Dewan Rakyat · 18 November 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 746 turns · 52,770 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Marcus Mojigoh (Makin)UPKO · BNPutatan · question

1. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Penerangan menyatakan:- (a) apakah pihak kementerian bercadang untuk menambah saluran TV/RTM berbanding dengan dua saluran yang sedia ada; dan (b) adakah pihak kementerian bersedia untuk memperbanyakkan lagi rancangan etnik Malaysia bagi menggambarkan “Truly Malaysian”.

Dato’ Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Penerangan · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan atas soalan yang dikemukakan. Bagi soalan yang pertama, insya-Allah kita akan menambahkan saluran bagi TV RTM apabila program pendigitalan RTM akan dapat dilaksanakan, insya- Allah dalam masa beberapa tahun daripada sekarang. Kedua, tentang konsep ‘Truly Malaysian’ yang disebutkan dalam soalan, pihak RTM percaya bahawa apabila kita menyebut Malaysia yang sebenar bukan sekadar kita memaparkan program-program dalam bahasa Malaysia, bahasa Cina, bahasa Tamil tetapi kita tidak boleh meninggalkan tentang pentingnya program-program dalam bahasa-bahasa etnik terutama sekali daripada Sabah dan Sarawak yang ada sekarang. Buat masa ini beberapa program telah dimuatkan bagi meningkatkan program- program daripada Sabah dan Sarawak seperti Berita Negeri, Berita Wilayah, mengadakan program-program khusus seperti Hari Keamatan dan sebagainya. Insya-Allah, dalam penstrukturan kembali program-program TV1 dan TV2 yang akan bermula pada 1 Januari 2009 ini ada slot-slot khas akan diperkenalkan bagi memaparkan budaya dan kesenian terutama sekali daripada kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak, insya-Allah.

Terima kasih atas jawapan yang cukup jelas daripada Yang Berhormat Menteri. Inilah pemimpin yang dipilih oleh Kerajaan Barisan Nasional. [Disampuk] Masyarakat Malaysia ini berbilang kaum, berwarna-warni jadi mukadimah ini pun ada bunga-bunganya. Seorang pemimpin yang sanggup berdiri di depan, berhadapan dengan tangkisan-tangkisan daripada kritik dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak di sana, inilah pemimpin yang boleh menjamin kepentingan semua rakyat jelata termasuk negeri Sabah dan Sarawak.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah kementerian dalam usaha kerjasama dengan kementerian ada sangkut paut dengan budaya telah memfilemkan adat-adat resam yang boleh menjadi bahan siaran di TV Malaysia, terutama sekali dalam tradisi, sukan, legenda, sejarah-sejarah kaum-kaum di negara kita. Ini termasuk pemakanan sebagaimana yang kita lihat dalam Discovery Channel di mana kita lihat cara pemakanan di negara ini yang bermacam-macam. Di Sabah kita sedar, Tuan Yang di-Pertua pun tahu ada etnik yang makan ulat dan makan cacing pun ada. Saya pun pernah makan cacing. Ini menjadi satu penarik kepada pelancong dan cara penyediaannya pun ada berbagai-bagai. Jadi, sejauh manakah kementerian telah mengambil tindakan memfilemkan budaya-budaya etnik ini. Kalau Yang Berhormat Kota Raja boleh dihidangkan dengan ulat ini mungkin dia merasa jijik tetapi ini pemakanan yang sungguh sedap dan enak termasuk cacing yang mana saya pun pernah makan cacing laut. Tuan Yang di-Pertua pun tahu ada orang-orang di Sabah ini makan cacing termasuk saya dan dengan cara penyampaiannya mungkin diambil dari padang dan di serai mungkin lebih sedap. Ini termasuklah Yang Berhormat Ipoh Barat, saya fikir kalau dia pergi ke Sabah mungkin dia juga boleh makan cacing. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya, Yang Berhormat, panjang sangat soalannya itu. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Pendekkan. Cacing-cacing.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan. Saya pernah ke Putatan tidak berapa lama dahulu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Makan cacing juga?

Yang Berhormat tidak ajak pun saya tengok makan cacing. Saya percaya tentang keindahan dan kepelbagaian budaya dan cara hidup kita adalah sesuatu yang menarik dan perlu didokumentasikan serta perlu dipaparkan untuk pengetahuan orang ramai; sama ada ianya akan menjadi daya tarikan pelancong atau tidak itu soal yang kedua tetapi ini adalah satu keindahan dan kekayaan yang mesti dipaparkan. Saya sendiri telah mengarahkan pihak RTM, misalnya ada perkara-perkara tertentu yang mesti ditonjolkan. Contohnya, sekiranya ada produser filem dan sebagainya yang sanggup membuat drama yang berlatarbelakangkan Sabah dan Sarawak tolong berikan keutamaan.

Ini satu perkara yang telah saya arahkan. Saya beritahu tentang ramai orang yang melawat Korea misalnya selepas ada drama Winter Sonata misalnya menyebabkan drama itu sendiri menjadi tarikan begitu ramai orang ke Korea, hendak pergi ke tempat heronya, duduk bangkunya dan sebagainya. Kenapa tidak sekiranya ada drama ataupun ada filem- filem yang dikaitkan dengan latar belakangnya, sejarahnya dikaitkan dengan soal Sabah ataupun Sarawak mesti ditonjolkan. Insya-Allah ianya akan menjadi sebagai tarikan untuk orang berminat bukan sahaja datang ke Malaysia tetapi pergi ke Sabah dan Sarawak dan RTM sendiri bersedia untuk memasarkan filem-filem ataupun drama yang berkenaan ke luar negara. Untuk pengetahuan Yang Berhormat kita pun sudah ada MoU dengan beberapa negara lain seperti Korea misalnya baru-baru ini telah mengadakan MoU dengan kita untuk membeli bahan-bahan ataupun content yang dikeluarkan oleh RTM untuk dipaparkan dalam TV masing-masing, insya-Allah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. RTM ada dua saluran, RTM1 dan RTM2, ada 32 radio channels dan baru-baru ini ada website pula yang boleh mencakupi peringkat nasional, negeri, tempatan dan antarabangsa. Soalan saya ialah bagaimana kementerian memastikan dari segi content development, ianya betul-betul mampu meletakkan RTM memenuhi fungsi dan peranannya. Terima kasih.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Satu soalan yang terlalu umum tentang fungsi dan peranannya. Kalau fungsi asal kita katakan Kementerian Penerangan ataupun RTM itu

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

sendiri untuk menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat. Kita sudah mainkan peranan untuk menerangkan dasar kerajaan, tindakan-tindakan kerajaan, pelaksanaan kerajaan dan sebagainya terutama sekali untuk menghilangkan kekeliruan yang mungkin ditonjolkan oleh pembangkang misalnya. Perkara ini telah kita laksanakan tetapi dalam soal ini kita percaya bahawa dua saluran ini bukan sekadar kita bercakap tentang soal...

Content development.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Ya, saya bercakap. Tentang soal penerangan ataupun soal menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat dan sebagainya kita percaya bahawa content development ataupun creative content development, pembangunan content, isi kandungan adalah satu perkara yang cukup penting. Sekarang ini kita ada dua saluran tidak mencukupi. Dalam negara kita misalnya mereka yang terlibat dalam membuat content, kita ada lebih kurang 400 lebih daripada pengeluar-pengeluar content dalam negara kita. Berdasarkan dua saluran yang ada kita hanya boleh mampu untuk menampung 50 hingga 60 pengeluar sahaja. Ia tidak mencukupi. Sedangkan kalau dibandingkan dengan negara lain, Korea misalnya sudah ada 5,000 producers ataupun pengeluar. Ianya memerlukan saluran yang banyak ataupun output untuk outlet mereka untuk mengeluarkan. Sekarang ini kita ada banyak pihak yang menjadi pengeluar, kita ada universiti pula ada Lim Kok Wing, ada Multimedia Universiti dan sebagainya yang melahirkan ramai orang yang boleh menghasilkan content tetapi mereka tidak ada outlet ataupun untuk mengeluarkan, di mana content mereka dapat dipaparkan. Sebab itulah kita merasakan program mendigitalkan TV RTM sekarang adalah satu perkara yang perlu diberi keutamaan. Sekiranya kita ada sampai 18,19 saluran baru tetapi penekanan kita mestilah menumpukan kepada pembangunan content tempatan bukannya hanya membina infrastruktur untuk membenarkan content daripada luar untuk dipaparkan dalam saluran tersebut. Inilah antara perkara yang saya kira menjadi agenda utama kami di Kementerian Penerangan sekarang ini. Terima kasih.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

2. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah bayaran per kapita untuk sekolah agama rakyat dan per kapita untuk sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri akan dibayar sebagaimana hak yang diberi kepada sekolah lain di seluruh negara.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan itu. Bayaran per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat dan juga sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri hanya diberi kepada sekolah- sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran sebagai sekolah agama bantuan kerajaan. Kerajaan kita senantiasa prihatin tentang peri pentingnya pendidikan dalam usaha kita memugar pembangunan modal manusia. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dinyatakan tentang keprihatinan itu malah di bawah pakej rangsangan yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang berjumlah RM200 juta itu juga adalah untuk meraikan pembangunan sekolah-sekolah yang disebut sebagai sekolah bantuan kerajaan. SABK ataupun sekolah agama bantuan kerajaan akan menikmati bantuan sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh seperti yang dinikmati oleh sekolah- sekolah bantuan kerajaan yang lain. Dari segi bantuan per kapita, SABK ataupun sekolah agama bantuan kerajaan akan mendapat kadar bantuan per kapita yang sama dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Rantau Panjang, bagi negeri Kelantan, terdapat 46 buah sekolah yang masih belum berdaftar. Sekolah SAR ataupun sekolah agama rakyat mereka masih belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan sebanyak 24 buah sekolah kelolaan kerajaan negeri yang masih belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu daripada pihak kementerian, apakah

pemantauan yang dibuat terhadap pelaksanaan bantuan yang telah diberi kepada sekolah- sekolah agama rakyat di Kelantan ini untuk memastikan tidak ada campur tangan politik terutama dari segi pemberian tender dan pelaksanaan pengajaran sebab kita dapati guru- guru yang mengajar sukatan kurikulum kebangsaan sahaja yang diberi bantuan sepenuhnya oleh kerajaan. Manakala guru-guru yang mengajar subjek Azahari ataupun subjek yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan, tidak diberi bantuan oleh kerajaan. Sejauh mana usaha kerajaan untuk menilai kembali pemberian per kapita yang telah diberi kepada sekolah agama rakyat sekian lama tetapi telah diberhentikan pada zaman Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir. Apakah perkara ini akan diberi semula? Minta penjelasan.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Terima kasih. Saya telah menyebut tadi kita ada dasar- dasar kita yang tersendiri. Itu bukan payah sangat itu mendaftar dan mengadakan MoU - Memorandum of Understanding dengan kerajaan yang memerintah, Barisan Nasional. Maka dengan itu segala keistimewaan dari segi kita membaiki pengurusan, pentadbiran sekolah, aspek kewangan, aspek perjawatan, perkhidmatan guru, aspek kurikulum, aspek- aspek undang-undang yang masih belum mantap kita mantapkan. Ini adalah merupakan langkah-langkah yang untuk kita menyelaraskan, menyeragamkan dan menambah baik. Soal campur tangan itu, itu adalah merupakan soal pandangan-pandangan dan perspektif, barangkali personal. Untuk makluman Yang Berhormat, kita akan mengadakan Seminar Penyelarasan dan Pemantapan Kurikulum SAR yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, 3 hingga 5 Disember ini. Malah sebelum itu juga kita mengadakan Seminar Hala Tuju sekolah-sekolah bantuan kerajaan termasuk juga sekolah-sekolah SABK ataupun sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran. Usaha kita hendak membantu memantapkan pembangunan dan pemugaran modal insan ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soalan ini baik-baik kerana ramai yang keliru dan sengaja salah faham kononnya Kerajaan Pusat tidak langsung mahu membantu dalam soal pendidikan agama ini dan kononnya Kerajaan Pusat ini ada agenda politik. Soalan saya, berapakah perbelanjaan tahunan Kerajaan Persekutuan ke atas pengambilalihan secara rela sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara yang telah pun bermula secara berperingkat dan setakat manakah kejayaannya? Adakah kerajaan-kerajaan negeri pembangkang ini memberikan kerjasama yang diharapkan oleh Kerajaan Pusat? Terima kasih.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Jawapannya adalah salah. Kita meraikan sekolah- sekolah agama rakyat ataupun sekolah agama negeri yang berdaftar di bawah kita. Malah untuk Kelantan sendiri, yang bertanya tadi daripada Kelantan iaitu untuk bantuan perabot bagi 22 buah sekolah SABK di Kelantan itu. Kita telah mengeluarkan perbelanjaan RM1.5 juta.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Itu tidak termasuk lagi akses kepada peruntukan-peruntukan dan komputer, PPSMI, dibantu juga penyelenggaraan fizikal, bantuan insentif, makan di asrama. Ini merupakan kos selain daripada bantuan dari segi bantuan pengurusan dan juga bantuan- bantuan dari segi pembangunan naik taraf penambahbaikan sekolah-sekolah itu. Malah, baru-baru ini telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kita iaitu di bawah pakej rangsangan, RM200 juta diperuntukkan untuk menambah baik pendidikan itu. Jadi menganaktirikan dan serba macam itu adalah merupakan tohmahan-tohmahan daripada pihak pembangkang yang tidak betullah itu.

Ismail bin Abdul MuttalibPAS · PNMaran · question

3. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes pembunuhan yang berlaku di negara ini sepanjang tempoh 2004- 2007 serta kes yang telah diselesaikan dan berapakah jumlah kes kematian akibat membunuh diri dalam tempoh tersebut.

Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan SallehTimbalan Menteri Dalam Negeri II

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Maran yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah kes bunuh yang dilaporkan di seluruh negara pada tahun 2004 ialah sebanyak 565 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 282 kes atau 49.9% berjaya diselesaikan oleh pihak polis manakala bagi tahun 2005, jumlah kes bunuh yang dilaporkan ialah sebanyak 497 kes dan jumlah kes selesai pada tahun tersebut ialah sebanyak 328 kes ataupun 65.3%. Bagi tahun 2006, didapati jumlah kes bunuh yang dilaporkan adalah sebanyak 604 kes dan jumlah penyelesaian kes pada tahun tersebut ialah sebanyak 385 kes atau 63.7%. Bagi tahun 2007 pula sejumlah 588 kes bunuh yang telah dilaporkan manakala jumlah penyelesaian kes pada tahun tersebut adalah sebanyak 404 kes atau 68.7%. Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 630 kes bunuh diri dilaporkan berlaku sejak tahun 2004 hingga tahun 2007. Pada tahun 2004, sejumlah 256 kes bunuh diri telah dilaporkan di seluruh negara yang mana jumlah kes tertinggi adalah berlaku di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 68 kes. Bagi tahun 2005, sebanyak 230 kes dilaporkan di seluruh negara di mana kes yang tertinggi dicatatkan di negeri Selangor sebanyak 47 kes. Pada tahun 2006, jumlah kes bunuh diri yang dilaporkan di seluruh negara ialah sebanyak 132 kes dengan jumlah tertinggi dilaporkan di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 25 kes. Manakala pada tahun 2007, jumlah kes bunuh diri yang dilaporkan di seluruh negara didapati menurun di mana hanya 12 kes sahaja dilaporkan dan negeri Sarawak mencatatkan kes tertinggi pada tahun 2007 iaitu sebanyak 9 kes. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada dua hari yang lepas, kita digemparkan dengan pembunuhan empat penjenayah. Semalam juga, empat lagi penjenayah berjaya dibunuh oleh pihak polis. Saya selaku pemimpin Barisan Nasional mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pasukan polis. [Tepuk] Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku sedikit kelemahan kepada pihak polis dan apabila pihak polis mengambil tindakan kepada mereka, termasuk kadang-kadang pemimpin yang cuba menggalakkan orang luar melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada jenayah dan juga pembunuhan, polis lantas dicerca, dimaki hamun dan sebagainya. Bahkan didakwa di mahkamah. Inilah kerja pembangkang. [Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Siapa dia? Sebutkan siapa?

Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat!

Saya hendak minta ini. Serius ini, bukan main-main sebab kalau banyak pembunuhan, kita pun tidak selamat. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan kepada kita, berapakah anggota polis yang terlibat dan teraniaya akibat daripada jenayah yang berlaku ini? Apakah tindakan tegas yang perlu diambil oleh pihak polis dan kerajaan di dalam menangani orang- orang yang bertanggungjawab membawa kepada jenayah ini termasuk membuli dan menghina polis. Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Maran yang mengemukakan pertanyaan tambahan. Saya tidak pasti apa maksud soalan Yang Berhormat daripada Maran. [Dewan riuh][Ketawa]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu soalannya terlalu umum dan mengelirukan.

Ia tidak mengelirukan. Cuma saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini sebenarnya telah menjadi mangsa kepada persepsi. Tidak ramai yang menghargai bahawa tanpa polis kita tidak berada di dalam Dewan yang mulia ini. Bahkan semasa Dewan mula

bersidang, satu usul dikemukakan bagi membolehkan laluan-laluan diberikan kepada Ahli- ahli Dewan Rakyat untuk hadir dan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang untuk mereka yang menghalang mana-mana Ahli Dewan Rakyat untuk hadir bagi menghadiri Dewan ini. Semua ini kerana tugas polis, tetapi tidak ramai yang menghargai tugas polis yang kering di tengah panas, yang basah di tengah hujan, yang pada malam hari ketika orang sedang tidur, masih bekerja untuk mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam. [Tepuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara keselamatan awam buat masa kini amat serius. Nampaknya pemimpin Barisan Nasional masih mahu mempolitikkan isu ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Siapa yang mempolitikkan? Pembangkang yang sanggup mempolitikkan isu polis! [Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kumpulan, kumpulan sasaran ini tidak...

Soalan, soalan, soalan apa?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya sudah janji, kalau Yang Berhormat Batu Pahat bangun, saya akan bangun.

Duduk Yang Berhormat Batu Pahat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Tidak mengira tempat dan gender. Jadi saya hendak tahu daripada angka-angka yang diberi oleh kementerian tadi tentang kes pembunuhan. Penjenayah ini adalah daripada golongan profesional atau dari kumpulan rakyat yang tertekan akibat daripada kesempitan hidup mereka? Apakah yang pihak kementerian akan lakukan untuk memastikan semua lapisan rakyat Malaysia ini akan hidup dalam keadaan yang selamat dan tidak terancam sepanjang masa? Tuan Yang di-Pertua, kita tengok sebelum ini, wanita menjadi sasaran. Selepas itu kanak-kanak. Buat masa ini penjaja yang keluar awal pagi, mereka menjadi sasaran juga. Jadi saya hendak tahu apakah tindakan drastik yang akan diambil untuk memastikan perairan kita, pintu masuk kita tidak menjadi begitu mudah untuk penjenayah membawa masuk senjata api. Jadi saya pohon jawapan.

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu gajah yang mengemukakan pertanyaan tambahan. Sebenarnya, lebih senang untuk mengkritik daripada melakukan apa yang sepatutnya. Dalam statistik yang saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, contohnya pada tahun 2007 sebanyak 68.7 kes bunuh telah diselesaikan. Akan tetapi saya dimaklumkan bahawa tidak ada satu surat penghargaan daripada pembangkang pun dikeluarkan kepada polis kerana menghargai penyelesaian kes tersebut.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Okey, saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi berapa kes didakwa ke mahkamah? [Dewan riuh] Maaf Tuan Yang di-Pertua, setiap kali kata selesai, peratusan yang tinggi. Berapa kes yang didakwa di mahkamah dan disabitkan?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, itu jawapan dia. Tak apalah. Ya, sudah, sudah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Profil penjenayah juga, profil penjenayah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, sudahlah, sudah.

Jawapan kan tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dasar kerajaan dan dasar kementerian adalah dengan izin tough on crime and tough on the causes of crime. Maknanya kita tegas terhadap jenayah dan tegas kepada punca jenayah. Maka oleh sebab itu, penekanan bukan sahaja kepada pembasmian jenayah tetapi juga kepada punca jenayah. Apakah perkara-perkara serta faktor-faktor yang mendorong penjenayah melakukan jenayah? Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat daripada Batu Gajah, maksud istilah selesai adalah piawaian yang digunakan di dalam INTERPOL. Lazimnya, seperti mana yang selalu dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, standard INTERPOL dalam kes penyelesaian adalah 20%. Pencapaian yang dicapai oleh Polis Diraja Malaysia berhubung dengan kes bunuh yang saya sebut tadi sebanyak 68%, jauh lebih tinggi daripada piawaian yang ditetapkan oleh INTERPOL. [Tepuk] Maksud kes selesai, lazimnya yang menggunakan standard INTERPOL adalah apabila contohnya, yang pertama, pihak polis berjaya memperoleh pengakuan daripada pihak orang yang kena tuduh. Itu kita anggap telah selesai. Kedua, apabila OKT...

Altantuya tak selesai? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, tidak elok mencelah begitu Ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] Sila teruskan. [Dewan riuh] Tertib, tertib balik Ahli-ahli Yang Berhormat!

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir negara ini adalah negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang dan mengamalkan peraturan-peraturan Dewan. Antara peraturan Dewan Tuan Yang di-Pertua adalah tidak menyentuh kes yang sedang dibicarakan oleh mahkamah iaitu dikhuatiri ianya akan menjadi subjudice. Mereka yang mengetahui hal undang-undang dan mereka yang menjadi Ahli Dewan Rakyat harus mengetahui peraturan undang-undang ini. Kedua, kes dianggap selesai apabila OKT tidak mengaku kesalahan tetapi ditangkap raid handed ataupun pada masa kejadian. Ketiga, OKT dicam dan tidak kira sama ada di dalam tahanan, dibebas dengan syarat, telah mati, ia pun dianggap telah selesai dan keempat setelah siasatan dijalankan, tidak ada kejadian jenayah didapati berlaku, itu pun dianggap selesai. Jadi, empat perkara ini yang mengatakan bahawa kes telah selesai. Terima kasih.

Yusmadi bin YusoffPKR · PRBalik Pulau · question

4. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan tahap, hasil dan kesan perjanjian Dagangan Bebas (FTA) di antara Malaysia dan Amerika Syarikat sekarang ini dan kesan perjanjian Dagangan Bebas (FTA) di antara Malaysia dan negara-negara lain yang telah termeterai setakat ini.

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat dari Balik Pulau, rundingan perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat masih berjalan dan belum dapat dimuktamadkan lagi setakat ini. Rundingan terhadap perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat dilancar pada 8 Mac 2006, sehingga kini lapan pusingan rundingan telah diadakan dan kedua-dua pihak masih meneruskan perbincangan sehingga suatu hasil yang memuaskan dan membawa manfaat kepada kedua-dua negara dicapai. Kedua-dua pihak berunding dengan semangat ingin mencapai persetujuan yang memuaskan kedua-dua pihak serta dengan kesediaan untuk mencari fleksibiliti di mana wajar dan mengambil kira sensitiviti dan kedudukan masing-masing. Kerajaan terus memastikan bahawa rundingan FTA dengan Amerika Syarikat memberi hasil yang manfaat Malaysia secara jangka masa panjang dan dapat menyumbangkan ke arah memajukan kepentingan ekonomi Malaysia. Di antara faedah yang boleh diperolehi dari perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat ialah satu, mendapatkan akses pasaran yang lebih besar bagi eksport Malaysia seperti barangan tekstil, kayu, seramik dan getah. Menangani halangan-halangan bukan tarif terutamanya halangan teknikal perdagangan iaitu TBT dan langkah signatory dan ’spited’ signatory iaitu SPS. Ketiga, mempertingkatkan pelaburan asing terus iaitu FDI dan bekerjasama untuk mempertingkatkan daya saing dalam sektor-sektor tertentu.

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah melaksanakan perjanjian kawasan Perdagangan Bebas ASEAN AFTA sejak tahun 1993. Malaysia juga melalui ASEAN telah memeterai perjanjian FTA dalam sektor barangan dan perkhidmatan dengan Republik Rakyat China dan Republik Korea. Di samping itu, Malaysia telah pun melaksanakan FTA dua hala dengan Jepun pada Julai 2006 dan Pakistan pada Januari 2008. Tuan Yang di-Pertua, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN telah meningkat sebanyak 2.9% dari RM271 bilion pada tahun 2006 kepada RM279 bilion pada tahun 2007. Eksport Malaysia ke negara-negara ASEAN di bawah skim AFTA juga meningkat daripada RM149.5 juta pada tahun 1996 kepada RM13.5 bilion pada tahun 2007. Ini adalah satu kesan yang kita nampak amat cemerlang sekali. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada pelaksanaan FTA oleh Malaysia boleh dilihat dari nilai eksport Malaysia ke Jepun, Pakistan, China dan Korea berasas Sijil Tempat Asal, dengan izin Certificate of Origin yang meningkat 100% iaitu daripada RM6.9 bilion pada tahun 2006 kepada RM13.8 bilion pada tahun 2007. Eksport Malaysia ke Jepun di bawah FTA meningkat 116% iaitu daripada RM3 bilion pada tahun 2006 kepada RM6.7 bilion pada tahun 2007. Eksport Malaysia ke Pakistan di bawah FTA iaitu MPCPA dua hala berkenaan juga meningkat 25% dari RM44.9 juta pada tahun 2006 kepada RM55.4 juta pada tahun 2007 menerusi program dengan izin, Early Harvest yang telah dilaksanakan pada 1 Januari 2006. Eksport Malaysia ke China di bawah FTA, ASEAN China meningkat kepada RM3.8 bilion pada tahun 2006 kepada RM5.6 bilion atau kenaikan 47%. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, perjanjian dengan Jepun juga telah menghasilkan Program Kerjasama Ekonomi dalam bidang automotif, pendidikan, sumber manusia dan enterprise kecil dan sederhana iaitu SME. Dalam bidang automotif, pihak Jepun telah memberi bantuan teknikal untuk bina upaya dalam sektor perkilangan, komponen-komponen perkilangan dan juga jaminan kualiti dan penyelenggaraan elektrikal dan elektronik kenderaan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan yang kebanyakannya berada di dalam website kementerian dengan baik. [Ketawa]. Soalan saya melatari dua aspek yang khusus iaitu aspek krisis kewangan global Amerika Syarikat dan juga aspek yang dikatakan sebagai strategi koordinasi keseluruhan ataupun dengan izin, overall coordinating strategy. Analisa terhadap perjanjian Perdagangan Bebas melihat terdapat lebih daripada satu kementerian iaitu kementerian antaranya ialah MITI dan Kementerian Kewangan. Soalan saya, kerana kegagalan pihak kerajaan di dalam memastikan koordinasi keseluruhan tersebut berlaku akan memberi ruang kepada percanggahan matlamat perjanjian bebas dan dasar luar negara. Contoh, di dalam suatu keadaan MITI langsung tidak terlibat dalam proses AFAS yang dikatakan ASEAN tadi. ASEAN Framework Agreement of Services dengan izin, iaitu sektor perkhidmatan kewangan. Ianya dikendalikan oleh Kementerian Kewangan yang gah melaung-laungkan mantera ASEAN first. Tetapi, pada masa yang sama MITI rancak melibatkan diri dengan pelbagai perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, India, Pakistan, Australia, New Zealand dan sebagainya. Soalan saya, di manakah semangat ASEAN first apabila kita memberi keistimewaan ataupun dengan izin concession yang lebih ketara kepada negara-negara bersifat bi-lateral atau dua hala? Memandangkan kerajaan mengutamakan perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia – Amerika Syarikat daripada berbanding dengan negara- negara ASEAN. Saya mohon soalan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, soalan yang cukup panjang sekali tapi saya rasa jawapannya dipendekkanlah supaya kita menjimatkan masa. Yang Berhormat menyebutkan tadi memang maklumat yang saya beri ada di website itu memang betul. Oleh kerana itulah maklumat-maklumat yang kita beri kepada semua rakyat kita di Malaysia supaya mereka ini tahu apakah maklumat-maklumat yang ada kepada negara kita. [Tepuk]

Jadi Yang Berhormat tadi sentuh berkenaan persoalan AFAS dan juga perjanjian dengan ASEAN yang lain-lain lagi mengapa kita terus menjalankan rundingan perjanjian dengan Amerika Syarikat. Jadi saya rasa yang perlu kita lihat ini ialah kita perlu memperluaskan FTA kita dengan negara-negara yang lain supaya perniagaan, perdagangan dan juga pelaburan kita dapat diperluaskan ke negara yang lain. ASEAN itu memang sudah dalam tangan kita untuk menjalankan apa sahaja perniagaan yang kita buat di antara 10 negara dalam ASEAN. Jadi oleh sebab itu kita mesti mencari lagi ruang-ruang yang lebih luas lagi di dalam arena global ini supaya perniagaan Malaysia ini dapat ditingkatkan lagi untuk manfaat dari semua negara-negara yang kita boleh mengadakan FTA. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Koordinasi Yang Berhormat antara kementerian kalau boleh diizinkan.

Ya. Setiap rundingan ini kita mempunyai koordinasi. Pengerusinya ialah KSU dari MITI.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan itu dari mana tadi?

Jadi KSU ini memang mempunyai satu kumpulan di mana...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat.

Duduk, duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri belum siap menjawab. Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau lain kali jangan soal begitu. Kalau saya dapati Ahli Yang Berhormat mengambil kesempatan seperti begitu lain kali saya nampak pun saya tidak akan panggil. Duduk dahulu Yang Berhormat Kinabatangan, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat. Sila teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjawab sedikit sahaja dari segi kumpulan koordinasi tadi. Ketua group ataupun kumpulan yang menjalankan rundingan dengan pihak kumpulan asing ini ialah Ketua Setiausaha MITI. Yang membantu beliau ialah ramai pegawai dari semua kementerian. Jadi koordinasi ini adalah dibuat dari pejabat MITI dan KSU yang menerima dasar- dasar rundingan daripada pihak Kabinet dan sudah menerima dasar-dasar rundingan daripada pihak Kabinet. Dasar tersebut dikoordinatkan supaya maklum balas dari semua pihak pertubuhan dan juga persatuan seperti pengguna dan kesatuan sekerja dapat mengambil semua maklum balas itu dikumpulkan supaya itu menjadi satu common stand yang kita berunding dengan pihak Ahli-ahli ASEAN ataupun negara-negara yang lain. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Pandangan saya jauh kali ini. orang belakang saya nampak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya sokong.

Memandangkan FTA di antara Malaysia dan USA ini adalah amat penting dan setelah lapan kali perundingan kita masih belum dapat meterai lagi. Mungkin kita menghadapi beberapa halangan yang patut Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan. Soalan saya adakah kerajaan US masih lagi berminat untuk meneruskan rancangan FTA dengan Malaysia ini memandangkan usaha ini dahulu diasaskan oleh

Presiden Bush. Memandangkan dasar presiden baru Obama ini memperkenalkan dasar protectionist adakah mereka akan meneruskan juga FTA dengan Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Jasin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ingat Yang Berhormat, Obama belum angkat sumpah lagi. [Ketawa] Jadi belum kita tahu dasarnya.

Itu betul Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

Itu betul tetapi keadaan sekarang kita akan meneruskan rundingan kita dengan Amerika Syarikat dari segi FTA ini. Oleh kerana kita sudah nampak bahawa komuniti perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan begitu juga di Amerika Syarikat memang mempunyai keyakinan bahawa rundingan yang tercapai ini akan memperluaskan lagi perdagangan dan pelaburan dua hala di antara dua negara ini. Jadi, Amerika Syarikat ini memang mempunyai permohonan-permohonan tertentu apabila kita berunding dengan mereka. Walaupun demikian, kerajaan akan tetap menegaskan kepada pihak Amerika Syarikat bahawa Malaysia tidak akan berkompromi ke atas permintaan-permintaan dan cadangan yang tidak munasabah dan menyentuh kedaulatan negara ataupun bercanggahan dengan dasar-dasar pembangunan negara yang perlu dikekalkan. Jadi kerajaan juga tidak akan membenarkan rundingan FTA dijadikan alasan untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat mencampuri dalam hal-hal domestik Malaysia. Sekian, terima kasih.

Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit · question

5. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menyahut kehendak dunia dalam mengatasi fenomena pemanasan global (global warming).

Datuk Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kanowit mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi fenomena pemanasan global. Seperti yang kita maklum, bumi diselimuti oleh pelbagai gas yang dipanggil gas rumah kaca ataupun greenhouse gases yang mana melalui proses semula jadi gas-gas ini menyerap sebahagian daripada haba matahari untuk mewujudkan kepanasan yang mencukupi bagi menyokong kehidupan di bumi. Sebahagian radiasi ini dipantul keluar semula ke angkasa. Pembangunan yang pesat beratus-ratus tahun telah mengakibatkan bahawa dari aktiviti pembangunan seperti perindustrian, daripada pengangkutan-pengangkutan dan pembakaran terbuka dan lain-lainnya telah mengeluarkan gas-gas seperti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon, nitrus oksida dan lain-lainnya dengan kadar dengan kadar yang begitu pesat dan membimbangkan dan mewujudkan kepanasan. Ini kerana gas-gas yang telah menebal dan memerangkap kepanasan di atmosfera dan ini mengakibatkan perubahan iklim. Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan begitu banyak sekali; di mana kita telah menganggotai badan-badan antarabangsa yang berusaha melihat dan menyelesaikan masalah ini. Sejak tahun 1994 di mana kita menganggotai United Nations Framework Convention on Climate Change. Selain daripada itu, wujud ikatan-ikatan dengan Kyoto Protocol di mana sejak tahun 2005 telah ditetapkan sasaran dan komitmen untuk mengurangkan gas-gas yang saya sebutkan tadi. Kita juga menganggotai Montreal Protocol untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan perlindungan ozon dan berbagai-bagai konvensyen dan jawatankuasa yang lain. Di peringkat kebangsaan diwujudkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Kabinet yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, di peringkat kementerian-kementerian dan kita juga mewujudkan pelbagai dasar dan undang-undang berkaitan dengan isu tadi.

Datuk Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Di peringkat implementasi kerajaan melaksanakan dua pendekatan iaitu strategi mitigasi dan adaptasi. Melalui mitigasi kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga dalam program-program berkaitan melindungi kawasan hutan melalui pengurusan hutan secara lestari. Ini kerana hutan mempunyai keupayaan untuk menyerap sebahagian daripada gas-gas tadi dan dipanggil sebagai karbon sink. Selain daripada itu kerajaan juga meningkatkan bekalan dan penggunaan api alternatif. Pelbagai usaha dibuat seperti berusaha mendapatkan tenaga-tenaga daripada biomass, daripada mini hidro solar, angin dan lain-lain, juga menggalakkan penggunaan sisa pepejal sebagai tenaga alternatif. Di samping itu juga meningkatkan penggalakan kecekapan penggunaan tenaga di sektor perindustrian bangunan-bangunan dan juga pengangkutan. Kerajaan juga melaksanakan kemudahan seperti yang ditetapkan oleh Protokol Kyoto iaitu clean development mechanism iaitu kaedah supaya kita menjana usaha membersihkan kaedah- kaedah pengeluaran dan industri dan kita dapati bahawa pada masa ini 33 projek telah diluluskan di peringkat antarabangsa.

Datuk Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Selain daripada itu, melalui langkah-langkah adaptasi kita juga melindungi pantai- pantai melalui Program Tebatan Banjir, pengurusan bersepadu lembangan sungai, kita juga menanam pokok-pokok di persisiran pantai, pokok-pokok bakau dan lain-lainnya. Kajian juga dibuat iaitu kajian costal vulneraphy index di bawah Jabatan Parit dan Saliran dan juga National Hydrology Institute Malaysia mengenai langkah-langkah bagi menangani kesan kenaikan paras air laut kepada kawasan persisiran pantai dan membangunkan pengurusan zon persisiran pantai melalui Integrated Show Line Management Plan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Kita memang ketahui di bawah United Nation Framework Corporation Climate Change (UNFCC). Malaysia adalah tergolong dalam kumpulan negara yang bukan Annex I (Non-Annex I) satu tetapi kita masih diperlukan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ini melalui pelbagai strategi seperti yang telah dihuraikan oleh Timbalan Menteri tadi. Satu daripada strategi ini adalah melalui Clean Development Mechanism yang telah disebut tadi. Dalam itu juga kita diberitahu ada 33 projek yang telah dilaksanakan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah jenis-jenis projek dalam Clean Development Mechanism ini yang telah dilaksanakan di Malaysia dan adakah selama ini memberi pendapatan ataupun keuntungan kepada kita dari segi carbon trading? Thank you.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar apa Yang Berhormat kata tadi bahawa kita tidak termasuk dalam senarai negara-negara maju yang disenaraikan dalam Annex 1 yang dimestikan melaksanakan penurunan kadar karbon di dalam tahun 2008, 2012 ditetapkan kepada kekurangan sebanyak 5.2%. Bagi negara- negara yang tidak dapat melaksanakan perkara ini di negaranya sendiri ia boleh berkongsi dengan negara-negara yang membangun seperti Malaysia. Malaysia mempunyai Jawatankuasa Kebangsaan Mekanisme Pembangunan Bersih atau pun CDM tadi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar. Setakat ini kita dapati bahawa 33 projek yang berkaitan dengan pengeluaran seperti petroleum kelapa sawit dan lain-lainnya telah pun diluluskan dan disasarkan bahawa melalui 33 projek ini 2.2 juta tan karbon dioksida dapat dikurangkan. Di samping itu, melalui program CDM tadi, kita juga diberi bantuan teknikal dan karbon kredit atau pun imbuhan kewangan daripada negara-negara berkaitan dan 33 syarikat ini membawa keuntungan kepada negara sebanyak USD19.6 juta. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha untuk mengatasi fenomena pemanasan global. Adakah kementerian bercadang untuk mengenakan karbon tax atau karbon kredit terhadap industri-industri

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

tempatan supaya menggalakkan mereka mengurangkan penghasilan karbon di industri mereka. Kedua, dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan gas chlorofluorocarbon iaitu R22 dalam industri hawa dingin. Bagi penggantinya gas R134-A dan juga R407C, so apakah usaha yang dijalankan oleh kementerian untuk menggalakkan industri hawa dingin itu menggunakan kedua-dua gas ini untuk menggantikan gas R22. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang ada kerajaan menganjurkan berbagai-bagai insentif. Yang saya sebut tadi ialah seperti karbon kredit, yang lain-lainnya juga ada dibuat melalui berbagai-bagai kementerian yang lain. Merujuk kepada chlorofluorocarbon yang disebut tadi melalui protocol kita terikat untuk mengurangkan penggunaan chlorofluorocarbon ini di dalam penghawa dingin dan lainnya. Sasaran kita ialah pada tahun 2010 akan dihentikan dan akan diganti dengan bahan-bahan yang mesra alam. Terima kasih

Abdul Aziz bin Abdul KadirPKR · PRKetereh · question

6. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan :- (a) jumlah trip purata mingguan bas ekspres antara Kota Bharu- Kuala Lumpur sejak 2005 hingga sekarang; dan (b) jumlah saman yang telah dikeluarkan kepada pemandu bas ekspres bagi perjalanan Kota Bharu-Kuala Lumpur bagi tempoh yang sama.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat sembilan syarikat bas ekspres yang beroperasi di laluan Kota Bharu, Kuala Lumpur menggunakan sebanyak 157 buah bas ekspres. Sebuah bas ekspres lazimnya menjalankan sebanyak purata 30 trip seminggu. Memandangkan rekod bilangan lesen bas di buat secara accumulative iaitu mengikut jumlah terkumpul semasa, maka adalah sukar untuk mengetahui secara tepat purata trip bagi laluan berkenaan sejak tahun 2005. Pihak pengusaha bas juga menetapkan bilangan trip mengikut jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan. Ketika bilangan penumpang tidak ramai, pengusaha akan mengurangkan bilangan trip bagi menjimatkan kos mereka. Bahagian (b), berhubung jumlah saman yang dikeluarkan tentang pemandu bas ekspres untuk laluan Kota Baharu-Kuala Lumpur, LPKP tidak mempunyai maklumat tersebut kerana saman yang dikeluarkan oleh LPKP hanya terhadap syarikat bas ekspres atas kesalahan melanggar syarat lesen dan bukan terhadap pemandu bas. Walau bagaimanapun, daripada rekod saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan PDRM, atas pelbagai kesalahan yang melibatkan operasi bas ekspres bagi keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia, jumlah saman adalah seperti berikut:- Tahun Bil. Saman 2005 9,664 2006 9,223 2007 15,817 2008 sehingga Ogos 8,067 Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya berkaitan dengan nombor hotline yang tertera di belakang bas itu. Setakat ini, sejauh manakah ianya memberi kesan kepada keberkesanan bagi mengatasi salah laku pemandu? Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hotline yang diletak bukan sahaja di bas, di kenderaan-kenderaan awam yang lain, memang kita menjalankan dan apa-apa juga aduan yang kita dapat melalui talian tersebut kita akan mengambil tindakan serta-merta atau pun kita akan follow up dengan surat tunjuk sebab kepada mana-mana kenderaan yang kita mendapat laporan untuk kita mendapatkan penjelasan daripada aduan-aduan yang kita terima. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hampir setiap minggu balik ke Kota Bharu menggunakan bas ekspres ini. Ia juga digunakan oleh rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Tambang sebelum raya dahulu Kota Bharu-Kuala Lumpur, Kuala Lumpur-Kota Baharu adalah sebanyak RM30.50 sekarang RM40.50 Kerana surcharge. Minyak telah turun, jadi adakah kerajaan bercadang atau pun mengambil tindakan pro aktif untuk menurunkan harga tambang bas-bas ekspres ini bukan sahaja laluan Kota Bharu-Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara kerana memandangkan inilah jenis pengangkutan yang saya rasa mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat, walau pun sudah dua tiga kali saya jawab dalam Parlimen ini, dalam Dewan yang mulia ini mengenai kenaikan tambang bas. Saya ingin tegaskan di sini bahawa kenaikan harga minyak atau pun penurunan harga minyak tidak ada kaitan dengan tambang kenderaan awam kerana apabila harga minyak ini diumumkan harga minyak untuk pengangkutan awam tetap sama, RM1.43.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ertinya naiklah macam mana pun harga minyak, tetapi untuk pengangkutan awam, mereka tidak boleh naikkan tambang kerana kerajaan bagi subsidi di mana harga untuk minyak diesel sebagai contoh, tetap RM1.43 sama seperti harga sebelum diumumkan kenaikan. Oleh itu tuntutan yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha bas kalau kita tengok kenaikan tambang dibuat bukan kerana kenaikan harga minyak, tetapi kerana kos operasi mereka seperti harga tayar, harga bateri, insurans , ‘harlak’ tahun yang terakhir kita buat semakan tambang ialah pada tahun 2005. Ini sudah lebih tiga tahun, jadi sementara kita nak menilai dan memberikan pertimbangan di atas rayuan pengusaha bas yang minta 100%, oleh itu kerajaan meneruskan surcaj yang kita kenakan sebelum hari raya, kerana kajian yang kita buat sebelum ini tidak boleh dipakai disebabkan apabila bajet baru ini diumumkan, ada beberapa insentif telah diberi kepada pengusaha bas seperti road tax hanya RM20, tol diturunkan 50%. Jadi semua ini kita akan ambil kira dan kita rasa awal tahun depan, kemungkinan besar kenaikan harga tambang ini kita tidak boleh elakkan walaupun harga minyak turun kerana kos operasi mereka. Cara kita menilai ialah kita tidak mahu membebankan rakyat, kita faham rakyat miskin menggunakan bas. Dalam masa yang sama kita juga kena menimbangkan masalah pengusaha-pengusaha bas. Kalau mereka tidak mendapat keuntungan sudah tentu akhirnya rakyat yang susah keran mereka terpaksa menjual bas, mengurangkan trip dan tindakan-tindakan yang lebih teruk lagi pabila mereka tidak boleh membayar balik hutang bas yang dimohon daripada finance. Terima kasih.

Masir anak KujatPRS · BNSri Aman · question

7. Tuan Masir Anak Kujat [Sri Aman] minta Menteri Kemajuan, Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan Internet desa di kawasan luar bandar di Parlimen Sri Aman.

Tuan Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan telah

Tuan Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

meluluskan pembinaan sebuah medan Infodesa di Kampung Pangkat Setumbin di Sri Aman, Sarawak pada tahun ini dan projek ini sekarang di dalam proses di tenderkan. Kementerian akan memulakan pembinaan medan Infodesa ini sebaik saja urusan di atas yang saya sebutkan tadi pasal berkenaan dengan tender itu dapat diselesaikan.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Kampung Pangkat Setumbin bukanlah di kawasan Parlimen Sri Aman, ia adalah di kawasan Batang Lupar. Jadi saya mohon supaya kementerian dapat mencari atau melaksanakan projek Infodesa di kawasan saya sendiri, sebab saya telah menerima banyak permintaan untuk kampung-kampung yang mempunyai Program Gerakan Desa Wawasan kerana mereka mempunyai kemudahan yang sedia ada. Apakah pandangan kementerian? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil perhatian terhadap permintaan Yang Berhormat tadi. [Soalan no.8 – Y.B. Tuan R. Sivarasa (Subang) tidak hadir]

Siringan bin GubatUPKO · BNRanau · question

9. Datuk Siringan bin Gubat [Ranau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah surat beranak yang merupakan surat sumpah atau statuory declaration memadai dan tidak perlu mendapatkan surat beranak seperti sijil lahir asal.

Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan SallehTimbalan Menteri Dalam Negeri II

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Ahli Yang Berhormat Ranau yang mengemukakan pertanyaan, untuk makluman ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia surat sumpah atau dengan izin, statutory declaration tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai sijil lahir asal, ini adalah kerana setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan selaras dengan peruntukan Seksyen 7 Akta Pendaftaran, Kelahiran dan Kematian 1957 bagi Semenanjung Malaysia dan Seksyen 9 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah, bagi negeri Sabah dan seksyen 10 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak, bagi negeri Sarawak. Setiap kelahiran yang didaftarkan akan dikeluarkan dengan perakuan kelahiran atau sijil kelahiran oleh Pendaftar Besar Kelahiran, Kematian. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, hanya sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang diiktiraf dan sah di sisi undang-undang untuk semua urusan rasmi. Terima kasih

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, keadaan di Sabah ini banyak rakyat yang masih memegang surat sumpah sebagai sijil kelahiran. Bolehkah kementerian Yang Berhormat Menteri mengambil suatu tindakan untuk menyelesaikan masalah ini, misalnya tukar saja surat sumpah kepada sijil tarikh akhir yang sebenarnya. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Ranau yang mengemukakan soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, surat sumpah adalah suatu perakuan yang dibuat di bawah Akta Perakuan Berkanun 1960, ia tidak boleh dari segi undang-undang, untuk digantikan alternatif kepada sijil kelahiran, tetapi ia boleh membantu untuk pengeluaran sijil kelahiran. Sebagai contoh, jika seseorang itu lahir di negara kita dan kita mempunyai pelbagai bukti, tetapi oleh sebab dia tidak mendaftar dan dia memohon untuk mendaftar lewat bagi mendapatkan sijil kelahiran maka surat kelahiran ini boleh membantu sama ada dibuat oleh mereka yang dekat dengan orang yang berkenaan ataupun di Sarawak dia panggil Tuai Rumah di Rumah Panjang, dia boleh membantu untuk jabatan mengeluarkan sijil kelahiran, tetapi untuk menjadikan alternatif kepada sijil kelahiran undang-undang negara tidak membenarkan ia nya dibuat. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dari segi undang-undang kita tahu bahawa surat sumpah tidak mencukupi untuk mendapat sijil lahir yang asal, tetapi kerajaan sekarang telah menubuhkan satu task force untuk maslah ketidakadaan sijil lahir di seluruh negara. Soalan saya adalah, adakah task

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

force ini telah ditubuhkan dan setakat ini apakah inferensnya supaya dia dapat turun kepada ground untuk mengambil tindakan untuk mengatasi masalah kepada pihak-pihak yang tidak ada sijil lahir.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat, yang mengemukakan soalan tambahan. Untuk makluman Dewan yang mulia task force ataupun pasukan petugas khas ini sebenarnya baru ditubuhkan, telah pun ditubuhkan dan bukan saja prosesnya untuk membantu mereka-mereka yang tidak mempunyai sijil lahir, tetapi juga mereka yang disifatkan sebagai stateless maknanya orang yang tidak ada kewarganegaraan, mereka hanya dapat membuktikan mereka lahir di Malaysia maka baru semalam 15 hari bulan 11 yang lalu operasi untuk mengeluarkan green card atau kad hijau ini kepada mereka yang stateless bagi membantu mereka untuk menjalani kehidupan seperti biasa di negara kita. Berhubung dengan task force itu, masih terlalu awal untuk kita melaporkan pada Dewan yang mulia tentang hasil mereka tetapi task force ini telah pun ditubuhkan dan termasuk di Sabah dan Sarawak juga. Terima kasih.

Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka · question

10. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kedudukan projek pengurusan sisa pepejal negeri Melaka dengan memberikan butir-butir projek ini seperti kos projek, sistem yang akan digunakan, lokasinya dan bilakah projek ini akan dibina.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan surat niat bagi melantik juru perunding untuk tujuan kajian dan reka bentuk pembinaan sebuah tapak pelupusan sanitari di Sungai Udang, Melaka yang menggunakan keluaran sebanyak 32 ekar keluasannya. Tapak pelupusan sanitari ini di antara lain akan dilengkapkan dengan loji rawatan leachate, peralatan untuk menangani gas metana dan bahan lapisan bagi menahan leachate daripada keluar ke kawasan sekitar. Pembinaan tapak pelupusan ini dijangka mengambil masa lebih kurang dua tahun dan anggaran kos sebanyak RM30 juta bagi fasa pertama. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri memandangkan projek ini hanya akan dapat dibina selepas mungkin selepas dua tahun dan keadaan untuk meneruskan sisa pepejal di Melaka sudah sampai satu tahap yang amat genting.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Soalan saya ialah bilakah Kerajaan Negeri Melaka membuat permohonan untuk projek ini dan apakah sebab-sebab kelewatan kelulusan ini. Adakah kementerian sedar bahawa kedudukan keadaan di Melaka sudah sampai satu tahap yang amat genting untuk menguruskan sisa pepejal ini?

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan pertama, bilakah Kerajaan Negeri Melaka memohon untuk membangunkan projek ini, saya kurang pasti tetapi saya akan berikan jawapan kemudian. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tapak yang kita gunakan sekarang ini adalah di Krubong. Ia masih lagi boleh digunakan, kita menjangkakan ia boleh digunakan sehingga lebih kurang tiga tahun dari sekarang. Sebab itu bagi projek baru di Sungai Udang, insya-Allah dalam masa yang lebih kurang dua tahun, semua sisa pepejal akan dihantar di kawasan yang baru di Sungai Udang. Jadi tidak akan timbul masalah Yang Berhormat katakan tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Barisan Nasional sedar bahawa masalah yang timbul di Melaka ini apabila seluruh Negeri Melaka dianggap sebagai satu bandar bersejarah, maka segala sisa pepejal termasuk di kampung telah pun dihantar ke satu kawasan. Dahulunya hanya di bandar sahaja yang

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

mengambil lebih kurang 905 tan sehari, tetapi hari ini sudah meningkat sehingga 1620 tan sehari. Sebab itulah ianya amat tertekan bagi kawasan yang lama ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya kira sistem yang digunakan sekarang ini ialah masih digunakan sistem landfill ya Yang Berhormat. Kita tahu Tuan Yang di- Pertua, sistem landfill ini sudah lapuk dan ia menggunakan kawasan yang besar. Saya ingin bertanya kepada menteri sama ada kerajaan ataupun kementerian sedar bahawa sekarang ini ada setengah negara yang telah berpindah daripada landfill kepada incineration. Sekarang ini ada teknologi yang menggunakan recycling di mana sisa pepejal ini terdiri daripada dua bahagian iaitu organic dan non-organic. Saya sendiri telah melihat satu teknologi yang digunakan di mana sisa pepejal ini dicycle. Yang organicnya di kitar sebagai baja dan dijual ke luar negara dan non-organic itu dicycle menjadi bahan binaan. Sama ada kerajaan atau kementerian sedar sama ada sekarang ini masalah landfill ini menjadi satu masalah non-ending. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat bahawa sistem sanitary landfill yang kita gunakan buat masa ini akan kita sentiasa gunakan sekarang ini kerana apa Yang Berhormat maksudkan bukan sanitary landfill kelas pertama tetapi dumping site.. Dumping site, sisa pepejal hanya dibuangkan begitu sahaja tanpa menggunakan treatment yang benar, yang betul. Sebab itu kita beranggapan seolah-olah sanitary landfill itu adalah sesuatu yang tidak baik. Walau bagaimanapun, saya hendak bagi tahu, bukan kita tidak mahu gunakan incinerator. Kos operasi apabila kita gunakan incinerator agak tinggi kerana daripada kajian yang kita buat, kelembapan sisa pepejal yang ada dalam negara kita ini agak tinggi peratusannya. Maka sebab itu apabila kita hendak membakar melalui incinerator ini, kita akan menggunakan bahan api yang begitu tinggi. Kosnya akan bertambah. Contohnya kalau di Melaka, kalau kita anggarkan hari ini buangan di sanitary landfill kosnya hanya lebih kurang RM30 satu tan, manakala kalau kita hendak bakarkan, cuba kita bandingkan hendak bakar satu tan sisa pepejal dalam negara kita mungkin memakan perbelanjaan lebih daripada RM100. Sebab itu kita telah membuat kajian dan buat masa ini kita masih lagi menggunakan sanitary landfill sebagai teknologi yang masih lagi boleh digunakan. Sekian terima kasih.

Abdul Rahman bin BakriUMNO · BNSabak Bernam · question

11. Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan gred ataupun pangkat secara automatik kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah khidmat cemerlang sebanyak dua kali.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat di atas persoalan itu. Urusan kenaikan pangkat bagi guru-guru di Kementerian Pelajaran adalah dilaksanakan berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Kenaikan pangkat seperti mana yang telah disepakati bersama dengan kenaikan pangkat perkhidmatan awam. Pada masa ini tidak ada dasar untuk memberi kenaikan pangkat secara automatik kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak dua kali secara berturut-turut. Walau bagaimanapun, pencapaian cemerlang guru ini berdasarkan kepada prestasi anugerah perkhidmatan cemerlang tersebut merupakan salah satu kelebihan dalam urusan yang melibatkan kenaikan pangkat seseorang guru itu. Kita mempunyai tiga kaedah naik pangkat, yang pertama ialah kaedah secara time based, promotion yang tidak dimiliki oleh mana-mana perkhidmatan awam yang lain. Yang keduanya adalah melalui kaedah fast track guru cemerlang iaitu melalui KUP khas untuk penyandang dan yang ketiga ialah kenaikan pangkat secara hakiki.

Tuan Abd. Rahman BakriUMNO · BNSabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Memartabatkan profesion perguruan adalah teras kelima Pelan Induk Pendidikan Nasional atau PIPP dan setiap pengiktirafan terhadap golongan guru dilihat sebagai balasan ke atas pengorbanan besar daripada golongan itu sendiri. Jadi soalan tambahan saya ialah apakah strategi-strategi jangka panjang dalam memberi intensif kepada guru dalam

Tuan Abd. Rahman BakriUMNO · BNSabak Bernam

mempertingkatkan perkhidmatan mereka. Mengapa masih ada kekosongan jawatan guru besar dan pengetua yang agak besar iaitu 780 jawatan yang masih kosong di seluruh negara yang dilihat boleh membantut pelaksanaan PIPP itu sendiri. Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi kekosongan jawatan tersebut dan adakah tidak boleh guru-guru yang mendapat lebih dua kali khidmat cemerlang ini diserapkan sahaja ke jawatan tersebut untuk mengisi kekosongan tersebut, terima kasih.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat di atas pandangan dan cadangan itu. Meskipun begitu, kita ada kaedah kita sendiri. Sebentar tadi Yang Berhormat sebut tentang memartabatkan profesion perguruan di antara salah satu perancangan strategik PIPP atau Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Memang ini adalah satu perkara yang kita berikan perhatian, malah pindaan rang undang-undang 2008 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Ogos yang lalu memberi laluan kepada kenaikan pangkat pensyarah-pensyarah di IPG, Institusi Pendidikan Guru daripada DG41 kepada DG44, kemudian DG48 dan DG52/DG54. Ini adalah merupakan satu keberuntungan kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Selain daripada itu juga, keberuntungan dimiliki oleh pensyarah-pensyarah kolej matrikulasi dan juga di Institut Aminuddin Baki. Di samping itu juga untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 32,234 jawatan kenaikan pangkat untuk kumpulan Pegawai Perkhidmatan Siswazah dan Bukan Siswazah telah diwujudkan di seluruh negara berdasarkan kepada anggaran belanja mengurus bagi 2009. Tadi telah disebut oleh Yang Berhormat berhubung dengan beberapa jawatan yang masih belum diisi. Kita sedari tentang permasalahan ini dan Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Sumber Manusia senantiasa prihatin tentang masalah-masalah ini dan kita akan berusaha untuk mengatasinya dengan kadar yang segera jua.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya sebab kualiti sekolah kita adalah amat bergantung kepada kualiti guru yang masuk dalam sekolah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menarik penuntut graduan-graduan yang bermutu untuk memasuki dalam bidang perguruan dan bukannya hanya menarik ramai graduan-graduan yang tidak dapat mencari kerja di luar dan hanya dapat masuk dalam bidang perguruan. So, kita harap mutu penuntut yang masuk dalam bidang perguruan ini akan ditingkatkan supaya kualiti yang diberikan kepada murid-murid kita akan meningkat. Terima kasih.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita ada satu kaedah saringan ataupun screening yang begitu sistematik untuk kita memilih calon-calon guru sebelum masuk ke IPG, Institut Pendidikan Guru. Kita ada M-test, kita ada temu duga secara berkelompok, temu duga secara berseorangan dan juga bersandarkan kepada keaktifan dalam ko-kurikulum dan juga pencapaian akademik mereka.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Contohnya ialah pengambilan untuk guru-guru yang akan masuk IPG lulusan SPM baru-baru ini seramai lebih kurang 108,000 orang yang memohon dan kita cuma terima kira-kira 5,000 sahaja melalui proses saringan yang begitu ketat selain daripada tempoh latihan memakan masa lima tahun setengah. Ini adalah merupakan satu kaedah pemprosesan yang begitu sistematik yang dilakukan oleh IPG dan mereka yang keluar daripada IPG akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Selain daripada itu juga ialah kita telah mengadakan program-program yang disebut sebagai latihan-latihan dalam perkhidmatan CPD (Continuous Professional Development) kepada guru-guru dalam perkhidmatan mereka. Ini kita mengadakan menyediakan satu peruntukan yang agak besar bukan sekadar menghantar mengikuti kursus dalam negara malah ke luar negara. Malah baru-baru ini kita ada kerjasama join effort kerjasama dengan High Commissioner Australia di mana kita menghantar guru-guru sekolah cluster ke Australia dalam projek apa yang disebut sebagai Sister School Project. Yang mendedahkan guru- guru kita kepada senario pendidikan di Australia kemudian guru-guru daripada Australia

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

akan datang berkunjung dan memerhatikan aktiviti pendidikan di tempat kita. Ini adalah usaha-usaha untuk kita memartabatkan kerjaya dan profesion perguruan. Terima kasih.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

12. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) pecahan aduan polis yang diterima daripada orang awam bagi tahun 2006, 2007 dan 208 dan yang berjaya disiasat/diselesaikan (termasuk didakwa di mahkamah), tertangguh dan ditolak; dan (b) berapa aduan tahun 2005 dan sebelumnya yang tertangguh serta sebab-sebab tertangguh.

Dato’ Wan Ahmad bin Dato’ Wan SallehTimbalan Menteri Dalam Negeri II

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia sebanyak 196,780 aduan diterima daripada orang awam pada tahun 2006. Daripada jumlah tersebut sebanyak 64,016 aduan atau 32.53% berjaya diselesaikan. Bagi tahun 2007 sebanyak 209,559 aduan telah diterima daripada orang awam dan daripada jumlah tersebut sebanyak 82,270 aduan atau 39.26% berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Manakala bagi tempoh bulan Januari hingga bulan Julai tahun 2008 sebanyak 124,044 aduan telah diterima daripada orang awam. Daripada jumlah tersebut sebanyak 52,306 aduan atau 42.17% telah berjaya diselesaikan oleh pihak polis. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Dewan yang mulia dan Ahli Yang Berhormat jumlah aduan yang diterima daripada orang awam pada tahun 2005 dan sebelumnya yang masih tertangguh adalah sebanyak 81,176 kes. Di antara punca atau sebab aduan-aduan tersebut masih tertangguh adalah contohnya pengadu tidak berminat atau enggan meneruskan kes, pengadu tidak dapat dikesan, saksi-saksi kes tidak dapat ditemui dan ketiadaan petunjuk yang boleh membantu penyiasatan kes. Terima kasih.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah halangan yang terbesar yang dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat aduan-aduan orang ramai dan apakah ianya tidak mencukupi anggota-anggota penyiasatan? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa barangkali ada kes aduan yang diambil bertahun-tahun untuk menyiasat sehingga barang kes hilang. Ini akan tidak mendapat membuktikan kes itu jenayah itu dan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini? Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua justice delay is justice deny. Minta penjelasan.

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Bintang yang mengemukakan pertanyaan tambahan. Justice delayed is justice denied tetapi justice hurried is justice buried dalam masa yang sama. Oleh itu di antara faktor yang melengahkan kes seperti mana yang dinyatakan oleh jawapan saya yang asal tadi iaitu kita mempunyai masalah dengan pengadu yang tidak dapat ditemui. Namun ada juga keadaannya tidak semua aduan-aduan kepada polis itu berbentuk jenayah. Antaranya jika aduan A berhutang dengan B, A tidak mahu bayar B lapor pada polis. Ianya tidak berbentuk jenayah tetapi termasuk juga dalam statistik aduan kepada polis. Maka oleh sebab itu kita mempunyai pelbagai cara untuk mengatasi masalah aduan-aduan yang mempunyai elemen-elemen jenayah. Antaranya menghantar pegawai- pegawai kita ke luar negara untuk mempelajari berhubung dengan soal-soal forensik. Sekarang ini orang bercakap soal forensic accounting maka bahagian jenayah perdagangan kita turut mempelajari konsep dan pendekatan forensic accounting ini ataupun memperkemaskan kelengkapan-kelengkapan kita. Semuanya diambil untuk mengatasi masalah jenayah menyelesaikan kes-kes jenayah.

Berhubung dengan kekurangan anggota, pihak polis sedang berusaha untuk mempertingkatkan jumlah anggota bagi memantapkan perang terhadap jenayah. Berhubung dengan maklumat yang dilaporkan tentang kehilangan barang-barang kes pihak polis menyedari hakikat ini dan tindakan telah pun diambil ke atas mereka yang cuai dalam menjalankan tugas mereka untuk menjaga barang-barang kes tersebut. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah tentang aduan ini ada juga aduan-aduan yang dibuat yang berbentuk fitnah ataupun yang berbentuk tuduhan liar dan sebagainya. Siapakah yang sebenarnya yang menentukan supaya aduan ini disiasat ataupun tidak? Apakah OCPD dan sebagainya mempunyai kuasa ataupun dia memilih berdasarkan kepada aduan-aduan tertentu yang mana dia merasakan bahawa dia ada kepentingan untuk disiasat kes tersebut. Sebab saya dapati banyak orang membuat aduan tetapi tidak disiasat. Akan tetapi bila ada sesuatu aduan yang melibatkan orang tertentu hari ini dikemukakan aduan malam itu sudah mula siasat. Jadi tidakkah timbul berat sebelah dalam persoalan ini, saya ingin penjelasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Batu Pahat undang-undang telah dipinda bagi membolehkan pengadu menanyakan kepada polis tentang status aduan yang telah dibuat. Maka pihak polis telah menyediakan borang yang tertentu bagi membolehkan pengadu menanya tentang status aduan yang dibuat oleh pengadu. Maka sebab itu jika sekiranya adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mengemukakan status siasatan terhadap aduan yang dibuat. Kalau polis tidak membuat laporan tentang status itu dalam tempoh-tempoh tertentu maka ia menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang tersebut. Maka jika sekiranya mana-mana pengadu yang merasakan bahawa aduannya tidak diambil kira tidak disiasat oleh pihak polis maka boleh menggunakan peruntukan ini bagi membolehkan aduan dibuat. Terima kasih.

Ismail bin Kasim (Chu)UMNO · BNArau · question

13. Dato' Ismail Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan yang dicapai setakat ini menerusi penggunaan inisiatif kewangan swasta ataupun Private Finance Initiative (PFI) bagi projek-projek yang dicadangkan dalam menggunakan konsep ini dalam RMK-9 yang lepas.

Tuan S.K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih pada Yang Berhormat daripada Arau. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat pelaksanaan projek-projek pembangunan melalui kaedah PFI dengan izin Private Finance Initiative bukanlah satu perkara baru. Sebelum ini banyak projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan di mana sektor swasta dipertanggungjawab untuk membangunkan aset kerajaan dan bayaran sewa pajakan diterima oleh mereka untuk tempoh masa yang panjang melalui kaedah built, lease, transfer dengan izin. Contohnya dalam konsep pembangunan Putrajaya. Walau bagaimanapun pelaksanaannya lebih tertumpu kepada aspek pembinaan semata-mata di mana bayaran sewa pajakan berkenaan adalah bersifat bayaran tertangguh deferred payment dengan izin yang bersamaan dengan jumlah kos pembangunan aset berkenaan. Pada masa ini untuk makluman Yang Berhormat pendekatan PFI agak berbeza. Bukan sahaja daripada aspek pembinaan tetapi penekanan akan juga diberi kepada aspek penjagaan dan penyelenggaraan aset sepanjang tempoh konsesi. Tahap perkhidmatan yang diberikan serta inovasi dan kecekapan pengurusan pihak swasta di mana bayaran kepada syarikat akan dibuat selaras dengan tahap kualiti dan masa perkhidmatan diberikan. Penalti dikenakan sekiranya tahap perkhidmatan tidak menepati sasaran yang ditetapkan dengan izin holistic approach dalam konteks penswastaan. Elemen-elemen baru dalam pendekatan PFI memerlukan tempoh penyesuaian dalam iklim perniagaan Malaysia.

Tuan S.K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kerajaan akan mengambil kira kekangan masalah yang dihadapi oleh pihak syarikat dalam merundingkan perjanjian konsesi. Kerajaan berhasrat supaya penambah

Tuan S.K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

baikkan terhadap perlaksanaan projek melalui kaedah PFI dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pada akhirnya kerajaan hanya perlu membuat bayaran berdasarkan kepada penggunaan sahaja. Usage based dengan izin. Sementara semua risiko dari segi pembangunan aset akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah berakhir. [Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.23 [Jadual] – Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya menjemput seorang untuk berhujah, suka ingatkan bahawa sudah ramai Ahli Yang Berhormat yang turut berbahas dalam kementerian ini di peringkat Jawatankuasa. Kita sekarang ini telah off target daripada senarai menteri-menteri yang akan kita jawab. Jadi saya mahu kalau boleh menteri menggulung pada jam 2.30 petang nanti. Kelmarin saya panggil daripada Barisan Nasional iaitu daripada Yang Berhormat Parit. Sekarang ini saya panggil daripada pembangkang. Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya akan cuba mengambil masa yang singkat sahaja. Saya ingin menyentuh kepada butiran mengenai JPS. Masalah banjir di Pulau Pinang telah bertambah serius mengikut masa. Ini menunjukkan bahawa Jabatan Alam Sekitar ini seolah-olahnya tidak memainkan peranan yang sepatutnya kerana peranannya ialah untuk memastikan bahawa pembangunan tidak juga membawa bencana-bencana seperti ini iaitu banjir. Tapi perancangan yang tidak bestari yang menyebabkan banyak banjir berlaku. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Banjir ini berlaku di kampung baru, di kampung, di taman-taman. Jadi tidak ada sesiapa, tidak kira kaum pun akan menjadi mangsa kepada banjir kilat ini. Jadi masalah ini

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

tidak mengira bangsa dan ia harusnya diselesaikan secepat mungkin. Kalau tidak ia bukan sahaja menyulitkan rakyat yang menyokong mana-mana parti politik tapi ia juga akan membantutkan pembangunan di Pulau Pinang sekiranya banjir itu di Pulau Pinang. Tapi sekiranya pembangunan Pulau Pinang dijejaskan dia akan menjejaskan pembangunan seluruh negara juga. Tapi banjir ini bukan berlaku di Pulau Pinang sahaja. Ia berlaku di merata-rata tempat, di semua negeri. Ini menunjukkan kelemahan kementerian ini dan juga Kerajaan Barisan Nasional kerana selama ini negara ini dipimpin di bawah Barisan Nasional dan ia sekarang menyebabkan masalah yang begitu besar. Siapa yang hendak bahas, sila bangun ya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Boleh minta laluan?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti ya. Nanti saya habis ini ya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tadi minta saya bangun.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya ada permintaan supaya meminta memberikan peruntukan untuk melaksanakan program-program tebatan banjir di Pulau Pinang iaitu fasa dua Sungai Junjung yang dijangka akan memerlukan peruntukan RM125 juta. Fasa dua Sungai Pinang yang juga memerlukan peruntukan RM125 juta. Program tebatan banjir di Sungai Juru ini khasnya di Bukit Mertajam, Sungai Rambai yang memerlukan RM300 juta. Ini masalah di kawasan Sungai Juru, di kawasan Bukit Mertajam telah selama 20 tahun dan beberapa kali Kerajaan Barisan Nasional mengatakan setiap kali pilihan raya mengatakan, menjanjikan bahawa akan menyelesaikan masalah ini. Tapi masalah ini menjadi semakin serius. Ia bukan sahaja tidak mengatasi tapi semakin serius. Projek tebatan banjir di Bayan Baru, Cyber City memerlukan RM30 juta, Bukit Panchor, Jawi memerlukan RM30 juta juga. Di Bukit Tambun, Kampung Ketupat ia memerlukan RM20 juta, di Kampung ..... ia memerlukan RM20 juta. Jadi jumlahnya RM970 juta. Walaupun ini merupakan seolah-olahnya satu jumlah yang besar tetapi kita menghantar seorang angkasawan ke angkasa kita juga membelanjakan seperti ini. Jadi bukan kita tidak ada peruntukan, bukan kita tidak ada duit tapi duit kita dibelanjakan di mana? Saya rasa ini adalah satu masalah yang betul-betul menyulitkan ramai rakyat dan sekiranya Barisan Nasional ini merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang menjaga kebajikan rakyatnya dia patut mengutamakan penyelesaian masalah ini. Ya Yang Berhormat Batu Pahat, apa hendak tanya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bangun Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi dia bangun. Saya kata saya akan bagi dia. Banjir bukan sahaja berlaku di Bukit Mertajam ataupun di Permatang Pauh tapi di Kepala Batas juga. Di kawasan-kawasan UMNO juga seperti di Bayan Lepas, UMNO punya tempat. Kampung Nelayan, Kampung Masjid, Kampung Padang, Kampung Bukit, Kampung Seronok, Kampung Binjai. Ini semua orang kampung, Melayu. Jadi ini apa yang saya hendak katakan ialah ini masalah yang cut across. Semua parti politik dan rakyat berhak untuk menuntut supaya masalah ini diselesaikan kerana mereka membayar cukai juga kerana kerajaan tanggungjawabnya ialah untuk menjaga kebajikan rakyat. Jadi saya memohon supaya peruntukan-peruntukan ini boleh dipercepatkan supaya masalah ini boleh diselesaikan untuk menunjukkan bahawa Barisan Nasional ini betul-betul sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Sekiranya tidak, ini hanya untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sebuah kerajaan yang berkesan. Ia merupakan sebuah kerajaan yang melambat-lambatkan projek-projek yang penting yang tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat. Itu sahaja, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud P.23 iaitu Butiran 02301 iaitu projek e-tanah. Di sini saya ingin menarik usaha pihak kerajaan dalam merancangkan program e-tanah ini merupakan antara usaha yang baik bagi

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

menjayakan program e-kerajaan ataupun e-Government. Jadi e-tanah ini adalah di antara strategi yang menambah baik sistem pentadbiran tanah untuk menuju ke arah pemodenan pejabat tanah yang selama ini kita kenal pasti terlalu banyak permasalahan yang timbul. Disebabkan projek e-tanah itu merupakan satu approach baru dengan izin Tuan Pengerusi, yang dapat mengatasi kepincangan pentadbiran tanah yang amat diharapkan kerana sistem ini dapat membantu mengatasi masalah dari segi teknologi struktur dan juga tenaga manusia di pejabat-pejabat tanah ini kerana kita berharap ianya akan memberi penambah baikkan dalam menyampaikan perkhidmatan pentadbiran tanah di seluruh Semenanjung, Sabah dan Serawak dengan menggunakan ICT secara lebih bersepadu.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Walaupun pihak Kabinet telah meluluskan peruntukan sebanyak RM480 juta bagi membangunkan sistem ini secara berperingkat di semua negeri dan ia diputuskan selepas melihat kejayaan yang telah dicapai oleh Pulau Pinang, membabitkan kos sekitar RM60 juta. Cuma yang kita minta di sini, oleh kerana banyak kerenah birokrasi yang berlaku kerana selain daripada sistem yang baik kita, harus juga mempunyai kakitangan-kakitangan yang cekap dalam mengendalikan urusan ini. Saya difahamkan apa yang berlaku di Pejabat Tanah Pulau Pinang baru-baru ini, sebelum kita menggunakan e-Tanah ini, proses dapat dibuat lebih daripada 60 hingga 70 pemprosesan sehari dan selepas kita menggunakan e-Tanah, proses itu berkurangan 20 hingga 30 kes sahaja yang dapat diselesaikan oleh Pejabat Tanah di Pulau Pinang. Rungutan yang diterima oleh pengguna-pengguna sistem ini berhubung dengan system down yang menyebabkan workload yang bertimbun dan menunggu masa yang agak panjang sehingga di kalangan pelanggan-pelanggan yang terpaksa datang seawal 4.30 pagi bagi mendapatkan nombor giliran untuk menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan. Jadi, kita pohon dengan peruntukan yang besar yang disediakan oleh pihak kerajaan, bagaimanakah kerajaan dapat menangani perkara ini dengan lebih cepat, cekap, telus dan berintegriti. Tuan Pengerusi, yang keduanya saya ingin menarik perhatian pihak kementerian iaitu berhubung dengan masalah penghakisan pantai. Mengenai masalah hakisan pantai ini, adakah pihak JPS mempunyai perancangan jangka panjang untuk menggantikan balik kadar hakisan yang terhakis memandangkan kedudukan negara kita yang dikelilingi lautan ini. Adakah kita mempunyai langkah-langkah tertentu iaitu langkah-langkah jangka panjang untuk kita mengganti balik kawasan yang telah terhakis secara semula jadi. Menyentuh pula tentang tebatan banjir, dari segi dasar yang diamalkan JPS sekarang iaitu “Satu Sungai Satu Negeri”, jadi apakah perancangan masa depan dalam usaha bagi memastikan Integrated River Basin Management (IRBM) ini dapat berjalan dengan baik seperti mana yang kita lihat kesannya di negara-negara maju keadaan pengurusan sungainya berada dalam keadaan yang sungguh cekap dan membanggakan dari segi pelaksanaan alam sekitar dan sebagainya. Kemudian saya mohon pihak kementerian mempertimbangkan juga seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam seolah-olah kita tidak buat tindakan-tindakan segera kerana peruntukan tebatan banjir ini besar. Akan tetapi saya bangkitkan di Kedah misalnya sekarang ini kawasan-kawasan yang dianggap apabila mengalami banjir ia lambat surut seperti di Kubang Pasu, Pendang, Yan, termasuk Pokok Sena yang kita lihat perlu diberi...

Sudah siap?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sudah siap. Alhamdulillah. Perlu diberi perhatian yang segera sama ada dilaksanakan di bawah NCER dan juga JPS.

Pendang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sekejap. Saya hendak bercakap. Sekejap lagi boleh cakap, Yang Berhormat Pendang. Kemudiannya yang kedua berkaitan dengan pelupusan sampah yang ada kaitan dengan alam sekitar. Saya mahu pihak kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah yang lebih holistik supaya kita mengambil contoh

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Singapura yang sudah ada incinerator yang bukan sahaja dapat mengeluarkan electricity tetapi mengawal gas-gas asli yang dapat di generate dari tapak-tapak pelupusan sampah ini. Jadi, apakah langkah yang kita ambil sekarang ini kerana saya lihat dari segi alam sekitar ia telah dapat diatasi dengan kadar yang segera. Jadi, bagi landfill-landfill yang ada di seluruh negara ini apakah kita masih lagi tidak melaksanakan kaedah-kaedah yang lebih saintifik dalam menjaga kedudukan alam sekitar. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Butiran 060200 adalah dirujuk. Komitmen dari pihak kementerian untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih, selamat, sihat, produktif dan tidak dicemari amat dihargai kerana alam ini merupakan anugerah kita terhadap anak-anak cucu kita dan generasi akan datang. Keprihatinan pihak kementerian berkenaan pembangunan lestari mesti diterjemahkan dalam bentuk keputusan-keputusan yang tegas dan komited. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkenaan tindakan Jabatan Alam Sekitar Pahang yang telah meluluskan lesen kepada Lynas Corporation Malaysia Sdn. Bhd. untuk membina satu Advanced Material Plant dengan izin Tuan Pengerusi di Pusat Industri Gebeng di Kuantan pada awal tahun ini. Tuan Pengerusi, Lynas Corporation Ltd. merupakan syarikat asing yang melaburkan RM1 bilion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproses lanthanide iaitu nama saintifik bagi rare earth di Gebeng, Kuantan. Kawasan yang seluas lebih daripada 100 hektar di kawasan perindustrian Gebeng, di peringkat permulaan sudah pun dikenal pasti di mana operasinya akan bermula pada September 2009. Lanthanide digunakan sebagai pemangkin untuk pembuatan mentol lampu jimat tenaga serta bateri kering. Ia juga digunakan dalam pemprosesan banyak lagi produk teknologi moden. Bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas Corporation Ltd di Pergunungan Weld iaitu Mount Weld di New South Wales, Australia sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 bilion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama. Saya ingin membawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini bahawa elemen- elemen rare earth ini sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah mahupun sederhana. Oleh kerana itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya. Ini secara jelas menunjukkan bahawa operasi pemprosesan rare earth ini, Tuan Pengerusi melibatkan penggunaan serta penghasilan sisa radioaktif. Di negara China dan India, proses seperti ini begitu terkawal aktivitinya. Walau bagaimanapun negara China sudah mula memberhentikan industri berbahaya ini dengan cara memperketat regulasi yang secara tidak langsung memaksa keluar industri ini keluar industri ini dari negara mereka. Tujuannya bagi menjamin alam sekitar yang sihat kepada penduduknya. Proses seperti ini memerlukan satu sistem pengurusan yang rapi khususnya pengurusan sisa radio aktif termasuk urusan penyimpanan sisa buangan serta pengangkutannya. Malah lampu kalimantang yang sudah tidak digunakan lagipun termasuk dalam kategori sisa buangan terjadual di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar iaitu Sisa Buangan Terjadual 1989 dan perlu dilupuskan mengikut prosedur bagi menjamin keselamatan dan kesihatan masyarakat serta alam sekitar. Persoalannya Tuan Pengerusi, mengapa Lynas Corporation Ltd sendiri yang sebelum ini beroperasi di negera China terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ini? Kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru? Kenapa mereka terpaksa keluar dari negara China? Kenapa Lynas Corporation Ltd juga enggan membuat pemprosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia? Kenapa, Tuan Pengerusi? Kita kena tanya hal ini. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini di negara kita? Kenapa negeri Terengganu juga telah menolak untuk diadakan projek ini di Teluk Kalong,

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Kemaman, Terengganu pada Julai 2007 iaitu selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklum balas dari NGO-NGO? Akan tetapi pada 24 Ogos 2007, MIDA pula telah mengenal pasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan. Malangnya Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek ini. Walaupun pihak berkuasa sentiasa mendakwa bahawa mereka sentiasa mengawasi dan memantau operasi industri seperti ini, akan tetapi sejarah hitam industri pemprosesan rare earth di Malaysia telah pun berlaku sekitar awal 1990-an di Bukit Merah, Perak. Syarikat usaha sama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemprosesan rare earth mesra alam telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Lebih buruk lagi di dalam kes Bukit Merah, sisa buangan yang bersifat radioaktif itu telah dihebahkan kepada penduduk untuk diambil sebagai baja sebagai langkah pelupusan mudah. Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit. Setelah dengan harga yang cukup mahal iaitu nyawa dan kesihatan. Tuan Pengerusi, menjadi lumrah syarikat seperti itu menjanjikan bahawa keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Apa yang sering terjadi ialah setelah sedikit lama beroperasi, kemungkinan kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga mungkin tidak lagi menjadi keutamaan.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Minta maaf saya hendak habiskan. Sisa- sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar. Kita sudah ada precedence dengan izin Tuan Pengerusi, timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah, Perak di dalam industri yang sama. Tambahan pula di negara kita ini, kita punyai masalah dengan penguatkuasaan. Kita tidak ada masalah dengan undang-undang tetapi kita ada masalah dengan penguatkuasaan. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah hendak buat penguatkuasaan. Saya khuatir, bagaimanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes sisa buangan radioaktif ini. Bagaimana pula sekiranya ada leakage ataupun kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan? Bukankah ianya akan mencemarkan Sungai Balok dan kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan di Laut China Selatan. Kuantan merupakan pangkalan penangkapan ikan yang terbesar di dalam negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke pasar borong di Selayang yang kemudiannya dihantar ke seluruh pasar-pasar dan ke restoran-restoran di seluruh negara untuk dijadikan hidangan rakyat Malaysia. Insiden-insiden kes rasuah yang tinggi juga merupakan masalah yang kita hadapi, di mana ianya menambahkan kekhuatiran rakyat berkenaan penguatkuasaan berkesan. Memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa kepada pihak kementerian khususnya kepada Ketua Pengarah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, supaya diarahkan diadakan satu Detailed Environmental Impact Analysis, satu DEIA. Walaupun ini tidak merupakan syarat untuk meluluskan projek ini, saya menggesa supaya diadakan satu DEIA yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklum balas. Walaupun projek ini saya tahu sudah pun diluluskan, tetapi belum terlambat bagi kita untuk membuat sesuatu. To be doubly sure Tuan Pengerusi dengan izin, tidak rugi sekiranya pihak kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi-bayi di dalam

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

kandungan, dan anak-anak kita di masa hadapan yang terancang tidak boleh kita pergadaikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan peluang untuk Labuan berbahas dalam Jawatankuasa ini. Saya akan fokus kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, Butiran 080000, 080100. Apa yang saya akan bentangkan adalah masalah-masalah pengairan dan saliran di Labuan, yang mana pada tahun ini pertama kali Labuan menghadapi banjir besar. Walaupun cuma sekejap iaitu memakan masa dalam satu, dua hari sudah clear. Akan tetapi seperti mana yang kita maklum, Labuan adalah terdiri daripada sebuah pulau yang begitu kecil. Kebiasaannya mengikut teori, pulau tidak seharusnya mengalami masalah banjir sekiranya sistem perparitan dan pengairannya cukup dijaga. Sebenarnya Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membuat sistem saliran di Pulau Labuan yang begitu indah. Malangnya, maintenance ataupun penyelenggaraan kurang begitu bagus sehinggakan rumput-rumput tebal tumbuh di parit-parit dan juga di sungai-sungai kecil di Labuan yang menyebabkan bulan lalu Labuan mengalami banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Bayangkan sebuah pulau yang kecil itu banjir pun sampai dadalah istilahnya. Saya sendiri yang melihat kawasan tersebut dan ini adalah kalau kita lihat kelemahan daripada sistem penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Apabila kita tanya masalahnya kurang peruntukan. Saya rasa ini adalah satu perkara yang mustahil, yang mana Labuan telah pun diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang mana sekurang-kurangnya peruntukan yang cukup harus disalurkan kepada Pulau Labuan itu sendiri. Di harapkan kementerian dapatlah menambah peruntukan untuk perbelanjaan tahun 2009 demi untuk mengelakkan masalah banjir di pulau yang kita sayang ini. Kedua adalah mengenai hakisan. Seperti mana yang kita lihat Pulau Labuan juga adalah berhadapan dengan masalah hakisan yang mana 50% daripada shoreline dengan izin Pulau Labuan adalah berhadapan dengan Laut China Selatan. Di sinilah terletaknya masalah-masalah hakisan yang begitu ketara. Walaupun saya rasa hampir 40% telah pun dilaksanakan untuk mengelakkan masalah hakisan tetapi seperti mana yang kita lihat setiap tahun terutamanya musim tengkujuh, sekarang inilah bulan November hingga Februari tahun depan kita akan menghadapi masalah angin kuat, ribut dan sebagainya. Jadi apa yang kita lihat sekarang masalah ini berterusan, dan apakah langkah- langkah kementerian untuk memberikan peruntukan tambahan sekali gus mengelakkan atau mengurangkan masalah hakisan di Labuan itu sendiri. Seperti mana yang kita sedia maklum, kementerian atau Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun mencipta satu apa yang dikatakan Labuan Block yang mana ini adalah bongkah yang dicipta untuk dijadikan sebagai breakwater dengan izin untuk mengurangkan masalah hakisan. Setakat manakah kesan ataupun Labuan Block ini berkesan dan berfungsi sebagai bongkah untuk menghalang ombak terutamanya di seluruh Malaysia bukan sahaja di Labuan. Biasanya yang bermasalah ini adalah pantai timur Semenanjung seperti di Terengganu, Kelantan. Adakah Labuan Block ini berkesan untuk dijadikan sebagai satu pemecah ombak. Setakat ini kita cuma mengatakan Labuan Block adalah satu design yang bagus tetapi adakah ia proven design. Sampai saat ini belum dapat kita lihat yang Labuan Block ini dapat mengatasi masalah-masalah terutamanya di pantai-pantai di bahagian Pantai Timur Semenanjung. Ketiga ialah mengenai masalah taman-taman laut iaitu Butiran 090000 di bawah jagaan Jabatan Taman Laut. Labuan juga sudah pun diiktiraf sebagai pulau taman laut iaitu tiga pulau yang diiktiraf iaitu Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil. Seperti mana yang kita maklum di Labuan juga tidak ketinggalan dengan masalah- masalah pendatang tanpa izin. Jadi di sini apa yang kita lihat sebahagian daripada

pendatang tanpa izin tinggal di pulau-pulau tersebut yang mana kadang-kadang secara tidak langsung dapat mencemarkan taman laut yang sudah pun diwartakan di sini. Ini kerana kadangkala ada waktunya mereka ini membuat kegiatan penangkapan ikan secara bom ikan yang popular di Sabah pada suatu masa dulu. Walaupun berkurangan, tetapi kadangkala masih ada kegiatan-kegiatan tersebut dilaksanakan di sekitar ketiga-tiga pulau ini.

Jadi ini secara langsung akan menghancurkan batu-batu karang yang terdapat di sekitar pulau tersebut. Jadi apakah langkah-langkah kementerian untuk mengurangkan kegiatan tersebut dan apakah hukuman yang akan diberikan kepada mereka-mereka yang melaksanakan kegiatan-kegiatan haram yang sedemikian? Apa yang kita lihat peruntukan untuk Jabatan Taman Laut begitu sedikit. Saya rasa tidak mencukupi untuk memantau dan juga untuk maintain taman-taman yang berada di Malaysia ini. Jadi diharapkan supaya kerajaan atau kementerian dapat memberikan peruntukan tambahan tersebut untuk mengindahkan lagi dan juga memantau kegiatan-kegiatan yang kurang baik ini. Jadi itulah sahaja Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh 080000 - Pengairan dan Saliran berkaitan dengan soal banjir dan soal sungai perparitan. Saya kira bahawa setiap tahun kita sudah tahu bilakah akan berlaku banjir dan kita juga telah pun dapat mengenal pasti di mana kawasan-kawasan yang selalu dikesan daripada banjir. Kita juga telah mengenal pasti punca dan masalah banjir itu sendiri dari segi laluan air sungai, kedalaman sungai ataupun sungai sempit, parit yang tersumbat dan sebagainya. Apa yang saya hendak sebutkan di sini bahawa sepatutnya kita sudah pun dapat mengatasi masalah-masalah ini dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi dari segi kedalaman sungai dan saliran keluar air. Akan tetapi malangnya kita lihat kerajaan semacam agak lambat untuk membuat penyelesaian. Maknanya kita kena tunggu satu tempoh jangka waktu yang kita tidak tahu bila untuk dapat diselesaikan masalah-masalah sungai ataupun parit-parit yang pernah pun kita sebut di Dewan ini dan aduan-aduan yang telah pun dibuat di jabatan dan sebagainya. Oleh sebab itulah saya hendak meminta kepada kementerian supaya dapat disegerakan dan mengatasi masalah ini. Ini adalah sebab, kalau tidak nanti kos kita juga akan bertambah dari segi setiap tahun bila banjir, masalahnya ialah kita terpaksa bagi bantuan dan sumbangan kepada orang ramai, kepada mangsa banjir dan sebagainya. Kita juga terpaksa membayar ganti rugi umpamanya kalau di sebelah kawasan di negeri Kedah khususnya kepada pesawah-pesawah padi, ganti rugi maknanya pada setiap tahun ataupun setiap kali musim banjir. Kita terpaksa membayar ganti rugi maknanya ini terpaksa menelan belanja yang terlalu banyak. Jadi kalau duit ini kita dapat atasi untuk kita buang masalah ataupun menyelesaikan masalah sungai dan parit itu, saya rasa maknanya ini akan dapat mengurangkan kos untuk satu jangka waktu yang panjang. Jadi saya berharap bahawa kerajaan dapat memberikan satu perhatian yang serius. Kemudian, bila kita hendak selesaikan masalah itu apabila praktikal untuk kita hendak membangunkan projek sungai, parit dan sebagainya mestilah dibuat satu kajian yang teliti supaya penyelesaian itu benar-benar dapat menyelesaikan masalah kesan daripada banjir. Saya tunjuk contoh, kadang-kadang dia hendak selesaikan masalah sementara. Walaupun disebutkan sementara, tetapi ini tidak memberikan penyelesaian. Umpamanya dibuat jalan baru kononnya, tetapi saliran air di bawah itu terlalu sempit umpamanya. Jadi air hendak pergi tidak boleh hendak jalan. Begitu juga saliran daripada sawah ke sungai dan sungai ke sawah, salurannya terlalu sempit. Jadi saya minta supaya dengan kerjasama daripada pihak Kementerian Pertanian dan sebagainya untuk melihat masalah-masalah ini perlu diselesaikan dengan segera. Yang keduanya Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh berkaitan dengan P.23 ini iaitu berkaitan dengan 08100, 08200, 08400 berkaitan dengan produk herba, ladangnya

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

dan juga ladang tumbuh-tumbuhan untuk perubatan. Saya melihat bahawa industri herba di negara kita ini sangat-sangat baik potensinya pada masa yang akan datang ini. Dijangka bahawa pertumbuhannya akan menyasarkan di antara 8% ke 155 satu tahun. Sekarang ini pun sudah 9 bilion industri ini telah menghasilkan perkembangan dan pertumbuhan yang sangat baik. Malahan kalau kita lihat dari sudut potensi untuk industri herba ini di peringkat dunia, kita lihat bahawa sekarang ini sudah pun mencecah kepada USD200 bilion ataupun RM718 bilion. Dijangka dan dikatakan mengikut satu kajian, menjelang tahun 2050 sampai kepada peringkat USD5 trilion ataupun RM17.95 trilion. Ini bermakna bahawa potensi untuk masa hadapan industri herba dalam negara kita ini sangat baik dan ia sangat menguntungkan. Ini sepatutnya menjadi satu agenda penting bagi kita membangunkan masyarakat di peringkat kampung pertama sekali melalui penanaman herba. Ini adalah kerana terdapat banyak tanah-tanah ataupun kawasan-kawasan di kampung. Walaupun keluasan tanah itu kecil tetapi bagi saya penanaman herba ini tidaklah begitu sukar. Apa yang pentingnya ialah kursus dan latihan atau tunjuk ajar kepada orang-orang kampung itu perlu dibuat. Oleh sebab itu, saya berharap kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melihat bagaimana tanah-tanah yang terbiar di kampung, dekat dengan rumah kediaman dan sebagainya boleh dimanfaatkan untuk tanaman herba. Ini adalah sebab permintaan kepada produk herba yang berkaitan dengan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan sebagainya sangat baik sekarang ini sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden yang dianggap agak terlalu mahal. Jadi sebab itu bagi saya bahawa ini perlu dilakukan. Sekarang ini pun, saya difahamkan umpamanya daun pegaga ataupun pokok pegaga ini. Pokok ini selalunya orang makan untuk dibuat ulam. Kalau kita pergi ke kedai makan, di rumah kita dan sebagainya mudah terdapat di kampung-kampung. Akan tetapi untuk menghasilkan produk herba atau ubat ini, mereka terpaksa mengambil daripada India, terpaksa ambil daripada Indonesia, kerana herba kering ini lebih murah, maknanya pegaga kering ini berbanding dengan negara kita. Di Indonesia umpamanya RM13 ke RM15 satu kilogram berbanding dengan negara kita di antara RM30 ke RM40. Ini adalah sebab kita tidak banyak ada. Benda itu tidak banyak ada kerana tidak ramai orang yang tanam, tidak diberikan tumpuan yang khusus sedangkan permintaan kepada pegaga ini sangat tinggi. Begitu juga dengan rozel kering dan sebagainya, mahal di dalam negara kita kerana penanamannya tidak begitu meluas. Jadi saya berharap bahawa ini harus diberikan perhatian. Cuma masalahnya ialah ia seharusnya ditanam melalui sistem organik. Ini perlu diberikan kursus kepada masyarakat ataupun penduduk-penduduk kampung untuk mereka dapat memanfaatkan penanaman herba khususnya seperti pegaga dan sebagainya. Begitu juga dengan herba-herba yang lain. Yang keduanya saya hendak sebutkan di sini ialah berkaitan dengan soal paten.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, daripada mana?

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Ranau.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ranau, sila.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi laluan. Saya begitu tertarik dengan cadangan Yang Berhormat untuk merayu kepada kementerian yang berkenaan agar membuat penyelidikan-penyelidikan tentang tanaman herba ini. Baru-baru ini saya telah kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan supaya membuat satu penyelidikan

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

khusus kepada tanaman herba ini iaitu tuhau yang menjadi kepada salah satu makanan di Sabah. Saya pernah melawat pusat penyelidikan di Darwin tidak lama dahulu iaitu di hortikultur. Saya dapati tuhau ini ditanam di sana untuk tujuan penyelidikan terutama sekali daripada perubatan. Saya hairan juga kenapa tanaman tuhau ini terdapat di pusat penyelidikan di Darwin, Australia ini. Saya tidak melihat kenapa di negara kita ini tidak membuat seperti yang demikian. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan saya ini?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, memang saya bersetuju bahawa sepatutnya kita...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, gulung Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

..dapat mengenal pasti mana satu yang bagus. Oleh sebab itu saya hendak sebut paten. Saya takut nanti bahawa tuhau itu kalau dia memberikan kesan, kita tidak paten dia, itu bermasalah kepada kita.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini saya hendak bercakap bahawa umpamanya macam herba-herba dalam negara kita ini yang masih lagi kita tidak patenkan. Apabila kita tidak paten bermakna bahawa kita sukar untuk memanfaatkan dia. Umpamanya, ada sejenis daun, saya tidak ingat kalau tidak silap saya daun mambu untuk ubat penyakit demam campak antaranya. Saya difahamkan bahawa kita tidak paten benda itu tetapi yang patennya ialah US malah daun ini diguna oleh kaum-kaum India kebanyakan sehingga masalah kepada masyarakat India di India sendiri untuk menggunakan. Ini kerana mereka tidak paten, US yang paten. Begitu juga kalau kita lihat dengan herba-herba yang terdapat di dalam negara kita. Kita masih lagi tidak membuat paten kepada herba-herba ini dan ini sudah-sudah tentu akan merugikan kita apabila kita biar orang lain yang paten herba yang terdapat dalam negara kita. Kemudian, kajian saintifik umpamanya Tongkat Ali, kita masih belum membuat satu kajian saintifik untuk memperlihatkan kepada masyarakat seluruh dunia tentang kebaikan Tongkat Ali ini, sebab itu pasaran produk herba daripada Tongkat Ali ini sukar untuk mendapat tempat seperti mana di Singapura dan di beberapa negara, seperti mana di Taiwan, Singapura, Korea, Hong Kong kerana mereka takut nanti, pertama sekali mereka takut bahawa dia akan menjadi persaingan kepada ginseng mereka. Jadi, mereka akan hujah bahawa tidak ada satu kajian saintifik. Jadi, akhirnya menyebabkan kita akan menggunakan kajian orang tua-tua dahulu sahaja. Tongkat Ali ini baik untuk tenaga batin. Jadi, akhirnya kata boleh tambah seorang lagi dan sebagainya. Itu sahaja yang hanya dilihat kerana kita tidak melihat kesan-kesan yang lain kepada pertumbuhan manusia itu sendiri. Jadi sebab itu bagi saya yang penting untuk dilihat soal kajian saintifik dan kemudiannya paten kepada tumbuh-tumbuhan herba yang sepatutnya dapat memberi manfaat kepada negara kita. UMNO kita tidak payah paten. Tidak paten UMNO pun tidak apa sebab dia bukan ada hasil apa untuk negara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri peluang berucap dalam Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa pada hari ini. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh butiran 150000 – Perhutanan dan berserta 150100 dan 150200. Sejak kebelakangan ini kita lihat operasi pembalakan nampaknya dilakukan secara tergesa-gesa. Di Perak umpamanya siang, malam, pagi, petang, subuh pun balak dikeluarkan. Dikesan ianya banyak di kawasan- kawasan nampaknya kawasan tadahan hujan. Persoalan saya, bolehkah pihak kementerian maklum sejauh manakah pemuliharaan dan penanaman semula dilakukan setelah sebuah kawasan balak dibalak sebagaimana tahap pemeliharaan berkenaan? Saya hendak menyebut di kawasan saya akibat pembalakan yang baru-baru ini telah menyebabkan berlaku beberapa banjir kilat dan saya melihat tidak pernah dalam masa 40 tahun, berlaku satu banjir yang melibatkan Kampung Padang Jedi, Kampung

Tanjong Lobak, Kampung Rakyat, Kampung Tawai dan Kampung Tanjung Rambai dan beberapa kawasan lain terlibat dengan banjir lumpur yang musnahkan lebih daripada 110 buah rumah. Ini menyebabkan kemusnahan harta benda yang begitu banyak. Jadi, soalan saya bagaimana pihak kerajaan dapat memaklumkan dan apakah begitu mudah satu kawasan itu diluluskan tanpa penilaian terhadap kesan kemusnahan alam sekitar dilakukan. Jadi, apakah kaedah penilaian dibuat untuk sebuah kawasan itu diluluskan untuk industri pembalakan? Sejauh manakah tindakan telah dilakukan dan bolehkah pihak kementerian memaklumkan jumlah pihak yang telah dikenakan tindakan kerana melakukan pembalakan yang menyalahi peraturan ini. Seterusnya, butiran 160000 – Jabatan Alam Sekitar. Saya lihat bahawa kesedaran terhadap pemulihan alam sekitar masih lagi di tahap yang belum memuaskan di kalangan rakyat. Justeru bolehkah usaha dilakukan dalam mendidik generasi muda dalam perkara ini. Jadi, saya mahu mendapat maklum daripada pihak kementerian, bolehkah dinyatakan secara terperinci program-program yang dilaksanakan setakat ini dan keberkesanannya kepada usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian tersebut. Saya juga ingin mendapat penjelasan kementerian, siapa dan kumpulan manakah yang menjadi sasaran utama dalam usaha kita meningkatkan kesedaran dalam aspek pemeliharaan alam sekitar ini? Kemudian, bolehkah kementerian memberi maklum mengenai masalah yang dahulu berlaku di negara kita iaitu masalah jerebu yang melanda negara kita ini. Apakah masalah tersebut sudah pun selesai ataupun bagaimana keadaannya pada hari ini? Seterusnya, butiran 170000, bersekali 170100 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN). Kita sedar bahawa kawasan hidupan liar ini mesti dilindungi dan di bendung namun kita juga kena pastikan bahawa hidupan liar tidak menjadi satu ancaman kepada rakyat. Justeru, saya ingin membangkitkan mengenai masalah ancaman di Palian ini, ini soal gajah, ini kena sebut ini. Di kawasan saya, di Bukit Sapi, Kampung Chepor, Kampung Luat Beng dan Kampung Betereng, ini merupakan kawasan-kawasan yang terletak di pinggir hutan yang menghadapi masalah serangan daripada gajah-gajah liar ini yang begitu banyak dan telah pun beberapa kali disiarkan di media massa. Dengan jumlah yang begitu banyak ini, yang menyerang kampung-kampung malah masuk ke dalam kampung, ia tidak masuk dalam rumah lagi lah, telah memusnahkan beribu-ribu hektar pelbagai jenis tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung dan juga diusahakan oleh jabatan kerajaan termasuk FELCRA, FELDA dan sebagainya. Ia tentunya merugikan dan menyebabkan kehilangan pendapatan yang begitu besar sekali. Jadi, selain daripada mengancam nyawa dengan kehadiran ini, saya mohon supaya Jabatan Perhilitan untuk menjalankan operasi secara besar-besaran dan menyelesaikan masalah ini dan mengelakkan bahawa tindakan dilakukan oleh penduduk tanpa mengambil kira peraturan yang ada, sama ada membunuh dan sebagainya. Sebab itu, saya minta supaya dilakukan usaha bersungguh-sungguh untuk memindahkan binatang ini ke kawasan yang sepatutnya dan juga saya harap supaya pihak yang bertanggungjawab supaya segera melakukan usaha untuk memastikan supaya tidak berlaku lagi kemusnahan kawasan habitat berkenaan. Jadi, minta untuk pihak kementerian mengambil tindakan terhadap perkara ini. Selanjutnya butiran 180000 – Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya menyokong penuh Kempen Cintai Sungai Kita ini. Ini kempen yang telah pun begitu lama dilaku dan dilaksanakan. Cuma saya ingin mengetahui sejauh manakah keberkesanan kejayaan kempen yang diadakan ini? Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah jumlah sungai-sungai dan kawasan-kawasan tercemar ini dapat dipulih dan diperbaiki kepada keadaan asal, ataupun diperbaiki daripada keadaan yang tercemar sehingga hari ini? Dan di kawasan saya sendiri, di Tasik Raban, sekitar Tasik Chenderoh itu dan Tasik Tapah ini merupakan kawasan-kawasan pelancongan yang berpotensi untuk program ternakan ikan yang berdaya maju untuk dimajukan kepada tahap yang lebih baik. Namun juga ini ada masalah-masalah berkaitan dengan masalah keladi bunting yang telah menimbulkan masalah yang menyebabkan kawasan berkenaan tercemar dan

juga menimbulkan masalah banjir dan sebagainya. Sebab itu, saya minta kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran supaya segera melaksanakan projek bagi musnahkan masalah keladi bunting ini dan membersihkan keseluruhan tasik ini termasuk sungai-sungai yang di sekitaran yang mengalirkan air ke tasik berkenaan. Ini, bagi mengelakkan banjir yang sentiasa berlaku walaupun hujan tidak lebat. Saya percaya ini akan memastikan kebersihan kawasan tasik berkenaan untuk terus diangkat menjadi kawasan pelancongan dan mengelakkan sungai-sungai berkenaan menjadi punca kepada banjir. Akhirnya, bolehkah pihak kementerian memaklumkan kesan yang akan berlaku terhadap negara ini hasil daripada masalah pecahan glasier. Terima kasih.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin merujukkan kepada B.26 butiran 060000 yang berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar, 080000 mengenai JPS, 090000 berhubung dengan Jabatan Taman Laut dan amaun anggaran 2009 ini berjumlah RM191516, 300. Saya sangatlah bimbang tentang pencapaian punca air kita dan pembuangan sampah di negara kita. Oleh itu, saya akan menumpukan ucapan saya kepada kedua-dua isu ini. Tuan Pengerusi, yang pertama sekali, satu artikel yang diterbitkan di website Conservations and Environment Management Division of Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyertai bahawa air sungai yang merupakan sumber utama air kita telah dicemarkan dengan teruk sehingga tahap yang membimbangkan terutamanya sungai- sungai di Juru, Pulau Pinang, Sungai Buloh di Selangor, Danga, Tebrau, Segak dan Pasir Gudang di Johor. Tempat-tempat ini merupakan kawasan perindustrian yang utama dan sisa-sisa toksik telah dibuang secara terus dan kilang-kilang ke dalam sungai. Saya dari Pulau Pinang dan oleh itu ingin merujukkan masalah di Pulau Pinang. Sungai Pinang merupakan kawasan yang kerap banjir sejak tahun-tahun dahulu hingga sekarang.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Kerajaan telah menghabiskan banyak wang untuk membaiki keadaan ini tetapi gagal. S10, S4, S11 dan apa jua projek semua tidak pernah membawa kesan yang bererti. Setiap kali hujan lebat, pasti akan menyebabkan banjir di kawasan ini di sepanjang tepi sungai. Sampah ialah faktor utama yang menyebabkan tersumbatnya aliran sungai itu. Saya mencadangkan bahawa memandangkan kementerian telah cuba begitu banyak projek, sudah inject begitu banyak wang tetapi masih tidak berjaya,mengapa tidak menggunakan bajet ini untuk menetapkan semula penduduk-penduduk haram ataupun illegal di sepanjang sungai ini ke tempat yang lebih selesa. Sekurang-kurangnya sampah yang dibuang ke dalam sungai oleh penduduk-penduduk itu boleh dikurangkan. Selepas itu barulah kita boleh membersihkan sungai ini. Saya rasa kementerian telah gagal beberapa kali untuk memperbaiki mutu ataupun kualiti air sungai. Saya juga difahamkan bahawa dari mata generasi-generasi muda sungai di kawasan bandar kita lebih merupakan parit daripada sungai. Saya bimbang akan kesihatan mereka dalam masa akan datang. Banyak sampah-sampah itu sebenarnya poliform dan plastik. Jika kerajaan boleh melarang Ahli Parlimen dari merokok di Dewan, mengapa kementerian tidak boleh melarang negara ini daripada menggunakan poliform. Ia tidak biodegradable dengan izin dan ia boleh melepaskan toksik apabila dipanaskan. Saya di sini mencadangkan kepada menteri bahawa kementerian patut menanam lebih banyak bajet dalam mengajar generasi baru muda kita seperti pergi ke sekolah buat road show di tempat awam untuk mendidik pelajar- pelajar dan orang awam tentang apakah bahaya yang akan kita hadapi pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua di sini ialah tentang pengurusan sampah sekali lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tuan Pengerusi Yang Berhormat.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Minta maaf. Pada 4 November, Timbalan Menteri telah memberi saya satu jawapan yang seperti tidak dijawab langsung, yang sebenarnya tidak gap to the point dengan izin ataupun mungkin dia pun tidak tahu apa yang sedang berlaku di dunia yang sebenar. Hari ini saya akan membangkang argument nya

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

sama ada saya seorang Yang Berhormat rakus ataupun dia tidak memberi jawapan yang benar, saya akan membuktikan kepada semua yang hadir di dalam Dewan yang mulia ini. Di sini saya ada gambar yang ditangkap baru-baru ini untuk berkongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai anak untuk dijaga. Gambar pertama menunjukkan air kumbahan terkandung di kolam yang dibuat daripada pasir dan bukan apa yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri iaitu marine clay. Yang Berhormat menteri, hal ini berlaku di Pulau Burung di negeri Pulau Pinang. Saya tidak pernah dengar tentang sebarang pasir yang dapat mencegah air ataupun leached daripada bocor dan leak out daripada bawah. Sepatutnya sistem pengurusan betul dan mesti mematuhi standard international tetapi lihatlah dalam gambar ini mereka gunakan mesin kolam ikan water propeller yang seperti standard kampung untuk mengoksidakan air kumbahan dan cuba mengurangkan kandungan CODnya. Gambar yang ketiga ini menunjukkan betapa kotornya air itu. Jika Yang Berhormat-Yang Berhormat fikir ini tidak cukup teruk lagi...

Macam kopi susu.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Ya, kopi susu. Lihatlah gambar keempat. Paip ini mengalirkan air dari kolam secara terus ke dalam sungai yang berdekatan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tak nampaklah!

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Boleh ya? Tak nampak tak apa. Saya boleh buat fotokopi kepada kamu. Tak apa, jangan bimbang. Jangan bimbang Yang Berhormat Batu Pahat. Betapa teruknya air sungai di sana yang dicemari. Lihat lagi gambar yang kelima. Jika anda fikirkan pencemaran di Pulau Pinang tidak akan menjejaskan kesihatan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, saya menasihatkan anda semua teruslah makan seafood kerana anda tidak akan tahu sama ada seafood itu sebenarnya datang daripada Nibong Tebal. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengapa tindakan tidak pernah diambil terhadap operator iaitu Idaman Bersih yang mana pemiliknya ialah Dato’ Nordin Kasim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Pulau Pinang. [Dewan riuh] Saya berharap menteri boleh memberi jawapan yang lebih adil dan teliti daripada timbalan menteri nya. Tuan Yang di-Pertua, isu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tuan Pengerusi.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Minta maaf. Tuan Pengerusi, isu ketiga ialah EIA iaitu Environment Impact Assessment, FIA iaitu Fishery Impact Assessment dan tentang Jambatan Kedua Pulau Pinang, Penang second bridge. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada menteri tentang apakah yang akan berlaku kepada industri perikanan apabila jambatan itu sedang dalam proses pembinaan. Dua tahun yang lalu test piling di sana telah mengakhiri industri perikanan di sana dan kerugian yang besar telah dialami. Tidak ada ikan untuk nelayan di sana. Sekarang kerja-kerja ini akan diteruskan. Apakah penilaian ataupun assessment bagi kerugian yang berlaku dua tahun yang lalu? Apakah keputusan kementerian dalam memberikan pampasan kepada nelayan-nelayan dan sudah kah wang itu dibayar? Jika tidak, mengapa belum dibayar? Jadi jikalau kerja-kerja itu akan disambung, adakah kementerian ada membuat sebarang FIA report, Fishery Impact Assessment Report yang terbaru. Yang terakhir, kita telah lama mengatakan tentang menggunakan kuasa nuklear bagi menggantikan cara tradisional untuk menjana elektrik. Saya bersetuju tetapi adakah kita sudah bersedia? Kita mungkin sudah bersedia dari segi kewangan tetapi jikalau berlaku kebocoran, adakah kita mempunyai pasukan ataupun kumpulan kecemasan yang terlatih untuk menangani masalah radioaktif nuklear yang amat berbahaya. Kementerian tidak berupaya untuk mengawal pencemaran sungai dan juga gagal dalam pengurusan pembuangan sampah di negara ini. Bagaimanakah kita boleh percaya dan bergantung

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

kepada mereka untuk memberitahu kita bahawa kita boleh melakukannya. Saya bercadang agar kementerian menggunakan bajet dengan bijak dan realistik. Banyak perkara boleh diselesaikan jika kita benar-benar go to the ground untuk melihatnya dengan mata sendiri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Oleh itu, saya menyoalkan tentang penggunaan bajet kementerian ini. Sekian, terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti Haji ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada hari ini saya hendak merujuk kepada butiran 060200 - Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, kalau kita kira secara umumnya memang tanggungjawab kita keseluruhannya sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan dalam memulihara alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar telah dipertanggungjawabkan untuk memberi kesedaran ini kepada masyarakat. Secara umum juga untuk memulihara alam sekitar kalau dikira di peringkat negeri Sarawak iaitu negeri yang begitu luas dan tugas ini kebanyakannya dijalankan oleh majlis perbandaran ataupun majlis daerah. Saya mengambil peluang ini untuk memohon agar pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar untuk memperuntukkan belanjawan yang ada dengan memberi pendidikan ini melalui majlis perbandaran ataupun majlis daerah. Ini kerana kita sedar bahawa kalau di negeri Sarawak, kementerian ini mungkin tidak mampu untuk mengendalikan perkara mengenai pendidikan penilaian alam sekitar ini secara lebih terperinci di negeri Sarawak. Jadi, saya menyeru kalau boleh peranan ini dimainkan oleh majlis daerah ataupun majlis perbandaran. Namun, saya percaya peringkat majlis perbandaran dan majlis daerah ini memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk membantu mereka memberi kesedaran ini kepada masyarakat. Saya mencadangkan agar pihak kementerian melalui majlis-majlis ini untuk mengadakan outreaching program dengan izin kepada masyarakat terutama sekali kumpulan wanita iaitu NGO-NGO wanita dan juga pelajar-pelajar kerana saya merasa ini adalah amat penting. Saya perhatikan dan saya juga bersetuju bahawa ramai rakan yang lain mengatakan kesedaran di peringkat masyarakat kita masih begitu kurang dan masih perlu diperbaiki mengenai ini. Maka kesedaran ini perlu diperingkatkan.

Puan Hajah Nancy binti Haji ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Butiran kedua ialah 060300 mengenai Pengawasan dan Penguatkuasaan. Ini juga satu proses yang begitu diperlukan dan ini juga memerlukan peruntukan yang lebih tinggi kerana dalam proses untuk menguatkuasakan dan untuk mengetahui sama ada sesebuah kawasan itu sudah terhakis atau memerlukan penyelenggaraan, maka ia perlu diawasi dengan pegawai-pegawai turun ke padang. Di sini saya mencadangkan agar peruntukan untuk pengawasan dan penguatkuasaan ditingkatkan juga sebagai galakan untuk para pegawai turun ke padang untuk memantau dan menyaksikan sendiri kawasan-kawasan yang terbabit. Ini juga bagi membolehkan pegawai mengambil tindakan awal terhadap kawasan yang rosak akibat dari hakisan dan juga perparitan yang tersumbat akibat dari pertumbuhan tanaman. Ketiga ialah Butiran 080100 - Perkhidmatan Pengurusan. Dalam perkhidmatan pengurusan, saya meminta agar diberi peruntukan yang lebih bagi kawasan yang berhampiran dengan sungai. Misalnya di kawasan saya di Sungai Buloh di Sadong Jaya dengan izin water gate mudah rosak akibat dimasuki air deras kerana sungai yang begitu aktif digunakan. Jadi, kita perlu menyedari bahawa apabila water gate ini rosak, maka air yang memasuki sawah yang kemudiannya merosakkan tanaman dan kuranglah hasil pendapatan petani kalau sawah sudah dicemari dan merosakkan tanaman. Ini menjadi satu bebanan kepada para petani.

Puan Hajah Nancy binti Haji ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ini memerlukan pemantauan dari pegawai pengairan dan saliran. Pegawai memerlukan peruntukan yang banyak untuk menjalankan kerja-kerja dengan lebih berkesan dari segi pemantauan dan juga memberi perkhidmatan dari segi pengurusannya. Jadi, saya ingin menarik perhatian kementerian tentang hakisan yang berlaku di kawasan saya di Simunjan, di Gedung dan di Sadong Jaya. Tebing-tebing sungai sudah terhakis dan ada juga rumah yang begitu hampir dengan sungai sudah terhakis juga. Jadi, saya sudah berbincang dengan pihak menteri agar turun ke padang menyaksikan sendiri kawasan itu supaya kita boleh menjimatkan kos kita supaya belanja dengan lebih lagi kalau ianya menjadi teruk daripada itu. Seterusnya Butiran 140800 mengenai alam sekitar. Saya dengan ini menyarankan agar peruntukan disalurkan sekali lagi melalui majlis-majlis untuk mengadakan program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan juga program- program kesedaran untuk masyarakat dan juga pelajar-pelajar. Ini kerana melalui program- program gotong-royong untuk membersihkan kawasan dan penanaman pokok misalnya maka secara tidak langsung ia memberi JKKK peranan yang lebih nampak. Tadi, saya juga menyentuh mengenai NGO wanita. Ini pernah dilakukan sendiri oleh salah sebuah Majlis Perbandaran Kuching. Nampaknya, program outreaching ini untuk NGO wanita, kanak-kanak dan juga pelajar-pelajar ianya nampak kesannya lebih tinggi dan saya menyarankan kalau boleh diperuntukkan lebih peruntukan untuk majlis- majlis daerah atau majlis perbandaran ini. Melalui ini kerajaan juga memperkasakan rakyat untuk sama-sama memulihara alam sekitar. Sekian, terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan sangat ringkas. 060000 - Jabatan Alam Sekitar. Telah beberapa orang ahli membangkitkan kerisauan berkenaan pembuangan sisa-sisa toksik. Yang Berhormat Mambong, Yang Berhormat Kuantan juga meluahkan kerisauan berkenaan pendekatan yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar di dalam memantau isu ini. Sebelum ini saya pernah membangkitkan berkenaan kes, kes yang melibatkan pengimportan secara haram lebih kurang 12,000 tan sisa-sisa toksik daripada Taiwan pada tahun 2004. Yang saya tahu, kes telah dihadapkan ke mahkamah terhadap Syarikat Syn Enviro dan saya hendak tahu apakah kedudukan kes tersebut? Setakat ini berapa kos yang telah dilibatkan oleh pihak kementerian di dalam menangani sisa-sisa toksik yang dijumpai tersebut tetapi tidak dapat membawa pihak yang bertanggungjawab untuk menampung kos pembersihan toksik tersebut. Pernah kah pihak jabatan ini atau kementerian menghantar balik sisa-sisa toksik dari luar negara yang diimport masuk ke dalam negara ini. Tadi, kes yang saya bangkitkan adalah dari Taiwan tersebut yang diimport secara haram itu sebelum ini dikatakan kerana kes masih ada di mahkamah. Oleh itu toksik itu tidak boleh dihantar balik ke Taiwan kerana kena digunakan untuk bukti. Apakah kedudukan kes itu sekarang? Saya ingin rujuk kepada satu kes spesifik. Juga di bawah Jabatan Alam Sekitar. Kampung Baru, Bukit Merah tadi ada di sentuh oleh Yang Berhormat Kuantan. Akan tetapi isu pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut tidak berhenti-henti. Itu adalah kawasan di bawah kawasan saya Kampung Baru, Bukit Merah. Tahun 2005 saya telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan mengadu berkenaan tiga buah kilang yang berhampiran menjalankan kilang pemprosesan dan membebaskan abu-abu dan bau yang sangat kuat. Apabila perjumpaan tersebut telah tamat, penduduk di minta untuk bekerjasama dengan jabatan apabila mendapati bau yang sangat kuat di minta menghubungi pegawai dan pegawai akan datang, akan mengambil tindakan. Akan tetapi masalah sekarang dan saya ingin minta adakah benar ada alat penyukat yang boleh digunakan untuk menentukan permissible level bau kacau ganggu tersebut. Ini mengakibatkan apabila kita mengadu, pegawai kata pernah menjawab kepada aduan saya. Kita tidak boleh menyukat bahawa

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

bau itu adalah dilarang. Akan tetapi, kita bayangkan penduduk yang terpaksa menetap di sana sepanjang masa. Jadi, aduan ini dibangkitkan semula baru-baru ini kerana kononnya pihak Jabatan Alam Sekitar nampaknya, saya juga ambil peluang ini hendak tahu apakah sebab sukar untuk menangani masalah pencemaran sedemikian? Adakah kerana ia melibatkan syarikat besar oleh itu enggan atau ingin perkara ini diselesaikan dengan cara yang lain sehingga perkara ini berlanjutan. Setahu saya apabila saya mengetahui perkara ini, 2005 hingga hari ini masih belum diatasi. Habuk-habuk yang dibebaskan ekoran daripada pemprosesan tersebut mengakibatkan perumahan mereka kotor seperti di Taman Impiana Adri dan Bandar Baru Lahad, kenderaan-kenderaan berhabuk. Kalau awal pagi, tengok semua mendapan-mendapan abu-abu tersebut. Jadi, saya hendak pohon agar sesuatu boleh dilakukan. Pihak saya sebenarnya memang mahu bekerjasama. Saya juga seorang yang prihatin terhadap isu alam sekitar. Jadi, mungkin pihak kementerian boleh memberi peruntukan kepada semua Ahli Parlimen di sini. Ini ada satu butiran, kita semua memainkan peranan. Yang pentingnya ialah pihak pegawai dan pemimpin Barisan Nasional, pemimpin kementerian ini menyedari isu alam sekitar ialah isu tanpa sempadan, is borderless. Apa yang berlaku di Nibong Tebal kita semua perlu prihatin, apa berlaku di Kuantan, apa yang berlaku di Batu Pahat, Simpang Renggam, semua perlu prihatin sebab kita hidup di satu bumi yang sama. Jadi, mungkin kita semua boleh mainkan peranan bagi peruntukan kita sama-sama. Kita boleh menyumbangkan tenaga kita untuk mendidik dan memantau isu-isu alam sekitar ini. Itu sahaja, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ramai lagi, saya tahu ramai lagi. Yang Berhormat akan habiskan pukul 1.00 ya?

Penat saya dah berdiri tadi, terima kasih Tuan Pengerusi saya ingin turut mengambil bahagian untuk membincangkan soal yang berkaitan dengan butiran 130600 Alam Sekitar. Kita tahu Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab terhadap pencemaran alam di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127 yang mengawal alam sekitar melalui garis panduannya, antaranya menggariskan jenis-jenis rawatan pelupusan bahan berjadual dan berbahaya iaitu pembinaan kemudahan penimbusan tanah selamat, secured landfill facility, dengan izin. Pelupusan sampah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, dilakukan dengan tiada kawalan dan memberi kesan negatif pada jangka panjang termasuklah daripada kilang-kilang haram dan sebagainya, dan saya masih lagi ingat tentang keputusan yang telah pun dibuat oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan juga melalui Jawatankuasa Kabinet Pelupusan Sisa Pepejal yang telah pun dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun membuat keputusan mengarahkan supaya tindakan diambil oleh pihak kementerian oleh Jabatan Alam Sekitar di peringkat negeri-negeri untuk menentukan bahawa penutupan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal bertahap level 3 hingga ke level 0, dan saya nak tahu apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kementerian terhadap arahan yang telah pun dikeluarkan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan. Arahan spesifik kepada kementerian yang berkaitan dengan Jabatan Alam Sekitar dan arahan juga telah dikeluarkan supaya memastikan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal yang telah pun tutup dan diarahkan tutup yang tidak menepati kepada tahapnya supaya dibuat penutupan yang selamat, safe closure yang akan dilakukan oleh pihak kementerian terhadap tapak-tapak yang telah pun ditutup dengan peruntukan daripada kerajaan pusat.

Saya perhatikan sehingga hari ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, masih lagi tidak ada tindakan yang dilakukan terhadap arahan yang telah pun dikeluarkan, dan tapak- tapak sisa pepejal yang telah pun tutup lama seperti di Johor ada 18 tapak sisa pepejal yang telah pun ditutup tetapi usaha terhadap safe closure ini masih lagi tidak dapat dilakukan, soalan saya apakah perancangan kementerian terhadap isu ini. Saya juga minta kepada pihak kementerian supaya lebih tegas terhadap penguatkuasaan dan penguatkuasaan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan saya fikir pihak kementerian perlu bekerjasama dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana kebanyakan kawasan-kawasan pelupusan sisa pepejal yang ada kebanyakan ini dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. Tuan Pengerusi saya juga ingin membicarakan soal yang berkaitan dengan Butiran 130800 iaitu di bawah kempen Cintai Sungai Kita, projek pemuliharaan muara- muara sungai, projek saliran dan tebatan banjir. Kita tahu dah enam tahun dilancarkan kempen Cintai Sungai Kita ini, namun pencemaran sungai-sungai semakin menjadi serius oleh aktiviti perindustrian dan sisa-sisa buangan sampah dan sebagainya. Indeks kualiti air di kebanyakan sungai didaftarkan di bawah bacaan, dan untuk makluman kementerian, Kerajaan Negeri Johor telah pun menubuhkan panel khas untuk mengawasi pencemaran sungai di negeri Johor di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri dan usaha ini dibuat kerajaan negeri untuk membantu pihak kementerian. Sungai-sungai ini tercemar, walaupun kempen ini dah dijalankan enam tahun. Saya perhatikan kekurangan sikap dan juga tanggungjawab sivik di kalangan masyarakat masih lagi tidak dapat diubah dan masyarakat menjadikan sungai sebagai pusat pembuangan sampah. Saya nak tahu bagaimana kementerian menilai keberkesanan kempen yang telah pun dijalankan dalam tempoh enam tahun ini yang telah pun menggunakan peruntukan yang besar tapi tidak mampu merubah sikap rakyat dan tidak mampu menampakkan kejayaan terhadap kempen yang dijalankan dan program ini gagal sebenarnya dan adakah kementerian mempunyai pendekatan yang lebih pragmatik yang bukan saja difikirkan tindakannya perlu dijalankan oleh kementerian semata-mata tetapi kementerian perlu faham bagaimana cara untuk bawa rakyat supaya rakyat dapat bersama- sama untuk menjayakan kempen yang dibuat oleh kementerian. Jadi mungkin rakyat boleh cadangkan agaknya, macam mana untuk lebih menjayakan kempen Cintai Sungai Kita yang saya rasa gagal sebenarnya, dan Tuan Pengerusi, saya tidak tahulah mungkin kementerian kena pergilah agaknya ke Singapura, ke Thailand ke cuba belajar macam mana agaknya negara ini..

[Bercakap tanpa pembesar suara] Taiwan tak ada, Taiwan?

...dan Taiwan saya belum sebut. Singapura, Thailand dan juga belajar bagaimana Taiwan mendidik rakyatnya supaya cinta kepada kebersihan, menjaga alam semula jadi, memelihara sungai, yang boleh menjadi potensi kepada pelancongan dan sebagainya. Tambahan pula kita diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, oleh kerajaan untuk bersiap sedia berhadapan dengan banjir yang akan berlaku dalam bulan Disember ini, dan saya nak tahu apakah tindakan kementerian untuk menentukan bahawa sungai-sungai yang sarat dengan sampah sarap ini kerana tidak berupaya merubah pemikiran rakyat untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga sungai ini, bagaimanakah tindakan kementerian untuk menentukan supaya sungai ini tidak akan menjadi punca kepada banjir yang mungkin akan berlaku dalam bulan Disember. Saya bimbang Tuan Pengerusi, kerana saya bimbang banjir besar akan berlaku lagi terutama yang melibatkan kawasan saya Parlimen Tenggara, dalam kawasan daerah Kota tinggi. Saya juga nak tahu apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian di bawah projek saliran dan tebatan banjir dipantau dalam buku yang telah pun diedarkan kepada kita. Tuan Pengerusi, saya perhatikan banyak perbelanjaan dikeluarkan, tapi saya perhatikan sungai-sungai yang ada ini tidak begitu diselenggarakan dengan baik, tidak dibersihkan mengikut jadualnya agaknya. Sungai penuh dengan sampah sarap, kadang-

kadang sungai penuh dengan pulau-pulau pasir, penuh dengan lalang dan sebagainya hingga menyukarkan laluan air yang melalui sungai itu dan akhirnya menyebabkan sungai menjadi cetek dan limpahan air menyebabkan banjir kilat berlaku yang saban kali amat menyusahkan rakyat, saya nak tahu apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian dalam usaha untuk membantu supaya rakyat dapat tidur dengan lena dan tidak akan bermimpi ngeri tiap kali hujan turun dengan lebat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tawau.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran P.23 - 15200 iaitu mengenai program membersihkan dan merawat air di sungai-sungai. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian dan Menteri mengenai bilangan sungai-sungai yang diletak di bawah program pembersihan sungai dalam negeri sejak tahun 2007. Saya juga ingin mengetahui mengenai keberkesanan program pembersihan sungai ini dengan butiran yang spesifik dan jelas mengenai kejayaan-kejayaan yang telah dicapai di masa lalu. Saya juga ingin menarik perhatian kementerian mengenai keadaan sungai-sungai di Tawau yang sangat kotor dan tercemar. Rakyat di Tawau pada masa ini tidak mempunyai pilihan lain dari meminum air yang di rawat di loji-loji rawatan air, terutamanya yang terletak di pinggir sungai, di mana sungai-sungai ini dicemari oleh sampah sarap, sisa minyak serta najis manusia dan haiwan. Saya ingin bertanya, apakah rancangan khusus kementerian untuk membersihkan sungai- sungai di Tawau terutamanya di kawasan loji rawatan air dan kawasan sekitarnya. Apakah dasar dan rancangan kementerian dalam menyelesaikan masalah-maslah berikut. Penebangan hutan yang tidak dipantau dengan baik yang menyebabkan pencemaran sungai-sungai dan juga punca berlakunya banjir di Tawau khususnya dan Sabah amnya. Pencemaran sungai-sungai akibat daripada penggunaan racun serangga iaitu pesticide atau sisa toksik daripada ladang-ladang pertanian yang mana air sungai ini lazimnya digunakan oleh penduduk kampung untuk tujuan memasak dan sebagainya. Kandungan kimia dari sisa buangan terutamanya dari kilang-kilang dan hospital yang dibuang ke dalam sungai, adakah pernah kementerian buat toksik analisis di sungai- sungai di Tawau dan Sabah. Adakah kementerian bekerjasama dengan kementerian- kementerian dan pihak-pihak berkuasa tempatan untuk mendidik dan menjalankan kempen kesedaran untuk mencegah dan mengurangkan insiden pencemaran khususnya di Tawau dan di Sabah secara amnya. Sila jelaskan apakah program yang telah, sedang dan akan dijalankan dan dengan itu, sekian terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Butiran P.23, 14500 - Menaiktaraf Infrastruktur Saliran Bandar, Tebatan Banjir, kerana berdasarkan kepada kejadian air pasang di bandar Batu Pahat baru-baru ini yang sering berlaku setiap tahun dan akan berlaku lagi Disember ini, saya risau tentang pandangan seorang ahli kaji bumi menyatakan bahawa dalam tempoh 20 tahun lagi, bandar Batu Pahat akan tenggelam. Ini membimbangkan saya sebab takut nanti Parlimen Batu Pahat sudah tidak ada. Sedangkan nama Parlimen Batu Pahat ini terkenal seantero dunia. [Tepuk] Jadi saya harap, sebab kali ini saya melihat limpahan itu adalah luar biasa, dia banyak melibatkan taman-taman. Ini tidak termasuk kalau hujan lebat dan sebagainya di mana apabila saya mendapatkan penjelasan daripada JPS, dia kata kalau kita ingin mendirikan tembok retaining ini dengan izin melibatkan kos RM3 bilion. Sebenarnya saya tahu dalam proses memperbetulkan sistem perparitan dan saliran di bandar Batu Pahat sebelum ini pun sudah melibatkan RM500 juta. Itu pun tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Cuma untuk jangka pendek inilah saya

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

mengharapkan seperti mana yang dinasihatkan oleh JPS iaitu kita perlu memasang satu lagi pintu air di Parit Seri Molek ini. Ini mungkin akan dapat mengawal sedikit sebanyak apabila berlaku air pasang ataupun banjir nanti sebab memang bandar Batu Pahat ini lembah kedudukannya. Sebab itu sistem perparitannya kalau tidak dirombak semula, maka dia tetap tenggelam apabila berlaku banjir lebat ataupun air pasang. Jadi sebab itu saya harap dapat diambil kira cadangan ini sebab ini pun diberi pandangan oleh pihak JPS sendiri, cuma soal peruntukan. Akan tetapi kalau ini tidak dilaksanakan dia melibatkan banyak taman sebenarnya dan saya amat bersimpati kerana air sampai ke pinggang dan empat hari perkara ini berlaku. Dijangkakan oleh pihak JPS sendiri, air pasang ini akan berlaku lagi pada bulan Disember ini dan mereka sudah ada bacaannya yang juga cukup tinggi iaitu 3.3. Seperkara lagi saya harap dapat diberi perhatian ialah tentang isu taman tanah merah ini yang keluar dua tiga kali di TV3. Nampaknya, tidak ada perubahan juga dan saya dapati bahawa yang menjadi masalah di sini ialah pemaju yang membuat pembangunan di keliling tersebut tidak dipantau sistem perparitannya. Saya harap perkara ini dapat diatasi sebab seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi iaitu kerugian harta benda ini maksudnya, kalau sampai kereta pun melibatkan RM2,000 RM3,000 untuk diperbaiki apabila ditenggelami air terutamanya banjir kilat, maka saya merasakan akhirnya kawasan ini nanti akan menjadi kosong. Hal ini kerana boleh dikatakan banyak rumah sudah dikosongkan, mereka menyewa ataupun duduk di tempat lain tetapi hendak mencari penyewa hendak duduk di kawasan ini pun sudah begitu sukar sebenarnya sebab orang tahu ini tempat kawasan banjir. Jadi saya harap dan sebenarnya aduan juga telah dibuat kepada BPA - Biro Pengaduan Awam tentang kes ini sebab seolah-olah tidak ada tindakan yang konkrit yang diambil terutamanya kepada sistem perparitan tersebut yang tidak tahu hendak dialirkan ke mana. Oleh itu saya berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian dan yang paling penting sekali ialah apakah dapat diberi perhatian iaitu Sungai Batu Pahat ini dikorek balik, didalamkan, sementara kalau kita hendak tunggu RM3 bilion ini, maksudnya memanglah satu kos yang kita tidak tahu bila kita akan dapat dilaksanakan. Jadi, ada cadangan supaya sekurang-kurangnya enam kilometer Sungai Batu Pahat ini dikorek sebenarnya sebab kalau kita tengok apabila air pasang dia punya level terus masuk ke kawasan bandar. Yang akhir sekali Tuan Pengerusi, tentang P.23, 15100 - Mencegah Hakisan Pantai. Saya rasa memang pandangan ahli kaji bumi ini tidak boleh dipandang ringan sebab sebagai contohnya, hakisan pantai ini kalau dilihat di Sungai Lurus, Senggarang, tanah-tanah orang kampung sudah lebih kurang satu kilometer jauh, sudah menjadi seperti lautan. Ini bukti bahawa hakisan pantai cukup serius dan boleh sampai ke Pontian sebenarnya dan ada juga pandangan mengatakan bandar Pontian juga boleh ditenggelami kerana hakisan ini. Oleh sebab itu teori yang mengatakan bandar Batu Pahat akan ditenggelami ini tidak boleh dipandang ringan sebab contohnya di Kampung Sungai Lurus ini tanah milik orang kampung sudah di tengah laut. Walaupun sudah diganti tanah mereka ini di tempat lain, tetapi yang membimbangkan kita ialah hakisan berterusan. Sebab itulah kalau kita lihat seperti di Kampung Seri Pantai dan juga di Kampung Punggor, kita melihat hakisan ini menyebabkan di kawasan itu sudah tidak ada lagi kawasan pantai sebenarnya. Disebabkan oleh kerana hakisan ini dan ini amat membimbangkan. Oleh sebab itulah saya berharap perkara- perkara yang dibangkitkan ini yang contohnya Taman Tanah Merah sudah keluar TV dua tiga kali sampai kita Ahli Parlimen pun dimaki hamun pun dapat diatasi. Akan tetapi macam mana pun saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sebelum ini telah dapat mengatasi masalah parit “Dobi” RM500 juta itu dan terima kasih. Tidaklah macam pembangkang, sedikit-sedikit BN yang salah, pensel patah pun BN juga yang salah. Ini yang tidak betul Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga isu yang saya hendak kemukakan untuk perhatian kementerian. Pertama ialah 050000 - Perhutanan. Ia melibatkan soal penerokaan hutan untuk dibuka menjadi ladang sawit. Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang menyatakan bahawa mereka akan meneruskan penerokaan hutan yang dianggarkan akan melibatkan kawasan seluas 1 juta hektar. Sedangkan kita merasa bimbang, apabila dirujuk kepada tentang kesan daripada penerokaan itu, yang akan mengakibatkan habitat yang ada di dalam hutan di Negeri Sarawak, Borneo khususnya iaitu tentang spesies orang hutan. Saya merujuk kepada satu kajian yang dibuat oleh The Great Ape Trust dari Aiowa Amerika dan dia keluar dalam Jurnal Sains Orick yang telah mendapati bahawa populasi haiwan di wilayah Malaysia di Pulau Borneo telah merosot sebayak 10% dan kemungkinan besar faktor yang menyebabkan kepupusan itu ialah kerana penerokaan hutan yang tidak terkawal. Oleh itu saya mohon, bagi mendapat penjelasan apakah dasar yang perlu dipegang atau panduan-panduan untuk kita supaya dalam keghairahan membuka teroka hutan ini untuk kelapa sawit tetapi pada waktu yang sama tidak mengakibatkan spesies ini semakin berkurangan. Kita pun tahu orang Sarawak khususnya kita rakyat Malaysia berbangga dengan simbol atau ikon orang hutan ini sebagai satu kebanggaan kita. Jadi saya minta penjelasan daripada kementerian. Yang keduanya ialah bercakap tentang hutan ini, saya hendak minta juga penjelasan tentang negeri Kedah. Baru-baru ini difahamkan bahawa perjanjian sebelum daripada ini dengan Menteri Besar Kedah, Kedah akan diberi pampasan atas khidmat pemeliharaan hutan yang dianggarkan sebanyak RM100 juta. Jadi saya mahu tahu, saya difahamkan bahawa perjanjian itu sehingga hari ini tidak diberi kepada Kerajaan Negeri Kedah. Apakah itu sebab sekarang ini Kedah di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, maka telah dihapuskan perjanjian itu atau adakah sebab-sebab yang lain. Saya pun macam Yang Berhormat Batu Pahat juga tidak mahu nanti orang anggap Barisan Nasional ini apabila bukan parti dia yang menang, maka banyaklah kerenah-kerenah dan sampai sanggup untuk mereka membatalkan perjanjian yang telah dimeterai. Seterusnya saya ingin sentuh tentang 080000 - Pengairan dan Saliran iaitu satu projek tebatan banjir Sungai Muda yang melibatkan kos yang begitu besar bermula projek itu tahun 2002, dan pada tahun 2006 hanya dua pakej hampir siap dan tiga pakej lagi iaitu tebatan banjir Sungai Muda ini dikatakan akan disempurnakan dalam RMK-9. Sehingga hari ini saya tidak tahu apakah projek itu yang mengakibatkan 80 kilometer benteng kawalan hakisan yang melibatkan negeri Pulau Pinang dan juga Kedah, apakah telah sempurna atau telah dibatalkan atau bagaimana kedudukan projek yang dikatakan tebatan banjir Sungai Muda. Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja yang saya sempat kemukakan walaupun ada banyak isu, saya ucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri ada usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Tuan

Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Rabu, 19 November 2008.”

Dato' Joseph Salang GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Silakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjawab.

Datuk Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Tuan Pengerusi sebelum saya meneruskan jawapan saya ingin ucap terima kasih kepada ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah pun menunjuk minat mengenai program-program kementerian dan juga telah memberi beberapa cadangan bernas dan juga teguran yang kita akan ambil perhatian dalam kita menguruskan kementerian. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan Yang Berhormat Mambong telah pun menyentuh mengenai isu perubahan iklim di dunia ini. Saya tidak ingin menjawab dengan lebih panjang lebar kerana perkara ini telah pun dijawab oleh timbalan saya pada pagi tadi. Bagaimanapun di sini saya ingin memaklumkan bahawa dasar perubahan dasar merupakan satu dasar yang komprehensif merangkumi pelbagai sektor dan agensi. Dalam hubungan ini pihak kementerian dalam proses untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan sebelum dibentangkan di dalam Jawatankuasa Kabinet mengenai perubahan iklim. Dasar ini dirangka bagi memberi manfaat kepada negara dan membolehkan tindakan-tindakan berkesan diambil untuk menangani isu perubahan iklim. Tuan Pengerusi Petaling Jaya Selatan juga membangkit mengenai perkara menyatakan bahawa satu unit baru mengenai biosafety telah diwujudkan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan cuma dua orang pegawai sahaja dan bertanya mengapa akta ini belum diwartakan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan penubuhan satu unit yang dinamakan sebagai Pasukan Teras Biokeselamatan dengan 25 jawatan di kementerian saya. Penubuhan unit adalah satu langkah interim sebelum satu badan untuk melaksanakan akta ini ditubuhkan sepenuhnya selepas dua tahun.

Datuk Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Pada masa sekarang ketua unit dan enam jawatan lain telah diisi. Kementerian dalam proses mengisi kesemua jawatan dalam masa yang terdekat. Pengisian pengambilan mengambil sedikit masa kerana biokeselamatan adalah satu bidang yang perlu dan kini perlulah mendapatkan pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran dan sewajarnya. Tarikh berkuat kuasa Akta Biokeselamatan akan diwartakan setelah peraturan-peraturan utama disiapkan. Pada masa sekarang kementerian saya adalah dalam proses menyediakan peraturan-peraturan ini. Sementara itu satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Genetic Modification Advisory Council Committee yang terdiri daripada pakar-pakar sains dari universiti dan agensi-agensi tempatan menasihati kementerian dalam hal-hal ini. Peruntukan unit ini pada tahun 2009 lebih kurang RM1.3 juta. Peruntukan ini akan disalurkan melalui bahagian konservasi dan pengurusan Kementerian Alam Sekitar. Tumpuan bagi tahun 2009 adalah untuk meningkatkan kapasiti pegawai-pegawai bagi melaksanakan akta ini. Adalah terlalu awal untuk kita membuat penilaian mengenai keberkesanan unit ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Mambong telah pun membangkitkan isu mengenai betapa perlunya kita meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu penyeludupan hidupan liar. Untuk makluman Yang Berhormat, komitmen kerajaan untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang mengenai hidupan liar adalah jelas seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Kerajaan sentiasa bersedia untuk meminda akta ini bagi tujuan penambahbaikan. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 640 kes pelanggaran Akta Kehidupan Liar 1972 telah pun dikesan untuk tahun 2007. Pada tahun ini 2008 sehingga September, 550 kes telah dikesan. Untuk makluman Yang Berhormat sekarang kita sedang mengkaji akta tersebut dan kini kajian ini telah di peringkat akhir pindaan. Antara pindaan-pindaan yang akan dibuat telah meningkatkan jumlah spesies hidupan liar yang akan dilindungi, meningkatkan penalti bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan hidupan liar, mewujudkan peruntukan untuk mengawal aktiviti zoo penyelidikan dan pameran yang berkaitan dengan hidupan liar. Tuan Pengerusi selepas kejadian seorang rakyat Malaysia di tangkap di Amerika Syarikat, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan PERHILITAN telah memperketat lagi perundangan dan penguatkuasaannya. Di antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:- (i) mendapatkan accreditation ISO 9002 bagi aktiviti import dan eksport hidupan liar untuk memperkukuhkan kawalan perdagangan hidupan liar di peringkat antarabangsa; (ii) mewujudkan prosedur pengeluaran dokumen import eksport; (iii) mewujudkan prosedur kualiti pengendalian hidupan liar yang dirampas; (iv) mewujudkan unit flying squad yang dikenali sebagai Wildlife Crime Unit di samping unit penguatkuasaan sedia ada; (v) mempertingkatkan jaringan kerjasama dan pertukaran maklumat dengan negara-negara pengimport utama hidupan liar; dan (vi) meningkatkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan Angkatan Tentera melalui penubuhan task force seperti dipersetujui dalam Jawatankuasa Perancangan Gerakan JPG.

Datuk Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Yang Berhormat Simpang Renggam telah pun menyentuh mengenai...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan.

[Bangun]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mengenai perlindungan alam sekitar ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi tahu apa pendirian terkini khasnya mengenai isu oseanarium yang akan memudaratkan marine di Mabul. Sipadan Island yang menjadi begitu masyhur di dunia dan adakah ini akan dibenarkan khasnya memandangkan bahawa ini barulah diteruskan oleh kerajaan negeri Sabah. Apakah pendirian kementerian untuk menjaga dan memberi pelindungan kepada environment ini?

Yang Berhormat ada menyentuh perkara baru bagaimanapun kita sedang meneliti isu-isu ini dan Jabatan Taman Laut akan ....

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tunggu-tunggu Yang Berhormat, belum habis jawab satu lagi.

Itu perkara baru. Ini perkara lama yang saya telah sebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya kata persoalan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya telah menyebut bahawa seorang rakyat Malaysia telah pun ditangkap di Amerika Syarikat. Nama beliau ialah Encik Anson Wong kerana menyeludup binatang-binatang jenis reptilia. Kenapa dia tidak ditangkap di negara kita? Walhal dia ini adalah penyeludup yang paling besar di negara kita. Itulah sebabnya pihak Amerika mengeluarkan satu laporan yang bernama Fortress Malaysia yang mengatakan bahawa penguatkuasaan di Malaysia di dalam perkara penyeludupan ini sangat lemah. Apakah yang harus dibuat oleh negara kita tentang perundangan bagi menguatkan lagi penguatkuasaan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat nampaknya telah membaca buku King Lizard yang mengisahkan cerita Anson Wong ini. Kita mengakui bahawa kita memang tidak dapat menangkap Anson Wong kerana beliau ini juga cukup mahir dalam kegiatannya. Pihak Amerika dapat menangkap dia untuk menggunakan sting operation beliau menggunakan seorang yang menyamar sebagai pengeksport bahan-bahan binatang-binatang liar ini. Cuma dengan menggunakan cara inilah Amerika Syarikat dapat bukti yang cukup untuk menangkap Anson Wong dan kemudian membawa dia ke mahkamah. Saya mengakui memang, seperti saya sebut dari awal tadi memang ada kelemahan dalam akta perlindungan kita. Jadi sebab itulah kita akan membuat kajian akan meneliti apa yang perlu kita pinda untuk memperkuatkan lagi undang-undang kita. Saya juga telah pun memperjelaskan tadi kerana dalam buku itu Anson Wong telah pun menceritakan bagaimana dia menjalankan pengurusan perdagangan mengeksport binatang-binatang dengan melihat kepada kelemahan-kelemahan undang-undang kita. Jadi oleh itu, selepas kita mengetahui ada loop hole dalam sistem kita itulah sebab tadi saya pun telah menggariskan beberapa langkah yang kita telah ambil untuk menentukan bahawa cerita Anson Wong ini tidak berulang lagi di negara kita.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Penjelasan Yang Berhormat Menteri ya., Oleh kerana tadi Yang Berhormat Menteri sedang memberi jawapan dalam perkara dan oleh kerana ini menjadi satu isu yang besar beberapa hari ini khasnya dengan izin bahawa ada environmentally religious, operators yang memberi amaran bahawa projek ini oseanarium yang terbesar di Mabul dengan izin. A proposed project on 33 ha parcel of shallows will bring disaster to Mabul marine life and may also degrade the eco-sensitive coral reefs of Pulau Sipadan, a 20- minute boat ride away dan tentu Yang Berhormat Menteri ada tahu pendirian Sabah Environment Protection Association President Wong Tack yang berkata bahawa sama ada oseanarium was necessary “because one could

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

easily see fishes swimming in the clear Mabul waters” but how approval to such a massive project could be given before the terms of EIA are known. Kita baru dapat tahu bahawa baru-baru ini apa yang berlaku di Sipadan in 2006 when a construction barge ran a ground, destroying a coral reef batch the size of three tennis courts and putting Malaysia in a bad light. Apa pendirian Yang Berhormat Menteri?

Perkara ini adalah perkara baru yang tidak disentuh dalam mesyuarat Jawatankuasa. Akan tetapi walau bagaimanapun pendirian memang kita hendak menjamin bahawa segala harta khazanah negara yang dalam laut ataupun dalam hutan ataupun dalam sungai saya rasa dijamin. Kita akan menentukan bahawa apa-apa projek yang akan memusnahkan khazanah-khazanah kita ini kita akan berdiri tegas mengenai isu ini. Tuan Pengerusi Yang Berhormat Simpang Renggam juga menanya mengenai jumlah perbelanjaan RM26.5 juta bagi pengurusan tapak ramsar. Untuk makluman Yang Berhormat convention ramsar adalah jalinan kerjasama negara-negara anggota dalam memulihara dan penggunaan lestari tanah-tanah lembap. Sehingga kini Malaysia mempunyai enam tapak ramsar iaitu Tasik Bera di Pahang, Sungai Pulai, Pulau Kukup dan Tanjung Piai di Johor, Kuching Wetland National Park, di Sarawak dan Tebrau di Kinabatangan. Kementerian telah menerima peruntukan RM10 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan dan RM16.5 juta bagi Rancangan Malaysia Kesembilan. Bagi maksud pembangunan tapak-tapak ramsar ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kinabatangan telah pun menyentuh dan bertanya mengenai gajah liar di kawasan beliau. Saya fikir Yang Berhormat juga memahami bahawa ini adalah dalam bidang kuasa negeri Sabah. Bagaimanapun, kita akan menyampaikan kebimbangan beliau ini kepada pihak kerajaan negeri Sabah supaya masalah-masalah gajah liar di Kinabatangan ini dapat diselesaikan. Yang Berhormat dari Parit mencadangkan penubuhan unit-unit risikan di Jabatan PERHILITAN bagi menangani isu penyeludupan hidupan liar. Pihak kementerian berterima kasih dan menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, menyedari akan pentingnya untuk risikan bagi mempertingkatkan penangkapan kes-kes sejak tahun 2005 Jabatan PERHILITAN telah pun mewujudkan kerjasama ....

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

...unit risik angkatan - saya selesaikan sentence ini. Angkatan Tentera Malaysia beberapa siri latihan kepada kakitangan jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk membuat tugas risikan telah pun dijalankan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, saya melihat bahawa tidak ada kesungguhan di antara dua kerajaan negeri dan persekutuan untuk membanteras kegiatan gajah liar yang selalu memerangi masyarakat kampung. Kita lihat secara realiti bahawa negara India contohnya, Thailand seperti saya cakap kelmarin, mereka begitu berjaya menjinakkan gajah-gajah liar ini. Tidak adakah usaha kerajaan mengambil pakar daripada kedua-dua negara ini untuk deal ataupun mengurus gajah-gajah liar ini supaya mereka boleh dijinakkan dan dengan ini boleh mendatangkan hasil keuntungan dalam industri pelancongan khususnya. Akan tetapi kalau dia liar, pelancong pun kadang-kadang takut sebab dia pun boleh berubah keadaan kehidupan dia daripada tidak begitu ganas menjadi ganas. Ini banyak insiden berlaku jadi apakah kementerian ini ada kesungguhan untuk melihat bahawa gajah-gajah ini perlu dijinakkan dan akan dijadikan sebagai bahan tarikan pelancongan untuk industri pelancongan negara kita.

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi kesungguhan saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat kerana kita pun telah mengambil beberapa tindakkan ada juga undang-undang yang dilaksanakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak, masalahnya sudah berpuluh tahun tidak selesai. Bermakna tidak ada kesungguhan.

Akan tetapi saya menerima baik cadangan Yang Berhormat yang telah mencadangkan bahawa kita mungkin menimbang untuk menggunakan pakar di luar negara untuk menjinakkan gajah-gajah ini. Kalau ada pakar yang seperti itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Minta penjelasan. Bagaimana kita boleh menjinakkan gajah liar di Kinabatangan kalau kita tidak boleh menjinakkan gajah liar dalam Dewan yang mulia ini, serupa menjadikan Timbalan Pengerusi of BNBBC. Bagaimana? Tidak boleh. Tidak mungkin.

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat adalah niat tidak baik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini sangkaan jahat.

Sangkaan jahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini sangkaan jahat.

Ada gajah dan ada monyetkah dalam Dewan ini?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dinosaur ada.

Ada dinosaur? Okey. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu pihak Jabatan PERHILITAN juga telah mencadangkan penubuhan Unit Risikan dalam pengukuhan organisasi jabatan tersebut.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun meninggalkan Dewan]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Hai, sudah pulang pula? [Ketawa]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Yang Berhormat Lenggong juga menyentuh mengenai gajah liar. Pihak Jabatan PERHILITAN sentiasa prihatin terhadap ancaman gajah liar di kawasan kampung dan pertanian di Lenggong, Perak. Beberapa tindakan bagi mengurangkan ancaman gajah telah diambil seperti Operasi Tembak Halau dan Operasi Tangkap Pindah. Sebanyak 12 hingga 20 ekor gajah telah dikenal pasti mengganggu kawasan ini. Dari tahun 2006 hingga 2008 sebanyak enam ekor gajah telah ditangkap pindah. Pada masa ini pihak Jabatan PERHILITAN sedang menjalankan operasi tangkap pindah gajah. Seekor gajah juga telah dapat ditangkap untuk dipindah pada 13 November 2008 yang lalu. Jabatan akan meneruskan operasi ini sehingga gangguan gajah dapati diatasi sepenuhnya.

Minta laluan, Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih dan mengiakan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma yang saya minta oleh kerana masalah ini bukan menjadi kecil lagi malah sudah melibatkan masa bertahun-tahun dan memusnahkan begitu banyak projek sama ada dijalankan oleh masyarakat kampung ataupun agensi-agensi kerajaan seperti RISDA, FELCRA dan sebagainya, apakah tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh. Kalau hendak tunggu pakar dari India hendak menjinakkan gajah- gajah ini lambatlah lagi. Jadi, minta supaya diusahakan secara besar-besaran untuk memindahkan binatang-binatang liar ini ke kawasan sepatutnya, ke kawasan yang jauh supaya ia tidak lagi datang ke kawasan berkenaan. Ia sudah sampai ke peringkat menyerang kampung-kampung dan sebagainya. Jadi, kalau gajah liar sudah masuk ke kawasan kampung, waktu subuh pun wakil rakyat dikejutkan oleh orang kampung suruh tembak gajah dan sebagainya. Jadi, saya minta komitmen yang bersungguh-sungguh. Saya tidak mahu hanya jawapan yang sedemikian. Saya pun tahu, Yang Berhormat Menteri. Jadi, minta tolong supaya diadakan usaha bersungguh-sungguh pindahkan binatang ini ke tempat yang sepatutnya. Itu sahaja.

Minta laluan sikit. Perkara yang sama. Mengenai masalah gajah ini, kerajaan telah memindahkan dari satu tempat ke satu tempat tetapi apabila sampai waktu gajah itu datang balik. Sudahlah datang dan perkara yang paling teruk sekali ialah kelapa sawit, habis berpuluh-puluh ekar kelapa sawit tetapi yang digantinya sedikit sahaja. Gajah yang dipindahkan ke satu tempat itu, saya difahamkan contohnya di Terengganu, ada 125 ekor gajah tetapi keluasan Terengganu hanya mampu menampung 99 ekor gajah sahaja. Penembak curi dari Siam yang menjual gading dihalau. Sepatutnya kalau kita biarkan gajah ini akan berkurangan. Kalau hendak harapkan pihak kerajaan tiap-tiap tahun gajah ini bertambah. Seekor gajah dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat, saya difaham dahulu ia memakan belanja RM25,000 hingga RM40,000 tetapi satu pasukan gajah masuk 30 ekor, yang dapat ditangkap seekor sahaja. Hendak ditembak kerajaan mengambil tindakan terhadap penembak, ditembak curi senapang dirampas. Jadi, bagaimana penyelesaian akhir kerajaan dalam hal ini?

Terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat. Nampaknya ramai Ahli Yang Berhormat yang kawasannya diganggu oleh gajah-gajah ini. Hari ini Ketua Pengarah PERHILITAN saya ada di sini, di belakang. Saya harap beliau akan mengadakan satu operasi khas bagi menangani masalah gajah di beberapa kawasan Ahli Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Yang Berhormat Menteri, boleh...

Termasuk di Kinabatangan juga.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya bersetuju sebab ini baru dua, tiga puluh ekor, di tempat saya ada 180 ekor. [Ketawa] Sebagai contoh, kalau kita ada kesungguhan dipindahkan gajah-gajah ini ke satu kawasan yang mereka juga rasa selamat. Saya rasa kawasan yang paling selamat ialah di kawasan Batu Gajah sebab namanya pun Batu Gajah, biarkan dia di situ. [Dewan riuh][Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, yang ini saya setuju. Kita hantar ke Batu Gajah sahajalah biar dia jaga.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha, biarkan di situ. Sudah bertahun-tahun perkara ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Mengapa tidak Alor Gajah, lebih baik.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

[Menyampuk].

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kalau wakil rakyat di kawasan itu liar, gajah di sana juga liarlah. [Dewan riuh] [Ketawa] Jadi, ini masalahnya. Saya sebenarnya melihat isu ini penting. Kawasan saya tidak ada masalah gangguan gajah tetapi saya hendak tahu apakah dasar ataupun polisi kementerian berkenaan dengan isu-isu ini sebab saya mendengar hujah-hujah Yang Berhormat di sebelah sana nampaknya lebih kepada manusia yang menceroboh habitat tempat tinggal haiwan-haiwan ini. Apakah dasar memindahkan mereka dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain? Itu bukan cara penyelesaiannya. Apabila kita ada Barisan Nasional hendak mengambil tanah di sana mereka akan meminta lagi gajah-gajah dipindahkan tempat yang lain. Jadi, apakah polisi pihak kementerian?

Yang Berhormat jangan ambil peluanglah!

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya mahu tahu polisinya.

Saya tidak akan beri jalan kerana Yang Berhormat ambil peluang untuk menghentam Kerajaan Barisan Nasional.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya hendak tahu apakah polisi kementerian terhadap isu sedemikian.

Adalah tidak betul bagi kita pindahkan gajah kerana hendak ambil tanah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya risaulah sebab saya rasa itu bukan cara penyelesaiannya pindahkan semua gajah ke Batu Gajah. Itu bukan penyelesaiannya.

Oh, itu tarik baliklah.

Yang Berhormat Menteri.

Okey, terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] Kita yang menceroboh tempat tinggal haiwan-haiwan ini.

Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Oleh sebab itu saya minta Kerajaan Negeri Perak sekarang ini kurangkan sikit pembukaan hutan-hutan baru ini kerana kawasan-kawasan yang diteroka ini banyak menyebabkan gajah-gajah ini pun lari - habitat dia. Betul, dia cakap itu, Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu kita minta supaya Yang Berhormat Batu Gajah nasihatkan kerajaan negeri kurangkan sikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

[Bangun]

Saya jawab ini dulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, saya cakap sikit sahaja. Ramai Ahli Yang Berhormat yang berminat dengan gajah, ada gajah yang berkeliaran. Jadi, saya ingat kalau boleh Yang Berhormat Menteri jemput Ahli-ahli Parlimen ini adakan satu dialog untuk membincangkan bagaimana hendak menguruskan ataupun membuat Satu dasar mengenai gajah ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya setuju, Tuan Pengerusi, sebab ini masalah besar.

Saya akan tentukan tarikh dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan harap turut hadir ke mesyuarat tersebut. Sebelum saya meneruskan jawapan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lenggong tadi. Mungkin Yang Berhormat Batu Gajah ada pengalaman di mana Kerajaan Negeri Perak telah pun hendak memindahkan gajah kerana hendak membangunkan tanah itu.

Minta laluan sikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Menteri, ini teruk jawapan yang macam ini. Masalah gajah di sana itu sudah berapa lama.

Minta laluan sikit.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Machang, ini pasal gajah?

Sebelum itu.

Isu gajah sudah tutup. Selepas ini Yang Berhormat punya isu, e-Tanah.

Sebelum Yang Berhormat pergi. Setengah minit sahaja. Saya hendak untuk makluman supaya...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Machang, setengah minit semalam satu minit, Yang Berhormat. Saya ingat itu.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak supaya Dewan tidak berbahas atas fakta yang tidak tepat. Saya hendak merujuk kepada Majlis Perhutanan Negara memaklumkan tentang kawasan muka bumi setiap negeri yang dilitupi hutan. Ini berkaitan dengan habitat tempat tinggal hidupan liar. Negeri yang paling luas muka bumi dilitupi hutan ialah Kelantan iaitu 51%, Pahang 42%, Perak - Lenggong 38%. Jadi, hutan ini sebenarnya banyak ditebang di negeri-negeri Barisan

Nasional. Ini fakta sebab itu masalah gajah di situ. Saya tidak tahu Yang Berhormat Kinabatangan tetapi itu fakta daripada rekod Majlis Perhutanan Negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Machang telah pun menyentuh isu e-Tanah. Isu pertama dalam soalan beliau ialah menyentuh mengenai Syarikat iLaunch yang melalui joint venture. Ingin saya memaklumkan untuk perintis e-Tanah di Pulau Pinang, Syarikat iLaunch Sdn. Bhd. secara tender terbuka tidak ada joint venture dengan mana-mana syarikat. Kedua, mengikut beliau bahawa Syarikat iLaunch tidak ada kepakaran dalam hal- hal berkaitan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat iLaunch mempunyai empat orang subject matter expert dalam pelbagai bidang untuk melaksanakan projek perintis e-Tanah sebagaimana dalam kontrak. Tugas ini akan dipantau dan diselaraskan oleh pasukan projek e-Tanah dan JKPTG dan NRE. Ketiga, kontrak e-Tanah telah pun dilanjutkan sebanyak dua kali kepada April 2008 dan Disember 2008. Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh kontrak perintis e-Tanah adalah dari 13 Oktober 2005 sehingga 12 Oktober 2007. Walau bagaimanapun, projek ini telah diberi tambahan masa sebanyak dua kali sehingga 31 Disember di atas sebab-sebab berikut: (i) pindaan Undang-undang Kanun Tanah, Jadual ke-16 perlu dibentangkan dalam Majlis Tanah Negara yang akan bermesyuarat pada 23 Disember 2008 sebelum ia diwartakan dan dipanjangkan di peringkat negeri; (ii) pindaan hak milik strata, Jadual Kelima juga perlu dibentangkan pada Majlis Tanah Negara pada 23 Disember 2008 sebelum ia diwartakan; (iii) kerja-kerja pembersihan data secara manual yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang dan Pejabat- pejabat Tanah Pulau Pinang ini dijangka selesai pada Disember 2008; dan (iv) masa diperlukan untuk menstabilkan sistem. Yang Berhormat dari Machang juga menyentuh jika e-Tanah diperluaskan, berapakah nilai projek tersebut? Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenai perluasan projek e-Tanah. Oleh yang demikian, maka kita tidak ada nilai projek untuk diberitahu kepada Yang Berhormat.

Boleh minta laluan?

Yang kelima, Yang Berhormat juga minta kalau e-Tanah ini di roll out. Jangan abaikan negeri-negeri lain, negeri yang tidak diperintah oleh Barisan Nasional. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana dari statement ini nampaknya Yang Berhormat setuju bahawa projek e-Tanah ini akan membawa manfaat kepada pentadbiran tanah kita di dalam negara. Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal manfaat e-Tanah kepada rakyat, saya dan Yang Berhormat Menteri tidak ada perbezaan pendapat. Soal yang kita bangkitkan ialah kelemahan pelaksanaan projek e- Tanah ini. Soalan yang saya cuba hendak timbulkan di peringkat penggulungan ini Yang Berhormat Menteri ialah sudah kah projek perintis itu dibuat bayaran oleh kerajaan? Kalau sudah, berapa nilainya? Sudah kah projek itu diserahkan kepada pelanggan iaitu kepada jabatan-jabatan yang terbabit. Itu bahagian pertama terhadap penjelasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Kedua berkaitan dengan roll out. Hal ini saya bangkitkan kerana saya difahamkan bahawa syarikat yang berhajat untuk mendapat projek roll out ini atau perluasan e-Tanah di seluruh negara ini telah pun sampai kepada tahap membuat pembentangan kepada EPU, kepada MOF dan kepada Perdana Menteri sendiri. Bahkan, mereka juga telah pun

mencadangkan satu skim atau satu sistem deferred payment dibuat dengan syarikat ini mendapat biaya daripada bank, kemudian kerajaan bersetuju terhadap pelaksanaan projek ini dan kemudian kerajaan yang membayar kepada bank dari segi jangka panjang. Maklumat yang saya difahamkan dalam perbincangan tersebut ialah ada ura-ura pelaksanaannya itu nanti tidak akan membabitkan negeri Pakatan Rakyat. Makanya saya bangkitkan di tempat yang paling tepat iaitu Parlimen ini untuk mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri. Jika perlu saya akan sebutkan nama syarikat berkenaan dan juga komitmen yang telah diberikan oleh kerajaan berdasarkan kepada pertemuan-pertemuan yang telah dibuat dan nilai projek, nilai atau jumlah bajet projek itu jika sekiranya syarikat ini berjaya mendapatkannya daripada kerajaan. Minta komen.

Terima kasih Tuan Pengerusi, mengenai kelemahan-kelemahan e-Tanah ini kita memang mengakui. Saya sendiri apabila saya melawat Pulau Pinang khas untuk melihat pelaksanaan e-Tanah, nampak memang ada kelemahan dan kita juga telah pun membetulkan kelemahan ini. Oleh itulah kita yakin bahawa pada akhir tahun ini e-Tanah di Pulau Pinang dapat berjalan dengan sepenuhnya, itu yang pertama. Kedua mengenai bayaran ini saya mohon maaf kepada Yang Berhormat saya akan bagi dengan cara bertulis jumlah bayaran yang telah dibuat sama ada sub kontraktor telah dibayar atau tidak. Itu akan saya bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat tersebut. Mengenai keluasan projek e-Tanah ini, sejauh kementerian tahu keputusan ini belum dibuat. Cadangan memang telah ada dikemukakan kepada kerajaan tetapi itu bukan bermaknanya keputusan telah pun dibuat. Jadi saya tidak boleh memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa keputusan telah dibuat kalau keputusan itu belum diputuskan oleh kerajaan. Jadi itu yang saya sampaikan kepada Yang Berhormat. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat ini cukup aktif dan cukup berminat dengan projek e-tanah sehingga mengetahui banyak isu-isu yang confidential dari kerajaan. Tuan Pengerusi, projek e-Tanah itu adalah contractor driven yang mana skop kerjanya ditentukan oleh kontraktor. Ingin saya maklumkan skop kerja e-Tanah ditentukan oleh kerajaan melalui terma-terma kontrak yang telah ditandatangani. Bagi memastikan skop kerja dipenuhi, pemantauan projek secara berkala diadakan di peringkat jawatankuasa dan kumpulan kerja seperti berikut: (i) Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK); (ii) Jawatankuasa Projek Kerajaan Elektronik; (iii) Jawatankuasa Pemandu e-Tanah; (iv) Jawatankuasa Penyelarasan e-Tanah; (v) Jawatankuasa Electronic Good Government peringkat Negeri Pulau Pinang; (vi) Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek Perintis e- Tanah di Pulau Pinang; (vii) Jawatankuasa Teknikal dan Operasi Pelaksanaan e-Tanah; dan (viii) Kumpulan Jaminan Kualiti ataupun Quality Assurance Group. Semua mereka ini akan menentukan bahawa the term of reference yang telah dikemukakan kepada syarikat telah dan akan dilaksanakan. Satu isu lagi pembangunan tanah tidak dapat keep track. Untuk makluman Yang Berhormat, sokongan sistem e-Tanah adalah portal e-Tanah. Portal e-Tanah memberikan kemudahan untuk mendapat status terkini permohonan tanah secara online. Yang Berhormat Machang juga menyentuh bagaimana e-Tanah mempercepatkan pengurusan tanah. Saya pun telah memberitahu kepada Yang Berhormat tempoh hari dan

saya percaya Yang Berhormat pun telah membaca faedah-faedah yang telah dicadangkan untuk e-Tanah ini. Yang Berhormat dari Jasin telah pun menyentuh mengenai sistem pendaftaran tanah berkomputer yang tidak dapat digunakan. Untuk makluman Yang Berhormat, SPTB merupakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer dan telah beroperasi secara berperingkat mulai 1998. Sistem ini hanya merangkumi urusan-urusan pendaftaran tanah sahaja dan sistem ini merupakan sistem lama dengan peralatan komputer yang lama yang menyebabkan sistem ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu sistem e-Tanah yang menyeluruh merangkumi semua urusan tanah perlu diwujudkan bagi meningkatkan sistem penyampaian di pejabat-pejabat tanah.

Laluan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri terima kasih atas penjelasan. Satu perkara bila mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri, yang saya terfikir ialah apabila tiba tahap perluasan e-Tanah ini dijalankan, di setiap negeri yang kita tahu ada beberapa undang-undang tanah yang berbeza antara satu negeri dengan satu negeri. Sudah tentu dalam projek e-Tanah ini dalam berurusan dengan urusan tanah setiap negeri, dia akan ada persamaan. Akan ada juga kelainan sebab setiap negeri. Contohnya ada kaedah tanah negeri dia sendiri ataupun dia ada Malay reserve enakmen, tanah rizab Melayu dia sendiri di mana aplikasinya itu berbeza-beza.

Jadi, sejauh manakah dalam pengetahuan dan kefahaman Yang Berhormat Menteri, jaminan boleh diberikan bahawa apakala peluasan ini dilakukan di peringkat negeri, faktor perbezaan dari segi urusan dan undang-undang tanah negeri ini diambil kira bagi memastikan delivery system itu terjamin dan cekap? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul kata Yang Berhormat kerana enakmen tanah tidak sama. Ini telah pun diambil kira kerana sebelum projek ini dilaksanakan, ia telah pun dibentangkan kepada Majlis Tanah Negara memberitahu semua negeri cadangan-cadangan yang akan dibuat mengenai pelaksanaan di tanah ini. Begitu juga apabila kita hendak meminda Kanun Tanah Negara, untuk membolehkan tanah ini dilaksanakan, ia juga akan kita telah pun berbincang dengan ahli- ahli Majlis Tanah Negara yang diwakili oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia. Maka itulah satu sebabnya mengapa ini kita belum dapat melaksanakan penuh e- Tanah di Pulau Pinang sehingga Disember 2008. Ini kerana undang-undang pindaan e- Tanah yang kita telah buat belum diwartakan. Akan tetapi sebelum ia diwartakan, kita perlu membentangkannya kepada Majlis Tanah Negara yang kita akan adakan pada 23 Disember akan datang. Jadi kementerian memang mengambil kira masalah-masalah ini supaya apabila ia dilaksanakan nanti, ia dapat digunakan sepenuhnya oleh semua pihak. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Arau telah pun sebelum menyentuh bahawa...

Mohon penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, saya memandang baik usaha e-Tanah tersebut. Akan tetapi terdapat kes-kes di Pulau Pinang terutama sekali kes di daerah saya di Balik Pulau iaitu daerah barat daya. Kes yang merujuk kepada kes fraud ataupun kes penipuan. Ini kerana saya sebagai pengamal undang-undang, saya tahu di dalam akta undang-undang. Apa yang dikatakan kes indefeasibility of title itu maksudnya rekod-rekod, apakah itu merupakan rekod yang final. Akan tetapi persoalannya di sini, data yang sama akan ditransferkan ke dalam komputer. Soalan saya adakah kementerian ingin mengambil kesempatan supaya dikemaskinikan mengenai pemilikan-pemilikan yang bersifat fraud kerana itu menjadi beban kepada rakyat. Jikalau mereka mahu memperjuangkan hak mereka, mereka terpaksa pergi ke mahkamah dan saya tahu kosnya amat tinggi. Ini merujuk kepada kes mahkamah tinggi. Saya mencadangkan kalau mendapat persetujuan iaitu mengambil kesempatan ini bukan

sahaja dipanggil exercise data entry semata-mata, tetapi merujuk kepada kes-kes yang boleh dikemaskinikan terutama kes-kes penipuan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kes penipuan ini telah banyak pun berlaku dan telah pun dibuat laporan. Kementerian sedar dan saya pun telah memperjelaskan semasa di Parlimen ini, tindakan-tindakan yang kita ambil untuk memperkuatkan lagi sistem kita untuk menangani masalah fraud ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa inilah peluang kita untuk membersihkan data- data yang sedia ada. Oleh itu, kita berhati-hati misalnya di Pulau Pinang supaya kita tidak tergesa-gesa kerana kita mendapati ada 58,000 kes title tanah yang tidak mempunyai data-data yang tepat. Maka inilah peluang kita untuk membersihkan dan menentukan bahawa di mana kes fraud yang mungkin belum dilaporkan akan dapat kita ketahui. Kalau kes-kes telah dilaporkan, mungkin itu dapat dibuat siasatan. Akan tetapi bagi kes-kes yang belum dilaporkan, kita berharap dengan cara membersihkan sistem ini kita dapat menangani masalah fraud. Mengenai fraud, inilah kita berharapkan apabila kita melaksanakan e-Tanah, kita dapat menguatkan benteng pentadbiran sistem tanah kita. Ini kerana dengan cara ini, tanah ini juga dapat kita berhubung terus dengan Jabatan Polis, mahkamah dan juga Jabatan Pendaftaran Negara untuk menentukan segala maklumat yang dikemukakan adalah maklumat yang sahih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Arau telah membangkitkan bahawa sebelum e-Tanah, jumlah processes ataupun urusan yang dapat dijalankan di pejabat tanah adalah di antara 60 hingga 70 sehari. Akan tetapi selepas e-Tanah ini, didapati bahawa kes ini pejabat tanah hanya dapat menguruskan 20 ke 30 kes sehari. Untuk makluman Yang Berhormat, memang dari awal kita menghadapi masalah ini. Ini adalah kerana ia dilaporkan di surat khabar. Akan tetapi semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini diperakukan pada peringkat awal dan sekarang sistem ini telah pun lebih stabil. Kita nampak ia akan membawa lebih cekap dan bilangan serahan banyak pada hujung tahun. Pihak kementerian telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mengatasi masalah ini:- (i) membersihkan data; (ii) meningkatkan kestabilan sistem melalui revisit dan refocus; dan (iii) memberikan latihan yang berterusan secara intensif kepada kakitangan-kakitangan terlibat. Hasil daripada langkah-langkah yang telah diambil ini, sistem e-Tanah bertambah cekap dan kebanyakan urusan dapat diselesaikan dalam masa yang pendek dari 15 minit sehingga 20 minit. Kakitangan juga akan bertambah cekap menggunakan sistem ini dan pelanggan juga telah diberi nombor giliran yang akan dilayan pada hari yang sama. Tuan Pengerusi, beberapa Ahli Yang Berhormat telah pun menyentuh isu alam sekitar khasnya isu penguatkuasaan ataupun Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ingin saya memaklumkan bahawa mengenai penguatkuasaan, memang kita pihak kementerian mengakui bahawa penguatkuasaan perlu dipertingkatkan bagi memastikan semua punca pencemaran disiasat dan tindakan diambil ke atas mereka yang melakukan pencemaran pada tahun 2007. Walau bagaimanapun Jabatan Alam Sekitar telah pun bertindak mengambil tindakan supaya jabatan dapat maka tahun 2007 telah pun melakukan 11,465 pemeriksaan ke kilang-kilang dan dari itu sebanyak 4,973 surat arahan telah dikeluarkan, 2,324 notis dan dua perintah larangan telah pun juga dikeluarkan. Di samping itu, 428 tindakan mahkamah dengan denda RM5.1 juta telah pun diambil. Namun, kini bilangan pegawai penguatkuasaan tidak dapat menangani masalah pencemaran dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, kementerian saya sedang berusaha untuk menambah bilangan pegawai penguatkuasaan peringkat demi peringkat supaya semua kilang dapat diperiksa.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang penguatkuasaan kementerian ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri adakah sebab masalahnya kementerian dengan kerajaan tempatan ataupun dengan lain-lain agensi tidak dapat bersepadu ataupun berkoordinasi dengan baik? Saya ingin memberikan satu contoh di Melaka. Saya nampak dari surat jawapan kementerian Yang Berhormat iaitu kerana syarikat itu anak syarikat kerajaan negeri, maka sebab itu amat susah untuk kementerian mengambil tindakan. Di dalam surat ini meminta pihak kerajaan negeri untuk memantau aktiviti anak syarikatnya. Bukankah penguatkuasaan ini sepatutnya akan diambil oleh kementerian sendiri? Mengapa terpaksa menggunakan kerajaan negeri? Bukankah kementerian sendiri boleh mengambil tindakan. Satu lagi saya ingin bertanya. Sungguhpun saya tidak sempat mengambil bahagian di dalam perbahasan kedua ini kerana masa yang tidak diizinkan. Saya ingin bertanya tentang satu kes. Saya boleh terima jika penjelasan ataupun jawapan dalam bentuk bertulis dari Yang Berhormat Menteri. Iaitu satu kes di Kampung Bukit Beruang di Melaka. Ada satu ladang penternakan ayam, yang sekarang ini menggunakan satu tapak iaitu satu tapak hanya lebih kurang satu kilometer daripada perkampungan iaitu Kampung Sungai Baru ini dan mereka menggunakan kawasan jalan itu untuk mengeringkan dan mengumpulkan tahi-tahi ayam.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sampai empat tahun saya dapat di tangan saya, saya dapat surat demi surat yang mereka buat aduan kepada semua jabatan termasuk Jabatan Perdana Menteri dan nampaknya tindakan banyak susahlah hendak diambil. Sungguhpun kerajaan tempatan batalkan lesen masih mereka teruskan, sampaikan empat tahun sebab itu saya tadi nampak jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang penguatkuasaan ini. Nampaknya mungkin jabatan ini amat susah hendak menguatkuasakan tentang syarikat besar atau ada agensi melibatkan agensi kerajaan bukan hanya kepada kenderaan yang keluarkan asap hitam sahaja. Itu senang hendak saman, hendak denda. Adakah ini masalah penguatkuasaan ini melibatkan agensi kerajaan atau kerajaan tempatan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, ada hubung kait Yang Berhormat Menteri.

Boleh saya jawab soalan ini dulu.

Okey.

Yang pertama mengenai koordinasi, memang kita mengatur cara untuk mengkoordinasikan, menyelaras kegiatan-kegiatan penguatkuasaan ini dengan majlis-majlis tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan berkenaan seperti veterinary dan sebagainya. Oleh yang demikian, maka kita sentiasa bermesyuarat dan menentukan isu-isu bersama haruslah ditangani bersama. Mengenai mengapa surat, saya tidak pasti sama ada surat itu datang dari Jabatan Alam Sekitar atau tidak tetapi kalau datang dari Jabatan Alam Sekitar ataupun Kerajaan Negeri memang sikap kita adalah mohon bahawa syarikat-syarikat, bukan hanya syarikat yang dipunyai oleh kerajaan- kerajaan negeri tetapi syarikat-syarikat yang lain juga kita mengharapkan mereka self regulatory mengenai masalah alam sekitar ini. Maka, mereka akan mengurus, menentukan pengurusan mereka mematuhi syarat- syarat alam sekitar dan tidak membuang hasil-hasil ataupun efluen-efluen dari factory- factory mereka dengan sesuka hati. Maka, kerana kalau mereka dapat menentukan bahawa syarikat-syarikat mereka mematuhi undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling. Maka, kita berharap penguat kuasa kita dapat dikurangkan. Mungkin itulah sebabnya ia ditulis kepada syarikat. Tetapi, kalau andaian Yang Berhormat bahawa kita tidak mengambil tindakan oleh sebab syarikat itu adalah di hak milik oleh Kerajaan Negeri ataupun di hak

milik oleh syarikat-syarikat yang besar bahawa Jabatan Alam Sekitar takut ataupun pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang, saya ingin menyangkal di sini bahawa itu adalah tidak tepat dan tidak betul Tuan Pengerusi. Tetapi, kalau sudah menyalahi undang-undang kita terpaksa mengambil tindakan. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri bolehkah, bukan tadi saya.

Yang ketiga mengenai ternakan ayam ini, untuk makluman Yang Berhormat saya minta Yang Berhormat berhubung dengan Veterinary Department dengan izin, kerana ini adalah di dalam bidang kuasa Veterinary Department.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Menteri, bolehkah terangkan kepada Dewan yang mulia ini bagaimana, adakah tindakan penguatkuasaan di ambil oleh kementerian sendiri atau berasing, ada yang perlu di ambil melalui kerajaan atau agensi Kerajaan Negeri. Mengapa ada yang di ambil oleh sendiri mendakwa atau menyamankan syarikat tetapi yang lain terpaksa merujuk kepada lain-lain kerajaan, kerajaan tempatan atau agensi.

Saya tidak berapa faham, kita boleh bincang luar nanti.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, saya ingat masalah alam sekitar ini adalah concurrent matters dalam federated arrangement kita ada negeri dan pusat yang mengambil tindakan. Jadi, ini yang masalah Yang Berhormat daripada Kota Melaka, masalah iaitu pertindihan kuasa ini Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat di Semenanjung kita ada undang-undang alam sekitar yang seragam, yang bezanya adalah di Sabah dan Sarawak. Tetapi, di Semenanjung ini Jabatan Veterinary juga bertanggungjawab pada ladang-ladang penternakan. Jadi, kalau ini ada berlaku, itu Yang Berhormat kena jumpa... kerana dia yang mengeluarkan lesen mengenai ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya penguatkuasaan adalah satu perkara yang cukup penting bagi memastikan supaya kita dapat alam sekitar yang cukup sihat untuk seluruh penduduk Malaysia. Tetapi, apa yang terjadi Jabatan Alam Sekitar seharuslah lebih mendidik sebelum apa juga jenis penguatkuasaan di buat. Apa yang terjadi banyak di kilang-kilang, penguatkuasaan terus dibuat semasa satu-satu pemeriksaan ataupun aduan dilakukan. Selepas 4 – 5 bulan, kilang tersebut diberikan tindakan mahkamah. Jadi, dalam masa empat bulan atau lima bulan ini seharusnyalah kilang tersebut diberikan peluang untuk menambah baikkan apa juga masalah yang berlaku bahkan apabila mereka didakwa di mahkamah ia akan menjejaskan penjualan syarikat tersebut yang eksport oriented kerana pembeli tidak akan dapat menerima pengeluaran mereka apabila syarikat tersebut didakwa di mahkamah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, kalau saya tidak silap Yang Berhormat telah pun menyentuh perkara yang sama dalam apabila Yang Berhormat berbincang peringkat Jawatankuasa dan saya akan menjawab soalan Yang Berhormat apabila tiba kepada giliran saya menjawab kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Mambong telah pun mempersoalkan isu mengenai peruntukan penguatkuasaan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 terdapat pelbagai peruntukan penguatkuasaan untuk mencegah dan mengawal pencemaran termasuklah pencemaran air, udara, tanah, sungai, laut, pencegahan pembakaran terbuka dan kawalan pembuangan berjadual. Terdapat pelbagai denda yang diperuntukkan bagi kesalahan di dalam AKAS 1974 dengan nilai denda minimum RM2,000 dan maksimumnya penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak melebihi RM500 ribu. Sebagai contoh, pihak yang gagal mematuhi seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu gagal membekalkan maklumat yang diperlukan oleh Jabatan Alam Sekitar, dendanya adalah tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Satu contoh lagi bagi kes pelupusan haram buangan berjadual

dendanya adalah penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak melebihi RM500 ribu. Yang Berhormat dari Mambong telah membangkitkan isu-isu termasuk mengenai sungai tercemar, penguatkuasaan, mengapa hanya 100% toksik bahaya dilupuskan dari Syarikat Kualiti Alam Sekitar Sdn. Bhd. dan mengenai penghantaran buangan terjadual ke luar negara dan beliau juga menyentuh mencadangkan supaya statistik import eksport buangan dikemukakan di Dewan ini dan juga menanya sama ada pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dibuat. Untuk maklumat Yang Berhormat memang benar antara masalah-masalah punca pencemaran sungai adalah kekurangan kesedaran di kalangan masyarakat, kurangnya komitmen di kalangan industri dan untuk bertindak bagi mengurangkan pencemaran di premis-premis masing-masing. Kedua-duanya masalah pencemaran sungai masih berlaku kerana tidak adanya infrastruktur yang lengkap dan efisien sebagai contoh di negara sistem pembetungan yang komprehensif belum dapat diwujudkan lagi dan masih di peringkat pelaksanaan. Oleh itu, air kumbahan separa diolah atau tidak diolah dilepas ke sungai dan menyebabkan air sungai di negara kita tercemar dengan beban pencemaran organik yang tinggi. Bagi menyedarkan orang ramai terhadap kepentingan sungai, agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah pun mengadakan pelbagai aktiviti sebagai contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran sejak 1993 telah menjalankan kempen- kempen termasuk Kempen Cintailah Sungai Kita. Di samping itu, pihak kerajaan yang lain seperti Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri telah pun mengadakan kempen-kempen kesedaran yang sama. Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan Program Pencegahan dan Peningkatan Kualiti Air sejak 2001 sebagai sokongan kepada aktiviti penguatkuasaan dan penguasaan sungai yang sedia ada. Yang Berhormat menimbul kekeliruan mengenai Peraturan 8. Peraturan 8 di dalam Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005 sebenarnya adalah sejajar dengan Peraturan 3 dan Peraturan 4. Peraturan 3 sebenarnya mengehendaki supaya setiap pengeluar buangan berjadual memberitahu kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengenai penghasilan buangan mereka. Manakala Peraturan 4 menetapkan supaya pelupusan buangan berjadual dilaksanakan di premis yang ditetapkan ataupun premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Ini adalah untuk mengelakkan buangan diangkut ke tempat-tempat yang tidak dibenarkan. Di samping itu Peraturan 8 pula menetapkan tentang tanggungjawab pengeluar buangan supaya menguruskan buangan terjadual secara teratur termasuk dari segi penstoran yang baik, pengolahan dalam tapak dan pemulihan kembali di dalam tapak. Sekiranya mereka ingin menghantar buangan keluar dari premis kilang mereka untuk tujuan pengolahan, pemulihan kembali luar tapak dan pelupusan, pengeluar buangan perlu memastikan buangan tersebut diterima oleh pihak yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Pengeluaran buangan dibenarkan mengolah buangan ditapak supaya buangan yang akhirnya perlu dilupuskan dapat dikurangkan dan ini adalah sejajar dengan prinsip pengurusan buangan yang baik. Oleh itu Peraturan 8 adalah tidak bercanggah dengan Peraturan 3 dan Peraturan 4 tersebut.

Dato' Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

[Bangun]

Unit penghantaran satu eksport buangan terjadual keluar negara adalah tidak bercanggah juga dengan peruntukan Konvensyen Vessel mengenai pengawalan pergerakan buangan bahaya...

Dato' Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri...

...Boleh saya selesaikan bahagian ini dahulu? Konvensyen Vessel mengenai pengawalan pergerakan buangan bahaya melalui sempadan

yang mana Malaysia menjadi parti kepada konvensyen tersebut pada 8 Oktober 1993. Ini adalah selaras dengan Artikel 49 kepada konvensyen tersebut. Okey, nanti saya bagi peluang.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyentuh tentang seksyen 3, seksyen 4 dan seksyen 8 tetapi di seksyen 8 adalah ketara bahawa treated on site adalah pelupusan di dalam tapak pengeluaran sisa-sisa berjadual. Jadi adakah mereka ini yang mengeluarkan bahan-bahan berjadual benar-benar pakar di dalam langkah-langkah pelupusan. Ini yang saya ragukan. Saya melihat bahawa penghasilan begitu banyak tetapi yang dihantar di Bukit Nanas adalah hanya 10%. Jadi apa terjadi kepada yang 90% itu kalau ianya sudah menjadi buangan berjadual. Saya bersetuju sekiranya mereka recover material dengan izin yang boleh digunakan sekali lagi tetapi yang dilupuskan ditapak mereka sendiri, itu saya memang tidak bersetuju kerana mereka tidak ada kepakaran untuk membuatnya. Yang keduanya, eksport dan import sisa-sisa toksik. Memang Basel Convention melarang ianya lebih-lebih lagi jika menggunakan kapal kerana kapal ini, mereka yang bekerja mereka boleh buang sisa-sisa berjadual di dalam lautan. Jadi tidak ada mana- mana pihak boleh tahu di mana buangan berjadual itu dibuang. Inilah yang ditekankan Basel Convention bahawa buangan terjadual tidak boleh dieksport ataupun diimport lebih- lebih lagi melalui kapal yang menggunakan lautan. Terima kasih.

Dato' Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Saya sambung sedikit. Kita telah membincangkan tentang toksik, pencemaran sungai, lagun dan sebagainya sudah berapa tahun tetapi masih lagi tidak dapat mengatasi. Apakah kementerian tidak boleh menimbang secara swasta sekurang-kurangnya sekali gus bagi sungai-sungai yang memang sangat tercemar ataupun pemunggahan toksik-toksik ini secara swasta supaya sambil menyedarkan masyarakat, ianya boleh dibersihkan mungkin dalam masa dua tiga tahun, bersih semua sekali. Apakah tidak boleh ditimbangkan secara swasta ini dan diberi kepada beberapa buah syarikat seperti mana sampah dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama, Yang Berhormat dari Mambong masih berpendirian bahawa seksyen 8, seksyen 3 dan 4 itu ada percanggahan. Walau bagaimanapun, saya tidak memilih untuk berdebat mengenai isu ini kerana kita juga ada pendirian daripada kementerian tetapi saya juga memahami kerisauan beliau kerana yang pertama mengenai pakar. Mungkin syarikat itu tidak ada pakar mengenai toksik ini. Di sinilah maka perlu kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan bahawa mereka dapat dan mempunyai kepakaran untuk melupuskan toksik- toksik waste mereka itu. Mengenai isu apakah jadi kepada 89% pembuangan-pembuangan terjadual kerana seperti yang telah diberitahu bahawa 11% dari buangan terjadual ini adalah dilupuskan di dua syarikat swasta yang telah diswastakan untuk melupuskan buangan- buangan terjadual itu. Syarikat tersebut adalah Kualiti Alam Sdn. Bhd. yang mendapat kira- kira 10.4% dari buangan tersebut dan pelupusan di “Tunikan” Sarawak mendapat 1% dan yang lain itu untuk makluman Yang Berhormat, 50.9% adalah pengolahan kemudahan di dalam tapak, on site treatment, 31.2% adalah perolehan kemudahan luar tapak dan 48% penstoran dalam tapak, 1.1% pelupusan di insinerator luar tapak dan 0.6% eksport untuk diperolehi kembali. Mengenai Basel Convention, sebenarnya Basel Convention adalah satu konvensyen di mana anggota-anggotanya telah pun bersetuju bagaimana hendak menguruskan buangan terjadual ini dan dalam konvensyen ini ditetapkan kalau perlu eksport atau import, ianya perlu persetujuan di antara kedua-dua negeri yang eksport dan negeri yang import. Ini adalah supaya mereka dapat menentukan bagaimana ianya akan dibawa ataupun ditransportkan supaya masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, buangan-buangan itu dibuang di tengah laut tidak akan berlaku kerana kita telah pun diberitahu lebih awal bahawa ada barang yang hendak dieksport.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat, ada di dalam peruntukan Basel Convention bukan sahaja persetujuan kepada kedua-dua negara. Persetujuan oleh dua negara iaitu negara import dan negara eksport itu mesti melalui clearing house. Clearing house maknanya adalah di dalam sekretariat Basel Convention. Kalaulah negara itu tidak berpihak dan tidak signatory kepada Basel Convention, itu terpulanglah kepada negara yang tidak berpihak itu tetapi kalau dua-dua negara yang berpihak, mereka mesti melalui clearing house di sekretariat Basel Convention. Adakah ini dilakukan oleh negara kita, syarikat-syarikat yang mengeksport buangan terjadual kepada negara yang berpihak. Terima kasih.

Boleh sekalikan menteri? Sedikit sahaja.

Okey.

Lanjutan daripada sahabat saya Yang Berhormat Mambong bangkitkan, saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan sedikit. Dalam banyak-banyak perjanjian alam sekitar antarabangsa yang Malaysia tandatangani, ini berkaitan dengan Yang Berhormat Mambong bangkitkan. Ada satu yang namanya International Convention for The Prevention of Pollution From Ships. Yang ini bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau bawah kementerian mana? Apakah Malaysia juga signatory kepada konvensyen ini? Terima kasih.

Ulang, ulang.

Tuan Pengerusi

Ulang, ulang.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan dalam banyak-banyak perjanjian alam sekitar antarabangsa, saya fikir di bawah United Nations Environment Programme sudah tentulah kerajaan melalui kementerian menandatangani banyak konvensyen antarabangsa ini. Akan tetapi ada satu dalam senarai itu yang saya terbaca yang namanya The International Convention for the Prevention of Pollution From Ships. Jadi, dia ada kaitan dengan yang, Yang Berhormat Mambong bangkitkan soal buang sisa toksik ini di tengah laut. Jadi, enforcement nya ini di bawah kementerian mana? Kementerian Yang Berhormat Menteri atau pun yang mana?

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Ini memang pakar dalam banyak perkara environment dan membaca banyak buku-buku mengenai environment. Terima kasih. International Convention for the Prevention of Pollution From Ships, bagi Jabatan Alam Sekitar, kita juga bertanggungjawab mengenai pencemaran laut kerana ada dalam akta kita. Saya tidak berapa pasti sama ada ini dalam kementerian saya atau pun Kementerian Pengangkutan. Ini kerana Kementerian Pengangkutan pun ada Jabatan Laut yang juga telah pun menandatangani beberapa international agreement. Saya akan beritahu bertulis kepada Yang Berhormat. Saya menyambung. Konvensyen tersebut yang menyebut pergerakan buangan merentasi sempadan dibenarkan dengan syarat - saya fikir saya tidak perlu baca, kita telah pun berbincang dengan banyak mengenai jawapan ini. Mengenai pengeksportan dan pengangkutan buangan terjadual Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2007 telah mengeluarkan kebenaran bertulis untuk pengeksport dan pengimport buangan terjadual masing 57 dan 8. Manakala pada tahun 2008 bilangan kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk pengeksportan dan pengimportan masing-masing adalah sebanyak 40 dan 6. Malaysia tidak membenarkan buangan terjadual diimport atau dieksport bagi tujuan pelupusan. Jenis buangan yang dibenarkan untuk dieksport adalah untuk tujuan pemulihan kembali negara luar termasuk enap cemar mengandungi logam berat, buangan electrical dan elektronik, dust zink, buangan nikel. Manakala buangan yang dibenarkan diimport adalah merupakan bahan mentah yang digunakan dalam industri seperti buangan gipsum daripada loji tenaga, “... copper slags” buangan kaca untuk membuat cathode-ray tube, lebihan arsenik tulen, enap cemar kalsium hidroksida dan negara-negara yang mana

buangan dieksport adalah seperti negara Jerman dan Belgium. Negara yang sama buangan diimport adalah seperti Singapura. Mengenai pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, mengikut cadangan Yang Berhormat, pindaan dibuat kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling pada tahun 2007 adalah untuk mengenakan denda penjara mandatori kepada pihak yang melakukan pelupusan haram buangan terjadual kerana kementerian ini memandangkan perkara ini begitu serius. Kementerian ini memang bercadang melihat secara menyeluruh pindaan kepada akta dengan mengambil kira isu-isu alam sekitar semasa, seperti memantapkan penguatkuasaan dan penilaian kesan kepada alam sekeliling. Yang Berhormat dari Jasin telah pun membangkitkan mengenai pelupusan ...

Yang Berhormat Menteri, sebelum berpindah ke tajuk yang lain. Saya mencadangkan agar Akta Kualiti Alam Sekeliling dipinda lebih-lebih lagi di seksyen 4 yang berkaitan dengan keahlian Majlis Kualiti Alam Sekeliling. Di sini tugas mereka adalah untuk memberi nasihat kepada Yang Berhormat Menteri tetapi mereka lebih banyak kali enggan beri nasihat. Kenapa? Ini kerana keahlian di dalam sini bukan mereka yang pakar, ramai antara mereka bukan yang pakar. Oleh itu mereka enggan beri nasihat bahkan pengerusi dia sekarang adakah beliau seorang pakar di dalam bidang alam sekitar. Jadi, oleh itu saya juga ingin mencadangkan jika akta ini dipinda, Yang Berhormat Menteri harus melihat seksyen 4 dan keahlian bukannya disenaraikan seperti di akta tetapi cubalah untuk melantik pakar-pakar di dalam bidang alam sekitar. Ini kerana ramai profesor-profesor dari universiti memang pakar dan mereka seharusnya dilantik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian akan memberi maklum cadangan Yang Berhormat dan mengambil kira apabila kita melihat kepada kedudukan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Yang Berhormat dari Jasin menyentuh mengenai pelupusan sisa toksik di tanam di tapak kilang kerana disebabkan cas pelupusannya tinggi di samping cas pengangkutan ...

Tuan Pengerusi, sebelum pergi jauh. Saya pun baru masuk Tuan Pengerusi. Minta maaflah. Macam-macamlah cerita kualiti alam sekitar ini, konvensyen alam sekitar dan sebagainya. Cuma saya hendak tanya balik, cerita orang kampung, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Boleh Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila.

Kadang-kadang kita tidak nampak Tuan Pengerusi masalah yang amat besar, kesengsaraan yang dialami kesan daripada orang bela ayam, orang bela itu bela ini. Lalat, ada setengah itu sampai 15 tahun azab ini tidak pernah reda, mengadulah ke mana-mana, tidak ada siapa ambil pusing Tuan Pengerusi, tidak ada siapa ambil peduli Tuan Pengerusi. Maka, azab kerana dihurungi oleh lalat ini, sampai kadang-kadang dia hendak makan pun dalam kelambu Tuan Pengerusi. Ialah lalat senang sangat, kalau kita baca surat khabar tiga, empat hari lepas pun ada keluar rintihan orang kampung tidak ada siapa peduli. Agaknya tidak tahulah, tidak ada siapa ambil kisah ini. Orang yang untung bela ayam, beli apa semua sekali. [Gangguan bunyi telefon bimbit] Wakil rakyat Tuan Pengerusi, wakil rakyat tidak boleh tutup telefon pasal panggilan daripada kampung. Saya ini wakil rakyat kampung Tuan Pengerusi datang ke kota. Hubungan saya dengan rakyat tidak boleh putus Tuan Pengerusi. Maafkan saya, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Beritahu penyokong kampung, sewaktu sesi berbahas begini orang kampung faham juga itu.

Orang kampung tidak ada masa Tuan Pengerusi, dia tidak peduli pukul dua pagi pun dia telefon.

Tuan Pengerusi

Sila teruskan, sila.

Kadang-kadang kita tidak boleh buat apa-apa. Dua pagi Tuan Pengerusi, apa hendak buat. Jadi, Yang Berhormat Menteri ...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Astaghfirullah

Tuan Pengerusi

Tidak apa, nanti lupa cerita lalat itu Yang Berhormat.

Itulah soal bau lain Tuan Pengerusi, itu pun mengganggu alam sekitar. Serangan lalat ini Tuan Pengerusi, saya pernah pergi satu majlis perkahwinan Tuan Pengerusi. Oleh sebab wakil rakyat datang, wakil rakyat ini pun bertaraf Datuk, dia sediakan apa ini, tempat meja apa itu...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Meja utama.

Meja utamalah untuk meraikan kita datang. Dia rasa bangga [Gangguan bunyi telefon bimbit]

Tuan Pengerusi

Padamkan dahulu Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya ingat Yang Berhormat Sri Gading tidak tahu hendak tutup telefon kah apa? Tidak tahu hendak tekan dekat mana.

Yang Berhormat Pokok Sena hendak kena tutupkan telefon saya ini. Jadi, lalat serang makanan Tuan Pengerusi. Dia sebenarnya, dia sudah tutup dengan surat khabar Tuan Pengerusi, orang kampung surat khabar sahajalah Tuan Pengerusi penutupnya. Namun surat khabar itu diserap oleh minyak ini. Minyak ini penuh hitam Tuan Pengerusi, biru muka dia Tuan Pengerusi apabila saya datang bukan pasal apa, malu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam warna BN Yang Berhormat.

Tukarlah, hijau Tuan Pengerusi. [Ketawa]

Lalat pun hijau juga.

Langau itu, langau itu hijau. Jadi, itulah undangan-undangan ini Yang Berhormat - ada undang-undang ini. Bukan, ada satu undang-undang yang diguna pakai makhluk perosak.

Dia kata 500 meter, 200 meter daripada perkampungan baru boleh diternak ayam ini, tapi nampaknya lalat ini Tuan Pengerusi satu kilometer pun dia datang. Saya ingat undang-undang ini kena kajilah Tuan Pengerusi, jangan azabkan orang kampung dengan perkara-perkara yang bukan menjadi dosa mereka Tuan Pengerusi. Agak macam mana Tuan Pengerusi punya rasa simpati Tuan Pengerusi ataupun macam mana Tuan Pengerusi agaknya memikirkan perkara-perkara yang dialami oleh ramai penduduk kita di kampung- kampung yang telah sampai ke Dewan inilah kita bela dia Tuan Pengerusi. Inilah cantiknya Tuan Pengerusi, ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat membela, Pas dia tidak mahu, Pas dia ambil cerita besar-besar saja, saya ambil cerita yang kecil-kecil saja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih dan tahniah MP Barisan memang sentiasa...

Tuan Pengerusi

Awas sikit jawab menteri, pasal lalat tadi itu sekejap biru, sekejap jadi hijau. [Ketawa] Sila teruskan.

Tuan Pengerusi saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini bahawa isu kebersihan kita bukanlah terletak hanya di bahu Jabatan Alam Sekitar kerana beberapa jabatan yang lain seperti majlis-majlis dan Jabatan Haiwan dan sebagainya sama juga bertanggungjawab. Akan tetapi bagi kita dari Jabatan Alam Sekitar, kita cuba dengan sedaya upaya kita bekerjasama dengan jabatan-jabatan berkenaan dan juga bekerjasama dengan mereka dan mengatur rancangan untuk menentukan negara kita bersih dan tidak tercemar. Itulah jawapan saya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Jasin telah menyentuh mengenai pelupusan sisa toksik jadi jawapan saya ialah caj yang dikenakan oleh pihak pengusaha Negeri Sembilan adalah untuk menampung kos pembinaan dan kos operasi kilang mereka. Pelupusan haram berjadual oleh pihak industri bukan disebabkan oleh caj yang tinggi tetapi disebabkan oleh sikap pihak industri yang tidak menguruskan secara sempurna iaitu dengan mengurangkan penghasilan ruang terjadual. Di samping itu, mereka juga tidak memperuntukkan kewangan bagi kos operasi mereka bagi tujuan pelupusan sehingga mereka mengambi sikap tidak bertanggungjawab untuk melupuskan buangan terjadual secara haram. Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melupuskan buangan secara haram. Yang Berhormat dari Jasin juga telah mencadangkan bahawa Jabatan Alam Sekitar mewujudkan akademi supaya kakitangan jabatan fasih dan terlatih. Buat masa ini Jabatan Alam Sekitar telah pun mempunyai Institut Alam Sekitar sendiri dan bukannya menumpang di UKM. Institut ini sedang giat menjalankan kursus-kursus latihan untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang pengurusan alam sekitar bagi pegawai-pegawai jabatan dan juga kursus-kursus kompetensi untuk pihak industri. Kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi program-program latihan bukan saja untuk pegawai-pegawai jabatan berkenaan, bahkan untuk pelbagai sektor perindustrian untuk memastikan amalan pengeluaran bersih dilaksanakan. Yang Berhormat dari Jasin juga mencadangkan supaya ditubuhkan cawangan Jabatan Alam Sekitar di negeri Melaka seperti di Jasin ditambahkan cawangannya di sekitar negeri Melaka seperti di Jasin dan Alor Gajah. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengkaji keperluan penubuhan cawangan-cawangan Jabatan Alam Sekitar di negeri Melaka untuk masa hadapan. Penubuhan cawangan lazimnya di antara lain adalah berdasarkan kepada keperluan seperti penambahan isu-isu pencemaran dan juga punca pencemaran..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri

Dan kita mengambil perhatian isu yang disentuh oleh..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat tadi sebut nama Jasin, Jasin berdiri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya menyebutkan tentang sisa-sisa toksik yang dihasilkan oleh kilang-kilang pembuatan di negeri Melaka. Perkara ini cukup serius Yang Berhormat Menteri kerana semasa lawatan saya kita telah dimaklumkan bahawa sebenarnya kos pembuangan di kualiti alam begitu tinggi sekali yang mereka tidak ada mempunyai keupayaan apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang perlahan ini. Selain daripada mereka tidak mempunyai bajet, caj yang dikenakan terlalu tinggi. Ini tidak termasuk sekali kos transport. Apa yang mereka buat sekarang pada ketika ini di kilang-kilang selain daripada mereka menyimpan dalam premis, ada di antara kilang yang menanam sisa-sisa toksik ini di dalam kawasan perkilangan mereka. Terima kasih

Terima kasih saya berharap kalau Yang Berhormat ada maklumat yang sedemikian sila sampaikan kepada jabatan. Ini supaya kita akan menasihatkan syarikat-syarikat tersebut supaya tidak menanamkan pelupusan

dengan tidak dapat kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar. Yang Berhormat dari Pasir Mas.

Yang Berhormat Menteri, ini perkara benar, saya kebetulan selama dua penggal bertanggungjawab tentang perindustrian dan juga pelaburan. Perkara ini saya dapat saksikan sendiri dan seharusnyalah pihak kementerian mengambil tindakan segera kerana saya ada sebut perkataan ‘time bomb’ kerana menyimpan ataupun sisa toksik yang ditanam ini bukan saja ia sistemik dengan sistem air pengairan dan tanah, ia juga akan membahayakan kesihatan rakyat.

Terima kasih Yang Berhormat dan kita ambil maklum dan saya minta Yang Berhormat memberitahu isu seperti ini yang terperinci kepada pegawai saya yang ada di sini. Ini adalah sebab kita mengambil tindakan sewajarnya, kalau tidak selepas ini boleh berjumpa saya Yang Berhormat ya? Yang Berhormat dari Pasir Mas ini juga mengenai kebersihan dan mengenai sampah sarap dan beberapa Yang Berhormat pun telah pun menyentuh isu sampah sarap dan longkang tersumbat. Ingin saya memaklumkan di sini bahawa mengenai isu sampah dan buangan ini adalah dua kementerian bertanggungjawab, sampah sarap adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi saya percaya kalau ada apa-apa masalah mengenai perkara ini bolehlah dibangkitkan semasa peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Satu isu adalah dibangkitkan Yang Berhormat Pasir Mas adalah mengenai pembalakan yang tidak terkawal, apakah kerumitan dari penjelasan kerajaan negeri, ingin saya memaklumkan bahawa aktiviti pembalakan dan pemberian lesen kepada industri pembalak adalah kuasa mutlak kerajaan negeri masing-masing. Bagi pembalakan di kawasan yang mempunyai kawasan 500 hektar ke atas lebih atau pembalakan di kawasan tadahan kolam-kolam takungan yang digunakan bagi bekalan air, pengairan dan penyumbang kuasa hidro atau dalam kawasan yang bersempadan dengan taman-taman negara, negeri dan taman-taman laut. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hanya boleh menasihati kerajaan negeri melalui prosedur EIA. Ini adalah sejajar dengan perlembagaan. Yang Berhormat dari Kinabatangan membangkitkan isu..

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, minta laluan. Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat, isunya begitu besar, tapi jawapan Yang Berhormat cukup baguslah, pendek dan padat. Secara sepintas lalu begitu sahaja memberi jawapan, saya memang tidak puas hatilah, jangan nak lepas tangan. Sebagai tanggungjawab menjaga kementerian yang penting dari segi alam sekitar. Saya ni tegur secara ikhlas, dan saya nak tanya Yang Berhormat, walaupun pemberian kawasan balak, konsesi balak ini di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Saya nak tanya, dari segi pemantauan, apakah kementerian mempunyai satu kaedah mekanisme pemantauan untuk menjamin bahawa kerja-kerja pembalakan ini dapat dikawal. Contoh paling tidak setiap sebulan sekali ada kakitangan daripada kementerian Yang Berhormat yang menjaga alam sekitar menggunakan helikopter contoh membuat pemantauan di tiap-tiap negeri termasuk negeri Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, semua sekalilah seluruh Malaysia ini. Jika nampak perkara-perkara yang aneh berlaku terus dedahkan kepada pihak orang ramai, dedahkan kepada akhbar supaya rakyat tahu. Jangan tunggu, lama-lama kita tunggu seolah-olah tidak ada apa masalah Tuan Pengerusi, alih-alih keluar meletup dalam surat khabar, bukit itu botak, bukit ini botak. Bila berlaku banjir bising, baru nak buat pemantauan, baru nak kaji, baru nak selidik, sesudah jadi nasi, jadi bubur, barulah mula nak tubuh jawatankuasa, kita akan menyiasat. Itulah kenyataan selalu keluar daripada pihak kerajaan. Saya percaya perkara ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan jika ada kakitangan yang serius dan ada kaedahnya supaya dedah pada pengetahuan orang ramai.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita hendak tahu, jangan tunggu tiba-tiba tengok monyet, kera masuk dalam rumah. Rumah saya pun pernah kena Tuan Pengerusi di Taman Melawati tetapi yang paling penting sekali kawasan pembalakan di pedalaman, di bukit-bukit di hulu-hulu yang kerja mereka yang tamak, kerja kerajaan yang kerajaan negerinya tidak tahu hendak cari wang untuk membangunkan negeri, tetapi untuk menebang kayu balak ikut suka hati. Ini pandangan saya serius, saya tidak tuju kepada sesiapa. Saya bercakap perkara umum, perkara prinsip perkara asas. Kita kena sayang kepada alam sekitar yang Allah SWT bagi negara lain dia haram balak. Dia tidak benarkan tebang balak. Kita ikut suka hati tebang balak, selepas itu kita bagi jawapan kenyataan macam-macam. Jadi saya hendak jawapan Yang Berhormat tegas sebagai seorang Menteri, jelas. Bukan sepintas lalu lepas tangan begitu sahaja, terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Boleh sambung sedikit perkara yang sama tentang...

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Hendak bagi mana satu Yang Berhormat? Mana satu.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai.

Mantan dahulu.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Mantan, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. [Ketawa] Saya hendak menyambung apa yang dikatakan Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Di Kedah dahulu semasa BN memerintah, jarang saya tengok lori balak naik turun dari utara-selatan. Sekarang ini setiap hari ini hari-hari berpuluh-puluh lori balak bukan kecil besar-besar. Jadi saya hendak tanya sama ada ini dipantau oleh kementerian, terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Menteri. Memang kerajaan negeri memberikan ruang untuk membalak, sebab tidak ada pengharaman membalak dalam negara kita ini. Boleh? Akan tetapi tidakkah...

Yang Berhormat Kuala Krai dapat berapa percent? [Ketawa]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tidakkah kita perasan, baru-baru ini satu syarikat telah didakwa kerana menyebabkan pencemaran. Setelah pelbagai pendedahan dibuat begitu lama. Sesi dahulu kita ada seorang Setiausaha Parlimen asyik mendedahkan isu Lojing ini. Akan tetapi baru satu syarikat didakwa. Kenapa selama ini kerajaan negeri memang memberikan lesen untuk membalak, bukan satu perkara yang pelik, yang mengejutkan. Sarawak, Sabah apa yang tidak dibalak? Mana yang boleh dibalak, balak. Pahang, Terengganu, bukan satu dosa tetapi kawalan mesti dibuat. Yang menjaga dan mengawal ialah kementerian ini. Jadi, kenapa baru sekarang? Baru satu kes, sepatutnya sudah didedahkan tentang isu tanah tinggi Lojing ini banyak syarikat patut didakwa, kenapa. Jawapannya mungkin tidak cukup penguatkuasaan, tidak cukup orang dan sebagainya. Jadi ini adalah kesilapan kementerian sendiri tetapi kita hendak mengatakan, untuk mengelakkan ini ambil tindakan. Kita tidak akan bersimpati dengan mana-mana syarikat yang melanggar peraturan sehingga menjejaskan alam sekitar tetapi pengharaman balak tidak berlaku dalam negara ini. Selagi ianya boleh dibalak, balak. Itu satu pendapatan bagi kerajaan negeri. Minta penjelasan.

Okey, terima kasih tiga Yang Berhormat yang telah berdiri memberi pandangan mengenai pembalakan. Memang betul tidak pembalakan tidaklah diharamkan, ia boleh dijalankan dan nanti apabila saya sampai kepada isu hutan, saya akan jelaskan lebih lagi bagaimana kementerian melalui Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia ini mengawal industri pembalakan ini. Memang kita begitu prihatin kepada masalah alam sekitar dan oleh yang demikian satu penekanan kita kepada syarikat-syarikat yang mengusahakan tanah termasuk pembalakan. Oleh yang demikian maka kita da undang-undang yang memerlukan bahawa apabila lesen ini dikeluarkan di kawasan lebih 500 hektar ia perlukan EIA kerajaan negeri dengan menggunakan EIA atau Environmental

Impact Assessment ini kita dapat menentukan dan apakah impaknya kepada keadaan sekeliling. Masa itu kita akan mengenakan syarat-syarat dan kalau syarikat itu menyalahi syarat-syarat tersebut, kita akan mengambil tindakan. Maka baru-baru ini seperti Yang Berhormat sebut tadi kita telah pun mengambil tindakan kepada satu syarikat di Kelantan baru-baru ini yang membuat kesalahan di Lojing dan memang apabila kita cukup bukti, cukup asas kita akan mengambil tindakan. Akan tetapi kalau tidak cukup bukti inilah masalah-masalah...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas, masih banyak lagi?

Boleh saya habiskan penjelasan ini...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sedikit sahaja, saya hendak tanya Yang Berhormat...

Mantan saya, saya belum jawab. okey.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya hendak tanya Yang Berhormat, bilakah masanya akan dibuat keputusan dari segi menjaga alam sekitar ini bahawa pembalakan tidak dibenarkan lagi menggunakan laluan darat jalan raya, jalan. Iaitu seperti di negara Barat negara majulah, yang sudah begitu serius dengan alam sekitar, mereka mengharamkan membawa kayu balak menggunakan laluan jalan, tetapi mereka menggunakan helikopter logging dengan izin Tuan Pengerusi. iaitu mengangkat balak menggunakan helikopter. Apabila menggunakan helikopter, dia tidak menggunakan jalan, Tuan Pengerusi. Bererti jalan-jalan tidak rosak. Diangkat dengan helikopter dan terus dibawa kepada tempat yang dituju. Jadi, ianya boleh merawat alam sekitar. Kedua mengelakkan juga syarikat- syarikat yang mendapat konsesi balak ini menebang balak di tepi-tepi jalan. Ia sengaja bawa balik dengan lori ini ialah kerana terpaksa bawa dengan lori, dia kena buat jalan. Apabila buat jalan kawasan yang tidak dapat konsesi, dia terpotong juga balak, dia curi balak. Sebab itu mereka hendak buat ikut bawah. Jadi sebab itu paling balik untuk mengatasi masalah alam sekitar adalah dengan mengenakan syarat tidak boleh lagi mengangkat balak melalui lori-lori ini tetapi menggunakan helikopter logging. Saya hendak tanya apakah ini dalam kerajaan pihak kementerian dan adakah ini akan dijadikan pertimbangan supaya ia boleh dijadikan dasar atau syarat pada masa akan datang, sekian terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita mengambil kira cadangan Yang Berhormat tadi. Setakat ini kita belum ada mengenakan syarat ini Tuan Pengerusi inilah satu pandangan yang baik. Walau bagaimanapun, Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia telah pun menggariskan cara-cara mengusahakan kayu balak dengan mengurangkan kerosakan kepada tanah-tanah supaya kurang hakisan yang berlaku dan garis panduan ini telah pun disampaikan kepada kerajaan negeri-kerajaan negeri supaya ianya digunakan pakai. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi, kita memang sentiasa memantau di setiap negeri di mana pengusaha kayu balak yang tidak mengikut peraturan dan kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, saya hendak respons tentang yang kata Kedah tadi itu. Sepatutnya kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada waktu yang sama memberikan keadilan kepada negeri Kedah di atas pampasan khidmat alam sekitar yang sepatutnya diterima iaitu RM100 juta yang hingga hari ini mengikut perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu, Kerajaan Negeri Kedah belum lagi menerima pampasan itu. Jadi saya rasa Yang Berhormat Padang besar pun perlu adil. Dalam pada waktu yang sama patut beri contoh Kedah, tetapi pada waktu yang sama juga kena tengok Kedah ini dia jaga tidak tebang hutan di situ balak di situ sebab dan tampung air bukan sahaja di Kedah tetapi juga di Pulau Pinang dan Perlis. Jadi itu pun satu yang wajar diberi perhatian dan oleh itu saya pun hendak tahu kalau betullah benda ini sudah selesai, bagaimanakah pembayaran itu akan dibuat, adakah melalui Jabatan Persekutuan yang akhirnya akan diberi manfaat kepada persekutuan atau adakah akan diberi terus kepada pentadbiran kerajaan negeri, sekian.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, isu pembayaran seperti ini bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian. Maka saya tidak boleh menjawab soalan dari Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh menanya kepada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Kinabatangan telah pun bertanya dan mengadu mengenai pencemaran Sungai Kinabatangan oleh kilang-kilang kelapa sawit dan menyatakan tebing-tebing sungai telah pun ditanam kelapa sawit dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, penanaman kelapa sawit di sungai-sungai ini adalah kelulusan di peringkat negeri, walau bagaimanapun baru-baru ini kita telah dalam Majlis Sumber Air Negara yang diadakan baru-baru ini telah pun menentukan dan memutuskan dan bersetuju bahawa tebing-tebing sungai tau reserve sungai hendaklah digazet sebagai reserve sungai dan perlu dipatuhi oleh kerajaan negeri.

Maknanya rizab-rizab sungai ini tidak boleh digunakan untuk penanaman ataupun digunakan untuk kegunaan yang lain tetapi perlu digazet sebagai rizab sungai....

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

...khususnya dari lima kepada 50 meter. Ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Yang Berhormat inilah permasalahan yang sering berlaku di mana apabila ada pertindihan kuasa sama ada negeri dan Persekutuan. Seharusnya kita ada undang-undang yang menyeluruh dan saya bersetuju sangat agar akta undang-undang yang diputuskan oleh kerajaan baru-baru ini dihormati oleh mana-mana kerajaan negeri. Apakah hukuman yang setimpal kepada pelaku-pelaku yang sengaja menceroboh tebing-tebing sungai ini? Tidak ada, saya belum nampak di surat khabar ada di antara mereka dibawa ke mahkamah dan didakwa. Apa sudah jadi? Apakah kita akan biar masalah ini berlaku? Sedangkan kita berbicara soal alam sekitar dengan forumnya dan sebagainya tetapi depan mata kita masih berleluasa. Kenapa kerajaan negeri masih enggan bertindak? Bermakna Kerajaan Persekutuan kena ambil tindakan dengan kerajaan negeri walaupun negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional sebab dia melanggar peraturan, menganiaya rakyat di luar bandar. Tidak boleh! Saya tidak boleh kompromi dalam soal ini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tahniah Yang Berhormat Kinabatangan, syabas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya dan saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas menggunakan helikopter untuk mengangkat kayu balak. Kalau ada yang berminat boleh berhubung wakil rakyat Pasir Mas sebab saya tahu dia pakar dalam perniagaan helikopter ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat Pasir Mas agen untuk helikopter itu? Untuk makluman Yang Berhormat, memang inilah kadang-kadang dilema yang kita hadapi di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Akan tetapi untuk maklumat Yang Berhormat, keputusan Majlis Sumber Air Negara ini baru kita buat dalam bulan yang lepas di mana dihadiri oleh wakil- wakil kerajaan negeri. saya Saya percaya selepas apa yang telah dibuat sekarang adalah kita akan memantau beberapa negeri yang akan mengikut keputusan ini kerana mereka juga sama-sama bersetuju bahawa rizab sungai ini perlu digazet. Soal kilang kelapa sawit yang mencemarkan Sungai Kinabatangan, untuk makluman Yang Berhormat memang Yang Berhormat tahu juga ada tiga buah kilang kelapa sawit yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk beroperasi di sepanjang Sungai Kinabatangan. Jabatan Alam Sekitar sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan memastikan kilang-kilang ini mematuhi standard pelepasan effluent. Berikut adalah rumusan tindakan penguatkuasaan yang telah dikenakan ke atas kilang-kilang di sepanjang Sungai Kinabatangan.

Tahun Surat Notis Kompaun (RM) Tindakan Denda (RM) Arahan Arahan Mahkamah 2008 33 21 (1) 2,000 4 85,000 2007 61 33 (11) 22,000 7 135,000 Secara purata lembangan Sungai Kinabatangan adalah diklasifikasi sebagai sedikit tercemar dalam indeks kualiti 80. Walau bagaimanapun, sungai utama dalam lembangan Sungai Kinabatangan iaitu terdapat tujuh batang sungai. Yang Berhormat semua tahu nama-nama sungai ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan menteri. Saya hairan kenapa kompaun cuma sedikit. 39 kilang yang ada di Kinabatangan rasa saya kalau pun ada ikut spesifikasi cuma satu atau dua. Selebihnya mereka melanggar undang- undang sedia ada. Malangnya penguatkuasaan yang kita ada, saya tidak tahu apa dia buat, apa dia nampak. Kalau orang kampung pun bukan pakar pencemaran, dia boleh tahu bahawa berlaku pencemaran tetapi pakar penguatkuasaan kita ini dia tahu tugas dia. Sama ada di peringkat negeri, di peringkat Persekutuan. Berapa yang kena bawa peringkat mahkamah? Kita kena ubah akta kita, makna dia melanggar peraturan dakwa RM10,000 pendapatan dia berbilion-bilion tiap-tiap tahun, dia tidak peduli. Kenapa kalau sepuluh kali kena saman, dia bayar sahaja tetapi pendapatan dia berlipat ganda. Jadi kita kena ada pendekatan. Dunia sudah berubah, keadaan sudah berubah. Kenapa kita tidak boleh berubah? Kenapa kita masih bertahan dalam tampuk lama? Kita harus ubah mengikut keadaan. Saya minta kementerian ini agar lebih menampakkan efficiency dan kesungguhan mana-mana kilang yang melanggar peraturan, tarik lesen dia. Peduli apa! Daripada rakyat menderita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itulah sebab kita sekarang mengkaji Akta Alam Sekitar supaya kita akan memperkuatkan dia lagi dan menentukan ianya dapat sebagai satu deterrent pada pencemar-pencemar alam sekitar kita. Memang sekarang kita memahami kelemahannya tetapi kalau masalah ini masalah penguatkuasaan, saya sendiri akan berbincang dengan Yang Berhormat dan memikir bagaimana saya dengan Yang Berhormat dapat berunding untuk menentukan penguatkuasaan di sepanjang Sungai Kinabatangan ini dapat kita diperketat kan lagi. Saya harap Yang Berhormat dapat mengatur lawatan kita pergi ke sungai tersebut. Boleh Yang Berhormat ya? Boleh. Yang Berhormat daripada PJ Selatan telah pun menyentuh mengenai loji kumbahan. Memang sekarang loji kumbahan yang sedia ada memang tidak direka bentuk untuk mengawal ammonia. Loji-loji ini reka dibentuk dan kos yang tinggi menyukarkan diubahsuai untuk mengawal ammonia. Bagaimana pun Kementerian Alam Sekitar telah menggubal peraturan-peraturan baru kerana kita sedar bahawa isu-isu ini adalah isu yang akan mencemarkan alam sekitar kita supaya kita dapat dan juga mengawal parameter ammonia dan beberapa parameter lain yang belum dikawal. Draf peraturan ini telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapat kelulusan. Mengenai ketidakadaan pemantau tapak-tapak pelupusan sampah sarap sehingga menjejaskan kesihatan manusia, untuk makluman Yang Berhormat juga kawasan tapak-tapak pelupusan sampah sarap ini juga di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kementerian kita akan bekerjasama membantu mereka. Yang Berhormat dari Kepong menyatakan bahawa perlu diperingkatkan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan khususnya dari segi pengurusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal untuk sampah sarap juga seperti saya sebut tadi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Jasin membangkitkan bahawa Jabatan Alam Sekitar tidak memaklumkan kepada industri tentang kesalahan yang dilakukan tetapi terus mendakwa industri yang didapati melakukan kesalahan. Ini soalan tambahan Yang Berhormat tadi ya. Jabatan Alam Sekitar sepatutnya memberi pendidikan kepada kilang terlebih dahulu dan jika masih tidak patuh, maka barulah diambil tindakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Kumbahan dan Effluent-effluent Perindustrian 1979 yang menetapkan standard pelepasan air buangan dari industri telah dikuatkuasakan semenjak tahun 1979. Dalam menjalankan penguat kuasa, pegawai Jabatan Alam Sekitar akan mengeluarkan satu surat memaklumkan field citation mengenai kesalahan yang dilakukan. Selepas itu notis arahan dikeluarkan sebelum tindakan undang-undang diambil. Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan banyak program-program kesedaran seperti seminar, dialog, bengkel dan kursus-kursus latihan untuk industri untuk memberi kefahaman tentang keperluan peraturan. Yang Berhormat dari Parit telah membangkitkan mengenai kualiti udara di negara kita dan sejauh mana penguatkuasaannya telah diambil. Untuk makluman Yang Berhormat kualiti udara yang telah dipantau melalui 51 stesen pengawasan di seluruh negara mendapati bahawa pada tahun 2007 dan 2008 masih dalam tahap sederhana dan baik. Pencemaran udara dikawal melalui Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1978, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1996, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003.

Pada tahun 2007, sebanyak 4,928 saman dikeluarkan bagi kenderaan yang mengeluarkan asap hitam berlebihan. Di samping itu 409 kes pembakaran terbuka telah di kompaun dan 13 kes di bawa ke mahkamah. Bagi kesalahan pencemaran udara sebanyak 170 kes telah didakwa di mahkamah. Yang Berhormat dari Pengkalan Chepa membangkitkan isu termasuk mengenai tidak cukup pegawai penguat kuasa alam sekitar di negeri Kelantan dan juga mengenai pencemaran di kawasan perusahaan batik Pengkalan Chepa. Buat masa sekarang terdapat 13 pegawai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar di Kelantan. Kementerian saya sedang berusaha untuk menambah bilangan pegawai penguat kuasa peringkat demi peringkat di Jabatan Alam Sekitar negeri Kelantan. Di Kelantan sehingga 18 November 2008 terdapat sebanyak 30 buah perusahaan batik yang sedang beroperasi. Dua daripada perusahaan bersaiz sederhana dan selebihnya di usaha secara kecil-kecilan. Bagi dua perusahaan batik yang bersaiz sederhana, kilang- kilang tersebut adalah terletak di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa dan di Kota Bharu. Bagi kilang-kilang yang bersaiz sederhana, Jabatan Alam Sekitar telah mengarahkan kilang-kilang tersebut membina dan meningkatkan loji pengolahan efluen masing-masing supaya mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Perindustrian), 1979. Bagi industri batik yang diusahakan secara kecil-kecilan, Jabatan Alam Sekitar telah memberi nasihat kepada kilang berkenaan supaya menakung efluen yang dihasilkan dan mengitar semula efluen sebelum dilepaskan ke dalam alam sekitar. Yang Berhormat dari Nibong Tebal telah pun membangkitkan isu EIA untuk Jambatan Pulau Pinang. Kedua dengan isu pampasan kepada orang yang bergantung kepada perikanan di kawasan tersebut. Ada kajian EIA telah dijalankan dan telah mengkaji dan mengambil kira impak terhadap alam sekitar termasuk terhadap perikanan dan mengemukakan langkah-langkah untuk mengurangkan impak yang dikenal pasti. Mengenai pampasan bagi orang-orang yang bergantung kepada perikanan di kawasan tersebut, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan. Yang Berhormat Nibong Tebal juga membangkitkan isu penggunaan nuklear. Isu ini adalah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Yang Berhormat dari Batu Gajah membangkitkan mengenai isu pengeksportan toksik dari Taiwan yang dalam status tindakan yang diambil termasuk kos pembersihan dan mengapa tidak pulangkan buangan tersebut. Pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab telah pun dihadapkan ke mahkamah pada 15 Mac 2005. Kes ini masih dibicarakan dan tarikh sambungan bicara ialah pada 27 November 2008 dan 26 hingga 30 Disember 2008. Semua tempat simpanan buangan telah dibersihkan, kos pembersihan dan pelupusan adalah lebih kurang RM5 juta dan buangan sisa toksik telah pun di lupus di pusat pengurusan buangan toksik di Kualiti Alam Sdn Bhd,

Bukit Nenas. Kos ini akan dituntut kembali pada pihak yang didakwa ‘Scene Enviro Sdn Bhd’ jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah selaras dengan seksyen 47 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Usaha untuk menghantar balik buangan telah dibuat tetapi gagal kerana Taiwan bukan negara parti kepada Konvensyen Basel. Di bawah konvensyen ini negara yang menjadi parti kepada convention tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengambil balik buangan yang telah dieksport. Yang Berhormat dari Nibong Tebal juga menyentuh mengenai...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Saya memandang sangat serius dalam kes di mana kementerian telah menggunakan RM5 juta untuk melupuskan toksik-toksik yang tidak boleh dikembalikan ke Taiwan. Jadi ekoran daripada insiden ini, apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan tidak berulangnya kejadian sedemikian. Sebenarnya maklumat yang diberi kepada saya apabila saya mengetahui kes ini adalah daripada seorang wartawan di Taiwan. Kejadian ini dihebohkan di Taiwan dulu. Bukan sebenarnya diketahui oleh penguatkuasaan di sebelah Malaysia. Sebab ini pakar environmentalist mereka merasa itu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Apakah yang telah dipelajari? Apakah akan dibuat kalau kes tidak dapat disabitkan kepada pihak yang bertanggungjawab, RM5 juta itu sahaja lenyap? Jadi saya pohon penjelasan pihak kementerian. Kes telah berlanjutan begitu lama, sudah lebih tiga tahun sudah.

Pertama, kes itu berlarutan bukan kawalan kita. Keputusan mahkamah untuk menentukannya. Kedua, apakah tindakan-tindakan susulan yang kita ambil, dari ini kita telah pun bekerjasama dengan jabatan kastam dan jabatan polis untuk menentukan pemantauan di buat bersama-sama dengan jabatan-jabatan berkaitan. Seperti kita sedia maklum, pantai kita pun panjang dan of course itu bukan satu alasan tetapi itulah satu hakikat yang kita harus terima dan kita akan membuat sedaya upaya agar Jabatan Alam Sekitar dapat dengan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain. Mengenai...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Bagaimana dengan...

...mengenai RM5 juta yang lenyap ini saya fikir Yang Berhormat tidaklah harus memikirkan dia lenyap kerana kes ini masih dalam mahkamah dan kita mengharapkan kalau yang syarikat itu dapat disabitkan dengan kesalahan ini, kita mungkin boleh menuntut balik RM5 juta ini. Bagaimana pun, walaupun kita tidak dapat menuntut ini tapi ini digunakan untuk membersihkan kawasan-kawasan yang terlibat dan ia akan membantu mengurangkan masalah itu kepada masyarakat- masyarakat di sekeliling tempat di mana ianya telah dibuang secara haram. Jadi saya rasa tidak adillah kalau Yang Berhormat mengatakan RM5 juta itu lenyap sebegitu sahaja. Ia tidak lenyap, ia digunakan untuk membersihkan kawasan yang terbabit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Saya rasa sikap yang diambil oleh pihak kementerian di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri amat merisaukan. Ini amat merisaukan, kalau macam itu lebih ramai akan mengimport secara haram sisa-sisa toksik, mencabar pihak kementerian tidak perlu mematuhi undang-undang. Sikap yang diambil Yang Berhormat Menteri “terlalu baik hati” terhadap mereka yang mencemarkan alam sekitar. Saya rasa Yang Berhormat perlu bertanggungjawab...

Okey, saya tidak baik hati lagi. Saya minta Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat duduk, duduk, duduk. Saya terlalu baik hati bagi Yang Berhormat peluang dan Yang Berhormat tidak berterima kasih. Sekarang saya tidak baik hati.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini penting...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah sudah.

Jadi Yang Berhormat tidak adil. Yang Berhormat tidak adil membuat tuduhan yang melulu seperti itu. Kerana kalau Yang Berhormat lihat lepas kejadian ini, kita lihat berapa kali kejadian serupa ini telah berlaku sampai hari ini? Tidak ada.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk]

Ini unfair comment. Mana ada fair comment. Jadi sekarang saya terlalu baik hati, sekarang tidak baik hati lagi. Saya tidak mahu bagi peluang kepada Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat dari Nibong Tebal menyentuh mengenai sungai yang dicemari oleh sisa-sisa kilang termasuk sampah yang menyebabkan sungai tersumbat dan minta pemindahan setinggan dan sebagainya seperti saya sebut tadi isu ini adalah bukan di bawah kementerian begitu juga mengenai masalah pemindahan setinggan. Mengenai masalah pencemaran leachate daripada tapak pelupusan. Yang Berhormat Ipoh Barat...

Tuan Pengerusi

Tidak ada. Teruskan, teruskan.

Saya dengar ada suara tapi tidak nampak siapa.

Tuan Pengerusi

Teruskan Yang Berhormat.

Daripada lawatan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang secara berkala termasuklah yang terkini pada 14 November 2008 didapati leachate daripada tapak pelupusan tersebut tidak dilepaskan ke sebarang alur air, sebaliknya leachate tersebut dilepaskan ke perimeter drain yang seterusnya di kitar semula dengan menyemburkan ke atas tapak pelupusan. Saya ingin mencadangkan supaya satu lawatan bersama Yang Berhormat Nibong Tebal ke tapak pelupusan itu bersama pegawai-pegawai JPS boleh dilakukan. Apa dia? Tarik balik?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bagi appointment, bagi appointment.

Tuan Pengerusi

Dia minta tarikh, tetapkan masa bila.

Saya tidak ada diary di sini.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tarikh.

Saya bincang dengan pegawai. Saya dengar Yang Berhormat Ipoh Barat minta teh tarik. [Dewan riuh][Ketawa] Yang Berhormat Tawau telah pun menyentuh mengenai sungai yang dicemari sampah, sisa minyak dan haiwan. Untuk makluman Yang Berhormat, penguatkuasaan ke atas kilang dijalankan secara berkala. Pada tahun 2007 sebanyak 421 lawatan pemeriksaan ke atas kilang-kilang di Sabah telah pun dijalankan. Susulan itu sebanyak 134 surat arahan, 103 notis dan satu kilang telah pun digantung lesen. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Mengenai sampah sarap, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah pun menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai, murid-murid sekolah, industri, pihak berkuasa tempatan melalui dialog, seminar, ceramah dan pameran. Untuk makluman Yang Berhormat pengawasan sungai di negeri Sabah oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati 18 lembangan sungai adalah dalam kategori bersih, empat dalam kategori sedikit tercemar. Di Tawau, Sungai Tawau, Sungai Balong, Sungai Pas dan Sungai Merotai adalah dalam kategori bersih. Yang Berhormat Arau mencadangkan supaya pengurusan sampah sarap dilaksanakan secara holistik dan jawapan saya adalah sama dengan yang lain iaitu ia adalah di bawah KPKT. Yang Berhormat Kuantan telah pun menyentuh mengenai projek oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di Gebeng yang akan memproses lanthanide dari Australia. Jabatan Alam Sekitar telah pun menerima laporan EIA mengenai cadangan kilang ini. Selepas berpuas hati terhadap penilaian mengenai kesan terhadap amalan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan yang akan dilaksanakan laporan EIA telah pun diluluskan dengan

syarat-syarat ketat sekiranya kerajaan negeri ingin meluluskan operasi kilang tersebut. Dari aspek radioaktif, pemaju projek perlu mematuhi standard-standard dan syarat-syarat yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Pelesen Tenaga Atom sebagai agensi yang akan melesenkan termasuk kaedah pengendalian sisa-sisa radioaktif. Yang Berhormat Batang Sadong memohon peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Mohon penjelasan sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke hadapan lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada mencadangkan tadi supaya diadakan satu detail EIA report kerana memandangkan projek ini terlalu berisiko tinggi dan mengancam nyawa dan kesihatan orang awam. Apabila diadakan satu detail EIA maka dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari. Saya tidak nafikan bahawa satu kajian EIA sudah dilakukan terhadap Lynas Corporation, tetapi memandangkan kita ada satu precedence di Bukit Merah, Perak dan sudah ada pun insiden di mana ada bayi-bayi pramatang, cacat dan sebagainya di Perak. Jadi, kita khuatir perkara ini boleh berlaku sekali lagi di Kuantan, Pahang. Jadi, saranan saya tadi supaya diadakan satu lagi detail EIA. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat respons terhadap perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang tadi semasa rehat tengah hari kita pun ada berbincang mengenai perkara ini dan kita akan berbincang dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Kita mohon pendapat daripada mereka mengenai isu sama ada detail EIA diperlukan ataupun tidak.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, saya rasa tidak perlu...

Saya faham.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya rasa tidak perlu consult dengan EELB sebab ini adalah di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri sendiri.

Ya, ya, tetapi ia...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Sekiranya Yang Berhormat Menteri ada political will untuk melaksanakan perkara ini maka arahan ini boleh keluar daripada Ketua Pengarah Kementerian sendiri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah jawapan yang itu, Yang Berhormat. Sudah jawab.

Yang Berhormat Batang Sadong membangkitkan mengenai peruntukan. Kementerian telah menjalankan program kesedaran di kalangan pihak berkuasa tempatan. Kita telah pun menjalankan Anugerah Bandar Lestari yang telah diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan kepada usaha pengurusan sisa secara lestari. Walau bagaimanapun dari segi peruntukan kewangan, peruntukan yang diperoleh akan diagihkan kepada pelbagai kumpulan sasaran. Kementerian juga menyeru kepada pihak swasta untuk sama tampil membantu memberi peruntukan bagi tujuan ini. Yang Berhormat Batu Gajah telah pun menyentuh beberapa kes di Perak terutamanya di kawasan Bukit Merah di mana ada kilang-kilang yang mengeluarkan habuk dan bau, apakah tindakan Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah pun memantau dan mengawasi kilang-kilang sebanyak tiga buah yang terletak di kawasan Bukit Merah seperti yang diadukan tadi. Pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati kilang-kilang berkenaan telah mengambil langkah-langkah kawalan seperti memasang alat kawalan bau dan habuk iaitu - pelepasan pencemaran udara dari kilang- kilang berkenaan didapati menepati standard pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1978. Masalah gangguan bau dan habuk yang dihadapi oleh penduduk-penduduk setempat adalah sebab zon penampan di antara kilang-kilang dan kawasan penampanan perumahan tidak mencukupi iaitu hanya lebih kurang tujuh meter jaraknya dari rumah. Yang Berhormat Lenggong bertanya bagaimana masalah jerebu yang pernah melanda negara ...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Hello, boleh minta penjelasan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Adakah ia telah selesai...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Mengapa ‘main’ hello’, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat Menteri?

Tidak bagi jalan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia hello, ya?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jangan marahlah, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak marah, Yang Berhormat.

Keadaan jerebu... Nanti saya terlalu baik hati. Saya tidak boleh. Saya kena pandai marah. Hari ini saya marah kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong telah pun bertanya...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukan selalu marah-marah.

..keadaan jerebu yang pernah dialami oleh negara ini adalah berpunca dari pencemaran merentasi sempadan iaitu akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka yang berleluasa dari negara jiran, terutama ...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Minta penjelasan.

Saya selesaikan perkara ini. Sekarang ini kita bincang pasal jerebu, ya? Sumatera Tengah. Kementerian ini sedang giat melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan kerjasama erat dengan pihak Kerajaan Indonesia untuk membantu para petani, penduduk setempat, dan pengusaha ladang di kawasan tersebut supaya mengamalkan pembersihan tanah dan hutan tanpa pembakaran - zero burning practices pada tahun 2007 dan 2008 dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan dan juga keadaan cuaca di negara kita tidak ada mengalami kejadian jerebu. Kita pun pada bulan Jun telah menandatangani MoU dengan Indonesia mengenai kerjasama berkaitan masalah jerebu merentasi sempadan ini. Yang Berhormat Lenggong juga menyentuh mengenai kesedaran alam sekitar.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Pasal jerebu, ya? Bukan? Ha, tidak ada.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Jerebu? Okey, jerebu.

Saya mesti marah.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Marah dengan siapa?

Jerebu, jerebu.

Sekarang kita bincang pasal jerebu.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Perkara yang dibangkit...

Jerebu, jerebu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang mana satu, Yang Berhormat Menteri?

Yang mengenai jerebu.

Balik Pulau, boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa masalah jerebu ini ada berkaitan dengan negara jiran. Saya hendak memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kerana sekarang ini kita di rantau ini mempunyai ada yang dipanggil Piagam ASEAN ataupun dengan izin, ASEAN Charter yang memberi ruang kepada aspek yang dipanggil mekanisme hak asasi manusia yang juga merangkumi aspek economic, social and culture rights dan juga merujuk kepada aspek-aspek alam sekitar. Saya mohon penjelasan sejauh mana komitmen kementerian untuk menggesa Kerajaan Malaysia apabila ke meja perundingan terutama sekali yang akan bertemu di Chiangmai di bulan Disember ini, ingin menekankan megenai aspek penguatkuasaan alam sekitar ini dan perlu ditangani dengan secara serius. Pohon penjelasan.

Terima kasih, Yang Berhormat, kita sentiasa berbincang dengan Indonesia. Baru-baru ini kita ada mesyuarat di Hanoi dan bulan lepas kita ada mesyuarat di Phuket. Semua negara di rantau ini memang mencari jalan yang lebih sesuai dan lebih berkesan untuk mengatasi masalah jerebu ini. Pada mesyuarat tersebut Kerajaan Indonesia telah pun mengemukakan plan of action di mana telah digariskan pelbagai tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk menentukan masalah- masalah jerebu ini dapat dikurangkan termasuk dengan financial commitment dari pihak Indonesia.

Jadi kita berharap dengan komitmen sebegitu rupa dan tindakan-tindakan dalam negeri kita sendiri yang lebih tegas dan lebih kerap lagi pemantauan dibuat. Misalnya dalam bulan September kita ada mengalami masa kering dan panas. Masa itu kementerian telah pun mengarahkan bahawa pemantauan kepada kawasan-kawasan gambut di negara kita dibuat dengan setiap hari untuk menentukan tidak ada pembakaran berlaku. Inilah beberapa langkah proaktif yang kita telah ambil. Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat sebut tadi mengenai dasar pembakaran sifar untuk mengelak daripada berlakunya jerebu. Seperti yang kita tahu, setiap kali musim menuai akan ada hampas padi yang tertinggal dan itu yang biasanya menjadi bahan bakar yang mengakibatkan jerebu tersebut. Saya lihat ada yang dilakukan seperti di Sri Lanka di mana hampas ini digunakan untuk bahan-bahan yang boleh dijual, yang boleh dijadikan produk yang boleh dijual di pasaran. Adakah kementerian berhajat untuk berbincang dengan mungkin pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya hampas-hampas ini dikutip dan diusahakan, sekali gus memberi nilai tambah ataupun sumber pendapatan bagi petani-petani di kawasan-kawasan bendang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Memang untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah pun dibincangkan di Kabinet di mana arahan telah pun dibuat kepada kementerian berkenaan untuk membuat kajian bagaimana hampas-hampas itu dapat diguna pakai supaya dia tidak dibakar. Yang Berhormat dari Lenggong, mengenai kesedaran...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Minta laluan. Ini soal tentang kebakaran sifar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan kebakaran sifar, setahu saya sebelum ini Golden Hope Plantations yang sekarang sebahagian daripada Sime Darby mempraktikkan kebakaran sifar dalam pelupusan kelapa sawit, sememangnya juga mendapat keuntungan daripada apa yang dikatakan carbon trade itu. Jadi saya ingin tahu setakat mana praktis ini dilakukan oleh ladang-ladang yang lain selain daripada Golden Hope Plantations. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang sekarang beberapa syarikat palm oil mill telah pun mengamalkan zero burning mengenai pelupusan dari factory mereka. Minggu lepas saya pun ada melawat satu kilang sawit palm oil mill di Johor di mana syarikat tersebut telah pun menggunakan sepenuhnya buangan dari kelapa sawit ini. Yang pertama mereka menggunakan, mengolah effluent supaya

mengeluarkan methane untuk mengeluarkan electricity digunakan oleh kilang tersebut dan projek ini dapat dijual sebagai carbon trading untuk menukarkan certified the radius emission certificate. Kedua, sisa-sisa yang lain digunakan kepada baja. Saya telah pun diberitahu banyak syarikat telah pun berpindah kepada teknologi itu kerana dengan cara demikian, pendapatan mereka juga dapat bertambah selain untuk membantu kita mengurangkan jerebu di negara kita. Tuan Pengerusi, mengenai program kesedaran yang dilaksanakan, apakah kumpulan sasaran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar. Kumpulan sasaran kita meliputi pelbagai lapisan masyarakat seperti yang saya telah sebutkan tadi. Antaranya program- program, kempen-kempen, media dialog, seminar, ceramah dan pameran. Program khas bersama Kementerian Pelajaran seperti Sekolah Lestari, Wira Alam, dan Kem Alam Sekitar dijalankan. Program-program pengiktirafan seperti Anugerah Langkawi kepada individu, Bandar Lestari bagi pihak berkuasa tempatan itu juga dilaksanakan. Kementerian akan terus menjalankan dan mempertingkatkan kebolehan, kesedaran dan memastikan keberkesanannya kerana matlamat kita adalah mengharapkan satu hari nanti rakyat Malaysia boleh dengan sendirinya dan dengan sukarelanya memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar kita di seluruh negara.

Minta laluan boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Lenggong.

Dengan pelbagai program yang pihak kementerian telah pun lakukan di semua peringkat termasuklah melalui Kementerian Pelajaran, soalan saya ialah setelah begitu banyak program dibuat ini, bagaimana kedudukan sekarang? Daripada kajian yang pihak kementerian buat, apakah tahap kesedaran khususnya di kalangan generasi muda yang akan mewarisi alam sekitar ini. Apakah tahap kesedaran mereka, adakah baik kah tidak baik, perlu ditambah atau sebagainya? Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita meneliti laporan-laporan di surat khabar, kita nampak banyak syarikat-syarikat besar dan juga syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan belia telah pun melibatkan diri dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar kita. Malah kita pun telah dijemput ke universiti-universiti untuk memberi taklimat dan kita turut mengadakan perbincangan. Dari perbincangan-perbincangan tersebut kita telah pun nampak bahawa belia-belia kita di universiti cukup sedar mengenai masalah alam sekitar. Jadi itulah satu perkembangan yang baik. Kita mengharap ianya akan berterusan.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, pendapat saya, apabila satu housing project hendak dibina di atas area tanpa punya landfill, dumping side, dia mesti dapat kebenaran dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Di PJ 1A, ada satu housing project dibina di atas satu landfill yang lama. Bila penduduk mengorek tanah mereka, mereka mendapat tahu di bawah enam inci tanah semua adalah sampah. So saya hendak tahu mengapa ini boleh berlaku dan apa penduduk boleh buat untuk membaikkan keadaan ini? Terima kasih.

Yang Berhormat menteri sambung sedikit, terus sekali. Sambung sedikit boleh tidak?

Sambung Yang Berhormat tadi?

Termasuk yang tadi sekali. Soalan saya tadi, saya cuma hendak daripada tahu pihak kementerian, apakah kaedah yang kementerian lakukan untuk mengukur bukan sahaja kalau tengok dalam surat khabar ada program, pihak itu buat program, belia buat program, sekolah buat program. Apakah kaedah yang kementerian lakukan untuk mengukur tahap kesedaran rakyat dalam soal ini? Tentu pihak kementerian, mungkin ada institut yang buat kajian kah, ada kaedah tertentu dan sebagainya, saya hendak tahu itu. Maknanya dengan ada kaedah tertentu baru dapat kita kenal pasti di mana kelemahan dan apa yang perlu kita bagi dan sebagainya. Saya fikir

kalau sekadar tengok surat khabar, tengok TV banyak program, itu bukan satu kaedah ukuran secara tepatlah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat untuk menentukan apakah kaedah yang diambil oleh kementerian tetapi saya berpendirian bahawa apa kita lihat di surat khabar dan sikap-sikap masyarakat adalah satu petunjuk. EPU ada membuat satu kajian mengenai quality of life, masyarakat itu juga satu petunjuk yang kita boleh ambil. Mengenai soalan dari Yang Berhormat tadi, saya minta notis kepada isu yang disebutkan dari Yang Berhormat tetapi pokoknya adalah apabila satu pembangunan itu dibuat itu adalah bidang kuasa kerajaan tempatan untuk menentukan sama ada tapak sesuai untuk perumahan atau tidak. Tuan Pengerusi, isu yang banyak disentuh dibawa dalam Parlimen ini apabila berbincang mengenai kementerian adalah isu-isu banjir. Menurut kajian National Register of River Basin 2003, seluas 9% tanah negara ataupun 29,000 kilometer persegi adalah kawasan yang berisiko tinggi bagi banjir, menjejaskan 4.8 juta penduduk. Ini tidak termasuk dengan kejadian yang telah berlaku di Johor pada Disember 2007. Punca-punca banjir dan hujan yang lebat, perubahan cuaca, kekurangan kapasiti sungai yang menampung air hujan yang berlebihan, topografi khususnya kawasan rendah, di pesisir pantai dan mendapan dalam sungai menyebabkan pembangunan yang tidak terkawal.

Maka rancangan tebatan banjir adalah berpandu kepada kajian tersebut dan juga kepada kajian banjir di Johor pada Disember 2007. Bagi mengatasi masalah banjir, kerajaan telah, sedang dan akan melaksanakan sebanyak 167 projek-projek rancangan tebatan banjir dengan peruntukan RM5.3 bilion dan empat projek pengurusan banjir dengan peruntukan RM113 juta yang mewakili 60.4% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan kementerian saya. Secara strategiknya, JPS memberi penumpuan kepada dua jenis pendekatan iaitu kaedah struktur dan bukan struktur. Yang Berhormat dari Simpang Renggam telah pun menyentuh mengenai apa yang perlu dilantik lagi perunding HSS Integrated menyiapkan kajian di Pekan Simpang Renggam. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa Kerajaan Negeri Johor pernah melantik perunding HSSI bagi menjalankan kerja...

Pasang...

...reka bentuk terperinci bagi bandar Simpang Renggam untuk menangani masalah sistem perparitan di Bandar Simpang Renggam.

Sebelum pergi ke perkara lain. Saya tertarik terhadap Yang Berhormat Menteri kata memberi RM5 bilion kalau tidak silap untuk menghadapi banjir. Salah satu daripadanya saya rasa termasuklah Sungai Pendang yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjanji pada tahun 2006 dia pergi dahulu, RM27 juta. Akan tetapi bila saya bertanya kepada pegawai daerah, dia kata masih belum ada apa-apa yang turun. Ini adalah sebab di Kedah ini dia lain sedikit. Dia ada sungai MADA dan juga sungai yang dikendalikan oleh JPS. Apa juga yang dihasilkan daripada sawah padi, lumpur-lumpur dan hasil daripada bendang sawah dia masuk ke sungai MADA kemudian dia masuk ke sungai yang dikendalikan oleh JPS. Jadi saya berharap pihak kementerian perlu sekurang-kurangnya berkala, mendalamkan sungai-sungai yang dikendalikan oleh JPS ini kerana memang akan masuk lumpur di sawah ke dalam sungai yang dikendalikan oleh JPS. Saya berharap kementerian perlu beri perhatian supaya masalah banjir dan kekurangan beras tidak berlaku di masa akan datang. Ini kerana Kedah merupakan pembekal beras. Kalau beras tidak ada, orang negeri lain pun susah juga. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Secara umumnya, memang sekarang kementerian telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan sungai-sungai. Ini kerana dalam dua atau tiga bulan ini mungkin hujan lebat dan inilah satu arahan kita telah beri kepada jabatan-jabatan di

peringkat negeri-negeri supaya masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tidak berlaku. Untuk lantikan yang dibuat baru-baru ini ke atas Syarikat DZA adalah ekoran daripada banjir besar yang melanda negeri Johor pada tahun 2006 dan 2007. Skop kerja yang diberikan adalah lebih menyeluruh meliputi keseluruhan Lembangan Sungai Kluang dan termasuk bandar Kluang dan Simpang Renggam. Kos kajian induk adalah RM86 juta dan dijangka siap pada 15 Januari 2009. Setelah kajian ini siap, reka bentuk terperinci akan dilaksanakan dan dijangka bermula pada bulan Mac 2009. Pelaksanaan projek secara fizikal dijangka dapat dimulakan pada tahun 2010 dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Yang Berhormat yang bertanya apakah peranan Jabatan Pengairan dan Saliran? Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Renggam, kepakaran dalam bidang-bidang tebatan banjir, saliran bandar, kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai dan hidrologi, memang terdapat di Jabatan Pengairan dan Saliran. Bagi kerja-kerja kajian seperti di Simpang Renggam, jumlah input guna tenaga yang tinggi dan kepakaran melebihi daripada JPS sebab itu ia diserahkan kepada juru perunding. Yang Berhormat Machang bertanyakan mengenai pampasan kepada 500 orang warga di Kedah untuk Projek Empangan Beris yang masih belum selesai sehingga sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun membuat bayaran pampasan kepada mereka yang layak menerimanya. Bilangan orang yang telah menerima pampasan adalah 1,916 orang. Jumlah lot yang dibayar adalah 1,478, jumlah bangunan yang telah dibayar adalah 45 buah dan jumlah pampasan yang telah dibayar untuk tanah RM75.4 juta, bangunan RM22.8 juta dan dengan jumlah keseluruhannya RM90.1 juta.

Mohon laluan sedikit. Secara khususnya Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan berkenaan dengan seratus lebih bilangan penduduk kampung yang telah mengambil perkhidmatan seorang peguam yang kemudiannya telah memanjangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Daripada catatan surat itu, diminitkan supaya tindakan diambil. Diminitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Menteri Besar Kedah. Yang ini dilakukan beberapa minggu sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac yang lalu. Oleh sebab itu, saya bangkitkan lagi sekali kerana tidak ada tindakan yang dibuat. Itu yang saya maksudkan. Seratus lebih penduduk kampung yang tidak boleh. Sudah pindah, terpaksa engage lawyer, jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Kepala Batas, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turunkan nota kepada Yang Berhormat Menteri Besar Kedah supaya uruskan bayaran. Sampai sekarang belum dapat lagi. Saya boleh kemukakan fakta itu, maklumat kepada Yang Berhormat Menteri jika ada keperluan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi JPS, isu ini adalah jelas sekali. Kalau kerajaan negeri mengiktiraf keputusan mereka, kita tidak ada soal mengenai memberi pampasan. Terpulanglah kepada kerajaan negeri. Terima kasih. Yang Berhormat boleh bagi kepada saya berhubung dengan kerajaan negeri. Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah pun menyentuh mengenai kepentingan pengukuhan tebing Sungai Golok untuk memastikan sempadan negara tidak berubah. Berapakah peruntukan projek dan bilakah projek ini dapat dijalankan? Keseluruhan panjang tebing Sungai Golok adalah sepanjang 95.7 kilometer. Panjang kawasan yang terlibat dalam hakisan sungai iaitu akan memberi kesan kepada sempadan negara ialah sepanjang 84.2 kilometer. Sepanjang 20.7 kilometer telah siap dibina sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan. Sepanjang 30.3 kilometer sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan manakala baki 33.2 kilometer akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kos projek untuk Rancangan Malaysia Kesembilan adalah RM40 juta, manakala RM60 juta akan dipohon untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Mengenai hakisan Pantai Sabak telah ditambak dan diselamatkan, tinggal lagi dalam 5 kilometer yang disentuh oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa. untuk makluman Yang Berhormat kerja-kerja kajian dan reka bentuk untuk pantai yang masih lagi terhakis telah siap dijalankan dan peruntukan pelaksanaan akan dipohon dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga menyentuh mengenai projek rancangan tebatan banjir sungai Kelantan iaitu Sungai Nenggiri, Sungai Lebir telah menelan belanja yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, projek tebatan banjir Sungai Kelantan fasa satu telah pun ditawarkan kepada ‘Syarikat Capital Castle’ dengan kos RM266 juta bermula 11 Ogos 2008 untuk tempoh 30 bulan. Fasa satu ini ialah pembinaan ban untuk melindungi bandar Kota Bharu. Fasa satu ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan projek rancangan tebatan banjir Sungai Kelantan. Fasa berikutnya akan melibatkan cadangan pembinaan Empangan Lebir dan negeri di kawasan hulu. Kesan positif dan negatif atau diketahui selepas detail EIA telah dijalankan.

Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk menarik perhatian kepada program Tebatan Banjir di Kota Bharu. Lebih kurang 18 tahun yang lalu, apabila Kelantan bertukar kerajaan, pihak JPS yang sebelum daripada itu membuat suatu pintu air di muara Sungai Keladi ataupun Sungai Pengkalan Chepa yang menyebabkan anak sungai itu begitu kotor.

Oleh kerana pintu air itu dibuat begitu tinggi sehingga apabila air itu surut, maka air tidak mengalir. Jadi untuk mengelakkan daripada kekotoran dan kempen daripada JPS untuk menjaga sungai maka pintu air itu dibuang. Saya dimaklumkan bahawa dalam Projek Tebatan Banjir kali ini, sekali lagi pintu air di muara Sungai Keladi itu akan dibina. Jadi, saya minta perhatian dan respons daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya tidak ada maklumat terperinci mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kita akan memberitahu Yang Berhormat secara bertulis. Yang Berhormat Jempol telah pun menyentuh mengenai hakisan berlaku dengan berleluasa di Pantai Port Dickson yang merupakan kawasan popular untuk pengunjung dari dalam dan luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat berhubung dengan hakisan pantai di Port Dickson, JPS telah pun melaksanakan Projek Penambakan Pantai sepanjang 48 kilometer di antara Bagan Pinang sehingga ke Tanjung Lembah dengan kos RM19.3 juta. Pihak kerajaan negeri ada juga memohon kerja-kerja tambahan di kawasan pantai sepanjang 10.5 kilometer di pantai Port Dickson hingga ke Tanjung Tuan dan kerja penyusunan semula sistem perparitan dan kumbahan di kawasan pantai ini akan dipohon pada Rancangan Malaysia ke Sepuluh.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan? Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, tentang hakisan pantai di Melaka, Kelebang Besar hakisan pantai ini semakin teruk sampai semua usaha kerajaan untuk mencegah hakisan ini semua gagal. Melaka telah menjalankan tambak laut dan saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah projek tambak laut ini disyaratkan mesti ada EIA report. Adakah kerana projek tambak laut ini akan mengakibatkan hakisan pantai semakin teruk di negeri Melaka.

Dato’ Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Terima kasih Yang Berhormat. Semua projek tambakan laut perlu mendapat EIA sebelum ia dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat dari Jempol, masalah kejadian banjir di Taman Bahau Jempol dan mohon peruntukkan. Untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah menyiapkan projek tambakan banjir Sungai Bahau yang bernilai RM2.9 juta pada tahun 2006. Banjir yang dibangkitkan adalah banjir kilat yang disebabkan oleh ketidakmampuan sistem perparitan di Pekan Bahau dan masalah sampah sarap di dalam longkang tersebut. Yang Berhormat dari Arau, telah pun bertanya mengenai Program Satu Negeri Satu Sungai untuk perancangan masa hadapan dan konsep Integrated River Basin Management. Untuk makluman Yang Berhormat pihak kementerian memang menggunakan

Dato’ Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

konsep IRBM untuk perancangan pembangunan masa hadapan. Beberapa kajian telah dilaksanakan dan meliputi Sungai Kerian, Sungai Langat, Sungai Kedah, Sungai Selangor, Sungai Bernam dan beberapa sungai lagi akan dilaksanakan dan dibuat kajian juga. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Nibong Tebal, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Tawau mengenai keberkesanan dan kejayaan kempen Cintailah Sungai Kita dan berapa jumlah sungai yang tercemar dan jumlah yang dipulihkan. Untuk maklumat Yang Berhormat sekalian, kempen Cintailah Sungai Kita telah dilaksanakan selama 10 tahun semenjak 1993 hingga 2002. Sepanjang 10 tahun banyak program kesedaran telah dibuat dengan sekolah-sekolah, NGO, orang kampung. Adalah didapati kesedaran mengenai sungai dan kepentingan penjagaan sungai telah meningkat walaupun ianya tidak dapat menyelesaikan masalah pencemaran sungai secara keseluruhannya. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah sungai yang tercemar telah pun berkurangan. Data 2007 menunjukkan tujuh batang sungai sahaja yang tercemar berbanding dengan sembilan batang sungai pada tahun 2004. Untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai memerlukan tindakan bersepadu di kalangan semua pihak termasuk jabatan-jabatan kerajaan, orang awam, pihak industri, NGO dan lain-lain. Oleh itu, di bawah konsep IRBM semua agensi dan jabatan yang bertanggungjawab ke atas lembangan sungai akan digabungkan di bawah satu jawatankuasa yang baru di tubuh yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, NRE. Ahli-ahlinya adalah merangkumi wakil-wakil dari kementerian yang ada berkaitan dengan sungai seperti KTAK, KPKT, PBT, MLO, NGO dan jabatan-jabatan majlis-majlis tempatan berkenaan. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah supaya satu perancangan dan tindakan secara holistik dapat dilaksanakan. Matlamat jawatankuasa adalah untuk menyeragamkan dan menyelaras tindakan supaya lebih berkesan kerana kita mendapati bahawa di lembangan-lembangan sungai, aktiviti-aktivitinya dan jabatan-jabatan yang berkuasa mengenai kelulusan aktiviti-aktiviti di lembangan sungai adalah berbagai-bagai, banyak seperti Jabatan Haiwan, Majlis Daerah dan sebagainya. Kita perlu satu jawatankuasa bersepadu didirikan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Pasir Salak minta jalan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat respons daripada Yang Berhormat Menteri kepada satu cadangan berhubung dengan mencantikkan sungai dan juga berhubung penjagaan sungai. Ini supaya sungai-sungai kita nampak indah dan juga mengelakkan daripada berlakunya banjir yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat yang hidup ataupun duduk di tepi-tepi sungai. Di mana cadangan bagaimanakah, adakah tidak mungkin bagi kementerian atau kerajaan menggunakan tebing-tebing sungai ini sebagai kawasan-kawasan pembangunan yang sering dipanggil sebagai Waterfront Development seperti sebagai kawasan rekreasi, kawasan perumahan, penempatan dan sebagainya. Sungai ini boleh dijadikan indah dengan umpamanya membina empangan- empangan buatan manusia. Empangan-empangan yang boleh kita mewujudkan air terjun yang indah dan cantik kepada pelancong-pelancong tempatan dan juga pelancong luar negeri. Perkara ini praktikal dan economical kerana kita pernah lihat, saya berkesempatan melihat satu projek di Iran, sebuah sungai di bandar raya lama di Iran iaitu di Esfahan. Sungainya seperti sungai kita juga tapi dibina empangan begitu rupa dengan mewujudkan air terjun yang cantik dan indah dan menarik pelancong dalam dan luar negeri. Jadi, kalau ini boleh dilakukan saya rasa kos penjagaan sungai boleh dikompensif dengan pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan sebagainya di tebing-tebing sungai itu. Kenapa kerajaan tidak boleh melihat secara yang sedemikian selama ini? Mungkinkah di masa hadapan ianya boleh dilakukan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, yang pertama memang ada di negara kita tebing-tebing sungai telah pun dibangunkan sebagai satu

tempat penarikan pelancong dan ini telah pun menampakkan kejayaan. Inilah matlamat utama mengapa kita menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras untuk pengurusan lembangan sungai bersepadu. Ini kerana dari pengalaman yang kita dapat telah alami dan dari kajian-kajian yang telah dibuat, pendekatan-pendekatan yang kita ambil setakat ini belumlah berjaya untuk mengatasi membersihkan sungai sehingga kita mencapai matlamat membangunkan sungai seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ini.

Kita pun telah ada program Satu Negeri Satu Sungai, kita ada program Cintailah Sungai. Kita nampak program-program ini belumlah berjaya untuk membangunkan lembangan sungai kerana dalam lembangan sungai seperti yang disebut tadi adalah multi- sectoral dan banyak bidang kuasa dari negeri, Persekutuan, kementerian, jabatan-jabatan sama ada kuasa sepanjang batang sungai. Jadi oleh demikian maka kita memikirkan kalau satu jawatankuasa bersepadu ini dapat ditumpukan dan akan menyatukan segala tindakan untuk menentukan sungai itu akan lebih bersih maka kita fikir inilah satu langkah yang kementerian akan ambil dan matlamat kita adalah seperti yang telah digariskan oleh Yang Berhormat...

Yang Berhormat Menteri.

..Sungai-sungai kita indah supaya ianya dapat menjadi penarikan pelancongan, dijadikan kawasan rekreasi dan satu tempat yang menarik seperti kita lihat di negara-negara lain.

Yang Berhormat Menteri, boleh? Tak apa sedikit sahaja. Tak payah duduklah. Sungai Perak kalau boleh beri keutamaan sedikit. Saya daripada Perak.

Kita ambil maklum permohonan Yang Berhormat. Yang Berhormat dari Batu Pahat menyentuh mengenai hakisan pantai di Pontian dan Batu Pahat. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sentiasa memantau masalah hakisan di seluruh negara dari semasa ke semasa termasuk kawasan Pontian dan Batu Pahat. JPS telah pun melaksanakan projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Pontian Besar dengan kos sebanyak RM38.9 juta. Projek ini bermula pada 15 Ogos 2006 dan siap pada Oktober 2007. Selain itu pembaikan di kawasan yang mengalami hakisan sedang dilaksanakan di mana Pontian dengan kos RM200,000. Langkah jangka panjang untuk menangani masalah hakisan di mana Pontian dan Batu Pahat akan dipohon dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kerana kementerian mempunyai peruntukan yang terhad pada Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang Berhormat Batu Pahat juga mencadangkan Sh Batu Pahat patut dikorek dan didalamkan sepanjang enam kilometer. Untuk makluman Yang Berhormat projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini sebagai langkah jangka pendek untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut adalah termasuk: (i) mendalamkan muara Sungai Batu Pahat; (ii) mendalamkan Sungai Simpang Kiri dan Sungai Simpang Kanan; dan (iii) mendalamkan Sungai Bekok Kesemua projek ini dalam peringkat rundingan harga manakala Sungai Bekok dalam proses penilaian tender. Anggaran keseluruhan projek-projek ini adalah RM120 juta. Yang Berhormat mencadangkan supaya langkah jangka pendek...

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan berkaitan dengan muara sungai. Untuk pengetahuan Menteri, di kawasan saya terdapat enam hingga tujuh muara sungai besar yang disebabkan pelebaran yang tidak cukup ataupun

tidak dibersihkan menyebabkan setiap kali banjir besar akan berlaku. Yang pertama kuala Sungai Ruat, kuala Sungai Udang, kuala Sungai Yan, kuala Sungai Daun dan kuala Sungai Dulang. Saya pohon kementerian dan JPS ambil perhatian sebab setiap kali hujan lebat sahaja akan berlaku banjir, air laut pasang maka berlaku banjir ataupun di kawasan Pendang hujan lebat apabila air tersebut akan bergerak ke muara disebabkan air laut pasang maka kawasan Jerai akan mengalami banjir. Hasil pemantauan saya bersama dengan JPS daerah Yan dan JPS Kuala Muda mendapati di muara sungai tersebut cetek dan sudah lama tidak diurus dengan baik oleh pihak JPS. Pohon perhatian Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklum cadangan Yang Berhormat tersebut. Yang Berhormat Bukit Mertajam telah pun memohon peruntukan tebatan banjir fasa dua Sungai Junjung, fasa dua Sungai Pinang dan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Penjelasan sedikit. Tadi ada disebut jangka pendek itu sudah hilang pula. Kalau boleh jangan tertinggal jangka pendek itu.

Oh, maaf ya. Yang Berhormat Batu Pahat mencadangkan langkah jangka pendek dengan memasang pintu air dengan memasang pintu air di Parit Seri Molek untuk mengawal kejadian air pasang. Untuk makluman Yang Berhormat, jabatan akan ambil maklum untuk berhubung dengan pihak JPS negeri untuk tindakan seterusnya. Balik kepada soalan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sedar akan masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat di kawasan- kawasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Oleh sebab itu kerajaan persekutuan sedang dan telah melaksanakan program-program tebatan banjir. Kerajaan negeri dan kerajaan tempatan juga ada peranan dan harus memainkan peranan mereka untuk memastikan projek-projek yang dilaksanakan itu di selenggara supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. Pelaksanaan projek tebatan banjir memang memerlukan peruntukan yang tinggi. Oleh yang demikian ianya dilaksanakan secara peringkat. Peruntukan untuk pelaksanaan ini akan dipohon pada Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan Pulau Pinang telah diperuntukkan RM213 juta untuk tebatan banjir. Yang Berhormat Parit Buntar telah pun bertanya...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, penjelasan. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana telah memperuntukkan RM230 juta untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang tetapi itu hanya merupakan 1/4 sahaja yang dipohon oleh JPS di negeri Pulau Pinang dan memang betul bahawa kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan juga turut bertanggungjawab ke atas menyelesaikan masalah banjir dan mereka pun telah memainkan peranan masing- masing. Yang saya sebutkan di sini ialah semua merupakan rancangan yang disediakan atau dirangka oleh JPS dan ada di antaranya ialah dahulu di Rancangan Malaysia Kelapan dan ditunda ke Rancangan Malaysia Kesembilan sekarang ditunda ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya khuatir nanti sampai 2020 ada kawasan-kawasan yang akan menjadi Venice of The East. Kalau itu ada rancangan mungkin boleh juga dijadikan satu projek pelancongan tapi adakah itu rancangan JPS ataupun rancangan kementerian. Kalau tidak saya rasa kita perlu memberikan peruntukan utamakan masalah ini. kalau tidak ia hanya untuk menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak berkemampuan ataupun tidak pandai menguruskan peruntukan kerana peruntukan digunakan untuk yang lain. Baru-baru ini dikatakan kerajaan akan tunda membeli Eurocopter yang banyak wang itu.

Tenis pun tak reti buat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa wang itu digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri walaupun

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri saya tidak tahu sama ada kawasan Yang Berhormat Menteri ada banjir atau tidak tapi ini masalah rakyat. Apakah pendirian sama ada ia akan diberi keutamaan atau tidak?

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Adalah begitu senang kita menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak pandai menguruskan pembangunan tetapi Yang Berhormat juga sedar bagaimana kita telah berjaya membangunkan negara kita ini dan buktinya jelas dan saya percaya Yang Berhormat sendiri pun mengakuinya. Mengenai masalah banjir ini memang seperti saya sebut awal tadi bahawa mengikut kajian pada tahun 2003, 9% dari kawasan di seluruh negara adalah kawasan sentiasa berlaku banjir. Jadi kawasan-kawasan ini adalah kawasan lebih 29,000 kilometer persegi. Kawasannya lebih luas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Oleh demikian maka perancangan dibuat sebegitu rupa dan ada kawasan yang dapat dilaksanakan awal dan ada dilaksanakan kemudian dan inilah perkara-perkara yang sentiasa berhadapan dengan kita apabila kita mengatur rancangan pembangunan. Sebab untuk Rancangan Malaysia Kesembilan kita hanya diperuntukkan RM5.3 bilion untuk projek tebatan banjir tetapi kita lebih memerlukan lebih. Jadi saya berharap Yang Berhormat sama-sama sabar.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

Yang Berhormat dari Parit Buntar...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

...Bertanya status pelaksanaan projek tebatan banjir Sungai Muda di negeri Kedah...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan...

... Juga negeri Pulau Pinang. Saya akan cerita Pulau Pinang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Sebelum pergi ke negeri yang lain. Negeri yang lain. Ini negeri Pulau Pinang.

Saya akan ceritakan Pulau Pinang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja pakej satu iaitu Empangan Jajar dan kerja di sekitar bandar Sik, Baling, Kuala Ketil telah pun disiapkan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Menyampuk]

Sabarlah, DAP ini tidak sabar.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi Yang Berhormat kata Pulau Pinang.

Tunggu,tunggu saya selesaikan perkara ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tunggulah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi tidak sabar lagi. Waktu pukul 5.00.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya khuatir hanya Yang Berhormat nanti tidak boleh periksa di mana Kedah, di mana Penang.

Saya sudah melawat tempat itulah. Bagi pakej dua pula yang melibatkan pembinaan benteng atau ban di sepanjang tebing Sungai Muda

daripada muara sungai hingga ke jambatan sidang, ianya sedang dilaksanakan. Yang Berhormat Tawau bertanya bilangan sungai dan projek pembersihan sungai tahun 2007...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Mana Pulau Pinang, mana Pulau Pinang punya? Ya, tolong Pulau Pinang, jangan pergi jauh ke Tawau sebelum Pulau Pinang. Mana, mana?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat janganlah...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tolong pergi ke Pulau Pinang.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Nanti saya beri secara bertulis. [Dewan riuh]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekarang, dalam Dewanlah, jangan bertulis.

Bagi sungai dan projek pembersihan sungai, kementerian telah memilih...

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi...

Sungai Papar di bahagian Papar sebagai projek pertama di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Nibong Tebal telah pun bertanya mengenai banjir di Sungai Pinang dan tidak berkesan disebabkan sampah sarap. Ini juga sama jawapan yang saya beri lebih awal tadi. Mengenai Labuan, banjir di Labuan pada tahun lepas, masalah penyelenggaraan kurang baik sehingga Yang Berhormat Nibong Tebal...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah ketuk, saya nampak. Nanti rosak mic.

Tuan Pengerusi, akan dipertimbangkan...

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dia tidak sebut Penang tadi, dia sebut Kedah.

Pihak JPS, ibu pejabat akan berhubung dengan JPS Labuan mengenai jumlah peruntukan dan penyelenggaraan yang diperlukan. JPS Labuan memerlukan RM1.5 juta setahun untuk penyelenggaraan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak beri jalan Yang Berhormat?

Tidak ada, saya hendak selesaikan jawapan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Yang Berhormat Arau, tindakan segera untuk tebatan banjir untuk kawasan lambat surut di Pendang, Kubang Pasu, Yan, Pokok Sena dan lain-lain. Untuk tindakan segera, JPS melaksanakan projek kerja penyelenggaraan sungai dan projek supaya aliran air tidak tersekat. Di samping itu, JPS juga akan menyediakan pam-pam bergerak. Dari Arau, untuk Yang Berhormat Arau masalah hakisan dan langkah jangka panjang. Tindakan jangka panjang adalah dengan merancang guna tanah pengurus pembangunan di zon pantai dengan memberi pertimbangan sewajarnya kepada proses- proses semula jadi pantai sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan. Tindakan ini diambil bertujuan untuk mengelak daripada risiko hakisan dan kerja-kerja perlindungan pantai yang mahal di masa-masa hadapan.

Yang Berhormat dari Kepong telah pun bertanya mengenai FRIM dibangunkan di mana pokok-pokok telah ditebang. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan tersebut telah terpisah daripada kawasan FRIM akibat dari pembinaan jalan raya yang membangunkan Kepong dan Selayang. Dimaklumkan juga bahawa tanah tersebut telah dipindah milik kepada pihak swasta. Aktiviti pembalakan di kawasan bukit di luar FRIM juga bukan dalam bidang kuasa FRIM. Yang Berhormat Jempol juga mencadangkan supaya tanaman rotan dan buluh diusahakan di kawasan Jempol bagi menampung keperluan industri kraf tangan penduduk tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, FRIM telah memulakan aktiviti penanaman buluh jenis beting di kawasan seluas 20 ekar dengan kerja sama penduduk tempatan melalui koperasi kawasan Jempol semenjak tiga tahun lepas. FRIM memberikan bantuan dalam bentuk...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, penjelasan.

Dalam bentuk khidmat nasihat, pemilihan spesies buluh, teknik penanaman dan pembekalan benih buluh.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan ya.

Ini pasal buluh ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi, saya...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan kacau, saya hendak dengar Jempol punya penjelasan itu.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Akan pergi ke Pulau Pinang.

Nanti kita bincang di luar, kita bincang di luar.

Sabarlah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Boleh, boleh.

Saya tidak ada maklumat di sini.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Saya hendak dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya ingin buat pertanyaan dahulu, satu minit sahaja. Saya mohon...[Dewan riuh]

Bukit Mertajam mahu balik kah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tidak bagi jalan, kita bincang di luar nanti.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Mertajam, dia tidak beri jalan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Satu minit di luar. Okey. Selain daripada itu, Yang Berhormat Jempol hendak dengar...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Apa ini? Dengan ini supaya... [Bercakap tanpa pembesar suara]

Okey, okey. Kalau adalah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kalau ada? Kalau tidak ada?

Saya tidak bagilah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jempol minta jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Jempol ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bercakap tanpa pembesar suara] Ya lah

Nanti bincang luarlah.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Bukit Mertajam ini selalu kacau Jempol.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini mana punya Jempol. Yang Berhormat Jempol orang baru...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah response lah Yang Berhormat.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ya lah, baru belum tahu. [Dewan riuh]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Memang kita ada soalan. Hendak jawab, hendak tanya.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

You mahu tengok pukulan baru?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Jempol ada apa? Untuk banjir juga?

Barulah bagus. [Dewan riuh] Jangan main-main Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi, oleh sebab kebanyakan hutan- hutan yang telah pun kita tanam buluh dahulu telah pun dimusnahkan dan begitu juga dengan rotan yang menjadi sumber kepada industri kraf. Jadi, usaha untuk menanam ini secara teratur akan dapat membekalkan buluh dan juga rotan kepada industri tersebut sebab itu saya bangkitkan.

Terima kasih Yang Berhormat. FRIM telah pun membuat beberapa kajian dan mendapati rotan dan buluh ini mempunyai potensi yang baik. Oleh yang demikian, FRIM telah mengambil tindakan positif dan FRIM juga telah mempunyai satu stesen penyelidikan luar di Pasoh dalam Daerah Jempol dan berperanan dalam menjalankan penyelidikan you berkaitan dengan ekologi dan kaitan antara hutan dengan perubahan alam sekitar. Di stesen tersebut disediakan ...

Ha, Yang Berhormat Bukit Mertajam hendak balik. Tidak sabar.

...Pelancongan dan program kesedaran menghargai alam sekitar dan kepada pelajar-pelajar. Yang Berhormat dari Parit telah pun mencadangkan FRIM sebagai destinasi eko-pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, usaha-usaha telah dan sedang dilakukan untuk menjadikan FRIM sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelancongan telah memberi peruntukan RM6.3 juta untuk penarikan untuk menaik tarafkan forest trail, kemudahan perkhemahan, perkelahan dan canopy walk way. Kementerian juga bercadang untuk menjadikan FRIM sebagai taman warisan dan destinasi pelancongan. Ketika ini jumlah kehadiran pelancong di FRIM adalah seramai 60,000 setahun terdiri dari pelancong luar negeri, tempatan dan pelajar-pelajar sekolah. Yang Berhormat Pokok Sena telah mencadangkan supaya produk-produk herba di pattern kan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menyedari akan kepentingan paten hasil-hasil penyelidikan. Demikian itu, FRIM telah memohon dua pattern berkaitan produk haba melalui MOSTI. FRIM akan meneruskan penyelidikan saintifik mengenai tanaman haba dan memantainkan penemuan-penemuan tersebut di semasa ke semasa. Yang Berhormat Pokok Sena juga mencadangkan agar tanah-tanah terbiar dimanfaatkan dengan tanaman herba. Untuk makluman Yang Berhormat, FRIM telah mengusahakan ladang tanaman herba di Maran, Pahang di atas tanah seluas 200 hektar dan akan meneruskan program penanaman di mana ada peluang.

Yang Berhormat Pokok Sena juga mencadangkan supaya kajian saintifik dijalankan ke atas tanaman herba. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian-kajian saintifik sememangnya telah dijalankan di FRIM. Ubat-ubatan hasil-hasil penyelidikan telah diterbitkan melalui jurnal-jurnal pendidikan, buku dan seminar-seminar yang dianjurkan. Sebagai contoh baru-baru ini seminar Medicinal and Aromatic Plant Spesies Ketiga telah pun diadakan. Yang Berhormat Simpang Renggam telah pun membangkitkan perkara lokasi penanaman pokok bakau. Hutan paya laut merupakan sumber alam semula jadi yang amat penting di dalam penstabilan persisiran pantai yang menjadi habitat penting kepada kepelbagaian hayat. Kerajaan menyedari bahawa kemusnahan habitat tersebut akan menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat yang tinggal di persisiran pantai. Dengan yang demikian, kerajaan telah mengenal pasti kawasan seluas 4,061 hektar untuk dipulihkan. Pada Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah melaksanakan penanaman pokok bakau dan spesies yang sesuai di persisiran pantai dengan syiling sebanyak RM37 juta. Sehingga Oktober 2008, projek ini telah berjaya dengan penanaman keluasan seluas 1,258 hektar dengan perbelanjaan sebanyak RM16.44 juta. Sembilan agensi bukan kerajaan seperti World Wildlife, World Wide Fund of Malaysia, Global Environment Centre, Persatuan Pencinta Alam, Wetlands International, Sahabat Alam Malaysia, Jaringan Bertindak Nelayan Pantai, Institute of Oceanography, Universiti Malaysia Terengganu, Institut Rembauan Malaysia, dan International Erosion Coastal Association of Malaysia juga terlibat dalam pelaksanaan projek ini.

Di negeri Johor kerajaan telah menanam kawasan seluas 150 hektar di Hutan Simpan Sungai Kulai, Kulai. Yang Berhormat dari Parit...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Beri laluan Yang Berhormat, sila Kuala Selangor

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri, saya tidak berkesempatan untuk bersama dalam perbincangan dalam perbahasan sebentar tadi kerana tidak diberi laluan dan saya cukup faham dengan usaha untuk mengembalikan hutan paya bakau ini yang telah banyak tercemar dan rosak akibat pembangunan. Di Selangor sahaja Yang Berhormat Menteri tentunya tahu dalam lima enam tahun yang lalu sebanyak 11 ribu hektar paya bakau telah musnah akibat pembangunan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ingin sentuh hanya sekadar untuk membawa apa yang sedang berlaku di kawasan Parlimen saya, pencerobohan setelah kolam udang ever growth, evergreen akuakultur diberi sebanyak 900 dan lebih begitulah, 700, maaf ekar menjalankan perusahaan kolam udang, yang paling malang setelah diberikan sebesar itu, menjejaskan paya bakau dan merosakkan habitat. Baru-baru ini menceroboh pula sebanyak 10 ataupun 20 ekar dalam Taman Alam Kuala Selangor, sehingga kini belum ada tindakan yang dibuat ataupun diambil oleh mana- mana agensi kerajaan terhadap pencerobohan ini. Dalam suasana dan kepentingan dan keprihatinan kementerian, perkara seperti ini masih lagi berlaku. Saya tidak perlu mensyarahkan, membahaskan, menekankan tentang peri pentingnya bakau sebagai perlindungan pantai, pembiakan kehidupan marin yang sekali gus menjejaskan pendapatan-pendapatan nelayan di situ. Akan tetapi pencerobohan seperti ini yang pada malam ini mungkin disiarkan di TV3 setelah Karam Singh Walia sendiri turun untuk mendedahkan bagaimana, laluan diberikan kepada golongan-golongan business, kita bukan anti-business tetapi pencerobohan itu tidak bertanggungjawab dan yang paling malang ialah penguatkuasaan pada pihak agensi kerajaan yang semacam tutup sebelah ataupun dua-dua mata sekalipun. Saya minta penjelasan ini dibuat secara terus terang. Terima kasih

Terima kasih Yang Berhormat, memang masalah seperti dihuraikan Yang Berhormat, itulah sebabnya masalah itu ada berlaku, itu sebabnya kerajaan memutuskan untuk mengadakan program menanam bakau di negara kita ini. Namun mengenai isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat mengenai pencerobohan ini, sama ada itu pencerobohan melibatkan pembalakan haram ataupun permohonan tanah haram. Saya harap Yang Berhormat akan membawa ini kepada kerajaan negeri supaya dia dapat membantu kita menguat kuasa. Dalam bidang ini kita memerlukan bantuan dari kerajaan negeri, kerana dia yang menguatkuasakan indeks enakmen yang tertentu di negeri masing-masing. Yang Berhormat dari Parit memastikan menguat kuasa hutan di Malaysia dijalankan dengan baik...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, dah tiga jam Yang Berhormat, jadi berapa lama Yang Berhormat lagi?

Tiga jam ha? Tidak lama lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tiga jam Yang Berhormat.

Saya fikir kalau Yang Berhormat mengarahkan saya berhenti, saya akan berhenti.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tidak bagi arahan Yang Berhormat.

Saya selesaikan dengan cepat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kita dah tiga kementerian...

Yang Berhormat dari Parit telah pun menyentuh mengenai penguat kuasa hutan di Malaysia dijalankan dengan baik dan sebagainya. Ingin saya memperjelaskan di sini, Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia telah pun mengambil tindakan yang tertentu dan sehingga Akta Perhutanan Negara 1984 telah pun dipinda dengan menaikkan penalti, itu nampak berhasil kerana kita nampak pencerobohan adalah berkurangan Jasin ada menyentuh mengenai crown land di Melaka. Crown land dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jasin adalah tanah kurnia kerajaan semasa Melaka di bawah pemerintahan penjajah, di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara, status tanah tersebut menjadi geran pegangan kekal. Walau bagaimana pun pembangunan tanah tersebut tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Yang Berhormat Machang telah pun menyentuh tentang penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa. Ingin saya memaklumkan bahawa kerajaan penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa telah dilaksanakan di antara Malaysia, Thailand dan Indonesia. Rekod-rekod ukuran tersebut disimpan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan dengan cermat sebagai dokumen terperingkat, bersekali dengan langkah tambahan bagi menyediakan salinan dengan bentuk digital untuk simpanan tanpa geran data. Yang Berhormat Pengkalan Chepa bertanya mengenai sempadan Pahang – Kelantan. Untuk makluman Yang Berhormat jarak keseluruhan sempadan Pahang - Kelantan adalah dianggarkan 262km. Asas penentuan sempadan Pahang-Kelantan adalah Perjanjian Bangkok bertarikh 29 November 1899 yang mana telah ditakrifkan sempadan tersebut adalah mengikut ‘linage’ utama atau main water shade. Kerja-kerja penandaan dan pengukuran bagi sempadan tersebut telah dijalankan oleh JUPEM pada 12 Julai 1986 hingga 27 Julai 1987, meliputi jarak 69 kepada 7 kilometer. Keluasan sempadan-sempadan yang lain kerja-kerja penandaan, pengukuran ini akan dimulakan sebaik sahaja sumbangan kewangan bagi membiayai kerja-kerja pengukuran telah pun dibuat dan memorandum persefahaman diadakan.

Yang Berhormat Machang...

Minta penjelasan sikit.

Saya fikir, saya nak menyelesaikan jawapan kerana saya telah mengambil masa begitu panjang, saya mohon maaf kepada Yang Berhormat.

Ia berkaitan dengan sempadan, sebab saya kawasan sempadan dengan Thailand. Terima kasih Yang Berhormat, apabila kita sebut tentang sempadan ini di antara masalah yang kita hadapi ialah masalah tambatan di sungai di sebelah Kelantan, kita lihat setiap tahun apabila berlakunya banjir, sempadan di sebelah Kelantan ini akan berdepan dengan hakisan yang cukup teruk dan sebelah Thailand sempadannya di tambak. Jadi apakah perancangan pihak kementerian di masa akan datang supaya sempadan kita tidak terus terhakis dan ini sebenarnya memberi kesan yang amat besar terutama penduduk sekitar Sungai Golok itu sendiri. Minta Penjelasan.

Okey, terima kasih saya memang nak sampaikan isu itu. Sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand adalah berasaskan perjanjian di antara Kerajaan Great Britain dan Kerajaan Siam yang ditandatangani di Bangkok pada 10 Mac 1909. Penempatan sempadan antarabangsa melibatkan Kelantan dan Thailand di sepanjang Sungai Golok iaitu sepanjang 95 km adalah mengikut bahagian terdalam air sungai. Aktiviti penandaan dan pengukuran sempadan di sepanjang sungai ini telah bermula pada tahun 2000 dan kerap kali terganggu keadaan keselamatan di sebelah sempadan Thailand di mana kerja-kerja terpaksa ditangguhkan. Namun begitu kerja-kerja berkenaan telah dijalankan diyakini akan dilaksanakan. Untuk kawasan yang terdedah kepada hakisan telah pun ditentukan kedudukan bahagian terdalam air sungai melalui proses pengukuran, ianya lebih kurang 75% dari keseluruhan sempadan sepanjang Sungai Golok. Sekiranya hakisan berlaku bagi kawasan-kawasan berkenaan tidak lagi akan menjejaskan kedudukan persempadanan kerana telah pun ditetapkan. Tuan Pengerusi itu saja beberapa perkara yang saya sempat jawab pada petang ini. Perkara-perkara yang tidak sempat dijawab akan diambil perhatian oleh kementerian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM933,518,300 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM933,518,300 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,325,738,800 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,325,738,800 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.24 [Jadual] – Maksud P.24 [Anggaran Pembangunan 2009] –Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat Maksud B.24 Maksud P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Jempol.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi, terima kasih saya cuma hendak bahaskan dua sahaja. Pertama sekali, di bawah Butiran 050000 - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Saya memohon jasa baik MIDA supaya dalam strategi untuk menempatkan kilang-kilang ataupun pelabur-pelabur yang datang dalam negara kita MIDA memikirkan untuk menempatkan kilang-kilang ini di kawasan luar bandar. Hari ini kita dapat melihat bagaimana dasar MIDA menumpukan di mana pelabur-pelabur yang datang ini membuat kilang di kawasan bandar dan menyebabkan penghijrahan secara besar-besaran penduduk-penduduk yang berada di kawasan luar bandar untuk mendapatkan pekerjaan di kawasan-kawasan industri yang ditubuhkan. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, di kawasan luar bandar seperti di Jempol terdapat 37 skim FELDA yang boleh menampung sebahagian besar daripada tenaga kerja yang diperlukan untuk bekerja di kawasan-kawasan industri tersebut. Oleh yang demikian saya fikir adalah munasabah supaya sebahagian daripada pelabur-pelabur ini diarahkan untuk melabur dan membangunkan kilang-kilang mereka di kawasan luar bandar termasuk di kawasan FELDA. Selain daripada itu saya juga mohon jasa baik daripada MIDA supaya memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan yang diperuntukkan dalam Butiran ini supaya dapat membina ataupun membangunkan kawasan- kawasan industri di kawasan luar bandar dan apabila tapak-tapak kawasan industri tersebut dapat dibangunkan ianya boleh dijual ataupun ditawarkan kepada mana-mana pelabur yang datang ingin melabur dalam negara kita khususnya untuk mendapat kawasan-kawasan industri yang telah pun dibangunkan dengan infrastruktur seperti jalan, bekalan air, dan juga bekalan api. Kalau kita hanya bergantung kepada mana-mana kawasan luar bandar ini untuk dimajukan oleh mana-mana syarikat swasta adalah malang nasib bagi masyarakat luar bandar untuk mendapatkan kemudahan ini. Oleh yang demikian saya fikir melalui peruntukan ini MIDA boleh memainkan peranan penting bagi membangunkan infrastruktur pembangunan kawasan industri di kawasan luar bandar dan seterusnya menjual kawasan-kawasan yang telah siap ini kepada mana-mana pelabur yang ingin melabur dalam negara kita dan seterusnya menempatkan industri tersebut di kawasan luar bandar. Tuan Pengerusi, yang kedua saya ingin menyentuh Butiran 080000 iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Industri yang berasaskan makanan adalah merupakan industri yang sangat popular di Negeri Sembilan. Tetapi hari ini kita dapat melihat taburan industri ini adalah merata tempat. Sebahagiannya menyewa kedai-kedai yang sedia ada dan sebahagiannya pula tidak sesuai dari segi kesihatan dan sebagainya. Apabila pemaju ataupun syarikat-syarikat industri kecil ini memohon untuk membesarkan industri mereka dan juga perniagaan mereka, adalah malang bagi pengusaha-pengusaha ini kerana mereka tidak dapat membesarkan perniagaan mereka kerana sekatan daripada masalah kilang-kilang ataupun kawasan industri yang sempit akibat daripada menyewa kedai-kedai yang sedia ada. Selain daripada itu, bersebelahan dengan kilang-kilang yang dibangunkan industri berasaskan makanan ini, terdapat juga pembangunan ataupun pengusaha-pengusaha bengkel yang tidak sesuai sama sekali untuk bersaing bersama di lokasi yang sama dengan pembangunan industri yang berasaskan makanan. Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada kementerian melalui Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana ini agar dapat membangunkan

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

kawasan satu tapak yang khasnya khususnya di kawasan FELDA Jaya Serting, Jempol yang mempunyai lokasi yang sangat sesuai, tanah yang agak murah dan juga kawasan ini telah pun dihadkan dengan pelan kelulusan pelan tata aturnya yang tersusun supaya pelaburan dapat dibuat di sana bagi membangunkan kawasan tersebut dan seterusnya apabila kawasan ini sudah dibangunkan ditawarkan kepada semua pengusaha-pengusaha industri kecil dan juga sederhana yang berasaskan makanan ini untuk berniaga ataupun membina kilang-kilang di kawasan tersebut. Dengan cadangan ini akan dapat diatasi masalah taburan pengusaha-pengusaha yang bertabur di seluruh Negeri Sembilan sekarang akan dapat ditempatkan di lokasi yang tertentu dan sudah tentu akan dapat melihat perkembangan yang lebih baik dalam industri yang berasaskan makanan ini pada masa akan datang. Tuan Pengerusi, itu sahaja terima kasih.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi untuk memberikan saya kesempatan untuk membahaskan terhadap Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa. Saya akan tumpukan kepada Butiran 020200, 030200. Pada masa ini, nampaknya kementerian kita begitu berminat untuk mengadakan FTA ataupun Perjanjian Perdagangan Bebas antara kita dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Liberalisasikan perdagangan sudah menjadi satu matlamat utama untuk negara- negara yang telah membangun dan mereka mengemukakan FTA sebagai satu jalan keluar untuk negara-negara macam Malaysia, negara-negara miskin untuk memajukan diri. Tetapi, semua negara ini di barat yang sekarang maju, pada masa dahulu memakai tarif untuk membendung pasaran dalaman mereka, membangunkan industri mereka. Ini telah dilakukan oleh Britain, apabila Britain menakluki India dia hancurkan industri perkapalan di India, dia hancurkan industri tekstil di India supaya pasaran itu boleh dipakai untuk kilang- kilang Britain. Seratus tahun dahulu Jepun di bawah Raja Meiji juga memakai tarif untuk melindungi pasaran mereka untuk membangunkan industri mereka. Di India juga, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1948, pasaran dalaman dibendung supaya industri di India dapat ditingkatkan, dibina, tetapi sekarang, selepas mereka sudah maju mereka jemput kita semua berdagang secara bebas. Ini seolah-olah mereka menarik ke atas tangga selepas mereka naik ke tingkat atas mereka menarik atas tangga dan negara- negara macam Malaysia yang memerlukan tangga tersebut, perlukan pasaran untuk membina industri kita, kita tidak ada tangga itu. Jadi saya rasa kita kena kaji secara mendalam apakah impak FTA atas kebolehan kita untuk membangunkan sektor industri kita secara betul. Pada saya kita memerlukan policy space dengan izin, ataupun ruangan polisi untuk membina industri kita. Walaupun saya tidak bersetuju dengan beberapa polisi yang kita buat setakat ini, tetapi negara kita ini memerlukan ruangan itu untuk membangunkan industri.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

So, kita kena berwaspada sebelum kita menandatangani FTA dengan Amerika ataupun Eropah. Kita pun harus tahu bahawa Bretton Wood Institution macam World Bank dan IMF ini bukan selalu bagi nasihat yang begitu baik untuk negara-negara yang membangun. Kadang-kadang nasihat mereka lebih berpihak kepada negara-negara maju. Saya juga ingin syorkan kita harus meningkatkan perdagangan dua hala dengan negara- negara yang menolak sistem perdagangan antarabangsa yang dikuasai oleh WTO dan FTA. Umpamanya Venezuela, Bolivia, Cuba, mereka semua ada satu sistem perdagangan yang diasaskan pada kebajikan untuk rakyat mereka dan bukan di dasarkan pada memaksimumkan untung untuk sesuatu gelintir yang kecil. Tuan Pengerusi, RM2.77 juta telah diperuntukkan untuk Bahagian Perancangan Strategik. Saya harap sebahagian daripada ini dipakai untuk mengkaji bagaimana kita boleh meningkatkan, mempelbagaikan perdagangan kita dengan negara-negara macam Venezuela, Cuba dan Bolivia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa untuk membincangkan perkara B.24, P.24 Butiran 030200 - Bahagian Perhubungan Ekonomi

dan Perdagangan. Bagi tahun 2007 kita telah dapat mencatatkan jumlah dagang yang paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM1.1 trilion di mana eksportnya berjumlah sebanyak RM605 bilion dan importnya sebanyak RM505 bilion. Ini bermakna kita mempunyai sebanyak RM100 bilion trade surplus. Trade surplus ini telah berlaku berturut- turut selama 131 bulan. Bagi tahun 2008 sehingga bulan September tahun 2008, kita telah mencatatkan jumlah dagang sebanyak RM915.4 bilion berbanding dengan masa yang sama pada tahun 2007 sebanyak RM811 bilion. Ini bermakna kita ada pertambahan sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008. Ini jelas menunjukkan bahawa keyakinan pelabur dan juga keupayaan kerajaan dalam memastikan komoditi kita serta produk pengeluaran kita mendapat pasaran yang cukup baik. Malaysia menjadi pengeksport utama bahan elektronik. Jumlah dagang kita adalah sebanyak 40% daripada jumlah barangan yang kita dagangkan, iaitu barangan elektronik, pada tahun 2007 berjumlah RM266 bilion, import kita sebanyak RM203 bilion. Maknanya kita mempunyai high import content. Ini satu petanda yang baik walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang bermasalah. USA telah menjadi rakan dagang kita yang paling besar sekali sehingga penghujung tahun 2007. Untuk tahun 2008 sehingga bulan September tahun 2008, Singapura pula menjadi rakan dagang kita yang paling besar dan negara China jatuh nombor empat. Apa yang kita bimbangkan sangat ialah kilang-kilang pembuatan terutamanya kilang-kilang elektronik sekarang menghadapi masalah permintaan. Banyak daripada negara-negara yang telah membuat tempahan telah pun membatalkan tempahan tersebut dan ada juga yang telah pun melambatkan penghantaran kerana masalah krisis kewangan. Kemungkinan kita akan menghadapi selain daripada penutupan kilang, kita akan menghadapi pemberhentian kerja dan juga masalah sosial yang akan berlaku. Dalam keadaan krisis ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi yang cukup perlahan Malaysia juga menerima impaknya. Yang terakhir telah pun diumumkan Jepun, Germany, lepas itu Itali dan juga Ireland, sebelum ini Singapura yang telah pun menjadi rakan dagang kita dalam keadaan kemelesetan. Kita dapat lihat bahawa pertumbuhan eksport kita yang cukup perlahan ekoran daripada penurunan harga getah, penurunan harga minyak, penurunan harga minyak sawit. Kita juga mempunyai stok simpanan minyak sawit yang terbesar dalam keadaan harga yang turun di bawah RM1,600 satu tan. Yang tertinggi sekali dicatatkan adalah sebanyak RM4,400 satu tan. Saya hendak tanya kerajaan, apakah usaha kita bagi menstabilkan harga kelapa sawit dan juga getah supaya ianya tidak membebankan pekebun-pekebun kecil dan tidak menjejaskan ekonomi negara kita. Sekiranya perlu produk-produk kita kelapa sawit, adakah kita telah bersedia untuk menyimpan stok-stok kita ini supaya kita dapat menunggu sehingga harga ini stabil semula. Pada ketika ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kita mengimport makanan dan mencatatkan jumlah yang paling tinggi sekali iaitu sebanyak RM13 bilion. Seharusnyalah kita dapat memastikan supaya rakyat kita diberikan penerangan untuk membeli barangan-barangan tempatan. Keduanya, ingin membincangkan tentang Butiran 050000 - Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan FDI yang tertinggi dalam sejarah pada sektor pembuatan bagi tahun 2007 iaitu sebanyak RM59.9 bilion yang memberikan peluang pekerjaan sebanyak 97,673 orang. Daripada angka tersebut, FDI daripada tempatan sebanyak RM26.5 bilion dan FDI daripada luar, foreign sebanyak RM33.4 bilion. Bagi tahun 2008 pula kita telah mencatatkan FDI pertumbuhan berbanding masa yang sama tahun 2007. Daripada bulan Januari hingga Ogos tahun 2007, kita dapat FDI sebanyak RM35.78 bilion. Pada tahun 2008 daripada Januari hingga Ogos kita telah mencatatkan sebanyak RM49.78 bilion. Ini menunjukkan bahawa walaupun dalam keadaan yang sukar, negara kita telah berkeupayaan untuk menarik FDI dan kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian dan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa berusaha dengan begitu gigih sekali untuk menarik FDI supaya ekonomi negara kita terus kukuh.

Untuk maklumat Yang Berhormat Tuan Pengerusi, negeri-negeri yang telah mencatatkan FDI yang tertinggi pada tahun 2007, 2008 pertamanya negeri Sarawak, keduanya negeri Johor, ketiganya negeri Selangor, keempat negeri Pulau Pinang dan yang hebatnya yang kelima negeri Melaka Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Jadi ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak memilih walaupun kerajaan pembangkang kalau ada siapa-siapa juga pelabur yang sudi datang kita sentiasa mengalu- alukan. Pelaburan yang tertinggi yang kita terima daripada Jepun, daripada Amerika daripada Singapura daripada Taiwan dan daripada Germany. Inilah negeri-negeri yang saya sebut tadi yang sedang menghadapi masalah kemelesetan. Saya ingin mencadangkan dalam keadaan kita menghadapi keadaan yang sukar ini supaya kementerian mengalihkan pandangan kita selain daripada negara-negara Eropah, UK dan juga USA, seharusnyalah kita mencari pasaran-pasaran yang lain. Seharusnya kementerian menubuhkan pejabat-pejabat MITI dan MIDA terutamanya dalam negara-negara Timur Tengah, Dubai dan lain-lain yang mempunyai potensi. Malaysia sebenarnya diiktiraf di antara dengan izin top twenty attractive location for investment. Kita di tempat 13 berdasarkan kepada keamanan, kestabilan, infrastruktur kita yang baik dan kita mempunyai tenaga kerja yang cukup berdisiplin. Mengikut satu kajian, Kuala Lumpur adalah satu daripada ibu negara yang paling murah sekali di dunia.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat.

Saya gulung Yang Berhormat. 03040, memandangkan negara kita mengamalkan sistem ekonomi terbuka kita juga terdedah dengan impak krisis ekonomi. Walaupun ekonomi kita masih dalam keadaan yang kukuh, kita berbangga dengan kekuatan current account surplus dengan reserve tempatan yang berkeupayaan untuk menanggung 7.8 bulan retail import. Kita juga mempunyai strong ample liquidity dengan izin. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya diberikan kepujian bahawa kita mempunyai yang pertamanya kekuatan fundamental ekonomi. Keduanya kita mempunyai ekonomi yang baik yang dipelbagaikan dengan izin well diversified economic. Ketiganya kita mempunyai sistem perbankan yang baik, prudent dan keempatnya kita belajar daripada pelajaran yang telah kita dapati daripada kegawatan kes 99. Yang ini yang cukup baik sekali Tuan Pengerusi. Bagaimanapun kita jangan leka bahkan kita mesti membuat persediaan awal kerana masalah krisis ekonomi dunia pada kali ini mungkin lebih buruk daripada tahun 1930. Terakhir Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon pada kementerian di kawasan saya di Jasin kita telah menubuhkan halal hab. Di mana Kementerian Usahawan telah memberikan peruntukkan dan dibangunkan sebanyak 40 buah kilang-kilang untuk dimajukan oleh IKS industri kecil sederhana bumiputera. Saya mengharapkan daripada SMIDEC yang telah pun menghulurkan bantuan supaya sentiasa memberikan khidmat nasihat dan terus memberikan bantuan supaya usahawan-usahawan ini terus berjaya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.24 perkara Perdagangan Antarabangsa 030100 - Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagaihala iaitu mengenai dengan cadangan perjanjian FTA dengan Amerika yang juga disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput sebentar tadi. Saya turut sependapat dengan Yang Berhormat Sungai Siput kerana Tuan Pengerusi, saya hendak baca kenyataan pada 3 September 2007 yang dibuat oleh seorang pakar yang bernama Joseph Stiglitz. Beliau adalah pemenang anugerah nobel dalam bidang ekonomi dan juga turut memainkan peranan di waktu kegawatan krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Sebelum ini Stiglitz ini adalah bekas Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia yang merupakan sekarang ini profesor ekonomi dan kewangan di Universiti Colombia di New York.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Beliau ini adalah di bawah bekas Presiden Amerika dulu Bill Clinton. Apa kata dia, Tuan Pengerusi pakar ekonomi terbuka ini Profesor Joseph Stiglitz berkata, “Sehingga kini beliau tidak pernah melihat perjanjian yang dilakukan oleh negara lain dengan kuasa ekonomi dunia itu adalah baik. Sebenarnya saya ingin katakan jauhilah FTA dengan Amerika Syarikat. Ia amat merbahaya kecuali anda mendapat tawaran yang adil dan baik. Jangan hanya kerana mereka kata bahawa negara jiran telah memeterai, anda juga patut menanganinya. Walaupun Singapura menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat, kita tidak seharusnya ikut jejak langkah negara itu. Sebab katanya sistem perdagangan bilateral teraktif akan wujud dua kumpulan negara yang mana pergerakan produk negara rakan bebas keluar masuk selain menyaksikan negara lain terpaksa membayar takrif. Ini sama sekali akan memusnahkan perdagangan pelbagai hala dan kita sepatutnya patuh pada pertubuhan perdagangan dunia. Jika anda lihat perjanjian FTA, ia amat buruk pada negara-negara sedang membangun. Misalnya peruntukkan harta intelek yang memisahkan antara negara maju dan sedang membangun. Perjanjian itu bukannya mewujudkan suasana perniagaan yang adil tetapi secara tidak langsung menyebabkan kedaulatan negara hilang. Sebagai contoh tambah beliau, salah satu aspek penting dalam FTA dan Amerika Syarikat ialah akses bahan perubatan yang akan menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan milik negara. Cuba anda bayangkan harga ubat penyakit generik seperti AIDS mencecah sehingga USD 10 ribu lebih kurang RM32 ribu. Adakah mangsa-mangsa AIDS di negara sedang membangun mampu membelinya. Hubungan dua hala ini telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia. Ini bukannya perjanjian bebas yang sepatutnya adil tetapi perjanjian yang memihak kepada Amerika Syarikat.” Saya hendak tanya pihak kementerian ...

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

... kerana...

Pasal ubat tadi. Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, kita tahu dalam perjanjian FTA ini, paten untuk satu ubat itu adalah 20 tahun. Maknanya kalau belum sampai 20 tahun tidak ada syarikat lain yang boleh membuat ubat yang mempunyai kuasa yang sama bagi ubat yang di paten tadi. Makna kalau misalnya Panadol, harganya RM10 sebiji, 20 tahun baru kita boleh buat ubat Panadol yang harganya RM0.10 sebiji. Jadi ini maknanya ini akan membebankan rakyat. Terima kasih

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang benar Yang Berhormat. Lebih daripada membebankan. Itu yang dikatakan oleh Profesor Joseph Stiglitz ini, membunuh banyak nyawa di negara-negara yang membangun. Jadi kita tahu Amerika Syarikat sebuah negara gergasi yang memang tidak pernah adil dalam apa jua perkara sama ada dalam bidang politik, ekonomi ataupun apa sahaja. Maka sebab itu saya berpendapat apakah pihak kementerian bersetuju kalau saya cadangkan lupakan sahajalah perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat. Ianya tidak akan menguntungkan sebab kalau ditandatangani nanti, hendak tarik cukup susah. Sudah terlanjur nanti akan memusnahkan negara kita. Maka sebab itulah pandangan seorang rakyat Amerika Syarikat sendiri pemenang nobel sendiri mencadangkan supaya menolak perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat. Saya hendak tanya kementerian, Profesor Joseph Stiglitz ini menawarkan khidmat beliau untuk menjadi penasihat dalam bidang yang saya sebutkan tadi. Apakah pihak kementerian sanggup menimbang supaya mendengar pandangan-pandangan daripada orang-orang yang berwibawa seperti yang saya sebutkan tadi. Selain daripada itu Tuan Pengerusi saya hendak rujuk kepada 00201 - Dana Pembangunan Automotif ini. Persoalan perkara mengenai dengan automotif. Iaitu saya sudah bangkit di waktu perbahasan peringkat dasar bersabit dengan pemberian AP. Saya ada terima jawapan bertulis, saya tidak ingat angkanya tetapi disebut pengeluaran AP

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

masih terkawal kerana ianya masih lagi di tahap yang rendah berdasarkan kepada permintaan kereta ataupun automotif di negara kita. Saya tidak yakin dengan jawapan itu walaupun ianya merupakan peratus yang tidak menggugat kedudukan kereta Proton tetapi jumlah AP yang kita tahu yang dikeluarkan ratus ribu ini memang jelas mengancam kedudukan kereta Proton. Di mana pula AP yang dibagi ini ialah AP yang termasuklah yang memasang kereta siap di negara kita. Yang kita tahu ada beberapa syarikat yang telah pun diberi status seolah-olah sama dengan kereta nasional. Di negara Korea, Jepun syarikat negara maju, negara industri yang mengeluarkan keretanya masing-masing; mereka sendiri menghalang kereta luar masuk. Saya diberitahu sama ad betul tidak saya hendak mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Korea sendiri, di Jepun tidak lebih daripada 200 kereta luar dibenarkan diimport ke negara Jepun sebab mereka hendak jaga, hendak mempertahankan kepentingan kereta nasional mereka, kepentingan negara mereka. Namun kita benarkan AP beribu-ribu keluar dan baru-baru ini diberi jawapan iaitu kerajaan sedang mengkaji dasar baru berkenaan dengan AP. Saya ingin mencadangkan supaya bukan sahaja ianya di had tidak lebih daripada 5% permintaan automotif di negara kita dikeluarkan AP dan 5% ini hendaklah dikeluarkan dengan secara tender terbuka. Ataupun ditentukan syarat iaitu satu AP RM10 ribu di mana Kementerian Perdagangan Antarabangsa sendiri boleh mendapat dana daripada hasil pengeluaran AP. Ini kerana pengeluaran AP sekarang ini yang berjumlah tidak terkawal pada saya yang dulu pernah dikritik cara hebat oleh bekas Perdana Menteri dan diulang balik dalam blognya beberapa kali. Ia bukan sahaja mengancam kereta Proton Nasional tapi juga mereka-mereka yang memperoleh AP yang banyak ini mengaut keuntungan dan kita tidak tahu berapa banyak mereka bayar cukai. Akan tetapi kalaulah ianya diberi secara tender ataupun ditetapkan dengan harga bermula dengan kita katakan RM10 ribu satu AP, semua orang boleh dapat AP yang ada duit.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dia bayar dan kerajaan dapat duit, tambah dana kerajaan, wang ini boleh diguna untuk pembangunan daripada kita keluar AP secara yang dibuat sekarang dan pihak-pihak tertentu dapat keuntungan sehingga boleh beli kapal terbang, ada private jet, ada helikopter, ada helipad, rumahnya pun saya tahu dan saya pernah lalu dengan kereta, tengok helipad tuan punya AP yang ribu-ribu ini. Jadi, Tuan Pengerusi, perkara ini memang diketahui oleh rakyat dan inilah juga menyebabkan rakyat tidak begitu senang dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini. Itu perkara hakikat yang tidak dapat dinafikan. Tuan Pengerusi, perkara ketiga, akhir, 00302 mengenai dengan Ibu Pejabat MIDA. Ini bersabit dengan promosi untuk mendapat pelabur-pelabur, foreign direct investment ke negara kita. Saya hendak menarik perhatian MIDA dan Kerajaan Pusat atau kementerian supaya bersungguh-sungguh, bukan sahaja membawa pelabur asing ini mempromosi di negeri-negeri Malaysia Barat tetapi juga di negeri utara dan negeri Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Kedah. Walaupun di bawah Kerajaan PAS tetapi harus diingat dua negeri ini termasuk Pahang dan Terengganu – negeri-negeri ini, Tuan Pengerusi, termasuk Sabah adalah negeri kaum peribumi, khususnya orang-orang Melayu. Kalaulah negeri-negeri ini ada pembangunan yang cepat, pertumbuhan industri melalui foreign direct investment ini, maka sudah tentu ianya membantu peningkatan pendapatan penduduk-penduduk di tiap-tiap negeri ini. Sekali gus oleh kerana mereka kaum peribumi, orang-orang Melayu, maka dengan sendiri kita membantu peningkatan pemilikan aset, baik pun dari segi taraf hidup, pendapatan rakyat di kedua-dua ini kerana ianya based negeri yang didiami oleh orang-orang Melayu ataupun kaum peribumi. Oleh kerana negeri-negeri ini di bawah pentadbiran Kerajaan PAS, saya percaya kerajaan ini yang menumpu perhatian kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, maka ianya amat sesuai kalau ditumpu mendapat pelabur-pelabur daripada Timur Tengah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apa yang saya hendak bangkitkan di sini ialah MIDA tolong membantu dengan secara agresif dan apakah rancangan setakat ini dibuat. Saya hendak tanya usaha setakat ini dibuat di mana dalam setiap seminar, pameran di luar negeri terutama di Timur Tengah, ada tidak nama Kelantan, produk-produk dari Kelantan dipamerkan bersama dengan secara yang terbuka? Begitu juga Kedah supaya lebih banyak lagi pelabur-pelabur datang ke negeri ini termasuk negeri Sabah dan juga negeri Sarawak dan lain-lain negeri pun samalah. Akan tetapi diberi keutamaan kepada negeri yang saya sebutkan tadi kerana secara tidak langsung ianya akan membantu menaikkan taraf hidup rakyat. Rakyat kita ini pelbagai kaum yang kita hendak susun semula dari segi pembahagian kekayaan, maka segala perancangan pembangunan dari segi membawa masuk pelabur pun, ianya mesti diambil kira dari segi dasar induk agenda nasional supaya cita-cita ini tercapai. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa kementerian ini. Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa global economy ini memang begitu runcing sekali dan MITI terutamanya perlu membawa pendekatan-pendekatan baru. Kalau dahulu mungkin pasaran-pasaran yang tradisi seperti North America ataupun Amerika Utara, Europe dan US itu adalah merupakan pasaran utama untuk negara kita. Akan tetapi mungkin kita perlu diversify, dengan izin, pergi ke negara-negara yang bukan tradisi sangat seperti Rusia, Eastern Europe, Middle East, North Africa, China dan South-East Asia. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 00507. Ini berkenaan dengan apa juga yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi iaitu bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat daripada Malaysia untuk mempromosikan barangan mereka di luar negara. Kita tahu bahawa antara kos yang paling terbesar ialah untuk mengikuti pameran-pameran, ekspo, exhibition di luar negara. Jadi saya ingin bertanya sama ada kementerian bercadang untuk memberi dana yang cukup kepada usahawan-usahawan IKS terutamanya di negara ini. Satu, potongan yuran untuk menghadiri exhibition ataupun pameran di luar negara ini. Keduanya adalah dari segi tiket. Ini pun menjadi masalah juga sebab kalau syarikat-syarikat ini menghantar delegasi mereka untuk mengikut menteri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ke luar negara untuk mempromosikan barangan mereka. Mereka perlu diberi subsidi ataupun potongan dari segi tambang kapal terbang dan juga tempat tinggal dan juga yuran exhibition itu. Sekurang-kurangnya ini boleh memberi sedikit kelegaan kepada mereka supaya kos untuk mempromosikan barang-barang mereka ini akan berkurangan. Tuan Pengerusi, begitu juga untuk syarikat-syarikat ataupun pembeli-pembeli luar negara yang mahu membeli barangan kita di Malaysia. Saya juga ingin cadangkan kepada kementerian supaya membuat satu pendekatan baru di mana mungkin pertama sekali Malaysia Airlines boleh memberi potongan tiket kepada mereka yang ingin datang ke sini untuk membeli barangan ataupun membuat survey terhadap barangan-barangan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di negara kita. Begitu juga hotel-hotel di Malaysia ini mesti mempunyai satu pakej tersendiri yang boleh memberi potongan harga kepada pelabur-pelabur ataupun pembeli-pembeli barangan yang diusahakan oleh industri-industri tempatan. Ini amat penting kerana kos inilah antara yang paling terbesar bagi mempromosi barangan mereka di Malaysia ataupun barangan kita di luar negara. Tuan Pengerusi, sebagai contoh, tadi potongan tiket kapal terbang, juga perlu diambil kira iaitu potongan dari segi kos penghantaran iaitu kargo. Kita dapat tahu bahawa Thai Airways sebenarnya dalam keadaan darurat begini pun begitu agresif memberi potongan harga terhadap tiket dan juga elaun-elaun kargo kepada mereka yang ingin berdagang dengan negara Thailand.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 00509 iaitu Ubah Suai Pejabat MITI di Jalan Duta. Peruntukan yang diberi untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, RM80 juta dan untuk tahun depan RM20 juta. Soalan saya, Tuan Pengerusi, ialah apakah ini perlu dan kalau perlu, apa sebenarnya yang dibuat untuk renovation RM20 juta ini? Apakah ada cadangan untuk meletakkan pejabat MITI ini di Putrajaya? Ini kerana kita tahu bahawa di Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan mungkin kalau ada cadangan untuk memindahkan kementerian ini ke Putrajaya, apakah RM20 juta yang ada diperuntukkan untuk mengubah suai pejabat MITI ini adalah mungkin tidak perlu. Saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi, kerana yang lain telah pun ditanya oleh pembahas-pembahas sebelum ini. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bermula dengan Maksud Bekalan 24, Butiran 030000 di mana saya melihat memang tanggungjawab MITI dalam menangani cabaran ekonomi global semasa adalah besar dan beberapa aspek pelaburan utama perlu diambil kira. Kalaupun kerajaan menidakkan kemelesetan ekonomi kita, pertama kita perlu menerima hakikat bahawa Indeks Pengeluaran Perindustrian kita jatuh buat kali pertama dalam tempoh 18 bulan. Saya memetik di sini komen Naib Presiden Citigroup Asia Pacific Economics and Market Analysis, Encik Kit Wei Zheng mengenai kejatuhan ini. Beliau menyatakan dengan izin, “The fall in industrial output reinforced the notion that the global recession had finally caught up with Malaysia.” Jadi saya harap kementerian mengambil kira dengan mengambil serius fakta ini termasuklah laporan UNCTAD yang terbaru di mana pengaliran keluar pelaburan langsung, FDI lebih besar daripada kemasukan pelaburan langsung asing menyebabkan aliran bersih FDI mengalami defisit sebanyak RM8.99 bilion untuk tahun 2007, Tuan Pengerusi. Jadi kita lihat aliran keluar FDI meningkat 81.9%, sementara kemasukan hanyalah 39% dari tahun 2006. Tentunya antara sebab-sebab aliran keluar termasuklah rakyat Malaysia yang bercadang melabur di luar negara di mana yang terbaru adalah YTL Corp. yang memperuntukkan RM684 juta untuk membeli sebahagian kepentingan dalam Macquarie Prime Real Estate Investment Trust di Singapura dan juga IOI Properties.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Jadi saya harap kementerian dapat menyiasat kenapakah syarikat-syarikat Malaysia membeli hartanah dan aset di Singapura memandangkan harga di Malaysia juga agak murah dan apakah rasional yang akhirnya membelakangkan negara sendiri dan kebimbangan saya jikalau kita tidak dapat menarik syarikat tempatan untuk melabur di sini. Bagaimanakah kita dapat menarik pelaburan daripada syarikat asing? Sehubungan dengan itu, saya rasa kita mengambil kesan juga atau impak daripada usaha menarik pelaburan di mana kementerian juga bercadang menandatangani perjanjian Free Trade Agreement. Jadi saya beralih kepada butiran 030200 - Bahagian Hubungan Ekonomi dan Perdagangan. Beberapa teman telah sebut tadi daripada Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Yang Berhormat Pasir Mas dan saya hanya ingin menambah. Bilangan mesyuarat FTA sahaja adalah sebanyak lapan kali pada tahun 2007 dengan anggaran 12 untuk 2008 dan 2009. Peruntukan juga meningkat daripada RM16.9 juta ke RM18.7 juta pada tahun 2009. Jadi kita dapati bilangan mesyuarat sahaja perdagangan dua hala dan pelbagai hala adalah lebih daripada 200 kali setahun. Memandangkan kekerapan mesyuarat tersebut tinggi, bolehkah saya mengetahui hasil daripada perbincangan tersebut sepanjang tahun 2008. Sehingga akhir Ogos 2007, Malaysia telah menandatangani dua perjanjian FTA peringkat dua hala manakala dua lagi di peringkat ASEAN dengan rakan perdagangan dialog ASEAN. Aspek yang diliputi FTA termasuklah produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerajaan (government procurement) paling sensitif dan juga

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

hak harta intelektual. Jadi kita telah menandatangani FTA dengan Jepun pada 13 Disember 2005 dan juga program laksana awal dengan Pakistan pada 1 Oktober tahun yang sama dan di peringkat ASEAN, kita menandatangani perjanjian kerangka kerjasama ekonomi komprehensif antara ASEAN dengan China. Saya lihat sejak tahun 2006 lagi banyak rungutan yang timbul tentang FTA dengan Jepun sehinggakan Menteri Kewangan baru sekarang ini pada tahun 2006 menyatakan keperluan menyemak semula perjanjian FTA dengan Jepun termasuklah pembatalan tarif bila kita tandatangani FTA ini. Pembatalan tarif untuk kemasukan kereta Jepun ke Malaysia dalam masa 10 tahun yang memang akan memberi kesan yang negatif kepada industri automotif negara. Justeru saya fikir kita perlu berhati-hati dalam mengadakan rundingan FTA terutamanya dengan Amerika Syarikat. Sepatutnya sudah habis selesai pada Jun 2009 tapi maklumat yang didapati begitu kabur termasuk pagi tadi semasa Ahli Parlimen Balik Pulau menanyakan soalan tentang FTA, tidak banyak maklumat yang didapati. Jadi saya mewakili Ahli-ahli Parlimen yang lain memang ingin membangkitkan kebimbangan kerana didengar pada bulan Februari 2007 daripada pihak kerajaan telah menyatakan terdapat 58 isu yang tidak boleh dipersetujui oleh pihak Amerika dan Malaysia dan rundingan tak dapat diteruskan tapi pada bulan Oktober 2008 baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru menyatakan perkembangan perjanjian pasaran bebas dengan Amerika kini berjalan lancar. Jadi saya mohon kementerian menjelaskan status rundingan untuk membantu kita memahami perkembangan dan juga membantu persiapan menghadapi cabaran seterusnya bila FTA ini ditandatangani. Pelabur-pelabur luar memang akan mengharapkan FTA dimeterai tetapi masalah ini bila tidak dapat diselesaikan maka mereka pilih negara-negara lain yang sudah memeterai perjanjian FTA. Jadi saya lihat kegawatan ekonomi, kewangan global serta perubahan kepimpinan baru di Amerika Syarikat akan memberi lebih banyak kesukaran kepada terma-terma yang lebih baik untuk Malaysia. Jadi kalau kita ingin teruskan sekali pun, kita perlu memikirkan terma-terma yang baik kerana negara mereka sendiri memerlukan protectionism dan mereka tidak akan mengambil kira kepentingan negara Malaysia. Jadi saya khuatir dan saya harap proses ini akan mendapat lebih keterbukaan. Seterusnya saya pergi ke butiran 00507 Tuan Pengerusi, dalam menangani kegawatan ekonomi, saya ingin lebih tumpuan kepada industri kecil dan sederhana. Merekalah yang lebih kurang 99.2% daripada peratusan syarikat di Malaysia ini semuanya SME atau IKS dan mereka akan mendapat akibat terus jikalau kita menandatangani mana- mana perjanjian FTA dan saya kira perlu ada lebih usaha penyebaran maklumat dalam menyalurkan bantuan kepada IKS-IKS kerana kita perlu mengambil kira kaedah penyusunan semula IKS untuk mereka menjalankan peranan yang lebih penting dan konstruktif dalam negara daripada segi sumbangan kepada ekonomi dan sebagainya. Saya masih ingat dalam sesi soal jawab pada hari Isnin, Menteri Koperasi dan Keusahawanan Luar Bandar menyebut usaha kerajaan dalam mewujudkan usahawan tulen, kerjasama antara IKS Melayu, Cina dan India tetapi kalau tidak silap daripada 54 syarikat yang mula diwujudkan hanya 18 masih kekal. Saya melihat permasalahan utama adalah hubung kait dengan kajian industri kecil dan sederhana fasa kedua yang dijalankan oleh The Associated Chinese Chamber of Commerce dan Industries of Malaysia (ACCCIM), mereka mendapat maklumat 83% IKS Cina tidak pernah berhubung atau menghubungi Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad dan hanya 5% sahaja IKS Cina memahami tentang agensi-agensi kerajaan yang menyalurkan bantuan seperti SMIDEC, MIDA dan MATRADE. Jadi saya rasa perlu ada usaha lebih untuk menyalurkan bantuan dan maklumat kepada IKS dan mereka akhirnya akan memangkin ekonomi negara dan akhir sekali saya pergi terus kepada butiran 030500 tentang peruntukan Sekretariat PEMUDAH iaitu tugas khas pemudah cara perniagaan di mana apabila diwujudkan PEMUDAH ini, rasionalnya dalam laporan Doing Business 2008 terbitan Bank Dunia, masalah utama dalam ranking kita adalah bila kita berhadapan dengan masalah dealing with licenses dengan izin. Jadi masalah pelesenan dan sebagainya dan PEMUDAH memang pada saya baik kerana memperbaiki ranking kita tetapi pada masa yang sama kita perlu lihat pada penyelesaian jangka masa panjang. Peruntukan adalah sebanyak RM1.29 juta, justeru

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

mungkin kalau boleh kementerian berikan butiran hasil dan pencapaian urus setia PEMUDAH untuk diteliti oleh kami dan berapakah peningkatan kadar kecekapannya daripada segi maklumat yang lebih terperinci. Kita boleh lihat keputusan doing business tapi saya rasa itu tidak mencukupi. Termasuklah juga apabila PEMUDAH mengambil alih DBKL. Ini juga pada saya merupakan penyelesaian jangka masa pendek apabila PEMUDAH diarahkan bekerjasama rapat dengan DBKL untuk memastikan DBKL menjadi lebih mesra pelanggan dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya tapi ini juga boleh menyebabkan collusion terakhir Tuan Pengerusi, kerana DBKL itu merupakan entity atau independent body of its own dengan izin dan dalam jangka masa pendek boleh dilakukan tapi kita juga mesti melihat daripada segi tahun-tahun yang akan datang, apakah masalah dalaman the core problem of DBKL dengan izin dan mencari penyelesaian. Itu sahaja setakat ini, terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bangun untuk menyertai perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya ingin pergi ke butiran B.24 tentang 030500 - Sekretariat PEMUDAH. Syabas kepada kerajaan kerana telah memikirkan satu bentuk kerja yang mampu memudahkan proses pengendalian urusan syarikat. Ini sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi yang dapat mengganggu tumpuan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan rakyat Malaysia serta menarik minat pelabur untuk melabur di negara kita. Cuma di sini saya ingin bertanya tentang peranan kementerian dalam mencapai objektif strategi yang ingin dicapai oleh PEMUDAH serta sumbangan kementerian dalam perkara ini. Seterusnya tentang 080000 – Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Saya lihat SMIDEC mampu berperanan lebih lagi dalam membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam memasarkan serta mempertingkatkan kualiti pengeluaran produk mereka.

Sekiranya ada bantuan dan inisiatif berterusan dari pihak kementerian dalam mencari peluang untuk memasarkan produk mereka, saya percaya industri kecil dan sederhana negara kita mampu berkembang pesat. Di tambah pula dengan keupayaan dan kapasiti yang dimiliki kementerian, saya percaya kita mampu menaikkan industri kecil dan sederhana negara kita. Cuma di sini saya ingin tahu berapa banyak perusahaan IKS yang telah dibantu oleh kementerian dan sejauh manakah penerimaan masyarakat terhadap industri kita khususnya masyarakat antarabangsa? Tuan Pengerusi, saya lihat industri IKS negara kita berpotensi untuk dimajukan dan diketengahkan tetapi perlu kepada keprihatinan dan keseriusan kerajaan. Seperti di kawasan saya di Parlimen Parit, banyak IKS yang wujud tetapi hanya mampu dipasarkan ke kawasan setempat sahaja sedangkan dari segi mutu dan kualiti dilihat setanding dengan produk yang berjenama. Sebab itu saya mohon agar pihak kementerian menyediakan satu kumpulan petugas khas atau dengan izin searching committee yang fungsinya menjelajah di seluruh ceruk pekan dan desa untuk mencari produk yang bagus untuk dipasarkan. Selain daripada itu, mungkin khidmat Ahli Parlimen juga ditagih untuk mengumpulkan senarai pengusaha IKS di kawasan masing-masing dan diserahkan kepada pihak kementerian untuk memudahkan kementerian mencari produk yang sesuai untuk dipasarkan. Saya beralih kepada butiran 070000 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Saya difahamkan antara tugas utama MATRADE adalah mempromosikan produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara kita ke pasaran global. Justeru itu saya ingin tahu sejauh mana kejayaan ekspo barangan tempatan yang dianjurkan oleh MATRADE dalam memasarkan produk negara kita serta bagaimana penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap produk kita. Berapa banyak produk Malaysia yang berjaya dipasarkan oleh kementerian berdasarkan kejayaan ekspo yang dianjurkan oleh MATRADE.

Kita tidak mahu banyak ekspo yang dianjurkan tetapi barangan Malaysia masih lagi gagal untuk menembusi pasaran antarabangsa. Justeru itu, saya ingin tahu apakah jenis-jenis produk yang telah dipamerkan di ekspo MATRADE dan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh butiran 030200 - Hubungan Ekonomi dan Perdagangan, 030300 - Kerjasama Ekonomi Asian, sekali gus 030400 - Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik . Yang Berhormat Menteri ada menyatakan tentang perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Cuma saya ingin mengingatkan kembali walau bagaimanapun keputusan kerajaan terhadap isu FTA ini, diharap ianya akan menjamin kelangsungan industri negara kita serta memastikan situasi menang-menang antara dua negara. Selain daripada itu, situasi ekonomi yang melanda Amerika Syarikat dan negara- negara global menjadi ingatan kepada kita agar memperbagaikan eksport negara kita dan tidak bergantung pada negara-negara tertentu sahaja. Di samping itu, kita juga harus memperkukuhkan perkembangan industri dan perdagangan di dalam negara kita dengan lebih hebat lagi. Saya dengan ini, menyokong. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut sama membahaskan di peringkat Jawatankuasa ini urusan perbelanjaan mengurus dan juga pembangunan MITI yang diberikan tanggungjawab yang besar untuk sama-sama mempromosikan hasil daripada keluaran negara ini dengan membentuk beberapa perbadanan dan juga melaksanakan program-program promosi di luar negara melalui MATRADE dan sebagainya. Saya ada membangkitkan persoalan di Dewan ini beberapa ketika dahulu kerana kita di sini ada dalam konteks perdagangan antarabangsa, 030000, B.24 ini, kita ada bahagian-bahagian kerjasama ekonomi Asean, bahagian kerjasama ekonomi Asia Pasifik dan beberapa bahagian yang lain. Saya mencadangkan supaya kita secara khususnya mewujudkan satu bahagian yang menangani hubungan dagang dengan negara-negara OIC. Ini kerana dari segi demografi walaupun bukan demografi bangsa tetapi demografi agama dan pegangannya, kita mempunyai kesamaan yang boleh memudahkan urusan perdagangan barang-barang yang halal dan juga sektor-sektor yang dibangkitkan atau yang dibangunkan dalam negara Islam seperti sektor kewangannya. Jadi dengan adanya satu bahagian yang khusus menangani isu perdagangan dengan negara-negara OIC ini, kita bukan sahaja dapat memperkukuhkan OIC itu sebagai organisasi sosial sahaja tetapi lebih hebat daripada itu kepada suatu organisasi perdagangan yang boleh menguntungkan semua pihak yang menganggotai OIC kalau tak silap saya ada 65 buah negara di dalamnya. Mungkin masalah kita OIC ini negara yang berada di dalam semua benua. Jadi dari segi logistiknya, mungkin ianya tidak perspektif tetapi dari segi hasrat perdagangan dan barangan yang kita boleh samakan atau satukan, kita mempunyai dagangan yang besar. Apatah lagi negara-negara OIC lah antara pengeluar minyak mentah yang terbesar di dunia. Tentulah ini akan dapat menguntungkan kita sebagai peluang untuk memasarkan barangan-barangan kita yang banyak kita kilangkan. Ya, sila.

Terima kasih. Saya sokong pandangan Yang Berhormat Kuala Krai ini bahawa negara tidak boleh bergantung hanya kepada negara-negara yang tradisional kita eksport seperti Amerika, Eropah, kita kena beralih kepada market-market, pasaran-pasaran baru. Adakah Yang Berhormat bersetuju... tetapi pejabat-pejabat kita masih lagi negara yang tradisional, MAIDA kah, MATRADE kah. Kalau nak buat pun, kadang-kadang dengan peruntukan yang ada agak lambat. Kalau kita lewat memasuki pasaran-pasaran baru ini, orang lain akan masuk dahulu. Pada mana walaupun dalam suasana kita sekarang ini mungkin hendak mengawal

kos tapi yang penting ini kita kena dahulukan sebagai satu pelaburan akan datang. Adakah Yang Berhormat Kuala Krai setuju? Mungkin Yang Berhormat boleh jemput sekali merasmikan nanti.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Rompin dan Tuan Pengerusi. Memang kita bersetuju dan pada masa akan datang, memang terpaksa pun saya pergi merasmikan. [Ketawa] Dah menjadi tanggungjawab pada ketika itu. Seterusnya saya ingin mencadangkan dalam...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Laluan sikit.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, sila.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Kuala Krai, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rompin tadi, Yang Berhormat Rompin hari ini bagus, bercakap tidak pecah belah. Yang Berhormat Kuala Krai tadi menyebut tentang Malaysia dan negara OIC, negara Arab ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita mencadangkan supaya di rantau teluk ini, suasana tidak aman, campur tangan Amerika dan seumpamanya dan negara-negara Arab ini kaya dengan minyak. Kenapa tidak negara kita, kementerian MITI ini bertindak dengan lebih proaktif dengan menawarkan Malaysia sebagai hab kepada industri petrokimia kerana kita di rantau yang selamat, Asean, ZOPFAN ini di rantau yang selamat. Kita menawarkan supaya negara besar ini, Arab ini menyimpan minyaknya, crude oil mereka di rantau kita dengan itu membina industri petrokimia. Saya rasa ini langkah proaktif yang boleh kita panjangkan kepada negara-negara Arab ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, Tuan Pengerusi. Memang kita bersetuju dan overture pun sudah ada dengan izin apabila minyak daripada timur tengah dikatakan akan membuat pendaratan di pantai-pantai di sebelah Kedah. Kemudian disalurkan ke sebelah pantai timur di Kelantan untuk seterusnya dihantar ke timur jauh. Akan tetapi yang lebih saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian tadi ialah memang negara kita itu dijadikan tempat penyimpanan stok mereka dan seterusnya membangunkan industri petrokimia supaya kita dapat menjalankan penapisan sendiri di negara kita ini. Walaupun diterajui atau dibiayai oleh negara kaya dari Timur Tengah ini.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi kita harap MITI mengambil saranan ini supaya difikirkan kerana kesan jangka panjangnya cukup baik untuk Malaysia. Sebab itu saya hendak menyentuh straight kepada P.24 dalam perkara Penubuhan Pejabat-pejabat Tambahan Luar di Negara-negara Di Bawah Penyusunan Semula MIDA ini. Seperti yang Rompin sebut tadi, kita harus membuat pelaburan dalam membangunkan pejabat-pejabat baru di negara yang tidak conventional. Saya rasa negara-negara yang conventional yang kita sudah mempunyai sejarah perdagangan yang lama, saya rasa cukup hebat sudah. Mencukupilah. Akan tetapi pergilah ke negara-negara baru seperti yang saya cadangkan dahulu seperti Kosovo yang kita sudah iktiraf sebagai sebuah negara merdeka. Saya sudah pernah melihat negara-negara Kosovo, Albania dan Macedonia yang berdekatan. Mereka mempunyai pasaran yang walaupun tidak besar tetapi pasaran yang agak sentimental kerana mempunyai asas agama yang sama. Albenia, Macedonia dan juga Kosovo. Jadi mereka tertanya-tanya apakah kita bersedia untuk masuk dan untuk membantu mereka di samping kita juga dapat bertukar-tukar perdagangan dengan negara- negara baru ini. Jadi sebelum orang lain masuk seperti European, kita mendahului dalam hal ini dan saya yakin appreciation dengan izin negara-negara ini kepada kita akan cukup tinggi pada masa akan datang kerana mereka ini negara baru. Baru keluar daripada peperangan, baru keluar daripada pemerintahan kuku besi di bawah Yugoslavia dahulu. Jadi tentulah mereka mempunyai masalah untuk berdagang dengan dunia luar. Seterusnya saya hendak bertanyakan mengenai Dana Pelaburan Strategik dan Dana Program Berimpak Tinggi yang cukup besar diperuntukkan di bawah Perbelanjaan

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Pembangunan MITI ini. Bidang-bidang mana yang menjadi tumpuan khusus kepada dana- dana ini dan adakah dana ini berbentuk pinjaman-pinjaman kepada mereka yang ingin memulakan projek-projek dan kalau Dana Projek Berimpak Tinggi ini adalah yang baru kerana tahun lepas tidak ada tetapi tahun ini ada, tetapi Dana Pelaburan Strategik sudah ada pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Malah, tahun ini ditambahkan lagi. Soalan saya adalah bagaimana prestasi pembayaran semula atau pembayaran balik daripada pinjaman-pinjaman daripada dana ini kerana kita boleh mengukur kejayaan pelaburan-pelaburan strategik ini daripada kemampuan pembayaran balik oleh mereka yang menggunakan dana-dana ini. Begitu juga dalam konteks 00507 - P.24 iaitu Skim Pinjaman Mudah EKS. Saya juga hendak bertanya prestasi pembayaran balik ini kerana kita tidak mahu dana-dana ini dibentuk dan mengeluarkan pinjaman tetapi tidak berlaku penggunaan yang wajar sehingga pembayaran baliknya tidak menguntungkan atau tidak baik dan menjejaskan pula tabung dana ini pada masa akan datang. Yang terakhir yang saya hendak sentuh ialah mengenai Dana Pembangunan Automatif seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain tadi iaitu khusus mengenai approve permit ataupun permit import yang menjadi isu besar dalam negara kita beberapa ketika yang lalu. Yang Berhormat Pasir Mas mengambil sudut kesan pengeluaran AP yang begitu banyak terhadap industri kereta tempatan. Beliau menegur pemberian AP yang banyak kepada salah sebuah syarikat yang akhirnya kelihatan seolah-olah syarikat ini sebuah syarikat pengeluar kereta nasional sendiri dan ini mungkin menjejaskan dua syarikat pembuat kereta nasional kita. Saya ingin melihat AP ini secara positifnya iaitu kalau AP ini dikeluarkan untuk membantu peniaga-peniaga automotif yang betul-betul terlibat dengan industri ini mempunyai syarikat dan mempunyai showroom mereka. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronal Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Oleh kerana rakyat Malaysia ini mampu untuk membeli kereta-kereta selain daripada kereta buatan tempatan, tidak salah kalau kereta-kereta luar ini dibawa masuk untuk memenuhi pasaran dan kehendak rakyat. Akan tetapi yang menjadi masalah apabila AP ini diberikan kepada orang-orang yang tidak terlibat secara direct dengan industri automatif ini. Tidak ada showroomnya dan tidak ada syarikatnya tetapi menjadi business sehelai kertas. Bertukar tangan apabila mendapat AP ini kepada orang lain sehingga akhirnya mereka hanya memperoleh scum dengan izin.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung, Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sudah hendak habis, ya. Orang lain mendapat kekayaan. Jadi saya bersetuju kalau kepada peniaga-peniaga yang original atau yang betul-betul terlibat ini kita bantu mereka dengan pemberian AP. Untuk menambah pendapatan negara, cadangan supaya AP ini di tender cukup baik. Sekarang ini tender terbuka telah dipersetujui. Malah ada yang mencadangkan supaya pemilihan pimpinan parti pun di tender tetapi saya bercakap dalam konteks AP ini. Saya bersetuju kalau ia ditender supaya pendapatan negara dapat dipertingkatkan. j Jadi, minta maaf Yang Berhormat Rompin. Sentuh-sentuh sikit. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Rompin. Tidak ada lagikah?

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kuala Krai ini dia PAS tulen. Dia mampu memberikan khidmat sumbangan yang baik tetapi yang PAS klon PKR itu saya risau sikit. Banyak lebih politik saja. Kita hendakkan dikawal takut ramai lagi PAS yang diklon kepada PKR.

Terima kasih. Saya sangat hargai pandangan Yang Berhormat Kuala Krai tadi bahawa kita kena buat anjakan kerana dalam suasana Tuan Pengerusi, apa yang berlaku di dunia dengan isu sub primenya merebak hingga keruntuhan sistem kewangan Amerika melibatkan dunia. Selepas itu pula dia menjangkiti pada ekonomi hakiki dari segi ekonomi. Sudah semestinya ia akan melibatkan kita. Pernah orang kata kalau Amerika batuk, negara kecil macam kita mungkin demam. Untuk itu saya di bawah Perkara 020000 - Perancangan Strategik. 020000 - Bahagian Strategik ini dan juga Perdagangan Antarabangsa. Saya setuju pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Kena buat satu anjakan yang baru. Kita tidak boleh bergantung dengan dasar dengan keadaan yang dahulu. Kalau dahulu negara mampu, pelabur datang ke negara kita kerana upah dan sumber yang murah tetapi dengan mereka pun menghadapi masalah dan kita tahu pelabur-pelabur barat sudah menjual semua pegangannya. Bukannya saja negara kita semua negara-negara lain. Bermakna mereka tidak akan dapat membawa sumber-sumber dana mereka ke negara kita kerana sibuk untuk memulihkan ekonomi negara mereka. Untuk itu, MITI perlu membuat satu pemikiran baru bagaimana hendak membawa pelabur-pelabur datang ke negara kita. Seperti kata Kuala Krai tadi kawasan-kawasan yang dahulu kita kurang beri tumpuan, kira kena beri tumpuanlah. Satu juga dalam suasana sekarang ini, apabila ekonomi mereka merudum, syarikat-syarikat mereka sudah menjadi murah. Dahulu syarikat di Amerika mungkin harganya pasaran saham RM30 satu saham sekarang tinggal RM2 atau RM3. Akan tetapi banyak syarikat-syarikat ini menghadapi masalah kewangan mereka namun demikian ada teknologi dan ada pattern yang baik. Kilang-kilang di negara mereka tidak mampu menguruskan kerana kos yang tinggi. Mengapa tidak kita buat satu anjakan seperti satu negara jiran. Banyak syarikat- syarikat yang pergi negara jiran itu bukan syarikat pelabur luar. Yang sebenarnya kepunyaan syarikat negara itu sendiri. Melalui GLC mereka, mereka mengambil alih syarikat-syarikat dunia ini dan mereka pindahkan kilang-kilang mereka ke negara itu. Sebab itu kita tidak perlu risau dan bimbang. Sebab itu kita perlu jangan kita lihat kalau Singapura atau negara lain mampu, kita tidak mampu. Kita mesti ada sikap yang kita boleh. Akan tetapi kita mesti buat anjakan kerana syarikat-syarikat dalam suasana dan keadaan mereka menumpukan perhatian untuk memulihkan keadaan dan kedudukan mereka, mereka tidak akan datang ke negara kita. Untuk itu bagaimana? Kalaulah pegawai-pegawai MIDA.

Mohon penjelasan sikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat.

Saya mohon penjelasan kepada Yang Berhormat Rompin mengenai contoh yang diberikan tadi berkenaan GLC negara jiran. Mungkin yang dimaksudkan contohnya mengambil Merill Lynch di Amerika tetapi persoalannya di sini, ini feedback daripada kawan-kawan yang mengatakan bahawa GLC Malaysia ini lebih bersaing dengan yang di tempatan. Sepatutnya kerjanya lebih ke arah regulatory ataupun fasilitator. Jadi yang disainginya ialah yang tempatan bukan seperti yang dikatakan tadi itu. Saya mohon penjelasan adakah pendekatan seperti yang ditunjukkan oleh GLC jiran itu sepatut kita contohi.

Saya setuju apa yang baik. Ini PKR atau PAS?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

PKR.

PKR, ya? Ini asal PAS klon habis-habis ini. Dulu dia ini PAS sebab dia bijak. Dulu yang bijak ini semunya PAS tulen tetapi apabila sudah diklon sudah lain macam.

Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat tadi. Dulu Yang Berhormat mungkin ingat, semasa Menteri Kewangan menggulung saya ada mencadangkan supaya tengok balik peranan GLC ini. GLC ini tidak sewajarnya hanya buat untung, rugi dan bersaing sahaja mesti ada tanggungjawab sosialnya, termasuklah membina peluang pekerjaan. Kalau di negara jiran boleh menggunakan GLC mengambil alih syarikat luar selepas itu pindahkan kilang mereka ke negara Singapura kenapa tidak negara kita. Saya bersetuju, yang baik kita setuju tetapi untuk menjadi sebelah sini itu tunggu dululah, mungkin 50 tahun akan datang. Kita bersetuju bahawa itu antaranya, bermakna MITI tidak hanya boleh sekadar mereka sendiri sahaja, mesti bergabung dengan semua punca yang ada di negara kita terutama GLC dan mungkin dengan swasta itu sendiri. Swasta yang ada kepakaran, syarikat besar kita mampu. Mengapa tidak kerajaan bersama dengan GLC sebagai pemangkinnya dengan swasta itu sendiri mengapa tidak kita mengambil alih PE Balik Pulau yang mungkin korporat, dua tiga sahaja. Dahulu PE ratios, dengan izin, tiga, empat puluh bilion tetapi sekarang PE hanya dua tiga bilion tetapi syarikat ini ada teknologinya. Mungkin ada kilang mereka yang sudah lagi tidak kompeten kerana kos yang tinggi. Oleh itu mengapa tidak kita beli syarikat itu bawa balik ke Malaysia dan bagi insentif-insentif kerana sekadar Malaysia ini...

Sikit sahaja.

Saya akan bagi. Kononnya stabilitinya aman dan baik, dikacau oleh PKR dulu sudah bertabur sikit ini.

Sikit saja. Yang Berhormat Rompin, mohon penjelasan. Contoh yang saya lihat ketika saya di Washington DC baru-baru ini, yang diketengahkan bukan gerakan untuk mengambil alih tadi. Yang ada saya dengar di sana mengenai kes melibatkan pelobi Yahudi, Jack Abromo, bayar 10 juta untuk dapat appointment dengan George Bush dan kes itu jelas kerana melibatkan pendakwaan yang memberi imej yang buruk kepada negara. Saya rasa kalau itu contohnya, maka kita hendak beli syarikat orang pun orang kurang percayalah tetapi saya kata mungkin itu kes yang spesifik. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Rompin boleh menjelaskan kepada saya. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Rompin ada pengalaman (experience) yang boleh dikongsi, ketika itu saya berada di sana. Tolong jelaskan.

Terima kasih. Ini sure bukan PKR. Kalau YB PKR sahaja mampu pergi Washington. Kalau PAS tulen pergi ke Jeddah, Mesir, alhamdulillah. Bila klon tidak pergi ke sana dah, terus pergi ke Washington dan New York sahaja. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi bahawa kita kena buat anjakan kerana persaingan sekarang semakin sudah berbeza. Kalaulah negara lain, macam di Ireland, Yang Berhormat. Syarikat-syarikat yang pergi Ireland melabur di Ireland kerana syarikat itu CEOnya orang Irish sebab itu dia bawa syarikat itu pergi ke negara mereka. Oleh sebab itu kita kena kaji persaingan yang saya minta MITI komen, persaingan yang hanya dahulu mereka datang ke Malaysia kerana bekalan elektriknya bagus, upahnya murah, tanahnya murah, sudah tidak lepas lagi dah. Kita kena mencari strategi yang baru. Dalam suasana sekarang ini walaupun keadaan ekonomi mereka bermasalah tetapi orang kata, dengan izin in the dark cloud ada silver lining, dengan izin. Saya terlupa hendak suruh Yang Berhormat Batu Pahat cari pepatah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Yang in the dark cloud there is a silver lining. Ini saya kena klon oleh Yang Berhormat Balik Pulau sudah jadi begitu kepala saya. Ini bermakna dengan izin Tuan Pengerusi, bahawa kita minta MITI walaupun dalam suasana begini tetapi ada peluang-peluang niche yang tertentu. Untuk itu dalam perdagangan antarabangsa ini mintalah Bahagian Perancang Strategi buat anjakan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menggulung dan menjawabnya.

Saya beralih kepada bahagian kedua, bahawa apabila dia memasarkan produk ini janganlah hanya mereka mencari pelabur hendak bawa pelabur datang ke Malaysia, janganlah kita bawa pelabur-pelabur yang tradisional. Keduanya, janganlah hanya MITI, MATRADE ataupun MIDA hanya membawa pelabur datang ke negara kita. Saya dapat keluhan juga oleh usahawan-usahawan kita yang mahu melihat peluang-peluang untuk eksport produk mereka. Kadang-kadang mereka kata mereka tidak mendapat layanan seperti orang putih mendapat layanan. Ini kata mereka. Dia kata, kalau misalnya dia pergi ke sana, kalau dia ada pelanggan orang putih hendak melabur di Malaysia dia beri first class treatment tetapi kalau ada rakyat Malaysia mungkin hendak eksport barang-barang tempatan dia macam endah tidak endah. Appointment pun dia bagi setakat datang ke pejabat sahaja tetapi kalau orang putih dia ajak main golf. Ini baru juga saya dengar cerita ini. Ini mungkin juga Yang Berhormat Batu Pahat. Sekarang ini Kerajaan PAS ini bila ada perancangan tanah untuk buat perumahan, orang PAS minta adakan padang golf.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Betul.

Orang PAS yang tulen dia tidak main golf tetapi PAS klon PKR sudah mula main golf. Ini saya risau. Itu tidak tahulah mungkin Yang Berhormat Balik Pulau beritahu, Yang Berhormat Kota Raja beritahu atau Yang Berhormat Rantau Panjang tidak tahulah. Yang Berhormat Rantau Panjang dia tidak, dia tulen.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Patutlah Pulau Pinang baru buat padang golf.

Itu Kerajaan PAS minta supaya adakan padang golf. Saya ingat Yang Berhormat Rantau Panjang tulen, Yang Berhormat Kota Raja tidak tahu. [Ketawa] Minta maaf. Wanita tidak boleh, mengusik sahaja Yang Berhormat Kota Raja. Wanita tidak boleh, saya tidak boleh. Dengan pakaian, saya rumus itu minta maaf, tidak boleh. Fault sikit dah, yang lelaki saya kacau, wanita jangan. Saya beralih, saya hendak sentuh sikit bahawa dari segi bantuan SME ini kadang- kadang kita dengar kumpulan ini mengatakan dia tidak dibela, kumpulan ini tidak dibela. Mungkin SME boleh bagi penjelasan sikit berapa banyak dana yang dikeluarkan itu mengikut kaum. Saya, macam masyarakat Orang Asli...

[Bangun meninggalkan Dewan]

[Bangun meninggalkan Dewan]

Ha, tidak mengapa, sudah hendak balik ke rumah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia sudah balik, Yang Berhormat Rompin.

Dia balik ke rumah, suami sudah menunggu di rumah. Bagus, itu isteri yang soleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Itu masuk dalam butiran yang mana, Yang Berhormat.

[Ketawa] Tidak bermakna Yang Berhormat Rantau Panjang bukan isteri yang soleh, tidak mengatakan begitu, ya? Tidak ada tuduhan begitu. Saya risau sikit, kaum-kaum yang tertinggal, macam saya di kawasan Orang Asli tetapi alhamdulillah berterima kasih kepada kerajaan. Ada diumumkan akan diberikan geran tanah kepada Orang Asli. Akan tetapi kita jangan lupa kepada kaum-kaum yang lain di Sabah dan Sarawak setakat mana mereka diberikan juga pinjaman. Saya tidak tahu sama SME ini ada pejabat atau tidak di Kuching, Sarawak dan di Sabah. Kalau ada mungkin di Kuching, tidak di pendalaman. Ini bermakna kita minta supaya SME ini bila dia beri pinjaman, bagi kepada semua terutama yang tertinggal ke belakang. Ini yang amat penting sekali. Kita tidak mahu nanti bila SME Bank hanya

mereka yang mempunyai industri di bandar sahaja, yang di luar bandar pun kita perlu bina industri-industri kecil mereka. Saya risau, di manakah peranan SME ini untuk membina industri-industri kecil di luar bandar. Saya nampak di sini ada macam pembangunan teknologi untuk EKS dan membina kilangnya. Saya risau. Ini semuanya branding bandar, yang luar bandar bagaimana? Untuk itu saya minta kalau boleh pihak kementerian tolong beri sedikit pecahan setakat mana, banyak mana yang diberikan kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Bumiputera itu dia cakap dari segi kumpulan-kumpulan yang lain. Kita tidak mahu dituduh oleh di sebelah sana. Dia kata kalau bumiputera itu hanya yang Melayu sahaja, yang bukan Melayu itu bagaimana. Kita balance semua. Yang di sana kata balance semua ini untuk pilihan raya sahaja tetapi kita buat betul.

Yang Berhormat, sikit sahaja. Yang Berhormat Rompin, memandangkan Yang Berhormat menyebut SME, saya mohon penjelasan SME fund ini boleh digunakan untuk buat projek hotel. Saya menerima maklumat dan dokumen macam mana SME fund disalahgunakan berjumlah RM115 juta untuk buat hotel di Kepala Batas. Nama hotel itu Abaden. Jadi, saya terkejut sebab saya pun faham mengenai SME fund yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Rompin itu, industri kecil, tetapi ini menggunakan SME fund RM115 juta, projek sampai sekarang pun tidak siap. Saya rujuk secara khusus di Kepala Batas, boleh atau tidak boleh untuk buat hotel macam itu.

Yang Berhormat Balik Pulau ini soalan dia ini kadang-kadang dia pandai. Ini yang jadi klon...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Rompin. Sebelum itu saya hendak tanya apa takrifan SMI – Small and Medium Industry yang baru sekarang ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kenapa tanya Yang Berhormat Rompin macam menteri?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Ketawa] Dia bekas menteri. Sebab saya confuse sedikitlah, masa bajet baru ini dia ada takrifan baru pula.

Kuat sedikit, kuat sedikit.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Definisi baru, takrifan baru fasal SMI ini, modal ini, cukup banyak. Nampak macam setiap kali ada bajet ada klasifikasi baru yang dikatakan dia itu syarikat SMI, macam mana?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat kena gulung Yang Berhormat.

Saya ingat ada ura- ura dahulu mengklasifikasikan SME kepada dua jenis. Saya antara yang mengemukakan pada ketika itu. Satu, SME ini SME yang tradisional, bermakna kita buat perabot, buat kerusi meja, buat kerja-kerja besi, ini satu. Keduanya kita risau juga Yang Berhormat mungkin tahu anak-anak muda kita tidak berminat lagi SME-SME yang tradisional ini yang ayah dia buat. Dia minat SME kata dia hendak buat software content development. Apa dia punya modalnya, dia tidak hendak kilang. Pembiayaan yang ada dia kata SME bagi benda bina kilang, beli mesin tetapi SME yang membuat kata content ini, buat animation Yang Berhormat, dia tidak perlu kilang. Apa yang perlu ialah membelikan satu server yang kuat, selepas itu satu PC selepas itu dia kena juga beli software architecture ini yang kena beli daripada barat, daripada Amerika. Untuk itu, usaha-usaha SME diklasifikasikan kepada dua. Satu so- called SME yang tradisional, satu knowledge. base SME. [Disampuk] Itu pada ketika itu. Setakat ini saya tidak begitu periksalah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat sedar tidak sekarang ini boleh dikatakan 70% SME ini bernaung di bawah company induk. Baru-baru ini kita klasifikasikan semula SME ini barangkali untuk tujuan hendak putuskan hubungan antara induk dengan company subsidiary ini sebab lima tahun ke belakang, statistik menunjukkan 71% keuntungan SME ini diraih atau dipindahkan kepada syarikat induk. Jadi untuk tujuan hendak putuskan hubungan ini, kita buat baru-baru ini pindaan terhadap takrifan SME terutama jumlah modal yang dipunyai oleh SME, baru dia bertaraf SME tetapi bila kita buat macam itu, syarikat induk telah membuat keputusan memutuskan hubungan dia, menaungi syarikat kecil ini. Impak akhir ini, syarikat kecil yang tujuan asas dia untuk mendapat panduan dan tunjuk ajar daripada syarikat induk besar ini akhirnya ditinggalkan begitu dan barangkali kita akan tengok setahun dua lagi jumlah SME yang gulung tikar jauh lebih tinggi daripada SME yang mendapat bantuan daripada kementerian.

Ini saya boleh setuju dengan Yang Berhormat. Kadang-kadang pegawai kita, kita kena maklum kepada dia, apa asas dibina SME ini. SME ini asasnya membina entrepreneur yang baru, usahawan kecil bukan enterprise kecil. Ini syarikat induk, buat satu syarikat kecil, itu enterprise kecil. Kita hendak bina entrepreneur kecil. Sepatutnya tidak boleh, sebab itu pernah saya dalam kerajaan dulu, saya kata tidak boleh hanya klasifikasi paid-up capital sahaja. Siapa punya itu? Sebab itu SME kena bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mereka boleh mengesahkan siapa dia entrepreneur belakang ini. Untuk itu kita berikan satu keistimewaan kepada mereka dengan interest dengan izin, kos kewangan yang rendah kerana kita hendak bina usahawan, bukan kita hendak bagi bantuan kepada syarikat kecil. Sebab itu saya yakin bahawa tujuan kerajaan ialah membina satu bentuk gerak kerja membina usahawan-usahawan kecil kerana usahawan kecil mampu mewujudkan pekerjaan-pekerjaan yang amat ramai sekali tetapi maklum sahajalah Yang Berhormat lebih tahu, Yang Berhormat di Indera Mahkota ya? Satu Pahang dengan saya. Ini handal belaka bab internet, saya tahu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung Yang Berhormat.

Bermakna Yang Berhormat, keseluruhan parti kalau setuju bahawa kerajaan memang saya yakin nanti menteri boleh jawab, hendak bina usahawan terutama usahawan-usahawan baru. Ini kerana anak muda sekarang ini mahu, itu saya minta juga dalam SME tadi, minta tumpuan. Saya risau sikit pecahan-pecahan ini Tuan Pengerusi, 0500 ini pecahan-pecahan mengikut keadaan tradisional yang lama. Saya tidak nampak pecahan-pecahan ini untuk industri- industri berasaskan teknologi dan ilmu. Mereka-mereka yang belajar di Putrajaya dalam universiti-universiti yang IT ini. Itu mereka hendak membina usahawan-usahawan baru yang berasaskan teknologi dan berasaskan ilmu. Untuk itu saya minta SME atau SMIDEC sendiri, kalau boleh jelaskan apakah usaha SMIDEC membina SME-SME yang berasaskan kepada ilmu dan teknologi baru ini? The knowledge base punya industri ini. Kita mahu juga teruskan usaha yang baik yang lalu, kita bina industri perabot, industri makanan, kita teruskan itu amat baik. Akan tetapi kita mesti buat anjakan juga membina industri-industri baru. Kalau kita lihat Tuan Pengerusi, dalam Fortune 500, syarikat-syarikat Fortune 500 yang ada sekarang ini, mungkin ramai juga yang mati selepas ini tetapi semuanya tidak ada di situ 20 tahun yang dahulu. Bermakna syarikat-syarikat kita yang ada dalam pasaran saham itu sendiri, yang ada sekarang ini, 20 tahun akan datang tidak akan wujud lagi kerana apa, kerana perkembangan syarikat-syarikat baru berasaskan teknologi baru ini. Untuk itu saya minta SMIDEC, apakah strategi dan kaedah, pertama mengekalkan pertumbuhan membina syarikat-syarikat kecil ini berasaskan kepada yang sudah ada ini, yang tradisional ini. Akan tetapi apa pula anjakan yang perlu kita buat untuk membina industri-industri SME. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota, jangan pula kita bantu yang holding company, public listed buat satu subsidiary, 200 ribu dia punya paid up capital, itu kita jangan pergi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sedikit sahaja yang Yang Berhormat Rompin beritahu tadi berkenaan dengan IKS. Kalau kita tengok ada spesifik ini, 602...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, selepas ini Yang Berhormat boleh berucap.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Nanti saya lupa, sementara Yang Berhormat Rompin sebut perkara ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rompin kena berhenti.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada peruntukan RM107 juta, spesifik untuk pembangunan teknologi untuk IKS. Kalau kata jangkaan kita IKS atau Industri Kecil dan Sederhana mengalami penurunan dari segi pengaktifan business dia dan kita memperuntukkan secara khusus, in fact ini perbelanjaan paling tinggi, peruntukan paling tinggi RM107 juta. Kalau sudah dijangka penurunan dalam aktiviti IKS, kenapa kita masih perlu lagi allocate, jumlah tertinggi dalam pembangunan. Tidakkah ini membazir ataupun akan jadi capital drain dalam peruntukan kita ini, macam mana? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung, habiskan Yang Berhormat.

Ya terima kasih. Saya setuju pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Walaupun diperuntukkan kepada satu peruntukan ini tetapi kalau kementerian rasakan perlu kita bawa peruntukan itu kepada bajet lain, itu boleh dibuat, hanya perlu dibuat supplementary dahulu kita ubah suai. Saya nampak bahawa, saya bersetuju Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau satu dasar itu dilihat kemudiannya tidak relevan lagi, saya setuju kementerian kaji kembali dan gunakan untuk kaedah-kaedah dan strategi baru. Saya dengan itu Tuan Pengerusi terima kasih dan mohon menyokong.

Tuan Pengerusi, insya- Allah akan membuat ucapan dalam masa yang amat singkat iaitu merujuk kepada Butiran 020200 - Bahagian Perancangan Strategi, Bahagian Hubungan Ekonomi dan Perdagangan dan Bahagian Kerjasama Ekonomi ASEAN. Tuan Pengerusi, saya hanya ingin mengatakan bahawa di kala negara kita dan juga sejagat mengalami krisis ekonomi yang dikatakan seteruk pada tahun 1930-an, saya mengharapkan MITI terutama sekali, walaupun pagi tadi saya katakan bahawa bukan sahaja MITI yang terlibat di dalam perjanjian perdagangan bebas ini malah Kementerian Kewangan sendiri. Saya mengharapkan bahawa satu paradigma baru seperi yang dikatakan oleh rakan bijaksana saya tadi daripada Rompin, mengatakan bahawa satu paradigma baru kerana non-US economy dengan izin Tuan Pengerusi, mampu memberi ruang baru kepada hala tuju ekonomi negara kita. Yang saya maksudkan itu ialah satu perkara yang merujuk kepada bukan Malaysia sebagai Malaysia sebuah negara, tetapi mungkin Malaysia sebagai satu lokasi strategik dirantau seperti yang dikatakan ketika ini. Baru-baru ini saya bersama-sama dengan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan di Bangkok baru-baru ini. Beliau mengatakan bahawa beliau dalam proses dengan izin, “re-inventing the new ASEAN” kerana kerangka-kerangka yang kita ada sekarang ialah kerangka Piagam ASEAN, ASEAN Charter yang mana mengandungi perkara-perkara yang dikatakan the new competitive advantage untuk rantau ini.

Contohnya, dahulu dikatakan rantau ini tidak mahu dilawati, tidak mahu dikunjungi, mungkin perkara-perkara yang bersifat perundangannya, bersifat kebudayaannya, seperti yang dibangkitkan tadi hanya yang dilihat adalah buruh yang murah, cheap labour. Akan tetapi saya ingin ketengahkan di sini, contoh yang dibuat dan telah diiktiraf oleh dunia iaitu contohnya Biopolis seperti yang dibuat oleh negara Singapura. Yang mana telah mendapat pengiktirafan sehingga di dalam satu buku yang dikatakan innovation nation mengatakan bahawa negara Amerika itu sendiri sudah hilang competitive advantagenya berbanding dengan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Singapura di dalam Biopolisnya. Ini kerana apa saya cakap begitu adalah disebabkan mungkin yang ditekankan itu ialah dengan izin, the real technology yang Malaysia ada BioValley dan sebagainya, tetapi yang saya lihat sebagai peguam yang didakwa di dalam kes salah laku, CVT dan sebagainya, ialah konsultan, BioValley dan sebagainya. Jadi saya di sini di dalam keghairahan Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan FTA ataupun perdagangan bebas di antara negara maju, kita perlu lihat bahawa itu mungkin merupakan satu kerangka model lama.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rompin minta jalan Yang Berhormat.

Minta jalankah? Oh, sorry...

Ini yang kita hendak ini lebih kepada orang yang ilmiah seperti Balik Pulau, tetapi yang lama macam Ketua Pemuda PAS itu, dia sudah cerita lama dah... [Ketawa] Kadang-kadang sahaja cerita baru. Ada juga cerita barunya. Saya bersetuju kepada pandangan Yang Berhormat. Dalam FTA ini, saya hendak bertanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat baca di dalam majalah bahawa janganlah kita buka FTA kerana kehendak mereka. Sebagai contohnya, mereka hendak buka sistem perolehan negara kita ini. Itu yang pertamanya. Yang keduanya, dia kata, “You must continue to direct way kewangan kita”. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Di dalam kita punya FTA, kita mesti tanya diri kita, apa yang kita dapat. “What is for us?” Jangan kita dengar, nampak gaya FTA lebih mereka minta kita buka FTA. Bukan kita, pengusaha yang minta FTA. Saya runsing. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya? Kita bimbang ini. Janganlah kita buat FTA atas nada mereka. Mesti nada kita. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Sebagai contohnya, sekarang Yang Berhormat mungkin tahu kalau baca akhbar, consumer atau pengguna Amerika tidak yakin kepada produk dari China. Dia kalau beli dia punya makanan, takut ada bahan toksik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Melamin itu.

Melamin. Kalau beli toys, ada paint nya. Bermakna, mengapa tidak MITI dalam suasana pengguna Amerika tidak yakin kepada China, kita boleh mengambil alih ini. Ini yang dikatakan the natures tadi. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat.

Saya boleh bersetuju, partly, separuh. Ini saya secara objektifnya. Ini kerana saya melihat kegagalan sesuatu usaha atau inisiatif FTA negara kita ini sebenarnya bermula di peringkat awal. Saya kadang-kadang melihat contohnya pegawai-pegawai dari negara lain yang datang berurusan sekiranya dengan negara Malaysia fasih berbahasa Melayu, kalau dengan negara China fasih berbahasa Mandarin. Akan tetapi pegawai-pegawai kita di tahap itu pun belum meyakinkan. Ini kerana satu lagi aspek ekonomi, aspek perdagangan. Ini yang saya tekankan dan saya berharap Kementerian MITI mencatat secara khusus. Kadang-kadang ada aspek yang dikatakan aspek bersifat metafizikal, aspek keyakinan. Yang mana tidak dapat digambarkan di dalam bentuk hitam putih atau perjanjian. Kenapa saya bercakap begitu? FTA ini hanyalah berfungsi untuk mewujudkan satu highway ataupun satu lebuh raya untuk

perdagangan. Akan tetapi persoalannya untuk seseorang itu menggunakan lebuh raya tersebut, ada satu aspek yang lain; selamatkah tidak aspek-aspek yang lain? Saya bagi contoh. Di antara perkara teknikal yang di dalam FTA setakat ini terpaksa bergelut Kerajaan Malaysia di dalam apa yang dikatakan dalam investment chapter, MITI telah menolak klausa, Investors State Dispute Settlement atau ISDS yang membolehkan seseorang pelabur dari Amerika Syarikat mendakwa Malaysia dan seterusnya membawa Malaysia ke muka pengadilan. Akan tetapi pada masa yang sama, MITI juga telah menandatangani lebih kurang 70 dengan izin, Investment Guarantee Agreement iaitu IGA dan ini yang penting menunjukkan kontradiksinya di sini. Ini menunjukkan kepada kompetensi pegawai-pegawai kita. Sesetengah IGA ini mengandungi klausa ISDS dan persoalannya di sini adakah kerajaan sedar bahawa mana-mana negara yang telah ataupun bakal menandatangani IGA dengan Malaysia boleh mengimport klausa ISDS ke dalam IGA yang mereka tandatangani dengan menggunakan prinsip dipanggil dengan izin, most favoured nations. Persoalan di sini seperti yang saya katakan pada tadi, Kerajaan Malaysia mesti jelas dari segi apa yang dipanggil sebagai overall coordinating strategy. Di sini ada MITI, di sini adanya Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan menguar-uarkan ASEAN first. MITI menguar -uarkan FTA, FTA, FTA. Akan tetapi bayangkan perkara itu telah dikatakan dilihat secara berasingan. Akan tetapi yang kita mahu ialah macam mana kerangka-kerangka perdagangan ini dapat memberi dengan izin, competitive advantage kepada negara secara keseluruhan. Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana keghairahan di dalam meneruskan perjanjian perdagangan bebas ini telah dilihat secara terpisah-pisah. Saya bagi contoh, sebab itu soalan saya tidak dijawab dengan secara khusus oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya mengatakan bahawa selepas berlakunya krisis kewangan global ini, sepatutnya Kerajaan Malaysia menghalusi supaya apabila termeterainya perdagangan bebas itu segala perkara-perkara yang tidak baik itu juga tidak diimport secara langsung kepada negara. Ini adalah kerana saya melihat rantau ini dari aspek geopolitiknya dan resources nya amat strategik. Akan tetapi persoalannya mampukah kita membangunkan ataupun mempersembahkan apa yang kita ada sebagai suatu yang dikatakan competitive advantage sehingga dengan izin, terwujudnya value creation ataupun pewujudan nilai-nilai yang baru di dalam aspek perdagangan ini. Kenapa saya bercakap begitu? Ini kerana di kala berlakunya perubahan ataupun kegagalan sistem ekonomi di Amerika, saya yakin ekonomi bukan Amerika akan merujuk kepada ekonomi-ekonomi di Asia. Akan tetapi persoalannya di sini, mampukah kita meyakinkan mereka bahawa inilah destinasinya? Ini kerana contoh-contoh yang kita lihat sebelum ini adalah contoh-contoh bukan sebenarnya menggambarkan bagi saya dengan penuh rendah dirinya bahawa keistimewaan kita. Saya bagi contoh dari segi sistem pendidikannya. Negara jiran mengadakan kerjasama dari segi aspek teknologinya dengan MIT. Dari aspek pendidikannya dengan Harvard, tetapi kita di sini masih lagi berbicara dengan apa yang dikatakan dengan izin half- baked idea, idea-idea yang pramatang. Yang mana saya katakan bahawa mungkin disebabkan satu dasar luar negara yang saya di sini saya bersetuju secara khusus dengan bapa teman saya Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu forum polisinya amat proaktif sehingga meletakkan Malaysia di satu tahap. Cuma yang perlu dikurangkan ataupun dibuang ialah aspek-aspek governance. Ini kerana apa yang saya kaitkan dengan isu apa yang ditimbulkan di Amerika, bukan kejayaan-kejayaan kita di dalam penerangan tetapi kejayaan melibatkan Jack Abramoff 10 juta, hendak jumpa Presiden Amerika. Jadi bagi saya sebenarnya kita tidak perlu itu. Sekiranya apa yang kita tunjukkan kepada negara luar bahawa kita adalah rakan mereka yang paling strategik.

Jadi, saya di dalam menggulung ucapan saya pada peringkat Jawatankuasa ini Tuan Pengerusi, saya menyeru ataupun menggesa pihak MITI supaya memberi fokus khusus kepada perancangan strategik. Ini kerana aspek ekonomi ini bukan bersifat satu perkara yang hard material. Dia juga bersifat aspek yang metafizikal, bersifat keyakinan yang perlu ditunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang perlu dijadikan rakan kongsi di dalam perdagangan. Tidak kiralah perdagangan bebas ataupun perdagangan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang, kemudian Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Ledang.

Butiran 20000 tetapi saya hendak menyentuh tentang pakej rangsangan ekonomi yang berkaitan dengan pelaburan, berkaitan dengan SME. Sebabnya ialah Tuan Pengerusi pada masa ini kalau kita lihat dengan merudumnya ekonomi yang saya sebut ini, saya yakin kebanyakan kilang-kilang sederhana berdepan dengan masalah aliran kewangan. Saya juga sering didatangi oleh beberapa rakan-rakan terutamanya yang menjalankan aktiviti industri kecil. Mengapa kerajaan tidak menilai masalah mereka sedangkan mereka mengatakan bahawa selama ini merekalah yang telah pun banyak menyumbang aktiviti ekonomi secara keseluruhannya. Ini kerana bilangan industrinya banyak dan bertaburan di seluruh negara dan nilainya tinggi. Mereka datang berjumpa saya, mereka mengharapkan ada sesuatu pertolongan daripada pihak kerajaan. Mereka juga mempersoalkan kenapa bantuan daripada kerajaan lebih menjurus kepada ValueCap di dalam mengaktifkan urusan peniagaan yang disenaraikan di BSKL. Akan tetapi di peringkat bawah ini kilang-kilang kecil, kilang-kilang sederhana yang banyak menyara pekerja-pekerja sebenarnya mereka berdepan dengan masalah kewangan. Kebanyakan barang-barang yang mereka keluarkan juga dipasarkan dalam negara, dibeli oleh rakyat Malaysia. Mereka juga menyara pekerja-pekerja tetapi apabila mereka dihidangkan dengan kegawatan ekonomi, mereka berdepan dengan aliran tunai kerana kebanyakan hutang yang mereka berikan kepada pembeli lewat dibayar dan sebagainya. Jadi, Tuan Pengerusi saya meminta supaya perkara ini diteliti dan dilihat supaya aktiviti ekonomi yang dirangsang oleh industri kecil ataupun sederhana dapat terus bergerak daripada pakej rangsangan ekonomi yang telah pun dilancarkan oleh pihak kerajaan. Pada masa yang sama Tuan pengerusi, saya lihat, saya juga menyokong pandangan daripada Yang Berhormat Rompin tadi iaitu kita kurang menitikberatkan industri ataupun kilang-kilang sederhana ataupun kilang yang bersaiz kecil di luar bandar. Selama ini kita lihat ada industri ataupun usaha, aktiviti misalnya aktiviti keluli, aktiviti makanan ringan dan sebagainya termasuk kayu. Akan tetapi, taraf mereka masih lagi taraf kampung. Walaupun mereka banyak di seluruh negara, walaupun mereka menyumbang kepada ekonomi negara tetapi arah mereka malah saiz mereka masih lagi ditakuk yang lama. Saya, menyambut saranan daripada Yang Berhormat Rompin tadi, kalau boleh ada satu pendekatan daripada pihak MITI supaya industri kecil di kampung-kampung digalakkan supaya mereka juga boleh graduate daripada satu peringkat kecil kepada satu peringkat yang lebih besar dengan berbagai-bagai cara. Misalnya Tuan Pengerusi mungkin kita boleh mencadangkan atau menggalakkan sekali lagi GLC ataupun syarikat-syarikat, kilang-kilang yang besar menganak angkatkan kilang-kilang kecil ataupun kilang-kilang sederhana di luar bandar, di kampung-kampung. Oleh itu, tidak kiralah sama ada kilang yang haram ataupun kilang yang halal. Kilang yang halal ini ada kawasan kilang yang di luar bandar yang diluluskan oleh pihak kerajaan, ada juga kilang-kilang haram yang

menumpang di sana sini tetapi bilangannya banyak di seluruh negara, mereka menyumbang kepada ekonomi negara. Tuan Pengerusi, saya fikir masanya telah tiba kerana jika dahulu kilang-kilang kecil di luar bandar ini tidak mendapat pembelaan kerana kurang kilang-kilang besar, industri besar di seluruh negara, tetapi sekarang suasana telah berubah. Banyak kilang-kilang bersaiz besar di seluruh negara di kawasan-kawasan tertentu, di kawasan-kawasan perindustrian yang boleh menganak angkatkan kilang-kilang kecil di luar-luar bandar walaupun aktivitinya berbeza. Tidak semestinya kilang simen tidak boleh menganak angkatkan kilang kayu misalnya di kampung-kampung ataupun di luar bandar, tidak semestinya kilang aluminium tidak boleh menganak angkatkan kilang kayu ataupun apa jua kilang di luar bandar. Apa yang penting mereka sanggup untuk sama-sama bawa industri ataupun kilang-kilang kecil yang dipunyai oleh rakyat Malaysia di negara kita supaya mereka juga sama-sama bangun sebagai satu industri yang besar pada masa akan datang. Tuan Pengerusi, dalam soal ini, saya juga ingin menyorot kembali tentang kilang- kilang haram yang banyak di seluruh negara. Sampai bila kilang-kilang haram ini hendak beroperasi walaupun dasar demi dasar telah pun dibuat walaupun PBT telah pun mengambil langkah-langkah yang tertentu. Akan tetapi percambahan kilang-kilang haram di seluruh negara masih lagi berlaku, aktiviti mereka masih lagi lancar, banyak. Seolah-olah mereka akan kekal di situ, mereka tidak berpindah kepada satu kawasan yang halal dan akhirnya mereka graduate. Inilah maksud saya Tuan Pengerusi yang perlu kita fikir, dan kepada saya MITI mempunyai satu peranan yang besar pada masa akan datang...

Beri laluan.

...Untuk membela mereka ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tenggara minta jalan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Ledang tadi, saya tertarik ini matlamat kerajaan. Apa sebenarnya matlamat kerajaan? Kita bagikan segala kemudahan untuk the small cottage industries kepada IKS ini ataupun ada sesetengah pendapat mengatakan backyard industries. Bagikan semua dorongan, sokongan, geran, tetapi nampak perkembangan IKS itu yang sepatutnya matlamat akhir kerajaan ialah akhirnya IKS itu akan menjadi PKS, menjadi syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana. Akan tetapi, daripada apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat daripada Ledang tadi Tuan Pengerusi, saya nampak macam seolah-olah bila sebut IKS ini tugas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Bila sebut PKS ini tugas Kementerian MITI dan seolah-olah tidak ada kesinambungan untuk proses graduation itu daripada IKS kepada PKS yang akhirnya menjadi tanggungjawab MITI untuk terus membangunkan mereka. Macam tidak adalah proses graduation antara dua kementerian ini dan masing-masing dengan kementerian masing-masing. Kita perhatikan bila kita bangkitkan sesetengah masalah kepada kementerian ini dan jawapan daripada menteri ialah ini adalah tugas kementerian saya, tetapi yang ini bukan tugas kementerian saya kerana ini adalah tugas kementerian MITI. IKS saya, PKS MITI. Jadi, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Ledang, macam mana agaknya hendak selesaikan masalah ini supaya proses yang dijalankan itu, usaha kerajaan itu tidak akan terbengkalai begitu sahaja. Di samping itu, tidak mencapai matlamat utama untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan masyarakat terutama kepada mereka yang memang ada cita-cita besar untuk membangunkan small entrepreneurship, semangat entrepreneurship yang ada pada diri mereka supaya mereka juga mengambil bahagian dalam merancakkan aktiviti ekonomi negara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang panjangkan kepada kementerian untuk diselesaikan kerana saya minta selepas ini Yang Berhormat gulung. Habiskan Yang Berhormat.

Oleh kerana kena gulung, saya akan gulung dalam masa 2 hingga 3 minit. Pertama, Tuan Pengerusi saya lega kerana Yang Berhormat Tenggara memahami apa yang saya hasratkan, sebab itulah Tuan Pengerusi saya fikir tadi selagi tidak ada satu, selagi ruyung itu tidak dipecahkan, betul kah? Selagi itu kita tidak dapat sagunya. Selagi tidak ada pembelaan ataupun selagi kilang-kilang kecil ini tidak diberikan satu proses graduasi sampai bila-bila pun yang kecil tetap kecil dan kita tidak dapat lihat mereka mampu memasuki satu lagi peringkat iaitu kilang sederhana ataupun yang lebih besar yang mesti disambut oleh MITI. Sekian, saya menggulung. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota hendak selesai hari ini ataupun sambung esok? Mula esok? Selesai hari ini?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Selesai hari ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik saya jemput Yang Berhormat dan kita akan makan masa selama 15 minit.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus sahaja merujuk kepada perkara 50000 iaitu berkenaan dengan MIDA. Mulanya saya hendak merujuk kepada laporan tahunan yang diedarkan kepada kita iaitu di ruangan lembaran imbangan. Di dalam laporan ini ada dinyatakan dengan jelas bahawa MIDA menguruskan jumlah aset bersih sebanyak RM171 juta pada tahun 2007 dan saya mohon untuk dilihat perkara ini secara khusus berkenaan dengan jumlah peruntukan di bawah maksud pembangunan untuk MIDA dan cadangan peruntukan belanjawan 2009 yang kita bentangkan dan bincangkan ini iaitu sebanyak RM914 juta. Ini bermakna tambahan hampir 500% berkenaan dengan jumlah yang akan diuruskan di bawah pembangunan jika dibandingkan dengan laporan tahunan yang dibekalkan kepada kita dengan jumlah anggaran yang dicadangkan kepada MIDA dan di antara jumlah yang tertinggi yang dicadangkan ini ialah dana projek berimpak tinggi di bawah jawatankuasa kabinet mengenai pelaburan. Sekali lagi perkara ini merujuk kepada inisiatif yang hendak kita bawa untuk membawa pelaburan-pelaburan luar masuk ke dalam negara kita dan diikuti juga dengan dana pelaburan strategik. Ini beberapa perkara atau kepala atau butiran yang saya rasa di peringkat jawapan menteri nanti kita boleh spesifik juga untuk mendapat klasifikasi yang lebih jelas. Perkara 00530 iaitu Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada berjumlah RM90 juta. Saya hendak merujuk masalah yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat sebelum pada ini berkenaan dengan FTA iaitu perjanjian perdagangan bebas baik yang bersifat scale atau bertaraf ASEAN mahupun bukan ASEAN. Saya lihat pagi tadi juga rakan-rakan lain membangkitkan masalah perjanjian meratifikasikan perjanjian dua hala ini termasuk juga akhirnya kita kena lihat kepada implikasi rundingan bersifat dua hala baik dalam bentuk kemasukan pelaburan, establishment of investment dan juga kesan yang dibawa selepas daripada pelaburan itu bertapak atau bermula di dalam negara kita. Laporan khas yang dikeluarkan oleh MIDA memperlihatkan bahawa di antara finalization ataupun kemuktamadan perjanjian-perjanjian ini juga merangkumi kepada perjanjian percukaian dua kali yang kalau kita lihat sehingga pada tahun lepas penghujung 2007 di antara perjanjian-perjanjian itu yang belum dimuktamatkan secara sepenuhnya termasuk juga perjanjian dengan cukai dua kali, dengan negara Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai di antara rakan dagang luar yang tertinggi di dalam negara kita. Perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali dan saya lihat wujud kelemahan di dalam peringkat perundingan untuk memuktamadkan perjanjian ini. Ini menjadikan kelebihan kepada pihak Amerika Syarikat untuk membuat keputusan secara terpilih atas memuktamadkan level perundingan ini. Jadi apabila kita membandingkan kerisauan kita

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

terhadap FTA yang bersifat kemuktamadan kita harus juga lihat kesan kedua iaitu kesan di mana matlamat asas untuk meratifikasikan FTA ini ialah untuk membawa pelaburan luar, FDI dan sebagainya dalam negara kita dan sudah tentu matlamat utama ialah untuk melihat sama ada kita mendapat manfaat ataupun sebaliknya. Ini di antara perkara yang sangat penting untuk kita lihat kerana unjuran yang diberi kepada kita FDI keluar dan FDI yang memasuki negara kita telah mengalami satu angka menguncup iaitu keluar lebih banyak daripada yang datang dalam negara kita. Perkara kedua yang saya hendak sebutkan di sini ialah berkenaan dengan takrifan lanjutan daripada Yang Berhormat Rompin sebutkan tadi tentang takrifan SMI ataupun small medium industry yang mana telah dilihat sebagai terdapatnya unsur membelakangkan aspek pertumbuhan ataupun pembangunan SMI di dalam tahun 2009 iaitu apabila kita telah mencadangkan kebaikan dan manfaat-manfaat yang mungkin boleh dinikmati oleh syarikat-syarikat yang bertaraf SMI ini dengan mengehadkan definisi syarikat ini dengan jumlah modal ataupun capital value yang diuruskan oleh syarikat-syarikat ini. Ini membawa juga kepada kesan di mana kadar keuntungan atau perolehan syarikat-syarikat ini akan disusun semula akibat masalah capital allowances yang mungkin diberi atau dinikmati oleh syarikat-syarikat yang bertaraf SMI dan seperti yang saya sebut secara detail tadi juga iaitu apabila sebahagian besar daripada syarikat-syarikat bertaraf SMI ini mempunyai parental company dengan izin ataupun syarikat yang menaungi dan membantu mereka dari segi penyaluran modal dan juga penyaluran bantuan khidmat nasihat dan sudah tentu dari segi ekuitinya syarikat-syarikat besar yang mempunyai kepentingan secara langsung kepada syarikat-syarikat kecil yang kita fikir boleh mendatangkan kebaikan serta memberi pertumbuhan kepada mereka dan advantage ataupun kelebihan ini telah dilihat lima tahun kebelakangan ini diambil oleh syarikat-syarikat yang dilihat sebagai menaungi syarikat kecil ini untuk menjalankan aktiviti secara tidak langsung atas kes-kes transfer pricing ataupun juga apa yang dikatakan sebagai under writing domestic finance infrastructure. Sebahagian daripada syarikat-syarikat induk ini ada juga yang dipegang ataupun ekuitinya dikuasai oleh syarikat-syarikat luar atau syarikat-syarikat asing dan perkara ini menjadi kebimbangan kita apabila secara jelasnya faedah ini tidak lagi boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat yang besar ini mereka akan membuat keputusan untuk meninggalkan begitu sahaja syarikat-syarikat yang bertaraf kecil yang dinaungi sebelum pada ini. Akhirnya, ini akan mendatangkan impak dan kerugian atau ketinggalan kepada syarikat kecil.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Perkara yang terakhir Tuan Pengerusi yang saya hendak sebut di sini ialah berkenaan RM90 juta yang disebutkan tadi berkenaan dengan menaik taraf membaiki infrastruktur asas kawasan perindustrian. Saya hendak merujuk secara khusus satu syarikat yang juga berada di bawah FTA ASEAN iaitu syarikat daripada negara Taiwan yang membuat pelaburan, membuat establishment syarikat itu berbentuk kilang pemprosesan barangan atau keluaran berasaskan kimia di Kawasan Perindustrian Gebeng. Itu di kawasan saya yang menyatakan rasa kekesalan mereka dan mereka telah membuat keputusan untuk memindahkan operasi mereka ke Singapura di penghujung tahun ini dengan alasan mereka berdepan dengan kerenah birokrasi iaitu kerenah PBT yang tidak mengendahkan kedudukan infrastruktur yang sepatutnya dibangunkan dengan segera. Mereka sepatutnya beroperasi dalam masa beberapa bulan daripada sekarang. Namun, oleh kerana kerenah ini mereka terpaksa bekerja behind schedule dan terpaksa juga akhirnya menanggung sebahagian daripada kerugian yang melibatkan ketinggalannya dalam ranking atau structure pembangunan perniagaan mereka di kawasan tersebut. Apabila saya terlihat jumlah RM90 juta yang diperuntukkan khusus dicadangkan untuk infrastruktur, saya mohon kepada kementerian di bawah MIDA segera untuk menyelesaikan perkara ini agar keputusan untuk memindahkan pelaburan mereka ke negara Singapura segera ditangguhkan dan mungkin terus membatalkan keputusan tersebut. Akhirnya kita dapat mengekalkan mereka di kawasan tersebut untuk tujuan

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

barangkali mendatangkan kebaikan juga kepada penduduk-penduduk tempatan dari segi peluang pekerjaan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab selepas sesi soal jawab lisan esok. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Rabu 19 November 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam.