Dewan Rakyat · 1 December 2008
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 1,153 turns · 71,828 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Di-Pertua — Ucapan Takziah Atas Kembalinya Ke Rahmatullah Dato’ Razali Bin Ismail
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 28 November 2008 bersamaan 30 Zulkaedah 1429 Hijrah. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, ingin saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 28 November 2008 bersamaan 30 Zulkaedah 1429 Hijrah. Saya bagi pihak Ahli- ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Yang Berbahagia Toh Puan Nor Aini Lob Yusof, balu Allahyarham serta keluarga beliau. Kita berdoa moga-moga Allah SWT akan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia di antara roh-roh yang soleh dan solehah. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekali lagi bangun, kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. [Ahli-ahli beragama Islam membaca surah Al-Fatihah] [Majlis bertafakur selama satu minit]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mewakili seluruh rakyat Rembau dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran
dan juga Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya Dewan ini telah kehilangan seorang tokoh yang begitu komited terhadap masa hadapan negara melalui usaha beliau untuk memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham.
1. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan perangkaan bagi rumah pangsa kos rendah yang hanya mempunyai satu atau dua bilik di Kuala Lumpur dan apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi masalah kesempitan ruang dan ketidakselesaan penghuni-penghuni rumah pangsa tersebut yang juga boleh mengundang gejala sosial masyarakat.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Untuk Maklumat Ahli Yang Berhormat Rembau, rumah pangsa kos rendah, terpanggil juga sebagai perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1956 secara berperingkat-peringkat untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada penduduk luar bandar yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan. Pada masa itu, hanya perumahan jenis studio iaitu 31 unit, keluasan 207 kaki persegi di perumahan awam jalan Loke Yew serta perumahan yang berkapasiti satu dan dua bilik sahaja yang sesuai dibina kerana tujuan asalnya adalah untuk penempatan sementara dalam jangka masa lima tahun sebelum mereka mampu memiliki rumah. Mulai tahun 1959, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mula membangunkan Projek Perumahan Rakyat atau PPR MTEN yang mempunyai tiga bilik berserta dua bilik air. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Bagi menjawab bahagian pertama soalan Yang Berhormat, perangkaan berkenaan perumahan awam tersebut adalah seperti berikut: (i) 1956-1981: 3,621 unit satu bilik tidur, 400 kaki persegi; (ii) 1982-1996: 12,189 unit untuk dua bilik tidur, 530 kaki persegi; (iii) 1997-1998: 5,515 unit untuk dua bilik tidur, 560 kaki persegi, jumlahnya 21,325 unit; dan (iv) 1999: tiga bilik tidur 650 kaki persegi, jumlahnya 32,760 per unit. Bagi Menjawab bahagian kedua dan ketiga soalan Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sememangnya amat prihatin, mengambil berat berkenaan masalah kesempitan ruang dan ketidakselesaan yang dihadapi penghuni rumah pangsa yang berkapasiti satu bilik tidur dan dua bilik tidur. DBKL telah membuat pengubahsuaian untuk mencantumkan rumah-rumah satu dan dua bilik kepada tiga bilik di Perumahan Awam Sri Selangor. Sehingga Mac 2007, hanya 15 unit daripada 384 unit yang berjaya disiapkan. Usaha ini tidak dapat diteruskan oleh DBKL disebabkan masalah-masalah berikut: (i) Kesukaran untuk memindahkan penghuni yang terlibat untuk mengosongkan unit rumah;
(ii) Kekurangan tempat sementara untuk memindahkan penghuni. (iii) Penghuni enggan berpindah. (iv) Pertukaran sekolah anak-anak penghuni.
(v) Melibatkan kos yang tinggi iaitu RM21,678 untuk setiap unit. Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, DBKL turut mengambil inisiatif untuk merancang bersama pihak swasta bagi melaksanakan penambahan bilik kepada setiap unit rumah yang berkapasiti dua bilik. Ini memerlukan peruntukan yang besar dan kenaikan harga bahan binaan seperti simen, besi, pasir dan tenaga buruh menyebabkan kos asal penambahan bilik seluas lapan meter persegi serta tambahan bilik air yang membabitkan kos 20 ribu unit telah meningkat kepada RM45,000 satu unit. Sebab itu hasrat ini telah dibatalkan kerana kos sudah hampir bersamaan dengan kos pembinaan seunit rumah PPR. Bagi menghindarkan penghuni-penghuni PPR ini daripada gejala sosial, DBKL juga turut merancang dan telah menyediakan kemudahan awam seperti penyediaan surau, dewan serba guna, kedai, gerai, pusat warga emas dan tadika dan yang dahulunya tidak disediakan dan penghuni PPR akan dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih selesa dan program-program komuniti juga dilaksanakan oleh pihak DBKL. Terima kasih.
Sebentar Yang Berhormat. kita ada pelawat. Ahli-ahli Yang Berhormat sukacita saya maklumkan bahawa hadir bersama di dalam Dewan yang mulia ini ialah His Excellency Dr. Saleh Bin Abdullah Bin Humaid, Speaker Majlis Asy-Shura, Saudi Arabia dan delegasi. [Tepuk] Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran His Excellency Dr. Saleh Bin Abdullah Bin Humaid, semoga hubungan dan kerjasama kedua-dua Dewan dan kerajaan Malaysia – Saudi Arabia terus berkekalan. [Tepuk] Sila Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, saya rasa menjadi impian setiap penghuni rumah perumahan rakyat ini untuk memiliki rumah yang didiami mereka dan isu pemilikan rumah ini perlu menjadi satu keutamaan bagi kerajaan khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Perumahan mampu dimiliki ataupun affordable housing ini perlu menjadi satu kemudahan asas yang perlu disediakan oleh kerajaan dan menjadi priority berbanding dengan konsep sewaan selama tiga tahun seperti mana yang diamalkan secara majoritinya di Wilayah Persekutuan. Adakah kementerian bercadang untuk menyediakan lebih banyak lagi projek perumahan rakyat (PPR) dimiliki lebih daripada tambahan yang di umum dalam perbelanjaan baru-baru ini dan adakah kementerian bersedia untuk melonggarkan syarat pembelian termasuk melalui skim sewa dan beli yang selama ini dinafikan kepada penghuni-penghuni PPR? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Rembau. Adalah hasrat kerajaan untuk menentukan warga kota yang dahulunya datang daripada negeri-negeri yang lain dan juga sekarang ini bermastautin di Kuala Lumpur untuk mereka memiliki rumah. Dengan itu kerajaan telah bersetuju dengan persetujuan Kabinet, satu dasar perumahan rakyat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang melibatkan mekanisme untuk penjualan rumah PPR MTEN atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara sebanyak 15 ribu unit yang dengan harga RM35,000 dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam masa yang sama kerajaan juga telah meluluskan satu kajian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tentang kaedah pembangunan semula PPR bandar di Wilayah Persekutuan iaitu saiz studio satu dan dua bilik dan juga kerajaan telah meneruskan satu kajian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk pembangunan PPR yang baru iaitu di kawasan-kawasan Parlimen yang pada masa ini tidak ada PPR MTEN, contohnya di Seputeh dan juga di Segambut. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan keputusan Jemaah Menteri berkenaan, mekanisme pelaksanaan penjualan PPR mencadangkan melibati tiga tahap tindakan, yang pertama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dilantikkan sebagai sekretariat dan satu unit khas telah ditubuh di bawah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan peringkat awal unit khas ini iaitu sekretariat akan berfungsi sebagai sekretariat dalam penjualan rumah PPR. Pada masa yang sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan unit khas ini telah turun padang untuk bertemu dengan penghuni-penghuni iaitu mereka yang sedang menyewa rumah-rumah PPR ini dan mengadakan dialog dan juga sesi penerangan untuk menentukan DBKL mendapat feedback dengan izin, yang betul tentang hasrat mereka. Kajian ini telah pun sampai ke peringkat terakhir di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kajian ini akan diangkatkan kepada kementerian saya, Kementerian Wilayah
Persekutuan sebelum kita berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan selepas itu akan dibawa kepada Kabinet untuk kelulusan yang seterusnya. Ini termasuklah skim-skim penjualan sebab mereka semua akan patutlah mematuhi syarat- syarat yang tertentu dan insya-Allah dalam masa dua, tiga bulan lagi keputusan yang muktamad akan diumumkan oleh kerajaan. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat daripada jawapan Menteri tadi memang didapati masalah space atau tanah ini menjadi satu sebab. Tetapi, sedarkah Menteri kalau sekiranya walaupun ada dua bilik tetapi kalau design rumah-rumah ini lebih friendly, contohnya kalau ground floor itu dibiarkan kosong supaya ada ruang untuk penghuni beriadah atau bertemu, buat kenduri dan sebagainya. Keduanya kita tengok rumah-rumah pangsa khususnya di Bangsar, Taman Melati itu macam pigeon-hole betul-betul, kotak betul-betul. Kalaulah design itu dibuat bilik tidur mereka itu ada balkoni sedikit di luar saya ingat cukup cantik sementara kita menginsafi bahawa masalah space itu menjadi masalah besar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, adakah kerajaan bercadang untuk lihat kembali design ini dan juga imposed kan juga design ini kepada pihak swasta. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Sungai Petani, seperti mana yang saya maklumkan tadi Tuan Yang di-Pertua, mula-mula dahulu apabila mereka membangunkan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, taraf studio satu dan dua bilik. Ini adalah untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada penduduk luar bandar. Kesudahan itu selepas beberapa tahun apabila kita masuk kepada tahun 1999, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membangunkan 32,760 unit dinamakan PPR MTEN di mana kita dapat tiga bilik dan dua bilik air dan dengan itu kita telah pun memindah penduduk-penduduk setinggan dan juga penduduk-penduduk di kawasan kampung dan juga rumah-rumah panjang kepada rumah-rumah seperti berikut. Dalam masa yang sama oleh sebab kita ada banyak permintaan daripada penduduk- penduduk yang telah duduk di rumah satu bilik dan dua bilik lebih daripada 10 tahun itulah tadi saya sebutkan di mana kerajaan telah keluarkan satu dasar di mana kita akan mengadakan satu kaedah pembangunan semula dan juga bukan sahaja kaedah pembangunan rumah yang telah dibangunkan selama dua puluh, tiga puluh tahun ini tetapi juga pembangunan rumah-rumah PPR yang baru. Dari segi reka bentuk, Yang Berhormat kita akan cuba mengadakan satu skim pembangunan bandar atau urban redevelopment scheme di mana kita akan menjemput bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta untuk melihat di mana kawasan- kawasan yang sesuai di mana kita boleh bangun semula rumah-rumah yang sedia ada. Tetapi sebelum itu kita perlu pindahkan mereka yang duduk di rumah studio satu dan dua bilik dan insya-Allah dalam masa yang akan datang kita akan mengeluarkan kenyataan yang tertentu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya pergi kepada soalan saya, izinkan saya mewakilkan teman-teman di sini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali bin Ismail, pemergian beliau merupakan satu kehilangan dan selama ini dalam menjawab persoalan yang kami bangkitkan beliau menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.
2. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Sejauh mana langkah-langkah ini berkesan.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya turut bersama dengan Yang Berhormat kerana kehilangan rakan sejawatan yang begitu gigih dan komited.
Walau bagaimanapun, beliau sepatutnya menjawab soalan pada hari ini. Oleh kerana pemergian beliau maka saya kena menjawab. Tuan Yang di-Pertua, disamping usaha memenuhi keperluan semasa yang mendesak supaya bahasa Inggeris dikuasai dan dipertingkatkan penggunaannya oleh murid. Kerajaan juga berusaha meningkatkan peranan, mengembalikan maruah, dan wibawa bahasa Malaysia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan intelektual. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) akan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan melibatkan kementerian dan agensi lain serta sokongan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. Bagi memastikan haluan usaha memperkasakan ini lebih mantap, satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Induk memperkasakan bahasa kebangsaan telah pun ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Urus setia jawatankuasa ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, lima buah jawatankuasa kerja mengikut bidang telah pun ditubuhkan iaitu: (i) Jawatankuasa Kerja Dasar Bahasa dan Garis Panduan Pelaksanaan; (ii) Jawatankuasa Kerja Media Massa; (iii) Jawatankuasa Kerja Penggalakan, Pemupukan dan Kegiatan; (iv) Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam; dan (v) Jawatankuasa Kerja Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebagai langkah memperkasa dan memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 2008 sahaja Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program seperti berikut: (i) Bulan Bahasa dan Sastera Negara; (ii) Persidangan Bahasa Melayu dalam perspektif antarabangsa pada November 2008 yang disertai oleh 13 buah universiti dari luar negara; (iii) Program Tunas Muda iaitu penulisan karya kreatif sekolah rendah; (iv) Program Tunas Remaja iaitu penulisan karya kreatif sekolah menengah; (v) Bengkel guru KOMSAS iaitu komponen sastera; (vi) Program Penghayatan Sastera untuk pelajar-pelajar sekolah menengah; (vii) Pementasan Drama-drama KOMSAS; dan (viii) Pertandingan Berbalas Pantun “Sirih Berlipat, Pinang Berkacip” antara Institusi Pendidikan Guru. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia juga percaya usaha memartabatkan bahasa Malaysia perlu mendapat sokongan sepenuhnya di peringkat pemimpin-pemimpin termasuklah Ahli-ahli Parlimen. Dalam usaha tersebut, pada 10 Oktober 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyampaikan sumbangan 240 naskhah Kamus Dewan Edisi Keempat bagi kegunaan rujukan semua Ahli Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengalu-alukan usaha pelbagai program yang telah dilakukan demi memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Akan tetapi pada hakikatnya apabila dilaksanakan program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini, kita mengubah bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah daripada bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris. Ini diakui sendiri oleh Persatuan Linguistik Malaysia memberi kesan penurunan kualiti kepada bahasa Malaysia. Ini ditambah lagi dengan kebingungan dan kerunsingan yang timbul apabila kerajaan menukar objektif PPSMI, kemudian merubah keputusan menjadikan penanda aras UPSR sebagai penentu sama ada akan disambung atau dikaji semula PPSMI ini. Kemudiannya ditarik balik katanya akan mengambil kira faktor-faktor lain. Saya mahu sebut pada hari ini faktor-faktor lain selain daripada keputusan UPSR yang melihat kepada kemerosotan jumlah pelajar yang mendapat 5A adalah keputusan penyelidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), UKM serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Semuanya melihat kesan negatif daripada pelaksanaan PPSMI. Justeru, soalan susulan saya sudah terang lagikan bersuluh, adakah kerajaan akan menarik semula penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains demi memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi atau memilih untuk terus meminggirkan bahasa kebangsaan kita?
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit penerangan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Pertama apabila Yang Berhormat sebut UPSR itu digunakan sebagai penanda aras sama ada kita teruskan PPSMI atau tidak. Saya ingin memberi gambaran yang lebih jelas bahawa apabila Yang Berhormat Menteri Pelajaran memberitahu bahawa selepas kohort menamatkan satu pusingan iaitu enam tahun pembelajaran P&P di bawah PPSMI. Ini bermakna itulah sebagai salah satu faktor sahaja dan bukannya berpandukan 100% kepada keputusan UPSR pada kali ini, itu yang pertama. Kedua, seperti mana yang telah saya sebutkan pada minggu lalu. Sebelum ini, Allahyarham Dato' Razali bin Ismail dengan saya, kami berdua mempengerusikan Rundingan Meja Bulat PPSMI. Kita telah mendengar banyak pandangan termasuk apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa terbuka. Kita mendengar pandangan, rintihan, input intelektual daripada pensyarah universiti, baik daripada ibu bapa atau pun guru yang mengajar di kawasan bandar atau luar bandar. Kita telah mengadakan empat kali Rundingan Meja Bulat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada bulan ini kita akan mengadakan Rundingan Meja Bulat sekali lagi dengan memanggil semua pihak yang berkepentingan dalam PPSMI. Maka ingin saya memberitahu Yang Berhormat sebenarnya perkara ini belum lagi dimuktamadkan. Kita sedar bahawa apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan di sini dan kita menerima baik dan kita juga melihat perkara ini secara holistik, tidak melihat pada satu tempat dan ia juga berpandu kepada sekolah-sekolah yang pelbagai aliran. Jadi, saya rasa dalam soal ini kita akan membuat satu keputusan. Soal bahawa kita kononnya meminggirkan atau tidak memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya rasa itu tidak benar, kerana memang usaha yang telah dijalankan oleh DBP dan Kementerian Pelajaran Malaysia kita tidak pernah sekali pun meminggirkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai rekod mungkin ada pihak yang mengatakan sebelum ini Timbalan Menteri iaitu Allahyarham Dato' Razali telah mengubah pendirian. Saya rasa adalah adil pemergian beliau saya buat secara rekod bahawa beliaulah orang yang mengilhamkan ataupun memulakan inisiatif mengadakan Rundingan Meja Bulat. [Tepuk] Kita sentiasa mendengar bermakna perkara ini tidak dimuktamadkan, tidak payahlah dipolitikkan perkara ini. Ini kerana apa yang benar tetap benar dan kita sama- sama mencari satu penyelesaian dan rumusan apabila kita mengadakan Rundingan Meja Bulat kelak. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Warga Arau mengambil kesempatan untuk merakamkan rasa simpati kepada Yang Berhormat Dato' Razali dan keluarga dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Kalau mengikut Pakar Bahasa Asmah Haji Omar, seorang tokoh bahasa yang terkenal di negara kita. Bahawa dikaji bahasa-bahasa di dunia ini terdapat semua bahasa yang sudah mencapai taraf bahasa ilmu di dunia yang bermula daripada bahasa tabii yang sama. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jepun dan sebagainya. Di mana mereka telah mencapai taraf bahasa ilmu ini dengan timbulnya keperluan untuk menyampaikan ilmu kepada ahli-ahli masyarakat yang menuturkan bahasa berkenaan. Jadi bahasa-bahasa ini mempunyai sistem yang terbuka, jelas, yakni bersedia menerima pembaharuan baik yang timbul dari bahasa itu sendiri ataupun yang datang dari luar. Jadi, walaupun kita tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang dianggap telah terkenal di persada arus global sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan sebagainya.
Apakah perancangan yang dibuat oleh kementerian menerusi mekanisme yang sedia ada sekarang ini bagi memastikan bahasa Melayu ini, bahasa Malaysia ini terus menjadi bahasa ilmu dan bahasa intelektual yang dirancang oleh kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Satu soalan yang baik. Sebenarnya kalau kita melihatkan bahasa kebangsaan kita, kita bukan sahaja melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, kita juga kena melihat pengantarabangsaan bahasa Malaysia itu ke negara lain termasuk di Beijing, termasuk di mana ada satu kursus khas, mereka melatih siswazah dari China untuk mempelajari bahasa Melayu itu sendiri. Itu sebagai satu usaha. Bukan sahaja sekadar di Malaysia sahaja. Yang kedua, saya setuju bahawa bahasa Malaysia itu sebagai satu lingua franca yang begitu penting dan lebih-lebih lagi kita duduk di Malaysia, ianya sebagai bahasa perpaduan dan kita lihat di sekolah kita, baik sekolah jenis kebangsaan dan sebagainya, bahasa Malaysia itu sebagai bahasa untuk menyatupadukan semua kaum. Maka saya rasa dalam soal ini, tidak wujud bahawa kita meminggirkan bahasa kebangsaan itu. Apa yang lebih penting saya rasa walaupun ada pihak yang mengatakan setelah PPSMI itu diperkenalkan, nampaknya waktu pembelajaran untuk bahasa Malaysia telah dikurangkan. Sebenarnya untuk sekolah kebangsaan, masih kekal kepada 59%. Saya rasa itu apabila kita melaksanakan PPSMI, apabila sesuatu keputusan dibuat mungkin perkara itu akan berubah. Jadi saya rasa sama-sama kita menunggu keputusan dan saya yakin bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan kita lagi sedang dalam proses meminda Akta DBP itu untuk memperkasakan, untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tidak menjadi satu perkara yang merumitkan kita. Kita sentiasa mengutamakan perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Satu lagi?
Cukuplah Yang Berhormat.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili rakyat di kawasan Parlimen Silam juga ingin merakamkan ucapan jutaan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail yang kembali ke Rahmatullah. Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat dan kami juga di negeri Sabah merasa kehilangan sebab beliau ini pada satu ketika pernah berkhidmat di negeri Sabah dan saya tahu beliau faham tentang keadaan pendidikan di negeri Sabah. Saya juga ingin mengalu-alukan ketibaan kumpulan wanita dari kawasan Parlimen Bintulu pada hari ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor tiga.
3. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan bagaimana proses pengurusan sisa bahan elektronik di negara kita, memandangkan lambakan buangan elektronik ini sebenarnya boleh membawa implikasi yang besar, terutamanya buangan elektronik ini mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar.
Assalamualaikum, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada soalan tersebut dan sebelum itu saya juga bagi pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali bin Ismail. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan mendoakan supaya balu, anak-anak dan keluarganya tabah di dalam menghadapi cabaran dan dugaan ini. Terima kasih Yang Berhormat Silam. Menjawab soalan tersebut, Yang Berhormat, kementerian ini telah menggubal peraturan untuk mengawal pembuangan sisa- sisa elektronik ataupun e-Waste iaitu Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Dengan pewartaan peraturan ini pada 15 Ogos 2005, pihak yang mengeluarkan buangan ini perlu mengurus dan melupuskan buangan tersebut mengikut tatacara yang ditetapkan supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Peraturan-peraturan ini bermula daripada proses pengeluaran, pengolahan, pengangkutan hingga pelupusan. Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan peraturan ini dengan menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan mengejut ke premis-premis industri yang mengeluarkan e-Waste dan menyiasat aduan-aduan awam yang diterima dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia bagi mencegah kemasukan e-Waste dari luar negara ke negara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Kalau kita lihat dari segi buangan sisa pepejal di Malaysia pada ketika ini amat mencabar dan sering kali menjadi isu nasional dan kita hubung kaitkan dengan laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu 5% daripada jumlah sisa perbandaran terdiri daripada buangan elektronik. Lambakan buangan elektronik ini sebenarnya membawa implikasi yang besar terhadap manusia dan alam sekitar yang merupakan satu cabaran kepada pengurusan sisa pepejal sama ada di peringkat local mahupun di peringkat global. Sejak tahun 1999 hingga tahun 2003, jumlah komputer yang digunakan telah meningkat sebanyak dua kali ganda daripada 1.8 juta kepada 4.18 juta dan kemudian dari segi kalau kita rujuk kajian telefon bimbit telah meningkat empat kali ganda, 2,7 pada tahun 1999 dan 11.12 pada tahun 2003. Selain daripada elektronik yang digunakan oleh penduduk Malaysia, kalau kita lihat penggunaan TV juga meningkat daripada 4.5 juta ke 9.4 juta iaitu bahan-bahan yang lain 3.5 juta. Kesemua barang ini bakal menjadi bahan buangan apabila sampai kepada penghujungnya. Jadi apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam mengatasi ataupun mengurus masalah ini dan kita tidak mahu melihat ia boleh menyebabkan terjejasnya dari segi alam sekitar kita sebab pelbagai penyakit ataupun masalah yang kita hadapi telah timbul akhir-akhir ini, jadi adakah...
Soalannya, Yang Berhormat.
...Pihak kerajaan bersedia untuk menguruskan pertambahan buangan elektronik ini di masa hadapan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang benar bahawa e-Waste ini merupakan satu isu bukan hanya di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa dan Malaysia juga merupakan pihak yang sama-sama di dalam satu badan
antarabangsa menyertai Konvensyen Basel untuk sama-sama melihat dan mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Implikasinya memang benar, Yang Berhormat, ia ada implikasi yang sangat besar kepada kesihatan rakyat Malaysia. Memang benar alat-alat tadi punca kepada pengeluaran bahan-bahan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan daripada televisyen, bateri, telefon bimbit, komputer bahkan daripada mesin membasuh dan barang-barang berkaitan dengan penghawa dingin dan lain-lainnya juga adalah punca kepada masalah ini kerana kita dapati bahawa barang- barang elektronik yang digunakan di dalam alat-alat ini digunakan untuk sama ada untuk melekatkan komponen-komponennya untuk menahan karat dan juga untuk pengaliran elektrik dan ia menggunakan pelbagai bahan seperti yang mengandungi raksa ataupun merkuri, kadmium, kuprum, litium, perak, mangam dan pelbagai lain dan jika tidak dipelihara dengan betul, boleh memberi implikasi yang begitu buruk. Kita menganggarkan bahawa pada tahun-tahun yang akan datang bilangan ini akan bertambah dan pada tahun 2007 sebanyak 52,718 metrik tan e-Waste telah dikeluarkan pada tahun tersebut dan seperti Yang Berhormat Silam kata, dijangka akan meningkat dan keupayaan Malaysia untuk di dua pusat pelupusan yang ada di negara kita iaitu di Sarawak dan di Bukit Nenas, Negeri Sembilan, adalah sebanyak 688,065 metrik tan setahun. Maknanya kapasiti kita ataupun keupayaan kita untuk melupuskan e-Waste ini adalah lebih kepada mencukupi. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kementerian ada membuat usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan pendidikan ataupun penerangan yang jelas kepada rakyat terutama mereka yang membeli peralatan yang akhirnya menjadi e-Waste ini dimaklumkan dengan jelas bagaimana mereka hendak menguruskan akhirnya e-Waste ini dan adakah kementerian bersedia untuk menambah bilangan pusat pembuangan e-Waste ini di seluruh negara dan dimaklumkan kepada media dan orang ramai tentang pusat-pusat ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa. Program- program pendidikan awam ataupun program jangkauan awam ataupun dalam bahasa Inggerisnya outreach program adalah salah satu strategi yang digunakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab semua rakyat Malaysia dalam semua hal berkaitan dengan alam sekitar, pencemaran dan kawalannya. Setakat ini memang sudah ada modul-modul yang mana telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk kumpulan-kumpulan sasar tertentu dan insya-Allah perkara ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa. Selain daripada itu juga kementerian berdamping rapat dengan akhbar-akhbar dan media-media elektronik untuk membantu pihak kementerian menyebarkan maklumat-maklumat yang boleh dikongsi bersama dan membantu meningkatkan taraf kesedaran rakyat di negara ini. Tentang bilangan pusat pelupusan pada masa ini dua yang saya sebutkan tadi adalah mencukupi untuk pelupusan e-Waste ini dan lain-lain bahan buangan dan setakat ini kawalan yang dibuat juga oleh kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar ialah untuk memantau pengeluaran-pengeluarannya dan dengan pemberian lesen-lesen yang perlu mengikuti syarat-syarat tertentu untuk proses...
Maksud saya collection centre.
Bagi Collection centre, tanggungjawab memungut semua barang untuk pelupusan termasuk e-Waste adalah dalam bidang tanggungjawab kerajaan tempatan dan pada masa ini pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini mereka sudah ada peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Jabatan Alam Sekitar yang memantaunya. Seperti yang saya katakan tadi mereka yang terlibat dalam pembuangan sisa-sisa ini perlu dipantau daripada peringkat awal penggunaan, pemprosesan, pengolahan, pengangkutan sampai kepada pelupusan. Terima kasih.
4. Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan diswastakan dan adakah kerajaan bersedia menerima Kerajaan Pulau Pinang sebagai pemegang saham.
Tuan Yang di-Pertua, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pada masa kini kerajaan belum bercadang untuk menswastakan PPSB kepada mana-mana pihak memandangkan PPSB kini memikul tanggungjawab sosial yang berat melalui operasi perkhidmatan feri yang mengalami kerugian. Kerajaan juga buat masa ini belum berhasrat untuk menjual ekuiti yang dimiliki dalam PPSB atau menerima mana-mana pihak termasuk Kerajaan Pulau Pinang sebagai pemegang saham dalam PPSB. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Setahu saya, dasar kerajaan apabila menswastakan operasi-operasi kerajaan melalui syarikat-syarikat ataupun GLC adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan juga memperkukuh budaya kerja dan menjadikan syarikat-syarikat itu satu syarikat yang berdaya saing. Namun kini kita mendapati beberapa buah syarikat yang telah diswastakan mengalami pelbagai masalah dan saya faham termasuklah PPSB. Lebih menyedihkan sesetengah syarikat ini terpaksa gulung tikar serta ada juga yang masih beroperasi tetapi masih mendapat suntikan kewangan daripada kerajaan. Soalan saya ialah apakah kriteria pemilihan sesebuah syarikat kerajaan yang boleh diswastakan dan berapa banyak lagi syarikat-syarikat yang bakal akan diswastakan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya saya tidak mempunyai angka berkenaan dengan berapakah syarikat yang kerajaan sedia ataupun akan menswastakannya tetapi kerajaan selalunya apabila hendak menswastakan sesebuah syarikat MKD kita perlu lihat dari segi adakah revenue syarikat itu stabil ataupun tidak. Berkenaan dengan Penang Port Sdn. Bhd., kita tahu bahawa pada masa sekarang tanggungjawab sosial iaitu perkhidmatan feri memang mengalami kerugian dan pada masa sekarang harga minyak juga tidak menentukan. Bagi tahun 2008 kerugian perkhidmatan feri pun bertambah. Pada masa sekarang PPSB juga dalam peringkat hendak mengembangkan perkhidmatan dengan pertambahan 600 meter lagi jeti. Ini semua adalah perkara yang kita perlu ambil kira sebelum kita menentukan sama ada kerajaan akan menswastakan syarikat PPSB. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Jika penghalang kepada penswastaan Penang Port Sdn. Bhd. ini adalah berkenaan operasi perkhidmatan feri kenapa tidak operasi perkhidmatan feri ini dipisahkan daripada Penang Port Sdn. Bhd. supaya dikendalikan oleh kerajaan ataupun dikendalikan oleh syarikat yang khusus untuk pengendalian feri ini serta pelabuhan tersebut diasingkan sebagai satu entiti yang bukan diswastakan tetapi mungkin pengurusannya (management) diberikan kepada syarikat yang ada track record dalam pengurusan pelabuhan, syarikat tempatan seperti North Port, PTP ataupun West Port dan saya mencadangkan agar dipisahkan. Adakah kementerian bercadang untuk berbuat sedemikian, bukan diswastakan tetapi buat management control agar tidak ada masalah seperti dahulu yang mana kita menswastakan keuntungan dan kerugian itu ditanggung oleh kerajaan, dan tidak timbul isu bailout nanti. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Kementerian Kewangan iaitu MKD memang dalam peringkat perbincangan dengan syarikat Prasarana untuk mengambil milik aset perkhidmatan feri tetapi kita belum sampai kepada satu keputusan lagi untuk menswastakan perkhidmatan feri. Selama ini perkhidmatan feri memang telah pun mengalami banyak kerugian dan kerajaan mengambilnya sebagai satu tanggungjawab sosial yang kita tidak boleh abaikan. Semua pihak termasuk Kerajaan Pulau Pinang juga tahu bahawa perkhidmatan feri itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan Kerajaan Pulau Pinang sendiri juga tidak bersedia untuk mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang ini. Sekian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga bagi pihak saya sendiri dan seluruh masyarakat Langkawi mengucapkan takziah di atas
pemergian Yang Berhormat Dato' Razali bin Ismail, semoga rohnya dirahmati Allah SWT. Saya mohon jawapan bagi soalan nombor 5.
5. Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:- (a) berapa ramai lagi nelayan kecil dan pantai yang telah lama berusaha dan tidak diberi lesen dan apakah tindakan kerajaan untuk mempercepatkan proses kelulusan lesen tersebut; dan (b) adakah kerajaan bercadang untuk mengehadkan lesen pukat bilis hanya di perairan Zon B dan C sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga bagi pihak saya sendiri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Parlimen Batang Lupar ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali bin Ismail dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan agar keluarga bersabar di dalam mengharungi masa-masa yang sedih ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod bilangan nelayan yang telah lama berusaha dan tidak diberi lesen adalah seramai 15,900 orang termasuk di Sabah dan di Sarawak. Daripada bilangan tersebut, Jabatan Perikanan hanya menerima 9,269 permohonan sampan. Daripada jumlah itu iaitu 9,269 permohonan yang diterima dan disemak, hanya 5,290 permohonan adalah lengkap. Sehingga hari ini, hanya 1,776 permohonan yang telah dilesenkan. Sebagai langkah bagi mempercepatkan proses kelulusan lesen, jabatan telah mengeluarkan pekeliling pelan tindakan melesenkan sampan tanpa lesen bagi semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Pada September 2008 kerja-kerja pelesenan telah mula dijalankan. Namun begitu, sampan perlu diperiksa bagi memastikan ianya mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan. Seperti yang ditetapkan di dalam pelan tindakan tersebut, semua sampan dan peralatan akan selesai dilesenkan pada 31 Januari tahun hadapan iaitu tahun 2009. Bagi menjawab soalan (b), pada masa ini operasi pukat bilis adalah hanya di Zon A. Kerajaan pada masa kini tidak bercadang untuk mengehadkan lesen pukat bilis di perairan Zon B dan Zon C kerana bilis tidak terdapat di zon-zon yang lain. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira tahniahlah di atas kejayaan lebih kurang 1,000 daripada 11,000 lesen yang telah diluluskan. Saya percaya kerja-kerja ini sudah lama iaitu 10 tahun lebih. Tan Sri Sulaiman Daud, Dato’ Effendi Norwawi, Yang Berhormat daripada Pagoh, so, sekarang ini Yang Berhormat Menteri dari Jeli. Jadi saya percaya, perkara inilah perkara yang membebankan rakyat, membebankan wakil rakyat. Saya tahu, saya hilang undi lebih kurang 2,000 disebabkan lesen inilah. Ini kerana mereka kata,“ Sudah lama Dato’, tak dapat lesen-lesen lagi. Apa benda ini?”. Inilah yang sering dilaungkan oleh mereka. Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak dapat lesen mereka tidak akan dapat bantuan apa-apa pun. Bantuan lain-lain tak dapat. Kerana lesenlah mereka sudah bergantung pada bantuan. Seterusnya, ikan bilis. Walaupun ia di Zon A, tetapi disebabkan pukat itu kecil ataupun pukat saiznya kecil, dia bila memukat seluruh jenis ikan iaitu apa yang ada di situ, disauknya habis. Macam mana kita nak menyelesaikan perkara ini? Tidak tahulah. Jadi kita mintalah review
semula perkara ini sebabkan Zon A lah, maka dapat nelayan kecil mencari makan. Minta pandangan dan seterusnya diserahkanlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat saya berdoa juga mudah-mudahan setelah tindakan diambil sekarang ini untuk kita melesenkan semua bot sampan kecil ini, supaya rakyat Yang Berhormat memahami bahawa bukan setakat Yang Berhormat, tetapi sebenarnya kita berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa apa suara rakyat itu sememangnya kita dengari, insya-Allah. Sebenarnya Yang Berhormat, saya memaklumkan sedikit bahawa sebenarnya banyak implikasi pada masa itu sekiranya kita memberi segala lesen ini kepada semua tuan punya sampan. Akan tetapi oleh sebab kita juga sedar Yang Berhormat bahawa ini adalah mata pencarian. Oleh sebab ada bantuan-bantuan yang diberi seperti subsidi petrol dan sebagainya dan sekarang ini termasuk sara hidup, jadi kerajaan telah melakukan sedaya upaya untuk kita melesenkan semula. Sebab itu daripada daftar, kita dapat 15,000 lebih. Mereka yang berhak untuk mendapatkan lesen dan sekarang ini telah diproses dan saya juga berdoa Yang Berhormat agar kerja-kerja ini kita dapat selesaikan dengan secepat mungkin. Akan tetapi oleh sebab ada juga dari segi usaha-usaha kita ini mendapat sedikit sebanyak masalah disebabkan kadang-kadang maklumat yang diberikan itu tidak lengkap. Satu lagi ialah ada juga kedapatan mereka yang mengambil kesempatan. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, prosesnya mengambil sedikit masa. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita telah memastikan bahawa untuk mempercepatkan proses ini sebab target kita 31 Januari 2009. Insya-Allah semua mereka ini dapat lesen. Jadi kita telah menurunkan kuasa untuk meluluskan permohonan lesen sampan dari ibu pejabat kepada Pejabat Perikanan Negeri. Itu salah satu untuk mempercepatkan. Yang keduanya, kita mengadakan gerakan besar-besaran bagi tujuan memeriksa sampan dan membuat siasatan permohonan. Ketiganya, kita sedang mengambil pekerja khidmat singkat bagi membantu proses pengeluaran lesen. Jadi mengenai bilis tadi Yang Berhormat, oleh sebab bilis ini hanya kedapatan di Zon A, dan oleh yang demikian tadi Yang Berhormat telah mengatakan, kita buat masa ini kita tidak mengeluarkan lagi lesen pukat jeruk bilis, sebab dia rasakan yang 150 itu..
Lesen ikan bilis.
Ya?
Ikan bilis.
Ya, lesen ikan bilis. Sebab kita merasakan yang 150 ini pun kita hendak memantapkan supaya mereka ini diberi segala bantuan dan untuk memastikan yang 150 lesen ini sentiasa mendapat sumber bilis yang kekal. Ini adalah sebab kita mengetahui Yang Berhormat khasnya kita ada mendapat aduan bahawa mereka iaitu nelayan daripada nelayan asing ini. Dia menangkap ikan 24 jam. Padahal kita mensyaratkan supaya mereka hanya beroperasi di waktu siang antara jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja dan mereka tidak boleh menggunakan unjam dan memanglah saiz maksimum bagi mata pukat tidak melebihi satu sentimeter. Jadi Yang Berhormat, kita sentiasa menjalankan tugas supaya apa yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi juga menjadi satu panduan kepada kami. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bertanya kepada kementerian, apa susahnya kita hendak bagi lesen? Sudah ada 17,000 dah. Ini adalah sebab saya dapati di kawasan Kuala Kedah, mungkin sama juga dengan di Langkawi. Nelayan-nelayan kecil kita ada di tepi pantai tidak ada lesen. Perikanan pergi tangkap, ambil bot, pupus habis. Tidak ada mata pencarian lagi hendak dicari. Inilah masalahnya yang mereka hadapi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini masalah rakyat yang terpaksa diberi perhatian oleh wakil rakyat.
Saya harap perkara ini dapat dipercepatkan. Semoga mereka ini tidak akan menanggung masalah. Itu satu masalah. Satu lagi tentang ikan-ikan di dalam negara kita ini. Kajian statistik daripada Jabatan Perikanan menunjukkan 60% hingga 88% sumber ikan kita sudah berkurangan di pantai-pantai dan juga di laut-laut yang kita boleh dapat ikan. Apakah usaha-usaha selain daripada tukun-tukun tiruan yang pernah dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dahulu iaitu Tan Sri Sanusi Junid. Iaitu dengan melepaskan tukun tiruan seperti tayar buruk dalam laut itu. Apakah selain daripada usaha itu yang dijalankan untuk menambahkan sumber ikan di dalam laut di negara kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah memberitahu tadi, 31 Januari 2009 adalah dateline kami dan bermakna kami juga hendak mengejarnya. Bermakna sebulan lagi Yang Berhormat. Kami hendak mengejar juga target tersebut sebab kami juga prihatin semacam Yang Berhormat semua. Akan tetapi kadang-kadang yang memakan masa sedikit iaitu kadang-kadang didapati bahawa ada perubahan-perubahan pula daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kadang-kadang kita hendak memastikan bahawa pemilik itu adalah juga mempunyai sampan tersebut. Kadang-kadang terpaksa pegawai kita turun. Jadi di sinilah Yang Berhormat, saya mengatakan tadi kalau ketelusan ini kita dapati, insya-Allah Yang Berhormat kita dapat menjalankan kerja dengan begitu...
Turun kerap sedikit, turun kerap sedikit.
Tadi Yang Berhormat, bukankah saya sudah katakan tadi, satunya kita menurunkan kuasa kepada pengarah negeri.
Kedua, kita tadi mengadakan gerakan besar-besaran, di sini jugalah Yang Berhormat boleh memainkan peranan, kita mass, kita bawa ramai-ramai sekali...
10 tahun Yang Berhormat Menteri, 10 tahun tunggu.
Ketiganya, kita mengambil pekerja sambilan. Jadi macam ini Yang Berhormat, kalau didapati di dalam segala proses permohonan dan penyemakan itu telus Yang Berhormat, kita juga hendak mempercepatkan memberi lesen kepada semua mereka-mereka ini yang kita telah kenal pasti
Jangan tunggu nelayan mogok.
Inilah sikap Yang Berhormat. Lalau lambat, mogok. Kalau lambat, mogok. Akan tetapi yang menerima, Yang Berhormat...
Nelayan yang mogok, bukan saya mogok.
Yang Berhormat, tunggu sekejap. Yang Berhormat, yang menerima tidak berbunyi, ini yang peliknya. Sepatutnya yang menerima ini memberitahu bahawa kami telah menerima RM200 sebulan. Ini tidak, yang menerima senyap.
Logik apa pakai ni? Yang terima diamlah, yang tak dapat yang marah ni, apa ini.
Batu api.
Yang Berhormat jangan berdialog Yang Berhormat. Hakikatnya yang menerima tidak berbunyi, tidak berterima kasih, tidak pergi...
Yang tak terima yang marahnya.
Itulah. Apa yang saya katakan di sini, proses ini memakan masa. Kalaulah sistem kita dari segi nelayan itu telus Yang Berhormat, insya-Allah cepat. Ini tidak Yang Berhormat, kami dah dapati bermacam- macam, kadang-kadang seorang nelayan, dia memberi dua nama. Jadi kadang-kadang...
Datuk minta laluan.
...Double. Kes-kes banyak, jadi Yang Berhormat perkara-perkara macam ni, kita juga sering pertimbangkan, tetapi janganlah proses ini diharungi dengan bermacam-macam pula benda-benda yang pelik di mana nelayan tidak tulen pun dapat. Mengenai sumber tadi, selain daripada tukun tiruan, lesen inilah satu cara untuk kita menjaga sumber Yang Berhormat. Kita tidak mahu membuka seluas-luasnya sehingga sumber kita ini dah pupus Yang Berhormat. Yang Berhormat, banyak tempat termasuk di Sarawak, ikan terubuk dah habis dah. Sebab apa? Dengan tidak ada kawalan, yang tidak ada lesen pun pergi menangkap, yang kecil-kecil pun tangkap. Jadi sehingga kini banyak sumber-sumber perikanan telah pupus. Jadi Yang Berhormat percayalah, kita membuat sedaya upaya dan yang terbaik Yang Berhormat.
Bagi lesen buka atas darat pula.
6. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [Hulu Selangor] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sejauh manakah usaha membantu ibu-ibu tunggal yang menghadapi masalah undang-undang, umpamanya nafkah anak, kes perbicaraan yang terlalu mengambil masa, ketidakupayaan mengupah peguam dan kes-kes penderaan oleh bekas suami.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya seperti rakan-rakan lain mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga warga Parlimen Sungai Besar turut merasa kehilangan sahabat kita Allahyarham Dato’ Razali Ismail, semoga rohnya bersemadi dengan tenang dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita ataupun JPW, melaksanakan beberapa program untuk ibu tunggal bagi membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi selepas berlakunya penceraian, sungguhpun isu berkaitan nafkah anak, kes perbicaraan yang makan masa yang lama dan ketidakupayaan mengupah peguam adalah di luar bidang tugas kementerian. Antara langkah-langkah tersebut ialah mengadakan kerjasama pintar dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah, Jabatan Pendaftaran Negara, Biro Bantuan Guaman, Polis Diraja Malaysia, dan badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO agar ibu-ibu tunggal boleh membuat aduan dan mendapatkan bantuan serta maklumat mengenai prosedur yang boleh dilakukan membuat tuntutan atau mengambil tindakan terhadap bekas suami yang tidak bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga melaksanakan program literasi undang- undang yang bertujuan memberi maklumat asas mengenai undang-undang kepada wanita agar mereka lebih memahami fungsi dan proses perundangan dalam perkahwinan. Program ini dilaksanakan dengan badan-badan NGO dengan pesertanya terdiri daripada wanita pelbagai kaum. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada wanita mengenai kedua-dua sistem perundangan yang diguna pakai dalam hal-hal berkaitan wanita dan kekeluargaan. Dalam pelaksanaan program-program ini, wanita akan mendapat maklumat mengenai hak-hak mereka dalam perkahwinan dan sekiranya berlaku pengabaian tanggungjawab oleh bekas suami, mereka tahu bagaimana untuk mengambil tindakan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian turut mengadakan brosur yang berkaitan dengan hak-hak wanita dan undang-undang keluarga Islam. Ia mengandungi maklumat mengenai hak-hak wanita sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Mereka boleh mendapat informasi mengenai prosedur perkahwinan iaitu pertunangan, perkahwinan dan penceraian, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan harta sepencarian dan tuntutan nafkah. Mereka juga boleh mengakses maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh JPW melalui telefon dan juga laman web jabatan. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu keganasan rumah tangga pula termasuk kes-kes penderaan oleh bekas suami, pihak kementerian melaksanakan beberapa langkah iaitu seperti pelaksanaan program kempen dan seminar kesedaran, menangani keganasan terhadap wanita yang dijalankan di seluruh negara dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai khususnya wanita mengenai perkara yang mereka perlu lakukan dari segi perundangan sekiranya mereka menjadi mangsa penderaan suami serta keganasan rumah tangga. Antara tahun 2004 sehingga tahun 2007, seramai 5570 orang peserta telah diberikan pendedahan kepada pelbagai aspek menangani keganasan rumah tangga terhadap wanita. Kementerian turut juga menyediakan beberapa risalah berkaitan keganasan terhadap wanita iaitu Panduan Mengatasi Keganasan Rumah Tangga, tentang Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Hapuskan Keganasan Terhadap Wanita, Keganasan Terhadap Wanita dan Langkah-langkah Pencegahan dan Hak-hak Wanita dan Undang-undang Keluarga Islam Malaysia. Risalah-risalah ini diedarkan kepada orang rami di seluruh negara melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri dan turut memberi panduan tentang kewujudan OSCC ataupun One Stop Crisis Centre di hospital-hospital yang menjadi pusat khidmat bersepadu. Kementerian juga mengambil inisiatif baru dengan melancarkan perkhidmatan Talian Nur 15999 pada 5 Disember 2007 iaitu perkhidmatan talian telefon yang beroperasi 24 jam. Sehingga 13 November 2008, sebanyak 181 panggilan mengenai keganasan rumah tangga diterima oleh pihak kementerian. Kementerian juga menyediakan bantuan dari sudut pengukuhan psikologi iaitu dalam bentuk penyediaan khidmat kaunseling seperti yang disediakan di JPW dan juga di 13 Pejabat Pembangunan Wanita Negeri-Negeri. Kementerian percaya melalui langkah-langkah yang telah kita sediakan tadi, kerjasama pintar dengan pelbagai pihak termasuk dari kaum wanita sendiri, lelaki, pihak penguat kuasa seperti polis, badan perundangan, NGO, usaha membantu wanita dan ibu tunggal menghadapi maslah perundangan dapat disebarkan luas sehingga ke peringkat akar umbi dan membolehkan wanita dan ibu tunggal menangani dan menghadapi masalah yang dihadapi secara lebih berkesan dan dengan lebih cekal. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita semua wanita kita tahu ada undang-undang memperuntukkan hak dan pihak kementerian mempunyai program-program untuk memberi maklumat kepada wanita berkenaan hak-hak mereka. Akan tetapi persoalan yang timbul sekarang ialah undang-undang yang sedia ada itu gagal melindungi wanita. Saya bagi contoh dengan izin, yang Law Reform (Marriage and Divorce) Act, walaupun memperuntukkan hak wanita, isteri yang bercerai untuk menuntut nafkah untuk dirinya dan anaknya, tapi sering kali perintah yang diberikan mahkamah tidak diendahkan oleh suami yang tidak bertanggungjawab. Isteri-isteri ini tiada bantuan langsung, bantuan kewangan untuk membantu mereka menanggung kehidupan mereka dan anak-anak mereka. Jadi saya nak tanya apakah pihak kementerian ada menetapkan satu tempoh untuk memastikan undang-undang yang sedia ada untuk melindungi wanita ini dipinda agar benar-benar melindungi wanita. Yang kedua ialah, apakah kementerian bersedia mengadakan tabung apabila suami-suami yang tidak bertanggungjawab enggan membayar nafkah, pihak kementerian yang akan membayar nafkah kepada pihak mereka dan menuntut terus dari suami-suami yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat adalah pejuang kepada wanita, begitu juga saya Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat
minta itu adalah juga matlamat dan hasrat utama kementerian ini Yang Berhormat iaitu pembelaan kepada wanita termasuklah mengadakan pindaan-pindaan terhadap undang- undang seperti Law Reform, seperti memperbaharui akta undang-undang perkahwinan dan penceraian.
Perkara ini pun telah kita panjangkan Yang Berhormat. Input dari pihak kementerian ini telah kita berikan kepada kementerian yang berkenaan dan saya yakin mereka akan berusaha untuk membentangkan pindaan yang kita kehendaki ini di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat. Saya tidak berani memberitahu jangka ataupun tempohnya Yang Berhormat kerana bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tetapi apa yang wajar kami laksanakan, telah kami laksanakan. Input dari NGO, daripada pihak Yang Berhormat daripada pihak kementerian sendiri telah kita panjangkan. Begitu juga, banyak juga Yang Berhormat tentang pindaan-pindaan Akta Undang- undang Keluarga Islam misalnya juga telah kita laksanakan dan kita panjangkan. Semoga semua negeri akan meminda ataupun menggunakan pakai perkara-perkara atau perundangan yang baik ini di seluruh enakmen keluarga Islam di negeri masing-masing seperti juga penganiayaan, keganasan rumah tangga. Tentang tabung Yang Berhormat, kita tidak ada tabung khas untuk membantu golongan ibu tunggal yang diceraikan ataupun ditinggalkan untuk anak-anak mereka, tetapi Yang Berhormat di bawah JKM, di bawah kementerian ini juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kita bersedia Yang Berhormat memberikan bantuan kanak-kanak kepada ibu- ibu tunggal yang selepas 60 tahun kita beri bantuan orang tua, tetapi yang masih muda yang mempunyai tanggungan kita sentiasa Yang Berhormat jika menepati syarat di bawah kategori bantuan kanak-kanak itu iaitu pendapatan bulanannya di Semenanjung RM720 Yang Berhormat kita bersedia untuk mempertimbangkan bantuan kanak-kanak sebanyak RM100 seorang anak dan sehingga maksimum RM450 Yang Berhormat. Jadi tentang penubuhan tabung itu pernah juga kita bincangkan Yang Berhormat dan kementerian sendiri pernah mengadakan satu rundingan dengan satu badan iaitu bolehlah saya sebut di sini Karangkraf ingin mewujudkan satu tabung yang boleh membantu ataupun memberi ihsan secara one-off kepada ibu-ibu tunggal yang buntu di peringkat awal sebelum kita berikan mereka jalan dan ruang untuk proses undang-undang. Ini semuanya Yang Berhormat pelaksanaan perintah mahkamah bukan di bawah bidang kuasa kementerian tetapi kami sentiasa memberi perhatian dan sedia untuk memberikan garis paduan yang sewajarnya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sering mendapat aduan dari penerima bantuan JKM termasuk ibu tunggal yang miskin mengenai kelewatan menerima bantuan kewangan. Kadang-kadang kelewatannya sampai tiga atau empat bulan dan ini telah menimbulkan kesulitan hidupan harian mereka. Soalan tambahan saya ialah apakah sebab-sebabnya dan apalah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah. Kalaulah boleh Yang Berhormat berikan secara terperinci kepada saya, butir-butir penerima yang dikatakan sampai tiga atau empat bulan itu keterlaluan Yang Berhormat saya pun sedih kalau memang berlaku. Kalau boleh beri butiran terperinci akan saya siasat sendiri melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah yang melibatkan kawasan Gelang Patah. Yang Berhormat satu lagi kemungkinan bantuan itu lewat diterima tetapi tidaklah sampai tiga empat bulan, mungkin ada sedikit perbezaan kepada yang tidak faham kerana skim bantuan ada oleh negeri dan skim bantuan persekutuan. Skim Bantuan Persekutuan kita kawal Yang Berhormat kita cuba seboleh mungkin, arahan telah dikeluarkan untuk dibayar sebelum 5hb setiap bulan dan kita sudah permudahkan, ada empat cara. Hendak terus masuk akaun bank penerima, hendak secara berkelompok. Hendak client datang pejabat mengambil sendiri atau yang mana tidak larat datang, yang tidak mampu datang pegawai kami bersedia untuk berkunjung ke rumah client untuk menghantar sendiri wang.
Penurunan kuasa juga untuk mempercepatkan proses bayaran dan sebagainya telah kita laksanakan Yang Berhormat daripada dahulu negeri kini kepada pegawai kebajikan masyarakat daerah sahaja yang sudah boleh meluluskan, cuma voucher sahaja perlu disahkan oleh peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Bayaran ada sedikit perbezaan sebab kadang-kadang negeri lambat sedikit, dia tidak sama tarikh bayarannya, itu yang kadang-kadang mereka tidak faham, bukan ini ada yang dapat 5hb, dia kata bulan depan 20hb pun tidak dapat. Itu kemungkinan ketidakselarasan tarikh pembayaran Skim Bantuan Persekutuan dan juga Skim Bantuan Kebajikan Negeri-Negeri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya dengan ini ingin mengambil peluang untuk mengucapkan takziah bagi pihak diri saya dan juga rakyat di Parlimen Batang Sadong, kita ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali bin Ismail.
7. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan apakah tindakan kementerian untuk memastikan golongan wanita mencapai tahap celik IT di peringkat kampung selaras dengan Wawasan 2020.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Batang Sadong atas pertanyaan yang dikemukakan. Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Air, dan Komunikasi adalah komited untuk menyediakan infrastruktur komunikasi asas ICT seperti talian telefon, komputer dan talian internet di kawasan luar bandar. Ini bertujuan merapatkan jurang digital dan jurang minda antara penduduk bandar, luar bandar serta pedalaman termasuk golongan wanita. Di bawah program merapatkan jurang digital kementerian ini, terdapat tiga aktiviti utama yang dijalankan iaitu Program Internet Desa, Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) dan Projek Rangkaian School Net. Program Internet Desa dijalankan dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad (PMB) dengan membangunkan pusat-pusat internet desa atau PID menggunakan bangunan tambahan - annex di setiap pos terpilih. Sehingga kini sejumlah 42 lokasi PID telah beroperasi di seluruh negara. Di bawah projek USP yang mula dilaksanakan sejak tahun 2002, kementerian ini telah membekalkan infrastruktur komunikasi asas kepada 1,169 lokasi di seluruh negara di mana 810 lokasi merupakan perpustakaan desa dan 359 lokasi adalah di klinik kesihatan atau klinik desa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada menyediakan kemudahan infrastruktur komunikasi asas, kementerian ini turut memberi latihan kepada golongan sasaran komuniti setempat yang terdiri daripada golongan pendidik, usahawan, pertanian, belia, kanak-kanak dan wanita. Berdasarkan statistik kementerian ini, jumlah penggunaan keseluruhan USP dalam tahun 2007 adalah seramai 13,399 orang. Daripada jumlah ini 6,866 orang iaitu 51.2% merupakan pengguna wanita yang mana sejumlah 295 orang adalah suri rumah. Sementara itu jumlah pengguna berdaftar di PID sehingga tahun 2007 adalah seramai 103,285 orang di mana 54,741 orang 53% adalah wanita. Memandangkan projek-projek yang dilaksanakan telah memberi faedah dan impak kepada masyarakat di luar bandar terutama wanita. Kementerian ini sedang dalam proses menaik taraf 42 buah PID sedia ada dengan ada lebih menekankan aspek pembangunan insan. Projek USB pula akan diperluaskan skopnya bagi meliputi pemberian latihan kepada golongan-golongan sasaran termasuk wanita melalui pelaksanaan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK). Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Kita nampak
bahawa kementerian pun prihatin terhadap keperluan wanita dalam bidang IT. Apa yang saya hendak tahu di sini bahawa oleh kerana Yang Berhormat Menteri tahu ramai wanita terlibat dalam perusahaan kecil dan menjalankan perniagaan dari rumah. Jadi, untuk makluman warga wanita Malaysia khususnya di Sarawak, bolehkah kita tahu berapa banyakkah kawasan luar bandar yang sudah ada liputan jalur lebar iaitu high speed broadband dengan izin. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Batang Sadong atas pertanyaan tambahan. Yang Berhormat, saya minta maaf berkenaan dengan penebusan high speed broadband kerana projek ini belum lagi dilancarkan. [Gangguan pada sistem pembesar suara]
Sila teruskan.
Belum ada lagi rumah-rumah yang mendapat high speed broadband yang ditanya oleh Yang Berhormat dan oleh yang demikian saya belum ada jawapannya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menarik perhatian jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan penglibatan wanita. Yang dikatakan tadi 51% wanita terlibat dalam projek USB iaitu bilangannya 6,866. Akan tetapi, bilangan yang diberikan daripada golongan suri rumah ialah 295. Saya lihat di sini bahawa jumlah suri rumah yang terlibat begitu sedikit. Jadi, andaian saya bahawa wanita yang terlibat dengan projek menerima latihan ini adalah wanita yang merasakan diri mereka perlu untuk mendapat latihan tersebut. Jadi, soalan saya, sekiranya pihak kementerian tidak buat satu outreach program mengajak wanita-wanita suri rumah ini untuk mengadakan latihan, jadi available itu tidak bermaksud assessable dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya khuatir bahawa suri rumah ini sekiranya kita tidak bantu mereka, mereka akan terus berada dalam keadaan di mana jurang digital itu bertambah luas di antara wanita suri rumah dengan wanita yang jadi usahawan. Bagaimana kita hendak bantu wanita suri rumah ini supaya mereka juga celik, supaya mereka boleh bantu anak mereka. Sekiranya anak mereka keluar belajar tentang IT, mereka juga boleh sama-sama chatting, YM dengan anak-anak mereka. Itu soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Yang Berhormat Kuantan seolah-olah takut kaum wanita akan ketinggalan dalam penglibatan ICT. Akan tetapi Yang Berhormat, apa yang kita ketahui bahawa kaum wanita tidak ketinggalan dari segi penglibatan dalam ICT. Semua program-program yang dianjurkan oleh kementerian ini bukan bertujuan untuk sasaran hanya sesuatu kaum sahaja, kaum lelaki atau wanita tetapi ianya ditumpukan kepada keseluruhan masyarakat. Bagaimanapun, sekiranya kita mendapat hanya 295 suri rumah yang terlibat dalam Projek USD ini, bukan bermakna bahawa yang tidak terlibat itu tidak celik ICT, bukan bermakna mereka tidak menggunakan jalur lebar. Semua projek yang dijalankan oleh kementerian ini dan SKMM semuanya merupakan projek tumpuan kepada semua masyarakat dan bukan untuk meninggalkan suri rumah dan untuk meninggalkan kaum wanita. Akan tetapi, diharapkan oleh kerana nampaknya ada kegigihan kaum wanita dalam menyertai semua program yang dianjurkan oleh kementerian ini, jadi boleh kita katakan lebih ramai lagi kaum wanita dari kaum lelaki yang menyertai semua program yang diadakan oleh kementerian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua mohon izin untuk mengambil peluang bagi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen daripada Kuala Terengganu semoga rohnya dirahmati oleh Allah SWT.
8. Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan mengapa Malaysia lebih menumpukan pembiakan haiwan-haiwan baka luar yang kosnya tinggi dan mempunyai risiko kerugian dan kenapakah kerajaan tidak mengkomersialkan baka tempatan yang juga berpotensi dan kosnya lebih murah dan sesuai dengan pasaran semasa.
Tuan Yang di-Pertua, baka lembu tempatan seperti lembu Kedah Kelantan atau (KK) dan Kambing Kacang merupakan baka yang sesuai untuk cuaca, persekitaran dan sistem penternakan di Malaysia. Malah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mewujudkan ladang-ladang khas bagi pembiakan ternakan berkenaan. Kini terdapat sejumlah 561,286 ekor lembu KK dan 266,395 ekor Kambing Kacang termasuk kacukannya. Walau bagaimanapun, negara perlu mengimport baka ternakan dari negara luar kerana beberapa sebab seperti negara masih kekurangan jumlah induk lembu kambing bebiri untuk pembiakan bagi menampung keperluan pengeluaran daging negara. Oleh itu, untuk mempercepatkan perkembangan populasi ternakan negara, jumlah induk ternakan dalam negara perlu ditambah dalam masa yang tidak begitu lama. Contohnya bagi meningkatkan tahap sara diri daging lembu dari 26% kepada 40% memerlukan tambahan sebanyak 15,000 hingga 20,000 bibit setahun hingga tahun 2015. Ini tidak dapat dibekalkan oleh sumber tempatan. Justeru kaedah yang paling cepat untuk mencapai sasaran ini adalah dengan membawa masuk induk lembu, kambing dan bebiri dari luar negara bagi membiak menerusi kacukan dengan baka tempatan. Baka- baka ternakan dari luar negara juga dapat digunakan dalam penambahbaikan baka ternakan tempatan untuk menghasilkan ternakan yang lebih besar, kadar tumbesaran yang cepat dan tahan terhadap penyakit. Kemasukan pelbagai baka ternakan dapat memberi peluang kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengkaji keberkesanan dan kesesuaian baka-baka tersebut di dalam suasana negara seperti juga yang dilakukan oleh negara-negara pengeluar lembu dan kambing di dunia termasuk Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Thailand dan Indonesia. Jika usaha pengimportan baka luar dan seterusnya pembiakan tidak dilaksanakan dengan agresif, negara perlu mengimport daging dari negara luar bagi memenuhi permintaan. Tambahan pula kesan lain ialah banyak ternakan tempatan termasuk bibit betina ternakan akan disembelih. Ini sesungguhnya akan mengurangkan lagi populasi asas pembiak dalam negara seterusnya membantutkan industri pembiakan negara. Tidak semua baka ternakan yang diimport menghadapi masalah menyesuaikan diri pada persekitaran Malaysia seperti baka Lembu Kuning dari negara China yang mempunyai ciri lembu Kedah Kelantan.
Contohnya daripada jumlah 1,812 bibit lembu yellow cattle yang dibawa masuk pada tahun 2007 ke negara ini kini telah melahirkan 549 jumlah ekor anak lembu. Beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI, FELDA, MPOB dan UPM telah melaksanakan penyelidikan mengenai pembiakan baka tempatan. Ini termasuk baka-baka lembu KK, kambing kacang serta berbiri Malin. Malin ini adalah Malaysian Indigenous Sheep. Hasil penyelidikan menunjukkan prestasi tempatan lambat membesar dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk menghasilkan kuantum daging bagi memenuhi permintaan tempatan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan MARDI telah berjaya menghasilkan baka berrak emas. Iaitu hasil kacukan Brahman dicrosskan dengan lembu
Kedah-Kelantan jadi namanya Brakmas. Yang mempunyai berat badan dewasa 30% hingga 35 % lebih berat daripada lembu KK dan didapati sesuai diternak secara integrasi dengan tanaman kelapa sawit. Penghasilan baka-baka kacukkan baru yang sesuai dengan iklim penternak tempatan akan diteruskan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, ada cross yang terbaru iaitu dicrosskan di antara kambing Jamnapari dengan Boer, namanya JamBo. Jadi JamBo ini lebih mengeluarkan hasil daging sebab telah mengatasi banyak masalah cuaca dan bahan makanan. Baka ternakan tempatan terus diperkembangkan dan dikomersialkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI, FELDA, MPOB, RISDA dan UPM. Termasuk syarikat-syarikat swasta. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar terus melaksanakan program serampang dua mata ini dengan mengambil kira kelebihan baka-baka ternakan tempatan dan yang diimport bagi meningkatkan tahap sara diri dengan lebih cepat lagi. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat sesi soal jawab telah selesai. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Iaitu Peraturan 14(k), Ucapan-ucapan takziah.
Sudah kita buat tadi Yang Berhormat. Tadi pagi ada.
Sudah ada?
Sudah ada.
Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Putatan.
35(2).
Sila baca.
“Jika dua atau lebih daripada dua orang Ahli bangun serentak, maka Tuan Pengerusi hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya”. Pada sambungan malam hari Khamis Tuan Yang di-Pertua, kita hanya bahas satu jam setengah. Kementerian Kesihatan dan Tuan Pengerusi membenarkan Menteri untuk menggulung. Saya bukan berniat untuk membantah keputusan Tuan Pengerusi. Akan tetapi yang saya mahu Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa balik ke Dewan berhujan untuk berbahas tetapi tidak dibagi peluang oleh Tuan Pengerusi semasa berbahas pada malam Khamis sampai 7.30 malam. Jadi Kementerian ini adalah antara yang terbesar peruntukkannya. Hampir-hampir RM14 bilion dan diberi hanya satu jam setengah. Ini mungkin tidak cukup, saya tahu kita kesuntukan masa Tuan Yang di-Pertua. Namun, izinkan kami meluahkan apa yang patut dibincangkan yang penting dalam kementerian ini. Terutama sekali saya seseorangnya Ahli Parlimen dari Sabah berdiri - duduk, berdiri - duduk, tidak dibagi peluang.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.
Sama dengan Yang Berhormat Jerai dan ramai lagi orang yang berbahas. Jadi kenapa pula satu jam setengah diberikan kepada kementerian untuk menggulung.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai respons saya kepada point of order itu Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 35(2) adalah tidak kaitan. Iaitu apabila seseorang Ahli Yang Berhormat ingin untuk berhujah, dia berdiri, siapa yang Tuan Pengerusi nampak itu tidak dipanggil itu cuma...
Tuan Yang di-Pertua saya beri...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Putatan. Peraturan Mesyuarat 42, apabila Tuan Yang di-Pertua bercakap tidak ada siapa pun Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap. Itu respons saya kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Respons kedua saya ialah Peraturan Mesyuarat 35(7) Tuan Yang di-Pertua ataupun Tuan Pengerusi boleh mengehadkan masa kalau perlu. Dalam Peraturan Mesyuarat 43, kuasa Tuan Yang di-Pertua yang paling mustahak ialah, mesti semua wakil-wakil rakyat mengendahkan Peraturan Mesyuarat. Antara ialah apabila berhujah itu jangan terlampau meleret panjang-panjang sangat. Ini kerana saya dan timbalan-timbalan saya mempunyai tanggungjawab yang amat besar iaitu apabila takwim kita tetapkan bahawa pada hari sekian-sekian kita selesai mesyuarat, maka kita selesaikanlah mesyuarat. Tidak boleh lebih daripada itu. Itu tanggungjawab kami. Kadang-kadang apabila kita lanjutkan masa sampai 11.30 malam, dua, tiga orang sahaja Ahli Yang Berhormat yang hadir. Ahli-ahli Yang Berhormat, bersimpatilah dengan kami yang duduk di atas ini. Setiap hari mendengar dan hujah dan suara daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sama. Jadi lain kali kalau mahu turut berbahas, jangan keluar mana-mana kecuali mahu pergi tandas dan berdiri kerana itu prosedur kita. Jadi sudah ditetapkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Pengerusi itu bahawa cuma berapa orang, 12 atau 14 orang. Dia kata tutup perbahasan oleh kerana kita sudah lagging behind time. Yang Berhormat Putatan, itu keputusan dan saya tidak boleh benarkan lagi. Sila Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah lain kali Parlimen harus melihat takwim mesyuarat ini diurus secara saksama. Supaya tidak lagi kita melewati waktu kita. Kalau kita rasa tahun ini begini kita kena tambah sampai tengah malam. Kita pun manusia juga.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Jadi tahun-tahun akan datang kita kasi panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Kalau perlu bulan puasa kita bermesyuarat seperti dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih bermakna setuju?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju membuang had masa .
Yang Berhormat Putatan Kalau berdiri point of order kah apa? Belum Yang Berhormat Kinabatangan selesai. Yang Berhormat Kinabatangan sudah saya faham.
Terima kasih itu Tuan Yang di- Pertua setujukah itu?
Duduk Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tidak setuju. Yang saya tidak setuju ialah kalau pun kita bermesyuarat sepanjang tahun masa tidak juga cukup kerana Yang Berhormat Kinabatangan akan berucap enam jam kerana dia tahu masa sudah dilebihkan, begitu. Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan kita semua pun boleh hujah tetapi disiplinkan diri. Berpakat sesama sendiri kalau seorang Ahli Yang Berhormat timbulkan satu soal, jangan lagi ditimbulkan oleh seorang Ahli Yang Berhormat yang lain. Sini semua repetitive kecuali kadang-kadang kami tidak gunakan kuasa kami. Irrelevant speeches, repetitive speeches.
[Menyampuk]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam
Yang Berhormat Putatan. Majlis dalam peringkat Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam jawatankuasa [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.42 [Jadual] – Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill
Sila Menteri. Sebelum berhujah, saya suka ingatkan kepada Peraturan Mesyuarat 35(7) di mana kalau perlu saya boleh hadkan masa Menteri. Menteri juga harus ingat bahawa cuma apabila menteri fikir bahawa celahan-celahan itu adalah celahan yang memberi manfaat kepada kita semua. Bukan celahan-celahan yang mengganggu persidangan dan menimbulkan point of order yang di abuse. Saya akan perhatikan .Sila .
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah menyertai di dalam Jawatankuasa. Seramai 11 Ahli Parlimen telah pun berbincang dan memberi pandangan-pandangan yang bernas.
Saya ingin merujuk kepada cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat daripada Machang yang telah menyatakan di dalam perkhidmatan kesihatan kita menghadapi kekurangan pakar di hospital-hospital kerajaan. Saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini memang perkhidmatan kesihatan dalam negara kita masih lagi menghadapi kekurangan pakar-pakar doktor kerana sehingga hari ini kita mempunyai lebih kurang 23,738 doktor di seluruh Malaysia dan nisbah penduduk dengan doktor adalah 1:1,145. Kalau kita hendak capai tahap 1:600 itu masih lagi memerlukan masa untuk kita meningkatkan bilangan pakar. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan telah pun mengambil langkah- langkah drastik dan juga langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah pakar dalam Kementerian Kesihatan. Kekurangan pakar adalah disebabkan oleh penghijrahan ke hospital swasta dan kurang output. Output kita masih lagi rendah. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini adalah:- (i) kita meningkatkan elaun pakar klinikal; (ii) kita membenarkan pakar perubatan dan pakar menjalankan kerja-kerja lokum; (iii) kita juga membuat zon. Memang di Malaysia ini kita buat zon utara, selatan, tengah, di timur Sabah dan Sarawak enam zon dan setiap zon mesti ada cukup bilangan pakarnya untuk menjaga kawasan tersebut dan sekira ada apa-apa masalah kita juga adakan lawatan berkala oleh pakar kepada hospital-hospital berkenaan untuk menjaga pesakit-pesakit di kawasan tersebut; (iv) kita juga wujudkan full paying patient bagi membolehkan pakar- pakar menerima imbuhan tambahan; (v) kita meningkatkan pengambilan pelatih program sarjana daripada dahulu hanya 450 orang kita sudah tambah sekarang 600 orang for specialist intake kita untuk melatih program sarjana; (vi) pelantikan semula pakar-pakar selepas bersara. Selepas bersara kita sambungkan lagi secara kontrak; (vii) pengambilan pakar kontrak bidang-bidang tertentu; dan (viii) menggalakkan pakar-pakar warganegara yang berkhidmat di luar negara untuk kembali ke Malaysia untuk berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat banyak langkah telah diambil dan kita masih lagi akan meneruskan langkah-langkah dan sekiranya Ahli-ahli ada apa-apa cadangan yang boleh kita terus tingkatkan bilangan pakar...
Minta penjelasan, ada cadangan.
Yang Berhormat, saya...
[Bangun]
Yang Berhormat, yang minta penjelasan ini pun tak payahlah Ahli Yang Berhormat sebut minta penjelasan. Setakat cuma berdiri saya tengok lepas itu saya ingatkan kepada menteri. Yang Berhormat Menteri, mana satu? Tiga berdiri.
Bagi Yang Berhormat Kinabatangan.
Kalau nasib sudah datang, datanglah dia Tuan Pengerusi. Sebetulnya saya terpanggil melihat bahawa kesihatan ini merupakan satu kemestian dan keperluan tidak kira apa juga latar belakang manusia sama ada orang biasakah, yang ada kedudukankah, menjadi Speaker kah, Yang Berhormat kah? Mana-mana sahaja kalau tidak sihat bermakna kita tidak boleh melakukan apa-apa. Ada
juga orang berkata duit boleh cari tapi kesihatan kalau tidak dijaga tidak diurus bermakna kita tinggal jadi manusia bernama manusia tetapi tidak boleh melakukan apa-apa. Persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai sudahlah kita shortage of doktor pakar, yang doktor tidak pakar pun dalam negara kita memang kurang. Kalau di hospital Putrajaya, hospital di bandar raya kosmopolitan ini memang ada sahaja tetapi macam kami di Sabah, di Kinabatangan khususnya Tuhan sahajalah yang tahu Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang pesakit kena menunggu berjam-jam. Dia tunggu sakit kecil dia tunggu dua tiga jam sakit bertambah besar. [Ketawa] Jadi apa cara strategi selain daripada lapan strategi yang dikemukakan tadi untuk memastikan kita mempunyai cukup doktor dalam negara kita sama ada pakar dan bukan pakar yang akan direncanakan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat di negara ini sentiasa diberi perhatian dalam bidang kesihatan. Sebab kita pun wakil rakyat kalau tidak sihat macam mana boleh mewakili rakyat? Itu sudah jelas. Guru pun kalau dia tidak sihat macam mana hendak mendidik anak-anak buah di sekolah? Ahli perniagaan macam mana mahu berniaga mengembangkan ekonominya kalau dia tidak sihat? Speaker macam mana hendak perform bagus kalau situasi tidak sihat.
Jangan libatkan Speaker Yang Berhormat.
Bukan Speaker Dewan rakyat, Speaker di mana-mana dunia Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Speaker Dewan Rakyat Malaysia sihat Yang Berhormat, insya- Allah.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih atas penjelasan. Saya kira jawapan di peringkat Jawatankuasa jenis jawapan yang kita harapkan ialah kerana kita timbulkan perkara spesifik. Maksudnya kita mengharapkan jawapan yang spesifik, jawapan yang measurable dengan izin, jawapan yang attainable boleh kita capai, jawapan yang reasonable, munasabah dan jawapan yang mesti ada time frame ada jangka masa. Secara khusus saya membangkitkan tentang negeri Kelantan dan Terengganu yang tidak ada pakar serius kedudukannya. Onkologi, kardiologi dan juga neurosurgeri. Lapan strategi kementerian saya tak hendak pertikaikan, saya ucapkan tahniah. Tetapi isunya Yang Berhormat Menteri ialah sekarang, saat ini, detik ini, moment ini hakikatnya ialah di negeri-negeri Pantai Timur itu tidak ada pakar. Jadi apakah langkah segera ini. Walaupun, Yang Berhormat Menteri sebut lawatan berkala. Boleh saya mendapat tahu lawatan berkala itu berapa kali lawatan doktor pakar onkologi, kardiologi dan neurosurgeri ini, sebulan berapa kali doktor itu melawat. Lawatannya di hospital mana dan jadual bertugasnya untuk rakyat bertemunya bagaimana. Itu maksudnya jawapan yang khusus dan ini saya mohon sungguh-sungguhlah dapat diberikan tumpuan khusus. Perkara kedua yang belum disinggung oleh Yang Berhormat Menteri ialah berkenaan dengan kemudahan OT, dewan bedah. Di hospital daerah yang secara khusus saya contohkan ialah Kuala Krai. Kalau pun ada wad ataupun katil ICU nya cuma dua dan bila berlaku pertembungan antara pembedahan yang telah awal dijadualkan tetapi kemudiannya bertembung dengan pesakit lebih serius dek kerana dewan OT Cuma satu maka ianya terpaksa diubah jadual sedangkan dia telah datang nun jauh dari Gua Musang misalnya. Itu yang saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Memang saya hendak tuju ke jawapan itu. Saya bagi overall perspective belum saya masuk ke jawapan yang spesifik. Berhubung dengan kekurangan oncologist, neurosurgeon dan sebagainya di hospital di Kelantan macam mana seperti dalam jawapan tadi kita ada lawatan berkala dan kita di dalam zon timur memang ada cukup pakar. Bagi negeri Kelantan kita dalam perancangan untuk menambah doktor pakar dalam onkologi dan juga neurosurgeri. Ini
saya boleh beri pandangan dan juga jawapan bahawa memang dalam perancangan kita untuk menambah bilangan oncologist tersebut dalam masa yang terdekat ini.
[Bangun]
Berhubung dengan kemudahan dewan bedah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi...
Yang Berhormat Bintulu berdiri Yang Berhormat.
... Kementerian Kesihatan, ya?
Yang Berhormat Bintulu.
Selepas ini, jawab Yang Berhormat Machang dulu. Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti keperluan hospital baru di Kuala Krai. Memang kita akan membina sebuah hospital baru di atas tanah seluas 100 ekar dan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun kemudahan-kemudahan dewan bedah yang sedia ada sekarang, kita sekarang dalam peringkat naik taraf. Kita telah pun luluskan program ini, projek ini dan dewan bedah yang akan dinaikkan taraf ini akan siap pada Ogos 2009. Kos yang dibelanjakan lebih kurang RM7.3 juta. Selepas naik taraf ini saya rasa dewan bedah ini akan lengkap dengan kekurangan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bintulu sama Yang Berhormat Sungai Siput.
Selepas Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, ada sedarkah tidak, kita cerita ini isu keselamatan, tadi cerita pakar tetapi masalah sini saya cukup sedih nampak kementerian ataupun Jabatan Kesihatan tidak cukup ambil prihatin atas perkara kawasan di luar bandar. Contoh macam di kawasan Laban ini, ini di Pekan Laban, sudah berapa kali Rancangan Malaysia Kelapan dia kata tidak dapat masuk. Masuk Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi sebelum Rancangan Malaysia Kelapan, dalam Rancangan Malaysia Ketujuh pun sudah cakap setuju, lulus tetapi selepas itu Rancangan Malaysia Kelapan dia kata tidak boleh tidak cukup peruntukan. Rancangan Malaysia Kesembilan surat saya terima daripada Jabatan Kesihatan. Saya cukup sedih nampak projek ini memang di Rancangan Malaysia Kesembilan sudah lulus. Kod projek itu pun semua sudah ada tetapi pada 14 November 2008, dia kata hospital ini walaupun sudah approve di Projek KK5 SS8 sudah dibatalkan sekali lagi. Surat ini cukup jelas beritahu kementerian Bahagian Perancangan dan Pembangunan beritahu ini mesti, perlu dibina. Pasal ini daripada kawasan Laban sampai Bintulu mahu lima jam pakai bot. Kalau hujan macam mana, kalau orang sakit kena ombak, kena air, kena hujan, sampai hospital I ingat kita hantar dia pergi bilik mayat sahaja. Akan tetapi kenapa Bahagian Perancangan dan Pembangunan ini cukup tidak ambil prihatin dan serius, macam apa perkara di luar kawasan ini main-main sahaja? Kita hari-hari cakap bandar sahaja tetapi luar kawasan kita semua terlupa. Minta pandangan Yang Berhormat daripada Kinabatangan, dia punya kawasan pun sama juga. So saya mintalah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Saya jawab dua sekali, Yang Berhormat Kinabatangan dengan Bintulu yang kedua-dua dibangkitkan tadi berhubung dengan klinik dan juga kemudahan ini saya akan kaji semula.
Yang Berhormat Sungai Siput macam mana Yang Berhormat? Jawab dulu itu ataupun apa?
Boleh, silakan Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu ini berkenaan dengan pakar dan macam yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri pakar amat berkurangan di hospital-hospital kerajaan di mana hanya 30% daripada pakar di negara ini dalam hospital kerajaan manakala 75% daripada in patient dengan izin, di Malaysia adalah ke hospital kerajaan. Di dalam perkara macam ini, bila kita adakan program full paying patient di mana pakar-pakar digalakkan merawat di klinik swasta mereka sendiri dalam hospital, bahkan ini distract mereka, menarik tumpuan mereka daripada merawat pesakit-pesakit biasa dalam wad kelas tiga kepada klinik-klinik swasta di dalam hospital juga. Jadi bila ini dikemukakan Ogos tahun lalu, ada beberapa orang yang buat pembantahan, katakan jangan buat macam ini. Jika hendak bayar pakar lebih, tolong bayar lebih. Buat skim gaji yang baru, bayar mereka lebih tetapi jangan wujudkan satu skim yang akan menarik penumpuan mereka daripada kerja utama mereka iaitu menjaga pesakit kita dalam hospital kita dan juga untuk melatih doktor-doktor yang lebih muda. Pada masa itu dikatakan ini hanya satu projek perintis, pilot project dengan izin, di Hospital Selayang dan di Putrajaya. Selepas enam bulan kita akan kaji balik tetapi sekarang sudah sampai satu tahun. Setahu saya, belum buat kajian, ini diteruskan. Jadi saya ingat penting kita buat kajian, satu kajian yang teliti yang juga fokus kepada adakah teaching ward round oleh pakar itu? Apakah rate dia sebelum skim ini diwujudkan, apakah kadar dia selepas skim ini diwujudkan? Macam mana kehadiran pakar itu pada klinik-klinik awam, the general clinic. Apabila dia ambil bahagian dalam klinik swasta itu adakah kehadiran dia dalam klinik awam di mana pesakit biasa dirawat, adakah itu dikurangkan? Adakah dia punya tutorial dengan student-student yang ini? Kita kena buat satu kajian yang begitu teliti dan juga kenapa kita tidak boleh wujudkan skim bayaran macam di IJN? Tubuhkan satu suruhanjaya khusus untuk kesihatan, bawah skim gaji macam dipakai di IJN, bayar pakar-pakar lebih. Akan tetapi jangan swastakan itu sehingga mereka tidak boleh tumpukan masa dia kepada pesakit-pesakit awam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Program full paying patient ini bukan sahaja program yang kita swastakan. Ia adalah satu program juga di dalam hospital kerajaan dan kita juga mengehadkan kuantiti dan bilangan pesakit yang boleh diterima oleh seseorang pakar tersebut dan kita juga tidak membenarkan mereka menjalankan full paying patient dalam waktu pejabat. Dia hanya boleh menjalankan full paying patient pada Sabtu dan Ahad sahaja, this at the weekend untuk tidak menjejaskan perkhidmatan mereka di hospital kerajaan. Walau bagaimanapun seperti yang dikatakan kita sebenarnya hendak buat kajian semula. Ini sebagai satu projek perintis dan enam bulan itu terlalu singkat, kita panjangkan hingga satu tahun. So sudah sampai satu tahun sekarang dan kita memang dalam kajian semula program ini untuk lihat sama ada ia satu program yang viable untuk membolehkan pakar- pakar terus berada dalam hospital kerajaan. Saya akan beri maklumat terperinci kepada Yang Berhormat selepas kajian ini dijalankan dan akan beritahu kepada Dewan yang mulia ini.
[Bangun]
Yang Berhormat Putatan berdiri Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang saya berhasrat untuk berbahas tetapi tidak kesempatan pada malam Khamis. Saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian, walaupun Yang Berhormat Menteri baru jadi menteri tidak sampai setahun. Jadi ini kes yang lama. Pada 2004 bulan Februari, ada jenis alat dan bangunan yang dinamakan PEC, PET-CT Cyclotron yang sebenarnya dikhaskan kepada KLJH yang berjumlah RM3 juta termasuk bangunan dan komponen-komponennya. Tujuh bulan selepas itu surat setuju ini diubah oleh pihak kementerian. Saya tidak tahulah pengurusan
kementerian pada masa itu, diubah dan di award kepada Hospital Putrajaya dan Hospital Pulau Pinang termasuk bangunan dan komponen dan berjumlah RM33 juta. Apabila dibekalkan oleh pembekal, komponen-komponennya tidak boleh digunakan dan ada yang lambat dilaksanakan. Jadi ini merugikan kerajaan dan kalau kira mengikut laporan audit itu, kementerian harus minta bayar daripada pembekal itu sejumlah RM2.1 juta yang patut di claim daripada pembekal. Minta penjelasan, adakah pihak kementerian bertindak untuk mengambil balik kerugian ini daripada pembekal? Satu lagi, yang kedua, soal penyiapan bangunan subsidiari di Queen Elizabeth. Sebenarnya disiapkan pada dua tahun yang lalu, apakah kesudahan? Kenapa kontraktor ini tidak dapat menyiapkan dengan masa yang telah ditetapkan? Saya mahu tanya yang ketiga Yang Berhormat Menteri, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu akan dirobohkan. Pesakit- pesakit telah dipindah kepada hospital-hospital di SMC, Papar, Beaufort, Tuaran dan hospital-hospital yang berdekatan.
Jadi persoalan saya di sini di mana peruntukannya kalau ada dan bila akan dibina dan bila akan disiapkan? Saya minta penjelasan sebab ini soalan orang ramai daripada negeri Sabah.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Berhubung dengan alat siklotron di Putrajaya saya difahamkan memang dia digunakan dan boleh dipakai dan telah pun berfungsi sepenuhnya. Saya belum dapat lagi maklumat berhubung dengan siklotron di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun saya akan memberi jawapan secara bertulislah selepas saya membuat siasatan yang terperinci kerana ia adalah satu perkara yang spesifik. Dakwaan bahawa alat siklotron di Putrajaya dan Pulau Pinang tidak boleh diguna pakai saya perlu teliti dengan sepenuhnya.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Muka surat 475 Audit Report ada di dalam sini. Kenapa Menteri tidak baca?
Yang Berhormat Putatan.
Ya.
Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Menteri sudah jawab dia kata dia akan beri jawapan bertulis.
Saya memang tahu bahawa program ini telah pun diadakan di Putrajaya dan di Pulau Pinang dan saya hendak jelaskan di sini bahawa jawapan yang saya dapat adalah memang ia boleh diguna pakai dan telah dipakai dan telah pun digunakan untuk merawat pesakit-pesakit. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi saya akan memberi penjelasan selepas ini. Berhubung dengan kelewatan pembinaan twin tower hospital baru di Queen Elizabeth memang kita telah pun suarakan bahawa kelewatan adalah kelewatan kontraktor dan sekarang telah pun siap dia punya piling. Piling sudah siap dan kontrak ini diberi di beberapa peringkat. Peringkat piling dengan peringkat pembinaan bangunan sebenar dan sekarang apabila piling sudah siap keputusan untuk membina twin tower ini telah pun dalam pengurusan sekarang dan akan disiapkan dalam tempoh dua atau tiga tahun. Paling lewat tiga tahun dan paling cepat kita dapat siapkan twin tower ini dalam dua tahun. Berhubung dengan Queen Elizabeth yang menghadapi masalah struktur saya akan jawab bersama dengan Yang Berhormat Pendang sebab hari itu Yang Berhormat Pendang ada tanya dan memang ada dalam jawapan saya. Tuan Pengerusi saya hendak jelaskan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Berhubung dengan Yang Berhormat Bintulu tadi program memang kalau telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kita akan memberi keutamaan dan memang adalah tidak benar kita tidak memberi perhatian kepada pembangunan klinik desa ataupun klinik KK5 di luar bandar. Kita sebenarnya membina banyak klinik-klinik di
kawasan luar bandar dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu akan saya beri keutamaan dalam kajian semula peringkat kementerian nanti.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Sekarang kalau boleh saya mahu minta jawapan jangan akan kaji keutamaan. Saya sudah terima dibatalkan jangan dikaji lagi. Kalau dikaji lagi saya balik kawasan macam mana hendak bagi tahu? Inilah kadang-kadang kita cukup sedih. Ini pegawai tidak tahulah dia tidak tahu Laban di mana atau pun dia fikir ini kawasan terlalu jauh dia tidak berminat pergi itu kawasan. Itulah selalunya kawasan yang jauh dia kasi batal. Saya minta Yang Berhormat Menteri jangan kaji semula. Kalau boleh tolong diumumkan di Dewan yang mulia ini, ini mesti dibina dalam tahun ini. Sekian terima kasih.
Boleh jawab sekali Menteri? Boleh jawab sekali? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun sekali lagilah. Sebetulnya saya sudah malu Tuan Pengerusi, Yang berhormat Menteri tukar ganti dia kata lulus Klinik Kesihatan Pinanga dan Sukau. Menteri pusing-pusing lulus sampai hari ini habuk pun tidak ada. Boleh Yang berhormat Menteri saya bagi jaminan macam Bintulu juga sebab rakyat di Kinabatangan ini rakyat Malaysia juga. Biarpun mereka hidup di kampung mereka juga rakyat penduduk kita bukan rakyat di bandar sahaja kita jaga yang di kampung pun kena jaga. Adakah Klinik Kesihatan Pinanga dan Sukau ini akan dibina atau tidak? Saya tidak mahu lagi cakap runding di luar saya mahu cakap dalam Dewan ini biar rakyat saya tahu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Bintulu. Memang kedua-dua klinik ini telah pun diluluskan dan saya telah beritahu kepada Yang Berhormat bahawa kita akan membina klinik tersebut dan kita akan mencari kewangan yang cukup untuk memastikan bahawa klinik-klinik ini dapat dibina dalam masa yang terdekat ini. Tuan Pengerusi berhubung dengan daripada pertanyaan Yang Berhormat Pasir Mas berhubung bentuk program pendidikan kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan telah menjalankan pelbagai bentuk aktiviti pendidikan kesihatan kepada masyarakat di pelbagai setting seperti sekolah, tempat kerja, pejabat, klinik hospital dan di komuniti oleh anggota-anggota kesihatan. Antara aktiviti pendidikan dijalankan seluruh negara termasuk khidmat nasihat secara individu, sesi ceramah, kem kesihatan, karnival sihat sepanjang hayat, kempen media melalui media elektronik, perbincangan kumpulan kecil, pengedaran bahan-bahan pendidikan, sesi pembinaan kemahiran tentang cara hidup sihat, pameran dan sebagainya. Dalam hubungan ini Kementerian Kesihatan juga mewujudkan Lembaga Promosi Kesihatan untuk membantu terus meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan rakyat negara kita. Tuan Pengerusi berhubung dengan pertanyaan Yang berhormat Pasir Mas berkenaan kemudahan perubatan percuma untuk pesakit luar bandar dan ketidakmampuan ibu tunggal, OKU dan sebagainya, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan ini mana-mana OKU ataupun penduduk yang telah pun disahkan dan telah menerima kad kebajikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kementerian Kesihatan memberikan perubatan secara percuma kelas tiga dan rawatan pesakit luar kepada semua OKU dalam negara kita. Oleh itu cadangan untuk mengeluarkan kad khas kepada pesakit- pesakit ini yang tidak berkemampuan adalah tidak berbangkit. Bagi pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan pengecualian caj rawatan perubatan boleh diberikan kepada pesakit warganegara yang mendapat rawatan perubatan di wad ketiga dan di pesakit luar. Berhubung dengan pembinaan hospital baru di kawasan Tendung, Pasir Mas pihak kementerian sedang mengkaji kesesuaian pembinaan hospital lain di Kelantan kerana pada masa ini Kementerian Kesihatan telah merancang untuk membina dua buah lagi hospital di Kelantan iaitu Hospital Kuala Krai dan Hospital Bachok. Berhubung dengan ubat-ubatan yang dijual berleluasa di pasaran termasuk ubat- ubatan dari negara Thailand di Kelantan. Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan premis yang menjual ubat-ubatan. Kemasukan ubat-ubatan dari negara luar termasuk Thailand dipantau di pintu masuk Kastam. Ubat-ubatan yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah akan dirampas dan penjual akan didakwa jika disabitkan kesalahan kita akan mendakwa mereka di mahkamah. Sehingga bulan
September 2008 sebanyak 14,758 produk tidak berdaftar telah dirampas bernilai RM4.6 juta. Berhubung dengan pertanyaan dan soalan daripada Yang berhormat Kuala Krau, Yang berhormat Ledang, Yang berhormat Tenggara, Yang berhormat Arau, Yang berhormat Pasir Salak, Yang berhormat Indera Mahkota berhubung dengan kos yang dibelanjakan dalam Kempen Anti Merokok Tak Nak sejak tahun 2004. Ahli-Ahli Yang Berhormat Kempen Tak Nak Merokok merupakan kempen pendidikan melalui media masa yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian daripada pendekatan komprehensif dalam menangani masalah merokok ini Kempen ini adalah kempen compliment strategi Kementerian Kesihatan. Kempen yang dilancarkan sejak Februari 2004....
[Bangun]
Saya habiskan ayat ini, sehingga Disember 2007 kementerian telah membelanjakan RM22 juta bagi melaksanakan kempen tersebut.
Mesej kempen disalurkan melalui televisyen dan akhbar berdasarkan keupayaan media tersebut mencapai peratus liputan kumpulan sasar yang tinggi secara kos efektif. Fokus kempen ini ialah mengajak bukan perokok supaya tidak mulakan tabiat merokok dan juga kepada perokok supaya berhenti merokok. Kumpulan sasar kempen ialah bukan perokok khususnya remaja dan perokok. Silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memberi penjelasan berkenaan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota supaya dibenarkan iklan rokok untuk support ataupun sokong industri sukan. Mungkin iklan yang dimaksudkan itu iklan yang tersirat tapi di sini saya mahu kongsikan bahawa Malaysia adalah pati kepada Framework Convention of Tobacco Control (FCTC). Sebuah undang-undang antarabangsa yang turut diratifikasikan oleh 160 negara-negara lain di dunia. Menjadi pati di sini maknanya kerajaan terikat dengan pelaksanaan bagi semua peruntukan dalam FCTF. Artikel 13 FCTC memperuntukkan supaya semua bentuk iklan, tajaan atau promosi produk tembakau hendaklah diharamkan. Malaysia telah pun berjaya mencapai tahap ini pada tahun 2005 dan Malaysia kini menjadi antara negara contoh. Kalau kita benarkan semula iklan walaupun dalam bentuk yang tersirat misalnya produk-produk misalnya bukannya rokok itu sendiri bermakna kita hanya berundur ke belakang dan ini amatlah memalukan. Tindakan ini adalah menyalahi FCTC dan Malaysia mungkin boleh dikenakan hukuman antarabangsa. Jadi saya kira kita sentiasa diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa dan kalau kita silap, akan jadi cemuhan. Takkanlah maknanya Ahli Parlimen kita yang dipilih oleh rakyat hendak melakukan sesuatu yang akan memburukkan imej negara apatah lagi seolah-olah tidak menyokong usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk membanteras tabiat merokok ini. Jadi saya harap perkara ini tidak akan berbangkit lagi dalam Dewan ini. Sekian saja, assalamualaikum.
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak jawab soalan Yang Berhormat Wangsa Maju juga. Ada kempen anti merokok ini.
Nak sambung.
Ha you nak sambung? Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat mengatakan mengenai dengan iklan ‘Tak Nak’ ini dan kerajaan telah gunakan wang sebanyak RM22 juta tapi saya nampak sekarang ini tak ada apa-apa iklan dalam televisyen pun. Saya rasa kerajaan pun tak berapa minat dengan perkara ini. Iklan tahun lepas, 2007 pun saya rasa tak ada dan tahun ini mestilah tak ada dan juga iklan-iklannya di sana juga dan juga saya nak minta tanya ya.
Siapakah syarikat yang telah kerajaan kontrak untuk kempen ‘Tak Nak’ ini? Itu syarikatnya. Terima kasih.
Dato’, pasal rokok. Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan. Sejak kempen ini dilaksanakan, sejauh mana keberkesanan khususnya daripada segi nak mencapai matlamat yang disebut tadi iaitu supaya yang tidak merokok tidak menghampiri rokok, yang dah merokok dia dapat mengurangkan rokok. Jadi sejauh mana yang tidak merokok ini menjadi benteng untuk mereka tidak merokok sebab saya terbaca juga bahawa ada penambahan kepada golongan remaja yang merokok dan saya juga nak melihat bahawa sejauh mana daripada segi angka penurunan jualan pengedaran produk rokok dalam negara kita. Adakah dia menurun ataupun masih dalam angka yang sama ataupun makin bertambah. Itu kayu pengukurlah, kalau tidak nanti kita melihat bahawa keberkesanannya tidak ada. Maknanya kita menghabiskan sejumlah RM20 juta ke RM50 juta tapi keberkesanannya tidak ada. Harus kita kaji.
Sedikit Yang Berhormat, sedikit. Setengah minit.
Jawab sekali Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Parit Buntar dahulu. Dia sudah berdiri daripada tadi.
Ha, Yang Berhormat Parit Buntar.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Masih rokok lagi. Saya nak tahu kementerian punya counter strategy. Saya rasa kalau takat buat program ‘Tak Nak’ itu saya sokonglah, saya sokong. Cuma saya nak bagi tahu kalau tadi Menteri sebut RM22 juta dibelanjakan walhal kerajaan menanggung RM3 bilion untuk pesakit-pesakit yang ada kaitan dengan merokok. That shows that RM22 million itu kalau boleh saya katakan dengan membandingkan RM3 bilion yang kerajaan tanggung untuk sakit yang kaitannya dengan rokok, saya rasa tidak berapa berjayalah daripada segi itu. Itu pertama. Yang kedua, counter strategy. Pihak pengusaha rokok ini, mereka menjadikan Malaysia, Filipina dan Vietnam sebagai dia orang punya testing ground untuk mereka menggunakan kaedah-kaedah pengiklanan yang baru. Antaranya ialah menggunakan wallet pack. Jadi, secara begini mereka menggunakan pendekatan product design walaupun kita haramkan iklan dan sebagainya tapi mereka menggunakan product design yang menarik bagi pembeli-pembeli dan sekali gus program ‘Tak Nak’ merokok itu sendiri daripada sudut jualan yang ditanya oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi itu dikira juga sebagai satu kegagalan. Yang akhir saya nak minta sikitlah, kalau boleh saya bagi pandanganlah, mungkin kementerian boleh minta Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya akan menyokonglah iaitu mengharamkan rokok. Fatwa mengharamkan rokok sebab saya rasa itu pun boleh bagi kesan yang besar tapi sehingga hari ini saya difahamkan oleh JAKIM bahawa walaupun fatwa merokok haram itu ada tapi dia tidak digazetkan lagi kerana takut ramai yang kena tangkap nanti. Jadi oleh itu saya mencadangkan dikuatkuasakan fatwa kebangsaan tentang pengharaman rokok ini. Baru saya rasa di sana ada power sikit tentang rokok dan kemudian kita membudayakanlah. Kalau kita kata najis dadah, kita kata najis rasuah. Saya cadangkan kita katakan najis rokok juga kerana rokok ini betul-betul memberikan kesan yang besar kepada negara. Sekian, terima kasih.
Saya sedikit saya Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga meminta sama ada Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa negara-negara yang maju dalam sport dalam sukan seperti Australia, England dan sebagainya telah lama mengharamkan rokok sebagai satu bahan iklan ataupun untuk menaja program-program sukan mereka dan saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi supaya segera digazetkan fatwa pengharaman rokok yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa sejak tahun 1987 lagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa dan Parit Buntar. Saya memang setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Titiwangsa tadi yang menyatakan bahawa Malaysia adalah anggota kepada Framework Convention of Tobacco Control (FCTC) di mana kita terikat dengan semua apa yang diterima pakai, diratifikasikan oleh 160 negara-negara lain seluruh dunia. Oleh itu daripada segi pengiklanan ini, di bidang sukan memang Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pengiklanan dalam bidang sukan. Bukan saja Malaysia, saya rasa kalau kita tengok FA football, memang tak ada iklan rokok. Tak ada, memang tak ada iklan rokok dibenarkan dalam bidang sukan. Berhubung dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, strategi kita untuk bagaimana mengurangkan perokok dalam negara kita. Kementerian Kesihatan memang sentiasa bukan saja menjalankan kempen, kita juga lihat FCTC, WHO, kita juga bincang. Banyak berbincang bagaimana untuk mengurangkan bilangannya dan pelbagai strategi termasuk baru-baru ini kita keluarkan gambar amaran merokok, photo warning dan juga kita juga gunakan harga minimum agar pastikan bahawa rokok itu tidak begitu mudah dibeli oleh remaja-remaja kita. Memang banyak lagi yang kita boleh bincang seperti yang dicadangkan fatwa dan sebagainya. Kita akan berbincang, bagi pihak kerajaan, kita akan berbincang untuk melihat, mencari jalan untuk memastikan bagaimana kadar merokok dapat dikurangkan. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju berhubung dengan kewangan yang dipakai. Saya jawab dulu tentang ‘Kempen Anti Merokok’ di Parlimen dulu ya Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju kata kita punya kempen merokok kenapa pergi ke satu corner. Kenapa tertutup ataupun tidak menunjukkan Kementerian Kesihatan tidak bersungguh-sungguh di Parlimen.
Sebenarnya tidak ya. Kita rasa kita memang menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Kakitangan kita memang berharap mendapat kerjasama semua Ahli Parlimen. Harap dapat kita sama-sama melaksanakan Kempen Anti Merokok ini. Bahan- bahan yang kita pakai iaitu bunting dan sebagainya, jadi iklan yang kita gunakan itu untuk mencegah merokok ini, kalau boleh kita hendak letak depan Parlimen tetapi ini adalah pengurusan Speakerlah. Pengurusan Ahli Parlimen. So, terpulanglah kepada pengurusan Parlimen untuk meletakkan di mana-mana.
Yang hendak bising ini apa hal ini? Saya tidak merokok pun.
Memang kalau boleh kita letak di depan-depan agar semua Ahli Parlimen dapat tahulah bahawa kempen kita adalah bersungguh-sungguh. Pengurusan Parlimen, bukan Speaker. The director general. Pengurusan Parlimen.
So, minta dengan Speaker sekarang.
Kawasan pentadbiran. Kawasan pentadbiran Parlimen. Saya akan...
Yang Berhormat Wangsa Maju, itu tidak ada kena-mengena dengan Mesyuarat.
Saya akan memohonlah kepada Parlimen sekali lagi untuk membolehkan buntings, kita diletakkan di tempat-tempat yang strategik. Memang di tempat larangan merokok di Parlimen telah jelas. Saya berharap Ahli-ahli Parlimen memberi kerjasama kepada kita semua. Berhubung dengan jumlah kewangan, kenapa you tidak nampak campaign this two years. Memang kempen ini bermula pada 2004. 2004 dan 2005 kita gunakan lebih kurang RM13.5 juta. 2006 dan 2007 sebanyak RM8 juta. 2008 kita tidak ada, kita tidak ada kempen. 2008 kita tidak guna. So, itu barangkali dalam ingatan ini memang you tidak nampak lagilah apa-apa berhubung dengan Kempen TAK NAK! Ini. Memang TAK NAK! ini dimulakan pada 2004 oleh Syarikat Lim Kok Weng. Syarikat itu namanya saya tidak tahu. Saya akan beritahu kemudianlah. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa Kempen Anti Merokok ini akan mendatangkan kesan yang baik.
Berhubung dengan kajian yang dibuat, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena ini. Kajian telah menunjukkan daripada kempen yang telah kita laksanakan ini, sebenarnya kajian penilaian kempen yang dilaksanakan pada tahun 2007 mendapati kempen mempunyai kesan yang positif iaitu 91% kumpulan sasar mengaku tahu tentang kempen ini. Mereka sedar memang merokok ini tidak baik untuk kesihatan. 91% understand that merokok itu adalah tidak baik untuk kesihatan. 76% perokok berpengetahuan tentang penyakit berkaitan merokok. Hasil kempen itu kita telah dapat meningkatkan 8% lagi bahawa mereka tidak alpa penyakit akan dihidap apabila merokok. 36% perokok berhasrat untuk berhenti dalam tempoh enam bulan setelah terdedah kepada kempen yang kita jalankan ini. 21% perokok bertindak dengan mengunjungi klinik berhenti merokok. Di Parlimen juga ada klinik berhenti merokok. Saya harap Ahli-ahli Parlimen yang merokok sila pergi ke klinik kita. Kita akan beri kaunseling. Pastikan kita dapat kurangkan merokok dan 17% perokok mengaku telah berhenti merokok. 17% mengaku telah berhenti merokok hasil pendedahan kepada kempen kita. Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada kajian yang kita jalankan berbanding statistik 1996 dengan statistik 2006, dalam tempoh ini memang kumpulan merokok 18 tahun ke atas daripada 23.5% telah jatuh kepada 21.5%. Memang ada kesannya. Kita dapat kurangkan bilangan perokok sebanyak 2% di Malaysia. Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa baru-baru ini kerajaan telah luluskan satu Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008, di mana di bawah itu dengan izin saya memetik di sini. Powers of The Board. Salah satunya adalah: “5 (h) to promote economically viable alternatives for persons involved in the kenaf industry or tobacco industry; dan (i) to provide financial or other assistance, with the approval Minister, to persons involved in the kenaf industry or tobacco industry.’ Di bawah rang undang-undang ini, ia menegaskan memberi kuasa kepada kenaf industry. So, sekarang ini ada banyak kuasa yang telah diambil alih daripada Menteri Kesihatan kepada industri kenaf. So, bagaimanakah Kementerian Kesihatan boleh memainkan peranan dalam apa-apa yang ditetapkan di bawah FCTC dan juga bercanggah dengan ini, kenaf industry ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Memang Lembaga Kenaf adalah di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan saya hendak tegaskan di sini, bahawa ia adalah satu cadangan bagaimana kita hendak kurangkan perladangan tobacco dalam negara kita dan kita menggalakkan mereka bertukar tanaman daripada tobacco kepada kenaf. Oleh itu kita mengadakan lembaga ini untuk membuat promosi tersebut. Promosi bukan promosi tanaman tobacco tetapi promosi tanaman kenaf. Yang berhubung dengan tobacco adalah aktiviti R&D ataupun aktiviti bagaimana hendak mencegah atau menghalang penggunaan tobacco yang salah. Orang kata, penggunaan tobacco yang salah dari segi undang-undang. Oleh itu memang saya tahu berhubung dengan akta ini, telah pun kita bincang dan Kementerian Kesihatan masih lagi memainkan peranan yang penting dari segi pencegahan merokok ini. Kalau Lembaga Kenaf dan Tembakau ini yang handle raw material. Daun ataupun tanaman dan kenaf saja, dari segi hasil tobacco masih lagi di bawah Kementerian Kesihatan. Kita masih lagi mempunyai kuasa untuk memantau.
Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Kasi Yang Berhormat Labuan, kasi Yang Berhormat Labuan. Ini Yang Berhormat Wangsa Maju daripada tadi berdiri.
Okey, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan telah pun membelanjakan berpuluh-puluh juta ringgit untuk Kempen Anti Merokok. Sedarkah kita Yang Berhormat Menteri bahawa di Labuan sendiri, rokok yang masuk ke Labuan lebih daripada 20 kontena satu bulan. Kita bayangkan berapa banyak kemasukan rokok yang masuk melalui Labuan. Apakah involvement kementerian untuk pencegahan tersebut dan juga secara tidak langsung untuk mengurangkan kemasukan tersebut, saya rasa kalau kurangnya kemasukan rokok melalui Labuan, secara tidak langsung kita dapat mengurangkan penghisap-penghisap rokok bergiat dalam hal ini dan juga kita bayangkan kalau 20 kontena, more than 20 containers masuk every months to Labuan, ke manakah perginya rokok-rokok tersebut? Saya rasa tidak semuanya digunakan di Labuan tetapi mungkin dihantar ke tempat-tempat lain. Akan tetapi inilah salah satu kalau boleh cara kita untuk mengurangkan. Kurangkan masuk benda ini ke Labuan yang secara tidak langsung perokok-perokok dan pengedar-pengedar rokok juga tidak ada peluang untuk memperniagakan rokok tersebut melalui Labuan. Terima kasih.
Okey, Yang Berhormat Labuan. Kita ambil perhatian berhubung cadangan tersebut, tetapi hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, by 2010, 2010 menurut AFTA...
Yang Berhormat Menteri...
.... kita akan terbukalah mana-mana negara pun boleh masuk dari segi import rokok ini. So, oleh itu kita rasa memang kita kena membuat kawalan lebih tertib lagi dalam negara kita.
Can I just support your point just now?
Yes, yes.
Tuan Pengerusi, saya rasa yang disebut tentang TAK NAK! rokok itu lebih kepada smokers. Now, why don’t we at the same time dengan izin shift our strategy bukan hanya untuk perokok tetapi industri itu sendiri. Industri tobacco itu sendiri saya rasa kena ada counter strategy kerana mereka ini worldwide.
Mereka ini seluruh dunia, dia akan pastikan macam mana pun produk rokok dia akan sampai. British American Tobacco, Philip Morris, ini semua besar-besar ini. So ada tak kerajaan satu will yang besar untuk shift ataupun mengalih strategi bukan hanya tak nak merokok kepada smokers tetapi buat satu strategi kepada industri rokok itu sendiri macam mana nak counters strategi. Dia tak bagi buat iklan tetapi dia offer pada musim perayaan harga, rokok turun, contohnya dan ini berlaku. Kemudian dia tukar flavor, dia ada exotic flavor Tuan Pengerusi. Ada strawberi, ada peach, ada macam-macam yang mensasarkan kepada kanak-kanak dan wanita- wanita. Tidak ada satu pun yang melarang exotic flavor ini untuk dijual kepada orang ramai. Jadi saya mencadangkanlah to be positif supaya kementerian melakarkan satu strategi yang premisnya ialah counter industri ini. Bukan setakat tak nak merokok, tetapi pada waktu yang sama kita shift strategi kepada yang lebih besar. Macam disebut Yang Berhormat Labuan, berapa puluh kontena masuk sebulan, so kita cannot stop that one. So apa strategi yang boleh stop benda ini supaya Malaysia will become non-smoking friendly nation.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar, memang cadangan ini baik. Kita telah pun laksanakan beberapa cadangan tadi termasuk kata perisa dan juga light premium rokok itu. Kita telah pastikan bahawa kotak rokok tidak boleh letak semua kata-kata tersebut untuk menarik pelanggan. Kita memang akan memantau dari
masa ke semasa termasuk industri tobacco ini bagaimana kita hendak mengelakkan industri tobacco ini terus berkembang dan menyebabkan perokok yang begitu tinggi dalam negara kita. Ya Yang Berhormat Wangsa Maju, ada lagi?
Satu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Kami sedar bahawa kerajaan telah mengambil tindakan untuk menghalang semua pengiklanan rokok ini. Akan tetapi walaupun kerajaan membuat peraturan untuk menghalang semua iklan, kalau kita pergi ke kedai kopi masih ada iklan tetapi tak ada iklan mengenai dengan Dunhill dan sebagainya tetapi mereka meletakkan semua bungkus-bungkus rokok. Jadi satu pengiklanan juga. Kenapa kita tidak mahu buat satu peraturan bahawa kita ban pengiklanan rokok at the point of sale di mana di kedai-kedai mana pun tidak boleh menunjukkan bungkus- bungkus rokok. Kalau kita hendak beli rokok, kita kena tanya mereka sama ada mereka ada jual rokok Dunhill kah, Benson kah, tidak boleh iklan terus. Mengenai dengan perkara ini, di Thailand, di Singapura, mereka telah laksanakan. Kenapakah kita tidak minat? Kita tidak berapa serius saya rasa. Sekarang ini syarikat-syarikat rokok ini, mereka sudah tahu mereka ini adalah satu sunset industry, orang ramai juga sudah tahu rokok ini adalah bahaya. Mereka sekarang ini menjalankan pengilangan dengan cara tiap-tiap malam mereka hantar promoter, perempuan cantik, seksi lagi dan mereka memberikan rokok, kadang-kadang diberi rokok free kepada remaja-remaja kita. Saya harap kementerian mengambil tindakan yang tegas supaya mereka tidak boleh buat kegiatan sedemikian. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri, itu sahaja fasal dengan rokok. Yang lain jangan layan-layan lagi.
Terima kasih Tuan Pengerusi, cadangan itu saya akan buat kajian dan terima kasihlah cadangan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya beralih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Krau yang telah bertanya berhubung dengan perkhidmatan kesihatan di luar bandar. Harap dapat panjangkan waktu pejabat. Pada masa ini, perkhidmatan jabatan pesakit luar di luar waktu pejabat telah disediakan di 16 buah klinik di kawasan bandar. Pihak kementerian sedang mengkaji untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini ke klinik-klinik lain mengambil kira sumber manusia dan sumber kewangan yang sedia ada. Perkhidmatan kecemasan boleh diperolehi di jabatan kecemasan di semua hospital, bagi kecemasan ada 24 jam ya. Perkhidmatan kecemasan juga boleh diperolehi di klinik-klinik kesihatan di kawasan luar bandar di mana petugas kesihatan bergilir-gilir menyediakan perkhidmatan secara on call.
[Bangun]
Ada Yang Berhormat berdiri di belakang, Yang Berhormat Batang Sadong.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya hendak mengambil peluang untuk berbahas tetapi tidak sempat. Cuma apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah oleh sebab kita pada bahagian luar bandar sekarang, saya meminta dan merayu kalau boleh pihak kementerian untuk melihat secara keseluruhannya permintaan-permintaan dari Klinik Kesihatan Sadong Jaya, Klinik Kesihatan Gedung dan juga Hospital Simunjan. Sebenarnya saya ada mempunyai bersama saya ini terperinci segala permintaan dan keperluan klinik kesihatan dan juga Hospital Simunjan ini. Saya akan serahkan kepada Menteri. Kerana yang diperlukan adalah segi peruntukan tambahan untuk penyelenggaraan dan juga untuk menambahkan kakitangan di semua klinik dan hospital ini dan juga dari segi kemudahan-kemudahan yang ada. Itu sahaja yang saya dapat nyatakan di sini secara summary dengan izin. Saya akan serahkan kepada Menteri segala permintaan yang diperlukan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya ucapkan terima kasihlah kerana dapat bangkitkan ini dan saya harap dapat berikan saya permintaan-permintaan tersebut dengan teliti. Saya akan dapat memberikan bantuan yang sepatutnya. Memang di luar bandar, kita memang prihatin dari segi pemberian ataupun perkhidmatan kesihatan di Sabah dan Sarawak. Kita faham di Sabah dan Sarawak, permintaan terhadap perkhidmatan kerajaan adalah begitu tinggi. Kita perlu memberi perhatian yang lebih berat di kawasan-kawasan luar bandar ini. Sila Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang permintaan-permintaan di luar bandar ini memang banyak tetapi apa yang saya khuatir, saya bimbang apabila kementerian menjawab permintaan-permintaan ini tidak dapat dilaksanakan. Satu alasannya tidak cukup peruntukan. Kedua, alasannya tanah tidak tersedia. Memang ini alasan dari dulu, macam-macam alasan. Jadi saya mahu pihak kementerian melihat ini kerana apabila saya melihat perolehan dan penyelenggaraan hanya RM3 juta. Jangan harap kepada kerajaan negeri untuk memberi tanah free, beli tanah itu daripada perseorangan, Tuan Pengerusi bersetuju dengan saya. Tolong. Ini RM3 juta tidak cukup. Peruntukan kementerian berjumlah kurang lebih RM14 bilion, tanah; RM3 juta sahaja. Mana cukup. Jadi kementerian patut melihat ini dengan logiknya. Minta penjelasan daripada kementerian.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Kementerian Kesihatan juga mempunyai tanah-tanahnya sendiri. Memang ada tempat-tempat, kementerian telah pun pada awal telah membeli tanah ini dan masih lagi lapang, masih lagi menunggu untuk kita membina hospital dan klinik tersebut dan kita akan privatize kan. Kalau memang tidak cukup tanah itu, kita boleh tukar tajuk daripada tajuk yang lain, kita boleh membantu sekiranya keperluan itu wujud. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan. Saya hendak jawab Yang Berhormat Putatan tadi kata Putrajaya, berhubung dengan psychotron Hospital Putrajaya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa Hospital Putrajaya telah pun menghasilkan FDG sendiri untuk kegunaan kerana psychotron ini perlu FDG nya. Hasilnya akan dihantar ke Pulau Pinang, akan mendapat source nya daripada Putrajaya. So tindakan telah diambil untuk menguruskan ejen pengangkutan FDG, satu bahan radioaktif bagi penghantaran bahan tersebut. So in the process now untuk kegunaan di Pulau Pinang.
Berhubung dengan perkhidmatan di luar bandar juga, saya hendak beritahu Ahli- ahli Parlimen, apabila kita memanjangkan masa membolehkan doktor dan jururawat lain berkhidmat lebih masa, kita juga sekarang telah pun memberi tambahan bayaran RM80 sejam untuk doktor yang berkhidmat lebih masa. Berhubung dengan kekurangan pakar, telah saya jelaskan tadi. Berhubung dengan peranan ahli-ahli Lembaga Pelawat...
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit tentang Pahang tadi itu.
[Bangun]
Mana satu? Mana satu?
Kuala Krai. Kuala Krau after this ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita ada membangkitkan tentang masalah pakar dalam perbahasan di awal Dewan ini dahulu mengenai pakar kesihatan awam yang belum lagi mendapat perhatian dari segi penyenaraian dalam senarai-senarai pakar dan diberikan elaun-elaun kepakaran. Katanya sedang dilaksanakan, rayuan dibuat kepada JPA dan sebagainya. Saya rasa pakar-pakar kesihatan awam ini, antara pakar-pakar yang kesetiaannya kepada kementerian cukup tinggi, attrition nya adalah rendah.
Jadi apakah tidak boleh diberikan pengiktirafan dengan seberapa segera dikaitkan dengan elaunnya setanding dengan pakar-pakar klinikal. Ini kerana kita ada menghadapi masalah kesihatan atau pun kesihatan awam di Malaysia ini, penyakit berjangkit yang masih tinggi dan juga program pendidikan kesihatan yang dikendalikan oleh sektor kesihatan awam ini yang masih lagi memerlukan sokongan yang kuat. Jadi, bagaimana kedudukan kenaikan pangkat dan juga penyeragaman elaun klinikal doktor kesihatan awam.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Memang saya telah pun memberi jawapan kepada Yang Berhormat Kuala Krai dahulu bahawa kita telah pun luluskan permohonan memberi pengiktirafan yang sama, spesialis kesihatan awam dengan spesialis doktor klinikal. Dalam hubungan ini Kementerian Kesihatan juga dalam proses untuk menggalakkan pakar-pakar kesihatan awam dari segi latihan mereka akan menambah sub-specialtynya kelak apabila mereka duduk berlatih, kesihatan awam, ia one plus three, satu tahun awam, dan tiga sub-specialty. Apabila ini dapat dilaksanakan, saya rasa masalah yang dikatakan 80% elaun itu tak akan timbul lagi lah. Semua ini akan diselesaikan. Saya berjanji kepada Yang Berhormat kita akan percepatkanlah permohonan ini. Berhubung dengan ahli lembaga Pelawat...Ya.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat menteri. Berhubung dengan wad kecemasan, saya ada utarakan tentang bebanan tugas doktor-doktor yang terpaksa membuat lawatan dan rawatan ke wad-wad. Sampai satu ketika, ada masanya tiada langsung doktor di wad kecemasan. Hanya dikendalikan oleh pembantu-pembantu perubatan, itu satu perkara. Yang keduanya, terlalu lama untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan daripada doktor-doktor akibat daripada ketiadaan doktor. Kadang-kadang sampai enam jam duduk di wad kecemasan, hanya dikendalikan oleh pembantu perubatan, tidak mendapat rawatan dan pemeriksaan daripada doktor yang sepatutnya bertugas di wad kecemasan. Yang kedua, saya sebut juga tentang kekurangan pakar untuk mendapatkan pemeriksaan bagi contoh, saya sebut dalam perbahasan saya tentang penyakit kanser pari- paru dan sebagainya, terpaksa menunggu queue lama, kadang-kadang dua minggu duduk dalam wad, tak dapat lagi temu janji, terpaksa pulang balik semula ke rumah masing- masing, diberikan jadual yang baru, tarikh yang baru dan akhirnya belum dapat rawatan, pesakit tersebut telah meninggal dunia. Ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan di luar bandar. Saya mohon diambil tindakan yang segeralah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Berhubung dengan perkhidmatan kecemasan yang dibangkitkan, memang saya telah nyatakan tadi bahawa perkhidmatan kecemasan memang kita adakan di klinik kesihatan di kawasan luar bandar. Petugas kesihatan bergilir-gilir menyediakan perkhidmatan secara on-call. Memang di wad kecemasan itu kita ada on-call system. Doktor perlu hadir untuk memberi perkhidmatan kecemasan, tidak boleh hanya diuruskan oleh HA sahaja. Perkara ini akan dipantau dengan teliti agar perkara ini dapat dielakkan. Berhubung dengan jadual rawatan yang lama, memang seperti yang dikatakan, sejak mula tadi saya kata, di negara kita masih lagi kekurangan pakar. Oleh itu, hingga sekarang kita hanya ada 1,917 pakar dalam perkhidmatan kerajaan, di hospital kerajaan kita. Only 1,917, memang satu bilangan yang kecil. Kita dalam usaha meningkatkan bilangan ini. Oleh itu, dapatlah masalah yang jadual ini terpaksa menunggu lama dan kita akan lihat bagaimana keadaan ini dapat diselesaikan. Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Selain daripada mendapatkan rawatan dan tarikh yang terlalu lama, apabila keadaan itu berlaku, wujud ketidakpuasan hati di kalangan pesakit-pesakit dan waris-waris. Saya mohon supaya jururawat-jururawat bertugas mestilah mesra dengan pelanggan. Tidak mengambil tindakan memarahi dan sebagainya. Ini kadang-kadang kita dah tak dapat temu janji yang sepatutnya, tak dapat pemeriksaan yang sepatutnya, dilayan dengan begitu buruk sekali oleh jururawat yang berkenaan. Jadi, saya mohon supaya jururawat ini diberi juga diberikan kursus khidmat mesra dengan pesakit ini. Pesakit dahlah sakit, dimarahi dan dimaki lagi dah bertambah sakit. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengingatkan. Ini memang tanggungjawab kakitangan Kementerian Kesihatan. Selalu juga saya menegur kakitangan saya agar mereka perlu sentiasa prihatin, mesra dan melayan pesakit-pesakit dengan baik kerana ia alan memberi semangat kepada pesakit- pesakit dan juga orang rumah, relativesnya. Nilai korporat Kementerian Kesihatan adalah penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan (caring, professionalism and teamwork). Memang saya akan pastikan nilai-nilai murni ini akan dapat dipraktikkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat berhubung dengan jalan masuk ke Klinik Kesihatan Jengka 22. Untuk makluman Yang Berhormat Klinik Kesihatan Jengka 22 berada dalam kawasan FELDA. Penyediaan jalan masuk adalah di luar bidang kuasa kementerian ini dan kita akan berbincang dengan pihak FELDA untuk memberi bantuan untuk menyediakan laluan yang lebih sesuai. Saya tahu jalan itu, pegawai saya pernah masuk, kita perlu memberi keutamaan kepada laluan masuk ke klinik tersebutlah. Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor...
[Bangun]
Yang Berhormat Jasin berdiri Yang Berhormat.
Jasin, ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya menyokong sahabat saya dari Kuala Krau tadi. Sebenarnya kakitangan kita juga adalah manusia. Apa yang terjadi di kawasan saya, pusat kesihatan mendapat sambutan yang begitu hebat sekali. Pesakit-pesakit terpaksa tunggu selama dua jam untuk mendapatkan rawatan. Bahkan, saya ingin menyampaikan tahniah kepada Menteri kerana kakitangan kesihatan telah menjalankan kerjanya begitu cemerlang sekali. Akan tetapi kementerian seharusnyalah mengambil kira dengan volume pesakit- pesakit yang begitu banyak, kakitangan satu doktor, satu sahaja HA. Untuk memberikan perkhidmatan kepada ribuan pesakit-pesakit yang datang kerana pusat kesihatan di situ bukan sahaja cantik, mempunyai peralatan-peralatan yang canggih dan kakitangan yang cukup terlatih dan cukup baik sekali tetapi kementerian mesti ambil kira perkara ini. Yang keduanya Yang Berhormat menteri saya tadi tak nak ambil bahagian tetapi sebagai seorang perokoklah saya pun terasa juga apa yang disebut oleh banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi.
Sebenarnya merokok ini, saya sebut daripada pengalaman saya sendiri, bukan dikira daripada kemampuan tetapi tabiat. Tabiat yang berani mengambil risiko tetapi kita mesti faham dalam masa yang sama dia memberikan pulangan yang cukup lumayan kepada negara. [Dewan riuh] Pada setiap hari Tuan Pengerusi dianggarkan sebanyak satu milion paket rokok dijual. Kalau RM2 sahaja cukai yang kita dapati kita dapat cukai sebanyak RM2 juta. Satu bulan RM60 juta.
RM3 bilion kerajaan tanggung.
Bukan, dia punya pendapatan lebih.
Yang Berhormat Jasin hentikan hal rokok itu.
Apa yang hendak saya sebutkan di sini. Nanti dahulu.
Tadi saya sudah bawa runding bahawa jangan lagi sentuh pasal rokok.
Apa saya hendak sebut di sini, kalau benar- benar kita betul-betul serius untuk mendidik rakyat kita supaya jangan merokok kerana rokok ini bukan sahaja hanya yang mampu kebanyakannya peratusan yang tinggi sekali adalah buruh-buruh, nelayan-nelayan yang kuat merokok. Tetapi Tuan Pengerusi
sebenarnya rokok yang kita jual di negara kita ini adalah sebanyak RM8, RM9 sekarang harga dia, satu paket naik lagi satu ringgit tetapi di Singapura Tuan Pengerusi dijual sebanyak SGD13. Kalau kita bezakan daripada PPP pun kita masih lagi rendah sebanyak RM4. Kalau kita hendak betul-betul ajar rakyat kita jangan merokok, jangan anak-anak kita pun terikut-ikut naikkan harga serupa Singapura walaupun.
Ini saya setuju 200%.
Kalau Singapura, SGD13 kita jual RM13 mengikut PPP kita.
Yang Berhormat Jasin berhentikan hal rokok itu.
Jadi, kita dapatkan hasil yang lebih baik.
Ya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pasal soal rokok Yang Berhormat Titiwangsa dia tidak akan berhenti.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Berhubung dengan perkhidmatan pegawai-pegawai kita di Pusat Kesihatan saya mengucapkan terima kasihlah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat menghargai kakitangan kita yang telah pun memang benar kita bertungkus-lumus, kadang-kadang satu doktor satu jururawat hendak pergi tandas pun tidak sempat Tuan Pengerusi memang saya dapat terima memang ada pegawai-pegawai kita yang cukup bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas mereka dan kita akan teruslah menambahkan kakitangan untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk luar bandar.
Yang Berhormat Maran.
Ya, Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Dari segi jasa, perkhidmatan yang baik daripada kakitangan kesihatan cukup baik. Saya memang appreciate betul dengan izin, tetapi Yang Berhormat Menteri saya agak kecewa sedikitlah tetapi tidaklah sampai hendak membangkang kerajaan, tidak sebab saya terima kasih kepada kerajaan, jasa kerajaan banyak. Di klinik Chenor ini di kawasan saya pesakit setiap hari lebih kurang 50 hingga 60 orang tetapi setelah beberapa lama tidak ada seorang doktor pun ditempatkan di sini. Saya sudah timbul sudah Yang Berhormat Menteri dahulu dan sekarang kita pinjam daripada Kampung Awah, itu pun sekali sahaja seminggu. Saya mohonlah kalau boleh sebelum persidangan Parlimen akan datang doktor telah diisi di Chenor. Jadi saya malas cakap lama Yang Berhormat Menteri, ini sebagai Menteri yang kita kenal lama saya mohon benar-benar dan yang kedua ialah di Chenor juga ambulan yang ada di Chenor ini sudah BER sudah, dengan izin tidak boleh direpair dah dan kita terpaksa membawa pesakit-pesakit kita daripada Chenor ke Temerloh dan mungkin ke Jengka dan sebagainya. Jadi, inilah jasa yang telah banyak dimainkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan. Saya yakin bahawa Tuan Pengerusi, Menteri kita ini cukup hebat dan dia akan memenuhi kehendak saya dalam tempah terdekat ini. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Maran, kita akan mengambil tindakan. Klinik Chenor saya faham saya pernah tahu tempat itu dan jauh juga daripada Kampung Awah, kita akan ambil tindakan untuk melengkapkan ambulan dan juga pegawai yang berkenaan. Tuan Pengerusi berhubung dengan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Seorang lagi berdiri Yang Berhormat.
Ada lagi? Ya. Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri saya pun begitu tertarik sekali dengan
kekurangan doktor di Pusat Kesihatan ini. Sebelum ini dalam peringkat majlis saya telah membangkitkan di hospital daerah Segamat itu sendiri begitu kekurangan doktor. Saya telah membangkitkan bahawa jawatan MO itu 47 tetapi yang diisi 16 dan yang doktor yang kecemasan on call ini terpaksa bertugas 24 jam tetapi oleh sebab mereka ini 16 orang, rotations mereka saya rasa dari segi fizikal dia, mental dia pun apabila bertugas dengan kecemasan yang memerlukan mental, memerlukan tenaga saya ingat sudah bertambah kurang Yang Berhormat Menteri. Jadi kalau boleh bukan sahaja di pusat kesihatan kecil ini, di hospital-hospital ini sebab saya telah membangkitkan bahawa di kawasan saya yang ada 180 ribu penduduk yang ada tiga Parlimen kemudian termasuk juga sedikit daripada selatan Negeri Sembilan dan selatan Pahang yang dianggarkan lebih kurang 250 ribu orang penduduk yang ada 16 orang doktor yang terpaksa kerja keras, jadi saya ingat walaupun saya sebelum daripada ini bekas Menteri Kesihatan dalam kawasan daerah Segamat tetapi nampaknya doktor 16 orang ini saya ingat tidak memadai dan tidak mencukupi. Saya ingat Yang Berhormat Menteri saya mintalah mengambil perhatian sedikit perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang, saya pun pernah kata dahulu saya akan buat lawatan kepada Hospital Segamat. Memang sana bilangan pesakit begitu ramai, tetapi saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh negara peratus pengisian doktor hanya tahap 53% sahaja. Tadi Yang Berhormat kata sepatutnya 42 doktor, 47 doktor hanya isi 16, memanglah kebanyakan hospital kita menghadapi masalah kekurangan doktor yang begitu tinggi. Hanya 53% pengisian pada masa sekarang dan saya berharaplah saya sudah mengarahkan pegawai saya kalau boleh kita tambahkan lagi dengan cepat, kita hendak cepat kita ambil doktor-doktor luar negara akan datang. Kita akan isi di mana Jemaah Menteri sudah luluskan pertambahan doktor luar negeri sehingga 1000, kita hanya ada 490 orang sekarang doktor luar negeri hendak masuk dalam negara kita, kita akan tambah sampai 1000 orang harap kita dapat kurangkanlah beban doktor-doktor kita di hospital.
Masalah kekurangan doktor ini Yang Berhormat Menteri juga berlaku di kawasan saya dalam mana sepatutnya hospital daerah Serian sepatutnya kuota adalah 19 orang doktor tetapi sekarang jawatan yang diisi hanya lima orang. Apa yang lagi teruk berlaku ialah doktor ini yang berkhidmat di hospital daerah Serian yang lima orang ini bukan sahaja berkhidmat untuk hospital bahkan kelima-lima doktor ini terpaksa bergegas dari hospital untuk bertugas di klinik. Jadi permintaan saya di sini selain daripada mengisi jawatan agar sekurang-kurangnya make it 60% iaitu Poliklinik Serian saya telah difahamkan bahawa Poliklinik Serian tanah telah pun dikenal pasti dan telah disediakan. Akan tetapi, sehingga kini Serian belum lagi mempunyai klinik, jadi ini bererti - dia macam ini hospital ada tetapi yang out patient klinik adalah berfungsi sebagai poliklinik dalam mana doktor-doktor yang berkhidmat yang bertugas di hospital terpaksa juga bergegas untuk menjaga out patient. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Serian, saya akan ambil perhatian berhubung dengan permintaan tersebut. Memang di Sarawak dan Sabah memang dia lebih tenat lah bilangan doktor di dua-dua negeri tersebut. Tuan Pengerusi, berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, bagaimana penguatkuasaan farmasi dijalankan penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan pesakit terhadap penggunaan ubat generik dan adakah bio-equivalence dilakukan dan adakah BE dibuat secara periodic. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini ubat generik mengandungi 94 bahan aktif tertentu perlu mengemukakan ujian BE. It must go through. Kajian ini akan dilakukan supaya keberkesanan ubat generik setanding dengan ubat asal. Kalau dia tidak setanding dengan ubat asal kita tidak akan luluskan ubat generik tersebut. Ubat generik yang tidak mengemukakan laporan BE juga tidak akan didaftar oleh pihak berkuasa kawalan dadah. Kita ada kawalan kita. Dari semasa ke semasa kawalan terhadap pemantauan kajian BE bagi ubat generik berdaftar dilaksanakan di mana ubat-ubat generik yang tidak mengemukakan laporan BE dalam tempoh yang telah ditetapkan akan digantung dan dibatalkan. Status pendaftarannya oleh bahagian kawalan dadah.
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung pada jam 2.30 nanti?
Okay. Terima kasih. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini ditempohkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 11 malam ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Selasa, 2 Disember 2008.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli- Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung. Berapa lama kah lagi Yang Berhormat?
Banyak lagi Tuan Pengerusi. Banyak lagi. I cuba pendekkan lah ya.
Ya, boleh Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sambung berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Kuala Selangor. Berhubung dengan bioequivalence. Untuk mengelakkan pengguna dari terdedah kepada toxicity atau kesan adverse.
Kementerian Kesihatan telah menjalankan Program Post Market Surveillance untuk memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk akan diambil dari pasaran untuk dianalisakan dan produk yang gagal analisanya akan ditarik balik dari pasaran. Pendaftaran produk akan di batal sekiranya ada isu keselamatan ke atas pengguna. Ubat-ubatan memang ada toxicity sekiranya tidak digunakan mengikut arahan. Oleh itu, kebanyakan ubatnya perlu diprescribe oleh doktor. Melalui kempen “Kenali Ubat Anda” pengguna dan pesakit dinasihatkan cara untuk mengelakkan atau mengurangkan toxicity melalui penggunaan yang betul iaitu mengikut dos, cara penggunaan dan arahan- arahan lain seperti yang dinyatakan pada label dan sisip bungkusan dan risalah-risalah dalam ubat tersebut. Tuan Pengerusi, berhubung dengan persoalan Yang Berhormat Kuala Selangor juga berhubung apakah strategi dan peranan kementerian dalam menangani masalah mengenai pencemaran melamin ini daripada berulang lagi? Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjamin keselamatan makanan di Malaysia. Ini jelas dengan pematuhan dan pemeriksaan yang dijalankan di pintu masuk seperti melarang kemasukan ammonium bicarbonate yang telah dikenal pasti tercemar dengan melamin. Adalah menjadi tanggungjawab pihak industri untuk memastikan biskut yang dikeluarkan dari pasaran bagi pasaran tempatan dan eksport adalah selamat. Dalam hal ini, syarikat biskut telah melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan berasaskan risiko iaitu risk based food safety assurance system, self risk assessment system. Bagi memastikan biskut yang dikeluarkan mematuhi tahap melamin yang ditetapkan. Di peringkat pasaran Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada penjualan produk makanan yang tercemar oleh melamin. Bagi pasaran eksport, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan surat perakuan dan menyatakan biskut yang dieksport...
[Bangun]
...Mematuhi tahap melamin yang dibenarkan mengikut keperluan negara pengimport. Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bukan hendak bertanya tetapi hendak meminta perhatian Kementerian Kesihatan. Oleh kerana kita tahu di bawah sana banyak penternak ayam. Penternak ayam ini menggunakan suntikan-suntikan kepada ayam-ayam untuk menggemukkan ayam. Ayam- ayam ini dibela di dalam kandang tertutup dan kandang terbuka dan banyak bahan ini adalah bahan-bahan yang berbahaya kepada kesihatan. Akan tetapi penjualannya dibuat oleh mereka yang tidak ditauliahkan dengan ubat-ubatan itu juga tidak diperiksa. Saya sendiri bertanya dengan pihak hospital yang mempunyai anggota yang sepatutnya untuk mengawal bahan-bahan ini. Akan tetapi mereka berkata ia juga ada kaitan dengan Jabatan Haiwan, tetapi apabila kedua-dua itu ditanya tidak satu pun jabatan yang mampu bertanggungjawab. Maka apa yang saya bawa kepada mereka sehingga hari ini tidak ada langsung pihak yang memeriksa. Jadi kawalan perkara ini perlu disiasat Yang Berhormat Menteri supaya bahan- bahan ini adalah bahan-bahan yang dikatakan yang menjadi sumber kepada penyakit kanser. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri beri perhatian yang serius dalam perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat bahawa memang tidak ada kekeliruan dari segi siapa yang menjaga, dari segi ubat menggemukkan ayam atau pun mana-mana ternakan kita. Ini kerana jelas sahaja, kalau ia binatang, ia haiwan yang kita pelihara ternakan kita, sampailah kepada jagaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Apabila sudah jadi daging ataupun ayam yang terlebih potong, itu adalah jagaan Kementerian Kesihatan so it’s very clear kan.
Akan tetapi kalau disuntikkan ubat dalam haiwan-haiwan kita itu kedua-dua kementerian boleh mengambil tindakan kepada mereka. Ini kerana penternak itu dia suntikkan ubat, apabila dijadikan daging, daging itu ada ubat kita boleh ambil tindakan seterusnya.
Tuan Pengerusi, saya pun dimaklumkan begitu tetapi apa yang saya complain tidak ada langsung pihak yang turun ke bawah untuk mengenal pasti. Kata satu pihak dia menunggu yang lain. Ini bermaknanya walaupun Yang Berhormat peringkat Menteri sudah tahu prosedurnya tetapi di bawahnya tidak berjalan. Jadi saya harapkan ini dapat dilihat..., saya pun ada juga nama doktor yang terlibat. Jadi kalau Yang Berhormat hendak tahu, saya akan bagi nama. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya akan memastikan penguatkuasaan berjalan kerana memang ini adalah satu perkara yang penting, kesihatan rakyat kita perlu dijaga, tidak kira apa ubat yang diberi kepada ternakan kita, kita perlu memastikan ia adalah selamat dan boleh dipakai dalam penternakan tersebut. Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Saya mengiktiraf dan cukup memahami kesungguhan menteri dan kementerian yang bersungguh hendak memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan kesihatan dan juga perkhidmatan perubatan. Saya bangkitkan tiga perkara hari itu dan menteri telah pun menjawab dua. Kalau saya tunggu hujung-hujung nanti, makin banyak soalan. Jadi saya ingat saya celah dahulu. Satu perkara tentang kajian ataupun dikatakan sebagai bioequivalence study, saya faham bahawa di sana ada post marketing surveillance yang dilakukan. Cumanya yang saya bangkitkan hari itu adalah sejauh mana komitmen penguatkuasaan farmasi khususnya untuk memastikan bahawa akhirnya pesakit dan rakyat tidak mengalami ketidakberkesanan ubat kerana tidak ada pemantauan berselanjaran ataupun berterusan dalam bentuk periodical sampling. Sebab itu saya menekankan persoalan bioequivalence studies. Tambahan pula kita faham bahawa banyak cara bahawa ubat-ubat ini dapat masuk border Thailand dan seumpamanya dan mereka terus membawa generic drug seperti ini. Itu lebih parah, saya kira, dari sudut keupayaan penguatkuasaan farmasi untuk mengesan dan membuat raid dan apa pun yang sekali gus akan meletakkan akhirnya ubat- ubatan generik dalam pasaran, medical in clinical use adalah ubat-ubat yang tidak berkesan kerana ia tidak dipantau. Itu yang pertama yang saya ingin sebutkan, mengulas sedikit daripada menteri. Mungkin tidak perlu dijawab ataupun perlu dijawab dari sudut berapa banyak peruntukan dalam bajet diperuntukkan untuk penguatkuasaan farmasi ini dipertingkatkan keupayaan mereka. Keduanya, dari sudut apa yang dikatakan sebagai penguatkuasaan melamin itu. Ya betul, saya juga memahami bahawa telah dibuat kajian tetapi itu pada entry dalam pasaran ataupun sudah end line, sudah pada pasaran. Itu konsep atau approach from farm to table itu, the entire supply chain itu, the entire business process itu ataupun seluruhnya dari sudut production nya, dari sudut processing nya, dari sudut pemasarannya, retail nya, jadi jangan kita ambil ketika berlaku seperti ini hanya mengkaji kajian produk yang terakhir untuk mengetahui berapa kepekatan ataupun part per millions there are melamine dalam produk-produk dairy atau milk based product ini. Jadi sejauh mana penguatkuasaan berlaku untuk mengenal pasti bahawa from the entire. Kalau kata dibawa masuk baking powder, ammonium bicarbonate itu yang sudah tercemar sama ada dengan melamin mahupun dengan sinuric acid itu. Maksudnya sebelum akhirnya menjadi satu produk yang dipasarkan on the table, kajian seharusnya must be from the entry, from masuknya bahan input pemakanan tadi, bukan pada kajian ataupun assessment dalam produk itu sahaja. Itu yang dimaksudkan. Sejauh mana kemampuan penguatkuasaan kesihatan di sini. That is the question, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ada dua perkara di sini. Yang pertama berhubung dengan penguatkuasaan ubat-ubat kita. Memang kita amat mengambil berat tentang bioequivalence yang dilakukan oleh kementerian kita
untuk memastikan bahawa semua ubat dalam pasaran kita dijalankan bioequivalence ini dan memastikan ia adalah berkesan. Ubat generik yang kurang berkesan tidak akan dibenarkan didaftar dalam negara kita dan kita juga telah menggunakan hologram untuk mengesan pendaftaran. Mana-mana ubat yang tidak menggunakan hologram, siri nombornya, kita dapat mengesan mana tempatnya dan siapa yang melakukan pemalsuan tersebut.
Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan.
Ya, boleh.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Menurut apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Kuala Selangor tentang mengimport ubat-ubat dari luar negara, tetapi di sini saya ada satu soalannya. Adakah kementerian sedar bahawa ramai pekerja asing kerap kali melawat hospital-hospital Malaysia sehingga beberapa kali setiap bulan berpura-pura sakit teruk, mengumpulkan ubat-ubat dan menghantar semula dan semua ini balik ke negara-negara asalnya kerana ubat dan penjagaan perubatan adalah sangat mahal di sana dan ini akan menjadi satu kerugian besar untuk negara Malaysia. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Saya juga ingin tahu beberapa orang pekerja yang diberi rawatan perubatan atau pembedahan di hospital-hospital Malaysia bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan juga pengurusan perkhidmatan farmasi, apakah rasionalnya? Manakala doktor-doktor perubatan dibayar atas kerja-kerja overtime di hospital-hospital kerajaan tetapi ahli-ahli farmasi tidak layak untuk menerima faedah yang sama, overtime pay. Tambahan pula mereka tidak diberi subsidi juga minyak apabila menjalankan tugas tambahan. Dengan itu, sekian terima kasih.
[Bangun]
Topik yang sama atau lain? Saya jawab dulu.
Topik yang sama, nanti senang menteri boleh jawab sekalilah. Saya ingin memberi sedikit gambaran tentang penguatkuasaan yang disebut tadi itu, saya kira banyak lagi yang harus dilakukan kerana menurut nilai juta yang dirampas, ubat-ubatan yang tadi yang kata tidak ada hologram dan sebagainya itu, ia dinilai pada tahun 2004, RM25.9 juta, masuk 2007, nilai yang dirampas ialah RM35.8 juta. Jadi di sini macam ada satu penguatkuasaan yang agak perlu ditingkatkan. Ubat-ubatan yang berkaitan dengan rangsangan seks ini yang paling besar, 40% untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian sebab rakyat Malaysia ini apabila dia dengar sahaja Tongkat Ali, dia dengar sahaja yang jenis-jenis macam itu, dia terus beli walaupun dia tidak tahu ada bahayanya di situ. Ubat pelangsing badan 10%, ubat lain-lain 50%. Saya ingin beritahu menteri, kadang-kadang hologram yang dipakai itu pun palsu juga. Jadi penguat kuasa tidak tahu hendak beza. Saya mencadangkan keluhan-keluhan ini supaya dipertingkatkan. Akta-akta yang ada seperti Trade Description Act 1972, Sales of Drug Act 1953, Poison Act 1952 perlu diperkukuhkan dengan hukuman mandatori kepada mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan ini dan dia perlu disegerakan. Kalau tidak, negara kita nanti akan dibanjiri dengan ubat-ubat yang jenis macam ini, khususnya dalam rangsangan seks yang dikatakan antara paling tinggi orang menjadi mangsa kepada ubat- ubat kesihatan ini. Saya harap menteri boleh ambil perhatian.
Okey, perkara yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Saya hendak menambah sedikit berkenaan dengan pengiklanan tentang produk-produk kesihatan tetapi kebelakangan ini saya menerima banyak permintaan daripada rakan-rakan yang berada di dalam bidang servis perubatan iaitu berkenaan dengan pengiklanan yang secara spesifiknya untuk kegunaan wanita ataupun remaja wanita.
Sekarang ini agak popular penggunaan ataupun pengiklanan tentang produk- produk yang agak spesifik iaitu penggunaan tampon yang dikatakan selamat digunakan dan agak fesyen terbaru kepada penjagaan kesihatan wanita terutama apabila mereka ini
menghadapi circulation 22 hari untuk menghadapi menstruation dan sebagainya. Ada satu kajian yang dibacakan mengatakan kandungan dalam tampon ini mengandungi asbestos yang tinggi iaitu untuk menggalakkan atau encourage absorption kepada darah. Satu lagi kajian mengatakan terdapatnya rayon atau dioxin, chemical yang digunakan dalam bleach untuk tujuan bleaching. Dikatakan very much related, dengan izin, kepada carcinogenic cancer ataupun kanser serviks. Satu laporan lain juga mengatakan sebanyak 1,100 kes pendaftaran baru ataupun kes-kes yang dirujuk yang berkaitan dengan kanser serviks setiap tahun. Perkara ini agak mengejutkan kita juga. Kita lihat pengiklanan ataupun produk-produk yang berkaitan dengan produk ini agak berleluasa di televisyen dan sebagainya. Mereka mengatakan ada baiknya menggunakan lebih banyak produk itu untuk kesihatan sedangkan oleh kerana absorption yang tinggi ini mereka perlu menggunakan barang-barangan yang lebih seperti tuala wanita dan sebagainya ataupun tampon ini. Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, kalau ada isu-isu baru itu saya ingat patut di treat as baru, dilayan sebagai yang baru. Yang Berhormat sebenarnya menjawab soalan-soalan berbangkit.
Ya, saya akan jawab perkara berbangkit daripada Yang Berhormat Kuala Selangor dan ia melarat kepada Yang Berhormat Tawau dan seterusnya. Saya akan cuba simpulkannya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Berhubung dengan penguatkuasaan tadi saya memang setuju kita perlu mempertingkatnya. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tawau tadi bahawa ada pesakit-pesakit yang mengumpul ubat-ubatan dan di bawa keluar, kementerian sentiasa menerima pesakit dan memberi rawatan yang sewajarnya. Kementerian tidak menolak kemungkinan ubat yang diberi setiap kali pesakit datang ia tidak dimakan dan sebaliknya di kumpul oleh mereka. Walau bagaimanapun kementerian Kesihatan telah pun mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan pengumpulan ubat-ubatan tersebut. Langkah-langkah tersebut seperti: (i) memberitahu doktor-doktor supaya tidak memberi ubat yang terlalu banyak dan ubat-ubatan tersebut diberikan untuk tempoh rawatan sahaja; (ii) ubat-ubatan yang mahal dimasukkan dalam sistem computerized pharmacy supaya kita dapat mengesan penggunaannya; dan (iii) memastikan bagi penyakit-penyakit kronik ubat-ubatan diberikan secara installment dalam kuantiti sebulan ataupun yang lebih kurang lagi. Oleh itu saya rasa perkara ini boleh kita tangani dan harap dapat menyelesaikan ataupun meminimumkan abuse penggunaan ubat-ubatan ini. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Parit Buntar, memang kita akan terus melihat dari masa ke semasa dan mengkaji semula undang-undang serta akta yang kita sedia ada untuk memperkukuhkan penguatkuasaan kita. Mengani ubat-ubat palsu kita memang dari semasa ke semasa mengadakan serbuan dan tangkapan dilakukan. Saya rasa ini memerlukan juga kerjasama semua pihak termasuk kempen yang kita katakan Kempen Kenali Ubat Anda. Apabila orang ramai sudah tahu yang mana ubat asli, ubat tiruan dan ubat palsu maka dapat memberikan kita maklumat supaya dapat mengesan dan menangkap pengeluar-pengeluar ubat-ubatan palsu ini. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Indera Mahkota, saya rasa apa- apa penggunaan untuk kesihatan termasuk tampon yang dinyatakan tadi, apabila ia akan mengakibatkan ataupun memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan kita boleh mengambil tindakan yang seterusnya terhadap pengeluarnya.
Adakah penemuannya setakat ini?
Sekiranya dakwaan yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu benar, kita memang akan membuat siasatan dan kita akan mengambil tindakan. Berbalik kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang mengatakan bahawa mengenai melamin kita kena memastikan pencemaran tidak berlaku pada akhir produk tersebut, sebelum produk ataupun bahan mentahnya kita perlu periksa. Sebenarnya itulah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan. Apabila masalah melamin berlaku di negara China pada masa itu dikatakan bahan mentah susu yang tercemar. Apabila kita lihat biskut kita juga tercemar dengan melamin pada masa itu orang ingat bahawa ia adalah tercemar berpunca daripada susu, tetapi susu kita daripada Australia dan New Zealand, tidak mungkin ia tercemar. Maka kita mengesan dan menganalisis bahan mentah yang membuat biskut itu. Akhirnya kita dapati bahawa ammonium carbonate sebenarnya daripada negeri China yang dihantar ke sini yang tercemar dengan melamin dan telah pun kita dapat kawal dan menukar ammonium carbonate yang masuk ke dalam negara kita. Apa yang saya hendak nyatakan di sini sekarang ini kita buat kawalan melamin daripada at the source, daripada pekilang, pembuat dan terutamanya kilang-kilang biskut ini. Kita dapat pastikan bahawa akhirnya produk itu tidak waswas lagi terhadap pencemaran melamin.
Apabila Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan pada bulan November, kalau tidak silap saya Yang Berhormat Menteri menyebutkan biskut kita bebas daripada melamin. Terdahulu daripada itu Yang Berhormat Menteri sendiri pun membuat kenyataan bahawa biskut-biskut Khian Guan dan Khong Guan, kedua-duanya sebanyak 18 daripada biskut-biskut itu tercemar. Jadi, ternyata bahawa apa yang disebutkan sebagai approach from farm to table itu tidak dilakukan. Mungkin kita kena sedia menerima kenyataan ataupun realiti bahawa penguatkuasaan di situ yang sedikit dipertikaikan dan bagaimana untuk menjamin keselamatan pemakanan ini pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Apabila saya mengumumkan bahawa 18 jenis biskut Khian Guan dan Khong Guan yang tercemar itu arahan telah diberikan untuk ditarik balik daripada pasaran dan dimusnahkan. Itu at the end product. Apa Yang Berhormat nyatakan tadi bagaimana apabila selepas sebulan kemudian saya mengumumkan bahawa ia sudah selamat. Ini kerana batch yang baru, kita sudah kawal daripada source nya iaitu pengilangnya dan kita yakin bahawa akhirnya produk ini adalah selamat. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang kita akan masukkan melamin ini sebagai satu routine surveillance dalam sumber bahan makanan. Apabila bahan makanan yang dikeluarkan ataupun diimport sama ada dalam negara ataupun luar yang masuk ke dalam negara kita ini, makmal kesihatan kita sentiasa membuat analisa dari segi pesticide dan drug residue; kita buat heavy metal, chemicals dan microbiological test. Ini sentiasa dijalankan sepanjang masa. Kalau dahulu melamin tidak ada masalah kerana kita tidak buat, tetapi sekarang memandangkan ia sudah menjadi satu masalah pencemaran kita akan masukkan melamin in one of our routine surveillance lists.
[Bangun]
Yang Berhormat Pendang, saya belum masuk lagi, banyak lagi. Soalan Yang Berhormat Pendang cukup banyak.
Melamin.
Okey, melamin.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat kepada report daripada Audit pada tahun lepas mengatakan sistem food alert yang ada di Kementerian Kesihatan terlalu lambat antara 12 hingga 171 hari. Sepatutnya food alert ini sampai begitu cepat daripada Food Safety Information (FoSIM) ataupun kepada Sistem Maklumat Kastam (SMK) dan juga Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan seterusnya ke pintu masuk untuk mengimport barang-
barang makanan. Dikatakan pada Laporan Audit pada tahun lepas selama 12 hingga 171 hari dan dikatakan oleh Ketua Audit Negara pada ketika itu terlalu lama.
Jadi saya rasa dengan penambahan makmal-makmal yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ini kepada lima buah kalau tidak silap saya, ia akan mempercepatkan. Itu satu hal. Kemudian saya hendak bertanya, kenapakah di Singapura mereka boleh memberitahu sistem keracunan ataupun maklumat makanan ini dalam masa dua hari, padahal kita terpaksa menunggu sampai dua minggu untuk memberikan informasi kepada rakyat kita tentang keracunan ataupun bahan-bahan racun dalam makanan.
Tambah sedikit Yang Berhormat Menteri. Sambungan kepada itu. Level four surveillance dengan level six, auto rejection. Itu masa yang kena round time yang perlu kita percepatkan atau memperkemaskan untuk memberikan keselamatan kepada satu tahap yang lebih menjamin. Terima kasih.
Ya, memang benar. Kita mempunyai beberapa peringkat. Level four, level five, level six. Bagi level four dan level five, kita perlukan masa yang singkat. Kalau boleh apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pendang tadi, katakan Singapura dua hari, kita dua minggu, itu tidak benar. Apa yang boleh dibuat di Singapura dua hari, kita juga dua hari. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa apa yang menjadi masalah di dalam negara kita kerana makmal kita pada mulanya hanya satu, the Chemistry Department. Satu sahaja, kemudian kita tambah. Sekarang ini kita ada lapan. Dengan adanya makmal yang lebih ini, kita dapat proses dengan cepat. Apa yang kita boleh buat sekarang, apa yang berlaku apabila industri biskut menghadapi masalah melamin, dia hantar semua bahan mentahnya pergi analisa. Sehinggakan satu hari, satu kilang boleh hantar 200 atau 300 sampel. So, memanglah the queue is long. Memang proses analisa takes only one to two days. Kita seterusnya boleh tahu. Kemampuan kita memang sama dengan Singapura. Kita langsung tidak kurang dari Singapura. In fact we are better in some of alat-alat atau perkakas yang kita ada. Oleh itu saya rasa maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh media massa. Sebenarnya kita mempunyai kemampuan dan dengan adanya peningkatan makmal dan sekarang ini, saya rasa perkara ini telah pun berjalan dengan baik. Berhubung dengan sistem FOSIM, memang satu ketika di dalam makmal, betul makmal kita memang kurang. Akan tetapi kita akan teruslah mempertingkatkan sistem FOSIM yang ada di dalam Malaysia. Sebenarnya FOSIM yang kita ada ini cukup canggih. Memanglah cukup hebat untuk memastikan bahawa bahan-bahan mentah dan makanan yang masuk dari luar negara dapat ditangani dengan begitu cepat sekali. Berhubung dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor juga, iaitu berhubung dengan Kajian, National Health and Mobility Survey 2006, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang begitu prihatin dan juga berminat dengan Kajian National Health Survey Mobility yang ketiga. Memang kajian ini telah selesai dijalankan dan telah dirancang untuk dibentangkan dalam satu persidangan pada 4 Disember ini di Seremban iaitu di Hotel Royal Bintang. Persidangan ini akan membahaskan penemuan, will discuss all the finding dan kajian itu bagi menjana hala tuju dan kesihatan awam di masa hadapan. Ini adalah kajian yang begitu meluas, begitu penting. Setiap 10 tahun kita akan buat kajian tentang tahap keselamatan, tahap kesihatan rakyat di seluruh negara dari segi kegemukan, dari segi panjang hayat, dari segi non chemical disease dan semuanya memang kita mempunyai data-data yang cukup terperinci dan dapat membawa serta membantu Kementerian Kesihatan menggariskan hala tuju yang baru. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara ini saya sengaja bangkitkan kerana dalam persiapan peruntukan bajet 2009, saya membayangkan tentunya telah diambil kira findings daripada kajian ataupun The National Health Survey dan National Health And Mobility Survey itu yang seharusnya kemudian
mencerminkan bagaimana strategic approach dalam menggarap persoalan kesihatan dan perubatan. Nyata dalam peruntukan bajet 2009, emphasis nya masih sama sementara di peruntukan Kesihatan Awam, RM2.04 bilion. Peruntukan pada Butiran 030000 – Perubatan, which is essentially curative medicine adalah sebanyak RM6.5 bilion. Maknanya dalam kata lain, kita tidak sama sekali dapat menunjukkan bahawa the emphasis kalau adalah satu anjakan, satu perubahan emphasis ataupun penekanan dan keutamaan. Budget is almost three times. Di dalam perkara yang dibincangkan sebentar tadi sebelum pagi tadi, keutamaannya nyata bukan kepada preventive medicine. Itu satu. Keduanya pula, saya mendapati bahawa bajet Kementerian Kesihatan pada RM14 bilion lebih kurang, hanyalah merupakan 7% daripada belanjawan seluruh bajet 2009. Kalau saya ambil dalam pendekatan ratio kepada GDP, ia adalah hanya GDP kita lebih kurang RM500 bilion, hanyalah kurang daripada 3%. Ia tidak membayangkan orientasi keutamaan yang diberikan oleh OECD countries yang memberi peruntukan sebanyak 7% paling tidaknya berbanding GDP mereka. Ini satu komitmen yang jauh tersasar daripada kesungguhan kita untuk memberikan health care yang lebih menjamin rakyat. Jadi itu perkara yang hendak saya sebutkan dan apabila kita lihat kepada apa yang saya sebutkan tadi, primary healthcare dalam pendekatan. Kalau kita ambil di sini, pembangunan kesihatan keluarga, kawalan penyakit, infection disease, pendekatan kesihatan ataupun pendidikan kesihatan dan keselamatan dan kualiti makanan yang telah kita bincangkan sebentar tadi. Kesemua ini, hari ini orientasi negara-negara maju pun sudah lebih kepada preventive daripada curative. Saya tidak sama sekali mahu menekankan kepentingan billing of hospitals dan segala-galanya yang bersifat curative. Akan tetapi penekanan tidak menunjukkan, sahabat saya Yang Berhormat Titiwangsa dia kata 20 tahun dahulu dia menjaga KKIK - Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak- kanak. Dia menjaga 40 personel di bawahnya. Hari ini, seperti mana yang kita dengar sebentar tadi, masih seorang doktor pengamal perubatan, MO terkial-kial dengan mengendalikan. Kalau saya di Kuala Selangor, di klinik-klinik kesihatan itu masih senario yang sama. Kita tidak meletakkan peruntukan yang berwajaran dengan komitmen kita untuk memberikan penekanan kepada primary health care ataupun preventive medicine. Sudah sampai masanya, KKIK seperti ini diberikan keupayaan yang lebih dari segi bajetnya, personelnya. Jauh sekali untuk mendapatkan sokongan specialist. Akan tetapi masih satu doktor di klinik kesihatan mengendalikan pesakit luar ataupun terutamanya kanak-kanak dan ibu di maternal health nya, child care nya. Jadi kesemua ini tidak membayangkan satu komitmen. Yang paling saya takuti Tuan Pengerusi..
Minta tolong ringkaskan sedikit Yang Berhormat.
Minta maaf Tuan Pengerusi. Saya sebutkan sedikit. Dia ada sangkut-pautnya juga dengan bagaimana kesudahannya nanti seolah-olah solution nya adalah kepada National Health Care Financing Scheme. Yang lebih saya khuatir Tuan Pengerusi, adalah apabila ia di privatize. Saya rasa sudah sampai masanya satu pendekatan yang lebih berwajaran, strategik, integrated dan holistik. Akhirnya perlu dikendalikan Tuan Pengerusi kalau boleh saya rakamkan, keperluan kepada penubuhan sebuah suruhanjaya perkhidmatan kesihatan yang sudah sampai masanya. Ini kerana kalau yang lain sudah ada suruhanjaya, saya rasa dengan segala yang tidak nampak kesungguhan. Bukan saya kata tidak nampak kesungguhan, saya minta maaf ya, saya tarik balik. Maknanya sudah sampai masanya keperluan itu dan khususnya dalam mendepani cabaran apa yang disebut-sebut sebagai the National Health Care Financing Scheme itu, saya lebih khuatir. Tambahan lagi kalau ia diswastakan dan akhirnya akan mengorbankan kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor yang telah pun memberikan penekanan terhadap primary health care. Saya hendak nyatakan di sini
bahawa memang dari segi primary health care, Malaysia adalah satu sektor yang cukup cemerlang. Sebenarnya kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang lain, memang kita mempunyai banyak kejayaan dari segi primary health care. Apa yang dikatakan dari segi bajet kita bahawa kita masih lagi menumpukan kepada curative, sebenarnya dari segi mobility report, go back to the mobility report. Kita lihat memang sudah tiba masanya kita kena beri penumpuan dari segi preventive. Iaitu bahawa kita tahu NCD atau non communicable disease dalam negara kita meningkat dengan begitu cepat. Bilangan kanser meningkat 30,000 hingga 40,000 orang dapat kanser setahun. Daripada orang high blood pressure, 22.5% all the populations are high blood pressure, 25% of our populations dapat kolesterol tinggi.
Ini semua, we talk about 11.6% dapat diabetes, menunjukkan tanda-tanda, statistik menunjukkan bahawa non-communicable disease telah pun meningkat dan kita perlu tahu bahawa ini semua boleh dielakkan. Sebenarnya penyakit tak berjangkit ini boleh kita elakkan dan boleh kita atasi apabila kita jalankan preventive care kita dengan baik. Oleh itu primary healthcare akan kita beri keutamaan dan memang dalam perancangan Kementerian Kesihatan, kita akan menuju ke hala itu. Walaupun dalam bajet tak dapat tapi dari segi saya sebagai Menteri dan dalam pengurusan saya di kementerian saya, saya telah banyak kali menekankan kepada semua pegawai di sana di mana bagaimana kita nak perkukuhkan sehingga kan kita akan...
[Bangun]
Sekejap, sehinggakan kita nak wujudkan satu jawatankuasa khas dipengerusikan oleh ketua pengarah untuk memantau NCD. We will come out with master plan for cancer, master plan for the all the non-communicable disease untuk memastikan bahawa keutamaan diberi kepada preventive untuk mengelak penyakit tidak berjangkit ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun ingin berbicara soal primary healthcare ini. Walau bagaimanapun, saya tidak setujulah dengan saranan rakan-rakan di mana ada sedikit masalah kita nak mewujudkan suruhanjaya, kalau kita gagal dalam pendidikan, wujudkan suruhanjaya pendidikan. Bermakna kalau kita gagal dalam politik, kita kena wujudkan suruhanjaya politik. Ini bukan masanya untuk kita melontarkan suruhanjaya-suruhanjaya, masanya untuk kita melontarkan satu pendekatan yang boleh dikongsi bersama untuk memantapkan, memartabatkan, dan mendarjatkan kesihatan dalam negara kita. Persoalan yang ingin saya kemukakan, bagaimana kita pegawai-pegawai kakitangan di jabatan ini hendak merealisasikan hasrat rakyat dan kerajaan ke arah penjagaan kesihatan kalau kebajikan kakitangan juga tidak terurus. Ini persoalan pokok, contohnya, bukan semua di Sabah dapat elaun kritikal. Bukan semua penjawat ada dapat elaun kritikal dan guru-guru dia ada elaun sara hidup, dia orang ini tidak ada. Jadi ini pun hendak difikirkan, kalau di dalam kita sudah baik, asas kita sudah kukuh, maka sudah tentu mereka boleh bekerja dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi kebajikan dia pun tidak teratur, tidak terurus, kemudian kita mengharapkan dia fulfill 100% untuk menjaga kesihatan negara dan rakyat. Rasa saya, Menteri kena balik kepada soal pokok, kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Kita cari bagaimana jalan penyelesaian dia, kebajikan pekerja kita harus dilihat. Kemudian barulah mereka berkembang, itu baru formula, tidak perlulah suruhanjaya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang dari segi elaun kritikal dan elaun pedalaman ini kita dah pun pertimbangkan dan kita dah minta dengan JPA agar beri layanan yang sama dengan guru-guru. Kalau guru-guru di pendalaman dapat elaun pendalaman, maka doktor-doktor dan juga jururawat saya rasa perlu juga mendapat elaun-elaun tersebut. Memang telah pun dipertimbangkan dan
diluluskan oleh kementerian, oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dan kita harap dapat dilaksanakan dengan cepat. Yang Berhormat Kuala Selangor, memang benar dari segi GDP negara kita pada masa sekarang di bawah 4.7% yang kita gunakan untuk perkhidmatan kesihatan. Kalau kita lihat dari segi keberkesanan sistem kesihatan yang ada dalam negara kita, dia adalah berkesan kerana kita dapat menjaga kesihatan rakyat kita dengan GDP yang kita gunakan kalau kita bandingkan dari segi penggunaan kewangan kita secara menyeluruh. Memang National Health Financing itu adalah satu daripada caranya, kebanyakan negara akhirnya juga menggunakan National Health Financing yang telah pun berbincang berpuluh tahun dan negara kita pun telah bincang banyak kali.Memang Kementerian Kesihatan masih lagi dalam kajian dan belum ada apa-apa keputusan dalam bidang ini. Berhubung dengan..
Boleh Menteri? Sikit, last point.
Balik pada morbidity tadi, kalau Yang Berhormat berminat, boleh hubungi pejabat saya ataupun boleh hadir persidangan itu untuk mendapatkan the morbidity report yang sepenuhnya.
Last point Menteri, Tuan Pengerusi, bersabit dengan bagaimana kita mengorientasikan kembali kepada primary ataupun preventive medicine. Saya masuk kepada peranan Kementerian Kesihatan dalam pendidikan. Pada peringkat awal kita lihat bagaimana occurrence incidences of diseases yang hari ini mungkin pertamanya cardiovascular accident, kedua diabetes, kanser dan seumpamanya yang kita tidak tahu maklumat itu lagi sehingga kini kerana survey tidak diberitahu. Akan tetapi orientasi anak-anak kita pun sepatutnya..., sekarang ini kalau kita lihat pada peringkat awal lagi mereka telah diajar tentang anatomi, jantung, sistem pernafasan dan seumpamanya. Pada saya ia terlalu detail, patutnya tidak perlu disegerakan sebegitu. Yang lebih penting untuk ditekankan dan mungkin diberikan input oleh Kementerian Kesihatan adalah persoalan konsep yang lebih asas dalam kesihatan. Persoalan memahami, well beingness, kesejahteraan, soalan diet, persoalan lifestyle, healthy life, memahami pencemaran, memahami keracunan, perkara itu seharusnya di health science consciousness. Bukan kepada perkara-perkara yang boleh dipelajari pada peringkat yang lebih atas. Jadi orientasi itu tidak ada dalam pendidikan. Saya rasa ini peranan kementerian dan juga satu lagi saya nampak kadang kali kita tak menunjukkan pengiktirafan kepada Public Health Professionals yang hingga hari ini pun belum diberikan pengiktirafan clinical allowance nya yang menunjukkan bahawa mereka ada dua peranan sama ada dalam clinical setting mahupun dalam pentadbiran. Dalam pentadbiran pun jangan kita pinggirkan mereka atau jangan kita rasa tidak senang. Ini persoalan PTD dalam pentadbiran kesihatan Kementerian Kesihatan itu. Jadi itu pun perkara menunjukkan bahawa orientasi kita itu adalah kepada basic preventive health care. Terima kasih.
Yang Berhormat minta tolonglah Yang Berhormat, ini macam bincang dalam mesyuarat dalam meja dekat..
Okey, saya singkatkan Tuan Pengerusi. Saya singkatkan, apa yang...
Minta tolonglah Yang Berhormat. 35 pencelahan.
Saya setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor ini. Yang Berhormat dari Lipis membangkitkan isu pemakaian kad Ahli Parlimen di hospital kerajaan. Saya nak tegaskan di sini bahawa surat pekeliling mengenai kemudahan lawatan perubatan untuk Ahli Parlimen telah dikeluarkan kepada semua hospital sejak tahun 1993. Kementerian Kesihatan akan mengedarkan semula surat peringatan kepada semua hospital terhadap pemakaian kad Ahli Parlimen tersebut. Saya harap kalau Ahli Parlimen Lipis dapat memberitahu saya hospital mana yang telah pun menidakkan kad Ahli Parlimen tersebut, saya akan mengambil tindakan susulan.
Saya nak tanya sikit saja.
Yang Berhormat Putatan dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal penggunaan kad Ahli Parlimen ini, walaupun pada tahun 1993 ada satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua hospital-hospital di negara ini, tapi ini sudah berapa tahun Yang Berhormat? Saya rasa ini perlu diedarkan sekali lagi oleh sebab apa yang tersenarai dalam surat pekeliling 1993 itu sudah agak berlainan. Jadi apa yang masalah dia sebenar ialah ketua-ketua jabatan ataupun pengarah- pengarah hospital ini tidak mendedahkan atau mengedarkan surat pekeliling itu kepada kakitangan-kakitangan di peringkat bawah.
Apa yang berlaku pada saya tiga minggu lalu semasa anak saya pengsan di universiti, saya tunjukkan kad pengenalan saya, ditolaknya kad pengenalan itu, “Encik, tunggu”. Begitu, doktor saya tahu doktor ini semua sibuk semasa kecemasan, saya tahu, saya faham, saya ini orang dewasa dan berpelajaran saya tahu kesibukan doktor. Akan tetapi janganlah suruh saya keluar supaya anak saya dibiarkan sahaja. Apa salah dia, dia cakap, “Apa salah kau, apa yang kau makan ?”, sampai begitu. Saya tahu dia sabar, tetapi kena hormat, kita ini wakil rakyat. Yang wakil rakyat ini kadang-kadang waktu kesibukan kita, tolonglah Yang Berhormat Menteri. Sebarkan kalau boleh dipaparkan di papan kenyataan di hospital-hospital ini supaya ini diberi pengetahuan kepada semua kakitangan pegawai kesihatan, terima kasih.
Saya hendak sambung sedikit. Kalau yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri kad macam ini, tidak laku…. [Menunjukkan kad berkaitan] Tidak laku di mana-mana jabatan pun terutama sekali di hospital. Dia hendak surat rasmi dari Parlimen sama ada kita sendiri, isteri kita, anak- anak kita dia hendak surat rasmi. Yang ini tidak laku, jaga pun tolak. Ini masalah Ahli Parlimen, terima kasih.
Saya hendak memberi...
Yang Berhormat Menteri saya ada sedikit hendak bagi tahu, kad ini juga tidak laku di HUKM, itu pengalaman saya sendiri.
Nampaknya ini satu isu yang...
Untuk saya juga kad itu tidak guna. Boleh buang kah Yang Berhormat Menteri? Terima kasih… [Ketawa]
Saya hendak tegaskan di sini Kementerian Kesihatan memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada kad tersebut dan sekiranya pekeliling tersebut ada masalah, kita akan buat seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi. Kita akan membuat pengumuman dan juga surat peringatan kepada semua hospital dalam negara kita agar mengambil berat dan juga mengambil tindakan seterusnya untuk mengiktiraf semua kad Ahli Parlimen tersebut. Kad itu bukan sahaja suami isteri, termasuk anak adalah di bawah jagaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Lipis tentang peralatan yang usang di Hospital Lipis termasuk lif di Hospital Lipis yang lama, gantian peralatan yang usang di Hospital Lipis sentiasa dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia adalah mengikut keutamaan dan kemampuan semasa. Pihak kementerian akan mengambil tindakan melihat bagaimana untuk berhubung dengan membuat kajian cara-cara terbaik untuk menyediakan kemudahan lif di hospital-hospital yang lama termasuk hospital di Kuala Lipis. Walau bagaimanapun, saya hendak beritahu Yang Berhormat Kuala Lipis bahawa pembinaan hospital baru telah pun ada satu polisi agar setiap hospital yang melebihi satu tingkat dibina lif yang boleh dimuatkan untuk memuatkan troli pesakit. Untuk makluman Yang Berhormat Lipis juga, Kementerian Kesihatan telah merancang untuk menaikkan taraf Hospital Lipis dengan pembinaan blok baru. Pada masa ini Kementerian Kesihatan sedang dalam proses rundingan harga. Penentuan tapak sebenarnya telah menjadi, Yang Berhormat tanya pasal siapa yang menentukan tapak.
Sebenarnya tapak tidak menjadi sebarang isu sesiapa yang menentukan tapak sama ada pihak pengarah hospital atau pegawai kesihatan daerah. Akhirnya Kementerian Kesihatan yang akan membuat keputusan melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah akan memastikan kesesuaian tapak untuk semua projek kementerian yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri. Yang Berhormat Kuala Lipis juga meminta Kementerian Kesihatan menjelaskan setakat manakah peranan dan tanggungjawab Ahli Lembaga Pelawat. Soalan ini termasuk Yang Berhormat Kuala Krau. Saya sekali lah, saya jawab sekali. Penubuhan Ahli Lembaga Pelawat ini sememangnya memberikan kesan yang positif terhadap perkhidmatan sesebuah hospital kepada masyarakat di sekitarnya. Peranan Ahli Lembaga Pelawat adalah cukup jelas iaitu sebagai penghubung antara hospital dan komuniti kita untuk memainkan peranan memberi pelbagai cadangan untuk memperbaiki perkhidmatan dalam hospital dan perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital. Lembaga Pelawat juga membuat lawatan ke hospital. Berhubung dengan cadangan dari Kuala Krau tadi, Ahli-ahli Lembaga Pelawat adalah daripada pemimpin tempatan dan sekiranya ada lagi apa-apa masalah kita boleh runding untuk mencalonkan ahli-ahli lembaga yang dapat memainkan peranan aktif dalam hospital. Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Berbalik kepada pengumuman mengenai ahli lembaga tadi, saya amat berterima kasih kerana menteri mengatakan bahawa ahli lembaga akan terdiri daripada pimpinan masyarakat. Jadi saya berharap pada kali ini kalaulah Ahli Parlimen pembangkang itu dianggap juga sebagai pimpinan masyarakat, mereka juga rasanya perlu berada di dalam lembaga-lembaga tersebut kerana bukan sahaja mereka bercakap di situ, mereka juga boleh membawa isu-isu hospital ke Dewan yang mulia ini. Jadi saya harapkan tidak ada berlaku kali ini penyisihan, ke sampingan wakil-wakil rakyat pembangkang dalam majlis tersebut. Saya bercakap ini bukan hanya sekarang, pada masa akan datang pun, yang memerintah jadi pembangkang kan? Kita mahu mereka juga berada di situ. Terima kasih… [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kita ambil perhatian cadangan tersebut. Yang Berhormat Tenggara membincangkan, menanyakan mengenai projek harm reduction. Projek pengurangan kemudaratan pada masa ini telah diperluaskan daripada tahap yang ditetapkan pada tahun 2006. Di bawah bahawa projek methadone replacement therapy terdapat 4,075 regular clients dengan retention rates sebanyak 76% dan bagi needle exchange program pada masa ini terdapat 10,153 client dengan 6,755 daripadanya adalah regular. Projek harm reduction ini berjalan dengan baik dengan kerjasama NGO, Agensi Antidadah Kebangsaan dan lain-lain agensi kerajaan. Pencapaian yang ditetapkan menjelang tahun 2010 adalah seramai 40,000 klien akan mengikuti program ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi program project harm reduction ini sebanyak 18% pelanggan adalah HIV positif dan bagi peruntukan jarum sebanyak 25% adalah HIV positif. Untuk makluman Yang Berhormat Ledang bertanyakan berhubung dengan Hospital Tangkak dinaiktarafkan. Kementerian telah merancang pembinaan hospital Tangkak baru, hospital baru ini akan dibangunkan di tapak baru yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri di new township terletak kira-kira dua kilometer daripada tapak sedia ada menggunakan kaedah PFI, Private Financial Initiative dan tindakan susulan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan Unit Perancang Ekonomi. Berhubung dengan Yang Berhormat Lenggong yang memohon agar dibina Klinik Kesihatan di Lenggong. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah merancang di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membina Klinik Kesihatan jenis empat dengan kuarters dan ABC Lenggong, Hulu Perak. Pada masa ini pihak JKR sedang mereka bentuk dan membuat proses interaksi. Anggaran kos projek adalah sebanyak RM11 juta.
Yang Berhormat Lenggong juga bertanya berhubung dengan bekalan darah bagi menghadapi bencana. Terdapat satu Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Pusat Darah Negara bagi yang berfungsi menyelaras tabung darah di seluruh negara jika berlaku bencana. Pada setiap masa, lebih 2,500 pek darah perlu ada dalam simpanan. Sekiranya apabila ada stok kurang daripada 2,500 pek darah, maka Pusat Darah Negara perlu membuat kenyataan, perlu membuat hebahan melalui media apabila mendapati stok telah berkurangan. Kita juga memanjangkan waktu pendermaan darah bagi memudahkan penderma-penderma.
Pertanyaan daripada Yang Berhormat Lenggong berhubung kualiti bekalan darah yang disimpan, bagi memastikan kualiti bekalan darah itu adalah baik dan terjamin. Kita ada assurance program dan standard operating procedure yang diwujudkan sebagai panduan dan rujukan semua yang terbabit dalam penyediaan bekalan darah. Pada amnya, rapid test tidak dibenarkan dijalankan supaya ujian saringan darah. Ujian untuk mengesan hepatitis antigen HIV dan sifilis kerana ujian itu tidak sensitive rapid test tetapi kita gunakan nett testing. Kementerian Kesihatan menggunakan nett testing. Kaedah nett testing merupakan kaedah yang diamalkan Pusat Darah Negara dan dirancang dikembangkan secara berperingkat melalui regional centre. Perwujudan makmal untuk net testing adalah mahal dan memerlukan bilangan anggota yang ramai dan terlatih. Ianya tidak kos efektif sekiranya diwujudkan di semua hospital. Kosnya bagi satu ujian bernilai RM66.50. It is quite expensive untuk kos itu. Saya pergi kepada Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang telah menanya berhubung dengan bilakah Akta Kawalan Peralatan Perubatan akan dibentangkan di Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, di Medical Device Act adalah satu akta yang cukup penting. Rang Undang-undang Peranti Perubatan dijangka dapat dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada suku tahun kedua tahun 2009. Hopefully by June, next year kerana memang dalam akhir perancangan dan telah kita hantar kepada AG sejak tahun ini lagi. Dalam pemeriksaan AG, apabila dia balik ke kementerian, kita akan buat memorandum kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan. Kerajaan telah bersetuju dengan dasar supaya Akta Peranti Perubatan digubal dengan tujuan untuk menangani isu-isu keselamatan kesihatan awam yang berhubung kait dengan penggunaan pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk mendiagnosis dan merawat penyakit. Berhubung dengan proses penggubalan ini sudah saya nyatakan tadi. Yang Berhormat Pendang juga bertanya berhubung dengan penjelasan berkaitan pemindahan pesakit di Hospital Queen Elizabeth. Kos penyewa Sabah Medical Center, di manakah tempat atau tapak baru yang akan di bina Hospital Queen Elizabeth. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang dan juga Putatan yang telah menanya berhubung dengan masalah Hospital Queen Elizabeth. Hospital ini menjadi satu hospital menara podium nya menjadi tidak selamat kerana bangunan ini di bina dengan menggunakan pasir dari laut. Bangunan ini dibina lebih kurang pada tahun 1981, sudah siap digunakan sejak 1981, selepas 27 tahun - keselamatannya telah menjadi masalah kerana bangunan ini mengalami carbonation, alkali silica reaction di mana steel bar atau ion dalam konkrit itu telah pun corrode lebih kurang 70% of the building is corroded. Dia punya konkrit punya strength reduce by 40 over percent. By now tahap keselamatan indeksnya is actually supposed to be three, now reduce 1.15. So, anytime if any gegaran, gempa bumi one Richter to two Richter scale, bangunan itu akan runtuh bila-bila masa sahaja. So, that is a very serious situation in Queen Elizabeth.
Terima kasih lah kerana hendak diruntuhkan Tuan Pengerusi. Saya merasa hairan kenapa pasir laut orang buat bangunan. Kalau kita tanya tukang di kampung pun, dia kata pasir laut memang tidak boleh buat bangunan. Pasir sungai yang digunakan sebab dia ada garam, mungkin masinnya itu. Saya hendak tanya adakah kementerian mengambil apa-apa tindakan ke atas kontraktor yang membuat bangunan pada tahun 1980 itu kerana ini perlu diambil tindakan
supaya syarikat yang sama atau pun golongan yang sama tidak menyalahgunakan lagi kontrak-kontrak yang diberi macam dibuat di Hospital Queen Elizabeth ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Memang kerajaan mengambil berat tentang masalah yang berlaku di Hospital Queen Elizabeth dan akan membuat siasatan dan akan mengambil tindakan. Ini kerana, saya difahamkan juga bukan sahaja Hospital Queen Elizabeth, lebih banyak juga bangunan di Sabah yang menggunakan pasir laut yang sama. Masa itu is a ‘boom’ time, construction ‘boom’ time. Saya rasa perkara ini berlaku pada masa itu. So, kita akan ambil tindakan susulan. Demi keselamatan pesakit, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memindahkan pesakit-pesakit daripada Hospital Queen Elizabeth ke hospital-hospital kerajaan yang berdekatan. KKM juga bekerjasama dengan Sabah Medical Centre atau SMC, untuk menggunakan 80 katil, empat katil ICU dan tiga dewan bedah untuk keselesaan pesakit di Kota Kinabalu. Dianggarkan cost facility ini adalah RM7.4 juta setahun. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima beberapa cadangan tapak untuk pembinaan Hospital Queen Elizabeth daripada pelbagai pihak dan KKM sedang meneliti dan mengkaji kesesuaian tapak-tapak dicadangkan dari segi lokasi dan kos-kos kerja tapak.
Yang Berhormat Pendang juga menyatakan bahawa perkhidmatan dressing di klinik kesihatan pada hujung minggu. Saya ucapkan terima kasih lah Yang Berhormat prihatin.
Houseman quarters yang saya sentuh.
Mana?
Houseman quarters di Hospital Queen Elizabeth. Houseman quarters, kuarters doktor pelatih.
Houseman quarters memang dalam perancangan kita dalam pembinaan. Twin tower block dalam pembinaan dan saya telah pun jawab tadi bahawa dalam dua tiga tahun lagi akan selesai, akan siap bangunan ini.
Saya ingin sedikit mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dimaklumkan di Hospital Johor Bahru, di mana houseman quarters nya begitu teruk keadaannya, daif di mana satu bilik terpaksa dikongsi dengan dua orang. Saya rasa ini tidak patutlah kepada seorang doktor. Di Hospital Johor Bharu, saya terlupa dia punya nama. Jadi, di hospital ini dikongsi dua orang. Jadi, sebagai seorang yang telah bekerja, saya rasa tidak sepatutnya diletakkan dalam suatu bilik. Kemudian, sewanya pula mahal. Keadaan bilik itu satu katil dan juga sofa rotan yang lama, siling yang bocor, dan sebagainya. Bilik air yang orang kata sering kali bermasalah. Kemudian, sewanya itu adalah mahal sehingga iaitu sehingga sampai seorang sampai membayar RM400, dipotong setiap bulan. Kalau mereka menyewa di luar pun masih lagi lebih baik lagi keadaannya. Sedangkan mereka perlukan quarters itu sebab apabila houseman, apabila on call misalnya kalau menyewa di luar mungkin akan ada masalah dari segi untuk mendapatkan kehadiran yang cepat di hospital. Jadi, saya harap juga diberi peluang tentang keadaan ini. Terima kasih.
Boleh Yang Berhormat Menteri habiskan pukul 4.
Boleh.
Saya sudah beberapa kali minta tolong.
Okey. Saya singkatkan. Saya ambil perhatian Yang Berhormat Titiwangsa dari segi hospital ini. Berhubung dengan dressing…, Yang Berhormat Pendang. Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang
baik dan dalam hujung minggu terdapat beberapa pilihan mengikut jenis klinik kesihatan yang ada. Untuk 16 klinik kesihatan yang ada, kita telah panjangkan masa daripada 8 pagi hingga pukul 12 tengah hari pada hujung minggu. Bagi klinik-klinik yang lain, yang tidak ada panjangkan masa, kita gunakan on call. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat, kita ada kecemasan. Unit Kecemasan, memang dahulu kita tidak buat dressing tetapi memandangkan Yang Berhormat sudah membangkitkan isu ini, saya telah berbincang dengan pengarah saya dan sudah mengarahkan mereka untuk membolehkan dressing dibuat pada Unit Kecemasan. Kita akan mendapatkan jururawat yang lebih untuk membantu dari segi dressing tersebut.
Seterusnya kepada houseman, Yang Berhormat juga bangkit houseman tidak dapat belajar oleh kerana kerja kuat. Kerja sampai tengah malam dan on call disambung lagi. Ini saya rasa saya akan memantau keadaan ini supaya houseman kita tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak dan diberi ruang yang secukupnya untuk belajar. Ada orang kata kalau dia buat kerja kuat dia belajar juga itu. Dia sudah melalui kerja-kerja, mereka dapat belajar melalui kerja-kerja yang dijalankan. Walau bagaimanapun saya ambil berat tentang pandangan Yang Berhormat bahawa houseman perlu diberi ruang yang cukup untuk belajar. Bagi ambulans laut di Hospital Langkawi saya telah luluskan dan memang dalam...
Houseman ini Timbalan Menteri, Machang minta celahan sikit.
Oh Yang Berhormat Machang ya.
Semalam kah dua hari lepas saya terbaca kenyataan kementerian yang sebut doktor yang buat housemanship ini menghadapi masalah mental. Berapa serius sebenarnya? Apa yang buat perkara ini berlaku? Apakah tidak ada test, ujian-ujian yang bagi membolehkan mereka memasuki profesion ini sehinggakan tekanan itu yang menyumbangkan. Satu, doktor tidak cukup. Doktor pakar jauh sekali. Doktor pelatih yang hendak jadi doktor pula jadi sakit mental. Jadi setakat mana sebenarnya serius benda ini.
Penjelasan. Boleh bersama-sama dalam perkara ini? Hari ini kita dengar jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai masalah kekurangan pakar-pakar, doktor-doktor tetapi dalam rancangan Malaysia lima tahun dahulu selalu kita dengar bahawa pengumuman dalam sepuluh tahun masalah kekurangan doktor, masalah kekurangan pakar-pakar akan diselesaikan oleh kerana ada long term plan tetapi tidak pernah berlaku. Berulang kali berlaku masalah kekurangan doktor. Bukan negara kita tidak ada cukup rakyat yang mahu mengikuti kursus-kursus perubatan. Kenapa ini boleh berlaku untuk 50 tahun tidak boleh selesai satu perkara ini. Kedua, apa Yang Berhormat tadi ada sebut setiap tahun ada 60 orang doktor-doktor yang ada penyakit psikotik atau neurotik yang sebenarnya menjadi bahaya kepada pesakit-pesakit. Kenapa ini berlaku? Bukankah ini menunjukkan bahawa rancangan pendidikan perubatan ialah satu masalah yang besar.
Kalau boleh sikit sambung daripada tentang ini… [Menunjukkan keratan akhbar berkaitan] Sick doctors yang dimaklumkan oleh sahabat saya daripada Machang tadi. Apa yang saya perhatikan sebenarnya masalah ini bermula daripada semasa pengajian lagi makna sebagai medical student tetapi saya tidak faham apakah polisi kementerian dalam perkara ini sebab saya dimaklumkan kadang- kadang ada medical students yang mengalami tekanan, maksudnya psikotik dan neurotik dan sebagainya diberi cuti enam bulan, setahun. Akan tetapi selepas itu dibenarkan untuk terus menyambungkan pengajian. Jadi saya hendak tahu di sini apakah polisi dan dasar daripada kementerian. Sebab kita tahu apabila menjadi doktor tentulah tekanan itu lagi hebat. Kemudian saya hendak membetulkan tadi, Hospital tadi ialah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Berhubung dengan sakit mental ini kita amat prihatin dan sebenarnya kita bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantau pelajar-pelajar medical students dalam semua institusi yang ada dalam negara kita. Apabila mereka mengikuti kursus medical ini sebenarnya semua pelajar sebelum masuk dia ada medical test, medical examination untuk memastikan mereka sihat dan cergas dan sebagainya. Oleh kerana tekanan belajarnya begitu kuat sehingga sebelum menjadi houseman pun ada yang telah...
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidakkah kementerian mencadangkan mungkin menempatkan pakar-pakar kaunseling untuk memastikan di semua institusi kedoktoran ini, para graduan bakal jadi doktor ini mereka tidak mempunyai tekanan yang begitu hebat. Sebab kalau tidak ada kita pun ada kebimbangan. Misi kita tidak tercapai. Jadi mungkin ditempatkan pakar-pakar kaunselor bagi membuat kaunseling kepada mereka.
Terima kasih Yang Berhormat cadangan Yang Berhormat Kinabatangan. Memang kita akan, memandangkan perkara ini sudah serius. Kalau kita boleh dapatkan perkhidmatan kaunseling untuk membaik pulih keadaan ia adalah satu perkara yang boleh dilaksanakan dengan segera. Berhubung dengan kekurangan doktor, Yang Berhormat Ipoh Timur menyatakan kekurangan doktor ini memang satu perkara yang ditangani setiap masa. Sehingga hari ini kita telah menambahkan bilangan universiti yang mewujudkan Medical Faculty untuk melahirkan lebih ramai doktor. Pada masa ini kita dapat melahirkan lebih kurang about 2,000 doctors a year daripada lebih kurang 20 institusi. Kalau dulu kita hanya ada tiga, empat institusi universiti yang dapat melahirkan doktor-doktor tetapi hari ini kita telah sudah menambah kepada 20 iaitu private dan awam sekali tetapi yang penting kita kena kawal mutunya. Bukan sahaja kita hendak bilangan, kuantitinya tetapi kualitinya. Oleh itu MMC apabila meluluskan mana-mana kursus medical course ini perlu menjaga kualitinya dengan baik. Oleh itu kita tidak boleh membuat quantum leap or suddenly, dengan tiba-tiba kita membenarkan terlalu banyak institusi untuk membuat latihan kursus kedoktoran ataupun medical students.
Penjelasan.
Ya.
Bukankah, mengenai pendidikan perubatan. Bukankah benar bahawa ada satu masa Medical Faculty, Universiti Malaya dianggap, diiktiraf sebagai di antara 100 medical faculty yang terbaik sekali di dunia tetapi sekarang sudah jatuh daripada kumpulan itu dan ini bertentangan dengan apa Yang Berhormat Menteri kata bahawa mahu menitik beratkan, mahu mengekalkan kualiti. Kita pun tidak upaya untuk mengekalkan kualiti kita.
MMC selaku satu badan pertubuhan profesional tidak boleh membenarkan kualiti medical students kita turun. Kita sentiasa memantau. Mana-mana universiti tidak kira universiti manalah. Apabila tidak memenuhi syarat dan juga kualiti yang telah ditetapkan oleh MMC kita akan mengambil tindakan segera. Tuan Pengerusi ....
Akhir sekali. Bukankah masalah di mana setiap tahun ada 60 orang doktor-doktor houseman yang neurotik atau psikotik yang menunjukkan bahawa kegagalan sistem pendidikan perubatan. Sebenarnya janganlah kita salahkan produk, sistem ini. Kita patutlah salahkan sistem yang membuat satu environment di mana houseman-houseman tentulah rasa tekanan begitu besar, kuat oleh kerana mereka perlukan kerja begitu lama yang tidak ada dalam negara-negara yang lain. Bolehkah satu kajian supaya pressure semacam ini tidak dikenakan supaya mereka perlu bekerja begitu lama.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh timur begitu prihatin berhubung dengan houseman kita. Memang masalah sakit mental ini dia ada banyak puncanya. Kementerian Kesihatan telah pun dalam kajian apakah masalah menyebabkan
pesakit-pesakit ini. Kita akan memantau dan juga memperbaiki keadaan. Bukan sahaja daripada tekanan kerjanya, ada yang sakit mental sejak dia belajar lagi dia telah mendapat tekanan pelajaran dan sebagainya. Daripada keadaan ini kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Tuan Pengerusi saya terus kepada Yang Berhormat Pendang...
Menteri. Kalau seorang itu asyik hentam kerajaan sahaja, yang kritik kerajaan itu tidak masuk sakit mental ya? Tidak masuk?... [Ketawa]
Itu terpulanglah kepada tanggapan Yang Berhormatlah.
Penjelasan. Adakah Menteri-menteri ada sakit mental? Psikotik dan neurotik.
Tuan Pengerusi, tempoh latihan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pendang, pegawai perubatan siswazah. Houseman saya sudah jawab Yang Berhormat Pendang? Yang dilanjutkan kepada dua tahun itu yang membebankan kerana kita dapati apabila kita berikan mereka dua tahun sebenarnya mereka dapat belajar lebih bukan kurang tetapi saya tahu masalah bebanan kerja yang bertambah menyebabkan tekanan kepada mereka. Kita akan melihat keseluruhan program houseman ini dari semasa ke semasa.
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Pendang bahawa gunakan fibre glass khas untuk pesakit ortopedik. Pada amnya POP, plaster of Paris digunakan bagi kes- kes ortopedik yang mendapat rawatan di hospital KKM sebagai opsyen pesakit yang boleh memilih fibre glass ini yang lebih berkualiti jika pesakit itu berkemampuan kerana kosnya tinggi. Fibre glass is very high cost. Kita Kementerian Kesihatan pada masa ini hanya boleh bekalkan POP sahaja. Pembedahan keyhole oleh pakar dari Australia yang diambil oleh HUKM memang kaedah teknik pembedahan keyhole dilaksanakan untuk beberapa jenis pembedahan di beberapa hospital KKM oleh pakar yang telah menerima latihan khusus dalam teknik ini dan kita memang ada hubungan dengan HUKM dan untuk meminta pakar tersebut membuat kursus bagi pakar-pakar dalam negara kita. Perpindahan pesakit - Ini sudah. Berhubung dengan penswastaan perkhidmatan makmal patologi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang, saya hendak beritahu Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Kesihatan tidak akan menswastakan patologi lab kita tetapi kita boleh outsource sebahagian sahaja perkhidmatan itu kerana kita masih memerlukan lab, makmal ini untuk mengajar pelajar-pelajar kita dan membolehkan houseman kita untuk mendapat pelajaran daripada makmal-makmal yang sedia ada dalam Kementerian Kesihatan. Berhubung dengan TCM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang, adakah pengamal TCM ini mempunyai kelayakan supaya diploma, sijil dan sebagainya. Ya, memang mereka ada sijil dan kebanyakan pengamal TCM ini mempunyai kelayakan sewajarnya. Ijazah seperti pengamal perubatan Cina, Ayurveda, homeopati, chiropractor, semuanya ada ijazah. Kita sekarang dalam memperkemas sistem kita agar kita dapat mendaftar semua practitioner ubat tradisional dalam negara kita.
[Bangun]
Diploma bagi akupunktur, aromatherapy dan natural benison diploma...
Minta penjelasan.
Saya habiskan ini ya. Sijil bagi urutan, spa dan juga perubatan Islam. Okey.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya mengenai perubatan Islam tadi sejauh mana kementerian memberi pengiktirafan kepada perubatan Islam terutama yang dijalankan oleh Perubatan Darul Syifa’. Terima kasih.
Seperti mana yang saya katakan tadi kita sedang memperkukuhkan asas ubat tradisional dalam negara kita. Kalau dahulu kita tak ada sistem, kita tak ada pengiktirafan, kita tak ada undang-undang. So, selepas Kementerian Kesihatan kita mengambil alih bidang ini pertama kita akan mewujudkan undang-undang. So, undang-undang itu akan masuk tahun depan juga. Saya harap tahun depan boleh masuk Parlimen kita ada Traditional Medicine Act. Yang kedua, kita juga akan wujudkan jawatankuasa untuk memantau practitioner seperti MMC. Kalau doktor dia ada MMC. So, bagi tradisional practitioner dia perlu ada satu jawatankuasa induk yang diwakili juga oleh persatuan-persatuan. Kalau persatuan umat Islam dia ada wakil-wakilnya untuk memantau kualiti dan juga tindak-tanduk dan disiplin practitioner ini agar boleh ambil tindakan tatatertib terhadap practitioner tersebut. Kita juga akan wujudkan latihan...
Penjelasan.
...Khusus latihan bagi perubatan tradisional ini. Sila.
Saya tertarik bab akta perubatan tradisional. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu yang saya faham ada perubatan lain selain daripada perubatan moden dan tradisional iaitu perubatan alternatif seperti homeopati dan juga CVT iaitu Color Vibration Therapy. Yang perubatan homeopati dan CVT ini masuk dalam kategori mana sebab tadi Yang Berhormat Menteri menyebut akta perubatan tradisional. Adakah akan dimasukkan amalan perubatan homeopati dan CVT. Terima kasih.
Bagi homeopati dan CVT juga akan dimasukkan dalam TCM kerana mereka juga merupakan satu perubatan alternatif. Untuk soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pendang berhubung dengan TCM setakat manakah pengamalan TCM dalam negara ini. Saya hendak beritahu Ahli Yang Berhormat di Malaysia ini lebih kurang 70% penduduk kita menggunakan ataupun kita juga mengguna pakai TCM sebagai satu perubatan alternatif selain daripada doktor biasa yang kita gunakan.
[Bangun].
Yang Berhormat Menteri.
Sekarang di Malaysia kita ada 7,130 practitioners in this country. Perubatan tradisional.
Soalan saya kemukakan adalah hospital pioneer Kepala Batas dan juga Putrajaya yang telah dijadikan permulaan untuk praktis TCM ini. Setakat mana sambutan di dua hospital ini. Itu soalan yang saya kemukakan.
Sambutan untuk tiga hospital iaitu Kepala Batas, Putrajaya dan juga hospital pandan di Johor baru. Tiga hospital ada ubat tradisional dan kita mendapat sambutan yang begitu baik. Sebenarnya ramai. Queue panjang untuk menunggu mendapatkan perkhidmatan tradisional di tempat-tempat tersebut. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Ada saya lihat tanda-tanda perniagaan berbunyi lembaga perubatan elektronik. Dia seolah-olah bunyinya macam satu medical council. Adakah kementerian menyedari dan adakah kementerian dimaklumkan dan mengiktiraf lembaga ini sebagai badan pengawas bagi pengamal-pengamal perubatan elektronik ini dan juga beberapa kumpulan lain homeopati juga ada lembaganya. Adakah buat masa ini mana- mana lembaga ini diiktiraf oleh kementerian.
Ini satu soalan yang penting sebab itu Yang Berhormat Pendang ada tanya berhubung dengan Medical Device Act. Sekarang ini banyak teknologi dibawa masuk. Semua alat boleh ubat. Ubat kanser, ubat diabetes semua dia boleh ubat. Tak payah doktor lagi. Ambil alat sahaja nanti boleh ubat.
Oleh itu, kita perlukan Medical Devices Act untuk mengawal semua peralatan ini dan juga termasuklah lembaga perubatan elektronik. Kita ambil tindakan susulan. Yang Berhormat Tenggara juga ada bertanya berhubung dengan pre-marital HIV screening.
Yang Berhormat Menteri, Hospital Sultan Ismail dijangkiti kulat tak dijawab lagi.
Oh ya hospital mana?
Sultan Ismail.
Hospital Sultan Ismail yang dijangkiti kulat kita sebenarnya sudah selesai masalah kulat pada peringkat pertama tapi baru-baru ini timbul balik. Kita siasat balik. Ini adalah kerana hospital ini dibina di cerun bukit dan air bukit akan mengalir ke bawah di mana bangunan bawah di Hospital Pandan ini terlalu basah. Air selalu mengalir berhampiran stor di belakang Hospital Pandan ini dan apabila ia basah ia akan menyebabkan kulat mula merebak. Kita telah mengenal pasti puncanya dan tindakan telah pun diambil untuk memastikan air-air daripada bukit dapat disalurkan ke tempat lain. Jangan ia terus masuk ke hospital di tingkat bawah dan kita harap melalui tindakan susulan yang dibuat kali ini dapat kita menyelesaikan kulat yang timbul sekali lagi di hospital tersebut…
[Bangun]
Yang Melaka, ya Melaka saya tahu hospital Melaka dekat klinik ya. Kulat itu juga kita akan selesaikan.
Ya, terima kasih sebab saya tak sempat ambil bahagian dalam perbahasan. Terima kasih.
Saya tahu masalah itu kita sudah memberi peruntukan untuk kita sudah pindah klinik. Klinik perkhidmatan telah dipindah dan klinik tersebut akan siap dalam masa terdekat ini. Berhubung dengan Yang Berhormat Tenggara pada masa ini program saringan HIV pra perkahwinan telah dijalankan di seluruh negara dengan kerjasama pejabat agama. Perkhidmatan juga dibuka kepada semua kaum tanpa mengira agama. Untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2007 sejumlah 149,987 orang menjalankan saringan pra perkahwinan dan 0.07% daripadanya adalah positif HIV. Bagi tahun 2008 sehingga Jun 2008 sejumlah 97,879 orang telah menjalani saringan HIV dan 46 didapati positif atau 0.05% daripada adalah positif HIV.
Mereka yang positif jika ingin meneruskan perkahwinan akan diberikan nasihat dan kaunseling untuk memastikan pasangan tidak dijangkiti HIV. Pada tahun 2007, sebanyak 23% terus berkahwin dan tahun 2008 sebanyak 15%. Walaupun positif, they continue their wedding, 15% masih lagi berkahwin. Yang Berhormat Tenggara...
Penjelasan.
Ya.
Mengenai HIV, semalam baru dikatakan bahawa Malaysia ini tidak mencapai objektifnya untuk mengurangkan kadar rebakkan HIV. Jadi mengapakah ini terjadi? Bukankah kita telah banyak berusaha dan juga peruntukan telah diberi tetapi dia tidak mencapai objektifnya, apakah sebabnya?
Saya sudah janji Tuan Pengerusi pukul 4.00 saya akan cuba cepatkan lah. Ini semua soalan tambahan Tuan Pengerusi, maaflah.
Saya tidak faham Yang Berhormat biasanya konvensyen kita ialah kalau jawab soalan dia bangkit dalam perbahasan baru kita jawab.
Saya singkatkan Yang Berhormat Bukit Mertajam, HIV memang tidak bertambah. Kalau kita lihat angkanya daripada tahun 2002 sebanyak 6,900
kes tetapi hari ini 2007 hanya 4,500 kes. Kalau dari segi bilangannya memang turun tetapi kumulatif. Kalau HIV sudah kena dia tidak boleh baik, dia kumulatif. So hari ini orang yang kena HIV positive 82,000. So sebab itu kalau kita lihat bilangannya memang bertambah tetapi dari segi how many reduction dan tindakan yang kita telah ambil kita dapat kurangkan jangkitan tiap-tiap tahun dan kita harap kita akan teruskan usaha kita dalam mengurangkan penyakit HIV dalam negara kita. Saya singkatkan Tuan Pengerusi yang Klinik KK3 Bandar Penawar dan Bandar Kota Tinggi, saya hendak beritahu bahawa Bandar Penawar adalah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan pada masa ini pihak JKR akan mengeluarkan surat tawaran dalam masa terdekat. Manakala bagi pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Kota Tinggi, kita telah mengenal pasti tapak di Taman Saujana Kota Tinggi dan telah memohon kelulusan daripada pihak EPU untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Tuan Pengerusi, boleh saya?
Tidak ada masa Yang Berhormat.
Saya sebenarnya pagi tadi tidak dapat datang dan lambat datang. Saya tidak tahu Yang Berhormat Menteri telah sentuh atau tidak apa yang hendak saya tanya ini. Saya minta izin Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Minggu lepas saya terbaca berita bahawa Yang Berhormat Menteri telah membatalkan 10 syarikat minuman air. Saya hendak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Satu tindakan hendak menyelamatkan rakyat. Cuma saya hendak tanya berapa banyak lagi syarikat-syarikat yang menipu air paip biasa pun dia kata air mineral dan sebagainya. Jadi tindakan tegas Yang Berhormat Menteri ini saya harap akan diteruskan untuk menyelamatkan rakyat negara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Air minuman, air botol, air bungkusan amat penting bagi kita sekarang kerana demand semakin tinggi. Oleh itu Kementerian Kesihatan, saya telah mengerakkan penguat kuasa Kementerian Kesihatan untuk memeriksa semua kilang pembotolan air, pastikan mereka benar-benar kalau ia itu air mineral, pastikan air mineral itu adalah benar-benar mineral bukannya air paip. Kalau orang kata air bungkusan, ia perlu melalui penapisan yang tertentu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Saya akan teruskan tanpa peninjauan ini. Saya jawab Yang Berhormat Wangsa Maju dulu, Yang Berhormat Wangsa Maju ada di sini. Yang Berhormat Wangsa Maju telah menyatakan klinik di Parlimen, keperluan pakar dan kalau boleh maklumkan kita dapat rujuk teruslah dari Parlimen ke IJN. Saya hendak maklumkan dengan doktor yang ada sekarang memang tidak dapat diwujudkan terus kerana doktor ini perlu rujuk kepada pakar di GHKL, pakar di GHKL akan rujuk ke IJN. Memandangkan permintaan Ahli-ahli Parlimen begitu ramai, saya telah arahkan Pengarah Kesihatan GHKL, sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen hendak dapatkan perkhidmatan IJN, doktor pakar akan datang ke Parlimen untuk membuat rujukan Ahli-ahli Parlimen terus kepada IJN. Tidak payah kita Ahli Parlimen pergi buat temu janji pergi ke GHKL, GHKL kemudian rujuk IJN. Sibuk sangatlah kita faham Ahli-ahli Parlimen ini sibuk dan kita akan memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada semua Ahli Parlimen. Itu saya hendak nyatakan dan ubat sekali lah jangan risau tidak dapat ubat ya. Saya tahu banyak Ahli Parlimen kata tidak dapat ubat dengan cepat. Saya akan pastikan ubat-ubat dibekalkan dengan cukup kepada semua Ahli Parlimen. Ya?
Yang Berhormat Menteri, keadaan di IJN sekarang ini di mana IJN ini adalah satu hospital pakar untuk jantung, tetapi sekarang ini tengoknya mereka memberi perubatan, rawatan untuk batuk dan sebagainya. Sudah jadi satu institut rojak bukan untuk jantung sahaja.
Ya saya faham apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, tetapi saya hendak perbetulkan kerana IJN juga mempunyai tanggungjawab. Saya sebagai doktor, doktor dia apa pun dia kena mengubati pesakit secara holistik. Dia tidak kira bukan tengok jantung sahaja. Dia specialist jantung, tetapi kalau you datang dia sakit jantung dan ada juga masalah lain, ada sakit lain, doktor tersebut juga boleh memberi ubat-ubat tersebut. Ubat batuk yang dinyatakan oleh Yang Berhormat
Wangsa Maju itu mungkin ia adalah mengikut simptom pesakit yang ditunjukkan kepada doktor. Dia bukan bagi ubat batuk tetapi dia sebagai satu cara holistik mengubati pesakit tersebut.
Ya, sedikit sahaja.
Yang Berhormat Titiwangsa hendak lagi? Sudah banyak.
Last sekali hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri tadi sebagai doktor kita lebih mengetahui tentang kedudukan patient. Kalau dia datang untuk sakit jantung then dia batuk hendak pergi pula ke hospital saya ingat satu masalah jugalah. Cuma saya hendak mencadangkan supaya Ahli-ahli Parlimen secara rutin diberi galakan untuk mengadakan full executive screening ever year. Jadi saya mencadangkan sebab saya tahu ada di kalangan Ahli-ahli Parlimen ini penakut hendak jumpa doktor pun takut. Jadi kita buat macam satu arahanlah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak menggalakkan semua Ahli Parlimen terutama sekali yang 40 tahun ke atas, buatlah medical check-up tiap-tiap tahun. Please buat tiap-tiap tahun, kita, Kementerian Kesihatan akan bantu memberi perkhidmatan yang terbaik. Akhir sekali Yang Berhormat, saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching ada menyatakan beberapa perkara berhubung dengan kecuaian doktor di Poliklinik Sri Aman. Saya minta kes ini sebab saya hendak buat penyiasatan, kita akan membuat penyiasatan dan pihak kementerian sentiasa memberi tumpuan kepada aspek keselamatan pesakit dan perkhidmatan kesihatan berkualiti. Saya akan dapatkan maklumat terperinci daripada Yang Berhormat Kuching.
Bandar Kuching Yang Berhormat.
Penjelasan.
Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya akan dapatkan maklumat lanjut daripada Yang Berhormat nanti. Berhubung dengan masalah tempat letak kereta di Hospital Umum Sarawak. Ada lagi?
Yang Berhormat.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh tentang perkara Yang Berhormat sentuh iaitu kecuaian doktor di poliklinik. Saya ingin menyentuh, bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, di sesetengah tempat di negara kita ini, keyakinan masyarakat kepada klinik-klinik swasta dan juga hospital swasta agak menurun. Mereka sekarang ini lebih yakin kepada klinik kerajaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kerana ada kes-kes di mana hospital swasta ini apabila seorang pesakit datang, almost emergency level dan dirawat.
Apabila pesakit itu tidak mahu di admit, dimasukkan hospital, pesakit itu disuruh pulang. Dan baru-baru ini di kawasan Yang Berhormat ada kes seorang pesakit ini umpamanya disengat oleh penyengat, bees. Dia pergi ke hospital swasta dirawat dan disuruh balik. Dua hari kemudian pesakit itu mati. Apabila anak-anak si mati itu bertanya kepada hospital swasta ini kenapa pesakit ini tidak dimasukkan hospital kerana ini tenat. Jawapan yang diberi Yang Berhormat ialah kami ini hospital private dan bukan kerajaan. Kalau pesakit tidak mahu di admit, maka kita benarkan pulang. Jadi kalau ini berlaku dan banyak juga kes-kes yang kita dengar di mana pesakit pergi ke klinik-klinik swasta dan tidak mendapat rawatan yang baik, maka terjadilah kes-kes kematian. Apakah kementerian mengambil perhatian tentang perkara ini? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Satu lagi Yang Berhormat saya nak tambah. Ini klinik-klinik swasta yang beroperasi 24 jam ini, saya lihat mutu perkhidmatan itu begitu menurun sekali. Kalau kita ke klinik swasta yang operate 24 jam, kita masuk kita nampak doktor itu half asleep. Ini adalah perkhidmatan kepada masyarakat, so saya ingat pihak kerajaan harus ambil perhatian kerana banyak klinik-klinik ini menawarkan rawatan dan the general public utilize dengan izin and put feed in this tetapi perkhidmatan itu tidak memuaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Memang dari segi kecuaian doktor, kementerian telah mewujudkan satu Jawatankuasa Keselamatan, Safety Council untuk memastikan semua kes-kes kecuaian ini diambil berat. Tidak kira dia sama ada di private ke ataupun government, kalau dia di klinik-klinik swasta pun dia juga di bawah jagaan Kementerian Kesihatan. Kita akan memastikan bahawa mereka memberi perkhidmatan yang terbaik. Sekiranya ada kes kecuaian seperti ini, saya minta Yang Berhormat tolong laporkan. Yang penting kita minta pesakit itu laporkan kepada Kementerian Kesihatan agar kita dapat buat siasatan dan membawa kes ini kepada MMC. Kalau benar beliau cuai, kita akan delisted, kita akan buangkan doktor ini daripada senarai doktor. Tidak payah jadi doktorlah kalau dia sudah cuai selalu, kita kena ambil tindakan tegas terhadap kes-kes kecuaian yang berlaku. Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Bandar Kuching di mana tempat letak kereta di Hospital Sarawak adalah amat kurang. Memang pada awalnya projek tempat letak kereta telah pun diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi memandangkan masalah tempat letak kereta ini menjadi satu isu di kebanyakan hospital kerajaan, semua hospital kerajaan termasuk di HKL pun menghadapi masalah tempat letak kereta, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan supaya tempat letak kereta dapat dibina melalui usaha sama ataupun outsource bagi menguruskan tempat letak kereta tersebut. Cadangan ini telah dibawa kepada Jemaah Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha melaksanakan pengurusan tempat letak kereta tersebut. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli- Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyertai perbahasan dan juga mencelah tadi. Itu sahaja jawapan-jawapan berhubung dengan perbahasan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya berharap pada masa-masa akan datang Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh terus memberi cadangan-cadangan yang bernas agar kita sama- sama dapat terus membangunkan dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan negara kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. 58 pencelahan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM11,433,169,900 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM11,433,169,900 untuk Maksud B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,282,874,000 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,282,874,000 untuk Maksud P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.43 [Jadual] - Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan 2009] –Motion
Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.423 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menjadi orang yang pertama untuk membahaskan dalam kementerian ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Yang pertamanya berkenaan dengan perumahan. Saya rasa masalah yang kronik yang sering melanda negara kita di merata-rata tempat di setiap negeri di seluruh negara ialah masalah projek perumahan terbengkalai. Baru-baru ini dalam hujung minggu yang lepas, saya pun nampak dalam Buletin Utama di TV3 juga ada memaparkan satu projek terbengkalai di Shah Alam. Akan tetapi masalahnya saya rasa pihak Kerajaan Persekutuan khasnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan belum ada lagi satu cara, belum ada lagi strategi untuk menyelesaikan masalah ini secara sistematik kerana pelbagai saranan telah dilakukan dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga pernah berbahas mengenai perkara ini dan juga mencadangkan kepada kementerian untuk menubuhkan satu high powered committee, satu peringkat jawatankuasa yang tinggi yang merangkumi menteri dan beberapa kementerian untuk melihat, untuk mencari langkah bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah projek rumah terbengkalai ini kerana terlalu banyak. Tiap-tiap negeri ada 30, 40 projek. Di Negeri Sembilan, negeri yang kecil 40, 50 projek terbengkalai. Ribuan pembeli-pembeli yang terjejas dan menyebabkan mereka ini hilang duit, mereka ini ambil pinjaman daripada bank, rumah tidak dapat tetapi pinjaman terus diberikan kepada bank, faedah dikenakan dan sebagainya. Akan tetapi kita nampak tidak ada political will tidak ada keinginan politik di pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelesaikan ini. Saya lihat banyak jawapan yang telah diberikan oleh pihak kementerian dalam soalan-soalan yang berhubung kait dengan projek rumah terbengkalai. Saya tengok jawapan-jawapan ini, saya sudah pre-empt lah apa jawapan yang akan diberikan oleh pihak Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kita telah muaklah melihat jawapan-jawapan ini. Tiap-tiap kali tanya berkenaan dengan projek terbengkalai dikatakan “Oh! Sekarang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengambil langkah, ada satu langkah baru, build then sell ”, dan mengatakan bahawa projek terbengkalai ini adalah projek swasta. Pihak kementerian hanya mediator untuk mencari white knight dan sebagainya untuk menyelesaikan masalah. Akan tetapi masalah itu tetap ada kerana kita hendak katakan di sini walaupun kerajaan sekarang telah menggalakkan build then sell tetapi konsep ini ialah untuk projek-projek baru. Juga tidak dapat mendapat galakan yang hebat daripada pemaju-pemaju tetapi masalahnya projek-projek terbengkalai yang sedia ada. Pihak kementerian, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak ada satu penyelesaian kepada masalah ini. Saya menyeru supaya pihak Menteri memberikan perhatian yang lebih serius kepada projek-projek terbengkalai ini kerana terlalu banyak. Saya berharap ada satu penyelesaian kerana pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bertanggungjawab kerana projek-projek rumah terbengkalai ini lesen dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selepas projek itu terbengkalai, maka saya rasa pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada tanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian menyelesaikan masalah-masalah ini supaya pembeli-pembeli rumah terbengkalai ini dapat terbela. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Baru-baru ini beberapa kerajaan negeri telah menyatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak begitu rela untuk menyerahkan pengurusan sisa pepejal ini kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Mereka mahu teruskan bahawa kerajaan negeri mempunyai kawalan kepada pengurusan sisa pepejal ini. Saya tengok bahawa perkara ini, kerajaan negeri-kerajaan negeri ini enggan untuk memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sisa pepejal. Ini kerana syarikat-syarikat konsesi yang telah dilantik oleh pihak Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan sisa pepejal ini tidak dapat menjalankan tugas yang baik kerana saya rasa pihak syarikat-syarikat konsesi ini begitu bermaharajalela.
Saya tengok di Negeri Sembilan dan di beberapa negeri selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pengurusan sisa pepejal telah diberikan kepada syarikat konsesi Southern Waste Management.
Kita agak tidak puas hati. Begitu ramai pihak, begitu banyak pihak termasuk pihak PBT, termasuk kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional juga tidak puas hati kepada pengurusan, kepada perkhidmatan Southern Waste Management ini. Apabila kita membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri, dikatakan kerajaan negeri juga tidak dapat berbuat apa kerana syarikat konsesi ini dipilih, dilantik oleh Kerajaan Persekutuan dan seolah-olah ini walaupun mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik tetapi mereka tidak boleh dibuang, mereka tidak boleh ditukarkan seolah-olah syarikat konsesi ini mempunyai kekebalan. Saya hendak tanya pihak kementerian supaya memberikan penjelasan menyatakan secara jelas dalam Dewan yang mulia ini, apakah pendirian pihak KPKT dalam isu pengurusan sisa pepejal ini. Berikan penjelasan yang sejelas-jelasnya supaya kita tahu adakah syarikat- syarikat konsesi ini tidak boleh disentuh langsung. Adakah maksudnya bahawa konsesi telah diberikan kepada syarikat-syarikat ini, mereka akan teruskan. Alam Flora, Southern Waste, Northern Waste dan sebagainya bahawa walaupun mereka tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, kontrak itu akan terus diberikan kepada mereka. Saya rasa ini adalah satu keluhan, satu masalah yang begitu besar sekali yang perlu ditangani dan perlu diberikan penjelasan oleh pihak kementerian supaya isu pengurusan sisa pepejal ini dapat diselesaikan, dapat ditangani dengan baik. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai 00800 – Program Local Agenda 21. Saya nampak di sini, hanya diberikan peruntukan RM1 juta untuk tujuan LA21 ini. Saya lihat ini seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana program Local Agenda 21 ini merupakan satu konsep yang baik. Menggalakkan masyarakat sivil, menggalakkan masyarakat setempat untuk terlibat dengan pengurusan, dengan pentadbiran kerajaan tempatan tetapi saya rasa adalah tidak cukup, usaha yang tidak mencukupi baik daripada pihak KPKT ataupun pihak PBT-PBT ke arah mewujudkan satu konsep LA21 ini dalam pengurusan ataupun pentadbiran kerajaan tempatan. Saya lihat contoh di Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan ada lapan PBT, tiga buah majlis perbandaran dan lima buah majlis daerah dan saya nak menyatakan di sini bahawa di seluruh Negeri Sembilan, semua PBT ini tidak membuka mesyuarat full council meeting mereka kepada masyarakat setempat. Tak ada satu PBT yang membuka full council meeting mereka kepada orang ramai walaupun ini termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa semua mesyuarat full council meeting itu perlu dibuka kepada orang ramai supaya segala urusan, segala keputusan yang dibuat oleh pihak PBT dapat diketahui oleh orang ramai. Akan tetapi ini tidak dijalankan oleh PBT-PBT di Negeri Sembilan. Saya tanya mereka mengapa dan mereka kata ini kerana close door meeting. Tak perlu diketahui oleh orang ramai. Dalam perkara ini, saya nak menyatakan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana saya lihat di Selangor, PBT-PBT di Selangor membuka full council meeting mereka kepada pihak media, kepada orang ramai untuk turut serta. Segala perkara, segala keputusan yang dibuat oleh PBT di Selangor dibuka kepada media, media akan melaporkan. Walaupun ada kelemahan-kelemahan, walaupun ada masalah-masalah yang terbangkit tetapi dilaporkan. Itu mempunyai satu sikap yang begitu terbuka dalam perkara ini. Walaupun perkara-perkara ini mungkin memalukan PBT itu sendiri tetapi ia perlu diketahui oleh orang ramai. Masyarakat setempat mempunyai hak untuk mengetahui perkara-perkara ataupun keputusan-keputusan yang telah diambil oleh pihak mesyuarat dalam PBT ini. Saya berharap pihak KPKT memberikan perhatian yang lebih serius dalam usaha untuk menggerakkan program Local Agenda 21 ini di semua PBT dan saya berharap juga pihak menteri dapat mengambil langkah untuk menyatakan pendirian ini kepada pihak PBT di Negeri Sembilan supaya PBT-PBT ini dapat dibuka kepada orang ramai. At least orang ramai tahu apa yang dilakukan oleh ahli-ahli majlis mereka. Bukan sahaja orang ramai
sekarang tidak dibenarkan, saya sebagai wakil rakyat, saya nak minta dibenarkan untuk menjadi pemerhati dalam mesyuarat PBT tidak dibenarkan. Dia kata close door meeting, tak dibenarkan wakil rakyat untuk melihat apa yang berlaku dalam mesyuarat PBT tersebut. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai dengan 00100 – Projek di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin cuba bertanya kepada pihak menteri kerana pihak KPKT telah berjanji kepada masyarakat di Seremban bahawa satu peruntukan akan diberikan sebanyak RM1.2 juta akan diberikan kepada masyarakat di DUN Temiang di Seremban sebelum pilihan raya 2008. Kakanda kepada pihak menteri, sorry, adinda kepada pihak menteri telah berjanji kepada pengundi-pengundi sebelum pilihan raya 2008 bahawa satu peruntukan daripada KPKT akan diberikan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban untuk menaik taraf Jalan Temiang. Janji ini telah diberikan sejak setahun yang lepas, sekarang sudah masuk bulan kesembilan selepas Pilihan Raya Umum yang ke-12. Janji tetap janji, belum ditunaikan. Saya berharap, saya nak meminta penjelasan daripada pihak menteri apakah peruntukan ini telah diluluskan ataupun ditarik balik. Saya nak tahu bahawa adakah peruntukan itu telah disalurkan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban dan bilakah projek ini dapat dimulakan kerana kawasan tersebut memang memerlukan peruntukan ini untuk menaik taraf jalan rayanya yang begitu teruk sekali, 50 tahun tidak pernah di naik taraf. Saya berharap pihak menteri dapat memberikan penjelasan, memberikan jawapan mengenai perkara ini. Saya juga ini meminta kepada pihak menteri supaya memberikan peruntukan yang lebih kepada projek-projek kecil di kampung-kampung baru di Parlimen Rasah kerana di Parlimen Rasah terdapat empat buah kampung baru yang besar iaitu Kampung Baru Rasah, Kampung Baru Rahang, Kampung Baru Mambau dan Kampung Baru Labu. Keempat-empat kampung baru ini memang memerlukan peruntukan daripada KPKT untuk melaksanakan projek-projek menaik taraf infrastruktur yang dalam kampung- kampung baru ini khasnya di Kampung Baru Rasah dan Kampung Baru Rahang yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban yang telah lama kampung baru ini tetapi infrastruktur-infrastruktur di kampung baru ini masih tidak mencukupi walaupun ada peruntukan untuk menukar paip dan sebagainya tetapi saya lihat keadaan jalan raya dalam Kampung Baru Rahang dan Kampung Baru Rasah ini agak teruk sekali.
Gulung Yang Berhormat.
Saya berharap pihak Menteri KPKT memberikan peruntukan yang lebih. Akhir sekali saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai 04000 – Pembasmian Kemiskinan Bandar. Dalam perkara ini, saya memang bersetuju bahawa program PPKB yang telah dilaksanakan oleh pihak KPKT adalah amat baik sekali tetapi masalahnya ialah sistem penyampaiannya. Saya selalu mendapat rungutan dan saya sendiri merasakan bahawa time frame yang diambil untuk meluluskan permohonan PBKB ini terlalu lama. Kadang-kadang enam bulan, tujuh bulan tak lulus lagi. Orang yang memerlukan bantuan itu tunggu enam tujuh bulan tak dapat lagi. Saya berharap pihak KPKT akan memberikan perhatian supaya dapat memperbaiki sistem penyampaian bantuan PPKB ini supaya tetapkan satu time frame dan segala permohonan yang dilakukan oleh wakil rakyat itu, saya berharap pihak kementerian akan memastikan bahawa ada maklum balas kepada pemohon dan juga kepada wakil rakyat yang menolong pemohon itu membuat permohonan. Saya harap ini dapat dilakukan. Saya rasa itu sahaja yang saya ingin bahaskan. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 07000 berkaitan dengan Perancang Bandar dan Desa. Akhir-akhir ini kita dapat melihat bagaimana masalah perancangan penempatan perumahan yang berlaku
dalam negara kita. Sebahagian daripada CF ini diluluskan begitu sahaja padahal lokasi- lokasi penempatan perumahan ini diadakan di kawasan yang sangat berbahaya. Kadang- kadang diadakan di cerun bukit yang menyebabkan keruntuhan, yang bukan saja melibatkan kemusnahan harta benda tetapi akhirnya melibatkan kemalangan jiwa berlaku kepada rakyat kita. Sebahagiannya dibuat di kawasan-kawasan tanah tinggi, di curam-curam bukit dan ianya melibatkan soal keselamatan yang perlu dipertingkatkan daripada segi perancangannya. Selain daripada itu, kita juga menekankan soal keselamatan. Adalah lebih baik perancangan dibuat supaya soal keselamatan ini ditekankan dalam menentukan lokasi dan juga penempatan projek-projek perumahan. Akhir-akhir ini juga kita dapat melihat bagaimana keselamatan rakyat terancam akibat daripada perancangan yang kita buat. Sebegitu ramai di kalangan mereka yang terlibat dalam kes-kes keselamatan seperti rompakan, samun dan sebagainya dan ini melibatkan perancangan yang lebih teliti dari segi lokasi dan juga reka bentuk rumah-rumah yang ada dalam negara kita.
Berkaitan dengan perancang ini, saya mohon kepada kerajaan bukan saja di kawasan bandar tetapi di kawasan-kawasan pertumbuhan yang baru termasuk di kawasan rancangan tanah FELDA. Terdapat juga di mana pertumbuhan pekan-pekan kecil di rancangan tanah FELDA menuntut kerajaan melalui kementerian ini supaya kita buatkan perancangan yang lebih tersusun dan rapi. Ini supaya dapat kita menempatkan kedai-kedai, tempat-tempat ruang perniagaan dan juga kawasan-kawasan perumahan yang diwujudkan di kawasan tanah-tanah FELDA ini lebih tersusun, lebih rapi keadaannya. Juga memberi peluang kepada rakyat terutama sekali di kawasan FELDA untuk turut serta dalam pembangunan ekonomi di rancangan tanah FELDA. Begitu juga dengan pertumbuhan pekan-pekan kecil di seluruh negara kita. Kerajaan tempatan mesti berikan perhatian. Saya telah pun mencadangkan lebih daripada tiga tahun yang lepas. Sebagai contoh, pertumbuhan pekan kecil Batu Kikir Timur supaya dibuatkan perancangan bagi menempatkan lokasi tersebut dengan kemudahan-kemudahan untuk rakyat. Hari ini rakyat menuntut kemudahan yang lebih di kawasan tersebut. Akan tetapi tidak dilaksanakan perancangannya untuk membolehkan pembangunan berjalan dengan baik di lokasi tersebut. Tuan Pengerusi, perkara yang kedua yang ingin saya sentuh dalam kementerian ini ialah perkara 060000, berkaitan Landskap Negara. Saya dapat melihat bagaimana peruntukan yang diberikan oleh kementerian ini dibuat secara ad hoc oleh kerajaan tempatan di peringkat daerah. Dapat peruntukan panggil tender, diserahkan kepada syarikat-syarikat untuk membuat landskap di kawasan-kawasan tertentu di peringkat daerah. Saya fikir sampai masa dan ketikanya kementerian membuat satu pelan induk landskap di peringkat daerah. Dengan adanya pelan induk landskap peringkat daerah ini, mana saja peruntukan yang datang melalui kementerian ini ataupun daripada mana-mana sekalipun, ia akan melihat bagaimana pelan induk landskap yang telah pun disediakan di daerah tersebut akan diikuti dan barulah kita dapat hasil landskap di kawasan daerah ini yang dapat menepati kehendak dan cita-cita kita untuk melihat keindahan, kebersihan dan juga keselamatan berlaku di kawasan daerah. Hari ini apabila dibuat secara ad hoc, bukan saja dibuat secara tidak teratur, hasilnya pun tidak bagus dan juga kadangkala dibuat di kawasan-kawasan yang sepatutnya tidak dibuat dan melibatkan soal keselamatan. Ini sudah tentulah akan merugikan kerajaan. Lebih buruk daripada itu, tidak ada pemantauan berkaitan dengan projek-projek landskap di peringkat daerah. Akhirnya ia tidak memberikan faedah dan manfaat. Ditanam bunga, bunga mati dan ia tidak akan memberikan pulangan yang terbaik. Saya pun ingin hendak menyentuh tentang bagaimana perancangan kementerian untuk menjayakan landskap di peringkat bandar raya terutama sekali di Kuala Lumpur. Bila saya sentuh Kuala Lumpur, ramai yang tersinggung. Dia kata wakil rakyat luar bandar kenapa hendak cerita tentang Kuala Lumpur. Akan tetapi Kuala Lumpur ini ibu negara kita. Kepunyaan rakyat Malaysia. Akan tetapi kita dapat melihat landskap yang
berlaku dalam Bandaraya Kuala Lumpur tidak cantik dan tidak indah. Kadang-kadang tidak berwarna-warni. Apa salahnya ia dibuat ditanam bunga yang berwarna-warni dan yang akan menimbulkan keindahannya. Ini memerlukan perancangan yang rapi melalui Jabatan Landskap Negara. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh perkara 080000 berkaitan dengan Bomba dan Penyelamat. Hari ini rakyat bimbang kerana ketidakcekapan Jabatan Bomba kita untuk bertindak cepat untuk menyelamatkan kes-kes kebakaran. Belum lagi mencapai tahap apa yang diharapkan oleh rakyat. Begitu banyak lagi harta benda yang tidak dapat diselamatkan. Maknanya ini sampai ketikanya kementerian meningkatkan kualiti, bukan saja kecekapan pekerja yang terlibat dengan bomba tetapi melihat kembali peralatan- peralatan yang kita gunakan dalam Jabatan Bomba ini. Berkaitan dengan bomba ini, saya ingin menyentuh tentang keperluan pembinaan bomba kepada masyarakat luar bandar. Di gugusan FELDA di Jempol, terdapat 16 skim FELDA melibatkan rumah yang begitu banyak dan rakyat yang begitu ramai. Di gugusan FELDA Palong setakat hari ini walaupun terdapat 16 skim FELDA yang berada di kawasan tersebut, tetapi hingga ke hari ini tidak ada satu balai bomba pun dibuat oleh kementerian di kawasan gugusan FELDA Palong. Apabila berlaku kemalangan, kebakaran dan sebagainya, rakyat terpaksa mendapat perkhidmatan daripada balai bomba yang sangat jauh dan sebaik sampai di lokasi tersebut, tidak ada apa lagi yang boleh diselamatkan oleh anggota bomba yang sampai di kawasan tersebut. Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya merancang dengan peruntukan yang ada melalui kementerian ini membina balai bomba di gugusan FELDA Palong untuk memberikan perkhidmatan keselamatan kepada rakyat kita yang ada di kawasan sana. Satu lagi perkara yang saya ingin bangkitkan ialah bagaimana kekurangan perancangan untuk membina pili-pili bomba di kawasan luar bandar. Walaupun kereta- kereta bomba ini sampai, tetapi bekalan air pula tidak ada. Oleh yang demikian, sampai masa dan ketikanya kementerian mengarahkan pegawai-pegawai kita supaya merancang pembinaan pili-pili bomba ini di kawasan-kawasan luar bandar terutama sekali yang melibatkan bangunan-bangunan awam, kawasan-kawasan perumahan yang padat. Apabila ini dapat kita buat, kita akan dapat memberikan sokongan apabila kereta bomba sampai untuk menggunakan air daripada pili-pili bomba yang disediakan tersebut. Apabila saya sentuh ini, oleh kerana kawasan daerah Jempol itu banyak rancangan tanah FELDA, saya fikir sampai masa dan ketikanya kementerian masuk merancang pembinaan pili-pili bomba ini di kawasan gugusan perumahan kawasan FELDA. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang soal pembasmian kemiskinan di kawasan bandar. Oleh kerana tahap hidup rakyat kita kos sara hidup di kawasan bandar ini tinggi, saya mengharapkan supaya pembinaan rumah-rumah kos rendah dan rumah- rumah untuk rakyat termiskin ini akan terus ditambah lagi di kawasan-kawasan bandar besar terutama sekali di kawasan Negeri Sembilan. Ini untuk memberi peluang kepada rakyat kita yang berada di kawasan dalam bandar tetapi mendapat perkhidmatan kos rendah dan rumah yang mampu mereka miliki untuk di kawasan-kawasan bandar. Selain daripada itu, saya fikir daripada melengkapkan projek perumahan di kawasan bandar, kementerian juga mesti melihat bagaimana sumber pendapatan rakyat termiskin di kawasan bandar ini dapat kita berikan sokongan. Sebahagian daripada mereka ini berniaga secara kecil-kecilan. Adalah lebih baik supaya di kawasan perniagaan mereka itu dipertingkatkan kemudahan dengan membina gerai-gerai yang lebih selesa dan kalau mereka ini berniaga di kawasan gerai yang selalu saya lawati, gerai tersebut sangat usang dan tempat perniagaan mereka tidak menarik pelanggan. Adalah lebih baik kementerian menggunakan peruntukan ini membangunkan kemudahan perniagaan kepada rakyat-rakyat miskin, berpendapatan rendah tetapi menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan kepada mereka. Ini juga supaya kawasan perniagaan mereka ini kita pertingkatkan lagi kemudahan dengan membina kawasan-kawasan yang lebih selesa dan lebih bersih yang akan menambah lagi kunjungan untuk datang ke kawasan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Tuan Pengerusi?
Terima kasih saya kata.
Masa sudah habis?
Sila gulung.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 090000 – Jabatan Sisa Pepejal Negara dan Butiran 110400 – Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Apakah rancangan yang telah dijalankan dan kemajuan yang dicapai oleh kementerian selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 diluluskan pada tahun lalu? Kebanyakan orang rasa khuatir terhadap impak environment dan sosial yang dibawa sisa plastik kerana beg plastik yang murah terlalu banyak dipakai sebagai pembungkus sisa. Kata orang, kita yang melakukan kesalahan bukan plastik yang salah, bukan plastik yang mencemarkan tetapi tingkah laku ramai orang yang mencemarkan. Kebanyakan majlis perbandaran menghadapi masalah mengurangkan sisa pepejal kerana hanya ada tapak pengisian tanah yang terhad sahaja di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini saya gembira mendapatkan model-model kejayaan daripada Jepun dan Jerman menunjukkan bahawa bahan plastik boleh di kitar semula dan juga biodegradable. Adakah kementerian berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkaji atau menggunakan cara-cara kitar semula atau membakar bahan plastik dalam incinerator demi menyelesaikan masalah-masalah kelemahan tapak pengisian tanah dan pencemaran environment. Jika ya, apakah pelan tindakan yang dicadangkan termasuk strategi dan rekomendasi untuk pengurusan sisa plastik yang boleh berterusan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah sistem yang akan dicadangkan supaya orang awam memahami mengapa perlu kenal pastikan produk-produk plastik demi mempermudah semula kan. Dan apakah peranan-peranan yang patut dimainkan oleh pengilang-pengilang dan pihak-pihak kitar semula supaya wujud keadaan menang-menang atau win-win situation dalam pengurusan sisa pepejal. Dan apakah jadual masa ditetapkan bagi melaksanakannya? Bagaimanakah kementerian memastikan kejayaan dalam pelaksanaannya? Dengan itu, sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan mengenai Butiran 040000 mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Tuan Pengerusi, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dilaksanakan di seluruh Malaysia sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan bagi tempoh 2006 sampai 2010. Harapan pihak kementerian agar kawasan bandar tidak akan mempunyai penduduk miskin menjelang tahun 2009 dan pihak berkuasa tempatan sebagai agensi pelaksana. Tugas mereka adalah menjalankan penyiasatan, lawatan serta penapisan pemohon tetapi kelulusan yang terakhir serta pemberian bantuan masih di bawah kuasa pihak kementerian. Mengikut laporan pegawai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, pada tahun 2008, permohonan untuk bantuan PPKP adalah sangat lambat berbanding kelulusan yang pertama pada bulan Mac 2008. Sehingga hari ini selama tujuh bulan tiada sebarang balasan daripada pihak kementerian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mendesak kementerian janganlah melambatkan proses kelulusan sebab ramai golongan miskin amat memerlukan bantuan ini untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, saya dapati bahawa kadar kelulusan adalah rendah memandangkan bilangan pemohon adalah ramai. Lagi, nisbah menerima bantuan dalam program mengikut kaum adalah tidak seimbang. Maka saya minta pihak kementerian menjelaskan perkara yang telah saya kemukakan serta memberikan laporan bantuan PPKP ini yang telah diluluskan mengikut pecahan kaum di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Johor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya merujuk kepada Butiran 020100 – Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek. Mengikut perancangan untuk tahun 2009, rancangan dan jumlah rancangan adalah sama dengan tahun 2007 dan 2008. Akan tetapi apa yang menghairankan ialah mendapati bahawa belanjawan pada tahun 2008 iaitu RM4,600,002 telah naik kepada RM73,650,000 untuk belanjawan yang sama. Saya meminta menteri memberikan penjelasan bagaimana rancangan yang sama telah naik dengan tiga kali ganda. Yang kedua ialah, Butiran 020200 – Bahagian Kemiskinan Bandar. Dalam proses urbanisasi, penduduk-penduduk di luar bandar berpindah ke bandar untuk mencari kehidupan dan peluang pekerjaan. Populasi bandar berkembang daripada 30% pada tahun 1960 kepada 6% pada tahun 2000. Antaranya kebanyakan mereka gagal meningkatkan mutu kehidupan dan kemudian membentuk sebahagian kelas kemiskinan bandar. Dan trend yang kurang selesa juga dilihat mengikut statistik United Nations Population Division, 78% penduduk akan pindah ke bandar pada tahun 2030. Ini menunjukkan satu masalah yang penting dan saya minta menteri memberikan penjelasan bagaimana dan apa rancangan yang menteri ada untuk menangani masalah ini dalam jangka masa pendek dan juga jangka panjang. Yang ketiga ialah garis kemiskinan yang sedia ada. Kerajaan menggunakan piawai yang sama untuk golongan miskin di bandar dan di luar bandar. Kita tahu kos saraan hidup di bandar lebih tinggi dan walaupun kerajaan telah memberikan kenaikan daripada RM400 hingga RM770 untuk Semenanjung Malaysia, RM830 untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah, garis tersebut masih tidak dapat menyelesaikan masalah golongan miskin di bandar. Di mana kos kehidupan untuk keluarga yang mempunyai empat ahli adalah sekurang-kurangnya RM1,750. Saya meminta menteri untuk mengkaji semula garis panduan untuk kemiskinan bandar yang sewajarnya. Yang ketiga, Butiran 040000 – Perumahan. Seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat dari Rasah, kita ada masalah projek terbengkalai. Di Selangor, ada 141 projek yang terbengkalai. Di antaranya ialah sistem yang sedia ada di mana pemaju dapat menjual sebelum membina, sistem, sell dan build.
Dengan sistem ini risiko projek dipikul oleh orang awam dan pembeli. Saya meminta Menteri untuk memberikan pendekatan mereka terhadap rancangan untuk mengadakan sistem build then sell. Ini kerana kita hendak ada keazaman politik, political will untuk menukar cara menjual kerana pemaju tidak akan tukar sistemnya pada masa ini, memberikan manfaat kepada mereka kerana mereka dapat melaksanakan projek dengan modal yang kecil. Rakyat yang memikul beban risiko itu. Juga tentang kemiskinan bandar seperti yang saya kata sebelum ini, masih bertambah. Apakah rancangan perumahan rakyat yang hendak dibina untuk orang miskin. Kita hendak ada satu pendekatan yang baru untuk menangani masalah ini kerana daripada rancangan-rancangan sedia ada sebelum ini sehingga hari ini kita belum selesaikan masalah ini yang bertambah tiap-tiap hari. Saya merujuk kepada Butiran 050000 – Kerajaan Tempatan. Pada bulan April selepas pilihan raya Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan kepada semua bahawa Yang Berhormat bercadang kepada Jemaah Menteri untuk mengkaji semula untuk
mengadakan pilihan raya untuk Ahli Majlis PBT. Alasan yang telah diberikan 40 tahun yang lalu untuk memberhentikan pilihan raya tidak wujud lagi. Masa telah sampai untuk mengadakan pilihan raya kerana pada masa ini persepsi yang diadakan oleh orang ramai bahawa Ahli Majlis yang dilantik oleh parti politik ada kelemahan kerana Ahli Majlis ini tidak bertanggungjawab kepada penduduk. Banyak masalah yang ada di PBT, gambaran bahawa mereka tidak bertanggungjawab kepada penduduk tetapi meletakkan tanggung jawab kepada parti politik. Saya memandang perkara ini hendaklah ditukar dengan mengadakan pilihan raya untuk penduduk-penduduk. Di samping itu juga kita ada sistem style rating PBT yang telah dilaksanakan di mana Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberikan satu sistem untuk menambahkan, meningkatkan perkhidmatan PBT. Saya meminta Menteri memberikan penjelasan prestasi yang sedia ada, adakah sistem ini dilaksanakan dan perkhidmatan PBT telah dinaikkan. Satu lagi perkara tentang kerajaan tempatan ialah contract parking. Contract parking saya diberitahu pada masa ini diswastakan. Syarikat swasta dapat berkongsi dengan PBT wang saman parking. Pada pandangan saya ini adalah satu perkara yang tidak betul kerana saman ialah satu kesalahan. Ini tidak sepatutnya dikongsi bersama syarikat swasta kerana ini menimbulkan satu conflict of interests. Saya minta Menteri mengkaji semula tentang penswastaan ini dan juga mengambil kesempatan untuk melihat supaya penswastaan parking dimansuhkan kerana di dalam Malaysia keadaan kita tidak sama seperti Singapore atau London di mana pengangkutan awam yang murah dan munasabah. Di sini kita terpaksa menggunakan kereta dan oleh sebab itu PBT dan kerajaan hendak memberikan kemudahan percuma ini. Satu lagi tentang kerajaan tempatan ialah peruntukan. Saya meminta peruntukan dari kementerian diberikan kepada PBT yang munasabah. Pada masa ini peruntukan yang diberikan dari negeri lebih daripada apa yang diberikan daripada kementerian. Oleh sebab itu PBT tidak dapat menjalankan tugas-tugas mereka. Yang akhirnya saya hendak menyentuh Butiran 090000 – Jabatan Sisa Pepejal Negara. Sisa telah diswastakan. Sehingga hari ini perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat swasta kurang memuaskan. Pada masa ini ada rancangan menyentralisasikan sisa pepejal ini. Pada pandangan saya ini adalah satu perkhidmatan yang harus diberikan kepada PBT. Mereka yang berada di tempat di mana sisa dijana dan juga dilupuskan dan seharusnya ini hendaklah dikuasai oleh PBT. Saya meminta Menteri mengkaji semula tentang rancangan mereka. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih juga Yang Berhormat Menteri kerana berada bersama-sama kita pada petang ini… [Disampuk] Ya lah, jangan ganggulah. Ini soal Sabah. Saya ingin turut berbahas bagi maksud Butiran 43 dan P.43 iaitu Butiran 110400 – Persatuan Penswastaan dan di bawah 090000 – Jabatan Sisa Pepejal. Saya tambahkan di sini buangan yang berjadual. Saya ingin menarik perhatian kementerian soal pengurusan sisa pepejal ini memanglah ada berhubung kait dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apa yang saya dengar kepada jawapan pagi tadi, soalan dari Yang Berhormat Silam iaitu buangan toksik, bekas-bekas buangan elektronik dan sebagainya. Diberi jawapan hanya dua di negara kita iaitu di Semenanjung satu dan di Sarawak satu. Jadi, persoalan saya, adakah pihak kementerian melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia untuk mencari satu tapak lagi di negeri Sabah kerana negeri Sabah pun ada masalah tentang pembuangan barang-barang buangan yang berjadual ini. Jadi kalau kita lihat soal sisa ini memang bandar raya Kota Kinabalu memang banyak masalah oleh sebab beberapa sungai-sungai yang kecil yang tercemar terutama sekali dengan sampah-sarap yang begitu teruk sekali terutama sekali soal aliran najis dan sebagainya. Adakah pihak kementerian bercadang untuk membantu pihak Bandar raya Kota Kinabalu untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk mengatasi masalah- masalah pencemaran di sungai-sungai di sekitar Kota Kinabalu, terutama sekali Sungai
Sembulan, Likas, di mana Yang Berhormat juga tinggal, Sungai Putatan, Petagas dan sebagainya. Adakah kementerian dapat menyediakan kalau boleh yang saya lihat di Sungai Klang ini ada jengkaut sampah di semua sungai. Saya tidak lihat hanya satu sahaja di Kota Kinabalu, yang berdepan dengan Hospital Queen Elizabeth tetapi tidak begitu berkesan.
Sampah masih terlepas ke laut. Jadi kalau kita lihat pantai-pantai terutama sekali di perairan di hadapan perhotelan di Kota Kinabalu terdapat banyak plastik yang hitam, putih, kuning dan sebagainya terapung-apung di permukaan laut. Jadi ini juga soal pencemaran laut dan sebagainya. Saya ingin teruskan kepada yang berkenaan iaitu Butiran 04000 – Pembasmian Kemiskinan Bandar, Yang Berhormat tahu dan pernah juga berulang alik ke Kota Kinabalu sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan melihat kedudukan perumahan yang dibina di atas permukaan laut ini. Jadi saya pernah menyoal perkara yang sama di Dewan yang mulia ini, tetapi soalan saya ditolak. Ditolak kerana alasannya ini dalam bidang kuasa negeri. Jadi, seolah-olah kita lihat kementerian Persekutuan ini tiada tanggungjawab sama sekali kepada permasalahan kawasan bandar ini terutama sekali bagaimana kita membantu rakyat kita di kawasan bandar ini untuk mencapai matlamat kerajaan, hasrat kerajaan untuk membasmikan kemiskinan di kawasan bandar. Satu permasalahan yang besar iaitu perumahan yang mana tidak ketentuan. Kalau kita lihat daripada udara Yang Berhormat Menteri, bahawa Kota Kinabalu adalah yang terhodoh sekiranya kita melihat daripada permukaan laut ini. Jadi saya rasa Tuan Pengerusi pun sokong sama saya ini, kerana dia tiap-tiap minggu pun dia balik, berulang alik ke Kota Kinabalu dan tidak perlu lagi melihat di luar jendela kapal itu kerana hodohnya Kota Kinabalu ini. Saya harap kementerian ini dapat melihat supaya membantu pihak bandar raya Kota Kinabalu untuk mengurus ataupun menyusun semula perumahan yang mana kita lihat tidak begitu baik. Walaupun ada usaha daripada pihak Kementerian Pelancongan pada suatu ketika iaitu memberi peruntukan RM10 juta untuk membantu perumahan di kawasan Tanjung Aru. Akan tetapi dukacita dimaklumkan bahawa projek ini belum selesai adalah kekangan sini sana, soal peruntukan dan sebagainya. Jadi ini saya harap kementerian juga dapat berusaha untuk membantu bandar raya Kota Kinabalu. Tuan Pengerusi, soal Butiran 120400 iaitu Penyewaan CCTV (Program Bandar Selamat) yang di sini berjumlah RM15 juta dan saya harap juga serpihan daripada peruntukan ini dapat disalurkan kepada bandar raya Kota Kinabalu, sebab bandar Kota Kinabalu ini juga mempunyai masalah soal sosial, gejala sosial dan sebagainya dan perlu kita memasangkan alat-alat CCTV ini di mana-mana tempat yang perlu diawasi oleh pihak keselamatan kita, iaitu terutama sekali di mana terdapatnya aktiviti-aktiviti penghiduan gam, dadah dan sebagainya terutama sekali di kawasan saya di kawasan Simbulan. Saya harap kementerian dapat melihat ini dengan serius kerana ini adalah masalah kita bersama dan harus ditanggung bersama-sama. Saya beralih kepada P.43 berkenaan Butiran 03100 iaitu Kemajuan Perkampungan. Di sini juga Yang Berhormat Menteri soalan yang sama bahawa saya menyoal kepada kementerian Persekutuan bahawa terdapat banyak rumah yang dibina di atas riparian reserved terutama sekali yang memanjang Sungai Putatan, Sungai Pitagas, Sungai Likas dan sebagainya di negeri Sabahlah. Ini kira sebagai squatters, rumah haram, orang-orang yang tidak bertanah ini membina rumah-rumah di tepi-tepi sungai. Jadi saya pernah bertanya soalan ini dan juga ditolak kerana ini urusan kerajaan negeri. Jadi saya sungguh berdukacita kerana jawapan yang sama, seolah-olah ini pihak kementerian di Persekutuan ini menolak semua masalah itu kepada kerajaan negeri. Oleh itu saya harap ini satu rancangan kita, yang di mana 25 ribu rumah PPRT itu akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, maka inilah harapan saya dijawab dengan jawapan yang baik supaya melihat, supaya orang-orang yang tinggal di tepi sungai ini dapat diberi peluang juga memiliki rumah sewa seperti mana yang di dalam Butiran 01600 iaitu Program Perumahan Rakyat Disewa. Jadi ini saya harap pihak kementerian dapat melihat dengan serius. Sekali lagi saya mohon supaya jangan lagi bagi saya jawapan, ini bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi seterusnya Tuan Pengerusi...
Seminit lagi Yang Berhormat.
Ya, ya, ya. Banyaklah ini tetapi saya sentuh mana yang pentinglah Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan bomba, Butiran 30002 iaitu Pembinaan Bangunan JBPM di Sabah iaitu hanya RM9.5 juta sahaja. Jadi saya mahu melihat ini mana cukup. Kita punya permintaan bangunan Jabatan Bomba kita di negeri Sabah ini, Sabah ini luas. Jadi banyak daerah dia ada 25 daerah semua, keseluruhan. Jadi daerah baru yang di daerah Putatan ini baru juga diwujudkan dan memerlukan satu Jabatan Bomba di bina, balai bomba dibina di daerah Putatan. Saya telah menulis, memohon minta soalan dalam Dewan ini, jawapannya sama juga ada bomba di airport kononnya, Penampang dekat, Simbulan dekat tetapi Yang Berhormat kawasan hutan ini selalunya berlaku kebakaran. Dalam satu tahun ada lima, enam kali kebakaran jadi walaupun adanya bomba di sekitar Simbulan, di Penampang di airport kenapa sering kali berlaku kebakaran. Baru-baru ini di Pulau Gaya juga terbakar, 300 rumah jadi abu. Jadi saya harap perkara ini dapat dilihat janganlah pandang ini sebagai negatif permohonan ini kerana ini keperluan, ini melibatkan nyawa Yang Berhormat. Akhir sekalai Tuan Pengerusi iaitu Butiran 35000 – Pengambilan Balik Tanah menelan RM11.3 juta. Jadi pengambilan balik tanah ini, satunya kita memohon projek seperti mana yang saya timbulkan kepada kementerian-kementerian yang lain. Land acquisition, pengambilan tanah ini memerlukan jumlah wang yang banyak. Jadi kita jangan harap kalau kita ada mohon projek di kawasan negeri masing-masing, jangan bagi alasan lain kali bahawa kita tidak dapat laksanakan projek ini kerana ketiadaan tanah. Jadi kita sepanjang masa, dari dulu kita mengharapkan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah free. Jadi saya harap kementerian ini dapat lihat sekali lagi peruntukan untuk land acquisition, pengambilan tanah ini harus ditambah, kerana ini tidak akan tercapai sekiranya ada projek permohonan daripada kawasan Parlimen masing-masing, kerana kian susah untuk mendapat tanah sekarang, tanah sudah jadi mahal orang pun tidak mahu kasi free. Jadi kerajaan negeri pun ada keutamaannya kepada tanah-tanah yang ada dengan mereka. Oleh itu, saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini, tambah peruntukan ini supaya projek-projek yang dipohon oleh Ahli-ahli Parlimen ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin bercakap ringkas sahaja khusus berkaitan dengan sisa pepejal, iaitu sama ada Butiran 110400 – Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal ataupun mana-mana lagi kepala yang berkaitan dengan sisa pepejal ini. Tuan Pengerusi dalam perbincangan saya dan pertemuan-pertemuan saya yang saya lakukan dengan pimpinan-pimpinan kerajaan negeri, khususnya kerajaan-kerajaan negeri yang aktif yang memikirkan tentang rakyat seperti yang saya jumpa pimpinan negeri Kedah ataupun di Perak dan sebagainya, nampaknya mereka mempunyai sikap agak bimbang akan Program Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ini.
Mereka melihat bahawa pengurusan dan penswastaan sisa pepejal negara ini akan dari satu segi mengambil alih tugas-tugas mereka yang mana rakyat mengharapkan yang kerajaan negeri melaksanakannya. Jika kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan tugas-tugas pengurusan sisa pepejal secara keseluruhannya itu tidak terlaksana. Maka kredibiliti kerajaan negeri akan turut terjejas di satu pihak. Di pihak yang kedua, saya dapati bahawa masalah sebenarnya juga ialah bahawa pengurusan sisa pepejal negara ini tidak dilaksanakan dengan baiknya. Jadi, dari feedback yang saya peroleh sama ada daripada pimpinan-pimpinan kerajaan negeri ataupun daripada pihak swasta yang sedang terlibat dalam kontrak-kontrak dengan PBT-PBT dalam urusan sampah dan sisa pepejal ini, mereka juga mendapati bahawa penswastaan pengurusan sisa pepejal ini menimbulkan kekeliruan dan tidak menguntungkan mana-mana pihak sekalipun. Secara khususnya, saya diberi makluman
tentang konsesi pengurusan sisa pepejal misalnya di kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Saya mendapat maklum bahawa penswastaan telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Environment Idaman Sdn. Bhd atau E-Idaman iaitu anak syarikat kepada UEM; sebuah syarikat gergasi milik Kerajaan Pusat saya yakin. Saya dapati bahawa pengendalian pengurusan konsesi penswastaan ini tidak berjalan dengan baik dan lancar. Mengikut maklumat yang saya peroleh, walaupun dari bulan April 2007 lagi perkara ini sudah diuar-uarkan, diumumkan dan syarikat-syarikat yang terlibat khususnya yang memperoleh kontrak dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau MPPP telah dipanggil dan diberikan taklimat. Akan tetapi pihak syarikat-syarikat yang terlibat ini pun merasakan bahawa mereka tidak diberikan dengan izin a fair deal suatu urusan yang adil bagi pihak syarikat-syarikat yang sedia ada. Walhal, mereka merasakan bahawa MPPP inilah tempat yang terbaik, pilot projek yang paling sesuai kerana dikatakan bahawa MPPP inilah mempunyai secara umumnya pengurusan sisa pepejal yang terbaik dalam negara sebelum ia diswastakan dan ia mempunyai peralatan-peralatan seperti mengikut maklumat yang saya peroleh ini iaitu 160 buah lori trak yang baru ditempah dan baru hanya berusia lima bulan. Ini dimaklumkan kepada kontraktor-kontraktor ini oleh pihak E-Idaman bahawa mereka akan menganggap ini sebagai pilot project mereka dan mereka akan mengambil alih syarikat-syarikat ini dalam projek penswastaan ini. Mereka bertemu dan memanggil pihak syarikat yang terlibat ini dan menjanjikan kepada mereka bahawa daripada nilai kontrak yang syarikat-syarikat ini biasa dapat daripada MPPP, pihak E-Idaman akan mengambil dan memotong 5% bayaran bulanan tersebut. Akan tetapi yang saya menerima laporan ialah sehingga sekarang tidak ada perkembangan, tidak ada apa-apa yang jelas diperoleh oleh syarikat-syarikat yang berkenaan ini dalam urusan mereka dengan pihak E-Idaman. Saya mendapat maklumat lagi bahawa oleh kerana keadaan ini, maka Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang telah cuba membantu dan campur tangan seolah-olah untuk membantu kedua-dua pihak ini, supaya projek penswastaan ini dapat berjalan dengan licin. Akan tetapi mengikut maklumat yang saya peroleh, hingga sekarang pun belum ada apa-apa perkembangan yang menentu, yang khusus, yang jelas di pihak kontraktor dalam hubungan mereka dengan pihak Idaman. Walaupun mereka memaklumkan saya bahawa pernah mereka ini dipanggil untuk mendengar taklimat dan penerangan yang diberikan sendiri oleh ketua setiausaha kementerian iaitu pada 19 September 2007. Akan tetapi sehingga sekarang pun tidak ada perkembangan daripada taklimat tersebut. Jadi, ini yang saya hendak pohon kepada pihak kementerian ialah supaya di satu pihak sebagaimana Yang Berhormat Selayang juga sebutkan menilai kembali, review balik proses dan dasar penswastaan pengurusan sisa pepejal ini. Ia nampaknya tidak boleh diterima oleh negeri-negeri dan ia jelas tidak dapat diterima juga oleh pengusaha- pengusaha yang menerima kontrak daripada PBT-PBT ini. Inilah seruan dan harapan saya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ramai lagi yang mahu bercakap? Yang Berhormat Bukit Mertajam, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh Program Local Agenda 21 – 00800. Seperti yang dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Rasah bahawa ini merupakan satu konsep yang baik, yang hendak menggalakkan penglibatan penduduk tempatan. Akan tetapi sekiranya Kerajaan Pusat tidak mengembalikan pilihan raya tempatan, apa yang dikatakan dalam Program Local Agenda 21 ini hanya merupakan hipokrasi sahaja. Ini kerana apa penglibatan yang terbaik, yang paling bermakna ialah pilihan raya Kerajaan Tempatan iaitu pembayar cukai boleh memilih ahli majlis mereka dan bukan seperti sekarang hanya dilantik sahaja. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kami memang hendak melaksanakan pilihan raya tempatan. Akan tetapi tidak dapat dijalankan kerana Kerajaan
Pusat enggan mengambil tindakan atau pun meminda Akta Kerajaan Tempatan. Saya rasa pemilihan Kerajaan Tempatan adalah amat penting sekali kerana ia mencerminkan sistem demokrasi yang sebenar. Apa yang kita adakan sekarang ialah sistem demokrasi yang cacat, yang tidak sempurna di mana pembayar cukai tidak ada representation tapi mesti membayar cukai juga. Jadi, saya menyeru supaya Kerajaan Pusat kembalikan pilihan raya tempatan Kerajaan Tempatan supaya dia dapat lebih menyempurnakan sistem demokrasi pada waktu sekarang. Ia amat penting juga untuk menyediakan penglibatan-penglibatan wanita dalam politik. Pada waktu sekarang, kita lihat bahawa Kerajaan Tempatan adalah amat penting kepada keluarga, kanak-kanak dan wanita juga. Akan tetapi perwakilan wanita amatlah kecil sekali dalam Kerajaan Tempatan. Sekiranya kita dapat mengadakan satu sistem pilihan raya Kerajaan Tempatan menggunakan proportional representation, kita menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 30% perwakilan itu mesti terdiri daripada wanita. Saya rasa itu barulah lebih bermakna dan betul-betul mencerminkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang mengambil berat tentang penglibatan penduduk tempatan dan juga kaum wanita. Saya ingin sentuh juga 00100 – Projek Kerja Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin tahu apakah projek yang ingin dilaksanakan dan berapa projek yang ada di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Di sini juga saya ingin menyeru supaya di tempat-tempat yang sesuai, di tempat-tempat yang utamanya seperti di George Town di mana kami mengguna dan memasang papan tanda jalan dalam pelbagai bahasa.
Saya rasa ini merupakan satu perkara yang baik untuk mencerminkan berbilang budaya, berbilang bahasa dan berbilang kaum di mana ia merupakan kekuatan negara kita ini. Jadi saya tidak faham apakah ada kumpulan yang begitu berfikiran sempit yang memandangnya sebagai satu perkara yang boleh menghakiskan kedudukan bahasa Malaysia di mana bahasa Malaysia tetap dipakai. Ia hanya ditambah sahaja bahasa yang lain. Sekiranya ramai penduduk di sana berbahasa Mandarin, jadi bahasa Mandarin ditambah. Sekiranya ramai penduduk di sana juga berbahasa Jawi, jadi bahasa Jawi digunakan, ditambahkan. Saya tidak melihatnya mengancam mana-mana bahasa, tetapi ia hanya bertambah budaya berbilang bahasa. Jadi saya harap pihak-pihak khasnya parti politik janganlah berpolitik isu-isu seperti ini. Ini memang untuk kebaikan semua. Saya juga ingin menyentuh 04000 – Pembasmian Kemiskinan di Bandar. Saya hendak mencadangkan bahawa kerajaan tempatan menyediakan pusat-pusat jagaan kanak-kanak sebagai satu cara untuk membasmi kemiskinan di bandar kerana saya dapati banyak keluarga yang miskin terdiri daripada ibu tunggal yang juga ada anak yang kurang upaya. Apabila ibu tunggal bercampur dengan anak kurang upaya, itu sudah tentulah menjadikan keluarga itu miskin. Ibu tunggal kalau hendak keluar kerja, siapa yang akan menjaga anak OKUnya. Kalau dia hendak jaga anak yang kurang upaya, siapa hendak cari rezekinya? Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kepada keluarga seperti ini, tetapi amaun itu tidak dapat menyara kehidupan mereka. Jadi saya berpendapat bahawa sekiranya kerajaan tempatan kalau dapat memberi bantuan penjagaan anak OKU ini, jadi akan membolehkan ibu tunggal ini untuk keluar bekerja dan pendapatan keluarga ini akan meningkat, tetapi saya rasa sehingga hari ini, pembasmian kemiskinan sama ada di bandar ataupun di luar bandar tidak menggunakan cara ini iaitu menyediakan pusat-pusat jagaan kanak-kanak. Saya berpendapat bahawa ini merupakan satu perkhidmatan yang begitu penting kepada keluarga-keluarga yang miskin. Jadi saya menyeru supaya kementerian dapat melaksanakan cadangan ini sebagai satu cara untuk membasmi kemiskinan di bandar. Yang akhirnya saya ingin menyentuh Butiran 31000 iaitu mengenai Perolehan Kenderaan dan Kelengkapan Bomba. Di Bukit Mertajam di mana kementerian mempunyai satu pasukan bomba dan penyelamat tetapi terdapat lapan pasukan bomba dan penyelamat yang sukarela. Jadi rakyat yang membantu kerajaan dalam memberi perkhidmatan ini menggunakan masa mereka, mereka juga perlu mengutip dana untuk
membeli kelengkapan. Saya rasa ini adalah kurang munasabah. Rakyat telah membantu dengan memberi khidmat. Jadi saya sudah banyak kali, ramai ahli di dalam Dewan ini telah menyeru supaya kerajaanlah yang sepatutnya memberi peruntukan untuk membeli kelengkapan dan juga memberi insurans kepada ahli-ahli bomba sukarela ini kerana mereka tidak mengambil gaji tetapi mereka memberi masa dan juga perkhidmatan. Jadi sekali lagi saya merayu supaya Kerajaan Pusat ini memberi peruntukan untuk membeli segala kelengkapan yang diperlukan. Semalam Menteri Kesihatan pergi ke Bukit Mertajam untuk merasmikan satu jamuan makan untuk mengutip dana untuk membeli kelengkapan pasukan bomba yang sukarela. Saya hairan mengapa Menteri Kesihatan yang pergi, bukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana ini bukan di bawah Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan kalau pergi ke Bukit Mertajam sebenarnya haruslah pergi meninjau keadaan hospital, tetapi dia pergi membuka satu jamuan makan.
Gulung, Yang Berhormat.
Ya. Dan di sana mereka menunjukkan bagaimana mereka menyelamatkan kebakaran tetapi tidak dapat menyelamat. Mereka membina satu rumah kecil di atas padang dan membakarnya supaya dia boleh menunjukkan macam mana dia boleh menyelamatkan kebakaran. Saya rasa ini adalah salah di sisi undang-undang. Ini melanggar undang-undang yang mengharamkan open firing yang sepatutnya di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi saya rasa kadang-kadang mereka tidak faham bagaimana hendak mematuhi undang- undang walaupun di depan menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Saya sedikit sahaja, Tuan Pengerusi, sebenarnya mengenai pengurusan sisa pepejal terutamanya di Labuan. Seperti mana yang kita maklum ada sebuah incinerator yang sudah lama terbina di Labuan, yang telah lama siap lebih tiga tahun yang lalu seharusnya sudah beroperasi. Incinerator tersebut memakan belanja pada asalnya RM21,900,000 dan apabila siap, kos terakhir termasuk VO, dengan izin, RM28,497,000. Jadi malangnya walaupun incinerator tersebut sudah lengkap dan siap, sampai saat ini sudah lebih daripada tiga tahun incinerator tersebut siap tetapi belum dapat beroperasi. Apa yang kita difahamkan mungkin disebabkan oleh design fault dan sebagainya. Apakah kementerian sebelum memberikan, meng award tender kepada designer ataupun kontraktor yang membuat incinerator tersebut tidak melihat latar belakang dan sebagainya sehinggakan perbelanjaan yang sedemikian banyak sampai saat ini kita tidak dapat mempergunakan incinerator tersebut sehinggakan menjadi gajah putih dan kawasan tersebut ditumbuhi oleh lalang dan sebagainya. Saya mengharap sebagai rakyat Labuan, semoga incinerator tersebut dapat beroperasi secepatnya kerana Labuan memerlukan peralatan tersebut demi untuk kebersihan dan juga pelupusan sampah di Labuan. Yang kedua adalah Kempen Mencegah Kebakaran, Butiran 3600. Sebelumnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana pada tahun ini sahaja telah menyerahkan dua buah kereta peralatan bomba kepada pertubuhan bomba sukarela di Labuan.
Walaupun Labuan cuma sebuah pulau kecil yang berstatuskan Wilayah Persekutuan, alhamdulillah ada tiga unit Balai Bomba untuk menjaga Pulau Labuan. Ini adalah satu kemajuan yang diberikan oleh kementerian. Cuma yang saya khuatir apabila kawasan Kampung Ayer yang mana sekiranya ada kebakaran di Kampung Ayer saya rasa bomba yang mana canggih pun kalau dari darat tidak akan sampai ke Kampung Ayer. Cuma saya mencadangkan bolehkah kita membina atau mengadakan satu fire fighters yang berbentuk kapal umpamanya macam di Singapura dan Australia biasanya ada fire fighting vessel yang mana menggunakan sistem air laut dan sebagainya yang mana boleh mendarat sedekat mungkin dengan kawasan-kawasan di pesisir pantai.
Jadi, inilah cadangan saya supaya bomba laut ini dapat diadakan di Labuan untuk mencegah kebakaran terutamanya di Kampung Ayer. Kita ada tiga buah kampung air yang padat di Labuan. Jadi, saya cuma khuatir seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Putatan tadi di Pulau Gaya sampai 300 buah rumah tidak dapat diselamatkan. Ini disebabkan kedudukannya adalah dengan pesisir pantai dan orang-orang ini adalah penduduk Kampung Ayer. Jadi, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi bomba tidak prihatin dengan bomba sukarela, saya kurang setuju kerana di Labuan semua bomba sukarela diberikan kemudahan yang begitu canggih. Sehinggakan kita sendiri kadang-kadang terlalu banyak peralatan yang diberikan oleh bomba dan latihan yang diberikan oleh bomba tanpa meminta apa-apa daripada sukarelawan. Jadi, semua sukarelawan diberikan kemudahan oleh kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, dengan itu saya harapkan pasukan bomba di Labuan ini dapat kita canggihkan lagi supaya satu kapal ataupun kapal kecil bomba dapat diadakan untuk menangani masalah kebakaran di Kampung Ayer. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin bentangkan tentang Butiran 110100 - Penubuhan Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berjumlah sebanyak RM1 juta, yang merupakan program baru. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian apakah sebenarnya tujuan dan objektif institut ini ditubuhkan, dan apakah sumbangan yang dapat kita harapkan daripada institut ini dalam membangunkan sumber manusia sebagai modal insan bagi memartabatkan pihak berkuasa tempatan. Saya juga ingin mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan memberikan latihan yang secukupnya kepada semua pegawai dan kakitangan PBT dalam kemahiran berkomputer. Ini kerana didapati antara punca kelemahan dalam sistem penyampaian kerajaan adalah kelemahan kakitangan dalam penggunaan komputer dan juga ada kalangan daripada kakitangan yang kurang kompeten. Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 110400 - Penswastaan Sisa Pepejal yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta, satu peruntukan yang besar. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang semua perincian dan sejauh manakah keberkesanan program penswastaan sisa pepejal di negara ini khususnya dalam penjagaan alam sekitar. Keadaan tapak pelupusan sisa pepejal negara ini kebanyakannya tidak mengikut piawaian kerana tidak menggunakan kaedah sanitary dan sekali gus mendatangkan pelbagai masalah terhadap kualiti alam sekitar. Sebenarnya kita dapat ramai daripada Ahli Yang Berhormat yang telah membincangkan tentang perbadanan sisa pepejal ini. Ramai daripada kalangan mereka yang tidak bersetuju, bahkan kita berharap supaya mereka lebih rasional dalam usaha kerajaan untuk memberikan satu perkhidmatan yang lebih efisien kerana kita terpaksa menguruskan sampah yang berjumlah sebanyak 25 juta tan satu hari. Jadi, seharusnyalah kita menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan perbadanan sisa pepejal ini dalam usaha kita untuk menguruskan semua sisa dan sampah. Janganlah hendaknya kita membuat pembakaran dalam kawasan-kawasan yang tidak diizinkan. Seterusnya saya ingin sentuh tentang Butiran 110500 - Perluasan Perbadanan Sisa Pepejal. Saya ingin mendapat penjelasan tentang cadangan kerajaan untuk menubuhkan perbadanan ini. Apakah kemajuannya setakat ini dan berapa ramai kakitangan yang telah kita ambil. Dalam pengurusan sisa pepejal ini saya ingin menyentuh bahan terbuang ini yang dihasilkan sebanyak 25 juta tan sisa pepejal sehari. Begitu juga air sisa domestik dari kediaman dan industri yang disalurkan ke loji rawatan kumbahan. Pada ketika ini terdapat lebih 8,000 loji rawatan kumbahan di Semenanjung dan lebih 10,000 lagi loji rawatan industri. Saya ingin mendapatkan penjelasan adakah pihak kerajaan mempunyai rancangan untuk memanfaatkan sisa-sisa tersebut sebagai sumber
industri yang lain yang boleh dimanfaatkan memandangkan konsep pengurusan sisa yang sedang berkembang di serata dunia adalah sisa sebagai bahan mentah yang boleh menghasilkan barang dan perkhidmatan yang tinggi nilainya. Seterusnya Butiran 01600 - Program Perumahan Rakyat Disewa yang diberikan peruntukan sebanyak RM328,750,000 bagi Bajet 2009. Saya amat memahami hasrat kerajaan dalam usaha kita memberikan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk membayar sewa rumah di kawasan PBT tetapi sewajarnyalah program ini adalah sementara sahaja kerana dari segi jangka panjang setiap keluarga harus mempunyai rumah. Dengan merujuk Bajet 2009 kita dapati 01513 - Program Pemilikan Rumah Rakyat dimiliki hanya RM100,000 sahaja. Sementara butiran 01603 - Program Perumahan Rakyat Bersepadu hanya RM4,9960,000. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula peruntukan 01600 iaitu Program Rakyat Disewa supaya dapat memberikan manfaat jangka panjang termasuk mengurangkannya dalam masa yang sama memperbanyakkan program perumahan mampu milik di kawasan PBT. Di kawasan saya masih banyak lagi program perumahan rakyat disewa ini. Dibayar tiap-tiap bulan tetapi sebenarnya ia tidak sampai kepada sasaran kerajaan dan hasrat kerajaan untuk semua rakyat memiliki rumah sendiri. Jadi, seharusnyalah kalau boleh kita menukar konsep kita ini, apa yang telah dibayar dahulu, sewa yang dibayar kita tukarkan kepada konsep sewa beli. Seterusnya Butiran 040000 - Perumahan. Kos pembangunan termasuk bahan binaan telah naik mendadak sejak kebelakangan ini menyebabkan pembekalan yang tidak konsisten. Tindakan kerajaan menghapuskan duti import bagi simen dan juga besi keluli panjang bagi sektor pembinaan dan pembuatan mampu mengurangkan beban kepada pemaju ketika berhadapan dengan kelembapan ekonomi sekarang. Walaupun kita mempunyai banyak kilang simen dan kilang besi di serata negara dan kita juga ada kawalan harga kedua-dua barang ini. Akan tetapi apa yang terjadi selalu kita menghadapi kekurangan bekalan dan mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga sesuka hati. Ini sebenarnya membebankan pemaju dan seterusnya kepada pengguna- pengguna yang akan menanggung kos yang tinggi untuk pembelian rumah. Seterusnya kerajaan juga telah membenarnya individu dan entiti asing untuk membeli hartanah komersial bernilai atas RM500,000 atau lebih tanpa memerlukan kelulusan FIC dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri. Saya ingin bertanya kepada pihak menteri, sejauh manakah kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dengan pemaju-pemaju agar kerajaan negeri tidak mengenakan peraturan-peraturan ketat yang boleh sebenarnya mengakibatkan pelabur-pelabur kita lari.
Seterusnya butiran 050000 – Kerajaan Tempatan. Di Parlimen saya di Jasin, dia telah naikkan taraf perbandaran sedangkan pendapatan Majlis Perbandaran Jasin tidak dapat menampung keperluan. Jadi pendapatan daripada cukai taksiran sekitar RM6 ke RM7 juta sahaja setahun. Selebihnya adalah geran Kerajaan Persekutuan ataupun negeri geran keseimbangan. Kita tidak menghadapi masalah tidak dapat menjalankan program-program pembangunan dalam kawasan Parlimen dengan berkesan kerana tidak mempunyai sumber yang cukup. Saya memohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan juga pihak kerajaan supaya kita dapat membantu menambahkan peruntukan pembangunan luar bandar serta infrastruktur di kawasan Majlis Perbandaran Jasin. Keduanya, kalau boleh kita membantu. Selama ini kita masih lagi tidak dapat menyelesaikan hutang dengan SWM kerana kekurangan pendapatan. Ketiganya saya mencadangkan supaya kerajaan menanggung semua kos sisa pepejal.
Yang Berhormat, satu minit lagi Yang Berhormat.
Yang terakhirnya, Tuan Pengerusi satu minit lagi. 01000 - Program Keselamatan Awam. Sejak tahun 2007, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan CCTV di semua PBT tetapi nampaknya sampai sekarang belum dipasang lagi. Kita tidak boleh ambil mudah soal keselamatan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Peruntukan sudah diluluskan tetapi mengapakah kita lambat untuk melaksanakannya? Yang terakhirnya Yang Berhormat, 05000 – Penyelenggaraan Rumah Kos Rendah. Adalah diharapkan supaya pihak kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada rumah-rumah kos rendah tentang penyelenggaraannya. Terutamanya flat-flat dan rumah pangsa kos rendah seolah-olah dilihat seperti kawasan setinggan yang tidak diberikan perhatian. Kita hendak minta kalau boleh penyelenggaraannya diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian di dalam membahaskan Maksud Bekalan dan Pembangunan 43. Tidak banyak yang akan saya katakan, cuma yang pertamanya tentang Kepala 020300 – Bahagian Pemberi Pinjaman Wang dan Pemegang Pajak Gadai. Kalau kita pergi ke bandar-bandar, kita akan melihat kedai-kedai yang akan membawa papan tanda seperti berbunyi demikian, “Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen”. Di Sungai Petani, saya ingat tak cukup jari, nak kira dah. Kita pun tak tahu dan bila kita rujuk kepada kementerian, nampaknya di dalam Aktiviti 3, Bahagian Pemberi Pinjaman Wang Dan Pemegang Pajak Gadai, di muka surat 502 dinyatakan bahawa bilangan lesen pemberi pinjaman wang pada tahun 2007 – 100, bilangan permit iklan pemberi pinjaman wang – 50 dan anggaran pada tahun 2008, lesen yang akan diberikan - 50. Permit iklan pemberi pinjaman wang – 250. Tuan Pengerusi, sebenarnya apa yang berlaku di pekan-pekan yang mempunyai papan tanda sedemikian, yang berlaku ialah pemberi pinjaman wang Ah Long. Ah Long-Ah Long ini adalah Ah Long-Ah Long yang berlesenlah kot. Di kawasan saya di Sungai Petani ada kompelin daripada ibu-ibu yang meminjam untuk memberikan pendidikan kepada anak- anak. Proses yang dilakukan oleh kononnya pemberi pinjaman wang berlesen ini sepatutnya proses yang mempunyai prosedur-prosedur. Akan tetapi pada hakikatnya, apa yang berlaku ialah mereka ini bertindak lebih daripada Ah Long lagi. Pinjam RM1,000, yang dapat RM800, RM200 dia ambil siap-siap. Selepas itu kena sain borang, borang kosong dia sain. Selepas itu kalau tak bayar, Tuan Pengerusi dia pi cari sampai ke rumah. Dia hantar gengster. Jadi kita nak tanya kepada kementerian, betulkah puak-puak ini mendapat satu screening? Betulkah mereka ini menjalankan aktiviti yang halal, yang dipantau oleh kementerian dan betulkah mereka ini benar-benar orang yang menjalankan operasi seperti yang dibenarkan oleh kementerian mengikut undang-undang atau peruntukan-peruntukan yang telah dimaktubkan di dalam peraturan? Jadi di sini kita minta, saya minta khususnya kementerian supaya memantau bersungguh-sungguh sebab akibat daripada kedudukan ekonomi yang semakin meleset ini. Banyak ibu-ibu khususnya Tuan Pengerusi, ibu-ibulah yang paling banyak meminjam. Jadi hendak bayar yuran sekolah, dia pi pinjam. Dia letak jamnya, dia letak komputer, handphone pun mereka ambil la ni. Selepas itu, depa kena kacau tengah malam. Jadi saya...
Yang Berhormat Sungai Petani.
Ya, silakan.
Tuan Pengerusi, apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, sebenarnya berlaku di merata tempat. Ah Long berlesen, tak berlesen, fiil dia sama. Jadi saya harap kementerian, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani ini, perkara yang mesti diambil tindakan serius untuk melindungi rakyat yang dalam keadaan susah.
Ini bukan soal Yang Berhormat Sungai Petani pembangkang tetapi apa yang disuarakannya adalah suara rakyat yang hari ini tertindas. Mereka tidak suka meminjam sebenarnya tetapi nak meminjam kepada institusi kewangan yang lain, lagi susah. Ini nampaknya antara Ah Long berlesen dengan Ah Long tak berlesen. Kalau tengok apa ucapan Yang Berhormat Sungai Petani dan juga yang diadukan kepada saya di kawasan saya, dia lebih dahsyat daripada ‘lintah darat’. Jadi saya haraplah, apa yang dibangkitkan ini satu bangkitan yang saya rasa kita berkongsi sama. Lindungilah rakyat supaya tidak menjadi mangsa kekejaman orang yang ‘menghisap darah’ rakyat ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading kerana memberikan sokongan kerana inilah sebenarnya yang sedang berlaku. Malah hendak cerita lanjut sedikit apa yang berlaku kepada seorang ibu ini kerana dia tak bayar, dua, tiga bulan tertunggak. Orang yang pi cari dia di rumah ini, kata “tak pa, tak bayar pun tak pa tetapi bagi dia tidur sekali sahaja”. Jadi hak tidur pun kena tidur, hak bayar pun kena bayar. Jadi bila dia kompelin, kita tengok-tengok siapa bawa keluar lesen ini? PBT kata, “Kementerian”. Jadi pemantauan saya ingat kena tambah. Pegawai- pegawai kena pi tengok dan check sungguh-sungguhlah. Terima kasih. Tuan Pengerusi, yang keduanya ialah tentang 08400 – Operasi Kebombaan. Di merata-rata tempat, pili bomba menjadi masalah. Baru-baru ini di Sungai Petani juga berlaku kebakaran pada minggu lepas. Apabila bomba datang, sudah pi bubuh getah di pili, kepala pun tak dak. Bukan setakat air, kepala pun tak dak. Bukan setakat dua, tiga, satu taman tak dak! Jadi bila saya sampai, rumah dah terbakar tiga dah.
Kepala dah tak ada.
Kepala dah tak ada. Kepala tak dak, air pun tak dak. Air tak boleh, tak dak pasai dia dah kunci. Jadi, bila kita check satu taman itu tak dak kepala pili itu. Jadi bila kita tanya orang tempatan, dia kata dah report dekat bomba, dua bulan. Dua bulan! Jadi bila saya kaji, dua bulan ini waktu itu harga tembaga cukup mahal. Jadi puak-puak itu kepak, ambil kepala tembaga ini.
Tuan Pengerusi, saya cadangkan kalau tembaga dan besi menjadi mahal dan orang dok curi, mengapa tidak kementerian cadangkan, reka buat aloi saja, buat jenis orang curi pun tak ada harga kerana taman rumah yang terbakar ini, kalaulah Bomba sampai dan ada air waktu itu, satu rumah mungkin terbakar, dua rumah dapat diselamatkan, tetapi di taman rumah itu terbakar di Taman PKNK, Sungai Petani belakang sekolah dan berdekatan dengan kawasan kilang. Jadi saya tak dapat bayangkan kalau sekiranya rumah itu melarat dan terbakar sampailah ke kilang-kilang dan saya pergi check depan kilang, kepala pili pun tak ada. Jadi saya cadangkan kementerian sungguh-sungguh lah kerana mereka panggil mai sesiapa yang reti supaya kepala besi dan kepala tembaga kita tukarlah dengan aloi, aloi tidak ada harga, jadi supaya masalah ini bukan saja berlaku di Sungai Petani dia juga berlaku rata- rata termasuklah Langkawi. Jadi saya cadangkanlah, yang ini immediate lah, yang ini bukan tidak boleh tangguh dah, sebab apa, kalau lagi kita dok pakai kepala tembaga dan kepala besi, depa curi, jadi puak-puak ini tidak boleh kira dah, rumah orang terbakar dia tidak peduli..
Kalau tukar kepala, tak lembut ke dia? Kepala dia.
Aloi boleh, dia keras pun ada. Hak aloi keras, kita cari kepala keras punya tu. Jadi ada saya bincang dengan tiga empat orang pengindustri-pengindustri depa kata boleh buat. Maknanya dia jenis aloi, yang kita wat sport rim tu, sport rim bukan besi bukan tembaga juga, dia aloi, kalau jual benda ini dia tak laku, tak ada nilai, kerana dia aloi. Jadi saya cadangkan benda ini kita buat serta-merta kerana bukan saja dia dapat menyelamatkan harta benda rakyat tetapi juga nyawa manusia, dan yang ketiganya, Tuan
Pengerusi tentang 120100 yang ini di bawah one-off ini, bertugas di luar negara, saya tak tahulah adakah ini masanya kita nak hantar pegawai kita pergi bertugas luar negara ke atau pun setakat latihan, kalau latihan kita ada 080200, tetapi one-off ini, 120100 ini maksud tugas luar negara itu depa pergi buat apa. Jadi adakah kita bagi pinjam pegawai kita, attachment kah sebagainya yang kita tidak berapa faham. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya juga membahas. Saya ingin menyentuh cuma dua perkara pendek-pendek saja yang pertamanya mengenai apa yang disebut tadi. Butiran 080400 - Operasi Kebombaan, seperti yang kita sedia maklum. Di kebanyakan kawasan kita ini termasuk jugalah di kawasan Jerlun, ada begitu banyak lebih kurang tujuh di tempat saya sukarelawan bomba, dan mereka ini sentiasa kekurangan kemudahan dan tetapi kejadian kebakaran ini kerap kali berlaku kerana kawasan-kawasan perumahan yang rata-rata dibina dengan bahan-bahan kayu yang mudah terbakar dan terletak di kuala-kuala sungai yang dihuni oleh nelayan-nelayan. Apabila berlakunya kebakaran di satu rumah, ianya merebak dengan begitu cepat sekali. Oleh itu, kita bergantung kepada perkhidmatan oleh bomba-bomba sukarelawan ini untuk bergegas ke kawasan-kawasan kebakaran untuk mematikan api, sebelum ia nya marak ke seluruh kawasan tersebut. Apabila saya melawat kawasan-kawasan ini, didapati bahawa bomba-bomba sukarelawan ini sentiasa kekurangan peruntukkan dari segi untuk membeli pakaian yang sesuai termasuk juga yang sesuai untuk melawan ataupun memadamkan api-api ini dan mereka sentiasa memohon peruntukan untuk tujuan ini. Saya harap dalam Butiran 080400 ini boleh dimasukkan juga sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk membantu bomba-bomba sukarelawan di sekitar kawasan Jerlun dan kawasan-kawasan lain. Selain itu saya ingin menyentuh mengenai Butiran 04000 - Pembasmian Kemiskinan Bandar. Dari aspek syarikat-syarikat pengurusan yang diberi kontrak untuk mengurus rumah-rumah pangsa kos rendah di mana syarikat-syarikat ini mengalami kerugian dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, hinggakan penghuni-penghuni rumah pangsa ini mengalami banyak masalah kerosakan kemudahan seperti lif, lampu dan sebagainya. Saya ingin tahu, berapa banyak di antara syarikat-syarikat pengurusan telah diberi kontrak ini yang sudah bankrap dan menghadapi, dengan izin, dispute, dengan penghuni- penghuni rumah pangsa ini, dan tidakkah ada satu badan pemantau syarikat-syarikat pengurusan ini untuk memastikan bahawa mereka melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana dipertanggungjawabkan kepada mereka mengikut peraturan dan juga garis panduan majlis tempatan, itu saja. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Sungai Siput Yang Berhormat. [Ketawa]
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya nak bawa tiga perkara. Satu ialah B.43 Butiran 010400 dalam Bahagian Undang-undang, ini berkenaan pengurusan rumah pangsa kos murah dan kos sederhana. Mengikut Akta Strata Title pemilik dikehendaki tubuhkan satu jawatankuasa mengurus untuk menjaga kebersihan dan pengurusan sekalian untuk rumah-rumah pangsa, tapi malangnya di banyak rumah pangsa kos murah dan sederhana, mereka tidak dapat mengutip yuran yang mencukupi untuk mengendalikan kerja mereka dan oleh itu mereka jadi bankrap dan kerja tidak dilakukan.
Ini berterusan untuk beberapa tahun, ini sedang berlaku macam di rumah pangsa di Buntong di mana untuk lapan tahun, jawatankuasa pengurusan sudah jadi bankrap dan untuk lapan tahun tiada pengurusan, jadi keadaan jadi sangat teruk. Jadi saya ingat penting Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kaji balik cara pengurusan untuk rumah pangsa kos murah dan kos sederhana, dan saya syorkan kita harus pertanggungjawabkan satu agensi kerajaan untuk mengendalikan lebih kurang seperti Housing Board di Singapura di mana responsibility dengan izin, tanggungjawabnya diberi kepada agensi kerajaan. Walau bagaimanapun jawatankuasa pengurusan ini boleh menghadapkan orang yang tidak bayar sewa yuran bulanan ke mahkamah. Iaitu mengambil banyak dana untuk dapat satu lawyer untuk sue untuk RM20 hingga RM30 tidak dilakukan. Jadi oleh itu, bila satu bahagian penghuni tidak bayar, mereka pun tidak paksa dan lepas itu penghuni lain tak bayar, mereka pun berhenti bayar, itulah masalah di situ. Jadi sekarang di kebanyakan bandar-bandar kita, ada berapa rumah pangsa kos murah yang sudah jadi macam ghetto, teruk keadaan dia dan ini menimbulkan banyak masalah sosial yang serius dan juga mendedahkan penghuni di situ kepada masalah kesihatan dan juga masalah jenayah, saya harap ini dikendalikan. Satu lagi isu kedua yang saya ingin bawa ialah Butiran 020200 - Bahagian Kemiskinan Bandar, ingin saya sentuh polisi setinggan sifar. Saya rasa kita semua mesti terima hakikat bahwa masalah setinggan ini ataupun peneroka bandar wujud kerana dua masalah, satu ialah gaji yang rendah, polisi gaji rendah
Yang kedua ialah kos perumahan yang tinggi, saya ingat tidak ada sesiapa yang ingin membawa keluarga mereka ke satu kawasan tanpa kemudahan asas, yang kotor, yang tidak ada elektrik, tidak ada air, selalu banjir. Itu bukan pilihan mereka. Mereka terpaksa, kerana gaji mereka tidak mencukupi, mereka tidak sanggup membayar sewa rumah, mereka menjadi setinggan. Ini bukan pilihan mereka. Jadi saya ingat kita pun kena ingatkan bahawa hampir 25% daripada keluarga kita di Malaysia mendapat pendapatan bulanan di bawah RM1,500 dan dengan sewa rumah sekarang di bandar- bandar kita yang tinggi macam itu, mestilah jadi setinggan. Jadi setinggan ini bukan satu isu macam climate. Ini berkaitan dengan polisi gaji murah. Polisi untuk bawa ramai pekerja asing untuk merendahkan gaji kita untuk mendapatkan FDI. Ini semua berkaitan. Jika kita hendak mengatasi masalah setinggan, katakan setinggan sifar ini. Kita perlu juga mengatasi masalah dengan polisi gaji rendah, tidak boleh lari daripada itu. Jadi berkenaan dengan ini, saya ingat ini kaedah yang kita membekalkan rumah pangsa empat tingkat, tanpa lif katakan walk up flats, dengan izin, itu satu pendekatan yang saya ingat tidak logik. Orang miskin pun yang pergi ke walk up flat, dengan izin mereka pun akan jadi tua. Apabila umur mereka 60 ke atas mesti ada ramai yang sakit lulut, sakit sendi, sakit jantung naik ke tingkat tiga, naik tingkat empat, mereka tidak boleh. Jadi tidak bererti walk up flats. Susah sedikit, ini bukan logik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika kita menawarkan rumah-rumah teres untuk semua keluarga di Malaysia, kita bukan macam di Hong Kong ataupun Singapura di mana kita tidak ada tanah. Kita ada tanah, kita harus beri keutamaan kepada keluarga-keluarga Malaysia yang miskin dan bukan untuk korporat, bagi mereka tanah untuk membuat projek mereka. Isu terakhir yang saya hendak bawa ialah Butiran 110400 ialah berkaitan dengan Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Saya hairan kerajaan kita masih berminat menswastakan perkhidmatan asas. Saya ingat kita ada cukup bukti bahawa penswastaan di bidang-bidang lain perkhidmatan asas ini merugikan rakyat. Penswastaan penjanaan elektrik melalui IPP ini telah membawa kos yang begitu tinggi untuk elektrik. Penswastaan air di Johor, di Selangor membawa kepada takrif yang jauh lebih tinggi daripada Pulau Pinang dan Perak yang belum diswastakan dan juga bekalan air di Selangor tidak begitu menentu juga. Penswastaan di perkhidmatan kesihatan telah membawa kos ubat telah naik 300% tahun kemudiannya. Kos penswastaan perkhidmatan sokongan pada tahun 1997 telah membawa pada kos yang melambung tinggi. Penswastaan pembinaan lebuh raya telah membawa kepada tol-tol yang tinggi. Jadi ini semua sudah berlaku, apakah sebabnya kita pergi
menswastakan lagi pengurusan sisa pepejal? Tidak masuk akal, kita harus buat satu kajian mendalam adakah ini dasar, menswastakan polisi perkhidmatan kemudahan asas ini adakah ini bererti, apakah impaknya ke atas kos hidup dan sebelum kita melakukan semacam ini. Saya harap ini boleh ditangguhkan oleh penswastaan sisa pepejal sehingga kita membuat kajian yang mendalam. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Langkawi, selepas Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada dua perkara yang hendak dibangkitkan. Iaitu Butiran 120500...
[Bangun]
Yang Berhormat, kita sudah bataskan kepada 14 orang untuk berucap Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Saya tengok tadi pencelahan sampai 58 orang, 58 kali. Jadi saya tidak boleh bataskan pencelahan.
Bagi saya berucap..
Saya faham Yang Berhormat, kita kadang-kadang mengikut peraturan sedikit Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh duduklah. Saya hanya ada dua perkara hendak bangkitkan iaitu Butiran 120500 - Bantuan Kepada PBT Bagi Pengurusan Sisa Pepejal, Butiran 00300 - Program Kebersihan. Langkawi Tuan Pengerusi sedia maklum terkenal sebagai pulau pelancongan terulung di rantau ini. Lebih kurang 22 juta pelancong datang ke Langkawi dan lebih kurang 500,000 orang pelancong dalam negara. Yang saya hendak timbulkan ini ialah cara kita hendak mengumpul dan melupuskan sampah sarap. Sekarang ini ada beberapa tempat ia berpecah dan dikumpulkan di satu tempat pelupusan. Saya difahamkan terdapat incinerator, tetapi tidak berfungsi dan kalaulah ini berlaku sudah tentulah kawasan bakau akan tercemar dan mungkin pelancong akan terus tidak datang ke Langkawi. Saya harap pihak kementerian dapat memberi peruntukan yang lebih kepada Majlis Perbandaran Langkawi dan saya harap juga LADA dan Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi dapat membantu MPL dalam pengurusan ini. Keduanya berkenaan dengan sistem pencegahan pantai-pantai di seluruh Pulau Langkawi. Sekarang ini kita hanya dapat mengumpulkan tiap-tiap pagi dengan menggunakan traktor untuk drag ataupun mengumpul sampah-sampah di tepi pantai. Kalau boleh kerapkan melakukan ini kerana saya percaya dengan kebersihan pantai yang terjaga, pulau-pulau yang terjaga insya-Allah pelancong-pelancong akan datang ke Langkawi. Seperti yang dilakukan di Phuket ataupun di Bali di mana mereka mengumpul sampah ataupun membuang sampah pada waktu pagi atau malam. Seterusnya juga diharaplah pihak kementerian memberikan wang lebih dan juga kalau boleh pergilah lihat dengan sendiri, adakah incinerator tersebut berfungsi ataupun tidak kerana kalaulah dibiarkan sampah bertan-tan setiap hari, maka tentulah akan tercemar Langkawi dan saya khuatir orang tidak akan datang Langkawi, maka ekonomi Langkawi akan tersekat dan juga tidak berfungsi. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi...
Menteri menjawab.
Tuan Pengerusi, saya sudah tunggu lamalah.
Bagilah peluang kepada Seputeh kalau hendak bagi dia bercakap.
Saya ada beberapa point untuk dibentangkan. Lama saya tidak berucap.
[Ketawa]
Bagi saya tiga minit untuk bentangkan point-point saya.
Yang Berhormat fahamlah, point-point tanya dengan Menteri, Yang Berhormat. Pencelahan.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tidak apalah Yang Berhormat.
Yalah dia seorang Buddhist baik hati punya. Jadi...
Yang Berhormat boleh mencelah dalam itu juga.
Jadi Tuan Pengerusi...
Orang lain minta tiga minit, saya pun minta tiga minit Tuan Pengerusi.
Semua pun minta tiga minit. Saya tengok Shah Alam pun berdiri beberapa kali.
Yalah tadi dia tidak berdiri, saya berdiri dahulu.
Wakil PAS saya seorang sahaja. Round ini.
DAP tidak ada.
Saya sudah tengok di sini Yang Berhormat, PAS, betullah memang satu orang sahaja berucap. Saya setuju Yang Berhormat.
Bagilah, sedikit-sedikit bagi bentangkan point untuk Yang Berhormat Menteri jawab. Yalah bolehlah.
Yang Berhormat, tidak apalah Yang Berhormat Menteri jawab, boleh intervene.
Yang Berhormat Menteri, bagi kami dua tiga minit, bagi kami...
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin memberi jawapan mengikut kategori isu-isu yang dibangkitkan supaya ia lebih kemas. Yang pertama tentang perumahan. Ahli Yang Berhormat dari Rasah, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Sungai Siput ada bangkitkan tentang isu perumahan.
Untuk rumah terbengkalai, saya ingin menjelaskan bahawa ini adalah satu isu, satu masalah yang dihadapi oleh rakyat di mana kerajaan pun cukup ambil serius kerana ini akan menjejaskan di mana seseorang itu mungkin sepanjang hayat, seumur hidup dia cuma berpeluang sekali untuk membeli rumah. Maka apabila rumah dia terbengkalai ini adalah satu kepahitan. Akan tetapi, pada kementerian kita ini memang kita menghadapi satu kesulitan kerana rumah ini dia ada beberapa peringkat. Yang pertama dari segi permohonan tanah. Dia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kemudian, selepas tanah diluluskan dia kena buat perancangan, kemudian dia kena buat permohonan untuk pelan bangunan. Ini adalah di bawah pihak berkuasa tempatan. Selepas tanah diluluskan, pelan perumahan diluluskan, maka dia hantar ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapat lesen perumahan dan sebagainya. Maka, boleh dilihat kawalan untuk perumahan ini dia ada dibahagikan kepada peringkat kerajaan negeri, peringkat pihak berkuasa tempatan dan kementerian. Maka, perlu berganding bahu di antara tiga-tiga bahagian ini. Jadi, sentiasanya ada masalah penyelarasan. Akan tetapi walau bagaimanapun, kementerian ini akan sentiasa mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah ini. Sebenarnya...
Boleh mencelah Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tentang projek terbengkalai. Ada juga projek terbengkalai kerana pemaju atau syarikat menggunakan kelemahan di sisi undang-undang kerana mereka dikenalpasti sebagai komersial atau shop office dan ini terdapat banyak projek terbengkalai kerana tidak dapat dikawal dalam Akta Perumahan. Sebab itu saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri iaitu projek yang terbengkalai selama 10 tahun, Pulau Melaka di negeri Melaka ini. Projek ini melibatkan 1,386 pembeli dan sudah terbengkalai hampir 10 tahun. Usaha dari banyak seperti kerajaan termasuk jawatankuasa hak kepentingan pembeli, dan pihak kita untuk membaik pulih projek ini. Pada tahun yang lepas iaitu tahun 2007, mahkamah melantik seorang receiver untuk meneruskan dan nampak usaha sudah dijalankan dan kerjasama juga diberi kepada account firm ini oleh pembeli dengan bayaran pendahuluan dan lain-lain. Akan tetapi kebelakangan ini, kerajaan negeri merampas projek itu kerana dikatakan tunggakan cukai tanah yang tidak dibayar. Saya mendapati bahawa maklumatnya itu memang receiver ini ada mendakwa atau mencadangkan bagaimana dapat membayar balik cukai tanah ini secara berperingkat atau pun tawaran tanah untuk kontra dan lain-lain. Akan tetapi, mengapa saya tak dapat faham kerajaan negeri merampas projek ini dan sekarang mengakibatkan satu kes undang- undang telah diambil oleh pihak receiver. Ini mungkin akan berlanjutan dua tiga tahun lagi. Saya minta Yang Berhormat Menteri jika dapat meneliti keadaan projek terbengkalai Pulau Melaka ini dan mungkin dapat menggunakan kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri untuk berunding dengan pihak kerajaan negeri dan dapat menyelesaikan perkara ini demi kepentingan pembeli-pembeli. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya...
[Menyampuk]
Seperti mana dimaklumkan ini dalam bidang kuasa kerajaan negeri tetapi walau bagaimanapun kementerian saya akan berunding dengan Kerajaan Negeri Melaka supaya masalah ini akan dapat ditangani. Tuan Pengerusi, sebenarnya sejak tahun 1990 hingga sekarang, sebanyak 2,780,000 rumah telah dibina.
Sehingga sekarang ini 2,396,822 rumah telah sempurna di bina dan telah dapat CFO, manakala 248,277 masih dalam peringkat pembinaan. Dari jumlah ini, malangnya 37,308 unit adalah dikategorikan sebagai terbengkalai. Walau pun dari segi nisbah peratusan tidak sampai 2% tetapi kita masih rasa ini adalah satu kepahitan. Jadi, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengatasinya termasuk kita meminta pihak syarikat yang lebih kukuh, jadi sentiasa dikatakan white knight untuk datang menyelamatkannya. Baru-baru ini dalam stimulus pakej yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, SPNB juga diberi peruntukan RM200,000,000 untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini. Maka, kementerian ini sedang berhubung dengan SPNB supaya satu mekanisme yang lebih berkesan dapat dirancang untuk menyelamatkan 37,000 yang sentiasa dipertikaikan ini. Tuan Pengerusi, tentang masalah kaedah build and sell atau sell and build yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Selayang ini...
Isu...
Sebenarnya kaedah sekarang ini adalah satu cara, sebenarnya dapat dijalankan dengan lancarnya. Jadi, kerana ada masalah rumah terbengkalai ini, maka pihak yang tertentu dicadangkan supaya dimansuhkan sistem yang sekarang ini, beralih kepada build and sell. Ini bermaksud pihak pemaju apabila siap rumah di bina, seseorang pembeli itu diberi cagaran 10% sampai rumah siap di bina, kemudian 90%, maka dia baru bayar. Kita sedang kaji kaedah ini tetapi dia ada masalah kerana melibatkan pihak bank kerana bank ini buat masa sekarang tidak sanggup untuk mengambil risiko yang begitu tinggi. Mereka lebih mirip kepada kaedah yang sedia ada. Maka, kita pun telah mewujudkan satu cadangan, satu sistem parallel di mana kita galakkan pihak pemaju kalau mereka boleh buat pilihan, buat masa sekarang sistem yang sekarang itu diteruskan kerana kita tidak mahu jejaskan industri perumahan yang sekarang ini. Ini kerana industri adalah satu industri yang penting. Sejak kebelakangan ini tiap-tiap tahun kita dapat membina 100,000 buah rumah. Saya telah tanya pihak pemaju REHDA bahawa sebuah rumah itu ada berapa komponen. Mereka beritahu saya ada 140 komponen dalam bahan binaan seperti besi, kayu dan sebagainya. Maka, kita boleh melihat industri ini telah menjana banyak peluang ekonomi, peluang pekerjaan. Maka, kalau kita gunakan satu kaedah yang cukup dahsyat, maka mungkin kita akan rosakkan industri ini danakan menjejaskan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi industri yang terlibat dalam industri perumahan ini. Maka, kita cadangkan supaya sistem parallel diadakan di mana pihak pemaju kalau mereka sanggup, kita galakkan mereka gunakan sistem build and sell. Kita kecualikan wang cagaran sebanyak RM200,000 semasa mereka memohon lesen perumahan dan kita juga sedang berunding dengan pihak kerajaan negeri kerana tanah ini adalah hak kerajaan negeri supaya rebate untuk premium dan sebagainya boleh diberikan supaya ganjaran yang lebih banyak diberikan kepada pihak pemaju perumahan. Kalau ini boleh dilakukan serentak, maka mungkin dalam jangka panjang kalau boleh lihat sistem build and sell boleh dilakukan dengan baik. Maka, kita dalam arah membuat percubaan tetapi kita tidak memaksa.
Ada yang bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri. Hanya saya hendak kembali sedikit dengan isu projek terbengkalai ini kerana ada projek-projek yang belum disenaraikan sebagai projek terbengkalai tapi secara teknikal ia sudah lama tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan. Saya ambil satu contoh satu projek di kawasan saya Taman Seri Pelangi yang rumah kos rendah itu sudah ditangguhkan
selama hampir enam, tujuh tahun dan tidak ada tindakan susulannya. Tapi dalam kes ini projek lain yang tidak melibatkan rumah kos rendah terus berjalan. Ini bermaksud kita tidak ada mekanisme untuk mengawas dengan lebih baik. Saya tidak mempertikaikan ada baiknya kita introduce sistem yang baru. Tapi dalam sistem yang sedia ada apakah ada cara yang lebih effective untuk menyelesaikan beberapa projek ini yang sehingga sekarang ia tidak dapat berterusan. Kita juga dapati bahawa ramai tersangkut dengan keadaan financial dengan bank loan dan lain-lain lagi. Adakah menteri boleh mengambil tindakan supaya rundingan dengan bank, supaya pembeli-pembeli ini tidak dibebankan dengan kadar bayaran bunga yang begitu tinggi semasa projek ini tidak berjalan. Mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi kerana ini adalah suatu perkara yang khusus saya akan siasat, saya akan maklum kepada Ahli Yang Berhormatlah. Sebenarnya memang kementerian ini sentiasa berunding dengan pihak pemaju supaya masalah mereka akan dapat diatasi. Sebenarnya kita boleh ambil tindakan yang keras terhadap pemaju- pemaju tetapi akhirnya kita rasa, yang penting kita mahu mereka serah rumah kepada pembeli rumah. Bukan kita mengambil tindakan sehingga pemaju ini gulung tikar. Bukan kita hendak melihat satu keadaan yang sedemikian. Jadi Tuan Pengerusi, mengenai rumah setinggan dan rumah...
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Sebelum tukar tajuk ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Ini berhubung dengan rumah-rumah terbengkalai tadi. Angka yang diberikan tadi hanya 37,000. Setakat mana yang saya ingat apabila kerajaan baru mengambil alih negeri Selangor kita telah membuat satu bancian dan jumlah projek rumah terbengkalai di negeri Selangor sahaja kita telah menilai sebanyak 42,000 unit. Kalau setiap satu unit kita anggarkan pembeli membayar lebih kurang dalam RM500 sebulan ini bererti lebih kurang RM21 juta yang dibayar oleh rakyat negeri Selangor dalam pembayaran yang non productive. Yang tidak menghasilkan apa-apa yang mana sekiranya kita lihat pada seratus tahun ianya bererti hampir RM240 juta duit yang digunakan yang tidak mendatangkan hasil kerana projek terbengkalai duit dibayar hanya untuk hendak service pinjaman yang terpaksa ditanggung oleh kerana ada di pihak bank. Lalu saya rasa Kerajaan Pusat bersama dengan kerajaan negeri, memang saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti ada kerjasama yang jitu, yang padu, yang serius. Tapi mesti ada political will supaya menentukan bahawa masalah rumah-rumah terbengkalai ini diselesaikan satu persatu dan supaya dengan itu duit rakyat dapat dibebaskan dan dilabur di peringkat mikro dalam ekonomi yang boleh dengan itu menyuntik economic growth. Because at the moment dengan izin, it’s not productive investment. Ianya tidak menghasilkan apa-apa kerja, ianya tidak menghasilkan apa-apa kecuali kutipan daripada bank. Kalau di negeri Selangor sahaja jumlahnya adalah RM240 juta setahun. Kalau kita lihat di seluruh negeri Malaysia mungkin ianya akan mencecah sampai RM1 bilion ataupun RM2 bilion. Lalu ini merupakan satu masalah yang tidak boleh dilihat secara berasingan daripada overall economy of the nation, yang pertama. Kedua, saya melihat bahawa seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan yang lain, perjanjian- perjanjian yang dibuat terlalu berat sebelah. Walaupun kita tahu kita ingin memberi sedikit perlindungan kepada pemaju supaya pemaju ini akan berani untuk melabur, mengambil risiko dan sebagainya. Tetapi dalam keadaan di mana projek sudah terbengkalai sampai bertahun-tahun dan mereka membayar setiap bulan RM500 sampai lima, enam, tujuh tahun. Ini merupakan satu penganiayaan terhadap pembeli. Undang-undang mesti ada satu mekanisme yang akan menentukan bahawa consumer itu juga mendapat pembelaan. Di situ saya rasa perlu ada kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dan Lembaga Perumahan untuk mencari mekanisme ini. Mungkin perlukan campur tangan yang direct daripada Kerajaan Pusat yang akan mengeluarkan duit untuk menentukan bahawa projek-projek ini
akan selesai dalam jangka masa yang tertentu kerana kalau kita sanggup melaburkan sampai RM5 bilion tanpa memikir panjang dalam satu pasaran saham yang tidak tentu dia punya pulangan mengapa kita tidak boleh mengadakan satu safety net dalam kes-kes yang sudah beratus ribu sekarang ini kalau kita ambil di semua negeri. Untuk menyelamatkan rakyat-rakyat kita yang telah terperangkap dalam satu perjanjian yang menzalimi mereka. Saya merasakan bahawa Kerajaan Pusat mesti mempunyai the political will dan kesanggupan untuk mengeluarkan wang. Mungkin RM1 bilion, mungkin RM2 bilion untuk selesaikan projek-projek ini supaya rakyat yang sekarang ini dia belanja duit tapi duit ini is non productive. Kita tamatkan senario itu. Kita menyelamatkan dan kita menentukan keadilan bagi consumer, terima kasih.
Menteri minta...
Terima kasih. Sebenarnya memang kita, saya setuju sangatlah dengan pandangan Yang Berhormat kerana ini adalah satu masalah di mana ia melibatkan aspek perundangan. Saya pun sendiri telah kaji apa caranya yang mungkin kita boleh menyalurkan dana kerajaan untuk menyelamatkan tetapi bila terlibat dengan isu undang-undang ini maka mungkin kita perlu satu yang dinamakan dengan izin special purpose vehicle. Di mana satu mekanisme yang kita boleh salurkan peruntukan untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini. Tetapi buat masa sekarang dari segi undang-undang memang tanpa special purpose vehicle ini seperti yang pernah dilakukan oleh Danaharta, kalau tanpa institusi macam ini maka susah bagi kerajaan untuk menyalurkan peruntukan kepada pemaju- pemaju yang individu. Jadi untuk makluman Yang Berhormat bahawa pengiraan rumah terbengkalai ini kadang kala dari segi technicality nya bagi kementerian kita kalau kita tidak sampai saat terakhir kita pun tidak mahu kategorikan satu projek sebagai terbengkalai kerana apabila kita iktiraf dia sebagai satu projek terbengkalai maka pihak bank, pihak orang yang terlibat itu, yang mempunyai kepentingan, dia akan dapat tamatkan, gulung syarikat perumahan yang berkenaan. Maka ada tipis, adalah susah bagi pembeli-pembeli rumah untuk dapat balik rumah. Jadi saya ambil contohlah di Selangor ada sebuah pemaju yang besar di mana projek yang terlibat 14,461 rumah.
Sebenarnya kita boleh iktiraf. Kita kategorikannya sebagai terbengkalai tetapi kita pilih untuk membuat perundingan. Saya minta Timbalan Menteri saya membuat perundingan dengan mereka kemudian kita minta white knight datang akhirnya kita dapat selamatkan 10,682 rumah. Tinggal sekarang ada 2,048 rumah masih dalam proses perundingan. Jadi kalau kita buat satu tindakan yang keras kita katakan ini adalah rumah terbengkalai maka 14,000 ini mereka tidak akan dapat rumah. Mungkin akan terikat dengan masalah perundangan. Maka inilah caranya dan kaedah yang kita hendak kaji tapi buat masa sekarang saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa perlu ada satu mekanisme di mana perlu bantuan daripada kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri kita harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai ini.
[Bangun]
Untuk rumah PPR, rumah kos rendah sebenarnya memang ini adalah satu hasrat kerajaan untuk membantu rakyat miskin di negara kita ini. Jadi saya hendak maklumkan bukan sahaja kementerian ini terlibat dengan rumah kos rendah atau rumah PPR di mana Kementerian Kewangan dan SPNB juga terlibat dengan pembinaan rumah kos rendah, kerajaan negeri juga akan terlibat dengan projek-projek kos rendah dan juga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga ada terlibat dalam projek rumah kos rendah ini. Jadi untuk kementerian ini sejak kita telah laksanakan 95 projek di mana meliputi 68,943 unit telah dibina dan buat masa sekarang 78.4% telah disiapkan dan ini adalah PPR untuk disewa di mana kita sewa dengan kadar RM124 sebulan. Saya setuju dengan
pandangan Ahli Yang Berhormat dari Jasin. Sebenarnya pada pandangan saya untuk jangka panjang...
Penjelasan.
...saya rasa kita lebih cenderung kepada rumah PPR untuk dimiliki kerana buat masa sekarang kalau disewakan kita rasa kesannya tak begitu memuaskan. Ini kerana bila seseorang itu tidak memiliki unit itu maka dari segi penyelenggaraan, dari segi tanggungjawab untuk membayar sewa itu memang tak berkesan. Kalau kita boleh jual kepada mereka maka saya rasa bila mereka memiliki hartanah itu dari segi penyelenggaraan dan sebagainya mungkin akan mempunyai kesan.
Penjelasan, penjelasan. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan pandangan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Shah Alam berkenaan bahawa kalau kerajaan bersetuju dengan cadangan itu maka perlu ada satu special purpose vehicle. Satu mekanisme perlu ditubuhkan dan kita setuju dengan cadangan tersebut tetapi persoalannya ialah adakah KPKT bersedia untuk mengambil tindakan untuk mengambil langkah tersebut mewujudkan special purpose vehicle tersebut untuk memulihkan projek-projek terbengkalai ini. Sekarang persoalannya bukan sama ada itu perlu atau tidak; memang perlu tetapi persoalannya adakah KPKT mengambil langkah tersebut. Itu yang kita hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Memang ini dalam satu...
Yang Berhormat Menteri, ada hubungan dengan ini.
Ya, sila.
Saya bangkitkan tadi Yang Berhormat Menteri sebenarnya rumah-rumah program sewa ini telah diperkenalkan oleh PBT negeri- negeri. Di kawasan saya beberapa program telah dijalankan. Bukan sahaja rumah ini telah menjadi begitu usang yang tidak di selenggara langsung tetapi “tuan punya rumah” selama dia hidup ini dia akan bayar sewa sahaja. Jadi matlamat kerajaan untuk semua rakyat memiliki rumah tidak akan tercapai. Jadi adakah mekanisme kerajaan untuk mengambil alih semula semua wang yang telah dibayar sebagai sewa ini kita anggap sebagai sewa beli. Apabila sampai waktunya jumlah yang dibayar sewa tadi mencukupi untuk kos buat rumah ini.
Untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Rasah bahawa memang ini hasrat kita. Kita dalam proses menggubal dasar perumahan negara di mana salah satu daripada tujuannya adalah kita hendak mewujudkan satu special purpose vehicle di mana dalam peringkat cadangan kita dan saya harap awal tahun depan mungkin kita dapat satu rumusan yang lebih konkrit. Jadi tentang rumah PPR disewa dan dimiliki Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebenarnya bertanggungjawab untuk membina rumah kemudian kita serahkan kepada pihak berkuasa tempatan kerajaan negeri dan sebagainya untuk mereka menguruskannya. Jadi Ahli Yang Berhormat dari Jerlun tadi bangkitkan ada beberapa syarikat pengurusan...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
...untuk rumah pangsa ini sebenarnya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri untuk menguruskannya dan sentiasa tidak ada satu badan yang profesional yang dilantik. Jadi sentiasa diurus secara saya rasa sambilan oleh kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan tapi kesannya memang tak memuaskan.
Jadi kita pun akan kaji pada masa akan datang rumah-rumah ini kita pun kena mempunyai satu sistem pengurusan, satu badan pasukan pengurusan yang lebih baik mungkin kita akan menggalakkan penduduk-penduduk menubuhkan jawatankuasa pengurusan mereka. Ini supaya satu sistem pengurusan yang lebih profesional dan mungkin kita boleh salurkan sedikit peruntukan supaya pengurusan terhadap rumah pangsa ini dapat ditadbir dengan baik.
Mana satu dahulu Yang Berhormat? Yang Berhormat Bukit Bendera kah Yang Berhormat Kota Melaka?
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita menggalakkan bahawa mekanisme yang akan jika dapat ditubuhkan secepat mungkin. Saya ingin hendak tanya Yang Berhormat Menteri dengan adakan usaha ini adakah tabung di PBT akan dipulih sekali kerana dahulu nampak tabung PBT dapat menjalankan usaha yang baik untuk membantu projek terbengkalai dapat dipulih. Adakah tabung ini akan diwujud sekali lagi.
Memang SPV ini diwujudkan untuk menguruskan tabung sekiranya ada tabung dari pihak kerajaan kerana buat masa sekarang kita kaji kita hendak sebenarnya kadangkala ada white knight mereka hendak datang menyelamatkan sesuatu projek perumahan. Apabila selepas kajian mereka rasa masih kekurangan dana maka mereka hendak minta sedikit peruntukan daripada kita tapi daripada undang-undang sekarang memang kita kerajaan tak boleh salurkan kepada syarikat swasta. Maka perlu ada satu SPV yang kita rancangkan dalam peringkat perancangan. Memang diwujudkan untuk menguruskan dana itu.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Boleh saya minta Yang Berhormat Menteri mengumumkan senarai projek- projek terbengkalai kerana memandangkan bahawa ada perbezaan di antara angka-angka kementerian dan HBA, House Buyers Association. Menurut HBA angka itu lebih kurang 58,000 tanpa kira unit-unit komersial. Bolehkah kementerian mengumumkan senarai itu dan juga saya ingin tanya sama ada Yang Berhormat sudah abandoned dasar built and sell yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2004 dan sudah masuk menteri yang kedua. Adakah dasar ini sudah diabaikan atau diketepikan memandangkan parol sistem. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri butiran berapa projek telah dikendali di bawah built and sell.
Yang Berhormat Menteri, lepas ini bagi peluang kepada saya lepas ini ya.
Tuan Pengerusi, sebenarnya pengiraan rumah terbengkalai ini memang dari segi teknikalnya tadi saya sudah jelaskan kalau kita masukkan dia sebagai rumah terbengkalai maka ia akan menjadi satu keadaan sebenarnya sudah tidak ada harapan lagi untuk memulihkannya.
Maka pada kementerian saya ini seboleh-bolehnya kalau boleh diselamatkan, kita akan selamatkan. Mungkin dari segi pengiraan katakan ada kadangkala lewat itu pun kita tidak masuk dalam terbengkalai. Jadi kalau Yang Berhormat hendak senarai saya boleh hantar secara bertulis. Kemudian, sila-sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di samping rumah-rumah terbengkalai ini saya kira kementerian juga perlu beri perhatian kepada pemaju yang telah gulung tikar kerana pemaju ini apabila mereka gulung tikar jadi Jabatan Insolvensi akan melantik liquidator melalui usul mahkamah. Jadi ada liquidator ini tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dan tidak menjalankan tugas mereka dengan betul. Sebagai contohnya sekarang ini adalah Heritage Condo. Ini adalah high-end projek. Penthouse dia pun hampir setengah juta
ringgit harganya tetapi Heritage Condo ini telah jadi seperti haunted condo, seperti rumah usang di Jalan Pahang. Ini adalah kerana apabila pejabat tanah keluarkan strata title ataupun geran, geran ini ataupun strata title ini telah diberi kepada liquidator. Jadi liquidator menggunakan geran ini seolah-olah mendesak pembeli untuk membayar two percent, dua peratus daripada harga belian unit-unit mereka. Jadi ini sangat membebankan dan tidak sepatutnya berlaku. Selalunya kalau pemaju biasanya mereka hanya mengenakan beberapa ratus ringgit sahaja sebagai yuran menguruskan registration pengeluaran geran itu. Jadi ini menyebabkan apabila tidak adanya strata title ini menyebabkan pembeli-pembeli tidak dapat menubuhkan management corporation. Apabila tidak ada MC ini, condo mereka tidak terurus. Ini telah berlanjutan selama hampir 10 tahun dan saya berharaplah kalau boleh sama ada kementerian dalam isu ini melantik liquidator baru dan mengetepikan liquidator yang ada supaya boleh menyelesaikan masalah pembeli-pembeli yang beratus-ratus orang di Heritage Condo ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi memang inilah masalahnya sekiranya kita iktiraf satu projek sebagai terbengkalai maka liquidator akan masuk dan sebagainya maka dia akan menghadapi masalah seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Maka kita cuba seboleh-bolehnya supaya kita dapat pulihkannya dan kita rasa seperti mana saya kata satu kekurangan adalah kita tidak ada satu special purpose vehicle untuk menjadi tebatan antara liquidator dengan white knight ini. Maka kalau kita dapat atasi ini mungkin saya rasa kita akan dapat atasi masalah sedemikian. Tadi lupa tentang konsep build and sell. Buat masa sekarang undang-undang kita ini adalah untuk tujuan sell and build. Jadi build and sell sebenarnya banyak lagi masih perlu perundangan yang lebih rapi tetapi kita boleh galakkan kalau mereka berminat, pemaju berminat, maka mereka boleh lakukan kaedah ini kerana sekarang tidak ada undang-undang untuk mengikat pembeli. Sekiranya katakan seseorang pembeli dia beri 10% cagaran kepada pihak pemaju untuk membeli sesebuah rumah, apabila siap 90% pada masa akan datang mungkin dalam keadaan kegawatan, mungkin ada kemerosotan dari segi hartanah, maka pembeli itu dia tidak mahu beli. Dia kata dia tidak menunaikan dia punya janji supaya buyer membayar 90% maka ini tidak ada perlindungan kepada pihak pemaju maka risiko mereka juga tinggi. Kalau kita paksa supaya kaedah ini dilaksanakan sekarang maka kita rasa adalah satu masalah yang besar dalam industri perumahan. Maka dia bukan polisi ini diketepikan, tidak ada, tetapi satu kaedah parallel, ia boleh dilakukan bersama dengan sistem yang still ada itu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini jelas kita di sini semua setuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa satu intermediate sebelum terbengkalai ini disenaraikan, satu mekanisme harus diwujudkan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi satu time line, satu dateline bila mekanisme ini akan diwujudkan supaya kita boleh jawab kepada soalan-soalan yang juga dihadapi oleh semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini. Kedua adalah isu penguatkuasaan. Memang penguatkuasaan ini tidak dapat dilaksanakan jelas kerana ada kelemahan dalam undang- undang sekarang. Kebanyakan pemaju mereka sudah fasih dan faham dengan undang- undang dan mereka dapat mencari loop hole yang cukup supaya untuk mengelakkan tanggungjawab dalam penyelesaian projek. Satu lagi adalah isu undang-undang yang ada sekarang dan undang-undang syarikat, kita tidak boleh menghalang seorang pengarah yang memiliki projek yang terbengkalai atau tidak dijalankan dan pada masa yang sama dapat projek baru dan mendapatkan keuntungan yang besar tetapi tidak menunaikan tanggungjawab mereka. So ini adalah satu masalah yang sangat besar. So kita juga ingin lihat sama ada kementerian bercadang untuk menggubal undang-undang supaya perkara ini dapat diperketat supaya kita tidak berterusan melihat banyak lagi mangsa yang terkorban dalam keadaan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya pun harap special purpose vehicle dengan izin, ini diadakan secepat mungkin tetapi saya rancang mungkin tahun depan kita akan dapat satu rangka kemudian kalau kita dapat dilaksanakan tahun depan
mungkin ini akan dapat muncul satu kaedah yang lebih berkesan. Jadi tentang Akta Perumahan ini memang kita telah bincang dan diperketat dan denda pun telah ditinggikan dan mana-mana pengarah syarikat kalau terlibat dengan projek terbengkalai, mereka akan disenaraihitamkan. Bukan syarikat perseorangan itu akan disenaraihitamkan. Jadi inilah tetapi kita masih dalam peringkat menambah baik kaedah kita, perundangan kita dari semasa ke semasa. Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput membangkitkan tentang Akta Bangunan dan Hak Milik Bersama...
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai isu build and sell ini, kita sekarang mengalami kemelesetan ekonomi dan kalau kerajaan tidak melaksanakan konsep build and sell ini, besar kemungkinan lebih banyak rumah mungkin tidak boleh dijual dan yang menjadi mangsa itu adalah pembeli rumah. Jadi apakah pihak kementerian tidak akan mengadakan dasar untuk melindungi para pembeli rumah khususnya golongan yang miskin. Saya rasa ini adalah isu yang penting bila kita bincang tentang konsep build and sell kerana yang selalu jadi mangsa itu adalah pembeli rumah dan bagi pemaju mereka masih dapat survive di sana, sini.
Ahli Yang Berhormat dari Seputeh sebenarnya saya ada pandangan yang sebaliknya. Buat masa sekarang sekiranya kegawatan melanda kalau kita laksanakan build and sell ini maka saya rasa kita lagi boleh merosakkan pasaran hartanah kerana build and sell memang dia punya tanggungan kerana seorang pemaju dia kena menanggung risiko dari segi beban kewangan yang lebih tinggi daripada sistem yang sekarang ada ini. Walau bagaimanapun saya rasa, saya tinjau rumah yang terbengkalai sebenarnya ini berlaku pada 90-an pada masa itu economy crisis di mana ramai pemaju ini dia terlibat dalam perniagaan yang lain seperti pasaran saham. Bila dia dilanda dengan masalah maka dia agihkan dananya dari perumahan ini ke perniagaan yang lain, maka menjadikan projek perumahan ini terbengkalai. Akan tetapi buat masa sekarang saya melihat pemaju yang kebelakangan ini mereka lebih mempunyai perancangan yang rapi sebelum mereka masuk ke pasaran merancang sesuatu perumahan mereka dengan teliti. Akan tetapi yang malangnya dalam 90-an itu masih menjadi satu masalah yang besar kepada kita tetapi walau bagaimanapun kita akan kaji supaya masalah ini dapat diselesaikan dari semasa ke semasa.
Ahli Yang Berhormat Sungai Siput bangkitkan dengan pengurusan rumah pangsa di mana Akta Bangunan dan Hak Milik Bersama iaitu Akta 663 telah...
Yang Berhormat Menteri last, daripada saya lastlah yang lain banyak sudah Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak ucapkan terima kasih atas persetujuan untuk hendak tubuhkan yang special purpose vehicle itu tetapi kena ingat bahawa special purpose vehicle ini bukan bertujuan untuk hendak bail-out the developerslah. Kalau ada developer yang telah gagal oleh kerana di antara sebab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi menggunakan duit untuk pembangunan itu tiba-tiba diguna di projek-projek yang lain dan sebagainya. Ataupun dia boros, dia membazir dan sebagainya dia mesti seperti biasa mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan ke atas kegagalan dia. So the special purpose vehicle ini bukan satu white knight hendak selamatkan developer itu di mana yang developer yang gagal dia mesti menghadapi dan mesti bertanggungjawab atas kegagalan dia. Kita tidak mahu ianya mengambil bentuk satu bail-out di mana kegagalan developer itu juga ditutup, nombor satu. Nombor dua saya setuju dengan apa yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Menteri bahawa sekiranya diisytiharkan sebagai terbengkalai maka receiver masuk dan sebagainya. Ini akan menimbulkan banyak masalah khususnya kepada pembeli tetapi sambil itu sepatutnya pihak kerajaan mesti mempunyai angka-angka yang sebenar iaitu mereka-mereka yang mana projek itu betul-betul telah terbengkalai. Hanya tidak diisytiharkan sebagai terbengkalai oleh kerana hendak elakkan daripada datangnya bankruptcy dan datangnya receivership dan sebagainya. Tetapi kalau kita tidak mengisytiharkan lepas itu kita pun kata Oh! Hanya ada 37,000 sahaja bagi seluruh negara maka at the end apa yang berlaku ialah kita menipu diri kita sendiri. So kita tahu bahawa
ada yang betul-betul sudah terbengkalai tetapi tidak diisytiharkan sebagai terbengkalai untuk mengelak daripada implikasi undang-undang itu. Lalu mesti ada satu kategori yang jelas dan angka yang jelas supaya dengan itu pihak Kerajaan Pusat boleh tahu the magnitude of the problem. Berdasarkan the magnitude of the problem itu, berdasarkan kepada individual punya analisis kita dapat tahu berapa sebenarnya Kerajaan Pusat kena keluarkan untuk menyelamatkan projek-projek keseluruhan untuk selesaikan masalah ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi sebenarnya kementerian saya baru-baru ini mengadakan brain storming dengan izin untuk mencari menyelesaikan masalah perumahan yang holistik maka kita sedang dalam proses menggubal dasar perumahan negara di mana SPB adalah satu daripada kaedahnya. Dia bukan tujuan untuk melindung bail-out dan sebagainya bukan. Dia sebenarnya salah satu daripada bahagian dasar perumahan negara ini untuk menjamin industri perumahan ini dapat di bangun dengan lebih sihat dan sebagainya termasuk kaedah build and sell dan sebagainya semuanya dasar perumahan negara. Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput membangkitkan penduduk rumah pangsa tidak bayar yuran maka menjadi masalah. Maka Akta Bangunan dan Hak Milik Bersama Akta 633 telah digubal di mana apabila masalah yang sedemikian berlaku maka seseorang boleh didakwa di mahkamah atau barangan boleh disita. Seorang COB iaitu Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building dilantik dari kalangan Yang Di-Pertua di semua majlis tempatan. Sekiranya terdapat masalah yang sedemikian boleh meminta bantuan daripada Commissioner of Building supaya beliau boleh masuk campur tangan terima kasih mengatasi dari segi aspek perundangan. Kalau buat masa sekarang jawatankuasa pengurusan ini dia tidak ada kuasa undang-undang untuk melaksanakannya. Jadi ini adalah satu kaedah yang boleh diatasi untuk penghuni-penghuni di rumah pangsa. Ahli Yang Berhormat Jempol bangkit tentang perancangan bandar dan desa. Sebenarnya dalam satu projek pembangunan sama ada bandar, pekan-pekan kecil, bandar raya besar, bandar-bandar mereka perlu ada satu perancangan yang menyeluruh termasuk dari segi kegunaan tanah, dari segi taman-taman rekreasi. Ini perlu dalam semua perancangan maka untuk pekan-pekan kecil juga kita perlu adakan satu perancangan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Sekiranya terdapat sebarang perancangan mereka harus mengemukakan perancangan mereka untuk dapat pandangan daripada pihak perancangan bandar dan desa supaya pembangunan yang seimbang dapat diwujudkan di sesuatu bandar. Ini termasuk landskap yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Jempol. Bahawa pelan induk untuk landskap juga diadakan bukan sahaja di setiap daerah malahan di Bandaraya Kuala Lumpur, bandar raya- bandar raya yang besar juga kita perlukan mereka memelihara sebahagian daripadanya untuk menjadi taman-taman untuk bandar raya yang besar. Semua pembangunan tanah menjejaskan pembangunan taman di bandar raya- bandar raya yang besar. Tuan Pengerusi tentang Ahli Yang Berhormat Jempol juga membangkitkan masalah bomba untuk membina Balai Bomba di Gugusan Balong, pili-pili bomba yang tidak di selenggara dengan baik. Begitu juga Ahli Yang Berhormat Putatan, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Jerlun ada bangkitkan kemudahan bomba. Sebenarnya Tuan Pengerusi untuk Jabatan Bomba kita tidak boleh membina balai bomba di semua tempat. Kita cuma boleh tubuh di tempat-tempat yang tertentu sahaja maka di tempat- tempat yang lebih jauh mungkin kita galakkan penubuhan pasukan sukarela bomba. Sebenarnya Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam katakan kita tidak ada beri bantuan kepada pasukan sukarela bomba itu tidak benar kerana pasukan sukarela bomba ini semua adalah hasil daripada latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kita bekalkan mereka dengan alatan dan baru-baru ini kita bekalkan mereka sebuah kereta Proton Arena yang diubahsuaikan. Satu jenis kereta bomba yang lebih kecillah supaya mereka boleh masuk ke kampung, ke tempat kawasan perumahan yang lebih sempit jalannya. Proton Arena yang dilengkapi dengan peralatan untuk menyelamatkan sekiranya terdapat kebakaran sebelum kereta bomba dari pusat bomba sampai. Jadi ini semua Pasukan Sukarela Bomba ini memang dapat bantuan dari segi peralatan dan juga kereta bomba Arena ini akan diberi bantuan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Untuk pili-pili bomba ini memang dia bukan sebenarnya dalam keadaan kebakaran.
Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri ialah setiap pasukan bomba dan penyelamat di bekal sebuah kereta dan diberi juga segala kelengkapan. Sekiranya itu adalah benar jadi mengapa di Bukit Mertajam ini pasukan-pasukan bomba yang sukarela mereka masih mengadakan jamuan makan untuk malam untuk mengutip dana. Jadi masih mengadakan jamuan makan untuk malam untuk mengutip dana. Jadi bagaimana kita tahu sama ada mereka menggunakan wang ini untuk memberi kelengkapan atau apakah kegunaannya wang yang dikutip itu? Yang pertama, yang kedua apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Labuan bahawa di Labuan seolah-olahnya pasukan bomba sukarela di sana dibekal dengan segala kelengkapan. Akan tetapi di Bukit Mertajam, mereka perlu mengutip dana untuk membeli kelengkapan.
Mencelah.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu sama ada adakah kelengkapan itu diberi kepada setiap Pasukan Bomba Sukarela dengan semua sama sahaja dan bukan di Labuan, mereka diberi kelengkapan yang lebih banyak daripada mereka di Bukit Mertajam.
Menteri, bagi saya peluang sedikit.
Ini Yang Berhormat Labuan ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat Labuan, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya untuk penyelarasan Pasukan Bomba Sukarela ini tergantung kepada MP yang ada di situ. Kalau kita punya communication dengan persatuan dan kita berbincang baik dengan pengarah bomba setempat, insya-Allah saya rasa semua kemudahan diberikan oleh Jabatan Bomba. Sedangkan di Labuan sendiri bukan saja arena yang diberikan tetapi pegawai- pegawai bomba juga disediakan dengan motosikal big bike untuk menuju ke tempat-tempat kebakaran, diberikan peralatan yang canggih. Jadi kenapa tempat lain tidak ada? Kerana ini mungkin hubungan antara kita dengan kerajaan dan juga hubungan baik antara MP dengan pengarah-pengarah bomba harus diselaraskan. Jadi kita harus tahu, kita harus tahu di mana kekurangan kita, kita minta dengan kerajaan. Apabila kita mahu minta dengan kerajaan, kita harus buat baik dengan kerajaan tapi kalau kita tentang kerajaan, macam mana kerajaan akan bagi kemudahan? Itu saja, terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Tahniah, tahniah Yang Berhormat Labuan dah bersiap sedia nak ganti Menteri ya. [Ketawa]
Bukannya mahu ganti Menteri. Ini kenyataan. Kalau kementerian bagi kita peralatan, kita kena ucapkan terima kasih dan kemudahan harus disediakan oleh kerajaan berdasarkan keperluan setempat.
Bukan berdasarkan hubungan?
Jadi kalau kita tidak endah dengan keadaan setempat, saya rasa itu terserah kepada kawasan masing-masing.
Ada Kabinet reshuffle kah? [Ketawa]
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Labuan menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional kurang profesional.
Itu pendapat Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat.
Semua duit peruntukan ini, duitnya daripada rakyat. Sekiranya di mana perlu di situlah diberi peruntukan bukan bergantung kepada perhubungan di antara siapa dengan siapa.
Nak kena bodek baru dapat.
Jadi saya nak Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan di sini sama ada, bagaimana kementerian memberi peruntukan itu bergantung pada perhubungan menteri dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen ataupun siapa dengan siapa. Sila beri penjelasan.
Senyum sikit.
Tuan Pengerusi, sebenarnya sesuatu Pasukan Bomba Sukarela ini adalah sebenarnya kita galak mereka daftar dalam Akta Pertubuhan. Mereka adalah satu pertubuhan yang diiktiraf sebagai satu pertubuhan yang biasa. Jadi saya tak tahu apa tujuannya diadakan majlis jamuan kutipan. Selalunya kalau tak silap saya, mereka mengadakan kutipan untuk membina bangunan mereka. Bukan untuk beli alatan. Sebenarnya alatan ini diberi melalui balai bomba yang berhampiran. Maka sekiranya wujudnya keperluan untuk mewujudkan Pasukan Bomba Sukarela, sebenarnya pegawai daripada pejabat bomba yang berhampiran mereka adalah orang yang mengambil inisiatif untuk menghubungi rakyat tempatan supaya dapat mereka tubuhkan satu pasukan sukarela kemudian beri latihan, beri peralatan dan sebagainya. Jadi saya tak pasti sama ada apa tujuan jamuan itu diadakan, apa tujuan kutipan diadakan tapi selalunya digunakan untuk membina bangunan dan bukan untuk beli peralatan.
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh tanya rakan Menteri Kesihatan kerana beliau yang pergi sana untuk membuka dan merasmikan jamuan itu, itu yang pertama.
Apa, apa Yang Berhormat? Ada banyak lagi ini.
Yang kedua, penjelasan yang saya ingin mohon ialah sama ada bantuan kepada Pasukan Bomba Sukarela, adakah sama rata ataupun bergantung kepada hubungan antara siapa dengan siapa.
Saya rasa Yang Berhormat...
Adakah antara Yang Berhormat Ahli Parlimen dengan Yang Berhormat Menteri atau macam mana? Adakah itu sama rata ataupun ada berbagai-bagai standard iaitu bergantung kepada perhubungan.
Menteri, bagi saya menjelas sikit.
Menjelas? Mencelah Yang Berhormat, tak boleh menjelas.
Yang Berhormat, penjelasan. Saya ingat dia masuk berdasarkan kepada keperluan dan kita tahu kat Labuan asyik terbakar saja. [Ketawa]
Sudahlah. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, kita di Labuan itulah. Kalau kita aktif, kita minta dengan kerajaan dengan baik, saya rasa tidak ada masalah. Peralatan dan peruntukan diberikan. Adakah anggota sukarela yang ada di sana ini sampai membuat dinner baru mendapat peruntukan? Adakah MP sendiri memerhatikan, memantau dan juga berjumpa dengan mereka? Seharusnya kita berhubung kait, berhubung rapat dengan persatuan-persatuan tersebut. Apa saja masalah mereka and then kita serahkan dan kita memohon dengan kerajaan. Itu yang kita buat di Labuan sehinggakan oleh sebab itu hubungan kita dengan bomba, itu saya bilang tadi, hubungan kita dengan bomba dan juga sekali gus kita hubungkan dengan kerajaan dengan baik then kerajaan bagi peruntukan. Saya rasa kalau
Yang Berhormat Bukit Mertajam mahu buat sedemikian, dia harus berbuat baik dengan kerajaan.
Yang Berhormat, ya bagi Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat.
Dan juga memohon dengan kerajaan secara baik. Itu saja. Terima kasih.
Ya, bagi Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat Menteri, macam mana nak buat baik ha dengan kerajaan, macam mana ha? Boleh tunjuk ajarkah macam mana? Bukankah pasuka... Sekejap, sekejap.
Yang Berhormat Bukit Mertajam ada memohonkah?
Tuan Pengerusi, saya rasa ini tak ada hubung kait dengan bajet lah.
Ya, ya. Tidak hubung kait.
Bukankah Pasukan Bomba Sukarela di Bukit Mertajam semuanya mereka berbuat baik dengan kerajaan sampai mereka menjemput Yang Berhormat Menteri dari MCA untuk merasmikan jamuannya.
Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, sekiranya ada masalah...
Cukuplah Yang Berhormat.
Itu tak cukup baikkah? Macam mana nak buat baik? Tolong tunjukkan macam mana nak buat baik dengan kerajaan.
Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, nak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Back-bencher, Barisan Nasional, mereka juga bangkitkan kes ini.
Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan?
Dia nak teruskan dulu Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh..
Macam Yang Berhormat Sri Gading, dia juga pernah bangkitkan tapi masalahnya belum diselesaikan.
Yang Berhormat Seputeh, Menteri nak jawab, Menteri nak jawab Yang Berhormat.
Betulkah Yang Berhormat Sri Gading? Sokong, sokong.
Saya minta Yang Berhormat Menterilah untuk menafikan secara terus teranglah kenyataan Yang Berhormat Labuan itu. Biar kerajaan yang bertanggungjawab, dia kena beri mengikut keperluan. Ini kat Labuan ini beri motor besar ini kenapa? Tiap-tiap hari terbakar ke bangunan? Lalu tengoklah keperluan. Ini untuk rakyat, ini bukan untuk MP. Lalu saya minta Yang Berhormat Menteri biar jelaskan dasar dia apa, biar adil. Jangan atas dasar siapa yang buat baik dengan saya. Kalau macam ini susahlah. Dah masuk dalam surat khabar pun, malu kita. Terima kasih.
Kalau tak, kena pecat.
Tapi, tapi Menteri....
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Kalau itu caranya dengan buat baik dengan kerajaan dapat peruntukan untuk pasukan sukarela itu, saya pun rela buatlah tapi beritahulah. Beritahulah macam mana.
Cukuplah Yang Berhormat ya.
Macam mana? Kalau minta di sini pun tak cukup, macam mana? Tolong beritahu.
Minta maaf Yang Berhormat, saya kena teruskan. Kalau tak, tak habislah.
Menteri nak teruskan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, ini first term. Labuan ini first term MP, tak tahu macam mana bidang kuasanya.
Ya, tak apa.
Apa yang...
Cukuplah Yang Berhormat Labuan, cukup Yang Berhormat Labuan.
Tuan Pengerusi, saya nak sentuh tentang lesen peminjam wang yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri belum jawab macam mana. Macam mana nak pohon nak buat baik supaya dapat bantuan seperti Yang Berhormat Labuan. Di Bukit Mertajam ada lapan Pasukan Bomba Sukarela.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bukit Mertajam, cukuplah.
Yang itu semuanya ditaja dulu oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang datang daripada MCA. Sekarang pun disokong juga tapi sekarang macam mana kalah kepada Labuan.
Sudahlah, sudahlah. Duduk.
Sebab you ada lapan, kita ada lima belas.
Macam mana? Berapa jenis? Adakah ada double standard kerana Yang Berhormat Labuan dia...
Yang Berhormat cukuplah, itu sudah cukup Yang Berhormat.
...UMNO dapat lebih banyak. MCA punya tempat dapat kurang. Apakah maksudnya?
Yang Berhormat, kawasan saya Yang Berhormat, jangan cakap sukarela, balai bomba pun tak ada.
Ha lepas itu ha.
Jadi biarkan Menteri jawab Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat punya kawasan pun tak adakah?
Tak ada sukarela. Jangan bilang sukarela, balai bomba pun tak ada Yang Berhormat.
Haiya, mungkin Yang Berhormat tak ada baik dengan kerajaan kot. [Ketawa]
Tuan Pengerusi, Jabatan Bomba tetapi lain isu. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri dan minta penjelasan tentang Unit Udara Bomba ini. Saya melihat dalam website Unit Udara Bomba, unit ini mempunyai enam helikopter dengan anggota seramai 71 orang dan 13 orang juruterbang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya ialah apa tujuannya Unit Bomba ini sebab tidak kedengaran fungsinya. Apabila saya membaca website Unit Udara ini, ia dikatakan primarily untuk memadam kebakaran hutan. Di Malaysia ini kebakaran hutan tidaklah begitu banyak. Jadi sementara menunggu kebakaran hutan ini berlaku, apa fungsi Unit Udara Bomba ini dan bolehkah tidak contohnya macam sahabat saya daripada Labuan dan Putatan mengatakan tentang kebakaran di kawasan-kawasan perumahan atas air yang mana rumahnya berdekatan. Boleh tidak digunakan unit ini untuk membantu ahli bomba ataupun Jabatan Bomba Darat ini untuk memadamkan api kerana kita tahu rumah yang berdekatan ini apinya cepat merebak. Itu satu. Yang keduanya ialah daripada enam helikopter ini, ada tidak ditempatkan di negeri Sabah sama ada di pantai barat ataupun di pantai timur. Jadi dengan adanya 71 orang anggota dan 13 juruterbang ini, saya tidak tahulah sama ada under utilize unit atau tidak. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, Unit Udara Bomba ini memang adalah satu unit yang baru kerana pihak kerajaan melihat ini satu kecenderungan dan satu keperluan pada masa akan datang di mana kita perlu wujudkan Unit Udara Bomba ini. Sebenarnya ia lebih kepada penyelamat kerana kita melihat ada satu pemindahan tugas agihan. Masa dulu Jabatan Bomba kita tumpukan pada tugas-tugas untuk memadamkan kebakaran. Akan tetapi sekarang ini panggilan yang diterima ini sudah menjadi 50-50 di mana 50% untuk kebakaran kemudian 50% untuk penyelamat terutamanya dalam masalah yang lebih serius seperti banjir dan sebagainya. Maka Unit Udara ini perlu diadakan. Maka kita telah wujudkan Unit Udara ini dan kita perlu latih kerana ambil masa untuk mengumpul tenaga kita kerana Unit Udara dari segi pilot dan sebagainya buat masa sekarang kita perlu pinjam daripada Tentera Udara anggota yang tertentu. Kemudian kita latih anggota kita. Ini satu unit di mana sebenarnya dalam satu incubation kita hendak melatih kerana ia akan jadi satu cabang yang cukup mustahak. Di Sabah dan Sarawak juga kita akan tempatkan helikopter di Sabah dan Sarawak mungkin pada tahun akan datang. Tuan Pengerusi, tentang Yang Berhormat Labuan meminta diwujudkan Pasukan Air Bomba ini, kita akan kaji kerana ini merupakan satu cabang yang baru. Kita akan wujudkan satu Unit Perkapalan dan Unit Air Bomba ini dalam kajian kita juga. Saya hendak sentuh tentang masalah peminjam wang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Sri Gading.
Sebelum itu, penjelasan. Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, yang lastnya saya secara baik ingin memohon supaya Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini bagaimana kementerian memberi bantuan kepada pasukan bomba sukarela supaya saya dapat beritahu mereka yang di Bukit Mertajam walaupun penasihat-penasihat mereka adalah bekas ADUN MCA tetapi mungkin mereka masih belum tahu lagi. Jadi saya hendak tahu bagaimana mereka boleh dapat kelengkapan daripada kementerian seperti yang didapati oleh Labuan. Jadi saya pohon supaya memberitahu di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat, sebenarnya tidak ada masalah. Anggota dan pegawai bomba ini apolitical. Mereka cuma melihat dari sudut profesional saja. Semua pasukan sukarela ini sebenarnya anak angkat balai bomba yang berpusat di sana. Jadi sekiranya pasukan sukarela bomba ini ada masalah, boleh menghubungi balai bomba yang berpusat di sana. Mereka akan memberi bantuan. Mereka akan mengemukakan permohonan kepada ibu pejabat bomba bagi pihak pasukan sukarela bomba ini dan kita salurkan bantuan dan kelengkapan kita. Akan tetapi saya perlu tegaskan di sini peruntukkan kadangkala terhad. Bukan boleh dapat 100%. Jadi agihan itu memang ikut pandangan profesional. Dia tidak ada dari segi pilih kasih kerana dari segi sudut keperluan dari semasa ke semasa. Itu jawapan saya.
Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri mengatakan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Labuan itu tidak benar bahawa dia bergantung kepada perhubungan. Itu adalah tidak benar. Yang kedua, jika itu tidak benar, mengapa dan bagaimana Labuan dapat begitu motosikal yang besar dan semua peralatan yang canggih. Mengapa pasukan sukarela di Bukit Mertajam banyak kali mereka sampai di tempat kebakaran lebih awal daripada pasukan bomba kerajaan? Mengapa mereka masih tidak mendapat segala kelengkapan yang mereka perlukan? Mereka perlu merayu-rayu supaya dapat yang basic saja dan mereka perlu mengadakan jamuan makan untuk mengutip wang dana untuk membeli kelengkapan. Jadi apakah sebabnya? Sekiranya saya dapat tahu, saya dapat memberitahu mereka. Jadi mereka tahu macam mana hendak sampaikan rayuan dan permohonan itu kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya telah jelaskan. Balai bomba yang berhampiran menjadi penaja kepada pasukan sukarela bomba ini. Sekiranya ada apa-apa masalah, mereka boleh bantulah. Jadi untuk Labuan ini, mungkin dia satu pulau dan ada satu keadaan yang khas. Itu saya tidak pasti. Akan tetapi pegawai bomba ini dia lihat dari segi sudut profesional. Dia tidak ada sebab. Pada saya mereka telah menjalankan tugas mereka dengan secara adil. Untuk Yang Berhormat Sungai Petani dan Sri Gading membangkitkan tentang pemberi pinjam wang atau “Along”. Sebenarnya pada satu ketika saya sendiri pun keliru. Saya ingat “Along” itu adalah peminjam wang yang berlesen. Akan tetapi akhirnya saya mendapati bahawa di kementerian saya sekarang ini ada 3,078 lesen peminjam wang dan syarat yang dikenakan cukup ketat. Mereka perlu ada satu modal pusingan RM1 juta. Kemudian setiap pengarah syarikat mereka apabila mereka memohon, dia kena disiasat oleh pihak polis. Nama mereka kena ditapis. Tidak ada rekod jenayah dan sebagainya. Baru boleh dapat satu lesen. Syarat-syarat yang ketat seperti faedah, semua ini disyaratkan. Jadi apabila mereka melanggar undang-undang, lesen pemberi pinjam wang ini akan ditarik balik. Jadi orang yang terlibat dengan keganasan “Along” ini sebenarnya adalah orang yang tidak ada lesen. Maka pemberi pinjam wang berlesen ini sentiasa berhati-hati. Mereka tidak berani melanggar undang-undang. Jadi untuk Along ini sebenarnya adalah di bawah pihak berkuasa polis di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di mana sekiranya kita dapat aduan ada pihak yang tidak ada lesen tetapi mereka melakukan peminjaman wang dan melakukan keganasan untuk mendapatkan balik pinjaman mereka, maka pihak polis akan mengambil tindakan terhadap “Along” yang disebut ini. Jadi kementerian ini akan mengawal dengan rapi pemegang lesen. Kalau mereka dapat lesen daripada kementerian ini, kita akan kawal dengan rapi.
[Bangun]
Maka kalau “Along” melakukan keganasan, itu kita akan lapor kepada pihak polis.
Minta penjelasan Tuan Pengerusi. Dari pengamatan Menteri, selain daripada Bank Negara yang memberikan lesen banking dan juga finance, adakah kementerian melihat bahawa wujudnya kewajaran untuk meneruskan pemberian lesen sedemikian kerana dengan banyak masalah-masalah yang ada sebab
contohnya di tempat saya, kadang-kadang lesen itu diberikan kepada seorang tetapi lesen itu beranak. Maknanya lesen seorang, kemudian lesen itu juga di operate di dua, tiga tempat. Dan disebabkan oleh ada sifat competition dan kita tidak tahu sama ada mereka ini along atau tidak tetapi soalnya sekarang ini, berlaku unsur-unsur ke arah along itu. Jadi soalan saya, adakah lesen ini wajar diteruskan diberi dan apakah ianya membantu masyarakat peniaga. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sebenarnya lesen peminjam wang ini mempunyai sejarah yang lama. Sebenarnya rakan kita dari kaum India, banyak terlibat dalam perniagaan ini. 3,000 lesen ini sebenarnya sejak lama mereka terlibat dalam perniagaan ini. Maka kita tidak mahu hapuskannya kerana ia masih ada kepentingannya terutama di peringkat akar umbi, peminjaman dilakukan kepada mereka yang menjalankan perniagaan-perniagaan kecil. Jadi pada saya, 3,000 pemegang lesen ini, mereka adalah peniaga-peniaga yang mengikut, mematuhi undang-undang. Maka kita rasa haruslah diteruskan. Tapi buat masa sekarang, kementerian saya jarang-jarang mengeluarkan lesen yang baru, semua ini lesen yang lama. Jadi inilah satu gejala, satu perniagaan yang wujud sejak lama. Tuan Pengerusi, saya nak sentuh tentang isu CCTV. Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana hasil daripada masalah keselamatan terutamanya di bandar-bandar besar, maka kita telah memohon supaya CCTV dipasang di semua bandar raya-bandar raya yang besar di seluruh negara. CCTV ini akan dipasang di mana terdapat tumpuan penduduk seperti bandar raya yang besar Pulau Pinang, Seremban, Klang, Johor Bahru dan sebagainya. Pihak Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu peruntukan sebanyak RM75 juta supaya sebanyak 496 CCTV dipasang. Ini termasuk tempat kawalan dan sebagainya di mana CCTV ini apabila dipasang akan dikawal selia oleh pihak polis dan pihak berkuasa tempatan dan kita rasa ini akan dapat mengatasi, membantu untuk mengurangkan kadar jenayah di bandar-bandar besar ini. Buat masa sekarang, kita dalam peringkat tender dan tidak lama lagi mungkin kita akan dapat memulakan kerja pemasangan ini.
Penjelasan. Adakah perlu belanja wang begitu banyak untuk pasang CCTV di bandar-bandar di negara kita? Oleh sebab hari ini Timbalan Perdana Menteri kata bahawa negara kita sangat selamat. Pandangan bahawa kita tidak selamat ialah misperception, itu semua salah anggapan. Kalau begitu, tak perlulah belanja wang untuk CCTV, kita sangat selamat. Adakah negara kita selamat, bandar kita selamat atau tidak selamat? Kalau kita tidak selamat dan perlu pasang CCTV, kenapa Timbalan Perdana Menteri hari ini kata bahawa kita sangat selamat, semua ini kata kita tidak selamat adalah misperception. Bolehkah Menteri-menteri mengatakan satu pendirian yang konsisten dan jangan main-main dalam perkara ini.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur. Sebenarnya kalau kita katakan pasang CCTV, kalau dihubung kaitkan dengan tidak selamat, saya rasa tidak ada formula yang sedemikian kerana CCTV ini dipasang untuk membuat pemantauan. Sebenarnya ini dicadangkan juga oleh pihak berkuasa tempatan dari seluruh negara. Mereka rasa ada perlunya wujudkan CCTV ini dipasang di tempat penumpuan penduduk terutamanya tempat datangnya pelancong-pelancong. Maka ia menjadi satu kawalan, satu pemantauan, mungkin akan satu dengan izin...
[Bangun]
Hei, belah sini lah pula cakap.
...Deterrent effect, tidak semestinya...
Itu bukan untuk mencegah jenayah bukan.
Giliran saya.
Ada CCTV untuk mencegah jenayah, memantau tetapi kalau kita selamat tidak perlu. Sebab itu kita perlu apa yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri itu silap, ini memberi pandangan dan gambaran bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan kita tidak serius. Sebab itu kita ada seorang Ahli Parlimen dipecat daripada Kabinet, Yang Berhormat daripada Rompin dan sekarang dia mahu cari tempat balik kepada Kabinet, dia mahu jadi...
La, ini 36, ke situ pula.
... Hulubalang, berdiri lepas ini mahu pergi itu ke angkasa.
Adoi, cakap ke sana, apa cakap kat saya pula? Cakap kat Tuan Pengerusi lah, apa cakap kat saya.
Buang wang rakyat, bertanggungjawab astronaut, apa astronaut?
Saya tak tahu mana butiran Yang Berhormat? Tak masuk butiran Yang Berhormat, tak masuk.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat Menteri, ini tak masuk butiran Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, bagi saya mohon penjelasan sikit. Ha terima kasih. Sekarang saya nak bertanya yang pasang kamera tadi, majlis daerah. Adakah CCTV ini, di Pulau Pinang macam mana? Dipasang atau tidak? Saya rasa tidak semua pasang sebab apa, kita bimbang dengan Ketua Pembangkang. Dulu apa itu nepotisme? Orang nepotisme, ucap tak ada nepotisme sebab anak dia Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kenapa dia dipecat? Kita mahu tahu.
Lailahaillallahlah, saya belum habis cakap lagi.
Kenapa dipecat? What did you do in the hotel? What did you do in the hotel?
Astaghfirullah. Yang Berhormat Seputeh janganlah bising. [Dewan riuh] Saya belum habis ucap lagi. Apa ini? Ini adalah dulu Ketua Pembangkang adakah contoh yang baik kah? Bagilah anak bela, anak bela sendirilah, anak dah besar.
Yang Berhormat Ipoh Timur tahu peraturan tak?
Saya menyentuh tentang Kerajaan Pulau Pinang, Ketua Menteri, anak boleh bela sendiri, yang ayah nak bela lagi buat apa. Ayah dah letak sijil Agong dah.
Jadi batu api lagi, batu api lagi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Astaghfirullahalazim.
Yang Berhormat, cakap sama-sama begini Yang Berhormat.
Peluang saya, Menteri bagi peluang. [Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat kenapa jadi macam ini? Kita jangan berlawan bercakap begini Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Apa? Astaghfirullah.
Janganlah, itu jangan sebut.
Adoi, giliran saya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Giliran saya.
Cukuplah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Ipoh Barat panas bangun itu buat apa? Ipoh Timur, barat dah tak ada, dicutikan oleh Tuan Pengerusi. Saya bertanya, soalan saya adakah Yang Berhormat puas hati di Pulau Pinang dipasangkan CCTV. Dia menuduh negeri lain, Pulau Pinang dia tidak sebut sebab anak dia. Betul tak? Betul. Dilaung-laungkan nepotisme, [Disampuk] Apa eh pula, benda betul pun. [Dewan riuh] Dialog hujah, tak ada nepotisme, korupsi, dah buang dah. Kalau kita buat, Allah bisingnya tapi dia buat tak nampak. Itu saya nak tanya pandangan Menteri, adakah Yang Berhormat puas hati dengan Pulau Pinang? Kalau tak puas hati, biarlah, mungkin Pulau Pinang nak bangun mengatakan tidak pasang tapi kenapa ayahnya kena bangun pula. Kalau tak ada surat Agong nak bela lagi.
Yang Berhormat Rompin, kenapa tidak ada di Kabinet lagi ya? Jawab mengapa.
Ha Yang Berhormat Seputeh duduk, dah lawa dah pakaian, duduk-duduk. Jangan campur.
Jawab mengapa ha?
Itu hotel ada CCTV kah?
Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Itu hotel ada CCTV ke?
Cukuplah Yang Berhormat.
Di Johor punya ada.
Oleh sebab ada CCTV, dipecat dari Kabinet.
[Bangun]
Ayah dah bela, rakan pula nak bela. Jangan bimbang, Ketua Setiausaha Agung yang baru, Ketua Menteri Pulau Pinang, dia anak muda yang pandai, tak apalah ayah ke kawan nak bantu, dia dah pandai bela diri sendiri dah. Adoi, ini nak baby-sit sampai ke tua apa ni?
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Saya nak tambah sedikit.
Ada soalan. Ini tak ada kena mengena dengan hotel... [Ketawa] Saya hendak kembali kepada isu CCTV ini sebab kita jelas, dengan pemasangan CCTV pun jenayah berlaku. Pemasangan CCTV ini pun tidak dapat mengelakkan jenayah. Kita tahu beberapa jenayah yang kejam berlaku. Ia hanya mengelakkan penjenayah aktif di kawasan itu. Pengurusan footage yang digunakan itu pun
tidak begitu jelas membantu menyelesaikan masalah jenayah. Yang Berhormat Rompin selamat sebab CCTV tidak ada. Kita tak boleh buktikan sesuatu. Kalau ada CCTV pun tidak boleh buktikan ada salah laku.
Apa dia sudah buat?
Yang Berhormat.
Itulah sebab saya mempersoalkan ini adalah satu peralatan yang paling efektif untuk mengurangkan jenayah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sedikit. Sebenarnya pemasangan CCTV ini telah terbukti cukup berjaya sekali. Di Melaka sebenarnya, pelancongan adalah satu daripada sektor ekonomi yang menyumbang kepada KDNK negeri Melaka. Jadi apa yang saya hendak minta di sini supaya selain daripada pemasangan yang dibuat begitu banyak, kita hendak penyelenggaraan kerana CCTV ini kita link kepada polis. Telah terbukti apabila ada satu-satu kejadian berlaku, polis dapat mengambil tindakan dengan segera. Seterusnya, Malaysia ini dianggap satu daripada negara yang kadar jenayahnya terendah berbanding negara-negara maju. Seharusnya seluruh rakyat Malaysia mesti bersyukur. Kita jangan samakan negara kita dengan negara lain. Negara kita selamat tetapi kita hendakkan CCTV ini diwujudkan supaya kita rasa lebih selamat, pelancong-pelancong yang datang lebih selamat. Kita hendak menentukan supaya tidak ada gangguan dan apa juga jenayah. Yang terakhir, jenayah selari dengan pembangunan. Lagi banyak pembangunan, jenayah akan terus naik. Inilah hakikat yang kita kena terima. Janganlah kita politikkan perkara ini. Yang penting sekarang kita bincang CCTV kita mesti pasang, setiap bandar raya dan juga pekan-pekan kecil. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi, boleh saya lanjutkan?
Ya.
Sebenarnya CCTV ini diadakan, ia memang ada satu ciri, satu kelengkapan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Baru-baru ini saya telah menghadiri satu persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, World Urban Forum di Nanjing. Ini pun satu-satu agenda di mana digalakkan bandar raya yang besar ini dipasang CCTV untuk tujuan kawal selia bukan dari segi keselamatan sahaja, malahan untuk vandalism dan sebagainya. Jadi CCTV ia adalah satu kelengkapan yang perlu diadakan, dipasang di bandar raya yang moden sekarang ini. Tuan Pengerusi, saya nak sentuh tentang pembasmian kemiskinan bandar. Memang skim ini telah mendapat sambutan yang baik.
[Bangun]
Ya, silakan.
Apa yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Seperti yang pernah dijanjikan, ini untuk kerajaan yang lepas. Semua pun telah dijanjikan sebelum ini, 48 CCTV masih belum dipasang seperti mana yang dijanjikan. Sungguhpun telah begitu lama saya nak tahu bilakah ia akan dipasang, 24 di MBPP, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan 24 lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Memang kita baru sahaja siap proses tender di mana di Pulau Pinang 24 CCVTV akan dipasang. Saya rasa tak lama lagilah kita kan mula kerja pemasangan itu. Tuan Pengerusi, saya nak sentuh tentang program pembasmian kemiskinan di mana Ahli Yang Berhormat dari Rasah, Jempol, Gelang Patah, Selayang, Bukit Mertajam dan juga Sungai Siput tentang program pembasmian kemiskinan. Untuk program ini kita ada dua sayap di mana yang pertama kita beri batuan kepada mereka yang miskin.
Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam ada bangkitkan tentang ibu tunggal yang mempunyai anak OKU. Sebenarnya kita ada bantuan untuk mereka, anak ini dihantar ke rumah asuhan di mana RM200 setiap bulan diberi kepada pemohon yang berjaya dapat bantuan ini. Selain daripada itu, banyak lagilah bantuan untuk tambang anak-anak ke sekolah, tambang untuk ibu tunggal pergi ke tempat kerja. Agihan wang untuk tujuan itu tak banyak, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kita diberi RM50 juta. Hingga sekarang kita telah belanja RM29 juta. Untuk tahun ini kita cuma dapat RM13 juta. Mungkin sebab itu proses permohonan telah dilambatkan. Akan tetapi saya akan minta peruntukan tambahan. Sebenarnya program ini dapat sambutan yang baik di kalangan rakyat cuma dari segi sekatan kewangan sahaya. Jadi kita akan rayu Kementerian Kewangan supaya peruntukan untuk tujuan ini ditambah lagi. Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terkejut apabila mendengar Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa peruntukan itu begitu sedikit berbanding dengan permintaan kementerian dalam membasmi kemiskinan bandar. Kemiskinan bandar ini sebenarnya satu masalah yang memang ketara dalam negara kita. Jadi saya menyokong sangat kalau boleh kerajaan, Kementerian Kewangan menambah peruntukan ini. Bukan makin dipotong, kerana peruntukan ini benar-benar dapat membantu orang-orang kita, orang-orang yang susah di dalam bandar. Orang dalam bandar ini semua hendak kena beli, tak macam di kampung, kadang- kadang boleh tanam sayur, boleh bela itik, boleh bela ayam. Di bandar, kalau dia miskin, dia susah, dia amat susah. Jadi saya haraplah kementerian dapat memajukan segera peruntukan tambahan yang lebih berlipat ganda untuk membantu golongan yang memang memerlukan bantuan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Tambahan sedikit. Saya memang faham bahawa ada bantuan kepada anak kurang upaya. Akan tetapi dalam kes-kes seperti ini, bukan di mana-mana atau di banyak bandar ada pusat untuk menjaga anak kurang upaya ini. Mereka sudah hendak dapat orang yang menjaga mereka. Jadi saya rasa ini adalah golongan yang istimewa yang kita bukan sahaja katakan kita beri bantuan RM200, dia boleh selesai. Ini kerana bantuan RM200 itu untuk anak yang biasa. Saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri pun merupakan seorang yang murah hati, yang baik, yang very kind. Jadi saya rasa mestilah Yang Berhormat Menteri faham sekiranya ada seorang anak kurang upaya di rumah dan rumah tangga ini di ketuai oleh ibu tunggal, ia lebih susah. Dia mesti diberi bantuan yang khas, yang istimewa kerana tak dapat hantar anak yang lumpuh itu kepada mana-mana pusat untuk dijaga. Saya rasa konsep bantuan ini bukan sahaja untuk beri kewangan sahaja. Dia perlu dibantu supaya pada masa hadapan, keluarga ini dapat berdikari dan bukan terus bayar dan bagi sahaja. Jadi saya hendak tahu apakah program untuk keluarga seperti ini supaya pada masa akan datang, mereka dapat berdikari.
Tuan Pengerusi, sebenarnya program membasmi kemiskinan adalah suatu program yang baru di bawah kementerian saya ini. Sebenarnya di bawahnya selain daripada kita ada beberapa bahagian termasuk pemberian wang sewa untuk perumahan, keluarga miskin, untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga, kita juga ada pendidikan dan latihan. Ini mungkin kita akan beri latihan dan sebagainya. Pusat- pusat latihan akan ditubuhkan tetapi buat masa sekarang kerana peruntukan kita terhad kerana ia adalah satu program yang baru, jadi mungkin jangka masa panjang kita akan meninjau supaya pusat-pusat latihan ini ditubuhkan untuk memberi latihan dan sebagainya kepada orang yang kurang upaya dan juga untuk orang yang memerlukan kemahiran yang tertentu untuk mencari rezeki. Jadi ini adalah satu rancangan kerana buat masa sekarang kita masih belum ada peruntukan yang mencukupi untuk melakukannya. Namun ini akan dapat dalam perancangan kita pada masa akan datang. Tuan Pengerusi...
Penjelasan. Ya memang saya faham bantuan itu adalah terhad, wang itu adalah terhad. Jadi bukankah kita patutnya sasarkan kepada keluarga yang paling memerlukannya. Keluarga yang paling perlukannya kepada
saya ialah ibu tunggal dan juga yang ada anak yang kurang upaya. Bolehkah kita mengadakan satu program khas untuk keluarga seperti ini dan mereka harus diberi keutamaan kerana saya rasa keluarga ini lah yang paling miskin.
Tuan Pengerusi buat masa ini tidak ada, tapi saya akan kaji. Ini satu cadangan mungkin saya rasa boleh dipertimbang. Tuan Pengerusi saya hendak sentuh tentang projek PBT. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan banyak memberi bantuan kepada pihak berkuasa tempatan, banyak cara kita menyalurkan bantuan kita kepada kerajaan tempatan dan kerajaan-kerajaan negeri. Saya ambil satu contoh geran tahunan untuk PBT untuk tahun 2008 di mana kita telah mengeluarkan RM236 juta untuk semua PBT. Selain daripada itu juga kita di bawah kementerian saya ada satu peruntukkan RM260 juta untuk dilakukan projek-projek kecil dan sebagainya untuk PBT. Inilah caranya kita beri bantuan kepada pihak PBT dan juga untuk kampung-kampung baru dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat Rasah bangkitkan tentang projek Jalan Temiang, projek di kampung baru Kampung Rahang, Kampung Rasah dan sebagainya. Ini sebenarnya dijalankan berperingkat-peringkat dan saya tidak pasti kerana Ahli Yang Berhormat pernah bangkit pada saya tentang Jalan Temiang. Saya rasa projek ini masih diteruskan mungkin dari segi teknikal mungkin dia ambil masa sikit lah.
Penjelasan. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya, saya tahu Yang Berhormat pernah mengatakan bahawa projek itu telah diluluskan sebab saya tanya dalam Dewan Undangan Negeri pun kata telah diluluskan dan akan siap pada bulan April nanti. Akan tetapi saya tengok projek itu belum dijalankan, saya hendak tahu sama ada peruntukan itu sudah disalurkan kepada PBT Seremban ke belum.
Tuan Pengerusi kalau sekiranya ini diumumkan memang akan disalurkan tetapi saya akan memantau projek inilah sama ada di peringkat mana saya akan kaji, akan siasat setakat mana dia dilaksanakan. Jadi...
Penjelasan. Jadi, sekira apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, jadi bahawa ini Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana dia terdapat RM220 juta yang wang itu semua adalah tertakluk kepada peruntukan Yang Berhormat Menteri. Jadi macam mana Yang Berhormat Menteri mengagihkan kewangan ini.
Tuan Pengerusi, bukan saya yang agihkan. Sebenarnya ia ada satu mekanisme untuk mengagihkannya seperti geran tahunan ini saya baca geran tahunan katakan Pulau Pinang ada RM10 juta geran tahunan dan sebagainya. Ini dia ada satu mekanisme ikut dia punya berapa majlis, berapa penduduk dan sebagainya, dia ada satu mekanisme maka dia ini peruntukan berterusan, dia bukan diagih tetapi mungkin projek-projek yang berlainan dia mungkin perlu permohonan tetapi geran ini ia diberikan secara berterusan tiap-tiap tahun. Tuan Pengerusi, saya hendak pergi ke Local Agenda 21 di mana Ahli Yang Berhormat bangkit tentang majlis harus dibuka kepada orang ramai, kepada pihak media. Ini adalah kerana bidang kuasa pihak majlis maka mereka, sebenarnya kita galakkan semua pihak berkuasa tempatan supaya apabila mereka bermesyuarat melibatkan pihak orang ramai dan sebagainya maka ini terpulang kepada tiap-tiap majlis berkuasa tempatan. Namun pada kita pihak berkuasa tempatan kita melibatkan orang ramai dari segi local agenda kita memang kita harap boleh melibatkan pandangan dan saranan orang ramai, maka dia akan dapat memperbaiki prestasi mereka dari semasa ke semasa.
[Bangun]
Inilah sebabnya kita adakan star rating. Star rating sebenarnya diwujudkan untuk kita bekerjasama dengan pihak MAMPU di mana kita pecah pentadbiran dan semua susun atur pihak berkuasa tempatan kepada kalau tidak silap saya lebih daripada 320 komponen dan setiap komponen diberi markah. Maka, apabila pihak MAMPU dan pegawai dari Kementerian Perumahan sendiri akan buat tinjauan, assessment maka dia akan beri satu markah maka dia akan dirate ikut
bintang. Dari satu bintang hingga ke lima bintang, kalau empat ke lima bintang kira cemerlanglah. Kalau satu bintang itu dia memang tidak memuaskan.
Minta penjelasan. Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang tahu bahawa pihak KPKT tidak mempunyai kuasa begitu banyak ke atas PBT, tetapi sekurang-kurangnya saya ingat KPKT boleh melakukan pindaan kepada Akta Kerajaan Tempatan kerana mengikut memang ada satu seksyen yang mewajibkan semua PBT itu kena membuka mesyuarat full council nya kepada orang ramai. Akan tetapi dalam seksyen tersebut dia ada dikecualikan sekiranya PPT itu hendak close door meeting. Namun saya rasa dalam zaman ini kita hendak semua hendak transparency. Kalau sidang Dewan Rakyat boleh buka kepada orang ramai, sidang Dewan Undangan Negeri boleh dibuka kepada orang ramai, apatah lagi sidang full council. Sekarang full council pun tidak boleh buka kepada orang ramai sebab banyak negeri saya ingat tidak buka kepada orang ramai. Saya harap KPKT, pihak Menteri boleh melakukan sesuatu ke dalam Dewan ini supaya mewajibkan semua PBT mesyuarat full councilnya kena buka kepada orang ramai untuk dilihat dilaporkan oleh pihak media dan mengetahui apakah keputusan yang di ambil oleh pihak majlis. Terima kasih.
Sebenarnya pihak berkuasa tempatan ini adalah mereka mempunyai autonomous dia mempunyai hak mereka sendiri. Maka mereka boleh buat keputusan berdasar kepada keadaan mereka. Jadi pihak kementerian cuma boleh memberi nasihat dari segi technicality dan sebagainya. Buat masa sekarang saya rasa ini bukan jadi satu masalah yang cukup serius untuk perlukan kita pinda untuk undang- undang. Dari segi pinda undang-undang, Kerajaan Persekutuan kalau dia hendak meminda undang-undang bukan boleh buat sewenang-wenangnya. Ini harus mendapat satu persetujuan dalam Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan di mana ini juga satu mekanisme di wujud di bawah perlembagaan di antara Perlembagaan Kerajaan Persekutuan dengan Perlembagaan Negeri. Sebarang permintaan perlu dapat satu persetujuan di Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan. Sekiranya ada permintaan maka dia akan dapat membuat satu keputusan untuk meminda sebarang perlembagaan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dengan pihak berkuasa tempatan. Buat masa sekarang ini tidak ada cadangan yang demikian.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri saya rasa ini bukan masalah serius tidak serius.
Ini adalah komitmen bahawa sama ada kita hendak menjalankan sistem pentadbiran kita secara telus, secara accountable atau secara terbuka. Memang PBT tak akan minta untuk dibuka, mereka hendak tutup semua. Ini saya rasa ialah cadangan kita, cadangan Ahli Parlimen untuk membuka supaya pihak KPKT melakukan sesuatu serta mewajibkan semua PBT itu kena lebih terbuka. Kalau hendak tunggu mereka buat cadangan memang mereka tak akan buat cadangan. Mereka hendak tutup semua kalau boleh, mereka tak mahu beritahu orang ramai. Semua buat keputusan di dalam dinding yang tertutup. Jadi saya harap pihak KPKT, mengambil cadangan ini supaya mewajibkan semua PBT ini perlu buka kepada orang ramai khasnya mesyuarat full-council mereka, terima kasih.
Tuan Pengerusi akhirnya saya...
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sikit? Ahli majlis ini adakah ia tertakluk di bawah kerajaan negeri? Dalam sama ada kita hendak membuka atau menutup mesyuarat penuh ini.
Ya kerajaan negeri.
Adakah ia tertakluk di bawah kerajaan negeri atau pun bagaimana? Minta penjelasan.
Memang ini hak kerajaan negeri. Hak kerajaan negeri. Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh tentang isu sisa pepejal. Jadi, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Akta 67(2) dilaksanakan bagi mewujudkan satu sistem pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan menyeluruh di seluruh negara. Ini bagi memastikan urusan berkaitan perancangan dan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam berjalan dengan lancar dan berkesan. Jadi tadi, ada ramai Ahli Yang Berhormat bahas tentang sisa pepejal ini termasuk Ahli Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Langkawi. Sebenarnya, saya perlu jelaskan...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah sikit? Terima kasih.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tidak sempat diberi peluang untuk berbahas dalam peringkat Jawatankuasa. Saya telah kemukakan satu soalan tentang tapak pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang dan dijawab oleh Timbalan Menteri, dikatakan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Melaka dengan projek yang dikatakan dengan teknologi Jepun iaitu plasma punya tidak akan diluluskan tetapi akan diluluskan sebagai satu projek landfill. Akan tetapi dengan teknologi yang akan mengelakkan bau busuk dan lain-lain yang mencemarkan alam sekitar. Saya ingin betulkan keadaan iaitu tapak pengurusan sisa pepejal yang sedia ada di Melaka iaitu di kawasan Kelubung ini. Timbalan Menteri yang menjawab bahawa memang masih boleh menjalankan fungsi dalam masa tiga tahun. Saya ingat maklumat ini yang tidak betul yang sebenarnya tapak itu memang sudah sampai tahap yang memang tidak boleh muat lagi sehingga bulan Jun tahun ini. Akan tetapi projek baru itu tidak dapat dilaksanakan sebab itu terpaksa Kerajaan Negeri Melaka membuat pengembalian tanah di sebelah itu untuk sementara. Saya juga ingin menggulung kepada Yang Berhormat Menteri iaitu di sebelah Bukit Kerubung ini tapak yang sedia ada ini ada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chabau dan juga terdapat saya ingat jika tidak salah melebihi 1,000 buah rumah iaitu perumahan yang di hampir bercampur...
Yang Berhormat, Menteri mahu berucap Yang Berhormat.
...Sudah berapa tahun mereka terpaksa dengan keadaan berbau busuk dan juga udara yang telah di cemar. Oleh sebab itu, saya harap jika Yang Berhormat Menteri dapat memandang serius dengan permohonan Kerajaan Negeri Melaka supaya projek baru iaitu landfill yang baru ini yang dikatakan dengan dalaman tidak ada kediaman yang lebih dekat yang dapat dicepatkan. Kalau jika kita kena tunggu...
Yang Berhormat.
...Kalau kita tunggu lagi tiga tahun memang tidak adil untuk semua penduduk berhampiran, terima kasih.
Tuan Pengerusi memang kita akan tutup tempat pelupusan yang sedia ada dan kita akan buka satu tempat pelupusan yang baru iaitu di Sungai Udang dan proses tender pun telah dilakukan dan dijangka kita akan mula kerja mungkin tahun depan lah. Tempat pelupusan di Sungai Udang ini adalah berlainan dengan yang sedia ada, ia adalah jenis sanitary di mana ia akan dilengkapi dengan paip untuk menyalurkan sebarang cecair yang dinamakan leachate itu kemudian disalurkan kepada satu tangki tapisan di mana tidak ada bau busuk akan dikeluarkan. Ini kerana buat masa sekarang kita menunggu tempat pelupusan di Sungai Udang ini disiapkan maka kita masih perlu menggunakan tempat pelupusan yang sedia ada itu. Akan tetapi ia akan ditutuplah sebaik saja di Sungai udang ini siap dibina dan boleh
digunakan. Tuan Pengerusi, sebenarnya Akta Sisa Pepejal ini, ia tidak boleh dihubung kaitkan dengan konsesi penswasta. Sebenarnya akta ini diwujudkan kerana terdapat satu keadaan di mana keadaan sisa pepejal ini telah mencapai kepada satu tahap yang cukup mencabar. Ini kerana mengikut perkembangan kemajuan negara kita, sisa pepejal kita di mana kandungannya juga menjadi rumit. Pada masa dahulu kebanyakannya makanan dan sebagainya, tetapi sekarang plastik kemudian ada bahan kimia sehingga ada toksik yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh kilang-kilang. Maka untuk pihak berkuasa tempatan mereka sudah tidak ada keupayaan untuk mengendalikan tugas ini. Saya ambil contoh di mana kalau ikut cukai taksiran yang dikutip oleh pihak berkuasa tempatan. Saya ambil contoh di Negeri Sembilan, Jelebu di mana cukai taksiran yang diterima satu tahun ialah RM1.4 juta sedangkan yang digunakan untuk pembersihan dan pengendalian sisa pepejal itu adalah RM1,040,000 telah menelan perbelanjaan 73%. Maka habis keseluruhan kutipan daripada cukai taksiran ini akan digunakan untuk pembersihan pengurusan sisa pepejal. Kedua, buat masa sekarang kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan ini memang tidak mencapai kepada piawai yang dikehendaki. Buat masa sekarang di seluruh negara ada 261 buah tempat pelupusan, di mana apabila pihak berkuasa tempatan kutip sisa pepejal ini mereka hantar ke tempat pelupusan ini. Salah satu daripada Ahli Yang Berhormat Kota Melaka bangkitkan ya, mereka cuma hantar ke sana sahaja tanpa membuat sesuatu. Jadi, tempat itu semakin hari semakin menjadi bukit sampah. Di mana ia dipenuhi dengan bahan-bahan yang kadang kala tidak sihat, ditanggung dengan machine gas dengan izin. Jadi, ini akan menjejaskan bahaya kesihatan orang yang duduk berhampiran dengannya iaitu di Kota Melaka ada tempat sekolah yang berhampirannya dengannya. Maka Kerajaan Persekutuan berasa adalah sudah sampai masanya adalah pihak persekutuan untuk mengambil alih tugas ini. Buat masa sekarang kita perlu tutup sebanyak 111 tempat pelupusan di mana ia tidak boleh digunakan lagi seperti mana keadaan yang berlaku di Kota Melaka. Sebanyak 150 kawasan masih digunakan lagi tetapi keadaan pun tidak begitu memuaskan dan ia perlu di naik taraf, kemudian sebanyak 10 kawasan lagi perlu di bina baru seperti di Sungai Udang. Jadi, inilah keadaannya dan untuk kemudahan ini sahaja ia perlu peruntukan yang banyak. Satu tempat pelupusan kadang kala, macam di Sungai Udang sebanyak RM25 juta. Jadi, pihak berkuasa tempatan memang ia tidak mampu dari segi kewangannya. Kalau kita katakan juga incinerator, kos ia lebih tinggi lah sampai RM100 juta. Sememangnya pihak berkuasa tempatan ia tidak mampu untuk mengendalikan tanggungjawab untuk mengendali sisa pepejal ini.
Akan tetapi sebelum akta ini digubal, memang pihak kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, kita ada swastakan di Selangor, Pahang, diswastakan kepada Alam Flora dan kemudian di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diswastakan kepada Southern Waste. Kemudian di utara, E-Idaman dan sebagainya, tetapi bermula kerjanya cuma dilakukan secara interim iaitu mula menjalankan kegiatan pembersihan ini adalah Alam Flora di wilayah tengah, kemudian Southern Waste di Johor di selatan. Jadi yang lain masih belum menjalankan operasi mereka sepenuhnya. Ini tidak ada hubung kait dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana pada masa itu telah diswastakan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada syarikat ini. Jadi sekarang ini bila akta ini digubal, kita kena tubuh satu Jabatan Sisa Pepejal untuk mengendalikan segala kutipan sisa pepejal dan pembersihan, maka kita kena terima apa yang perlu diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri dalam kontrak penswastaan pada masa yang dahulu kita kena ambil alih, maka orang kaitkan kementerian ini atau akta ini dengan konsesi penswastaan. Sebenarnya dia ada dua perkara yang berlainan, di mana Jabatan Sisa Pepejal ini ditubuhkan untuk mengambil alih semua kerja pembersihan dan pengutipan sisa pepejal dan kemudian kemudahan untuk mengendalikan sisa pepejal ini. Jadi dia kena ambil alih semua tugas termasuk konsesi yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri dan juga
kontraktor-kontraktor yang kecil-kecil, yang pada masa dahulu itu dilantik oleh pihak berkuasa tempatan. Jadi akta ini walaupun telah lulus di Parlimen, tetapi ia belum dikuatkuasakan sepenuhnya kerana dari segi perundangan kita masih perlu kuatkuasakannya dengan perundangan yang lebih halus, maka kita masih dalam proses berunding dengan pihak Jabatan Peguam Negara, dengan pihak EPU untuk menghalusi perundangan ini, maka kita harap akan dikuatkuasakan pada tahun depan. Buat masa sekarang sebenarnya kita belum mula kerja. Jadi kalau ada aduan bahawa kita tidak lakukan kerjanya dengan baiknya, maka itu tidak benar kerana akta ini perlu dikuatkuasakan sebelum kita boleh memulakan kerja oleh Jabatan Sisa Pepejal dan kita jangka tahun depan kita akan mulakan kerja kita untuk ambil alih kerja-kerja penyelenggaraan sisa pepejal dan pembersihan awam ini. Jadi Tuan Pengerusi, saya rasa setakat ini sahaja.
Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, betulkan saya kalau saya silap. Saya membaca laporan mengatakan bahawa Akta Pengurusan Sisa Pepejal ini akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, apakah ini benar. Perkara kedua, bolehkah atau sediakah kementerian menjadikannya satu dokumen umum, perjanjian di antara pihak kementerian dengan ketiga-tiga pihak konsesi ini, syarat-syarat bagi kontrak atau perjanjian di antara kementerian dengan konsesi, sebab saya sangat risau Akta Pengurusan Sisa Pepejal ini ada memperuntukkan bahawa menteri boleh menetapkan kadar dan meminta konsesi ini atau perbadanan untuk mengenakan caj- caj dan fi-fi bagi pengurusan sisa pepejal pada masa akan datang ini. Jadi inilah kerisauan saya. Ia diperuntukkan dan setakat ini sejauh manakah pihak kementerian ada mengadakan kempen atau menyebarkan maklumat berkenaan kandungan Akta Pengurusan Sisa Pepejal ini, sebab dalam akta ini banyak kandungan larangan-larangan. Individu tidak boleh menstorkan sisa pepejal kawalan isi rumah mereka atau mengalihkannya. Jadi saya pohon jawapan sebab saya sangat risau kalau Akta Pengurusan Sisa Pepejal itu memang benar akan dikuatkuasakan 1 Januari ini seperti yang dilaporkan, saya rasa orang ramai tidak ada maklumat, tidak ada kesedaran ini, mereka akan dikenakan tindakan
Ya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sebenarnya 1 Januari ini adalah satu tarikh yang saya beri satu cabaran kepada Jabatan Sisa Pepejal ini kerana sejak akta ini digubal di Parlimen, sudah satu tahun masih tidak boleh dikuatkuasakan. Saya hendak jelaskan di sini sebenarnya tidak ada penglibatan orang ramai. Orang ramai tidak perlu bayar bayaran kepada syarikat konsesi dan sebagainya, tidak ada. Sebenarnya apa yang berlaku ialah kita akan ambil alih kerja-kerja pengurusan sisa pepejal daripada pihak berkuasa tempatan dan sekarang ini pihak berkuasa tempatan, mereka ada kutip cukai taksiran daripada penduduk-penduduk. Jadi dari segi akaun mereka kita katakan berapa peratus kalau sekarang katakan satu pihak berkuasa tempatan, katakan Majlis Bandaraya Ipoh atau Majlis Bandaraya Tampin, Melaka dan sebagainya – berapa peratusan dia gunakan. Katakan saya ambil contoh, katakan Kota Melaka, ia buat masa sekarang RM29,000,500 digunakan untuk pembersihan dan pengurusan sisa pepejal. Ia dari segi RM74 juta yang dikutip dari cukai taksiran. Maka kita kata itu kalau undang-undang kita dikuatkuasakan, bahagian itu akan diuruskan oleh pihak Jabatan Sisa Pepejal. Maka rakyat masih sama, dia bayar cukai taksiran yang sama, dia tidak ada tokok- tambah, tidak ada. Cuma bahagian yang diguna untuk pengurusan sisa pepejal yang dahulu yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan itu, ia sekarang disalurkan kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal.
Sebenarnya wang ini tidak mencukupi. Buat masa sekarang kita banyak memberi subsidi kepada pihak berkuasa tempatan dari segi sisa pepejal untuk pengurusan sisa pepejal, kerana ini memang ada satu bidang yang cukup menelan perbelanjaan. Buat masa sekarang, Kerajaan Pusat telah memberi bagi negeri Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tiap-tiap tahun kita perlu beli RM61 juta untuk menampung ketidakcukupan. Jadi tidak ada beban akan dikenakan kepada rakyat. Pada saya tidak ada perkara yang harus dirahsiakanlah. Sekiranya ada apa-apa konsesi, ada apa-apa perjanjian ditandatangani, saya rasa ia adalah satu seperti mana dokumen yang biasa. Ia sebenarnya tidak ada. Rundingan kita cuma dengan pihak berkuasa tempatan sahaja dan kita ada perjanjian dengan mereka. Itu sahaja. Tidak ada masalah yang besar, tidak ada perkara yang kita hendak selindung. Pihak berkuasa tempatan pun tahu kita kena runding bersama, kita katakan, okey, kita katakan, “Buat masa sekarang kamu gunakan berapa untuk pengurusan sisa pepejal ini”, maka bahagian itulah disalurkan kepada kita. Yang tidak cukup akan ditampung dan selalunya ia tidak cukup akan ditampung oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Itu sahaja.
Saya tidak tahu pihak Yang Berhormat Menteri ada membaca Akta Pengurusan Sisa Pepejal, seksyen 30 dengan jelasnya memperuntukkan menteri boleh menetapkan kadar atau caj atau fees yang hendak dibayar oleh pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain. Saya risau kalau pihak berkuasa tempatan kata kita tidak mempunyai kutipan yang mencukupi, mereka akan menaikkan cukai taksiran pada masa itu dan pihak kementerian dengan senang kata, “Oh, itu cukai taksiran tidak ada kena-mengena dengan kita.” Jadi apabila pihak kementerian mengenakan fi yang tinggi ke atas pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa tempatan tidak mampu membayarnya, ia akan menaikkan cukai taksirannya. Itu persoalannya. Saya hendak tahu selepas penguatkuasaan akta ini, apakah tanggungjawab atau tanggungan kos oleh konsesi ini?
Apakah apabila konsesi ini diluluskan dan pengurusan sisa pepejal menurut syarat-syarat perjanjian ini, apakah sumbangan yang akan diberikan oleh perbadanan ataupun jabatan ini. Saya melihat butiran di dalam bajet memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion. Apakah ini tambahan kepada RM1 bilion launching grant untuk perbadanan sebelum ini? Ini saya pohon penjelasan.
Tuan Pengerusi, yang pertama, kuasa untuk menaikkan cukai taksiran adalah pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan adalah autonomous - dia memang ada kuasanya, tidak ada sesiapa pun boleh memaksa mereka menaikkan kadar taksiran. Itu saya perjelaskan. Kementerian saya pun tidak boleh memaksa mereka. Itu terpulang kepada mereka. Sebenarnya kita tidak terlibat dalam kenaikan kadar taksiran ini. Kedua, bukanlah syarikat konsesi yang akan mengendalikan. Sebenarnya Jabatan Sisa Pepejal yang akan mengendalikan segala pembersihan, penyelenggaraan dan sebagainya. Syarikat konsesi adalah syarikat yang dilantik oleh Jabatan Sisa Pepejal ini untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan. Ia masih di bawah kawalan Jabatan Sisa Pepejal. Bagi seseorang Menteri menentukan kadar itu, memang dalam undang-undang perlu ada satu klausa tetapi Menteri tidak menaikkan kadar mengikut sesuka hatinya. Ia memang ada sesuatu mekanisme. Buat masa sekarang memang Kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan banyak peruntukan untuk mengambil alih semua kemudahan ini. Saya cuma lihat, yang tadi saya katakan 261 tempat pelupusan itu akan menelan perbelanjaan yang banyak. Jadi, tidak ada niat yang tidak baik untuk Kerajaan Persekutuan untuk menganiaya pihak berkuasa tempatan atau rakyat. Tidak ada. Sebenarnya ini adalah satu masalah yang cukup mendesak. Kalau kita tidak mengambil tindakan secepat mungkin, mungkin ia akan menjadi masalah. Mungkin 261 tempat pelupusan sisa pepejal tadi menjadi satu ancaman yang cukup besar kepada kesihatan rakyat negara kita. Jadi akta ini sebenarnya diwujudkan untuk mengatasi masalah seperti ini. Untuk
melaksanakannya memang ada masalah teknikal, masalah penyesuaian dan sebagainya tetapi ia bukan untuk tujuan yang tidak baik. Saya perlu jelaskan di sini.
Sudah habis, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, akhir kata saya...
Tuan Pengerusi, saya minta izin sebab tadi saya tidak sempat diberi peluang untuk bahas.
Sekarang isu yang baru, Yang Berhormat.
Satu isu sahaja.
Mesti isu yang berkaitan.
Berkaitan dalam laporan. Saya minta kalau diizinkan saya boleh bertanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tentang tribunal tuntutan pembeli rumah. Tadi saya dengar dalam jawapan oleh Yang Berhormat Menteri tidak sentuh kerana tiada Ahli Yang Berhormat yang bangkitkan perkara ini. Saya baca dalam laporan ini...
Kalau tidak dibangkitkan Yang Berhormat, jangan bangkitkan sekarang.
Kalau diizinkan, kalau tidak saya tidak.
Tidak payahlah, Yang Berhormat.
Okey, terima kasih.
Minta maaf, sebelum itu. Maaf Yang Berhormat Menteri. Mengenai RM1 bilion launching grant sebelum perbadanan, yang sekarang ini peruntukan RM1.4 untuk pengurusan sisa itu termasuk tambahan untuk perbadanan, tadi saya ada tanyakan soalan tambahan.
Bukan, launching grant ini kita kena tubuhkan pusat- pusat pejabat cawangan di seluruh negara. Kita kena mengambil kakitangan dan sebagainya untuk launching grant untuk kemudahan pejabat dan sebagainya perlu diadakan. Peruntukan sebanyak RM1.4 bilion ini kebanyakannya digunakan untuk tempat pelupusan, di tempat-tempat yang saya katakan tadi sebanyak 261. Kebanyakannya ia digunakan untuk tempat pelupusan sisa pepejal yang begitu mendesak itu. Launcing grant dengan yang itu adalah berlainan. Itu yang saya perlu jelaskan. Tuan Pengerusi, saya rasa setakat itu sahajalah jawapan saya. Saya minta maaf, kalau yang tidak dapat dijawab dengan lengkap, saya mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh hubungi pejabat saya pada bila-bila masa dan mungkin saya boleh jawab dengan secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih di atas semua saranan, cadangan serta nasihat dan saya ambil sebagai satu rujukan kepada kementerian saya untuk memperbaiki prestasi kita dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,394,997,500 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,394,997,500 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,529,088,000 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,529,088,000 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Penerangan yang dijadualkan di nombor 23 dikebelakangkan ke nombor 26 dan digantikan dengan Kementerian Pertahanan dalam susunan giliran Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.44 [Jadual] - Maksud P.44 [Anggaran Pembangunan 2009] -Motion
Ahli-ahli Yang Berhormat, kepala bekalan B.44 dan kepala Pembangunan P.44 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan terbuka untuk dibahas. Silakan Yang Berhormat Sri Gading.
Salam sejahtera, selamat petang dan selamat malam. Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya mengambil bahagian di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Saya amat berbahagia kerana Yang Berhormat Menterinya berada bersama-sama dengan kita pada petang ini. [Tepuk] Sebuah kementerian yang penting yang dianggarkan peruntukan sebanyak RM686, 957,000 bagi tahun 2009. Oleh sebab masa yang terhad, sebenarnya saya ada tiga perkara yang hendak saya kemukakan tetapi saya mahu memberikan penekanan kepada satu perkara berkaitan dengan Butiran 080000 - Perpaduan dan Integrasi Perkauman, yang juga menyentuh tentang Butiran 080400 - Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri sekali gus bertanya kepada kerajaan apakah usaha perpaduan di kalangan kaum telah mencapai matlamat dan sasarannya. Apakah usaha kerajaan selama ini yang sentiasa hendak memupuk perpaduan antara kaum di negara ini sampai kepada matlamatnya? Tuan Pengerusi, kita sebenarnya amat berbahagia di negara ini melalui kerjasama Perikatan di waktu kita sebelum merdeka dan selepas merdeka, sebelum 1963 dan selepas itu disambung dengan perpaduan yang diasaskan oleh UMNO, MCA dan MIC dalam Perikatan dilanjutkan kepada perpaduan dari kalangan parti-parti politik dalam negara ini yang membentuk Barisan Nasional.
Kerajaan tidak berhenti-henti berusaha, berusaha, berusaha untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Kita terhutang budi kepada kepimpinan dahulu yang diwakili oleh UMNO Melayu, yang diwakili oleh MCA Cina, yang diwakili MIC India. Kita merasa bahagia dengan kepimpinan-kepimpinan dahulu yang dapat menjalin kerjasama yang erat sehingga dengan perpaduan itulah kita majukan negara, kita bangunkan negara, alhamdulillah. Tuan Pengerusi, saya pernah bekerja dengan Yang Amat Berhormat Allahyarham Tun Hussein Onn selaku wakil peribadinya. Beliau mendidik saya, mengajar saya bahawa musuh negara ini lima. Musuh negara yang lima ini masih kekal sehingga ke hari ini. Kerajaan sentiasa memerangi lima musuh negara ini untuk menentukan rakyat negara ini
hidup dalam keadaan aman, harmoni dan berbahagia dalam kelangsungan kehidupan kita dalam sebuah negara. Kerajaan amat menentang: (i) komunis; (ii) subversif; (iii) perkauman; (iv) dadah; dan (v) rasuah. Ini musuh negara. Sehingga ke hari ini, pemimpin-pemimpin kita sentiasa hendak membanteras musuh negara ini, tetapi sayang, seribu kali sayang. Sayang, seribu kali sayang warisan yang ditelurkan oleh kepimpinan-kepimpinan dahulu, hari ini nampaknya sudah mula retak di sana-sini. Sudah mula cakap-cakap yang tidak menjurus kepada perpaduan telah kedengaran di kalangan kita, sesama kita. Apakah keadaan ini mampu kita teruskan dan kalau kita biarkan, apakah negara ini akan menuju kepada matlamat selamat harmoni, rakyat dan negara? Tuan Pengerusi, sejak akhir-akhir ini, kita antara yang terbaru yang diusahakan oleh kerajaan, iaitu Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) di mana kita menyatukan rakyat, sambutlah Hari Raya Aidilfitri bukan untuk orang Islam dan Melayu semata-mata. Kita lawa, kita ajak segala kaum merayakannya. Kita sambut Tahun Baru Cina, bukan Cina semata-mata menyambut tahun baru ini. Kita ajak kaum Melayu, India dan segala kaum bersama-sama dengannya. Kita adakan perayaan Deepavali bukan hanya untuk kaum India tetapi kita ajak juga semua kaum bersama-sama. Kita ada sambutan Krismas, kita ada sambutan hari-hari Gawai dan sebagainya di Sabah dan Sarawak. Niat kita ajak semua rakyat bersatu tetapi sayang Tuan Pengerusi, kita membelanjakan beratus-ratus juta, nampaknya, matlamat ini telah pun gagal. Saya melihat, seperti baru-baru ini pemimpin MCA sendiri mempertikaikan ketuanan Melayu. Kenapa? Apa dosa orang Melayu yang hendak dipertikaikan kemelayuannya? Ketuanan Melayu bukan bermakna bangsa lain dalam negara ini menjadi hamba. Tidak! Malahan sebenarnya, ketuanan Melayu itu hanyalah simbol dalam sejarah negara ini yang tidak pula hendak menghina bangsa-bangsa yang lain. MCA kalah teruk dalam pilihan raya bulan Mac 2008 yang baru ini. Apakah kekalahan MCA, maka kekalahan itu hendak disalahkan kepada UMNO? Betapa UMNO yang menjadi tonggak kepada Barisan Nasional, walaupun MCA kalah, menteri empat orang tetap dilantik. Timbalan Menteri tetap dilantik. Apakah orang Melayu bersifat ketuanan sehinggakan mengetepikan orang Cina? Apa yang orang Cina mahu lagi dalam negara ini? Kekayaan! Segala-galanya telah diberi. Tidak ada rasa pun orang Melayu bahawa dia telah menghina bangsa lain. Tidak. Kenapa? Kalau parti komponen dalam Barisan Nasional sendiri bersifat biadab sebegitu, diterjemahkan oleh kepimpinan nombor duanya, apa, apa yang kita harapkan? Apa yang kita harapkan? Saya tidak tahulah MCA agaknya, dia mahu agaknya peta politik negara ini hendak berubah. Apakah pemimpin-pemimpin MCA, pemimpin-pemimpin GERAKAN, yang mengungkit- ungkit perkauman yang jelas anti kepada Melayu ini hendak kita biarkan. UMNO satu ketika dahulu, Dato’ Ahmad Ismail membuat sedikit ucapan yang menyinggung. Kita pecat! UMNO pecat! Tetapi MCA, apakah berani memecat kepimpinannya? Apakah GERAKAN berani memecat kepimpinannya? [Tepuk] Kenapa? Kenapa? Kalau orang UMNO silap sedikit, orang MCA, orang Cina melatah, orang lain melatah. Kalau Gerakan bercakap dengan perkara-perkara yang begitu kenapa tidak ambil tindakan? Saya harap ambil tindakan. Apakah berani kepimpinan MCA mengambil tindakan kepada pucuk pimpinannya yang biadab dan kurang ajar menyentuh tentang ketuanan Melayu ini. Saya berharaplah kepimpinan Barisan Nasional, UMNO, Ahmad Ismail, ampunkanlah dia balik! Kalau inilah sikap komponen kita yang tidak menunjukkan rasa kesetiaan dalam perpaduan kaum dalam negara ini, kenapa kita hendak menyusahkan orang UMNO yang sedikit membuat kesilapan? Inilah Tuan Pengerusi, saya kadang- kadang fikir Majlis Rumah Terbuka Malaysia ini dihapuskan. Tidak payahlah! Kalau sudah
di peringkat kepimpinan sendiri pun perpaduan tidak wujud, apa yang kita harap kepada orang-orang di bawah kepimpinan kita? Di mana? Di mana Tuan Pengerusi? [Tepuk] [Disampuk] Di mana hendak kita halakan negara kita kalau semua puak yang tertentu dalam komponen Barisan Nasional bercakap seperti parti pembangkang? [Tepuk] Ini PPP, tak sedar diri. Pasal sedikit, kata nak ugut keluar parti. Saya cadangkan PPP disingkirkan! Get out you daripada Barisan Nasional, sekarang juga! Kita peduli apa. Kini saya harap Tuan Pengerusi, minta maaflah. Minta maaf, saya bukan hendak menyinggung sesiapa. Akan tetapi saya amat cinta kepada perpaduan negara ini. Kalau masing-masing kita biarkan bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap parti, hendak popular dari segi kaum sendiri, menghiris hati orang lain, kita tidak akan sampai ke mana-mana. Ini, apa tindakan? Apa tindakan yang patut dibuat? Saya tak tahulah. Ini, saya minta maaf. Saya minta maaf. Oh, nampak UMNO ini lemah, orang nak buli, betul! Akan tetapi, UMNO lemah pun kerana ada sabotaj daripada rakan-rakan sendiri. Akan tetapi UMNO orang Melayu tidak pernah sabotaj! MCA bertanding dalam kawasan majoriti Melayu, menang!! Dalam kawasan saya, Dewan Negeri Parit Yani, majoriti Melayu saya tentukan, Melayu mesti menyokong MCA punya calon, pasal atas dasar perpaduan. Ini balasan, ini balasan. Kalau sudah kata hendak ketuanan Melayu, tidak payah lantiklah MCA jadi Menteri, Timbalan Menteri. MIC, PPP, tidak ada kerusi menang. Kita lantik dia jadi senator, lantik dia jadi anggota kerajaan. Tak sedarkah ini bagaimana toleratenya UMNO, orang Melayu dalam kepimpinan negara ini untuk menentukan perpaduan kaum yang mewakili kaum-kaum ini dapat duduk bersama-sama. Jadi ini Tuan Pengerusi, saya haraplah permainan-permainan yang berbahaya ini mesti diberhentikan dengan segera. Mesti diberhentikan dengan segera. Betul UMNO lemah tetapi jangan lupa, dalam Dewan Parlimen ini, bukan Melayu itu UMNO sahaja. Melayu juga dalam PAS.
Tiba masanya kalau diperlukan UMNO dan PAS boleh bergabung atas nama bangsa, atas nama agama, jangan lupa. Akan tetapi apakah permainan ini nak kita hidangkan kepada rakyat negara ini, jangan. Ini UMNO dan PAS ini carik-carik bulu ayam, macam kita kata mencencang air dia tidak akan putus. Memang kita kadang-kadang ada masalah, itu biasa, tapi nanti dari segi kepentingan bangsa dan agama, tidak mustahil. Dalam politik, tidak ada perkara yang mustahil. Saya nak ingatkan, jadi jangan nak cetuskan api perkauman yang seolah-olah Melayu ini menekan, Melayu ini menghina, Melayu ini begitu, Melayu ini. Saya nak tanya berapa ramai Melayu boleh beli tanah Cina? Mana ada Melayu beli tanah cina, tapi ratusan ribu hektar tanah orang Melayu, Cina beli. Berapa banyak tanah-tanah perumahan seluruhnya 90% orang Cina beli. Apakah orang Cina masih tidak puas? Dengan begitu sekali lembutnya orang Melayu yang jadi tunggak kepada negara ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya haraplah, saya nak beri amaran kepada pemimpin-pemimpin MCA, pemimpin-pemimpin GERAKAN, tolong berhentikan permainan api ini. Kalau DAP saya tak hairan, DAP saya tak hairan, memang kerja dia dan kalau dia tak kerja itu dia tak dapat sokongan, saya tahu. Akan tetapi parti komponen rakan kita yang selama ini satu kelambu, satu selimut yang kita belai, yang kita bela, sanggup menikam kita. Adakah ini persahabatan? Masa senang engkau peluk aku, masa susah kau nak terajang aku.
Dah habis?
Minta penjelasan ini sikit.
Apa nak penjelasan.
Belum habis lagi Tuan Pengerusi, dia bagi floor kepada saya, ini Yang Berhormat Sri Gading...
Tunggulah berucap Yang Berhormat.
Tak, tak ini pasal perpaduan ini Tuan Pengerusi.
Saya tahu.
Saya nak tanya sikit pandangan daripada Yang Berhormat Sri Gading, kita mendengar komponen-komponen Barisan, sahabat-sahabat kita sentiasa memberi ultimatum kepada UMNO. Apa pandangan Sri Gading kalau UMNO keluar daripada Barisan Nasional? Sebab Barisan Nasional ini adalah gabungan parti-parti the willing correlation. Kalau UMNO keluar daripada Barisan Nasional bergabung dengan PAS dan juga elemen-elemen Melayu dalam PKR, apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading?
Saya tidak begitu ekstrem, UMNO tonggak Barisan Nasional dulu Perikatan, kita tetap setia, kita tetap dengan pendirian kita. Ini kerana tunggak perpaduan ini ada di tangan Melayu. Kita orang Melayu tidak sekali-kali nak merombak perpaduan yang sedia ada. Ipoh Timur kalau mungkinlah Tuan Pengerusi sedikit sebanyak luahan rasa hati. Minta Yang Berhormat Menteri dapat menjawab. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi 080000 - Jabatan Perpaduan Negara. Siapa sangka bahawa selepas tahun lalu, apabila kerajaan belanja RM100 juta untuk meraikan 50th Anniversary Kemerdekaan negara, hari ini kita dengar ucapan daripada Yang Berhormat Sri Gading yang bukan saja mengecam rakan- rakan UMNO dalam Barisan Nasional sebagai biadab, sebagai kurang ajar, kita mendengar suara-suara Melayu bersatu padu. Itulah apa yang kita tidak mahu. Ini rakyat Malaysia, Malaysia satu negara yang berbilang kaum, yang berbilang bangsa. Kita mahu rakyat Malaysia bersatu padu, bukan satu kaum, Melayu atau Cina atau India atau Iban atau Kadazan Unite, Malaysian Unite, dan bukan Malays Unite, Chinese Unite, Indians Unite itulah Kadazan Unite, atau Iban Unite, kenapa? What has gone wrong? Apa yang sudah salah dan itulah sebab mengenai konsep yang ada di kemukakan, menjadi kontroversi ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu, kita tidak bersetuju dengan konsep ketuanan Melayu bukan oleh sebab kita menentang orang Melayu atau kita tidak menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai kedudukan Raja-raja Melayu, mengenai kedudukan khas orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Semua itu kita terima, tetapi Ketuanan Melayu itu, konsep yang lain. Ketuanan Melayu tidak ada dalam Perlembagaan. Inilah satu perkataan yang menjadi popular baru- baru ini, tak lama, beberapa tahun ini, dan sebab itu adalah ketuanan apabila perkataan ketuanan Melayu; ada tuan ada hamba...
Ha ini point of order.
Ada tuan, ada hamba.
36 (6), tidak benar [Dewan riuh] Saya object!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Ipoh Timur, Ketuanan Melayu tidak merujuk kepada tuan dan hamba. Ketuanan Melayu ialah dari segi sejarah bahawa negara ini memang negara Melayu, kesultanan Melayu, bangsa Melayu, bukan soal kita hendak menghambakan kaum lain. Tak ada.
36(10)(b) Perkataan- perkataan membangkitkan perasaan orang...
Kenapa perasaan, saya tidak menentang orang Melayu.
Ini tidak benar, Tuan Pengerusi tolong, point of order ini, bangunlah point of order saya, saya point of order, duduklah dahulu.
Ipoh Timur duduk.
Ini tidak benar. Duduk dulu!
Point of order, Yang Berhormat.
Duduklah dulu! Kurang ajar betul kau, duduklah dulu!
Yang Berhormat point of order. [Dewan riuh]
Duduklah dulu! Point of order, apa ini?
Tuan Pengerusi boleh panggil duduk, you mana boleh panggil duduk. [Dewan riuh]
Point of order, bagi saya ulas.
Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dulu.
Saya minta tarik diri, orang Melayu tidak mahu dalam Ketuanan Melayu, konsep mengatakan bahawa Cina hamba, Melayu tuan, tidak! Saya nak Yang Berhormat tarik diri, tarik perkataan itu, tidak benar. Orang Melayu tidak mengatakan bahawa orang Cina itu hamba, sekarang...
Ini salah guna fakta...
... Yang Berhormat tuduh bahawa orang Melayu mengatakan orang Cina hamba, kita tak nak kata begitu. Ini DAP cuma nak mengaitkan perkauman, ini sikap perkauman ini. 36(10)(c) Perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit hati bermusuhan antara satu kaum... Yang Berhormat boleh buat ruling. Tuan Pengerusi, dia katakan konsep ketuanan Melayu, dia kata orang Melayu mahu Cina jadi hamba, itu tidak benar. Apa yang DAP kata itu, saya nak tarik diri, tarik perkataan itu.
Yang Berhormat.
Tidak boleh, Melayu tidak mengatakan bahawa Cina itu hamba kepada kami. Tidak!
Yang Berhormat saya buat...
Mengapa buat tuduhan yang tak betul kepada orang Melayu?
Tunggulah Yang Berhormat.
Hansard, betul tak beliau menuduhkan dalam konsep Ketuanan Melayu, beliau mengatakan orang Melayu mahu orang Tionghua menjadi hamba, tidak benar.
Tidak benar.
Kalau benar mengapa kemerdekaan kita bagi kewarganegaraan kepada orang Tionghua. Macam mana...
Saya dengar.
...Ipoh Timur kata begitu.
Saya dengar Yang Berhormat.
Tak benar, tarik diri, tarik perkataan itu, tidak benar. Orang Melayu anggapkan orang Tionghua sama sekeluarga dengan kita, bukan ada hamba dengan tuan di negara ini, ini rekod betul.
Saya ingat Yang Berhormat jangan gunakan perkataan yang mengatakan kalau dalam konsep Ketuanan Melayu ini ada hamba ada abdi, Yang Berhormat. Ini memang tidak betul Yang Berhormat. Tak ada pun tertulis macam mana Yang Berhormat sebut juga, tak ada pun Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan. Jadi benda yang tidak ada tu jangan diada-adakan Yang Berhormat ya?
Itu dalam Perlembagaan dan apa yang kita mahu,kenapa semua tak boleh terima, ketuanan rakyat Malaysia, bolehkah? Relakah menerima konsep Ketuanan Rakyat Malaysia?
Saya nak tarik dulu, Yang Berhormat 36 (10)(c) saya nak Yang Berhormat tarik dulu, tarik dulu. [Dewan riuh] Betul Yang Berhormat, tengok Hansard esok. Tuan Pengerusi tengok Hansard esok adakah benar Yang Berhormat Ipoh Timur menuduhkan kata Melayu mengatakan Cina hamba. Saya kata tak benar, itu tuduhan yang melanggar peraturan 10(c).
Yang Berhormat memang kalau Yang Berhormat pun selalu buat cakap tarik itu, orang pun ada buat cakap tarik juga Yang Berhormat.
Tarik, tarik!
Saya mahu teruskan.
Kalau tidak esok saya minta Tuan Pengerusi tengok dalam Hansard, sahkan dia tarik.
Ini persoalan hamba abdi Yang Berhormat.
Ini bererti, inilah persepsi-persepsi, tidak boleh lari daripada itu.
Yang Berhormat ...
Tak boleh lari daripada itu.
Apa persepsi tidak benar. Ini yang DAP mainkan sifat perkauman. [Dewan riuh]
Orang Melayu tidak pernah kata bangsa lain hamba, tidak pernah. [Dewan riuh]
Ini tuduhan.
Ini tuduhan jahat daripada DAP.
... Ketuanan Rakyat Malaysia...
Tariklah...
Yang Berhormat, Yang Berhormat persoalan bukan ini Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Berkongsi kuasa...
...Itu hal mereka, putar belit.
Tidak, tidak Yang Berhormat, ini bukan putar belit. Yang Berhormat sendiri yang sebut tadi. Interpretasi...
Ya, interpretasi mereka yang mereka mahu berikan itu hal mereka.
Interpretasi Yang Berhormat dengan Ketuanan Melayu ini orang Melayu sahaja master and then orang lain abdi, ini tidak ada Yang Berhormat. Jangan...
Tidak ada sesiapa yang meragui atau menyoalkan pucuk pimpinan di negara kita orang Melayu. Tidak ada sesiapa yang meragui atau mencabar. Tetapi kenapa sampai sekarang kita tidak boleh menerima konsep Ketuanan Rakyat Malaysia? Kenapa?
Bukan, Yang Berhormat Ipoh Timur hendak sebut Ketuanan Rakyat Malaysia, sebutlah. Akan tetapi jangan sebut Ketuanan Melayu seolah-olah bangsa lain...
Tadi, perkara tadi menuduh seolah-olah orang Melayu mengandaikan orang Tionghua sebagai hamba Melayu, sebagai tuan. Kita orang Melayu tidak bersikap begitu. Itu tuduhan melulu...
Ketuanan Rakyat Malaysia.
Mana? Tarik dahulu Yang Berhormat, sebelum beralih kepada yang lain.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya minta Yang Berhormat buat ruling kalau tidak tengok balik Hansard besok.
Saya tidak akan tarik balik apa-apa, you check Hansard esok.
Okey Yang Berhormat, saya minta check Hansard esok adakah benar Yang Berhormat Ipoh timur menuduh...
Saya tidak....
... Orang Melayu dalam konsep Ketuanan Melayu menuduh orang Cina hamba.
...kata... hamba, tidak ...konsep...
Kalau betul ada ruling tarik balik di bawah 36(10)(c). Setuju Tuan Pengerusi? Kalau setuju saya duduk.
You tengoklah Hansard esok.
Tengok Hansard besok kalau benar saya minta Yang Berhormat Ipoh Timur tarik balik.
Apa yang saya mahu ialah kenapa kita tidak rela menerima konsep Ketuanan Rakyat Malaysia dan itulah....
Tuan Pengerusi, ini 36(10)(c), tunggu dahulu ruling. 36(10)(c) kalau benar Yang Berhormat mengatakan bahawa menuduh Melayu itu dalam Ketuanan Melayu mengatakan Melayu menganggapkan Cina itu hamba, saya minta ditarik. Orang Melayu tidak pernah mengatakan begitu.
You check Hansard.
On record itu penting Yang Berhormat. Kalau tidak melanggar peraturan 36(10)(c).
Kita tengok Hansard esok Yang Berhormat.
Tomorrow we see Hansard.
Terima kasih.
Jangan buang masa. Itulah, kenapa ini menjadi satu isu yang memecahbelahkan rakyat? Kalau kita semua boleh menerima konsep Ketuanan Rakyat Malaysia, ini pun menunjukkan bahawa pembinaan negara kita lebih mature, lebih matang. Sebab itu oleh kerana begitu banyak masalah mengenai perpecahan negara kita. Masanya sudah sampai kita perlu ada National Unity Consultative Council. Kita semua rakyat Malaysia janganlah kita menyoalkan atau mencabarkan taat setia sesiapa dan isu-isu...
Yang Berhormat Ipoh Timur...
Nanti, nanti...
...kepimpinan Barisan Nasional berapa kali saya sudah mengatakan...
Saya akan...
...kita akan berkongsi kuasa...
Saya belum bagi...
... Barisan Nasional berkongsi kuasa, maknanya Melayu, Cina India...
Saya tidak bagi...
...berkongsi kuasa. Kita tidak pernah hendak menghambakan sesiapa.
Mana boleh ini macam?
Baiklah Yang Berhormat, bagi dia.
Ya, saya ada isu...
Akan tetapi, ingatlah Yang Berhormat. Saya peringatkan juga jangan menggunakan perkataan yang extreme Yang Berhormat.
Apa extreme language? Saya sangat moderate.
Saya dengar ucapan Yang Berhormat Sri Gading juga Yang Berhormat.
Saya sangat moderate dan sebab itu ada isu- isu pokok yang semua tidak persetujui. Janganlah kita bangkit untuk meluahkan dan hari ini berlaku apabila Yang Berhormat Jerlun yang bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir ialah ada buat seruan untuk menutup sekolah- sekolah Tionghua dan sekolah-sekolah Tamil. Kenapa ini berbangkit? Dalam tahun 1971 apabila Perlembagaan dipinda dan termaktub empat isu yang sensitif, tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau disoalkan inilah sedition, hasutan. Yang Berhormat bagi Jerlun sudah bersabit dengan hasutan dan boleh hilang kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen dan untuk menyertai dalam election untuk lima tahun oleh kerana ini adalah satu kes dalam Melan Abdullah Utusan Melayu, Melan Abdulah vs The Public Prosecutor di mana dalam kes tahun 1971 mengenai seruan tutup sekolah-sekolah Tionghua dan sekolah-sekolah Tamil adalah keputusan dalam mahkamah. Inilah kehasutan. Ini bersabit dengan one of the empat sensitif issues yang termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh disoalkan, dalam Parlimen pun tidak boleh. Case... dalam Parlimen sesiapa yang mencadangkan menutup sekolah Tionghua, sekolah Tamil itu pun hasutan. Sebab itu kekebalan untuk Ahli-ahli Parlimen dalam ...issues ialah artikel 153 mengenai kedudukan has untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, mengenai 152 mengenai bahasa nasional dan bahasa-bahasa yang lain, mengenai citizenship, mengenai kedudukan Raja-raja. Keempat-empat perkara ini tidak boleh dicabar, tidak boleh disentuh. Tetapi hari ini malangnya Yang Berhormat Jerlun sudah mencabar dan dia sudah melanggari Sedition Act, adakah Peguam Negara akan ambil tindakan supaya beliau didakwa di mahkamah, supaya kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen dilucut. Kalau ada rule of law, kalau ada equality before the law, pihak polis, pihak Peguam Negara perlu ambil tindakan terhadap Yang Berhormat bagi Jerlun oleh kerana inilah undang-undang, inilah Perlembagaan. Kita tunggu sama ada one law for pemimpin- pemimpin UMNO and another law for the rest. Isu begitu banyak timbul mengenai road sign, papan tanda jalan-jalan di negeri Pulau Pinang mengenai ada pelbagai bahasa. Kenapa ini menjadi satu kontroversi? Kita memasarkan negara kita ke dunia sebagai instant Asia, pelbagai bahasa, bangsa, agama budaya. Instant Asia dan sebab itu kita tahu di KLIA ada menggunakan pelbagai bahasa. Bukan, tidak. Di Johor ada menggunakan road sign jawi, adalah di Kelantan, Terengganu ada road sign jawi. Di Sarawak ada road sign berbahasa Tionghua kenapa?
Melaka juga ada jawi.
Melaka juga ada bahasa jawi. Kenapa mahu mempolitikkan? Siapa mempolitikkan, siapa memainkan politik dalam mengorbankan perpaduan negara dan saya harap bahawa perkara ini kita jangan buat begitu. Kalau kita mahu jadi tanggungjawab mungkin Barisan Nasional nampaknya retak dan pecah. Tetapi Barisan Nasional retak pecah bukan bererti negara retak dan pecah. Masa sudah sampai untuk Barisan Nasional, untuk UMNO digantikan dengan parti-parti politik yang baru khasnya Pakatan Rakyat. [Tepuk] Itu ertinya. Ini kita menerima proses demokrasi, kita setuju, tidak setuju, hal yang lain, tetapi menerima proses demokrasi, kalau ada satu transition kuasa yang berlaku. Kalau kita sebut mengenai korupsi mengenai perpaduan. Kita perlulah, saya berharap bahawa Jabatan Perpaduan Negara pun menumpukan masa dan tenaga mengenai isu-isu yang boleh menyatupadukan rakyat, isu-isu yang menjadi perpecahan di negara kita. Yang Berhormat Sri Gading ada menyebut korupsi satu, musuh negara, itulah satu korupsi dan....
Masa Yang Berhormat sudah habis.
Ya, saya akan habiskan. Di sini saya hendak tanya adakah benar kenapa korupsi tidak diberikan....
Nepotism, nepotism. Saya hendak tanya sedikit.
Pergi hotel dan buat perkara-perkara yang... itu lebih dahsyat.
Nepotism tidakkah?
[Melihat hand phone]
Tengok hand phone dahulu.
Pengacau itu, saya hendak tanya kenapa korupsi tidak menjadikan mainstream issue sebagai perpaduan dan hari ini saya dapati bahawa Hong Kong ICAC, Independent Commission Against Corruption sudah membekukan akaun Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dalam siasatan ICAC Hong Kong. Adakah ini benar? Ini satu perkara yang sangat serius oleh kerana kalau kita mahu integriti boleh menjadi unsur untuk menyatupadukan rakyat jelata, sekian terima kasih.
Sudah Yang Berhormat.
...untuk menyatukan rakyat jelata. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan ini. Pertamanya Butiran 02200 - Balai Seni Lukis Negara. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dengan bajet sebanyak RM10,000,000 apakah kementerian ada menyediakan peruntukan untuk balai seni lukis di negeri Sabah kerana keadaan bangunan dan juga persekitaran bangunan tersebut sudah uzur dengan keadaan dewan-dewan pameran yang tidak begitu memberangsangkan. Apakah kementerian ingin membantu balai seni lukis negeri Sabah untuk menaik taraf dan seterusnya memberi persekitaran yang lebih baik kepada pelancong-pelancong dan pengunjung-pengunjung kepada balai seni lukis negeri tersebut. Yang keduanya ialah Butiran 04700 - Kajian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk membuat kajian yang dikomisenkan oleh kementerian sendiri bagi membuat kajian tentang Kebudayaan Kesenian dan Warisan kaum-kaum minoriti. Kadang- kadang dengan adanya bajet sebanyak RM1 juta ini, RM1.055 juta Ini, apakah kementerian hanya melayan permintaan daripada pengkaji-pengkaji individu yang kadang-kadang tidak mahu mengkaji budaya dan juga kesenian kaum-kaum minoriti. Kalau itulah hakikatnya, apakah kementerian mempunyai perancangan khusus untuk komisen sendiri, kajian-kajian tersebut bagi membolehkan kajian dilakukan bagi kaum-kaum minoriti terutamanya di kalangan Sabah dan Sarawak ini. Seterusnya, saya juga ingin bertanya untuk Kajian Kebudayaan Kesenian dan Warisan ini. Apakah permohonan-permohonan daripada pengkaji-pengkaji luar negara foreigners di terima untuk mendapat sedikit bantuan daripada peruntukan ini. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang 09000 iaitu Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana pengerusi yang
baru adalah dari kawasan saya dan dengan latar belakang dan juga pengalaman yang ada pada beliau insya-Allah saya pasti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan menjadi sebuah agensi kerajaan yang akan lebih efektif. Cumanya saya ingin memberi pandangan di sini tentang beberapa perkara yang perlu dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan ini. Saya dapati Tuan Pengerusi, kadang-kadang kerja-kerja Perbadanan Kraftangan ini banyak kepada promosi. Saya minta kalau boleh pihak kementerian mengambil sedikit usaha dan pengkhususan yang lebih tepat untuk memastikan kraf-kraf tangan yang dikeluarkan oleh orang-orang kampung ini mempunyai hasil yang lebih halus. Mereka mempunyai skil Tuan Pengerusi tetapi mungkin kerana tidak ada training atau kursus bagaimana menggunakan skil tersebut akhirnya hasil yang dibuat itu tidak begitu kemas dan tidak begitu halus. Ini tidak akan menambah nilai tambah kepada produk-produk tersebut. Saya pernah pergi ke Cape Town contohnya, saya pernah masuk ke kawasan Selam dan Getto di Cape Town di South Afrika. Apabila kita melihat orang-orang kampung di sana yang memang serba miskin dan sebagainya tetapi mempunyai kemahiran untuk bertukang menggunakan tanah liat, dawai dan besi. Mereka menggunakan skilnya begitu halus sekali walaupun mereka mempunyai peralatan yang pada saya terlalu tradisional tetapi dengan keyakinan dan juga perseverance mereka fokus, akhirnya kualiti barangan kraf tangan yang dilahirkan oleh kampung-kampung tersebut itu mempunyai kualiti standard dunia. Ini saya minta kalau boleh tingkatkan kemahiran, menambah nilai tambah kepada kraf-kraf tangan yang dilahirkan yang diusahakan oleh orang-orang kampung supaya ada nilai tambah dan tidak semestinya hanya laku di kawasan tempat itu sahaja. Seterusnya, yang terakhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 10000 - Jabatan Perpustakaan Negara. Mengambil iktibar daripada apa yang telah dilakukan oleh industri panggung wayang di mana kadang kala kalau kita membeli tiket queuenya begitu panjang dan memakan masa dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Perpustakaan Negara kalau boleh wujudkan sistem meminjam melalui Internet. Maknanya kita boleh browse dalam Internet semua judul-judul dan boleh menempah, meminjam buku- buku tersebut melalui Internet supaya kita tidak perlu berbaris panjang mencari parking dan sebagainya semasa mengunjungi-mengunjungi perpustakaan-perpustakaan negara ini. Jadi, ini antara beberapa cadangan yang saya ingin kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Sepatutnya kerajaan sepatutnya menambahkan lagi bajet kepada kementerian ini, bukan hanya RM904,000 sahaja. Kalau boleh dengan adanya Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan ini, kalau boleh tambah lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran B.44 04000 - Arkib Negara. Berkaitan dengan soal apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memajukan sistem pendokumentasian serta perekodan maklumat dan dokumen negara. Hal ini penting bagi mengelakkan berlaku lagi kes seperti kehilangan Pulau Batu Puteh akibat daripada kelemahan sistem ini. Seterusnya, Butiran 050000 - Muzium Malaysia. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan apakah perancangan Jabatan Muzium Malaysia dalam menaikkan nama dan taraf Muzium Negara. Adakah cukup hanya dengan mengadakan pameran hantu yang tidak jelas motifnya? Tidakkah difikirkan satu bentuk perancangan yang lebuh berfaedah dan bermanfaat kepada rakyat dan negara. Saya pindah kepada Butiran 080000 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Mohon juga penjelasan daripada kementerian berkaitan dengan program pembelian komputer kepada setiap kawasan rukun tetangga. Adakah sudah dipersiapkan prasarana yang secukupnya serta di manakah komputer itu akan ditempatkan khususnya dari segi keselamatan kerana kita tahu kawasan rukun tetangga ini hanyalah satu gerakan sukarela yang di sesetengah tempat itu pondok rukun tetangga pun tiada. Sudah dilatihkah pengendalinya? Dibimbangkan peruntukan banyak dibelanjakan tetapi matlamatnya entah ke mana.
Akhirnya Butiran 100000 - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya ingin menarik kepada soal sumbangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia kepada golongan OKU. Apakah sumbangan atau peranan agensi ini untuk sama-sama membantu golongan OKU dalam meningkatkan taraf hidup dan sumber pendapatan mereka. Seperti mana yang kita tahu, golongan OKU ini amat sinonim dengan aktiviti pembuatan kraf tangan. Apakah sumbangan kementerian setakat ini yang kita tahu? Kalau kita tengok daripada Butiran, tidak ada pun yang diperkatakan soal OKU ini. Saya rasa itu sahajalah butiran-butiran untuk penjelasan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi B.44 dan P.44 -Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan ini saya akan membicarakan atau membahaskan Butiran 080400 - Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara. Butiran 131200 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Butiran 130700 - Dasar dan Perhubungan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, kesemua butiran yang saya sebutkan tadi mempunyai kaitan antara satu sama lain yang mana apa yang hendak saya bangkitkan ialah peranan bahasa Melayu sebagai pemangkin perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Kalau kita lihat bahasa Melayu adalah bahasa pengantaraan umum yang berakar umbi di bumi ini, bahasa yang dipertuturkan lebih 300 juta manusia dikatakan bahasa keempat teramai penduduknya di dunia selepas Mandarin, Inggeris dan Sepanyol.
Malahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ilmu dan perdagangan pada era Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan apabila Malaya ataupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan yang seterusnya diikuti oleh penubuhan Malaysia. Saya ambil pengalaman lalu Tuan Pengerusi, saya begitu tersentuh dengan sifat patriotik Menteri Luar Indonesia Tun Adam Malik memberi respons dalam bahasa Melayu meskipun diajukan soalan oleh wartawan dalam bahasa Inggeris. Rakaman sidang akhbar pada tahun 1966 yang disiarkan di kaca TV sempena tamatnya konfrontasi Malaysia-Indonesia masih segar dalam ingatan semua orang, saya percaya. Mengalirkan rasa bangga pada darah daging, menghidupkan bara patriotisme Melayu dalam setiap denyutan nadi rakyat Malaysia, saya harap. Di Parlimen ini pun pernah kita melihat ucapan Datuk Mohamed Asri Muda ketika membahaskan Rang Undang-undang Bahasa 1967 di Parlimen pada 4 Mac 1967 disifatkan sebagai pidato bersejarah yang kemudian dinamakan rakyat menggugat apabila berkobar-kobar berpidato dan berbahas dalam memartabatkan bahasa Melayu. Apabila Datuk Abdul Rahman Yaakob dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1969 semangat patriotik saya terhadap bahasa Melayu menyulang bagaikan api dituang minyak. Mendengar suara beliau di radio secara tegas, secara keras mengarahkan pegawai supaya memasukkan ke dalam bakul sampah suratnya yang dihantar ke Jabatan Kerajaan jika tidak menggunakan bahasa kebangsaan. Abdul Rahman putera Melayu dari Sarawak, Melayu pada nama, pada saya Melayu pada hati, Melayu pada jiwa dan Melayu pada semangat. Malahan pada 12 Ogos 2004 Jeneral Lee Hsien Loong mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura. Lee menyampaikan ucapan ulung sepanjang 40 minit. Ucapannya dilafazkan dalam rangkaian tiga bahasa. Melayu, Inggeris dan Mandarin. 10 minit pertama ucapannya dilafazkan dalam bahasa Melayu. Betapa seorang Perdana Menteri keturunan bukan Melayu di negara orang Melayu adalah golongan minoriti memberikan penghormatan kepada bahasa Melayu walau apa pun muslihat politiknya. Jadi bermakna bahasa Melayu itu boleh membentuk perpaduan negara. Dalam landasan membentuk negara Malaysia yang kukuh. Maka itu isu pembelajaran perlu terpilih sebagai pengaruh terpenting dalam pencapaian perpaduan negara ini. Inti pati perlaksanaan dasar itu ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dibicarakan.
Ini bunyi dasar.
Saya membincangkan tentang Butiran 130700 - Dasar dan Perhubungan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, pencapaian perpaduan negara yang tulen hanya boleh termakbul melalui wahana bahasa Melayu. Kelebihan pendekatan pembelajaran dalam bahasa Melayu akan tercapai daripada saling pengaruh mempengaruhi minda rakyat. Oleh itu pendaulatan bahasa Melayu bukan hanya terletak kepada orang Melayu, tetapi meliputi semua masyarakat Malaysia. Sejak merdeka lagi masyarakat Malaysia sudah berjanji menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Maka penggunaannya perlu dimantapkan supaya terus menjadi bahasa pembangunan di Malaysia. Inilah harapan dan azam baru yang perlu dimiliki oleh semua masyarakat Malaysia tanpa mengenal latar belakang agama dan bangsa. Kegiatan penyelidikan mengenai alam Melayu secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih jitu lagi berkesan. Tidak dapat dinafikan masyarakat Malaysia bukan Melayu seperti masyarakat Melayu mementingkan soal perpaduan kaum yang baik dan murni, itu pada pandangan saya. Tidak ada siapa yang tidak menunjukkan perpaduan dalam negara ini, masyarakat di bawah. Masing-masing inginkan kesejahteraan dan keharmonian demi penerusan martabat bangsa dan agama agar generasi mendatang dapat terus menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Jadi saya syorkan supaya setiap Ahli Parlimen bermula pada hari ini di Parlimen Malaysia ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Malahan saya mengesyorkan supaya mana-mana Ahli Parlimen yang menghadiri seminar, convention, bengkel di peringkat Parlimen antarabangsa supaya membentangkan kertas kerja atau diskusi menggunakan bahasa Melayu. Kita di Parlimen Malaysia mempunyai ramai jurubahasa. Mengapa tidak kita membawa mereka bagi membantu Ahli-ahli Parlimen yang menggunakan bahasa Melayu diterjemahkan oleh mereka dalam bahasa Inggeris. Dengan itu melalui agenda Ahli-ahli Parlimen ini dapatlah kita memartabatkan bahasa Melayu dalam erti kata perpaduan. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan wakil-wakil rakyat yang berucap dan berbahas dalam Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Sebentar tadi semasa saya mendengar kepada ucapan awal dari Yang Berhormat Sri Gading seolah-olah saya terasa macam berada dalam Dewan Perhimpunan Agung UMNO. Bercakap tentang Melayu, saya pun orang Melayu juga dan saya kira ramai juga Melayu Rawa lagi. Ramai juga daripada kita di sini yang Melayu. Cuma saya mohonlah kalau boleh janganlah bila bercakap tentang Melayu itu seolah-olah hak cipta terpelihara Melayu itu duduk dekat UMNO sahaja. Kita tidak mahu mengambil satu pendekatan Melayu yang bersifat sentimen emotion sehingga kadang kali mewajarkan perbuatan-perbuatan seperti rasuah dan sebagainya. Bahkan ini, saya tidak menyebut tentang mana-mana Melayu. Saya menyebut seluruh bangsa Melayu. Kalau bangsa itu Melayu yang bersopan santun, yang berakhlak mulia maka dia mesti berpegang kepada nilai-nilai yang orang lain menghormatinya. Saya tidak bercakap sama ada PAS ataupun UMNO. Kalau kita boleh menuju ke arah maksud Melayu itu, saya kira tidak ada apa-apa permasalahan yang timbul dan saya mengandaikan segala sesuatu yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi tentang bagaimana MCA tidak menghormati dan sebagainya. Saya kira ia satu petunjuk yang maha penting bagi menteri untuk ambil catatan bahawa kemungkinan pendekatan Barisan Nasional itu sudah tidak relevan lagi. Ia perlu kepada pendekatan baru dan pendekatan baru itu mesti berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Raja-raja Melayu dan juga Islam sebagai agama rasmi dan orang lain juga mendapat hak mereka. Sebab itu saya tidak mahu bercakap panjang, dan hanya memilih untuk bercakap tentang Melayu ini dalam konteks hak di dalam Perlembagaan dan saya tidak mahu terlibat dalam apa juga konotasi-konotasi yang lebih banyak bersifat, saya kira perbincangan
tentang istilah daripada isi yang sebenarnya. Untuk itu izinkan saya Tuan Pengerusi, dan rakan-rakan wakil rakyat yang lain untuk masuk terus kepada instrumen-instrumen yang memungkinkan kementerian, Menteri dapat menjana erti perpaduan melalui berbagai-bagai cawangan-cawangan, jabatan-jabatan yang ada di dalam kementerian. Pertama izinkan saya di dalam kebudayaan, Butiran 03020 peruntukan sebanyak RM26.6 juta di dalam Istana Budaya. Saya ada menerima kompelin daripada penggiat-penggiat seni, tokoh-tokoh Sasterawan Negara yang sudah lama memperjuangkan wujudnya Istana Budaya ini. Tetapi kewujudan Istana Budaya hari ini mengikut dakwaan daripada seorang tokoh sastera ketika dia membuat ucapan anugerah di Universiti Utara Malaysia, dia telah menyebut satu kalimah yang saya kira Pak Menteri harus mengambil catatan ini, iaitu berlaku jenayah seni terhadap penggiat-penggiat teater. Daripada penulis skripnya, daripada pengarahnya bahkan daripada Sasterawan Negara.
Mengapa? Pertama, kerana produk seni yang dipertontonkan di Istana budaya tidak datang daripada produk yang mempunyai karya agung dari tokoh-tokoh sasterawan. Kalau ada pun satu teater yang dinamakan Lantai T.Pinkie yang merupakan tulisan daripada Sasterawan Negara, A. Samad Said. Itu pun telah hilang nilainya dengan dijadikannya sebagai teater muzikal. Yang kedua, pengurusan produksi Istana Budaya tidak dapat menghayati erti pementasan teater dengan nilai-nilai tempatan bagi memartabatkan karya-karya agung sasterawan kita. Kalau di England mereka berbangga dengan Shakespeare. Dipentaskan teater-teater tentang Shakespeare walaupun sudah lama tidak ada tetapi hari ini Shakespeare masih lagi diagungkan. Akan tetapi di Malaysia siapakah sasterawan agung yang harus kita banggakan dengan memberi ruang-ruang untuk mereka ini dipertontonkan karya agung mereka. Saya paling khuatir Istana Budaya Tuan Pengerusi, ia akan lebih bersifat komersial, sekadar memenuhi kehendak pasaran daripada anak-anak muda yang lebih berminat lagu-lagu yang mungkin di sana tidak ada nilai budaya bangsa kita. Oleh itu, saya mengharapkan Menteri mengambil satu peranan yang positif dan kalau Menteri pun bukan seorang sastera saya tidak tahu. Kalau pun Menteri bukan seorang sastera dia harus ada panel penasihat daripada sasterawan-sasterawan bagaimana hendak mempertontonkan karya agung mereka dan Istana Budayalah yang menjadi wahananya kerana mereka telah melahirkan pelbagai karya agung yang perlu dipentaskan dalam bentuk yang begitu rupa. Saya juga ingin bertanya dalam 030300 - Akademi Seni Kebangsaan, tidak ada di sana peruntukan. Saya mungkin perlu penjelasan.
Ada, ada.
Ada? Sudah diperbetulkan? RM7 juta? Sebab di sini ia ada satu lagi ASWARA, Akademi Seni dan Warisan. Saya minta penjelasan apa beza antara dua itu. Seterusnya Perpustakaan Negara. Saya mohon maaf kerana saya kira Malaysia sebagai sebuah negara yang mahukan kemajuan dan mahukan perpaduan. Satu aspek instrumen perpaduan yang paling utama ialah pembacaan, pendedahan kepada bahan bacaan. Perpustakaan merupakan satu institusi yang akan menggalakkan pembacaan. Di dalam peruntukan pembangunan RM75 juta, saya ingin tahu apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam memastikan bahawa budaya membaca dan perpustakaan menjadi tempat yang menjana ilmu yang dengan itu saya kira akan lebih mudah laluan untuk kita bercakap tentang perpaduan dan sebagainya. Saya ingin menarik minat, saya ingin bertanya kenapa dalam statistik yang saya dapat, perpustakaan desa di negeri Kelantan hanya ada dua sahaja perpustakaan desa berbanding dengan negeri-negeri lain yang mempunyai perpustakaan desa yang banyak. Pulau Pinang - 48, Perak - 27 tapi Kelantan hanya ada dua. Saya mahu tahu mengapakah Kelantan ketinggalan dalam peruntukan untuk membina perpustakaan desa ini.
Untuk pengetahuan Menteri, statistik juga menunjukkan bahawa hanya 29% pengguna perpustakaan yang ada. Maknanya tidak besar. Saya juga ingin menarik perhatian bahawa kita juga mengalami satu perkembangan ataupun satu yang tidak menggalakkan dari sudut penerbitan. Kita hanya mampu menerbitkan 6,500 judul dalam setahun dengan kita memiliki 200 penerbit, sedangkan target ataupun sasaran untuk Malaysia memastikan penerbitan yang dikira sebagai standardnya mengikut jumlah penduduk ialah sepatutnya menyasarkan 12,000 judul buku tapi kita hanya mampu lebih setengah sahaja untuk mengeluarkan buku tahunan. Sedangkan di China; 180,000, UK; 160,000 dan US; 60,000. Saya minta Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian kerana jangan bercakap tentang perpaduan atau apa sahaja kalau kita tidak celik ilmu. Jadi saya kira ini satu tanggungjawab. Saya amat sedih rakyat Malaysia Tuan Pengerusi dari segi puratanya hanya membaca dua buku dalam setahun. Dua buku dalam setahun. Bagaimana kita hendak rakyat Malaysia ini maju, terdedah kepada dunia luar dan maklumat kerana mereka lebih suka menonton TV daripada membaca. Ini pun satu masalah Yang Berhormat Menteri kena ambil kira juga. Kadar literasi di Malaysia; 92%, alhamdulillah. Baca buku; 3%. Baca akhbar, baca majalah, baca komik, baca bahan-bahan lain - 89%.
[Bangun]
Ini adalah satu yang saya kira yang amat mengejutkan kalau kita tidak ambil apa-apa...
Yang Berhormat Parit Buntar, kalau hendak bagi tinggal satu minit sahaja lagi.
Saya tak mahu bagilah kalau begitu.
Hendak puji pun tak boleh?
Tak boleh, tak boleh.
Hendak puji pun tak hendak?
Tak payah, tak payah. Terima kasih. Last sekali. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memperingatkan saya.
Bukan tadi sudah habis Yang Berhormat?
Sedikit.
Satu Islam, satu keluarga pun tak boleh puji.
Saya rasa berdosa kalau saya tak sebut ini iaitu tentang FINAS, Perbadanan Filem Nasional diberi peruntukan RM32 juta tapi dalam laporan audit yang kita baca di sini, yang tuan-tuan boleh rujuk banyak masalah yang kita lihat berlaku. Satu, kita hendak kata penyelewengan, tak tahulah saya tapi dari segi amalan perolehan, perjanjian kontrak dan pelbagai lagi sewaan tidak mengikuti standardnya. Contohnya perjanjian kontrak yang melibatkan satu nilai yang besar iaitu RM29.98 juta. Sepatutnya Menteri sahaja yang layak untuk menandatangani kelulusan ini tapi di dalam laporan itu menyebut Ketua Pengarah FINAS sign. RM29.98 juta ini bukan sedikit. Sedangkan dia layak untuk sign RM5 juta ke bawah sahaja tapi dia sign RM29.98 juta dan tiada penurunan bukti kuasa kepada dia untuk menandatangani perjanjian tersebut. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi supaya perkara-perkara ini diambil kira. Walaupun saya tahu Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini bajetnya tidaklah besar tetapi tugasnya besar. Saya tidak mahu juga FINAS ini hanya jadi dumping ground, bubuh berjuta-juta alat filem, rosak dan sebagainya...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kita tidak mahu.
Yang Berhormat, saya pun tak larat hendak cakap banyak sangat Yang Berhormat.
Okey, baik. Dengan itu saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri dapat melihat dan saya ambil catatan semua yang saya cakap itu sebagai satu usaha untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih maju ke hadapan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan butiran 080000 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Sebab itu Tuan Pengerusi, saya ingin timbulkan soal salah tafsiran yang telah dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar tentang ucapan Yang Berhormat Sri Gading. Sebenarnya di sini tidak timbul soal trademark siapa. Yang Berhormat Sri Gading bercakap dari naluri, dari hatinya, dari keinginannya sebagai insan yang bernama Melayu dan tidak dikaitkan dengan dia mewakili UMNO ataupun mana-mana parti. Jadi janganlah soal hak cipta dan juga trademark itu Yang Berhormat Parit Buntar bangkitkan. Tadi saya tak hendak kacau sebab masa Yang Berhormat Parit Buntar begitu terhad. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan soal sambutan kemerdekaan dalam Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kebetulan baru-baru ini dan tadi pun polemik hebat telah berlaku berhubung dengan ketuanan Melayu. Sebenarnya di sini ia ada beberapa persepsi dan tafsiran yang kadangkala ditimbulkan oleh cetusan-cetusan ataupun luahan perasaan beberapa pihak yang hanya dikaitkan dengan tujuan dan kepentingan diri dan politik masing-masing. Sedangkan hakikat ketuanan Melayu tidak ada apa-apa yang harus disalahtafsirkan. Yang jadi tuan ini adalah sultan dan raja-raja Melayu, kita sebagai rakyat. Itu sahaja. Konsep yang cukup senang untuk difahami dan kalau bangsa Melayu mentafsirkan bangsa lain sebagai hamba seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, sudah tentu tidak dilantik wakil-wakil mereka sebagai menteri, timbalan menteri, senator di mana keprihatinan itu menyebabkan kerajaan yang bercampur yang telah kita jalinkan semenjak sekian lama ini kita teruskan. Tidak timbul kalau tak berlaku soal persepsi dan salah tafsiran. Berhubung dengan sambutan kemerdekaan ini Tuan Pengerusi, biarlah ianya berterusan...
[Bangun]
Silakan.
Saya hendak berterima kasih kepada Yang Berhormat Arau, ulasan yang sungguh baik. Untuk itu kalau kita lihat ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur yang menuduh kononnya Melayu mengatakan Cina itu hamba dia abdi, malah itu satu usaha hasutan bahawa tidak ada langsung dari naluri Melayu mengatakan keluarganya, orang Tionghoa diibaratkan kalau orang Tionghoa susah, orang Melayu merasa susah, kita satu keluarga. Bermakna itu satu unsur menghasut supaya orang Cina membenci orang Melayu. Tadi dia kata bentang isu sekolah, bermakna itu usaha hasutan. Saya nampak bahawa adakah Yang Berhormat setuju, mungkin cadang kepada menteri mungkin ada juga Yang Berhormat Ipoh Timur cakap ada baik juga. Mengapa tidak diadakan satu council, satu jawatankuasa berbilang kaum melihat isu ini sehingga dia luar daripada pengawalan sebab saya nampak bahawa apa juga nanti kita tidak mahu negara kita yang aman damai itu masuk dalam, terjerlus dalam perkauman yang mungkin memudaratkan negara kita. Adakah Yang Berhormat bersetuju pandangan ini?
Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Rompin dan pohon dimasukkan sebagai ucapan saya dan kita akan tengok esok Hansard supaya kita akan dapat buat penilaian pada esok dan minta ruling daripada Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya cadangkan supaya program kemerdekaan ini dengan kedudukan rakyat kita yang berbilang kaum ini dibuat berterusan supaya program-program yang bersifat patriotik, yang berupa bengkel, seminar, acara sukan dan apa sahaja yang dibuat oleh pihak dan organisasi kerajaan dan swasta, supaya ianya dibuat berterusan kerana kita hendak pastikan bahawa kita yang hidup dalam berbilang kaum ini yang sekian lama dinilai oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara contoh yang dapat mendominasi perpaduan ini dengan elok. Akan tetapi disebabkan oleh kerakusan dan kesalahtafsiran beberapa kerat pimpinan yang cuba membawa kepentingan peribadi, kepentingan politik, kepentingan fahaman sempit yang menyebabkan apa yang telah kita nikmati sekian lama ini telah mula menjadi goyah dan menjadi goyang sekarang ini. Saya ingin cadangkan JPNIN ini supaya memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah, mereka ini masih muda. Masih boleh dididik, masih boleh dilenturkan, masih boleh dibentuk supaya bukan sahaja di dalam negara kita dibuat program integrasi ini malah di Sabah dan Sarawak. Walaupun sekarang terlibat tetapi kekerapannya dibuat berterusan supaya pengalaman-pengalaman yang ada di antara kita dengan kedudukan jarak geografi ini dapat kita jalinkan suasana integrasi yang lebih berkesan, berpanjangan dan insya-Allah menyelamatkan negara ini daripada kancah yang tidak kita ingini satu masa nanti. Kerana kita tidak mahu pada masa ini ketika kita diberi amanah untuk menjadi pemimpin tetapi di masa ini juga kita memusnahkan sesuatu yang amat besar untuk kita jaga yang harus kita tatang, yang harus kita pelihara. Mungkin kita boleh wujudkan kapal pelayaran yang dinamakan kapal perpaduan, menghubungkan antara Sabah dan Sarawak, menghimpunkan pelajar-pelajar pada masa cuti sekolah yang boleh menyebabkan jalinan- jalinan ini pelbagai kaum, pimpinan-pimpinan belia yang mereka berlabuh di satu tempat di satu kampung melawat kampung menjalinkan hubungan keluarga angkat dan sebagainya, akan benar-benar dapat menyelami aspirasi kemerdekaan tanah air yang lebih baik. Saya ingin tahu sambutan program liga sukan komuniti yang dilaksanakan menerusi Unit Pasukan Petugas Khas yang dianggotai oleh Majlis Kecergasan Kebangsaan, NFC dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini membabitkan 1,680 Rukun Tetangga atau RT ataupun 225 kampung baru di seluruh negara ini. Adakah program ini mencapai sasaran dalam menerapkan perpaduan kaum, budaya hidup sihat, menguatkan semangat patriotisme di kalangan kanak-kanak menerusi sukan dan program ini kalau sekiranya ia berjaya, biarlah ianya dijadikan sebagai platform dalam mengukuhkan hubungan persefahaman, semangat kejiranan dan juga gaya hidup dan alternatif yang membolehkan remaja-remaja kita dapat dibentuk dari terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat dan sebagainya. Selain daripada itu, saya ingin bertanya kepada pihak-pihak kementerian supaya memastikan supaya liga-liga seperi ini ianya harus dilanjutkan bagi memenuhi objektif jangka masa panjang. Bagi Butiran 120000 - Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan. Saya amat berterima kasih kepada pihak kementerian dalam usaha kita meningkatkan seni budaya warisan dan juga dalam apa bentuk kesenian ini yang melibatkan soal penyelidikan, penerbitan dan lain-lain supaya ianya dikemaskinikan dan IPT ini ditukar taraf kepada universiti. Kalau boleh biarlah ianya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi untuk kita memastikan bahawa kecemerlangan ASWARA ini dapat dipertingkatkan dari segi kualiti pengajaran setanding dengan universiti-universiti seni yang ada di luar negara. Akhir sekali 131500 – FINAS. FINAS ini objektif utamanya bukan saya hendak bangkitkan soal penyelewengan yang berlaku dalam FINAS tetapi ingin bangkitkan soal kemajuan dalam perusahaan perfileman negara kita. Kita tidak nafikan kebelakangan ini kita telah berjaya melahirkan pengarah-pengarah, pelapis yang berpotensi yang kalau dilihat dari segi pertandingan filem di antarabangsa kita telah berjaya memenangi beberapa award yang boleh dikatakan cukup memuaskan dari segi mutu, tema dan penengahan
identiti kemalaysiaan yang menggambarkan masyarakat dan cara hidup negara kita. Akan tetapi cuma kita bangkitkan di sini apabila soal-soal yang berhubung dengan soal pemasaran, pertukaran dan promosi kita di peringkat antarabangsa, kita lihat kekurangan filem-filem kita ini untuk mendapat tempat kalau dibandingkan dengan filem-filem lain yang berjaya menapak dan mendapat sambutan yang begitu hebat walaupun di kalangan peminat-peminat tempatan sendiri. Jadi di sini apakah kekurangan dan apakah langkah-langkah yang terpaksa diambil oleh pihak kementerian dalam memastikan bahawa FINAS dapat dikembalikan, ditadbirkan dengan lebih baik yang dapat melahirkan tenaga-tenaga yang boleh membuat promosi dan pasaran yang lebih berkesan. Bagi memastikan filem-filem kita yang bersaing di persada antarabangsa ini mendapat sambutan dan juga mendapat sokongan daripada peminat-peminat daripada luar negara.
Penjelasan.
Ada satu minit Yang Berhormat kalau hendak bagi.
Walaupun satu minit sekejap.
Silakan.
Sambung sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih Tuan Pengerusi. Tentang pelakon ini kita banyak pelakon-pelakon yang telah pun menyumbang kepada lakonan masing-masing tetapi berbanding dengan pemuzik, berbanding dengan penyanyi, pelakon tidak ada yang membela. Maknanya segala hasil mereka segala lakonan mereka yang diulang tayang, tidak ada perlindungan, tidak ada bayaran yang setimpal dan sebagainya berbanding dengan pemuzik dan penyanyi. Adakah Yang Berhormat Arau bersetuju supaya FINAS juga mengambil peranan dalam hal ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih sahabat saya daripada Ledang. Saya berharap pihak kementerian juga memastikan bahawa hasil tayangan hasil seni yang telah ditayangkan di televisyen dan juga di mana-mana tempat yang melibatkan karya ini perlu diperlindungkan. Saya harap peranan ini tidak diambil alih oleh syarikat-syarikat swasta seperti mana sebuah syarikat yang diuruskan oleh bekas pemuzik kalau tidak silap saya yang menguruskan soal royalti tayangan dan sebagainya. Ianya haruslah diambil alih oleh FINAS untuk memastikan bahawa nasib pelakon-pelakon dan juga penerbit yang terlibat dalam mengendalikan filem ini mereka mendapat pendapatan yang berterusan walaupun mereka sudah bersara daripada arena seni ini. Jadi di sini kita lihat peranan FINAS ini perlu diperkukuhkan diperkemas dalam meningkatkan taraf perusahaan perfileman negara bukan setakat kita memberi modal dan juga suntikan nasihat yang dianggap longgar serta memastikan bahawa dari masa ke semasa peranan untuk mempromosikan, memastikan bahawa filem kita setanding dengan filem-filem lain yang berjaya bertapak di antarabangsa. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 080400 - Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara. Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat Sri Gading telah mengeluarkan hujah-hujah yang pada pendapat saya telah menyakitkan hati saya dan merisaukan saya sama ada negara kita ini mempunyai masa depan yang cerah jika ia terus di bawah pimpinan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO.
Tuan Pengerusi saya dilahirkan di tanah air ini yang dikenali sebagai Malaysia. Semasa saya kecil saya dikenali sebagai orang Cina, saya dimalukan saya orang Cina. Apabila saya dewasa saya diberitahu bukan sahaja orang Cina saya ialah orang Cina dan seorang bukan bumiputera. Selepas itu saya dikenali pula saya seorang Cina saya seorang bukan bumiputera, saya seorang bukan Islam.
Saya belajar di sekolah kebangsaan, sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan. Saya orang Cina saya orang bukan bumiputera, saya bukan seorang Islam, saya tidak boleh berbahasa dengan fasih dalam bahasa Cina. Saya tidak boleh membaca bahasa Mandarin saya lebih fasih dalam bahasa kebangsaan bahasa Melayu. Saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Saya memahami agama Islam lebih baik daripada agama-agama lain. Mengapakah saya tidak boleh diakui sebagai seorang warga negara Malaysia yang tulen yang taat setianya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak? Mengapakah hujah-hujah Yang Berhormat Sri Gading menyampaikan mesej seolah-olahnya orang bukan Melayu telah mengambil sumber-sumber kekayaan orang Melayu? Telah mengambil peluang orang-orang Melayu, mengapa sedemikian? Saya dilahirkan di tanah air ini.
Minta laluan.
Saya tidak ada masa. Apabila saya...
Batu Gajah bagilah saya laluan.
Apabila saya....
minta laluan Batu Gajah.
Maaf ya.
Batu Gajah.
Apabila saya membangkitkan dasar-dasar....
Ucapan Yang Berhormat salah tafsir. Saya dengar daripada awal ucapan Sri Gading tadi.
...mempersoalkan layanan yang diberi...
Batu Gajah.
....kepada bukan Melayu. Mengapakah saya dilihat seperti mahu mencabar ....
Saya rasa Batu Gajah telah menyelewengkan ucapan saya.
...mencabar Perkara 153.
Saya tidak pernah pun menafikan bahawa Batu Gajah rakyat Malaysia.
Maaf ya Tuan Pengerusi saya pohon...
Saya tidak pernah menafikan.
Saya pohon Yang Berhormat Sri Gading biar saya habiskan ucapan.
Tidak, pasal you kata menyakitkan hati apa yang saya sakitkan? Saya cuma memperkatakan...
Tidak apa kita biar orang luar...
...apabila ada orang mempertikaikan ketuanan Melayu...
...kita biar orang luar untuk menghakiminya.
Yang menyinggung perasaan orang Melayu...
Kita biar orang luar menghakimi ucapan Yang Berhormat.
Apakah salah saya sebagai orang Melayu melahirkan rasa tersinggung atas ucapan umpatan yang tidak bertanggungjawab.
Saya tidak minta pun mereka judge in the coming election.
Saya tidak kata Batu Gajah menyinggung saya.
Sama ada mahu masih menerima Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO atau tidak? Tuan Pengerusi apabila saya sebagai wakil rakyat saya Cina bukan bumiputera, bukan Islam tetapi saya warga negara Malaysia memainkan peranan mempersoalkan menanya pemakaian dasar. Mengapakah saya dilihat sebagai mencabar, mempersoalkan...
Saya tidak kata Batu Gajah mencabar Melayu.
.. mempersoalkan. Saya tidak kata Sri Gading ...
Saya cuma menyentuh ada orang kata tentang ketuanan Melayu.
...mempersoalkan. Tuan Pengerusi saya pohon Sri Gading tidak mengganggu ...
Kalau Batu Gajah tidak menyentuh ketuanan Melayu sebagai rakyat negara ini yang setia syabas Batu Gajah!
Tuan Pengerusi saya pohon arahkan Yang Berhormat Sri Gading jangan mengganggu ucapan saya.
Kita mahu rakyat negara ini macam Batu Gajah tetapi janganlah menyinggung perasaan orang Melayu.
Tuan Pengerusi...
Ya, ya satu Yang Berhormat jangan interpret kan bahasan Sri Gading.
Saya tidak...
Kalau Yang Berhormat hendak cakap cakaplah tetapi tidak payah diinterpretasikan bahasan dia. Saya dengar juga bahasan Sri Gading tadi.
Baik, baik, baik, sekarang saya ucapkan berdasarkan pengalaman saya dalam Dewan ini. Mengapakah apabila saya membangkitkan dasar-dasar dan pelaksanaannya di mana ia tidak kesampaian kepada golongan tertentu. Minoriti di Sabah, Sarawak saya dilihat sebagai mencabar mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu. Mengapa apabila kita mempersoalkan pendirian kuota biasiswa tersebut, jawatan dalam sektor awam mengapa kita dilihat mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu? Bukankah Perkara 153(1) memperuntukkan juga Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kepentingan sah kaum-kaum yang lain. Mengapa sedemikian? Mengapa selalu Barisan Nasional khasnya UMNO menyatakan kita sering kali membangkitkan isu-isu perkauman, mengugut, mencabar hak istimewa orang Melayu? Apabila kita hanya menanyakan pemakaiannya Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi Kementerian Pelancongan sering kali mempromosikan Malaysia sebagai Malaysia Truly Asia. Mengapakah kita tidak boleh menghargai diversiti? Melihat diversiti kepelbagaian kaum dan bangsa, agama dan bahasa dalam negara ini sebagai satu manfaat untuk negara kita. See diversity as advantage.
Pohon laluan, pohon laluan Batu Gajah.
Jangan melihat kepelbagaian, keunikan Malaysia pelbagai kaum, bangsa, agama, bahasa, ‘tone seek’ dengan izin ...
Pohon laluan.
...sebagai satu konflik. Ini abad ke berapa?
Itu tidak betul itu, tidak betul.
Sekarang sudah sampai abad ke-21.
Itu salah sama sekali.
Saya hendak bawa perkara ini minta maaf tolong duduk.
Maaf ya Tuan Pengerusi.
Point of Order 36(10)(c). Yang Berhormat silalah duduk Yang Berhormat orang yang terpelajar jangan ungkit perkara yang tidak benar. Dalam asia diversiti kita tunjukkan budaya senonoh. Saya ingat tidak ada guna Yang Berhormat pergi universiti mentafsirkan benda yang salah. Adakah dalam Malaysia Truly Asia itu menggambarkan hanya satu kaum, satu bangsa, satu budaya? Tidak. Batu Gajah tolonglah. Batu Gajah orang yang terpelajar. Ini perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit hati perasaan antara kaum. Yang Berhormat memupuk sakit hati antara kaum sepatut Yang Berhormat pupuk kita bagaimana hendak meningkatkan lagi kekuatan antara kaum bukan membuat sesuatu yang tidak benar.
Cukup Yang Berhormat Rompin saya tidak ada masa.
Baik, baik Yang Berhormat.
Yang Berhormat apa ini?
UMNO sendiri yang memerlukan reformasi.
Baik Yang Berhormat sudah, sudah Yang Berhormat.
UMNO sendiri siapa yang bangkitkan ...
Jangan tuduh yang tidak benar sebab dalam ini tuduhan tidak benar.
...siapa yang bangkitkan isu terlebih dahulu? Siapa yang menyatakan UMNO adalah pembuli?
Yang Berhormat tidak payah cakap macam itulah Yang Berhormat. Tidak payah cakap pembuli, siapa buli siapa Yang Berhormat.
Saya tanya Yang Berhormat itu DAP ada orang Melayu ke dalam DAP?
Ambil tindakan.
Mengapa Yang Berhormat mengamuk?
Tunjuk dahulu dalam parti DAP ada orang Melayu ke Ahli Parlimen? [Dewan riuh]
Yang Berhormat Yang Berhormat sudahlah cukup soalan buli Yang Berhormat. Saya tahu peraturan Yang Berhormat. Saya tahu peraturan Yang Berhormat. Yang Berhormat orang kata level itu dipenuhi orang luar sudah dikatakan unparliamentary Yang Berhormat.
Maaf Tuan Pengerusi. Ita kata bukan dikeluarkan oleh saya.
Jangan repeat Yang Berhormat.
Mengapa boleh digunakan di luar tidak boleh digunakan dalam Dewan ini? Ini bukan bahasa kurang sopan ini bukan bahasa kurang ajar.
Saya buat keputusan Yang Berhormat. Saya sudah kata sudahlah itu.
Jadi tidak boleh guna ini perkataan larangan. Buli perkataan larangan.
Saya hendak tunjuk dengan Yang Berhormat dalam Peraturan House of Common ada mengatakan kalau seseorang itu menyebutkan dia kata,”the level party is full of outsider”. Jadi dianggap satu unparliamentarily statement Yang Berhormat. Itu saya hendak bagi tahu direct your attention kepada itu. Jadi tidak payah tuduh UMNOlah. Berucap sahaja Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi sebelah saya boleh tuduh DAP tidak?
Saya dengar Yang Berhormat.
Tidak apa saya akan beralih, saya akan buat kesimpulan Tuan Pengerusi. Saya haraplah mereka semua ini 8 Mac ia adalah titik perubahan di mana ia sepatutnya dilihat sebagai satu wake up call untuk UMNO untuk menilai semula.
Itu biarlah UMNO menilaikan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi saya tidak boleh tidak membangkitkan sebab sekarang kerajaan pimpinannya yang diketuai oleh UMNO. Saya adalah warga negara Malaysia kenapa saya tidak boleh memaklumkan...
Yang Berhormat ini tidak boleh dengar Tuan Pengerusi bercakap kah? Saya tidak penah marah dalam Dewan ini tahu? Kalau saya kata jangan, berhentilah cerita itu berhentilah.
Dekat jawatankuasa ini.
Ini bukan peraturan-peraturan mesyuarat berkenaan isu-isu spesifik ke bukan spesifik atau dasar.
Dengan itu saya akhiri dengan saya berharap kita dalam negara ini, setiap entiti, setiap kaum, kita boleh bergerak sebagai satu masyarakat, satu negara, satu bangsa untuk membangunkan negara kita. Menerima diversiti sebagai advantage dengan izin, dan bukan konflik. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Yang pertamanya saya ingin bercakap berkenaan dengan perpaduan dan integrasi. Tuan Pengerusi, untuk kita melihat perpaduan, ia bukan boleh dipaksa. Ia mesti datang daripada hati, daripada perasaan secara ikhlas kerana paksaan itu tidak bawa ke mana. Oleh itu, dalam kita hendak mengekalkan perpaduan sama ada perpaduan ini di antara pelbagai bangsa, kaum ataupun kawasan, ianya harus bermula dari sekolah.
Oleh itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sesungguhnya setiap daripada kita, setiap daripada anak-anak kita harus diberitahu tentang sejarah asal usul negara, bangsa kita. Kesilapan kita ialah kerana satu ketika dulu kita tidak mewajibkan anak-anak kita belajar sejarah sehingga mereka lupa sejarah, mereka lupa asal usul mereka, sehingga mereka tidak tahu di mana bumi mereka pijak, di situ sepatutnya langit yang mereka junjung. Dalam soal ini, asal usul tentang kedatangan orang-orang ke negara kita harus kita perjelaskan bahawa mula mereka datang dengan pembukaan lombong bijih timah, dengan pembukaan ladang-ladang getah kerana pihak penjajah Inggeris ingin mengaut keuntungan dan kekayaan untuk membawa balik ke negara mereka. Maka berduyun-duyun orang-orang dari Benua Besar Negeri China datang ke sini. Berduyun-duyun kawan-kawan kita dari India datang ke sini dan kita kena beritahu kepada mereka melalui sejarah bahawa itulah permulaannya mereka berada di negara ini. Bila mereka sedar bahawa mereka datang ke sini, mereka akan insaf bahawa sesungguhnya ketika mereka datang dulu, negara ini merupakan negara yang diperintah oleh Raja-raja Melayu yang merupakan tuan negara ini. Orang-orang Inggeris datang ke sini pun melutut, meminta belas ihsan perjanjian daripada Raja-raja Melayu tapi kita agak malang...
Laluan, minta laluan.
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya bersetuju supaya sejarah itu diterangkan untuk mengelak kekeliruan, salah faham. Biar anak cucu kita sedar bagaimana sejarah negara ini sebenarnya. Antaranya saya suka nak mencadangkan negara Malaysia terbentuk tahun 1963. Waktu itu dipanggil Semenanjung Tanah Melayu ini, Malaya ketika itu dipanggil Malaysia Barat, Malaysia Timur, Sabah, Sarawak. Boleh tak agaknya kita nak memahamkan generasi kita, kita ubah Malaysia ini terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu Malaysia. Kita kembalikan sejarah ini. Malaysia ini terdiri daripada komponen Negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu yang dinamakan Malaysia. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Hulu Terengganu?
Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading dan saya nak tambah lagi. Sesungguhnya dalam dokumen-dokumen dulu, contohnya Negeri Terengganu disebut bahawa Terengganu Melayuyah Islamiah yang menggambarkan bahawa negeri Orang Melayu beragama Islam. Itulah asalnya Negeri-negeri Melayu. Kalau kita tidak jelaskan sejarah ini, perkara-perkara ini kepada generasi-generasi muda, seolah-olah mereka merasakan bahawa asal usul itu sudah tidak ada maknanya lagi walaupun dia lahir di Malaysia ini kononnya bertaatsetiakan kepada Malaysia ini tetapi apalah makna kalau hanya kata di bibir mulut, lain di mulut, lain di hati. Sentiasa mengungkit perkara-perkara yang telah dipersetujui yang akan menyakitkan hati rakan yang sama di negeri ini. Tuan Pengerusi, di samping kita harus mengetahui sejarah tak kiralah sama ada sejarah itu sejarah asal usul negara ini, sejarah itu sejarah kedatangan kaum-kaum yang mendatang, itu akan membuatkan kita untuk menginsafi siapa kita ini. Kita juga harus menghormati Perlembagaan negara kita. Perlembagaan yang telah meletakkan tahap dan kedudukan di mana peribumi diberi satu tempat yang agak istimewa sedikit kerana merasakan bahawa kaum bumiputera ini perlu diberi bantuan supaya bila mereka berlari dan berkejar sesama rakan-rakan daripada kaum lain, mereka tidak terus ketinggalan di belakang. Saya ingin menarik perhatian tentang peristiwa 13 Mei, peristiwa sejarah detik hitam yang telah menginsafkan kita semua dengan gagasan Dasar Ekonomi Baru untuk menyusun semula masyarakat, untuk menyeimbangkan pendapatan hak milik harta orang- orang bumiputera dengan bukan bumiputera. Apakah kita mahu bahawa peristiwa 13 Mei itu akan berulang lagi yang akan menjahanamkan bangsa kita. Orang-orang bukan Melayu jangan bimbang, jangan khuatir kalau kita katakan bahawa keistimewaan diberi kepada kontraktor-kontraktor Melayu kerana percayalah, kontraktor Melayu akan dapatkan
bekalannya dari kedai-kedai bukan orang Melayu. Daripada saudara-saudaranya orang- orang Cina, orang-orang kumpulan pedagang. Kalau kontraktor itu pun kita takwilkan, kita persoalkan kenapa diberi kepada bumiputera, kita nak juga diberikan kepada orang bukan bumiputera, tengoklah apa yang akan jadi. Kontraktornya orang bukan Melayu, pembekalnya orang bukan Melayu, pengilangnya bukan orang Melayu, maka di manakah kita mengharapkan perpaduan sebab orang Melayu akan terasa terpinggir, bila terpinggir buruk padahnya Tuan Pengerusi. Oleh itu kita lihat perkara ini supaya perpaduan ini kita kekalkan di mana sama-sama kita menikmati apa yang ada di negara kita. Jangan ungkitkan perkara-perkara yang sudah menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut serta untuk bercakap tentang Bekalan dan Pembangunan 44. Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih kepada barisan guru-guru saya bermula dengan K.Siramanathan, untuk rekod, Mrs. Fung, Ms. Oui, Cikgu Omar, Cikgu Rahmat, Mr. Ghulam Rasul, Mr. Ramasamy dan Mr. Ong.
Inilah manusia-manusia yang telah pun mengajar saya khususnya daripada anak kampung, seorang penoreh getah bapa saya dan mak saya seorang penjual kuih dan saya tidak boleh bercakap orang putih haram sepatah pun. Akan tetapi apabila masuk ke remove class pada tahun 60-an, untuk masuk ke remove class kerajaan mengenakan yuran sebanyak RM7.50 waktu itu. Kerajaan Kedah telah memberi RM5 kepada saya sebagai biasiswa tetapi saya masih lagi kena bayar RM2.50. Seorang manusia bernama K.Siramanathan telah membiayai daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan tiga. Sehinggalah saya lepas LCE. Inilah manusia yang telah memberikan setiap bulan RM2.50 kepada saya. Saya masih ingat lagi kata-kata dia Tuan Pengerusi. Dia panggil saya ‘Jo’, nama timang-timangan. Dia cakap orang putih dengan izin Tuan Pengerusi. ‘Jo, you are Malay. Get out of this bloody poverty. ‘Jo, you are Malay. Get out of this bloody poverty.’ Waktu itu saya merasa gembira seolah-olah inilah guru yang mengajar saya mengenal bahasa Inggeris dan Alhamdulillah sehinggalah saya dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan menjadi seorang Pegawai Diplomatik. Tuan Pengerusi, saya ingin mengatakan bahawa sehingga ke hari ini, perasaan kasih sayang saya kepada guru-guru saya tidak berkurangan. Saya ingin menyatakan bahawa kasih sayang itu datang daripada lubuk hati saya kerana inilah manusia-manusia yang telah mendidik saya untuk menjadi manusia yang baik. Mereka tidak pernah melihat warna, bangsa dan agama saya. Mereka melihat saya sebagai seorang anak Melayu di kampung yang kalau dibiarkan tidak mempunyai potensi apa-apa langsung. Sebab itu bagi saya kalau sekiranya kita ke sekolah-sekolah, saya sudah pasti guru-guru Melayu yang mengajar anak India dan anak Cina juga tidak mempunyai perasaan kerana kamu anak India, aku tidak mahu mengajar, kerana kamu anak Melayu, aku tidak mengajar. Akan tetapi guru-guru memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada murid-murid mereka. Saya rasa inilah tempatnya bermulanya budaya hormat-menghormati. Sebab itu saya sarankan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memberikan tumpuan di mana budaya hormat- menghormati ini mesti dipupuk daripada kalangan anak-anak muda. Sudah pasti apabila kita masuk ke Parlimen ini, kita mempunyai interest yang berbagai-bagai. Sebab itu saya baru dapat SMS tadi. SMS mengatakan ‘Jo, be careful dengan izin. You are on air’ sebab pendebatan kita ini dilihat di Youtube. Seluruh dunia. Saya dapat SMS ini daripada Kanada. Sebab itu saudara-saudara, bahasa jiwa bangsa. Apa yang kita tuturkan orang di luar tengok. Bukan saja di dalam Parlimen ini. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030200 - Istana Budaya.
Akan tetapi sebelum itu Yang Berhormat Sungai Petani.
Ya, ya. Silakan.
Saya merindui orang-orang, sifat-sifat guru Sungai Petani yang berbagai-bagai kaum dan kalau sifat inilah diamalkan di kalangan kita yang sentiasa menjaga perasaan dan hormat-menghormati antara kaum, alangkah bahagianya kita. Sebab itu saya lahirkan tadi. Minta maaf kerana rasa tersinggung sangat. Untuk memberi peringatan jagalah perasaan kerana menjaga perasaan itu sebahagian daripada menjaga perpaduan kaum. Tahniah Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tidak ada apa-apa perkataan yang dapat saya tambah selain daripada manusia di luar sana yang akan menghukum kita ataupun memberikan apa juga jawapan. Jadi saya akan teruskan. Saya mengharapkan bahawa Istana Budaya memainkan peranan yang lebih kerana dengan peruntukan RM26.6 juta yang diberikan, saya melihat ada ruang yang cukup luas yang boleh dimainkan oleh kementerian. Kalaulah persembahan yang ditunjukkan dalam laporan menunjukkan bahawa pada tahun 2007, hanya 41 persembahan, 2008, 43 persembahan dan 2009 mungkin 44 persembahan, saya amat bimbang purata persembahan hanya dua persembahan sedangkan kita mesti dan wajib tonjolkan kumpulan-kumpulan yang saya rasa mempunyai potensi. Jadi sementara kita menunggu mereka datang, kementerian harus mengambil peranan proaktif kerana dalam seminggu sudah tentu lebih daripada dua hujung minggu. Apa salahnya kalau kementerian melihat kumpulan-kumpulan ini dicari di mana-mana. Mungkin mereka tidak mempunyai kekuatan ataupun keberanian atau kemampuan untuk datang, tetapi sekiranya kita mencari di pelosok tanah air kita, tentu ada kumpulan- kumpulan budaya yang dapat memberikan persembahan mereka. Yang keduanya Tuan Pengerusi tentang Arkib Negara di bawah 040000 yang diperuntukkan RM39 juta. Saya melihat di sinilah peranan kementerian harus dipertingkatkan. Saya masih ingat lagi kalau kita musim kanak-kanak dahulu, wayang gelap. Di kampung saya di Sungai Petani dia panggil wayang gelap. Jabatan Penerangan mai tunjuk yang hak pakai rel itu bagaimana pemimpin-pemimpin ulung kita, Tuanku Abdul Rahman pergi berbicara dengan Chin Peng di Baling. Bagaimana Tun Abdul Razak pergi menuntut kemerdekaan dalam hitam putih. Saya juga lihat seminggu dua sebelum pilihan raya ditunjuk. Akan tetapi habis pilihan raya langsung tidak ada. Akan tetapi filem-filem ini amat baik ditunjuk sama ada sebelum berita ataupun selepas berita. Ambil lima minit. Sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak payah kita bergaduh di sini. Sekurang-kurangnya anak-anak kita di bangku sekolah ini lihat walaupun filem itu hitam putih tetapi dia faham. ‘Oh, Tuanku Abdul Rahman ini rupanya bicara, sembang dengan Chin Peng dan failed. Tidak apalah. Sekurang-kurangnya ceritalah latar belakang dia apa dia. Kena. Tuanku pi mana, kena, Tun Razak minta kemerdekaan. Kena tunjukkan. Apa salahnya. Saya rasa peranan ini harus dimainkan oleh Arkib Negara dan Kementerian Penerangan. Tunjuk lima minit skrip-skrip dia berterusan. Bukan sekali. Hari- hari. Cerita hari-hari. Sekurang-kurangnya rakyat faham, anak muda faham dan orang tua lagi faham. Seterusnya Tuan Pengerusi, Kepala 060000 - Perpustakaan Negara.
Satu minit lagi, Yang Berhormat.
Allahuakbar. Yang diperuntukkan RM100 juta dan kita melihat akan ada pembangunan perpustakaan sebanyak RM75.8 juta. Tuan Pengerusi, saya bimbang Perpustakaan Negara ini di luar nampak canggih sungguh. Dia punya design pun naik takut. Saya masuk dua minggu yang lepas, penghujung itu kita kena ‘ghonot’. Orang Kedah kata ‘ghonot’. Maknanya tunduk fasal dia punya design punya hebat. Kalau kita masuk ke dalam itu saudara-saudara dan Tuan Pengerusi, saya rasa
tidak sesuai. Apa salahnya kita spend duit, habiskan duit untuk buku dan peralatan dalam itu daripada kita design yang saya rasa tidak sesuai langsung. Jadi lebih baiklah kita belanja duit pada tempatnya. Bukan hendak tengok kecanggihan design bangunan tersebut. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah Butiran 080000 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang diperuntukkan RM120 juta. Saya melihat masalah keselamatan dan juga masalah jenayah di kampung-kampung dan pekan- pekan yang seperti yang kita selalu dengar seolah-olah macam tidak terkawal lagi. Akan tetapi saya yakin kalau Jabatan Perpaduan dapat memainkan peranan yang lebih dengan mewujudkan secara agresif dan bersungguh-sungguh. Mewujudkan rukun tetangga dan menjemput orang-orang yang berada dalam taman-taman sama ada orang UMNO atau PAS. Tuan Pengerusi, saya kena sebut ini. UMNO, PAS, Keadilan, bukan parti dan tidak berparti duduk sekali kerana melalui Jabatan Perpaduan, Rukun Tetangga ini kita akan hindarkan perasaan kepartian kita kerana yang kita bincang ialah masalah keselamatan kampung kita, keselamatan taman kita.
Ini saya rasa peluang yang terbaik di samping kita memberikan kawalan dan keselamatan terhadap kampung dan taman kita, kita juga pupuk, saya pernah attend meeting, satu meeting rukun tetangga di kawasan saya yang pengerusinya orang UMNO, tidak ada masalah. Setiausahanya orang PAS, jawatankuasanya berbagai-bagai, tetapi kita boleh bincang dan rukun tetangga ini pula bincang hendak buat kenduri, kemudian nak bersunat ramai-ramai.
Masa dah habis Yang Berhormat.
Dan ini memberikan kita peluang untuk kita hindarkan ataupun salah faham itu dapat kita hindarkan. Saya rasa kementerian ini memainkan peranan yang cukup penting. Saya rasa inilah satu-satunya kementerian yang akan memberikan harapan baru, kalaupun ada harapan baru untuk Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas dalam peringkat Jawatankuasa bagi Maksud Bekalan B.44 dan P.44. Sesungguhnya peranan dan kepentingan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini memang sesuailah. Kita ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang telah meletakkan Yang Berhormat Menteri Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam kementerian ini, sebab kita melihat bagaimana dari segi latar belakangnya kita tahu lahir daripada kawasan Parlimen Semporna, kemudian pendidikan. Seterusnya dia lebih terkenal dan terdedah kepada pelbagai masyarakat dan latar belakang. Saya juga bersama dengan Yang Berhormat Kota Belud tadi iaitu supaya mencadangkan kepada kerajaan sebenarnya peruntukan yang diberi kepada kementerian ini patut ditambah, sebab kalau kita lihat peranan kementerian ini sangat penting kepada pembinaan negara bangsa Malaysia ini. Sebab kita melihat peranannya itu, iaitu pembentukan kepada sebenarnya berhubung kait dengan modal insan. Jadi B.44 iaitu saya ingin merujuk kepada Butiran 040000 – Arkib Negara iaitu pengurusan dan perancangan dan pembangunan. Kita melihat betapa pentingnya kerajaan mengambil perhatian dalam perkara ini sebab sudah tiba masanya kenapa sejak akhir-akhir ini, kita sudah 51 tahun merdeka. Kemudian Sabah dan Sarawak sudah 45 tahun dalam Malaysia, kita masih lagi longgar dari segi perpaduan dan persefahaman di kalangan kaum di antara kita di dalam Malaysia itu sendiri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Di sinilah kita lihat peranan Arkib Negara itu dari segi pengurusan dan perancangan serta pembangunan untuk melaksanakan program, mewujudkan cawangan
agensi di kawasan-kawasan yang terpencil jauh dari kawasan bandar supaya dapat menyimpan rekod itu dengan baik. Tujuan dan matlamatnya ialah supaya kita dapat membentuk bangsa negara kita itu sendiri dan generasi muda terutamanya supaya dapat menghayati sebab kerja ini bukan, seolah-olah kita ini macam reverse, kembali kepada satu permulaan yang seolah-olah kita baru hanya bermula untuk membina perpaduan itu sendiri tanpa kita sedari bahawa kita sudah setengah abad merdeka. Sepatutnya tidak timbul lagi masalah perpaduan, masalah perkauman dan sensitiviti yang lain ini sebab kita sudah faham segala-galanya. Itu sebabnya saya bertanya kepada pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri, adakah di masa akan datang akan bercadang untuk mewujudkan cawangan-cawangan di peringkat pejabat di setiap daerah untuk tujuan pengurusan dan perancangan dari segi pembangunan, arkib ataupun sejarah di sesuatu kawasan itu, supaya kita sama-sama dapat menghormati. Bayangkanlah keistimewaan dan persefahaman pemimpin di peringkat awal ketika Sabah merdeka menerusi Malaysia. Bagaimana peranan Allahyarham Tun Datu Mustapha bersama pemimpin-pemimpin yang lain, walaupun mereka sebenarnya sudah di peringkat dewasa, tidak ada pendidikan asas dari segi perpaduan tetapi mereka dapat hidup bersama, duduk bersama, berbincang bersama untuk kebaikan negara kita sendiri. Dan khususnya masyarakat negeri Sabah. Kemudian, kita merujuk kepada Butiran 040500 – Pengurusan Rekod Konvensional. Di sini saya ingin hendak menjelaskan dan bertanya, mohon penjelasan daripada pihak kementerian tentang pengurusan rekod dan konvensional ini. Sebagai contohnya, kalau kita melihat di Borneo ataupun yang sekarang ini disebut sebagai Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan negeri Sabah. Kalau kita rujuk fakta sejarah, 27,000 tahun yang lepas, kita sudah pun perolehi pendudukan awal manusia di kawasan Borneo, di kawasan Parlimen Silam berhampiran dengan Semporna. Dan kita dapati di Semporna itu sendiri, ada Bukit Tengkorak disebut sekarang ini pun diiktiraf oleh pihak Muzium Negara sebagai warisan sejarah. Di sini penting rekod ini kita catat dan perlu kita gali ataupun kementerian ini sendiri mewujudkan bahagian research ataupun kajian selidik di kementerian itu, untuk membolehkan supaya kita dapat mengumpul fakta ini bagi kekuatan pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Dan di sinilah kelemahan-kelemahan yang kita peroleh. Sebagai contohnya, pertikaian antara Malaysia dan Singapura baru-baru ini adalah satu contoh yang klasik, yang sepatutnya kita ambil berat. Ini penting bagi membolehkan kita dapat menghayati dan dapat mengumpul maklumat tepat ini supaya orang lain tidak lagi boleh mempertikaikan. Dan di sini jugalah peranan kementerian itu sendiri nampak dan sangat penting kepada kita, dan kita tidak boleh memperlekehkan dan kita harus menghormati peranan kementerian ini dalam membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia itu sendiri. Dari segi perolehan iaitu Butiran 040700 – Pusat Perolehan dan Pendokumentasian dan Pandang Dengar. Kalau kita lihat negara Amerika begitu lama sudah maju, tetapi bagaimana dari segi penyimpanan rekod itu sendiri. Mereka simpan baik, pelihara dengan baik, dari segi filem-filem yang lama yang telah dikumpul dari zaman yang lama dan menjadi tontonan kepada generasi dan masyarakat sekarang ini terutamanya di negara tersebut. Jadi perlu juga ada rekod-rekod seumpama ini di Jabatan Arkib itu sendiri dan bukan hanya di Kuala Lumpur, di Kota Kinabalu ataupun di bandar- bandar utama, tetapi kita harus memperluaskan dengan mungkin mewujudkan program iaitu pusat kegiatan setempat bagi membolehkan kita dapat menayangkan dokumentasi sejarah yang sangat berguna kepada pembentukan negara kita itu, supaya perpaduan dapat kita hayati dan dapat kita laksanakan dengan baiknya. Saya ingin membawa kepada Maksud P.44 bagi maksud Butiran 090000 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya ingin bertanya kementerian dari segi peranan dan tanggungjawab iaitu bahagian kraf tangan ini. Kalau kita lihat di negeri Sabah terutamanya, kalau dalam tahun-tahun era 70-an sebagai contohnya di Semporna, memang kaya dari segi kraf tangan ini terutamanya di kampung kelahiran saya, di Semporna di Kampung Tudun di mana kraf tangan yang terkenal yang sekarang ini ada replika bot lepa
yang ada di Muzium Negeri Sabah itu yang dibuat oleh nenek saya, Allahyarham Tuan Haji Ibnu Arab. Kalau kita tekankan kepada, saya ingin cadangkan kepada bahagian kraf tangan di bawah kementerian ini supaya dapat mengaktifkan, mengambil perhatian yang lebih baik dalam usaha untuk membolehkan kegiatan aktiviti kraf tangan itu sebab kita melihat dari segi kegiatan ekonominya, sekarang ini semakin pupus dan hanya masa regata lepa ataupun aktiviti-aktiviti perayaan sahaja baru mereka membuat kraf tangan ini. Alangkah baiknya kalau dari segi pengurusannya lebih baik dan disediakan kemudahan-kemudahan latihan dan daripada pihak kraf tangan ini untuk membolehkan kita melatih generasi yang ada sekarang ini, supaya mereka dapat mewarisi dan mereka sendiri ada kegiatan ekonomi yang boleh bergantung pada sendiri. Sebab kalau kita lihat kepada pembangunan negara-negara yang telah maju dibandingkan dengan negara kita dari segi pengurusan kraf tangan ini. Sebenarnya kelemahan yang ada di negara kita ini ialah pengurusan dari segi pelaksanaan seolah-olah kita tidak begitu mengambil berat dari segi pembangunan kraf tangan ini. Saya menyarankan kepada pihak kementerian supaya mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan lagi pusat-pusat, untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang kraf tangan ini supaya kraf tangan itu bukan hanya kita pasarkan di peringkat domestik, tetapi juga sampai ke antarabangsa bagi membolehkan ianya dikenali dan menjadi punca pendapatan kepada rakyat di kawasan luar bandar.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian iaitu peranan Perpustakaan Negara berhubung kait dengan Arkib Negara tadi iaitu dalam Butiran 060200 – Pembangunan Perpustakaan. Sebagai contohnya kalau kita lihat di kawasan pantai timur di negeri Sabah, kita dapati dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu itu sendiri sudah mempunyai perpustakaan yang agak besar dari segi saiznya. Jadi alangkah baiknya kalau dari segi aktiviti program kesedaran untuk memberi pendedahan kepada pentingnya untuk kita menjemput sama ada golongan orang dewasa ataupun di peringkat belia jadual dalam seminggu itu mungkin sekali ataupun dua kali supaya mereka ini dapat menonton program yang ada hubung kait dengan pembentukan perpaduan dengan kesedaran bermasyarakat. Itu sebabnya kita melihat mungkin peranan tradisi perpustakaan ini hanya memberi pinjaman buku kepada dia punya pengunjung tetapi adalah lebih baik kalau kita ada jadual aktiviti yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan itu bagi memastikan mereka ini dapat cinta dan suka untuk melawat...
Gulung, Yang Berhormat.
...perpustakaan itu sendiri.
Habiskan, Yang Berhormat.
Kita berharap juga supaya pihak kementerian mengambil inisiatif untuk menambah dari segi program kemasyarakatan ini agar perpustakaan itu sendiri akan menjadi satu tempat yang diminati oleh semua masyarakat. Tuan Pengerusi yang saya hormati, merujuk kepada Butiran 080000 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, saya ingin merujuk iaitu dari segi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ataupun ASWARA. Saya ingin tahu apakah peranan sebenarnya bahagian akademi ini dan jika ianya memberi kebaikan dari segi jangka masa panjang, adalah dicadangkan supaya di kawasan luar bandar yang mana dari segi banyak aktiviti seni kebudayaannya kita perlu wujudkan program ataupun akademi ini untuk membolehkan kita dapat memastikan supaya seni, budaya dan warisan sesuatu bangsa itu dapat kita laksanakan ataupun tampilkan kepada masyarakat setempat. Kita berharap dengan pewujudan aktiviti ataupun butiran-butiran yang terdapat dalam Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini akan menjadi satu agenda utama kerajaan kita bagi memastikan bahawa kekuatan bangsa Malaysia ini adalah perpaduan. Kalau kita tidak ada perpaduan, percayalah apa pun yang dirancang oleh kerajaan itu akan gagal kita capai. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Menteri yang turut hadir pada perbahasan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pertama sekali kita rasa bangga kerana dalam Malaysia ini mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa sehingga para pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia dapat mengenali bangsa Melayu, India, Cina, Singh, Siam dan sebagainya. Ini merupakan kekayaan yang tidak ada pada negara lain, hanya terdapat dalam Malaysia yang bertuah ini. Namun, dengan itu mestilah diurus tadbir dengan baik supaya tidak bertembung perkauman dan sebagainya. Maka kementerian ini amat perlu dan wajib mengendalikan dengan lebih bijak dan lebih baik supaya kehidupan kita bertambah harmonis dan juga berbahagia, insya-Allah. Butiran saya adalah 11000 – Perbendaharaan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang kita dapati dasarnya adalah selalu baik dan indah, mengeluarkan filem-filem tempatan dan menerima filem-filem luar masuk ke negara. Cuma persoalannya, Tuan Pengerusi dan Menteri adalah bagaimana FINAS bekerjasama dengan KDN berkaitan dengan pelesenan ataupun penapisan filem itu yang kadang-kadang nampak terlalu membimbangkan. Contohnya, Bawang Putih Bawang Merah yang berkaitan dengan akidah umat Islam itu sendiri dan ia ditonton oleh golongan Melayu Islam yang begitu ramai, seolah-olah tidak ada penapisan. Maka saya pohon kepada Perbendaharaan dan juga FINAS itu sendiri bergabung dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, mungkin JAKIM untuk mengenal pasti dan di manakah kebenaran dan kebolehan dibenarkan buat penyiaran secara meluas dalam negara kita. Ini kerana ia mendatangkan kebimbangan dan keresahan di semua pihak terutama ibu bapa. Ibu bapa rasa bimbang dan rasa resah apabila melihat filem-filem ini seolah-olah tidak ditapis oleh pihak kementerian. Bagi saya, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan KDN perlu mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan filem ini dapat digerakkan dengan lebih baik dan dapat diperjelaskan mengapa dibenarkan ia berlaku dan disiar dalam negara kita. Kemudian yang kedua, 130500 – Kebudayaan dan Kesenian yang menjadi tunjang kepada kejayaan kita bersama dalam Malaysia ini. Maka apakah program-program yang hendak ditonjolkan oleh kementerian ini? Dalam Rukun Negara yang kelima - Kesopanan dan Kesusilaan merupakan tunjang asas yang kelima bagi rakyat Malaysia. Kita melihat budayanya makin pupus, akhlaknya golongan muda, budaya-budaya luar sudah menguasai kebudayaan anak Melayu, kebudayaan anak Malaysia ini. Sekarang kita dapati anak Melayu ataupun rakyat Malaysia golongan remaja seolah-olah tidak dibina dengan kehidupan yang lebih baik sehingga mereka mengamalkan budaya punk. Ini urusan-urusan yang tentulah kementerian mestilah bertanggungjawab sekiranya anak-anak kita terpengaruh dengan budaya-budaya luar sehingga merosakkan masa depan negara sendiri dan membimbangkan keseluruhan warga negara, khususnya golongan muda. Jadi saya pohon kementerian tersebut supaya menimbang semula, menapis dan menyediakan budaya-budaya yang perlu diterapkan dan budaya untuk dikeluarkan daripada golongan belia muda ini kerana anak muda akan tangkap muat semua sekali apa yang ada depan mata belia. Maka belia menjadi lebih rosak dan kita bimbang kalau belia rosak, apa lagi harapan kita untuk menyambung kesinambungan kerajaan ataupun mereka dalam negara ini. Kemudian saya merujuk kepada 130800 – Arkib Negara. Saya merujuk supaya kementerian melihat semula sejarah Alor Star kerana baru-baru ini saya dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Muzium Negeri bersama dengan Dato’ Shamsudin, seorang pakar sejarah, negarawan kita, yang merasa terkilan dan dukacita apabila Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Kedah sebelum ini menukar nama Alor Star daripada perkataan Alor Setar. Jadi apakah Arkib Negara melihat sejarah ini diubah begitu sesuka hati dia menyebabkan Yang Berbahagia Dato’ Shamsudin, saya melihat dia terlalu kecewa dengan sejarah Alor Setar itu, S-E-T-A-R itu diubah kepada S-T-A-R, bintang. Dia kata bagaimana anak kita hendak mengkaji sejarah, daripada nama tempat, nama pohon berubah kepada
nama komersial. Jadi apakah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hendak biarkan kerosakan itu berlaku terang-terangan sehingga menimbulkan keresahan dan kebimbangan anak-anak kita dan pakar-pakar sejarah tempatan. Kemudian termasuk Butiran 140400 - Program Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Saya minta kalau bolehlah cuba kita ubah sedikit budaya sambutan Hari Kemerdekaan ini. Habis-habis sangat dari Maghrib, 7.00 petang sampai waktu detik kemerdekaan, tembak bunga api. Mungkin pihak kementerian rasa selesai sambutan kemerdekaan tetapi tahukah selepas program itu, di mana anak muda kita, di mana belia- belia kita. Mereka hadir untuk menyambut semangat kemerdekaan, betul, tetapi apakah itu sahaja budaya kita. Besok harinya dengan perarakan beruniform, itu baguslah. Persoalannya, Tuan Pengerusi dan juga Menteri, tidak bolehkah kita buat budaya lain pula yang akan berubah sedikit, sambutan mohon keberkatan Ilahi. Negara kita yang merdeka ini, berbilang kaum, bangsa, agama, adat resam dan sebagainya, apakah dengan sekadar nyanyian itu semata-mata. Sebagai orang Islam, saya cadangkan, Menteri sendiri cadang supaya mengadakan majlis-majlis bacaan Yasin perdana di peringkat kampung. Ada memang ada tetapi sedikit, tetapi yang dicadangkan oleh jawatankuasa masjid, tetapi Menteri memberikan laluan nyanyian yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada sosial anak-anak muda itu sendiri. Ini kita mintalah kepada kementerian supaya melihat semula dan menimbang semula kerana perkara ini bukanlah sekadar untuk menghabiskan bajet semata-mata tetapi ialah untuk menyatupadukan ummah itu sendiri, rakyat jelata itu sendiri dan memperkenalkan budaya masing-masing, mempertahankan budaya masing-masing dan mempertahankan budaya Islam supaya menjadi contoh uswah kepada semua masyarakat dalam negara kita dan kita mengecilkan unsur-unsur yang boleh menjatuhkan moral kita, agama kita dan kerosakan akidah mahupun kerosakan akhlak dan sebagainya.
Tuan Pengerusi, saya mohon kepada kementerian tersebut supaya melihat secara lebih positif supaya kementerian ini dapat diteruskan dan sehingga lahirlah kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai perpaduan, kebudayaan dan warisan yang utuh. Akhir sekali di kawasan saya Jerai terdapat tapak Terusan Wan Mat Saman yang telah dijadikan sebagai warisan negara, saya pohonlah kepada kementerian supaya turunkan sedikit peruntukan untuk membersihkan warisan tersebut kerana warisan tersebut merupakan sejarah lama Kerajaan Negeri Kedah dan rakyat jelata hari ini melihat bagaimana warisan yang tidak dijaga, memerlukan peruntukan yang banyak. Dengan warisan tersebut maka dapat kita kekalkan sejarah kita kepada anak-anak bangsa kita di masa-masa yang akan datang. Saya pohon dan terima kasih.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian untuk membicarakan di bawah Butiran 080400 - Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara. Tuan Pengerusi, semua kita memang inginkan sebuah negara Malaysia yang aman, bersatu padu dan juga makmur di mana semua rakyat Malaysia berbilang kaum hidup dalam keadaan yang selamat dan sejahtera. Sejak daripada dahulu lagi apabila negara kita ini mencatat sejarah di mana walaupun permulaannya kita dapati bahawa negara kita ini boleh dikatakan pada keseluruhannya terdiri daripada orang-orang Melayu sebagai penduduk rakyat jelatanya dan juga di bawah kerajaan-kerajaan Melayu yang merupakan sultan-sultan dan raja-raja. Namun atas dasar ingin melihat kesejahteraan rakyat dan juga keamanan serta kemakmuran maka kerajaan di masa lampau telah mengamalkan dasar-dasar yang merupakan adil kepada semua sama ada kepada penduduk asal ataupun juga mereka yang mendatang ke negara kita ini. Seterusnya apabila negara kita merdeka, corak pemerintahan yang adil ini diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana segala dasar yang dibuat adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak sama ada peribumi ataupun rakyat yang dari segi sejarahnya merupakan pendatang tetapi telah menjadi rakyat negara kita ini, mempunyai
hak-hak dan kedudukan mereka yang tidak boleh dipersoalkan. Semua itu, hak-hak bagi setiap rakyat termasuk peribumi dan juga bukan peribumi adalah merupakan hak-hak yang saksama yang tidak ada berunsurkan penindasan, diskriminasi ataupun hubungan di mana berbentuk perhambaan ataupun merendah-rendahkan mana-mana bangsa atau kaum dalam negara kita ini. Kalau sekiranya dasar merupakan perhambaan telah dilakukan oleh kerajaan selama ini, saya pasti negara kita ini sudah pun runtuh, sudah pun hancur kerana tidak mungkin ada satu bangsa atau kaum boleh duduk dalam sebuah negara di mana mereka ditindas, dihinakan dan tidak diberi peluang untuk hidup seperti orang lain. Dengan sebab itu sejarah membuktikan, rekod kita membuktikan bahawa negara kita ini hidup dalam keadaan yang aman dan damai, keadilan dan kesaksamaan di antara semua kaum dan semua rakyat jelata. Semua rakyat di pelosok kampung, mukim dan daerah begitu seronok sekali hidup di dalam sebuah negara Malaysia ini di mana wujudnya perpaduan di antara satu kaum dengan satu kaum yang lain, bermain di satu kampung dan di satu pekan dan juga bekerja dalam sebuah pejabat. Bercuti ke destinasi-destinasi secara bersama dan sebagainya. Berniaga bersama-sama sebagai rakan kongsi, sebagai pembeli dan penjual, tidak ada masalah. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, wujud perasaan persaudaraan, kasih dan sayang di antara orang Melayu dengan orang Cina, orang India dan orang-orang lain. Tidak ada perasaan cemburu mencemburui, tidak ada perasaan benci-membenci antara satu sama lain selama ini. Sejak saya di bangku sekolah dan seterusnya masuk ke universiti bercampur dengan kawan-kawan pelbagai bangsa, saya merasakan perasaan itu. Apabila bekerja, saya bekerja dalam satu syarikat yang ramai rakan-rakan dari kalangan berbangsa Cina. Saya tidak mendapati ada masalah. Saya merasa sentiasa happy, seronok dan bahagia kerana wujudnya perasaan percaya mempercayai, hormat-menghormati di antara saya dan rakan-rakan yang lain. Namun apa sudah jadi kepada negara kita ini? Apa sudah jadi kepada bangsa Malaysia pelbagai kaum ini yang hari-hari timbul soal seolah-olah ada pergaduhan kaum di antara Melayu, Cina, India dan sebagainya. Pada pengamatan saya ini adalah disebabkan oleh kepentingan politik semata-mata dari semua pihak. Saya tidak mengatakan bahawa pihak tertentu tetapi semua pihak yang ingin mendapat kepentingan dan keuntungan politik untuk mendapatkan undi, mereka sanggup merosakkan perpaduan yang wujud dalam negara kita ini selama ini. Mereka tidak sayang kepada negara, mereka tidak sayang kepada bangsa ini, demi kerusi, demi kemenangan dalam pertandingan politik. Saya mengambil kesempatan di sini menyeru kepada diri saya sendiri. Bukan saya hendak menyeru kepada orang lain tetapi menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan marilah kita hentikan perbuatan yang tidak berfaedah ini, yang hanya akan menghancurkan negara kita. Biar pun kita boleh menang dalam pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum tetapi kalau wujud pergaduhan kaum di negara kita ini kemenangan kita tidak bermakna sama sekali. Tidak bermakna kepada orang Melayu, tidak bermakna kepada orang Cina, tidak bermakna kepada orang India kalau negara ini terhumban dalam kedurjanaan dan kehancuran.
Tidak ada orang yang menang, tidak ada orang yang selamat. Tidak ada orang yang boleh menjadi perdana menteri atau menteri-menteri kalau sudah wujud keadaan yang sedemikian. Dengan sebab itu Tuan Pengerusi, saya mohon maaf di sini kalau sekiranya dalam tempoh-tempoh sesi Dewan ini beberapa minggu yang lalu, saya secara tidak sengaja sebagai manusia biasa terlanjur dalam mengeluarkan perkataan-perkataan yang agak kasar dan keras. Sebenarnya bukan itu hati dan nurani saya. Itu bukan jiwa saya. Malah apabila balik, saya benci kepada diri saya. I hate myself for doing that! I honestly hate myself! Ya, saya tidak mahu dan setiap kali saya memohon kepada Allah SWT sebagai orang Islam dan berdoa supaya memberikan saya kesabaran. Memberikan saya kesabaran dan menunjukkan saya kepada jalan yang betul. Sebagai manusia saya dalam keadaan landasan yang betul. Akan tetapi sekali saya terlanjur dan terbabas, bukan kerana apa. Oleh sebab saya ditekan, saya diprovoke, saya dihina. Surat khabar The Star, saya nak
beritahu surat khabar The Star. Memberi gambaran yang buruk kepada saya. Surat khabar The Star jangan buat laporan yang tidak adil! Saya bersedia menyokong pihak pembangkang kalau sekiranya pihak pembangkang mengutarakan perkara-perkara yang benar, perkara-perkara yang baik. Tidak bermakna saya mesti bertelagah dengan setiap apa yang diutarakan. Kita di sini mencari kebaikan, bukan mencari keburukan. Yang Berhormat Batu Gajah tolong faham sedikit. Batu Gajah dengan Kampung Gajah tak jauh. Pasir Salak ada Kampung Gajah. Saya sebut selalu, saya sayang kepada semua kaum dalam semua kaum dalam Malaysia. Saya sayang bukan saya sayang bermakna saya sayang kepada orang Melayu, saya mesti benci kepada orang bukan Melayu. Saya sayang kepada orang Cina, saya sayang kepada orang India. I mean this! I mean this! I mean it!.. [Tepuk] Jadi jangan timbulkan keadaan provokasi. Apa Tuan Pengerusi, saya duduk di sini. Kalau sekiranya pemimpin-pemimpin sama ada pemimpin pembangkang, ketua pembangkang pun saya pertahankan. Saya pertahankan ketua pembangkang. Jangan ada pihak untuk mengutuk ketua pembangkang seolah-olah sudah bersalah dalam apa yang berlaku ke atas beliau. Tuduhan kepada beliau tidak boleh. Ini kerana beliau masih dalam proses pembicaraan. Saya tahu ketua pembangkang seorang yang baik. Seorang yang baik! Saya penyokong kuat dia satu hari dahulu. Akan tetapi apa yang berlaku, apa yang telah berlaku. Itu pilihan dia. Jadi Tuan Pengerusi, kita jangan memburuk-burukkan di antara satu sama lain dengan tidak berasas. Jangan menghina. Jangan kata suruh saya pergi sekolah. Saya tidak sekolah. Jangan kata saya menggunakan wang RM6 juta kerana untuk bertanding ketua bahagian. Jangan kata pengundi-pengundi saya di Pasir Salak benci kepada saya dengan memberikan logik kononnya saya menang bukan seratus peratus. Saya hendak tanya mana wakil rakyat di sini yang menang seratus peratus? Tunjuk! Termasuk orang yang menyebut itu. Tidak ada seorang menang seratus peratus. This is democracy the majorities win. Jadi apa ini? Hendak kata saya bercakap yang perlu dihukum, kenapa pihak pembangkang ada menyebutkan perkataan binatang di dalam Dewan ini. Binatang! Bersifat kebinatangan! Panggil Hulu Terengganu, orang hulu. Apa yang orang hulu, adalah satu penghinaan! Perlu pergi ke sekolah! Berbagai-bagai lagi.
Ya, gulung Yang Berhormat.
Kenapa surat khabar? Kenapa media tidak mengutuk perbuatan ini? Kutuklah saya! Namun kutuk juga mereka, kalau mahu berlaku adil!... [Tepuk] Saya sendiri ada hukum. Saya tidak takut untuk menerima hukuman. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau saya salah, saya terima apa juga hukuman yang hendak dikenakan kepada saya. Itu pengajaran untuk saya. Saya terima. Ini ajaran agama saya, ajaran agama Islam. Hukuman bukan satu penghinaan. Hukuman merupakan satu cabaran, satu dugaan, satu pengajaran. What is the problem? Ini kah wanita? Manakah ketua wanita MCA? Ada di sinikah? Dia bukan Ahli Parlimen. Bukan main lagi hendak bawa rombongan pergi ke kawasan Pasir Salak hendak tunjuk bantahan! Ingat dia sahaja boleh buat? Saya pun boleh buat tunjuk perasaan di kawasan dia! Sebut, keturunan Melayu, ketuanan Melayu tidak relevan. Kita sudah terang berkali-kali Tuan Pengerusi, ketuanan Melayu, kita ini ketuanan Melayu maknanya pemerintahan Raja-Raja Melayu yang melindungi semua rakyat Malaysia ini... [Disampuk] Melindungi! Saya hendak bagi yang bukan Melayu, kalau raja-raja Melayu tidak melindungi yang bukan Melayu, saya rasa tuan-tuan entah di mana duduknya sekarang. Betul atau tidak? Kerana Raja Melayulah, kerana pemerintahan yang adil itulah, menyebabkan kita boleh duduk di sini. Negara kita aman dan damai dan semua orang boleh mencari rezeki dengan tidak ada halangan sama sekali.
Jadi Tuan Pengerusi yang saya kasihi, saya harap kita, biar kita jelas dengan nawaitu kita. Niat kita sebenarnya berada di dalam Dewan ini untuk apa? Adakah kita datang ke mari untuk mencari kebaikan untuk bangsa, untuk negara atau untuk mencari kebaikan untuk kerusi kita, tempat kita sendiri? Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekarang keliru Yang Berhormat Pasir Salak yang benar hari inikah atau dahulu? Saya tidak tahu. Akan tetapi I appreciate what did you saylah. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 060200. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana hadir sendiri selewat ini. Mengenai pembangunan perpustakaan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa, Perpustakaan Nasional kita dan juga perpustakaan di tempat-tempat lain dan di negeri lain, harus dibangunkan secara meluas lagi. Misalnya, waktu-waktu di mana pembaca boleh pergi ke perpustakaan haruslah dipanjangkan. Saya rasa Perpustakaan Nasional terbuka pada hari Ahad, tetapi hari Isnin, mereka tutup. Ini tidak begitu baik untuk memupuk satu masyarakat membaca. Ini adalah sebab seperti saya sering kali katakan di Dewan yang mulia ini, sesuatu masyarakat yang sering kali membaca adalah penting. Kita kalau rakyat Malaysia fasih dalam semua aspek ilmu pengetahuan melalui pembacaan, kita tidak ada perlu untuk ada selisih faham tentang apa yang kita saksikan tadi. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memahami dan menerima keistimewaan antara satu kaum dengan yang lain. Semasa di bangku sekolah, apabila saya duduk di asrama ada kawan-kawan Melayu saya, dia belajar perkara-perkara lain seperti bahasa Inggeris dari saya dan saya pun belajar dari kawan-kawan Melayu, bahasa Malaysia. Itu kita terima dan akui bahawa kita ada kelemahan dan kelebihan atau keistimewaan dalam sesuatu perkauman. Justeru itu saya ingin menyentuh kepada perpaduan masyarakat dan integrasi.
Kementerian Yang Berhormat boleh main peranan yang lebih konstruktif dan penting untuk mengukuhkan perpaduan di antara kita dan salah satu adalah untuk menggunakan Perpustakaan Negara dan saya juga harap macam di bandar-bandar kecil seperti di Telok Intan, perpustakaan bergerak, mobile library, dengan izin Tuan Pengerusi, boleh digerakkan untuk bagi semua anak-anak kita tidak kira kaum. Kita boleh dirikan pusat-pusat pembacaan, reading centres seperti di negara- negara barat, bukan saja perpustakaan tapi extension kepada perpustakaan untuk ada pusat-pusat pembacaan, di mana anak-anak muda kita dalam tadika boleh datang pada sebelah petang dan membaca buku-buku cerita dan melalui ini kita boleh secara terus, directly dengan izin, atau tidak terus boleh mengukuhkan semangat perpaduan di antara kaum di negara kita ini. Saya amat kecewa bahawa di Dewan ini, rakan-rakan Yang Berhormat saya masih sama seperti lawan di antara satu sama lain mengenai isu-isu perkauman, kita mesti sedia bahawa di negara kita terdapat pelbagai kaum dan mesti ada pelbagai percanggahan pendapatan dan idea, budaya dan seumpamanya
Pendapat, pendapat Yang Berhormat, pendapatan itu income.
Ya pendapat dan itu adalah satu kenyataan, kita mesti terima, kita tidak boleh mengatakan seseorang itu betul dan lain orang itu salah, this is a fact of life, dengan izin, kita harus terima, harus menghormati antara satu sama lain, harus terima bahawa kita ada keistimewaan dan kita ada kelemahan, tidak ada satu bangsa di dunia ini adalah istimewa pada semua sekali dan tidak ada bangsa di negara ini, di dunia ini yang semuanya ada kesalahan atau kelemahan atau kekurangan seperti Socrates, seorang ahli falsafah Greek mengatakan “I’m a citizen not of Athens but, I’m a citizen of this world” dengan izin, itu penting, kenapa tidak kita boleh memupuk semangat
kebaikan di antara kita, dekat 50 tahun sudah jadi, macam Yang Berhormat Pasir Salak katakan, jangan gunakan perkataan-perkataan yang boleh hina atau menyakitkan orang lain. Baru-baru ini, Majlis Fatwa telah mengatakan tentang yoga, itu adalah hak Majlis Fatwa untuk mengatakan tentang yoga, tidak sesuai untuk kawan-kawan Muslim kita, tetapi saya rasa sakit hati, mengapa dia kata yoga itu haram? Tidakkah Majlis Fatwa mengambil kira perasaan orang India ataupun orang Hindu. Jadi..
Yang Berhormat Telok Intan, Telok Intan.
Ya Sri Gading.
Saya rasa salah faham Telok Intan ini jangan dilanjutkan, Majlis Fatwa dia berkaitan dengan hak hukum hakam Islam dan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa khusus untuk pegangan, anutan orang Islam semata-mata, jadi kalau dikata hukum haram, dalam Islam ada haram, ada makruh, ada harus, ada sunat, ada wajib. Jadi yoga itu dari segi pandangan Islam, salah kepada orang Islam, dia tidak pula menyalahkan orang bukan Islam yang nak mengamalkan yoga. Jadi jangan sentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam yang khusus untuk orang Islam, saya harap Telok Intan jangan panjangkanlah perkara ini, nanti salah faham, macam tadi kata, biarlah kita jangan menyinggung perasaan orang lain, saya setuju sangat, Yang Berhormat Telok Intan bercakap begitu baik, saya cukup apa yang dia perkatakan, jadi tolonglah hentikan soal nak mempertikaikan Majlis Fatwa kerana dia terus akan menyentuh orang Islam.
Sikit, saya menyokong Yang Berhormat Sri Gading ini, fatwa ini adalah hanya untuk orang Islam sahaja. Dan dia tidak bermakna bila kata haram, maka orang lain tersinggung kerana itu hanya untuk orang Islam dan tidak ada sikit pun niat untuk menyinggung mana-mana pihak, sekian.
Mungkin niat dia baik, tetapi cara dia katakan, misalkan kalau fatwa dikeluarkan, example lah oleh seorang Hindu
Yang Berhormat,Yang Berhormat, boleh alih kepada isu yang lain Yang Berhormat, ya?
Saya harus beri penjelasan kepada soalan yang dibangkit, jika Majlis Fatwa Hindu katakan, keluarkan sesuatu practise oleh kawan- kawan Muslim kita, itu haram di sisi Hindu, tak baik kita dengar macam itu. Jadi mungkin Fatwa boleh gunakan perkataan tidak sesuai untuk kaum Islam, kita boleh terima
Majlis Fatwa pun mengkhususkan kepada orang Islam.
Saya faham.
Ini tidak mengganggu kaum lain.
Mungkin surat khabar..
Macam juga kata orang Islam, babi itu haram, mughallazah, bukan pula makna kalau orang Cina, orang India yang makan babi, kita benci, tak. Itu soal you, tapi dari segi hukum Islam, babi itu najis mughallazah, haram dimakan. Jadi kalau Majlis Fatwa kata haram, bukan pula nak menyinggung orang Cina, orang India yang makan, silalah makan, macam arak jadi jangan panjangkanlah saya ingat, untuk kebaikan kita bersama.
Ya, jangan panjangkanlah Yang Berhormat.
Terima kasih saya cuma harap untuk demi kepentingan perpaduan, cara kita mengeluarkan kenyataan seperti itu boleh dielakkan, itu cuma satu saya minta sahaja.
Sikit mungkin saya, perkataan haram itu sendiri, saya cakap ini sebagai seorang pakar dalam bidang hukum hakam, dia ada mempunyai maknanya yang tersendiri, rentetan dari hukum haram itu ada dia punya implikasi, jadi dia hanya digunakan sebagai istilah bagi orang Islam yang mana perbuatan itu jika dilakukan maka ada kesan dosa dan pahala, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Sri Gading, saya haraplah Yang Berhormat Pasir Salak yang kita dengar hari ini adalah betul-betul Pasir Salak yang tulen dan benarlah, bukan macam dahululah, saya sokong, dengan itu saya minta Yang Berhormat Menteri, biar kita menghadapi satu masa depan yang betul-betul ada perpaduan di antara kaum, saya sokong semua langkah- langkah yang boleh diambil oleh kementerian untuk mengukuhkan semangat perpaduan di antara kaum, sekian terima kasih.
Yang Berhormat, kita kena habiskan perbahasan malam ini Yang Berhormat, jadi kalau ada yang tak terpanggil, saya minta maaf ya? Saya bagi Jerlun dulu.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahas, saya bangkitkan Butiran 080000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman, dan ianya mempunyai satu rekod yang cukup cemerlang dalam soal ini sehinggakan kita dikenali sebagai, dengan izin, ‘beacon of hope’ di dalam dunia yang sentiasa bergolak ini, Tuan Pengerusi tidak banyak contoh-contoh yang baik yang boleh diteladani kalau kita lihat di sekitar dunia ini. Malaysia sentiasa dilihat sebagai negara yang majmuk yang berbilang kaum yang telah dapat mewujudkan satu kestabilan politik di atas mana ekonomi kita dapat tumbuh dengan pesat dan ini adalah kejayaan rakyatnya yang dipimpin oleh pemimpin –pemimpin yang berwibawa, yang mempunyai wawasan, yang memahami jiwa, aspirasi dan cita-cita rakyat, secara keseluruhannya. Bukan hanya satu-satu kaum sahaja, tetapi semua kaum, dan inilah yang dikagumi oleh warga dunia kerana kita lihat di banyak negara-negara yang lain, apabila ada golongan majoriti yang kedudukan ekonominya terjejas berbandingkan dengan kaum-kaum yang lain, maka wujudlah satu suasana yang tidak membenarkan ekonomi negara tersebut tumbuh pada tahap yang dikehendaki. Tetapi di Malaysia, Tuan Pengerusi, kita mewujudkan ruang yang seluas-luasnya, peluang sentiasa ada untuk setiap warga kita mencari nafkah dengan cara yang halal dan sudah tentu yang membantu negara kita membangun dengan begitu pesat sehingga menjadi Harimau Asia pada satu ketika dahulu. Kita kebelakangan ini dengar mengenai pelbagai isu-isu yang berkait dengan perkauman, walaupun ini timbul tetapi pada hemat saya Tuan Pengerusi, negara kita ini masih hebat walaupun pada satu ketika dahulu ada negara-negara barat yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini tidak akan berjaya untuk dipimpin oleh orang kita sendiri iaitu rakyat Malaysia kerana kepelbagaian, kerana dengan izin, multi ethnicity kita, kerana agama yang begitu banyak yang dianuti oleh rakyatnya dan macam-macam lagi alasan yang digunakan bahawasanya negara kita ini hanya menanti-nanti saat dan ketika untuk meletup.
Akan tetapi kita telah berjaya mentadbir negara kita ini dengan sokongan rakyat yang majoriti dengan begitu baik sehinggakan kita dapat elak sebarang masalah dan hingga kita ini menjadi negara yang dianggap kalau tidak silap saya ke-18 paling global di dunia ini. Kita sebuah negara yang boleh berdagang dengan semua negara-negara lain dan itu yang meletakkan kita lebih tinggi daripada negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1957. Apabila dipersoalkan dan
dipertikaikan, isu-isu yang dianggap sensitif oleh kaum-kaum di dalam Malaysia ini khususnya kaum Melayu, saya lihat ini sebagai satu perkara yang tidak bijak kerana ia secara langsung akan meleraikan dengan izin social fabric yang sedia wujud di dalam negara kita ini. Saya lihat setakat ini daya yang menyatupadukan kita di dalam negara kita ini masih kuat berbanding dengan daya-daya yang cuba memecahbelahkan kita. Oleh itu apabila dibangkitkan Ketuanan Melayu dan sekali gus juga menyentuh mengenai perpaduan. Saya rasa ini satu perkara yang ganjil dan oleh itu sebentar tadi saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini, perlulah bermula di peringkat sekolah lagi. Makanya saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini. Pada hemat saya lebih kurang 99% agaknya negara di dunia ini di mana mereka menggunakan cuma satu sistem sahaja di dalam sistem pendidikan mereka dan tidak banyak sistem kerana apabila terlampau banyak sistem yang berbeza-beza ini, sudah tentu akan melahirkan perbezaan antara kaum dan ini yang kita cuba elakkan. Malah pihak pembangkang mahupun di pihak Barisan Nasional sekalipun selalu menyentuh mengenai peri pentingnya kita bersatu padu, peri pentingnya kita ada sifat perpaduan yang kuat supaya dapat kita bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di seluruh dunia ini sehinggakan duduk dan berdirinya kita ini sama rendah dan sama tinggi dengan kaum-kaum di seluruh dunia. Satu cadangan yang telah saya buat ialah supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil....
Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah- sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benar faham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut. Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...
Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolah-sekolah vernacular dan ini pun dalam online web yang...
Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.
Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.
Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itu mengelirukan kita. Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata- mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yang berbilang kaum.
Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...
Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.
Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.
Ringkaskan respons Yang Berhormat.
Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orang-orang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup
untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah perbahasan untuk kementerian ini sudah 15 orang berbahas dan saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selepas sesi soal jawab esok. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 2 Disember 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 11.02 malam.