masa tempoh tiga hari bekerja. Untuk maklumat Yang Berhormat juga pemasangan lampu jualan turut dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya yang menumpukan jalan-jalan utama penghubung kampung-kampung. Seterusnya bagi maklumat Yang Berhormat Kuala Selangor, senarai untuk pemasangan lampu jalan kampung disenaraikan pendek oleh Pejabat Pembangunan Negeri berdasar kepada skop pelaksanaan projek yang ditetapkan oleh kementerian. Sehubungan itu, tidak timbul masalah kampung-kampung yang dipinggirkan kerana Pejabat Pembangunan Negeri akan memastikan semua kampung yang layak dipasang dengan lampu jalan kampung mesti dipasang di Kuala Selangor. Bagi Program Bekalan Air, Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan isu mengenai bekalan air luar bandar di kawasan KESEDAR. Untuk maklumat Yang Berhormat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, negeri Kelantan telah diperuntukkan sebanyak RM34 juta bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.6 juta telah dibelanjakan pada tahun 2006 dan RM12.9 juta pada tahun 2007. Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar akan diteruskan di seluruh negeri Kelantan termasuk di kawasan KESEDAR yang mempunyai sambungan bekalan air paip dengan pihak berkuasa kerajaan negeri. Selain itu, pihak KESEDAR juga turut menaik taraf bekalan air secara berperingkat-peringkat khususnya bekalan air tandak agar tahap kualiti air sentiasa dalam keadaan baik. Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rembau mengenai status bekalan air di kawasan estet-estet, untuk maklumat Yang Berhormat pelaksanaan program air di luar bandar adalah meliputi kawasan kampung-kampung tradisi, rumah panjang, perkampungan orang asli termasuk kawasan estet-estet yang keluasannya kurang daripada 1,000 ekar atau 405 hektar. Selain itu, kerajaan juga sedang mengkaji untuk memperluaskan Program Bekalan Air Luar Bandar ke kawasan estet-estet yang berkeluasan lebih daripada 1,000 ekar atau lebih 405 hektar. Mengenai persoalan Yang Berhormat Kuala Selangor, berhubung masih tidak mempunyai bekalan air bersih iaitu di Kampung Sri Aman Tambahan 30 rumah dan menggunakan air perigi, pihak kementerian mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan kampung berkenaan akan disenaraikan bagi pelaksanaan pada tahun akan datang. Untuk maklumat Yang Berhormat Batang Sadong pula, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sejumlah RM347 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak. Pelaksanaan projek tersebut adalah berdasarkan kepada senarai keutamaan pihak air negeri dan peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan. Bagi Parlimen Batang Sadong, sebanyak RM569 ribu telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar, pada tahun 2007 hingga 2008 iaitu Projek Pembangunan Paip Utama ke kampung Temiang, Simunjan yang memberi manfaat kepada 200 buah rumah, keluarga. Manakala bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar tahun 2009, pertimbangan
yang sewajarnya akan diberi kepada kawasan Parlimen Batang Sadong. Bagi Yang Berhormat Mambong pula, kementerian mengambil perhatian mengenai 55 buah kampung yang memerlukan air bersih dan memohon agar Yang Berhormat dapat mengemukakan senarai kampung-kampung berkenaan untuk di ambil tindakan susulan bagi pelaksanaan pada masa akan datang. Berhubung dengan permintaan Yang Berhormat Limbang, kementerian akan mengambil perhatian mengenai cadangan projek penyambungan paip di sepanjang Sungai Limbang dengan anggaran RM10 juta dan akan diselaraskan dengan pihak berkuasa air negeri bagi pelaksanaan tahun hadapan. Begitu juga dengan Yang Berhormat Silam, kementerian akan memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi cadangan penyambungan bekalan air dari Kampung Sagan ke Kampung Tumisan untuk dilaksanakan pada tahun 2009. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Selangor telah membangkitkan isu peruntukkan Projek Ameniti Sosial bagi kawasan Kuala Selangor. Untuk maklumat, pada tahun 2008 sejumlah RM280 ribu telah diperuntukkan membabitkan 13 Projek Ameniti Sosial di kawasan Kuala Selangor, untuk tahun 2009 kementerian akan meneliti permohonan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat untuk dilaksanakan. Yang Berhormat Silam, telah memohon pihak kementerian untuk menyatakan jumlah peruntukkan yang diperuntukkan kepada Parlimen Silam. Untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM150 ribu untuk Parlimen Silam dan pada tahun 2009 sejumlah RM13 juta akan disalurkan kepada negeri Sabah bagi pelaksanaan Projek Ameniti Sosial dan akan diagihkan mengikut kawasan Parlimen termasuk Parlimen Silam. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Rembau telah membangkitkan mengenai falsafah utama Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, SPKR dan program- program yang dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat falsafah utama Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk meningkatkan kesejahteraan kumpulan sasar melalui pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup mereka, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup boleh dicapai menerusi peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan manakala, peningkatan kualiti hidup boleh dicapai menerusi prasarana asas, ameniti sosial dan utiliti, pembangunan sosial, institusi dan manusia, teknologi maklumat dan komunikasi dan Program Pembangunan Masyarakat Setempat. Peluang-peluang pekerjaan menerusi SPKR ataupun Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat boleh dicapai melalui program-program seperti berikut. Program Peningkatan Pendapatan iaitu Projek-projek Ekonomi Kecil di pelbagai bidang, Program Latihan Kemahiran Kerjaya di mana anak-anak golongan miskin tegar diberi latihan, kemahiran sehingga membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan sendiri.
Yang Berhormat. Yang Berhormat Jasin berdiri.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar dengan begitu khusyuk sekalilah, nampaknya menteri begitu serius sekali dalam memberikan kemudahan serta infrastruktur bagi memastikan supaya kawasan luar bandar dapat benar-benar menikmati kemajuan daripada negara kita. Dalam usaha kita sekarang, untuk membasmi kemiskinan kita dapat lihat ketidakseimbangan sosioekonomi melalui teras tiga misi nasional. Kalau kita lihat kawasan bandar kadar kemiskinan hanya 2%, kawasan luar bandar kadar kemiskinan 7.1%, makna tiga kali ganda. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada kita menjalankan apa-apa bentuk kerjasama dengan kementerian, misalnya Kementerian Pertanian dan Asas Tani supaya kita dapat gembleng dua kementerian ini dalam usaha kita dapat meningkatkan pendapatan dan meningkatkan juga ekonomi rakyat-rakyat luar bandar yang begitu ketinggalan sekali. Terima kasih. ■1240
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin. Mengenai ketidakseimbangan, yang keduanya kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pertama, sememangnya ketidakseimbangan memang berlaku. Apa yang kita lakukan sekarang ialah to empower ataupun dengan izin, mengupayakan kepimpinan masyarakat di kampung, kepimpinan JKKK dan badan-badan seperti KEMAS yang sepatutnya pergi di luar bandar, mengubah minda, menggerakkan dan mendorong dan
juga memajukan dari segi kemajuan modal insan di kampung-kampung. Mengenai kerjasama dengan Kementerian Pertanian, kita memang bergerak sehala antara Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita punya objek sama. Apa yang pentingnya setelah kita memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar juga kepada masyarakat kampung ini, kita hendak mereka sendiri mengatur. Itu sebabnya kita mengaturkan pertandingan-pertandingan kampung contoh, desa cemerlang, desa gemilang, desa terbilang. Kita empower mereka supaya mereka dapat bergerak sendiri. Yang Berhormat Rembau seterusnya membangkitkan mengenai pencapaian Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Secara umumnya kejayaan skim...
[Bangun]
Yang Berhormat Arau berdiri Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan pertandingan antara kampung yang Yang Berhormat Menteri katakan tadi untuk mewujudkan desa cemerlang, terbilang, gemilang dan sebagainya. Saya tambah sedikit Yang Berhormat. Sama ada pihak kementerian serius dengan melihat pengisian ataupun dari segi content kerana mungkin ada satu, dua kampung yang berjaya memenuhi semua kriteria. Misalnya dari segi pengisian ekonomi, peningkatan taraf hidup, kecantikan kampung, struktur pentadbiran yang baik, organisasi yang berkesan dan sebagainya, tetapi kebanyakan kampung-kampung yang ada, mereka hanya memperbetulkan kedudukan ini ketika hendak menyertai pertandingan. Sebaik sahaja pertandingan berakhir, kita lihat kampung itu terus balik kepada keadaan biasa. Saya tidak nafikan kecuali ada satu, dua kampung seperti di Parlimen saya Kampung Paya Goreng kerana pengerusi JKKK dia itu pensyarah universiti. Jadi dia mentadbir kampung dengan baik dan berterusan, ada dataran sendiri semua yang dibuat hasil duit kemenangan, berjaya beli tanah freehold dan sebagainya. Itu diakui hebat tetapi adakah kampung-kampung yang macam itu, yang telah mencapai anugerah dan kecemerlangan ini dikawal, dipantau oleh pihak kementerian sepanjang masa?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau. Satu daripada usaha kita ialah dengan mengadakan apa Yang Berhormat sentuh sebentar tadi, pertandingan-pertandingan kampung. Dengan adanya pertandingan, ia menggalakkan rasa bertanding antara kampung-kampung. Dengan yang demikian, ia mempertingkatkan pentadbiran, mempertingkatkan kebersihan, mempertingkatkan kerjasama, mempertingkatkan kegiatan-kegiatan termasuk kegiatan-kegiatan ekonomi di kampung-kampung kerana markah diberi kepada aktiviti-aktiviti tersebut. Ia betul, kadang-kadang masa bertanding dia aktif, selepas bertanding dia merosot. Kita ada juga cara-cara lain dengan membawa pemimpin-pemimpin daripada JKKK dan JKKP berkursus di pusat-pusat latihan misalnya di INFRA. Mereka duduk di sana diberikan, dibawa, dipanggil dengan izin the experts memberi dorongan kepada mereka bagaimana mereka bertanggungjawab untuk memajukan kampung mereka. Apa yang kita hendak mereka itu empower masyarakat di kampung mereka untuk memajukan kampung masing-masing. Insya-Allah ini akan berterusan. Saya pun baru semalam tidur di kampung di Pantai Remis di Perak. Saya tidur di situ dan bertemu dengan JKKK. Kalau Tuan Puan tengok TV semalam, kita ada live telecast, daripada pukul 8 hingga pukul 10 pagi. Kita menerangkan tentang nilai- nilai yang ada di kampung. Nilai-nilai yang baik yang ada di kampung yang perlu di sustain dengan izin, yang perlu ditingkatkan, yang orang bandar sendiri pun patut tiru seperti Gotong-royong, kemesraan yang banyak sebenarnya nilai-nilai yang ada di kampung yang patut dipertingkatkan value itu menjadi satu budaya untuk digunakan untuk masa depan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja penjelasan. Tuan Pengerusi, saya bukan tidak akui benda Yang Berhormat Menteri buat itu adalah baik. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri di peringkat pelaksanaan, saya merasakan sekarang kebanyakan pegawai-
pegawai kita sekarang macam seolah-olah... Saya tidak mahu mengatakan mereka tidak mampu melaksanakan tetapi masa mereka dan mereka tidak memahami keadaan sekitar. Macam Yang Berhormat Menteri katakan tadi, hantar berkursus ke INFRA dan sebagainya, ada expert yang mengendalikan kursus. Expert ini pun Yang Berhormat Menteri hanya tahu tentang teori, mereka tidak terlibat dalam memahami keadaan sebenar. The real situation itu mereka tidak dapat dengan izin, Tuan Pengerusi. Jadi Yang Berhormat Menteri, demi menjamin semua yang dirancang ini dapat berjalan, kita harus mengambil kira semua perkara. Expert, expert lah Yang Berhormat Menteri tetapi biar mereka yang terlibat dalam kementerian memahami keadaan luar bandar ini dan biar ianya berterusan kalau kerajaan serius hendak menangani masalah ini.
Betul saya bersetuju dengan Yang Berhormat daripada Arau, kita kena serius. Saya lihat pegawai-pegawai di Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, bekerja sebagai satu pasukan yang sangat baik. Apabila saya pergi ke kampung-kampung, boleh dikatakan tiap-tiap tiga minggu saya masuk ke kampung, tidur di kampung termasuk di Kinabatangan. Daripada Sandakan ke Kampung Pinangah, lebih kurang enam jam masuk ke dalam kampung. Ketua Setiausaha pergi, Timbalan Ketua Setiausaha pergi, pegawai-pegawai KEMAS, Ketua Pengarah KEMAS, semua pergi. Jadi begitu juga di tempat-tempat yang baru semalam saya pergi di Tanjong, Perak semalam. Semua mereka pergi dan tidur di sana. Mereka pilih di rumah-rumah lain. Kita bertemu dengan pegawai-pegawai di kampung. Kita beri perhatian kepada mereka. Saya lihat satu perubahan besar sedang berlaku di peringkat kepimpinan di bawah sekali, JKKK bila kita mendekati mereka, sembahyang subuh dengan mereka, berada bersama-sama dengan mereka. Saya nampak masyarakat kampung nampak bila kita berdamping dengan mereka, prinsip kita dengan izin, to nurture and to be compassionate dengan mereka. Nampak apabila mereka didekati dan kita hampiri mereka, nampak mereka terasa macam bunga sedang berkembang. Jadi kalau ini dapat kita lakukan di kampung, kampung akan jadi bergemerlapan. Bukan macam di pekan-pekan sahaja, sekarang ini banyak sangat pekan-pekan yang macam-macam hal, sosial pun tidak begitu baik sangat…
[Bangun]
Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan daripada kementerian. Saya memang tertariklah dengan cerita panjang dari Yang Berhormat Menteri tadi tentang keberkesanan dan kesungguhannya dalam program ini iaitu pertandingan kampung. Cuma saya hendak penjelasan senario di Sarawak ini, mereka yang duduk di rumah- rumah panjang kerana saya telah difahamkan bahawa syarat-syarat dalam pertandingan ini sekarang lain daripada dulu. Dulu, semua kampung layak untuk bertanding, syaratnya agak longgar. ■1250 Sekarang diketatkan. Hanya kampung ataupun rumah panjang sebab Iban, kaum masyarakat Dayak ini dia duduk di rumah panjang. Iban, Kayan, Kenyah dan sebagainya. Sekarang disyaratkan. Saya hendak penjelasanlah. Yang saya difahamkan sekarang disyaratkan hanya rumah panjang yang sepanjang 50 keluarga yang layak dan boleh masuk dalam pertandingan. Kalaulah senarionya sebegini, sudah pasti tidak berapa banyaklah kampung yang boleh turut serta dalam pertandingan dan apa kebaikan yang kita dapati dalam kita hendak merangsang mereka ini, motivasikan mereka, JKK ini mungkin tidak dapat diserap kepada lebih ramai lagi ataupun lebih banyak lagi kampung-kampung Dayak di Sarawak. Kalau ini betul, saya pohonlah agar syarat 50 keluarga dalam sebuah kampung atau rumah panjang ini diturunkan kepada mungkin 30 ataupun 25 sebab sekarang kampung-kampung kita tidak berapa banyak lagi yang ada sebanyak 50 keluarga dalam sebuah kampung. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan maklumat yang berguna kepada saya. Sekiranya apa yang diadukan oleh Yang Berhormat itu benar, maka saya fikir ini perlu diubah. Kita hendak semua kampung terlibat. Bukan ada sekatan, bukan ada pula halangan
sehingga ada kampung yang tidak boleh mengambil bahagian. Saya fikir let’s be kata orang be fair, be equal, be equitable dengan izin, supaya di mana-mana juga berada, biarlah mereka dapat mengambil bahagian. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Mungkin yang untuk Sabah dan Sarawak ini kita buat pertandingan yang lainlah. Dulu, kini dan selama-lamanya desa kalau berdasarkan kepada dasar-dasar yang dilaksanakan. Saya ingin menarik perhatian kepada soal komitmen yang telah disebutkan tadi yang mana KSU dok turun, menteri dok turun dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan ataupun pihak kementerian sanggup memikirkan ganti rugi ataupun ex-gratia kepada KSU, Datuk Abdul Aziz Muhammad yang dulu telah dituduh melakukan penyelewengan dan menghilangkan ataupun CBT tetapi baru-baru ini telah dibebaskan oleh pihak mahkamah dan beliau telah dihukum selama lima tahun penjara. Walaupun saya difahamkan dia tidak melalui hukuman itu dengan sepenuhnya, akan tetapi pokoknya kalau kita ingin menentukan ada komitmen berterusan, maka pembelaan kepada orang-orang yang telah dizalimi perlu diberi seperti mana yang telah diberi kepada pihak hakim-hakim. Seterusnya, sekiranya mereka tidak bersalah, maka apakah jawapan kepada tuduhan di mana sebahagian daripada RM40 juta yang diperuntukkan untuk PPRT di Kelantan telah dikatakan diselewengkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Shah Alam. Saya fikir kita ada peraturan dan Perintah Am. Aturan dan peraturan. Saya fikir ini akan diikutlah macam mana juga cara-cara yang biasa dan lazim dilakukan oleh mana-mana kakitangan kerajaan. Mengenai yang lain-lain itu, saya fikir ini tidak dapat saya berikan maklumat pada hari ini. Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan mengenai pemohon dikehendaki mengisi borang UMNO untuk mendapatkan bantuan di bawah Program Bantuan Rumah. Perkara ini adalah tidak benar dan bukan menjadi dasar atau syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat mengenai pemberian bantuan vitamin kepada anak-anak miskin tegar yang perlu dipastikan keselamatan dan tidak mendatangkan mudarat. Pihak kementerian dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program telah mengambil langkah tertentu bagi memastikan semua program berjalan dengan baik dan mendatangkan manfaat kepada golongan sasaran. Pemberian bantuan vitamin di bawah Program Tambahan Makanan Seimbang dilaksanakan dengan perbincangan dan kelulusan bersama Bahagian Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, unsur-unsur keselamatan telah diambil kira sepenuhnya.
Minta laluan Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal PPRT, Yang Berhormat Menteri. Apakah kaedah-kaedah yang baru kalau ada supaya pembinaan 15,000 PPRT yang akan dilaksanakan dengan secepat mungkin. Adakah kaedah-kaedah yang baru diguna pakai oleh pihak kementerian. Saya soal ini Yang Berhormat Menteri kerana di kawasan saya baru-baru ini terlibat dengan masalah kebakaran yang melibatkan lebih 300 keluarga dan lebih 30 rumah di Pulau Gaya. Saya fikir Yang Berhormat Menteri tahu perkara ini dan kalaulah boleh saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri kalau boleh dilaksanakan PPRT kepada pihak-pihak yang malang dapat dilaksanakan di Pulau Gaya. Terima kasih.
Terima kasih.
Perkara hampir sama Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, walaupun ini agak spesifik tetapi saya hanya perlukan pihak kementerian menyiasat dan mengambil tindakan segera kerana ini melibatkan masalah
Orang Asli, Yang Berhormat Menteri. Penempatan semula Orang Asli di Kampung Telok Minyak Beku yang melibatkan 80 buah keluarga dan 500 orang penduduk. Saya difahamkan yang kawasan penempatan ini yang diluluskan oleh kerajaan negeri di Lot PTD 2170 seluas 27.46 ekar dan dicadangkan dipindahkan di Lot PTD 2171 seluas 86 ekar. Jadi melalui Bajet 2008, kerajaan negeri telah pun meluluskan RM4 juta untuk kerja-kerja penambakan dan kerja-kerja infra kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Akan tetapi malangnya JHEOA ini yang ditubuhkan sebelum kita mencapai kemerdekaan ini, dia telah melantik perunding. Peruntukan RM4 juta tidak cukup dan dia cadangan hendak cari penempatan baru ini pun mengambil masa dan sebagainya. Dia jadi berbagai-bagai alasan. Jadi persoalannya, penduduk yang berada di kawasan Kampung Telok Minyak Beku ini mereka menghadapi ribut, banjir, air pasang dan baru- baru ini telah berlaku kemalangan yang melibatkan seorang bayi yang terjatuh ke dalam sungai ini tanpa disedari oleh keluarga. Jadi sebelum ia lebih besar, saya pohon pihak kementerian menyiasat kerana dikatakan penempatan baru ini tidak sesuai. Cadangan untuk membuat penambakan kilang bagi Asia Kuari iaitu kilang membuat RC-5 untuk kerja-kerja pengangkutan telah dimulakan. Penggunaan treler pun ada. Jadi Jabatan Orang Asli bagi alasan kawasan penempatan ini tidak sesuai walaupun peruntukan RM4 juta telah disediakan. Jadi pohon pihak kementerian Yang Berhormat Menteri. Ini Orang-orang Asli mereka melalui Yang Berhormat Encik Ja’afar, ADUN Senggarang dia minta sangat supaya pihak kementerian mengambil tindakan ini dengan kadar yang segera.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan mengenai projek PPRT. Memang benar sebanyak 15,000 buah rumah akan dibina dengan belanja RM525 juta dan insya-Allah akan menyelesaikan 90% daripada masalah perumahan dan juga sebanyak 20,450 buah akan dibina. Mudah-mudahan cara membina satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bersama-sama mungkin dengan kementerian saya dan kementerian-kementerian yang lain yang bertanggungjawab ditubuhkan khusus untuk membina projek yang agak besar ini...
[Menyampuk]
...Kerana pembinaan projek ini akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi insya-Allah termasuk di Putatan, saya fikir perkara ini akan dimasukkan.
Apakah mangsa kebakaran ini yang kena 30 buah rumah ini. Bolehkah ini diguna pakai sebagai satu kaedahnya.
Saya fikir termasuklah. Termasuk bagi kawasan-kawasan yang ditimpa bencana seperti kebakaran. Saya harap pegawai-pegawai saya hadir pada hari ini. Sila ambil perhatian daripada apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Putatan. Insya-Allah kita akan masukkan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang kedua mengenai Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung jawapan selepas tengah hari. Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan pukul 2.30 nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung ucapan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan pertanyaan dari Yang Berhormat Arau, sebenarnya saya ada menyediakan jawapan, apabila sampai masa untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, saya harap Yang Berhormat Arau akan sabar menunggu kerana pertanyaan itu telah ditanya oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat Kapit telah membangkitkan mengenai Program SPKR, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di panjangkan dan dilaksanakan di rumah-rumah panjang, Program-program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ditujukan kepada golongan miskin tegar tanpa mengira di mana dan siapa. Ini bermakna penghuni rumah panjang juga adalah layak menyertai program-program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rumah Rakyat. Bagi program bantuan rumah, penghuni rumah panjang juga layak mendapat bantuan. Tetapi setakat ini hanya kerja-kerja ubah suai ataupun pembaikan sahaja dilaksanakan kerana bukan semua penghuni satu-satu rumah panjang itu terdiri daripada golongan miskin tegar. Walau bagaimanapun, pihak ICU, JPM, kementerian dan kerajaan negeri sedang dalam perbincangan mengenal pasti kaedah khusus bagi melaksanakan Skim Pembangunan Bantuan ini. Teknologi maklumat dan info desa...
[Bangun]
Yang Berhormat, Kapit bangun.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasihlah atas penjelasan itu. Jadi saya haraplah kaedah yang kita akan dapati nanti adalah boleh memberi khidmat kepada penghuni rumah panjang. Yang berkaitan juga, saya inginkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini pada hari Khamis pukul 4, ada sebuah rumah panjang, 28 keluarga telah kehilangan rumah mereka sebab terbakar. Jadi mungkin sebelum rumah mereka terbakar itu mungkin bukan dalam semua 28 buah keluarga itu dikatakan miskin tegar. Akan tetapi sekarang, besar kemungkinan mereka itu tergolong dalam miskin tegar. Sebab dia kehilangan habis harta benda mereka. Adakah kaedah daripada kementerian ini nanti membantu mereka dalam Skim Bantuan Rumah ini tadi untuk membantu mereka membina semula. Kalau tidak secara complete nanti sekurang-kurangnya memberi bantuan. Memang ada bantuan dari kerajaan dari kementerian kebajikan dan lain-lain, cuma saya hendak penjelasan khusus dari kementerian ini bolehkah tidak kita hulurkan kepada mereka untuk mereka membina semula sekurang-kurangnya untuk membeli bumbung atau apa yang diperlukan pada peringkat awal ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit, sewaktu saya berada di Pinawa, Kinabatangan, perkara yang sama juga berlaku. Kementerian telah meluluskan peruntukan untuk membina rumah-rumah yang terbakar di Pinawa. Insya-Allah di Kapit, kita akan juga melaksanakan perkara yang sama sekiranya rumah ini sudah pun terbakar saya percaya Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun menghantar bantuan-bantuan seperti pemakanan, selimut, dan alat-alat baju persekolahan anak-anak tetapi dari segi rumah, insya-Allah kementerian akan masukkan ia sebagai satu daripada projek yang akan kita bangunkan.
Mohon laluan Yang Berhormat.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat. Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan sebab baru- baru ini berlaku kebakaran di Kampung Sungai Penchala di mana sembilan buah keluarga telah terlibat dan di situ juga melibatkan 60 orang anak-anak yatim miskin
yang duduk di rumah anak yatim di situ. Jadi mereka sehingga kini tidak dapat pembelaan dari bentuk follow-up permasalahan mereka. Jadi apakah Yang Berhormat boleh dilakukan untuk memastikan mereka ini boleh mendapat bantuan untuk membina rumah semula dan juga yang paling penting sekali membina rumah anak yatim yang sekarang ini terpaksa ditumpangkan ke beberapa rumah anak yatim yang lain, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Sebenarnya Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, kita sebenarnya bukan hendak membeza-beza tetapi kita cuma dipertanggungjawabkan untuk membina rumah-rumah yang ada di kawasan luar bandar. Kalau dalam kawasan bandar saya ingat dia tergolong di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan ataupun Dewan Bandaraya. Jadi saya harap, bantuan seperti ini juga ada di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan. Tuan Pengerusi, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak mengenai berapa banyak medan info desa yang tiada elektrik, susut nilai dalam pembelian komputer dalam tiga tahun dan pelaksanaan melalui kaedah penswastaan. Adalah dimaklumkan sehingga kini tiada kes medan info desa yang tiada elektrik kerana salah satu kriteria utama pembinaan adalah di kawasan yang telah sedia ada bekalan elektrik. Kementerian sentiasa mengambil kira perubahan yang tepat dalam teknologi ICT. Sehingga kini komputer-komputer yang berumur melebihi enam tahun telah ditukar kepada komputer baru. Berdasarkan pelaksanaan medan info desa diuruskan sendiri oleh kementerian dan tidak melibatkan kaedah penswastaan. Medan Info Desa Kampung Junak Jaya, Kunak telah siap bangunan tetapi komputer masih belum dipasang. Kelewatan pemasangan komputer adalah disebabkan oleh masalah penyambungan elektrik tiga phase ke bangunan. Walau bagaimanapun masalah ini telah pun diselesaikan dan dijangka komputer akan siap dipasang sebelum akhir tahun. ■1440 Tuan Pengerusi, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai keseimbangan pembangunan luar bandar terutama kemudahan infrastruktur dengan peruntukan kementerian sebanyak RM2 bilion. Adalah dimaklumkan bahawa kementerian melaksanakan dasar liputan 100% prasarana asas utiliti dan ameniti sosial dalam kawasan 30km radius dari bandar pekan kecil. Sebanyak 60% peruntukan pembangunan bagi tahun 2009 yang berjumlah RM2.78 bilion adalah diperuntukkan bagi melaksanakan pembangunan prasarana asas utiliti dan ameniti sosial. Agihan peruntukan berasaskan negeri di bawah tahap pembangunan yang rendah ataupun kurang maju dan juga negeri yang mempunyai ramai penduduk miskin tegar, negeri Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan paling tinggi melebihi 20% daripada peruntukan pembangunan 2009. Yang Berhormat Bandar Tun Razak menyentuh mengenai sumber peruntukan JKKP dan tambahan peruntukan yang diluluskan untuk JKKP. Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran elaun ketua kampung adalah di bawah belanja mengurus 42199 bagi tahun 2009. Peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM71 juta untuk bayaran 14,792 ketua kampung. Yang Berhormat Silam membangkitkan Program GDW ataupun Gerakan Desa Wawasan dilaksanakan di kampung-kampung tertentu sahaja dan memohon supaya Program GDW ini juga diberi perhatian kepada kampung-kampung di kawasan Silam. Program Gerakan Daya Wawasan merupakan aktiviti untuk memperkasakan kepimpinan akar umbi dan merancang dan melaksanakan pembangunan kampung masing-masing secara berdikari. Kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan daya kepimpinan kampung-kampung termasuk di kawasan Silam. Pemimpin-pemimpin kampung Gerakan Daya Wawasan berkenaan akan dipelawa mengikuti kursus-kursus pemantapan institusi ataupun organisasi yang dilaksanakan oleh Institut Kemajuan Desa ataupun INFRA dari semasa ke semasa. Tuan Pengerusi, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud mengenai peruntukan RM4.75 juta kepada Lembaga Industri Getah Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Belud, peruntukan kepada Lembaga Industri Getah Sabah yang berjumlah RM4.75 juta adalah untuk:
(i) tanaman semula getah berkelompok - RM2.6 juta; (ii) tanam semula getah dengan tanaman lain – RM50 ribu; (iii) pemindahan teknologi baru dan peningkatan ilmu pengetahuan ataupun latihan pekebun kecil getah 1,000 pelatih sebanyak RM200,000; (iv) menyediakan sistem penghantaran yang baik seperti menaik taraf pertanian 135km sebanyak RM1.4 juta; dan (v) pembinaan pusat proses getah berkelompok sebanyak RM500,000. Yang Berhormat Kota Belud juga membangkitkan peranan RISDA yang tidak berapa aktif di negeri Sabah khususnya dalam membangunkan masyarakat pekebun kecil yang sejahtera dan kekangan atau halangan daripada segi akta atau enakmen yang membolehkan RISDA untuk beroperasi atau memperluaskan operasinya di Sabah. Setakat ini RISDA sebenarnya masih belum beroperasi di Sabah dan perluasan operasi RISDA di Sabah masih lagi di peringkat perbincangan di antara kementerian, RISDA dan juga pihak pegawai kerajaan negeri Sabah. Untuk makluman, daripada segi akta atau enakmen akta RISDA iaitu Akta 85 Tahun 1972 membenarkan RISDA untuk beroperasi di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Kementerian sememangnya berhasrat untuk RISDA memulakan operasi di Sabah secepat mungkin supaya dapat berganding dengan agensi-agensi dalam usaha membantu membangunkan sektor pekebun kecil getah di Sabah secara keseluruhannya. Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan persoalan pencapaian RISDA dalam usaha memberikan kursus dan latihan kepada pekebun kecil terutama di negeri Kelantan dan pertanyaan sama ada RISDA mempunyai peruntukan atau bantuan khas untuk menjaga kebajikan dan meringankan beban pekebun kecil terutama di negeri Kelantan yang menghadapi musim tengkujuh dan juga kejatuhan harga komoditi. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2008 setakat September, secara keseluruhannya kementerian melalui RISDA telah berjaya mengadakan sebanyak 4,481 kursus formal dengan penglibatan seramai 119,355 pekebun kecil dan kursus informal di lapangan sebanyak 38,523 melibatkan 383,843 orang pekebun kecil. Bagi negeri Kelantan sendiri, bilangan kursus formal yang dijalankan ialah sebanyak 554 dengan penglibatan seramai 12,653 orang pekebun kecil. Manakala bagi kursus informal di lapangan pula, bilangan kursus yang dijalankan ialah sebanyak 5,034 kali dengan penglibatan seramai 50,364 pekebun kecil. Kursus-kursus dan latihan yang dijalankan bertujuan untuk membina keupayaan pekebun kecil daripada aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan atau dengan izin attitude, skill and knowledge supaya pekebun kecil mampu menjayakan kebun ke tahap potensi. Keberkesanan program latihan ini dapat dilihat dengan peningkatan produktiviti kebun sebagai contoh bagi kebun getah. Produktiviti kebun yang diusahakan pekebun kecil telah meningkat daripada 970 kg per hektar untuk setahun pada tahun 1998 kepada 1,474 kg per hektar untuk setahun bagi tahun 2007. Kementerian melalui RISDA mempunyai beberapa peruntukan bantuan yang dapat membantu pekebun kecil ketika menghadapi musim tengkujuh seperti bantuan penggunaan rain gutter yang dapat membolehkan pekebun kecil getah menoreh sepenuh masa walaupun dalam musim hujan selain mengurangkan kehilangan latex yang disebabkan oleh hujan. Selain itu, kementerian melalui RISDA turut membantu pekebun kecil yang menghadapi masalah kerosakan prasarana seperti jalan pertanian, jambatan, parit, pembetung akibat musim banjir dengan bantuan baik pulih prasarana tersebut. Kementerian juga menyediakan bantuan bencana alam bagi membantu memulihkan kebun-kebun getah pekebun kecil yang terlibat dalam banjir. Mengenai permintaan Yang Berhormat Kuala Krai supaya memasukkan wakil Kerajaan Negeri Kelantan dalam Lembaga Pengarah KESEDAR. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, telah ada wakil Kerajaan Negeri Kelantan dalam Lembaga Pengarah KESEDAR iaitu Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2007. Berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Silam supaya ladang di bawah FELCRA Berhad di Silam dijadikan sebagai tempat latihan kepada masyarakat
setempat bagi melatih masyarakat setempat di bidang pengurusan perladangan. Kementerian mengalu-alukan cadangan ini untuk menjadikan ladang tersebut sebagai tempat latihan dalam bidang pengurusan perladangan. Memang menjadi hasrat kementerian untuk menambah kakitangan FELCRA yang berkelayakan dan berkemahiran dalam bidang perladangan untuk berkhidmat di FELCRA Berhad. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat sebuah ladang atau estet milik FELCRA Berhad iaitu Estet Danum yang ditanam dengan tanaman kelapa sawit dengan keluasan 3,241 hektar. Yang Berhormat Batu Pahat mohon penjelasan mengenai penswastaan KEJORA khususnya tanah di kawasan Desaru yang diambil alih. Untuk makluman Yang Berhormat, penswastaan aktiviti komersial KEJORA telah dijalankan pada tahun 1990 selaras dengan cadangan pembubaran KEJORA yang diputuskan oleh Kabinet. Kawasan pelancongan Desaru kepada Desaru International Resort Sdn. Bhd, Kompleks Pelancongan Desaru kepada Desaru Development Corporation dan perladangan kelapa sawit kepada Southern Integrated Agriculture Project yang mana dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti sosial kepada penduduk wilayah KEJORA. ■1450 KEJORA juga telah mengadakan usaha sama bagi pembangunan projek- projek perumahan bercampur di bandar-bandar seperti Bandar Tenggara, Bandar Seri Lambak dan Bandar Penawar. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit mencadangkan supaya kurikulum pendidikan agama Islam diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika KEMAS: (i) berdasar kepada kurikulum pra sekolah kebangsaan diwajibkan supaya pembelajaran agama Islam dilaksanakan dalam sesi pembelajaran sebanyak dua jam seminggu dengan menekankan aspek pembelajaran akhlak ibadah, istilah dan amalan nilai-nilai murni; (ii) KEMAS juga telah menambah pembelajaran selama satu jam seminggu bagi pembelajaran Iqra’; dan (iii) amalan nilai-nilai murni seperti yang dituntun oleh pembelajaran agama Islam dilaksanakan merentasi kurikulum dari awal mula belajar sehingga tamat sesi pembelajaran seperti aktiviti memberi salam, membaca doa makan, bantu membantu dan lain-lain. Seterusnya, bagi menjawab cadangan Yang Berhormat supaya pemakanan di Tadika perlu memberi penekanan kepada aspek kesihatan dan pembangunan minda kanak-kanak. Adalah dimaklumkan bahawa tadika KEMAS menyediakan makanan untuk kanak-kanak berdasar kepada sukatan makanan seimbang mengikut piramid makanan dan vitamin yang telah ditetapkan dan diluluskan dan oleh Kementerian Kesihatan. Menu yang khusus telah disediakan untuk panduan guru-guru tadika menyediakan makanan untuk kanak-kanak. Kementerian melalui KEMAS turut mengadakan peruntukan RM1.50 setiap hari bagi setiap kanak-kanak tadika dan RM3 sehari bagi setiap kanak-kanak taska. Yang Berhormat juga menyentuh mengenai modul bina insan yang kurang berkesan dan kurang menarik perhatian masyarakat. Perlaksanaan program bina insan menggunakan dua modul iaitu; (i) menekankan aspek kecemerlangan diri; dan (ii) aspek pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat. Usaha telah dibuat bagi meningkatkan kualiti program melalui; (i) meningkatkan latihan kepada tenaga pengajar sedia ada supaya lebih terampil terutama dalam menjawab permasalahan-permasalahan atau isu-isu semasa; (ii) meningkatkan perkhidmatan dari tenaga pakar luar untuk meningkatkan mutu pembelajaran; dan (iii) memperkukuhkan amalan nilai-nilai murni dalam meningkatkan mutu kehidupan melalui aktiviti-aktiviti secara
Islam seperti menjalankan kumpulan pengurusan jenazah, penyembelihan, kumpulan Yasin dan tazkirah. Mengenai kekhuatiran Yang Berhormat Tumpat, mengenai pembekalan kepada kanak-kanak tadika KEMAS dan kesan jangka panjang yang negatif kepada jangka hayat kanak-kanak. Satu, kesan negatif tiada dan kedua kementerian melalui program tadika dan taska kemas telah membekalkan multivitamin kepada kanak-kanak berdasar status pertumbuhan kanak-kanak berkenaan. Bagi kanak-kanak yang normal status pertumbuhannya diberi multivitamin dua kali seminggu. Bagi kanak-kanak yang kurang berat badan dan terbantut diberi lima kali seminggu. Multivitamin ini dibekalkan untuk menampung kekurangan vitamin yang tidak dapat diperoleh dari hidangan seimbang yang disediakan di rumah dan di tadika atau taska. Untuk makluman Yang Berhormat hasil pemantauan mendapati peratusan kanak-kanak mencapai tahap normal meningkat kepada 5.2% dan peratusan kanak- kanak kurang berat badan telah menurun kepada 42.9%. Pembelajaran bahasa Inggeris. Kementerian mengambil maklum perkara ini dan sedang mengambil langkah- langkah untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di tadika dan taska KEMAS iaitu dengan tiga langkah: (i) memberi latihan intensif untuk guru-guru berkemahiran dan yakin diri menggunakan serta mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama kanak-kanak secara interaktif; (ii) kanak-kanak diberi pendedahan dan pembelajaran penggunaan bahasa Inggeris sebanyak dua jam seminggu bagi menerapkan kemahiran mendengar, menyebut, membaca dan menulis sebagaimana yang dikehendaki dalam kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan; dan (iv) galakkan menerusi aktiviti pengukuhan sebanyak satu jam seminggu untuk aktiviti-aktiviti mengasah bakat seperti bercerita dan berlakon. Yang Berhormat Bandar Tun Razak, membangkitkan persoalan jumlah guna tenaga dalam menjalankan operasi KEMAS. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 31 Oktober 2008 KEMAS mempunyai 14,658 orang kakitangan yang terdiri daripada kakitangan tetap dan kontrak bagi menjalankan tujuh program utama KEMAS. Daripada jumlah tersebut seramai108 adalah team daripada pegawai pengurusan dan profesional yang menjadi peneraju kepada operasi KEMAS meliputi peringkat negeri dan daerah di seluruh Malaysia. Manakala seramai 13,825 orang adalah kakitangan kontrak yang terdiri daripada penyelia kanan 169 orang. Penyelia pelbagai jurusan 1,303. Pemaju masyarakat 11,219 orang dan pembantu pemaju masyarakat 1,130 orang. Mengenai peningkatan kemajuan kemahiran pemaju-pemaju masyarakat KEMAS untuk mengajar seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong. Kementerian telah mengambil kira peningkatan ilmu dan kemahiran semua pemaju masyarakat untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat pinggir bandar dan luar bandar melalui program latihan yang dianjurkan oleh KEMAS dan agensi kerajaan lain serta agensi swasta. Sehingga kini seramai 426 orang pemaju masyarakat jahitan telah menerima Skim Kemahiran Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Seramai 82 orang tahap dua dan tiga orang tahap tiga. Untuk pemaju masyarakat masakan seramai 20 orang telah mendapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu dua dan tiga dan manakala untuk guru-guru tadika KEMAS diberi peluang untuk mendapatkan Diploma Pendidikan Pra Sekolah di pusat- pusat pengajian tinggi tempatan iaitu di Institut Perguruan Malaysia dan Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Bagi persoalan mengenai keluasan liputan ke kawasan pendalaman pula, kementerian telah merangka program keluasan liputan ke kawasan pedalaman dengan izin secara outreach dan berjadual dengan menggunakan tenaga pemaju masyarakat sedia ada serta outsource khususnya bagi negeri Sabah dan Sarawak. Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk mengenakan pokok sawit bagi menghasilkan produk sampingan tambah nilai kepada masyarakat luar bandar.
Kementerian akan mengambil kira cadangan tersebut untuk menghasilkan produk tambah nilai daripada kelapa sawit dan lain-lain sumber. Untuk tujuan ini kementerian akan berusaha dan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi yang lain seperti MARDI, Kraftangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan sebagainya bagi mendapat maklumat serta kemahiran kepada pemaju-pemaju masyarakat yang terlibat dalam menghasilkan produk tambah nilai Hal Ehwal Orang Asli. Yang Berhormat Batu Pahat, yang sebentar tadi Yang Berhormat daripada Arau telah membangkitkan beberapa isu berkaitan hal ehwal Orang Asli iaitu bilakah pemindahan orang minyak beku akan dilaksanakan. Pembangunan semula kawasan perniagaan barang terpakai di kawasan Orang Asli Rengit bumiputera dalam dan saranan agar dilaksanakan program transformasi bagi nelayan Orang Asli seperti dilaksanakan oleh LKIM. Untuk maklumat Yang Berhormat kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah mengenal pasti kawasan pemindahan baru seluas 5 ekar dan akan membuat pengambilan balik tanah di kawasan tersebut. Proses pemindahan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2009 dan dijangka selesai pada tahun 2010. Pemilihan lokasi yang baru ini dibuat kerana lokasi asal di Sungai Banang didapati tidak sesuai untuk dijadikan penempatan dan menelan kos yang tinggi. Ini dilakukan kajian pada peringkat awalnya ini telah dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli melantik perunding bagi melaksanakan projek pembangunan di Kampung Sungai Banang ini. ■1500 Namun begitu apabila didapati kawasan tersebut tidak sesuai kerana berpaya dan memerlukan kos yang tinggi maka hasrat tersebut tidak diteruskan
Minta penjelasan, pertamanya saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dapat nomination Timbalan Presiden UMNO sungguhpun ada disoalkan oleh bekas Perdana Menteri yang menyoalkan integriti Yang Berhormat Menteri sama ada money politic and korupsi yang terlibat, tiada? Bukan saya, Tun Dr Mahathir ada soalkan Yang Berhormat Menteri, setuju kah?...
[Dewan riuh]
sokong Tun Dr. Mahathir? Tadi Yang Berhormat ada sebut bermalam di Pantai Remis, saya tidak tahu ini kempen UMNO atau berjalan untuk tugas Menteri, tapi mengenai Orang Asli, kenapa sebenarnya dalam menjaga kepentingan Orang Asli, nampak Jabatan Hal ehwal Orang Asli tidak begitu berkesan dan sebenarnya kalau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berjaya untuk mempertingkatkan dan memajukan nasib Orang Asli patutnya Jabatan dibubarkan oleh sebab sudah berjaya, tetapi nampaknya tahun demi tahun perlukan peruntukan dan tahun ini, peruntukan untuk Orang Asli dikurangkan dan kebajikan Orang Asli tidak dibaiki dan bulan lalu sebenarnya untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, saya ada pergi ke beberapa perkampungan Orang Asli khasnya di Pos Legap, Pos Legap di Lintang, Sungai Siput, dan kita lihat begitu mundur Orang-Orang Asli di sana. Sebagai contohnya, di sana adalah sebelum 2005 adalah klinik untuk Pos Legap, Pos Yong, Pos Kolamu, Pos Perwor, Pos Poi, Pos Piah, tetapi selepas itu semua ditutup dan barulah ada satu mobil klinik, buat lawatan di kawasan itu satu kali satu bulan. Bukankah ini go backwards? Bukan untuk ke hadapan dan kedua, kenapa sampai sekarang tidak ada kebolehan untuk melantik Orang-orang asli menjadi di semua peringkat, kawasan, negeri, kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, tidak ada Orang-Orang Asli pun boleh menjadi Ketua Pengarah Jabatan Hal ehwal Orang Asli, itu Orang-Orang Asli pun boleh menjadi pengarah di peringkat negeri kenapa? Dan bukankah benar bahawa peratus Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sangat kecil dan sebagi contohnya dalam sekolah Pos Legap dan kawasan sana di mana ada satu sekolah dan ada 200 murid-murid, tujuh kelas, lapan orang guru tetapi semua guru, seorang Orang Asli pun tiada. Bagaimana untuk memajukan Orang Asli, orang yang dapat untung ialah orang birokrat-birokrat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, bukan orang asli sendiri dalam kawasan itu, adalah berapa orang, ada empat hektar tanah semua diambil alih oleh RISDA dan bukan diberi oleh kerja kepada Orang Asli dan orang yang bekerjasama ialah pekerja-pekerja Indonesia, sana ada satu ribu, dua ribu orang, Orang Asli orang yang dapat kerja ialah dua peratus sahaja, dua peratus pengangguran 98%.
Bagaimana nasib kesejahteraan, kebajikan orang asli boleh dimajukan kalau inilah keadaan 50 tahun.
Cukup Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat dari Ipoh Timur, sebenarnya sembilan buah ladang kelapa sawit telah diserahkan kepada peserta untuk menguruskan sendiri dan mengenai klinik dan sebagainya, sememangnya pihak kerajaan sendiri memang berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang terbaiknya kepada Orang Asli, dan daripada semasa ke semasa kita memang meningkatkan perkhidmatan kita supaya masyarakat Orang Asli dapat...
Boleh minta laluan Tuan Pengerusi.
Kemudahan-kemudahan seperti mana masyarakat yang lain.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Menteri, saya ingin penjelasan daripada Tan Sri berhubung dengan tanah-tanah yang diusahakan menerusi FELCRA dengan menggunakan peruntukan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, saya pernah bangkit di Dewan yang mulia ini sebahagian daripada kos untuk kita majukan tanah berkenaan digunakan peruntukan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Jadi apa yang paling menyedihkan di sini rungutan yang dibuat orang asli ini ialah dividen yang mereka terima adalah tidak setimpal, tidak sama seperti yang sepatutnya diterima oleh peserta-peserta yang bernaung di bawah FELCRA dan agensi-agensi kerajaan yang bernaung di bawah KPLB. Jadi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri supaya memperjelaskan perkara ini supaya bayaran dividen yang sepatutnya mereka terima sama seperti peserta-peserta lain kerana daripada tindakan itu menyebabkan kebanyakan Orang Asli ini mereka lebih memilih untuk mencuri hasil tuaian di ladang mereka sendiri kerana pendapatan yang mereka peroleh tidak setimpal daripada apa yang sepatutnya dinikmati oleh peneroka-peneroka yang lain, jadi mohon penjelasan dan kalau sekiranya berlaku pohon pihak kementerian supaya mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun pernah diberi jawapan bahawa ladang-ladang ataupun hasil tuaian di kawasan berkenaan adalah agak tidak bermutu, tetapi saya rasakan dalam keadaan sekarang mereka juga perlu mendapat hak yang sama seperti mana diamati oleh rakan-rakan yang lain.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau, sebelum saya menjawab Yang Berhormat daripada Arau, saya nak sambung sikit apa Yang Berhormat daripada Ipoh Timur sebentar tadi mengenai kemudahan-kemudahan, kita sebenarnya menambah kemudahan- kemudahan dulu bagi sekolah di kawasan-kawasan Orang Asli daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, kita adakan situ, Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 dia kena pergi ke sekolah menengah. Apa yang kita buat sekarang ini, kita tambah tiga tahun lagi, daripada Darjah 1 sampai Darjah 6, dan daripada Form 1 sampai Form 3 kita adakan di tempat dia, jadi sekurang-kurangnya kalau rate of dropout dengan izin, tidaklah di Darjah 6, tapi sekurang-kurangnya di Tingkatan 3. Sebenarnya masalah-masalah pun banyak bukan tidak ada masalah, bagaimana Orang Asli nak menghantar anak keluar, itu pun kita bagi bantuan, bagi makan, bagi minum bagi pakaian, bagi napkin sehingga napkin perempuan pun kita bagi bantuan, sehingga tambang sekolah, pakaian, baju, everything kita bagi dan rumah-rumah PPRT kita buat, apatah lagi sekarang Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan luluskan peruntukan, sebahagian itu juga kita akan bina rumah-rumah di kawasan-kawasan asli. Mengenai Yang Berhormat tadi daripada Arau..
Penjelasan sebelum kita alih, sebagai contoh di sekolah Pos Legap, sekolah kebangsaan rendah di mana adalah lapan orang guru, 200 murid-murid, bolehkah Yang Berhormat Menteri ambil perhatian supaya boleh memastikan sekurang-kurangnya 50% guru-guru di sana adalah Orang Asli atau tidak boleh dapat, kita ada pool Orang-orang Asli yang layak jadi guru dan kedua bukankah, bolehkah Yang Berhormat Menteri pun ambil perhatian persendirian untuk
selesai masalah di mana baru dua peratus penduduk-penduduk Orang Asli di sana ada kerja, oleh sebab ladang di sana sudah diambil alih oleh RISDA dan mengupah pekerja-pekerja Indonesia, akhirnya bilakah kita boleh lihat seorang Orang Asli menjadi Director General, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau di peringkat negeri. Oleh sebab ini ada di janji di Dewan ini berpuluh-puluh tahun.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, sebenarnya Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Orang Asli iaitu Encik Nisra adalah Orang Asli…
[Dewan riuh]
Beliau berasal daripada Gua Musang yang telah mengambil kesempatan di atas opening, dengan izin, yang diberikan oleh kerajaan sehingga berjaya masuk universiti. ■1510 Beliau ada di dalam Dewan ini, beliau yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik dalam membantu masyarakat Orang Asli maju ke depan. Memang kalau ada pegawai-pegawai yang berketurunan daripada Orang Asli, memang kita akan ambil. Sebagai pegawai, sebagai guru, memang kita akan ambil.
Bolehkah 50% guru-guru di sekolah- sekolah adalah Orang Asli, sekurang-kurangnya boleh dipastikan? Bila timbalan pengarah akan menjadi ketua pengarah?...
[Dewan riuh]
Ya, kalau ada yang layak, kita akan letakkan mereka, ini mengambil masa. Begitu juga pembinaan negara, selepas 50 tahun barulah kita melihat ramai masyarakat orang kampung keluar sebagai doktor, engineer dan sebagainya. Orang Asli pun begitu juga, saya percaya Orang Asli akan sampai ke tahap itu dengan pendedahan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Seorang Senator di Dewan Negara adalah daripada Orang Asli.
Bila ada menteri daripada Orang Asli?
Insya-Allah, akan ada.
Exco Pulau Pinang.
Ya, mengenai pendapatan apa yang disampaikan tadi oleh Yang Berhormat Arau. Memang benar, tanah-tanah Orang Asli yang diberikan kepada RISDA, kepada FELCRA bukanlah tanah yang super class seperti SimeDarby, Guthrie. Ini adalah tanah-tanah yang dipilih dulu oleh Inggeris sewaktu mereka datang ke sini. Mereka ambil tanah yang baik-baik, mereka dah periksa tanah, tanah ini diambil oleh penjajah tetapi tanah-tanah yang ada kepada Orang Asli, berbukit. Kos untuk memajukannya tinggi dan bukanlah sesuai sangat. Oleh kerana RISDA, FELCRA tertakluk di bawah kementerian, kita seolah- olah paksa RISDA dan FELCRA untuk memajukan tanah-tanah ini. Bukan kerana mereka nak sangat tetapi ini adalah arahan daripada pihak kerajaan. Jadi oleh itu tentulah kosnya tinggi dan apabila kosnya tinggi tentulah dividen yang pulang pun berkurangan. Saya telah memanggil pegawai-pegawai daripada FELCRA dan RISDA minggu lepas dan saya telah bertanya mengapa peserta dikenakan kos ataupun dikenakan about 6.5% untuk membayar operasi kos. Saya kata apa salahnya kawasan-kawasan asli ini dikecualikan daripada membayar kos dan kos-kos membuat jalan, api dan air ditanggung oleh kerajaan. Jadi kalau kos ini ditanggung oleh pihak kerajaan, maka dividen yang akan diberikan kepada peserta akan meningkat. Jadi ini sedang dikaji, insya-Allah saya rasa kos ini kita akan keluarkan daripada dibebankan kepada Orang Asli.
Penjelasan. Semalam Yang Berhormat Menteri ada kata dia bermalam di Pantai Remis. Adakah Yang Berhormat pernah bermalam di perkampungan Orang Asli atau melawat Orang Asli? Oleh sebab bulan lalu saya ada pergi daripada Sungai Siput ke Pos Legap, jalan itu buruk sekali. Saya sangat malulah, dengan Malaysia yang kita kata sangat membangun ini. Kalau jalan itu ada di dalam Afrika pun malu. Satu jalan yang sepatutnya mengambil masa satu jam, mungkin empat jam baru sampai. Mengapa ini boleh berlaku? Dulu itu jalan yang baik, kenapa ia dipinggirkan, diabaikan sehingga infrastruktur yang basic pun tidak ada?
Terima kasih Yang Berhormat. Pada bulan Jun saya bermalam di Sungai Layar, perkampungan Orang
Asli di Kota Tinggi, Johor. Saya tidur di rumah Orang Asli, saya berada di situ dan saya dapat melihat dan merasai keluhan dan juga perasaan mereka. Baru semalam saya juga tidur di Pantai Remis, satu kampung yang ketinggalan. Pada bulan lepas, saya tidur di Kedawang, satu kawasan PPRT di Kubang Pasu, sebelah Jitra, Kubang Pasu.
Bulan Ogos bermalam di kawasan saya di Pinangah.
Ya, itu kawasan pedalaman, orang kita Murut di Sabah.
Orang Sungai, Yang Berhormat.
Ya, Orang Sungai, minta maaf. Dengan adanya lawatan-lawatan ini yang saya dapat berbincang dengan pemimpin-pemimpin di kampung, saya dapat merasai. Apabila saya mempengerusikan mesyuarat di kementerian, saya boleh bercakap bersama-sama dengan pegawai- pegawai yang juga ikut saya. Banyak perubahan-perubahan dapat dibuat selepas kita melawat. Yang kedua, pegawai-pegawai yang baru masuk bekerja di Kementerian Kemajuan Luar Bandar, saya suruh mereka duduk di kawasan-kawasan kampung selama seminggu. Duduk di kampung, belajar, tengok, lihat kesusahan yang ada di kampung. The first week mereka kerja di sana, lepas itu baru masuk ke kementerian. Apabila mereka memproses permohonan-permohonan dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan luar bandar, mereka boleh dengan izin, visualize kesusahan yang sebenarnya berlaku. Jadi saya harap, Tuan Pengerusi, kita akan dapat membawa banyak pembaharuan di kawasan luar bandar.
Itu sangat baik supaya pegawai-pegawai tahu apa yang berlaku, keadaan yang sebenar. Bolehkah Yang Berhormat Menteri ambil perhatian mengenai keadaan di Pos Legap di Lintang, di Sungai Siput khasnya mengenai jalan dan infrastruktur di sana?
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, Ketua Pengarah Orang Asli pun ada bersama kita. Saya percaya beliau mengangguk-angguk dan telah pun tulis mengenai kawasan seperti mana Yang Berhormat berkali-kali sebut dan minta dimajukan. Insya-Allah bukan hanya di Pos Legap tetapi di semua kawasan-kawasan Orang Asli kita akan majukan.
[Bangun]
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih menteri.
Sudah tanya-tanya, balik kah?...
[Dewan riuh]
[Yang Berhormat Ipoh Timur melambaikan tangan] [Ketawa]
[Ketawa] Spesifik soalan saya ini. Pada tahun 80-an, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan kepada Orang Asli Kelantan sebanyak 40 ribu ekar tanah hutan balak dan diurus oleh JHEOA. Akan tetapi pendapatan daripada pembalakan ini dimasukkan ke dalam akaun Syarikat Kijang Emas Malaysia. Pada tahun 90-an, Kerajaan Kelantan tidak selesa dengan tindakan JHEOA itu kerana pendapatan daripada pembalakan itu dimasukkan ke Syarikat Kijang Emas Malaysia. Jadi diminta untuk ditubuhkan satu syarikat, Kijang Emas Kelantan untuk tujuannya membangun masyarakat Orang Asli yang pada masa itu adalah kira-kira 7,500 orang sahaja yang budaya hidup mereka adalah masih berpindah-randah. Jadi saya ingin tahu dengan peruntukan yang begitu besar daripada kerajaan negeri dan peruntukan begitu besar daripada Kerajaan Persekutuan, saya hendak tahu apa perkembangan penempatan Orang Asli di kawasan tanah-tanah rizab yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Kelantan. Berapa ramaikah anak-anak mereka diletakkan di asrama penuh? Berapa banyak tanah-tanah yang ditanam dengan kelapa sawit?
Ya, cukup Yang Berhormat.
Lain-lain kemudahan seperti bekalan elektrik, bekalan air, apa sebenarnya? Itu saya minta penjelasan kerana Pengarah Orang Asli pun ada di sini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, peraturan mesyuarat mengizinkan Yang Berhormat untuk tidak menjawab perkara- perkara yang tidak dibangkitkan dalam perbahasan. Perkara yang baru seperti ini bolehlah dijawab secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Insya-Allah kita akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat tadi, pegawai kita ada di sini. Kalau boleh, diizinkan, saya tidak ada banyak lagi. Kalau boleh saya habiskan ya…
[Bangun]
Yang Berhormat, Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rantau Panjang menyentuh... Ya, sila. ■1520
Ini dia Orang Asli. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Sebenarnya pada dasarnya saya juga ada bangkitkan perkara ini tetapi pada jawatankuasa. Saya rasa perkara mengenai Orang Asli yang nombor satu, satu menteri yang luar biasalah pergi dan tinggal dengan mereka. Akan tetapi adakah bila Yang Berhormat pergi tempat di sana mesti ada complain yang tertentu yang telah diberi kepada Yang Berhormat. Dan apakah tindakan susulan yang telah diambil kerana di Gopeng umpamanya di Ulu Keroh di mana catchments area tidak ada elektrik di sana. Apakah yang dibuat supaya dapat menolong Orang-orang Asli di sana dan juga di Tapah di mana di negeri Perak ada lebih kurang lebih dari dekat 50 ribu Orang Asli. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kerajaan negeri telah mengadakan satu jawatankuasa yang tertentu di negeri Perak untuk menolong Orang- orang Asli. Dan adakah Yang Berhormat Menteri akan mengimplementasikan dasar- dasar yang telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada Orang-orang Asli di lain-lain tempat di negara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Barat. Memang segala complain-complain kita akan mengambil perhatian dan mengambil tindakan kerana bagi kita setiap surat yang dihantar itu adalah penting. Jadi sekiranya Yang Berhormat mempunyai perkara- perkara yang mahu diperbetul dan diperbaiki kita harap Yang Berhormat akan dapat menghantar terus kepada saya.
Mohon laluan Tuan Pengerusi sedikit, sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi boleh sambung Orang Asli Tuan Pengerusi?
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Saya ingin tanya Yang Berhormat sedikit sahaja Tuan Pengerusi iaitu berhubung dengan... Saya akui bantuan kerajaan pada Orang Asli sebenarnya cukup besar. Malah kalau kita lihat dari segi peluang pendidikan yang diberikan oleh kerajaan kalau hendak dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain Orang Asli boleh dikatakan mendapat keistimewaan yang luar biasa. Semuanya diberi secara percuma seperti mana yang Tan Sri bangkitkan tadi. Cuma ada di kalangan Orang Asli mereka ada pelbagai puak dan kumpulan dan setengah-setengahnya yang tinggal berdekatan dengan bandar mereka boleh menerima transisi ataupun proses perubahan masa. Akan tetapi yang masih berada dalam hutan mereka sukar menerima perubahan walaupun apa juga cara ataupun kaedah yang bakal digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan ataupun membela nasib mereka.
Setakat ini apakah perancangan kementerian, sudah 50 tahun untuk kita menarik keluar daripada kepompong yang begitu primitif kepada keadaan yang lebih moden sama ada dari segi pemikiran, cara hidup dan sebagainya…
Tuan Pengerusi dan Tan Sri Menteri, saya tengok ada sebahagian daripada orang dewasa masyarakat Orang Asli ini yang buta huruf. Bilangannya agak ramai juga dan minat mereka untuk belajar. Jadi adakah dalam perancangan kementerian untuk menghantar guru-guru di perkampungan Orang Asli khususnya di daerah Jempol untuk membolehkan Orang-orang Asli dewasa ini belajar. Yang kedua dalam Skim Perumahan Rakyat Termiskin tadi kalau boleh di daerah Jempol pun jangan tinggallah.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Kemiskinan ini bukan sahaja kepada Orang Asli tetapi merata kepada penduduk luar bandar. Saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Menteri bahawa infrastruktur dan juga kemudahan-kemudahan pendidikan merupakan alat yang baik untuk membasmi kemiskinan. Pada tahun ini Yang Berhormat menyatakan kementerian akan mengadakan infrastruktur di luar bandar ini iaitu bermula daripada pusat bandar lebih kurang 30 kilometer tetapi bagaimana kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai pusat-pusat pembangunan ianya boleh dilaksanakan. Jadi kalau inilah caranya saya mengalu-alukan supaya dasar ini dilaksanakan sebaik mungkin bukan sahaja di pusat bandar 30 kilometer tetapi haruslah menyeluruh di kawasan luar bandar. Terima kasih.
Yang Berhormat mengenai daripada Arau berkata bahawa Orang Asli ada di pinggir bandar dan kawasan hutan. Sememangnya kita cuba secara perlahan-lahan membawa mereka keluar daripada kawasan hutan kepada pinggir bandar dan terus duduk bersama-sama dengan masyarakat kerana bagi kita Orang Asli adalah manusia biasa. Kalau diberi mereka peluang, bantuan mereka boleh keluar dan boleh memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Namun satu daripada masalahnya yang berlaku ialah kadangkala mereka bergaduh. Bila mereka bergaduh sebahagian daripada mereka pindah ke dalam satu kawasan yang lain. Jadi miskin tegar di kawasan A tadi yang kita cuba atasi terpaksa pula kita membuat satu lagi kajian kepada kawasan yang mereka baru pindah. Jadi satu daripada sebab mereka terus menerus dihambat oleh kemiskinan ialah isu-isu sosial termasuk mereka bertelagah, pindah randah makin mendalam ke dalam hutan. Jadi insya-Allah saya...
Tan Sri tidak sedikit sahaja. Contohnya Tan Sri boleh buat kajian orang Maori di New Zealand bagaimana mereka boleh diubah cara pemikiran mereka dan mereka terlibat sehingga menjadi Gabenor Jeneral kepada negara New Zealand sampai ke tahap itu. Jadi kita mahu kalau tidak sampai tahap itu pun tetapi perubahan sudah masa terlalu lama ini. Saya bukan hendak mengatakan kegagalan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi jabatan ini ditubuhkan sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi sampai sekarang. Namun kalau hanya nasib tidak sampai 200,000 orang tidak dapat ditangani bermakna kata ada di mana-mana yang kita perlu cari kelemahan-kelemahan ini.
Yang Berhormat panjang lagi Yang Berhormat?
Sedikit lagi sedikit.
Ya.
Saya harap saya dapat habiskan ya. Insya-Allah kita akan membuat kajian terus, penelitian terus dan peringatan terus supaya masyarakat Orang Asli. Daripada Jempol tadi buta huruf kita menumpu kepada anak-anak. Kita hantar anaknya ke sekolah, kita bagi vitamin, kita bagi baju, kita bagi belanja sekolah, kita bagi beg, kita bagi tambang, semua kita bagi dan yang penting sekali dalaman dia otak dia, emosi dia supaya dia mahu berubah. Kalau dia tidak mahu berubah maka kita mengambil masa.
Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan tentang ladang Orang Asli tidak menguntungkan peserta RISDA kerana RISDA mengambil pekerja asing sebagai pekerja ladang dan pendapatan peserta ladang amat rendah. Yang Berhormat Sungai Siput turut mencadangkan agar ladang-ladang diuruskan oleh Orang Asli sendiri dengan kerjasama persatuan seperti mana yang baru sebentar tadi disebutkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kementerian sentiasa menggalakkan dan membuka peluang kepada peserta Orang Asli bekerja di ladang-ladang yang diuruskan oleh agensi yang dilantik jabatan iaitu RISDA. Walau bagaimanapun RISDA selaku agensi mengurus terpaksa mengambil pekerja asing di setengah-setengah ladang kerana Orang Asli tidak berminat untuk bekerja di ladang berkenaan. Mengenai hasil ladang yang rendah adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang tidak sesuai, lokasi ladang yang jauh di pendalaman dan keadaan topografi yang berbukit-bukit. Yang Berhormat Silam meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang rancangan mewujudkan pentadbiran Hal Ehwal Orang Asli di Sabah. Kementerian tidak berhasrat untuk mewujudkan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Sabah. Akta 134 menyatakan bahawa bidang kuasa yang ditetapkan dalam akta ini hanya meliputi pentadbiran kebajikan dan Orang Asli di Semenanjung sahaja. Yang Berhormat Parit meminta agar dinaiktarafkan rumah-rumah yang usang yang kemudahan asas perkampungan Orang Asli Sungai Perah dan Sungai Padi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli adalah tertumpu kepada kawasan pinggiran. Memandangkan perkampungan ini terletak dalam kawasan pinggir maka pelaksanaan projek-projek menaik taraf tanah, rumah dan kemudahan asas termasuk Dewan akan dilaksanakan dalam tahun 2009.
Yang Berhormat hendak bagi Jasin Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebutkan tentang tanah-tanah yang telah dimajukan oleh RISDA. Di kawasan saya di Jasin, banyak tanah-tanah terbiar yang telah diusahakan RISDA dengan tanaman kelapa sawit. Apa yang terjadi pada ketika ini, bukan sahaja hasilnya sangat menyedihkan, bahkan peserta-peserta tidak mendapat laporan, berapakah pendapatan? Apabila saya membuat tinjauan, kita mendapati apa yang dilaporkan oleh pegawai-pegawai kononnya penuaian dibuat sebulan sekali, yang tidak sepatutnya dibuat. Sepatutnya penuaian dibuat sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Jadi, itulah sebabnya hasilnya begitu kurang sekali dan peserta-peserta begitu tidak puas hati kerana mereka terikat dengan satu perjanjian yang tanah ini mesti dimajukan oleh RISDA dan tidak boleh dijual beli. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin. Perkara ini akan kita siasat, apa sebabnya dividen yang rendah. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, satu daripada sebabnya ialah tanah- tanah yang diberikan kepada RISDA ini bukanlah tanah-tanah kelas satu seperti mana ladang-ladang estet daripada zaman turun temurun penjajahan dahulu. Satu lagi tadi seperti mana juga yang saya sebutkan, kita akan mengeluarkan kos-kos misalnya membuat jalan, memasukkan api, air. Saya ingat kos-kos ini mesti ditanggung oleh kerajaan. Jadi, bolehlah ditingkatkan dividen kepada peserta-peserta.
Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit lagi. Saya sebenarnya ialah bekas pengurusan ladang. Jadi saya faham tentang cara-cara mengurus ladang - hasil, kos dan sebagainya. Saya juga adalah peserta. Saya lihat pendapatannya bukan sahaja tidak seberapa, bahkan tidak setimpal dengan keluasan tanah yang dimajukan oleh RISDA, bukan kawasan
pedalaman. Bahkan kawasan ini bukan sahaja ada mempunyai potensi dan kualiti tanah yang baik, kemungkinan ia akan memberikan hasil yang cukup bagus. Akan tetapi yang didapati mungkin empat bulan sekali kita dapat satu pendapatan yang dikreditkan terus dalam akaun bank yang tidak seberapa berbanding dengan keluasan tanah milik kita. Terima kasih.
Terima kasih. Perkara ini akan kita siasat dan kaji, apa sebab tanah yang ditanam tidak mendatangkan hasil seperti mana yang diharapkan. Insya-Allah kita akan usahakan.
Tuan Pengerusi, saya terpaksa bangun menyokong sahabat saya tadi. Bukan sahaja di kawasan yang disebutkan tadi, saya sendiri telah mengemukakan soalan dalam Parlimen ini mengenai satu ladang yang diusahakan oleh FELCRA di Kuala Kangsar. Kawasan itu dividennya RM10 sahaja seekar, sebulan. Jadi saya tanya! Jawabnya kawasan itu jauh dari kampung. Sebenarnya saya sendiri pergi tengok, kawasan itu tidak jauh. Alasan tanah pun berbukit-bukit. Saya tengok, kawasan dekat pun kawasan Cina buat pun memang begitu juga. Akan tetapi pokoknya pun segar dan sihat. Jadi saya mintalah, laporan yang datang daripada bawah. Saya tahulah Yang Berhormat Menteri sibuk. Kemungkinan akan ada cara lain untuk kita. Ada mungkin independent assessor yang boleh dilantik untuk memantau. Ini disebabkan jawapan yang diberi itu bercanggah sekali dengan apa yang saya sendiri lihat di kawasan berkenaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya memperingatkan hari ini 17 hari bulan. Kita sudah ketinggalan tiga kementerian. Jadi, mintalah Yang Berhormat sesiapa yang pandai berladang, bersawah atau apa-apa itu, beri ceramah dekat luarlah. Saya hendak dengar juga. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Jasin dan Padang Besar. Ya, banyaklah perkara-perkara sebenarnya. Kadang-kadang bagi baja, baja tidak dibaja. Kadang-kadang benih yang diberi pun, bukan benih yang baik. Oleh yang demikian, pihak kita iaitu kerajaan dan kementerian, akan sentiasa mengkaji nanti dan kita lihat lagi apa yang boleh kita tingkatkan dari segi peranan yang dilakukan oleh RISDA dan FELCRA ini untuk meningkatkan pendapatan di projek-projek yang mereka lakukan. Yang Berhormat Rantau Panjang telah memohon penjelasan, apakah program-program yang dijalankan oleh Institut Kemajuan Desa dan sejauh manakah penglibatan institut ini di dalam seminar dan konvensyen peringkat antarabangsa? Untuk makluman Yang Berhormat, bersesuaian dengan Misi Nasional untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, kementerian melalui INFRA, menjalankan program pendidikan dan latihan non-formal. INFRA ibu pejabat dan cawangan di Sabah dan Sarawak, menganjurkan program latihan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi meliputi bidang-bidang seperti berikut:- (i) Bidang Pengurusan Desa:- (a) kursus pelan tindakan pembangunan kampung; (b) kursus pengurusan dan pentadbiran kampung; (c) kursus kepimpinan desa; (d) kursus pengurusan masjid; (e) kursus asas simpan kira dan keusahawanan; (f) kursus pelan tindakan desa; (g) seminar pembangunan daerah; dan (h) konvensyen gerakan daya wawasan peringkat zon dan kebangsaan. (ii) Bidang Kejurulatihan ataupun Training of Trainer dengan izin:- (a) kursus asas pelancongan desa ataupun homestay;
(b) kursus asas GDW kepada penggerak agensi; dan (c) kursus Training of Trainer (TOT) kepada pegawai agensi kementerian. (iii) Bidang Latihan ICT pula terbahagi kepada dua:- (a) kursus pengurusan desa berasaskan ICT; dan (b) kursus Training of Trainers dengan izin, kejurulatihan medan infodesa. Di peringkat antarabangsa, kementerian melaksanakan kursus kepada pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pembangunan luar bandar dari negara-negara dunia ketiga berasaskan kepada perkongsian pengalaman. Bidang latihan kursus antarabangsa adalah seperti berikut: (i) Program Kerjasama Teknikal Malaysia bertemakan pembasmian kemiskinan kepada negara-negara membangun, south-south corporation dengan izin, dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (ii) Program Third Country Training Programme dengan izin dalam bidang pembasmian kemiskinan kepada negara- negara Afrika dengan kerjasama Japan International Corporation Agency dengan izin ataupun JICA dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; (iii) Program Kerjasama Teknikal Malaysia bertemakan Pembasmian Kemiskinan Kepada Negara-Negara Anggota Komanwel dan Afro-Asian Rural Development Organisation dengan izin, (ARDO). Kementerian juga melaksanakan Konvensyen Ilham Desa peringkat zon dan peringkat kebangsaan di mana di setiap konvensyen mengumpulkan sejumlah 3,000 peserta dari seluruh negara. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Titiwangsa, adalah dimaklumkan pada tahun 2007, INFRA telah melaksanakan kursus pengurusan desa berasaskan ICT kepada peserta terdiri daripada pemimpin akar umbi, belia, beliawanis, ibu tunggal dan suri rumah. INFRA mampu melatih seramai 40 orang peserta bagi setiap siri dengan tempoh kursus selama empat hari tiga malam. Di antara topik-topik dan subjek pembelajaran yang diajar adalah asas pengenalan kepada komputer, pengenalan asas kepada aplikasi, Word 2003, Excel 2003 dan Power Point dengan izin 2003. Asas penggunaan Internet dan e-mel. Sepanjang tahun 2007, INFRA telah memperuntukkan sebanyak 720 kuota kepada penduduk luar bandar dengan bilangan kursus sebanyak 18 siri. Walau bagaimanapun, bilangan peserta yang menghadiri kursus ICT tersebut adalah 582 orang dengan peratusan sebanyak 80.83%. Dalam bidang penyelidikan, kementerian dan agensi-agensi juga, INFRA sedang melaksanakan kajian-kajian luar bandar seperti kajian semula pembangunan semula wilayah KETENGAH, kajian hala tuju masa hadapan KEDA, kajian pembangunan produk pelancongan, kajian pembangunan pelancongan daerah Ranau, Sabah, kajian impak program pembangunan medan info desa. ■1540 Manakala kajian yang akan dilaksanakan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut: (i) kajian sosioekonomi penduduk dalam Wilayah KETENGAH; (ii) kajian mengenai kesan perubahan harga getah di kalangan pekebun kecil; (iii) kajian sosioekonomi dalam Wilayah KESEDAR; (iv) kajian impak Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli di bawah Program Penyusunan Kampung;
(v) kajian impak pelaksanaan bantuan Skim Galakan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli kepada pelajar dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan; (vi) kajian impak Program Pembangunan Ekonomi Desa; dan (vii) kajian impak ke atas Program Pembangunan Minda Insan. INFRA terlibat melaksanakan kursus di peringkat antarabangsa. Kursus- kursus tersebut dapat memberi kefahaman mengenai polisi, strategi, usaha-usaha dan program-program pembangunan luar bandar yang dilaksanakan di Malaysia. Oleh kerana kursus ini telah menekankan kepada perkongsian pengalaman, kursus ini menjadi platform kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman, idea dan informasi terutama perkara yang berkaitan dengan program-program mengupayakan masyarakat luar bandar. Kementerian memberi peluang kepada semua masyarakat luar bandar untuk menyertai kursus-kursus yang dilaksanakan di INFRA. Ini adalah kerana INFRA bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan luar bandar tanpa mengira perbezaan fahaman politik. Tuan Speaker, sekian sahaja jawapan kepada persoalan dan saranan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat..
Saya sudah berdiri lama sebenarnya. Boleh Tuan Pengerusi?
[Bangun]
Ya, bagi satu orang satu. Selepas ini Kapit.
Sebenarnya saya hendak bertanya secara keseluruhan sebab saya tengok satu paragraf dalam laporan audit yang khusus berkenaan dengan kementerian di bawah Yang Berhormat Tan Sri iaitu mengatakan kementerian Yang Berhormat Tan Sri adalah kementerian yang kedua terbesar menguruskan aset di dalam negara kita selepas Kementerian Kewangan iaitu berjumlah RM464 bilion, dibandingkan dengan peruntukan yang diberi, terutama peruntukan untuk mengurus di kementerian Yang Berhormat Tan Sri, hanya sejumlah RM1.4 bilion sahaja. Ratio nya bermakna kurang daripada 0.41%. Adakah Tan Sri rasa peruntukan yang sedikit ini akan menjejaskan proses pelaksanaan pengurusan dan terutamanya dalam aspek yang banyak kita bincangkan tadi berkenaan dengan skim ataupun rencana pelaksanaan untuk pembasmian kemiskinan termasuk isu-isu kemudahan asas luar bandar, termasuk juga kes yang melibatkan Orang Asli dan juga kebajikan kepada golongan sasar yang dikatakan sebagai golongan terpenting di luar bandar. Macam mana Tan Sri tengok perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Indera Mahkota. Sebenarnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar diberikan satu tanggungjawab yang besar. Yang pertama, mengisi dengan izin, physical development dan yang kedua, dengan izin, mengisi the non-physical development. Physical development telah pun berjalan dengan baik dan sekarang apa yang kita hendak lakukan ialah untuk mengisi non-physical development, mengupayakan masyarakat luar bandar dengan seluruh infrastruktur yang telah disediakan. Jadi sama ada cukup atau tidak cukup, ini adalah persoalan subjektif. Kita percaya dan saya yakin dengan keupayaan yang ada kepada pegawai- pegawai dan juga kepada kepimpinan yang ada on the ground dengan izin, – JKK, KEMAS dan juga kepimpinan-kepimpinan lain, surau dan lain-lain – kalau boleh kita gerakkan masyarakat kita di luar bandar, sebenarnya kita boleh membangunkan masyarakat luar bandar dengan baik. Tuan Pengerusi, itulah sahaja. Saya ucap terima kasih...
[Bangun]
Tan Sri, saya janji dengan Kapit tadi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini saya ambil yang terakhir sekalilah sebab ini adalah khusus sedikit. Saya mohon penjelasan secara bertulislah daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cadangan pembinaan bangunan baru untuk Tabika KEMAS Kampung Baru di Kapit. Latar belakangnya adalah seperti berikut. Di Kampung Baru Kapit ini ada dua kelas tabika KEMAS, malangnya kelas ini terpaksa berpindah dari bangunan yang sedia ada adalah dengan arahan daripada Jabatan Tanah dan Ukur dan JKR Kapit atas sebab bangunan adalah dalam keadaan berbahaya kerana hakisan tebing sungai. Kelas-kelas tabika itu sekarang menumpang sebentar ataupun sementara di bangunan sebuah surau di Kampung Muhibah, Beletik, Kapit yang berhampiran juga. Yang saya ingin kepastian daripada kementerian adalah berkaitan dengan cadangan untuk mendirikan bangunan baru kelas tabika ini. Ketahuan saya, sebuah tapak di Kampung Muhibah yang berdekatan telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh Jabatan Tanah dan Ukur, Kapit sebagai yang amat sesuai untuk tujuan menempati semula. Saya telah difahamkan bahawa walaupun cadangan pembinaan dan tapak untuk mendirikan bangunan baru kelas tabika ini telah diluluskan, masalahnya kewangan dari pihak kementerian, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah inilah, nampaknya belum lagi disalurkan untuk tujuan tersebut. Saya ingin mendesak ataupun saya mohon kerjasama daripada pihak kementerian daripada Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin agar dapat melaksanakan projek ini dengan segera memandangkan betapa pentingnya perkara ini. Ini berkaitan dengan usaha kita hendak menjayakan dasar pembangunan modal insan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak yang begitu muda di peringkat awal, di peringkat tabika. Yang Berhormat Menteri, mohon kerjasama. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi, sedikit laluan mengenai Tabika KEMAS.
Ringkas sahaja, Yang Berhormat.
Okey, pasal jawapan tadi itu bersepah-sepah, jadi saya hendak tanya di mana pun saya tidak tahu tadi, insya-Allah. Jadi mengenai tabika KEMAS tadi, daripada statement yang diberikan oleh menteri adalah alasan pathetic yang kita terima dalam media mengatakan bahawa yuran KEMAS yang sedikit dibayar oleh ibu bapa, makanya kualiti yang diberikan begitu rendah. Jadi ini harus diperbetulkan kerana KEMAS ditubuhkan dengan objektif untuk membantu orang-orang miskin di peringkat anak-anak mereka di peringkat pendidikan prasekolah. Jadi objektif itu harus ditekankan lagi dan digunakan bajet-bajet yang ada untuk mempertingkatkan lagi kualiti. Bila saya kata tempoh hari mengenai kualiti guru- guru di sekolah tabika KEMAS ini, saya cuma ingin menekankan kepada menteri bahawa sudah tiba masanya untuk ada pendekatan baru bagaimana untuk mengendalikan tabika-tabika KEMAS ini. Biarlah elok kita memperlekehkan pengendalian menteri sekarang instead of kita memperlekehkan masa depan anak- anak kita. Pendekatan baru harus berperingkat-peringkat, Tuan Pengerusi, yang mana kalau anak-anak tabika harus di bandar diberikan satu syllabus yang berlainan dengan anak-anak yang semi urban dan juga anak-anak di dalam pedalaman. Ini harus diberi pendekatan baru dan kami daripada pihak pembangkang sini ramai yang ingin membantu. Buat satu jawatankuasa, ajak kami bersama merancang demi masa depan anak-anak Malaysia terutama anak Melayu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kapit tadi. Sememangnya tapak merupakan salah satu daripada masalah apabila kita hendak mendirikan bangunan KEMAS dan sekarang ini kita ada 8 ribu kelas tadika KEMAS. Kita ada 15 ribu kampung di seluruh negara. Jadi kita perlu lagi 7 ribu kelas tadika KEMAS. Jadi bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mempunyai peluang untuk mencari tapak-tapak, sila cari tapak terutamanya bagi kawasan-kawasan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kadang-kadang payah. Yang sudah ada pun disuruh keluar. Jadi kalau ada tapak, bagi kepada kita, kita hendak bina kelas-kelas tadika KEMAS. Kalau tidak ada, kita sanggup sewa. Kemudian Yang Berhormat dari Ampang...
Yang Berhormat Menteri, Kapit ini. Tapak sudah ada. Tapak sudah dikenal pasti oleh Jabatan Tanah dan Ukur. Cuma kita tunggu pembinaan sahaja. ■1550
Insya-Allah kita akan membina tadika KEMAS di Kapit, untuk makluman pegawai yang ada di sini. Kedua, mengenai Yang Berhormat Ampang mengenai katanya nilainya rendah. Saya kata macam ini, tadika-tadika di bandar ibu bapa bayar ada yang sampai RM200, tentulah peralatannya begitu baik. Kalau dibandingkan dengan tadika KEMAS di luar-luar bandar ibu bapa cuma membayar RM10. Namun demikian tidak bermakna mutunya rendah. Sebenarnya mutunya tinggi kerana penyelia-penyelia KEMAS, PM-PM KEMAS, guru-guru KEMAS sekarang ini dipertingkatkan. Mereka mesti ada kelulusan SPM dengan lima kredit dan kita hantar mereka berkursus sepenuh masa di maktab-maktab perguruan di bawah Kementerian Pelajaran. Apabila mereka keluar mereka qualified. Mudah-mudahan dengan adanya dasar baru kerajaan yang dipimpin oleh jawatankuasa mengenai PERMATA yang baru ditubuhkan di bawah pimpinan Pengerusinya, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, satu peruntukan yang besar RM200 juta telah pun diluluskan dan akan mula dilaksanakan pada tahun 2009 bila mana KEMAS juga diberikan tanggungjawab. Bukan sahaja membuat tadika kerana tadika bagi peringkat umur lima hingga enam tahun, tetapi sekarang kita pergi ke bawah daripada tadika iaitu taska yang berumur tiga hingga empat tahun. Dengan syllabus yang baru PERMATA yang mengincorporatekan pelbagai pendekatan baru; kita berharap kualiti pelajar-pelajar ini yang kita dapat tangkap dia daripada awal lagi iaitu yang berumur tiga akan dapat diisi dengan nilai-nilai baik. Apabila mereka ke tadika, selepas itu masuk ke sekolah, mereka akan menjadi manusia yang lebih meningkat lagi daripada masa lepas. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sudah, sudah, Yang Berhormat. Saya sudah janji tadi, penghabisannya ialah Yang Berhormat Kapit. Selepas itu Yang Berhormat Ampang pun sudah dikira bonus.
Sikit sahaja, tidak boleh?
Tidak mengapalah, Yang Berhormat. Jumpa Yang Berhormat Menteri di luarlah. Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,041,195,600 untuk Maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,041,195,600 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,780,655,000 untuk Maksud P. 22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,780,655,000 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.23 [Jadual] – Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Mambong.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Di dalam kementerian ini pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 060200 yang berkaitan dengan Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar. Masalah-masalah yang ada di dalam negara kita berkaitan dengan penjagaan kualiti alam sekitar ialah masalah pendidikan dan kesedaran orang awam tentang kualiti alam sekitar. Kesedaran dan pendidikan alam sekitar adalah satu langkah bagi mendapat sokongan dan penglibatan orang-orang awam dalam usaha penjagaan kualiti alam sekitar. Setakat manakah kementerian melaksanakan program ini. Ini kerana yang saya lihat dan yang saya tahu program ini memang tidak ditekankan oleh kementerian. Menguatkan program pendidikan dan kesedaran awam tentang penjagaan alam sekitar adalah amat penting kerana ramai rakyat Malaysia memang tidak prihatin dan tidak tahu bagaimanakah hendak menjaga kualiti alam sekitar. Mereka membuang sampah, racun dan air kumbahan ke dalam sungai menyebabkan air sungai kita tercemar. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran B.23, 060300 yang berkaitan dengan Pengawasan dan Penguatkuasaan. Berlakunya pencemaran alam sekitar dan kemelesetan kualiti alam sekitar adalah kerana pengawasan dan penguatkuasaan yang lemah. Penguatkuasaan bergantung pada perundangan yang ada. Dalam pada itu, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 tiada apa-apa peruntukan untuk penguatkuasaan. Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan penguatkuasaan berdasarkan 36 peraturan- peraturan yang tertentu dan sedia ada. Pada 12 hari bulan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi jawapan kepada soalan saya tentang buangan sisa berjadual. Menurutnya hanya 10% buangan sisa berjadual dilupuskan di tapak yang ditetapkan iaitu di tapak pelupusan Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. yang terletak di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. Manakala sebahagiannya dilupuskan setempat dan secara pelupusan separa, yang lebihnya dihantar ke luar negara. Perlu diingatkan di sini, kalau kita lihat Environmental Quality (Scheduled Wastes) Regulations 2005, di dalam Regulation 3 - Notification of the generation of scheduled wastes. Setiap penjana buangan berjadual mesti melaporkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dalam tempoh 30 hari, tentang pengeluaran sisa-sisa berjadual. Namun kalau kita lihat lagi di Regulation 4, pembuangan sisa-sisa berjadual, ia mengatakan bahawa sisa-sisa ini perlu dihantarkan ke tapak yang ditetapkan dan di Semenanjung Malaysia adalah di Bukit Nanas. Namun kalau kita lihat Regulation 8 iaitu kewajipan waste generator, ia mengata, “(1) Every waste generator shall ensure that schedule wastes generated by him are properly stored...”, itu saya setuju; “...treated on-site”, itu saya tidak setuju; “...recovered on-site for material or product from such scheduled wastes or delivered to and received at prescribed premises for treatment...” dengan izin. Jadi, apa yang berlaku di sini adalah “atau”, kalau “atau” maknanya penjana buangan sisa berjadual ada pilihan. Kalau mereka hantar ke Bukit Nanas maknanya mereka kena bayar RM4,000 satu tan untuk dilupuskan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. ■1600 Oleh yang demikian, seksyen 8 ini perlulah diubahsuai supaya ia tidak bertentangan dengan seksyen 3 dan seksyen 4. Ini kerana seksyen 3 dan seksyen 4 menyatakan buangan berjadual harus dihantarkan di tapak yang ditetapkan. Tadi saya menyatakan bahawa sebahagian sia-sisa pepejal itu dihantar ke luar negara. Di samping itu, juga perlu diingatkan negara kita adalah signatory kepada Basel Convention iaitu satu Konvensyen Antarabangsa yang menyekat pengeluaran sisa-sisa toksik, penghantaran sisa-sisa toksik ke luar negara. Lebih-lebih lagi ke negara-negara yang telah pun menjadi signatory dan berpihak kepada Basel Convention. Jadi apa yang berlaku adalah bertentangan kepada Basel Convention. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya di sini berapa banyakkah lesen-lesen yang telah dikeluarkan pada tahun 2007 dan 2008 untuk syarikat-syarikat yang mengeksport sisa-sisa berjadual ke negara luar dan juga yang mengimport sisa-sisa berjadual? Negara kita juga telah pun mengimport sisa-sisa toksik daripada luar negara untuk dilupuskan ataupun digunakan semula, saya pun tidak tahu. Jadi, saya mahu penjelasan tentang perkara ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh
butiran B.130600 yang berkaitan dengan Dasar Baru Alam Sekitar. Pengawasan dan pengawalan kualiti alam sekitar adalah satu tugas yang amat sukar. Oleh itu, pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling adalah amat perlu. Jika pindaan dibuat selama ini, hanya satu seksyen sahaja yang dibuat. Pada tahun 2007 hanya satu seksyen yang berkaitan dengan meningkatkan amaun denda bagi mereka yang membuang sisa-sisa berjadual. Akan tetapi seksyen-seksyen yang lain tidak dipinda. Oleh yang demikian, saya mohon kementerian untuk melihat lagi akta ini dan membuat pindaan keseluruhan dengan mengambil kira apa yang berlaku sekarang di dunia ini dan juga di negara kita. Di dalam pada ini baru dilaporkan di dalam The New Straits Times 15 November 2008 iaitu hari Sabtu, “Landslide in West Java” di Indonesia. Keduanya, pada 14 November 2008, “The 2.4 meter high tide hit the villagers at about 8.30am” di Muar. Dua buah kampung di mana air pasang amat tinggi telah masuk ke dalam rumah mereka dan 70 buah rumah telah pun terkena air pasang ini. Baru-baru ini juga di Melaka perkampungan Portugis telah dimasuki air pasang daripada Selat Melaka. Ini adalah berkaitan dengan perubahan iklim. Ketinggian air di Malaysia sejak tahun 1986.
Masa Yang Berhormat ada satu minit lagi ya.
Ialah 1.25 milimeter setiap tahun dan di peringkat global adalah 3.1 milimeter setiap tahun. Oleh yang demikian, kementerian perlu membuat dasar untuk mengadaptasi dan mitigasi perubahan iklim ini. Ini adalah amat perlu supaya kita tidak terkena kesan-kesan yang lebih buruk lagi daripada perubahan iklim. Yang terakhir.
Yang Berhormat.
Yang terakhir saya ingin sentuh di sini adalah berkaitan dengan butiran B, 70100 – Konservasi. Baru-baru ini kerajaan Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa Malaysia memang lemah dalam penguatkuasaan penjagaan hidupan liar. Seorang rakyat Malaysia telah pun ditangkap di Amerika Syarikat kerana dia menyeludup binatang-binatang yang dikawal oleh kerajaan kita. Jadi, saya harap penguatkuasaan di negara kita akan lebih kuat lagi di bawah penjagaan PERHILITAN iaitu Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Dengan itu, Tuan Pengerusi saya mengakhiri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, pada peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar saya hendak mulakan dengan butiran 080000 di bawah Pengairan dan Saliran dengan tumpuan kepada 13500 – Pemulihan Empangan. Ada lebih 500 keluarga di Kedah, khususnya di Sik yang terlibat dengan perpindahan sewaktu kerajaan hendak buat Empangan Beris. Kerajaan sudah kenal pasti tanah kampung mereka, ladang dan kebun untuk di ambil kerana hendak buat Empangan Beris dan alhamdulillah orang kampung sudah bagi kerjasama dengan baik, mereka sudah keluar dan Empangan Beris pun sudah siap, 2003 Perdana Menteri turun rasmi. Untuk makluman Dewan, sampai hari ini orang kampung belum dapat lagi pampasan. Khabarnya sekitar RM12 ribu satu ekar. Sebahagiannya tanah tenggelam kerana air, sebahagiannya telah pun dipagarkan dalam kawasan empangan. Jadi, saya mohon kementerian berkaitan untuk memberikan respon terhadap isu ini. Orang kampung sudah bagi kerjasama dengan baik, empangan pun sudah buat tetapi pampasan tidak dapat-dapat. Jadi, saya fikir mata pencarian mereka sudah hilang, berbaloilah sebenarnya, munasabahlah untuk mereka ini nasib mereka ini dilihat kembali. Empangan siap 2003 sekarang sudah 2008, itu yang pertama. Kedua, ialah butiran 02801 – Projek Penandaan, Pengukuran dan Penyenggaraan Sempadan Antarabangsa. Saya percaya tanggungjawab dan peranan kementerian ini sangat penting kerana kita baru sahaja kehilangan Batu Putih kepada Singapura dan kita ada banyak lagi isu tuntutan bertindih dengan negara jiran, Perairan Ambalat di Sulawesi, di Sipadan Ligitan, Terumbu Layang-layang, Kepulauan Spratly, tuntutan bertindih di Gugusan Semarang dan Peninjau. Ini memaksa anggota keselamatan kita membuat kawalan 24 jam di Terumbu Layang-layang, Stesen Lima Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani. Bahkan kita pernah, jumpa minyak, Petronas jumpa minyak lebih kurang 150 kilometer dari pantai Sabah pada tahun 2002 yang kita
anggap ini sebagai kawasan Zon Ekonomi Eksklusif kita. Akan tetapi, Brunei juga tuntut sebab katanya itu kawasan dia. ■1610 Ini menjadikan bahawa peranan kementerian dalam projek penandaan, pengukuran dan penyenggaraan sempadan antarabangsa ini menjadi sangat penting. Saya mohon pihak kementerian untuk berkongsi dengan Dewan, setakat manakah usaha kementerian bagi memastikan aspek ini ditangani dengan cermat dan juga dengan teliti. Cukuplah kita kehilangan satu wilayah di Batu Puteh kerana kegagalan kita menyimpan rekod dan dokumentasi berkenaan dengan sempadan kita, itu perkara yang kedua. Tidak lengkap Tuan Pengerusi, bahagian saya dalam kementerian ini kalau tidak sentuh tentang e-Tanah dan e-Kadaster. Saya difahamkan e-Kadaster asal bajetnya cuma sekitar RM120 juta tetapi kemudiannya meningkat kepada RM295 juta dan dapat secara runding terus. Sudah tentu syarikat ini punya keupayaan yang cukup istimewa, kepakaran dan pengalaman, dana dan juga kebolehan. Saya cuba bersangka baik begitu. Saya didatangi oleh beberapa syarikat juruukur bumiputera yang bersungut dalam kerja mereka untuk buat survey ke atas 25,000 points. Mereka cuma dibayar RM1,840 bagi satu point. Mereka dapat kerja daripada KOJUTA, saya kira Koperasi Juruukur Tanah barangkali yang rupa-rupanya bila syarikat berkenaan dapat e-Kadaster ini dia bagi kepada KOJUTA lah. KOJUTA lah yang pilih juruukur-juruukur untuk bagi. Saya perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ialah untuk 25,000 point ini bajetnya ialah sebesar RM86 juta. Jadi kalau mengikut perkiraan saya RM1,840 satu point ini, dia cuma memakan separuh daripada kos itu. Jadi apakah sebenarnya peranan syarikat asal yang mendapat projek ini, e-Kadaster ini. RM86 juta untuk 25,000 points? Kemudian diserahkan kepada KOJUTA, KOJUTA lah yang pilih juruukur. Kalau dibayar RM1,840 satu point angkanya cuma sekitar 40-an juta sedangkan bajetnya ialah RM86 juta. Saya cuma hendak tahu posyen yang selebihnya itu, apakah sebenarnya skop dan komponen kerja yang dibuat oleh syarikat yang mendapat projek ini? Apakah peranan KOJUTA sekadar memilih juruukur sahaja dan ada jugakah komisen untuk dia? Dewan bolehlah saya kira diberitahu tentang peranan ini. Tuan Pengerusi, e-Tanah saya ikuti daripada awal dan semua jawapan Menteri kepada saya, saya rekod dengan cermat. Saya terima pembetulan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan syarikat ini adalah Syarikat iLaunch yang dapat secara tender terbuka yang kemudian dia JV dengan CWI Sdn. Bhd. CWI inilah yang terbabit dalam projek bernilai RM13 juta waktu kementerian buat EJKPTG kelmarin, syarikat yang sama. Cuma kali ini dia JV dengan Syarikat iLaunch, sebuah syarikat kecil bumiputera. Sebab itulah saya fikir mereka menghadapi masalah kemudiannya. Saya juga seperti menteri saya turun juga ke lapangan untuk mendapat gambaran lebih tepat. Dari versi Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Negeri, dalam kes ini pelanggannya oleh sebab projek perintisnya ialah Pulau Pinang, pelanggannya ialah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang. Pelanggannya ialah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Timur Tengah dan Seberang Prai Selatan. Bendahari Negeri saya kira dan JUPEM negeri. Ini pelanggan kepada syarikat inilah dan syarikat ini akan menjanjikan satu perkhidmatan yang baik. Dari versi Pejabat Tanah dan Galian mereka beranggapan bahawa syarikat ini tidak punya kepakaran. Tidak ada individu yang punyai kepakaran menguruskan soal tanah ini. Kepakaran itu ada di Pejabat Tanah dan Galian. Baik, dari perspektif syarikat ini pula mereka merasakan bahawa dalil kes berlonggok ataupun kes yang tertangguh tidak dapat diselesaikan oleh Pejabat Tanah itu sendiri adalah manifestasi daripada tidak cekapnya Pejabat Tanah. Sebab itu kerajaan terpaksa mengadakan program e-Tanah ini. Dari dua perspektif yang berbeza dengan masing-masing mempunyai kayu ukur yang sendiri. Dalam suasana inilah iLaunch ini menjalankan kerja mereka dan mereka memang menghadapi masalah. Saya tahu saya menemui kontraktor yang terbabit yang kemudian di saat akhir turun membantu iLaunch. Setelah ianya ditangguhkan dua kali...
Satu minit lagi Yang Berhormat.
...iLaunch patut siap pada Oktober 2007, kementerian sambung sampai April 2008, sambung lagi sampai Disember 2008 dan menteri sifatkan ini berjaya. Tidak apalah itu hak menteri untuk kata berjaya. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah bagaimana e-Tanah ini boleh selesaikan permohonan-permohonan ini? Saya fikir begini saya tidak ambil pengalaman di Kelantan tetapi di Machang. Saya turun ke Pejabat Tanah mereka beritahu kalau roll out itu nanti dilakukan di seluruh Malaysia, permohonan sekarang, jenis-jenis permohonan lebih daripada 80 permohonan yang dilakukan secara manual. Bila roll out e-Tanah ini dilakukan di seluruh negara. Saya tahu syarikat yang mendahului untuk merebut peluang ini adalah syarikat yang juga buat untuk e-Lembaga Hasil Dalam Negeri, untuk SOSCO untuk e-Kadaster, untuk Polis Diraja Malaysia, membantu iLaunch di Pulang Pinang di saat akhir dan mereka jugalah favorite untuk roll out e-Tanah ini. Mereka sudah jumpa EPU, mereka sudah jumpa MOF, jumpa Perdana Menteri, khabarnya peluang mereka cerah. Saya hendak tanya roll out ini kalau jadilah ya, Yang Berhormat Menteri berapa nilai projek yang pertama. Kedua, jangan sampai diabaikan pula roll out ini di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Ini biarlah kementerian lain saya fikir Kementerian Alam Sekitar ini tidak harus punyai attitude itu sebab biarlah kita hendak lakukan ini yang terbaik untuk rakyat sebab apa Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi saya minta setengah minit sahaja lagi ya, saya hendak landing. Yang Berhormat Menteri, e-Tanah ini rupanya dia lebih bersifat contract to driven sebenarnya. Parameters dan juga skop kerja lebih banyak ditentukan oleh syarikat yang masukkan proposal. Sebab itu kita tidak dapat hendak keep track audit trails daripada kita pohon tanah, fail kita itu pergi ke mana. Sebab dari feedback jabatan mereka merasakan begitu. Jadi saya percaya Yang Berhormat Menteri punyai tugas berat untuk menyelaraskan perkara ini tetapi biarlah kita hendak tengok hasil kerja yang baik, guna untuk manfaat kepada rakyat. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbicara dalam Butiran 060000 - Jabatan Alam Sekitar, 060300 dan seterusnya 070000. Tuan Pengerusi, alam sekitar ini merupakan satu keperluan kepada manusia sama ada manusia itu di negara maju, negara membangun, di kota raya mahupun di kampung-kampung termasuk di Kinabatangan. Persoalan yang ingin saya lontarkan ialah apakah yang telah dilaksanakan oleh kementerian sama ada Persekutuan mahupun negeri kenapa tidak boleh bekerjasama untuk melihat bahawa pencemaran berleluasa berlaku ke atas Sungai Kinabatangan. Sungai yang sepanjang 460 kilometer ini nombor dua terpanjang dalam negara kita. Pada satu ketika dulu airnya cukup jernih, boleh diminum direct, hari ini tidak ada berani pun siapa yang mahu minum sebab pencemaran berlaku daripada pelbagai faktor iaitu kilang-kilang kelapa sawit menghantar kumbahan sisa toksik dia secara direct melalui parit besar yang digali. Kedua, di mana tidak ada pengawalan penanaman kelapa sawit di tebing-tebing sungai. Seharusnya akta telah jelas, tebing sungai tidak boleh dibuka untuk kelapa sawit sebab baja kelapa sawit itu akan mengalir secara automatik ke sekitar Sungai Kinabatangan lebih kurang 47 juta baja akan mengalir di Sungai Kinabatangan setiap satu tahun. ■1620 Lebih kurang 40 juta tan baja akan mengalir di Sungai Kinabatangan setiap satu tahun. Dalam buku Kinabatangan yang ditulis oleh Wendy Hutton, dia ada quote. Saya malu dengan dia punya introduction. Sedikit saya baca. “Then, merge into one large river, by now the color of…” Kopi susu or.. “...milky coffee...” Bayangkan bagaimana orang luar memberi tafsiran sungai ini bersih pada suatu ketika menjadi kopi susu. Siapa yang hendak minum? Air ini juga yang telah menyumbang kepada masyarakat di Sandakan keseluruhannya. Akan tetapi tidak ada hasrat dan tidak ada niat langsung sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun negeri untuk melihat bagaimana sungai-sungai khazanah negara kita ini harus dilindungi dan dipelihara. Boleh nampak bagaimana sungai ini sudah menjadi kuning. Bukan lagi satu kebanggaan sedangkan ia merupakan satu khazanah. Buku ini saya boleh bagi Tuan Pengerusi, bagus kalau
dibaca. Nanti suatu hari Tuan Pengerusi boleh bercuti banyak tempat-tempat yang boleh kita istirahat.
Minum air susu.
Jadi saya harap, saya harap Yang Berhormat Menteri melalui kementerian yang ada berbincang dengan agensi di peringkat negeri. Pertama, pastikan akta yang sedia ada diguna pakai. Minta kepada semua mereka yang telah menanam kelapa sawit di tebing sungai Kinabatangan membuka kelapa sawit yang telah mereka tanam dan ceroboh sebab ini melanggar peraturan dan hak asasi manusia. Ramai manusia di sekitar sungai itu tidak boleh hidup dalam keadaan yang sihat walafiat. Kalau tidak, saya tidak akan berkompromi dalam soal ini. Mungkin kita akan mencari pendekatan lain untuk memastikan bahawa kita juga terlindung daripada masalah-masalah yang dihadapi. Yang kedua, Butiran 070000 - Hidupan Liar. Sebab apa di Kinabatangan ini saya bilang dia begitu unik? Terdapat lebih kurang 180 ekor gajah liar dan gajah ini berleluasa dari kampung ke kampung. Tidak ada halangan. Kalau di sini pergi Zoo Negara baru dapat tengok gajah. Akan tetapi di kawasan saya ini, inilah pula yang pelancong suka. Dia boleh temui kumpulan gajah di sekitar dan mendatangkan keuntungan kepada pemandu pelancong. Malangnya orang kampung bising sebab tanaman mereka semua siap. Gajah ini pandai mengamuk. Setiap satu tahun empat kali dia mengamuk. Rumah tumbang, pagar tumbang dan tanaman habis. Jadi kenapa perkara ini dibiarkan? Saya mahu tanya kenapa perkara ini dibiarkan bertahun-tahun? Kenapa gajah ini tidak diambil atau dijinakkan, kenapa dia jadi liar? Apakah kita tidak ada kemampuan? Kenapa Thailand boleh, kenapa India boleh? Semua gajahnya ada nama, jinak dan boleh dinaiki. Ini kita punya dibiarkan di hutan dan tiap-tiap tiga bulan dia masuk kampung dan serang satu kampung. Habis tanaman. Sebab itu kita susah. Mahu bertani susah.
Itu gajah kah, dinosaur?
Inilah masalah. Jadi saya minta dua perkara ini kalau boleh diberikan perhatian sebab masyarakat saya di kampung-kampung Kinabatangan ini, gajah ini berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Nasib dia tidak pergi ke Batu Gajah. Sana ada batu gajah. Saya punya gajah betullah, 180 ekor. Dia beranak lagi. Tiap-tiap tahun dia bertambah. Jadi apakah langkah kerajaan untuk membendung agar perkara ini tidak berleluasa. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Halaman 28, 706000 - Jabatan Alam Sekitar, 070000 - Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PERHILITAN dan 080000 - Pengairan dan Saliran dan juga 288120000. Tuan Pengerusi, yang penting sekali di kawasan Kepong ada Projek Tebatan Banjir Pakej 2. Ini melibatkan satu projek yang membelanjakan RM805 juta dan sudah dilaksanakan entahlah berapa tahun dan dijadualkan siap pada setahun yang lepas. Akan tetapi sampai sekarang kita masih menghadapi masalah lalu lintas dan sebagainya kerana projek ini belum lagi diselesaikan kerana di projek itu kontraktornya Peremba. Peremba itu salah satu syarikat yang disenaraikan. Ini bermakna walaupun syarikat disenaraikan, tidak bermakna syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menyiapkan projek-projek besar. Di sinilah saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menyegerakan Projek Tebatan Banjir Pakej 2 di Kepong. Itu pun kita nampak walaupun ada kesan sedikit apabila siapnya projek ini, kita belum tentu lagi boleh menebat banjir di Kuala Lumpur. Pakej 1 ialah Terowong Bestari. Tidak bestari sangat projek bestari itu. Yang kedua Tuan Pengerusi, mengenai hidupan liar kita. Kita nampak walaupun ada usaha pihak kementerian untuk membendung dan mencegah kegiatan- kegiatan membunuh hidupan-hidupan liar di negara ini termasuk biawak, musang dan sebagainya, tetapi kegiatan menyeludup dan membunuh hidupan liar masih berleluasa. Ini bermakna pihak kementerian, PERHILITAN mestilah mempertingkatkan usaha dan mungkin menambah anggota-anggota yang berkaliber untuk mencegah hidupan liar ini.
Kemudian, mengenai FRIM. FRIM atau Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia. FRIM ini ditubuhkan lebih 70 tahun dan mempunyai perpustakaan dan pelbagai benda yang baik termasuk penyelidikan yang baik juga. Akan tetapi saya nampak di sekeliling FRIM sekarang di kawasan Kepong, ada pembangunan di tanah-tanah lapang. Pihak kerajaan mungkin tidak ada rancangan yang lebih teratur. Ada sebahagian hutan diberi kepada pihak swasta, hutan dimusnahkan dan ada pembangunan. Satu bidang tanah di depan FRIM sekarang hutan juga. Akan tetapi malangnya tanah diberi kepada pihak swasta pada sebelum wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maka, kita nampaklah projek pembangunan yang sedang dijalankan di situ. Saya juga nampak ada bukit. Bukit di luar daripada kawasan FRIM yang luasnya kira-kira 2,000 hektar. Di luar itu ada satu bukit. Bukit itu di dalam kawasan negeri Selangor. Di sini saya nampak ada kegiatan pembalakan di sebelah situ. Satu lereng bukit di sebelah Selangor dibenarkan kegiatan pembalakan. ■1630 Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat mengkaji macam mana kita membiarkan kawasan tadahan itu ada kegiatan pembalakan. Saya tidak tahu kalau di Sarawak sama ada mereka berkesan untuk memelihara kawasan tadahan, tapi di sini saya tidak boleh terima, mengapa kawasan tadahan bukit di sisi FRIM ini ada kegiatan pembalakan. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengambil tindakan untuk memberhentikan kegiatan pembalakan di bukit dekat dengan FRIM kerana kita mestilah memelihara kawasan bukan sahaja FRIM bahkan kawasan di sekelilingnya supaya semua itu hijau. Yang Berhormat mestilah mengambil perhatian untuk menyelesaikan masalah seumpama ini. Mengenai sisa pepejal ini dari segi alam sekitar, saya nampak walaupun pihak menteri ada menyebut di dalam Dewan ini begitu rajin untuk memelihara alam sekitar di negara kita dan di Kuala Lumpur misalnya, sisa pepejal kita nampak mungkin kita mesti mempertingkatkan penyelarasan di antara Kementerian Alam Sekitar dengan pihak- pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebagainya kerana longgokan sisa pepejal itu masih berleluasa. Di kawasan Kepong, dia ada itu stesen pemindahan sisa pepejal dan sisa ataupun sampah sarap dari Kuala Lumpur di kumpulkan di stesen Taman Beringin Kepong dan kemudian diangkut ke Bukit Tagar, 70 km daripada Kuala Lumpur. Di sini masalah alam sekitar ini tidak boleh dikawal kerana itu sisa pepejal di kawasan Kuala Lumpur ini bertambah, bilangan penduduk akan bertambah kepada 2.2 juta dan itu masalah sampah sarap, masalah alam sekitar akan bertambah dan saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan supaya kita sama-sama dapat menyelesaikan masalah solid waste, sisa pepejal kerana di Kuala Lumpur hanya 5% daripada sisa pepejal itu di kitar semula. Hanya 5% ini bermakna 95% itu tidak, dan kita pun mestilah menggalakkan warga kota untuk lebih sedar mengenai itu usaha untuk mengurangkan sisa pepejal. Ini kerana setakat ini mungkin usaha kementerian itu tidak begitu berkesan. Saya nampak warga kota dan juga di seluruh negara kita tidak begitu mengambil berat dan berusaha untuk kitar semula sebagai usaha untuk mengurangkan sisa pepejal ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Sebab itulah saya sekali lagi menyeru supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengambil perhatian dan juga menambahkan usaha untuk mengurangkan sisa pepejal di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur sekian terima kasih.
Yang belakang Jempol, yang di belakang Jempol, minta maaf Jempol. Simpang Renggam ya? Ini jarang saya dengar ni, sila teruskan.
Simpang Renggam. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil
bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi saya cuma ingin menyentuh secara ringkas tentang dua butiran iaitu butiran 08601 berkaitan dengan penanaman pokok bakau dan spesies- spesies yang sesuai di pesisiran pantai. Butiran 16700 tentang rancangan tambatan banjir dan saliran bandar. Tuan Pengerusi, sekali lagi saya ingin menarik perhatian kementerian kepada permasalahan banjir di Simpang Renggam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi semasa penggulungan dasar. Walau bagaimanapun saya ingin penjelasan daripada kementerian kepada soalan-soalan yang saya ingin kemukakan di sini. Yang pertama, rakyat Simpang Renggam ingin tahu, berapakah peruntukan yang diagihkan daripada RM21 bilion ringgit pada penyelesaian banjir di kawasan Simpang Renggam. Keduanya, kami berbesar hati atas jawapan yang begitu komited daripada kementerian, kerana apa yang kami dimaklumkan semasa taklimat yang dipersembahkan oleh konsultan, kami risau persiapan cadangan pelan induk akan ditangguhkan atas sebab kelewatan pelantikan juruukur tetapi kementerian nampaknya memang memantau perkembangan dan perjalanan kerja-kerja dan juga komen bahawa kerja kajian konsultan akan disiapkan pada bulan Januari tahun 2009. Jadi di sini, saya harap kementerian juga dapat memberi maklumat yang terperinci iaitu selepas kajian itu disiapkan, bilakah kementerian akan bermula dengan kerja seperti mana yang dirancang dan apakah jangka masa yang diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut. Seterusnya Tuan Pengerusi saya juga ingin bertanya kepada kementerian apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam perkara ini kerana kami mendapati bahawa segala soalan yang kami utarakan, semua diserahkan kepada konsultan sahaja seolah-olah JPS ini kita tidak perlu kewujudan JPS. Kami berharap JPS dapat memantau dan sentiasa mengemaskinikan kedudukan perjalanan kerja-kerja dan bukannya menolak segala tanggungjawab kepada konsultan. Selain daripada itu, saya juga ingin tahu apakah komunikasi ataupun perbincangan yang pernah diadakan antara kementerian dan Kerajaan Negeri Johor sekiranya seperti mana yang dimaklumkan oleh kementerian bahawa pelantikan konsultan HSS Integrated Sdn. Bhd. pada tahun 2005, adalah di bawah hak kuasa Kerajaan Negeri Johor. Jadi mengapa pelan induk yang dicadangkan sebelum ini tidak digunakan. Tuan Pengerusi, rakyat jelata tidak tahu sama ada pendekatan ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor ataupun oleh Kerajaan Pusat, yang mereka tahu kita sudah membazirkan tiga tahun dengan tidak ada hasilnya. Hujung tahun ini pun sudah dekat, ini bermakna musim hujan akan tiba, jadi sekali lagi rakyat di kampung-kampung. Simpang Renggam akan dilanda oleh banjir lagi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran 08601 iaitu penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai. Saya memang berminat dalam isu alam sekitar. Saya ingin minta penjelasan daripada kementerian, di manakah pokok bakau ini ditanam? Saya selaku anak Johor memang berasa bangga kerana di daerah Pontian, Tanjung Piai, tanah yang terkenal sebagai titik paling selatan di benua Asia mempunyai hutan paya bakau yang paling besar di dunia. Akan tetapi pertumbuhan pokok pakau di situ kian diancam oleh pembinaan kilang-kilang di persekitarannya seperti pelabuhan PTP, Power Plant Tanjung Bin dan dua buah lagi kilang petrokimia yang akan dibina tidak lama lagi. Tuan Pengerusi, menurut sebuah suatu artikel yang disiarkan dalam The Star yang bertarikh 22 Julai 2008, bahawa 400 hektar pokok bakau telah pun dihapuskan sebelum ini, untuk pembinaan Power Plant Tanjung Bin pada masa yang lalu. ■1640 Sebanyak 902 hektar lagi akan dihapuskan untuk pembinaan kilang petrokimia dan maritime center. Jadi adakan penanaman pokok bakau ini untuk mengganti pokok yang telah dihapuskan? Kami difahamkan juga kementerian akan membelanjakan wang sejumlah RM26.43 juta untuk menjaga enam tapak Ramsa tanah lembap di
seluruh negara termasuk hutan bakau di Tanjong Piai ini. Jadi saya ingin tahu apakah pandangan Yang Berhormat Menteri, bukankah kita sepatutnya berusaha dengan mengekalkan hutan bakau yang sedia ada dan bukannya kita menanam balik di tempat lain atau atas sebab pembinaan kilang-kilang yang mungkin memudahkan operasi dan sebagainya. Jadi itu saja Tuan Pengerusi ucapan saya dalam peringkat jawatankuasa. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 060000 mengenai Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ada beberapa pandangan dan persoalan yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini yang berkaitan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli. Yang pertamanya berhubung dengan masalah pencemaran alam sekitar. Ada dua perkara berkaitan pencemaran alam sekitar yang pada hemat saya perlu diberi perhatian yang cermat dan khusus. Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan Ahli Yang Berhormat yang lain tentang pandangan beberapa pakar akademik dalam negara dalam bidang alam sekitar serta persoalan yang timbul oleh kedua-dua pihak. Yang pertama yang berkenaan sistem kumbahan loji negara. Mengikut analisa dan pemerhatian Prof. Zaini Ujang, seorang pakar dalam kejuruteraan alam sekitar yang kini menyandang jawatan Vice Chancellor di UTM. Terdapat beberapa kelemahan utama sistem loji kumbahan yang digunakan oleh negara kita yang sebenarnya tidak membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran sungai. Mengikut pandangan Profesor Zaini, hampir semua loji kumbahan dan sisa industri di Malaysia tidak direka bentuk untuk merawat ammonia. Untuk maklumat menteri, ammonia tidak tersenarai dalam Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Perindustrian), 1979. Pelepasan air kumbahan daripada loji-loji ini yang mengandungi ammonia yang sepatutnya telah dirawat sepenuhnya dilepaskan ke dalam sungai telah mengakibatkan pencemaran. Mengikut kajian saintifik air sungai yang mengandungi kandungan ammonium melebihi 1.5 miligram seliter tidak sesuai lagi dijadikan sumber air minuman dan sudah tercemar kebersihannya. Soalan saya dalam hal ini melibatkan dua perkara. Pertama, adakah kerajaan berhasrat dan bercadang untuk membaik pulih dan menyeragamkan seluruh loji kumbahan negara agar loji kumbahan yang akan datang direka bentuk untuk menyingkirkan ammonia agar risiko dan kesan pencemaran sungai dapat dikurangkan semaksimum yang mungkin. Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh kerajaan ke arah ini. Jika tidak, apakah alasan-alasan dan sebab untuk kerajaan tidak berbuat demikian. Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal dan mengkaji kembali Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian), 1979 dan memasukkan bahan-bahan organik seperti ammonia, nitrat, nitrik dan fosforus dalam senarai yang perlu disingkirkan oleh loji kumbahan supaya pelepasan air kumbahan ini tidak terus mencemarkan sungai. Jika tidak, rancangan oleh kementerian untuk mentakrifkan semula bahan- bahan organik pencemaran seperti ammonium, nitrat, nitrik dan fosforus ini. Apakah sebab untuk kementerian untuk tidak buat demikian. Tuan Pengerusi, topik yang kedua saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini ialah berkenaan dengan masalah pencemaran bekas tapak pelupusan sampah. Dr. Mohd Nasir Hassan, seorang profesor di Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, UPM pernah mengemukakan pandangan tentang ancaman berterusan terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar akibat daripada sisa buangan toksik dan pepejal di bekas tapak pelupusan sampah yang telah ditutup memandangkan beberapa faktor. Antara faktor-faktor yang mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar ialah; (i) tiadanya pemantauan yang berterusan terhadap aspek pencemaran di kawasan bekas tapak pembuangan sampah; (ii) tiadanya rekod yang jelas berkenaan dengan bekas tapak pelupusan sampah yang telah ditutup; dan (iii) tiada rekod yang tepat tentang sempadan sebenar bekas tapak pelupusan sampah yang mana ada setengah- setengah kawasan bekas tapak pelupusan sampah ini telah
dibangunkan sebagai kawasan komersial dan penempatan baru. Ini boleh mengancam kesihatan manusia yang tinggal di kawasan itu lebih- lebih lagi kawasan ini dibangunkan kurang 10 tahun selepas tapak pelupusan sampah tersebut ditutup. Dalam hal ini, saya ingin mengemukakan dua soalan kepada kementerian. Pertama, saya ingin Yang Berhormat Menteri nyatakan berapakah jumlah kawasan pelupusan sampah yang telah ditutup setakat ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan bahawa tahap pencemaran yang terhasil dari bekas tapak pelupusan sampah ini dapat dikawal dan dipulihkan dan memastikan kawasan ini tidak terus dijadikan kawasan pembuangan sampah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kedua, adakah kementerian ada membuat rekod pemetaan yang teliti terhadap kawasan dan sempadan di bekas tapak pelupusan sampah di seluruh negara. Sekiranya ada, berapakah jumlah keluasan tanah bekas tapak-tapak pelupusan sampah di seluruh negara dan apakah rancangan kerajaan terhadap penggunaan tanah di kawasan ini di masa akan datang. Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat kementerian telah menggubal satu dasar yang dipanggil Dasar Perubahan Cuaca Kebangsaan atau dengan izin, National Policy on Climate Change yang bertujuan untuk memberi garis panduan akan dasar-dasar dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca, pemanasan global atau dengan izin, global warming. Saya mengalu-alukan keprihatinan kerajaan dalam soal ini kerana ini adalah satu masalah yang mengancam kesejahteraan hidup kita sebagai manusia dan juga alam sekitar malah boleh mengancam kedudukan ekonomi kita di masa hadapan. Justeru itu, tindakan merangka satu dasar jangka panjang ialah satu tindakan yang tepat dan bijaksana. Saya difahamkan draf Dasar Perubahan Cuaca Kebangsaan ini telah disiapkan kira-kira dua bulan yang lalu. Yang menjadi persoalan di sini, draf dan dasar ini tidak diumumkan lagi oleh Kementerian Alam Sekitar hingga ke hari ini. Saya ingin bertanya apakah sebabnya kementerian menangguhkan mengemukakan draf ini sedangkan segala dasar-dasarnya berserta pelan tindakan sudah dirangka dengan teliti. Saya harap kementerian akan memberi satu jawapan yang tepat tentang punca sebenar kelewatan yang berlaku. Saya ingin juga merujuk Butiran 060000 berkenaan juga Jabatan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, sebuah akta yang dikenali sebagai Biosafety Act 2007 telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun lalu dan saya mendapat maklumat bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli telah mewujudkan sebuah jabatan baru di bawahnya iaitu Jabatan Biosafety yang telah ditubuhkan beberapa bulan yang lalu. Saya difahamkan Jabatan Biosafety setakat ini hanya mempunyai dua kakitangan iaitu seorang ketua pengarah dan seorang penolong ketua pengarah. Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah mengapakah kementerian tidak menyatakan atau mewartakan penubuhan Jabatan Biosafety ini di dalam anggaran Belanjawan Persekutuan 2009 sedangkan gaji pengarah dan penolong ketua pengarah ini seharusnya terkandung di dalam perbelanjaan negara. Kedua,...
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Sorry?
Two minute. ■1650
Kedua saya ingin Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan berapakah peruntukan sebenarnya yang diberikan kepada jabatan ini? Ketiga, apakah fungsi dan peranan Jabatan Biosafety ini serta bidang kuasa yang diberikan oleh kementerian kepada jabatan ini? Sejauh manakah keberkesanan jabatan ini yang mana saya mendapat maklum hanya ditadbirkan dua orang kakitangan sahaja setakat ini. Apakah perancangan-perancangan yang telah diaturkan oleh kementerian untuk jabatan ini. Bertugas dan berfungsi mengikut jadual kerja dan dasar yang telah ditetapkan.
Tuan Pengerusi, dalam jawapan penggulungan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketiga membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009, menteri ada menyentuh banyak perkara yang melibatkan pemulihan hutan dari pencerobohan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan perhatian dan jawapan yang khusus dalam soalan ini. Selain daripada memperkemaskan peruntukan yang terdapat dalam Akta Perhutanan Negara 1984, akta 313. Menteri ada menyebut tentang penggunaan teknologi penderiaan jauh, remote sensing dengan izin. Sistem maklumat geografi GIS untuk mengesan dan memantau aktiviti pencerobohan hutan. Saya ingin bertanya beberapa persoalan berhubung dengan perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya ingin Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan berapakah jumlah alat teknologi penderiaan jauh, remote sensing dan sistem maklumat geografi GIS yang telah dibeli oleh kementerian dan berapakah pula jumlah perbelanjaan yang telah digunakan. Kedua, berapa ramaikah jumlah anggota dan kakitangan di bawah kementerian yang telah dilatih dan mempunyai keupayaan untuk menggunakan alat-alat ini secara berkesan. Akhir, ketiga mengapakah kejadian pencerobohan hutan dan pembalakan haram masih berlaku dengan jumlah kawasan yang besar telah diterokai sehingga menyebabkan banyak kerosakan kepada biodiversiti negara. Apakah punca-punca yang mendorong perkara ini terjadi sedangkan mengikut menteri kerajaan telah mempunyai alat-alat moden yang canggih untuk memantau aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan hutan. Pohon Yang Berhormat Menteri dan kementerian memberi penjelasan. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan perkara Butiran 050100 berkaitan Dasar dan Pengurusan Hutan. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah dasar berkaitan dengan pemeliharaan hutan kerana pada waktu ini kita dapati sebahagian daripada hutan kita digondolkan dan ini menyebabkan hidupan liar yang ada dalam kawasan hutan ini pergi ke kampung-kampung. Rakyat terasa terancam termasuk juga binatang buas seperti harimau dan juga kera dan monyet dari hutan masuk ke kampung, memusnahkan tanaman kampung. Kedua berkaitan kebimbangan rakyat, berkaitan dengan kawasan tadahan air. Di mana kawasan-kawasan ini telah pun dikenal pasti sebagai kawasan tadahan air yang akan membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat yang sudah seharusnya dipelihara oleh kerajaan. Perkara kedua ialah berkaitan Butiran 141200 berkaitan dengan Lembaga Penyelidikan dan juga Pembangunan Perhutanan Malaysia. Saya mencadangkan supaya FRIM ini mempertingkatkan lagi pengawasan dan juga pemuliharaan kawasan- kawasan kajian ini supaya tidak diceroboh oleh mana-mana pihak, kerana ia merupakan satu khazanah yang sangat besar harganya kepada rakyat Malaysia. Kedua, saya mencadangkan supaya dinaikkan taraf segala kemudahan yang ada di FRIM ini supaya menjadi sebagai lokasi pelancongan yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong kerana amat menarik. Setiap kajian yang telah pun dibuat oleh FRIM untuk diberikan sebagai produk pelancongan yang menarik kepada pelancong dalam dan juga luar negara. Untuk ini saya memohon peruntukkan supaya FRIM di Jempol ini dipertingkatkan dengan membina chalet, tandas dan juga kemudahan- kemudahan pelancong yang lain supaya ia akan dapat memberikan keselesaan apabila melawat kawasan tersebut. Tuan Pengerusi, Butiran 08700, 08800 berkaitan dengan Penanaman Rotan dan Buluh. Daerah Jempol adalah merupakan kawasan industri kraf yang berasaskan rotan dan buluh yang sangat popular. Hari ini telah pun mendapat menghasilkan kraf yang sangat bermutu tinggi. Namun demikian, dengan pencerobohan hutan, penggondolan hutan yang berlaku bekalan buluh dan juga rotan di kawasan hutan tersebut semakin terhakis dan berkurangan. Saya mencadangkan kepada kementerian supaya memperuntukkan
sebahagian daripada peruntukkan tersebut untuk merancang dan menanam tanaman buluh dan rotan secara terancang bagi dijadikan sebagai bekalan industri kraf supaya ianya tidak putus pada masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil bahagian ini untuk menyentuh Butiran 14500 iaitu berkaitan dengan Menaik taraf Infrastruktur Saliran Bandar dan Tebatan Banjir. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan masalah banjir yang berlaku di bandar di Jempol khususnya di bandar Bahau. Taman Bahau adalah merupakan kawasan yang begitu ramai penghuninya tetapi telah pun mengalami masalah banjir yang menyebabkan keresahan dan juga mengurangkan keselesaan kehidupan rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Begitu juga dengan bandar Batu Kikir. Saya memohon Yang Berhormat Menteri memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan yang disediakan dalam bahagian ini bagi mengatasi banjir yang melanda di kawasan bandar di kawasan Jempol. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 15100 iaitu Mencegah Hakisan Pantai. Pantai Port Dickson adalah merupakan lokasi yang sangat popular, dikunjungi oleh pelancong dari dalam negara dan juga luar negara. Hari ini kita dapat melihat hakisan pantai tersebut berlaku begitu berleluasa. Saya juga mencadangkan supaya kementerian memperuntukkan peruntukkan yang agak besar bagi menambak kawasan-kawasan pantai ini dengan pasir yang begitu luas bagi membolehkan kawasan riadah rekreasi ini dapat diperbesarkan lagi. Selain daripada itu kita akan dapat melihat kawasan-kawasan hakisan ini akan dapat diperbetulkan dan sejumlah peruntukkan akan dapat digunakan untuk membetulkan dan memperbaiki kawasan-kawasan hakisan pantai tersebut bagi memelihara kawasan Port Dickson yang begitu popular menjadi kunjungan para pelancong dalam negara kita. Tuan Pengerusi, perkara 09400 menyentuh berkaitan dengan Infrastruktur, Pengubahsuaian dan Lain-lain Kemudahan. Saya mencadangkan kepada kementerian, hari ini oleh kerana begitu popular sekali usaha untuk menanam pokok di kalangan rakyat. Saya mencadangkan supaya kementerian menggunakan sebahagian daripada peruntukkan ini membina nurseri iaitu dengan menanam ataupun membuat benih-benih daripada pokok jati daripada kawasan hutan. Pokok ini kita berikan secara percuma kepada rakyat dan juga badan-badan NGO dalam negara kita untuk menjalankan kempen menanam pokok. Ini supaya menggantikan pokok-pokok yang kurang tahan yang telah pun ditanam di kawasan- kawasan bandar di taman-taman perumahan yang akhirnya pokok ini kopak ataupun runtuh menyebabkan keselamatan rakyat terancam dan harta benda juga banyak yang musnah. Saya yakin dan percaya kalau sebahagian peruntukkan ini digunakan untuk membina nurseri ataupun benih-benih pokok ini dan diberikan kepada rakyat kita akan dapat melihat bumi kita akan lebih hijau, banyak oksigen dapat dibekalkan kepada rakyat. Rakyat akan menjadi lebih sihat dan keselamatan juga akan dapat dipertingkatkan. Tuan Pengerusi, saya merakamkan ucapan terima kasih, saya mohon menyokong.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya merujuk kepada Butiran 050000 iaitu 050100 Dasar dan Pengurusan Perhutanan Negara sekali. Secara ringkasnya Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kementerian akan kebimbangan saya bersabit dengan penggondolan yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi ataupun penebangan kayu balak yang masih terus tidak terkawal. ■1700 Ini sesuatu perkembangan yang merupakan isu yang tidak sudah-sudah kerana bukan sahaja ianya melibatkan alam sekitar, hakisan, pencemaran, mengancam kehidupan liar dan berbagai-bagai lagi. Namun demikian, kita juga sedar bahawa persoalan pengurusan hutan ini tertakluk di bawah Akta Perhutanan Negara di mana
urusan-urusan pemberian konsesi kawasan kayu balak merupakan tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri. Oleh itu, saya ingin bertanya pihak kementerian, apakah kerumitan atau pun masalah yang timbul dari segi penyelarasan, dari segi kelulusan yang dibuat oleh setiap kerajaan negeri kepada pemohon-pemohon kawasan balak dari segi kuotanya, jumlahnya, kawasan yang dikawal ataupun di sebaliknya. Apakah masih timbul lagi masalah kerana kadang-kadang timbul tuduh- menuduh seperti yang berlaku di Kelantan tempoh hari. Yang mana ada pihak menuduh bahawasanya penebangan balak di Kelantan sehingga menyebabkan masalah alam sekitar, kawasannya botak dan berlakulah tuduh-menuduh antara satu sama lain yang seolah-olah tidak tahu siapa yang bertanggungjawab. Soal balak ini Tuan Pengerusi, salah satu lagi sumber untuk kekayaan seperti mi maggi iaitu untuk mendapat kekayaan segera yang mendapat kawasan balak ini dapat memperoleh keuntungan yang begitu besar, bukan sahaja mereka mendapat kawasan, tetapi pada masa yang sama mereka juga mencuri balak. Mencuri balak ini adalah sesuatu yang cukup aneh sebab ianya sesuatu yang amat rumit. Balak ini kayu yang besar, dalam hutan tetapi boleh orang mencuri kayu balak. Ini satu perkara yang cukup aneh. Akan tetapi walaupun demikian, ia berlaku. Jadi saya ingin mendapat tahu dari pihak kementerian kalau ada senarai jumlah kawasan balak yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri di seluruh negara. Paling tidak bagi tahun 2007 baru-baru ini dari segi keluasannya dan sejauh manakah pihak setiap kerajaan negeri seluruh Malaysia merujuk kepada pihak kementerian dalam aspek alam sekitar di sewaktu mereka hendak meluluskan kawasan-kawasan yang dipohon oleh syarikat-syarikat tertentu ini dan satu perkara yang perlu diberi perhatian Tuan Pengerusi, mereka ini cukup bijak. Mereka mengemukakan permohonan untuk kawasan balak dengan mengemukakan pelbagai rancangan pembangunan semula kawasan balak, mohon kawasan untuk tanam getah, untuk tanam tebu, untuk tanam macam-macam tanaman. Akan tetapi yang sebenarnya mereka hendak tebang kayu balak. Sesudah mereka tebang kayu balak, mereka tinggal begitu sahaja. Itulah yang berlaku, jadi saya minta perkara ini diberi perhatian dan memohon supaya pihak kementerian memberi butiran dan maklumat yang lebih lanjut. Oleh itu, kalau Akta Perhutanan ini masih belum lengkap, apakah ianya akan diperkasakan lagi? Ini supaya masalah penggondolan dan pencurian kayu balak ini dapat diatasi. Kita ada sumber-sumber lain. Kita tidak sepatutnya usik bukan sahaja kawasan tadahan, tetapi kawasan lain pun kita tidak perlu usik. Saya pernah mencadangkan Tuan Pengerusi apakah kementerian boleh menimbang paling tidak membeku dikeluarkan satu keputusan di peringkat persekutuan membeku segala permohonan untuk kawasan balak untuk sekian tempoh 10 tahun ataupun 15 tahun daripada sekarang. Di negara Thailand untuk makluman Tuan Pengerusi, mereka mempunyai kawasan balak, saya percaya lebih banyak dari negara Malaysia, tetapi mereka mengharamkan langsung penebangan kayu balak. Malah sampai pada hukuman mandatori gantung bagi mereka yang mencuri balak. Itu di Thailand. Akan tetapi di negara kita boleh dikatakan macam-macam perkara berlaku termasuk urusan soal kayu balak ini. Jadi saya minta penjelasan bagaimanakah ianya dapat ditangani pengurusan perhutanan ini dengan lebih tegas, lebih berkesan dan malah hukuman kepada mereka yang mencuri kayu balak kalau perlu diubah dari segi hukuman jika disabit kesalahan perlu diubah sampai kepada mandatori. Contohnya sekarang ini dihukum lima tahun, tidak ada masalah. Malah didenda RM2 juta pun tidak ada kesan. Sebab hasil daripada kawasan mereka dapat seribu ekar, mereka peroleh RM5 juta, RM10 juta,RM20 juta. Denda RM500,000 denda RM100,000 tidak ada kesan. Maka saya cadangkan, dimasukkan kalau perlu dipinda Akta Perhutanan ini bagi mereka yang mencuri balak supaya dikenakan hukuman mandatori. Selain daripada penjara mungkin dirotan tiga, empat lima rotan. Barulah ianya memberi keinsafan bagi mengajar mereka yang tamak, yang tidak insaf, yang kira soalnya hendak mendapat keuntungan semata-mata. Ini kerana isu yang berkaitan dengan alam sekitar dengan perhutanan ini cukup amat membimbangkan seperti di Kelantan contohnya, sekali datang musim tengkujuh air akan turun, sungai akan jadi teh susu, dan kita tengok pencemaran sungai begitu dahsyat sekali dan cukup membahayakan. Tuan Pengerusi perkara yang kedua berkaitan dengan Pengurusan dan Operasi Tanah, 020000 - Pengurusan dan Perundangan Tanah termasuk juga 020100 -
Pentadbiran Tanah sekali gus. Ini saya hendak tanya berapa banyakkah tanah-tanah yang telah diambil untuk projek-projek yang dikatakan projek-projek persekutuan untuk tujuan kepentingan awam iaitu tanah-tanah yang dikategorikan di bawah tanah rizab Melayu. Adakah maklumat daripada pihak kementerian untuk tanah-tanah yang diambil yang membabitkan tanah rizab-rizab Melayu ini dan adakah tanah-tanah ini sudah diganti? Sebab mengikut peraturan perundangan negara kita setiap tanah yang dikategorikan di bawah tanah rizab Melayu, apabila ianya diambil, untuk projek-projek awam dan sebagainya, ianya mesti diganti dengan kawasan yang sama luasnya seperti yang diambil sebelum itu. Yang ketiga Tuan Pengerusi, Jabatan Alam Sekitar - 060100 060200, 060300 secara ringkas...
Saya hendak minta penjelasan sedikit. Tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Mas di mana Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan tadi kalaulah kawasan rizab Melayu itu diambil alih, hendaklah digantikan, saya risau dengan cadangan ini, kadang-kadang bukan lokasi yang jauh dan nilainya tidak sama lagi. Adakah Yang Berhormat setuju diganti bukan kawasan yang sama, tetapi nilai yang sama. Tidak mahu kawasan rizab Melayu di mana diganti yang dahulu dalam hutan. Itu bukan gantian yang adil yang benar.
Betul Yang Berhormat, tetapi persoalannya sekarang ini apabila tanah itu diambil, tanah yang diganti dengan nilai yang sama sudah tidak ada dalam kawasan tersebut. Ini persoalannya, sebab itu untuk makluman Yang Berhormat Rompin semalam ada wacana bersabit dengan hak bumiputera, hak peribumi dalam perundangan dan Perlembagaan Negara. Dibangkitkan persoalan masalah tanah rizab Melayu di bawah Fasal 1 59(5) kalau tidak silap saya iaitu ada cadangan di mana seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin tadi. Sepatutnya kerajaan kalau Yang Berhormat setujulah, tanah-tanah rizab Melayu ini dari segi takrif penilaian pihak kerajaan, patutnya dikira sama nilainya dengan tanah freehold. Kenapa tanah rizab Melayu harganya rendah, tanah freehold harganya tinggi. Sebab tanah freehold boleh bertukar tangan kepada bukan bumiputera kepada orang asing. Maka itu kononnya nilainya tinggi. Sepatutnya tidak begitu, tanah ini diukur dari segi lokasi, dari segi tempatnya, tetapi nilainya dikira sama. Akan tetapi ianya dikategorikan di bawah rizab Melayu, tetapi nilainya sana dengan nilai tanah freehold, sepatutnya begitu. Kalau ini diambil kira, insya-Allah soal penyertaan kaum bumiputera dalam bidang pemilikan aset akan bertambah. Jadi ini saya kira saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rompin tadi, tetapi dicari kaedah, tetapi tidak sedikit tanah-tanah rizab Melayu ini sudah diambil untuk tujuan yang dikatakan tadi. Saya tidak tahulah minta pihak kementerian menjawab sama da ia di bawah Kementerian Tanah ataupun di bawah Kementerian Alam Sekitar. ■1710 Jadi berbalik kepada alam sekitar yang saya sebutkan tadi, saya nak tarik perhatian soal isu alam sekitar ini terlalu banyak.
Yang Berhormat Pasir Mas, seminit lagi.
Ya?
Seminit lagi.
Seminit lagi. Alam sekitar ini saya nak tarik perhatian banyak tali air yang dibina di kawasan-kawasan luar bandar untuk tanaman padi oleh pihak Jabatan Pertanian, Jabatan Saliran Tali Air tetapi ada kawasan tali-tali air ini sudah pun terbiar, tidak lagi digunakan atau tidak ada lagi tanaman padi tetapi ianya terbiar begitu sahaja. Maka akhirnya menjadi pembiakan nyamuk, sampah sarap, kotor dan seumpamanya. Apa rancangan pihak kementerian untuk membersihkan kawasan-kawasan ini ditukar menjadi kolam ikan kah, tempat rekreasi kah? Supaya ia boleh mengatasi masalah alam sekitar. Tuan Pengerusi, oleh sebab masa tidak mengizinkan, satu lagi saya nak menarik perhatian juga soal alam sekitar ini. Adakah kerajaan-kerajaan tempatan yang cukup daif? Mereka memperoleh pendapatan daripada hasil tanah, cukai pintu tidak banyak tetapi penduduknya ramai. Akibatnya kawasannya kotor, oleh sebab tidak ada duit majlis-majlis tempatan. Apakah tidak boleh Jabatan Alam Sekitar membantu dari segi peruntukan untuk pengumpulan sampah sarap ini kerana bukan sahaja sampah
sarap yang akhirnya akan menyebabkan longkang-longkang dan saliran semuanya tertutup, berlaku banjir. Di kawasan saya di Pasir Mas, di antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir, dari segi kotornya sampah sarap oleh sebab majlis daerah tidak mempunyai peruntukan, tidak ada duit maka ia terbiar begitu sahaja. Saya harap perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Alam Sekitar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil bahagian untuk membincangkan di peringkat jawatankuasa. Bagi kepala B.23 iaitu butiran...
Masa berbahas untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk belakang, Yang Berhormat Arau, Batu Pahat bagi peluang. Sila, teruskan Yang Berhormat Jasin.
Bagi butiran 060300 iaitu Pengawasan dan Penguatkuasaan Kepada Jabatan Alam Sekitar. Untuk maklumat Tuan Pengerusi, Jabatan Alam Sekitar Malaysia adalah di antara jabatan di Asia yang mengenakan peraturan yang paling ketat sekali. Ini adalah semata-mata bagi menjamin kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Akan tetapi apa yang terjadi Tuan Pengerusi, Jabatan Alam Sekitar mengambil masa yang lama untuk membuat satu-satu penilaian serta penyelidikan seterusnya memberikan kelulusan hingga menyebabkan apa juga cadangan pembangunan tergendala. Itu yang pertama. Bagi saya, Jabatan Alam Sekitar, selain menjalankan penguatkuasaan, seharusnyalah jabatan ini menjadi pendidik untuk mengajar supaya selain daripada kilang-kilang pembuatan mematuhi apa juga peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka tidak mengikut apa juga nasihat yang telah dibuat oleh jabatan, barulah penguatkuasaan dijalankan. Apa yang terjadi pada ketika ini, kebanyakan daripada kilang-kilang membuat laporan, apabila Jabatan Alam Sekitar membuat pemeriksaan, didapati apa juga kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, mereka tidak dimaklumkan langsung. Akan tetapi selepas empat, lima bulan barulah kilang ini didakwa di mahkamah. Untuk maklumat Tuan Pengerusi, semua kilang-kilang yang berorientasikan eksport, apa juga pendakwaan di mahkamah akan menjejaskan penjualan mereka. Ketiga, semua sisa-sisa buangan terutama sisa-sisa toksik daripada kilang- kilang pembuatan dibuang di Nilai iaitu di Kualiti Alam. Apa yang terjadi pada ketika ini, kilang ini mengenakan satu caj yang cukup tinggi kepada kilang-kilang pembuatan selain daripada caj untuk pengangkutan. Apa yang terjadi, kebanyakan daripada kilang yang tidak mampu ini menyimpan sisa-sisa toksik ini dalam premis kilang mereka. Ada di kalangan mereka yang menanam sisa-sisa tersebut di premis tersebut yang mungkin akan membahayakan dan kita takut benda ini akan jadi time bomb. Seterusnya saya ingin mencadangkan kerana negeri Melaka, KDNK daripada sektor perindustrian menyumbang sebanyak 30%. Jadi seharusnyalah Jabatan Alam Sekitar membuka cawangan-cawangannya di dua-dua daerah yang lain iaitu pertamanya di Jasin, dan keduanya di Alor Gajah bagi membantu semua sekali kilang- kilang pembuatan bagi memastikan supaya mereka dapat beroperasi dengan baik sekali. Keempatnya, saya ingin mencadangkan supaya alam sekitar mewujudkan satu akademi. Pada ketika ini, Jabatan Alam Sekitar hanya menumpang di UKM. Jadi seharusnyalah kalau Jabatan Alam Sekitar mempunyai satu akademi, yang boleh berkeupayaan selain daripada mendidik, dan mengajar semua kakitangan mereka supaya mereka lebih fasih lagi dalam memberikan pengajaran serta penguatkuasaan. Seterusnya saya ingin membincangkan tentang butiran 020300 iaitu Pengurusan dan Perundangan Tanah. Di Melaka Tuan Pengerusi, kita ada tanah yang ditakrifkan sebagai crown land ataupun freehold land. Tanah ini seolah-olah kebal dengan dimiliki oleh tuan punya tanah dan mereka sesuka hati mereka selain daripada mengambil tanah untuk dijual, mereka juga mengambil pasir daripada tanah tersebut
tanpa ada kawalan, tanpa ada pembayaran permit dan tidak perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri. Saya ingin mencadangkan supaya tanah-tanah ini juga mestilah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara seperti tanah-tanah penjenisan tanah lain. Ini kerana kita takut tanah-tanah ini mungkin akan menjadi tanah-tanah lembah apabila tanah tersebut diambil pasir di keruk dan seterusnya akan mengakibatkan kesihatan kita terganggu. Keduanya, tanah-tanah persendirian yang tidak dimajukan. Ini mendatangkan satu masalah yang cukup besar kepada kerajaan-kerajaan negeri. Kita tidak ada mempunyai peruntukan, hanya satu peruntukan yang kita ada. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri menggunakan 7A. Yang pertamanya memberikan notis kepada tuan-tuan tanah tersebut yang tidak memajukan tanah. Ada daripada tanah tersebut, dalam pekan, dalam bandar tidak dimajukan dan kita cadangkan supaya kerajaan negeri berikan mereka notis melalui 7A. Berikan masa dalam tiga bulan, kalau mereka tidak dapat majukan kawasan tersebut selaras dengan kawasan sekelilingnya, seharusnyalah kerajaan mengenakan syarat 8A iaitu merampas tanah tersebut untuk dimajukan. Seterusnya, saya ingin memberikan butiran 02301, saya sangat bersetuju sekali dengan cadangan daripada Yang Berhormat Machang tentang isu e-Tanah ini. Apa yang didapati pada ketika ini, masih lagi belum dapat dilaksanakan setelah sekian lama kerana terdapat banyak kelemahan dalam sistem ini. Sistem pendaftaran tanah berkomputer ini tidak dapat dilaksanakan dan kita terpaksa menggunakan perkakasan yang lama. Kita bimbang kalau ada berlaku apa-apa crash down dan tidak boleh dipakai, kita akan menghadapi satu masalah yang cukup besar sekali. Setakat itu sahaja Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, minta maaf kepada sahabat-sahabat saya. Saya akan menyentuh butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Projek tebatan banjir Sungai Kelantan iaitu pembinaan empangan Lebir dan empangan Negiri yang menelan belanja lebih daripada RM1.5 bilion seluruh fasanya. Fasa pertama lebih daripada RM300 juta. Telah pun dikeluarkan anugerahnya ataupun tawarannya kepada syarikat Capital Castle Sdn. Bhd. dan juga Darul Naim Infra Sdn. Bhd. pada awal tahun ini. ■1720 Mengikut maklumat yang saya dapati, kajian sedang dibuat terhadap 13,000 lebih hektar tanah di negeri Kelantan sehinggalah ke Kuala Besar. Mengikut maklumat daripada KESEDAR, sekiranya empangan dibina di Sungai Lembing dan juga Sungai Negeri, mungkin ia akan menenggelamkan lebih daripada 10,000 hektar. Sebahagian rancangan KESEDAR dan juga rancangan FELDA di Gua Musang itu dikatakan akan musnah. Beberapa bandar kecil seperti Dabung, Kuala Balah akan tenggelam. Apakah benar ini? Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Sumber Asli. Yang keduanya, fasa pertama ini bila hendak dimulakan dan di mana? Adakah daripada Pasir Mas ke Kuala Besar ataupun daripada Hulu Kelantan? Dijangka siapnya bila? Salah satu daripada apa yang saya ingin tahu ialah apakah kesan-kesan positif dan negatif dengan pembinaan bandar ini, dengan pembinaan Empangan Lebir ini. Apabila empangan ini dibina, berapa lama banjir di Kelantan khususnya bandar Kota Baharu dapat bertahan? 50 tahun, 100 tahun atau hanya 20 tahun? Yang kedua Tuan Pengerusi Butiran 15100 - Hakisan Pantai. Hakisan Pantai Sabak, sebahagiannya telah pun ditambak dan beberapa buah kampung selamat tetapi sebahagian lagi lebih kurang lima kilometer masih terdedah. Sekarang ini ancaman di Kampung Pulau Panjang, Sabak. Lebih kurang 40 buah rumah akan tenggelam sekiranya banjir besar ini berlaku dan angin kuat. Apakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan Pantai Sabak ini khususnya di Pulau Panjang bagi menyelamatkan beberapa buah kampung di pulau tersebut. Yang ketiganya, di bawah Butiran 060300 - Penguatkuasaan dan Pengawasan. Saya difahamkan bahawa penguat kuasa alam sekitar di Kelantan ini sangat sedikit. Pegawainya dua orang sahaja hendak mengawasi semua pencemaran
alam. Jadi saya ingin tahu berapa banyak dan telah ditambah berapa banyak sebab di kawasan saya, industri batik ini sangat pesat. Toksik daripada industri batik ini di curah ke dalam sungai dan juga dalam telaga sehinggakan kawasan tersebut tidak boleh... Kalau kita boring air pun dia jadi racun. Jadi adakah tempat-tempat seperti ini di Kelantan dan Terengganu yang telah tercemar begitu hebat dilepas pandang begitu sahaja oleh penguat kuasa alam sekitar. Saya mohon supaya satu rancangan dan satu penguatkuasaan dibuat atau panduan dibuat supaya pengusaha-pengusaha batik ini dapat membuang toksik daripada ubat batik ini ke tempat yang selamat daripada pencemaran alam. Yang keempatnya Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 030000 - Ukuran dan Pemetaan. Saya ingin tahu adakah sempadan Kelantan dan Pahang ini telah siap pemetaannya. Telah sempurna atau tidak? Saya tahu ada lebih kurang 30 kilometer lagi yang menjadi perbalahan, pertelingkahan antara Kerajaan Pahang dan Kelantan yang melibatkan beberapa ratus hektar tanah. Sehinggakan penguatkuasaan untuk membanteras pembalak-pembalak haram ini pun kadang-kadang tidak boleh dibuat. Jadi saya ingin tahu pemetaan ini sudah siap ke tidak? Yang kedua, sempadan di antara Thailand dan Kelantan sendiri. Mengikut perjanjiannya bahawa Sungai Golok itu menjadi sempadan tetapi sempadan yang terdalam itulah menjadi sempadan yang sebenar antara Malaysia dan Thailand di negeri Kelantan. Di kawasan Thailand, tambak tebing-tebing ini telah siap semuanya. Di negeri Kelantan ini banyak yang belum siap membuatkan hakisan berlaku di sebelah Kelantan ini. Apakah peruntukan yang dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini dan bilakah hendak sudahkan tebing Sungai Golok ini ditambak daripada Rantau Panjang ke Kuala Besar. Sekiranya tidak, dia mengancam bukan sahaja hakisan tetapi curahan air-air hujan lebat ini yang melimpah ke Kelantan lebih banyak. Saya pohon penjelasan ini daripada jabatan berkenaan. Sekian terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran tentang 020200 - Operasi Hutan, sekali gus 050300 - Pembangunan Hutan. Saya ingin bertanya kepada Menteri sejauh manakah keberkesanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memastikan dan menjamin kelangsungan hutan di negara kita. Ini kerana banyak dilihat berlaku pembalakan haram dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Saya sering menonton Buletin Utama, saya lihat banyak pendedahan yang dibuat oleh wartawan tentang pencerobohan hutan ini. Oleh itu, saya ingin menteri memberi jumlah tindakan yang telah diambil terhadap pembalak haram serta bentuk penguatkuasaan dan hukuman yang dikenakan. Seterusnya 06000 - Jabatan Alam Sekitar, 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar, sekali gus 060300 - Pengawasan serta Penguatkuasaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang kualiti udara di negara kita. Adakah masih di tahap selamat ataupun berbahaya kerana saya lihat asap-asap sentiasa dilepaskan ke udara tanpa mengira waktu. Sejauh manakah penguatkuasaan yang telah diambil terhadap mereka yang mencemarkan alam sekitar? Tuan Pengerusi, alam sekitar yang baik menjamin kelangsungan hidup kita. Akan tetapi bertambahnya teknologi canggih dan moden telah juga mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar kita. Kita lihat ada lagi rakyat kita yang hidup berdekatan dengan tempat pelupusan sampah dan terpaksa menghirup udara yang tidak sihat. Jadi saya ingin tahu apakah usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian dalam membela dan membantu mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat pelupusan sampah agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan mengapa masih lagi ada mereka yang merana dengan kewujudan tapak pelupusan sampah ini. Seterusnya 0800 - Pengairan dan Saliran, 080100 - Perkhidmatan Pengurusan dan sekali gus 080200 Perkhidmatan Teknikal. Sebagai wakil kepada penduduk yang mendiami laluan Sungai Perak, saya ingin menyatakan syabas kepada
kementerian dalam usaha memelihara serta memulihara Sungai Perak daripada sebarang pencemaran. Justeru itu saya ingin menyarankan agar peruntukan RM74 juta yang disediakan diguna pakai sebaik-baiknya bagi memastikan sungai-sungai kita sentiasa bersih dan tidak tercemar. Saya juga ingin meminta kepada pihak kementerian agar dapat menambak tebing-tebing di sepanjang Sungai Perak terutamanya bermula daripada kampung di Parlimen Parit iaitu Kampung Teluk Perang sampailah ke Lambor Kanan dan Lambor Kiri di Parlimen Parit kerana saya lihat telah berlaku hakisan yang serius yang boleh mengancam penempatan penduduk setempat. Selain itu pihak kementerian perlu memperbanyakkan saliran air ke sawah-sawah kerana bilangan sedia ada sekarang dilihat tidak dapat menampung pertambahan jumlah bendang yang dikerjakan.
Teruskan, teruskan.
Tuan Pengerusi, yang seterusnya ...
Tuan Pengerusi, hendak tanya Tuaran ke Parit ini?
Yang Berhormat Parit, ada soal teknikal fasal mikrofon, saya nampak tidak berfungsi.
Seterusnya 070000 – PERHILITAN, 070100 dan 070200 - Konservasi dan Operasi. Saya ingin bertanya apakah bentuk perlindungan hidupan liar yang telah dijalankan serta tahap keberkesanan yang telah pun dicapai. Saya selalu lihat di dalam berita tentang penyeludupan haiwan di negara jiran. Yang menghairankan saya jumlah yang di seludup itu terlalu banyak kadang-kadang sampai beribu-ribu. Jadi saya ingin mencadangkan kepada PERHILITAN agar ditubuhkan skuad perisik dalam mencari maklumat aktiviti penyeludupan haiwan ini hidupan liar ini kerana kita bimbang akan berlakunya kepupusan haiwan ini kelak. Mungkin skuad perisik kelak dapat bekerjasama dengan pasukan penguatkuasaan sedia ada serta penduduk setempat dalam mengumpul maklumat. Selain itu, saya ingin bertanya apakah kementerian bercadang untuk meminda akta sedia ada bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penyeludup hidupan liar serta pengusaha yang menjalankan aktiviti menjual hidupan liar ini tanpa lesen serta pemilik restoran yang menawarkan hidangan eksotik kepada pelanggan mereka. Seterusnya 120000 - FRIM. Saya dimaklumkan di Kepong terdapat pusat penyelidikan dan pembangunan perhutanan Malaysia yang terdapat di dalamnya pelbagai jenis pokok hutan serta kanopi pokok yang sangat cantik serta pelbagai kemudahan yang lain. Oleh itu, saya mencadangkan agar pusat ini dikembangkan lagi dengan menjadikan pusat pelancongan eco ataupun dengan izin ecotourism. Jadi dengan itu saya mencadangkan.
[Bangun]
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masa telah selesai. Kita sambung mesyuarat perbahasan esok. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ataupun pilih dahulu satu orang sambung esok.
Tidak apa, saya sudah bagi keputusan Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa 18 November 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang.